BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Friday, August 7, 2015

PEMIKIRAN WARTAWAN VETERAN SUBKY LATIF (JILID 2)

                               


Pengeluar vape, jangan peras ugut PM!

SUBKY LATIF | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/subky/43776-pengeluar-vape-jangan-peras-ugut-pm

SAYA tertonton satu siaran perbincangan di TV Bernama betapa ketua sebuah persatuan peniaga bumiputera meluahkan rasa ama dukacitanya kepada kerajaan yang menggantung perniagaan dan pengeluaran vape – rokok eletronik yang dimonopoli oleh peniaga bumiputera.
     
Umumnya perniagaan vape adalah amat berpotensi bagi peniaganya maju dan menjadi peniaga yang berjaya dalam  bidang itu.
    
Kononnya tiada bidang perniagaan dalam negara kita melainkan dibolot oleh peniaga bukan bumiputera.  Semua amat payah ditembusi oleh peniaga bumiputera.
     
Alat itu asalnya dikatakan diperkenalkan oleh Tanah Besar China dan kemudian oleh Negara Barat. Tetapi peniaga bumiputera mengambil peluang untuk mengeluarkan vape sendiri hingga pasarannya mendapat sambutan besar di luar negara hingga mengatasi pengeluaran negara lain.
     
Dalam waktu yang singkat ia tumbuh sebagai perniagaan yang dikuasai oleh bumiputera.
      
Apabila kerajaan menggantung pengeluaran dan pengedarannya, bungkuslah saudagar-saudagar vape. Tidak jadi saudagar dan orang kaya lagi.
     
Maka persatuan peniaga bumiputera mengira tindakan itu menzalimi peniaga bumiputera. Ia seolah-olah satu-satunya bidang yang diterokai dan dikuasai oleh bumiputera, lalu tindakan dikira menindas bumiputera.
      
Wakil persatuan yang membela mereka membantah dan sedang mengenakan tekanan kepada Perdana Menteri supaya menarik sekatan itu. Poin besar mereka, jika kerajaan tidak halalkan perniagaan itu, Perdana Menteri dan kerajan BN akan hilang sejuta pengundi dalam PRU nanti.
    
Mereka kata mereka sokong dan sayangkan Perdana Menteri dan kerajaan yang ada, dan jika tuntutan iu tidak ditunaikan, akan tumbanglah Perdana Menteri dan kerajaan yang mereka kasihi. Mereka tidak mahu ia berlaku, maka PM mesti penuhi tuntutan itu.
    
Tuntutan itu boleh dilihat sebagai kata dua atau peras ugut kepada Perdana Menteri. Apakah Perdana Menteri boleh mereka tundukan? Dan apakah kerana menyekat vape, Perdana Menteri boleh dijatuhkan.
      
Jika PM Najib nak tumbang, tumbanglah atas segala kelemahannya yang amat ketara sekarang, tetapi bukan kerana larangan atas vape.
     
Antara panelis perbincangan di TV itu tidak menolak perangai menghisap vape ada negatif dan terdedah kepada salah guna dan kepada kanak-kanak. Tiada kebaikannya selain daripada dikuasai oleh  bumiputera.
      
Tidak seperti dadah. Ada kebaikannya dalam ubat-ubatan. Justeru salah guna memberi banyak keburukan, maka perniagaan dadah diharamkan. Arak ada kebaikan, justeru buruk lebih banyak daripada kebaikan, maka ia haram. Hanya anak haram tidak mengharamkannya. Vape tiada apa baiknya.
     
Tetapi pembela vape langsung tidak memberikan hujah yan meyakinkan vape patut dihalalkan. Sepanjang yang didengar tindakan itu menindas peniaga bumiputera. Kerana itu saja bidang yang bumiputera boleh kuasai, maka apa jua kesannya ia mesti dihalalkan.
      
Adakah kerana ia peniagaan yang senang kepada bumiputera, maka usah pedulikan segala keburukannya?
     
Pada peringkat ini tidaklah penagihnya mabuk dan jadi bangkai bernyawa. Tetapi amalan itu yang diselubungi asap berkepul dilihat tidak berakhlak. Jika seorang penghisap mengeluarkan asap yang gelap, bagaimana jika halal dihisap oleh beramai-ramai, mengalah ia dari jerebu.
    
Mungkin nyamuk aedes dan nyamuk zika musnah olehnya, tetapi orang pun boleh sesak nafas dengannya.
     
Ketika umat berperang dengan keruntukan akhlak, jangan jadikan gejala keruntuhan akhlak ditambah lagi.
      
Dan janganlah tambah peras ugut kepada Perdana Menteri dan janganlah pula melesen vape dijadikan penyelamat kepada politik Perdana Menteri itu.
    
Jika ia industri yang dikuasai bumiputera, apa jaminan Cina dan India tidak boleh pecah monopoli dan menguasainya? – HARAKAHDAILY 3/1/2017

Sumber HD - 3-1-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tiada PAS Selangor serba salah
Posted on Monday, January 02 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu





















http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33053

TELAHAN nujum politik PAS Selangor kini dalam serba salah berikutan keputusan PAS memutuskan tahaluf siyasinya dengan DAP dan tidak menyertai pakatan pembangkang yang di dalamnya ada DAP dan parti yang dibentuk Mohamad Sabu.

Dengan keadaan demikian PAS akan bersendirian dalam PRU yang akan datang. Keberadaannya dalam Pakatan  Rakyat dengan PKR dalam di Selangor juga mungkin tamat tempoh bila DUN Selangor dibubarkan.
    
Kemungkinan ini ada pandangan para nujum politik. Apabila PAS bersendirian ertinya tiada pertandingan dua penjuru bukan saja di Selangor bahkan di seluruh negara.
   
Natijah bertanding tiga penjuru, maka harapan PAS untuk menjadi kerajaan atau sebahagian dari kerajaan di Selangor adalah tipis. Keputusan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar pertengahan tahun 2016 adalah bukti gelapnya PAS di Selangor.
    
Inilah yang dikatakan PAS Selangor itu serba salah. Jika PAS Selangor akur dengan pendirian PAS tidak bersedia bersama pembangkang yang ada DAP dan parti Mat Sabu, ia nescaya tiada lagi dalam kerajaan yang ditubuhkan selepas PRU nanti sedang ia masih mahu bersama dalam kerajaan bersama PKR dan Bersatu.
     
Ia menggambarkan PAS Selangor tidak sepenuh hati menerima dasar PAS kerana harapan politiknya amat kabur. PAS Selangor diandaikan cenderung untuk bersama pakatan pembangkang sedia ada kerana ia punyai harapan yang lebih cerah.
    
Adakah sebenarnya PAS Selangor serba salah dengan dasar dan strategi PAS dalam menghadapi PRU nanti dan menangani politik masa depan parti itu?
   
PAS Selangor adalah sebahagian dari PAS, maka  tidak berbangkit ia jadi kumpulan minoriti dalam parti itu. Orang yang serba salah dengan PAS sudah 99 peratus memisahkan diri dari PAS. Mereka sudah jadi sebahagian dari pakatan pembangkang. Tinggal satu peratus lagi tidak meninggalkan PAS tetapi menjarakkan diri dengan PAS. Yang ini benar serba salah.
    
Tetapi PAS tidak serba salah dengan perkembangan yang ada. PAS Selangor adalah PAS dan ia tetapi tegang dan tumbang bersama PAS.
    
Bila PAS memutuskan tidak lagi bertahaluf dengan DAP, maka PAS telah memperhitung segala kemungkinan dan kepayahan kesan tindakannya. Termasuklah tindakan keluar parti oleh setengah. Jika orang dalam parti pun cabut, maka yanag di luar akan beralih sikap.
    
Meskipun kesannya sudah diduga, tetapi sebagai parti yang ada perjuangan dan prinsip, tidak akan membiarkan perjuangan partinya hanyut dan dikhianati. Setelah menyedari ia mendapati penyertaannya merugikan perjuangan parti bersama pakatan pembangkang, maka ia nekad keluar kembali kepada perjuangan asalnya sekalipun berdepan dengan beberapa kecederaan.
    
Orang-orangnya yang meninggalkannya adalah kecederaan.  Tewas di PRK Sungai Besar juga kecederaan. Setelah membebaskan diri dari serba salah dalam Pakatan dulu, ia kini bebas merancang masa depannya sendiri.
    
Jika ia tidak menjadi sebahagian dari formula satu lawan satu, ia senang merancang apa yang ia mahu. Mungkin satu lawan satu dikira lebih logik dari banyak penjuru, tetapi PRK Teluk Intan tidak menjamin formula satu menang. Jika PAS kalah di Sungai Besar dalam tiga penjuru, ia  pernah kalah di situ dalam dua penjuru dalam PRU13.
    
DAP sentiasa menang di Teluk Intan. Tetapi ia kalah dalam PRK. Maka formula satu ada munasabahnya tetapi tak boleh dipercayai sangat.
    
PAS Selangor seperti PAS seluruhnya tahu dan sedia apa dibuatnya. Yang serba salah ialah semua parti di Selangor kerana ketiadaan PAS.

SUBKY LATIF
HARAKAHDAILY 


Sumber TKO - 2-1-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





Raja beragama nescaya rakyat pun beragama

SUBKY LATIF | .






















http://www.harakahdaily.net.my/index.php/subky/43681-raja-beragama-nescaya-rakyat-pun-beragama


PERSEMAYAMAN Yang di-Pertuan Agong yang baru, Tuanku Sultan Muhammad V bermula baik dan didoakan oleh ramai moga-moga berakhir baik juga.
   
Menjadi perbualan di masjid tentang penampilan baginda bersifat sederhana berjamaah waktu bersama orang ramai tanpa protokol rasmi-rasmian. Dikatakan memandu motokar sendiri ke masjid. Baginda dikatakan tidak memaklumkan kepada polis yang bertugas untuk berangkat hingga polis tidak sempat mengiring.
   
Saya teringat peri kecoh polis justeru Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra yang berjalan-jalan di sekitar kediaman rasminya menyelinap keluar pagar tanpa disedari polis. Tiba-tiba polis mendapatinya hilang dari perhatian polis.
   
Ketua Polis Negara di zamannya, al-Marhum Tun Salleh mengadap Tunku minta jangan buat begitu lagi kerana susah polis oleh kejadian seperti itu.
   
Ia gara-gara orang besar tidak mahu terikat dengan protokal rasmi-rasmian.
   
Apapun penampilan baginda pada pandangan umum Raja yang beragama. Ia adalah selaras dengan tuntutan agama. Ada hadis bermaksud, agama rakyat mengikut agama raja. Mafhumnya bila beragama maka rakyat pun beragama dan jika raja cincai maka rakyat pun cincai.
   
Beberapa dekad selepas merdeka semuanya viral dengan keruntuhan akhlak masyarakat, menjadikan rakyat tempang dan membimbangkan masa depan umat dan negara. Jika difahami hadis tadi, tentu ketempangan masyarakat itu justeru penampilan orang atas tidak berat beragama.
   
Dan lazimnya rakyat yang baik atau bergerak ke arah masyarakat yang baik, nescaya Allah kirim pemimpin yang baik.
   
Memang sekarang rata-rata masyarakat ummah cenderung kepada kebaikan/berkebajikan. Maka kedatangan raja beragama nescaya memarakkan kehidupan beragama. Raja adalah khalifah. Khalifah tidak sekadar pemegang pemerintahan tetapi adalah ketua agama. Wajiblah ketua agama iu orang beragama. Pincanglah ketua agama tidak beragama.
  
Apabila raja  berakhlak, maka rakyat yang cenderung agama, wajar menyambut dan membantu raja bagi membangunkan ummah dan negara supaya negara mencapai martabat baldatun tayibatun warabbun ghafur.
    
Dengan Yang di-Pertuan Agong yang baik, moga-moga kita beroleh ketua kerajaan yang baik pula dengan izin Allah.
  
Antara yang dikagumkan ialah biar banyak menggunakan Allahu Akbar sebagai ganti kalimah Daulat Tuanku. Mungkin Daulat Tuanku tidak mencacatkan kehidupan beragama, tetapi memakai Allahu Akbar adalah terpuji.
   
Yang semua tunggu ialah khilaf mengangkat sembah Raja. Ia tiada dalil dalam Islam. Al-Marhum Tun Datu Mustapha pernah mencadangkan kepada Perdana Menteri zamannya supaya amalan menyembah itu diganti dengan yang lain.
    
Perdana Menteri menyerahkan kepadanya mendapatkan pandangan Raja. Tun Mustapa memberitahu saya, beliau tidak sukar dapat perkenan dua Sultan. Bila jumpa Raja ketiga dia kena marah. Beliau pun tidak meneruskan.
    
Ada satu percubaan oleh seorang ulama terhadap seorang Sultan mengira menyebab itu salah. Muftinya mengira ia tidak berdosa tapi tak berpahala. Ulama itu menyarankan jangan buat kerja yang tidak dapat apa-apa. Setiap kerja setiap minit mesti beroleh pahala. Raja itu tidak menolak tetapi tidak berani mengemukakan kepada Raja lain.
    
Mungkin dengan Seri Peduka yang  terbuka kepada agama ini menjadikan masyarakat Islam lebih terbuka, memulakan semakan supaya amal yang khilaf tidak membelenggu budaya Islam yang syumul. Moga-moga kita dilimpahi rahmat dan penampilan baginda baru inipun satu rahmat besar.
    
Kita sama-sama menuju ke matlamat yang lebih baik, pegangan Islam yang lebih sempurna. - HARAKAHDAILY 27/12/2016

Sumber HD - 27-12-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









PAS Ganti Umno bukan jadi Umno

SUBKY LATIF | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/subky/43624-pas-ganti-umno-bukan-jadi-umno

AMAT meluas sekarang dituralkan hendak jadi Umno di tengah-tengah Presiden PAS TG Haji Abdul Hadi Awang menawar diri untuk menjadi penasihat kepada Umno dan kerajaan BN dalam isu agama dan Islam.
    
Maka beberapa tahun belakangan ini sejak TG Mursyidul Am Nik Abdul Aziz masih ada, PAS dilihat berdekat dengan pemimpin Umno dan pemimpin Umno hampir dalam setiap ucapan menyebut tentang keinginan berbaik dengan PAS.
   
Orang-orang yang cemburu bersangka jika TG Nik Aziz ada nescaya PAS tidak dituralkan demikian. Di tahun-tahun akhir beliau, acaplah pemimpin kecil Umno seperti Mejar Jeneral (B) Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dan lain-lain mengunjunginya. Tafsir yang tepat tentang pendirian TG itu dapat dilihat daripada pandangan waris politiknya, Nik Abduh.
   
Apakah perkembangan pada PAS itu reformasi atau transformasi bagi parti Islam itu? Tetapi ia bermula daripada program bagi menjadikan PAS Ganti Umno.
   
Deminya tidaklah PAS mencontohi Benjamin Disraeli, Perdana Menteri Inggeris yang membeli konsesi Terusan Suez daripada Perancis. Berkali-kali dia sebagal calon pembangkang gagal untuk jadi Perdana Menteri. Akhirnya dia menyertai parti pemerintah pimpinan PM Gladstone, mengambil pimpinan parti dan jadi Perdana Menteri.

PAS akan masuk Umno dan tidak akan jadi Umno, tetapi mahu  PAS ganti Umno. Sekalipun semasa mudanya dulu TG terkenal dengan Amanat Haji Hadi yang amat kuat bertempur dengan Umno, maka banyak keliru apabila sebagai Presiden PAS dirasakan oleh banyak orang ia jadi parti mesra Umno.
   
Termasuk yang keliru ialah setengah pemimpin PAS sendiri hingga membentuk parti sendiri bagi menggantikan PAS yang mahu jadi ganti Umno itu. Gara-gara program PAS Ganti Umno, ada ahli-ahlinya buat parti bagi ganti PAS.
    
Kita yakin TG dan PAS tidak ikut falsafah Benjamin Disreali, jika tidak dapat kalahkan mereka, sertai mereka. Atau pendekatan DS Anwar Ibrahim, jika tidak boleh ubah Umno dari luar, masuk Umno untuk ubah dari dalam.
   
PAS sudah belajar daripada bersama Umno dalam Barisan Nasional, diusirnya PAS daripada mufakat itu. Ia juga belajar daripada kejadian Anwar, diusirnya Anwar daripda Umno.
   
Maka PAS yang hendak ganti Umno tidak dekati Umno tetapi dekati pemimpin Umno dan orang Umno. Teori untuk ganti Umno, PAS tidak boleh ganti dari jauh. Mesti ganti dari dekat. Untuk beberapa tahun ini PAS menggunakan program jarak jauh. Dari jarak jauh itu nampak Umno mulai mesra PAS.
    
Mesra itu tentu ada tetapinya. Bodohlah Umno kalau mesranya itu tidak ada tetapinya. Tetapi PAS kena ada husnuzan, antara yang mesra itu adalah benar mesra. PAS tidak ada keupayaan bagi menjadikan Umno mesra PAS. Hanya Allah saja yang dapat menjadikannya mesra. Apa yang PAS boleh buat ialah mengadakan pendekatan. Nabi Muhammad SAW tidak dapat memberi hidayat kepada sesiapa, hanya Allah dan hak Allah menganugerahkan hidayat kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.
    
Bertambah dekat PRU, bertambah banyak kejadian yang dirasakan dan dituralkan PAS begitu dekat dengan pemimpin Umno dan orang Umno. Moga-moga dengan jarak dekat itu orang Umno bertambah kenal PAS dan apabila ia sudah kurang upaya dan daya, hanya setapak saja untuk melangkah ke premis PAS.
    
Maka jadilah PAS ganti Umno, bukan jadi Umno. PAS adalah PAS. Kata Mahfuz Omar, PAS tidak keliru. – HARAKAHDAILY 20/12/2016

Sumber HD - 20-12-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------








Seringgit seorang untuk kerusinya di Istana Negara

SUBKY LATIF | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/subky/43615-seringgit-seorang-untuk-kerusinya-di-istana-negara

SAYA tengok melalui TV sebaris tetamu bergelar Tun di baris depan acara melafaz sumpah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Sultan Muhammad V di Istana Negara.
   
Di baris itulah kerusi untuk Tun Dr Mahathir hilang. Kerusinya itu mula-mulanya ada. Dia telah diundang. Diapun setuju hadir kerana acara setiap Seri Paduka lafaz sumpah sejak jadi Perdana Menteri dan selepas berundur dia hadir.
   
Tiba-tiba dia dimaklum kerusinya tiada, sudah hilang, maka kalau datang juga logiknya bersila di lantai.
   
Siapa melarikan kerusinya? Mungkin ini kerja jin seperti kisah Nabi Sulaiman a.s. memerintahkan jin dalam sekelip mata melarikan istana Ratu Balqis di Yaman Purba ke tempat persemayam Nabi Sulaiman di Palestin.
   
Masa mungkin ada bagi menggantikan kerusinya yang hilang itu. Tapi mungkin  tiada yang berani menggantikan kerusi yang hilang itu  takut dimarah jin yang melarikannya dan takut jin akan ganggu acara itu. Jika tiada kena mengena dengan jin, kerusi itu tidak dapat digantikan, mungkin juga kelembapan ekonomi dan kekeringan dana kerajaan tidak mampu membeli sebuah kerusi lagi.
   
Jika kerajaan sudah tidak berduit dan duit jadi masalah, maklumkan kepada rakyat yang mengasihi Dr. Mahathir duit idak ada, nescaya mereka berderma seringgit seorang supaya beliau boleh hadir. Memandangkan usianya amat lanjut, mungkin itulah kali terakhir menyaksikan majlis lima tahun sekali itu.
   
Jika ia angkara  kerusi dilarikan jin, memang jin itu tidak patut buat begitu bagi manusia. Ia dikira menghina dan memalukan manusia yang dilarikan kerusinya. Dr Mahathir itu adalah manusia yang ada nama, ada pengikut dan masih bergelar Tun. Tunnya belum dicabut, maka mengharamkannya datang tidak dikira bijak oleh manusia.
   
Donald Trump itu dikira manusia yang kering hatinya, tetapi dia tidak benarkan jin curi kerusi untuk Presdien Obama dan Hillary Clinton hadir di acara angkat sumpah Presidennya nanti.
  
Apa pun ia adalah nasib amat malang bagi Tun Mahathir yang selama lebih 20 tahun menjadi orang yang paling berkuasa dan berpengaruh dalam negara. Dia tidak dibuang dari kuasa seperti Saddam Husain dan Muammar Ghadafi. Dia melepaskan jawatan di tengah cucuran air mati puluhan ribu.
   
Diapun seorang yang banyak silap semasa amat berkuasa dulu. Yang marah kepadanya pun ramai. Al-Marhum Ustaz Fadzil Noor yang geram kepadanya pernah berkata, biar umur panjang supaya dia dapat melihat apa orang buat padanya.
   
Memang usianya panjang dan macam-macam orang kata padanya dan banyak kisah menghinanya dan cacian itu datang dari kumpulan yang mengganti dan menyambung kuasa dan sistem yang ditinggalkannya.
    
Kalau Ustaz Fadzil ada sekarang, geram macam mana pun, mungkin beliau pun tidak suka jin dan penyokongnya  rendahkan maruahnya sedemikian rupaya. Mereka yang menghinanya ada penyokongnya dulu. Semasa dia silap dulu mereka menyokongnya, dan semasa dia menentang penindasan sekarang mereka melanyaknya. Mereka bersamanya semasa dia silap dan mereka menolaknya semasa dia betul.
   
Dia bukan pemimpin Umno pertama menentang Umno dan membentuk parti lain. Yang pertama Dato Onn Jaafar. Kedua Tunku Abdul Rahman. Dia sudah rancang parti lawan Umno, tapi tangguh penubuhannya kerana PM Hussein Onn tangkap suspek komunis dalam Umno.
   
Adakah Mahathir akan mengulangi nasib Dato Onn atau dia dapat capai apa yang Dato Onn tidak dapat? - HARAKAHDAILY 19/12/2016

Sumber HD - 19-12-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------










PAS saja bebas bertanding di mana suka

SUBKY LATIF | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/subky/43570-pas-saja-bebas-bertanding-di-mana-suka

SUDAH ada parti pembangkang menyatakan hasrat akan bertanding di semua kawasan yang diwakili PAS sekarang atau mengambil kawasan yang diberi kepada PAS dalam PRU13 dulu.
   
Atau akan meletak calon di mana saja PAS bertanding.
   
Kalau formula satu tidak dicapai, maka siapa saja boleh menentang PAS. Setakat ini formula satu hampir mustahil.
   
Tiada parti pembangkang selain PAS dapat menentukan di mana ia hendak bertanding kerana ia mesti dirunding dan disetujui dulu oleh kerabat-kerabatnya.
   
Hanya PAS sebagai grup ketiga bebas menentukan di mana saja ia hendak bertanding kerana parti itu tiada banyak sekutu. Jikapun ia ada sekutu dalam Gagasan Sejahtera sebagai gabungan kumpulannya, maka sekutunya boleh menerima ketetapan yang PAS anjurkan.
   
Setakat ini PAS dipercayai akan bertanding di semua kerusi yang ditanding oleh Umno manakala baki bagi lain-lain parti Barisan Nasional mungkin ditandingi oleh kerabat bukan Islamnya dari DHPP – Dewan Himpunan Penyokong PAS.
   
Calon bukan Umno BN diyakini diisi oleh DAP, tetapi boleh tentukan jika ia hendak menjadi calon ketiga. Soal bijak baginya menyertai kawasan sedemikian tidak timbul, tetapi ia tidak perlu mendapatkan persetujuan sesiapa jika hendak bertanding di situ.
    
BN akan meletak calon di semua tempat. PAS mungkin tidak bertanding di semuanya, tetapi yang pasti akan bertanding di semua kawasan yang Umno tanding.
   
Ada parti pembangkang yang bercadang menentang semua kawasan yang diberi kepada PAS dulu, tidaklah bebas menentukan itu dia punya. Mungkin kalau habis idah tahaluf siyasinya dengan PKR, PKR juga mahu setengah kawasan itu. Dan tidak mustahil Bersatu juga menuntut.
    
Sekarang PAS tidak terikat dengan kawasan tahun 2013 lagi. Ia akan lawan Umno di semua kawasan. Apakah parti itu akan buru PAS di semua kawasan yang  ditandinginya? Kalau dia buru PAS di mana-mana, apa tinggal untuk PKR dan Bersatu?
    
Bersatu tentulah bercadang bagi menggantikan Umno dan ia akan bertanding sebanyak-banyak kerusi Umno. Sesudah PAS tidak dalam Pakatan tentulah PKR juga ingin unuk mendapat kawasan lebih.
   
Oleh sebab PAS akan jadi calon kedua selepas Umno, parti lain tidak akan dapat mana-mana kerusi kalau parti yang memburu PAS hendak ambil semua yang ditandingi PAS itu.
    
PAS tidak kecil hati jika ia diburu oleh orang yang meninggalkannya. Sebagaimana PAS tidak dapat menghalang mereka meninggalkan PAS, PAS tidak dapat halang mereka memburu PAS. Bahkan PAS tidak dapat halang mereka menyokong NGO yang hendak menggantikan PAS dalam Pakatan semasa mereka masih pemimpin dan ahli PAS.
     
Akan tetapi berupayakah mereka memburu PAS di mana saja ada PAS tanpa mengira disetujui atau tidak oleh sekutunya yang lain.
   
Jika mereka tidak dapat didisiplin oleh Dr. Mahatahir dan Anwar Ibrahim, nescaya mereka akan jadi calon ketiga atau calon keempat jika mereka letak calon juga di tempat yang diuntukkan kepada Bersatu dan PKR kerana di situ ada calon PAS.
   
Apapun mereka tidak boleh tentukan di mana hendak bertanding melainkan apa yang diberi oleh PKR dan Bersatu dan DAP. Kalau Pakatan tidak terima Bersatu, Bersatu akan jadi macam PAS juga bertanding di mana Umno bertanding. – HARAKAHDAILY 14/12/2016

Sumber HD - 14-12-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





















Peluang BN Selangor pada tuah Donald Trump

SUBKY LATIF | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/subky/43563-peluang-bn-selangor-pada-tuah-donald-trump

Umno Selangor mungkin boleh meletakkan harapan lebih besar dari PRU13 dengan formula satu pembangkang yang dirasakan hampir mustahil.
   
UMNO boleh memasang harapan peluang berkuasa semula di Selangor bertambah sedap.
   
Tetapi saya tanya pandangan awam pemerhati politik di Selangor. Andaian mereka peluang itu ada kiranya mengemukakan seorang pemimpin yang dapat diterima oleh semua.
   
Apakah Tan Sri Noh Omar tdak boleh jadi pemimpin itu? Dia adalah orang yang paling banyak mendapat publisiti di Selangor mengalahkan Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali dan lain-lain pemimpin politik di Selangor.
    
Reaksinya ialah ‘orang Umno pun tak suka Noh.’
    
Apakah  tidak ada tokoh Umno yang lain?
    
Setakat ini belum nampak dan belum ada yang ditonjolkan.
    
Andaian itu boleh jadi betul dan boleh jadi juga idak betul. Tetapi Umno mestilah sensitif dengan pandangan seperti itu bagi menjamin ia tidak terlepas peluang yang dikira baik dari tahun 2013 atau lebih baik dari semua masa sejak tahun 2008.
   
Umno tindak menindakkan risiko atas politik Noh yang penuh masa mendekati semua orang dan semua budaya. Dia bukan saja berpakaian Orng Asli semasa bersama Orang Asli dan berbudaya Maharaja India bila mendekati masyarakat India. Cuma tak sama dengan Maharaja itu dia tiada tanda di dahi.
    
Apa yang lemahnya pada Noh Omar? Ikut media dia seolah-olah popular.
    
Dia tidak macam PM Najib dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, pijak semut pun tak mati.  Imej dan wataknya seolah-oleh menyamai si Donald Trump. Kasar, bengis, cakap pun tak berkira sangat.
   
Siapa yang sangka Doland Trump boleh mengalahkan Hillary Clinton bagi menjadi Presdien Amerika? Kebanyakan pemimpin kanan Republikan mengira dia tidak layak jadi Presiden Amerika. Hatta Presiden George Bush diberita keluar juga mengundi tetapi merosakkan kertas undinya.
    
Sedunia orang meramalkan Hillarylah pemenangnya. Tetapi calon yang tidak popular, kasar, celupar, rasis dan cengis itu yang menang. Nyonya Clinton yang tiada apa yang mati dipijaknya menjadi pilihan majoriti. Calon yang macam Noh itu yang menang di Amerika.
   
Sehingga ini dan hingga PRU14 nanti peluang Umno Selangor untuk kembali berkuasa, bergantung pada tuah seperti si Trump itu.
   
Pengamatan para pemerhati di Selangor hanya akan meleset kalau si Noh sama tuah dan  nasibnya dengan si Donald Trump.
   
Bagi menyedapkan hati Umno dan penyokong Noh, boleh berdoa dan meletakkan keyakinan Noh akan senasib dengan Donald Trump.
  
Populariti, lemah lembut, digemari oleh banyak orang belum tentu menjadi jaminan kemenangan. Di jalan-jalan di Selangor masa ini yang menaik banyak orang ialah yang macam Dato Jamal baju merah. Orang keras itu yang orang suka. Yang tidak keras ditakuti jadi orang lembut.
   
Jika ikut semangat Umno pimpinan Najib, pilihannya ialah yang wasatiyah, yang sederhana, tidak keras dan tidak lembik.
   
Jika pandangan pemerhati itu mencerminkan politik di Selangor, yang berasa lapang ia pembangkang, antara Pakatan dan grup ketiga. - HARAKAHDAILY 13/12/2016

Sumber HD  - 13-12-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS, DAP saling membenci, tak tinggal Kerajaan Selangor

SUBKY LATIF | .



YANG tidak faham dengan politik PAS, mungkin merasakan PAS macam sesumpah, menolak sebarang penglibatan dengan DAP, tetapi kekal dalam kerajaan Selangor yang ada sedang DAP adalah sebahagian daripada kerajaan itu bersama PAS.
    
Marah macam mana pun PAS terhadap Dr. Mahathir sejak dari semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri lagi, tetapi tidak menolak kehadiran partinya Bersatu dalam pakatan pembangkang dan dalam melaksanakan projek formula satu asal jangan ada DAP dan parti Mat Sabu.
   
Maka adakah bercanggah sikap PAS Selangor dengan PAS pusat apabila ia berada dalam kerajaan Selangor bersama DAP, sedang getik PAS pada DAP masa ini tiada taranya?
   
Memang nampak bercanggah sikap PAS itu apabila ia boleh bersama dengan DAP dalam kerajaan Selangor. Mungkin pening orang hendak memahami politik PAS terutama pemikir politik termasuk para sarjana setiap universiti.
    
Tetapi sikapnya di Selangor itu bukanlah sikap terpencil oleh PAS Selangor, bahkan ia adalah sikap PAS pusat. PAS Selangor tidak membuat polisinya  sendiri, sebaliknya melakanakan keputusan Majlis Syura dan pimpinan tertinggi PAS, yang Datuk Iskandar Samad, Pesuruh Jayanya adalah seorang daripada pimpinan pusat PAS.
    
Jika orang tidak faham, adalah disebabkan kegagalan memahami sifir politik. Sifir politik tidak sama dengan sifir matematik. Dalam matematik dua campur dua mesti empat. Sifir politik dua campur dua  tidak semesti empat. Kadang-kadang ia jadi lima atau sekadar tiga.
    
Tetapi PAS politik Islam. Bolehkah sama sifirnya dengan politik sekular? Politik itu ada seni dan muslihatnya baik ia siyasah syariyah atau politik duniawi. Kaedah biasanya sama, bezanya ia menyanggah ketentuan Allah atau tidak.
   
Yang terjadi di Selangor itu ada muslihat syarienya dan sikap terhadap DAP itu berpandu pada syarienya juga.
   
Jika dibaca pula politik DAP, bukan sekadar ia tidak percaya lagi pada PAS, bencinya pada PAS tidak kurang dibandingkan benci PAS kepadanya. Tidak mahu lagi ia terlibat dengan PAS. Orang yang setia dengan dalam kerajaan Pulau Pinang habis dibersihkan.
   
Tetapi kebenciannya pada PAS tidak sampai ia keluar daripada kerajaan Selangor. Katakanlah DAP  tidak berperangai sesumpah, tetapi ia kekal menjadi sebahagian daripada kerajaan Selangor sekalipun PAS juga sebahagian daripada kerajaan itu.
   
Marahnya DAP pada PAS, Tuhan saja yang tahu. Tetapi kebenciannya tidak sampai ia meninggalkan kerajaan Selangor. Timbalan Speaker Selangor adalah orang PAS. Jika tiba masa Timbalan Speaker menjalankan tugas Speaker, tidak pula Adun DAP keluar meninggalkan Dewan.
   
Mengapa? DAP juga membaca sifir politik sepeerti yang dibaca oleh PAS. Mungkin PAS untuk meninggalkan kerajaan Selangor. Tetap DAP juga rasa bertanggungjawab untuk melihat kerajaan Selangor yang ia sama tegakkan tidak tumbang sebelum PRU berlangsung.
   
DAP Selangor pernah mengumumkan untuk meletak calon di semua kawasan yang diwakili PAS sekarang. Jika itu yang DAP lakukan ia akan memecahkan formula satu sedang DAP komited dengan formula itu.
    
Jika PAS tolak parti Mat Sabu bukan kerana mirip sesumpahnya. Siapa juga meninggalkan parti membentuk parti lain tidak akan diterima oleh parti asalnya. Khomeini tidak ampunkan orangnya yang keluar menentangnya. Umno tidak akan kerjasama dengan Bersatu yang Mahathir tubuh. Ia hendak sangat kalau PAS mahu  bersamanya, tapi tidak dengan Mahathir dan Muhyiddin.

Itulah namanya manusia. – HARAKAHDAILY 10/12/2016

Sumber HD - 10-12-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------















Anak jantan Islam orang berani

SUBKY LATIF | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/subky/43519-anak-jantan-islam-orang-berani

SETIAP tempat sekarang, pada masa cuti panjang sekolah di mana-mana saja, ibu bapa Islam menyertakan anak laki-lakinya pada acara berkhatan beramai-ramai.
   
Tujuh lapan puluh tahun dulu khatan  kegiatan sendiri, di rumah sendiri. Atau khatan itu disertai oleh dua tiga orang keluarga terdekat atau ditimbang anak jiran terdekat. Tetapi sekarang musim cuti Krismas orang Islam menganjurkan khatan beramai-ramai, bahkan ia menjadi kenduri atau pesta masyarakat di setiap lokaliti.
   
Atau secara senyap ibu bapa bawa anak ke hospital atau klinik, disunatkan di situ saja tanpa kenduri dan  tidak melibatkan orang lain.
  
Tapi sekarang, ketika orang Kristian sibuk membuat persiapan menyambut Hari Raya Natal, orang Islam sibuk menyusun program menyunatkan anak jantannya yang belum bersunat.

Ibu-ibu biasanya sangat sensitif, tak mahu anaknya luka menitiskan darah. Tetapi sekarang ibu gembira pula anaknya disunatkan, dan kalau anak itu takut, ibu memujuknya mengatakan tidak sakit, kalau sakit macam gigit semut saja.
 
Bersunat ini satu sunah mengikut Nabi Ibrahim. Bagindalah yang memulakannya. Ia diamalkan oleh umat Islam dan penganut Yahudi. Sampai sekarang Yahudi bersunat dan tidak pasti apa yang mereka buat.
   
Dulu-dulu ada anak-anak yang lari, tidak mahu disunatkan. Tetapi  sekarang ini anak laki-laki yang belum sepuluhn tahun jika belum bersunat, mereka sendiri bertanya ibu bapa bila mereka hendak disunatkan. Pengaruh kawan-kawan sekolah yanag sudah bersunat menyebabkan yang tidak bersunat merasa dirinya ada kekurangan kalau tidak disunatkan.
  
Kebanyakan anak laki-laki sekarang mahu mereka disunatkan jika boleh seawal yang boleh. Idak ada lagi anak-anak yang  takut unuk bersunat, bahkan ibu bapa menyertaikan anak-anak dalam sunat beramai-ramai atas kemahuan dan desakan anak-anak itu sendiri.
   
Jika bayi yang ibunya masih dalam pantang, baik laki-laki atau perempuan diakikahkan. Ada yang membawa bayi itu ke tempat penyembelihan supaya bayi  melihat binatang akikah itu disembelih dan supaya bayi dapat melihat darah binatang yang ditumpahkan.
   
Dengan melihat darah itu  diharapkan mendatang semangat kepadanya apabila besar dan dewasa nanti menjadi orang yang berani. Orang-orang yang berani tentunya bersedia menjadi tentera dan panglima perang.
   
Kemuliaan bagi seseorang manusia ia dapat menjadi pahlawan. Jika bayi yang baru lahir tidak tahu apa tentang erti darah, dengan melihat darah binatang akikah diharap dapat memupuk semangat menjadi pahlawan yan berani, maka semangat yang dapat ditanamkan kepada anak yang berkhatan itu dapat merangsang dalam hidupnya menjadai orang yang berani.
   
Maka bagi kanak-kanak laki-laki Islam keberadaannya dalam masyaraka manusia adalah  untuk menjadi laki-laki yang berani yang kemudiannya menjadi pahlawan yang gagah berani mempertahankan kedaulatan Islam, negara dan bangsa.
    
Islam mahu umatnya jadi orang berani. Apabila  semua kanak laki-laki menunjukkan keberanian, minta dia disunatkan seawal munkin, maka telah tersemai pada dirinya semangat keberanian. Ketika menjalani saat dikhatankan,  dia beredepan dengan ujian keberanian. Dia berdepan dengan alat kelaminnya dipotong. Antaranya tidak mahu yang dipotong hak mana? Ada yang menyangka semua alat kelamin akan dipotong dan dia tidak ada alat kelamin lagi, tetapi mereka berani dengan ujian sekalipun selepas itu dia ditakdirkan tidak ada alat kelamin lagi.
   
Demikianlah ujian dan latihan yang ditempuh oleh anak jantan Islam untuk menjadi perwira yang berani untuk menegakkan agama dan ummah. Sunah Nabi Ibahim itu tidak sekadar satu penyucian tetapi persiapan menjadi pahlawan yang berani. - HARAKAHDAILY 8/12/2016

Sumber HD- 8-12-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------















Seperlima Israel terbakar

SUBKY LATIF | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/subky/43412-seperlima-israel-terbakar

SEORANG jamaah di surau memberitahu saya, sebuah bandar besar di Israel terbakar dan api merebak ke beberapa lokaliti.
   
Saya balik melihat stesyen TV CNN. Sepanjang siaran adalah tentang kematian Fidel Castro, pemimpin lbeih setengah abad Cuba. Buka BBC juga tentang kematian Fidel Castro. Al-Jazeera juga tiada berita tentang Israel. Harian yang saya langgan juga tiada mengenainya.
   
Beberapa hari kemudian saya ke kuliah Magrib di masjid. Tok Guru memanfaatkan komputer riba memberi kuliah tentang masjid. Dia menyentuh tentang Masjid al-Aqsa yang baru diharamkan azan oleh Parlimen Israel. Bedebah Israel.
    
Ditunjuknya satu slot sidang Parlimen Israel. Seorang MP Palestin berucap. Muazin dicegah azan di masjid. MP Palestin itu mengambil kesempatan azan dalam perbahasannya. Kecoh. Beberapa MP Israel membantahnya. Dia azan hingga selesai.
   
Kemudian ditayangnya beberapa slot kebakaran di Israel itu. Api menjulang di sana sini. Asap hitam tebal berkepul-kepul di lokasi-lokasi terbakar.  Gerunnya api yang menjilat-jilat bagai menyaksikan suasana dalam neraka.
   
Jika jerebu teruk berhari-hari gara-gara kebakaran di Sumatera sudah menyesakkan nafas kita. Tidak tahu betapa deritanya manusia di tengah selubung asap pekat di setiap lokasi kebakaran Israel itu.
   
Perbandaran yang nahas itu adalah yang ketiga besar di Israel. Api mudah merebak ke lebih 120 lokaliti disebabkan kawasan sekitar penuh pertanian. Tiada berita kematian tetapi mangsa yang dikejarkan ke hospital ramai. Mungkin tidak ramai terkena api tapi lemas asap saja sudah cukup menjadi hospital sesak.
    
Berita amaran itu sudah cukup besar justeru melibatkan seperlima dari negara haram itu.
   
Ia bencana. Bencana ada sebabnya. Gara-gara kezaliman pemerintah dan masyarkat, menentang Allah dan rasul-rasul dan lain-lain. Kekejaman rejim dan rakyat zionis tiada taranya di dunia. Semua bentuk perikemanusiaan dilanggarnya.  Selain dari penindasannya kepada rakya Palestin sepanjang kewujudan negara itu ia adalah ancaman besar kepada penganut agama Allah dan manusia seluruhnya khususnya berjiran dengannya.
    
Kezaliman umat terdahulu habis Allah binasakan seperti kaum Nuh, kaum Aad, kaum Samud dan kaum Luth. Kekejaman kaum zionis ini tidak dibinasakan sedemikian kerana rahmat mereka sebagai umat Nabi Muhammad SAW. Allah berjanji kepada Nabi, umatnya tidak dibinasakan demikian, tetapi tiada jaminan bala atas onar mana-mana masyarakat.
  
Bala di Israel itu besar, tapi mugkin kecil dibandingkan maksiat umat terdahulu. Dipercayai kebakaran iu adalah jawapan segera dari Allah atas derhaka mengharamkan azan. Israel bunuh warga Palestin dan umat Islam. Bakar rumah, ladang dan harta Arab. Rampas tanah dan usir tuan tanah, jenayah itu adalah terhadap manusia.
   
Tetapi sekatan azan adalah perang terhadap Allah. Kebakaran atas seperlima buminya adalah kecil dan amaran awal. Jika amaran ini tidak diinsafi, Israel akan terbakar seluruhnya, tinggal Yahudi di luar Israel saja dan kembali merempat di serta dunia.
   
Ia bala bagi kaum zionis. Tapi jangan umat Islam gembira atas bala menimpa mereka. Kita bersedih sama seperti bersedihnya Nabi-Nai Nuh, Hud, Salleh, Ibrahim dan Luth atas bala yang ditimpakan kepada umat masing-masing.
   
Semua bala dan laknat itu bukan untuk dipestakan, tetapi ada untuk diinsafi.
   
Manusia termasuk nabi-nabi tidak dapa mengajar musuh-musuh Allah itu. Hanya Allah dapat mengajarnya. Maka ia mengajar semua untuk membesarkan Allah dan membenci kezaliman. - HARAKAHDAILY 30/11/2016

Sumber HD - 30-11-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



































Tak hadir Bersih 5 adalah keputusan

SUBKY LATIF | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/subky/43393-tak-hadir-bersih-5-adalah-keputusan

APABILA PAS membuat keputusan tidak sertai Bersih lima, atas apa sebab jua, ia adalah keputusan parti yang wajib dipatuhi oleh setiap penyokong terutama yang menjadi ahli.
    
Tidak perlu dibuat arahan jangan pergi, memadai memaklumkan PAS memutuskan buat yang kelima ini PAS tidak serta.
   
Jika ia diikuti dengan arahan, ia adalah sekadar hendak mengingatkan ahli parti itu bukan saja wajar bahkan wajib mematuhi keputusan parti. Keputusan parti adalah dasar parti.
   
Telah disebutkan dalam perlembagaan dasar parti ialah Islam, apa yang ada dalam perlembagaan, apa yang diputuskan oleh muktamar dan oleh mesyuarat parti dari semasa ke semasa, apa yang disampaikan oleh Presiden dan anggota Dewan Harian kecuali Bendahari. Cakap bendahari tidak dikira cakap rasmi parti.
    
Syarat seorang yang hendak menjadi ahli parti ialah setuju dan patuh kepada dasar dan keputusan parti dari semasa ke semasa. Apabila ada yang tidak patuh kepada keputusan bererti dia telah melanggar dasar yang diterimanya pada masa mengisi borang keahlian parti.
    
Parti wajar memantau apakah ahli mematuhi keputusan parti, tetapi ahli itu  sendiri wajib memestikan dia patuh kepada keputusan. Ahli yang baik boleh tidak setuju dengan keputusan tetapi dia tidak membantahnya. Apabila dia tidak patuh, dia telah tidak menjadi ahli yang baik lagi.
   
Tidak sertai Bersih 5 boleh ahli takwil tetapi dia tidak boleh tidak mematuhinya. Kita boleh beri pandangan berbeza sebelum keputusan dibuat tetapi setelah keputsuan dibuat wajib patuh. Jika tidak puas hati simpan dalam hati.
  
Itulah namanya ahli yang berdisiplin. Disiplin dan kepatuhan iu adalah prasyarat kejayaan dan wibawa parti.
    
Kalau mahu PAS menguasai Putrajaya, penyokong parti mesti disiplinkan dirinya. Ada cerita tentang satu jihad tidak berjaya. Setelah disiasat didapati ada seorang soldadu tak gosok gigi. Maka soldadu itu dikeluar dari pertempuran. Perang itu dimenangi mujahidin. Demikianlah pentingnya kesetiaan dan disiplin.
    
Mungkin ahli memikirkan dia berjuang di medan demokrasi. Justeru demokrasi itu bebas menentukan sikap, ahli tak perlu patuh kepada keputusan yang  tidak disukainya. Kalau Umno dan DAP sebagai parti sekular menekankan pentingnya kepatuhan dan disiplin, PAS sebagai jamaah Islam tentulah tidak berakhlak meremehkan kepatuhan.
   
Keputusan kadang pahit untuk ditelan, tetapi jadam yang pahit itu adalah ubat.
   
Maka yang perlu bagi PAS memastikan ahli patuh dan berdisiplin. Bila disiplin ada, memadai PAS umumkan tidak sertai Bersih 5 tanpa arahan penyokong tahu kewajipannya. Mengapa PAS putuskan demikian, maka penyokong boleh dapatkan penjelasan mengikut peruntukan yang ditentukan oleh parti.
    
Bukan demo Bersih sebelum ini tiada kebaikan langsung. Antara kesannya BN hilang undi popular dalam PRU13. Didakwat jari setiap pengundi. Berturut-turut BN hilang majoriti dua pertiga. Ada kesannya, tetapi PAS tentu ada hikmah dan hujah politik ia tidak serta kali ini.
   
Sokongan PAS tidak diharga pembangkang. Antaranya mengira pembangkang boleh menang tanpa PAS. Justerunya digalakkan gantian PAS dalam pakatan pembangkang. Maka PAS mahu mengetahui ia berharga atau tidak dan lebih penting memastikan ia ada harga diri.
    
Mungkin juga ketika yang sama ia mencari atau ada alternatif lain menawan Putrajaya selain unjukrasa. Ke Putrajaya bukan satu hala saja. Banyak hala. Yang tidak disertai Bersih 5 adalah strategi. Strategi boleh berubah. - HARAKAHDAILY 28/11/2016

Sumber HD - 28-11-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



















TPP tinggal 12 negara

SUBKY LATIF | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/subky/43324-tpp-tinggal-12-negara

BOLEH dikira 99 peratus Amerika tidak mahu TPPA, perjanjian perkongsian transPasifik tajaan Presiden Obama apabila pemenang Presiden barunya Donald Trump mengeluarkan video mengumumkan, tindakan pertamanya pada hari pertama masuk Rumah Putih ialah keluar daripada TPPA.
   
Ia bukan cakap kempen lagi tapi ia dasar utamanya, kerana baginya TPPA membawa kemusnahan kepada Amerika.
   
Kemungkinan berubah setelah memerintah dan ada pandangan lain daripada Kongres adalah tipis. Jika ia berubah ia tanda Trump tiada pendirian dan tak tahu apa yang dicakapnya. Ini jadikan dia orang loklak dan orang loklak tidak boleh buat kawan.
  
Saya sudah menulis, kalau TPP hendak diteruskan biarlah ia tanpa Amerika. Pandangan kedua Malaysia, TPP menjadikan Malaysia kekal dijajah semula kerana ia dikuasai Amerika serba serbi. Jika Amerika tidak ada, ia boleh jadi baik pada kita.
  
TPP adalah seperti kaukus bangsa-bangsa Pasifik anjuran Perdana Menteri Mahathir dulu yang tidak memasukkan Amerika. Ia terhalang kerana Amerika mahu menyertainya, Dr. Mahathir tidak mahu ia serta.
   
Cadangan saya dalam tulisan itu, 12 negara TPP terus tanpa Amerika dan boleh runding masukkan China dan Indonesia.
   
Menteri perdagangan Australia kemudiannya membuat kenyataan, biarkanlah Amerika tidak menyertainya. TPP boleh terus dengan negara-negara yang ada, malah boleh membukanya kepada China dan Indonesia dan lain-lain.
   
Anggota kabinet kita, Menteri Ong Ka Chuan juga berpendapat tidak mengapa kalau Amerika menarik diri, tiada sebab ia tidak boleh diteruskan tanpa Amerika.
   
Dan China pun sebenarnya ingin menyertainya. Tidak diketahui mengapa Amerika tidak memasukkannya pada peringkat penajaan dulu. Perjanjian perkongsian itu adalah bagi bangsa-bangsa Pasifik. China adalah negara rantau Pasifik yang penting. Bahkan ia adalah negara gergasi ekonomi dunia kedua terbesar selepas Amerika.
   
Perdana Menteri Jepun, Abe bergegas menemui Donald Trump sebelum ke sidang kemuncak di Lima, Peru dipercayai bagi mendapatkan jaminan Amerika kekal dengan TPP. Abe amat susah hati kiranya Donald Trump bertegas tidak menyertainya.
 
Video Trump keluar selepas PM Abe berjumpa Trump. Diplomasi Abe gagal memujuk Trump memikirkan semula tentang cakap kempennya dulu. Video itu adalah penegasan semula kenyataan kempennya dulu.
   
Setakat ini dikira muktamad Amerika sudah keluar TPP. Bagitulah selagi Trump mendiami Rumah Putih.
   
Malaysia adalah negara yang tercorot menyetujui TPP. Beberapa kali tertangguh pemeteriannya  dengan Amerika. Mungkin kelambatan disebabkan kuatnya tentangan fikiran kedua. Vietnam, Brunei Darussalam, Singapura sudah lama menerimanya, Malaysia yang selalunya laju, tapi kali ini ia liat.
   
Dr. Mahathir hingga akhir tidak setuju TPP kerana adanya Amerika. Ketika Trump menyatakan penolakkannya semasa kempen itu, sekalipun saya tidak suka Trump menang, saya juga menulis, harapan Malaysia terlepas daripada belenggu TPP ialah kalau Trump menang.
   
Itu saja cara kemerdekaan Malaysia terpelihara. Sekarang Trump menolak TPP, maka Malaysia terlepas daripada belenggu penindasan yanag ditakuti itu.
  
Dulu menyertai TPP satu keputusan silap kerana ada Amerika. Tetapi sekarang menyertainya betul kerana Amerika telah terkeluar.
  
Bagi pemikiran khurafat barat angka 13 adalah sial. Dengan Amerika terkeluar TPP tidak 13 lagi. Eloklah ia bermula dengan 12. Moga-moga ada tuahnya. Tuah itu bukan justeru ia tidak 13 tetapi tiada mustakbirin Amerika. – HARAKAHDAILY 24/11/2016

Sumber HD - 24-11-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





















Tahniah Maria Chin

SUBKY LATIF | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/subky/43310-tahniah-maria-chin

MARIA Chin Abdullah, Pengerusi Bersih 5.0 ditahan gara-gara meneruskan demonya sekalipun diharamkan kerajaan.
   
Dia ditahan sebelum demo itu berlangsung dikatakan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau Sosma (The Security Offences (Special Measures) Act 2012), satu akta yang tidak popular bagi prodemokrasi, sebaris dengan akta hasutan, akta rahsia rasmi dan mendiang akta keselamtan dalam negeri dulu.
   
Sosma adalah akta PM Najib dan ISA adalah akta bapanya.
   
Maria dukacita tidak dapat bersama dalam demo 19 November itu tetapi tentulah dapat melihat hasil dan kejayaannya. Ia dilaporkan paling bersih justeru dikatakan tiada kejadian buruk. Demo itu turut dijayakan oleh kumpulan baju merah sekalipun mimpi berlainan, tetapi ia meramaikan Kuala Lumpur.
    
Kehadiran baju merah itu menambah lariskan gerai makanan, menambah pungutan tol dan penggunaan petrol bagi yang pergi dan pulang dari demonstrasi. Ia baik bagi ekonomi. Jika yang berbaju kuning saja pulangan perniagaan mungkin 30 peratus kurang.
    
Jika demo itu menyebabkan trafik sesak, yang tambah menyesakkan kerana sumbangan baju merah. Sekalipun baju merah anti Bersih, mereka menambahramaikan orang masuk Kuala Lumpur hari itu. Secara tidak langsung menambah pengalaman polis – latihan – menghadapi unjukrasa besar setahun setengah atau dua tahun sekali.
   
CNN melaporkan, ribuan orang turun demo Kuala Lumpur menuntut PM Najib berundur macam ratusan ribu di Korea Selatan minta Presidennya letak jawatan.
   
Tuntutan Bersih itu banyak selain mahukan pilihan raya yang bersih dan adil, tapi mesej besarnya yang juga kemahuan Dr. Mahathir ialah seperti dimuatkan oleh CNN itu. Mesej itu adalah lanjutan daripada tanda tangan sejuta tuntutan rakyat yang Mahathir serahkan kepada Yang Dipertuan Agong di Istana Alor Setar.
    
Kerajaan marah Maria Chin tapi dia dapat menarik sokongan Mahathir dan Muhyiddin Yassin. Mahathir adalah penentang unjukrasa jalanan sejak lebih 30 tahun, tapi Maria berjaya mengubah sikap Dr. Mahathir, malah diakui ramai membantu Maria dan Bersih.
   
Jika Najib pecat ramai lagi ahli Umno, nescaya ramai lagi bersama Bersih hari itu.
   
Maria dan beberapa pendemo hari itu ditahan polis. Jangan kata Bersih bukan satu perjuangan. Tangkapan adalah asam garam dalam perjuangan. Penangkapan itu tidak menandakan Bersih keji, bahkan membantu mewarnai tuntutan prodemokrasi itu.
   
Dan jika demo itu dibenarkan masuk ke Dataran Merdeka dan polis datang membantu melicinkan lalu lintas, tiada tangkapan terhadap Maria Chin, nescaya tidaklah kerajaan Najib dilihat menindas kebebasan dan tiadalah Umno dikira sudah tidak relevan. Jika kerajaan itu tidak perlulah demo besar. Kalau pilihan raya kita adil dan bersih, tiadalah Bersih.
    
Maria tidak perlu ditahan. Lagi lama dia ditahan lagi nampak comot kerajaan dan Najib, dan diyakini nama Maria tambah harum. Jika selepas ini mata dan muka Maria lebam, maka sahlah teruknya kerajaan yang ada.
    
Jika Maria tidak dibebaskan dalam waktu terdekat, sahlah Sosma sekejam mendiang ISA.
    
Semua patut mendoakan Maria tabah dan tahan ujian seberat mana seskalipun tekanan dikenakan. Jangan hendaknya Maria dibawa ke kaca TV mengaku buat itu dan buat ini, ngaku menyesal anjur Bersih 5.0 seperti yang banyak dilalui oleh  tahanan ISA dulu.
   
Jika Maria jadi begitu, orang  faham akan tekanan yang dihadapinya.
   
Maria dilihat mulia, semua menunggu pembebasannya. Penahanan itu menambah hormat terhadapnya. Tahniah dan syabas Maria Chin Abdullah! – HARAKAHDAILY 23/11/2016

Sumber HD- 23-6-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





















Takziah buat Rafizi Ramli

SUBKY LATIF | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/subky/43279-takziah-buat-rafizi-ramli

SEKALIPUN saya tidak gembira dengan politik Rafizi Ramli yang menyokong road show orang-oang yang keluar PAS menubuhkan parti sendiri, tetapi tetap pilu atas hukuman penjara 18 bulan terhadapnya.
   
Saya menerimanya sebagai inna lillah waina ilaihi rajiun. Ia satu musibah seperti seberat kematian seseorang. Sekalipun Rafizi tidak mati dengan hukuman mahkamah itu, tetapi ia adalah keputusan hendak mematikan politiknya dan orang-orang yang berjuang bersamanya.
   
Ia seperti membunuh politik kebenaran dan keadilan, bagi demokrasi dan kebebasan.
  
Yang terhukum itu bukan Rafizi saja. Ia menghukum sekalian pejuang prodemokrasi, prokeadilan dan prokebenaran, ia mematahkan gerakan mendaulatkan undang-undang, anti rasuah dan anti penyelewengan.
  
Maka sayogia Rafizi dan keluarga serta rakan seperjuangan diberi ucapan takziah atas musibah yang dihadapinya. Takziah itu tidak sekadar buat Rafizi dan keluarga, bahkan adalah untuk kita semua. Maka Rafizi dan semuanya jangan putus asa atas segala yang terjadi itu dan tidak menyesal atas tindakannya yang menyebabkan dia dihukum sebegitu rupa.
  
Berbanyak sabar bagi lazimnya orang-orang yang menerima ujian. Jika diuji dengan musibah berbanyak sabar, jika diuji dengan nikmat bersyukur.
   
Dia telah melakukan kerja yang mulia, yang diketahuinya tindakannya mendedahkan sebagian daripada kandungan penyelewngan 1MDB yang diOSA berisiko tinggi seperti yang dikenakan kepadanya sekarang. Dia wajar dipuji demi keberanian memberi bukti jenayah skandal itu sesuatu mesti didedahkan.
  
Yang didedahkan itu tidak semestinya palsu tetapi ia telah dijadikan barang larangan didedahkan. Ia jadi larangan bukan ia rahsia besar, tetapi rahsia umum yang cicak mengkarung pun tahu mengenainya, dijadikan larangan bagi melindungi bapak-bapak skandal bertanggungjawab atas kecurangannya.
    
Sistem undang-undang diperalat bagi melindungi penyelewengan orang atas. Maka sistem keadilan kita sudah dilihat sebagai undang-undang yang membebaskan si penikam, dua saksi tergantung. Bunyinya macam mencarut, tetapi politik dan demokrasi kita memang layak dicarut.
   
Rafizi belum dipenjarakan. Dia merayu dulu. Rayuan adalah hak dan peluang bagi yang dijatuhkan hukum bagi membela tidak bersalahnya. Tetapi kes-kes politik tidak begitu meyakinkan ia peluang bagi mendapatkan keadilan. Ia kira-kira peluang bagi menangguh menjalani hukuman.
    
Keputusan mahkamah atasnya tidak diterima orang ramai. Macam Datuk Harun Idris. Dihukum dan dipenjara. Orang ramai tolak keputusan itu. Datuk Seri Anwar Ibrahim. Orang tak terima. Maka Rafizi ini juga orang tak terima. Apa jadi pada sistem kejaksaan apabila rakyat tak terima.
   
Rafizi dijatuhkan hukum atas jenayah mendedahkan kejahatan orang yang disyaki penjenayah. Perkara yang didedahkannya bukan satu rahsia yang semua patut patuhi. Ia adalah seperti jenayah-jenayah lain.
    
Tetapi kerana yang bersangkut dengan 1MDB sudah masukkan dalam OSA maka jadi salah jika diungkit. OSA yang ada itu sendiri dipersoal keadilannya. Ia dikira undang-undang zalim. Ia sangat senang disalahguna. Kemudian sisatan 1MDB dimasukkan dalam OSA dipertikai adilnya. Hal yang dirasakan tidak adil itu dimasukkan pula dalam OSA yang tidak adil itu. Maka  semuanya keadilan buluh kasap, hujung hilang pangkal lesap.
   
Dengan hukuman itu Rafizi hilang kelayakan bertanding dalam PRU14. Ketiadaannya dalam Parlimen bukan kerugian bagi partinya PKR dan pembangkang, tapi kerugian untuk semua, untuk Parlimen, rakyat dan negara.
  
Percayalah Rafizi tidak mati. Orang sepertinya jika bekerja untuk Islam sentiasa dikira melakukan jihad yang besar. Mengata zalim kepada yang zalim, tinggi kedudukannya dalam Islam. – HARAKAHDAILY 21/11/2016

Sumber HD - 21-11-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Untungnya Donald Trump menang

SUBKY LATIF | .



TELAH dua kali saya tulis tentang tuah kita jika Donald Trump memenangi pilihan raya Presiden Amerika. Sekali semasa kempennya dan sekali ketika dia mendahului Hillary Clinton semasa pilihanraya itu.
   
Sebagai penduduk dunia saya besama semua bimbang akan kemenangannya. Tetapi sebagai orang Malaysia, jika benar dia akan membakul sampahkan TPPA, perjanjian perkongsian dagang Pan-Pasifik, maka ia boleh melepaskan Malaysia dari terjajah semula. Mungkin tuah itu satu dibandingkan dengan kebimbangan yang banyak bagi penduduk dunia, tetapi yang satu itu menjamin kedaulatan dan kemerdekaan negara sebagai bangsa yang bermaruah.
   
Dan sekarang Donald Trump belum mengubah dasar semasa kempennya tentang TPPA. Amerika dipercayai tidak akan bersama TPPA.
  
Pendapat umum Malaysia menolak TPPA kerana ia akan akan kita akan hilang status kemerdekaaan sekali lagi, tiada cara ia boeh dimerdekakan semula. Hanya yang menyokong Anggota Parlimen BN yang bermajoriti kecil dan kerajaan/pimpinan BN itu sendiri berdepan dengan krisis keyakinan. Keputusan menyertainya tidak popular dan dibuat oleh kerajaan dan Perdana Menteri yang tidak popular.
   
Penjajahan yang digeruni itu adalah Amerika, bukan lain-lain anggota yang 13 semuanya.
   
Apabila Amerika tidak ada ancaman hilang kemerdekaan itu tidak berbangkit. Apakah tanpa Amerika TPPA tidak bererti lagi? Jika dilihat pada projek itu adalah tajaan Amerika, maka tiada Amerika ia seperti tiada lagi.
   
TPPA itu dipercayai baik untuk semua jika tiada Amerika. Ia adalah satu konsep kaukus Pasifik yang pernah dicadangkan oleh Perdana Menteri Mahathir dulu. Ia satu kerjasama dagang penting serantau bagi kesejahteraan negara-negara Pasifik. Ia mendapat perhatian banyak pihak, tetapi tidak dapat dilaksanakan kerana dihalang Amerika.
   
Dr Mahathir tidak mahu ia disertai Amerika. Bila Amerika  campur, maka Amerika akan jadi raja dalam pakatan itu. Bila Amerika tidak disertakan, maka Amerika pengaruhi lain-lain negara jangan jayanya gagasan itu.
   
Mentiadakan Amerika bukan bererti untuk disasarkan kepada Amerika atau mengepung Amerika. Tetapi tidak mahu Amerika jadi  raja seperti TPPA yang Obama pelopori itu. Bila dia jadi raja habislah orang lain ditelannya kerana ia banyak modal  dan ia punya ramai orang kaya seperti Donald Trump yang belanja kempennya adalah dari kekayaan ssendiri dan sekarang dia tidak mahu ambil gaji Presiden. Saudagar Amerika akan bolot semua peluang ekonomi/dagang.
   
Bila Donald Trump tolak TPPA, maka terlepaslah semua dari belenggu penjajahan maharaja Amerika. Tetapi ini tidk bererti TPPA patut dibengkalai. TPPA boleh jalan terus  tanpa Amerika dengan  semua anggota berstatus  equal-footing, duduk sama rendah berdiri sama tinggi.
   
Saya teringat zaman Komanwel bermasalah dengan Afrika Selatan yang mengamalkan apartheid. Britain sebagai negara berpengaruh dalam Komenwel sayang pada Afrika Selatan. Yang lain mengirakan duri dalam daging. Ramai anggota mahu keluar Komanwel. Pedana Meneri Tunku Abdul Rahman menolak keluar Komanwel sebaliknya memecat Afrika Selatan dari Komanwel. Itulah yang kepada Afrika Selatan.
   
Bukan senang bagi TPPA memecat Amerika, tetapi kalau Amerika menarik diri, bahagia bagi TPPA. Ia bebas dari maharaja. Tanpa Amerika 12 anggota itu boleh jadikan ia tambah baik dan membuka keahlian kepada lain-lain negara Pasifik seperti China, Indonesia, Thailand, Taiwan dan lain-lain negara Latin Amerika.
   
Tengok semula konsep kaukus yang Mahathir cadang dulu.
    
Moga-moga Trump tidak ubah sikapnya terhadap TPPA. - HARAKAHDAILY 19/11/2016

Sumber HD- 19-11-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------























Shafie Apdal tahu apa dicakapnya?

SUBKY LATIF | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/subky/43233-shafie-apdal-tahu-apa-dicakapnya

MEMANG mengharukan kenyataan Datuk Seri Shafie Apdal setelah keluar daripada siasatan polis atas ucapannya di Parlimen tentang 1MDB.
   
Dia dan dua lagi bekas menteri disiasat atas topik yang sama di Parlimen setelah Speaker Parlimen membangkitkan betapa mereka dikatakan, sebagai bekas anggota kabinet, melanggar sumpah kerahsiaan boleh disiasat di bawah  akta hasutan dan OSA.
   
Selepas isyarat dari Speaker itu, maka polispun jalankanlah kerjanya.
   
Shafie adalah lulusan undang-undang di England dan pemimpin Umno yang sangat tegar Umnonya mungkin mengatasi tegar lain-lain pemimpin. Semasa bertanding buat kali pertama jawatan Naib Presiden Umno, semua calon diberi peluang muncul di kaca TV.
   
Secara lantang Shafie berpendapat Umno yang berkuasa tidak menggunakan kuasa yang cukup daripada peruntukan dan kemudahan yang ada pada kerajaan bagi menjamin kepentingan Umno.
  
Daripada kesempatan berkuasa itu kesempatan menggunakan kuasa itu, padanya tidak diambil sebaik-baiknya.
   
Saya kira, tidak wajar bagi menteri dan pemimpin Umno guna kuasa seluas-luasnya untuk kepentingan Umno, kerana menggunakan kuasa sewenang-wenangnya boleh melanggar kuasa yang diberi.
   
Apakah yang disuaranya itu wajar atau sebaliknya, saya tidak berhajat untuk mengulasnya, tetapi saya hendak menggambar sikap kasihnya pada Umno adalah melangit. Cinta Umno yang tinggi seperti itu patut tidak disayangi Umno.
   
Saya percaya Shafie memang tahu apa yang dia boleh cakap dan yang tidak boleh cakap. Dia mungkin tidak silap membaca pantang larang Parlimen. Sekalipun Parlimen ada kekebalan bagi anggotanya boleh bercakap apa yang tidak boleh dicakapkan di tempat lain, tentulah juga faham budaya tidak boleh bercakap sebarangan.
   
Tidaklah sunyi bagi bekas menteri boleh melanggar sumpah, kerana kelemahan manusia tidak sunyi daripada silap dan salah, tetapi tidak secara sewenang-wenang mereka melanggar peraturan. Kalaulah betul mereka melanggar sumpah, apakah kesemuanya sepakat mahu melanggar sumpah?
   
Mungkin Shafie justeru semangatnya tinggi, dilanggarnya sumpah. Masakan TS Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Husni Hanadzlah semangat tak dapat kawal diri? Seorang senang buat silap, tetapi ramai buat silap adalah payah.
   
Orang yang  siuman dan tinggi pengajian dan fahamannya atas tata susila, kehidupan berbudaya dan  tamadun, mengira mereka telah membuat apa yang patut menyuarakan isu besar yang melanda negara dan rakyat.
    
Orang tidak mengira Speaker wajar dan bijaksana menegur tiga-tiga bekas menteri itu. Dan semua  tidak mengira polis patut ambil keterangan mereka. Sekalipun menyoal mereka sebagai satu tanggungjawab, tetapi ia mudah jadi penghinaan.
   
Dua akta itu sendiri bukan popular bagi sebuah negara undang-undang dan amalan demokrasi berparlimen. Pengamal undang-undang tidak sekata atas kewajarannya. Kerajaan dikritik mengadakan akta itu.
    
Akta-akta itu mungkin bagi menjaga keamanan dan mencegah ancaman keselamatan, tetapi bukan untuk melindungi sesiapa melakukan pengkhianatan dan pecah amanah.
   
Mantan PM Mahathir telah bersama pembangkang dan lain-lain membantah tindakan atas tiga MP itu. Ia bukan sekadar mengganggu kekebalan dan kemuliaan Parlimen, kebebasan menyuarakan keadilan, bahkan boleh menghina MP terbabit bagi menegakkan kebenaran.
   
1MDB adalah satu puaka dalam kerajaan. Menegur/membantahnya wajib. Satu jihad yang besar bagi sesiapa mengata zalim pada pemerintah zalim. Akta-akta yang diguna bagi menyoal bekas-bekas menteri untuk melindungi kepentingan negara, juga bagi mengelakkan kezaliman dan penyelewengan kerajaan.
  
Shafie dipercayai tahu apa dicakapnya hinggalah dibuktikan dia tidak tahu apa dicakapnya. – HARAKAHDAILY 16/11/2016

Sumber HD -16-11-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

























Presiden Melayu kedua Singapura

SUBKY LATIF | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/subky/43214-presiden-melayu-kedua-singapura

PERDANA Menteri Singapura, Lee Hsien Loong memberi isyarat sedang mencari seorang Melayu untuk menjadi Presiden republik itu.
   
Satu mekanisma sedang difikirkan bagaimana seorang Melayu boleh dipilih untuk menjadi Presidennya yang baru.
   
Tidak diketahui mengapa kali ini mengapa kerajaan dan masyarakat Singapura yang penduduknya bermajoriti besar orang Cina terfikir untuk memberi Melayu menjadi Presiden.
   
Bukan pulau republik itu tidak pernah berpresidenkan orang Melayu, bahkan orang Melayulah yang menjadi Yang Dipertuan Negaranya, Paduka Yusuf Ishak apabila di bawah  perlembagaan barunya menggantikan Pesuruhjaya Tinggi British/Gabenor tamat tempoh perkhidmatannya. Apabila Singapura menajadi sebahagian dari Malaysia Yang Dipertuan Negara itu diselaraskan sebagai Yang Dipertuan Negeri.
   
Sebelumnya ketua negeri yang bukan Raja adalah Gabenor. Setelah Malaysia dibentuk Gabenor menjadi Yang Dipertua Negeri. Apabila Singapura dikeluarkan dari Malaysia, maka Paduka Yusuf Ishak menjadi Presiden sulungnya.
   
Selepas kematiannya lebih 40 tahun lalu tidak ada lagi Melayu menjadi Presiden hinggalah sekarang Perdana Menterinya memikirkan untuk memberi sekali lagi kepada orang Melayu.
  
Singapura mungkin tidak berfikir secara perkauman, Presiden mesti dari kaum majoriti. Semua etnik boleh jadi Presiden dan apa-apa juga jawatan awam. Selepas Presiden Yusuf itu ada Serani, ada Cina dan India jadi Presidennya.
    
Cina sudah beberapa orang dan India juga sudah lebih dari seorang. Ketika Lee Kuan Yew mengambil alih kuasa yang disokong oleh semua kaum, Melayu adalah kaum yang lebih ramai dari keturunan India. Yang mengalahkan pemimpin-pemimpin Umno dalam pilihan raya Majlis Perundangan Singapura yang memberi kuasa kepada Lee Kuan Yew itu adalah calon Melayu Petir, parti pimpinan Lee.
   
Ertinya sumbngan orang Melayu Singapura adalah besar membantu Lee Kuan Yew berkuasa.
   
Jika Lee Kuan Yew menjadi Perdana Menteri bukan kerana Cinanya dan majoriti Cina di pulau ini. Tetapi Lee adalah ketua partinya. Sebelumnya David Marshall, seorang Yahudi dilahirkan di Iraq menjadi Ketua Menteri Singapura. Yahudi bukan ramai di Singapura, malah jauh ramai India daripadanya.
   
Masyarakat Singapura memilih Yahudi jadi Ketua Menteri kerana dia ketua partinya.
   
Orang Melayu tidak boleh lagi bercakap Singapura mesti berketuanan Melayu. Ia mudah menjdi perkauman. Pemilihan Yusuf Ishak jadi Presiden menjadi orang Melayu bertuah. Dan orang Melayu yang menyokong Lee Kuan Yew berpersepsi Presiden Singapura adalah orang Melayu.
    
Lee tidak pernah mengkabulkan impian orang Melauyu itu. Dari semasa ke semasa rakyat Singapura bukan Melayulah jadi Presiden dari seorang ke seorang.
    
Jika Cina jadi Presiden, logiknya Cina saja-saja yang menjadi penduduknya. Tiada apa yang oleh takwil apabila pulau itu sudah penuh dengan Cina. Tetapi kaum India yan tidak seramai orang Melayu bertuah lebih seorang dari mereka  sudah jadi Presdien. Apalah nasib orang Melayu yang  tidak pilihan?
   
Maka entah apa kenanya, Perdana Menteri sekarang mahu orang Melayu pula jadi Presiden. Bolehlah orang Melayu bersyukur. Dari tidak merasa langsung, maka merasa juga sekali sekali dalam masa 40 tahun.
    
Tahniah kepada Singapura dan mungkin selepas ini kerap lagi peluang diberi kepada orang Melayu. - HARAKAHDAILY 15/11/2016

Sumber HD -15-11-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

























Bersih 5.0 lebih menggerunkan Najib

SUBKY LATIF | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/subky/43157-bersih-5-0-lebih-menggerunkan-najib

JANGAN sangka gerakan Bersih yang sudah empat siri itu tiada kesan langsung, maka ia tidak patut diteruskan.
   
Jika Bersih 5.0 tidak disertai PAS bukan kerana tiada yang positif daripadanya. Ada positif iaitu melemahkan monopoli politik Umno/BN dan mengancam kuasa Perdana Menteri Najib. Tapi apa positif yang Islam boleh dapat daripadanya?
    
Dari segi keselamatan, empat unjuk rasanya yang lalu tidak menggugat keselamatan. Sebaliknya lebih mengganggu pemikiran kerajaan ialah tekanan kuasa besar dunia tentang kemunculan Daesh di serata benua dan persepsi pemikiran setengah orang Sarawak dan Sabah tentang keberadaannya dalam Malaysia.
   
Sebaliknya dengan pengalaman empat demo itu memberi input cukup bagaimana hendak menangani demo besar tanpa mengancam keselamatan negara. Demo raksaksa susah dihindar di dunia yang terbaru kita saksikan di Hong Kong tentang kedudukan kota itu dalam China, bantahan skandal Presiden Korea dan unjukrasa di Jakarta tentang Gabenornya. Sekalipun ada kecederaan tetapi ia tidak mengancam keselamatan negara tersebut.
   
Semua pengalaman itu patutnya membantu mengawalnya dengan cara terbaik supaya asas penting dalam demokrasi tidak dibunuh.
   
PAS ada pengalaman dalam empat demo Bersih, tetapi Islam tidak dapat apa-apa. Ia tidak dapat jadi medan dakwah sekalipun Bersih 1.0 dimulai dari bilik hawa dingin markaz PAS. Setelah ia diserahkan kepada pengendali lain, ia boleh menjadi anti dakwah.
   
Dengan PAS memasuki politik matang dan sejahtera, ia tidak sekadar menilai dari sudut menang pilihan raya saja, tetapi apa yang Islam boleh dapat dalam setiap kerjasamanya dengan semua pihak?
   
Bersih 5.0 berdepan dengan cabaran besar, pertama tajaan baju merah yang tidak dinamakan Umno dan Pemudanya, tetapi adalah anti baju kuning Bersih. Baju merah tiada kalau tidak Bersih. Amaran kerajaan kepada baju merah sama seperti siasatan kerajaan kepada skandal 1MDB dan pembicaraan atas pembunuhan Altantuya. Siasatan yang tiada siasatan dan perbicaraan yang bicara sangat.
   
Cabaran atau fitnah kedua ia dibantu oleh Soros. Semua yang gilakan duit berbilion suka duit Soros. Jika diam-diam Soros masukkan derma RM2.6 bilion ke akaun bank seseorang, itulah yang dikehendaki. Ia jadi isu kerana Soros dikatakan menyalur dermanya kepada orang lain, bukan kepada penyangak derma. Derma Soros boleh memadamkan derma RM2.6 bilion dalam bank seseorang.
   
Mengapa Bersih 5.0 jadi lebih gempar daripada empat siri Bersih lalu? Kerana ia tambah mengancam keselamatan politik Najib dalam Umno dan mengancam keselamatan Umno dalam keyakinan rakyat yang sangat rendah kepadanya.
   
Dengan retak yang menunggu belah dalam Umno dan kuasa Najib bagai embun dihujung tanduk, Bersih 5.0 jadi permulaan kehabisan Umno dan riwayat kuasa Najib.      PAS biarkan Bersih buat apa yang dapat dibuat terhadap kekuasan Najib dan Umno, kerana apa jua yang terjadi Islam tidak dapat apa. PAS tidak mahu penat kerja tidak dapat pahala.
   
Kalau PAS berkecuali dalam Bersih 5.0, ditakdirkan dalam PRU 14 nanti ia kembali ke Parlimen dengan satu kerusi seperti tahun 1986 kerana tidak dapat undi dari penyokong pembangkang, maka jadi malang macam dialami dalam perang Uhud. Siapa berani kata pengalaman Perang Uhud tiada pahala bagi pejuangnya?
   
Dalam politik matang PAS itu, kejatuhan Umno /Najib diisi dengan agenda Islam, bukan memulakan perjuangan baru bagi menegakkan Islam yang tidak tercapai itu. – HARAKAHDAILY 10/11/2016

JANGAN sangka gerakan Bersih yang sudah empat siri itu tiada kesan langsung, maka ia tidak patut diteruskan.
   
Jika Bersih 5.0 tidak disertai PAS bukan kerana tiada yang positif daripadanya. Ada positif iaitu melemahkan monopoli politik Umno/BN dan mengancam kuasa Perdana Menteri Najib. Tapi apa positif yang Islam boleh dapat daripadanya?
    
Dari segi keselamatan, empat unjuk rasanya yang lalu tidak menggugat keselamatan. Sebaliknya lebih mengganggu pemikiran kerajaan ialah tekanan kuasa besar dunia tentang kemunculan Daesh di serata benua dan persepsi pemikiran setengah orang Sarawak dan Sabah tentang keberadaannya dalam Malaysia.
   
Sebaliknya dengan pengalaman empat demo itu memberi input cukup bagaimana hendak menangani demo besar tanpa mengancam keselamatan negara. Demo raksaksa susah dihindar di dunia yang terbaru kita saksikan di Hong Kong tentang kedudukan kota itu dalam China, bantahan skandal Presiden Korea dan unjukrasa di Jakarta tentang Gabenornya. Sekalipun ada kecederaan tetapi ia tidak mengancam keselamatan negara tersebut.
   
Semua pengalaman itu patutnya membantu mengawalnya dengan cara terbaik supaya asas penting dalam demokrasi tidak dibunuh.
   
PAS ada pengalaman dalam empat demo Bersih, tetapi Islam tidak dapat apa-apa. Ia tidak dapat jadi medan dakwah sekalipun Bersih 1.0 dimulai dari bilik hawa dingin markaz PAS. Setelah ia diserahkan kepada pengendali lain, ia boleh menjadi anti dakwah.
   
Dengan PAS memasuki politik matang dan sejahtera, ia tidak sekadar menilai dari sudut menang pilihan raya saja, tetapi apa yang Islam boleh dapat dalam setiap kerjasamanya dengan semua pihak?
   
Bersih 5.0 berdepan dengan cabaran besar, pertama tajaan baju merah yang tidak dinamakan Umno dan Pemudanya, tetapi adalah anti baju kuning Bersih. Baju merah tiada kalau tidak Bersih. Amaran kerajaan kepada baju merah sama seperti siasatan kerajaan kepada skandal 1MDB dan pembicaraan atas pembunuhan Altantuya. Siasatan yang tiada siasatan dan perbicaraan yang bicara sangat.
   
Cabaran atau fitnah kedua ia dibantu oleh Soros. Semua yang gilakan duit berbilion suka duit Soros. Jika diam-diam Soros masukkan derma RM2.6 bilion ke akaun bank seseorang, itulah yang dikehendaki. Ia jadi isu kerana Soros dikatakan menyalur dermanya kepada orang lain, bukan kepada penyangak derma. Derma Soros boleh memadamkan derma RM2.6 bilion dalam bank seseorang.
   
Mengapa Bersih 5.0 jadi lebih gempar daripada empat siri Bersih lalu? Kerana ia tambah mengancam keselamatan politik Najib dalam Umno dan mengancam keselamatan Umno dalam keyakinan rakyat yang sangat rendah kepadanya.
   
Dengan retak yang menunggu belah dalam Umno dan kuasa Najib bagai embun dihujung tanduk, Bersih 5.0 jadi permulaan kehabisan Umno dan riwayat kuasa Najib.
   
PAS biarkan Bersih buat apa yang dapat dibuat terhadap kekuasan Najib dan Umno, kerana apa jua yang terjadi Islam tidak dapat apa. PAS tidak mahu penat kerja tidak dapat pahala.
   
Kalau PAS berkecuali dalam Bersih 5.0, ditakdirkan dalam PRU 14 nanti ia kembali ke Parlimen dengan satu kerusi seperti tahun 1986 kerana tidak dapat undi dari penyokong pembangkang, maka jadi malang macam dialami dalam perang Uhud. Siapa berani kata pengalaman Perang Uhud tiada pahala bagi pejuangnya?
   
Dalam politik matang PAS itu, kejatuhan Umno /Najib diisi dengan agenda Islam, bukan memulakan perjuangan baru bagi menegakkan Islam yang tidak tercapai itu. – HARAKAHDAILY 10/11/2016

Sumber HD -10-9-2016



























Zuriat Umno diperangkap akta Umno

SUBKY LATIF | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/subky/43101-zuriat-umno-diperangkap-akta-umno

SAYA hendak mengikut resam Amerika memanggil Menteri Husni kepada bekas Menteri Kewangan Kedua YB Husni dari Tambun.
    
Amerika mengekalkan panggilan Setiausaha Hillary Clinton kepada bekas Setiausaha Negara itu. Tidak memanggilnya bekas Setiausaha Negara Hillary Clinton. Demkian juga suami terus dipanggil Presiden Clinton walaupun dia tidak jadi Presiden lagi.
    
Maka saya kekalkan panggilan Menteri Husni kepadanya. Menteri Husni dipanggil Bukit Aman untuk memberi keterangan tentang perbahasannya di Parlimen yang menyentuh isu dalam kementeriannya yang berlaku semasa dia jadi menteri.
   
Demikian juga Menteri Muhyiddin Yassin dipanggil untuk memberi keterangan kerana perbahasannya menyentuh yang berlaku dalam kerajaan. Menteri Shafie Afdal juga bercakap begitu dipercaya dipanggil juga.
    
Apakah mereka sudah melanggar larangan akta hasutan dan OSA – akta rahsia rasmi – disengaja atau tidak sengaja? Atau apakah asal bekas-bekas menteri bercakap tidak puas hati dengan kerajaan dan menteri dan kementerian mana-mana saja  lalu mereka didakwa dan dihukum?
   
Akta hasutan dan akta rahsia rasmi ada rang undang-undang dan akta yang dibenci dan ditolak oleh pembangkang sejak dibentangkan di Parlimen dan setelah dikuatkuasakan. Semua akta ada baik dan ada buruknya. Islam mengakui arak ada manfaatnya dan ada keburukannya. Keburukan lebih banyak daripada kebaikan.
   
Demikian juga dadah. Sedunia mengatakan dadah ada kebaikannya tetapi sedunia juga memerangi dadah kerana bencana lebih banyak dan kebaikan hanya sedikit.
   
Kedua-dua akta itu adalah hndak mengelakkan orang bercakap atas isu sensitif yang boleh mencetus perkauman dan huru-hara. OSA pula bagi mencegah para pegawai dan sesiapa juga membocorkan rahsia rasmi kerajaan.
    
Semua maklumat dan kejadian asalnya halal tetapi akta menjadikannya haram. Ada yang haram dan ada yang tidak haram. Tetapi yang membezakan antara haram dan tidak haram adalah senipis kulit bawang. Tersentuh saja ia mudah terkoyak walaupun tidak berhajat mengoyaknya.
   
Akta macam ini mudah membantu yang adil jadi zalim, yang terbuka jadi tertutup, yang demokrasi jadi fasis dan diktator. Ia boleh menghalang kebebasan, mengkritik, menegur dan menyatakan sesuatu yang bebeza dari kemahuan pemerintah.
    
Tunku dan Tun Razak sebelum merdeka adalah lembut. Demi menyenangkan pentadbiran supaya tidak banyak diganggu oleh banyaknya bangkangan dan urusan kerajaan dan menteri dibocorkan, diadakan akta. Ia menakutkan orang tidak sealiran untuk menegur. Bila lama tiada teguran, ia jadi sedap. Bila ditegur melenting dan akta pun digunakan.
   
Semua pembangkang mengecam akta itu dan mengingatkan supaya kerajaan jangan jadi Firaun. Tetapi Umno semua mengata ia adalah yang seelok-eloknya demi menyelamatkan negara. Tiada Umno kata ia tidak baik.
   
Umno sendiri tiada sentiasa elok. Zaman Tunku ada tak eloknya. Siapa tegur Tunku, payah dapat projek. Zaman Tun Razak juga begitu dan demikian zaman Mahathir. Siapa usik Tun Razak dan Mahathir nescaya terima surat tak bayar cukai pendapatan dan tak jelas hutang Mara.
   
Paling teruk zaman Najib ini. Mana menteri yang tak sabar digantung atau dipecat keahliannya dan terbuang dari kabinet. Menteri Husni adalah sebaik-baik manusia. Tak suka menceceh. Dia tak tahan, dia letak jawatan kecuali MP.
   
Dia bercakap tentang kebimbangan dan tidak setujunya atas beberapa kejadian dalam kerajaan di Parlimen. Lalu terfitnah kata-katanya menyanggah akta-akta yang disediakan Umno dulu. Dia dan yang lain adalah cucu cicit Umno yang tidak pernah derhaka pada Umno tapi tak puas hati dengan ketua Umno sekarang.
  
Bila mereka merungut, lalu diperangkap oleh akta ciptaan tok nenek Umnonya dulu. Rupanya akta orang Umno jerat zuriat  Umno sendiri. – HARAKAHDAILY 5/11/2016

Sumber HD - 5-11-22016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















Memilih selain Islam, amal tidak diterima

SUBKY LATIF | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/subky/43089-memilih-selain-islam-amal-tidak-diterima

SAYOGIA umat seluruhnya insaf dan peka terhadap wasiat Mursyidul Am yang baru, TG Hashim Jasin dalam Minda Mursyidul Amnya di Harakah keluaran 28 -30 Oktober 2016.
   
Ingatannya berbunyi, ‘....Islam adalah satu-satunya cara hidup yang diterima di sisi Allah. Memilih cara hidup selain Islam akan menyebabkan seluruh amal kita tidak diterima oleh Allah SWT.’
   
Selain tujuan politik memperjuangkan wujud di negara sebuah pemerintahan yang terlaksana di dalamnya aturan dan peraturan Islam, maka pembentukan PAS dalam tahun 1951 adalah demi menegakkan cara hidup Islam sebagai satu kaedah amal masing-masing dapat diterima.
   
Banyak syarat yang wajar dipenuhi supaya amal diterima Allah seperti yang digaris dalam hukum fiqah. Pertama Islam dulu, tetapi  dengan Islam saja, dibiar Islam tidak addin, tidak jadi sistem hidup yang menyeluruh, maka amal tidak diterima Allah.
   
Itulah pentingnya PAS menekankan Islam yang dirukunkan itu tidak seperti Islam yang dirakam dalam perlembagaan, tetapi adalah Islam sebagai addin. Tujuannya ialah bagi menjamin solat kita dan ibadat kita diterima Allah, dan dengan demikian hidup kita dan mati kita diredai Allah.
   
Orang PAS bersukur kepada Allah kerana pengasasnya para ulama dalam tahun 1951 itu membentuk parti itu bagi memperjuang Islam addin itu. Dan orang Islam yang tidak menyertai PAS patut juga bersyukur dengan kewujudan PAS, kerana ada juga di tengah masyarakat Islam sebelum merdeka dan selepas merdeka memperjuangkan Islam sebagai satu cara hidup.
   
Yang diketengahkan PAS itu tepat dengan ajaran Islam yang menyarankan kendaklah ada dalam kalangan umat itu segolongan orang yang menyeru kepada menegakkan yang makruf dan menentang kemungkaran.
    
Dengan apa yang diperjuangkan itu jika ia berjaya, maka ia menjadikan sekalian orang Islam  berada pada landasan amalnya boleh diterima.
   
Tidaklah kita hendak mendakwa Islam PAS saja yang betul dan Islam orang lain tidak betul. Pra syaratnya sistem hidup yang dipakai di negara ini mestilah sistem Islam. Kalau yang terpakai adalah sistem lain, maka ibadatnya jadi tonggang langgang.
   
Ini mengikut dakwah itu bermula di rumah sendiri dulu. Tetapi negara itu tidak sempurna setakat rumah kita saja elok tetapi di luar rumah dan di tengah jalan tak elok. Maka jadi tanggungjawab kita yang teratur bukan dalam rumah tangga kita saja, di luar rumah juga mesti elok.
    
Yang kita mahu amal kita diterima ialah kita mahukan syurga dan tidak mahu neraka. Kita tak mahu kita saja masuk syurga sedang orang lain – saudara sebangsa dan seagama masuk ke lain. Syurga itu bukan untuk kita saja. Ia luar tak bertepi boleh menampung semuanya sejak zaman Nabi Adam hingga sampai kiamat.
   
Kalau kita hendak lepaskan diri kita saja, lantaklah apa akan jadi pada orang lain maka para rasul dan nabi tidak perlu susah payah mengajak umat beriman. Maka kita dikehendaki mengikut jejak para nabi.
   
Yang kita susah payah perjuangkan juga cara hidup Islam itu mengapa? Jika tidak diperjuangkan  sistem itu tidak terlaksana. Maka selama-lamanyalah amal kita tidak diterima. Jika orang tak terima, kita jangan lari. Jangan jadi macam Nabi Yunus tinggalkan dakwah kerana umat tolak. Allah hukum baginda, tercampak ke laut, ditelan jerung dan dimuntahkan di pantai yang ditinggalkannya, mesti manyambung dakwah.
  
Pesan Mursyidul Am itu mesti dihayati. – HARAKAHDAILY 4/11/2016

Sumber HD - 4-11-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Formula Musyidul Am satu lawan satu
Posted on Friday, November 04 @ 07:11:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32220



Oleh Subky Latif

BEBERAPA hari lalu Mursyidul Am PAS, TG Hashim Jasin telah memberi pencerahan kepada umat Islam jika mahu amalan masing-masing diterima Allah, gunalah cara hidup Islam.

Dalam pencerahan terbarunya kepada parti-parti politik yang menyeru kepada satu lawan satu dan penyatuan sesama umah mesti mengikut formula agama Allah.
   
Syaratnya halalkan apa yang al-Quran halal dan haramkan apa yang Islam haramkan mengikut kaedah yang ditentukan mengikut hak-hak bagi orang Islam dan hak-hak bagi bukan Islam.
   
Jika penghormatan itu dapat dihormati, maka pintu kerjasama semula dengan DAP terbuka.
   
Nescaya berulanglah semula dalam PRU14 nanti seperti yang berlaku dalam PRU13 iaitu satu lawan satu. Jika ia tidak diterima, maka jawabnya ialah satu lawan empat.
   
Demikian juga dengan dakwaan Umno yang siang malam hendak sangat bersatu dengan PAS, Jika formula itu diterima, maka terbuka penyatuan antara keduanya.
   
Pencerahan politik yang disaran oleh Mursyidul Am itu membuka peluang baru bagi kerjasama politik antara PAS dengan DAP dan antara PAS dengan Umno.
    
Sebelum ini pintu untuk bersama semula dengan DAP bukan sekadar tertutup, bahkan terkunci. Dengan formula TG Hashim Jasin itu, pintu tertutup juga tapi tidak berkunci. Daun pintu boleh dibuka bila-bila masa.
    
Pembatalan tahaluf ada rugi bagi PAS dan ada ruginya bagi DAP dan Pakatan. Rugi PAS tidak sebanyak untungnya. Orang mungkin tidak nampak untungnya tetapi ia dijamin Allah. Hanya yang beriman yakin dan nampak akan janji keuntungan itu. Tetapi bagi DAP dan Pakatan ruginya lebih banyak dari untung.
   
Ruginya bukan sekadar dapat menguasai Putrajaya dalam PRU14, bahkan selama-lama tiada harapan berperanan dalam pentadbiran Putrajaya.
   
Hak bukan Islam tidak terganggu jika formula itu diikut. Jaminan itu sudah ada sejak hijrah Rasulullah dulu dan ia telah dibuktikan sepanjang pimpinan baginda di Madinah. Tentang parti  Mat Sabu belum ada pencerahan. Parti itu adapun justeru hendak mengelakkan pertandingan banyak penjuru dalam PRU.
   
Jika formula satu lawan satu diterima keperluan partinya tidak ada lagi. Masakan ia jadi calon ketiga?
   
Mungkin parti pembangkang tidak sempat berbincang ketika Parlimen bersidang yang antara kemungkinannya RUU355 dibentangkan.
   
Bagi memupuk perpaduan pembangkang supaya satu lawan satu dapat diadakan. Maka RUU355 boleh dijadikan jambatan bagi pelaksanaan satu lawan satu itu. PAS bukan saja mengharapkan sokongan MP Islam dari PKR, DAP dan Bersatu, bahkan PAS mahukan semua MP pembangkang menyokongnya.
   
PKR sudah mengumumkan menyokongnya. Jika DAP belum masa untuk menyokongnya, sekurang-kuangnya ia berkecuali.
   
Setelah mendapat isyarat baru dari Mursyidul Am itu, semua pembangkang wajar menimbangkan formulanya. Formula beliaulah yang memberi banyak harapan dibanding dengan lain-lain harapan politik.
   
Bagaimana kalau formula itu diterima sekali gus oleh Umno dan pembangkang? Apa pilihan PAS? Justeru pencerahan Mursyidul Am itu ada mengikut saranan al-Quran, maka PAS boleh memimpin perbincangan dengan kedua-duanya yang matlamatnya bagi mendapat mardhatilah hingga ke akhirat, bahkan kita dapat mencapai cita-cita 1Malaysia yang sebenarnya menjadikan Malaysia negara bersih rasuah.
   
Jika ia belum terima kita hadapi satu lawan lima atau lima-lima berlawan. Tetapi jika kelima-limanya dapat bergenggam mengikut formula Mursyidul Am nescaya ia jadi buku lima yang sakti. - HARAKAHDAILY


Sumber TKO - 4-11-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















Buat apa bila minyak masak kurang?

SUBKY LATIF | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/subky/43045-buat-apa-bila-minyak-masak-kurang

KATA kerajaan minyak masak cukup. Tapi tinjuan yang media buat minyak masak tak cukup di seluruh negara.
    
Tidak boleh kata kerajaan berbohong, tapi ramai tidak dapat beli kerana ia dikatakan tidak ada.
    
Kita pernah menghadapi kekurangan gula. Lalu ada kempen segera di media termasuk TV. Kurangkan pengambilan gula kerana ia boleh menyebabkan kencing manis.
  
Apabila bekalan gula mencukupi kempen kurang makan gula dihentikan. Pengguna semula jadi macam semut, mandipun dengan air gula. Tiada lagi takut kena kencing manis.
  
Apabila petrol kurang dan naik harga. Ada cadangan berkongsi kenderaan ke tempat kerja. Atau kurangkan penggunaan motokar. Jika tempat kerja tidak jauh dari rumah, berbasikal dan berjalan kaki ke tempat kerja, ke masjid dan ke pasar.
  
Kurangkan penggunaan van jenazah. Kembali ke musim lampau keluarga dan sahabat handai usung jenazah ke kubur.
  
Garam belum pernah kedengaran kurang. Kalau tidak mungkin ada kempen mengingatkan pengguna jangan banyak makan garam kerana ia menyebabkan  darah tinggi.
  
Apabila minyak kurang belum ada lagi TV, radio dan media sosial mengingatkan orang jangan banyak guna makan berminyak kerana takut kolestral dan saluran ke jantung mudah tersumbat. Banyakkan makanan berebus. Elakkan menggoreng ikan dan ayam. Banyakkan panggang dan ikan bakar. Kurangkan kuah dan gulai berminyak. Biar hari-hari guna  kuah singgang.
   
Apabila kurang beras? Kembali semua seperti zaman Jepun. Rebus ubi kayu atau pisang muda. Garut ubi atau pisang rebus muda itu, gaul ia dengan nasi jadi separuh nasi dan separuh ubi/pisang muda rebus.
  
Biar kerajaan tidak bersusah payah memikirkan bagaimana hendak mengadakan bekalan secukupnya dan persatuan pengguna dan pembangkang tidak banyak salahkan kerajaan.
   
Tapi semua kempen segera dan seketika apabila bekalan komoditi itu kurang adalah gimik kerajaan yang tidak banyak idea dan tidak bersiap siaga.
   
Apabila bekalan minyak putus, semua tahu apa yang sekalian peniaga lakukan. Naikkan harga. Selalunya apabila harga naik bekalan pun pulih. Apabila krisis sudah diatasi harga yang naik itu tidak akan turun lagi. Hinggalah bekalan itu tidak cukup lagi. Harga naik lagi. Begitulah lazimnya sejak zaman Tun Razak lagi.
    
Mungkin krisis bekalan gula, tepung, beras, susu dan lain-lain banyak bergantung pada bekalan dunia. Kita tidak jadi pengeluar secukupnya. Kita ada sawah tapi kita tidak berdikari. Kita pernah buka ladang tebu tapi tak tahu apa jadi kilang gulanya.
   
Kita adalah pengeluar kelapa sawit terbesar dunia. Kita melabur pula di negara jiran. Eksport kita tidak pernah tidak cukup. Acap harga sawit jatuh kerana kurang impot. Dan sekarang harga sawit jatuh tetapi pengeluarannya tidak berkurangan. Bekalan diteruskan sekalipun harganya murah.
   
Maka bekalan minyak masak dari kelapa sawit sepatutnya cukup dan berlebihan. Bahkan negara patutnya ada simpanan yang cukup bagi kegunaan domestik. Apabila ada tanda-tanda kurang bekalan dalam pasaran boleh cepat-cepatkan keluarkan simpanan.
   
Apabila kita kurang minyak masak, maka kita macam Arab Saudi tidak cukup petrol. Sebagai  pengeluar petrol terbesar dunia, tak mungkin Saudi putus bekalan runcit. Kalau Saudi tak mungkin putus bekalan petrol domistik, maka tak patut Malaysia tenggelam dengan minyak sawit putus bekalan.
   
Sudah nasib kita jadi itik kehausan di tengah banjir dan ayam kelaparan di negeri yang banyak sekam. Adakah sawit bukan lagi rezeki kita? – HARAKAHDAILY 31/10/2016

Sumber HD - 31-10-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















Tembak babi rakan yang kena

SUBKY LATIF | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/subky/42949-tembak-babi-rakan-yang-kena

SAYA tertarik dengan berita beberapa orang berburu di Sungai Siput. Seorang daripadanya ternampak babi hutan melintas. Diapun tembak sasarannya kena.
    
Mereka pun pada sasaran itu. Didapati yang kena tembak bukan babi hutan, tapi seorang dari rakan berburu terlentang sudah tidak bernyawa.
   
Rakannya itu terkena peluru di dada.
  
Dengan kejadian itu saya teringat dengan apa yang diceritakaan kepada saya ketika saya kanak-kanak dulu, sekitar 70 tahun dulu. Seorang yang dikenali oleh semua penduduk Pasir Panjang Laut, Sitiawan dengan panggilan Man Tembak.
  
Ia kejadian benar di Kampung Sungai Parit, satu dari lokaliti Pasir Panjang Laut. Namanya Othman.
  
Masa cerita itu disampaikan kepada saya Man Tembak sudah lama mati. Bahkan beberapa cucunya lebih tua dari saya. Kejadian itu mungkin sudah lebih seratus tahun dulu.
   
Othman bersama rakannya pergi berburu macam orang-orang yang berburu di Sungai Siput itu. Othman dikatakan ternampak rusa melintas. Dia pun tembak. Nampak rusa kena dan jatuh.
   
Apabila yang kena tembak itu rusa, maka sudah tentu Othman segera menerpanya bagi menyembelihnya sebelum ia mati. Jika ia tidak sempat disembelih, nescaya jadi bangkai, tidak halal lagi dimakan.
   
Alangkah terperanjatnya Othman kerana yang tertembak itu adalah rakannya. Dia terbaring dan sudah mati.
   
Kejadian sekitar seratus tahun lalu sama seperti yang terjadi di Sungai Siput. Yang nampak melintas dan ditembak di Sungai Siput itu babi. Yang terkena tembak rakannya. Yang nampak melintas di Sungai Parit ialah rusa dan yang mati tertembak rakannya.
   
Apa akhir kejadian di Sungai Parit itu, kampung kelahiran saya, tidak diketahui kerana saya pun tak bertanya pada orang  bercerita. Tetapi semua memanggilnya selepas itu Man Tembak. Dan saya pun tidak bertanya siapa yang jadi mangsa itu? Apa reaksi keluarganya dan apa penyelesaian yang dibuat?
   
Oleh kerana ia adalah kejadian yang tidak disengaja dan tidak dikira satu jenayah. Kalau pun disiasat, adalah kerana kecuaian. Tapi kalau kejadian yang sama bentuknya boleh berlaku seratus tahun kemudian, maka kejadian tak sengaja seperti itu boleh berlaku bila-bila.
   
Ada beberapa orang di kampung itu bernama Othman dan Abdul Rahman. Biasanya orang kampung panggil mereka Man. Tetapi Man yang satu ini dikenali dengan Man Tembak. Semuanya tahu, keluarga dan anaknya bahawa dia lekat digelar Man Tembak.
   
Seingat saya anak-anaknya dan cucu-cucunya tidak sensitif bila ayah atau toknya dipanggil Man Tembak.
   
Bahkan bila orang hendak memastikan mereka anak Man mana atau cucu Man mana, mereka sendiri jelaskan anak Man Tembak atau cucu Man Tembak.
  
Orang yang menembak mungkin trauma dan ada rasa salahnya, tetapi keadaan seperti kita terpaksa terima.
   
Ia tetap satu ujian dan fitnah. Orang-orang yang bersabar selalunya berjaya menghadapi ujian. - HARAKAHDAILY 24/10/2016

Sumber HD - 24-10-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------











































RUU 355: Raja ada pengetahuankah?

SUBKY LATIF | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/subky/42930-ruu-355-raja-ada-pengetahuankah

APA yang orang awam difahamkan RUU 355 sebagai usul persendirian Ahli Parlimen Marang bagi memperkasakan mahkamah syariah bukanlah persoalan undang-undang baru pindaan kepada undang-undang yang sudah ada yang darjatnya rendah dari mahkamah majistret.

Rang mula-mulanya dibentangkan oleh Tun Abdul Rahman Yaakub semasa dia menteri, sebelum jadi Ketua Menteri Sarawak dulu. Masa Tunku dan Tun Razak berkuasa dulu.

Apakah ia dibawa ke Parlimen dulu atas pengetahuan dan kebenaran Majlis Raja-Raja atau tidak, hanya kerajaan yang arif tentangnya. Jika adabnya kena perkenan Raja-Raja, kenalah ikut adab itu. Kalau ia tidak diikut, koman benarlah Tunku dan Tun Razak sedang kedua-duanya lulus undang-undang di England zaman dulu pula.
   
Kalau adab itu ada, tapi tak diikut, maka Umno dan BNlah yang perlu ditempelak kerana melanggar adab perundangan. Kalau Umno/BN langgar hal itu, mungkin banyak lagi kerajaan dan perdana menteri dulu-dulu langgar. Macam itukah rupanya negara kita ditadbir?
  
Jika ia tak ikut adab, adakah Raja-Raja tak terfikir keadaan itu? Takkanlah Raja tidak bising?   Tentulah tidak sedemikian karutnya kerajaan.
   
Rata-rata orang Islam yang beriman mengira rang persendirian MP Marang itu patut dibawa dan sudah patut diadakan dari dulu, ketika mahkamah syariah bertaraf rendah itu diadakan. Mengapa orang Islam yang berkuasa tidak terfikir termasuk Raja-Raja dan penasihat-penasihat baginda? Mengapa Raja-Raja tidak dinasihatkan? Padahal semuanya Islam.
   
Yang menentukan peraturan Islam itu wajib ialah Islam. Dengan Islam saja Islam tidak berjalan. Islam berjalan dengan orang Islam itu beriman. PM Najib adalah Islam. Imannya membenarkan RUU 355 itu dibawa. Setakat ini statusnya adalah Islam. Sokongan atasnya nanti menentukan imannya. Kalau usul itu PM yang bawa, tanda tebal imannya. Pahala orang bawa usul lebih dari yang menyokong seperti beza pahala antara imam dan makmum.
    
Tengku Razaleigh tanya adakah RUU 355 oleh MP Marang itu ikut adab? Orang yang tahu saja boleh menjelaskan. Setakat ini Raja-Raja tidak bising. Jika ada yang tidak kena, kerana ia masalah Islam, maka orang Islam boleh selesaikan bagi sesuai dengan adab.
   
Raja-Raja pun tidak mahu menyulitkan hal itu kerana semuanya Islam. Bila Raja-Raja diam, MP jangan bising terutama yang beriman. Jangan yang sudah wajar pada Islam, MP tidak menyokongnya kerana tak beradab!
   
Jadilah seperti tukang sihir Firaun! Apabila menyaksikan mukjizat tongkat Nabi Musa a.s. bukan sihir, mereka lantas beriman kepada Tuhan Musa dan Harun tanpa izin Firaun. Firaun izin atau tidak, mereka beriman dulu.
   
Justeru mereka beriman tanpa izin Firaun, mereka Firaun siksa hingga mati. Ia tak mengubah iman mereka.
   
Katakanlah ada Raja-Raja kecil hati kerana tak itu adab. Para MP tidak akan disiksa sepreti yang dialami oleh tukang  sihir tadi.
  
Sebagai orang awam Islam saya mahu adab dipatuhi. Dan Raja-Raja Melayu itu terkenal bersifat mengampunkan beribu-ribu ampun, mana-mana yang kurang kena dengan adab tidaklah tak boleh diampun. Mengampun itu adalah amalan ahli syurga.
   
Apabila Raja-Raja tidak didengar berdalih, masakan Empi sewel begitu dan begini. Jika ia senang ditangani di negeri-negeri, ayuhlah! Jika melalui Parlimen ia senang diseragamkan, tidaklah mahkamah syariah itu lain di Kedah dan lain di Pahang. - HARAKAHDAILY 22/10/2016

Sumber HD - 22-10-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Shafie Apdal kurangkan peluang Sabah jadi PM

SUBKY LATIF | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/subky/42875-shafie-apdal-kurangkan-peluang-sabah-jadi-pm

MUNGKIN sehingga ini belum ada sesiapa dari Sabah dan Sarawak jadi PM dan Timbalan Perdana Menteri. Tetapi politik tidaklah menutup peluang itu. Cuma penampilan politik mereka belum membuka peluang itu.
    
Selepas Tun Datu Mustapha dan Tun Patinggi Abdul Rahman Ya'kub, Datuk Shafie Apdal adalah calon yang ada bintang itu. Melalui Umno dulu dia sudah ada di tangga yang ketiga kepada TPM dan keempat ke PM.
   
Tanpa jadi Umno anak Tunku dan anak Tun Razakpun tak akan merasa.
   
Jika Umno itu masih releven dan Shafie lurus politiknya, dia mungkin anak Malaysia Timur yang pertama mendekati takhta kuasa itu.
   
Tetapi sekarang jadi Umno seribu tahun belum ada jaminan.
   
Apapun peluang bagi oang Sabah dan Sarawak jadi PM terletak pada parti politik yang merangkumi tiga wilayah itu. Selepas terpencil dari Umno peluang itu mungkin ada jika menjadi sebahagian parti yang Mahathir tubuh atau lain-lain yang bercabang di Sabah dan Sarawak.
  
Mana tahu kalau Bersatu diizin Allah TS Muhyiddin jadi PM. Kalau Shafie menaja parti itu bersama Dr Mahathir dipercayai dia Timbalan Presidennya, bukan Mukhriz. Kerana dia lebih kanan semasa dalam Umno dulu.
   
Tetapi Shafie tertarik kepada partinya sendiri untuk orang Sabah. Ia dirasanya memberi peluang lebih baik berada dalam parti politik nasional.
   
Dia mungkin jadi Ketua Menteri yang kuasanya besar tapi kurang peluang jadi PM, kerana PM adalah dari parti yang menguasai nasional. Parti Shafie sekadar di Sabah. Tapi kalau jadi orang penting dalam politik nasional, peluang sentiasa terbuka, cuma nasib saja yang menentukan.
  
Tun Mustapha Datu Harun pernah jadi Ketua Menteri Sabah yang pengaruhnya sebesar Tunku yang jadi PM dan Tun Razak yang jadi TPM. Tunku ada pandangan tinggi terhadapnya. Tunku pernah memberitahu pelajar kita di London, jikaTun Razak tiada pengganti yang jelas, Tun Mustapha adalah calon terbaik.
   
Demikian juga Tun Rahman Ya'kub. Geliga politiknya menyaingi Ghafar Baba, Dr Mahathir, Musa Hitam dan Tengku Razaleigh. Jika semua nama itu disebut layak jadi calon PM, Tun Rahman juga layak. Kalau tidak jadi Perdana Menteri, kedua mereka merasa lebih selesa dan berpengaruh jadi Ketua Menteri di wilayah masing-masing.
   
Sekalipun Ketua Menteri juga segelemur PM, tetapi kedudukan Ketua Menteri ditentukan bergantung hubungan selesa dengan PM. Sehandal Tun Mustapha, PM Tun Razak yang sudah tidak sebulu dengannya berdaya mempermainkannya. Tun Rahman Ya'kub juga Ketua Menteri yang susah disentuh. Apabila PM Hussein Onn tidak ngam dia digantikan dengan KM lain.
   
Dr Mahathir juga tidak digemar oleh Tunku dan pun tidaklah elok sangat dengan PM Hussein. Tetapi kerana Mahathir berada dalam parti yang sama dengan Tunku dan Tun Hussein, Mahathir ada peluang merebut kekuasaan.
  
Kurang ghairah politik pemimpin dari Sabah dan Sarawak, adalah kerana belum merasa jadi PM dan TPM. Kalau sudah merasa, tidaklah terasa rendah diri.
   
Jika Shafie sabar dan tawakal, peluang jadi pimpinan tinggi dalam politik persekutuan, boleh mendekatkan peluang orang dari wilayah timur itu ke kerusi PM dan TPM. Sekadar bos politik di wilayah macam yang Shafie tumpu mengurangkan peluangnya dan melepaskan peluang bagi Sabah dan Sarawak. - HARAKAHDAILY 19/10/2016

Sumber HD - 19-10-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















Berita ramalan biar munasabah

SUBKY LATIF | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/subky/42800-berita-ramalan-biar-munasabah

TELAH diviralkan calon Umno Terengganu dalam PRU 14 nanti kira-kira separuh terdiri daripada muka baru.
   
Sekalipun ia suatu yang luar biasa bagi Barisan Nasional, menggugurkan 50 wakil yang ada, masih ia termasuk dalam perkara mungkin. Biasanya BN khususnya Umno mengemukakan satu pertiga muka baru dalam setiap pilihan raya umum.
   
Calon pertama kali jika menang setiap kali ada harapan bertanding tiga kali pilihan raya. Perdana Menteri, menteri, Menteri Besar boleh bertanding lebih dari tiga kali. Masuk pilihan raya yang ke empat biasa sebahagian kecil saja calon yang sudah tiga kali itu bertanding lagi.
    
Jarang calon baru terdiri dari 40 peratus. 50 peratus lagilah tidak biasa. Tetapi bukan tidak mungkin bagi negeri yang Umnonya bergolak.
   
Umno Terengganu mungkin tidak bergolak, tetapi apabila kedudukan Menteri Besar yang juga Ketua Perhubungan Umno negeri bergolak, dan PAS pula jadi saingan hebat setiap PRU, maka dengan  sendirinya politik negeri itu bergolak.
   
Pada zaman Najib ini Umno mengutamakan calon winnable, sebanyak-banyak yang membawa defeatible wajar digugurkan. Separuh MP dan Adun yang mungkin kalah dan menyebabkan BN kalah wajar digantikan.
   
Apabila berita itu diviralkan, maka ia boleh dikira mungkin. Dalam ilmu kewartawanan, berita ramalan adalah dibenarkan dan ia berita yang amat menarik. Sekalipun mungkin tidak betul tetapi berita ramalan bukanlah suatu jenayah dalam dunia kewartawanan.
   
Boleh diramalkan dengan imejnya yang ada PM Najib akan berundur sebelum PRU akan datang. Sekalipun kemungkinannya tipis tetapi bukan mustahil.
   
Tetapi dalam berita pertukaran calon yang banyak itu, jika nama Datuk Seri Idris Jusoh dan Datuk Shabery Cheek hilang daripada senarai adalah dikira tidak munasabah pada masa ini. Setakat ini tidak nampak mereka  tidak digemari oleh Najib dan oleh Zahid Hamidi.
    
Jika berita ramalan itu hendak diviralkan, maka jangan gugurkan nama kedua mereka. Sekalipun Idris Jusoh itu sama warna di sisi Istana, tapi Najib dikira tidak stabil menggugurkan mereka.

Nama Idris memang comot sejak digugurkan daripada Menteri Besar, tetapi tidak menyebabkan Najib membuangnya. Ditukarnya Idris ke Parlimen. Naik pangkat dia.
    
Maka Idris dipercayai akan kekal. Demikian juga Shabery. Tetapi mungkin dia ditukarkan ke Dun memandangkan dia adalah Umno terkanan di negeri itu sekarang. Ketika Umno mencari calon MB, maka Shabery dirasakan orang yang sesuai.
    
Maka namanya jangan dibuang daripada senarai, tetapi ditukar dari Parlimen ke Dun. Kalau dia menang kemungkinan tidak jadi Menteri Besar disebabkan PAS beroleh majoriti, maka dia boleh jadi ketua pembangkang yang menarik.
    
Bagi meramalkan dia kalah dan BN kalah memandangkan kedudukan Umno yang ada sekarang, bukan tidak mustahil. Dengan kemunculan Bersatu dan penampilan Dr. Mahathir yang boleh melemahkan Umno, maka Umno tidaklah sehebat tahun 1955 dulu.
   
Maka masa ramalan boleh diviralkan sekencang-kencangnya. Sama ada ia dibincang atau tidak oleh Umno Terengganu, berita ramalan dibenarkan oleh ilmu kewartawanan. Tetapi ramalan itu biarlah profesional dan munasabah. Menggugur nama Idris dan Shabery masa ini menjadikan ramalan itu tidak logik sekalipun tidak mustahil.
  
Viral itu menarik jika nama kedua-duanya dikekalkan. – HARAKAHDAILY 12/10/2016

Sumber HD - 12-10-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mustahil pisah manusia daripada maklumat palsu
Posted on Tuesday, October 11 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31989



UMAT Islam terutama akhir-akhir ini, di mana-mana saja mengeluh kerana menjadi mangsa fitnah media dan maklumat palsu.
    
Malang itu adalah disebabkan oleh Islam tidak menguasai media dan teknologi media. Dalam pembahagian ilmu media dan komunikasi pada zaman kemajuan teknologi ini, yang ada hanya konsep media duniawi. Konsep media Islam tidak diketahui. Maka umat seluruhnya terpaksa menjadi pelanggan media yang terdedah dengan maklumat palsu.

Umat Islam hanya berupaya mengecam amalan buruk itu tetapi tidak berjaya melepaskan diri daripada menjadi mangsanya. Atas kelemahan inilah umat Islam tertindas dalam dunia anti Islam yang menyeluruh.
   
Umat Islam sebagai manusia tidak wajar menyesalinya kerana kelemahan itu telah tersedia sebagai satu ujian kepada iman manusia yang Allah bekalkan untuk hidup di dunia sebelum pulang ke akhirat.
   
Manusia, malaikat dan iblis/jin asal kejadian beribadat kepada Allah. Iman iblis binasa kerana enggan patuh perintah Allah supaya tunduk kepada Adam yang dipilih menjadi khalifah di bumi. Jadilah ia penghuni kekal neraka. Iman malaikat tidak berganjak, menjadi tentera Allah pada semua masa, di bumi di langit, di dunia dan akhirat, di syurga dan di neraka. Iman manusia turun naik boleh jadi ahli syurga dan boleh jadi ahli neraka.
   
Sifat manusia sebagaimana ia perlu makan dan tidur, maklumat adalah keperluan asasinya. Ia tidak jadi manusia kalau tidak dapat khidmat media bagi membekalkannya maklumat, tarbiyah, muhasabah/kritisma dan hiburan. Ia akan jadi makhluk bodoh dan tidak dapat menjalankan peranan khalifah jika tiada makanan rohani itu.
   
Sebelum dikirim ke bumi Allah bekalkan Adam dengan nama semua benda. Ia tidak dibekalkan kepada malaikat. Maklumat itulah yang melayakkan menjadi khalifah. Itulah kelebihan manusia berbanding malaikat dan jin.
   
Adam dan Hawa ditransitkan di syurga sebelum diturunkan ke distinasi tetapnya di bumi. Di situ Allah bekalkan Adam dengan berbagai maklumat, apa yang boleh dimakan dan apa yang boleh didekati. Allah larang jangan dekati satu pokok larangan.
  
Maka datanglah iblis memberi maklumat palsu atas pohon larangan itu. Adam dan Hawa tahu maklumat larangan itu, tetap terpedaya dengan malumat palsu itu. Mereka makan buahnya lalu mereka dihambat dari syurga ke bumi.
   
Bermula daripada berita palsu dari syruga itu manusia mewarisi kelemahan itu sepanjang sejarah manusia. Sebagaimana iblis dan syaitan adalah ujian dan cabaran kepada iman manusia, menjadi Islam atau menjadi kafir, maka maklumat palsu adalah alat semula jadi bagi menguji iman masing-masing.
   
Allah bekalkan wahyu kepada rasul-rasul dan nabi-nabi sebagai panduan kepada manusia supaya tidak tergoda dengan berita palsu. Islam pesan kepada manusia tentunya yang  beriman, jika datang berita daripada orang fasik, hendaklah teliti kesahihannya supaya jangan terpengaruh dan jangan sebarkan.
    
Imam Bukhari, Imam Muslim dan lain-lain perawi hadis teliti semua sanad hadis sebelum mengesahkannya sebagai sahih dan boleh diterima.
    
Bagi menyelamatkan umat Islam tidak jadi mangsa fitnah media dan maklumat palsu, pastikan wujud sistem pengajian Islam sempurna dan pastikan setiap anak mendapat didikan Islam sepenuhnya supaya mereka waspada terhadap khabar daripada orang fasik dan waspada siapa fasik dan tidak dalam kalangan manusia.
   
Dan wujudkan rangkaian media dan ilmunya, biar pengamal media berpandu dengan kaedah Imam Bukhari dan sekalian perawi hadis mengumpulkan karyanya.

Oleh Subky Latif
Harakah


Sumber TKO - 11-10-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















PAS terima PAN jika Umno terima Bersatu?

SUBKY LATIF | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/subky/42787-pas-terima-pan-jika-umno-terima-bersatu

SECARA terbuka dan berkali-kali PAN menyatakan kesediaannya untuk bersama PAS dalam pakatan pembangkang bagi menghadapi BN dalam PRU 14 ini.
    
Bahkan dari mula gabungan ganti Pakatan Rakyat mengajak PAS bersama yang di dalamnya ada PAN.
    
PAS pula bersumpah tidak sama sekali sudi bermuafakat yang di dalamnya ada PAN. Sekarang datang pula Dr. Mahathir dan Tan Sri Muhyidin Yassin mengajak PAS bersama dengannya bekerjasama dalam gabungan pembangkang yang lebih besar yang di dalamnya dan PAN dan satu lagi parti yang sebut namanya pun PAS naik loya.
   
Muhyidin sudah jumpa DS Anwar Ibrahim sekejap, sedia menawar diri menjadi jambatan supaya boleh dilalui PAS untuk bersama pembangkang.
   
Setakat ini reaksi PAS terhadap semua pelawaan mengikut loghat orang Kedah, tak bulo’. Tak bulo’ itu ialah tak lapar.
   
Maka semuanya tidak faham mengapa PAS fobia sangat tak mahu bersentuhan sangat dengan PAN. Macam bersentuh kulit laki-laki dan perempuan, batal wuduk?
   
Orang dalam PKR dan sekalian NGO pro-Pakatan sudah lama tidak faham dengan PAS. Dan sekarang Dr. Mahathir yang pakar dalam sepak terajang politik pun mungkin terasa tidak faham juga dengan sikap PAS itu.
    
Memang semua payah memahamai PAS. Dulu orang tidak menyangka PAS boleh sekelambu dengan DAP. Tetapi ia pernah tidur sebantal dengan DAP. Mungkin sekarang PAS lebih senang sekelambu semua dengan DAP daripada duduk semeja dengan PAN.
   
Hingga Umno pun macam gila dulu. PAS sedia kerjasama dengan DAP tapi dengan Umno yang sama-sama Islam, PAS tak bulo’.
   
Penerimaan PAS terhadap PAN sekarang samalah dengan sikapnya terhadap Umno selama-lamanya.
   
Bawa pakar jiwa dari Amerika dan Israel pun payah hendak memahami sikap PAS itu. Tetapi sikap PAS terhadap PAN itu tidaklah susah sangat untuk difahami. Jawapan amat senang, tak perlu menggunakan pakar sakit jiwa dari mana-mana.
   
Ia boleh dihuraikan dengan satu kaedah. Iaitu kira-kira sama saja kerjasama Umno dengan Bersatu yang baru ditubuhkan oleh Mahathir-Muhyidin sekarang. Kiranya Umno terima Bersatu masuk BN seperti ia pernah terima PAS satu masa dulu, maka lepas itu mudah bagi semua memahami sikap PAS.
    
Jika Umno boleh terima Bersatu dan Bersatu pula boleh sepakat dengan Umno dengan Najib masih ketuanya, maka mungkin PAS dapat memikir semula untuk berkongsi politik dengan apa jua cara yang di dalamnya ada PAN.
     
Kemungkinan itu kita boleh fikir setelah terlebih dulu Umno dapat menerima Bersatu bergabung dengannya bagi menghadapi pembangkang dalam PRU 14 nanti.
    
Kalau Umno tidak boleh pandang Anwar dengan sebelah mata, dan jika Umno ada tujuh mata, tak sebiji mata pun boleh melihat Mahathir dan Muhyidin, maka begitulah PAS pandang ke lain apabila ada PAN dan tak sedia dengar nama PAN sekalipun mendengar nama itu tidak dikenakan duit.
    
Biar Umno terima Muhyidin balik jadi Timbalan Presiden dan Muhyidin pun setuju balik jadi Timbalan Presiden Umno atau Umno bergabung dengan Bersatu dalam BN, maka lepas itu kita bincang semula mungkin atau tidak mungkin PAN bersekutu dengan PAS.
   
Jika kita tidak boleh fikirkan Umno dan Bersatu boleh bergabung, maka kita jangan sakit kepala atas isu kebersamaan PAS dengan pemberontak Islam progresif itu. Tak mustahil! Tak mustahil! – HARAKAHDAILY 11/10/2016

Sumber HD - 11-10-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















PM ke UNGA sekadar sunat

SUBKY LATIF | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/subky/42701-pm-ke-unga-sekadar-sunat

JIKA Perdana Menteri Najib tidak menghadiri Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu – UNGA – ia adalah satu amalan  sunat. Ia bukan wajib dan tidak difardukan.
  
Analogi ini bukan fikah syariyah yang ditentukan ada pahala dan dosanya. Apa lagi bagi puakyang tidak melihat politik itu sebagai ibadat.
   
Bagi ibadat seperti haji, wajibnya sekali. Pergi yang kemudiannya berapa kali pun sekadar sunat. Amalan sunat seperti solat dan puasa yang diamalkan berterusan, pahalanya melebihi dari yang wajib.
   
Pada politik dunia tiada ingatan unuk dapat pahala sunat berganda menghadiri UNGA yang tidak wajib itu.
   
Perdana Menteri boleh menghadirinya dan boleh tidak menghadirinya. Bagi Presiden atau PM tertentu atas sebab tertentu suka menghadirinya seacap boleh. Bahkan perkara biasa UNGA diketuai oleh Duta Tetap kita ke PBB.
  
Tidak perlu kerajaan memberi penjelasan mengapa PM Najib diwakili oleh timbalannya dalam perhimpunan sekarang kerana ia amalan sunat saja.
   
Tetapi bila dijelaskan ia amalan biasa, maka ia menimbulkan syak dan waham orang terhadap tidak perginya itu. PM Najib boleh ke Berlin pada tempoh UNGA itu, mengapa tidak dilangsung saja dengan menghadirinya sekuran-kurangnya dapat mempamerkan rasa tidak bersalahnya atas isu MO1 yang ditimbulkan oleh Jabatan Kehakiman Amerika.
    
Mungkin kehadiran PM kali dirasa mencapai status wajib memandangkan isu dunia yang amat panas kini iaitu kebanjiran pelarian khususnya Syria memasuki negara Kesatuan Eropah dan dunia memerangi keganasan IS yang Malaysia memandangnya serius.
   
Dan Malaysia sekarang ada pengerusi pakatan komuniti Asean yang baru diadakan dan rantau ini juga berdepan dengan layanan kezaliman terhadap suku Rohinya oleh kerajaan Myanmar yang baru demokrasi.
   
Bagi mendapatkan perhatian tinggi dunia dan PBB mungkin PM Najib perlu pergi sendiri mengemukakannya.
  
PM Najib bukanlah pula orang yang tidak suka keluar negara bagi bermuamalat seperti itu. Tiba-tiba kali ini dia bersikap rendah diri mewakilkan kerja ke UNGA itu kepada orang lain. Diterangkan pula tidak ada apa-apa dia tidak pergi kali ini.
   
Lagilah orang yang mentakwilnya selama ini mentakwil tindakan yang bukan fardu bagi PM itu. Kalaupun fardu ia masuk fardu kifayah. Apabila ada orang laksanakan terangkatlah fardunya.
   
Yang tidak didatanginya itu Amerika dan semua pemimpin dunia yang hadiri tahu tentang isu MO1 yang menimpanya. Payah juga bagi orang ada perasaan menghadapi muka orang yang memandangnya sekalipun mereka tidak tanya hal itu.
    
Akan tetapi wartawan Amerika dan yang lain-lain di New York tidak lepas peluang memburunya jika mukanya ada di bumi itu sekarang. Ancaman wartawan Amerika mungkin lebih berisiko dari ancaman Dr. Mahathir dan Muhyiddin dalam negeri.
   
Mewakilkan timbalannya Datuk Zahid Hamidi dalam acara besar seperti itu bukan yang pertama. Dia tidak pergi satu sidang puncak sebelum ini di Mongolia. Ramai ketua negara hadir. Apa yang dimalukannya untuk pergi  sendiri?
   
Mungkin dia tidak sedap badan tetapi semua boleh membuat andaian sama seperti andaian tidak hadirnya kali ini ke UNGA. - HARAKAHDAILY 4/10/2016

Sumber HD - 4-10-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















Pembangkang tiada calon Melayu layak jadi PM?

SUBKY LATIF | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/subky/42689-pembangkang-tiada-calon-melayu-layak-jadi-pm

SATU tinjauan pendapat yang dijalankan di Ipoh mendapati tiada calon Melayu di kalangan parti-parti pembangkang di Perak dan Selangor dikatakan layak jadi Perdana Menteri.
    
Bila dan berapa lama tinjauan itu dibuat tidak dinyatakan, tetapi kesimpulan itu disiarkan sesudah TS Muhyiddin Yassin memfailkan permohonannya kepada ROS untuk mendaftarkan partinya.
    
Jika tinjauan pendapat itu diambil kira Tan Sri Muhyiddin pun tidak termasuk dalam senarai calon. Tidak dipastikan Dr. Mahathir dicalonkan.
   
Datuk Seri Anwar Ibrahim selamanya dikira oleh pembangkang calon Perdana Menteri yang tidak diragukan kelayakannya. Tetapi untuk PRU14 ini, belenggu banduan yang dikenakan ke atasnya, tidaklah layak baginya menjadi calon dalam pilihan raya, maka terkeluarlah namanya dari senarai calon Perdana Menteri.
    
Pakatan pembangkang tidak termasuk PAS telah menjadikan Dr. Wan Azizah Ismail, Presiden PKR sebagai Ketua Pembangkang menggantikan Anwar. Secara logiknya dialah calon PM jika pembangkang berkuasa. Penerimaan pembangkang ke atasnya tidak ditakwil.
   
Apakah kedudukan Wan Azizah itu diambil kira dalam tinajauan pendapat itu? Jika ia diambil kira ertinya Wan Azizah pun tidak dikira layak juga.
   
Tinjauan pendapat tidak semestinya tepat. Kadang-kadang tidak tepat dan kadang-kadang kebetulan tepat.
    
Apapun TG Haji Hadi memang tidak dimasukkan oleh sekalian peninjau dalam dunia yang memejamkan mata terhadap ulama. Bagi puak Abu Jahal, insan mulia pilihan Allah, Rasulullah SAW pun mereka kira tiada apa kelayakan.
   
Boleh tinjauan tidak dipedulikan, kerana tidak diketahui adanya turutan tinjauan itu dibuat dari semasa ke semasa. Biasanya tinjauan yang popular diadakan selalu sehinggalah PRU itu tiba. Tinjauan bersistematik yang berterusan ada kalanya ada calon Melaya yang layak. Kemudian tiada, dan kemudian ada balik, atau memang tidak ada setiap kali ada tinjauan.
   
Sekalipin tinjauan tidak menjadi kayu ukur tentang tiadanya calon PM dari pembangkang, tetapi para pengkaji memberi perhatian bagi membantunya membuat kajian.
   
Saya tidak bercadang hendak mengatakan pembangkang ada calon Melayu itu. Mungkin betul tiada yang layak. Tetapi yang belum diberi amanah dan belum jadi PM, boleh jadi layak bila amanah diberi dan bila tugas PM itu dikendalinya.
   
Saya suka jika boleh tinjau akan orang yang sudah jadi PM, adakah masing-masing benar layak dengan amanah yang diberi? Jika mereka layak, ngapa PM Najib adalah kempen 1Malaysia yang memberi erti semua PM sebelumnya gagal membentuknya. Jika PM sebelumnya berkelayakan, ngapa Umno dan rakyat tarik sokongan terhadapnya?
    
Sebelum Najib jadi PM tentulah dia dirasa layak. Setelah jadi PM sejak 2009 adakah sudah dibuktikannya dia cukup kelayakan? Dan sekarang siapa kata dia layak?
    
Tanpa tinjauan umum merasakan dia tidak layak dan paling tidak layak di antara semua yang tidak layak. Dia dipersepsikan layak sebelum diberi amanah. Setelah diberi amanah terserlah tidak layaknya serba serbi.
    
Kita banyak mengikuti indeks kelayakan Presiden dan Perdana Menteri menurun dari semasa ke semasa. Mengapa tidak diadakan tinjauan terhadap yang sedang jadi PM? Jika tinjauan diadakan tahulah kita PM itu di bawah par kelayakan.
    
Memang bahaya orang tidak diyakinkan jadi PM dijadikan PM. Tetapi lebih bahaya orang yang sudah sah tiada kelayakan dikekalkan jadi PM. Buatlah tinjauan untuk mengetahui  kita berPMkan orang yang sah tidak layak.
    
Adakah BN juga tiada calon layak ganti PM? Jangan tak tinjau! - HARAKAHDAILY 3/10/2016

Sumber HD - 3-10-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















Roboh helang tak jadi lebih Islam

SUBKY LATIF | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/subky/42651-roboh-helang-tak-jadi-lebih-islam

MEROBOH relika helang di Langkawi tidak akan menjadikan oang Melayu lebih Islam. Sama dengan membina masjid tapi tidak dimakmurkan tak menjadikan orang Islam lebih Islam.
   
Tetapi kalau jika tiada masjid di kariah yang orang Islamnya ramai, menjadikan umat Islam di situ tidak bertanggungjawab langsung kepada agamanya. Ia menjauhkan orang tempatan dari tepat ibadat dan tidak didirikan solat berjamaah di situ.
   
Maka ada cacatnya bagi masyarakat di situ tiada masjid atau surau. Tetapi ada masjid belum tentu ia penuh setiap waktu. Kadang-kadang tak cukup sebaris satu waktu. Bahkan ada masjid, berjamaahnya Subuh, Maghrib dan Isyak saja. Tapi tak dirikan masjid pun tak boleh.
   
Dari ada masjid tidak dimakmurkan adalah lebih baik dari tidak ada masjid. Mungkin orang tempatan tidak lebih Islam dengan ada masjid, tetapi orang baik sembahyang atau tidak bertanggugjawab mengadakan masjid apabila cukup bagi mendirikan Jumaat di situ.
   
Patung helang atau apa-apa patung jua adalah dilarang. Adanya patung mendekatkan orang kepada maksiat. Walaupun ia didirikan bukan jadi sembahan dan bukan untuk dituhankan, tetapi ia mendatangkan fitnah. Fitnah adalah tidak baik. Tetapi ia boleh jadi disembah orang setengah orang khususnya penyembah berhala.
   
Di sisi Islam patung atau berhala bukan tuhan, tetapi ada manusia mempertuhankan yang bukan tuhan.
   
Patung bila ada dalam rumah, ia tidak dimasuk malaikat rahmat. Lailatul qadar tidak datang ke rumah itu.  Malaikat lain saja masuk termasuk malaikat maut yang tentunya masuk semua  tempat. Jika patung jadi hiasan tempatan, tempat dan daerah itu dijauh malaikat rahmat. Jika patung itu simbol negeri dan negara, senegeri dan senagara malaikat rahmat tidak datang.
   
Bila malaikat rahmat tidak dekat nescaya penduduk dan wilayah itu tidak dapat rahmat. Negeri dan penduduknya membangun dan kaya, tetapi kemajuan tidak memberkati rakyat dan wilayah.
   
Patung adalah makhluk yang Allah tidak suka. Ia adalah barang maksiat. Ada maksiat dosanya bagi orang yang membuat maksiat itu. Tetapi ditanggung oleh semua termasuk orang yang terlibat dengannya seperti patung itu. Kita tidak membuat dan tidak suka padanya, tapi dibiarkan depan mata dosa dapat oleh semua. 
   
Maka Allah anjur maksiat mesti dicegah. Pertama cegah dengan tangan. Kalau tidak upaya cegah dengan lidah. Tak upaya juga cegah dalam hati. Cegah begini adalah cegah orang yang selemah-lemah iman.
   
Keperluan merobohkan patung di Langkawi adalah mengikut ajaran Allah itu. Niat untuk merobohnya pun sudah dapat pahala. Apabila ia dirobohkan dapat dua pahala. Orang yang tak kuat imannya pun, jika dia menyokong merobohkannya dan ia dirobohkan, orang lemah imannya dia tetap dapat pahala iaitu pahala meroboh patung.
   
Jika pahalanya setakat itu saja, tetapi pahala itu akan ditimbang di Mahkamah Rabbul Jalil. Jika timbangan pahala setakat meroboh patung saja, timbangan pahalanya ringan. Timbangan dosa lebih berat, ke nerakalah dia. Kalau timbangan dosa dan pahala sama berat, ditambah dengan pahala roboh patung jadikan timbangan amalnya berat, dapatlah dia syurga.
   
Adapun bagi orang Melayu sekadar roboh patung, hudud tak mahu, sembahyang pun tidak, Islamnya had itu sajalah. Tapi bagi orang soleh, peluang pahala sekecil manapun tidak ditinggalkan.
  
Lebih Islam atau tidak bergantung dari hidayat. Jika lepas mengetuk patung Allah beri hidayat, lebihlah Islam Melayu. Tapi Abu Talib buat seribu jasa pada Nabi, tak dapat hidayat apa gunanya? - HARAKAHDAILY 29/9/2016

Sumber HD - 29-9-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















Adakah keluar Umno sudah bermula?

SUBKY LATIF | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/subky/42606-adakah-keluar-umno-sudah-bermula

APAKAH tindakan Mohamad Hamidi Abu Bakar, Naib Ketua UMNO Bahagian Kota Raja keluar UMNO baru bermulanya orang UMNO meninggalkan UMNO?

Semua kata dan rasa UMNO kian jadi kain buruk. Persepsi demikian sudah didengar sejak zaman Dr. Mahathir berkuasa lagi. Sekalipun DS Anwar Ibrahim dihalau dari UMNO, sekejap saja orang UMNO lari. Kemudian ramai yang berpatah balik.

Selepas TS Muhyiddin Yassin dihalau, ramai juga dikatakan koyak keahlian UMNOnya. Tapi tidak diketahui ketuanya Dato Shafie Afdal yang juga dihalau, sudah keluar atau tak jadi keluar. Setakat Dr. Mahathir bentuk parti baru, Shafie tak tersenarai sebagai penaja.

Bahkan tiga orang saja ahli UMNO yang terkenal jadi penaja iaitu Dr. Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz. Sudah beberapa bulan Muhyiddin dihalau tak nampak oang lari dari UMNO. Seolah-olah yang dikatakan kain buruk hanya dikata dan dirasa dalam hati, bahkan kain buruk itu dipakai juga.

Datuk Husni Hanadzlah tinggal semua jawatan UMNO tapi tidak keluar UMNO. Hanya Hamidi dari Kota Raja sambut cabaran dihalau UMNO keluar UMNO. Itupun dia kata, dia dihalau. Jika  tidak dihalau, adakah dia lari dari parti itu?

Sebaik lari dia akui UMNO tiada keramatnya lagi bagi orang Melayu. Dia akui akan ajak ramai tinggalkan UMNO.

Ketika Mahathir umumkan sekali lagi keluar UMNO tak nampak orang ikut. Bila dia umum bentuk parti baru tak nampak orang nyatakan ikut seperti orang ikut Tengku Razaleigh dan Anwar dulu. Yang ikut isteriya dan seorang anaknya.

Bila ramai orang UMNO marah Tunku Abdul Rahman Putra atas isu akta bahasa 152 dulu, ada tunjuk perasaan, komen Dato Asri ketua PAS masa itu, marah mereka tiga bulan saja. Tak sempat tiga bulan marah mereka pun padam.

Sudah lama UMNO dikira kain buruk tetapi pantang UMNO derhaka pada UMNO. Tetapi apakah pantang itu berterusan hingga kiamat.

Bangsa Rusia sejak Revolusi Bolshevik tahun 1917 pantang derhaka pada komunis. Habis Eropah Timurpun pantang derhaka. Sampai pertengahaan tahun 80-an, bukan sekadar mereka derhaka, habis sarang komunis dikeroyok.

Sejak tahun 1924 pantang Turki derhaka pada Kamal Ataturk. Berpuluh tahun bedebah itu berkubur, bangsa Turki pantang derhaka juga. Lepas percubaan rampasan kuasa tentera yang gagal sebulan dua lalu Kamal Ataturk sudah jadi kain buruk, koyak di sana sini.

Rusia dan Turki iu tidak derhaka kerana ada tukul besi untk memalu kepala mereka. UMNO rasanya tidak ada tukul besi. Mana yang rasa derhaka pada ketua, mereka dihalau. Komunis Soviet dan sekular Turki tak derhaka takut kepala ditukul besi. Tapi tanpa tukul besi UMNO pun tak derhaka juga. Kata Mahathir, disuap dedak belaka.

 Selepas sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia, Mohd Hamidi seorang diri lari dari UMNO. Apakah dia memulakan apa yang komunis buat di Rusia dan Turki buat pada bedebah Ataturk?

Komunis boleh bodohkan Rusia lama dan berkali-kali. Ataturk boleh sentiasa bodohkan Turki tetapi tidaklah boleh mereka dibodohkan semua masa. Melayu dan UMNO juga boleh dibodohkan banyak kali tetapi tidak mungkin dibodohkan semua masa.

Yang hendak dilihat, apa dengan Hamidi lari itu sudah tiba masa orang tidak boleh dibodohkan UMNO lagi. Jika orang UMNO tidak ikut Maahthir dan Muhyiddin, apakah mereka ikut Hamidi? - HARAKAHDAILY 25/9/2016

Sumber HD - 25-9-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















Yang baik tentang kematian Almarhum Haron Din

SUBKY LATIF | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/subky/42593-yang-baik-tentang-kematian-almarhum-haron-din

APA yang menarik tentang kematian Almarhum Datuk Dr. Harun Din, Mursyidul Am PAS yang ketiga itu?
   
Almarhum bertemu ajal di California dan dikebumikan di bumi beliau menemui ajalnya.

Jenazahnya tidak diterbangkan kembali ke tanah air sekalipun terkumpul banyak kemudahan untuk membawanya pulang.
   
Apa yang dikehendaki setiap ibu bapa yang beriman solat jenazahnya diimamkan oleh waris terdekatnya sendiri atau bapanya bagi yang masih berbapa atau suami bagi seorang isteri.
   
Solat jenazahnya di California diimamkan oleh anaknya sendiri dan solat ghaib yang terbesar dalam negara di Masjid Sultan Abdul Aziz Shah Alam diimamkan oleh cucunya yang belum berusia 20 tahun. Di belakang cucu yang mengimaminya itu berbaris ulama terkemuka tanahair.
  
Moga-moga bahagia rohnya apabila cucunya menjadi imam kepada sekian ramai ulama. Tiadalah yang lebih bahagia bagi ibu bapa apabila mereka didoakan oleh anak-anak yang soleh di samping dirinya memiliki ilmu yang berguna.
  
Hari matinya pula dikira baik baginya, beberapa jam sebelum masuk waktu Jumaat di Malaysia dan beberapa jam sebelum masuk maghrib Jumaat di California. Mati hari Jumaat adalah baik dan Almarhum moga-moga dapat apa yang baik itu.
   
Ajal dan tanah kubur tidak siapa ketahui. Hak Allah menentukannya. Ramai yang bertemu ajal jauh dari kampung dan negara, jenazah diusahakan dibawa balik kecuali bertemu ajal di Mekah dan Madinah. Almarhum berwasiat kepada anak-anaknya. Kebumikan jenazahnya di mana dia menemui ajal.
  
Jika ajalnya di Kuala Lumpur, kerana rumahnya di Bangi, tidak perlu dibawa ke Perlis. Jika ajalnya di Kuantan tidak perlu dibawa balik ke Bangi. Kebumikan saja di Kuantan.
  
Muslihatnya ialah jenazah mesti disegarakan pengkebumiannya dan yang terbaik ialah di kubur yang terdekat dengan tempat kematian itu.
   
Wasiatnya telah diperkenan warisnya. Dr. Haron Din telah menunjukkan contoh yang baik. Justeru kuburnya jauh di California. Dipercayai balunya tidak menemui ajal di sana. Di mana saja balu itu menemui ajal, tidak perlu jenazahnya dihantar ke California untuk semadikan di sebelah kuburnya. Kebumikan saja di mana saja.
  
Roh suami isteri yang beriman tidak disatukan di kubur yang sebelah-menyebelah. Sejauh mana jua jarak kubur masing-masing nescaya Allah ketemukan di taman syurga. Kubur orang-orang soleh adalah ibarat taman di syurga sebelum ditempatkan di syurga yang sebenar. Apabila syurga dibuka kepada penghuninya dari situlah mereka dibawa ke syurga yang menunggunya.
    
Beliau menemui ajal kerana komplikasi jantung yang dialaminya lama. Kebanyakan pesakit menjalani rawatan sekali atau dua kali. Beliau diuji dengan berkali-kali. Lima enam kali. Orang lain tidak tahan, tetapi Allah melimpahkan rahmat buatnya, berjaya setiap kali rawatan di Amerika.
  
Ujian dan rawatan pun ada hadnya. Sekalipun setiap kali berjaya, tidaklah setiap kali mesti berjaya. Kalau setiap kali sakit berjaya dirawat, tak bertemu ajallah Anak Adam. Sedang tiada siapa menongkat langit.
   
Sampai saat terakhir beliau mendapatkan rawatan. Berikhtiar. Bukan takut mati tetapi mahu mewakafkan bagi usianya untuk kerja Islam.
  
Dalam politik beliau sederhana dan lincah. Disegani dan disukai lawan. Kerana lawan suka kadang-kadang kawan tak suka. Politiknya sepanjang masa ialah PAS. Sekalipun dalam 40 tahun beliau timbul dan tenggelam tetapi istiqamah dengan PAS. Beliau tidak sekadar dipilih jadi Mursyidul Am, tetapi Allah pilih matikan dalam PAS. – HARAKAHDAILY 23/9/2016

Sumber HD - 23-9-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















RUU 355 sepenting tanding dua penjuru

SUBKY LATIF | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/subky/42544-ruu-355-sepenting-tanding-dua-penjuru

SEMUA pembangkang dan pengundi yang mahu menukar pentadbiran Putrajaya setuju pertandingan dua penjuru dalam PRU14 adalah diperlukan.
    
Sekalipun PAS terkeluar daripada pakatan utama pembangkang, ia juga menerima hakikat dan logik pertandingan dua penjuru antara BN dan pembangkang di semua kerusi. Ia adalah kaedah terbaik yang orang nampak setakat ini.
    
Tetapi PAS juga mengira meluluskan RUU 355 yang dibentangkan oleh Presidennya, Tan Guru Haji Abdul Awang dari Marang adalah sama penting dengan menggantikan BN di Putrajaya atau menggantikan Perdana Menteri Najib demi keselamatan negara.
    
TS Muhyiddin Yassin dan Dr. Mahathir memulakan kempen menggantikan Najib jika boleh sekarang juga, tetapi paling lewat ialah dalam PRU14 nanti. Padanya ia adalah demi keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.
   
Demi matlamat itu semua pembangkang mesti bersatu dan jangan ada pertandingan lebih dari dua penjuru. Maka misi bekas pemimpin Umno itu ialah untuk membawa sama PAS dalam muafakat itu.
   
Bukan PAS tidak nampak logik itu, bahkan PAS pernah ada pengalaman bersatu dalam pakatan pembangkang yang besar dan pernah menyaksi dan mengalami faedah politik daripadanya. Bahkan teori itu hampir menumbangkan BN dalam PRU13 dulu dan ia berjaya mengalahkan BN dalam undi popular.
    
Tetapi menyelamatkan negara bukan dengan menggantikan Najib saja, bahkan RUU 355 juga dilihat penting bagi menyelamatkan negara. Sekalipun RUU 355 satu pindaan yang tidak menggugat perlembagaan dan tidak mengganggu kepentingan dan hak orang bukan Islam, tetapi ialah langkah-langkah awal ke arah menyelamatkan rakyat terutama orang Islam sebagai salah satu daripada rukun sejahteranya.
    
Pada PAS pindaan itu demi memperkasa mahkamah syariah. Sama ada ia kecil atau ia besar RUU itu adalah membawa roh Islam. Roh Islam sekecil mana pun tidak boleh dicabar oleh orang Islam. Mencabar yang sekecil zarah sekalipun adalah mencabar kesucian Islam pada keseluruhannya.
    
Dan Islam itu sendiri adalah agama sejahtera. Ia adalah ubat dan penawar segala masalah dan ancaman. Ia adalah wadah membasmi rasuah dan segala macam penyelewengan. Tiada ibu pencegah rasuah dan pencegah huru-hara yang lebih besar daripada Islam.
    
Menolak penyelesaian melalui Islam adalah permulaan segala penyelewengan. Tiada kerajaan dan masyarakat yang lebih aman dan sejahtera sepanjang zaman selain daripada pentadbiran Islam Madinah pada era Rasulullah SAW.  Tiada pentadbiran yang lebih makmur sepanjang zaman selain daripada pentadbiran Khalifah Umar Abdul Aziz. Greek purba, Rom dan Parsi tidak dapat menyamainya.
    
Dalam pengalaman lalu, muafakat pembangkang tidak memberi laluan untuk mengetengahkan apa-apa formula Islam bagi mewujudkan masyarakat yang rukun di negara ini. Selagi PAS berada dalam muafakat seperti itu, maka Islam dalam apa bentuk pun tidak diberi laluan.
    
Bersama dengan muafakat seperti itu tidak memberi jalan kepada PAS untuk bersama menyelamatkan negara dan merukunkan rakyat. Maka untuk membawa PAS bersama dalam mewujudkan suasana satu lawan satu, pembangkang wajar terlebih dulu menerima secara baik RUU 355.
    
Jika pakatan baru yang Mahathir dan Muhyiddin anjurkan itu, bukan tidak munasabah, tetapi semuanya menunjukkan solidariti kepada RUU itu dulu. Jika ia dapat difahami, maka satu lawan satu adalah lebih mudah. – HARAKAHDAILY 19/9/2016

Sumber HD - 19-9-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















Menolak penyelesaian agama, menjarak dari Tuhan

SUBKY LATIF | .

ISLAM sebagai agama yang diterima di sisi Allah, tidak sekadar anutan diturunkan Allah melalui Nabi-Nabi-Nya adalah sebagai penyelesaian kepada penganutnya dan kepada umum.
   
Demikian juga lain-lain agama disertakan dengan kitab-kitab sucinya adalah panduan penyelesaian kepada penganutnya.
   
Agama sekalipun tidak sama dengan yang lain, adalah panduan dan kaedah penyelesaian paling awal bagi agama yang wujud. Adapun pendekatan lain baik politik, budaya, adat dan apa jua adalah hal yang datang kemudian.
   
Maka tidak tepat bagi Persatuan Hokkien dan orang yang sealiran politik dengannya berdalih konon pendekatan agama bagi menyelesaian politik, jenayah dan lain-lain akan mengacau-bilau masalah. Mana mungkin agama menjadi pengacau sedang maksud agama itu yang diambil daripada bahasa Sanskrit, satu bahasa tertua yang diakui dunia adalah gabung daripada dua kalimah a dan gama. A bererti tidak, gama bererti kacau.
   
Agama jadi satu kalimah bagi bahasa Melayu membawa maksud tidak kacau. Maka konsep agama adalah tidak kacau. Yang di luar agama lebih terdedah kepada kacau.
    
Saya tidak mahu menyentuh agama lain. Islam sebagai agama yang dibawa oleh setiap Rasul dan Nabi baik nama mereka tercatit dalam Taurat dan Injil selain daripada al-Quran adalah ajaran yang sempurna sesuai bagi semua manusia, baik pencerahannya dipandu oleh Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi Muhammad SAW.
   
Apabila Islam memperuntukkan hudud dan memperkasakan Mahkamah syariah atau apa jua adalah mahu menggunakan pakai peruntukan agama bagi menyelesaikan masalah. Arab yang berpecah dalam banyak kabilah sebelum Islam bertembung antara satu sama lain. Yahudi, Nasrani dan penyembah berhala di Madinah dapat menyelesaikan masalah dengan pembentukan pentadbiran Islam.
    
Apapun konsep agama adalah menerima ketuhanan. Semua tamadun mengira konsep bertuhan sama ada ia Esa atau berbilang tuhan ia lebih baik daripada tidak bertuhan. Yang tidak bertuhan itu adalah lebih kacau daripada yang bertuhan.
   
Banyak raja-raja menolak agama dan tuhan, tetapi mereka menjadikan dirinya tuhan dan rakyat beragama kepadanya. Merekalah yang menolak pendekatan agama tetapi menjadikan kemahuannya sebagai agama rakyatnya.
   
Adapun yang mengira agama membawa masalah dan kekacauan, maka jauhi pendekatan agama, adalah langkah awal untuk menjarakkan diri dengan agama. Akhirnya menolak agama.
   
Inilah yang terjadi di barat beberapa kurun lalu, menamakan diri ateis, fahaman tidak bertuhan. Inilah yang melahirkan Karl Mark dan lain-lain pencetus komunis. Hingga mereka menyerang agama sebagai candu. Ia jadi pegangan komunis tegar.
    
Lenin dan Mao Zedung menolak agama dan tuhan, tetapi mereka menjadikan komunis sebagai agama dan mereka jadi tuhannya.
    
Kekacauan yang berlaku di dunia komunis lebih parah daripada masyarakat yang bertuhan. Akhirnya empayar komunis runtuh termasuk sarang-sarangnya. Orang yang ditinggal komunis kembali mencari agama semula.
   
Yang menolak pendekatan agama dan bertuhan termasuk orang Islam sendiri dan masih solat. Tetapi pembawaannya adalah mengikut orang menolak kaedah bertuhan. Mula-mula fahaman tidak bertuhan itu adalah mengelak penyelesaian yang ada pada agama. Akhirnya dia tidak bertuhan.
    
Berpuak-puak bukan untuk berbalah, tapi bagi kenal mengenal dengan yang lain, moga-moga bertemu dengan yang betul di sisi Allah. Menolak pendekatan agama adalah ABC kepada tidak bertuhan yang kesudahannya mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram. Ia bukan mengurangkan masalah, bahkan mengacau-bilaukan semua. – HARAKAHDAILY 16/9/2016

Sumber HD - 16-9-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 






















Syukur separuh masak, merdeka separuh masak

SUBKY LATIF | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/subky/42440-syukur-separuh-masak-merdeka-separuh-masak

ADA yang tawar dengan kemerdekaan negara sejak merdeka dan ada yang tawar selepas merdeka sekian lama.
    
Bagi yang terasa semangat wira dan keperwiraan tinggi rasa kecewa terhadap yang tawar dengan semangat kemerdekaan justeru kurang peduli dengan sambutan kemerdekaan ke-59 sekarang.
  
Sepatutnya semua bersyukurnya terutama bagi orang Islam kerana kemederdekaan itu adalah sebahagiaan daripada sifat orang Islam. Yang tidak peduli dengannya boleh dikira tidak bersyukur seperti tidak bersyukurnya Bani Israil yang dimerdekakan oleh Nabi Musa daripada penindasan Firaun.
    
Tetapi yang tidak peduli justeru tawar dengan kemerdekaan itu sejak mula gara-gara kemerdekaan itu separuh masak. Dr. Burhanyddin al-Helmy dalam mesejnya kepada PAS tentang kemerdekaan, tidaklah dinamakan merdeka bagi satu kemerdekaan itu selagi tidak terlaksana hukum dan peraturan Islam. Lalu kemerdekaan yang dianugerah itu adalah separuh masak.
   
Orang Islam sudah merdeka sejak lahir. Ibu bapanya dan pemerintahannya menyebabkan mereka  tidak merdeka. Maka tuntutan kemerdekaan bagi mereka adalah kemerdekaan penuh seperti Dr. Burhanuddin saran. Kemerdekaan penuh itu seperti yang Nabi Musa dapatkan bagi Bani Israil dan seperti yang Rasulullah SAW capai selepas hijrah ke Madinah dan pembebasan Fathul Makkah.
   
Kemerdekaan itu membebaskan umat daripada menyengutukan Allah dan penindasan sesama makhluk. Di bawah Nabi Musa, Bani Israil merdeka daripada perhambaan Firaun dan bangsa Qibti. Mereka bebas mengamalkan agama tauhid yang disempurnakan oleh Nabi Ibrahim.

Di bawah Nabi Muhammad SAW manusia bebas daripada belenggu jahiliyah dan Makkah dipulangkan semula kepada penganut agama tauhid.
   
Kemerdekaan yang dicapai di bawah Nabi Musa adalah kemerdekaan penuh dan matang. Tidak separuh masak. Wajib Bani Israil bersyukur dengan nikmat itu. Memang tidak bersyukur Bani Israil yang tidak dapat menilai kebebasan yang mereka peroleh.
    
Maka kemerdekaan yang diperoleh Malaysia tidak seperti hakikat kemerdekaan pimpinan Nabi Musa dan Rasulullah SAW. Bukan sekadar mereka tidak dapat seperti kemerdekaan yang disarankan Islam, bahkan mereka tidak dapat semula apa yang ada sebelum kemerdekaan itu dirampas oleh penjajah.
   
Kemerdekaan itu sekadar bertukar dari tuan penjajah Inggerisnya kepada satu generasi anak jajahan didikan tuannya yang fikiran, kebudayaan, kepecayaannya persis tuan penjajahnya. Bukan kemerdekaan yang dibawa Nabi Musa untuk umatnya dan bukan seperti yang Rasulullah SAW wariskan kepada umatnya.
   
Macam mana umat hendak bersyukur dengan kemerdekaan yang tidak sempurna. Bagaimana hendak bersyukur sepenuh atas suatu yang separuh masak? Bukan yang penuh itu tidak boleh dicapai, tetapi tidak diberi oleh yang memberi dan tidak dikehendaki oleh yang menerima. Nabi boleh jadi Raja Arab jika terima kemerdekaan separuh masak. Baginda terpaksa hijrah sebelum dapat kemerdekaan penuh.
        
Gara-gara dapat yang separuh masak itu sudah 59 tahun, kemerdekaan penuh tidak datang dan bila ia akan datang? Mendapatkan kemerdekaan baru adalah lebih susah dari yang sengaja dilepaskan.

Apabila ramai sedap dengan yang separuh masak, maka orang lupa dengan kemerdekaan penuh yang sepatut dituntut dan disyukuri.
    
Jikapun ada yang bersyukur ia adalah syukur separuh masak bagi mereka merdeka yang separuh masak. Bagaimana yang tawar dapat bersyukur atas pengabaian kemerdekaan hakiki? Yang ghairah dulu tapi tawar juga sekarang adalah natijah separuh masak itu.
   
Jangan disamakan yang tawar hati itu dengan tak bersyukur Bani Israil. Mereka dapat yang sempurna, kita sabar atas yang masam. – HARAKAHDAILY 8/9/2016

Sumber HD - 8-9-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------























Darihal derma RM90 juta Umno pada PAS?

SUBKY LATIF | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/subky/42426-darihal-derma-rm90-juta-umno-pada-pas

DUIT RM2.6 bilion yang pernah didepositkan dalam akaun bank PM Najib adalah derma untuk Umno tetapi tidak diketahui Umno sempat rasa derma itu atau tidak kerana ia dikatakan sudah dipulangkan Najib kepada pendermanya.
    
Kisah itu terus jadi cerita dongeng seperti Haji Bakhil yang pacak papan tanda beritahu dia tidak tanam hartanya ditempat papan tanda itu dipacak. Dan si fulan yang larikan harta itu pacak pula papan tanda baru bagitahu Si fulan tidak ambil harta itu. Jika dunia tidak kiamat 200 tahun lagi derma RM2.6 bilion itu akan jadi dongeng seperti Haji Bakhil juga.
    
Maka sekarang selepas Umno terima derma RM2.6 bilion, maka didongengkan pula PAS diberi RM90 juta oleh Najib. Bahasa baik yang saya suka gunakan tentang duit RM90 juta itu ialah derma Umno atau Najib kepada PAS.
    
Itulah yang dirasakan dongeng yang Sarawak Report laporkan dan PAS sifatkan sebagai fitnah yang PAS umumkan akan failkan saman kepada Sarawak Report melalui mahkamah England.
    
Ketika komen ini dibuat, reaksi Sarawak Report belum tarik balik laporan itu tetapi tidak pula beri ia ada bukti kukuh tentang  dongeng itu.
    
Sementara kes ini belum lagi jadi kes mahkamah, komen saya ialah satu sekatan politik yang mahu meruntuhkan wibawa politik PAS yang terkenal sejak dari mula sebagai parti yang berdikari atas duit yang ada dalam poket baju/seluar ahl-ahli dan penyokongnya.
   
Jika dikatakan dana PAS adalah atas derma para dermawan, maka dermawan itu adalah ahli dan penyokongnya.
   
Ketika saya ditanya oleh pelajar Malaysia di Mesir lebih 30 tahun lalu, dari mana PAS dapat dana bagi membiayai perjuangannya, saya jawab ia tersimpan dalam saku baju dan seluar ahlinya. Apabila PAS perlukan duit itu ia sebutkan kepada ahli-alinya dan mereka pun keluarkan dari saku masing-masing.
    
Almarhum Ustaz Fadzil Noor sebut dalam ceramah tentang duit PAS yang saya sebut di Mesir itu, semuanya disimpan dalam saku baju ahli-ahlinya.
    
Jika ada yang hendak menderma RM90 juta, PAS tidak akan berani terima jika ada yang hendak menyampaikan baik secara terang atau secara sulit. Bukanlah manusia PAS tidak ada nafsu keinginan kepada duit yang banyak, tetapi hingga setakat ini mereka dapat mengawal hawa nafsu.
   
Jika ia gagal mengekang hawa nafsunya, maka nescaya hanyut perjuangannya yang suci dan mulia itu. Mulianya PAS bukan kerana lambakan duit yang banyak, tetapi adalah atas perjuangannya yang suci yang berpaksi atas sokongan ahli-ahli yang mustadafin. Ia mengausai Kelantan dan pernah menguasai Kedah dan Terengganu, bukan kerana hujan dan salji duit dari langit, bahkan ia merebut kuasa itu dari Umno yang memiliki duit berguni-guni.
   
Itulah memalukan parti dan pemimpin yang siang malam berselimut duit.
    
Jika ada orang yang hendak menderma RM90 juta, mungkin limpahan daripada derma RM2.6 bilion yang tidak tahu macam mana ia hendak dibelanja, maka jangan beri terus kepada mana-mana pemimpin atau jangan masukkan ke dalam mana-mana akaun bank secara sulit dan secara terang tetapi ambil peluang semasa PAS melancarkan pungutan derma kilat dalam ceramah-cemahnya.
    
Masukkan senyap-senyap duit tunai yang ada di tangan petugas pungutan derma itu. Derma yang berpahala dan besar pula wajar dibuat secara senyap, biar tangan kanan yang memberi tidak diketahui oleh tangan kiri.
    
Keterlanjuran report dari Sarawak itu tanda ia dungu dengan maruah PAS dan untuk kemahuan siapa ia buat dongeng itu? – HARAKAHDAILY 7/9/2016

Sumber HD - 7-9-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------























Apa logik Persatuan Hokkien dikata menghasut?

SUBKY LATIF | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/subky/42352-apa-logik-persatuan-hokkien-dikata-menghasut

JUSTERU demokrasi dan tidak mahu Malaysia ada dua sistem undang-undang, maka Persatuan Hokkien yang membantah pembentangan RUU 355 di Parlimen menganjurkan pungutan tanda tangan  sejuta orang.
    
Reaksi pro RUU 355 membuat aduan polis mengira ia satu hasutan. Reaksi Persatuan Hokkien atas reaksi pro RUU 355 itu mengapa pula ia didakwa melakukan hasutan?
   
Di mana logiknya?
  
Memang banyak yang terfikir akta hasutan yang dipinda selepas kejadian 13 Mei 1969 itu tiada logiknya. Banyak benda yang dibenarkan demokrasi yang sebelum boleh dicakap tidak boleh dicakap.
   
Sebelumnya banyak orang Melayu tentang tuntutan orang bukan Melayu atas isu bahasa, pelajaran, agama, kebudayaan dan lain-lain bagi diterima pakai di negara ini. Dan demikian juga bantahan orang bukan Melayu terhadap kemahuan orang Melayu kedaulatan agamanya dan mahukan kebudayaan nasional berteraskan kepada kebudayaan Melayu saja.
    
Maka Perdana Menterei Tun Razak yang dikatakan bijaksana, tidak mahu peristiwa 13 Mei berulang lalu membentangkan pindaan akta hasutan melarang semua orang menyinggung agama dan kebudayaan kaum lain yang dikira sensitif yang boleh mencetuskan ketegangan kaum.
   
Atas sebab demokrasi selepas akta itu diluluskan tahun 1970, Cikgu Osman dari Ampang menyentuh tentang kewujudan sekolah kaum lain. Ia disiarkan oleh Utusan Melayu. Ketua Pengarang Utusan Melayu ditahan dan didakwa. Ia jadi ujian dan kes pertama di bawah kesalahan akta itu.
  
Mahkamah mendapati Utusan bersalah. Penyunting Utusan yang menyiarkan berita itu, Abdul Samad Ahmad, ayah Datuk Iskandar Samad, eksko kerajaan Selangor sekarang telah didenda. Di bawah akta itu dia boleh dipenjara.
   
Marah semua orang Melayu terutama pejuang nasionalisnya. Hak kebebasan dan demokrasi mereka telah dirampas. Hingga hari ini pun ada yang mengatakan akta itu tidak berguna.
   
Tetapi itulah demokrasi. Tidak semua orang boleh dicakap boleh dicakap. Tak semua demokrasi benarkan boleh dibenarkan. Memberi komen tentang cakap dan kata seseorang tidak salah, memberi komen terhadap raja tidak dibenarkan oleh demokrasi kita.
   
Mencerca Islam oleh orang Islam boleh jadi murtad, jika sabit boleh dihukum bunuh. Orang Islam boleh komen tentang kelemahan pelaksanaan Islam, tetapi dia tidak boleh komen sebarangan  tentang agama lain justeru ia mudah ditafsirkan menghina agama itu. Orang bukan Islam tidak sesuai komen tentang Islam kerana ia boleh dikira campurtangan.
   
Apa salahnya campur tangan tetapi demokrasi yang macam itu tidak dikehendaki dalam masyarakat kita.
    
Persatuan Hokkien tidak fikir pungutan tanda tangan itu ia telah menghasut. Penyunting Utusan Melayu dulupun tak terfikir berita yang disiarkan itu kerana hendak menghasut dan telah menghasut. Tetapi Peguam Negara masa itu Tan Sri Abdul Kadir Yusuf telah mendakwanya dan mahkamah menghukumnya.
    
Wujud dua sistem undang-undang dikatakan tidak adil dan boleh menimbulkan macam-macam. Tapi tidak membenarkan Islam mengamalkan undang-undangnya adakah adil, dan apakah menghalangnya tidak menimbulkan macam-macam?
    
Islam itu adalah semua orang yang orang Melayu terima sebagai agama mereka. Ia jadi agama bagi semua raja-raja. Bila RUU itu dihalang ia adalah menghalang orang Islam mengamalkan antara ajaran agamanya dan ia secara tidak langsung menhalang raja-raja beramal dengan sebahagian daripada ajaran agamanya.
   
Antara isi akta hasutan ialah menyentuh hak raja-raja. Apabila antara ajaran agama raja-raja itu dihalang tidakkah ia menyentuh hak raja-raja dengan agamanya? Jangan jadi orang yang tidak mahu beragama! – HARAKAHDAILY 1/9/2016

Sumber HD - 1-9-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















MP Langkawi tak bodoh sombong lagi


SUBKY LATIF | .

TIDAK ada orang politik dilihat paling bodoh dan sombong zaman ini selain daripada Anggota Parlimen BN Langkawi, Datuk Ir. Nawawi Ahmad. Dia hendak menunjukkan kecekapannya mentafsirkan perlembagaan dan sekali gus mentakwil ketepatan Jabatan Kehakiman Amerika tentang yang menggunakan MO1 sebagai dalang di belakang skandal 1MDB.
   
Sekalipun MO1 itu tidak dinamakan tetapi cacing dan ulat bulu pun dapat mengagak orangnya. Tiba-tiba sang jurutera Langkawi mengaitkan Yang di-Pertuan Agong yang juga Sultan Kedah sebagai orang yang tepat menjadi MO1 itu bukan orang yang disangka oleh cacing dan ulat bulu.
    
Agong langsung tidak ada dalam kamus DOJ Amerika bahkan sikitpun tak sangkut dengan 1MDB, tapi budak Langkawi entah apa kena dengan otaknya menyebut Agong dalam analisisnya. Sama ada huraiannya betul atau karut, menyentuh nama Raja sengaja mencari penyakit.
   
Orang politik tak sentuh langsung Raja selain dari hendak menyatakan kesetiaannya saja. Jika orang politik yang jahat menggunakan nama Raja, tujuannya untuk menyusahkan seteru politiknya dengan mengkononkan orang itu tak suka Raja, derhaka dan lain-lain.
    
MP Langkawi dikenal orang di luar Langkawi. Dengan analisis bodohnya itu dia dikenali oleh sekarang. Dengan statusnya bila seteru politiknya mengecam dan menuntut dia minta maaf kepada raja, dia berkeras menolak kerana padanya dia tidak bersalah. Tidak sekali-kali dia akan minta ampun, sedang adat Melayu zaman berzaman baik salah atau tidak, rakyat melafaz ‘Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun.’ Kemudian barulah sembahkan apa-apa.
  
Ir. Nawawi bagaikan pantang hendak minta maaf. Baginya dia tak bersalah. Kerana dia mengaji ilmu kejuruteraan, agaknya dia tak tahu adat dan pantang larang antara rakyat dan Rajanya. Orang macam ini patutnya terima kursus dari BTN dulu sebelum jadi calon Umno. Mungkin ini kelemahan Dr. Rais Yatim sebagai penasihat adat dan budaya Melayu, gagal menasihat MP Umno tentang adat istiadat Melayu.
   
Kerana dia dirasakan jahil dalam adat resam Melayu itu, keengganannya minta maaf itu dirasakan dia seorang MP yang bodoh sombong. Sekalian Raja itu sejahat Almarhum Mangkat Dijulang atau macam Raja Bersiung menjadikan rakyat bahan gulai kari santapan hariannya, orang Melayu tetap berbahasa terhadap baginda Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun.
   
Salah cakap rakyat dikira oleh setengah sebagai hamba, boleh dikira tidak beradab dan pantang orang Melayu derhaka. Demikian cara berfikir orang Melayu mengikut kaedah Hang Tuah.
  
Mungkin ia diwarisi sejak zaman jahiliyah betapa Raja itu ibarat tuhan seperti yang Namrud dan Firaun yang menuhankan diri sendiri, tetapi konsep ketuhanan itu ialah Tuhan iaitu Allah adalah Maha Sempurna dari sebarang kelemahan. Yang sentiasa bersalah ialah hamba sebagai makhluk.
   
Maka hamba mesti mohon ampun setiap masa selagi belum mati. Nabi SAW yang maksum beristighfar 100 kali sehari sekurang-kurangnya.
  
Sekalipun taat kepada Raja itu tidak sama taat kepada Tuhan, tetapi orang Melayu setelah menerima Islam ada transformasi ketaatan itu, minta maaf pada Raja adalah adat bukan ibadat.
   
Baguslah MP Nawawi minta maaf tidak sekadar beribu-ribu ampun tetapi berjuta ampun. Bila dia mengubah kesombongannya, tidaklah dikira bodoh sombong lagi, bahkan normal biasa.
   
Memandangkan songlap dana 1MDB itu berbilon, maka permohonan ampunnya tidak sekadar berjuta-juta ampun. Sepatutnya Ampun Tuanku berbilion-bilon ampun, sembah patik harap diampun. – HARAKAHDAILY 1/9/2016

Sumber HD - 1-9-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















Bila Najib berundur?

SUBKY LATIF | .





















http://m.harakahdaily.net/index.php/subky/42322-bila-najib-berundur

MAKA Perdana Menteri Najib pun memberitahu, satu hari nanti dia akan berundur juga, tentunya bukan ketika dia didesak kencang sekarang.
    
Diberitahunya, sesudah itu nanti sesiapa hendak datang berjumpanya boleh datang. Kalau tiada yang sudi datang, dia akan buat kerjanya sendiri.
    
Ia ada pilihan yang ada pada semua pemimpin. Mana-mana yang digemari rakyat seperti Gandhi penuhlah kediaman dikunjung orang. Sebaliknya yang digetik terpencillah diri dan kadang-kadang bini lari.
    
Bila dia hendak berundur itu? Allah dan dia saja yang tahu. Mungkin hendak jadi Perdana Menteri kedua berkuasa 22 tahun.
     
Bekas pemimpin itu biasanya pemimpin juga walaupun sudah tidak berjawatan. Akan adalah yang mendatanginya baik sekadar merai dan menziarahi orang lama, bahkan perlu didatangi untuk dirundingi, bagi mendapatkan pandangan dan nasihat.
    
Tunku Abdul Rahman Putra dan Dr. Mahathir dapat layanan itu. Ramai yang mahu terus bersamanya dan meminta panduannya.
    
Pemimpin yang sebenar masih seorang anggota masyarakat yang bersama dan berada di tengah semua orang. Kalau orang tidak datang kepadanya, dia pergi kepada orang. Tidak timbul orang hendak datang kepadanya atau tidak.
    
Sebaik-baik bidalan ialah seperti yang orang Melayu tentang Nabi SAW. Jika gunung tidak datang kepada Muhammad, Muhammad datang kepada gunung. Semua orang sewajarnya bersikap begitu, jika masyarakat tidak datang kepadanya, dia mesti datang kepada masyarakat.

Terbaik lima kali sehari berjemaah di tempatnya. Dan yang seminggu saja bersamaan orang ramai pada hari Jumaat, sudah ada yang tidak betul. Dan yang dua kali saja setahun lagi tidak betul.
    
Yang paling betul ialah selagi terdengar dia azan di mana saja berada, maka mustahak dia mendatangi tempat azan itu. Tidak dikira bermasyarakat dia, dengar azan dilaksanakannya sendiri di rumahnya.
    
Maka tidak berbangkit, jika tiada yang datang kepada kita, maka kita buat kerja sendiri. Itu orang menyendiri namanya.
    
Bagi seorang ketua yang sudah tidak pegang apa-apa jawatan dalam masyarakat selain jadi ahli khairat kematian, jangan sebarang anggapan, jika dia tidak didatangi orang, maka ia bererti tidak dihargai orang. Maka kita memencil diri.
   
Pada hari-hari tua jika ramai yang datang, ia adalah rahmat dan kehormatan. Tetapi jika tidak kerap orang datang, perlu kita faham bahawa semua orang zaman ini sibuk dan masa sentiasa penuh.

Saya selalu pesan kepada orang PAS yang ziarah saya. Jangan ziarah saya jika ada kerja lain. Orang PAS lebih aula menunaikan semua kerja daripada menziarahi seorang pemimpin.
     
Sesudah tidak kerja dan ada masa lapang maka baru datang ziarah. Sekalipun ziarah itu penting, menunaikan kerja yang diamanahkan adalah lebih penting. Pejuang bukan sekadar perlu kerja 24 jam sehari, jika boleh bekerjalah 25 jam sehari.
    
Saya ingatkan anak isteri, jika jarang orang ziarah, jangan rasa kita dilupakan. Masing-masing sentiasa sibuk, utamakan apa yang aula dulu.
    
Saya tidak kecil hati jika tidak didatangi. Jika mereka tidak datang, saya cari mereka seperti pesan orang tua, jika gunung tidak datang kepada Muhammad, Muhammad kena datang kepada gunung. – HARAKAHDAILY 30/8/2016

Sumber HD - 30-8-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















Mengapa mat salih pesan ketum?


SUBKY LATIF | .

SAH sekarang ketum jadi tanaman yang dilarang. Sudah diputuskan oleh kerajaan. Larangan itu pada fekah dunianya, tidak sekadar makruh bahkan haram.
    
Tetapi jika kesan keburukannya menyamai dadah dan candu, mengapa pula Amerika dan negara-negara Eropah yang tidak melarang penggunaannya memesan daun ketum atau produk yang dihasilkan daripada ketum itu?
     
Amerika adalah negara yang tegas melarang dadah. Ia pernah menyerbu sebuah negara Latin Amerika menangkap presidennya yang menghalal pengedaran dadah termasuk ke Amerika. Ia marah sangat pada Presiden Sudan tetapi ia tidak langgar Sudan bagi menangkap presidennya. Tapi ia ceroboh negara Amerika Selatan dan tangkap presidennya.
    
Mungkin ada keburukan ketum tapi agaknya Amerika dan Eropah menyamakannya dengan tembakau, sekalipun buruknya ada tetapi rokok dan cerut diharuskan.
   
Saya tertarik dengan pandangan seorang profesor, pensyarah berPhd dari Universiti Putra Malaysia yang banyak dan masih menjalankan penyelidikan ketum. Dia menghormati keputusan kerajaan melarang memajukan tanaman ketum, tetapi justeru ada permintaan dari Amerika dan Eropah, lalu dicadangkannya supaya dipaten ketum.
    
Apabila ia dipaten sebelum negara Mat Saleh mematennya, maka kita memilik hak memasarkan produknya atau eksport daunnya.

Jika ia dipaten Amerika dan Eropah jika ketum dibolehkan nanti dieksport kemudian, maka ia akan menjual balik produknya kepada kita dengan harga yang mahal. Jangan berulang kita bekal air mentah ke Singapura, Singapura pula menjual semua air yag dirawat kepada kita dengan harga juah lebih mahal.
    
Kajian pakar mendapati zat ketum itu boleh dijadikan bahan ubat bagi beberapa penyakit seperti sakit belakang, tahan sakit, mencairkan ketagih dadah, menambah tenaga bagi ibu bersalin dan membantu menyegarkan tenaga terutama bagi pekerja lasak.
     
Jika ia tidak boleh mendatangkan pulangan yang baik masakan negara-negara Nato itu memesannya dengan harga yang menarik. RISDA berminat sangat bagi memperdagang tanaman itu kerana tawaran harganya baik,  boleh mendatangkan pendapatan menggalakkan kepada pekebun kecil.
   
Pekebun kecil selalu papa kerana getah tidak sentiasa dikehendaki dan harganya terlalu rendah. Bahkan sawit juga harganya tidak menentu sedang pelaburan atasnya tinggi.

Ketum tidak memerlu modal besar, tidak cerewet menjaga dan menyuburkan. Mungkin sama dengan lalang boleh tumbuh di mana-mana tanpa baja dan tidak perlu disiram sangat. Rakyat Malaysia akan jadi bertuah jika lalang boleh dikomersil.
    
Kata Risda, harga yang ditawarkan baik. Jika ia jadi usaha monopoli Risda, ia memberi izin menanam kepada orang berdaftar kepadanya saja, hak membeli baginya saja, harga yang dikenakan tidak mungkin ditandingi oleh mana-mana pemborong, memastikan ia tidak jual dalam pasaran gelap.

Dengan segala kawalan sistem polis dan SPRMnya adalah tegas, maka ada cara ketum boleh mendatangkan kebaikan kepada pekebun.
   
Jika ketum itu tidak berguna seperti lalang saja tentu UPM tidak menggalakkan profesor menjalankan kajian atasnya. Setakat ini penemuan atas manfaat ketum itu sudah dikira positif, dan kajian akan diteruskan.
   
Jika ia dibiar saja, tidak ambil apa-apa manfaat atasnya sedang ia mengandungi rahsia yang berguna, jika lain-lain negara mengambil peluang memanfaatnya, Amerika dan Eropah mendapat bekalan darinya, maka malang jika ia kita dibazirkan.
    
Tidak ditolak ia ada burukya tetapi elok jangan terlalu tertutup hingga tidak mungkin fekah atas ketum itu diubah daripada haram kepada harus tanpa melonggarkan kawalannya. – HARAKAHDAILY 28/8/2016

Sumber HD - 28-8-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















Nasib Erdogan macam Haris Nasution

SUBKY LATIF | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/subky/42262-nasib-erdogan-macam-haris-nasution

APA yang menggagalkan percubaan rampasan kuasa tentera di Turki 15 Julai lalu? Diakui oleh semua ialah pengkhianat gagal membunuh Presiden Tayyib Erdogan sebagai yang mereka rancangkan.
    
Hatta perisik Amerika sendiri mengakui hakikat ini.
   
Nasib Erdogan dan nasib Turki samalah dengan nasib Indonesia dan menteri pertahanannya Jeneral Abdul Haris Nasution dan percubaan rampasan kuasa komunis tahun 1965 dulu.
  
Erdogan yang bercuti rehat di Marmaris terselamat daripada percubaan membunuhnya, diterbangkan tentera yang setia kepadanya ke Istanbul, lalu dia mengerahkan rakyat di seluruh negara keluar menghalang kereta kebal penderhaka.
    
Rampas kuasa komunis di Indonesia yang di belakangnya adalah Presiden Sukarno sendiri merancang pembunuhan para panglima kanan tentera termasuk Jeneral Haris Nasution. Rampasan kuasa itu bukan mahu menggulingkan Presiden Sukarno, tetapi adalah bagi mengambil alih pengaruh tentera yang komunis menguasai politik negara itu.
    
Dalam rampasan kuasa pimpinan oleh Kolonel Untung berjaya membunuh lapan Panglima Kanan yang paling berkuasa di samping Sukarno. Apabila mayat yang dikumpulkan di kawasan yang dinamakan Lubang Buaya, mendapati tiada Nasution di antara mayat itu, maka Sukarno dikatakan kepada pemimpin rampasan kuasa itu, ‘Kita kalah.’
   
Kediaman Nasution telah diserbu dan dibedil. Anak perempuannya terkorban. Nasution sempat melompat ke rumah jiran sebelah. Tidak disedari oleh penyerbu. Kakinya cedera. Dari situ dia dikejarkan ke markas tentera, memerintahkan Jeneral Suharto yang juga terselamat daripada pembunuhan mematahkan rampasan kuasa itu.
   
Tentera yang setia berjaya mematahkan komunis yang berkumpul bersama Sukarno di markas tentera udara pimpinan Umar Dani. Umar Dani penyokong komunis adalah menteri yang berkuasa atas tentera udara. Rampasan kuasa itu gagal dalam beberapa hari saja. Komunis Indonesia yang ketiga terkuat di dunia selepas Soviet Union dan China hapus dari bumi Indonesia.
    
Dalang asing dalam rampasan kuasa Indonesia iatu adalah China. Peranan Soviet Rusia tidak jelas. Manakala dalang asing dalam rampasan di Turki pula negara-negara anggota Nato yang Turki juga adalah anggotanya. Ketuanya tidak lain daripada Amerika.
    
Amerika dan Eropah menyokong tentera Indonesia mematahkan rampasan kuasa komunis dan mempertahankan kerajaan Indonesia, tetapi dalam percubaan rampasan kuasa di Turki negara barat memihak kepada tentera pemberontak menjatuhkan kerajaan demokrasi yang sah.
    
Jika Erdogan berjaya dibunuh atau ditahan oleh tentera, belum tentu kerajaan Turki dapat diselamatkan. Demikian juga diandaikan kiranya Jeneral Haris Nasution antara penglima yang terbunuh, maka Indonesia dipercayai jatuh ke tangan komunis.
   
Perisik yang sedia kepada Erdogan sempat mengesan pakatan pengkhianatan lebih awal dan telah menasihatkan Erdogan meninggalkan tempat percutiannya segera sebelum pasukan menggempurnya tiba. Erdogan bergegas meninggalkan tempat itu mengirim arahan melalui video media sosial, mengarahkan rakyat di seluruh negara keluar beramai-ramai menyekat semua kereta kebal tentera perampasan kuasa.
   
Pengaruh seruan Erdogan begitu besar dan berkesan. Orang ramai berduyun-duyun memenuh jalan raya di semua bandar hingga pengkhianat tenggelam di tengah lautan manusia yang setia kepada kerajaan. Semua masjid melaungkan azan di luar waktu fardu sepanjang malam.
   
Rampasan kuasa dirancang dini hari sewaktu seorang tidur, kerana Erdogan mengerahkan orang keluar semasa orang belum tidur, rampasan kuasa itu dicepatkan sebelum orang tidur. Justeru mereka masih jaga, mereka turun ke jalan-jalan. Kekebalan tentera selama 90 tahun ranap dalam masa lima jam. Kerajaan yang sah dapat diselamatkan. – HARAKAHDAILY 24/8/2016

Sumber HD - 24-8-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















PAS syukur dapat tempat kedua

SUBKY LATIF | .


http://m.harakahdaily.net/index.php/subky/42238-pas-syukur-dapat-tempat-kedua

DALAM tinjauan rambang sehari yang dibuat oleh harian tabloid Shah Alam atas parti politik yang menarik ramai oleh masyarakat pembaca, responden meletakkan PAS di tempat kedua.
   
Yang pertama ialah Bersatu, Parti Peribumi Bersatu yang bakal ditubuhkan oleh Tun Dr. Mahathir dan TS Muhyidin Yassin. Parti itu meraih 36 peratus, menakala PAS dapat 28 peratus. Pakatan Rakyat dapat 27 peratus manakala BN hanya dapat 9 peratus.
   
Pungutan suara melalui aliran itu untuk sehari dan dibuat mengejut.
   
Justeru ia rambang maka ia tidak secara hakiki mencermin keadaan dan perkembangan yang tepat dan sebenarnya.
   
Akan tetapi tinjauan seperti ini mempunyai pengaruh yang besar membantu orang ramai membuat pilihan.
    
Contohnya Amerika membuat beberapa tinjuan tentang bakal Presiden Amerika November nanti antara calon Demokrat Hillary Clinton dan calon Repulikan Donald Trump. Dalam semua tinjauan, meletakkan Clinton mendahului Trump. Dengan beberapa tinjauan setakat ini yang memihak kepada Clinton, dipercayai harapan Clinton adalah lebih baik.
   
Tetapi tinjauan sehari daripada 3,800 respondan mungkin berubah dalam tinjauan yang lain.
   
Apapun reaksi spontan pembaca itu boleh membayangkan pandangan umum suara politik negara hari ini.
    
Apapun PAS boleh bersyukur atas keputusan itu kerana ia adalah satu ujian Allah atas parti itu pada hari ini. Dengan bersyukur, bersabar dan bertenang dari PAS atasnya, moga-moga Allah berkati masa depannya.
   
Dengan keputusan hari ini jika diterima dengan baik boleh mendorong PAS bekerja lebih kuat dan bersistematik, nescaya dapat membaiki keadaan yang baik menjadi yang teratas.
   
Kita tidak usah komen mengapa Bersatu yang belum wujud dapat tertinggi. PAS wajar bersyukur dalam suasana ia banyak dilanda finah dan dihimpit oleh semua dari kiri dan kanan, sebagai parti tunggal bersendirian ia dapat kedudukan yang kedua.
   
Sekalipun ia kalah dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar bulan puasa lalu, tetapi ia sebagai parti yang kembali bersendiri, ia masih menjadi pilihan setengah orang.
   
Tinjauan yang spontan itu PAS telah mengatasi gabungan tiga parti Pakatan Harapan. Sekalipun ia lebih satu peratus saja, tetapi Pakatan Harapan terdiri sekurang-kurangnya tiga parti. Jika 27 peratus yang diperolehnya dibagi tiga, maka tiap-tiap parti itu dapat kurang dari 10 peratus.
   
Tetapi yang paling payah difikirkan ialah BN sebagai gabungan Umno, MCA, Gerakan, PPP, PBS, PBB dan lain-lain lagi dapat 9 peratus. Jika dibagi sama banyak antara komponannya satu parti dapat kurang daripada satu peratus.
     
Ia tidak mencerminkan populariti parti itu. Mungkin BN selalu mendahului yang lain kerana ia mengeluarkan banyak duit dan ia menguasai sistem pemilihan. Tinjauan sehari itu tidak memberi duit kepada sesiapa dan ia tidak dikuasai oleh SPR. Maka respondan bebas menentukan sokongannya.
   
Jika ditakdirkan tinjauan itu mencermin keputusan PRU14 nanti, maka PAS akan menjadi pembangkang yang terbesar. Layak dicalonkan ketua pembangkang. BN pula jadi pmbangkang amat kecil atau mungkin tiada wakil di Parlimen. Ada negara jika undi popular kurang dari lima peratus, ia tidak layak masuk parlimen. Kalau sistem layak itu mesti dapat 10 peratus, BN hanya ada 9 peratus tidak layak masuk palimen.
   
Apabila ia tiada di parlimen, ia mungkin akan jadi permulaan kepada tiada lagi di dunia. – HARAKAHDAILY 22/8/2016

Sumber HD - 22-8-2016
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Umno dan kisah raja berbaju baharu

SUBKY LATIF | .


http://m.harakahdaily.net/index.php/subky/42213-umno-dan-kisah-raja-berbaju-baharu

KETIKA Umno sedang berhadapan dengan ujian Dr. Mahathir dan TS Muhyidin Yassin untuk menubuhkan parti baru bagi menggantikan Umno, sekalian pemimpin Umno – di peringkat tinggi, pemimpin menengah dan pemimpin kecil di kampung-kampung – semuanya memperleceh dan memperkecil bekas pemipin Umno itu.
   
Bukan saja mereka sangsi harapan masa depan parti baru itu, malah mereka meremahkan tujuan parti itu hendak diadakan. Langsung tidak ada justifikasi parti itu hendak ditubuh.
   
Ia dikatakan justeru kekecewaan, hendak merebut kuasa dengan menggulingkan pimpinan yang ada, demi kepentingan diri dan berniat buruk. Motif perjuangan dan membela negara dan rakyat tidak diberi perhatian langsung.
   
Tentangan mereka semata-mata mempertahankan PM Najib sebagai pimpinan semasa tidak kira dia berguna atau tidak.
    
Hanya Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berpandangan lebih jauh dan ada beza dengan yang lain. Dia tidak memandang remeh usaha itu kerana ia dilagang oleh nama-nama besar dan mempunyai matlamat tertentu. Meremeh dan memperlecehnya adalah tindakan bongkak dan bongkak suatu yang tidak wajar bagi orang Umno.
   
Khairy menolak usaha Mahathir dan Muhyidin itu selagi dia merasakan Umno dan pemimpin Najib masih pada jalan yang betul dia mempertahankan Najib. Logiknya jika Najib dan Umno melakukan keburukan dan mengancam parti, maka ia tidak dapat dipertahankan.
   
Apa yang Khairy cuba bagitahu ialah Najib tidak seperti yang Mahathir dan Muhyidin persepsikan, maka orang Umno tidak wajar menyokong parti baru itu. Bukan parti baru itu tiada perjuangan dan matlamat untuk rakyat dan negara, tetapi pimpinan Najib masih relevan dan diperlukan oleh Umno.
  
Ertinya tidaklah dia membuta tuli mempertahankan Najib seperti orang lain. Orang lain itu baik setinggi manapun kedudukannya dalam parti mempertahankan Najib kerana dia adalah Presiden dan Perdana Menteri tanpa peduli dia relevan atau tidak.
    
Mempertahankan Presiden dan Perdana Menteri tanpa peduli dia relevan atau tidak ada tindakan politik buta tuli.
   
Jika Khairy bersama dengan lain-lain pemimpin Umno bersama Najib dan menolak kewujudan parti baharu bukan atas alasan dan sikap yang sama. Yang sama dia dengan semua ialah pimpinan Najib mesti dipertahankan. Padanya Najib bukan ancaman pada Umno dan negara dan bagi yang lain Najib mesti disokong kerana dia Presiden dan Perdana Menteri.
   
Khairy boleh dikira orang yang tidak nampak kelemahan Najib manakala yang lain tidak peduli dia lemah atau tidak tetapi dia adalah Presiden dan Perdana Menteri, maka dia tidak boleh ditakwil.
   
Dua-dua pemikiran ini seolah-olah Umno berada di tengah masyarakat yang didongengkan oleh orang barat dulu kala tentang Raja yang menempah pakaian baru yang istimewanya pakaian itu tidak dapat dipandang oleh orang bebal. Orang tak bebal saja yang nampak. Apabila ia siap dan dipakaikan pada Raja, sekalian memuji indahnya baju Raja.
   
Raja sendiri tidak nampak dan tidak terasa dia berpakaian. Tapi kerana takut dikatal bebal, dia rasa sedang memakai baju istimewa itu. Hanya seorang kanak-kanak tanya bapanya mengapa Raja tidak berpakaian? Ayahnya sama macam anaknya melihat Raja mendedah aurat. Orang lain pun terasa macam itu juga. Akhirnya sedarlah semua, baju baharu itu bukan tidak nampak tapi tidak ada.
   
Sudah sedunia orang soksek-soksek tentang PM Najib, tapi semua orang Umno tidak mengaku ada benda yang disoksek-soksekkan itu. – HARAKAHDAILY 19/8/2016

Sumber HD - 19-8-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Apa yang naikkan Turki semula?

SUBKY LATIF | .


http://m.harakahdaily.net/index.php/subky/42186-apa-yang-naikkan-turki-semula

DALAM masa 11 tahun Presiden Erdogan berkuasa, Turki muncul sebagai kuasa ekonomi terpenting di dunia. Sebelumnya kedudukannya dalam ekonomi dunia di tangga 111. Kini di tangga 16. Kadar pengangguran turun daripada 38 peratus kepada dua peratus sekarang.
   
Kini ia jadi kuasa ekonomi ketiga Eropah selepas Jerman dan Britain. Sasarannya selepas tahun 2023 menjadi ketiga di dunia selepas China dan Amerika. Pencapaian ekonomi domestiknya menyamai gabungan Arab Saudi, Emiryah Arab Bersatu, Iran dan Jordan/Lubnan.
   
Pendapatan perkapita rakyat ialah USD3,500 tahun 2013 kepada USD11,000 sekarang, lebih tinggi berbanding perkapita Perancis.
    
Sebelum Erdogan, ia sarang maksiat lebih teruk daripada Jerman dan Perancis dan Eropah seluruhnya. Kini rakyat tidak gerun dan tidak malu lagi bercakap tentang Islam.
   
Dunia barat melihat Turki hendak berpengaruh semula di dunia setelah kejatuhan empayar Uthamaniyah tahun 1924. Jika tidak disekat memang ia naik semula.
   
Apa yang menjadikan Turki melonjak semula?
   
Pengamatan saya, ia sudah mengeluarkan puluhan ribu hafazan al-Quran sejak tahun 60-an dan kedua ia adalah bangsa yang bersih.
  
Sebelum tahun 90-an saya dimaklumkan ia lahirkan 5,000 hafiz/hafizah setahun. Istanbul saja 2,000 setahun. Tahun 1990 saya melawat sebuah Kuran Kursu puteri di Istanbul. Ia mengambil seribu pelajar setahun bagi program dua tahun. Sejak diasaskan, sekitar 70 peratus berjaya. Ini bererti ia mengeluarkan 700 hafizah setahun. Ada beribu madrasah tahfiz di seluruh Turki.
    
Dengan dasar proIslam Erdogan, dipercaya keluaran hafiz/hafizah baru tentulah berganda.
    
Apabila masyarakat itu dilimpahi ribuan hafaz Quran tentulah bumi dan masyarakat itu dicucuri rahmat yang sebanyak-banyak oleh Allah.
   
Umat Islam Turki adalah pembersih. Payah jumpa bilik air masjid dan sekolah yang kotor dan berbau. Ada orang menjaga dan memastikan bilik dicuci dan bersih sepanjang masa. Kita payah dapat ruang dan bangunan kotor dan berhabuk.
   
Kita banyak mendengar sungutan semua orang tentang bilik air masjid di negara kita yang tidak urus dan kotor. Islam adalah agama bersih. Banyak negara bilik air masjidnya tak terdaya diguna bagi melepaskan hajat.
   
Saya pernah tinggal berbelas hari di rumah seorang Turki. Kebersihan rumah ia adalah kelas dunia. Macam hotel lima bintang di kota besar dunia. Semasa berbual-bual dengan tuan rumah, dia sentiasa membasuh dan mengelap mangkuk sinki. Dia tidak mahu lihat meja, peti ais, kabinet dapur tidak berkilat.
  
Itu laki-lakinya. Perempuannya tentulah lebih. Kebanyakan rumah mereka berkilat semua.
   
Pernah orang Turki bertamu di tempat saya. Dia bersungut tentang debu-debu di sekitar. Saya bawa mereka ke dewan yang berhampiran. Dia bersungut, ‘Dirty! Dirty!
   
Rombongan dari Turki saya tumpangkan di rumah banglo Haji Aziz Sihu. Dia ada beberapa rumah untuk tetamu. Rumah itu berjaga. Dan bersih.
   
Petang itu saya lihat dia membasuh dan membersihkan ruang parkir kereta dan kawasan sekitar. Katanya, ‘Dirty!’
   
Pada saya ia bersih. Bagi Turki, ia masih tidak memuaskan.
   
Amalan bersih itu tentunya dilimpahi rahmat.
     

Bagi menjadi umat yang berjaya pedulilah tentang kebersihan. – HARAKAHDAILY 17/8/2016


Sumber HD - 17-8-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya dituduh mahu guling kerajaan negeri

    http://m.harakahdaily.net/index.php/subky/42175-saya-dituduh-mahu-guling-kerajaan-negeri                                                                                                                                                                                                                                                                                                                             SUBKY LATIF | .

TAHUN-tahun awal saya berkhidmat sebagai wartawan, saya dihantar menjadi koresponden di sebuah negeri.
 
Lebih dua tahun saya di situ.
  
Antara yang banyak saya laporkan ialah tentang kelemahan ketua kerajaan dan kerajaan negeri itu. Berita baik yang memuji dan membela kerajaan pun banyak. Tetapi pembaca lazimnya kritis, tidak tertarik kepada berita yang memuji dan membodek kerajaan sekalipun mereka adalah penyokong kerajaan dan partinya.
    
Pada mereka pemberita yang memuji kerajaan adalah tukang bodek dan dianjurkan supaya bekerja saja dalam jabatan perangan kerajaan.
    
Kerajaan di mana-mana pun ada kelemahannya. Yang seratus peratus baik dan bekerja untuk kepentingan rakyat pula akan ada juga kekurangannya dan apa lagilah kalau ia sebuah kerajaan yang pincang.
    
Islam menganjurkan dalam kedaan yang sudah 100 peratus pun, Islam memperuntukkan masih perlu teguran bangkangan. Itulah sebabnya dunia media menganjurkan dimartabatkan kebebasan bersuara dan berakhbar supaya ia menjadi mata dan telinga kepada kerajaan dan masyarakat.
   
Memang saya banyak melaporkan kelemahan kerajaan dan pemimpin. Orang yang marah pun ramai tetapi yang suka lebih ramai. Orang nampaknya menunggu setiap hari apa berita yang saya laporkan setiap hari. Orang atas saya di Kuala Lumpur pun menggalakkan saya membuat laporan yang kritis, terus terang dan bebas.
   
Pendek kata hampir setiap hari ada saja orang mengajak saya makan kerana suka dengan saya dan mereka itu memberitahu pula cerita baru untuk jadi berita.
    
Pembesar-pembesar negara dan orang kuat parti politik banyak menegur. Saya sedia menerima teguran tetapi saya tidak suka campur tangan orang luar.
   
Kegiatan saya itu mereka laporkan kepada ketua saya di Kuala lumpur. Maka saya banyak dinasihatkan supaya simbangkan pemberitaan itu. Memang saya pun tidak memuatkan yang buruk saja. Tetapi yang baik itu tidak banyak yang peduli. Yang buruk saja yang dibangkitkan.
   
Antara laporan mereka terhadap saya ialah saya anti kerajaan dan hendak menumbangkan kerajaan. Mereka telah mengundang pengarah akhbar datang berbincang dengan mereka tentang kegiatan saya. Antara yang mereka cadangkan ialah supaya saya dipecat.
    
Pengarah tidak memantau kerja harian saya. Yang memantau dan mengarah saya itu dan ini ketua pengarang. Pengarah minta pengarang buat sesuatu tentang saya.
    
Pengarang panggil saya ke ibu pejabat terus tempelak saya, ‘Kamu hendak menumbang kerajaan dan Menteri/Ketua Menteri.’ Saya diberitahu, mereka banyak menerima aduan tentang  saya.
  
Saya jawab, kalau saya mahu tumbangkan kerajaan, maka sayalah akan ganti Menteri atau Ketua Menteri.
   
Rupanya segala apa yang tidak menyenangkan mereka, mereka kira hendak menumbangkan kerajaan. Orang yang hendak menumbangkan kerajaan tidak boleh diberi ampun dan maaf.
   
Ketua saya tergelak dengan jawapan dan diapun tidak fikir saya hendak jadi ketua kerajaan.
  
Lalu dia mengarahkan saya. ‘Hujung bulan ini kamu dipindahkan ke Kuala Lumpur.’ Syukur saya  tidak dipecat bahkan dinaikkan pangkat. – HARAKAHDAILY 16/8/2016                                                                                                                                                                                                          Sumber HD - 16-8-2016                                                                                                                        --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------   






















Tangguh PRN, keputusan Guan Eng tepat

SUBKY LATIF | .

http://m.harakahdaily.net/index.php/subky/42152-tangguh-prn-keputusan-guan-eng-tepat                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                  LIM Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang telah menamatkan perbincangan untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang dengan menangguhkannya.
   
Tindakan Guan Eng itu menjadikan ramalan Datuk Mustapa Ali, Pengarah Pilihanraya PAS Pusat tepat. Sejak mula cadangan timbul, Mustapa telah meramalkan DAP tidak akan mengadakan PRN segera.
   
Guan Eng punya hujah politik yang kuat untuk memanggil PRN segera. Bagi mendapatkan mandat baru bagi menunjukkan kekuatan kepada kerajaan BN bahwa DAP dan sekutunya dapat sokongan kuat daripada  rakyat. Ia sebagai sesuatu unjuk rasa terhadap kerajaan BN mendakwanya rasuah.
   
Politik baru mungkin menjamin sokongan kuat rakyat kepada DAP tetapi ia tidak menjamin kerajaan Pulau Pinang dapat dipertahankan, kerana ketiadaan PAS dalam sekutu, pengundi Melayu akan lari. Ia menyebabkan calon PKR dan calon Melayu bukan BN tidak cukup undi untuk menang semula.

Mungkin Guan Eng kurang majoriti untuk membentuk kerajaan.
   
Sekalipun Guan Eng dapat membentuk kerajaan semula tetapi ia tidak mempengaruh mahkamah untuk memihak kepada Guan Eng dalam kes yang dihadapinya.
   
Perbicaraan itu berisiko tinggi untuk Guan Eng. Kita boleh kata macam-macam terhadap pendakwaan itu. Ia boleh dikaitkan bermotif politik, ia boleh dikira konspirasi politik dan lain-lain.
   
Mekanisma keadilan tidak ada di tangan golongan prodemokrasi. Maka persiapan yang boleh difikirkan oleh DAP menyediakan calon Ketua Menteri yang lain. Kita mesti andaikan risiko Guan Eng tidak berjaya dalam perbicaraan lebih besar. Jika ini berlaku DAP akan berdepan masalah pula kira calon Ketua Menteri lain tidak disediakan.
  
Calon baru itu mesti diterima oleh semua. Seperti yang pernah saya cadangkan, calon terbaik ialah Lim Kiat Siang sendiri.
   
Apakah dengan membawa Kit Siang ke Pulau Pinang dalam politik PAS bersendiri ini, dapat menjamin penguasaan DAP? Ini pun satu isu menarik.
  
Tetapi masa masih ada bagi properubahan mewujudkan suasana politik yang lebih baru bagi mengatasi kebuntuan politik baharu yang ada sekarang. Kebuntuan kerana PAS berada diluar dan ia bebas bertanding di mana-mana.
   
Kit Siang pernah kata, PAS adalah pengacau politik. Tohmah demikian tidak dapat mengubah Pakatan kembali stabil. Politik pasca Pakatan sukar berubah hinggalah PRU baru.
   
Tetapi ia bukan tidak boleh diubah. DAP dan Pakatan boleh mengubahnya. Caranya ialah DAP boleh berunding semula dengan PAS, sedia menyokong RUU 355 bagi pindaan memperkarakan mahkamah syariah.
   
Jika DAP dapat mengubah sikapnya terhadap hudud, betapa ia untuk Islam saja, maka tahaluf baru boleh difikirkan semua. Jika kemungkinan itu dilihat dapat memperkukuh harmoni kaum, pengundi Cina tidak akan takut kepada PAS dan Islam.
   
Keadaan sekarang undi Melayu untuk DAP amat merosot. DAP Tidak boleh bergantung pada sokongan bukan Islam saja. Ia perlu undi orang Islam yang tunjangnya tidak ada pada lain melainkan dari PAS. – HARAKAHDAILY 13/8/2016                                                                                                                                                                                                                                            Sumber HD - 13-8-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                          -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 






















Apa kejayaan Pemuda Umno?

SUBKY LATIF | .

                                                                                                                                                                















 http://m.harakahdaily.net/index.php/subky/42114-apa-kejayaan-pemuda-umno                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                          SEORANG kuat Pemuda Umno yang terlalu kuat Umnonya mengaku berjaya dapat mendedahkan tiga Tan Sri dikatakan bersubahat hendak menggulingkan Perdana Menteri Najib.
   
Apakah budak Khairul Azwan Harun itu seronok dan berjaya sangat atas laporan polis yang Ketua Polis Negara ia andaian saja?
  
Setakat ini sekalian yang dirasakan siuman berpersepsi laporan polis itu palsu. Semuanya berpendapat polis wajar buat sesuatu kepada budak itu.
   
Apakah kejayaan budak itu sebenarnya?
   
Dia mendabik dada dalam sidang medianya Laporan polis kami satu kejayaan. Kejayaan apa?
   
Setakat ini laporannya itu dikira satu andaian oleh KPN dan dianggap palsu oleh kebanyakan orang.
   
Ertinya budak itu karut. Karut ialah benda yang tidak wajar atau hal yang diada-adakan. Reaksi pertama KPN atas aduan itu ialah tidak bercadang menemui tiga Tan Sri itu tetapi hendak memanggil budak itu saja.
   
Andaian atas reaksi awal polis itu ialah polis tak percaya ketiga mereka macam yang diadukan. Ia merepek.
   
Entah gerangan apa, Perdana Menteri itu mencelah, usah panggil budak itu. Maka reaksi baru KPN, tak perlu panggil budak itu kerana ia andaian saja.
  
Lepas itu budak itu bagitahu sidang media, Laporan polis kami satu kejayaan.
  
Kejayaan kalau komplot itu ada tetapi tidak diketahui sesiapa, maka ia didedah budak itu. Dengan itu polis tahu dan bertindak. Tindakan itu seperti yang Presiden Erdogan buat terhadap percubaan rampas kuasa Turki itu. Maka semua Tan Sri itu patutnya sudah ditangkap. Tapi polis tidak berhajat cari mereka.
    
Jikapun ada kejayaannya ialah dia atau kami seperti didakwanya tidak jadi dipanggil polis, bukan kerana dia berjaya tetapi kerana campur tangan Perdana Menteri. Terlepas daripada panggilan polis, mungkin satu rahmat baginya.
   
Bila polis tidak jadi panggil maka terlepaslah dia daripada sebarang tindakan polis.
   
Kalau hendak dikira kejayaannya juga ialah dia telah meletakkan polis dan KPN dalam satu suasana keliru dan serba salah.
   
Polis mulanya spontan hendak menyiasatnya. Dipercayai ia reaksi yang profesional. Tiba-tiba PM Najib kata, usah panggil dia. Tidak pasti tindakan terbaru polis itu kerana serba salah oleh campur tangan Najib atau reaksi awal KPN itu terburu-buru.
   
Sesudah polis batal panggil dia, dia tempelak pula aduannya satu kejayaan.
   
Pendapat bebas seluruhnya mentakwil sikap polis. Reaksi awal KPN tidak siapa takwil. Mungkin PM saja takwil. Tetapi reaksi yang terkemudian KPN menyebabkan dipertikai oleh semua. Beranggap macam-macam orang kepada polis.
   
Kebijaksanaan dan profesional polis dipersoal. Lumat nama dan imej polis dibaca orang.
   
Maka kalau hendak dikira budak Umno ada kejayaan ialah berjaya menjadi polis dan KPN ditakwil semua gara-gara merepek budak Umno itu.
      

Jika budak Umno boleh tempelak tiga Tan Sri, maka ia mencerminkan itu sikap Umno terhadap pegawai awam umumnya memberi kesetiaan dan dedikasi dalam perkhidmatan. Khidmat baik pegawai boleh dikira hampas oleh budak Umno. – HARAKAHDAILY 9/8/2016                                                                                                                                                                                 Sumber HD - 9-8-2016                                                             ----------------------------------------------------------                                                                           Yang menikam terlepas dua saksi tergantung

SUBKY LATIF | .                                                                                                                                                                                                                                                                                 http://m.harakahdaily.net/index.php/subky/42079-yang-menikam-terlepas-dua-saksi-tergantung                                                                                                                                                                                                                                                                                          

ADUAN polis yang dibuat oleh seorang besar Pemuda Umno terhadap tiga pembesar kerajaan yang dicadangkan menganggotai badan penyiasat skandal 1MDB boleh diibaratkan seperti kiasan/peri bahasa yang menikam terlepas, dua saksi tergantung.
   
Dari mana asbabul nuzul kiasan itu dicipta tidak dipastikan tetapi ia memberi maksud betapa mahkamah membebaskan penjenayah manakala saksi pula yang terhukum.
  
Aduan yang Pemuda Umno buat itu seperti mengulangi maksud kiasan itu. Pemuda Umno yang membuat aduan polis itu Khairul Azwan Harun. Yang diadunya ialah Tan Sri Abdul Gani Patail, Peguam Negara yang ditamatkan perkhidmatan serta merta, Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz yang baru bersara dan Tan Sri Abu Kassim Mohamed, Ketua Pesuruhjaya SPRM yang minta bersara awal.
  
Dakwaannya ialah mereka itu dikatakan terlibat hendak menggulingkan PM Najib bersabit dengan pendedahan Jabatan Kejaksaan Amerika tentang jenayah yang disyaki berlaku pada 1MDB.
  
Apa yang berlaku pada 1MDB menjadi pengetahuan orang ramai dalam dan luar negeri. Apabila kes itu terbongkar, maka kerajaan bersetuju membentuk badan penyiasat diketuai oleh Peguam Negara TS Gani Patail dan anggota lain ialah TS Abu Kassim, TS Zeti dan KPN TS Khalid Abu Bakar.
  
Apa jadi pada badan penyiasat yang dicadangkan kerajaan itu hanya Tuhan yang tahu. Ketika sama Jawatankuasa Kira-Kira Negara dan Juru Audit Negara disuruh juga menyiasat. Agensi itu pun buat apa yang disuruh; seperti bekerja di laut yang bergelora. Laporan pun disiapkan juga, tetapi orang mengira isinya seperti buluh kasap, hujung hilang pangkal lesap.
   
Tiba-tiba nyonya yang menjadi Peguam Negara Amerika ditemani oleh FBI, Penguasa Hasil Dalam Negeri dan seorang penting lagi dari Jabatan Kejaksaan mendedahkan tentang kecurian dalam 1MDB yang dihebohkan itu dan penggubahan wang haram, bukan saja orang yang dinamakan terlibat dalam kes itu melanggar peraturan di Malaysia bahkan melanggar undang-undang Amerika.
   
Mereka diburu Amerika untuk diadili dan termasuk yang didedahkan itu seorang Pegawai Nombor Satu Malaysia.
   
Nama PM Najib memang digembar-gembur yang boleh dikira dalang skandal itu. Pendedahan Amerika itu menyeronokkan orang-orang yang mahu Najib berundur. Habis cicak dan mengkarung memberi reaksi negatif kepada Amerika.
  
Sekonyong-konyong budak Umno itu membuat aduan polis mendakwa orang-orang disebut tadi berperanan atau cuba menggulingkan PM Najib.
  
Apakah dia bertindak sendirian atau ia diputuskan oleh Pemuda Umno yang ketuanya Khairy Jamaluddin? Atau Khairul Azwan itu cuba mengulangi seorang pemuda yang mengata dia diliwat oleh DS Anwar Ibrahim. Kes Awar itupun macam kiasan buluh kasap juga.
  
Pemuda Umno dipercayai dikawal rapi oleh Khairy. Hebatnya Khairy, dipercayai Najib unuk menjadi pengiring Obama dalam lawatannya ke sini dulu. Ramai menteri yang pintar tetapi Najib hantar Khairy. Bagaimana orang sepintar Khairy boleh benarkan budak-budaknya membuat aduan polis.
  
Dakwaan budak Umno bukan main-main. Hukum percubaan menggulingkan kerajaan atau ketua kerajaan besar natijah dan risikonya. Perhatikan saja percubaan rampasan kuasa yang gagal di Turki baru-baru ini. Erdogan hendak menghidupkan semula hukum mati dan Turki menuntut orang yang disyaki dalang rampasan kuasa itu dipulangkan dari Amerika ke Turki.
  
Apa yang dibuat itu seperti mengkiaskan tiada jenayah dalam 1MDB dan orang-orang yang disyaki jenayah hendak dilepaskan dan sebaliknya orang-orang dinamakan bagi menganggotai badan penyiasat 1MDB hendak dijadikan saksi yang digantung. Ia bukan lagi dua tetapi tiga saksi tergantung. – HARAKAHDAILY 7/8/2016                                                                                                                                                                                                                                                             Sumber HD - 8-8-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                              -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                






















Hak negeri adakan pilihan raya negeri

SUBKY LATIF | .


     

















http://m.harakahdaily.net/index.php/subky/42054-hak-negeri-adakan-pilihan-raya-negeri                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                ATAS apa sebab jua kerajaan DAP hendak menyegerakan Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang adalah haknya.
   
Tidak berbangkit ia membazirkan wang negara atau wang negeri. Demokrasi tidak pernah mengira duit yang terpaksa dibelanjakan. Yang penting ialah demokrasi berjalan lancar dan kerajaan stabil dapat ditegakkan demi kesejahteraan rakyat dan negeri.
   
Kemungkinan Pulau Pinang mengadakan pilihan raya negeri mengejut tidak dapat dihalang jika Yang Dipertua Negeri berkenan.
   
Kerajaan Lim Guan Eng sedang menimbangkannya sebagai tindakan politiknya gara-gara dia didakwa di mahkamah atas sebab membeli kediaman yang disewanya dengan harga rendah. Jika dakwaan itu disabitkan dia boleh dihukum penjara atau apa juga hukuman yang menjadikan dia tidak layak lagi menjadi Ketua Menteri.
   
Orang boleh kata apa-apa saja atas tindakan DAP itu tetapi tidak boleh dinafikan akan hak politik perti kerajaan untuk mengambil tindakan itu.
  
Sarawak pernah mengadakan PRN awal setelah kerajaan pimpinan Taib Mahmud diancam undi tidak percaya di Dun oleh penyokong Tun Abdul Rahman Yaakub. Jika undi tidak percaya itu sempat dikemukakan, tiada jaminan Taib dapat mempertahan kerajaannya. Pedana Menteri Mahathir tidak menghalang PRN diadakan. Taib memenanginya semula.
   
Menteri Besar Daud Samad pernah mencadangkan Terengganu mengadakan PRN awal bagi menguji kerajaan PAS pimpinannya setelah beberapa Adun PAS melompat. Istana tidak memperkenannya.
    
Kerajaan Pakatan Rakyat Perak merancang mengadakan PRN setelah tiga Adunnya hilang tetapi istana memilih parti yang ada majoriti di Dun ketika itu untuk menubuh kerajaan baru.
    
Jika Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang tidak menghalang, PRN boleh diadakan. Tetapi PRN itu adalah bagi menunjukkan Ketua Menteri dan kerajaan negeri dipercayai masih mendapat sokongan besar rakyat.

Tiada dalam bacaan politik semasa DAP boleh dikalahkan, bahkan Guan Eng yang didakwa itu jika dibenarkan bertanding tidak mustahil menjadi calon yang paling popular.
   
Tetapi keputusan PRN itu tidak mungkin mempengaruhi mahkamah meneruskan tindakan yang sudah diambil terhadap Guan Eng. Tidak nampak Peguam Negara akan membatalkan dakwaan yanag sudah disebut di mahkamah. Malah kemungkinan ia diselesaikan di luar mahkamah juga payah diduga.
   
Apakah mahkamah dilihat tidak popular dengan tindakan terhadap Guan Eng itu tidak menghalang ia untuk meneruskan perbicaraan.
   
Bukan perkara baru bagi Jabatan Kejaksaan menangani perbicaraan yang tidak popular. Dalam tahun 70-an mahkamah dilihat tidak popular menangani kes Datuk Harun Idris, Menteri Besar Selangor dan Ketua Pemuda Umno Malaysia. Umum menolak keputusan mahkamah, tetapi tindakan politik tidak menghalang mahkamah menghukum pemimpin Umno itu.
    
Demikian juga dengan kes DS Anwar Ibrahim. Bukan masyarakat dalam negeri saja tidak menyokong kes itu diteruskan. Masyarakat antarabangsa juga mengira dia tidak patut dimahkamahkan.
   
Bahkan dunia tidak mengira Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas dan beberapa hakim wajar ditribunal. Banyak mengira ia kes politik. Tetapi jabatan kehakiman tidak mengira persepsi boleh mempengaruhinya meneruskan kerjanya.
   
Kita boleh menyaksikan Pulau Pinang ada PRN, kita lihat DAP dapat sokongan besar dalam PRN, tetapi kita juga mungkin dapat melihat Ketua Menteri itu turun naik mahkamah selepas PRN itu. – HARAKAHDAILY 4/8/2016                                                                                                                                                                                                                                                                                    Sumber HD - 4-8-2016                                                                                                                           ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















Amerika hanya bersalah jika ancam Najib

SUBKY LATIF | .

                                                                                                                                                                                                            http://m.harakahdaily.net/index.php/subky/42027-amerika-hanya-bersalah-jika-ancam-najib                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                             SEMUA cicak dan mengkarung serta anak cacing di lubangnya mempertikai pendedahan Jabatan Kehakiman Amerika terhadap penggelapan orang tertentu tentang dana 1MDB. Sekalipun pendedahan Peguam Negara Amerika itu tidak menyebut nama Perdana Menteri Najib sebagai orang yang diburu tetapi moral pendedahan itu telah meletakkan Perdana Menteri dalam serba kepayahan.
   
Semua pintu dalam negeri ditutup kedap bagi melindungi PM Najib tetapi pekung itu meletup di Amerika oleh kerajaan Amerika. Bila Amerika melepaskan bomnya, payah ada perisai boleh menangkis ledakannya.
  
Apapun biar kebijaksanaan Malaysia dan ketangkasan Amerika mengadili segala kecurangan terhadap 1MDB.
  
Yang menarik perhatian ialah semua cicak dan mengkarung bangun mengherdik Amerika atas tindakannya itu antaranya termasuk pemburu anak tiri Perdana Menteri dan menggunakan bahasa Pegawai Satu kerajaan sebagai orang yang sama menyangak harta negara itu. Maka semuanya dapat mengagak siapa yang dimaksudkan oleh perumpamaan yang Amerika guna itu.
   
Lebih menakjubkan Pemuda Umno yang pimpinannya Khairy Jamaluddin membuat aduan polis terhadap beberapa penting dalam isu penyiasatan skandal itu dikatakan bersubahat dengan Amerika untuk menggulingkan Perdana Menteri.
  
Aduan budak-budak KJ itu tidak membersihkan nama baik PM Najib tetapi adanya perkongsian maklumat orang penting dalam negeri dengan FBI.
  
Apapun hubungan antara Malaysia dengan Amerika amat akrab sejak merdeka lagi. Dalam dalam semua perkara boleh dikatakan Malaysia menerima baik apa jua yang Amerika anjurkan. Ketika Amerika dulu mengira PLO dan Yasser Arafat adalah pengganas, Malaysia tidak berani berjumpa mana-mana orang Palestin.
  
Kerana Mesir dan Amerika dalam keadaan berperang menjelang kemerdekaan dulu sekalipun Tun Razak sebagai orang nombor dua dalam kerajaan menamakan anak sulung, Najib sempena nama jeneral yang mengguling Raja Mesir bersama Kolonel Gamal Abdel Nasser, Tanah Melayu tidak mengundang Mesir dalam acara sambutan kemerdekaan itu kerana menjaga hubungan baik dengan Amerika.
   
Ketika Amerika mengenakan kepungan ekonomi kepada Saddam Hussein sebelum PBB membenarkan Iraq diserang, Malaysia menyokong tindakan Amerika itu. Orang kata TPPA anjuran Amerika itu adalah ancaman kepada kemerdekaan Malaysia, Umno dan kerajaan menjadi penyokong TPPA.
  
Sekarang Amerika memerangi orang Islam yang disyaki pengganas IS, Malaysia ada bersama dengan Amerika memburu siapa saja yang disyaki pengganas. Hatta sesudah Jabatan Kehakiman Amerika mendedahkan bertindak terhadap orang yang disyaki menyangak 1MDB, PM Najib dan TPM Zahid Hamidi masih bercakap tentang kerjasama erat dengan Amerika.
   
Malah dalam banyak urusan jenayah antarabangsa Malaysia sentiasa mendapat bantuan maklumat dan lain-lain dari Amerika. Dan Malaysia memang memerlukan sokonga Amerika bagi mendapatkan pelaburan yang sebanyak-banyaknya dan mahukan pelancong Amerika datang ke sini seramai-ramainya.
  
Pendek kata tidak banyak yang bersalahan dalam urusan politik, ekonomi, dagang, keselamatan dan pendidikan antara Malaysia dan Amerika. Tiada banyak yang Umno dan pembesar Malaysia takwil tentang apa juga yang Amerika anjurkan kepada malasia.
  
Hanya sekali ini apabila Amerika bertindak terhadap apa yang rakyat dan kerjaan Malaysia tidak dapat buat tentang skandal 1MDB, Amerika dikira tidak berguna. Sebabnya tindakan Amerika itu meletakkan PM Najib di sumbu mercun, menunggu masa meletup, lecurlah tubuh.
  
Kenapa semua anjuran Amerika dijunjung, kerana Najib terancam cicak dan mengkarung kata Amerika tidak guna? - HARAKAHDAILY 2/8/2016                                                                                                                                                                                                                                               Sumber HD - 2-8-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                            -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















Moga-moga PAS tidak bunuh diri

SUBKY LATIF | .




















http://m.harakahdaily.net/index.php/subky/42001-moga-moga-pas-tidak-bunuh-diri                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                BEBERAPA bekas pemimpin, justeru sayangnya pada PAS, sama ada meninggalkan PAS atau sekadar berjauhan dengan PAS, mengingatkan PAS supaya tidak terperangkap dalam politiknya menyisih diri daripda kumpulan pembangkang popular negara.
   
Politik pasca Langkah Kajang dilihat PAS tidak profesional dalam politiknya, ia tidak ngam lama dengan PKR dan putus tahaluf dengan DAP. Sekalipun tahaluf dengan PKR belum batal tetapi tidak berapa ngam lagi.
  
Punca retak PAS dikatakan tidak 100 peratus anti Umno BN dan Najib dan bertegas mengemukakan RUU355 sebagai usul persendirian sekalipun ia ditolak Pakatan Rakyat. Dalam perang mulut itu PAS terasa ia dihina.
   
Apabila Pakatan Harapan menggantikan Pakatan Rakyat, dan parti bekas pemimpin menggantikan tempat PAS, ia menolak jemputan PKR menyertainya kerana dalam pakatan baru itu ada DAP dan parti baru serpihan PAS.
   
Apabila Dr. Mahathir melancarkan Deklarasi Rakyat tidak percayakan Najib ia enggan menandatanganinya dan apabila Dr. Mahathir bercadang membentuk  parti baru bagi melebarkan lagi pakatan pembangkang yang ada, PAS lebih suka menjauhkan diri.
  
Maka orang-orang yang sayangkan PAS tetapi menjauhkan diri dari PAS mengingatkan PAS supaya jangan terperangkap dengan politik barunya yang mereka kira sempit dan disamakan seperti membunuh diri.
  
Ia dirasakan PAS akan rugi besar dalam PRU14 nanti jika bersendiri, bahkan Kelantan boleh terlucut. Mereka sarankan agar PAS kembali kepangkuan pembangkang apalagi ia akan digalak lagi dengan penampilan penyokong Umno anti Najib.
  
Tiada nampak PAS tertarik dengan perkembangan baru yang disertai oleh Mahathir dan Muhyidin itu. Ia rela bersendirian supaya ia bebas memperjuangkan cita-citanya sekalipun ia tinggal seorang di Parlimen selepas PRU14 nanti.
  
Mungkin apa yang diramalkan itu adalah nasib yang PAS tempah sendiri – kosong di Parlimen dan hilang Kelantan. Ia sedia bertanggungjawab atas apa jua gara-gara politik bersendiriannya. Tetapi jika satu kerugian, ia juga boleh merugi semua yang mencercanya.
  
Jika PAS kecundang, barang yang dijauhkan Allah, Tetapi ia tidaklah menguntungkan orang yang meninggalkan PAS dan mencerca PAS.
  
Orang yang melarikan kerusi yang dimenangi melalui PAS dipercayai tidak mungkin berada di Parlimen lagi selepas PRU nanti. Bolehlah dikira MP Tumpat, Kuala Krai, Shah Alam, Parit Buntar adalah dalam perkhidmatan terakhirnya di Parlimen.

Bahkan semua Adun yang lari itu tidak pula boleh diselamatkan oleh politik terbukanya. Malah MP Pokok Sena juga mungkin sedang berpolitik bunuh diri.
    
Ketika Pusat Dagangan Dunia New York diserang dulu, PM Mahatahir tidak terus menyalah penyerang tetapi mahu Amerika dan dunia mengkaji puncanya. Dan jika PAS terperangkap dengan politiknya lalu merugikannya, tidak wajarkah semua mengkaji puncanya.
  
Jika PAS berpolitik bunuh diri, janganlah fikir sekalian yang memencil dan memerangkap PAS tidak terperangkap dengan politik berpandangan jauhnya?
 
Sekutu PAS dulu mungkin tiada tanggungjawab untuk menjaga kepentingan politik PAS, tetap reaksi PAS terhadap politik mengepungnya dalam pakatan pembangkang itu sama sekali tidak menjaga kepentingan politik masing-masing.
  
Paling malang ialah orang yang melarikan diri. Jangan fikir melarikan diri itu menyelamatkan diri. PAS yang terperangkap itu akan dapat dibangunkan semula. Tetapi yang melarikan diri hendak ke mana?
  
Jika PAS dirasakan silap, tidak dihalalkan ia ditinggalkan. Tetapi bersabar membetulkannya dari dalam. Kambing yang lari selalunya diperhatikan oleh sang serigala. – HARAKAHDAILY 29/7/2016                                                                                                                                                                                                                                                                                                                   Sumber HD - 29-7-2016                                                                                                                         -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















Kenapa Gulen bermusuh dengan Erdogan

SUBKY LATIF | .















 http://m.harakahdaily.net/index.php/subky/41983-kenapa-gulen-bermusuh-dengan-erdogan                                                                                                                                                                                                                                                                                                                         HOJAEFENDI (Hucaefendi) Fethullah Gulen adalah satu nama besar yang berpengaruh dalam masyarakat umat Islam Turki beberapa dekad kebelakangan ini yang dikaitkan oleh Presiden Erdogan sebagai perancang di belakang percubaan rampasan kuasa di Turki 15 Julai lalu.
   
Pertentangan antara Erdogan dan Hojaefendi itu tidak mengejutkan tetapi yang ajaibnya bagaimana mereka bersekutu, memungkinkan Erdogan berkuasa di Turki 2003.
  
Sepanjang kebangkitan kesedaran Islam di Turki sejak beberapa dasarwasa lalu kumpulan politik Islam pimpinan Erbakan yang Erdogan adalah penyokongnya adalah bersaingan sengit dengan gerakan dakwah pimpinan Hojaefendi Gulen.
  
Gerakan politik Islam Erbakan itu tidak disokong oleh sekalian penyokong gerakan dakwah Nur yang melanjutkan perjuangan dakwah tokoh Islam Badiuzaman Said Nursi. Said Nursi menentang kezaliman dan sekularisma Kemal Ataturk tetapi tidak memilih kaedah politik. Maka pengikutnya setelah ketiadaannya tidak menyertai gerakan politik.
   
Ketika politik Islam acap dilanda penindasan kerajaan dan tentera, penyokong Gulen boleh berbaik dengan gologan penindas.
  
Hubungan antara keduanya boleh disamakan apa yang PAS hadapi di Malaysia. Ketika PAS menyanggahi isu-isu Islam daripada golongan pemerintahan, maka ada ulama dan prodakwah bersama dan membela kerajaan. Apabila pro-Islam bertelagah, maka ia menguntungkan propaganda kerajaan. Inilah masalah yang dihadapi oleh gerakan politik Islam Turki dengan pendirian penyokong An-Nur dan Gulen.
  
Anak-anak saya pernah ditaja oleh sekolah Islam An-Nur. Ketika saya bertemu Erbakan di Istanbul, saya terangkan hal anak saya itu. Erbakan bertanya saya, bagaimana orang PAS yang dikiranya sekutu politik Islam di mana saja boleh ada hubungan dengan badan Islam tidak menyokong politik Islamdi Turki?
  
Dari situ tahulah saya akan hubungan tegang antara dua golongan pro-Islam itu.
   
Ketika saya berbincang dengan aktivis Parti Refah yang Perdana Menterinya Erbakan dipaksa tentera meletak jawatan dan diganti parti lain yang anti Islam, Gulen dan An-Nur dikatakan mengambil sikap berbaik  dengan kerajaan baharu.
    
Tekanan tentera dan politik anti Islam itu ikut melucutkan Erdogan sebagai Datuk Bandar Istanbul. Terang-terang aktivis pro-Erbakan dan pro-Erdogan itu menyifatkan Gulen dan gerakan dakwahnya sebagai musuh, kerana kata mereka, pada masa kerajaan pro-Islam ditekan oleh musuhnya, musuh itu boleh diterima baik oleh Gulen dan penyokongnya. Maka siapa yang berbaik dengan musuh gerakan Islam sekalipun dari kalangan pro-Islam, ia adalah musuh kami.
   
Maka bagaimana boleh Erdogan boleh jadi sekutu Gulen?
  
Apabila Refah diharamkan, Erbakan tubuhkan parti lain. Parti lain itu juga diharamkan. Apabila Erbakan tubuh yang baru, Erdogan dan Abdullah Gul tidak ikut serta kerana tiada kesudahannya bagi parti pimpinan Erbakan.
  
Erdogan pun menubuhkan partinya sendiri. Tentulah perpecahan penyokong Erbakan itu menyenangkan golongan dakwah tidak berpolitik yang sejak lama berselisih. Sokongan Gulen terhadap parti Erdogan yang tidak menunjukkan diri sebagai pro-Islam, boleh menyekat pengaruh Erbakan.
   
Kemenangan Erdogan menyebabkan pertama kali Erbakan tiada ada di Parlimen sejak dia berpolitik. Berbulan madu antara Erdogan dan Gulen itu tidak lama. Golongan pro-Islam bertambah kuat di Turki. Yang bersama Erdogan itu kebanyakannya adalah penyokong lama Erbakan. Sekalipun Erbakan ada parti sendiri, tetapi orangnya  ramai bersama Erdogan.
   
Islam selesa di bawah pemerintahan Erdogan. Sikap tidak partisan gerakan dakwah terhadap politik tidak mudah diteruskan. Tiada ruang bagi dakwah mengatakan politik tiada dalam Islam. Politik tidak berpolitik Gulen tidak dapat tempat pada Erdogan.
    

Gulen pun lari ke Amerika. Pemimpin tentera yang dikatakan ketua rampasan kuasa berkata, rampasan kuasa itu didalangi Gulen. – HARAKAHDAILY 27/6/2016                                                                                                        Sumber HD - 27-7-2016                                                                                                                          -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                      Peri tol Terengganu dan parkir di Kuala Lumpur                                                                     http://m.harakahdaily.net/index.php/subky/41955-peri-tol-terengganu-dan-parkir-di-kuala-lumpur             

SUBKY LATIF | .

DALAM huru-hara tuntutan agar tol di lebuh raya dimansuhkan beberapa tahun ke belakangan ini, hingga logiknya dikesan oleh MP-MP penyokong kerajaan, maka Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) ditol mulai pertengahan Julai ini.
   
Ketika sekalian penghuni Lembah Kelang berteriak akan peritnya perbelanjaan hidup masing-masing, DBKL dengan serba alasan menaikkan kadar bayaran parkir kereta hingga 150 peratus.
   
Ia adalah tambahan beban kenaikan harga ayam pada raya puasa lalu dan segala kesan penguatkuasaan GST sejak April tahun lalu.
   
Semua terkesan akan penderitaan yang rakyat alami itu, tetapi ia tidak menghalang kerajaan dan pentadbiran yang untuk menambah penderitaan sekalian rakyat.
  
Sekalian wakil orang yang prihatin mengira ia menambah beban rakyat, tetapi ia sebenarnya ada satu penindasan daripada kerajaan dan dihalalkan oleh kerajaan. Apabila ia dihalalkan oleh kerajaan sah pilihan rakyat apa yang  rakyat dapat buat bagi menghalang penindasan itu?
   
Hanya demokrasi yang tidak dapat dipakai itu saja sebagai jalan keluarnya. Tetapi demokrasi yang ada itu tidak terpakai.
  
Adakah para pemimpin yang bertemuluk besar itu tidak faham dan tidak belas akan jerit pekik penindasan yang umat alami itu? Mereka faham tetapi mereka tidak boleh buat apa kerana poket kerajaan sendiri kering.

Sekalian pemimpin itu pula tidak bersedia melepaskan kuasa untuk ditangani oleh pihak lain, kerana jika mereka lepas kuasa secara sukarela atas nama demokrasi dan sebagainya, maka mereka akan terkena kesan penindasan itu atau dalam kata lain ia seperti mereka menindas diri sendiri.
   
Dengan hutang negara yang melambung, dan kerajaan tidak berduit, hendak menampung keperluan semasa pun tak cukup. Sebelum DBKL menaikkan bayaran parkir, pegawai-pegawai kerajaan sudah tidak ada parkir percuma di pejabat masing-masing. Para doktor di hospital terpaksa bayar RM250 sebulan bagi parkir yang selama ini percuma. Tiada jabatan dan pejabat yang berduit sekarang.
  
Tiada cara bagi kerajaan menyelamatkan diri selain daripada menaikkan cukai dan mendapatkan apa saja yang boleh didapati daripada orang ramai. Tok lebuh raya dan kenaikan parkir itu adalah cara yang kerajaan terfikir bagi mendapatkan duit.
  
Negara ini ketika ditinggalkan oleh British dulu melimpah ruah duitnya. Ketika Tunku Abdul Rahman diundurkan dulu masih berduit. Pada 13 Mei, 1969 dulu ringgit Malaysia sama kuku dengan Mark Jerman. Tetapi duit kita sekarang dekat menyamai duit cap pisang dalam musim Jepun dulu.
  
Tol di Terengganu itu adalah menambah penindasan kerajaan terhadap rakyat. Parkir baru di Kuala Lumpur itu adalah tambahan kepada penindasan yang ada.
  
Rakyat tidak dapat buat apa terhadap kerajaan yang menindas itu. Apa yang dapat dibuat ialah mengumpul dengan segala macam penindasan yang ada. Keadaan rakyat kini kira sama dengan suasana yang dialami oleh penduduk Madyan pada zaman Nabi Syuib dulu. Penguasa wilayah dan sekalian pembesarnya menunggu di setiap lorong merompak rakyat yang lalu.

Menggunakan timbangan dan penyukat jual beli tipu. Kaum Lut yang berpenyakit liwat itu juga hidup dengan merompak sesiapa yang datang ke Sadum.
   
Moga-moga jangan keburukan zaman Nabi Lut dan Nabi Syuib itu sampai melanda Malaysia yang BN pimpin ini.
  
Maka kita menunggu lebih banyak penindasan kerajaan. Apabila penindasan itu sampai ke tahap matang, tibalah masa kerajaan dan sistem yang ada itu dibinasakan. Najib lupa demokrasi, tetapi demokrasi tidak lupa Najib. – HARAKAHDAILY 24/7/2016                                                                                                                                                                                                                                 Sumber HD - 24-7-2016                                                                                                                          -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















BPMS: Pemimpin PAS juga perlu matang, kata Subky

HARAKAHDAILY | .


















http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41974-bpms-pemimpin-pas-juga-perlu-matang-kata-subky                                                                                                                                                                                                                                                                           
KETUA Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM), Ustazah Nuridah Mohd Salleh bersama beberapa orang Ahli Jawatankuasa DMPM mengambil peluang sempena bulan Syawal yang mulia untuk menziarahi veteran PAS, Tuan Haji Subky Latif atau lebih dikenali dengan nama Pak Subky.

Memulakan ziarah dengan jamuan raya, Pak Subky sanggup menunggu para tetamu untuk makan bersama sebagai tanda hormat dan adab kepada tetamu.

 “Siapa juga yang datang ke rumah mesti tidak akan pernah senyap,” cerita Puan Naznah, isteri beliau yang ramah melayan tetamu.

Kata-kata yang ringkas ini membuktikan bahawa terlalu banyak ibrah dan hikmah yang boleh dicungkil dan digali daripada Pak Subky.

Begitu juga rombongan DMPM tidak melepaskan peluang yang ada ini untuk mendengarkan kata-kata hikmah daripada beliau.

Nasihat pertama yang diperoleh adalah mendahulukan gerak kerja Jemaah berbanding ziarah sahabat kerana beliau menyedari bahawa PAS terlalu banyak kerja yang perlu dibuat dan kerana itu beliau tidak pernah berkecil hati sekiranya pimpinan PAS tidak menziarahi beliau.

“Jangan tinggalkan kerja Jemaah sebab nak datang ziarah,” nasihat yang ringkas tetapi penuh bermakna buat semua penggerak parti.

Menyebut tentang agenda politik matang dan sejahtera yang dibawa oleh PAS sekarang, Pak Subky mengingatkan bahawa agenda ini bukan hanya semata-mata agenda parti atau Jemaah.

Malah ia seharusnya diterjemahkan dalam diri para pemimpin parti terlebih dahulu. Apabila ditanya berkaitan bagaimana matang yang dimaksudkan.

“Matang itu sempurna. Kelemahannya sedikit, buah fikirannya mencerminkan kewibawaanya. Mereka sunyi daripada kelemahan.

Mereka tidak bercakap perkara yang tidak perlu dan tidak penting. Mereka yang matang mereka yang kurang bercakap, bercakap perkara yang berfaedah sahaja," jelas Pak Subky.

Beliau mengingatkan, “Kalau orangnya (merujuk kepada pimpinan dan ahli) tidak matang, politik matang tu tidak akan berhasil.”

Pada akhir pertemuan, beliau sempat berkongsi suka duka pengalaman beliau ketika bersama PAS. Beliau turut mengingatkan supaya ahli-ahli PAS terus tetap berada dalam Jemaah walaupun apa jua terjadi. – HARAKAHDAILY 26/7/2016                                                                                                                                                                                                                                                                  Sumber HD - 26-7-2016                                                                                                                        ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------        






















 Mahathir membantah memang munasabah

  http://m.harakahdaily.net/index.php/subky/41911-mahathir-membantah-memang-munasabah                                                                                                                                                                SUBKY LATIF | .
APA jua status Dr. Mahathir selepas berundur daripada Perdana Menteri dan Presiden Umno, dia adalah seorang rakyat. Sekalipun dia jadi negarawan tetapi negarawan juga seorang rakyat.
   
Yang menjadikannya Presiden Umno dan Perdana Menteri dulu ialah kerana dia rakyat dan sebagai rakyat yang berpolitik.
   
Sifat dan watak pertama orang politik ialah hendak melihat rakyat dan negara merdeka, aman dan sejahtera. Orang politik boleh campur politik dan boleh tidak campur jika dirasakan semua berjalan baik.
   
Apabila politik sudah tidak normal, sama ada Islam, demokrasi, fasis, ekstremis nescaya ada reaksi. Asas utama reaksi itu ialah supaya politik itu normal dan berada pada tangan yang betul.
   
Dr. Mahathir berpolitik masa muda dulu untuk berkhidmat dan mengambil bahagian merancakkan politik dan apa lagi jika diberi laluan. Datuk Onn Jaafar, Dr. Burhanuddin al-Helmy, Tunku Abdul Rahman Putra dan Tun Razak juga begitu.
  
Apabila masing-masing berusia, sama ada masih bertenaga atau tidak, maka ada pilihan masing-masing untuk berundur, bersara atau tidak aktif. Dalam Islam tiada usia bersara tetapi boleh tidak aktif.
   
Sekalipun Datuk Onn ditolak oleh pengundi majoriti, dia terus berpolitik hingga mati kerana dia tidak dapat menerima politik yang ada pada masanya. Demikian juga Dr. Burhanuddin. Dia memperjuangkan Islam. Kerana politik Islam itu tidak terlaksana, dia terus berpolitik hingga akhir.
  
Tunku Abdul Rahman bersara daripada Perdana Menteri dan Presiden Umno. Bersara daripada politik dan bergerak dalam dinamik Perkim. Berjaya menjadikan NGO yang biasa itu dinamik.
  
Sekitar tiga tahun tidak hiraukan politik didapatinya ada yang tidak kena pada politik dan pimpinan Perdana Menteri Tun Razak, maka sebagai rakyat berdarah politik, lalu tiada dia diam. Bahkan hampir menubuh dia sebuah parti politik bagi menyaingi Umno. Rancangannya dibatalkan justeru janji Perdana Menteri Hussein Onn untuk mengikis penyusupan anasir komunis dalam Umno.
   
Usianya panjang lalu dia berada di belakang Tengku Razaleigh Hamzah membentuk Parti Semangat 46. Mengapa setelah kubur kata mari dia berpolitik juga? Justeru jiwa politiknya tidak membenarkannya diam saja apabila ada politik yang dirasanya tidak kena dan boleh menjejaskan rakyat dan negara.
   
Itulah yang menjadikan Mahathir terjaga daripada suasana singa tidur hingga pada usia setua Tunku di akhir hayatnya berhajat menubuh parti baru bagi menggerakkan pakatan pembangkang yang lebih bertenaga, bukan lagi sekadar memaksa PM Najib berundur, bahkan menyambung usaha DS Anwar Ibrahim merampas Putrajaya.
  
Apakah tindakannya itu betul dan adakah dia akan berjaya?
  
Sekalian yang tidak mabuk dedak mengira Najib adalah pemimpin negara yang paling tidak guna. Mendedahkan negara dalam kehancuran dan rakyat hidup sengsara.
  
Gara-gara keburukan dan kedegilan Najib itu tidaklah menyusahkan sangat kehidupan Dr. Mahathir yang ada pencen Perdana Menteri dan elaun besar Petronas dan Proton. Isterinya pun ada  pencen. Hingga mati dia tidak susah.
  
Tetapi sebagai rakyat yang ada jiwa politik, dia tidak senang melihat negara hancur dan rakyat sengsara. Maka dia bangkit berpolitik seperti orang tua Datuk Onn dan Tunku.
   
Jangan fikirkan berjaya atau berbaloi Datuk Onn dan Tunku berpolitik lagi! Jangan anggap mereka tua keladi! Orang politik jika dirasanya ada yang tidak kena, maka dia wajar bangun membantu gerakan politik yang ada bagi membetulkan ketempangan. Berjaya atau tidak, jadi perkara kedua.
    

Diam saja adalah mati sebelum mati. – HARAKAHDAILY 21/7/2016                         Sumber HD - 21-7-22-2016                                                          ---------------------------------------------------------                                                                                  Takziah dan tahniah atas Aziz Singah

SUBKY LATIF | .


 http://m.harakahdaily.net/index.php/subky/41882-takziah-dan-tahniah-atas-aziz-singah                                                                                                                                                                                                                                                                                                                           TAKZIAH kepada keluarga Datuk Aziz Singah, seniman yang meninggalkan kita baru-baru ini. Dan saya menyampaikan setinggi tahniah atas berita kematiannya itu.
  
Tahniah itu bukan kerana kematiannya tetapi justeru wasiatnya kepada anaknya supaya mengimamkan jenazahnya dan wasiatnya itu telah ditunaikan oleh seorang daripada anaknya.
  
Kebanyakan orang mencari orang lain mengimamkan jenazah kerana tiada anak sendiri yang mampu mengimamkannya sedang yang terbaik bagi seorang si mati dia diimamkan oleh anak sendiri dan soleh pula.
  
Datuk Aziz Singah adalah jiran saya 40 tahun dulu di Taman Tan Yew Lai, Petaling. Pelakon filem lain jiran saya di situ ialah Abdul Rahman Adam, Musa Al-Bakri dan Rubiah Suparman. Saya kenal isterinya.
   
Selama-lamanya saya mengenali Aziz Singah sebagai orang wayang. Apapun profesion pilihannya itu bagi masyarakat Melayu ia dikenali sebagai orang wayang. Dalam masyarakat selepas merdeka penggiat seni mendapat pengiktirafan sebagi golongan yang berperanan dalam masyarakat.
    
Akhir-akhir ini ramai penggiat seni yang dikatakan anak wayang berhijrah ke dunia dakwah. Ramai seniwati menerima tawaran berlakon tetapi tidak mahu gambaran yang tidak berhijab.
   
Saya lama tidak bertemu Aziz Singah. Saya amat menghormatinya dan mengetahui dia ada dua orang anak yang menuntut ilmu agama. Ketika ramai lulusan pengajian tinggi agama menghantar anak-anaknya belajar dalam bidang profesional seperti peguam, doktor dan macam-macan teknologi, seniman Aziz menghantar anak ke sekolah agama mendalami ilmu al-Quran yang melayakkan mereka menjadi orang berilmu agama.
   
Menjelang matinya daripada berita yang saya baca, dia berwasiat kepada anaknya yang belum berusia 20 tahun supaya mengimamkan solat jenazahnya dan berpesan kepada anak-anaknya supaya meneruskan pengajian yang lebih tinggi.
   
Wasiatnya telah tercapai. Apalah yang paling bahagia bagi seorang bapa selain daripada jenazahnya diimamkan oleh anak sendiri. Apa lagi apabila anak yang berpendidikan agama itu dapat mendoakan kebahagiannya di alam akhirat.
    
Segala kejayaan Aziz dalam hidup tidak dibawa ke alam kubur. Harta dan waris meninggalkannya bersendirian di kubur sana. Tetapi amal jariah dan doa anak yang soleh nescaya dapat menemankan penghuni kubur.
   
Pada pandangan kasarnya anak wayang yang terkenal itu telah meninggalkan anak yang moga-moga berguna kepadanya sebagai arwah dan kepada ummah yang ditinggalkannya. Aziz dipercayai dan didoakan dapat anak yang dihajati itu.
  
Sekalipun pada awal hidupnya dia memilih menjadi anak wayang tetapi di akhir hidupnya Allah telah memberinya anak-anak yang dapat mengimamkan solat jenazahnya dan tentunya dapat terus menerus mendoakan kerukunannya di akhirat.
  
Dia telah menyediakan anak yang berguna. Kiranya anak-anaknya itu berupaya pula mencapai taraf ulama terbilang, lagilah bahagianya di alam kubur.
  
Moga-moga setiap orang dapat menjadi macam Aziz Singah. Maka selayaknya saya memberi tahniah kepada si mati itu. Anaknya bukan saja mengimamkan solat jenazahnya dan dipercaya dalam mengimam lebih banyak jenazah selepas ini. Selagi anak-anaknya beramal soleh maka arwah Aziz Singah nescaya sentiasa disirami salji putih dari langit. – HARAKAHDAILY 19/7/2016                                                                                                                                                             Sumber HD - 19-7-2016                                                                                                                         --------------------------------------------------------------------------------------------- ------------------------ Puasa enam elok diawal                                      http://m.harakahdaily.net/index.php/subky/41838-puasa-enam-elok-diawal























SUBKY LATIF | .
TELAH disunahkan puasa enam hari dalam bulan Syawal mengiringi puasa sebulan Ramadhan bagi menyamakan ibadat puasa orang Islam seperti puasa sepanjang tahun.
   
Tiga hari puasa dalam bulan Ramadhan ganjarannya seperti puasa sebulan. Maka sebulan Ramadhan puasa seperti puasa sepuluh bulan. Bagi menggenapkan setahun, maka disunatkan puasa enam hari bulan Syawal yang ganjaran seperti dua bulan. Jadi puasa itu seperti puasa setahun.
  
Bila puasa enam itu dilaksanakan? Islam tidak menetapkan. Boleh dilaksanakan dari dua Syawal hingga hari terakhir Syawal.
  
Fekah mazhab berbeza pendapat. Ada yang memulakan seawal dua Syawal berturut hari. Ada yang puasa berselang hari tetapi cukup enam hari sebelum berakhir Syawal. Mulai popular sekarang ia tidak semesti diawalkan. Mazhab Maliki dikatakan memadai puasa sehari dalam bulan Syawal, bakinya boleh ditunaikan sepanjang tahun.
   
Bapa saya tidak pernah terlepas mula puasa dua Syawal. Mana yang tidak berhari raya di rumah pada hari raya pertama, datang malam atau selepas tujuh Syawal.
  
TG Nik Aziz mula puasa hari raya kedua. 30 tahun lalu saya dan Ustaz Hassan Shukri singgah rumah Ustaz Hadi Awang di Rusila 4 Syawal. Beliau masuk hari ketiga puasa. Hari itu beliau berbuka kerana meraikan kami. Saya percaya sejak lebih 30 tahun lalu beliau sehari saja raya dan lepas itu puasa.
   
Terengganu sebelum generasi sekarang antara negeri mengawalkan puasa enam. Mereka puasa dari dua Syawal. Raya puasa enam lebih meriah dari 1 Syawal.
  
Justeru hari terbuka kadang-kadang melewati bulan Syawal, maka orang melambatkan puasa enam, bahkan ada yang tak cukup enam hari.
  
Apapun ia sekadar sunat. Sunat tidaklah seberat wajib. Tetapi sunat puasa enam itu digalakkan sangat. Antara fadilat puasa bulan Ramadhan adalah kaedah mendapatkan takwa. Orang dapat takwa itu tentulah mengutamakan puasa enam. Dan yang tinggi takwanya mengawalkan puasanya. Yang tidak sempat menunainya tidaklah boleh dikata tidak takwa. Sekadar tidak dapat pahala puasa itu saja.
   
Amalan sunat tidak berdosa jika ditinggalkan. Tetapi pahalanya boleh melebih amalan wajib. Justeru amalan sunat bagi mendapatkan mardhatillah.
   
Cabaran puasa enam lebih berat daripada puasa Ramadhan. Bulan Ramadhan semuanya puasa, tetapi puasa enam berpuasa semasa orang kebanyakannya makan. Zaman hari-hari ada hari terbuka, maka mengawal nafsu itu lebih payah. Tetapi apabila nafsu dapat dikawal pada masa orang sekeliling semua makan, maka ia mengatasi cabaran yang besar.
   
Sekalipun ia sunat yang boleh tidak disegerakan, tetapi menyegerakannya adalah lebih baik. Seperti waktu solat. Ia sah ditunaikan pada akhir waktu. Tetapi menyegerakannya dituntut. Jika ditunggu di akhir waktu, tiba-tiba mati sebelum solat ditunaikan. Sekurang-kurangnya ia rugi pahala satu waktu.
   
Jika puasa enam ditunaikan seawal mungkin, di samping pahalanya tinggi, jika dia mati selepas menunaikan puasa itu, maka dia mati bersama pahala puasa enam. Jika dia mati dalam bulan Syawal tetapi tidak sempat puasa enam, maka ia terlepas pahalanya.
    

Maka pilihan terbaik, sekalipun masa puasa itu ada tempoh sebulan, kalau disegerakan adalah lebih baik. Kita sudah beroleh puasa setahun. – HARAKAHDAILY 15/7/2016                                                                                                                                                                                                             ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                  Kes Guan Eng dua dalam satu

SUBKY LATIF | .

KOMEN saya apabila isu pembelian rumah banglo oleh Ketua Menteri Pulau Pinang dikatakan rendah daripada harga pasaran, ialah ia boleh menyusahkan Lim Guan Eng.
   
Tidak dinafikan MP BN Tasek Gelugur membangkitkan hal itu dan mendesak SPRM bertindak memang bermotif politik. Rasuah bukanlah keutamaan bagi sistem Umno. Pandangan umum ialah ia tidak kisah apakah negara ini diselimuti rasuah atau tidak dan adakah para pimpinan negara dan pembesar parti rasuah atau tidak.
  
Boleh ditohmah, sistem pencegahan rasuah ditubuhkan sekadar satu solekan, biar negara dan pemerintahan dilihat indah.
  
Akan tetapi ia amat perlu digunakan jika ada sesiapa yang klik pemerintah tak suka berdepan sebarang kelemahan seperti tak bayar cukai pendapatan, tak bayar pinjaman Mara dan Bank Bumiputara atau apa jua yang boleh dikaitkan rasuah. Kelemahan itu akan digunakan bagi menutup mulut orang yang dikira boleh menyusahkan kerajaan dan pemimpinnya.
   
Maka dengan membeli rumah di bawah harga pasaran, Guan Eng sebagai Ketua Menteri, pemegang jawatan awam telah diuji oleh sistem yang berkuasa.
   
Kes Guan Eng itu bercampur dua dalam satu, politik pun ya dan rasuah pun ya. Apa pun dalam negara rasuah bukan benda  yang asing, boleh dikira politiklah yang lebih menonjol. Walaupun motif politik tidak ditolak, kes ini tidak boleh dijawab dengan politik. Ia kena jawab mengikut undang-undang juga.
    
Guan Eng adalah pemimpin besar DAP. DAP sekarang dilihat sebagai seteru politik utama Umno/BN. Lim Kit Siang dan Guan Eng pula adalah orang paling digeruni Umno. Baik banglo itu dihadiahkan oleh penyokong tegar DAP, atau dibeli murah, maka ia peluang terbaik untuk menyusahkan Guan Eng dan politiknya.
    
Mungkin ada gejala perkauman. Tetapi Umno juga kena tindakan kepada orang Umno yang dikira mengancam politik kerajaan dan pemimpin kerajaan seperti yang berlaku terhdap Datuk Harun Idris, Menteri Besar Selangor zaman Tun Razak dulu.
  
Datuk Harun adalah pemimpin Pemuda Umno yang popular, dikira orang paling berpengaruh selepas Tun Razak. Dia dikira orang mudah mencabar Tun Razak.
  
Semua rasa mana ada pemimpin kerajaan yang bersih. Tetapi Datuk Harun dikira dijadikan ujian politik. Kelemahan Datuk Harun pun ada, tetapi rata-rata orang Umno juga kata, tindakan terhadapnya adalah politik.
   
Anwar Ibrahim juga tidak terlepas daripada jadi bahan ujian kes politik. Bagi mensabitkannya tilam pun naik saksi dibawa ke mahkamah.
   
Barang yang tidak ada, kadang-kadang boleh diadakan, apatah lagi dalam kes Guan Eng ini mereka jumpa dia beli banglo rendah daripada harga pasaran.
    
Pemegang jawatan awam kena ingat, jauhkan daripada kejadian yang boleh difitnah dan mendatangkan fitnah. Nabi Sulaiman menolak hadiah daripada Puteri Balqis kerana tak mahu Raja dilihat menerima sogokan. Saidina Umar al-Khatab disoal kerana memiliki dua jubah baharu. Dari mana sehelai lagi jubah didapati?
  
Dibimbangi sebagai khalifah menggunakan jawatan mengambil barang yang bukan haknya. Syak itu selesai apabila anaknya memberitahu, jubah sehelai lagi itu adalah kepunyaannya. Dia hadiahkan kepada ayahnya.
   
Memang Guan Eng telah disusahkan. Jerat memang dipasang di sekelilingnya. Itu semua mesti faham. Jerat tidak pernah lupa pelanduk. Tapi pelanduk lupa jerat. Lainlah kalau kita Umno yang rapat dengan JPM.
  
Orang tanya Saidina Umar tentang takwa. Jelasnya berhati-hati berjalan di jalan penuh duri. – HARAKAHDAILY 11/7/2016                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                     Sumber HD - 11-7-2016






















 -----------------------------------------------------------                                                                              Yayasan Kepimpinan Perdana tanpa bantuan kerajaan

SUBKY LATIF | .
























http://m.harakahdaily.net/index.php/subky/41735-yayasan-kepimpinan-perdana-tanpa-bantuan-kerajaan

YANG orang nampak Yayasan Kepimpinan Perdana yang dipimpin oleh Tun Dr. Mahathir hidup dan bergerak atas bantuan kewangan daripada kerajaan.
   
Dan kedudukan istimewa dan pengaruh Dr. Mahathir sebagai bekas Perdana Menteri, sebagai Pengurusi Petronas dan Proton, tidak sukar bagi YKP menjalankan kegiatannya.
  
Orang kira YKP itu adalah pusat kegiatan Mahathir yang semua percaya dia tidak akan meninggalkan politik 100 peratus dan bagi mempertahankan semua dasar dan tindakannya selama berkuasa. Malah ada yang menyangka ia adalah bagi menentukan kuasa politik negara termasuk siapa yang hendak barkuasa.
  
Dan dari situlah dia menentukan Tun Abdullah Badawi boleh terus jadi Perdana Menteri atau  tidak. Dan dari situ juga dia bekerja bagi menggantikan Perdana Menteri Najib.
  
Itu persepsi orang.
  
Tetapi ia sebenarnya adalah seperti Memorial bagi setiap Perdana Menteri. Memorial Tun Mahathir tidak ada. Itulah memorialnya bagi mengumpulkan segala dokumentasi mengenainya, membuat kajian dan merancang pembangunan masa depan.
   
Oleh sebab Mahathir berpejabat di situ, dia mahu ia dinamakan YKP dan bergerak bagi kemajuan demokrasi, menekan keadilan dan kebenaran, jika boleh jadi pusat penting bagi kesejahteraan antarabangsa.
  
Jika orang tidak pasti apa yang diperoleh daripada Memorial Tunku Abdul Rahman, Memorial Tun Abdul Razak dan Memorial Tun Hussein Onn, maka dengan Mahathir sendiri boleh dikira CEO di YKP, ia mahu YKP lebih bermakna daripada kewujudan memorial yang terdahulu.
   
Pernah dunia digemparkan sidang antarabangsa mengenai kekejaman zionis Israel yang disertai sama oleh individu Yahudi yang anti kekejaman zionis. Ada idea bagi membentuk mahkamah membincangkan kekejaman regim tertentu yang tidak dipeduli oleh mahkamah antrabangsa dunia barat.
   
Semua kerja besar memerlukan penglibatan penuh kerajaan. Tetapi beliau terperangkap dengan hubungan tegang dengan Perdana Menteri Abdullah dan sejak sekian lama hubngan dingin dengan pimpinan Najib.
   
Masa banyak tercurah di situ. Apapun yayasan yang beliau pimpin itu penting dan jika negara kita menjadi sebuah negara yang kuat, bersih dan bermoral, ia boleh melonjakkan keharuman negara.
  
Kerana dia berkelahi dengan Najib bagi pihak rakyat yang tertindas, maka Najib yang kononnya didesak oleh Pemuda Umno memotong segala bantuan kewangan. Mulai sekarang ia tidak ermasuk  dalam bajet negara.
   
Pabila keistemwaan itu sudah tidak ada, cukupkah duit yang disimpannya selama ini dan segala keuntungan syarikat yang dimilik oleh anak-anaknya untuk menghidupkan YKP? Takut pencen Perdana Menteri tak cukup bagi menjelaskan bil air dan lampu pejabat.
  
Kita yakin YKP tidak tutup kedai. Ia mungkin akan berjalan perlahan hinggalah Perdana Menteri digantikan. Jika tidak mampu di pejabat besar, ia boleh pindah menyewa di mana-mana rumah kedai dengan beberapa orang pekerja dengan duit pencen suami isteri bagi meneruskan perjuangan menegakkan demokrasi, keadilan dan kebenaran.
  
YPK itu pada saya penting dan patut diteruskan. Negara dan rakyat rugi jika yayasan seperti itu ditutup. Barat memang suka ia tutup supaya tiada suara dari negara kecil untuk membela nasib orang yang tertindas.
  
Jika Mahathir yang kini tidak mengirakan kepentingan diri lagi mati meragan, tiada lagi dalam kalangan Umno mahu bangunan menentang kezaliman. Jika dulu diapun zalim, tidaklah yang pernah zalim tidak layak bersama orang ramai menentang kezaliman lagi. Mungkin ini satu cara yang zalim menebus kezaliman lampaunya. – HARAKAHDAILY 30/6/2016

Sumber HD - 30-6-2016











































Gempa 10 hari terakhir Ramadhan

SUBKY LATIF | .






















http://m.harakahdaily.net/index.php/subky/41714-gempa-10-hari-terakhir-ramadhan


SEKALIAN yang berpuasa bersiap siaga menunggu 10 hari terakhir bulan Ramadhan justeru tempoh pengampunan yang Allah sediakan itu adalah masa rombongan Malaikat Lalatul Qadr turun ke langit dunia.
   
Siang menjelang malam pertama pencarian Lailatul Qadr, gempar sekaliannya seolah-olah terjadi gempa Tan Sri Muhyiddin Yassin dan adik seperjuangannya Mukhriz Mahathir ditamatkan daripada jadi ahli Umno tanpa kerelaan mereka.
   
Melemparkan mereka jauh-jauh dari Umno yang aktif telah lebih setahun diagak oleh banyak tetapi tidak menyangka tempoh pengampunan tahunan dari langit itu ia digempar oleh gempa adunan manusia.
   
Orang berpuasa yang mendapat pengampunan masa sepuluh hari itu adalah orang yang mendapat syafaat taqwa daripada puasanya, justeru puasa di bulan penuh barakat itu adalah tawaran menganugerah taqwa kepada ummat.
  
Muhyidin dan Mukhriz tidak dapat pengampunan dari partinya, tentunya mereka tidak mencari pengampunan daripada klik pimpinannya.
   
Tawaran pengampunan 10 hari terakhir itu bukan sekadar telah menunaikan puasa terbaik selama 20 hari tetapi dipenuhi dengan permohonan ampun yang sebanyak-banyaknya. Permohonan ampun itu dibuat kerana si pemohon merasa dipenuhi dosa sedang Allah yang Maha Pengampun itu mustahil berdosa kepada sesiapa. Maka mohon ampun itu adalah satu tuntutan, yang menyombong saja yang tidak pernah merasa berdosa.
  
Mustahil bagi Muhyiddin dan Mukhriz minta ampun kepada pimpinan Umno dan kliknya, pada keyakinannya yang hendak memberi ampun itu tidaklah lebih bersih daripadanya. Dan mereka dipinggirkan daripada parti dan klik pimpinannya adalah justeru mereka menyeru Umno bebas daripada pimpinan yang tidak bersih.
   
Banyak yang tidak sekadar berpersepsi pimpinan tidak bersih tidak berani menuntut pimpinan mesti bersih. Muhyidin yang terlalu tidak tertahan lagi dengan penuh sedar mengambil risiko untuk bercakap benar.
   
Kerana tidak mahu minta maaf sambil istiqamah dengan tuntutan dikatakan kebenaran, mereka tidak diberi ampun pada tempoh Lailatul Qadr berada di langit dunia.
   
Keduanya ditimpa gempa yang menggemparkan itu dikatakan bukan justeru memilih untuk  berbalah dengan pimpinan parti tetapi kerana bersekongkol dengan pmbangkang di pentas yang sama mencerca pimpinan parti.
   
Tamadun dunia biasanya memberi surat tunjuk sebab mengapa dia tidak boleh dipecat kerana mengecam pimpinan di khalayak umum bersama musuh parti. Ia mungkin dalih, tetapi tindakan termasuk dalam rangka klik pimpinan tidak boleh ditakwil baik dalam politik parti dan dalam pentadbiran awam.
   
Gempa yang terjadi itu menyaksikan gerakan pembersihan mengosongkan parti dan pentadbiran awam daripada anasir tidak sedap hati kepada pimpinan. Hukum terhadap Muhyiddin dan Mukhriz telah didahului dalam pentadbiran. Yang terjadi menjelang malam 10 terakhir puasa itu adalah penyempurnaannya.
   
Jika bantahan Muhyiddin itu dibuat kerana Allah, maka gempar yang dihadapinya adalah ujian besar pada malam-malam Qadr. Memang orang-orang sayangkan keduanya terganggu di malam-malam terakhir bulan puasa. Jika khusyuk masing-masing tidak terganggu oleh ujian yang melanda, bermakna besarlah Ramadhan ini bagi mereka.
   
Ramadhan memang besar ujiannya. Jika ujian itu menguatkan lagi penyerahan diri kepada Allah, nescaya puasa bagi mencari taqwa menemui sasarannya.
  
Ingatkan Allah nescaya Allah ingatkannya. Ingatkan Najib belum tentu diingat Najib. 50 tahun Muhyidin bersama Najib, dia tidak diingat Najib. – HARAKAHDAILY 28/6/2016

Sumber HD - 28-6-2016

Jangan rendahkan sikap Mahathir!


SUBKY LATIF | .

KITA mungkin tidak setuju dengan banyak tindakan Dr. Mahathir semasa dia jadi Perdana Menteri dan kita juga boleh berbeza pandangan dengannya yang hendak menggantikan PM Najib sebagai Perdana Menteri tetapi mahu mengekalkan Umno sebagai sistem pemerintahan.
    
Sikapnya masa berkuasa dulu ada kelemahannya, tetapi sekarang dia menentang satu pemerintah yang paling tidak bertanggungjawab kepada semua kecuali hulubalang berjiwa Hang Tuah saja.
   
Dulu Mahathir orang atas. Dia tidak nampak masalah orang bawah. Sekarang dia rakyat yang boleh ke atas dan ke bawah. Dia dapat melihat orang atas sebagai mana orang atas itu dilihat oleh orang bawah.
   
Sebagai bekas Perdana Menteri dan bekas Presiden Umno dia dapat semua yang dikehendakinya. Jawatan-jawatan yang berelaun puluhan ribu. Kerana dia rasa rakyat tertindas dan negara berada dijurang kehancuran, maka dia sedia tinggalkan semua yang diberi kepadanya.
  
Apa yang dibuatnya sekarang sama seperti yang Tunku Abdul Rahman, sebagai bekas Perdana Menteri buat selepas tidak jadi Perdana Menteri dulu. Seolah-olah tiada yang baik yang Tun Razak dan Tun Hussein buat dulu. Tunku naik pentas PAS dalam PRK Pantai Merdeka.
   
Apa Tunku buat dulu adalah satu tindakan prorakyat yang mahukan keadilan. Sekalipun dulu Mahathir tidak peka tentang keadilan, itu adalah kelemahannya dulu. Sekarang dia peka tentang keadilan yang diabaikan. Jika kelemahannya dulu tidak dikomen terbuka oleh Tun Hussein sebagai bekas PM. Itu adalah kelemahan Tun Hussein.
   
Sekarang Mahathir peduli rakyat macam juga Tunku peduli rakyat. Apabila dia peduli rakyat dan negara, mungkin kita tidak suka dengan kaedah yang digunakannya dan apa dia nak jadi selepas itu, maka tidaklah wajar tindakannya itu diremahkan. Boleh dia tidak disokong tetapi jangan perleceh sikap dan tindakannya  semata-mata kita geram padanya dulu.
   
Kelemahannya dulu kita masukkan dalam sejarah, tetapi tidak boleh dinafikan sikapnya pada masa negara diambang keruntuhan ini dibakul sampahkan saja.
  
Satu teguran dan tindakannya terhadap Najib lebih berkesan dari tindakan 500 biasa yang mengecam Najib. Berjaya atau tidak Najib digugurkan hal yang lain. Serangan Tunku terhadap Tun Razak, Tun Hussein dan Tun Mahathir dulupun tidak berjaya memenangkan PAS dalam PRK Pantai Merdeka. Tidak banyak juga yang Tunku dapat buat untuk menukar pimpinan masa itu.
  
Tetapi jangan kata Tunku buat kerja sia-sia! Maka jangan juga kata Mahathir buat kerja sia-sia sekarang.
  
Saya juga beranggapan menggantikan orang bukan menggantikan sistem seperti yang dipeloporinya sekarang. Tetapi keberanian, kesungguhannya  untuk menggantikan kerajaan yang ranggi dan tidak peduli rakyat wajar dihargai.
     
Jika dia pedulikan dirinya saja sekarang, dia tidak buat kerja yang menghilangkan puluhan ribu elaun sebulan. Jika pedulikan keluarganya saja, dia tidak buat kerja yang menyebabkan anaknya terbuang dari Menteri Besar Kedah.
   
Dia tahu dengan kegiatan anti Najibnya itu dia berkemungkinan tidak dipusarakan di Makam Pahlawan Masjid Negara nanti. Apa yang dibuatnya adalah sekali ganda kesannya dari apa yang pembangkang dan pengkritik Najib dapat  buat selama ini.
  
Tidak banyak kerugian bagi sekalian yang mengecam Najib, tetapi Mahathir rugi banyak. Selain dari hilang sebahagian pendapatan, dia dikecam dan dikutuk oleh Umno. Apa untungnya? Selain dari membela rakyat dan negara yang tertindas.
  
Boleh dia tidak disokong tetapi mensia-siakan tindakannya amat tidak patut. – HARAKAHDAILY 25/6/2016

Sumber HD - 25-6-2016











































Tahniah Datin Mastura


SUBKY LATIF | .

TAHNIAH buat Datin Mastura, calon BN yang berjaya meraih undi majoriti tinggi ke atas calon-calon lain dalam PRK Kuala Kangsar meskipun dalam pantang menjalani idah dengan cara yang sebaik-baiknya.
   
Dunia menyaksikan menang PRK itu dan bersama calon BN di Sungai Besar dikira berjasa besar menyambung hayat pimpinan Perdana Menteri Najib dan Umno yang laksana embun di hujung daun. Kemenangan lebih baik daripada PRU 13 itu mungkin memberanikan lagi PMnya untuk meneruskan politik berani matinya.
  
Apapun PAS dan calonnya, Dr. Najiha yang bertanding atas tuntutan Islam, sebagai yang dijanjikan Islam betapa fisabililah tidak pernah mengenal kalah, meski pun dilihat kalah oleh dunia, tetapi hakikatnya disedar banyak orang tetap dalam kemenangan. Justeru ia layak juga menerima tahniah.
   
Kelebihan yang Datin Mastura peroleh selepas keputusan PRK itu adalah lebih mencabar pantang idahnya. PJ PAS Perak memberitahu saya, sepanjang kempen Datin itu dirasakan berjaya melalui disiplin idah. Itupun kemenangan juga baginya.
   
Tetapi kejayaan PRK itu mendedahkannya banyak tanggungjawab baru yang menjadi lebih banyak ujian sebelum menamatkan tempuh pantangnya. Takut terlanggar pantang tanpa niat dan tidak diketahui.
  
Pemilihannya sebagai calon adalah secara simbolik bagi mengantikan suaminya atas musibah helikopter itu. Tetapi tidakkah juga ia dikira jadi ganti bagi MP Sungai Besar dan Timbalan Menteri yang sama musibah itu?
  
Wanita Umno tentu menuntut kekosongan jawatan Timbalan Menteri diganti dengan golongannya juga. Imej dan kelayakannya yang diwarwarkan Umno bagi menggalas kerja kegiatan Umno, maka tidak mungkinkah dia mengisi dan menggantikan arwah?
   
Apa lagi dia pula peguam lulusan sekolah undang-undang terpenting England Lincoln Inn. Ia adalah sekolah bagi kebanyakan hakim dan peguam terbilang. Mungkin juga ia kemunculan calon pelapis bagi pimpinan Wanita Umno.

Wanita Umno memang sedang mencari calon yang sesuai untuk pimpinan selepas Shahrizat. Kelulusannya, pengalaman guaman enam tahun dan pengapit suami dalam banyak kegiatan Umno serta ditambah dengan disiplin kuat menjalani pantang idah semasa kempen, tidak mungkinkah Wanita Umno sudah jumpa orangnya?
   
Saya tidak kenal Datin dan suaminya. Tapi saya kenal bapa mertuanya semasa dia cergas dalam Umno Kuala Kangsar dulu. Dia pernah memberi saya RM100 kerana puas hati atas satu tulisan saya
  
Datin Mastura mencatat sejarah, menjadi calon BN bagi menggantikan suami yang meninggal. Apakah ia satu isyarat baru bagi BN. Jika berlaku sesuatu kepada PM Najib, maka calon BN Pekan adalah Datin Seri Rosmah?
   
Tentu Datin itu tetap dalam kesunyian atas pemergian suami. Ia adalah pengalaman yang dilalui oleh semua balu. Sekalipun kesunyian itu tiada gantinya, tetapi dengan kedudukan barunya kesepian itu akan terangkat.
   
Kita tidak tahu harta yang ditinggalkan oleh suaminya. Cukup atau tidak bagi meneruskan hidup keluarganya. Rasanya dia tidak akan menghadapi masalah kewangan. Elaun MP adalah lumayan.
  
Jika khidmat suaminya sebagai MP cukup tempoh matang balu akan dapat pencen. Saya terbaca suaminya adalah bekas ADUN. Jika benar dia juga layak dapat pencen ADUN. Dicampur dengan pencen MP suami dan elaun MPnya maka dia dan keluarganya tiada masalah kewangan bagi meneruskan hidup dan cabaran tentangan PAS dalam PRU akan datang.
   
PAS akan jadi cabaran tetap selagi jadi Umno. – HARAKAHDAILY 22/6/2016

Sumber HD - 22-6-2016

Nanti rakyat doa YB banyak mati

SUBKY LATIF | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/subky/41622-nanti-rakyat-doa-yb-banyak-mati

KETIKA membantu calon PAS PRK Kuala Kangsar saya sebut dalam ceramah, sekalian kita sedih dan pilu atas kematian nahas helikopter wakil rakyat yang menyebabkan Pilihan Raya Kecil itu diadakan.
   
Begitu juga semua sedih atas musibah atas Anggota Parlimen Sungai Besar. Dan di mana juga wakil rakyat mati baik justeru sakit atau tragedi semuanya dukacita dan insaf.
  
Tetapi sedih yang amat sangat itu seolah-olah untuk kurang dari seminggu saja. Hanya keluarga yang terasa lama kehilangan itu. Sekalian penduduk kawasan itu dan kawasan sekitarnya seolah rasa bertuah atas kematian itu.
  
Saya ikut calon PAS naik bas tua dari Kuala Kangsar ke lokasi dekat Manong. Saya masuk ke lorong-lorong sempit beberapa desa dekat Manong. Beberapa lorong masih pekat hitamnya. Baru diturap semula. Ada tayar motokar masih lekat batu tar yang belum cukup kering.
  
Menjelang berbuka puasa antara Kuala Kangsar dan Manong beberapa jentera menyodok permukaan jalan lama untuk diturap tar. Kenderaan terpaksa berbaris. Habis motokar dari arah bertentangan melalui jalan yang sedang diturap itu baru boleh meneruskan perjalanan.
   
Malam itu saya ke Sayong. Jumpa juga jalan yang baru diturap.
  
Sebelum itu Perdana Menteri kempen juga di Kuala. Diumumnya Kolej Universiti Komuniti di situ serta merta dinaikkan taraf universiti penuh dengan nama Universiti Sultan Azlan Shah. Diumumkan juga peruntukan RM43.5 juta untuk membina Jambatan Manong menyeberang Sungai Perak untuk kemudahan penduduk di kedua tebing berulang alik.
  
Banyak lagi kampung dari hulu dan muara Sungai Perak itu yang penduduknya menggunakan sampan/bot untuk ke pekan penting berhampiran. Tetapi wakil rakyat mereka tidak mati, maka tiada jambatan dihadiahkan kepada penduduk. Jika mahu jambatan doakan wakil rakyat mati.
  
Banyaklah lagi durian sudah runtuh dan janji durian runtuh lagi ditawarkan kepada Kuala Kangsar dan demikian jugalah di Sungai Besar.
  
Semua pemberian menyolok mata itu tidak termasuk perbelanjaan kempen BN yang melimpah ruah. Rumah kosong dan rumah yang dikosong untuk tujuan kempen disewakan beribu untuk musim PRK itu. Tanah terbiar pun masa itu naik harga.
   
Memang ada orang membuat duit banyak dalam masa tiga minggu menjelang hari mengundi. Pembangkang yang kurang dana sakit untuk mendapat rumah penginapan.
  
Pernah anak saudara saya yang menganggur di kampung bersungut apabila tempoh kempen disingkatkan. Katanya, ‘Kali ini tak dapat duit banyak macam dulu. Kempen pendek sangat.’
 
Memanglah kempen memerlu perbelanjaan besar. Duit disediakan berguni-guni hingga ada orang keluar parti berganti motokar. Kerajaan pula masa itu berbelanja membaiki jalan, membaharui titi dan macam-macam lagi hingga pilihan raya kecil itu dilihat sebagai satu pesta dan peluang untuk mengaut semaksima keuntungan, maka PRK sudah tidak lagi menjadi satu kewajipan yang mesti ditunai, tetapi ia kesempatan mencurahkan syurga kepada kawasan tersebut dan rezeki besar buat penduduknya.
   
Tidakkah budaya pincang ini nantinya menjadikan orang seronok jika wakil rakyat mati dan mendoakan supaya wakil rakyat selalu mati. Tidak mustahil ada orang selepas dapat wakil rakyat baru mendoakan dia mati juga supaya ada tiga empat kali PRK di situ. – HARAKAHDAILY 20/6/2016

Sumber HD - 20-6-2016






















Misi PAS di PRK mulakan perubahan sistem

SUBKY LATIF | .


APAKAH tawaran PAS kepada pengundi dua Pilihan Raya Kecil di Kuala Kangsar dan Sungai Besar pada 18 Jun ini?
  
Ialah untuk memulakan perubahan sistem yang menyeluruh dalam politik, ekonomi, sosial dan kehidupan seharian penduduk yang kemuncaknya dilaksanakan dalam PRU14 nanti. Pada PRU itu melalui perubahan sistem itu dengan sendiri perubahan pimpinan Perdana Menteri Najib dapat diselesaikan.
   
Masalah tidak selesai dengan menukar Perdana Menteri jika sistem dikekal. Sistem yang ada menawarkan rakyat makan dedak sebagai makanan asas, sedang makanan yang diperlukan ialah nasi dan lauk pauk yang berkhasiat. Makanlah menentukan kita manusia atau haiwan.
  
Maka perubahan itu boleh dimulakan di Kuala Kangsar dan Sungai Besar. Jadilah orang Kuala Kangsar dan Sungai Besar sebagai pelopor kepada permulaan harapan itu.
   
Apabila PAS menawarkan perubahan itu orang akan tanya apakah PAS sendiri berubah? PAS sendiri mula berubah mulai Muktamar 61 di Kuala Selangor setahun lalu apabila ia merungkai tahaluf siyasinya  dengan DAP setelah berada dalam politik Pakatan Rakyat sejak tahun 2008.
   
Sekalipun Muktamar itu mempertahankan kepimpinan ulamanya yang diperkenalkan tahun 1982, tetapi ia telah mematahkan percubaan mengambil alih oleh anasir luar yang tujuannya adalah mahu melarikan PAS perjuangannya asalnya tahun 1951 dan penekanan semula tahun 1982 apabila konsep kepimpinan ulama dipertegas semula.
    
Sistem yang PAS mahu ialah menegakkan kehidupan Islam dalam masyarakat majmuk di Malaysia yang merdeka penuh. Merdeka itu belum bererti apa-apa apabila sistem Islam itu tidak dijadikan peraturan. Lemahnya sistem yang ada hingga kemerdekaan melalui jalan yang sempit untuk memperkasakan mahkamah syariyah melalui RUU persendirian yang bacaan pertamanya baru dikemukakan.
   
Sekalipun pimpinan ulama sejak tahun 1951 diteruskan, tetapi PAS menghadapi permulaan perubahan besar dalam pengurusan partinya. Muktamarnya ke-62 meluluskan pendekatan politik baru yang dikira Inilah Penyelesaian Kita yang sarannya sarat dengan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS).
   
Perubahan yang PAS sedang lalui dalam BPMS sekarang ialah bagi membentuk masyarakat majmuk tanpa paksaan, negara berkebajikan dengan maksud yang luas mengikut Islam yang sempurna, politik ibadah, ekonomi yang adil, kehebatan undang-undang dan berwawasan dunia hingga akhirat.
   
Bagi menggerakkan perubahan itu BPMS mengariskan tujuh ciri utama yang perlu dihayati iaitu politik bertunjangkan prinsip, politik dakwah dan amar makruf nahi mungkar, politik penyelesaian  berasaskan Islam, politik utamakan rakyat, politik damai dan diplomasi, politik kebenaran bukan persepsi, dan politik rasional dan profesional.
   
Inilah perubahan bagi PAS sekarang setelah ia berani berubah daripada politik Pakatan Rakyat yang tidak menjamin perjuangan tulin PAS dapat diteruskan. Pakatan Rakyat juga menggerakkan perubahan di Putrajaya tetapi ia menyekat PAS mencapai cita-cita politiknya.
  
Dalam perubahan ini PAS masih pembangkang dan belum jadi pemerintah, tetapi pendekatannya ialah sama jarak antara pembangkang dan pemerintahan. Ia tidak jauh dari pembangkang dan tidak dekat sangat dengan kerajaan atau tidak jauh dari kerajaan tapi tidak dekat sangat dengan pembangkang yang tidak menghormatinya sebagai pembangkang.
   
Inilah tawaran PAS kepada pengundi Kuala Kangsar dan Sungai Besar supaya memulakan perubahan sistem bersama PAS. Sebagai pembangkang BPMS menjadikan PAS pembangkang bercorak baru, tidak lagi pembangkang anti/benci kerajaan. Itulah berdiplomasi namanya.
   
Tuhan tidak mengubah nasib orang makan dedak, melainkan orang makan dedaklah yang mesti mengubah nasibnya. – HARAKAHDAILY 14/4/2016

Sumber HD - 14-6-2016






















Yang di sisi saya Ustaz Halim Abdul Rahman
























SUBKY LATIF | .


SAYA tiba awal di Dewan Putik lokasi Muktamar PAS ke-62. Khamis, 2 Jun lalu.
   
Bentara memandu saya ke baris depan di depan pentas pimpinan. Protokol mendudukkan saya di sebelah seorang warga emas yang sudah sedia di situ. Kerusi kami setentang dengan kerusi Presiden TG Haji Abdul Hadi dan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Ahmad Yaakub.
   
Saya bersalam dengan tetamu itu dan terus duduk di sebelahnya. Saya tidak membuka mulut terhadapnya, Saya senyum saja. Dia juga senyum dan tidak menyapa saya.
  
Untuk beberapa minit kami tidak bertegur saya. Mulanya saya hendak memperkenal diri saya kepadanya sambil hendak bertanya siapa dia dan dari mana. Tetapi tak terkata. Kepala saya ligat hendak mengetahui siapa dia. Dia tentulah orang penting PAS kerana itulah dia didudukkan sebelah saya.
  
Dia warga emas dan saya pun sepertinya.
  
Saya pun bangun bertemu sapa tetamu-tetamu lain di bahagian lain di baris depan juga. Sambil bercakap dengan diplomat asing dan tetamu dari Turki dan Palestin, saya perhatikan juga orang di kerusi sebelah saya itu. Tiada kenal saya akannya.
  
Saya kembali ke kerusi saya dan terus tidak mengetahui siapa yang di sebelah. Macam mula-mula tadi juga.
   
Ramai yang datang bersalam dengannya dan dengan saya. Saya percaya saya kenal dia tetapi tidak tahu siapa dia. Dia pula  tidak juga bersuara semasa bersalam dengan orang yang menyapanya.
  
Allah mengilham saya, tanpa sesiapa beritahu, dia rupanya adalah Ustaz Abd Halim Abd Rahman, bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan dan bekas Bendahari PAS Pusat.
  
Saya tidak tunjukkan terkejut kerana baru menyangkanya. Saya tidak nampakkan yang saya baru mengecamnya. Saya tujukkan seolah-olah saya tahu dia sejak saya mula tiba.
  
Saya bercakap tentang suatu yang umum. Dia membalas. Dari suaranya saya tahu dia adalah dia. Kalau dari mula tadi dia bersuara begitu tidaklah otak saya terbang hingga ke langit ke tujuh untuk mengetahui siapa orang di sisi saya.
   
Kami menyelesaikan kebuntuan itu seolah-olah saya tidak mengecamnya dari mula. Dia memang telah beberapa tahun uzur, tidak keluar rumah. Pergerakannya pun dipantau sepenuh masa. Saya pernah menziarahinya di rumah selepas Muktamar ke-61 dulu. Banyak soal politik semasa yang segar baginya, tentang perkembangan dalaman PAS dan analisanya tentang politik masa depan pembangkang.
   
Pada pagi itu dia juga segar pengetahuan pergolakan politik termasuk tindakan merajuk ahli-ahli tua parti hingga mendiri kumpulan sendiri.
  
Ternyata yang uzur hanya kesihatannya. Hati dan otak politiknya tidak uzur.
  
Dia bertanya usia saya. Itulah soalan yang banyak dikemukakan kepada saya oleh orang-orang yang hadir baik tua mahu pun muda. Jawab saya, kurang dua bulan 76. Beritahunya, dia sudah 77 tahun.
   
Saya bercadang untuk menziarahinya sekali lagi. Pertemuan pagi itu telah memenuhi hajat saya itu.
  
Saya perhati dia dari dekat dan kemudian dari jarak jauh sedikit. Apa yang menyebabkan saya tidak camnya dari mula? Tiada apa beza dulu dan sekarang. Cuma muka berisi sedikit.
  
Itulah kudrat Allah. Kadang-kadang dilupakan-Nya orang dekat dengan kita tapi diingatkan-Nya orang jauh dan lama tidak berjumpa. Kadang-kadang kita lupa nama orang di depan kita dan ingat nama orang tak pernah dijumpai seperti Puteri Diana.
   
Semasa saya uzur Ustaz Halim ziarah saya memberi beberapa botol minyak kelapa. Saya tidak minum kerana takut ia menyumbang kolestrol. Saya baca pendapat doktor pakar Amerika, amalan minum minyak kelapa memulihkan ingatan orang nyanyuk. Saya hendak tanya dia di mana dia dapat minyak itu? – HARAKAHDAILY 13/6/2016

Sumber HD - 13-6-2016

BN jangan ganggu ahli kubur
























SUBKY LATIF | .

MENGAPA balu yang dalam idah diwajib tidak melanggar pantang idah yang digariskan oleh Islam?
   
Justeru menjaga akhlak dan adabnya sebagai balu yang baru meninggal. Dan sebarang tindakan balu itu dalam pantang empat bulan sepuluh hari itu nescaya ada ganjaran dan kesannya kepada suami yang baru menjadi ahli kubur.
   
Kiranya balu menjaga adabnya, maka tenang, sejuk, terang dan lapanglah kuburnya, justeru dia meninggalkan seorang balu yang menjaga semua pantang larangnya. Dan jika melanggar adab yang ditentukan, dibimbangi gelisahlah ahli kubur.
  
Gerangan itu balu dikehendaki sangat menjaga adab dalam tempoh idah dan semua waris serta sekalian jiran yang soleh membantu supaya balu itu dapat melalui tempoh yang amat mencabar itu.
  
Datin Mastura Yazid, balu MP Datuk Wan Khairil Anuar yang terkorban dalam kemalangan helikopter di Sarawak dijadikan calon oleh BN dalam PRK Kuala Kangsar.
   
Niat mencalonkannya mungkin baik dan mungkin satu kesedaran baru sebagai mengenang dan menghormati Waibi yang kematian. Ia boleh dikira cara menghormati Waibi yang pergi itu.
   
Tetapi niat mesti mengikut kaedah yang ditentukan. Solat mesti dimulakan dengan niat khusyuk kerana Allah, tetapi kalau rukun 13 solat dilanggar, solat mungkin cacat bahkan batal.
  
Tanggungjawab orang Islam tidak sekadar menjaga kebajikan balu dan sekalian waris yang terdekat, tetapi kebajikan ahli kubur juga wajar dihormati. Selain dari amal soleh dan sedekah jariah yang dibawanya ke kubur, doa anak-anak yang soleh serta doa/adab balu memberi kebahgiaan kepadanya.
   
Orang ramai terutama rakan/taulan mesti membantu orang dalam kubur dengan segala yang boleh menenangkan balu dan anak-anaknya reda dengan kejadian supaya ahli kubur tidak gelisah dengan tindakan orang di luar kubur.
   
Dibimbangi  tindakan orang di luar kubur, dengan menjadikan balunya sebagai calon dalam tempoh idahnya, boleh mengganggu ketenangannya. Memang dalam tempoh itu Datin Mastura menghadapi ujian dan cabaran besar. Jadi calon itu adalah satu ujian yangbelum pernah dialami oleh mana-mana balu sebelum ini.
  
Calon banyak tanggungjawab berkempen dan menemui pengundi. Ia boleh menjerumuskannya dalam satu fitnah yang menonjol. Alhamdullilah Datin itu dapat membebaskan diri dari fitnah itu apabila dia dibebaskan oleh partinya dari kempen.
  
Mungkin beberapa ujian besar dapat dilalui tetapi dicalon ketika dalam idah itu sendiri adalah mendedahkan  semua dalam fitnah. Jangan kata orang dalam kubur tidak terkesan dengan sebarang hubungan dan perkiraan semasa menawarkannya menjadi calon.
   
Sekalipun beberapa ujian besar dapat dilalui, maka belum tentu semua  tuntutan pantang larang itu dapat ditangkis. Siapa yang begitu arif bahawa segala pantang larang dapat dielakkan dengan menjadi calon?
  
Di dunia Datin telah diganggu ketenangannya untuk menumpukan kesetiaan kepada suami yang menjadi arwah. Dikubur juga arwah boleh terganggu atas masalah yang dihadapi oleh balu. Gangguan atas sebab idah itu hanya akan habis setelah tempoh idah itu habis.
   
Kebimbangannya ialah BN boleh dikata mengganggu orang hingga sampai ke alam kubur. Ia boleh dielakkan. Mengapa tidak dielakkan? – HARAKAHDAILY 9/6/2016

Sumber HD - 9-6-2016

Kita bertuah kalau Donald Trump menang

SUBKY LATIF | .


SEKALIPUN calon Parti Republikan dalam pilihan raya Presiden Amerika, Donald Trump tidak popular di kalangan masyarakat antarabangsa, malah bagi ramai pengundi Amerika, tetapi mungkin ada tuahnya bagi kemerdekaan Malaysia jika dia terpilih menjadi Presiden negara itu.
   
Saya adalah bersama sekalian orang Islam di seluruh dunia getik dan benci terhadap pendiriannya terhadap Islam.
  
Dia dipercayai tidak akan dapat satu pun undi Islam dengan dasarnya terhadap orang Islam. Dia tidak mahu orang Islam masuk ke negara itu baik untuk melancong, lawatan sosial, apa lagi datang menetap bagi mencari rezeki atau hijrah.
  
Dasarnya itu menghina penduduk Islam negara itu dan ia boleh menambah buruk hubungan Amerika dan barat dengan dunia Islam. Jika pembesar Amerika yang tidak berkata buruk tentang Islam pun memberi banyak kebaikan kepada Islam dan orang Islam, apa yang diharapkan kepada seorang sepertinya yang benci kepada Islam.
  
Memang asasnya agama Yahudi dan Nasrani tidak redha barang sekelip matapun terhadap Islam, tetapi dalam dunia yang terbuka sekarang kebanyakan mereka berdiplomasi mahu hidup bersama dengan semua orang termasuk Islam. Pada ketika dasar Amerika tentang Israel adalah 100 peratus pro Yahudi, tetapi rata-rata pemimpin Amerika cuba melunakkan Israel tentang Palestin.
  
Justeru pengaruh lobi Yahudi itu amat besar di kalangan pengundi di Amerika, maka setiap calon terpaksa jadi pro Israel. Akan tetapi Donald Trump jelas menyuarakan sikap anti Islam seperti ajaran agama Yahudi dan Nasrani.
   
Apapun Islam tidak ada pengaruh dalam penentuan kalah menang calon dalam pilihan raya Presiden. Bahkan 100 pengundi Islam tidak memberi undi kepada Trump belum tentu boleh menjejaskan kemenangan Trump.
   
Sekalipun dengan dasar benci Islamnya itu tidak jadi penentu kemenangannya untuk menjadi Presiden Amerika yang baru, tetapi tidak boleh dipandang rendah sikapnya itu dapat menarik perhatian puak pelampau di Amerika.
   
Islam tidak mengharapkan apa-apa dari calon yang berhati dan berotak Abu Jahal dan Abu Lahab itu tetapi rakyat Malaysia yang prihatin terhadap kedaulatan dan kemerdekaan Malaysia mungkin ada  tuah jika calon yang kita getik itu dapat jadi Presiden.
   
Dia telah menyatakan secara lantang bahawa dia tidak berminat dengan projek dan dasar TPPA tajaan Amerika yang Malaysia adalah anggota dan pencarumnya. Suara popular rakyat Malaysia adalah menentang pakatan kerjasama dagang dan ekonomi Transpasifik itu kerana para saudagar gergasi Amerika akan menelan kemerdekaan dan wibawa rakyat dan negara kita.
   
Dalam dagang bebas yang berpayungkan kapitalisma yang menindas itu, mana ada pedagang bersikap belas dan kasihan kepada pihak yang lemah dan tidak cukup banyak modal. Yang terkaya dan terkuatlah yang menguasai segala-galanya.
   
Semua yang prihatin mengingatkan kerajaan kita betapa perkongsian TPPA itu Malaysia akan kenyang dengan kuah tetapi isi habis masuk tembolok kalau modal Amerika.
  
Rakyat Malaysia dan negara yang tidak berdaulat itu tidak dapat halang kerajaan yang sudah dimabukkan oleh para pelobi Amerika. Tiada cara kita dapat lepas dari belenggu yang kita sudah sertai itu. Tiada jalan bagi Malaysia untuk merdeka kembali.
   
Mungkin kita bertuah kerana Donald Trump tidak suka perkongsian itu. Jika dia menang perkongisan itu mungkin diketepikan. Demikian saja kita terlepas dari perangkap kaum yang zalim itu.
  
Tuah itu bukan kerana kita bijak tetapi kerana calon Presiden yang tidak bijaksana. – HARAKAHDAILY 9/6/2016

Sumber HD - 9-6-2016






















Daruratkah Umno calon orang dalam idah?
























SUBKY LATIF | .


ADALAH benar politik dunia itu tiada yang mustahil. Tetapi amat payah bagi orang Islam yang konservatif untuk merasionalkan balu MP Kuala Kangsar dijadikan calon BN dalam PRK sedang dia dalam idah.
   
Datin Mastura Mohd Yazid, balu Almarhum Wan Mohamad Khair-il diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri menjadi calon mengganti suaminya sekalipun hukumnya sebagai seorang yang dalam idah telah diambil kira.
  
Hukum yang diterima pakai umat Islam semua mazhab idah seorang balu empat bulan sepuluh hari dan bagi yang hamil hingga selesai urusan kelahiran anaknya. Dalam tempoh idah itu dipantangkan meninggalkan rumah.
   
Bagi dunia yang terbuka balu yang berkerjaya dipercayai ada kelonggaran untuk menunaikan tanggungjawab di pejabat tetapi tidaklah dikira manis melencong ke lain selepas pejabat. Kelonggaran pantang ini pun patut diberi pencerahan supaya tiada yang melanggar pantang.
   
Pada hari pengumuman calon itu dia tidak hadir kerana menjaga adab dan pantang itu. Tetapi calon patutnya berada di tengah masyarakat di luar rumah bagi menunaikan kempen. Bagaimana calon hendak bertemu pengundi di merata lokaliti dalam kawasan supaya tidak terlanggar pantang larang?
  
Ia tidak pernah berlaku dalam masyarakat Islam sebelum ini. Maka ahli-ahli hukum wajar memberi penjelasan yang dapat disepakati supaya orang Islam tidak melanggar hukum atau meremahkan hukum justeru politik.
  
Penganut agama yang konservatif biasanya berpegang kuat pada hukum idah ini. Lebihnya Islam itu  ia berpegang pada hukum. Jangan sampai orang Islam dikira cincai tentang pantang larang.
  
Takut kita malu dengan adat resam dan pegangan agama lain. Mendiang Dr. Lim Chong Eu, Presiden MCA yang bermasalah dengan Perikatan di bawah Tunku menjelang PRU 1959 dikatakan menolak menjadi calon kerana berkabung atas kematian bapanya. Kita tidak tahu apa sandaran hukum dan pegangan mengikut agamanya dan adatnya.
   
Yang jelas dia tidak meremahkan kepercayaannya.
   
Mengapa Umno sengaja memilih orang dalam idah sedang Umno punya ribuan ahli untuk jadi calon? Adakah kerana ia sengaja hendak mencabar hukum idah yang dikira ketat? Atau mahu mengubah pegangan terhadap hukum itu selama ini.
  
Rasulullah SAW menikahi janda anak angkatnya bagi membatalkan adat jahiliyah pantang kahwin janda anak angkat kerana anak angkat dikira anak sendiri. Tindakan baginda untuk membetulkan hukum. Tetapi untuk apa Umno mencalonkan balu dalam idah.
   
Waris diajar tidak melakukan sesuatu yang bercanggah dengan peraturan bagi mengelakkan keresahan ahli kubur. Dalam tempoh idah seseorang dikehendaki tidak membuat sesuatu yang boleh mendatangkan fitnah. – HARAKAHDAILY 8/6/2016
  
Menjadikan calon orang dalam idah membuka medan pertembungan pandangan bagi orang Islam sedang orang Islam banyak isu yang belum selesai.
  
Begitu ramai ahli Umno yang tidak jadi masalah boleh dicalonkan, mengapa memilih orang yang dalam idah? Lainlah jika Umno dalam darurat. Kerana darurat balu berkerjaya terpaksa ke pejabat. Datin tidak berdepan darurat. Mencalonkannya menyebab timbul isu baru.
   
Bolehkah calon dikecualikan daripada kempen kerana idah dan kiranya menang tungguh tamat idah baru memulakan sendiri duti wakil rakyat dan tangguh angkat sumpah sehingga tamat idah?
  
Amat membimbangkan Umno telah menyediakan ruang bagi calonnya terdedah dalam perlangaran pantang larang idah. Apakah ia tidak mengganggu ketenangan ahli kubur? – HARAKAHDAILY 8/6/2016

Sumber HD - 8-6-2016

David Cameron beli kereta terpakai buat isteri
























SUBKY LATIF | .


PERDANA Menteri British David Cameron tentunya tidak berasa malu membeli kereta terpakai untuk isterinya yang harganya sekitar dua ribu paun.
   
Kereta yang dua ribu paun di Britian adalah kereta yang baik yang tidak banyak masalah.
   
Perdana Menteri itu boleh beli kereta baru untuk isterinya. Tetapi kerana ada kereta terpakai yang keadaannya masih baik dan harganya murah pula, maka ia adalah satu sikap yang baik bagi keluarga seorang pemimpin.
   
Bahkan bagi orang kita yang ada status sedikit dalam masyarakat, bukan sekadar tidak mahu guna kereta terpakai, memilih pula jenama yang terbaik dalam pasaran.
  
Orang tidak pertikai jika David Cameron guna duit sendiri untuk beli kereta baru untuk isterinya. Dan mungkin orang tidak kisah sangat kalau isterinya menggunakan kereta kerajaan sekalipun dalam urusan persendirian.
   
Boleh dikira isteri David Cameron memilih hidup yang sederhana dan menjaga nama baik suaminya sebagai pemimpin kerajaan, kerana pemimpin negara adalah contoh terbaik bagi rakyat.
  
Dan jika menggunakan kereta terpakai itu mencerminkan kehidupan keseluruhannya, mengelak bermewah-mewahan, mengelak mengambil kesempatan menggunakan kemudahan kerajaan, tentulah dia mengelakkan fitnah untuk suaminya sebagai seorang Perdana Menteri. Tentulah ia contoh yang baik bagi mana-mana pemimpin apa lagi kalau dia Islam.
  
Mungkin itu adalah contoh amal Islam daripada orang bukan Islam.
  
Saya teringat apa yang diriwayatkan tentang kunjungan seorang ulama Mesir ke Britain. Komennya orang barat mengamalkan kehidupan yang dikehendaki Islam, tetapi ajaran Islam itu tidak amalkan oleh orang Islam di negara Islam sendiri.
   
Pemimpin adalah perhatian rakyat. Pada zaman terbuka ini, isteri juga jadi perhatian. Isteri kadang-kadang lebih sudu dari senduk.
  
Masyarakat takwil apabila mendapati Saidina Umar al-Khatab ada dua jubah. Orang lain ada sehelai jubah, maka dari mana beliau ada dua helai. Orang takut khalifah salah guna duit baitulmal. Anaknya menjelaskan, jubah yang sehelai lagi adalah untuknya tetapi diberikannya kepada bapanya.
   
Khalifah Umar Abdul Aziz memadam pelita rasmi kerajaan apabila anaknya datang mengenai urusan peribadi dengannya. Dia tidak mahu harta kerajaan digunakan untuk urusan keluarga.
  
Mungkin David Cameron ada imbasan amal Islami yang ada pada khalifah Umar Abdul Aziz yang masyhur itu.
   
Amat berbeza cara hidup Perdana Menteeri Inggeris dan isterinya. Ia mungkin jelmaan dari amalan telus masyarakat. Amalan telus pemimpin dan kerajaan tidak terjadi begitu saja, tetapi kepekaan dan kewaspadaan rakyat yang bermaruah dan merdeka mendorong pemimpin dan kerajaan bersikap mulia.
   
Amat malang bagi masyarakat feudal, orientasi bangsanya yang leka dan lalai, orang biasa yang jadi pemimpin berlagak dan mengambil kesempatan untuk menjadi feudal juga, bahkan lebih teruk daripada feudal purba.
 
Baru dua tiga hari jadi menteri, anak sudah bermotokar besar. – HARAKAHDAILY 7/6/2016

Sumber HD - 7-6-2016

Mustahil Azmin mahu singkir PAS

SUBKY LATIF | .


PERKARA yang paling tidak masuk akal Menteri Besar Azmin Ali mahu menyingkirkan PAS daripada Pakatan Kerajaan Selangor atas isu siapa patut menentang BN dalam PRK Sungai Besar?
   
Antara PKR bertanding di situ dengan isu satu lawan satu, maka lebih utama bagi Azmin ialah bertanding satu lawan satu. Bagi tujuan itu dia hendak sangat berunding dengan PAS.
   
Bagi PAS pula perundingan bukan bagi menentukan siapa akan bertanding tetapi bagaimana PKR dan parti-parti yang bersama dengannya dapat membantu PAS dalam PRK itu.
  
Sekalipun Azmin berharap sangat partinya diberi laluan tetapi tidaklah sampai dia hendak memecat tiga exco pas dalam kerajaan Selangor.
   
Dalam semua kemungkinan Azmin tidak akan buat kerja itu kerana kerajaan yang ada di bawah pimpinannya yang mahu dan mempertahankan PAS ada di dalamnya ia sikap tegas Azmin sendiri.
   
PAS Tidak ada kuasa dan bukan pihak yang menentukan ia mesti ada dalam kerajaan Selangor apabila Pakatan Rakyat secara teknikalnya berakhir setelah PAS putus tahaluf dengan DAP.
   
PAS memang mempertahankan keberadaannya. Tetapi DAP mahu penyertaannya dalam kerajaan diakhiri. Tidak ada yang PAS dapat buat kerana penentunya Azmin. Azmin dapat redakan sikap DAP bagi mengekalkan PAS dalam kerajaan.
   
Maka setelah dia berjaya menstabilkan politik kerajaan di Selangor, dan PAS senang dengan kerajaan Azmin, tidak termasuk dalam akal Azmin akan runtuhkan kerajaan yan dipimpinnya.
    
Bacaan saya Azmin mahu PAS bersamanya bukan sekadar dalam menghadapi PRK di Sungai Besar ini bahkan dia mahu bersama PAS dalam PRU yang akan datang.
   
Mungkin PKR tidak seronok desngan reaksi PAS atas Langkah Kajang dan sokongan kuatnya kepada Tan Sri Khalid Ibrahim, tetapi selepas isu itu selesai, Azmin dan PKR mahu terus bersama PAS sekalipun PAS tidak akan bersama dengan Pakatan Harapan.
   
Ketika semua orang tidak mahu lagi PAS berada dalam pakatan pembangkang, PKR tidak putus asa mahu menjelang PRU nanti PAS boleh dibawa bersama dalam poliik satu lawan satu.
   
Maka dengan senario itu tidak diterima akal Azmin mahu memecat PAS dari kerajaan Selangor hanya atas perbezaan sikap tentang ketegasan PAS untuk bertanding dalam PRK.
   
Saya tidak dapat bayangkan apa yang diributkan itu datang dari sikap Azmin dan PKR. Masa depan politik PKR, secara matang dan bijaksana adalah bersama PAS antara lainnya. Tidak nampak PAS boleh ditiadakan dalam politk negara setidak-tidaknya bagi 50 tahun lagi.
   
Selagi PAS ada maka tidak boleh dan tidak bijak PKR tidak bersama PAS.
   
Yang diributkan konon Azmin mahu menyingkir PAS, mustahil atas kebijaksanaan PKR dan Azmin, tetapi ia adalah gara-gara kelicikan dan kegiatan kaum perisik dalam dan luar negeri yang mahu mencemarkan PAS dan mahu menyekat terus peluang Putrajaya bertukar tangan.
   
Jika PAS dan PKR dapat dipecahkan politik rasuah dapat dikekal. Sekuat manapun anti rasuah DAP, dengan membalut DAP dalam selimut perkauman, selesalah bagi kaum zalim mengekalkan Putrajaya dalam genggamannya.
   
Maka jangan sesiapa patut masuk dalam perangkap melagakan PAS dan Azmin atas PRK Sungai Besar. – HARAKAHDAILY 7/6/2016

Sumber HD - 7-6-2016






















Kursus kahwin bukan syarat sah nikah
























SUBKY LATIF | .

DULU orang Islam tak perlu kursus untuk kahwin. Tetapi sekarang kedua bakal pengantin kena tunjuk sijil telah menjalani kursus kahwin.
   
Ia bukan rukun nikah tetapi ia kaedah bagi mempermudah pasangan yang hendak mendirikan rumah tangga menjalani hidup berumah tangga. Maka ia mempermudah jurunikah tidak perlu tanya itu dan ini pada pengantin laki-laki dalam istiadat akad nikah.
   
Eloknya kursus ini boleh dijadikan peluang dakwah kepada pasangan pengantin.
  
Tidak banyak kita melihat nikah itu satu ibadat. Nikah seolah-olah untuk menghalalkan laki-laki dan perempuan hidup serumah dan bagi menyambung zurait. Justeru banyak acara jahiliyah menyerikan acara perkahwinan kita.
   
Tetapi nikah itu jadi senang jika diingatkan bakal pengantin bahawa nikah adalah satu ibadat. Rukun nikah yang dipenuhi selama ini adalah tuntutan ibadat. Ia adalah syarat sah nikah.
  
Adapun syarat sah itu saja belumlah menjadikan pernikahan itu satu ibadat yang sempurna atau terbaik.
 
Seperti solat. Orang solat mesti menutup  aurat. Aurat bagi laki-laki dalam solat memadai menutup antara lutut dan pusat. Sah sembahyangnya tetapi ahli fekah menasihatkan orang solat berpakaian seindah selayaknya semasa berhadapan Allah. Kalau rakyat berpakaian sopan mengadap raja, masakan mengadap Allah sekadar berkain dan tidak berbaju sekalipun solatnya sah.
  
Aurat antara pusat dan lutut itu buat masa kecemasan. Tidaklah sama pahala solat berpakaian sempurna dengan sekadar menutup  aurat sedang baju ada dan kopiah pun ada.
  
Maka apa yang boleh mengindahkan nikah sebagai satu ibadat supaya ia dapat pahala penuh. Bukan sekadar pahala cukup makan saja.
  
Sepanjang yang dikatakan acara perkahwinan, semua pengantin pada zaman pembangunan berpakaian indah tetapi tidak menutup aurat terutama pengantin perempuan. Menutup aurat itu wajib. Tidak menutup aurat haram. Maka yang tidak menutup aurat itu menjadi ibadat dalam berdosa.
  
Ada yang berkata, laki-laki tidak boleh berinai kecuali menginai rambut. Perempuan tidak salah. Jika pengantin laki-laki berinai, dia telah buat benda yang tidak boleh semasa ibadat nikah itu.
  
Jurukursus dan pejabat agama yang menetapkan kursus kahwin itu patut memperincikan apa yang boleh mencacatkan ibadat nikah pengantin. Ibadat nikah yang sempurna akan memudahkan hidup rumah tangga yang sempurna dan akan melahirkan zuriat yang elok akhlaknya.
  
Jika sepanjang nikahnya diiring dengan kegiatan yang tidak berpahala atau mengurangkan pahala, bererti padangan itu menempah hidup rumah tangga dan zuriat yang tidak terjamin kehidupan Islamnya. Tidaklah padan bagi seorang Islam itu menjadi orang Islam awam saja. Dia patut orang Islam lebih baik dari Islam awam.
   
Maka kesempatan bakal pengantin dikenakan kursus, patutlah dakwah terakhir diberi sebelum mereka kahwin, supaya mereka memastikan nikahnya berlangsung sebagai ibadat yang sempurna.
  
Zaman kita ini masyhur dengan motivasi. Bagilah melalui kursus itu satu motivasi berkesan kepada bakal pengantin supaya mengingatkan keluarganya jangan jadikan nikah dicampur dengan amalan orang jahiliyah. Moga-moga rumah tangganya bebas daripada debu dan daki jahiliyah dan supaya zuriat yang dilahirkan tidak mewarisi dan mengembangkan budaya jahiliyah. – HARAKAHDAILY 5/6/2016

Sumber HD - 5-6-2016

Pimpinan Najib kian kuno

SUBKY LATIF | .

KERAJAAN yang ada ini sudah berkuasa dua tahun sebelum merdeka dan sejak merdeka ia saja yang memerintah.
   
Sepatutnya dengan pengalaman yang lama dan banyak itu ia bertambah mantap dan cemerlang. Lepas ia berPerdana Menterikan Najib mulai 2009 ia langsung tidak cemerlang, gemilang pun tidak dan langsung tak terbilang.
   
Yang terakhir ia jadi bertambah kuno. Tiba-tiba Marina Chin Abdullah, aktivis terkenal masyarakat dilarang meninggalkan negara. Tiada apa-apa penjelasan. Dan sekarang orang yang tak sehaluan dengan kerajaan mesti pastikan dulu nama masing-masing boleh keluar negara atau tidak.
   
Era perang dingin 50-an, 60-an hingga 80-an negara-negara tabir besi komunis yang fasis dan kuno saja menghalang rakyatnya keluar negara, justeru ia dikira satu pelarian dan mereka mencari suaka politik di luar negera.
  
Orang yang jadi pelarian itu mendedahkan segala keburukan dan kuno negaranya dan mereka ada yang bekerja untuk menggulingkan kerajaan yang tertutup itu.
   
Masyarakat yang macam itu tiada lagi. Dunia sekarang sudah terbuka. Pemerintahan yang releven, prorakyat, terbuka dan telus tidak rasa bimbang kerja memburukkan kerajaan di luar negara, kerana masing-masing cukup keterangan untuk menangkis semua tidak berasas.
   
Hanya kerajaan yang hidup atas propaganda, tidak dapat meyakinkan dunia akan ia telus, bersih dan adil saja yang curiga rakyatnya keluar negara.
  
Ketika Cuba yang kuno itu pun mula mengendurkan orang yang hendak ke Amerika, maka Malaysia di bawah Najib cuma mahu masuk ke sistem yang Cuba hendak keluar daripadanya.
  
Jika Marina itu bahaya dan ancaman tidak pula dia dihalang ke mana-mana dalam negeri. Orang-orang yang mungkin terlarang juga bebas berkempen dalam pilihan raya dan boleh masuk pilihan raya. Keluar negara tak boleh.
   
Saya ada pengalaman semasa jadi pemimpin PAS dulu. Saya keluar negara melalui Rantau Panjang. Semasa keluar sistem komputer imigresen tak berfungsi. Semasa balik tiga jam kemudian, saya disekat kerana nama saya adalah antara orang tak boleh tinggalkan negara. Saya terpaksa tunggu Polis Rantau Panjang lebih sejam bagi melepaskan saya balik.
  
Lepas itu kalau saya hendak keluar negara, saya terpaksa jumpa polis lapangan terbang minta jasa baiknya memberi laluan pergi. Saya difahamkan pemimpin PAS banyak yang kena macam itu.
  
Tindakan kuno itu lenyap. Kini ada semula. Mengapa bertambah mundur?
  
Patutnya, bertambah banyak pengalaman kerajaan tidaklah jadi macam zaman batu lagi. Orang yang ada masalah dengan jenayah, muflis dan lain-lain mungkin wajar diperhati polis. Tetapi orang yang tak setuju dengan kerajaan dan politik negara jadah apa disekat?
     
Bagi kerajaan yang kuno dan pemimpn yang penuh keburukan, tiada pembangkang keluar negara pun dunia tahu pekungnya.
   
Najib ada akaun bank RM2.6 bilion bukan pembangkang yang beritahu orang luar negara. Media luar negara yang bagitahu orang dalam negara. Kedutaan asing di Kuala Lumpur lebih banyak tahu tentang haprak kerajaan dan pemimpinnya daripada Kit Siang  dan Mahfuz Omar.
    
Lama berkuasa patutnya bertambah matang. Tidak seperti lama hidup yang lazimnya banyak tak ingat dan ada jadi bayi semula. Itu sebabnya satu kerajaan tidak boleh terlalu lama. Bila lama ia kuno. Walapun Najib baru enam tahun tetapi dia mewarisi sistem usang, lapuk dan kering daya berfikir. Barang kuno yang terpakai yang antik saja. – HARAKAHDAILY 2/6/2016

Sumber HD - 2-6-2016






















Kempen Pak Nik Lah melalui songkok
























SUBKY LATIF | .


JUSTERU Datin Mastura berada dalam idah, makan calon Barisan Nasional dalam PRK Kuala Kangsar dikecualikan menghadiri kempen di luar rumah.
  
Pimpinan BN setakat ini nampaknya bersetuju, kempennya adalah melalui kmudahan kemudahan lain sistem jentera pilihan raya parti yang lengkap, penggunaan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi yang canggih dan waris terdekat iaitu anak-anak dan mertua menggantinya menemui pengundi.
   
Tiada yang ganjil bagi calon tidak hadir sepanjang kempen. Bahkan calon PAS Nik Abdullah Arshad yang ditahan di bawah ISA dalam PRU 1964 hanya menghadirikan songkoknya dalam kempennya dan  dia menang.
  
Pak Nik Lah sebelumnya sudah menjadi Adun Kelantan.
  
Kemenanan Pak Nik Lah itu adalah disebabkan jentera kempen yang sempurna dan dia sendiripun seorang mesra pengundi masa itu.
 
Pengundi kebanyakannya mengira penahanan tanpa bicara iu adalah satu kezaliman kerajaan, maka kemenangannya itu adalah satu unjuk rasa protes rakyat.
  
Penyertaannya dalam pilihan raya itu tidak melanggar apa-apa peraturan. Sekalipun ramai orang bebas di Pengkalan Chepa boleh menjadi calon tetapi keadilan PAS terhadap pemimpinnya yang ditahan adalah satu pembelaan terhadap penindasan.
  
Akan tetapi pencalonan BN terhadap Datin Mastura yang dalam idah menyentuh pantang larang hukum bagi seorang balu. Pantang itu bukan seumur hidup. Hanya selama empat bulan sepuluh hari.
    
Tempoh itu membataskan hubungannya secara bebas dengan sebarang orang yang tidak berkenaan. Yang paling perhatikan dalam masa idah iu ialah menjauhkan diri dari sebarang fitnah.
   
Tiada mana peraturan seorang suami yang mati, kekosongan jawatannya mesti diganti oleh balunya. Bahkan ia  tidak berlaku di mana-mana dunia kecuali dalam keadaan yang amat terdesak dan dramatik seperti yang peernah berlaku di Sri Lanka dan Filipina.
  
Sebelum nama Ceylon ditukar kepada Sri Lanka, Presidennya Solomon Bandranaike dibunuh. Dalam pilihan raya bagi menggantikannya, balunya dicalonkan bagi menggantikan suaminya dan dia menang.
   
Di Filipina pemimpin pembangkang Aquino yang pulang dari buangan ke Amerika sebaik pulang untuk memimpin gerakan menumbangkan regim Marcos ditembak mati sebaik keluar dari pintu kapal terbang. Dalam drama yang menggelegak ini orang memunculkan balunya  untuk mengepalai penggulingan Marcos. Maka tergolek Marcos oleh seorng balu.
  
Dalam kes yang terdesak juga Anwar Ibrahim yang dipecat dari Umno dan Timbalan Perdana Menteri, kerusi Parlimennya hanya boleh diganti oleh isterinya, Dr Wan Azizah. Ia adalah satu senario istimewa dan amat mendesak.
   
Tetapi apa yang amat mendesak maka kerusi Parlimen Kuala Kangsar mesti digantikan oleh balunya? Apa lebihnya almarhum MP Kuala Kangsar, maka kerusinya mesti diganti oleh balunya. Jamaludin Jarjis adalah pimpin yang lebih menonjol. Bekas menteri dan bekas Duta Besar ke Amerika. Dia pun mati jatuh kapal terbang. Tetapi tidak pla balunya dijadikan calon PRK Rompin.
  
Ramai wakil rakyat BN mati, tidak pernah kerusi mereka diganti oleh balu masing-masing. Jika MP Kuala Kansar itu hebat sangat, tentu dia dijadikan menteri. Tetapi dia sekadar MP biasa.
  
Atau mungkin Datin Mastura itu amat berbakat sebagai pemimpin. Mungkin boleh menggantikan Shahrizat Jalil. Tapi tunggulah PRU14 yang kurang dari dua tahun lagi.
   
Mengapa diganggu orang dalam idah yang sekali gus Umno boleh dilihat bermain senda dengan agama. - HARAKAHDAILY 1/6/2016

Sumber HD - 1-6-2016

Ada orang Semenanjung disekat ke Sarawak

SUBKY LATIF | .

SAYA keliru atas helikopter nahas yang membawa MP Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang berlepas dari Betong, Sarawak ke Kuching. Saya sangka dari Bentong Pahang. Maka saya komen atas ia dari Bentong. Bila saya sedar ia bukan dari Bentong bahkan dari Betong, saya tawakuf penyiarannya bagi mengelakkan kekeliruan. Tetapi isu yang disentuh adalah releven baik ia dari Betong atau dari Bentong.
     
Maka saya siarkan sepenuhnya apa yang ditulis pada 06 Mei lalu. Moga-moga anda ketepikan apa yang keliru, pakai yang releven saja.

KITA katakan ‘Inna lillah wainna ilaihirajiun’ atas helikopter dan orang di dalamnya dari Semenanjung yang tidak tiba di Sarawak hari yang ia patut tiba.
   
Ucapan itu tidak semestinya ia terhempas dan penumpangnya terkorban. Moga-moga ia selamat dan ia tiba beberapa hari kemudian. tetapi tidak tiba itu satu musibah dan setiap musibah itu disampaikan oleh orang Islam dengan ‘Inna lillah...’
   
Tidakkah kejadian itu ingatan Allah terhadap larangan manusia berkuasa terhadap orang Semenanjung tertentu tidak boleh ke Sarawak ketika tertentu dan kalau sudah berada di Sarawak mesti keluar masa tertentu? Orang yang dikehendaki saja boleh datang dan yang tidak dikehendaki tidak boleh datang.
  
Sekalipun ada  peruntukan itu ketika Malaysia dibentuk 1963 dulu tetapi adakah masih releven selagi ada bulan dan matahari?
  
Pengembaraan yang musibah itu adalah membawa orang Semenanjung yang dipercayai bagi meraikan Pilihan Raya Negeri Sarawak pada 7 Mei, yang sepatutnya tidak boleh masuk lagi selepas 5 Mei. Jika yang sudah di dalam mesti keluar pada 5 Mei, maka bagaimana yang di luar boleh masuk pada  5 Mei?
  
Macam hendak menyamai kuasa Tuhan, yang berkuasa mengizin masuk sesiapa yang dikehendaki-Nya dan tidak mengizin masuk sesiapa yang dikehendaki-Nya.
  
Sekalipun ia acap dilakukan oleh pembesar-pembesar yang Allah pinjam kuasa kepadanya, tetapi apa rasionalnya kuasa itu diguna sewenang-wenangnya? Apa jua kuasa yang diguna tanpa rasional yang jelas mudah jadi zalim. Zalim mengikut al-Quran adalah sedarjat kesalahan fasik  dan kafir.
  
Bukanlah yang dilarang itu tidak boleh ke Sarawak langsung. Masa tertentu saja justeru hendak menunjukkan ia ada kuasa. Dia guna bila dia mahu. Kalau raja, itu namanya beraja di hati.
  
Saya bersama Almarhum TG Nik Aziz datang berceramah PAS di Kuching pada zaman Ketua Menteri Taib Mahmud. Hotel yang ditempah membatalkan tempahan. Tiada hotel menerima kami. Nasib baik kami diselamatkan oleh Tun Patinggi Abdul Rahman Yaakub, bekas Yang Dipetua Negeri. Kami jadi tetamu di kediamannya.
  
Kuasa yang dipinjamkan kepada manusia itu boleh dicabut bila-bila masa terutama bila ia digunakan ikut sekehendak hati. Itulah yang dinamakan mengikut hawa nafsu.
  
Allah hendak tunjukkan betapa hamba-Nya tidak boleh bertindak seperti kuasa Tuhan. Bila orang yang kerajaan tidak suka tidak boleh berada di Sarawak selepas 5 Mei bagi tujuan pilihan raya, maka Allah tunjukkan orang kerajaan suka tidak boleh tiba juga ke Sarawak pada 5 Mei.
  
Ia mahu mengisyaratkan kepada yang berkuasa, berhati-hatilah mengguna kuasa. Pastikan ia diguna seadilnya, bukan ikut hawa nafsu.
  
Hari ini Sarawak sekat orang Semenanjung hendak ke Sarawak. Sangat gembira pembesar Sarawak dapat buli orang Semenanjung. Apa kata kalau orang Semenanjung sekat orang Sarawak masuk Semenanjung? Atau benar masuk beberapa hari saja. Lepas itu mereka disuruh balik?
  
Maka mereka akan mengugut hendak keluar Malaysia. Maka orang Semenanjung pun gugup. Sarawak boleh sekat orang Semenanjung. Orang Semenanjung tunduk dan runduk.
  
Apa kata kalau Semenanjung setelah disekat ke Sarawak. Ugut pula Semenanjung hendak keluar Malaysia?  Seronokkah Tan Sri Adenan Satim?
 
Ha! Ha! Ha! – HARAKAHDAILY 28/5/2017

Sumber HD - 28-5-2016






















Tiada satu lawan satu di Sungai Besar, Kuala Kangsar
























SUBKY LATIF | .


PERTANDINGAN satu lawan satu dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang diideal oleh parti-parti pembangkang amat payah dilaksanakan.
  
PAS telah menempah dari awal kedua-dua PRK Parlimen itu justeru ia adalah calon dalam PRU13 dulu. Kerana PAS telah membuat pengumuman awal, payah hendak difikirkan ia akan mengubah pendirian itu.
   
PKR sebagai rakan tahaluf PAS yang masih bertahan dilihat mengelak dari bertindan dengan PAS, bahkan minatnya yang utama ialah mahu PRK itu pertandingan satu lawan satu. Maka ia sedia menjadi orang tengah merundingkan supaya tiada yang mencabar PAS nanti.
   
DAP telah menyatakan ia tidak berminat menyertai PRK itu, samalah seperti sikapnya sebelum tercapainya konsep satu lawan satu selepas kemunculan PKR. Sekalipun tiada apa-apa persefahaman antara PAS dan DAP masa itu, DAP tidak meletak calon di kawasan yang PAS bertanding.
   
Tetapi Pakatan Harapan berminat dan dipercayai tidak melepaskan peluang. Sekalipun DAP tidak meletak calon seperti yang disebutnya, tetapi ia akan menyokong proksinya dari parti perkongsiannya.
   
Sekalipun orang Melayu yang benci Umno mulai tertarik kepada DAP, ia tidak gopoh meletakkan calon Melayu di kawasan majoriti Melayu. Pada waktu DAP cuba menarik orang Melayu menyokongnya, ia cuba mengelakkan berulang kejadian seperti Tunku Aziz. Tunku diangkat jadi Timbalan Pengerusi DAP dan senator, kemudiannya keluar menjadi  anti DAP yang tiada tara.
   
Dari DAP dimalukan sekali lagi seperti itu, maka DAP lebih berminat dalan suasana yang ada kepada proksinya dalam Pakatan baru.
  
Kerana DAP dirasakan mewakili pengundi bukan Melayu, maka majoriti pengundi bukan Melayu akan memberi sokongan kepada calon proksi DAP.
   
PRK ini adalah ujian awal bagi mereka yang meninggalkan PAS apakah ia dapat menggantikan PAS bagi mewakili parti pro-Islam. Banyak pandangan mengira ia tidak dapat memudarkan populariti yang PAS peroleh selama ini, tetapi pada ketika orang mengira pengundi bukan Melayu tidak akan menyokong PAS justeru setia mereka pada DAP, maka majoriti pro-DAP itu akan memberi undi kepada proksi DAP.
   
MCA dan Gerakan belum dilihat pulih terutama di luar bandar. Dengan segala kerenah yang kerajaan Umno dan BN alami sekarang lagi payah mereka menyokong BN. Maka baki yang tidak menyokong DAP dan proksinya terbagi dua kepada BN dan PAS.
  
Kebanyakannya ragu BN boleh dikalahkan dalam pertandingan lebih dari dua penjuru. Dan harapan BN pun bergantung kepada kecelaruan yang menimpa pembangkang pada masa ini. PAS juga mengira ia terganggu kiranya ada calon pembangkang yang lain. Baginya ia adalah ujian benarkah ia tidak lagi dapat meraih sokongan bukan Melayu.
   
Sekalipun ia mungkin mengganggu PAS, tetapi PAS mahu mempertahankan maruahnya. Bertanding dalam PRK itu demi menjaga maruahnya. Ia telah memaklumkan ia pernah kalah dan pernah menang, pernah ada seorang saja Anggota Parlimen, pernah jatuh dan pernah bangkit, ia bersedia mengharungi badai dan gelombang.
  
Ia mahu menang di Kuala Kangsar dan Sungai Besar dalam PRK iu, tetapi penyertaannya itu adalah bagi menempah moral dan kedudukan yang kuat untuk PRU akan datang. Jika ia tidak bertanding kali ini, harapannya dalam PRU kemudian bertambah kabur.
   
Untuk semua, PRK ini adalah ujian terakhir menjelang PRU. Jika tidak bertanding, payah baginya menghadapi PRU. Maka satu lawan satu jadi pertimbangan kedua. – HARAKAHDAILY 27/5/2016

Sumber HD - 27-5-2016

Tun M seru pembangkang bersatu kalahkan BN

SUBKY LATIF | .


DEMI mengalahkan calon BN dalam PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar 18 Jun ini, Tun Dr. Mahathir menyeru parti-parti pembangkang supaya bersatu dengan mengulangi strategi satu lawan satu.
   
Ramai orang boleh gila dan mengira Dr. Mahathir juga sudah gila kerana menyeru pembangkang yang ditentangnya sepajang hidupnya supaya bersatu mengalahkan calon parti yang pernah dipimpinnya sebelum menjadi Perdana Menteri, semasa menjadi Perdana Menteri dan selepas menjadi Perdana Menteri.
   
Mahathir mengambil masa lebih dari dua tahun menegur pimpinan dan pentadbiran Perdana Menteri Najib. Bermula dengan menyindir pendiriannya tidak tetap, menggesanya bertegas dengan membetulkan dasarnya, menyerunya supaya berundur secara terhormat dan akhirnya menyeru supaya dia ditumbangkan.
   
Kerana Umno bukan sekadar tidak ikut anjurannya, bahkan mereka kutuk dia, maka dia ulangi apa yang pernah dilakukannya keluar Umno. Kemudian dia berpakat dengan pembangkang dan sekalian orang yang sudah penat dengan PM Najib mengadakan kempen Deklarasi Rakyat, mengumpulkan sejuta tanda tangan sekurang-kurangnya bagi diserahkan kepada sekalian Raja-Raja.
 
Tanda tangan itu sudah melewati sejuta, masih diteruskan, akan disampaikannya sendiri kepada para Raja sebagai satu usaha menjatuhkan maruah Perdana Menteri. Tidaklah dengan tanda tangan itu Perdana Menteri dapat digantikan serta merta, tetapi ia telah menjadi Perdana Menteri seorang Perdana Menteri tidak bermaruah.
  
Apapun Mahathir tetap berhati Umno dan belum memikirkan untuk menyertai parti pembangkang. Selama Najib jadi Perdana Menteri dan Presiden Umno dia tidak akan kembali kepada Umno.
   
Sekarang dia gesa pula pengundi di Kuala Kangsar dan Sungai Besar termasuk Umno jangan mengundi calon Barisan Nasional. Orang dia sudah sanggup seru orang jangan undi lagi calon BN kerana dia tidak setuju lagi dengan PM dan pimpinan Umno.
  
Dia tidak gila dan dia tahu apa yang dibuatnya. Dia tahu dia akan dicerca oleh orang Umno tetapi dia adalah orang politik yang tidak berpolitik secara membabi buta.
  
Dia suruh turunkan Pak Lah kerana mendapati penggantinya itu  lemah. Dan sekarang dia mendapati Najib tidak berguna kepada negara dan rakyat. Dia mahu negara ditadbir oleh orang pada pandangannya baik dan berguna besar kepada negara dan rakyat.
  
Bukanlah apa yang dibuatnya itu semata-mata perangai dan sikap buruknya. Tetapi dia buat apa yang pernah dibuat oleh Tunku Abdul Rahman Putra. Tunku menyerang tiga Perdana Menteri berturut-turut iaitu Tun Razak, Tun Hussein Onn dan Tun Dr. Mahahir.
  
Tunku sokong penubuhan parti baru oleh kalangan orang Umno bagi menentang Umno. Tunku naik pentas PAS bagi mengkritik kerajaan dan pemimpin Umno. Malah dalam PRK Pantai Merdeka, Kedah, Tunku kempen bagi pihak calon PAS menentang calon Umno.
   
Apa yang Mahathir buat sekarang sama seperti apa yang Tunku buat dulu. Tiada siapa kata Tunku gila dan jahat. Tiada siapa mencadangkan supaya gelaran Bapa Kemerdekaan dan Bapa Malaysia yang diberi kepadanya ditarik balik.
   
Mengapa Tunku dan Mahathir buat begitu? Kerana mereka tahu politik dan politik itu adalah satu kesempatan bagi membela kesejahteraan bangsa dan negara. Parti adalah alat bagi mencapai cita-cita pembelaan itu. Bila parti dan pemimpinnya tidak dapat memberikan kebaikan, bahkan meruntuhkan negara dan rakyat, maka orang tahu politik mesti buat sesuatu.
  
Itulah yang Tunku dan Mahathir buat. Adakah saya setuju dengan dasar mereka. Ia adalah perkara lain. Mereka tidak gila. – HARAKAHDAILY 24/5/2016

Sumber HD - 24-5-2016






















Tidak siapa boleh larang tanding tiga penjuru
























SUBKY LATIF | .


DI mana-mana sekarang, baik dalam Pilihan Raya Umum dan Pilihan Raya Kecil di luar Pulau Pinang bertanding tiga penjuru atau lebih akan memberikan kemenangan selesa kapada Barisan Nasional.
   
Ia ada realiti politik di negara ini. Itulah sebabnya menjelang PRU 1999 semua parti pembangkang terutama PAS dan DAP menyuarakan politik satu lawan satu. Semua tahu pertandingan tiga penjuru adalah yang amat selesa bagi BN.
  
Maka dalam beberapa PRU yang lalu pembangkang berjaya mewujudkan politik satu lawan satu dan ia memang nahas bagi BN dan sepanjang Mahathir memimpin BN, dia buat apa saja menghalang wujudnya politik satu lawan satu.
   
Politik satu lawan memang sukar berlaku di mana-mana di dunia. Apabila Pakatan Rakyat dapat capai, ia ada keajaiban. Pada PAS ia adalah anugerah Allah.
  
Mewujudkannya susah, maka mengekalkannya pun susah. Patutnya dicari formula mengekalkannya. Tetapi semuanya tidak mencari formula itu. Maka ia berkecai bila PAS tarik diri bertahaluf dengan DAP. Hendak mencantumkan benda yang pecah memang payah.
  
PAS bila tarik diri, tiada mahu bersama dengan yang lain kecuali PKR. Tapi yang masih bersama dalam Pakatan Harapan pun tak upaya pertahankan satu lawan satu. DAP ada hujah dan PKR ada hujah mengapa tak boleh elak lawan banyak penjuru?
  
Sekarang datang PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar. PAS dari awal isytihar akan bertanding di kedua-duanya. Siapa nak lawan silakan. Ia mungkin tidak dapat dielak.
   
Banyak pro satu lawan satu menyesalinya, justeru politik pecah itu mengutungkan BN. Pro pembangkang yang tidak menyertai pertandingan berhak menyesalinya. Mereka berhak membantah dan pandangan mereka betul.
  
Akan tetapi ada yang kata begitu tidak berhak menyesalinya kerana mereka dari belum politik itu pecah menyumbang kepada perpecahan itu khususnya mereka yang meninggalkan PAS. Mereka menyediakan diri unuk menggantikan PAS dalam Pakatan dengan menubuh NGO. Ada juga orang PAS ikut. Mereka tak keluar PAS dulu tapi sudah jadi parti dalam parti.
   
Kemudian mereka sertai orang PAS yang menubuhkan parti sendiri. Menubuhkan NGO anti PAS dan parti lain menentang PAS, puncaknya adalah bertentang dengan PAS dalam pilihan raya. Dalam PRN Sarawak mereka berlawan dengan PAS. Bila PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar mereka ajak PAS jangan lawan banyak penjuru kerana ia untungkan BN. Dianjurkan PAS berunding.
  
Yang ini tidak layak menganjurkan begitu. Jika mereka sendiri mengadakan kumpulan baru menentang PAS, maka mereka tidak layak bercakap tentang satu lawan satu. Tindakan mereka menambah bilangan parti pembangkang yang tujuannya juga untuk bertanding. Di mana mereka hendak bertanding yang tidak disertai oleh PAS sedang semasa dalam PAS dulu mereka tidak biarkan BN menang percuma?
   
Adakah dengan mereka keluar PAS, maka PAS tak usah bertanding! Biar mereka saja bertanding?
   
Ia adalah politik kartun. Tidak ada dalam dunia orang berpolitik begitu. Maka ia adalah politik buluh kasap. Hujung ilang, pangkal lesap. – HARAKAHDAILY 20/5/2016

Sumber HD - 20-5-2016

Tiada kuasa raja henti Najib?

SUBKY LATIF | .


APAKAH Deklarasi Rakyat pimpinan Tun Dr. Mahathir dapat sejuta atau lebih tanda tangan memungkinkan Raja menekan Najib digantikan dipertikai oleh rata-rata penganalisis politik.
   
Gambaran yang diberikan ialah ia akan sia-sia jika usaha itu mengharapkan tindakan daripada Majlis Raja-Raja.
   
Alasannya ialah perlembagaan tidak memberi peruntukan itu kepada Raja. Sekalipun 10 juta yang menandatangan, tiada apa yang Raja dapat buat.
   
Belum ada yang menyanggah pandangan itu bahkan Dr. Mahathir sendiri belum memberi pencerahan atas isu itu. Setakat ini yang difahamkan kumpulan tandatangan itu akan diserahkan kepada Majlis Raja-Raja.
   
Sebagai penganjur tandatangan Deklarasi Rakyat, itu saja langkah awal yang penyokong dapat buat.
   
Jika Raja tiada kuasa membuang ketua kerajaan, apakah kita boleh kembali kepada perkembangan membuang Menteri Besar Pakatan Rakyat di Perak oleh Sultan Perak tahun 2009?
   
Masa itu ada pandangan bahawa, MB Datuk Seri Nizar Jamaludin tidak boleh dibuang oleh Raja mengikut cara yang dilakukan pada masa itu. Para penganalisis politik dan perlembagaan tidak memberi pandangan yang meluas.
  
Menteri Besar boleh dilucutkan setelah usul undi tidak percaya diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri. Setakat MB hilang majoriti, tetapi DUN tidak bersidang bagi membincangkan usul tidak percaya itu, masih Raja tidak boleh pecat dia.
  
Itulah pandangan yang diberi oleh penyokong Pakatan Rakyat tetapi tiada siapa mendengarnya. Sultan tidak dihalang oleh pengamal undang-undang mengadakan acara perlantikan Menteri Besar baru. Yang menghalangnya orang-orang jalanan saja.
   
Perlembagaan negara dan perlembagaan negeri Perak tidak dicabar tentang perlucutan ketua kerajaan itu.
  
Jika tiada peruntukan perlembagaan Raja boleh lucutkan Perdana Menteri, apakah boleh demokrasi ini mengambil perlucutan Menteri Besar Perak itu sebagai kaedah melucutkan Najib?
   
Maka isu Najib tidak boleh dilucutkan oleh kuasa Raja, maka ia boleh mengundang orang membuka semula perlucutan jawatan Nizar dulu.
  
Tak usahlah kita bangkitkan orang makan gaji dengan kerajaan tidak menyoal peristiwa di Perak itu, tetapi apabila mereka membangkitkan isu Najib tidak boleh Raja buat apa-apa, tidakkah ia menyindir  dan memberi tafsiran yang betul terhadap tindakan di Perak itu dulu?
  
Jika isu ini jadi polemik, maka bolehlah diertikan kewajaran cara membuang Nizar boleh dipertikai. Atau apa yang Dr. Mahathir cuba lakukan terhadap Najib, Raja dan perlembagaan adalah satu kiasan terhadap kesahihan tindakan Najib mendalangi pembuangan Nizar dulu.
  
Apapun, apakah ia tidak ikut perlembagaan atau tidak, maka dengan mengumpul sejuta atau lebih tandatangan, adalah isyarat ramainya orang tidak sukakan ketua kerajaan. Sekalipun ia tidak jadi kaedah membuang PM mengikut perlembagaan, tetapi ia tanda kelemahan ketua kerajaan dan kerajaan. Ketua kerajaan dan kerajaan yang lemah tidak elok bagi rakyat dan sebuah negara.
  
Negara yang elok ialah ketua kerajaannya bermaruah dan kerajaannya stabil.
   
Kita tunggu apa pula Dr. Mahathir kata tentang isu yang membabitkan Raja itu? – HARAKAHDAILY 17/5/2016

Sumber HD - 17-5-2016






















Tiada menyesal PAS keputusan PRN Sarawak
























SUBKY LATIF | .


PRN Sarawak 7 Mei lalu tidak memberi sebarang kerusi kepada PAS. Adakah ia kecewa?
  
Semua propembangkang kecewa dengan keputusan buruk pembangkang dan menyesal ia adalah natijah perpecahan sekutu parti-parti pembangkang bermula dengan PAS putus tahaluf dengan DAP.
   
Pandangan sekalian propembangkang PAS lah akan terkesan besar petaka itu dan DAP tidak akan banyak dilanda kecederaan.
   
Sekalipun DUN Sarawak tidak diisi barang seorang PAS pun, tetapi ia tidak pernah menyesal. Pengalamannya sejak menyertai pilihan raya tahun 1955 di Semenanjung rata-rata pencapaiannya seperti yang ada di Sarawak itu. Barulah dalam dua PRU lalu ia boleh kerusi di Perak, Selangor, Pahang dan Johor.
   
Jika lebih separuh abad baru ia merasa satu di Negeri Sembilan dan satu di Melaka, maka ia tidak dapat memikirkan keajaiban dengan percubaan awal di Sarawak. Tetapi Islam yang jadi pegangannya tidak mengajar penganutnya berputus asa. Ia sabar dan yakin dengan bersendirian ia boleh menuju kejayaan dan keredhaan masa depan.
  
Tetapi yang poranda adalah bekas sekutu pakatan pembangkangnya. Sekalipun DUN Sarawak masih berisi  DAP dan PKR, tetapi PRN11 itu adalah lebih buruk dari PRN10. Paling kecewa ialah DAP.
  
Jika yang terjadi di Sarawak itu adalah bayangan PRU14, maka harapan Pakatan Harapan tidak memberi banyak harapan. Mungkin semuanya mahu meletakkan bala itu pada PAS, tetapi marahkan PAS tidak menyelesaikan masalah muafakat sekutu pembangkang. PAS cabut dari sekutu itu kerana apa yang pembangkang hendak capai tidak memberikan banyak keuntungan politik pada perjuangannya.
    
Bahkan semuanya mengira ketiadaan PAS dalam muafakat iu adalah lebih baik kerana tempat PAS  itu tidak dibiarkan kosong. Lebih setahun sebelum PAS bertempur dengan DAP, pengganti PAS telah disediakan yang tentunya  tidak akan memaksa politik hudud kepada mereka.
   
Pakatan Rakyat pasca PRU13 tidak banyak membantu memperkuat PAS, tetapi lebih didorong bagi memecahkan PAS. Gara-gara Pakatan cenderung bagi menjadikan ia sekutu tiga parti kepada sekutu empat parti, yang ke empat itu ada dari kalangan PAS sendiri, maka PAS bertindak secara teknikal mengekalkan tahalufnya dengan PKR saja.
  
Dari tahaluf tiga parti, PAS mahu Pakatan tinggal dua. Tanpa DAP. Usaha menjadikan ia pakatan empat parti diusahakan juga dengan menukar jenama kepada Pakatan Harapan, tetapi jenama baru itu kekal tiga juga tanpa PAS.
   
PRN Sarawak adalah ujian pertama bagi pakatan jenama baru. PAS memang sudah tidak masuk kira. Ia memang sendirian berhad. Tanpa PAS, jenama baru gagal mempamerkan tanpa pertandingan sama sendiri.
   
Selepas ditinggal PAS itu DAP tidak dapat mengulang kejayaannya dalam PRN10. Pengaruh PAS tidak ada di kawasan yang DAP bertanding, tetapi setelah tiada PAS yang disangka tiada pengaruh itu tidak pula dapat mengekalkan sepakatan seperti zaman PAS ada dalam Pakatan dulu.
   
Sekalipun DAP mungkin akan dapat bangkit, tetapi kesan politik anti PAS yang terdekat ialah semua kecewa atas PRN itu. PAS saja tidak kecewa kerana belum dapat apa-apa. PAS akan terus dengan caranya selagi ada Islam dan Agong. – HARAKAHDAILY 13/5/2016

Sumber HD - 13-5-2016

Razif jadi MB tanpa bintang hingga PRU
























SUBKY LATIF | .


KEKELIRUAN tentang Menteri Besar Terengganu sudah terjawab setakat ini apabila pertemuan antara Sultan dan Perdana Menteri perkenan Encik Ahmad Razif bin Abdul Rahman terus menjadi Menteri Besar tanpa sebarang pingat negeri hingga Pilihan Raya Umum.
  
Jika cepat PRU cepatlah habisnya. Jika ditunda maka dia tertunda sama.
   
Bagi menghabiskan tempoh itu integritinya, sekejap atau lama sama macam Perdana Menteri Najib juga, seperti di hujung tanduk. Najib memang sudah terserlah sesbagai PM yang lemah. Razif pula dikira MB terlemah juga. Dan bila sampai semua bintangnya dilucutkan, suatu yang tidak pernah berlaku di Terengganu sejak merdeka, bahkan di mana-mana negeri di Malaysia, maka dia dikira bertambah lemah di tengah awam.
   
Bintang bergayut tak menentukan tinggi rendahnya prestasi Menteri Besar. Tun Ghafar Baba tidak pernah berbintang baik sebagai Ketua Menteri Melaka hingga jadi Timbalan Perdana Menteri. Siapa berani kata dia Ketua Menteri dan menteri yang tidak berwibawa? Nasib saja tidak menjadikannya Perdana Menteri.
   
Tetapi Ghafar menolak sebarang bintang. Razif sudah berbintang malangnya semua diambil balik. Biasanya yang bintang ditarik kerana teruk sangat. Datuk Harun Idris dan DS Anwar sekalipun mereka dihukum penjara. Pingat yang sudah diberi dibiarkan. Razif sebutir pun tak tinggal.
  
Bagaimana wibawa hendak dipertahankan hingga jadi macam itu.
  
Razif wajar bersyukur dia dikekalkan jadi MB ssementera – satu sementara yang terpanjang.  Dia amat berterima kasih kepada Perdana Menteri mengekalkan jawatannya sekali tak berpingat.
  
Apakah tanpa seorang Menteri Besar sekadar dikehendak Perdana Menteri saja? Sahamnya jatuh sekadar yang mahu Perdana Menteri tetapi MB itu mesti digemar oleh Raja dan orang awam. Ada lemahnya jika MB tidak tidak digemar oleh ketiga pihak itu.
   
Tun Razak cuba pertahankan Tan Sri Ghazali Jawi sebagai MB Perak. Tun tahu Sultan tak gemar Ghazali Jawi tapi Tun paksa juga. Kesian MB yang terpaksa iring Sultan dalam acara rasmi tak diumpama Sultan. Akhirnya dihentikan juga.
   
Tan Sri Othman Saad disenangi oleh semua Perdana Menteri jadi MB Johor. Sultan tidak masalah. Apabila naik Sultan baru yang tidak gemarkan TS Othman, Tun Hussein Onn terpaksa ganti MB lain.
  
Sultan Kedah dipercayai tiada masalah Tan Sri Sanusi Joned jadi MB kerana Dr. Mahathir gemarkannya. Sultan dan Perdana Menteri gemar tak cukup. Orang awam mesti gemar sama. Dr. Mahathir Kedah berMBkan Sanusi. Tetap orang awam tak gemar. Terpaksa juga Mahathir lucutkan Sanusi.
  
Kerana hendak menjadikan Ghazali MB Perak dan Sanusi MB Kedah kedua-duanya tidak dikekalkan dalam kabinet. Bila kedua-kedua kena tinggalkan MB, kedua-duanya bersara dari politik. Kesian.
     
Tiada siapa dapat mengagak keberadaan Razif dengan Sultan. Moga-moga tidaklah senasib dengan Ghazali  Jawi di Perak dan Othman Saad di Johor.
   
Jadilah dia MB tidak berbintang tetapi semua melihatnya orang akan pergi. Mungkin lepas PRU dibawa ke pusat. Itu pun kalau Najib bernasib baik. – HARAKAHDAILY 10/5/2016

Sumber HD - 10-5-2016 






















Orang tiada OSA laporan Ketua Audit Negara

SUBKY LATIF | .


BIASANYA Laporan Ketua Audit Negara dibentangkan di Parlimen, terbuka untuk perbahasan semua orang baik dalam Parlimen atau luar Parlimen.
  
Tujuan Audit Negara itu diadakan pun adalah demi menjadikan semua perbelanjaan negara oleh kerajaan telus. Jika boleh tiada sesen pun tidak diguna unuk tujuan yang betul.
   
Itulah amalam semua negara demokrasi di dunia.
   
Akan tetapi di bawah Perdana Menteri Najib ini, sekonyong-konyong Laporan Ketua Audit Negara tentang tadbir kewangan 1MDB diOSAkan. Sedang yang anjurkan Ketua Audit Negara mengaudit itupun kerajaan juga setelah bising perjalanan syarikat itu ditakwil.
   
Maka mengikut loghat orang Perak kerajaan sengaja hendak maru atau membuang tabiat mangOSAkannya. Maru itu bererti mencari nahas dan buang tabiat itu tanda ganjil seorang sebelum mati.
    
Tiada mana-mana kerajaan dan ketua kerajaan yang sihat dan terbuka akan meletakkan laporan itu di bawah OSA, apa lagi jika laporan itu tidak membawa sesuatu yang buruk yang menyulitkan lagi kerajaan khususnya ketua kerajaan.
   
Tindakan itu sengaja meletakkan kerajaan dan Perdana Menteri dalam fitnah apa lagi ia dan dia memang penuh diselubungi fitnah.
   
Pernah Tan Sri Ahmad Nordin, Ketua Audit Negara ketika Dr. Mahahir baru jadi Perdana Menteri dulu mengetuai satu jawatankuasa penyiasat tentang pembunuhan seorang pegawai Bank Bumiputera yang dihantar menyemak syarikat kewangan bank itu di Hong Kong.
   
Laporan yang disiapkan dibentang kepada umum. Cuma kerajaan pada masa itu tidak terima kandungannya. Apakah kerajaan wajar bersikap begitu? Baik wajar atau tidak wajar, kerajaan masa itu membenarkan ia didedahkan. Tidak pula ia diOSAkan. Terbuka kepada semua orang untuk membincangnya.
   
Tetapi sekarang laporan Ketua Audit Negara yang semua sebelumnya dibentangkan kepada umum, tiba-tiba yang ini diOSA dan jika ia bocor nescaya adalah orang didakwa dan hukum.
    
Undang-undang seperti OSA ini lazimnya terdapat dalam negara fasis dan pemerintahan komunis. Semua yang berlaku dalam negara dirahsiakan. Hanya yang tertentu saja orang boleh diketahui umum. Dunia mengira apa yang diumum itu bukanlah fakta bahkan ia penuh dengan propaganda.
   
Sebelum Jabatan Audit Negara menjalan arahan tentang 1MDB ini telah ada arahan juga kepada Jabatan Peguam Negara, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (Public Accounts Committee - PAC), SPRM dan Bank Negara membuat kerja yang serupa.
   
Semua agenda ini telah diganggu. Peguam Negara bertukar, Pengerusi dan beberapa ahli PAC dijadikan timbalan menteri hingga kerjanya terbengkalai, petugas SPRM ditukarkan ke JPA dan belum sempat mula kerja ditukar balik SPRM dan pandangan Bank Negara dipersoal mendorongkan Gabenornya bersara. Ketua Audit Negara tidak kedengaran diapa-apakan, tetapi laporannya diOSA.
   
Semua orang baru di agensi yang diganggu tadi yang telah menamatkan penyisatannya mendapati Perdana Menteri bersih. Di semua negara fasis pemberitahuannya dikira propaganda, maka apa yang menghalang menyangka pembersihan itu adalah satu propaganda?
   
Dipercayai laporan Ketua Audit itu diOSA kerana ia bukan propaganda. Propaganda tidak diketahui betul atau tidak betul. – HARAKAHDAILY 10/5/2016

Sumber HD - 10-5-2016

Kerajaan campuran PAS - Umno II

SUBKY LATIF | .

AHMAD Nazlan, MP dan Ketua Umno Bahagian Jerantut menggesa PAS dan Umno menyahut segera saranan Dr. Zakir Naik supaya bersatu dengan membentuk kerajaan campuran.
  
Kerajaan campuran PAS dan Perikatan pertama kali dibentuk tahun 1973 oleh Almarhum Tun Razak dan Almarhum Datuk Asri.
  
Ia berakhir dengan berkecai.
  
Sekarang zaman anak Tun Razak, Perdana Menteri Najib dan TG Haji Abdul Hadi pula agar mengulangi sekali lagi apa yang gagal tahun 70-an itu. Logiknya dielakkan kegagalan lagi.
   
Semua tahu PAS serik akan politik seperti itu. Maka tiadalah ia memikirkannya. Bukan tidak menghormati saranan Dr. Zakir dan tidak juga menghampakan sekalian Umno. Cuma ia serik.
  
Justeru Umno nampaknya hendak sangat, apa kata PAS bersetuju dengan syarat-syarat yang boleh diterima oleh kedua pihak. Pertama apa yang Umno hendak beri kepada PAS?
  
Tentulah yang pertamanya tentang kabinet. Orang PAS yang jadi Anggota Parlimen sekarang jadi menteri, timbalan dan setiausaha parlimen jika jawatan itu ada lagi. Jika hendak sama banyak mungkin semua MP PAS berjawatan belaka.
  
Umno tidak keberatan.
  
Tapi siapa Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri? Kalau Perdana Menteri Najib juga, setujukah TG Haji Hadi jadi Timbalan Perdana Menteri? Tak acilah kalau Zahid juga TPM.
  
Maka menjadikan orang PAS TPM adalah kewajaran yang amat minima. Bukan suatu keterlaluan juga dikira hendak harga perpaduan yang dicadangkan tadi. Umno menjunjung sangat perpaduan, maka ia perlu sedia memberi kerana PM itu amat kecil dibandingkan dengan perpaduan.
   
Bahkan demi perpaduan dan masa depan orang Melayu, Umno jangan kira sangat tentang Perdana Menteri. Apalah Perdana Menteri dibandingkan dengan masa depan orang Melayu. Mungkin tidak adil PAS menuntut jadi Perdana Menteri.
   
Tetapi tidak ganjil kiranya Perdana Menteri itu digilirkan. Enam bulan TG Haji Hadi jadi Perdana Menteri, DS Najib jadi Timbalan Perdana Menteri. Lepas enam bulan Najib jadi PM semula dan TG Haji Hadi pula jadi TPM begitulah seterusnya disambung hingga PRU 14.
  
Di Kelantan pula enam bulan Datuk Ahmad Yaakub jadi MB dan Datuk Mustapa Mohamad jadi Timbalan Menteri besar. Lepas enam bulan Tok Pa pula jadi MB dan Datuk Mat jadi TMB.
   
Bilangan Menteri tak perlu dibesarkan. Maka setengah daripada menteri Umno sekarang mesti sedia turun jadi penyokong kerajaan.
   
Umno jangan bantah pula jika PAS mahu kuatkuasakan hudud di Kelantan. Najib jangan banyak takwil hal itu.
    
Paling berat yang PAS terpaksa tanggung apabila ia setuju ialah beban penipuan 1MDB, derma RM2.6 bilion. Perdana Menteri dan semua jawatan kabinet itu tidak menjadi apa erti dengan biawak hidup PAS bakal pikul dalam kerajaan campuran itu.
   
Semua hutang negara dan segala beban GST yang mencekik rakyat itu PAS kena tanggung. Bukan berkongsi jadi menteri saja tapi berkongsi segala pelentung yang Umno buat. Itu sebagai satu tanggungjawab yang cuba diselesaikan.
   
Apa Umno fikir? Tak apa PAS sedia pikul beban itu kerana ia satu tanggungjawab semua orang. Umno jangan fikir PAS mencari kesempatan, tetapi lebih berat daripada perpaduan yang Umno kata itu ialah, ia terpaksa menyelamatkan Umno.
   
Tiada apa rugi PAS jika Umno tak setuju. Yang susahnya kalau Umno setuju. – HARAKAHDAILY 9/5/2016

Sumber HD - 9-5-2016






















Puteri KPN saudagar senjata













































SUBKY LATIF | .
MAKA menjadi virallah apabila anak perempuan Ketua Polis Negara menjadi saudagar senjata.
   
Maka KPN sendiri, yang biasanya mudah memberikan pencerahan tentang apa saja, tetapi lambat tampil membuat pencerahan tentang perniagaan senjata dilesenkan kepada anaknya. Anak berniaga  senjata itu bukan anak laki-laki, tetapi anak perempuan.
   
Maka yang mula membuat penjelasan ialah orang bawah KPN. Memanglah bapak sendiri payah untuk memberi justifikasi tentang penglibatan anak-anak terutama dalam perkara yang boleh mendatangkan fitnah dengan bidang kuasa si bapa.
  
Di mahkamah pun orang yang ada hubungan darah dan pertalian keluarga payah diterima sebagai saksi yang bebas. Hakim tidak membicara kes anaknya, bahkan hakim juga mesti mengelak jadi hakim kepada kes besannya.
   
Demikian kebijaksanaan sistem keadilan mengelak sebarang kes yang bersifat saksi ke lutut.
   
Mungkin KPN tidak membuat pencerahan awal bagi mengelak jadi saksi ke lutut yang boleh mendatangkan fitnah. Tetapi tidak pula boleh ditolak KPN mungkin dapat beri pejelasan yang terbaik dan memuaskan orang ramai dalam hal yang sedang disiasat itu.
  
Kenyataan Bukit Aman atas keadaan itu ialah sesiapa bebas dan berhak untuk menjalankan sebarang perniagaan. Anak raja, anak polis atau anak ulama bebas menjalankan apa-apa perniagaan.
  
Tetapi dalam dunia yang fobia dengan rasuah, kronisma dan nepotisma, pembabitan keluarga terdekat dalam perniagaan di bawah bidang pengaruhnya mudah mendatang buah mulut orang atau fitnah sekalipun ia tidak bercanggah dengan peraturan.
  
Orang tidak boleh takwil anak polis mengambil kontrak membina masjid atau membina lebuh raya. Jika Samy Vellu semasa menjadi menteri kerja raya tiba-tiba katakanlah anaknya dapat konsesi membina jalan raya, maka orang akan bising.
  
Ramai anak raja terlibat dalam perniagaan, tetapi kalau anak raja dapat kontrak membina istana, nescaya bising seluruh alam.
   
Orang tidak bising jika anak KPN dapat permit sebagai pembekal gula dan tepung. Tetapi perniagaan senjata adalah perkara keselamatan dan amat berkait rapat dengan KPN.
   
Dalam berita awal perniagaan anak KPN tidak disebutkan lesen itu untuk satu daerah atau satu negeri atau pembekal tunggal senjata bagi seluruh negara. Nescaya mudah menimbulkan persepsi negatif. Katakan lesen itu diluluskan oleh menteri dan mungkin KPN tak tahu, pun mengundang fitnah juga.
  
Yang diberi lesen itu pula anak perempuan. Senjata adalah bidang yang payah melibatkan orang perempuan. Pistol, bom, peluru berpandu, lembing dan tombak biasanya bukan benda yang cocok dengan sifat kelemahlembutan orag perempuan. Kecualilah anak perempuan berwatak tomboy. Mana-mana ibu bapa malu kalau anak perempuannya berwatak laki-laki.
    
Orang laki-laki tidak suka kahwin dengan perempuan bersifat jantan. Dan kalau anak KPN itu laki-laki  pun akan jadi fitnah juga diberi lesen jual senjata. Eloknya elak desas-desus, perniagaan senjata beri kepada orang lain. Anak KPN buat perniagaan lain. Kita ada 1,001 perniagaan.
   
Kalau permit diberi kepada anak Tun Hanif Umar atau anak laki-laki Rahim Noor, fitnah itu boleh dielakkan kerana mereka bukan lagi berkhidmat dengan polis.
   
Apapun perniagaan anak KPN ini orang kira perniagaan KPN sendiri. Jika KPN rasa ia satu perniagaan yang perlu diceburinya dan keluarganya, dia mesti bersara dan mohon perniagaan. – HARAKAHDAILY 4/5/2016

Sumber HD - 4-5-2016

Terengganu berembi baru
























SUBKY LATIF | .


BARU sekitar sebulan Cikgu Ahmad Razif Abdul Rahman terselamat daripada percubaan menggulingkannya sebagai Menteri Besar Terengganu oleh bekas MB Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said.
    
Selamatnya itu nampaknya untuk sementara.
   
Sekonyong-konyong ribut tidak, guruh pun tidak semua bintang kebesaran dari istana padanya dilucutkan oleh Sultan Mizan. Jadilah dia orang yang tidak berbintang. Tinggallah gelaran asalnya sebagai Cikgu.
   
Gerangan apa tidak usahlah dibaca, memadailah jika dikata orang yang dirasa baik yang amat berbeza dengan Menteri Besar yang digantikannya, adalah seorang bermasalah bagi istana dan setengah rakyat bawah yang bukan PAS.
   
Rencana ini ditulis sebelum Perdana Menteri Najib mengadap Sultan atas perkembangan yang mengejutkan itu dan dia masih Menteri Besar.
   
Sultan melucutkan semua bintang saja. Jawatan Menteri Besar diketahui umum disentuh atau tidak. Ia tidak didiamkan dulu. Mungkin sudah ada ketentuan tetapi belum dimasyhurkan. Bergantung pada hasil mengadap Perdana Menteri.
   
Apapun hajat bekas MB Ahmad Said hendak melihat Cikgu Razif digantikan seperti telah makbul.
  
Cikgu Razif tidak tumbang oleh tindakan Ahmad Said, tetapi kedudukannya tidak menentu lagi gara-gara bintangnya diambil balik.
  
Dengan kejadian itu dapat diagak tentang hubungan antara Menteri Besar dengan Sultan. Seminggu sekali Menteri Besar mesti mengadap Sultan bagi memaklumkan perkembangan dalam kerajaan dan perkembangan yang akan datang. Dan dalam sebarang acara rasmi Sultan mesti diiring oleh Menteri Besar.
   
Apabila masalah sudah ada antara mereka, maka sudah tidak selesa lagi. Ia akan jadi perhatian dan tontonan semua.
   
Sepanjang perkembangan selepas merdeka di mana negeri jua, apa wujud hubungan tidak mesra antara Sultan dan ketua kerajaannya, maka jalan keluarnya ia negeri itu mesti beroleh ketua kerajaan baru.
   
Sama ada pertemuan Sultan dengan Perdana Menteri menentukan nasib masa depan Cikgu Razif elok atau sebaliknya, Cikgu Razif mesti membuat keputusan supaya tidak menserbasalahkan lain-lain pihak. Dan supaya Menteri Besar tidak menjadi bola mainan orang-orang terutama yang memperleceh kerajaan.
   
Sama ada Najib tukar Menteri Besar atau tidak, Cikgu Razif tidak selesa jadi ketua kerajaan lagi. Dia secara sukarela mesti memberi laluan kepada orang lain.
    
BN mesti mencari MB baru, baik dibuat serta merta atau menunggu hingga PRU akan datang yang tinggal dua tahun lagi. Menuggu PRU adalah terlalu lama dan macam-macam kerajaan akan diperleceh. Umno dan kerajaan nescaya banyak dimasuk angin.
   
Apa yang terjadi hingga bintangnya dilucutkan, dilihat sebagai satu kelemahan dan tidak berwibawanya. Terengganu tidak wajar berembi sementara. Akan menambah perebutan kuasa sesama Umno apabila tidak wujud ketua yang  jelas di negeri itu.
   
Dengan kejadian itu markah Ahmad Said naik. Seolah-olah dia membuat tindakan betul bila mahu Razif digantikan dulu.
   
Semua yang berlaku itu jadi cerita baik untuk PAS. – HARAKAHDAILY 29/4/2016

Sumber HD - 29-4-2016

Jangan marah Mahathir lagi!

SUBKY LATIF | .


BARU-baru ini saya ke utara Semenanjung. Ramai penyokong datang berjumpa menanyakan tentang tindakan Dr. Mahathir mengadakan Deklarasi Rakyat.
  
Rata-rata tidak memihak kepadanya kerana mereka tidak boleh melupakannya dan mereka masih marah Dr. Mahathir.
  
Kata saya, cukuplah marah kita kepadanya dulu dan sekarang jangan marah dia lagi!
  
Lepas dia tidak berkuasa, dia pun sudah banyak menghadapi kecederaan daripada orangnya sendiri termasuk orang-orang yang dikehendakinya menjadi gantinya.
  
Banyak dasar dan projeknya tidak diterusnya. Tentulah semua itu amat pahit dirasanya. Mari ke zaman Najib ini lebih banyak yang melukakan hatinya. Dan dia sekarang lebih dihina oleh Umno dan macam-macam mereka sumpit dia. Penghinaan orang Umno sekarang lebih teruk daripada penghinaan orang PAS ke atasnya dan kemarahan Umno lebih teruk daripada kemarahan orang PAS.
  
Biarkanlah Umno terus marah dan menghinanya. Kita semua jangan menyusahkan dia lagi kerana puaka penindas yang dilakukan oleh regim yang ada lebih teruk dari zamannya.
   
Bahkan dia sekarang membantu orang ramai dan bersama orang ramai untuk menukar Najib dengan orang lain. Orang luar termasuk orang PAS tidak dapat buat banyak bagi menggatikan Najib dan  tidak dapat buat secukupnya bagi menukar sistem yang dipakai sejak dulu terutama sekarang.
  
Dr. Mahathir seorang diri pun tidak banyak buat apa untuk menyuruhnya berundur. Tetapi kalau bercampur dua pihak yang hendak menjatuhkan Najib, maka Najib lebih mudah tunggang-langgang.
  
Kalau pun bercampur dua seteru belum tentu Najib dapat digugurkan, tak bersatu menumbangkannya lagi payah.
   
Sekarang Umno amat marah kepada Mahathir, jika semua kita marah pula kepada Mahathir, itulah yang Umno dan Najib suka. Suara menentangnya tidak sekuat sepatutnya.
   
Keadaan sekarang. Jika kita marah Dr. Mahathir, itu yang disukai oleh Najib dan Umno. Secara tidak langsung suara terus marahkan Mahthir itu seperti menyokong sikap dan tindakan Umno kepada Mahathir sekarang.
   
Umno dan Najib sekarang mahu Dr. Mahaahir mati kering seorang diri. Jika Mahahir terpencil dan terpinggir sekarang, itu yang disukai oleh Najib dan Umno dan bermahajalelalah Najib melakukan kerosakan di muka bumi kita ini.
   
Apa yang dibuat Mahathir sekarang ialah menentang kezaliman dan penindasan Umno terhadap rakyat dan negara.
   
Mungkin matlamat terakhirnya tidak sama antara Mahathir dan yang lain yang hendak membuang Najib, tapi kedua-danya adalah betul untuk menekan Najib keluar. Moga-moga kerja hari tua Mahathir dapat menebus segala kesilapannya yang lalu.
   
Marahkan Mahathir sekarang tidak guna. Kita marah orang tidak kena masanya. Masa ini bukan masa marahkan Mahathir tetapi masa ini masa orang semua mesti marah Najib dan Umno. – HARAKAHDAILY 27/4/2016

Sumber HD - 27-4-2016






















Malang tak dapat dengar persamaan Islam-Hindu
























SUBKY LATIF | .


AMAT malang bagi negara dan rakyat atas kunjungan pendakwah terkenal dunia, Tuan Zakir Naik dari benua India telah menimbulkan ketegangan tak bersebab. Malang bagi Tuan Zakir tidak dapat menyampaikan atas tajuk yang dipersetujui penganjur dengannya.

Lebih malang lagi tidak dapat mendengar akan apa yang dikatakan tentang persamaan Islam dan Hinduism.
   
Tuan Zakir Naik diketahui mahir dan menguasai perbezaan dan persamaan kedua agama itu dan mungkin tidak ramai orang semahirnya dalam topik yang hendak dibincangkannya di Melaka itu.
   
Selama ini yang banyak ketahui kedua agama itu tiada persamaan. Sama ada semuanya tahu atas apa yang ada pada kedua-dua agama itu, semuanya kata perbezaannya macam langit dengan bumi dan macam siang dengan malam.
   
Dunia sekarang, tidak dapat hendak dikatakan bertambah terbuka atau bertambah tertutup banyak membincang dan perbandingan sesama agama-agama yang banyak di dunia, tidak sekadar perbandingan antara Islam dan Hinduism saja.
  
Maka pengajian tinggi kita khususnya di Melaka, entah justeru apa memilih tajuk itu bagi tetamunya yang masing-masing selalu tonton di TV.
  
Saya amat tidak sabar unuk mendengar apa yang tetamu itu hendak sampaikan yang pada andaian awal saya boleh memberi faedah kepada semua khususnya penganut Islam yang majoriti di negara ini dan penganut Hindu ada antara minoriti terbesar di negara ini.
  
Semuanya berkata masyarakat majmuk negara ini harmoni. Saya tidak pasti yang dikatakan harmoni itu sekarang lebih baik daripada dulu atau dulu lebih baik dari sekarang? Saya terasa sebelum ada akta hasutan tak berbangkit isu harmoni.
  
Apapun seawal pentadbiran Tunku/Tun Razak dirasakan ada gangguan harmoni itu, lalu dibentuk di Jabatan Perdana Menteri semua Jabatan Perpaduan dipengerusikan Tun V.T. Sambanthan, seorang Hindu, bekas Presiden MIC.
   
Kita tidak tahu kemajuan harmoni kaum itu tetapi dari semasa ke semasa Ketua Polis, pemimpin politik mengingatkan harmoni kaum dan memantaunya. Seperti memantau dadah. Komunis tidak dipantau lagi kerana komunis tak berketul lagi. Dadah terus dipantau kerana dadah penyakit besar. Maka memantau harmoni kaum logiknya ia barang teruk
  
Jabatan perpaduan negara dan akta hasutan seolah-olah tidak berkesan. Jika berkesan tentulah tidak timbul larangan Tuan Zakir hendak bercakap tentang Persamaan Islam dan Hinduism. Kerajaan yang ada sejak tahun 1955 gagal menyemai keharmonian kaum.
  
Perpaduan kaum itu bukan dengan makan durian yang mendiang Tun Sambanthan buat dulu. Tetapi mungkin bercakap tentang persamaan seperti yang Tuan Zakir hendak sampaikan boleh membuka medan bagi merapatkan hubungan. Jika bercakap tentang perbezaan mungkin diteorikan meluaskan lagi perbezaan.
   
Perikatan sebelum digantikan oleh Barisan Nasional bermula dengan bercakap tentang persamaan antara Melayu, Cina dan India. Ia dapat berkuasa dari tahun 1955 hingga sekarng. Tetapi apabila kerabat BN bercakap banyak tentang perbezaan kaum masing-masing BN sudah hilang majoriti dua per tiga.
   
Tuan Zakir baru hendak bercakap tentang persamaan dua agama itu, negara bagaikan di ambang perang. Teruknya harmoni kita. Teruk itu dikatakan kerana tidak terbuka. Masa tidak terbuka dulu kurang teruk. Teruk ini justeru terlalu terbuka.
  
Terbuka dan demokrasi tidak salah, yang salah ialah kepimpinan dari sistem yang lemah. Lagi lama lagi teruk.
  
Justerunya saya hilang peluang untuk mengetahui persamaan dua agama besar itu. – HARAKAHDAILY 27/4/2016

Sumber HD - 27-4-2016






















Muhyiddin berpeluang kembali kepada Umno

SUBKY LATIF | .

KATA Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr. Abdul Latif Ahmad dalam dialog Umno di Port Dickson, Tan Sri Muhyiddin Yassin masih diberi peluang kembali kepada Umno.
   
Adakah suara Dr. Abdul Latif itu satu polisi Umno setakat ini atau ia tidak lebih dari satu propaganda?
   
TS Muhyiddin mungkin sudah jauh daripada klik yang berkuasa dalam Umno sekarang, tetapi keadaan itu adalah suatu yang mereka rancang.
   
Muhyiddin sejak awal tidak berbalah dengan Umno. Dia hanya tidak dapat penjelasan yang dikehendakinya atas beberapa perkara termasuk 1MDB dan derma RM2.6 bilion. Dia minta daripada Najib tetapi Najib tidak beri penjelasan yang dapat diterimanya. Ia tidak lebih daripada suatu perbezaan antaranya dengan Najib.
   
Mungkin banyak lagi yang Muhyidin tidak  puas hati kerana takwil orang atas Najib adalah beraga-raga. Mungkin yang lain itu ditelan bulat-bulat oleh Muhyiddin tetapi dia tidak dapat telan atas beberapa perkara yang disebutnya.
   
Bukan Muhyiddin saja tidak puas hati. Ramai yang bersungut dengannya. Tetapi dia berani menyatakan tidak puas hati itu. Ia tidaklah terbuka banyak sebelum dia digugurkan daripada Timbalan Perdana Menteri.
    
Apabila seseorang tersingkir secara keliru siapa yang sanggup jadi macam Hang Tuah terima saja apa yang pembesar Melaka lakukan kepadanya. Kerana ia bersifat politik, pada zaman demokrasi ini payahlah mangsa menjadi oang bisu.
   
Semua akui keduanya ada masalah. Tetapi Muhyiddin tidak ada masalah dengan Umno. Yang jadi masalah ialah Majlis Tertinggi Umno mengganggu haknya sebagai Timbalan Presiden Umno. Dia dihalang daripada meneruskan tugas biasa merasmikan Perhimpunan Agung semua sayap Umno sebelum Perhimpunan Agung diadakan.
   
Tugas Timbalan Presiden itu adalah begitu sejak Umno ada sayap Pemuda dan Kaum Ibunya dulu lagi. Itulah Tun Razak buat di zaman Tunku, Tun Musa Hitam di bawah Mahathir dan Najib di bawah Tun Abdullah dan sepanjang Muhyiddin jadi timbalan hanya sekali ini dia dinafikan hak.
   
Yang menjauhkan Muhyiddin dari Umno perdana bukan dia, tetapi klik Najib yang mentadbir Umno.  Apa yang Muhyiddin buat dan cakap sesudah dia dipinggirkan adalah untuk membela diri dan menyatakan hak yang sepatut diberikan kepadanya.
   
Muhyiddin tidak melihat ada peluang utuk membela diri melalui mahkamah. Dan perlembagaan Umno selepas kejadian penyokong Tengku Razaleigh membuat bantahan di mahkamah atas politik Dr. Mahahir dulu, tidak lagi membolehkan masalah Umno dibawa ke mahkamah.
   
Apa yang dibuat Muhyiddin sekarang ada kerja-kerja politik yang bukan dituju kepada Umno atas sebab anti Umno, tetapi dia sekadar memberi amaran akan bahaya yang Umno akan hadapi jika kepincangan pimpinan Umno  itu tidak diberi perhatian.
  
Umno tutup pintu baginya membuat penjelasan kepada ahli-ahli Umno. Orang Umno tidak berani berjumpa dengannya. Hanya Umno tidak pecat isterinya atau beri amaran kepadanya sebagai ahli Umno  duduk serumah dengannya.
   
Menyeru Muhyiddin kembali kepada Umno tidak berbangkit kerana dia tidak pernah keluar Umno  dan dia masih orang Umno. Mesyuarat Umno yang dia patut hadir pun dia tidak diberitahu, macam mana hendak kata Umno beri peluang kepadanya kembali kepada Umno.
   
Kenyatan Dr. Abdul Latif itu tidak perlu dan tidak dikehendaki. Ia adalah loyar buruk yang amat kelakar. – HARAKAHDAILY 25/4/2016

Sumber HD - 25-4-2016

Nazri berguru tak habis?

SUBKY LATIF | .


MENTERI Pelancongan, Datuk Seri Nazri Aziz mengaku bahawa dia bermati-matian mempertahankan Perdana Menteri Najib daripada serangan Tun Dr. Mahathir adalah berdasarkan apa yang dipelajarinya semasa berguru dengan bekas perdana menteri itu.
  
Dia mengaku bahawa dia berguru dengan Dr. Mahathir dan istiqamah berpegang kepada apa diajar kepadanya.
  
Antara yang diajar kepadanya semasa gurunya itu adalah perdana menteri dulu ialah seorang ahli Umno mesti setia kepada perdana menteri yang juga presiden umno kerana dia adalah pemimpin Umno.
  
Dia pun tidak mempersoalnya, lalu dia memberi kesetiaan kpada Perdana Menteri Mahathir, Perdana Menteri Tun Adullah Badawi dan sekarang kepada Datuk Seri Najib.
  
Tiba-tiba apabila memberi kesetiaan tidak berbelah bagi kepada Datuk Seri Najib, Dr. Mahathir pula menyeru sekalian ahli Umno dan rakyat menentang Perdana Menteri supaya berundur.
  
Sikap Nazri ialah dia patuh kepada ajaran tok gurunya kepadanya dan sekarang bersedia untuk berlawan dengan tok gurunya apabila tok gurunya pula tidak patuh tentang apa yang diajarnya dulu.
  
Adapun orang berlawan dengan tok guru sendiri ada berlaku tetapi jarang-jarang. Paling masyhur orang yang tidak setia kepada tok gurunya ialah kisah agama Kristian, seorang murid/pengikut paling rapat dengan Nabi Isa (Jesus) telah jadi orang depan memandu tentera Rom untuk menangkap Nabi Isa.
   
Yang kita hendak tahu ialah adakah habis perguruannya dengan Dr. Mahathir atau Dr. Mahathir telah menyampai semua ilmu hingga khatam. Takut dia tak mengaji habis atau ada yang tok gurunya belum sampaikan dan belum beri ijazah kepadanya.
   
Mengikut kelaziman orang menuntut, sama ada ilmu agama atau ilmu persilatan selepas habis pengajian, tok guru beri ijazah kepada murid dan halalkan semua ilmu yang diajarnya. Selepas itu layak murid itu beramal dan berpegang dengan ilmu yang diturunkan kepadanya.
   
Ada murid yang banyak mengaji tapi tak sempat diberi ijazah dan tok guru belum halalkan ilmu.  Murid macam ini lazimnya tidak berkat dan berlawan dengan tok guru.
  
Nazri sebagai murid tahu atau tidak, sebelum dia mengaji pada tok gurunya, tok gurunya itu pernah berlawan dengan perdana menteri dan presiden Umno sebelumnya iaitu Tunku Abdul Rahman Putra. Nazri tanya atau tidak tok gurunya, apa yang membolehkan tok gurunya berbalah dengan pemimpin Umno dan Perdana Menteri serta menentangnya?
  
Jika Mahathir sebagai tok guru pernah menentang PM dan presiden Umno sebelum jadi perdana menteri dan selepas jadi perdana menteri tentu Nazri tidak diberi ilmu itu atau tidak habis dipelajarinya dari Mahathir.
    
Satu perkara yang Nazri tak habis kajinya, apabila tok gurunya kata, Umno mesti setia kepada perdana menteri kerana dia juga presiden Umno, dia tidak minta jelaskan taat kepada PM/presiden Umno itu mutlak seperti taat kepada Allah dan Rasul. Sedang taat kepada ulil amri pun tidak mutlak, bagaimana dia terima bulat mutlaknya taat kepada PM dan pemimpin Umno.
   
Jika sekarang tok gurunya suruh tidak taat kepada Najib belum tentu tok guru itu langgar apa yang diajarnya, tetapi kemungkinan murid mengaji tak habis. Sebelum murid putus untuk lawan tok guru, baiklah murid mengaji lagi. Berlawan dengan tok guru bukanlah kerja yang mulia. – HARAKAHDAILY 22/4/2016

Sumber HD - 22-4-2016






















Buang PM luar musim bukan kesalahan

SUBKY LATIF | .


BANYAK menyelar usaha Dr. Mahathir dan kumpulannya untuk menyingkir Perdana Menteri Najib di luar pilihan raya.
  
Dikatakan tidak boleh Perdana Menteri ditukar melainkan melalui pilihan raya. Seolah-olah wajib setiap ketua kerajaan memenuhi penggalnya sama ada ia genap sepenggal atau penggal itu dipendekkan.
   
Apa keadaan pun sabarlah hingga penggalnya matang. Kehendak itu adalah sepatutnya. Seelok-eloknya biar dia menamatkan penggalnya. Sepatut itu bukan syarat. Ada ketikanya tidak patut menunggu genap penggal.
   
Sebuah negara merdeka demokrasi yang terbuka, boleh ketua kerajaan disingkatkan tempohnya dan boleh digenapkan tempohnya.
  
Dunia purbakala, atau dunia sekarang tetapi politiknya purbakala, tidak boleh ada percubaan menukar kerajaan atau pemimpin kerajaan. Suara seperti itu dikira khianat. Yang bersuara begitu alamat pendeklah umurnya, nasib baik kalau jadi tahanan politik seumur hidup.
  
Dunia demokrasi membolehkan sesiapa bersuara minta ditukar perdana menteri tanpa menunggu pilihan raya, baik ada sebab atau tak bersebab. Ia tidak menyalahi undang-undang. Yang salah ialah menggulingkan kerajaan tak ikut perlembagaan atau secara kekerasaan seperti rampasan kuasa.
  
Tetapi kalau sekadar seperti yang dibuat oleh Dr. Mahathir, buat deklarasi rakyat dan adakan tanda tangan seramai-ramainya, bukan satu kesalahan. Cuma kita boleh nilai, patut atau tidak patut.
   
Kalau adakan demonstrasi umum. Baik ada permit atau tidak. Demokrasi membenarkan sekalipun tidak diiklankan secara aman. Ia mungkin salah kalau pesertanya mencecah setengah juta. Tapi kalau berjuta-juta seperti menggulingkan Shah Iran atau menggulingkan Suharto atau ketika membuang Hosni Mubarak di Mesir tidak lagi mudah untuk dikira salah. Cuma kita setuju atau tidak saja.
   
Sejak dunia membuang Raja dari satu negara ke satu negara, hari-hari kita dengar orang England hendak membuang Raja. Tiada siapa bertindak terhadap orang berkata begitu. Ditanya mengapa dibiarkan orang berkata begitu. Mereka jawab negara itu demokrasi. Sampai hari ini Raja England kekal.
  
Kalau yang Mahathir buat terhadap Najib itu tidak bijak, mungkin ada alasannya. Mahathir semasa jadi orang tak parti pernah usaha singkir Tunku Abdul Rahman. Semasa jadi Timbalan Perdana Menteri cuba gulingkan kerajaan PAS Kelantan yang dipilih secara sah. Mungkin dia orang tak rasional.
   
Kalau buang ketua kerajaan separuh jalan satu kesalahan, Najib juga buang Menteri Besar Terengganu dan Menteri Besar Kedah tanpa tunggu pilihan raya. Mungkin sebagai ketua parti dia boleh buang orang-orangnya bila-bila masa. Tapi dia juga buang Menteri Besar Perak dan gulingkan kerajan Pakatan tanpa tunggu pilihan raya.
    
Kalau benda itu salah, masakan Najib dalangi pertukaran ketua-ketua kerajaan di negeri-negeri yang ada kedaulatan dan perlembagaan di Perak, Kedah dan Terengganu. Jika Najib secara teknikal boleh buang PM Abdullah Badawi dan MB Nizar Jamaludin, maka apa salahnya dia pula dibuang.
  
Ada yang kata setakat satu dua kesalahan Najib berilah peluang dia menamatkan penggal dulu. Najib bukan buat satu dua keslahan. Bertimbun-timbun kesalahan. Dibenarkan terus berkuasa, bertambah timbunan kesalahannya.
  
Pemerintah yang baik dan bersih tidak benarkan sekalipun satu kesalahan dan kesalahan kecil pun tak boleh. Dosa sehalus zarah pun dihisab, inikan pula dosa sebesar Gunung Tahan.

Rakyat persoal Saidina Umar al-Khatab kerana ada dua jubah baru. Patutnya sepasang saja. Jelas anaknya, sehelai lagi miliknya. Diberinya kepada ayahnya.
  
Siapa kata kerja Dr. Mahathir tidak ikut perlembagaan. Yang dibuatnya dibenarkan oleh demokrasi. Demokrasi inti dan roh perlembagaan. – HARAKAHDAILY 20/4/2016

Sumber HD - 20-4-2016






















Seruan Selangor berjimat air wuduk
























SUBKY LATIF | .


APAKAH justeru ancaman kurang bekalan air terutama di Selangor gara-gara kemarau el-Nino, maka Menteri Besar, saudaraku dalam Islam Datuk Seri Azmin Ali menyeru supaya masjid dan surau berhemat dan berjimat air wuduk?
   
Berhemat air itu tentunya bukan semasa berwuduk di musim kemarau teruk saja, tetapi ia adalah amalan yang baik dalam semua perkara dan dalam semua musim. Hatta dalam masa banjir yang air melimpah ruah, mangsa banjir juga mesti berjimat kerana kehabisan air bersih mengundang padah. Anda tidak cemas kerana ditenggelami air tapi cemas putus bekalan air.
   
Apakah rugi sangat negeri kalau banyak air digunakan untuk wuduk? Atau mungkin ada yang menempelak penggunaan berlebihan air untuk wuduk demi sentiasa suci dan mendekatkan diri dengan Allah hendak berkira sangat sedang lain-lain pembaziran air tidak peduli sangat?
    
Saya tidak tahu apakah Azmin membuat seruan kerana kerugian kebendaan, tetapi saya mengiranya ia adalah seruan suci.
   
Mengambil wuduk adalah ibadat. Sempurna wuduk mengikut hadis sahih tidak sekadar meratakan air pada anggota wuduk, tetapi dengan menggunakan air sejimat-jimatnya. Pesan Nabi itu kerana takut habis air di tempat air kurang, malah berwuduk dalam kolam atau dalam sungai pun dilarang mengguna air berlebihan.
  
Padahal tiadalah luak air di kolam dan di sungai sebanyak mana jua air digunakan. Air yang digunakan itu jatuh ke sungai juga. Tetapi ia adalah cara Allah hendak mengingat orang supaya memanfatkan sekadar secukupnya dan diperlukan.
   
Eloknya wuduk tidak sekadar untuk solat saja tetapi memastikan memelihara wuduk semua masa adalah yang terbaik. Ada yang sebaik batal wuduk segera berwuduk semula. Maka dia menggunakan air lagi. Lebih penggunaan air justeru memelihara wuduk tidak dilarang. Yang dilarang berlebihan air setiap kali berwuduk.
   
Pertambahan penduduk yang pesat, membiaknya ternakan, pentingnya memelihara kehijauan taman dan persekitaran rumah bagi mendapat bekalan oksigen yang cukup, tumbuhnya kilang di sana sini, semuanya memerlukan air, maka air perlu dijimatkan termasuk seruan berwuduk.
   
Semasa Nabi memberi ingatan itu, air tidak berbayar. Di Asia Tenggara orang berwuduk di sungai, telaga, kolam dan di parit. Masjid dan surau menggunakan kolah. Rumah-rumah menyediakan tempayan besar bagi menakung air bersih bagi kegunaan orang tidak terdaya turun ke telaga.
  
Teknologi yang maju sekarang menghapus kegunaan kolah, telaga dan kolam melainkan kolam di rumah mewah. Bekalan air ada di setiap bilik. Dengan keperluan air yang bertambah dan teknologi kian canggih, semuanya tak cermat dan tidak jimat. Air jadi bahan bazir. Pertambahan penduduk mengundang krisis air sekalipun di luar kemarau.
  
Mungkin masa mengajak kita kembali ke zaman masjid surau menggunakan kolah semula. Tidaklah kolah menggantikan pemakaian paip. Tetap kolah sebagai suplemen kepada kepala paip tentu dapat menjimat air wuduk.
   
Mungkin timbul isu air kolah bertakung berkeladak. Mungkin ada isu kebersihan air dan kesihatan pengguna. Tetapi teknologi canggih membersihkan air kolam tentu boleh  diguna di kolah supaya air kolah sentiasa suci lagi menyucikan.
  
Bukankah Islam itu bersaudara. Air wuduk yang tumpah semula ke kolah digunakan sama sendiri untuk wuduk masing-masing mengikut kaedah dan zaman kitaran semula, mungkin dapat menerapkan persaudaraan sama sendiri. Apabila bersaudara kuranglah perpecahan.
   
Berjimat wuduk di masjid bukan sekadar menyelamatkan banyak air, tetapi mengikut sunnah Nabi semasa berwuduk. – HARAKAHDAILY 15/4/2016

Sumber HD - 15-4-2016

Mahathir pun makan dedak, tetapi
























SUBKY LATIF | .


TAMSIL yang Dr. Mahathir guna bagi mereka yang mabuk Najib ialah mabuk makan dedak, hampas padi yang jadi makanan ayam dan itik.
   
Itulah yang bekas Perdana Menteri sifatkan bagi sekalian fanatik Najib, tidak kira Najib betul atau salah. Itulah sifat Hang Tuah terhadap Sulatan Melaka, tidak kira baginda adil atau zalim.

Analisis terakhir tentang kesetiaan Hang Tuah itu tidak dikira adil dan terpuji, terutama bagi masyarakat dunia terbuka lagi demokrasi kini, ia adalah sifat hina kaum hamba abdi, yang wujud zaman purbakala, tidak releven dengan alam maju teknologi maya.
   
Tamsil yang Mahathir buat mendapat reaksi para hulubalang Najib, tidak menolak rezeki dedak yang dilambakkan kepada sekalian penyokong Umno, baik kelas pemimpin mahupun kelas akar umbi.
   
Berkata dia, soalnya bukan yang menyokong itu makan dedak, tetapi soalnya yang menentang tak dapat dedak.
   
Orang makan dedak melambang hina dan papa. Ia terkeluar daripada kehidupan insani tetapi masuk ke alam haiwani. Yang makan dedak itu tidak memiliki sifat manusiawi dan memberi orang makan dedak pula adalah haiwan bertopeng manusia.
   
Ibarat yang Mahathir sifatkan itu tidak ditolak oleh sang pembela. Makan dedak, makan dedaklah. Mereka senang dedak jadi makanan asal yang memberinya Perdana Menteri bernama Najib.
   
Tetapi Mahathir membuat tamsil itu ditempelak ia adalah justeru tidak berpeluang makan dedak. Orang yang bersamanya pun tak dapat dedak.
   
Mahathir selama di bawah pentadbiran Najib ditimbun dan tertimbus dalam bukit dedak. Jika dia ayam atau itik, bukan saja boleh kenyang dedak tapi boleh mati kekenyangan dedak.
   
Tetapi di bawah timbunan dedak itu, dia bersuara tentang ketempangan pimpinan Najib dan kucar kacir pentadbirannya, lalu disarannya Najib yang tidak transformasi itu berundur tanpa memikirkan   dia selama ini di bawah timbunan dedak.
   
Rezeki dedak yang dilambakkan kepadanya mungkin jauhlah besar jumlahnya dibandingkan jumlah dedak yang diberi kepada semua. Timbunan dedak itu tidak dapat menutup mulutnya dan tidak pula memejamkan matanya.
   
Dia tidak lemas dengan dedak tetapi dia lemas dengan perbuatan menabur dedak, sehingga orang mabuk dedak rasa pasir juga serupa dedak.
  
Dari celah timbunan dedak itu Mahathir keluar, bukan sekadar dia tidak tertimbus oleh gunung dedak, dia buang semua busut dedak penuh anai-anai yang dibebankan atas pundaknya.
  
Dia tahu akan kehilangan rezeki lumayan sebagai pengerusi Petronas. Dia kemudiannya melepaskan beberapa pengerusi persyarikatan berkaitan kerajaan yang juga mengumpulkan dedak kepadanya.
   
Semua lambakan kemewahan tidak menjadikan dia mabuk dedak. Dia bukan saja jadi sepat tidak makan pacing emas tetapi melihat dedak berwarna emas adalah menjahanamkan kemanusiaan umat dan negara.
   
Ia mahu rakyat hidup dengan nasi kerana nasi adalah rezeki manusia, tetapi tidak menjadikan mereka gila dengan nasi. Nasi sekadar membantu manusia hidup dengan izin Allah, tetapi yang utama jadikan mereka makhluk boleh berfikir tentang kehidupan dan alamnya, tetapi menjadi ayam dan itik yang tidak boleh berfikir asal dilambakkan dedak.
   
Dedak bukan semuanya untuk haiwani berfikir. Manusia mahu mereka dilayan sebagai manusia, bukan sebuah kerajaan dan pimpinan yang menjadikan manusia itu ayam dan itik. Jika manusia sudah seperti itik dan ayam, maka Perdana Menteri adalah berakyatkan ayam dan itik.
   
Sekalipun Nabi Sulaiman jadi raja kepada semua makhluk, tetapi baginda tidak beri dedak kepada manusia. – HARAKAHDAILY 14/4/2016

Sumber HD - 14-4-2016


Ku Li bukan pemimpin veteran

SUBKY LATIF | .

SEHARI dua ini nama Tengku Razaleigh Hamzah yang dikatakan pemimpin veteran Umno menjadi berita panas nasional.
  
Pertama, kerana dia dikatakan tertarik dengan usaha Dr. Mahathir untuk menyingkir PM Najib tetapi tidak ikut gerakan itu.
  
Kedua, dia tandatangani deklarasi Umno Kelantan pertahan pimpinan Najib.
  
Bukan apa yang diperkatakan tentangnya yang jadi perhatian saya dalam rencana ini, tetapi mengkelasnya sebagai pemimpin veteran Umno yang jadi perhatian saya.
   
Semuanya mengira dia pemimpin veteran. Siapa kata dia pemimpin veteran? Dia masih Ketua Umno Bahagian Gua Musang dan anggota Parlimen Gua Musang.
   
Dalam setiap pemilihan Presiden Umno selepas Dr. Mahathir berundur - masuk gerbang veteran – dia menawarkan diri untuk jawatan itu. Apakah dia dicalonkan atau tidak, ia adalah isyarat dia masih terus aktif.
   
Veteran setahu saya adalah pesara yang sudah tidak aktif lagi dalam bidang yang diceburinya. Seperti veteran pesara tentera. Macam Amerika yang acap memperingati veteran perangnya dalam Perang Dunia kedua dulu. Bekas tenteranya yang masih hidup itu dan tidak mungkin balik memegang senjata adalah  golongan veteran itu.
   
Orang lama yang mati tidak pula disebut veteran. Macam tiga bekas Presiden yang masih hidup – Bush bapa, Bush  anak dan Bill Clinton bolehlah disebut veteran Presiden Amerika.
   
Macam Dr. Mahathir tidak memegang apa jawatan dalam Umno adalah pemimpin veteran Umno, sekali pun dia keluar Umno lebih dari sekali, ia tidak menggugurkan status veterannya. Sekalipun  aktif untuk menyingkirkan Najib dan selagi dia tidak kembali sebagai pemipin Umno semula, maka dia adalah veteran.
  
Demikian juga Tun Musa Hitam, Tan Sri Sanusi Joned dan lain-lain. Mereka adalah veteran.
  
Tetapi Tengku Razalegih masih aktif dalam Umno dan masih menaruh harapan unuk menjadi bakal Presiden, maka dia bukan masuk dalam raga orang veteran Umno walaupun dia Anggota Parlimen BN yang paling lama sekarang. Dia saja lagi yang pernah jadi MP Perikatan dan masih jadi MP BN.
   
Dia sudah aktif dan jadi pemimpin Umno semua semua menteri dan Anggota Parlimen Umno ada sekarang belum masuk politik. Lamanya dalam kedudukan itu tidak memasukkan dia dalam golongan veteran, tetapi dia masuk dalam kategori orang senior atau orang tua atau orang paling kanan.
   
Memasukkannya dalam bakul veteran adalah bagi menghalangnya mengadu nasib untuk kembali sebagai pimpinan utama partinya. Walau dalam masa berbelas tahun belakang ini dia tidak dibaris depan pimpinan atau termasuk dalam golongan klik pimpinan, tetapi dia adalah orang kanan dan setiap tahun jadi angota perwakilan dalam Perhimpunan Agung Umno.
   
Dalam politik Umno yang gawat seperti sekarang, semua pimpinan kanan yang ada gawat belaka, Ku Li saja yang dilihat bebas, paling cantik maruah dibanding dengan yang lain. Jika berlaku gerakan kesedaran untuk mencari seorang bebas, tidak ketara liabilitinya, maka Ku Li dilihat yang terbaik dan jernih dari yang lain. – HARAKAHDAILY 11/4/2016

Sumber HD - 11-4-2016






















Pemuda Umno tak tahan tak diberi duit
























SUBKY LATIF | .

BARU dua kali Umno kalah di Selangor, Pemudanya bersungut tidak diberi peruntukan bagi menjalankan kerja politik hingga mereka terpaksa mengeluarkan wang sendiri terhadap sebarang kegiatan.
   
Mungkin masalah Pemuda Umno dan Umno seluruhnya tidak dapat duit secukupnya bagi menjalankan kegiatan khususnya bagi merampas semula kerajaan Selangor daripada Pakatan, tetapi mereka juga dipercayai tidak cukup duit untuk hidup mewah lagi seperti zaman berkuasa dulu.
   
Semua tahu bahawa orang Umno sejak berkuasa di mana-mana, yang berjawatan dalam parti, mereka bukan saja diupah menjalankan kerja parti, bahkan mereka hidup mewah kerana jadi pemimpin parti.
   
Bukan sekadar dapat habuan daripada sumber partinya tetapi beroleh rezeki dan peluang daripada berbagai-bagai sumber kerajaan. Apa jua yang dikatakan pembangunan dan projeknya, maka ia adalah rezeki kepada orang Umno. Ramailah orang Umno jadi orang kaya baru dan segera kerana menjadi orang Umno.
   
Semua peluang itu, secara halal atau sebaliknya seolah-oleh hak istimewa bagi ahli Umno.
   
Politik itu bukan tempat orang mencari makan. Ia wadah perjuangan bagi mencapai cita-cita  sebuah perjuangan. Jika sesiapa dapat rezeki sewajarnya daripada perjuangan, ia bukan matlamat tetapi pulangan kemerdekaan dan pembangunannya adalah untuk kemakmuran semua orang.
  
Orang PAS selama-lamanya tidak pernah menunggu habuan daripada kerja politik partinya dari PAS, bahkan menghabiskan banyak wang sendiri bagi menegakkan perjuangan. PAS tiada sumber kewangan sedangkan kerja politik itu memerlukan peruntukan besar.
   
Maka PAS mengira seolah-olah wang di saku baju dan seluar mereka sendiri adalah duit PAS. Ia seperti PAS menyimpin duitnya di poket baju ahlinya. Apabila PAS perlukan belanja, maka ahli akan mengeluarkan duitnya dari sakunya.
   
Perjuangan itu adalah pengorbanan termasuklah berhabis duit dan harta sendiri bagi menghidupkan perjuangan. Dengan duit sendiri itu mereka menguasai Kelantan dan dua kali menang di Terengganu. Ia pernah menang di Kedah dengan duit ahli.
  
Almarhum Ustaz Fadzil Noor, Datuk Abu Bakar Umar, Tan Sri Azizan Razak. Mahfuz Umar, Muhamad Sabu adalah antara orang miskin di tengah sekalian ahli PAS yang miskin. Dengan duit yang sedikit itulah mereka pernah berjaya menumbangkan Umno berduit banyak.
  
Orang PAS Selangor mana ada duit. Mereka hadapi Umno Selangor yang dapat banyak nikmat daripada negeri selangor yang terkaya di seluruh negara itu.
   
Semasa Umno hanya kalah di Kelantan dulu, orang Umno mewah berhadapan dengan pembangkang khususnya PAS yang miskin. Duit yang banyak ia pernah kalah di Terenggau, Perak, Kedah dan Selangor.
  
Ia sekarang tidak banyak peluang untuk menyedut duit keraajan Selangor. Bukanlah tiada duit sangat bagi Umno Selangor. Ia ada sumber dari kuasa Umno yang banyak suara atas Petronas, dan semua syarikat GLC. Mungkin cara pengagihan di Selangor itu tidak telus.
   
Najib dapat derma RM2.6 bilion dikatakan untuk politik. Masakan ia tidak boleh melimpah sedikit ke Selangor. Tetapi Pemuda Umno Selangor baru ada pengalaman politik yang PAS alami selama ini. Ia sudah terasa susah. Ia tidak tahan. Pemimpin Umno di negeri lain senang. Hanya Pemuda Umno Selangor yang bangsat.
   
Jika Umno tidak berkuasa lagi di Putrajaya, dengan semangat penat yang dialami Pemuda Umno Selangor, tidak mustahil Umno tutup kedai seperti Parti Negara yang Datuk Onn tubuh dulu.
  
Nampaknya Umno bukanlah wadah perjuangan tetapi tempat orangnya cari makan dan membolot kekayaan. – HARAKAHDAILY 3/4/2016

Sumber HD - 3-4-2016

RM100 juta duit kementerian dilesap pegawai

SUBKY LATIF | .


KHAIRY Jamaluddin adalah seorang anak muda Umno yang pintar dibandingkan dengan lain-lain anggota kebinet yang ada. Justeru kepintarannyalah maka PM Najib memilihnya untuk menjadi menteri pengiring semasa lawatan rasmi Obama ke sini tidak lama dulu.
   
Tidaklah untuk memperkecilkan kehebatan Datuk Seri Zahid Hamidi dijadikan pengganti Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Jika Najib mengambil Khairy menggantikan Muhyiddin pun nescaya tiada siapa pertikai. Sebagaimana semua menyambut besar terhadap Tun Razak dan Anwar Ibrahim jadi TPM, begitulah sambutan semua kepada Khairy yang dirasakan boleh menjadi tokoh terbilang hari depan.
   
Orang pintar mesti berdepan cabaran besar. Sepintar Khairy boleh duit Kementerian Belia dan Sukan dilesapkan oleh pegawai lebih dari RM100 juta. Ujian ini besar dan amat memalukan kerajaan terutama menterinya Khairy.
   
Menteri itu seorang yang terserlah pintarnya. Sebagai ujian Allah hantar pegawai yang pintar juga sebagai cubaan kepada kepintarannya.
  
Melesapkan duit negara adalah perbuatan keji. Tetapi kehebatan pegawai tidak sekadar perdayakan duit kerajaan ratus ribu atau sejuta dua. Sebagai ada pemimpin lesapkan ratus juta sepanjang masa, maka pegawai tidak ambil sedikit, dia ambil betul-betul banyak. Lebih seratus juta.
  
Kena tangkap dan kena hukum pun berbaloi. Tidak seperti setengahnya sempit dan curi beberapa ribu, nikmatnya tak sebanyak mana tetapi hukumnya berat dan memalukan. Akan pegawai itu memalukan kerana dia terperangkap. Kalau dia tidak dikesan, maka sampai mati jadi orang senang.
   
Inilah juga kejayaan Wawasan 2020. Nak curi biar betul-betul banyak.
  
Pencurian itu amat memalukan kerajaan dan menteri Khairy. Ia mencabar kecekapan dan wibawa kerajaan. Kerajaan BN telah banyak diuji seperti ini. Dan ujian yang terbaru ini terkena pada batang hidung khairy yang pintar.
   
Kecuaian seperti jika berlaku di Jepun dan India, sekalipun yang curang itu orang bawah, tetapi orang seperti Khairy akan menerima dan mengambil tanggungjawab bagi menjamin kerajaan dan politik negara kekal bermaruah.
   
Menteri di Malaysia tidak sekali-kali akan jaga maruah seperti Jepun dan India. Jika boleh kerajaan akan tolong selamat dan lindungi para penyangak terhormat ini.
  
Adapun kecurangan pegawai kementerian itu bukan baru. Telah bermula sejak 2011 lagi. Masa itu Khairy belum jadi menteri. Yang jadi menteri di situ masa itu Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Khairy jadi menteri tahun 2013.
  
Nasib Shabery baik kecurangan tidak terbongkar. Yang belum terbongkar itu tidaklah menjadi perkhidmatannya mulia, bersih dan cekap. Ia tetapi mencerminkan cuai, kelemahan dan tiada wibawa.
 
Mungkin mengira Shabery tiada sebarang kecuaian dan kelemahan, maka Khairy yang mengambil alih kementerian tiada sangkakan tak baik terhadap orang sebelumnya.
   
Tidak dipastikan juruaudit negara sudah mengesannya atau tidak. Shabery seolah-olah tidak dibantu oleh audit negara. Tidak dipastikan ketika SPRM mulai mengesan kecurangan pegawai tadi, Khairy sedar atau tidak.
   
Penyangak jika disabitkan akan terima kesannya tetapi menteri yang tidak menyedari apa yang berlaku, apakah tidak bercadang untuk mengambil tanggungjawab atas kecuaiannya. Jika ujian itu dapat diatasi oleh Khairy, maka selamatlah masa depannya. Sekadar pintar belum tentu jaminan menjalan dan menjaga amanah. – HARAKAHDAILY 31/3/2016

Sumber HD - 31-3-2016






















Najib tak kata dia pencuri, penyangak
























SUBKY LATIF | .


PERDANA Menteri Najib ketika bercakap di Pekan memberitahu, dia bukan pencuri, perompak dan penyangak.
    
Dia cakap betul. Bukan dia yang cakap dia pencuri, penyangak dan perompak. Yang kata dia pencuri, penyangak dan perompak adalah orang lain. Orang lain itu ramai. Nak dituding pun payah.
   
Jika dia dibawa ke mahkamah dipercayai dia tidak akan kata dia pencuri, perompak dan penyangak. Hanya hakim yang akan tentukan dia macam yang orang kata itu atau tidak.
  
Lepas itu dia kata pula, dia tidak kejar kuasa. Ini pun dia betul juga. Masa ini memang dia tidak kejar kuasa kerana kuasa itu sudah ada padanya. Lainlah sebelum dia ada kuasa dulu. Adakah dia diberi percuma kuasa dan dia tidak buru?
  
Tetapi sekarang oleh kata dia gila kuasa, pertahan kuasa dan boleh juga orang kata, salah guna kuasa.
   
Penjajah Inggeris dulu tidak kata ia mencuri dan merompak kekayaan negara ini. Ia kata ia datang untuk membangun dan memajukan negara ini. Mengaku penjajah pun ia tidak. Tetapi semua orang tahu, ia punggah segala kekayaan bawa pulang ke negaranya.
   
Yang kata ia penjajah, pencuri dan perompak ialah kita. Ia tak kata dan ia tak mengaku.
   
Najib sebagai Perdana Menteri tidak pergi cari dan rompak harta orang lain terutama harta yang ada tuan miliknya. Tetapi sebagai Perdana Menteri dia pegang amanah tanah dan harta kerajaan. Dia tidak pergi cari dan ambil tanah orang lain masuk dalam kuasanya. Semua yang milik kerajaan sudah terkumpul di depannya.
  
Terserah kepadanya cara menggunakan harta itu. Tanah dan harta kerajaan itu adalah harta dan tanah rakyat. Dia ada kuasa dan diberi amanah atas harta itu. Dia boleh beri tanah itu kepada 1MDB dengan harga yang murah dan benarkan 1MDB jual kepada pihak lain antaranya termasuk kepada Tabung Haji dengan harga mahal berlipat ganda.
   
Mungkin dia kata dia tidak niagakan tanah itu. Yang macam itu tidak niaga pun tak apa. Orang tahu tahu niaga pun akan boleh niaga kalau diberi tanah yang mahal itu RM60 sekaki sedang ia boleh dijual dengan harga RM6,000  sekaki.
   
Hal-hal seperti ini orang tidak kata lagi dia curi harta, rompak harta kerajaan dan orang juga tak kata dia niagakan tanah rakyat. Orang kata, dia salah guna kuasa. Orang diberi amanah apa dikatakan salah guna kuasa, maka tiada yang keburukan yang lebih teruk dari itu.
   
Curi, rompak dan samun adalah salah. Tetapi dibandingkan dengan salah guna kuasa, rompak, curi dan samun itu tidak besar. Salah guna kuasa jauh lebih besar.
   
Sepatutnya Najib diam saja apa yang orang kata. Biar berbuih orang kata, dia diam saja. Akhirnya orang penat mengata itu dan ini. Bila dia kata tidak itu dan tidak ini, orang pun komen, curi, rompak dan rempit adalah kecil kerana yang disamun adalah lebih besar.
   
Percayakah orang? – HARAKAHDAILY 29/3/2016

Sumber HD - 29-3-2016

Siapa kata Najib ketua kerajaan yang sah?

SUBKY LATIF | .

UMNO dakwa kerajaan yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib  sekarang adalah kerajaan yang sah.
  
Dan Datuk Najib sendiri ketika mengulas sepakatan Dr. Mahahir dengan pembangkang menggesanya berundur daripada Perdana Menteri, menempelak bekas ketuanya itu hendak menjatuhkan kerajaannya yang sah.
   
Rupanya Najib sendiri menyangka dia ketua kerajaan yang sah.
  
Tanpa mengira Pilihan Raya Umum Ke-13 dulu dijalankan secara bersih atau tidak atau kerajaan itu diperoleh melalui penggunaan apa yang dikatakan derma RM2.6 bilion daripada sumber yang belum jelas, tidaklah jelas kerajaannya sekarang adalah kerajaan yang sah.
  
Daripada peraturan yang dipakai saja kerajaan BN sekarang dikatakan kerajaan yang sah kerana ia memiliki kerusi yang lebih di Parlimen.
   
Seperti kemenangan semua kerajaan Malaysia selama ini, kerajaan dibentuk justeru ia memiliki kerusi yang lebih di parlimen atau Dewan Undangan Negeri selepas pilihan raya dan rata-rata ia menguasai undi popular, kecuali di Terengganu dalam PRU 1969 PAS beroleh undi keseluruhan lebih dari Perikatan tetapi Perikatan dapat kerusi lebih di DUN.
  
Saya tidak mahu bercakap tentang kerajaan rampasan kuasa seperti Terengganu 1962 dan Perak dalam tahun 2009.
  
Kita tumpukan saja pada keputusan PRU13. Dari peraturan perlembagaan dan akta pilihan raya  saja kemenangan diberi kepada BN justeru ia mendapat kerusi lebih di Parlimen. Tidak ditakwil atas peraturan yang begitu itu. Tetapi BN tidak dapat undi popular. Pembangkang beroleh undi popular lebih 50 peratus dan BN hanya dapat kurang 50 peratus.
  
Dari teknikal saja BN menang  tetapi hakikatnya BN sudah kalah.
  
Jika Najib ikut tergila-gila dengan sentimen ia menang dan mengetuai kerajaan yang sah, dari segi semangat demokrasi dan hakikatnya ia sudah kalah. Hakikatnya Najib belum dikira Perdana Menteri yang popular justeru partinya kalah dalam undi popular.
   
Nasibnya baik kerana dapat kerusi lebih. Tidak sama dengan lain-lain Perdana Menteri Malaysia sebelumnya kerana mengetuai kerajaan yang beroleh kerusi lebih dan undi popular. Hanya Najib saja jadi Perdana Menteri yang kalah dalam undi popular.
   
Tak apalah dia jadi Perdana Menteri kerana dapat kerusi lebih saja. Tetapi tidaklah boleh dia hendak berbangga sangat sebagai kerajaan yang sah sedang dia tidak menang kedua-dua – kerusi lebih dan undi popular.
   
Hanya muka yang tak malu saja mendakwa kerajaan yang tempang itu sebagai kerajaan yang sah. Najib boleh dikira sebagai Perdana Menteri kepada semua kerajaan yang tempang. Ia bukan sekadar tempang kerana tidak memiliki undi popular dan dia sendiri sudah menjadi Perdana Menteri yang tidak popular.
    
Mahathir juga pernah menjadi Perdana Menteri tidak popular dalam pentadbirannya yang lama. Tetapi dalam semua pilihan raya kerajaan yang dipimpinnya beroleh undi popular. Tun Abdullah  Badawi berakhir sebagai Perdana Menteri yang tidak popular, tetapi setempang kerajaan yang ditinggalkannya, ia ada undi popular.
   
Najib sudah tidak dapat undi popular dan dia pula adalah perdana menteri yang amat tidak popular. Dari segi hakikat demokrasinya dan popularitinya benarkah dia memimpin kerajaan yang sah. Ada sah dan ada tidak sahnya. Sahnya adalah seperti sah dihujung tanduk.
   
Jika kerajaannya hendak ditumbangkan ia adalah sama banyak antara kerajaan yang sah dan tidak sah. Dalam keadaan yang tidak berapa sah itu, sahnya ditentukan oleh populariti. Najib tidak ada populariti dan tidak ada undi popular. Maka kerajaannya tidak berapa sah. – HARAKAHDAILY 28/3/2016

Sumber HD - 28-3-2016






















Jika Amerika berpresiden Donald Trump
























SUBKY LATIF | .


SAYA hanya berkata Amerika yang cukup ranggi itu akan bertambah ranggi jika Donald Trump, calon paling depan Repulikan jadi Presiden Amerika.
  
Sekalian orang dunia yang rasional amat bimbang akan masa depan dunia kiranya dia menang bulan November nanti.
   
Sebuah oganisasi penyelidik Britain adalah yang paling takut akan kemenangannya sehingga ia mengira bahayanya jika tidak lebih adalah setara dengan IS.
   
Pada Amerika dan sekutu Natonya, IS indeks keganasannya dikatakan terkedepan menggantikan Taliban dan al-Qaeda, dirasakan lebih digeruni daripada komunis Korea Utara. Jika Korea Utara ditakuti, ia adalah sebuah negara nuklear yang tidak bersekutu dengan sesiapa, tetapi IS adalah tanpa wilayah dan tanpa apa-apa, hanya berani mati.
   
Organisasi Britain itu adalah menyampai amarannya kepada dunia khususnya Amerika. Pandangan Britain jangan dipandang enteng. Suara dari Britain selalunya ada bisanya.
   
Ketika Hitler mula muncul dalam politik Jerman selepas Perang Dunia Pertama, Perdana Menteri Britain dalam perang dunia kedua memberi amaran kepada Eropah dan dunia tentang bahayanya Hitler dan partinya Nazi.
   
Hitler masa itu belum berkuasa tetapi mulut celuparnya berjaya membangkit emosi orang awam Jerman. Kepetahannya, kemahirannya bercakap payah dikalahkan oleh setiap orang yang rasional. Sebelum Hitler menjadi Censelor Jerman yang ranggi, Winston Churchill yang belum menjadi Perdana Menteri Britin telah mengingatkan dunia akan bahaya politik rasis dan keganasan Hitler.
   
Orang ranggi memang ramai di mana-mana tetapi sentimen dan emosi orang awam yang tertarik dengan cakap celuparnya, Churchill nampak dia akan berkuasa di Jerman dan apabila dia berkuasa, padahlah dunia khususnya Eropah. Britain dari awal menyeru Amerika yang belum jadi orang ranggi dunia supaya bangkit bersama Eropah menghalang pengaruh Hitler.
   
Hari ini Doland Trump yang menyatakan minatnya unuk jadi Presiden Amerika sejak zaman Bill Clinton lagi tidak dipedulikan oleh sesiapa. Tiada dalam kalangan orang Repulikan pedulikan dia.
   
Tetapi sebagai seorang yang sudah jadi Qarun Amerika, kekayaan dan celuparnya, mempesonakan orang awam sama seperti terpesonanya orang awam Mesir purba pada zaman Firaun dulu.
   
Sekalipun orang-orang politik penting Amerika, termasuk Mit Romney, calon Presiden Republikan dalam Pilihan Raya Presiden Amerika yang lalu menyeru supaya Trump ditolak, tetapi semua seruan itu tidak mudah menghalang penyokong Republikan menyokongnya.
   
Dengan kemenangannya dalam beberapa pemilihan calon di wilayah-wilayah sebelum ini mempengaruhi orang yang terkemudian memberi sokongan kepadanya. Sekalipun ia kalah di beberapa wilayah, tetapi yang menang bukan pesaing tunggalnya, maka angka sokongannya meletakkan dia masih mendahului.
    
Sekalipun poplariti peribadinya sukar menyaingi kesederhanaan Hillary Clinton, calon terdepan Parti Demokrat, tetapi payah diduga pengundi yang termakan dengan keranggian Trump akan menolaknya.
   
Jika pengundi di Amerika sudah tenggelam di tengah emosi yang menyelubungi penyokong Trump, bukan mustahil orang emosi memilih orang yang ranggi.
   
Jangan dunia bergantung sangat kepada kemusnahan Amerika apabila ia dipimpin oleh seorang yang ranggi, tetapi sebelum Amerika musnah bersama Presiden rangginya, dunia juga akan berdepan dengan kesengsaraan dulu. Kesengsaraan jangan dicari, tetapi dunia sengsara boleh disekat.
   
Kita tunggu apakah bangsa Amerika mewakili dunia yang rasional atau ia bertambah ranggi? – HARAKAHDAILY 25/3/2016

Sumber HD - 25-3-2016






















Keputusan Peguam Negara muktamad?

SUBKY LATIF | .


KENYATAAN Tun Zaki, mantan Ketua Hakim Negara betapa keputusan Peguam Negara atas siasatan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas kes skandal 1MDB dan derma RM2.6 bilion dalam akaun banknya adalah muktamad.
   
Perdana Menteri dikatakan tidak melakukan sebarang jenayah dan siasatan itu ditutup. Siasatan tidak wajar diteruskan dan mahkamah wajar tidak melayan sebarang pertikaian atasnya.
  
Mungkin Tun Zaki telah mentafsirkan kehendak undang-undang? Dan biasanya hakim atau bekas hakim bercakap tentang sesuatu perkara seperti itu tentulah bercakap tentang undang-undang, tiada politik dan sebagainya.
  
Kita tidak pasti apakah beliau diminta membuat penjelasan itu atau sebagai ahli undang-undang sekalipun tidak diminta membuat komen oleh sesiapa, maka dia dengan suka hati terpanggil untuk membuat penjelasan.
  
Saya tidak bercadang untuk membincangkan ada lain selain bertakhta ada kekebalan dalam undang-undng? Dan tidak hendak membincangkan Peguam Negara Afandi Ali telah silap dalam keputusannya atau tidak. Tetapi terasa ajaib Peguam Negara diberi kekebalan dan seolah-olah dia tidak mungkin melakukan kesilapan.
  
Hatta raja bertakhta yang ada kekebalan selama ini pernah dibincang apakah kekebalan itu patut dikekalkan atau digugurkan. Sekalipun tidak dimuktamadkan perbincangan bagi mengkaji kekebalan itu, tetapi institusi yang kebal itu pernah dibangkitkan apakah ia wajar begitu?
  
Bahkan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra selepas bersara daripada politik pernah menyebut  tentang kesilapannya tidak membuat peruntukan melucutkan raja daripada takhta semasa jadi Perdana Menteri dulu.
   
Saya tidak kata perkara itu wajar dipanjangkan tetapi masyarakat kita pernah membangkitkan tentang kedudukan istimewa bagi raja-raja. Ini memberi gambaran betapa selain daripada kekebalan bagi Raja-raja tidak munasabah ada orang lain ada kekebalan.
   
Jika keputusan hakim boleh dirayu dari satu mahkamah ke satu mahkamah, malah pernah keputusan mahkamah di negara ini dirayu sampai ke England, maka apa lebihnya Peguam Negara tidak boleh ditakwil sedang dia adalah seorang manusia biasa dan manusia itu tidak sunyi daripada melakukan kesilapan dan kesalahan.
   
Nabi Adam dan isterinya pernah silap semasa transit di syurga, maka mengapa apabila kita jadi Peguam Negara maka keputusannya tidak boleh diusik?
  
Sedang Saidina Abu Bakar Siddiq yang menantunya Nabi SAW timbangan imannya lebih berat dari kumpulan iman sekalian manusia memberitahu bahawa beliau bukan orang terbaik bagi menjadi khalifah pertama dan membuka ruang kepada sekalian menyokongnya kiranya tindakannya betul kerana itulah tindakan amanah tetapi adalah khianat jika yang tidak betul didiamkan.
   
Begitu juga Saidina Umar al-Khattab yang mengikut Nabi, jika adalah lagi nabi selepas baginda, maka nabi itulah Umar. Umar juga membuka ruang bagi membetulkan sebarang kesilapannya.
  
Islam diajar betapa yang tidak boleh dipersoal dalam sebarang tindakan hanya Allah dan Rasul-Nya. Sejak bila kita memberi martabat Tuhan dan Rasul kepada seorang pegawai yang hanya seorang manusia awam yang ada dosa dan pahala?
   
Saya amat takut jika mengangkat Peguam Negara Afandi Ali begitu kebal menjerumuskan semua ke sangkar syirik. Berilah kepercayaan sekadar apa yang patut kepada manusia biasa dan jangan bebankan dia dengan yang tidak patut dipikulnya.
   
Afandi Ali itu sudah selesa di tempat lamanya. Mengapa dia dipaksa beban yang boleh dikira menzaliminya dan menzalimi orang lain? – HARAKAHDAILY 24/3/2016

Sumber HD - 24-3-2016

Mengisi guru Sarawak dari anak Sarawak

SUBKY LATIF | .

BAGI mengatasi dilema guru dari Semenanjung yang mengajar di Sarawak, maka dicadangkan pelaksanaan dasar mengisi 90 peratus dari guru-guru di Sarawak terdiri dari anak Sarawak.

Ia satu dasar yang munasabah tetapi tentunya tidak dibangkitkan atas sentimen Sarawak untuk Sarawak. Ia adalah bagi mengatasi masalah guru-guru dari Semenanjung itu hatinya tidak di Sarawak sebaliknya sejak hari pertama tiba di Sarawak, mereka mohon ditukarkan segera mungkin balik ke Semenanjung.
  
Masalah yang sama bagi mereka yang dihantar ke Sabah.
  
Menunggu balik ke Semenanjung itu bukan kerana mereka bencikan Sarawak dan Sabah, tetapi dorongan semula jadi manusia kebanyakannya suka hidup dan berkhidmat di kampung sendiri. Anak Pahang yang mengajar di Perak jika boleh tak mahu lama di Perak.

Kemahuannya balik ke Pahang juga. Orang Temerloh mengajar di Bentong, bertubi-tubi mohon tukarkan ke Temerloh. Padahal Bentong sudah dekat dengan Temerloh.
  
Apa lagi orang-orang Semenanjung dari lokaliti yang tidak jauh dari bandar, lengkap dengan prasarana dan macam-macam kemudahan, tiba-tiba dihantar ke pedalaman yang sehari suntuk bermotokar dari Sibu, tempatnya serba kekurangan, tentulah siang malam nak balik ke Semenanjung. Jika yang mengajar di kota Kuching jika boleh mahu balik segera apa lagi yang jauh di hulu.
   
Ini masalah sejak pembentukan Malaysia tahun 1963 lagi.
   
Maka menjelang Pilihan Raya Negeri Sarawak ini, ada pula semangat keutamaan anak Sarawak, guru Sarawak mesti 90 peratus anak Sarawak. Bagi menaikkan semangat mungkin betul, tetapi mengisi guru bukan seperti mengisi pekerja JKR, jabatan hutan atau polis. Boleh diisi oleh yang sihat dan tahu menulis dan membaca.
  
Guru adalah orang terlatih, berpelajaran, cerdik dan ada kemahuan. Sekadar tahu membaca dan mengira jadi guru, nanti murid yang sekadar tahu membilang dan membaca saja. Yang keluar  sekolah bodoh belaka.
  
Saya ke Atlanta, Amerika hampir 50 tahun lalu. Penduduk Atlanta 55 peratus hitam, 45 peratus putih. Demi berlaku adil diwujudkan kuota guru 55 hitam, 45 putih. Saya tanya adakah itu namanya adil? Jawab mereka, adil.
   
Adakah cukup guru kulit hitam yang layak bagi memenuhi kuota itu? Mereka mengira ada masalah sikit. Tetapi inilah yang dikira adil mengikut kehendak majoriti komuniti.
  
Saya kata, Amerika telah silap memahami keadilan. Profesion guru memerlu guru yang layak. Jika tidak cukup 45 peratus kulit putih yang layak, yang putih bodoh dijadikan guru juga bagi memenuh kuota, maka Amerika akan melahir murid yang bodoh. Demikiannya juga kuota kulit hitam tidak penuh.
  
Ia satu kesilapan bagi Amerika Atlanta. Jangan kesilapan sama diulangi di Sarawak dan Sabah. Ia tidak boleh dilaksanakan selepas Pilihan Raya  Negeri. Mungkin menunggu 50 tahun lagi.
  
Tetapi kerajaan Sarawak dan Sabah boleh menawarkan insentif kepada  guru dari Semenanjung yang menggalakkan mereka datang ke Sarawak dan memilih menetap terus di situ sebagai orang Malaysia. Ketika mula-mula Felda diperkenalkan, orang Kedah, Melaka, Perlis dan lain-lain sanggup meninggalkan negeri masing-masing jadi peneroka Felda di Pahang, Perak, Selangor dan lain-lain justeru tawaran yang baik. Mereka sedia mati di negeri angkat.
  
Jika Sarawak memikirkan guru itu kerja mulia, bagi memuliakan mereka tawarkan sesuatu yang baik. Mereka nescaya menyerah jiwa dan raga jadi guru di situ dan sedia mati di situ.
  
Nabi secara tersembunyi menawarkan pahala dan syurga bagi siapa mengembara hingga ke China. Sahabat pun mengembara dan ramai di China. Jika Yadim suntik semangat kepada guru rebutlah peluang dakwah dan upah besar daripada Allah, ramai orang semenanjung tawar jadi guru di Sarawak. – HARAKAHDAILY 23/3/2016

Sumber HD - 23-3-2016






















Budi bicara Zubir Embong
























SUBKY LATIF | .


APAKAH Adun Kijal cukup bijaksana mengemukakan undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Rizal akan dihakimi oleh orang ramai, tetapi dia ada hak untuk membuat cadangan itu.
    
Cara mana usulnya dibuat adalah soal teknik tetapi usulnya ditolak bukan oleh undi majoriti Adun Terengganu dalam Dewan, bahkan oleh Speaker Zubir Embong. Ia ditolak oleh Speaker kerana apa? Bukan kerana tidak ikut peraturan tetapi oleh budi bicara Speaker.
    
Speaker diberi kuasa oleh peraturan Dewan menggunakan budi bicaranya, menerima atau menolak usul Ahmad Said itu. Zubir Embong menggunakan kuasa yang diberi itu menolak usul itu.
    
Apakah Speaker telah cukup bijaksana menolak usul itu daripada dibahaskan? Kebijaksanaannya itu boleh dipersoal bahkan boleh dikira lebih tidak bijaksana daripada kebijaksanaan Ahmad Said membuat usul  tidak percaya itu.
   
Mungkin Ahmad tidak cukup bijaksana, tetapi dia tidak melakukan sebarang percanggahan dengan peraturan Dewan. Boleh usulnya dibahaskan. Tetapi Speaker yang ada budi bicara menentukannya memilih untuk menolaknya.
   
Persoalan besar sekarang ialah kebijaksanaan si Zubir Embong. Adakah dia telah menggunakan kuasa yang diberi dengan betul dan adil? Kebijaksanaan Zubir telah diuji dan tindakannya boleh dipertikai.
   
Zubir telah diberi penghormatan untuk melakukan keadilan dan kebijaksanaan. Hak menggunakan budi bicara itu adalah satu ujian dan cabaran besar bagi orang diberi hak seperti itu. Hak seperti ini juga diberi kepada hakim.

Hakim terlepas dari dakwa-dakwi jika hukuman yang dijatuhkan dibuat dengan peraturan yang digaris. Jika ada kes yang memerlukan budi bicara, maka ia adalah amat mencabarnya.
   
Dalam kes tuduhan rasuah terhadap Datuk Harun Idris dari sebuah bank, saksi bank dan saksi Datuk Harun tidak ingat siapa yang membuat cadangan atas jumlah bayaran yang diberi bank. Jika jumlah dicadang oleh bank, maka Datuk Harun terlepas.

Jika cadangan itu datang dari pihak Datuk Harun, maka beliau disabitkan. Apabila kedua-dua saksi tidak ingat, terserah kepada budi bicara hakim. Hakim mensabitkan Datuk Harun. Kebijaksanaan hakim dipertikai secara meluas.
   
Kesilapan memutuskan hal-hal seperti ini boleh menyebabkan hanya seorang dari tiga kadi masuk syurga, dua lagi tak tahu ke mana.
  
Hak atau kuasa yang sedemikian bukanlah sebenarnya satu keistimewaan untuk berbuat sesuka hati. Ia terpuji jika digunakan dengan betul. Tetapi dari tiga hakim/kadi dijamin satu saja betul. Yang satu itu dijamin masuk syurga.
  
Speaker Zubir jadi Speaker kerana dia penyokong BN. Penyokong BN payah jadi hakim yang adil atau peguam negara yang adil. Mereka mudah jadi saksi ke lutut atau ikut peribahasa hakim dari spesies haiwan.
   
Yang berwatak seperti Saidina Umar dan Umar Abdul Aziz yang mempu menunaikan hak budi bicara ini. Itulah payahnya melaksanakan keadilan.
  
Yang wajarnya ialah Zubir jangan prejudis terhadap sesuatu yang mengancam kerajaan. BN punya majoriti cukup sekalipun kecil. Jika usul itu dibincangkan, sekalipun Ahmad Said tidak bersama MB, undi tidak percaya boleh ditolak. Ditakdirkan undi seri, Speaker diberi peluang gunakan budi bicara bagi menyokong MB.
   
Menolak usul daripada dibahas mendatangkan lebih banyak fitnah. Jika dibahaskan orang tahu apa kelayakan dan kelemahan MB Razif. – HARAKAHDAILY 22/3/2016

Sumber HD - 22-3-2016

Dua anak Pekan yang berbeza

SUBKY LATIF | .


DALAM seminggu dua ini negara dikecohkan oleh dua anak bangsawan Pekan yang dilihat saling berbeza wataknya.
   
Watak yang pertama Tengku Abdullah, Tengku Mahkota Pahang. Watak yang kedua pula adalah Datuk Shahbandar Pahang, Datuk Seri Najib Tun Razak. Datuk Shahbandar adalah seorang yang amat penting dalam kedudukan bangsawan di negeri Pahang.
   
Dalam pemerintahan Raja Mutlak dulu, selepas Sultan sebagai pentadbir dan pemerintah, Datuk Shahbandar adalah terpenting selapas raja bertakhta.
  
Dalam kekecohan seminggu dua ini Tengku Mahkota hendak meletak jawatan daripada Presiden Persatuan Bola Malaysia yang disandangnya sejak beberapa ketika. Hasratnya melepaskan jawatan berlaku secara  tiba-tiba.
   
Tidak diduga. Tiba-tiba baginda merasa bertanggungjawab atas kekalahan Malaysia 10 – 0 dengan pasukan bola negara teluk. Kekalahan yang amat memalukan. Maka sebagai ketua persatuan bola yang bertanggungjawab mahu menebus kekecewaan itu dengan melepaskan pimpinan persatuan yang dipimpinnya supaya ia boleh dipimpin oleh orang lain.
   
Heboh semua orang. Masing-masing menolak hasrat baginda, memujuknya supaya hasrat itu ditimbang semula. Ia sedang ditimbangkan.
  
Manakala seorang bangsawan Pahang lain juga dari Pekan kecoh di seluruh negara mintanya supaya cukuplah setakat enam tahun jadi Perdana Menteri. Berhenti sajalah!
   
Sudah lama di sana sini orang suka dia berhenti. Ada yang menyatakannya melalui percakapan dan lidah. Tetapi ramai juga bercakap dalam hati.
   
Dr. Mahathir sejak lebih setahun lalu menggesanya berhenti. Berbuih mulut Dr. Mahathir, tiada dihiraukannya. Jika boleh dia hendak di situ lebih lama dari zaman Mahathir dulu.
   
Berbeza dengan bangsawan yang pertama. Tiada siapa suruh berhenti, baginda menawar diri hendak berhenti. Mungkin orang boleh berkelahi kerana tidak mahu baginda berhenti. Baginda menawar turun kerusi.
   
Yang seorang lagi amat berbeza. Berkelahi semua orang menyuruhnya berhenti, dia tidak mahu berhenti. Telinganya tidak seperti telinga orang. Dia tidak dengar apa orang kata padanya dan pada pimpinannya. Kata orang itulah yang dinamakan telinga kuali.
   
Kedua-duanya anak orang Pekan dan kedua-dua pembesar negeri Pahang.
   
Sebab yang bangsawan pertama, cuma satu sebab. Pasukan bola yang baginda jadi Presidennya kalah teruk. Lebih teruk dari Brazil kalah pada Jerman dalam piala dunia dulu. Presiden bukan main pun. Yang main bukan anak raja itu. Orang lain yang main. Kerana pasukannya kalah baginda malu maka cara itu saja dapat menebus malunya.
   
Bangsawan yang kedua. Apa silapnya?
   
Sepatutnya jangan ditanya apa silapnya. Tanyalah apa salahnya? Banyak salahnya dan boleh dikatakan semuanya silap dan semuanya salah. Tetapi baginya dia tidak tahu yang dia salah sekalipun ada yang kata dia salah. Kalau yang kata dia salah dia rasa dia betul juga, apa lagi yang mengata dia betul. Maka disangkanya dia betul juga.
  
Yang pertama tidak tahu orang sayang padanya. Bila hendak berhenti, maka tahulah orang sayang padanya. Masa terbaik berhentilah semasa sebelum orang suruh berhenti. Apabila orang mula suruh berhenti, juga tanda orang sayang. Apabila disuruh bertalu, ia tanda orang tak sayang padanya lagi.
   
Berhenti atau tak berhenti orang sudah tidak sayang lagi. Jangan sampai orang bawa penyapu sampah. – HARAKAHDAILY 21/3/2016

Sumber HD - 21-3-2016






















Tindakan Erdogan atas Zaman adalah permusuhan lama
























SUBKY LATIF | .


JIKA Hoja (Hoca) Efendi Fethullah Gulen, pemimpin utama Jamaah Nur Turki melarikan diri daripada kerajaan Presiden Tayyib Erdogan ke Amerika ia bukanlah permusuhan baru antara dua kumpulan pro-Islam terpenting di Turki itu.
   
Ia adalah perselisihan yang lama mungkin sejak wujudnya parti Islam Turki pimpinan Necmatin (Najmudin) Erbakan dan Jamaah Nur yang pimpinan semasanya adalah Hoja Efendi Fethullah Gulen.
   
Justeru kebelakangan ini Hoja Efendi lari ke Amerika meneruskan tentangannya dari sana, maka kerajaan Turki bertindak terhadap Harian Zaman, akbar milik Nur yaang diterbitkan juga di beberapa negara jiran Turki di Asia Tengah dengan menggunakan tulis dan bahasa negara-negara tersebut.
   
Saya rasa bertuah sebagai seorang wartawan yang pernah mengendalikan mingguan Utusan Zaman terbitan Utusan Melayu apabila dua anak saya ditawar oleh Harian Zaman belajar di Turki tahun 90-an dulu. Ketika saya beritahu Hoja Erbakan di Istanbul, anak saya dibiayai Harian Zaman di bawah Jamaah Nur, Erbakan memandang saya satu macam.
   
Jemaah itu mempunyai banyak sekolah dan asrama di seluruh Turki dan ia menaja ramai pelajar asing termasuk dari Asia Tenggara.
   
Jemaah ini mendukung ajaran ulama terkemuka sebelum kejatuhan empayar Othmaniyah, Badiuz Zaman Said Nursi. Harian Zaman dan Jamaah Nur itu adalah dari nama Said Nursi.
   
Jamaah Nur tidak menyokong parti Islam yang dipimpin oleh Erbakan kerana Erbakan adalah orang politik sebaliknya ia mengadakan hubungan baik dengan kerajaan dari parti politik sekular. Kira-kira kaedah yang digunakannya sama seperti kebanyakan badan dakwah di negara-negara Islam tidak bersama dengan politik parti Islam tetapi meraih simpati politik yang menentang parti Islam.
   
Tumpuan Jamaah Nur adalah pendidikan dan dakwah tetapi  tidak peka dengan politik Islam.
   
Selepas Erbakan dijatuhkan daripada Perdana Menteri dan Tayyib Erdogan digugur daripada Datuk Bandar Istanbul, saya bertemu dengan seorang bekas pelajar UIA yang jadi aktivis Parti Refah di Istanbul. Katanya, dia dan partinya tidak sedikitpun dapat simpati daripada Jamaah Nur, kerana selepas kerajaan Refah dijatuhkan, mereka berbaik dengan parti yang menjatuhkan kerajaan Refah.
   
Padanya partinya dijatuh oleh musuh, dan Jamaah Nur berbaik dengan musuh Refah. Ertinya ia adalah musuh Refah.
   
Setelah beberapa parti yang ditubuhkan Erbakan diharamkan, akhirnya Erdogan Ketua Pemuda Refah dan ketua Refah di Istanbul menubuhkan parti sendiri dan berjaya membentuk kerajaan di Turki, maka kerajaan Erdogan  berdamai  dengan Fethullah Gulen.
   
Beberapa tahun terakhir ini kerajaan pimpinan Erdogan dirasakan bertambah penentang. Partinya bukan saja ditentang oleh seteru politik sekular lamanya, bahkan ia juga ditentang oleh Gulen dan jemaahnya.
  
Jamaah Nur dan Gulen tidak diketahui pernah menentang mana-mana kerajaan Turki selain kerajaan pimpin Refah di bawah Erbakan dulu, tetapi Gulen dikira penentang kerajaan pro Islam itu.
  
Selamanya Gulen memimpin Jamaah Nur dari dalam negeri. Tetapi sekarang dia melarikan diri ke Amerika dan menentang Erdogan dari sana. Tentulah peranannya penting jika tidak masakan lari keluar negara.
  
Perkembangan terakhir kerajaan Turki bertindak terhadap akhbar Harian Zaman. Tentangan Gulen terhadap parti politik pro-Islam di Turki bukan baru.
  
Saya kenal kedua jemaah itu dan tahu tentang sengketa lama mereka. – HARAKAHDAILY 18/3/2016

Sumber HD - 18-3-2016

Dapatkah Najib jernihkan isu derma RM2.6b dengan Saudi
























SUBKY LATIF | .


KUNJUNGAN kerja dan umrah PM Najib ke Saudi tentulah memberi banyak faedah kepada kedua negara. Itulah yang lazim apabila ketua kerajaan keluar negara.
   
Di samping itu dapat mengerjakan umrah. Orang berumrah mengabdikan diri kepada Allah, membuat pahala dan menghapuskan dosa.
   
Tapi yang orang banyak perhatikan atas ke Saudinya kali ini ialah tentang kecoh derma RM2.6 bilion yang dikatakan daripada keluarga istana Saudi. Isu ini amat menggegarkan politik Malaysia dan Saudi sudah disabitkan, betul atau tidak duit yang dimasukkan dalam akaun peribadi Najib itu dari Saudi atau dari sumber lain.
   
Najib adalah PM yang amat dipertikai dalam negara sekarang dan nasibnya tidak menentu. Masa depannya bergantung kepada keupayaannya memperbodohkan rakyat dan orang Umno. Hitler, Suharto, Ghadafi, Husni Mubarak semuanya tidak selamat atas modal memperbodohkan orang.
   
Maka tidaklah selesa bagi keluarga diraja Saudi bermuamalat dengan watak politik seperti ini baik atas kapasiti peribadi atau justeru negara. Apabila Najib ke sana sepatutnya isu ini dijernihkan.
  
Jika betul dari kantung Saudi, tentu Saudi terganggu ia terlibat dengan orang politik luar yang boleh dikira campur tangan atas urusan politik Malaysia. Jika dibuat demikian negara dan negara, mengapa masuk akaun peribadi orang? Tentulah ia seperti membodohkan istana Saudi. Saudi tentulah berminat supaya dibersihkan namanya.
   
Dan derma iu dikatakan sudah dipulangkan. Apa ceritanya dan adakah sudah selesai?
   
Tetapi pembabitan Saudi iu sudah kabur. World Street Journal yamg membongkar penerimaan duit sebanyak itu bertegas lagi ia bukan daripada Saudi tetapi daripada 1MDB yang juga bermasalah besar. Moral daripada pendedahan WSJ itu menggambarkan Saudi dijadikan kambing hitam.
   
Jika Saudi diheret sedang ia tidak tahu menahu, maka inilah yang saudi hendak tahu sangat mengapa ia dijadi buah catur?
   
Adakah Najib pergi bagi membisikkan hal ini kepada Raja Saudi supaya dia boleh membersihkan pembabitan Saudi itu bukan palsu. Dan Raja Saudi tentunya bertanya mengapa Saudi boleh diheret jika ia bukan dari Saudi? Jika duit dari Saudi mengapa pula dipulangkan selepas dimasukkan ke akaunnya?
   
Penjelasan atas ini tidak dijelaskan hasil daripada kunjungan ke saudi itu. Adakah sudah selesai? Adakah Najib minta maaf? Dan adakah Raja Saudi bertanya hal itu? Adakah Saudi puas hati atas segala penjelasan?
   
Saudi sekarang tidak oleh boleh menyelesaikan isu itu secara sesama persaudaraan Islam. WSJ mengatakan ia bukan duit Saudi tetapi duit dari syarikat Malaysia sendiri.
  
Untuk mengata WSJ karut dan khianat tidak semudah itu. Pertama ia yang mendedahkan RM2.6 bilion masuk ke kantung bank Najib. Ia dibuktikan betul. Najib mengaku pernah duit itu masuk ke banknya.
  
Cara mana Najib hendak mengelak dan ke mana ia hendak ditutup adalah masalahnya, tetapi WSJ sudah buat pembongkaran yang tepat. Sekarang ia tegaskan lagi Najib tidak terima dari Saudi.
 
WSJ tidak beri bukti kerana mungkin ia tunggu Najib saman. Jika Najib sedia, maka WSJ akan jawab di mahkamah. Raja saudi tidak boleh diam. Mereka mesti jelaskan kerana kata Muhyiddin Yassin, mantan Peguam Negara  memberitahunya kes najib itu membabitkan jenayah.
  
Raja Saudi tidak wajar bersubahat dengan kemungkinan jenayah saudara seislam dari Malaysia.
   
Kunjungan ke Saudi Najib tidak menjelaskan isu ini. Umrah tidak boleh melenyapkannya. – HARAKAHDAILY 16/3/2016

Sumber HD - 16-3-2016

Bersihkan PM dari jenayah

SUBKY LATIF | .


ISU Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden Umno dikatakan tidak tidak membantu tugas Presiden adalah ibarat hama dibandingkan dengan dakwaan TS Muhyiddin yang menyebut dalam kenyataannya Peguam Negara dikatakan memberitahunya, Perdana Menteri dikatakan melakukan jenayah.
   
TS Muhyiddin dalam jawapan terbukanya terhadap penggantungan daripada tugas Timbalan Presiden Umno ada menyebut dia berjumpa Peguam Negara sebelum ditamatkan perkhidmatannya bagi mendapatkan penjelasan atas isu wang 24 juta dari SRC International dimasukkan ke akaun Najib.
 
Dia diberitahu oleh mantan Peguam Negara berserta dengan buktinya sekali adalah sah merupakan satu jenayah. Muhyiddin juga ada menyebut tentang derma RM2.6 bilion dan skandal 1MDB.
   
Tidak membantu Presiden adalah hujah yang amat kartun yang dikategorikan sebagai dongeng jenayah dalan cerita rakyat seperti Nujum Pak Belalang, Luncai dengan labu-labunya, Lebai Malang, Pak Pandir dan lain-lain.
  
Jika Umno hendak menyamakan politik lucunya dengan cerita lucu itu adalah masalah partinya yang negara dan rakyat tak berkesan sangat. Tetapi kalau Perdana Menteri sudah digelumangkan dengan jenayah, ia adalah isu nasional yang perlu diberi perhatian.
   
Justeru Umno mendakwa ia ada amanah bagi membela rakyat dan negara, maka bertanggungjawab memastikan Presiden Umno dan Perdana Menteri seorang yang amanah. Seorang yang amanah mesti bersih daripada jenayah. Rakyat dan negara tidak mahu ia dipimpin oleh seorang penjenayah.
    
Umno tidak boleh biarkan tohmah terhadap Najib. Ia mesti peduli dan bersihkan namanya jika mahu dia dikekalkan atau bertindak membersihkan dia daripada Umno.
   
Orang beriman diingatkan oleh al-Quran, apabila datang berita dari orang fasik, telitilah kesahihannya. Jangan terus percaya. Berita fitnah jangan dibiarkan kerana ia menghuruharakan.
  
Kita tidak kata Muhyiddin orang fasik. Saya kira dia orang yang boleh dipercayai. Tetapi dia menyampaikan apa yang didengarnya daripada Peguam Negara masa itu. Peguam Negara sudah digantikan serta merta.
   
Demi berlaku adil kepada Najib, Muhyiddin dan mantan Peguam Negara, berita Najib dikatakan ada jenayah mesti diadili. Umno jika ia amanah mesti mengambil tindakan membersihkan nama Najib kerana Malaysia tidak boleh berperdana-menterikan seorang penjenayah. Umno mesti amanah. Hakimi isu ini.
  
Muhyiddin tentu bersedia untuk mempertahankan apa yang disampaikannya. Sekalipun kita percaya kepada Muhyiddin tetapi kita boleh terima bulat-bulat cakapnya sebelum dipastikan kesahihannya. Sekalipun kita ragu terhadap Najib, kita jangan burukkan dia tanpa diadili.
   
Umno mesti ada rasa sayang pada Najib, tetapi sayangnya pada Umno mengatasi sayang kepada Najib. Umno juga mesti sayang pada Muhyiddin, tetapi sayangnya tentu lebih kepada Umno sebagaimana yang dikatakannya daripada sokongannya penyingkirannya daripada jawatannya.
   
Sayang kepada Umno tidak sampai menzalimi Muhyiddin. Jika Muhyiddin betul, maka Umno sepanjang menzalimi Muhyiddin. Umno tidak boleh menzalimi ahlinya dan pemimpinnya. Jika Najib tidak betul, menyayangi Najib bukan sekadar menzalimi Muhyiddin tetapi adalah menzalimi Umno.
    
Umno patut sayang pada Umno tetapi sayangnya jangan melebih sayang kepada rakyat dan negara. Inilah yang Dr. Mahathir buat sekarang. Dia sayang Umno tetapi ditinggalnya Umno kerana sayangnya kepada rakyat dan negara melebihi sayang kepada Umno. Sayang kepada negara dan rakyat adalah sayang kepada diri sendiri.
   
Jika sayang pada Najib melebihi sayang kepada Umno, maka Umno tidak sayang kepada negara dan rakyat serta tidak sayang pada dirinya sendiri.
    
Jika Umno itu kartun dibesarkannya isu Muhyidin tidak tolong Najib, tidak peduli ia isu pemimpinnya dikatakan dihinggapi jenayah. – HARAKAHDAILY 15/3/2016

Sumber HD - 15-3-2016






















Perak diam atas hudud, taja sekolah tahfiz
























SUBKY LATIF | .


AGAK memberangsangkan terdapat lebih dari 40 buah madrasah tahfiz al-Quran di seluruh negeri Perak langsung mendorong Menteri Besarnya, Dr. Zamberi Abdul Kadir merancang mewujudkan sekolah tahfiz di setiap daerah dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan.

Boleh diberi syabas kepadanya atas tindakannya itu. Seolah-olah tercabar kerajaan Kelantan yang Membangun Bersama Islam yang ada sekolah agama YIK di banyak daerah tetapi tidak diketahui ada sekolah tahfiz kerajaan di setiap jajahan. Maahad tahfiz negeri ada.
   
Perak membanggakan dengan maahad tahfiz kerajaan di setiap daerah sebagai tambahan kepada yang lebih 40 buah yang dipercayai diusahakan oleh rakyat.
   
Kerajaan BN Perak tidak pernah mewawasankan untuk mendaulatkan syariah di negeri itu. Yang bercakap tentangnya kerajaan Kelantan dan orang-orang PAS yang tidak memerintah di setiap negeri.
  
Apabila bercakap tentang pemerintahan al-Quran dan sunnah Nabi SAW semuanya – dari penoreh getah hingga pemegang takhta – kata sistem itu baik. Tetapi tentang pelaksanaan hudud semua diam. Kesempurnaan perundangan Islam disimpan dalam hati, jadi institusi sempurna yang tidak untuk dilaksana.
   
Sekalipun ia kelu, ia mengambil tindakan untuk mewujudkan sekolah tahfiz di setiap daerah, yang dengan sendirinya akan melahirkan sebilangan rakyat yang hafaz al-Quran dan seterusnya menguasai kandungan dan menghayati ajarannya.
   
Kerajaannya kelu tetapi ia melahirkan orang yang hendakkan hudud. Kerajaannya membisu tentang pelaksanaan hudud, tetapi ia menanggung melahirkan orang yang hendakkan hudud.
   
Macam Firaun. Dia menolak bertuhankan Allah kerana dia sendiri merasakan dia tuhan. Tetapi  dia menyara Musa di istananya sebagai anak angkat. Dia tidak mahu agama tauhid, tetapi dengan menyara Musa dia telah menggunakan sebahagian daripada kewangan negara untuk membesarkan Musa dan Musa pula menyeru Firaun dan sekalian rakyat kepada agama tauhid yang bertuhankan Allah.
   
Bezanya Firaun menolak agama tauhid, kerajaan Perak rasminya menganut agama tauhid. Firaun kuatkuasakan undang-undang yang diakui oleh agamanya. Negeri Perak kuatkuasakan undang-undang yang tidak diakui oleh agama tauhid iaitu agamanya atau undang-undang yang bukan undang-undang agamanya.
    
Kita biarkan saja apa yang kerajaan Perak buat dengan sikap membisu terhadap hudud atas apa jua alasannya tetapi ia membiayai sepenuhnya sekolah yang hendak mendidik rakyat memahami al-Quran.
   
Kita tidak tahu apa yang kerajaan Perak hendak buat dengan generasi yang dididiknya untuk menguasai al-Quran? Adakah ia mahu jadi seperti Rusia yang membenarkan rakyat yang beragama Islam membincangkan Islam sebagai sebahagian daripada kebudayaan rakyat tetapi bukan menghayati akidahnya.
   
Atau adakah kerajaan Perak menerima perkembangan di Turki iaitu kerajaan sekular anti Islam terpaksa mewujudkan Sekolah Imam Hatib unuk membekalkan imam dan khatib yang hampir pupus setelah hampir 30 tahun khilafah Othmaniah ditumbangkan.
   
Kerajaan Ataturk itu biayai sekolah mendidik bakal imam dan khatib. Tetapi rakyat yang terdidik di sekolah itu kemudian bangun untuk membawa semua bangsa Turki menjalani hidup secara Islam. Presiden Erdogan adalah orang yang dididik oleh Sekolah Imam Hatib.
    
Tidak mustahil murid keluaran maahad tahfiz di Perak – baik dari sekolah yang ditanggung rakyat dan yang ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan, akan bergabung 30 tahun dari sekarang menuntut Perak dikembalikan kepada pemerintahan Islam.
   
Pandangan mereka tentang peranan Islam sama sekali tidak sama dengan yang difikirkan oleh pencetus sekolah tahfiz kerajaan di setiap daerah. – HARAKAHDAILY 11/3/2016

Sumber HD - 11-3-2016






















Baru dua presidennya mati dalam Umno

SUBKY LATIF | .


JIKA Dr Mahathir mati semasa Presiden Umno masih Datuk Seri Najib, maka baru dua saja daripada tujuh yang pernah jadi Presiden mati dalam Umno. Berbeza dengan PAS. Dari tujuh juga yang pernah menjadi Presiden, dua saja yang mati di luar PAS.

Presiden Umno yang mati dalam Umno setakat ini hanya Tun Razak Hussein dan Tun Hussein Onn, kedua-duanya berbiras, menantu Tan Sri Noah Omar. Dua sudah sah tidak mati dalam Umno iaitu Datuk Onn dan Tunku Abdul Rahman Putra.
  
Yang masih hidup, Tun Dr. Mahathir, Tun Abdullah Badawi dan Najib sendiri. Tidak diketahui di mana mereka mati. Dr. Mahathir sudah tidak jadi ahli buat kali ketiga. Sekali dipecat, dua kali keluar dari Umno kerana memprotes Presidennya. Jika dia mati ketika Umno masih berpresidenkan Najib, maka dia akan mati di luar Umno.
   
Dua lagi yang belum mati iaitu Tun Abdullah dan Najib sendiri tidak diketahui. Tun Abdullah adalah seorang yang amat sabar. Apa jadipun, elokkah atau tak elokkah Umno, payah dia hendak meninggalkan Umno.
   
Apakah dia mati dalam Umno? Bergantung bila Umno akan mati? Jika Umno mati sebelum dia mati, bererti dia tidak mati dalam Umno sekalipun dalam hatinya ada tulisan kalimah Umno. Kalau matinya semasa Umno masih ada, matilah dia dalam Umno.
   
Hanya Allah yang tahu bila dan di mana seseorang akan mati. Tun Abdullah mahu mati dalam Umno, tetapi mungkin dia di tempat lain baik Umno ada ataupun tiada. Kan ada kejadian tiba-tiba dia tak mati dengan Umno disebabkan oleh keadaan Umno yang tidak menentu sekarang.
   
Boleh diagak Najib mahu mati dalam Umno, tetapi bergantung jika dia masih Presiden Umno. Jika dia seperti bapanya mati semasa dalam perkhidmatan, maka ghalibnya dia mati dalam Umno.
  
Tetapi kalau dia sudah tidak lagi jadi Presiden, belum tentu dia akan mati dengan Umno. Dengan masalahnya yang banyak dalam kerajaan dan dengan Umno, belum tentu dia dikekalkan berada dalam Umno. Jika masalah dalam Umno dikira sebagai hutang, hutangnya pada Umno bukan sekadar hutang keliling pinggang, maka hutangnya keliling tubuh – dari depan ke belakang, dari kanan ke kiri dan dari hujung rambut ke hujung kali.
  
Jika dia tidak lagi jadi Presiden atas sebab dia berundur atau dia diundurkan, dia dikalahkan dalam pertandingan Presiden atau dia tidak dicalonkan lagi, maka nasibnya dalam Umno akan ditentukan oleh Umno masa itu. Jika dia dipecat dan dia mati, maka tidak mati dia dalam Umno.
  
Jika pemergiannya sebagai Presiden Umno cara baik, maka harapan terus berada dalam Umno adalah mungkin. Tetapi kalau perginya cara paksa dan dia melawan pula, maka payah hendak diramalkan kemungkinannya.
   
Akan tetapi jika Najib tidak lagi jadi Presiden, sempat Dr. Mahathir jadi ahli Umno semula, maka dapatlah dia mati dalam Umno. Kalau tak sempat, Umno boleh batalkan tindakannya meninggalkan parti disengajakannya, tapi seperti Nabi Adam makan buah dari pokok yang dilarang di syurga, ia tidak kesengajaan, maka segera Allah terima taubatnya.
  
Adapun Presiden PAS yang mati  uar PAS, Haji Ahmad Fuad dan Tan Sri Asri. Yang mati dalam PAS Dr. Abas Alias, Dr. Brhanuddin al-Helmy, Haji Yusof Rawa dan Ustaz Fadzil Nor. TG Haji Hadi tidak dijangka ada kejutan. – HARAKAHDAILY 8/3/2016

Sumber HD - 8-3-2016

Umar Abdul Aziz tidak beri BR1M

SUBKY LATIF | .

KHUTBAH Jumaat di Wilayah Persekutuan 26 Februari lalu adalah mengenai vandalisma dan sikap tidak bertanggungjawab dalam kalangan jemaah masjid.
 
Ia tentulah penyakit teruk masyarakat hingga terpaksa dijadikan topik perbincangan dalam khutbah.
   
Vandalisma atas harta awam berlaku di merata-merata. Besi kabel elektrik dicuri. Besi penutup lubang saluran air di jalan-jalan dikebas, papan tanda diconteng, kayu kerusi di perhentian bas dipatah, kepala paip di tempat awam kalau tidak tercabut dibiarkan tidak bertutup.
   
Perangai buruk itu melarat hingga ke masjid. Kipas dicuri, pembesar suara disimpan dalam bilik yang berkunci. Peti duit dikopak. Tandas kotor adalah biasa. Paip tidak bertutup adalah biasa. Demikian juga lampu dan kipas jika tidak ditutup siak terbiarlah sepanjang masa.
   
Masjid adalah tempat suci orang datang beribadat, untuk bertaubat, membersihkan diri daripada dosa dan untuk mendekatkan diri dengan Allah. Ia didatangi oleh setiap orang yang beragama. Orang beragama sepatut berdisiplin, baik dan mengelakkan dosa.
   
Mengapa peralatan masjid dicuri dan dirosakkan?
  
Jika di perhentian bas dan bangunan awam orang tidak teragak-agak membuat  curang kerana tidak ingat diri diperhati Allah dan malaikat-Nya, di masjid tempat semua mengingati Allah dan Allah sentiasa memerhatikan. Di masjid juga orang yang datang iktikaf dan solat seolah-olah tidak takutkan Allah dan masjid tidak diperhatikan Allah.
   
Masjid yang sudah dilengkapkan dengan hawa dingin, dinginnya seperti tidak memadai, semua kipas dipasang juga. Kadang-kadang ia ada beberapa orang, tetapi semua kipas dan lampu serta hawa dingin dipasang juga. Tiada sivik untuk berjimat dan menjauh perangai membazir.
   
Mengapa orang sembahyang buruk sangat perangai? Dan mengapa penyedia khutbah terpaksa menempelak sekalian jemaah tentang kejadian buruk itu.
  
Tidakkah ia mencerminkan keadaan sakit tenatnya umat Islam dan masyarakat? Mengingatkan mereka adalah wajib. Tetapi mengingatkan mereka saja tidak memberi apa-apa kesan. Khutbah itu masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri. Dan yang tidur semasa khutbah, ia tak masuk telinga pun.
  
Tidak pula khutbah itu bertanya adakah peyakit orang Islam itu justeru mereka yang sakit itu saja. Tidak mungkin buruknya orang Islam itu antaranya buruk pemerintahnya. Tidakkah buruknya Raja atau Presiden atau Perdana Menteri menyebabkan buruknya masyarakat hingga ke masjid?
  
Bukankah pemerintahan itu wujud bagi menjamin kesejahteraan masyarakat. Saya terkesan dengan satu riwayat. Arab Badwi yang terpencil dengan masyarakat hadhari mendapati hasil kebun mereka bertambah. Lalu mereka percaya mungkin wilayah itu ada pemerintah baru yang adil.
   
Kemudian mereka mengetahui khalifah baru mereka ialah Umar Abdul Aziz. Kesimpulan semua ialah pimpinan adil Khalifah umar Abdul Aziz itu membawa kesejahteraan kepada masyarakat dan wilayah.
  
Umar Abdul Aziz tidak memberi BR1M kepada peduduk bagi meringankan kehidupan mereka. Tetapi kerajaan yang adil dan melaksanakan maqasid syariyah menggandakan pendapatan umat.
  
Sebaliknya buruknya masyarakat hingga ke masjid, tidakkah justeru buruknya pemerintahan?
   
Jangan kata segala kepincangan itu terlepas daripada buruknya pemimpin dan sistem pemerintahannya. Pembuat khutbah patut mendalamkan lagi kandungan khutbahnya. Elok kerajaan eloklah orangnya. Kata pepatah Cina, buruk ikan bermula dari kepalanya. – HARAKAHDAILY 7/3/2016

Sumber HD - 7-3-2016






















Sah Umno parti feudal
























SUBKY LATIF | .

TERLALU banyak simpton yang menunjukkan Umno adalah sebuah pertubuhan politik yang amat feudal sama dengan institusi istana yang belum mengenal demokrasi. Kesaksian terbaru itu adalah badan feudal ialah keterangan yang dibuat oleh menteri Datuk Nazri Aziz terhadap penampilan politik Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden Umno yang dilihat tergantung.
   
Nazri yang jarang membuat kenyataan politik menyarankan supaya Muhyiddin melepaskan jawatan Timbalan Presiden sekiranya tidak menyokong Presiden parti dan tidak mahu membantunya.
   
Kata Nazri, mereka menyokongnya dulu kerana dia dilihat menyokongnya untuk jadi Presiden. Apabila dia  tidak menyokongnya lagi, maka pilihannya ialah melepaskan jawatannya.
  
Yang menyokong Najib menjadi Presiden dulu bukanlah orang sependirian dengan Nazri dulu dan sekarang saja. Muhyidin dan penyokongnya juga adalah antara orang yang menyokongnya.
  
Jika Muhyiddin kini hilang keyakinan dan kepercayaan kepada Presiden Umno belumlah boleh dikira Muhyiddin telah melanggar peraturan dan disiplin partinya. Dia belum dihadapkan ke badan disiplin parti. Selagi Umno belum mengesahkannya melanggar disiplin parti, maka dia belum diliha bersalah.
  
Jika dia menegur Presiden, ia adalah dikira langkah yan sihat dalam politik demokrasi. Setiap seorang Umno kepada ketuanya tidaklah mutlak seperti setia kepada Allah dan rasul-Nya. Setia kepada ketua itu tertakluk kepada setianya kepada partinya, kepada bangsanya dan kepada agamanya.
   
Najib bukan maksum dan kini yang mempertikainya lebih ramai daripada yang membodeknya.
   
Kedua, Umno bukan badan feudal yang ketuanya tidak boleh dikritik dan dibetulkan.
   
Ketiga, Umno bukan sebuah parti seperti parti komunis yang ketuanya tidak boleh ditegur baik secara terang mahupun secara tersembunyi.
  
Atas faktor-faktor itu maka tidaklah menjadi kesalahan jika orang Umno menegur Umno terutama pemimpin yang tidak popular yang dipertikai oleh semua.
  
Muhyiddin sekarang bukan menegur Najib kerana isu 1MDB dan derma RM2.6 bilion saja, tetapi ia menegur Umno kerana merampas hanya sebagai Timbalan Presiden Umno. Sebagai Timbalan Presiden dia ada hak untuk bercakap sebagai Timbalan Presiden baik dalam Perhimpunan Agung atau mana-mana perjumpaan yang dianjurkan oleh parti dan penyokongnya.
  
Mana ada peraturan dalam Umno dan mana-mana badan politik jua, Timbalan Presiden tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam Perhimpunan Agungnya? Di bawah peraturan mana Umno menafikan hanya dalam perhimpunan yang lalu.
  
Tidakkah menghalangnya itu Presiden dan Majlis Tertinggi parti itu telah mencabul perlembagaan partinya dengan sekaligus melanggar peradaban parti itu.
   
Latar belakang inilah yang menyebabkan Muhyiddin selepas tidak jadi Timbalan Perdana Menteri membuat beberapa teguran kepada pimpinan Umno.
   
Jika Umno mahu menekan Muhyiddin kita kata Umno jadi parti feudal, maka orang tanya apakah tidak senang pimpinan PAS terhadap kenyataan Husam Musa terhadap PAS, maka PAS juga sudah jadi feudal?
   
Muhyiddin ada jawatan dalam parti tetapi Umno rampas hak berperanan dalam partinya. Husam tidak pegang apa-apa jawatan dalam parti sekarang, tetapi tidak dihalang Husam untuk membantu PAS dari dalam dan dari luar.

Sebelum Husam ada kedudukan dalam parti dia beri banyak khidmat parti. Apbila dia tidak ada jawatan, dia tidak dihalang buat seperti dulu.
   
Dia tak datang itu adalah masalah dia. Muhyiddin mahu datang kepada partinya tetapi dia tidak dikehendaki.
   
Maka tidak sama menyamakan keduanya. Dengan demikian Umno sudah sah feudal tetapi PAS belum boleh disamakan dengan feudalisma Umno itu. – HARAKAHDAILY 4/3/2016

Sumber HD - 4-3-2016

Khilaf Dr Haron Din sebagai ketua kluster dakwah
























SUBKY LATIF | .


ADALAH satu penghormatan kepada Datuk Dr. Haron Din dan PAS apabila beliau dilantik oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi untuk menjadi ketua kluster dakwah dalam satu jaringan yang dibentuk kerajaan bagi menasihatkan kerajaan.
   
Tentunya ia tepat dengan wawasan Presiden PAS TG Abdul Hadi Awang betapa PAS boleh sesuai memainkan peranan untuk menasihatkan kerajaan dan pemimpin-pemimpin kerajaan daripada bergabung sebagai sekutu kepada parti yang memerintah sekarang.
   
Sekalipun pelantikan itu menunjukkan adanya kelonggaran baru bagi Umno untuk menerima secara langsung peranan yang PAS sebagai pembangkang boleh sumbangkan kepada kerajaan tetapi pelantikan itu adalah justeru ketokohan dan kemahiran Dr. Haron Din sebagai seorang ahli ilmu.
  
Saya percaya beliau boleh memberikan sumbangan positif yang diharapkan.
  
Bagaimanapun ada khilaf dalam kalangan penyokong PAS terhadap penerimaan Dr. Haron atas pelantikan itu. Tidak disangsikan ada kebaikannya orang PAS dilantik dan orang PAS menerimanya secara terbuka, dan Dr. Haron boleh memenuhi tanggungjawabnya, tetapi ada pandangan supaya Dr. Haron tidak menerimanya.
   
Saya cenderung menerima pandangan itu, bukan kerana tidak setuju PAS sedikit persefahaman dengan kerajaan tetapi adalah disebabkan Dr. Haron adalah Mursyidul Am PAS. Jika beliau bukan Mursyidul Am, beliau adalah orang terbaik untuk mengetuai kluster dakwah itu.
  
Tanpa meremehkan pandangan baik dan penghormatan kerajaan kepada beliau dan kepada PAS, jika kerajaan merasakan pemimpin PAS wajar diberi penghormatan, maka perlantikan itu boleh dibuat terhadap orang lain yang bukan Mursyidul Am dan bukan Presiden.
  
Mursyidul Am adalah satu jawatan dan kedudukan yang paling berprestij pada jamaah Islam itu dan tidak sesuai dan tidak bebas duduk dalam mana-mana badan lain.
  
Sekalipun pemerintahan kita memakai sistem khalifah, maka Mursyidul Am tidak dikira patut duduk dalam apa-apa kedudukan di bawah khalifah.
  
Mursyidul Am mesti bebas daripada sebarang ikatan dan apa jua komitmen dengan pihak lain.
  
Tidaklah Mursyidul Am mesti terpisah dengan masyarakat, tetapi mungkin kedudukan itu dapat diibaratkan dengan seorang raja bertakhta. Raja bertakhta itu adalah tinggi kedudukannya dalam institusi masyarakat beraja. Maka tidak kena Raja mengetuai pertubuhan sukan atau badan-badan amal. Mengetuai pertubuhan seperti ini mendedahkan raja kepada kelemahan dan kekuatan. Ia tertakluk kepada teguran dan  cabaran.
   
Jika Raja hendak dilibatkan dengan mana-mana badan yang terbaiknya ialah sebagai penaung.
   
Saya suka mengambil kejadian yang dilalui Ustaz Zamihan yang dijadualkan berdebat dengan Dr. Maza, Mufti Perlis. Ustaz Zamihan adalah ketua pertubuhan Ahlis Sunnah wal-Jamaah. Berapa besar dan ramai mana anggotanya tidak penting. Tetapi Ahlis Sunah wal-Jamaah adalah institusi yang terangkum semua mazhab Islam selain Syiah. Nama jamaah yang diwakilinya adalah besar.
  
Kerana dia kerja dengan kerajaan. Jabatannya tidak memberi permit kepadanya, dia tidak dapat menyertai debat itu. Bagi memimpin badan seperti itu Ustaz Zamihan mesti membebaskan diri daripada sebarang ikatan yang menghalangnya bergerak bebas.
   
Mursyidul Am adalah satu institusi penting dalam PAS. Ia adalah kerja penuh masa dan perlukan tumpuan. Rakyat dan negara sendiri pun melihat ia institusi yang tinggi dari yang lain. Mungkin menerimanya adalah keputusan yang baik. Tetapi yang terbaik beri ia pada orang lain. – HARAKAHDAILY 1/3/2016

Sumber HD - 1-3-2016

Semua benci penipu

SUBKY LATIF | .


MENGENANG 40 TAHUN Perdana Menteri Najib dalam politik, maka kita semua diberitahu dalam satu media oleh Setiausaha Politiknya, Mohamad Fatmi Che Salleh, perkara yang paling tidak disukainya ialah orang yang menipu.
   
Benci kepada orang yang menipu adalah sifat yang baik dan ia bukan dibenci oleh Perdana Menteri saja jika apa yang setiausaha politiknya kata itu tidak tipu kita, ia adalah dibenci oleh semua.
  
Menipu itu adalah satu daripada ciri-ciri orang munafik dan orang munafik adalah dibenci Allah.
  
Orang munafik bukan sekadar tipu orang lain, bahkan dia tipu Allah. Dan Allah terangkan, malah dia tipu dirinya sendiri.
  
Kata Mohamad Fatmi, Perkara yang paling tidak disukainya (PM Najib) ialah orang yang menipu. Dia mahu semua orang jujur jika ada masalah agar ia boleh diatasi, kerana jika menipu masalah itu gagal diselesaikan.
   
Reaksi pertama saya terhadap penjelasan Setpol itu ialah, jangan dia tipu semua tentang PM itu sudahlah. Moga-moga dia berkata dari apa yang dia tahu tentang dan daripada pengamatannya. Jangan dia kata begitu kerana orang suruh dia kata begitu.
  
Dan jangan katanya itu jadi sebahagian daripada strategi Perdana Menteri menghadapi suasana secara umum kepercayaan orang kepadanya sebagai Perdana Menteri sangat rendah.
  
Percayakah orang akan apa yang Fatmi kata itu?
  
Dunia amat ajaib jika orang percaya kepadanya. Kita bimbang Najib pun mungkin tidak percaya semua apa yang Fatmi  kata. Kalau percaya pun sikit, tapi banyak yang tidak percaya.
  
Semasa Dr. Mahahir sebelum jadi Perdana Menteri, semasa Tun Abdullah Badawi belum masuk politik, dia pernah mengakui dia pernah berbohong. Saya kira dia jujur dan berani mengaku kelemahannya. Dia akui hal itu, pada sangkaan saya, dia tidak mahu lagi berbuat demikian.
  
Saya mahu mengatakan dia jujur memberitahu itu dan dia juga jujur atas niat tidak mahu mengulanginya lagi. Sekalipun dia betul-betul jujur, saya payah melupakan pengakuannya dia pernah berbohong, maka saya tertanya-tanya kemudian, bagaimana dia mungkin tidak berbohong lagi dan yang mana-mana pula kata-katanya tidak bohong dan yang mana pula bohong.
  
Mungkin itulah kelemahan saya, ada masanya payah percaya kepada orang yang berniat tidak mahu mengulang kesilapannya, sedang sepatutnya kita wajar terbuka kepada orang yang hendak berbuat baik.
  
Kita boleh terima PM paling tidak suka orang menipu. Orang yang kerjanya menipu juga tidak suka dan tidak percaya orang diketahuinya menipu, kerana penipu itu boleh tipunya. Si penipu itu tidak suka orang tipu orang lain tetapi dia menipu tak mengapa.
  
Tak usah bangkitkan tentang skandal bunuh Altantuya dan skandal beli kapal selam Perancis yang halnya dalam mahkamah luar negara. Tentang kes 1MDB. Semua kata ia kes tipu. PM saja kata tak tipu. Semua orang tak betulkan atau betul PM tak tipu.
  
Kes 2.6 bilion yang pernah masuk akaun pribadi PM. Yang kata ia derma adalah PM. Dia  tipukah atau tak tipu? Menteri Saudi kata, ia pelaburan, bukan derma. Saudi tipukah atau PM tidak menipu?
   
Fatmi yang jadi penasihat PM patut bantu PM redakan masalahnya, jangan tambah bebannya dengan mengata dia elok dan tak cacat.
  
Raja Mesir purba yang didatangi Nabi Musa dan Nabi Harun memang zalim. Haman dan Qarun jadi penasihatnya. Mereka halang Raja ikut nasihat baik daripada Nabi. Penasihat tambah Raja jadi lebih zalim. – HARAKAHDAILY 29/2/2016

Sumber HD - 29-2-2016






















Wartawan juga diajar sorokkan kebenaran
























SUBKY LATIF | .


SAYA ikuti Forum Perdana TV1 dari kediaman Menteri Besar Perak.

Panelis ditanya tentang pesanan Islam kepada orang-orang beriman, apabila datang berita daripada orang fasik, hendaklah diteliti kesahihannya. Cara mana hendak mengesannya ia palsu atau tidak dan apa cara untuk menyekat perkhabaran palsu itu?
   
Moderator menyerahkan kepada Prof. Madya Dr. Sharifah Hayati Syed Ismail untuk menjelaskannya. Beliau telah menjelaskan maksud dan huraian tentang pesanan dan menerangkan ciri-ciri orang fasik itu tetapi kita tidak dapat penjelasan bagaimana hendak mengenal maklumat itu benar atau palsu dan apa keupayaan kita bagi menyekat penyebaran berita palsu.
   
Semua ulama telah menguraikan maksud pesanan dan orang Islam umumnya alim akan perkara itu tetapi perkhabaran palsu dan tersebar setiap saat dan minit. Orang Islam termasuk yang berilmu pun kadang-kadang terlibat dalam penyebarannya.
  
Berita palsu adalah sebahagian daripada kehidupan manusia sekarang termasuk orang Islam yang ada sedikit sebanyak iman dan ia tidak dapat disekat gara-gara dunia kini penuh dengan kemudahan teknologi. Semua ruang lingkup antara isi bumi dan langit memberi ruang kepada sumber dan tersebarnya maklumat, yang palsu seolah-olah mengalahkan yang benar.
   
Radio, TV, media cetak dan media maya mendedahkan semua dengan perkara palsu. Ia tersekat sama seperti sukarnya menyekat hasutan iblis. Kita tak nampak dia. Dia ada hingga ke dalam perut dan saluran darah kita. Bagi menjauhkan gangguan iblis orang beriman disuruh jangan lupa baca A’uzubillahi Minasyaithoni rajim. Kemudian mantapkan iman dengan ingatkan Allah setiap ketika. Sedetik saja terlupakan Allah, maka jadilah dia ingatkan iblis.
    
Orang fasik ada di tengah orang Islam. Dia adalah orang Islam yang jahat. Kita payah hendak memisahkan diri daripada orang fasik. Di kiri kanan ada orang fasik.
   
Amat payah bagi orang biasa utuk mengenali orang fasik dan berita palsu kecuali seseorang itu dilengkapkan dengan segala ilmu pengetahuan. Orang Islam mestilah di isi dadanya dengan semua cabang ilmu supaya dia kenal dengan ilmu apa yang betul dan tidak betul. Ahli hadis mudah faham hadis yang didengarnya sahih atau dhaif.
   
Orang tak tahu undang-undang percaya semua hujah para peguam, tetapi hakim tahu ia ada hujah atau loyar buruk. Wartawan diajar tentang mana berita yang boleh percayai atau tidak. Tetapi wartawan juga diajar bagaimana hendak menyorokkan kebenaran.
   
Masyarakat bukan Islam di negara maju tak kenal Islam, tak tahu kisah fasik dan tidak fasik. Bagi memungkinkan mereka tahu apa yang benar dan apa yang propaganda, maka mereka benarkan siapa saja memilik media dan media yang banyak itu akan melakukan siasat dan imbang yang memungkinkan pembaca tahu yang mana benar dan palsu.
    
Apabila kita dengar Dr. Maza cakap, kita rasa dia betul. Dengar pula Ustaz Zamihan, kita rasa dia betul. Tetapi apabila kita ada ilmu yang cukup kita tahu siapa lebih betul
 
Undang-undang dan denda tidak mampu menyekat kebanjiran berita palsu. Semua harta dan kelengkapan diguna unuk menyekat berita palsu, ia tak tersekat. Tetapi jika semua rakyat bebas daripada kejahilan berita palsu tidak laku sekalipun ia memenuhi ruang lingkup antara bumi dan langit. Berita palsu hanya akan tersebar dalam kalangan masyarakat yang jahil dan jahiliyah. – HARAKAHDAILY 25/2/2016

Sumber HD - 25-2-2016






















Mencari ganti Zeti di bank negara

SUBKY LATIF | .


KITA sekarang sedang mencari siapakah yang akan menggantikan Tan Sri Dr. Zeti sebagai Gabenor Bank Negara yang baharu?
    
Perkhidmatannya akan tamat April ini. Boleh disambung tetapi beliau tidak mahu lagi dan kalau mahupun kemungkinannya tidak akan disambung.
    
Rakyat prihatin mahu gantinya ialah sama tegas dan sama wibawa dengannya. Dia tahu kerjanya dan dia tidak mahu orang luar suruh buat apa yang mesti dibuatnya.
   
Selepas Gabenor yang pertama, Almarhum Tun Ismail Ali, telah ada beberapa gabenor sebelum Dr. Zeti. Tetapi Dr. Zetilah yang terbilang dan dihormati di persada dunia.
   
Bank Negara ada Timbalan Gabenornya tetapi seingatnya belum ada yang jadi Gabenor. Zeti saja dari warga bank itu yang jadi Gabenor. Tentu ada yang kanan bersamanya, tetapi mengapa dia dipilih sedang dia orang perempuan? Ada tanyaan.
   
Mungkin orang perempuan senang disuruh dan diacu. Tetapi dia tidak mudah ikut apa orang luar mahu dan dia mengikut acuan yang ditetapkan oleh bank pusat. Dasar sudah ditetapkan dan gabenorlah yang wajar mentafsir dan mentadbirkan dasar itu.
   
Zeti berwasiat gantinya biarlah bukan orang politik, bukan seperti ganti Peguam Negara dan buka jadi seperti Pengerusi Tabung Haji. Satu wasiat yang ada 1001 pesanan yang tersirat.
   
Jika ganti yang tidak tepat jadi Zimbabwe negara anggota TPPA itu.
   
Tidak salah orang politik jadi Gabenor Bank. Tetapi biarlah dia seorang politik yang bermaruah. Nabi Yusuf di samping seorang Rasul adalah orang berotak politik. Politiknya yang bermaruah menyelamatkan Mesir purba daripada ancaman ekonomi dan kebuluran.
   
Kita ada orang politik yang tidak dicucuk hidungnya seperti Tengku Razaleigh dan Tun Musa Hitam. Jika orang politik seperti ini ada maruah dan kelas, mereka tidak jadi orang politik yang hidung dicucuk.
   
Masyarakat umum adalah berkongsi husnuzzan dengan Zeti kemungkinan Gabenor yang baru itu nanti adalah dari spesies yang hidungnya dicucuk. Semuanya, dalam dan luar negeri, amat syak kerajaan Malaysia mahukan seorang gabenor yang hidungnya dicucuk.
   
Persepsi umum sekira tiga dasawarsa ini kita ada Peguam Negara yang ditambat lehernya. Apabila ada tanda-tanda dia hendak melepaskan leher dari tambatan, cepat-cepat dia digantikan.

Semua jabatan profesional berketuakan orang yang tengkuk berkalung besi berkaran. Bila-bila kalung itu akan disambar karan. Yang tidak ada kalung itu pada masa ini ialah Gabenor Bank Negara dan  Ketua Pesuruhjaya SPRM. Suhakam juga tiada kalung besi itu.
   
Sebelumnya Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara tidak pakai kalung itu. Dia dijadikan menteri dan gantinya diserahkan kalung itu tetapi tidak pasti dipakainya atau tidak. Apa pun PAC sekarang dirasakan tidak sama dengan yang sebelumnya.
  
Kini kita menunggu Gabenor baru Bank Negara. Mungkin hidungnya tidak dicucuk. Tetapi orang tidak percaya. Yang pertama yang patut dia buat, buktikan hidungnya tidak dicucuk. Inilah cabaran besar bagi ganti Dr. Zeti. Dia bukan abdi tetapi adalah Gabenor yang ada wibawa dan kemerdekaan diri.
   
Selepas merantai besi leher Gabenor baru, tidak mustahil rantai besi itu dihantar pula ke SPRM justeru Tan Sri Abu Kassim pun uzur dan membilang minggu saja untuk menamatkan perkhidmatan.
  
Oh Malaysia Tanah Airku! – HARAKAHDAILY 24/2/2016

Sumber HD - 24-2-2016






















Tunggu mereka balik dulu

SUBKY LATIF | .

MUNGKIN betul orang-orang PAS yang keluar parti dan menyertai parti baru berhasrat untuk kembali semula ke pangkuan. Antara mereka sudah berada dalam PAS lebih 50 tahun. Bukan senang hendak melupakan asam garam yang dilalui selama itu.
    
Tetapi bagi yang dikatakan sudah datang menyatakan hendak balik semula, layanlah seadanya dan jangan cakap tentang pintu sudah tertutup dan sebagai. Alu-alukan hasrat mereka itu, mana tahu kalau mereka betul hendak datang kembali. Doakan saja biar betul mereka hendak balik.
   
Jangan cepat-cepat umum mereka sudah datang menyatakan hasratnya. Jika mereka hendak balik, biar mereka balik dulu. Jangan cepat-cepat bagi tahu media sehinggallah betul-betul mereka sudah  berada di tengah PAS semula.
   
Apa yang berlaku itu adalah kejadian peringkat awal. Mereka baru bercadang. Bercadang tidak jadi lagi. Banyak cadang tinggal cadang saja. Pada peringkat itu mungkin ada yang sudah ambil borang untuk jadi ahli semula. Pada peringkat cadangan itu, mereka boleh batal. Tak jadi masuk atau ia pergi ke parti lain.
  
Ada beberapa tokoh. Bersama-sama berjumpa bersetuju tinggalkan PAS dan tubuh parti. Bila parti baru ditubuhkan, mereka masuk PKR. Atau ada yang tunggu dalam PAS tetapi hatinya sudah tiada dalam PAS. Apa yang ditunggu, tak siapa tahu.
   
Jika kita cepat umum mereka hendak kembali, tiba-tiba mereka tak jadi kembali. Orang hendak tahu siapa? Bila mereka tak jadi balik, akhirnya kita tidak dapat bagitahu siapa yang kendak kembali itu? Bila tak jadi balik, nanti boleh memalukan kita.
   
Asas untk kembali semula itu banyak. Antaranya marah itu dan marah ini. Orang marah fikiran tidak stabil. Marah bukan sifat semula jadi makhluk manusia khususnya orang Islam. Marah itu adalah sifat makhluk lain. Mana-mana manusia sukah marah-marah, maka ia sudah terikut dengan perangai makhluk asing itu.
   
Marah ubatnya sabar. Jika kita tidak sabar masa marah. Maka macam-macam kita boleh lakukan. Bila kita sabar, lama-kelamaan marah itupun hilang dan kita boleh stabil semula.
    
Semua yang meninggalkan parti itu kerana tidak sabar. Sesudah beberapa bulan, banyakkan solat sunat dan banyakkan puasa sunat, maka hilanglah perasaan marah dulu. Bagi yang marah tapi tak keluar parti mereka senang untuk kembali. Tak perlu isi borang dan minta jadi ahli semula.

Masa marah itu duduuk di rumah dan tak usah campur urusan PAS. Sesudah lepas geram, boleh datang semula menyambung apa yang diperjuang dulu.
   
Tetapi bagi yang telah keluar, nak masuk semula tidak payah tetapi ada rasa malu dan segan silu. Tetapi jika ada sikap yang teguh, berani mengaku telah membuat silap, boleh datang semula.

Mungkin nama mereka belum dipotong daripada senarai ahli. Jika tidak menunggu lama, ketika nama belum dipotong, balik semua dan sambung keahlian lama, tak perlu isi borang.
   
Kalau ada yang dilihat ada atas pentas bersama parti baru atau selalu bersama mereka ke sana sini, ia adalah ketika sedang marah. Bila marah hilang, kita boleh kata kerana marah tetapi belum jadi ahli parti itu lagi. Sekarang tak jadi masuk dan untung belum jadi keluar PAS.
   
Sekalipun dia sudah masuk parti baru, kalau dia mengaku keluar parti baru, parti baru pun tak seronok. Malu mereka. Parti baru mungkin akan kata dia belum jadi ahli. Belum jadi ahli adalah lebih baik daripada jadi ahli kemudian keluar. Memang ramai orang keluar PAS tapi masuk semula. Tiada apa yang dimalukan. Malu pun dua minggu saja. – HARAKAHDAILY 23/2/2016

Sumber HD - 23-2-2016

Ujian Mukhriz tak sehebat Anwar

SUBKY LATIF | .


TENTUNYA apa yang dialami Datuk Seri Mukhriz adalah satu ujian yang terkesan pada hati dan politiknya, malah ia juga menyentuh jiwa dan perasaan kedua ibu bapanya, Tun Dr. Mahathir dan Tun Dr. Siti Hasmah.
   
Apa jua, besar kecilnya ujian itu tentulah dihadapi dengan tabah dan tenang bagi setiap yang berjiwa besar. Ketiga anak-beranak itu tentu tahan menghadapi asam garam politik dunia itu.
   
Saya tidak mahu kata, kejadian terhadap Mukhriz itu adalah balasan Allah atas tindakan politik Dr. Mahathir terhadap DS Anwar Ibrahim hujung tahun 1990-an dulu. Tetapi ia adalah giliran keluarga itu untuk merasai sedikit pengalaman yang dihadapi oleh Anwar, ayahnya dan bondanya.
   
Memang yang terjadi pada Mukhriz itu meributkan politik Kedah dan mengganggu sedikit sebanyak pentadbiran kerajaan dan kehidupan rakyat. Tetapi ia adalah seperti setitik air jatuh ke secawan kopi dibanding dengan badai dan ribut yang keluarga Anwar, rumah tangga Umno dan politik negara alami.
    
Tidak dapat hendak diagak berapa lama apa yang Mukhriz itu akan mengganggu dunia politik kita, tetapi semua tahu ujian dan cabaran yang Anwar hadapi adalah yang tebesar dan terperit yang politik dan pentadbiran negara pernah alami. Sudah hampir 20 tahun politik Anwar terus bergolak dan ia mengganggu perjalanan hidup keluarganya dan penyokongnya.
   
Tuduhan yang dikenakan kepada Anwar adalah sebesar-besar tuduhan yang pernah dialami oleh manusia. Nabi Musa a.s. telah menghadapi fitnah konspirasi Qarun. Ada perempuan mendakwa dimaksiat Nabi Musa. Apabila perempuan itu berdepan dengan kenabian Nabi itu, dia mengaku telah diupah Qarun. Atas daulat Nabi Musa dengan izin Allah, Qarun dan kekayaannya telah ditelan bumi.
   
Anwar bukan Nabi dan tohmah yang dihadapinya terpaksa melalui keadilan mahkamah dunia hingga hari ini. Dia tidak sekadar dipenjara dua kali, bondanya mati semasa dalam penjara dan bapanya mati semasa dalam duka nestapa tohmah terhadap Anwar belum berakhir.
   
Anwar terpaksa berpisah dengan isteri, anak-anak dan ibu bapa bertahun-tahun. Mukhriz hanya dibuang daripada Menteri Besar dan ketua Umno Kedah, tapi dapat terus bersama isteri, anak-anak dan bertemu ibu bapa dari semasa ke semasa.
   
Dr. Mahathir dengan fitnah yang dihadapi Mukhriz tidak merasa apa yang ayah Anwar rasa atas ujian terhadap anaknya, dan Dr. Hasmah belum mengalami apa yang dialami oleh bonda Anwar.
   
Jika PM Najib menghadapi sedikit reaksi nagatif daripada simpatisan Mukhriz, ia tidak semencabar apa yang dihadapi oleh Dr. Mahathir daripada penyokong anwar, bukan saja dari penyokongnya dalam negeri bahkan sokongan antarabangsa terhadapnya.
    
Saya tidak kata Mahahir telah bersalah dalam hubungannya dengan Anwar, tetapi dia dan isteri sudah merasa sedikit daripada apa yang Anwar dan keluarganya hadapi selama hampir 20 tahun.
   
Sekalipun apa yang Mahathir itu ringan dibandingkan dengan belenggu yang Anwar hadapi, tidaklah boleh kita kira ia tidak apa-apa dalam tekanan politik Najib sekarang. Yang Najib lakukan terhadap Mukhriz dan kesannya kepada Dr. Mahathir tetap satu politik licik.
   
Mukhriz tidak sepatutnya dihina begitu. Jika terlemah dibandingkan dengan semua MB dan Ketua Menteri, mungkin Umno beri tunjuk  sebab mengapa dia tidak boleh digantikan?
   
Tetapi melalui kelicikan Najib itu dapat memberinya sedikit daripada pengalaman Awar dan ia tidak wajar bagi Mahathir dan anaknya untuk tidak terus bekerja bagi menurunkan Najib. Bukan sekadar meruntuhkan kuasa Umno, tapi ia demi melepaskan negara daripada kezaliman. – HARAKAHDAILY 22/2/2016

Sumber HD - 22-2-2016






















Najib tak cukup masa untuk tadbir Kedah
























SUBKY LATIF | .


ISYARAT tentang wibawa Menteri Besar baru Kedah untuk mentadbir negeri mendatangkan tanya apakah ia ditadbir dari Alor Setar atau dari Putrajaya?
   
Ketika MB itu ditanya wartawan tentang pembentukan exconya, dia kira-kira menjawab, menunggu isyarat daripada Perdana Menteri sebagai Presiden Umno. Mungkin dari segi adab dia boleh minta pengesahan Datuk Seri Najib tetapi jangan tunjukkan sangat kepada umum dia tiada kebebasan untuk membentuk sendiri kabinetnya dan kemudian minta komen daripada ketuanya itu.
   
Kerajaan negeri sekalipun daripada parti yang sama dengan kerajaan pusat, mengikut perjanjian persekutuan, negeri ada wibawa dan kebebasan sendiri yang tidak terikat pada arahan pusat.
   
Dia hendak dijadikan Menteri Besar bukanlah bermula dari meletupkan bom pada hari sidang media 30 Janauri lalu.
   
Najib sudah lama hendak membuang Mukhriz. Dia telah mengirim sekutu lamanya Tan Sri Ab. Rahim Tamby Chik untuk membayangkan perkara itu kepada Tun Dr. Mahathir dengan membawanya ke kerajaan pusat dan MB Kedah diserahkan kepada orang lain.
   
Najib tentu telah memberi isyarat kepada Datuk Seri Ahmad Bashah tentang cadangan mengeluarkan Mukhriz daripada Kedah. Tidak sekadar dia disuruh mengadakan sidang akhbar nyatakan apa hendak dibuat, tetapi tentulah ada isyarat supaya menggantikan Mukhriz. Kalau pun Najib tidak sebut dia jadi ganti, tetap sebagai orang parti paling kanan di Kedah selepas Mukhriz adalah dia sendiri. Maka dia patut angan-angankan jadi MB dan memikirkan barisan exconya.
   
Pada ketika dia dinamakan jadi MB, barisan exco itu jika pun tidak dipenuhkan tetapi 80 peratus sudah ada. Apabila pemberita tanya jangan sebut tunggu apa Najib mahu tapi katakan dalam penyusunan terakhir.
   
Jangan tunjukkan sangat kepada dunia, Kedah di bawahnya ditadbir oleh Najib, walaupun mungkin begitu yang Najib mahu. Najib sudah tentu hendakkan MB yang paling setia, tetapi bukan MB menunggu arahan Najib seperti Malaikat tunggu arahan Allah.
   
Alam manusia tidak sama dengan alam malaikat. Manusia ada otak dan kebebasan memikir tindakan yang patut dibuat supaya kuasa itu tidak berpusat atas satu orang. Malaikat tidak diberi wibawa itu. Sekalipun tugasnya sudah ditentukan tetapi untuk menjalankan tugas tertentu itu mesti tunggu suruhan Allah dulu.
  
Ahmad Bashah dengan Najib bukanlah seperti Malaikat terhadap Allah. Ahmad Bashah mesti membantu Najib meringankan kerjanya yang terhingga banyaknya sekarang. Terlalu banyak perkara di luar keupayaannya hendak diputuskan.
  
Jangan jadikan Najib seperti monyet dengan semangkuk guli kaca. Ia cuba genggam sebanyak-banyak guli dengan dua tanggan. Dua genggamnya sudah penuh guli. Ia cuba ambil lagi guli dalam mangkuk. Apabila ia hendak ambil lagi guli, guli yang digenggam terlepas.
   
Bashah buat dulu seperti lain-lain Menteri Besar buat. Jangan tambah kerjanya yang sudah berlebih itu.
  
Akhirnya apabila wartawan tanya Najib tentang barisn exco Kedah kerana Bashah menunggu kemahuannya, Najib kata, serah pada Bashah menyusunnya. Bashah mesti tunjukkan dirinya jauh lebih berguna daripada Mukhriz.

Jangan tunggu Najib suruh buat itu dan buat ini. Najib jangan jadikan MB seperti budak pejabat. Dan MB sendiri kena faham dia bukan budak pejabat tetapi adalah pentadbir negerinya. – HARAKAHDAILY 16/2/2016

Sumber  HD - 16 - 2-2016

Usaha Azmin satu lawan satu terancam

SUBKY LATIF | .


USAHA Azmin Ali bagi mengekalkan strategi PRU13 satu lawan satu adalah satu pandangan yang betul yang wajar dikongsi oleh semua parti pembangkang.
   
Sekalipun PAS sudah terkeluar daripada muafakat besar pembangkang, usaha Azmin patut disokong seboleh-bolehnya. Jika ia tidak dapat dipenuhi, jadikanlah ia strategi terakhir setelah semua ikhtiar melalui jalan mati.
   
Dalam semua masa PAS jangan jadi pihak yang memecahkan strategi satu lawan satu itu! Ia adalah strategi yang terbaik.
   
Elakkan dalam tempoh Azmin hendak memastikan strategi itu diterus kita menempelaknya.
   
Nampaknya usaha Azmin itu mulai menempuh jalan sukar. Sekutu baru pembangkang itu, untuk negeri Selangor saja nekad untuk menentang di mana saja PAS bertanding baik DUN mahupun Parlimen.
   
Sebagai parti politik yang ada maruah PAS sekurang-kurangnya akan mempertahankan status PRU13 dulu ia tidak puas hati pembahagian itu dulu. Dengan ia secara teknikalnya tidak lagi terikat dengan pakatan dulu, tetapi hubungannya dengan PKR atas nama Pakatan Rakyat memberi ruang berunding atas apa yang boleh dan praktikal dalam semua pilihan raya menjelang PRU 14.
   
Jika ia hendak bertanding lebih daripada yang lalu maka ia perlu dirunding hingga saat terakhir. Jangan tutup pintu perundingan. Jika sekalipun PAS hendak bertanding di kawasan DAP ia juga mesti dimaklumkan secara baik dan dapat difahami oleh DAP.
   
Pada masa ini PAS hanya tiada tahaluf dengan DAP tetapi tidak bererti persefahaman pilihan raya tidak dapat dibuat. Jika PAS terpaksa bertanding dengan DAP, bukan dibuat atas tentangannya kepada DAP tetapi ia suatu yang tidak dapat dielak.
  
Apapun satu lawan satu adalah strategi yang ideal yang wajar diraikan.
  
Setakat ini strategi itu mulai sukar dicapai memandangkan ada parti yang hendak mengambil kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat dulu termasuk kawasan yang ditanding PAS.
  
PAS tidak boleh halang calonnya ditentang oleh pembangkang yang lain. Tetapi strategi PAS ialah kekal dalam kawasan yang ditandingnya dulu dan mahu berunding di beberapa kawasan lagi. Sekalipun PAS mahu kawasan tambahan tetapi tetap menyokong pertandingan satu lawan satu.
   
Tiada peraturan pembangkang tidak boleh bertembung dengan PAS di mana-mana. Ini berlaku, ia adalah ancaman kepada strategi yang Azmin sedang usahakan.
  
Jika PAS terpaksa menghadapi pertandingan tiga penjuru, bukan ia yang menggagalkan usaha Azmin, tetapi usaha Azmin itu dicabar oleh sekutu baru dalam perkongsian politik barunya.
  
Apakah usaha Azmin itu akan berjaya banyak bergantung kepada sikap anti PAS dalam kalangan parti pembangkang. Bukan masalah PAS jika pembangkang penuh dengan anti PAS. PAS mengambil bahagian dalam politik untuk memperjuangkan politik dan pemerintahan berasaskan Islam.
  
Ia telah ada sebelum adanya parti-parti pembangkang yang lain. PAS tidak pernah halang kewujudan lain-lain parti termasuk tidak menghalangnya untuk meletak calon di tempat PAS bertanding.
  
Pada masa ini PAS tetap merasakan PKR diperlukan. Maka pandangan dan politik PKR wajar diraikan, termasuk dalan stretegi satu lawan satu. Tetapi kalau pembangkang mengira satu lawan satu tidak termasuk kawasan yang ditanding PAS, maka PAS wajar mengambil sikap yang terbuka, bertanding di mana patut.
   
Jika satu lawan satu tidak berlaku bukan disebabkan oleh kemahuan PAS, tetap ia natijah daripada politik anti. – HARAKAHDAILY 15/2/2016

Sumber HD - 15-2-2016






















Fitnah RM2.6 bilion di akaun PM

SUBKY LATIF | .

MASUKNYA sejumlah duit RM2.6 bilion dalam akaun bank Perdana Menteri Najib menjadi satu fitnah besar buat Malaysia yang tidak berkesudahan. Ia menjadikan negara dan isinya mengalami kesan fitnah yang tak tertanggung.
   
Duit RM2.6 bilion itulah ibu dan punca segala fitnah, bukan laporan yang diselongkar The Wall Street Journal. WSJ sekadar menjalankan tugas menyelongkar apa yang disarankan tidak wajar berlaku.
   
Perdana Menteri sebagai pentadbir awam tertinggi tidak dihalalkan ada duit yang banyak dalam akaun pribadinya. Duit dalam akaun pribadi adalah milik pribadi. Jika pemilik itu mati, maka duit jadi faraid bagi warisnya. Maka ia mesti ditanya oleh sistem.
   
Saidina Umar al-Khatab sebagai Amirul Mukminin dia dapati ada dua baju baru sedang beliau sewajarnya memiliki satu baju saja. Maka masyarakat bertanya bagaimana beliau boleh ada dua baju dibimbangi ia diperoleh daripada sumber baitulmal yang beliau pemegang amanah terpentingnya. Sistem mahukan ketelusan.
   
Maka Saidina Umar terpaksa menjelaskan. Baju satu lagi adalah hak anaknya dan anaknya telah memberinya kepadanya. Jika sehelai baju khalifah diaudit, maka RM2.6 bilion mesti masyarakat ambil tahu.
  
Sistem mengira salah bagi PM menyimpan duit lebih daripada hak pribadinya. Individu yang boleh ada akaun sebesar itu ialah Philip Kock, Ananda Krishnan, Vincent Tan dan lain-lain yang sekaya dengan mereka.
   
Justeru itu satu fitnah, maka PM mesti ditanya dan dia mesti menjelaskan. Ia sudah dikira orang bersalah sehingga dia membuktikan dia tidak salah. Jelasnya ia adalah derma yang dikatakan dari kerabat diraja Saudi.
   
Sekalipun betul ia derma atas apa sebab jua, ia juga jadi fitnah kerana bagaimana begitu mudah orang berderma sebesar itu? Dan adakah di dunia orang sanggup menderma sebesar itu?
  
Untuk apa duit itu diguna dan bagaimana ia digunakan? Pun jadi fitnah juga. Nabi Sulaiman tertangguh 40 tahun untuk masuk syurga kerana kekayaannya diaudit dulu oleh Allah sedang Nabi adalah maksum.
   
Sesudah ia dikatakan derma, dipulangkan balik duit itu. Logiknya bersihlah akaun itu dari derma tadi. Betulkah ia dipulangkan? Mesti dibuktikan penderma terima semula duitnya dan apa sebab ia dipulangkan sedang mulanya ia diterima?
  
Imej Perdana Menteri adalah suka kepada duit dan diketahui mewah. Maka mengapa pula duit dalam tangan dilepaskan dengan senang?
   
Ketika semua mencari siapakah anak Raja Saudi yang berderma itu, keluar pula kenyataan dari menteri Saudi mengatakan duit itu bukan derma tetapi pelaburan. Pelaburan itu lebih masuk akal daripada derma.
  
Sebagai derma jika tidak dipulangkan pun tidak mengapa. Penerima derma tidak banyak masalah memulangkan duit itu. Tetapi bagi pelaburan, ia ada tanggungjawab memenuhi hak yang pelabur perlu dapat. Pelabur tentu tidak mahu rugi.
  
Apapun adakah betul caranya wang pelaburan dimasuk ke akaun Perdana Menteri? Jika tiada niat apa-apa, mengapa duit itu dimasukkan ke akaunnya, sedang dia ada pengalaman mentadbir selama 40 tahun. Tidak bodohkan namanya pelaburan asing dimasukkan dalam akaun sendiri? Dan bagaimana pelabur boleh masukkan wang yang banyak ke  akaun pribadi orang lain?
   
Semuanya penuh diselubungi fitnah. Kerana duit RM2.6 bilion ini menyebab PM berbalah dengan TPM Muhyidin Yasin hingga pecah kabinet. Ia juga fitnah.
  
Akhirnya semua siasatan SPRM atasnya dipulangkan. Ia juga fitnah. Dan apabila Peguam Negara umum PM bersih tentang derma itu, menjadikan fitnah baru pula. Lemas semua oleh fitnah RM2.6 bilion. – HARAKAHDAILY 14/2/2016

Sumber HD - 14-2-2016











































Apa yang boleh dipercayai?
























SUBKY LATIF | .

TERLALU banyak cakap-cakap dan berita yang tidak diketahui betul dan tidak betulnya. Tabung Haji kata tanah yang dibeli dari 1MDB sudah ada pembeli dengan ia dapat untung besar. Peguam Negara yang dulu diberhentikan 24 jam kerana sakit. Peguam Negara yang baru kata Perdana Menteri bersih dari hal derma RM2.6 bilion dalam akaun banknya.
  
PM kata duit RM2.6 bilion dalam akaun banknya derma dari keluarga istana Saudi. Berita dari Saudi kata ia bukan derma tapi pelaburan. MB Ahmad Bashah kata pejamnya bukan tidur tapi menghayati apa orang sedang cakap. Dua tahun Mukhriz jadi MB tak lulus. Sehari Bashah jadi MB sudah lulus.
  
Datuk Seri Anwar Ibrahim dua kali dipenjara kerana dituduh meliwat. Betulkah?
  
Orang yang dihukum mati kerana membunuh Altantuya yang lepas ke Australia kata, ada orang nak jatuhkan PM. PM kata GST untungkan negara dan TPPA akan mengkayakan rakyat dan negara. Dan macam-macam lagi yang kita tak tahu betulkah atau tidak betulkah.
   
Kepercayaannya banyak orang payah percaya yang dicakapkan itu betul. Dan payah hendak mencari apa yang betul dengan segala yang dicakapkan itu. Bertuahlah apa yang dijanji dalam bajet itu betul dan mengutamakan rakyat itu betul.
  
Apabila yang dicakap itu dirasakan tidak betul, maka ia adalah bohong, temberang dan kelentong. Buruk padahnya yang tidak betul dikata betul dan yang tidak betul dikata betul.
   
Yang berkata benar biasanya berdepan ujian, hidupnya pahit dan digetik orang. Yang bercakap tidak benar, nampak disenangi di dunia.
   
Apa pun bercakap benarlah sekalipun teruja dan teruji dan hina di dunia dan akhirat jika suka temberang.
  
Saya terbaca tafsir ayat 118 surah at-Taubah oleh Ibnu Kasir dan Hamka. Kisah tiga orang sahabat, Kaab bin Malik, Hilal bin Umaira dan Mararah bin ar-Rabi’. Mereka tertinggal dalam Perang Tabuk. Mereka baru balik dari satu peperangan, tiba-tiba Rasulullah SAW mengajak Mujahidin berangkat ke Tabuk yang jauh dari Madinah dan panas terik.
   
Baginda tidak umumkan perang yang dihadapinya tapi perang Tabuk diumum supaya semua membuat persediaan.
   
Kaab tidak pernah tercicir dalam semua perang bersama Rasulullah. Untuk Tabuk itu dia sudah mmbuat persediaan. Dia ada dua kuda. Biasanya seekor saja. Ketika orang berangkat, ketiganya tidak berangkat. Mereka hendak pergi kemudian. Tidak pernah mereka tidak mahu serta, tetapi  bertangguh hingga tidak pergi langsung.
  
Mereka menyesal kerana tertinggal sedang rintangannya tidak ada. Semata-mata lalai. Mereka terpaksa menjawab mengapa mereka tidak serta. Ia suatu yang lebih payah daripada menyertai perang itu.
  
Mereka bercadang untuk memberi alasan kepada Nabi. Tetapi takut bohong menambah beban tidak ikut ke Tabuk. Apabila baginda balik ke Madinah, 80 orang yang tidak serta berdalih itu dan ini, baginda terima alasan yang diberi.
   
Kaab dan rakannya takut berbohong kepada Allah dan Rasul lalu mengaku mereka tiada sebab tidak pergi melainkan lalai. Mereka nyatakan jujurnya. Baginda tidak bebaskan mereka tapi serahkan kepada Allah. Tetapi baginda layan mereka dan semua orang tidak mahu bercakap dengan mereka.
  
Pemulauan itu lebih menyesakkan. Dua kawannya siang malam dirundung pilu di rumah. Kaab ke masjid. Nabi tak mahu lihat mukanya dan semuanya tidak bercakap dengannya. Setelah 50 hari terseksa turun ayat ini memaklumkan mereka diterima taubat.

Mereka diampun justeru jujur tidak mahu berbohong. Kesalahannya cuma lalai. Kerana jujurnya mereka dihukum 50 hari tetapi Allah rakamkan dalam Quran tentang kemulian dan kejujuran mereka.
  
80 yang berdalih tidak diketahui balasannya di akhirat.
  
Dan orang-orang yang lebih banyak bohong dari benar di tengah kita, nak jadi apa kemudian hari nanti? – HARAKAHDAILY 11/2/2016

Sumber HD - 11-2-2016

Kesabaran Sultan Kedah selalu terganggu

SUBKY LATIF | .

SETAKAT yang dilihat dari jauh Sultan Kedah yang berusia 88 tahun itu adalah Raja yang tidak banyak mengganggu kerajaan dan tiada tindakan baginda yang menyusahkan kerajaan dan Menteri Besarnya.
   
Tetapi sepanjang persemayaman baginda yang panjang itu sering kesabaran baginda teruji oleh perkembangan politik sekitar Menteri Besarnya.
   
Tidak ada Sultan sekarang bermenteri-besarkan semua Menteri Besar di negeri masing-masing sejak merdeka. Kecuali Sultan Kedah. Sejak Menteri Besar merdeka yang pertamanya selepas PRU 1959, Datuk Syed Omar Shahbudin hinggalah Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz yang dibuang oleh partinya, sekaliannya bersultankan baginda.
   
Setelah sekalian mereka diperkenan baginda, maka terserah penuh kepada mereka mentadbir negeri secara adil dan demokrasi dan baginda dikira Raja yang tidak terikat dengan kemahuan politik sekalian Menteri Besarnya.
   
Tiada mudah negeri yang politik menguasai semua meanugerah datuk kepada pembangkang. Sultan Kedah anugerah Datuk kepada Ustaz Fadzil Noor. Ustaz Fadzil mulanya tidak bersedia. Tahun berikutnya baginda menyasarkan sekali lagi.
   
Ujian kesabaran bainda dalam pemerintahannya ialah peristiwa pembunuhan Memali. Kerajaan atas pandangan Majlis Agama mengira kumpulan Ibrahim Libya bughah iaitu penderhaka. Tetapi baginda menziarahi pusara Ibrahim dan 13 lagi rakannya.
  
Ketika semua orang politik Kedah menyetujui Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman menghalalkan wang loteri bagi kegunaan institusi keagamaan, baginda dikatakan ada pendirian lain.
  
Demikian Sultan yang dua orang dari negeri itu menjadi Perdana Menteri, tetapi baginda tidak terkongkong dengan kerenah politik orang-orang yang memerintah.
  
Tetapi baginda adalah yang sentiasa dirundung berdepan ujian yang kesabarannya menghadapi pergolakan politik menukar Menteri Besar dalam masa pentadbiran masing-masing.
  
Negerinya tidak kaya tetapi orang politiknya berebut kuasa. Sejak baginda di peringkat dewasa baginda sudah berjumpa Umno yang berkuasa itu menukar Menteri Besar bermula dengan Datuk Syed Nahar. Beliau tidak dapat menghabiskan penggal terakhirnya terpaksa memberi laluan kepada Tan Sri Osman Arof.
   
Sesudah berpengalaman lama sebagai Menteri Besar, baginda berdepan pula gerakan menggulingkan Tan Sri Osman Arof. Tidak lama penggantinya Tan Sri Sanusi Junid jadi Menteri Besar, majoriti Adun Umno menemui Perdana Menteri Dr. Mahathir menggantikan anak emasnya Tan Sri Sanusi.
  
Sekali lagi baginda terpaksa memperkenankan Menteri Besarnya berhenti di tengah tempoh dan penggal yang belum tamat.
   
Datuk Seri Syed Razak yang menggantikan Sanusi Junid juga berhenti di tengah penggal tetapi bukan kerana digulingkan, kerana uzur yang tidak upaya menjalankan tugas.
   
Sesudah Umno dikalahkan dan Sultan pun menjangkau usia 88 tahun, sepatutnya baginda tidak menghadapi kerenah guling-mengguling Menteri Besarnya. Baginda terpaksa bertemu lagi dengan kerenah politik itu.
   
Ujian politik itu tidak setakat dalam pemerintahan Umno. Dalam pentadbiran PAS pun ada juga orang yang hendak menggulingkan Menteri Besar Tan sri Azizan Razak. Tak sempat krisis Ustaz Azizan sampai kepada istana. Pimpinan PAS tidak setuju cubaan mencabar Menteri Besarnya.
  
Tetapi yang mengganggui kesabaran Sultan tentang usaha menggulingkan Mukhriz dimulai oleh orang atas. Orang bawah dalam Umno Kedah itu ikut mabuk dilambong ombak.
  
Sepatutnya dalam usia Sultan sekarang baginda tidak diganggu lagi oleh perebutan kuasa. – HARAKAHDAILY 8/2/2016

Sumber HD - 8-2-2016






















Umno Kedah sama saja, TV warna, TV hitam putih

SUBKY LATIF | .

KATA seorang Umno lama Kedah yang mentakwil kebijaksanaan Datuk Mukhriz mendakwa istana persoal geng Umno yang mahu menggulingnya:
   
Orang (Umno) sekarang sudah cerdik, pandai membeza TV hitam putih dengan TV berwarna, tak mudah telan bulat-bulat apa pemimpin kata.
   
Begitulah sepatutnya, ada perbezaan antara Umno zaman TV hitam putih dengan zaman TV berwarna, tidak mudah terima saja apa yang pemimpin kata. Zaman TV hitam putih tidak ramai orang Umno lulus universiti. Zaman TV berwarna ini mulai tidak ramai yang tidak masuk universiti. Sikap, pandangan dan cara berfikir pun sepatutnya berbeza.
   
Tetapi ia sebenarnya teori atau semata-mata sangkaan. Tak mudah dengar cakap pemimpin ada dalam semua zaman dan mudah dengar cakap pemimpin ada dalam semua zaman.
  
Sejak generasi kedua manusia, Qabil bin Adam tidak mudah dengar cakap bapanya. Adiknya Habil dengar apa bapanya kata. Zaman Firaun semuanya percaya dakwaan Firaun, dia adalah tuhan. Zaman jahiliyah Quraisy semua percaya apa Muhammad kata, tapi Abu Lahab dan Abu Jahal bukan sekadar tidak mudah dengar apa baginda kata, bahkan tak terima apa yang baginda kata.
   
Mungkin benar bagi rakyat Malaysia pada zaman TV berwarna ini, sudah ramai yang tidak mudah telan saja apa pemimpin kata, tidak sama seperti zaman TV hitam putih malah sebelum ada TV. Buktinya sikit-sikit demonstrasi sampai ratusan ribu. Tetapi bagi Umno sama saja bertivi hitam putih, TV warna dan tak bertivi rata-rata telan saja apa pemimpin kata seolah-olah ia sabda.
   
Umno Kedah tak mudah telan apa yang Mukhriz kata saja, tetapi telan apa yang PM Najib kata. Kadang-kadang tak sempat berkata, sekadar kerdip mata saja. Telan dan tak luah lagi.
   
Mereka tidak telan cakap Mukhriz kerana Mukhriz sekadar pemimpin di Kedah dan tidak disenangi oleh Najib. Kalau Mukhriz disenangi Najib, air liur Mukhriz pun mereka telan. Datuk Sri Bashah Hanipah yang setianya pada Najib mengalahkan setia Hang Tuah pada rajanya, semua Ketua Bahagian Umno Kedah telan cakapnya.
  
TV hitam putih sudah tidak ada. Mereka telan cakap Bashah kerana Bashah telan cakap Najib. Asal yang dinamakan Umno baik TV berwarna atau tidak, kebanyakannya telan cakap pemimpin  sekalipun ia pahit.
  
Jika yang bercakap dia tidak mudah terima bulat cakap pemimpin adalah betul bagi Umno Dr. Mahathir. Dia tidak mudah terima semua cakap Tunku. Ada yang diterima dan ada yang tidak. Sebagai pemimpin kecil Umno di Kedah di zaman TV hitam putih dulu, Umno Kedah tidak terima semua cakap Mahathir. Sebab dia pemimpin kecil dan tak terima semua cakap Tunku.
   
Tetapi apabila Mahathir jadi pemimpin besar Umno, TV berwana sudah ada, muntah Mahathir pun berebut menelannya.
  
Saya dengar pemimpin veteran Umno bercakap di TV berwarna, Mereka akui Dr. Mahathir di zamannya juga ada membuat silap, tetapi mereka pertahankan kesilapannya. Mereka akui Najib ada silap dan kelemahan, mereka bukan sekadar pertahankan kesilapan Najib, tetapi mahu Dr. Mahathir sama pertahankan Najib sama seperti mereka pertahankan Mahahir dulu.
  
Kalau Tunku yang memberi peluang kepadanya jadi wakil rakyat Mahathir tak terima semua cakapnya, masakan dia boleh telan yang tidak betul dari Najib.
  
Tak kiraTV hitam putih atau tidak, jika Mukhriz 10 tahun lagi jadi pemimpin besar Umno, depa kulum apa ada di mulutnya. – HARAKAHDAILY 5/2/2016

Sumber HD - 5-7-2016






















Putera Saudi mana yang pemurah itu?

SUBKY LATIF | .


SEKARANG semua hampir tahu orang yang memberi derma 2.6 bilion dalam akaun peribadi Perdana Menteri Najib.
   
Ia disebutkan oleh Peguam Negara Tan Sri Mohammad Afandi Ali ketika dia membersihkan kononnya PM Najib tidak rasuah dan tidak melakukan jenayah. Bahkan hampir semua yang dikatakan derma itu telah dipulangkannya kepada penderma.
   
Penderma itu ialah seorang Putera Raja Saudi. Tetapi tidak pula didedahkan nama anak raja Arab yang amat pemurah itu dan apakah yang membuatnya putera raja itu sudi memberi derma yang begitu banyak?
  
Sekarang orang hendak tahu siapa anak raja Saudi itu jika benar cerita itu?
  
Jika benar putera raja itu ada, bagamana dia boleh terbuka hati untuk memberi duit yang begitu banyak kepada Najib? Bukan sejuta dua. 2.6 bilion.
  
Mungkin putera itu ada dia betul dia memberi 2.6 bilion kononnya Najib merlukan duit bagi menghadapi pilihan raya.
  
Macam mana anak raja itu tahu Najib memerlukan derma yang besar dan bagaimana boleh memberi 2.6 bilion? Mengapa tidak satu bilion atau mengapa tidak dua bilion? Atau mengapa tidak setengah bilion?
   
Atau siapa yang mencadangkan 2.6 bilion itu?
  
Atau ada Najib yang menyuarakannya dan menyebut jumlah yanag dimintanya? Atau kakinya yang menyampaikan maksud Najib itu kepada anak raja?
   
Atau percayakah kita Najib tidak pernah menyebutkannya. Adakah anak raja itu sendiri sengaja hendak menderma sedang Najib tidak pernah meminta?
  
Ada yang menyangka bahawa Kandasamy, orang nombor satu 1MDB sekarang berbin Abdullah, sebelumnya bertugas dengan kerabat diraja sebuah negara di Teluk. Dialah yang diagak menghubungkan Najib dengan keluarga diraja yang pemurah itu. Wallah wa’lam.
     
Tentang duit, Najib bukanlah orang yang tidak suka banyak duit. Dia dengan duit samalah dengan semut dengan gula. Semut boleh mati kerana gula, tapi Najib tak tentu boleh mati kerana duit, tetapi dia suka duit.
   
Jika dia mahu duit sebesar itu, adakah dia hendak minta saja? Tiada orang siuman boleh memberi duit percuma sebesar itu, melainkan ada yang tidak betul pada orang banyak duit itu. Yang biasa orang buat ialah meminjam. Orang Islam yang kuat iman, tidak ambil bunga dari duit yang dipinjamkan.
   
Tetapi  duit itu bukan hutang. Ia derma. Tak perlu bayar balik. Suatu yang tak terfikir oleh sesiapa pun ada dalam dunia orang senang memberi derma begitu banyak dan orang tak terfikir mcam mana Najib boleh dapat derma begitu banyak dari seseorang. Ia adalah benda yanag tak masuk akal, kejadian itu boleh berlaku.
   
Apa yang menarik sangat putera itu pada Najib hingga memberi derma sebesar itu?  Derma 2.6 bilion itu tentulah kecil dibandingkan dengan duitnya yang ada. Orang tidak derma begitu banyak kiranya duitnya tidak banyak. Macam mana Najib boleh jumpa orang itu dan orang itu boleh terbuka hati pada Najib?
   
Kemudian, sesudah duit begitu banyak dalam akaun banknya. Untuk pilihan raya, dia pulangkan balik duit itu hampir kesemuanya. Gilakah dia tolak derma itu? Tak gilakah anak raja Arab duit yang didermanya dipulangkan balik?
   
Najib selalunya suka duit. Ada juga masanya dia tak mahu duit.
   
Derma itu untuk pilihan raya. Sudah dapat duit percuma dipulangkan balik. Payah hendak percaya hal macam itu boleh terjadi.
  
Apakah yang boleh dipercaya dalam kes yang dikatakan derma itu? Siapa yang dapat dipercayai? – HARAKAHDAILY 5/2/2016

Sumber HD - 5-2-2016






















Justeru TPPA, 26 undang-undang dipinda
























SUBKY LATIF | .


APA yang Malaysia akan nikmati daripada TPPA kita belum tahu, tetapi dengan kelulusan Parlimen tentang penyertaan itu Malaysia terpaksa mengorbankan 26 undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen  sejak merdeka.
   
Ia sama seperti peribahasa yang kita semua tahu, mendengar guruh di langit air di tempayan dicurahkan. Ia adalah ingatan penting yang dingatkan oleh kebijaksanaan orang Melayu dulu kala. Bukan semua amatan orang Melayu terdahulu kuno dan kolot belaka. Banyak juga pesanan bermutiaranya.
  
Bukanlah setiap guruh itu menurunkan hujan. Acap juga yang berakhir dengan setitis hujan menimpa. Apa jadi hujan tak turun, air sudah dicurah?
   
Kita menyertai PBB, adakah kita dikehendaki meminda undang-undang kita? Kita sertai Komanwel tanpa mengusik undang-undang. Kita tubuhkan ASEAN, tiada negara dikehendaki meminda undang-undangnya. Baru-baru ini kita berjaya membentuk Kesatuan ASEAN. Kita masuk dengan undang-undang kita sekali.
   
Tidak undang-undang kita itu sempurna justeru semuanya adalah ciptaan manusia belaka. Undang-undang yang sempurna ialah undang-undang dari langit.
  
Semua undang-undang itu dibuat oleh Parlimen kita yang berdaulat. Ada yang kejam seperti ISA dulu yang kini diganti baru, tapi kejamnya sama. Akta polis, akta mesin cetak dan lain yang dikata drakonian adalah tiada jejak atas kemanusiaan. Seburuk manapun undang-undang itu ia adalah atas kebijaksanaan Parlimen kita.
   
Jika semua undang-undang kejam itu dihapuskan ia adalah dibuat atas kedaulatan dan kebijaksaan kita sendiri, bukan atas kehendak orang lain. dengan  menyertai TPPA kita menghampaskan undang-undang kita sendiri, dan nyatalah kita masukkan Parlimen dan undang-undang kita dalam bakul sampah sejarah.
  
Kita beri alasan lain-lain negara yang menandatanganinya sama tidak takwil langsung. Kita saja yang bicang di Parlimen. Tetapi kita tidak tanya banyak juga negara yang tidak ikut seperti Thailand, Indonesia, Filipina, China dan lain-lain. Mengapa kita tidak ikut yang tidak serta itu dan mengapa pula kita mesti ikut negara yang tidak takwil.
  
Banyak yang bersama TPPA itu orang yang membelakangkan kitab sucinya sendiri. Kitab asal agama mereka Taurat dan Injil. Hukum Allah telah ada dalam kitab itu. Bukan saja ia tidak mengunapakai, bahkan kitabnya sendiripun mereka pinda.
   
Jika mereka pinda kitab suci mereka sendiri, apalah susahnya mereka paksa kita pinda begitu banyak undang-undang kita. Jika mereka persetankan kitab sucinya, tiada silu baginya mencarik undang-undang dan kedaulatan kita.
   
Pemimpin dan kerajaan yang berkeras mahu menyertai TPPA itu pula bukanlah suatu kerajaan yang peka dan belas atas penderitaan rakyat dan kedaulatan negaranya. Ia diterima sebuah kerajaan yang tidak mendapat undi popular dalam PRU13. Ia tidak benar-benar mencerminkan betul-betul demokrasi. Ia adalah kerajaan yang paling tidak popular sepanjang kemerdekaan negara.
   
Kerajaan dan pimpinannya yang suka sangat TPPA itu bukan saja paling rendah moral dan dipertikai oleh semua pihak. Perdana Menterinya berdepan dengan krisis keyakinan dan sedang dituntut supaya berundur.
   
Dalam masa beberapa tahun ini ia adalah kerajaan mencekik darah rakyat. Jika kepentingan dan keperitan rakyat tidak dipedulikan, maka apalah yang diharapkan ia dan dia hendaklah menjaga kedaulatan undang-undang dan kemerdekaan rakyat.
   
Malaysia yang menyertai TPPA itu bukanlah mewakili sebuah kerajaan yang kuat tetapi ia diterima sebagai sebuah kerajaan yang lemah yang sedang diambang kehancuran. Menggadai negara bukanlah suatu yang payah baginya.
   
Yang nampak untung sekarung tetapi yang menunggu rugi seguni. – HARAKAHDAILY 2/2/2016

Sumber HD - 2-2-2016






















Cerdikkah mangsa kemalangan, keluarga dihantar umrah?

SUBKY LATIF | .

REMAJA mangsa kemalangan yang cedera teruk kaki dari Kuala Selangor telah dilawati Pengerusi Tabung Haji di hospital bagi menyampaikan sumbangan dikatakan daripada Perdana Menteri Najib.
   
Menziarahi orang sakit berpahala dan sumbangan kepadanya bagi meringankan musibah yang dialaminya juga berpahala besar.
   
Demi meringankan lagi mangsa kemalangan yang cedera teruk kakinya itu, maka difahamkan Datuk  Azeez Rahim, bos Tabung Haji tadi menghadiahkan pula kepadanya dan keluarganya untuk menunaikan umrah atas tanggungan Tabung Haji.
   
Tadinya remaja malang itu menghadapi musibah. Sekarang beroleh tuah pula dihadiahkan menunai umrah bersama waris atau walinya percuma. Tentunya hadiah Tabung Haji itu atas kebijaksanaan  dan pengaruh pemimpin Tabung Haji itu.
   
Tidak perlu ditanya jika tanggungan umrah itu atas hadiah peribadi Pengerusi Tabung Haji itu dan dipercayai dia ada duit untuk memenuhi hadiah itu. Semua boleh syabas dia jika ia hadiah peribadinya. Dia akan dapat pahala sama banyak dengan pahala pengerja umrah itu. Pahala pengerja umrah itu tidak luak. Pemberi hadiah dan penerima hadiah sama-sama dapat sama banyak pahala.
  
Apabila hadiah umrah juga diberi kepada keluarga mangsa, pemberi hadiah dapat satu lagi pahala penuh. Azeez nescaya dapat dua pahala penuh.
  
Tetapi apabila belanja umrah itu dari Tabung Haji, maka banyak tanyanya mengapa Tabung Haji beri umrah percuma? Apa kena mengena kemalangan dan kecederaan remaja iu dengan Tabung Haji? Bagaimana maka dengan tak semena-mena Tabung Haji menghantar umrah kepada orang yang kemalangan jalan raya?
   
Apakah yang cedera itu memerlukan umrah itu dalam masa dia tidak boleh bergerak sekarang atau selepas keluar hospital nanti? Atau umrah itu keutamaannya.
  
Umrah itu sunat. Sedang haji yang wajib pun ada kecualian wajibnya. Ia memerlukan sihat dan keupayaan. Jika haji ada kecualiannya, maka umrah itu tidaklah terdesak sangat.
  
Dari segi keutamaan, apakah umrah itu keutamaan bagi remaja yang terlantar itu? Adakah keutamaan yang lain?
   
Kakinya cedera yang semua tidak dapat bayangkan masa depannya. Pada masa ini keperluannya ialah tentang rawatan pemulihan. Jika tulangnya patah atau retak, keutamaan yang kiranya Tabung Haji hendak menolong ialah memikirkan rawatan pemulihannya. Jika kakinya perlu dipotong, sebelum dipotong Datuk Azeez cari ada tidak bomoh patah di mana-mana di negara ini atau di luar negara?
   
Bantuan ini yang diperlukan sekarang. Atau bomoh patah tidak lagi dapat membantu, apa yang diperlukan oleh si malang bagi membantunya dapat berjalan atau bergerak ke mana-mana?
  
Mungkin kaki palsu yang diperlukan. Azeez banyak pengalaman sebelum ini membantu mangsa bencana alam di mana-mana di dunia. Gunakanlah kemudahan peruntukan yang sedia ada dan banyak dari sumber itu. Boleh peruntukan kebajikan Tabung Haji digunakan atas hal-hal yang dekat dengan keperluan Tabung Haji.
   
Adakah cerdik Pengerusi Tabung Haji menggunakan peruntukan Tabung Haji unuk menghantar umrah kepada mangsa dan keluarganya?
  
Jika Tabung Haji ada peruntukan untuk menghantar umrah kepada orang kurang upaya dan mangsa kemalangan, maka fikirkanlah setelah mangsa itu sudah sihat nanti dan sudah semua keperluannya dipenuhi!
  
Jika Azeez terlibat dengan badan kebajikan Umno, dapatkanlah peruntukan daripada Umno dan kerajaan. Mengapa Tabung Haji saja dihisap hingga ia boleh jadi lembu kurus? – HARAKAHDAILY 1/2/2016

Sumber HD - 1-2-2016






















Pilihan raya bukan pilihan terbaik Mukhriz

SUBKY LATIF | .

APAPUN kedudukan Datuk Seri Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah terletak pada ketentuan Perdana Menteri Najib dengan izin Allah.
   
Apa yang dibuat oleh 14 ketua Umno Bahagian di Kedah itu bukanlah atas kehendak mereka sendiri atau ia daripada tindakan jahat mereka sendiri. Ia adalah atas kemahuan Najib. Jika apa yang dimahu Najib mendapat izin Allah, maka bertukarlah MB itu daripada Mukhriz. Jika ia tidak diizinkan Allah maka mungkin Najib tak tahu apa hendak dibuat.
   
Kemahuan Najib itu boleh terhalang jika istana ada fikiran lain yang tidak terfikir orang lain.
   
Akar umbi boleh bantah pembuangan itu tetapi tidak banyak yang rakyat boleh buat kiranya program Najib berterusan. Paling lama sebulan rakyat boleh membantah lepas itu padam semuanya.
   
Sokongan Datuk Harun Idris menghalang bekas MB Selangor itu dipenjara agak besar. Tetapi kurang seminggu ia padam.
   
Mukhriz tidak boleh buat jika dia dipecat atas sebab membantah parti. Rakyat pun tak boleh buat apa kalau dia bukan ahli parti. Dia tidak boleh buat lebih besar daripada yang Anwar Ibrahim pernah buat. Apabila dia dipecat, dia jadi cerita lain.
  
Jika benar Mukhriz dapat sokongan rakyat, maka seperti yang dicadangkan oleh setengah, dia bubarkan Dun bagi mengadakan Pilihan Raya Negeri Kedah.
   
Tetapi Mukhriz hendak bertanding atas parti apa? Barisan Nasional tidak akan menjadikannya calon lagi dan demikian juga sekalian yang menyokongnya. Dia kena cari parti lain atau dia membentuk kumpulannya sendiri atas nama bebas. Itupun belum tentu SPR dan pejabat pendaftar dapat menyegerakan proses.
   
Ertinya Mukhriz sudah bukan lagi orang Umno. Dalam keadaan seperti itu tidak diketahui apa ada dalam otak dan hati orang Umno? Entahlah kalau Umno sekarang sudah tidak lagi Umno yang semua faham masa lalu.
  
Dan bagi pilihan raya negeri pembangkang akan ada sikapnya sendiri dan tidak dapat difikir apakah ia boleh bersefahaman. Tidak banyak yang terfikir Dr. Mahathir boleh bersekutu dengan parti Anwar Ibrahim.
   
Dengan senario yang demikian membubarkan DUN sekalipun diperkenan Istana, maka Mukhriz tidak lagi jadi calon BN dan ia memberi laluan mudah bagi Najib untuk memihak kepada orang Umno yang mahu menggantikan Mukhriz itu.
   
Saya tidak nampak di mana bijak padangan yang menganjurkan Mukhriz mengadakan pilihan negeri. Pandangan itu mungkin jika yang memerintah pembangkang seperti di Perak dulu. Jika ada pilihan raya baru, jahanamlah yang cuba membuang MB. – HARAKAHDAILY 31/1/2016

Sumber HD - 31-1-2016






















England halau imigeren tak kuasai Inggeris dua tahun

SUBKY LATIF | .

PERDANA Menteri David Cameron mengingatkan kepada pelarian dari benua Arab termasuk kaum wanita supaya menguasai bahasa Inggeris dalam masa dua tahun berada di England. Jika gagal memenuhi kehendak itu mereka boleh diarahkan keluar dari Britain.
  
Disebutnya juga bahawa penguasaan itu tidak sekadar untuk kegunaan komunikasi tetapi ialah supaya masing-masing dapat memahami apa jua mesej. Mungkin ini bererti kerajaan mahu mereka tidak memadai boleh bertutur Broken English saja.
   
Mungkin kehendak itu timbul disebabkan kemasukan mendadak begitu ramai pelarian Islam khsusnya dari Syria dan lain-lain negara Islam termasuk Afrika Utara yang kebanyakan tidak terdedah kepada bahasa Inggeris.
   
Bukan semua yang masuk England selama ini menguasai bahasa Inggeris. Kemasukan masing-masing tidak pada skala kelompok yang besar. Orang India, Pakistan dan Bangladesh yang diusir dari Afrika setelah negara di benua itu mencapai kemerdekaan pernah beramai-ramai dalam skala kelompok besar masuk Britain mencecah jutaan. Tetapi mereka dibawa ke Afrika dulu oleh British.
    
Masalah bahasa itu tidak seteruk yang datang dari Syria dan lain-lain negara Islam yang kurang terdedah dengan bahasa Inggeris. Orang yang datang dari tanah jajahan Inggeris di Afrika itu rata-rata terdedah kepada penggunaan bahasa  Inggeris. Maka masalah bahasa Inggeris itu tidak berbangkit.
   
Bagaimanapun ia adalah kemahuan baru Britain. Tetapi masalah tidak boleh berbahasa Inggeris itu tidaklah seteruk yang sekalian pelarian itu hadapi dibandingkan dengan yang pergi ke negara Eropah yang lain seperti Jerman, Perancis, Denmark dan lain-lain. Bahasa-bahasa di negara itu lebih asing bagi mereka dibandingkan dengan Inggeris. Inggeris lebih diguna di serata dunia dari bahasa lain.
  
Apapun tidak banyak boleh ditakwil dengan kemahuan PM Britain sebab dia cuba buat yang terbaik untuk negaranya pada zamannya.

Tidak menguasai bahasa Inggeris di Britain tidaklah sesulit tidak menguasai bahasa kebangsaan di lain-lain negara seperti Malaysia. Malaysia adalah contoh yang terbaik. Malaysia tidak mengenakan syarat bagi yang duduk lama di sini mesti menguasai bahasa Melayu.
   
Bagi bukan rakyat yang berada di Semenanjung selepas merdeka, jika hendak menjadi rakyat disyaratkan lulus ujian bahasa kebangsaan. Ramai yang dikatakan lulus. Tetapi bahasa itu tidak secara automatik jadi bahasa kegunaan rasmi sebaik merdeka dan sebaik mereka lulus ujian bahasa Melayu yang melayakkan mereka menjadi rakyat.
   
Diperuntukkan oleh perlembagaan, 10 tahun selepas merdeka baru ia dirasmikan sebagai bahasa rasmi yang tunggal. Selepas 10 tahun merdeka ada lagi yang tidak boleh menggunakan bahasa itu termasuk pertuturan. Maka Parlimen meminda perlembagaan membenarkan dokuman rasmi disertakan terjemahan.
   
Selepas itu semua papan tanda ada terjemahan Inggeris, Mandarin dan Tamil. Demikian juga borang dan lain-lain kertas keperluan pejabat. Tidak dipastikan sebelum itu ada syarat terjemahan itu.
   
Ikut perlembagaan asal tidak lagi boleh berbahasa lain di Parlimen dan lain-lain majlis undangan. Tetapi dengan pindaan tadi boleh lagi Inggeris dicakapkan dengan izin Speaker. Dan Speaker tidak pernah melarang.
   
Sesudah lebih separuh abad merdeka, semuanya sudah tidak kisah soal bahasa. Cakap dan tulislah bahasa apa pun. Bahkan ada persepsi yang terasa bahasa kebangsaan seolah-olah bahasa kedua kepada semua bahasa yang digunakan. Dalam majlis besar yang dihadiri oleh semua termasuk majlis rasmi bahasa kebangsaan tidak banyak didengar.
   
Jika Perdana Menteri hendak bercakap seperti PM David Cameron kepada pekerja Bangladesh, jika tidak boleh menguasai Bahasa Malaysia dalam masa dua tahun mereka tak boleh bekerja lagi di sini, orang nescaya tanya apa sudah jadi pada Perdana Menteri?
 
Yang elok di England belum tentu elok di Malaysia. – HARAKAHDAILY 29/1/2016

Sumber HD - 29-1-2016

Hamidah Othman lebih dinamik daripada ulama Umno

SUBKY LATIF | .


SAYA ikuti perbualan pemimpin veteran Umno di TV.
    
Mereka bersungguh-sungguh membidas Tun Dr. Mahathir kerana dia menentang Perdana Menteri Najib hingga berusaha menyingkirkannya daripada Perdana Menteri dan Presiden Umno.
   
Mereka mempertahankan Najib supaya meneruskan pimpinan, bukan kerana dia baik dan pimpinannya baik, tetapi justeru dia adalah ketua sekalipun karut, peluang hendaklah diberikan kepadanya jika boleh sama panjang dengan tempoh pentadbiran Mahathir.
   
Mereka tahu Najib banyak kelemahan dan bukanlah orang terbaik untuk menjadi pemimpin pada masa ini, tetapi dia adalah ketua mereka dan dia mesti Umno sokong.
   
Mereka kata, Dr. Mahathir dulu juga ada kelemahan dan banyak kesalahan, tetapi ia tidak menjadi sebab Umno menentang dan mahu dia diberhentikan. Mereka tahu dan akui Dr. Mahathir juga banyak karutnya, mereka tetap pertahankan dia hingga dia menjadi Perdana Menteri paling panjang berkuasa di negara ini.
   
Sekarang giliran Datuk Seri Najib pula jadi pemimpin, maka tidak boleh Dr. Mahathir perleceh dia. Apapun yang dia buat dan apa jua yang terjadi pada negara dan rakyat, logiknya Umno mesti beri peluang kepadanya sama seperti yang Umno beri peluang kepada Dr. Mahathir dulu.
  
Sikap veteran Umno amat berbeza dengan pendirian Tan Sri Muhyiddin Yasin, Timbalan Presiden Umno yang pimpinan Umno ketepikan di luar Perhimpunan Agung dan di luar keputusan jawatankuasa disiplin dan Ketua Wanita Gopeng yang Umno pecat.
 
Hamidah Othman, wanita Umno yang dipecat itu jauh lebih dinamik daripada semua unit dalam Umno termasuk ulamanya.
 
Hamidah mengaku rapat dengan PM Najib dan isterinya. Dia selalu berkomunikasi SMS dengan keduanya. Dakwa Hamidah, dia sayang kepada keduanya. Tetapi jika dibandingkan antara ketua dari parti dia pilih parti. Dibandingkan pula parti dan negara, dia pilih negara.
  
Sayangnya pada semua tidak mengatasi sayangnya pada agamanya Islam. Justeru sayang pada Nabi dan isterinya dia tegur Najib termasuk jika perlu Najib beundur.
   
Nampaknya Hamidah Othman benar-benar mencerminkan cara berfikir orang Melayu yang ada peri bahasanya, sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan. Sebagai orang Melayu yang menjadi Umno, dia panjang peri bahasa itu dengan sayangkan pemimpin seperti Najib tegur-tegurkan.
  
Malah teguran bahkan menggantikan dengan orang, belumlah disahkan dia derhaka, tetapi atau bahkan, justeru sayangnya pada Najib, pada partinya, pada negaranya dan pada agamanya. Sayang pada Najib dengan menggantinya supaya dia tidak terlalu terlanjur dan menyelamatkan yang lain.
  
Akan tetapi sayang veteran Umno dan Umno seluruhnya kepada ketua – dulu Dr. Mahahhir dan sekarang Najib – sayangkan Anakku Sazali yang difilem lawakkan oleh P.Ramlee.
  
Veteren Umno dan Umno memperjuangkan Melayu tetapi tidak belajar daripada peri bahasanya tadi.
  
Sayang Umno pada Najib adalah seperti sayang pembesar Melaka dalam isu menghukum Hang Tuah hingga istana dan negeri Melaka terdedah kepada penderhakaan Hang Jebat.
 
Saidna Umar al-Khatab ketika mula memegang jawatan khalifah berpesan, jika beliau silap betulkan. Umno tidak betulkan Dr. Mahathir dulu, sekarang ia tempelak Dr. Mahathir yang hendak membetulkan Najib. Rosak Dr. Mahathir, apabila dia silap/salah mereka pertahan dia. Kini apabila Najib karut, Mahathir saja yang hendak membetulkannya.
  
Dia tidak betul dulu kerana Umno dan veterennya tidak betulkan dia. Dulu dia tak betul, tidaklah bererti tak betulnya dulu tak betul juga bila membetulkan orang yang tidak betul. – HARAKAHDAILY 28/1/2016

Sumber HD - 28-1-2016






















Bertanding satu sama satu

SUBKY LATIF | .

ADALAH suatu yang sukar untuk memikir tentang bagaimana hendak mengekalkan pertandingan satu lawan satu dalam PRU14 sekitar dua tahun lagi.
  
Ia adalah gara-gara PAS telah terkeluar dari gabungan pembangkang utama dan orang PAS lari dari parti berazam bersungguh mencabar PAS atau memberi kata dua padanya berpakat dengannya atau berlawan.
   
Apapun yang baik buat PAS ialah banyak berdiam masa ini. Sesusah manapun, cabaran dan ancaman dari teman pembangkang lain, usah jawab dan jadikan satu yang perlu ditentukan di saat terakhir menjelang PRU itu nanti.
   
PAS buat saja kerja yang melayakkan ia boleh meraih sokongan besar dengan izin Allah. Dengan masing-masing ada mulut, ada media dan jari jemari di muka komputer, janganlah gunakan semua kemudahan itu untuk kata apa suka dan tulis apa suka, tekan butang meter ikut suka untuk bertanding sendiri, lawan tiga empat penjuru dan apa jua.
    
Keadaan masa ini semua orang di luar Umno dan BN mahukan pertandingan satu lawan satu. Pertandingan yang demikian membuka peluang lebih baik bagi mengubah kuasa. Berubah atau tidak hanya ditentukan Allah, tetapi kita jangan bercakap tentang perkara yang tidak popular dan yang tidak disukai orang.
   
Jika betul kita sukar mengekalkan tanding satu lawan satu, usah disebut-sebut ia tidak akan diulangi lagi. Bila kita jaja kita hendak bersendirian dan tidak akan ada lagi satu lawan satu, maka ia akan mengundang pukulan  dan cemuhan semua orang. Ia akan menjadi kita tidak kawan langsung.
   
Kita mesti pada masa ini tentang betapa eloknya satu lawan satu itu dan kita mesti kata itulah sikap dan kehendak kita. Sekali pandangan keadaan kita bersendiri itu kita sukar untuk menghadapinya, tetapi kita jangan sama sekali tunjukkan kita mahu pertandingan berbagai penjuru.
   
Kita mesti kata, yang sebaik-baiknya satu lawan satu itu hasrat kita dan kita perlu sebutkan bersungguh bahawa kita hendak kekalkan sikap seperti PRU13 itu. Mungkin orang tidak nampak dan tidak percaya itu adalah hasrat kita, tetapi kita mesti kata yang kita berusaha melaksanakan permintaan itu.
   
Mungkin kita boleh kata, ia suatu yang sukar tetapi jangan tunjukkan kita sudah berputus dengan kerjasama yang lalu. Kita ikut rentak politik yang ada. Kita tidak rugi mengatakan kita mahu berunding tentang kerusi dan tempat bertandng. Kita boleh tidak hadir dalam perundingan, tetapi jangan katakan sudah tidak mahu lagi persefahaman.
   
Dan mungkin kita menyertai semua perundingan. Dan kita bebas untuk tidak bersetuju dengan pembahagian dicadangkan. Tidak setuju itu tidak bererti tidak hadir perundingan lagi. Mungkin seminggu sebelum penamaan calon kita tidak selesai dengan calon dan kerusi.
   
Pada ketika seperti itu kita tetap kata kita ada pro satu lawan satu. Jika pada hari penamaan calon kita masih tidak mencapai persetujuan, ia bukan disebabkan satu lawan satu itu tidak betul tetapi ia amat payah untuk dilakanakan.
   
Masa kempen semua tidak cukup masa untuk menyalahkan orang yang tidak mahu satu lawan satu. Orang semua banyak kerja untuk menang kerusi yang ditandingi. Tapi jika kita dari sekarang menolak satu lawan satu, kita ada masa dua tahun untuk berperang atas hal itu 
  
Allah beri kita mulut bukan untuk bercakap saja. Kita perlu mulut untuk makan, minum, membaca Quran, berzikir, bernasyid dan jadi alat utama jadi imam dan berunding serta ijab kabul. – HARAKAHDAILY 26/1/2016

Sumber HD - 26-1-2016






















Apa kata siswa puasa sunat saja
























SUBKY LATIF | .


SUDAH tentu semuanya merasa hiba mendengar ramai siswa terpaksa mengikat perut justeru tidak cukup duit untuk membeli makanan dan makanan pula mahal.
   
Antaranya makan dengan kuah. Kuah tanpa isi itulah dikira lauk. Atau ada yang makan sekali sekala.
   
Mungkin nasib orang gelandangan lebih baik daripada mahasiswa. Akan gelandangan itu sekurang-kurangnya ada NGO yang mengambil berat nasib mereka, mengadakan nasi kawah.
   
Mahasiswa? Belum ada yang bertindak.
   
Mungkin sebelum ini duit yang sedikit dapat menampung ala kadar makan bagi melapik perut. Ada lauk dan kuah.
   
Tetapi dengan kenaikan semua baru awal tahun; tol, tambang dan lain-lain, maka makan berkuah dua kali sehari, tahun ini jadi sekali saja.
   
Apa hendak dikata. Nasib negeri kita sudah tidak berduit. Mungkin inilah yang dikatakan semua berlegar  dalam kalangan sedikit orang yang berada, dan yang tidak berada makan berkuah saja. Makan berkuah itu sudah nasib baik. Makan nasi saja tak berkuah lagi teruk.
   
Saya teringat masa kanak-kanak musim Jepun. Selalulah kami makan bergaulkan minyak masak yanag ditabur garam. Sekali sekala dapat minyak sapi. Dari nasi kosong, nasi gaul minyak garam jadi nikmat juga.
   
Mungkin sekarang kita sudah mendekati semula musim Jepun. Kepada siapa kita hendak mengadu selain daripada mengadu kepada diri sendiri. Mungkin kita hendak mengadu kepada kerajaan atau menyalahkan kerajaan. Kerajaan pun susah juga. Mungkin mengadu kepada kerajaan memenatkan saja.
   
Jika mahasiswa tinggal berdekatan dengan surau dan masjid, rajin-rajinlah menjenguk masjid, solat berjemaah. Biasanya sekarang ramai orang mati. Keluarga mengadakan tahalil dan kenduri arwah. Jemaah surau dijemput. Tentullah ia dapat dari semasa menampung keperluan. Jamuan tahlil cukup kuah dan lauknya. Lepaslah daripada makan dengan kuah saja.
   
Mungkin nasib masing-masing  berubah dengan berubah kerajaan. Tetapi tidak tidak tahu bila kerajaan hendak berubah.
   
Bukan saja mengadu kepada kerajaan dan menyalahkan kerajaan mungkin tidak mendatangkan apa-apa faedah, sebaliknya mengata itu dan ini pada kerajaan menyebabkan orang benci dan ketika pada kita.
   
Terima sajalah apa yang ada dan apa yang dapat. Mungkin nasib mahasiswa itu lebih teruk daripada ayam. Ayam boleh juga kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Mahasiswa nak kais apa. Kampus dan kawasan sekitarnya bersimen belaka. Tiada tempat mengais.
  
Bagaimana kalau dicadangkan yang siswa mengikat perut dan makan berkuah saja berpuasa sebanyak-banyaknya. Makan sekali tak berlauk itu tangguhkan untuk berbuka. Kalau tidak boleh puasa sepanjang minggu, puasa bergilir hari.
   
Nabi SAW apabila tiada makanan di rumah, baginda sekeluarga puasa. Mana ada orang puasa mati. Berpuasa dapat pahala. Semua nabi-nabi menganjurkan umatnya berpuasa pada hari-hari tertentu atau pada hari terputus bekal makanan.
   
Orang Islam sejak kanak-kanak telah dilatih berpuasa. Tidak ada orang Islam mengurang tenaga kerjanya kerana berpuasa. Dengan berpuasa tidak akan mati kerana tidak ada kemudahan mendapat makanan nescaya diganti dengan puasa.
  
Orang banyak puasa menjadikkan ia takwa. Dari makan sekali sehari tidak puasa, baiklah berpuasa makan sekali masa berbuka. Pahala dapat dan membuka peluang beribadat. Doa orang puasa mudah makbul. Berdoa semasa puasa supaya beroleh kerajaan yang boleh mengubah nasib rakyat, moga-moga dimakbul. – HARAKAHDAILY 22/1/2016

Sumber HD - 22-1-2016

Kalimah Allah tidak di atas di menara Makkah

SUBKY LATIF | .


MEMANG mengeliru dan menggerunkan melihat dari bawah kemuncak menara tinggi di Bangunan Al-Malik Abdul Aziz sebaik keluar dari Pintu Raja Fahd di Masjidil Haram Makkah.
    
Bangunan al-Malik Abdul Aziz itu terseregam besar dan indah, menarik  semua orang di luar dataran Masjidil Haram bagi jamaah yang keluar masuk masjid melalui Pintu Raja Fahd itu terutama di bawah cahaya sinar sebelah malam.
   
Rata-rata yang mendongak ke puncak menara terutama keluar dari masjid akan terpesona melihat lambang menara yang terpasang kalimah Allah tetapi tidak di puncak atau tidak yang teratas sekali di menara itu.
   
Apabila terlihat saja kebesaran kalimah suci itu dari bawah nescaya kita terpandang ada yang tinggi dari kalimah itu iaitu puncak menara yang di atas sekali menjunjung lambang bulat sabit terlentang mengadap langit.
   
Lambang bulan sabit memang terdapat di banyak bangunan tinggi di banyak tempat di negara Saudi. Ia adalah simbolik kebesaran Islam.
  
Puncak menara depan Pintu Raja Fahd dilihat dari bawah hampir menyamai puncak menara Apil, marcu tanda kota raya Paris.
   
Pandangan pertama saya pada puncak di sebelah atas kalimah Allah itu ada seperti satu lembaga seperti hantu bertanduk dua. Bulan sabit terlentang mengadap langit itu seolah-olah seperti dua tanduk kerbau atau seladang. Di dunia jahiliyah lembaga bertanduk itu boleh jadi berhala.
   
Itulah sangkaan awal saya apabila melihat menara itu. Berkali-kali saya mendongaknya, persepsi saya tidak berubah. Dan saya tertanya-tanya mengapa pandangan buruk itu boleh berada di Makkah dan bersebelahan pula dengan Kaabah?
   
Amat menyusahkan lagi hati saya ialah lembaga itu letaknya lebih atas dari kalimah Allah, dan Allah itu Maha Mulia dan Maha Tinggi. Apabila kalimah Allah di bawah, lembaga itu lebih atas, perasaan saya ialah seperti ada yang lebih tinggi daripada Tuhan Yang Maha Tinggi.
   
Maha Tinggi Allah tidak dapat dibayangkan dengan apa-apa jua yang boleh dilihat. Maha Tinggi-Nya itu adalah antara zat ghaib yang diimani oleh orang beriman. Tetapi apa jua lambang yang hendak membesarkan Allah patutlah diletak sebelah atas.
   
Seperti Masjid Besar di kota Xian di Tanah Besar China. Antara masjid tua di negara itu. Justeru naga adalah lambang budaya penting bagi masyarakat China, maka di bumbung masjid itu ada juga patung naga.  Tetapi lembaga naga itu menjunjung kalimah Allah dan kalimah Muhammad. Elok atau tidak elok, umat Islam China meletakkan kalimah suci itu di atas dari naga.
   
Tetapi saya tidak terima lembaga di pucak menara depan Kaabah itu, sekalipun bukan lambang hantu, tidak wajar ada objek tinggi yang mengelirukan seperti ada yang lebih tinggi daripada Yang Maha Tinggi.
   
Kembali ke hotel. Saya lihat pula puncak menara itu dari jendela di tingkat atas, dari arah yang berlainan. Barulah saya lihat lembaga seperti hantu itu bukan macam yang saya sangka ketika melihatnya dari dataran depan Pintu Raja Fahd.

Atas dari kalimah Allah itu adalah objek hujung menara dan benda yang disangka tanduk seladang seperti yang terdapat di setengah kuil Hindu adalah bulan sabit terlentang mengadap langit.
     
Selepas tawaf wida’ saya dongak lagi menara itu tetap saya lihat puncak menara itu macam berlambang hantu. – HARAKAHDAILY 21/1/2016

Sumber HD - 21-1-2016











































PM ziarah wad Ustaz Hadi

SUBKY LATIF | .


TAHU seluruhnya TG Haji Abdul Hadi Awang direhatkan di hospital IJN baru-baru ini justeru beliau dikunjung Perdana Menteri Datuk Seri Najib. Kunjungan itu diberitakan dalam media. PM ke IJN kerana mengunjungi seorang yang rapat dengannya. Diketahuinya Tok Guru direhatkan di wad, maka beliau singgah.
   
Bukan justeru adanya kata-kata diplomasi apa yang dikatakan kerjasama PAS-Umno, maka Perdana Menteri menziarahi Ustaz Hadi di hospital. Adalah biasa sebelum ini PM Najib menziarahi pemimpin-pemimpin PAS di hospital seperti  Tok Guru dan Dr. Haron Din.
   
Apapun ia adalah kelincahan Perdana Menteri bagi menggambarkan keterbukaan dan membuat apa saja yang wajar dibuat oleh seorang Perdana Menteri yang jarang ada masanya tak buat apa-apa.
   
Adakah ia kunjungan politik bagi menguatkan lamarannya untuk bekerjasama dan mahu menyakat seteru-seteru politiknya, maka biarlah ia pada niatnya.
  
Islam menyarankan orang yang beriman wajar mengambil berat menziarahi orang sakit. Jangan lama nanti hilang pahala sunatnya. Orang sakit itu asasnya perlu rehat. Kunjungan yang lama mengganggunya lagi pun yang ziarah bukanlah seorang dua saja. Maka sunatnya luangkan masa antara 5 dan 10 minit.
    
Saya pernah 20 tahun lalu mendengar kaset Ustaz Hadi. Jika saya tidak salah, katanya, setiap masa ada 70 ribu malaikat di sisi orang yang sakit. Lazimnya malaikat itu penuh dengan zikir. Apabila ada yang mengunjungi si sakit, maka sekalian malaikat itu mendoakan keampunannya.
    
Pengunjung pesakit bukan sekadar dapat doa keampunan daripada malaikat, bahkan besar pahalanya. Bertuahlah bagi sesiapa yang tinggal dekat hospital membiasakan diri banyak menunjungi hospital, tidak kira yang sakit itu dikenali atau tidak.
   
Rasulullah SAW sentiasa diganggu oleh jiran Yahudinya. Satu hari tiada dia mengganggu. Baginda rasa pelik lalu baginda pergi ke rumahnya. Rupanya Yahudi itu sakit. Yahudi itu takjub akan orang yang sentiasa diganggu menziarahinya. Lalu Yahudi itu beriman. Baginda sekadar hendak mengetahui apa jadi padanya.
  
Rupanya dia sakit dan kebetulan kunjungan itu jadi kunjungan kepada orang sakit. Tidak terkiranya besarnya pahala Nabi kerana kunjungan itu menyebabkan Yahudi itu mengubah akidahnya.
  
Najib adalah orang beriman. Jika ziarahnya terhadap Ustaz Hadi dipasang dengan niat yang elok, maka ia satu kunjngan ibadat. Besar pahalanya. Yang tidak beriman, seelok manapun niatnya, tiada jadi ibadat dan kosong pahala. Tiada dapat dia doa keampunan daripada malaikat.
  
Tapi kalau niat kunjungan PM itu bertujuan bagi mengekalkan perpecahan pembangkang dan mahu memperdaya PAS supaya tidak lagi menegur semua penyelewengannya yang lalu dan yang akan datang,  meredhai semua penyelewengan lalu para pemimpin Umno, maka sukarlah ia jadi kunjungan ibadat.

Ia dapat gah diplomasi kosong. Apa lagi kunjungan itu bagi mengekalkan pengaruh dan kuasa dan supaya kekal semua kerja yang terbukunya selama ini.
   
Bagaimanapun mengunjungi orang soleh dan tok guru pula, moga-moga dilimpah syafaat, dapat petunjuk, jadi orang yang berubah atas penerimaan terbuka dan ikhlas serta doa orang yang dikunjung. Yang memberi syfaat itu bukan orang dikunjung tetapi Allahlah yang mengubahnya.
   
Apa yang Najib perlu buat ialah betulkan niat kunjungan itu supaya berpahala dan dapat petunjuk. Jika mahu kerjasama, buatlah kerjasama itu kerana Allah dan jika tidak mahu kerjsama, biarlah juga kerana Allah. Semua mesti berdoa minta jadi macam Saidina Umar al-Khatab, bukan jadi macam Abu Jahal. – HARAKAHDAILY 20/1/2016

Sumber HD - 210-1-2016






















Kenapa Bajet 2016 hendak dibaiki

SUBKY LATIF | .


PARLIMEN hendak bersidang bagi membaiki Belanjawan 2016 yang sudah diluluskan atau bajet itu perlu dicop bagi menyempurnakannya.
   
Biasanya cop adalah tindakan kanak-kanak bagi membetul atau membatalkan tindakannya yang silap. Seperti bermain gasing. Apabila dia tidak puas hati atas apa yang dibuatnya lalu cuba batalkan bagi membolehkan dia melakukannya semula, maka dia kata cop. Perbuatan yang dicop itu tidak dipakai. Yang dipakai ialah yang dibuat semula.
   
Itulah alam kanak-kanak.
   
Tidak ramai ada pengetahuan tentang bajet yang telah diluluskan dicop. Tetapi Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib yang ada pengalaman membentang bajet sejak tahun 2009 seperti hendak melakukaan cop pada belanjawannya yang terbaru.
   
Kerana bajet yang sudah diluluskan itu kita juga yang buat, maka boleh batalkan atau pinda atau baiki di mana-mana yang lemah atau tidak patut ada. Sekalipun kita ada kuasa membuat dan membatalkannya, tetapi tidak pernah kedengaran sebuah kerajaan dan pimpinan yang baik membuat cop atas bajet yang sudah dibentang dan sudah diluluskan.
    
Seolah-olah bajet itu tidak layak dipakai jika tidak dibentang baru.
    
Semua tahu betapa yang sempurna adalah al-Quran. Tiada boleh Ia dipinda atau diubah suai. Bajet ciptaan manusia jauhlah daripada kesempurnaan, maka boleh dipinda jika mahu, tetapi ia adalah kejadian yang tidak diketahui pernah belaku.
    
Biasalah bajet mana-mana alam pun, justeru ia ciptaan manusia, tidak pernah cukup. Setiap tahun akan ada bajet tambahan. Tidak sekadar sekali, bahkan berkali-kali. Bagi sebuah kerajaan yang cekap dan berpengalaman belanjawan tambahannya adalah tidak kerap dan seboleh-bolehnya dielakkan.
    
Bajet yang terbaru ini banyak tempangnya dan amat mencolok mata. Beban kos hidup dan kenaikan harga barang amat berat. Semuanya disalahkan oleh perkembangan luar negara yang kita tidak dapat kawal.
    
Lebih dua tahun saya guna teksi balik dari hospital ke rumah. Biasanya sekitar RM10. Awal tahun baru, lepas bajet diluluskan, tambangnya sudah RM14. Tidak usah dikira tol, minyak dan lain-lain penindasan GST. Mampus kita semua.
    
Tetapi lain-lain negara juga menghadapi masalah luar negara yang tidak terkawal itu. Nampaknya mereka dapat kawal suasana dalam negeri dengan meminimakan tambahan kenaikan barang. Saudi yang dulu riyalnya rendah daripada ringgit kini ia tinggi daripada ringgit. Bhat Thailand yang selama-lamanya rendah daripada ringgit, dalam zaman Najib ini bhat sudah di atas ringgit.
   
Thailand tiada minyak. Tunjuk perasaannya tidak sehari atau sepetang. Tetapi berminggu dan berbulan. Bhatnya melompat mengalahkan ringgit sedang kita banyak minyak dan tunjuk perasaan pun amat kerdil dibanding  dengan Bangkok.
    
Berbulan Anggota Parlimen kita bertegang urat membahaskan bajet. Parlimen getir justeru pembangkang cuba tolak bajet. Susah payah ia diluluskan. Tiba-tiba Pak Najib kita setelah lulus bajet hendak bentangkan semula kononnya supaya lebih prorakyat.
    
Siapa nasihat Najib hingga dia tidak sedar bajetnya dulu cacat. Semua menyedari Najib amat lemah dan Perdana Menteri yang paling tidak terpakai. Adakah justeru dia tidak pakai semua nasihat pegawai dan pembantunya? Sekitar dua bulan bajet itu terdedah di Parlimen. Jika ada kepincangan dalam pembentangannya dulu, mengapa ia tidak dibetulkan semasa tempoh perbahasan?
    
Sesudah sidang berakhir, beban bajet sudah mencekik kerongkong rakyat, baru  pahat berbunyi. Hendak dibaiki ia. Kata hodohnya ialah bajet yang ada hendak robek. Penat semua bersidang, akhirnya bajet yang penyokong BN puji melangit itu diisytihar tidak memenuhi sepatutnya. Itulah Najib. – HARAKAHDAILY 19/1/2016

Sumber HD - 19-1-2016

Menyelaras kurikulum maahad tahfiz
























SUBKY LATIF | .

TPM Datuk Seri Zahid Hamidi telah mencadangkan supaya pembelajaran maahad tahfiz yang tumbuh di merata-rata di negara ini diselaraskan bagi menseimbangkannya dengan mata pelajaran akademik.
   
Ia bukan sekadar patut diselaraskan tetapi kerajaan juga memasukkan pengajian menghafaz al-Quran ini ke dalam sebahagian daripada dasar pelajaran kebangsaan.

Sebagaimana Laporan Murad Mohd Nor menyarankan wajarnya sekolah agama rakyat dimasukkan dalam sistem dasar pelajaran kebangsaan justeru ia adalah sistem pelajaran yang terawal di negara ini sejak sebelum kedatangan penjajah lagi, maka sistem maahad tahfiz telah dipelopori oleh rakyat sejak berpuluh-puluh tahun dulu.
   
Perkembangan sekolah tahfiz amat menggalakkan kira-kira 30 tahun kebelakangan ini sekalipun ia tidak diperhatikan oleh kerajaan justeru tumpuan kerajaan banyaknya untuk memastikan tiap-tiap murid menguasai bahasa Inggeris.
    
Ketika kerajaan menumpu dan mencari kaedah menguasai bahasa Inggeris ramai ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah tahfiz seawal usia 10 tahun. Perdana Menteri Abdullah Badawi terkejut ketika kunjungannya ke Afrika Selatan mendapati ramai kanak-kanak Melayu seusia itu belajar menghafaz Quran di sana.
    
Dia tanya kanak-kanak itu mengapa bapa mereka hantar mereka ke situ? Jawab mereka, bapa mereka mahu anak mereka belajar agama. Saya difahamkan dia tertanya-tanya apakah Malaysia tidak cukup sekolah agama hingga rakyat menghantar anak sampai ke Afrika Selatan? Ketika sudah ramai yang menghantar anak ke Pakistan dan Turki.
   
Dia mungkin lupa saya pernah dapat bantuan daripadanya semasa dia menjadi Menteri Luar bagi menghantar kanak-kanak semuda itu belajar di Pakistan. Kerajaan Pakistan telah memberi kerjasama.
    
Saya pernah cadangkan kepada Tamrin Ghafar semasa dia jadi pengurusi MARA. Jika Mara ada Maktab Sains Mara, apa salahnya Mara membuka pula Maktab Sains al-Quran? Dia tertarik tapi akan dapatkan persetujuan Perdana Menteri Dr. Mahathir.
    
Ketika ibu bapa Melayu memungut dana bagi membeli tanah dan mendirikan bangunan sekolah tahfiz, Pakistan, Turki dan Afrika Sselatan telah pun mengeluarkan ribuan hafiz dan hafizah. Ia tidak dapat disekat. Seolah-olah tiap-tiap ibu bapa Melayu sekarang bercita-cita agar sekurang-kurang seorang anaknya hafaz Quran.
   
Bagi menyelaraskannya kerajaan patut kaji sistem itu sejak zaman khulafah Islam dulu dan apa kaedah yang diguna di negara-negara Islam. Saya difahamkan Turki ada kaedah yang terbaik. Rata-rata di seluruh Turki rakyat sendiri membina sekolah tahfiz. Kebanyakan sekolah tumpu hafazan saja, 70 peratus tamat dalam masa dua tahun. Selepas itu baru kanak-kanak itu diberi mata pelajaran lain.
   
Kanak-kanak yang hafaz Quran amat mudah menguasai lain-lain pelajaran.
  
Turki memberi peluang tiga bulan bagi murid mengikuti asas hafazan. Jika dapati tiada keupayaan, disalurkannya kanak-kanak di sekolah lain – sekolah agama atau sekolah biasa. Yang didapati ada keupayaan, lazimnya 70 peratus tamat seawal dua tahun. Bakinya mengambil masa tiga tahun atau lebih.
  
Penyelarasan yang dicadangkan oleh kerajaan hendaklah tidak sekadar kurikulum tetapi mengambil kira, kanak-kanak boleh mula belajar seawal 9 atau 10 tahun atau lebih. Jangan ganggu sehingga mereka khatam. Lepas itu barulah diberi pelajaran lain.
     
Bagi yang dalam tiga bulan, cerdik tetapi tidak kuat daya hafazan, perkenalkan mereka dengan mata pelajaran yang melayakkannya jadi alim. Setelah mereka alim nanti baru mereka  menghafaz al-Quran.
    
Kurikulum yang perlu disedia dan diselaraskan ialah bagi pelajar yang telah hafaz dalam masa dua/tiga tahun. Pilihan yang disediakan untuk jadi ulama terbilang dulu dan menguasai apa-apa bidang profesional atau persediaan jadi orang profesional yang berpengetahuan al-Quran. – HARAKAHDAILY 15/1/2016

Sumber HD - 15-1-2016






















Salahuddin Ayub adalah sibghah PAS

SUBKY LATIF | .


ADA penyokong PAS yang setia datang bertanya, betulkah PAS sedang memujuk Salahuddin Ayub yang lari daripada PAS supaya kembali semula kepada PAS?
  
Saya tidak tahu akan sesuatu. Yang saya tahu hanya membuat tafsiran dan analisis atas semua kemungkinan. Tafsiran dan analisis ada tepat ada tidak. Biasanya ia dibuat mengikut logik.
   
Orang yang bertanya itu berkata, dia dimaklumkan oleh orang kuat parti orang-orang PAS yang lari itu bahawa PAS sedang berusaha memecahkan parti itu dengan memujuk Salahuddin kembali kepada PAS.
  
Analisis saya ialah tiada banyak orang PAS pandai memujuk orang PAS yang keluar kembali kepadanya, bahkan menghalang jangan keluar pun kurang. Yang banyak dan pandai ialah memujuk orang PAS keluar daripada partinya. Yang saya paling tidak seronok ada yang suka orang yang keluar itu keluar kerana ia dikira sebagai pemutihan kepada PAS.
   
Yang saya hajati dalam mengatasi hal yang dihadapi PAS ialah jangan penyelesaian itu hingga mencicirkan barang seorang pun anggota PAS yang sejuta itu.
   
Apapun tentang Salahuddin itu ialah dia adalah seorang sibghah PAS. Kalimah sibghah dalam Quran itu diterjemahkan sebagai celupan atau sepuhan.
   
Kalau hendak diselamatkan dia bukanlah justeru disasarkan kepada mana-mana pihak tetapi orang yang dicelup PAS dari mula itu seelok-eloknya wajar diselamatkan.
   
Seelok saja dia baligh, tentunya sesudah berkhatan, gerakan Islam yang mula diketahuinya dan lekat padanya ialah PAS. Sengat PAS itulah yang menjalar pada nadi dan dalam darahnya.
   
Orang lain yang sebaya dengannya, justeru jamaah Islam selain PAS sudah mulai ada di sana sini, mereka sudah dihinggapi sibghah yang lain. Sebagai anak muda mereka dapat celupan daripada persatuan pelajar Islam atau belia Islam dan macam-macam NGO dakwah dan badan kebanjikan seperti Perkim dan lain-lain.
   
Setelah mereka keluar sekolah atau tidak aktif lagi dalam mana-mana badan, justeru cenderung kepada gerakan dan politik, ada yang menyertai parti-parti politik lain dulu antaranya ada yang tersesat dalam Umno. Sesudah dalam politik itu tidak kena dalam politik ini pun tidak kena, maka barulah atas sibghah-sibghah yang lain mereka dapat sibghah PAS.
    
Akan tetapi Salahuddin diketahui semua dari awal sudah sibghah PAS dan kalau PAS itu ada usrah dan tarbiyah, besar dan dewasanya adalah dengan usrah dan tarbiyah PAS. Dan dengan sibghah PAS itulah dia menyepuh pemuda-pemuda PAS dan lain-lain lapisan PAS dengan celupan yang sebati dengan darah dagingnya.
   
Yang dapat celupan daripada berbagai-bagai jamaah dan parti politik lain dulu jika antaranya lucut daripada celupan PAS apa boleh buat, tetapi jika Salahuddin terlondeh sama daripada sibghah PAS adalah suatu yang amat tdak patut. Jika yang sebati sibghahnya sepertinya lekang daripada sibghahnya, nescaya ada ruginya. PAS rugi dia pun dikira rugi juga. Kerugian itu nescaya mendatangkan sia-sia.
   
Sebelum semua jadi sia-sia eloklah Salahuddin diselamatkan supaya yang sibghah PAS dari mula kekal dalam sibghah PAS. Pada yang lain saya sayang juga, tapi Salahuddin adalah tersangat sayang. Tiada siapa boleh pujuk dia. Dialah yang boleh memujuk hatinya. – HARAKAHDAILY 14/1/2016

Sumber HD - 14-1-2016






















Jangan salah orang sekarang atas salah orang dulu!

SUBKY LATIF | .


BOLEH dikira sikap kerajaan sekarang cuba berlepas tangan atas kesilapan dan kerenah pemimpin kerajaan yang lampau sekalipun pimpinan lampau itu dari parti dan sistem yang sama.
   
Setiap pemimpin itu dulu, sekarang dan akan datang ada kesilapan dan kelemahannya kecualilah pimpinan yang terdiri dari rasul dan nabi dan mereka yang diberi petunjuk seperti khalifah ar-rasyidin dan Khalifah Umar Abdul Aziz. Kelima-lima khalifah ini adalah contoh dan model pimpinan dan pemerintahan/pentadbiran Islam.
   
Jika mereka ada kesilapan, justeru segala tindakan dan matlamat mereka adalah kerana Allah, maka kelemahan itu jadi dosa yang dimaafkan atau tidak berdosa. Setiap yang dibuat atas dasar ijtihad, jika tepat dapat dua pahala dan silap dapat satu pahala.
   
Tetapi pimpinan dan pemerintahan yang tidak berlandaskan al-Quran dan Sunnah, terlepaslah ia dari obligasi ibadat. Setiap yang non ibadat, paling baik ia tidak dapat apa-apa tetapi tidak terlepas daripada dosa.
   
Adat pemerintahan dan politik, setiap tindakan ada untung ruginya kerajaan dan rakyat semasa yang pastinya memberi kesan segera buat masa itu dan kesan yang mesti diwarisi oleh orang terkemudian.
  
Hutang negara dan kesilapan pentadbiran dan politik Tunku, bukan sekadar jadi beban kolektif kepada pimpinan masa itu tetapi jadi beban dan tanggungan kepada kerajaan dan pemimpin selepasnya.

Sekalipun kerajaan dan pemimpin yang terkemudian terdiri daripada parti dan sistem yang tidak sama, boleh kerajaan itu menyalah yang terdahulu, tetapi ia tetap mewarisi semua beban dan kebaikan lalu, dan bertanggungjawab membaiki dan mengatasinya.
   
Hutang kerajaan lama mesti ditanggung oleh kerajaan baru. Sistem dunia tidak melepaskan kerajaan baru dan pimpinan baru cuci tangan atas penyelewengan kerajaan sebelumnya.
   
Nikita Khrushchev, setiausaha agung parti komunis Rusia dan perdana menteri Soviet Union selepas Stalin. Justeru Stalin adalah diktator dan kejam, Kruschev sebagai ahli parti komunis berdiam diri atas kekejaman Stalin. Setelah dia berkuasa bukan sahaja saka kekejaman Stalin didedahkan, bahkan Stalin dan kuburnya dimasukkan ke dalam bakul sampah sejarah.
   
Tanah Melayu kemudiannya Malaysia merdeka adalah negara demokrasi. Ahli Umno boleh tegur dan bantah kemahuan pimpinan Tunku. Aziz Ishak, menteri pertanian masa itu tidak sedia tanggung beban daripada dasar Tunku, dia bantah dan sedia dipecat.

Dr. Mahathir tidak setuju dengan tindakan Tunku, dia kritik dan dia dipecat. Musa Hitam tak setuju dengan Mahathir, dia letak jawatan. Anwar Ibrahim bantah dasar Mahathir, dia dipecat.
   
Jika mereka tidak sedia pikul beban pemimpin terdahulu, mungkin mereka boleh difahami. Tetapi orang memimpin Umno dan kerajaan sekarang adalah yang membisu atas segala yang dibuat oleh kerajaan Dr. Mahathir termasuk perjanjian yang dikira berat sebelah dan membebankan negara dan rayat sekarang.
    
Jika pemimpin sekarang tidak setuju dengan semua keputusan Dr. Mahathir mengapa baru sekarang, sesudah tak terpikul bebannya baru bagitahu rakyat jangan salah orang sekarang yang mewarisi beban orang dulu. Hendak marah, marahlah pemimpin dulu bukan pemimpin dan kerajaan sekarang.
   
Kemungkaran dalam semua bentuk mesti ditegur/dicegah. Mula-mula dengan tangan, lepas itu dengan lidah. Semua tidak berkesan, cegah dalam hati. Ia tanda selemah iman.
   
Apa ertinya seru orang jangan salah pimpinan sekarang atas angkara orang dulu? Marahlah orang dulu! Ia adalah hendak mengajar orang akan datang, jangan salahkan pimpinan sekarang atas semua beban akan datang. Pemimpin masa itu marahlah pemimpin – kerajaan Najib - sekarang kerana menyusah orang  akan datang. – HARAKAHDAILY 12/1/2016

Sumber HD - 12-1-2016

Sayangkan Kelantan bukan pecahkan PAS

SUBKY LATIF | .


JIKA pejuang-pejuang PAS sayangkan Kelantan daripada jatuh ke tangan Umno sekali lagi, caranya ialah perkuat lagi PAS. Bukan menduakan PAS.
   
Para pendeta politik Kelantan semua tahu sejak merdeka ia bumi yang subur PAS. Ia berjaya menegakkan kerajaan selama 19 tahun bermula dari tahun 1959. Kemudian PAS disekutukan atau diduakan oleh orang-orang PAS sendiri.

Ulama muda PAS masa itu Mahmud Zuhdi bersama Datuk Mohd Nasir tidak senang dengan sengketa dan kelemahan PAS, bukan memperkuat PAS dari dalam tetapi membentuk parti Islam baru, Berjasa. Berjasa menyertai pilihan raya. Kalah PAS atas kerjasama Umno-Berjasa.
   
Umno menguasai kerajaan Kelantan sepenuhnya. Berjasa terpinggir.
  
11 tahun Umno berkuasa. Umno pula berpecah. PAS belumlah  pulih sangat tetapi kerana Umno kacau Umno, PAS dengan pimpinan ulamanya rampas kembali Kelantan sejak tahun 1990 hingga Umno itu sifar di Dun Kelantan. Lepas Kelantan diambil semula, ia jadi parti yang kuat di Kelantan.
   
Ia kuat. Justeru ia bersatu di bawah kepimpinan ulama dan berketuakan pula TG Nik Abdul Aziz. Auranya melangit. Tok Guru pun terlalu dan terlalu uzur. Tidaklah manusia itu menongkat langit. Pimpinan PAS Kelantan bertukar kepada ulama juga tapi taklah selevel Tok Guru. Kuranglah dari Tok Guru tapi yang meletakkannya di situ Tok guru juga.
   
Kurang Tok Guru justeru auranya tinggi tiada dapat dibandingkan dengan yang lain dan tiadalah yang berani mentakwilnya. Akan kekurangan yang baru terdedah kepada takwil termasuk orang PAS.

Anasir yang mengaku pengritik dari dalam PAS sendiri sudah ada semasa Tok Guru lagi. Gejala nak pecah PAS itu sudah ada. Baik Tok Guru hidup atau mati ia sudah retak. PAS itu elok dan betul. Yang kurang orangnya termasuk pimpinannya.
  
Kerana ada orang setia kepada PAS kerana orangnya, bukan kerana PASnya, wujudlah pemikiran seperti Islam saran, setia mutlak kepada Allah dan Rasul-Nya, setia pada PAS justeru orangnya, bukan PASnya.
  
Kuat PAS Kelantan kerana Tok Gurunya, bukan kerana perjuangan PAS. Maka dipecahkan PAS bagi mengekalkan kuasa PAS dari diambil Umno. Semua yang waspada pada Umno tak mahu Kelantan diambil Umno.

Yang kekal dengan PAS sayangkan Kelantan dan berpecahpun sayangkan Kelantan. Lepas sepak punggung PAS ajak PAS buat itu dan ini supaya Umno tak dapat ambil Kelantan.
   
Mana ada orang di dunia lepas sepak punggung orang, dalam keadaan masih kata orang yang disepak itu begitu dan begini, ajak orang yang disepak itu sama-sama halang Umno ambil Kelantan.

Sayangkan Kelantan daripada diambil Umno kuatkan PAS, bukan pecahkan PAS. Orang disepak punggungnya lepas itu suruh perutnya pula disepak adalah ajaran Kristian saja. Katanya, apabila pipi ditampar, serahkan pipi sebelah ditampar juga. Itu ajaran saja, tapi realitinya ada Kristian tampar orang yang tak tampar dia.
   
Apa yang orang Kelantan keluar dari PAS buat sekarang samalah dengan orang PAS Kelantan yang tubuhkan Berjasa di Kelantan dulu kerana takut Umno ambil Kelantan.
    
Itulah yang dinamakan tikus baiki labu.  Jika benar tikus sayangkan labu, jangan gigit labu. Apa yang tikus patut buar sabar. Mungkin tikus sangka sabar itu bodoh. Patutlah tikus kata sabar itu bodoh kerana ia tikus. Manusia beriman jadi macam tikus juga mengapa? – HARAKAHDAILY 11/1/2016

Sumber HD - 11-1-2016






















Siapa ambil air zamzam kami?

SUBKY LATIF | .

SIAPA saja yang menunaikan haji dan umrah, selain dari demi mengabdikan diri kepada Allah, adalah untuk membersih segala dosa yang Allah boleh ampunkan. Dosa kepada dua ibu bapa dan sesama manusia, ibu bapa dan manusia saja yang boleh mengampunkannya.
    
Sekalian yang bertahalul, mencukur semua rambutnya di kepala, mengharapkan sebanyak rambutnya yang gugur, maka sebanyak itulah dosanya ditebus. Bahkan licin kepalanya, maka licinlah dosanya dengan izin Allah.
    
Tiada sesiapa yang telah membersihkan dosanya di Makkah dan Madinah Munawarah, mahu membuat dosa lagi setelah pulang. Itulah harapan semua.
    
Akan tetapi setibanya kami tiga beranak dari Madinah air zamzam yang dibekalkan oleh penguasa umrah kepada pembuat umrah tidak ada. Dalam pentadbiran Saudi sekarang, setiap jamaah haji dan umrah tidak perlu lagi membawa pulang air zamzam.

Sekaliannya akan dibekalkan sekotak berisi balang air zamzam untuk setiap penumpang. Kotak itu akan masuk bersama bagasi masing-masing.
   
Masing-masing memungut balang air zamzam itu  semasa memungut bagasi masing-masing. Pembawa umrah sudah memberitahu, semasa memungut bagasi di destinasi masing-masing ambilah satu kotak air zamzam. Jika  ambil lebih bererti kita mengambil hak orang lain.
   
Kotaknya serupa untuk semua. Semua orang bebas ambil bagasi masing-masing termasuk kotak air zamzam. Kastam tidaklah hendak periksa bagasi masing-masing kecuali disyaki ada penyeludupkan barang terlarang.
   
Bagasi kami lambat keluar. Hampir semua telah dapat bagasinya, barulah semua bagasi kami terpungut. Selepas itu barulah kami hendak mengambil kotak air zamzam. Pembawa umrah pun sudah keluar kerana menyangka semua telah ambil apa yang hak untuk semua.
   
Kami dapati kotak air zamzam sudah habis. Tiada satu pun yang tinggal. Pada siapa hendak ditanya kerana semuanya sudah keluar.
    
Semua diperuntukkan sekotak seorang. Tidak mungkin pentadbir di lapangan terbang Madinah tidak membekalkan untuk semua. Dari Madinah itu tentulah semua penumpang Islam. Orang Islam baru lepas umrah tidak wajar mengambil  hak orang lain.

Kapal terbang itu singgah di Riyadh mengambil penumpang lain. Tak mungkin penumpang bukan Islam dari Riyadh mengambil kotak air zamzam itu. Buat apa mereka air itu. Atau penumpang Islam dari Riyadh mengambilnya?
    
Syak saya ialah orang menunaikan umrah bersama kami itu juga yang mengambil kotak yang bukan haknya. Mungkin mereka mengira mengambil air zamzam kepunyaan orang lain tidak salah. Tetapi kami tiga beranak pulang tanpa air zamzam.
   
Air zamzam memang penting bagi setiap yang pulang dari Makkah. Dan sanak saudara yang menunggu kepulangan orang dari Makkah pun suka kalau dapat seteguk dua air zamzam yang keramat itu. Jika tiada yang lain dapat diberi sebagai buah tangan memadai dengan seteguk air zamzam.
   
Memang pada kami air zamzam itu penting. Ia disimpan untuk disuap sebagai makanan pertama bagi bayi yang baru lahir. Kami bawa ke hospital bersalin, pesan pada misi pasti anak cucu yang baru lahir itu disudukan air zamzam dulu sebelum menetek dari ibunya.
   
Sekarang di majlis akad nikah anak saya, selepas sah ijab kabul, kami edarkan sebiji kurma dan seteguk air zamzam kepada setiap tetamu. Penting bagi kami menyimpan air zamzam.
   
Kami maklumkan ketiadaan air zamzam itu kepada pengendali umrah. Dia tunggu mutawirnya pulang kemudian. Hak anaknya diberi sekotak kepada kami. Beberapa lama kemudian dihantarnya sekotak lagi. Sekotak lagi akan digantinya kemudian.

Ada juga orang balik dari umrah, selepas membersihkan dosa di tanah suci mengambil air zamzam orang lain. Itulah manusia. – HARAKAHDAILY 6/1/2016


Sumber HD - 6 - 1 - 2016






















Nabi hijrah dengan unta, kami ke Madinah dengan bas

SUBKY LATIF | .

SAYA cuba bayang dan cuba samakan pengembaraan ke Madinah Munawarah setelah selesai Tawaf Wida’ umrah di Makkah Mukarrammah dengan perjalanan hijrah Rasul SAW 15 abad lalu.
   
Bolehlah disamakan?
   
Tidak dapat disamakan sama sekali. Kami mengembara dengan bas berhawa dingin melalui lebuh raya berstandard dunia yang dilalui ratusan kenderaan setiap hari tanpa gangguan keselamatan. Sedang Nabi mengguna unta bersama Saidina Abu Bakar as-Siddiq dengan dipandu oleh seorang penunjuk jalan, berjalan secara rahsia dan penuh dengan ancaman keselamatan.
    
Bas kami dipandu lancar di jalan lurus boleh diagak dari awal, akan tiba sekitar lima jam. Kami meninggalkan Makkah disaksikan oleh orang ramai. Nabi terpaksa sendirian meninggalkan rumah tengah malam, melepasi sentri polis jahiliyah Quraisy yang berkawal sepanjang malam di pintu jalan keluar dari kediamannya untuk membunuhnya.
    
Dengan mukjizat yang Allah kurnia kepadanya sekalian sentri dingantukkan dan tertidur. Baginda pun lepas daripada kepungan ke rumah Saidina Abu Bakar dulu, bersama jalan liku berlindung di gua sebelum berlepas dengan pemandu jalan yang ditempah oleh Saidina Abu Bakar.

Musuh kemudian mengejarnya hingga ke pintu gua. Mukjizatnya juga melindunginya tidak dapat dikesan, padahal jika menundukkan kepala mengintai lubang gua, nescaya keduanya akan dijumpa.
   
Dari gua itu baginda tidak mengambil jalan pintas tetapi mengambil jalan ke belakang dulu sebagai ikhtiar mengelirukan musuh yang menjejakinya. Banyak cerita baginda dapat dijejaki musuh hingga hampir dibunuh oleh pembunuh upahan tetapi mukjizat juga kuda yang diguna pembunuh upahan terjatuh ketika senjata telah dihunus.
     
Dari dalam bas saya cuba membayang jalan-jalan yang dilalui Rasulullah SAW. Bas kami patutnya bertolak sebelum zuhur supaya sempat asar di Masjid Nabawi. Tetapi kerenah manusia, ketika zuhur di Masjidil Haram baru dapat bertolak.
    
Sepanjang kiri kanan jalan merentas gurun batu besar berketul-ketul, tidak dapat dibayangkan bagaimana unta yang baginda tunggang dapat melaluinya.

Sekalipun unta itu ada ketikanya dipacu memanjat di celah-celah batu itu, tentulah tidak banyak masa unta menjalani bumi berbatu berketul itu. Tentulah ada lorong yang selalu diguna orang berkuda dan berunta yang selalu berulang alik antara dua tanah suci itu.
    
Sekalipun orang di gurun seperti itu telah biasa dengan panas terik tanpa bayang pokok justeru tiada pokok yang tumbuh kecuali di tempat yang didiami saja, tetapi alangkah peritnya berjalan di bumi berbatu, di atas kepala matahari memancarkan cahaya panas mendidih dan pantulan panah matahari di kaki unta tambah memanaskan sekalian pengembara.
   
Pada panas seperti biasanya pengembara tidak berjalan siang. Siang mereka berteduh di mana boleh. Malam saja mereka bergerak. Nabi biasanya mendapat payungan awan jika berjalan pada waktu siang terik.

Tentulah panas seterik itu tidak rasa panas sangat oleh bagnda, tetapi jika orang biasa tanpa payungan awan daripada Allah tentulah amat terik berjalan di bawah cuaca demikian.
    
Bagi penghuni padang pasir ketika itu panas terik itu hal biasa. Nabi juga tentu banyak pengalaman  panas sebegitu.
    
Cuma sebagai orang yang tidak dibesarkan di bumi seperti itu tidak dapat membayangkan perit perjalanan hijrah rasul itu. Hijrah itu adalah bagi orang-orang Makkah masa itu. Kita tidak dapat merasa pengalaman itu.

Semasa mengembara dalam bas berhawa dingin itu saya cuba bayangkan ada bersama pengembaraan baginda, moga-moga dapat menumpang syafaatnya. Sekalipun tidak dapat bersama pengalaman baginda tetapi sekalian manusia Muslim mendapat rahmat besar dan tidak terhingga daripada hijrah baginda itu. – HARAKAHDAILY 5/1/2016

Sumber HD - 5-1-2016






















Tak padan makanan dan layanan di Makkah dan Madinah

SUBKY LATIF | .


INI adalah kali keempat saya ke Makkah dan Madinah Munawarah sejak tahun 1984. Perubahan memang banyak dan mengkagumkan. Kebanyakan bangunan lama yang setingkat dua diganti dengan hotel tinggi.
   
Tidak ada lagi penjaja kecil nasi lemak dan mee segera serial dua di kaki lima bagi sarapan jamaah awam. Jamaah haji dan umrah rata-rata tinggal di hotel yang disediakan makan.
   
Makkah yang bertanah batu gondol dengan barakah doa Nabi Ibrahim dilimpahi rezeki murah melimpah ruah sekalipun ia didatangi serentak tiga juta orang bagi satu masa.
    
Inilah kali pertama tidak puas selera dibandingkan dengan bayaran makan yang dikenakan. Makan sedap demi ibadat sebagai tertamu Allah tidak berbangkit. Tetapi setiap pengunjung Haramain dikenakan bayaran makan yang tinggi antara 50 ke 100 rial sekali makan. Dulu kita dikenakan bayaran tempat tidur, boleh cari makan di mana-mana. Sekarang dimasukkan sekali dengan belanja makan. Rugi tidak makan kerana ia sudah dibayar.
    
Makanan sunnah paling penting ialah air zam-zam dan kurma. Ia tidak disediakan untuk tetamu hotel. Teguklah air itu di masjid baik di Makkah dan Madinah. Apalah salahnya ia disediakan di hotel sebagaimana ia menyediakan lain-lain minuman dan buah-buahan.
    
Hotel di Makkah itu dipenuhi pengumrah Malaysia, Singapura dan Indonesia. Ada tetamu Arab tetapi makannya di tingkat lain. Cuma tercium asap makanan Arabnya. Makanan disediakan untuk Melayu itu dipercayai masakan Turki, asing bagi lidah dan tekak orang Melayu kampung. Bagi orang gelandangan bagi apa  saja mereka makan, tetapi kami bayar mahal. Bukan untuk sekali dua tetapi sepanjang di Makkah dan Madinah.
    
Bagi menyelerakan lain kali, kena bawa serunding.
    
Di Madinah lebih menyedihkan. Hotelnya di sisi Masjid Nabawi. 15 langkah dari hotel masuk ke dataran masjid. Hotel 14 tingkat. Lebih 10 bilik setingkat dengan dua lif saja. Bila satu lif diguna mengangkut bagasi penumpang keluar masuk setiap hari, satu lif saja yang dapat diguna. Amat tidak selesa bagi pengguna lif terutama tiba waktu solat.
    
Hotel ini penuh semua masa. Pelanggannya orang Melayu dari semua alam Melayu. Ruang makannya sempit dan padat. Demi menampung tetamu seramai itu pada waktu puncak ia memerlukan mungkin lima atau enam kali ganda luas ruangnya. Pelanggan terjamin sepanjang musim, apa salahnya disediakan ruang makan yang selesa lapangnya, tidaklah berebut-rebut macam pelarian mengejar makanan.
   
Sebaik usai solat zohor dan isya, orang berdahulu-dahuluan mengejar meja makan. Jika lambat makanan habis dan terpaksa menunggu. Adapun makanannya amatlah tidak diterima tekak. Yang menghabiskan makanan bukan kerana sedap tapi kerana lapar. Mungkin tekak kucing dan ayam pun tak tertelan. Ramai yang kali pertama datang mengambil makanan penuh pinggan. Makan empat lima suap, ditinggalkan saja. Ia terbuang. Membazir. Membazir kesukaan syaitan.
    
Pengendali hotel tentu ada pengalaman, ambil tahu tetamu Allah dan Nabi itu selesa atau tidak. Mereka tidak datang untuk menjamu selera, tetapi justeru mereka ditetapkan dengan makanan berbayar tinggi, mereka menyimpan duit lama untuk memenuhi permintaan tuan rumah, tetamu orang awam terpaksa puas hati dengan layanan tidak dengan bayaran yang dikenakan.
   
Zaman jahiliyah dulu tuan rumah Quraisy bersusah payah menyediakan makan dan minum untuk tetamu haji. Mereka pastikan tetamu selesa dan terlayan.
   
Islam mesti jauh lebih baik daripada jahilyah. Jangan sampai orang tersangka jahiliyah lebih elok daripada Islam. Ini agaknya yang dikatakan lebih Islam itu dari zaman Nabi, lebih nipis Islamnya.
   
Kita tahu haji dan umrah tinggi ujiannya. Ini tdak menghalalkan orang Islam boleh abai tanggungjawab kepada tetamu Allah. – HARAKAHDAILY 30/12/2015

Sumber HD - 3-12-2015






















PIBG patut tubuh konsortium bekal pakaian

SUBKY LATIF | .

JUSTERU beban dan sara hidup di seluruh negara sekarang sudah terlalu tinggi dan tidak mampu dikawal oleh sesiapa bahkan oleh Umno pimpinan Najib sendiri, maka tidak ada yang dapat dibuat untuk mengurang dan meringankan beban ibu bapa menghadapi pakaian sekolah anak masing-masing.
    
Buat penat dan berbuih mulut saja menyalahkan golongan peniaga menjerat pengguna mengaut untung besar daripada penjualan pakaian sekolah. Harga pakaian sekolah yang tinggi melangit itu bukan saja bala bagi golongan berpendapatan rendah bahkan ia bala untuk semua termasuk yang kaya-raya. Malah ia bala juga bagi peniaga sendiri.
    
Peniaga mungkin rasa gembira dapat menindas pengguna. Tetapi mereka juga berbelanja tinggi untuk pakaian  anak-anak dan tanggungannya, sedang sepatutnya boleh mmengurangkan harga pakaian yang patut ditanggung. Tanpa sedar mereka juga telah tipu dan ditindas diri sendiri.
   
Peniaga beri seribu alasan mengapa harga pakaian tinggi. Kos bekalan semuanya naik. Tiada siapa daripada pembekal benang, pembuat pakaian, pengilang, pengeluar, pengedar dan peruncit bersedia menanggung rugi atas penglibatan masing-masing.

Semua orang tengah ini mesti ada kaut untung. Mungkin tidak tinggi setiap pihak, tetapi kerana semua mesti untung sedikit sebanyak, keuntungan terkumpul itu akan jadi bala kepada pengguna tidak kira mereka papa atau jutawan.
   
Yang ada tanggungjawab mengawal bala ekonomi ini ialah kerajaan. Tetapi kerajaan yang kita pilih itu juga menjadi sebahagian daripada ejen penindas. Umno yang sepatutnya boleh mengawal, ia juga jadi sebahagian daripada perkongsian sindrom bisu bersekongkol dengan sistem penindasan itu.
    
Tiada siapa yang arif apakah kuasa di Putrajaya itu boleh digantikan? Sehingga kini Dr. Mahathir pun hilang bisa untuk menggantikan puak penindas itu.
   
Orang Islam tidak wajar putus asa atas perubahan. Sementara menunggu perubahan, pengguna terpaksa hadapi dan lalui penindasan harga pakaian sekolah sekalipun berhutang bergolok, mencuri dan  merompak atau menipu. Memanglah setiap  penindasan itu mengundang dosa.
   
Bagi menghadapi bencana sebelum Umno digantikan, beban pakaian sekolah itu mungkin boleh diatasi oleh rakyat akar umbi yang anak dan cucu masing-masing bersekolah. Setiap sekolah ada PIBG. PIBG dipayungi oleh pejabat pelajaran dan kementerian.
    
Kementerian tidak mempu mengajar Umno, tetapi ia ada pengaruh menggalak dan membantu PIBG bersyarikat membentuk koperasi atau konsortium menyediakan pakaian untuk semua sekolah. Konsortium itu adalah perniagaan. PIBG yang bersatu yang dipimpin oleh orang yang tahu berniaga daripada kalangan PIBG,  bukan daripada golongan penindas  kapitalis.
   
Ia bahagikan kawasan kegiatan mengikut logistik geografi yang munasabah. Ada kilang menjahit dan penjahit yang terlatih. Ia boleh dapat bantuan bahan dan bekalan kilang daripada kerajaan dan cukai atau dengan cukai yang murah. Boleh dapatkan bekalan kain dan benang yan murah – tanpa cukai atau cukai ala kadar.
   
Dengan sistem dan logistak yang tersusun, semua pakaian yang diperlukan oleh murid boleh didapati daripada kedai koperasi di setiap sekolah. PIBG setiap sekolah mengawal urus tadbir kedai di sekolah masing-masing. Ibu bapa yang miskin boleh mendapat bantuan daripada agensi kerajaan yang banyak itu.
   
Dalam tempoh penindasan ini semua terpaksa tanggung beban penindasan. Tetapi persiapan mengatasi penindasan mesti dirancang. Sama ada penindasan kekal atau berakhir, konsortium PIBG ini setelah diadakan, mesti berjalan terus supaya beban ibu bapa terbela hingga datang hari kiamat. – HARAKAHDAILY 29/12/2015

Sumber HD - 29-12-2015

Malaysia berpuas hati Islam jadi Agama Persekutuan

Posted on Sunday, December 20 @ 13:00:00 MYT by paktam

Oleh Subky Latif MEMANG patut orang Malaysia bersyukur kerana dirakamkan dalam perlem - bagaannya Islam adalah agama persekutuan. Tidak banyak, malah tidak ada negara dapat bubuh begitu dalam perlembagaannya.Termasuk negara umat Islam sendiri.Saya tidak tahu apa isi perlembagaan yang menama rasmikan negaranya sebagai republik Islam seperti Iran dan Pakistan.


Mana lebih baik isytiharkan nama negara itu negara Islam dengan rakam dalam perlembagaan Islam adalah agama persekutuan.

Apapun lebihlah kita dibandingkan dengan Pulau Maldives, Turki bahkan Mesir.

Tetapi tak lawan Brunei. Dinamainya Brunei Darussalam dan dibubuhnya ia negara Islam Melayu beraja. Dan sekarang ia hendak tiru sikit sebanyak yang Nabi s.a.w. buat di Madinah.

Tentang isi perlembagaan kita itu mungkin beza dengan negara Islam lain, kita nama anak yang baru lahir Gajah Mada dan catat dalam kad pengenalannya beragama Islam. Manakala orang lain namakan anaknya Muhammad bin Abdullah tetapi tidak sebut agamanya dalam kad pengenalan.
Ke mana-mana pergi orang tahu Muhamad Abdullah itu Islam tetapi Gajah Mada itu tidak diketahui agamanya hinggalah dia singgah solat di masjid.

Para serjana termasuk ulama rasmi kira memadai dengan catatan perlembagaan itu tertolaklah ia sebagai negara sekular, kerana mengikut kamus sekular itu tiada kaitan dengan agama.

Perlembagaan Malaysia bubuh Islam agama persekutuan. Maka dikaitkan ia dengan Islam, nescaya bukanlah ia sekular. Ia menyebabkan cendekiawan Islam kita berpuas hati, Islamlah negara kita. Tak usah takwil-takwil lagi!

 Macam laporan sukan. Pasukan bola yang kalah dilaporkan sebagai terpaka berpuas hati kalah satu gol kosong. Ia kalah tetapi ia berpuas hati dengan kalah itu. Kalah pun seronok juga?

Dengan catatan dalam perlembagaan itu sudah elok. Tetapi adalah negara Islam itu sudah elok dengan rakaman perlembagaan saja?

Mao Zedong dulu tidak setuju dengan komunis Soviet pasca- Stalin ialah tidak berjalan sistem komunisme di Kesatuan Sovie seperti yang difahami oleh Karl Marx, Vladimir Lenin dan Joseph Stalin. Bagi Mao negara komunis apa namanya jika tidak berjalan di dalamnya sistem, hukum, aturan dan peraturan komunis. Padanya negara komunis itu ada di China saja. Komunis di Soviet dikira revisionis.

Kira-kira komunis murtad. Macam sekarang ini semua komunis sudah murtad.

Bolehkah orang Islam berpuas hati dengan Islamnya Malaysia sekadar rakaman dalam perlembagaan saja? Islam itu tidak sekadar sebuah dokuman yang bernama perlembagaan, tetapi apa yang berjalan dan terlaksana dalam negara itu.

Ibu bapa tidak boleh berbangga dengan menamakan anak yang baru lahir Muhammad bin Abdullah tetapi tidak memikirkan tentang sekolah dan pendikan anak itu.

Orang Melayu besar hati kerajaan British dirikan Maktab Melayu Kuala Kangsar untuk anak-anak orang kenamaan dan Melayu yang cerdik. Tetapi akidah dan pendidikan agama anak itu tidak dipedulikan.

Keluaran MCKK terkenal sebagai orang Melayu yang pintar dan berpengetahuan tinggi. Mereka kekal sebagai orang Islam tetapi fikirannya dan kehidupan sekular.

Selepas merdeka dengan perlembagaan Islam agama persekutuan, sistem pendidikan penjajah diteruskan bahkan dikuburkan jawi.

Tidak dicatat dalam perlembagaan bahawa sekular dijamin tetapi pentadbiran, perundangan, pemerintahan diisi dengan fahaman sekular.

Anak yang bernama Muhammad tadi pandai dan bijak, tetapi kehidupannya tungganglanggang.
Dia tidak keluar Islam tetapi dia jadi rakyat yang runtuh akhlak. Perlembagaan tidak berubah tetapi rakyat dan pemimpinnya antidakwah.

Islam yang Allah tuntut dan Nabi ajar anak diajak solat ketika dia tujuh tahun dan rotan kalau tidak solat bila berusia 10 tahun. Muhammad yang lulus Maktab Melayu belajar solat masa hendak nikah. Itu pun kerana peraturan baharu syarat orang nikah ada sijil kursus kahwin.

Sijil kursus kahwin adalah seperti tauliah mengajar kepada ustaz. Ia adalah untuk orang tidak dipastikan tahu pengetahuan agama.

Sekolah tidak menyediakan keperluan itu. Sepatutnya sekolah menydiakan membekalkan pengetahuan fardu ain. Segala yang dibuat dalam kursus nikah itu adalah dalam kurikulum sekolah.
Yang disibukkan kerajaan Malaysia ialah untuk mengadakan pengetahuan seks.

Kelas di Johor sejak sebelum merdeka, lulusannya boleh jadi kadi. Tidak perlulah mereka mengambil tauliah. Jika perlembagaan itu lambang kedaulatan Islam, pemegang sijil SPM patut lengkap dengan kelayakan empat sanawi.

Apa yang terjadi dalam pembangunan negara di bawah payung perlembagaan yang ulama pun tidak sensitif dengan Islam berjalan baik atau sebaliknya.

Kita tidak kata mereka menyembah pemimpin kerajaan, tetapi tidak mustahil kemungkinan mufti cium tangan menteri yang hidup dan pemikirannya persis sekular.

Ada yang bangga dengan propaganda bahawa Islam di Malaysia adalah lebih baik dari lain-lain negara Islam. Isi perlembagaan adalah dalihnya. Lebihnya Malaysia ada, tetapi tidak dalam semua perkara. Ada yang lebih di Malaysia seperti Lembaga Tabung Haji.

Tapi negara-negara Islam yang lain lebih dalam perkara lain pula.

Allah tidak longgok kelebihan itu pada satu bangsa dan negara saja.

Satu negara itu sama seperti lainlain negara, ada kelebihan dari sebahagian yang lain.

Jika pun kita dikira lebih dari yang lain, justeru yang lain itu lebih teruk, tetapi ini tidak berereti kita sudah sempurna. Kerana orang lain itu terlalu teruk maka kita kurang teruk, lalu kita seronok.
Seperti solat fardu lima kali. Orang lain solat Jumaat saja. Kita solat tiga waktu. Kita bangga kerana kita solat sekalipun tiga waktu, orang lain tidak solat langsung.

Mungkin kita puasa 20 hari saja tapi orang lain tak puasa langsung.

Maka patutkah kita bangga sebagai orang Islam puasa 20 hari sedang orang tidak puasa langsung dan kita solat tiga waktu sehari sedang orang lain tak solat langsung? Janngan kelebihan seperti menjaadikan kita puas hati dengan Islam kita sedang kelebihan ada itu belum menjadikan kita sudah menyempurnakan tanggungjawab kita.

Jangan kerana kekurangan negara Islam lain, kita jadikan kelemahan Islam kita memadai dan berpuas hati hingga kita kata kita yang terbaik dan tidak rasa perlu membuat yang terbaik dan mengatasi kekurangan kita! Apa yang perlu kita isi kelebihan perlembagaan itu dengan yang terbaik supaya orang lain boleh belajaar dari kita atau kita boleh berlumba supaya sama-sama membuat yang terbaik.

Islam sebagai agama persekutuan adalah ibarat bangunan besar yang kosong. Kita kena isi dengan segala keperluan. Jangan biarkan ia kosong dan diisi oleh sarang labah-labah dan tikus. Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s. bina Kaabah. Selepas ketiadaan mereka, Kaabah dipenuhi oleh 360 berhala.

Tidak mustahil Malaysia ada perlembagaan yang elok tetapi negara diisi denan hiasan sekular dan jahiliyah. Ahli ilmu dan ulama rasmi jangan tertipu oleh kulit buku yang indah tetapi isinya penuh dengan sastera lucah. Mereka tertipu satu hal tetapi mereka tipu pula orang lain.

Sumber DD - 20-12-2015






















Rusia bom Syria, tebus kehancuran Soviet di Aghanistan

Posted on Sunday, December 20 @ 07:00:00 MYT by paktam

Oleh Subky Latif 

IMPERIALISME Rusia atas nama Soviet musnah dan malu besar dipukul tentera Mujahidin di Afghanistan, bahkan penjahan komunis itu hancur dikubunya sendiri. Kesatuan Soviet hancur dan komunisnya berkecai, tinggal imperialisme usia sejak beratus tahun itu di Kremlin Rusia bergelut neo-kolonialisme Nato.

Sekalipun piagam PBB menyarankan penjajah memulangkan tanah jajahannya kepada anak negeri, imperialisme Rusia tidak pernah berakhir. Ia mengancam kemerdekaan dan kesselamatan Ukraine dan dipercayai tidak pernah lupa kepada Islam yang menghancurkan empayar Soviet di Afghansitan.


Lalu ia cuba menebus kemusnahannya di tangan umat Islam Afghanistan itu dengan menghancurkan Islam bermula dari Syria.

Ia mengambil kessempatan atas kekeliruan dunia termasuk umat Islam sendiri terhadap kemunculan IS – Islamic State – yang mula tercetus di Iraq dan Syria. ISIS atau Daulah Islamiyah Iraq dan Syam telah mengetuk pintu hati ramai pemuda Islam dari berbagai bangsa di dunia.

Setiap negara dan benua merasakan anasir IS ada dalam negara masing-masaing. Dalam modus operandinya ikut mengorban ramai orang awam, orang tua, wanita dan kanak-kanak, justerunya Islam umum tidak dapat menerimanya dan setuju dengan neo-kolonialisme Barat ia adalah paksi keganasan.

Yang menyuburkan IS ialah kegagalan dunia menyelesaikan peperangan ke atas rejim Baath Syria pimpinan Bashar al-Assad yang diketahui zalim. NATO pimpinan Amerika adalah anti diktator Syria Bashar. Ia tidak jadi membantu menggulingkan rejim Bashar kerana di belakang tentangan terhadap Bashar adalah gerakan Islam seperti Mujahidin di Aghanistan dulu juga. Barat membiarkan pro pejuang Islam saja menghadapi tentera Bashar dan membiarkan Bashar memusnahkan pro pejuang Islam.

Apabila Amerika menuju arahnya sendiri kerana takutkan Islam berkuasa, maka muncullah IS yang lebih ditakuti oleh Barat dan Amerika. Ketika Amerika takutkan IS tetapi tidak mahu Bashar terus menzalimi rakyatnya, maka ia adalah peluang terbaik bagi Rusia bagi membantu Bashar menentang rakyat atas dalih mematahkan IS yang tidak disukai oleh semua.

Bashar dan rejimnya sesungguhnya sudah cemas dan tenat. Sekalipun ia dapat bertahan selama lima tahun tetapi berapa lama ia dapat bertahan justeru dunia yang mengelilinginya adalah membencinya.

Rusia melihat Amerika tiada dasar yang jelas terhadap peperangan Syria, dan nampak Bashar boleh dijadikan Babrak Karmal, boneka Soviet di Afghanistan dulu. Soviet telah menggantikan satu boneka dengan boneka yang lain bagi memerangi rakyat Afghanistan. Soviet gagal.

Dulu Soviet gagal memusnahkan Islam kerana Islam disokong oleh Amerika. Kni musuhnya yang sama di Syria iaiu Islam juga dan jika Islam itu dibiarkan, ia menyusahkan masalah dalaman Rusia kerana ia juga ramai rakyat Islam dan Islam di mana-mana juga berkembang jika tidak disekat.

Kristian di peringkat awal Islam membiarkan dakwah Islam. Ia berkembang hinga menggantikan agama penduduk Afrika Utara dari Kristian kepada Islam.

Rakyat Afrika Utara dari Somalia hingga ke Maghribi bukan sekadar meninggalkan Kristian bagi menganut Islam, bahkan tidak setakat jadi Islam tetapi jadi Arab.

Kemenangan Islam di Syria, bumi para anbia, boleh menaikkan roh jihad umat Islam Rusia, maka baginya siyasi Islami mesti disekat supaya jangan 100 tahun dari sekarang bangsa Rusia juga tidak sekadar dimakmurkan oleh Islam bahkan bimbang bangsa Rusia juga mahu jadi Arab seperti di Afrika Utara.

Perkembangan Islam boleh memadam impian imperialis Rusia untuk hidup dan berkembang semula. Sementara Amerika tergak- agak dalam isu Syria, maka ia adalah peluang terbaik bagi Rusia untuk menebus kemusnahan Soviet di Kabul dulu justeru di Syria sendiri ada orang hendak menjadi Babrak Karmal bagi membangkitkan semua penjajahan Rusia.

Tidak mengapalah Bashar jadi anjing Rusia bagi memusnahkan tamadun Syria dan Islam asal dia tidak dibelasah oleh rakyatnya. Biar bangsanya mati asal dia dan keluarga boleh terus hidup sekalipun menjadi barua.

Rusiapun mengebom rakyat Syria atas alasan memerangi IS. IS dikatakan pengganas kerana yang ikut jadi mangsanya adalah orang awam yang tidak berdosa. Tetapi bom berbagai jenis Rusia itu tidak memilih IS saja, ia jika membunuh orang awam, membinasakan bangunan dan harta benda. Tamadun Syria dan Islam boleh dibinasakan oleh bom Rusia.

Korban harta dan orang awam oleh bom Rusia yang tidak bermata, telah mengorban lebih banyak orang tidak berdosa di Syria dibandingkan dengan orang awam yang dibunuh oleh IS di seluruh dunia.

Jika IS ikut membunuh orang awam justeru ia pengganas, ia tidak menghalalkan Rusia membunuh orang Awam dan Islam di Syria.

Dosa Bashar dan rejim zalimnya selama ini kini ditanggung sama oleh Rusia. Ini tidak termasuk dosanya terhadap rakyat Syria yang dibomnya sekarang atas tanggungjawab menjaga keselamatan Bashar dan bonekanya di benua Arab.

Dari semasa ke semasa pesawat pejuang Rusia menguasai udara Syria bagi mengguggurkan bom seperti turunnya hujan dan salji.

Jangan kata perbuatan Rusia itu tidak berdosa. Sebagai amaran awal dari dosa dan keganasannya, tidak semena-mena sekapal terbang orang awam Rusia yang berkelah di Mesir terkorban apabila pesawat awamnya meletup di udara.

Dan yang terbaru sebuah pesawat penggempurnya dibedil jatuh oleh tentera Turki kerana menceroboh ruang angkasa Turki. Anasir IS dikatakan mendakwa pesawat awam Rusia dalam perjalanan pulang dari Mesir itu adalah gara-gara letupan bom yan dipasangnya dalam kapal terbang itu.

Sekapal terbang orang awam Rusia yang tidak berdosa terbunuh oleh angkara bom IS. Sekalipun yang memasang bom itu adalah pengganas IS dan mangsanya adalah orang awam, ia adalah digerakkan oleh Allah supaya Rusia merasai pilu dan sengsaranya orang awam Syria yang diganasi oleh pesawat penggempur Rusia.

Puluhan ribu keluarga mangsa bom Rusia meratapi pengebomannya. Tidak terkira korbannya.

Sekapal terbang penumpang awam Rusia terbunuh ada sedikit dibandingkan dengan jumlah bangsa bom Rusia. Apa yang dirasa oleh keluarga Syria maka demikianlah juga yang dirasa oleh keluarga Rusia yang malang itu. Ia sepatut menginsafkan Presiden Vladimir Putin. Allah baru balas sikit.
Mungkin Turki terlalu cepat menembak pesawat penggempur Rusia, tetap pesawat itu ditembak jatuh ketika sedang mengganas di ruang udara Syria. Tetapi ia tidak dibedil di udara Syria. Ia dibedil di udara Turki.

Sekalipun Turki cuba ditakwil tindakannya tetapi apa hak Rusia melegar tanpa izin di udara Turki dan apa haknya mengganas di udara Syria sekalipun ia diizinkan oleh Bashar sedang Bashar diketahui membunuh rakyatnya.

Apapun Rusia sedang membalas dendam kepada Islam di Syria setelah lebih 20 tahun dulu ia dimalukan Islam di Kabul. Dan ini adalah percubaan baharu Rusia untuk meneruskan penjajahannya, bermula di Syria. Amerika yang masuk Iraq dan Afghanistan secara paksa tidak sedia keluar dari bumi umat Islam itu. Kini Rusia datang atas ajakan Bashar. Ia tentu tidak mahu meninggalkan Syria dan tidak mahu ketinggalan dengan Amerika di benua Arab.

Di benua itu Amerika ada Iraq dan mungkin Saudi, dan Rusia akan ada Syria.

Sumber DD - 20-12-2015

Patut Azalina dibawa ke JK Khas Parlimen?

SUBKY LATIF | .


PATUTKAH Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Azalina Othman Said dihadapkan ke Jawatankuasa Khas Parliman yang membicarakan Anggota Parlimen yang berbohong di Parlimen?
    
Parlimen patut memikirkan apakah dia berbohong atau tidak tentang jawapan kepada satu soalan di Parlimen yang dikemukakan kepada Perdana Menteri tentang isu 1MDB, yang dikira satu skandal negara yang terbesar.
   
Perdana Menteri Najib tidak menjawab semua soalan berhubung isu itu. Menteri Azalinalah yang jadi galang gantinya.
   
Azalina pun tidak menjawabnya tetapi memberi tahu Parlimen Perdana Menteri akan menjawab semua soalan mengenainya di hujung persidangan Parlimen yang baru berakhir itu.
  
Sekalian Anggota Parliman dan rakyat di luar Parlimen terpaksa berpuas hati dengan janji Azalina itu. Apabila sidang Parlimen berakhir jangankan jawapan Perdana Menteri, kelibat Perdana Menteri pun tidak kelihatan.
   
Azalina memberitahu Parlimen Perdana Menteri akan menjawabnya di hujung persidangan. Tetapi tiada jawapan daripada Perdana Menteri seperti yang dijanjikan oleh Azalina.
   
Tidakkah ini namanya Azalina sudah berbohong di Palimen atau dia membuat janji palsu di Dewan yang mulia itu?
   
Parlimen bukan tempat orang berbohong. Jika Parlimen tidak hirau anggotanya berbohong, maka hilanglah wibawa dan kemuliaan Parlimen. Sesiapa yang berbohong dan disabitkan dia berbohong, boleh hilang kelayakannya sebagai anggota Parlimen.
     
Mungkin Azalina tidak pernah bercadang memberi janji kosong yang boleh dikira berbohong. Dia tentunya tidak memandai-mandai membuat jawapan bagi pihak Perdana Menteri. Tentulah dia disuruh oleh Perdana Menteri berkata begitu.
    
Rasanya Perdana Menterilah yang suruh dia menyampaikan mesej palsu itu. Atau boleh dikatakan, Azalina telah dibohong oleh Perdana Menteri. Mungkin Azalina tidak tahu langsung yang Perdana Menteri tidak akan datang untuk menjawabnya.
     
Sama ada Azalina ditipu atau dia disuruh tipu Parlimen, jelaslah yang memberi jawapan kosong di Parlimen itu Azalina. Jika Azalina ada maruah, dia patut berasa malu kerana apa yang dijanjikannya tidak berlaku.
   
Perdana Menteri tidak kata apa-apa mengenainya. Yang berkata ia Azalina.
  
Azalina patut ditribunal mengapa dia cakap tentang Perdana Menteri dan kemudian Perdana Menteri tidak komen tentang kenyataan Azalina. Dia tidak nafi dan tidak mengesahkannya.
  
Jika Azalina dijanjikan oleh Najib yang dia akan jawab di hujung sidang, Azalina jika ada maruah mesti nyatakan kekecewaan kepada Najib atas tiada jawapan daripadanya seperti yang dijanjikan. Azalina sudah malu besar kerana cakapnya tidak ditunaikan. Jika dia ada maruah, dia mesti protes Najib.

Kalau dia tidak protes, dia telah membenarkan Najib memperbodohkannya kepada Parlimen. Najib tidak layan Azalina sebagai angota Parlimen yang ada maruah tetapi menjadikannya orang suruhan atau abdi yang mesti ikut kata tuan.
    
Kerana nama Najib yang dikaitkan oleh Azalina, maka yang patut kena tribunal adalah Azalina. Pastikan apa yang terjadi dan Azalina kena jawab mengapa tindakan tidak boleh dikenakan kepadanya.
   
Tindakan ini penting kerana Parlimen sudah dicemar. Janji menteri sudah tidak ditunaikan. Jika Parlimen puas hati, Azalina kata begitu justeru dijanjikan oleh Perdana Menteri, mungkin kedua-duanya boleh dihukum hilang kelayakan jadi MP kerana Parlimen sudah dipersenda. Kita mesti pastikan Parlimen tiada kartun supaya ia tidak jadi Parlimen kartun. – HARAKAHDAILY 14/12/2015

Sumber HD - 14-12-2015























Hisham pertahan Najib justeru Dr. M mahu kekal presiden

Posted on Saturday, December 12 @ 08:29:52 MYT by Reformis


Oleh Subky Latif
APAKAH Tun Dr. Mahathir telah becakap suatu yang hakiki apabila sebagai Presiden Umno suatu masa dahulu dia mahu dikekalkan tanpa mengira pimpinannya relevan atau tidak?
     
Maka nafsu yang sedemikian tidak boleh jadi hujah membuta tuli Datuk Hishamuddin Hussein untuk mempertahankan abang pupunya Najib kekal sebagai Presiden Umno.
     
Hisham terlalu kecil untuk berdebat dengan Mahathir dalam isu Najib perlu dilucutkan daripada Presiden Umno dan Perdana Menteri.
     
Pertama Hisham bukanlah Naib Presiden Umno yang terpintar sehingga kini. Antara Ketua Pergerakan Pemuda Umno yang tidak bersinar sejak zaman Datuk Harun Idris. Bahkan sebagai Ketua Pemuda Umno, orang terasa ketuanya Khairy Jamaluddin.
    
Dr. Mahathir pula adalah Presiden Umno paling pintar dan paling berani sejak zaman Datuk Onn Jaafar. Sebagai semua manusia yang jadi pemimpin dia ada otak dan ada nafsu. Rata-rata Raja berakhir mangkat jika tidak digulingkan. Nafsu pemimpin bukan raja - demokrasi atau tidak - mahu kekal sepanjang hidup.
    
Mahathir juga seperti Najib jika boleh mahu kekal. Dia juga sedia buat apa yang boleh mengekalkannya. Macam-macam hujah dan dalih dia guna supaya dia kekal. Orang suka atau getik, dia adil atau zalim, dia buat kerja atau tidak, nafsunya mahu dia kekal. Yang tiada nafsu pertahan kedudukan ialah Tun Hussein Onn. Dia biar orang guling dia.
     
Yang mengekalkan pemimpin bukan pemimpin itu  sendiri, tetapi mereka yang boleh digunakannya. Ikut pemimpin itulah cara dia gunakan orang bagi mengekalkannya.
     
Maka terserahlah kepada orang ramai patutkah dikekalkan seorang pemimpin atau gantikan. Sekalipun Mahathir dikatakan pernah berkata, dia patut dikekalkan, itu adalah helahnya supaya semua orang Umno ikut apa yang dimahunya. Jika orang Umno mengikut kemahuannya, itu adalah masalah orang Umno yang boleh digunakannya.
    
Orang Umno yang cerdik tidak patut jadi bodoh ikut kemahuannya. Siapa pun jadi macam Mahathir ketika itu akan buat macam dia, kecualilah kejadian terhadap Hussein Onn. Kita boleh kata pendirian Mahathir pada masa itu amat tidak releven. Kelemahan Mahathir itulah yang diulangi oleh Najib.
     
Najib patutnya jangan buat tak betul seperti Mahthir buat. Perbuatan tidak betul Mahathir itu tidak jadi betul jika Najib buat yang sama. Najib jadi tidak betul macam Mahathir juga.
    
Sekarang Mahathir sudah bebas. Orang tentu tahu dan sedar apa yang betul dan yang tak betul dulu. Dulu dia tidak betul, tiada yang berani kata dia tidak betul. Yang merosakkan pimpinan Mahathir dulu, orang Umno yang ikut saja katanya.
     
Dulu Mahathir juga salah/silap. Sekarang dia sedar Najib pun buat macam dia dulu juga. Sebagai orang yang tidak mahu sekali lagi pemimpin Umno perbodoh Umno dan rakyat, maka dia yang sudah sedar kena cegah Najib tidak ulangi kerja hawa nafsunya.
     
Dulu dia tidak betul. Sudah sekarang betul, kenalah dia betulkan Najib supaya tidak tiru dia. Semua orang patut sokong Mahathir cegah Najib ulang nafsu yang tidak betul. Tentang tidak betul Mahathir dulu, terserah kepada umum apa patut dibuat. Tetapi tidak betullah yang Mahathir buat betul sekarang dihalang.
    
Hussein Onn sendiri pernah cuba halang Mahathir meneruskan pimpinan. Dia dan Tunku setuju dengan Ku Li taja Umno menggantikan Umno yang diharam. Mengapa Hussein Onn buat begitu? Ertinya tidak mahu kekalkan Mahathir jadi pemimpin. Dia gagal. Tidak bolehlah kegagalan Hussein itu dijadikan alasan Mahathir tidak boleh suruh Najib berhenti?
     
Hisham lupa bapanya pernah cuba sekat Mahathir daripada terus memimpin. Demikianlah budaknya otak Hisham pertikai Mahathir. 

Sumber DD - 12-12-2015

Sekolah agama percuma jika BN ambil Selangor

SUBKY LATIF | .

SUDAH tentu semua setuju dengan rancangan Datuk Seri Noh Omar untuk menjadikan semua  sekolah agama di Selangor percuma jika Barisan Nasional mengambil alih kerajaan Selangor dalam pilihan raya yang akan datang.
   
Ia adalah satu rancangan yang baik dan sepatutnya telah lama dilaksanakan oleh kerajaan-kerajaan negeri Barisan Nasional. Tidak perlu tunggu BN berkuasa semula di Selangor untuk melaksanakannya di negeri-negeri yang dikuasai oleh BN sekarang.
  
Dengan kuasa yang ada pada kerajaan Barisan Nasional, dia boleh buat apa yang ia mahu. Tiada duit, ia boleh jual apa-apa harta negara kepada kerajaan asing seperti yang dibuatnya dengan China sekarang bagi mendapat sedikit duit untuk membayar hutang 1MDB atau ia boleh dorong mana-mana pihak menderma kepada ketua kerajaan seperti yang dimasukkan 2.6 bilion dalam akaun peribadi Perdana Menteri.
   
Ada cara kerajaan pimpinan Najib ini mendapat duit jika ia hendak memberi sekolah dan pelajaran percuma seperti yang Noh sebut itu. Untuk menunggu Selangor diambil balik belum tentu boleh diambil.

Apabila lain-lain negeri laksanakan sekolah agama percuma menjelang PRU14 sebagai tindakan politik bagi mengekalkan kuasa, maka Selangor yang Azmin Ali perintah mungkin ikut sama supaya pengundi di Selangor tidak pergi kepada BN.
   
Antara yang menyebabkan orang Melayu hilang ghairah pada Umno awal tahun 2000 ialah Perdana Menteri Mahathir sekat bantuan Sekolah Agama Rakyat. BN di negeri-negeri yang lebat pengundi Islam kecemasan untuk menangkis angkara kesilapan akhir pentadbiran Mahathir dulu.
   
Kempen kuat pembangkang membela pelajaran dan sekolah agama rakyat membantu kekalahan BN di Selangor, Perak dan Kedah.
  
Noh nampak sekolah dan pelajaran agama percuma pada ketika sekolah tahfiz tumbuh di merata-rata boleh memulihkan semula minat orang Islam kepada Umno. Janji Noh belum tentu laku kerana rakyat Selangor menunggu kedatangan pemimpin Umno yang baik dulu. Noh laksana Najib juga bukan aset yang baik bagi Selangor.
  
Sekolah agama percuma itu adalah satu cabutan kecil daripada manifesto Pakatan Rakyat dalam PRU13 lalu yang menjanjikan pelajaran percuma kepada semua dari tadika hingga ke universiti. Sekolah agama adalah termasuk.
  
Bukan sekadar Sekolah Agama percuma,  SK, SK(C), SK(T) juga percuma. Malah pelajar Islam yang mengambil perubatan di Mesir ditanggung.
   
Justeru PR tidak berkuasa, maka sekolah percuma belum dapat dilaksanakan.
   
Cadangan Noh itu bukan satu janji baharu. Tetapi ia dipercayai diteruskan oleh Pakatan untuk PRU akan datang. Kita tidak kata Noh tiru manifesto Pakatan, tetapi jika dia tiru benda yang baik apa salahnya.
   
Kerajaan Selangor boleh menimbangkan cadangan Noh itu untuk dilaksanakan tahun depan. Jika ia tidak diperuntukkan dalam belanjawan yang sudah dibentang, ia boleh meminta peruntukan tambahan khusus untuknya.

Adun BN Selangor tentu tidak keberatan menyokong Dun Selangor minta peruntukan tambahan untuk sekolah agama percuma tahun 2016 ini juga kerana semangatnya adalah juga daripada ketua BN Selangor sendiri.
    
Tidak kita kata cadangan Noh itu bersifat politik semata-mata, yang penting ia adalah satu cadangan untuk kebaikan semua.
    
Janji Noh itu tidak wajar dijadikan program di Selangor saja. BN dan Pakatan patut berlumba mengambilnya sebagai agenda yang perlu disegerakan untuk semua negeri. Setiap negeri ada sekolah agama. Semua negeri patut mulai tahun 2016 melaksanakan cadangan Noh itu.  – HARAKAHDAILY 9/12/2015

Sumber HD - 9-12-2015






















Memburu pembocor maklumat
























SUBKY LATIF | .


BERIKUT pendedahan bertalu-talu apa yang dikira salah laku dalam pentadbiran YaPEIM oleh si Akmal Nasrullah Mohd Nasir, peneraju Pusat Pemantauan dan Pendedah Maklumat – NOW – maka kini pihak berkuasa dan berkenaan sedang memburu akan pembocor apa yang didedah itu.
    
Mungkin sama seperti semua mata-mata di dunia memburu anasir IS, pengancam keselamatan dunia. Pembocor itu mungkin sama dengan apa-apa jenayah.
    
Dia dikehendaki bagi membantu kes membocor rahsia atau maklumat untuk dihukum. Tidak tahu apa akan terjadi apabila pemberi maklumat itu ditemui.
   
Apa tujuan anasir itu dikejar? Untuk mengesahkan apa didedah itu betul atau satu usaha bagi menutup salah laku?
   
Semua kita tahu betapa SPRM berdepan dilema gagal memerangi rasuah hingga negara di ambang mampus gara-garanya. Banyak penyiasatan gagal diselesaikan dan banyak yang dibawa ke mahkamah lepas macam babi gemuk.
   
Sebabnya gagal mendapat maklumat lengkap dan orang tidak mahu memberi maklumat. Amat payah SPRM mencari bukti sebab orang tidak mahu memberi kerjasama. Berbuih mulut pembesar SPRM minta kerjasama semua pihak dan ada janji untuk melindungi pemberi maklumat, tetapi orang tidak mahu berdepan risiko, perasuah terlepas pemberi maklumat terhukum.
     
Kerana orang tidak mahu menghadapi risikolah menyebabkan semua tukang rasuah jadi macam babi gemuk.
    
Islam menyarankan apa ada berita daripada orang fasik hendaklah disiasat. Bagi mengelakkan fitnah Akmal dan NOW boleh ditentukan statusnya fasik atau mendedah maklumat sahih. Pemberi maklumat dicari bukan tujuan utama demi menghukumnya tetapi bagi mengesahkan yang didedah itu sahih atau salah sangka.
    
Jika orang diburu itu ditemui, sesudah disiasat sah dia membuat berita palsu, maka dipotong lidahnya pun patut. Tetapi kalau yang disampaikannya betul, maka lidahnya dipotong, itu zalim namanya.
    
Setakat pendedahan Akmal itu orang sudah hilang keyakinan pada YaPEIM. Apabila YaPEIM yang menubuhkan pasukan penyiasat, maka dalam suasana ia sudah tidak diyakini itu, tujuan penyiasatan itu jadi tidak diyakini juga. Diragu ia mencari kebenaran keadilan, tetapi ia lebih kepada menutup rahsia.
    
Waswas atas tujuan penyiasatan itu dikuatkan dengan tindakan menyaman pendedah kes. Ia menuntut juta-juta pula. Bukanlah saman itu luar biasa bahkan amalan banyak pihak, tapi yang eloknya pastikan pendedahan itu palsu atau sahih dulu.
    
Jika didapati palsu, maka terserah, saman atau apa jua hukuman yang munasabah. Jika sah, pancunglah siapa yang patut dipancung.
   
Sekarang orang rasa pemberi rahsia diburu untuk dihukum. Keadilan belum tentu hendak ditegak atau tidak. Sayang orang sekarang ialah terhadap pemberi rahsia. Takut dia teraniaya dalam kepercayaannya untuk menegakkan kebenaran.
    
Persepsi umum merasakan nasib pemberi rahsia tidak sebaik nasib orang yang didakwa. Macam-macam andaian tentangnya. Dibuang kerja atau apa-apa saja.
    
Penyumbang tetap amal jariah itu ramai. Mereka boleh bela orang diburu jika dia jadi mangsa. Iaitu mengalih sumbangan tetap bulan amal jariah seringgit itu ditukar kepada sumbangan membela keadilan dan kebenaran kiranya yang diburu jadi mangsa. Jika yang diburu iu sama seperti IS, maka lainlah cerita.
   
Jika dia dibuang kerja, nak makan apa dia dan keluarganya, sedang dia rasa dia hendak menegakkan kebenaran? Menukar sumbangan tetap kepada penegak keadilan itu juga satu amal jariah yang mulia juga. – HARAKAHDAILY 8/12/2015

Sumber HD - 8-12-2015

Umno nak jadi macam Parti Komunis China
























SUBKY LATIF | .


SAYA menyertai rombongan Perdana Menteri Tun Razak ke Beijing bagi formalisasi hubungan diplomasi Malaysia-China sebelum  pertengahan tahun 1970-an.
     
Di Beijing saya diberitahu oleh para wartawan di situ betapa tiada siapa sedar Parti Komunis China mengadakan kongres sekali dalam beberapa tahun di kota itu yang dihadiri sekitar 10 ribu perwakilan dari seluruh negara.
     
Kongres beberapa hari itu  hanya diketahui media sesudah usai beberapa minggu.
     
Begitulah Parti Komunis China, parti komunis terbesar di dunia, setiap kali kongres hingga tahun 70-an tidak diketahui sesiapa hatta wartawan asing di Beijing dan perisik kedutaan asing yang kerjanya mencari rahsia tidak mengetahui bila dan di mana kongres diadakan.
    
Begitulah China dan mana-mana negara komunis jua adalah masyarakat yang tertutup, sekalipun ia dihadiri oleh sepuluh ribu perwakilan, tidak siapa sedar.
    
Dan sekarang Umno bercadang hendak mengadakan Perhimpunan Agung yang tertutup sedang selama ini ia terbuka kepada semua. Jika Parti Komunis Malaya dulu merahsiakan mesyuarat agungnya ialah kerana parti itu adalah pertubuhan haram, ia terpaksa bergerak secara senyap.
    
Umno bukan pertubuhan haram. Selama-lamanya terdedah kepada semua. Apa yang cuba Umno buat itu adalah luar biasa. Parti Komunis China sekarang perlahan-lahan untuk menjadi sebuah parti yang terbuka tetapi Umno yang selama-lamanya terbuka mahu memasuki alam kerahsiaan.
   
Tidaklah ia sampai semundur China 40 tahun yang pada saya ketika itu adalah masyarakat yang kuno. Malaysia 40 tahun dulu bebas daripada kuno. Ia mewakili masyarakat terbuka dunia. Ia terdedah dan telus. Sekarang ia seperti menuju alam kuno dalam sebuah masyarakat yang terbuka dan tanpa sempadan.
    
Ia masih beritahu ia hendak mengadakan perhimpunan. Dimaklumkannya kepada madia tentang apa yang hendak dibuat pada perhimpunan itu. Boleh ikuti perkembangan perhimpunan dan boleh laporkan yang boleh lapor saja. Yang cuba ditutup ialah pada sidang perwakilan saja.
  
Mungkin kamera TV boleh menayangkan perkembangan dalam perhimpunan tetapi seperti menonton filem bisu. Tiada apa yang dapat didengar daripada tayangan itu. Itu agaknya.
   
Setakat ini yang cuba dilakukan, akan ada taklimat itu dari semasa ke semasa kepada media tentang apa-apa yang dibahas dan dicapai dalam perehimpunan. Bunyinya dua Naib Presiden yang masih jadi sekutu setia Presiden, Datuk Seri Najib, iaitu Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi dan Datuk Hishamuddin Hussein akan jadi jurubicara melaporkannya.
    
Jika jadilah apa yang cadangkan itu, maka hilang meriah perhimpunan parti itu. Tiada lagi ia menarik para pelancong parti untuk datang setahun sekali mengikuti perjalanan perhimpunan.
  
Selama ini perhimpunan agungnya menjadi satu produk menarik pelancong. Ribu-ribu ahli dan penyokong parti dari seluruh negara membanjiri Kuala Lumpur. Hotel berbagai bintang penuh. Peniaga-peniaga berebut-rebut menempah gerai bagi mencari rezeki setahun sekali. Ia adalah satu festival tahunan yang turut merancakkan pelancong negara.
   
Tetapi sekarang berita yang terdengar, ia hendak masuk ke alam tidak terbuka.
    
Ada sebabnya. Ia mulai jadi parti yang takut. Segala-galanya disebabkan peminggiran Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyidin Yasin daripada arus perdana politik Umno. Ia cemburu reaksi pembela Muhyidin dan Dr. Mahathir dalam parti. Jika boleh tiada perhimpunan lagi hinggalah pemilihan akan datang. Tetapi tidak mahu pula dikatakan takut sangat.
   
Muhyidin digam daripada merasmikan Perhimpunan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri. Kali pertama ia dirasmi oleh ketua masing-masing.  Dari luar terdapat di sana sini orang Umno menuntut Najib berundur.
   
Takut ia meletup di dalam. Elok pehimpunan bersidang secara tertutup. Takut tahun tutup wawasan 2020 tidak ada himpunan lagi. Jangan tiada Umno sudahlah. – HARAKAHDAILY 7/12/2015

Sumber HD - 7-12-2015

Elok Obama berbesan dengan Clinton

SUBKY LATIF | .


PRESIDEN Obama, penganjur Trans-Pacific Partnership (TPP) yang amat diminati sangat Perdana Menteri Najib, apabila ke sini semasa pelancaran Komuniti Asean baru-baru ini menceroboh kepercayaan umat Islam dan peradaban umat dan negara ini dengan menyeru kita supaya menerima perangai buruk terkutuk umat Nabi Lut sekitar enam ribu tahun lalu.
   
Disuruhnya kita meliberalisasi liwat dan menghalalkan nikah jantan dengan jantan dan betina dengan betina.
   
Laknat itu dihalalkan Jack Clinton semasa jadi presiden Amerika sekitar 20 tahun lalu dan kini cuba dijual Presiden Obama kepada kita di ambang pembentukan kerjasama ekonomi dan dagang TPP pimpinan Amerika dan kita jadi baruanya.
   
Obama bedebah itu datang sebagai tetamu negara dan rakyat, mengguna kesempatan itu untuk mengeksport laknat Allah itu.
    
Sebelum ia dapat dieksport ke sini, justeru kekejian itu Obama dan Clinton muliakan, kita anjurkan eloklah Obama dan Clinton berbesan dulu, Kedua-dua anak perempuan Obama salah seorang nikah saja dengan puteri tunggal Clinton atau mereka bersekedudukan tanpa nikah. Atau kedua-dua anak Obama hendak bermadu dengan anak Clinton pun tak mengapa.
    
Jika Obama dan Clinton bermadu, biar dirasanya tidak berzuriat. Biar mereka tahu akan perit dan terharunya jadi orang tidak berzuriat.
    
Bukan kami di Malaysia saja yang marah kepada kebiadapan Obama itu. Opahnya di Kenya dan sekalian saudara maranya yang masih Islam juga malu dan benci dengan perangai baruanya.
    
Kami kutuk dan laknat Obama kerana Allah dan kami tidak mahu gara-gara benda keji itu boleh  menjadikan negara kami Laut Mati yang kedua selepas Sodom dan Gamurah diterbalikkan Allah. Kita tidak mahu umat/bangsa Malaysia musnah hingga tidak berbenih seperti yang terjadi kepada kaum Nabi Lut.
    
Jika benua Amerika hendak jadi Laut Mati kedua lantaknyalah tetapi kita tetap akan meratapinya jika terjadi, justeru pada zaman umat Nabi Muhammad SAW yang serba maju ini ada lagi orang dan kaum keji seperti kaum Lut dulu.
    
Pencerobohan peradaban dan pemikiran oleh Obama itu mesti dikutuk oleh semua manusia khususnya orang yang beriman. Raja-Raja, Perdana Menteri dan kerajaan mesti kutuk Obama jika betul beriman.

Setakat tulisan ini dibuat, kerajaan dan Perdana Menteri belum bersuara. Mungkin Perdana Menteri Najib kutuk dalam hati. Kutuk dalam hati adalah lebih baik daripada tidak kutuk langsung, tetapi kutuk dalam hati itu adalah selemah-lemah iman.
    
Kita perlu prihatin atas kejadian ini, kerana Malaysia amat bernafsu untuk menyertai TPP dan TPP bedebah itu seolah-olah tidak dapat diengkari lagi.
  
Apabila TPP diterima bebas dan berduyun-duyun pelabur Amerika datang. Mereka tidak datang dengan modal saja tetapi akan membawa sama kuman budaya kaum Lut. Mereka belum datang virus payah disekat, apa lagilah mereka datang secara halal membawa perangai pelesit itu.
   
Orang dan kaum berperangai buruk itu mesti dibenci. Jika kita biar datang, hubaya-hubaya nanti disambar sial. Orang tua berpesan, hati-hati berkawan. Ada kawan boleh diajak ke rumah. Ada kawan untuk di jalan saja tidak boleh bawa ke rumah. Obama buat kawan pun tak boleh.
   
Manusia seperti Obama ini lepas bersara daripada jawatan nanti jangan beri visa untuk datang lagi. Kotor negeri kita dipijaknya. Ia lebih bahaya daripada ancaman IS dan lebih keji daripada pencerobohan Soviet Union ke atas Afghanistan dan pendudukan Amerika di Afghanistan serta pengeboman Rusia ke atas Syria. – HARAKAHDAILY 4/12/2015

Sumber HD - 4-12-2015











































Apa dosa Muhyiddin?

SUBKY LATIF | .


MAKA bertanya Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, apa dosanya lalu dia tidak dijadualkan merasmi perhimpunan serentak ketiga-tiga sayap Umno – Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri?
   
Sejak ditubuhkan Umno selepas perang dunia kedua dulu, secara tradisinya Timbalan Presidenlah yang merasmikan sayap Umno itu. Dan sejak Muhyiddin jadi Timbalan Presiden selepas tahun 2009, dialah yang merasmikannya.
   
Tiada sebarang takwil daripada ketiga-tiga sayap tentang apa yang disaran dan diamanatkannya.
   
Baru sekali inilah Umno memecah tradisi itu atau melanggarnya.
   
Tiada apa dosanya yang diketahui selain dia dikira derhaka kepada Perdana Menteri Najib yang disokongnya menggantikan Tun Abdullah Badawi tahun 2009 dulu.
   
Dosanya kepada Perdana Menteri dia dilucutkan daripada Timbalan Perdana Menteri. Tetapi pengguguran jawatan itu tidak membabitkan kedudukannya dalam Umno. Kerana Perdana Menteri adalah Presiden Umno, maka dosa atas Perdana Menteri itulah dia tidak dibenarkan menjalankan tanggungjawabnya.
    
Kalau merasmikan perhimpunan parti itu dikira tugas dan tanggungjawab kepada kerajaan, menghalang pegawai menjalankan tugasnya boleh didakwa di bawah kesalahan rasuah, seperti dakwaan yang pernah dihadapkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa jadi Timbalan Perdana Menteri dulu.
    
Kerana dia dikatakan menghalang pegawai polis menjalankan tugas, dia dipecat daripada TPM dan kemudiannya didakwa.

Kalau kesalahan pada kerajaan iu boleh dipakai pada Umno, maka orang menghalang Muhyiddin menjalan tugas Timbalan Presiden parti boleh didakwa.

Tetapi siapa boleh berbeza dengan Najib? Baik dalam kerajaan mahu pun dalam parti. Ikut prinsip demokrasi sempurna dan pentadbiran politik yang adil. Berbeza dengan Perdana Menteri dan kerajaan, berbeza dengan ketua parti dan parti adalah hak asasi rakyat dan ahli. Dibenarkan rakyat berbeza pendapat dengan kerajaan dan ketua kerajaan. Dibenarkan ahli parti berbeza dengan parti dan pemimpin parti.
    
Menjalankan hak rakyat dan hak ahli tidak dikira berdosa dan menderhaka kecualilah sabit khianatnya.
   
Lainlah terhadap Raja Mutlak seperti zaman silam.  Berbeza sikitpun dengan kemahuan Raja sudah derhaka dan boleh dihukum – pancung, sula atau buang negeri.
  
Jika Najib adalah pemimpin parti dan kerajaan yang dipilih, dia boleh gugur anggota kabinet tapi ada risiko atas tindakannya itu. Orang boleh pertikai kebijaksanaannya. Jika dia Raja Berperlembagaan, dia hanya boleh buat sesuatu atas nasihat Perdana Menteri/Menteri Besar.
  
Tetapi jika dia Raja Mutlak, dia buat apa saja, dan pantang ia ditakwil. Sebarang takwilan adalah derhaka dan khianat. Politik seperti itu sama seperti dengan pentadbiran komunis semasa Stalin di Rusia, Mao Zedung di China dan Khieu Samphan di Kampuchea.
   
Siapa dalam Umno selain dari Dr. Mahathir berani sentuh Najib apa lagilah mencelanya? Mana ada pegawai berani main-main dengannya melainkan terima nasib seperti TS Gani Patail. Ditamat khidmat serta merta. Itu nasib orang makan gaji.
   
Muhyidin tidak makan gaji. Dia Umno yang berketuakan Najib. Dia berani nyatakan perbezaan. Pemimpin tertinggi Umno pertama tunjukkan perbezaan.
   
Kerana Najib bukan lagi ketua politik demokrasi bahkan Raja Mutlak jadian, maka Muhyidin sudah jadi pemimpin tertinggi Umno yang hilang bisa dan daulat sekalipun masih jadi Timbalan Presiden. Orang Umno sekarang bukan lagi ahli parti yang ada hak, tetapi lebih teruk daripada status hamba jelata yang tiada lagi jati diri.
   
Yang dialami itu mungkin isyarat segera dekatnya hari Umno di penghujung jalan. – HARAKAHDAILY 2/12/2015

Sumber HD - 2-12-2015

Seruan Ku Nan agar murid berjamaah

SUBKY LATIF | .


SUDAH tentu Tengku Adnan Mansor, bukan ipar Perdana Menteri Najib, tetapi Menteri Wilayah Persekutuan beroleh pahala apabila menyeru agar sekalian murid solat berjamaah.
   
Apabila selepas mendengar seruan itu ada seorang murid berjamaah, nescaya ada pahala bagi menteri itu sebagai tambahan pahala seruannya. Jika satu waktu sehari saja dia berjamaah pun ada pahala bagi Tengku Adnan. Apa lagi kalau sekalian atau seramai-ramai murid memenuhi masjid dan surau setiap waktu, banyak mana pula pahalanya.
   
Sepatutnya semua menerima seruan Ku Nan itu secara positif. Jangan ada reaksi negatif dia sekadar hendak menunjuk baik seperti munafik Abdullah Ubai, berjamaah di belakang Nabi SAW banyak waktu tetapi di belakang Nabi dia menentang baginda.
    
Ku Nan telah membuat seruan yang baik. Seruan itu mengajak seramai-ramai murid berjamaah setiap waktu, jika tidak di surau dan di masjid, di mana saja tempat murid-murid berkumpul. Semasa di sekolah, solat bersama-sama. Eloknya diimamkan oleh guru. Jangan tunggu guru ada. Guru tidak adapun salah seorang jadi imam. Ketika berkelah di pantai atau di rimba, masuk saja waktu segera berjamaah.
 
Ku Adnan telah bercakap tentang perkara yang disuruh oleh Islam. Itulah ajaran Nabi dan  ajaran yang disambung oleh sekalian ulama selepas Nabi.
   
Moga-moga seruannya membawa barakah. Biar dari subuh masjid penuh seperti sesaknya waktu Jumaat dan hari raya. Biar setiap asar dan isya masjid dan surau makmur.
   
Jika apa yang Ku Adnan itu tercapai, ia tanda sudah dekat hudud dilaksanakan. Murid-murid setiap  waktu berjamaah, apabila kelua sekolah nanti, mereka akan tuntut hudud dilaksanakan tidak kira Ku Adnan arahkan anggota Parlimen BN sokong usul persediaan PAS atau tidak.
   
Jika Ku Adnan tidak berminat dengan usul persendirian PAS tentang memperkasa mahkamah syariah atau tidak, mereka akan biarkan Ku Adnan dengan sikapnya, tetapi adalah generasi baru yang berakhlak sesuai dengan umat yang solat berjamaah setiap waktu.
    
Pabila Ku Adnan mahu murid berjamaah, maka dia akan malu jika tidak mengajak kaki tangan di kementeriannya dan pegawai di DBKL berjamaah setiap zohor dan asar.
    
Malu dia jika sekalian murid berjamaah, tiba-tiba dibiarkannya saja orang di kementerian berjamaah atau tidak. Dan jangan ditanya dia sendiri solat berjamaah atau tidak. Jika dia suruh kanak-kanak solat tentulah dia juga solat. Tentulah dia tidak jadi tok pawang memecah timba.
   
Saya tidak takwil akan seruan Ku Adnan. Tentulah dia buat apa yang baik yang dia suruh orang buat. Jika ada yang ragu dia adalah cakap tidak serupa bikin, maka intip dia. Di mana dia solat subuh setiap pagi? Lebih banyakkah dia berjamaah dari tidak berjamaah?
   
Saya tidak fikir mengintip itu satu kerja yang baik. Saya suka mempercayai orang yang menyeru kepada kebaikan, tentulah dia mengamalkan kebaikan. Saya suka mempercayainya sekalipun dia tidak buat apa yang dia suruh orang buat.
   
Saya tidak boleh paksa orang percaya kepada Ku Adnan. Bagi yang tidak percaya itu, untuk memuaskan hati masing-masing, selidiklah adakah dia dan anak-anaknya sentiasa berjamaah? - HARAKAHDAILY 27/11/2015

Sumber HD - 27-11-2015


TPPA, dia lebih dengar Amerika dari rakyat

Posted on Wednesday, November 25 @ 08:00:00 MYT by paktam

Oleh Subky Latif 

APA yang boleh didedah tentang rangka perjanjian TPPA sudah pun didedahkan ke - pada umum untuk diteliti dan dipertikai.Yang didedah itu adalah yang boleh didedah dan tidak boleh didedah, tentunya ada, tidak didedahkan.

Kerajaan akan turun padang, dipercayai bukan untuk meneliti apaapa kelemahan yang disuara dan dibangkitkan oleh rakyat, tetapi untuk membela dan mempertahan rangka yang sudah pun diperkenannya.


Rangka itu pastinya akan dibentangkan di Parlimen awal tahun depan, juga bukan untuk mengkaji dan menelitinya, tetapi untuk menerimanya.

Sudah boleh diandaikan semua semakan yang orang ramai buat sebelum ia dibentangkan di Parlimen dan apa jua dibincangkan di Parlimen akan jadi perkara yang tidak berguna, kerana Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Abdul Razak lebih suka mendengar apa yang Amerika kata dari mendengar apa yang rakyat kata.

Pembangkang baik ia pun berpecah – PAS berpecah dan Pakatan Rakyat pun berpecah – ia masih sekata, TPP adalah ancaman kemerdekaan kepada negara terutama dasar perlindungan Bumiputera.
NGO rata-rata mencurigai muafakat dagang dan ekonomi rentas Pasifik itu.

Penentang gagasan itu jangan lupa adalah mewakili 52 peratus undi popular dalam Pilihan Raya Umum ke-13 dulu. Sekalipun undi popular tidak boleh dijadikan penentu bagi kerajaan bertindak, tetapi ia perlu dihormati betapa tidak setankan gambaran dan kemahuan umum demokrasi antara PRU13 dan PRU14.

Apa jua yang kerajaan sekarang buat dalam tempoh itu adalah keputusan minoriti. Bisa kerajaan BN mungkin ada semula jika dalam PRU 14 nanti ia meraih undi popular semula. Tetapi bagi penggal Parlimen ke-13 ini ia mewakili kerajaan minoriti.

Saya tidak menurunkan perincian keburukan TPP itu. Jurubicaranya sudah pun menurunkan satu demi satu keburukan melalui semua media. Saya cuma suka mengingatkan tentang pandangan pakar ekonomi UUM betapa jangan percaya sangat apa yang dijanjikan oleh Amerika yang menguasai TPP itu.

Biasanya orang-orang universiti kita, sekalipun mahukan kebebasan tetapi suasana banyak menjadikan mereka jadi jurucakap tidak rasmi kepada rejim BN. Tetapi profesor yang dihormati itu sudah menyatakan janji sedap TPP itu adalah harap ada percaya tidak.

Elok TPP yang dikatakan itu adalah seperti elok arak dan dadah.

Arak itu adalah gunanya tetapi tak gunanya lebih banyak. Justeru Islam mengharamkannya. Dadah juga ada eloknya dari sudut perubatan, tetapi ia juga pembinasaan manusia yang utama. Pandangan umum masa ini, TPP itu lebih banyak bahayanya dari manisnya.

Menjauhkannya adalah lebih baik. Biar kita rugi segenggam dari menyertainya dari risiko kebinasaan 10 genggam. Jadilah seperti sepat yang tidak makan pancing emas, lebih selamat dari jadi haruan yang menyambar umpan palsu.

Orang Melayu sudah ada pengalaman ditipu Peringgi semasa ia datang membeli tanah Melaka sebesar belulang. Raja Melaka mengira Peringgi itu gila membeli tanah sekangkang dengan harga yang mahal. Tetapi belulang itu diproses menjadi tali menjadikan tanah yang beli itu jadi seluas tapak Kota Melaka yang jadi kubu Peringgi menyerang Melaka. Gara-garanya hingga hari ini Melaka hilang raja.

Jangan TPP mengulang sejarah gelap itu hingga risikonya boleh menyebabkan Malaysia hilang Yang di-Pertuan Agong. Ingat sejarah berulang.

Najib dan Umno jadilah perangkap yang tidak lupakan pelanduk, jangan jadi cerdik pelanduk yang mudah lupa perangkap.

Kita sudah belajar dari sikap pemimpin Perikatan (BN dulu) pimpinan Tunku dan Tun Abdul Razak Hussein ketika pendedahan Laporan Reid tentang rangka perlembagaan Tanah Melayu merdeka.

Rata-rata rakyat mengingatkan tentang ancaman rangka perlembagan yang tempang itu akan risiko terhadap orang Melayu. Perlembagaan itu akan menukar status bangsa Melayu menjadi kaum.
Pemimpin Umno ketika lebih percaya kepada penjajah British yang hendak dihalau dari bangsa Melayu yang memperjuangkan kemerdekaan.

Natijahnya Najib sendiri terlepas cakap, orang Melayu hampir jadi bangsa yang bangsat.

Perlembagaan Reid dulu menjual bangsa Melayu. Rangka TPP ini bakal menjual bangsa Malaysia kepada Amerika, dan bakal menjadi bangsa Malaysia kaum Red Indian kelas dua. Red Indian Amerika kelas satu kerana mereka warga Amerika. Bangsa Malaysia bukan warga Amerika, berpuas hati jadi Red Indian kelas dua.

Mengapa Najib lebih percaya kepada Amerika dari rakyatnya? Justeru dia adalah pemimpin yang lemah dan tiada jati diri.

Amerika adalah imperialis dan kolonialis yang licik. Ia superpower. Bangsa lain ada hambanya. Semua bangsa di dunia diperas ugutnya. Jepun, Saudi, Jerman dan lain-lain diperas ugutnya.

Yang menguasai politik dan ekonomi Amerika ialah elit Yahudi yang mengikut Islam satu bangsa melaku keroskan di bumi sepanjang masa. Setiap inci dunia ini mahu dikuasainya.

Mereka tahu Najib berdepan dengan berbagai kelemahan. Hutang negara yang bertimbun, ekonomi dan pentadbiran yang tidak terkawal, rasuah, penyelewengan kekayaan dan wang negara, skandal Altantuya. Perdana menteri terlalu manja dan berbelanja mewah, membiarkan ketirisan. Mudah digula-gula dengan duitan. Jika dia sudah diketahui sedia menerima derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya, maka banyak mana lagi derma yang pernah diterimanya.

Apakah Amerika tidak boleh peras ugut menyuap orang suka bermewah. Bukan mustahil memerangkap sesiapa yang boleh diperangkap dan ia kemudian dipaksa buat apa yang disuruh dan jika tidak dituruti, CIA boleh mengenakan ancaman kepada kuasa.

Amerika benar Hosni Mubarak dirasuah dan menyalahgunakan bantuan dari Amerika. Amerika membiarkan Mubarak dijatuhkan secara malu.

Pemimpin Vietnam Selatan, Ngo Denh Diam dan Ngo Denh Who disuap dan digulingkan. Suharto juga jadi boneka yang dirosakkan oleh Amerika.

Tidak mustahil pemimpin BN sudah masuk perangkap Amerika. Ia mesti lebih suka mendengar kemahuan Amerika dari suara, nasihat dan bantahan rakyat sendiri.

Jika mahu selamat dan terus berkuasa, ikut arahan Amerika.

Rata-rata rakyat membantah. Pandangan dan teguran di Parlimen tidak dipedulikan kerana Najib berdalih mereka tidak mewakili kerajaan dan kemahuan rakyat teramai.

Mahu tahu rakyat menolaknya, adakanlah pungutan suara. Biar rakyat membuat keputusan sebelum Parlimen membincangkannya.

Tahun 1970 saya jadi tetamu kerajaan Switzerland. Negara yang paling demokrasi di dunia. Setiap perkara besar kerajaan hendak buat, diadakan referendum.

Dalam setahun sampai enam kali pungutan suara. Siapa kata Switzerland tidak jadi negara maju?

Mahu tahu TPP disokong atau ditolak, adakan pungutan suara Januari atau Februari ini sebelum Malaysia menyatakan setuju pada TPP. Setakat ini kerajaan sudah berjanji kepada Amerika untuk menerimanya. Cuma bertangguh untuk menanda tangan setelah diputuskan oleh Parlimen.

Ada yang bertanya, Vietnam itu teruk dibom Amerika tetapi mengapa ia setuju TPP. Kita kena faham Vietnam amat cemburu dengan pengaruh China. Bagi mengelakkan ia ditelan gergasi ekonomi China, ia perlukan perlindungan Amerika.

Apakah Malaysia juga diancam oleh kebangkitan China? Mungkin Amerika kata pada Najib begitu, tetapi Malaysia lebih selamat sekadar berbaik dengan Amerika tanpa menjadi sebahagian dari wilayah tak langsung Amerika.

Sumber DD - 25-11-2015























Pakaian Rosmah pada sidang Asean

SUBKY LATIF | .


SAYA ditanya oleh seorang yang tidak saya pertikai integriti dan pengamatannya tentang pakaian isteri Perdana Menteri kita dalam perasmian sidang kemuncak Asean ke-27 seminggu lalu.
    
Dia baca fokus dan pemberitaannya dalam sebuah harian berbahasa Inggeris. Tentang kehebatan pakaiannya. Pakaiannya hebat dan pemberitaannya pun hebat. Hebat! Hebat! Hebat!
   
Pemberitaan yang dikatakan hebat itu seolah-oleh pakaian itu difokuskan begitu rupa, ia lebih hebat daripada sidang kemuncak dan pencapaian membentuk Komuniti Asean itu sendiri.
    
Amatannya tulisan itu adalah untuk membodek isteri Perdana Menteri. Justeru ia demikian rupa, dia meluat dan tidak mahu membaca akhbar itu lagi.
    
Saya  tidak membacanya tapi saya tonton pakaiannya di TV yang disiar lintas langsung. Nampaklah gemerlapnya. Justeru saya buta fesyen dan buta keindahan pakaian, maka tidak dapat menikmati pekaian sekalipun harga berjuta.
    
Tentang pakaian yang hebat purbakala yang pernah saya baca ialah berduyun-duyun orang di jalanan kagum tentang pakaian Qarun. Mereka tidak pandang yang lain dalam rombongan Qarun itu melainkan pakaiannya, dan masing-masing ingin jadi seperti Qarun. Pada akhir zaman ini ialah apa yang dipakai oleh penyanyi Micheal Jackson. Apa yang dipakainya jadi perhatian semua orang. Orang lain tak pakai seperti itu.
    
Tentang pakaian isteri perdana menteri itu memanglah hebat. Yang tentu hebatnya ialah harganya. Fesyennya hebat atau tidak, saya tidak tahu. Pada saya hebatnya pakaian itu ialah yang menutup aurat dan bersih. Pada hari raya elok berpakaian baru. Pakaian hebat tapi aurat terdedah, nescaya ia dijilat api neraka jua. Maka telekunglah seindah-indah pakaian.
     
Adakah justeru hari raya mesti berpakaian baru? Ia lebih mengajar agar menukar pakaian dari yang lama kepada yang baru eloknya pada hari raya.
    
Apa-apa acara keraian berpakaianlah secara wasatiyah seperti yang dianjurkan oleh Islam dan seperti yang hendak dihidupkan oleh Perdana Menteri Najib.
    
Bagi acara perasmian Komuniti Asean itu bukanlah utuk memperagakan pakaian yang hebat-hebat. Bukan hebatnya Asean itu pada pakaian yang dipakai oleh isteri pemimpinnya. Tetapi keupayaan bangsa di rantau itu yang berbilang agama, kepercayaan politik, kebudayaan dan lain-lain boleh bersatu dalam kepelbagaian.
    
Saya tertarik dengan wasatiyah berpakaian isteri Perdana Menteri Singapura. Dia berseluar seperti yang biasa dipakai oleh Hillary Rodham Clinton. Berbaju tangan panjang yang biasa dipakai oleh ramai nyonya. Jika kita jumpa di tengah jalan, tidak sedar orang dia isteri Perdana Menteri Singapura. Tidak banyak bezanya dengan lain-lain wanita Cina biasa.
    
Tetapi nyonya yang tidak hebat pakaiannya itu adalah hebat otaknya. Dia adalah CEO Perbadanan Temasek, persyarikatan terbesar Singapura yang dikira ibu kepada persyarikatan Singapura.  Singapura pula adalah ibu kejayaan dagang, kewangan dan ekonomi rantau Asean bahkan antara yang terhebat di dunia.
    
Hebat yang bermanfaat dan berguna bukan hebat pakaian. Pakaian yang hebat adalah menghabiskan duit saja. Habiskan duit untuk kebajikan bagi semua. Menghabiskan duit untuk pakaian ialah satu daripada cara Allah hendak mengambil duit daripada seseorang.
   
Pengkisahan pakaian isteri perdana menteri sudah jadi bahan fitnah. Tetapi fitnah itu bermula apabila berpakaian tidak mengikut kesederhanaan yang diajurkan oleh wasatiyah. Berbelanja hebat begitu adalah membazir. Membazir adalah bukan amalan manusia tetapi makhluk ghaib yang tidak dikehendaki. – HARAKAHDAILY 25/11/2015

Sumber HD - 25-11-2015



Pengembaraan Jamil Khir tidak wasatiyah

Posted on Tuesday, November 24 @ 12:44:33 MYT by paktam

Oleh Subky Latif

KISAH pengembaraan Menteri di Jabatan Perdana Menteri atas hal ehwal Islam, Datuk Seri Jamil Khir Baharom ke negeri di atas angin – Amerika – dan rombongannya yang dikatakan perbelanjaannya ditanggung oleh YaPEIM dijangka diselesaikan di mahkamah.
    
Perbelanjaannya dikatakan untuk tiga orang dikatakan selama sembilan hari Mei lalu, dikatakan RM411 ribu.  Jumlah itu terlalu tinggi bagi menteri yang dipercaya memperkenalkan wasatiyah kepada kerajaan dan apa lagi bagi yayasan pembangunan berasaskan Islam.


     
Khalifah Umar Abdul Aziz tidak tergamak menyertai pengembaraan yang menelan belanja besar apa lagi dananya dari yayasan Islam, sebuah badan bermisi pembangunan ekonomi dan kebajikan Islam yang sasarannya adalah bagi membantu orang miskin dan anak yatim. Modal asal yayasan itu adalah dari amal jariah orang ramai seringgit  seorang sekali seumur hidup atau tiap-tiap bulan selagi hidup.
   
Wasatiyah ialah bersederhana. Ia adalah cara hidup Islam. Orang paling hebat menghayatinya Khilifah Umar Abdul Aziz yang belum ada bandingan berjaya membasmi kemiskinan dalam sistem ekonomi di alam ini sepanjang sejarah manusia.
   
Dipercayai Jamil Khirlah yang memperkenalkannya kepada Perdana Menteri Najib bagi menjadi panduan kehidupan semua termasuk cara  berbelanja.
   
Maka cara hidup Jamil Khirlah wajar menjadi contoh penghayatan wasatiyah itu. Orang tahu ia bukan cara hidup keluarga Perdana Menteri hinggalah dia ada menteri bernama Jamil Khir. Cara bagi mewasatiyahkan keluarga Perdana Menteri ialah Menteri Jamil Khir hidup berwasatiyah dulu. Bukan Jamil Khir mengikut budaya tidak wasatiyah Perdana Menterinya.
    
Jika yang didedahkan oleh Pengurusi NOW, Akmal Nasir tidak fitnah, belanja besar untuk pengembaraannya adalah satu perlanggaran kepada konsep wasatiyah yang indah itu, maka kedua-dua menteri dan yayasan berasas Islam boleh diibaratkan sebagai pawang memecah timba.
   
Maka menteri dan institusi yang yang dikaitkan mesti membuktikan ia bukan pawang memecah timba. Ia mesti dijelaskan kepada umum supaya dia tidak jadi pawang dan supaya YaPEIM tidak dianggap sama seperti lain institusi berduit yang ditubi oleh sekalian penyangak.
   
Khir memilih membuat penjelasan melalui makamah sebelum SPRM dan lain-lain juruaudit datang memasti menteri agama dan YaPEIM tidak menjadi pawang memecah timba.
   
Mungkin keduanya difitnah tetapi pengembaraan yang dikatakan mewah itu seolah-olah fitnah telah didekati dan fitnah telah dicari.
   
Untuk apa pengembaraan itu dibuat supaya jika benar belanjanya besar mestilah ia berbaloi, hasilnya dapat memberi pulangan yang besar kepada YaPEIM.
   
Jika pemergian itu  mendapat sambutan pelajar di sana satu kejayaan, maka beri tambang murah kepada Mohamad Sabu, nescaya lebih ramai pelajar menyambutnya tanpa mereka diberi belanja datang menemuinya.
   
Jika untuk memberi kursus kahwin percuma, takkanlah ia kerja menteri? Dalam negeri bakal pengantin berbayar untuk mendapat sijil kursus kahwin. Tak ada sijil tak boleh kahwin. Pelajar yang kahwin di luar negara sentiasa ada. Adakah tiap-tiap tahun menteri pergi beri kursus kahwin selagi ada pelajar di luar negera?
   
Mungkin ini juga peguam patut dapatkan penjelasan.
    
Menteri wajar fikir, setiap pelajar keluar negara patut ada sijil kursus kahwin dulu sebelum merantau atau atase agama di kedutaan sediakan kursus supaya tidaklah menteri terpaksa pergi memberi kursus.

Sumber DD - 24-11-2015         


Moga-moga Husam yang terakhir

Posted on Monday, November 23 @ 14:46:48 MYT by paktam

Oleh SUBKY LATIF

SEPATUTNYA selepas sekitar dua tahun dilanda cabaran demi cabaran, ia sudah tidak ada cabaran dalaman lagi setelah ramai pimpinan pelbagai lapisan menubuhkan parti baru yang dikatakan mewakili Islam pogresif.   Rupa-rupanya tidak habis. Ada lagi cabaran dari kalangan spesies yang mencabar pimpinan PAS dari  dalam khususnya terhadap Presiden parti Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

   
Persoalan yang tidak putus-putus ialah berlingkar dari Tok Guru itu hendak membawa PAS bersekongkol dengan Umno dalam isu yang disebut Kerajaan Perpaduan, kepimpinan ulama yang dikira lemah dan meminggirkan golongan profesional.
    
Dua isu dikira jadi bara dalam sekam dalam PAS sejak sekalian lama. Kerajaan perpaduan itu bermula dengan pertemuan Perdana Manteri Adullah Badawi dan TG Haji Abdul Hadi. Sekalipun ia telah ada penjelasan dalaman dalam kalangan pimpinan PAS dan Kerajaan Perpaduan itu tidak pernah diwujudkan tetapi jadi punca pimpinan PAS perlu ditukar.
    
Akan isu kepimpinan ulama yang tidak dipertikai sehingga kepimpinan Ustaz Fadzil  Noor digantikan, timbul isu gandingan TG Haji Hadi dan Timbalannya. Maka ada yang merasakan timbalan itu tidak semestinya ulama  dan kemudian ia berkembang Presiden pun tidak semestinya ulama.
   
Isu ini menjadikan tafsir konsep kepimpinan ulama itu. Kepimpinan itu memadai Majlis Syura saja dipenuhi ulama yang lain terbuka kepada semua.
    
Berikutnya timbul isu Langkah Kajang sebagai kerja awal menggantikan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim. PAS yang jadi sebahagian daripada kerajaan Selangor tidak seronok ia dipaksa menerima politik PKR. Setelah DS Anwar Ibrahim terhalang bagi menggantikan Khalid, maka PAS mempertahankan Khalid.
    
Ia tidak sekadar jadi krisis antara PAS dan PKR, orang PAS yang tidak senang dengan isu pertemuan Abdullah Badawi dan TG Haji Hadi dan yang tidak setuju Presiden dan Timbalan Presiden PAS  mesti ulama mempertikai langkah mempertahan Khalid. Hingga dua Adun PAS Selangor hilang.
    
Sebaik isu MB Selangor selesai ia berganti pula dengan krisis dengan DAP. Apabila perbezaan dengan DAP itu payah hendak diselesaikan kesetiaan PAS dalam Pakatan Rakyat dipersoal. Bimbang PAS tidak akan bersama lagi dalam PR, ada orang sudah tidak senang dengan PAS itu membentuk PASMA sebagai NGO  bagi menggantikan tempat PAS dalam Pakatan.
    
Ketika PAS belum bercadang unuk keluar daripada Pakatan, ada orang PAS sedia mengambil tempat PAS. Setengah daripada pimpinan PAS pusat menrima baik penubuhan NGO itu sekalipun ia sudah dilihat sebagai kewujudan parti dalam parti.
    
Semuanya tidak keluar PAS dan tidak mengambil tindakan disiplin. Semua perjumpaan NGO itu jadi medan terbuka menyerang pimpinan PAS. Jawatakuasa PAS pusat terbagi dua antara menentangnya dan suka kepadanya.
  
Tiba musim muktamar ke-61 berlaku perebutan pengaruh di banyak peringkat antara propimpinan ulama dan proprofesional. Perkembangannya ialah Presiden perlu digantikan. Kempen dalam kalangan parti antara yang menyokong TG Haji Hadi dengan kumpulan yang hendak menggantikannya. Ustaz Ahmad Awang bersetuju jadi calon menentang Presiden.
   
Ia berakhir segugus calon profesional dan proprofesioanl kalah dalam semua Dewan dan dalam pimpinan PAS pusat sendiri.
   
Maka perpecahan PAS tidak dapat dielak. Yang kalah menubuhkan parti. Masalah dalam PAS dilondehkan. PAS berdepan dengan banyak kecederaan. Ia hilang ramai bintang politik.
   
Krisis itu sepatutnya berakhir. Husam yang dilihat ada di belakang semua perkembangan tidak ikut keluar. Kemudian dia tegas mahu terus mati dalam PAS tetapi melanjutkan bara dalam sekam sejak dua tahun lalu. Ia jadi cabaran lagi. Moga-moga ia yang terakhir.

Sumber DD - 23-11-2015
























Atasi kelemahan ulama dengan jadi ulama

Posted on Saturday, November 21 @ 15:11:14 MYT by paktam

Oleh Subky Latif

SEMUA tahu bahawa krisis yang PAS alami beberapa tahun akhir-akhir ini hingga ada yang merajuk membuat parti baharu adalah gara-gara pertembungan dua aliran pendidikan atau golongan iaitu ulama dan profesional.

PAS telah dilembagakan sebagai parti politik dan dakwah dengan konsep kepimpinan ulama. Pertembungan berpunca tentang hak menjadi presiden dan timbalan presiden mesti ulama.

Golongan profesional mengira konsep kepimpinan ulama itu memadai dengan Majlis Syura Ulama.

Polemik tercetus selepas Ustaz Dato’ Fadzil Mohd Noor meninggal.

Kedua, dikatakan ada kelemahan pimpinan dalam kalangan ulama dan ada antara golongan profesional yang lebih berwibawa.

Tiada ulama yang menonjol selepas Presiden Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Kemudi sejak 10 tahun lalu banyak dimainkan oleh golonan profesional. Dari luar pula banyak yang melihat profesional politik itu ada pada orang profesional hingga berlaku perebutan pengaruh dalam muktamar yang lalu dan semua tahu keputusannya.

Malah orang luar mengikuti aliran politik Islam teragak-agak menyertai PAS kerana konsep kepimpinan ulamanya. Tidak mustahil Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang dikenali sebagai juru bicara ummah dulu mengelak menyertai PAS kerana kepimpinan ulamanya mulai tahun 1982 itu. Adapun manusia itu ada kelemahannya. Ulama ada kelemahannya dan orang politik profesional pun ada kelemahannya.

Kadang-kadang pandangan itu dipengaruhi oleh persepsi masingmasing. Keputusan PAS memartabatkan ulama itu adalah benar dan betul.

PAS mesti dipimpin oleh ulama adalah benar. PAS mesti didukung bersama oleh orang profesional adalah benar. Ulama mesti jadi orang profesional adalah benar dan orang profesional patut jadi ulama juga adalah benar.

Langkah kepimpinan ulama memupuk paduan mengulamakan profesional dan memprofesionalkan ulama adalah betul. Pencapaiannya mungkin payah dipenuhi oleh ulama yang kutai dan oleh profesional yang kutai.

Ulama yang dewasa payah difikirkan untuk jadi jurutera dan doktor. Orang profesional yang dewasa payah hendak hafal al-Quran dan jadi ulama. Tetapi graduan pengajian Islam yang muda tengteng, boleh mencari kelayakan profesional dan graduan profesional pula boleh mengisi pengetahun yang melayakkannya jadi ulama.

Orang muda ulama dan profesional muda ini semuanya sudah ada dalam PAS. Terkejutnya Umno beberapa tahun dulu ialah ramai profesional muda berada dalam PAS dan ramai lagi yang tertarik pada PAS dibandingkan dengan yang cari makan dalam Umno.

Perlunya ulama memimpin PAS bagi memestikan PAS tidak terlucut dari ulama. Akan ada fitnahnya jika pimpinan utama itu jatuh kepada golongan lain kerana dicurigai ia akan jadi yang peranan ulama tidak lagi ke depan. Tumpulnya sebuah parti Islam bila tiada ulamanya.

Akan tetapi ulama itu juga manusia yang tidak sunyi dari kelemahan. Bukan manusia nama jika ia tidak lemah dan tidak melakukan kesalahan. Jika dirasakan ulama yang ada itu lemah, maka mengatasinya bukan membuang ulama dari pimpinan tetapi pimpinan dari kalangan profesional itu mestilah mengambil langkah untuk menjadi ulama.

Khalid Samad, Dr Hatta Ramli, Hanipa Maidin, Salahuddin Ayub dan lain-lain semuanya ada otak dan boleh dijanjikan untuk menjadi pimpinan PAS yang berpotensi.

Nilai dan harga pimpinan itu akan terserlah jika mereka ada ilmu yang layak jadi ulama. Ilmu itu tidak datang seperti yang diterima oleh nabi-nabi. Tetapi ia mesti dituntut dan dicara.

Sekadar bercita-cita untuk jadi ulama anda tidak akan jadi ulama. Tetapi dengan mencari ilmu penuh masa anda akan jadi ulama yang muktabar.

Husam Musa pernah mengambil tindakan yang betul. Selepas tamat universiti dia berkhidmat dengan PAS. Dipercaya ilmu terhad dan ketika mudanya dia pergi ke Jordan. Tentulah mencari ilmu. Tetapi tak sampai setahun dia balik jadi orang politik penuh masa.

Jika dia dan Khalid Samad dan lain-lain semasa dalam Pemuda PAS mengambil cuti politik tiga atau lima tahun 20 tahun lalu untuk pergi ke Mesir, Syria, Afrika Selatan dan lain-lain, dan pulang sebagai seorang Islam ulama profesional, maka mereka boleh jadi ulama besar yang setara dengan Ustaz Fadzil Noor, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Beberapa pemimpin PAS yang agung itu sudah dikira hebat. Jika mereka ada ilmu profesional nescaya mereka hebat dari yang kita saksikan.

Mungkin persediaan sudah ada dalam kalangan pimpinan PAS bagi menjadikan anak-anak mereka ulama profesional. Ustazah Nuridah Salleh, ketua Dewan Muslimat PAS. Dihantarnya anak hafazan al-Quran. Setelah khatam anak itu mengikuti kajian kejuruteraan. Sekarang sudah jadi jurutera.

Saya diberitahu oleh seorang warga emas Umno yang sudah menyerti PAS. Bekas Pesuruhjaya PAS Johor, YB Aminolhuda Hassan semasa menjadi pesuruhjaya setiap malam bulan puasa menjadi imam solat waktu di masjid-masjid di kawasannya. Dibawanya anaknya yang hafaz al-Quran menjadi imam solat tarawih di masjid yang dia mengimami solat Isyaknya. Jika mereka sabar dan istiqamah, mereka telah pun menyediakan anak-anak dengan nilai yang diperlukan oleh pimpinan PAS.

Saya pernah kata pada Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad, semasa dia kalah pilihan raya dulu. Cuti lima tahun dari PAS.

Pergi ke Mesir tiga tahun. Lepas itu sambung ke England seperti yang dilakukan oleh Ustaz Tan Sri Azizan Abdul Razak dulu. Bukan buat PhD di universiti dalam negeri.

Orang PAS buat Phd dalam negeri langgar Akta Universiti dan Kolej, akan dibuang. Selepas balik dari Mesir dan England, dia menyediakan diri bukan saja untuk jadi presiden PAS, bahkan jadi mursyidul am.

Demikian beberapa nama yang saya sebut tadi. Kekurangan ulama itu memang kita ketahui sejak mula usul kepimpinan ulama itu dinobatkan. Kelemahan ulama itu tidak memadai dengan menyebut mereka lemah. Ia tidak mengatasi masalah. Bertindak menggugurkan mereka dari jawatan juga tidak profesional kerana ia mengundang krisis dan perpecahan.

Tetapi dengan otak, kecekapan dan kepintaran politik, ada potensi untuk jadi ahli ilmu Islam.
Setakat mereka sebagai orang profesional, mereka boleh jadi seperti pakar isi bai’ah dan kafarah terlanggar bai’ah, jika mereka ilmu lebih tinggi tentu mereka lebih ke depan.

Al-Marhum Prof Ismail Faruqi dikira sebagai ahli ilmu yang terkenal dalam kalangan Islam zaman kita ini. Dengan ilmunya yang dikira tinggi itu, dia merasa tidak cukup dan ada kekurangan jika tidak pergi ke al-Azhar di Mesir. Dia mendaftar tahun satu di al-Azhar dan jadi pensyarah sambilan di Universiti Kaherah.

Jika Khalid, Husam dan Dato’ Seri Nizar Jamaluddin pergi ke Mesir dan kemudian balik jadi pemimpin PAS sudah tentu mereka boleh mengisi tempat penting dalam PAS sekali gus isu kelemahan ulama tidak lagi berbangkit dan perbezaan antara ulama dan profesional dapat diminima.

Sumber DD - 21-11-2015

Kerana duit ada yang hilang istiqamahnya

SUBKY LATIF | .


SYABAS bagi PAS yang masih istiqamah dan tahniah atas tema terakhir muktamarnya Istiqamah hingga Kemenangan.
   
Semua ini adalah sifat yang terpuji dan motivasi yang amat berharga bagi sebuah perjuangan Islam bagi mencapai kemenangan dalam lingkungan martabat mardhatillah.
   
Tetapi istiqamah itu perlu diingat. Ia tidak sekadar disebut dan dijaja, ia wajar dihayati justeru ia amat mencabar dan besar ujiannya.
   
PAS boleh dikira kaya pengalaman termasuk politik tahalufnya yang dibuat atas muslihat bagi mendapat kedudukan selesa di tengah masyarakat semasa.
  
Tahaluf adalah satu politik pintar tetapi risiko cabarannya juga besar sekalipun untungnya ada.
   
Dua tahaluf besar PAS lalui setakat ini yang mencabar istiqamah ahli dan cabaran itu sedikit sebanyak mencederakannya.
  
Yang pertama tahaluf dengan Umno yang berkuasa dalam kerajaan campuran PAS – Perikatan tahun 1973 dan pembentukan Barisan Nasional tahun 1974. Yang kedua tahaluf Pakatan Rakyat tahun 2008 bagi meneroka kuasa ke Putrajaya.
   
Kedua-dua tahaluf itu ada untungnya tetapi ada cederanya.
   
Saya tidak bercadang untuk menyebutkan apa untung yang didapati daripada politik kerajaan campuran dan pembentukan Barisan Nasional bersama Perikatan/Umno bagi mengislahkan kerajaan dari dalam.
   
Apabila kerjasama itu gagal PAS cedera tetapi tidak sampai mematikannya. Tetapi istiqamah ahli-ahlinya tercabar. Pecah muafakat kerana PAS hendak ditendang dan PAS suka berpisah. Apabila PAS menerima perpecahan itu, ada ahli PAS yang merasa sedap dengan nikmat yang sedikit dalam Barisan Nasional tidak mahu keluar.
    
Mungkin dalam tempoh lima tahun bersama itu orang PAS rasa selesa tidak banyak mengeluarkan duit dari saku sendiri dalam kegiatan politik kerana ada limpahan rezeki dari Allah melalui Barisan Nasional.
   
Ada orang PAS yang jadi pegawai Tabung Haji dan dapat nikmat dakwah dan macam-macam kemudian enggan meninggalkan kerajaan atau tidak seronok untuk jadi pembangkang semula. Antaranya ada ustaz yang sebelumnya mencintai istiqamah, lalu gugur istiqamahnya.
   
PAS yang cedera dirawat semula dengan ubat konsep kepimpinan ulama. Pulihnya memberi tenaga dan lonjakan perjuangan yang dikira agak ketara.
   
PAS 30 tahun kemudian mengikat tahaluf dalam Pakatan Rakyat brsama PKR dan DAP, terbentuk muafakat kedua dalam arus politik perdana negara. Kali pertama Malaysia ada dua front politik seperti yang terdapat di negara maju seperti Afrika, Australia, Jerman, Perancis dan lain-lain. Sistem dua parti itu mengukuhkan demokrasi masing-msing.
   
Wujudnya Pakatan Rakyat menjadi cabaran besar kepada Barisan Nasional. Pertama kali terbuka peluang BN digantikan.
   
Bagaimanapun PAS berpecah daripada muafakat itu. Apabila mahu bersendiri, ada ahlinya yang istiqamah sebelumnya tidak jadi istiqamah lagi. Takut Putrajaya tidak dapat dikuasainya dan macam-macam kerisauan.
  
Lalu antara ahli yang tidak mahu keluar itu membuat kumpulan menggantikan PAS dalam muafakat Pakatan yang baru.
  
Tahaluf banyak positifnya. Tahaluf dengan Semangat 46 mengambalikan Kelantan kepada Perikatan ia hilang Kelantan.
   
Tahaluf itu benar-benar menguji istiqamah. Jangan kecederaan tadi kita serik bertahaluf. Politik kita memerlukan tahaluf asal jangan dengannya kita jual diri dan korbankan istiqamah.
   
Istiqamah PAS tidak berganjak tetapi ada ahli gugur istiqamahnya sekalipun pernah jadi Presiden dan Timbalan Presiden dan sekalipun telah 40 tahun dalam PAS, sekalipun banyak orang dijadikannya PAS dan banyak cawangan ditubuhkannya. Semua itu tidak menjamin istiqamah.
   
Istiqamah mesti dihayati dan sesudah mati baru kita tahu seseorang itu istiqamah atau tidak. Berdoalah sekalian, moga-moga istiqamah. Amin! – HARAKAHDAILY 18/11/2015

Sumber HD - 18-11-2015






















Silap Husam jadi orang politik

SUBKY LATIF | .

BERKHIDMAT dalam politik adalah satu khidmat yang mulia apa lagi politik itu Islam demi mendaulatkan kalimah Lailaha Illallah.
    
Politik itu sebahagian daripada Islam khususnya mengenai kehidupan. Hidup itu boleh jadi ibadat. Hidup itu meliputi sejak lahir hingga mati. Khidmat politik sebagai satu ibadat boleh diisi 24 jam sehari dari mula hidup hingga mati.
   
Politik itu jadi ibadat perlu memenuhi seninya. Husam Musa bekas Naib Presiden PAS telah memilih khidmat ibadat politik apabila dia menyertai PAS sebaik keluar universiti.
  
Saya suka kepada keupayaan, kebolehan mana-mana orang politik yang berbakat dan berpotensi. Saya lihat Husam adalah seorang ada potensi memenuhi semua yang diperlukan oleh seorang ahli politik. Saya gembira dia memilih PAS dan saya kira PAS bertuah beroleh seorang aktivis dan pemimpinnya yang serba boleh.
    
Dengan bakat yang ada padanya amat tepat dia jadi pembantu dan penasihat Almarhum TG Nik Abdul Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am PAS. Pemimpin penting seperti Tok Guru itu penting beroleh pembantu pintar sepertinya.
    
Saya pernah duduk bersamanya beberapa tahun dalam pimpinan PAS Pusat. Saya tengok ucapannya di Parlimen, keupayaannya menguasai isu dalam dan luar negara, dapat memberi reaksi cepat dan bertindak pantas atas banyak perkembangan.
    
Hingga saya pernah terfikir dan sebutkan kepada rakan-rakan, Husam adalah seorang pemimpin yang terserlah dan ada otak dibandingkan dengan sebahagian pimpinan PAS lain. Saya tidak mahu kata dia adalah yang terbaik, tetapi saya rasa dia banyak kelebihan daripada yang lain-lain.
   
Ada seorang pemerhati Umno berkata pada saya, ketika seorang penganjur Umno mencari tokoh yang diperlukan buat masa depan Umno, ada yang merasakan bakat Mukhriz bersaing dengan Khairy Jamaluddin. Untuk jadi Perdana Menteri akan datang mungkin Mukhriz tidak berupaya meninggalkan Khairy.
   
Khairy nampak hidup politik dan kepimpinannya. Siapa yang boleh mengatasi Khairy dalam perlumbaan jadi Perdana Menteri itu?

Katanya, tidak ada dalam Umno. Ia ada dalam PAS. Siapa? Husam, katanya.
   
Sayang Husam berada dalam PAS. Kalau dia berada dalam Umno, sukar bagi Khairy memintasnya.
   
Hari ini dia telah berpolitik lebih. Seni politik itu telah dilampauinya. Saya terasa ia menyebabkan dia bertambah payah bagi mendapatkan kedudukan yang selesa dalam masyarakat dan kepimpinan PAS.
   
Dia telah menjadi pengkritik PAS yang dikira lebih tajam daripada serangan yang dibuat oleh Umno dan DAP terhadap PAS  dan pimpinannya. Kritik dan serangan orang luar seberat mana pun tak jadi berat kerana orang kira ia sepak terajang orang politik.

Tetapi kritik dan serangan terbuka orang dalam PAS, ringan pun terasa teruk dan apa lagilah kalau memang berat. Orang dalam itu selalunya tahu akan kelemahan dalaman parti.
   
Sebagai yang pernah jadi orang penting PAS, maka ia memayahkan kedudukannya dalam parti dan sesama orang parti. Jika khidmat politiknya tadi satu ibadat, maka boleh batal ibadat yang lalu itu.
   
Khidmat baik selama ini boleh jadi tidak dinilai lagi.
   
Tapi jika Husam memilih jadi profesor sains sosial, dia boleh mengajar penuntutnya tentang kelemahan PAS dan mengkritiknya. Sumbangan akademik dan tegurannya tentu lebih berkesan. Mungkin dia boleh jadi profesor ilmu politik terbilang dihormati oleh semua.
   
Tetapi apabila jadi orang kuat PAS mengkritik teruk PAS, khidmatnya jadi layu dan orang akan kata sepak bola ke gol sendiri. – HARAKAHDAILY 15/11/2015

Sumber HD - 15-11-2015






















Gurau yang sungguh, Bagan Nakhoda Omar
























SUBKY LATIF | .


ADA asasnya bagi Adun DAP Sekinchan, Ng Suee Lim untuk bergurau supaya nama Bagan Nakhoda Omar yang ramai penduduk Cina ditukar kepada nama Cina.
   
Senda guraunya ialah nama bagan itu dekat sama nama dengan nama pemimpin Umno Selangor, Noh Umar, yang pada tanggapan Ng nama Noh tidak seronok didengar oleh pembangkang khususnya majoriti penduduknya Cina dan menyokong pembangkang.
   
Bukan pembangkang Cina saja tak seronok dengan pemimpin Umno Selangor itu, pembangkang Melayu tidak berapa hendak mendengar namanya. Malah orang Umno Selangor pun ada yang tidak selesa dengannya.
    
Bukan kerana Umnonya mereka mengelak berserasi dengannya tetapi kerana watak keras dan bengisnya yang sama seperti Shahidan Kassim, Ibrahim Ali, Azeez Abd Rahim dan lain-lain.
    
Akan tetapi gurau Ng Suee Lim itu mudah mengundang sensitif kaum bagi masyarakat Malaysia yang masalah perkauman kembali menggelegak. Membagi nama-nama jalan Tan Cheng Lock, Kolonel HS Lee dan lain-lain di Kuala Lumpur dan lain-lain bandar besar 25 tahun tidak dirasakan apa-apa kerana perkauman reda ketika itu. Orang tidak kisah memberi nama Taiping untuk bandar di Perak dan Tanjung Keling pada satu tempat di Melaka.
    
Tetapi masa Umno terumbang-ambing ini perkauman nampak pekat kembali, maka  gurau Suee Lim payah dikira sebagai gurau sangat tetapi boleh diterima sebagai suatu yang bersungguh. Orang perkauman nampak ia sebagai satu motif politik.
    
Orang tidak nampak sangat garang Noh Omar nama bagan itu patut ditukar, tapi orang nampak tempat itu penuh Cina, maka ia patut ditukar dengan nama Cina.
    
Ia mudah mendatangkan cemburu tentang Kuala Lumpur yang padat Cina dan sebahagian besar kawasan pilihan raya dimenangi oleh parti yang disukai pengundi Cina. Mungkin orang tertanya apakah tidak ada yang mahu menukar Kuala Lumpur kepada Kuala Hong Kong dan Ipoh Kota Taiwan?
    
Tambah membongkak benak setengah apabila Tony Pua hendak merampas kawasan yang dimenangi PAS di Selangor sekarang. Ia tidak dikira cabaran pada PAS saja, tetapi Umno juga gelabah dengan apa yang dianggap wawasan jauh DAP.
     
Saya sendiri boleh menerima senda gurau Ng Suee Lim, tetapi saya tidak menghalang kegerunan orang terhadap politik hari muka.
    
Mungkin isu Bagan Nakhoda Omar tidak wajar diguraukan. Bukan semua boleh jadi gurauan.  Bergurau mencerai isteri tidak jadi gurau lagi. Ia jadi cerai sungguh. Suami isteri berlakon sebagai suami isteri dalam filem. Suami lakon cerai isterinya. Jatuh talak isteri itu, pada hal ia lakonan. Apa lagilah bai’ah.
    
Ia adalah hal yang tidak boleh digurau. Gurau itu tidak habis sekadar gurau. Ia mendatangkan kesan bersungguh.
   
Ternyata sekarang gurau Suee Lim itu mendatangkan payah baginya. Sekalipun tujuan gurau itu untuk merendahkan imej dan pimpinan Noh Omar, tetapi pukulan bagi Noh tidak berapa berkesan. Kesan besarnya ialah tempat-tempat yang penuh penduduk Cina mungkin ditukar namanya mengikut selera majoriti penduduknya.
     
Kerja membaiki percikan perkauman itu amat sukar dan Suee Lim terpaksa bekerja lebih keras bagi meredakan hati yang berdetup-detap. – HARAKAHDAILY 13/11/2015

Sumber HD - 13-11-2015

Dua debat yang tak jadi

SUBKY LATIF | .


DEBAT antara Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy dengan Tony Pua. Pimpinan muda DAP yang sepatutnya sudah berlangsung di RTM tidak  jadi justeru halangan Speaker Pandikar Amin Mulia.
    
Kira-kira sama saja dengan debat yang diperintah batal oleh Yang Dipertuan Agong antara PAS dan Umno tahun 1983 dulu. Debat PAS - Umno itu juga dicadangkan di TV1 RTM.
    
Arul yang dipercayai tidak mahu berdebat di khalayak umum dicabar oleh Tony Pua jika betul 1MDB tidak ada apa-apa.
   
Jika Arul tiru sikap PM Najib tidak hirau apa orang kata tentangnya, cabaran Tony Pua nescaya tidak jadi isu. Tetapi Arul nampaknya suka bercakap dan banyak cakap. Dilayannya cabaran Tony. Dia setuju debat dengan syarat Tony keluar daripada PAC, Jawatankuasa Kira-kira Awam yang diamanah menyiasat skandal 1MDB itu.
   
Reaksi Tony pada Arul, jadi anak jantanlah Arul! Jangan beri syarat jika 1MDB berjurus. Maka Arul setuju debat tanpa syarat. Debat pun jadi isu.
  
Debat itu suatu yang tidak disukai oleh Najib dan kerajaan kerana ia boleh memerangkap 1MDB dan Najib. Mungkin banyak yang akan terbongkar.
    
Samalah dengan debat PAS - Umno dulu yang tidak disukai sangat oleh Umno, tetapi apa hendak dikata kerana PM Mahathir sangka PAS tidak akan sambut. Dr. Mahathir hendak perangkap PAS atas isu kafir-mengkafir. Banyak syarat Umno beri. Semuanya PAS setuju. Umno beri tajuk, PAS Kata Umno Kafir. Ia dikira tajuk berat sebelah. Banyak mengira ia hendak memperdaya PAS.
    
Tetapi PAS terima semua asal ia diadakan secara lintas langsung melalui TV. Ia melibat Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, Anwar Ibrahim dan Ibrahim Azmi sebagai pendebat Umno. Dan PAS menamakan Ustaz Abdul Hadi Awang, Ustaz Nakhaie Haji Ahmad dan Ustaz Harun Taib.
    
Orang paling tidak suka debat itu dipercayai DS Anwar Ibrahim dan orang-orangnya. Macam-macam diusahakan supaya debat itu tidak jadi. Orang yang paling tidak suka debat Arul – Tonya Pua ini ialah Najib dan orang-orangnya. Dipercayai macam-macam ia akan buat supaya ia tidak jadi.
    
Orang yang suka debat PAS – Umno ialah PAS kerana akan hadir untuk kata ‘Umno kata PAS kata Umno kafir’ bukan unuk mengakui ‘PAS kata Umno kafir.’ Dan kumpulan yang paling suka debat 1MDB ini ialah Anwar dan sekalian orang bersamanya. Sekalipun Tony itu DAP tetapi ia adalah sekutu Anwar.
   
Setelah tiada cara debat PAS – Umno dapat dibatalkan, maka Yang Dipertuan Agong dinasihatkan mengeluarkan dikri membatalkan debat itu. Tiada siapa dapat pertikai Seri Paduka tetapi jenuhlah PM Mahatahir dan Umno dipertikai.
    
Setalah Arul sanggup debat sekalipun Tonya Pua kekal dalam PAC, maka bangkitlah Speaker Pandikar Amin Mulia menghalang, tidak boleh kes 1MDB yang dalam status sedang disiasat PAC didebatkan. Tony Pua tidak boleh tampil selagi dia anggota PAC dan Arul juga tidak bercakap mengenai isu itu selagi ia tidak selesai.
    
Tony setuju tidak sertai debat kerana tidak mahu dikata engkar pada Speaker. Semua setuju dia digantikan dengan Rafizi Ramli. Jika RTM tidak sedia jadi penganjur banyak lagi stesyen TV dalam dan luar negera boleh anjurkan, mungkin al-Jazeera pun sedia.
   
Tetapi Arul amat menghormati Speaker, apa hendak dikata? Apakah Speaker bertindak sendiri atau dinasihatkan bertindak begitu, ia memang menyelamatkan Arul. Debat itu bukan haram, ia harus. Perkara Speaker boleh benar dan boleh tidak benarkan asal jangan dikata lebih sudu daripada kuah. – HARAKAHDAILY 11/11/2015

Sumber HD - 11-11-2015
























PAS dan Umno, Dekat yang Jauh

Posted on Monday, November 09 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KETIKA pembangkang menyarankan Bajet 2016 ditolak sebagai simbolik undi tidak percaya kepada Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Abdul Razak, PAS cuba menunjukkan ia berkecuali. Ia tidak akan mengundi bersama pembangkang yang lain.

Tidak pula dinyatakan ia akan mengundi bersama kerajaan.

Presidennya, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengambil sikap mahu mengislah perdana menteri dan Umno sementara ia masih menguasai Putrajaya.

Dikritiknya bajet terbaharu yang masih bersifat menindas rakyat. Macam-macam kelemahan bajet dan pembentangannya, tetapi tidak sampai menyuruh perdana menteri berhenti dan tidak mencadangkan Umno mesti mengosongkan Putrajaya.

Ia menambah keliru semua terhadap PAS dan tambah menguatkan lagi syak semua betapa PAS dan Presidennya seolah-olah terpesona dengan Umno dan ada tahaluf baharu dan tersembunyi.

Sudah hampir dua tahun pembenci tegar Umno-BN mentohmah Tuan Guru Abdul Hadi dan PAS merancangkan kerajaan perpaduan apa yang dimasyhurkan sebagai UG. Seolah olah PAS dan Presidennya adalah Umno roader sebagaimana orang sekeliling Mao Zedong dulu melabelkan pengkritik revolusi kebudayaan komunis China dulu sebagai "capitalist roader" dan "western roader."

Pemimpin PAS itu tahu dia ditohmah begitu dan tahu PAS amat perit menghadapinya hingga tak terdaya menangkis sumpit bertubi-tubi dari semua arah. UG dan Umno roader itu yang menggerakkan usaha melucutkannya dari pimpinan PAS dan ia juga punca PAS terkeluar dari Pakatan Rakyat.

Tetapi ia tidak menghalang beliau membuat kenyataan yang menyebabkan orang bertambah syak PAS hendak bekerjasama dengan Umno sekalipun berguni-guni keterangan perkongsian PAS-Umno adalah mustahil atau ibarat menunggu anjing
bersayap.
Sekalipun ramai pimpinan kanan PAS lari membuat parti lain gara-gara atmosfera
yang banyak mengelirukan itu, ia tidak menyebab Ustaz Abdul Hadi berhenti dari suara suka mengislahkan Umno seperti sikap terhadap bajet tidak ditentang seratus peratus dan tidak disokong seratus peratus. Tidak bercadang menyuruh Najib mesti berhenti sekarang tetapi memilih menyeru Najib mengubah dasar dan sistem pemerintahan.

Jika boleh dia mahu mendekati Umno bagi memungkinkan berlaku pengislahan itu.

Nada itu menyebabkan orang yang keliru bertambah keliru. Kebanyakan yang bercakap dengan saya tidak faham dengan Tok Guru dan PAS kerana ketika semuanya membenci Najib dan Umno, tiba-tiba PAS tidak bersama mereka.

Reaksi saya ialah, agaknya suasana yang sama menyebabkan Nabi Musa keliru dengan tindakan Nabi Hidzir seperti yang dirakamkan dalam surah al-Kahfi. Saya belum bercakap dengan Ustaz Abdul Hadi akan kekeliruan orang lain tetapi saya terfikir ia mungkin beza antara pemimpin politik biasa dengan pemimpin politik ulama.

Kita selalu berhadapan dengan pemimpin politik biasa seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Dr Mahathir Mohamad, Lim Kit Siang, Lee KuanYew dan lain-lain. Tetapi kita jarang berdepan dengan pimpinan politik yang terdiri dari ulama. Kita tidak melihat Imam Hassan al-Banna memimpin kerajaan dan pengalaman Yusuf al-Qaradhawi memimpin parti pembangkang. Kita baru menyaksi pengalaman Tok Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dan sekarang Tuan Guru Haji Abdul Hadi.

Pendekatan dua tokoh ulama itu nampak tidak sama dengan pendekatan lain-lain pemimpin konvensional.

Sebagai pemimpin kerajaan mereka mempertahankan apa saja supaya kekal memerintah. Sebagai pembangkang mereka buat apa jua yang boleh melucutkan kuasa kerajaan.

Tetapi politik Ustaz Abdul Hadi nampak lebih
pada mengubah dasar dari mengubah orang.

Apa panduannya?

Pernah dia berkata, menukar orang tidak menjamin bertukar dasar dan sistem.

Jika sistem bertukar orang bertukar seperti Sayidina Umar al-Khatab dan Khalid ibn Walid bertukar dari jahiliyah kepada beriman. Semua pemimpin jahiliyah bengis hingga Arab masa itu terkenal sebagai orang yang bengis.

Tetapi apabila bangsa itu menukar akidah agama tauhid, bangsa Arab berukar menjadi pencetus tamadun yang adil.

Jangan kata Nabi Ibrahim dan Nabi Musa tidak berpolitik. Politik yang mereka bawa adalah untuk meruntuhkan kezaliman dan penindasan. Bagi politik biasa misinya adalah untuk meruntuhkan kuasa, menuka raja dan pemerintahan.

Tetapi Nabi Ibrahim tidak datang untuk mengguling takhta Namrud dan Nabi Musa diperintah menemui Firaun bukan untuk menggulingkan kerajaan dan menggantikan mereka. Nabi Ibrahim menyeru Namrud menyembah Allah dan dia boleh terus menjadi raja. Tidak disuruhnya Namrud turun takhta. Yang meruntuhkan kuasa Namrud ialah raja nyamuk atau nyamuk aedes.

Bagi mengelakkan ada anak Bani Israil meruntuhkan kerajaan Firaun, Firaun bunuh setiap anak laki-laki Bani Israil. Nabi Musa datang kepada Firaun tidak menyuruhnya turun takhta tetapi beriman kepada Tuhan Yang Esa. Bila Firaun meneruskan kekejamannya, Nabi Musa bawa sekalian Bani Israil di Mesir hijrah ke Baitul Maqdis. Dibiarkannya Firaun menghadapi kebinasaan sendiri.

Nabi Ibrahim dan Nabi Musa menghadapi raja dan kerajaan yang zalim. Nabi Muhammad s.a.w. tidak menghadapi raja yang zalim tetapi menghadapi sistem jahiliyah yang berkuasa di Makkah. Quraisy tidak ada raja tetapi ada pemimpin-pemimpin
kabilah. Yang baginda seru di Makkah ialah menukar sistem dari menyembah berhala kepada bertuhankan Allah Yang Esa.

Baginda ada potensi menjadi pimpinan Quraisy hingga pembesar Quraisy
menawarkannya untuk menjadi raja yang berkuasa di Semenanjung Arab tetapi mengekalkan sistem tok nenek mereka sebagai kaum jahiliyah. Baginda menolak tetapi menuntut penduduk Makkah menukar sistem.

Tidak ada makna baginya menjadi raja tetapi mengekalkan sistem yang terpakai. Baginda mengirim muhajirin ke Habsyah. Rajanya Najasyi sedia menukar sistem. Rasulullah s.a.w. mengekalkannya menjadi raja, tidak minta takhta digantikan oleh orang.

Setelah baginda menjadi ketua negara di Madinah baginda mengutus surat kepada raja-raja yang berjiran menyeru mereka menukar akidah dan sistem, tetapi tidak
menyuruhkan mereka meletak jawatan.

Saya melihat pendekatan yang dibawa oleh pemimpin PAS ini adalah lanjutan kepada
misi kenabian yang dibawa oleh kebanyakan para rasul. Keutamaan dakwahnya ialah mengubah dasar bukan keutamaan menjadi pemerintah. Apabila akidah para raja itu bertukar, maka sistem bertukar.

Mendekati Umno dengan mengislahkannya adalah langkah yang begitu dekat dengan dasar PAS ganti Umno. Jika Umno dijadi musuh yang tidak boleh dibuat baik, maka ia akan menjauhkan terus orang Umno dari PAS. Bila kita kata yang kita tolak Umno adalah sistemnya tetapi orang Umno tidak dimusuhi. Masakan orang Umno itu boleh diajak bersama PAS dari jauh. Kena ada juga pendekatan mengajaknya dari dekat. Dari jauh pun ajak, dari dekat pun ajak. Bila orang Umno terasa PAS suka berbaik dengan mereka, cuma PAS tidak terima sistemnya saja, maka ia telah meletakkan orang Umno itu selangkah dekat kepada PAS.

Bukan semua pemimpin boleh berfikir mendekati orang Umno satu kaedah bagi menggantikan PAS.

Pemimpin yang ada berjiwa besar, berani dan ada misi saja yang sedia membuat pendekatan yang praktikal sekali ramai yang keliru.

Jika Tok Guru Haji Abdul Hadi berjumpa Najib di mana saja, anggaplah pemergian itu seperti Nabi Ibrahim berjumpa Namrud dan Nabi Musa berjumpa Firaun. Bukan mereka hendak jadi pembesar Firaun dan Namrud, tetap demi menyelamatkannya.

Jika orang Umno tidak datang kepada PAS, pemimpin PAS kena pergi kepada Umno, bukan masuk Umno, tetapi ikut apa yang para nabi buat.

Oleh Subky Latif

Sumber TKO - 9-11-2015

Wawasan Tony Pua hendak ambil Selangor
























SUBKY LATIF | .


TONY Pua, Pengurusi DAP Selangor menyatakan rancangan politiknya bagi PRU14 nanti ialah untuk mengambil lapan kerusi Dun yang dimenangi oleh PAS sekarang yang mengikuti perkiraannya mudah dimenangi oleh parti itu.
    
Dia sudah mengumumkan kawasan-kawasan itu.
     
Dan kita percaya Tony Pua tidak cakap kosong. Sama ada kawasan-kawasan yang disebutnya itu sudah pun jadi kawasan kuatnya atau belum tetapi apa yang disuarakannya itu tentunya jadi satu motivasi kepada parti itu bekerja bagi menawannya.
     
Ia boleh rampas atau tidak, kita akan perhatikan, tetapi ia akan bekerja dan mencurahkan penuh strategi unuk mencapai matlamat politiknya.
    
Kita andainya DAP akan dapat mempertahankan 15 DUNnya di Selangor sekarang dan kemudian dapat pula menawan lapan kerusi daripada PAS, maka ia sudah ada 23 kerusi. Berapa pula baki kerusi yang PAS dapat kekalkan selain daripada yang DAP hendak rebut itu tidak kita ketahui. Dan adakah akan direbut oleh PKR pula tidak diketahui.
    
Dengan situasi politik yang terbaru, dapatkah PKR mengekalkan 13 kerusi yang dimenanginya dalam PRU13 tidak diketahui.
     
Dalam keadaan kita tidak agak berapa kerusi yang PAS dapat pertahankan dan berapa pula yang PKR dapat menangi nanti, yang merasa peluangnya amat baik ialah DAP. Mungkin dalam pergolakan politik seluruhnya yang tidak banyak terjejas adalah DAP.
    
PAS dipercayai akan pertahan kedudukannya yang ada dan akan usahakan peluang politik selain daripada 15 kerusi yang dimenanginya sekarang. Tetapi ia ada kecederaan hilang penyokong DAP dan di setiap kawasan di Selangor ini ada ahlinya yang meninggalkan parti. Maka PAS bergantung kepada pengundi yang lain. Adakah undi lain itu dapat menampung kehilangan undi DAP dan orangnya yang keluar parti? Sama-sama kita lihat.
     
Tetapi jika DAP berjaya meraih 23 kerusi, tanpa mengira persempadanan baru yang SPR rancang, DAP rasanya telah menjadi pihak yang lebih selesa dibandingkan dengan sekutunya dalam Pakatan Harapan.
     
Apa yang Tony Pua buat sekarang ialah ia pintas dulu sebelum PKR berkira untuk mengambil kawasan yang diberi kepada PAS dulu. Lapan daripada kerusi PAS itu sudah dikenalpasti hendak diambil DAP. Sama ada PKR kekalkan kerjasama dengan PAS atau tidak, DAP sudah tetap akan diambilnya.
    
Katakanlah Barisan Nasional masih gagal mengambil semula Selangor, maka dengan peluang menang banyak ialah DAP, payah untuk mengagak PKR hendak menjadi penguasa kerajaan Selangor lagi.
    
DAP nampak lebih cerah unuk membentuk kerajaan jika ia berjaya memenangi 23 kerusi. Peluang PKR hanya bergantung kiranya DAP bersetuju dengan formula yang dibuat di Perak tahun 2008 ia memberi Menteri Besar kepaeda PAS sekalipun kerusi DAP lebih banyak.
    
Kekurangan DAP di Perak ketika itu ialah ia tidak ada Adun Melayu. Jika di Selangor nanti ia ada beberapa Adun Melayu termasuk Dr. Aziz Bari, maka tidak dapat diagak formula Perak dulu akan diulangi.
     
Dengan wawasan Tony Pua itu, bertambah nafsu orang Melayu untuk merebut peluang dalam politik DAP. Wawasan Tonya Pua nampaknya menjayakan politik Malaysian Malaysia tidak boleh diremeh lagi. Kita tidak tahu apa peluang Amanah, tetapi jika DAP berkuasa Izham Hashim mungkin jadi senator. – HARAKAHDAILY 5/11/2015

Sumber HD - 5-11-2015

Malaysia hidup kerana GST

SUBKY LATIF | .


RUPA-rupanya GST, Cukai Jualan dan Perkhidmatan yang dikutuk oleh rata-rata rakyat, seolah-olah penyelamat kepada ekonomi negara yang di ambang bangsat sekarang.
   
Mengikut pembentangan Bajet 2016, Perdana Menteri Najib menganggarkan pungutan GST 2016 nanti sebanyak RM225.7 bilion. Itu sekadar 6 peratus saja. Jika ia naik dan tidak mustahil, berganda lagilah pungutan cukai itu.
    
Pembodek Umno mengira, demikianlah tuah dan kebijaksanaan kerajaan pimpinan Najib bagi menyelamatkan negara.
    
Untuk masa sesak disebabkan oleh kejatuhan minyak dunia, kejatuhan nilai ringgit dan beban  hutang yang bertimbun serta ketirisan pentadbir, bernafaslah kerajaan dengan GST itu tetapi ia tidaklah mencerminkan kebijaksanaan dan kepintaran kerajaan BN menangani ekonomi negara.
    
Dan sebenarnya tidak nampak kepintaran kerajaan mengurus ekonomi negara sejak Tun Razak mengambil alih pimpinan daripada Tunku Abdul Rahman.
   
Menjelang kemerdekaan tahun 1957, ekonomi negara bergantung kepada industeri bijih timah dan getah. Tanah Melayu sejak sebelum merdeka hingga dekad pertama kemerdekaan terkenal sebagai pengeluar utama bijih dan getah. Kelapa sawit datang kemudian.
   
Sekalipun industri getah menguncup menjelang merdeka disebabkan oleh saingan getah tiruan tetapi bijihlah pergantungan negara.
   
Minyak tidak diketahui lagi. Dengan bijih itu ekonomi kita stabil. Industri bijih rudum apabila Dr. Mahathir jadi Perdana Menteri kerana dasarnya untuk mengalih pasar getah ditentukan oleh London ke Kuala Lumpur disabotaj oleh British.
     
Justeru negara dipancut minyak di Sabah, Sarawak dan Teengganu, maka keruntuhan industri bijih tidak menjadi kudis.
    
Malaysia hidup dan selamat oleh minyak.
    
Kerajaan dan Umno berbangga atas kestabilan ekonomi negara, kerana ia dikatakan justeru kepintaran BN memerintah.
   
Harga minyak masa itu sekitar tahun 70-an tidaklah sampai USD100 setong.  Setong sekitar USD17 hingga USD20 sahaja. Dengan harga yang sedemikian saja cukup unuk menampung kestabilan negara.
   
Dan memanglah minyak mengajaibkan. Harganya sentiasa naik hingga melebihi USD100 setong. Minyak Patronas ada kelas. Harganya lebih baik daripada petrol biasa. Maka cerdiknya kerajaan, dijualnya minyak kita yang baik dan untuk keperluan negara dibelinya petrol biasa dengan harga yang lebih murah.
    
Jika mulanya dulu Malaysia jadi negara kaya disebabkan oleh getah dan bijihnya, lepas itu ia jadi negara senang dengan petrolnya. Kekuatan ekonomi itu bukanlah kerana kepintaran kerajaan menjana pendapatan dan hasil, tetapi kerana adanya bijih dan minyak. Kalau tidak ada bijih dan tidak ada minyak, tentulah kita dikenali sebagai negara miskin.
    
Bagaimana kalau Malaysia jadi seperti Singapura yang tidak ada hasil dan tiada barang mentah. Mungkin mampuslah kita agaknya.
   
Singapura, Hong Kong dan Taiwan mana hasilnya? Tetapi Singapura adalah kuasa ekonomi dan kuasa kewangan di Asia Tenggara. Ia sudah  berpendapatan tinggi lama sebelum kita terfikirkan menjadi negara berpendapatan tinggi.
  
Hong Kong tanah tak ada, hasil bumi tak ada, ia jadi pusat ekonomi di Asia Pasifik bersama Taiwan.
   
Jika kita tengok pemimpin pintar, tengoklah Hong kong, Taiwan dan Singapura. Tanpa sumber asli mereka jadi negara berpendapatan tinggi.
   
Kita apabila minyak jatuh dan ekonomi dunia bermasalah, kita pun jadi macam nak mati. Pemimpin Malaysia seolah-olah mewarisi zaman janinnya di rahim ibu. Janin dijamin rezeki di rahim ibu.Tak payah buat apa-apa, rezekinya disalurkan melalui tali pusat. Apabila ia lahir rezekinya dijamin oleh ibu bapanya. Tak perlu fikir cari makan.
    
Apabila jadi pemimpin negara pun ia tak fikir rezeki kerana harapkan minyak. Apabila minyak jatuh duit tak ada, tiadalah ia memikir punca rezeki, ia kenakan GST kepada  rakyat. Senangkah, nak mampuskah rakyat,  tiada ia kisah. – HARAKAHDAILY 4/11/2015

Sumber HD - 4-11-2015






















Sungguhkah DAP suruh PAS tumpu 4 negeri?

SUBKY LATIF | .


LIM Kit Siang biasanya tidak mengeluarkan kenyataan sekadar bermain-main kata atau demi manis mulutnya. Biasanya bersungguh.
   
Adakah dia bersungguh apabila mencadangkan agar PAS menumpukan empat buah negara saja – Kedah, Perlis, Terengganu dan Kelantan – dalam PRU nanti bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru?
   
Logik bagi sekalian peminat politik Malaysia, jika mahu melihat berubahan kuasa daripada BN kepada kerajaan menunggu iaitu pembangkang, maka elakkan pertandingan tiga penjuru. Jika ia dibenarkan, maka ia seperti hendak mengekalkan kuasa BN.
    
Itulah risiko yang pembangkang terpaksa hadapi apabila DAP hendak berpecah sangat dengan PAS.

Tidaklah DAP merancang perpecahan itu, tetapi kenyataan bertalu-talu menyerang PAS dulu adalah menyediakan lorong berpisah.
   
Pertandingan tiga penjuru tidak dapat dielak. Sekalipun DAP kurang terjejas tetapi ia menyempitkan peluang melucutkan BN. Maka anjuran Kit Siang itu adalah logik politik jelas dan dipercayai bersungguh.
   
Apapun ia dikira anjuran sia-sia justeru PAS tidak sedia diajar oleh DAP. PAS tidak akan dengar cakap sesiapa.
   
Tetapi bukan ia tidak boleh ditimbangkan oleh PAS pandangan Kit Siang itu mewakili pandangan baru muafakat Pakatan Harapan. Ertinya sekutu DAP bersetuju menyerah bulat empat negeri itu kepada PAS. PKR dan Amanah setuju tidak meletak barang seorang calon di negeri-negeri itu. Hatta di Alor Setar yang DAP ada pengaruh pun dibiarkan untuk PAS juga.
    
Jika PKR dan Mat Sabu bersetuju dengan Kit Siang, maka tidak banyak ruginya bagi PAS untuk menerimanya sekalipun PAS di negeri-negeri lain dinafikan peluang untuk menguji  pengaruhnya.
    
Jika Pakatan Harapan lari ke negeri lain, serah sepenuhnya empat negeri itu kepada PAS dipercayai harapan amat cerah bagi mengambil kuasa di negeri-negeri itu. DAP dan PKR tentulah mengarahkan penyokongnya untuk mengundi PAS kerana ia adalah peluang bagi Pakatan Harapan menawan Putrajaya.
    
Kemenangan Parlimen dan Dun PAS di empat negeri itu akan menambah jumlah kerusi yang diperlukan untuk membentuk kerajaan pusat. Tidak berbangkit PAS akan ikut dalam pembentukan kerajaan pusat kerana ia tiada hubungan dengan DAP dan Amanah. Ia boleh berpuas hati seperti sekarang tiada apa-apa peranan dalam kerajaan pusat.
   
Bolehlah tanpa gangguan Pakatan Harapan membagikan portfolio kabinet sesama mereka. PAS duduk sebagai MP bebas di Parlimen dan akan memastikan menyokong kerajaan jika ada undi tidak percaya. Jika kerajaan tidak cukup undi bagi meluluskan sebarang rang undang-undang, pandai-pandailah kerajaan mengambil hati PAS untuk menyokongnya.
  
Jika sejak merdeka PAS boleh tegak tanpa sebarang jawatan politik dalam kerajaan, maka PAS boleh terus tiada apa-apa jawatan untuk sekurang-kurangnya lima tahun.
   
Tapi bagi empat negeri yang PAS berkuasa itu boleh PAS memikirkan untuk mengadakan enakmen hudud seperti yang ada di Kelantan dan Terengganu. Tentu tiada masalah Dun Kedah dan Perlis meluluskannya kerana Adunnya PAS dan BN saja.
  
MP PAS tidaklah boleh dihalang membuat usul persendirian di Parlimen bagi memberi jalan kepada empat negeri itu menjalankan kanun jenayah syariah seperti yang dicadangkan di Kelantan itu.

Kalau sekarang boleh cuba untuk Kelantan saja. Tapi kalau ia berkuasa di tiga negeri lagi, ertinya PAS sudah boleh perjuangkan di tiga negeri lagi.
   
Apa pun jika DAP serius, PAS boleh fikirkan untuk PRU14 saja. Adapun PRU selepasnya pimpinan semua parti pada masa itulah akan menentukannya pula. – HARAKAHDAILY 2/11/2015

Sumber HD - 2-11-2015






















Cukur bulu ari-ari guna pedang
























SUBKY LATIF | .

TERKENANG sekitar 30 tahun perli orang-orang yang berjanggut dan berkumis, gerangan apa laki-laki yang mahu mendekatkan diri kepada Allah berjanggut, berjambang dan berkumis nipis atau tebal?
    
Mereka yang menyimpan janggut dan kumis justeru mengikut sunnah Rasulullah SAW. Bahkan setiap nabi dan rasul menyimpan jambang dan janggut. Justeru rata-rata ulama berjanggut.
     
Ada pun berjanggut dan bermisai itu tidaklah jadi isu di Eropah terutama sebelum pesatnya kemajuan pisau cukur. Tidaklah orang Eropah itu mengikut sunnah nabi. Tetapi setelah pisau cukur yang dikenal Gillette, maka rata-rata orang Eropah membuang janggut dan misai sebagai suatu fesyen. Hatta orang Rusia sebelum didatangi komunis juga mencukur janggut dan misai kerana ia fesyen di Eropah.
    
Maka orang Melayu yang janggutnya jarang dan kumis nipis ramai memilih tidak berjanggut dan bermisai kerana tak berjanggut dilihat lebih segak daripada berjanggut jarang.
   
Akan tetapi kebanyakan yang berpendikan agama menyimpan janggut dan misai. Apabila roh dakwah berkembang semua di negara ini sekitar 40 tahun mulalah semuanya hendak berjanggut. Jadi isu. Yang tidak berjanggut dikatakan tidak sunnah.
   
Maka adalah tokoh masyarakat yang tak bermisai dan tak berjanggut, kata konon yang mengikut sunnah itu tidak sedar betapa orang zaman nabi yang berjanggut itu kerana masa itu tidak ada pisau cukur.
   
Heboh polemik antara yang prodakwah dan tidak tertarik pada dakwah. Masa itu ada yang mengira dakwah itu songsang. Maka ada yang menerima logik orang Arab berjanggut itu kerana tidak ada pisau cukur. Kerana itu dirasakan Nabi berjanggut.
    
Tetapi tidaklah benar tiada pisau janggut pada zaman nabi. Jika tiada pisau cukur, mengapa lebih seratus tahun dulu orang Melayu mengetahui tentang hikayat Nabi bercukur. Bila sebut Nabi bercukur, bukan sekadar baginda memotong dan menggunting rambut, bahkan membotakkan kepala.
   
Dengan apa baginda bercukur jika tidak ada pisau cukur. Mungkin pisau Gillette senipis kulit bawang itu tidak ada, tetapi teknologi pisau cukur itu tentu sudah ada. Jika tidak, adakah Nabi mengguna alat pemotong seperti kapak, pedang dan parang.
   
Memang pedang sudah ada kerana kejadian berperang sudah ada sejak sebelum zaman nabi lagi. Pedang adalah senjata paling penting. Sebagaimana sekarang semua orang ada telefon bimbit, maka masa itu semua orang ada pedang.
    
Telah disyariatkan sempurna ibadat haji dan umrah ialah dengan memotong rambut. Kebanyakannya bercukur. Bayangkan pada haji terakhir Nabi, ratus ribu menunai haji bersamanya. Adakah mereka bawa pedang dan kapak. Tiadalah mungkin rambut dicukur jika pencukur itu tidak tajam.
   
Bahkan sekitar seribu lebih yang ikut baginda umrah dalam Perjanjian Hudaibiyah, Nabi perintah semuanya memotong rambut sebelum pulang ke Madinah setelah umrah itu dibatalkan. Tentulah bukan pedang dan kapak digunakan.
   
Kalau guna kapak atau apa jenis parang untuk bercukur, bayangkan antara yang disunat oleh baginda setiap hari Jumaat ialah selain dari mengemas janggut, menipis atau mencukur misai, ialah mencukur bulu ari-ari. Sekurang-kurangnya sekali dalam masa 40 hari bulu di sekitar alat kelamin dicukur. Bahkan bulu antara alat kelamin dan dubur juga disunatkan dibuang.
   
Masakan masa itu bawa kapak atau pedang ke bilik air bagi mencukur semua bulu celah kangkang. Tak praktikal bawa pedang ke bilik air. Tentulah ada sejenis pisau pemotong rambut yang digunakan. Bahkan cukur-mencukur sudah ada pada zaman Nabi Ibrahim lagi. – HARAKAHDAILY 1/11/2015

Sumber HD - 1-11-2015

Indahnya bajet tanpa cukai

SUBKY LATIF | .

ADODOH! Indahnya Bajet 2016 sesen pun cukai tidak dinaikkan. Sedang seantero dunia tahu Malaysia adalah negara yang sesak masa ini.
   
Hutang negara bertimbun. Nilai ringgitnya macam durian buruk. Bayaran kontrak binaan yang siap daripada kerajaan tidak diketahui bila akan dapat dan bayaran elaun kerja lebih masa dan kerja di luar kawasan tidak tentu apabila dilunaskan.
    
Bajetlah biasanya tempat mengadu kerajaan bagi mendapatkan sumber pendapatan bagi menampung peruntukan bajet bagi tahun tertentu.
    
Saya teringat Tun Tan Siew Sin menteri kewangan zaman Tunku dan Razak mengumumkan cukai baru sesen dua bagi setiap tutup botol. Apalah satu sen. Tetapi dengan berjuta botol kicap, cuka, budu dan setiap botol minuman yang diniagakan bagi tahunan bajet itu, maka banyak juga juta cukai yang dapat dipungut.
    
Malah dalam ucapan bajetnyalah diumumkan kenaikan dua tiga sen segelen petrol. Masa itu belum ada sistem metrik.
    
Bagi menaikkan sesen dua minyak pun dibentangkan kepada Parlimen. Masa itu semua – khususnya peniaga – menunggu akan cukai baru yang menteri kewangan cadangkan.
   
Akan bajet tahun depan alangkah indahnya tidak sedar adanya cukainya baru. Pada hal negara dan kerajaan adalah sesak. Banyaklah diumumkan kenaikan angka tetapi semuanya bukan cukai. Yang dinaikkan pemberian BRIM, sagu hati warga emas, bantuan anak bujang berpendapatan rendah, tambahan pencen dan macam-macam lagi.
   
Adapun cara bajet sekarang, bagi menangani rakyat yang menyangka mereka bertambah cerdik, tidak diadakan cukai baru melalui bajet. Semua yang dikira membebankan pengguna dibuat di luar bajet.
   
Dulu untuk menaikkan sesen minyak disebut dalam pembentangan bajet. Sekarang minyak dinaikkan dari semasa ke semasa di luar ucapan bajet. Naik minyak itu bukan sikit. Berdentum. Kadang-kadang tidak diumumkan. Masa beli minyak baru kita tahu dapat saja daripada sejumlah ringgit yang sama sebelumnya.
   
Tol yang dikira sebagai tambahan kepada cukai jalan, dijanjikan tidak dinaikkan. Tidak dinaikkan melalui bajet tetapi kenaikan mencolok mata dinaikkan sebelum bajet dibentangkan.
   
Seolah-olah baiknya bajet, bukan sekadar tidak terlibat dalam kenaikan tol, tetapi mengumumkan pula pembinaan lebuh raya merentas Sabah dan Sarawak yang sudahpun mulai dibina dan ditambah berganda jajarannya, bila boleh diguna selepas tahun 2020 nanti tidak dikenakan tol.
   
Boleh pun tol ditiadakan. Tetapi jadah apa kerajaan selama ini menindas rakyat dengan menjadikan  setiap lebuh raya bertol?
   
Mungkin juga semasa sistem tol dipaksakan ke atas Semenanjung dulu kerana tidak ada sesiapa di Semenanjung bercadang hendak keluar dari Malaysia. Tetapi ada kini sosek-sosek takutkan Malaysia kehilangannya wilayah emas di seberang Laut Cina Selatan itu.

Memberi lebuh raya tanpa tol itu adalah betul tetapi kalau dibuat kerana takut Malaysia kehilangan wilayah adalah suatu yang bermuslihat.
    
Semua kenaikan yang disebutkan oleh ucapan bajet itu, betul juga jika katakan kerajaan pemurah, tetapi kenaikan itu tidak dirasa lega disebabkan oleh kejatuhan ringgit yang dikatakan antara puncanya ialah puaka 1MDB.
    
Takjub juga apabila bejet itu pemudah sangat, tetapi sekali nampak banyak yang diberi, yang diambil untuk tembolok masing-masing adalah setinggi langit. Beri rakyat segenggam, depa ambil sepuluh genggam.
   
Atas kemurahan yang nampak itu, apakah agak yang akan mencekik rakyat antara pembentangan bajet ini dengan bajet 2017 nanti. Sekalian pacal mesti  bersedia dengan penindasan yag berterusan. – HARAKAHDAILY 30/10/2015

Sumber HD - 30-10-2015























Biarkan pelarian Syria ke Eropah

Posted on Tuesday, October 27 @ 12:56:30 MYT by paktam

Oleh Subky Latif

APA yang kerajaan dan rakyat Malaysia patut buat sekarang ialah menggalakkan negara-negara Eropah dan Amerika Utara khususnya negara Nato menerima seramai mungkin pelarian Syria justeru mereka pun suka ke sana.erajaan Malaysia tidak akan dikira rendah prihatin kemanusiaannya jika tidak mengajak mereka ke sini pada masa ini.
   
Tanah Melayu adalah sepanjang sejarahnya membuka ke sini kepada yang hendak ke sini, baik diajak atau datang sendiri, baik kerana lari dari buang perang atau mula sekadar tumpang cari makan berniaga dan berkebun. Tabii itulah yang menjadikan kita bertukar menjadi negara dan bangsa majmuk.

 Adalah benar saudara kita di Syria itu amat malang dihambat oleh bangsanya sendiri. Mereka itu kira-kira lebih malang daripada orang Palestin. Orang Palestin dihambat oleh Yahudi yang bukan sebangsa dan seagama. Warga Syria dihambat atau dibunuh oleh bangsanya sendiri yang berdarah Arab dan beragama yang sama.
   
Mereka jadi begitu sekarang kerana mereka menuntut keadilan dan kebebasan seperti yang dituntut oleh kebanyakan negara Arab yang lain dalam apa kita kenali sebagai Arab Spring atau kebangkitan Arab.
   
Yang menyuruh mereka berdemokrasi itupun kerajaan dan orang Amerika dan Eropah. Mereka pun mengira ia anjuran yang munasabah. Maka mereka pun menuntut apa yang mereka kira hak asasi mereka. Mereka bangun untuk mengganti kerajaan dan diktator Bashar al-Assad.
    
Jika mereka tidak diganggu oleh kerajaan Nato, mereka dipercayai dapat menyelesaikan masalah mereka dalam waktu yang singkat seperti di Tunisia, Mesir dan Libya. Tetapi campur tangan orang Nato yang mahukan orang pro-Nato pula berkuasa, bukan yang bangsa tentukan, maka jadilah negara itu terbakar oleh peluru yang tidak bermata.
    
Jika Syria dibenarkan menentukan nasibnya sendiri telah lama Syria memulihkan kedaulatannya dan tidaklah sampai rakyatnya berjuta menjadi pelarian.
    
Sekarang mereka tidak ada tempat dan tidak boleh hidup di tanah airnya. Lubnan, Jordan dan Turki bukanlah tempat yang menjanjikan masa depan yang baik. Bukan juga negara-negara Arab tidak faham demokrasi dan kebebasan.
   
Mereka memilih negara-negara yang menyuruh mereka berdemokrasi dulu. Pilihan mereka ialah Eropah dan Amerika, jika Amerika dan Kanada boleh sampai dengan sampan getah.
  
Malaysia dan Indonesia bukan pilihan mereka. Rakyat masing-masing pun payah cari makan dan mereka tidaklah demokrasi sangat seperti yang Eropah suruh dulu.
  
Kerana Eropah dan Amerika suruh mereka menuntut hak, maka apabila mereka dihambat, maka mereka mahu mengadu nasib kepada negara yang menyeru mereka bangun dulu. Malaysia patut bantu dan galakkan Amerika dan Eropah mengambil mereka seramai-ramainya. Jika boleh ambil semuanya supaya mereka terfikir tentang Malaysia.
   
Tidaklah Malaysia mahu melepaskan diri daripada tangungjawab keislaman dan kemanusiaan, tetapi Malaysia ada tanggungjawab tentang pelarian Rohingya yang diburu Myanmar sejak lama, malah lebih lama daripada tercetusnya perang saudara di Syria.
   
Eropah dan Amerika tidak hirau umat Islam Burma itu disembelih. Yang mereka mahu demokrasi seperti mereka saja. Rohingya, yang kita tangani pun sudah ramai, yang sedang hanyut di laut entah tiba dan entah tidak.
   
Kerja diplomatik sedang berjalan supaya Rohingya dilayan seperti rakyat Myanmar yang lain. Tetapi tidak diduga masa depannya. Pelarian Syria ada yang sedang peduli. Rohingya kita saja yang peduli. Sementara Syria belum terfikir hendak ke sini, kita tangani dulu Rohingya yang ada di depan pintu.

Sumber DD - 27-10-2015

Adakah khilaf antara Dr. Zeti dan Apandi atas 1MDB?

SUBKY LATIF | .

SAYA ditanya atas perbezaan pendapat antara Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali atas skandal 1MDB. Hujah mana yang kuat?
   
Tidak arif saya untuk membuat perbandingan atas hujah antaranya kedua kerana ia mungkin pertembungan minda bagi pakar dan bidang yang berbeza. Saya jahil dalam kedua-dua bidang – kewangan/perbankan dan perundangan.
   
Dr. Zeti adalah pakar dalam bidangnya, kewangan dan perbankan. Manakala TS Apandi, sebagai Peguam Negara adalah ahli undang-undang dan hukum, jika di dalam Islam ialah mufti, pakar hukum dan perundangan.
   
Dr. Zeti dengan kepakarannya menyarankan Peguam Negara bertindak atas 1MDB supaya ia boleh pulangkan semula modal daripada kerajaan sekitar 46 bilion. Tetapi Tan Sri Apandi macam mufti buat fatwa, kerana keterangan yang ada tidak cukup untuknya mengambil tindakan.
   
Dengan ilmu yang saya ada, tidak arif saya untuk katakan siapa betul dan hujahnya kuat. Cuma saya sebagai orang awam boleh menilai tahap kepakaran kedua pakar yang berbeza itu.
   
Dr. Zeti adalah seorang pegawai di Bank Negara dari mula hinggalah tempoh bersaranya sekitar April tahun depan. Bermula dari seseorang pegawai rendah hinggalah menjadi Gabenor bank pusat itu.
   
Saya tidak tahu akan sejarah Gabenornya yang pertama Almarhum Tun Ismail Ali atas ilmu dan pengalaman apa dia dilantik jadi Gabenor? Tetap semua gabenor sebelum TS Zeti bukanlah orang telah berkhidmat sepanjang masa di situ. Mereka datang dari luar bank itu. Rata-rata datang ke situ untuk jadi gabenor saja.
   
Zeti selepas keluar universiti berkhidmat di situ dan menimba pengalaman dan kemahiran di situ. Mungkin juga orang berkuasa melantiknya dengan kiraan senang berkira kerana dia seorang perempuan.
    
Sebagai gabenor bank pusat, dia tidak sekadar yang terbaik bagi bank itu saja, bahkan dikira yang terbaik di dunia. Malah pernah menerima anugerah gabenor bank pusat terbaik di dunia. Bukan sekadar terbaik dalam negeri dan rantau Asia, bahkan  dunia.
   
Jaranglah ada orang kita yang mendapat pengiktirafan dunia begitu tinggi. Ada kelayakan jadi ketua Bank Dunia?
    
Adapun Peguam Negara amatlah baru dia di situ. Jika AG sebelumnya tidak dirasakan berpenyakit, tiadalah dia dikenali. Orang tidak tahu AG dulu hendak diberhentikan. Orang pun tidak tahu bagaimana dia dijadi AG yang baru?
  
Dia ada pengalaman menjadi hakim. Dia tidak termasuk antara hakim yang dikenali. Boleh dikatakan dia tidak diketahui.
   
Sehingga ini belumlah ada hakim/pengamal undang-undang kita mendapat anugerah peringkat antarabangsa. Jika ada hakim kita yang dikenal oleh dunia ialah Tun Salleh Abas. Tetapi terkenal justeru ditribunal oleh PM Mahathir.                     
   
Jika Peguam Negara itu seperti mufti atau kadi, bagi yang taqwa mengelak daripada jawatan itu kerana daripada tiga kadi seorang saja masuk syurga. Dua lagi entah ke mana. Sebabnya membuat yang adil itu payah. Mungkin itu agaknya kebanyakan AG yang lepas dipertikai semua.
   
Ini menyababkan cenderung saya lebih menghormati wibawa Zeti. Lagipun Zeti hampir tamat perkhidmatan. Seorang cemerlang khidmatnya, tentu tidak mengakhiri integritinya dengan tidak ketahuan.
   
Justeru seorang saja dari tiga kadi ke syurga, sukar saya hendak memastikan kadi yang seorang itu. Ada imam mazhab memilih penjara daripada menjadi mufti sekalipun mufti mesti ada. – HARAKAHDAILY 26/10/2015

Sumber HD - 26-10-2015


Welkomen Sie, wahai Saifudin Abdullah

SUBKY LATIF | .


SAYA alu-alukan Datuk Saifudin Abdullah ke kumpulan pembangkang dalam bahasa Jerman, Welkomen Sie.
   
Dipercayai Saifudin adalah orang yang pertama dari sekian banyak orang Umno yang meninggalkan Umno dalam situasi Umno yang amat dhaif sekarang.
   
Wajar kata-kata perangsang sayogia dikalungkan kepadanya justeru memula dan mempelopori meninggalkan Umno yang dirasakan berbondong-bondong nanti.
    
Anda telah membuat pilihan yang betul meninggalkan Umno dan tiada sebarang kekeliruan anda meninggalkannya. Dia sudah tidak keliru lagi dengan Umno yang patut dikosongkan.
    
Berada dalam PKR bagi PAS tidaklah sebaik menyertai PAS. Kerana PAS adalah jamaah Islam, tempat terbaik bagi sekalian umat Islam. Tetapi berada dalam PKR ada lebih baik daripada kekal dalam Umno yang berada di penghujung.
    
Tidak menyertai PAS pada masa ini dapat dimaklumi justeru ia disambar suasana yang dikelirukan.

Orang keliru pada PAS itu adalah sementara, kebetulan masa itu Saifudin hendak meninggalkan Umno.
    
Saifudin adalah antara Umno yang terbuka yang tidak ramai dalam parti itu. Jika dilihat keberadaannya dalam Umno ada seakan-akan Dr. Mahathir sebelum dia masuk kabinet dan jadi pemimpin Umno. Tidak boleh dikata Dr. Mahathir tidak sayang kepada Umno, tetapi dia bukan pak turut kepada pemimpin Unmo. Seperti juga Tun Musa Hitam semasa mudanya boleh memberi pandangan yang berbeza dengan pemimpin.
   
Orang Umno pada zaman Tunku mengira mereka orang sosialis yang berada dalam Umno. Apabila Dr. Mahathir menghasilkan buku Malay Dilemma, Tan Sri Jaafar Albar kata, Dr. Mahathir tidak sesuai dengan Umno.
   
Saifuddin sebelum jadi Timbalan Menteri dan selepas kalah dalam PRU 13 sama saja, tidak terikat dengan cara Umno yang pada persepsi umum adalah perkauman, rasuah, kroni dan lain-lain.
    
Kebanyakan yang masuk Umno ialah parti itu saja yang boleh menang dan berkuasa. Berada dalam parti yang menang dan berkuasa adalah satu lubuk boleh buat semua dan dapat semua.  Ia bukan satu tempat berjuang tetapi ia adalah tempat mengangkut peluang.
    
Mungkin Mahathir menyertai Umno demi perjuangan seperti yang dikata dan disangka oleh kebanyakan yang menyertai Umno. Tetapi bagi yang berpotensi mendapat kekuasaan, menyertai Umno memberinya peluang berkuasa. Jika Mahathir menyertai lain-lain parti tiada peluang berkuasa.
   
Anwar Ibrahim mungkin antara yang bukan berjiwa Umno menyertai Umno. Peluang berkuasa lebih mendorongnya bersama Umno. Tengku Razaleigh tidak fanatik parti. Dia cuba keluar Umno untuk dapatkan kuasa, tetapi tidak nampak jalan lalu balik semula ke dalam Umno. Hingga kini peluang masih tertutup.
   
Saifuddin dirasakan tidak masuk Umno untuk dapat kuasa, cari peluang kekayaan dan apa jua yang boleh dibolot. Dia masuk Umno kerana mengira Umno boleh jadi medan perjuangan. Dia cuba buat apa yang patut sebagai orang yang tidak fanatik pada parti.
   
Malangnya parti itu tidak menjadi saluran membuat perubahan dan tempatan membuka minda. Maka tidak bebas mengeluarkan fikiran.
   
Mungkin mengadakan pakatan pembangkang bukan kesalahan. Hadir dalam perjumpaan orang hendak mengadakan pakatan pembangkang menentang kerajaan, sekalipun sekadar untuk mendengar, silap bagi ahli parti yang tidak berkenaan. Ia mendatangkan fitnah.
   
Saifudin dan Mahfuz Omar hadir pada meja bulat membaharui pakatan pembangkang tidak boleh diterima oleh parti yang tidak terlibat. Saifudin hadir, maka  dia diberi surat tunjuk sebab. Ia terjadi pada ketika dia sudah tidak keliru lagi bahawa Umno tidak lagi kondusif sebagai wadah politik.
    
Dia mungkin silap tetapi mungkin juga dia buat silap sebagai pemangkin baginya keluar. – HARAKAHDAILY 22/10/2015

Sumber HD - 22-10-2015






















Tanah airku Malaysia Darultol
























SUBKY LATIF | .


TOL lebuh raya yang naik menggila 15 Oktober lalu adalah hadiah Maal Hijrah daripada kerajaan Umno/BN untuk rakyat justeru ia dikuatkuasakan secara mengejut sehari selepas sambutan Maal Hijrah.
  
Naik mengejut dan menggila itu hingga ada yang sampai 80 peratus di lebuh raya tertentu melayakkan Malaysia menjadi Darultol yang memayungi negeri-negerinya yang dikenali Darul Makmur, Darul Ihsan, Darul Ridzuan dan lain-lain.
   
Telah lama kenaikan itu hendak dikenakan. Menteri Wahid Umar pernah memaklumkan menjelang salah satu awal tahun satu ketika itu. Justeru bantahan orang ramai, kerajaan Perdana Menteri Najib bersabar menangguhkannya.
  
Tentulah sekarang ia hilang sabar. Kenaikan yang tidak sabar itu tidaklah satu dua sen seperti kenaikan minyak 30 tahun lalu.  Banyak atau mencolok mata sennya. Kenaikan dua tiga sen minyak seliter zaman dulu sudah terasa mencekik darah, maka lagi kenaikan tol yang berkupang-kupang sekarang.
   
Latihan mental supaya pengguna tahan terima dengan kenaikan menggila itu diuji oleh kerajaan menindas itu dengan menaikkan banyak sen minyak. Pengguna bising tapi sekejap saja. Tidak sampai dua bulan hilanglah bisingnya. Bila melihat pengguna sekadar bising tapi terima derita, maka kerajaan yang zalim itu pun naikkan tol bagi menjustifikasikan ia benar-benar kerajaan yang menindas.
    
Najib tengok pengguna riuh dengan GST enam bulan lalu. Bagi benak PM Najib yang bising itu dikatakan bukan pengguna tetapi pembangkang  saja. Sesudah enam bulan GST sudah tidak jadi  apa-apa. Maka kini adakah penindasan baru naikkan tol.
    
Najib tahu orang marah. Bukan yang marah itu orang biasa. Tan Sri Muhyidin marah padanya, Mahathir marah dan Saifudin Abdullah marah. Tiada dia takut marah semua orang itu. Dia tidak peduli mereka. Tiada Muhyidin dalam kabinet, tiadalah lagi yang menyusahkannya. Ganti Muhyidin tidak akan halang apa saja Najib buat. Sekarang dia lebih senang dari masa ada Muhyidin dulu.
    
Semua kenaikan berantai minyak, gula, tepung, minyak masak, GST, tol dan lain-lain menyusah dan menyempitkan kehidupan rakyat, keadaan sekarang lebih derita daripada sebelum Najib naik junjung  (kuasa). Tambah sempit apabila ringgit jatuh mendadak. Ringgit yang ada sudah jadi Ringgit Najib. Ringgit Malaysia dulu ada harga, tetapi Ringgit Najib mana ada harga.
    
Yang susah sekarang bukan Najib dan Umno. Yang susah ialah pengguna, rakyat, orang Umno kampung dan Umno meneroka bandar. Umno Bahagian dan pemimpinnya tidak susah. Mereka boleh beli apa yang hendak dibeli dan boleh makan apa yang hendak dimakan. Yang tidak semua boleh dibeli dan tidak semua boleh dimakan ialah orang-orang yang mengundi Umno.
   
Qarun dan Haman mana tahu penderitaan rakyat Mesir di zamannya. Apa yang mereka mahu diperkenan oleh Firaun. Firaun  tidak peduli rakyat. Yang dipedulinya Qarun dan Haman.
    
Jika Najib dan Umno peduli keperitan rakyat, tidaklah dikenakannya GST, tidaklah dinaikkannya minyak dan tol. Jika Najib batalkan GST, tangguh lagi kenaikan tol, turunkan minyak, maka tiadalah Najib namanya. Tidaklah dikata kerajaannya zalim dan tidaklah Umno dikata penindas dan dedalu. Tentulah orang kata dia baik, jujur, adil dan saksama.
   
Baik, jujur, adil dan saksama tidak sinonim dengan Najib. Yang sinonim dengannya boros, membazir, bermaharajalela, zalim dan mendatangkan kerosakan di bumi. Dengan demikian Darul Naim, Darul Ridzuan, Darul Aman tidak beri apa-apa makna lagi kerana semua terbelenggu dengan Malaysia Darultol. – HARAKAHDAILY 21/10/2015

Sumber HD - 21-10-2015

Jabatan Peguam Negara tambah fitnah 1MDB

SUBKY LATIF | .


MENJELANG Hari Natal, tempoh akhir yang PM Najib beri bagi menyelesaikan skandal dan fitnah 1MDB sepatutnya fitnah bertambah reda kerana tarikh akhir yang dia beri kian dekat. Bayangan selesainya kian nampak.
    
Bukan orang ramai saja prihatin dan tidak sabar menunggu cadangan yang dikatakan itu. Mesyuarat Majlis Raja-Raja pun tidak sabar menunggunya hingga terpaksa mengeluarkan nasihat segera selesaikan.
    
Orang lain tidak sabar macam-macam pro-Najib dan prokerajaan boleh tempelak, tetapi jika mesyuarat Raja-Raja pun mencelah isu yang berpuaka itu, apa kita hendak kata? Tempelak jugakah?
    
Maka tidaklah wajar ditakwil pesan Raja-Raja itu. Para Duli penjelasan terkini dari kerajaan tentang penyelesaian itu tetapi Raja-Raja pun prihatin dan kenyataan yang dikeluarkan itu adalah tanda kebimbangan yang amat sangat dan ia adalah tekanan supaya tempoh penyelesaian hujung tahun itu tidak menjadi angin kosong yang menambah jerebu.
    
Biarlah ia lebih cepat selesai dari jerebu.
    
Banyak isu yang menjolok mata selain jerebu seperti beban kos hidup yang bertambah, kejatuhan nilai ringgit, hutang negara yang mencakar langit, pembunuhan Altantuya yang tidak tutup fail, kecelaruan pentadbiran JPM seperti tiga suku menangani penyiasatan 1MDB, tidak menyebabkan Majlis Raja-Raja mengeluarkan kenyataan. Tetapi apabila 1MDB hendak selesai Raja-Raja hendak tahu.
    
Selama ini sudah terlalu banyak fitnah mengenai skandal 1MDB ini. JPM, Jabatan Peguam Negara, Bank Negara, SPRM, PDRM, dan lain-lain seperti dirasuk pentadbiran tiga suku.
    
Orang yang prihatin itu agak lega apabila ada teguran Majlis Raja-Raja. Moga-moga sasaran penyelesaian itu dipenuhi.
   
Berikut dengan kenyataan mesyuarat Raja-Raja itu Jabatan Peguam Negara mengeluarkan kenyataan ringkas penyiasatan tidak akan dilakukan lagi. Laporan siasatan Bank Negara pun tidak dapat ditimbangkan.
   
Kenyataan Jabatan Peguam Negara tidak menggunakan nama Peguam Negara sendiri. Ia dikira reaksi pada kenyatan Istana Negara itu. Jika ia ditujukan kepada kenyataan Istana itu, eloknya Peguam Negara sendiri membuat penjelasan.
     
Ekorannya lebih banyak mengundang fitnah. Fitnah yang mengenainya setakat ini sudah berguni-guni. Dengan kenyataan kabur seolah-olah penyiasatan sudah ditutup, 1MDB sudah jadi lombong  fitnah. Penyelesaian hujung tahun yang dijanjikan kian kabur dan mungkin cuba diakhiri dengan tiada penyelesaian.
    
Daripada perkembangan yang ada, pentadbiran PM Najib seolah-olah tidak mahu ia diselesaikan. Penyelesaian yang mungkin dan terbuka ialah tidak menyelesaikannya.
    
Sebagaimana pentadbiran tidak mahu menyelesaikan isu pembunuhan Altantuya, dan skandal pembelian kapal selam Perancis sekalipun ia mendapat pehatian serius daripada peguam Perancis, ia cuba diselesaikan dengan mendiamkannya.
     
Pembunuh Altantuya yang melepaskan diri ke Australia mendakwa ada yang mengarahkan pembunuhan itu. Tun Dr. Mahathir mahu tukang arah itu diselesaikan. Pentadbiran mendiamkan. Orang pun mungkin lupa. Apabila orang lupa ia selesai.
    
JPM seolah-olah tidak mahu menyelesaikan skandal 1MDB. Orang pun nantinya akan lupa juga. Bila semuanya lupa, ia pun akhirnya dikira selesai.
    
Ini adalah satu fitnah baru. Menyelesaikan skandal dengan menjadikan orang lupa. Mungkin Melayu termasuk Raja-Rajanya mudah lupa. Tetapi Malaysia bukanlah Melayu saja. Ada Cina, ada India, Iban dan Kadazan. Adakah mereka juga mudah lupa?
   
Melayu seperti arnab dikatakan mudah lupa. Tapi jerat tidak lupa. Bilakah jerat akan bingkas?

Pentadbiran sekarang sudah cuba menggantikan dengan jerat yang tidak bingkas, supaya jerat zaman Najib jadi seperti arnab juga, jerat juga mudah lupa. – HARAKAHDAILY 20/10/2015

Sumber HD = 20-10-2015


1MDB: Banyak yang Peguam Negara kena jawab

Posted on Tuesday, October 20 @ 12:37:48 MYT by tokdalang

Oleh Subky Latif

KENYATAAN Pejabat Peguam negara betapa tiada tindakan akan dikenakan kepada 1MDB justeru tiada bukti baru yang kukuh yang dikeluarkan sehari selepas perhatian sidang Raja-Raja atas skandal kompeni Kementerian Kewangan itu.
    
Tidak diketahui siapa dan jenis apa orang yang dapat menerima bulat-bulat kenyataan Jabatan Peguam Negara sekalipun ia bercakap betul. Secara umumnya rata-rata orang tidak percaya ia kenyataan yang benar.
     


Semuanya sekarang minta Peguam Negara memberi bukti yang kukuh sebab-sebab tiada asas kukuh untuk bertindak kepada 1MDB. Orang tanya adakah satu siasatan yang menyeluruh sudah dibuat dan siapakah penyiasat yang tidak menjumpai sebab-sebab ia boleh dikenakan tindakan.
    
Setakat ini tidak diketahui pihak yang diamanahkan membuat penyiasatan belum dapat membuat kerja sempurna kecuali Ketua Audit Negara. Jabatan Peguam Negara tidak diketahui sudah memulakan penyiasatan kerana Peguam Negara bertugas masa itu dibersarakan serta-merta kerana dikatakan sakit.

Jawatankuasa Kira-Kira Awam terhenti bekerja kerana Pengerusinya ditukar menjadi Timbalan Menteri. SPRM tidak diketahui sudah buat kerja atau tidak kerana menjalani rawatan, cuti sakit dan  kecoh pegawai-pegawai ada yang ditukar tak tentu hala dan ada yang disiasat.
   
Ketua Polis Negara juga tidak tahu apa yang dibuatnya kerana dia sama banyak bercakap seperti menteri yang gilanya publisiti.
    
Yang diketahui sudah bekerja, Bank Negara dan Ketua Audit Negara. Ketua Audit sudah ada laporan awalnya. Tan Sri Zeti, Gabenor Bank Negara sudah menyampaikan cadangannya kepada Peguam Negara supaya tindakan kepada 1MDB dikenakan.
   
Reaksi Peguam Negara terhadap cadangan Bank Negara tidak memuaskan hatinya maka tiada tindakan dapat dibuat.
   
Bank Negara tidak sekadar menyampaikan laporan atas siasatannya ada kes atau tidak ada kes. Yang Tan Sri Zeti serahkan kepada Peguaam Negara ialah mencadangkan ia mengambil tindakan. Bank Negara tiada kuasa untuk bertindak. Yang ada kuasa Peguam Negara.
    
Kalau Bank Negara ada kuasa, sudah tentu akan ambil tindakan seperti beberapa langkah yang sudah dikenakannya iaitu menarik balik kuasa yang diberi kepada 1MDB untuk beroperasi. Sekarang Bank Negara sedang menuntut 1MDB memulang balik sekian bilion duit yang dihilangkannya.
    
Siasatan Bank Negara sudah siap lengkap dengan cadangan mengenakan tindakan. Ia tidak minta Peguam Negara ada kes atau tidak ada kes. Ia suruh bertindak.
   
Peguam Negara dengan ilmu, pengetahuan dan kepakarannya dari segi undang-undang tidak mengira cadangan Bank Negara itu ada kes untuk bertindak.
   
Yang Peguam Negara kena jawab adakah ia punyai kepakaran yang lebih tentang pengendalian kewangan dibandingkan dengan Bank Negara?
   
Peguam Negara sepatutnya tanya dulu Dr. Zeti tentang apa yang ia kurang faham tentang penggelapan kewangan. Apa lecehnya 1MDB yang Bank Negara suruh ambil tindakan? Bukan mengenepikan saja cadangan Bank Negara itu.
   
Peguam Negara sekarang adalah bekas hakim. Hakim biasanya dengar keterangan dulu sebelum jatuh hukum.
   
Sekarang Tan Sri Abu Kassim raja dari SPRM yang memendekkan pantang rawatannya hendak berbincang dengan semua Jawatankuasa Khas penyiasatan 1MDB yang belum dibubar walaupun belum berfungsi untuk membincangkan puaka 1MDB itu.
   
Jika ia dapat diadakan antara Peguam Negara, KPN, Ketua Audit Negara, ketua SPRM dan wakil ketua PAC – maka boleh Peguam Negara jawab mengapa tidakan tidak boleh diambil terhadap 1MDB dan mengapa cadangan Bank Negara tidak dilihat sebagai satu cadangan yang masak?

Sumber DD - 20-10-2015         
























Syabas Husam mahu mati dalam PAS

SUBKY LATIF | .
SEKALIANNYA patut bersyukur kerana Husam Musa berazam untuk mati dalam PAS sama seperti Tok Guru Nik Aziz dan Ustaz Fadzil Noor telah dapat mati dalam PAS.
    
Kenyataan pertamanya tentang sikapnya itu setelah kira-kira setengah tahun PAS dalam suasana berpecah. Amat baik buat PAS setelah dia dikait antara yang hendak meninggalkan PAS. Keputusannya adalah bijak.
     
Sepatutnya bukan Husam saja patut mati dalam PAS. Mohamad Sabu, Salahuddin Ayub dan yang lain-lain yang membentuk jamaah sendiri itu juga patut mati dalam PAS. Tan Sri Mohamad Mohd Taib yang baru dua tahun masuk PAS tidak patut mati di luar PAS.
   
Pada muktamar di Kuala Selangor Mei lalu telah diisytiharkan ahli PAS yang ke sejuta. Biar sejuta itu mati dalam PAS.
    
Tetapi mengapa Husam mengambil masa setengah tahun untuk memberitahu dia tidak termasuk orang yang hendak keluar daripada PAS?
     
Dia bukan calang otak dalam PAS. Lebih daripada lima tahun saya memerhatikan, semasa TG Nik Aziz masih lagi Menteri Besar Kelantan, Husam adalah antara pemimpin PAS yang yang otaknya teratas berkelas dunia. Hal dia tidak kekal sebagai Exco selepas PRU 13 adalah hal yang lain. Anwar Ibrahim yang otak tertinggi dalam Umno pun belum jadi Perdana Menteri. Tiada cacat dan kurangnya otak mereka. Nasib tidak menyebelahnya.
     
Di mana saya pergi saya terasa amat ketara anak muda dalam PAS dan yang di luar PAS melihat Husam sebagai pemimpin PAS yang kelas.
    
Tetapi mengapa dia mengambil masa begitu lama bagi menyatakan sikap hingga ribuan orang telah keluar daripada PAS, hingga lain-lain pimpinan kanan PAS yang mengaku progresif menubuhkan parti sendiri?
    
Dia mungkin tidak berupaya menghalang orang lain meninggalkan PAS, tetapi dia patut nyatakan dari awal betapa mati dalam PAS itu adalah betul supaya orang yang menghormatinya tidak keluar daripada PAS. Kebanyakan yang keluar itu menghormati pandangannya. Jika dari awal dia kata keluar menubuhkan parti sendiri itu tidak betul, maka mereka akan berfikir dua kali.
     
Kira-kira benar dia telah terfitnah dikaitkan dengan orang yang telah terkeluar itu. Politik tidak mudah terpisah dengan persepsi, bahkan persepsi itu asam garam politik. Maka fitnah terjadi gara-gara persepsi. Fitnah juga kadang-kadang terjadi atas tindakan dan sikap kita. Lambat membuat sikap mendedahkan kepada fitnah. Cepat memberi reaksi pun mudah ditumpang fitnah juga. Kita marah fitnah tetapi kita hendak kata apa kalau kita dedahkan diri dalam fitnah.
   
Ketika PAS diambang krisis. Demokrasi membenar pertandingan dalam semua jawatan dan demokrasi juga tidak melarang pimpinan digantikan. Apabila ia dipraktiknya fitnah pun masuk. Apa boleh buat?
   
Tuan Ibrahim orang pertama dicalonkan mencabar Presiden. Serta merta dia menolak. Fitnah tertutup. Husam orang kedua dapat banyak pencalonan Presiden. Hari tutup pencalonan baru diketahui sah dia penolak pencalonan. Fitnah sudah pun masuk.
     
Apabila orang seprogresif Husam sibuk mencari parti lain, Husam tidak cepat menyatakan jangan buat begitu. Apabila orang-orang rapatnya menubuhkan PASMA – parti dalam parti – Husam tidak tegas  menentangnya. Sebagai Naib Presiden dia mesti menentangnya. Orang yang setia pada parti cepat menghalangnya.
     
Biasanya dalam politik Husam cepat, tetapi dalam isu orang memecahkan jamaah dia lambat. Sepatutnya dia gunakan kepintaran yang dianugerah kapadanya menghalang rakan-rakan yang lain mencari mati di luar PAS. Apa pun Husam mesti gunakan apa yang ada padanya pertahankan PAS daripada terus cedera. – HARAKAHDAILY 19/10/2015

Sumber HD - 19-10-2015 

Dua musibah Makkah ragut ribuan hujjat

Posted on Saturday, October 17 @ 10:58:30 MYT by paktam

Oleh Subky Latif 

DENGAN kehendak Allah berlaku dua musibah semasa ibadat haji melibat ribuan tetamu-Nya mati dan cedera.Yang pertama ratusan jemaah haji dalam ihram maut dan cedera ditimpa kren pembinaan ubah suai Masjidil Haram yang tumbang dipukul ribut. Yang kedua ribuan mati dan cedera dalam rempuhan sama sendiri ketika hendak menunaikan ibadat jumrah setelah selesai kemuncak haji di Arafah.

Yang pertama itu adalah malang tak berbau justeru ribut kencang menyebabkan kren raksaksa tumbang menimpa hujjat antaranya yang berihram menyebab ratusan mati di tempat kejadian dan ramai cedera.


Allah memilih mereka syahid di tempat suci lagi mulia di persekitaran Kaabah, antaranya dalam ihram dan sedang menunai ibadat haji. Amat bertuah bagi yang syahid itu dan amat besar ujian dan pahalanya bagi yang cedera apa lagi bagi yang parah.

Sekalian hendakkan syahid tetapi yang Allah pilih saja yang berjaya. Khalid al-Walid amat mencintai syahid hingga tiada tubuhnya yang tidak berparut berperang. Dia mati di atas ranjang.

Jemaah ke Baitullah hari itu tidak memilih mati. Mereka sekalipun mencintai syahid tetapi tidak memikirkannya pada masa itu.

Yang mereka fikiran dan cintai ialah mendapat haji mabrur. Allah anugerah mereka syahid, lebih besar dari haji mabrur.

Tidak kira ketahui besar mana pahalanya, tetapi nyawa mereka Allah ganti dengan sejuta rial untuk keluarga mereka. Seumur hidup kita bekerja, terkial-kial mengumpul duit untuk haji, Allah beri pahala jutaan rial bagi waris masing-masing di dunia.

Yang cedera juga ada ganjaran pahalanya. Sakit atau cedera adalah satu cara Allah hendak menghapuskan dosa masing-masing.

Mereka bertuah beroleh penghapusan dosa dan beroleh pahala di dunia dengan ganjaran setengah juta rial dari kerajaan Saudi. Pahala yang kita nampak Allah pilih pula waris terdekat masing-masing menjadi tetamu di Makkah menunaikan fardu haji serta-merta.

Bertuahlah keluarga masing-masing kerana orang yang mereka kasih dapat syahid dan pahala mereka melimpah kepada keluarga semasa masing-masing masih hidup. Saya tumpang gembira atas pilihan Allah terhadap saudara-saudara saya yang seIslam itu.

Kedua, ketika semuanya hendak segera menunai ibadat jamrah Allah pilih pula mereka merempuh sama sendiri hingga menyebabkan lebih ramai mati dan cedera. Mereka sudah haji cuma belum sempat menyempurnakan beberapa perkara saja lagi.

Apa yang dapat saya gambarkan dari rempuhan sama sendiri itu adalah bayangan di alam mahsyar.
Sekalian berasak, bertolak sama sendiri, naik dan memijak kepala dan badan sama sendiri, tetapi kesemua baru dihidupkan semula. Kerana mati itu hanya sekali, seteruk mana sekalipun mereka cedera gara-gara dipijak sesama ahli mahsyar, mereka tidak mati kerana mereka sudah mati sebelumnya.

Akan tetapi yang pijak memijak sesama sendiri dalam perjalanan ke jamrah itu, kerana mereka belum merasai mati, mereka pun mati. Mereka merasa dulu pengalaman di alam mahsyar itu sebelum mereka berada di alam mahsyar.

Kerana mereka sudah melakukan kemuncak haji, sudah haji, dan kerja-kerja haji itu adalah bagi menghapuskan dosa masing-masing, moga-moga sekaliannya sudah bersih dari dosa, maka apa yang terjadi kepada mereka ialah mereka memungut pahala yang sebanyak-banyak dari malang itu.

Yang berlaku itu juga moga-moga Allah hendak memberi lebih banyak tambahan pahala dan menghapuskan mana-mana dosa yang belum terhapus dari ibadah haji itu. Berhibur dan redalah waris maing-masing dengan pilihan Allah kepada orang yang tersayang itu, moga-moga mereka bukan sekadar disayang oleh keluarga dan waris tetapi lebih disayang oleh Allah sendiri. Mereka yang mati dan cedera itu adalah sebagai tetamu Allah.

Apa yang lebih besar bagi kita dapat menjadi tetamu Allah dan mati pula sebagai tetamu Allah?

Mungkin pada kita mereka ditimpa malang dan musibah, tetapi mereka adalah orang-orang yang dipilih Allah. Tidak semua yang ke Makkah tahun ini dapat pilihan yang demikian. Hanya yang tertentu saja yang dipilih. Mereka juga sama seperti sekalian yang lain tidak minta mati dalam keadaan demikian, tetapi mereka saja yang Allah pilih untuk mati begitu.

Moga-moga besarlah ganjaran yang mereka perolehi.

Adapun bagi pemerintah Saudi yang menjadi khadam dua kota suci itu adalah pula ujian yang wajar dihadapi. Justeru setiap yang dinamakan ketua akan ditanya apa yang dilakukannya sebagai ketua pada tahap dan bidang masing-masing, maka banyaklah sekalian raja Makkah akan ditanya tentang pentadbirannya terhadap pengendalian dua kota suci itu.

Jika Nabi Sulaiman a.s. yang maksum, justeru menjadi raja kepada sekalian alam dan menguasai segala kekayaan di bumi terpaksa menunggu 40 tahun selepas orang lain masuk syurga menjawab segala audit tentang kekayaan dan kuasa yang diperolehinya dan cara mana kekayaan itu digunakan?

Kalau Nabi yang dijamin tidak berdosa, menunggu 40 tahun untuk dibenarkan masuk syurga, maka banyak yang penguasa kekayaan minyak itu terpakai ditanya sebelum setiap raja Saudi itu dibenarkan ke syurga.

Mungkin tidak sampai 40 tahun menunggu atau mungkin lebih.

Semua kekayaan minyak itu dicurahkan kebumi itu untuk keperluan Islam dan umat termasuk juga demikian kepentingan sekalian manusia dan lain-lain makhluk.

Sudah tentu siapa lebih banyak dapat faedah dari minyak itu antara Amerika dan Israel jika dibandingkan dengan lempahan kepada umat Islam? Umum seluruh dunia mengetahui bahawa sejak kewujudan Saudi, lebih banyak layanan diperoleh Amerika yang dasarnya tidak pernah pro Islam.

Jika tidak pro masih boleh berkira, tetapi ia adalah anti-Islam dan apa jua yang berkaitan Islam dan tidak pernah suka kepada orang Islam.

Jika ada Amerika itu suka kepada orang Islam dan negara Islam, maka mengikut mantik Imam Khomeini, ia adalah Islam Amerika tetapi bukan Islam yang disyariatkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Tidak pernah dunia mengetahui penguasa Arab Saudi berbalah dengan Amerika tentang dasar Amerika mengenai Israel dan Palestin. Mungkin Saudi tiada hubungan dengan Israel tetapi ia tidak menghalang Saudi berbaik dengan warga Amerika yang keturunan Yahudi sebagaimana ia amat kamcing dengan Amerika dalam isu Timur Tengah.

Tidak dinafikan ada kekayaannya meleleh kepada Islam, tetapi dibimbangan yang ke Amerika dan barat adalah mencurah, kepada Islam seada meleleh.

Dengan kekayaan bumi Saudi iu jika ia ditadbir secara pro Islam, ia boleh dimanfaatkan banyak kepada kepentingan Islam. Islam itu banyak yang miskin. Rezeki mereka dipercayai disalurkan kepada Saudi. Jadilah dunia dan umat Islam itu terbiar.

Dunia sepanjan zaman yan lupa akan rahmat Allah sentiasa diuji Allah. Jangan kata kejadiaan di Makkah itu terlepas dari ujian Allah. Banyak yang Saudi tanggung gara-gara dua musibah itu.

Nampaknya itu caranya duit Saudi itu melimpah kepada orang Islam, Itupun untuk orang yang Allah pilih. Pelarian Syria lebih suka mengongsi di Barat dari mengharapkan kemudahan Saudi.

Dua musibah itu berlaku sesama Islam diusir dari Syria dan dari Myamar.

Sumber DD - 17-10-2015

Dilema bacaan Quran kuat dini hari
























SUBKY LATIF | .

MEMBACA al-Quran menggunakan pembesar suara dini hari di masjid-masjid sudah menjadi isu yang dipolemikkan, lantas Mufti Pulau Pinang membuat fatwa, azan dan iqamah dipertahankan tetapi bacaan Quran yang bergema itu dihentikan.
   
Ia berikutan sungutan masyarakat yang baharu merasa terganggu oleh suara lantang pembesar suara yang bukan seminit dua akan tetapi boleh sampai setengah jam. Masa itu adalah waktu yang paling selesa tidur. Laungan itu mengganggu tidur masing-masing.
    
Amalan membaca Quran dini hari atau menjelang waktu subuh sudah berjalan lama dan sejak teknologi mikrofon dicipta, masjid-masjid yang berduit menggunakan kemudahan itu. Mungkin masa itu kediaman dan pendudukan bukan Islam tidak banyak dekat masjid dan surau. Meskipun ada jiran bukan Islam dekat masjid dan surau, suasana itu diterima.
    
Tetapi apabila bandar bertambah sesak dan orang bukan Islam mulai jadi majoriti, gangguan pembesar suara itu terasa. Kebetulan sungutan itu terjadi setelah berlaku perubahan politik di Pulau Pinang. Sama ada ia disunguti justeru sentimen baharu politik atau ia dibangkitkan tanpa sebarang sentimen politik, ia mudah membangkitkan emosi perkauman yang tidak pernah padam itu.
   
Timbul persoalan. Mengapa sejak 200 tahun ia tidak bising dan tiba-tiba ketika pembangkang hampir sampai ke Putrajaya, ia jadi isu?
    
Usah kita perbesar isu itu atas sebab apa-apa sentimen – perkauman atau keagamaan. Mungkin kuasa politik pembangkang di Pulau Pinang merasa kuat, maka ia bersuara atas perkara itu.
   
Tetapi kita mungkin tidak sedar dan tidak ingat perkara yang sama pernah dibangkitkan oleh Almarhum Sultan Selangor ketika Shah Alam baru dibuka dulu. Kota yang cepat berkembang tumbuh banyak dengan surau dan masjidnya. Justeru pengunjung surau dan masjid orang berduit, mereka melengkapkannya dengan pembesar suara dan bilal meneruskan amalan membaca quran sejak dari zaman Melaka mula Islam dulu. Tapi kali ini memanfatkan pembesar suara. Tujuannya adalah utuk menggerakkan orang yang sedang tidur agar bangun dan cepat-cepat ke masjid.
   
Kerja itu sejak Islam ada dilaksanakan oleh ayam jantan. Sekarang tiada ada reban ayam di bandar-bandar. Baik ayam berkokok atau tidak subuh tetap datang.
   
Bisinglah Shah Alam di sana sini bersahut-sahutan dengan bacaan Quran dari pembesar suara. Maka pernah Sultan ketika itu bersungat supaya pembesar suara tidak digunakan. Justeru yang mentakwil itu raja dan media baru belum ada, ia tidak dihebohkan. Tetapi saya ada mengulas sungutan baginda.
   
Puluh tahun kemudian, ia dibangkitkan pula di Pulau Pinang. Yang pertama melenting ialah Datuk Seri Zahid Hamidi yang ketika itu belum jadi Timbalan Perdana. Tok Guru Nik Aziz masih menjadi Menteri Besar Kelantan.
    
Komen Tok Guru atas sikap Zahid ialah azan dikehendaki lantang supaya boleh didengar sejauh-jauhnya. Tetapi membaca Quran kuat dini hari tiada disyariatkan. Mungkin itu sebabnya tiada bacaan Quran dengan mikrofon di Masjidil Haram dan Masjid  Nabawi di Madinah. Yang ada azan dan iqamah. Zahid senyap dan isu itu padam.
   
Tiba-tiba jadi isu semula apabila pihak berkuasa Islam Pulau Pinang membuat panduan sesuai dengan yang pernah dikomen oleh Tok Guru Nik Aziz itu.
    
Yang bersungut tentang gangguan kuat mikrofon itu bukan Cina yang sedang tidur nyenyak di luar masjid itu saja, ahli ibadat yanag datang awal beriktikaf di majid pun rasa terganggu wirid dan zikir oleh suara nyaring itu. Mereka mahukan suasana sunyi dan hening  dini hari itu agar munajat mereka tidak terganggu.
     
Apa pun bantahan atas mikofon yang dibuat atas sentimen tak senang Islam, tidaklah menggembirakan, tetapi nasihat ia bukan daripada syariat, patut diketahui oleh orang Islam, supaya amalan masing-masing ikut syariat. – HARAKAHDAILY 14/10/2015

Sumber HD - 14-10-2015

Cerdiknya Pakatan Harapan Terengganu

SUBKY LATIF | .

SEBAIK saja Pakatan Harapan diisytihar wujud bagi menggantikan Pakatan Rakyat yang belum disahkan berkubur, maka Terangganu mendahului yang lain membuat persefahaman.
   
PKR, DAP dan parti baharu yang berpecah daripada PAS mengambil persetujuan ia tidak akan terlibat dalam pertandingan tiga penjuru sesama parti pembangkang dalam mana-mana pilihan raya di negeri itu – PRU atau PRK
    
Adalah dipercayai pimpinan muafakat di negeri yang agak menonjol ialah Raja Bahrin, MP Kuala Terengganu yang juga ditauliahkan pengerusi Amanah negeri itu.
    
Raja Bahrin ada nama dan adalah seorang kerabat istana yang turun ke bawah untuk menjadi pemimpin rakyat. Payah cari anak raja boleh turun ke bawah selepas Tunku Abdul Rahman Putra dan Tengku Razaleigh.
     
Dia ada nama tetapi kepimpinan politiknya belum ada. Sekalipun sudah dua tahun jadi MP PAS, kepimpinan politiknya belum berbunga. Pengalaman politiknya yang sebenar baru bermula dengan menjadi ketua parti baharu itu di Terengganu.
   
Tindakan politik mereka yang pertama ialah bersetuju sesama parti pembangkang tidak terlibat dalam pertandingan tiga penjuru mana-mana pilihan raya di negeri itu.
    
Adakah ia satu langkah yang tepat dan setiap pilihan raya itu nanti akan jadi satu lawan satu?
   
Adakah ia kira depa saja pembangkang dan PAS sudah tidak wujud. Seolah-olah PAS sudah bersama mereka atau PAS sudah mati?
  
Ternyata persetujuan awal itu ia digambarkan tidak cerdik. Jika keputusan itu dipengaruhi oleh Raja Bahrin, nyatalah ia satu keputusan politik yang rendah.
   
Mereka mesti akui bahawa politik di Terengganu tidak bebas daripada PAS. Jika PAS tidak diakui wujud, ia adalah politik khayal. Pertandingan satu lawan satu dengan BN di Terengganu tidak akan terjadi justeru adanya PAS yang terpisah dari muafakatan baharu pembangkang.
   
Sejak pilihan pertama tahun 1955, PAS bertanding semua kerusi di negeri itu kecuali ketika ia berada dalam BN tahun 1974 dan Pakatan Rakyat PRU13 lalu. Lazimnya di kawasan DUN Bandar di Kuala Terengganu yang ramai bukan Islam itu pun ia bertanding dan ia pernah menang di situ lebih dari sekali.
    
Tiada siapa dapat menghalang kali ini PAS tidak bertanding lagi di kawasan itu. Saya tidak nampak bagaimana Adun tunggal PKR Terengganu dapat mengelak daripada pertandingan tiga penjuru jika ia tidak cepat-cepat berkira dengan PAS seperti yang sedang difikirkan oleh PKR  Selangor sekarang.
     
PAS belum mati dengan tertubuh parti baharu oleh orang PAS sendiri dan tidak akan mungkin PAS bersekutu dengan Umno selagi anjing tidak bersayap. Maka bagaimana DAP, PKR dan Raja Bahrin hendak mengelakkan pertandingan tiga penjuru itu?
   
Apa yang pembangkang semua parti perlu fikir sekarang ialah PAS akan meletak calon di semua kawasan. Apakah ia akan mengalahkan BN kali ini? Entahlah. Mungkin dengan muafakat baharu Pakatan Harapan, PAS akan kalah semua kerusi. Kalau PAS kalah semua, apa harapan untuk muafakat baru itu untuk buat lebih baik daripada PAS?
   
Teori dan harapan golongan pemisah PAS ialah rakyat yang sudah hilang kepercayaan kepada Umno dan tidak yakin pada PAS akan memihak kepada kumpulan pemisah yang meneruskan kerjasama dalam Pakatan dulu.
   
Tetapi pembangkang selain PAS tiada pemimpin di Terengganu. Yang ada ialah Raja Bahrin. Tetapi Raja Bahrin dilihat sama seperti Tunku Abdul Rahman Putra semasa mula mengambilalih Umno daripada Datuk Onn dulu. Tiada yang yakin padanya. Tiba-tiba dia membuat keajaiban. Adakah Raja Bahrin akan mengulangi keajaiban Tunku? Entahlah! Entahlah! – HARAKAHDAILY 13/10/2015

Sumber HD - 13-10-2015











































TPP adalah zalim

SUBKY LATIF | .


SEMUA kata perjanjian Perkongsian Trans Pasifik – TPP – adalah merugikan Malaysia khususnya kaum Bumiputera yang masih berhempas-pulas untuk mencapai hak keadilan ekonomi dan sosial sesama rakyat Malaysia.
    
Yang mengkritik TPP dan suruh kerajaan tolak bukan daripada para prihatin dalam negara saja bahkan pakar ekonomi dari Amerika sendiri mengira perjanjian itu adalah direka demi kepentingan saudagar besar Amerika dan Malaysia adalah antara negara yang hendak diperangkap.
    
Antara keburukannya, saudagar Amerika yang terlibat dalam sebarang pelaburan boleh menyaman kerajaan Malaysia jika dirasanya ada sebarang kejadian yang menjejaskan kepentingannya. Kemudahan dan peluang mereka menyaman adalah lebih mudah.
   
Mereka boleh mengelakkan daripada mematuhi sebarang tuntutan kerajaan kepada mereka jika ada perkongisan itu nanti boleh merugikan Malaysia.
   
Saudagar Amerika adalah berganda modalnya daripada syarikat dalam negeri, menyebabkan kita tidak mampu bersaing dengan mereka.
   
Seperti yang orang semua kata, TPP akan menyebabkan rakyat Malaysia menanggung beban ubat yang tinggi dan Malaysia belum berdikari dalam menyediakan semua ubat yang diperlukan.
   
Apabila bersetuju diperangkap oleh perjanjian yang tidak adil itu, maka itu namanya Malaysia menzalimi dirinya sendiri. Semua beban biasanya ditanggung oleh rakyat dan pengguna. Kerajaan hanya tolong buat kerja untuk rakyat dan sebarang beban kerajaan akan dipulangkan kepada rakyat dan rakyatlah yang memikul.
    
TPP adalah mengulangi beberapa kezaliman menjual kedaulatan rakyat dan negara kepada orang luar. Antaranya perjanjian menyerahkan Pulau Pinang dan Seberang Perai kepada British oleh Sultan Kedah. Kedua, menjual Singapura kepada Reffles oleh Sultan Johor. Ketiga menjual Perak melalui perjanjian Pangkor kepada British. TPP ini adalah menjual kemerdekaan.
  
Ketika semua perjanjian dulu dibuat semua bumi kita adalah kepunyaan raja.  Demokrasi belum ada. Tiada siapa ada hak membantah kerana raja adalah undang-undang. Sekarang rakyat ada hak menegur dan membantah kerajaan. Jangan kerajaan yang dipilih itu buat kerja bodoh seperti raja-raja yang tidak pernah sekolah dulu.
    
Semua kerja yang merugikan rakyat dan negara dikira zalim. Zalim itu bukan kekejaman seperti  Raja Bersiong saja dan seperti sikap Almarhum mangkat dijulang saja. Meluluskan undang-undang menyebabkan rakyat menanggung perbelanjaan hidup yang tinggi juga satu kezaliman. Menjual tanah dengan harga yang mahal kepada Tabung Haji satu kezaliman. Membeli bangunan yang amat mahal untuk Mara di Australia juga zalim.
    
Kezaliman Raja Bersiong dan Almarhum Mangkat Dijulang jadi kecil dibandingkan dengan zalim menyetujui TPP. Kekejaman Raja Bersiung berakhir apabila raja itu hilang takhta. Zalim Almarhum Mangkat dijulang berakhir apabila Almarhum itu mangkat. Tetapi zalim TPP tidak berakhir apabila semua kerajaan dan pemimpinnya mangkat, tidak kira mereka menandatangani TPP atau mengkritik TPP.
  
Setiap yang zalim iu keras ingatannya daripada al-Quran. Ayat 112 dari surah Hud merakamnya, jangan cenderung kepada kezaliman, nanti akan disambar api neraka.
  
Jika TPP boleh disabitkan zalim, maka yang menyokong dan yang setuju menempah untuk       disambar api neraka. Bagaimana yang terlibat berunding dan menandatanganinya? Nescaya menggelegaklah dalam kawah neraka.
   
Nasib baik dan selamat kalau TPP tidak termasuk perkara yang zalim. Kalau zalim jadi macam ikan bakarlah. – HARAKAHDAILY 13/10/2015

Sumber HD - 13-10-2015






















Orang bergelar solat tak rapat saf

SUBKY LATIF | .


SEMUA Harian menyiarkan gambar Orang Bergelar – pembesar istana dan pembesar negeri/negara - solat  Aidiladha di masjid utama negeri masing-masing.
   
Saya hayati setiap gambar dan wajah orang-orang di saf  depan. Saya hendak tahu di mana nilai berita bagi setiap gambar. Itulah kerja saya selama menjadi wartawan selama 50 tahun, mencari seni berita setiap gambar.
    
Saya jumpa seni berita dalam kebanyakan gambar yang tidak diberitakan oleh setiap surat khabar.  Kebanyakan pembesar itu renggang safnya. Tidak bersentuh bahu dengan bahu. Hanya pegawai masjid yang berpakaian seragam di sebelah kiri imam rapat bahu dan tumit masing-masing. Ada pun orang bergelar berdiri pada sejadah masing-masing kira-kira sejengkal renggang antara satu sama lain.
    
Solat seperti itu sah tetapi tidak seperti yang Nabi anjurkan bagi setiap makmum. Di mana-mana solat berjamaah, imam sentiasa mengingatkan makmum, ‘Rapatkan saf dan luruskan saf.’
    
Nabi arahkan dulu setiap makmum tidak merenggangkan saf barang seinci jua. Tidak baginda mulai solat kiranya ada yang tidak rapat. Saidina Umar al-Khatab nescaya disergahnya siapa yang tiduk ikut disiplin saf itu kerana pada jarak kerenggangan itu berebut-rebut syaitan mencelah. Di celah-celah itu syaitan rapat-rapat. Kita saja yang tidak rapat.
   
Imam sepatutnya perhatikan makmum di belakangnya. Tidak sekadar menyeru lafaz ‘rapat dan luruskan saf’ tetapi  tegur setiap yang merenggangkan bahu antara satu sama lain.
   
Dalam solat, imam adalah raja. Raja-raja bukan raja pada masa itu. Tidaklah dikata imam itu tidak beradab jika dia menegur raja dan menteri yang tidak bersentuh bahu dan bengkang-bengkok safnya.
   
Kerja mufti dan penasifat agama menasihat raja-raja supaya elok safnya. Bukanlah lama menasihatkan raja-raja untuk membetulkan solat orang-orang bergelar itu. Sekadar untuk melurus dan merapatkan saf mamadai seminit saja.
   
Kita tahu bahawa kebanyakan anak para pembesar dulu belajar di Eropah. Pengetahuan agamanya  tidak dipastikan.
   
Bukan macam para khalifah dulu. Bakal raja dan anak-anak mereka mengikuti didikan khas di istana. Anak-anaknya tidak memondok bersama orang lain. Khalifah panggil guru khas mengajar anak mereka di istana. Khalifah  pastikan anaknya mendapat didikan agama sebelum anak-anak itu naik takhta.
   
Jika guru-guru agama raja adakan asuhan sedemikian, tidaklah masing-masing menjarakkan diri dengan makmum di sebelahnya.
    
Sebagai pengkritik masyarakat, saya buat teguran ini supaya orang-orang bergelar itu elok ibadatnya. Kerana mufti tidak tegur, biar saya tegur. Bukan saya hendak mencemarkan orang-orang bergelar, tatapi setiap orang Islam itu saling tegur-menegur dan saling nasihat-menasihati.
    
Jangan kata saya sengaja hendak mencemarkan orang lain. Tegur saya itu adalah justeru kasih dan sayang kepada semua, apa lagilah raja dan menteri yang menentukan pimpinan umat dan negara.
    
Untuk solat Aidiladha ini PM Najib solat di New York. Dia tidak di saf depan. Dia di celah lain-lain makmum di saf belakang. Kerana semuanya berhimpit-himpit, elok safnya. Jangan balik nanti bila berada di saf pertama renggang juga bahunya dengan yang lain.
    
Nilai berita semua gambar itu bukan raja-raja dan menteri itu solat, tetapi safnya renggang. – HARAKAHDAILY 12/10/2015

Sumber HD - 12-10-2015

Sultan Perak layak tegur pemimpin
























SUBKY LATIF | .


SULTAN Perak, Sultan Nazrin Shah telah mengingatkan para pemimpin supaya amanah dan integriti jika mahu terus dipercayai dan dihormati oleh semua.
    
Tentu ada batang hidung sesiapa yang dituju baginda, tetapi ingatan baginda itu adalah umum kepada semua. Pemimpin itu adalah meliputi raja-raja, menteri bahkan ketua rumah tangga iaitu suami.
    
Ingatan itu bukan daripada baginda saja, tetapi menyambung apa yang Allah dan rasul-Nya seru untuk hamba-Nya dan umat. Pesan Nabi setiap pemimpin – Raja, menteri,  suami dan lain-lain – akan ditanya pelaksanaan amanah dan integriti masing-masing.
    
Pemimpin masa ini amat bercelaru amanah dan integritinya. Apabila orang tegur orang berkuasa, orang berkuasa dan juak-juaknya akan kata ia bermotif politik. Kalaupun orang awam berani, dia boleh tegur had Perdana Menteri saja. Istana tidak boleh ditegur. Ia akan melibatkan kesetiaan dan hasutan.
    
Apabila Sultan Nazrin tegur, baginda ada kelayakan untuk tegur semua termasuk Raja dan orang politik. Dan teguran baginda itu tentulah dengan kesedaran bahawa ia juga adalah mengingatkan diri baginda juga.
    
Adapun pemimpin yang amanah dan berintegriti itu tidaklah terjadi begitu saja. Hanya para nabi yang tanpa didikan sesiapa selain Allah. Yang lain adalah didikan yang diterima sejak kecil dari ibu bapa dan guru-guru serta dari persekitaran masyarakat.
   
Jika ibu bapa tidak dapat menunjukkan disiplin adab yang baik, maka payahlah anaknya jika jadi pemimpin untuk menjadi pemimpin yang amanah dan bermaruah. Apa lagi bagi masyarakat yang penuh rasuah dan penyelewengan, ajaiblah jika anaknya jadi pemimpin yang berakhlak dan amanah.
   
Dalam masyarakat moden, terbuka dan bebas, ibu bapa sudah jadi pendidik yang penting kepada anak-anak, maka ibu bapa yang berakhlak dan amanah pun tidak mampu mendisiplinkan anaknya.
   
Mungkin ibu bapa dapat kawal anak-anak di rumah. Tetapi anak-anak kini tidak terkurung di rumah saja. Mereka keluar bagi menuntut ilmu dan lain-lain kegiatan. Di luar rumah, justeru sistem dan suasana yang ada penuh dengan pancaroba, disiplin ibu bapa hanya laku di rumah tetapi tidak bagi anak yang terdidik di luar rumah.
   
Apa yang dapat mengawal dan mendidik anak-anak yang nantinya jadi pemimpin ialah sistem pendidikan Islam yang dibekalkan oleh Nabi dulu. Pendidikan Islam dan segala disiplin adabnya, menjamin para pemimpin itu rata-rata amanah dan berakhlak mulia.
   
Dengan sistem pendidikan yang diwarisi dari barat, yang matlamatnya menjadi orang pandai saja, tetapi tidak menitikberatkan akhlak, nescaya payah dan jarang-jarang beroleh insan yang amanah dan bermaruah. Jika dari sistem itu muncul pemimpin yang amanah dan berintegriti, ia bukan hasil daripada sistem pendidikan itu, tetapi ia terjadi dengan tidak sengaja. Justeru Allah pelihara dia tetapi dia bukan di kilang daripada sistem pendidikan itu.
    
Kilang pimpinan yang amanah dan bermaruah mulia adalah daripada pendidikan yang membina rohani dan jasmani umat, menjadikan produknya cintakan pahala dan takutkan dosa. Sistem pendidikan ini menjadikan muridnya beriman dan taqwa. Dia tekun dengan kerjanya bukan kerana ada mandur di hadapannya, tetapi dia tahu dia diperhatikan Tuhan.
   
Dia tidak rasuah bukan justeru kawalan SPRM dan polis, tetapi takutkan azab Allah di dunia dan     akhirat.
   
Sultan Nazrin boleh sampaikan seruan, tetapi pemimpin yang tidak berakhlak sekadar dengar tetapi tidak terasa untuk menghayatinya. Seruan yang baik itu hanya terpakai dengan menukar sistem. Jika sistem tidak ditukar, pemimpin tidak amanah akan digantikan oleh yang tidak amanah juga. – HARAKAHDAILY 9/10/2015

Sumber HD - 9-10-2015






















Raja Muda Selangor tidak murtad

SUBKY LATIF | .


SYUKUR dan melegakan. Raja Muda Selangor, bakal satu hari nanti jadi ulil amri Selangor disahkan oleh Dewan Dirajanya masih Islam, tidak murtad seperti yang dibangkitkan oleh Tan Sri Rahim Tambhy Chik dalam Facebooknya 25 September.
    
Rahim membangkitkan apa yang termuat dalam portal luar yang mengatakan waris takhta Selangor itu murtad dan telah dinafikan oleh KPN setahun lalu.
    
Kekeliruan tentang akidah putera itu kini telah selesai dan apa pula perkembangan selanjutnya terhadap Rahim kita sama-sama tunggu.
   
Saya bukan peguambela Tan Sri Rahim, tetapi apa yang berbangkit itu adalah menyatakan peri prihatinnya umat Islam Malaysia tentang akidah umat apa lagi akidah Orang Bergelarnya.
   
Tan Sri Rahim tidaklah dikenali sebagai seorang yang warak dan tinggi prihatinnya tentang Islam dan pegangan Islam umat. Tidaklah seperti kepekaan Almarhum TG Nik Aziz atau seperti kesedaran Islam DS Anwar Ibrahim. Tetapi dia juga sensitif jika umat Islam menukar akidah, apa lagilah kalau yang terlibat itu orang besar, orang ternama dan Orang Bergelar yang nantinya menjadi Ketua Agama Islam di mana-mana wilayah jua.
    
Isu dia tidak cermat membangkit sesuatu yang diragukan kesahihannya, adalah kelemahannya, tetapi sebagai seorang Islam kita mahu Islam orang seorang, Islam masyarakat dan Islam negara terpelihara. Apakah Rahim sudah memberi jiwa raganya untuk itu adalah hal lain, tetapi satu daripada sasaran maqasid syariah yang terabai di negara merdeka ini ialah bagi memelihara agama dan akidah umat – orang seorang, masyarakat dan negara.
   
Selama seratus tahun ini orang Melayu – raja-raja dan rakyatnya – kurang prihatin dengan pendidikan agama anak-anaknya. Hanya pak-pak lebai yang mewakafkan anak-anaknya untuk jadi imam, membaca talkin dan tahlil apabila ada kematian termasuklah kemangkatan.
   
Hanya seabad setelah Islam masuk semenanjung tahun 1409, raja-raja Melayu dan rakyat semua lapisan peka akan generasi terkemudian dilengkapkan dengan pengetahun Islam yang sempurna, justerunya tidak pelik jika raja dan pembesar jadi khatib dan imam.
 
Apabila timbul kesedaran orang Islam tentang pelajaran dan ilmu pengetahuan, sekaliannya berdahulu-dahuluan menghantar anak ke sekolah orang barat. Raja-raja dan pembesar mahu anaknya jadi peguam, doktor, ada ijazah bahkan ada PhD.
   
Tidak peduli sangat generasi terkemudian memelihara akidah dan ibadat. Raja itu ketua agama orang Islam. Dengan didikan yang ada tidak dipastikan waris takhta lengkap atau tidak pengetahuan agamanya.
    
Para khalifah selepas Khalifah ar-Rasyidin dulu mengasingkan anak-anaknya dan anak rakyat bagi menuntut ilmu. Orang ke sekolah pondok dan madrasah. Khalifah mengambil alim ulama untuk mengajar anak-anaknya di istana. Mereka prihatin atas pendidikan agama putera-puteranya.
    
Tidak diketahui para baginda Melayu ada membekalkan pendidikan cukup unuk putera-putera masing-masing seperti yang dituntut oleh maqasid syariah. Jika Orang Bergelar dapat jadi seperti ayahanda Sultan Ahmad Fatih Turki mendidik Tengku Ahmad Fatih lebih alim dan lebih soleh daripadanya, maka tidak berbangkitlah tentang keraguan akidah umat.
   
Amat bertuah rakyat jelata dapat ulil amrinya bukan sekadar menguasai ilmu ketenteraan yang tinggi, tetapi disediakan bakal ulil amri itu dengan ilmu Islam yang menjadikannya lebih tahu agama daripada muftinya.
   
Apa jadi pada Rahim, dia tidak akan jadi ulil amri. Ulil amri yang ada kekurangan itulah yang melahir generasi seangkatan Tan Sri Rahim, maka mungkin Rahim menimbulkan isu menggemparkan itu, tidak mahu lagi bersambung generasi sepertinya, lalu dia mahu ulil amri seperti Sultan Ahmad Fatih. – HARAKAHDAILY 7/10/2015

Sumber HD - 7-10-2015

Apa Najib teruk sangat?

SUBKY LATIF | .


SEKALIPUN Dr. Mahathir dulu dirasakan teruk dan melampau batas, tetapi segala berlaku itu tidaklah teruk sangat atau seteruk yang berlaku pada zaman Najib ini.
    
Mahathir dulu mungkin sudah tidak apa-apa dibanding dengan Najib.
    
Adalah benar dia diktator. Diktatornya saya kira diktator berparlimen yang belum menjadikan negara diambang muflis dan hidup rakyat hampir papa kedana. Diktator pun ada yang jadi pemimpin terbilang seperti Otto Von Bismarck yang menjadi bangsa Jerman yang pertama dan Lee Kuan Yew sebagai bangsa Singapura yang bertama.
  
Tetapi diktator biasanya rasuah dan khianat kepda bangsa
   
Masa Mahathir dulu berat juga tetapi tidak terasa negara menghampiri budaya mafia. Tetapi kini mafia berada di ambang kita, berlegar di udara seperti kapalterbang hendak mendarat .
   
Pembunuhan Altantuya dan Anthony Kevin Morais adalah dari budaya mafia. Skandal 1MDB yang dirasakan melesap berlori-lori duit negara, saudagar permaidani boleh hutang bergeti-geti dari Bank Rakyat adalah ciri-ciri mafia. Nilai ringgit jatuh pagi dan petang hampir menyamai Lira Turki sebelum zaman Erdogen. SPRM kerjanya menyiasat tetapi kini orang-orangnya disiasat. Kerja Jabatan Peguam Negara mendakwa, tetapi ia pula hendak didakwa.
   
Belum pernah kerajaan Malaysia dilibatkan dengan penggubahan wang haram. Sejak merdeka kerja kerajaan ialah membenteras penggubahan duit palsu. Kini ia disyaki membuat kerja haram itu. Begitu banyak kerajaan di dunia – demokrasi dan tidak – tidak difitnah mencetak duit haram, tetapi Malaysia di bawah Najib difitnah begitu.
   
Betulkah dakwaan itu. Tetapi fitnah sudah pun berlaku. Amat buruk padahnya kepada negara jika Ia tidak dibersihkan segara.
  
Orang terpengaruh dan mempercayainya kerana imej kerajaan dan pemimpin dirasakan teruk, justeru semua keburukan yang dilonggokkan kepada Perdana Menteri tidak dijawab. Ada percubaan menjawabnya tetapi semua jawapaan itu bukan jawapan yan ditunggu.
   
Dengan semua beban dan masalah yang Najib hadapi itu mendedahkan mungkinnya seseorang berbuat apa saja termasuk memikirkan penggubahan wang haram.
   
Apakah agaknya dosa rakyat Malasyia hingga negara, kerajaan dan Perdana Menterinya dirasakan begitu teruk?
    
Sekalipun negara tidak pernah diperintah secara Islam bahkan yang berjalan jauh dari tuntutan Allah dan Rasulnya, tetapi banyak negara sekular dan penindas atas nama demokrasi, tidak didatang bala seperti yang menimpa kemakmuran Malaysia. Pemerintahan sekular Malaysia dikira baik mengikut standard dunia hingga pertengahan pemerintahan Dr. Mahathir.
     
Separuh penggal kedua tahun 80-an negara berdepan dengan fitnah yang berpunca dari pemecatan DS Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri ada dakwaan liwat. Fitnah seperti kaum Luth iu adalah sekeji-keji fitnah di muka bumi ini.
   
Kepercayaan orang – dalam dan luar negeri – terhadap politik, mahkamah/undang-undng mulai kejadian itu menjunam. Undang-undang dirasakan oleh umum tidak melindungi rakyat dan keadilan, tetapi ia lebih melindungi kerajaan dan pemimpin.
   
Fitnah awal Anwar itu diteruskan dengan fitnah seperti iu lagi. Hukum yang mahkamah kenakan kepadanya tidak diterima oleh kebanyakan orang. Ada persepsi mengira Anwar sekarang menderita atas fitnah kerajaan.
   
Cerita duit 1MDB lesap, Najib terima derma RM2.6 bilion, Kavin terbunuh dan penggubahan wang haram adalah kejadian semasa Anwar dibanduankan lagi. Tidakkah ia semua Najib yang rasa teruk itu gara-gara bermain dengan fitnah yang tidak mengenal mangsa? – HARAKAHDAILY 7/10/2015

Sumber HD - 7-10-2015


Apa rugi DAP kelahi dengan PAS?

Posted on Monday, October 05 @ 16:39:30 MYT by paktam

Oleh Subky Latif 

JANGKA pendeknya mungkin tidak banyak rugi DAP berkelahi dengan PAS. Ia boleh pertahankan pengaruhnya di bandar terutama kerajaan Pulau Pinang. Tetapi kejayaannya sedikit sebanyak untuk memecah tembuk sokongan orang Melayu boleh terbengkalai untuk satu jangka yang dapat diagak.

Selama 40 tahun ia cuba menembusi politik orang Melayu, ia tidak dapat menjadi parti berbilang kaum seperti yang diperlembagakannya.


Baik oarng Melayu yang tidak perkauman, apa lagi yang tebal perkaumannya tidak dapa menerima DAP sebagai parti Malaysia untuk orang Malaysia.

Ia kekal dilihat sebagai parti orang Cina walaupun ia banyak mengenengahkan isu kebangsaan dan sejagat untuk semua.

Orang Melayu yang menyertainya ada sejak dari awal lagi, tetapi beberapa kerat saja.

Politik mereka tidak pula tegap baik kedudukannya di kalangan orang Melayu mahupun dari segi perjuangan. Baik yang masuk komunis dulu kala ada yang diperjuangkannya.

Tetapi dengan menjadi DAP, tidak nampak apa yang diperjuangannya. Tidak seperti Cina yang menubuhkan DAP, ada yang diperjuangkannya.

Orang Melayu yang menyertai DAP dulu dan sekarang tidak dapat menarik orang Melayu mengikut mereka. Tetapi dengan jadi DAP ada peluang untuk jadi wakil rakyat. Dan kiranya DAP menguasai negeri-negeri beraja, mereka boleh jadi menteri besar.

Waqi’ politik sejak merdeka tidak praktikal orang bukan Melayu jadi menteri besar. Jika ada orang Melayu jadi wakil rakyat DAP, maka demokrasi tidak menghalangnya jadi menteri besar sekalipun dia wakil rakyat tunggal Melayu DAP. Kebanyakan yang menyertai DAP itu tidak kekal.

Tetapi dengan berkawan dengan PAS, sekalipun ia tidak dapat menambah cawangan di tengah masyarakat Melayu, tetapi mulai ramai pengundi Melayu mengundi DAP. Tidak begitu dipedulikan oleh orang Melayu ia asalnya ganti PAP Singapura di Malaysia dan slogan Malaysian Malaysianya tidak menghantui sangat.

Ada pemimpin DAP boleh naik surau dan masuk serambi masjid.

Orang PAS bawa pemimpinpemimpin DAP naik pentas dan berceramah di kawasan yang tebal Melayu. Sebagaimana orang Melayu kampung boleh menerima MCA dan MIC, dengan DAP berkawan dengan PAS, curiga Melayu kepada DAP selama 40 tahun mulai cair.

Apabila Lim kit Siang masuk Pasar Khadijah di Kota Bharu, dia dikerumun oleh peniaga pasar itu beretanya itu dan ini. Seolah-olah dia macam pemimpin PAS juga.

Orang PAS yang mengiringnya brkata, “Mereka terima Encik Lim sebagai pemimpin mereka juga.”

Memang politik tahaluf PAS dengan DAP hingga Pilihan Raya Umum ke-13 dulu membantu banyak peluang DAP untuk berdekat dengan masyarakat Melayu. Ia seolah-olah sentimen anti-DAP boleh dikikis bahkan oleh hapus.

Selama sepuluh tahun DAP tidak lagi dilihat sebaai parti yang digetik oleh orang Melayu. Rasa benci Umno kepada DAP sudah kurang laku pada masyarakat.

Seolah-olah boleh berubah persepsi DAP sebagai parti perkauman sejak dulu bertukar tidak perkauman lagi.

Sebaliknya Umno yang mengaku tidak perkauman selama ini bertukar imej menjadi properkauman disebabkan terlalu anti-DAP.

DAP tidak dapat tukar persepsi terhadapnya. Yang dapat menukarnya ialah politik yang dimainkan PAS di tengah masyarakat.

Tidaklah ditolak peranan dan sumbangan PKR banyak membantu DAP kecairan anti-DAP di kalangan orang Melayu. Justeru PKR tidak berakar umbi di tengah orang Melayu seperti PAS, maka banyak yang DAP boleh dapat dari politik PAS di kalangan orang Melayu.

Politik muafakat Pakatan pra- PRK Kajang telah meletakkan DAP satu parti penting dalam politik Malaysia. MCA, Gerakan dan MIC tidak dapat keduduk seperti DAP.

DAP benar-benar jadi sebahagian dari kerajaan menunggu. Jika selama ini DAP dikira parti tentang pembangkang, maka tahaluf telah menjadikan DAP bila-bila masa akan jadi parti kerajaan di Malaysia.

Tidak lagi Kit Siang dirasakan berakhir sebagai pembangkang saja. Saya tidak mahu mengatakan Kit Siang boleh jadi Timbalan Perdana dalam kerajaan menunggu itu, tetapi dia tidak dilihat akan mati sebagai pembangkang.

Dia ada harapan mati sebagai seorang menteri kanan dan seterus menjadi negarawan.

Entah bagaimana Kit Siang dan DAP telah berkelahi dengan PAS. Lim Guan Eng kata Ustaz Hadi Awang bohong dan PAS kata DAP bohong. Akhirnya dua parti itu pecah kongsi. Saya tidak bercadang memperincikan punca putus hubungan.

Memadai jika saya sebutkan satu saja iaitu hudud. Keduaduanya tidak pernah setuju hudud agenda bersama. PAS setuju DAP tak setuju dengan hudud. Tetapi PAS tidak mahu DAP halang PAS kemukakan usul persendirian tentang hudud. DAP boleh bangkang tetapi DAP jangan halang dan jangan tolak PAS dari Pakatan.

Hudud yang hendak dibentang di Parlimen bukan lagi hudud yang dienakmen di Kelantan dan Terengganu. Ia satu pindaan hudud tidak akan sama sekali melibatkan bukan Islam sekalipun ada bukan Islam yang minta mereka dihukum dengan undangundang itu.

Bukan DAP saja menolak usul PAS. PKR pun menolak. Tetapi PKR tidak mengambil langkah berkelahi. Maka PAS tidak putus tahaluf dengan PKR tetapi putus dengan DAP.

Hudud bukan program Umno dan pemimpin Umno masih tidak gemar dengannya. PAS tidak boleh terima Umno tolak hudud kerana ia parti orang Islam. Tetapi PAS tidak marah DAP tentang hudud kerana ia idak mewakili masyarakat Islam.

Tetapi hudud sudah dikehendaki oleh orang Umno akar umbi.

Umno pasca-Tun Dr Mahathir Mohamad tidak lagi mengira hudud yang diputuskan itu hudud PAS.

Ia sudah diterima hudud Islam. Ini yang DAP terlepas pandang. Kerana DAP tidak melihat hikmah atas pindaan yang PAS mahu usulkan itu, ia lanjutkan perkelahian dengan PAS.

Sesudah 10 tahun DAP keluar dari kepungan dan penjara politik politik Umno. Dulu ia tidak dapat bertemu orang Melayu. Dengan berkawan dengan PAS dia boleh berpolitik dengan orang Melayu.
Jika dia terima usul persendirian yang PAS cadang, ia akan dapat mengukuhkan lagi perhatian orang Melayu kepadanya.

Orang Islam yang hendakkan hudud dari PAS, Umno akar umbi dan orang atas pagar tidak dapat hudud dari kerajaan Umno, tetapi jika mereka boleh dapat dari Pakatan yang disokong DAP, maka orang Melayu akan lebih tertambat pada DAP.

DAP akan kian bebas dari kepungan Umno selama ini. Dengan kedudukan Umno yang sakit dengan pemimpinnya yang sakit, hancur Umno oleh DAP ia prohudud. Dan hudud itu dibebaskan dari bukan Islam. Rakyat dapat hudud dan DAP dapat Melayu.

Kerana DAP antihudud, ia berkelahi dengan PAS. Ia hilang sokongan Melayu yang dia mulai dapat. Ia berada di rimba semula seperti ia mula ditubuhkan dulu.

Untuk dapat sokongan Melayu semula, kita akan lihat Kit Siang mati dulu dan Guan Eng juga mungkin mati dulu.

Sumber DD - 5-10-2015


PKR patut larang KJ keluar PAS

Posted on Monday, October 05 @ 13:28:02 MYT by paktam

Oleh SUBKY LATIF

APA boleh buat Datuk KJ – Kamaruddin Jaafar – kembali ke pangkuan Anwar Ibrahim. Dia termasuk seorang daripada kumpulan 18 yang mufarakah daripada PAS. Tetapi pemimpinnya bukan orang daripada kalangan kumpulan 18, bahkan Anwarlah mentornya.
    
Benar seperti nasihat seorang pimpinan pertengahan PAS dari Tumpat kepada TG Nik Aziz ketika KJ baru jadi Ahli  Parlimen Tumpat dulu. Tok Guru bercadang menjadikan dia bendahari PAS Kelantan kerana dia dikatakan seorang korporat semasa dalam Umno dulu.

     Nasihat pemimpin itu, cermat sikit kerana Kamaruddin adalah orang Anwar. Apa-apa terjadi nanti dia akan bersama Anwar. Tok Guru dengar nasihat itu. Benar. Semasa PAS bermasalah sekarang, dia jadi sirih pulang ke gagang.     
Apa yang KJ buat dan apa yang PKR lakukan sekarang adalah melaksanakan hak demokrasi masing-masing dan mengamalkan peruntukan perlembagaan untuk semua, tidak ada mana-mana pihak boleh sekat.
     
Tetapi semua pihak mesti kesian dan bersikap adil kepadanya. PKR boleh ambil sesiapa saja daripada PAS seperti menerima orang Umno. Tetapi kalau Anwar dan PKR sayang pada KJ, dalam suasana sekarang, mereka patut larang KJ keluar daripada PAS.
    
Bukan kerana sayang dan setia kepada PAS, tapi KJ adalah terikat dengan bai’ah kepada PAS dan besumpah atas nama Allah tidak tinggalkan PAS selagi idah sebagai wakil rakyat belum selesai.
    
Dengan tindakan KJ itu status nikahnya berkecai. Jika ia tidak diselesaikan, dia dan pasangannya tidak boleh balik ke Kelantan. Nanti didatangi pencegah maksiat. Apakah bai’ah yang Almarhum Tok Guru tinggalkan itu bijak atau sebaliknya adalah perkara kedua, tetapi kaum keluarga KJ ada yang mendengar pendapat ketua hakim syariah Kelantan tentang status Waibi yang melanggar bai’ah.
     
Kita tak usah hirau apa penyokong PAS Kelantan kata, tetapi kita percaya kaum keluarga KJ pun tidak senang menerima KJ datang ke rumah bersama pasangannya.
    
Saya tulis ini buka kerana saya geram dengan tindakan KJ, tapi saya kesian padanya, isterinya, rumahtangganya dan kaum keluarganya.
    
PKR mungkin untung dapat seorang MP percuma. Besar mana sangat untungnya jika dibandingkan dengan fitnah yang KJ hadapi gara-gara terlibat dengan bai’ah itu?
   
Sepatutnya PKR peka dengan masalah yang KJ hadapi dan selamatkan dia dan rumahtangganya. Untung berpemimpinkan Anwar ialah dapat memberi nasihat yang baik kepadanya.
   
Jangan fikir PKR terlepas daripada sebarang fitnah. Tidak cukup dengan fitnah yang dihadapi selama ini, ia akan hadapi pula fitnah menerima seorang MP yang dipertikai status nikahnya.
   
Tak usah peduli sangat tentang PAS. Lantaklah apa nak jadi padanya. Tetapi KJ adalah orang yang setia tidak berbelah bagi pada Anwar. Merestuinya menyertai PKR bukan menyelamatkannya, bahkan merosakkan dia dan keluarganya.
  
Orang PAS lain nak masuk DAPkah dan tubuh  parti komuniskah, lantaknyalah. Tapi KJ adalah setiawan Anwar. Jagalah dia.
   
Jika tidak puas hati dengan bai’ah yang PAS buat itu, tanya Sheikh Yusuf Qardawi akan kedudukan bai’ah.
   
Desas-desus KJ hendak lari daripada PAS telah kencang lama. Polemik melanggar bai’ah dan status nikah sudah lama timbul. Rakan KJ patut sudah lama ingatkan dia akan risiko meninggalkan PAS.  
   
Tak usah diungkit betapa KJ tak dapat jadi MP melalui Umno. Dalam PAS dia jadi MP. Tiada peluang itu lagi dijangka melalui PKR. Yang semua patut insaf ialah bagaimana hendak menyelamatkam KJ selepas fitnah rumahtangganya sekarang. Inilah prihatin saya sebagai orang yang kasihkan dia.

Sumber DD - 5-10-2015 


Hingga bersayap anjing, Umno tidak sedia

Posted on Saturday, October 03 @ 10:03:37 MYT by paktam

Oleh SUBKY LATIF

MENGADAKAN persidangan meja bulat bagi membincangkan Pakatan Rakyat yang terbengkalai itu adalah lebih mungkin dihadiri PAS daripada membincangkan PR 2.0.
   
PAS masih sebahagian daripada Pakatan Rakyat selagi ia tidak dibubarkan.

Tahaluf siyasinya hanya putus dengan DAP. PR 2.0 adalah isu baru yang PAS tidak lagi mudah menyertainya seperti mengadakan PR yang ada itu.
     
Untuk mengadakan persefahaman baru berikutan perkembangan politik baru selepas muktamarnya Jun lalu, maka mudah disertainya tanpa merujuknya kepada majlis syura atau muktamar khas.

Semua perkembangan terbaru menyebabkan PAS tidak membuat keputusan tergesa-gesa.
    
Secaya konvensionalnya sebarang hubungan PAS dengn lain-lain parti mesti dibuat oleh Majlis Syura Ulamak. Demikian juga membatalkan tahaluf.
    
Sebelum wujud Majlis Syura, ketika Datuk Asri hendak mengadakan kerajaan campuran dengan Perikatan, ia diputuskan oleh Muktamar Khas. Tahaluf dengan S46 dibuat dan ditamatkan oleh majlis syura.
   
Ada teknikalnya juga sidang meja bulat itu jika ada DAP. PAS kena minta kelulusan muktamar juga tidak kira tanpa bahas atau bahas. Tapi hubungan dengan DAP itu boleh dibuat seperti hubungan diplomatik antara Malaysia, Singapura dan Israel. Malaysia tiada hubungan degnan Israel, tetapi ia boleh berhubung dengan Singapura yang ada hubungan dengan Israel. PKR boleh main peranan seperti Singapara antara PAS dan DAP.
    
Penyertaan Amanah tidak berbangkit. Penyertaannya mesti disetujui oleh semua. Jika PAS setuju barulah ia jadi ahli.
   
Tetapi yang hendak diadakan ialah PR 2.0. Macam Bersih. Ada Bersih 2.0, Bersih 3.0 dan Bersih 4.0. Apakah lepas PR 2.0 nanti ada PR 3.0 pula?
   
PR 2.0 adalah pertubuhan baru. DAP dan Amanah telah sedia menjadi anggotanya. Di luar fikiran kita ia boleh disertai olah PAS sekalipun seluas mana pintunya tidak tertutup atau pintunya tidak ada penutup.
   
Tiada mantiknya PAS dapat menerima keadaan itu. Macam pemberontakan Umno keluar menubuhkan parti baru seperti S46 atau PKR. Jika ia hendak menyertai BN, sehingga bersayap anjing Umno tidak akan sedia. Apabila Tengku Razaleigh hendak masuk Umno semula, dia terpaksa bubarkan S46.
    
PAS tidak akan keluar daripada Pakatan Rakyat. Ia boleh bekerjasama degnan PKR untuk mempertahankan Selangor. Sekalipun DAP masih ada hubungan dengan PKR tetapi PKR boleh teruskan hubungan dengan kedua-duanya secara berasingan. Pembahagian kerusi ikut cara lalu. PAS tidak bertanding di kawasaan DAP dan DAP tidak betanding di kawasan PAS. Ikut kaedah kerajaan Selangor sekarang; selepas muktamar  Jun lalu.
   
Pengundi PAS boleh mengundi siapa yang dikehendakinya dan pengundi DAP bebas mengundi siapa yang dikehendakinya. Jika PAS rasa Pakatan perlu menang dia undilah calon DAP dan demikian juga pengundi DAP. Hubungan putus di peringkat parti, tidak sampai membabitkan pengundi.
    
Ada parti baru yanag mahu bersama, maka ia adalah masalah antara PKR dan DAP. Jika mereka mahu bersama, maka mereka jangan kacau kerusi yang diperuntukkan kepada PAS, atas murah hati PKR dan DAPlah utuk menentukan kerusi mereka.
    
Kalau masing-masing pasang calon bebas pula di kawasan PAS, maka itu namanya hendak menumbangkan yang ada.
   
Apapun penyertaan PAS dalam PR 2.0 menunggu majlis syura bersidang dulu atau adakan muktamar khas. Kita dengar apa ahli muktamar kata. Pada tarikh yang dicadangkan itu, tidak sempat hendak mengadakan sidang.

Sumber DD - 3-10-2015         























Barat diserbu Arab
























SUBKY LATIF | .

SELAMA sekitar lima tahun proksi barat pimpinan Amerika mendalangi perang saudara di Syria dan beberapa wilayah benua Arab, Turki dikira paling teruk menerima kesan. Ia menampung sekitar dua juta pelarian dari Syria.
   
Jordan dan Lubnan ikut menanggung tempias pelarian itu tetapi Turkilah yang paling terkesan hingga ia tidak tertanggung lagi.
   
Barat – Eropah dan Amerika – mulai buntu untuk meredakan perang saudara itu, jauh lagi dari mengamankannya. Mangsa perang di benua Arab termasuk mangsa perang di Afghanistan sudah meninggalkan negara masing-masing, bukan sekadar tidak nampak ada peluang balik ke kampung halaman, bahkan tidak bercadang balik lagi.
   
Pilihan mereka ialah mengadu nasib kepada kuasa barat yang mendalangi peperangan itu. Ratusan ribu menyerbu negara-negara Eropah, tumpuan utamanya ialah ke Jerman dan beberapa kuasa ekonomi seperti Perancis dan negara Scandinavia – Sweden, Denmark dan Norway.
    
Semua sehelai sepinggang meninggalkan wilayah mereka melalui apa saja saluran, merentas lautan dengan bahtera yang tidak sempurna, hingga ada yang karam, berjalan kaki beratus kilometer merentas mana-mana sempadan yang boleh dijejaki.
   
Bukan suatu yang mudah menyeberang sempadan sesebuah negara sebelum tiba ke negara destinasi. Untuk ke Jerman terpaksa melalui Hungary, Austria dan lain-lain. Ada yang lulus dan ramai yang terhalang dan dipaksa pulang ke belakang.
   
Jerman yang sanggup menerima lebih seratus ribu mulai tidak dapat menampung serbuan yang sudah tiba dan yang sedang dalam perjalanan ke sana.
    
Britain sudah menambah, mulanya sedia beberapa belas ribu, sekarang setuju puluhan ribu. Amerika mulanya membisu. Setelah melihat Eropah mulai tidak tertampung baru ia sedia menerima mangsa yang ia ketua dalangnya.
    
Malaysia ada pengalaman didatangi pelarian Vietnam dan Kampuchea selepas Amerika kalah di Vietnam itu. Setiap hari orang hanyut tiba dari Vietnam. Amerika mulanya diam. Tetapi Apabila Dr. Mahathir sebagai Timbalan Perdana Menteri mengugut untuk menembak mana-mana tongkang yang memasuki perairannya, maka baru Amerika datang mengambil mereka.
    
Bila perang Syria tamat tidak diketahui, tetapi berjuta pelariannya sekarang berjalan kaki dan berenang ke Eropah. Apabila negara-negara angkat itu menerima mereka, mereka tidak akan pulang lagi. Mereka akan jadi penduduk baru benua Eropah dan benua Amerika. Yang ke Amerika, ia akan diagih ke Kanada. Apakah Australia dan New Zeland yang suka Amerika itu tidak terfikir untuk menampung sebahagian daripada pelarian itu?
    
Mereka mesti terima sama sahamnya.
   
Kebanyakan bakal penduduk baru dunia barat itu adalah orang Islam. Terfikirkah orang barat untuk menjadi bumi perlindungan kepada orang Islam. Barat kacau orang Islam di negara-negara Islam. Serbuan orang Islam itu pada ketika anti Islam amat kuat di rantau mereka. Macam-macam provokasi mereka lakukan terhadap Islam.
   
Tetapi sekarang Allah hantar orang Islam yang mereka aniaya ke negara mereka. Dalam setengah abad lalu ramai pelarian Islam yang diburu regim Timur Tengah kerana mereka hendak menegakkan semula pemerintahan Islam di negara maasing-masing sudah memenuhi Amerika dan Eropah. Tempias Islam itu sudah pun mereka rasai.
    
Di tengah anti Islam barat itu, warga barat yang tinggi belas dan peri kemanusiaannya, mengalu-alu dan menerima mereka. Yang tiba diberi makan, minum dan pakaian.
   
Mungkin cara Allah hendak meramaikan Islam di dunia barat, digerakkannya hati pembesar barat mengacau bumi dan umat Islam. Dan akhirnya mereka terpaksa bawa balik ke dunia barat mangsa yang mereka ganggu dan ceroboh itu.
   
Tidakkah serbuan itu satu ulangan hijrah Rasul dulu? Akan ada orang putih yang menyambut Muhajirin baru moga-moga menjadi orang Ansar baru. Lagi lama mereka mengacau bumi Islam lagi ramai mereka bawa balik orang Islam ke bumi mereka. – HARAKAHDAILY 30/9/2015

Sumber HD - 30-9-2015

Malang Mat Taib yang ku kasihi
























SUBKY LATIF | .


TIDAK terperi gembiranya apabila Tan Sri Mohamad Mohd Taib memilih PAS apabila dia mengira Umno bukan lagi wadah yang sesuai baginya dan bukan juga wadah yang perlu dipertahankan oleh orang Melayu.
   
Tentulah dia amat arif tentang kerenah dan tidak releven parti itu untuk membela orang Melayu dan mendaulatkan Islam.
   
Dia adalah bekas Naib Presiden Umno beberapa penggal seiras dengan Tun Abdullah Badawi, Datuk Seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yasin pula terkemudian daripadanya.
   
Dia membuat pilihan yang betul apabila menyertai PAS. Bapanya adalah imam dan dia sendiri ada sedikit sebanyak didikan Islam. Islam cara hidup dan wadah yang betul untuk politiknya.

Kemasukannya bukan sekadar PAS adalah wadah yang tepat untuk Islam, tetapi PAS yang diwar-war semasa kemasukannya adalah sasaran untuk semua dan ia diambang ganti Umno sebagai gerakan massa.
   
Apabila dia masuk dalam kumpulan saya, pada saya adalah yang betul dan terbaik, maka saya tadahkan nyiru dan halaman.
   
Saya wajar dan mesti mengasihinya untuk selama-lamanya. Sakit demamnya dalam PAS adalah sakit demam saya. Dia bukan saja rakan dan saudara sebangsa, seagama, bahkan dia saudara sejamaah.

Moga-moga bertambah cerah masa depan PAS dapat bersamanya.
   
Malangnya saya dalam keadaan lemah dan kekurangan, tidak dapat menyambutnya dari dekat dan tidak dapat melayannya. Sepatutnya jika tiada sempat orang lain melayannya, saya mesti gunakan masa dan keupayaan saya yang ada untuk mendampinginya dan memberi apa jua yang diperlukannya dan yang saya terdaya beri. Tetapi saya juga lemah dan mengharapkan orang lain mendampinginya.
   
Amat malang baginya, tidak sempat lama dengan PAS, PAS terperangkap dengan krisis yang bertubi-tubi kerana Langkah Kajang, krisis Menteri Besar Selangor, krisis dengan DAP dan yang lebih buruknya krisis sesama PAS dan konsep kepimpinan ulama dan percubaan pengambil alih pimpinan PAS oleh setengah pemimpin PAS.
   
Saudaraku Mohamad Mohd Taib yang ku kasihi tidak sempat menerima yang manis daripada PAS.

Masanya bersama PAS semasa PAS bergolak. Dia menerima yang pahit saja. Jika orang-orang yang berpuluh tahun bersama PAS mengata PAS sudah pahit, maka bagaimana orang yang belum merasa PAS itu manis percaya PAS itu manis?
   
Tan Sri Mohamad dipercayai tidak datang dipujuk oleh sesiapa. Keindahan yang ada pada PAS itulah yang memujuknya menerima PAS. Malang dia menemui racun sebelum dia sempat menikmati  penawar yang ada pada PAS selama ini.
   
Demikianlah ujian pahit yang dilaluinya dalam PAS. Nasibnya tidak sebagai Salman al-Farisi. Salman mengembara jauh mencari kebenaran. Dia masuk satu wadah ke satu wadah. Dia tidak jumpa manis wadah itu. Hinggalah dia jumpa Islam sebagai wadah yang manis. Tan Sri keluar dari wadah yang pahit, masuk ke wadah yang betul, tetapi diuji dengan PAS yang ketika manisnya berkurangan, bahkan disuap dengan kepahitan.
    
Saya tidak kata dia tidak sabar. Malang baginya dia ikut keluar daripada wadah yang betul bagi mencari yang lebih betul. Tetapi dia tidak ikut kumpulannya yang mengajak dia keluar PAS. Dia pilih wadah pada saya tidak sebaik wadah yang baru ditinggalkannya.
   
Saya tidak kata dia keliru, tetapi semasa dia dalam PAS, orang sesetengah orang PAS keliru dan mengelikan PAS. Amat malang orang ku kasihi itu menjadi mangsa. – HARAKAHDAILY 21/9/2015

Sumber HD - 21-9-2015

Wartawan al-Jazeera tak patut dihalau

SUBKY LATIF | .


STESYEN TV al-Jazeera telah menyiarkan video tentang pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan di dalamnya mengandungi kejadian wartawannya Mary Ann yang melakukan penyiasatan itu ditahan lima jam di airport dan kemudian dihalau ke luar. Dia ke Australia bertemu pula dengan Sirul Azhar Umar yang lari daripada hukuman bunuh atas kes itu.
    
Berikutnya Jabatan Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan Perdana Menteri yang dikaitkan dengan pembunuhan itu mengulangi  dia tidak terlibat.
    
Tetapi PM Najib dan JPM tidak sekadar berdalih tidak terlibat. Sepatutnya ia mengambil langkah berkesan bagi menyelesaikan kes itu terutama yang membabitkannya supaya dapat meyakinkan dan menenang sekalian yang mengikutinya.
    
Apa perlunya wartawan itu disekat dan dihalau sedang dia datang bagi melakukan penyiasatan bagi membantu menyelesaikan kes itu. Jika Najib tidak ada apa-apa, dia sepatutnya membantu wartawan itu mencari apa sebenarnya yang berlaku.
    
Kes itu sudah dibicarakan. Ada orang yang dihukum. Tetapi ternyata keputusan mahkamah tidak dapat menyelesaikan kes itu. Isu itu terus berbangkit dan Perdana Menteri yan tidak disentuh langsung oleh mahkamah, dan berkali-kali menafikan dia terlibat, tetap bebas daripada tohmah yang mengaitkannya.
   
Tambahan pula Najib, polis dan kerajaan tidak dapat menjawab reaksi Sirul atas hukum bunuh terhadapnya tentang ada orang lain menyuruhnya bunuh.
   
Maka tidaklah PM, polis dan kerajaan secara senang menutup fail atas kes itu semata-mata kerana mahkamah yang membicarakan dan membuat keputusan.
    
Membiarkan tohmah itu tidak berjawab, menjadikan ia satu fitnah dan fitnah yang tidak dipadam segera akan merebak luas. Apabila terus diperkata orang, orang akan mempercayainya.
    
Memang sekarang orang yang tidak tergolong sebagai penyokong tegar Najib percaya dengan tohmah itu. Yang tidak percaya penyokong tegas saja. Dan penyokong tegar itu berkurangan setiap hari disebabkan oleh kerenah Najib yang bersambung dari satu perkara kepada satu perkara lain.
   
Jika usaha memaksa Najib berundur berjaya dalam waktu yang terdekat ini, maka tidak ada lagi yang percaya dia tidak terlibat seperti yang selalu dinyatakannya.
   
Jika Najib sudah tidak menjadi Perdana Menteri, maka tidak banyak lagi yang dapat dibuatnya untuk memadam semua fitnah itu. Setakat dia ada kuasa, tidak banyak yang orang dalam negeri dapat dedahkan apa yang sebenar.
    
Terlalu banyak perkara itu yang belum diketahui. Semua cabang kekuasaan dipercayai dan dikatakan melindunginya. Tetapi apabila tidak berkuasa, tiada lagi perisai yang ada untuk melindunginya.
    
Wartawan al-Jazeera datang kerana dia mendengar banyak cerita. Dia mahu memastikan apa yang didengarnya betul atau palsu.
    
Tiba-tiba dia tidak dibenarkan masuk. Tindakan itu telah menyebabkan semua bertanya mengapa dia tidak dibenakan masuk jika tempua tidak bersarang rendah. Dia tidak berpeluang mendapatkan pejelasan daripada Najib dan orang Najib tentang benar dia tidak terlibat. Orang-orang Najib tidak dapat membekalkan apa yang dia mahu.
   
Ke mana-mana dia pergi, orang mengatakan Najib terlibat.
    
Jika Najib jumpa dia dan orangnya sendiri beri penjelasan yang meyakinkan, mungkin betul dia tidak terlibat.
   
Kerana kelemahan orang Najib tidak berani berdepan dan memberi penjelasan, maka al-Jazeera telah menyiarkan skandal itu. Diikuti oleh seluruh dunia. Dibimbangi yang percaya lebih ramai daripada yang tidak percaya. – HARAKAHDAILY 15/9/2015

Sumber HD - 15-9-2015











































Justeru bai’ahnya PAS tak Islam lagi?

SUBKY LATIF | .


JIKA Mufti Pulau Pinang dan Mufti Perlis ada pandangan lain tentang bai’ah PAS yang isinya tertalak tiga isteri orang yang melanggarnya, ia adalah mereka mufti, ada kelayakan, kuasa dan ilmu untuk berbuat demikian.
   
Apakah mereka tepat atau sebaliknya, adalah perkara kedua. Tetapi mereka ada tauliah untuk jadi mufti. Itu pun tidak pula mereka memfatwakan betapa PAS sudah tidak berjuang Islam lagi.
   
Akan yang bukan mufti, di mana mengajinya dan siapa gurunya telah berani membuat kesimpulan, justeru bai’ah yang sedemikian, maka PAS tidak lagi memperjuangkan Islam atau lucut perjuangan Islamnya.
    
Apa yang mereka buat itu adalah kerja mufti, menentukan haram halal, Islamik tak Islamik sesuatu. Sedang negara sendiri menetapkan yang berkuasa membuat fatwa ialah mufti. Orang alim yang lebih tinggi ilmu dan lebih zuhud dari mufti, tiada direstui mengeluarkan fatwa kerana mereka bukan mufti.
    
Dari segi ilmu dan warak mereka boleh dan layak membuat fatwa, tetapi orang-orang di atas berhati-hati supaya orang tertentu saja ditauliahkan menjadi mufti.
   
Mengatakan bai’ah yang PAS buat itu sudah tidak Islam lagi, ramailah yang hendak menjadi mufti atau semuanya hendak menjadi mufti termasuk orang yang melanggar bai’ahnya sendiri.
    
Bai’ah itu hukum atau suatu kaedah hukum dalam Islam. Yang bai’ah hingga isteri tertalak tiga itu dibuat oleh ulama PAS yang badan tertingginya ialah Majlis Syura Ulama. Mereka mengaji tinggi belaka. TG Nik Aziz, Mursyidul Am semasa bai’ah itu dibuat adalah seorang yang pernah dibayangkan oleh kerajaan Kelantan boleh jadi mufti, justeru Almarhum berpolitik maka tidak berbangkit lagi perkara itu.
    
Anggota lain Majlis Syura Dr. Haron Din, Dr. Mahfudz, Almarhum Tan Sri Azizan Razak, Dr. Daeng Sanusi Mariok adalah bekas pensyarah Islam di UKM, UM dan UIA. Ramai murid jadi ulama kalau tidak kelas tinggi, kelas sederhana. Jangan dikira TG Haji Hadi Awang yang Syeikh Yusuf Qardawi percaya ilmunya bagi menjadi timbalannya dalam badan ulama antarabangsa. Demikian juga Almarhum Datuk Fadzil Noor, Ustaz Harun Taib dan Ustaz Yahya Othman yang kesemuanya berbai’ah semasa menjadi calon pilihan raya.
    
Apakah mereka tidak tahu bai’ah itu dibenarkan. Masing-masing menghabiskan usia, tenaga dan harta berjuang dalam PAS bagi memperjuangkan Islam, maka mungkinkah mereka membuat perkara yang membatalkan perjuangan Islam PAS itu?
     
Mufti-mufti yang ada pandangan lain bai’ah itu pun tidak berani mengatakan perjuangan Islam PAS sudah batal, maka semua orang yang tidak mengaji atau mengaji sekejap, berani membatalkan perjuangan Islam PAS itu.
    
Bai’ah yang dibuat di Kelantan itu dibenarkan oleh TG Nik Abdul Aziz. Tidak dibantah sekian ulamanya, bahkan tidak dibantah oleh sekalian ahli PAS termasuk yang menjadi calon dalam pilihan raya.
    
Orang-orang profesional yang jadi pimpinan PAS Pusat pun tidak membangkitkan dalam mesyuarat. Jika ada yang berpandangan lain tentangnya ialah sesudah adanya isu bai’ah itu dilanggar oleh yang berbai’ah.
   
Saya tidak nampak ahli-ahli ilmu terdebat tentang fiqah politik Islam mengenai bai’ah itu. Jika sesiapa bercadang unuk menjadi mufti bagi membahasnya, eloklah mereka mengambil cuti bagi menguasai ilmu Islam. Sesudah layak bolehlah jadi mufti mendebat isu ini. Jika tidak, mereka bukan jadi loyar buruk tetapi ada pula mufti buruk. – HARAKAHDAILY 13/9/2015

Sumber HD - 13-9-2015

Pak Belalang, siapa derma 2.6 bilion?

SUBKY LATIF | .

SEBELUM tidur asyik memikirkan siapa dan Raja Arab mana yang begitu murah menderma Perdana Menteri Najib 2.6 bilion?

Setelah terjaga saya teringat mimpi tengok filem Nujum Pak Belalang arahan P. Ramlee. Original filem itu mengkisahkan Belalang, anak Pak Belalang membongkar jawapan teka teki antara dua anak itik, yang mana jantan dan yang mana betina dan persoalan jantan kahwin satu, kahwin dua, kahwin tiga dan kahwin empat.
   
Dalam mimpi itu Pak Belalang diberitahu anaknya, pihak mana yang menderma 2.6 juta itu. Raja Arabkah? Anak raja Arabkah? Atau saudagar atau Qarun Arab mana yang amat murah yang memberi derma berbilion itu?
   
Baik Raja Arab atau anak raja Arab atau Qarun Arab dikira orang yang tidak berapa betul otaknya sanggup menderma begitu banyak duit kepada seorang Perdana Menteri.
   
Dan kalau otaknya betul, siapa yang banyak sangat duit? Biasanya orang berderma cuma sebahagian  kecil saja daripada asetnya. Jika zakat hanya 2.5 peratus saja. Adakah orang berderma sampai 15 atau 20 peratus daripada kekayaannya?
   
Kata P. Ramlee dalam filemnya, ‘Jarang....., jarang!’
   
Pernah ada pembesar Arab beberapa belas tahun lalu, Muammar Ghadafi yang memerintah minyak Libya, begitu murah memberi duit kepada orang yang dikehendakinya atau memberi pinjam sebanyak-banyak yang diminta.
     
Contohnya, Tunku Abdul  Rahman Putra hendak membina bangunan Perkim berjuta-juta, awal tahun 70-an dulu. Sebut saja, Ghadafi pun beri. Kemudian datang pula Tun Datu Mustapa yang dicalonkan oleh Tun Razak menjadi Menteri Pertahanan. Dia minta puluhan juta pinjaman selama 25 tahun bagi melengkapkan sistem pertahanan negara.
   
Hari itu juga Ghadafi setuju beri tetapi tidak jadi diambil kerana Tun Razak dikatakan tidak suka pertahanan canggih takut dikata berlumba-lumba dalam persenjataan.
   
Suatu masa datang seorang Presiden Afrika, jika tidak silap beragama Kristian. Entah apa dia dan Ghadafi runding, Presiden Afrika itu masuk Islam. Dia diberi sekitar 10 juta oleh Ghadafi. Bila dia balik ke Afrika, duit dia sapu, dia murtad; kembali ke agama asal.
   
Jika ada orang macam Ghadafi, mungkin dia yang beri derma itu. Itu pun belum tentu.
   
Seorang putera Saudi yang menjadi duta besar ke Amerika. Pernah menawarkan sumbangan 10 juta USD kepada Gabenor New York selepas menara kembar Pusat Dagangan Dunia dilanggar kapalterbang. Gabenor New Yok menolak tawaran kerana tidak mahu pencerobohan yang mengorban ribu jiwa diganti dengan duit.
  
Tetapi tawaran besar itu sekadar 10 juta saja. Tidak sampai 2.6 bilion. Siapa hendak bagi duit berguni-guni kepada seorang pemimpin yang suka bermewah-mewah dan isterinya juga suka berbelanja besar.
   
Tak tahu ke mana pergi derma itu. Banyak mana sangat yang digunakan untuk tujuan derma itu diberi. Takut duit habis untuk tujuan lain.
   
Memang ramai raja dan saudagar Arab yang pemurah suka berderma, terutama kerana kebajikan dan perkembangan Islam. Ada orang Arab berbelanja besar untuk Islam. Tetapi 2.6 bilion adalah jumlah yang luar biasa. Raja Arab yang gila saja derma sebanyak itu.
   
Habis pada pandangan anak Pak Belalang yang berderma itu bukan mana-mana Raja Arab tetapi penderma murah itu ialah 1MDB. Ia lebih pemurah daripada sekalian anak raja Arab.
   
Mimpi saya itu dekat subuh. Biasanya mimpi hujung malam adalah rasukan syaitan. Mimpi masa itu tidak boleh dipercayai. – HARAKAHDAILY 12/9/2015

Sumber HD - 12-9-2015























Hubaya-Hubaya Meremeh Bai’ah

Posted on Thursday, September 10 @ 12:00:56 MYT by paktam

Oleh : Subky Latif

AMAT memilukan betapa antara orang yang ditarbiyah bertahun-tahun meremehkan bai’ah yang setiap calon PAS amal selama ini. Ia sudah diadakan sebelum era kepimpinan ulama dan diteruskan setelah konsep kepimpinan ulama diwujudkan. Tiada siapa dalam PAS mempertikainya dan tidak ada calon yang menolaknya.


Tidak ramai yang masih hidup tahu bagaimana ia bermula. Tetapi PAS ada pengalaman apabila kerajaannya yang pertama di Terengganu ditumbangkan awal 1960-an apabila beberapa Adunnya menyokong undi tidak percaya kepada Menteri Besar Mohd Daud Abdul Samad yang diusulkan oleh Adun Perikatan, Ibrahim Fikri. Jemaah Islam itu mengira ia satu pengkhianatan. Ahli dan penyokong bertungkus lumus, berhabis menegakkan kerajaan yang pertama itu, ia tumbang oleh wakil rakyat yang tidak setia.

Mengutuk orang meninggalkan parti tidak berguna. Yang penting ialah membendung perbuatan yang tidak bermaruah itu. Cara terbaik ialah memperkenalkan bai’ah kepada calonnya. Antara kandungan bai’ah ialah mereka akan dilaknat Allah jika khianat. Kebelakangan ini ada yang menambah tertalak tiga isterinya. Ia tidak sekadar calon biasa, bahkan pemimpin dan tok guru melafazkan bia’ah itu.

Yang dikira khianat itu bukan calon yang menang saja, malah ada calon lari semasa kempen menyebabkan masuk pilihan raya dengan calonnya hilang. Mungkin yang meninggalkan PAS itu kerana marahkan ketua parti, tetapi ketika kerajaan PAS Terengganu tumbang itu ketua parti ialah Dr Burhanuddin alHelmy dan Prof Zulkifli Muhammad yang tidak pernah dicela oleh ahli PAS dulu dan sekarang.

Tiada calon yang membantah. Setengah calon masa dulu dipaksa jadi calon, tetapi tiada paksa berbai’ah. Mereka diberi pilihan berbai’ah untuk menjadi calon. Jika mereka kira ia dipaksa, mereka boleh tarik diri dari bertanding. PAS boleh gantikan dengan calon lain. Tidak ada yang menolak bai’ah.

Ada mufti dari Perlis dan Pulau Pinang mengira bai’ah hingga tertalak tiga isteri tidak laku di sisi agama. Maka pandangan mufti dijadikan sandaran bagi wakil rakyat dan setengah pemimpin untuk berpisah dengan PAS. MP dan Adun tidak merasa perlu meletak jawatan setelah meninggalkan parti. Ia dirasakaan tidak khianat, tidak tertakluk dengan laknat yang pernah dilafazkan dan tidak tercerai isterinya.

Bagus dan bertuahlah kiranya ia tiada apa atau tidak laku. Tetapi kalau laku seperti yang hakim syariah Kelantan kata, macam mana. Saya teringat tentang perli seorang mahasiswa terhadap rakannya yang tak tinggal solat dan puasa. Bagaimana dengan solat tunggang-tonggeng setiap hari, bila mati, tiada neraka dan tiada syurga. Jawab kawan itu, jika tiada syurga dan neraka, dia tidak apa-apa. Bagaimana kalau ada? Ia tidak rugi, sebaliknya yang tidak solat dan tidak puasa akan rugi. Terdiam orang yang meremehkan syurga dan neraka itu.

Jika bai’ah itu laku orang yang dikira khianat itu akan berdepan dengan laknat dan isterinya tercerai. Jika dia tidak percaya bai’ah itu laku, dia akan bersekedudukan dengan jandanya secara tidak sah, justeru perkahwinannya sudah terbubar.

Cerai itu pula talak tiga. Untuk berbalik semula, janda itu kena kahwin lain dulu. Kalau suami isteri itu tidak mahu bercerai, maka Waibi akan kehilangan isterinya terus. Ada sistem yang menggunakan Cina buta. Yang jantan mengambil upah. Lepas nikah dicerainya. Tetapi pandangan masyhur ulama, Cina buta itu tidak laku. Macam nikah mutaah yang diamalkan oleh Syiah dulu.

Ada yang mengira pelanggaran bai’ah itu dapat ditebus dengan memberi makan sejumlah orang miskin. Adakah terhapus pantang itu dengan memberi makan saja sedang kerusi yang dibawa lari tidak dipulangkan? Atau tidak gugur talak? Jika menjamu makan dibolehkan, maka ini ertinya dia mengakui pelanggaran telah dilakukan. Jika pelanggaran itu diakui, tidak memadai sekadar menjamu makan, tetapi dia mesti menyatakan penyesalan dan minta maaf kepada sekalian yang terlibat, pulangkan balik kerusi dan mengaku tidak akan mengulanginya lagi. Atau kembali semula ke pangkuan PAS, taubat dan kemudian berjamu. Tetapi sekadar mengaku taubat, tidak minta maaf, tidak menyesal, sama seperti orang mengaku taubat, lepas itu dia terus langgar taubatnya.

Mungkin juga pendapat dua mufti itu laku. Tetapi mufti yang lain diam. Majlis mufti tidak pula membincangkannya. Mufti itu juga ulama. Maka mereka boleh berbeza panangan dengan ulama yang lain. Kemudian orang boleh menimbang pandangan ulama mana lebih kuat. Kita kena tanya mufti yang dua tu dulu. Cara mana pandangan itu mereka buat. Adakah sekadar ilmu yang ada dan kitab fekah yang dibaca dan ada kajian yang luas?

Terutama mufti Perlis yang diketahui seorang warga universiti. Orang universiti biasanya dia ada kajian termasuklah menemui pihak yang ada hubungan berkaitan. Ilmu dan pengetahuan saja tidak cukup. Dia mesti jumpa Majlis Syura Ulama PAS, tanya mengapa mereka buat begitu dan begini?

Apa yang medorongkan Dr Burhanuddin dan Prof Zulkifli dulu buat begitu? Dan bagaimana ulama zaman Dato’ Asri Muda putuskan bai’ah itu?

Macam mana Tok Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, Dato’ Dr Haron Din dan Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang luluskan bai’ah sedemikian. Mufti adalah atas dari kadi dan hakim syariah. Hakim tidak jatuhkan hukum sebelum mendengar kesaksian yang dituduh, peguam bela dan pendakwa. Dalam sejarah ulama rasmi atau ulama yang mendekati umarak tidaklah sama bisanya dengan ulama bebas dan yang tidak makan gaji. Ulama bebas itu menjauhkan diri dari umarak kerana celakalah ulama yang mendekati umarak. Bahagialah umarak yang mendekati ulama tetapi kurang bahagiannya bila umarak itu mendekati ulama yang mendekatinya siang dan malam.

Mufti yang makan gaji luas pengalamannya dengan semua hukum hakam dan pentadbiran yang berkaitan bidang kuasanya. Tetapi mereka tidak ada pengalaman menjaga orang politik. Ulama PAS kaya dengan pengalaman politik dan kerenah orang politik bersamanya. Antaranya ialah menghadapi rakannya yang lari dari jemaah.

Abu Hurairah, Imam Bukhari, Imam Muslim kaya dengan ilmu hadis tetapi tidak sama dengan Sayidina Umar al-Khatab, Ali Abu Talib dan Umar Abdul Aziz yang tidak sekadar mahir dengan ilmunya tetapi mentadbir dengan ilmunya. Para khalifah dan gabenornya tidak sekadar memanfaatkan ilmunya tetapi berijtihad dalam perkara yang tidak ada dalam al-Quran dan hadis.

Itulah lebih ulama yang berpolitik. Apapun pandangan mufti tentang bai’ah itu menjadi rujukan kepada setengah orang PAS yang hendak lari dari bai’ahnya. Jika 50,000 orang tidak menghargai bai’ahnya, besar jasa mereka pada perkembangan politik umat. Mungkin bai’ah itu tidak wajib, tapi samalah ia tidak wajib taklik bagi setiap pengantin laki-laki. Mengapa taklik yang mungkin dikira bidaah oleh setengah orang disyaratkan oleh pentadbiran syarak? Tentu ada muslihatnya.

Hubaya-hubaya meremehkan bai’ah, takut tertipu diri sendiri. Elakkan berloyar buruk. Bukan orang lain yang binasa. Takut kita sendiri binasa

Sumber DD - 10-9-2015        

Syabas Jerman, Austria terima hijrah Syria
























SUBKY LATIF | .


AKHIRNYA beribu-ribu pelarian dari Syria diterima masuk ke Jerman dan Austria dan dijangka puluh ribu lagi akan tiba ke lain-lain wilayah di Eropah seperti Britain, Perancis, negara-negara Skandinavia dan lain-lain.

Selain semuanya terharu terhadap kesengsaraan yang dihadapi oleh pelarian sepanjang pengembaraan dari tanah tumpah darah ke benua Eropah, tentu juga terharu atas sambutan dan penerimaan rakyat awam setiap negara terhadap perkembangan yang juga boleh dikira satu penghijrahan.
     
Hati orang awam dan properjuangan kemanusiaan orang-orang Eropah tersentuh mendadak oleh satu kejadian seorang kanak-kanak tiga tahun ditemui mati tertiarap di pantai di Turki setelah bot getah yang dinaikinya bersama abang dan ibunya dalam pelarian dari Syria ke Turki dipukul gelombang. Ibu dan abangnya juga maut.
    
Tidak ada siapa dapat memikirkan bot getah adalah kenaikan selamat untuk belayar di laut yang terbentang luas dan bergelora. Tetapi hanya itulah kenderaan yang ada. Sekalipun perjalanan itu amat bahaya, tetapi itu saja cara untuk keluar dari negaranya yang jadi neraka sekarang.
    
Syria sudah bukan jadi tempat selamat bagi mereka, bot getah yang juga tidak menjamin keselamatan, adalah harapan terbaik untuk meneruskan hidup.
   
Kejadian atas kanak-kanak mati tertiarap di pantai itu membuka pintu keluar selamat bagi puluh ribu pencari suaka politik di Eropah. Kehilangan jiwa buat ketiga beranak itu tidak sia-sia, justeru sanak sedarah sedagingnya kini diterima oleh rakyat Eropah.
    
Sebelum tiba ke negara tuan rumah dengan bas dan kereta api, mereka dan anggota keluarga terdekat telah berjalan kaki ratusan kilometer dalam perjalanan itu. Lebih menyolok mata antara mereka mengendong bayi yang belum berjalan.
    
Mungkin hijrah muhajirin dari Mekah ke Madinah zaman hijratul rasul itu sudah cukup teruja, tetapi pemergian muhajirin ini antaranya ikut sama pelarian dari Iraq dan Afghanistan juga tidak kurang getirnya.
   
Syukur atas anugerah Allah yang menyelamatkan mereka dan diterima di Jerman dan Austria, serta England yang menjanjikan untuk menerima 15,000 orang. Terima kasih tidak terhingga kepada rakyat yang prihatin di Eropah kerana belas mereka.
   
Sesungghnya pergolakan di negara-negara Arab itu adalah natijah dasar luar anti Islam negara-negara Eropah pimpinan Amerika. Huru-hara itu mereka yang timbulkan. Atas nafsu Amerika dan Eropah setuju Iraq dan Afghanistan diperang dan duduki.
   
Pelaksanaan dasar perang Amerika dan Eropah itu tidak selesai. Perang di Syria itu adalah sambungan daripada sengsara gara-gara perang di Iraq dan Afghanistan itu.
    
Penghijrahan puluh ribuan warga Syria itu adalah balasan dan kesan dasar ganas barat sejak lebih 20 tahun.
   
Yang hijrah itu adalah orang Islam. Mereka masuk Eropah dalam suasana kuatnya sentimen anti Islam dalam kalangan pelampau. Dalam suasana kuatnya anti Islam itu Allah hantar ribuan orang Islam ke Eropah. Suara benci Islam itu seolah-olah tenggelam di tengah penderitaan pelarian gara-gara Syria terbakar oleh semua jenis senjata api.
   
Negara Arab buat apa hingga dengan hati terbuka Eropah menerima penghijrahan itu? Bangsa Arab masih bercakaran.
   
Malaysia tentu berterima kasih pada Eropah tetapi tidak dapat membantu justeru Asia tenggara berdepan dengan kaum Rohingya yang diusir dari tanah airnya di Myanmar. India tidak menerima oang hanyut itu. Thailand jirannya yang terdekat juga banyak masalah. Ketika Eropah memejamkan mata atas isu Rohingya ini, Malaysia dan Asean terpaksa berehsan kepadanya. – HARAKAHDAILY 10/9/2015

Sumber HD - 10-9-2015

Melayu-Islam masih dijajah

SUBKY LATIF | .


MERDEKA yang diproklamir pada 31 Ogos 1957 belum lagi memerdekakan umat Melayu daripada penjajahan asing kerana merdeka itu bagi Islam ialah kemerdekaan aqidah.
   
Ia disetujui oleh semua panelis dalam forum mengenai kemerdekaan anjuran PAS Kawasan Rantau Panjang, Kelantan malam 31 Ogos lalu.
   
Kemerdekaan Sehati Sejiwa yang baru disambut itu dikira PAS sejak mula adalah kemerdekaan separuh masak. Datuk Onn Jaafar menolak kemerdekaan itu kerana ia tidak menjamin kedaulatan dan masa depan Melayu. Tetapi PAS mengiranya separuh masak justeru ia tidak memberikan kemerdekaan aqidah. Dua panelis lagi Datuk Wan Yahya Wan Saleh dan Prof. Abdullah Sudin bersetuju.
   
Saya merumuskan kemerdekaan bagi PAS yang disarankan sejak Dr. Burhanuddin al-Helmy (Gambar) memimpin parti itu kira-kira atas tiga matlamat. Kemerdekaan aqidah, kemerdekaan negara dan umat, dan kemerdekaan berdemokrasi.
   
Kemerdekaan aqidah itu adalah hak semula jadi yang dibawa ke bumi oleh manusia pertama Nabi Adam a.s. sekitar seribu tahun kemerdekaan aqidah terlaksana hinggalah dibangkitkan Nabi Nuh untuk memerdekakan semula. Kemerdekaan aqidah itu hanya dapat dicapai semula dengan landasan banjir besar yang memusnahkan penjajahan syirik dengan mematikan sekalian musyrikin.
    
Demikianlah bertukar ganti penjajahan syirik dengan kemerdekaan aqidah yang dibawa oleh para nabi dan rasul.
   
Menjelang kelahiran nabi akhir zaman, Nabi Muhammad SAW, dunia berada di bawah cengkaman penjajahan jahiliyah. Baginda lahir di tengah keluarga jahiliyah. Setelah diangkat menjadi Rasul baginda berjuang 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah baru kemerdekaan aqidah ditegak semula dengan pembentukan negara Islam di Madinah dan membebaskan Mekah tanpa menumpah darah. Berikutnya Semenanjung Arab, utara Afrika, selatan Eropah dimerdekakan satu demi satu.
     
Alam Melayu terus menerus berada dalam penjajahan jahiliyah Hindu dan Buddha hinggalah Raja Merah Silu di Aceh membebaskan dirinya dari jahiliyah Hindu menjadikan dirinya Sultan Malikussalih dengan menegakkan pemerintahan Islam di Acheh dan Sumatera.
    
Tahun 1409 Raja Melaka pula Parameswara memerdekakan Melaka daripada penjajahan Hindu menegakkan negara aqidah, dalam waku yang singkat kemerdekaan aqidah tertegak di seluruh semenanjung hingga ke Patani dan seluruh  nusantara.
   
Itulah pertama kali dan itulah sekali umat Melayu menikmati kemerekaan aqidah. Bukan saja rakyat beramal dengan ajaran al-Quran dan sunnah Rasul, wilayah ditadbir dengan aturan dan perundangan Islam.
    
Daulah Islamiyyah itu bertahan selama satu kurun. Kedatangan penjajahan feringghi tahun 1511 di Melaka, diikuti kedatangan penjajahan Belanda dan Inggeris, kemerdekaan aqidah, negara dan umat telah dirampas hingga aqidah hanya jadi panduan nikah, cerai dan mati saja.
   
Para ulama bangkit sejak awal kedatangan penjajah untuk mencapai semua kemerdekaan aqidah, wilayah dan umat hingga hari ini belum tercapai.
  
Inggeris terbelenggu dengan piagam Bangsa-Bangsa Bersatu mesti memberikan kemerdekaan kepada tanah jajahannya. Ia memujuk Umno bersetuju menerima kemerdekaan separuh politik atau separuh masak, tetapi kemerdekaan itu tidak termasuk kemerdekaan aqidah.
   
Selepas 58 tahun merdeka bukan saja kemerdekaan aqidah tidak dapat dapat dicapai, bahkan tidak dibenarkan. Kelantan yang sepenuhnya Islam telah menyediakan pelan pelaksanaan pentadbiran perundangan Islam, tetapi tidak dibenarkan.
   
Hanya sekurun dalam tempoh enam kurun dulu Melayu-Islam merasa menikmati kemerdekaan aqidah. Entah bila pula ia dapat ditegakkan semula buat kali kedua. – HARAKAHDAILY 9/9/2015

Sumber HD - 9-9-2015






















Penjajahan sejarah belum merdeka

SUBKY LATIF | .


BILAKAH sebenarnya Malaysia yanag dikatakan merdeka itu mencapai kemedekaan? Adakah dalam tahun 1948 atau pada 31 Ogos 1957?
  
Itu satu soalan yang ditimbulkan oleh peserta forum menilai kemerdekaan negara anjuran PAS Kawasan Rantau Panjang, Kelantan di markasnya pada 31 Ogos lalu.
   
Kekeliruan penanya ialah justeru kelahiran negara merdeka yang dirayakan setiap tahun pada 31 Ogos itu dikenali dengan nama Persekutuan Tanah Melayu. Sedang bumi itu dinamakan Persekutuan Tanah Melayu dalam tahun 1948. Mengapa ia lahir dalam tahun 1948 tetapi baru dikata merdeka pada 31 Ogos 1957? Mengapa kemerdekaan itu tidak dikira bermula dari tahun 1948?
   
Dan apakah kemerdekaan tahun 1957 itu satu kemerdekaan tulin?
   
Ia adalah antara banyak kekeliruan tentang sejarah kemerdekaan negara kita. Masing-masing tidak dapat mengetahui sejarah kemerdekaan yang sebenar disebabkan tidak ada buku sejarah untuk jadi rujukan.
   
Bagi saya segala kekeliruan semua adalah disebabkan sejarah bangsa dan negara ini masih terjajah dan tiada gerakan yang jelas bagi memerdekakan sejarah yang terjajah itu.
  
Yang menuntut  Tanah  Melayu merdeka dan kemudian diikuti dengan Malaysia merdeka dimulai dan dipelopori oleh golongan ulama sebaik saja Melaka mulai ditakluk Feringghi tahun 1511 hinggalah kedatangan Jepun dalam Perang Dunia Kedua bersambung hingga terbentuknya Hizbul Muslimin oleh Ustaz Abu Bakar Bakir sebaik saja Jepun kalah tahun 1945.
   
Pembentukan Pesekutuan Tanah Melayu tahun 1948 itu bagi menggantikan Malayan Union adalah satu percaturan baru penjajahan Inggeris untuk kekal selama boleh sesuai dengan Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu tahun 1945/46 yang menyarankan setiap kuasa penjajah hendaklah memerdekakan tanah jajahannya sesegera mungkin.
    
Dunia selepas perang dunia kedua tidak dapat bertahan lebih lama sebagai kaum penjajah. Di sana sini di semua benua anak jajahan menuntut kemerdekaan. Yang datang semula selepas kekalahan Jepun terpakai juga pergi tetapi ia berpegang kepada dasar yang digariskan oleh Lord Cromer, bekas gabenor Inggeris di Mesir yang mensyaratkan:
   
Mustahil bagi Inggeris memerdekakan mana-mana tanah jajahan barang sesaat jua kecuali setelah lahir satu generasi yang berfikir dan berbudaya seperti kolonial Inggeris. Persekutuan lahir serentak dengan pengharaman parti politik prokemerdekaan termask Hizbul Muslimin dan ramai ulama ditahan.
   
Kebinet Persekutuan Tanah Melayu disertakan dengan anak negeri seperti Datuk Onn Jaafar dan lain-lain yang dipercaya dari satu generasi yang berfikir dan berbudaya Inggeris. Bagi melunakkan pejuang kemerdekaan yang bersama menyokong Dr. Burhanuddin al-Helmy dan lain-lain, supaya tidak meneruskan tuntuan kemerdekaan seperti yang dihendaki oleh ulama dan nasionalis Melayu, kerajaan Persekutuan Tanah Melayu itu menjanjikan kerajaan bersendiri sebelum dianugerahkan kemerdekaan baik dituntut atau tidak dituntut.
   
Inggeris menonjolkan tokoh Melayu yang dikatakan nasionlis untuk menyambung perjuangan kemerdekaan yang dimulakan oleh ulama. Mereka ialah Datuk Onn dan Tunku Abdul Rahman. Mereka diberi laluan untuk mendapatkan kemerdekaan seperti yang Inggeris mahu. Tunku berjaya menewaskan Datuk Onn.
   
Tunku menjadi Ketua Menteri kerajaan sendiri tahun 1955 dan dia disokong Inggeris bagi menerima kemerdekaan seperti yang Inggeris mahukan. Tunku mengekal nama negara medeka itu sebagai Persekutuan Tanah Melayu dan mengekalkan bendera yang Inggeris gunakan sebelumnya.
   
Antara yang dikekalkan lagi ialah negara yang dikatakan merdeka itu ia jadi negara Islam sekular, bukanlah kemerdekaan yang dituntut oleh ulama silam yang mengerakkan kemerdekaan dari awal.
   
Setelah 58 tahun merdeka rakyat hanya mengetahui sejarahnya yang masih terbelenggu penjajahan sejarah. Sejarah dan kemerdekaan sebenarnya hanya dapat diketahui jika penjajahan sejarah itu dapat dimerdekakan. – HARAKAHDAILY 7/9/2015























Sumber HD - 7-9-2015

Mencari kelainan Utusan di helaian Harakah
























M FAQIH | .


TIADA lagi catatan “Anekdot Ahad” yang sering kelihatan di muka surat tujuh Mingguan Malaysia. Sekarang helaian itu diisi dengan komentar “Warung Rakyat”.

Kehilangan kolum itu pernah digegerkan seketika sebelum ini. Pengarang Mingguan Malaysia terbabit pada kolumnya sebelum itu menolak wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun Datuk Seri Najib Razak, sebagai wang Umno.

Tulis Ku Seman Ku Hussein lagi, "bila didedahkan sebagai wang Umno, maka orang Umno memikul biawak hidup."

Catatan itu rupa-rupanya mengundang tidak senang Ketua Pengarah Jasa, Datuk Dr Puad Zarkashi dan Menteri Komunikasi dan Multimedia baru, Datuk Dr Salleh Said Keruak.

Ketika isu itu membahang, Ku Seman menulis Utusan Malaysia bukan jurucakap parti seperti Harakah.

"Saya diberi kebebasan pihak pengurusan dan saya percaya kebebasan itu diberikan oleh Umno untuk mengkritik kerana Utusan berbeza daripada Harakah.

"Harakah merupakan lidah rasmi PAS, manakala Utusan adalah akhbar dan ia perlu bertindak seperti akhbar dan bukannya jurucakap parti," katanya seperti disiar sebuah laman web.

Mengapa tiba-tiba Harakah menjadi perbandingan oleh Ku Seman. Permit penerbitan Harakah diberi nama atas surat berita, tidak jauh berbeza dengan risalah parti.

Utusan Melayu diasas Yusof Ishak melalui duit yang dikumpul pemimpin-pemimpin Melayu di Singapura pada 1938. Ini suatu perbezaan. Di era penjajah setiap penerbitan tidak memerlukan permit.

Sesiapa yang ada wang boleh menerbit akhbar sendiri. Yusof ketika itu Pengurus Utusan Melayu Press Limited. Naskhah pertama Utusan Melayu diterbitkan 29 Mei 1939. Akhbar milik orang Melayu itu bermula di Singapura.

“Ketika itu Lee Kuan Yew bertindak sebagai penasihat undang-undang Utusan. Jadi hampir setiap hari dia datang ke pejabat Utusan.

“Di situ beliau belajar menguasai politik orang Melayu sehingga ramai pekerja Utusan menyertai Parti Tindakan Rakyat,” kata wartawan veteran Subky Latif.

Parti politik termasuk Parti Negara dan Parti Rakyat juga menerbit akhbar sendiri.

Bagaimanapun ujar Subky, selepas negara mencapai kemerdekaan, semua akhbar memerlukan permit daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Selepas itu Utusan dipindahkan ke Kuala Lumpur. Umno menguasai Utusan sehingga Yusof Ishak disingkirkan.

Berikutan itu pekerja-pekerja Utusan melancarkan mogok diketuai Said Zahari pada 1961. Bermula dari situlah Utusan berdenyut nadi Umno.

Biarpun Ku Seman seperti memperlihatkan Utusan sebuah akhbar bebas, namun sejarah yang berlaku tidak dapat dinafikan.

Boleh dikatakan Utusan juga lidah rasmi Umno, seperti juga Harakah yang cuba digambarkan, media milik PAS. 

Harakah juga ada jalur-jalur kebebasan bagi mematang demokrasi dengan cara tersendiri. Berita menegur pemimpin dengan cara beradab tidak disekat.

Mungkinkah Ku Seman menjejaki kolumnis tertentu yang pernah mewarnai Harakah sebelum ini. Shakur Harun dan Dinsman mempunyai gelanggang yang lama di Harakah.

Kelibat segmen di bawah kelolaan mereka juga tidak kelihatan lagi sekarang. Khabarnya mereka mendokong fikrah lain. Mungkin mereka peminat Islam yang diuar-uar progresif.

Begitu juga laman Sastera dan Budaya juga tidak muncul sejak Ogos lepas. Sedangkan ruangan itu ada peminatnya. Harakah perlu mengambil kira pentaksub seni yang mendokong fitrah dibawa pewaris Nabi SAW.

Puisi dan komentar resam hidup setidak-tidaknya dapat dinukil bagi melebarkan pengaruh gerakan Islam di sisi berbeza.

Mahathir murah hati

Kata Subky, tidak mudah bagi menerbitkan Harakah selepas Dr Mahathir Mohamad bermurah hati meluluskan permit selepas dimohon Ustaz Nakhaie Ahmad.

“Saya masih ingat sebelum Harakah mendapat permit, saya diberi peranan menerbitkan risalah PAS. Saya minta ketua-ketua penerangan PAS melanggan beberapa keluaran risalah itu.

“Kita cetak berdasar isu semasa yang berlaku ketika itu. Kalau dalam konteks sekarang seperti isu 1MDB dan wang derma RM2.6 bilion.

“Selepas mencetak risalah khas itu, tiba-tiba KDN memberi permit Harakah. Disebabkan tiada petugas berita saya minta PAS kawasan menghantar sukarelawan untuk dilatih,” katanya ketika berkongsi pengalaman di bengkel merakyatkan media di sini Sabtu lalu.

Antara pemberita yang dilahirkan daripada latihan tanpa bergaji itu kata Subky, termasuk Ahmad Lutfi Othman dan Zulkifli Sulong.

Bagaimanapun selepas ada tenaga pemberita, usaha untuk mencetak Harakah pula berdepan dengan masalah. Tiada pencetak yang sanggup di Kuala Lumpur kecuali kilang milik akhbar Tamil.

Bagaimanapun bagi mencetak edisi kedua, pencetak tersebut pula tidak sanggup. Harakah kemudian mencetak di kilang Poligraf milik seorang tauke kenalan Subky.

Tidak lama kemudian masalah lama muncul lagi. Abim mengambil alih kilang tersebut.

“Pemimpin Abim pula mahu menyemak setiap berita dan rencana yang dimuatkan Harakah sebelum dicetak. Saya mengikut sahaja kehendak mereka.

“Bagaimanapun pada suatu malam petugas Abim tidak menyemak artwork yang dihantar.

“Abim berterus terang tidak mahu lagi mencetak Harakah,” ujarnya.

Berikutan itu Subky terpaksa mencari pencetak lain. Ketika itu jam sudah jam 1 pagi. Pengedar Harakah sudah ramai menunggu di kilang.

Akhirnya ada kilang di Pulau Pinang yang sanggup mencetak Harakah.

Cikgu Ishak Surin diberi peranan membawa artwork Harakah untuk dicetak di Pulau Pinang. Harakah kemudian dibawa pula ke Kuala Lumpur untuk dijual. “Ia benar-benar mengejutkan pemimpin Abim,” ujar Subky.

Ketika Ku Seman mencabar Puad dan Salleh berdebat isu derma RM2.6 bilion kerana gangguan kebebasan berkarya di Utusan, Harakah terus memayung kepimpinan ulama.

Seperti kata William R. Roff - Utusan Melayu menyimpan identiti sebagai akhbar perjuangan orang Melayu.

Tidak kurang juga Harakah. “Rakyat mendapat maklumat alternatif melalui Harakah,” kata Dr Jeniri Amir dari Universiti Malaysia Sarawak. - HARAKAHDAILY 7/9/2015

Sumber HD - 7-9-2015

Perleceh ulama dibimbangi datang 'tulah'

ASLANI M | .


KOTA BHARU: Veteran PAS Subky Latif meluahkan rasa bimbang sekiranya dibiarkan pihak-pihak tertentu memperlecehkan ulama, didatangkan “tulah” oleh Allah Taala.

Kamus Dewan Edisi ketiga 1994 memberi makna tulah sebagai kemalangan yang menimpa kerana melanggar larangan.

Subky berkata pihak itu memperlecehkan ulama dengan pelbagai tohmahan termasuk mahu bekerjasama dengan Umno.

“Pada 1982 saya yang membawa usul di muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat supaya diwujudkan kepimpinan ulama.

“Ketika itu saya sebagai setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat, dan Datuk Mustafa Ali sebagai ketua. Kemudian usul itu kemudiannya dilulus pada muktamar penuh yang diadakan di Bukit Mertajam.

“Usul tersebut dibuat selepas mengambil kira golongan ulama tertindas dalam tempoh begitu lama ketika negara berada di bawah penjajah,” katanya pada bengkel merakyatkan media anjuran Lajnah Penerangan dan Hubungan Media PAS Kelantan di sini semalam.

Bengkel tersebut yang disertai hampir 100 petugas penerangan dari seluruh Kelantan dirasmikan Timbalan Ketua Penerangan PAS Negeri, Dr Md Yusnan Yusof.

Bengkel sehari itu antaranya memuatkan slot penjelasan itu semasa disampaikan bekas Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Wan Ismail Wan Jusoh.

Selain itu peranan media baru oleh Pengarah IT PAS Pusat, Shuhami Embong dan bengkel menulis berita dikelolakan wakil Harakah Kelantan dan Penolong Editor Buletin Darulnaim, Tuan Mohd Nor Yahya.

Turut mengikuti bengkel tersebut anggota Exco kerajaan negeri, Mumtaz Md Nawi dan Adun Chempaka, Ustaz Ahmad Fathan Mahmood, wakil Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat.

Subky juga berkata, cadangan untuk memastikan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden PAS daripada kalangan ulama sudah lama disuarakan.

“Bilangan ahli Majlis Syura yang ada sebelum ini tidak sepadan dengan jumlah ahli PAS yang sudah lebih 1 juta orang.

“Sebab itulah jawatan presiden dan timbalan presiden mesti terdiri daripada ulama kerana mereka memahami agama secara lebih mendalam,” ujarnya.

Beliau yang juga pengasas Harakah menjelaskan usaha menerbitkan akhbar milik PAS itu begitu sukar biar pun setelah diberi izin permit oleh Kementerian Dalam Negeri pada Mac 1987.

Katanya, bagi menerbitkan edisi pertama tidak ada kilang yang sedia mencetak Harakah kecuali sebuah kilang milik akhbar Tamil.

Wan Ismail pula menjelaskan krisis dalaman yang berlaku dalam PAS sekarang adalah ulangan kedua episod yang pernah terjadi sebelum ini.

Menurutnya ada pihak yang terpengaruh dengan kefahaman sosialis cuba mendapatkan kedudukan lebih tinggi dalam hierarki pada muktamar lepas namun gagal.

“Mereka mahu menerapkan konsep sama rata dalam PAS yakni tidak ada kaya dan miskin. Sedangkan kefahaman itu bertentangan dengan Islam.

“Adanya tuntutan membayar zakat memberi makna tiada konsep sama rata dalam Islam. Zakat membolehkan orang kaya membantu rakyat miskin,” katanya.

Beliau juga mendakwa Umno mempunyai rangkaian cyber troopers sehingga lima orang di setiap Dun dengan dibayar gaji tetap bagi memberi imej negetif terhadap PAS dan pembangkang.

Katanya juga kefahaman masyarakat Cina terhadap usaha kerajaan Kelantan melaksanakan Kanun Jenayah Syariah masih tidak rendah kerana sering diberi gambaran negatif oleh media berbahasa Cina. - HARAKAHDAILY 6/9/2015

Sumber HD - 6-9-2015

Kalah segugus justeru pertikai kepimpinan ulama

Posted on Wednesday, September 02 @ 11:29:31 MYT by paktam

Oleh Subky Latif

JIKA segugus bintang politik profesional dalam PAS kalah dalam pemilihan pimpinan dalam muktamar yang lalu bukanlah justeru mereka bukan ulama atau wujud dalam PAS sekumpulan anti profesional.
   
Saya lama dalam pimpinan PAS bahkan sepanjang jadi pimpinan PAS itu adalah di bawah kepimpinan ulama. Tidak pernah berbangkit isu ulama dan bukan ulama dalam setiap pemilihan


Tetapi perwakilan sentiasa matang. Masa itu Jawatankuasa yang dipilih 12 orang. Biasanya seimbang yang terpilih antara ulama dan profesional. Kadang-kadang sama banyak enam-enam. Kadang-kadang tujuh ulama, lima profesional. Atau tujuh profesional lima ulama.
    
Mustafa Ali bukan ulama tetapi bertahun-tahun dia jadi Ketua Dewan Pemuda dalam era kepimpinan ulama. Ramai bukan ulama dalam Dewan itu. Ulama seperti Ustaz Hadi dan Ustaz Nakhaie Ahmad , Ustaz Abu Bakar Chik berketuakan dia.
    
Saya bukan ulama tetapi pernah mendapat undi terbanyak dalam pemilihan, kedua terbanyak dan biasa lima teratas. Dua kali jadi Pesuruhjaya Wilayah dan antara yang lama. Ramai ulama dibawah saya. Saya tidak pernah jadi imam tetapi ulama di bawah saya tidak pertikai saya. Sebabnya saya tidak pernah ragu tentang kepimpinan ulama.
    
Semasa Dewan Pemuda tahun 1982 mengusulkan kepimpinan ulama itu kita tahu akan keupayaan politik dan kepimpinan ulama itu. Keupayaan sekarang pun kira-kira sama tetapi konsep itu diketengahkan sebagai satu usaha bagi mendaulat dan memperkasakan ulama yang telah diserang penjajah sejak 500 tahun lalu.
    
Orang masuk PAS masa itu bukan untuk menjadi pemimpin tetapi untuk bekerja kerana Islam bagi mendaulatkan Islam. Dan ulama adalah satu institusi yang Allah dan Nabi-Nya muliakan, maka memuliakan ulama itu moga-moga mendapat syafaat Allah dan rasul-Nya. Dengan iman semua orang kepada Allah dan Rasul-Nya, mereka duduk di bawah pimpinan ulama, krisis dan kelumpuhan PAS selepas ditendang BN dapat dipulihkan dan ia jadi parti yang disegani.
    
Cara Allah untuk memertabatkan PAS itu ditimpakan-Nya banyak masalah pada Umno dan BN. Menonjol PAS sebagai wadah layak ganti Umno.
     
Allah matikan ramai ulama awal yang meladani kepimpinan ulama itu. Haji Yusof Rawa, Ustaz Fadzil Noor, Haji Yahya Joned, Ustaz Yahya Othman, Ustaz Harun Taib dan yang terakhir mati TG Nik Abdul Aziz. Generasi itu yang tinggal TG Haji Abdul Hadi.
    
Selama lebih 20 tahun konsep itu berjalan tiada siapa persoal konsepnya. Semua kira Majlis Syura Ulamak dan beberapa pimpinan ulama dalam PAS Pusat itu adalah kepimpinan ulama. Selepas Ustaz Fadzil meninggal mula timbul dalam kalangan PAS untuk menjadi ganding kepada TG Haji Hadi. Ulama yang ada dirasakan tidak menonjol. Maka lahir idea gandingan Ustaz Hadi tidak semestinya ulama. Politikus profesional yang bukan ulama wajar diberi peluang menjadi Presiden dan Timbalan Presiden dan konsep kepimpinan ulama itu memadai Majlis Syura Ulamak.
    
Yang konservatif dan tidak progresif seperti saya mengira konsep itu tidak memadai Majlis Syura saja. Ia mesti meliputi Majlis Syura dan Presiden serta Timbalan Presiden. Ia menjadi polemik.
   
Ada yang mahu menstruktur semula kepimpinan ulama. Antaranya muktamar 2009 wakil Pahang ke muktamar menyeru supaya konsep kepimpinan ulama ditukar menjadi kepimpinan Islam saja supaya ia memberi peluang kepada bukan ulama jadi pemimpin.
  
Bermulalah pertembungan zahir golongan progresif dan tidak. Bercemperalah muafakat ulama dan profesional. Yang progresif mahu mengantikan ulama kerana ia dikatakan lemah. Proulama pula bangkit menentang yang mengaku progresif. PAS terbagi dua. Yang tak ulama dipercayai tidak mengundi ulama, yang proulama tidak undi yang progresif dan profesional.
   
Kerana proulama lebih ramai, segugus yang progresif itu kalah....


Sumber DD - 2-9-2015
























PAS ditakwil tak peduli isu rakyat?

Posted on Tuesday, September 01 @ 16:27:05 MYT by tokdalang

Oleh Subky Latif

ANTARA yang ditakwil golongan pemisah ialah PAS mengutamakan soal hukum seperti pelaksanaan jenayah syariah tetapi tidak peduli isu rakyat.Ia dikatakan tidak seperti sekutu Pakatan yang lain yang sentiasa ke depan dalam isu rakyat seperti keadilan sosial, antirasuah, membela nasib pekerja dan peduli dengan nasib orangorang yang tertindas.

Justeru, ia dikatakan anak muda tidak mendekati PAS dan orang suka merujuk kepada lain-lain parti bagi pendapatkan pembelaan.


Kita boleh terima kritikan itu tetapi ia bukanlah menghalalkan setengah pimpinannya untuk berpisah dan mengadakan kumpulan lain.

Jika PAS dilihat menonjol dengan isu hudud dan dapat membentang enakmen jenayah syariah di Kelantan dan Terengganu dan masih berhempas pulas untuk melaksanakannya di Kelantan, ia bukanlah itu saja diperjuang oleh PAS tetapi terserlah tentang itu justeru ia tidak diperjuangkan oleh pihak lain.

Bahkan ia ditentang oleh semua parti dan semua parti berkerumun untuk mengetuk kepalanya bila pelaksanaan hukum syariah itu berbangkit.

Bukan itu saja yang PAS peduli, yang lain pun ia peduli sama. Cuma pasang surut terhadap peranannya dalam setiap isu bergantung pada keupayaan dan kepintaran setiap kepimpinan yang mengisi PAS itu dari masa ke semasa.

PAS itu sejak mula ada berbagai lajnah prorakyatnya, tidaklah sekadar parti dakwah dan tarbiyah saja.

Ia ada lajnah buruh, lajnah pertanian, pengguna, undang-undang, pelajaran, ekonomi dan lain-lain.
Setiap yang terpilih dan terlantik duduk dalam jawatankuasa PAS diberi portfolio masing-masing.

Bukanlah PAS itu terserah sepenuhnya kepada presiden dan Mursyidul Amnya saja untuk mengidupkan PAS. Mursyi-dul am dan presiden itu masing- masing hanya ada dua tangan, tidak seperti setengah patung berhala yang banyak tangan. Dengan tangan dua kerat itu terhad keupayaan bekerjanya.

Bagi menangani kerja parti yang banyak itu maka ia tangan pimpinan yang lain memikir, merancang dan menggerakkannya.

Baik Dr Burhanuddin al- Helmy, Dato’ Asri Muda, Haji Yusof Rawa dan lain-lain tidak pernah mereka mencegah lajnah yang ditubuhkan itu untuk merancang kegiatan masing-masing.

Apakah setiap yang menjadi presiden itu acap mengaudit apa yang lajnah buat, apa programnya dan apa dicapai adalah satu hal yang lain tetapi pengerusi lajnah ada hak dan autonomi untuk menghidupkan lajnahnya.

Tidak ada timbalan Presiden dan naib-naib presidennya tidak memegang lajnah. Saya tidak pernah jadi timbalan presiden dan naib-naib. Sebagai ahli jawatankuasa pusat biasa saya pernah pegang lajnah dan duduk dalam beberapa lajnah. Saya tahu banyak yang saya boleh buat bagi menjadikan PAS parti yang peduli semua perkara.

-Saya tidak mahu kata apa yang saya sudah buat, tetapi amat minimalah keupayaan dan pencapaian saya. Jika pencapaian saya terhad tidak bolehlah saya letakkan kelemahan saya itu kepada PAS, kata PAS tidak buat itu dan tidak buat ini.

PAS sudah bagi kebebasan pada saya unuk mengisi semaksimum mungkin program yang berguna untuk PAS dan untuk semua.

Dengan kelemahan saya iu maka saya salahkan diri saya sendiri, malanglah PAS kalau atas kelemahan saya itu saya pindahkan sebagai kelemahan PAS.

-Saya tahu kelemahan saya, saya berundur. Saya tidak atasi kelemahan itu dengan menubuh parti baharu.

Kalau saya tubuh parti baharu bukanlah mustahil saya mengulangi kelemahan yang sama. Kalau saya tak mampu buat apa-apa dalam parti yang ada, tidak beserti kita boleh buat banyak dalam parti yang baharu.

Saya akui Mazlan Aliman yang PAS beri tanggungjawab mengepalai lajnah tanah. Tiada siapa dalam PAS ajar dia buat itu dan buat ini dalam lajnahnya. Bahkan presiden pun tidak sediakan pelan perancangan komprehensif tentang hal ehwal tanah. Dia sendiri dengan rakan-rakannya membentuk pelan kerja, kita dapati dia kadang-kadang lebih tahu banyak masalah tanah dari menteri yang jaga tanah.

Dato’ Mahfuz Omar jadi pengerusi Lajnah Pengguna. Dia ada rangkaian dengan banyak persatuan pengguna. Sekalipun dia tidak buat satu badan pengguna seperti CAP dan Fomca, tetapi dia manfaatkan maklumat dan khidmat badan pengguna itu bagi membela kepentingan pengguna keseluruhannya.

Kita tidak tahu siapa ajar dia tetapi dia tampil dengan satu gerakan memantau segala yang berhubung dengan jalan raya dan lebuh raya. Denda ekor dan kamera mengesan laju kenderaan jadi sasarannya.

Goncang sistem kroni menindas pengguna lebuh raya oleh kerja kumpulan.

Dia tidak minta mandat PAS dan presiden untuk membuat semua kegiatan, tetapi tanggungjawabnya seorang dari pimpinan PAS untuk mengiklankan PAS tentang peduli PAS atas kepentingan orang ramai khususnya orang yang tertindas.

Mazlan dan Mahfuz tidak kata kgiatannya itu adalah kegiatan peribadi. Itulah kegiatan baik yang mereka dapat sumbangkan kepada PAS dan Islam sebagai pemimpin PAS.

Yang lain-lain pun buat kerja juga, tetapi Mazlan dan Mahfuz adalah contoh dapat memanfatkan keberadaan mereka dalam PAS bagi menjadik perhatian umum.

Kita jangan lupa apa yang al-Marhum Ustaz Abu Bakar Chik buat sebagai ketua Dewan Pemuda mengasas dan menggerak Unit Amal dan Pasti. Setiap demonstrasi Bersih mendapat liputan penuh anggota Unit Amal dari seluruh negara. Nyonya tua yang menyertai tunjuk perasaan Bersih sentiasa terdedah kepada tindakan polis kebanyakan mendapat perlindungan khidmat Unit Amal.

Mereka mencari dan berlindung di tempat yang ramai Unit Amal, bagi mendapatkan perlindungannya apabila keadaan cemas berlaku. Semua tahu dan bangga dengan khidmat Uni Amal itu. Ia terkenal sebagai satu khidmat pada masyarakat.

Beberapa kegiatan PAS itu adalah bukti PAS boleh tangani apa jua khidmat sosial jika setiap pemimpin yang diamanahkan memimpin lajnah dapat merancang program dan memberi khidmat kepada masyarakat.

Boleh semua pihak mentakwil keupayaan PAS mengurus parti. Tetapi tanggungjawab menjayakan kerja parti itu sekali pun peranan besar pimpinan utamanya, tetapi kejayaan sesorang jeneral atas bantuan dan sokongan setiap ketua unit di bawahnya.

Dalam Islam tanggungjawab dan pahala atas setiap khidmat sama saja antara panglima dan soldadu awam.

Jika yang diamanahkan untuk memantau dan menggembleng demokrasi, tidak memadai ia merancang dan berjaya mengadakan demonstrasi besar beberapa kali dalam masa lima tahun, tetapi tanggungjawabnya ialah menghidup demokrasi itu dalam hati setiap orang dan semua aspek berhubung demokrasi termasuk memikirkan mengadakan institusi menyuburkan demokrasi. Ia mesti digerakkan dari ilmu dan pengetahuan tentangnnya hingga bagaimana ia dapat menjadi darah daging semua orang.

Nabi tidak termasuk pakar dalam pertanian, tetapi baginda mengamanahkan pakar pokok kurma memastikan hasil kurma memenuhi permintaan pada zamannya.

Yang dikatakan kolektif itu ialah tidak bergantung pada satu orang, tetapi semua orang mesti berperanan mengikut keupayaan masing-masing.

Mungkin kita berpandu kepada pengalaman bekas Perdana Menteri (kini Presiden) Turki, Recep Tayyip Erdogan. Erdogan tidak meninggalkan partinya.

Tetapi mereka tidak ada parti. Dia tidak menyertai parti yang rakan-rakannya baru rancang. Dalam kekosongan itu dia buat parti. Tiada dalam sejarahnya dia keluar parti.

Sumber DD - 1-9-2015

Hudud: Umno bukan tipu PAS, tapi tipu Allah
























SUBKY LATIF | .


ATAS apa sebab jua Umno telah mengaku pada PAS, ia bersedia menyokong Kelantan melaksanakan enakmen hudud kira Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 2 dipinda.
    
PAS pun bersangka baik, moga-moga ia satu peluang untuk melaksanakan apa yang sudah tertangguh kira-kira 20 tahun itu.
    
Bukanlah itu betul bendul macam Pak Pandir, percaya sangat pada Umno. Tetapi mana tahu jika Umno kali ini berjurus. Maka Dun Kelantan membentangkan pindaan. Kesemua Adun BN menyokong.
    
Tetapi atas masalah mereka sendiri, kerajaan BN enggan membentangkan perkara itu di Parlimen. Alternatifnya ialah PAS sendiri mmbentangkannya sebagai usul persendirian. Sudah beberapa kali Parlimen bersidang, usul persendirian PAS belum jadi agenda Parlimen.
    
Ada orang kata PAS ditipu Umno lagi, termasuk orang PAS yang tidak yakin Umno berjurus atas isu itu merasakan PAS sudah ditipu Umno. Dan jika usul itu dapat dibentang di Parlimen belum tentu ia disokong oleh Umno.
    
Ketua penyokong kerajaan di Parlimen, Tan Sri Shahrir Samad telah membayang, ia tidak mandatori bagi Umno/BN menyokongnya. Inividu Umno boleh memilih menyokongnya ataupun tidak menyokongnya. Perdana Menteri dan menteri yang berjanji pada PAS dulu Datuk Jamil Khir Baharom membisu.
    
Boleh dikira kenyataan Shahrir itu yang mungkin jadi sikap Umno. Maka bolehlah sekarang orang mengira pemimpin PAS sudah ditipu Umno.
    
Kiranya betul Umno tipu PAS, apakah PAS kecewa dan putus asa? Dan menyesal mempercayai janji Umno dulu?
    
Tidak wajar kecewa jika Umno tidak menunaikan janjinya. Percaya kita pada janji Umno itu tidaklah sama percaya kita kepada pada janji Allah dan Rasul-Nya. Percaya kepada Allah dan Rasul itu justeru iman. Percaya kepada manusia bergantung kepada keadaan. Tetapi apabila ada hamba Allah menyatakan hasrat untuk menyokong sesuatu baik khususnya atas perkara Islam, tidak  wajar tidak mempercayainya seratus peratus.
    
Adakah Rasulullah SAW percaya 100 peratus kepada musyrikin Quraisy dalam perjanjian Hudaibiyah tidak akan mengkhianatinya? Adakah baginda yakin sangat pada munafiqin pimpinan Abdullah bin Salul yang berjanji untuk bersama dalam perang Uhud? Tetapi baginda tidak menyatakan kepada mereka segala yang dijanji itu tipu belaka.
    
Dalam suasana itu baginda berani memberi harapan dan menyembunyikan keraguan. Mana tahu kalau pintu hatinya sudah terbuka.
   
Percubaan mempercayai Umno itu justeru akar umbi Umno mahukan hudud. Sebelum hudud yang PAS sebut itu dikira hudud PAS saja, bukan hudud yang Allah perintah. Sekarang sudah ada Umno yang yakin hudud PAS itu hudud sebenar. Kita terima janji itu kerana menghormati Umno akar umbi menyatakan mahukan hudud. Jika PAS tidak menghormati mereka, maka nanti rakyat atas pagar yang beriman kepada hudud akan menempelak PAS tidak mahu melaksanakan hudud yang sudah Umno kata kehendaki. Fitnah tidak mempercayainya lebih besar daripada fitnah mempercayainya.
   
Apalah ruginya PAS jika ditipu Umno? Banyak contoh dalam ajaran Islam betapa orang munafik kata sesama sendiri mereka tipu Nabi. Ramai kata Nabi berbohong. Mereka bukan tipu Allah dan Nabi-Nya tetapi mereka tipu diri sendiri.
   
Jika Umno tipu PAS, seronok sangatkah dapat menipu PAS? Mereka bukan menipu PAS tetapi mereka tipu diri mereka sendiri.
    
Dengan tunjuk percaya pada janji Umno itu bukan satu isyarat bagi PAS masuk dan menyokong Umno. Sekalipun Umno beri matahari di tangan kanan PAS dan beri bulan di tangan kirinya, untuk  tunduk pada Umno tunggulah anjing berkepak. – HARAKAHDAILY 29/8/2015

Sumber HD - 29-8-2015

GHB: Iktibar perpecahan mujahiddin Afghanistan

SUBKY LATIF | .


SAYA tidak dapat menangkap maksud penaja pemisahan daripada PAS menimbulkan perpecahan Mujahidin Afghanistan semasa melawan pencerobohan Soviet Union dan selepas pengusiran Soviet dengan masalah rumahtangga PAS hingga mahu menggantikan PAS.
    
Mengapa mereka mahu berpisah tentulah ada kritiknya terhadap PAS. Tetapi dalam ruang yang diberi akhbar, apa yang mereka kritik PAS dan apa perlunya parti baru, menyebutkan kritik tepatnya tentang perpecahan PAS tetapi lebih mengkritik Mujahiddin Afghanistan dan pentadbiran Taliban.
    
Kelemahan Mujahiddin dan kekerasan Taliban itu telah banyak orang tahu dan apa yang hendak disampaikan tentang kelemahan di Afghanistan itu dengan krisis PAS yang mereka adalah antara pelakonnya?
    
Mujahiddin dikatakan mampu mengusir penceroboh Soviet yang lebih perkasa dan bersenjata canggih. Tetapi perpecahan sama sendiri gagal mengisi kemenangan hingga kerajaan merdekanya dikalahkan oleh Taliban yang kurang pengalaman serba serbi daripada mereka. Taliban pula mengisi kerajaannya  dengan pelaksanaan syariah tanpa tolak ansur hingga mereka letupkan rumah berhala purba Buddha yang amat disayangi oleh dunia.
    
Kritikan secara umum itu lebih mengkritik gerakan Islam di Afghanistan dari apa yang mereka tidak senang daripada PAS.
    
Semua setuju bencana yang membinasakan Mujahiddin ialah mereka tidak bersatu. Perpecahan itu bukan saja berlaku selepas Soviet dimalukan, bahkan sejak Mujahiddin itu ditubuhkan ia sudah berpecah.
   
Di ambang kemenangannya mereka ada sembilan pertubuhan yang tidak terikat antara satu dengan yang lain. Masing-masing ada amir sendiri, ada mujahiddin sendiri, ada penyokong sendiri dan lain-lain. Mereka bersetuju untuk membentuk badan gabungan. Dipanggil ulama yang bernaung di Saudi, Rasul Sayaf kembali memimpin badan gabungan itu. Akhirnya badan yang dipimpin Rasul Sayaf itu jadi barisan yang kesepuluh.
   
Mereka gagal untuk mengadakan satu amir untuk semua dan gagal melantik seorang panglima untuk semua. Apabila Soviet tersungkur, mereka ada Presiden tetapi tidak dihormati oleh semua, ada Perdana Menteri tidak ditaati oleh semua, ada Menteri Luar dan lain-lain kementerian tetapi setiap menteri mengisi kementerian dengan kumpulan masing-masing.
    
Perpecahan itu menyebabkan kerajaan tidak dapat mengawal jenayah dan lain-lain kepincangan.
    
Kita tahu betapa perpecahan kepada lebih 10 puak itulah yang menyebabkan, Mujahiddin gagal dan dimudah dikalahkan oleh Taliban yang tidak berpecah tetapi keras dan tiada pengalaman serba serbi.
    
Jika kita tahu kelemahannya kerana ia gagal mewujudkan sebuah jamaah untuk semua, maka apakah bijaknya kita yang sudah sedia ada satu jamaah, maka hendak buat pula yang lain.
   
Mujahiddin itu banyak jamaah asalnya bagi memudahkan masing-masing bergerak di tengah negara yang geografi dan komunikasinya tidak teratur. Maka dibenarkan masing-masing membentuk badan sendiri. Apabila saf tidak lurus dan renggang, masuklah iblis di tengah.
    
Saya yakin mereka tidak merancang perpecahan itu, tetapi ia terjadi begitu. Kita tahu natijah dan keburukannya, maka kita pecahkan jamaah yang satu. Kita tidak belajar daripada perpecahan mereka tetapi kita belajar berpecah seperti mereka.
   
Ustaz Fadzil Noor menasihatkan rakan-rakan di Indonesia, jika boleh sertailah jamaah yang sedia ada, jangan buat parti lain. Semua orang hendak parti Islam sendiri di Indonesia. Akhirnya semua parti Islam itu menjadi penonton dan bukan pemain.
   
Kesnya, tidak puas hati. Tidak puas hati bukan alasan yang baik untuk buat parti lain. Hawa nafsu mudah masuk ke jiwa yang tidak puas hati. Tetapi hawa nafsu kalah pada jiwa yang sabar yang istiqamah. – HARAKAHDAILY 27/8/2015

Sumber HD - 27-8-2015






















Mengapa Mat tak patut tinggalkan PAS
























SUBKY LATIF | .

SAYA baca wawancara dua muka surat Mohamad Sabu dengan tabloid harian Shah Alam dan saya ikuti ucapannya betapa dia bukan tidak pernah kalah dalam pertandingan parti.
    
Dari situ persepsi saya, Mat Sabu tidak patut tinggal PAS dan tidak patut ajak orang lain tinggalkan PAS.
    
Dari wawancara itu yang dikira hujah dia mahu memimpin parti sendiri tidak begitu menarik.

Disebutkannya, seolah-olah parti yang hendak ditubuhkannya bukanlah idea dia. Lepas muktamar dia berada di Timur Tengah. Sepulangnya dia diajak rakan-rakannya berjumpa di Muar. Dia diajak menubuhkan parti baru dan memimpinnya.
     
Ini bererti dia bukan pencetusnya tetapi dia ikut rakan-rakannya. Yang mahukan parti baru itu orang lain dan kita tidak tahu sejak bila orang-orang itu hendak mengadakan parti sendiri? Adakah setelah segugus rakan-rakan itu kalah dalam muktamar atau selepas PAS membatalkan tahalufnya dengan DAP? Atau sejak sekian lama, sejak Mat masih Exco Dewan Pemuda PAS atau antaranya masa itu belum menyertai PAS?
    
Saya mula kenal Mat semasa dia baru kahwin, tiap-tiap malam datang bersama isterinya membantu kempen saya dalam PRK Pelabuhan Kelang hujung tahun 70-an. Tanggapan saya tentang kesetiaannya kepada PAS, seolah-olah setianya Khalid al-Walid kepada Islam setelah memeluk Islam.
   
Tanpa sebarang kesilapan dia digugurkan daripada panglima satu peperangan oleh Khalifah Umar al-Khatab. Dia redha sekalipun dia jadi soldadu biasa dalam perang itu. Pada panglima Khalid peperangannya bukan kerana dia panglima tetapi kerana Allah dan Islam.
    
Hassan Adli diambil alih tugasnya sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS oleh Prof Zulkifli Mohamad bagi mengendalikan muktamar. Reaksinya dalam ucapan penangguhan, dia menyertai PAS bukan kerana Dr. Burhanuddin dan Zulkifli Mohamad, tetapi kerana Allah/Islam. Lalu muktamar Pemuda itu nobatkan dia  sebagai Panglima Jihad PAS.
   
Atas sebab tertentu Hassan terpecat dari PAS. Setelah Yusof Rawa jadi pemimpin PAS dia kembali jadi ahli biasa PAS dan mati dalam PAS.
   
Saya nampak Mat Sabu ada potensi jadi Panglima Jihad yang kedua selepas Hassan Adli dan patut mati dalam PAS.
   
Datuk Abu Bakar Umar dikira rakan setia Datuk Asri. Apabila Datuk Asri menubuhkan parti lain dia tidak ikut. Sekalipun dia pernah naik pentas PAS selepas itu, tetapi dia tidak keluar parti dan menghabiskan masa sebagai orang bawah. Kasih PAS Kedah kepadanya tidak kurang dari kasih mereka pada Ustaz Fadzil.
    
Dua nama pimpinan lama PAS itu adalah antara orang yang ada pengalaman tidak seronok dengan PAS. Mungkin mereka membawa diri daripada arus perdana parti tetapi tidak meninggalkan parti.
    
Jika Mat Sabu ada pengalaman tidak seronok dengan PAS, seperti yang pernah disebut banyak kali,  dia selalu kalah dalam pemilihan parti, maka ia tidak patut patah semangat dengan parti. Dia mungkin tidak seronok dengan orang-orang tertentu dalam PAS tetapi beribu-ribu orang PAS lagi adalah rakan-rakannya yang tidak pernah jemu mendengar ceramahnya.
    
Jika Mat mahu ada parti sendiri beri hujah yang kuat, bukan kerana ikut ajakan kawan, sedang dalam parti berpuluh ribu kawan tidak mahu dia keluar. Yang saya bimbang ialah Mat jadi macam Ustaz Ahmad Awang, dijadikan calon Presiden tetapi tidak dicalonkan memimpin parti baru. Jika Mat ikut kawan, parti baru itu bukan partinya tetapi parti kawannya pada masa ini.
    
Saya yakin Mat bukan orang yang hendakkan parti baru itu tetapi ada orang lain. – HARAKAHDAILY 24/8/2015

Sumber HD - 24-8-2015

Derita kerana ayah, bukan serang ayah

SUBKY ABDUL LATIF | .


MUNGKIN ada yang setuju dengan anak Perdana Menteri Najib, serangan bertubu-tubi terhadap ayahnya tidak sekadar deritakan ayahnya, tetapi akan menyebabkan rakyat menderita.
    
Sebenarnya rakyat sudah pun menderita sebelum Perdana Menteri itu diserang. Derita itu mulanya diwarisi dari pentadbiran politik dan Perdana Menteri sebelumnya.
   
Kedatangan Perdana Menteri baru ini diharapkan dapat mengatasi derita itu, tetapi ia menjadikan yang derita tambah derita dan tidak derita dulu tumpang derita sama.
   
Majoriti rakyat menyambut baik Najib sebagai Perdana Menteri. Bukan keluarga Najib saja suka dan gembira dengan kedatangannya, Dr. Mahahir adalah yang paling gembira. Tindakan dan kemahuannya memungkin Najib jadi Perdana Menteri lebih cepat dari yang dijangka.
    
Semua syok dengan wawasan 1Malaysia dan apa yang diwar-warkannya dengan dasar transformasi mengarah kepada rakyat/negara berpendapatan tinggi. Sebagai mana syoknya rakyat kepada Dasar Ekonomi Baru Perdana Menteri Tun Razak demi membasmi kemiskinan dan syoknya mereka terhadap Wawasan 2020 Mahathir, maka demikianlah terujanya rakyat akan 1Malaysia yang mahu merangsang rakyat berpendapatan tinggi.
    
Apa tidak terujanya mereka justeru Perdana Menteri bercakap dan hendak buat apa yang semua Perdana Menteri sebelumnya tidak cakap dan tidak dapat buat iaiu 1Malaysia rakyat berpendapatan tinggi.
    
Tiada yang menyerangnya bahkan semuanya terpesona dan terpukau.
     
Tetapi syok mereka sekejap saja. Mahathir dulu dikira boros, tetapi PM baru sekelamin berganda dan tidak terhingga borosnya. Melambung bajet rumah tangganya dan kerajaan menyebabkan duit negara mengalir ke situ. Bila bajet mengalir banyak ke situ kurang aliran kebajikan dan kepentingan rakyat.
    
Mungkin bertunang dan kahwin anak PM yang bercakap itu kerajaan tidak berbelanja, tetapi bertunang dan kahwin adiknya mengalahkan kahwin anak raja kayangan. Tak usah dikira baksis beli kapal selam Perancis untuk kroni, baksis jet eksekutif baru dan semua projek mega. Jangan dikira lagi skandal Felda, 1MDB dan lain-lain semua menjadikan orang derita dan negara pun derita.
    
Harga barang tidak pernah turun, bahkan naik dari semasa ke semasa. Pendapatan rakyat tidak naik, tapi barang kian mahal. Derita rakyat atas barang naik itu bukanlah disebabkan oleh serangan orang terhadap PM.
    
Semua orang kata GST mendera rakyat. PM seperti bertelinga kuali. Jalan juga. Sebelumnya rakyat sudah menderita, dengan GST derita rkyat berganda.
     
Jika disenaraikan kerja-kerja yang dibuat oleh Perdana Menteri dan kerajaan, yang menyebabkan rakyat menderita, nescaya tidak muat  satu dua lori sepuluh tayar. Demikian tidak terhitungnya kerjanya membeban rakyat.
  
Semua yang dibuatnya serba tidak kena bagi menyenangkan rakyat, tetapi semuanya mengena untuk PM sekelamin.
   
Hutang negara menggunung. Semuanya ditanggung rakyat. Beban hutang 1MDB puluh bilion mengancam kehidupan rakyat dan kedaulatan/kemerdekaan negara.
   
Yang tinggi sekarang bukan pendapatan rakyat tetapi pendapatan PM sekelamin. Sekonyong-konyong dimasukkan ke akaun peribadi banknya RM2.6 bilion. Itu yang orang tahu. Yang orang tidak tahu?
    
Derita rakyat bukan justeru PM dikecam tetapi gara-gara ciptaan PM. Dengan pentadbiran dan kerjanya, dia bukan saja layak diserang, dimaki dan kutuk pun layak. - HARAKAHDAILY 16/8/2015

Sumber HD - 16-8-2015























PAS serpih oleh tangan ketiga?

Posted on Friday, August 14 @ 07:51:16 MYT by paktam

Oleh Subky Latif 

APA PUN PAS serpih lagi. Kumpulan yang mengguna angka dari kalangan pimpinan PAS menjadi - kan kegagalan mereka melakukan perubahan dalam pimpinan parti mufarakah dari jemaah lalu menaja jemaah sendiri.

Bagi orang awam mufarakah selalu digunakan bagi membebaskan diri dari imam yang dirasa ada cacat dalam solatnya. Ia adalah kaedah bagi memastikan solatnya sah. Jika dia tidak mufarakah, solat sekaliannya umumnya cacat.

Mufarakah pada solat biasanya dalam satu solat tadi saja. Lepas itu dalam solat waktu lain, dia solat lagi bersama jemaah.

Mufarakah pada jemaah ini, ia mendirikan masjid di kariah yang sama. Ada dua masjid dalam satu kariah atau ada dua atau lebih parti Islam dalam satu negara. Seperti Indonesia pasca-Suharto.

Kumpulan pro-Islam tidak mengukuhkan parti sedia ada iaitu P3. Masing-masing mendirikan parti Islam sendiri.

Ustaz Fadzil Mohd Noor mengirim Ustaz Hassan Shukri dan saya menyampaikan pesan kepada mereka, jika boleh sertailah jemaah yang ada, jangan tubuh banyak parti Islam. Tetapi semuanya ghairah ada parti Islam sendiri. Akhirnya semuanya bepolitik buluh kasap, pangkal hilang hujung lesap.

Dengan kemunculan kumpulan mengguna angka, akan serpih PAS jadi ada dua parti Islam. Ikut teori ekonomi memecah monopoli dalam perniagaan menguntungkan pengguna, bila ada persaingan harga barang tidak melambung.

Demikian juga politik dunia. Bila ada lebih dari satu parti, matilah kediktatoran, maka suburlah demokrasi.

Kumpulan angka muncul gara-gara PAS putus kawan dengan DAP tetap mengira kekal dalam Pakatan Rakyat.

  Dapatkah PAS kekal dengan Pakatan Rakyat apabila Rafizi Ramli, setiausaha agung KeADILan menyatakan akan jelajah bersama serpihan PAS kerana sekalian serpihan itu adalah kawannya.

Sebagai sekutu PAS dalam Pakatan yang tinggal tiadalah santun pemimpin parti sekutu campur tangan dalam proses parti serpih melainkan ia memang mahu memecahkan sekutu PASnya. Gara-gara politik itu akan menjadikan PAS saja parti yang kekal dalam Pakatan. Justeru Pakatan Rakyat adalah satu pentas politik tidak berdaftar sebagai badan politik, maka tiada mana-mana pihak boleh gugurkan regu yang lain.

Dengan kenyataan Rafizi itu, kiranya tidak berubah, maka ia mengingat saya pada rencana yang ditulis oleh Raja Petra Kamaruddin dalam media mayanya dari England setahun lalu, betapa pembentukan NGO politik dari tulang rusuk PAS adalah dikatakan pelan sulit Dato’ Seri Anwar Ibrahim bagi menggantikan PAS dalam gabungan Pakatan bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Di mana RPK dapat maklumat itu? Atau ia satu pandangan jauhnya tentang politik pembangkang di Malaysia.

Saya tidak mengulas tulisan RPK itu tetapi melihat dan menunggu ramalannya.

Dengan kenyataan Rafizi itu, ia seolah-olah satu isyarat apa yang RPK kata itu bahawa kecainya muafakat dalaman PAS seperti adanya tangan ketiga atau tangan hantu yang merayap dalam PAS.

Memang dalam tangan manusia ada jari hantu, tetapi jari hantu itu adalah bagi menyempurnakan kejadian manusia, bukan untuk mencucuk mata manusia.

Mungkin apa yang RPK kata itu adalah analisis dan pengamatan jauhnya. Atau mungkin juga satu fitnah bagi melagakan sesama sekutu PAS. Mungkin ia suatu yang disalurkan oleh jaringan badan rahsia dunia atau mata-mata dalam polis rahsia kita. Motifnya tidak lain, moga- moga menghancurkan pencabar utama poitik Umno dan BN.

Bukan pula satu yang mustahil jaringan hantu itu gara-gara mainan anasir anti-Islam yang tidak reda melihat gerakan Islam di Malaysia dapat berperanan membangunkan satu masyarakat majmuk Malaysia yang pro-Islam.

Saya tidak bercadang untuk menambah beban yang Anwar Ibrahim hadapi pada hari tuanya bersendirian tetapi saya tidak dapat membebaskan gangguan dalam benak saya atas apa yang RPK tulis dengan keinginan Rafizi membantu serpihan PAS.

Sukar untuk tidak dipengaruhi oleh lontaran RPK dulu dan jika yang dilemparkannya hampir menjadi kenyataan dengan minat yang ditunjuk oleh Rafizi. Jika tepat, apakah segala-galanya bukan satu lagi gegaran politik buluh kasap sesama sekutu Pakatan Rakyat.

Biar kita akui betapa eratnya PAS dan DAP menjelang penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-13 apabila DAP memilih untuk mengguna simbol PAS jika Pendaftar Pertubuhan mengharamkan penggunaan Roket.

Mengapa DAP di Semenanjung tidak meminjam simbol PKR? Ia isyarat DAP lebih selesa dengan PAS dari yang lain.

Hubungan lebih dekat antara PAS dan DAP itu boleh mengganggu PKR yang sentiasa mahu menjadi pemimpin Pakatan. Jika ia isyarat DAP lebih percaya kepada PAS maka PKR tidak boleh sentiasa selesa dengan kedudukannya. Baginya DAP lebih rapat dengan PKR adalah lebih baik dari ia rapat dengan PAS. Politik itu mesti dihentikan dan merenggangkan pemimpin PAS dan pemimpin DAP, kebimbangan DAP dan PAS meminggirkan PKR dapat dilenyapkan.

Dengan Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sarat dengan urusan dakwah dan penglibatannya dengan program badan ulama antarabangsa, kurang masanya untuk sentiasa bersama pimpinan Pakatan.

Beliau banyak diwakili oleh pembantu- pembantunya. Ia menjadikan sekalian pembantunya itu lebih rapat dengan sekalian pimpinan parti sekutu. Mereka lebih senang kepada pembantunya daripadanya.

Bila urusan Pakatan dengan PAS lebih banyak melalui orang lain, terbuka renggang yang luas antara semua dengan Tuan Guru Haji Hadi, maka jarak ini menjauhkannya dengan pemimpin DAP. Maka semua kebimbangan PKR tentang PAS dan DAP selamat apabila pimpinan ulama PAS tidak lagi sejalan dengan DAP.

Biar kita akui PKR bersaing dengan PAS untuk menjadi pemimpin Melayu dalam pembangkang. Majoriti orang Melayu bersama PAS.

Sekalipun PAS sukar mengatasi Umno, tetapi PKR lebih payah menyaingi Umno. Dengan kepintaran Anwar majoriti bukan Islam adalah bersamanya. Semua kerusi yang ditanding oleh PKR adalah kawasan campur. PAS diberi kawasan padat Melayu bagi menghadapi Umno.

Kelebihan PKR ialah atas sokongan majoriti bukan Islam. Campur sokongan minoriti besar orang Melayu majoriti orang Melayu menyokong Umno tidak dapat mengalahkan Pakatan.

Pengundi bukan Melayu di kawasan padat Melayu tidak cukup untuk membantu PAS. Itu suasana damai dan bermuafakat.

Tetapi apabila PAS dipinggirkan dan digantikan dengan serpihannya, adalah benar gantian itu lebih menyenangkan PKR dan DAP kerana mereka menghendaki sokongan DAP dan PKR bagi menghadapi PAS.

Jika PAS bertanding di semua kawasan yang ditandinginya sebelum ada Pakatan, mungkin ahli Parlimen PAS seperti di Bukit Gantang dan Temerloh akan hilang sokongan bukan Melayu.

Sokongan Melayu mungkin tidak cukup. Mungkin PAS hilang banyak kerusi. Tetapi PKR yang bertanding tiga penjuru dengan penyertaan PAS, cukupkah undi untuk mengulangi kemenangan seperti dulu.

Semua orang kata PAS tidak tahu politik, tetapi sekalian orang yang tahu politik terlibat dalam politik buluh kasap belum tentu mereka tidak lesap.

Apa pun PAS yang diserap tangan ketiga, justeru ia ditubuhkan oleh ulama tahun 1951, kembali dagang kepada ulama semula. Cabarannya ialah parti Islam baharu diasas oleh ahli fikir Islam tidak mahu dikenali ulama tapi pintar politik dan isu semasa, yang DAP pronya dan mereka pro-DAP.

Sumber DD - 14-8-2015

SPRM, sekejap siasat sekejap tak siasat

SUBKY LATIF | .


BUKAN main garang dan berani lagi Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang baharu diberi amanah untuk menyiasat skandal 1MDB bersama Peguam Negara Tan Sri Gani Patail, Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti dan Ketua SPRM Tan Sri Abu Kassim.
   
Ketika Gani Patail dipecat, TS Abu Kassim cuti menjalani rawatan dan TS Zeti tidak kedengaran, yang lantang menjalankan kerja penyiasatan ialah KPN TS KHALID.
    
Antara tumpuannya ialah pegawai-pegawai SPRM. Orang-orang 1MDB tidak disentuh lagi, tetapi ramailah orang-orang SPRM disiasat. Orang-orang SPRM itu kerjanya selama ini menyiasat sesiapa yang disyaki jenayah rasuah. Tetapi dalam perkembangan terbaru terutama selepas PM diberitakan beroleh duit harta qarun yang menjadikannya bilionawan, SPRM dan pegawainya pula disiasat.
    
Banyak takwil terhadap tindakan KPN itu tetapi ditepis semuanya dengan alasan dia hanya menjalankan amanah yang diberi kepadanya dan dia tidak kira siapa dalam menjalankan amanahnya itu.
    
Tidak ada orang yang senang dengan tindakannya itu. Masing-masing yang bebas boleh memberi pandangan secara terbuka menyatakan tidak puas hati dengan kerjanya itu dan mana-mana yang terkena sindrom bisu dan ulama bisu, berkata-kata dalam hati. Dari nisbah orang beriman, yang hanya mampu berkata dalam hati adalah orang yang paling lemah imannya.
    
Orang terus menyelar tindakan polis itu. SPRM yang sebelumnya banyak dicemuh masyarakat, tiba-tiba jadi agensi yang popular, disokong dan dibela oleh banyak pihak seolah-olah ia jadi ganti DS Anwar Ibrahim. Sebelum dipenjara sekali lagi, DS Anwarlah dipertahan oleh masyarakat sivil. Kini giliran SPRM dijunjung oleh semua.
     
Dalam suasana tidak popular itu kerajaan yang sakit dan gila itu bertindak menukarkan dua pegawai kanan SPRM ke Jabatan Perdana Menteri serta merta sedang kedua-duanya ada terkenal tegas hendak menyoal perdana menteri.
    
Marah kepada KPN belum reda, maka bertambah marah semua kepada kerajaan. Beban marah itu tidaklah ditanggung oleh polis saja, seolah-olah ringan bebannya kerana kerajaan khususnya Jabatan Perdana Menteri kena marah juga.
    
Marah kepada JPM itu tidak merendahkan marah kepada polis. JPM pikul kemarahan yang berat dan marah kepada polis tidak sedikitpun berkurangan.
    
Orang mulanya rasa KPN yang ada itu sama garang dengan KPN Rahim Nor yang membalun Anwar ketika mata ditutup dan tangan digari belasan tahun lalu. Rahim dikenali garang. Khalid pun lantang juga.
   
Tiba-tiba apa jadi? Bengkeng Khalid jadi macam keras kerak. Kerak yang keras apabila kena kuah tidak keras sangat. Justeru persepsi orang terhadap kerajaan disebabkan oleh tindakan polis itu, tiba-tiba Khalid mengumumkan penyiasatan terhadap SPRM dan pegawai-pegawainya dihentikan dulu – entah sekejap dan entah selama-lamanya.
   
Tadi dia dilihat tegas dan berani sangat. Apabila tengok ia tidak popular, ia tidak teruskan. Mengapa? Orang tegas, dia teruskan tindakannya sekali pun orang marah kerana tidakannya sepatut betul dan tegas. Orang yang tegas yang rasa tindakannya betul, dia tidak tarik balik. Biasanya orang tegas apabila ditentang ramai, bagi mempertahankan ketegasannya dia letak jawatan.
   
Adakah justeru PM batuk dengan kejadian itu, dihentikan sasaran terhadap SPRM. Sehari dua kemudian, Ketua Setiausaha Negara TS Ali Hamsa pula panggil dua pegawai SPRM yang ditukar serta-merta ke JPM, disuruhkannya balik ke SPRM. Tak sempat masuk bilik dan duduk di meja baru, dikehendaki semua di SPRM.
   
Ia adalah tanda kerajaan amat sakit dan gila tetapi tidak boleh dihantar ke Tanjung Rambutan. – HARAKAHDAILY 14/8/2015

Sumber  HD - 14-8-2015























Hati Raja Bahrin masih terbuka dengan PAS

SUBKY ABDUL LATIF | .


SAYA amat gembira dengan respons Raja Kamarul Bahrin, MP PAS Kuala Terengganu atas pandangan saya tentang malang yang menimpanya dan juga PAS Kuala Terengganu.
    
Dia gembira dengan pandangan saya dan pandangan Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man betapa keadilan mesti diberi kepada beliau membela diri dan membuat penjelasan tentang hubungan dengan badan kumpulan pemberontakan yang menawarkannya jadi pengerusi penajanya di Kuala Terengganu.
    
Saya gembira Raja Bahrin mengaku dia belum membuat keputusan untuk menerima tawaran yang pemberontakan umumkan kepadanya. Dia tiada masalah jika ia sekadar NGO dan pandangannya akan lain jika ia adalah parti politik.
    
PAS patut terima pandangan terakhirnya dalam reaksinya terhadap pandangan saya. Dia mahu PAS Kuala Tereangganu menanyanya dulu sebelum membuat tindakan terhadapnya. Ia memberikan gambaran bahawa dia masih MP PAS Kuala Terengganu dan dia belum menerima tawaran orang-orang yang hendak lari dari PAS.
    
PAS patut mengambil kesempatan yang ada membetulkan salah faham antaranya dengan PAS Kuala Terengganu yang diwakilinya. Dia dipercayai sedia bertemu dengan PAS juga PAS sedia bertemu bagi menyelesaikan salah faham itu.
   
Keutamaan PAS sekarang ialah mengekalkan kerusi Kuala Terengganu milik PAS dan PAS jangan biarkan ia hilang kerusi itu dan ia wajar mengambil kesempatan dari sikap Raja Bahrin yang belum menyertai kumpulan pemberontak dan dia mahu PAS mendengar sikapnya dalam perkara itu.
    
Kuala Terengganu itu penuh dengan orang-orang tua PAS yang banyak pengalaman dan ada bekas pemimpin dan ada yang masih menjadi pemimpin PAS seperti Hj Wahid Endut. Mereka kenal Raja Bahrin dan Raja Bahrin kenal mereka. Sokongan merekalah yang telah memungkinkan Raja Bahrin jadi calon dan atas usaha semuanya dia menang jadi wakil rakyat Kuala Terengganu.
    
Bapa saudara Raja Bahrin, Tengku Paduka adalah rakan lama pemimpin-pemimpin PAS. Maka hubungan yang ada itu jangan disia-siakan. Orang-orang yang berpengaruh dalam PAS dan orang yang berpengaruh di kalangan keluarga Raja Bahrin/Diraja boleh membantu mengatasi salah faham dan prbezaan pandangan antara Raja Bahrin dan partinya.
    
Ambil iktibarlah dengan kejadian terhadap Datuk Seri Ahmad Said yang dibuang Umno dari Menteri Besar. Bertempur sakan dia dan penyokongnya dengan Umno. Jika di zaman Raja Melaka dulu mereka sudah berkeris. Tetapi Umno dan Ahmad Said dapat menyelesaikannya. Umno redha Ahmad Said dan Ahmad Said redha Umno.
    
Umno itu geng sekular. Tidak sama dengan PAS, parti akidah dan dakwah. Eloklah bertemu dan selesaikan salah faham. Malulah pada puak sekular boleh berdamai jika parti akidah tak boleh berdamai.
    
Raja Bahrin sebagai wakil rakyat adalah pemimpin PAS Terengganu. Dia mestilah bejiwa besar sedikit dibandingkan dengan akar umbi PAS yang bekerja dan mengundinya dulu. Raja Bahrin jangan tunggu orang PAS memahaminya. Raja Bahrin pun kena memahami fikiran, budaya, tahap sosial mereka dan lain-lain. Raja Bahin mesti faham sensitiviti orang PAS yang boleh tersinggung jika hubungannya dengan orang yang tidak digemari mereka.
    
Sebagai wakil rakyat PAS, jika hendak menjaga hati semua adalah wajar dan dibenarkan, adalah hal yang penting dan patut, tetapi dia mesti faham, pro PAS mesti ditunjuk dan dizahirkan. Hubungan itu lebih dekat kepada PAS. Hubungan sama jarak pun tak boleh. Apa parti pun di dunia manapun mesti begitu. Itulah adat orang berparti. Lainlah jika Raja wakil Bebas.
   
Raja Bahrin mesti kenal siapa PAS senang dan siapa yang mereka tidak senang. Hari ini rakan orang PAS adalah jelas dan musuh orang PAS juga adalah jelas. MPnya mesti faham PAS dan PAS mesti faham MPnya. - HARAKAHDAILY 12/8/2015

Sumber HD - 12-8-2015























Aziz MB Selangor, Asyraf MB Kelantan
























SUBKY LATIF | .


MUNGKIN kita rasa gila Dr. Aziz Bari sekonyong-konyong menyertai DAP, sebuah parti yang masih dianggap cauvinis oleh majoriti orang Melayu.
   
Tengku Aziz seorang yang dikira intelektual Melayu yang berfikiran terbuka menjangkau usia emas ketika terjun ke arena politik memilih DAP sebagai wadahnya. Banyaklah alasan yang dikiranya baik DAPlah parti yang bermaruah masa itu.
   
DAP menjadikan Timbalan Pengerusi dan senator. Tiba-tiba dengan kedudukan baik dalam DAP dia keluar parti dan menjadi anti tegar DAP. Padanya kini DAP itu buruk. Tanpa menghiraukan pengalaman dan pandangan Tengku Aziz, Aziz Bari yang sebahagian besar dari usianya dirasakan menjadi peminat PAS, memilih PKR sebagai wadah tetapi dua tahun selepas kalah dalam plihan raya keluar pula PKR dan menyertai DAP.
  
Tentulah ia mengelirukan cerdik pandai Melayu bagaimana seorang profesor UIA memilih  DAP sedang DAP belum dapat diterima oleh orang Melayu. Jika orang Melayu juga pernah keliru dengan PAS yang bertahaluf dengan DAP, dan amat penat PAS menangkis cemuhan orang Melayu, tetapi penampilan PAS itu sekadar rakan kongsi politik selama ia serasi. PAS tidak jadi DAP. Tetapi Aziz jadi DAP.
    
Aziz ada perkiraannya. Di kalangan pembangkang sekarang DAPlah yang terkedepan. PAS masih menunggu masa dan PKR dirasakan payah menyaingi DAP. Ketika Pakatan Rakyat terumbang ambing hanya DAP yang terjamin kedudukannya dalam PRU akan datang. Besar kemungkinan jika Pakatan dapat bertahan di Selangor, maka parti terkanan rasanya DAP.
   
Tentulah giliran DAP pula untuk memimpin kerajaan. Masa masih mahukan orang Melayu menjadi Menteri Besar. DAP perlukan seorang Melayu. Jika DAP dapat memberi kawasan selamat kepada Aziz, maka dialah calon Menteri Besarnya.
   
Sementara itu UMNO amat mengharapkan PAS terus berpecah dan berpanjangan hingga ke PRU14. Tidak mustahil krisis dalam PAS sekarang adalah dalangan agen intelijen/CIA UMNO sebagai ikhtiar untuk merampas Kelantan.
   
Dengan mengguna strategi bukan untuk menumbangkan PAS tetapi untuk mengajar pemimpin-pemimpin PAS oleh orang-orang PAS, memungkin Kelantan dapat dirampas.
   
UMNO Kelantan pula, imilah masanya sejak kejatuhan Tengku Razaleigh 25 tahun beroleh seorang anak muda berpelajaran tinggi Islam dan berbakat iaitu Dr. Asyraf Wajdi Dusuki. Dia belum dikerenahkan dalam politik UMNO Kelantan tetapi dia sedang dipupuk dan dilatih di Kuala Lumpur dipercayai akan dihantar pulang ke Kelantan menjelang PRU nanti.
    
Menjadikannya Pengerusi Yayasan Dakwah – YADIM dan kini dinaikkan jadi Timbalan Menteri, telah ada projek di tangannya bagi membina dan membaiki masjid yang dilanda banjir di Kelantan. Ia tidak dilihat terserlah sebagai projek UMNO tetapi lebih kepada kegiatan NGO dan kebajikan, terpaksa dilihat sebagai memprojekkannya bagi menjadi Menteri Besar Kelantan selepas pilihan raya nanti.
   
Telah lama saya lihat Dr. Asyraf meneroka peluang mengambil Kelantan, dan peluangnya bagaikan terbuka apabila adalah di kalangan orang veteran PAS yang disokong oleh graduan muda bergerak untuk mengajar pemimpin PAS.
     
Apabila orang PAS sendiri mengira PAS dan pemimpinnya sudah tidak relevan, maka ia ada baja baik yang dinanti oleh UMNO.
   
Sebagai timbalan menteri Asyraf dipercayai akan banyak menumpu urusan politik Kelantan. Jika UMNO dapat memprojekkan Asyraf lebih tertonjol dari pemimpin PAS, maka Asyraf adalah calon terbaik UMNO untuk menawan Kelantan. - HARAKAHDAILY 11/8/2015


Sumber HD  - 11-8-2015

Kisah malang Raja Bahrin Shah

SUBKY LATIF | .


KEJADIAN yang menimpa Raja Kamarul Bahrin Shah, anggota Parlimen PAS Kuala Terengganu adalah satu kejadian yang amat malang sama ada bagi politiknya bahkan politik PAS juga.
  
Dipercayai dia tidak terlibat dalam pertelingkahan antara kepimpinan ulama dan pimpinan PAS yang dikatakan progresif dan pro DAP/Pakatan Rakyat yang sudah berlegar lebih setahun.
   
Dia didekati oleh golongan progresif dan dipercaya orang PAS yang ada jurang dengan PAS dan saya tidak pasti orang PAS lebih mendekatinya daripada golongan progresif itu.
    
Berita awal membabitkannya dengan golongan itu ialah kenyataannya betapa dia dipelawa untuk bersama mereka pada ketika kumpulan itu sedang menimbang untuk jadi parti politik atau sekadar NGO. Reaksinya dia tidak menolak dan tidak menerima. Dia sedang menimbang. Tiada apa-apa masalah baginya jika ia sekadar NGO kerana dia juga adalah orang NGO yang dipimpin oleh Tengku Razaleigh.
   
Perkembangan kedua dia diumumkan di Besut dipilih menjadi ketua penaja kumpulan itu di Terengganu. Reaksinya juga sedang menimbang.
    
Baik ia parti atau NGO, ia adalah gerakan yang menjadikan PAS sebagai sasaran. PAS tidak boleh terima adanya orang PAS yang tidak menolak gerak geri apa jua badan yang mempertikai PAS. PAS hanya terima ahli PAS yang terang-terang menolak perkembangan dan kecenderungan itu.
    
Justeru perkembangan itu telah lama dan Raja Bahrin tentu telah mengikutinya terutama selepas muktamar lalu, maka sebagai MP PAS dia patut peka tentang pergolakan itu dan sebagai orang PAS dia tidak boleh berkecuali. Itu sifat mana-mana parti politik jua.
   
Raja Bahrin tidak boleh mengharapkan PAS mesti memberitahunya jangan begitu dan jangan begini.

Jika mereka datang berbincang dengannya adalah satu hal yang baik. Tetapi Raja Bahrin sendiri dengan kedudukan sebagai anggota Parlimen parti patut peka dan bercakap dengan parti terutama perkara yang tidak jelas baginya.
   
Mungkin PAS juga terlepas pandang tidak mengambil tindakan profesional berbincang dengannya atas perkara yang didesas-desuskan tentangnya, memberi nasihat dan penjelasan.
   
Mungkin PAS terlalu sibuk dan tiada masa untuk kerja seperti itu. Bagaimanapun PAS ada orang menangani orang-orang yang baru menyertai PAS sepertinya, Tamrin Ghafar dan Tan Sri Mohamad Mohd Taib. Mengikuti PAS dari jauh sekalipun lama tapi tak sama dengan menjadi ahli PAS. PAS tidak sekadar puas hati mereka menyertai PAS tetapi mesti mendampingi mereka.
   
Islam sendiri tidak sekadar puas hati apabila ada yang masuk Islam. Islam memperuntukkan tanggungjawab orang Islam terhadap mualaf. Islam kena layan mereka sewajarnya. Kalau Islam ada tugas bagi mendamping mualaf, maka PAS mesti ada masa untuk menghiburkan orang yang baru masuk PAS.
   
Tentang orang sudah lama bersama PAS dan jadi pemimpin di pelbagai peringkat, jika mereka mengkritik dan terus menentang PAS tak banyak dapat dibuat. Tidak banyak yang boleh PAS buat apabila Haji Ahmad Fuad dan Datuk Asri meninggalkan PAS. Tetapi bagi yang baru berjinak  dengan PAS, maka banyak yang mesti diperhatikan supaya mereka  tidak rasa kecewa dengan PAS.
    
Raja Bahrin ada betul dan ada silapnya dan PAS Terengganu pun ada betul dan ada silapnya. Jika kedua pihak berlapang dada, Raja Bahrin yang belum menerima tawaran luar itu boleh menentukan pendiriannya, dan PAS pula mesti peka dengan apa yang dikatakan menang-menang. Ketika ini Raja Bahrin dipercayai belum keluar PAS kerana keliru dengan status NGO anti PAS itu. – HARAKAHDAILY 7/8/2015

Sumber HD - 7-8-2015

No comments:

Post a Comment