BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Thursday, July 10, 2014

NEGERI PR : KELANTAN SERAMBI MEKAH


262 rumah mangsa banjir siap dibina di 

Kelantan

ASLANI M | .



KOTA BHARU: Sehingga akhir Julai lepas sebanyak 262 rumah kekal mangsa banjir siap dibina
di Kelantan, di mana sebanyak 75 daripadanya dibina kerajaan negeri.

Dan 50 lagi dibina kerajaan pusat, manakala 137 rumah disiapkan badan bukan kerajaan (NGO).
Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata selain itu 538 rumah lagi
sedang dalam pembinaan dan 804 rumah di peringkat prapembinaan.

“Ini bermakna 1,604 rumah sudah dibina dan prapembinaan untuk mangsa banjir. Bagaimanapun
seramai 223 lagi mangsa banjir di peringkat mengenal pasti tapak.

“Jumlah keseluruhan mangsa banjir yang kehilangan sepenuhnya rumah mereka akhir tahun lepas
sebanyak 1,827,” katanya di sini.

Bagaimanapun bancian fasa kedua mendapati seramai 879 lagi mangsa banjir turut kehilangan rumah
mereka dan fasa ketiga pula 99 mangsa.

Jumlah keseluruhan mangsa banjir yang kehilangan rumah akibat bah besar akhir tahun lepas 2,805
keluarga.

Abdul Fattah yang  juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan
berkata, kerajaan negeri sedang menyiapkan booklet bagi menjelaskan perkembangan mengenai isu
berkaitan banjir.

Katanya, buku itu akan menyentuh kesan dan apa yang berlaku selepas banjir. Selain itu apa-apa
langkah yang diambil untuk memastikan isu-isu banjir dapat diselesaikan.

“Ada isu yang dikeluarkan media baru mendakwa kerajaan tidak agresif membantu mangsa banjir.
“Tetapi kita bagi pihak kerajaan negeri telah membuat suatu yang sangat agresif kerana kita meletak
matlamatnya. Usaha ke arah itu boleh dikatakan berjalan lancar,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 
10/8/2015

Sumber HD - 10-8-2015


GHB bukan perjuangan Allahyarham Nik Aziz - Nassuruddin
Daud

Posted on Wednesday, August 05 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Berita

KUALA KRAI: Gerakan Harapan Baharu (GHB) bukanlah sebuah perjuangan yang diwarisi daripada
Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kata Ketua Penerangan PAS Kelantan Datuk Mohd 
Nasuruddin Daud.

Beliau berkata Allahyarham Nik Abdul Aziz tetap bersama PAS walaupun parti itu pernah beberapa 
kali dilanda perpecahan.

"Allahyarham Tok Guru (Nik Abdul Aziz) tetap dengan PAS walaupun ada Hamim (Parti Hizbul 
Muslimin Malaysia), ada Berjasa (Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia). Tok Guru (Nik Abdul
Aziz) pun meninggal dunia dalam PAS.

"GHB tak selaras dengan perjuangan Allahyarham Nik Abdul Aziz walaupun ada dakwaan macam itu,
" katanya ketika berucap pada Ceramah Isu Semasa PAS di Markas PAS Kuala Krai di sini, malam 
 tadi.

Hadir sama Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Mursyidul Am PAS 
merangkap Pesuruhjaya PAS Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan Naib Presiden PAS merangkap 
Timbalan Pesuruhjaya PAS I Kelantan Datuk Mohd Amar Nik  Abdullah.

Mohd Nasuruddin dalam ucapannya turut berkata DAP adalah sebuah parti yang 'cakap tak serupa 
bikin' dan mempergunakan PAS semata-mata untuk meraih kemenangan pada pilihan raya umum.

"PAS tak putus hubungan dengan DAP tapi DAP yang (mula-mula) putuskan hubungan dengan PAS 
(dalam pakatan pembangkang)," katanya.

Sementara itu, Tuan Ibrahim mempersoalkan tindakan GHB yang berterusan menyerang Kelantan 
walaupun ia adalah negeri pimpinan pembangkang.

Beliau berkata strategi berkenaan akan merugikan pembangkang kerana dilihat akan memberi 
kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

"Ramai penganalisa (politik) menganggap bahawa ini satu strategi yang tak betullah," katanya yang 
turut mempersoalkan mengapa GHB perlu menarik anggota PAS menyertai gerakan itu kerana ia 
tidak memberi sebarang nilai tambah kepada pembangkang.

Ditanya mengenai tindakan provokasi oleh beberapa bekas pimpinan tertinggi PAS terutama dari 
kalangan Anggota Parlimennya yang dilihat mencabar parti itu untuk memecat mereka, Tuan Ibrahim 
berkata pihaknya menggunakan kaedah 'pujuk  dan bincang' sebelum sebarang tindakan disiplin 
dikenakan terhadap mereka.

"Pertamanya dari segi peraturan parti, sekiranya mana-mana Anggota Parlimen masuk parti lain, 
 secara automatik dia akan hilang keanggotaan.

"Yang keduanya semua calon-calon PAS terikat dengan baiah, kalau ikut baiahnya dia mesti 
mengosongkan kerusi yang dia menang, dan beri semula mandat kepada rakyat. Kalau dia tak buat 
dia langgar baiah dialah," katanya.- Astro

Sumber TKO - 5-8-2015

Rumah kekal: Projek di bawah pusat perlahan

ASLANI M | .




GUA MUSANG: Masuk bulan kelapan projek rumah kekal di bawah kerajaan pusat di sini masih
lagi perlahan. Sebaliknya agensi kerajaan negeri sedang menyiapkan 76 rumah.

Kerajaan negeri dalam kerja-kerja akhir menyiapkan sebanyak 16 rumah di Kampung Kolam Mas
dan dua lagi di Batu Papan.

Manakala 44 rumah kekal dibina Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik)
di Simpang Pulai.

Sebanyak 14 lagi sedang dalam pembinaan di Tanah Putih. Keseluruhan sebanyak 123 rumah kekal
dibina di lokasi tersebut.

Pengarah Majlis Tindakan Dun Galas, Abdullah Husain berkata sehingga sekarang hanya 38 rumah
kekal sedang dibina kerajaan pusat di Dun Galas.

Katanya, tidak nampak usaha membina rumah kekal begitu serius dilaksanakan kerajaan pusat biar
pun ditetapkan sebelum ini tujuh lokasi di parlimen Gua Musang.

“Sehingga sekarang hanya dua rumah siap dibina NGO di bawah kerajaan pusat di Bertam Baru di
Dun Nenggiri.

“Biar pun sebuah rumah dibina kerajaan negeri sudah diduduki sejak Mac lepas sebanyak 62 lagi
sedang dalam kerja-kerja akhir pembinaan,” katanya di sini.

Beliau juga berkata Pejabat Tanah dan Jajahan (PTJ) Gua Musang kini sedang mengenal pasti rumah
sewa bagi menempatkan sementara 12 mangsa banjir yang masih lagi tinggal di bawah khemah di tapak projek Bandar Utama.

Katanya, hasil beberapa perjumpaan dengan mangsa banjir terbabit mereka menyatakan persetujuan
untuk berpindah ke rumah transit.

“Mereka baru menyatakan persetujuan itu biar pun usaha memujuk berpindah dilakukan sejak dahulu
lagi.

“Mengikut perancangan awal mereka sepatutnya dipindahkan ke bekas perumahan polis di Bandar
Lama, namun kerja-kerja baik pulih kuaters itu melibatkan kos begitu tinggi.

“Usaha mencari rumah sewa atau transit sedang dilakukan bagi membolehkan 12 daripada 14 keluarga
mangsa banjir di khemah dipindahkan segera,” katanya.

Menurutnya 12 mangsa banjir terbabit disenaraikan menerima rumah kekal di bawah Maik. – 
HARAKAHDAILY 4/8/2015

Sumber HD - 4-8-2015









Penyelia Dun kongsi pengalaman mangsa 

banjir

ASLANI M | .


GUA MUSANG: Penyelia Dun Paloh, Noraini Hussin tinggal bersama rakyat di Chiku 3 ketika bah
besar melanda hulu Kelantan akhir tahun lepas.

Sedangkan suami dan anak-anaknya berada di Pasir Pekan Tumpat. Bah turut menenggelam rumahnya
di situ.

“Siang dan malam saya bersama petugas dan sukarelawan berada di Pejabat Pusat Khidmat Dun bagi
memantau bantuan kepada mangsa-mangsa banjir.

“Kami bernasib baik kerana pusat khidmat di sini tidak ditenggelami air bah. Namun kawasan sekitar
di luar Pekan Ciku 3 kebanyakan tenggelam.

“Saya dan sukarelawan membantu memindahkan mangsa-mangsa banjir yang terperangkap. Kami
juga menghantar bekalan makanan sebaik sahaja banjir surut,” katanya ketika ditemui di sini.

Pusat Khidmat itu terletak di Pekan Ciku 3, tidak jauh dari rumah Adun Paloh, Datuk Nozula Mat
Diah.

Ia menjadi tumpuan orang ramai ketika bah memuncak kerana di situ satu-satunya tempat yang boleh
diakses internet ketika itu.

Mereka juga menggunakan generator memandangkan bekalan elektrik terputus beberapa hari. Ramai
penduduk datang berlindung dan mengecas handphone di pejabat berkenaan.

Mereka memasak makanan untuk mangsa-mangsa banjir menggunakan air hujan. Air bah bercampur
selut dan lumpur.

Noraini yang juga Ketua Wanita PKR Kelantan berkata, ketika bah memuncak beliau mendapat
bekalan beras dari kedai-kedai runcit yang terdapat di sekitar Chiku 3.

Beliau mengakui pada awalnya terpaksa berhutang dengan kedai-kedai terbabit kerana tidak dapat ke
bandar Gua Musang dan Kuala Krai kerana putus hubungan.

“Biar pun agak berat untuk berhutang namun kami terpaksa kerana bekalan beras perlu disampaikan
kepada mangsa-mangsa banjir.

“Alhamdulillah tidak lama selepas itu kerajaan negeri mengagih bantuan kewangan sebanyak
RM10,000 kepada setiap Dun bagi membantu mangsa-mangsa banjir,” katanya.

Noraini juga meluah rasa terkilan biar pun berusaha siang malam membantu mangsa-mangsa banjir,
namun masa ada kalangan mereka yang mendakwa bantuan tidak sampai.

Sedangkan katanya beliau dan petugas Pusat Khidmat Dun Paloh beberapa kali datang ke kampung
tersebut bagi menyampaikan bantuan keperluan harian.

Beliau juga berharap penempatan baru mangsa banjir yang kehilangan rumah di Limau Kasturi dan
Aring 2 dapat diselesaikan secepat mungkin bagi membolehkan rumah kekal dibina.

Katanya, Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang sedang mengenal pasti tapak sesuai bagi
menempatkan semula mangsa-mangsa banjir yang tiada lot sendiri.

Sementara itu anggota Exco, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata kawasan penempatan baru sudah
dikenal pasti di Limau Kasturi dan Aring 2 bagi menempatkan semula mangsa-mangsa banjir. -
HARAKAHDAILY 3/8/2015

Sumber HD - 3-8-2015

Islam tegah aktiviti ancam alam sekitar

| .


KOTA BHARU: Kelantan negeri memberi sokongan kepada sebarang usaha untuk menjadikan 
Kelantan sebagai kawasan selamat, selesa diduduki dan menarik dikunjungi.

Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yaakob berkata aktiviti mengancam dan memusnahkan
kehidupan alam dilarang sama sekali dalam Islam.

Katanya adalah menjadi kewajipan semua pihak mengelak daripada sebarang kegiatan sehingga
mendatangkan masalah terhadap alam sekitar.

“Ia termasuk pencemaran dan penebangan hutan tidak terancang yang mengakibatkan hilangnya
keseimbangan alam sekitar,” katanya ketika merasmikan Persidangan Tahunan Geosains Kebangsaan
2015 di sebuah hotel di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Naib Censelor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Prof Abdul Aziz Abd
Latif dan Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Datuk Yunus Abdul Razak.

Hadir sama Timbalan Presiden Persatuan Geologi Malaysia Abdul Rasyid Jaafar dan Ketua Pegawai
Operasi Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) Sanusi Othman.

Persidangan bertema ‘Geosains Untuk Manfaat Umum dan Pembangunan Nasional’ dianjur bersama
Persatuan Geologi Malaysia Negeri Kelantan, UMK dan PMBK.

Menteri Besar juga berkata golongan profesional dan akademik perlu memain peranan secara
berterusan bagi menasihatkan kerajaan dalam melaksanakan program pembangunan.

“Ahli geologi terutamanya dari Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Kelantan banyak membantu
bagi memastikan aktiviti perlombongan dan kuari yang dijalankan di negeri ini mengikut peraturan
ditetapkan,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 31/7/2015

Sumber HD - 31-7-2015













NGO bantu saudara baru keturunan India

ASLANI M | .


GUA MUSANG: Persatuan Ehsan Saudara Baru Berketurunan India Negeri Selangor (Saubaki) 
memain peranan membela nasib saudara kita yang baru menganut Islam.

Sehingga kini seramai 600 saudara kita dalam kalangan kaum India bernaung di bawah NGO terbabit. Saubaki mempunyai pejabat di Kota Kemuning, Seksyen 31, Shah Alam Selangor.

Pengerusinya, Harun Abdullah berkata persatuan itu diwujudkan tiga tahun lepas membantu Majlis
Agama Islam Negeri-Negeri memastikan kehidupan saudara kita yang baru menganut Islam lebih
terbela.

“Majlis Agama Islam dan Perkim menyediakan kelas-kelas pengajian agama kepada saudara kita yang
 baru menganut Islam.

“Saubaki pula memain peranan dari aspek lain termasuk ekonomi dan kemasyarakatan bagi membantu
saudara kita mampu berdikari dan tidak tersisih daripada masyarakat,” katanya di sini.

Saubaki juga berperanan membantu kalangan armalah, anak-anak yatim dan saudara kita yang miskin.
Selain itu memberi bimbingan kaunseling, motivasi, menziarahi rumah-rumah saudara kita, program
menjana ekonomi dan menyediakan kemudahan pemeriksaan kesihatan percuma.

“Kami juga akan mengadakan ijtimak peringkat kebangsaan di Selangor pada 28 November hadapan
yang akan menghimpun saudara kita dari seluruh negara.

“Pada program itu kami akan berkongsi pengalaman detik awal menganut Islam dengan peserta yang 
hadir,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 31/7/2015

Sumber HD - 31-7-2015

Pemuda PAS Kelantan adakan Kempen Baca 

Harakah

HARAKAHDAILY | .






KOTA BHARU: Kempen Baca Harakah diadakan oleh Lajnah Penerangan dan Media Baru Dewan
Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) bertempat di Pasar Batang Pinang, di sini.

Pasar ini menempatkan puluhan peniaga berbangsa Tionghua dan menjadi tumpuan para pelanggan
dari bangsa tersebut untuk mendapatkan keperluan harian.

Kempen ini dilaksanakan dengan membahagikan secara percuma ratusan naskhah Harakah di samping
bertanya khabar dan bertukar-tukar pandangan berhubung isu-isu politik dan perkembangan semasa
tanah air.

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari mengetuai kempen ini bersama-
sama semua ahli Dewan Harian DPPNK.

Menurut Ketua Penerangan DPPNK, Nazman Che Ibrahim kempen itu akan dijalankan di semua
kawasan di negeri Kelantan bagi membantu aktiviti penerangan khususnya memberikan maklumat
sebenar berhubung PAS yang sering dikelirukan oleh sumber-sumber yang tidak bertanggungjawab. -
HARAKAHDAILY 31/7/2015

Sumber HD - 31-7-2015








Kelantan bela nasib masyarakat Orang Asal

ASLANI M | .




GUA MUSANG: Masyarakat Orang Asal di Kelantan terus mendapat pembelaan kerajaan negeri
apabila 30 daripada mereka di Rancangan Penempatan Semula (RPS) Kuala Betis menerima geran
hak milik tanah semalam.

Selain itu penduduk Melayu di penempatan itu juga menerima geran hak milik lot kediaman selepas
menduduki kawasan terbabit sejak 1972.

Mereka menerima geran hak milik daripada Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob sempena
program sambutan Jubli Perak dasar Membangun Bersama Islam (MBI) zon selatan di padang Pusat
Sivik.

Pada 2010 kerajaan Kelantan mewartakan seluas 606.6 ekar di Pos Jedip sebagai penempatan tersusun Orang Asal.

Usaha itu merupakan yang pertama di Malaysia apabila sebuah kerajaan negeri mewartakan kawasan
khas bagi masyarakat terbabit.

Kelantan juga menyediakan kawasan seluas 157 ekar sebagai pusat latihan belia Orang Asal dalam
bidang pertanian dan kawasan kediaman.

Ustaz Ahmad berkata kerajaan negeri sentiasa membela nasib masyarakat Orang Asal bagi memastikan
mereka tidak ketinggalan daripada arus pembangunan.

Katanya masyarakat terbabit tidak perlu membayar premium tanah bagi melayak mendapat geran hak
milik tanah terbabit.

“Kerajaan negeri melalui Tabung Amanah Tok Kenali menyediakan peruntukan khas bagi membayar
premium tanah bagi pihak mereka.

“Ini jelas menggambarkan kesungguhan kerajaan negeri membela nasib masyarakat Orang Asal biar
pun mereka tinggal jauh di pedalaman,” katanya selepas program berkenaan.

Hadir sama anggota-anggota Exco, Datuk Abdul Fattah Mahmood, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan,
Datuk Nassuruddin Daud, Timbalan Speaker Dun Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman.

Pengarah Pejabat Tanah dan Galian, Datuk Nazran Muhammad dan Ketua Jajahan Gua Musang, Tuan
Zainal Abidin Tuan Yusof.

Sebelum itu Menteri Besar menunaikan solat hajat dan pecah tanah pembinaan Masjid Buluh di tapak
projek Bandar Utama Gua Musang.

Sementara itu Luwi Anak Siam, 51 dari RPT Kuala Betis berkata masyarakat Orang Asal di Kelantan
tidak pernah dipinggirkan kerajaan negeri.

Katanya, sehingga sekarang belum kedengaran lagi ada penduduk Orang Asal di negeri lain mendapat
geran hak milik tanah seperti di Kelantan.

“Kami merakam ucapan berbanyak-banyak terima kasih kepada kerajaan negeri kerana terus membela
nasib kami. Ini sesuatu yang cukup besar makna kepada kehidupan kami,” katanya.

Penyelia Dun Nenggiri, Syed Azhar Syed Alwi berkata, penduduk Orang Asal dan Melayu di RPS
Kuala Betis tidak perlu membayar premium tanah berjumlah RM75,000 kerana disumbang Tabung
Amanah Tok Kenali.

Kata beliau sepatutnya setiap penduduk terbabit perlu membayar premium tanah sebanyak RM1,250
sebagai proses mendapat geran hak milik.

“Namun Tabung Amanah Tok Kenali membayar premium tersebut bagi pihak mereka. Usaha untuk
mendapatkan geran hak milik dimulakan sejak 2013,” katanya. – HARAKAHDAILY 28/7/2015

Sumber HD - 28-7-2015


Sumpah bai'ah: Pas Kelantan pertahan Nik Aziz
Posted on Monday, July 27 @ 11:22:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



KOTA BHARU – Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob mempertahankan tindakan
Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mewujudkan sumpah bai'ah mengandungi talak
tiga kepada wakil rakyat Pas di negeri ini.

Beliau berkata, sumpah yang dibuat jelas dan mereka yang masih keliru boleh merujuk kepada
pandangan Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Kelantan, Datuk Daud Muhamad yang
dikeluarkan oleh media baru-baru ini.

“Banyak hujah mengenainya, kita hormati pandangan-pandangan itu sama seperti kita hormati apa
yang dilakukan oleh Tok Guru, beliau telah mengkaji baik dan buruk sumpah bai’ah yang mungkin
waktu itu ia dibuat untuk tujuan tertentu.

“Malah wakil rakyat Pas tiada masalah dengan perkara itu rumahtangga mereka kekal baik, aman
damai dan bahagia sehingga kini,” katanya  selepas merasmikan Bangunan Akademik Kolej Islam
Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias), di sini, hari ini.

Baru-baru, Ahmad telah menegaskan perkara itu terkandung dalam lafaz bai’ah atau sumpah taat
setia yang dibuat setiap wakil rakyat Pas di negeri tersebut sejak 2004.

Isu ba'iah Pas menjadi topik hangat apabila wujud di kalangan wakil rakyat Pas yang menyatakan
hasrat untuk menyertai Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru), mutakhir ini. - Sinar

Sumber TKO - 27-7-2015










Lebuh Raya Rakyat giat dilaksana

SALMAH MAT HUSAIN | .


PASIR MAS: Kerajaan negeri tetap meneruskan pembinaan lebuh raya rakyat sejauh 10 kilometer, 
biar pun sebahagian pakej lagi diserah kepada kerajaan persekutuan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat Datuk Hanifa
Ahmad berkata laluan tersebut bermula dari Kampung Tiu ke Bukit Bakar dan Berangan Mek Nab
Machang.

Katanya, kerja-kerja pembinaan lebuh raya tersebut sedangkan giat dijalankan kontraktor dilantik
kerajaan negeri.

“Kita berharap ia dapat siap mengikut perancangan. Dan sebahagian lagi sejauh 20.5 km
pembinaannya diserah kepada kerajaan Persekutuan berdasar kepada persetujuan sebelum ini.

“Pakej diserah kepada pusat bermula dari Kampung Berangan Mek Nab di Machang sehingga ke
Dusun Damar di Kuala Krai,” katanya ketika ditemui pada majlis Majlis Hari Raya Aidilfitri Dun
Pengkalan Pasir di Dewan Majlis Daerah Pasir Mas, di sini semalam.

Projek lebuh raya rakyat Machang-Kuala Krai sejauh 30.5 km pada awalnya dibina kerajaan negeri
selepas kerajaan pusat mengenepikan projek berkenaan sejak 1986.

Projek berkenaan melibatkan kos kira-kira RM854 juta dijangka siap sepenuhnya pada Disember 2017.
Bagaimanapun selepas kerajaan negeri memulakan projek berkenaan, kerajaan pusat melalui Unit
Perancangan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri menghantar surat bersetuju membina sepenuhnya
projek berkenaan.

Namun kerajaan negeri tetap meneruskan pembinaan sepanjang 10 km memandangkan kerja-kerja
sudah dilaksanakan sejak tahun lepas. - HARAKAHDAILY 26/7/2015

Sumber HD - 26-7-2015


Pemuda PAS Kelantan Desak Dr Hatta dan Kamaruddin
Jaafar Letak Jawatan


Posted on Tuesday, July 14 @ 05:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Pemuda PAS Kelantan mengekori rapat perkembangan rakan rakan pimpinan PAS yang kalah di 

dalam perebutan jawatan sempena Muktamar PAS tempohari. Namun dengan pengumuman 
sebahagian daripada mereka pada hari ini yang secara terang terangan telah mengumumkan 
penubuhan parti baru selepas daripada hari raya nanti, ia telah mengecewakan ramai ahli PAS.
1. Gerakan Harapan Baru (GHB) menggambarkan landskap politik semasa tanah air yang caca marba
saat ini, dengan masalah 1MDB, GST, penyelewengan dan skandal, malahan kini api perkauman
sedang marak dibakar, namun sayugia dimaklumkan bahawa kepimpinan PAS yang ada masih kekal
konsisten berdepan dengan segala kebobrokan UMNO Barisan Nasional tersebut. Sayap pemuda dan
muslimat juga terus turun menyantuni rakyat seperti dahulu. Sifat progresif dan peduli rakyat tertanam
sebati dengan semua petugas PAS hingga kini dan bukannya sudah dibawa pergi bersama sebilangan
 pemimpin yang kecewa.

2. UMNO dan Barisan Nasional memang sudah tidak diharapkan lagi oleh rakyat untuk memimpin
negara ini. Kerajaan 47% ini hanya masih selamat di Putrajaya dengan kaedah Gerrymandering yang
sekian lama memanipulasi peta demografi pengundi. Semua parti pembangkang secara sedar bahawa
peluang untuk menukar kerajaan lebih luas dan cerah jika Najib terus berada di tampuk kuasa
sehingga PRU-14. Namun apabila disuarakan oleh Presiden PAS yang kelihatannya 'menyokong'
Najib, maka terus dituduh mesra UMNO dan UG. Sedangkan jika keluar dari mulut DAP atau PKR
ianya tidak menjadi apa apa pertikaian. Malahan akan dipuji sebagai bijaksana dan hebat berstrategi
dengan segala pelan cegah rintangnya.

3. Pakatan Rakyat melalui gabungan PAS, PKR dan DAP memang telah menghilangkan hegemoni
Barisan Nasional di parlimen. PAS mendapat untung dengan pertalian ini, dan tidak boleh dinafikan
juga PKR dan DAP juga mendapat habuan yang sama dan mungkin dalam sesetengahnya lebih
untung berbanding PAS. PKR boleh memerintah Selangor walaupun kerusi mereka kurang berbanding
PAS dan DAP pula dapat berkuasa di Pulau Pinang. Masing masing untung dan selepas ini dengan
penubuhan parti baru GHB yang bakal menjadi 'orang ketiga' dalam hubungan PAS dan PKR, maka
sudah pasti kesemuanya akan rugi dan yang untung adalah UMNO yang secara tidak teragak agak akan
terus memberi kelulusan kepada parti baru ini melalui ROS. Pertembungan banyak penjuru dalam
kalangan pembangkang di banyak kerusi akan menambahkan hayat politik BN. Syabas GHB.

4. Hubungan Pakatan Rakyat yang disebut longgar di Pulau Pinang dan Selangor akan terus terburai
dengan kehadiran GHB. Walaupun dahulu sedia dimaklumi bahawa PAS dan Hudud berpisah tiada.
Malahan DAP dan PKR menang 2 PRU lepas pun dalam keadaan PAS terus mengacip hudud dengan
gigi gerahamnya. Maka salah siapa jika kini hubungan tersebut menjadi longgar atas kononnya PAS
mahu hudud?

5. Pengumuman parti baru oleh GHB akan memecahkan PAS sahaja. Ahli PKR, DAP, PSM, MIC,
MCA dan UMNO tidak akan menyeberang ke wadah baru ini. Jika konsep keahlian dan pengurusan
parti yang sekarang ini dilihat mirip kepada PKR, maka apa perlunya GHB? Baik sahaja mereka terus
menyertai PKR. Jika mahu memperjuangkan Islam secara syumul atas landasan tarbiah dan manhaj
 seperti PAS, maka apa perlu lagi GHB? Orang UMNO tentu sahaja tidak akan menyua muka. Ahli
DAP pula sudah berada dalam wadah Malaysian Malaysia yang sudah 'sempurna' dan idealistik. Maka
caranya adalah perlu mencuri ahli PAS. Perlu yakinkan ahli PAS bahawa mereka perlu tolak dan
tinggalkan PAS. Penyeberangan ke wadah baru oleh ahli PAS menjadi wajib. PAS harus terus diratib
dengan momokan UG, UG dan UG sehinggalah bahtera ini bocor. Maka ahli yang tidak sabar akan
terjun ke samudera luas. Yang mabuk laut akan dikait masuk ke bahtera baru.

6. Inklusif, progressif dan peduli rakyat sudahpun menjadi darah daging PAS. Yang mana perkara ini
juga difahami dengan baik oleh GHB. PAS dengan Dewan Himpunan Penyokong PAS nya telah lama
membuktikan bahawa parti ini sememangnya inklusif. Lantikan demi lantikan dalam perjawatan politik
khususnya melibatkan kepelbagaian kaum dan resam di Kelantan sejak dahulu lagi membuktikan
bahawa PAS sentiasa terbuka untuk semua. Progresif dan peduli rakyat adalah suatu perkara yang
tidak perlu dipertikaikan lagi kerana ia adalah sifat umum ahli dan pimpinan PAS sejak sekian lama.

7. Keluasan Maqasid syariah diperjuangkan begitu lama oleh PAS dan telahpun secara berkerajaan
diterjemahkan dengan cukup baik sepanjang pemerintahan di Kelantan serta sekejap di Terengganu.
Ia bukanlah suatu slogan kosong dan mainan emosi kecewa semata mata. Lantas dengan menubuhkan
GHB untuk membawa perkara ini dilihat suatu langkah ke belakang sahaja.

8. Muafakat politik seharusnya diperkuatkan dengan pakatan sedia ada. Dan aspirasi agung oleh Al
Marhum Tuan Guru Yusof Rawa, Al-Marhum Ust Fadhil Mohd Noor dan Al-Marhum Tok Guru Nik
Abdul Aziz Nik Mat yang mahu melihat PAS terus maju dan mara dalam mempertahan Islam dan
masyarakat Malaysia perlu diteruskan oleh kita semua, ahli dan pimpinan PAS di semua peringkat.

Justeru, dengan pengumuman parti baru pada hari ini, Pemuda PAS Kelantan mendesak 2 ahli parlimen
PAS negeri ini yang hadir pada sesi pengumuman tadi iaitu YB Dr Mohd Hatta Md Ramli dari Kuala
Krai dan YB Datuk Kamarudin Jaafar dari Tumpat meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat.
Bagaimana mungkin dua sosok ini yang menang atas tiket PAS dan dibantu secara sepenuhnya oleh
jentera parti PAS dan memiliki segala kemudahan, elaun dan sebagainya atas nama wakil rakyat PAS,
tetapi dengan tiada segan silu mengumumkan untuk menubuhkan parti baru. Jika kami dahulu
berpenat lelah memenangkan tuan di dalam PRU, maka kami juga dengan penuh rasa hormat dan
takzim kepada tuan meminta supaya melepaskan jawatan segera.

Jasa dan budi baik kalian akan tetap kami ingati. Namun perkara prinsip dan moral tetap menjadi teras
perjuangan kita semua. Dengan perletakkan jawatan tuan dan kesibukan tuan di dalam wadah baru
GHB, nasib rakyat Kuala Krai di dalam khemah akan lebih terbela dan diperjuangkan.

Nazman Bin Che Iberahim
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan


Sumber TKO - 14-7-2015












Kelantan - Turki jalin kerjasama pendidikan 

tinggi

ASLANI M | .


KOTA BHARU: Kelantan melangkah setapak lagi dalam bidang pendidikan tinggi apabila berjaya
memperluaskan kerjasama dengan kerajaan Turki.

Kini rangkaian kerjasama bukan lagi tertumpu di Asia Barat dan Mesir serta Indonesia, sebaliknya
memasuki gerbang Eropah.

Kejayaan itu terbukti apabila Majlis Pengajian Tinggi Turki (YOK) memberi komitmen menempatkan
pelajar dari Kelantan di universiti terbaik di negara terbabit.

Lebih menggembirakan lagi apabila YOK memberi jaminan tajaan biasiswa kepada pelajar yang
berkelayakan.

Difahamkan setiap tahun kerajaan Turki menaja kira-kira 4,000 pelajar asing yang belajar di negara
itu.

Dan semalam kerajaan Kelantan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan YOK
di Turki.

YOK berperanan mengawal selia segala dasar dan aktiviti sektor pendidikan tinggi di Turki.

MOU berkenaan ditandatangani Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Abdullah dan Presiden
Majlis Pergajian Tinggi Turki, Prof Dr M.A Yekta Sarac.

Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri Besar, Mohd Khairil Hazmie Yusof berkata kedua-dua
pihak bersetuju menghantar dan menerima pelajar serta ahli akademik khususnya bidang perubatan
dan pengajian Islam.

“Kerajaan Kelantan menyatakan setinggi-tinggi penghargaan atas peluang dan kerjasama yang
diberikan YOK dan Kedutaan Turki di Malaysia yang membuka ruang sehingga terhasilnya MOU.

“Begitu juga sekalung penghargaan kepada Kedutaan Besar Malaysia di Turki atas kerjasama diberi,”
katanya dalam satu kenyataan di sini.

Difahamkan MoU tersebut merupakan yang pertama dimeterai antara YOK dengan kerajaan negeri di
Malaysia.

Menurut Khairil Hazmie usaha yang dilakukan kerajaan negeri itu menepati tema Kelantan melangkah
ke hadapan.

Turut hadir pada program bersejarah itu anggota Exco kerajaan Kelantan Datuk Dr Mohamed Fadzli
Hassan, Pengarah Yayasan Kelantan Darulnaim, Che Ramli Che Soh dan Ketua Eksekutif Kolej Islam
Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) Dr Abdul Aziz Md Zain.

Selain itu turut hadir ialah Timbalan Pengarah Yayasan Islam Kelantan, Mohd Zaki Deraman dan
wakil Duta Besar Malaysia ke Turki Rafidawati Ahmad. – HARAKAHDAILY 14/7/2015

Sumber HD - 14-7-2015













7 bulan tunggu rumah dibina Kesedar















ASLANI M | .


GUA MUSANG: Berdasar persetujuan asal JKR Kesedar diberi tanggungjawab membina rumah
kekal mangsa banjir di Aring dan Lebir.

Malangnya sehingga kini selepas hampir tujuh bulan berlalu mangsa banjir seperti menunggu buah
tidak luruh.

Bagaimanapun 31 mangsa banjir di Lebir lebih bernasib baik apabila syarikat korporat dan NGO
tampil membina rumah kekal untuk mereka.

Islamic Aid Malaysia dengan kerjasama Etiqa Takaful membantu membina rumah kekal, biar pun
difahamkan tiada penyelarasan dibuat dengan Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang.

Pemimpin masyarakat di Lebir, Norazmi Abdullah berkata, empat lagi mangsa banjir yang benar-
benar rumah mereka runtuh akibat banjir besar akhir tahun belum mendapat bantuan rumah kekal.

Katanya, mangsa banjir terbabit terpaksa menggunakan dana sendiri bagi membaik pulih semula
rumah lama yang rosak.

“Selepas lama menunggu mereka akhirnya membaiki semula rumah lama yang rosak bagi
mengelakkan terus tinggal dalam khemah.

“Apabila saya mengajukan masalah itu kepada Kesedar, pihak pengurusan agensi itu pula
memberitahu belum mendapat dana bagi membina rumah kekal mangsa banjir.

“Lebih pelik lagi dana untuk mangsa banjir didakwa tiada, sebaliknya projek rumah generasi kedua
pula sedang dibina di tanah kerajaan,” katanya di sini.

Menurutnya tiga rumah generasi kedua baru dimulakan pembinaannya dan enam lagi dijangka dibina
selepas Hari Raya.

Norazmi berkata sepatutnya tumpuan diberi kepada empat mangsa banjir terbabit yang kini terpaksa
membina semula rumah di tapak asal yang sering ditengelami banjir setiap tahun.

Beliau juga mendakwa sembilan generasi kedua yang mendapat projek rumah berkenaan diangkat
dari senarai Kesedar dan bukan senarai dipersetujui bersama sebelum ini.

Penyelia Parlimen Gua Musang, Azman Ahmad pula berkata nasib mangsa banjir di Aring 2 sejak
awal lagi mendapat perhatian PAS Gua Musang.

Katanya, sejak banjir surut sehingga sekarang lima kali bantuan keperluan harian diagih kepada
mangsa banjir di Aring 2. Dan sekali lagi malam esok iftar juga akan diadakan di Aring 2.

“Sepatutnya projek rumah kekal untuk 13 mangsa banjir di Aring 2 diurus Kesedar JKR namun
sehingga sekarang tiada hitam putih lagi daripada agensi itu,” katanya. - HARAKAHDAILY 
12/7/2015

Sumber HD - 12-7-2015

Bukan kenderaan milik, rasmi MB Kelantan
















HARAKAHDAILY | .


Sedang diviral di beberapa laman facebook dan WhatsApp berkaitan sebuah kenderaan yang memakai
nombor pendaftaran WSN 95 dan dikaitkan dengan kenderaan rasmi YAB Menteri Besar Kelantan.

Saya menafikan kenderaan tersebut milik YAB Ustaz Datuk Haji Ahmad Yakob, begitu juga ianya
bukan kenderaan rasmi untuk kegunaan YAB Menteri Besar.

Bahkan YAB Ustaz Datuk sangat bersederhana dan kadang-kadang beliau sendiri yang memandu
kenderaannya ke beberapa lokasi program.

Malah, beliau juga kerap berbasikal khasnya ketika berulang-alik untuk ke masjid berhampiran.

MOHD ASRI MAT DAUD
Setiausaha Akhbar YAB Menteri Besar Kelantan



 

Sumber HD - 12-7-2015

Puasa tidak halang mangsa banjir bina semula 

rumah

ASLANI M | .


GUA MUSANG: Sebahagian besar mangsa banjir di Limau Kasturi dan Aring 2 dekat sini terpaksa membina sendiri rumah sementara 
atau transit selepas rumah asal mereka musnah dibawa arus akhir Disember lepas.

Bagi yang ada sedikit wang simpanan boleh membina rumah kekal di tapak asal, sebaliknya ramai
yang hanya membina rumah transit daripada sisa-sisa runtuhan rumah.

Biar pun berpuasa mereka tetap bekerja menyiapkan rumah. Mereka membanting tulang empat kerat
selepas hampir tujuh bulan menunggu rumah bantuan kerajaan yang tidak kunjung tiba.

Ketika ditemui petang semalam sebuah keluarga bergotong royong membina semula rumah mereka
di tanah milik Kereta Api Tanah Melayu (KTMB) memandangkan tiada lot sendiri.

“Keluarga saya masih lagi tinggal menumpang di kem latihan milik Jabatan Pelajaran Kelantan
kerana rumah rosak sama sekali akibat banjir.

“Selepas lebih enam bulan menunggu bantuan daripada mana-mana pihak tidak datang, maka kami
terpaksa membina sendiri dengan bantuan keluarga yang tinggal di tempat lain,” kata seorang pemuda.

Beliau tidak menyalahkan mana-mana pihak, biar pun kawasan itu agak terpinggir daripada mendapat
bantuan kerajaan. Hanya NGO termasuk Islamic Relief yang membantu membina rumah transit sejak
bah surut.

Rumah keluarganya yang dibina bersebelahan stesen kereta api Limau Kasturi musnah sama sekali.
Begitu juga rumah Penghulu Mukim Limau Kasturi, Razali Mat Tahir turut menyembah bumi.

Hanya sebuah rumah penduduk dan stesen KTMB yang mampu bertahan dari arus sungai. Rumah
lain di sepanjang landasan itu musnah. Sisa runtuhan rumah masih kelihatan sehingga sekarang.

Razali berkata Islamic Relief membina lapan rumah transit kepada mangsa banjir di Limau Kasturi
yang tiada lot sendiri.

Selain itu NGO terbabit juga membina semula rumah penduduk daripada sisa runtuhan rumah asal.
Sebanyak 50 rumah sementara dibina NGO tersebut.

“NGO berkenaan membayar upah sebanyak RM40 sehari kepada setiap penduduk yang membina
rumah mereka. Lima hingga enam orang dibayar upah Islamic Relief bagi menyiapkan pembinaan
setiap rumah.

“Kebiasaannya dua hari siap bagi sebuah rumah kecil bagi membolehkan mereka berpindah dari
bawah khemah. Biar pun membina rumah sendiri namun NGO itu tetap juga memberi upah,” katanya.

Penyelia Parlimen Gua Musang, Azman Ahmad berkata, kerajaan negeri sudah mengenal pasti
penempatan baru bagi memindah mangsa-mangsa banjir yang tiada lot sendiri di Limau Kasturi.

Katanya, projek rumah kekal di penempatan baru itu akan dikendalikan Majlis Agama Islam dan
Adat Istiadat Melayu Kelantan.

“Bagaimanapun penempatan baru tersebut perlu disediakan infrastruktur yang melibatkan kos kira-kira
RM1.7 juta. Kerajaan negeri sedang berusaha bagi mendapatkan dana daripada kerajaan pusat bagi
menyediakan kemudahan asas di situ,” katanya.

Seramai 91 penduduk Limau Kasturi kehilangan rumah akibat banjir besar akhir tahun lepas. Daripada
jumlah itu hanya 12 penduduk memiliki geran hak milik secara sah, manakala dua lagi mempunyai
resit deposit.

Keadaan serupa juga berlaku di Aring 2 yang terletak kira-kira 25 km dari Pekan Chiku. Sebanyk 13
rumah penduduk di situ dibawa arus Sungai Aring sehingga rumah hanya tinggal tiang dan tangga
simen sahaja. Mereka sekarang tinggal di rumah transit. - HARAKAHDAILY 10/7/2015

Sumber HD - 10-7-2015
















Ada mangsa banjir mahu bertahan di khemah


















| .


KOTA BHARU: Jumlah rumah kekal mangsa banjir yang siap dibina sehingga 2 Julai lepas sebanyak
220, 44 dibina kerajaan negeri, 40 lagi kerajaan pusat dan selebihnya NGO.

Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata jumlah rumah sedang dalam pembinaan pula 
sebanyak 560 dan pra pembinaan pula sehingga tarikh tersebut 822.

Bagaimanapun katanya masih terdapat 55 mangsa banjir yang tinggal di bawah khemah di Kuala
Stong, Kemubu, Kampung Baru Pahi di Kuala Krai dan tapak projek Bandar Utama di Gua Musang.

“Di Gua Musang kerajaan menyediakan rumah transit di Kem PLKN, namun ada mangsa banjir yang
berkhemah di Bandar Utama enggan pindah dan hendak kekal di situ sehingga rumah kekal siap.

“Di tempat lain yang tiada rumah transit kerajaan negeri membayar sewa rumah untuk mangsa banjir
bagi keselesaan mereka,” katanya pada program dialog dan iftar bersama petugas media di sebuah
hotel di sini petang semalam.

Hadir sama anggota-anggota Exco, Datuk Abdul Fattah Mahmood, Datuk Nassuruddin Daud,
Pengarah Pusat Kajian Strategik Negeri Kelantan, Dr Wan Nik Wan Yussof dan Pengarah Urusetia
Penerangan Kerajaan Negeri, Ashaari Mamat.

Menjelas lanjut Abdul Fattah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan,
Belia dan Sukan berkata di Pahi 20 mangsa yang mendiami khemah rosak sepenuhnya rumah mereka
ketika banjir besar akhir tahun lepas, manakala 15 lagi rosak separuh.

Katanya, sebanyak 22 rumah transit sedang dibina di tapak rumah mangsa banjir terbabit bagi
membolehkan mereka keluar dari khemah.

Kata beliau sebelum ini kerajaan bersetuju untuk menutup khemah penempatan di Bandar Utama di
Gua Musang memandangkan rumah transit disediakan.

“Bagaimanapun malangnya masih ada yang mahu kekal di situ. Oleh itu usaha sedang dilakukan bagi
memujuk mereka berpindah ke kem PLKN yang jauh lebih selesa berbanding tinggal di bawah khemah,” katanya.
Menurutnya juga 44 rumah kekal yang siap dibina kerajaan negeri iaitu di Kota Bharu dua, Tumpat (2),
Pasir Mas (1), Tanah Merah (2), Machang (13), Kuala Krai (23) dan Gua Musang (1).

Katanya sebanyak enam rumah kekal di Kampung Kolam Mas, Gua Musang dijangka dapat diduduki
menjelang sambutan Hari Raya.

Begitu juga 27 rumah kekal yang dibina kerajaan Selangor dijangka dapat diduduki tidak lama lagi.
“Dijangka 80 rumah kekal yang dibina di bawah kerajaan negeri dan 88 di bawah kerajaan pusat dapat
diduduki sebelum Aidilfitri,” ujarnya.

Kata beliau juga pembinaan rumah kekal di Gua Musang agak terlewat memandangkan anggaran kos
awal ditetapkan berubah selepas diperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bermula 1
April lalu.

Ketika menjawab soalan lain Menteri Besar berkata pada dasar pembinaan rumah kekal perlu menepati
spesifikasi ditetapkan kerajaan negeri iaitu tiga bilik tidur dan sebuah bilik air.

Bagaimanapun tidak dinafikan ada NGO yang membina rumah kekal tidak menepati speksifikasi 
tersebut, namun ia dipersetujui mangsa banjir. - HARAKAHDAILY 8/7/2015

Sumber HD - 8-7-2015

Usah gadai Islam kerana jaga hati kawan

ASLANI M | .


KUALA KRAI: Dalam perjuangan tidak selamanya kita mahu menjaga hati kawan, sedangkan dalam
masa yang sama matlamat asal PAS tidak kesampaian.

AJK PAS Pusat, Datuk Nusuruddin Daud berkata rakyat Kelantan secara jelas memberi mandat
kepada PAS menggantikan Barisan Nasional (BN) pada 1990 bagi membolehkan perundangan
syariat didaulatkan.

“Orang yang beri mandat kepada kita hendak tengok apakah kita benar-benar mahu melaksanakan
Islam.

“Bukan kita hanya hendak menjaga hati kawan semata-mata sehingga menyebabkan perjuangan asal
kita tidak kesampaian,” katanya pada ceramah Ghazwatul Kubra di Laloh malam tadi.

Program sempena Nuzul al Quran diadakan bermula solat Asar di Masjid Laloh. Tadarus mengupas
surah an-Nur disampaikan bekas pensyarah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, Ustaz
Mohd Asri Daud.

Hadir sama Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob, timbalannya, Datuk Mohd Amar Abdullah,
Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi dan wakil-wakil rakyat.

Memperjelaskan lagi isu berkenaan Mohd Amar berkata Islam menjadi teras kerajaan di bawah
kepimpinan ulama di Kelantan sejak 1990.

“Agama dan akidah lebih penting berbanding perkara-perkara lain dalam gerakan Islam. Sebab itu
setiap pendokong gerakan Islam hendaklah ikhlas.

“Apabila ada keikhlasan dalam perjuangan kalau kita tewas dalam pemilihan di peringkat parti ia tidak
menimbulkan polemik sehingga mahu mewujudkan parti baru pula,” ujarnya yang juga Ketua
Penerangan PAS Kelantan.

Bagi Menteri Besar segala masalah yang berlaku membabitkan umat Islam sekarang kerana tiada
kefahaman secara jelas tentang agama.

Sebab itulah kata beliau umat Islam perlu didedahkan ilmu sebagai panduan kepada mereka. –
HARAKAHDAILY 7/7/2015

Sumber HD - 7 - 7 - 2015




















Kelantan perluas penggunaan tulisan jawi























| .




KOTA BHARU: Kelantan akan menjejaki langkah kerajaan Brunei menggunakan tulisan jawi dalam

semua surat rasmi kerajaan negeri.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, penggunaan tulisan jawi sudah lama dilaksanakan
di Kelantan, namun akan diperluaskan lagi dalam usaha memartabat tulisan berkenaan.

“Pihak berkuasa tempatan di Kelantan termasuk Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam
mewajibkan iklan memapar tulisan jawi bersama tulisan lain,” katanya pada majlis penyampaian
hadiah pertandingan tulisan khat di Madinah Ramadan di sini semalam.

Teks ucapannya dibaca Speaker Dun Kelantan, Datuk Abdullah Ya’kob.

Seramai 442 peserta terdiri dari pelajar dan orang awam mengambil bahagian pada pertandingan
tersebut.

Hadir sama anggota Exco, Mejar (B) Datuk Md Anizam Abd Rahman dan Pengarah Muzium Kelantan,
Dr Nik Azlan Abdul Hadi.

Pada pertandingan itu M Affwan Al Muttaqie, 22 mendapat tempat pertama dan membawa pulang
wang tunai RM1,800. - HARAKAHDAILY 2/7/2015

Sumber HD - 2-7-2015

Kelantan usaha bantu kanak-kanak mangsa 
























dera

ZAMANI MOHD ZAIN | .


KOTA BHARU: Kanak-kanak yang mengalami kecederaan parah disyaki akibat didera ibu tiri, Nur
Zuliana Zaara Zulkifli, 5 turut mendapat simpati Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob.

"Seharusnya masyarakat prihatin sekiranya berlaku kejadian seumpama ini di kawasan sekitar dan
melaporkan segera kepada pihak berkuasa.

"Ini perlu bagi mengelakkan kecederaan lebih serius terhadap mangsa dan tindakan dapat diambil
bagi menyelamatkan mereka yang terlibat dan menjadi mangsa," katanya kepada media selepas
melawat kanak-kanak malang terbabit di Hospital Raja Perempuan Zainab II ( HRPZII) hari ini.

Nur Zuliana Zaara dilaporkan mengalami lebam dan penuh parut di badan selepas didera ibu tirinya.

Kejadian disedari ibu mangsa, Sana Abd Malek, 28, selepas pergi mengambil anaknya itu di rumah
bekas suaminya di Rantau Panjang.

Nur Zuliana dijaga ibu tirinya selepas bapa dan ibu kandungnya berpisah sejak 2013.

Menteri Besar berkata kejadian ini amat menyedihkan kerana melibatkan seorang kanak-kanak yang
masih kecil dan belum mengenal erti kehidupan.

Pada kunjungan itu beliau turut menyampaikan sumbangan wang tunai kepada keluarga mangsa.

“Kerajaan negeri akan berusaha membantu menyalurkan bantuan susulan kepada kanak-kanak
malang itu,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 30/6/2015

Sumber HD - 30-6-2015

Kanak-kanak mangsa dera tunjuk perkembang

an positif

BERNAMA | .



Menteri Besar Kelantan turut melawat mangsa dera di hospital.
KOTA BAHARU: Kanak-kanak perempuan lima tahun yang cedera serius dipercayai didera, semakin
menunjukkan perkembangan positif dari segi tahap kesihatannya.

Ibu saudara kanak-kanak itu berkata anak saudaranya itu yang menjalani pembedahan usus semalam
hari ini sudah mula bercakap dengan ibunya.

"Dia dah mula bercakap, dia ada cakap ingin makan dan berjalan-jalan serta ingin berjumpa sepupunya
yang lain. Kami ucap terima kasih kepada pihak hospital.

"Dia semakin sihat, cuma kesan daripada pembedahan usus semalam dia tidak boleh makan lagi. Kita
doakan dia kembali sihat seperti sedia kala," kata wanita berumur 32 tahun itu kepada pemberita ketika
ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini, pada Selasa.

Katanya anggota keluarga menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa berhubung tindakan terhadap ibu tiri serta bapa kanak-kanak itu yang dipercayai menderanya.

"Anggota keluarga tidak mahu masuk campur, kami serah kepada pihak berkuasa yang lebih arif dengan undang-undang," katanya.

Kanak-kanak malang itu ditemui ibu kandungnya dalam keadaan wajahnya cengkung manakala seluruh badannya didapati lebam dan dipenuhi parut, sementara kepalanya pula didapati luka manakala belakangnya dalam keadaan membongkok dipercayai akibat patah tulang belakang, rusuk serta paha.

Kanak-kanak itu kini ditempatkan di HRPZII untuk rawatan dan berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Bapa kandung dan ibu tiri kanak-kanak berusia 39 dan 25 tahun yang menjaga kanak-kanak itu sebelum ini telah ditahan reman oleh polis selama empat hari bermula semalam untuk siasatan lanjut. - Bernama

Sumber HD - 30-6-2015


Waspada, laluan alternatif Jeli-Gua Musang berisiko

Waspada, laluan alternatif Jeli-Gua Musang berisiko: GUA MUSANG: Laluan alternatif ke Kota
Bharu dari Gua Musang melalui Jeli berisiko bagi pemandu yang tidak berhati-hati. Jambatan
sementara itu agak





GUA MUSANG: Laluan alternatif ke Kota Bharu dari Gua Musang melalui Jeli berisiko bagi 
pemandu yang tidak berhati-hati. Jambatan sementara itu agak

Sumber HD - 24-6-2015

















































Exco dilantik timbalan PJ, setiausaha PAS 

Kelantan

ASLANI M | .


KOTA BHARU: Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Che Abdullah Mat Nawi dilantik sebagai
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan yang baru menggantikan Adun Pulai Chondong,
Zulkifli Mamat.

Manakala seorang lagi anggota Exco, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan pula dilantik sebagai
Timbalan Pesuruhjaya III.

Perkara itu diumum Pesuruhjaya Negeri, Ustaz Datuk Ahmad Yakob pada mesyuarat Badan
Perhubungan PAS Kelantan di JKR 10 petang semalam.

Turut kekal pada sesi 2015-2017 iaitu Timbalan Pesuruhjaya I, Datuk Mohd Amar Abdullah,
Timbalan Pesuruhjaya II, Datuk Dr Johari Mat, Ketua Penerangan, Datuk Nassuruddin Daud dan
Bendahari, Datuk Hanifa Ahmad.

Zulkifli pula dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan menggantikan Datuk Takiyuddin
Hassan yang kini Setiausaha Agung PAS.

Manakala Penolong Setiasaha I, Dr Wan Nik Wan Yussof, Penolong Setiausaha II, Ustaz Mohd Asri
Mohd Zain dan Penolong Setiausaha III, Wan Ruslan Wan Hamat.

Setiausaha Kerja PAS Negeri, Mohd Yassin Yusof berkata, enam anggota Perhubungan PAS
Kelantan baru yang dilantik iaitu Datuk Abdullah Ya’kub, Mumtaz Mohd Nawi, Nik Bahrum
Nik Abdullah, Datuk Anuar Tan Abdullah, Ustaz Mohd Asri Mat Daud dan Dr Ramli Mamat. - 
HARAKAHDAILY 24/6/2015

Sumber HD - 24-6-2015

Kerajaan Kelantan bayar bonus raya

| .



KOTA BHARU: Mengambil kira bebanan kewangan penjawat terkesan ekoran peningkatan kos
kehidupan sekarang, kerajaan Kelantan turut mengumumkan bonus kepada penjawat awamnya.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, Kelantan juga akan membayar bonus Hari Raya
minimum sebanyak RM500.

Katanya, kakitangannya gred 54 ke bawah layak mendapat bonus tersebut.

“Bonus diberikan dengan harapan dapat mengurangkan bebanan kewangan kakitangan awam negeri
menyambut Ramadan sekarang,” ujarnya ketika ditemui selepas mesyuarat Exco di Kota Darulnaim
hari ini.

Pada 17 Jun lalu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bonus raya kepada
kakitangan awam sebanyak RM500 bagi gred 54 dan ke bawah.

Ahmad bagaimanapun tidak menyatakan jumlah peruntukan yang terpaksa ditanggung kerajaan
negeri bagi membayar bonus raya tahun ini.

Tahun lepas difahamkan kerajaan negeri meperuntukkan lebih RM2.5 juta bagi membayar bonus raya
lebih 10,000 kakitangan awamnya. - HARAKAHDAILY 24/6/2015

Sumber HD - 24-6-2015





















































Banjir: Lebih 200 rumah dibaiki di Dun 

Dabong

| .



DABONG: Sehingga kini sebanyak 202 rumah penduduk di Dun Dabong yang rosak akibat banjir
akhir tahun lepas dibaiki kerajaan negeri.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata sebanyak RM500 hingga RM10,000
diberi bagi membaik pulih setiap rumah mangsa banjir.

Katanya, peruntukan diberi berdasar kepada jumlah kerosakan rumah mereka.

“Kerajaan negeri membelanjakan sejumlah RM342,960 bagi membaik pulih rumah-rumah terbabit
yang rosak tidak sepenuhnya di Dun Dabong,” katanya ketika ditemui selepas melawat kerja-kerja
baik pulih rumah penduduk di Dabong kelmarin.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri, Datuk
Abdul Fattah Mahmood dan Penyelia Dun Dabong, Ku Mohd Zaki Ku Hussin.

Mohd Amar berkata rumah-rumah penduduk yang rosak akibat banjir mulai dibaik pulih bermula
Februari lalu.

Sumber HD -24-6-2015

Mangsa banjir enggan pindah ke rumah transit

SALMAH MAT HUSAIN|FOTO RIZAL TAHIR | .


KUALA KRAI: Ada mangsa banjir enggan berpindah dari khemah ke rumah transit disediakan 
kerajaan difahamkan kerana mahu menagih simpati daripada orang ramai.

“Kita mendapat maklumat ada mangsa banjir ingin kekal di situ kerana ada di antaranya mendapat
bantuan dari pihak yang bersimpati khususnya di hujung minggu,” kata Timbalan Menteri Besar,
Datuk Mohd Amar Abdullah.

Beliau berkata kerajaan menyediakan penempatan sementara di kem Pusat Latihan Khidmat Negara
(PLKN) di Taman Etnobotani.

Namun katanya mereka enggan juga berpindah dan masih mahu berada di khemah di tapak projek
Bandar Utama.

Menurutnya mereka menjalani ibadat Ramadan di situ kerana sebahagian besar mangsa di bawah
seliaan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Malah katanya berdasar maklumat diperolehi ada mangsa banjir sengaja mengambil kesempatan
tinggal di situ dengan harapan untuk mendapatkan rumah kekal seperti mangsa banjir lain.

Sedangkan katanya ada kalangan mereka tidak disenaraikan bersama 1,827 mangsa banjir yang
mengalami kerosakan penuh rumah akibat banjir akhir tahun lepas.

“Akibat tindakan mereka itu menyebabkan masyarakat luar memandang negatif terhadap kerajaan
negeri kerana membiarkan mangsa banjir tinggal di bawah khemah,” katanya penyampaian kunci
rumah kekal sumbangan kerajaan Kelantan kepada mangsa banjir di Dun Mengkebang, di sini
semalam.

Hadir sama anggota Exco Datuk Abdul Fattah Mahmood, Adun Mengkebang, Ustaz Abdul Latif
Abdul Rahman dan Adun Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah dan wakil Pejabat Tanah dan Jajahan
Kuala Krai.

Akhbar melaporkan 43 keluarga mangsa banjir yang mendiami khemah di Bandar Utama enggan
berpindah ke Kem PLKN kerana dipercayai sengaja mahu menarik simpati orang ramai.

Seorang mangsa banjir dilapor mengakui sejak tinggal di khemah enam bulan lepas bantuan diterima
begitu memuaskan biar pun tidak selesa berada di situ.

Sumber lain pula mendakwa ada mangsa banjir di situ datang sekali sekala ke khemah tersebut kerana
 memiliki kediaman di tempat lain.

Mohd Amar juga berharap media mendapat maklumat dari kerajaan negeri bagi mengelakkan
tanggapan negatif memandangkan orang ramai tidak mengetahui keadaan sebenar.

“Selain menceritakan keresahan mangsa banjir yang masih tinggal di khemah, media juga disaran
merujuk kepada kerajaan negeri khususnya Pejabat Tanah dan Jajahan bagi mendapat gambaran
sebenar.

“Yang penting mendapat maklumat jelas. Ia juga sebagai check and balance. Jika hanya sebelah
pihak sahaja ditemuramah akan menampakkan kerajaan negeri seolah-olah tidak mempedulikan
mereka,” ujarnya.

Beliau juga berkata sehingga sekarang sebanyak 160 rumah sedang dalam pembinaan di bawah
kerajaan negeri di seluruh jajahan.

Sehingga semalam kerajaan negeri menyiapkan 57 rumah kekal. Sebanyak 20 daripadanya diserahkan
kunci semalam di Batu Jong dan Laloh.

Jumlah keseluruhan yang siap sebanyak 137 termasuk dikendalikan NGO dan agensi kerajaan
pusat. -  HARAKAHDAILY 23/6/2015

Sumber HD - 23-6-2015

























































573 mangsa banjir berpuasa di rumah transit

| .


KOTA BHARU: Bagi mengelakkan mangsa banjir terus mendiami khemah sempena Ramadan ini 
seramai 573 daripada mereka ditempatkan di rumah transit, bangunan kerajaan dan rumah sewa.

Di Gua Musang seramai 110 keluarga ditempatkan di Kem Latihan Pusat Latihan Khidmat Negara di
Etnobotani.

Manakala di Kuala Krai (400 keluarga), Tanah Merah (38), Machang (9), Kota Bharu (4) dan Pasir
Mas (1).

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Fattah
Mahmood berkata kerajaan negeri membayar sewa rumah mangsa banjir di Tanah Merah, Machang
dan Kota Bharu.

Katanya mereka dibenarkan tinggal di rumah transit sehingga rumah kekal milik mereka siap.

Selain itu kata beliau NGO juga menyediakan rumah transit kepada mangsa banjir di Kuala Krai.

Gabungan Jaya di Lata Rek sebuah, PAS Perak di Batu Jong (6 buah), Persatuan Bulan Sabit Merah
di Aur Duri (7) dan Tzu Zhi (21).

“Sehingga sekarang 400 keluarga mangsa banjir tinggal di rumah transit di Kuala Krai dan 110 di
Gua Musang,” katanya di sini.

Di Gua Musang sebelum ini seramai 152 keluarga tinggal di bawah khemah bagaimanapun sekarang
hanya tinggal 43 keluarga.

Menurutnya baki yang tinggal di khemah pun sudah puas dipujuk supaya pindah ke Kem PLKN.

Ada kalangan mereka mengenakan syarat mahu memasak sendiri dan menyediakan kenderaan
menghantar anak mereka ke sekolah.

“Hasrat kita pada awalnya tidak mahu ada lagi mangsa banjir yang tingal di bawah khemah sempena
Ramadan,” ujarnya.

Sehingga 21 Jun lepas masih ada 68 keluarga mangsa banjir yang mendiami khemah di Kuala Krai
iaitu di Kuala Nal seramai (3 keluarga) dan enam keluarga sudah dipindahkan ke rumah sewa.

Selain itu Kuala Stong (8), Manek Urai Selatan (6), Kampung Baru Pahi (35) dan Kampung Serasa
(16).

Daripada jumlah tersebut 53 mangsa yang total loss dan 21 lagi rosak separuh rumah mereka. - 
HARAKAHDAILY 23/6/2015

Sumber HD - 23-6-2015

Syukur dapat berbuka puasa, bersahur di 

rumah baru

ASLANI M | .


GUA MUSANG: Baru sahaja rumah bekas Imam Masjid Kampung Serian siap dibaiki, namun akhir
Disember lepas rumah itu hanya tinggal tungku.

Sungai Nenggiri terletak tidak jauh dari rumah Osman Mahmood. Arus membadai menghanyutkan
semuanya. Apa yang tinggal hanya tiang rumah.

Osman dan penduduk kampung lari menyelamatkan diri di Masjid Batu 11 yang terletak di atas
bukit.

“Kira-kira 70 penduduk bersesak-sesak dalam masjid. Dua malam keluarga saya berada di masjid.
Ketika itu makanan dicatu. Kami makan apa sahaja yang ada.

“Bantuan dari luar tidak boleh masuk kerana putus hubungan. Selepas air bah surut pak cik balik
rumah, tengok hanya tinggal tiang sahaja,” katanya ketika ditemui.

Beliau tidak mampu menangisi nasib terhadap apa yang berlaku kecuali meredhai segala-galanya.
Selepas bah surut beliau dan keluarga tinggal di bawah khemah.

Penyelia Dun Nenggiri, Syed Azhar Syed Alwi berkata, rumah Osman baru sahaja selesai dibaiki
dengan kos kira-kira RM4,000 sebelum banjir datang.

Kata beliau malangnya selepas siap dibaiki rumah bekas imam terbabit, tiba-tiba bah besar datang
dan terus menghanyutnya.

Bagaimanapun Osman bernasib baik, selepas beberapa bulan berteduh di bawah khemah ada NGO
datang. Mereka membantu membina semula Osman di tapak asal.

“Anggota tentera datang dari Kuala Lumpur bergotong royong membina semula rumah pak cik. NGO
pula menghulur sumbangan,” ujarnya.

Isterinya masih lagi memasak di bawah khemah kerana dapur yang dibina belum siap.

Namun beliau bersyukur dapat berbuka puasa dan bersahur di atas rumah baru.

Sebelum Ramadan lalu beliau menerima zink sumbangan anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Che
Abdullah Mat Nawi. - HARAKAHDAILY 23/6/2015

Sumber HD -23-6-2015































Mangsa banjir guna duit sendiri baiki rumah 

rosak
































ASLANI M | .




GUA MUSANG: Hussain Aris, 54, terpaksa menggunakan duit sendiri bagi membaik pulih rumahnya
yang rosak akibat banjir akhir tahun lepas.

Beliau terpaksa menggunakan wang yang disimpan kerana kerja-kerja pembaikian yang dilakukan
di bawah peruntukan Kesedar masih tidak selesai sepenuhnya.

“Saya difahamkan peruntukan yang dilulus Kesedar bagi membaiki rumah setiap mangsa banjir kira-
kira RM10,000. Namun kerja-kerja pembaikian yang dilakukan selama lima hari ke atas rumah saya
seperti tidak setara dengan peruntukan itu.

“Bahan binaan yang dihantar termasuk pasir dua lori, bata jokong dua pelet, simen 25 beg, pintu
rumah sekeping dan zink 10 keping.

“Selain itu kayu saiz 1 inci x 2 inci tiga batang. Batu kuari mereka guna yang saya beli sendiri,”
katanya ketika ditemui di sini.

Menurutnya beliau terpaksa menandatangani tiga keping borang selepas kerja-kerja baik pulih siap
dilakukan kontraktor dilantik Kesedar.

Rumah kayu dua tingkat milik Hussain sebahagian daripadanya rosak akibat banjir tahun lepas.

Beliau bernasib disenarai di bawah projek baik pulih rumah di bawah Kesedar kerana memiliki geran
hak milik.

Sebelum ini Kesedar mengumumkan projek baik pulih rumah mangsa banjir dengan nilai maksimum
sehingga RM10,000 dengan syarat pemiliknya memiliki geran hak milik.

Hussain bagaimanapun berkata beliau terpaksa menggunakan wang yang disimpan bagi menyiapkan
sepenuhnya kerja-kerja baik pulih rumahnya biar pun mendapat bantuan Kesedar.

“Saya juga bekerja sebagai tukang rumah sedikit sebanyak tahu berapa nilaian kerja-kerja dilakukan
kontraktor dilantik Kesedar.

“Biar apapun saya rakam terima kasih kerana disenarai menerima bantuan tersebut biar pun terpaksa
mencari duit lain bagi menyiapkan pembaikian rumah yang rosak,” katanya.

Difahamkan di Kampung Limau Kasturi 10 mangsa banjir disenarai mendapat bantuan baik pulih
rumah di bawah Kesedar.

Penghulu Mukim Limau Kasturi, Razali Mat Tahir memberitahu penduduk yang mendapat bantuan
baik pulih rumah di bawah Kesedar meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kerja-kerja dilakukan. -
HARAKAHDAILY 21/6/2015


Sumber HD - 21-6-2015

Berlindung di rumah transit hadapi Ramadan

| .


GUA MUSANG: “Wakil kerajaan negeri acap kali datang menghulur bantuan. Baru-baru ini anggota
Exco, Datuk Anuar Tan memberi bantuan modal niaga.

“Seorang lagi anggota Exco, Datuk Che Abdullah Mat Nawi datang menyampaikan bantuan bahan
binaan di Kampung Serian.

“Adun Paloh Datuk Nozula Mat Diah juga datang sekali selepas bah surut. Selepas itu tidak nampak
lagi,” kata penduduk Kampung Limau Kasturi ketika ditemui.

Kampung itu terjejas teruk akibat amukan Sungai Nenggiri. Sebanyak 91 rumah rosak sama sekali.
Kesan-kesan runtuhan masih boleh dilihat sehingga sekarang.

Masih ada mangsa banjir yang berlindung di bawah khemah. Sebuah keluarga tinggal dalam khemah
yang dibina di stesen Kereta Api Tanah Melayu Bhd (KTMB) Limau Kasturi.

Khemah juga kelihatan di beberapa tempat di sepanjang laluan kereta api ke Batu 12. Selebihnya
rumah dibina NGO, sekadar boleh berteduh daripada hujan dan panas.

Kawasan itu terletak di bawah pentadbiran Kesedar, sebuah agensi pembangunan di bawah kerajaan
pusat. Hanya beberapa rumah dibaiki Kesedar. Ada logo khas dilekat di dinding rumah yang sudah
dibaiki.

Difahamkan setiap rumah yang rosak mendapat peruntukan sehingga RM10,000. Namun penduduk
meluah rasa tidak puas hati. Pembaikian dilakukan didakwa mereka secara ala kadar sahaja.

Di belakang stesen kereta api Limau Kasturi beberapa penduduk sibuk membina semula rumah
mereka. Mereka membangun semula rumah di tanah rezab KTMB.

“Sekarang sudah masuk bulan ke enam, namun belum dapat apa-apa bantuan daripada kerajaan.
Menghadapi Ramadan kami terpaksa membaiki sendiri.

“Keluarga kakak masih lagi menumpang di Kem Kasturi Gua Musang. Kami sahaja yang masih
berada di situ. Esok dah nak puasa jadi kami mengambil keputusan membina semula rumah yang
runtuh dengan duit sendiri,” kata Zaharah Abdullah di sini kelmarin.

Beliau membina semula rumah di tapak runtuhan di atas rezab KTMB. Dua tukang rumah kelihatan
sedang memasang tiang.

Razak Musa juga mendakwa belum mendapat apa-apa bantuan bagi membaiki rumahnya yang juga
rosak akibat bah.

Beliau mengumpul wang sendiri dan bantuan daripada keluarga membaiki rumahnya. Razak tidak
mengupah orang lain. Sisa rumah lama dipungut semula bagi menjimatkan kos.

Penghulu Mukim Limau Kasturi, Razali Mat Tahir berkata, banyak NGO
datang membantu membaiki semula rumah penduduk yang rosak.

“Saya juga mendapat rumah transit disumbang NGO, Islamic Relief.
Sebanyak lapan rumah transit dibina NGO terbabit. Biar pun kecil namun
lebih baik daripada tinggal dalam khemah,” ujarnya.

Sebuah lagi NGO sedang menyiapkan pembinaan dua rumah kekal.

Menurut Razali ramai penduduk terpaksa membina sendiri rumah daripada sisa runtuhan rumah asal.

“Kerajaan negeri akan mewujudkan penempatan baru seluas 20 ekar berhampiran sekolah bagi menempatkan mangsa banjir yang tiada lot sendiri,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 18/6/2015


Sumber HD - 18-6-2015




































Mangsa banjir dapat banglo sumbangan Selangor

ASLANI M | .


KUALA KRAI: Mangsa banjir yang mendiami khemah dan bangsal tidak sabar lagi menduduki
banglo di Desa Darul Ehsan yang disumbang kerajaan Selangor membabitkan kos sebanyak RM5.7
juta.

Lengkap dengan tiga bilik tidur, sebuah tandas, dapur dan ruang tamu dibina di kawasan seluas enam
ekar. Terletak di tepi jalan raya Gua Musang-Kuala Krai, lokasi yang strategik.

Sebanyak 60 unit dibina di penempatan baru tersebut dijangka dapat diduduki pada pertengahan Ogos
hadapan. Fasa pertama sebanyak 30 unit sedang giat dibina.

Projek tersebut dikendalikan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dengan pemantauan
Lembaga Perumahan Selangor dan kerajaan negeri.

Penempatan tersebut dikenali sebagai Desa Darul Ehsan diumumkan Menteri Besar Selangor,
Mohamed Azmin Ali pada majlis penyerahan kunci projek berkenaan di Simpang Tiga Kuari Manek
Urai Baru hari ini.

Pada majlis itu Azmin turut mengumumkan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) turut
menyumbang sebanyak RM1 juta bagi membantu pemulihan mangsa-mangsa banjir di Kelantan.

Katanya juga Sultan Selangor turut memperkenankan Perbadanan Zakat Selangor membangunkan
sebuah lagi penempatan mangsa banjir di Kelantan.

“Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor melahirkan rasa kebertanggungjawaban bagi membantu
mangsa-mangsa banjir di Kelantan.

“Rakyat Selangor turut merasai musibah banjir yang berlaku di negeri ini akhir tahun lepas. Menteri
Besar Kelantan ada daya tahan mengurus dan mentadbir negeri dalam keadaan musibah yang melanda,” katanya di majlis berkenaan.

Menurutnya Selangor berharap setiap rakyat mendapat pembelaan yang adil daripada kerajaan.

Pada awal tahun lepas Kelantan menandatangani memorandum persefahaman bagi mengadakan
kerjasama ekonomi dengan kerajaan Selangor.

Kerjasama itu merangkumi pembangunan bidang pendidikan, industri makanan halal, rangkaian
siber, sistem gadaian Islam Ar-Rahn dan isu air.

“Selangor juga akan membantu Kelantan meningkatkan lagi sektor pelancongan. Pelancong asing
yang datang ke Malaysia melalui KLIA boleh datang terus ke Kelantan,” ujarnya.

Ustaz Ahmad berkata, Kelantan mempunyai banyak destinasi pelancongan menarik termasuk Tasik
Pergau yang kaya dengan alam semulajadi.

Pada majlis itu beliau merakam ucapan terima kasih tidak terhingga kepada kerajaan Selangor yang
membantu membina rumah kekal mangsa banjir di negeri ini. - HARAKAHDAILY 17/6/2015

Sumber HD - 17-6-2015




































MB Kelantan, Selangor serah kunci rumah 

mangsa banjir

HARAKAHDAILY | .







KUALA KRAI: Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob dan Menteri Besar Selangor,
Mohamed Azmin Ali hadir di Simpang Tiga Manek Urai pagi ini bagi menyempurnakan Majlis
Penyerahan Kunci Rumah Kekal 'Desa Darul Ehsan'.

Perumahan bagi penempatan mangsa banjir ini telah disumbangkan oleh Kerajaan Negeri Selangor
yang akan dibina sebanyak 60 unit rumah di tapak berkenaan.

Turut hadir ialah exco perumahan dan barisan exco bagi kedua-dua negeri.
Menurut Azmin, pembinaan 60 unit Rumah Darul Ehsan dengan kos hampir RM6 juta itu atas rasa
tanggungjawab Selangor membantu rakyat Kelantan yang memerlukan pembelaan selepas kehilangan
tempat berteduh akibat bencana banjir, pada Disember lalu.

Katanya, Selangor mencatat pertumbuhan ekonomi yang baik, tetapi ia tidak membawa sebarang
makna jika kekayaan itu gagal diagih secara adil bukan sahaja kepada rakyat negeri ini, bahkan
mereka yang memerlukan bantuan dan pembelaan.

“Kerajaan Kelantan tunjukkan kesungguhan membangunkan negeri walaupun dalam keadaan
terbatas.

“Maka, menjadi tanggungjawab Selangor membantu sementara mempelajari dari Kelantan bagaimana
dapat bangunkan modal insan melalui prinsip adil, bersih dan peduli rakyat,” katanya. -
HARAKAHDAILY 17/6/2015

Sumber HD - 17-6-2015


PKINK BAWA MADINATUL RAMADHAN KE LEMBAH KLANG - JURUCAKAP PKINK

PKINK bawa Madinatul Ramadan ke Lembah Klang: KOTA BHARU: Rakyat Kelantan yang tinggal
di sekitar Lembah Klang berpeluang menikmati keenakan
|









http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/35958-pkink-
bawa-madinatul-ramadan-ke-lembah-klang


Sumber HD - 16-6-2015


GUNUNG STONG TARIK PELANCONG KE KELANTAN - EXCO PELANCONG

Gunung Stong tarik pelancong ke Kelantan: DABONG: Gunung Stong yang menempatkan air terjun tertinggi di Asia Tenggara berjaya meletak




DABONG: Gunung Stong yang menempatkan air terjun tertinggi di Asia Tenggara berjaya meletak


http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/35960-gunung-
stong-tarik-pelancong-ke-kelantan

Sumber HD - 16-6-2015



































Mohon geran tanah perlu lalui temuduga



































SALMAH MAT HUSAIN | .


KOTA BHARU: Sebelum ini ada rakyat Kelantan memohon hak milik tanah sehingga sembilan ekar 
setiap seorang.

“Sedangkan keluasannya begitu terhad. Keadaan itu tidak sesuai lagi berikutan permohonan hak milik
tanah daripada orang ramai begitu tinggi.

“Sekarang hanya tiga ekar dilulus bagi setiap permohonan. Bagaimanapun ia bergantung pada
keperluan keluarga pemohon,” kata Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah.

Menurutnya kerajaan negeri terpaksa mengurangkan kelulusan keluasan permohonan tanah
memandangkan saiz tanah kerajaan yang ada semakin terhad.

“Ada pula pemohon hanya memohon hak milik sedangkan mereka tidak berhasrat untuk tinggal di
Kelantan,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Ramzi Ab Rahman (BN-Dabong) pada
persidangan Dun hari ini.

Mohd Amar juga berkata bermula tahun lepas kerajaan negeri mensyaratkan setiap pemohon tanah
perlu melalui proses temuduga bagi mengetahui sejauhmana keperluan mereka membuat permohonan
tanah.

Menjawab soalan Rohani Ibrahim (PAS-Tanjong Mas) Mohd Amar juga memberitahu tunggakan
hasil cukai tanah seluruh jajahan sekarang sebanyak RM17.1 juta.

Tunggakan tersebut bagi jajahan Kota Bharu sebanyak RM7.1 juta, Kuala Krai (RM2.5 juta), Pasir
Mas dan Tanah Merah masing-masing (RM1.5 juta), Pasir Putih (RM900,000), Machang 
(RM921,000), Bachok (RM613,000), Tumpat (RM322,000), Gua Musang (RM691,000) dan Jeli 
(RM700,000).

Sementara itu kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM1.2 juta bagi melaksanakan program
pertanian sebagai alternatif bagi menggantikan tembakau.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bio Teknologi dan Teknologi Hijau, Datuk
Che Abdullah Md Nawi berkata, program berkenaan melibatkan jajahan Bachok, Pasir Mas dan Pasir
Puteh.

Katanya, sebanyak 16 lokasi disedikan untuk projek integrasi di kawasan seluas 9 hektar
membabitkan 69 petani.

Menjawab soalan Mohd Huzaimy Che Husin (PAS-Perupok) katanya tanaman alternatif
menggantikan tembakau iaitu kenaf, ubi keledek, padi dan jagung. - HARAKAHDAILY 16/6/2015

Sumber HD - 16-6-2015

Restoran 24 jam perlu lesen khas

| .



KOTA BHARU: Kedai makan yang mahu berniaga lebih daripada jam 12 malam perlu memohon
lesen khas daripada Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI).

Antara tempat yang dibenarkan berniaga sehingga tempoh 24 jam tumpuan orang ramai iaitu Pasar
Borong Wakaf Che Yeh, terminal bas, lokasi berdekatan hospital dan beberapa kawasan lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Negeri, Datuk Abdul
Fattah Mahmood berkata, peraturan itu bertujuan mengawal peningkatan gejala sosial.

“Selain itu bagi menjaga keharmonian keluarga di samping kebajikan pekerja supaya tidak pulang
lewat ke rumah,” katanya menjawab soalan Rohani Ibrahim (PAS-Tanjong Mas) pada persidangan
Dun hari ini.

Abdul Fattah berkata kerajaan negeri melalui MPKB-BRI akan memperkasakan peraturan kedai
makan yang hanya beroperasi sehingga jam 12 malam.

Menurut beliau sekiranya ada peniaga tidak mematuhi peraturan itu, lesen premis mereka akan ditarik
balik. - HARAKAHDAILY 16/6/2015

Sumber HD - 16-6-2015










































Kelantan bantu mangsa gempa di Sabah












































| .



KOTA BHARU: Biar pun Kelantan belum pulih ekoran banjir besar akhir Disember lepas, namun ia
tidak menghalang kerajaan negeri menghulur sumbangan kepada mangsa gempa bumi di Sabah.

Kerajaan Kelantan turut menyampaikan sumbangan kepada mangsa gempa bumi di Ranau, Sabah dan
keluarga malim gunung.

Sumbangan tersebut disampaikan Setiausaha Politik Menteri Besar, Wan Ruslan Wan Hamat kepada
keluarga mendiang Josepht Solengin, Valerian Juanis, Ricky Masirin dan Robbi.

Beliau berkata bantuan juga diberi bagi membaiki tiga rumah penduduk yang rosak di Ranau akibat
gempa bumi.

Katanya, sumbangan sebanyak RM2,000 kepada setiap keluarga mangsa dan RM1,000 bagi
membaiki rumah yang rosak.

“Mangsa-mangsa lain diberi sumbangan sebanyak RM9,000 yang diagihkan dalam bentuk barangan
keperluan harian diurus Badan Perhubungan PAS Sabah dan Persatuan Anak Kelantan di Perantau
Cawangan Sabah,” katanya di sini.

Program penyampaian sumbangan tersebut turut mendapat kerjasama ARC Sabah. -
HARAKAHDAILY 16/6/2015

Sumber HD - 16-6-2015

Lebuh raya: Pusat baru sedar peranan di Kelan

tan

ASLANI M | .


KOTA BHARU: Sehingga kini sejauh 5.5 km projek lebuh raya rakyat Machang-Kuala Krai dilaksa
nakan kerajaan bermula di Bukit Tiu, kata anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Hanifa Ahmad.

Beliau berkata pembinaan lebuh raya itu akan diteruskan sejauh 10 km sehingga ke Berangan Mek
Nab. Menurutnya sehingga kini sebanyak RM1.16 juta telah dibayar kerajaan negeri termasuk pengam
bilan balik tanah dan upah konsultan.

“Bagaimanapun berdasar mesyuarat di JKR pusat pada Mac lepas Unit Perancangan Ekonomi Jabatan
Perdana Menteri menyatakan hasrat untuk membina lebuh raya Machang-Kuala Krai.

“Malah Perdana Menteri telah mengumumkan projek berkenaan ketika membentang Rancangan Malay
sia ke-11 di parlimen baru-baru ini,” katanya menjawab soalan Roseli Ismail (PAS-Kemuning) pada
persidangan Dun hari ini.

Projek tersebut termasuk pakej Central Spine Road dari Simpang Pelangai, Pahang ke Kota Bharu.
Pembinaan jalan baru dan menaik taraf jalan dari Kuala Krai ke Simpang Pelangai dilulus pada RMK
-10.

Hanifa berkata, Perdana Menteri mengumumkan projek lebuh raya Simpang Pelangai ke Kota Bharu
sejauh 475 km. Oleh itu kata beliau berdasar kepada komitmen tersebut kerajaan negeri pada dasar 
bersedia menyerah baki lagi projek berkenaan iaitu sejauh 20.5 km dari Berangan Mek Nab ke Kuala 
Krai dilaksanakan kerajaan pusat.

“Ini setidak-tidaknya dapat menyelamatkan kos pembinaan yang terpaksa ditanggung kerajaan negeri
sebelum ini iaitu sebanyak RM400 juta.

“Kita merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan pusat kerana sedar terhadap tanggungjawab
tersebut selaras Jadual ke-9 Perlembagaan Persekutuan.

“Mungkin kesungguhan kerajaan negeri membina lebuh raya tersebut menyebabkan kerajaan pusat
mulai rasa terpanggil bagi membinannya,” kata beliau.

Menurutnya juga sehingga sekarang sebanyak RM3.28 juta disumbang orang ramai mengisi dana
wakaf lebuh raya rakyat yang akan digunakan bagi membina lima jambatan di sepanjang laluan 10
km. - HARAKAHDAILY 15/6/2015

Sumber HD - 15-6-2015













































Projek rumah rakyat gamatkan Dun Kelantan

| .


KOTA BHARU: Pendedahan berulang kali Harakahdaily dan Harakah isu Projek Perumahan Rakyat
(PPR) di Gua Musang turut menarik perhatian persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan
hari ini.

Malah berlaku seketika ketegangan antara ketua pembangkang Datuk Nozula Mat Diah (BN-Paloh)
dengan penyokong kerajaan Datuk Hassan Mohamood (PAS-Tawang).

Hassan mempersoalkan mengapa sebahagian mangsa banjir yang masih lagi mendiami khemah di
tapak Bandar Utama tidak dipindahkan ke PPR yang sudah lama siap.

Bagaimanapun Nozula menjelaskan senarai pembeli rumah berkenaan sudah ada, namun tidak boleh
diberi sebarangan kepada setinggan yang menjadi mangsa banjir.

“Maksud saya setinggan yang ada dalam senarai sepatutnya diberi kebenaran memasuki rumah
berkenaan kerana ia sudah lama disiapkan,” kata Hassan sambil meminta Nozula menyerahkan senarai
dimaksudkan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Fattah
Mahmood berkata sebelum ini menteri meminta supaya mangsa-mangsa banjir dipindahkan ke PPR.
Katanya, kenyataan menteri terbabit sudah diketahui umum sebagai salah  satu kaedah bagi menyelesai
kan masalah dihadapi mangsa-mangsa banjir di Gua Musang.

Menurutnya PPR mengandungi 1,000 unit rumah yang sudah disiapkan lebih setahun lalu.

“Lagi pun sebelum ini sudah dipersetujui bersama sebanyak 708 penduduk yang memohon PPR diam
bil menduduki rumah berkenaan.

“Malangnya saya difahamkan senarai itu tidak pula dipersetujui Umno Gua Musang sehingga menye
babkan pembelinya tidak dimuktamad sehingga sekarang.

“Oleh itu saya meminta jasa baik Adun Paloh untuk memujuk Ketua Umno Gua Musang bagi menye
lesaikan masalah tersebut,” katanya.

Pada 19 Januari lalu Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul
Rahman Dahlan dilaporkan berkata sebanyak 500 daripada 1,000 unit PPR di Gua Musang akan
ditawarkan kepada mangsa banjir yang kehilangan rumah.

Abdul Fattah juga berkata setidak-tidaknya seramai 38 mangsa banjir yang berada dalam senarai me
miliki PPR dibenarkan pindah ke situ memandangkan rumah tersebut sudah lama siap.

Malah kata beliau difahamkan ada unit di PPR rosak kerana dimasuki pihak tidak bertanggungjawab
kerana belum diduduki penghuninya. - HARAKAHDAILY 15/6/2015

Sumber HD - 15-6-2015












































Banjir: Penempatan baru disetujui 4 Februari 

lalu

| .

 
KOTA BHARU: Kerajaan negeri menjelaskan sepatutnya tidak berbangkit lagi masalah lokasi bagi
mewujudkan penempatan baru mangsa banjir kerana ia sudah dipersetujui pada 4 Febuari lepas.

Mesyuarat tersebut diselaraskan Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) turut dihadiri pelbagai
pihak dan persetujuan dicapai bersama.

Anggota Exco, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata tiada bantahan diterima pada mesyuarat
tersebut terhadap lokasi penempatan baru mangsa-mangsa banjir yang tiada lot sendiri.

Misalnya kata beliau di Guchil Kuala Krai telah dipersetujui tapak sekolah yang telah lama dilulus
kepada Kementerian Pelajaran namun tidak digunakan sehingga sekarang, sebagai penempatan baru.

“Bagaimanapun selepas itu kementerian terbabit pula tidak bersetuju dengan cadangan tersebut
sehingga lokasi lain terpaksa dicari.

“Ekoran itu tapak baru dikenal pasti di Chenulang di kawasan seluas 57 ekar bagi memuatkan 480
unit rumah jenis teres kepada mangsa banjir.

“Bagaimanapun Jawatankuasa Bersama Pasca Banjir mahu rumah dibina dalam bentuk sebuah atau
berkembar menyebabkan bilangan rumah dikurang kepada 345 unit,” katanya ketika menggulung
rang undang-undang perbekalan tambahan pada persidangan Dun hari ini.

Abdul Fattah berkata penempatan baru yang dicadangkan kerajaan negeri terletak di kawasan lebih
tinggi bagi mengelakkan banjir berulang.

Sebelum ini pemimpin Umno Kelantan kerap kali mengungkitkan masalah tanah sebagai punca
pembinaan rumah kekal di bawah kerajaan pusat lambat dijalankan.

Mohd Nazlan Mohamed Hasbullah (PAS-Limbongan) sebelum itu melahirkan rasa hairan terdapat
lebih 500 rumah mangsa banjir yang memiliki geran, namun kerajaan pusat sehingga sekarang hanya
menyiapkan 11 rumah kekal.

Di majlis lain Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Abdullah berkata kerajaan negeri berusaha
melaksanakan tanggungjawab membina rumah mengikut perjanjian bersama dengan kerajaan
Persekutuan.

“Bagaimanapun kerajaan pusat di bawah Majlis Keselamatan Negara agak perlahan dalam
melaksanakan tanggungjawab itu.

“Saya tidak mahu menyebutnya satu persatu. Saya sebut secara umum sahaja kelewatan pembinaan
rumah kekal di bawah kerajaan pusat,” katanya pada majlis penyerahan rumah mangsa banjir di
Kampung Limau Nipis, Kemuning di sini semalam.

Kunci rumah itu diserah kepada Ramli Abdul Rahman, 62.

Sementara itu rumah mangsa banjir di Cabang Tiga Lama, Kampung Pulai, Gua Musang sedang giat 
dibina di bawah Majlis Agama Islam Kelantan.

Timbalan Yang Dipertua PAS Gua Musang, Abdullah Husain berkata sebanyak 44 unit sedang dibina
dan dijangka 16 daripadanya disiapkan menjelang sambutan Aidilfitri.

“Setiap rumah tersebut melibatkan kos kira-kira RM48,000 diberi percuma kepada mangsa-mangsa
banjir yang tiada lot sendiri di Gua Musang,” katanya ketika ditemui di tapak projek petang semalam.
- HARAKAHDAILY 15/5/2015

Sumber HD - 15-6-2015


IHYA RAMADHAN DITERUS HIDUP MADINAH RAMADHAN - TMB

Ihya’ Ramadhan diterus, hidup Madinah Ramadhan: KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan terus melaksanakan program Ihya’ Ramadhan 1436 Hijriah selain menghidupkan Madinah Ramadhan di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV




KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan terus melaksanakan program Ihya’ Ramadhan 1436 Hijriah selain menghidupkan Madinah Ramadhan di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV

http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/35907-ihya-
ramadhan-diterus-hidup-madinah-ramadhan

Sumbe 13-6-2015

















































Ramadhan: NGO perlu tampil anak yatim

| .


KOTA BHARU: Badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat korporat disaran tampil 
membantu anak-anak yatim menjelang sambutan Ramadan tidak lama lagi.

Pengerusi Persatuan Isteri Wakil-wakil Rakyat dan Pegawai Kanan Kerajaan (Purnama), Datin Siti
Zabedah Abdul Hamid berkata anak-anak yatim memerlukan sumbangan orang ramai bagi memboleh
kan mereka menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain.

Katanya masih ramai lagi anak yatim di kampung-kampung yang tinggal bersama keluarga memerlu
kan pembelaan.

“Saya mengalu-alukan program kebajikan untuk golongan anak yatim dan miskin sebagaimana yang
dianjurkan Wanis hari ini.

“Program berkenaan menepati sasaran kerana golongan berkenaan perlu diberi pembelaan yang
secukupnya,” katanya pada program berkenaan di Dewan Yik.

Seramai 100 anak yatim diraikan pada majlis Hi-Tea Charity Wanis. Anak-anak yatim dan miskin
diundang dari Darul Hanan Kelab Balkis, Salimah, Siti Aminah, Darul Aitam Lilbanat dan Darul
Huffaz.

Hadir sama Pengerusi Wanis, Zuridawati Hassan, Senator Khairiah Mohamed, isteri Timbalan
Menteri Besar, Datin Asmahani Hussin dan isteri-isteri anggota exco. -
HARAKAHDAILY 11/6/2015

Sumber HD - 11-6-2015

















































Maklumat terkini rumah mangsa banjir Gua 

Musang

ASLANI M | .


GUA MUSANG: Sudah beberapa kali pemimpin Umno memberitahu mahu membeli tanah bagi
membina rumah kekal mangsa banjir, namun difahamkan belum ada permohonan diaju kepada
Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang.

Situasi itu seolah-oleh memperlihatkan Umno bermain “wayang” di sebalik usaha membantu mangsa
banjir.

Penyelia Parlimen Gua Musang, Azman Ahmad berkata, sehingga sekarang difahamkan belum ada
permohonan diaju bagi membeli tanah untuk mewujudkan penempatan baru mangsa banjir.

“Sedangkan tanah bagi menempatkan mangsa banjir sudah disediakan kerajaan negeri. Antaranya
Cabang Tiga Lama Kampung Pulai seluas 15 ekar dan Tanah Putih 53 ekar,” katanya di sini.

Beliau berkata di Tanah Putih sebanyak 30 rumah sedang dibina Majlis Agama Islam dan Adat
Istiadat Melayu Kelantan (Maik).

Kerajaan negeri turut menyediakan kawasan seluas 14 ekar di Limau Kasturi bagi membina 91 rumah
kekal di bawah kendalian Maik.

Beliau berkata kerajaan negeri juga kini menyiapkan pembinaan 17 rumah kekal di Kolam Mas, Batu
Papan dan Tanah Putih dijangka dapat diduduki Ramadan ini.

Sebuah daripadanya sudah diduduki sejak April lepas. NGO Cakna UT pula menyiapkan tujuh rumah
di Bertam Baru dan Pasir Tumbuh. Dua lagi dalam pembinaan.

Penyerahan rumah tersebut dijangka diadakan pada Sabtu ini di Pasir Tumbuh.

Baru-baru ini Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan, Datuk Makhtar Mustapha
dilapor berkata kerajaan pusat bersetuju membeli tanah di Gua Musang bagi membina rumah kekal
mangsa banjir dengan kadar segera.

Sehingga kini kerajaan pusat difahamkan membina tiga rumah kekal di Kampung Bertam Baru, Kuala
Betis (3) dan Kuala Sungai (11).

Pembinaan rumah kekal di bawah kerajaan negeri di Gua Musang yang dipersetujui Jawatankuasa
Pasca Banjir Kelantan sebanyak 285 dan pusat (176).

Azman juga mendakwa disebabkan kelewatan kerajaan pusat membina rumah kekal di Lebir
menyebabkan NGO mengambil alih peranan itu.

Menurut beliau sepatutnya pembinaan rumah kekal di Lebir dikendalikan JKR Kesedar, namun
tanggungjawab tersebut diambil alih Etiqa Takaful Malaysia Islamic Aid Malaysia dan kini hampir
siap sepenuhnya. – HARAKAHDAILY 11/6/2015

Sumber HD - 11-6-2015

KAYUHAN SEJUTA KASIH BANTU MANGSA BANJIR - DR WAN ZAWAWI

Kayuhan Sejuta Kasih bantu mangsa banjir: KOTA BHARU: Kayuhan Sejuta Kasih oleh Dr Raja
Syamri Raja Husin dan warga





KOTA BHARU: Kayuhan Sejuta Kasih oleh Dr Raja Syamri Raja Husin dan warga

http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/35857-kayuhan-
sejuta-kasih-bantu-mangsa-banjir

Sumber HD - 9-6-2015


BANJIR SKUAD PEMUDA PRIHATIN BANTU MANGSA - PEJABAT TANAH JAJAHAN
MACHANG

Banjir: Skuad Pemuda Prihatin bantu mangsa: KERAJAAN Kelantan sedang berusaha mendapatkan
dana bagi membina saluran paip dari jalan utama Kuala Krai-Machang

|


http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/35875-banjir-
skuad-pemuda-prihatin-bantu-mangsa

Sumber HD - 10-6-2015


















































Banjir: Kelantan siap bina 80 rumah kekal

| .

 
KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan sehingga 1 Jun lepas menyiapkan pembinaan 28 rumah
kekal kepada mangsa banjir dan bukannya 12 buah, kata anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Abdul
Fattah Mahmood.

Rumah terbabit iaitu dibina melalui peruntukan Tabung Amanah Bencana Negeri sebanyak 14, Majlis
Agama Islam Kelantan (Maik) – sebuah dan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) - 13.
Rumah dibina PKINK diduduki sejak Februari lepas disiapkan dalam tempoh sebulan. Manakala
sebanyak 52 lagi dibina badan-badan bukan kerajaan (NGO).

Abdul Fattah berkata jumlah rumah kekal yang sudah siap dibina di bawah kerajaan negeri dan NGO sehingga awal Jun lepas sebanyak 80, manakala 338 lagi sedang dalam pembinaan.

Katanya rumah yang sedang dibina dikendalikan Tabung Amanah Bencana Negeri sebanyak 74 unit, Maik (144), PKINK (5), kerajaan Selangor (30) dan NGO (85).

Manakala peringkat pra pembinaan Tabung Amanah Bencana Negeri (46), Maik (93), kerajaan Selangor fasa kedua (30) dan NGO (117).

“Jumlah rumah kekal dalam tindakan yang siap dan sedang dibina di
bawah kerajaan negeri dan NGO sebanyak 704 unit,” katanya.

Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Dato’ Seri Mustafa Mohamed sebelum ini mengakui
kerajaan pusat sehingga kini hanya menyiapkan 11 rumah kekal.

Abdul Fattah juga berkata sebanyak 30 lagi rumah kekal di Simpang Tiga Kampung Manek Urai
Baru akan diserah kunci kepada mangsa banjir pada 17 Jun ini.

Katanya, rumah tersebut dibina kerajaan Selangor bagi fasa pertama di kawasan seluas hampir tujuh
ekar.

Selain itu 17 lagi rumah kekal di Kampung Kolam Mas, Batu Papan dan Tanah Putih yang dibina
kerajaan negeri dijangka dapat diduduki menjelang bulan puasa ini. - HARAKAHDAILY 9/6/2015

Sumber HD - 9-6-2015

















































Rumah sudah siap mangsa banjir enggan 

pindah

SALMAH MAT HUSAIN | .


KOTA BHARU: “Kami sudah siapkan sebanyak 10 rumah kekal di Desa Rahmat, Machang 
malangnya mangsa banjir tidak mahu tinggal di situ, sebaliknya mereka ingin kembali ke tapak asal.

“Hanya seorang yang tinggal di kediaman baru diberi percuma kerajaan negeri, sebaliknya sembilan
keluarga lagi balik semula ke tepi sungai.

“Inilah masalahnya sekarang. Sebaliknya ada pihak pula menuduh kerajaan negeri tidak menyediakan
penempatan kepada mereka. Apa yang berlaku rumah sudah siap mereka enggan duduk pula,” kata
Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Dr Wan Zawawi Wan
Ismail.

Beliau berkata antara alasan mereka penempatan baru jauh dari tempat kerja.

Pada Februari lepas kerajaan negeri menyerah kunci 10 unit rumah kekal kepada mangsa banjir yang
dipindahkan dari Temangan.

Rumah mereka sebelum ini yang dibina menumpang di tanah milik orang lain dan rezab sungai rosak
sama sekali akibat banjir akhir tahun lepas.

Dr Wan Zawawi juga berkata PKINK membelanjakan RM2 juta bagi membantu mangsa-mangsa
banjir hasil sumbangan pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO). -
HARAKAHDAILY 8/6/2015

Sumber HD - 8-6-2015





































































































Bulan ke-6 baru dengar bunyi hon kereta api

ASLANI M | .


KUALA KRAI: Masuk bulan keenam penduduk yang tinggal tidak jauh daripada landasan kereta api di sini mulai mendengar bunyi hon 
kenderaan tersebut.

Sebelum ini laluan itu sunyi sepi. Langsung tidak kedengaran gerabak kereta api melintas. Malah
selepas bah besar surut akhir Disember lalu ada mangsa banjir yang membina khemah di tepi
landasan.

Namun dua minggu lepas penduduk di Kampung Manek Urai Lama yang terjejas teruk akibat
tsunami Sungai Lebir tidak lagi kesunyian.

“Jeritan” dari kepala kereta api sudah kedengaran memecah kesunyian pagi. Gerabak kereta api
dilihat mengangkut pekerja bagi membaiki landasan dan stesen kreta api yang rosak.

Di Manek Urai stesen kereta api hanya tinggal tapak. Begitu juga di Kemubu dan Bertam Baru.

Paling terjejas jambatan kereta api menghubungkan Bertam Baru dengan Kemubu yang tinggal
separuh.

Separuh lagi jambatan kereta api kini terbenam di dasar Sungai Galas. Ketika rombongan Menteri
Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob melalui melintasi landasan di Kampung Kemubu minggu lepas,
keadaan jambatan itu kekal tidak berubah.

Namun kerja-kerja membaiki landasan dan stsen kereta api kelihatan rancak dijalankan antara
Kemubu-Kuala Krai.

Beberapa gerabak kereta api yang ditenggelami air bah sudah ditarik dari Stesen Dabong Mac lepas.

Seorang penduduk memberitahu kerja-kerja menimbun batu di tepi landasan kereta api sedang
dijalankan di sekitar Manek Urai.

“Ketika banjir besar akhir Disember lepas batu-batu yang menguatkan landasan kereta dihanyutkan
arus deras,” katanya di sini semalam.

Pada Januari lalu Kementerian Pengangkutan menganggarkan kos sebanyak RM360 juta diperlukan
untuk membaik pulih perkhidmatan keretapi di Kelantan dan Pahang yang musnah akibat bencana
banjir.

Kerja-kerja membaik pulih landasan kereta api mengambil masa setahun dibahagi kepada empat
pakej iaitu Kuala Krai-Kemubu, Kuala Krai-Gua Musang, Bertam Baru-Lipis dan Bertam Baru-
Kemubu.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata dijangka kerja baik pulih itu
akan siap dalam tempoh 12 bulan melibatkan kerja baik pulih landasan, jambatan runtuh, stesen
keretapi rosak dan membaiki lokomotif serta gerabak.

Kerja-kerja baik pulih fasa pertama landasan di Kuala Krai, Manek Urai, Dabong dan Kemubu dijangka membabitkan kos RM200 juta. - HARAKAHDAILY 8/6/2015

Sumber HD - 8-6-201

Non-Muslim makin minat fahami KJS

ASLANI M | .


KOTA BHARU: Biar pun usul persendirian belum diberi laluan dibentang di parlimen bagi
membolehkan Kanun Jenayah Syariah (KJS) dilaksanakan di Kelantan, namun program penerangan
berterusan dilakukan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serata, Datuk
Nassuruddin Daud berkata tumpuan sekarang masyarakat bukan Islam yang tinggal di Kelantan.

Katanya program penerangan kepada masyarakat bukan Islam yang diadakan di sebuah hotel tahun
lepas mendapat sambutan menggalakkan.

Begitu juga program penerangan kepada wakil-wakil persatuan Cina dari luar Kelantan diadakan di
Kota Darulnaim.

“Di samping program penerangan di peringkat parlimen, kerajaan negeri juga memberi tumpuan di
kawasan-kawasan yang didiami ramai masyarakat bukan Islam.

“Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri dengan kerjasama Dewan Himpunan Penyokong PAS
menyusun penerangan kepada mereka,” katanya di sini.

Keazaman kerajaan Kelantan melaksanakan KJS sejak 1993 menimbul kembali konflik Pakatan
Rakyat apabila DAP berterusan menentangnya.

Nassuruddin berkata biar pun masih wujud penentangan terbuka namun ia tidak menghalang usaha
memberi penjelasan kepada masyarakat non Muslim di peringkat akar umbi.

Menurutnya ramai kalangan mereka kini memahami perundangan tersebut tidak terbabit dengan
orang bukan Islam.

“Sebelum ini kerajaan negeri juga mengundang penghulu dan ahli majlis daerah kalangan bukan
Islam dari seluruh Kelantan bagi menjelaskan mengenai KJS.

“Rata-rata mereka semakin memahaminya,” ujar beliau. – HARAKAHDAILY 1/6/2015

Sumber HD - 1-6-20115






























































TG Nik Abdul Aziz buktikan kemampuan 

ulama

MUHAMMAD YUSRI AMIN | .


KOTA BHARU: Kira-kira 25 tahun lalu ramai curiga terhadap kemampuan ulama untuk mentadbir
sebuah negeri.

Namun tomahan tidak berasas itu terjawab dengan sendiri setelah Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz
Nik Mat membuktikan kebolehan ulama mengurus negeri sehingga 23 tahun.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata sebelum ini tidak ramai yakin kemampuan seorang
yang berserban dan berkain pelikat boleh mengurus sebuah negeri.

“Namun tanggapan itu kini hilang, bahkan Tok Guru dinobat pemimpin cemerlang membangun negeri
dengan makmur di bawah kepimpinan ulama,” katanya pada perasmian Mesyuarat Agung PIBG
Maahad Muhammadi Pasir Pekan (MMPP) di sini semalam.

Turut hadir Setiasuaha Politiknya Wan Roslan Wan Hamat, Penolong Pengarah Bahagian
Perkhidmatan Guru Yayasan Islam Kelantan, Muslim Che Yusoff, Yang Dipertua PIBG MMPP
Mohd Nordin Wan Adam dan Pengetua MMPP Tarmizi Said.

Teks ucapannya dibacakan Speaker Dewan Negeri Kelantan Datuk Abdullah Ya’kob.

Ustaz Ahmad berkata, kepercayaan masyarakat kini semakin tinggi terhadap golongan ulama kerana
terbukti mampu mengurus tadbir negeri dan negara.

Sementara itu pada majlis berkenaan diadakan penyampaian anugerah kepada pelajar terbaik tingkatan
satu, tingkatan Dua, PT3, Sijil Menengah Ugama, SPM dan STAM 2014. – HARAKAHDAILY 
1/6/2015

Sumber HD - 1-6-2015


Mangsa banjir akan dapat rumah sewa, atau ditempat di kem
PLKN

Posted on Friday, May 29 @ 22:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Semua mangsa banjir yang masih tinggal di dalam khemah di Kelantan akan sedaya upaya dibantu
oleh Kerajaan negeri termasuk menempatkan mereka di rumah sewa ataupun di Kem PLKN
berdekatan tempat tinggal mereka.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob menegaskan kerajaan negeri akan berikhtiar supaya
semua mangsa dapat menghadapi Ramadan dan Aidilfitri dengan lebih selesa.

"Setakat ini sebanyak 75 buah rumah sudah siap dibina seperti di Gua Musang hasil kerjasama
antara kerajaan negeri dengan badan bukan kerajaan (NGO).

"Pihak persendirian juga turut membantu seperti TESCO dan PAS kawasan. Sehingga kini kerja
sama terbabit berjaya menyiapkan sebanyak lima buah rumah," katanya ketika ditemui The Rakyat
Post, hari ini.

Menurutnya, memang ramai mangsa banjir yang memohon bagi mendapatkan bantuan rumah dan
kita akan membuat tapisan dengan bantuan pihak berkaitan.

"Dalam Mesyuarat Exco baru baru ini kita sudah memutuskan sebanyak 157 buah rumah mangsa
banjir akan dibina dan prosesnya sedang berjalan.

"Andai tidak sempat siap kita akan berikhtiar supaya mangsa dapat tinggal di tempat lebih selesa,"
katanya.

Ahmad berkata, bagi mereka yang disewakan rumah kerajaan negeri akan kemungkinan membantu
mereka membayar sewa bagi yang berpendapatan rendah dan tidak mampu.

Katanya rumah transit juga sedang dibina dibawah usaha Sultan Kelantan dan Tengku Mahkota
Kelantan di Kuala Krai bagi menampung jika rumah sewa tidak mencukupi.

Mengulas mengenai rumah mampu milik bernilai lebih kurang RM42,000 sebanyak 30 unit yang
disiapkan di Labok, di sini, Ahmad berkata, ianya boleh dijadikan contoh di jajahan lain.

Difahamkan, Taman Perumahan yang dikenali sebagai Taman Ubudiyyah itu adalah hasil usaha
Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan
(PKINK) dan khusus bagi mereka yang
berpendapatan rendah.

Sumber TKO - 30-5-2015

































































Banjir: Kelantan usaha siapkan rumah sebelum raya

| .



KUALA LUMPUR: Lebih 50 peratus kerja-kerja pembinaan rumah mangsa banjir telah dilakukan Kerajaan Negeri Kelantan bagi mengurangkan penderitaan rakyatnya yang kehilangan rumah akibat banjir Disember tahun lalu.

Pengerusi Malaysian Emergency Disaster Management (MEDM), Salahuddin Ayub berkata Kerajaan kelantan mensasarkan 70 peratus kerja pembinaan rumah mangsa banjir selesai sebelum menjelang Aidilfitri Julai depan.

"Dua minggu lepas, MEDM bersama Pengerusi Tabung Pemulihan Bencana Banjir, Mohamad Sabu dan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ke Kelantan bagi mengetahui sendiri tantang status terkini penyediaan rumah banjir.

"Kita dimaklumkan lebih 50 peratus siap dan sebanyak 600 buah rumah diperuntukan kerajaan negeri kepada mangsa-mangsa banjir, peruntukan untuk menyiapkan rumah ini diperolehi dari sumbangan NGO-NGO derta PAS Kawasan," katanya kepada Harakahdaily hari ini.

Beliau turut memaklumkan, sejak awal bencana banjir melanda Kelantan, MEDM telah menerima sumbangan dari orang ramai hampir 500 ribu.

Sebahagian dari sumbangan tersebut digunakan untuk bantuan awal banjir serta kerja-kerja tolong semula 'rehelp' dan selebihnya dikembalikan kepada Tabung Tabung Pemulihan Bencana Banjir PAS Pusat.

"Sekarang telah masuk fasa ke tiga iaitu fasa pemulihan, bagi MEDM urusan hanya setakat itu sahaja dan selebihnya diuruskan kerajaan negeri.

"Begitu juga dengan baki kutipan yang kita ada juga diserahkan kepada Tabung Pemulihan Bencana Banjir PAS Pusat," sambung beliau lagi.

Sementara itu, beliau yang juga Naib Presiden PAS turut menggesa kerajaan pusat agar tidak mempolitikkan isu penyediaan rumah kepada mangsa banjir.

Gesaan itu berikutan sikap kerajaan Barisan Nasional (BN) yang belum dapat menyediakan sepenuh rumah seperti yang dijanjikan.

"Tanggungjawab kerajaan pusat menyediakan penempatan baru kepada mangsa banjir, mereka mempunyai dana yang banyak dan telah diumumkan sebelum ini.

"Mangsa banjir tidak mahu mereka dipolitikkan, apa yang mereka mahu adalah rumah untuk mereka berteduh," kata beliau lagi. - HARAKAHDAILY 29/5/2015

Sumber HD -29-5-2015


































































Orang Islam dulu tak potong basikal imam - Ustaz Azhar

ASLANI M | .


KOTA BHARU: Mengenali seseorang Muslim itu munafik atau tidak boleh dicam apabila mereka meragui terhadap usaha Kelantan melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (KJS), kata pendakwah ikon anak muda, Ustaz Azhar Idrus.

Beliau berkata orang Islam sendiri mengeluarkan kenyataan dengan mencipta pelbagai alasan termasuk mengatakan KJS belum sesuai lagi dilaksanakan.

“Ini adalah satu ujian. Ramai orang Islam sendiri merungut dengan mengatakan sekarang masa belum sesuai pelaksanaan KJS kerana masyarakat berbilang kaum. Mereka mencipta pelbagai helah dan alasan.

“Sedangkan tanpa sedar membolehkan kita mengenali seseorang Muslim itu munafik atau tidak terhadap pelbagai alasan yang  mereka sebut,” katanya pada program Bicara Murabi anjuran Majlis  Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI) di Stadium Sultan Muhammad Ke IV malam tadi. (Foto atas daripada Fb MB Kelantan)

Puluhan ribu rakyat Kelantan menyertai program malam tadi yang bermula solat Maghrib. Hadir sama Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, anggota-anggota Exco, Datuk Abdul Fattah Mahmood, Datuk Nassuruddin Daud dan YDP MPKB BRI, Zamri Ismail.

Turut bertindak sebagai panelis pada program itu Sheikh Nuruddin Mambu al-Banjari, manakala Ustaz Dusuki Abdul Rani bertindak sebagai moderator.

Sebelum itu kuliah Maghrib disampaikan pensyarah UKM, Dr Izhar Arif. Menteri Besar kemudian mengimamkan solat Isyak. Program berkenaan diadakan sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-10 MKPB diisytiharkan sebagai BRI.

Ustaz Azhar juga berkata orang Islam sekarang tidak segan silu lagi mengkritik ulama yang jarang dilakukan masyarakat Melayu sebelum ini.

“Orang Islam zaman dahulu sangat menghormati ulama. Ketika menaiki basikal mereka tidak akan memotong kalau imam mengayuh basikal di hadapan.

“Masyarakat Melayu zaman lampau tidak melanggar adat. Tetapi sekarang motosikal imam pun ada yang sanggup kebas,” katanya. - HARAKAHDAILY 29/5/2015  

Sumber HD - 29-5-2015


30 Gambar Program Bicara Murabbi Stadium Kelantan

May 28, 2015

































Alhamdulillah. Terima kasih kepada semua muslimin dan muslimat yang hadir.

Semoga allah kekalkan kerajaan kelantan di bawah pimpinan ulama. Amin.

Sumber KB / HD - 28-5-2015

Majlis penyerahan kunci 30 unit Rumah Mampu Milik Kerajaan Negeri Kelantan
Posted on Thursday, May 28 @ 19:10:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Khamis 28/5/2015: Majlis penyerahan kunci 30 unit Rumah Mampu Milik Kerajaan Negeri Kelantan oleh YAB Us. Dato' Menteri Besar di Taman Ubudiyyah Bt 23, Machang. Keseluruhan kos untuk membina setiap unit rumah 3 bilik ini adalah RM77,000 tetapi dijual kepada rakyat hanya dengan harga RM42,000 sahaja. RM35,000 selebihnya diserap atau ditanggung oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Terima kasih kepada Bina Raya yang menjayakan projek ini.



Pemilik rumah ini dipilih melalui proses temuduga. Semoga suasana kediaman ini nanti seindah nama taman tersebut. Projek sebegini juga sedang berjalan di Badang dan dijangka siap pada 2017 dalam bentuk rumah pangsa sebanyak 334 unit. Di Pasir Genda Tanah Merah sebanyak 38 unit.


Kedua-duanya juga akan dibina oleh Syarikat Bina Raya. Sebanyak 28 ekar di Taman Rahmat, Dun Kemuning Machang juga telah diserahkan kepada PMBK untuk dibina rumah mampu milik sebegini. 

Sumber TKO -  28-5-2015






































































Kelantan tanggung RM2.4 juta serap GST di PBT

SALMAH MAT HUSAIN | .


KOTA BHARU: Biarpun sumber kewangan agak terhad namun Kerajaan Kelantan sedia menanggung kos cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di 10 pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini.
Lebih menggembirakan rakyat Kelantan lagi apabila keputusan itu bermula semalam setelah dilulus pada mesyuarat Exco.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah, berkata pengecualian  cukai itu menyebabkan kerajaan negeri terpaksa menanggung bebanan kewangan sehingga RM2.4 juta.

Bercakap kepada media selepas mesyuarat Exco katanya, kemungkinan jumlah kos yang terpaksa ditanggung PBT di Kelantan akan meningkat dari setahun ke setahun.

“Keputusan ini dibuat bagi meringankan bebanan masyarakat terhadap bebanan GST yang dikuatkuasa kerajaan pusat bermula 1 April lalu,” ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Datuk Abdul Fattah Mahmod berkata, antara kos GST yang ditanggung kerajan sewa dewan dan tender parking, bayaran iklan, hasil perolehan jualan barangan tender, jualan barangan stor, sewaan, pajakan, sewa lot pejabat, dewan dan sebagainya.

“Sewaan pajakan kenderaan, sewaan peralatan kelengkapan kerusi meja, kelengkapan elektrik dan lain-lain yang melibatkan dengan masyarakat,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 28/5/2015

Sumber HD - 28-5-2015






































































Banjir: 251 rumah kekal hampir siap dibina

| .









KOTA BHARU: Igauan tsunami Sungai Lebir akhir Disember lalu masih sukar dilupakan.

Kini ia hampir lima bulan berlalu. Malangnya masih ramai mangsa banjir berbumbung khemah.

Ada yang juga berlindung di bawah bangsal buruk. Apa yang pasti Aidilfitri ini sebahagian mereka masih di situ. Hari Raya bagi mereka seperti tidak memberi banyak makna.

Sejak bah besar surut penghujung 2014 hanya tujuh rumah kekal di bawah Majlis Keselamatan Negara (MKN) disiapkan di Kelantan.

Sedangkan kerajaan menjelaskan telah membelanja kira-kira RM800 juta melalui MKN membantu mangsa di negeri-negeri yang terlibat.

Ia diakui Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan. Menurutnya Januari lalu peruntukan itu untuk pembekalan makanan, operasi logistik dan pembersihan rumah-rumah mangsa banjir.

Peruntukan sebesar itu belum lagi diambil kira kos membina 1,824 rumah mangsa banjir di Kelantan.

Dan daripada jumlah tersebut hanya 513 mangsa banjir di negeri terbabit memiliki geran hak milik tanah. Dan selebihnya tanpa dokumen atau tinggal di tanah rezab sungai dan Kereta Api Tanah Melayu Bhd (KTMB).

Sedangkan sebelum ini kerajaan pusat dan pemimpin Umno sering meratibkan masalah tanah menjadi punca kelewatan membina rumah kekal.

Tujuh rumah yang disiapkan dalam tempoh lima bulan daripada 513 penduduk yang ada geran tanah, memperlihatkan ada masalah lain.

Kerajaan Pusat juga sebelum ini mengumumkan dua model rumah setingkat bernilai RM48,000 seunit dibina untuk mangsa banjir.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata rumah berkeluasan 660 kaki persegi itu menggunakan kaedah binaan terus di atas tanah dengan tiang setinggi lapan kaki.

Rumah terbabit akan mengandungi tiga bilik tidur, ruang makan, ruang tamu, satu tandas dan satu bilik mandi.

Bagaimanapun difahamkan tidak ramai kontraktor yang berminat. Mereka tidak mahu menampung kos pembinaan, lebih-lebih lagi era GST sekarang.

Ekoran itu difahamkan kerajaan pusat bersetuju menaikkan kos pembinaan kepada RM62,000.

Difahamkan sebahagian kontraktor yang mendapat kontrak membina rumah di bawah MKN mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin Umno.

Biar pun kos pembinaan rumah lebih tinggi daripada ditetapkan kerajaan negeri, namun masih ada rumah kekal dibina tiba-tiba runtuh.

Kejadian yang berlaku di Kampung Bedal, Kuala Krai baru-baru ini begitu memalukan. Adun Mengkebang, Abdul Latif Abdul Rahman berkata tidak sepatutnya tragedi itu berlaku ketika mangsa banjir masih lagi berlindung di bawah khemah.

“Saya difahamkan kira-kira RM30,000 hangus dalam sekelip mata ekoran kecuaian yang berlaku di Kampung Bedal,” katanya.

Kerajaan negeri hanya menyiapkan rumah kekal dalam linkungan RM43,000. Jumlah itu kurang RM20,000 berbanding peruntukan projek di bawah kerajaan pusat.

Namun spesifikasi tetap sama. Namun mengapa masih ada kontraktor yang masih sanggup membina.

Ini kerana keuntungan berganda bukan perkiraan mereka.

Dengan kemampuan yang terhad, kerajaan negeri sudah menyiapkan 60 rumah kekal sehingga sekarang. Kos pembinaannya ditampung kerajaan negeri, agensi-agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat-syarikat korporat.

Peruntukan negeri melalui Tabung Amanah Bencana Negeri sudah menyiapkan dua rumah.

Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) pula siapkan 10 unit dan selebihnya disiapkan NGO serta syarikat korporat.

Tabung Bencana Negeri juga sedang membina 70 buah, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (145), PKINK (6) dan kerajaan Selangor (30).

Ini bermakna 251 unit sedang dalam pembinaan sekarang dan 175 lagi peringkat pra pembinaan.

Jumlah keseluruhan akan dibina kerajaan negeri sebanyak 600 unit. Keputusan itu dibuat Jawatankuasa Bersama Banjir Kelantan.

Selain itu kerajaan negeri juga mewujudkan lima penempatan berkelompok baru bagi menempatkan mangsa-mangsa banjir yang tiada tanah sendiri.

Antaranya di Kampung Telekong dan Kampung Baru Manek Urai di Kuala Krai; Tanah Putih dan Simpang Pulai di Gua Musang, Desa Rahmat di Machang dan Kampung Panjang di Tanah Merah.

Tapak-tapak tersebut sekarang sudah diratakan. Tapak itu meliputi kawasan seluas 360 hektar di Kuala Krai dan 100 hektar lagi di Gua Musang. - HARAKAHDAILY 26/5/2015


Sumber HD - 26-5-2015





































































Tidak bantu mangsa banjir Pasir Tumbuh tidak berasas

ASLANI M | .


GUA MUSANG: Dakwaan kerajaan negeri tidak membantu mangsa-mangsa banjir di Kampung Pasir Tumbuh tidak berasas, kata Penyelia Dun Nenggiri, Syed Azhar Syed Alwi.

Katanya lebih 10 rumah musnah sama sekali di kampung tersebut ketika bah besar melanda akhir Disember lepas.
“Sebaik sahaja banjir besar surut Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, Setiausaha Kerajaan Negeri dan anggota-anggota Exco datang menghulur bantuan.
“Rombongan kerajaan negeri turut membawa peralatan dapur dan makanan. Mereka mengharungi lumpur tebal dan menemui mangsa-mangsa banjir yang berlindung di sebuah sekolah di atas bukit,” katanya di sini.

Lawatan pada 8 Januari itu turut meninjau dari dekat jambatan kereta api yang putus dua di Kemubu, pekan Dabong, Bertam Lama, Bertam Baru dan Pasir Tumbuh.

Syed Azhar yang juga pemimpin PKR Gua Musang berkata kerajaan negeri menghantar bantuan segera melalui Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang ketika banjir melanda.

Malah sebelum banjir memuncak penghulu Kampung Pasir Tumbuh bertungkus lumus memindahkan penduduk menggunakan perahu ke pusat pemindahan di Bertam Baru.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke dilaporkan berkata 22 rumah di Kampung Pasir Tumboh akan diserahkan kepada pemilik pada 11 Jun ini.

Menurutnya pembinaan rumah itu disiapkan melalui projek Impian Kelantan. Bagaimanapun beliau kesal kerajaan persekutuan dan negeri gagal membantu mangsa banjir.

Ketika bah besar melanda Kelantan pada akhir Disember lepas sebanyak 1,824 rumah penduduk rosak sama sekali di Gua Musang, Kuala Krai, Tanah Merah, Machang dan Tumpat.

Dan sehingga sekarang kerajaan negeri sudah menyiapkan 60 rumah kekal dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat-syarikat korporat, manakala 7 lagi disiapkan kerajaan pusat.

Syed Azhar berkata beliau tidak memberi tumpuan membina rumah di Pasir Tumbuh memandangkan Impian Kelantan yang disertai DAP dan NGO Cakna UT sudah melaksanakan usaha tersebut.
“Kami pula memberi tumpuan membaiki rumah yang rosak dengan membekalkan bahan binaan termasuk zink, papan dan peralatan lain.

“Saya merakamkan ucapan berbanyak terima kasih kepada DAP dan Cakna UT yang bertungkus lumus membina semula rumah mangsa banjir yang rosak teruk di Pasir Tumbuh,” katanya. - HARAKAHDAILY 25/5/2015

Sumber HD - 25-5-2015








































































Setiap Dun bina 3 rumah kekal, percepat siap

SALMAH MAT HUSAIN | .

TUMPAT: Setiap Dewan Undangan Negeri (Dun) yang terbabit dengan banjir disaran membina tiga rumah kekal kepada mangsa banjir bagi mempercepatkan kediaman disiapkan.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata melalui kaedah itu membolehkan mangsa-mangsa banjir dapat menduduki rumah baru lebih cepat.

Katanya juga kerajaan negeri dengan kerjasama anak-anak syarikat kerajaan negeri, Perbadanan Menteri Besar Kelantan, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan dan NGO telah menyiapkan 60 rumah.

“Bukan 19 seperti disebut menteri sebelum ini. Kita telah membina sebanyak 60 buah dengan kerjasama NGO dan agensi kerajaan,” ujarnya kepada media selepas majlis penyerahan kunci rumah sumbangan Tesco Malaysia kepada mangsa banjir di Kampung Belian, Wakaf Bharu kelmarin.

Rumah itu milik Rubiah Sulaiman, 49, ibu kepada 11 anak disiapkan dengan kos RM60,000. Ia dibina secara gotong-royong.

Suaminya Yusof Bidin menghidap angin ahmar sejak beberapa tahun lalu.

Sebanyak tujuh lagi dalam pembinaan hasil sumbangan Tesco yang bernilai lebih RM500,000.

Baru-baru ini Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed mendakwa hanya 19 buah rumah kekal mangsa banjir siap dibina, di mana 12 daripadanya dibina kerajaan negeri.
Ketua Pegawai Eksekutif Tesco Malaysia, Datuk George Fischer berkata pihaknya sedang menyiapkan tujuh rumah untuk mangsa banjir di mana empat daripadanya dijangka siap Ramadan ini.

Dua rumah dibina di Kampung Laut dan dua lagi di Kampung Kok Keli.

Turut hadir pada program itu anggota exco kerajaan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood,  Ketua Jajahan Tumpat Mohd Sobri Ramli. - HARAKAHDAILY 23/5/2015

Sumber HD - 23-5-2015








































































Ucapan Kit Siang: PAS Kota Bharu mohon maaf












































































ASLANI M | .


KOTA BHARU: PAS Kelantan berharap pimpinan di peringkat kawasan lebih berhati-hati bagi menganjurkan sesuatu program bagi mengelakkan timbul kontroversi membabitkan Pakatan Rakyat.

Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata kenyataan yang lebih bersifat peribadi hendaklah dielakkan bagi menjaga kesepaduan Pakatan.

Oleh itu katanya, PAS negeri telah memanggil PAS Kota Bharu bagi mendapat penjelasan mengenai ceramah Penasihat DAP, Lim Kit Siang di sini, baru-baru ini.

“Pada pertemuan itu PAS Kota Bharu dinasihat lebih berhati-hati dan tidak membiarkan berlaku kontroversi seperti sebelum ini,” katanya selepas menyampaikan Ucaptama Kelantan Mendepani Cabaran di Kota Darulnaim hari ini.

Hadir sama pada program itu Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah, Speaker Dun Kelantan, Datuk Abdullah Yakub, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat dan anggota-anggota Exco.

Pada malam 10 Mei lalu PAS Kota Bharu menganjurkan ceramah Kukuhkan Pakatan Hancurkan BN di Padang Perdana membabitkan kehadiran Kit Siang, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Pada ceramah itu Kit Siang menyifatkan kerajaan Mesir dan Jordan tidak melaksanakan perundangan syariah biar pun negara ini mempunyai majoriti penduduk Muslim.

Ekoran kenyataan terbabit menyebabkan banyak pihak termasuk Majlis Syura Ulamak PAS meminta Kit Siang memohon maaf kerana dianggap tidak menghormati pendirian kerajaan Kelantan melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (KJS).

Sementara itu Yang Dipertua PAS Kota Bharu Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, pihaknya akur terhadap nasihat PAS Kelantan berhubung penganjuran program ceramah terbabit.

Katanya, beliau bersama Dewan Harian PAS Kota Bharu hadir pada pertemuan tersebut petang semalam bagi menjelaskan mengenai isu yang berbangkit.

“Saya mewakili PAS Kota Bharu memohon maaf sekiranya ada pimpinan negeri yang tersinggung terhadap apa yang berlaku,” katanya. - HARAKAHDAILY 20/5/2015

Sumber HD - 20-5-2015

RUMAH KEKAL : KELANTAN SIAP 60, PUSAT 7 - EXCO





Sumber HD - 19-5-2015

Pemuda PAS serah 5 rumah kepada mangsa banjir

HARAKAHDAILY | .



KUALA LUMPUR: Sehingga kini Pemuda PAS telah berjaya menyiapkan dan menyerahkan lima buah rumah kepada mangsa banjir di Kelantan. Namun, tiada program khas atau acara tertentu ketika penyerahan kunci tersebut.

“Serahan kunci dibuat tanpa majlis besar-besaran kerana mereka jauh lebih memerlukan rumah tersebut berbanding publisiti mungkin yang cuba diraih,” coret Suhaizan Kayat dalam facebook miliknya.

Menurut Suhaizan lagi, lima buah lagi dalam proses yang akan siap secara berperingkat. Sementara lima  buah lagi dalam proses mencari tapak yang sesuai.

Akaun Perumahan Rakyat Budiman telah diaudit oleh juru audit luar yang bertauliah. Proses pembinaan rumah dipantau oleh sepasukan tenaga profesional dan pakar yang memberi khidmat nasihat dan pemantauan secara percuma.

“Hasrat saya dan rakan-rakan dalam Pemuda PAS Malaysia untuk membina lebih banyak rumah namun berdasarkan sumbangan yang ada, inilah sahaja rumah yang mampu kami dirikan setakat ini.

“Sungguh saya berpuas hati melihat wajah-wajah gembira ahli keluarga yang menerima rumah-rumah ini. Inilah hasil daripada sumbangan rakyat Malaysia kepada mangsa banjir yang disalurkan melalui Pemuda PAS Malaysia selama ini,” ujarnya lagi.

Beliau turut menjemput rakyat Malaysia turun menjengah dan melawat keadaan terkini mangsa-mangsa banjir ini, di samping menyeru menyatakan bahawa masih terlalu banyak sumbangan yang diperlukan oleh mangsa banjir. – HARAKAHDAILY 19/52015

Sumber HD - 19-5-2015



SEKOLAH YIK MULA 8.00 PAGI JAN 2016 - DMB

Atas dasar kebajikan dan keprihatinan terutama kepada ibu- ibu yang bekerja, YAB Ustaz Dato' Hj Ahmad Yakob, Menteri Besar.

Kelantan mengumumkan dalam sidang media tadi bahawa sesi persekolahan sekolah YIK akan bermula jam 8.00 pagi dalam tempoh Januari hingga Jun tahun depan kerana kelewatan masuk waktu subuh.

Selepas bulan Jun hingga Disember kembali sebagaimana biasa hari persekolahan jam 7.30 pagi.

Sumber FB / USKKDN - 14-5-2015

http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/35416-sekolah-yik-mula-jam-8-pagi-jan-2016



https://www.youtube.com/watch?v=MKmJ26p1qno&feature=youtu.be

Sumber HD - 14-5-2015


















































































Bantuan banjir Kelantan: BN jangan main politik


















































































MUHAMMAD FAIZAL | .


KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat menggesa agar Kerajaan Persekutuan agar tidak bermain politik dalam urusan mangsa banjir di Kelantan.

Kata beliau, tindakan Kerajaan Pusat yang bermain politik dengan melambat-lambatkan pembinaan dan penempatan mangsa banjir merupakan tindakan tidak bermoral.

"Setelah  lima bulan banjir di Kelantan, Kerajaan Persekutuan sangat lembab menguruskan rumah mangsa banjir di sana.

"Kerajaan Persekutuan telah berjanji akan membangunkan 1,221 buah rumah mangsa banjir, malangnya setakat ini hanya 6 buah sahaja atau 0.5% yang telah disiapkan," katanya.

Tambah beliau, seolah-olah Kerajaan Persekutuan mempunyai maksud yang tersirat untuk melambat-lambatkan penyediaan rumah bangsa banjir.

"Pemuda PAS mendesak agar Kerajaan Persekutuan memberi penjelasan kepada rakyat  mengapa hanya 0.5% buah rumah banjir di Kelantan yang hanya dapat disiapkan.

"Terdapat 1,000 buah rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di bawah Kerajaan Persekutuan yang telah siap pada tahun 2013 di Gua Musang.

"Mangsa banjir di Gua Musang yang melibatkan  kemusnahan rumah adalah sebanyak 441 buah, namun sehingga sekarang belum ada sebarang penempatan dilakukan," sambung beliau lagi.

Beliau yang turut mempersoalkan tindakan kerajaan melambat-lambatkan proses penempatan mangsa banjir di Gua Musang dan jika PPR terbabit telah dikhaskan kepada pihak lain tetapi keutamaan adalah untuk mangsa banjir. – HARAKAHDAILY 15/4/2015

Sumber HD - 14-5-2015

THAILAND BANTU SEKTOR PELANCONGAN TO BALI - KETUA JAJAHAN PASIR PUTEH



http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/35402-thailand-bantu-sektor-pelancongan-tok-bali

Sumber HD - 13-5-2015

Walkathon D’Raja bantu mangsa banjir



















































































| .



KOTA BHARU: Karnival Walkathon D’Raja Kelantan (Walk With Me 2015) esok akan menyalurkan sumbangan yang diterima bagi membantu mangsa-mangsa banjir di negeri ini.

Sumbangan itu dikumpul melalui Tabung Bencana D’Raja Kelantan. Walkathon tersebut dijangka disertai Sultan Muhammad V bersama lebih 30,000 rakyat. Acara bermula di perkarangan Stadium Sultan Mohd Ke-IV bermula jam 5 petang, berjalan melalui Jalan Sultan Ibrahim, Jalan Hamzah dan Jambatan Sultan Yahya Petra. Jarak perjalanan sejauh enam kilometer.

Ketua Istiadat Kelantan, Tengku Datuk Dr Tengku Mohd Faziharuddean Tengku Fiessal berkata sempena program berkenaan Tabung Bencana D’Raja Kelantan digerakkan bagi membantu mangsa banjir.

Katanya, program itu berkonsep 3B iaitu ‘berjalan, beriadah dan beramal’ selaras dengan ‘amar ma’ruf, nahi mungkar’.

Selain itu karnival berkenaan juga bertujuan mendekatkan Sultan Kelantan dengan rakyat jelata, di samping menggalakkan amalan gaya hidup sihat.

“Pada Walk With Me 2015 peserta dan pengunjung boleh menderma melalui tabung disediakan.

“Dan setiap sumbangan RM10 dan ke atas akan diberi percuma Anis Mois Cake Choclate, manakala sumbangan RM100 dan ke atas diberi T-Shirt Walk With Me 2015,” katanya pada sidang media di sini petang semalam.

Dr Tengku Mohd Faziharuddean berkata penganjuran Walkathon D’Raja juga menjadi ikon tarikan pelancongan di Kelantan, di mana tahun keempat diadakan.

“Peserta juga hendaklah memakai pakaian sukan, bersopan santun dan menutup aurat. Penyertaan tanpa yuran pendaftaran,” ujarnya.

Sempena karnival itu turut diadakan pameran kraftangan dan batik Malaysia oleh Pusat Penerangan Pelancongan Negeri (TIC) serta pertunjukan mulai jam 3 hingga 5 petang.

Selain itu pameran bergambar mengenai ‘bah kuning 2014’ oleh Perbadanan Muzium Negeri. - HARAKAHDAILY 6/5/2015

Sumber HD - 6-5-2015

Ladang Rakyat: Laporan polis terhadap Isa Samad

SALMIYAH HARUN | .




KUALA LUMPUR: Satu laporan polis telah dibuat ke atas Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad ekoran kenyataanya yang berniat jahat dan menyebarkan fitnah terhadap projek Ladang Rakyat anjuran Kerajaan Negeri Kelantan.

Laporan yang dibuat di Balai Polis Gua Musang diketuai Penyelia Parlimen Gua Musang, Azman Ahmad, Penyelia DUN, beberapa orang Ketua Kampung dan peserta Ladang Rakyat.

Menurut pengadu Muhsin Mahmud salah seorang peneroka Felda di Ciku 3 Gua Musang, Isa Samad membuat kenyataan bahawa Perbadanan Ladang Rakyat yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri sejak tahun 2007 tidak mendatangkan apa-apa manfaat kepada penduduk miskin di negeri Kelantan.

"Kenyataan ini ternyata fitnah dan berniat jahat kerana program tersebut telah terbukti memberikan faedah setiap bulan sejak tahun 2007 kepada hampir 5,000 peserta di negeri Kelantan," lapornya.

Katanya, program ini telah banyak membantu meringankan beban kos sara hidup peserta terbabit.

Justeru, beliau meminta Isa Samad memohon maaf secara terbuka kepada Kerajaan Kelantan di atas kenyataan beliau yang tidak tepat dan berniat jahat untuk memburukan imej Kerajaan Kelantan.

Terdahulu, pada 26 April 2015 Portal Malaysiakini menyiarkan kenyataan Isa Samad yang berkata Kerajaan Kelantan telah gagal mambangunkan projek yang diuruskan oleh Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat yang tidak memberi manfaat kepada penduduk miskin di negeri itu.

Isa Samad turut mempersoalkan PAS bagaimana parti itu hendak menyelamatkan rancangan penempatan tanah untuk penduduk miskin luar bandar sedangkan parti itu sendiri gagal menguruskan ladang rakyat di Kelantan.

Sementara itu, Pengerusi Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman membidas Isa Samad yang sepatutnya menjawab isu-isu yang dibangkitkan oleh peneroka Felda.

Ia termasuklah isu yang berkaitan kejatuhan saham FGV, kes saman Felda, masa depan Koperasi Permodalan Felda dan Perumahan Generasi kedua dan ketiga.

"Malangnya, beliau cuba alih isu dan memfitnah pula Kerajaan Negeri Kelantan. Beliau tidak menjawab apa yang dipersoalkan oleh peneroka," tulis beliau di laman Facebooknya. – HARAKAHDAILY 30/4/2015

Sumber HD - 30-4-2015



















































































Petani dinafi baja cap dacing belum berpenghujung





















































































HUSIN TAWANG | .


PASIR PUTEH: Isu penafian baja subsidi cap dacing kalangan penanam padi yang pernah geger di Kelantan sejak awal 1990-an, masih belum berpenghujung.

Sedangkan isu itu sering kali dibangkit pada persidangan Dewan Undangan Negeri dan pernah diketengahkan ke peringkat menteri.

Malah bekas Pengerusi Kada, Tan Sri Annuar Musa dan Pengerusi Kada sekarang, Datuk Mohd Alwi Che Ahmad acap kali berjanji mahu menyelesaikannya.

Pernah berlaku di Pasir Mas petani diminta bersumpah menyokong Umno oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan sekiranya mahu mendapat pengesahan permohonan baja subsidi cap dacing.

Situasi itu juga berlaku kepada 127 petani Bukit Awang, Pasir Puteh apabila dinafikan mendapat baja subsidi cap dacing.

Seorang petani Mohammad Saat, 43, berkata sebelum ini beliau hanya menanam padi bagi menyara kehidupan keluarga.

Bagaimanapun katanya usahanya mendapat baja subsidi yang dibekalkan kerajaan pusat tidak menjadi kenyataan kerana kerenah birokrasi.

Menurutnya beliau tidak mampu untuk membeli baja di kedai kerana kosnya tinggi.

"Pada mulanya kami merayu bagi mendapatkan baja subsidi, namun rayuan ditolak dengan alasan tidak mendaftar Lembaga Pertubuhan Peladang.

“Sedangkan kami mendaftar Pertubuhan Peladang Pulau Lima. Sepatutnya masalah itu tidak berbangkit lagi kerana sudah mematuhi syarat ditetapkan," katanya ketika ditemui di sini.

Selain itu kata beliau masalah sistem pengairan di bawah projek Kemasin Semerak tidak berfungsi dengan baik.

Menurutnya biar pun ada parit dibina bagi mengalirkan air ke sawah, namun projek itu tidak berfungsi sebagaimana sepatutnya.

Mohammad berkata halangan itu menyebabkan petani terpaksa mencari pekerjaan lain bagi menyara kehidupan keluarga termasuk buruh binaan dan menoreh getah di tempat lain.

“Kami sekarang berpakat mengusaha bendang dengan tanaman getah kerana sudah lama tidak ditanam padi. Saya tidak ada pilihan lain bagi memanfaatkan tanah tersebut,” ujarnya.

Hassan Taib, 78, juga kecewa sawahnya tidak lagi dapat ditanam padi kerana masalah baja subsidi dan pengairan.

Katanya bendang sudah lama tidak diusahakan dengan tanaman padi kerana sukar mendapat baja subsidi yang dibekalkan kerajaan. - HARAKAHDAILY 30/4/2015

Sumber HD - 30-4-2015

Politik punca Kelantan dinafi royalti minyak

SALMAH MAT HUSAIN|FOTO RIZAL TAHIR | .


KOTA BHARU: Selain petroleum bumi Kelantan juga kaya dengan bijih besi, emas, simen, marmar, gas asli yang bermutu tinggi dan feldspar.

Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob bagaimanapun berkata hasil minyak tidak dapat dinikmati kerajaan negeri kerana halangan politik.

Katanya, industri itu sepatutnya dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Kelantan.

“Biarpun tidak mendapat royalti daripada sumber petroleum namun Kelantan mendapat hasil royalti daripada perlombongan emas.

“Kerajaan negeri mengeluarkan hasil berkenaan dengan cara yang berhemah demi untuk kepentingan rakyat,” katanya ketika merasmikan pejabat Pulai Mining di Lembah Sireh di sini, semalam.

Hadir sama anggota Exco kerajaan negeri, Dr Ramli Mamat, Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Dr Wan Zawawi Wan Ismail dan Ketua Eksekutif Pulai Mining, Datuk Wan Mustapha Wan Abdul Hamid.

Pulai Mining mengusahakan perlombongan emas di Gua Musang. Manakala sebuah syarikat dari China, CNMC pula melombong emas di Sokor, Tanah Merah.

Menteri Besar juga berharap kerajaan pusat memberi laluan mudah bagi membolehkan projek menghasilkan gelatin halal dengan sebuah syarikat dari Linxia China dapat dilaksanakan.

“Harapan Kelantan untuk menghasilkan gelatin halal bagi membuat kapsul dan produk lain bagi pasaran tempatan,” katanya.

Sementara itu Wan Mustapha berkata Pulai Mining menghasilkan emas berjumlah 313.19 kilogram atau 11.073 aun dalam tempoh dua tahun.

Katanya, jumlah tersebut memberi pulangan dalam bentuk royalti kepada kerajaan negeri sebanyak RM2.2 juta.

Manakala PKINK pula mendapat pulangan tribute sebanyak RM4.41 juta. - HARAKAHDAILY 29/4/2015

Sumber HD - 29-4-2015



POS ORANG ASAL DI PEDALAMAN SUKAR DIHUBUNGI - PANDAK PANJANG EY



http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/35114-pos-orang-asal-di-pedalaman-sukar-dihubungi

Sumber HD - 27-4-2015
























































































Dewan Ulamak, Muslimat bangkit isu GST di PRK

SALMAH MAT HUSAIN|FOTO RIZAL TAHIR | .

RANTAU PANJANG: Dewan Ulamak dan Dewan Muslimat PAS Pusat bekerja keras membantu PKR mengekalkan Parlimen Permatang Pauh dan misi merampas Rompin pada pilihan raya kecil (PRK) tidak lama lagi.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata Dewan UlamaK turut membantu kempen di kedua-dua PRK terbabit yang ditandingi PKR dan PAS.

Katanya petugas PAS sudah berada di kedua-dua PRK terbabit sehingga hari pengundian.

“Petugas dihantar dua gelombang di mana kumpulan pertama petugas sudah berada di lokasi. Selepas itu kumpulan kedua pula datang sehingga hari pembuangan undi.

“Perkara itu diputuskan pada mesyuarat PAS Pusat baru-baru ini yang mengarahkan semua petugas PAS turun ke bawah,” katanya ketika ditemui media selepas perasmian Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Kali Ke-44 Peringkat Negeri Kelantan 2015, di sini hari ini.

Ustaz Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, peluang kempen di PRK Permatang Pauh dan Rompin akan digunakan bagi memberi penerangan mengenai Kanun Jenayah Syariah (KJS) dan isu cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Katanya penerangan mengenai KJS dan GST perlu dibuat bagi membolehkan orang ramai lebih memahaminya.

Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof pula berkata PRK Permatang Pauh dan Rompin akan menjadi medan pengundi menolak GST yang cukup membebankan rakyat sekarang.

“Seorang pengundi di Rompin memberitahu seekor udang yang dibeli untuk memancing sebelum ini berharga RM1 seekor, namun sekarang meningkat kepada RM1.05 sen.

“Mereka bukan beli seekor undang untuk memancing, sebaliknya sekurang-kurang 20 ekor,” katanya ketika ditemui. - HARAKAHDAILY 26/4/2015

Sumber HD - 26-4-2015

Mangsa banjir belum terima wang ihsan RM500

| .



GUA MUSANG: Biarpun dana wang ihsan sebanyak RM57 juta disediakan namun masih ramai lagi mangsa banjir di sini tidak mendapat bantuan RM500 seperti dijanji kerajaan pusat.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini dilaporkan berkata bantuan wang ihsan berjumlah RM500 selewat-lewatnya diselesaikan awal Mac.

Bagaimanapun ramai mangsa banjir di Dun Galas yang ditemui memberitahu mereka belum lagi menerima bantuan wang ihsan RM500.

Tukang gunting di Kampung Kerinting, Rusli Abdul Wahab, 42 berkata, sehingga sekarang beliau belum menerima wang ihsan yang diumumkan kerajaan pusat.

Katanya, setakat ini beliau hanya menerima wang daripada Tabung Bencana PAS Pusat sebanyak RM1,000 bagi membaiki kerosakan kedai guntingnya akibat banjir akhir Disember lepas.

“Biarpun di tempat lain ramai yang sudah dapat wang ihsan namun mangsa-mangsa banjir di Dun Galas belum lagi menerimanya,” katanya di sini.

Beliau mengalami kerugian kira-kira RM3,000 apabila kedai gunting dan segala peralatan rosak teruk ditenggelami air bah.

Suhaidin Sudin, 44 dari Kampung Tiong juga memberitahu beliau belum menerima bantuan wang ihsan seperti dijanjikan kerajaan pusat.

Beliau yang berniaga menjual air kelapa baru memulakan perniagaan selepas rumah dan tempatnya berniaga rosak ditenggelami limpahan Sungai Galas.

“Bagaimanapun saya bersyukur apabila PAS tampil membantu membolehkan saya memulakan semula perniagaan menjual air kelapa di hadapan rumah,” ujarnya.

Penghulu Rancangan Pemulihan Tanah Sungai Terah, Zulkipli Yazid berkata sebahagian besar mangsa banjir di Dun Galas belum menerima wang ihsan RM500.

Kata beliau sekarang sudah masuk bulan keempat, namun bantuan kewangan daripada kerajaan pusat belum lagi diterima mangsa banjir.

“Begitu juga pembinaan rumah kekal hanya dilaksanakan kerajaan negeri di Dun Galas. Sekarang sebanyak 18 rumah sedang dibina.

“Pemimpin Umno mendakwa tidak ada tanah untuk dibina rumah kekal, sebaliknya seluas 28 ekar sudah disediakan kerajaan negeri di Tanah Putih.

“Lebih pelik lagi 1,000 unit rumah Projek Perumahan Rakyat di Bandar Baru Gua Musang dibiarkan tanpa penghuni biar pun sudah hampir dua tahun siap,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 23/4/2015

Sumber HD - 23-4-2015


























































































130 MANGSA BANJIR TERIMA BANTUAN NIAGA -  MOHAMAD SABU


TN HJ MOHAMAD  SABU - TIMBALAN PRESIDEN PAS

http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/35041-130-mangsa-banjir-terima-bantuan-niaga


Sumber HD - 22-4-2015

Mangsa banjir dibiar beratap khemah

| .


GUA MUSANG: Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang mengandungi 1,000 unit hampir dua tahun siap, namun seramai 106 mangsa banjir masih dibiarkan mendiami khemah.

PPR yang terletak di bandar Baru Gua Musang mempunyai 10 blok dan setiap blok memuatkan 100 unit kediaman. Tapaknya dilulus kerajaan negeri kepada Kesedar pada 1990-an.

Penduduk mendakwa ada kediaman di PPR sudah rosak kerana diceroboh sehingga menyebabkan cermin tingkap pecah dan pendawaian elektrik tercabut.

Ekoran itu PPR sekarang dikawal ketat pegawal keselamatan. Kedudukannya begitu strategik. Tidak berlaku banjir di situ akhir Disember lepas biar pun terdapat sebatang anak sungai di sebelahnya.

Seorang penduduk, Amran Abdullah berkata, PPR sepatutnya dimanfaatkan sementara kepada mangsa-mangsa banjir yang masih berlindung di bawah khemah di tapak projek Bandar Utama Gua Musang.

“Biar pun PPR dijual dengan harga RM78,000 seunit dan pembeli hanya perlu membayar separuh daripadanya, namun selepas hampir dua tahun siap penghuninya masih belum dimuktamadkan.

“Setidak-tidaknya mangsa-mangsa banjir yang masih berteduh di bawah khemah di Bandar Utama dan kem Latihan Pusat Khidmat Negara di Taman Botani dibenarkan menumpang sementara di PPR,” katanya di sini.

Ketika tinjauan di penempatan sementara di Bandar Utama semalam, ramai mangsa banjir masih berteduh di situ. Penempatan itu diurus Majlis Keselatan Negara (MKN).

Ia dilengkapi khemah tempat solat, tandas dan bilik mandi. Namun cuaca panas dan kering sekarang membuatkan hawa dalam khemah membahang ketika tengahari.

Hampir kesemua khemah ada penghuni. Pakaian mereka kelihatan bergantungan di tepi khemah.

Anak-anak yang baru pulang dari sekolah lebih selesa bermain di bawah khemah besar yang terbuka.

Ada juga pondok polis. Sebelum ini penduduk memberitahu ramai anggota Rela dan JPAM bertugas di penempatan sementara terbabit.

Bagaimanapun sekarang hanya kelihatan beberapa anggota JPAM sahaja. Ada yang bercakap elaun tugasan mereka belum dibayar kerajaan.

Mangsa banjir di situ disediakan makanan percuma setiap hari, dibekalkan kontraktor dilantik. Pembekal-pembekal makanan juga difahamkan berdepan situasi serupa.

Timbalan Yang Dipertua PAS Gua Musang, Abdullah Husain berkata pada 18 Disember lepas sudah dipersetujui 713 pemohon layak mendapat rumah di PPR.

“Keputusan berkenaan dibuat pada mesyuarat Jawatankuasa Perumahan Negara, ketika itu turut disertai wakil UPEN, Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang, ECER serta Kesedar.

“Malangnya Umno Gua Musang masih mahu melakukan pemutihan lagi. Kini lebih empat bulan berlalu masalah itu belum selesai lagi,” katanya.

Menurutnya juga memandangkan masalah berlarutan begitu lama, lebih baik ditempatkan sementara mangsa-mangsa banjir yang tinggal di bawah khemah di PPR.

Kerajaan negeri pula sedang menyiapkan 18 rumah kekal di Kampung Kolam Mas, Batu Papan dan Tanah Putih. Sebuah daripadanya di Kolam Mas sudah diduduki.

Manakala Majlis Agama Islam Kelantan sedang meratakan tanah seluas 28 ekar di Tanah Putih bagi membina 125 rumah kekal kepada mangsa banjir. - HARAKAHDAILY 22/4/2015

Sumber HD - 22-4-2015




























































































KJS: Kelantan bantah kes saman pemula Gerakan

SALMAH MAT HUSSAIN | .

KOTA BHARU: Mahkamah Tinggi dianggap tidak mempunyai bidang kuasa mendengar kes saman pemula Gerakan berkaitan pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah tanpa mendapat kebenaran Mahkamah Persekutuan.

Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan Shahidani Abdul Aziz berkata mengikut Perlembagaan Persekutuan Perkara 128, kes seperti itu perlu didengar di Mahkamah Persekutuan.

Kes saman tersebut didengar di Mahkamah Tinggi di sini hari ini di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah. Gerakan diwakili peguam Andy Yong.

Pada 19 Mac lalu Gerakan memfailkan saman pemula bagi memohon deklarasi pembatalan terhadap Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 yang hendak dilaksanakan di Kelantan.

Saman itu difail tiga anggota parti berkenaan iaitu Tuan Mat Tuan Wil, Soh Hoon Lee dan Chung Mon Sie.

Plaintif berpendapat Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 menyalahi undang-undang kerana menganggap Dewan Undangan Negeri Kelantan tidak mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang.

Sehubungan itu Hakim Azman menetapkan 7 Mei ini bagi keputusan bantahan awal kerajaan negeri terhadap saman pemula tersebut.

Turut hadir di mahkamah anggota parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan yang juga seorang peguam. – HARAKAHDAILY 20/4/2015

Sumber HD - 20-4-2015

PPR dibiar kosong, mangsa banjir tidur di khemah

ASLANI M | .


GUA MUSANG: Biar pun kerajaan negeri menjelaskan tujuh lokasi disediakan bagi menempatkan semula mangsa-mangsa banjir, namun Umno masih menganggap tiada tanah bagi membina rumah kekal.

Umno membayangkan terpaksa membeli tanah milik persendirian bagi membina rumah kekal mangsa banjir.

Sebaliknya projek perumahan rakyat (PPR) setinggi lima tingkat di bandar baru yang lebih setahun disiapkan masih belum berpenghuni sehingga sekarang.

Penyelia Parlimen Gua Musang, Azman Ahmad berkata sekiranya Umno benar-benar mahu membantu banjir yang tiada lot sendiri, sepatutnya ditempatkan mereka sementara di PPR.

Katanya, projek tersebut sudah lama siap namun masih lagi tidak berpenghuni.

“Sekarang Umno menjaja kerajaan negeri tidak memberi kerjasama menyediakan tapak kepada mangsa banjir. PPR boleh digunakan sementara bagi menempatkan mangsa banjir yang mendiami khemah di Bandar Utama.

“Biar pun PPR dijual pada harga tertentu sepatutnya mangsa-mangsa banjir diberi keutamaan kerana rumah mereka yang menumpang di tanah kerajaan sebelum ini rosak teruk,” katanya di sini.

Adun Galas, Abdul Aziz Yusof sebelum ini dilaporkan kerajaan pusat tidak pernah melengah-lengah pembinaan rumah kekal, namun kerajaan negeri belum menyediakan tapak bagi tujuan itu.

Pada Januari lepas Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan dilaporan berkata 500 mangsa banjir di Gua Musang akan mendiami rumah PPR.

Azman juga berkata kira-kira 100 mangsa banjir yang masih tinggal di khemah di Bandar Utama akan ditempatkan di Simpang Pulai.

Katanya, Majlis Agama Islam Kelantan akan membina rumah kepada mereka di situ secepat mungkin terutamanya sebelum menjelang Ramadan.

“Selain itu kerajaan negeri juga menempatkan sebahagian lagi mangsa banjir di Tanah Putih dan Kampung Kerinting yang diwujudkan kerajaan negeri awal 1990-an.

“Kawasan itu menempatkan setinggan yang tinggal di bandar lama Gua Musang, tanah Kereta Api Tanah Melayu (KTMB) dan pinggir Sungai Galas. Sekarang ramai tinggal di kawasan tersebut,” katanya.

Bagaimanapun kata Azman ada dalam kalangan setinggan yang pernah mendapat lot di Tanah Putih menjual lot tersebut bagi mendapat keuntungan segera.

“Mereka yang menjual lot diberi sebelum ini akan dipertimbang semula mendapat lot tanpa diberi geran kekal bagi mengelakkan mereka sekali lagi menjual tanah berkenaan,” katanya.

Menurutnya juga kerajaan negeri turut menyediakan lot bagi membina rumah kekal di Limau Kasturi seluas kira-kira 200 ekar dan Rantau Manis di Dun Paloh.

Lot juga disediakan di Dun Nenggiri di tapak sedia ada.

Ketika banjir besar yang melanda hulu Kelantan Disember lepas sebanyak 600 rumah rosak teruk di Gua Musang. Limau Kasturi paling banyak rumah rosak iaitu 91 buah, manakala di Lebir sebanyak 36 buah.

Kerajaan negeri juga menyiapkan 10 rumah kekal di Kampung Kolam Mas Gua Musang dan enam sedang dalam pembinaan. Dua lagi akan dibina di Tanah Putih. – HARAKAHDAILY 16/4/2015

Sumber HD - 16-4-2015






























































































Sempat ajar mengucap sebelum anak hanyut

HUSIN TAWANG | .


PASIR PUTEH: Seramai 23 nelayan dapat diselamatkan dalam tragedi bot karam di timur laut Tok Bali, pagi semalam. Bagaimanapun dua nelayan dipercayai masih hilang.

Mangsa Ahmad Anuar Ismail, 23, dan Ibrahim Kadir, 45, berasal dari Patani, Thailand. Mereka bekerja dengan pengusaha bot nelayan tempatan dari Besut, Terengganu.

Kesemua nelayan terbabit beragama Islam berumur antara 18 hingga 56 tahun, bot mereka dikesan tenggelam di kedudukan 14.5 batu nautika dari Tok Bali.

Ketua Penguatkuasa Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim Tok Bali, Kapt Nurul Hizam Zakaria berkata, bot berkenaan karam setelah terlanggar batu ketika cuaca buruk dan hujan lebat.

"Bot mereka pecah dan tenggelam selepas terlanggar batu di perairan Pulau Perhentian Besar ketika dalam perjalanan pulang jam 4.30 pagi," katanya pada sidang media di Pejabat APMM Tok Bali di sini, hari ini.

Kapt Nurul berkata, pihaknya dibantu oleh agensi kerajaan lain termasuk pasukan Polis Marin sedang mencari mangsa yang hilang di sekitar 5 batu nautika dari tempat kejadian.

Menurutnya, 23 mangsa diselamatkan bot nelayan tempatan yang kebetulan berada tidak jauh dari tempat kejadian.

“Nelayan-nelayan terbabit berenang berjam-jam sambil berpaut kepada serpihan bot yang pecah,” ujarnya.

Mangsa yang selamat dibawa ke pangkalan APMM Tok Bali dan dihantar ke Hospital Tengku Anis Pasir Puteh bagi rawatan lanjut.

Sementara itu, tekong bot berkenaan Ismail Mohd Zin, 56, berkata, botnya mulai senget selepas terlanggar batu dan terus tenggelam menyebabkan kesemua awak-awaknya menyelamatkan diri dalam keadaan cuaca gelap.

Katanya, beliau bernasib baik kerana anaknya (Anuar) datang membantu membawa jaket keselamatan dan berkongsi dengannya.

"Namun tiba-tiba kami tenggelam kerana pelampung tidak mampu menampung dua orang. Anuar melepaskan saya dengan pelampung berkenaan dan dia terus hanyut.

"Saya terdengar Anuar memanggil ayah sebanyak tiga kali. Saya memintanya mengucap kemudian dia terus hilang," katanya sebak.

Seorang lagi mangsa yang terselamat, Zulkifli Kadir, 35 berkata, kesemua nelayan berasal dari Kampung Lubang, Saiburi, Petani.

Katanya beliau bernasib baik kerana sempat bergantung kepada pelampung pukat sebelum diselamatkan.

Beliau juga terkilan kerana tidak sempat menyelamatkan abangnya (Ibrahim) kerana arus deras. - HARAKAHDAILY 15/4/2015

Sumber HD - 15-4-2015
































































































Mangsa banjir duduki rumah sebelum Aidifitri

MOHD NOR YAHYA | .

KOTA BHARU: Kerajaan negeri memberi jaminan mangsa banjir dapat menduduki rumah kekal yang dibina sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, sehingga kini terdapat tujuh tapak dikenal pasti bagi membina rumah kekal tersebut kepada mangsa banjir.

“Alhamdulillah kita juga telah ada tapak seluas 57.7 ekar di Kampung Enggong Chenulang, Kuala Krai yang boleh memuatkan lebih 400 rumah,” katanya selepas mesyuarat Exco hari ini.

Pada persidangan Dewan Undangan Negeri Mac lepas kerajaan negeri juga memberitahu mengenal pasti kawasan seluas 20 ekar di Telekong, Kuala Krai bagi membina rumah kekal mangsa yang tidak mempunyai tanah sendiri.

Mengikut Jawatankuasa Bersama Banjir Negeri Kelantan terdapat sebanyak 1,827 rumah musnah sepenuhnya akibat banjir besar.

Sebanyak 1,200 mangsa daripada jumlah itu tidak memiliki tapak rumah.

Rumah kekal yang siap dibina kerajaan negeri sekarang sebanyak 10 unit di Desa Rahmat Berangan Mek Nab, Machang dan 52 unit lagi akan dibina di tapak sama.

Selain itu 10 unit rumah kekal siap dibina di Kampung Kolam Mas, Gua Musang, manakala 8 unit lagi dalam pembinaan. Di kawasan lain yang sudah siap dibina di Kuala Pertang (5 unit), Guchil (5) dan Manjor (sebuah).

Pemuda PAS Pusat pula membina tiga rumah Budiman di Manek Urai, manakala Dewan Muslimat PAS pula merancang membina 5 rumah Mawaddah di Kuala Krai.

Mercy Malaysia pula menyiapkan 31 unit rumah transit di Jalan Gael, Kuala Krai.

Abdul Fattah berkata kerajaan negeri sentiasa komited dalam usaha membina rumah tersebut.

Beliau juga memberitahu kerajaan negeri tidak pernah melantik mana-mana agen untuk mengutip nama mangsa banjir bagi memiliki rumah tersebut.

Katanya senarai nama mangsa berdasar pendaftaran dibuat Bahagian Perumahan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri. - HARAKAHDAILY 15/4/2015

Sumber HD - 15-4-2015

Bukan Muslim Kelantan tunggu pelaksanaan KJS II

HUSIN TAWANG | .

PASIR PUTEH: Pemilik kedai barangan elektrik di Bukit Yong, Su a/l Lim Teck, 43, berkata Kanun Jenayah Syariah (KJS) yang diusahakan kerajaan Kelantan amat sesuai dilaksanakan sekarang.

“Sekarang masa yang tepat untuk dilaksanakan tanpa sebarang sikap prejudis. Kenapa kita harus persoalkan usaha murni itu kalau ia baik bagi kita semua,” katanya ketika ditemui di sini.

Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan pada 19 Mac meluluskan pindaan Enakmen KJS II. Kini ia dikenali KJS (II) (1993) Pindaan 2015.

Pindaan yang dibuat membabitkan Seksyen 2 Pemakaian Kanun berkenaan yang menyebut ‘perundangan tersebut hanya terpakai ke atas orang-orang Islam yang mukalaf sahaja, yang melakukan kesalahan di Kelantan’.

Lee Awe Cheng, 35, dari Pekan Semerak, Pasir Puteh berkata, amat malang sekali apabila ada orang Melayu sendiri tidak menyokong pelaksanaan KJS.

“Sepatutnya mereka menyokong penuh tanpa berbelah bagi. Secara peribadi saya berpendapat usaha melaksanakan KJS amat baik sekali kepada kita semua.

"Walaupun saya orang Cina kampung namun kawan-kawan orang Islam memberitahu pelaksanaan KJS boleh menyelamatkan masyarakat," katanya.

(Ikuti laporan lanjut dalam akhbar HARAKAH keluaran akan datang)

Sumber HD - 14-4-2015

































































































Kelantan terima sumbangan banjir dari Kedutaan Turki

Posted on Monday, April 13 @ 23:44:29 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



KUALA LUMPUR: Kedutaan Turki menyalurkan sumbangan katil dan tilam bernilai RM850,000 bagi membantu meringankan beban mangsa banjir yang terjejas di Kelantan.

Menurut wakil Kedutaan Turki, Basak Turkoqlu, pihaknya akan menyalurkan bantuan itu kepada mangsa banjir berkenaan selepas melawat negeri itu baru-baru ini.
"Sebanyak 1,650 buah tilam serta katil akan disumbangkan kepada mangsa banjir di Kelantan bagi meringankan beban mereka.
"Kami mengadakan lawatan ke Kelantan pada Rabu lepas dan simpati dengan keadaan rakyat negeri itu yang serba kekurangan akibat banjir," katanya selepas majlis penyammpaian sumbangan itu di sini, hari ini.
Menurut Turkoqlu, jika semuanya berjalan lancar, sumbangan dengan kerjasama Badan Pengurusan Kecemasan dan Bencana Turki (AFAD) itu akan disalurkan ke Kelantan dalam tempoh enam minggu.
Sementara itu, Ketua Pasukan Petugas Khas Pasca Banjir, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Zaki Ansore Mohd Yusof ketika ditemui bersyukur kerana Kedutaan Turki dan AFAD memberi sumbangan kepada Kelantan.
"Saya bersyukur di atas bantuan untuk membantu mangsa banjir di Kelantan, selain dapat mengeratkan lagi hubungan diplomatik antara Malaysia dan Turki," katanya. - mStar Online

Sumber TKO - 13-4-2015

Jalan 12 kilometer, 12 tahun belum siap

FUAD NURHADI | .

PASIR PUTEH: “Tidak munasabah langsung jalan raya sejauh 12 kilometer dibina sejak 12 tahun lalu kini belum siap lagi.

"Kita sebagai rakyat yang membayar cukai berhak bertanya kenapa jalan sejauh itu begitu lama untuk disiapkan. Apakah faktornya,” kata ahli jawatankuasa Wanita MCA Pasir Puteh Lee Kim Yuan, 53.

Jalan pintas Pasir Puteh-Tok Bali dibina di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) bermula di Kampung Alor Pasir melalui Gong Kulim dan berakhir berhampiran Pelabuhan LKIM Tok Bali.

Ia merupakan projek kerajaan pusat sebagai sokongan kepada pembangunan di Tok Bali turut melibatkan pembinaan dua jambatan merentangi Terusan Semerak dan Sungai Semerak.

Kim Yuan yang juga seorang peniaga berkata jalan baru itu apabila siap kelak dapat memendek perjalanan dari bandar Pasir Puteh ke Tok Bali.

"Kita membayar cukai dan sekarang ditambah bebanan GST ingin tahu kenapa pembinaan jalan berkenaan terlalu lama untuk disiapkan,” katanya ketika ditemui di sini.

Penyelia Dun Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim berkata pihaknya memandang serius pembinaan jalan tersebut kerana terlalu lama untuk disiapkan.

Katanya pada penggal lalu beliau pernah membangkitkan isu jalan tersebut pada persidangan Dun Kelantan bagi menarik perhatian kerajaan pusat.

Malangnya kata beliau pembinaan masih perlahan dan difahamkan sudah beberapa kali bertukar kontraktor.

"Sepatutnya projek ini tidak terbantut kerana dibina kerajaan pusat yang mempunyai segala kemudahan dan kewangan.

“Sepatutnya pihak berkuasa termasuk SPRM menyiasat punca kelewatan tersebut kerana ia melibatkan wang rakyat,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 13/4/2015

Kelantan capai 65% liputi air bersih

FUAD NURHADI | .


KOTA BHARU: Liputan projek bekalan air bersih di Kelantan sekarang mencapai 65 peratus daripada jumlah penduduk di negeri ini.

Ini bermakna sebanyak 20 peratus lagi diperlukan bagi mencapai sasaran 85 peratus iaitu setaraf dengan negara maju.

Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Utiliti, Teknologi Maklumat, Datuk Hanifa Ahmad berkata Kelantan sudah menghampiri bagi mencapai sasaran liputan bekalan air bersih kepada 85 peratus penduduk di Kelantan.

Bagi mencapai sasaran itu, katanya kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM3.2 juta setahun bagi membaik pulih bekalan air bersih.

"Kalau dilihat kepada peratusan yang ada kita hanya memerlukan hanya 20 peratus lagi sasaran jumlah liputan bekalan air kepada penduduk.

“Kerajaan negeri melalui Air Kelantan Sdn Bhd juga membina loji baru bagi meningkatkan kapasiti bekalan air," katanya selepas merasmikan Promosi Sambungan Baru Projek Bekalan Air Luar Bandar di Kampung Sokor di sini semalam.

Program tersebut diurusetiakan Jabatan Air Negeri Kelantan dengan kerjasama Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB). Jumlah pengguna AKSB sekarang sebanyak 230,000 akaun.

Hanifa berkata juga Jabatan Air Kelantan menyediakan peruntukan sebanyak RM910,000 bagi projek penyambungan paip air ke rumah rakyat tahun ini.

“AKSB akan melipatgandakan lagi usaha bagi meningkatkan jumlah pengguna melalui projek bekalan air luar bandar menjelang tahun 2020,” ujarnya.

Hadir sama pada program berkenaan Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim, Adun Kadok, Azami Mohd Noor dan Pengurus Besar AKSB, Ir Mohamad Hanapi. - HARAKAHDAILY 12/4/2015

Sumber HD - 12-4-2015




































































































Altantuya: NGO Kelantan desak polis siasat Mahathir

MOHD NOR YAHYA | .

RANTAU PANJANG: Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan menjejaki Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) membuat laporan polis terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad berkaitan isu pembunuhan kejam Altantuya.

Presidennya Abdul Razak Abas berkata siasatan perlu dijalankan terhadap bekas Perdana Menteri terbabit memandangkan kenyataannya sebelum ini mengenai Altantuya menimbulkan banyak tanda tanya kalangan rakyat.

“Adakah Tun terlepas daripada perundangan negara sehingga beliau agak lantang mengkritik kepimpinan negara sekarang,” katanya selepas membuat laporan polis terhadap Dr Mahathir di Balai Polis Rantau Panjang hari ini.

Baru-baru ini Dr Mahathir mempertikaikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak menjawab dakwaan bekas pengawal peribadinya Sirul Azhar Umar berkaitan pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Sirul sebelum itu dilaporkan mendakwa dia bertindak di atas arahan membunuh Altantuya.

Kenyataan bekas Perdana Menteri terbabit memberi ruang kepada Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) membuat laporan polis di beberapa tempat sebelum ini bagi menyiasat dakwaan tersebut di bawah Akta Hasutan 1948.

Abdul Razak juga berkata sebelum ini polis begitu cepat membuat siasatan apabila ada laporan polis terhadap pemimpin Pakatan Rakyat.

“Isu yang dibangkitkan Dr Mahathir berkaitan Altantuya menyebabkan rakyat tertanya-tanya dan berada dalam resah kerana dianggap mempertikai keputusan mahkamah.

“Saya bimbang kelantangan Tun akan menjadi pencetus kepada rakyat turut mempertikaikan keputusan mahkamah sehingga boleh membawa kepada hilang kepercayaan rakyat terhadap institusi itu,” ujar beliau.

Hadir sama Setiausaha Kehormat Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan Adnan Mohd Zain. - HARAKAHDAILY 9/4/2015

Sumber HD - 9-4-2015

GST: Sekarang masanya rakyat bangkit

MUHAMMAD YUSRI AMIN | .


TUMPAT: Andaian kerajaan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bersifat sementara dianggap meleset memandangkan kehidupan rakyat makin tertekan sekarang.

Belilah apa sahaja barangan keperluan harian di kedai semuanya meningkat. Paling mengawatkan kesukaran orang ramai untuk menambah nilai kad prabayar kerana peniaga enggan lagi menjualnya kerana risiko GST.

Anggota Exco kerajaan negeri Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata bantahan awal Pakatan Rakyat terhadap GST ternyata berasas kerana kehadiran GST membuatkan tekanan baru terhadap rakyat.

Katanya peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga barangan biar pun ada kalangan mereka tidak berdaftar dengan Jabatan Kastam.

“Dan sekarang masa paling sesuai untuk rakyat bangkit untuk membantah GST secara lebih meluas memandangkan mereka sendiri merasai bebanannya sekarang,” katanya di sini petang semalam.

Beliau ditemi selepas merasmikan penutup Pertandingan Hafazan al-Quran Peringkat Akhir Sekolah-Sekolah Agama di bawah Yayasan Islam Kelantan (Yik) di Sekolah Menengah Ugama (SMU) (Arab) Bustanus Saadah, Morak.

Che Abdullah yang juga Naib Yang Dipertua PAS Tumpat berkata walau apa pun penjelasan diberikan kerajaan, ia sukar diterima rakyat kerana bebanan kenaikan harga barangan begitu ekstrem sekarang.

Sementara itu pada program berkenaan Ammar Muhd Nuri dari SMU (A) Al-Kauthar Peringat diumumkan johan pertandingan hafazan, manakala Busyra Salihin (Maahad Muhammadi Pasir Pekan) johan bahagian perempuan.

Naib Johan,  Ahmad Husni Azlan (Maahad Muhamamdi Air Lanas) dan tempat ketiga Izznul Aiman Ismail (Maahad Ahmadi Tanah Merah).

Naib johan perempuan disandang Nik Nor Adhina Zakaria (SMU (A) Tarbiah Mardziah, Panchor  dan tempat ketiga Siti Ameerah Fauzi (Maahad Muhammadi Perempuan). - HARAKAHDAILY 9/4/2015

Sumber HD - 9-4-2015






































































































Kelantan harap krisis Yaman diselesai segera

ASLANI M | .

KOTA BHARU: Kelantan berharap krisis Yaman sekarang dapat diselesaikan segera bagi mengembalikan keamanan dan kesejahteraan penduduk negara tersebut.

Bagaimanapun Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata pelajar dan rakyat Malaysia yang berada di Yaman hendaklah memberikan kerjasama sepenuhnya untuk dibawa pulang ke Malaysia.

Katanya mereka hendaklah mengambil langkah berdaftar dengan Kedutaan Malaysia di sana bagi memudahkan urusan evakuasi.

“Saya turut mengingatkan agar jangan ada dalam kalangan pelajar-pelajar kita di sana terlibat dengan sebarang agenda memerangi pemberontak Houthi yang semakin memuncak,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Ekoran perkembangan terbaru di Yamen seramai 156 rakyat Malaysia dibawa keluar dari Yaman dan mereka sudah tiba di tanah air.

Pemberontakan di Yamen oleh majoriti Houthi berlaku lebih 10 tahun lalu bagi menjatuhkan Presiden Yaman, Abd-Rabbu Mansour Hadi.

Krisis tersebut tambah gawat apabila pesawat-pesawat tempur Arab Saudi melancar serangan terhadap pemberontak Houthi pada 26 Mac lepas.

Ustaz Ahmad yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS berkata beliau meneliti perkembangan terkini di Yaman yang sedang bergolak.

“Usaha Kerajaan Malaysia melalui Majlis Keselamatan Negara membawa pelajar-pelajar di sana pulang ke tanah air adalah suatu yang tepat.

“Saya mengucapkan penghargaan kepada Kementerian Pertahanan yang segera mengambil tanggungjawab dalam menyelesaikan urusan evakuasi rakyat Malaysia di sana,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 8/4/2015

Sumber HD - 8-4-2015

Pameran barangan Tok Guru Nik Aziz di Muzium Islam

| .
 
KOTA BHARU: Kehebatan pentadbiran Murabbi Ummah Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah melakar sejarah baru apabila allahyarham berjaya membuktikan golongan ulama mampu mentadbir negeri.

Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, allahyarham merupakan model terbaik dalam sejarahnya kerana telah berjaya menjadi seorang pemimpin yang menterjemahkan Islam dalam pentadbirannya.

“Pada zaman pentadbirannya juga telah membuktikan pentadbiranya yang bersih, bebas dari segala rasuah sepanjang pentadbirannya selama 23 tahun,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian pameran Tok Guru di Muzium Islam, di sini hari ini.

“Apa yang menjadi miliknya juga amat wajar dipertontonkan kepada umum kerana allahyarham menjadi contoh terbaik kepada masyarakat.

“Allahyarham seorang pendidik, pemimpin, pembuat dasar yang begitu dihormati oleh pelbagai lapisan masyarakat, bangsa dan agama,”ujarnya.

Turut hadir pada majlis itu anggota-anggota exco kerajaan negeri, Speaker Dun Datuk Abdullah Yakob, Pengarah Muzium Negeri Dr Nik Azlan Abdul Hadi, pegawai-pegawai kanan negeri, wakil-wakil sekolah Yayasan Islam Kelantan juga turut hadir.

Beliau berharap pameran itu bukan sahaja dapat dijadikan kenangan tetapi sebagai contoh oleh semua termasuk dalam kalangan pelajar pasti.

“Kita berharap pameran ini menjadi faedah pada masyarakat apa lagi Tuan Guru membawa konsep Membangun Bersama Islam,”ujarnya.

Turut berucap pada majlis itu Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan Negeri, Datuk Mejar (B), Md Anizam Abdul Rahman. - HARAKAHDAILY 8/4/2015

Sumber HD -8-4-2015

Royalti: Rakyat Kelantan disaran solat hajat

SALMAH MAT HUSAIN | .


KOTA BHARU: Rakyat Kelantan disaran menunaikan solat sunat hajat di masjid-masjid dan madarasah malam Jumaat ini memandangkan kes tuntutan royalti dibicara di Mahkamah Tinggi.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan memutus 13 isu yang dikemukakan kerajaan negeri berhubung tuntutan royalti sebelum ini.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata mahkamah akan memutuskan berkaitan isu pentakrifan, status dan perjanjian antara Petronas dengan negeri-negeri.

Katanya tuntutan mendapat hak ke atas royalti difail di mahkamah pada 2010 dan akan diperdengarkan perbicaraan pada Mei ini.

“Pada masa yang sama difahamkan mahkamah akan memutus tarikh perbicaraan kes itu pada Jumaat ini juga.

“Oleh itu kerajaan negeri berharap keputusan positif kepada kerajaan negeri supaya ruang untuk kita mengemukakan soalan penting di mahkamah pada perbicaraan yang diadakan.

“Isu-isu yang dibangkit itu di bawah Aturan 14 Kaedah Mahkamah,” ujarnya di sini semalam.

Pada 30 Ogos 2010 kerajaan Kelantan memfailkan saman tuntutan royalti di pejabat Pendaftaran Dagang Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta.

Kelantan mendakwa Petronas melanggar Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974 kerana tidak membayar royalti, hasil daripada minyak dan gas di perairannya.

Tuntutan royalti minyak Kelantan dianggarkan bernilai lebih RM800 juta setahun sejak 2005. – HARAKAHDAILY 8/4/2015

Sumber HD - 8-4-2015








































































































Umno cari Islam selepas masa depan gelap

ASLANI M | .


KETEREH: Umno dianggap mulai mengubah rentak dengan menyokong Kanun Jenayah Syariah (KJS) bagi mengelakkan parti terbabit terus malap.

Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata Umno terpaksa mengubah hala perjuangan setelah menyedari laluan di hadapan mereka gelap tanpa Islam.

“Parti itu sekarang terpaksa menonjolkan mereka juga hendak kepada Islam dengan memberi sokongan kepada KJS di Kelantan.

“Langkah tersebut dianggap sebagai terpaksa memandangkan Umno sekarang

berdepan dengan pelbagai masalah dalaman, isu 1MDB, Altantuya, GST dan pelbagai lagi.

“Kesan GST paling dirasai rakyat sekarang di mana ramai gelisah kerana barangan keperluan harian semakin mahal,” katanya pada ceramah penerangan KJS di Kedai Peringat malam tadi.

Hadir sama Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar, Yang Dipertua PAS Ketereh, Wan Ismail Wan Jusoh dan Adun Melor, Dr Yusnan Yusof.

Turut hadir Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Shaari Mamat. Dataran Ilmu tempat berlangsung program itu dipenuhi orang ramai.

Program tersebut merupakan kali kedua ceramah mengenai isu hudud selepas diadakan di Putik pada 1 April lepas.

Pada persidangan Dun Kelantan 19 Mac lepas kesemua 12 Adun BN menyokong pindaan KJS (II) (1993) selepas dibentang Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob.

Sebelum ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom memberitahu kerajaan akan menyokong mana-mana negeri yang membawa usul persendirian bagi membolehkan KJS dilaksanakan di negeri terbabit. - HARAKAHDAILY 7/4/2015

Sumber HD -7-4-2015









































































































Rakyat juga nak tahu punca helikopter terhempas

SALMAH MAT HUSAIN | .


TUMPAT: Siasatan secara rapi perlu dilakukan bagi mengetahui punca sebenar helikopter yang membawa pemimpin politik terhempas di Semenyih, Selangor petang semalam.

Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata siasatan rapi perlu diadakan memandangkan difahamkan ketika kejadian keadaan cuaca yang begitu baik.

Katanya siasatan tersebut perlu bagi mengelakkan kejadian serupa terutama melibatkan pemimpin politik yang banyak berjasa kepada negara berulang.

“Perkara sebegini perlu diberi perhatian serius. Kita menyokong saranan Perdana Menteri supaya diadakan siasatan seberapa segera yang mungkin.

“Rakyat juga nak tahu punca berlaku kemalangan malang tersebut,” katanya selepas melancarkan projek rumah kekal tajaan Tesco di Kampung Belian Tumpat, di sini hari ini.

Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengarahkan siasatan penuh rapi dan menyeluruh dijalankan untuk mengetahui punca nahas helikopter tersebut.

Helikopter tersebut membawa lima penumpang termasuk Anggota Parlimen Rompin Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Datuk Azlin Alias.

Helikopter tersebut dilaporkan terhempas di Kampung Pasir Baru, Semenyih pada 4.55 petang selepas pulang daripada menghadiri kenduri perkahwinan anak Perdana Menteri di Pekan. - HARAKAHDAILY 5/4/2015


Sumber HD -5-4-2015











































































































Mohd Amar nafi laporan akhbar berhubung amanat Nik Aziz

Posted on Saturday, April 04 @ 01:00:00 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menafikan kenyataannya seperti dilaporkan Berita Harian hari ini, berhubung amanat terakhir Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang dikaitkan dengan isu hudud di Kelantan.

Timbalan menteri besar Kelantan itu menafikan berkata yang Nik Aziz meninggalkan pesanan mengingatkan ahli PAS supaya mewujudkan hubungan baik dengan Umno bagi memudahkan pelaksanaan hudud di Kelantan.

Beliau membuat penafian tersebut melalui media sosial, mengatakan laporan itu "tidak tepat, berniat jahat dan berunsur fitnah."

"Merujuk tajuk dan laporan Berita Harian Jumaat 3 April 2015 yang memetik kenyataan saya berkenaan 'amanah Tok Guru Nik Aziz'.

"Dukacita dimaklumkan laporan akhbar tersebut adalah tidak tepat, berniat jahat dan berunsur fitnah," katanya dalam satu posting di laman Facebook miliknya petang tadi.

Justeru, beliau menyarankan pembaca mendapatkan maklumat yang tepat dan benar dengan merujuk ucapan penuhnya yang terlebih dahulu dirakam oleh pihak penganjur.

Beliau dipercayai merujuk ucapannya dalam satu majlis ceramah penjelasan isu hudud yang diadakan pada 1 April jam 9 malam di Pengkalan Chepa, Kota Baru, Kelantan.

Lapor Berita Harian hari ini memetik kenyataan Amar yang selain mendedahkan apa yang dikatakan amanat mursyidul am PAS itu, beliau juga dilaporkan mengingatkan ahli PAS agar tidak mengkritik Umno kerana parti Melayu itu merupakan pihak yang perlu berurusan bagi membolehkan hasrat kerajaan negeri tercapai.

"Hari ini, saya membuka rahsia dan menceritakan amanat Allahyarham kerana timbul isu yang dibangkitkan ahli PAS dengan mendakwa PAS sudah masuk perangkap Umno kerana kita mengadakan perbincangan bersama mengenai hudud.

"Kenapa isu ini perlu dibangkitkan kerana hubungan antara PAS dengan kerajaan persekutuan sudah lama terjalin. Malah, sepanjang pemerintahan Allahyarham Nik Aziz juga, hubungan itu sudah terjalin.

"Perlu ingat, Umno mempunyai kunci besar dalam kerajaan. Jadi, tidak perlu pertikaikan isu hubungan baik PAS dengan kerajaan persekutuan, sebaliknya beri keyakinan kepada pimpinan PAS, kerana apa yang kita mahu lakukan ini untuk kebaikan rakyat," beliau dipetik berkata akhbar itu.

Kerajaan negeri Kelantan bulan lalu meluluskan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (2015) yang mendapat sokongan sebulat suara semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) termasuk daripada Umno dan PKR.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka akan membentangkan rang undang-undang persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 bagi membolehkan kerajaan negeri Kelantan melaksanakan peraturan syariah itu.

Sumber TKO - 4-4-2015

EKJS: MB Kelantan harap MP Islam sokong

| .


PASIR PUTEH: Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, kerajaan negeri berhasrat akan menjadikan kandungan kitab suci Al-Quran sebagai sumber rujukan ke arah pembangunan negeri.

Beliau berkata, makro syariah yang terdapat dalam kitab suci itu perlu dihayati untuk mewujudkan keamanan, kemakmuran dan keadilan yang sama rata khususnya untuk membantu golongan miskin.

Katanya, Enakmen Kanun Jenayah Syariah II bertujuan untuk mencegah keburukan dan menjauhi perilaku buruk umat Islam yang boleh memporakperandakan masyarakat.

Beliau berharap, kesemua anggota Parlimen yang beragama Islam perlu menyokong rang undang-undang persendirian yang dibawa oleh wakil PAS di parlimen berhubung enakmen itu.

"Hari ini umat Islam seakan tercari-cari sumber kekuatan al-Quran dan aspirasi untuk mencapai misi dan visi dalam kehidupan sama ada di peringkat individu, organisasi mahu pun negara.

"Apa yang perlu dilakukan tidak lain dan tidak bukan adalah kembali kepada ajaran al-Quran, justeru semua pihak perlu menghayati al-Quran sebagai panduan dan tatacara untuk menjalani kehidupan sebagai umat Islam yang sejati.

"Hakikatnya ramai yang terlupa bahawa kekuatan utama kepada sekelian umat adalah sudah terhidang di hadapan mata mereka sendiri," katanya ketika berucap merasmikan Majlis Penutup Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri di sini, malam tadi.

Beliau berkata, pihaknya sangat mengharapkan agar pusat-pusat pengajian ilmu al-Quran dapat melakukan dengan cara lebih aktif walau di mana sahaja termasuk di masjid-masjid dan surau menggunakan pelbagai jenis kitab yang disusun dengan begitu rapi.

Sementara itu, Wan Aimudin Wan Abdullah dan Munirah Kasim dari Jajahan Tanah Merah masing-masing dinobat sebagai johan qari dan qariah tilawah negeri Kelantan kali ke-58 itu.

Naib johan qari pula disandang Wan Hilmi Wan Abdullah dari Pasir Puteh manakala naib johan qariah disandang Radziah Ibrahim dari Bachok dan Muhammad Nor Yusof dari Kota Bharu serta Jarodah Dollah dari Kuala Krai tempat ketiga.

Hadiah disampaikan oleh Tengku Temenggong Kelantan. - HARAKAHDAILY 3/4/2015

Sumber HD - 43-4-2015









































































































Lebih 40 tahun PAS tunggu Kanun Jenayah Syariah

ASLANI M | .

KOTA BHARU: Ada tiga kaedah membolehkan Kanun Jenayah Syariah (KJS) dapat dilaksanakan di Kelantan iaitu menukar kerajaan pusat, tukar perlembagaan dan mengguna pakai Perkara 76A(1) Perlembagaan Persekutuan.

Pandangan itu dirumus pakar undang-undang Allahyarham Profesor Ahmad Ibrahim.

Bekas pensyarah UIAM, Datuk Dr Muhammad Fadzli Hassan berkata, tiga kaedah tersebut sering disebut Prof Ahmad bagi membolehkan KJS dapat dilaksanakan di Kelantan.

Katanya, sejak merdeka sehingga sekarang parti yang menguasai kerajaan pusat gagal ditukar  biar pun sudah diadakan 13 kali pilihan raya umum.

“Begitu juga hendak tukar perlembagaan juga sukar untuk dilakukan. Jalan yang lebih mudah hanya mengguna pakai Perkara 76A(1) kerana ia hanya memerlukan sokongan majoriti mudah.

“Melalui kaedah itu membolehkan parlimen memberi kuasa kepada Kelantan bagi melaksanakan KJS kerana kuasa menghukum berada di bawah bidang kuasa kerajaan pusat,” katanya pada ceramah penjelasan isu hudud di Putik malam tadi.

Kira-kira 5,000 membanjiri Putik bagi mengikuti penjelasan  isu berkenaan. Program bermula dengan solat Isyak dan hajat diimamkan anggota jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Kelantan, Ustaz Nik Razi Nik Mat.

Hadir sama Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, timbalannya, Datuk Mohd Amar Abdullah, Speaker Dun Kelantan, Datuk Abdullah Ya’kub, anggota Exco, Datuk Nassuruddin Daud dan  Ketua Sekretariat Tetap KJS Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan.

Pada 19 Mac lepas Dun Kelantan meluluskan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) dengan sokongan 44 anggota dewan termasuk 12 daripada Barisan Nasional dan seorang PKR.

Berikutan itu kerajaan Kelantan melalui Ahli Parlimen Marang mengemukakan bil persendirian ke parlimen bagi  membolehkan KJS dapat dilaksanakan di negeri tersebut.

Dr Fadzli yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, sekiranya pindaan Akta Mahkamah Syariah (Akta 355) dilakukan membolehkan Kelantan melaksanakan empat  hukuman yang terkandung dalam KJS.

Hukuman terbabit iaitu sebat 80 rotan bagi kesalahan minum arak, sebat 80 rotan kesalahan menuduh zina, penjara bagi kesalahan murtad dan sebat 100 rotan kesalahan zina bagi mereka yang belum berkahwin.

“Malangnya apa yang diusahakan di Kelantan dituduh pula sebagai ekstrem, keras, tidak menjiwai masyarakat majmuk, bantu ekonomi rakyat, diperangkap Umno dan pelbagai lagi.

“Kalau hendak tunggu keadaan ekonomi mantap sampai bila pun tidak boleh, sekarang ekonomi semakin parah, kadar jenayah meningkat.

“Begitu juga dengan tuduhan diperangkap Umno. Saya  hendak beritahu kalau Umno tipu, mereka bukan sahaja tipu kerajaan Kelantan tetapi tipu polis, Jabatan Penjara, Jakim dan Mufti yang bekerjasama melengkapkan KJS,” katanya.

Malah menurutnya kalau Umno benar-benar menipu sekarang masa terbaik untuk rakyat menolak parti itu.

Nassuruddin pula berkata lebih 40 tahun kerajaan PAS menunggu untuk melaksanakan KJS selepas mendapat mandat kali pertama pada PRU 1959.

Menteri Besar meminta semua pendokong PAS menunaikan solat hajat bagi membolehkan KJS mendapat sokongan semua anggota parlimen Muslim bagi membolehkan ia dilaksanakan di Kelantan. - HARAKAHDAILY 2/4/2015

Sumber HD - 2-4-2015

NGO lapor polis pihak pertikai EKJS

MOHD NOR YAHYA | .


PENGKALAN CHEPA: Tindakan pihak tertentu termasuk parti politik yang mempertikaikan pindaan Kanun Jenayah Syariah (KJS) di Kelantan dianggap sebagai menghina titah Sultan Kelantan.

Malah mereka tanpa sedar dianggap mempersendakan kesucian agama Islam.

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan Abdul Razak Abas berkata, baginda Sultan merupakan ketua agama Islam di Kelantan.

“Kami amat kesal di atas penghinaan tersebut. Kami bimbang kemuliaan institusi Diraja di Malaysia akan pudar kerana ada pihak yang cuba mempertikainya,” katanya selepas membuat laporan polis terhadap pihak terbabit petang semalam.

Laporan polis dibuat Setiausaha Kehormat NGO terbabit Mohd Adnan Mohd Zain. Turut hadir Ketua Biro Agamanya Dr Mohd Azhar Abdullah.

Laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu.

Minggu lepas Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan pindaan Kanun Jenayah Syariah II (1993) dengan sokongan semua ahli dewan.

Ekoran kelulusan pindaan tersebut ada pihak mempertikaikan usaha yang dilakukan kerajaan Kelantan kerana menganggap bertentangan dengan perlembagaan.

Abdul Razak berkata, laporan polis dibuat bagi membolehkan pihak berkuasa menyiasat tindakan sesetengah pihak yang menyebarkan maklumat palsu mengenai KJS.

Sementara itu Ketua Penerangan Pekida Malaysia Cawangan Kelantan, Mohd Kori Mohd Noor berkata pihaknya berdiri teguh di belakang kerajaan negeri bagi memastikan KJS dapat dilaksanakan.

Katanya amat tidak wajar pihak yang bukan beragama Islam cuba mempertikaikan perundangan tersebut kerana ia tidak membabitkan mereka. – HARAKAHDAILY 26/3/2015

Sumber HD - 26-3-2015









































































































HOSPITAL KELANTAN PERKENAL PROGRAM MESRA IBADAH - PENGARAH KESIHATAN


DATUK DR AHMAD RAZIN AHMAD MAHER - PENGARAH KESIHATAN KELANTAN

http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/34542-hospital-kelantan-perkenal-program-mesra-ibadah


Sumber HD - 25-3-2015

EKJS: Kelantan akan terus beri penerangan

SALMAH MAT HUSAIN | .


PENGKALAN  CHEPA: Kerajaan Kelantan akan terus memberikan penjelasan berkaitan Enakman Kanun Jenayah Syariah ll kepada pihak yang masih tidak faham berhubung hukum tersebut.

Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, walaupun kerajaan negeri atau diperingkat parti telah membuat penjelasan berulang kali, namun pihaknya bersedia memberi penerangan melalui Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis perisytiharan kemenangan calon PAS pada PRK N06 di Putik di sini malam tadi.

Katanya, tidak ada satu enakmen pun yang dibentangkan dalam Dun atau Parlimen sebagaimana enakmen kerajaan Kelantan itu.

“Kita bentangkannya kepada rakyat terlebih dahulu untuk diperlihtkan pada mereka bagi dibincangkan.

“Biasanya mana-mana enakmen akan terus kepada kabinet atau exco dan seterusnya ke Parlimen atau dewan,” ujarnya.

Katanya, hal itu membuktikan bahawa kerajaan negeri begitu ikhlas untuk melaksanakan hukum tersebut di samping memberi kefahaman dahulu pada rakyat.

Katanya, sekiranya benar masih ramai lagi yang belum jelas kerajaan negeri akan memberi penerangan melalui UPKNK.

Ahmad seterusnya memberitahu, undang-udang tanah contohnya, berapa ramaikah rakyat mengetahui tentang perkara itu. Adakah rakyat tahu tentang upah syarat, pecah panjang dan sebagainya. Ramai rakyat tidak memahaminya.

Tambahnya, bagaimanapun kerana adanya pegawai, pejabat dan sebagainya, kefahaman itu dapat diberikan pada mereka.

“Begitu juga dengan undang-undang ini (EKSJ) tidak semuanya tahu,” ujarnya.

Turut berucap pada majlis itu Pengarah Bersama PRK N06 Chempaka, Datuk Takiyuddin Hassan, Naib Presiden PAS Mohammad Sabu.

Turut berucap wakil-wakil dewan, Datuk Dr Johari Mat, Calon PRK, Ustaz Ahmad Fathan Ketua Pemuda Negeri, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari dan Ustazah Siti Zailah Mohd Yusof. – HARAKAHDAILY 23/3/2015

Sumber HD - 23-3-2015









































































































Private bill dijangka dibentang sesi ini

ASLANI M | .

KOTA BHARU: Hanya mahkamah yang dapat memberi tafsiran sama ada tindakan Dewan Undangan Negeri (Dun) melulus pindaan Kanun Jenayah Syariah (KJS) II bercanggah atau tidak dengan perlembagaan.

Ketua Sekretariat Tetap KJS II, Datuk Takiyuddin Hassan berkata beliau belum lagi mendapat maklumat lanjut mengenai saman pemula Pemuda Gerakan berkaitan enakmen berkenaan terhadap kerajaan Kelantan.

“Saya tidak tengok lagi butiran saman dibuat Pemuda Gerakan. Namun hanya mahkamah yang boleh memberi tafsiran terhadap dakwaan mereka itu,” katanya kepada pemberita di Kota Darulnaim hari ini.

Semalam Gerakan memfail saman pemula terhadap kerajaan Kelantan di Mahkamah Tinggi di sini bagi memohon deklarasi pembatalan KJS II.

Saman itu dikemukakan tiga ahli Gerakan Kelantan iaitu Tuan Mat Tuan Wil, Soh Hoon Lee dan Chun Mon Sie.

Timbalan Ketua Pemuda Gerakan Andy Yong dilapor berkata permohonan tersebut sebagai langkah awal menghalang pembentangan private bill di parlimen bagi memberi kuasa kepada Kelantan melaksanakan KJS.

Takiyuddin yang juga anggota parlimen Kota Bharu yakin rang undang-undang persendirian akan dibawa pada persidangan parlimen yang berlangsung sekarang.

“Bagaimanapun kita perlu memberi notis selama 14 hari sebelum membolehkan usul tersebut dapat dibawa. Persidangan parlimen sesi ini akan berakhir 9 April hadapan,” katanya.

Beliau juga membayangkan usul tersebut akan dibawa anggota parlimen Marang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai kapasiti sebagai Presiden PAS.

Setiausaha Dewan Himpunan Penyokong PAS Vincent Lee berkata tiada sebab masyarakat bukan Islam bimbang terhadap EKJS kerana ia secara hitam putih hanya membabitkan masyarakat Islam sahaja.

“Pembaharuan kepada enakmen sedia ada telah dibuat. Saya paling gembira kerana sudah jelas secara hitam putih undang-undang berkenaan hanya untuk orang Islam sahaja.

“Orang bukan Islam tidak dilibatkan langsung, jadi ia tidak timbul lagi sebarang persoalan mengenainya seperti yang ditimbulkan sebelum ini,” katanya.

Beliau bersama beberapa lagi pemimpin DHPP mengikut pembentangan rang undang-undang berkenaan pada persidangan Dun Kelantan sejak semalam.

Naib Ketua Pemuda PAS Kelantan, Mohd Asri Mat Daud berkata hasil kesungguhan kerajaan negeri dan sokongan pelbagai pihak dijangka membolehkan KJS dapat dilaksanakan tahun ini.

“Pemuda PAS juga dengan penuh takzim merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Sultan Kelantan di atas titah baginda yang memperkenan usaha kerajaan negeri ke arah pelaksanaan KJS,” katanya. – HARAKAHDAILY 19/3/2015

Sumber HD - 19-3-2015

Dun K’tan lulus pindaan Kanun Jenayah Syariah

ASLANI M | .

KOTA BHARU: Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II pindaan 2015 dilulus dengan sokongan padu ahli dewan.

Peristiwa itu merakam detik bersejarah kedua selepas mendapat sokongan kesemua ahli dewan pada November 1993. Ketika itu dua Adun BN dari Sungai Pinang dan Limbongan.

Dan hari ini, apabila ditanya speaker, Datuk Abdullah Yakub kesemua 45 Adun termasuk 12 Adun pembangkang menyokong dengan berkata bersetuju.

Turut menyatakan sokongan terhadap rang undang-undang melibatkan perundangan hudud, qisas dan takzir itu ialah Datuk Seri Mustapa Mohamed (BN-Air Lanas) yang juga pengerusi Umno Kelantan.

Selain itu Ruslan Puteh (PKR-Guchil) yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Kelantan.

Rang Undang-Undang diluluskan sehingga diberitahu melalui pewartaan kerajaan. – HARAKAHDAILY 19/3/2015

Sumber HD - 19-3-2015





















































































































Enakmen Kanun Jenayah Syariah dibahas di Dun

ASLANI M | .


KOTA BHARU: Biarpun ada pihak memohon injuksi bagi menghalang pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (EKJS) namun perbahasan di dun tetap diteruskan.

Persidangan hari ini meneruskan ucapan perbahasan oleh Dr Yusnan Yusof (PAS-Melor).

Dewan hari ini penuh dengan kehadiran semua ahli dewan termasuk Mohd Bakri Mustapha (BN-Gual Ipoh) yang datang bertongkat.

Dr Yusnan berkata, akta 355 perlu dipinda bagi membolehkan Kanun Jenayah Syariah boleh dilaksanakan.

Katanya, akta sedia ada itu tidak memadai untuk membolehkan hukuman di bawah Kanun Jenayah Syariah dilaksanakan.

Usul untuk membolehkan pindaan itu dilakukan melalui private bill yang akan dibawa oleh anggota Parlimen PAS nanti.

Katanya, pindaan hanya boleh dibuat melalui sokongan simple majoriti pengundian yang dibuat di parlimen.

Turut mengambil bahagian membahas Rang Undang-Undang Enakmen Jenayah Syariah ialah Datuk Husam Musa (PAS-Salor).

Katanya, fasa bagi melaksanakan enakmen berkenaan semakin menuju ke arah realiti. Beliau mengatakan bahawa persediaan kerajaan untuk melaksanakan kanun syariah termasuk penyediaan hakim terlatih hendaklah dilengkapkan.

"Cadangan kerjaan pusat untuk meningkatkan jumlah rotan kesalahan jenayah syariah belum memadai tanpa pindaan Akta 355" katanya

Difahamkan kerajaan pusat hanya mahu meningkatkan hukuman rotan kepada 39 belum selaras dengan hukuman jenayah syariah dalam Islam. – HARAKAHDAILY 19/3/2015

Sumber HD - 19-3-2015

Esok penentu pindaan Kanun Jenayah Syariah

| .




KOTA BHARU: Speaker Dun Kelantan, Datuk Abdullah Ya’kub menyifatkan sokongan padu pembangkang terhadap pindaan Kanun Jenayah Syariah (KJS) (II)(1993) Pindaan 2015 mencatat sejarah.

“Saya berharap sokongan yang diberi itu lahir dari hati yang ikhlas,” katanya sebelum menangguh persidangan Dun petang tadi.

Persidangan bersambung pagi esok. Esok merupakan detik yang tunggu sama ada pindaan itu dilulus atau sebaliknya.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, persidangan esok menjadi penentu untuk melihat sejauh mana sokongan sebenar anggota-anggota Dewan terhadap pindaan berkenaan.

“Hari ini sekadar pembentang dan ucapan bagi menyokong pindaan yang dibuat,” katanya ketika ditemui.

Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, biar pun ada Adun tidak hadir pada persidangan hari ini namun ia tidak memberi sebarang kesan kerana belum ada pengundian dibuat.
Kata beliau esok menjadi penentu sebenar bagi melihat sokongan untuk membolehkan pindaan

Kanun Jenayah Syariah (II)(1993) Pindaan 2015 diluluskan sebelum usul persendirian dibawa ke persidangan ke parlimen.

Menurutnya biar pun ada wakil rakyat tidak hadir pada persidangan hari ini namun ia tidak memberi kesan apa-apa.

“Kita akan terus pindaannya yang dibuat biar pun ada pihak di luar menentang,” kata beliau kepada pemberita.

Selepas rang undang-undang berkenaan dibentang tiga ahli mengambil bahagian berucap menyokong pindaan tersebut iaitu Datuk Hasssan Mohamood (PAS-Tawang), Datuk Md Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas) dan Dr Yusnan Yusof (PAS-Melor).

Ucapan Md Alwi yang diselang seli dengan membaca ayat-ayat al Quran bernada sedih dan sebak. Ada ketikanya beliau tidak dapat meneruskan ucapannya.
Beliau memberitahu Adun-Adun BN sepakat menyokong pindaan tersebut kerana Allah dan tidak faktor lain.

“Saya kagum dengan keberanian kerajaan Kelantan meneruskan pembentangan bagi meminda enakmen berkenaan biar pun ada pihak yang menentang.

“Saya bimbang ada halangan besar yang menanti kerajaan Kelantan selepas ini,” katanya.
Dun Kelantan sekali lagi mencatat sejarah selepas enakmen itu dilulus pada 1993.

Empat Adun tidak kelihatan ketika pembentangan rang-rang tersebut dibuat termasuk Datuk Seri Mustapa Mohamed (BN-Air Lanas), Mohd Bakri Mustapha (BN-Gual Ipoh), Ruslan Puteh (PKR-Guchil) dan Datuk Husa Musa (PAS-Salor).

Hassan ketika membahas rang undang-undang berkenaan berkata apa yang jelas pindaan dibuat itu tidak melibatkan orang bukan Islam.

Enakmen tersebut mengandungi 71 Fasal melibatkan penambahbaikan terhadap Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993.

Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohamed yakin rang undang-undang itu dilulus pada persidangan Dun esok memandangkan mendapat sokongan padu anggota Dewan.

“Berdasar kepada ucapan hari ini jelas mereka menyokong penuh usaha yang dibuat kerajaan negeri,” ujarnya.

Rang Undang-Undang itu bertujuan mengadakan peruntukan bagi kesalahan jenayah syariah hudud, qisas dan ta’zir serta perkara-perkara yang berkaitan.

Pindaan yang dibuat beberapa fasal termasuk Fasal 2 iaitu pindaan kepada Seksyen 56(1) dan (2) Enakmen 1993 dengan dibuang Seksyen 56(2) dan mengekalkan Seksyen 56(1) menjadi Seksyen 2.
Selain itu Fasal 14 memperkatakan tentang takrif liwat iaitu membuang perkataan “selain daripada isterinya” pada Seksyen 16 Enakmen 1993.

Fasal 15 memperkatakan hukuman liwat adalah pindaan dengan memasukkan Fasal 15(2) iaitu “seseorang suami yang melakukan liwat ke atas isterinya hendaklah dihukum dengan ta’zir”
Fasal 18(2) juga melibatkan pindaan dibuat dengan memasukkan pengecualian hukuman hudud qazaf. - HARAKAHDAILY 18/3/2015

Sumber HD - 18-3-2015























































































































MB bentang Kanun Jenayah Syariah, tarik perhatian

ASLANI M | .
KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob membentang Rang Undang-undang Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Pindaan 2015 pada persidangan Dun pagi ini.

Pembentangan rang undang-undang itu mendapat perhatian banyak pihak di mana dewan penuh dengan kehadiran orang ramai.

Turut hadir Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr Mahfudz Mohamad dan bekas Speaker Dun Terengganu, Datuk Husain Awang.
Pembentangan rang undang-undang oleh Menteri Besar disokong oleh tmbalannya, Datuk Mohd Amar Abdullah bermula jam 11.05 pagi.

Enakmen itu dinamakan sebagai Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Pindaan 2015.
Ustaz Ahmad berkata enakmen itu mengandungi 71 fasa dalam 6 bahagian.

"Rang undang-undang ini ditambahbaik selepas diteliti jawatankuasa teknikal yang disertai pakar perundangan syarak, pensyarah," jelasnya.

Beliau menambah, jawatankuasa teknikal itu dipengerusikan Mohd Amar.

Menteri Besar berkata pindaan tersebut menyebut kesalahan yang dikenakan di bawah enakmen hanya melibatkan orang Islam yang mukalaf melakukan kesalahan di negeri Kelantan sahaja.

Katanya, komitmen tinggi kerajaan negeri untuk membolehkan pindaan dilakukan terhadap Akta 355 dilakukan di Parlimen bagi merealisasi EKJS dapat dilaksanakan di negeri ini. HARAKAHDAILY 18/3/2015

Sumber HD - 18-3-2015

Pindaan EKJS tarik tumpuan ke Dun Kelantan

| .



KOTA BHARU: Menjelang pembentangan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (EKJS) II esok, persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan yang bermula semalam mendapat perhatian banyak pihak.

Pindaan tersebut hanya menyentuh beberapa perkara bersifat teknikal termasuk Seksyen 56 (1) Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (EKJS) menyebut ‘perundangan tersebut hanya terpakai ke atas orang-orang Islam yang mukalaf sahaja’.

Pindaan frasa terbabit akan dibuat terhadap EKJS pada persidangan Dun esok. Wartawan yang membuat liputan pada pilihan raya kecil Dun Chempaka dijangka beralih tumpuan ke persidangan Dun esok.

Semalam ketika bertitah merasmikan persidangan Dun, Sultan Muhammad V berharap kerajaan negeri membawa rang undang-undang persendirian ke Parlimen bagi membolehkan EKJS II dapat dilaksanakan.

Baginda bertitah usul persendirian itu bagi meminda Akta 355 di bawah Peruntukan 76A (1) Perlembagaan Persekutuan.

“Beta berharap ia dapat dilaksanakan setelah mendapat sokongan semua pihak,” titah baginda.

Bagaimanapun persidangan Dun hari ini lebih banyak berkisar isu pascabanjir bagi membantu mangsa membina semula kehidupan.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, sebanyak lebih RM4 juta dibelanjakan kerajaan negeri setakat ini bagi membantu mangsa banjir dan membersihkan kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Katanya, sebanyak RM1.6 juta bantuan disalur melalui wakil-wakil rakyat dan Penyelia Dun, RM765,000 disediakan bagi bantuan am kepada mangsa-mangsa banjir dan selebih kos membersihkan kawasan PBT.

“Kerajaan negeri juga mendapat kerjasama baik daripada NGO dan agensi kerajaan pusat bagi membantu mangsa banjir termasuk menyediakan rumah transit dan rumah kekal.

“Manakala rumah kekal yang sudah siap dibina untuk mangsa-mangsa banjir ialah 22 buah iaitu di Machang, Kuala Krai dan Gua Musang,” katanya menjawab soalan Azami Mohd Nor (PAS-Kadok).
Menjawab soalan tambahan Adun sama beliau berkata, kerajaan negeri tidak berhasrat menstruktur semula belanjawan 2015 yang dibentang tahun lepas biarkan banyak peruntukan diperlukan bagi membantu manga banjir.

Katanya kerajaan negeri akan melihat pergerakan hasil kerajaan negeri terlebih dahulu bagi tahun ini.
Menurutnya juga kerajaan negeri mengambil pengajaran banjir besar yang berlaku tahun lepas dengan membuat persediaan lebih awal termasuk menambah aset-aset dan kemahiran petugas. - HARAKAHDAILY 17/3/2015


Sumber HD - 17-3-2015


SULTAN KELANTAN HARAP USUL PERSENDIRIAN DISOKONG - SULTAN MUHAMMAD V


http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/34376-sultan-kelantan-harap-usul-persendirian-disokong



























































































































Sumber HD - 16-3-2015

Ulama lepasi halangan teraju Kelantan

ASLANI M | .



KOTA BHARU: Laungan Allahuakbar tiga kali oleh Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob melengkapi acara perasmian pelancaran sambutan Jubli Perak dasar Membangun Bersama Islam (MBI) hari ini.

Kemudian orang ramai yang hadir termasuk pegawai kanan kerajaan dan wakil-wakil rakyat turut melaungkan ungkapan sama.

Program itu mencatat sejarah apabila turut dihadiri hampir kesemua pegawai kanan diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat.

Ucapan Menteri Besar di majlis tersebut yang mengimbau pencapaian Kelantan selama 25 tahun dan perancangan 25 tahun ke hadapan kemudian dijadikan kapsul masa untuk disimpan di Muzium Negeri.

Kapsul itu yang diserah Ustaz Ahmad kepada Pengarah Muzium Negeri, Dr Nik Azlan Abdul Hadi hanya akan dibuka pada tahun 2040.

“Saya ingin meletak suatu sasaran dan wawasan jauh untuk tempoh 25 tahun akan datang supaya Kelantan lahir sebagai Negeri Tadahan Wahyu yang membangun pesat.

“Selain itu mempunyai wilayah ilmu di peringkat negeri dan zon di setiap jajahan bagi melahirkan rakyat madani yang mempunyai tahap pemahaman agama yang tinggi.

“Ketika itu keseluruhannya pemimpin dan rakyat dilimpahi keberkatan, kemakmuran serta kebajikan,” kata Menteri Besar pada pelancaran tersebut, di Dataran Stadium Sultan Muhamamd IV. (Foto atas daripada fb MB)

Turut hadir Speaker Dun Kelantan, Datuk Abdullah Ya’kub, Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah, anggota-anggota Exco, Timbalan Mufti, Datuk Nik Abdul Kadir Nik Muhamamd.

Pemimpin masyarakat Cina dan India juga hadir pada program berkenaan. Turut diadakan pameran pencapaian kerajaan negeri dan potret kenangan arwah Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika menerajui Kelantan.

Ustaz Ahmad berkata, kemakmuran di Kelantan terserlah melalui pembangunan ekonomi dan pelaburan, di samping kerancakan pembangunan infrastruktur.

“Pada jangka masa tersebut InsyaAllah kita ingin melihat satu peradaban tinggi rakyat Kelantan melalui tahap kebersihan membanggakan.

“Rakyat sihat, negeri sejahtera dan kebajikan terpelihara akan tercapai,” ujarnya.

Mohd Amar sebelum itu berkata, ketika peringkat awal Kelantan diterajui ulama pelbagai kritikan, halangan dan ancaman datang bertali arus.

Katanya, Kelantan disekat daripada mendapat pelaburan asing, bayaran geran keseimbangan dilewatkan, royalti petroleum dinafikan dan ugutan bagi melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II.

Namun kata beliau rakyat Kelantan berdiri teguh sehingga mampu bertahan sehingga sekarang. - HARAKAHDAILY 14/3/2015

Sumber HD - 14-3-2015


GURU MAUT DALAM PERJALANAN DENGAR KULIAH DI MEDAN ILMU - KPD KOTA BHARU


MEDAN ILMU KOTA BHARU BANDARAYA ISLAM

http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/34332-guru-maut-dalam-perjalanan-dengar-kuliah-di-medan-ilmu

Sumber HD - 13-3-2015


WANITA HARAPAN BUAT UMMAH - TIMBALAN PRESIDEN MA'ARUF CLUB UIAM



http://www.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/34229-wanita-harapan-buat-ummah

Sumber HD - 8-3-2015

































































































































BEKAS PTD PENGARAH URUSETIA PENERANGAN - KERAJAAN NEGERI



Sumber HD - 8-3-2015

Amukan tsunami Sungai Lebir masih bersisa

ASLANI M | FOTO MIJIE YUSOF | .



KUALA KRAI: Menjejaki kaki di Kampung Manek Urai Lama masih boleh dilihat kesan-kesan amukan tsunami Sungai Lebir. Selepas hampir tiga bulan berlalu kesannya tidak banyak berubah.

Masih banyak rumah runtuh dibiarkan begitu. Ada rumah hanyut menghimpit rumah jiran. Ada sebuah rumah kayu dibawa arus kira-kira 50 meter terlekat di batang pokok kepala.

Kebun dokong milik Kesedar di jalan masuk dari simpang Jalan Kuala Krai-Gua Musang bertukar menjadi kemerahan, daun banyak sudah gugur.

Markas PAS tercabut atap di padang bola berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Manek Urai Lama masih dibiarkan begitu. Bumbung bangunan dua tingkat SK juga belum dibaiki.

Bumbung pasar juga hanyut entah ke mana. Di stesen kereta api yang terletak lebih tinggi juga hanyut, hanya tinggal landasan dan papan tanda tanpa bangunan stesen.

Banyak pokok yang rendah bertukar warna menjadi perang. Hanya pokok kelapa yang subur menonjak ke langit.

Sepanjang sejarah besar melanda Kelantan, tidak pernah kelihatan suasana seperti disaksikan
sekarang.

Setiap hari di sana-sini di Manek Urai kedengaran penduduk mengetuk paku bagi membina bangsal sementara sebagai tempat berteduh.

Bagi yang bernasib mereka membina semula rumah biar pun jauh lebih kecil berbanding sebelum tsunami kecil melanda hulu Kelantan.

Malah lima rumah di bawah kelolaan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Kerja Raya sedang dalam pembinaan berhampiran SK Manek Urai Lama.

Rumah itu tinggi kira-kira lapan kaki dari tanah. Ada juga penduduk terpaksa membina sendiri kerana tidak memiliki geran tanah.

Pemuda PAS Malaysia juga menyiapkan dua rumah Budiman, sebuah lagi dalam pembinaan di Manek Urai.

Biar pun lot kediaman sudah diduduki mangsa banjir sejak berpuluh tahun, namun mereka belum memiliki geran secara sah.

“Saya terpaksa membina rumah dengan wang sendiri kerana tidak layak mendapat rumah bantuan kerajaan di bawah MKN kerana tidak ada geran tanah,” kata seorang mangsa banjir.

Kata beliau sepatutnya kerajaan negeri melalui Pejabat Tanah dan Jajahan mempermudahkan urusan bagi mengeluarkan surat milik sementara dengan bayaran deposit rendah.

Sebahagian besar mangsa banjir masih lagi mendiami khemah sumbangan MKN. Mereka hanya memasuki khemah pada sebelah malam kerana hawa panas membahang di siang hari.

Hawa panas dalam khemah menyebabkan ramai mangsa banjir lebih selesa mendiami bangsal yang dibina sendiri. Ada juga khemah sumbangan negara China dan pelbagai NGO lain.

Sebuah Persatuan Penganut Buddha Tzu-Chi Merit Malaysia banyak membantu meringankan bebanan mangsa banjir. Rumah sementara di bawah kelolaan persatuan itu banyak dibina di Manek Urai.

Hampir tiga bulan lagi Ramadan menjengok. Mereka tidak tahu apa nasibnya. Apa yang pasti suasana dialami mereka sekarang seperti kem pelarian di sempadan Syria dan Palestin. - HARAKAHDAILY 8/3/2015

Sumber HD - 8-3-2015


MB HARAP LEBIH RAMAI HUFFAZ LAHIR DI BUNI SERAMBI MEKAH - AHMAD



http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/34201-mb-harap-lebih-ramai-huffaz-lahir-di-bumi-serambi-mekah

Sumber HD - 7-3-2015


KELANTAN BERI INSENTIF RM500 PELAJAR CEMERLANG - EXCO



http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/34166-kelantan-beri-insentif-rm500-pelajar-cemerlang

Sumber HD - 4-3-2015

TIADA PEMBALAKAN DI HUTAN SIMPAN SEJAK 2008 - TIMBALAN MB



http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/34169-tiada-pembalakan-di-hutan-simpan-sejak-2008

Simber HD - 4-3-2015



DENGGI DI KELANTAN TERKAWAL KATA PENGARAH KESIHATAN - DATUK AHMAD RAZIN AHMAD MAHER


DATUK AHMAD RAZIN AHMAD MAHER - PENGARAH KESIHATAN NEGERI KELANTAN

http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/34007-denggi-di-kelantan-terkawal-kata-pengarah-kesihatan

Sumber HD - 23-2-2015


UTHM BINA TELAGA TIUB UNTUK MANGSA BANJIR KELANTAN - ANGGOTA LPUTHM



http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33968-uthm-bina-telaga-tiub-untuk-mangsa-banjir-kelantan

Sumber HD - 21-2-2015

2,600 RUMAH MANGSA BANJIR SIAP SEBELUM RAMADAN - MB KELANTAN


YAB DATO' USTAZ AHMAD YAKOB SERAH KUNCI RUMAH KEPADA MANGSA BANJIR DI DESA RAHMAT, MACHANG.

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33962-2-600-rumah-mangsa-banjir-siap-sebelum-ramadan-mb-kelantan

Sumber HD - 20-2-2015


GERAK KERJA UMNO DILOKASI BANJIR TIDAK KETARA - TIMBALAN PENGERUSI 'R' KELANTAN


ABDUL SHUKUR SHARIE - TIMBALAN PENGERUSI 'R' KELANTAN

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33932-gerak-kerja-umno-di-lokasi-banjir-tidak-ketara

Sumber HD - 18-2-2015


PENGGANTI TOK GURU BOLEH BERKHIDMAT KEPADA RAKYAT - MB


http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/33889-pengganti-tok-guru-boleh-berkhidmat-kepada-rakyat

Sumber HD - 16-2-2015


KERUSI DUN CHEMPAKA KOSONG DIMAKLUM SPR - SPEAKER


YB DATO' ABDULLAH YAAKOB - SPEAKER DUN KELANTAN

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33884-kerusi-dun-chempaka-kosong-dimaklum-spr-speaker

Sumber HD - 15-2-2015


KERAJAAN KELANTAN PAS NEGERI RAKAM TAKZIAH - MB



MUTIARA KATA AL MARHUM DBS TG HJ NIK ABDUL AZIZ NIK MAT - AL MURSYIDUL AM PAS

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33828-kerajaan-kelantan-pas-negeri-rakam-takziah

Sumber HD - 12-2-2015


BANJIR : PENGHULU SENARAI RUMAH ROSAK - MB


http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/33822-banjir-penghulu-senarai-rumah-rosak

Sumber HD - 12-2-2015


ADUN PAS TIDAK DIBERTAHU BANTUAN KERAJAAN PUSAT - ABE UJI


YB MOHD FAUZI ABDULLAH - ADUN MANEK URAI

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33751-adun-pas-tidak-diberitahu-bantuan-kerajaan-pusat

Sumber HD - 9-2-2015


BANJIR : KELANTAN BUAT PERSIAPAN LEBIH AWAL - MB


YB DATO' ABDULLAH MAT NAWI - EXCO PERTANIAN, INDUSTRI ASAS TANI, BIOTEKNOLOGI DAN TEKNOLGI HIJAU

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33738-banjir-kelantan-buat-persiapan-lebih-awal

Sumber HD - 9-2-2015


KELANTAN PERTAHAN KUOTA ANAK TEMPATAN - MB


YAB DATO' USTAZ AHMAD YAAKOB - MB KELANTAN

http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/33737-kelantan-pertahan-kuota-anak-tempatan

Sumber HD - 9-2-2015


LANGAH SEGERA MB KELANTAN SEMASA DAN PASCA BANJIR - SUA MB KELANTAN


YAB DATO' USTAZ AHMAD YAAKOB, MB KELANTAN SERAH KUNCI RUMAH KEPADA SEORANG MANGSA BANJIR YANG HILANG RUMAH 100%

http://www.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/33729-langah-segera-mb-kelantan-semasa-dan-pasca-banjir

Sumber HD - 8-2-2015

PASCA BANJIR DAN HUDUD, JANGAN MATIKAN ENJIN - KPPK


USTAZ AHMAD FADLI SHAARI - KETUA PEMUDA PAS KELANTAN

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33730-pasca-banjir-dan-hudud-jangan-matikan-enjin

Sumber HD - 8-2-2015



KETIKA YAB MENTERI BESAR KELANTAN BERKULIAH - SU AKHBAR MB


YAB DATO' USTAZ AHMAD YAAKOB MENYAMPAIKAN KULIAH DI MEDAN ILMU KOTA BHARU

http://www.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/33702-ketika-yab-menteri-besar-kelantan-berkuliah

Sumber HD - 6-2-2015


SEMUA PIHAK PUAS HATI PERUMAHAN RAKYAT BUDIMAN - SUHAIZAN KAIAT


PROJEK PPM - RUMAH BUDIMAN

http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/33627-semua-pihak-puas-hati-perumahan-rakyat-budiman

Sumber HD - 3-2-2015


YANG AMAT BERHORMAT KETUA MENTERI BETULKAN FAKTA TUAN - KETUA PEMUDA PAS KELANTAN


USTAZ AHMAD FADHLI SHAARI - KETUA PEMUDA PAS KELANTAN

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33541-yang-amat-berhormat-ketua-menteri-betulkan-fakta-tuan

Sumber HD - 29-1-2015


BANJIR : TABUNG PASTI KELANTAN KUMPUL LEBIH RM400,000


TABUNG PEMULIHAN PASTI KELANTAN

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33506-banjir-tabung-pasti-kelantan-kumpul-lebih-rm400-000

Sumber HD - 27-1-2015


BANJIR : BANGI CARE BINA 6 RUMAH SEHARI - SHELDI HAZRIK


RUMAH BANGI CARE
http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33483-banjir-bangi-care-bina-6-rumah-sehari

Sumber HD - 26-1-2015


RUMAH PERCUMA KEPADA MANGSA BANJIR BERMULA - MB

YAB DATO' USTAZ AHMAD YAAKOB - MENTERI BESAR
http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/33395-rumah-percuma-kepada-mangsa-banjir-bermula

Sumber HD - 21-1-2015


KELANTAN LARANG BINA RUMAH DI RIZAB SUNGAI - NIK AMAR


YAB DATO' NIK MOHD AMAR NIK ABDULLAH - TMB / PJ2PK

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33390-kelantan-larang-bina-rumah-di-rizab-sungai

Sumber HD - 21-1-2015

MAAF, INI SAJA YANG TINGGAL UNTUK MAKCIK

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33358-maaf-ini-saja-yang-tinggal-untuk-mak-cik

Sumber HD - 20-1-2015

KES KENCING TIKUS MENINGKAT TIGA KALI GANDA DI KELANTAN - KKM


YB DATUK SERI HELMI YAHYA - TIMBALAN MENTERI KESIHATAN

http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/33303-kes-kencing-tikus-meningkat-tiga-kali-ganda-di-kelantan

Sumber HD - 16-1-2015


AZAN SUDAH BERKUMANDANG DI MANEK URAI - MOHD HILMI ABDUL RAHMAN


ABE UJI - ADUN MANEK URAI

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33280-azan-sudah-berkumandang-di-manek-urai-lama

Sumber HD - 15-1-2015


BEKALAN AIR BERSIH MENDESAK DI KAWASAN KRITIKAL BANJIR - NGO


DR ABDUL HALIM MOHD YUSOFF - TIMBALAN PENGERUSI GABUNGAN BANTUAN BANJIR


http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33248-bekalan-air-bersih-mendesak-di-kawasan-kritikal-banjir

Sumber HD - 14-1-2015

INFO PERUMAHAN RAKYAT BUDIMAN - SUHAIZAN


SUHAIZAN KAIAT - KPPM


http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33246-12-info-perumahan-rakyat-budiman

Sumber HD - 14-1-2015

PEMBALAKAN HARAM - MINTA MENTERI BERI PENJELASAN - MB


YB DATUK SHAHIDAN KASSIM - MENTERI DI JPM

http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/33258-pembalakan-haram-mb-minta-menteri-beri-penjelasan

Sumber HD - 14-1-2015

BALAK : RAYU ATAS SEBAB TEKNIKAL TIDAK TEPAT, KATA MB


YAB DATO' USTAZ AHMAD YAAKOB - MENTERI BESAR


http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33256-balak-rayu-atas-sebab-teknikal-tidak-tepat-kata-mb

Sumber HD - 14-1-2015


KELANTAN SYUKUR,MAHKAMAH TOLAK SAMAN RM800 JUTA - NIK AMAR


YB NIK AMAR NIK ABDULLAH - TIMBALAN MENTERI BESAR

http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/33245-kelantan-syukur-mahkamah-tolak-saman-rm800-juta

Sumber HD - 14-1-2015


BALAK: SYUKUR KELANTAN DILEPAS BAYAR RM800 JUTA - DHM


YB DATO' HUSAM MUSA - NAIB PPRESIDEN PAS

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33244-balak-syukur-kelantan-dilepas-bayar-rm800-juta

Sumber HD - 14-1-2015


MB LETAK BATU ASAS PERUMAHAN RAKYAT BUDIMAN - PPM


YAB DATO' USTAZ AHMAD YAAKOB - MB KELANTAN


SDR SUHAIZAN KHAIAT - KPPM

http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/33234-mb-letak-batu-asas-perumahan-rakyat-budiman

Sumber HD - 13-1-2015


MAIK SEDIA 32 JUTA BNTU MANGSA BNJIR DI KELANTAN:



http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33183-maik-sedia-rm32-juta-bantu-mangsa-banjir-di-kelantan

Sumber HD - 11-1-2015

MB RASMI PROJEK PERINTIS RUMAAAAH BUDIMAN 3 JAN:


http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33175-mb-rasmi-projek-perintis-rumah-budiman-13-jan

Sumber HD - 11-1-2015

SELANGOR SUMBANG RM500,000 BINA KHEMAH MANGSA BANJIR:


YAB AZMIN ALI MENERANGKAN SESUATU KEPADA YAB DATO' USTAZ AHMAD YAAKOB

Sumber HD - 10-1-2015


KELANTAN BENTUK SUKARELAWAN RAKYAT - MB BESAR


YAB DATO' USTAZ AHMAD YAAKOB



AIRASIA HULUR BANTUAN KEPADA MANGSA BANJIR PANTAI TIMUR:


AIREEN OMAR - KETUA EKSKUTIF AIRASIA TURUN KE LAPANGAN BANTU MANGSA BANJIR DI KELANTAN


Sumber HD - 10-1-2015


Sumber HD - 10-1-2015


http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33170-s-gor-sumbang-rm500-000-bina-khemah-mangsa-banjir


Sumber HD - 10-1-2015


AMBIL MASA BINA SEMULA RUMAH MANGSA BANJIR - FAUZI:


YB MOHD FAUZI BDULLAH @ ABE UJI - ADUN MANEK URAI

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33149-ambil-masa-bina-semula-rumah-mangsa-banjir

Sumber HD - 9-1-2015












































































































































Kelantan nafi minta sukarelawan luar keluar

SALMAH MAT HUSAIN | .
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan menafikan pihaknya tidak memerlukan sukarelawan dari luar, apa lagi meminta mereka segera keluar dari negeri ini dengan alasan menyusahkan penghantaran bekalan kepada mangsa banjir.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, apa sebenarnya berlaku kerajaan negeri sentiasa mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin menyalurkan sumbangan untuk meringankan beban mangsa banjir.

“Saya menafikan segala tuduhan daripada pihak yang tidak bertanggungjawab di laman sosial menyatakan saya tidak memerlukan kepada sukarelawan daripada luar Kelantan.

“Apa lagi meminta mereka keluar dari negeri ini kerana menyusahkan urusan penghantaran bekalan,” ujarnya.

Justeru, ujarya, jauhilah fitnah dan khabar angin yang hanya menambahkan dosa, sebaliknya memberi tumpuan kepada mencari alternatif bagi meringankan beban seluruh mangsa banjir.

Menurutnya, Kerajaan Kelantan mengucapkan penghargaan pada semua pihak yang bekerja keras untuk membantu mangsa banjir di negeri itu sehingga ada di antara mereka terkorban.

Katanya, khidmat itu sehingga ada di antara mereka terkorban.

“Semoga petugas yang terkorban sewaktu membantu meringankan bebanan mangsa banjir mendapat ganjaran yang setimpal dari Allah,” ujarnya.

Teks ucapannya dibacakan timbalannya, Datuk Mohd Amar Abdullah selepas mesyuarat Tasforce Pasca Banjir kali kedua hari ini di Kota Darulnaim.

Pada masa yang sama, katanya kerajaan negeri mengucapkan terima kasih pada semua pihak yang membantu.

“Terima kasih pada kerajaan negeri Selangor, Pulau Pinang, Thailand, penghargaan khas buat mereka.

“Pada masa yang sama juga terima kasih kepada agensi kerajaan negeri, Persekutuan, pasukan keselamatan, sukarelawan, NGO-NGO, orang perseorangan termasuk para dermawan dikalangan koprat dan sebagainya,” ujarnya lagi.

Tambahnya, selain sukarelawan tempatan, sukarelawan dari Palestin, Singapura, Bangladesh dan Thailand juga turut membantu.

Sementara itu, orang ramai dialu-alukan untuk menyumbangkan derma dengan menyalurkannya melalui akaun kerajaan negeri.

Bagi pembangunan semula pasca banjir boleh disalurkan Tabung Amanah Bencana Banjir Negeri Kelantan, melalui akaun Bank Islam Malaysia Berhad: 03018010080024 atas nama Tetuan Perbendaharaan Negeri Kelantan. - HARAKAHDAILY 6/1/2015

Gabungan NGO turut bantu mangsa banjir Kelantan

MUHAMMAD YUSRI AMIN | .
KOTA BHARU: Gabungan Bantuan Banjir NGO (BBNGO) menyeru agar diselesaikan segera isu air bersih berbangkit akibat banjir yang melanda Kelantan minggu lalu membabitkan mangsa banjir.


Ia merupakan isu amat besar dan tidak boleh diselesaikan kecuali dengan kerjasama pro aktif pihak Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan dengan telus, bahkan isu penempatan sementara juga hendaklah diselesaikan segera dan terancang.

“Kami menyeru supaya semua pihak tidak mengambil kesempatan daripada keadaan ini untuk memaksa mangsa banjir agar berpihak kepada fahaman politik tertentu atau pihak pemimpin tertentu sebagai syarat diberi bantuan.

“Bahkan kami memohon dan mencadangkan supaya diberikan bantuan kewangan secara tunai dengan anggaran antara RM2,000 hingga RM5,000 kepada sesebuah keluarga khususnya mangsa banjir yang paling teruk,” kata Timbalan Pengerusi BBNGO Dr Abdul Halim Yusoff.

Dalam satu kenyataan media terbaru diedarkan kepada media, BBNGO menyeru badan korporat khususnya supaya mengadakan program sistem anak angkat pada penempatan yang terjejas dengan musibah banjir itu.

BBNGO merupakan gabungan kerja daripada 15 pertubuhan NGO yang berdaftar.

Mereka terdiri daripada pertubuhan Haluan, Imaret, Ikram Health, Papisma, Ibantu, DPPMM Kelantan, Kelab Doktor Pakar Kelantan.

Ekspedisi Kelantan, Gabungan NGO Kelantan, Institusi Jurutera Malaysia cawangan Kelantan, Royalti, Mercy, Ikram, MACMA dan YOKUK.

Gabungan tersebut mendapat sokongan padu daripada Old Boys of RMC (Putera), Old Boys of SDAR (Sdara), Old Boys of Sek Men Ahmad Maher, Persatuan Bekas Pelajar SMS Faris Petra, Old Boys of MCKK (MCOBA) dan sukarelawan tempatan.

BBNGO merupakan gabungan penyelarasan kerja gerakan bantuan banjir, yang ditubuhkan sejak 11 hari lepas bertujuan untuk mengoptimumkan kerja operasi bantuan banjir dengan mengelakkan pertindihan kerja yang terhasil apabila NGO bekerja secara bersendirian.

BBNGO terdiri daripada pelbagai latar belakang dan kebanyakannya daripada mereka yang mempunyai kaitan dengan profession perubatan dan mempunyai sokongan sukarelawan lebih daripada 500 orang.

Gabungan tersebuti mendapat sokongan daripada Universiti Sains Malaysia melalui Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat (BJIM) USM.

Mendapat sokongan Kompeni 12 Ubat yang memberi ruang untuk beroperasi.

“Dua fungsi utama ‘pusat bantuan banjir’ ini ialah kerja relief dan rawatan perubatan.

“Kami juga amat berterima kasih kepada Jabatan Kesihatan Negeri yang menghantar wakil mereka untuk memudahkan kerja relief dan perubatan,” ujar Dr Halim.

Untuk rekod, pusat operasi bantuan banjir itu sehingga kini menerima pelawat antaranya Menteri Kesihatan Datuk Sri Dr. S Subramaniam, Menteri Pendidikan Datuk Sri Idris bin Jusoh dan Datuk Mustapa Mohamad (MITI).

“Kami telah melakukan misi bantuan banjir merangkumi Jajahan Pasir Mas, Tumpat, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang selain Kota Bharu.

“Purata misi yang keluar pada setiap hari adalah antara lapan hingga 10 misi, bahkan ada kalanya hingga 22 misi dalam sehari, dengan jumlah 50 hingga 100 sukarelawan hadir pada setiap hari, yang terdiri dari kalangan doktor.

“Kami membantu mangsa banjir, dengan purata 50 tan bahan makanan kering di samping ubat-ubatan setiap hari.

“BBNGO amat berterima kasih kepada penyumbang/dermawan termasuk persatuan seperti SDARA, dan OBA RMC yang telah memberi perkhidmatan helikopter.

“Sukarelawan kami datang daripada seluruh negara dan sebahagian besar mereka mengambil cuti kerja,” ujar Dr Halim.

Menurut Timbalan Pengerusi BBNGO itu, pada pengamatan BBNGO bahawa kini masih banyak tempat dan mangsa banjir yang perlu dibantu terutama dalam perkara asas seperti air bersih dan eletrik yang masih berlanjutan hingga kini.

“Kami mohon kepada pihak yang bertanggungjawab dan masyarakat amnya supaya menyedari masalah utama ini yang dihadapi oleh mangsa-mangsa banjir khususnya di tempat-tempat seperti Dabong, Kemubu, Tanah Merah dan Kuala Krai,” ujarnya.

Selain bekalan eletrik dan air bersih, mangsa banjir itu menghadapi masalah lumpur yang tebal, memerlukan kerja pembersihan selain kehilangan tempat tinggal.

Mereka terdedah kepada pelbagai penyakit bawaan air seperti leptospirosis , typhoid, dan kolera dan bawaan vector seperti denggi dan malaria.

Dr Abdul Halim mendakwa, kebanyakan mangsa banjir itu terdiri daripada golongan miskin selain tidak mempunyai simpanan wang yang cukup, bahkan ada yang kehilangan kerja.

“Kami dapati pengagihan makanan dan sumbangan tidak dibuat sebaiknya kerana ada tempat-tempat menerima dengan banyak sumbangan dan ada tempat-tempat yang belum mendapat bantuan sedikitpun. ini adalah kerana pengurusan yang tidak efisyen,” ujar Dr Halim. – HARAKAHDAILY 6/1/2015












































































































































Rumah ad-dhu’afak untuk mangsa banjir

MUHAMMAD YUSRI AMIN | .

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata tidak perlu menuding jari kepada sesiapa ekoran banjir besar yang melanda negeri itu, sebaliknya hendaklah menggemblengkan tenaga memulihkan semula kekuatan rakyat khususnya mangsa banjir.


"Kita terima musibah yang berlaku ini sebagai ujian dari Allah swt, dan kita bangkit semula dengan semangat baru, dengan menyemarakkan sifat tolong menolong dan bantu membantu tanpa mengira kaum dan agama,” ujar beliau pada sidang media selepas merasmikan Gotong Royong Perdana Pasca Banjir di sini pagi tadi.

Gotong royong dihadiri pelbagai kaum dan agama itu turut disertai ahli-ahli pertubuhan sukarela, kakitangan syarikat swasta badan NGO serta pelajar sekolah tahfiz, warga bandar Kota Bharu Bharu dan para peniaga.

Mengenai rumah dan tempat tinggal rakyat musnah akibat banjir, Ahmad berkata kerajaan negeri mengambil langkah awal dengan mengenal pasti tempat, bangunan komersial atau kuaters kerajaan yang tidak digunakan, yang boleh disewakan bagi menempatkan mangsa banjir yang kediamannya musnah.

“Kita juga membuka peluang seluasnya kepada mana-mana usahawan, korporat dan jutawan yanag mahu membantu anak-anak mangsa banjir sama ada berupa pakaian, beg, kasut dan lain-lain peralatan persekolahan,” ujarnya.

Menteri Besar berkata, kerajaan negeri berusaha sedaya upaya menyediakan tempat tinggal sementara kepada rakyat khususnya di Gua Musang, Kuala Krai dan Tanah Merah.

“Untuk jangka panjang, insya Allah, akan dibina rumah bertaraf ‘rumah ad-dhu’afak' yang mempunyai tiga bilik," katanya lagi. - HARAKAHDAILY 5/1/2015



























































































































































































Banjir: Kelantan anggar RM52.5 juta penuhi rumah rakyat

USTAZ DATUK AHMAD YAKOB | .



BANJIR besar yang terjadi di Kelantan dan beberapa Negeri yang lain mengingatkan kita kepada sejarah banjir besar yang berlaku di zaman Nabi Nuh yang telah menenggelamkan seluruh bandar.

Semasa zaman Nabi Muhammad SAW, banjir besar telah memusnahkan dinding-dinding Kaabah dan begitu juga di zaman Saidina Umar Al-Khattab, banjir turut memusnahkan bahagian dinding kaabah.

Sudah tentulah bencana ini meninggalkan kesan serta hikmahnya yang perlu di ambil iktibar oleh kita semua.

Kerajaan Negeri Kelantan sangat bersimpati dengan situasi mangsa banjir khasnya di sebelah selatan Kelantan, oleh itu kerajaan negeri telah mengambil beberapa inisiatif dan mengambil langkah segera dalam melaksanakan perkara berikut:

1. Menggesa PBT agar segera melaksanakan gerak kerja pembersihan dan memungut sampah sarap yang ada. Kerajaan negeri telah meluluskan RM50,000 kepada setiap PBT untuk tujuan tersebut.

2. Kerajaan berusaha mencari penempatan sementara kepada mangsa-mangsa banjir yang musnah keseluruhan rumah mereka yang mana setakat ini jumlahnya kira-kira 1,500 buah rumah. Setakat ini sejumlah 224 khemah penempatan sementara telah disediakan melalui MKN dan Ketua Jajahan di bandar utama Gua Musang.

3. Kerajaan turut memastikan mana-mana bangunan komersial yang belum diguna atau kuarters kerajaan atau perumahan untuk di kemukakan kepada Jawatankuasa Task Force Pasca Banjir Negeri dan diselaraskan dengan Jawatankuasa Khas Banjir melalui Timbalan Pengerusinya iaitu YB Datuk Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.

4. Setakat ini kerajaan menganggarkan sejumlah RM52.5 juta yang diperlukan bagi memenuhi keperluan rumah kepada rakyat yang ditimpa musibah kemusnahan keseluruhan rumah akibat banjir. Untuk itu, kerajaan berusaha mendapatkan dana dalam jumlah tersebut bagi projek jangka panjang untuk memenuhi keperluan 1,500 mangsa yang telah dikenal pasti setakat ini.

5. Kerajaan amat prihatin terhadap persekolahan anak-anak bagi sesi 2015, dengan itu kerajaan meluluskan melalui Yakin di bawah bantuan kemiskinan dan persekolahan sejumlah RM50,000 kepada setiap Adun dan Penyelia Dun bagi tujuan meringankan beban anak-anak ke sekolah.

Di sini, saya turut menyeru kepada semua dermawan serta mana-mana pihak yang berhasrat membantu mangsa-mangsa banjir bolehlah bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk membina penginapan sementara sama ada dalam bentuk rumah transit dan juga membekalkan kanvas serta khemah melalui ketua-ketua jajahan. - HARAKAHDAILY 5/1/2015



Sumber HD - 5-1-2015




























































































































































































Luluh hati lihat rumah tinggal tapak

MUHAMMAD AFIQ MOHD ASRI | .



Antara rumah yang musnah di Kuala Krai. (Foto fb HUSAM MUSA)


KUALA KRAI: "Pilu hati saya apabila melihat rumah hanya tinggal tapak kerana dibawa arus deras banjir," luah seorang suri rumah lima anak.

Berlinangkan air mata, Siti Khadijah Mohd Nor, 48, menceritakan detik kehilangan rumahnya di Kampung Manik Urai Lama.

Dia berkata ketika kejadian hujan lebat pada 23 Dis lalu, paras air hanya setakat di kaki dan selepas itu naik ke paras lutut dan akhirnya menenggelamkan rumahnya, kesemuanya berlaku begitu pantas.

Selang seminggu selepas banjir surut, Siti Khadijah dan suaminya kembali ke rumah untuk mencari harta benda yang boleh diselamatkan.

"Perancangan saya ialah untuk membersihkan tapak rumah kami serta mengumpulkan barangan rumah yang masih boleh diguna pakai, selain membuat persiapan untuk anak-anak bersekolah," kata Siti Khadijah.

Ditanya mengenai kepayahan hidup ketika dilanda banjir, Siti Khadijah berkata bantuan tidak putus-putus datang.

"Dari segi bantuan yang diterima adalah lebih daripada mencukupi, di mana bantuan setiap hari datang. Apa yang penting sekarang ialah menerima bantuan kelengkapan persekolahan seperti baju sekolah, kasut sekolah, selain daripada bekalan makanan dan air bersih.

"Alhamdulillah semua bantuan itu saya dapat...saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sanggup datang dari jauh untuk membantu mangsa banjir seperti kami," katanya.

Buat masa ini, Siti dan keluarganya mendirikan khemah sementara yang diberi oleh pasukan sukarelawan badan bukan kerajaan (NGO).

"Sementara menunggu rumah ganti daripada kerajaan disiapkan, saya akan membina penempatan sementara, insya-Allah dengan izin-Nya segalanya akan dipermudahkan," katanya.

Cuaca mendung di Manik Urai sejak pagi tadi dan hujan gerimis sekejap-sekejap.

Keadaan jalan di sini, berdebu akibat kesan lumpur banjir yang kering. - Bernama

Sumber HD - 4-1-2015

Bekalan elektrik di Kota Bharu pulih sepenuhnya

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) setakat jam 8.00 pagi tadi telah berjaya memulihkan sepenuhnya bekalan elektrik ke seluruh kawasan Kota Bharu.


Sehubungan itu, lebih 95 peratus pengguna elektrik di seluruh Negeri Kelantan telah menerima bekalan elektrik setakat waktu yang sama hari ini.

Bilangan Pencawang Elektrik (PE) yang telah dipulihkan setakat ini ialah sebanyak 1,864 berbanding 1,960, iaitu jumlah keseluruhan PE yang dipotong semasa banjir.

“Bekalan telah pulih sepenuhnya di kawasan Kota Bharu. Pasukan TNB kini giat menumpukan usaha untuk membaik pulih bekalan kepada baki 5% lagi kawasan yang belum dipulihkan bekalan termasuklah di sebahagian kawasan Kuala Krai , Gua Musang, dan Tanah Merah.

“Sementara itu, semua pusat pemindahan di negeri-negeri yang terlibat banjir telahpun mendapat bekalan elektrik,” kata Pengurus Besar Kanan (Operasi Wilayah 2), Bahagian Pembahagian TNB yang juga Ketua Koordinator Pengurusan Banjir TNB, Ir Abdul Aziz Abdul Majid.

Di Pahang, ujar beliau bekalan ke seluruh kawasan terlibat semakin pulih.

Menurutnya, jumlah PE yang masih belum dipulihkan menurun kepada 150 setakat ini berbanding 584, iaitu jumlah keseluruhan PE yang dipotong semasa banjir.

Sementara itu di Perak, sebanyak 47 PE masih belum dipulihkan, jelasnya.

“TNB terus komited untuk memastikan kesemua pengguna di seluruh negeri-negeri terbabit mendapat bekalan elektrik dengan memastikan kesemua infrastruktur elektrik berada dalam keadaan terbaik,” tambahnya. - HARAKAHDAILY 4/1/2015































































































































































































Jadikanlah ujian banjir penyebab tambah pahala

USTAZ DATUK AHMAD YAKOB | .
Firman Allah Taala:


ŁˆَŲ£َŁ…ْŲ·َŲ±ْŁ†َŲ§ Ų¹َŁ„َŁŠْŁ‡ِŁ… Ł…َّŲ·َŲ±Ų§ً ŁَŲ³َŲ§Ų”َ Ł…َŲ·َŲ±ُ Ų§Ł„Ł…ُŁ†Ų°َŲ±ِŁŠŁ†َ

Maksudnya: Dan Kami hujani mereka dengan hujan yang menggerunkan, maka amat teruk sekali hujan yang menimpa orang-orang yang telah diberi peringatan itu. (Surah Al-Syuara': 173)

Pasca banjir yang terjadi pada kali ini merupakan ujian yang begitu berat kepada kerajaan dan rakyat Kelantan tambahan pula ada sesetengah pihak yang menuding jari menyalahkan pihak kerajaan negeri sebagai penyebab kepada banjir besar yang melanda negeri ini.

Setelah Cameron Highlands dilanda banjir lumpur sedikit waktu dahulu dan dengan banjir besar yang berlaku baru-baru ini, ada pihak-pihak tertentu dengan pantas menuding jari kepada pembalakan berleluasa di Tanah Tinggi Lojing sebagai penyebab kepada banjir besar di negeri ini. Saya dengan tegas menyangkal tuduhan ini kerana kerja-kerja pembalakan telah dibekukan di Tanah Tinggi Lojing sejak tahun 2006 lagi.

Hakikatnya hujan lebat yang berterusan di Gua Musang untuk 3 hari berturut-turut pada 21-23 Disember 2014 telah mencatatkan taburan hujan tertinggi iaitu 1,295 mm yang bersamaan dengan taburan hujan bagi 64 hari. Ini adalah berdasarkan rekod rasmi Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri manakala Jabatan Meteorologi juga telah mengemaskini amaran Jingga di mana hujan lebat di semua daerah di Kelantan bermula 20-24 Disember 2014 telah menyebabkan peningkatan paras air di hampir semua sungai utama di Kelantan.

Ini adalah kekuasaan Allah Taala yang telah menurunkan hujan pada kadar jumlah yang amat banyak dalam jangka waktu yang amat singkat.

Kekuasaan Allah mengatasi segala sesuatu. Upaya manusia hanyalah melalui izin-Nya. Allah menurunkan ujian ini kepada kita semua untuk kita merenung akan kekuasaan-Nya.

Saya dengan ini menyeru seluruh rakyat negeri ini agar menginsafi isyarat daripada Allah ini. Jadikanlah ujian banjir ini sebagai penyebab untuk kita menambah pahala, bukannya penyebab untuk kita menambah dosa.

Dalam fasa selepas banjir ini, sama-samalah kita membantu untuk memulihkan semula kawasan-kawasan yang musnah dan menolong mangsa-mangsa banjir yang kehilangan kediaman dan keperluan asasi mereka.

Menteri Besar Kelantan

Sumber HD - 4-1-2015
































































































































































































Lebih 90 peratus di Kelantan telah terima bekalan elektrik

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Tenaga Tenaga Nasional Berhad memaklumkan dalam satu kenyataan ringkasnya bahawa Lebih 90 peratus pengguna di Kelantan telah menerima bekalan elektrik.


Peratusan itu setakat jam 12.00 tengah hari ini. Sehubungan dengan itu bilangan Pencawang Elektrik (PE) yang telah dipulihkan setakat ini ialah sebanyak 1,838 berbanding 1,960, iaitu jumlah keseluruhan PE yang dipotong semasa banjir.

Jumlah beban tenaga pula yang terpaksa dipotong juga terus menurun kepada 10 MW (megawatt) berbanding 33 MW semalam, kata Pengurus Besar Kanan (Operasi Wilayah 2), Bahagian Pembahagian, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Ir. Abdul Aziz Abdul Majid.

“Setakat jam 12.00 tengah hari ini, 46 janakuasa bergerak dengan kapasiti hingga 1,000 kVA (kilo Volt Ampere) juga sedang dioperasikan di Kelantan.

“Kami juga sedang berusaha untuk memasang beberapa lagi set-set janakuasa ini,di lokasi-lokasi yang memerlukan,” kata Ir. Abdul Aziz.

Di Pahang, jumlah PE yang masih belum dipulihkan menurun kepada 217 setakat ini berbanding 584, iaitu jumlah keseluruhan PE yang dipotong semasa banjir .

Sementara itu di Perak, sebanyak 57 PE masih belum dipulihkan.

Kepada mangsa-mangsa banjir yang kembali ke premis masing-masing, para pengguna terlibat adalah dinasihatkan supaya memastikan pendawaian elektrik dan semua peralatan elektrik mereka adalah selamat untuk digunakan.

Sehubungan dengan itu juga, para pengguna terlibat adalah dinasihatkan untuk menggunakan khidmat kontraktor elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga (ST) bagi memeriksa terlebih dahulu pendawaian elektrik dan semua peralatan elektrik sebelum selamat untuk digunakan.

Para pengguna terlibat bolehlah menghubungi pejabat-pejabat ST di negeri masing-masing seperti nombor telefon berikut bagi mendapatkan khidmat nasihat:

1. Kelantan dan Terengganu – 09-748 7390

2. Pahang – 09-514 2803

3. Perak – 05-253 5413

- HARAKAHDAILY 3/1/2014




































































































































































































MB ketuai operasi bersih lumpur di Kota Bharu

MUHAMMAD YUSRI AMIN | .

KOTA BHARU: Biar pun selut masih lagi menyelaputi di segenap kawasan di bandar ini namun aktiviti perniagaan pagi Jumaat tetap rancak di Medan Ilmu.

Orang ramai datang biar pun kuliah agama tidak diadakan memandangkan kawasan bandar masih lagi diselaputi selut.

Kerja-kerja membersihkan selut rancak dijalankan sejak Selasa lalu membabitkan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI), JKR dan badan bukan kerajaan.

Kerja-kerja menyodok selut juga menggunakan jentera penyodok dan lori sehingga lewat malam.

Manakala aktiviti perniagaan belum lagi berjalan seperti biasa kecuali ada peniaga melelong barangan yang tenggelam air bah.

Gotong royong perdana membersihkan bandar Kota Bharu akan diadakan pada 5 Januari ini bermula jam 8 dijangka dirasmikan Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob.

Gotong royong itu membabitkan kakitangan MPKB BRI, jabatan-jabatan kerajaan, syarikat swasta dan peniaga akan diadakan bermula di pekarangan Istana Balai Besar.

Ketua Penolong Pengarah Perhubungan Korporat MPKB-BRI Azman Mohd Daham berkata, turut serta pekerja syarikat pemaju projek Lembah Sireh, Liziz Standaco Sdn Bhd dan The Young Buddhist Association of Malaysia Kelantan.

Katanya, operasi membersihkan bandar akan diteruskan pada 6 dan 7 Januari bagi membersihkan kekotoran premis dan bandar daripada kesan banjir.

“Kami berharap semua pihak terbabit menyertai gotong royong tersebut,” katanya di sini. - HARAKAHDAILY 2/1/2015





































































































































































































Anggaran aset awam musnah di Kelantan RM130 juta

BERNAMA | .




KOTA BAHARU: Taksiran kemusnahan infrastruktur dan aset awam akibat banjir buruk yang melanda Kelantan dianggarkan lebih RM130 juta setakat ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Bencana Banjir Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata nilai sebenar kemusnahan hanya akan diketahui selepas bencana itu berakhir dan ia dijangka lebih besar setelah semua agensi berkaitan mengemukakan laporan masing-masing.

"Kita semalam dapat gambaran tapi tak lengkap di seluruh Kelantan iaitu antara lain Jabatan Kerja Raya kata RM100 juta," katanya pada sidang akhbar di Pusat Media Bencana Banjir di sini hari ini.

Selain itu, Tenaga Nasional Berhad mengunjurkan anggaran kerosakan di seluruh negeri bernilai RM10 juta, Polis Diraja Malaysia (RM8 juta), Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (RM3 juta) manakala Jabatan Kesihatan Kelantan menganggarkan nilai kerosakan RM10 juta di Kota Baharu sahaja.

Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata kerajaan pusat dan kerajaan negeri akan bersama-sama membuat pengumpulan maklumat lengkap dan sekarang dalam proses mendaftar aset yang rosak.

Mustapa berkata jawatankuasa itu akan turut mengumpul segala butiran mangsa banjir sambil mengakui ia tugas yang mencabar.

Menurutnya, jawatankuasa itu telah mendengar beberapa cadangan pasca banjir oleh beberapa pihak termasuk oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi mengenai pembinaan rumah sementara kepada mangsa banjir.

"Kementerian itu mencadangkan pembinaan rumah kluster seperti dibuat di Jepun yang boleh menempatkan 48 keluarga di setiap rumah," katanya sambil menambah penempatan sementara menjadi satu keutamaan buat kerajaan.

Beliau berkata bancian awal menunjukkan 516 rumah di Gua Musang dan 38 di Machang musnah sama sekali dan jawatankuasa itu akan mengambil langkah segera membantu keluarga terlibat.

Mustapa menjelaskan dalam tempoh seminggu ini, 91 pusat pemindahan di sekolah masih boleh digunakan tetapi bila sekolah dibuka di negeri ini mulai 11 Jan, mangsa yang mengalami kemusnahan atau kerosakan rumah akan ditempatkan di khemah sementara di bawah pengurusan Majlis Keselamatan Negara.

Selain itu, beliau berkata setakat ini 70 peratus bekalan elektrik telah pulih dan ia dijangka pulih sepenuhnya Ahad ini manakala bekalan air bersih yang diuruskan Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd kini sudah hampir 60 peratus pulih.

Mustapa turut berkata stok makanan di tiga depoh makanan utama di Lapan Briged Infantri dan Jabatan Kebajikan Masyarakat, kedua-duanya di Pengkalan Chepa, dan Ibu Pejabat Polis Machang kini semakin bertambah hasil sumbangan orang ramai. - Bernama

Sumber HD - 1-1-2015



































































































































































































Apa yang penting, kerajaan negeri bantu mangsa - MB

SALMAH MAT HUSAIN | .



Ustaz Ahmad menziarahi mangsa helikopter terhempas di Tanah Merah yang menerima rawatan di HUSM.


KOTA BHARU: Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, berkata kerajaan negeri mengutamakan kepentingan rakyat berbanding politik dalam semua perkara termasuk soal kesengsaraan rakyat dalam menempuh kehidupan selepas banjir.

Katanya, kerajaan negeri tidak pernah meletakkan soal politik di hadapan, sebaliknya mengutamakan kepentingan rakyat seluruhnya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Task Force Pasca Banjir kali pertama di Kota Darulnaim, hari ini.

Hadir sama timbalannya, Datuk Mohd Amar Abdullah, exco kerajaan negeri, Datuk Abdul Fatah Mahmood dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat.

“Apa yang penting sekarang, kerajaan negeri dapat membantu mangsa,” ujarnya.

Pada masa yang sama beliau berkata, kemusnahan di Kelantan akibat banjir itu dijangka mengambil masa tiga hingga enam bulan untuk dipulihkan.

Katanya, ia bukan sahaja memerlukan peruntukan yang amat besar, sebaliknya perlu mengumpul segala jentera kerajaan dan semua pihak untuk membangun semula negeri terutama bahagian yang musnah teruk akibat banjir.

Untuk peringkat pertama ini, menurutnya kerajaan negeri menyumbang sebanyak RM50,000 kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang terjejas teruk akibat banjir.

“Ianya bertujuan untuk membersih kawasan masing-masing yang menerima kesan akibat banjir.

“RM50,000 lagi untuk pelajar sekolah Yik sumbangan akan diagihkan melalui Yakin bagi menyediakan kelengkapan sekolah pada mangsa banjir,” ujarnya.

Sehingga kini, katanya kerajaan negeri tidak dapat menyenaraikan kos sebenar kerugian akibat banjir kerana masih dalam kajian terperinci.

Bagaimanapun katanya, sebanyak 1,500 buah rumah yang bukan sahaja tidak boleh dibaiki, sebaliknya hanya tinggal tapak kediaman semata-mata akibat banjir di seluruh Kelantan.

“Begitu juga perkhidmatan TNB setakat ini telah mencapai 70 peratus pulih, manakala selebihnya dalam proses baik pulih terutama di Kuala Krai dan Gua Musang.

“Begitu juga bekalan air dari AKSB sudah sampai tahap 68 peratus baik pulih khususnya di loji air,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 1/1/2015

Berjurai air mata lihat kesan bah di Manek Urai

ASLANI M | .




KUALA KRAI: Pertama kali menjejak kaki ke Kampung Manek Urai Lama selepas menyeberangi jambatan merentangi Sungai Lebir, hati sesiapa sahaja menjadi luluh.

Malah ada yang tidak dapat menahan perasaan. Tiba-tiba berjurai titisan jernih di pipi melihat kekuasaan Yang Maha Pencipta.

Semuanya sudah bertukar menjadi padang jarak padang terkukur. Ketika melewati jambatan di Kampung Manek Urai Baru dari awal lagi sudah kelihatan kereta tertunggeng, terbalik dan terperusuk ke bawah lembah.

Pelbagai situasi yang tidak pernah disaksikan dapat dipertonton di kampung tersebut. Panoramanya hampir serupa dengan Acheh pada 2004. Cuma yang membezakan mangsa korban tidak ramai.

“Di Acheh tsunami ombak, di sini tsunami air sungai. Sama-sama kuat, sama-sama gagah. Biar apa pun kami bersyukur kerana tidak berlaku banyak kehilangan nyawa.

“Sepanjang tujuh malam kami berhempas pulas untuk menyelamatkan diri. Ada yang terpaksa dua kali berpindah selepas tempat pertama juga dinaiki air.

“Berteduh di tempat pemindahan dengan berhimpit-himpit dan berdepan dengan kekurangan makanan. Kami juga memasak nasi menggunakan air bah,” katanya seorang mangsa banjir di Kampung Manek Urai Lama.

Beliau berpindah ke Masjid Kampung Manek Urai Baru bersama keluarga dan penduduk lain. Hanya bukit di belakang masjid yang menjadi tempat mereka berlindung.

Kawasan lain semua tenggelam. Kampung Manek Urai Lama hanya tinggal Bukit Kajang. Dua kampung tenggelam sama sekali pada bah besar tersebut yang bermula 22 Disember.

Keadaan luar biasa yang berlaku di Manek Urai Lama mengundang ramai datang berbodong-bodong bagi melihat sendiri kesan tsunami air bah.

Kenderaan bertali arus biar pun terpaksa meredah selut yang agak tebal. Mereka tenggelam dalam kelu sambil merakam kesan bah besar yang tidak pernah disaksi sebelum ini.

“Orang tua yang meniti usia lebih 80 tahun di Kampung Chatang memberitahu tidak pernah melihat lagi bah besar seperti yang berlaku baru-baru ini.

“Bah merah yang dikatakan paling besar dalam sejarah pun tidak sebesar bah yang berlaku kali ini. Dahulu bah merah air lambat surut, sekarang banjir surut lebih cepat,” kata Zakaria Ibrahim, 57.

Menjejaki Kampung Manek Urai memperlihatkan suatu yang tidak pernah terlintas di fikiran manusia. Ada sisa-sisa rumah terletak di pokok, rumah menghimpit antara satu sama lain dan pokok tumbang merentangi jalan.

Masjid Urai Lama juga dihimpit sebuah rumah. Apa yang tinggal sekarang hanya tapak rumah, tiang dan simen konkrit. Banyak tiang elektrik juga menyembah bumi.

Ada juga besi rumah yang belum siap bengkok seperti dibelok seseorang menggunakan jentera. Ada dinding konkrit rumah pecah dan terhumban  ke bawah.

Masih banyak lagi jalan di kampung itu yang tidak boleh dilalui, kesan-kesan runtuhan rumah berserempak di sana sini.

Sementara itu Pengarah Bilik Operasi Bencana Banjir Kuala Krai, Hilmi Abdullah menafikan dakwaan bekalan bantuan banjir melimpah ruah di Kuala Krai.

Katanya, dakwaan itu mungkin dibuat mereka yang tidak berada di lapangan dan tidak terlibat samada sebagai sukarelawan membantu mangsa banjir.

“Permintaan barang keperluan asas terutamanya beras, sardin, gula, biskut dan pampers amat tinggi dan belum mencukupi. Bekalan air mineral dan minuman masih dapat menampung permintaan setakat ini,” katanya di sini. - HARAKAHDAILY 1/1/2015





Sumber HD - 1-1-2015



































































































































































































Banjir di Kelantan pulih mendadak, separuh mangsa dibenar pulang

BERNAMA | .




KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di Kelantan pulih mendadak apabila hampir separuh jumlah mangsa banjir dibenarkan pulang pagi ini.

Menurut Jurucakap Jabatan Kebajikan Masyarakat Kelantan, jumlah mangsa banjir setakat 10 pagi ini menurun secara mendadak kepada 44,081 orang berbanding 81,458 orang malam tadi.

Katanya, mereka yang terdiri daripada 10,753 keluarga masih ditempatkan di 178 pusat pemindahan di lapan jajahan.

Setakat ini, jumlah mangsa banjir di Tanah Merah sebanyak 14,184 orang, Tumpat (9,524 orang), Kuala Krai (5,645 orang), Kota Baharu (4,910 orang), Machang (3,769 orang), Pasir Mas (3,015 orang), Gua Musang (3,006 orang) dan Pasir Puteh (28 orang).

Cuaca di negeri berkenaan juga dilaporkan cerah pagi ini.

Secara keseluruhan jumlah mangsa banjir yang masih berada di pusat pemindahan di Kelantan, Pahang, Terengganu, Perak dan Johor ialah 111,855 orang setakat pagi ini.

Sementara itu, keadaan banjir di Terengganu dan Pahang juga terus menunjukkan tanda-tanda semakin pulih apabila jumlah mangsa di Terengganu terus mencatat penurunan kepada 10,051 orang pagi ini berbanding 11,175 malam tadi.

Di Pahang pula jumlah mangsa banjir pagi ini berkurangan sedikit kepada 50,272 orang berbanding 50,292 orang malam tadi yang kini ditempatkan di 232 pusat pemindahan di lapan daerah.

Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, daerah Temerloh masih menempatkan mangsa banjir paling ramai iaitu 21,773 orang di 70 pusat pemindahan.

Tujuh lagi daerah iaitu Pekan menempatkan 13,425 orang, Jerantut (4,776 orang), Bera (3,174 orang), Maran (3,021 orang), Lipis (2,745 orang), Kuantan (1,174 orang) dan Rompin (130 orang).

Di Perak pula, jumlah mangsa banjir bertambah sedikit kepada 7,313 mangsa daripada 1,981 keluarga pagi ini berbanding 7,139 mangsa daripada 1,950 keluarga malam tadi yang kini ditempatkan di 52 pusat pemindahan di lima daerah.

Menurut jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perak, Perak Tengah masih menempatkan mangsa banjir paling ramai iaitu 5,145 orang, Kuala Kangsar (1,231 orang), Hulu Perak (762 orang), Kerian (107 orang) dan Manjung (68 orang).

Di Johor, jumlah mangsa banjir masih kekal 138 orang daripada dua daerah terjejas iaitu Segamat (93 orang) dan Batu Pahat (45 orang). - Bernama

Sumber HD - 1-1-2015



































































































































































































Thailand bantu mangsa banjir Kelantan

IZWAN ABDUL HALIM | .



RANTAU PANJANG: Banjir besar yang berlaku kali ini bukan sahaja mempertautkan hubungan kemanusiaan sesama insan, tetapi juga mencantumkan dua negara bersempadan iaitu Malaysia – Thailand.

Akibat limpahan air dari Sungai Golok, sempadan antara dua negara tersebut telah luput dan bersambung satu sama lain hingga tidak membataskan hubungan keduanya.

Kesempatan itu telah dimanfaatkan pihak Thailand untuk menghulurkan sumbangan kepada mangsa banjir di negara ini.

Atas keprihatinan Thailand itu, Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Ustaz Mohd Nassuruddin Daud telah memandu sendiri bot rombongan beliau untuk menyambut Pegawai Daerah Takbai, Som Sak Sitikworakan serta para pegawainya di Takbai.

Pihak berkuasa daerah Takbai itu hadir dengan sumbangan keperluan harian yang diisi penuh dalam sebuah bot serta dibawa melihat keadaan kira-kira 300 mangsa banjir di Pusat Pemindahan dalam Dun Meranti, di sini 30 Disember.

Semua mangsa terputus langsung hubungan jalan darat dan hanya dapat sampai dengan bantuan bot.

Som Sak ketika menyampai sumbangan tersebut telah melahirkan harapan agar ia dapat meringankan beban mangsa menghadapi tahun baharu 2015.

Manakala Datuk Mohd Nassuruddin pula merakamkan penghargaan terima kasih pihak Kerajaan Negeri Kelantan atas keprihatinan pihak berkuasa Takbai, Thailand itu.

“Hubungan rapat antara Thailand dan Malaysia ini kerana ramai daripada kita yang mempunyai hubungan persaudaraan,” ujarnya pada majlis ringkas penyerahan sumbangan tersebut.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi yang turut serta dalam rombongan itu telah melahirkan penghargaan kepada Pemuda PAS diseluruh negara atas usaha membantu mangsa banjir.

Akuinya, banjir pada kali ini adalah luar biasa dan jumlah mangsa terlibat juga sangat ramai di mana Pemuda PAS turut memainkan peranan menyampaikan sumbangan keperluan dan tenaga tanpa mengira perbezaan aliran politik.

“Alhamdulillah, saya sangat berbangga ramai Pemuda-pemuda PAS daripada seluruh pelusuk negara turun bagi meringankan beban negeri-negeri Pantai Timur khususnya yang terjejas teruk akibat bencana banjir kali ini,” ujarnya mengulas perkembangan semasa gerak kerja Pemuda PAS. – HARAKAHDAILY 31/12/2014


































































































































































































10 mati lemas di Kelantan sejak 18 Dis

BERNAMA | .

KOTA BAHARU: Seramai 10 orang dilaporkan mati lemas akibat banjir di negeri ini sejak 18 Disember lepas hingga semalam, kata Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Rosli Abdul Rahman.

Beliau berkata dalam tempoh berkenaan juga terdapat dua orang termasuk seorang kanak-kanak berusia satu tahun lapan bulan di Kampung Kuala Sepertang masih hilang dihanyut arus banjir.

Daripada jumlah yang mati lemas itu, sebanyak tiga mangsa di Kota Baharu, tiga mangsa di Tumpat dan empat mangsa di Pasir Mas, katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Rosli berkata daripada jumlah yang terkorban itu, lapan daripadanya adalah orang dewasa manakala dua kanak-kanak.

Katanya seorang warga emas bersama isterinya di Kampung Karangan, Laloh, Kuala Krai yang dilaporkan hilang pada 24 Dis lepas, ditemui selamat di atas pokok di kampung itu sehari kemudian oleh penduduk. - Bernama

Sumber HD - 31-12-2014

Pemulihan lokasi banjir perlu bantuan Persekutuan - MB

HARAKAHDAILY | .




KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan sekarang dalam usaha memulih dan membangunkan semula lokasi-lokasi yang telah musnah dilanda banjir.

"Setelah saya sendiri meneliti situasi di tempat yang agak parah dilanda banjir seperti di Kuala Krai, ianya amat memerlukan sokongan dan bantuan daripada semua pihak khususnya Kerajaan Persekutuan," ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, bencana banjir yang berlaku itu hendaklah diteliti juga dari sudut pengajaran dan hikmah bagi meneguhkan akidah dan iman umat Islam.

"Apabila saya mendengar beberapa pihak termasuk semalam YAB Perdana Menteri Malaysia ada menyifatkan bahawa banjir di Kelantan disebabkan pembalakan tidak terkawal ianya perlulah dirujuk terlebih dahulu kepada pihak kerajaan negeri," katanya.

Jelas beliau, sistem pembalakan di Kelantan pada hakikatnya telah mematuhi Kup Tahunan seluas 5,960 hektar setahun yang diluluskan oleh Majlis Tanah Negara malah pengurusan hutan di Kelantan telah diberi pensijilan MC&I SFM oleh badan bebas antarabangsa, manakala pembukaan kawasan untuk projek TLC semuanya perlu lulus EIA sebelum projek dimulakan.

Katanya, kejadian pembalakan yang tidak terkawal jika berlaku mungkin disebabkan penerokaan haram yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kerajaan, jelas beliau akan melaksanakan penguatkuasaan yang lebih tegas dan efektif dalam hal ini.

Beliau berkata, perlu diketahui juga bahawa insiden banjir boleh juga berlaku dengan beberapa faktor lain seperti fenomena limpahan air hujan yang berlebihan sebagaimana yang dilaporkan oleh Jabatan Meteorologi dan hal ini berlaku hampir di semua negeri di Semenanjung Malaysia.

"Di sini juga saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak bermula daripada orang perseorangan, NGO, agensi kerajaan dan swasta yang sehingga kini tidak putus-putus menyalurkan bekalan kepada mangsa banjir di negeri ini," ujar beliau. - HARAKAHDAILY 31/12/2014

KB banjir - https://www.youtube.com/watch?v=JMO9SZRW-s8


































































































































































































Banjir: Keadaan di Kuala Krai ibarat diserang garuda

ZABIDI ISHAR | .




KUALA KRAI: Mala petaka dan kemusnahan akibat bencana banjir yang amat teruk di beberapa buah kampung di jajahan ini dapat digambarkan ibarat selepas diserang garuda.

Ia juga mengingatkan tragedi tsunami yang pernah berlaku di negara ini pada 2004 apabila melihat kemusnahan teruk yang dialami penduduk di perkampungan berkenaan.

Di Sungai Durian terdapat beberapa buah rumah runtuh sama sekali selepas banjir menenggelamkan perkampungan itu pada 23 Dis lalu dan menyebabkan penduduk terpaksa menyelamatkan diri ke pusat pemindahan.

Bagi Rosmaria Ghazali, 34, dia hanya mampu menangis melihat rumahnya ditenggelami air hingga ke paras bumbung yang memusnahkan sama sekali rumah dan perabot.

"Saya terkejut dan tergamam apabila datang melihat rumah. Saya tak tahu nak buat apa lagi," katanya sambil mengalirkan air mata ketika ditanya Bernama.

Beliau yang berpindah ke Sekolah Kebangsaan Sungai Embak di sini berkata apa pun dia tetap bersyukur kerana semua lima anggota keluarganya selamat.

"Biarlah harta benda ini ... yang penting semua keluarga saya termasuk ibu bapa saya selamat," katanya.

Rosmaria juga berharap agar bantuan kewangan dapat disalurkan segera untuk dia dan keluarga dapat menggunakannya bagi membeli keperluan yang mustahak.

"Saya juga bersyukur apabila Bantuan Rakyat 1Malaysia dipercepatkan seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya.

Salamah Mahmud, 56, juga hanya mampu menangis apabila disapa Bernama tentang rumahnya yang runtuh akibat banjir.

"Makcik orang susah... mana lagi kami nak tinggal dan berharap pusat pemindahan yang makcik duduk ini dibuka lama lagi," katanya dengan sayu.

Dia yang tinggal bersama-sama suaminya Mamat Kassim, 63, berharap kerajaan akan memberikan mereka rumah baharu.

Tinjauan di Kampung Hutan Batu Balai di sini juga keadaannya agak sama dan ketika bantuan makanan seperti beras diagihkan oleh Komuniti 1Malaysia, mereka hadir beramai-ramai mendapatkan bekalan itu.

Yusof Ghani, 52, berkata ketika banjir baru-baru ini penduduk kampung hampir terputus bekalan kerana keadaan banjir yang begitu teruk.

"Alhamdulillah bantuan tiba dengan helikopter dan kami di sini ucapkan terima kasih kepada kerajaan yang dapat memberikan bantuan dengan cepat jugalah," katanya.

Rumahnya ditenggelami hingga melepasi bumbung yang tidak pernah dialami penduduk di situ sejak sekian lama.

Di bandar Kuala Krai, terdapat peti ais tersangkut atas bumbung sebuah kedai makan yang membuktikan betapa seriusnya banjir di kawasan itu.

Kesan air banjir dapat dilihat hampir mencecah puncak pokok kelapa iaitu melepasi bumbung rumah dan premis di situ. - Bernama

MANGSA BANJIR - 
https://www.youtube.com/watch?v=5A7AeHqQ6DA

Sumber HD - 31-12-2014


































































































































































































Gambar musnah, di mana tempat mereka berlindung selepas ini

http://www.amenoworld.net/ | .

Pasca Banjir - Gambar Kemusnahan Akibat Banjir Di Kelantan - Di Manakah Tempat Mereka Berlindung Selepas Ini?

Rumah musnah. Hancur. Ada yang dibawa oleh arus deras banjir. Ada yang pecah. Ada yang ditenggelami lumpur. Kemusnahan yang sangat teruk ini diburukkan lagi dengan keadaan mangsa-mangsa yang terjejas adalah mereka yang miskin dan memerlukan.

Selepas banjir. Bagi mereka yang kehilangan rumah dan tempat untuk berteduh selepas air banjir diberitakan surut dan susut, apa yang mereka boleh lakukan dan apa yang kita boleh lakukan dan apa yang kerajaan mahu lakukan bagi meringankan beban mereka?

Lihat gambar dan mari sama-sama fikirkan sejenak. Bantuan yang bagaimana perlu sampai kepada mereka terlebih dahulu selain dari makanan, ubat-ubatan dan barang keperluan asas.






Lihat lagi

# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Sumber HD - 30-12-2014

Manek Urai Lama jadi padang jarak padang tekukur

ASLANI M | .



KUALA KRAI: Gambar kesan banjir di Kampung Manek Urai Lama, Kuala Krai membuat banyak orang yang melihatnya luluh hati dan meruntun jiwa. Ia menjadi viral di media baru.

Hanya sekitar 30 peratus rumah masih mampu bertahan akibat rempuhan deras arus Sungai Lebir yang membawa limpahan air bah dari hulu Kelantan.

Kini kampung tersebut menjadi padang jarak padang tekukur. Tiada lagi tempat mereka menumpang teduh daripada panas dan hujan.

Mangsa tsunami air bukit terpaksa menghitung semula kehidupan mereka. Kampung lama yang didiami sejak berpuluh tahun lampau kini terpaksa ditingalkan bagi memulakan hidup baru.

Kampung itu yang diwujudkan pada era penjajah merupakan penempatan berpagar menempatkan penduduk bagi mengelakkan gangguan komunis.

Penempatan itu dikenali sebagai zon putih dikawal tentera Inggeris bagi mengelakkan dicerobohi tentera bintang tiga.

Manek Urai mulai dikenali ramai selepas wujud dua kilang papan iaitu dikenali sebagai kilang Jepun dan kilang Sawmil Jaya pada 1970-an.

Ketika itu ramai penduduk dari kawasan lain pindah ke Manek Urai untuk bekerja di kilang papan.

Pada masa itu laluan ke Bandar Kuala Krai hanya menggunakan perkhidmatan kereta api dan bot yang menghilir Sungai Lebir.

Sekarang kilang papan tersebut tersebut sudah menjadi penempatan bagi penduduk. Kayu balak sudah lama tiada.

Biar pun rancak dengan kegiatan industri perkayuan namun saban tahun banjir tidak lupa menjengok tiba.

Pada akhir 1980-an sebuah jambatan dibina merentangi Sungai Lebir. Ia menjadi laluan utama penduduk ke tempat lain.

Hari ini semuanya itu hilang sekelip mata. Badai air bukit seumpama tsunami yang menerjah bumi Acheh pada 2004 menghimpit penduduk di Manek Urai.

Penduduk terpaksa lari menyelamatkan diri pada malam 22 Disember lalu ketika air bah naik mendadak.
Bangunan Sekolah Kebangsaan Manek Urai, Pusat Kesihatan Kampung Manek Urai Baru, Masjid Manek Urai Baru dan Bukit Kajang menjadi tempat penduduk menyelamatkan diri.

“Air bah menenggelamkan semuanya termasuk stesen kereta api, Balai Polis, sekolah, masjid, kedai dan pasar.

“Paling menghibakan sekali rumah kami bukan sahaja tenggelam tetapi hanyut dibawa arus deras Sungai Lebir,” kata seorang penduduk.

Manek Urai Lama kini kembali menjadi tumpuan seperti era 1970-an, tetapi mereka datang untuk melihat kesan-kesan tsunami Sungai Lebir.

Sementara itu di Kota Bharu hampir kesemua ruang bandar diseliputi lumpur tebal. Lumpur dan selut setebal hingga empat inci ada di mana-mana.

Penduduk, peniaga dan kakitangan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam dan Jabatan Kerja Raya bekerja keras bagi membersihkan lumpur tersebut.

Air banjir juga boleh dilihat di parkir bawah bangunan Arked Buluh Kubu, bangunan TNB, Bazar Tengku Anis dan Bazar Tok Guru.

Kesan paras banjir di kawasan Pasar Besar Siti Khatijah kira-kira setinggi lima kaki.

Cuaca di Kelantan hari ini lebih cerah berbanding semalam. Petang dan malam tadi hujan agak lebat di seluruh Kelantan. Jumlah mangsa banjir sehingga hari ini seramai 85,742 orang. – HARAKAHDAILY 30/12/2014







































































































































































































1. Jambatan Gua Musang, Jeli Runtuh -https://www.youtube.com/watch?v=wVeTFSFc8Ps

2.  Banjir Kelantan - 

Kelantan tubuh JK Task Force Pasca Banjir

HARAKAHDAILY | .


KOTA BHARU: Melihat kepada situasi yang menyayat hati setelah air banjir mulai surut dengan keadaan rumah yang banyak rosak dan barangan musnah, Kerajaan Negeri Kelantan pada hari ini telah menubuhkan satu Jawatankuasa Task Force Pasca Banjir Peringkat Negeri yang dipengerusi sendiri oleh Ustaz Datuk Ahmad Yakob selaku Menteri Besar Kelantan.

Beliau berkata matlamat penubuhan Task Force ini ialah untuk membuat gerak kerja pendaftaran mangsa secara terperinci dan bagi membuat penilaian awal serta kerja-kerja susulan untuk khidmat kebajikan rakyat yang menjadi mangsa banjir.

Katanya, jawatankuasa itu dianggotai oleh semua Ahli Exco Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri, Pejabat Pembangunan Negeri, seluruh Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, wakil-wakil daripada BBC, wakil Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Ahli Dewan Undangan Negeri Galas dan beberapa orang ahli korporat.

Kerajaan juga, ujar beliau telah menubuhkan satu tabung bencana banjir bagi membantu semua mangsa-mangsa banjir tersebut.

Semua mereka yang ingin berbakti sama ada di dalam atau luar Negeri bolehlah salurkan sumbangan kepada Tabung Amanah Bencana Banjir Negeri Kelantan di akaun BIMB 03018010080024 atas nama penerima Pegawai Kewangan Negeri Kelantan. - HARAKAHDAILY 29/12/2014







































































































































































































Sukarelawan diarah keluar segera dari pusat pemindahan

http://tranungkite.net | .

Tak habis-habis dengan politik

Kesian rakyat jadi mangsa mainan politik. Dlm keadaan musibah mcm ni masih nak ambil kesempatan. Rakyat dah kebulur, dia baru dtg!...lps tu nak control semua. Hanya Allah tahu niat setiap pemimpin ini....ingat!!! Malaikat sedang mencatat.


Sumber HD - 28-12-2014







































































































































































































Esok cuti bagi seluruh negeri Kelantan - MB

HARAKAHDAILY | .

KOTA BHARU: Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, musibah banjir yang luar biasa melanda Kelantan adalah ujian dan gambaran permulaan kepada kehidupan di alam lain nanti.

Katanya, di situ manusia keseluruhan kelam-kabut, penuh ketakutan dan di kala itu hanya Allah yang menjadi tumpuan di mana segala permohonan dan pujuk rayu dipersembah ke pangkuan Allah.

"Apabila kita mengalami banjir sebegini, beringatlah bahawa Allah ingin memberi amaran agar kita membuat persiapan serapinya apabila berpindah alam nanti," ujarnya dalam satu kenyataan

Di atas memahami ujian yang berat itu, beliau menyeru kepada semua rakyat agar bantu membantu antara satu sama lain, mendahulukan kepentingan nyawa dalam saat-saat yang mencemaskan ini.

Justeru, ujar beliau pihak kerajaan negeri bersama Kerajaan Pusat terus menerus membekalkan bekalan dan bantuan sehingga kini walaupun terdapat beberapa laluan sukar.

Di atas hasrat itu, beliau berkata kerajaan negeri mengumumkan bahawa hari Ahad 28 Disember 2014 (esok) adalah hari cuti bagi seluruh Negeri Kelantan.

Kata beliau lagi, kerajaan akan memaklumkan daripada semasa ke semasa tentang pengumuman-pengumuman rasmi yang lain. - HARAKAHDAILY 27/12/2014

Rumah hilang - 
https://www.youtube.com/watch?v=pZLPrbdQxrg

Utama keselamatan nyawa, tangguh sidang Dun khas

HARAKAHDAILY | .
KOTA BHARU: Hasrat Kerajaan Negeri Kelantan untuk mengadakan Sidang Khas Dun bagi membentangkan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) 2014 yang telah ditetapkan pada 29 Disember ini terpaksa ditunda ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian nanti. 


Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, hal ini bagi mengutamakan dahulu keperluan rakyat negeri Kelantan khasnya dari sudut keselamatan nyawa di saat menghadapi musibah banjir yang amat serius kali ini.

"Semoga seluruh rakyat tabah di atas dugaan yang insya Allah akan menjadi asbab kepada keberkatan yang berpanjangan selepas daripada ini," jelasnya dalam satu kenyataan. - HARAKAHDAILY 27/12/2014







































































































































































































Rayuan Sukarelawan ke Kelantan

myKelantan.TV | .



KELANTAN MEMERLUKAN BANTUAN KEMUDAHAN BERBENTUK LOGISTIK SELAIN DARIPADA MAKANAN DAN MINUMAN. YANG PALING PENTING JUGA ADALAH 'MANPOWER' UNTUK MENJALANKAN KERJA-KERJA MEMASAK DI PUSAT-PUSAT PEMINDAHAN BANJIR KERANA KITA MENGHADAPI MASALAH YANG BEGITU SERIUS UNTUK MENYEDIAKAN MAKANAN KEPADA MANGSA-MANGSA BANJIR DI PUSAT-PUSAT PEMINDAHAN.

Setakat ini, kami dimaklumkan jalan dari Terengganu ke Kelantan masih lagi boleh dilalui. Jadi sebelum ia terputus, saya harap supaya SUKARELAWAN dapat datang secara beramai-ramai ke Kelantan.

Ambil manfaat cuti esok hari Sabtu dan Ahad, dan mungkin mengambil cuti beberapa hari untuk datang ke Kelantan.

KAMI BETUL-BETUL MEMERLUKAN BANTUAN.

Di pusat-pusat pemindahan, bayi menangis, anak-anak kecil menangis, tidak ada makanan untuk mereka dan keadaannya sangat-sangat menyentuh perasaan.

Sebab itulah kami harapkan daripada semua pihak agar mendengar rayuan daripada kami di Negeri Kelantan supaya dapat datang ke pusat-pusat pemindahan dan melakukan kerja-kerja di sana.

Sekian, terima kasih.

-Sedutan laporan temubual Ust Ahmad Fadhli Bin Shaari oleh Syamila Najman.
Jumaat 26 Disember 2014 jam 5.23 petang.

Sebarkan

Sumber HD - 26-12-2014


















































































































































































































Kelantan ucap terima kasih kepada Pusat, Selangor

HARAKAHDAILY | .

Pagi tadi saya sempat bersama Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam majlis taklimat banjir di Kelantan yang telah disampaikan oleh Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) di lapangan terbang Sultan Ismail Petra pagi tadi. 

Saya mengucapkan terima kasih kepada YAB Timbalan Perdana Menteri yang telah mengeluarkan arahan agar dipertingkatkan keperluan aset air, udara dan darat dalam usaha membantu serta menyelamat seluruh mangsa banjir di Kelantan.

Kerajaan Negeri akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Kerajaan Persekutuan dalam mengurus bencana banjir yang kritikal ini.

Saya mewakili pihak Kerajaan juga turut berterima kasih kepada Menteri Besar Selangor YAB Haji Mohamed Azmin Ali kerana dengan keprihatinan beliau sanggup turun ke Kelantan menyerahkan sumbangan sebanyak RM1 juta dan membuat kerahan rasmi akan menghantar jentera khusus bagi operasi membersih pada fasa kedua setelah banjir surut nanti.

Saya memohon maaf kepada sekalian rakyat khususnya rakyat di Dun saya kerana pada masa ini saya menghadapi kesukaran untuk keluar mengagihkan bantuan kerana saya turut terperangkap dengan air yang mulai masuk ke rumah.

Sama-samalah kita berdoa, solat hajat dan jangan putus munajat kepada Allah agar diselamatkan sekalian rakyat Kelantan daripada bencana ini.

USTAZ DATUK AHMAD YAKOB
Menteri Besar Kelantan
Bertarikh: 4 Rabiul Awwal 1436 / 25 Disember 2014

Sumber HD - 26-12-2014

Lupakan politik tak matang, mangsa banjir lagi penting

SELANGOR KINI | .
KOTA BHARU: Semua pihak harus melupakan kepentingan politik di saat beberapa negeri dilanda banjir musibah, sejak 16 Disember lalu.


Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, politik matang penting dalam usaha memastikan mangsa banjir mendapat bantuan sewajarnya.

Katanya, kerajaan negeri sudah meluluskan sumbangan RM1.3 juta membabitkan agihan RM1 juta untuk Kelantan, manakala baki RM300,000 untuk Terengganu, Pahang dan Perak.

“Apa yang penting sekarang adalah sikap peduli semua pemimpin terhadap rakyat di beberapa negeri yang sedang menghadapi banjir.

“Kerajaan negeri sendiri hari ini turun padang menghulurkan sumbangan RM1juta kepada Kelantan, manakala tiga negeri lain masing-masing menerima RM100,000,” katanya selepas mengadakan lawatan ke pusat pemindahan banjir di Maktab Sultan Ismail, di sini, hari ini.

Lawatan itu turut disertai Setiausaha Politiknya, Shuhaimi Shafiei dan Exco Kerajaan Negeri, Dr Daroyah Alwi serta Amirudin Shari juga Pengerusi Pertubuhan Misi Bantuan Kemanusiaan Selangor (PANTAS), Hamsah Djabir.

Pada masa sama, Mohamed Azmin berkata, pihaknya sudah mengarahkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) Selangor untuk mengerahkan pasukan bagi membantu Kelantan untuk kerja pembersihan pasca banjir.

“Pasca banjir memerlukan tenaga dan bantuan ramai untuk memulihkan persekitaran teruk dilanda musibah.

“Usaha berterusan diharap dapat membantu mangsa banjir di semua negeri,” katanya.

Sumber HD - 26-12-2014

































































































































































































Bayi setahun sembilan bulan hanyut, keluarga pasrah

MOHD NOOR FIRDAUS MOHD AZIL | .

KUALA KRAI: Sudah lebih seminggu Kampung Pertang di sini dilanda banjir lumpur, namun, bagi keluarga bayi malang yang dihanyutkan air deras Nor Adriana Adila Asrol Afendi, peristiwa itu masih meninggalkan kesan trauma dalam diri mereka.

Bayi berumur setahun sembilan bulan itu terlepas daripada pegangan ibunya Suhana Abdul Ghani, 34, apabila bumbung tempat mereka berlindung runtuh ekoran kederasan air yang melimpah dan sehingga hari ini, masih belum dijumpai.

Menceritakan kembali detik mencemaskan itu, datuk bayi berkenaan Abdul Ghani Sulaiman, 63, berkata, hujan mula lebat pada petang 17 Dis dan beliau mengarahkan isterinya Faridah Salleh, Suhana serta anak-anaknya untuk panjat ke bumbung kerana air naik begitu pantas.

"Hari tu, pukul 4.30 petang, hujan mula turun mencurah-curah, pak cik tengah nak ambil kereta bawak naik atas bukit. Masa tu angin kuat pakcik oyak (beritahu) cucu-cucu naik atas siling.

"Semasa sedang kesejukan menunggu bantuan, tiba-tiba bumbung tempat Suhana berpaut tadi runtuh apabila dihempas arus deras. Dia terlepas anaknya bila bumbung tempat mereka berpaut jatuh. Isteri pakcik terjun untuk tarik Suhana tetapi tidak boleh buat apa-apa bila anak Suhana hanyut," katanya kepada Bernama sambil mengelapkan air mata.

Media sebelum ini melaporkan Nor Adriana Adila dikhuatiri mati lemas sewaktu banjir melanda Rabu lepas dan sehingga kini jasadnya masih gagal dikesan walaupun operasi mencari telah dilakukan secara besar-besaran.

Tinjauan Bernama di sekitar kampung Ladang Kelapa Sawit Kuala Pertang itu mendapati, terdapat kesan deretan pokok kelapa sawit tumbang sepanjang 500 meter, dipercayai akibat dilanggar kepala air sewaktu banjir lumpur melanda kampung itu.

Bencana itu turut merosakkan hampir 50 rumah serta masjid, di samping jalan tar terkopak dalam kepingan besar di sepanjang jalan masuk ke kampung itu akibat kederasan air.

Abdul Ghani berkata, beliau juga hampir lemas ketika sedang berpaut pada serpihan bumbung yang masih tinggal, disebabkan arus sangat luar biasa.

"Namun, keluarga pakcik, terutama Suhana hanya mampu berserah kepada takdir. Kami sekeluarga dah pun buat solat jenazah ghaib selepas hari kedua kehilangan cucu pakcik," katanya lagi.

Abdul Ghani berkata, Suhana kini sedang berada di Hospital Kuala Krai menjaga seorang lagi anak perempuannya yang patah tangan ketika berpaut di bumbung sewaktu hari kejadian.

Isterinya Faridah pula berkata, oleh kerana sebahagian bumbung tempat mereka berpaut runtuh, dirinya terpaksa berendam dalam air lebih lapan jam manakala dua cucunya terpaksa berpaut pada pokok berhampiran, sebelum diselamatkan.

Banjir yang melanda beberapa negeri kini merupakan yang terburuk dalam sejarah negara apabila mencatat jumlah mangsa banjir terbanyak iaitu melebihi 100,000 mangsa yang kini sedang mendapatkan perlindungan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Kelantan merupakan antara negeri yang teruk terjejas banjir dengan jumlah mangsa melebihi 32,000 orang.

Kawasan yang paling teruk terjejas banjir di Kelantan ialah jajahan Kuala Krai, Pasir Mas, Gua Musang dan Kota Baharu. - Bernama

Sumber HD - 26-12-2014

































































































































































































Adun Kelaboran turut berpindah

SALMAH MAT HUSAIN | .

TUMPAT: Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim bersama empat lagi anggota keluarga antara mangsa baru banjir di Kelantan awal hari ini setelah ia turut melanda bahagian Kelantan Utara bermula petang semalam.

Zaki bersama isteri serta anak bongsunya berusia lima tahun beredar dari kediaman mereka di Taman SPP Kota Warisan awal pagi tadi untuk berpindah di kawasan selamat setelah air naik sejak malam tadi.

Ketika dihubungi beliau memberitahu, anak-anak dan isterinya terpaksa menumpang di rumah saudaranya di Kelaboran.

Bagaimanapun Zaki yang juga Adun Kelaboran meneruskan tanggungjawabnya sebagai seorang wakil rakyat dengan membantu mangsa-mangsa banjir seperti menyediakan kelengkapan makanan khususnya.

Ketika dihubung beliau memberitahu, sehingga kini jumlah terakhir mangsa banjir yang berpindah dalam Jajahan Tumpat seramai 5,803 orang.

Menurutnya, antara kampung-kampung terlibat Kampung Bendang Pak Yong, Atas Kok, Kampung Tok Jiring, Kampung Kajang Sebidang, Kampung Cherang Melintang.

“Setakat ini semua mangsa ditempatkan di 12 buah tempat perpindahan antaranya di Sek Keb Bunohan, Sek Keb Keting, Sek Keb Kok Keli dan lain-lain,” ujarnya.

Zaki tidak menafikan banjir tahun ini begitu luar biasa walaupun Jajahan Tumpat sering dilanda banjir.

Katanya, mudahan ianya menjadi pengajaran walaupun di tempat yang tidak pernah ditenggelami air sebelum ini hendaknya berwaspada agar tempat-tempat yang telah dinaiki air berpindah awal sebelum dinaiki air banjir yang besar.

“Bagaimanapun kita harus ingat, ini semua ujian dan takdir Allah, jadi sama-sama kita bersabar,” ujarnya.

Maklumat terkini mangsa banjir di seluruh Kelantan berjumlah 34,416 orang dengan jajahan paling tinggi Gua Musang diikuti Kuala Krai, Pasir Mas dan Machang. - HARAKAHDAILY 25/12/2014

Banjir makin kritikal, PAS rayu sumbangan

WAN NORDIN WAN YAACOB | .


KUALA LUMPUR: PAS memohon jasa baik orang ramai untuk menghulur bantuan kewangan dan peralatan harian kepada mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur.

Pengerusi Majlis Tindakan Bencana Alam PAS Pusat, Salahuddin Ayub berkata, memandangkan banjir sangat kritikal di Kelantan dan beberapa kawasan di Terengganu serta Pahang dengan mangsa semakin meningkat, PAS mengharapkan bantuan orang ramai ini mampu mengurangkan beban mangsa.

Menurutnya, mangsa memerlukan bantuan memandangkan di Kelantan boleh dikatakan terputus terus hubungan darat dan semakin kritikal.

"Sementara di Terengganu pula banyak kawasan yang sudah mula ditenggelami air dan maka kita seluruh rakyat Malaysia harus membantu mereka yang sedang berdepan dengan musibah ini.

"Kita juga mendoakan agar keadaan kembali pulih," katanya yang juga Naib Presiden PAS.

Sebarang bantuan boleh dimasukkan ke tabung bencana Harakah menerusi akaun Maybank 564070130442.

Menurut laporan Bernama pagi tadi, keadaan banjir di Pantai Timur tidak menampakkan tanda reda dengan Kelantan mencatat jumlah mangsa paling ramai iaitu 32,343 orang, Terengganu (28,991) dan Pahang (24,316).- HARAKAHDAILY 25/12/2014

































































































































































































Kelantan bantu mangsa banjir lumpur

SALMAH MAT HUSAIN | .
KOTA BHARU: Kerajaan negeri akan memberi bantuan kewangan kepada mangsa banjir lumpur di Kampung Bukit Besi, Temangan baru-baru ini.


Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, bantuan tersebut diluluskan pada mesyuarat Exco semalam.

Bagaimanapun katanya, kerajaan negeri akan mengambil tindakan tegas terhadap pelombong bijih besi terbabit yang dipercayai menyebabkan berlaku banjir lumpur.

“Syarikat perlombongan itu akan diambil tindakan kerana meninggalkan kawasan perlombongan begitu sahaja tanpa sebarang notis,” katanya selepas mesyuarat Exco di Kota Darulnaim.

Baru-baru ini berlaku banjir lumpur yang mengancam nyawa kira-kira 200 penduduk Kampung Bukit Besi Dun Temangan.

Kejadian itu dipercayai berpunca daripada kawasan perlombongan bijih besi di lokasi berdekatan yang tidak lagi beroperasi.

Pada kejadian itu sebuah rumah penduduk dihanyutkan air, manakala banyak kediaman lain rosak. - HARAKAHDAILY 25/12/2014

































































































































































































Kelantan belum isytihar darurat – MB

SALMAH MAT HUSAIN | .


KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan belum bersedia untuk mengisytiharkan darurat ekoran banjir besar yang berlaku di beberapa tempat sekarang.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, kerajaan negeri dengan dibantu pelbagai agensi kerajaan masih mampu menangani banjir secara bersama.

Bagaimanapun katanya, rakyat yang tinggal di bahagian hilir Sungai Kelantan diharap bersedia untuk menghadapi limpahan air dari hulu yang akan berlaku bila-bila masa dari sekarang.

“Ambil langkah segera untuk menyelamatkan keluarga ke tempat-tempat yang lebih selamat sebelum air banjir bertambah teruk.

“Ini kerana kemungkinan air sebelah selatan dari Gua Musang, Kuala Krai atau Jeli akan turun ke Kota Bharu, Pasir Mas sekurang-kurang lima jam lagi,” katanya selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di Kota Darulnaim hari ini.

Beberapa kampung terletak di tepi Sungai Kelantan termasuk Kampung Sireh, Penambang sudah ditenggelami air sejak semalam.

Paras air di Lembah Sireh juga meningkat semakin menghampiri lantai bawah Jambatan Sultan Yahya Petra, yang menghubungkan Kota Bharu-Tumpat.

Menteri Besar juga berharap rakyat Kelantan sentiasa bermunajat kepada Allah SWT agar menyelamatkan rakyat negeri ini dan mangsa-mangsa banjir.

Menurutnya juga kerajaan negeri melulus peruntukan segera sebanyak RM10,000 kepada setiap wakil rakyat melalui Tabung Serambi Mekah bagi membantu mangsa-mangsa banjir di tempat mereka.

“Sumbangan berkenaan bagi menyediakan kelengkapan asas yang diperlukan mangsa banjir,” ujarnya.

Beliau juga berkata agensi-agensi kerajaan negeri dan Persekutuan diharap memain peranan secara berterusan bagi membantu mangsa banjir yang terperangkap.

“Kita juga berharap dermawan sama ada korporat, individu untuk berbakti pada mangsa banjir dengan menghulurkan sumbangan kepada mereka,” katanya.

Sumbangan boleh disalur kepada Tabung Serambi Mekah menerusi Bank Islam, 03018010080024 dan 03018010150383.

Sementara itu orang ramai yang ingin mendapat mendapat maklumat semasa mengenai banjir boleh menghubungi Bilik Gerakan Banjir Negeri di talian 09 7481180. - HARAKAHDAILY 24/12/2014

YAB AY - https://www.youtube.com/watch?v=QKpUMimuBeE

Detik Cemas - 
https://www.youtube.com/watch?v=rt1OVvDsGN4

Sumber HD - 24-12-2014

































































































































































































Banjir terburuk dalam sejarah di Kuala Krai

ASLANI M DAN M ZIN | .


KUALA KRAI: Jajahan Kuala Krai dan Gua Musang paling terjejas berikutan banjir pusingan kedua yang melanda Kelantan sejak Isnin lalu.

Malah pertama kali dalam sejarah Kampung Manek Urai Lama di Kuala Krai lumpuh sama sekali apabila air bah memenuhi segenap ruang kampung.

Limpahan air Sungai Lebir luar biasa dalam sejarah mungkin mengatasi bah merah sehingga menyebabkan pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Lama turut terjejas.

Mangsa banjir di situ terpaksa dipindah ke tingkat tiga selepas paras air meningkat dengan mendadak.

Suara wanita yang berada di pusat pemindahan banjir di Manek Urai Lama juga menjadi viral di media baru apabila meminta pertolongan menyelamatkan mereka ke tempat lebih selamat.

Markas PAS setinggi dua tingkat di Kampung Manek Urai Lama hanya kelihatan bumbung. Jelas kelihatan dari tempat tinggi, Manek Urai seolah-olah menjadi lautan.

Air banjir juga melimpah ke Kampung Manek Urai Baru, yang tidak pernah berlaku dalam sejarah sejak penempatan pindahan banjir tersebut dibuka pada 1980-an.

Menurut penduduk mangsa banjir yang berpindah dari Kampung Manek Urai Lama terpaksa dipindahkan sekali lagi ke tempat lebih tinggi di Pusat Kesihatan Manek Urai dan Masjid Kampung Baru.

Rumah penduduk di Kampung Manek Urai Baru pertama kali dalam sejarah turut tenggelam.

Beberapa lagi kampung di Dun Manek Urai termasuk Pemberian, Karangan dan Lata Rek juga terjejas teruk.


Jalan perhubungan dari Kota Bharu ke Gua Musang terputus di banyak tempat ekoran ditenggelami air termasuk di Kampung Pahi, Sungai Durian dan Simpang Tiga Guchil.

Banyak kenderaan terperangkap.

Keadaan itu menyebabkan bantuan makanan sukar untuk disampaikan ke lokasi banjir yang terjejas teruk di Dun Manek Urai.

Bandar Kuala Krai juga lumpuh setelah dinaiki air bah sejak semalam. Mangsa banjir di Sekolah Yuk Chai juga terpaksa dipindahkan ke Dewan Sri Guchil memadangkan paras air semakin meningkat.

Banyak kawasan perumahan di sekitar Bandar Kuala Krai termasuk Berkatjaya dinaiki air bah. Kampung-kampung lain yang terjejas Kampung Keroh, Kampung Tengah, Pondok Sungai Durian dan Sungai Nal.

Mangsa-mangsa banjir di pusat pemindahan Dewan Serbaguna di hadapan Masjid Besar Kuala Krai juga terpaksa dipindahkan ke tempat lebih selamat.

Rumah Adun Mengkebang, Abdul Latif Abdul Rahman di Pondok Sungai Durian dan rumah Adun Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah di Batu Jong juga dinaiki air.

Di Gua Musang Bandar Lama yang terletak di tepi Sungai Galas juga lumpuh. Limpahan air ekoran hujan lebat sejak dua hari lalu menenggelamkan banyak rumah termasuk di Kampung Lembaga dan Batu Papan.

Mangsa-mangsa banjir di Pusat Pemindahan di Maahad Muhammadi di Kampung Lembaga juga terpaksa dipindahkan ke tempat lebih selamat.

Di Tanah Merah, Unit Amal membantu Penyelia Dun Gual Ipoh, Mohd Razali Yusof mengagihkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir dengan bantuan Pasukan Bomba dan Penyelamat.

Sukarelawan Unit Amal Tanah Merah diketuai Mohd Azmi Mat Zin bersama 20 anggota menyampaikan sebanyak 80 kampit beras kepada para penduduk dengan bantuan Penghulu Mukim Sokor, Mohd Zaid Mohd Noor.

Sementara itu di Kota Bharu air mulai melimpah masuk ke kawasan bandar di sekitar Hotel Ridel, Hotel Grand Riverview dan Taman Hijau yang terletak berhampiran Sungai Kelantan.

Malah rumah penduduk di Kampung Sireh juga ditenggelami air. Air bah mulai melimpah tebing di Tambatan Diraja sejak petang semalam.

Paras air Sungai Kelantan di Lembah Sireh berhampiran Tesco juga meningkat. Kira-kira enam kaki lagi air banjir akan mencecah bandar baru tersebut. - HARAKAHDAILY 24/12/2014

Kelantan keluar 1,514 hufaz sejak 2011

SALMAH MAT HUSAIN | .


KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan melalui Yayasan Islam Kelantan (Yik) sehingga kini berjaya mengeluarkan 1,514 penghafaz al Quran sejak sekolah aliran tahfiz diperkenalkan pada 2011.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata sebahagian besar mereka merupakan pelajar cemerlang di mana sekarang ramai menjawat jawatan tinggi kerajaan dan swasta.

“Ini secara tidak langsung menafikan dakwaan sesetengah pihak kononya sekolah aliran agama termasuk Maahad Tahfiz tidak mempunyai masa hadapan.

“Mereka sudah membuktikan di mana ramai ramai menjawat jawatan profesional termasuk pensyarah, jurutera, doktor dan sebagainya.

“Bukan sahaja menjawat jawatan tinggi tetapi mampu menghafaz al Quran,” ujarnya katanya pada majlis graduasi tahfiz Yik, di Putik hari ini.

Pada majlis itu seramai 277 pelajar tahfiz dari sekolah Yik tamat menghafaz 30 juzuk al Quran.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan dan Pengarah Yik, Tengku Azmi Tengku Jaafar. - HARAKAHDAILY 23/12/2014

































































































































































































Solat hajat, bermunajat agar dilindungi dari musibah banjir

SALMAH MAT HUSAIN | .



KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob menyeru semua pihak kepimpinan dan rakyat khususnya pihak yang berwajib agar menganjurkan solat hajat dan bermunajat di seluruh masjid dan surau di seluruh Kelantan bermula pada hari ini bagi memohon kepada Allah agar dilindungi rakyat Negeri Kelantan khasnya dan Malaysia amnya daripada segala musibah banjir yang tidak mampu dihadapi oleh kudrat manusiawi.

Beliau berharap pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Negeri Kelantan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Halaqat, para guru pondok dapat mengepalai masyarakat bagi tujuan memudahkan urusan solat hajat tersebut.

Ini, katanya kerana banjir di negeri itu masih lagi tidak menunjukkan petanda akan surut bahkan keadaan semakin mencemaskan.

"Musibah banjir ini adalah ujian Allah kepada kita semua yang telah ditetapkan bagi menguji keimanan dan kesabaran hamba-Nya.

"Oleh itu, kita wajib menerima dengan penuh lapang dada dan tabah," ujarnya kepada Harakahdaily.

Jelasnya, Allah berfirman yang bermaksud: Tiada sesuatu kesusahan atau bala bencana yang ditimpakan di muka bumi dan yang menimpa diri kamu, melainkan telah termaktub di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya, sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah teramat mudah bagi Allah. (Surah Al-Hadid: 22)

"Oleh yang demikian, bersabarlah dengan musibah ini dan jangan sampai kita hilang perasaan sabar dengan berputus asa atau berprasangka buruk seakan-akan Allah tidak akan memberikan kita kebaikan pada masa hadapan disebabkan banyaknya kemusnahan atau kehilangan harta kita," ujar beliau lagi.

Kata beliau, pihak kerajaan sebelum ini telah mengarahkan semua jabatan negeri dan Persekutuan agar turun membantu mangsa-mangsa banjir di semua lokasi pemindahan.

Beliau berkata, junjung kasih dipersembahkan kepada YTM Tengku Mahkota Kelantan, di atas keprihatinan baginda mencemar duli turun meninjau kesusahan rakyat serta memberi sumbangan kepada mangsa banjir.

Tambahnya, tidak lupa juga kepada semua pihak termasuk Pihak Pusat Kawalan Operasi Banjir Negeri dan Jajahan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Bomba dan Penyelamat, Pasukan Keselamatan, Pasukan Perubatan, pelbagai agensi Negeri dan Persekutuan dan seluruh sukarelawan yang berada di setiap lokasi banjir dan pusat pemindahan bagi kemudahan dan keselamatan orang ramai. - HARAKAHDAILY 23/12/2014

































































































































































































Pilihan ketiga inilah untuk bangsa Melayu di Malaysia

AHMAD FADHLI SHAARI | .


KENYATAAN saya hari ini di dalam Sinar Harian sebagai respons kepada kenyataan Tun M kelmarin yang menyebut bahawa orang Melayu terpaksa mengemis undi dari Cina untuk terus berkuasa.

Saya katakan, Tun M usah berselindung di sebalik jenayahnya sendiri yang telah terbukti menghakis kuasa Melayu.

Di dalam proses persempadanan kawasan parlimen 2003, beliaulah orangnya yang telah menyebabkan kawasan Melayu tidak mempunyai pertambahan parlimen.

Kawasan majoriti pengundi Melayu, di negeri-negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis tidak dilibatkan dalam persempadanan kawasan pilihan raya 2003.

Di empat negeri ini, terdapat 40 kerusi parlimen dengan 35 kerusi adalah kerusi mutlak pengundi Melayu, di mana pengundi Melayu menguasai lebih 70 peratus komposisi pengundi setiap kawasan.

Ini berbeza dengan negeri-negeri yang majoritinya bukan Melayu seperti Perak, Pulau Pinang dan juga Negeri Sembilan yang mendapat pertambahan kerusi yang lebih.
Penjenayahnya ialah Tun M.

Jawapan bagi Melayu yang ingin bersatu hanya ada tiga pilihan:

1. Bersatu di bawah Umno dan menolak PAS. Terbukti bahawa Melayu pernah menolak PAS dan menyokong Umno. Adakah Melayu semakin kukuh? Tanah rizab Melayu semakin bertambah? Jawapannya, tidak.

2. Sebahagian Melayu menyokong PAS, sebahagiannya menyokong Umno. Ini juga ditafsir sebagai berpecah-belah.

3. Hanya ada satu pilihan terakhir, Melayu seluruhnya menolak Umno dan bersatu di bawah PAS.

Pilihan ini terbukti di Kelantan di mana kuasa Melayu tidak terhakis dan tanah rizab Melayu terjamin. Pilihan ketiga inilah untuk bangsa Melayu di Malaysia.

Jika mahu bercakap soal bangsa...

Penulis ialah Ketua Pemuda PAS Kelantan.

Sumber HD - 22-12-2014

































































































































































































Mangsa banjir di Kelantan perlu sokongan banyak pihak

SALMAH MAT HUSAIN | .




RANTAU PANJANG: Oleh kerana tempoh banjir gelombang kedua di Kelantan kali ini agak panjang, mangsa memerlukan sokongan pelbagai pihak.

Untuk itu, Pengerusi Lajnah Kebajikan Pemuda PAS Pusat berkata keperluan asas amat diperlukan oleh semua mangsa pada saat ini selain makanan.

Katanya, mereka amat memerlukan keperluan asas itu dalam keadaan sekarang di pusat pemindahan banjir.

Jelasnya, bekalan elektrik masih terputus, untuk itu lilin, keperluan asas lain amat diperlukan.

“Keperluan asas lain seperti alas tempat tidur, selimut untuk kanak-kanak dan orang tua selain lampin pakai buang, ubat-ubatan dan sebagainya juga amat diperlukan,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menasihati mangsa banjir mengawasi anak-anak mereka sebaik-baiknya kerana arus banjir begitu kuat.

Hafiz seterusnya memberitahu, bantuan banjir juga harap disegerakan bagi mereka yang berhasrat untuk membantu.

Jelasnya lagi, pihaknya mengumpul Unit Amal dan jentera petugas ke tempat bencana banjir terutama Rantau Panjang.

Selain itu, mengumpul bekalan daripada kerajaan, orang ramai, NGO dalam bentuk sumbangan kewangan, keperluan asas kemudian diagihkan kepada mangsa.

Katanya, Pemuda PAS negeri turut membuka Bilik Gerakan di Syabab Point sebagai pusat pengumpulan sumbangan daripada orang ramai yang ingin menderma.

Beliau berkata kehadiran para pemimpin PAS Pusat yang turut turun ke negeri ini menggambarkan keprihatinan mereka terhadap mangsa banjir, antaranya Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat.

Sementara itu, NGO kebajikan Mesra turut mengumpul tenaga petugas untuk diturunkan ke pusat-pusat pemindahan banjir.

Penyelarasnya, Najibah Ismail berkata lebih 70 orang diperlukan untuk khidmat sosial itu sama ada untuk membantu mangsa banjir atau selepasnya.

Pada masa yang sama pihaknya juga turut bersedia menerima sumbangan orang ramai sama ada keperluan asas, termasuk pakaian baru dan terpakai.

“Orang ramai boleh menyumbangkannya di pejabat kami di Pejabat Urusetia Wanita Kelantan, Jalan Telipot,” ujarnya.

Menurut portal banjir kerajaan negeri, jumlah mangsa banjir di tujuh jajahan di negeri ini berkurangan sedikit daripada 18,570 orang malam tadi kepada 18,012 pagi ini. - HARAKAHDAILY 22/12/2014



Sumber HD - 22-12-2014

































































































































































































Bawa juga lilin selain makanan untuk mangsa banjir

HARAKAHDAILY | .



KUALA LUMPUR: "Aktiviti malam tadi. Menyampaikan sumbangan di kawasan terjejas kerana banjir di Rantau Panjang," tulis Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat menerusi facebook.

Menurutnya, masih terdapat kampung yang tidak dapat sumbangan yang mencukupi kerana agak sukar untuk akses.

"Para sukarelawan yang bergerak ke Kelantan, selain bekalan makanan saya syorkan juga membawa bekalan lilin untuk mangsa banjir ekoran bekalan elektrik yang terputus," ujarnya.

Namun beliau mengucapkan syabas kepada jentera PAS dan kerajaan negeri yang bertungkus lumus tanpa mengenal penat menjaga kebajikan mangsa-mangsa banjir.

Sebarang sumbangan bolehlah disalurkan kepada TABUNG KEMANUSIAAN PEMUDA MAYBANK: 564025400100

Sementara itu, Bernama melaporkan keadaan banjir di pantai timur Semenanjung masih belum reda dengan lapan jajahan di Kelantan semakin buruk apabila jumlah mangsa banjir meningkat kepada 21,328 pagi ini berbanding 19,186 orang malam tadi. - HARAKAHDAILY 21/12/2014




kp https://www.youtube.com/watch?v=jn4WSLBuZQU

Sumber HD - 21-12-2014

































































































































































































Ayuh semua jentera, bantu mangsa banjir - Siti Zailah

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff memohon semua jentera PAS sama ada muslimat, pemuda dan aktivis termasuk sukarelawan dan NGO agar turun bersama dengan kerahan tenaga seluruh Kelantan khususnya Rantau Panjang untuk bergotong-royong membantu semua mangsa banjir di semua lokasi yang terlibat.

"Tolong pindahkan barang yang rosak, tolong cuci masjid, sekolah, rumah mangsa banjir.

"Tolong buat dan hantar makanan ke rumah mangsa banjir yang ramai kebuluran terutama yang terperangkap di rumah-rumah kerana semua beras, makanan, dapur mereka sudah rosak tenggelam banjir," katanya yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS.

Beliau menyeru agar membuat yang terbaik kerana Allah dengan bantu saudara-saudara yang ditimpa musibah dan jangan hanya termenung, menunggu dan melihat sahaja.

"Bersama kita berhujan, berselut, letih dan berkepenatan habis-habisan bantu saudara kita. Ayuh gerakkan semua jentera. Ambil kesempatan, gerakkan besar-besaran bantu mangsa banjir apa yang patut, tolong saudara kita dalam kesusahan," ujarnya lagi.

Justeru, katanya tidak perlulah menunggu orang menjemput atau arahan seorang demi seorang. - HARAKAHDAILY 20/12/2014

14,067 mangsa banjir di Kelantan setakat 3 petang

BERNAMA | .



KOTA BAHARU: Jumlah mangsa banjir di Kelantan terus berkurangan daripada 14,706 orang pada tengah hari, kepada 14,067 orang setakat jam 3 petang Jumaat.

Menurut portal banjir kerajaan negeri, mangsa kini ditempatkan di 84 pusat pemindahan di lapan jajahan iaitu Kota Baharu, Kuala Krai, Machang, Pasir Mas, Tanah Merah, Pasir Puteh, Tumpat dan Bachok berbanding 99 pusat pemindahan pada tengah hari.

Di Pasir Mas, jumlah mangsa banjir kekal 7,548 orang dan kesemua mereka kini ditempatkan di 31 pusat pemindahan (berbanding 32 pusat pemindahan pada tengah hari), antaranya di Masjid Chasi, Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Uban dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kangkong.
Jumlah mangsa di Kuala Krai juga kekal 2,459 orang dan kini ditempatkan di 13 pusat pemindahan, antaranya di SK Telekong, SMK Keroh, SK Sungai Embak dan SM Teknik Kuala Krai.

Dalam jajahan Tanah Merah, jumlah mangsa berkurangan daripada 775 orang pada tengah hari kepada 729 orang, dan semua mangsa ditempatkan di 14 pusat pemindahan (15 pusat pemindahan pada tengah hari), antaranya SK Kulim, Madrasah Kampung Renat dan Madrasah Bendang Besar.
Di Machang, jumlah mangsa menurun daripada 1,301 orang pada tengah hari kepada 362 orang dan semua mereka ditempatkan di lapan pusat pemindahan (21 pusat pemindahan pada tengah hari), antaranya di Madrasah Sungai Mas, SK Pangkal Meleret, SJKC Pei Hwa dan SK Hamzah 1.

Jumlah mangsa di Kota Baharu pula meningkat daripada 1,399 orang pada tengah hari kepada 1,431 orang petang ini dan kesemua mereka ditempatkan di 10 pusat pemindahan (jumlah pusat pemindahan kekal), antaranya di SK Tiong, SK Sri Ketereh, SK Mulong, SK Dewan Beta dan SMK Melor.

Dalam jajahan Pasir Puteh, jumlah mangsa kekal 619 orang dan mereka ditempatkan di empat pusat pemindahan (jumlah pusat pemindahan kekal) iaitu SK Wakaf Raja, SK Changgai, SMK Kamil dan SK Kamil I, manakala dalam jajahan Bachok, jumlah mangsa juga kekal 60 orang yang kini ditempatkan di SK Pak Badol.

Di jajahan Tumpat, jumlah mangsa meningkat kepada 859 orang berbanding 545 orang pada tengah hari dan mereka ditempatkan di tiga pusat pemindahan iaitu di SK Kebakat, SK Pengkalan Kubor 1 dan SK Kok Keli.

Setakat 3 petang, paras air di empat sungai walaupun menurun, masih berada pada tahap bahaya iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang 10.43 meter (paras bahaya 9.00 meter).

Paras air di Sungai Kelantan iaitu di Tambatan Diraja, Kota Baharu dilaporkan berada pada paras 5.12 meter (paras bahaya 5.00 meter), Sungai Kelantan di Tangga Krai, Kuala Krai merekodkan bacaan 25.09 meter (paras bahaya 25 meter) dan Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard, Tanah Merah mencatatkan bacaan 16.82 meter (paras bahaya 16.00 meter).
Keadaan cuaca dilaporkan mendung. - Bernama

Sumber HD - 19-12-2014






































































































































































































Banjir: 'Alhamdulillah kami sekeluarga menyedari awal'

AHMAD MULIADY ABDUL MAJID | .

MACHANG: Tiga keluarga di Kampung Belukar, Pulai Chondong dekat sini terpaksa bergelut dengan banjir dan dipindahkan ke kawasan selamat apabila rumah mereka dinaiki air setinggi kira-kira tiga meter sejak Rabu lepas.

Kampung mereka dinaiki air setelah paras air Sungai Bagan dan Sungai Kelantan melimpah, akibat hujan tanpa berhenti sejak Ahad lalu.

Seorang mangsa banjir Kampung Belukar, Rahmah Daud, 53, yang ditemui Bernama berkata beliau sekeluarga terpaksa berpindah ke surau berhampiran apabila rumah mereka mula dinaiki air pada 8 malam, Rabu.

"Alhamdulillah kami sekeluarga menyedari awal, air mula masuk ke rumah dan menyelamatkan dokumen penting dan beberapa barang berharga," katanya kepada Bernama ketika ditemui di surau berkenaan.

Suri rumah itu berkata beliau menghadapi kesukaran menguruskan anak-anak dan barang ketika berpindah ke surau, lebih-lebih lagi dalam keadaan anak perempuannya Norshazwani Rosli, 12, mengalami demam.

Seorang lagi suri rumah, Nur Daud, 48, turut mengeluh kerana keluarganya terpaksa menghadapi kesukaran banjir setiap tahun dan kali ini keadaannya lebih teruk berbanding tahun lepas.

Bagaimanapun beliau sekeluarga bersyukur penderitaan mereka terus mendapat perhatian baik daripada kerajaan negeri dan kerajaan pusat.

Mangsa banjir di kampung berdekatan, Kampung Titian Tok Ali, Abu Razak Ismail pula berkata beliau risau akan berdepan masalah mendapatkan bekalan makanan apabila tidak dapat ke bandar berdekatan kerana Jalan Kemubu, yang menghubungi kampung itu telah ditenggelami air sejak Rabu.

Keadaan itu turut menyebabkan beberapa kampung lain iaitu Kampung Belukar, Kampung Lepang Kandis, Kampung Chekok turut terputus hubungan.

Sehingga 9 malam tadi, keadaan banjir di kampung berkenaan mulai surut dan mangsa banjir bercadang pulang menjenguk rumah masing-masing pagi ini. - Bernama

Sumber HD - 19-12-2014






































































































































































































Banjir: Rantau Panjang kritikal, perlu bantuan segera

MUHAMMAD FAIZAL | .



KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff menggesa semua pihak yang berkaitan tampil memberi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di jajahan itu.

Beliau ketika dihubungi berkata, banjir di Rantau Panjang berada diperingkat kritikal sehinggakan terdapat mangsa-mangsa yang terperangkap dan tidak diselamatkan akibat kekurangan bot penyelamat.

"Keadaan sekarang amat kritikal serta suasana cemas apabila ada mangsa-mangsa yang tidak dapat kita selamatkan lagi kerana kekurangan bot penyelamat.

"Saya merayu semua pihak tampil beri bantuan terutama bot-bot penyelamat untuk kita keluarkan ke semua mangsa yang terperangkap di dalam kawasan banjir.

"Saya turut dimaklumkan ada mereka yang terpaksa berlindung di atas pokok dan bumbung rumah, bantuan perlu disegerakan," katanya kepada Harakahdaily.

Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia itu juga turut memberitahu keseluruhan bekalan elektrik telah terputus sejak semalam.

"Alat perhubungan yang ada sekarang hanyalah melalui telefon, kami di sini memerlukan 'walkie talkie' untuk permudahkan komunikasi dengan semua pihak.

"Dalam keadaan sekarang kita bekerjasama penuh dengan pasukan-pasukan penyelamat seperti Bomba, Jabatan Petahanan Amam Malaysia (Jpam), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Polis mahupun Majlis Keselamatan Negara (MKN)," sambung beliau.

Beliau berharap bantuan akan diberikan dengan segera bagi menggelakkan berlakunya korban nyawa akibat daripada kelewatan operasi menyelamat.

Sementara itu, Ketua Pengarah Unit Amal Malaysia, Johari Osman berkata Jabatan Amal di peringkat kawasan Pasir Mas dan Rantau Panjang sudah membuka bilik gerakan bagi melancarkan kerja-kerja menyelamat.

Katanya lagi satu mesyuarat tergempar akan diadakan dengan Emergency Disaster Management (MEDM) yang diketuai Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub bagi membincangkan tindakan segera untuk situasi banjir yang berlaku di negeri-negeri Pantai Timur.

Mengikut laporan portal berita banjir Negeri Kelantan, setakat tengah hari ini sebanyak 70 pusat pemindahan telah dibuka bagi menampung 5,429 orang mangsa dari 1,550 keluarga.

Pusat pemindahan telah dibuka di sepuluh jajahan iaitu di Bachok satu (1) pusat pemindahan, Gua Musang (1), Jeli (6), Kota Bharu (3), Kuala Krai (7), Tumpat (2), Machang (4), Pasir Mas (17), Pasir puteh (3) dan Tanah merah (26).

Setakat jam 12 tengah hari ini, paras air di enam sungai kini berada pada paras bahaya iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang mencatat 10.82 meter (bahaya 9 meter), Sungai Golok di Jenoh, Tanah Merah merekod bacaan 23,65 meter (bahaya 23.50 meter).

Manakala paras air di Sungai Kelantan di Tambatan Diraja Kota Bharu mencecah 5.33 meter (bahaya 5 meter), Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard, Tanah Merah 17.96 meter (bahaya 16 meter), Sungai Kelantan di Tangga Krai, Kuala Krai merekodkan bacaan 28.66 meter (bahaya 25 meter).

Bagi Sungai Lebir, Tualang Gua Musang turut melepasi paras bahaya iaitu 36.30 meter (bahaya 35 meter), manakala sungai yang melepas peringkat amaran adalah di Sungai Galas, Dabong iaitu 36.53 meter dan Sungai Semarak, Pasir Puteh dicatatkan 2.53 meter. - HARAKAHDAILY 18/12/2014

Nenek guna besen besar bawa cucu harungi banjir

BERNAMA | .

PASIR PUTEH: Seorang nenek menggunakan sebuah besen plastik besar sebagai 'perahu' bagi membawa dua cucunya mengharungi air banjir untuk ke kedai berdekatan rumahnya bagi membeli makanan.

Rohani Hamzah, 44, dari Kampung Tok Kundur, Bukit Awang di sini berkata kedua-dua cucu lelakinya yang berusia empat dan lima tahun itu terpaksa dibawa mengharungi banjir kerana tiada orang lain yang boleh menjaga mereka di rumah.

Beliau berkata kedua-dua cucunya itu tinggal bersamanya sejak sekian lama.

"Kami juga tidak mempunyai perahu," katanya kepada pemberita di pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan Wakaf Raja di sini hari ini.

Rohani adalah antara 19 mangsa daripada empat keluarga yang dipindahkan ke pusat tersebut malam tadi apabila banjir melanda kampung berkenaan akibat limpahan air Sungai Petai susulan hujan lebat dua hari lepas.

"Saya bersyukur kerana saya bersama keluarga diselamatkan pasukan penyelamat pada pukul 9 malam tadi ketika air terus naik melepasi lantai rumah," katanya.

Seorang lagi mangsa Rosnah Hamzah, 38, berkata banjir tersebut merupakan kali kedua melanda kampungnya selepas awal bulan lepas.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, DSP Abd Rozak Muhammad berkata sehingga pukul 5 petang, jumlah penduduk yang ditempatkan di pusat pemindahan itu kekal 19 orang iaitu tujuh golongan dewasa dan 12 kanak-kanak.

Keadaan cuaca di Pasir Puteh mendung tanpa hujan turun. - Bernama

Sumber HD - 16-12-2014






































































































































































































Saya anggota Senat universiti berkenaan - bekas Exco K'tan

ASLANI M | .


KOTA BHARU: Julung kali berlaku dalam sejarah perjuangan PAS apabila seorang pemimpinnya menerima anugerah Doktor Kehormat dari universiti terkenal luar negara.

University of Berkeley, Michigan Amerika Syarikat menganugerah Doktor Kehormat Politik kepada bekas anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Omar Mohammad.

Penganugerahan itu dibuat pada istiadat konvokesyen unversiti berkenaan 26 September 2013.

Universiti terbabit merupakan universiti awam terkenal di Amerika Syarikat berada sebaris dengan universiti terkenal lain termasuk Massachusetts Institute of Technology (MIT), Harvard, Stanford, Yale, Caltech dan Princeton.

Omar berkata, beliau hadir menerima anugerah tersebut tahun lepas pada majlis konvokesyen yang diadakan di universiti terbabit.

Menurutnya anugerah itu diberi hasil pencalonan dibuat Universti STAIS Lan Taboer Jakarta.

“Saya merupakan salah seorang anggota Senat dan tutor universiti berkenaan,” katanya selepas majlis Pidato Perdana Penerima Doktor Kehormat di Dewan Teratai Kota Darulnaim hari ini.

Dua lagi lulusan PhD turut menyampaikan sinopsis kajian pada program berkenaan iaitu Dr Wan Nik Wan Yussof (Sains Politik) dan Dr Mahsor Yahya (Usuludin, al-Quran).

Dr Wan Nik yang juga Setiausaha Politik Menteri Besar mengkaji “Peranan Negara Dalam Mengendalikan Kumpulan Islamis: Kajian di Malaysia, Turki dan Indonesia” menamatkan kajian akhir 2013.

Manakala Dr Mahsor bertugas di Yayasan Islam Kelantan menyiapkan kajian “Kaedah Terjemahan Quran Bergantung Makna Jawi dan Al Furqan Tafsir al Quran”.

Kedua-dua pemegang PhD itu menerima ijazah Doktor Falsafah pada konvokesyen UKM pada awal November lepas. Turut menerima Phd pada konvokesyen itu Penggawa Daerah Bekelam, Bachok, Dr Mustafa Ahmad.

University of Berkeley juga menganugerah Doktor Kehormat kepada Burhadi S, pensyarah di Fakultas Keguruan dan Ilmu Pendidikan (FKIP) Sukadiri, Kabupaten Tangerang, Banten, Indonesia.

Hadir sama pada program Pidato Perdana tersebut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Datuk Dr Muhammed Fadzli Hassan, anggota-anggota Exco, wakil-wakil rakyat dan pegawai kerajaan.

Ketiga-tiga pemidato juga menerima hadiah daripada kerajaan negeri.

Program berkenaan dianjur kerajaan negeri dengan kerjasama Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, Tabung Amanah Tok Kenali, Yayasan Islam Kelantan dan Pusat Kajian Strategik Negeri Kelantan.

Dr Fadzli berkata, program seumpama itu akan diadakan dari semasa ke semasa bagi menghargai pencapaian tertinggi akademik anak-anak Kelantan.

“Program ini julung diadakan di bawah Jawatankuasa Pengajian Tinggi. Kita akan anjurkan lagi majlis serupa bagi berkongsi hasil kajian.

“Kita akan kumpulkan mereka yang pakar dalam bidang masing-masing bagi dimanfaatkan untuk membantu membangunkan Kelantan,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 15/12/2014






































































































































































































Hudud: Sidang khas Dun Kelantan 29 Dis

SALMAH MAT HUSAIN|FOTO RIZAL TAHIR | .


KOTA BHARU: Persidangan khas Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan akan diadakan pada 29 Disember ini bagi memperkemaskan lagi Kanun Jenayah Syariah II yang dilulus pada 1993.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah Kerajaan Kelantan (Pindaan) 2014 akan dibincang pada persidangan tersebut.

Katanya, persidangan itu diadakan bagi mengkemaskini enakmen sedia ada sebelum dibawa untuk mendapat kelulusan di persidangan parlimen.

“Pindaan itu untuk melayakkan Kelantan membawa usul persendirian ke Parlimen bagi membolehkan ia dijalankan di negeri ini.

“Private bill itu akan dibawa di bawah di Perkara 76A Perlembagaan Persekutuan bagi mendapat kebenaran Parlimen untuk melaksanakan undang-undang tersebut di Kelantan.

“Saya berharap semua ahli Dewan mengambil bahagian dalam persidangan tersebut nanti yang akan diadakan satu hari,” katanya pada sidang media di Bilik Gerakan, di sini petang ini.

Sebelum ini kerajaan negeri mengumumkan akan membawa usul persendirian di parlimen bagi membolehkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah dapat dilaksanakan di Kelantan.

Kerajaan negeri juga mewujudkan Jawatankuasa Teknikal Peringkat Negeri sejak lebih setahun lalu. Kelantan turut menghantar enam wakil menyertai Jawatankuasa Khas Teknikal Kebangsaan.

Ustaz Ahmad juga berkata, pindaan dibuat hasil beberapa siri perbincangan dibuat Jawatankuasa Teknikal Hudud sebelum ini.

“Tidak berlaku sebarang perubahan daripada maksud asal. Kita cuma memperbaiki atau mengemaskini yang sedia ada sahaja,” ujarnya.

Ditanya masyarakat Cina Kelantan tidak bersetuju hukum hudud, kata beliau itu adalah hak mereka.

Bagaimanapun kata beliau Kanun Jenayah Syariah hanya melibatkan orang Islam sahaja. - HARAKAHDAILY 14/12/2014






































































































































































































Setelah 3 bulan terlantar Shafiq pulang ke Kelantan

SALMAH MAT HUSAIN | .



KOTA BHARU: Selepas kira-kira tiga bulan terlantar di Hospital Zagazig, Mesir akibat kemalangan jalan raya, kini Muhammad Shafiq Abdullah Hashim pulang ke kampung di sini.

“Insya-Allah saya akan meneruskan pengajian dalam bidang perubatan apabila pulih sepenuhnya nanti.

“Banyak yang kita perolehi belajar di sana, bukan hanya ilmu berkaitan bidang pengajian kita, tetapi banyak lagi pengalaman lain diperolehi,” katanya.

Beliau ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra kelmarin setelah kembali ke tanah air bagi menjalani rawatan lanjut di kampung.

Turut mengiringinya kedua ibu bapanya, Abdullah Hashim Omar, Norhayati Mahmud dan Pengawai Urusan Pelajar Yayasan Islam Kelantan (Yik), Azhar Salleh.

Beliau disambut Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Ustaz Muhammad Awang dan pegawai kanan Yik.

Shafiq yang terpaksa menggunakan kerusi roda kerana masalah di bahagian lutut kelihatan ceria ketika disambut keluarga terdekat.

Selama tiga bulan ibu bapanya menjaga Syafiq di Hospital Zagaziq.

Shafiq terbabit dalam satu kemalangan pada 4 September di Bilbis, Mesir semasa dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah.

Ketika kejadian beliau bersama tiga lagi pelajar Malaysia.

Beliau mengalami pendarahan otak dan retak tulang belakang sehingga menyebabkan koma dan terpaksa dibantu mesin pernafasan. - HARAKAHDAILY 14/12/2014

Kelantan sambut baik usaha pusat tangani isu Lojing

BERNAMA | .

KOTA BAHARU: Kerajaan Kelantan menyambut baik usaha kerajaan pusat untuk menangani masalah pembukaan tanah pertanian yang tidak mengikut peraturan di tanah tinggi Lojing, Gua Musang.

Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata pihaknya juga telah menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi memantau aktiviti pertanian di kawasan berkenaan.

"Kita (kerajaan negeri) juga sentiasa prihatin terhadap perkara ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Agung Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Malaysia Kali ke-20 di Dewan Jubli Perak di sini, hari ini.

Turut hadir Presiden Pekida, Jamaluddin Yusoff.

"Kita ada jawatankuasa tanah tinggi Lojing dan kita ada peraturan, kita tak akan benarkan mereka (pengusaha) mengusahakan projek pertanian seandainya tidak mendapat kebenaran," katanya.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim dilaporkan berkata kerajaan akan bertindak habis-habisan dalam menangani masalah pembukaan tanah pertanian di Lojing yang tidak terkawal sehingga mengakibatkan kemusnahan alam sekitar yang teruk.

Katanya pembukaan tanah yang tidak terkawal hanya akan menyebabkan kemusnahan seperti kejadian tanah runtuh dan tindakan tegas perlu diambil terhadap mereka yang terbabit. - BERNAMA

Sumber HD - 13-12-2014






































































































































































































Dr Burhanuddin pernah dicalon PM Tanah Melayu

LAN JUSOH | .


KOTA BHARU: Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) pada pada persidangan 15 Ogos 1945 merancang menubuh kabinet yang diketuai Dr Burhanuddin Al Helmy (gambar) apabila Tanah Melayu dimasyhurkan merdeka.

Tokoh PAS itu dipersetujui dilantik sebagai Perdana Menteri, manakala anggota-anggota lain kabinet yang disenarai termasuk Dato’ Abdul Rahman Yassin, Dato’ Abu Samah Ali dan Dato’ Onn Jafar.

Veteran PAS, Subky Abdul Latif berkata, bagaimanapun kabinet yang dirancang itu tidak menjadi kenyataan kerana Jepun menyerah kalah selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom oleh tentera Bersekutu.

Bagaimanapun menurut Dr Mohamad Muzammil Mohamad Noor dari USM, nasionalis Indonesia ketika itu tergesa-gesa mengisytiharkan kemerdekaan Negara itu pada 17 Ogos 1945 iaitu dua hari selepas Jepun menyerah kalah.

"Sebelum itu Dr Burhanuddin bersama Ibrahim Yaakub, Ustaz Abu Bakar Bakir, Hanif Sulaiman dan beberapa lagi pemimpinn Melayu membincangkan kemerdekaan Tanah Melayu oleh Jepun.

"Jepun memaklumkan untuk menyerah kemerdekaan serentak kepada Tanah Melayu dan Indonesia pada 17 Ogos 1945. Jepun juga mengarah pemimpin Melayu membentuk kabinet pentadbiran Tanah Melayu dan mewujudkan KRIS.

"Sebagai persediaan ke arah itu pada 13 Ogos 1945, Dr Burhanuddin bersama Ibrahim Yaakub bertemu Sukarno dan Dr Mohamad Hatta di Taiping, Perak ketika dalam perjalanan pulang menemui Field Marshal Jepun di Saigon,” kata Subky di Kota Darulnaim, 11 Disember lalu.

Subky membentang kertas kerja pada seminar Pemikiran dan Ketokohan Dr Burhanuddin Al Helmy sempena ulang tahun ke-63 PAS.

Seminar tersebut dianjur kerajaan negeri dengan kerjasama Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias).

Turut membentang kertas kerja Ahli Parlimen Tumpat, Dato’ Kamaruddin Jaafar, pensyarah Unversiti Teknologi Petronas, Dr Muhaimi Sulam dan Prof Madya Dr Syed Muhd Khairudin Aljunied dari Universiti Nasional Singapura.

Perasmian penutup seminar tersebut disempurnakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Dato’ Dr Muhamed Fadzli Hassan.

Subky berkata, Dr Burhanuddin dan Ibrahim Yaakub tidak sempat memproklamirkan kemerdekaan Tanah Melayu, biar pun pada masa yang sama Sukarno mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia.

"Dasar berlembut Jepun digunakan peluang oleh Dr Burhanuddin bagi mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu.

"Beliau bersama Ustaz Abu Bakar Bakir mengadakan pertemuan sulit di Gunung Semanggol bagi mendesak Jepun menyegerakan kemerdekaan Tanah Melayu,” katanya.

Menurutnya juga, Dr Burhanuddin pernah terlibat dengan penerbitan akhbar Warta Malaya yang diketuai Dato’ Onn Jaafar.

Dr Mohamad Muzammil pula berkata, Dr Burhanuddin menggunakan peluang kemasukan Jepun ke Tanah Melayu bagi mencapai kemerdekaan bersama Indonesia.

Sementara itu ketika memberikan ucapan alu-aluan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Dato’ Nassuruddin Daud berkata, PAS sejak sebelum merdeka lagi sudah mengadakan kerjasama dengan pelbagai pihak bagi menuntut kemerdekaan negara.

"Dr Burhanuddin mempelopori kerjasama PAS dengan mana-mana parti termasuk bukan Islam dan badan-badan bukan kerajaan untuk menuntut kemerdekaan Tanah Melayu," katanya. - HARAKAHDAILY, 12/12/2014






































































































































































































Operasi berkas PATI di Lojing diteruskan

BERNAMA | .


GUA MUSANG: Kelibat pendatang asing tanpa izin (PATI) khususnya warga Bangladesh, Indonesia dan Nepal yang bekerja di ladang sayur di tanah tinggi Lojing di sini semakin berkurangan berikutan operasi menggempur pekerja asing di kawasan itu.

Tindakan tegas pihak berkuasa menampakkan hasil apabila tinjauan mendapati kebanyakan 200 ladang sayur membabitkan 3,000 hektar yang sebelum ini dimonopoli PATI, kini tinggal pekerja-pekerja yang memiliki dokumen sah.

Beberapa penduduk Orang Asli yang tinggal di perkampungan sekitar tanah tinggi itu ketika ditemui pemberita di Lojing petang semalam, berkata operasi besar-besaran pihak berkuasa memberkas PATI, menjadikan Lojing kini lengang.

Zainal Timun, 20, berkata sebelum ini PATI boleh dikatakan berada di merata tempat sekitar Lojing, tetapi sekarang semakin berkurangan selepas polis dan Jabatan Imigresen bertindak menahan mereka.

Menyokong tindakan tegas itu, Zainal berkata kehadiran PATI menyebabkan penduduk Orang Asli sukar mencari peluang pekerjaan atau jika ada, hanya dibayar gaji yang terlalu rendah berbanding PATI.

Menurut Zainal sikap pengusaha kebun sayur di kawasan itu yang lebih suka menggaji PATI juga menyebabkan penduduk setempat terpaksa hidup dalam kemiskinan.

"Kami sendiri tidak mempunyai pekerjaan kerana pengusaha kebun sayur menawarkan gaji rendah berbanding PATI yang diberikan gaji lebih tinggi serta disediakan tempat penginapan," katanya.

Seorang pekerja ladang sayur warga Bangladesh yang dikenali Shuimieh, 25, pula berkata beliau datang ke negara ini dengan permit perjalanan sah dan tidak gusar jika ada pihak berkuasa menjalankan operasi menangkap PATI.

Beliau yang dibayar gaji RM1,100 sebulan selepas empat tahun bekerja di ladang sayur di kawasan itu mengakui tidak menghadapi sebarang masalah dan tidak pula mengganggu penduduk Orang Asli kerana sudah berkeluarga.

Dalam pada itu, anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas Ab Aziz Yusof mengalu-alukan tindakan tegas pihak berkuasa menangani masalah pembukaan tanah tidak terkawal di Lojing yang membawa kesan negatif.

Beliau yang beberapa kali melawat Lojing berkata, pengusaha terbabit rakus mengusahakan ladang sayur semata-mata untuk mengaut keuntungan tanpa mengira kepentingan menjaga alam sekitar. - Bernama

Sumr HD - 12-12-2014

'Syukur boleh mencium wajahnya buat kali terakhir'

BERNAMA | .


KOTA BAHARU: "Syukur boleh lihat dan mencium wajahnya buat kali terakhir," kata ibu Allahyarham Koperal Azman Che Soh yang meninggal dunia ketika menjalankan misi Pasukan Pengaman Sementara Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL) di Lubnan Sabtu lalu.

Hazimah Jusoh, 60, berkata beliau menerima dengan reda segala yang berlaku ke atas anaknya dan mengangap ia sebagai ketentuan Ilahi.

"Dia (Azman) seorang yang baik dan sering kali menghubungi adik beradik lain untuk bertanya khabar.

"Saya terima dan bersyukur segala-galanya berjalan dengan lancar dan arwah selamat dikebumikan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya di Kampung Pelunggul, Melor di sini, malam ini.

Terdahulu, jenazah Allahyarham dibawa pulang dari Lubnan menggunakan pesawat Charlie C-130 dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum dibawa ke Pangkalan Udara TUDM Subang, dan kemudian diterbangkan ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini.

Jenazah disembahyangkan di kediaman keluarganya di sini, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tegayung, Melor, kira-kira 9 malam.

Turut hadir memberi penghormatan ialah Panglima Dua Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Mohd Shukuri Ahmad, Asisten Ketua Staf TUDM, Mejar Jeneral Datuk Kamarulzaman Mohd Othman, Panglima Briged Kelapan Infantri, Brig Jeneral Datuk Azmy Yahya dan pegawai-pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Azman, 34, yang merupakan anggota Batalion Malaysia 850-2 (MALBATT 850-2), meninggal dunia kira-kira pukul 10.45 pagi (waktu tempatan) Sabtu lalu di Hospital Naqoura.

Allahyarham dilaporkan tidak sedarkan diri secara tiba-tiba ketika bertugas di Kem UNP 2-1, Kem Marakah, Lubnan dan menerima rawatan awal di Hospital Level 1 MALBATT sebelum dirujuk ke Hospital Naqoura, setelah masih tidak sedarkan diri.

Allahyarham yang pernah bertugas di Rejimen 11 Gerak Khas di Kem Sungai Udang, Melaka meninggalkan balu, Fatimah Senik, 32, dan tiga orang anak berumur antara 3 hingga 7 tahun. - Bernama

Sumber HD - 11-12-2014






































































































































































































Tidak berbangkit isu UG – Nik Amar

ASLANI M | .


KOTA BHARU: Tidak timbul isu kerajaan perpaduan (UG) seperti didakwa sesetengah pihak sebelum ini kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Abdullah.

Beliau berkata, hubungan rapat kerajaan negeri dan persekutuan selaras dengan kerangka perlembagaan.

“Dari aspek pentadbiran pusat dan negeri ia tidak pernah putus. Dalam banyak hal kena ada kerjasama. Kunjungan Menteri Besar ke atas Perdana Menteri akhir tahun lepas hanya agenda biasa.

“Ia bagi merapatkan lagi hubungan negeri dan pusat,” katanya di sini.

Sebelum ini ada pihak menyifatkan hubungan rapat antara kerajaan negeri dan pusat sebagai persediaan ke arah UG.

Pada November tahun lepas Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob mengunjungi hormat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Putrajaya.

Kunjungan itu turut disertai beberapa anggota Exco kerajaan negeri dan pegawai kanan.

Difahamkan pada pertemuan itu Menteri Besar turut membangkitkan beberapa isu yang perlu diberi perhatian kerajaan pusat termasuk projek lebuh raya dan pembesaran lapangan terbang.

Malah kata Mohd Amar hubungan kerajaan negeri dengan pusat sudah terjalin sejak Kelantan di bawah Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. – HARAKAHDAILY 11/12/2014


















































































































































































































Kelantan perinci kaedah laksana hukuman hudud

HARAKAHDAILY | .

KOTA BHARU: Kelantan dianggap negeri pertama di dunia yang memperincikan kaedah-kaedah pelaksanaan hukuman terhadap pesalah hudud.



Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, sebelum ini kaedah pelaksanaan hudud belum diperincikan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (EKJS) (II).

Kata beliau orang yang menghukum juga diperjelaskan dalam draf baru yang dihasilkan.

“Berdasar kepada maklumat semasa Kelantan merupakan negeri pertama yang memperincikan kaedah-kaedah pelaksanaan hukuman terhadap pesalah di bawah undang-undang Islam.

“Mungkin juga pertama di dunia. Dari segi teknikaliti dan dokumen Kelantan yang pertama memilikinya. Di Arab Saudi tidak ada dokumen,” katanya di sini.

Difahamkan prosedur pelaksanaan hudud di Arab Saudi hanya berpandu kebijaksanaan hakim.

Mohd Amar juga berkata, mengikut amalan biasa dalam aspek perundangan sepatutnya setiap acara jenayah perlu dinomborkan.

“Apa yang kita buat di Kelantan secara dokumen dan ia boleh dibuat rujukan oleh sesiapa sahaja nanti,” katanya.

Kelantan merancang membentang rang undang-undang persendirian di parlimen tahun hadapan bagi membolehkan EKJS (II) yang diluluskan pada 1993 dapat dilaksanakan.

Selain itu kerajaan negeri juga mewujudkan Jawatankuasa Teknikal bagi memperkemaskan lagi EKJS II.

Kelantan turut menghantar enam wakil dalam Jawatankuasa Khas Teknikal Hudud Peringkat Kebangsaan yang diwujudkan kerajaan pusat.

“Sebelum ini ada orang mengkritik hudud kerana mereka tidak faham. Sebab itu perlu kita perincikan lagi,” katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Hudud peringkat negeri. - HARAKAHDAILY 10/12/2014






































































































































































































Sidang khas Dun bincang Kanun Jenayah Syariah

ASLANI M | .

KOTA BHARU: Persidangan khas Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan dijangka diadakan akhir bulan ini bagi memperkemaskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (EKJS) (II).


Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, sebelum ini kerajaan negeri mewujudkan jawatankuasa kecil untuk menyemak EKJS (II) yang ada sekarang.

Katanya, ada cadangan dikemukakan kepada jawatankuasa berkenaan bagi memperkemas dan memantapkan lagi enakmen tersebut.

“Enakmen itu sudah siap dan telah dibincang pada mesyuarat Jemaah Ulama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) 1 Disember lalu.

“Kemudian ia dibentang pada mesyuarat Lembaga Maik yang dipengerusikan Tengku Mahkota Kelantan sebagai Yang Dipertua Maik.

“Apabila mendapat persetujuan daripada dua jawatakuasa terbabit, kerajaan negeri akan mengadakan sidang khas Dun,” katanya di sini.

Sebelum ini Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob memberitahu kerajaan negeri akan membawa usul persendirian ke parlimen untuk membolehkan EKJS II dilaksanakan di Kelantan pada 2015.

Sebagai persiapan ke arah pelaksanaannya kerajaan negeri juga mewujudkan Jawatankuasa Teknikal Peringkat Negeri.

Mohd Amar berkata, Jawatankuasa Teknikal bermesyuarat lima kali dalam tempoh tidak sampai setahun.

“Banyak kemajuan diperoleh. Dalam tempoh itu kita juga telah mengadakan beberapa siri bengkel dan diskusi berkaitan pelaksanaan hudud.

“Antaranya muzakarah kaedah-kaedah pelaksanaan hukum hudud dengan mengundang mufti, hakim-hakim syarie, pakar undang-undang dan pakar perubatan dari seluruh negara,” ujarnya.

Program itu dianjurkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Kata beliau rumusan muzakarah itu telah siap termasuk memperincikan bagaimana hendak laksanakan hukuman. – HARAKAHDAILY 9/12/2014






































































































































































































Kraftangan Kelantan bantu 517 usahawan

BERNAMA | .
KOTA BAHARU: Sejumlah 517 usahawan kraftangan di Kelantan mendapat bantuan daripada Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia cawangan negeri itu dalam mencari peluang perniagaan untuk mengembangkan pasaran produk mereka.

Pengarahnya, Juhari Azmi berkata pihaknya membawa usahawan dari negeri lain untuk bersama-sama dalam satu program bagi melatih usahawan tempatan mewujudkan kerjasama dan membangunkan industri kraftangan di negeri ini.

"Mereka (usahawan tempatan) perlu menjalinkan kerjasama dengan usahawan di negeri lain dengan seramai mungkin, cara ini kita yakin ia mampu meluaskan pasaran mereka," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Juhari berkata pihaknya juga membantu usahawan yang memerlukan peralatan seperti mesin teknikal, bahan mentah dan khidmat rekaan.

Beliau berkata inisiatif lain ialah pihaknya mengadakan promosi produk kraf ke seluruh negara pada setiap tahun termasuk mengadakan karnival kraftangan peringkat negeri seperti Festival Kraftangan Kelantan 2014.

Sementara itu, seorang usahawan hasil rimba, Zuhdi Zakaria, 34, berkata pendapatan tahunan Emzec Design miliknya meningkat kepada RM150,000 sejak berdaftar di bawah perbadanan itu dua tahun lalu berbanding RM50,000 sebelumnya.

"Saya diajar cara menguruskan perniagaan secara sistematik, bagaimana mencari pasaran baharu dan pelbagaikan bentuk produk," katanya.

Beliau antara usahawan yang terlibat dalam Festival Kraftangan Kelantan 2014 di Pintu Kota Sultan Ismail Petra (Dataran Al-Quran) di sini, selama 10 hari sejak 28 Nov lepas.

Sebanyak 49 gerai jualan telah disediakan melibatkan pelbagai hasil kraf seperti batik, hasil rimba dan logam.

Turut diadakan aktiviti interaktif seperti mewarna batik dan pengunjung berpeluang menyaksikan demonstrasi masakan tradisional dan seni kraf. - BERNAMA

Sumber HD - 7-12-2014

PasMa: PAS Kelantan akur nasihat MSU

ASLANI M | .


KOTA BHARU: PAS Kelantan bersetuju menerima pakai nasihat Majlis Syura Ulama (MSU) sehingga ada apa-apa arahan bertulis daripada Setiausaha Agung PAS berhubung Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa).

Setiausaha Badan Perhubungannya, Zulkifli Mamat berkata, mesyuarat PAS Kelantan pada 2 Disember lepas membuat ketetapan tersebut.

“PAS Kelantan pada mesyuarat di Putik membuat ketetapan bersetuju menerima nasihat Majlis Syura Ulama bagi memantau dengan penuh prihatin beberapa tindak tanduk muktahir ini yang dilihat boleh memecah belahkan PAS seperti dilakukan NGO PasMa,” katanya pada kenyataan media di sini hari ini.

MSU pada 12 Oktober lepas membuat keputusan yang selaras dengan peringatan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang supaya tidak berlaku ada jemaah dalam jemaah.

MSU juga memberi nasihat kepada ahli-ahli PAS supaya tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti PasMa.

Zulkifli yang juga Adun Pulai Chondong berkata, PAS Kelantan menerima pakai nasihat MSU sehingga ada arahan bertulis daripada PAS pusat. – HARAKAHDAILY 7/12/2014

Sumber HD - 7-12-2014






































































































































































































Fiffy kahwini anak Ketua Penolong Pengarah Perhubungan Koprat, MPKB-BRI

SALMAH MAT HUSAIN | .

 


KOTA BHARU: Artis remaja Fiffy Natasha, 21 akan meneruskan bidang lakonannya walaupun telah berumah tangga dengan pemuda pilihan hatinya juruterbang Muslim Azman.

Kata Fiffy minat lakonannya akan diteruskan walaupun telah bergelar isteri kepada Muslim yang juga merupakan anak kepada Ketua Penolong Pengarah Perhubungan Koprat, MPKB-BRI, Azman Mohd Daham.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di majlis kesyukuran menyambut menantu bagi pihak lelaki yang diadakan di Dewan Z & H Inn, Jalan Bayam, Kota Bharu.


Muslim yang juga anak sulung kepada Pengarah Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan, dan Kesejahteraan Rakyat, Zainiah Halim telah melangsungkan perkahwinan dengan selebriti itu pada 29 September lalu di Kuala Lumpur.

Memandangkan kedua-duanya begitu padat dengan jadual masing-masing, majlis kesyukuran bagi pihak lelaki terpaksa diadakan pada akhir November.

Fiffy yang kini telah bertudung tidak menafikan Muslim banyak bagi dorongan supaya beliau berhijab.

“Memang bertudung ni hasrat sendiri, tetapi tidak Fify nafikan dorongan dari bakal suami ketika itu juga dengan izin Allah terbuka pintu hati untuk bertudung, ”ujarnya.

Muslim masih mengizinkan isterinya meneruskan kariernya sebagai seorang pelakon, bagaimanapun Fiffy perlu memastikan watak yang ditawarkan.

“Sekarang dia dah menjadi seorang isteri, jadi sebaiknya dia dapat memilih watak-watak yang bersesuaianlah,” ujarnya.

Menyentuh tentang kerjaya Muslim pula, sudah tiga tahun beliau diamanahkan menjadi juruterbang di luar negara.

Selain aktif sebagai pelakon, Fiffy turut menjual produk-produk seperti shawl, telefon, pakaian secara online melalui instegram.

Turut hadir pada majlis kesyukuran itu ibu bapa Fiffy, Faridah Mohd Zain, dan Suhami Sajak.

Azman ketika ditemui mengharapkan rumah tangga anak sulongnya bersama pilihan hatinya sendiri berkekalan hingga ke akhir hayat. – HARAKAHDAILY 4/12/2014

Sumber HD - 4-12-2014






































































































































































































Desas-desus rombakan Exco K'tan, penjelasan SUA MB

MOHD ASRI MAT DAUD | .

Desas-desus daripada media sosial dan alternatif yang memaparkan berita tidak benar berkaitan rombakan Exco termasuk Timbalan Menteri Besar Kerajaan Negeri Kelantan amat dikesali kerana membuka ruang fitnah dan menjadi pertanyaan kebanyakan pembaca facebook serta blog.

Kenyataan yang mengaitkan YAB Ustaz Datuk Ahmad Yakob selaku Menteri Besar Kelantan dalam membentuk Exco Kerajaan Negeri selepas PRU ke-13 dalam tempoh 48 jam sebagaimana yang didakwa oleh pihak tertentu dalam laman sosial adalah tidak benar sama sekali.

Berita yang hanya dikutip dijalanan turut mendedahkan bahawa barisan Exco yang telah dilantik tidak berfungsi termasuk YB Timbalan Menteri Besar juga akan turut sama ditukar oleh YAB Menteri Besar adalah berita dan desas-desus yang tidak berasas serta fitnah kepada barisan Exco Kerajaan Negeri Kelantan.

Sepatutnya maklumat berkaitan pentadbiran kerajaan negeri hendaklah dirujuk dahulu melalui sumber berautoriti Kerajaan Negeri Kelantan.

Islam dengan keras melarang sama sekali mengambil berita tanpa diselidik apatah lagi terus menerima berita dan desas-desus tersebut lalu disebarkan kepada khalayak.

Berita persinggahan dan jalanan ini biasanya dilakukan oleh orang fasik dan peringatan hal ini ditegaskan oleh Allah dalam maksud firman-Nya:

“Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada golongan lain tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”. (Al-Hujurat: 6)


Penulis ialah Setiausaha Akhbar kepada YAB Ustaz Dato’ Menteri Besar Kelantan.

Sumber HD - 3-12-2014

Kelantan bantu Kafa tingkatkan bola sepak

SALMAH MAT HUSAIN | .




KOTA BHARU: Dakwaan sesetengah pihak kononnya kerajaan negeri tidak membantu membangunkan sukan bola sepak di negeri ini tidak berasas.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, kerajaan negeri sentiasa membantu Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) bagi memajukan sukan bola sepak.

“Kita berharap kerjasama lebih erat pada masa akan datang kerana kita melihat kejayaan sebelum ini seperti merangkul tiga piala besar dalam setahun jarang berlaku.

“Tidak ada masalah yang tidak dapat diselesaikan,” katanya selepas pertemuan dengan rombongan Kafa di pejabatnya hari ini. (Foto atas oleh UKMB)

Pengurusan Kafa diketuai pengerusinya Tan Sri Annuar Musa. Hadir sama anggota Exco kerajaan negeri, Dr Ramli Mamat dan anggota parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan.

Sebelum ini pasukan The Red Warriors berjaya menggondol tiga piala dalam setahun iaitu Piala Malaysia, Piala Liga dan Super.

Menteri Besar yang juga Pengerusi Perbadanan Stadium Kelantan berkata, semoga perbincangan dan kerjsama dapat meningkatkan lagi prestasi sukan bola sepak.

Perbincangan itu juga mewujudkan Jawatankuasa Penyelaras di antara Perbadanan Stadium Kelantan dan Kafa yang dipengerusikan, Dr Ramli.

Annuar pula mengucap penghargaan di atas kerjasama kerajaan negeri dan Perbadanan Stadium Kelantan.

Katanya, hasil perbincangan dan tanggungjawab bersama diharap membolehkan Kafa mengharungi cabaran musim depan dengan lebih cemerlang.

“Saya fikir ini satu permulaan yang sangat memberangsangkan bagi bola sepak Kelantan,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 2/12/2014

Sumber HD - 2-12-2014






































































































































































































Kelantan tumpu pendidikan agama sejak 1960-an

ASLANI M | .


KOTA BHARU: Ketika awal pentadbiran PAS di Kelantan pada 1960-an, tumpuan pendidikan agama diberi keutamaan.

Pada masa itu sekolah-sekolah agama diurus Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik).

Hasil kesungguhan tersebut sekolah-sekolah agama muncul di setiap daerah di Kelantan. Kemuncaknya kerajaan negeri menubuh Pusat Pengajian Tinggi Islam Kelantan di Nilam Puri.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, PAS memberi keutamaan terhadap bidang pendidikan sejak awal mentadbir Kelantan.

“Suatu ketika dahulu mempunyai Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan Nilam Puri yang mendapat pengiktirafan Universiti Al-Azhar Mesir.

“Malah ia setaraf dengan Fakulti Syariah Wa al-Qanun di Mesir. Ini bermakna mahasiswa dari Nilam Puri diterima masuk pada tahun pengajian yang sama di al-Azhar ketika itu,” katanya di sini.

Malangnya Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan (YPTIK) dimansuhkan selepas kerajaan PAS kecundang pada pilihan raya umum 1978.

YPTIK kemudian diserap kerajaan Barisan Nasional (BN) menjadi sebahagian Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. – HARAKAHDAILY 2/12/2014

Sumber HD - 2-12-2014






































































































































































































Rizab Melayu: Kelantan paling luas di Malaysia

SALMAH MAT HUSAIN | .


KOTA BHARU: Ketika Wanita dan Pemuda Umno terkial-kial mahu mempertahan tanah rizab Melayu, tanpa sedar negeri yang tidak diperintah Umno dan BN lebih luas tanah rizab terbabit.

Ini dibuktikan Kelantan yang mencatat tanah rizab Melayu tertinggi di negara ini iaitu seluas 1,308,686.97 hektar.

Statistik itu dikeluarkan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar serta Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan.

Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata keluasan tanah rizab Melayu di Kelantan tidak pernah susut atau berkurangan.

Katanya, Kelantan satu-satunya negeri yang mempunyai aset tanah rizab Melayu yang paling tinggi di Malaysia.

“Tanah rizab Melayu sentiasa terpelihara sehingga ia kekal antara yang tertinggi di negara ini.

“Sekiranya ada tanah rizab Melayu digunakan ia akan digantikan dengan keluasan yang sama sebagaimana diperuntukkan Fasal 3 Perkara 89 Perlembagaan Persekutuan,” katanya di sini.

Pada Persidangan Wanita dan Pemuda Umno semalam kedua-dua sayap Umno itu tanah rizab Melayu dipertahankan.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin bimbang kemerosotan tanah rizab Melayu yang jatuh mendadak daripada 50 peratus kepada 12 peratus.

Begitu juga Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pula mahu Peguam Negara diberi kuasa melindungi dan mempertahan tanah rizab Melayu melalui pindaan Enakmen Rizab Melayu.

Ahmad Fadhli berkata, tanah rizab Melayu di Kelantan membentuk 87.6 peratus daripada keluasan keseluruhan tanah di negeri tersebut iaitu 1,493,765.10 hektar. – HARAKAHDAILY 27/11/2014

Sumber HD - 27-11-2014






































































































































































































Akta 750 rampas hak wilayah negeri

SALMAH MAT HUSAIN | .

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan menyifatkan Akta 750 yang dilulus di parlimen beberapa bulan lepas bertujuan merampas hak wilayah kepunyaaan negeri-negeri.

Ia juga termasuk hasil maksul khususnya gas dan petroleum.

Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, sebelum akta itu dibentang di parlimen ia sepatutnya terlebih perlu mendapat pandangan negeri yang terlibat dan Raja-Raja Melayu.

“Ini adalah peruntukkan dalam perlembagaan yang melibatkan sempadan negeri-negeri. Maka negeri tersebut kena turut dilibatkan dan disertai sama Raja-Raja Melayu,” katanya selepas mesyuarat Exco di Kota Darulnaim, semalam.

Sebelum ini Kerajaan Persekutuan membentang Rang Undang-Undang Laut Wilayah Malaysia 2012. Akta itu membawa maksud setiap negeri di Malaysia wajib menyerahkan Pelantar Benua kepada Kerajaan Persekutuan.

Selain itu had perairan wilayah setiap negeri hanya 3 batu nautika.

Rang Undang-undang itu dilulus tanpa banyak perdebatan ahli-ahli Parlimen.

Tindakan kerajaan persekutuan tersebut disifatkan tanpa melalui proses yang betul kerana tanah adalah hak negeri seperti terkandung dalam Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan.

Fadzli berkata, kelulusan Akta 750 secara tidak langsung cuba untuk menafikan tuntutan royalti gas dan petroleum yang dituntut kerajaan Kelantan.

Sehubungan itu katanya, mesyuarat Exco mewujudkan Jawatankuasa Khas Bertindak Akta 750 bagi mengambil langkah-langkah perlu dalam menuntut royalti minyak. - HARAKAHDAILY 27/11/2014

Sumber HD - 27-11-2014

55,578 penerbangan guna 'airport' Sultan Ismail Petra

ASLANI M | .



KOTA BHARU: Sudah sampai masanya Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa dinaik taraf sebagai lapangan terbang antarabangsa memandangkan kesibukan trafiknya sekarang.

Ini dapat dibuktikan statistik pergerakan kapalterbang di lapangan terbang tersebut pada 2013 iaitu sebanyak 55,578 penerbangan.

Jumlah penerbangan tersebut termasuk MAS sebanyak 3,325 penerbangan setahun, Firefly (6,760) dan AirAsia (5,679).

Perangkaan itu dikeluarkan Department of Civil Aviation Malaysia (DCA) bagi kapalterbang yang menggunakan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa.

Manakala jumlah penumpang pada 2012 sebanyak 1.4 juta orang setahun berbanding 800,000 orang pada 2005.

Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat, Datuk Hanifa Ahmad berkata, jumlah penerbangan dan bilangan penumpang kurang sikit berbanding Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

“Jadi sudah sampai masanya Kementerian Pengangkutan, Kementerian Kewangan meluluskan untuk menaik taraf airport di Kota Bharu.

“Ini memandangkan kedudukan Kota Bharu lebih dekat dengan ibu-ibu negara Asean,” katanya di sini.

Kata beliau juga berdasar perkembangan tersebut sepatutnya kerajaan pusat memberi pertimbangan sewajarnya.

Menurutnya cadangan untuk membesarkan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra telah dikemukakan kepada kerajaan pusat.

“Pada pertemuan Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada akhir 2013 cadangan menaik taraf airport diajukan.

“Kerajaan negeri juga telah mengangkat kertas cadangan mewujudkan International Airport melalui UPEN, di mana kosnya kira-kira RM282 juta,” katanya di sini.

Speksifikasi landasan yang ada sekarang ialah 2,200 meter panjang dan lebar 45 meter. Kerajaan negeri memohon landasan dipanjangkan sehingga 3,600 meter panjang dan lebar 60 meter.

Hanifa berkata, konsentrasi penerbangan ialah di negara-negara Asean termasuk ke China, Bangkok, Jepun, Manila, Jakarta, Bangkok manakala ke Timur Tengah pula penerbangan jemaah haji ke Makkah.

Menurut beliau tanah bagi membolehkan pembesaran dilakukan sudah lama disediakan selepas pengambilan semula dibuat kerajaan negeri.

Selain itu katanya AirAsia juga bercadang mewujud hub penerbangan di Pengkalan Chepa membabitkan kawasan seluas lima ekar.

“Oleh itu kita harap kerajaan Malaysia lebih serius bagi mempertimbangkan pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra,” katanya.

Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra juga kini digunakan tujuh syarikat sekarang iaitu MAS, AirAsia, Firefly, Malindo Air, Westar, Asia Pacific Fligt Training dan Royal Malaysia Air Force (RMAF). - HARAKAHDAILY 26/11/2014

Sumber HD - 26-11-2014






































































































































































































PBT Lojing ketat kawalan aktiviti pertanian

ASLANI M | .


GUA MUSANG: Majlis Daerah Lojing (MDL) memperketatkan lagi penguatkuasaan bagi memastikan pengusaha sayur-sayuran mematuhi peraturan ditetapkan.

Penyelia Dun Galas, Abdullah Hussain berkata, MDL mempunyai lima kakitangan termasuk dua penguatkuasa bertugas memantau pembangunan tanah bagi aktiviti pertanian di Lojing.

Katanya, petugas bahagian penguatkuasa pihak berkuasa temaptan (PBT) itu terpaksa bekerja keras bagi memastikan tidak ada pengusaha sayur-sayuran melanggar peraturan ditetapkan.

“Selain MDL, Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Pejabat Tanah dan Jajahan Kecil Lojing juga memantau setiap pembangunan tanah di Lojing.

“Kerja-kerja memotong bukit bagi aktiviti pertanian perlu mendapat laporan kesan alam sekitar (EIA) daripada JAS,” katanya di sini.

Penguatkuasaan itu dibuat bagi mengelakkan tragedi tanah runtuh dan banjir kilat yang sering berlaku di Cameron Highlands berulang di Lojing.

Pada 6 November lepas berlaku banjir kilat sehingga mengorbankan lima penduduk termasuk warga asing di Cameron Highlands.

Kejadian berlaku di Ulu Merah, Ringlet. Kejadian serupa pernah berlaku Oktober tahun lalu yang terletak kira-kira 4 km dari kawasan tersebut. - HARAKAHDAILY 25/11/2014

Sumber HD -25-11-2014

Kerja tanah Lebuh Raya Rakyat siap 90 peratus

ASLANI M | .

KOTA BHARU: Jumlah keluasan keseluruhan tanah yang terbabit dengan jajaran Lebuh Raya Rakyat Machang-Kuala Krai seluas 719.6 ekar, kata Datuk Hanifa Ahmad.

Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat itu berkata, tanah tersebut termasuk milik kerajaan, hutan simpan, dan milik persendirian.

Katanya, jajaran membabitkan kawasan Hutan Simpan Ulu Sat, Bukit Bakar sejauh 3 km.

“Selain itu Tanah Rancangan Felda Berangan Mek Nab sejauh 1 km, tanah pajakan Ladang Kuala Pertang 3.6 km dan selebihnya tanah milik kerajaan. Ia melibatkan kawasan seluas 116.8 ekar.

“Manakala tanah persendirian yang terbabit pula iaitu di Ulu Sat sebanyak 7 lot, Bukit Bakar (111 lot), Kampung Raja (47 lot) dan Kampung Pek (17 lot),” katanya di sini.

Kesemua lot-lot tersebut terletak di jajahan Machang. Manakala tanah yang terbabit di jajahan Kuala Krai pula iaitu di Kampung Telekong (56 lot), Kampung Enggong (52 lot), Kenor (119 lot) dan Batu Mengkebang (41 lot). Hanifa berkata, jumlah keseluruhan tanah milik yang terbabit sebanyak 450 lot melibatkan keluasan 430.9 ekar.

Menurutnya juga semenjak masuk tapak Kelkon Sdn Bhd telah memulakan kerja meratakan tanah. Fasa pertama sepanjang 10 km dan fasa kedua serta ketiga sebanyak 20 km lagi.

“Kita jangka dapat siapkan projek berkenaan sebagaimana dirancang. Kerja-kerja awal dilakukan di tanah kerajaan di Bukit Bakar, Machang.

“Kerja-kerja meratakan tanah telah siap kira-kira 90 peratus di kawasan sepanjang 3 km,” katanya.

Bagaimanapun kata beliau disebabkan sekarang musim tengkujuh sekarang kerja-kerja tanah terpaksa dihentikan sementara. Namun katanya kerja-kerja ukur diteruskan. - HARAKAHDAILY 25/11/2014

Sumber HD - 25-11-2014






































































































































































































R pilih Tengku Razaleigh ikon pejuang royalti

SALMAH MAT HUSAIN | FOTO RIZAL TAHIR | .

KOTA BHARU: Aktivis R bersetuju untuk menjadikan Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai ikon pejuang royalti.


Presiden R, Nazri Deraman berkata, selain bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Salleh Abas, Ku Li adalah 'saksi hidup' yang konsisten dalam perjuangan royalti.

Di samping itu, ujarnya Ku Li adalah pengasas Petronas dan orang yang terlibat merangka Akta Kemajuan Petroliam 1974 dan menandatangani perjanjian dengan kesemua negeri termasuk Kelantan.

Menurut Nazri, persetujuan itu dicapai ketika pertemuan aktivis R dengan tokoh politik itu pada 14 November lalu.

Nazri memberitahu dalam pertemuan itu ada beberapa cadangan dari Ku Li, antaranya keadah ‘timbangtara’ digunakan untuk menyelesaikan kes tuntutan royalti.

Menurut Ku Li jelas Nazri, kedua-dua pihak boleh berbincang dengan melantik orang tengah sebagai pengadil.

“Berbanding proses mahkamah yang memerlukan masa yang panjang dan kos yang amat tinggi di samping risiko dari sudut perundangan kerana terlalu mengikat kedua-dua pihak.

“Ku Li sanggup mengetuai satu jawatankuasa pengurusan perbelanjaaan wang royalti dengan cadangan dua orang anggota exco Kerajaan Kelantan sebagai wakil di samping dua orang wakil Kerajaan Pusat,” ujarnya.

Jelas Nazri lagi, cadangan itu bagi mengelakkan wang digunakan bagi tujuan politik sebagaimana kebimbangan para pemimpin Umno.

“Yang penting di sini adalah bayaran royalti dibuat mengikut perjanjian dan rakyat Kelantan mendapatkan haknya,” ujarnya lagi.

Pada masa yang sama menurut Nazri, Tengku Razaleigh telah menyampaikan pandangan jelas kepada Kelantan berkenaan langkah mengheret Petronas ke mahkamah.

Katanya, ia adalah suatu yang amat sukar kerana mahkamah di bawah kerajaan Pusat.

Pada masa yang sama, jelasnya Tengku Razaleigh turut menempelak sikap pemimpin Umno Kelantan yang berusaha menggagalkan pembayaran royalti.

Katanya, Tengku Razaleigh turut mendedahkan Jawatankuasa Khas Tuntutan Royalti Petroleum yang diumumkan PM adalah satu wayang kulit.

“Ia tidak membawa sebarang maksud dalam perundangan. Ianya tidak boleh mengatasi perjanjian yang telah dimeterai,” ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 24/11/2014


Sumber HD - 24-11-2014


43,138 orang pengunjung telah mengunjungi pameran ular 

SALMAH MAT HUSAIN
Foto RIZAL TAHIR | .



KOTA BHARU: Sehingga semalam, seramai 43,138 orang pengunjung telah mengunjungi pameran ular yang diadakan di Muzium Negeri sejak 3 November lalu.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, ketika ditemui memberitahu kerajaan negeri berpuas hati terhadap pertunjukkan itu kerana banyak faedah yang diperoleh melaluinya.

Beliau berkata demikian selepas lawatannya ke pameran ular di Muzium Negeri semalam.

Turut mengiringinya ke pameran itu, anggota-anggota exco kerajaan negeri Datuk MejaR (B) Md Anizam Abdul Rahman dan Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan.

Hadir sama Pengarah Muzium, Dr Nik Azlan Nik Abdul Hadi serta beberapa orang pegawai tertinggi kerajaan negeri.

Menurutnya, pameran itu satu pendedahan yang baik untuk masyarakat berhubung spesies ular khususnya pelajar untuk mendapatkan maklumat.

“Di samping itu juga ia dapat membantu memberi pengetahuan kepada masyarakat tentang spesies ular yang tidak pernah ditemui sebelum ini,” ujarnya.

Pada masa yang sama, beliau mengingatkan bahawa spesies itu perlu dijaga dengan baik agar tidak terhapus begitu sahaja walaupun ia makhluk yang bahaya.

“Spesies ini perlu dilundungi supaya generasi akan datang akan terus mengenalinya di samping pelajar untuk mendapat maklumat,” ujarnya.

Pada masa yang sama beliau melahirkan rasa puas hati terhadap pematuhan garis panduan dari segi pemakaian bagi Puteri Ular.

“Yang kita dapati ia sudah mematuhi peraturan enakmen hiburan yang telah ditetapkan,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 24/11/2014

Sumber HD - 24-11-2014






































































































































































































Harga tiket termasuk arak, MAS perlu berubah

SALMAH MAT HUSAIN|FOTO RIZAL TAHIR | .

KOTA BHARU: Dewan Pemuda PAS Kelantan tidak menolak kemungkinan akan menggerakkan misi besar-besaran untuk menolak Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) sekiranya tidak ada sebarang perubahan dalam penjualan tiket termasuk kos minuman keras.

Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata sekiranya pihak kerajaan khususnya MAS tidak mengambil kira desakan pihaknya termasuk orang ramai, kempen menolak syarikat penerbangan itu akan diadakan besar-besaran.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyerahkan memorandum kepada pihak MAS, semalam sebagai bantahan berikutan setiap pembelian tiket oleh penumpang termasuk kos hidangan arak.

Memorandum itu diserahkan kepada Pengurus Akaun Wilayah Timur, Ruslan Mohd Yaman. Hadir sama pada penyerahan memorandum itu, Ketua Penerangan Pemuda PAS negeri, Nor Azariza Mohd Alawi.

Penyerahan memorandum itu dilakukan berikutan pendedahan dalam Dewan Rakyat minggu lalu yang dikejutkan dengan pemakluman setiap harga yang dibeli penumpang adalah termasuk dengan kos hidangan yang disediakan dalam pesawat MAS termasuk arak. – HARAKAHDAILY 21/11/2014

Sumber HD - 21-11-2014

Harga minyak RON97 sepatutnya RM2

ASLANI M | .


KOTA BHARU: Pemuda PAS Kelantan menyifatkan penurunan harga minyak RON97 sebanyak 20 sen malam tadi langsung tidak memadai berbanding kadar penurunan harga minyak dunia.

Hal ini kerana harga minyak dunia USD75.64/barrel pada 18 November lalu.

Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, harga minyak RON97 pernah diturunkan sebanyak 15 sen ke paras RM2.55 pada 22 Ogos 2008 ketika harga minyak dunia USD114.59/barrel.

Katanya, akal yang waras boleh membuat penilaian iaitu kelihatan kepincangan sikap kerajaan ketika menetapkan harga minyak selaras harga minyak dunia.

“Pada saat kerajaan menetapkan harga minyak RON97 di paras RM2.55 harga minyak dunia sedang menjunam ke paras yang sangat rendah.

“Kalau dilihat kepada rekod kenaikan dan penurunan harga minyak sebelum ini tidak sepatutnya sekadar turun sekadar 20 sen sahaja,” katanya di sini.

Malam tadi Persatuan Peniaga Petroleum Malaysia mengesahkan harga petrol RON97 turun kepada RM2.55 seliter mulai tengah malam tadi. Penurunan sebanyak 20 sen.

Berdasar kepada harga petrol RON97 sekarang ia hanya lebih 25 sen daripada harga petrol RON95 yang mendapat subsidi kerajaan.

Ahmad Fadhli berkata, penurunan ini telah dijangka berasas fenomena penurunan mendadak harga minyak dunia.

Katanya juga kerajaan menghadapi tekanan bagi menggambarkan harga minyak RON97 diapungkan mengikut harga minyak dunia.

“Kefahaman yang cuba ditanamkan dalam minda rakyat Malaysia kerana faktor nilaian mata wang yang berbeza adalah tidak berbangkit.

“Jika dilihat kepada rekod pada 22 Ogos 2008 kadar tukaran USD berbanding Ringgit ialah USD1=RM3.33 manakala hari ini pada paras USD1=RM3.36,” katanya.

Kata beliau jika benar harga minyak RON97 diselaras mengikut harga minyak dunia, maka paras yang paling ideal ialah RM1.80 - RM2.

“Namun beranikah kerajaan Barisan Nasional meletakkan paras harga minyak RON97 lebih rendah dari RON95 yang kononnya diberikan subsidi.

“Nyatalah sekarang rakyat sedang ditipu kerajaan Umno dan BN,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 19/11/2014

Sumber HD - 19-11-2014






































































































































































































Pembangunan tanah di Lojing terkawal

ASLANI M | .



KOTA BHARU: Pembangunan pertanian di Tanah Tinggi Lojing masih lagi terkawal biar pun kerap berlaku banjir kilat dan tanah runtuh di Cameron Highlands.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, biar pun kedudukan Lojing tidak jauh dari Cameron Highlands, namun sehingga kini belum berlaku tanah runtuh dan banjir kilat di sebelah Kelantan.

Katanya, keadaan pembangunan pertanian di Lojing masih lagi terkawal dan kerajaan negeri sentiasa memantau dari dekat bagi mengelak berulang tragedi seperti di Cameron Highlands.

“Sehingga sekarang keadaan masih lagi terkawal biar pun kedudukan kedua-dua kawasan pertanian tanah tinggi itu tidak jauh,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutup Himpunan Pendidik Islam 2014 di Balai Islam, hari ini.

Program tersebut dianjur kerajaan negeri dan Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik) dengan kerjasama Yayasan Islam Kelantan (Yik).

Hadir sama Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah, anggota Exco, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan, Pengarah Yik, Tengku Azmi Tengku Jaffar, Adun Gual Periuk, Muhamad Awang dan Pengerusi Pendidik, Normala Sudirman.

Program peringkat kebangsaan itu merupakan kali kedua diadakan, di mana sebelum ini di Selangor.

Pesertanya datang dari seluruh negara. Pada sebelah pagi diadakan wacana perdana disampaikan bekas Rektor UIAM, Prof Ulung Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan.

Pada 6 November lepas berlaku banjir kilat sehingga mengorbankan empat penduduk termasuk warga asing di Cameron Highlands.

Kejadian berlaku di Jalan Ulu Merah, Ringlet. Kejadian serupa pernah berlaku Oktober tahun lalu terletak kira-kira 4 km dari kawasan tersebut.

Sementara itu pada majlis berkenaan enam tokoh pendidik menerima anugerah khas disampaikan Menteri Besar.

Anugerah Tokoh Pendidik Muda diberi kepada Yusaini Yahya dari Kangar, Perlis; Tokoh Ilmuan Muslimat – Ustazah Mariam Omar dari Kubang Kerian, Kelantan.

Tokoh Penggerak Pendidik – Noh Ahmad dari Perak, Tokoh Tok Guru Pondok – Ustaz Wan Mohamad Wan Osman dari Pondok Pasir Tumbuh.

Manakala bekas anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Mohamed Daud Iraqi diberi Tokoh Pendidik Ummah dan Tokoh Murabi Negara dianugerah kepada bekas anggota Exco kerajaan Terengganu, Datuk Abu Bakar Chik.

Sebelum ini bekas Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat diberi anugerah Tokoh Ulama Nusantara. - HARAKAHDAILY 15/11/2014

Sumber HD - 15-11-2014






































































































































































































Kelantan negeri berkebajikan - Pemangku Raja

MUHAMMAD YUSRI AMIN | .

KOTA BHARU: Pemangku Raja Dr Tengku Muhammad Fa-Iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra gembira kerana kerajaan negeri terus berusaha menjadikan Kelantan sebagai negeri berkebajikan.

“Usaha itu penting bagi melahirkan keadilan dan kesejahteraan dalam kehidupan rakyat,” titah baginda sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-45 Sultan Muhammad V di Istana Balai Besar hari ini.

Baginda yang juga Tengku Mahkota Kelantan turut berharap Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa dinaik taraf menjadi Lapangan Terbang Antarabangsa.

“Beta mendapat maklum bahawa Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra merupakan lapangan terbang yang paling sibuk di Pantai Timur Semenanjung.

“Beta amat yakin ia berpotensi untuk dijadikan sebagai hab pengangkutan udara di Asia Tenggara. Ia juga untuk mempastikan permintaan pengguna dapat dipenuhi bagi menjana pembangunan ekonomi negara,” titah baginda.

Turut hadir istiadat tersebut, Menteri Besar Dato’ Ustaz Amad Yakob, Speaker Dun, Dato’ Abdullah Ya’kob, Timbalan Menteri Besar Dato’ Mohd Amar Abdullah, anggota-anggota Exco, kerabat DiRaja Kelantan dan pembesar negeri.

Baginda juga bertitah usaha kerajaan negeri merancang memajukan Kampung Laut sebagai kampung pelancongan baru suatu perkembangan menarik.

Titah baginda perkampungan itu akan diadakan program kebudayaan dan warisan serta sebagai pusat industri makanan tradisional.

“Selain itu sebagai lokasi untuk beriadah dengan pembinaan “waterfront” di kawasan itu,” titah baginda.

Pemangku Raja turut berharap pihak kerajaan meneroka bidang baru berteknologi tinggi termasuk industri teknologi hijau dan bio ekonomi untuk meningkatkan pelaburan ke negeri ini.

Dalam masa sama titah baginda, usaha boleh dilakukan untuk menjadikan Kelantan sebagai hab pendaratan minyak dan gas supaya industri hiliran dapat diterokai dan dikembangkan.

“Beta percaya langkah ini akan meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan untuk rakyat.

“Di samping itu, Beta berharap penekanan juga diberikan kepada pelaksanaan projek pelaburan yang telah diluluskan dengan kerjasama semua pihak berkenaan,” titah baginda. - HARAKAHDAILY 11/11/2014

Sumber HD - 11-11-2014

Kelantan sudah lama laksana perundangan Islam

MUHAMMAD YUSRI AMIN | .



KOTA BHARU: Pada zaman pemerintahan Sultan Mansor, Undang-Undang Syariah dilaksanakan di Kelantan termasuk hukum hudud dan qisas.

Begitu juga pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad ke-III, baginda turut menguatkuasakan undang-undang Islam.

“Baginda menyambung usaha pelaksanaan undang-undang syariah yang telah dimulakan sultan-sultan terdahulu termasuk Sultan Muhammad Ke-II dan Sultan Ahmad,” kata Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob.

Berucap di Istana Balai Besar di sini sempena Perayaan Ulangtahun Keputeraan yang Ke-45 Sultan Muhammad V katanya, rahsia kejayaan Kelantan kerana rakyatnya tunduk patuh kepada perintah Allah Taala. (Foto atas)

Menurut beliau lahirnya ramai ulama di negeri ini kerana kehebatan sultan yang menaungi pemerintahan negeri.

“Justeru patik turut menyatakan hasrat untuk menjadikan 2015 sebagai tahun permulaan ke arah pelaksanaan Undang-Undang Jenayah Islam dan persiapan ke arah itu sudah berada di peringkat terakhir.

“Oleh kerana sebahagian bidang kuasa pelaksanaan Undang-Undang Syariah berada di bawah bidang kuasa Persekutuan, maka pelaksanaannya di Kelantan tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan,” ujarnya.

Katanya juga kerajaan negeri akan membawa rang undang-undang tersebut dalam bentuk yang lebih lengkap ke Dewan Undangan Negeri sebelum dibentang di Parlimen.

Beliau berkata, usaha yang dilakukan kerajaan negeri mengikut peruntukan Perkara 76 (A) bagi mendapat kebenaran Parlimen untuk membolehkan hudud dilaksanakan di negeri ini.

Berangkat pada istiadat di Istana Balai Besar itu Pemangku Raja Dr Tengku Muhammad Fa-Iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra.

Sultan Muhammad V tidak hadir pada istiadat tersebut difahamkan berada di luar negara. - HARAKAHDAILY 11/11/2014

Sumber HD - 11-11-2014






































































































































































































Ketua Hakim Negara ketuai senarai penerima darjah kebesaran

BERNAMA | .


KOTA BAHARU: Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria mengetuai senarai 630 penerima gelaran kebesaran, darjah kebesaran, bintang, pingat, surat kepujian dan pelantikan Jaksa Pendamai sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V ke-45 hari ini.

Pada istiadat penganugerahan di Istana Balai Besar di sini, Arifin dianugerah Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPMK) daripada Sultan Muhammad V yang membawa gelaran Datuk Lela Negara.

Sebanyak 39 individu lain dianugerahkan pelbagai darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk, didahului Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor yang merupakan penerima tunggal Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPMK).

Pengarah Halfmoon Bay Capital Limited Tan Sri Wan Azmi Wan Hamzah merupakan penerima tunggal untuk anugerah Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SJMK) yang turut membawa gelaran Datuk.

Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Mohd Fauzi Mamat merupakan antara tiga individu yang menerima Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (SPSK) yang membawa gelaran Datuk.

Sultan Muhammad V turut berkenan mengurniakan anugerah Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (SPSK) yang membawa gelaran Datuk kepada Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang.

Tujuh individu pula menerima anugerah Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) yang membawa gelaran Datuk, iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Wisma AZE Group Sdn Bhd Datuk Azham Zamiri Mohamad Satar; Pengarah Urusan P. Raman Nair Sdn Bhd Eh Ain@Chandra Sekaran A/L Parian Katte Raman Nair dan Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif BIMB Holding Berhad Johan Abdullah.

Empat penerima DJMK yang lain ialah Pengarah Urusan A&D Printing Stationery Sdn Bhd Mohd Nasir Ab Ghani; Pengarah Pioneer Million Holding (M) Sdn Bhd Nik Mohd Zainal Abidin Nik Yusof; Pensyarah Jabatan Sains dan Bio Perubatan Kuliyyah Sains Kesihatan Bersekutu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Prof Dr Ridzwan Hashim dan Ketua Pegawai Pelaburan Permodalan Nasional Berhad Wan Roshdi Wan Musa.

Empat orang pula menerima Ahli Yang Kehormat Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) yang membawa gelaran Datuk iaitu Pengarah Besar Felda Malaysia Datuk Faizoull Ahmad; Pengarah Urusan Kumpulan Widad Builders Sdn Bhd Datuk Wira Muhammad Ikmal Opat Abdullah; Ketua Pegawai Perbankan Runcit Bank Rakyat Ahmad Suhaimee Mohamed Yassin dan Pengarah Hasrat Asia (M) Sdn Bhd Ronald Christopher La Faber.

Sultan Kelantan turut menganugerahkan Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (DPKK) yang membawa gelaran Datuk kepada tiga penerima iaitu Panglima Markas 7 Briged Brig Jen Ab Aziz Abdullah; Panglima Markas 4 Briged (Mekanize) Brig Jen Ahmad Tajuddin Abdul Ghani dan Ketua Pegawai Staf Prinsipal ESSCOM Bahagian Perisikan Pertahanan Brig Jen Tuan Roslan Tuan Ismail.

Panglima Markas 2 Divisyen Mej Jen Datuk Mohd Shukuri Ahmad pula merupakan penerima tunggal Ahli Yang Kehormat Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (DPKK) yang membawa gelaran Datuk.

Sebanyak 13 lagi menerima Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Paduka Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (DPSK) yang membawa gelaran Datuk iaitu Timbalan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman DCP Datuk Zamri Yahya; Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Abu Bakar Mohd Yusoff; Ketua Pengarah Jabatan Kimia Ahmad Ridzuan Ibrahim; Duta Besar Malaysia ke Republik Turki Amran Mohamed Zin; Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan Mohd Arshad Ismail dan Pengarah Jabatan Audit Negara Sektor Audit Kerajaan Negeri Che Isa Che Kob.

Penerima lain ialah Pengarah Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli Prof Dr Ibrahim Che Omar; Pakar Perunding Perubatan Klinik Pakar Perubatan HRPZII Dr Mahiran Mustafa; Ketua Jajahan Kota Baharu Nik Abdullah Nik Daud; Pengarah Tanah dan Galian Kelantan Nazran Muhammad; Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri Nik Azman Nik Abdul Majid; Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan Serpudin Mohamad dan Ketua Pengarah Kementerian Belia dan Sukan Saari Salleh.

Lima penerima terakhir yang menerima gelaran Datuk bagi anugerah Ahli Yang Kehormat Yang Kedua (Datuk Paduka) bagi Darjah Kebesaran Paduka Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (DPSK) adalah Komander Unit Tindakan Khas Bukit Aman SAC Datuk Jamaludin Ibrahim; Ketua Pengarah Jabatan Sukarelawan Malaysia Datuk Mustafa Ibrahim; Pensyarah Perubatan Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Neurosains Kampus Kesihatan USM Kubang Kerian Prof Dr Jafri Malin Abdullah; Ketua Penolong Pengarah D7 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman SAC Roslee Chik dan Timbalan Pengarah Belanjawan (Perkhidmatan Awam) Zamzuri Abdul Aziz.

Baginda turut menganugerahkan Ahli Yang Ketiga (Taulan) Bagi Darjah Kebesaran Paduka Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (PMK) kepada seorang penerima, lapan orang menerima Ahli Yang Ketiga (Taulan) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (JMK), empat orang menerima Ahli Yang Ketiga (Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (PKK) dan 40 individu menerima Ahli Yang Ketiga (Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (PSK).

Sebanyak 81 orang pula menerima Ahli Yang Keempat (Bentara) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (BSK) dan 60 orang menerima Ahli Yang Kelima (Ahli) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (ASK).

Bagi penerima Bintang-Bintang pula, sebanyak 29 orang menerima Bintang Seri Mahkota Kelantan (SMK), 39 orang Bintang Seri Kelantan (SK) dan 82 orang Bintang Ahli Kelantan (AK) manakala 61 orang menerima Pingat Bakti (PB), 74 Pingat Setia Mahkota Kelantan (PS), 59 Pingat Taat (PT) dan 41 Pingat Perangai Baik (PPB).

Lima lagi menerima Surat Kepujian dan enam orang menerima Jaksa Pendamai.

Pada majlis hari ini, 240 menerima gelaran kebesaran, darjah kebesaran dan Jaksa Pendamai daripada Sultan Muhammad V manakala baki penerima yang lain akan diadakan pada tarikh lain. - Bernama

Sumber HD - 11-11-2014






































































































































































































Kontraktor sedia bawa isu masjid ke SPRM

ASLANI M | .

KOTA BHARU: Selepas kira-kira 95 peratus pembinaan sebuah masjid siap kontraktor utama ditamatkan tanpa membuat sebarang notis atau perundingan.


Kontraktor terbabit, Wan Ibrahim Wan Abas, 54 mendakwa lebih malang lagi pekerjanya dihalau ketika datang untuk meneruskan kerja-kerja pembinaan Masjid Al Muhajirin 7 Oktober lepas.

“Tiada sebarang notis atau perbincangan dibuat. Empat jawatankuasa masjid juga telah ditamatkan perkhidmatan dan dilantik jawatankuasa baru pada awal Ramadan lalu,” katanya di sini.

Masjid tersebut dibina di atas tanah milik seorag penduduk di Kampung Pintu Geng difahamkan mendapat peruntukan daripada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) sebanyak RM200,000.

Masjid (madrasah) tersebut mempunyai keluasan 1,810 kaki persegi dianggar membabitkan kos awal sebanyak RM181,551.

Bagaimanapun Wan Ibrahim mendakwa kerja-kerja tambahan dilakukan atas arahan pemilik tanah menyebabkan kosnya bertambah kepada RM191,000.

“Selepas 95 peratus siap tiba-tiba saya ditamatkan sebagai kontraktor utama tanpa melalui sebarang perbincangan atau notis.

“Sehingga sekarang pengurusan baru masjid terhutang dengan saya sebanyak RM37,000 daripada perjanjian awal menyiapkan masjid berkenaan,” katanya.

Menurutnya juga beliau tidak teragak-agak membawa kes tersebut kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) kerana bimbang kemungkinan ada unsur-unsur tidak sihat pengurusan baru Masjid Al Muhajirin.

Sementara itu konsultan yang terbabit pembinaan masjid berkenaan mengesahkan pihak pengurusan masjid belum menjelaskan kira-kira RM36,000 tunggakan kos yang ditanggung kontraktor. - HARAKAHDAILY 10/11/2014

Sumber HD - 10-11-2014

Kelantan disisih projek perumahan rakyat

ASLANI M | .



TANAH MERAH: Sejak 1990 sehingga sekarang Kelantan diketepikan daripada mendapat peruntukan persekutuan bagi melaksanakan projek perumahan untuk rakyat di negeri ini.

Biar pun dinafikan mendapat kemudahan tersebut, namun ia tidak membantut usaha kerajaan negeri membantu rakyat berpendapatan rendah memiliki kediaman sendiri.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, Kelantan satu-satunya negeri di Malaysia yang tidak mendapat peruntukan bagi menyediakan projek rumah mampu milik kepada rakyat.

“Biar pun begitu kerajaan negeri tetap juga melaksanakan projek perumahan untuk rakyat terutamanya mereka berpendapatan rendah,” katanya pada perasmian program pecah tanah projek rumah mampu milik di Mukim Pasir Genda, dekat sini semalam. (Foto atas oleh UKMB)

Hadir sama Speaker Dun Kelantan, Datuk Abdullah Ya’kub, anggota Exco, Datuk Abdul Fattah Mahmood, Pengarah JKR negeri, Datuk Ir Syed Abdul Rahman Syed Abdullah, Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan, Dr Wan Zawawi Wan Ismail.

Selain itu Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Kelantan, Nazran Muhamad, Ketua Jajahan Tanah Merah, Dr Che Hamad Che Muda dan wakil-wakil rakyat.

Program tersebut yang diadakan di Kampung Bukit Hangus terletak kira-kira 1 km dari simpang jalan utama di Bukit Gading ke Tanah Merah.

Biar pun keadaan jalan becak disebabkan hujan, namun penduduk kampung datang beramai-ramai memeriahkan program berkenaan. Turut diadakan persembahan dikir barat dan paluan rebana.

Menteri Besar juga berkata, kerajaan negeri turut membantu membina rumah penduduk dhaif yang mempunyai bilangan keluarga ramai melalui projek rumah dhuafat.

“Rumah dhuafat biar pun tidak banyak namun kerajaan negeri membinanya di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri bagi membantu rakyat yang tidak mampu.

“Setiap rumah yang dibina dipastikan mempunyai tiga bilik tidur bagi keselesaan anggota keluarga,” katanya.

Menurutnya juga kerajaan negeri turut memastikan setiap projek perumahan berskala besar yang dibangunkan syarikat swasta di Kelantan dipastikan membina 30 peratus daripadanya rumah mampu milik.

Abdul Fattah berkata, projek rumah mampu milik dimulakan di Badang, Jalan Pantai Cahaya Bulan membabitkan 300 unit, kini sedang dalam pembinaan.

Selain itu lebih 100 unit akan dibina di Bunut Susu, Pasir Genda (68 unit) dan rumah berkonsep “town house” di Kampung Che Latiff pula 700 unit.

“Perumahan town house setinggi dua tingkat akan dibina di kawasan seluas 27 ekar merupakan konsep baru yang akan diperkenalkan di Kelantan.

“Pihak konsultan telah membentang konsep pembinaan rumah jenis tersebut. Kerajaan negeri merancang memulakan projek perintis itu di Kampung Che Latiff,” katanya. - HARAKAHDAILY 9/11/2014

Sumber HD - 9-11-2014






































































































































































































Khalifah: PM, MB diamanah untuk menjaga agama

MUHAMMAD YUSRI AMIN | .

KOTA BHARU: Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata Perdana Menteri dan Menteri Besar dalam konteks struktur organisasi kerajaan adalah mereka diberi amanah untuk menjaga agama dan mengurus orang ramai, diistilahkan sebagai 'khalifah'.

Katanya, antara ajaran agama mesti digunakan sebagai instrumen pemerintahan ialah tentang 'halal 'haram' serta amal makruf, nahi mungkar.

Perkara itu, jelasnya menjadi lebih penting dalam sistem pemerintahan.

“Ini kerana sebuah negara adalah satu kuasa yang berfungsi sebagai 'pengawal' dan 'pintu' bagi segala aktiviti rakyat.

“Dan instrumen agama seperti itu tidak bermakna sama sekali kalau sekadar menjadi peraturan yang bertulis,” kata Menteri Besar pada majlis perasmian Persidangan Perwakilan Tahunan Penghulu/Penggawa Semenanjung Malaysia Kali Ke-40 Tahun 2014 dan Majlis Makan Malam di Kota Darulnaim di sini kelmarin.

Teks perasmian dibacakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Dr Ramli Mamat.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Faudzi Che Mamat dan Yang Dipertua Kesatuan Penghulu/Penggawa Semenanjung Malaysia Mohd Fuad Zainal Abidin.

Katanya, dalam struktur organisasi kerajaan, para pemimpin terdiri dari Perdana Menteri, Menteri Besar, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, para pegawai, penggawa dan penghulu adalah sebahagian daripada mereka yang diberikan amanah untuk 'menjaga agama Islam' di tempat masing-masing di samping menguruskan rakyat.

Justeru, katanya mereka yang beruntung dan mendapat bekalan akhirat ialah mereka berjaya menunaikan amanah dan tanggungjawab diserahkan kepadanya.

Beliau merujuk sabda Rasulullah s.a.w. bahawa di antara orang yang akan mendapat naungan (teduhan) pada hari yang tidak ada sebarang 'teduhan' lain ialah pemimpin yang adil.

“Pemimpin adil itu berjaya menunaikan amanah diserahkan kepadanya dengan sebaik mungkin, manakala orang mengkhianati amanah diserahkan kepadanya itu disifatkan Rasulullah s.a.w. sebagai orang mempunyai tanda-tanda munafik.

Beliau berkata, berdasarkan hadis, ada empat sifat boleh menjadikan seseorang itu munafik, dan sekiranya ada padanya satu sifat itu, maka dia sudah memiliki satu daripada sifat munafik tersebut.

“Sifat itu ialah apabila diberikan amanah, dia mengkhianati, apabila bercakap dia berbohong, apabila berjanji dia mungkiri dan apabila bertengkar dia melampau.

“Perbuatan pecah amanah atau mengkhianati kepercayaan dan tanggungjawab diberikan oleh orang lain kepada kita adalah satu perbuatan boleh menjadikan seseorang itu munafik,” ujar beliau. - HARAKAHDAILY 9/11/2014

Sumber HD - 9-11-2014

Plagiarisme: UMK nafi, sedikit salah faham sahaja

BERNAMA | .


KOTA BAHARU: Universiti Malaysia Kelantan (UMK) hari ini menafikan berlaku plagiarisme dalam kalangan ahli akademik universiti berkenaan seperti yang didakwa di laman sosial Facebook beberapa hari lalu.

Naib Canselornya Datuk Dr Raduan Che Rose berkata pihaknya memandang serius dakwaan tersebut dan telah melakukan siasatan.

"Ini satu kes serius dan saya telah menyiasat perkara tersebut dengan memanggil kedua-dua individu terlibat iaitu individu yang kena tuduh dan individu yang membuat tuduhan untuk menyelesaikan perkara ini. Saya dapati ini disebabkan sedikit salah faham sahaja," katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Citra 2014 UMK di Kampus Pengkalan Chepa di sini, Jumaat malam.

Laman Facebook itu sebelum ini mendedahkan mengenai salah laku yang kononnya dilakukan oleh seorang profesor dari UMK yang berdepan dengan tuduhan plagiat ketika menyiapkan tesis kedoktoran di sebuah universiti luar negara.

Beliau berkata beliau telah menghubungi universiti luar negara berkenaan untuk memaklumkan perkara tersebut dan ini merupakan kes salah faham.

Raduan yang juga Setiausaha Agung Majlis Profesor Negara berkata isu kredibiliti akademik menjadi satu perkara yang sangat penting dan pihaknya tidak ada toleransi sekiranya ia benar-benar berlaku.

Beliau berkata perkara tersebut tidak perlu diperbesar kerana ia hanya satu salah faham dan telah diselesaikan selain menggesa ahli akademik untuk menumpukan usaha membangunkan UMK ke peringkat yang lebih dikenali.

"Saya ingin melihat tenaga kita, usaha kita dan segala apa yang ada untuk membangunkan universiti bukan sama-sama bergaduh," katanya. - Bernama

Sumber HD - 8-11-2014






































































































































































































Tutup aurat: Urusetia pameran ular minta maaf

SALMAH MAT HUSAIN|FOTO RIZAL TAHIR | .

KOTA BHARU: Urusetia pameran ular meminta maaf kepada kerajaan negeri dan Perbadanan Muzium Negeri berkaitan isu puteri ular ketika beraksi dalam bilik kaca.

Penolong Pengurus Urusetia Pameran Ular, Mohd Amin Hassan berkata, syarat menutup aurat ketika membuat persembahan sudah dimaklumkan lebih awal pihak muzium.

Bagaimanapun, katanya pada peringkat awal pihaknya gagal mematuhi arahan dan syarat yang ditetapkan.

“Ini menyebabkan pihak penganjur menerima kritikan daripada orang ramai. Kami memohon kemaafan kepada kerajaan negeri dan muzium,” katanya.

Muzium Negeri Kelantan menganjurkan pameran ular selama sebulan bermula 3 November lalu yang bertema "I want touch a snake". Turut diadakan persembahan ular dan puteri ular tinggal bersama ular dalam bilik kaca.

Mohd Amin berkata, pihaknya tidak ada sebarang masalah untuk meneruskan program itu dengan mematuhi peraturan ditetapkan kerajaan negeri.

Puteri Ular, Rahila Abdul Rahman, 28 turut memberitahu beliau tidak ada masalah mengikut arahan kerajaan negeri. - HARAKAHDAILY 7/11/2014

Sumber HD - 7-11-2014

Royalti: Petronas digesa henti bayaran melalui pusat

ASLANI M | .



KOTA BHARU: Rakyat Kelantan dan negeri-negeri pengeluar minyak perlu bangkit mempertahankan maruah mereka dengan menyertai perhimpunan aman di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) 7 November ini.

Presiden Royalti Kelantan, Nazri Deraman berkata, orang ramai perlu menyatakan tentangan mereka dengan menghadiri perhimpunan itu bermula jam 2.30 petang.

“Kami juga akan menyerahkan memorandum mendesak Petronas menghentikan bayaran royalti melalui Kerajaan Persekutuan, sebaliknya terus ke akaun kerajaan negeri.

“Selain itu mahu Petronas mendedahkan jumlah bayaran royalti Kelantan yang telah dibayar melalui Kerajaan Persekutuan.

“Memorandum juga membantah keputusan Jawatankuasa Khas Bayaran Tunai yang menafikan hak bayaran royalti kepada Kelantan, Terengganu dan Pahang,” katanya di sini.

Nazri juga berkata, bayaran royalti 5 peratus daripada pengeluaran minyak di perairan Kelantan benar-benar wujud.

Katanya, Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Shamsul Azhar Abbas dalam kenyataan media 30 November 2012 menjelaskan Petronas sudah melunas bayaran royalti melalui kerajaan persekutuan.

“Jadi isunya sekarang berlaku pecah amanah dan melanggar perjanjian kerana Petronas tidak membayar terus kepada akaun kerajaan negeri.

“Pengasas Petronas Tengku Razaleigh Hamzah juga menjelaskan semasa merangka draf perjanjian di antara Petronas dan negeri-negeri, ia tidak disebut had 3 batu nautikal seperti diulang-ulang pemimpin Umno sekarang,” katanya.

Kata beliau juga kenyataan Kementerian Kewangan 24 November lalu mendakwa tiada minyak di perairan Pantai Timur adalah bermotif politik dan berniat jahat. – HARAKAHDAILY 6/11/2014

Sumber HD - 6-11-2014






































































































































































































Qiadah terbaru papar hala tuju Kelantan

ASLANI M | .

KOTA BHARU: Qiadah muncul lagi dengan mengetengahkan gagasan dan hala tuju di bawah Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob.

Keluaran lepas Qiadah merakam detik-detik peralihan kepemimpinan kerajaan negeri. Qiadah bilangan ke-14 terbitan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) mencatat peristiwa genap setahun pentadbiran Membangun Bersama Islam (MBI) di bawah Menteri Besar baru.

Rencana utama memuatkan temubual ekslusif bersama Menteri Besar bermula detik awal mengambil alih tempat ditinggalkan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ustaz Ahmad bercakap mengenai pelan strategik sebagai gerak kerja kerajaan negeri berpandukan manifesto PAS Kelantan pilihan raya umum 2013.

Qiadah juga memuatkan temubual ekslusif bersama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat. Beliau bercakap mengenai jentera pentadbiran kerajaan negeri.

Pembaca juga berpeluang mengenali lebih dekat wajah-wajah pembangkang di Dun Kelantan dan melihat sejauh mana peranan mereka.

Kisah hidup Tok Guru Kob iaitu ayah kepada Menteri Besar dan Pak Nik Lah, ayah kepada Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Abdullah turut dipaparkan.

Qidah juga mengetengahkan siapa yang menerajui PMBK sekarang. Ahmad Zakie Ahmad Shariff menggunakan pengalamannya berkhidmat di Khazanah Nasional Bhd bagi memacu anak syarikat milik kerajaan negeri tersebut.

Oleh itu mereka yang berminat mendapatkan naskah terbaru Qiadah boleh menghubungi PMBK di talian 09 747 4082 atau melayari www.pmbk.gov.my - HARAKAHDAILY 6/11/2014

Sumber HD - 6-11-2014

Musuh sebenar BN, jangan perlekeh rakan sendiri

ASLANI M | .

KOTA BHARU: Pemuda PAS Kelantan berharap pimpinan DAP, PKR dan PAS kembali fokus kepada usaha-usaha memperkukuhkan Pakatan Rakyat dan bukan melihat kelemahan antara satu sama lain.

Bendaharinya, Dr Rosli Allani Abdul Kadir berkata, semua kompenan Pakatan Rakyat hendaklah menghadapi kebejatan Barisan Nasional (BN), di samping mempertahankan prinsip parti masing-masing.

“Kita perlu menghormati prinsip parti-parti rakan dalam Pakatan Rakyat. PAS tidak pernah mencampuri urusan dalaman DAP, begitulah sepatutnya DAP menghormati PAS,” katanya di sini.

Ketika Konvensyen DAP Kuala Lumpur kelmarin, Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng menjadikan PAS sebagai sasaran kecaman dalam ucapannya.

Dr Rosli yang juga Ketua Pemuda PAS Kota Bharu berkata, konvensyen sesebuah parti sepatutnya diguna membincangkan masalah dalaman parti itu dan bukannya menghentam parti rakan dalam Pakatan.

Oleh itu katanya, Pemuda PAS Kelantan menuntut Ketua Menteri Pulau Pinang lebih berhati-hati agar tidak menjadi medan konvensyen bagi memperlekehkan rakan sendiri kerana musuh sebenar Umno dan BN. - HARAKAHDAILY 6/11/2014

Sumber HD - 6-11-2014






































































































































































































Operasi aurat: Puteri Umno sokong Kelantan, selar MCA

HARAKAHDAILY | .

 
KUALA LUMPUR: Puteri Umno mahu semua pihak menghormati usaha Kerajaan Negeri Kelantan yang melakukan operasi ke atas golongan pekerja wanita yang tidak mengenakan tudung di bandar Kota Bharu.



Ketua Puteri Umno Mas Ermieyati Samsudin berkata pihaknya menyokong perlaksanaan undang-undang itu dan pihak lain diminta sensitif dengan isu itu kerana ia berkait dengan hukum dan tuntutan agama.

"Puteri amat menyokong usaha kerajaan negeri Kelantan yang melaksanakan undang-undang tersebut dan ia seharusnya dihormati oleh pelbagai pihak," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata demikian sebagai respon kepada Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai sebelum ini berkata pihaknya tidak bersetuju dengan operasi itu kerana berpendapat ia akan menjejaskan peniaga terutama komuniti Cina.

Ermieyati juga mendakwa MCA tidak sensitif apabila mempersoal tindakan yang dijalankan Majlis Perbandaran Kota Bharu itu.

"MCA perlu menghormati undang-undang yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri terutama perkara yang melibatkan agama Islam kerana ia amat sensitif.

"MCA perlu sensitif dan sebagai pendokong aspirasi rakyat mereka juga harus adil kepada semua masyarakat dan agama," kata beliau.

Operasi Gempur Aurat yang dilaksanakan September lepas mengenakan denda maksimum RM500 terhadap peniaga dan pekerja wanita Islam di Kelantan yang tidak berpakaian mengikut syariat Islam.

Pengusaha bukan Islam juga berisiko didenda jika pekerja mereka yang beragama Islam tidak mematuhi peraturan pemakaian seperti memakai pakaian seragam ketat dan berlengan pendek.

Sebanyak 34 kompaun dikeluarkan dalam operasi tersebut pada September dan akan diteruskan sehingga akhir tahun.

Jaga amanah

Sementara itu, Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Abdul Fatah Mahmood sebelum ini berkata operasi itu tidak patut dipertikai kerana peraturan yang memperuntukkan hukuman denda berkenaan sudahpun dikuatkuasa sejak tahun 1990.

Katanya operasi berkenaan juga selari dengan slogan Membangun Bersama Islam yang dianjurkan PAS dan kerajaan negeri perlu menunaikan amanah agama.

“Sebagai sebuah kerajaan yang diberik mandat oleh rakyat dan parti yang memerintah adalah PAS iaitu berteraskan Islam, kerajaan telah melaksanakan amanah sepatutnya dan kita tidak pernah melangkau hak asasi tertentu.

“Kita hendak jaga umat Islam yang memberi amanah kepada kita. Kita juga diamanahkan bukan sahaja untuk menjaga kehidupan mereka di dunia tetapi yang lebih lama di akhirat.

“Kalau kita tidak jaga di dunia ini, pasti kehidupan di akhirat juga akan terganggu, itu hasrat kita,” katanya. - HARAKAHDAILY 5/11/2014

Sumber HD - 5-11-2014






































































































































































































Kelantan pula anjur 'I want touch a snake'

SALMAH MAT HUSAIN | .
KOTA BHARU: Selepas berlalu kontroversi program “I Want to Touch a Dog” sehingga mengundang kemarahan ulama, Kelantan tampil meredakan keadaan dengan menganjurkan "I want touch a snake".

Program itu dianjurkan sempena pameran ular oleh Muzium Negeri Kelantan selama sebulan bermula semalam.

Pameran ular yang turut disertai ‘puteri ular’ itu merupakan kali ketiga diadakan di muzium berkenaan iaitu pada 2006, 2010 dan 2014.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan, Datuk Hassan Mohamood berkata, program itu boleh mengingatkan umat Islam terhadap kebesaran kejadian Allah Taala.

“Dalam keseronokan kita menyaksikan pelbagai spesis ular, sama-sama kita mengingati kebesaran Allah SWT serta menjauhi larangan-Nya.

“Jika ular di dunia kita sudah merasa gerun, bagaimana pula dengan ular yang menunggu kita dalam alam kubur nanti,” katanya selepas perasmian pameran ular anjuran Muzium Negeri di sini hari ini.

Pelbagai aktiviti diadakan sempena pameran berkenaan termasuk pertunjukan ular, wanita bersama ular, Fun With Reptiles dan pameran misteri sang buaya. Program berkenaan bertema I Want Touch A Snake.

Pelbagai jenis spesis ular dan reptilia dipamerkan. Pameran diadakan bermula jam 9 pagi sehingga 10 malam. Harga tiket dewasa (RM4), kanak-kanak (RM3) dan kanak-kanak pakaian seragam sekolah (RM2).

Pengarah Muzium Negeri, Dr Nik Azlan Nik Abdul Hadi berkata, sebanyak 150 ekor ular pelbagai jenis dipamerkan, di samping 70 ular tedung bersama puteri ular dalam bilik kaca.

“Orang ramai berpeluang menyaksikan pertunjukkan ular tiga kali sehari iaitu pada jam 12 tengah hari, 5 petang dan 9 malam,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 4/10/2014

Sumber HD - 4-11-2014

DPP Kelantan bidas SIS

SALMAH MAT HUSAIN | .


KOTA BHARU: Dewan Pemuda PAS Kelantan mempertikaikan tindakan Sister In Islam (SIS) kerana mempertikaikan langkah Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB) yang akan mengenakan tindakan ke atas pekerja wanita Islam yang tidak menutup aurat.

Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, apabila SIS menyelar tindakan kerajaan Kelantan melalui MPKB BRI secara terbuka itu, membuktikan kecenderungan mereka untuk melawan ketetapan syarak yang sudah qat’ie.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan NGO itu dalam sebuah portal yang menyebut golongan wanita muslim bebas membuat keputusan sendiri sama ada ingin bertudung atau tidak.

Tidak harus ada paksaan dalam agama menurut SIS, yang memetik beberapa ayat al-Quran untuk menguatkan hujahnya.

Menurut Fadhli, tanggungjawab menutup aurat dan batasannya adalah sesuatu yang telah dinyatakan dengan jelas oleh syarak.

“Peraturan yang ditetapkan oleh MPKB BRI adalah di dalam bidang kuasa kerajaan tempatan khususnya berkaitan pembukaan premis perniagaan.

“Jika kerajaan boleh menetapkan pemasangan lampu motosikal walaupun ketika siang hari serta pemakaian topi keledar, tiada sebab peraturan yang ditetapkan oleh MPKB BRI dikritik,”ujarnya.

Apatah lagi, jelasnya ia selari dengan kehendak syarak yang mewajibkan wanita Islam berbuat demikian. HARAKAHDAILY 3/11/2014

Sumber HD - 3-11-2014






































































































































































































Operasi Gempur Aurat: MCA jangan melatah

AKMAL SALLEH | .
PELANCARAN Majlis Operasi Gempur Aurat oleh Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) mendapat perhatian ramai termasuk MCA dan badan bukan kerajaan yang lain.

Sebagai rakyat Malaysia yang beragama Islam tentunya saya menyokong langkah MPKB-BRI itu. Etika berpakaian oleh MPKB itu bukanlah baru dibentuk malah sejak PAS memerintah Kelantan selepas tahun 1990 lagi. Apatah lagi kewajipan menutup aurat bermula sejak lebih 1400 dulu.

Bagi saya, MCA tidak pelulah melatah kerana operasi itu dilakukan dalam ruang lingkup undang-undang dan peraturan Islam dan tentunya orang bukan Islam tidak perlu risau. Cuma, orang bukan Islam akan dikenakan tindakan jika memakai pakaian yang terlalu menjolok mata.

Sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan, MCA perlulah merujuk kepada MPKB dan mereka yang arif tentang agama Islam atau institusi seperti JAKIM. Fahami dulu tentang hukum-hakam Islam, janganlah merujuk kepada badan bukan kerajaan seperti SIS yang sering kali membuat tafsiran yang tidak tepat tentag Islam.

Lagi pun adalah menjadi hak kerjaan negeri melaksanakan peraturan tersebut di negeri yang diperintah oleh mereka. Bukannya MPKB mahu melaksanakan peraturan itu di Selangor, Kuala Lumpur mahupun Pulau Pinang. – HARAKAHDAILY 31/10/2014

Sumber HD - 31-10-2014

Berjubah, tudung labuh main bola jaring

SALMAH MAT HUSAIN | .



PASIR MAS: Biar pun tertudung labuh dan berjubah, namun tidak menghalang beliawanis menyertai kejohanan bola jaring tertutup anjuran kerajaan negeri.

Kejohanan yang julung-julung kali dianjurkan itu diadakan di 14 kawasan parlimen di Kelantan.

Pengarah Urusetia Belia dan Sukan (U-Bes) Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, penyertaannya khusus untuk golongan wanita diadakan secara tertutup.

"Kita mensyaratkan peserta-peserta yang menyertai kejohanan ini menutup aurat serta tidak membenarkan penonton lelaki hadir.

“Ini bagi memberi keselesaan kepada pemain-pemain beraksi. Alhamdulillah kesemua 14 kawasan selesai menganjurkan kejohanan tersebut,” katanya selepas merasmikan kejohanan bola jaring peringkat parlimen Pasir Mas di sini, kelmarin.

Sebanyak 15 pasukan menyertai kejohanan itu bagi setiap kawasan.

Ahmad Fadhli juga berkata, golongan beliawanis perlu bersedia menghadapi cabaran moden dengan menimba pelbagai bidang kemahiran.

Katanya, ia cukup penting sebagai jaminan untuk memenuhi tuntutan kerjaya yang semakin hebat persaingannya sekarang. - HARAKAHDAILY 29/10/2014

Sumber HD - 29-10-2014






































































































































































































Peniaga kecil luah hidup makin tertekan

HARAKAHDAILY | .



Pasar malam di Wakaf Che Yeh.
KOTA BHARU: Di mana sahaja kita berada sekarang pasti ditemui orang ramai membebel panjang terhadap kos kehidupan yang semakin menekan sekarang.

Bebanan berganda menimpa sehingga mereka terpaksa mengurangkan perbelanjaan keperluan lain bagi mengisi minyak kenderaan untuk berulang alik ke tempat kerja.

Paling tertekan lagi bagi penoreh getah apabila bahan komoditi itu masih lagi berada di tahap terendah. Mereka tidak mampu lagi membeli sekampit beras 10 kg seperti sebelum ini.

Lebih parah lagi bayaran ansuran perkakas elektrik di rumah dan kenderaan tidak mampu dilunas lagi terutamanya mereka yang mempunyai bilangan anggota keluarga ramai.

Seorang penjual suratkhabar lama, Yaakub Jaafar, 61 dari Kampung Tanjung, Bachok berkata, sebelum kenaikan harga minyak awal Oktober lalu beliau hanya mengisi minyak RM3 sehari untuk berulang-alik ke Kota Bharu.

“Namun sekarang terpaksa mengisi minyak Honda Cup sebanyak RM5. Dan esok kena isi lagi. Pendapatan menjual suratkhabar lama tidak bertambah.

“Jadi saya terpaksa menggunakan duit bagi kegunaan lain untuk mengisi minyak motor. Itu belum lagi diambil kira peningkatan harga barangan keperluan harian,” katanya di sini.

Pada awal Oktober lalu kerajaan mengumumkan kenaikan petrol RON95 dan diesel sebanyak naik 20 sen seliter. RON95 sekarang berharga RM2.30 seliter dan diesel pula RM2.20.

Seorang peniaga pasar malam di Kuala Krai, Mohamad Rozi, 43 pula mengakui susah hendak cari makan sekarang kerana pelanggan tidak ramai macam dahulu.

Katanya, pelanggan semakin kurang kerana mereka yang datang ke pasar malam pun hanya membeli keperluan harian sahaja.

“Sedangkan sebelum ini kita berniaga pakaian suka kerana ramai orang terutamanya pada awal bulan, namun sekarang pasar malam pun agak lenggang,” katanya.

Situasi serupa juga dialami peniaga pasar malam di Wakaf Che Yeh dan Jalan Hulu Pasar dekat sini. Perniagaan mereka banyak merosot kerana kuasa beli pengguna semakin kurang sekarang.

Fenomena itu juga terkesan kepada peniaga kereta-kereta terpakai di mana perniagaan mereka sekarang merosot.

“Saya lebih bimbang lagi mulai awal April tahun hadapan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dikuatkuasa kerajaan.

“Sudah tertentu kami terpaksa mengenakan caj cukai itu kepada pelanggan. Cukai 6 peratus akan menyebabkan harga kereta terpakai pun akan meningkat,” kata seorang peniaga ketika ditemui di Wakaf Che Yeh semalam.

Menurutnya cukai GST dikenakan terhadap semua barangan kecuali produk disenarai di bawah kawalan kerajaan.

Rakannya juga seorang peniaga kereta terpakai memberitahu jelas nampak kecelaruan pengurusan ekonomi oleh kerajaan sekarang. - HARAKAHDAILY 29/10/2014

Sumber HD - 29-10-2014

MPKB-BRI lancar Operasi Gempur Aurat

SALMAH MAT HUSAIN | .



KOTA BHARU: Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) akan melancarkan Operasi Gempur Aurat bagi meningkatkan kesedaran kalangan wanita Muslim terhadap tanggungjawab menutup aurat.

Penolong Pengarah Jabatan Pembangunan Islam MPKB-BRI, Wan Sharafi Wan Mustapha berkata, operasi itu bukan perkara baru sebaliknya tugas rutin dijalankan MPKB-BRI berdasar Arahan Mematuhi Etika Berpakaian.

“Kempen menutup aurat bukan perkara baru kerana pekeliling kepada semua premis perniagaan sudah dikeluarkan sejak sekian lama.

“Namun malangnya masih ada pekerja wanita tidak begitu mengendahkan peraturan tersebut,” katanya di sini.

MPKB BRI dan pihak berkuasa tempatan (PBT) lain di Kelantan melaksanakan peraturan menutup aurat bagi pekerja wanita Muslim dan berpakaian sopan wanita bukan sejak awal 1990-an, selepas PAS mentadbir Kelantan.

Peraturan itu terkandung dalam syarat permohonan lesen premis perniagaan di setiap kawasan PBT.

Selain itu Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat juga sering mengadakan kempen menutup aurat.

Mereka kerap kali mengedarkan risalah kempen menutup aurat. Malah iklan menutup aurat dipasang di tempat-tempat awam.

Wan Sharafi berkata, usaha itu dilakukan selaras dengan hasrat kerajaan negeri melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II.

Katanya juga, Operasi Gempur Aurat akan mengenakan kompaun maksimum RM500 kepada pemilik premis perniagaan yang melanggar peraturan ditetapkan. – HARAKAHDAILY 29/10/2014

Sumber HD - 29-10-2014






































































































































































































Tangkap tak jumaat 3 kali di Kelantan

SUBKY LATIF | .

MUNGKIN banyak lagi dosa yang lebih besar perlu ditangani selain dari laki-laki Islam tak solat Jumaat tiga kali berturut-turut dan menyentuh anjing kering seperti rasuah, menggelapkan wang negara, menafikan royalti minyak Kelantan, tidak memberi royalti sewajar kepada negeri-negeri pengeluar minyak, penyelewangan dan lain-lain.

Tetapi jika dosa besar orang politik payah dibenteras, maka jangan pula dosa kecil dibiarkan sehingga tidak takut langsung kepada dosa. Jika yang besar tidak dicegah, jangan yang senang tidak dicegah juga.

Maka itu sebabnya orang Islam anjur orang Islam sentuh anjing patut diajar secukupnya. Dan kerajaan Kelantan rasa wajar hukum muslimin tak solat Jumaat tiga kali berturut-turut.

Hendak laksana hudud payah. Berbagai rintangan. Tangkap orang tidak solat Jumaat lebih senang, maka dulukan hukum itu.

Yang disabitkan tidak solat Jumaat tiga kali berturut-turut telah cacat iman dan akidahnya, sebelum dia diseksa di akhirat, hukum dulu dia di dunia supaya lepas itu dia tidak tinggal lagi Jumaatnya.

Kesalahan itu akan didenda RM1,000. Itu yang dicadangkan di Kelantan. Di Brunei Darussalam telah ada perintah itu dalam kanun hukuman jenayah syariah 2013 yang dikuatkasakan Apil lalu. Bab 194 kanun itu, laki-laki Islam yang berumur 15 tahun dan sempurna kekal, tiada uzur syar’ie, dan tiada alasan-alasan yang munasabah, didenda B$200 bagi kesalahan pertama, B$300 bagi kesalahan kedua dan B$1,000 bagi kesalahan ketiga.

Kelantan yang dulu merdeka melalui Tanah Melayu, dulu lulus kanun jenayah syariah, Brunei Darussalam yang merdeka kemudian, gubal kanun jenayah syariah kemudian, dulu pula pelaksanaannya.

Untuk menguatkuasakannya, rasanya Kelantan tidak perlu minta persetujuan kerajaan pusat dan tidak perlu minta kelulusan Parliman.

Yang menarik setakat ini ada NGO yang mentakwilnya. Ia dikatakan melanggar atau bercanggah dengan amalan kebebasan beragama yang dijamin oleh perlembagaan.

Kebebasan beragama bukan sekadar dijamin oleh perlembagaan, bahkan al-Quran juga menjaminnya seperti maksudnya, tiada paksaan dalam agama.

Yang Kelantan cadang itu sebenarnya adalah suatu pencerahan kepada maksud kebebasan beragama itu. Roh perlembagaan itu dipercayai adalah mengikut semangat saranan al-Quran, tidak boleh orang bukan Islam dipaksa memeluk Islam. Islam hanya mmbenarkan dakwah ke atas bukan Islam betapa eloknya menyertai Islam.

Tetapi orang Islam wajib patuh dan taat kepada semua ajaran agama itu. Semua orang bebas memeluk agama Islam tetapi Islam termasuk yang baru menyertainya tidak dibolehkan keluar dari Islam.

Yang keluar dari Islam dijatuhkan hukum murtad iaitu bunuh jika tidak bertaubat. Untuk Malaysia melaksanakan hukum ini masa ini, boleh dikira mustahil. Di Brunei hukum mati atas beberapa kesalahan jenayah syariah sudah ada tetapi belum dilaksanakan. Ia akan dilaksanakan sepenuhnya 24 bulan selepas kanun itu diperintah.

Bertindak ke atas yang tidak Jumaat tidak bercanggah dengan kebebasan beragama yang dijamin Islam. Sesiapa berada di luar masjid waktu Jumaat boleh ditangkap. Jika berada dalam rumah, polis tidak ceroboh rumah. Tapi jika duduk dalam rumah tak pernah Jumaat, ada cara mendakwanya.

Jika polis solat, mana tahu ada orang tak solat di jalan dan di pekan? Sekarang polis wanita ramai. Mereka boleh ronda pada waktu itu.

Dalam Islam apa jua yang amalan fardhu/wajib tidak dikira urusan peribadi. Yang berkuasa berhak ambil tahu. Inilah yang membezakannya dengan lain-lain kepercayaan. Umumnya peraturan Islam itu telah ada sejak zaman Nabi SAW. Ia tidak pernah pupus/luput. – HARAKAHDAILY 29/10/2014

Sumber HD - 29-10-2014






































































































































































































Hijrah dari politik sekular kepada politik Islam

 | .


ŲØŲ³Ł… Ų§Ł„Ł„Ł‡ Ų§Ł„Ų±Ų­Ł…Ł† Ų§Ł„Ų±Ų­ŁŠŁ…


RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud: “Orang-orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah daripada melakukannya” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Sempena memperingati Hijrah Al-Rasul, kenangilah perjuangan Baginda SAW yang mempertaruhkan jiwa dan raga demi menegakkan hukum Allah di muka bumi. Allah telah mengurniakan kekuasaan kepada Baginda dan seluruh umat Islam setelah mereka berhijrah bukan setakat dari meninggalkan tanah air mereka akan tetapi meninggalkan segala larangan Allah termasuk kehendak nafsu syahwat.

Saya mengajak semua agar berhijrahlah ke arah kebaikan dalam semua aspek termasuklah ekonomi, pendidikan, pentadbiran negeri dan negara juga dalam bidang politik agar kita meninggalkan politik sekular dan berhijrah kepada politik Islam yang mengambil kira soal dosa dan pahala di dalam gerak kerja.

Keberkatan - Kemakmuran - Kebajikan

SELAMAT MENYAMBUT HIJRAH AL-RASUL 1436H

USTAZ DATO' HAJI AHMAD YAKOB
Menteri Besar Kelantan

Sumber HD - 24-10-2014






































































































































































































PRU14: Kelantan mantap daftar pemilih, tarbiah

ASLANI M | .

KOTA BHARU: PAS Kelantan memberi tumpuan memperkemaskan daftar pemilih dan memperkasa program tarbiah sebagai persiapan awal menghadapi Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14).

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, memperkemas daftar pemilih memang diberi keutamaan secara berterusan di Kelantan.

Katanya, dua elemen itu cukup penting dalam misi mempertahankan kerajaan negeri pada PRU akan datang.

“Kita sudah mulakan program tarbiah sejak 24 tahun lalu. Sehingga kini Kelantan telah berjaya melahirkan anak-anak yang ada acuan agama melalui pembelajaran di Yayasan Islam Kelantan.

“Mereka lebih memahami kehendak-kehendak Islam sebagai addin. Mereka bukan sahaja menyokong sebaliknya dapat memberi khidmat bagi mempertahankan dasar Membangun Bersama Islam,” katanya di sini.

Menurutnya usaha ke arah itu sedang digerakkan di samping menghasil strategi-strategi baru sebagai persiapan awal menghadapi PRU14.

Selain itu PAS juga perlu mempunyai kekuatan aspek kewangan dan mampu menangani fitnah-fitnah yang sering dilemparkan pihak lawan.

“Biar pun agak sukar namun kita perlu juga menghadapinya di zaman langit terbuka sekarang.

“Fitnah-fitnah dan benda-benda yang boleh memberi kefahaman yang tidak betul dalam masyarakat hendaklah ditolak,” katanya.

Beliau juga berkata, kekuatan PAS kerana mendokong dasar perjuangan yang mewarisi para ambia dan nabi-nabi.

Katanya juga sebagai pendokong gerakan Islam adalah perlu difahami kita berjuang atas dasar berjemaah.

“Dalam PAS kita tidak menggunakan kuasa veto, sebaliknya kita mengamalkan syura. Apabila mempunyai kekuatan dari segi kepemimpinan peringkat jemaah kita tidak akan menghadapi masalah,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 23/10/2014

Sumber HD - 23-10-2014

Ingat kepayahan PAS K'tan untuk bangkit selepas tewas 1978

ASLANI M | .

PENGKALAN CHEPA: Susah, payah, halangan dan rintangan yang dialami ketika PAS berada di posisi pembangkang di Kelantan satu masa dahulu perlu menjadi ingatan bagi mengekalkan kerajaan negeri yang ada sekarang.

Bekas anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Omar Mohamad berkata, tidak mudah untuk bangkit semula setelah gagal mempertahankan kerajaan negeri pada pilihan raya umum (PRU) 1978.

Katanya, PAS Kelantan bangkit semula dengan menyusun strategi baru diketuai Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selepas dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS negeri.

“Tok Guru ketuai PAS ketika kita masih lagi kalah sehingga menang pada PRU 1990. Kita bangkit dengan segala kesukaran, kepayahan dan kekurangan menghadapi Umno dan BN,” katanya pada ceramah sempena sambutan 24 tahun dasar Membangun Bersama Islam (MBI) di Putik malam tadi.

Hadir sama Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, anggota-anggota Exco, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof, Pengerusi PKR Kelantan, Abdul Aziz Abdul Kadir, timbalannya, Amran Abdul Ghani dan bekas Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Mohamed Daud Iraqi.

Pada sebelah pagi diadakan pelancaran sambutan ulangtahun di Kelantan Trade Centre. Petang dianjurkan konvoi bermotosikal belia-belia dari beberapa kawasan Dewan Undangan Negeri ke Putik.

Selepas Maghrib diadakan kuliah interaktif disampaikan Juara Daie Muda Musim ke-2, Nik Ahmad Farhan Nik Muhammad dan solat hajat diimamkan Ustaz Nik Razi Nik Mat.

Omar yang juga bekas Adun Perupuk berkata, selepas hampir 23 tahun menerajui kerajaan negeri, Tok Guru Nik Abdul Aziz akhirnya berundur dan digantikan Ustaz Ahmad.

“Biar pun Tok Guru tidak lagi berada di barisan utama kepimpinan kerajaan dan parti namun beliau tinggalkan dasar yang cukup jelas bagi memacu jentera pentadbiran kerajaan iaitu Ubudiah, Masuliah dan Itqan.

“Jadi tidak timbul soal kurang atau lebihnya pimpinan yang ada sekarang kerana sudah ada dasar yang jelas bagi memandu kerajaan negeri,” katanya.

Sementara itu Abdul Aziz pula berkata, ada pihak mahu melihat perpaduan yang dibina Pakatan Rakyat sekarang berpecah bagi memastikan Umno dan BN terus selesa menerajui negara.

Katanya, media milik Umno berhempas pulas bagi menghancurkan Pakatan Rakyat dengan mencetus pelbagai isu.

“Hasil permainan licik dan agenda mereka menyebabkan ada segelintir pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat terpengaruh.

“Umno terpaksa melakukan apa sahaja kerana mereka sudah kehilangan majoriti sejak PRU 2008. Oleh itu kita hendaklah bersatu hati bagi memantapkan kembali Pakatan Rakyat,” ujarnya yang juga bekas anggota parlimen Ketereh.

Dalam pada itu, Menteri Besar Ustaz Ahmad berkata, kerajaan negeri dan PAS Kelantan akan menganjurkan sambutan Jubli Perak dasar MBI tahun hadapan apabila genap 25 tahun pemerintahan PAS dan Pakatan di Kelantan.

Katanya, acara sambutan tersebut akan diadakan lebih besar dengan mencetus idea-idea baru sebagai persediaan awal menghadapi PRU ke-14.

“Apa yang penting kita perlu lebih berdisiplin dan jujur kepada rakyat bagi terus mempertahankan kerajaan negeri pada pilihan raya umum akan datang,” ujarnya.

Sempena program tersebut kerajaan negeri dan PAS Kelantan menganugerahkan sijil dan medal kepada beberapa tokoh yang berjasa dan istimewa.

Tokoh Belia dianugerah kepada Dr Hazirah Izati Mat Hashim. Beliau berjaya menamatkan pengajian PhD ketika usia 24 tahun dalam bidang matematik di UTM.

Tokoh Wanita diberi kepada bekas Ketua Muslimat PAS Tumpat, Arniwati Sabirin yang berasal dari Bukit Tinggi, Sumatera Barat.

Tokoh Veteran Wanita - bekas anggota jawatankuasa Muslimat PAS Pengkalan Chepa, Fatimah Hassan. Tokoh Veteran Lelaki dianugerah kepada Omar yang jugaYang Dipertua PAS Bachok.

Manakala Ustaz Mohamed Daud dianugerah Tokoh Ulama Kelantan. Kesemua hadiah dan sijil disampaikan Menteri Besar. - HARAKAHDAILY 22/10/2014

Sumber HD - 22-10-2014






































































































































































































Membangun Bersama Islam: Islam mentadbir, bukan ditadbir

USTAZ DATUK AHMAD YAKOB | .


Firman Allah yang bermaksud: Berkata Nabi Sulaiman, "Wahai Tuhanku! ampunkanlah kesilapanku, dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan yang tidak ada taranya, Sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa melimpah kurnia. Lalu Kami permudahkan permohonannya dan Kami mudahkan baginya menggunakan angin yang bertiup perlahan-lahan menurut kemahuannya, ke arah mana sahaja yang dikehendaki. (Surah Shod: 35-36 )

Saya memulakan perutusan ini dengan memetik dua ayat Al-Quran yang menceritakan tentang Nabi Allah Sulaiman a.s. yang sentiasa memohon maghfirah keampunan daripada Allah SWT ketika mana memegang tampok pemerintahan.

Dasar yang dibawa oleh Nabi Sulaiman ialah ‘dasar sifar dosa’ dengan meninggikan syiar ‘Islam’ iaitu patuh menyerah diri kepada Allah SWT, ini kerana hanya dengan dasar ini sahaja akan membuahkan keberkatan serta kemakmuran kepada sesebuah pentadbiran. Dengan itulah, Allah telah mengurniakan kepadanya pemerintahan yang makmur serta dikagumi kekuasaannya oleh pemerintah lain ketika itu.

Inilah juga hasrat dan impian saya ketika memacu pentadbiran kerajaan Kelantan dengan berbekalkan sedikit pengalaman ketika bersama YB Tok Guru mentadbir Kerajaan sebelum ini. Hakikatnya, pembangunan Negeri Kelantan yang berteraskan Islam telah kita laksanakan sejak dua dekad lalu. Pendekatan aqidah Islamiah adalah kunci utama yang menaungi seluruh aspek perancangan dan pelaksanaan pembangunan negeri ini.

Bagi saya, melalui kefahaman aqidah Islamiah ini, ia berupaya membawa ke arah pengukuhan dasar pentadbiran yang berteraskan Islam di Kelantan. Ini kerana pendekatan aqidah adalah pra-syarat utama dalam membangunkan diri dan masyarakat dan sudah tentulah masyarakat yang berjaya ialah masyarakat yang berjaya pasakkan aqidah yang kukuh dalam jiwa dan pemikiran mereka.

Dalam konteks kuasa politik, sesebuah kerajaan hendaklah sedia melaksanakan cara-cara pentadbiran yang menurut lunas-lunas ajaran agama Islam. Barulah kerajaan tersebut dilihat telah mengambil kira matlamat pentadbiran berteraskan agama iaitu dengan memenuhi maqasid al-syariah. Di sebalik maqasid itulah akan berlaku jagaan dan jaminan terhadap lima keperluan asasi, iaitu terjaganya agama, nyawa, akal, keturunan dan juga harta.

Manakala aspek kedua yang diberi perhatian oleh saya selaku yang diamanahkan sebagai peneraju Kerajaan, saya ingin pastikan penerapan prinsip pentadbiran kerajaan berteraskan ubudiah, masuliah dan itqan. Apa jua kerja yang kita lakukan mesti diletakkan gambaran dosa pahala dihadapan dan kerja yang dilakukan adalah berteras masuliyah atau tanggungjawab kita serta dilakukan dengan penuh itqan atau berkualiti. Setiap kali kita lakukan kerja, setiap itulah kita telah melakukan ibadat kepada Allah.

Dasar Membangun Bersama Islam yang telah terbukti berjaya mendidik minda bukan sahaja rakyat negeri ini bahkan seluruh masyarakat Malaysia. Islam yang menjadi teras di dalam pentabiran kerajaan tidak lagi dilihat sebagai agama yang disebut-sebut di masjid atau madrasah semata-mata, tetapi ia dibawa ke meja pentadbiran. Islam dilihat mampu mentadbir dan bukan ditadbir, Islam dilihat sebagai syariat yang memerintah dan bukannya syariat yang diperintah.

Kini dasar Membangun Bersama Islam terus diperkukuh dengan pelancaran Pelan Strategik Merakyatkan Membangun Bersama Islam pada 6 Mei 2014 yang lalu agar dasar ini hidup di hati-hati rakyat dengan memastikan berlakunya nilai keberkatan, kemakmuran dan kebajikan. Justeru pelan ’merakyatkan’ ini adalah suatu perancangan program bersepadu untuk memastikan persoalan teras cara hidup warga Kelantan agar bertambah mantap berpandukan prinsip hidup beragama.

Fokus utama kerajaan ialah membudayakan aktiviti solat sebagai tiang agama. Ia boleh dijayakan menerusi aktiviti yang menggalakkan amalan solat berjemaah, menyegerakan bersolat seawal waktu walau di mana berada serta meningkatkan penghayatan dengan syiar-syiar yang membantu orang ramai sentiasa mengingati solat.

Selain itu aspek meningkatkan amalan kebersihan dengan objektifnya bagi mewujudkan Kelantan Bersih (Kelantan Go Green) serta melahirkan masyarakat cakna kebersihan dan amalan kebersihan sebagai budaya unggul juga diberi keutamaan.

Kerajaan negeri juga amat menitik beratkan pembangunan komunikasi massa dan kerajaan negeri melalui Urusetia Penerangan akan mempertingkatkan usaha bagi melaksanakan jaringan komunikasi kepada rakyat. Buletin-buletin yang telah dikeluarkan seumpama Buletin Darulnaim, Fajar Islam, Serambi serta sebaran VCD maklumat berkaitan program-program kerajaan perlu disalurkan kepada rakyat dengan pelbagai cara yang sesuai.

Saya juga di sini ingin mempertegaskan demi kesejahteraan rakyat dan keberkatan negeri kita, bahawa:

Pertama, kerajaan terus komited untuk memastikan tahun 2015 sebagai tahun pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan. Pelaksanaan Qanun jenayah Islam yang kita tumpukan ini adalah semata-mata kita inginkan keredhaan Allah di bumi Kelantan kita dan kita ingin didik seluruh rakyat agar menerima dan menggemblengkan tenaga untuk menjayakan pelaksanaannya. Peruntukan RM1 juta sebagaimana bajet lepas diteruskan untuk menjayakan pelaksanaan tersebut.

Kedua, kerajaan negeri akan tetap meneruskan dengan segala ruang yang ada bagi memastikan tuntutan royalti minyak dan petroleum akan mendapat hasilnya dan hak rakyat Kelantan dikembalikan. Semoga segala usaha yang telah diperjuangkan oleh pemimpin kerajaan negeri sebelum ini, NGO dan seluruh rakyat diberi ganjaran besar oleh Allah SWT dan akan usaha ini akan berjaya nanti, insya-Allah. - HARAKAHDAILY 22/10/2014

Rencana di atas ialah perutusan Menteri Besar Kelantan sempena Sambutan Tahun ke-24 Pentadbiran Membangun Bersama Islam Negeri Kelantan, semalam.

Sumber HD - 22-10-2014

P'raya kecil bukan ukuran Umno Kelantan kuat

ASLANI M | .


KOTA BHARU: Pilihan raya kecil (PRK) Pengkalan Kubor pada 25 September lepas dianggap tidak boleh dijadikan kayu ukur bagi melihat kekuatan sebenar Umno di Kelantan.

Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, petunjuk PRK tidak sama dengan apa yang berlaku semasa pilihan raya umum (PRU).

Bagaimanapun kata beliau PRK Pengkalan Kubor membolehkan PAS Kelantan mendapat maklumat terkini mengenai situasi politik di negeri ini.

“Kita dapat mengenali sikap sebenar pengundi di Pengkalan Kubor, biar pun kita dapat lihat dalam konteks PRK tidak sama dengan PRU.

“Apa pun ia merupakan satu perkara penting bagi kita sebagai orang politik. Apa yang berlaku itu memberi mesej penting,” katanya ketika ditemui di sini.

Pada PRK tersebut BN berjaya mempertahankan kerusi Pengkalan Kubor apabila calonnya, Mat Razi Mat Ail mendapat majoriti 2,635 undi mengatasi calon PAS, Wan Rosdi Wan Ibrahim.

BN menguasai Dun Pengkalan Kubor sejak PRU 2004 melalui Datuk Noor Zahidi Omar.

Baru-baru ini Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak menegaskan kejayaan BN pada PRK Pengkalan Kubor harus dikaji bagi menentukan kejayaan berterusan parti berkenaan.

Ustaz Ahmad yang juga Menteri Besar berkata, PAS perlu membuat beberapa persiapan bagi menghadapi PRU akan datang.

“Kita ambil isyarat-isyarat yang dikesan daripada kelemahan-kelemahan yang berlaku. Perkara itu akan kita terjemahkan dalam jawatankuasa post mortem yang telah diwujudkan.

“Mereka akan merumuskan secara terperinci bagi melihat faktor-faktor kekalahan yang sebenar.

“Ini memang memberi cabaran kepada saya lebih-lebih lagi sebagai Yang Dipertua PAS kawasan Tumpat,” ujarnya.

Menurutnya juga PAS Kelantan perlu mengambil langkah sebaik mungkin dengan menyusun strategi-strategi baru yang dikenal pasti daripada PRK terbabit. - HARAKAHDAILY 22/10/2014

Sumber HD - 22-10-2014






































































































































































































Membangun Bersama Islam lonjak pentadbir Kelantan

SALMAH MAT HUSAIN | .
KOTA BHARU: Dasar Membangun Bersama Islam (MBI) yang digembleng kerajaan Kelantan di bawah kepimpinan ulama sejak 24 tahun lalu turut memberi kesan kepada jentera pentadbiran kerajaan.

Anugerah tertinggi diterima iaitu Penganugerahan Taraf Lima Bintang Dalam Pelaksanaan Penilaian Star Ranting pada 9 Oktober lalu.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat berkata, kerajaan negeri dianugerah Sijil Pengiktirafan Agensi Bertaraf 5 Bintang Negara.

“Ia merupakan pengiktirafan yang paling tinggi diberikan kepada pejabat kerajaan negeri seluruh negara oleh kerajaan Persekutuan,” katanya pada sambutan ulang tahun ke-24 dasar MBI di KTC hari ini.

Teks ucapannya dibaca Pegawai Kewangan Negeri Datuk Nik Kazim Nik Yusof.

Mohd Faudzi berkata, beberapa anggota perkhidmatan awam negeri turut menerima anugerah peringkat persekutuan.

Selain itu penyediaan penyata kewangan dan pengurusan Pejabat Setiausaha Negeri Kelantan turut menerima penarafan empat bintang bagi 2013.

Anugerah itu paling tinggi dalam pengurusan kewangan di negara ini.

“Saya yakin dengan kesungguhan yang ditunjukkan kakitangan semua jabatan dan agensi. Tahun ini lebih banyak lagi jabatan negeri akan mencapai taraf empat bintang dalam indeks akauntabiliti pengurusan kewangan.

“Ini hasil penerapan nilai Islam dan dasar MBI diutamakan dalam gerak kerja pentadbiran,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 21/10/2014

Sumber HD - 21-10-2014

Royalti: Jawatankuasa khas jerat kerajaan negeri

ASLANI M | .

KOTA BHARU: Pertubuhan R Kelantan (Royalti) mengesa kerajaan Kelantan mengambil tindakan menarik diri daripada menyertai Jawatankuasa Khas Royalti.

Presiden Royalti, Nazri Deraman berkata, tidak ada gunanya kerajaan negeri terus bersama dalam jawatankuasa tersebut yang dianggap sebagai jerat mengheret kerajaan Kelantan.

Katanya, melalui jawatankuasa berkenaan kerajaan Persekutuan boleh mengheret Kelantan bersetuju terhadap segala yang akan diputuskan.

“Keputusan Jawatankuasa Khas Bayaran Tunai yang diumumkan Kementerian Kewangan pada 24 September lalu secara jelas menafikan hak rakyat Kelantan,” katanya di sini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataannya juga menjelaskan tidak terdapat minyak di perairan Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Selain itu turut dijelaskan Petronas juga tidak terikat dari segi undang-undang untuk membayar royalti 5 peratus kepada negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung.

Nazri juga berkata, pengasas Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah memberitahu tiada had lingkungan kawasan penemuan minyak kepada 3 batu nautikal ketika Akta Petroleum digubal.

“Kenyataan pengasas Petronas itu pada program Trasformasi Barah Ali Baba di Bumi Merdeka 16 Oktober amat jelas dan ia tidak perlu dipertikaikan mana-mana pihak.

“Beliau menjelaskan semasa merangka dan menandatangani perjanjian di antara Petronas dan negeri-negeri di Malaysia tidak berbangkit 3 batu nautika,” katanya.

Tengku Razaleigh yang juga anggota parlimen Gua Musang menjelaskan hak Kelantan ke atas royalti pada program anjuran Majlis Tindakan Ekonomi Melayu baru-baru ini.

Pada 3 September lalu kerajaan negeri menubuh Jawatankuasa Khas Audit untuk membuat semakan berkaitan bayaran royalti oleh Petronas kepada Kelantan. - HARAKAHDAILY 20/10/2014

Sumber HD - 20-10-2014






































































































































































































Royalti: Anak muda K'tan perluas kempen boikot Petronas

HARAKAHDAILY | .


KOTA BHARU: Sekumpulan anak muda Kelantan melancarkan kempen boikot terhadap stesen minyak Petronas sebagai bantahan terhadap royalti negeri itu yang tidak dibayar.

Beberapa kain rentang bertulis 'boikot Petronas' dilihat dipasang di beberapa lauan utama di ibu negeri sebagai menyatakan mesej bantahan mereka dan mengajak orang ramai bersama mereka.

Menurut mereka, sebab utama kempen ini wajar dilakukan kerana royalti yang sepatutnya dibayar kepada negeri kelantan telah diberi kepada kerajaan pusat sekaligus melanggar perjanjian 1975 yang ditandatangani Petronas dengan kerajaan negeri.

Dalam respons kepada kempen itu, NGO Royalti (R) di akaun Facebook mereka, menyatakan sokongan penuh terhadap tindakan itu.

"Tahniah diucapkan kepada anak muda Kelantan kerana berani memperjuangkan hak dan melawan mereka yang menganiayai Negeri Kelantan.

"Diharap anak Kelantan semua yang mengaku sebagai seorang yang sayang terhadap negeri menyokong gerakan mereka ini," katanya.

Sementara itu, bekas Menteri Kewangan dan Pengasas Petronas Tengku Razaleigh Hamzah semalam mengulangi penegasan bahawa Kelantan berhak mendapat bayaran royalti.

Ini kerana, dalam perjanjian petroleum yang ditandatanganinya, Petronas bersetuju membuat bayaran royalti sebanyak 5 peratus kepada mana-mana negeri yang mempunyai sumber petroleum.

"Saya sokong Datuk Nik Abdul Aziz bukan kerana saya sokong PAS, saya sokong kerana perjanjian itu saya yang tandatangani," kata Tengku Razaleigh. - HARAKAHDAILY 18/10/2014

Sumber HD - 18-10-2014

Pelajar diberi taklimat ikuti sidang Dun Kelantan

BERNAMA | .

KOTA BAHARU: Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan akan mengadakan taklimat dan menyediakan modul khas kepada pelajar yang bakal mengikuti perjalanan Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan.

Pengarahnya Hussain Awang berkata taklimat bertujuan memberi panduan kepada pelajar mengenai format laporan yang perlu disediakan pelajar selepas mengikut persidangan berkenaan.

"Dengan cara ini, pelajar boleh memberi tumpuan terhadap perjalanan persidangan itu sendiri supaya selari dengan kehendak dan keperluan sukatan pelajaran," katanya ketika dihubungi Bernama.

Pada Persidangan Dun Rabu lalu, kerajaan Kelantan dilaporkan kecewa terhadap tindakan JPN melarang pelajar mengikuti Persidangan Dun.

Sebelum sesi penggulungan dimulakan Rabu lepas, Speaker Dun Datuk Abdullah Ya'cob membaca notis larangan dipercayai dikeluarkan JPN dengan alasan ia akan mengelirukan pelajar.

Bagaimanapun Hussain menafikan pihaknya telah mengeluarkan arahan itu sebaliknya hanya mengarahkan pelajar dibekalkan dengan pengetahuan asas mengenai sidang Dun sebelum mengikutinya.

"Persiapan awal sepatutnya diberikan kepada pelajar sebelum mengikuti persidangan itu seperti mendedahkan tentang lokasi kedudukan Speaker, Exco, Adun kerajaan dan Adun pembangkang sebagai garis panduan kepada pelajar," katanya.

Katanya, aspek keselamatan pelajar sepanjang berada di luar sekolah pada waktu persekolahan juga perlu dititikberatkan dan pihak sekolah perlu mengikut prosedur yang telah ditetapkan di bawah Undang-undang Pelajaran 1957.

"Undang-undang Pelajaran 1957 yang menggunakan borang PPS 57 dalam tempoh tiga minggu sebelum lawatan. Peraturan permohonan lawatan amat penting kerana melibatkan aspek keselamatan pelajar sepanjang sesi lawatan termasuk perjalanan," katanya. - Bernama

Sumber HD - 17-10-2014






































































































































































































Bank Islam paling banyak di Kelantan

SALMAH MAT HUSAIN | .

TUMPAT: Kelantan merupakan negeri yang paling banyak mempunyai sistem perbankan Islam di negara ini dengan diterajui Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB).


Sehingga sekarang terdapat 14 cawangan Bank Islam di Kelantan daripada 134 cawangan bank itu di seluruh negara. Dan cawangan terbaru beroperasi di Wakaf Bharu.

Pengurus Besar Hubungan Strategi Bank Islam, Datuk Wan Ismail Wan Yusof berkata, cawangan Bank Islam terbaru di Kelantan dibuka di Wakaf Bharu. Kata beliau, pihaknya yakin akan mendapat pelanggan baru dalam kalangan penduduk yang tinggal di Tumpat.

“Kami berkeyakinan Bank Islam Cawangan Wakaf Bharu mampu menarik pelanggan sekitarnya Tumpat.

“Kedudukannya begitu strategi di laluan Tumpat ke Kota Bharu dapat memudahkan orang ramai berurusan,” katanya ketika ditemui pada perasmian cawangan bank berkenaan di sini, hari ini.

Perasmian dilakukan Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob. Hadir sama anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Che Abdullah Mat Nawi, Pegawai Operasi Bank Islam, Datuk Norasni Ayob dan Pengarah Yayasan Islam Kelantan (Yik), Tengku Azmi Tengku Jaafar.

Pada majlis itu Bank Islam turut menyampaikan sumbangan zakat kepada Yik dan beberapa lagi agensi lain.

Menteri Besar melahirkan rasa gembira kerana Bank Islam terus mengembangkan operasi di Kelantan dan membuka cawangan baru di Wakaf Bharu.

“Wakaf Bharu sebuah pekan yang aktif dalam aktiviti ekonomi, jadi amat wajar bank berkenaan beroperasi di sini.

“Saya berharap masyarakat setempat dapat memanfaatkan kemudahan perbankan Islam yang disediakan Bank Islam,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 16/10/2014

Sumber HD - 16-10-2014

Siasat dahulu tinggal solat Jumaat tiga kali

ASLANI M | .

KOTA BHARU: Kelantan mengenakan denda kurang RM1,000 atau penjara kurang setahun atau kedua-dua sekali terhadap mereka yang disabitkan kesalahan meninggalkan solat Jumaat secara sengaja tiga kali berturut-turut.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, Datuk Nassuruddin Daud berkata, sehingga kini hanya satu kes sahaja yang dikenakan hukuman terhadap kesalahan tersebut.

Bagaimanapun katanya, siasatan dibuat terlebih dahulu terhadap lelaki dewasa yang meninggalkan solat Jumaat tiga kali berturut-turut tanpa uzur syarie.

“Setelah lelaki berkenaan dikenal pasti sama ada mendapat laporan daripada orang awam atau imam, orang berkenaan akan dikehendaki menandatangan borang khas kedatangan ketika datang solat Jumaat di masjid.

“Dan apabila didapati borang berkenaan tidak diisi bermakna lelaki berkenaan terbukti meninggalkan solat Jumaat tiga kali berturut-turut dengan sengaja.

“Pendakwaan akan dilakukan terhadap orang terbabit sebelum dijatuhi denda kurang daripada RM1,000 atau penjara kurang setahun atau kedua-dua sekali,” katanya ketika menjawab soalan Wan Ubaidah Omar (PAS-Kijang) pada persidangan Dun hari ini.

Ketika menjawab soalan tambahan Adun sama, Nassuruddin berkata, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) juga akan membuat pemantauan terhadap golongan belia yang datang ke masjid, namun tidak menunaikan solat Jumaat.

Katanya, bahagian penguatkuasa Jaheaik akan membuat pemantauan terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan lanjut.

“Kita sedia menimbangkan cadangan Adun Kijang untuk melantik pemantau kalangan wanita bagi memastikan remaja yang datang ke masjid benar-benar menunaikan solat,” katanya.

Menurutnya kerajaan negeri menganjurkan program Bulan Sembahyang sejak berpuluh tahun lalu bagi mendidik generasi muda terhadap kewajiban menunaikan solat.

Sementara itu katanya, kerajaan negeri akan membina Masjid Sultan Muhammad V di kawasan seluas 10.6 ekar di Bandar Baru Tunjung membabitkan kos kira-kira RM20 juta.

Katanya, masjid kesenian Melayu Kelantan itu menggantikan Masjid al Hussaini sebelum mahu ditaja seorang tokoh korporat, namun tidak menjadi kenyataan sehingga sekarang.

“Masjid tersebut dengan keluasan 78,443 kaki persegi setinggi dua aras akan mengandungi bilik solat diraja, tadika, bilik musafir, tempat memandikan jenazah dijangka dapat menampung sehingga 10,000 jemaah.

“Pembinaannya akan dijalankan secara berfasa mengikut kemampuan kewangan kerajaan negeri. Masjid itu akan mempunyai 11 kakitangan termasuk dua imam,” tambahnya. - HARAKAHDAILY 15/10/2014

Sumber HD - 15-10-2014






































































































































































































3 batu nautika berapa ikan dapat ditangkap - Exco

ASLANI M | .
KOTA BHARU: “Kalau benarlah perairan Kelantan hanya sekadar 3 batu nautika berapa ekor ikan yang mampu ditangkap nelayan-nelayan di negeri ini.

“Peliknya ada pemimpin Umno sebut perairan Kelantan hanya setakat 3 batu nautika punca tidak layak mendapat royalti minyak 5 peratus setahun.

“Tetapi apabila disebut nelayan di Kelantan boleh menangkap ikan sejauh 200 batu nautika di Laut China Selatan tidak ada pula orang bantah,” kata anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Che Abdullah Mat Nawi.

Ketika menggulung perbahasan Belanjawan Kelantan 2015 pada persidangan Dun hari ini beliau mempersoalkan mengapa kaedah ukuran perairan Kelantan hanya dihadkan setakat 3 batu nautika dalam konteks tuntutan royalti.

Sedangkan jarak perairan Kelantan bagi membolehkan nelayan keluar menangkap ikan sehingga 200 batu nautika.

Ketika kempen pilihan raya kecil Dun Pengkalan Kubor 25 September lalu Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan had perairan Kelantan dan negeri-negeri di Pantai Timur hanya setakat 3 batu nautika.

Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Kelantan, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, pemimpin kerajaan pusat mendahului mahkamah dengan merumuskan Kelantan tidak layak mendapat royalti 5 peratus.

Menurutnya juga kerajaan negeri tetap meneruskan tuntutan melalui mahkamah bagi mendapat royalti tersebut sejak 2010.

“Kerajaan negeri menghantar wakil menyertai Jawatankuasa Khas yang ditubuh kerajaan pusat bagi menzahirkan sikap terbuka untuk berunding bagi mendapatkan royalti.

“Kita mahu sama-sama bincang dalam jawatankuasa berkenaan. Namun sebelum mahkamah membuat keputusan terhadap hak ke atas Kelantan royalti, tiba-tiba ada pemimpin mengeluar kenyataan negeri ini tidak layak,” ujarnya.

Beliau juga berkata, Kelantan mengharap diberi royalti 5 peratus terlebih dahulu biar pun kerajaan Sarawak telah menuntut royalti minyak sehingga 20 peratus. - HARAKAHDAILY 15/10/2014

Sumber HD - 16-10-2014

Royalti: Kelantan tubuh Jawatankuasa Khas Audit

SALMAH MAT HUSAIN | .

KOTA BHARU: Kerajaan negeri menubuh Jawatankuasa Khas Audit untuk membuat semakan berkaitan bayaran royalti oleh Petronas kepada Kelantan.

Penubuhan jawatankuasa itu diputuskan pada mesyuarat Exco kerajaan negeri pada 3 September lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, jawatankuasa itu akan diurusetia Bahagian Audit Kerajaan Negeri.

Katanya, jawatankuasa berkenaan akan dipengerusikan anggota Exco kerajaan negeri Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan dan timbalannya anggota Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan.

Katanya, penubuhan jawatankuasa itu juga akan mengkaji berkaitan Akta Laut Wilayah 2012 (Akta 750) memandangkan ia dianggap bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Penubuhan akta itu dari segi perlembagaan negara memerlukan kajian terperinci dan bukan hanya semata-mata mahu menafikan hak-hak perairan milik kerajaan negeri,” katanya selepas persidangan Dun hari ini.

Menurutnya juga kerajaan negeri berharap kerajaan Pusat sedia bekerjasama bagi memberi ruang kepada Kelantan mendapatkan maklumat akaun Petronas mengenai bayaran royalti petroleum.

Selain itu jawatankuasa berkenaan mengkaji pertikaian sempadan perairan negeri yang menjadi asas kepada kerajaan Persekutuan menafikan hak royalti petroleum milik Kelantan. - HARAKAHDAILY 15/10/2014

Sumber HD -  16-10-2014






































































































































































































Jabatan Pendidikan larang pelajar hadir sidang Dun - Speaker

ASLANI M | .

KOTA BHARU: Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Abdullah Ya'kub melahirkan rasa kesal ada arahan melarang pelajar di bawah Jabatan Pendidikan negeri (JPN) melarang mengikuti persidangan Dun.

Beliau berkata, arahan itu dianggapnya bersifat dangkal kerana Dun Kelantan mempunyai wakil pembangkang dan kerajaan.

"Saya difahamkan ada arahan mengenai larangan itu dibuat pihak JPN bagi menegah pelajar di sekolah kelolaannya hadir di persidangan Dun," katanya pada persidangan Dun hari ini.

Sebelum ini, banyak sekolah di bawah JPN, Yayasan Islam Kelantan dan institusi pengajian tinggi hadir bagi mengikuti persidangan Dun Kelantan.

Malah semalam dan kelmarin ada beberapa sekolah di bawah JPN hadir bersama guru pengiringi.

Kehadiran pelajar ke persidangan Dun bagi membolehkan mereka mengetahui perkembangan semasa di Kelantan.

Difahamkan arahan itu kononnya bagi mengelakkan pelajar terpengaruh dengan hujah-hujah penyokong kerajaan.

Abdullah berkata, tidak sepatutnya berlakunya dalam situasi demokrasi di Malaysia. - HARAKAHDAILY 15/10/2014

Sumber HD - 15-10-2014

Palestin: Dun Kelantan lulus usul kutuk serangan Israel

SALMAH MAT HUSAIN | .

KOTA BHARU: Dewan Undangan Negeri Kelantan yang bersidang semalam meluluskan usul berkaitan umat Islam di Palestin.

Usul berkenaan dibentangkan Ustaz Hassan Mahmood (PAS-Tawang) semalam sempenan persidangan Dun Kelantan Belanjawan 2015 penggal kedua Dun Kelantan ke-13.

Ustaz Hassan ketika membentangkan usul tersebut berkata, Dun Kelantan perlu mengambil ketetapan mengutuk sekeras-kerasnya serangan Israel ke atas Gaza.

Pada masa yang sama, katanya Israel perlu diheret ke Mahkamah Antarabangsa (ICJ) kerana telah melancarkan serangan kejam ke atas penduduk Gaza selama 50 hari bermula 17 Julai dan berakhir 6 September lalu.

Dalam serangan itu katanya, rejim zionis itu telah membunuh lebih 2,200 orang warga Gaza dan mencederakan sehingga lebih 10,000 orang.

“Kebanyakkannya mangsa terdiri dari orang awam termasuk bayi, kanak-kanak, wanita serta warga emas,” ujarnya.

Sambung Hassan lagi, lebih 60,000 buah rumah turut musnah sehingga mengakibatkan lebih 250,000 orang terpaksa menjalani kehidupan sebagai pelarian.

Pada masa yang sama, katanya lebih 190 buah masjid, lima buah hospital dan 150 buah sekolah telah dibedil dalam serangan tersebut.

Serangan ini, jelas Hassan lagi ianya merupakan suatu perlakuan jenayah oleh Israel yang sangat zalim dan tidak berperikemanusiaan.

“Oleh itu ianya mesti dikecam oleh semua rakyat Malaysia serta masyarakat antarabangsa serta dihukum oleh ICJ,” ujarnya.

Sementara itu, Dr Yusnan Yusof (PAS-Melor) ketika membahas usul itu, mendesak kerajaan Malaysia mempergiatkan kempen anti Israel dan memboikot barangannya dengan menggunakan semua media atau organisasi kerajaan.

Pada masa yang sama beliau mencadangkan supaya mengharamkan kemasukan semua barang dan produk yang berkaitan dengan Israel.

“Membatalkan perkhidmatan serta menghalau semua syarikat yang berkaitan dengan Israel seperti Apco yang ada di negara ini.

“Malaysia juga perlu membatalkan semua lesen NGO dan organisasi yang terlibat dengan aktiviti freemason di negara ini,”ujarnya.

Sementara itu Datuk Abdul Aziz Derashid (BN Kuala Balah) berkata, OIC sewajarnya memberi penekanan yang lebih berkesan terhadap perkara itu.

Katanya, akibat tindakan yang sambil lewa menyebabkan umat Islam Palestin menderita.

“Selagi ada pihak yang menyokong Israel, selagi ada sekutunya seperti Amerika dan Britain, sekali itu sukar untuk membantu Palestin,”ujarnya.

Menurutnya, peperangan itu sengaja dirancang dalam usaha penghapusan umat Islam dan bangsa di Palestin.

Selain mereka, dua lagi yang turut mengambil bahagian dalam perbahasan usul itu adalah Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman (PAS-Chetok) dan Datuk Norzula Mat Diah (BN-Paloh). - HARAKAHDAILY 15/10/2014

Sumber HD - 15-10-2014






































































































































































































RM379 juta royalti Kelantan dikaut kerajaan pusat

SALMAH MAT HUSAIN | .


KOTA BHARU: Pendapatan operasi petroleum di kawasan Joint Deveploment Area (JDA) sempadan Kelantan-Thailand sebanyak RM517.9 juta pada 2013.

Dan pada 2014 pula pendapatan meningkat kepada RM691.9 juta dan anggaran bagi 2015 sebanyak RM758.2 juta.

Manakala pendapatan keuntungan petroleum bukan royalti dinikmati Malaysia-Thailand berjumlah RM1.45 bilion.

Adun Salor, Datuk Husam Musa berkata, jumlah hasil petroleum tersebut terdapat dalam buku Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2015.

Katanya, sekiranya royalti dari kawasan JDA sahaja digunakan sebagai asas sepatutnya Kelantan dibayar royalti berjumlah RM379 juta daripada separuh jumlah diterima kerajaan pusat berdasarkan perjanjian 5 peratus.

“Kerajaan Persekutuan bukan sahaja menganaktirikan rakyat dan negeri Kelantan, sebaliknya menafikan hak rakyat di negeri ini mendapat royalti,” katanya ketika membahas Belanjawan Kelantan 2015 pada persidangan Dun hari ini.

Menurutnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan belanjawan baru-baru ini sekali lagi mengecualikan Kelantan dalam senarai pembinaan lebuh raya.

“Ini bukan sahaja menyedihkan rakyat Kelantan, sebaliknya tindakan itu boleh memalukan rakyat negara ini.

“Berbilion ringgit hasil berkaitan petroleum dikaut dari negeri ini. Dan jumlah royalti sebanyak RM379 juta hak Kelantan juga dikaut kerajaan pusat,” katanya.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS berkata, tindakan memperkecilkan tuntutan Kelantan menyebabkan Terengganu yang selama ini memperolehi royalti turut menjadi mangsa.

Katanya, Terengganu tiba-tiba tidak layak mendapat royalti semata-mata kerajaan pusat hendak menafikan hak Kelantan.

“Sekiranya benar Terengganu tidak layak bermakna pembayaran puluhan bilion kepada Terengganu selama ini dianggap salah bayar.

“Ia adalah satu tindakan pecah amanah bagi Petronas. Najib selaku Timbalan Perdana Menteri sebelum ini pun menyerah cek bernilai RM800 juta kepada Terengganu menjelang pilihan raya kecil Kuala Trengganu sebagai bayaran royalti,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan Kelantan membawa ke muka pengadilan pihak yang terlibat kerana melakukan perkara yang salah bayar kepada Terengganu. - HARAKAHDAILY 14/10/2014

Sumber HD - 14-10-2014

Projek Lebuh Raya Rakyat berjalan lancar

ASLANI M | .

KOTA BHARU: Selepas pelancaran masuk tapak diadakan pada 27 Ogos lalu, kerja-kerja tanah pembinaan Lebuh Raya Rakyat Machang-Kuala Krai kini siap kira-kira 75 peratus.


Kerja-kerja tersebut membabitkan jajaran sepanjang 3 km di Bukit Bakar, Machang.

Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat, Datuk Hanifa Ahmad berkata, kerja-kerja tersebut berjalan lancar.

Katanya, pembinaan diteruskan secara berperingkat-peringkat termasuk di kawasan tapak milik persendirian.

“Proses pengambilan semula tanah milik yang terbabit dengan jajaran itu sedang dijalankan Pejabat Tanah dan Galian.

“Ia dijangka mengambil masa sehingga sembilan bulan untuk diselesaikan,” katanya menjawab soalan Ustaz Roseli Ismail (PAS-Kemuning) pada persidangan Dun hari ini.

Projek lebuh raya tersebut diusahakan kerajaan negeri setelah tertangguh sejak 1986 apabila kerajaan pusat tidak senaraikan dalam RMK-5.

Pembinaan Lebuh Raya Rakyat sepanjang 30.5 kilometer bermula dari Bukit Tiu sehingga Dusun Damar, Kuala Krai membabitkan kos sebanyak RM854 juta dijangka siap akhir 2017.

Sementara itu Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, sejak 2010 sehingga September lepas Yayasan Kelantan Darulnaim (Yakin) mengeluarkan pinjaman sebanyak RM23.7 juta kepada pelajar melanjut pelajaran ke institusi pengajian tinggi.

Katanya, pinjaman yang diberi pada 2010 kepada seramai 529 pelajar, 2011 (615 pelajar), 2012 (906 pelajar), 2013 (1,039 pelajar) dan 31 pelajar sehingga September lepas.

Pinjaman tersebut termasuk kepada 222 pelajar yang mengikut pengajian di Universiti al Azhar, Mesir dalam bidang perubatan, pendidikan Islam, tahfiz dan lughah.

Selain itu pinjaman kepada pelajar di Jordan seramai 50 orang, Indonesia (100) dan Maghribi (12). - HARAKAHDAILY 14/10/2014

Sumber HD - 14-10-2014

Bajet Kelantan 2015, defisit tanpa hasil royalti

AHMAD FADHLI SHAARI | .



13 Oktober 2014, Yang Amat Berhormat Ustaz Dato Ahmad bin Yakob telah membentangkan bajet Kelantan 2015 di bawah tema Kesejahteraan Rakyat, Keutamaan Negeri. Sebagai bajet kedua beliau selepas diamanahkan sebagai Menteri Besar Kelantan menggantikan Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat selepas pilihanraya umum yang ketiga belas yang lepas, Ustaz Ahmad Yakob menggalas tanggungjawab besar selaku pengemudi baru kerajaan negeri Kelantan meneruskan dasar berkebajikan yang menjadi teras pentadbiran kerajaan negeri di samping menjadikan misi Membangun Bersama Islam yang telah diasaskan 24 tahun yang lepas terus menjadi kenyataan.

Bajet Defisit Tanpa Hasil Royalti

Bajet Kelantan 2015 ini adalah merupakan bajet defisit. Ia berasaskan anggaran hasil 2015 sebanyak RM530.828 juta berbanding anggaran perbelanjaan sebanyak RM601.514 juta. Namun, apa yang membezakan Bajet Kelantan pada kali ini, hasil royalti minyak tidak dimasukkan sebagaimana tahun 2013 dan 2104 kecuali token sebanyak RM10 sahaja. Ia tentunya bukanlah bermakna Kerajaan Kelantan sudah tidak berminat untuk memperjuangkan isu royalti minyak namun dikatakan ada sebab-sebab perundangan yang menyebakan langkah sebegini terpaksa diambil. Dalam hal ini, penjelasan yang sebaiknya tentunya akan diberikan oleh kerajaan Kelantan khususnya dari aspek teknikal agar ia difahami oleh rakyat.

Dari sudut rekod, di dalam Bajet Kelantan 2014 kerajaan negeri telah memasukkan bayaran petroleum yang patut dibayar oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri Kelantan iaitu sebanyak RM200.0 juta dan ia telah membentuk 36.41% daripada keseluruhan bajet pada waktu itu. Padahal hakikat sebenar yang berlaku tidak ada satu senpun hasil kerajan negeri yang diterima melalui pembayaran royalti. Jika ia dimasukkan sekali lagi di dalam bajet pada kali ini, di atas kertas Bajet Kelantan 2015 akan merupakan bajet surplus (lebihan) sebanyak RM130 juta.

Perlulah diingatkan, wang royalti minyak masih belum dibayar oleh kerajaan Pusat sekalipun pihak Petronas melalui Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Shamsul Azhar Abbas telah mengeluarkan kenyataan pada 29 November 2012 bahawa mereka telah membayar wang royalti melalui kerajaan persekutuan. Namun, ke manakah wang itu menghilang terus menjadi persoalan yang tidak terjawab. Dalam hal ini, perjuangan menuntut royalti minyak wajib terus menjadi agenda kepada rakyat Kelantan.

Jika ditolak hasil royalti minyak, anggaran pendapatan kerajaan negeri untuk tahun 2015 juga meningkat berbanding 2014 di mana anggaran pendapatan 2014 ialah RM349.26 juta (RM549.26 juta – RM200 juta hasil royalti minyak). Ia meningkat sebanyak kira-kira 50% kepada RM530 juta anggaran hasil pada tahun 2015 atau sebanyak kira-kira RM181 juta iaitu angka yang hampir menyamai royalti minyak sebanyak RM200 juta setahun!

Jika dilihat kepada bajet yang dibentangkan pada hari ini, anggaran hasil yang meningkat ini dapat dilihat dengan ketara terutama melalui anggaran hasil royalti manganese iaitu sebanyak RM40 juta berbanding anggaran RM11 juta pada tahun 2014. Demikian juga anggaran royalti air (air sungai) yang meningkat kepada RM13 juta berbanding anggaran RM3.5 juta pada tahun 2014. Hasil bijih besi juga mengalami peningkatan ketara dengan anggaran sebanyak RM13 juta pada tahun 2015 berbanding anggran RM6.5 juta pada tahun 2014. Diharapkan agar anggaran-anggaran sasaran yang dibuat ini dapat mencapai target yang telah digariskan pada tahun 2015 nanti sebagai satu punca pendapatan kepada kerajaan negeri Kelantan.

Dari sudut perbelanjaan mengurus, Bajet Kelantan 2015 juga menyaksikan pertambahan dengan anggaran mengurus sebanyak RM601 berbanding 2014 sebanyak RM559.64 juta. Rekod menunjukkan walaupun defisit di dalam Bajet Kelantan 2015 antaranya disebabkan oleh peningkatan mengurus, namun tidak mustahil angka ini boleh dikurangkan apabila kewangan berakhir pada Disember 2015. Menurut rekod, pada tahun 2013 perbelanjaan mengurus kerajaan negeri Kelantan hanyalah RM455.89 juta berbanding anggaran mengurus semasa Bajet Kelantan 2013 dibentangkan iaitu sebanyak RM535.95 juta. Wajar juga untuk dinyatakan, penjimatan sebanyak RM100 juta ini ialah angka yang cukup membanggakan ditambah lagi dengan fakta bahawa tahun 2013 ialah merupakan tahun pilihanraya.

Belia Diberikan Keutamaan

Di dalam bajet Kelantan 2015, golongan belia kelihatan diberikan sedikit keutamaan dengan penambahan peruntukan khususnya pada program-program yang melibatkan golongan ini. Skim Gerbang Az-Ziwaaj contohnya mendapat peruntukan sebanyak RM2.2 juta berbanding 2014 iaitu sebanyak RM2 juta sahaja. Peningkatan sebanyak RM0.2 juta ini boleh menampung pertambahan pemohon sebanyak 200 orang iaitu dengan pemberian sebanyak RM1000 untuk setiap pasangan.

Skim Gerbang Az-Ziwaaj ialah salah satu bukti kecaknaan kerajaan negeri Kelantan terhadap golongan belia yang baru mendirikan rumahtangga untuk kali pertama. Untuk rekod, semenjak diperkenalkan pada tahun 2011, skim ini telah memberikan manfaat kepada seramai 10,335 pasangan (angka sehingga Jun 2014) dengan jumlah pemberian sebanyak lebih RM10 juta! Sekalipun ia tidak dapat menandingi peruntukan untuk PERMATA di dalam Bajet Kerajaan Persekutuan saban tahun, namun angka sebanyak 10 ribu pasangan ini bukanlah angka yang kecil bagi sebuah kerajaan negeri seperti Kelantan.

Dari sudut program pembangunan belia, peningkatan peruntukan dicatatkan dengan jumlah sebanyak RM2.3 juta peruntukan untuk tahun 2015 berbanding RM2.15 juta pada tahun 2014. Peruntukan inilah yang akan digunakan untuk membiayai aktiviti-aktiviti kepemudaan di seluruh negeri Kelantan pada tahun 2015 nanti. Ia belum termasuk peruntukan pembangunan sukan sebanyak RM2.1 juta dan juga Dana Belia Niaga yang merupakan dana khas untuk menggalakan golongan belia memulakan dan memajukan perniagaan.

Namun, angka ini sebenarnya masih agak kecil jika dibandingkan dengan peruntukan untuk pembangunan belia di negeri-negeri yang lain. Di negeri Johor misalnya, bajet 2014 memperuntukan sebanyak RM18 juta untuk aktiviti-aktiviti pembangunan belia dan sukan daripada keseluruhan RM1,062 juta perbelanjaan mengurus. Ia membentuk 1.6 peratus berbanding Bajet Kelantan 2015 hanya sebanyak 0.73 peratus sahaja (RM4.4 juta daripada RM601.5 juta perbelanjaan mengurus).

Adalah diharapkan agar Bajet Kelantan di tahun-tahun akan datang lebih memberikan penekanan terhadap pembangunan aktiviti belia dan sukan khususnya di dalam mendepani pilihanraya umum ke 14 yang akan datang nanti.

Pendidikan dan Pembelajaran Kekal Sebagai Agenda Utama

Pendidikan dan pembelajaran juga dilihat masih kekal sebagai agenda utama kerajaan negeri Kelantan. Di samping mengekalkan bajet sebanyak RM72 juta kepada Yayasan Islam Kelantan sebagai agensi utama pendidikan di negeri ini, kerajaan juga telah meningkatkan peruntukan untuk tujuan program pendidikan dan pembelajaran melalui agensi-agensi yang lain.

Di bawah tajuk pendidikan pra sekolah, aktiviti pendidikan, bantuan pelajaran, dana pendidikan guru YIK dan program pengajian tinggi, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM5.18 juta berbanding RM4.36 juta pada tahun 2014. Ini menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan kerajaan negeri Kelantan untuk tujuan pendidikan ialah sebanyak RM76 juta yang merupakan satu angka yang cukup besar.

Golongan Wanita Dihargai

Golongan wanita dilihat sebagai komponen utama masyarakat juga mendapat penghargaan di dalam Bajet Kelantan 2015 yang menyaksikan kenaikan peruntukan khusus untuk pembangunan keluarga dan wanita. Di bawah tajuk sumbangan pembangunan dan kebajikan wanita, Majlis Perundingan Wanita, Rumah Perlindungan Sinar Harapan, Orang Kelainan Upaya (OKU), Latihan Wanita dan lain-lain, kerajaan Kelantan telah memperuntukkan sebanyak RM4.75 juta berbanding RM4.35 juta pada tahun 2014.

Dalam hal ini, kerajaan Kelantan melalui ahli exco Puan Mumtaz Mat Nawi dilihat agresif membangunkan aktiviti-aktiviti yang melibatkan kebajikan golongan wanita yang membentuk separuh dari anggota masyarakat. Pemerkasaan Majlis Perundingan Wanita Kelantan yang ditubuhkan di bawah Dasar Wanita Kelantan dilihat sebagai satu platform yang cukup berkesan di dalam menghimpunkan tenaga pimpinan wanita di seluruh peringkat bagi menjana kefahaman dan menjaga kebajikan golongan ini.

Ulama/Guru Pondok/Ketua Madrasah dan Peningkatan Peruntukan JHEAIK

Ulama dan guru pondok juga dilihat sebagai satu komponen penting di dalam pentadbiran kerajaan negeri Kelantan Darul Naim. Ini dibuktikan dengan langkah Menteri Besar Kelantan sendiri mengagihkan bantuan kepada seluruh guru-guru pondok di negeri Kelantan beberapa bulan yang lepas. Kali ini di dalam bajet Kelantan 2015, kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM2 juta untuk kebajikan guru-guru pondok/ketua madrasah berbanding RM1.5 juta pada tahun 2014. Peruntukan ini disalurkan melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan.

Secara keseluruhannya, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan mendapat kenaikan peruntukan melebihan setengah juta di mana pada tahun 2014, jabatan ini diperuntukan sebanyak RM5.4 juta berbanding Bajet Kelantan 2015 yang memperuntukan sebanyak RM6.08 juta. Ini sekaligus menunjukkan komitmen kerajaan negeri Kelantan untuk melihat aktiviti-aktiviti keagamaan berjalan dengan lancer selaras dengan dasar Membangun Bersama Islam yang menjadi teras pentadbiran negeri ini.

Apa yang pasti, cabaran utama yang akan dihadapi oleh JHEAIK pada tahun 2015 ialah memastikan pelaksanaan hukum hudud yang telah dijanjikan oleh kepimpinan kerajaan negeri Kelantan Darul Naim. Selaku agensi yang bertanggungjawab memastikan aspek-aspek teknikal diselesaikan bagi memastikan hukum ini dilaksanakan, tentunya peruntukan ini akan digunakan sebaik mungkin ke arah menjayakan cita-cita murni ini.

Penutup

Sekalipun masih banyak perkara yang boleh disentuh di dalam Bajet Kelantan 2015 ini, namun secara umumnya dapatlan dibuat kesimpulan bahawa Bajet Kelantan 2015 sebagaimana bajet-bajet yang lepas masih meneruskan idea Membangun Bersama Islam sebagai satu teras yang tidak boleh dipisahkan sama sekali daripada pentadbiran ini.

Tarikh 13 Oktober 2014 yang dipilih sebagai tarikh pembentangan bajet ini juga hanya dipisahkan lapan hari sahaja dengan tarikh 21 Oktober yang merupakan tarikh bersejarah bagi kerajaan negeri Kelantan yang berpindah tangan kepada PAS pada tahun 1990. Semoga bajet ini dapat dilaksanakan sebaik mungkin dengan pertolongan daripada Allah SWT dan semoga hasrat murni kerajaan negeri di bawah pimpinan YAB Ustaz Dato Ahmad bin Yakob mendapat keredhaan dan keberkatan daripada Allah SWT.

Penulis ialah Ketua Pemuda PAS Kelantan.

Sumber HD - 14-10-2014






































































































































































































Projek baru tawar peluang pekerjaan di Kelantan

ASLANI M | .


KOTA BHARU: Ribuan peluang pekerjaan menanti rakyat Kelantan apabila kilang simen dan kilang besi beroperasi di Gua Musang tidak lama lagi.

Kilang simen pada tiga tahun pertama beroperasi akan mengeluarkan simen sebanyak 2,000 metrik tan sehari dan selepas tiga tahun pengeluaran bertambah kepada 10,000 metrik tan.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, kedua-dua kilang tersebut menawarkan ribuan pekerjaan kepada rakyat Kelantan.

“Kilang besi yang membabitkan pelaburan antara RM350 juta hingga RM900 juta akan menyediakan sehingga 2,000 peluang pekerjaan.

“Kilang simen akan memberi pulangan hasil kepada kerajaan negeri sebanyak RM2.5 juta setahun dalam tempoh tiga tahun pertama beroperasi dan selepas itu meningkat kepada RM5 juta,” katanya menjawab soalan Abdul Halim Abdul Rahman (PAS-Chetok) pada persidangan Dun hari ini.

Kilang simen membabitkan pelaburan RM1.2 bilion pula akan menyediakan lebih 500 peluang pekerjaan.

Selain itu kata beliau lebih 20,000 peluang pekerjaan diwujudkan melalui pembangunan bandar baru di Tunjung yang melibatkan 12 pelabur bernilai RM4.39 bilion.

Manakala projek dijalankan SensaTimur pula melibatkan pelaburan RM800 juta akan menyediakan kira-kira 5,000 peluang pekerjaan.

Menteri Besar juga berkata, kerajaan negeri akan meningkatkan punca hasil melalui perlombongan emas di Kampung Pulai Gua Musang.

Katanya, perlombongan tersebut yang dijalankan dalam tempoh Ogos 2011 sehingga 2013 telah menghasilkan emas yang bernilai RM29 juta.

“Dalam tempoh itu kerajaan negeri melalui PKINK mendapat bayaran tribute sebanyak RM2.2 juta dan royalti kepada Pejabat Tanah dan Galian pula sebanyak RM1.4 juta,” katanya.

Menurutnya juga kerajaan negeri akan meningkatkan lagi peluang pekerjaan melalui projek mini hidro yang dilulus di Gua Musang, Kuala Krai dan Jeli.

Manakala projek lain yang dirancang termasuk projek Bandar baru dan komersial di Lubuk Jong, Pasir Mas, Kota Seribong dan Jalan Raja Dewa di Kota Bharu yang akan menyediakan lebih banyak lagi peluang pekerjaan.

Sementara itu Datuk Mustafa Mohamed (BN-Air Lanas)ketika mengajukan soalan tambahan memberitahu kerajaan pusat menyediakan peruntukan sebanyak RM250 juta bagi membina enam pejabat kerajaan di Bandar baru Tunjung.

Menjawab soalan Adun terbabit Menteri Besar berkata, kerajaan negeri turut merakam ucapan terima kasih kepada Adun Air Lanas yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa da Industri membawa pelabur dari Korea melabur di Kelantan.

Bagaimanapun beliau berharap menteri terbabit berusaha untuk memastikan kerajaan pusat mewujudkan iklim pelaburan sempurna di Kelantan dengan menyediakan lebih banyak kemudahan asas.

“Lapangan terbang bertaraf antarabangsa dan pelabuhan cukup penting bagi menarik lebih ramai pelabur datang.

“Kerajaan negeri menjalin kerjasama erat dengan kerajaan pusat berasas peruntukan Perkara 9 Perlembagaan Negara,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 14/10/2014

Sumber HD - 14-10-2014






































































































































































































Pelancongan sumbang RM1.69b kepada Kelantan

SALMAH MAT HUSAIN | .

KOTA BHARU: Sektor pelancongan kekal sebagai penyumbang utama kepada ekonomi Kelantan sehingga berjaya memungut sejumlah RM1.69 bilion tahun lalu.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, sektor itu juga memberi banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Kelantan.

Katanya, jumlah tersebut diperolehi berdasar kunjungan pelancong seramai 4.84 juta orang sepanjang tahun 2013.

“Kebudayaan rakyat Kelantan antara produk utama pelancongan di negeri ini. Program penghayatan Islam seperti Madinah Ramadan, kuliah agama di Medan Ilmu menjadi produk utama pelancongan,” katanya ketika membentang Belanjawan Kelantan 2015 pada persidangan Dun petang ini.

Kata beliau bagi mempergiatkan program pelancongan kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah RM2.2 juta tahun hadapan untuk program pembangunan pelancongan, kesenian dan kebudayaan.

Manakala RM800,000 bagi pembangunan infrastruktur pelancongan. Selain itu sebanyak RM2.6 juta projek hakisan pantai membabitkan kawasan pelancongan.

Ustaz Ahmad berkata, kerajaan negeri akan memperhebatkan promosi destinasi-destinasi pelancongan menarik di Kelantan kepada pelancong asing.

“Menerusi projek berimpak tinggi pula kerajaan negeri akan mempertingkat pembangunan perbandaran dan industri.

“Projek Lagenda Tunjong di Bandar Baru Tunjong dijangka menarik pelaburan berjumlah RM1.2 bilion, projek kilang simen bersepadu di Gua Musang pula RM1.2 bilion,” katanya.

Sehubungan itu katanya kerajaan negeri akan terus menyokong dan menggalakkan penglibatan pihak swasta dalam projek berimpak tinggi demi kesejahteraan rakyat. - HARAKAHDAILY 13/10/2014

Sumber HD - 13-10-2014

Kelantan bentang belanjawan sejahtera rakyat

SALMAH MAT HUSAIN | .

KOTA BHARU: Kelantan membentang Belanjawan 2015 bertema Kesejahteraan Rakyat Keutamaan Negeri bagi merancakkan pembangunan ekonomi rakyat.

Selain itu memperkasa pembangunan insan berteras Islam, pembelaan golongan dhaif, OKU, armalah dan warga emas dan mengukuhkan keupayaan institusi serta badan pelaksanaan.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, perolehan hasil tahun hadapan dianggar berjumlah RM530.82 juta, manakala perbelanjaan mengurus sebanyak RM601.51 juta.

“Bajet Kelantan tahun 2015 merupakan belanjawan defisit berjumlah RM70.69 juta. Ia meningkat berbanding dengan anggaran defisit bajet 2014 yang berjumlah RM10.39 juta.

“Keadaan ini berlaku disebabkan penyediaan bajet 2015 berdasar pendapatan yang diyakini bakal diperolehi,” katanya ketika membentang Belanjawan 2015 di persidangan Dun hari ini.

Bagaimanapun kata beliau pendapatan jangkaan yang masih dalam proses penyelesaian iaitu royalti gas dan petroleum tidak dimasukkan dalam senarai hasil.

“Namun kerajaan negeri berharap royalti gas dan petroleum akan benar-benar menjadi punca hasil kepada Kelantan,” katanya.

Anggaran hasil negeri 2015 meliputi cukai sebanyak RM173.04 juta, hasil bukan cukai sebanyak RM222.21 juta dan terimaan bukan hasil - RM135.57 juta.

Menteri Besar berkata, jumlah tersebut menunjukkan berlaku penurunan hasil sebanyak RM18.44 juta atau sebanyak 3.36 peratus berbanding anggaran hasil 2014.

Hasil tanah akan menjadi penyumbang terbesar dengan jumlah RM129.57 juta atau 24.40 peratus daripada keseluruhan jumlah hasil.

Ini berlaku peningkatan sebanyak RM24.13 juta dibanding anggaran belanjawan 2014.

Hasil tanah meliputi pungutan cukai tanah sebanyak RM42 juta, premium tanah RM40 juta, bayaran pendaftaran RM6.74 juta serta bayaran gadaian sebanyak RM5.34 juta.

Manakala hasil perhutanan menyumbang sejumlah RM114.91 juta atau 21.65 peratus daripada keseluruhan jumlah hasil.

“Ia juga menunjukkan peningkatan sebanyak RM47.5 juta jika dibandingkan anggaran belanjawan tahun 2014 yang berjumlah RM67.41 juta.

“Hasil hutan meliputi royalti kayu-kayan yang akan menyumbangkan sebanyak RM30 juta, bayaran Jabatan Hutan sebanyak RM10 juta, permit lesen perhutanan menyumbang RM1 juta dan premium perhutanan sebanyak RM70 juta.

“Hasil perlombongan pula meliputi cukai galian, barite, bijih besi, manganese, feldspar dan emas akan menyumbang sebanyak RM 71 juta.

“Ini menunjukkan hasil perlombongan meningkat berbanding bajet lepas iaitu sebanyak RM29.5,” katanya.

Menteri Besar juga berkata, selaras keputusan Kerajaan Persekutuan memperuntukkan Bantuan Khas Kewangan maka kerajaan negeri turut menyediakan peruntukan serupa.
Bantuan khas RM500
Pada 15 Julai lepas kerajaan negeri membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pegawai perkhidmatan awam sebagai menghargai khidmat mereka memacu program pembangunan negeri.

Kata beliau juga bangunan baru di Kompleks Kota Darulnaim yang membabit kos RM42.5 juta sedang giat dibangunkan dan dijangka siap tahun hadapan. Manakala pembinaan Pejabat Tanah dan Jajahan Kecil Lojing yang melibatkan kos sebanyak RM1.2 juta dijangka siap hujung tahun ini.

Selain itu kerajaan negeri menyediakan peruntuk sejumlah RM75.5 juta bagi menyedia kemudahan infrustruktur untuk keselesaan rakyat.

Peruntukan tersebut meliputi sebanyak RM54.5 juta bagi penyediaan infrastruktur asas dan RM21 juta disediakan kepada JKR Negeri.

“Kemudahan infrastruktur disediakan bagi merancakkan pembangunan ekonomi rakyat,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 13/10/2014

Sumber HD - 13-10-2014

Pengkalan Kubor: BN langgar Enakmen Hiburan

ASLANI M | .
KOTA BHARU: Program anjuran BN dengan menampil perempuan dewasa di atas pentas dengan aksi ghairah pada kempen pilihan raya kecil (PRK) Dun Pengkalan Kubor September lalu bertentangan dengan Enakmen Kawalan Hiburan 1998.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, persembahan tersebut melanggar peraturan ditetapkan kerajaan negeri.

“Terdapat dua perlanggaran dilakukan mereka iaitu mengadakan persembahan melebihi masa jam 12 malam dan menampilkan perempuan dewasa di atas pentas.

“Sedangkan peraturan ditetapkan dalam enakmen tersebut hanya membenarkan gadis berusia bawah 12 tahun membuat persembahan di pentas,” katanya menjawab soalan Mohd Nazlan Mohd Hasbullah (PAS-Limbongan) pada persidangan Dun hari ini.

Pada kempen PRK Pengkalan Kubor 25 September lepas sekumpulan penyokong Umno “ghairah” menari di atas pentas pada program yang diadakan di Kampung Mertua.

Lebih mengaibkan lagi kelihatan wanita bertudung seperti berpelukan dengan lelaki sambil menari. Kelihatan bendera dacing melatari pentas utama.

Manakala di Kampung Kubang Panjang pula diadakan tarian seksi difahamkan dibawa dari negara jiran, dipersembah di pentas utama di sebuah wat Siam.

Sepanduk di pentas kelihatan ditulis perkataan karnival dan BN Sokmo.

Program tersebut difahamkan dianjur sebuah parti kompenan BN diadakan beberapa malam di wat tersebut.

Abdul Fattah berkata, memang diakui ada pihak yang menganjurkan sesuatu persembahan tanpa memohon permit daripada pihak berkuasa tempatan.

“Oleh itu saya meminta kerjasama semua YB untuk memantau kegiatan tersebut di kawasan masing-masing bagi mengelakkan ada perlanggaran peraturan dibuat kerajaan,” ujarnya.

Menurutnya juga sepanjang tahun lepas Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI) mengeluarkan 102 permit persembahan tanpa ada pelanggaran peraturan ditetapkan.

Beliau juga berkata, kematian akibat wabak denggi yang melanda Kelantan dicatat sebanyak 17 kes sehingga sekarang dan seramai 110 pesakit lagi masih dirawat di hospital.

Kata beliau ketika kemuncak dicatat 13,200 kes denggi berlaku di Kelantan baru-baru ini. - HARAKAHDAILY 13/10/2014

Sumber HD - 13-10-2014

Bajet 2015: Di mana hak orang Kelantan?


Ahmad Yakob sekadar mampu senyum kelat saja ketika
berombongan bawa hasrat kerajaan ke Pejabat PM.
Setiap tahun rakyat Kelantan termanggu di depan televisyen melihat Menteri Kewangan membentangkan belanjawan. Pengharapan yang cukup tinggi untuk melihat sesuatu mengalir ke bumi Kelantan.

Tahun ini sekali lagi bajet yang kononnya untuk rakyat mengecewakan rakyat Kelantan. Di saat rakyat Sabah mendapat manfaatnya bila PM mengumumkan pembinaan lebuh raya Borneo sejauh 1000 kilometer lebih. Rakyat Kelantan masih bergelut dengan lebuh raya maut.

Lebih memeritkan, di saat hasil bumi Kelantan yang disedut secara rakus oleh Petronas seolah kami ini umpama tidak mempunyai apa-apa hak yang sewajarnya.

Dato Mustapha Mohd yang juga Menteri penuh dalam kabinet Najib seakan mengiyakan dan membiarkan Kelantan diperlakukan sedemikian.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Kelantan melihat situasi ini dengan cukup serius. Adakah hanya kerana perbezaan politik yang berlainan, Kerajaan Pusat menafikan hak rakyat Kelantan? Apakah rakyat Kelantan tidak mempunyai maruah sehingga begitu teganya Kerajaan Pusat mempermainkannya.

Selain lebuh raya, rakyat Kelantan juga melihat isu royalti dan menaiktaraf Lapangan Sultan Ismail sepatutnya diberikan keutamaan dan hak yang sepatutnya. Namun seperti tahun-tahun sebelumnya ia hanya mimpi.

SAMM Kelantan berjanji, akan bersama-sama rakyat Kelantan menggembeleng tenaga untuk menuntut hak ini. Hak yang dinafikan oleh rejim zalim BN.

Hj Osama
Penyelaras SAMM Kelantan

Sumber HD - 12-10-2014






































































































































































































Mesej politik di sebalik projek di Sabah, Sarawak

ASLANI M | .

KOTA BHARU: Perdana Menteri dilihat meletak pengharapan begitu tinggi kepada rakyat di Sabah dan Sarawak bagi memastikan Barisan Nasional (BN) terus “bertakhta” di Putrajaya.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, keadaan itu dapat dibuktikan apabila kerajaan sanggup menyediakan peruntukan begitu besar kepada kedua-dua negeri terbabit.

Katanya, peruntukan RM4.5 bilion untuk menyedia dan menaik taraf kemudahan dan infrastruktur luar bandar khususnya di Sabah dan Sarawak tentunya berselindung di sebalik mesej politik.

“Kita melihat ia tidak lebih sebagai usaha membalas jasa pengundi di Sabah dan Sarawak kerana mengekalkan BN pada pilihan raya umum lepas.

“Ada mesej di sebaliknya pengumuman tersebut. Sedangkan sepatutnya kedua-dua negeri itu terutamannya di luar bandar sudah lama menikmati banyak kemudahan asas,” katanya ketika ditemui di sini petang semalam.

Ketika membentang Belanjawan 2015 petang semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberitahu kerajaan memperuntukkan RM4.5 bilion bagi menyedia dan menaik taraf infrastruktur luar bandar khususnya di Sabah dan Sarawak.

Selain itu menyediakan RM943 juta untuk membina projek jalan luar bandar sepanjang 635 kilometer termasuk bekas jalan-jalan balak di Sabah dan Sarawak.

Kerajaan mengumum akan membina Lebuh Raya Pan Borneo sepanjang 1,663 km melibatkan jajaran di Sarawak dan Sabah sepanjang 727 kilometer dengan kos pembinaan sebanyak RM27 bilion.

Sabah dan Sarawak menjadi penyelamat kepada BN pada pilihan raya umum 2008 dan 2013. Kedua-dua negeri mempunyai 56 kerusi parlimen.

Pada PRU 2008 BN menang di 55 kerusi, bagaimanapun pada PRU 2013, BN hanya mempertahankan 47 kerusi.

Ustaz Ahmad yang juga Pemangkut Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat berkata, kerajaan perlu mempunyai langkah lebih konfrehensif bagi membantu pekebun kecil getah ekoran kejatuhan harga komoditi tersebut sekarang.

Katanya, kerajaan perlu mempunyai stok pengimbal bagi mengelakkan harga getah jatuh ke paras terendah sehingga menjejaskan kehidupan pekebun kecil getah.

Katanya, bantuan sekadar dalam bentuk one off tidak memadai kerana kenaikan harga keperluan asas sekarang ekoran peningkatan harga minyak baru-baru ini.

Sebelum ini kerajaan memberi bantuan khas sebanyak RM500 dalam bentuk one-off kepada pekebun kecil getah.

Pada bajet 2015 Perdana Menteri mengumumkan Lembaga Getah Malaysia akan memperuntukkan RM100 juta untuk melaksanakan mekanisme kawal selia harga di peringkat ladang. - HARAKAHDAILY 11/10/2014

Sumber HD - 11-10-2014

Aidiladha: Berlaku adil sesama manusia

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Berkorban memerlukan takwa dan takwa agak sukar diperolehi tanpa sifat tadhiah (pengorbanan) khususnya dalam menegakkan suruhan Allah.

Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, seseorang muslim yang sebenar hendaklah sentiasa bertakwa kepada Allah SWT dan mematuhi prinsip-prinsip keadilan sesama manusia.

Bahkan kata beliau, wajib berlaku adil sesama manusia walaupun dari golongan yang tidak sehaluan dan ini merupakan syarat-syarat ketakwaan yang sempurna.

"Kehidupan hari ini kita menyaksikan bagaimana wujudnya pihak yang sewenang-wenangnya bertindak melanggar perjanjian dan tidak berlaku adil semata-mata kerana tidak mahu memberikan hak kepada pihak yang tidak disenangi dan dianggap musuh politik mereka.

"Hasil mahsul bumi diangkut sewenang-wenangnya tanpa sebarang faedah kepada penduduk setempat sekalipun sudah wujud perjanjian yang jelas," katanya dalam prutusan khas Aidiladha hari ini.

Menurutnya, sebagai seorang muslim yang mengaku beriman kepada Allah SWT, hak-hak yang telah diiktiraf di dalam perjanjian hendaklah sentiasa dihormati tanpa sebarang penyelewengan fakta semata-mata kerana tidak sehaluan dari sudut fahaman politik dan lain-lain.

"Jika seseorang itu tidak mematuhi janji yang telah dimeterai, maka hilanglah penghormatan orang lain terhadap dirinya dan pastinya akan dikecam sebagai pengkhianat serta tidak boleh dipercayai," tegasnya.

Berikut teks penuh perutusan Aidiladha 1435 oleh beliau.
______________________________________________

ŲØŲ³Ł… Ų§Ł„Ł„Ł‡ Ų§Ł„Ų±Ų­Ł…Ł† Ų§Ł„Ų±Ų­ŁŠŁ…
Ų§Ł„Ł„Ł‡ُ Ų£ŁƒْŲØَŲ±ُ ، Ų§Ł„Ł„Ł‡ُ Ų£ŁƒْŲØَŲ±ُ ، Ł„Ų§ Ų„Ł„Ł‡ Ų„Ł„Ų§ Ų§Ł„Ł„Ł‡ ŁˆŲ§Ł„Ł„Ł‡ Ų£ŁƒŲØŲ± Ų§Ł„Ł„Ł‡ُ Ų£ŁƒْŲØَŲ±ُ ŁˆŁ„Ł„Ł‡ Ų§Ł„Ų­Ł…ŲÆ

Allah SWT telah berfirman yang bermaksud :

Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai keredhaan Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah Telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik. (Surah al-Hajj : 37)

Aidiladha atau hari raya korban, mengenangkan kita kepada kisah Nabi Ibrahim Alaihissalam bersama puteranya Ismail, kisah kepatuhan, ketaatan, pengorbanan dan kesabaran mereka dalam menjunjung perintah Allah SWT apabila Nabi Ibrahim diarahkan untuk menyembelih anak kesayangannya Ismail.

Sebagai mencontohi pengorbanan mereka, Rasulullah SAW telah menganjurkan agar menyembelih binatang pada hari raya korban sebagaimana hadis Rasulullah yang bermaksud:

"Sesiapa yang mempunyai kemampuan dan tidak mengerjakan ibadat korban, janganlah mendekati tempat solat kami". (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Berkorban memerlukan takwa dan takwa agak sukar diperolehi tanpa sifat tadhiah atau berkorban khususnya dalam menegakkan suruhan Allah. Seseorang muslim yang sebenar hendaklah sentiasa bertakwa kepada Allah SWT dan mematuhi prinsip-prinsip keadilan sesama manusia. Bahkan wajib berlaku adil sesama manusia walaupun dari golongan yang tidak sehaluan dan ini merupakan syarat-syarat ketakwaan yang sempurna.

Kehidupan hari ini kita menyaksikan bagaimana wujudnya pihak yang sewenang-wenangnya bertindak melanggar perjanjian dan tidak berlaku adil semata-mata kerana tidak mahu memberikan hak kepada pihak yang tidak disenangi dan dianggap musuh politik mereka. Hasil mahsul bumi diangkut sewenang-wenangnya tanpa sebarang faedah kepada penduduk setempat sekalipun sudah wujud perjanjian yang jelas. Semua ini berlaku apabila orang-orang Islam sendiri tidak menghayati sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Orang-orang Islam itu dipegang pada janji mereka". (Riwayat Imam Bukhari)

Sepatutnya sebagai seorang muslim yang mengaku beriman kepada Allah SWT, hak-hak yang telah diiktiraf di dalam perjanjian hendaklah sentiasa dihormati tanpa sebarang penyelewengan fakta semata-mata kerana tidak sehaluan dari sudut fahaman politik dan lain-lain. Jika seseorang itu tidak mematuhi janji yang telah dimeterai, maka hilanglah penghormatan orang lain terhadap dirinya dan pastinya akan dikecam sebagai pengkhianat serta tidak boleh dipercayai.

Demi keadilan yang dituntut oleh Islam, maka hak-hak yang telah termaktub di dalam sebarang perjanjian yang tidak melanggar syarak hendaklah dikembalikan agar tidak menjadi bebanan di hadapan Allah SWT. Ingatlah walau siapapun kita dan setinggi mana pun pangkat yang kita miliki, sebarang pengkhianatan terhadap perjanjian tetap akan dipersoalkan oleh Allah SWT. Kita mungkin berjaya melepasi mahkamah di dunia, tetapi kita tidak mungkin dapat melepasi mahkamah Allah SWT di akhirat kelak.

Sempena menyambut hari raya aidiladha yang hanya beberapa hari sahaja lagi, saya dan seluruh kepimpinan kerajaan negeri mengambil kesempatan memohon kemaafan jika ada salah silap dan kepada anak-anak Kelantan di perantauan agar dapat berhati-hati semasa pulang ke kampung halaman nanti. Maaf Zahir Batin khas buat seluruh rakyat Kelantan dan tidak dilupakan juga kepada pasukan keselamatan yang bertugas diperbatasan.

Ł…Ł† Ų§Ł„Ų¹Ų§Ų¦ŲÆŁŠŁ† ŁˆŲ§Ł„ŁŲ§Ų¦Ų²ŁŠŁ† ŁƒŁ„ Ų¹Ų§Ł… ŁˆŲ£Ł†ŲŖŁ… ŲØŲ®ŁŠŲ±

“Selamat Hari Raya Aidiladha, Maaf Zahir Batin”
- HARAKAHDAILY 4/10/2014

Sumber HD - 4-10-2014






































































































































































































Adun baru angkat sumpah 13 Oktober

ASLANI M | .


KOTA BHARU: Adun baru Pengkalan Kubor, Mat Razi Mat Ail dijangka mengangkat sumpah sebagai anggota baru Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan pada 13 Oktober ini.

Speaker Dun, Datuk Abdullah Ya’kob (Gambar) berkata, majlis angkat sumpah itu diadakan sempena persidangan Dun yang bermula 13 sehingga 15 Oktober ini.

Katanya, upacara angkat sumpah diadakan pada hari pertama persidangan sebelum acara-acara lain diadakan pada hari tersebut.

“Adun terbabit juga sudah menerima surat daripada Setiausaha Dun untuk hadir pada majlis tersebut dan mengikuti persidangan yang diadakan,” katanya di sini.

Pada pilihan raya kecil (PRK) Pengkalan Kubor pada 25 September lepas Mat Razi mengekalkan kerusi BN tersebut mengatasi calon PAS, Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 2,635 undi.

Difahamkan Mat Razi yang juga bekas guru datang ke Pejabat Speaker pada awal minggu ini bagi mengesahkan kedudukannya di Dun Kelantan.

Abdullah juga berkata, dua rang undang-undang akan dibentang pada persidangan terbabit iaitu berkaitan bajet tambahan dan belanjawan Kelantan 2015.

Selain itu katanya Dun menerima 60 soalan lisan yang akan dijawab pihak kerajaan sepanjang persidangan Dun berkenaan berlangsung.

Beliau juga menjangka tiada ada isu hangat dibincangkan pada persidangan tersebut.

Bagaimanapun difahamkan isu PRK Pengkalan Kubor dan kenaikan harga barangan dijangka disentuh anggota dewan bagi menghangatkan persidangan berkenaan.- HARAKAHDAILY 2/10/2014

Sumber HD - 2-10-2014

Minyak naik: Umno BN tidak boleh harap bela rakyat

AHMAD FADHLI SHAARI | .



Berita berkenaan kenaikan harga minyak atas nama rasionalisasi subsidi hakikatnya mengejutkan banyak pihak. Namun, jika dilihat kepada gaya berbelanja kerajaan Umno/Barisan Nasional, tidak ada yang pelik dengan tindakan mengurangkan subsidi ini yang menyebabkan harga minyak RON95 dan diesel mengalami kenaikan sebanyak 20 sen.

Tindakan ini wajib dikutuk pada saat rakyat sedang terbeban dengan cukai perkhidmatan dan barangan (GST) yang sedang diperkenalkan. Tidak ada sebarang sebab musabab ia diperkenalkan pada saat ini kecuali sebagai satu hadiah kepada rakyat khususnya di Pengkalan Kubur kerana terus memberikan kemenangan kepada calon Umno 25 September yang lepas.

Jika sebelum ini, kerajaan kebiasaannya mewar-warkan bahawa kenaikan minyak berlaku selaras dengan kenaikan minyak dunia. Namun, pada kali ini, kenaikan minyak dunia tidak boleh dijadikan alasan. Semakan di laman http://www.infomine.com/ mendapati bahawa harga minyak dunia bukan setakat tidak mengalami kenaikan bahkan mengalami penurunan ketara semenjak akhir-akhir ini.

Untuk rekod, pada 1 Oktober 2013 yang lalu, minyak mentah (crude oil) direkodkan pada harga USD108 / barrel. Namun pada 30 September 2014 iaitu semalam, harga minyak mentah ditutup dengan harga USD97.14 / barrel. Adakah kerajaan Umno mahu menggunakan alasan penurunan harga minyak menyebabkan perniagaan Petronas kurang untung sehingga menyebabkan pengurangan subsidi?

Kerajaan perlu bertindak selaras dengan kemampuan rakyat. Hakikatnya, bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang nampak popular tetapi mengakibatkan kenaikan harga minyak wajib dipertimbangkan semula.

Merujuk kepada kenyataan Perdana Menteri pada 2 September 2013 yang lepas sewaktu mengumumkan pengurangan subsidi minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 sen, kerajaan berjaya jimatkan sebanyak RM1.1 billion. Ia boleh dirujuk di akhbar Utusan Malaysia pada 3 September 2013. Ini bermakna, pengurangan subsidi sebabnyak 20 sen menjimatkan wang kerajaan sebanyak RM1.1 billion!

Walaupun tidak dinyatakan angka penjimatan kerajaan untuk kenaikan minyak pada kali ini, namun berdasarkan pemotongan subsidi sebanyak 20 sen, boleh dianggarkan bahawa penjimatan kerajaan pun sekitar RM1.1 billion.

Malangnya, untuk Program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi tahun 2014, kerajaan telah meluluskan peruntukan berjumlah RM4.6 bilion bagi diberikan seacara tunai kepada rakyat. Bayangkan jika BR1M ini tidak dilaksanakan, di atas kertas kerajaan boleh meningkatkan subsidi minyak sebanyak 80 sen (20 sen = RM1.1 billion)!

Kita bukannya anti terhadap BR1M, namun jika untuk memberikan bantuan one-off seperti itu menyebabkan rakyat terpaksa menanggung kenaikan harga minyak berlipat kali ganda, sewajibnya kerajaan Umno/Barisan Nasional bertindak dengan akal yang waras. Perlu diingatkan, kenaikan harga minyak tidak dapat tidak akan menyebabkan kenaikan harga barangan keperluan yang kesemuanya bergerak menggunakan minyak.

Rakyat perlu bangkit. Sedar dan insaf bahawa Umno/Barisan Nasional tidak boleh diharap untuk menjadi pembela rakyat. Walaupun mereka menghulurkan ketuhar microwave secara percuma pada hari pengundian, ia sebenarnya tidak lebih melainkan hanya untuk memanggang rakyat sendiri di kemudian hari!

Lakukan bantahan. Jika boleh berkempen, lakukan. Jika boleh sebarkan risalah maka sebarlah. Dan selemah-lemah bantahan ialah menolak Umno/Barisan Nasional di kertas undi nanti.

Sumber HD - 2-10-2014






































































































































































































Penjara di Sweden: Shalwati tidak salahkan anak-anak

BERNAMA | .


KOTA BAHARU: Shalwati Norshal yang dibebaskan dari Penjara Hinseberg, Frovi di Sweden pada Isnin lepas setelah menjalani hukuman penjara 14 bulan, berkata beliau tidak menyalahkan anak-anaknya atas apa yang berlaku dan menyifatkan ia sebagai suratan takdir.

"Semua perkara yang terjadi ada hikmahnya dan saya tidak salahkan anak-anak. Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kerajaan Malaysia iaitu Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak dan lain-lain," katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa malam ini.

Ketibaan Shalwati dan suaminya Azizul Raheem Awalludin dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 7.40 malam disambut empat anak mereka iaitu Aishah, 15, Ammar, 13, Adam, 12, dan Arif, 8, serta anggota keluarga dalam suasana gembira bercampur sedih.

Keempat-empat anak pasangan terbabit turut memegang kad ucapan yang tertera 'Welcome Home Mummy' serta membawa jambangan bunga bagi menyambut ketibaan ibu tercinta.

Sebaik melihat mereka, Shalwati meluru ke arah anaknya itu lalu memeluk mereka dan suasana gembira bercampur hiba itu turut dirasai orang ramai yang berada di sekitar balai ketibaan.

Aishah, anak sulung pasangan suami isteri itu, berkata pertemuan semula dengan ibunya merupakan saat paling menggembirakan dalam hidupnya.

"Syukur mummy selamat tiba dan ia adalah saat yang paling menggembirakan dalam hidup saya," katanya.

Aishah berkata semua anggota keluarganya bersyukur dan gembira apabila dapat menyambut Hari Raya Aidiladha pada Ahad ini bersama kedua-dua orang tua mereka.

Terdahulu, Shalwati, 46, tiba di KLIA kira-kira 1.41 tengah hari dari Sweden selepas transit di Dubai dengan menaiki pesawat Emirates EK 0408 ditemani kakaknya Noor Azila Makhzan, 52.

Sebelum ini, Mahkamah Daerah Solna di Stockholm mendapati Shalwati dan suaminya, Azizul Raheem, 38, yang juga Pengarah Pelancongan Malaysia di Sweden, bersalah atas tuduhan mencabuli integriti dan mengasari anak-anak mereka, Aisyah, Ammar, Adam, dan Arif.

Shalwati dihukum penjara 14 bulan dan diperintah membayar pampasan SEK67,200 (RM33,909) manakala Azizul dibebaskan 9 Julai lepas dijatuhi hukuman penjara 10 bulan dan diperintah membayar pampasan SEK36,400 (RM18,367) kepada anak mereka. - Bernama

Sumber HD - 1-10-2014 

Kafeteria HUSM terkawal dari pencemaran tikus

SALMAH MAT HUSAIN | .
KOTA BHARU: Kafeteria Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian berjaya memperolehi status kategori A kerana berjaya meningkatkan kebersihan.


Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Abdul Fatah Mahmood berkata, Jabatan Kesihatan Kelantan mengiktiraf Kafeteria Nurani HUSM gred A.

“Kerajaan negeri mengucapkan tahniah di atas kejayaan tersebut. Kejayaan itu hasil gerak kerja bersama MPKB-BRI serta HUSM menjadikan kafeteria terkawal daripada pencemaran tikus,” katanya selepas mesyuarat Exco di sini hari ini.

Menurutnya juga pencemaran yang berlaku sebelum ini disebabkan rumah sampah yang terletak di laluan belakang Kolej Kejururawatan HUSM bersebelahan kafeteria Desa Siswa Nurani.

“Bagaimanapun hasil usaha bersama akhirnya masalah itu dapat diatasi,” ujarnya.

Beliau juga berharap media memberi kesedaran kepada pengunjung di HUSM tidak membuang sampah sarap di merata tempat.

Beliau juga berkata, MPKB-BRI menyusun jadual baru memungut sampah iaitu jam 10 pagi dan 10 malam dan selepas itu orang ramai tidak dibenarkan membuang sampah bagi mengelakkan tikus berleluasa. - HARAKAHDAILY 1/10/2014

Sumber HD - 1-10-2014






































































































































































































Tidak dapat menoreh kerana dikejar ular sawa

SUREENA | .
Saya tidak dapat meneruskan pekerjaan saya sebagai penoreh getah walau ia satu-satunya sumber pencarian saya.

Ia adalah kerana kehadiran dua ekor ular sawa besar yang sering mengejar saya. Tiada penduduk dapat membantu kerana takut.

Saya berharap ada pihak yang berkenaan dapat membantu saya untuk meneruskan hidup saya untuk menoreh dengan menangkap ular-ular itu.

Kebun itu terletak di parlimen Jeli, mukim Jeli di Gemang No PT 4530, Kelantan.

Sumber HD - 1-10-2014

NGO R tanam 'mayat' JK Royalti

SALMAH MAT HUSAIN | .



KOTA BHARU: Ngo Royalti (R) Kelantan semalam telah menanam replika mayat sebagai simbolik penolakkan badan bukan kerajaan itu terhadap Jawatankuasa Khas Tuntutan Royalti yang tidak memberi kesan positif kepada tuntutan kerajaan negeri.

Hampir 20 orang anak muda NGO itu yang diketuai Presidennya, Nazri Deraman telah menanam mayat tersebut.

Menurut Nazri, tindakan tersebut juga sebagai menolak tindakan Kementerian Kewangan sendiri yang masih menafikan hak pembayaran royalti kepada kerajaan negeri.

Ketika ditemui pada majlis simbolik itu di RTC, di sini semalam, beliau juga memberitahu pihaknya menolak Jawatankuasa Khas yang diumumkan penubuhannya oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 4 Ogos 2012 lalu itu.
Dalam pada itu, mereka juga mendesak Kerajaan Negeri menyatakan pendirian berhubung keputusan Jawatankuasa Khas Kementerian Kewangan.

“Bagi R penubuhan jawatankuasa itu tidak ada asas undang-undang walaupun turut disertai beberapa wakil kerajaan negeri.

“Asas undang-undang hanyalah perjanjian dan akta pembangunan petroleum 1974," katanya. - HARAKAHDAILY 1/10/2014

Sumber HD - 1-10-2014






































































































































































































Sweden: Aishah tidak sabar untuk berjumpa ibu

BERNAMA | .

KOTA BAHARU: "Saya teruja dan tidak sabar untuk berjumpa dengan ibu," kata Aishah Azizul Raheem, anak sulung Shalwati Norshal yang dihukum penjara oleh Mahkamah Daerah Solna, Stockholm, Sweden.

Aishah, 14, berkata dia bersyukur dan gembira apabila mengetahui ibunya akan dibebaskan dari penjara Isnin.

"Apa yang lebih menarik ialah kami semua akan dapat menyambut Hari Raya Aidiladha bersama ibu," katanya kepada pemberita di Kampung Wakaf Tok Wali, Melor di Kota Baharu, Ahad.

Dia berkata dia dan adiknya Ammar, 13, Adam, 12, dan Ariff, 8, akan membuat kad ucapan khusus untuk menyambut ketibaan ibu mereka selain akan memberikan jambangan bunga.

Sementara itu bapa Shalwati, Norshal Nordin, 70, berkata beliau bersyukur kerana anaknya akan kembali ke Malaysia.

"Sekurang-kurangnya anak saya dapat balik bertemu keluarganya dan saya berharap dia dapat membina kehidupan lebih baik selepas ini," katanya.

Akhbar melaporkan Shalwati akan dibebaskan Isnin selepas selesai menjalani hukuman penjara dan dijangka pulang ke Malaysia pada Rabu.

Pada 29 Mac lepas, beliau dan suaminya Azizul Raheem, seorang Pegawai Tourism Malaysia dijatuhi hukuman penjara kerana mendera anak-anak mereka sejak September 2010.

Azizul Raheem kemudiannya dibebaskan pada 9 Julai selepas menjalani hukuman penjara tiga bulan, manakala Shalwati seorang guru yang sedang bercuti tanpa gaji dijatuhi hukuman penjara 14 bulan.

Bagaimanapun hukuman mereka dikurangkan dengan masing-masing hanya perlu menjalani satu pertiga daripada tempoh hukuman penjara. - Bernama

Sumber HD - 28-9-2014

Larian Terbuka Kelantan 27 Sept ini

SALMAH MAT HUSAIN | .



KOTA BHARU: Persatuan Pelancongan Negeri Kelantan (KTA) akan menganjurkan Larian Terbuka Kelantan pada 27 September ini di Padang Perdana.

Timbalan Presidennya, Azhisham Mustapa berkata, program yang akan bermula seawal jam 7.00 pagi itu turut memberi peluang kepada orang ramai untuk beramal.

Melalui program itu, pihak KTA katanya mahu membuka peluang kepada orang ramai untuk menyumbang bagi membantu meringankan beban golongan memerlukan.

“Hasil kutipan ini kita akan agihkan kepada anak yatim dan badan-badan kebajikan lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang medianya di Pusat Penerangan Pelancongan (TIC), di sini semalam.

Menurutnya, program julung kali yang akan diadakan di Padang Perdana itu dibahagikan kepada enam kategori, iaitu terbuka lelaki, terbuka
perempuan, veteran lelaki, veteran perempuan, pelajar lelaki dan pelajar perempuan.

Pemenang pertama akan membawa pulang RM500, kedua RM300, ketiga RM200, tempat keempat hingga 10 RM50, dan hadiah adalah sama bagi setiap kategori disamping sijil penyertaan.

Menurutnya, selain itu pihaknya turut menyediakan cabutan bertuah dan program ‘selfie’ bagi memeriahkan program julung kali diadakan itu.

Azhisham berkata, sasaran utama pihaknya adalah masyarakat luar Kelantan agar dapat membantu menjana ekonomi penduduk di negeri ini.

“Kita jangka kira-kira 5,000 peserta akan menyertai Larian Terbuka Kelantan yang dianjurkan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI),” katanya.

- HARAKAHDAILY 12/9/2014

Sumber HD - 12-9-2014






































































































































































































Solat hajat untuk pelajar koma di Mesir

SALMAH MAT HUSAIN | .

KOTA BHARU: Sekolah-sekolah Agama (Arab) di bawah Yayasan Islam Kelantan (Yik) akan menunaikan solat sunat hajat esok bagi memohon kesembuhan pelajar Kelantan, yang masih koma setelah terlibat dalam kemalangan sejak seminggu lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, arahan itu dicadangkan pada mesyuarat exco hari ini.

“Untuk menjayakan hasrat itu, Pengarah Yik akan membuat arahan pada pengetua-pengetua sekolah bawah kerajaan negeri itu hari ini untuk dilaksanakan pagi esok.

“Semoga dengan usaha kita, munajat kita, doa kita semua dari lapisan pelbagai masyarakat Allah menerima dan mendengar doa-doa kita,” ujarnya.

Beliau berharap anggota keluarga khususnya kedua ibu bapa mangsa Abdullah Hashim Omar, 69 dan ibunya Norhayati Mahmud, 59 bersabar menghadapi ujian getir itu.

Katanya, kerajaan negeri turut berduka dengan berita yang menimpa Shafiq.

Bagi meringankan bebanan keluarga, khususnya ibu bapa Shafiq yang kini berada di Zagaziq, kerajaan negeri menghulurkan sumbangan kepada kakak Shafiq, Nur Yuha hari ini selepas mesyuarat exco. (Foto atas oleh Rizal Tahir)

Yuha mengucapkan terima kasih di atas sumbangan kerajaan negeri di samping menganjurkan program solat hajat esok untuk kesembuhan adiknya.

“Saya begitu terharu dan berharap adik saya kembali sembuh, hanya pada Allah kita mengadu dan berserah,” ujarnya ketika ditemui selepas majlis penyampaian sumbangan.

Muhammad Shafiq Abdullah Hashim, 22, dari Ketereh dekat sini telah terlibat dalam kemalangan pada pagi Khamis lalu bersama tiga rakannya yang lain.

Akibat kemalangan itu Shafiq tercampar keluar dari kereta yang dinaikinya mengakibatkan pendarahan di kepala.

Turut menziarahi Shafiq, Duta Besar Malaysia ke Mesir Datuk Ku Jaafar Ku Shaari .

Urusan kebajikan Shafiq dan kedua ibu bapanya kini di bawah seliaan Pegawai Kebajikan Pelajar Yik di Mesir, Ustaz Azhar Salleh dan pelajar-pelajar Yik di sana. - HARAKAHDAILY 10/9/2014

Sumber HD - 10-9-2014

Kelantan gembleng usaha bangunkan Gaza

ASLANI M | .



KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan bersama masyarakat antarabangsa menggembleng usaha membangunkan semula Gaza selepas sebahagian besar bumi itu ranap akan diserang Zionis Israel sejak awal Ramadan lalu.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, umat Islam di seluruh dunia hendaklah bersatu dalam misi membangunkan semula ke arah mewujudkan Gaza Baru.

“Kita juga tidak lupa merakamkan ucapan setinggi penghargaan kepada kerajaan Turki di bawah Toyyib Erdorgan kerana lebih awal menghantar pesawat membawa mangsa-mangsa yang cedera akibat perang di Gaza ke Turki,” katanya pada malam solidariti rakyat Kelantan bersama Gaza di padang perdana malam tadi.

Sebelum itu ribuan yang hadir bermunajat dipimpin Adun Gual Periuk, Ustaz Mohamad Awang, manakala solat hajat pula diimamkan angota Dewan Ulama PAS Kelantan, Ustaz Nik Razi Nik Mat.

Program tersebut bermula dengan solat Maghrib. Hadir sama anggota-anggota Exco, wakil-wakil rakyat, wakil agensi dan jabatan-jabatan kerajaan negeri serta wakil dari Palestin dan Iraq.

Turut berucap melafazkan sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin, Presiden Cakna Palestin, Wan Sharafi Wan Mustapha, Ketua Angkatan Muda Keadilan Kelantan, Azihan Che Seman, Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari, wakil kaum Tionghua, Tan Ah Wan, wakil dari Iraq, Dr Said Ahmad Marwan dan anggota Exco, Datuk Nassuruddin Daud.

Bagaimanapun wakil Pemuda Umno Kelantan yang turut diundang tidak hadir. Pada majlis itu juga NGO Cakna Palestin menyampaikan sumbangan yang dikumpul sebanyak RM600,000 kepada Menteri Besar. Sumbangan derma juga disumbang agensi-agensi kerajaan negeri dan Dewan Ulama PAS Kelantan.

Selain itu gabungan 50 NGO Kelantan melafazkan ikrar bagi mendokong perjuangan rakyat Palestin. Bacaan ikrar diketuai Timbalan Pengerusi Gabungan NGO Kelantan, Wan Abdul Halim Wan Ismail.

Ustaz Ahmad berkata, Kesatuan Ulama Sedunia yang diketuai Prof Dr Syeikh Yusof al Qardhawi mengambil ketetapan mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman Zionis Israel terhadap umat Islam di Gaza.

“Oleh itu umat Islam di seluruh dunia hendaklah bersatu bagi menghadapi keganasan Israel yang didalangi kuasa besar dunia,” katanya.

Wakil Palestin, Dr Nasir Abdullah Audah Jawad berkata, Zionis Israel tidak menjangka sama sekali peperangan yang berlarutan sehingga 50 hari sejak Ramadan sehingga awal Syawal lalu gagal untuk menawan bumi Gaza.

Katanya, ia berbeza dengan peperangan enam hari yang berlaku pada 1967 di mana Israel berjaya menawan sebahagian bumi dimiliki umat Islam di Mesir, Jordan dan Lubnan.

“Sedangkan peperangan yang berlaku baru-baru ini tentera Zionis Israel gagal untuk menawan biar pun satu kilometer bumi Gaza. Penduduk Gaza sekarang menunggu kelahiran Omar al Khattab dan Salayuddin al Ayubi bagi membebaskan bumi Palestin,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 6/9/2014

Sumber HD - 6-9-2014






































































































































































































K'tan jangka RM3 juta transaksi di Ekspotani 2014

RIZAL TAHIR | .
KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan menjangkakan sebanyak RM3 juta transaksi jual beli akan berlaku sepanjang penganjuran Ekspotani Kelantan 2014 yang bermula kelmarin sehingga 7 September ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Bio Teknologi dan Teknologi Hijau, Datuk Che Abdullah Che Mat Nawi berkata, penganjuran itu bertujuan untuk mengiktiraf para petani dan usahawan tani yang menyumbang ke arah perkembangan pertanian negeri Kelantan.

Ianya juga katanya bagi memberi peluang kepada mereka untuk mempamerkan kejayaan yang dicapai disamping dapat mempromosikan produk yang dihasilkan kepada orang ramai.

Antara lain, pada program itu juga diadakan pesta makan buah-buahan tempatan, bengkel usahawan lebah kelulut, kejohanan bolasepak warga pertanian piala pusingan exco Pertanian, pertandingan mewarna kanak-kanak, pertandingan beruk petik kelapa dan pameran ternakan.

Dalam pada itu, ketika bercakap kepada media selepas majlis perasmian program itu kelmarin, Che Abdullah mahu rakyat negeri itu memanfaatkan tanah terbiar dengan pertanian.

Katanya, selain ianya dapat menambahkan sumber ekonomi keluarga, ianya juga dapat mengurangkan pembiakan aedes.

“Kawasan terbiar ini boleh menjadi sarang pembiakan nyamuk jika diabaikan, jadi lebih baik ia ditanam dengan pelbagai tanaman bersesuaian di samping dapat menjaga kebersihan persekitaran,” katanya.

Majlis perasmian Ekspotani Kelantan 2014 yang dirasmikan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob semalam.

Pada majlis yang diadakan di Dewan Jubli Perak itu juga seramai 15 orang petani menerima anugerah masing-masing.

- HARAKAHDAILY 5/9/2014

Sumber HD - 5-9-2014

Royalti: Rakyat usah tertipu helah Umno

ASLANI M | .

KOTA BHARU: Rakyat Kelantan termasuk pengundi di Pengkalan Kubor tidak seharusnya tidak tertipu mainan silap mata pemimpin Umno yang berterusan menafikan wang royalti hasil petroleum.

Presiden Pertubuhan R, Nazri Deraman berkata, apa yang diperjuangkan rakyat Kelantan ialah royalti dan bukannya wang ihsan yang tidak mempunyai sebarang asas perundangan.

“Kami rakyat ada maruah yang bukannya mengharap belas ihsan semata-mata. Apa yang kami perjuangankan adalah jelas mengikut undang-undang dan perjanjian.

“Jika kerajaan pusat memberi wang ihsan berapa puluh juta sekali pun, ia tidak akan menjejaskan perjuangan rakyat Kelantan menuntut hak sebenar,” katanya di sini.

Baru-baru ini Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed dilaporkan berkata, wang ihsan berjumlah RM50 juta setahun bakal dikongsi bersama Majlis Agama Islam Kelantan.

Sebelum ini wang ihsan hasil petroleum yang dicari gali di perairan Kelantan diurus Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).

Nazri berkata, wang ihsan tersebut bukan royalti yang sepatutnya dibayar kerajaan pusat berdasar perjanjian ditandatangani pada 9 Mei 1975 antara kerajaan Kelantan dengan Petronas. - HARAKAHDAILY 4/9/2014

Sumber HD - 4-9-2014






































































































































































































Solidariti rakyat Kelantan bersama Gaza 5 Sept

HARAKAHDAILY | .


KOTA BHARU: "Sama-sama kita hadirkan diri di malam solidariti rakyat Kelantan bersama Gaza pada 5 September 2014 di Padang Perdana bermula Maghrib bagi memohon doa kepada Allah agar dipermudahkan segala urusan harian saudara kita di sana," ujar Ustaz Datuk Ahmad Yakob.

Menteri Besar Kelantan itu menyatakan demikian dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.

Kerajaan Negeri Kelantan amat prihatin terhadap umat islam di Gaza yang menjadi mangsa kezaliman Zionis.

Alhamdulillah, ketika genjatan senjata yang lama ini hasil desakan dan perjuangan saudara kita disana, kita di peringkat kerajaan negeri juga turut bersama masyarakat antarabangsa khasnya dalam membangun Gaza setelah terlalu banyak kemusnahan berlaku. Setakat ini dilaporkan lebih 17,000 unit rumah penduduk Gaza yang musnah.

Untuk bangunkan Gaza ini sememangnya mengambil masa yang lama, mungkin jangka masa 15 hingga 20 tahun baharu boleh siap sepenuhnya usaha pemulihan infrastruktur dan tenaga manusia.

Usaha membina semula Gaza ini dijangka akan menelan kos sebanyak USD6 bilion atau bersamaan RM18.9 bilion. Ini adalah satu kos yang sangat besar dan memerlukan seluruh masyarakat antarabangsa untuk membantu Gaza.

Pihak kerajaan negeri Kelantan merakamkan ucapan tahniah kepada Presiden Turki baru Erdogan, diatas usahanya yang pantas membantu mangsa serangan Israel baru-baru ini dan juga tahniah kepada Raja Qatar, Syeikh Tamim bin Hamad Ali Thani yang telah isytihar bahawa kerajaan Qatar akan membantu bangunkan semula Gaza baru.

Selain bantuan pembinaan semula Gaza, saya difahamkan kerajaan Qatar telah menyumbangkan USD1,000 kepada setiap mangsa yang rumahnya telah musnah.

Di sini pihak Kerajaan Negeri Kelantan menuntut kepada pihak antarabangsa agar mendesak:
1) Supaya Israel membuka lebih banyak pintu masuk di sempadan dengan Gaza bagi membolehkan barangan, termasuk bantuan kemanusiaan disalurkan dengan mudah.

2) Supaya negara Mesir membuka dan memudahkan urusan di sempadan Rafah bagi pihak bantuan kemanusiaan dari luar untuk memasuki Gaza.

3) Supaya diberi hak kepada rakyat Gaza untuk lebih banyak memajukan tanah ladang berdekatan dengan sempadan disamping membuka ruang di luar pantai Gaza tanpa had hanya 3 batu sahaja seperti sebelum ini bagi memudahkan nelayan Gaza mencari rezeki mereka.

4) Supaya pihak Israel membebaskan beratus-ratus tahanan Palestin yang ditahan di Tebing Barat ketika ini.

5) Supaya bantuan asasi segera seperti bekalan air bersih juga kemudahan-kemudahan pendidikan anak-anak Gaza disalurkan dengan mudah. Pembinaan segera sekolah, masjid termasuk lapangan terbang di Gaza yang telah ditutup pada tahun 2000 selepas dibom oleh Israel juga perlu diutamakan.

Pihak kerajaan negeri insyaallah turut menyumbang bagi membina semula Gaza ini dengan kemampuan yang kita ada dan pihak kerajaan negeri menyeru badan-badan berkanun, agensi-agensi kerajaan, seluruh rakyat untuk turut sama menyumbang bagi mengumpulkan dana untuk pembinaan Gaza baru ini.

Sama-sama kita hadirkan diri di malam solidariti rakyat Kelantan bersama Gaza pada 5 September 2014 di Padang Perdana bermula Maghrib bagi memohon doa kepada Allah agar dipermudahkan segala urusan harian saudara kita di sana serta untuk menyerahkan sumbangan pada malam tersebut. - HARAKAHDAILY 3/9/2014

Sumber HD - 3-9-2014






































































































































































































Ekspotani hargai keringat golongan petani

MOHD NOR YAHYA | .
KOTA BHARU: Sebagai meraikan dan mengiktiraf golongan petani serta usahawan tani di Kelantan, kerajaan negeri setiap tahun menganjur ekspo bagi memboleh mereka mempromosi produk dihasilkan.


Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, ekspo dan Hari Peladang yang diadakan menjadi gelanggang kepada petani memasarkan hasil dan produk pertanian.

“Melalui ekspotani golongan petani dan usahawan tani dapat meningkatkan lagi pemasaran produk dihasilkan,” katanya pada persidangan media di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau, Abdul Azziz Kadir, Pengarah Jabatan Pertanian Kelantan, Ab Llah Ismail dan Pengurus Besar Kumpulan Pertanian Kelantan Bhd, Abdul Aziz Yunus.

Ekspotani Kelantan 2014 diadakan selama lima hari bermula 3 hingga 7 September bertempat di Kompleks Padang Perdana Kota Bharu.

Pelbagai aktiviti diadakan termasuk pesta makan buah-buahan tempatan, pameran ternakan, persembahan kebudayaan, bengkel usahawan lebah kelulut, pertandingan mewarna dan pertandingan beruk memetik kelapa.

Perasmiannya akan disempurnakan Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob pada petang 3 September.

Sementara itu Festival Makanan Tradisional Kelantan dan festival kenderaan klasik 2014 akan diadakan pada 4 hingga 6 September ini di perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke IV.

Pengurus Pusat Penerangan Pelancongan Kelantan, Mohd Hariff Ghazali berkata, festival makanan tradisional diadakan dengan kerjasama Persatuan Hotel Malaysia Cawangan Kelantan bertema Keaslian Rasa Keunikan Budaya.

"Sebanyak 30 gerai dengan lebih 30 menu disediakan kepada pengunjung. Manakala festival kenderaan klasik akan disertai 2,000 kenderaan lama," katanya.- HARAKAHDAILY 2/9/2014

Sumber HD - 2-9-2014

MB Kelantan rai pelajar ke mesir

SALMAH MAT HUSAIN Foto RIZAL TAHIR | .

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan membelanjakan lebih RM35,000 kepada 178 pelajar negeri itu yang akan menyambung pengajian mereka ke Timur Tengah.


Sumbangan berkenaan disampaikan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, di Kompleks Purnama Pengkalan Chepa dekat sini semalam.

Turut berucap pada majlis itu, timbalan exco, Ustaz Ahmad Awang, dan Pengarah YIK Tengku Azmi Tengku Jaafar.

Daripada jumlah itu, seramai 33 orang mengambil jurusan perubatan. Dari segi penempatan di Syubra 21 orang, Jordan 14 dan Mesir 110 orang.

Ahmad ketika berucap pada majlis itu menyeru pelajar Kelantan di Timur Tengah menjadi duta kerajaan negeri di tempat mereka belajar.

Katanya, ia bertepatan dengan hasrat Kelantan untuk menarik minat masyarakat di Timur Tengah untuk mengunjungi negeri ini.

“Tugas itu bukan mudah, jadi pelajar juga berkesempatan untuk berbuat demikian dengan memperkenalkan tempat-tempat menarik di negeri kita di samping makanan dan kraf tangan yang pelbagai,”ujarnya.

Pada masa yang sama beliau turut mengingatkan pelajar supaya mendalami Bahasa Arab dan mendalami pengajian al Quran.

“Anak-anak akan dapat merasai nikmatnya apabila anak-anak mampu menguasai Bahasa Arab dan bacaan al-Quran,”ujarnya. – HARAKAHDAILY 2/9/2014


Sumber HD - 2-9-2014






































































































































































































Cucu petugas PAS koma sejak 21 Jun

ASLANI M | .
GUA MUSANG: Keluarga Mohamad Khairi Izuan Roshidi, 21 yang terlantar sakit di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) sejak 21 Jun lalu memerlukan lebih RM20,000 bagi menampung kos perubatannya.

Datuknya, Mat Jusoh Hussin, 69 berkata, cucunya dimasukkan ke HUSM pada 21 Jun selepas tidak sedarkan diri ketika berada di rumahnya di Kesedar Jeram Tekoh.

Katanya, sebelum itu Izuan menelan ubat panadol selepas mengadu sakit di bahagian kepala.

“Tidak lama selepas menelan panadol cucu saya tidak sedarkan diri. Bapanya kemudian membawa ke Klinik di Jeram Tekoh, kemudian dihantar ke Hospital Gua Musang.

“Tidak lama selepas itu dipindahkan pula ke Hospital Kuala Krai. Dan dari Kuala Krai dimasuk pula ke HUSM. Di HUSM beliau menjalani pembedahan di kepala,” katanya di sini.

Beliau yang bertugas sebagai Setiausaha Kerja PAS Gua Musang berkata, sejak tempoh itu cucunya belum sedarkan diri sehingga sekarang.

Izuan anak sulung daripada enam adik beradik. Lima adik-adiknya masih bersekolah. Ayahnya tidak mempunyai pekerjaan tetap dan hanya bekerja kampung.

Oleh itu Mat Jusoh berharap bantuan orang ramai ramai membayar kos rawatan cucunya yang mana kini meningkat kepada lebih RM20,000.

Sumbangan boleh disalur melalui akaun Bank Simpanan Nasional – 03995-41-00001829-3) atau hubungi Roshidi Mat Jusoh (018 382 6936). - HARAKAHDAILY 1/9/2014

Sumber HD - 1-9-2014

Bubar JPP, buktikan keikhlasan Kerajaan Pusat

AHMAD FADHLI SHAARI | .

Saya ingin memberikan respon terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed seperti yang tersiar di dalam akhbar Sinar Harian hari ini 1 September 2014.

Di dalam kenyataan tersebut, beliau menyatakan bahawa Kelantan tidak pernah dipinggirkan oleh kerajaan Pusat di mana Kelantan dikatakan telah menerima RM590 juta sejak tahun 2004 untuk menampung deficit perbelanjaan akaun mengurus negeri ini.

Bahkan menurut beliau, pada tahun lepas (2013), kerajaan Pusat telah meluluskan RM86 juta untuk membantu kerajaan negeri.

Suka untuk saya menyatakan bahawa angka-angka yang disebut oleh oleh Datuk Mustapa tersebut perlu diperhalusi terlebih dahulu sebelum diterima.

Jika diandaikan bahawa angka-angka tersebut adalah benar, maka ia jauh lebih kecil berbanding dengan peruntukan kerajaan Pusat terhadap Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) yang wujud di Kelantan selepas sahaja Umno tumbang di dalam pilihanraya umum 1990.

Saya memetik kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Datuk Mahktar Mustafa di Tumpat pada 5 Mac 2010 yang lepas yang menyatakan bahawa JPP dijangka memperoleh peruntukan antara RM5 bilion dan RM7 bilion bagi melaksanakan projek-projek pembangunan di bawah Kerajaan Pusat dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10), mulai tahun 2011.

Memandangkan RMK10 mengambil tempoh selama 5 tahun untuk dilaksanakan dan jumlah minima yang diperolehi oleh JPP ialah RM5 billiion, maka peruntukan dari kerajaan pusat untuk JPP ialah RM1 billion setahun!

Ia bukan angka yang kecil namun ia menjadi amalan biasa kepada kerajaan Pusat di dalam meminggirkan peranan kerajaan Kelantan sebagai sebuah kerajaan yang sah.

Jika diundur lagi sebelum tahun 2010, maka kita boleh membaca kenyataan dari Pengarah JPP sebelum Makhtar iaitu Datuk Mohd Shukry Salleh di mana pada 27 April 2008, beliau menyatakan bahawa JPP Kelantan telah membelanjakan RM2.3 bilion daripada peruntukan RM4.4 bilion yang diterima daripada kerajaan pusat untuk projek pembangunan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) di negeri ini.

Jumlah RM4.4 billion jika dibahagikan dengan tempoh 5 tahun menjadikan jumlah purata setahun peruntukan untuk JPP ialah sekitar RM900 juta!

Fikirkan dengan akal yang waras, besar sangatkah jumlah RM86 juta (jika benar) yang didakwa oleh Datuk Mustapa Mohamed itu untuk Kelantan pada tahun lepas jika dibandingkan RM1 billion untuk JPP?

Ia kelihatan barangkali sedikit besar kerana dihimpunkan dari tahun 2004, maka saya cadangkan beliau menyebut angka dari tahun 1990 agar ia kedengaran lebih besar.

Saya juga melihat perkataan defisit itu seperti diberikan penekanan oleh Mustapa di dalam kenyataannya.

Suka untuk saya cadangkan agar beliau dapat menyemak kembali bajet kerajaan Malaysia sendiri yang dibentangkan saban tahun di dalam Parlimen oleh Menteri Kewangan.

Untuk rekod, bagi tahun 2014, bajet yang dibentangkan pada Oktober 2013 yang lepas ialah bajet defisit kali ke 16 semenjak tahun 1998.

Di Kelantan, bajet defisit bukan sahaja dibentangkan semenjak tahun 2004 bahkan sebelum dari itu lagi.

Semenjak awal pentadbiran PAS di negeri Kelantan contohnya, bajet yang dibentangkan sentiasa defisit namun di akhir tahun, berlaku lebihan hasil daripada kecekapan pengurusan dan penjimatan dalam urusan perbelanjaan.

Untuk rekod, pada tahun 1992, dalam anggaran bajet, Kelantan mengalami defisit sebanyak RM16.63 juta, tetapi ketika perbelanjaan sebenar, Kelantan mempunyai lebihan RM9.32 juta.

Begitu juga pada tahun 1993, semasa anggaran bajet dibuat, defisit sebanyak RM27.27 juta, tetapi selepas perbelanjaan sebenar, Kelantan masih mempunyai lebihan sebanyak RM30.33 juta.

Hakikatnya, Kelantan dipinggirkan semenjak 24 tahun yang lepas dan masih dipinggirkan sehingga sekarang.

Isu-isu seperti royalti minyak, lapangan terbang, lebuh raya dan pelbagai lagi deretan isu-isu tertunggak membuktikan bahawa kerajaan Pusat masih belum berlaku adil kepada Kelantan sehingga ke hari ini.

Jika benar Datuk Mustapa ingin membuktikan penegasan beliau bahawa Kelantan tidak pernah dipinggirkan, saya suka untuk memohon beliau untuk melakukan satu langkah pertama yang cukup berani, bubarkan JPP dan segala urusan kerajaan negeri dengan kerajaan pusat dikembalikan kepada format asal iaitu melalui Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan Ketua Setiausaha Negara (KSN), bukannya Pejabat Pembangunan Persektuan (JPP).

Sekian, terima kasih.

* Penulis adalah Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan

- HARAKAHDAILY 1/9/2014

Sumber HD - 1-9-2014






































































































































































































MB harap lebuh raya rakyat siap penghujung 2017

HARAKAHDAILY | .

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan dapat memulakan kerja projek lebuh raya rakyat yang telah diadakan majlis pecah tanah pembinaan lebuh raya pada 28 Mei 2012 yang lalu oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar ketika itu.

Demikian dinyatakan Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob dalam satu kenyataan, semalam.

Maka bermula semalam, ujarnya kerajaan negeri secara rasminya memulakan kerja pembinaan lebuh raya bermula di Bukit Tiu Machang sehingga ke Dusun Damar Kuala Krai iaitu sepanjang 30.5 km yang meliputi laluan empat lorong dua hala bagi fasa yang pertama.

"Berkenaan duit wakaf terkumpul sebanyak RM3.1 juta yang diderma oleh rakyat akan digunakan untuk pembinaan jambatan yang akan kita namakan sebagai jambatan rakyat," jelasnya.

Katanya, kerajaan masih lagi membuka peluang kepada rakyat untuk menderma bagi memperolehi pahala yang berkekalan juga sebagai amal jariah nanti.

"Semoga lebuh raya rakyat ini akan menyelesaikan masalah kesesakan dan sama-sama kita berdoa dapat disiapkan sepenuhnya penghujung tahun 2017 nanti, insya Allah," ujarnya. - HARAKAHDAILY 28/8/2014

Sumber HD - 28-8-2014

R desak Kelantan tolak Akta Wilayah Laut 2012

SALMAH MAT HUSAIN | .



KOTA BHARU: Presiden Pertubuhan R Kelantan, Nazri Deraman berharap kerajaan Kelantan menolak Akta 750 (Akta Wilayah Laut 2012) seperti dilakukan Sabah.

Katanya, Kelantan seharusnya mengikut jejak langkah Sabah menolak akta terbabit berikutan pengkhianatan kerajaan pusat dan Petronas menafikan royalti 5 peratus.

Beliau ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra hari ini ketika dalam perjalanan menghadiri program Sidang Meja Bulat Tolak Akta 750 dan dialog royalti bersama anak-anak Kelantan di Sabah.

Turut serta Adun Tawang, Datuk Hassan Mahmood, ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Mazian Nik Muhamad, Adun Tendong, Rozi Muhammad dan aktivis R.

Sebelum ini Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Aman menolak Akta 750 daripada dikuatkuasakan ke atas perairan Sabah.

Ketua Menteri Sabah menjelaskan perkara itu ketika menjawab soalan bertulis Dr Edwin Bosi (DAP-Kepayan) pada persidang Dun baru-baru ini.

Nazri juga berkata, pengakuan Musa berkaitan Akta Pelantar Benua 1966 dan Akta Perlombongan Petroleum 1966 tidak lagi terpakai di Sabah setelah penarikan Darurat pada 24 November 2011.

Akta 750 diluluskan di Parlimen menggantikan Undang-Undang Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat No 7 1969 yang menghadkan perairan wilayah negeri-negeri di Malaysia hingga tiga batu nautika. - HARAKAHDAILY 27/8/2014

Sumber HD - 27-8-2014






































































































































































































Lembaga Pengarah Kesedar kunjungi MB

MOHD NOR YAHYA | .

KOTA BHARU: Sejarah baru tercatat lagi apabila pengurusan tertinggi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) mengunjungi hormat Menteri Besar di Kota Darulnaim hari ini.

Rombongan itu diketuai pengerusinya, Datuk Abdul Aziz Derashid. Hadir sama Pengurus Besar Kesedar, Arshad Ismail dan ahli-ahli lembaga pengarah.

Sebelum ini tiga wakil negeri dilantik lembaga pengarah agensi kerajaan pusat itu iaitu anggota Exco, Datuk Che Abdullah Mat Nawi, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat.

Selain itu Pengarah Tanah Dan Galian Kelantan, Datuk Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal.

Pelantikan tiga wakil kerajaan negeri itu menyelesaikan kemelut yang berlaku sejak hampir 24 tahun lalu.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, kerajaan negeri bersedia bekerja sama dengan Kesedar bagi menjadikan Gua Musang sebagai gerbang ilmu di Kelantan Selatan.

“Kerajaan akan memberi kerjasama sepenuhnya bagi memajukan sektor pendidikan untuk melahirkan modal insan yang cemerlang,” katanya ketika ditemui selepas kunjungan tersebut.

Abdul Aziz berkata, Kesedar bersedia menjadikan Kelantan selatan sebagai hub pendidikan di mana sekarang terdapat kampus Kolej Pengajian Tinggi Mara (KPTM).

Kata beliau pihaknya sudah mengenal pasti tapak yang sesuai untuk diwujudkan sebagai hub pendidikan utama di Kelantan selatan. – HARAKAHDAILY 26/8/2014

Sumber HD - 26-8-2014

Gua Musang pesat membangun di bawah ulama

ASLANI M | .

GUA MUSANG: Sejak Kelantan di bawah teraju ulama Bandar Gua Musang kini banyak berubah wajah. Biar pun tiada bangunan pencakar langit, namun kawasan bandar baru makin meluas.



Selain bandar lama berhampiran Sungai Galas dan bandar baru terdapat dua lagi lokasi bandar baru sedang dibangunkan iaitu bandar utama dan terbaru bandar Saujana Harmoni.

Bandar baru terletak sekitar Masjid Tengku Fa-iz Petra, manakala Bandar Utama dibangun di Jalan Gua Musang-Kuala Krai. Kini sebahagian kompenan termasuk rumah kedai dan kediaman sudah disiapkan.

Bandar Saujana Harmoni sedang dibangunkan di Kampung Tanah Putih terletak di jalan Gua Musang-Kuala Lumpur.

Penyelia Dun Galas, Abdullah Husain berkata, di Tanah Putih sebanyak 121 unit rumah mampu sedang dalam pembinaan ditawarkan dengan harga RM98,000.

“Projek yang bermula tahun lepas itu bakal mengandungi 53 unit rumah banglow, 118 unit rumah teres berkembar dan rumah kedai mampu milik 37 unit,” katanya di sini.

Selain itu akan dibina pasar raya TF Value Mart, tempat rehat dan rawat, stesen minyak, ML Residence Hotel dan masjid yang meliputi keseluruhan kawasan pembangunan seluas 1,000 ekar.

Projek tersebut dilaksanakan secara berfasa dijangka siap sepenuhnya pada 2019.

Perasmiannya projek rumah mampu milik kerajaan negeri itu disempurnakan Menteri Besar, Ustaz Dato’ Ahmad Yakob 21 Ogos lalu.

Kata Abdullah projek tersebut dilaksanakan bagi memastikan rakyat yang tidak mampu membina sendiri boleh memiliki rumah dengan tawaran harga sepadan kemampuan mereka.

Bagaimanapun projek perumahan rakyat yang dibina kerajaan pusat di bandar baru di belakang Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang sudah lama siap namun belum lagi diduduki.

Projek tersebut menjadi bahan kempen pada pilihan raya kecil Dun Galas pada 2010 sehingga ramai pengundi terpengaruh.

Seorang penduduk memberitahu projek itu sudah lama disiapkan, namun sehingga kini belum lagi diduduki.

“Saya dimaklumkan hampir kesemua pemohon yang dipilih dalam kalangan penyokong Umno dan BN. Ia adalah projek politik pilihan raya,” katanya di sini. - HARAKAHDAILY 25/8/2014

Sumber HD - 25-8-2014






































































































































































































Kelantan utamakan keselamatan di sempadan

SALMAH MAT HUSAIN | .

KOTA BHARU: Isu keselamatan di kawasan sempadan Kelantan turut dibincang pada pertemuan Ustaz Datuk Ahmad Yakob dengan Panglima 8 Briged, Jeneral Datuk Azmy Yahya.


“Kita turut membincangkan keselamatan negeri dan negara khususnya di sempadan Thailand. Pihak keselamatan begitu mengambil berat soal itu.

“Kerajaan negeri sedia memberi kerjasama kepada pihak keselamatan demi untuk keselamatan rakyat,” kata Menteri Besar ketika ditemui selepas menerima kunjungan hormat Panglima 8 Briged di pejabatnya hari ini.

Azmy bertugas di Kelantan bermula Jun lalu menggantikan Jeneral Datuk Zamri Hamzah yang bersara baru-baru ini.

Ustaz Ahmad turut mengucapkan terima kasih di atas kesediaan Azmy mengunjunginya di Kota Darulnaim.

Katanya, diharap kunjungan tersebut akan dapat mengeratkan hubungan antara kedua-dua belah pihak. - HARAKAHDAILY 24/8/2014

Sumber HD - 24-8-2014






































































































































































































'Di samping bersukan, kita juga dapat pahala'

MUHAMMAD YUSRI AMIN | .

KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan menghidupkan semula aktiviti sukan membabitkan wanita dan beliawanis termasuk sukan bola jaring setelah ‘diberhentikan’ pada 2008.

Sehubungan itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Dr Ramli Mamat berkata kerajaan negeri kini mengatur jadual aktiviti sukan sesuai dengan mereka termasuk bola jaring.

Keterbukaan kerajaan negeri itu kerana masyarakat kini termasuk non-muslim memahami kerajaan mengamalkan dasar Membangun Bersama Islam, di bawah kepimpinan ulama.

“Di samping itu, usaha dilakukan bagi melahirkan generasi yang bermaruah, menerajui perubahan, menjadikan setiap aktiviti termasuk bersukan bertujuan ‘ibadat’ kepada Allah swt.

“Kita mahu beliawanis mempunyai aktiviti yang sihat, yang kemudian mampu melahirkan generasi yang sihat pula, bahkan mereka mempunyai jati diri yang tinggi,” ujarnya.

Beliau ditemui pada Majlis Jalinan Mesra Menteri Besar Kelantan bersama masyarakat antara kaum di Dewan Undangan Negeri Kota Lama di sini semalam.

Program dirasmikan Menteri Besar Kelantan itu turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Perpaduan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan Negeri Datuk Anuar Tan Abdullah, yang juga Adun Kota Lama.

Turut hadir Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Bharu Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah.

Dr. Ramli mengulas dakwaan mempertikaikan peraturan pihak kerajaan negeri tidak menggalakkan penonton lelaki pada permainan bola jaring termasuk Kejohanan Bola Jaring Beliawanis Peringkat Dewan Undangan Negeri (27 Ogos) dan Peringkat Parlimen (6 September hingga 25 Oktober).

Beliau berkata, peraturan diadakan penganjur adalah sebagai ‘guide line’. Dan ‘guide line’ itu diadakan adalah atas saranan pemain bola jaring wanita dan beliawanis itu sendiri.

“Di samping kita bersukan, kita juga dapat pahala, itu antara tujuan pengajaran Islam ‘rahmatan lil’aalamin’,” ujarnya.

Menurutnya, mereka yang berjiwa Islam, mahukan supaya mereka tidak dilihat dan disaksikan oleh kaum lelaki, sebaliknya penonton wanita dan beliawanis saja.

“Dan saranan itu sendiri selaras dengan dasar kerajaan negeri, dan kita amat bersetuju," katanya.

Katanya, namun pihak kerajaan negeri bukan menghalang terus daripada disaksikan penonton lelaki, tetapi idealnya digalakkan hanya penonton wanita dan beliawanis saja.

“Kita mahu, biarlah apa yang kita buat itu kita rasa beribadat kepada Allah swt, di samping kita bermain itu, kita dapat pahala," ujarnya.

Sementara itu, Presiden Gabungan Pertubuhan Tiong Hwa Kelantan Oie Poh Choon berkata hubungan Kerajaan PAS Kelantan dengan masyarakat Cina di negeri ini adalah ‘rapat’.

“Kita berharap MB baru pun, boleh serupa Tuk Guru dulu yang jelas melaksanakan keadilan kepada rakyat.

“Dalam konteks sukan itu pula, kalau kita lihat dengan mata sihat, kita hormat kepada kerajaan negeri yang menyuruh berpakaian sopan kepada pemain. Sebenarnya kalau bermain dengan berpakaian sopan, OK.

“Kita ni negeri yang Membangun Bersama Islam. Oleh itu dalam peraturan bersukan, kita bersukan, cuma tidak sekat langsung untuk penonton lelaki menyaksikannya," katanya. - HARAKAHDAILY 24/8/2014

Sumber HD - 24-8-2014






































































































































































































Beri peluang PAS bertanding PRK Pengkalan Kubur

SALMAH MAT HUSAIN | .
KOTA BHARU: Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan, mencadangkan supaya pucuk pimpinan PAS negeri itu meletakkan calon parti itu untuk bertanding pada Pilihan raya Kecul (PRK) Dun Pengkalan Kubur yang akan datang.

Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusof, berkata berdasarkan rekod pilihan raya yang lepas, calon Pakatan Rakyat berpotensi untuk memenangi semula Dun tersebut sekiranya meletakkan calon PAS.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily ketika ditemui selepas majlis perasmian muktamar dewan itu ke-41 oleh Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, di sini hari ini.

Muktamar berkenaan diadakan di Putik, dekat sini yang turut dihadiri tetamu jemputan daripada beberapa NGO Islam seperti Abim, Ikram, wakil Hamas Palestin dan muslimat PAS Pusat.

Menurutnya, pengalaman lalu bukan hanya calon PAS yang pernah memenangi Dun tersebut, sebaliknya apabila meletakkan calon PKR mewakili Pakatan Rakyat, undi Dun lebih rendah berbanding peringkat Parlimen.

“Kita melihat ianya tidak begitu seimbang antara pengundi di peringkat Dun dan Parlimen seolah-olah ada sesuatu yang tidak diingini berlaku di situ,” ujarnya lagi.

Katanya, kajian yang dibuat juga rata-rata menunjukkan pengundi inginkan calon dari PAS dicalonkan setiap kali pilihan raya ketika kajian dibuat di peringkat bawah.

“Jadi saya mengharapkan untuk pilihan raya kecil ini pimpinan kita mempertimbangkan cadangan untuk meletakkan calon kita bagi merampas semula Dun Pengkalan Kubur,” ujarnya yang juga Ketua Muslimat PAS Malaysia.

Pada masa yang sama beliau turut berharap pimpinan PKR dan penyokong memahami hasrat dewan berkenaan tanpa memandang sebarang rasa prejudis terhadap mereka.

Ketika ditanya PAS mungkin sukar untuk mengembalikan kemenangan itu walaupun meletakkan calonnya disebabkan ianya pilihan raya kecil, Zailah memberitahu ia akan dimulakan pada pilihan raya kecil ini dahulu.

Tambahnya, memang ia sukar tetapi tidak mustahil untuk parti itu mencubanya.

Pilihan raya kecil itu diadakan apabila Adunnya, Datuk Noor Zaidi Omar meninggal dunia dua hari lalu di China akibat penyakit barah yang dihadapinya.

Noor Zaidi memenangi Dun Pengkalan Kubur pada PRU 2004, 2008 dan 2013.

Pada PRU13 lepas, allahyarham yang juga Ketua Umno Bahagian Tumpat mendapat 10,174 undi menewaskan calon PKR, Saharun Ibrahim (8,438) dan Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary (65). - HARAKAHDAILY 23/8/2014

Sumber HD - 23-8-2014

MB Kelantan hadir sambut jenazah Noor Zahidi

RIZAL TAHIR | .

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, antara mereka yang menunggu ketibaan jenazah Adun Pengkalan Kubor, Datuk Noor Zahidi Omar, di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, di sini, malam tadi.



Pesawat yang membawa jenazah mendarat jam 10.15 malam.

Antara pimpinan kerajaan negeri yang hadir, Exco kerajaan negeri, Mejar (B) Datuk Anizam Abdul Rahman, Mumtaz Md Nawi dan Speaker Dun Kelantan, Datuk Abdullah Ya'kob.

Turur hadir sama ialah Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Tan Sri Annuar Musa.

Sebelum itu, jenazah Noor Zahidi tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dari Guangzhou sebelum dibawa ke Lapangan Terbang Subang yang kemudian diterbangkan ke Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa menggunakan pesawat C-130 Hercules milik Tentera Udara Diraja Malaysia.

Jenazah seterusnya dibawa ke kediaman allahyarham di Kampung Surau Pasir Pekan untuk disembahyangkan sebelum dikebumi sekitar jam 11.50 malam.

Noor Zahidi, 57, meninggal dunia akibat kanser hati sewaktu menerima rawatan di sebuah hospital di Guangzhou, China pada jam 5.45 pagi, Rabu lepas. - HARAKAHDAILY 23/8/2014


Sumber HD - 23-8-2014






































































































































































































Dedah punca kereta perisai terbalik

SALMAH HUSAIN | .
PASIR MAS: Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) mendesak satu siasatan terperinci dilakukan ekoran tragedi kereta perisai terbalik yang mengakibatkan kematian dua orang tentera di Sandakan, Sabah baru-baru ini.

Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, siasatan terperinci itu penting bagi merungkai persoalan yang bermain di kalangan rakyat khususnya lebih lebih lagi ia berlaku di kawasan yang sering berlaku ancaman keselamatan.

“Ini ditambah lagi dengan kebimbangan ekoran siri ancaman keselamatan yang sering berlaku akibat tindakan provokasi pihak-pihak luar.

“Saya yakin pihak tentera sendiri amat serius di dalam menjalankan tugas menjaga kedaulatan negara.

"Namun rakyat juga berhak untuk tahu apakah sebenarnya yang mengakibatkan kereta perisai yang sewajarnya digunakan untuk peperangan namun boleh hilang kawalan dengan mudah seterusnya mengakibatkan kematian,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian selepas menziarahi keluarga salah seorang tentera yang terkorban dalam kejadian itu, Ahmad Fikri Mansor di Kampung Galok, Chetok, Pasir Mas hari ini.

Seorang lagi tentera yang terkorban ialah Mohd Hanif Patahur dari Johor.

Turut sama mengiringi beliau ialah Ketua Pemuda PAS Dun Chetok Abdul Rahim Yahya dan Penghulu Mukim Jabo Chetok Shamsuddin Ismail.

Fadhli yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Pasir Mas, turut menyampaikan sumbangan kepada ibu allahyarham yang menjalankan perniagaan kedai makan secara kecil-kecilan.

“Kita mengharapkan kerajaan dapat membantu ibu allahyarham yang hanya bergantung kepada perniagaannya yang sebelum ini dibantu oleh mangsa yang merupakan anak sulung di dalam keluarganya.

“Sesungguhnya, jasa Allahyarham kepada negara cukup besar sehingga terkorban ketika menjalankan tugas, “ katanya lagi.

- HARAKAHDAILY 22/8/2014

Sumber HD - 22-8-2014

Speaker minta Adun hadir sambut jenazah Noor Zahidi

ASLANI M | .



GUA MUSANG: Jenazah Adun Pengkalan Kubur, Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar dijangka tiba dari China di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra kira-kira jam 9.30 malam esok.

Speaker Dun Kelantan, Datuk Abdullah Ya’kub berkata, keluarga arwah memaklumkan kepulangan jenazah itu ketika dihubungi Pejabat Speaker Dun hari ini.

Oleh itu beliau berharap wakil-wakil rakyat di Kelantan dapat meluangkan masa hadir menyambut ketibaan jenazah Adun Pengkalan Kubur di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.

“Saya berharap wakil-wakil rakyat dapat meluangkan masa bersama hadir. Menteri Besar juga dijangka hadir sama,” katanya ketika ditemui pada majlis perasmian rumah mampu milik kerajaan negeri di Kampung Tanah Putih di sini, hari ini.

Perasmiannya disempurnakan Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob. Hadir sama Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah, Ketua Jajahan Gua Musang, Nazran Mohamad dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan, Ahmad Zakie Ahmad Shariff.

Allahyarham Noor Zahidi dilaporkan meninggal dunia akibat kanser hati di sebuah hospital di Guangzhou, China, pagi semalam.

Abdullah juga berkata, pihaknya sehingga kini belum menerima sijil kematian daripada keluarga arwah atau Badan Perhubungan Umno Kelantan.

“Keluarga memaklumkan mereka sekarang sibuk mengurus bagi membawa pulang jenazah Allahyarham,” katanya.

Menurutnya juga beliau akan memaklumkan mengenai kekosongan kerusi Dun Pengkalan Kubur kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selewat-lewatnya pada Ahad ini berikutan esok dan lusa cuti mingguan di Kelantan.

Mengikut peraturan SPR pilihan raya kecil perlu diadakan dalam masa 60 hari selepas berlaku kekosongan kerusi untuk memilih wakil rakyat baru. - HARAKAHDAILY 21/8/2014

Sumber HD - 21-8-2014






































































































































































































Kelantan utus surat tahniah kepada Erdogan

ASLANI M | .

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan merakamkan ucapan tahniah kepada Recep Tayyip Erdogan di atas kejayaannya memenangi pilihan raya Presiden Turki baru-baru ini.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob dalam suratnya yang dihantar kepada Erdogan 18 Ogos lalu mendoakan semoga Turki di bawah kepemimpinannya sentiasa mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

“Saya bagi pihak kerajaan dan rakyat Kelantan, Malaysia ingin merakamkan penghargaan dan tahniah di atas kemenangan tuan dalam pilihan raya Presiden di Turki,” katanya pada surat yang dialamatkan kepada Istana Presiden di Ankara, Turki.

Kata beliau sebagai persaudaraan dalam Islam kita mesti sentiasa memberi perhatian yang tinggi bagi mempertahankan Islam dalam menghadapi diskriminasi dan ketidakadilan yang berlaku.

Menurutnya juga Erdogan telah memberi sumbangan besar terhadap perpaduan umat Islam terutamanya mereka yang tertindas di seluruh dunia dengan keberanian diplomasi.

“Semoga Allah SWT memberikan kita keazaman yang kuat dan membimbing untuk memimpin umat ke jalan yang benar,” ujarnya.

Pada pilihan raya Presiden yang pertama kali diadakan di negara itu baru-baru ini Erdogan mencatat kemenangan apabila mendapat 52 peratus undi.

Pencabar terdekatnya, Ekmeleddin Ihsanoglu hanya memperoleh 38.3 peratus. - HARAKAHDAILY 20/8/2014

Sumber HD - 20-8-2014

Speaker belum terima pengesahan kematian Adun

RIZAL TAHIR | .



KOTA BHARU: Pejabat Speaker Dun Kelantan masih menunggu makluman rasmi daripada Badan Perhubungan Umno negeri bagi mendapat pengesahan kematian Adun Pengkalan Kubor, Datuk Noor Zahidi Omar.

Speaker, Datuk Abdullah Ya’kob berkata, pengesahan rasmi tersebut dijangka akan diperolehi selewat-lewatnya esok.

“Kami masih menunggu pengesahan rasmi kematian Adun berkenaan daripada Badan Perhubungan Umno Kelantan.

“Dijangkakan esok selewat-lewatnya diterima untuk membolehkan kami mengambil tindakan lanjut,” katanya di sini.

Menurutnya selepas menerima pengesahan kematian itu beliau akan menulis surat rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memaklumkan kekosongan kerusi Dun Pengkalan Kubor.

Mengikut peraturan SPR pilihan raya kecil perlu diadakan dalam masa 60 hari selepas berlaku kekosongan kerusi untuk memilih wakil rakyat baru.

Allahyarham Noor Zahidi dilaporkan meninggal dunia akibat kanser di sebuah hospital di Guangzhou, China, awal pagi ini.

Allahyarham menang di Dun Pengkalan Kubor selama tiga penggal. Beliau juga Ketua Umno Bahagian Tumpat. Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan 12 anak.

Sebelum ini Harakahdaily.net pernah melaporkan Adun terbabit menjalani rawatan di luar negara akibat menghidapi penyakit kronik.

Berita mengenai perkembangan Adun berkenaan tidak dipaparkan media harian. - HARAKAHDAILY 20/8/2014

Sumber HD - 20-8-2014






































































































































































































MB Kelantan ucap takziah kepada keluarga Noor Zahidi

HARAKAHDAILY | .

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob mengucapkan takziah kepada keluarga Adun PengkaLan Kubur, Datuk Noor Zahidi Omar yang meninggal dunia pagi ini.

Beliau merakamkan ucapan takziah itu menerusi facebook.

"Awal pagi tadi saya diberitahu tentang berita kematian Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar, Adun Pengkalan Kubor di Guangzhou China.

"Saya mengucapkan takziah kepada keluarga beliau dan bersabarlah dengan berita pemergian ini. Saya mendoakan agar Allah mencucuri rahmat-Nya ke atas beliau."

Pada PRU13 lepas, Noor Zahidi yang juga Ketua Umno Bahagian Tumpat mendapat 10,174 undi menewaskan calon PKR, Saharun Ibrahim (8,438) dan Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary (65). - HARAKAHDAILY 20/8/2014

Sumber HD - 20-8-2014

Kelantan hormati Hari Perkabungan Negara

HARAKAHDAILY | .

KOTA BHARU: Sebagai mematuhi pengumuman kerajaan Jumaat ini sebagai Hari Perkabungan Negara, kerajaan Kelantan turut sama menghormatinya.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, rakyat Malaysia amat sedih terhadap peristiwa tersebut.

“Kerajaan Kelantan turut juga meraikan hari perkabungan seperti diumumkan kerajaan Malaysia,” katanya kepada media selepas program gotong royong perdana banteras wabak denggi di Kampung Paya Senang di sini, hari ini.

Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Jumaat ini sebagai Hari Perkabungan Negara sempena ketibaan 22 jenazah mangsa nahas MH17.

Jabatan Perdana Menteri dalam satu kenyataan semalam menjelaskan garis panduan yang perlu dipatuhi pada Hari Perkabungan Negara Jumaat ini sempena ketibaan jenazah mangsa nahas pesawat Mas di Ukraine 17 Julai lalu.

Antaranya media elektronik perlu menangguh rancangan hiburan dan diganti dengan bacaan al-Quran dan program keagamaan.

Selain itu bendera Malaysia hendaklah dikibar di separuh tiang di seluruh negara, acara berunsur hiburan hendaklah ditangguh dan pakaian hendaklah berwarna suram.

Ustaz Ahmad juga berharap Malaysia memain peranan aktif bagi mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat siapa sebenar yang menembak jatuh jatuh pesawat MH17 Julai lalu. - HARAKAHDAILY 19/8/2014

Sumber HD - 19-8-2014






































































































































































































Denggi: MB ketuai gotong royong perdana

HARAKAHDAILY | .
KOTA BHARU: Menteri Besar menolak andaian sesetengah pihak mendakwa kerajaan negeri kurang memberi kerjasama bagi menangani wabak denggi yang melanda sekarang.

Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, agensi di bawah kerajaan negeri sentiasa memberi kerjasama kepada Jabatan Kesihatan bagi mengurangkan wabak denggi.

Katanya, gotong royong perdana yang dilaksanakan di tiga lokasi hari ini diusahakan pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan kerjasama Jabatan Kesihatan.

“Selain itu turut hadir Jabata Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Rela dan PBT,” katanya kepada media selepas merasmikan gotong royong membasmi wabak denggi di Kampung Paya Senang, hari ini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat, anggota Exco, Dr Ramli Mamat dan Pengarah Kesihatan Negeri dan Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Maher.

Dua lagi lokasi gotong-royong iaitu Kampung Demit Kubang Kerian diketuai Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah, manakala anggota Exco, Datuk Abdul Fattah Mahmood pula mengetuai di Tanjung Chat.

Sebelum ini ada pihak mempersoalkan usaha kerajaan negeri bagi menangani wabak denggi yang melanda Kelantan sejak beberapa bulan lalu.

Menteri Besar berkata, usaha secara berterusan hendaklah dilakukan bagi mengurangkan kadar wabak denggi.

“Kerajaan negeri mengambil keputusan untuk turun ke kawasan-kawasan ‘panas’ denggi dengan mendapat kerjasama semua pihak.

“Sekarang bukan lagi sekadar bercakap sebaliknya perlu melakukan kerja. Denggi boleh mendatangkan bahaya kepada manusia.

“Jabatan Kesihatan telah lama memberi taklimat iaitu sejak Febuari lalu kepada masyarakat tetapi masih lagi kurang mendapat kerjasama orang ramai,” katanya.

Oleh itu katanya kerajaan dengan secara tegas meminta rakyat supaya lebih peka terhadap wabak tersebut.

Menurutnya dengan adanya rasa bertanggungjaab ke atas perkara itu Insya-Allah wabak denggi boleh dikawal.

“Semua pihak hendaklah bekerjasama dan menjaga keluarga masing-masing. Kita berdoa Allah supaya mengangkat wabak agar tidak lagi berpanjangan,” tambahnya. – HARAKAHDAILY 19/8/2014

Sumber HD - 19-8-2014

Liga Dun lahirkan ramai 'Piya'

SALMAH MAT HUSAIN | .

KOTA BHARU: Ketua pasukan bola sepak Kelantan, Mohd Badri Radzi atau Piya pernah terbabit dalam kejohanan Liga Dun dianjurkan kerajaan negeri ketika awal pembabitannya dalam sukan bola sepak.

Liga tersebut mulai dianjurkan pada 2005 bagi mencungkil bakat-bakat baru bermula di peringkat akar umbi.

Piya mula bermain bola sejak berumur 12 tahun ketika belajar di Sekolah Kebangsaan Padang Garong.

Pada 2002 ketika Piya berumur 20 tahun beliau menyertai pasukan Milo Kelantan sebelum menyertai pasukan Liga Simpanan pada 2003.


Pengarah Urusetia Pembangunan Belia, Sukan Kelantan (U-Bes), Ustaz Ahmad Fadhli Shaari (gambar) berkata, pada peringkat awal Piya pernah beraksi di kejohanan Liga Dun.

“Sebab itulah sekarang kita cuba melahirkan lebih ramai Piya dalam skuad bola sepak menerusi Liga Dun,” katanya pada pelancaran Liga Dun peringkat Parlimen Pengkalan Chepa dan majlis Aidilfitri Pemuda PAS kawasan itu di sini malam tadi.

Program tersebut dirasmi Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah.

Pada program berkenaan Mohd Amar yang juga Adun Panchor menyerah jersi kepada wakil pasukan yang akan menyertai Liga Dun Parlimen Pengkalan Chepa.

Sebelum ini anggota Exco, Dr Ramli Mamat berkata, seramai enam pemain Skuad Elit di bawah kerajaan negeri sekarang bermain dalam pasukan Harimau B.

Selain itu ada yang bermain dengan pasukan Piala Presiden. - HARAKAHDAILY 12/8/2014

Sumber HD - 12-8-2014






































































































































































































Anak tidak sabar tunggu ibu pulang dari Sweden

BERNAMA | .

KOTA BAHARU: "Saya harap dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama ibu tahun depan," kata Aishah Azizul Raheem, anak sulung Shalwati Norshal yang dihukum penjara oleh Mahkamah Daerah Solna di Stockholm, Sweden.

Beliau berkata sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini tidak sempurna tanpa kehadiran ibunya.

"Saya sememangnya rindu ibu tetapi tahun ini dia tiada tetapi saya gembira sebab ada ayah," katanya.

Aishah, 14, berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Mesra Aidilfitri anjuran Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) Cawangan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan dan Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi) di Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kelantan di sini, hari ini.

Sementara itu, adik kepada Shalwati, Shaleena Norshal berkata kehadiran Azizul Raheem yang pulang ke Malaysia pada 15 Julai lalu setelah selesai menjalani hukuman penjara telah menceriakan suasana sambutan hari raya pada tahun ini.

"Memang mereka sedih masa hari raya tetapi apabila ada ayah mereka kesedihan itu hilang dan kita dapat lihat kegembiraan pada raut wajah mereka.

"Paling ketara adalah Ariff sebab dia paling bongsu dan rapat dengan ibu bapanya dan memang mereka tak sabar untuk tunggu kepulangan ibunya," katanya.

Katanya, Shalwati dijangka pulang ke Malaysia pada 2 Oktober ini selepas selesai menjalani hukuman penjara di Sweden.

Pada 29 Mac lepas, Azizul Raheem seorang Pegawai Tourism Malaysia dan Shalwati dijatuhi hukuman penjara kerana memukul keempat-empat anaknya sejak September 2010.

Azizul Raheem, dibebaskan pada 9 Julai lalu selepas menjalani hukuman penjara tiga bulan di Sweden.

Manakala, Shalwati seorang guru yang sedang bercuti tanpa gaji, dijatuhi hukuman penjara 14 bulan dan masih menjalani hukuman berkenaan.

Bagaimanapun hukuman itu dikurangkan dan mereka masing-masing hanya perlu menjalani satu pertiga daripada jumlah hukuman itu. - Bernama

Sumber HD - 9-8-2014

Isu Pondok Kandis perlu selesai secara musyawarah

SALMAH MAT HUSAIN | .

KOTA BHARU: Usaha kerajaan negeri untuk memartabatkan Pusat Pengajian Pondok di Kandis yang dijadikan isu oleh pihak tertentu perlu diselesaikan secara musyawarah.


Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, pertemuan pihak pengurusan pondok dengan kerajaan negeri hendaklah diadakan bagi mendapat gambaran lebih jelas isu terbabit.

“Pertemuan tersebut penting bagi mengelakkan kekeruhan berpanjangan. Pertemuan hendaklah diadakan dengan semangat muhibbah agar segala persoalan yang timbul mendapat penjelasan kerajaan negeri.

“Apa yang saya lihat kemelut yang dikatakan melibatkan Pondok Kandis dengan kerajaan negeri hanya ditimbulkan pihak yang tidak dapat dipertanggungjawabkan,” katanya di sini semalam.

Sebelum itu beliau bersama Exco Pemuda PAS Kelatan mengadakan kunjung hormat ke atas Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah bagi mendapat gambaran sebenar isu Pondok Kandis.

Baru-baru ini muncul beberapa kritikan pengguna media sosial terhadap usaha kerajaan negeri meningkatkan taraf Pondok Kandis bagi membolehkan pelajar lulusan pusat pengajian itu melanjut pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Sekarang lepasan Pondok Kandis tidak lagi dapat menyambung pengajian ke Al Azhar Mesir berikutan keputusan kerajaan Malaysia mewajibkan pelajar menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia.

“Kami mendapat penjelasan panjang lebar daripada Timbalan Menteri Besar, kami menganggap jawapan yang diberikan cukup memuaskan hati,” ujarnya.

Kerajaan negeri sebelum ini bercadang memperkenalkan Diploma Pengajian Turath kepada pelajar-pelajar Pondok Kandis sebagai memenuhi akreditasi ditetapkan Kementerian Pengajian Tinggi. - HARAKAHDAILY 7/8/2014

Sumber HD - 7-8-2014






































































































































































































MH17: Keluarga pembantu juruterbang tabah tunggu jenazah dibawa pulang

BERNAMA | .

KOTA BAHARU: Seorang datuk kepada pembantu juruterbang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai lalu, berterima kasih kepada kerajaan dan syarikat penerbangan tersebut atas usaha yang dilakukan untuk membawa pulang jenazah.

Daud Abdul Kadir, 80, datuk kepada Ahmad Hakimi Hanapi, 29, berkata bukan soal nilai pampasan yang bakal diterima mereka sebaliknya mahu melihat jenazah cucunya itu dapat dibawa pulang dan disemadikan di sini.

"Keluarga kami tidak kisah dengan nilai pampasan tersebut dan yang penting menunggu kepulangan jenazah meskipun dikhabarkan urusan penghantaran pulang mengambil masa lebih lama.

"Walaupun dikhabarkan urusan penghantaran jenazah agak lama dan paling cepat dalam tempoh lebih kurang dua minggu, namum kami lega kerana maklumat awal itu jasad Hakimi ditemui walaupun masih belum dapat keputusan muktamad," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Melor di sini, hari ini.

Sementara itu, nenek Ahmad Hakimi, Zaleha Bawal Khan, 73, berkata beliau mengharapkan jenazah ditemui dalam keadaan baik.

"Setiap kali solat kami tidak pernah lupa berdoa misi kerajaan membawa pulang mayat kesemua mangsa termasuk cucu berjaya," katanya.

Katanya, Aidilfitri lalu disambut dalam suasana sederhana kerana masih bersedih dengan kejadian yang menimpa Ahmad Hakimi, apatah lagi teringatkan menu kegemaran Hakimi pada Aidilfitri yang menggemari nasi dagang dan nasi himpit buatannya.

Penerbangan MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, terhempas di Donetsk, timur Ukraine berdekatan sempadan Rusia pada 17 Julai lepas.

Pesawat Boeing 777-200 itu yang membawa 298 orang - 283 penumpang dan 15 anak kapal, dipercayai ditembak jatuh. - Bernama

Sumber HD - 6-8-2014

Kelantan serius tangani wabak denggi

MOHD NOR YAHYA | .

KOTA BHARU: Kerajaan negeri kini berusaha keras bagi memastikan wabak denggi yang melanda Kelantan dapat ditangani dengan kerjasama semua pihak.

Sehingga sekarang pelbagai usaha dilakukan dengan slogan “Ke arah Kelantan Bebas Denggi“ digemblingkan bagi menangani wabak tersebut daripada terus merebak.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, kerajaan negeri bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan Negeri bagi menangani wabak denggi yang semakin serius sekarang.

Katanya juga sikap rakyat yang memandang remeh terhadap pembiakan nyamuk aedes di antara faktor menyebabkan wabak denggi semakin tinggi.

“Bagi meningkat kesedaran masyarakat, program gotong royong akan di adakan di tiga kawasan yang dikenal pasti pada 19 Ogos ini iaitu di Telipot, Kampung Demit dan Tanjung Chat.

“Gotong royong terbabit akan diketuai Menteri Besar dan turut dihadiri Timbalan Menteri Besar dan anggota Exco. Kita memilih Kota Bharu sebagai tempat pelancaran kerana jajahan paling tinggi terlibat wabak denggi,” katanya selepas mesyuarat Exco hari ini.

Menurutnya juga kerajaan kesal kerana ada kawasan yang dilanda wabak denggi melewati sehingga 95 hari.

“Ini memberi gambaran penduduk kawasan tersebut kurang peka dan tidak menghiraukan wabak tersebut terus menular.

“Oleh itu orang ramai perlu memusnahkan mana-mana tempat takungan air bersih dan boleh meminta bantuan pihak berkuasa tempatan sekiranya kawasan itu sukar untuk dimusnahkan,” katanya.

Beliau juga melahirkan rasa amat sedih sehingga kini tujuh kes kematian termasuk kanak-kanak akibat wabak denggi di Kelantan. - HARAKAHDAILY 6/8/2014

Sumber HD - 6-8-2014






































































































































































































Keluar fatwa boikot produk Zionis

ASLANI M | .
KOTA BHARU: Majlis Fatwa Kebangsaan perlu mengeluarkan fatwa bagi mewajibkan umat Islam memulau semua barangan dan produk keluaran syarikat Yahudi Zionis.


Naib Ketua Pemuda PAS Kelantan, Mohd Asri Mat Daud berkata, kaedah pemulauan atau boikot merupakan cara berkesan yang pernah dilakukan Rasulullah SAW ketika baginda mentadbir Madinah.

“Baginda SAW mengarahkan umat Islam membina pasar raya sendiri bagi meninggalkan pasar raya Qainuqa’ yang dimonopoli kaum Yahudi pada masa itu.

“Oleh itu tekanan yang sama perlu dilakukan seluruh umat Islam, bahkan menjadi kewajipan ulama, mufti mengeluarkan kenyataan rasmi memulau barangan Yahudi Zionis,” katanya di sini.

Beliau yang juga Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan berkata, kerajaan Malaysia perlu memutuskan segera hubungan dagang dengan Yahudi Israel walau dalam apa jua bentuk sekalipun.

Kata beliau hentikan segera penjualan minyak sawit kepada Israel.

“Kami menuntut kerajaan Malaysia jangan hanya sekadar menyalurkan sumbangan kepada rakyat Gaza, sedangkan dalam masa yang sama melantik APCO sebagai penasihat kerajaan,” katanya.

Kelmarin Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed mengakui ada syarikat multinasional mempunyai hubungan dengan Israel.

Pada 2013 Biro Statistik Pusat Israel menyebut Malaysia merupakan destinasi ke-11 eksport terbesar negara Zionis tersebut yang bernilai RM4.8 bilion.

“Kalau Britain RedRat boleh umumkan secara rasmi penamatan kontrak dengan Israel kenapa tidak kita di Malaysia,” ujar Mohd Asri.

Mengikut catatan sejarah bumi Palestin diwakafkan Saidina Umar Al-Khattab kepada penduduk Islam Palestin.

Malah fatwa ulama-ulama antaranya fatwa Kesatuan Ulama Dunia pada 1935, fatwa Ulama Iraq (1937) dan fatwa Ulama Al-Azhar (1947) menjelaskan keseluruhan tanah air Palestin hanyalah untuk umat Islam.

Fatwa itu dipertegaskan lagi dengan tandatangan 63 ulama seluruh dunia

pada 1988 bahawa Palestin adalah bumi umat Islam.

Ulama terbabit antaranya Dr Najmudin Arbakan, Syeikh Mustafa Mashur, Dr Yusof Al-Qaradhawi, Qadhi Husain Ahmad, Rashid Ghanushi, Dr Fathi Yakan, Syeikh Mohammad Al-Ghazali dan Dr Wahbah Al-Zuhaili.

Mereka sepakat memberitahu “Jihad (dengan senjata) adalah cara kita (umat Islam) berdepan dengan Yahudi untuk membebaskan Palestin.

“Haram sama sekali memberi hak walau satu inci daripada tanah Palestin kepada Yahudi. Begitu juga haram bagi orang perseorangan atau mana-mana institusi atau kerajaan yang membenarkan Yahudi menjajah bumi Palestin”.

Negara haram Israel wujud pada 2 April 1947 selepas wilayah Palestin dibahagi kepada negara Arab dan negara Yahudi, manakala Baitulmaqdis diletakkan di bawah tanggungjawab antarabangsa. - HARAKAHDAILY 6/8/2014

Sumber HD - 6-8-2014

Kelantan galak pegawai lanjut pelajaran

SALMAH MAT HUSAIN | .

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan mengalu-alukan kakitangan kerajaan negeri melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi bagi meningkatkan kemahiran dalam pelbagai bidang.

Setiausaha Kerajaan Kelantan, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat berkata, melalui usaha tersebut penjawat awam terbabit dapat mencurah semula ilmu kepada masyarakat.

“Di mana ada usaha pasti kejayaan akan menjadi milik kita bersama. Sewajarnya kakitangan awam menjadikan minat untuk meningkatkan kemajuan diri dengan menuntut ilmu ke peringkat lebih tinggi.

“Penggawa Bekelam di Bachok Dr Mustafa Ahmad menjadi contoh terbaik kerana berjaya menamatkan pengajian di peringkat ijazah kedoktoran (PhD),” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Kesatuan Penggawa Kelantan, di Bazar Tengku Anis, di sini hari ini.

Turut hadir Yang Dipertua Penghulu Penggawa Semenanjung Malaysia, Ahmad Fuad Zainal Abidin dan Pengerusi Penggawa Kelantan, Yusof Othman.

Selain Dr Mustafa di Kelantan beberapa pegawai tadbir negeri (PTN) juga memiliki kelayakan di peringkat Phd antaranya Ketua Jajahan Tanah Merah, Dr Che Hamat Che Muda, Pengarah Institusi Pemikiran Tok Guru, Dr Che Samsuddin Mohd Noor dan Pengarah SPARK, Dr Mohd Nazmi Ghazali Azmi.

Malah beberapa lagi PTN sedang melanjutkan pelajaran ke peringkat Phd dan master.

Mohd Faudzi berkata, kejayaan Dr Mustafa mencipta imej baru kepada institusi penggawa di Malaysia.

Beliau juga berharap penggawa di Kelantan perlu berada di tengah-tengah masyarakat bagi menyelami masalah yang dihadapi mereka.

“Penggawa perlu dijenamakan semula namanya supaya masyarakat lebih mengenali mereka yang kini dianggap semakin hilang,” ujarnya.

Sementara itu, Ahmad Fuad berkata, mesyuarat agung Persatuan Penghulu Penggawa peringkat kebangsaan akan diadakan di Kelantan tahun ini.

Katanya, ia sebagai suatu pengiktirafan kepada penggawa di negeri ini. - HARAKAHDAILY 4/8/2014

Sumber HD - 4-8-2014


















































































































































































































Sultan Kelantan sempurnakan 'Qiam With Me'

MUHAMMAD YUSRI AMIN | .

KOTA BHARU: Sultan Muhammad V berkenan berangkat menyempurnakan Program Qiam With Me di Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian dekat sini pada Khamis semalam dan Jumaat pagi ini.

Program bermula 9.00 malam dan berakhir 6.30 pagi itu turut disertai Tengku Mahkota Kelantan Dr Tengku Muhammad Fa-Iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra.

Sultan Muhammad V dan Tengku Mahkota Kelantan turut menunaikan solat Tarawih dan menyempurnakan ‘gimik upacara’ pengurniaan zakat kepada sermai 1435 orang asnaf.

Sejuta Istighfar dilangsungkan mulai 4.00 pagi sebelum Qiamullail dimulakan.

Sebelum bersolat Subuh berjemaah bersama Baginda berdua, ahli jamaah dan rakyat bersahur bersama Baginda mulai 5.00 pagi.

Tahun ini merupakan tahun ketiga Program Qiam With Me itu dianjurkan disertai Baginda berdua sejak penganjuran pertama pada 2012.

Penganjuran pertama dan kedua diadakan di Dewan Jubli Perak Istana Negeri Kelantan, Kubang Kerian dekat sini.

Program Qiam With Me anjuran bersama Kerajaan Negeri Kelantan, Majlis Perbandanran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI), Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Pertubuhan Kerabat D’Raja Kelantan Al-Muhammadi.

Program dengan kerjasama JAKSA Pendamai Kelantan (JP), Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB), merupakan program di mana rakyat bangun pada waktu malam (Qiam) dengan beribadat kepada Allah SWT menerusi solat Tahajjud, berzikir dan beristighfar bersama Sultan Muhammad V dan Tengku Mahkota Kelantan pada malam 27 Ramadan dalam usaha mencari Malam al-Qadar yang menjanjikan ganjaran pahala amat besar bagi mereka yang mendapatnya.

Program itu turut diserikan dengan ‘moreh minda’ oleh penceramah jemputan. – HARAKAHDAILY 25/7/2014

Sumber HD - 25-7-2014

Kelantan lancar dasar Perumahan Mampu Milik

ASLANI M | .
KOTA BHARU: Kelantan memastikan setiap projek perumahan baru di negeri ini turut dibangunkan rumah mampu milik bagi membolehkan lebih ramai rakyat berpendapatan rendah memiliki kediaman.

Peraturan itu terkandung dalam dasar Perumahan Mampu Milik Kelantan yang baru digubal sebagai panduan kepada pemaju dan orang ramai.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, buku panduan itu akan dilancar oleh Menteri Besar tidak lama lagi.

Katanya, dasar itu menetapkan semua pembangunan projek perumahan di Kelantan mesti mengandungi kompenan rumah mampu milik.

“Misalnya kalau kawasan projek perumahan itu seluas 50 ekar, mesti separuh daripadanya dibina rumah mampu milik.

“Dan syarat juga ditetapkan pembangunan rumah mampu milik mesti dibuat serentak dengan kerja-kerja membina rumah bagi kategori lain.

“Kita tidak mahu rumah mewah siap namun rumah mampu milik tidak siap. Kita mahu pembangunan rumah di Kelantan penuh dengan keberkatan,” katanya di sini.

Sebelum ini kerajaan Kelantan menetapkan tiga kategori rumah mampu milik iaitu mampu milik harga rendah RM43,000; sederhana rendah (RM69,000) dan kos sederhana (RM99,000).

Abdul Fattah juga berkata, projek rumah mampu milik yang dilancar di Badang Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB) awal tahun ini kini di peringkat akhir untuk dilaksanakan.

Katanya, projek terbabit di bawah seliaan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) akan dimulakan selepas masalah teknikal diselesaikan.

“Projek rumah mampu milik kedua akan dilaksanakan di Pasir Genda, Tanah Merah. Memandangkan tapaknya agak kecil kerajaan negeri merancang membina 52 unit rumah mampu milik kos rendah berharga RM43,000 seunit.

“Di jajahan lain juga sedang dikenalpasti tapak-tapak yang sesuai,” tambahnya.

Beliau juga berkata, rumah mampu milik kos rendah di Labok, Machang yang telah siap dibina tahun lepas akan diserah kunci kepada pembelinya tidak lama lagi.

Katanya, pembeli rumah terbabit dipilih dalam kalangan penduduk berpendapatan rendah.

“Kita utamakan penduduk tempatan dan mereka yang berkelayakan. Rumah itu berharga RM43,000. Ada yang dibantu anak-anak dan mengeluarkan duit EPF.

“Cuma bagi pembeli yang tidak mempunyai pendapatan tetap ada sedikit masalah teknikal berkaitan bayaran pendahuluan dan insurans yang kini diuruskan pihak bank,” katanya. - HARAKAHDAILY 25/7/2014

Sumber HD - 25-7-2014

Gaza: Bukan masa negara Islam berdiam diri

SALMAH MAT HUSAIN | .

KOTA BHARU: “Bukan masanya negara-negara Islam berdiam diri begitu sahaja tanpa melakukan sesuatu untuk membantu umat Islam di Gaza.

“Sedangkan jumlah kematian penduduk bertambah dari sehari ke sehari,” kata Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah.

Oleh itu beliau berkata kerajaan Kelantan meminta Negara Pertubuhan Islam (OIC) mengambil tanggungjawab terhadap apa yang berlaku di Palestin sekarang.

Katanya, jangan pula ada yang berpeluk tubuh dan tidak berbuat apa-apa.

Kata beliau sudah sampai masanya OIC dan Liga Arab menyatakan pendirian tegas dan prihatin terhadap situasi menyayat hati yang berlaku di Gaza.

“Kami mendesak supaya diadakan sidang khas OIC atau Liga Arab bagi menangani tragedi pembunuhan dilakukan tentera Zionis di Gaza,” katanya selepas mesyuarat Exco di sini, semalam.

Mohd Amar berkata, di Kelantan pelbagai usaha dilakukan bagi membantu umat Islam di Gaza termasuk mengumpul derma yang diusahakan badan-badan bukan kerajaan dan perhimpunan membantah kekejaman Israel.

Menurutnya juga kerajaan Kelantan merakamkan rasa sedih dan dukacita terhadap kekejaman tentera Zionis terhadap penduduk Islam di Gaza. - HARAKAHDAILY 24//7/2014

Sumber HD - 24-7-2014






































































































































































































Hotel akui Madinah Ramadan jadi tarikan pelancong

SALMAH MAT HUSAIN | .

KOTA BHARU: Tidak kurang 50 pelanggan yang terdiri daripada kalangan pelancong dan penduduk tempatan menikmati juadah berbuka puasa di Hotel Renaissance di sini setiap hari.

Sedangkan hotel tersebut bertaraf lima bintang dan merupakan rangkaian hotel antarabangsa satu-satunya yang ada di Kelantan.

Eksekutif Perhubungan Awamnya, Aminah Munirah Hishamuddin berkata, pihaknya menerima banyak tempahan berbuka puasa daripada pelanggan setiap hari.

“Ada kalangan pelancong yang datang menginap di sini atau hotel-hotel lain. Tempahan pelanggan begitu ketara bermula pertengahan Ramadan lalu,” katanya ketika ditemui pada iftar bersama anak-anak yatim di sini, semalam.

Hotel Rennaissance menyediakan juadah istimewa sehingga 130 jenis menu yang berlainan dalam tempoh seminggu ditawar dengan kadar harga RM90 seorang.

Aminah Munirah juga berkata, keunikan Kelantan yang mempunyai tempat solat tarawih di tengah-tengah bandar mampu menjadi tarikan pelancong.

“Bulan Ramadan menjadi tarikan kepada pelancong untuk mengunjungi negeri ini untuk membolehkan mereka berkongsi pengalaman bertarawih di tengah-tengah bandar.

“Tidak semestinya pelancong yang datang menginap di sini, sebaliknya ada yang menginap di tempat lain tetapi mengambil peluang berbuka puasa di sini,” ujarnya.

Menurutnya juga Hotel Rennaisance melaksanakan program amal dengan membaiki rumah seorang ibu tunggal anak enam di Kampung Binjal, Ketereh.

Katanya, keluarga terbabit tinggal di rumah lama yang agak kecil dan tidak selesa kerana bilangan keluarganya agak besar.

Sementara itu imam solat tarawih di Madinah Ramadan, Sheikh Hisham Al Bari memberitahu Kelantan muncul negeri pertama mengadakan program Ihya’ Ramadan dan solat tarawih di khemah terbuka di tengah-tengah bandar.

“Saya mendapat maklum Indonesia juga bakal menjejaki Kelantan untuk mengadakan program yang serupa selepas melihat kejayaan Madinah Ramadan di sini,” katanya di sini.

Kata beliau juga Mesir mempunyai guru-guru al Quran yang hebat dalam bidang qiraat sehingga ramai qarinya diundang menjadi imam solat tarawih di seluruh dunia.

Rakannya yang juga dari Mesir, Juddah Muhammad Juddah, 26 mengakui agak takut mengimamkan solat tarawih buat kali pertama di Madinah Ramadan 1 Ramadan lalu.

“Malam pertama jadi imam memang saya rasa takut, gementar kerana kehadiran jemaah begitu ramai, tetapi alhamdulillah saya dapat melaksanakan amanah seboleh mungkin,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 23/7/2014

Sumber HD - 23-7-2014

Perjanjian dengan Alam Flora September ini

MUHAMMAD YUSRI AMIN | .

KOTA BHARU: Kerajaan negeri akan memuktamadkan perjanjian dengan Alam Flora Sdn Bhd bagi mengurus sisa pepejal di kawasan pihak berkuasa tempatan di Kelantan September ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, hasrat kerajaan negeri untuk menandatangani perjanjian berkenaan September ini.

“Oleh itu dalam masa sebulan ini kita bekerja keras menggerakkan operasi kebersihan khususnya selain memahamkan masyarakat.

“Matlamat utama untuk memastikan kebersihan. Kita telah bincangkan semua sekali termasuk aspek perundangan. Lebih setahun perbincangan diadakan,” katanya selepas pelancaran Majlis Bantuan Tanggungjawab Korporat Sosial Alam Flora di perkarangan Pasar Besar Siti Khadijah di sini.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara, Datuk Nadzri Yahaya, Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negeri, Datuk Seri Afandi Hamzah dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) Adnan Hussin.

Alam Flora kini menggerakkan 14 jentera pengangkut sampah dengan 15 kakitangannya bagi melaksanakan kutipan sisa buangan dan pembersihan awam di sekitar bandar Kota Bharu.

Abdul Fattah juga berkata, penerimaan pelaksanaan Akta 672, Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 diharap dapat memberi manfaat kepada semua pihak.

“Alam Flora diberi tanggungjawab mengurus sisa pepejal di Kota Bharu dan Bachok berikutan kerajaan negeri menerima pakai Akta 672,” ujarnya.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Mohd Zain Hassan berkata, Alam Flora menyerah 320 unit tong sisa mudah alih kepada MPKB-BRI sempena Ramadan.

Katanya langkah itu diambil bagi menambahbaikan kempen Kelantan Bersih dan Indah yang dilancarkan kerajaan negeri.

Petang semalam MPKB-BRI dan Alam Flora meraikan 47 anak yatim pada majlis berbuka puasa di sebuah hotel di sini. - HARAKAHDAILY 23/7/2014

Sumber HD - 23-7-2014






































































































































































































Tiada cuti peristiwa di Kelantan Ahad ini

SALMAH MAT HUSAIN | .
KOTA BHARU: Mengambil kira banyak urusan berkaitan kerajaan dan perniagaan tergendala sekiranya lima hari cuti secara berterusan sempena Aidilfitri ini, maka Kelantan mengumumkan Ahad ini adalah hari bekerja seperti biasa.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, urusan kerajaan akan terbantut sekiranya cuti berturutan jika Ahad dijadikan cuti peristiwa.

"Begitu juga berkaitan urusan dengan bank, pengeluaran wang atau seumpamanya akan terjejas sekiranya Ahad ini cuti," katanya selepas mesyuarat Exco hari ini.

Sebelum ini tersebar khabar angin mendakwa kerajaan Kelantan akan mengisytiharkan Ahad ini sebagai cuti peristiwa memadangkan 1 Syawal dijangka jatuh hari Isnin.

Bagaimanapun Kerajaan Terengganu dilaporkan mengumumkan Ahad ini sebagai cuti umum sempena sambutan Aidilfitri.

Mohd Amar berkata, sekiranya Ahad ini diumumkan cuti sudah tentunya banyak urusan kerajaan terpaksa ditangguh selepas Hari Raya. - HARAKAHDAILY 23/7/2014

Sumber HD - 23-7-2014

Pesanan MB Kelantan kepada perantau

SALMAH MAT HUSAIN/Foto: ZAM ZAMANI | .




KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Ustaz Ahmad Yakob, mengingatkan anak Kelantan di perantauan yang akan pulang berhari raya di kampung, khususnya dari Selangor memastikan bas yang dinaiki bebas daripada nyamuk.

Katanya, pihak pemandu dan syarikat bas mesti menambil perhatian berhubung perkara itu kerana sudah banyak kejadian jangkitan denggi melalui nyamuk di dalam bas.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melakukan lawatan ke Hospital Raja Perempuan Zainab ll serta penyampaian kuih raya kepada 100 orang pesakit.

Menurutnya, jumlah pesakit denggi di Kelantan masih tinggi walaupun dilaporkan begitu terkawal. Untuk itu, sambungnya kebersihan perlu diutamakan bagi mengelakkan berlakunya pembiakan adies.

“Jika terdapat tanda-tanda awal segeralah membuat rawatan dan kita sentiasa mendoakan agar dielakkan dari musibah denggi yang merbahaya ini,”ujarnya.

Menyentuh tentang lawatannya ke hospital itu pula beliau juga mendoakan mereka agar cepat sembuh daripada musibah dan penyakit yang dialami.

“Dalam khutbah minggu lepas saya sudah memberi penegasan agar menjaga amalan kebersihan ini,” ujarnya.

Selain Menteri Besar, turut menziarahi timbalannya, Datuk Mohd Amar Abdullah serta anggota-anggota exco kerajaan negeri.

Tiga wad telah dipilih untuk diziarahi, Wad Bendahara, Wad 29 dan 30.

“Kita adakan ziarah ini untuk bertanya khabar rakyat kita yang berada di hospital dan kita beri semangat kepada mereka agar dapat menyambut hari raya aidil fitri yang hanya beberapa hari lagi dengan penuh gembira.

“Semoga cepat sembuh dan dapat beraya dengan keluarga tersayang nanti,” ujarnya.

Pada masa yang sama, Pengerusi Purnama, Datin Siti Zubaidah Abdul Hamid dan beberapa orang isteri exco pula menziarahi pesakit di Hospital Universiti Sains Kubang Kerian. – HARAKAHDAILY 22/7/2014

Sumber HD - 22-7-2014






































































































































































































Bimbang kotak hitam MH17 dikuasai pihak lain

SALMAH MAT HUSAIN | .

KOTA BHARU: Kelantan menuntut kerajaan Malaysia membawa ke muka pengadilan pihak yang bertanggungjawab melakukan jenayah yang membabitkan pesawat Penerbangan Malaysia MH17.


Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, pada masa yang sama, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mesti bertanggungjawab untuk mencari dalang sebenar disebalik insiden itu.

“Kita mencadangkan sebuah badan bebas penyiasat bebas diadakan segera untuk menyiasat kejadian itu,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengunjungi datuk salah seorang mangsa allahyarham Ahmad Hakimi Hanapi, iaitu Daud Abd Kadir di Melor, dekat sini petang semalam.

Beliau meluangkan masa kira-kira setengah jam untuk bertanya khabar tentang insiden itu.

“Kita mengutuk sekeras-kerasnya tindakan jenayah kejam menembak pesawat MH17 kerana ia bertentangan dengan agama dan undang undang kemanusiaan,” ujarnya.

Pada masa yang sama beliau berkata, kotak hitam mesti diserah kepada kerajaan Malaysia kerana pesawat itu adalah milik kerajaan ini.

“Kotak hitam tidak boleh diambil oleh mana-mana negara kerana ia bercanggah dengan undang-undang antarabangsa.

“Kita bimbang jika kotak hitam dikuasai oleh pihak lain, segala bukti akan dilenyapkan,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau berharap semua keluarga mangsa bersabar menghadapi ujian yang amat pahit itu.

Sementara itu, Daud berharap jenazah cucunya yang juga pembantu juruterbang berkenaan dapat dibawa pulang serta diuruskannya di sini.

Beliau juga memberitahu, arwah cucunya pernah melahirkan rasa syukur kerana tragedi yang menimpa MH370 tidak berlaku pada pesawat yang beliau naiki.

"Tapi itulah kehendak Allah, kita tidak boleh mengelaknya. Cuma kami berharap ianya dapat ditangani dengan baik oleh semua pihak," ujarnya. - HARAKAHDAILY 21/7/2014

Sumber HD - 21-7-2014

Kelantan lancar rumah mesra OKU

MUHAMMAD YUSRI AMIN | .




KOTA BHARU: Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat Negeri Mumtaz Mad Nawi berkata Kerajaan Negeri akan membina rumah mesra Orang Kurang Upaya (OKU) dalam projek bandar baru dirancang termasuk Bandar Baru Chiku, Gua Musang.

(Gambar atas: YDP MPPOK Faizal menerima cenderahati daripada isteri Menteri Besar)

Langkah itu salah satu usaha bagi mengangkat agenda negeri menjadi negeri berkebajikan, yang ‘mesra OKU’.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Demit berkata pihak Kerajaan menerapkan kaedah mesra OKU dalam mana-mana polisi baru digubal Kerajaan Negeri.

Bercakap kepada pemberita pada majlis penyampaian bantuan dan majlis berbuka puasa bersama OKU di Balai Islam, Lundang dekat sini semalam, beliau berkata selain itu Kerajaan Negeri sedang berusaha mewujudkan kelas khas untuk dijadikan ‘kelas mesra OKU’ di sekolah-sekolah utama di bawah Yayasan Islam Kelantan (YIK) termasuk Maahad Muhammadi.

Turut hadir pada majlis itu isteri Menteri Besar Datin Siti Zubaidah Abd Hamid dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kijang Wan Ubaidah Omar.

Hadir sama Yang Dipertua Majlis Persefahaman Pertubuhan OKU Kelantan (MPPOK) Mohamad Faizal Che Yusof.

Mumtaz berkata, penempatan beberapa unit rumah mesra OKU pada perancangan Bandar Baru Chiku, Gua Musang itu menjadi projek printis pada polisi baru digubal Kerajaan Negeri.

Difahamkan, perancangan pembangunan Daerah Gua Musang membabitkan pembukaan Pejabat Majlis Daerah Gua Musang (MDGM), Cawangan Bandar Baru Chiku, Lojing dan pembinaan Perumahan Fasa II Bandar Utama Gua Musang.

Bandar Baru Gua Musang kini sedang giat dibangunkan.

Pembinaan tersebut pemangkin yang memacu pertumbuhan ekonomi negeri ini, dari sebuah bandar ‘transit’ pelancongan menjadi bandar yang dimegahi, di bawah penguruan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Gua Musang.

Sementara Kerajaan Negeri sendiri mempunyai agenda bagi menjadikan sebuah negeri yang mesra OKU.

“Dan untuk itu, kita terapkan dalam semua polisi Kerajaan Negeri termasuk dalam perancangan membangun bandar baru termasuk Bandar Baru Chiku, Gua Musang.

“Untuk Bandar Baru Chiku, Gua Musang, kerjasama dan penyelarasan dibuat bersama pihak Ketua Jajahan Gua Musang, dan Insya-Allah pihak berkenaan membuat perancangan dan langkahan selanjutnya bagi membolehkan penempatan beberapa unit perumahan yang mesra OKU.

“Ertinya, perumahan yang sesuai untuk OKU termasuklah berdekatan masjid dan ‘lokasi centre’ serta rumah sesuai dengan ciri-ciri yang mesra OKU,” ujarnya.

Mengulas pendidikan kepada generasi masyarakat OKU di negeri ini, Mumtaz berkata pihak Kerajaan Negeri sangat berhasrat mengadakan kelas khas untuk OKU.

Untuk tujuan itu, ia boleh dimulakan di mana-mana sekolah di bawah Yayasan Islam Kelantan (YIK).

“Sekolah yang mudah untuk diadakan kelas mesra OKU itu ialah di sekolah utama (di bawah YIK) seperti Maahad Muhammad, yang mungkin boleh menjadi printis,” ujarnya.

Beliau berkata masyarakat OKU kini dirasakan tidak lagi terasing, dan ini lebih memudahkan pihak Kerajaan Negeri menggubal polisi yang lebih ‘mesra OKU’.

Mengulas bantuan kepada golongan OKU, beliau berkata Kerajaan Negeri menggubal ‘Skim Bantuan Maaruf’ yang berjalan sepanjang tahun’ yakni golongan sasaran terbabit diberi sumbangan antara RM300 hingga RM1,000 dalam bentuk wang tunai. – HARAKAHDAILY 20/7/2014

Sumber HD - 20-7-2014






































































































































































































Kolej Jaiputra sasar 10,000 pelajar

MUHAMMAD YUSRI AMIN | .
KOTA BHARU: Jamiah Islamiah Sultan Ismail Petra (JAIPETRA) sebuah institusi pengajian tinggi agama yang begitu dikenali ramai di sini pada akhir 1990-an.

Pelajarnya datang dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Kumpulan pertama pelajar diambil pada 1998 seramai 122 orang. Kampus pertamanya di Bunut Payong.

Bagaimanapun sekarang dikenali sebagai Kolej Jamiah Islamiah Putra (Kolej JAIPUTRA) beroperasi di kampus Kijang, Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB).

Kolej JAIPUTRA merupakan Kumpulan Pendidikan UNITI, kini dipacu untuk muncul sebagai salah satu institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) 10 terbaik di Malaysia.

Presiden Kolej JAIPUTRA, Jamal Mohd Amin berkata, pihaknya membuat penjenamaan semula selepas berpindah ke kampus baru di Kijang pada 2003.

Katanya, kolej tersebut berusaha melahirkan graduan diploma bukan sahaja cemerlang akademik, sebaliknya diterap kemahiran insaniah.

“Pada 2020 kolej ini akan muncul sebagai IPTS kalangan 10 terbaik di Malaysia. Kolej JAIPUTRA merupakan entiti kepada Kolej Kumpulan Pendidikan UNITI kini mempunyai 3,500 pelajar.

“Insya-Allah kita mensasarkan seramai 10,000 pelajar di Kolej JAIPUTRA dan Kolej UNITI,” katanya ketika ditemui pada program iftar dan sumbangan kepada asnaf di Kampus Kijang, semalam.

Kolej JAIPUTRA menggunakan slogan ‘Ketakwaan, Ketrampilan dan Kecemerlangan’ berdaftar di bawah Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1966.

Jamal berkata, kolej itu akan digerakkan bagi mencapai pengurusan bertaraf lima hingga enam bintang.

Menurutnya juga gabungan Kolej JAIPUTRA dan Kolej UNITI sebagai kerjasama strategik untuk muncul sebagai kolej swasta terbaik di Malaysia.

“Kolej ini bercita-cita melahirkan graduan cemerlang dalam bidang akademik, ikhtisas dan mempunyai semangat keusahawanan,” ujarnya.

Kata beliau juga Kolej JAIPUTRA akan menawarkan beberapa program pengajian baru, di mana sekarang mempunyai lebih 100 pelajar.

Kolej JAIPETRA menawarkan Diploma Pengajian Islam, Diploma Pengurusan, Diploma Teknologi Maklumat, Diploma Pengurusan Industri Halal, Diploma Pengurusan Muamalat dan Diploma Psikologi.

Jamal berkata, Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak dianggap kursus paling popular dan mendapat kelulusan akreditasi provisional.

“Bagaimana pun kolej bercadang menambah program pengajian baru yang kini dalam kajian iaitu Diploma Sains Pendidikan dan Diploma Pengurusan Hartanah,” tambahnya. - HARAKAHDAILY 17/7/2014

Sumber HD - 17-7-2014

Mangsa ribut dapat bantuan segera MB

SALMAH MAT HUSAIN | FOTO RIZAL TAHIR | .




PASIR PUTEH: Sebaik sahaja mendapat berita ribut merosakkan banyak rumah di sini petang kelmarin, Ustaz Datuk Ahmad Yakob serius hendak melihat sendiri apa yang berlaku.

Ketika itu beliau menghadiri program Iftar Jamie di Pasir Mas. Berita mengenai ribut diberitahu Adun Limbongan, Mohd Nazlan Mohamed sebaik sahaja program iftar berakhir.

Dan pagi semalam Menteri Besar bergegas ke tempat kejadian selepas majlis penyampaian kueh mueh raya kepada pasukan keselamatan di Kota Darulnaim.

Pada kunjungan itu seramai 18 daripada 21 mangsa ribut di taman perumahan di Kampung Gong Kubur menerima sumbangan Tabung Serambi Mekah sebanyak RM500 setiap seorang.

Tiga lagi mangsa akan diberi sumbangan pada sesi kedua. Turut serta pada lawatan itu anggota Exco, Mumtaz Md Nawi, Penyelia Dun Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim, ahli parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Mazian Nik Mohamad dan Adun Limbongan.

Mangsa juga menerima sumbangan keperluan harian yang didermakan korporat dan Penyelia Dun Semerak.

Ustaz Ahmad berkata, beliau begitu simpati dengan kejadian berkenaan, bagaimanapun berharap mangsa bersabar dengan ujian Allah itu.

“Kami memahami situasi mereka, apa lagi kita kini dalam persiapan untuk menyambut Aidilfitri, tetapi Allah timpakan pula ujian kepada mereka.

“Hanya kesabaran dan doa kita sebagai seorang Muslim ketika menghadapi situasi mencabar seperti itu,” ujarnya kepada pemberita selepas majlis tersebut.

Mumtaz pula berkata, mangsa mengalami juga kerugian apabila semua barangan elektrik dalam rumah rosak akibat ditimpa hujan.

Beliau bagaimanapun melahirkan rasa syukur kerana tidak ada kemalangan jiwa berlaku.

Wan Hassan memberitahu pihaknya menubuhkan Jawatankuasa Bertindak bagi membantu mangsa ribut terbabit. - HARAKAHDAILY 17/7/2014

Sumber HD - 17-7-2014






































































































































































































Tanpa kuasa politik Muslim jadi mangsa

ASLANI M | .
PASIR MAS: Tanpa ada kuasa politik umat Islam dianggap belum mampu untuk membela nasib penganutnya sehingga sering menjadi mangsa kezaliman pihak lain.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, Islam tidak boleh tegak dalam sesebuah negara tanpa memiliki kuasa politik yang kuat.

“Tanpa ada kekuatan kuasa politik kita tidak mampu untuk membela nasib penduduk Islam seperti mana yang berlaku di Palestin sekarang.

“Setiap kali Ramadan penduduk Islam di Gaza dan daerah lain di Palestin menjadi mangsa kerangkusan tentera Israel,” katanya pada ceramah Ghazratul Badar Qubra di Masjid Kampung Kasa di sini malam tadi.

Hadir sama pada program anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri itu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Seranta, Datuk Nassurudin Daud, anggota-anggota Exco dan wakil-wakil rakyat.

Turut hadir warga Palestin, Syeikh Mahmod al Ghazin, kini sedang melanjutkan pengajian di peringkat PhD di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Program tersebut diadakan sempena Nurul al Quran. Pada sebelah petang diadakan tadarus perdana yang turut dihadiri Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob.

Orang ramai berbuka puasa dengan Menteri Besar dan anggota Exco dengan juadah ala kadar disediakan jawatankuasa Masjid Kasa dan PAS Pasir Mas.

Lebih 100 hidang disediakan. Masjid Kasa setinggi tiga tingkat dibina hasil sumbangan orang ramai dianggap terbesar di Kelantan, membabitkan kos kira-kira RM3 juta.

Mohd Amar juga berkata, kehidupan umat Islam masih belum terbela biar pun memiliki kuasa politik sekiranya al Quran tidak dijadikan sebagai panduan.

“Tuan puan tentunya masih ingat ribuan penduduk Islam dibunuh dengan kejam di Sabra dan Shatila kerana umat Islam tidak mempunyai kuasa politik,” ujarnya.

Penyembelihan orang Islam di Sabra dan Shatila dilakukan Nasrani Lubnan berlaku pada September 1982, di Beirut di kawasan yang berada di bawah kawalan Israel.

Oleh itu kata Mohd Amar menegak negara Islam adalah wajib bagi setiap Muslim bagi memastikan nasib mereka lebih terbela. - HARAKAHDAILY16/7/2014

Sumber HD - 16-7-2014

Fadhli Shaari kini Pengarah U-Bes

ASLANI M | .



KOTA BHARU: Bekas Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari hari ini memasuki pejabat barunya di Urusetia Pembangunan Belia, Sukan dan NGO (U-Bes).

Beliau menerajui U-Bes sebagai pengarah menggantikan Abdul Aziz Yunus difahamkan berpindah ke Kumpulan Pertanian Kelantan Bhd (KPKB), agensi di bawah Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).

Ahmad Fadhli berkata, majlis serah tugas sebagai pengarah baru U-Bes berlangsung petang ini di pejabat urusetia berkenaan di Kota Darulnaim.

“Insya Allah saya akan berusaha meneruskan kesinambungan tugas dilakukan Haji Aziz sebelum ini, di samping merangka aktiviti baru bagi golongan belia.

“Peranan belia cukup besar yang memerlukan sokongan dan dokongan kerajaan bagi mengelakkan mereka terjebak dengan budaya kurang sihat,” katanya di sini.

U-Bes diwujudkan kerajaan pada 2005 sebagai agensi kedua selepas Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri (UPKN) yang diwujudkan sejak awal 1990-an.

Selain itu kerajaan negeri juga mewujudkan Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat.

UPKN kini diterajui bekas Adun Gual Ipoh, Wan Yusof Wan Mustapha, manakala Zainiah Abdul Halim pula mengetuai Urusetia Pembangunan Wanita.

Tempat Ahmad Fadhli diganti Ustaz Mohd Asri Mat Daud, bekas pegawai khas Menteri Besar. Sebelum itu beliau bertugas sebagai pensyarah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias).

Ustaz Asri berasal dari Dewan, Dun Salor memiliki ijazah sarjana. Pendidikannya di peringkat sarjana muda di Universiti Al Azhar, Mesir.

Selain itu Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) juga menerima Ketua Pegawai Eksekutif baru iaitu bekas ketua eksekutif FA Securities Sdn Bhd, Ahmad Zakie Ahmad Shariff.

Beliau pemegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi UKM Sarjana Muda Perakaunan (University of Illinois). - HARAKAHDAILY 16/7/2014

Sumber HD - 16-7-2014






































































































































































































Lebih 20 tahun Kelantan rai anak perantau

ASLANI M | .

KOTA BHARU: Sejak lebih 20 tahun lalu kerajaan negeri meraikan anak-anak perantau yang pulang bercuti sempena Aidilfitri sebagai usaha mengakrabkan lagi silaturahim.


Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Datuk Nassuruddin Daud berkata, program itu menjadi medan bagi merapatkan lagi hubungan pimpinan kerajaan negeri dan anak-anak perantau.

Katanya, mereka merupakan duta kepada kerajaan yang berada di segenap ceruk negara bagi menyumbang kepada produktiviti pembangunan negara.

“Sebahagian besar mereka bekerjaya dan mempunyai sumber pendapatan tetap. Taraf kehidupan mereka juga lebih baik.

“Oleh itu bagi meraikan mereka kerajaan negeri setiap tahun menganjurkan program bersama anak-anak perantau untuk saling bertukar pandangan bagi membangunkan Kelantan,” katanya kepada media pada majlis berbuka puasa Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri (UPKN) di sebuah hotel di sini malam tadi.

Hadir sama Pengarah UPKN, Wan Yusoff Wan Mustapha dan wakil-wakil media tempatan termasuk dari akhbar berbahasa Cina.

Program tersebut akan diadakan di Dewan Sadam Hussin, Nilam Puri pada malam 2 Syawal ini.

“Tahun ini kita akan sedikit kelainan dengan memilih luar dari bandar Kota Bharu bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas.

“Malah tempatnya pun lebih luas bagi membolehkan lebih ramai anak-anak perantau datang. Semua pemimpin kerajaan negeri termasuk Menteri Besar dan anggota-anggota Exco dijangka hadir bagi meraikan perantau,” ujarnya.

Sebelum ini program berkenaan pernah diadakan di Kota Darulnaim, Dewan Jubli Perak MPKB-BRI dan Kelantan Trade Centre.

Program terbabit akan bermula jam 8 malam turut disediakan juadah Hari Raya.

Menurutnya dijangka kira-kira 2,000 anak perantau hadir pada program berkenaan.

Anak-anak Kelantan di perantauan juga mewujudkan persatuan Anak Kelantan Di Perantauan (Perakan) yang kini mempunyai cawangan di seluruh negara. - HARAKAHDAILY 15/7/2014

Sumber HD - 15-7-2014

PMBK bantu 100 penduduk miskin

SALMAH MAT HUSAIN | .


KOTA BHARU: Agensi korporat milik kerajaan negeri, Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) turut melaksanakan tanggungjawab sosial bagi membantu penduduk miskin sempena Ramadan.

Seramai 100 penduduk miskin yang tergolong dalam lapan asnaf dari Dun Kijang, Chempaka dan Panchor menerima sumbangan tersebut.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, setiap umat Islam digalakkan berlumba-lumba melakukan kebajikan di bulan Ramadan.

Katanya, membanyakkan sedekah antara amalan yang amat dituntut kerana balasannya amat besar di akhirat kelak.

“Dalam Islam bersedekah bukan hanya dengan memberikan wang, tetapi termasuk mengajak fakir miskin berbuka puasa.

“Saya mengucapkan tahniah kepada PMBK kerana menganjurkan program kebajikan kepada rakyat Kelantan,” katanya pada program berkenaan yang diadakan di Masjid Kota Darulnaim semalam.

Program terbabit sebahagian aktiviti yang dijalankan di Masjid Darulnaim setiap tahun sempena Ramadan. Selain itu setiap hari bekerja diadakan tazkirah agama bermula jam 12 tengahari.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif PMBK, Ahmad Zakie Mohd Shariff, Ketua Pegawai Operasi PMBK, Sanusi Othman dan pegawai serta kakitangan PMBK dan Air Kelantan Sdn Bhd. - HARAKAHDAILY 14/7/2014

Sumber HD - 14-7-2014






































































































































































































Wanita Kelantan solat hajat untuk Palestin

SALMAH MAT HUSAIN | .


KOTA BHARU: Simpati terhadap nasib umat Islam di Palestin, wanita Kelantan mengadakan solat hajat dan tadarus al Quran di Balai Islam semalam.

Turut hadir isteri Menteri Besar, Datin Siti Zabedah Abdul Hamid, isteri bekas Menteri Besar, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak dan isteri-isteri wakil rakyat.

Program tersebut yang dianjur Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) turut berjaya mengumpul sumbangan sebanyak RM8,100.

Program diadakan bermula jam 9 pagi turut mengupas ayat al Quran surah Al Hujurat disampaikan Adun Melor, Dr Md Yusnan Yusof.

Timbalan Ketua Pengelola Halaqat Jaheaik, Wan Nor Azam Wan Abdul Aziz berkata, kutipan itu memberangsangkan kerana ramai simpati terhadap nasib umat Islam di Palestin sekarang.

“Umat Islam di sini prihatin terhadap nasib saudara mereka di Gaza dalam kesengsaraan akibat kerangkusan tentera Israel,” katanya ketika ditemui.

Program berkenaan turut dihadiri aktivis Cakna Palestin.

Anggota jawatankuasa Cakna Palestin, Maisuri Ismail berkata, wanita Kelantan begitu simpati terhadap nasib yang menimpa umat Islam di Palestin.

Katanya, keadaan seperti itu akan berterusan selagi umat Islam di seluruh dunia terutamanya negara Arab tidak bersatu bagi mendaulatkan agama. - HARAKAHDAILY 14/7/2014

Sumber HD - 14-7-2014

Senator: Dr Johari angkat sumpah bagi penggal kedua

BERNAMA | .

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Eksekutif Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) Datuk Dr Johari Mat hari ini mengangkat sumpah sebagai Senator bagi penggal kedua di Dewan Negara.


Johari, 62, yang juga anggota Majlis Syura Ulama PAS mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang untuk berkhidmat bagi tempoh tiga tahun lagi.

Beliau pertama kali dilantik sebagai anggota Dewan Negara pada 7 Julai 2011 mewakili negeri Kelantan.

Mengulas pelantikannya, lulusan Doktor Falsafah (Ph.D) Usuluddin dari Universiti Iman Mohd Ibn Saud Al-Islamiyyah, Riyadh, Saudi Arabia (1982-1990) dalam pengkhususan akidah dan aliran pemikiran itu, berjanji akan melaksanakan tanggungjawabnya dengan penuh komited tanpa berlandaskan parti politik.

"Saya bersyukur dan terharu kerana diberi kepercayaan sekali lagi oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan. Saya akan berusaha memberi sumbangan yang terbaik untuk memartabat bangsa dan agama dalam menjadikan Malaysia sebagai contoh kepada negara Islam yang lain," katanya ketika ditemui pemberita.

Pernah berkhidmat sebagai Ketua Eksekutif KIAS selama sembilan tahun bermula Mei 2003 sehingga Mei 2012, Johari juga berpengalaman sebagai Prof Madya di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kelantan (2001-2003).

Beliau juga menjalankan beberapa penyelidikan, antaranya Kajian Ajaran Sesat di Selatan iaitu Negeri Sembilan, Melaka, dan Johor (1998) serta Kajian Ajaran Sesat di Utara iaitu Perlis, Kedah dan Pulau Pinang (1999). - Bernama

Sumber HD - 14-7-014






































































































































































































Madinah Ramadan ingatkan pengalaman lama di Mekah

ASLANI M | .

KOTA BHARU: “Madinah Ramadan di Dataran Stadium di sini benar-benar mengamit kenangan lama. Sudah agak lama saya tidak menikmati suasana Ramadan di Mekah atau Madinah.


“Apa yang dilaksanakan kerajaan negeri mewujudkan Madinah Ramadan sebagai tempat ihya Ramadan di Kelantan kena pada tempatnya.

“Kita tidak pernah saksikan begitu ramai orang datang bertarawih. Bilangannya mengatasi jemaah di masjid. Begitu juga orang ramai datang iftar bersama keluarga di sini,” kata seorang penjawat awam.

Beliau antara jemaah yang istiqomah, setiap malam berkunjung ke Madinah Ramadan bersama keluarga sejak hari pertama puasa.

Biar pun iftar juga disediakan di banyak masjid termasuk Masjid Muhammadi, Masjid Telipot dan masjid-masjid bandar lain, namun kehadiran di Madinah Ramadan begitu luar biasa.

Ketika hujan dan ribut minggu lepas, orang ramai tetap datang. Mereka merindui suasana Ramadan di situ, yang sukar dicari di tempat lain.

Biar pun ada pihak menyindir kerajan negeri dan menganggap membazir, namun tomahan liar itu ditolak warga Bandar Raya Islam.

Malah ramai juga yang datang dari jajahan lain termasuk Pasir Mas, Tumpat, Machang dan Kuala Krai. Turut ditemui pelancong dari luar Kelantan.

Setiap petang menjelang sore, kita boleh lihat orang ramai tanpa mengira usia dan jantina berduyung menuju ke Madinah Ramadan.

Ada yang datang menaiki motosikal, basikal dan berjalan kaki. Selepas menjamah kurma dan sedikit kueh mueh selepas berbuka mereka solat Maghrib berjemaah.

Khemah tarawih yang boleh menampung 3,000 jemaah, hampir separuh penuh ketika solat Maghrib. Selepas solat mereka dibekalkan nasi bungkus oleh petugas.

Seusia berdoa mereka mencari ruang di luar dewan solat untuk menjamah nasi.

Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI) menyediakan ruang berbuka untuk keluarga dan khas hanya untuk lelaki dan perempuan.

“Suasana seperti inilah saya tidak pernah di tempat lain kecuali di Madinah Ramadan. Amalan bersedekah melalui penyediaan juadah seumpama kita berada di Mekah atau Madinah.

“Cuma apa yang berbeza di Mekah atau Madinah, budak-budak menarik tangan kita untuk datang ke tempat juadah disediakan keluarga mereka,” kata anggota Exco, Datuk Abdul Fattah Mahmood. - HARAKAHDAILY 13/7/2014

Sumber HD - 13-7-2014

Perdana Resort derma hasil jual 'colek' kepada sekolah Yik

SALMAH HUSAIN | Foto: RIZAL TAHIR | .


PENGKALAN CHEPA: Perdana Resort menyumbangkan sebahagian hasil jualan 'colek' mereka kepada sekolah Yayasan Islam Kelantan (Yik).

Pengurus Besarnya, Saedon Ismail berkata sejak program makan colek selepas Tarawih di resort milik kerajaan negeri itu diperkenal sejak Ramadan tahun 2012, ianya mendapat sambutan menggalakkan.

Adakalanya, pelanggan yang hadir mencecah 500 orang pada satu-satu masa khsusnya pada hari minggu.

"Pihak kami turut menderma kepada sekolah Yik untuk menyiapkan masjid di sekolah tertentu contohnya Masjid Maahad Muhammadi Perempuan,”ujarnya kepada Harakahdaily.

Perdana Resort menyediakan lebih 20 menu kepada penggemar colek.

Menurutnya, pada tahun 2012 harga yang diperkenalkan hanya RM5 untuk setiap seorang sebagai promosi.

“Bagaimanapun pada tahun 2013 ianya dinaikkan kepada RM8 dan tahun ini RM10, berikutan kenaikan harga barangan,”ujarnya.

Jelasnya lagi, antara timbulnya hasrat untuk mengadakan program makan colek itu untuk membantu masyarakat khasnya golongan sederhana dapat menikmatinya pada kadar harga berpatutan.

Pada masa yang sama, sambungnya ia bertujuan untuk memperkenalkan Perdana Resort, satu-satunya milik kerajaan negeri.

Saedon memberitahu, menariknya penyediaan juadah colek dibuat secara gotong royong oleh kakitangannya sendiri.- HARAKAHDAILY 11/7/2014

Sumber HD - 11-7-2014






































































































































































































Rahmat berada di negeri daulatkan Islam

SALMAH MAT HUSAIN | .

KOTA BHARU: Imam solat tarawih di Madinah Ramadan, Sheikh Hisham Abdul Bari dari Mesir mengakui merasa aman berada di Kelantan kerana Islam menjadi amalan penduduknya.

Katanya, rakyat Kelantan berada dalam kesejahteraan kerana berada di bawah rahmat pentadbiran kerajaan yang mendaulatkan Islam.

“Sepanjang berada di sini setiap kali Ramadan, saya lihat rakyat Kelantan Kelantan sentiasa istiqamah mengamalkan Islam dalam kehidupan seharian mereka,” katanya ketika ditemui di sini.

Ramadan tahun ini merupakan kali ketiga beliau diundang ke Kelantan bagi mengimamkan solat tarawih anjuran kerajaan negeri di Madinah Ramadan.

Ramadan kali ini beliau berganding dengan hafiz muda juga dari Mesir, Sheikh Judah Muhammad Judah.

Sheikh Hisham turut mendoakan kesejahteraan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar sentiasa sihat untuk membolehkan terus berdakwah kepada masyarakat.

Beliau juga berharap rakyat negara ini mendoakan keselamatan umat Islam di Gaza, Syria, Mesir dan di mana-mana sahaja negara bergolak sempena bulan Ramadan yang mulia sekarang.

“Saya berharap rakyat negara ini mendoakan keselamatan mereka. Lagi pun Ramadan ialah bulan keampunan dan amat wajar mendoakan keselamatan mereka yang kini berada dalam kesusahan,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 11/7/2014

Sumber HD - 11-7-2014

Solat dua imam kes terpencil di Kelantan

SALMAH MAT HUSAIN | .
KOTA BHARU: Kerajaan negeri menyifatkan kes solat dua imam yang berlaku di sebuah pondok di Pasir Mas sebagai isu terpencil.

Bagaimanapun sekarang ia berjaya ditangani pihak berkuasa agama negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, kedua-dua pihak yang terbabit diundang ke rumahnya bagi menyelesaikan isu tersebut pada 5 Julai lalu.

“Kita buat dua sesi iaitu sebelah pagi satu kumpulan dan satu kumpulan lagi selepas solat Zohor.

“Wakil-wakil Maik juga hadir termasuk pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) ketika perbincangan itu. Adun Gual Periok, Ustaz Ahmad Awang turut hadir,” katanya di sini.

Sejak kelmarin media tempatan melaporkan berlaku kejadian solat dua imam serentak di Masjid Pondok Banggol Stol, Meranti.

Kejadian itu dilaporkan berlaku sejak 3 Julai lalu berpunca daripada berbezaan fahaman agama antara pemilik masjid dan penduduk kampung.

Nassuruddin berkata, hasil perbincangan itu akhirnya kedua-dua pihak bersetuju menerima imam dari Jaheaik.

“Sembahyang dua imam tidak pernah berlaku di Kelantan sebelum ini.

Bagaimanapun sekiranya ia tidak ditangani akan berlaku perkara yang lebih mudarat lagi pada masa akan datang.

“Untuk itu kita kena berhati-hati dengan fahaman yang dibawa masuk dari luar, sekiranya ia meragukan orang ramai hendaklah melaporkan kepada MAIK,” ujarnya.

Kata beliau masalah dua imam di Masjid Pondok Banggol Stol selesai 5 Julai lalu setelah Jaheaik menghantar pegawai agama jajahan Pasir Mas sebagai imam.

Katanya juga pegawai agama turut menyusun jadual imam bertugas solat tarawih, solat waktu sehingga solat Aidilfitri tidak lama lagi. - HARAKAHDAILY 10/7/2014

Sumber HD - 10-7-2014

Kali ke-3 Sultan Muhammad V sertai qiamulail

MUHAMMAD YUSRI AMIN | .

KOTA BHARU: Ramadan tahun ini merupakan kali ketiga Sultan Muhammad V dijangka berangkat pada program qiamulail bersama rakyat bermula jam 4 pagi.

Program tersebut akan diadakan pada 25 Julai ini di Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian.

Baginda bersama Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-Iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra menyertai qiamulail sebelum santapan sahur dan solat Subuh berjamaah.

Program ‘Qiam With Me’ itu bermula jam 9 malam 24 Julai di mana Sultan Muhammad V berangkat menunaikan solat tarawih dan kira-kira 10.30 malam Sultan Kelantan dijangka mengurniakan zakat kepada seramai 1,435 asnaf.

Pengurus Pusat Penerangan Pelancongan Negeri (TIC), Mohd Hariff Ghazali berkata, program tersebut merupakan antara pengisian tahunan Qaryah Ramadan di Kelantan.

“Program terbabit diadakan bermula solat Isya sehingga 6.30 pagi keesokan harinya. Ia juga diisi dengan ‘moreh minda’ ikon anak muda Ustaz Azhar Idrus,” katanya di sini semalam.

Beliau juga berkata, program berkenaan merupakan sebahagian pelan transformasi ummah dalam teras pertama (faqihin) untuk melahirkan masyarakat bertaqwa.

“Bahkan ia merupakah galakan bagi menghidupkan 10 malam terakhir Ramadan secara berjamaah segenap lapisan masyarakat Islam di negeri ini,” ujarnya.

Menurutnya juga program berkonsep “10:20:10” iaitu bermaksud 10 malam terakhir Ramadan, 20 rakaat solat tarawih dan 10 rakaat solat tahajud. - HARAKAHDAILY 9/7/2014

Sumber HD - 9-7-2014

1 comment:

  1. Koleksi Berita Dan Video Parti Pas : Negeri Pr : Kelantan Serambi Mekah >>>>> Download Now

    >>>>> Download Full

    Koleksi Berita Dan Video Parti Pas : Negeri Pr : Kelantan Serambi Mekah >>>>> Download LINK

    >>>>> Download Now

    Koleksi Berita Dan Video Parti Pas : Negeri Pr : Kelantan Serambi Mekah >>>>> Download Full

    >>>>> Download LINK

    ReplyDelete