BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Sunday, July 20, 2014

YAYASAN AMAL MALAYSIA

Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia Lt Jeneral (A) Mohd Nasree Mohd Aris

a

Bertugas di majlis perdana bukti khidmat JAM

SEPANGGAR: Mengendalikan urusan keselamatan dan mengiringi individu penting dalam majlis dan keramaian hadirin adalah tugasan mencabar yang tidak mungkin terpikul kepada sebarangan anggota.
 
Namun, itulah kepercayaan diberikan kepada Jabatan Amal Malaysia (JAM) Negeri Sabah sempena ceramah perdana ulama tersohor nusantara, Ustaz Abdul Somad dari Pekanbaru, Riau, Indonesia.
 
Bahkan, tugasan tersebut mengikat hubungan JAM bersama ADAM dan Nurul Mustafa yang berkolaborasi bagi tujuan tersebut di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, di sini kelmarin.
 
Di tengah lautan lebih 30,000 jamaah yang hadir bagi mengikuti ceramah tersebut, Ketua Pemuda PAS Sabah, Zulzaim Hilmee Abidin sendiri turut serta memastikan khidmat terbaik dari anak buahnya.
 
Menurut beliau, keterlibatan Jabatan Amal yang merupakan entiti di bawah Dewan Pemuda PAS pada program sedemikian menjelaskan bahawa pasukan itu sentiasa bersiapsiaga memberi khidmat masyarakat pada sebarang waktu dan tempat.
 
Pada ceramah tersebut Ustaz Abdul Somad menitipkan pengisian mengenai tujuh kelebihan berinfak an peranan masjid, serta keperluan umat Islam mengambil tahu soal berkaitan urusan dunianya. -HARAKAHDAILY 4/4/2018
Sumber HD- 4-4-2018

JAM tubuh Unit Media hadapi cabaran semasa

SHAH ALAM: Jabatan Amal Malaysia melangkah setapak lagi menerusi penubuhan Unit Media yang menambahkan 'amal' dan sekali gus mengutuhkan kelengkapan bersepadu organisasinya. 
Kewujudannya bertujuan menggembleng bakat dan kepakaran di kalangan anggota untuk mempertingkatkan peranan menyokong keperluan parti di sektor media khususnya. 
Sehubungan itu, telah dianjurkan Retreat Unit Media melibatkan semua wakil negeri yang dilangsungkan di Seksyen 7, di sini bermula 2 Mac lalu dan berakhir kelmarin. 
Dalam perasmian yang disempurnakan Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia, Mohd Nazree Mohd Aris, beliau menekankan cabaran sedang dihadapi PAS dalam mendepani media hari ini. 
Menurutnya, ketika PAS sedang menggagaskan pelbagai inisiatif, wawasan masa depan dan usaha murni, ia 'diperangi' oleh media dan pemainnya dengan palitan yang negatif. 
Lantaran itu, kekuatan yang dimiliki Jabatan Amal perlu diperuntukkan untuk skop berkaitan media dalam menangani cabaran tersebut dengan prinsip dan etika media yang benar. 
Peserta telah mendapat latihan langsung dari Pengarah Jabatan Penerangan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Izwan Abdul Halim yang menerapkan beberapa modul sepanjang permukiman. 
Antaranya, peserta didedahkan mengenai landskap media Malaysia dan pengurusan isu, serta latihan praktikal penulisan teks kenyataan rasmi dan juga pemberitaan. 
Susulan dari itu, pembentukan unit tersebut hingga ke peringkat Kawasan sedang disusun dan PRU14 bakal menjadi medan awal pelaksanaan langsung yang menguji keupayaan mereka pada disiplin tersebut.-HARAKAHDAILY 5/3/2018


Sumber HD - 5-3-2018



Kerja amal, kuatkan jiwa Mohammad Ishtiaq



ANAK kelahiran Ipoh, Perak ini mula terlibat dengan kerja-kerja sukarela sejak berusia 18 tahun apabila terlibat dengan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia  sebagai penyelamat. Pelbagai pengalaman dilaluinya dalam membantu masyarakat, yang dianggap 'anugerah' daripada Allah yang tidak ternilai kepadanya dalam mengharungi kehidupan.

Pengalaman membantu mangsa kemalangan melibatkan bas dan trak Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Lebuh Raya Karak pada 28 Februari 1990 dan tragedi runtuhan Highland Tower di Hulu Kelang pada 1993 terakam kemas dalam kotak ingatannya.

Sumber HD - 10-12-2017



Delegasi Amal Malaysia ke Marawi

SERAMAI 15 anggota Yayasan Amal Malaysia termasuk tiga wartawan dari agensi media Astro Awani dan Harakah menyertai Misi Bantuan  Kemanusiaan di Marawi. 
Delegasi itu diketuai AJK Amal Malaysia Pusat, Nawawi Sulong dari Terengganu bermula 5 hingga 11 Disember ini. 
Katanya, misi bantuan kemanusiaan itu tertumpu kepada ribuan pelarian perang Marawi di sekitar kejiranan bandar tersebut.
Menurutnya, sejumlah lebih RM30,000 sumbangan rakyat Malaysia diagihkan dalam bentuk bekalan makanan asasi serta keperluan harian mangsa pelarian. 
"Alhamdulillah, misi bantuan kemanusiaan Amal Malaysia kali ini ke Marawi.
"Di Marawi sebenarnya terdapat ratusan ribu penduduk yang menjadi pelarian akibat perang yang tercetus pada 23 Mei lalu. 
"Walaupun kami tidak dibenarkan masuk terus ke kawasan perang (Marawi City) kerana darurat, tetapi bantuan tetap disampaikan kepada mangsa di pinggir bandar itu," jelasnya kepada Harakah, hari ini. 
Kata Nawi, selain bantuan bekalan makanan Amal Malaysia turut menyumbang dua ekor lembu akikah bagi  pelarian terbabit. 
Katanya, misi Amal Malaysia itu dengan kerjasama rakan NGO dari Bangsamoro Development Agency (BDA). 
Menurutnya, kehidupan dan keperluan bagi pelarian Marawi juga perlu diberi perhatian dunia kerana isu itu tenggelam dengan isu penghapusan etnik Rohingya. – HARAKAHDAILY 6/12/2017
Sumber HD - 6-122-2017 


Politik BPMS Presiden PAS Menghasil Buah, Orang Bukan Islam kini mendekati PAS
Posted on Thursday, November 09 @ 21:40:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36580



MALAM TADI KASSIM CERITA PASAL KEDAI NON MUSLIM YANG MEMBERI SECARA PERCUMA KERUSI RODA. HARINI BERITA LAGI POWER..

Pendekatan yang dicetuskan oleh Tuan Guru Presiden PAS iaitu Budaya Politik Matang dan Sejahtra(BPMS) memang berbaloi..


Bukan hanya dari parti politik atau orang persorangan yang pernah dulu sangat benci PAS tapi kini mereka telah mula mendekati PAS, malah pihak Gereja pun telah sanggup memberi sumbangan terus kepada PAS untuk dihulurkan barangan keperluan harian yang mereka sumbang itu pada mangsa banjir..Kita kena sedar suatu perkara..kalo parti lain selain PAS yang dapat sumbangan itu adalah suatu perkara yang sangat biasa,tetapi kalo PAS yang dapat..itu sangat luar biasa!!

Perkara ini terjadi retetan dari hasil pertemuan Pihak Gereja St Anne dan Pas Pulau Pinang beberapa bulan sudah melalui Lajnah Dakwah Pas Pulau Pinang di bawah Tuan Hj Amir Hamzah Abdul Hashim yang mana kita anjurkan program dialog dengan mereka tentang keindahan Islam.

Dan hari ini mereka hubungi untuk memberi sumbangan ! Sumbangan diserahkan oleh Father Henry Rajoo dan diterima oleh Hj Amir Hamzah Abdul Hashim bagi pihak Pas Permatang Pauh
Penuh lori kami tadi.
Father Hendry berseluar pendek lutut
Pic kredit pada Tn Hj Jamsari Jam







Sumber TKO-9-11-2017



Yang membezakan Jabatan Amal Malaysia dengan sukarelawan lain
Posted on Thursday, November 09 @ 21:35:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36579



Yang membezakan Jabatan Amal Malaysia dengan sukarelawan yang lain adalah bole dikatakan ia hampir cukup sempurna dari segi bantuan kecemasan..
Ia terbahagi ke beberapa Kor..misalan salah satunya Kor medic.

Mereka melakukan tugas dengan cukup sempurna..dan telah faham apa yang perlu mereka lakukan apabila bencana menimpa disesuatu kawasan..
Itulah Jabatan Amal Malaysia...

Jadi jika anda berminat untuk sertai dan menjadi salah seorang dari keluarga mereka..
Jom bersama kami..
Tapi Ingat satu ..
Apa yang ditanam sekarang ..anda hanya akan dapat menuainya disana kelak..

















Kredit
Azmi Saad

Sumber TKO - 9-11-2017

1000 Anggota Amal, Siap Siaga Untuk Fastaqim 2.0

Oleh : Khalid Abdullah

KEMAMAN – Sejumlah 1000 orang anggota Jabatan Amal Malaysia (Amal) akan turun bertugas sepanjang dua hari Himpunan Fastaqim 2.0 – 200K, pada Jumaat dan Sabtu ini.

Timbalan Ketua Pegawai Tadbirnya, Wan Faisal bin Wan Abdullah berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) menjaga kawalan lalu-lintas.

“Penglibatan sejumlah besar anggota Amal ini penting untuk menjamin kelancaran perjalanan Himpunan Fastaqim 2.0 ini,

“Amal juga akan membantu memudahkan urusan pengunjung himpunan meletakkan kenderaan masing-masing, Insya-Allah ruang ‘parking’ kenderaan mencukupi walaupun jumlah pengunjung besar akan menghadiri himpunan ini,” ujarnya ketika di temui di sini, hari ini.

Beliau memberi jaminan, semua anggota Amal dari seluruh negara ini sudah bersiap-siaga dan bersemangat membantu pengunjung himpunan.

Sehubungan itu,Timbalan Pengarah Amal Negeri Terengganu itu juga berkata, Kontijen Amal Negeri Selangor adalah negeri teramai menghantar anggota.

“(mereka) akan menghantar anggota terbesar seramai 185 orang, diikuti negeri tuan rumah, Terengganu seramai 150 orang,

“100 anggota dari Kelantan dan Pahang dan bakinya dari negeri-negeri di seluruh negara termasuk dari Sabah dan Sarawak,” jelasnya.

Meurutnya, Himpunan Fastaqim 2.0 akan diadakan di Pantai Tok Jembal, Kuala Nerus pada 29 dan 30 September ini, mensasarkan kehadiran 200 ribu orang pengunjung

Sumber BO  - 26-9-2017

Operasi Unit Amal kutip sampah di lebuh raya

TARIKH 4 Syawal, di saat masih ramai yang beraya dan bergembira bersama kaum keluarga di kampung halaman, anggota Jabatan Amal Malaysia Negeri Kelantan dan Jabatan Amal Malaysia Kuala Lipis turun bertugas di bawah terik mentari mengutip sampah sepanjang puluhan kilometer di lebuhraya Kuala Lipis-Merapoh. 
Seramai 31 orang anggota Jabatan Amal Malaysia Negeri Kelantan berpadu tenaga dengan 25 orang anggota Jabatan Amal Malaysia Kuala Lipis memulakan Operasi Bersih Khas Raya di Simpang Tiga Kg Gua, Kuala Lipis, Persimpangan Keluar Padang Tengku, Kechau Tui, Chegar Perah, Kg Kubang Rusa dan sepanjang lebih 60 km lebuh raya yang menjadi laluan utama perantau yang ingin pulang ke Merapoh, Kuala Berang dan majoritinya ke Kelantan. 
Bermula jam 8 pagi hingga 3 petang mereka melupakan seketika kegembiraan beraya di kampung halaman dan terus bertugas dalam operasi khas ini. 
Isu ini menjadi tular apabila beberapa laman sosial utama Facebook di negara ini dan turut tersebar ke banyak grup Whatsapp menunjukkan sampah sarap yang bersepah di sepanjang lebuh raya ini dan netizen mulai mengutuk sikap perantau serta rakyat Kelantan. Walaupun hanya segelintir sahaja yang bersikap sebegini, namun kesannya dirasai oleh semua pihak. 
Bertolak dari situ, pihak Jabatan Amal bersama dengan NGO Kelantan Care memulakan rancangan untuk menjayakan operasi khas ini. Malahan turut menghubungi dan memohon bantuan daripada Jabatan Amal Malaysia Kuala Lipis. 
Hadir mengetuai Jabatan Amal Malaysia Negeri Kelantan adalah Tuan Nik Asmawie Nik Abdullah, manakala Jabatan Amal Kuala Lipis diketuai oleh Tuan Ahmad Syukri Mohamad. Turut bersama adalah Nazman Che Iberahim, Pengerusi Lajnah Pekerja, Pengguna dan Alam Sekitar Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Mohd Tarmizi Abd Rahman, Ketua Pemuda PAS Kawasan Gua Musang dan Ustaz Roslan, Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Lipis. 
Harapan kami adalah agar pada masa hadapan, semua lapisan masyarakat dapat mengubah sikap serta sama sama menjaga kebersihan alam sekitar. Ia adalah norma hidup masyarakat timur dan lebih penting lagi ia adalah tuntutan agama Islam. – HARAKAHDAILY 28/6/2017
















Sumber HD - 28-6-2017

YAMCT anjur kempen derma darah kali ke-12

YAYASAN Amal Malaysia Cawangan Terengganu (YAMCT) merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) paling aktif di negeri ini menganjurkan kempen derma darah.
Setiap tahun menjelang Ramadan, YAMCT dengan kerjasama pihak Unit Tabung Darah Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu menjayakan kempen derma darah tersebut. 
Tahun ini, dimaklumkan YAMCT mensasarkan sejumlah lebih 800 pek darah untuk disumbangkan kepada pihak HSNZ, yang purata memerlukan sebanyak 250 pek seminggu. 
Koordinator Program Derma Darah YAMCT, Razali Mat Yunos optimis ‘target’ bagi mendapatkan sejumlah 650 hingga 800 pek darah melalui kempen bulan Ramadan ini tercapai. 
Ini kerana, katanya sambutan di kalangan masyarakat umat Islam bagi menjayakan kempen tersebut amat memberangsangkan. 
“Tahun ini, adalah kali ke-12 pihak YAMCT dengan kerjasama pihak hospital (HSNZ) Kuala Terengganu menjayakan kempen derma darah sempena bulan Ramadan ini.
“Kita sedia maklumkan bahawa pihak HSNZ memerlukan sebanyak 250 pack darah seminggu dan sebulan perlu ada 1000 pack. Kita (YAMCT) cuba usahakan sejumlah 800 pek darah dalam kempen ini, Insya’Allah,” ujarnya kepada Harakah ketika kempen derma darah itu diadakan di Masjid Jamek Pengadang Baru, Kuala Terengganu, kelmarin. 
Beliau berkata tempoh 12 tahun berturut-turut pihak YAMCT mengadakan kempen derma darah secara istiqamah bukan suatu yang mudah. 
Menurutnya, melalui kempen itu tahun ini sebanyak 19 buah masjid di lima daerah Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Marang, Hulu Terengganu dan Besut mengambil bahagian. 
“Kami buat selepas solat tarawih di beberapa buah masjid terpilih di lima buah daerah sepanjang bulan Ramadan ini. Setiap tahun berlaku peningkatan jumlah pack darah yang berjaya disumbangkan oleh orang ramai,” jelasnya. 
Katanya, pada tahun 2016 sebanyak 793 pek darah berjaya dikumpulkan dan dijangka meningkat 10 peratus pada tahun 2017 sebanyak 873 pek.
darah2
Sumber HD-14-6-2017 

Anggota Amal bantu Bomba temui lelaki hilang

SEORANG penoreh getah yang hilang Sabtu lepas ketika keluar menoreh di ladang Kampung Relang, Batu Kurau telah dijumpai pagi ini oleh anggota Jabatan Amal Malaysia 
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting, Mohd Taufiq Abd Sattar sebelum ini memaklumkan mangsa dikenali sebagai Zainal Omar berusia lingkungan 50-an, keluar dari rumahnya di kampung itu kira-kira pukul 8 pagi pada Sabtu, 14 Mei dan dimaklumkan hilang pada keesokan hari. 
Menurut beliau, mangsa tidak pulang ke rumah sejak Sabtu lepas dan usaha mencari tidak menemuinya setelah usaha dilakukan selama 2 hari. 
Difahamkan sepasukan anggota bomba, polis dan penduduk kampung telah melakukan operasi mencari dan menyelamat termasuk menggunakan anjing pengesan sehinggalah mangsa ditemui oleh sepasukan sokongan sukarelawan dari Amal Negeri Perak, pagi tadi. 
Menurut ketua pasukan misi mencari dan menyelamat Jabatan Amal Negeri Perak yang lebih dikenali sebagai Pak Rahim, beliau bergegas ke lokasi kejadian selepas mendapat maklumat  yang mana mangsa sudah masuk hari ketiga hilang. 
Beliau yang sebelum ini pernah dilatih dalam Gerak Khas, Angkatan Tentera Malaysia dalam ilmu mencari mangsa hilang dengan penuh rasa tanggungjawab terus bergegas ke sana seawal pagi tadi untuk mencari mangsa sehingga mangsa ditemui beliau kira-kira jam 11 pagi tadi. 
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia, Mohd Nazree Mohd Aris, Jabatan Amal Malaysia adalah sebuah unit kepanduan di bawah DPPM yang sentiasa membantu agensi kerajaan seperti Bomba, APM dan Polis dalam misi kebajikan dan penyelamat. 
"Kita ada anggota yang berkemahiran dan sedia membantu sebagai pasukan sokongan kepada agensi penyelamat kerajaan," ujarnya. - HARAKAHDAILY 17/5/2017
kurau1 

kurau3
Sumber HD- 17-5-2017 

Tentera Merah; Rebah Bangun Bersama Islam!











Oleh : Azizah Mahmood

Mereka berada dimana mana tatkala khidmat didambakan dan bertugas tanpa di panggil pun, mereka akan sentiasa ada saat diperlukan
Itulah Unit Amal anggota dari Jabatan Amal Negeri Terengganu.
Tentera merah nama yang di beri, berani dan cekal, semerah semangat yang mereka dokongi dan pasti berada di mana sahaja hatta mereka akan berhadapan dengan semburan air oleh FRU atau polis, sewaktu demonstrasi.


Mereka beramal kerana Allah dan setiap yang program atau aktiviti bertema khidmat untuk Islam pasti di situ mereka berada.

Patuh dan berdisiplin tinggi itu arahan yang di terima dan mereka muncul dari berbagai latar belakang hatta seorang yang bergelar Yang Berhormat sekalipun, mereka tetap sama dalam satu saf.

Berpanas mereka bermandi peluh, berhujan mereka kuyup basah, tateapi mengingkari amanah tidak sesekali.


Bukan upah yang ditagih jauh sekali meminta di hormati, namun pada saat pentingdan genting, panggillah mereka takkala musibah melanda pasti mereka tidak akan berkata “tidak”.

Unit Amal bertebaran dimerata-rata himpunan kecil atau besar, ceramah di kampung atau di bandar.
Menyelam alam air, sunagi atau laut, Mencari mangsa lemas mahupun membersih rumah yang rentung mereka sedia menabur khidmat tanpa mengira waktu dan tempat .

Mereka adalah pejuang tulin yang namanya tidak kita canangi kerana bukan nama yang mereka mahu tempa tapi janji untuk berada di syurga Allah, mereka rebah dan bangun bersama Islam.

Inilah pejuang yang tidak didendang.

Makan mereka tidak berwaktu, tidur mereka tidak bertempat. Dimana jatuh Allah, di situ di bentang beg galas sebagai bantal.

Di mana mereka duduk disitu bersimpuh menghadap rezeki dan ketika malam menjelma, surau masjid menjadi tempat melepas lelah barang sejam dua, demi esok menyambung tugasan.


Pulang ke destinasi masing-masing menyambung kehidupan, yang buruh meneruskan kerja kasarnya, yang menjual ikan menyambung juajaannya, Yang Berhormat meneruskan khidmat.

Mereka pulang bukan membawa wang atau habuan tapi pulang dengan perasaan lapang kerana janji untuk berkhidmat demi Islam kerana Allah, sudah di lunaskan.

Amanah terpikul kemas, beban digalas sudah, tunggulah habuanmu di sisi Allah, wahai ansorallah!

Sumber BO - 11-3-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pak cik anggota Amal yang hebat!

http://kerabubersuara.blogspot.my/ | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/terbaik-dari-blog/95-terbaik-dari-blog/44340-pak-cik-anggota-amal-yang-hebat

Sepanjang H355 tiada gambar untuk saya sharing di sini (apatah lagi gambar sendiri), melainkan gambar seorang otai dari Perak. Beliau dipanggil Pak Rahim, bekas komando, walaupun usianya sudah lanjut, namun daya juangnya jauh lebih tinggi dari saya.

Nama beliau tidaklah disebut sebut di dada akhbar, apatah lagi gambar beliau yang tidak dikenali melainkan mereka yang terlibat dengan AMAL. Setiap program PAS Perak, sudah pastinya beliau antara yang hadir awal, dan beliau jugalah antara yang lewat pulang.

Benarlah, AMAL bukan dikenali dengan figure figure tertentu sebagai superhero, akan tetapi mereka dikenali sebagai sebuah Avangers yang bergerak dalam sebuah pasukan. Mungkin saya boleh mengajar Kitab kitab Arab, akan tetapi dalam bab Ikhlas saya perlu menuntut dengan mereka.

- Muhammad Mujahid bin Ir Hj Mohammad Fadzil

Sumber HD - 19-2-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Selamat pulang Musa Nuwayri

DR SUHAZELI ABDULLAH | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44041-selamat-pulang-musa-nuwayri

Kami baru mendapat maklumat bahawa Sdr Musa Nuwayri Kamaruzzaman baru sahaja dibebaskan dari penjara Jordan dan akan kembali ke tanah air malam ini. Penahanan beliau atas alasan kerana membantu pelarian Syria yang berada di sempadan bumi Jordan sejak konflik peperangan tercetus.

Sdr Musa An Nuwayri adalah pengasas kepada NGO Tangisan Syria di Bumi Jordan. Seorang pemuda, mahasiswa yang merantau di bumi Jordan bagi menabur bakti. Sumbangan tenaga dan wang ringgit yang beliau curahkan tiada tandingan. Sesungguhnya pengorbanan yang dilakukan oleh beliau perlu dicontohi oleh anak muda negara kita.

Kami amat kesal dengan penahanan ini. Pembela kepada anak-anak Syria yang berada di sempadan Jordan sudah dinafikan hak untuk terus berkhidmat. Pengajian beliau pun terus dihentikan walaupun hanya beberapa bulan akan tamat.

Insha Allah, kami akan sambut kepulangan beliau nanti dan diraikan sebagai wira negara.

#SolidaritiMusaNuwayri

Dr Suhazeli Abdullah
Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu - HARAKAHDAILY 26/1/2017

fb.com/AmalTerengganu

Sumber HD - 26-1-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Jangan guna baju kami, amaran PAS menjelang Bersih 5
Posted on Thursday, November 17 @ 12:08:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32419



KUALA LUMPUR: Unit seragam PAS yang bertanggungjawab soal keselamatan hari ini melarang mana-mana pihak memakai baju pasukan itu pada perhimpunan Bersih 5 Sabtu ini.

Jabatan Amal Malaysia, yang menguruskan pasukan Unit Amal yang kerap mengawal lalu lintas dan keselamatan peserta perhimpunan Bersih sebelum ini, berkata larangan itu sejajar dengan keputusan pimpinan tertinggi PAS untuk tidak menyertai perhimpunan anjuran Bersih 2.0 kali ini.


Ketua pengarah unit itu, Mohd Nazree Mohd Aris, berkata tindakan undang-undang akan diambil ke atas sesiapa yang memakai pakaian seragamnya termasuk topi yang mempunyai lambang atau nama Jabatan Amal Malaysia.

“Pihak Jabatan Amal Malaysia juga tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian, kerosakan dan kecederaan yang diakibatkan daripada tindakan individu yang menyamar sebagai anggota Jabatan Amal Malaysia semasa perhimpunan Bersih 5,” katanya.

Unit Amal PAS sebelum ini menerima pujian atas kejayaannya mengawal perhimpunan Bersih 1, 2 dan 3.

Bagaimanapun, keretakan hubungan antara pimpinan tertinggi PAS dengan badan NGO dan parti pembangkang lain sejak muktamar tahun lalu menyaksikan PAS tidak menyertai Bersih 4 pada Ogos tahun lalu.

Sumber TKO - 17-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Skuad Amal PAS Tidak Akan Kawal BERSIH 5
Posted on Thursday, November 17 @ 12:06:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32418



KUALA LUMPUR:
Anggota keselamatan PAS dikenali sebagai Jabatan Amal Malaysia tidak akan mengerahkan anggotanya untuk mengawal keselamatan peserta BERSIH 5, sabtu ini.

Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia, Mohd Nazree Mohd Aris berkata, keputusan berkenaan selari dengan larangan pucuk pimpinan parti untuk tidak menyertai himpunan berkenaan.

"Maka dengan ini pihak Jabatan Amal Malaysia memaklumkan bahawa tiada arahan kepada anggota Jabatan Amal Malaysia untuk bertugas mahupun menyertai perhimpunan Bersih 5 sekalipun Jabatan Amal Malaysia merupakan tunjang utama perhimpunan Bersih, Bersih 2 dan Bersih 3," katanya dalam satu kenyataan.

Skuad Amal PAS juga tidak mengawal Bersih 4 tahun lepas.

Pucuk pimpinan parti berkenaan melarang ahlinya menyertai himpunan Bersih kali ini selepas peserta himpunan tahun lepas mencela Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang dengan memijak gambar beliau bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

PAS juga menyifatkan BERSIH yang sepatutnya memperjuangkan pilihan raya adil telah terpesong dengan memihak kepada perjuangan politik tertentu.

Sehubungan dengan itu, Mohd Nazree menegaskan kepada mana-mana individu untuk tidak mengenakan pakaian seragam Jabatan Amal Malaysia termasuk lambang divisyen Kadet Amal, Bridget Amal dan Unit Amal pada perhimpunan BERSIH 5 akan datang.
"Tindakan undang-undang akan diambil terhadap individu terbabit.

"Pihak Jabatan Amal Malaysia juga tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian, kerosakan dan kecederaan yang diakibatkan daripada tindakan menyamar sebagai anggota Jabatan Amal Malaysia semasa perhimpunan Bersih 5," katanya lagi.
- Malaysian Digest

Sumber TKO - 17-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pesanan Kor Medik Amal Menjelang 1 Syawal



Kor Medik Amal mengucapkan Selamat menyambut Aidil Fitri kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Maaf Zahir dan Batin. Semoga ibadah puasa Ramadhan kita sebulan berlalu di terima oleh Nya serta mendapat kerahmatan dan keampunan.

Kepada para perantau yang memulai perjalanan balik kampung, ingat lah beberapa pesanan ini dari kami:

1) Rancang perjalanan tuan/puan terlebih dahulu. Pastikan kenderaan dalam keadaan yang sempurna. Periksa minyak hitam atau servis sebaiknya. Lampu kenderaan dalam keadaan baik dan pastikan juga brek ketiga kenderaan anda juga turut berfungsi.

2) Sebelum bertolak tinggalkan pesanan kepada jiran bahawa anda akan balik kampung. Atau isi borang keselamatan di jawatankuasa kejiranan setempat (jika ada). Mereka akan menguruskan hal keselamatan termasuk mendapatkan kerjasama dari pihak polis jika berlaku sesuatu yang tidak diingini.

3) Bagi mereka yang Islam seelok-eloknya berwuduk dan membaca doa naik kenderaan sebelum memulakan perjalanan serta bertawakkal kepada Allah sepanjang perjalanan dengan bacaan bismillah dan doa.

4) Jangan terburu-buru di jalanraya kerana yang penting anda sekeluarga tiba ke destinasi dengan selamat dan dapat bersama dengan keluarga tersayang.

5) Jika anda letih, mengantuk, atau tidak fokus, berhentilah di R&R atau stesen minyak untuk melepaskan keletihan buat seketika. Pengiring disebelah tuan/puan perlulah mainkan peranan supaya perjalanan penuh dengan keceriaan dan tidak membosankan.

6) Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.

7) Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning dan beri keutamaan kepada pejalan kaki.

8) Elakkan daripada mengekori kenderaan lain pada sepanjang masa kerana ini sering menjadi punca kemalangan yang serius.

9) Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragak-agak.

10) Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadap tetapi membahayakan semua pengguna. Jangan memandu melebihi had laju yang ditetapkan dan ingatlah orang yang tersayang.

11) Elakkan mencelah di antara kenderaan kerana ini membahayakan keselamatan anda dan orang lain.

12) Jika berlaku kecemasan, dapatkan bantuan segera dari pihak yang berwibawa seperti polis atau peronda lebuhraya.

13) Simpan nombor-nombor penting untuk anda hubungi jika kecemasan.

Kami mendoakan perjalanan anda akan selamat sampai ke destinasi seterusnya dapat berkumpul sanak-saudara di hari yang mulia ini.

Maaf Zahir Batin
Ikhlas dari

DR SUHAZELI ABDULLAH
KETUA
KOR MEDIK AMAL & PENYELAMAT
Jabatan Amal Malaysia
fb.com/KorMedikPenyelamatJAM
29 Ramadhan 1437

Sumber BO - 4-7-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Skuad Unit Amal Batu Rakit Lancar Khidmat ‘BANTU’ Sempena Eidul Fitri











http://www.buletinonline.net/v7/index.php/skuad-unit-amal-batu-rakit-lancar-khidmat-bantu-sempena-eidul-fitri/

Oleh : DMS

SETIU – Unit Amal Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit melancarkan khidmat “BANTU”, memberikan pertolongan kepada Anak-anak Terengganu Di perantauan (Perantau) yang menghadapi sebarang masalah dalam perjalanan mereka pulang berhari raya.

Ketua Pemuda PAS DUN Ustaz Shafizi Ismail berkata, mereka mengalami kerosakan ringan pada kenderaan atau sebarang kecemasan lain boleh menghubungi Komandan Amal DUN Batu Rakit Zakaria Razak di talian 013 956 8053.

Katanya, laluan operasi BANTU adalah antara Kampung Tepoh dan sehingga ke Merang, Setiu, dan sekitarnya, bermula pada 4hb Julai (29 Ramadan) sehingga malam Eidul Fitri, dari 12 tengah malam hingga jam 7 pagi.


“ini adalah sebahagian daripada sumbangan kebajikan kami buat Perantau khususnya dan pengguna jalan raya amnya dalam meringankan beban mereka yang mengalami kerosakan ringan,

“untuk sama-sama kita dapat meraikan hari raya bersama keluarga yang sedang menanti,”kata beliau.
Timbalan Ketua Pemuda PAS Kawasan Setiu itu berkata, Unit Amal peringkat kawasan perlimen Setiu juga bersedia memberikan khidmat ‘BANTU’ yang serupa.

Beliau turut mengucapkan selamat hari raya buat semua dan berharap semoga dapat sama-sama meraikan ‘hari kemenangan itu’ dengan penuh kasih sayang.

“saya mengucapkan selamat hari raya buat semua dan semoga kita sama-sama dapat meraikan hari kemenangan ini dengan penuh kasih sayang,

“dan pohon maaf juga dari kami jika ada sebarang kesulitan dalam kami memberikan khidmat ini.” katanya yang juga Timbalan Exco Kebajikan Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu.

Sumber BO - 4-7-2016


------------------------------------------------------------------------------

Perayaan: Yayasan Amal bantu tabung darah

BULETIN ONLINE | .






















http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41702-perayaan-yayasan-amal-bantu-tabung-darah

KUALA NERUS: Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu memerlukan bekalan sebanyak 1,000 pain darah sepanjang musim perayaan Idulfitri ini bagi seluruh negeri.

Sehubungan itu, Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu (YAMCT) tampil bagi membantu pihak hospital berkenaan bagi mempastikan bekalan darah itu mencukupinya.

YAMCT menerusi agenda aktiviti tahunannya pada bulan Ramadan ini menganjurkan kempen derma darah di seluruh negeri Terengganu.

Sebanyak 20 buah masjid terpilih di beberapa buah daerah di negeri ini mengambil bahagian dalam kempen tersebut yang diadakan selepas solat tarawih.

Pengerusinya, Dr Suhazeli Abdullah berkata YAMCT mensasarkan sejumlah 750 pain sepanjang kempen derma darah bulan Ramadan ini.

Katanya, sebanyak 20 buah masjid terpilih terlibat dengan kempen ini bagi menampung keperluan bekalan darah hospital.

“Target kita hendak kumpul lebih 750 pint darah melalui kempen ini di masjid-masjid terpilih seluruh negeri Terengganu.

“Ini, program tahunan Yayasan Amal Terengganu dengan kerjasama pihak hospital (HSNZ) Terengganu dan beberapa buah hospital daerah.

“Tabung darah hospital memerlukan sebanyak 250 pain darah seminggu atau 1,000 pain sebulan sepanjang musim perayaan ini,” ujarnya.

Menurutnya, kempen derma darah anjuran YAMCT itu mendapat kerjasama dengan pihak HSNZ Kuala Terengganu dan hospital-hospital daerah di negeri ini.

Kata Dr Suhazeli, sambutan terhadap kempen tersebut sangat baik dan YAMCT mengharapkan sasaran 750 pain darah itu berjaya diperolehinya.

Antara masjid yang mengambil bahagian kempen derma darah anjuran YAMCT iaitu Masjid Batu Burok, Masjid Chendering, Masjid Sultan Ismail Chendering, Masjid Gelong Bilal di Kuala Terengganu.

Masjid Titian Baru (Bukit Payung), Masjid Instep, Masjid Unisza, Masjid Kubang Ikan, Masjid Batu Enam, Masjid Wakaf Tembesu, Masjid Kampung Batin (Kuala Nerus), Masjid Butut (Hulu Terengganu), Masjid Sura Lama (Dungun), Masjid Jamek Kertih, Masjid Tengku Mizan (Kemaman), Masjid Pengadang Baru, Masjid Rhu Muda, Masjid Rusila (Marang), Masjid Kampung Padang Landak (Besut).

Sumber HD - 26-6-2016

Agensi Penyelamat Malaysia iktiraf Jabatan Amal Malaysia

SALMIYAH HARUN | .






KUALA LUMPUR: Jabatan Amal Malaysia terus mendapat pengiktirafan daripada Agensi Penyelamat Malaysia setelah mendapat jemputan buat pertama kali bagi menyertai Konvensyen Pasukan Mencari dan Menyelamat di Air Malaysia.

Jabatan Amal yang diwakili oleh Pengarah Kor Medik dan Penyelamat Tuan Firdauz Nasir sekali gus mengetuai delegasi Jabatan Amal Malaysia ke Konvensyen tersebut yang berlangsung hari ini.

Bertempat di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Wakaf Tapai Terengganu, konvensyen tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia YAS Datuk Wira Wan Mohd Nor Ibrahim.

Turut sama di dalam konvensyen tersebut adalah agensi penyelamat lain seperti tentera laut dan darat serta dari agensi penyelamat Kebakaran Negara Indonesia.

Jabatan Amal Malaysia berharap hubungan baik ini dapat dieratkan dan diteruskan dalam melengkapkan hubungan gerak kerja penyelamat yang baik di kalangan agensi yang ada di negara ini walaupun mereka lahir dari sebuah parti politik tanah air.

"Terima kasih kepada Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia yang sudi menjemput kami bersama dalam berkongsi ilmu serta pengalaman dan sudah ia menjadi titik tolak menjadikan badan ini lebih profesional dalam gerak kerja seterusnya," demikian menurut Jabatan Amal Malaysia sebagaimana dipetik di laman rasmi Facebook mereka. – HARAKAHDAILY 13/4/2016

Sumber HD - 13-4-2016



Seorang Anggota Kadet Amal Lemas Di Pantai Teluk Lipat Sura, Dungun

Posted on Thursday, February 11 @ 18:43:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Firdaus b. Sulong, 17 Tahun lemas ketika mencari kerang di Pantai Teluk Lipat Dungun Terengganu berhadapan dengan SMK Sura Dungun kira-kira jam 2.05 petang tadi.





Mereka bertiga sedang mengutip kerang dan sambil mandi dan salah seorang daripada mereka hilang dalam ombak kuat dan didapati lemas setelah proses pencarian oleh penduduk kampung Sura.



Ayah mangsa, En Sulong tenang menunggu mangsa di cari.



Ombak yang besar melanda pantai Teluk lipat turut membawa kerang ke tepi pantai dan orang ramai tidak menghiraukan keadaan ombak turut beramai-ramai mengutip kerang.











Sehari sebelum ini tanah runtuh di sepanjang pantai Teluk Lipat. Kelihatan Adun Sura Hj Wan Hanpandi Nik telah meninjau kawasan tersebut melihat bagaimana tongkong boleh hanyut di pukul ombak.

.............

Jenazah Firdaus akan disolatkan di Masjid Lama Sura selepas Isya'. Talkin di kendalikan oleh Ustaz Zul Pinang Merah. Unit amal diharapkan hadir dengan pakaian lengkap Unit Amal, harap maklum.

Sumber TKO - 11-2-2016


PAS lumrah diserang, suruh ikut telunjuk mereka

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad berkata perjuangan parti itu akan diserang daripada berbagai sudut kerana hendak menegakkan Islam yang syumul.

"Menjadi lumrah perjuangan PAS akan diserang daripada berbagai sudut.

"Sebab serangan mereka hanya satu, iaitu kerana PAS hendak menegak Islam yang syumul," ujarnya menerusi laman facebook.

Menurutnya, mereka suruh PAS ikut telunjuk dan peta yang direka oleh mereka.

"PAS sudah lalui perkara ini sejak 64 tahun yang lalu," katanya lagi.

Ahli Parlimen Bukit Gantang itu turut mengulas para petugas Jabatan Amal Malaysia.

Katanya, melihat pemuda kacak yang berbaju merah Amal jangan anggap mereka ini sebarangan.

Ini, ujar beliau kerana dalam kalangan mereka ada yang berlulusan agama hingga bertaraf profesional.

Beliau menambah, mereka bekerja dengan tawaduk dan ikhlas kerana Allah.

"Bersedia menerima arahan, tanpa banyak soal. Redha Allah yang menjadi buruan mereka," ujarnya lagi.

Dalam tulisan sebelum ini, beliau berkata ada dua institusi di dalam PAS yang berjaya memasyarakatkan parti iaitu Jabatan Amal dan Pasti. - HARAKAHDAILY 10/2/2016

Sumber HD - 10-2-2016




Mohon Sumbangan Banjir Alor Gajah 2016
Posted on Wednesday, February 10 @ 00:01:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

"Berikutan banjir yang melanda Alor Gajah pada ketika ini, Dewan Pemuda PAS Alor Gajah dengan rendah hati ingin memohon sumbangan daripada para dermawan bagi membantu mangsa banjir di Alor Gajah.

 photo 12705714_977839745597092_743187793888196647_n_zps2ejzvlbk.jpg

Dewan Pemuda PAS Alor Gajah mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan sama ada wang tunai, peralatan mencuci, barangan keperluan harian dan lain-lain.

Didoakan segala sumbangan Tuan/Puan diberikan ganjaran yang sebaiknya di sisi Allah SWT.

 photo 12705714_977839745597092_743187793888196647_n_zps2ejzvlbk.jpg



Emransyah Ismail

Ketua

Dewan Pemuda PAS Alor Gajah 



Sumber TKO - 10-2-2016

25 Tahun Jabatan Amal: Rahsia Kejayaan

NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ | .



Jabatan AMAL Dewan Pemuda PAS Malaysia atau lebih dikenali dengan nama Unit AMAL pada awal Febuari tahun ini telah merayakan sambutan Jubli Perak sempena 25 tahun penubuhannya. Ia diadakan secara besar-besaran di Kampung Rusila, Terengganu dengan penyertaan bersama oleh anggota AMAL dari seluruh negara dan pimpinan utama PAS.

Dewan Pemuda PAS Malaysia semestinya melahirkan rasa syukur dan bertuah dengan kejayaan Jabatan AMAL ini. Ia kini teguh sebagai sebuah institusi kebajikan dan kesukarelawanan yang begitu gah mencipta nama di dalam negara yang disukai dan dihormati oleh seluruh rakyat Malaysia termasuk oleh pihak kerajaan juga.

25 tahun adalah tempoh yang panjang dan amat hebat bagi sebuah unit dan jentera kerja di bawah sebuah parti politik tanah air. PAS berjaya membina tenaga sukarelawan rakyat yang antara kehebatannya ialah kejayaan untuk terus menelurkan dan melahirkan para sukarelawan baru yang semakin bertambah dan disertai oleh semua lapisan masyarakat. Kini jumlah keanggotaan AMAL telah melewati 8,000 anggota.

Ahli AMAL adalah anak-anak muda di kampung dan desa. Ahli AMAL juga adalah para profesional muda yang berjaya dalam kerjaya masing-masing. Ada jurutera, juruteknik, usahawan, peniaga, guru, ustaz dan pelbagai latar belakang lagi. Mereka ada orang lama dan otai yang terus istiqamah bersama berkhidmat dan membimbing AMAL walaupun telah pun mencecah umur 60 tahun.

AMAL bermula dalam skala kecil. Awalnya mereka ditugaskan membantu kerja-kerja parti sama ada melibatkan program dalaman ataupun luaran. Dengan PAS sebagai sebuah parti politik Islam tunggal di tanah air semakin meluaskan pengaruhnya dari tahun ke tahun, AMAL turut melangkah meluaskan jaringan kerja amal dan kebajikannya di dalam masyarakat.

Walaupun cabaran awal mencipta nama begitu memeritkan dengan halangan langsung daripada parti pemerintah yang tidak senang hati dengan pengaruh AMAL di dalam masyarakat dan pelbagai lagi fitnah dan tohmahan yang dilemparkan, namun mereka menukarkannya menjadi azimat dan penawar ke arah keutuhan dan kekuatannya. AMAL terus berjaya meraih sokongan masyarakat. Malah AMAL kadang-kadang lebih cepat diterima masyarakat berbanding parti PAS sendiri!

Saya berharap segala rahsia kejayaan AMAL ini mampu dicungkil dan dikaji secara menyeluruh oleh ahli PAS agar manfaatnya dapat dipanjangkan kepada seluruh sektor terutama dalam parti PAS sendiri. Ia adalah rahsia besar yang tersimpan baik di dalam rantaian sejarah 25 tahun AMAL beroperasi.

Coretan ringkas ini bertujuan menjelmakan keupayaan PAS mentarbiyah ahlinya memahami kewajiban bekerja dan berkhidmat dalam masyarakat dengan penuh ikhlas dan kerana Allah. Bekerja tanpa upah dan terima kasih. Bekerja menggunakan kepunyaan sendiri dan walaupun dibalas dengan maki hamun.

Kemudian ahli PAS yang lain dituntut membantu jentera AMAL dengan membekalkan mereka dengan segala keperluan melalui derma dan sumbangan wang dan harta benda. Ertinya PAS mentarbiyah ahli mereka untuk menyertai AMAL atau jika tidak bersedia, mereka mestilah pula bersedia membantu AMAL dengan harta benda mereka.

Rahsia 'Beramal Kerana Allah' adalah cukup hebat. 5 tahun lepas, ketika saya adalah Timbalan Ketua DPPM di bawah YB Ustaz Nasrudin Hassan, saya memulakan inisiatif agar Jabatan AMAL mengukuhkan kewangannya melalui perniagaan dengan membuat dan menjual produknya sendiri. Faktor kewangan sebenarnya adalah antara punca mengapa AMAL tidak mampu bergerak lebih laju daripada apa yang mereka miliki hari ini.

Masa itu, saya pernah bertanya dalam satu perbincangan awal, mengapa Jabatan AMAL tidak meneroka peluang perniagaan yang pasti menguntungkan kerana AMAL memiliki kepercayaan dan kesediaan masyarakat untuk membantu? Mereka menjawab, kami dilatih untuk bekerja liLlah taala. Kami tidak dilatih untuk berniaga. Saya termenung juga. Akhirnya saya jawab, mari kita berniaga liLlahi taala juga.

Bila AMAL menghasilkan produknya dan memulakan perniagaan, ia kelihatan akan kekal berjaya. Tetapi ia akhirnya terhenti di pertengahan. Sebabnya mudah, mereka tidak dilatih untuk berniaga. Saya nampaknya perlukan idea yang lebih baik untuk terus mengusulkan penjanaan wang kepada AMAL melalui perniagaan.

Saya membawa sorotan pengalaman saya ini adalah bagi menggambarkan keteguhan kefahaman anggota AMAL terhadap perinsip dan motto 'Beramal Kerana Allah' yang mereka terapkan di kalangan anggota AMAL. Ia adalah rahsia kejayaan yang cukup besar.

PAS sebenarnya berjaya membina kefahaman kukuh di kalangan ahlinya mengenai konsep kefardhuan atau kewajiban di dalam ugama Islam. Antaranya adalah memahami erti fardhu kifayah selepas memahami fardhu ain.

Fardhu kifayah biasanya difahami secara salah oleh masyarakat. Ia dimaksudkan sebagai kefardhuan kelas kedua. Pahalanya kurang berbanding pahala amal fardhu ain. Ia mencukupi dan tidak lagi perlu dilakukan selepas ianya sudah pun dilaksanakan oleh orang lain.

Walaupun secara zahirnya kefahaman mudah seperti itu tiada salahnya, tetapi ia boleh membawa kesan negatif yang merugikan. Fardhu kifayah akhirnya direndahkan nilainya, ditinggalkan dan dilihat tidak penting, malah mungkin dirasakan bukan satu kefardhuan lagi.

Fardhu kifayah sebenarnya adalah kemuncak perlumbaan di dalam ugama. Fardhu ain adalah asas dan permulaan. Setiap muslim diarahkan selepas melaksanakan asas-asas ugama untuk terus bergerak dan berlumba mengejar kelebihan dan keutamaan di sisi Allah. Di sinilah fardhu kifayah menyediakan ruang besar itu.

Jika fardhu ain tidak membantu dan bermanfaat selain untuk individu muslim tersebut, fardhu kifayah pula melangkaui ke hadapan. Jika anda hadir untuk solat jenazah, anda bukan sahaja memperolehi pahala amal fardhu yang besar, malah anda juga telah membebaskan masyarakat daripada dosa besar.

Ertinya mendirikan solat lima waktu hanya memberi manfaat dan jasa kepada pendiri solat itu sahaja sedangkan mendirikan solat jenazah pula memberi manfaat kepada seluruh masyarakat. Anda dengan itu telah melakukan jasa yang besar di dalam sebuah masyarakat Islam.

Amal kebajikan adalah fardhu kifayah. Ia seperti juga amal dakwah di dalam masyarakat. Jika ada sekumpulan ahli masyarakat melaksanakannya dengan sempurna, maka masyarakat adalah sejahtera dan bebas daripada dosa tidak melaksanakan kefardhuan.

Amal kebajikan dalam masyarakat adalah bagi menjamin keadilan sosial yang menjadi tunjang kehidupan yang sejahtera. Di dalam ugama, adalah satu dosa membiarkan orang dalam kesusahan terus dalam kesusahan tanpa bantuan daripada masyarakatnya. Allah sengaja menciptakan kesusahan di sebelah kesenangan yang dikecapi masyarakat agar wujud ta'awun dan bantu membantu di antara mereka. Dengan itu akan wujudlah kasih sayang yang menjadi tunjang pembinaan kesatuan dan perpaduan masyarakat.

Solat lima waktu yang merupakan satu fardhu kifayah menjamin kebahagiaan kehidupan individu, manakala solat berjamaah pula yang menjadi satu fardhu kifayah menjamin kebahagiaan masyarakat. Bayangkan, jika masyarakat tidak bahagia disebabkan kurang jalinan kasih sayang dan kerjasama, bagaimana setiap anggota masyarakat boleh melaksanakan fardhu ain dengan baik dan selesa?

Apabila Jabatan Amal memainkan peranan utama dengan kerja-kerja kebajikan di dalam segenap lapangan kemasyarakatan, ia sebenarkan telah berperanan besar memajukan dan mensejahterakan masyarakat tersebut. Malah secara tidak langsung, dengan peranannya yang luas dan cekap, ia turut memajukan negara.

Negara kita walaupun maju, tetapi penuh kecacatan. Sistem yang diguna pakai untuk membangunkan negara adalah lemah. Ia jika bergerak maju, ia melalaikan rakyatnya daripada ugama. Jika pula ia berhadapan kesusahan, ia sering berhadapan dengan masalah pengabaian. Kesedaran untuk saling bantu membantu adalah lemah. Semuanya adalah kerana kerosakan sistem pembinaan negara dan lebih teruk, lemahnya jentera pelaksana yang diketuai oleh parti pemerintah hari ini.

Jabatan AMAL hadir dengan amal Islami yang berteraskan keikhlasan kerja kepada Allah. Mereka bukan sahaja berjaya menarik sokongan masyarakat kepada mereka, malah lebih utama, mereka berjaya menarik masyarakat kepada kecintaan kepada ugama. Selepas itu mereka memperkenalkan PAS sebagai jamaah Islam yang berjuang untuk ugama dan keredhaan Allah.

Jabatan AMAL telah melaksanakan tugas dengan cemerlang. Hari ini mereka menyambut kejayaan berkhidmat dalam masyarakat selama 25 tahun dengan penuh kesyukuran dan tekad untuk lebih maju pada masa akan datang.

Segenap lapisan masyarakat, terutama ahli PAS mestilah memberikan segala sokongan dan pertolongan untuk memastikan Jabatan AMAL atau Unit AMAL atau dikenali juga dengan jolokan 'tentera merah' terus maju dengan keilhlasan dan amal kebajikan yang mensejahterakan kehidupan masyarakat dan negara. - HARAKAHDAILY 8/2/2016

* Artikel adalah untuk siri kolum ' Terang Rembulan' akhbar Harakah.

Sumber HD - 8-2-2016

Jabatan Amal, Pasti produk memasyarakatkan PAS

HARAKAHDAILY | .



KUALA LUMPUR: Ada dua institusi di dalam PAS yang berjaya memasyarakatkan parti iaitu Jabatan Amal dan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti).

"Kedua-dua ini berjaya membuktikan bahawa PAS bukan sahaja sebuah parti politik sahaja sebagaimana mana masyarakat umum faham," kata Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.

Katanya, Jabatan Amal yang dahulunya dikenali sebagai Unit Amal merupakan satu produk PAS untuk menjadi platfom kepada ahli pemuda yang berminat dengan reakreasi dan kreativiti.

"Jabatan Amal sudah berumur 25 tahun. Tahniah," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang menerusi laman facebook.

Jabatan Amal Malaysia telah mengadakan Himpunan Jubli Perak sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-25 di Masjid Rusila, Marang pada 5 dan 6 Februari lepas. - HARAKAHDAILY 8/2/2016

Sumber HD - 8-2-2016

Tahniah dan syabas Jabatan Amal Malaysia

HARAKAHDAILY | .










Alhamdulillah. Tahniah dan syabas Jabatan AMAL Malaysia di atas kejayaan menganjurkan Himpunan Jubli Perak sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-25 Jabatan AMAL Malaysia di Masjid Rusila, Marang, Terengganu Darul Iman dari 5 hingga 6 Februari 2016.

Jabatan AMAL Malaysia

Jabatan AMAL Malaysia atau juga dikenali sebagai Unit AMAL merupakan salah satu Jabatan di bawah Organisasi Dewan Pemuda Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Jabatan AMAL ini berfungsi sebagai sebuah pasukan kebajikan sukarela beruniform yang dianggotai oleh Pemuda dan ahli PAS.

Penubuhan Jabatan AMAL Malaysia adalah selaras dengan keperluan dan kehendak anak muda masa kini yang sentiasa ingin melibatkan diri dalam masyarakat melalui aktiviti-aktiviti kesukarelawan dan kebajikan.

Visi

Pergerakan kebajikan sukarela beruniform yang cemerlang pilihan generasi baru berteraskan Islam

Misi

Berkhidmat secara sukarela untuk membangunkan semula budaya generasi muda malaysia melalui pendekatan kebajikan dan kemasyarakatan berteraskan Islam. Melahirkan ahli-ahli pergerakan sukarela yang serba boleh yang menghayati teras lima budaya amal.

Slogan

"Beramal Kerana Allah".

Teras 5 budaya Amal

1. Keimanan dan ketakwaan
2. Ilmu dan amal yang soleh dan benar
3. Kemahiran dan keterampilan
4. Berdisiplin dan berakhlak mulia
5. Beramal kerana Allah.

Lagu rasmi

Judul: Amal Kerana Allah
Munsyid: Shoutul Amal

Beramal (2X) amal kerana Allah
Beramal (2X) amal kerana Allah
Beramal kerana Allah itu syiar kami
Beramal kerana Allah itu syiar kami

Allah (2 X) Allah Tuhan kami
Allah (2X) Allah matlamat kami
Al-Rasul ikutan kami (2X)
Al-Quran panduan kami (2X)

Beramal (2X) amal kerana Allah
Beramal (2X) amal kerana Allah
Beramal kerana Allah itu syiar kami
Beramal kerana Allah itu syiar kami

Berjihad (2X) jihad jalan kami
Berjihad (2X) jihad jalan kami
Mati di jalan Allah cita tertinggi kami
Mati di jalan Allah cita tertinggi kami
Cita tertinggi kami! (3X)

Lirik dan lagu: Hussin Ismail
Tulisan di atas dipetik dari facebook Pemuda PAS Malaysia.

Sumber HD - 7-2-2016


Selamat Menyambut 25 Tahun Jabatan Amal Malaysia

PERUTUSAN KHAS
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM)

5 Februari 2016 | 26 Rabi’ul Akhir 1437 H

SELAMAT MENYAMBUT 25 TAHUN JABATAN AMAL MALAYSIA

1. Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan selamat menyambut Jubli Perak Jabatan Amal Malaysia kepada seluruh anggota Jabatan Amal di seluruh negara. Tahun ini merupakan tahun yang begitu bersejarah kepada Jabatan Amal dengan genap usia 25 tahun Jabatan Amal dalam meniti denai perjuangan Islam bersama Kepimpinan Ulama’.

2. Jabatan Amal bermula dengan nama Unit Amal dan memulakan aktiviti pertamanya iaitu Jambori Amal yang berlangsung di Tok Jembal, Kuala Terengganu pada Februari 1991. Jambori pertama Jabatan Amal itu turut mendapat suntikan taujihat daripada Almarhum Ust Harun Taib yang juga merupakan Ahli Majlis Syura Ulama’. Dengan bimbingan yang berterusan daripada para ulama’, Jabatan Amal terus gagah melaksanakan agenda-agenda kebajikan yang sentiasa menjadi teras dalam setiap aktivitinya di samping menjadi tulang belakang kepada perjuangan PAS.

3. Berpaksikan kepada lima teras budayanya - keimanan dan ketaqwaan, ilmu dan amal yang soleh dan benar, displin dan akhlak mulia, kemahiran dan ketrampilan, dan amal kerana Allah SWT - Jabatan Amal telah meletakkannya sebagai suatu entiti yang begitu penting dalam mendokong perjuangan Islam untuk terus relevan sehingga ke saaat ini.

4. Meskipun PAS tidak pernah sunyi dari pelbagai badai dan ombak yang memukul, ia tidak pernah memadamkan keyakinan anggota Jabatan Amal. Kini, dengan usianya yang semakin meremaja, Jabatan Amal semakin mendapat tempat dikalangan anak muda dan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang dan usia.

5. 25 tahun Jabatan Amal menelusuri perjuangan Islam. DPPM mendoakan agar Jabatan Amal terus istiqamah memacu perjuangan Islam seterusnya beristiqamah sehingga mencapai kemenangan.

Sekian.

“Beramal Kerana Allah”

“Beristiqamah Hingga Kemenangan”

NIK MOHAMAD ABDUH BIN NIK ABDUH AZIZ
Ketua DPPM / Ahli Parlimen Pasir Mas.

Sumber PP - 5-2-2016


Jubli Perak Jabatan Amal Di Rusila


KUALA TERENGGANU – Pengarah Jabatan Amal Negeri Terengganu, Sauji Abd Rasid, 38, menyeru kepada semua anggota amal di seluruh negara agar dapat hadir dan berhimpun di Rusila, Marang.

Sauji

Kata beliau, himpunan sambutan Jubli Perak 25 tahun Jabatan Amal ini hanya disambut sekali sahaja dalam sejarahnya.

“Saya ucap selamat datanglah kepada seluruh anggota Jabatan Amal yang akan datang dan berhimpun sempena Jubli Perak 25 tahun di Rusila, Marang pada 5 dan 6 Februari 2016 ini.

“Objektif ini, kita (amal) hendak kumpul semua ahli-ahli baharu dan lama yang pernah bersama Unit Amal atau Jabatan Amal sekarang ini.

“Sewaktu Unit Amal ini ditubuhkan 25 tahun lalu, saya berumur 13 tahun dan waktu itu adanya Unit Amal Walad,” ujarnya.

Menurutnya, sempena sambutan Jubli Perak Amal itu turut diadakan pameran amal negeri-negeri, pertandingan kawad kaki dan banyak lagi.

Katanya, pihak penganjur mensasarkan tidak kurang dari 2000 anggota amal dari seluruh negara akan hadir pada hari tersebut.


Sumber BO - 2-2-2016

ARC: Satu kaedah PAS mendekati masyarakat

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Alternative Riding Club (ARC) ialah kelab motor yang ditubuhkan di bawah Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Sukan (DACS) Dewan Pemuda PAS Pusat.

Menurut Unit Penerangan dan Media ARC Malaysia, ia adalah salah satu kaedah PAS dalam mendekati dan mentarbiyah masyarakat sesuai dengan minat mereka.

Islam tidak menghalang umatnya untuk membuat perkara kesukaan dan hobi selagi mana tidak bercanggah dengan larangan Allah.

Moto kelab ialah, "We riding for charity". Pelancaran peringkat pusat bagi kelab ini telah disempurnakan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada 31 Ogos 2007 di Kuala Terengganu.

Presiden kelab ARC yang pertama ialah Saudara Yasir Said, bekas juara “Malboro Castrol Malaysian Cub Prix Championship ’95 dan Yamaha-Shell Cub Prix ’96. - HARAKAHDAILY 2/2/2016

Sumber HD - 2-2-2016

Jabatan Amal Malaysia, bermula di Terengganu

HARAKAHDAILY | .


PENUBUHAN Unit Amal tercetus melalui daripada panduan kertas kerja induk oleh Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Pemuda PAS Pusat Sesi 1989/91. Kertas kerja tersebut kemudian disahkan oleh mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat Kali Ke-4 pada 1 Julai 1989 yang bersetuju menggerakkan oleh satu unit tajaan terdiri daripada 12 anggota dari Terengganu yang mempunyai pelbagai pengalaman pasukan sukarelawan beruniform.

Majlis pelancaran Unit Amal (Kebajikan dan Rekreasi) telah diadakan pada 14 hingga 16 Februari 1991 bertempat di pantai peranginan Tok Jembal, Kuala Terengganu yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Unit Amal Pusat dengan kerjasama Unit Amal Terengganu.

Pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Ahli Majlis Syura Ulamak PAS, Tuan Guru Harun Taib yang juga Ahli Jawatan Kuasa Kerja PAS Pusat merangkap Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu pada masa itu. Jambori pertama kali itu telah berjaya mengumpulkan penyertaan seramai 851 anggota Unit Amal dari seluruh negeri.

Hussin Ismail yang lebih mesra dengan panggilan Cikgu Hussin telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Unit Amal yang pertama. Pasukan ini kemudiannya diikuti oleh Penubuhan Unit Amal Nisa oleh Dewan Muslimat PAS Pusat. Bermula dari sinilah penubuhan Unit Amal di seluruh negeri dan kawasan dipertingkatkan.

Ketua Pengarah Unit Amal Kedua ialah Jamuliddin Ellias yang dipilih menerajui bagi sesi 2002-2005. Pelbagai kejayaan telah ditempa oleh Unit Amal Pusat selama tempoh tersebut terutamanya dalam memberikan khidmat kepada PAS di semua peringkat.

Bermula Julai 2005, Jamsari Marsom telah dipilih selaku Ketua Pengarah Ketiga menggantikan Jamuliddin yang telah melebihi umur Pemuda. Di bawah kepimpinan Salahudin Ayub selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, satu perubahan drastik dilakukan oleh Unit Amal Malaysia dengan menumpukan ‘engagement’ bersama masyarakat sesuai dengan misi dan visi baru DPPP.

Bermula Februari 2006, Unit Amal Malaysia telah dianugerahkan pakaian rasmi (uniform) baru berwarna merah terang yang lebih ceria sesuai dengan citarasa pemuda pada ketika ini. Majlis penyampaian penganugerahan pakaian rasmi ini telah disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Perdana Resort, Kota Bharu, Kelantan.

Pada tahun 2008, Briged Amal dan Kadet Amal mula ditubuhkan diperingkat sekolah-sekolah dengan dimulai penubuhannya di sekolah agama di bawah Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan ia semakin berkembang di seluruh negara.

Bermula tahun 2009, di bawah Ketua Pengarah Keempat, Johari Osman, Unit Amal Malaysia telah mengalami beberapa perubahan, antaranya naik taraf Unit Amal kepada Jabatan Amal Malaysia dan seterusnya pelancaran logo baru Jabatan Amal yang dipakai sehingga sekarang. Satu buku Panduan Kurikulum Amal turut diperkenalkan dan menjadi panduan kepada seluruh anggota Amal kini.

Tahun 2015 menyaksikan perubahan baru kepada Jabatan Amal Malaysia di bawah kepimpinan Mohd Nazree Mohd Aris selaku Ketua Pengarah Kelima. Jabatan Amal terus berkembang dengan baik di bawah pengendalian beliau menerusi pemerkasaaan seluruh gerak kerja melibatkan Kor-kor yang ada berdasarkan pembentukan struktur organisasi lebih tersusun bersesuian dengan visi dan misi penubuhan Jabatan Amal Malaysia.

Menyusuri 25 tahun penubuhannya, Jabatan Amal Malaysia telah berjaya menjalankan tugas dengan cemerlang di pelbagai lapangan tugas yang diberi kepada jabatan tersebut sehingga diberi julukan oleh masyarakat sebagai “Tentera Merah”.

Pun begitu, kepimpinan Jabatan Amal Malaysia menafikan penggunaan julukan tersebut kerana ia adalah sebuah organisasi di bawah kepimpinan Dewan Pemuda PAS yang tidak mempunyai sebarang unsur ketenteraan baik dari segi tugasan, latihan dan kurikulumnya.

Selain tugas cemerlang Jabatan Amal dalam menjaga keselamatan majlis rasmi dan pimpinan PAS Negeri-negeri dan Pusat di seluruh Malaysia, pasukan ini juga telah mendapat kepercayaan dari masyarakat Malaysia.

Jabatan Amal telah berperanan dalam menjalankan agihan bantuan dan misi kemanusiaan di seluruh Malaysia seperti banjir di Johor, Pahang, Kelantan, Perak serta seluruh Malaysia. Malah pernah diberi amanah menjalankan tugas seumpama semasa bencana Tsunami di Aceh, Indonesia.  – HARAKAHDAILY 2/2/2016

 Disunting dan disusun semula oleh Izwan Abdul Halim

Sumber HD - 2-2-2016

Banjir: Jabatan Amal dikehendaki bersiap sedia

HARAKAHDAILY | .













KUALA LUMPUR: "Saya telah meletakkan status bagi Jabatan Amal Malaysia Negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang dalam keadaan siap sedia untuk berkhidmat pada bila-bila masa untuk operasi banjir," kata Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia, Mohd Nazree Mohd Aris.

Sehubungan dengan itu, beliau menaikkan status semua Jabatan Amal Malaysia di Semenanjung Malaysia selain yang terlibat di atas dalam keadaan siap sedia untuk berkhidmat dalam operasi banjir dalam tempoh enam jam dari notis.

Oleh yang demikian, katanya Pengarah Jabatan Amal Malaysia negeri selain Kelantan, Terengganu dan Pahang diminta menyediakan pasukan yang boleh berkhidmat pada notis yang paling singkat.

Tambahnya, pengarah-pengarah sektor operasi negeri akan diletakkan di bawah penyelarasan Bahagian Operasi (ECO).

Beliau dalam satu kenyataan meminta mereka memberi laporan persiapan di negeri masing-masing.

Beberapa negeri di Pantai Timur mula dilanda banjir sejak semalam. - HARAKAHDAILY 29/12/2015

Sumber HD - 29-12-2015


Dua Dikhuatiri Lemas; Tujuh Anggota Unit Amal Bantu Usaha Mencari dan Menyelamat

IMG_20151221_201902
SETIU – Tujuh anggota Unit Amal Kawasan Setiu diberi kebenaran oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk menyertai misi mencari  dan menyelamat di pantai Rhu Sepuluh, Penarik dekat sini.

IMG_20151221_201250

Tiga orang dari seramai 13 orang yang dilaporkan mandi mandi di pantai peranginan tersebut telah lemas kerana ombak dan arus yang deras.

Bagaimana pun, menurut kronologi kes yang dicatat oleh pihak penyelamat, seorang dapat diselamatkan, manakala dua masih belum ditemui.

IMG_20151221_201821

Menurut Komander Jabatan (Unit) Amal Setiu Rosdi Che Lah (Gambar kanan, berkupiah hitam), mereka yang masih hilang adalah Mohamad Naim Adnan dan Mohd Wafiq Mohd Noor.

“Kedua-dua mereka berumur 17 tahun dan berasal dari negeri Johor, mereka dikatakan mandi-mandi dan tiga daripadanya didapati lemas,”ujarnya yang berada di lokasi ketika dihubungi.

Beliau berkata, pihak Bomba dan Penyelamat juga telah membenar dua orang penyelam (diver) dan seorang peluncur air dari anggota Unit Amal menyertai operasi mencari dan menyelamat.

IMG_20151221_201933

“tiga anggota kita, dua orang penyelam iaitu Mohd Shahril Mat Yasin dan Mohd Razali Ngah dan seorang peluncur, Mazuki Sulong diberikan kebenaran oleh pihak Bomba bagi menyertai misi ini,

“selain itu seramai 4 yang lain bersiap siaga sepanjang masa di lokasi bagi memberikan sebarang khidmat yang perlu,”tambah beliau.

IMG_20151221_202024

Turut hadir memberikan sokongan moral adalah Pengarah Khidmat Malaysia Terengganu yang juga Timbalan yang DiPertua PAS Setiu Dr Azman Ibrahim, Naib YDP Setiu Ustaz Mohd Pauzi Muda dan Ahli Jawatankuasa PAS DUN Permaisuri Hassan Hitam.

Menurut Rosdi, sehingga lewat petang hari ini Isnin 21 Disember, mangsa lemas masih belum ditemui.

Sumber BO - 21-12-2015



Apakah ini cara layanan Umno terhadap PAS ..

Posted on Saturday, December 19 @ 10:06:40 MYT by paktam

Oleh Shehdi Hazrik

Tidak pasal2 ptg itu kami Jabatan Amal diminta keluar dari Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Meru dan diminta meningalkan mangsa banjir serta membawa semua aset kami keluar dari sekolah.. termasuk le khemah2 yg sedang digunakan oleh mangsa banjir dlm dewan tersebut..

Pihak sekolah memaklumkan ada laporan tidak puas hati Puak UMNO Kapar yang melihat kami banyak membantu mangsa banjir disini.. padahal kami tak pernah halau atau marah mereka UMNO datang sini memberi bantuan dan sebagainya..

malah ketua bahagia mereka disambut baik bagi sama2 membantu meringankan beban banjir di sini.


Apakah ini cara layanan manusia terhadap bantuan manusia yang lain.. jika begini perangai UMNO maka sememangnya kamu amat jauh dalam menghayati konsep hubungan sesama manusia dan huhungan dengan Allah..

SABAR SAHABATKU DGN UJIAN walaupun dlm keadaan MARAH....

Shehdi Hazrik
Jabatan Amal Negeri Selangor

Sumber DD - 19-12-2015


Mangsa banjir positif terima khidmat Unit Amal

HARAKAHDAILY | .




ALOR GAJAH: PAS Alor Gajah berkongsi simpati dan empati terhadap kesulitan yang dilalui masyarakat setempat ekoran banjir yang melanda daerah ini dengan mengambil inisiatif menubuhkan bilik operasi banjir bagi membantu mangsa-mangsa terjejas banjir.

Yang Dipertua PAS kawasan, Shahabuddin Isnin berkata pelbagai sumbangan dihulurkan bagi meringankan beban mangsa banjir melibatkan sumbangan barangan keperluan asas serta khidmat pembersihan rumah pasca banjir.

Katanya, pihaknya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan semua pihak dalam operasi bantuan banjir sama ada sumbangan wang, barangan, makanan, masa mahupun tenaga.

"Penghargaan khusus ditujukan kepada semua anggota Unit Amal; Unit Amal Melaka dan Unit Amal Johor yang telah memberikan komitmen tinggi dalam tugasan kali ini," katanya lagi.

Menurutnya, penerimaan masyarakat setempat terhadap PAS bersama jentera Unit Amalnya tetap memberangsangkan dan sangat positif sekali.

Ucapan penghargaan juga, katanya ditujukan kepada para petugas PAS kawasan, Dewan Pemuda PAS Alor Gajah, Dewan Muslimat PAS Alor Gajah, MTD Durian Tunggal, MTD Gadek serta semua yang terlibat dalam operasi bantuan itu.

Para penyumbang dan dermawan yang ingin menghulurkan bantuan khususnya barangan keperluan asas masih boleh berbuat demikian melalui Dewan Pemuda PAS Alor Gajah dengan menghubungi talian 012 3987001 (Haji Ali) atau 011 208 37578 (Suhaib Ansari). - HARAKAHDAILY 18/12/2015

Sumber HD - 18-12-2015



Unit Amal PAS dihalau keluar

Posted on Thursday, December 17 @ 17:41:46 MYT by paktam

Oleh MalaysiaInsider

Usaha membantu mangsa banjir di Meru, Klang tergendala semalam apabila Umno Bahagian Kapar, Selangor didakwa menghalau Unit Amal PAS yang membantu mangsa banjir ditempatkan di sebuah sekolah di sana.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru Dr Rani Othman meminta unit itu agar meninggalkan kawasan itu kerana jika mereka tidak berpindah, pusat pemindahan mangsa banjir itu akan ditutup.


Katanya, arahan supaya unit itu keluar dibuat Ketua Umno Bahagian Kapar Datuk Faizal Abdullah kepadanya kira-kira jam 2 petang semalam dengan alasan ia arahan "pihak atasan".

"Mula-mula datuk pegawai daerah, yang dipertua Majlis Perbandaran Klang, pegawai bomba dan exco terkejut dan tidak bersetuju dengan keputusan saya supaya kita berkemas petang semalam atas desakan Umno itu.

"Ada yang hampir menangis dengan keputusan saya itu. Namun selepas itu, masing-masing nampak impak keputusan itu, atau 'the big picture' yang cuba saya ketengahkan," kata Dr Rani.

Pusat pemindahan mangsa banjir itu dibuka di sebuah sekolah yang ditadbir kerajaan persekutuan manakala Unit Amal ialah badan sukarela bawah PAS.

Sejak banjir melanda Selangor kelmarin, unit itu dengan kerjasama Dr Rani menjadi badan pertama yang menyediakan kemudahan untuk membantu mangsa banjir.

Sebanyak 52 keluarga mangsa dari Persiaran Hamzah Alang, Taman Sri Puteri, Taman Saujana, Taman Meru Utama, Taman Berkat dan Taman Bayu dipindahkan ke sekolah berkenaan.

Unit tersebut menyediakan khemah di dalam dewan sekolah itu bagi membolehkan mangsa banjir tinggal di situ dengan selesa dan menyediakan makanan untuk mereka 3 kali sehari.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang melawat mangsa banjir itu semalam dikatakan melahirkan perasaan bangga dengan kemudahan disediakan untuk mangsa, menyatakan ia setaraf dengan apa dibuat di negara maju.

Ketua Kampung Meru Thaifor Noor berkata insiden diarahkan keluar itu berlaku ketika mereka menunggu ketibaan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kasim yang sepatutnya tiba ke pusat perpindahan itu jam 1 tengah hari semalam.

"Namun menteri tidak tiba sehingga jam 2 petang. Selepas itulah kami diberitahu mereka marah kerana kami seolah-olah menjaga pusat pemindahan itu," katanya kepada The Malaysian Insider.

Sementara itu, Pengarah Unit Amal Nazree Mohd Aris yang kesal dengan kejadian itu berkata, kejadian itu membuktikan cakap-cakap Umno akan bekerjasama dengan PAS hanya omong kosong.

"Tindakan ini juga menjawab persoalan tentang PAS akan bergabung dengan Umno," kata Nazree dalam satu kenyataan, mengulas kejadian itu dan mengaitkannya dengan ucapan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak pada Perhimpunan Agung Umno minggu lepas.

"Kalau benar hendak bergabung, mana mungkin kami dari Unit Amal Malaysia dihalau seperti anjing kurap.

"Saya harap pihak yang menyalak PAS dan Umno akan bergabung akan dapat menilai sendiri bukti jelas dan nyata ini," kata Nazree.

Beliau kesal dengan tindakan Umno Kapar yang didakwanya mempergunakan kuasa mereka di peringkat persekutuan untuk mengusir anggota Unit Amal yang berhari-hari membantu mangsa banjir di sekolah di Meru itu.

"Kerana mahu mengejar nama dan 'political mileage', apa saja halal bagi Umno. Tidak adakah perasaan malu menumpang populariti atas usaha orang lain?

"Namun ini tidak menjadi suatu yang luar biasa kerana kebobrokan Umno sudah lama kita ketahui," katanya.

Sumber DD - 17-12-2015   


Unit Amal sertai operasi kesan 3 mangsa hilang

MOHAMMAD RASHIDI ABD RAZAK | .



BERDASARKAN maklumat kejadian mangsa hilang di bawa arus yang berlaku di Kem Sungai Besi bertarikh 30 /11/2015  membabitkan  remaja dan kanak-kanak lelaki anak anggota tentera berusia 9, 12 dan 14.

Jabatan Amal Malaysia Wilayah Persekutuan memohon seluruh anggotanya membantu gerakan mencari mangsa yang terlibat. Operasi mencari dan menyelamat itu akan dilaksanakan dengan menyusuri sepanjang laluan Sungai Kuyoh hingga ke Sungai Klang mulai pagi ini.

Jabatan Amal Wilayah Persekutuan akan memohon bantuan anggota Jabatan Amal Selangor untuk operasi sepanjang Sungai Klang sama ada memasuki Tasik  Shah Alam atau terus ke Muara Sungai Klang.

Jabatan Amal Wilayah Persekutuan juga sedang menanti arahan selanjutnya daripada Jabatan Amal Malaysia dalam usaha membantu Agensi Kerajaan  seperti PDRM, Bomba, JPAM dan sebagainya.

Untuk usaha malam tadi pula, Jabatan Amal Wilayah Persekutuan memohon seluruh anggotanya bermunajat memohon pertolongan dari Allah SWT agar dipermudahkan urusan dan diberi ketabahan kepada keluarga mangsa yang terlibat. Semoga segala usaha kita ini di berkati oleh Allah SWT.

Sebarang maklumat boleh hubungi kami di talian 01110723458. – HARAKAHDAILY 1/12/2015

Penulis ialah Pengarah Jabatan Amal DPPWP dan juga TP3 Jabatan Amal Malaysia.

Sumber HD - 1-12-2015

Jabatan Amal Pahang bersiap hadapi banjir

BASIRON WAHAB | .


Pengerusi yayasan Amal Malaysia Cawangan Pahang, Nasrun Amir memotong riben tanda perasmian bot.


Nasrun Amir dan ustaz Ramli Abdul Rahman menaiki bot selepas di perasmian.


Sulaiman Md Derus bersama anggota Amal bergambar selepas melancarkan jentera bantuan banjir.

MARAN: Yayasan Amal Malaysia Pahang mula bersiap-sedia dengan kelengakapan yang sesuai bagi menghadapi musim banjir kali ini.

Di Maran Yayasan Amal Malaysia Pahang melancarkan sebuah bot yang bakal digunakan bagi membantu mangsa bajir.

Majlis pelancarannya di sempurnakan oleh pengerusi  Yayasan Amal Malaysia Cawangan Pahang Nasrul Amir Abdullah dalam satu majlis ringkas di Jeti Bandar Lama Cenur semalam.

Bot berkenaan boleh membawa tujuh orang penumpang dalam satu masa.

Timbalan pengerusi Yayasan Amal Pahang, Ustaz Ramli Abdul Rahman berkata, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada para penderma atas sumbangan pembelian enjin bot berkenaan yang berharga sekitar RM10,000.

“Dengan adanya bot berkenaan akan memudahkan pihaknya membantu mangsa banjir di kawasan parlimen Maran khususnya Chenor yang sering mengalami banjir pada hujung tahun,” katanya.

Sementara itu di Kuantan, PAS melancarkan jentera bantuan banjir PAS dan Unit Amal Kuantan di Masjid al-Fatah yang disempurnakan Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan, Sulaiman Md Derus.

Kuantan adalah antara daerah yang sering dilanda banjir sebagaimana yang berlaku pada tahun 2013 apabila sebahagaian bandar itu lumpuh kerana di tenggelami air.

Bagaimanapun pada 2014, Kuantan tidak mengalami banjir besar yang melanda Pahang.

Hampir kesemua jentera Unit Amal PAS Pahang sudah diarah bersiap sedia membantu mangsa banjir sekiranya melanda negeri itu. - HARAKAHDAILY 27/11/2015

Sumber HD - 27-11-2015

Jabatan Amal bantu mangsa tanah runtuh Lentang

MUHAMMAD FAIZAL | .




KUALA LUMPUR: Seramai 20 anggota Jabatan Amal Selangor turut membantu mangsa kejadian tanah runtuh di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak di Lentang.

Pengarah Jabatan Amal Selangor, Hanafi Zulkifli ketika dihubungi berkata seawal jam 9 malam, anggota Unit Amal telah pergi ke lokasi kejadian bagi membantu mangsa-mangsa terperangkap.

"Kita membantu pihak Bomba memotong dan mengalihkan pokok-pokok yang tumbang.

"Alhamdullilah tiada kemalangan jiwa yang berlaku," katanya kepada Harakahdaily.

Katanya lagi, seawal pagi selain kerja-kerja menyelamat dan membantu mangsa yang melibatkan 80 keluarga, Jabatan Amal Selangor turut menyiapkan makanan kepada mangsa dan anggota sukarelawan.

"Untuk hari ini gabungan anggota Unit Amal Selangor dan Pahang mencecah 50 anggota dan kita harap kerja-kerja ini dipermudahkan Allah swt," sambung beliau lagi.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Selangor, Syarhan Humaizi Halim memaklumkan mana-mana pihak yang ingin menyalurkan bantuan boleh disalurkan ke akaun Bank Islam 1-201-001-0035434 (Unit Amal Selangor) atau hubungi Hanafi di talian 0122748833. - HARAKAHDAILY 12/11/2015

Sumber HD - 12-11-2015


10 Sukarelawan Sertai Misi Pertama Bantuan Kemanusiaan Afghanistan

Jamuliddin Elias
KUALA TERENGGANU – Seramai 10 orang sukarelawan akan menyertai Misi Pertama Bantuan Kemanusiaan Mangsa Gempabumi Afghanistan bermula 10hb hingga 19hb November ini.

Timbalan Presiden Yayasan Amal Malaysia Haji Jamiluddin Elias berkata, delegasi itu terdiri daripada dua orang doktor perubatan, enam orang para-medik dan dua orang penterjemah.

IMG-20151108-WA0076

“alhamdulillah….(permohonan) visa kami telah dilulusakan oleh kedutaan Afghanistan, 10 orang semuanya terdiri dari 2 orang doktor, 6 orang para-medik dan 3 penterjemah,

“mereka mewakili Yayasan Amal Malaysia, Muslim Care, Haluan, Mapim dan Kerdau Care, pemergian kami selama 10 hari, membawa 500 kilogram batu tebal untuk musim sejuk yang akan menjelaang,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Taklimat Lawatan Pra-Banjir Khidmat Malaysia di sini semalam, 8 November.

Disamping itu kata beliau, delegasi tersebut turut membawa ubat-ubatan bagi mengadakan rawatan perubatan pasca gempa, yang telah disumbangkan oleh pihak-pihak yang prihatin.

“kami telah dibekal juga dengan ubat-ubatan yang diperlukan di sana yang telah dihubungi (disenaraikan) oleh NGO tempatan di sana,

“dlam perjalanan (dijangka) tujuh jam dari Kabul ke tempat kejadian, kami juga akan mengagihkan bantuan makanan dan khemah untuk perlindungan,”jelasnya.



Beliau berkata, bukanlah kumpulan terakhir yang akan menjalankan misi di Afghanistan tetapi merupakan kumpulan pertama yang akan diikuti oleh beberapa Misi pada masa yang akan datang.

Selain memberikan khidmat untuk keperluan semasa, Yayasan Amal bercadang untuk berbincang dengan beberapa NGO tempatan bagi membangunkan semula kawasan yang terjejas gempa tersebut.

IMG_20151101_122436

Gempa bumi bermagnitud 7.5 yang kuat, menggegarkan bahagian-bahagian Asia Selatan pada 26 Oktober lalu, beberapa bulan selepas gegaran gempa yang berlaku di Nepal pada April 2015.

Ia berpusat berhampiran Jurm, Taizabad, di timur laut Afghanistan, di pergunungan Hindu-Kush, 250 kilometer (160 batu) dari Kabul ibu negara Afghanistan.

Orang ramai yang prihatin, yang berhasrat untuk membantu mangsa musibah tersebut boleh menyalurkan sumbangan kewangan melalui akaun Yayasan Amal seperti seperti dibawah;

2. Bank Muamalat No. 130-1000-24997-15
3. Maybak No.5530-1012-209-0
4. HSBC – No. 001-057884-021

Sumber BO - 9-11-2015


Arahan Persediaan Banjir Tahap Akhir

KENYATAAN MEDIA JABATAN AMAL MALAYSIA
ARAHAN PERSEDIAAN BANJIR TAHAP AKHIR

Bahagian Operasi Jabatan Amal Malaysia yang memantau perkembangan cuaca di semua negeri Semenanjung Malaysia telah menasihatkan untuk bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir dibeberapa negeri pada bila-bila masa.

Jabatan Amal Malaysia dengan ini mengarahkan semua anggota dan pegawai untuk diletakkan dalam keadaan siap sedia, berkuatkuasa serta merta, untuk bertugas dalam tempoh kurang dari enam (6) jam sebaik menerima arahan. Semua aset dan peralatan juga hendaklah dipastikan siap untuk beroperasi.
Pengurusan Kecemasan Bencana Malaysia yang juga dikenali kini sebagai Khidmat Malaysia akan menguruskan keseluruhan operasi banjir dan seluruh Jabatan Amal Malaysia diletakkan dibawah Khidmat Malaysia. Semua penyelarasan akan dibuat oleh Khidmat Malaysia dan seluruh anggota dan pegawai Jabatan Amal Malaysia haruslah patuh kepada arahan  yang dikeluarkan oleh Khidmat Malaysia.

Arahan akan dikeluarkan dari masa ke semasa berkenaan perkara ini.

Terima kasih.

Lt. Jeneral (A) Mohd Nazree bin Mohd Aris
Ketua Pengarah
Jabatan Amal Malaysia

Sumber PP - 1-11-2015

Banjir: Jabatan Amal bersiap sedia

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Jabatan Amal Malaysia mengarahkan semua anggota bersiap-sedia menghadapi banjir pada musim tengkujuh hujung tahun ini.

Demikian arahan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah, Jabatan Amal Malaysia Lt. Jeneral (A) Mohd Nazree Bin Mohd Aris dalam suatu kenyataannya.

“Bahagian Operasi Jabatan Amal Malaysia yang memantau perkembangan cuaca di semua negeri Semenanjung Malaysia telah menasihatkan untuk bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir dibeberapa negeri pada bila-bila masa.

“Jabatan Amal Malaysia dengan ini mengarahkan semua anggota dan pegawai untuk diletakkan dalam keadaan siap sedia, berkuatkuasa serta merta, untuk bertugas dalam tempoh kurang dari enam (6) jam sebaik menerima arahan. Semua aset dan peralatan juga hendaklah dipastikan siap untuk beroperasi,” tegas beliau.

Pengurusan Kecemasan Bencana Malaysia yang juga dikenali kini sebagai Khidmat Malaysia akan menguruskan keseluruhan operasi banjir dan seluruh Jabatan Amal Malaysia diletakkan dibawah Khidmat Malaysia.

Semua penyelarasan akan dibuat oleh Khidmat Malaysia dan seluruh anggota dan pegawai Jabatan Amal Malaysia haruslah patuh kepada arahan  yang dikeluarkan oleh Khidmat Malaysia. Arahan akan dikeluarkan dari masa ke semasa berkenaan perkara ini.

Sebelum ini Jabatan Meteorologi menjangkakan musim tengkujuh dijangka berlaku pada awal minggu pertama November ini dan dijangka berakhir pada Mac 2016. Antara kawasan yang dijangka dilanda banjir ialah Pantai Timur Semenanjung dan Barat Sarawak. – HARAKAHDAILY 31/10/2015

Sumber HD - 31-10-2015

'Akulah ARC, aku juga Amal' di sebalik tragedi 18 Okt

MOHD SHAMSURI HUSSIN | .


Selepas melepasi 500 meter susur Paka di LPT2 dari Terengganu ke Kuantan, aku perlahankan kenderaanku (Hilux - pinjam) di bahu jalan betul-betul di belakang motosikal SYM200 yang dipandu oleh Adep yang membonceng Shamsuhaimi Che Mat Haimi CM (arwah). Kedua-dua  mereka memakai baju ARC bersama vest Jabatan Amal. Kedengaran arwah bersuara dan memberitahu Pengarah ARC Pahang, Saudara Saha agar perlahankan kenderaan kerana salah seorang daripada sahabat tertinggal di belakang iaitu Abang Din Jengka 7. Selang beberapa saat, Abang Din melintasi kenderaanku dan terus diikuti Saha dan Rozi.

Selepas sahabat lain melepasiku, maka motor Adep dan arwah terus bergerak ke tengah jalan dan diikuti rapat oleh keretaku. Ketika itu aku nampak arwah membuat isyarat untuk ke kanan menyebabkan aku memasang lampu kecemasan dan terus ke kanan (tengah) jalan. Dalam beberapa saat, motor yang dinaiki mangsa terus bergesel dengan penghadang jalan (tengah) menyebabkan motor dan mangsa terguling-guling di tengah jalan. (+-12.30 mlm) Jarak antara bergesel dengan motor berhenti (terbalik) +- 50 meter (ukuran polis). Kejadian yang sangat menyayat hati ini disaksi olehku dan isteri yang berada di sebelah. Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar.

Selepas memberhentikan keretaku dalam 2 meter dari arwah, aku terus menekan hon sekuat hati agar beberapa buah kereta dan lori di belakangku berhenti. Dalam keadaan yang agak cemas, aku terus turun dari kereta menuju ke belakang untuk memberhentikan kenderaan yang datang dari arah belakang. Sebelum turun, sempat aku memesan kepada zaujahku agar menekan hon sehingga kereta berhenti, selepas itu dia perlu telefon 999 dan beri bantuan kepada yang cedera (Adep).

Selepas beberapa kereta dan lori yang berada di belakang keretaku berjaya diperlahankan (+-200 meter) dengan menunjukkan arah laluan di laluan kecemasan sahaja, maka aku terus berlari sehingga 300 meter untuk memperlahankan kenderaan yang semakin banyak. Aku menjaga lalu lintas bermula kejadian jam 12.30 mlm sehingga 1.00 pg selepas dibantu oleh Peronda Lebuh raya yang kebetulan balik daripada kerja (tidak pakai uniform). Aku meminta izin untuk melihat sahabatku yang terbaring dan cedera.

Selepas melihat jenazah arwah (chcek nadi - anggaran awal), aku juga mengambil peluang menenangkan Adep yang menangis, sambil aku cuba mendapat kepastian zaujahku telah menelefon 999, lebuh raya dan saudara mara mangsa.

Selepas semuanya OK, maka aku mencapai vest Amal yang dipakai oleh Adep untuk sambung menjaga lalu lintas. Aku berlari 300 meter ke tempat yg aku jaga sebelum ini untuk membantu peronda lebuh raya (pakaian biasa) yang tidak mempunyai lampu dan pakaian keselamatan. Maka, ketika itu dia memanggil aku "Ustaz Amal" (ustaz sebab pakai kopiah dan vest Amal). Alhamdulillah, +- 1.15 pg, peronda yang berpakaian keselamatan lengkap tiba untuk membantu. jalan ditutup 300 meter dari tempat kejadian. Alhamdulillah, aku rasa selamat untuk bergerak ke keretaku dan melihat mangsa dengan lebih dekat. +-1.30 pg Ambulans pertama tiba untuk membantu dan mengambil Adep. Mizi ARC teman Adep sehingga ke hospital dan wad. Manakala 2.40 pg trak polis tiba untuk ambil arwah dan motor SYM200. Aku mengikuti trak polis menuju ke Hospital Kemaman.

Alhamdulillah aku sampai di bilik mayat bersama arwah beberapa minit sebelum azan Subuh. Dalam masa yang sama aku menerima banyak panggilan telefon daripada sahabat dan saudara mara mangsa untuk mengesahkan peristiwa dan kedudukan mangsa. Semasa berurusan di hospital, aku masih memakai vest Amal walaupun hanya berselipar sahaja. Sebelum bergerak dari tempat kemalangan tadi, aku sempat memesan kepada semua sahabat ARC yang berkonvoi, kita akan selesaikan urusan jenazah arwah sehingga ke kubur. Maka, zaujahku menghubungi majikannya  atas kecemasan tidak dapat hadir kerja dan kami semua tunggu hingga selesai.

Melayan kehadiran pimpinan PAS, sahabat ARC sekitar dan sanak saudara mangsa sehingga kami terlupa untuk berehat. Tiada selera makan, tapi masih bertenaga untuk uruskan jenazah sahabat yang masih menunggu urusan hospital dan polis. Alhamdulillah jam 10 pagi lebih, selesai semua urusan termasuk mandikan dan solat jenazah. Kami bergerak ke Kg Paya Pasir, Maran.

Kami jangkakan jam 1.00 tgh sampai di Masjid Paya Pasir, Maran. Alhamdulillah, beberapa minit kereta jenazah dan rombongan sampai, berkumandang azan Zohor. Apa yang menggembirakan aku dan sahabatku apabila melihat ramai pimpinan, para ulama, sahabat handai dari segenap negeri datang untuk solat jenazah. Antara pimpinan yang ada, Tuan Guru Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man Timbalan Presiden PAS, Tuan Guru Haji Mohd Baqi Othman mantan Pesuruhjaya PAS Pahang, YB Ustaz Rosli Jabar Pesuruhjaya PAS Pahang, Tuan Nazree Pengarah Amal Malaysia, Pimpinan PAS Pahang, saf kepimpinan ARC Malaysia, pimpinan PAS Kawasan Maran, Jabatan Amal Maran, sahabat ARC Selangor dan sahabat yang mengenali beliau.

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar, hebatnya arwah... Allah telah muliakan beliau ketika beliau pergi menghadap Ilahi. Walaupun beliau tidak pernah memegang jawatan tinggi, sekadar AJK ARC (Altenative Riding Club) Pahang dan Timbalan Komandan Amal Maran sahaja, tapi keikhlasan beliau sangat dirasai oleh sahabat-sahabat ketika berurusan dengan beliau. Inilah hadiah sebuah keikhlasan.

Ya Allah, sebagaimana Engkau muliakan para nabi dan pejuang terdahulu, maka muliakanlah kami sekeluarga yang berjuang dalam menegakkan agama-Mu di bumi Malaysia ini. Ampunkan dosa-dosa kami, terimalah taubat kami, rahmati kami di dunia dan akhirat. Amin. - HARAKAHDAILY 23/10/2015

Penulis ialah Timbalan Presiden ARC Malaysia, Exco Dewan Pemuda PAS Pahang, Pengarah DACS Pahang.

Sumber HD - 23-10-2015

Kor Medik Jabatan Amal Malaysia ditubuh

HARAKAHDAILY | .



Jabatan Amal Malaysia yang gah dengan nama timangan 'Tentera Merah' melangkah selangkah lagi ke hadapan dengan penubuhan Kor Medik Jabatan Amal Malaysia.

Penubuhan ini termeterai sebaik sahaja selesai muktamar PAS kali ke-61 di Kuala Selangor, Jun lepas.

Ketumbukan tidak kurang 20 orang anggota Kor Medik di setiap negeri memberi satu rangsangan baru kepada Jabatan Amal secara keseluruhannya.

Gabungan mantap anggota Kor Medik ini terdiri dari pelbagai perjawatan. Bermula dari golongan profesional sama ada doktor dan paramedik sehinggalah ke anggota sokongan dan anggota am.

Kor Medik telah diperkenalkan semasa Simposium Himpunan Profesional Istiqamah (Shifa) pada pagi 17 Oktober lepas. Perhimpunan ini bersempena dengan Himpunan 60K (Fastaqim) pada sebelah petangnya.

Pasukan Kor Medik Jabatan Amal Malaysia ini telah bertindak dengan cemerlang semasa perhimpunan Fastaqim. Lebih 30 kes kecemasan telah dirujuk dan dirawat oleh Kor Medik ini.

Ini menujukkan kehadiran mereka amat signifikan dalam suasana perhimpunan besar seperti ini dan dalam suasana kecemasan.

Menurut Pengarah Kor Medik Brig Gen (Amal) Mohd Aidil Firdauz, tujuan utama penubuhan Kor Medik ini adalah bagi membantu dan menyelamat dari sudut perubatan mangsa bencana atau seumpamanya.

Menurut beliau lagi, latihan pertolongan cemas dan menyelamat akan diberikan kepada semua anggota pelbagai peringkat dalam masa terdekat.

Beliau juga bersyukur atas sokongan padu dari kumpulan profesional istiqamah yang turut menghulurkan tangan berganding bahu dalam Kor Medik ini. - HARAKAHDAILY 23/10/2015

Sumber HD - 23-10-2015



Ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Samsuhaimi Che Mat
Posted on Monday, October 19 @ 20:58:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


Department of Art, Culture and Sport (DACS) Dewan Pemuda PAS Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Samsuhaimi Che Mat yang telah meninggal dunia akibat kemalangan motosikal di LPT 2 semalam. Allahyarham meninggal dunia semasa kemalangan selepas menghadiri Himpunan 60K di Kota Bharu. Allahyarham Samsuhaimi juga merupakan Timbalan Komandan Jabatan Amal Maran.

DACS DPPM juga ingin merakamkan ucapan takziah kepada Sdr. Farhan Bin Ruselan yang juga mengalami kemalangan motosikal ketika konvoi ARC Selangor ke Himpunan Fastaqim 60K di Kota Bahru,Kelantan. Beliau telah mengalami kecederaan tulang pinggul dan belakang yang serius.

Justeru, Lajnah Kebajikan DPPM akan melancarkan kutipan sumbangan melalui Tabung Pemuda Prihatin bagi membantu meringankan beban yang dihadapi oleh keluarga Allahyarham Samsuhaimi dan juga Sdr. Farhan.

DACS DPPM mendoakan agar roh Allahyarham Samsuhaimi ditempatkan di kalangan hamba-Nya yang soleh. DACS DPPM juga turut mendoakan buat Sdr. Farhan agar beliau  cepat sembuh. Sesungguhnya jasa dan pengorbanan kalian adalah terlalu besar untuk dinilai. Hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas segala-galanya.

Ir. Hj Khairil Nizam Khirudin
Naib Ketua Pemuda
merangkap Pengarah DACS
Dewan Pemuda PAS Malaysia 


Sumber TKO - 19-10-2015


Jabatan Amal Rayu Sumbangan Bantu Anggota Terbabit Kemalangan

IMG_20151011_133247
KUALA TERENGGANU – Pengarah Jabatan Amal negeri Terengganu Sauji b Abd Rasid memohon semua pihak yang prihatin agar dapat menyalurkan sumbangan bagi membantu dua anggotanya yang terlibat dalam kemalangan jalan raya

“Susulan kemalangan jalanraya yang berlaku ke atas dua anggota Jabatan Amal Kawasan Marang, Sudin b. Besar dan Mat Ridwan b. Yah,

IMG_20151011_133508

“Saya mewakili Jabatan Amal Terengganu melancarkan tabung sumbangan bagi membantu kedua-dua aktivis kita itu, setakat kemampuan kita,”ujarnya.

Sauji berkata, Sudin dan Ridwan, kedua-duanya telah terbabit dengan kemalangan ketika dalam perjalanan pulang dari menyertai Jambori Amal dan Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT).

“Sudin bekerja sebag pemandu lori dan Ridwan adalah seorang tukang kebun, kemlangan telah berlaku di Batu Rakit ketika pulang dari Jambori Amal Terengganu pada petang Sabtu, 10 Oktober,
“Ridwan cedera parah bahagian kaki,”jelasnya.

Oleh itu, beliau berkata, Jabatan Amal Terengganu melancar tabung sumbangan membantu mereka dan sumbangan boleh di salurkan atas nama TETUAN JABATAN AMAL TERENGGANU di akaun BIMB : 13017018282075

Sumber BO - 11-10-2015

Yayasan Amal, Jabatan Amal Mendapat Pujian

kam3275(b)-pujian2
Oleh KAM

KUALA NERUS: Yayasan Amal Malaysia dan Jabatan Amal yang ditubuhkan bagi gerak kerja kebajkan dan kemasyarakatan mendapat pujian serta nama baik dimata masyarakat umum.

Timbalan Pesuruhjaya PAS I Terengganu, Dr Alias Razak berkata pujian dan nama baik itu wajar diberikan kepada Yayasan Amal dan Jabatan Amal dalam kerja-kerja kebajikan.

Ini sekaligus, katanya dapat membantu sedikit sebanyak kelancaran gerak kerja kebajikan Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Menurutnya, PAS sangat mengalu-alukan mana-mana Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang ‘mesra’ serta mendokong perjuangan PAS.

“Ucap tahniah kepada Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu (YAMCT) kerana telah banyak memberi sumbangan dan sekaligus sedikit sebanyak telah melengkapi kerja-kerja PAS, khususnya di negeri Terengganu.

“Walau pun kita telah ada Lajnah Kebajikan (PAS), Badan Kebajikan pun ada dan banyak bergerak atas nama kebajikan ini. Sebab, kita (PAS) bergerak atas dasar Negara Berkebajikan.

kam3275(c)-pijian3

“Dan dengan adanya NGO-NGO yang boleh bantu beri sumbangan…Alhamdulillah, banyak kerja-kerja itu dapat diselesaikan. Hasilnya, Jabatan Amal dan Yayasan Amal dapat pujian dan nama baik dimata masyarakat,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu Kali Ke-8, di Dewan Amal Bangunan YAMCT, Gong Badak, pada 8 Ogos lalu.

Hadir sama pada majlis tersebut Timbalan Presiden Yayasan Amal Malaysia Pusat, Jamuliddin Elias dan Pengerusi YAMCT, Dr Suhazeli Abdullah.

Katanya, kerja-kerja kebajikan membawa imej yang baik serta bernilai tinggi kerana akan dikenang oleh masyarakat dan rakyat.

“Imej kebajikan ini sangat (ber) nilai atau tinggi nilai harganya kepada masyarakat. Wakil-wakil rakyat pun jika tidak terlibat dengan kerja-kerja kebajikan alamaknya…sepenggal sahajalah.

“Orang Melayu masih lagi begitu menghargai sumbangan kita walau pun sedikit. Tetapi, dia (penerima) akan sebut kerana besar nilainya kepada mereka.

“Kerja-kerja kebajikan ini boleh menyentuh hati dan perasaan penerimanya. Ini boleh menarik sokongan mereka kepada kita (PAS), Insya’Allah,” tegasnya di hadapan 50 perwakilan mesyuarat tersebut.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Tunggal menyifatkan kerja-kerja amal dan kebajikan itu juga dilakukan oleh pihak musuh bagi menghancurkan Islam.

kam3275(d)-pujian4

“Dan ini juga yang diamalkan oleh pendakyah-pendakyah agama lain termasuk untuk memurtadkan orang Islam menukar agamanya. Sebabnya, kerana kesempitan hidup, kemiskinan ada yang sanggup murtad, tukar agama dan sebagainya.
“Jadi kerja-kerja (kebajikan) ini merupakan sangat penting dan sangat tinggi nilainya di sisi manusia dan di sisi Allah SWT. Tetapi ianya (kerja ini) menuntut banyak pengorbanan.

“Kerja-kerja yang mahal harganya, tinggi nilainya sudah tentu tinggi jugalah pengorbanan yang perlu kita berikan,” ujarnya.

Menurut Dr Alias, PAS sentiasa merancang kerja-kerja kebajikan tetapi mempunyai halangan serta kekangan dengan sumber kewangannya.

“PAS merancang banyak kerja-kerja kebajikan tetapi banyak juga halangan-halangan dan kekangan-kekangan itu. Antaranya, sumber (kewangan) sebab PAS sendiri pun tidak ada sumber itu.

“Kerja-kerja kebajikan pula di bawah lajnah dan lajnah itu pula mengharapkan sumber dari parti (PAS). Masalahnya, apabila kita minta sumbangan atas nama lajnah itu kurang sikit masuk (penderma).

“Tetapi jika sumbangan itu untuk bina masjid atau surau, laju (mudah) dapat sumbangan itu. Untuk (kita) buat markaz (PAS) ‘lambat’ dapat sumbangan tetapi untuk kita buat masjid, surau…sekejap sahaja dapat ribuan ringgit dari penyumbangnya.

“Alhamdulillah, dengan adanya banyak NGO-NGO yang ‘mesra’ dan ‘mendokong’ kita (PAS) mudah untuk kita laksanakan kerja-kerja kebajikan itu,” jelas beliau.

Pada majlis tersebut julung kalinya diperkenalkan beberapa anugerah kepada sukarelawan Yayasan Amal dan Jabatan Amal yang cemerlang.

Antaranya, Anugerah Relawan Mumtaz, Anugerah Relawan Mithali, Anugerah AJK YAMCT Mumtaz serta Anugerah Murobbi Dakwah & Kebajikan khasnya kepada Al-marhum Dato’ Abu Bakar Chik

Sumber BO - 11-8-2015


Belayar keluar dari badai yang menggila dan menuju ke destinasi

Posted on Wednesday, June 24 @ 20:30:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Assalamualaikum w.b.t. Yang dikasihi, sahabat-sahabat sekelian. Semalam ana telah dihubungi oleh YB Ustaz Nik Abduh, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Beliau memaklumkan bahawa mesyuarat JK DPPM telah bermesyuarat dan setelah mendapat persetujuan dari semua pengarah-pengarah Jabatan Amal negeri dan juga mantan Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia, maka keputusan muktamad adalah untuk melantik ana menggalas amanah sebagai Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia bagi sesi 2015 - 2017.


Berat rasanya mahu memikul tanggungjawab ini. Ramai yang lebih layak, lebih hebat. Namun ramai pengarah Amal negeri memujuk ana agar terima. Sukar rasanya untuk menyambung legasi hebat selama 8 tahun yang ditinggalkan oleh Tuan Juhari Osman, amat sukar ditandingi.

Ana takut menggalas amanah ini atas beberapa faktor. Yang paling utama adalah apa yang harus ana jawap di hadapan Allah azza wa jalla di yaumul mashar. Kedua adalah mampukah ana menjalankan amanah ini? Ketiganya, ini adalah waktu yang paling kritikal didalam PAS dimana kita diuji dgn ujian dalaman dan luaran yang paling hebat. Ramai orang lama Amal seolah sudah merajuk dan tak berminat lagi untuk menyertai Amal.

Inilah ujian yang bakal ana tempohi. Dalam badai gelombang yang amat dahsyat, ana terpaksa mengemudi bahtera Amal ini keluar dari gelombang ini. Bagaimanapun, sebuah bahtera tidak akan dapat belayar tanpa sokongan dan kerjasama anak kapal dan pegawai yang mantap. Ana sebagai kapten amat mengharapkan kerjasama dan bantuan kesemua anak kapal kerana kita terpaksa menempuh laluan pelayaran yang berbeza dalam waktu gelombang yang hebat. Insya Allah dengan izin dan rahmat Nya kita akan keluar dari badai yang menggila ini dan sampai ke destinasi kita.

Meminjam kata-kata Saidina Abu Bakar as siddiq r.a. : " Wahai manusia! Sesungguhnya aku dilantik menjadi pemimpin kamu dan bukanlah aku yang terbaik dikalangan kamu, jika aku betul, bantulah aku. Jika aku salah, betulkan aku. Benar itu adalah amanah, bohong itu adalah khianat".

" Taatlah aku selagi aku taatkan Allah dan RasulNya. Jika aku derhakakan kepada Allah dan RasulNya maka tiada ketaatan untukku".

Kepada Tuan Juhari Osman, enta telah menjadi bapak, abang dan guru kami selama 8 tahun. Jasamu hanya dapat dibalas oleh Allah s.w.t. Besar harapan kami agar Tuan Juhari dan sahabat ALP yg lain akan terus bersama.

Semoga Allah s.w.t. memberikan kita petunjuk dan pertolongan dalam waktu yang paling getir ini.

Saudaramu,

MOHD NAZREE MOHD ARIS

Sumber TKO - 25-6-2015

Sinar kebahagiaan Gaza dari Yayasan Amal Malaysia



HARAKAHDAILY | .




KUALA LUMPUR: Sepuluh bulan berlalu selepas peperangan tragis Gaza-Israel 2014, bumi Gaza masih dahagakan pembangunan dan pembinaan semula.

Sebuah pertubuhan kebajikan Oxfarm yang memperjuangkan anti kemiskinan menganggarkan 119 tahun diperlukan untuk membangunkan semula Gaza.

Gaza memerlukan USD5.4 billion untuk membina semula prasarana asas dan tempat perlindungan kepada mangsa perang tersebut.

Dalam peperangan The Brainstorming Eaten lepas, lebih 16,000 rumah kediaman hancur dibom melibatkan 100,000 mangsa dan lebih 2,200 orang syahid.

Maklumat terkini menyatakan bahawa penduduk Gaza tinggal dalam keadaan yang dhaif. Sumber air bersih yang terhad, dan bekalan elektrik yang terbatas.

Sumber elektrik hanya dibekalkan 6 jam sahaja kepada penduduk dalam sehari.

Yayasan Amal Malaysia dengan kerjasama Persatuan Cinta Gaza Malaysia, berterusan memberi santunan kepada rakyat Gaza yang terpenjara ini.

Terbaru, projek Drop of Life dan Light A House selamat disempurnakan.

"Hasil dari sumbangan seluruh rakyat Malaysia, projek ini mula dilaksanakan pada awal Februari dan berakhir April lepas," kata jurucakap Urusetia Gaza Yayasan Amal Malaysia, Dr Suhazeli Abdullah.

Jelasny, Drop of Life membekalkan air bersih kepada mangsa perang dengan menyediakan tong-tong air bersih Manakala Light A House pula membekalkan sistem elektrik ke rumah rumah perlindungan mangsa-mangsa perang.

"Semoga dengan sumbangan yang sedikit ini memberikan sinar bahagia kepada mereka," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 22/5/2015


Sumber HD - 22-5-2015

Gempa Nepal: Yayasan Amal, Papisma perlu sumbangan

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu (YAMCT) masih lagi memerlukan sumbangan dari orang ramai bagi memberi santunan maksimum kepada mangsa gempa bumi di Nepal.

Bencana gempa bumi terbaru di Nepal melibatkan lebih 8,000 kematian setakat ini.

Dua gegaran besar 25 April dan 12 Mei lalu mengakibatkan 500,000 hingga 600,000 rakyat Nepal hilang tempat perlindungan selamat.  Rumah dan bangunan selamat ranap sama sekali.

Pengerusi YAMCT, Dr Suhazeli Abdullah berkata, pasukan pertama Yayasan Amal Malaysia tiba di negara bencana gempa tersebut pada awal Mei lalu manakala pasukan kedua masih berada di sana bagi menyantuni mangsa-mangsa gempa bumi yang cedera.

Katanya, Yayasan Amal Malaysia dengan kerjasama pasukan perubatan dari Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (Papisma) akan menghantar pasukan ketiga pada 21 Mei nanti.

"Pasukan ini akan dipimpin oleh Ketua Setiausaha Yayasan Amal Malaysia bersama 3 pegawai perubatan dari Papisma dan 9 sukarelawan," ujarnya.

YAMCT,  ujarnya juga menghantar khusus beberapa ahli jawatankuasanya untuk memberi khidmat kepada mangsa-mangsa gempa bumi yang amat memerlukan ini yang akan diketuai oleh Mohd Fauzi Abu Samah.

Jelasnya, antara objektif utama misi kemanusiaan ketiga ini adalah rawatan perubatan ke atas mangsa yang cedera, menyediakan khemah-khemah hasil derma dari seluruh rakyat Malaysia, membekal makanan harian kepada mangsa yang dhaif, memberi sokongan psikologi kepada mereka dan melangsungkan amanah waqaf Al Quran kepada mangsa-mangsa terlibat.

Katanya, sumbangan boleh disalurkan kepada Akaun Maybank Islamik Amal Terengganu Dana Bencana nombor 563064131947. - HARAKAHDAILY 18/5/2015

Sumber HD - 18-5-2015



KAYUHAN AMAL HARI PEKERJA TARIK 200 PESERTA



http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/35363-kayuhan-amal-hari-pekerja-tarik-200-peserta

Sumber HD - 12-5-2015


Jabatan Amal Bintulu dengan kerjasama Pemuda PAS Bintulu meneruskan tradisi ziarah agensi kerajaan sempena Cuti Hari Pekerja 1 Mei 2015.

AJK Jabatan Amal Bintulu, saudara Faizul menyatakan bahawa ziarah ini dilakukan bagi menghargai jasa2 para kakitangan jabatan jabatan yg tetap bertugas di saat kakitangan lain sedang bercuti. Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada wakil-wakil agensi yang sanggup menerima kehadiran Jabatan Amal Bintulu.

Pemuda PAS Bintulu pula menggesa agar pihak kerajaan meningkatkan kebajikan kakitangan agensi-agensi ini sebagai salah satu tugas pihak kerajaan. AJK Pemuda PAS Bintulu, saudara Mazlan menyatakan bahawa PAS akan terus berusaha melaksanakan tugas-tugas kebajikan serta menjalinkan hubungan mesra dengan agensi kerajaan. Walaupun sumbangan yang diberi tidaklah seberapa namun ianya adalah sebagai simbolik kepada tanda ingatan dan persahabatan antara parti politik dengan agensi-agensi tersebut.







Sumber FBAB / HD - 5 -5-2015

Banjir: Jabatan Amal buka pusat sumbangan 24 Jam

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Jabatan Amal Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan merasa terpanggil untuk memberi bantuan dan sumbangan bagi membantu meringankan kesusahan yang dialami oleh mangsa banjir di Kelantan, Terengganu dan Phang.

Justeru itu, Jabatan Amal WP mengambil tanggungjawab membuka Pusat Sumbangan Bencana Banjir Pantai Timur bertempat di Darul Amal yang beralamat No. 21, Jalan Pria, Taman Maluri, 55100, Kuala Lumpur.

"Pusat sumbangan ini bagi memudahkan warga kota dan warga Lembah Klang yang pemurah untuk menyalurkan bantuan dan sumbangan," ujar pengarahnya, Mohd Rashidi Abdul Razak.

Katanya, Jabatan Amal WP memfokuskan kepada pengumpulan barang-barang makanan, keperluan bayi dan kanak-kanak, keperluan wanita, selimut dan toto.

"Keperluan ini sangat mendesak dan diperlukan oleh mangsa banjir," ujarnya.

Tambahnya, para penyumbang juga boleh menyalurkan sumbangan dalam bentuk kewangan untuk kegunaan melaksana misi banjir ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad atas nama Jabatan Amal Malaysia DPPWP, nombor akaun 14014010133695.

Para penyumbang boleh menghubungi nombor berikut untuk maklumat lanjut, Ridzuan (017-3305232), Ghazaly (012-2569201) dan Rone (017-2552775). - HARAKAHDAILY 22/12/2014

Misi bantuan banjir Amal Pahang ke Rantau Panjang

KHAIRIL ABDUL RAHIM | .




MARAN: Yayasan Amal Pahang menyahut seruan Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff kepada aktivis dan sukarelawan agar turun bersama dengan kerahan tenaga membantu mangsa banjir di Kelantan dengan menghantar misi bantuan semalam.

Naib Pengarah Yayasan Amal Pahang Ustaz Ramli Abdul Rahman ketika ditemui sebelum berlepas berkata, beliau bersama empat yang lain dengan dua kenderaan pacuan empat roda membawa bantuan makanan dan sumbangan kewangan ke Rantau Panjang.

“Kami akan berada di Rantau Panjang beberapa hari mengikut keperluan kerana air masih belum surut sepenuhnya,” katanya.

Ditanya kenapa memilih Rantau Panjang, Ramli yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Maran itu berkata, daerah tersebut paling teruk dilanda banjir kali ini jadi bantuan terpaksa ditumpukan ke situ terlebih dahulu untuk peringat pertama ini.

“Lagipun kami masih terhutang budi dengan Ketua Muslimat PAS itu yang datang melawat dan bertungkus-lumus membantu mangsa banjir di Pahang khususnya dalam Dun Chenor ketika begitu teruk dilanda banjir tahun lalu,” katanya.

Dalam pada itu Ramli berkata, Yayasan Amal Pahang mempunyai pengalaman membantu mangsa banjir sebelum ini dengan mencuci rumah dan masjid termasuk di Johor beberapa tahun lalu. -


HARAKAHDAILY 21/12/2014

Skuad Amal Marang bersih rumah mangsa banjir

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Ketika banyak perhatian ditumpukan di Kuala Nerus untuk Operasi Banjir, keringat seramai 30 orang Skuad Banjir Amal Marang (SKUBAM) ‘ditumpahkan’ dalam operasi besar-besaran membersihkan rumah mangsa banjir di PAKR Bukit Payung, berhampiran dengan Pusat Giat Mara.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Muhammad Khalil Abdul Hadi begitu teruja dengan kesungguhan para Pemuda, Unit Amal dan Pasak yang gigih menyelesaikan misi mereka pada hari tersebut, lapor Buletin Online.

“Setelah hampir seminggu hujan berterusan di sekitar Kuala Terengganu dan Marang, dan alhamdulillah hari ini cuaca sangat baik dan air pun sudah surut. Peluang ini kami ambil untuk mengadakan operasi pembersihan secara besar-besaran," katanya ketika ditemui, selepas bersama-sama berganding bahu dengan para pemuda dalam operasi terbabit, kelmarin.

Menurut beliau, pihaknya dapat mengumpulkan tenaga Pemuda, Amal dan Pasak dari kawasan Marang dan Dun Bukit Payung dalam operasi kali ini yang semuanya berjalan lancar.

Jelasnya, operasi pembersihan Fasa 1 itu diadakan bagi membantu mangsa banjir berpindah dan mengangkut barangan mereka ke tempat selamat agar tidak rosak.

Operasi yang berlangsung seharian suntuk telah berjaya membersihkan sebanyak 35 buah rumah di taman tersebut.

Selain beliau, Adun Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah juga turut ‘menyingsing lengan’ membantu dan menyantuni mangsa-mangsa banjir.




Sumber HD - 23-11-2014

Banjir: Unit Amal tak bantu pelajar UniSZA, ini penjelasan

HARAKAHDAILY | .




Dr Azman (kiri) bersama Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dr Mohd Khairuddin melawat mangsa banjir yang melanda daerah Kuala Nerus.
KUALA LUMPUR: "Kami akan terus berbakti kerana Allah tetapi fitnah juga perlu dijawab," tegas Pengarah Jawatankuasa Operasi Banjir PAS Terengganu, Dr Azman Ibrahim.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada tersebarnya dalam media sosial apa yang beliau istilahkan sebagai tuduhan bertaraf sampah murahan kononnya Unit Amal PAS tidak memberikan bantuan kepada pelajar-pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang terperangkap banjir.

Dipersoalkan di mana Unit Amal PAS? Kononnya hanya Pemuda Umno yang membantu.

"Saya tak pasti benarkah Pemuda Umno telah membantu, tetapi faktanya Unit Amal PAS telah tidak dibenarkan masuk ke kawasan kampus serta asrama pelajar," katanya kepada Harakahdaily.

Jelasnya, kalau hendak masuk membantu, mesti kena buat surat permohonan rasmi dulu.

"Nak tunggu surat dapat kelulusan, kalau orang lapar jadi kebulur dulu! Kalau orang tenggelam jawabnya mati lemas dulu!" ujarnya lagi.

Baginya, banjir pun nak berpolitik juga, ini adalah suatu yang amat dikesali.

"Saya sebagai Pengarah Operasi Banjir PAS Terengganu di mana Unit Amal adalah satu dari armada kami merakamkan ucapan penghargaan yang tak ternilai atas segala sumbangan bakti yang telah dihulurkan oleh Unit Amal dalam operasi bantuan dan menyelamat.

"Ianya diakui oleh sesiapa sahaja yang melihat dengan mata bukan melihat dengan kepala lutut," jelas beliau selanjutnya. - HARAKAHDAILY 20/11/2014

Sumber HD - 20-11-2014

Pengumpulan laptop terpakai untuk pelajar IPT yang susah

http://yam-ns.blogspot.com/ | .

Terkini kami menerima permohonan laptop terpakai untuk pelajar bukan Islam yang berada di IPTA yang datang dari keluarga yang kurang berkemampuan. Keluarga pelajar ini memang susah, mereka tinggal di Seremban. Harap ada yang sudi memberikan sumbangan laptop terpakai yang masih elok tetapi tidak digunakan lagi.

PENGUMPULAN LAPTOP TERPAKAI UNTUK PELAJAR IPT YANG KURANG MAMPU
Pihak kami Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan dalam usaha mengumpul laptop terpakai atau laptop lama yang tidak digunakan lagi tapi masih dalam keadaan baik atau hanya perlu dilakukan format sahaja untuk diagihkan kepada para pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan yang akan melanjutkan pelajaran di IPT atau yang masih menuntut di IPT.

Kepada mereka yang ingin memberikan sumbangan laptop ini sila hubungi saya, Rozmal 012-2267406.

Yang menjalankan amanah,
Hj Rozmal bin Malakan
Timbalan Pengerusi
Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan

Sumber HD - 20-11-2014

Banjir: Unit Amal siap sedia buka bilik gerakan

ANIS NAZRI | .


KUALA LUMPUR: Jabatan Amal Malaysia (Unit Amal) bersedia berhadapan dengan situasi banjir yang biasa berlaku ketika musim tengkujuh setiap penghujung tahun.

Ketua Pengarah Unit Amal Malaysia, Johari Osman, berkata ketika ini jabatan amal di peringkat negeri-negeri sudh diarahkan bersiap sedia bagi menghadapi situasi awal berhubung kejadian banjir.

Bercakap kepada Harakahdaily, hari ini, Johari menegaskan ketika ini bilik gerakan banjir telah dibuka di Kuantan, Pahang dan juga Terengganu memandangkan kawasan tersebut merupakan kawasan yang selalu dinaiki air.

"Buat permulaan, bilik gerakan banjir sudah dibuka di Kuantan dan Terengganu, yang mana setiap bilik gerakan perlu ada tiga hingga lima petugas Amal yang bersedia 24 jam," tegas beliau.

Tambah Johari, dalam masa sama Jabatan Amal menjalinkan kerjasama erat dengan sebuah NGO yang ditubuhkan PAS iaitu Malaysia Emergency Disaster Management (MEDM) yang diketuai Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Katanya, mesyuarat berkaitan persediaan berhadapan situasi banjir sedang diaturkan bagi membincangkan keperluan khusus bagi persediaan tersebut.

"Utamanya, kita akan berbincang tentang kaedah komunikasi ketika banjir berlaku. Itu yang paling penting bagi memastikan maklumat awal berkenaan banjir diterima dengan baik.

"Kita tidak mahu menggunakan talian telefon kerana mungkin akan mengalami gangguan. Jadi akan ada beberapa kaedah lain yang akan dibincangkan kelak," tegaas beliau yang memimpin lebih 3000 petugas Amal seluruh negara. - HARAKAHDAILY 19/11/2014

Sumber HD - 19-11-2014

Unit Amal bantu mangsa bencana Cameron Highlands

HARAKAHDAILY | .




CAMERON HIGHLANDS: Kejadian banjir kilat dan tanah runtuh yang berlaku di Lembah Bertam, Cameron Highlands mendapat mendapat perhatian banyak pihak termasuk PAS melalui Unit Amalnya.
Seperti kejadian bencana yang pernah berlaku sebelum ini, Unit Amal antara yang terawal akan turun membantu selain jabatan kerajaan yang lain.

Dalam kejadian tersebut, tiga disahkan maut sementara kerja-kerja pembersihan dilakukan dan di sinilah kelibat Unit Amal menghulurkan bantuan. Antara yang maut termasuk seorang pelajar berusia 13 tahun, dan orang pekerja kebun sayur masing-masing warga Indonesia dan Nepal.


Dua pasukan Unit Amal iaitu dari Kuala Lipis dan Perak bertungkus lumus membantu penduduk tempatan membersihkan kediaman masing-masing.

Gambar salah seorang unit amal yang sedang membantu kerja-kerja membersih turut tersiar dalam akhbar harian hari ini.

Salahudin yang juga Naib Presiden PAS, sebelum ini menyatakan bahawa pihak Pusat Pengurusan Kecemasan dan Bencana PAS CEDM kini dalam keadaan siap siaga dan bersedia bila-bila masa untuk menghulurkan bantuan khususnya dari aspek pembersihan rumah, surau dan sekolah yang terlibat dengan banjir dan tanah runtuh tersebut. - HARAKAHDAILY 7/11/2014

Sumber HD - 7-11-2014

Jambori Amal kali ke-21 di Kedah, 30 Okt

MUHAMMAD FAIZAL | .

KUALA LUMPUR: Jabatan Amal Malaysia (JAM) akan mengadakan program Jambori Amal Peringkat Kebangsaan kali ke-21 di Padang Terap, Kedah pada 30 Oktober hingga 2 November ini.

Program bertemakan 'Luaskan Amalmu' itu akan diadakan di Brilliant Camp Site, Kampung Kuala Pai, Padang Terap.

Ketua Pengarah JAM, Johari Osman memberitahu program jambori kali ini turut melibatkan acara pertandingan yang akan melibatkan masyarakat luar dan setempat serta pelbagai kaum.

"Selain melibatkan masyarakat luar dan setempat, program kebajikan juga akan dilaksanakan demi mencapai tema jambori kali ini," jelasnya kepada Harakahdaily.

Program kali ini menurutnya, adalah anjuran bersama antara Jabatan Amal Malaysia, Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah dan Jabatan Amal Negeri Kedah.

Beliau selaku penasihat Jambori Amal kali ini, memberitahu program ini akan mengumpulkan ke semua ahli amal di seluruh Malaysia untuk merealisasikan objektif amal.

"Kita mahu semua peserta memahami tugas dan teras yang telah lama dipupuk di atas semangat amal yang menjadi keutamaan.

"Selain itu untuk merealisasikan serta menguji tahap kemahiran dan latihan ahli amal," sambung beliau lagi.

Program itu juga ujrnya antara lain bertujuan bagi mengeratkan silaturahim antara ahli amal seluruh negara, serta memasyarakatkan amal kepada rakyat dan juga komponen Pakatan Rakyat.

Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan hadir bagi menyampaikan amanat khas beliau kepada seluruh anggota amal.

Perasmian program itu pula akan disempurnakan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat manakala perasmian penutup oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Program ini akan disertai ahli Jabatan Amal Malaysia, Briged Amal malaysia dan Briged Muslimat Malaysia. - HARAKAHDAILY 27/10/2014

Sumber HD - 27-10-2014

Malam Pidato Ummah tampil 4 pemidato hebat

HARAKAHDAILY | .



KUALA LUMPUR: Bagi menzahirkan sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin, Yayasan Amal Malaysia akan menganjurkan Malam Pidato Ummah: Kemenangan Gaza - Kemenangan Ummah, 12 September ini di Bangi.

Menurut Naib Presiden Yayasan Amal, Ustaz Misbahul Munir Masduki, program pidato ummah itu akan menampilkan empat tokoh umat Islam antarabangsa iaitu Presiden Kesatuan ulama Islam Sedunia, Sheikh Yusof Al-Qardhawi; Timbalan Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia yang juga Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; Pengerusi Biro Politik Hamas, Khalid Masy'al (gambar) dan wakil khas Khalid Masy'al, Dr Abd Muti Zaqut.

Orang ramai berpeluang mengikuti pidato Tuan Guru Abdul Hadi dan Dr Abd Muti di Surau Al-Kauthar, Seksyen 4, Bangi bermula jam 9.00 malam manakala ucapan Sheikh Yusof dan Khalid Masy'al akan dipancarkan secara terus (live telcast) dari Qatar dan Gaza.

Misbahul Munir yang juga pengarah program berkata, orang ramai juga berkesempatan mendengar pidato ringkas daripada wakil-wakil gerakan Islam negara-negara jiran Nusantara pada majlis itu.

Program itu, ujarnya akan bermula dengan solat Maghrib dan diisi dengan kuliah khas sehingga waktu Isyak. - HARAKAHDAILY, 9/9/2014

Sumber HD - 9-9-2014

Tidak salah wujud badan amal dalam parti - penganalisis

HARAKAHDAILY | .



KUALA LUMPUR: Tidak menjadi kesalahan untuk mana-mana parti politik mewujudkan badan kebajikan atau badan amal masing-masing asalkan ia tidak mengambil alih tugas pihak keselamatan, demikian menurut seorang ahli akademik.

Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berpendapat unit amal sesuatu parti politik hanya bertugas untuk parti dan bukan untuk menjaga keselamatan rakyat yang merupakan tugas pihak berkuasa.

"Unit Amal PAS misalnya, ia berperanan untuk menguruskan kebajikan dan bantuan termasuk ketika bencana serta menjalankan tugas ketika aktiviti parti itu dijalankan.

"Ia merupakan unit di dalam parti dan tidak ditubuhkan oleh kerajaan negeri... yang paling penting ia juga tidak mengambil alih tugas polis," katanya kepada Bernama.

Mohamed Mustafa berkata berbeza dengan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang, ia ditubuhkan oleh kerajaan negeri sedangkan di bawah Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan bahawa aspek menjaga keselamatan dalam negeri adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.

"Kalau ia berperanan sekadar sebagai unit amal di bawah parti itu tidak apa tetapi sekiranya ia di bawah kerajaan negeri seperti PPS dan seolah-olah mahu mengambil alih tugas pihak berkuasa, itu salah dan bercanggah dengan perlembagaan," jelas beliau.

Katanya semua pihak dan individu sememangnya digalakkan menjadi mata dan telinga membantu polis tetapi bukannya dengan menyertai jabatan keselamatan yang tidak berdaftar dan seolah-olah berebut kuasa dengan pihak berkuasa. - Bernama

Sumber HD - 4-9-2014

Unit Amal: Bapak menteri, tidak selamanya kita di atas

SALMAH MAT HUSAIN | .
KOTA BHARU: Perwakilan Pemuda PAS Negeri Kelantan akan memakai pakaian seragam Jabatan Amal pada Muktamar Pemuda PAS Malaysia pada 16 September ini.


Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, perkara itu diputuskan sebagai tanda solidariti kepada jabatan berkenaan yang sentiasa menabur bakti khususnya soal kebajikan sejak sekian lama.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menimbulkan kemarahan banyak pihak apabila akan mengambil tindakan terhadap Unit Amal.

Zahid membuat kenyataan kelmarin akan mengambil tindakan yang sama terhadap badan sukarela lain sebagaimana PPS Pulau Pinang.

Fadhli seterusnya berkata, Pemuda PAS adalah pertubuhan yang berdaftar, oleh itu mana-mana unit di dalamnya tidak perlu lagi didaftar sebagaimana skuad sayang milik Puteri Umno.

“Untuk itu Pemuda PAS Kelantan akan mempertahankan Unit Amal dan amat tidak bersetuju dengan kenyataan Zahid Hamidi,” ujarnya.

Hujung tahun lepas, ujarnya ketika Umno sedang bersidang di Kuala Lumpur, anggota Jabatan Amal Pemuda PAS bertungkus lumus menghulurkan bantuan kepada lebih 200 keluarga polis yang terperangkap di perumahan polis Bukit Mentok, Kemaman akibat banjir.

Ia hanyalah secebis dari khidmat cemerlang Jabatan Amal dari dulu lagi di seluruh negara. Mereka ialah the unsung hero.

Katanya, menteri yang gambarnya bersaiz besar digantung di hadapan balai polis seluruh negara tahun lepas (konon tahniah berjaya banteras jenayah) ketika hangat kempen Naib Presiden Umno tiba-tiba mengeluarkan kenyataan mahu bertindak ke atas anggota Jabatan Amal.

"Bapak menteri janganlah melampau sangat. Hidup ni umpama roda. Tidak selamanya kita di atas," ujarnya. - HARAKAHDAILY 3/9/2014

Sumber HD - 3-9-2014

Ragut: Unit Amal PAS ronda di LRT Pandan

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Biarpun diugut diambil tindakan oleh kerajaan, Unit Amal PAS terus menunaikan khidmat sukarela mereka untuk membantu pihak polis menjaga keselamatan orang awam.


Yang Dipertua PAS Kawasan Pandan, Iskandar A Samad dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah membuat keputusan untuk menempatkan anggota Unit Amal di kawasan Stesen LRT Pandan Indah yang sering kali berlaku kejadian jenayah.

Iskandar yang juga Adun Chempaka berkata, langkah itu sebagai inisiatif membantu pihak polis bagi meningkatkan kawalan keselamatan di kawasan tersebut.

Beliau merujuk kes terbaru di mana seorang gadis telah ditetak di bahu dan lengan di kawasan itu pada 28 Ogos lalu.

"Rondaan akan bermula malam ini, 3 September 2014, dan saya sendiri akan turun bersama Unit Amal pada jam 8.00 malam.

"PAS Kawasan Pandan yakin anggota-anggota Unit Amal boleh membantu pihak Polis menjalankan tugas mereka dan meningkatkan keselamatan di kawasan tersebut," katanya.

- HARAKAHDAILY 3/9/3014

Sumber HD - 3-9-2014

Unit Amal kebanggaan PAS

MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI | .

"BERAMAL Kerana Allah!" Demikian tema tersemat kuat menjadi cinta disanubari setiap anggota Jabatan Amal Dewan Pemuda PAS atau masyhur dikenali sebagai Unit Amal.


Di mana jua program PAS, anggota Unit Amal setia menjalankan tugasannya mengkoordinasi kawalan sekitar tempat aturcara dijalankan dan bekerja di bawah kepatuhan serta ketaatan disiplin tinggi. Hingga apabila mereka 'dilepaskan' untuk berada di medan masyarakat, anggota Unit Amal baik secara individu mahupun pasukan sentiasa mudah dan sedia menghulurkan khidmat mereka.

Tanpa biaya, tidak menghitung masa, biarpun ditimpa hujan dan panas, pada sebarang tekanan dan hambatan, mereka adalah murabitun yang menyerahkan segala keringat demi terlaksananya amanah parti ke atas rakyat. Merekalah pejuang tanpa nama yang menjulang PAS untuk diterima setiap lapisan masyarakat. Selayaknya mereka itu dikait dengan pujian Nabi SAW sebagaimana sabda Baginda:

“Beruntunglah seorang hamba yang memegang tali kendalian kudanya di jalan Allah, rambutnya kusut kedua kakinya berdebu, jika sedang mengawal tetap dalam pengawasan, jika di bahagian perbekalan tetap di menjaga perbekalan…” (Riwayat Bukhari)

Dalam melaksanakan rutin tugasan, kolaborasi bersama pihak lain diatur serapinya sebagai pasukan sokongan yang menyempurnakan hingga terlahir damai dan sistematik pada setiap program berkaitan. Di mana, pada satu uniform meroon itu, merekalah doktor, jurutera, bomba mahupun pekerja bandaran. Serba serbi mesti mahupun boleh dilakukan dalam rangka meninggikan kalimah Allah menerusi kerja-kerja parti.

Seluruh organisasi PAS sangat berbangga memiliki Unit Amal sebagai tenaga yang padu, cekal dan gagah lagi mesra. Kini mereka bakal diuji dengan label naif musuh-musuh politik PAS yang cuba mencampakkan mereka dengan kesalahan rekayasa. Inilah masanya seluruh ahli PAS menzahirkan kebersamaan kasih sayang kepada Unit Amal.

Saya menyeru kita menyokong mereka dengan memakai baju T meroon Unit Amal secara kerap setiap masa dan tempat sepanjang bulan ini. Di samping itu kita meningkatkan doa kita kehadrat Ilahi agar Dia melindungi dan merahmati atas keikhlasan yang anggota Unit Amal telah, sedang dan akan berikan untuk negara dan dunia ini. – HARAKAHDAILY 3/9/2014

Sumber HD -3-9-2014

Unit Amal sentiasa kerjasama dengan polis

SALMIYAH HARUN | .

 


KUALA LUMPUR: Unit Amal PAS atau lebih dikenali sebagai tentera merah mengakui mempunyai hubungan kerjasama yang baik dengan pihak polis khususnya membantu pihak polis mengawal kesalamatan dan lalulintas.

Timbalan Ketua Pengarah 2 Unit Amal Pusat Mohd Azmi Anuar berkata, mereka sering dipanggil pihak polis untuk membincangkan soal keselamatan terutama melibatkan perhimpunan besar.

"Misalnya dalam perhimpunan melibatkan jumlah hadirin yang ramai, kami dipanggil untuk memberi kerjasama dengan pihak polis bagi membantu pihak polis, sekaligus memudahkan kerja-kerja polis supaya berjalan lancar," katanya ketika ditemui.

Bukan sahaja soal himpunan, katanya Unit Amal juga memberi kerjasama sama baik dalam kejadian tanah runtuh, banjir dan terkini mencari mangsa lemas di Perak.

"Kita bantu JPA mencari mangsa lemas di Perak. kehadiran kita cukup terkesan khsusnya membantu pihak berkuasa," katanya.

Tambahnya, pihak polis sentiasa berhubung dengannya bagi memastikan progam yang diadakan oleh PAS berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.

"Mereka mengharapkan Unit Amal, terutama mengawal orang ramai kerana bagi mereka orang ramai mudah mendengar apabila ada arahan daripada Unit Amal, pihak atas (polis) boleh bagi kerjasama yang baik kepada kita," katanya.

Justeru, beliau mengingatkan agar tidak ada mana-mana pihak cuba untuk menghalang mereka daripada melakukan kerja-kerja kebajikan.

"Kami tidak akan tundukm kepada ancaman, kami akan terus melakukan kerja-kerja kebajikan dan tugas dengan rela hati kerana Allah," katanya.

- HARAKAHDAILY 2/9/2014

Sumber HD - 2-9-2014

Saya sedia pertahan Unit Amal dengan nyawa - Salahuddin

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata, beliau sanggup pertahan dengan nyawa jika ada pihak yang mahu menzalimi anggota Unit Amal PAS.

Menurutnya, Unit Amal PAS adalah sebuah badan kebajikan yang telah mengharumkan bukan sahaja nama PAS, tetapi nama Malaysia itu sendiri melalui misi kebajikan dan kemanusiaan yang dijalankan mereka.

Ianya termasuk misi kemanusiaan ketika banjir besar melanda Johor pada 2006 dan di Pahang dua tahun lalu.

Selain itu jelasnya, di peringkat antarabangsa pula Jabatan Amal PAS telah mengharumkan nama negara apabila turut turun membantu mangsa gempa bumi di Pakistan dan Tsunami di Aceh.

"Saya sedia pertahan dengan nyawa saya selagi mana kita yakin mereka menjalankan tugas kebajikan dan bukan aktiviti keganasan," tegas beliau kepada Harakahdaily.

Salahuddin berkata, ketika dalam pemuda, beliau antara yang awal terlibat dalam pemerkasaan Unit Amal sejak ia ditubuhkan 30 tahun dahulu.

Matlamat asal penubuhan katanya adalah untuk melakukan kerja kebajikan dalam parti, dan khidmat sosial dalam masyarakat umum.

"Sehingga sekarang kita yakin mereka masih di atas landasan yang betul," tegasnya.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam yang melahirkan keyakinan bahawa anggota Unit Amal PAS turut akan ditahan seperti 156 anggota Pasukan Peronda Sukarelawan (PPS) Pulau Pinang.

Menurut Zahid, penahanan anggota PPS dibuat kerana beliau turut menerima laporan bahawa mereka turut memukul orang dan melakukan tindakan yang melanggar Perlembagaan termasuk mengambil tugas polis.

Mengulas lanjut, Salahuddin berkata beliau bersedia untuk bertemu Zahid bagi memberi penjelasan berhubung tugas dan operasi Unit Amal.

"Kita sedia beri kerjasama kepada polis. Saya harap Zahid boleh panggil saya sendiri bila-bila masa," tegasnya. - HARAKAHDAILY 2/9/2014

Sumber HD - 2-9-2014

PAS akan pertahankan Unit Amal - Mohd Sabu

HARAKAHDAILY | .
GEORGE TOWN: PAS akan mempertahankan pasukan Unit Amal yang ditubuhkan parti itu sekiranya pasukan berkenaan dikenakan tindakan sama seperti Pasukan Peronda Sukarela (PPS) di Pulau Pinang, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis makan malam PAS Pulau Pinang di sini malam ini, Mohamad, yang juga dikenali sebagai Mat Sabu, berkata setakat ini belum ada apa-apa tindakan pihak berkuasa terhadap Unit Amal PAS itu.

Beliau berkata demikian semasa diminta mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyatakan mana-mana pasukan atau pertubuhan yang tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) akan dikenakan tindakan sama seperti terhadap PPS di Pulau Pinang semalam.

Semalam, polis menahan 156 anggota PPS termasuk pengerusi pasukan itu yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri Phee Boon Poh kerana ingkar amaran supaya tidak menjalankan sebarang aktiviti selepas pasukan itu didapati tidak berdaftar dengan ROS.

Sementara itu, Ketua Menteri Lim Guan Eng yang turut hadir pada majlis itu, dalam ucapannya berkata kerajaan negeri akan memberikan sumbangan kepada semua anggota PPS yang ditahan dan meraikan mereka dalam satu majlis sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan dan pengorbanan mereka.

"Kerajaan negeri akan memberikan RM200 sehari mengikut berapa hari mereka di dalam lokap. Kalau dua hari dia akan dapat RM400. Sumbangan ini tidak seberapa dengan pengorbanan mereka yang terpaksa berada dalam lokap," katanya. - Bernama

Sumber HD - 1-9-2014

Peguam PAS sedia pertahan Unit Amal

MUHAMMAD FAIZAL | .

KUALA LUMPUR: Pasukan peguam PAS bersedia untuk membela anggota Jabatan Amal jika kerajaan bertindak mengheret jabatan itu ke mahkamah.

Setiausaha Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (LUHAM) PAS Piusat, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus berkata kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang ingin bertindak ke atas Unit Amal PAS adalah tidak berasas.

"Kenyataan Zahid ini umpama terlebih sudu dari kuah kerana membuat keputusan menghukum sebelum keputusan mahkamah.

"Tangkap atau dakwa ke semua Ahli Jabatan Amal di seluruh negara biarlah mahkamah menentukan sama ada bersalah atau tidak di sisi undang-undang. Zahid jangan menjadi penentu untuk memutuskan bersalah atau tidak," jelas beliau kepada Harakahdaily.

Beliau turut mengingatkan Zahid bahawa negara ini mempunyai sistem perundangan.

"Negara ini adalah hak rakyat Malaysia secara bersama, bukan milik Barisan Nasional (BN) atau mana-mana Menterinya sehingga boleh membuat kenyataan yang 'seolah-olah' memperlihatkan kurang cerdiknya tahap pemikiran Menteri di 1Malaysia.

"Kita tekankan di sini sebarang tindakan diambil, seluruh peguam PAS bersedia untuk ke balai dan mahkamah bagi membela ahli yang ditahan atau ditangkap," katanya yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

- HARAKAHDAILY 1/9/2014

Sumber HD - 1-9-2014

Unit Amal: Kami sedia ke mahkamah, Suhaizan jawab Zahid

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PAS Pusat Suhaizan Kaiat menyelar Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Unit Amal PAS.

Menurut Suhaizan, Unit Amal PAS hanya sebuah badan kebajikan dan bukan badan keselamatan seperti badan-badan yang lain.

" Tak boleh nak ambik tindakan, sebab Unit Amal bukan badan keselamatan.

"Ia hanya sebuah badan kebajikan yang menjaga kebajikan ahli-ahli PAS dan kebajikan rakyat Malaysia yang ditimpa musibah melalui misi kemanusiaan yang mereka jalankan," kata beliau kepada Harakahdaily.

Zahid hari ini berkata beliau yakin Unit Amal PAS turut akan dikenakan tindakan yang sama seperti 156 anggota Pasukan Peronda Sukarelawan (PPS) Pulau Pinang yang ditahan semalam.

Zahid juga mendakwa beliau turut menerima laporan bahawa terdapat anggota PPS yang melakukan tindakan yang melanggar Perlembagaan.

Ia termasuk memukul orang, dan melakukan tindakan-tindakan di luar perlembagaan dan seolah-olah mereka mengguna kuasa polis untuk mengugut orang.

Mengulas lanjut, Suhaizan berkata Pemuda PAS bersedia ke mahkamah jika kerajaan mahu mengambil tindakan sama ke atas 'tentera merah' yang dinaungi mereka itu.

"Kita sedia lawan di mahkamah," katanya.

- HARAKAHDAILY 1/9/2014

Sumber HD - 1-9-2014

Perjanjian Damai: Amal Malaysia bina semula Gaza

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Amal Malaysia mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Gaza kerana berjaya menamatkan perang yang berlangsung 50 hari lepas.


"Kemusnahan dan kerosakan yang dialami oleh Gaza perlu pembangunan semula yang intensif," ujar wakil Urusetia Isu Palestin Yayasan Amal Malaysia, Dr Suhazeli Abdullah.

Menurutnya, dijangka paling kurang akan mengambil masa 15 tahun untuk pemulihan infrastruktur dan tenaga manusia.

Berikut knyataan penuh beliau.

Amal Malaysia mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Gaza kerana berjaya menamatkan perang yang berlangsung 50 hari lepas. Kemusnahan dan kerosakan yang dialami oleh Gaza perlu pembangunan semula yang intensif. Dijangka paling kurang akan mengambil masa 15 tahun untuk pemulihan infrastruktur dan tenaga manusia.

Perjanjian damai antara Israel ini telah dicapai lewat petang semalam dalam rundingan di Kaherah. Israel dan Palestin bersetuju semalam untuk menamatkan pertempuran di Gaza selepas 50 hari pertempuran di mana lebih daripada 2,100 rakyat Palestin, kebanyakannya orang awam, 64 askar Israel dan lima orang awam di Israel terbunuh.
Sebahagian daripada perjanjian itu, kedua-dua pihak telah bersetuju untuk menangani isu-isu yang lebih kompleks membahagikan mereka - termasuk pembebasan tahanan Palestin dan permintaan Gaza untuk pelabuhan laut - melalui rundingan terus tidak langsung bermula dalam tempoh sebulan.

Langkah segera

* Hamas dan kumpulan pejuang lain di Gaza bersetuju untuk menghentikan semua roket dan serangan mortar ke dalam Israel.

* Israel akan menghentikan semua tindakan ketenteraan termasuk serangan udara dan operasi darat.

* Israel bersetuju untuk membuka lebih banyak pintu masuk di sempadan dengan Gaza bagi membolehkan aliran yang lebih mudah barangan, termasuk bantuan kemanusiaan dan pembinaan semula peralatan, ke dalam enklaf pantai.

* Di dalam perjanjian yang berasingan, dua hala, Mesir akan bersetuju untuk membuka sempadan 14 km (8 batu) dengan Gaza di Rafah.

* Pihak Berkuasa Palestin, yang diketuai oleh Presiden Mahmoud Abbas, dijangka mengambil alih tanggungjawab untuk mentadbir sempadan Gaza dari Hamas. Israel dan Mesir berharap ia akan memastikan senjata, peluru dan apa-apa "dwi-guna" barang-barang dihalang daripada mengalir ke dalam Gaza.

* Pihak Berkuasa Palestin akan membawa dalam menyelaras usaha pembinaan semula di Gaza dengan penyumbang antarabangsa, termasuk Kesatuan Eropah.

* Israel dijangka mengecil penampan keselamatan di sepanjang bahagian dalam sempadan Gaza, mengurangkan dari 300 meter kepada 100 meter jika gencatan senjata itu diguna pakai. Langkah itu akan membolehkan rakyat Palestin lebih banyak akses kepada tanah ladang dekat dengan sempadan.

* Israel akan melanjutkan had nelayan di luar pantai Gaza untuk enam batu dari tiga batu, dengan kemungkinan meluaskan ia beransur-ansur jika gencatan senjata itu digunapakai. Akhirnya, Palestin mahu kembali kepada 12 batu elaun antarabangsa penuh.

Isu jangka lebih panjang untuk dibincang

* Hamas mahu Israel membebaskan beratus-ratus tahanan Palestin ditahan di Tebing Barat berikutan penculikan dan pembunuhan tiga pelajar Yahudi pada bulan Jun, satu serangan yang membawa kepada peperangan. Hamas mulanya menafikan penglibatan dalam pembunuhan, tetapi seorang pegawai kanan Hamas dalam buangan di Turki minggu lalu mengakui kumpulan itu pernah menjalankan serangan itu.

* Presiden Abbas, yang mengetuai parti Fatah, mahu kebebasan untuk tahanan Palestin yang dibebaskan digugurkan selepas kegagalan rundingan damai antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.

* Israel mahu Hamas dan kumpulan pejuang lain di Gaza untuk menyerahkan semua bahagian badan dan barang peribadi tentera Israel terbunuh semasa perang.

* Hamas mahu sebuah pelabuhan laut yang dibina di Gaza, yang membolehkan barang-barang dan orang-orang yang akan diangkut masuk dan keluar dari wilayah kecil. Israel telah lama menolak pelan, tetapi ia adalah mungkin bahawa kemajuan ke arah itu boleh dibuat jika terdapat jaminan keselamatan mutlak.

* Hamas mahu menarik balik pembekuan dana untuk membolehkan ia membayar gaji kepada 40,000 polis, pegawai kerajaan dan kakitangan pentadbiran yang lain yang sebahagian besarnya telah dibayar gaji sejak akhir tahun lepas.

* Palestin juga mahu lapangan terbang di Gaza - Yasser Arafat Antarabangsa, yang dibuka pada tahun 1998 tetapi telah ditutup pada tahun 2000 selepas dibom oleh Israel - yang akan dibina semula.

Amal Malaysia akan meneruskan komitmen untuk pembinaan semula Gaza. Program bantuan segera yang sedang berjalan sekarang adalah bekalan air bersih ke seluruh kawasan yang teruk dilanda Perang seperti Shijaiyyah dan Shaaf. Sumbangan dari orang ramai masih diperlukan bagi membiayai program tersebut. - HARAKAHDAILY 27/8/2014

Sumber HD - 27-8-2014

Gaza: Yayasan Amal turut sampaikan bantuan kaki palsu

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Yayasan Amal Malaysia sebagai sebuah NGO yang berobjektifkan kemanusiaan dan rilief, mengambil tanggungjawab dalam isu-isu kemanusiaan untuk mangsa-mangsa bencana seperti di Gaza dan tidak terlibat langsung dengan isu-isu politik setempat dan perang.

Antara kempen-kempen yang telah dilakukan adalah dengan menyertai sidang meja bulat berkenaan Palestin bersama NGO-NGO, kempen dana untuk Palestin, kempen kesedaran keamanan dunia dan bebaskan Aqsa dan bumi Gaza dan kempen kesedaran isu kemanusiaan dan kesihatan, wanita, kanak-kanak dan orang-orang tua.

“Yayasan Amal Malaysia dan beberapa NGO lain di negara kita, semenjak bermulanya serangan Zionis Israel di bumi Gaza pada awal Ramadhan lalu telah memaksimumkan kutipan derma dan aktiviti kesedaran masyarakat untuk membantu kesengsaraan penduduk Palestin,” ujar Presiden Yayasan Amal Malaysia, Hussin Ismail dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Sehingga kini serangan telah mengakibatkan 1,867 syahid, 9,000 cedera, 5,000 rumah musnah dan 170,000 penduduk hilang tempat tinggal serta kerosakan awam lain.

Jelasnya, sebagai badan yang dipertanggungjawabkan untuk isu-isu kemanusiaan seperti ini, maka Yayasan Amal Malaysia bersama NGO-NGO Kemanusiaan tempatan lain di Gaza, telah mengambil beberapa langkah segera untuk membantu mangsa-mangsa perang seperti itu.

Katanya, antara langkah segera yang diambil adalah menyalurkan bantuan makanan, ubat-ubatan, susu dan bijirin hasil derma dari rakyat Malaysia yang prihatin.

“Sumbangan kami kepada Gaza adalah dalam bentuk yang pelbagai termasuk menyediakan sistem telaga tiub untuk minuman dan dan pembangunan pertanian, pembangunan kehidupan mangsa perang (sumbangan kaki palsu dan peralalatan golongan cacat dengan kerjasama team professional) dan bantuan pendidikan,” ujarnya lagi.

Beliau meyakinkan kepada penyumbang, bahawa sumbangan kemanusiaan mereka melalui Yayasan Amal Malaysia sahkan sampai kepada sasaran melalui kerjasama dengan rangkaian NGO antarabangsa.

“Kami mengucapkan terima kasih di atas sokongan penuh yang diberikan semua pihak termasuk parti-parti politik yang bersatu ke arah itu dan kami menegaskan bahawa kami sedia bekerjasama dengan semua pihak yang terlibat dengan isu ini termasuk NGO-NGO dan parti politik dalam membentuk kesedaran global,” katanya

Sehubungan itu, kata beliau Yayasan Amal Malaysia ingin mengajak rakyat Malaysia yang prihatin untuk sama-sama membantu rakyat Palestin dengan bantuan kewangan, berdoa untuk kemenangan rakyat Palestin, memboikot barangan-barangan Israel dan sekutunya, meneruskan kempen kesedaran kepada rakan-rakan dan keluarga dan meningkatkan kualiti hidup Muslim dalam diri dan keluarga.

Tabung Palestin-Yayasan Amal Malaysia: BIMB 13053010006474 – HARAKAHDAILY 7/8/2014

Sumber HD - 7-8-2014

Mengapa penduduk Gaza padat dengan orang muda?

TERJEMAHAN DR SUHAZELI ABDULLAH | .

KEPADATAN penduduk di Semenanjung Gaza telah dipertikaikan, tetapi dalam perbandingan dengan bandar-bandar lain, Bandar Gaza, dengan jumlah penduduk kira-kira 750,000 sudah pasti kawasan bandar yang padat penduduknya.

Menjadi sebab utama kenapa jumlah mangsa yang terlibat dalam serangan Israel adalah penduduk yang padat. Seramai 63 tentera Israel dan kira-kira 1460 rakyat Palestin terbunuh sejak konflik semasa bermula sebulan yang lalu. Seramai 245 kematian di kalangan kanak-kanak. Tetapi mengapa begitu ramai kanak-kanak? Ia ternyata bahawa terdapat ciri-ciri yang luar biasa mengenai struktur penduduk di Gaza yang menjadikannya satu keluarbiasaan dalam dunia moden.

Pertama, penduduk Gaza ini secara kasar 1.8 juta mempunyai kadar populasi yang luar biasa besar di kalangan kanak-kanak. Angka tahun 2013 daripada Indeks Mundi, sumber internet data nasional, menunjukkan bahawa 43.5 peratus daripada penduduk Gaza berumur 14 atau di bawah, berbanding dengan 32 peratus di Mesir dan 27 peratus di Israel.

Umur median di Gaza adalah 18 tahun, berbanding dengan purata dunia 28 tahun di kebanyakan negara-negara Eropah iaitu kira-kira 40, manakala 30 di Israel. Negara benua Afrika seperti Uganda pula mempunyai median umur 15 tahun.

Jadi mengapa terdapat ramai kanak-kanak di Gaza? Demografi menunjukkan pertumbuhan yang luar biasa akibat pelbagai faktor. Salah satu darinya adalah wanita Palestin yang bekerja dan memegang jawatan sosial adalah rendah.

"Ia adalah tempat di dunia di mana kurangnya wanita bekerja di luar rumah," kata Jon Pedersen dari Institut Fafo, pusat penyelidikan demografi dan sosial di Oslo, Norway.

Angka terkini dari Biro Pusat Statistik Palestin menunjukkan bahawa hanya 14.7 peratus daripada wanita bekerja.

"Dalam kebanyakan negara-negara lain, ia adalah jauh lebih tinggi daripada itu, antara 70 dan 80 peratus seperti di Scandinavia," kata Pedersen, yang menulis satu kajian menyeluruh satu dekad yang lalu mengenai demografi Gaza. Malah di negara-negara Timur Tengah yang lain dengan budaya yang sama ke Gaza, perkadaran bekerja di luar rumah adalah lebih tinggi. Di Jordan, sebagai contoh, 16 peratus wanita mempunyai pekerjaan.

Data daripada Indeks Mundi menunjukkan bahawa kadar kesuburan di Gaza, 4.4 kanak-kanak setiap wanita, adalah antara yang tertinggi di dunia. Statistik ini semakin menurun daripada paras tertinggi sebanyak 8.3 kanak-kanak setiap wanita pada tahun 1991, berbanding dengan kadar 3 di Israel, walaupun kadar keseluruhan terdapat kenaikan dengan kadar yang lebih tinggi kira-kira 6 kalangan ketat ortodoks Haredi Yahudi. Dalam kebanyakan negara-negara Eropah, ia adalah kira-kira 2 kanak-kanak bagi setiap wanita.

Faktor kedua yang menyumbang kepada kadar kesuburan yang tinggi adalah wanita adalah sepenuhnya berada di rumah, suami mereka mendapatkan lebih banyak wang kerana keluarga mereka berkembang.

"Terdapat majikan yang sanggup bayar lebih" kata Pedersen. "Secara tradisinya, lelaki akan mendapat upah tambahan jika mereka mempunyai anak-anak ramai."

Kesimpulannya kata Pedersen, kebanyakan keluarga di Gaza hanya seorang yang bekerja berbanding Scandinavia, di mana kedua-dua ibu bapa perlu bekerja untuk hidup.

Namun satu kehairanan timbul, mengapa begitu ramai wanita Gaza - terutamanya wanita yang berpendidikan tinggi - memilih untuk mempunyai keluarga besar dan bukan mengejar kerjaya. Di kebanyakan negara, kadar kelahiran biasanya jatuh seiring dengan pendidikan yang lebih baik dan lebih banyak peluang kerjaya untuk wanita, tetapi corak di Gaza gagal untuk mengikuti corak ini.

Satu kajian yang diterbitkan pada tahun 2006 mendapati bahawa walaupun pencapaian pendidikan yang tinggi di kalangan wanita Gaza - semua mempunyai sekurang-kurangnya sembilan tahun persekolahan - dan kadar kematian bayi yang rendah dan malar pada sekitar 25 bagi setiap 1,000 kelahiran, ramai memilih untuk berkerjaya sendiri.

Semasa kebangkitan Intifada yang bermula pada tahun 1987, kajian itu mendapati, terdapat peningkatan kadar perkahwinan, dengan ramai wanita berpendidikan bersedia untuk berkahwin dengan lelaki yang kurang berpendidikan.

"Wanita Palestin tidak mempunyai banyak anak-anak kerana mereka tidak tahu tentang hamil, atau tidak dapat mengakses hamil," kata Sara Randall, seorang ahli antropologi di Universiti College London, yang bersama menulis satu kajian tahun 2006.

"Oleh itu, seseorang perlu membuat kesimpulan bahawa mereka benar-benar mahu ramai anak."

Kajian rawak ini, melibatkan temubual dengan 16,204 wanita Gaza dan 4,900 wanita Jordan untuk perbandingan, membuat kesimpulan bahawa semangat Intifada merupakan faktor utama untuk memacu lonjakan dalam perkahwinan dan kesuburan.

Pada tahun-tahun Intifada tahun 1989 dan 1990, sebagai contoh, wanita 1.4 kali lebih cenderung untuk berkahwin berbanding pada tahun 1980. Kadar semasa Intifada adalah lebih tinggi, pada dua kali ganda pada tahun 1980, untuk wanita lebih berpendidikan.

Kajian ini menyimpulkan bahawa "dalam keadaan di mana tiada kuasa politik, pengangguran dan peminggiran telah memberi kesan yang besar terhadap pertumbuhan pesat rakyat Palestin”.

Pedersen mengatakan bahawa rasa tanggungjawab untuk mengembangkan populasi penduduk merupakan faktor yang tidak boleh ditolak.

"Terdapat kenyataan daripada Hamas menggesa wanita untuk mempunyai lebih ramai anak untuk mewujudkan tentera yang lebih besar," katanya.

Dr Suhazeli ialah Urusetia Isu Palestin Yayasan Amal Malaysia. Rencana di atas diterjemah daripada tulisan Andy Coghlan.

Sumber HD - 2-8-2014

Fakta Gaza, Palestin yang dilupakan

DR SUHAZELI ABDULLAH | .



PERJUANGAN rakyat Gaza mempunyai sejarah tersendiri. Namun mereka semua adalah sebahagian dari kita. Perjuangan rakyat Gaza tidak ada waktu tidur, mereka terus bersiap sedia untuk membebaskan diri dari penjajahan di bumi sendiri.

Berikut adalah fakta-fakta yang mungkin dilupai oleh kita semua:

1. Tanggal 15hb Mei 1948, Yahudi berjaya menakluki Palestin dan menubuhkan negara haram Israel. Dunia semua menyaksikan kemelut ini, akan tetapi membisu kerana Israel telah memakan jiwa-jiwa mereka dan menusuk jarum kebencian kepada Islam. Rentetan dari itu Segenting Gaza terbentuk. Gaza telah diserang oleh Israel pada tahun 1967 dan pernah sejak itu Israel secara haram menduduki Gaza.

2. Gaza dikelilingi pada tiga sempadannya oleh Israel. Sempadannya disekat ketiga-tiga belah pihak oleh tentera Israel, tentera laut dan sebelah oleh Mesir. Tentera Mesir bersama-sama dengan pemerhati antarabangsa dan pemantauan Israel dan PBB menghalang kemasukan mana-mana badan ke Gaza. Jadi Gaza adalah benar-benar penjara besar di mana kapal terbang tidak boleh masuk tanpa kebenaran Israel. Kapal laut tidak dibenarkan berlabuh.

3. Gaza tidak mempunyai pelabuhan laut (pelabuhan nelayan ada, tetapi terhad sekitar 5 batu nautika sahaja) atau lapangan terbang atau stesen kereta api.

4. Penduduk Gaza tidak boleh meninggalkan Gaza kerana ramai mereka tidak mempunyai pasport. Pasport diluluskan secara terhad. Tambahan pula terdapat pusat pemeriksaan Israel di setiap sempadan. Juga tidak ada dari mana-mana negara boleh memasuki Gaza tanpa kebenaran Israel. Kebenaran memasuki Gaza terlalu ketat. Ahli politik negara-negara yang kuat pun telah dinafikan memasuki Gaza oleh Israel. Gaza adalah suatu tempat yang benar-benar terpisah dari seluruh dunia.

5. Setiap komoditi kegunaan harian datang melalui pusat-pusat pemeriksaan Israel. Malah susu, Ubat-ubatan, gandum semua barang harian datang melalui Israel. Sistem kewangannya adalah dikawal oleh Israel dimana mata wangnya shekel. Israel mengenakan caj cukai ke atas semua barang dan akan melalui tempat pemeriksaan.

6. Gaza adalah seperti penjara besar. Ia adalah negara di bawah penyisihan dunia. Tentera Israel mengganggu dan menghina rakyat Gaza setiap hari sebagai rakyat Gaza berjawatan dalam kerajaan.

7. PBB telah menggesa Israel banyak kali untuk membuang undang-undang penyisihan rakyat Gaza dan ianya menyalahi undang-undang di Gaza tetapi Israel tidak pernah mendengar PBB. Mereka menganggap makhluk selain dari bangsa Yahudi adalah binatang. Lebih daripada 50 resolusi yang telah diluluskan oleh PBB terhadap Israel tetapi Amerika Syarikat sentiasa di sebelah Israel, menyebabkan mereka semakin angkuh.

8. Makanan dan keperluan sentiasa berkurangan di Gaza kerana sekatan import makanan oleh Israel. Kedai tidak mempunyai bekalan yang cukup, hospital tidak mempunyai ubat yang mencukupi dan ubat penting tiada. Kuasa letrik adalah terhad, petrol dan gas adalah dalam kekurangan juga. Inflasi tertinggi di dunia adalah di Gaza. Kemiskinan yang semakin meningkat pada kadar yang paling tinggi juga.

9. Tiada doktor atau peralatan khusus untuk merawat kecederaan serius atau penyakit dalaman di mana-mana hospital. Sejak berlaku perang, Israel menyerang menggunakan bom. Orang awam yang tidak bersalah tercedera semasa pengeboman. Hak kemanusiaan untuk keluar merawat tetapi tentera Israel tidak membenarkan dengan mendesak Mesir berbuat demikian. Oleh itu, luka-luka yang boleh dirawat menjadi lebih teruk dan cedera semakin parah menjadikan mereka cacat untuk sepanjang hidup mereka.

10. Masyarakat dunia berkembang maju dan kaya, namun rakyat Gaza telah menjadi pengemis dan menjadi banduan di negeri sendiri. Anda bayangkan trauma penghinaan gangguan sakit hati orang-orang yang telah menyerang dan menawan serta menjadi hamba di negara sendiri?

11. Mereka telah berjuang untuk kemerdekaan mereka sejak hampir 50 tahun. Dengan setiap hari yang berlalu Israel membina penempatan baru bagi warga Israel di tanah jajahan baru mereka. Setiap hari yang berlalu dengan penuh harapan agar merdeka, harapan untuk hidup kehidupan yang normal seperti mana-mana manusia lain menjadi samar. Setiap malam mereka tidur dalam kesakitan dan setiap pagi mereka bangun dengan kesedihan.

Dalam alasan mahu rundingan damai Israel sebenarnya melambatkan kebebasan mereka. Israel setiap hari menjajah tanah mereka dengan membina rumah baru Israel dan penempatan. Rakyat Palestin tahu ini dan mereka menontonnya tanpa daya. Sama seperti kambing yang berhati singa makan kanak-kanak tetapi tidak boleh berbuat apa-apa walau air mata darah tumpah sekalipun. Dengan askar Israel mengganggu mereka, mengutuk mereka, menyalahgunakan mereka mengejek mereka, mencederakan mereka, membunuh mereka setiap hari di negeri mereka sendiri, semua rakyat Palestin boleh lakukan ialah menonton dan menangis.

12. Apakah pilihan dan solusi yang anda ada sekarang? Kita disuap oleh media barat yang berasa seolah-olah rakyat Gaza lah yang menceroboh Israel dan Israel sedang berjuang untuk kebebasan rakyatnya. Supaya orang hanya boleh mengutuk dan menyalahkan penduduk Gaza. Bolehkah anda cuba untuk merasa kesengsaraan dan ketidakupayaan mereka? Kita tidak boleh bayangkan perbelanjaan walaupun satu hari dalam penjara yang dipanggil Gaza dan mereka yang tinggal di sana setiap hari...

Silalah bangkit wahai umat untuk Gaza demi kemanusiaan sejagat!

Penulis ialah Urusetia Isu Palestin Yayasan Amal Malaysia.

Sumber HD - 20-7-2014

No comments:

Post a Comment