BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Monday, July 14, 2014

PAS DAN HALEHWAL SABAH


PAS Sabah sedia tanding lebih 20 Dun, 4 parlimen

IZWAN ABDUL HALIM | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/44440-pas-sabah-sedia-tanding-lebih-20-dun-4-parlimen

PUTATAN: Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat sedang meneliti cadangan PAS Sabah untuk bertanding lebih 20 kerusi Dun dan tidak kurang empat Parlimen pada Pilihan Raya negeri itu yang dijangka diadakan lebih awal dari PRU-14, demikian menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Mustafa Ali.

Maklumnya, beliau bersama Pengarah-pengarah Pilihan Raya PAS Negeri telah membuat tinjauan ke negeri Di Bawah Bayu itu antaranya di Kundasang dan Keningau bagi mengikuti perkembangan politik dan persiapan terhadap jangkaan tersebut.

Katanya, hasil pertemuan dan perbincangan dengan PAS Kawasan-kawasan di Sabah, beliau menegaskan bahawa PAS masih belum mempunyai hubungan dengan mana-mana parti politik di negeri itu sebagaimana penggal yang lalu.

“Walau macam mana pun kita bersedia untuk bincang dengan mana-mana parti politik yang sekiranya bersedia untuk bincang ada sedia menghadapi pilihan raya. Kalau tidak, maka kita akan hadapi pilihan raya ini secara bersendirian.

“Dan apabila kita bersendirian, kita bebas untuk bertanding di mana-mana sekalipun, tidak terikat, dulu nak bertanding ini kawan-kawan kata ini tempat yang sesuai bagi mereka ini. Sekarang ini kita tak terikat, dalam perbincangan kami dengan pimpinan PAS Sabah pun tidak terikat dengan mana-mana parti politik.

“Pihak Pilihan Raya Pusat akan mengkaji kemunasabahan yang dicadangkan itu (lebih 20 Dun dan sekurangnya 4 Parlimen). Mungkin kurang mungkin lebih daripada yang dicadangkan, boleh jadi juga, kita tengok perkembangan-perkembangan yang berlaku sekarang ini,” ujarnya pada sidang media di Pejabat PAS Kawasan Putatan, di sini semalam.

Menurut beliau, kehadirannya bersama jentera itu adalah untuk menyiapkan persiapan umum petugas pilihan raya dari negeri-negeri lain datang membantu sebagaimana pada PRN Sarawak yang lalu.

Katanya, pihak beliau telah mengadakan latihan terakhir pada 28 Januari lalu dan akan terus memantapkan persediaan sebelum hari pembubaran, namun telah bersiap menghadapi gerak kerja lapangan Pilihan raya Negeri itu.

Datuk Mustafa turut menjelaskan bahawa PAS memahami seruan-seruan kenegerian yang berkumandang, tetapi sebagai parti dalam negara demokrasi, PAS bebas untuk bertanding di mana perjuangan PAS bukan untuk satu-satu kaum sahaja.

Tegas beliau, PAS terbuka, bahkan di dalam PAS ada Dewan Himpunan Penyokong PAS yang boleh dikemukakan sebagai calon mengikut kesesuaian. – HARAKAHDAILY 28/2/2017

Sumber HD - 28-2-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Bajau Laut: Kumpulan manusia tanpa negara
Posted on Friday, February 24 @ 20:24:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33712




SEMPORNA: Bajau Laut, sering dipanggil "gipsi laut", merupakan satu-satunya kumpulan manusia di rantau ini yang tidak bernegara.Kumpulan etnik ini yang juga dikenali sebagai Pala'u tinggal di dalam bot atau di pondok yang dibina di atas air, dan sering berpindah randah di perairan Filipina dan Indonesia.

Kehidupan mereka jauh ketinggalan zaman.

Mereka tidak tahu menggunakan jam, dan mengetahui waktu hanya berpandukan kedudukan matahari.

"Kedudukan matahari di timur, bererti pagi bagi mereka. Jika matahari berada di atas kepala, tandanya telah masuk waktu tengah hari.

"Bila matahari bergerak ke barat tandanya telah masuk waktu petang dan seterusnya malam," kata Jaafar Janntul, 41, seorang anggota kumpulan etnik Bajau dari Semporna.

Dalam temu bual dengan Bernama, beliau berkata, anak-anak kumpulan etnik ini tidak bersekolah, kerana itu mereka tidak mahir untuk bertutur atau memahami bahasa Melayu.

Tinjauan baru-baru ini ke atas kehidupan mereka mendedahkan pelbagai perkara yang dilihat agak luar biasa.

"Oleh kerana kebanyakan masa mereka tinggal di laut, malah sejak bayi lagi, maka mereka tidak tahan berada di daratan untuk tempoh yang lama.

"Mereka merasa pening dan mabuk darat," kata Jaafar.

"Mereka juga takutkan haiwan tertentu di daratan seperti anjing," katanya.

Beliau berkata Bajau Laut akan hanya naik ke darat bila ada keperluan seperti untuk membuat bot atau mengebumikan kaum keluarga yang meninggal dunia.

Kumpulan etnik ini merupakan antara perenang dan penyelam paling mahir di dunia tanpa menggunakan alat pernafasan atau kemudahan skuba.

"Mereka mampu menyelam hingga kedalaman 20 meter tanpa menggunakan tangki oksigen, dan mampu menahan nafas di dalam air selama 10 minit," katanya.

Beliau berkata penyelam profesional bersama kelengkapan menyelam hanya boleh menyelam sekali dalam setiap satu jam, tetapi bagi Bajau Laut mereka mampu menyelam berkali-kali ke dasar laut tanpa memudaratkan kesihatan mereka.

Menurutnya, kemahiran menyelam ini menjadikan kumpulan etnik itu pemburu yang mahir di lautan dengan hanya menggunakan lembing untuk menangkap ikan dan udang kara, di samping mencari mutiara dan gamat.

Semua ini terhasil dari amalan kehidupan tradisional mereka di laut.

Jaafar berkata, sejak kecil bayi-bayi Bajau Laut akan direndam ke dalam laut untuk membiasakan mereka dengan air laut serta "sebagai tanda keserasian dan keberanian di laut."



Temuni bayi-bayi itu akan ditanam di dasar laut kerana kumpulan etnik ini percaya roh laut akan menjaga mereka, dan mereka tidak akan mati di laut.

Mengenai bekalan makanan, Jaafar berkata antara makanan asas Gipsi Laut adalah kima iaitu sejenis kerang atau landak laut, dalam bahasa Bajau disebut tehe-tehe.

"Bahan ini mereka makan secara mentah selepas dibersihkan atau boleh juga dimasak," katanya.

-- BERNAMA

Sumber TKO - 24-2-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Jangan heret pihak lain dalam konflik DAP-MCA Sabah

ZULZAIM HILMEE ABIDIN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44288-jangan-heret-pihak-lain-dalam-konflik-dap-mca-sabah

Kenyataan Naib Pengerusi MCA Sabah, Datuk Francis Goh yang cuba mengaitkan pengaruh PAS dalam konflik DAP-MCA adalah terlalu dangkal dan kehabisan modal dalam membuktikan antara kedua parti cina berkenaan, mana satukah yang menjadi pengkhianat kepada masyarakat Cina di Sabah.

Kebimbangan MCA Sabah menyalahkan pengaruh PAS yang melebar di kalangan masyarakat cina sejak pilihan raya yang lepas sehingga mendapat sambutan menggalakkan adalah atas kebijakan pengundi Cina yang membuat pilihan.

Sehingga kini PAS tidak mempunyai masalah dengan masyarakat Cina yang merupakan sebahagian dari rakyat Sabah yang perlu dihargai. Cubaan membuka ruang untuk melagakan antara PAS dan masyarakat Cina di Sabah adalah suatu kerja yang sia-sia.

Pemuda PAS ingin menegaskan bahawa PAS bermusuh dengan DAP dan MCA dalam soal dasar dan politik kepartian. Perkara ini tidak berkaitan hubungan erat PAS dengan pengundi dan masyarakat Cina.

Justeru, Pemuda PAS menyeru kepada semua lapisan masyarakat Cina seluruh negeri agar membuat pilihan bijak menolak politik kebencian yang dimainkan DAP dan MCA pada pilihan raya akan datang.

"Bertekad Melebar Muafakat"

ZULZAIM HILMEE ABIDIN
Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Sabah
15 Februari 2017 | 18 Jamadil Awwal 1438 - HARAKAHDAILY 15/2/2017

Sumber HD- 15-2-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------







Bot karam: Apa jaminan keselamatan pelancong?

ZULZAIM HILMEE ABIDIN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44109-bot-karam-apa-jaminan-keselamatan-pelancong

DEWAN Pemuda PAS Negeri Sabah bersimpati atas tragedi bot karam Katamaran yang bertolak ke Pulau Mengalum dari Jeti Tanjung Aru sehingga menyebabkan berlakunya kematian para penumpang bot yang terdiri dari kalangan pelancong asing baru-baru ini.

Dimaklumkan bahawa daripada 31 orang yang menaiki bot tersebut termasuk penumpang, kru bot dan tekong, tiga orang daripadanya telah meninggal dunia dan masih ada yang belum dijumpai. Ini menunjukkan bahawa kelompangan aspek keselamatan pelancongan telah berlaku.

Selain cuaca buruk dan laut bergelora yang menjadi faktor terhadap berlakunya tragedi, bilangan penumpang yang menaiki bot melebihi muatan dari had yang dibenarkan adalah sesuatu tindakan yang diluar jangkaan yang membahayakan nyawa penumpang.

Selaras dalam usaha membangunkan industri pelancongan di Sabah, langkah drastik dan bertanggungjawab perlu diambil oleh pihak Kementerian Pelancongan dalam usaha menjamin keselamatan perjalanan para pelancong yang melakukan kunjungan khususnya ke lokasi-lokasi tumpuan pelancong di Sabah.

Ini kerana sektor pelancongan negeri mencatatkan peningkatan kadar 5.5 peratus pelancong ke negeri Sabah iaitu dengan jumlah seramai 1,819,627 orang pada tahun 2016 dari tahun sebelumnya. Ia terdiri dari pelancong dari China yang meningkat sebanyak 48.2 peratus, Korea 40 peratus dan Taiwan 27 peratus.

Jaminan keselamatan ini termasuklah menilai kembali SOP, melakukan pemantauan dan penguatkuasaan terhadap segelintir syarikat agensi pelancongan yang hanya memikirkan keuntungan semata tanpa peduli keselamatan para penumpang yang menggunakan perkhidmatan mereka.

Semoga tragedi seumpama bot karam ini tidak lagi berulang kembali dan segala kelemahan yang berlaku dapat diperbaiki oleh semua pihak.

ZULZAIM HILMEE ABIDIN
Timbalan Ketua Pemuda,
Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah – HARAKAHDAILY 31/1/2017

Sumber HD - 31-1-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS sedia bertanding PRN Sabah
Posted on Monday, January 30 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33390



Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, PAS adalah parti berpegang pada prinsip dan dasar Islam yang sentiasa mahu menyebarkan dakwah.

Katanya, berpegang kepada prinsip itu, jika PAS melihat ada ruang untuk menyebarkan dakwah menerusi PRN Sabah, parti itu tidak menolak untuk turut bertanding.

"PAS parti dakwah dan jika ada ruang dan menguntungkan untuk kita berdakwah di sana (Sabah), kita akan masuk (bertanding). "Sekiranya merugikan (tidak ada ruang untuk berdakwah), kita tidak masuk," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee, yang berkata parti pembangkang di Sabah tidak mahu parti pembangkang dari Semenanjung bertanding pada PRN negeri itu.

Beliau berkata, ada pemimpin parti tempatan mahu parti dari Semenanjung seperti PKR, DAP, Parti Amanah Negara, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan PAS memberi peluang kepada mereka untuk bertanding menentang Barisan Nasional (BN) sebelum memberi tumpuan pada PRU-14. Katanya, hasrat itu sudah lama disampaikan termasuk menerusi media.

Che Abdullah berkata, keputusan muktamad sama ada parti itu bertanding atau tidak pada PRN Sabah, hanya akan ditentukan PAS Pusat.

Bagaimanapun, katanya hasrat Teck Lee yang tidak mahu parti pembangkang dari Semenanjung bertanding pada PRN itu, adalah pandangan peribadi beliau sebagai Presiden SAPP.

"Itu pandangan beliau dan bagi PAS, kita melihat dari sudut ruang dakwah," katanya.


Sumber TKO - 30-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









PAS kukuhkan peranan daie di Sabah

IZWAN ABDUL HALIM | .





http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kominiti/43922-pas-kukuhkan-peranan-daie-di-sabah

TANJUNG ARU: Seramai kira-kira lebih 500 orang ahli PAS telah menghadiri program Nadwah Pemerkasaan Du'at (NEKAD) 3.0 yang telah diadakan di Tanjung Aru Plaza, Kota Kinabalu pada hari Sabtu baru-baru ini.

Program yang dianjurkan oleh Lajnah Dakwah PAS Sabah dengan kerjasama Lajnah Dakwah PAS Pusat telah dirasmikan oleh Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Sabah, Ustaz Haji Ag Laiman Hj Ikin dan sebanyak dua kertas kerja telah dibentangkan menyentuh peranan besar PAS sebagai gerakan dakwah di Sabah dan Malaysia amnya.

Wakil dari Lajnah Dakwah PAS Pusat, Ustaz Mohammad Ibrahim @ Mat China dan tokoh dakwah terkenal yang sarat dengan pengalaman, Dr Ann Wan Seng telah dijemput untuk mengisi program NEKAD pada kali ini.

Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Sabah selaku pengarah program, Ustaz Zulzaim Hilmee berkata bahawa kehadiran peserta pada kali ini lebih dari jangkaan sasaran dan sinonim bumi Di Bawah Bayu dengan gelaran 'red carpet of dakwah', maka kita memerlukan lebih ramai yang bergiat dalam arena pembangunan dakwah di Sabah.

"Dalam program kali ini juga, kita cuba untuk memberi suatu ruang penambahan 'skill' dakwah apatah lagi para da'ie di Sabah perlu berhadapan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai suku kaum namun itulah keunikan bumi Sabah yang perlu dimanfaat oleh para pendakwah". – HARAKAHDAILY 16/1/2017

Sumber HD - 16-1-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------











PAS Putatan sumbang bantuan persekolahan

ASRUL SAMAT | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kominiti/43687-pas-putatan-sumbang-bantuan-persekolahan

KOTA KINABALU: Seramai 125 orang kanak-kanak yang terpilih telah menerima bantuan persekolahan dalam program tahunan ‘Jom Kembali Ke Sekolah’ yang dianjurkan oleh PAS Kawasan Putatan, baru-baru ini.

Tujuan utama program itu adalah untuk membantu meringankan beban para ibu bapa yang memerlukan bantuan dalam menghadapi persiapan sesi persekolahan 2017 tidak lama lagi, berikutan kos perbelanjaan untuk anak yang bersekolah pada ketika ini begitu tinggi.

Program itu telah dijalankan di dua tempat berasingan, iaitu di Kampung Sembulan Tengah pada waktu pagi dan di Kampung Tanjung Aru Lama pada sebelah tengah hari.

Antara aktiviti yang telah diadakan dalam program itu ialah slot motivasi kepada kanak-kanak dan ibu bapa yang telah disampaikan oleh dua orang ahli jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Kawasan Putatan, yang juga merupakan pendidik.

Dalam slot motivasi tersebut, kanak-kanak diberikan beberapa tips belajar dan menjadi pelajar yang baik, nasihat dan kata-kata semangat untuk berjaya dengan cemerlang dalam akademik, kemudian dapat menggembirakan ibu bapa serta dalam masa yang sama, tidak melupakan kewajipan sebagai seorang Muslim untuk menunaikan solat dan menjadi insan yang berakhlak mulia.

Sumbangan yang diterima berupa satu set kelengkapan alat tulis, buku latihan dan tudung sekolah bagi penerima perempuan yang telah disediakan oleh pihak Dewan Muslimat PAS Kawasan Putatan.

Sumbangan di Kampung Sembulan telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Cawangan PAS Sembulan iaitu kepada 75 orang penerima, manakala sumbangan di Kampung Tanjung Aru Lama disampaikan oleh Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) kepada 50 orang penerima. - HARAKAHDAILY 27/12/2016

Sumber HD - 27-12-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------













Kerajaan digesa tutup Jalan Sapulut-Kalabakan

ZULZAIM HILMEE ABIDIN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43611-kerajaan-digesa-tutup-jalan-sapulut-kalabakan

DEWAN Pemuda PAS Negeri Sabah menggesa kerajaan negeri menutup jalan Sapulut-Kalabakan yang berisiko tinggi untuk digunakan oleh pengguna jalan raya dan pengangkutan awam yang lain.

Struktur jalan raya yang rosak sehingga mengakibatkan kerosakan pada kenderaan yang melalui jalan tersebut dan lebih menyayat hati, berlakunya tragedi kemalangan yang meragut nyawa orang awam yang menggunakan jalan tersebut.

Penutupan jalan buat sementara adalah perlu sehingga dibaikpulih sepenuhnya dan selamat digunakan oleh pengguna jalan raya. Kerajaan negeri perlu ada pelan terperinci laluan alternatif untuk kenderaan berat agar kerosakan pada jalan raya dan kemalangan membabitkan pertembungan antara kenderaan awam dan jentera berat tidak berulang kembali.

Jika diamati, jalan ini hanya mampu bertahan kira-kira dua tahun sahaja. Jalan Sapulut-Kalabakan ini telah dibuka dan dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman dengan disaksikan Menteri Kerja Raya, Datuk Sri Fadillah Haji Yusof pada 8 Mei 2015.

Ia memakan kos projek RM636 juta untuk pembinaan jalan gravel sepanjang 154 km pada tahun 2004 dan siap pada tahun 2008. Selanjutnya, fasa kedua menaiktaraf jalan gravel kepada jalan berturap bermula pada tahun 2011 sepanjang 145 km dengan kos sebanyak RM270 juta. Kos jalan ini mencecah RM906 juta.

Pihak Jabatan Kerja Raya, kerajaan negeri dan syarikat kontraktor yang berkaitan perlu bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan jalan raya Sapulut - Kalabakan ini berkualiti dan selamat digunakan untuk kepentingan orang awam.

ZULZAIM HILMEE BIN ABIDIN
Timbalan Ketua, Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) – HARAKAHDAILY 19/12/2016

Sumber HD - 19-12-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------















Isu tanah, PAS Putatan sedia beri kerjasama

ASRUL SAMAT | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43296-isu-tanah-pas-putatan-sedia-beri-kerjasama

KOTA KINABALU: Penempatan yang dirobohkan serta pemindahan tempat tinggal menjadi satu kegusaran kepada sebahagian besar penduduk di kampung Sembulan, antara faktor utamanya ialah untuk memberi ruang kepada pembangunan.

Mengambil perhatian yang serius tentang perkara ini, pada 19 November 2016 lalu, Lajnah Tanah PAS Kawasan Putatan telah mengadakan satu perbincangan bersama warga Kampung Sembulan bagi mendapatkan beberapa maklumat penting berkenaan status pemilikan, jumlah keluarga penduduk yang terlibat dan langkah-langkah awal yang telah diambil tindakan oleh pihak keluarga yang terbabit serta pihak komuniti setempat.

Turut hadir dalam pertemuan ringkas tersebut ialah rombongan daripada pihak AJK Lajnah Tanah PAS Pusat Iszuree Ibrahim dan Dr. Abu Bakar serta Pengerusi Lajnah Tanah PAS Negeri Pulau Pinang, Yaakob Omar yang telah berkongsi pengalaman dalam membantu penduduk yang mengalami nasib yang sama, iaitu diarah keluar oleh pemaju dan rumah dirobohkan, seperti yang pernah berlaku di Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan, yang akhirnya mendapat perhatian dan seterusnya diambil tindakan oleh pihak yang bertanggungjawab.

Oleh hal yang demikian, Lajnah Tanah PAS Putatan bersedia untuk memberikan kerjasama dalam usaha untuk membantu penduduk di Kampung Sembulan berkenaan hal ini seperti mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar hartanah dan pengamal undang-undang.

Pada masa yang sama, Lajnah Tanah PAS Putatan memohon kerajaan negeri Sabah untuk mengambil perhatian tentang masalah tanah di Kampung Sembulan. – HARAKAHDAILY 22/11/2016

Sumber HD - 22-12-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

















Di sebalik Banjaran Crocker

Abdul Hisham Othman | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kesatuan-fikrah/43165-di-sebalik-banjaran-crocker


Di Sebalik Banjaran Crocker - Institusi Pendidikan Menyambung Perjuangan

Kata bidalan, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Anak-anak merupakan amanah kepada kita. Merekalah yang akan menyambung perjuangan yang bakal kita tinggalkan. Kegemilangan sesebuah tamadun bangsa dan negara akan dicorakkan oleh generasi yang mempunyai ilmu dan didikan yang sempurna. Ilmu itu sendiri pula berkait rapat dengan disiplin yang tinggi dan akhlak yang mulia.

Sekolah merupakan institusi awal selain keluarga untuk mendidik anak-anak. Banyak wang dan masa yang diperlukan untuk melahirkan seorang insan yang berilmu serta berakhlak mulia. Ibu bapa semestinya mahu melihat kejayaan anak-anak mereka. Namun berjaya di bidang akademik sahaja tidak mencukupi jika anak-anak kita buruk akhlaknya. Mereka berjaya menamatkan pendidikan di universiti, menjawat pekerjaan yang baik tetapi mereka tidak menghormati ibu bapa,  pecah amanah, rasuah dan berbagai salah laku yang lain.

Untuk itu kerajaan telah melatih ribuan guru untuk mengambil tanggungjawab bagi mendidik anak-anak kita agar bijak dan berakhlak mulia. Namun kini suasana pembelajaran di sekolah sangat berbeza. Suasana pergaulan antara rakan juga mula longgar. Sekolah berjaya menghasilkan ramai pelajar yang cemerlang akademiknya tetapi ramai juga di antara mereka yang cemerlang ini terlibat dengan pelbagai salah laku bila tamat pelajarannya.

Tugas para guru makin mencabar.  Disiplin di sekolah mula terabai. Dulu jika anak-anak melakukan kesalahan ibu bapa yang akan menyuruh guru menghukum mereka tetapi kini jika anak mereka dihukum kerana melakukan kesalahan ibu bapa akan menyalahkan para guru. Ada ketikanya sekolah dan jabatan pelajaran juga tidak memberikan pembelaan yang sewajarnya terhadap guru-guru terbabit.

Akhirnya guru-guru mengambil sikap tidak peduli kepada akhlak buruk yang ditunjukkan oleh pelajar yang bermasalah tadi. Maka sekolah yang sepatutnya menjadi institusi untuk mendidik akhlak hanya mampu menjadi tempat mencetak manusia robot. Memiliki kepandaian tetapi kehilangan akhlak dan iman.

PIBG juga seharusnya mampu berperanan membantu pihak sekolah dan guru-guru menangani masalah akhlak dan disiplin yang berlaku sekarang ini. Bukan pula menyalahkan pihak sekolah jika seseorang pelajar yang bermasalah itu di hukum. Semua pihak sewajarnya peka dan berusaha  membantu pihak sekolah menangani masalah disiplin yang kian buruk sekarang.

Hukuman rotan wajar dibenar untuk dilaksanakan semula di sekolah. Kaedah merotan dan jenis-jenis kesalahan yang boleh dihukum dengan rotan harus diperincikan oleh kementerian dengan kerjasama kesatuan guru dan PIBG.  Para pelajar mesti dibentuk untuk berjaya bukan sahaja di dunia tetapi juga mampu menjadi hamba yang beriman kepada Allah SWT.

Kementerian Pendidikan harus menggubal satu akta yang boleh melindungi para guru semasa  mereka bertugas di sekolah. Dalam masa yang sama mengambil kira kebajikan pelajar serta  tanggungjawab ibu bapa terhadap anak mereka semasa di sekolah.

"Sabah Sejahtera"
"Inilah Penyelesaian Kita"

Abdul Hisham Othman
Ketua Penerangan PAS Sabah
Keningau, Sabah
10 Nov 2016 - HARAKAHDAILY 10/11/2016

Sumber HD - 10-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



















PAS Sabah harap Kolej Islam jadi realiti

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43002-pas-sabah-harap-kolej-islam-jadi-realiti

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengharapkan berita gembira bagi masyarakat Islam khususnya untuk pembinaan Kolej Islam di negeri Sabah. Penantian ini sudah terlalu lama.
Berdasarkan hasil penelitian kami, bajet Kolej Islam ini sudah diluluskan sebanyak RM30 juta sejak tahun 2008 lagi. Ianya juga dibincangkan dalam mesyuarat Dewan Undangan Negeri pada waktu itu.

Antara perkara yang dinyatakan pada waktu itu ialah kolej ini akan dibina berhampiran dengan pekan Beaufort dan fasa pertama akan melibatkan kos sebanyak RM5 juta. Fasa pertama sepatutnya siap pada tahun 2010.

PAS Sabah sangat mengharapkan pembinaan kolej ini dapat direalisasikan oleh kerajaan negeri. Setelah lebih kurang lapan tahun peruntukan tersebut diluluskan. Tetapi sampai sekarang masih belum ada tanda-tanda pembinaan ini terlaksana.

Kerajaan negeri sepatutnya memberi penjelasan yang telus terhadap perkara ini. Selain daripada Maahad Tahfiz Wal Qiraat di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), sudah sampai masanya Sabah mempunyai satu lagi institusi pengajian tinggi berteraskan Islam. Ini juga bagi memenuhi kelangsungan pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah agama di Sabah untuk melanjutkan pelajaran peringkat pengajian tinggi.

PAS Sabah yakin akan kemampuan pelajar-pelajar Islam di Sabah. Kolej ini pasti akan dapat meningkatkan semangat kepada anak-anak Sabah untuk meneruskan pengajian dalam bidang agama.

MOHD AMINUDDIN ALING
Pesuruhjaya PAS Sabah - HARAKAHDAILY 27/10/2016

Sumber HD - 27-10-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















Pindaan RUU Akta 355: Shafie Apdal perlu fikir jauh

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42881-pindaan-ruu-akta-355-shafie-apdal-perlu-fikir-jauh

KENYATAAN penolakan atau tidak undi menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Pindaan Akta 355 yang telah dinyatakan oleh Datuk Seri Mohd Shafie Apdal iaitu Presiden parti baru di Sabah, Parti Warisan Sabah (PWS) perlu difikirkan semula oleh beliau untuk mengubah pandang sisi terhadap kepentingan menaiktaraf sistem Mahkamah Syariah melalui pindaan tersebut.

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal perlu memahami bahawa para mufti dan beberapa agensi agama secara sebulat suara meminta agar setiap Ahli Parlimen Islam untuk menyokong pindaan akta ini dan ia perlu diterjemahkan tindakan ke atas perkara ini di dalam Parlimen Malaysia.

Ahli Parlimen di Sabah dan Sarawak perlu mengimbau sejarah berkaitan Akta 355 ini kerana ia diluluskan pada 1965 apabila dibentang oleh Ahli Parlimen dari Sarawak, Tun Rahman Ya'kub pada ketika itu. Manakala, pindaan pertama pada tahun 1984, akta ini telah diluluskan dan disokong oleh Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak.

Sekalipun Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berusaha menangkis punca menolak RUU Pindaan Akta 355 ini dan memilih jawapan kerana ingin fokus mengenai kepentingan masyarakat di Sabah, maka itu bukanlah jawapan yang tepat kerana RUU Pindaan Akta 355 ini juga menjadi suatu yang penting di dalam kalangan masyarakat Bumiputera Islam di Sabah.

Jangan jadikan rakyat sebagai alasan menolak pindaan ini sedangkan hakikatnya para ahli politik menggunakan rakyat utk kepentingan politik kepartian semata-mata.

Sebenarnya, tiada sebab yang ampuh untuk Ahli Parlimen Islam di Sabah menolak RUU Pindaan Akta 355 melainkan kerana terpengaruh dengan persepsi yang dangkal selain meneruskan warisan Umno yang lebih meminggirkan kepentingan agama berbanding politik dalam situasi di Sabah. Pendirian Datuk Seri Mohd Shafie Apdal juga perlu berbeza dengan Ahli Parlimen BN Sarawak yang terang-terangan menolak kerana Parti Warisan Sabah (PWS) bukanlah tertakluk kepada mana-mana pihak apatah lagi sebagai ahli komponen Barisan Nasional.

Justeru, Dewan Pemuda PAS Sabah melalui Gagasan Sejahtera akan terus berusaha agar RUU Pindaan Akta 355 ini terus dimartabatkan untuk mengupayakan kepentingan Bumiputera Islam dan umat Islam secara seluruhnya.

Pemuda PAS bersedia untuk memberikan penerangan dan berdialog bersama para pimpinan yang berjiwa besar untuk melihat keharmonian di dalam negara ini dan semoga Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dapat berfikir semula secara bebas sebagai salah seorang Ahli Parlimen Islam di Sabah untuk menyokong secara tuntas RUU Pindaan Akta 355 ini.

ZULZAIM HILMEE ABIDIN
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Sabah (DPPNS), Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) – HARAKAHDAILY 19/10/2016

Sumber HD - 19-10-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Fakta Baru Skandal Rasuah Jabatan Air Negeri Sabah: 5 Persoalan Panas Kepada Pemerintah Perompak Wang Rakyat Sabah
Posted on Thursday, October 13 @ 19:44:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32008



1) SPRM mahu siasat Musa Aman dan VVIP UMNO-BN lain tetapi Najib Razak tidak benarkan untuk siasat dan tidak benarkan untuk ditahan reman?

2) Hafez Musa iaitu anak Musa Aman terus terbang ke luar negara selepas serbuan SPRM ke atas Jabatan Air Negeri Sabah untuk elak disoal siasat?

3) Ramlee Marahaban (Pembantu Menteri Kewangan Musa Aman) turut terlibat dengan skandal rompakan wang air di Sabah? Benarkah beliau terlibat sama dalam percaturan merompak wang ini kerana syarikat sekutunya telah memonopoli projek air yang diberikan Musa Aman dan Pairin di Semporna?

4) Musa Aman dan konco-konconya ke Putrajaya untuk menghadap Najib Razak bagi menjelaskan duit rompakan wang air yang ditemui SPRM ini adalah untuk kegunaan UMNO-BN pada PRU ke-14? Duit ini dicuri untuk beli tangki biru 1 Malaysia walaupun tiada air bersih?

5) Adakah skandal air ini akan "ditutup" seperti mana skandal duit kayu balak yang melibatkan Raja Korup di Sabah "ditutup" oleh Peguam Negara (AG) dan Maharaja Korup di Putrajaya?

Jawapan kepada lima persoalan panas ini hanya boleh ditemui jawapannya jika UMNO-BN ditumbangkan oleh aku, kau dan majoriti rakyat Sabah pada PRU ke-14.
#TUMBANGUMNOBNPRU14
#TUMBANGMUSAAMAN
#SELAMATKANSABAH
.
JUFAZLI SHI AHMAD
PENGASAS GERAKAN ANAK MUDA SELAMATKAN SABAH
PENGANALISIS POLITIK 


Sumber TKO - 13-10-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
























Hanya iman, taqwa boleh halang rasuah

HARAKAHDAILY | .















http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42750-hanya-iman-taqwa-boleh-halang-rasuah

DEWAN Ulamak PAS Negeri Sabah melahirkan kekesalan dan rasa dukacita yang amat sangat terhadap kejadian rasuah yang terus bermaharajalela dalam kalangan pemimpin dan pegawai tinggi kerajaan. Punca utamanya adalah kerana kehidupan beragama dan keyakinan kepada Tuhan semakin dilupakan.

Saya yakin penghalang utama terhadap penyalahgunaan kuasa adalah kepercayaan kepada Tuhan. Ini telah termaktub secara  jelas dalam Rukun Negara Malaysia yang pertama meletakkan Kepercayaan Kepada Tuhan sebagai prinsip yang pertama.

Prinsip ini perlu dihayati oleh semua pihak khususnya dalam kalangan mereka yang punya kuasa. Agama akan menjadi benteng utama setiap manusia daripada melakukan kesalahan dan perlanggaran hukum.

Asas prinsip pembangunan dan pentadbiran dalam Islam adalah menekankan kepada hubungan manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan Pencipta. Di antara perkara yang boleh membawa kerosakan kepada sesuatu sistem yang sudah dibangunkan adalah kerana rasuah. Oleh kerana itulah Islam dengan jelas menyatakan bahawa 'pemberi dan penerima rasuah adalah ahli neraka'.

Pemimpin dan sesiapa sahaja yang berkuasa mesti menghayati prinsip ini kerana jika hanya mengikut naluri manusia biasa pasti semuanya ingin mengumpul harta sebanyaknya, tetapi jangan melalui rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Saya berharap agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dapat menyiasat kes-kes rasuah ini sampai ke akar umbi. Jangan ada sebarang pilih kasih dalam tindakan. Ini kerana rasuah akan merosakkan sistem yang telah dibina dan yang akan menjadi mangsa pastinya rakyat jelata.

USTAZ MUSTAQIM ALING
Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Sabah - HARAKAHDAILY 8/10/2016

Sumber HD - 8-10-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Rampasan RM114.5 Juta Hanya Sebahagian Kecil Daripada Sebenarnya - CAPS
Posted on Saturday, October 08 @ 07:16:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31950



KOTA KINABALU: Persatuan Hal Ehwal dan Pelindung Pengguna Sabah (CAPS) percaya kes rasuah membabitkan rampasan bernilai RM114.5 juta hanyalah sebahagian kecil daripada isu penyelewengan di negeri itu.

Presidennya James Bagah berkata beliau percaya jika Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat pemeriksaan menyeluruh, akan ada banyak lagi yang terbongkar.


"Saya berpandangan mungkin ini baru sebahagian kecil daripada yang sebenarnya. SPRM perlu melaksanakan tanggungjawab tanpa pilih bulu dan pangkat," katanya kepada Bernama.

James berkata demikian ketika mengulas kejayaan SPRM menahan empat individu, dua daripadanya merupakan masing-masing pengarah dan timbalan pengarah sebuah agensi kerajaan, bagi membantu siasatan berhubung penyalahgunaan kuasa membabitkan projek infrastruktur di Sabah.

Selain wang tunai sebanyak RM114.5 juta, SPRM turut merampas barang kemas bernilai RM3.64 juta, kenderaan mewah yang belum diketahui nilainya serta pelbagai barangan berharga lain daripada kesemua suspek yang kini direman seminggu.

Menurut James, kejayaan SPRM melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada mereka merupakan hadiah kepada rakyat, khususnya pengguna kerana wang sebanyak itu sepatutnya digunakan untuk pembangunan demi faedah rakyat.

Beliau menyifatkan penyalahgunaan kuasa berkaitan projek infrastruktur bernilai berbilion ringgit merupakan rintangan kepada kelancaran pembangunan di Sabah.

"Bagi saya, kita perlukan integriti. Pegawai yang terlibat perlu dipantau secara menyeluruh dari awal bagi memastikan mereka bukan jenis rasuah. Kita lihat latar belakang ketaatan kepada agama mereka.
"Kita perlukan pegawai yang ada perasaan takut untuk melakukan penyelewengan," katanya.

Menurut James, seorang pegawai atasan perlu menunjukkan contoh teladan yang baik kepada orang bawahannya, bukan sebaliknya kerana kesannya tidak sihat kepada sesebuah organisasi atau agensi.

Justeru katanya, SPRM perlu mengambil tindakan tegas dan tidak memilih bulu serta berlandaskan prinsip tiada sesiapapun terkecuali atau boleh mengatasi undang-undang.

-BERNAMA

Sumber  TKO - 8-10-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





























Pegawai SPRM, audit perlu ada dalam jawatankuasa

SALMIYAH HARUN | .


http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42736-pegawai-sprm-audit-perlu-ada-dalam-jawatankuasa

KUALA LUMPUR: PAS Sabah menegaskan mana-mana penawaran tender oleh kerajaan perlu mempunyai satu jawatankuasa atau panel khas bagi mengelakkan berlakunya penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Sabah Dr Aliakbar Gulasan berkata, panel jawatankuasa tersebut perlu dianggotai pegawai Suruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ataupun pegawai daripada Jabatan Audit Negara.

Beliau berkata demikian merujuk kepada kes rasuah terbaru yang menggemparkan negara dua hari lepas melibatkan dua orang pegawai tertinggi iaitu Pengarah dan Timbalan Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah.

Tambahnya,  pemegang jawatan utama tidak perlu terlibat di dalam pembuatan keputusan terhadap penganugerahan sesebuah projek.

"Pihak Eksekutif hanya perlu menyatakan akan kepentingan projek-projek tersebut. Tetapi penawaran tender terdiri daripada satu jawatankuasa atau panel khas, yang dianggotai pegawai-pegawai SPRM ataupun pegawai dari jabatan audit," katanya kepada Harakahdaily.

Selain itu beliau turut mencadangkan agar SPRM diberi kuasa pendakwaan  sepenuhnya bagi mempercepatkan proses guaman dan tidak perlu lagi menunggu pendakwaan daripada Jabatan Peguam Negara.

Melihat kepada karenah birokrasi yang berlaku di dalam negara Dr Ali juga menggesa kerajaan agar mengurangkan sikap tersebut kerana ianya akan menggalakkan rasuah di dalam kerajaan.

Justeru tegas beliau, kerajaan perlu ada satu mekanisma bagi penjawat awam agar tidak terlalu lama memegang jawatan kerana mempunyai kecenderungan untuk menyalahgunaan kuasa.

Pada 5 Oktober, SPRM merampas RM112 juta wang tunai dan wang yang disimpan di dalam bank susulan penahanan dua pegawai kanan Jabatan Air Sabah kerana disyaki menyalahgunakan kuasa, melibatkan RM3.3 bilion dana projek Kerajaan Pusat

Jumlah tersebut merangkumi RM52 juta wang tunai dan RM60 juta lagi dalam akaun bank yang telah dibekukan, menjadikan rampasan terbesar SPRM setakat ini.

Selain wang tunai, turut disita sembilan kenderaan mewah, 94 beg tangan mewah, barang kemas dan jam tangan mewah. – HARAKAHDAILY 7/10/2016

Sumber HD - 7-10-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Rasuah: SPRM perlu giat pantau semua agensi awam

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42729-rasuah-sprm-perlu-giat-pantau-semua-agensi-awam

SUSULAN penahanan dua orang penjawat awam yang terdiri dari seorang pengarah dan timbalan pengarah dari agensi awam yang membawa kepada pembongkaran satu kegiatan rasuah dan rampasan wang tunai kira-kira RM53 juta beserta aset berjumlah hampir RM114.5 juta oleh SPRM membuktikan amalan rasuah dalam kalangan penjawat awam di Sabah berlaku dengan sangat serius.

Tindakan oleh pihak SPRM ini wajar dipuji dalam usaha membanteras jenayah rasuah dalam kesemua aspek agar usaha penyelewengan dapat dihapuskan dan mengembalikan integriti yang diperlukan dalam sektor perkhidmatan awam dan pekerjaan.

Lebih mengejutkan, amalan rasuah ini semakin tenat kerana penahanan ini hanya melibatkan satu agensi namun penyelewengan yang dilakukan memakan sehingga berjumlah ratus juta ringgit dan belum lagi melibatkan agensi yang lain. Cuba bayangkan berapa banyak duit rakyat yang telah dikebas oleh penjawat awam yang mengkhianati amanah dan sepatutnya ia perlu disalur kepada kemajuan infrastruktur untuk dinikmati oleh semua rakyat di negeri ini.

Rasuah dalam membiarkan individu memonopoli projek-projek oleh kroni membawa kepada penyelewengan duit rakyat yang sepatutnya digunakan untuk pembangunan infrastruktur di dalam negeri Sabah perlu dihapuskan. Penyelesaian konkrit seperti penubuhan jawatankuasa khas di peringkat kerajaan negeri untuk memantau proses dan pengagihan projek-projek mengikut SOP dan bebas dari sebarang unsur-unsur rasuah.

SPRM perlu memperluaskan pemantauan ke atas semua agensi awam di bawah kerajaan negeri terutama perkara yang melibatkan projek-projek tertentu agar wujud ketelusan dan memastikan mereka yang terlibat di dalam jenayah rasuah diambil tindakan dengan dibawa ke muka pengadilan.

Umno dan Barisan Nasional perlu bertanggungjawab di atas segala penyelewengan dan salah laku dalam urus tadbir di dalam negeri ini. Pemuda PAS mengajak rakyat Sabah memastikan perubahan perlu dilakukan supaya negeri Sabah tidak lagi dikemudi oleh mereka yang terlibat di dalam rasuah dan ia perlu diterjemahkan di dalam pilihan raya akan datang untuk manfaat semua lapisan masyarakat dalam menuju ke arah negeri yang adil dan sejahtera.

HERRYANTO HASANUDDIN
Ketua Penerangan,
Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) – HARAKAHDAILY 6/10/2016

Sumber HD - 6-10-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------































Jaringan IT Prihatin cadang Sabah lantik 100 pegawai IT

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42709-jaringan-it-prihatin-cadang-sabah-lantik-100-pegawai-it

KOTA KINABALU: Presiden Pertubuhan Jaringan IT Prihatin (JITP) Malaysia, Mohd Shuhaimi Embong mencadangkan Kerajaan Sabah melantik 100 orang Pegawai IT sepenuh masa untuk menyelaras program Teknologi Maklumat (IT) Dun dan parlimen sepenuh masa untuk menjadi pemangkin kepada mengurangkan jurang digital yang berlaku di negeri Sabah.

“Bagaimana jumlah 100 perjawatan IT itu diperlukan dengan mengambil kira seorang pegawai IT bagi setiap dun. Sabah ada 60 dun (akan ditambah 13 dun lagi, menjadi 73 dun) dan 25 parlimen, kata beliau ketika berucap membentangkan cadangannya bertajuk ‘ICT dan Cabaran Jurang Digital’ pada kluster ICT dalam Kongres Rakyat Sabah disebuah hotel terkemuka di Likas.

Sekiranya 1 orang pegawai IT Dun bagi setiap Dun, bermakna 73 orang pegawai IT Dun diperlukan dan ditambah lagi dengan 25 orang Penyelia IT Parlimen (atau mungkin Penolong Pengarah IT Parlimen) bagi mengurus sebanyak 25 Parlimen.

Manakala 2 orang lagi diperlukan sebagai Pengarah dan Timbalan Pengarah IT diperingkat Negeri Sabah untuk membentuk sebuah Jabatan atau Unit Pembangunan ICT Masyarakat. Jadi jumlah yang diperlukan semuanya adalah 100 orang”

“Saya juga turut mengharapkan kerajaan negeri Sabah turut mengambil tindakan yang sama seperti yang dilakukan oleh Kelantan dan Terengganu bagi memberikan peluang kepada graduan Teknologi Maklumat (IT) berkhidmat secara langsung kepada masyarakat,” katanya lagi.

Pertubuhan Jaringan IT Prihatin Malaysia juga berharap Kerajaan Negeri Sabah  mempertimbangkan dan memperbanyakkan program untuk ‘Memasyarakatkan IT’ dengan segera dan benar-benar berharap 1200 komuniti Wifi diluar Bandar seperti yang dirancangkan oleh Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah benar-benar berfungsi dilapangan dan bukannya sekadar angka di atas kertas sahaja.

Pertubuhan Jaringan IT Prihatin juga menyarankan kerajaan negeri dapat mempertimbangkan semula untuk menjadikan Kota Belud sebagai tapak Koridor Raya Multimedia (MSC) Sabah pada fasa ke-4 dalam Gerbang Antarabangsa Malaysia Timur (EM-IIG) yang dibangunkan oleh sebuah syarikat swasta melalui Private Fund Investment (PFI) sebanyak RM 850 juta.

Kenapa MSC tidak dibangunklan di KKIP (Kota Kinabalu Industrial Park) yang telah sedia ada supaya lebih cepat dan kos pun kemungkinan lebih murah kerana sebahagian infrastruktur ICT telah sedia ada. – HARAKAHDAILY 5/10/2016

Sumber HD - 5-10-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

































Warga pendidik diseru hadiri Kongres Rakyat Sabah

HARAKAHDAILY | .




http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42664-warga-pendidik-diseru-hadiri-kongres-rakyat-sabah

KUALA LUMPUR: Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidikan Kebangsaan (Pendidik) menyeru dan menggesa semua warga pendidik untuk hadir ke Kongres Rakyat Sabah yang akan diadakan di Kota Kinabalu pada 2 Oktober 2016.

Presiden Pendidik, Normala Sudirman berkata, selain dari bersama untuk berkumpul bagi berbincang dalam sesi percambahan idea, warga pendidik dapat memahami dengan lebih mendalam kupasan isu semasa dari aspek sosioekonomi dan isu pendidikan dan sebagainya.

Katanya, Kongres Rakyat diadakan bagi menghasilkan pelan 'Tindakan Rakyat' yang berkesan bagi membina negara sejahtera selaras dengan tema kongres iaitu 'Membina Sabah Sejahtera'.

"Peranan warga pendidik amat penting dalam membentuk minda generasi pelapis dan rakyat yang berjiwa merdeka dari segi minda dan jiwa rakyat Malaysia agar dapat membuat anjakan paradigma ke arah gagasan Malaysia Sejahtera," ujarnya dalam satu kenyataan. - HARAKAHDAILY 30/9/2016

Sumber HD - 30-9-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



































Kongres Rakyat Sabah: Membina Sabah Sejahtera

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42626-kongres-rakyat-sabah-membina-sabah-sejahtera

Kongres Rakyat Sabah akan diadakan pada 2 Oktober 2016 bertempat di Likas Square Kota Kinabalu bermula jam 8.00 pagi.

Matlamat utama kongres ini adalah untuk menghasilkan satu pelan tindakan ke arah mewujudkan masyarakat yang sejahtera.

Beberapa objektif digariskan dalam Kongres Rakyat ini. Antaranya adalah untuk menyediakan satu platform untuk membincangkan isu-isu yang berlaku dalam masyarakat.

Antara tema yang akan disentuh pada kali ini ialah keharmonian beragama, perpaduan, pendidikan, belia, pembangunan luar bandar dan ICT.

Panel-panel bagi kongres rakyat ini ialah Sainuri Yahmin (Pengerusi Concern), Ahmad Kambar (mantan Pengarah Jabatan Perpaduan Sabah dan Labuan), Suhaimi Embong (Presiden Jaringan IT Prihatin Malaysia), Azizul Julirin (Persatuan Siswazah Sabah), Shafik Abdul Rahim (Presiden Gamis) dan Nemron Loveh (Kudat Care).

Ucaptama dengan tema Malaysia Sejahtera akan disampaikan oleh Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang juga merupakan Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia.

Selain itu dua tokoh utama nasional juga akan hadir dan berkongsi buah fikiran dalam majlis ini. Mereka ialah Datuk Seri Zakaria Jaafar yang merupakan Presiden Yayasan Pencegahan Rasuah Malaysia dan Mohd Azmi Abdul Hamid yang merupakan Pengerusi Kongres Rakyat Malaysia.

Program ini adalah terbuka kepada orang awam dan masuk adalah percuma. Maklumat lanjut boleh hubungi Saudara Khairul di talian 0111177989.

DR ALIAKBAR GULASAN
Penyelaras Sekretariat Kongres Rakyat Negeri Sabah. - HARAKAHDAILY 27/9/2016

Sumber HD - 27-9-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





































Zika: PAS Sabah gesa adakan solat hajat

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42415-zika-pas-sabah-gesa-adakan-solat-hajat

KUALA LUMPUR: PAS Sabah menggesa semua pihak memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menangani virus Zika yang sedang melanda kita sekarang ini.

Pesuruhjaya PAS negeri, Aminuddin Aling berkata kes Zika sudah menjadi salah satu ancaman kesihatan baru yang memerlukan kerjasama rakyat dan pihak berkuasa.

"Sebelum ini kita hanya mendengar kes ini berlaku di luar negara, tetapi sekarang ianya sudah merebak ke negara kita dan ianya menjadi ancaman kepada semua," ujarnya dalam satu kenyataan.

Menruutnya, perkara paling asas yang perlu dilakukan adalah menjaga kebersihan khususnya pembasmian tempat pembiakan nyamuk.

"Saya merasakan memang agak sukar untuk pihak berkuasa menangani masalah ini secara bersendirian," ujarnya.

Beliau berkata, lebih mudah sekiranya pemilik rumah persendirian memastikan keadaan sekeliling mereka bebas daripada tempat pembiakan nyamuk.

"Memandangkan kes ini sudah menjadi ancaman baru dalam keselamatan semua, maka PAS Sabah juga menyarankan agar seluruh surau dan masjid mengadakan solat hajat bagi memohon daripada Allah SWT untuk menjauhkan kita semua daripada penyakit ini," katanya lagi.

Tambahnya, bagi mereka yang mempunyai iman yang sebenar sekali-kali jangan kita lupa memohon pertolongan Tuhan kerana segalanya datang daripadaNya.

"PAS Sabah akan mengarahkan seluruh PAS kawasan dan cawangan di seluruh Sabah untuk mengadakan solat hajat supaya kita semua dielakkan daripada penyakit yang amat merbahaya ini," katanya. - HARAKAHDAILY 6/9/2016

Sumber HD - 6-9-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------







































Pemuda PAS Sabah teguh bersama institusi mufti

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42403-pemuda-pas-sabah-teguh-bersama-institusi-mufti

PEMUDA PAS menyelar tindakan Naib Presiden PAN, Mujahid Rawa yang mempersoalkan secara tidak bermoral terhadap pandangan yang telah dikeluarkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Al-Bakri berhubung isu RUU 355 yang mempunyai pengalaman dipinda pada tahun 1984. Ini menunjukkan bahawa PAN seolah-olah menjadi 'duri dalam daging' kepada usaha memajukan masyarakat Islam di negara ini.

Pandangan yang dibuat oleh Mufti Wilayah berkaitan RUU 355 melalui Bayan Linnas adalah suatu pendekatan terbaik yang merentasi batas sempadan dan ia perlu diterima baik oleh semua pihak termasuk parti politik, ngo mahupun individu sebagai suatu permurnian pandangan dalam masyarakat.

Walhal, jika ia persoalan teknikal legislatif namun asasnya dalam situasi apapun, ia menjadi tanggungjawab umum kepada setiap umat Islam untuk menyokong dan membantu sebarang kebaikan yang diperlukan untuk agenda 'islah dan tajdid dalam negara.

Seperti diketahui, institusi mufti adalah badan fatwa yang dihormati oleh umat Islam di negara ini. Sebarang perbezaan pandangan perlu dirujuk secara baik kepada mufti terbabit dan tidak wajar pandangan sinis secara terbuka terhadap mufti dikeluarkan atas dasar politik sempit dan tidak puas hati.

Justeru kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Mujahid Rawa hasil sentimen politik sempit telah mencemar usaha murni umat Islam di Malaysia dan dibimbangi inilah bibit-bibit pemikiran orientalis Barat yang cuba menyusup masuk ke dalam masyarakat dengan mengambil kesempatan terhadap ruang-ruang demokrasi di Malaysia.

Pemuda PAS juga menasihatkan PAN agar tidak mengambil peranan pihak-pihak yang cuba menghalang atau mengagalkan usaha terhadap pindaan Akta RUU 355 semata-mata untuk meraih sokongan politik daripada pihak-pihak yang tidak berminat untuk menaiktaraf bidangkuasa Mahkamah Syariah.

Justeru, Pemuda PAS menggesa agar Naib Presiden PAN, Mujahid Rawa untuk memohon maaf secara terbuka kepada pihak Mufti Wilayah Persektuan, Dr Zulkifli Al-Bakri atas kenyataan sinis yang telah dikeluarkan dan semoga perkara seumpama ini memberi pengajaran semua pihak agar tidak melakukan sesuatu yang memberi imej kurang baik kepada institusi mufti di Malaysia.

HERRYANTO HASANUDDIN
Ketua Penerangan,
Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) – HARAKAHDAILY 5/9/2016

Sumber HD - 5-9-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------








































Pemuda LDP, jangan masih berminda di takuk lama

HARAKAHDAILY | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42273-pemuda-ldp-jangan-masih-berminda-di-takuk-lama

SAYA merujuk kepada kenyataan Setiausaha Pergerakan Pemuda Pusat Parti Liberal Demokratik (LDP), David Ong, yang meminta orang ramai khususnya di Sabah untuk memberi respon kepada kempen tandatangan menentang Rang undang-undang Akta 355 yang dibentangkan oleh ahli parlimen Marang, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang.

Kenyataan dan pandangan seumpama ini menunjukkan minda dan pemikiran pemuda LDP khususnya David Ong masih di takuk lama. Beliau harus memahami bahawa rang undang-undang tersebut dibentang berdasarkan saluran demokrasi dan tidak berlaku sebarang percanggahan dengan perlembagaan.

Manakala cadangan rang undang-undang tersebut hanyalah untuk menambah kuasa mahkamah syariah dan ia tidak  berkaitan langsung dengan mereka yang bukan Islam.

Pemuda PAS bimbang dengan kenyataan seumpama ini dan merasakan ia sesuatu yang amat merbahaya untuk masa depan negara.

Pemuda LDP harus memahami bahawa rang undang-undang ini belum lagi dibahaskan di Parlimen. Semua ahli parlimen yang telah dipilih oleh rakyat bebas untuk berbahas dan mengemukakan pandangan tertakluk kepada prosedur.

Pemuda PAS berharap supaya semua pihak tidak menimbulkan sebarang spekulasi jahat terhadap rang undang-undang tersebut kerana ia seolah-olah cuba untuk mencabul hak asasi dan manganggu urusan pentadbiran masyarakat Islam.

Setelah 53 tahun pembentukan Malaysia, sepatutnya minda dan pemikiran rakyat juga hendaklah lebih rasional.

Parti-parti politik khususnya bersifat tempatan sepatutnya lebih bersifat progresif membantu ke arah pembinaan negara bangsa yang lebih harmoni dan aman sejahtera sekaligus mengelakkan daripada mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh memecahbelah masyarakat.

ZULZAIM HILMEE BIN ABIDIN
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) – HARAKAHDAILY 25/8/2016

Sumber HD - 25-8-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------












































Pemuda PAS Sabah seru jauhi aliran pemikiran ekstremis

HARAKAHDAILY | .


 http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42220-pemuda-pas-sabah-seru-jauhi-aliran-pemikiran-ekstremis                                                                                                                                                                                                                                                                                                   BERIKUTAN penangkapan individu terdiri daripada anak muda di beberapa buah lokasi di Sabah yang disyaki terlibat dalam menyokong aliran pemikiran ekstremis atau IS memberi isyarat bahawa pengaruh yang berbahaya ini perlu dibendung oleh semua pihak dengan kadar segera.

Ini merupakan impak negatif daripada siri keganasan dan penindasan yang berlaku di negara-negara Asia Barat yang ditaja oleh kuasa besar.

Maka, golongan muda yang bersemangat mudah bersimpati untuk menyokong fahaman melampau ini khususnya di media-media sosial untuk melakukan tindakan di luar jangkaan di tempat sendiri. Tindakan ini mampu mengugat kesejahteraan dan keharmonian seperti dikehendaki oleh Islam.

DPPNS menegaskan PAS sebagai sebuah kumpulan Islam mengamalkan konsep muwajahah silmiyyah iaitu bekerja untuk Islam secara damai mengikut kerangka sistem demokrasi dan menyeru untuk menolak sebarang fahaman melampau yang bercanggah dengan syariat Islam.

DPPNS berusaha untuk memastikan pengaruh melampau seperti pemikiran IS perlu dibendung agar keutuhan dan kestabilan negeri terus dipertahankan demi menjamin keamanan masyarakat dan mengelak dari dicemari oleh anasir-anasir luar yang membahayakan.

ZULZAIM HILMEE ABIDIN
Timbalan Ketua, Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) – HARAKAHDAILY 19/8/2016
                                                                                                                                                               Sumber HD  - 19-8-2016












































------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------












































PAS Sabah tawar ahli Umno sertai PAS

HARAKAHDAILY | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/headline/41718-pas-sabah-tawar-ahli-umno-sertai-pas

Parti Islam Se-Malaysia(PAS) Sabah menawarkan kepada ahli Umno yang kecewa atas pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir serta penggantungan Datuk Sri Shafei Apdal supaya menyertai PAS.

Berdasarkan laporan media saya difahamkan di Semporna sahaja 300 cawangan Umno dibubarkan termasuk sayap pemuda, wanita dan puteri. Saya beranggapan sudah tiba masanya ahli Umno beralih kepada PAS. Ini kerana perjuangan PAS daripada sejak ditubuhkan mempunyai matlamat yang jelas dan tidak berjaya dipermainkan oleh musuh ataupun kawan.

Saya yakin ramai di kalangan ahli Umno yang tidak suka kepada penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang ada dalam kerajaan sekarang. Tetapi mereka disekat daripada bersuara kerana kesannya seperti yang berlaku kepada Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Mukhriz.

PAS Sabah melihat Umno sudah tidak boleh diubah. Bayangkan orang nombor dua dalam kerajaan dan parti sendiri boleh dipecat hanya kerana menyuarakan soal 1MDB  dan sumbangan RM2.6 bilion.

Saya melihat tempat terbaik ahli Umno adalah beralih kepada PAS. PAS mendidik manusia keseluruhannya supaya berpolitik tanpa melupakan konsep ketuhanan. Hanya dengan rasa bertuhan sahaja dunia ini boleh diurus dengan sempurna.

MOHD AMINUDDIN ALING
Pesuruhjaya PAS Sabah - HARAKAHDAILY 28/6/2016

Sumber HD - 28-6-2016

------------------------------------------------------------------------------

500 Agihan Bubur Lambuk Rakyat Terengganu Di Labuan

Oleh : NM

LABUAN – Persatuan Rakyat Terengganu Di Perantauan Labuan (RTDP WP LABUAN) berjaya mengagihkan sebanyak 500 bungkus bubur lambuk percuma kepada penduduk WP Labuan sempena Program Bubur Lambuk percuma bulan Ramadan yang disediakan di perkarangan masjid Sirajul Islam,Kampung Tanjung Aru.


Program ini ditaja sepenuhnya oleh Semarak Petrol Sendirian Berhad dengan kerjasama ahli jawatankuasa Masjid Sirajul Islam dan JKKK Kampung Tanjung Aru telah dilaksanakan secara gotong-royong yang melibatkan kira-kira 50 ahli RTDP dan ahli jemaah masjid serta penduduk kampung.

Menurut Pengerusi RTDP, Mohd Rapi,kerja-kerja gotong-royong yang bermula jam10.00 pagi itu berjaya menyiapkan tiga buah kawah bubur lambuk bubur lambuk.

“Pengagihan bubur lambuk itu bukan sahaja untuk penyediaan juadah berbuka puasa kepada penduduk kampung tetapi juga dapat merapatkan hubungan sesama masyarakat sekaligus dapat mengimarahkan bulan ramadhan al-mubarak.

“Program yang julung kalinya diadakan dilihat dapat mengeratkan silaturahim dan di kalangan warga kampung dan mencapai objektif masjid”. Ujar beliau.

Sementara itu Ketua Kampung Tanjung Aru, Haji Harun Damit, memberitahu bubur lambuk berkenaan mula diagihkan kepada penduduk kampung selepas sembahyang asar dan berakhir jam 6 petang.

Seorang lagi ahli jawatankuasa program, Encik Muhammad Al Iman bin Mohd Noor memberitahu program sambutan dari penduduk sekitar Wilayah Labuan amat menggalakkkan sehinggakan edaran bubur lambuk terpaksa dihentikan awal dari jangkaan sebenar kerana kehabisan stok bubur lambuk.
Semoga program khairat kebajikan sebegini dapat diadakan lagi pada masa akan datang.

Sumber BO - 15-6-2016

Pan-Borneo: Utamakan kualiti dan kemudahan
















































HARAKAHDAILY | .


PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) Sabah menyambut baik perancangan kerajaan untuk membina lebuh raya Pan-Borneo yang akan menghubungkan Sabah, Sarawak dan Brunei. Walau bagaimanapun, PAS Sabah menyarankan kepada kerajaan agar memberi penekanan kepada beberapa perkara;

1. Pihak kerajaan diminta mengutamakan kepada kualiti pembinaan dan struktur jalan raya. Berdasarkan kepada pemerhatian PAS Sabah, pembinaan jalan raya utama seperti jalan raya Kota Kinabalu-Kimanis-Keningau dan jalan raya Kota Kinabalu-Sepulut-Kalabakan, kerajaan seolah-olah tidak mengambil berat soal kualiti dan keselamatan.

PAS melihat kos jutaan ringgit yang dibelanjakan untuk pembinaan jalan raya seharusnya dimanfaatkan sepenuhnya untuk keselesaan dan keselamatan pengguna. Kebanyakan jalan yang dibina antara 2 hingga 5 tahun sudah mengalami kerosakan.

2. Kerajaan diminta menyediakan kemudahan yang mencukupi untuk keperluan pengguna. Berdasarkan contoh jalan raya Kota Kinabalu-Kimanis-Keningau- Kalabakan, pihak berkuasa tidak menyediakan kemudahan yang sempurna kepada pengguna.

PAS amat berharap kerajaan menyediakan kemudahan yang sempurna seperti kemudahan Rehat dan Rawat (R&R) seperti yang terdapat di lebuh raya di Semenanjung Malaysia. PAS Sabah melahirkan rasa terkilan apabila terdapat jalan-jalan utama di Sabah yang tidak disediakan kemudahan seperti surau, medan selera dan tandas yang sempurna oleh pihak berkuasa.

3. PAS Sabah amat mengharapkan supaya pihak berkuasa menyegerakan penyelenggaraan terhadap sebarang kerosakan yang berlaku ke atas jalan raya yang dibina. Sepanjang pemerhatian kami, kebanyakan jalan raya di Sabah, termasuk jalan-jalan utama tidak diselenggara dengan baik.

Jalan-jalan yang tidak rata dan berlubang seolah-olah sudah menjadi suatu kebiasaan ke atas jalan raya di Sabah. Ini pasti akan mendatangkan kesan negatif khususnya boleh menyebabkan kemalangan.

Akhirnya, PAS Sabah mengharapkan agar peruntukan pembinaan lebuh raya ini digunakan dengan sebaiknya dan pengguna mestilah diutamakan dalam sebarang keputusan yang dibuat.

MOHD AMINUDDIN ALING
Pesuruhjaya
PAS Negeri Sabah
6 April 2016 – HARAKAHDAILY 6/4/2016

Sumber HD -6-4-2016

PAS Sabah gesa mangsa kebakaran dibela

AMIRUDDIN MOHD ROSDI | .


PUTATAN: Empat keluarga mangsa kebakaran rumah pada Mac 2014 yang ditempatkan di Dewan Masyarakat Pasir Putih berkemungkinan akan berpuasa dan berhari raya di sana untuk tahun yang ketiga.

Perkara ini masih lagi tidak mendapat perhatian dan tindakan dari pihak yang berwajib untuk menguruskan tempat tinggal yang tetap kepada mereka. Menurut salah seorang penghuni, mereka tidak mendapat kelulusan untuk mendirikan rumah baru di tapak lama, kemudian kediaman yang dikhaskan untuk mereka di Ketiau juga sehingga kini belum ada perkembangannya.

Beliau menambah, "Kami tiada pekerjaan tetap, saya seorang mekanik kereta, kawan saya tukang kayu. Terus terang, kalau sewa rumah, kami tidak mampu".

Keadaan ini lebih menyedihkan apabila bekalan elektrik di dewan berkenaan sudah dipotong. Ini menyukarkan penghuni khususnya bagi anak-anak yang masih bersekolah dan urusan harian yang lain, terpaksa berpanas tanpa kipas dan bergelap tanpa cahaya lampu pada waktu malam, serta ada beberapa orang warga emas yang sakit, tinggal di dewan tersebut.

Selain itu, kesemua penghuni telah diberikan notis untuk mengosongkan dewan dengan segera untuk memberi laluan kepada kerja-kerja baik pulih dewan, yang dimaklumkan akan digunakan untuk menjalankan program bersama orang kenamaan. Bukankah Putatan kini mempunyai lebih dari tiga buah dewan yang lebih sesuai untuk menjalankan program?

Justeru, PAS Kawasan Putatan menggesa agar pihak yang berkenaan untuk mengambil tindakan sewajarnya, agar penduduk yang kurang bernasib baik ini dapat dibela setelah sekian lama terpaksa tinggal di tempat petempatan sementara. – HARAKAHDAILY 25/3/2015

Sumber HD - 25-3-2016





















































Projek Kesatuan Islam, Adalah Punca Sultan Abdul Hamid II Dijatuhkan

Oleh: Zaiem Al-Hilmee

Kejatuhan sistem Khilafah Daulah Uthmaniyyah secara total pada 03 Mac 1924 merupakan luka yang amat dalam untuk umat Islam. Bahkan sebenarnya tanda kejatuhan Daulah Uthmaniyyah sebenarnya berlaku lebih awal pada tahun 1909H tatkala Khalifah Sultan Abdul Hamid II diusir dari Istana dan dikurung di penjara tua milik Yahudi di Salonika kemudian diganti dengan sultan boneka tajaan Attaturk.

Dosa yang menyebabkan pihak Barat dan Yahudi cuba menghapuskan Sultan Abdul Hamid II dan Daulah Uthmani apabila sultan mengisytiharkan projek “Kesatuan Islam” selain kemahuan Zionis yang ingin memiliki Palestin tidak dipersetujui oleh Sultan. Sultan Abdul Hamid II berkata, “Kenapa kita mesti meninggalkan al-Quds sedangkan ia adalah bumi kita setiap masa dan zaman. Ia tetap akan kekal sebagai bumi kita. Ia adalah bandar yang suci. Ia berada di atas bumi Islam. Al-Quds mesti terus menjadi milik kita”.

Rancangan projek Kesatuan Islam yang dipelopori oleh ulamak, sultan dan tokoh umat Islam samada dari utara, selatan, timur dan barat yang memberikan kesetiaan dan ketaatan kepada Daulah Uthmaniyyah dalam mengadapi perancangan negara-negara Eropah. Ini kerana negara Eropah melakukan pakatan dan konspirasi terhadap Daulah Uthmaniyyah kerana ia sebuah negara Islam. Apatah lagi, beberapa faktor dalaman dan luaran yang menyebabkan Sultan Abdul Hamid II memperjuangkan idea Kesatuan Islam. Sultan Abdul Hamid II percaya dan berkeyakinan bahawa Kesatuan Islam dapat menghalang kemaraan penjajah dan gerakan kristianisasi dalam dunia Islam.
Seruan mengenai penyatuan umat Islam dan pembaharuan umat telah tersebar meluas selepas tahun 1882H. Seruan itu mengajak agar orang-orang Islam di dalam Daulah Uthmaniyyah hendaklah disatukan di bawah pimpinan sultan kerajaan Uthmaniyyah manakala umat Islam yang berada di luar Daulah Uthmaniyyah hendaklah menyokong khalifah kerajaan Uthmaniyyah dalam memperjuangkan kemerdekaan mereka dari kekuasaan Eropah.

Beberapa pendekatan Kesatuan Islam yang dilakukan oleh Sultan Abdul Hamid II antaranya memberi keprihatinan yang tinggi kepada dua Tanah Haram dan Masjid Al-Aqsa, memfokuskan kepentingan tanah Hijaz, pemuliaan dan perlindungan kepada para jemaah Haji, projek landasan keretapi bermula dari stesen al-Akhdar, 760km ke selatan Damsyik hingga ke bandar Madinah Al-Munawwarah, penyebaran kitab-kitab Islam ke seluruh dunia, menggerakkan tariqat-tariqat sufi memenuhi kepentingan idea Kesatuan Islam dan polisi pengaraban Daulah Uthmaniyyah.

Britain berusaha menganggu projek Kesatuan Islam hingga berjaya menjajah benua India, Mesir dan Sudan. Projek landasan keretapi disabotaj. Rusia pula telah melancarkan peperangan terhadap Daulah Uthmaniyyah sehingga berjaya merampas sebahagian wilayah Uthmaniyyah dan membantu penubuhan negara Kristian merdeka seperti Yunan, Serbia, Romania dan Bulgaria pada perang Daulah Uthmaniyyah-Rusia tahun 1877-1879H manakala Perancis pula menawan Algeria dan barat Algeria iaitu Tunisia.

Rancangan menggagalkan Kesatuan Islam telah diputuskan di kalangan negara-negara penjajah dan mereka bersetuju untuk saling memahami dan bekerjasama bagi membahagi-bahagikan bumi milik Daulah Uthmaniyyah. Pihak orientalis dan Kristianisasi meneruskan perancangan untuk menghapuskan rancangan Kesatuan Islam dan menyingkirkan Sultan Abdul Hamid II. Sultan Abdul Hamid II menyedari pihak Salibiyyah bersatu menentang menghadapi Daulah Uthmaniyyah dan baginda berkata, “Serangan Salibiyyah sebenarnya terus berlaku ke atas Daulah Uthmaniyyah, tetapi menggunaan nama dan label-label yang pelbagai”.

Lawrence Brown pernah menyatakan bahaya Kesatuan Islam dan Sultan Abdul Hamid II kepada negara penjajah. Katanya, “Jika umat Islam bersatu di dalam satu negara Islam, mereka boleh membahayakan dunia (kristian), tetapi jika mereka terus berpecah, mereka akan terus tidak mempunyai apa-apa pengaruh.

Idea rancangan Kesatuan Islam ini telah menjadi harapan dan cita-cita umat Islam kini, sehingga terlaksana kesatuan umat yang pernah dilakukan oleh Sultan Abdul Hamid II. Dunia Islam menantikan kehadiran ‘Sultan Abdul Hamid II era moden’ yang meneruskan projek Kesatuan Islam yang pernah memberikan impak besar terhadap dunia Islam pada suatu masa yang lepas.

***Zaiem Al-Hilmee ialah Anggota Sekretariat Asian Federation of Muslim Youth (AFMY) dan Setiausaha Panitia Ijtima’ Kepimpinan AFMY dan AGM Kali Ke-8. Beliau juga adalah Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

Sumber BO - 4-3-2016

Kerajaan jangan terburu-buru ambil pendatang asing

MOHD AMINUDDIN ALING | .


PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) Sabah mengingatkan kerajaan supaya jangan terburu-buru mengambil pekerja asing untuk mengisi sektor pekerjaan dalam negara.

Kelihatan apa yang berlaku sekarang seolah-olah kerajaan lebih mementingkan pekerja luar berbanding dengan pekerja tempatan. PAS  Sabah menyarankan supaya kerajaan hanya boleh mengambil pekerja luar sekiranya telah melaksanakan beberapa perkara berikut:

1. Perlu ada satu penyelidikan akademik yang komprehensif bagi membuktikan keperluan terrhadap pekerja asing dari luar negara. Hal ini kerana, kerajaan tidak boleh hanya mendengar kehendak satu pihak khususnya firma atau sektor ekonomi kerana ditakuti mereka ini lebih mementingkan keuntungan semata mata.

2. Kementerian sumber manusia atau mana-mana pihak yang memerlukan pekerja sepatutnya memberi keutamaan kepada pekerja-pekerja tempatan.

Walaupun mungkin gaji dan perbelanjaan mereka lebih tinggi berbanding pekerja asing tetapi ia amat baik terhadap ekonomi negara untuk jangka panjang.

Ini kerana, kuasa beli dan perbelanjaan pekerja tempatan akan berkisar sekitar dalam negara. Ianya pasti akan memberi kesan positif kepada ekonomi negara.

3. Berdasarkan maklumat semasa, terdapat  pekerja asing yang menimbulkan masalah sosial seperti rogol, pecah rumah, kacau ganggu keluarga dan sebagainya.

Kerajaan perlu menyediakan satu mekanisme yang ketat bagi memastikan pekerja asing yang sedia ada tidak menyebabkan masalah tersebut.

PAS Sabah merasa amat bimbang atas perkara ini. Pekerja asing yang ada sekarang ini pun sering menimbulkan masalah, apatah lagi sekiranya ditambah dengan kemasukan baru.

4. Dalam konteks Sabah, sudah terdapat ramai pendatang asing termasuk pendatang tanpa izin. PAS Sabah melihat, pendatang yang ada sekarang pun telah menimbulkan keresahan kepada penduduk tempatan khususnya berkaitan keselamatan.

PAS Sabah berharap agar kerajaan memikirkan semula rancangan untuk membawa pekerja asing khususnya ke negeri Sabah. Hal ini kerana keputusan yang dibuat hari ini akan memberi kesan jangka panjang khusunya dari segi politik dan sosioekonomi. – HARAKAHDAILY 18/2/2016

Sumber HD - 18-2-2016




















































PAS Sabah saran henti guna polisterin

















































HARAKAHDAILY | .


PAS Sabah menggesa supaya semua program yang dianjurkan oleh parti tersebut di semua peringkat supaya tidak menggunakan sebarang peralatan dan perkakasan yang berasaskan polesterina. Ini sejajar dengan Kempen Katakan TIDAK Kepada Polesterina yang telah dijalankan oleh PAS Pusat.

PAS sebagai sebuah parti politik yang bertunjangkan Islam menyahut seruan ini kerana ia juga sebagai sebahagian daripada tuntutan agama.

PAS Sabah menyarankan supaya kempen ini dimulakan oleh setiap keluarga. PAS Sabah juga berharap semua program anjuran kerajaan atau mana-mana agensi lain supaya mengambil tindakan yang sama.

Masyarakat sudah mengetahui akan bahayanya pengunaan polisterina ini. Cuma tidak terdapat satu kempen yang benar-benar kelihatan bersungguh ke arah mencapai hasrat ini. Masyarakat boleh menggunakan peralatan dan perkakasan alternatif lain khususnya yang berasaskan kertas.

Seluruh masyarakat diminta bekerjasama dalam mencapai matlamat penjagaan alam sekitar yang lebih mapan.

MOHD AMINUDDIN ALING
Pesuruh Jaya PAS SabahHARAKAHDAILY 17/2/2016

Sumber HD - 17-2-2016

PAS gesa Mayor baru Kota Kinabalu utamakan rakyat

HARAKAHDAILY | .


PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan tahniah pada Datuk Yeo Boon Hai atas perlantikannya sebagai Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) yang baru. PAS berharap Datuk Yeo akan terus memimpin DBKK ke arah kecemerlangan dan mesra rakyat.

PAS melihat Kota Kinabalu berkembang secara pesat dari segi fizikal dan infrastruktur. Cuma yang banyak menjadi persoalan kepada masyarakat dan pengguna adalah soal kualiti terhadap setiap elemen pembangunan yang dilaksanakan.

PAS Sabah memahami terdapat banyak agensi yang terlibat dalam menjalankan aktiviti pembangunan di Kota Kinabalu. Walau bagaimanapun, kami yakin DBKK mempunyai bidang kuasa yang lebih besar berbanding agensi lain. PAS Ingin mencadangkan beberapa perkara:

Pertama; Pembinaan gerai jualan yang lebih sempurna untuk keperluan masyarakat. PAS melihat  terdapat kecenderungan yang agak ketara terhadap aktiviti perniagaan dan keusahawanan dalam masyarakat. Sebahagian mereka terpaksa mendirikan gerai-gerai kecil di tepi-tepi jalan. PAS melihat ini satu kecenderungan yang amat baik. Cuma pihak DBKK perlu menyediakan tempat khas yang lebih sempurna dan menampung lebih ramai peniaga kecil dan usahawan.

Kedua; DBKK perlu perbanyakkan program yang berasaskan keilmuwan dan pembangunan sahsiah masyarakat. PAS mencadangkan DBKK boleh menjemput parti-parti politik dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan untuk bekerjasama bagi membincangkan perkara berkaitan kemasyarakatan, kesedaran dan pembangunan masyarakat. PAS yakin kerjasama sebegini akan melahirkan natijah yang positif. Dalam hal ini PAS bersedia pada bila-bila masa bekerjasama dengan pihak DBKK.

Ketiga; PAS melihat pihak DBKK perlu menaik taraf dan menambah baik kualiti surau-surau di kawasan komersil dan taman-taman rekreasi. Terdapat surau di kawasan pusat membeli belah yang berada di kawasan letak kereta yang agak jauh dan boleh membahayakan keselamatan pengguna.

Begitu juga dengan taman-taman rekreasi. Kami mendapati taman-taman rekreasi tidak disediakan kemudahan surau atau tempat beribadah. PAS berkeyakinan penuh, masyarakat yang patuh kepada Tuhan mereka akan mempunyai sahsiah dan moral yang baik.

Keempat; PAS melihat beberapa kawasan utama di Kota Kinabalu perlu dibina jejantas untuk keselamatan pengguna dan masyarakat. Kesan pertambahan penduduk dan perumahan di kawasan Kota Kinabalu menyebabkan keperluan mengubahsuai struktur jalan semakin penting.

Sering kali kelihatan pengguna jalannraya yang terpaksa melintas jalan dalam keadaan yang merbahaya. Sebagai contoh beberapa kawasan seperti di Universiti Apartment dan Universiti Condo Apartment Jalan Sepanggar yang sudah beberapa kali menyebabkan kemalangan.

PAS Sabah berharap, Mayor yang baru akan terus berusaha kearah menjadikan DBKK melaksanakan pembangunan dengan meletakkan keperluan masyarakat sebagai keutamaan yang paling tinggi.
Sekian.

MOHD AMINUDDIN ALING
Pesuruhjaya PAS SabahHARAKAHDAILY 4/2/2016

Sumber HD - 4-2-2016




Jangan Sewenangnya Melabel Pendakwah Sebagai Daesh

Posted on Thursday, January 28 @ 22:20:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya". [Surah Ali Imran ayat 104]

1. Dewan Pemuda PAS Sabah (DPPNS) memandang serius fitnah yang berlegar melabel para pendakwah khususnya dari jamaah tabligh yang melakukan aktiviti ziarah sebagai Daesh ataupun pengganas oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Perkara yang didakwa berlaku di kawasan pedalaman iaitu daerah Tambunan sangat dikesali.

2. DPPNS berpandangan ini merupakan suatu tindakan yang tidak wajar dan berusaha memberi persepsi negatif terhadap para pendakwah khususnya jamaah tabligh. Seperti yang diketahui umum, jamaah tabligh yang diasaskan oleh Maulana Ilyas al-Kandahlawi di India dan telah bertahun-tahun melakukan aktiviti rutin iaitu kunjungan ziarah ke rumah orang-orang Islam.

3. DPPNS sebagai sayap gerakan dakwah PAS di Sabah berpendirian bahawa aliran pemikiran Daesh tajaan Barat bukan daripada Islam kerana Islam melarang konsep yang melampau dan kita mengharapkan agar tiada pihak di Sabah khususnya anak muda terlibat dalam menyebar fahaman melampau tersebut.

4. Masyarakat khususnya di pedalaman Sabah disaran perlu merujuk kepada pihak berkuasa atau Jabatan Agama Negeri terlebih dahulu sebelum membuat andaian dan tindakan melulu supaya kegelisahan dalam masyarakat beragama dapat dielakkan.

5. DPPNS menggesa agar pihak JHEAINS memberikan jaminan keamanan kepada mana-mana pihak yang melakukan aktiviti-aktiviti penyebaran dakwah Islam khususnya di dalam masyarakat agar isu yang sedemikian tidak berulang kembali.

Sekian.

“Sabah Sejahtera”
“Beristiqamah Hingga Kemenangan”

ZULZAIM HILMEE BIN ABIDIN
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS)

Sumber TKO - 28-1-2016 

Penyanyi 'wanita' serah diri

Posted on Saturday, January 23 @ 22:42:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



KOTA KINABALU: Lelaki menyerupai wanita yang dirakam menyanyi bersama kumpulan buskers sambil sebahagian payu daranya terdedah, menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, petang tadi.

Suspek berusia 24 tahun itu menyerah diri pada jam 4.30 petang sambil ditemani bapanya sebelum dia ditahan untuk siasatan lanjut termasuk merekodkan percakapannya.


Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra, berkata hasil soal siasat suspek mengaku ke pusat beli-belah Suria Sabah di sini jam 6.30 petang pada 16 Januari lalu bersama dua rakannya.

Katanya, suspek yang bekerja di sebuah salun mengaku nampak sekumpulan buskers membuat persembahan di depan pintu masuk Suria Sabah lalu secara sukarela menyanyi bersama kumpulan berkenaan.

"Suspek telah menyanyi lagu 'I'm Yours' lebih kurang tiga minit. Selepas menyanyi dia terus beredar bersama rakannya.

"Menurut suspek lagi, pihak pengurusan Suria Sabah dan kumpulan buskers tiada kaitan dengannya kerana dia menyanyi tanpa persediaan awal atau jemputan serta tidak menerima apa-apa bayaran.

"Punca suspek menyanyi pada hari kejadian hanya untuk bersuka ria dan tiada motif lain," katanya di sini, sebentar tadi. Chandra berkata, suspek kemudian dibebaskan dengan jaminan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 294 Kanun Keseksaan kerana melakukan persembahan lucah.

Berdasarkan video aksi `wanita' itu yang tersebar di laman sosial sebelum ini, dia dipercayai menyanyi sambil diiringi sebuah kumpulan buskers dengan orang ramai merakam persembahannya.


Sebelum ini, Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Abidin Madingkir, berkata beliau sudah meminta pegawainya menyiasat kejadian itu yang sepatutnya tidak berlaku khususnya di lokasi tumpuan orang ramai.

Sumber TKO - 23-1-2016















































Gempa kuat di Kalimantan dirasai di pantai timur Sabah

BERNAMA | .

TAWAU: Gempa bumi kuat berukuran 6.2 pada skala Richter yang melanda Kalimantan, Indonesia pada 2.47 pagi ini turut dirasai di beberapa daerah di pantai timur Sabah termasuk Tawau, Kunak, Semporna dan Lahad Datu.

Menurut portal Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa itu ialah 3.6 darjah utara dan 117.6 darjah timur, kira-kira 33 km ke utara Tarakan dan 96 km barat daya Tawau.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Tawau Mohd Razali Ag Ahmad berkata pihaknya menerima maklumat kecemasan itu pada 2.51 pagi.

"Sebaik mendapat maklumat, anggota kami terus mengadakan pemantauan di sekitar bandar Tawau serta mendapat laporan mengenai keretakan bangunan (Projek Perumahan Rakyat Sri Apas) Batu 8, Jalan Apas," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, setelah membuat pemeriksaan, anggota bomba mendapati tiada keretakan serius sebaliknya hanya tampalan semen terkupas sedikit pada satu daripada bahagian di bangunan itu.

"Gegaran kuat juga dirasai di kuarters bomba menyebabkan kami terpaksa membunyikan siren kecemasan dan membuat pengumuman supaya semua penghuni mengosongkan bangunan," katanya.

Seorang suri rumah yang enggan namanya disiarkan berkata ketika kejadian dia baru sahaja mahu melelapkan mata dan gegaran itu menakutkan mereka sekeluarga.

"Ketika berbaring kami merasa seolah-olah dalam perahu dihayun ombak. Barang-barang dalam bilik seperti almari baju serta baju yang tergantung semuanya bergoyang," katanya.

Pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah di Semporna, Nurdin Ajirul pula berkata dia terbangun ketika merasa rumahnya bergoyang.

"Saya ingat anak terlanggar pintu bilik. Saya juga hairan mengapa piring (pinggan) dalam almari berlaga antara satu sama lain dan berbunyi. Anak-anak saya ketakutan," katanya.

Sementara itu, Mukhtar Alwi yang sedang melawat anggota keluarganya di Sungai Pancang (Pulau Sebatik) Indonesia berkata masyarakat di kampung itu turut menyedari gempa berkenaan.

"Kami rasa seperti menaiki bot yang sedang mengharungi ombak di laut namun tiada rumah yang rosak akibat gempa itu (di sini)," katanya.

Pada 7 Jun 2013 gempa bumi sederhana berukuran 4.9 pada skala Richter yang berkedudukan 31 km di barat laut Tarakan dan 118 km barat daya Tawau berlaku pada 3.23 pagi. - Bernama

Sumber HD - 21-12-2015




Persembahan Silat Pengantin, Persilat Tertikam Keris Membawa Ajal

Posted on Sunday, December 20 @ 23:07:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=QyTEd7U4nUE


Tragedi tikaman keris maut tepat di dada ketika persembahan silat di Kampung Patau-Patau, Labuan. Menurut maklumat yang menikam tersebut adalah sepupunya sendiri yang juga rakan sebaya.

Mohd Amil, 17 tahun pelajar kolej dibawa ke hospital tetapi meninggal sejurus sampai di sana.

Kredit:
Lensa Hunterz 


Sumber TKO - 20-12-2015















































Bukan setakat khalwat, syariat pun G25 tentang
















































ABDUL HISHAM OTHMAN | .


SAYA merasa dukacita dan kecewa dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Noor Farida yang mewakili kumpulan G25. Mutakhir ini terdapat banyak desakan dan komen-komen negatif yang dilontarkan oleh mereka yang jahil berkenaan Islam terhadap Islam, amalan dan umat Islam itu sendiri.

Dalam isu khalwat yang diutarakan oleh G25, mereka berpaksikan kepada hak asasi manusia, malangnya G25 barangkali terlupa bahawa undang-undang atau hukum yang mereka sentuh itu berkenaan dengan kesalahan yang dilakukan oleh orang-orang Islam.

Maka setiap orang Islam tertakluk kepada hak dan undang-undang Islam. Saya tidak mengatakan undang-undang syariah yang sedang dilaksanakan oleh jabatan-jabatan agama di Malaysia ini adalah menifestasi kepada undang-undang yang Allah turunkan melalui al-Quran tetapi selagi hukum di dalam al-Quran belum dapat dilaksanakan maka menjadi tanggung jawab kerajaan untuk memastikan satu undang-undang diwujudkan bagi mengawal kesalahan-kesalahan yang mungkin dilakukan oleh umat Islam.

Atas dasar itulah saya melihat Datuk Noor Farida yang membawa suara bekas kakitangan awam (G25) sebenarnya telah mencerobohi hak asasi umat Islam di Malaysia.

Apakah G25 hanya melihat hak asasi segelintir penganut Islam yang mahu merobohkan benteng keimanan mereka namun gagal melihat hak asasi majoriti umat Islam yang mahu mempertahankan keimanan seluruh umat sebagaimana yang diajarkan oleh Islam.

Apakah G25 buta untuk melihat bahawa mereka yang dilahirkan dalam keluarga Islam tertakluk kepada hak dan peraturan-peraturan Islam. Islam melarang sama sekali umatnya mendekati pintu-pintu perzinaan apatah lagi melakukannya.

Malah hukuman terhadap orang yang melakukan zina dalam Islam termasuklah disebat sehingga seratus kali dan jika sudah berkahwin direjam sampai mati.

Apabila PAS mahu melaksanakan hudud untuk mencegah jenayah manusia kepada Allah. Mereka juga yang menyanggahnya dengan pelbagai bicara derhaka. Tujuan hudud adalah untuk mencegah dan memberi keadilan kepada hak manusia dan hak Allah.

Anehnya makhluk manusia yang Allah ciptakan ini, sedangkan belakang kepala sendiri gagal untuk dilihat oleh biji mata yang terletak di kepala berani lagi menyanggah dan menderhakai Allah, Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta isi antara kedua-duanya.

Mengikut edisi keempat kamus dewan, khalwat bermaksud berdua-duaan ditempat terpencil atau tersembunyi, antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram dan bukan pula suami isteri yang boleh menimbulkan fitnah dan dianggap sebagai satu perbuatan yang sumbang.

Saya ingin bertanya kepada Datuk Noor Farida dan G25. Adakah melakukan sesuatu perbuatan sumbang yang boleh membawa kepada perzinaan, kemungkinan boleh menyebabkan mengandung anak luar nikah. Kemungkinan boleh menyebabkan si lelaki meninggalkan wanita yang mengandung itu sendirian. Kemungkinan wanita yang mengandung tadi menggugurkan kandungan dan menyebabkan ia mati. Kemungkinan wanita itu mengambil jalan singkat membuang bayi hasil hubungan perzinaan itu di jalanan.

Adakah hak asasi ini yang kamu perjuangkan. Adakah kamu akan membenarkan anak dan cucu kamu juga berada dalam situasi ini atau kamu hanya mahu hak ini kepada orang lain tetapi akan melarang anak atau cucu kamu dari melakukannya.

Saya mengambil kesempatan ini sebagai satu daripada dakwah saya, berpalinglah daripada menjadi pengikut hawa nafsu yang tidak mengenal Allah dan berpeganglah dengan apa yang Nabi SAW tinggalkan kepada kita.

Janganlah berkerja, berbicara malah berfikir untuk meruntuhkan Islam atas apa nama sekalipun. Tiada apa yang berada pada tubuh manusia itu haknya melainkan dipinjamkan oleh Allah sebagai ujian semata-mata. Hak yang sebenar adalah apabila anak adam itu mampu mematuhi hak Allah. – HARAKAHDAILY 8/12/2015

Penulis ialah Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS Negeri Sabah

Sumber HD - 8-12-2015


PAS Kawasan Batu Sapi, Sandakan Laksanakan Kempen Beli,Baca &Beri Harakah

Posted on Sunday, December 06 @ 12:01:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh anaqsabah


SANDAKAN- 6 Dis 2015 :  Kempen Beli, Baca dan Beri (3B) Harakah hari ini dilancarkan oleh PAS Kawasan Batu Sapi dan dibantu oleh Unit Amal Zon Sandakan  bertempat di sekitar kawasan Bandar Sandakan. 

Edaran diketuai oleh Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah, Puan Norsah Bongsu yang juga merupakan Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Batu Sapi dengan dibantu oleh Pengarah Jabatan Amal Negeri Sabah, Saudara Masru Abdullah, ahli unit amal dan exco dewan harian pemuda dan muslimat PAS Kawasan Batu Sapi.



Kempen ini dilaksanakan dengan membahagikan secara percuma ratusan naskhah Harakah di samping bertanya khabar dan bertukar-tukar pandangan berhubung isu-isu politik dan perkembangan semasa tanah air.



Kempen ini akan dijalankan setiap bulan di sekitar kawasan Sandakan khususnya di parlimen Batu Sapi bagi membantu aktiviti penerangan khususnya berkaitan dengan maklumat sebenar berhubung PAS yang sering dikelirukan oleh sumber-sumber yang tidak bertanggungjawab. 



6 Dis 2015/ 10.12am
Sumber TKO - 6-12-2015

Nahas bas ekspres: PAS Sabah ucap takziah

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: PAS Sabah merakamkan takziah kepada seluruh anggota keluarga mangsa  yang meninggal dunia dalam kemalangan Bas Ekspress Salam Bumimas Tawau-Kota Kinabalu, semalam.

Kejadian membabitkan bas dan sebuah kereta yang menjunam ke dalam gaung di Jalan Riau-Ranau mengakibatkan seramai tiga orang terkorban, dua lelaki dan seorang perempuan.

Pesuruhjayanya Aminuddin Aling menggesa agar aspek keselamatan dapat dipertingkatkan demi keselamatan semua pengguna jalan raya di kawasan tragedi berkenaan pada masa hadapan.

"Di samping, ‘Post mortem’ secara telus dan terperinci wajib dilaksanakan segera bagi mengenal pasti punca sebenar nahas tersebut," katanya dalam satu kenyataan.

PAS Sabah menerusi laporan pasukan Bomba Sabah mengenalpasti, seramai tiga orang mangsa, dua lelaki dan seorang wanita, telah meninggal dunia ditempat kejadian akibat  tersepit dengan kereta.

Kesemua mangsa termasuk Pemandu Bas dan penumpang dipercayai seramai 23 orang mengalami pelbagai kecederaan dan telah berjaya dinaikkan dari gaung dan dihantar ke hospital berdekatan iaitu di Hospital Ranau, Kota Belud dan Tuaran. – HARAKAHDAILY 2/12/2015

Sumber HD - 2-12-2015















































Lebuh raya Pan Borneo elak kemalangan berulang

















































ZULZAIM HILMEE ABIDIN | .


Dewan Pemuda PAS Sabah menggesa Lebuh raya Pan Borneo yang dibentangkan di dalam Bajet 2016 baru-baru ini untuk dilaksanakan secara lebih agresif bagi mengurangi statistik kemalangan jalan raya dan tidak sebagai gula-gula pilihan raya.

Berita kemalangan terbaru yang berlaku melibatkan sebuah bas ekspress di Jalan Kiau-Ranau sangat menyayat hati.

Dimaklumkan, kemalangan tersebut melibatkan 28 orang termasuk penumpang, konduktor bas dan pemandu.

Merujuk kepada statistik yang diberikan oleh Kementerian Pengangkutan, sebanyak 140 kes kemalangan yang melibatkan bas telah berlaku sejak tahun 2007 iaitu dalam tempoh 8 tahun.

Secara purata 18 kes kemalangan yang melibatkan bas berlaku setiap tahun di negara kita. Ini adalah satu angka yang sangat memeranjatkan dan menggerunkan.

Indeks kematian jalan raya iaitu 2.88 seperti yang ingin dicapai oleh pihak Kementerian Pengangkutan perlulah ditekankan melalui beberapa aspek iaitu melalui penguatkuasaan (enforcement), kejuruteraan (engineering), persekitaran (environment) dan penilaian (evaluation).

Keadaan geografi dan muka bumi di kawasan Ranau yang berada di kawasan pergunungan perlu kepada penilaian semula dari aspek peningkatan keselamatan untuk mengelakkan kejadian seumpama berulang.

Kerajaan juga perlu membentangkan lebih terperinci perlaksanaan Lebuh raya Pan Borneo kepada rakyat Sabah seperti yang dicanang-canangkan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional agar rakyat menikmati kemudahan sewajarnya setelah dipinggirkan sekian lama. - HARAKAHDAILY 1/12/2015

Penulis ialah Timbalan Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah.

Sumber HD - 1-12-2015

PAS Sabah rakam tahniah kepada Sakaran

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: PAS Sabah merakamkan ucapan tahniah kepada Tun Sakaran Dandai yang  telah memenangi kerusi sebagai Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Usia) yang baharu, semalam.

Sehubungan itu, PAS Sabah berdoa agar amanah yang besar ini akan dapat dipikul oleh beliau dengan taufik dan panduan dari Allah SWT.

"PAS Sabah berharap pelantikan ini akan memastikan kesinambungan dan kecemerlangan pentadbiran USIA sejak didaftarkan pada 10 Oktober 1969 untuk manfaat umat di Sabah khasnya dan buat masyarakat keseluruhannya," ujar Pesuruhajaya PAS negeri, Aminuddin Aling dalam satu kenyataan.

Tambahnya, PAS Sabah juga akan memberikan kerjasama berterusan kepada Yang Dipertua Usia melalui Dewan Ulamak dan lujnah-lujnah  yang ada dalam usaha dakwah yang dijalankan untuk memastikan khidmat yang terbaik kepada rakyat di negeri Sabah terus dilaksanakan.

PAS Sabah juga, katanya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Dipertua Usia di atas komitmen untuk memartabatkan syiar Islam di negeri itu.

"Semoga Allah SWT melimpahkan kebaikan dan rahmat-Nya di atas khidmat usaha beliau selama ini," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 30/11/2015

Sumber HD - 30-11-2015

































































Muslimat PAS Sandakan Bantu Mangsa Kebakaran

Posted on Monday, November 23 @ 00:27:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh anaqsabah

MUSLIMAT PAS SANDAKAN BANTU MANGSA KEBAKARAN KG. BATU 2 ½


SANDAKAN : 2 buah keluarga mangsa kebakaran Kg Batu 2 ½ dekat Petronas di sini mendapat perhatian Dewan Muslimat PAS Sandakan apabila mereka diberi bantuan kebajikan petang tadi



Bantuan kebajikan yang terdiri daripada barangan keperluan harian serta pakaian terpakai itu disampaikan oleh Ketuanya, Pn Norfaezah Junaidi dan turut menyampaikan sumbangan ialah YDP PAS Sandakan, Sdr Sahar Majid.



Berucap dalam majlis ringkas itu, Norfaezah yang turun bersama Exconya melahirkan rasa simpati mewakili PAS Sandakan atas musibah yang menimpa dua buah keluarga tersebut. 



"PAS terpanggil untuk memberi bantuan sekadar yang mampu apabila mendapat berita musibah ini, walaupun bantuan ini hanya sedikit tapi sekurang-kurangnya dapat menceriakan keluarga yang terlibat," kata Norfaezah lagi.



Kebakaran yang belaku pada petang semalam itu telah memusnahkan 2 buah rumah dan kini mangsa hanya menumpang rumah keluarga berdekatan sebagai tempat berteduh sementara.



=====================



Langganilah channel telegram PAS Sandakan di telegram.me/passandakan secara PERCUMA untuk mendapatkan info sahih dan pantas! Sebarkan



Sumber TKO - 23-11-2015


Geng Abu Sayyaf Bebaskan Seorang Tebusan

Posted on Tuesday, November 10 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



SALAH seorang daripada dua tebusan yang ditahan geng Abu Sayyaf dilapor telah dibebaskan, malam semalam.

Memetik laporan The Star, pengurus sebuah restoran di Sandakan, Thien Nyuk Fun, 50 dibebaskan dan sudah selamat kembali ke kampung halamannya selepas hampir enam bulan ditahan kumpulan pengganas itu.

Difahamkan wakil dari kedua-dua negara, Malaysia dan Filipina masih lagi berunding untuk pembebasan seorang lagi tahanan, Bernard Then, 39, yang berasal dari Sarawak.

Thien dan Then diculik ketika berada di Restoran Ocean Seafood, Sandakan, 15 Mei lalu.

Menurut sumber maklumat dari Filipina, Thien yang ditahan komander Abu Sayyaf, Indang Susukan telah dibebaskan oleh seorang lagi komander, Al Habsy di Jolo sekitar jam 11 malam semalam.

Thien dilaporkan kembali ke pangkuan keluarga selepas melalui lapan jam perjalanan menaiki bot laju ke Sandakan.

Kini keluarga Then berharap dia juga akan segera dibebaskan dan proses perundingan masih berjalan untuk tujuan itu. – MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 10-11-2015

KM Sabah sahkan seorang tebusan Sandakan dibebas

BERNAMA | .


KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman hari ini mengesahkan pembebasan Thien Nyuk Fun, satu daripada dua suspek yang diculik di restoran makanan laut di Sandakan pada Mei lepas.

Sambil menzahirkan kelegaannya, beliau berkata pembebasan pengurus wanita Restoran Ocean Seafood berusia 50 tahun yang diculik di premis itu, adalah hasil rundingan beberapa bulan serta usaha bersepadu pihak berkuasa daripada pelbagai peringkat.

"Saya berterima kasih kepada mereka (pihak berkuasa) yang bekerja keras untuk membawa pulang Thien.

"Pada masa sama, saya menyeru pihak berkuasa untuk sentiasa berjaga-jaga dan memastikan sempadan negara tidak diceroboh," katanya dalam satu kenyataan.

Thien diculik bersama seorang pelanggan, Bernard Then Ted Fen, 39, dari Sarawak pada 14 Mei lepas oleh empat lelaki bersenjata yang menyerbu restoran itu kira-kira pukul 7.45 malam. - Bernama

Sumber HD - 9-11-2015



Lagi insiden bogel di Sabah?

Posted on Wednesday, October 21 @ 19:02:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Selepas insiden beberapa orang pelancong berbogel di puncak Gunung Kinabalu, sekali lagi insiden yang sama berlaku di Sabah yang menyinggung perasaan warga tempatan.

Ketua Polis Semporna, Supt Peter Umbuas mengesahkan, pihaknya menerima laporan mengenai gambar bogel yang dipercayai pelancong dari China yang tersebar di media sosial.

"Kami telah menerima laporan daripada orang awam mengenai perkara itu dan siasatan sedang dijalankan mengenainya," katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.

Sementara itu, Pegawai Daerah Semporna Dr Chacho Bullah ketika dihubungi berkata, gambar yang disebarkan itu memaparkan seorang perempuan bersama tujuh orang lelaki berbogel dan sekeping lagi gambar memaparkan seorang pelancong lelaki bersama tiga wanita separuh bogel di Pulau Sibuan, Sabah.

Pulau Sibuan adalah di antara 50 buah pulau di bawah Taman Laut Tun Mustapha (TMP),

berkeluasan 1.02 juta hektar yang juga bakal diiktiraf sebagai kawasan perlindungan marin terbesar (MPA) dan taman laut biodiversiti yang pertama di Malaysia.

"Apa yang mereka lakukan adalah sangat tidak bertamadun dan menyinggung perasaan penduduk kampung tradisi yang majoritinya beragama Islam di kawasan itu.

"Ini adalah kejadian yang pertama berlaku di kawasan ini dan saya benar-benar berharap ia akan menjadi yang terakhir," kata Dr Chacho dengan menambah, kejadian itu dilaporkan berlaku pada 18 Oktober lalu.

Katanya, surat rasmi telah dihantar kepada pihak Taman Laut Sabah untuk menyiasat insiden itu yang dilampirkan bersama laporan daripada Persatuan Pengusaha Syarikat Pelancongan Tempatan Semporna.

"Tingkah laku mereka ini telah mencemarkan imej di daerah ini dan saya percaya gambar-gambar itu disebarkan menerusi WeChat.

"Saya serahkan perkara ini kepada pihak polis untuk menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya kepada mereka yang terlibat," katanya.

Pada 30 Mei lalu, sekumpulan 10 orang pelancong mengambil gambar bogel di puncak Gunung Kinabalu dan seminggu kemudian berlaku kejadian gempa bumi dengan kekuatan 6.0 skala ricther dan telah meragut 18 orang nyawa termasuk kanak-kanak.

Penduduk tempatan percaya kejadian ini berlaku rentetan daripada tindakan berbogel itu yang menimbulkan kemarahan semangat nenek moyang penjaga gunung tersebut yang dianggap suci di kalangan masyarakat tempatan.

Sumber : therakyatpost

Sumber TKO - 21-10-2015

Sumbangan Buat Mangsa Kebakaran Kg Simunul, Sabah

Sumbangan Buat Mangsa Kebakaran Kg Simunul, Sabah
Dewan Pemuda PAS Malaysia merakamkan ucapan simpati dan berdukacita atas insiden kebakaran yang menimpa penduduk Kampung Simunul, Semporna, Sabah. Takziah diucapkan kepada semua mangsa insiden.

Sebagai tanda simpati, Dewan Pemuda PAS Malaysia melalui Lajnah Kebajikan & Prihatin Rakyat akan melancarkan kutipan derma untuk disalurkan kepada keluarga mangsa bermula pada 4 – 11 Oktober 2015 melalui akaun Maybank (Tabung Rakyat Prihatin : 564025400414). Penyerahan sumbangan kepada wakil penduduk akan disampaikan oleh pihak kami antara 13 – 15 Oktober 2015.

Sehubungan dengan itu, pihak kami menyeru seluruh rakyat Malaysia berusaha meringankan beban mangsa kebakaran di kalangan penduduk Kampung Simunul yang diuji dengan musibah kehilangan tempat tinggal dan harta benda.

Sumbangan yang dihulurkan oleh semua rakyat Malaysia diucapkan jutaan terima kasih dan didoakan agar mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah SWT.
Sekian, terima kasih.

“Mempersiap Generasi Kemenangan”
“Beristiqamah Hingga Kemenangan”

HISHAMUDDIN BIN ABDUL KARIM
Lajnah Kebajikan & Prihatin Rakyat
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Ahad, 4 Oktober 2015 | 20 Zulhijjah 1436H

Sumber PP - 4-10-2015


Tuan Ibrahim Bersama Dengan Masyarakat Sabah
Posted on Tuesday, September 22 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Tuan Ibrahim bersama penyokong PAS dalam program PAS di Sandakan, Sabah

Kemudian Tuan Ibrahim ke Majlis PIHAK 14.0











September 19 dan 20 merupakan giliran PAS Sabah menjadi tuan rumah bagi program besar Perhimpunan Istiqamah hingga kemenangan (PIHAK 14.0) dan Munaqasyah ucapan dasar presiden.

Suasana semasa dalaman PAS, seperti yang diketahui umum, sedikit sebanyak tercalit rasa kerisauan akan kejayaan dan sambutan program seumpama ini. Tapi AlHamdulillah makin PAS ditekan makin besar pula sambutan kepada PAS. 

Sumber TKO - 22-9-2015















































Kerisauan yang membawa ketenangan di Sabah

DR ALIAKBAR GULASAN | .







PADA 19 dan 20 September merupakan giliran PAS Sabah menjadi tuan rumah bagi program besar Perhimpunan Istiqamah Hingga Kemenangan (Pihak 14.0) dan Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden.

Suasana semasa dalaman PAS, seperti yang diketahui umum, sedikit sebanyak tercalit rasa kerisauan akan kejayaan dan sambutan program seumpama ini.

Pun begitu, atas kebiasaan dan rutin dalam parti Islam ini, mesej daripada ucapan presiden dalam muktamar yang lepas mesti disampaikan ke akar umbi.

Seingat saya, program yang seumpama ini pada tahun-tahun yang lepas, kita meletakkan kehadiran ahli tidak pernah melebihi 350 orang.

Tahun ini Sabah mengadakan program ini di Sandakan.

PAS negeri secara berani mensasarkan jumlah kehadiran seramai 500 orang. Satu angka yang dicadangkan secara berani dan angka ini tidak pernah disasarkan sebelum ini.

Walau bagaimanapun, kerisauan lenyap dan timbul pula ketenangan dan kesayuan. Kehadiran untuk ceramah Pihak 14.0 dan Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden di luar daripada kebiasaan.

Dewan Pandu Puteri yang menjadi lokasi kedua-dua program ini penuh sesak. Penyokong dan pendukung PAS dari seluruh pelusuk negeri Sabah datang berbondong-bondong.

Kerusi dewan sejumlah 500 hanya berjaya menampung sebahagian daripada peserta. Sebahagian terpaksa berdiri dan duduk bersila di atas lantai.

Keadaan ini menghilangkan kerisauan dan menimbulkan ketenangan.

PAS Sabah tidak tercedera sebenarnya. Malah semakin kuat dan kukuh. Ditambah pula dengan penyerahan permohonan borang keahlian baru seramai 521 orang.

Memang benar PAS sebenarnya tidak tercedera. Hanya mereka yang matang sahaja akan terus istiqamah dalam perjuangan parti ini. Dan lebih ramai akan yang terus bersama PAS. - HARAKAHDAILY 21/9/2015

Penulis ialah Setiausaha Badan Perhubungan PAS Sabah.

Sumber HD - 21-9-2015


Angelina Jolie ke Sabah dan Sarawak?
Posted on Wednesday, September 02 @ 20:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


KHABAR angin mengenai kehadiran aktres jelita dan duta kemanusiaan, Angelina Jolie di Sarawak beredar dengan pantas di media sosial dan aplikasi komunikasi.

Laman Facebook 'Kamek Miak Sarawak' berkongsi foto berserta khabar tersebut. 


"Dikhabarkan Angelina Jolie sekarang berada di Kota Marudu, Sabah. Tidak diketahui apa tujuan beliau ke sana. Selepas Kota Marudu 'kemungkinan' beliau akan ke Sarawak melawat tempat-tempat yang menarik sekitar Kuching, Bintulu dan Miri...," tulisnya dalam perkongsian itu. 


Namun, hasil tinjauan Sinar Online, tiada sebarang maklumat rasmi yang mengatakan Angelina Jolie berada di Malaysia.


Difahamkan foto yang disertakan dalam perkongsian tersebut pula dari sebuah lawatan yang disertai Jolie di Kachan, Myanmar.


Perkongsian tersebut sehingga kini telah menarik perhatian lebih 9,000 pelayar di Malaysia.

Sumber Link
Sumber TKO - 2-9-2015

Dihalau tidak ubah seperti rakyat Palestin

















































IZWAN ABDUL HALIM | .




KOTA KINABALU: Walaupun telah lebih 30 tahun berkampung, namun nasib penduduk Kampung Blok B, Pasir Putih, Tawau tidak ubah seperti rakyat Palestin.

Mereka bukan sahaja diarah pindah, bahkan rumah mereka yang dibina sendiri dan diami sejak tahun 1983 diarahkan roboh dengan pampasan tidak setimpal.

Mereka hilang punca menghadapi keadaan itu, apatah lagi dengan pendapatan kecil yang rata-ratanya bekerja sebagai buruh kilang.

Lebih perit, usaha mendapat pembelaan dengan mengemukakan kes ke mahkamah juga berakhir dengan perintah merobohkan rumah sendiri dalam tempoh segera.

Berkongsi keperitan tersebut, Dewan Pemuda PAS Malaysia bersama PAS Kawasan Kalabakan segera mendakap masalah bertemu dengan mangsa.

Menurut Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Peneroka Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Roslan Md Esa, ketika beliau tiba ke perkampungan itu, terdapat penduduk yang masih berteduh di kediaman mereka.

"Tenaga Nasional Berhad (TNB) sudah pun memotong bekalan elektrik. Mereka tiada tempat untuk berpindah kerana kedaifan dan kemiskinan.

"Mereka memberitahu saya, Adun Merotai pernah menjanjikan tapak rumah sebagai ganti untuk rumah yang diroboh, tetapi akhirnya tinggal janji.

"Semua mereka ini orang Islam. Keadaan mereka tak ubah seperti nasib rakyat Palestin," luah Ustaz Roslan sayu.

Menurutnya sebanyak 60 buah rumah terlibat dengan perintah itu dengan alasan untuk tujuan pembesaran sungai.

Bagi beliau, tindakan tersebut dilaksanakan tanpa budi bicara sewajarnya dan ia satu kezaliman yang menuntut pembelaan.

Katanya, lajnah beliau akan memanjangkan perkara tersebut kepada pihak sewajarnya demi hak dan keadilan kepada penduduk.

Ujarnya lagi, banyak kes sebegini yang ditutup dari pengetahuan umum, sedang penduduk mendekam rasa ditindas sedemikian rupa.

"Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Memang tidak berperikemanusiaan. Adakah ini slogan "Rakyat Didahulukan" yang dibangga-banggakan?

"Kami akan khabarkan ke seluruh negara. Biar rakyat tahu agar mereka bangkit melakukan perubahan dan menumbangkan BN pada PRU akan datang," tegasnya.

Pada lawatan itu, Roslan turut menyampaikan sumbangan generator dan bantuan keewangan kepada penduduk bagi memudahkan urusan mereka dalam tempoh mendiami sementara kawasan itu.

Hadir sama pada lawatan itu ialah Yang DiPertua PAS Kawasan Kota Kinabalu, Ustaz Mohd Zulfikar Abd Mijan; Ketua Pemuda PAS Kawasan Kalabakan, Osman Madeaming dan Naib Yang DiPertua PAS Kawasan Klang, Ustaz Khalid Nayan. – HARAKAHDAILY 24/8/2015

Sumber HD - 24-8-2015













































































PAS Sabah Tolak GHB, Setia Bersama Pimpinan Hadi Awang
Posted on Monday, July 27 @ 22:37:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KOTA KINABALU: PAS Sabah akan terus menyokong kepimpinan Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan menolak kumpulan progresif Gerakan Harapan Baharu (GHB), kata pesuruhjayanya Aminuddin Aling.

Katanya, tiada alasan untuk menubuhkan GHB dan menganggap GHB diwujudkan atas dasar kekecewaan pihak tertentu kerana tidak mendapat tempat dalam pemilihan jawatan pada Muktamar Tahunan PAS, Jun lalu.

"Kami tetap bersama tuan guru presiden (Abdul Hadi). Yang menyertai (Gerakan) Harapan Baharu ini adalah yang kalah dalam pemilihan jawatankuasa...dan rindu pada kedudukan," katanya.

Dalam pada itu, Aminuddin mengingatkan anggota PAS negeri yang berhasrat menyertai GHB agar tidak menggunakan sebarang aset milik PAS Sabah bagi berkempen untuk kumpulan berkenaan.

"Ini satu amaran, sekiranya terdapat ahli GHB di kalangan kami di sini, saya tidak mahu mereka menggunakan premis kami, itu untuk kegunaan anggota PAS sahaja, pergi cari tempat lain," katanya.

Aminuddin berkata, ketika ini, parti itu tidak dapat mengambil tindakan terhadap anggota PAS yang berpaling tadah dan berhasrat menyertai GHB.

"Dalam perlembagaan PAS, sekiranya seseorang anggota menubuhkan parti atau menyertai mana-mana parti dengan sendirinya akan terbatal keahliannya.

GHB belum didaftar jadi parti oleh itu PAS tidak boleh ambil tindakan, sebab parti itu belum rasmi lagi," katanya.  - Mstar

Sumber TKO - 27-7-2015

PAS Sabah sokong ketetapan MSU putus dengan DAP

| .



KUALA LUMPUR: PAS Sabah menyokong penuh keputusan Majlis Syura Ulama' (MSU) untuk memutuskan kerjasama politik dengan DAP.

Pesuruhjayanya, Aminuddin Aling berkata, ketetapan ini sangat wajar kerana kebelakangan ini DAP seolah-olah banyak mencampuri perkara-perkara dasar yang menjadi teras perjuangan dan dasar PAS.

"DAP seolah olah tidak memahami dan menggunapakai prinsip kerjasama dalam Pakatan Rakyat (PR) yang mengamalkan prinsip 'setuju untuk tidak bersetuju'," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

PAS Sabah juga tegasnya memberi sokongan kepada kepimpinan parti terutamanya presiden, khususnya berhubung ucapan dasar dalam muktamar Jun lalu supaya PAS terus berada bersama PR.

"Walaupun di Sabah situasinya sudah berubah, dimana PKR dan DAP telah memutuskan hubungan politik dengan PAS Sabah, namun PAS Sabah tetap setia kepada sebarang keputusan oleh kepimpinan utama parti," katanya lagi.

Justeru bagi PAS Sabah, PAS harus terus mara dan maju ke hadapan tanpa mempedulikan Karenah DAP yang seolah-olah cuba untuk mengganggu dan merencatkan perancangan PR untuk menggantikan kerajaan BN.

"Sifat DAP seumpama ini yang asyik menyerang PAS dan kepimpinan PAS seolah-olah sengaja bagi laluan supaya BN terus berkuasa.

"PAS Sabah amat kesal dengan sifat dan perangai DAP kebelakangan ini yang seolah-oleh menghalakan peluru mereka hanya kepada PAS. DAP seolah lupa lawan politik kita adalah BN," katanya. - HARAKAHDAILY 15/7/2015

Sumber HD - 15-7-2015

Gempa Bumi; ‘Wakil-wakil’ Itu Perlu Diubah!

Oleh : Azizah Mahmood

KAMI Meninggalkan bandaraya Kota Kinabalu seawal jam 8 pagi, dalam hujan renyai-renyai membasahi bumi ‘Dibawah Bayu’ menjadikan cuaca dalam perjalanan dilereng pergunungan sedikit dingin.

Sesekali wanita Filipina yang melintas di hadapan KAMI, mudah di kenali melalui bahasa Tagalognya.



Aktivis media memulakan perjalanan ke Ranau dengan singgah sebentar di Pasar yang dikuasai suku ‘Sulu’ di bandaraya itu sambil membeli bekalan makanan ‘ringan’ untuk juadah berbuka puasa.

Kalau di Semenanjung ramai yang memperkatakan GST, hakikatnya warga Sabah begitu juga
“Persiapan ‘Raya’ saya sedikit sahaja, barang keperluan mahal, pakaian ‘Raya’ pun mahal, langsir pun mahal harga kainnya setelah di tambah GST,”keluh seorang ibu Muda Puan Roslina Mohd yang tinggal di Kampung ‘kontroversi’ Sembulan.

Beliau yang berumur 36 tahun yang mempunyai empat orang anak yang masih bersekolah, KAMI di temui ketika sedang menunggu langsir ‘raya’nya di jahit di kaki lima pasar.



Menghala ke daerah Ranau, KAMI menyusuri jalan berliku melewati pekan dan bandarkecil seperti Tamparuli, Bundu Tuhan Nabalu dan tak lupa Kundasang, perkampungan yang sejuk tiupan anginnya hingga ke tulang.

Sesampai di Ranau KAMI meninjau kesan gempa bumi yang menggegar masjid Daerah Ranau.
Mungkin ada strukturnya yang rosak selain bumbungnya pecah di hempap runtuhan yang menghentam dari serpihan kubah masjid itu sendiri.

Dari Ranau KAMI bertemu Yang Dipertua PAS Ranau Ustaz Ratib yang menceritakan tentang perkembangan PASCA gempa.



Selepas beliau menyampaikan cenderahati kepada Pengerusi KAMI Dr Azman Ibrahim dan pihak KAMI menyerahkan sumbangan ‘hamper’ untuk di sampaikan kepada mangsa gempa bumi yang terjejas, KAMI meneruskan perjalanan menyusuri kaki gunung Kinabalu ke Kampung Mesilou, Kundasang.

Impak gempa dapat di lihat pada beberapa buah rumah dan jalan yang retak.

Rata-rata warga Kundasang melahirkan kesedihan, seolah-olah mahu berkongsi dengan KAMI, suram ‘wajah bumi pelancongan’ itu yang tidak seceria sebelum gempa bumi melanda.

“pelancong sudah tidak datang ke kampung kami kerana takut gempa berulang sedangkan situasi sudah aman, banyak ‘homestay’ dan rumah penginapan terjejas teruk,



“kerana tidak ada orang yang mahu menyewa,” ujar seorang remaja berumur 19 tahun iaitu Adik Laili, seorang siswazah dengan nada agak sedih.

Sebenarnya, jauh di dalam dada, hati dan perasaan warga Ranau dan Kundasang, masih trauma dan amat terkesan dengan bencana alam yang melanda pada 5 Jun lalu.

Apatah lagi tiada pihak yang membantu secara ‘bersungguh’ membina kembali kehidupan mereka yang retak, umpama rumah-rumah mereka!

Jauh sekali memperlihatkan sifat prihatin wakil-wakil rakyat dan kerajaan, sehingga seorang pengusaha yang kami temui berkata spontan, “wakil-wakil itu perlu diubah”!

Sumber BO - 11-7-2015

Delegasi KAMI Singgah Di Kota Kinabalu Sebelum Ke Ranau

Oleh : Azizah Mahmood

KOTA KINABALU – Delegasi Kumpulan Aktivis Media Independan (KAMI) Terengganu tiba di Kota Kinabalu dalam perjalanan dalam misi meninjau kesan dari gempa bumi yang berlaku di Ranau, Sabah, baru-baru ini.

Pengerusinya, Dr Azman Ibrahim berkata, Badan Bukan Kerajaan (NGO) itu akan ke kawasan gegaran tersebut termasuk singgah di Kundasang untuk ziarah prihatin media yang akan memberikan sedikit sumbangan kepada mangsa bencana tersebut.

Menurutnya, ia bertujuan bagi melihat sendiri kesan secara langsung dan menulis laporan akibat langsung yang menimpa masyarakat setempat ekoran bencana gempa itu.

“Insya’Allah, bermula 9 Julai hari ini kita (KAMI) akan meninjau ziarah prihatin media di Ranau, Sabah untuk melihat kawasan yang dilanda gempa bumi baru-baru ini.



“Alhamdulillah, ini (misi) bukan yang pertama tetapi sebelum ini kita pernah menghantar deligasi KAMI menyertai misi-misi di luar negara seperti ke Gaza Palestin, Darfur Sudan, Mindanao Filipina, Aceh Indonesia dan banyak lagi,” jelasnya

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Iftar Ramadan di Darul Hadis di Kampung Sembulan dekat sini pada petang Khamis.

Hadir sama pada majlis itu Timbalan Ketua Pemuda PAS Sabah Zul Zaim Abidin, Timbalan Pengerusi KAMI Sazali Mohd Nor dan lima anggota sukarelawan.

Dr Azman yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Terengganu berkata hasrat penubuhan KAMI juga bagi mengimbangi kelab-kelab media yang sedia ada di negara ini.

Namun, katanya penubuhan KAMI lebih lagi mahu memperjuangkan hak dunia media yang bebas, telus dan bertanggungjawab berbanding pihak lain.

“Penubuhan KAMI ini untuk kita mengimbangi kelab-kelab media yang sedia ada di negeri Terengganu. Tetapi untuk kita memperjuangan dunia media yang bebas, telus dan bertanggungjawab tidak boleh harap kepada kelab media yang lain.

“Dengan penubuhan KAMI, banyak kita dapat bantu gerak kerja media ini di seluruh negeri.

Penghantaran deligasi kita dalam program-program besar PAS juga disertai oleh KAMI dengan lebih teratur dan baik,” ujarnya.

Sumber BO - 10-7-2015















































RAMADAN MADRASAH SAHABAT ISLAM RAYU SUMBANGAN - MUDIR



Sumber HD - 29 -6-2015

Penduduk Ranau perlu sabar, jangan takut gegaran kecil
















































BERNAMA | .

KOTA KINABALU: Penduduk di daerah Ranau diharap terus bersabar dan tidak perlu terlalu takut dengan gegaran kecil yang berlaku di Gunung Kinabalu, kata Pensyarah Geologi Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof Dr Felix Tongkul.

Felix yang juga Pengarah Pusat Penyelidikan dan Inovasi UMS berkata gegaran kecil seumpama itu adalah suatu kebiasaan di negara lain seperti Jepun, Taiwan, Filipina dan Indonesia.

"Malahan sekitar 50,000 gegaran bermagnitud kurang daripada 4.0 skala Richter berlaku setiap tahun di seluruh dunia," katanya dalam kenyataan di sini Ahad.

Felix berkata keadaan gegaran berkenaan tidak cukup kuat untuk menyebabkan kerosakan infrastruktur.

Walau bagaimanapun, katanya gegaran berterusan itu boleh menyebabkan lebih banyak tanah runtuh di kawasan gunung.

"Mengikut rekod kekerapan gempa susulan, kita masih lagi dalam 'fasa aktif'. Ini bermakna, gempa susulan akan berterusan beberapa minggu atau beberapa bulan lagi, dan keadaan ini memang agak luar biasa," jelasnya.

Felix berkata kewujudan 'faktor Gunung Kinabalu tercedera' telah menyebabkan keadaan geologi di daerah itu lebih rumit dan sukar untuk diramal.

Mengulas sebanyak 100 gegaran susulan direkodkan Jabatan Meteorologi Malaysia, Felix berkata mengikut analisa awal terhadap data gempa susulan itu, didapati sebilangan besar pusat gempa terletak di bahagian barat dan barat laut Gunung Kinabalu.

Kedalaman fokus gempa adalah antara 9km dan 33km.

"Kedalaman gempa susulan meningkat ke arah barat dari gunung ke kawasan Tuaran. Ini bermakna satah sesar turun yang menyebabkan gempa bumi utama pada 5 Jun lepas adalah sangat dalam, mencapai lebih 33km dan mempunyai kelebaran sekitar 20km," tambahnya.

Mengulas lanjut, Felix berkata sesar itu terletak di bawah jasad granit Gunung Kinabalu, iaitu jasad seperti 'cendawan butang besar' bersaiz sekitar 3,000 kubik kilometer yang terapung di permukaan kerak bumi.

Sesar utama itu juga menggerakkan beberapa sesar lain yang berdekatan, katanya.

"Ini bermaksud jasad batuan granit Gunung Kinabalu 'terpotong' di bahagian kakinya.

"Keadaan ini telah membuat kawasan gunung kurang stabil dan memerlukan masa untuk menyesuaikan diri," katanya.

Sesar utama dan sesar-sesar lain akan terus bergerak dan boleh menghasilkan gempa-gempa susulan, jika pergerakan mereka terhalang, jelas Felix. - Bernama

Sumber HD - 28-6-2015

3 gempa bumi lemah landa Ranau hari ini

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Tiga gempa bumi lemah melanda Ranau, Sabah hari ini sejak pukul 4.01 pagi dengan gempa pertama berukuran 2.5 pada skala Richter, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

Gempa kedua berukuran 2.4 pada skala Richter berlaku 24 minit kemudian iaitu pada pukul 4.25 pagi, dan gempa ketiga berukuran 2.5 pada skala Richter pada 6.09 pagi, menurut jabatan itu dalam satu kenyataan di sini.

Pihaknya sedang memantau perkembangan gempa di Ranau itu, kata kenyataan itu.

Sementara itu, jurucakap jabatan itu berkata, pihaknya menerima laporan daripada penduduk tempatan yang merasai gegaran gempa pertama dan ketiga.

Bagaimanapun, tiada laporan bagi gempa kedua, katanya kepada Bernama.

Pada 5 Jun lepas, Ranau dilanda gempa bumi sederhana berukuran 5.9 pada skala Richter yang mengorbankan 18 nyawa. - Bernama


Sumber HD - 28-6-2015















































Gempa: Penduduk sekitar Ranau diminta berwaspada

















































BERNAMA | .

RANAU: Penduduk di sekitar daerah Ranau diminta agar sentiasa berwaspada dan bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan berlaku kejadian gempa bumi susulan di daerah itu.

Selain itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ranau Jimmy Lagung turut meminta mereka meletakkan dokumen penting di tempat yang selamat.

"Sebanyak 27 anggota dan pegawai bomba di balai Ranau sentiasa bersiap siaga melakukan operasi sekiranya menerima laporan daripada orang ramai," katanya ketika dihubungi Bernama.

Orang ramai boleh menghubungi balai bomba Ranau di talian 08-8878779 jika berlaku kecemasan, katanya. - Bernama

Sumber HD - 24-6-2015















































Gempa bumi lemah di Ranau, Sabah

BERNAMA | .

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi lemah berukuran 2.5 pada skala Richter dilaporkan berlaku di Ranau, Sabah, hari ini, kata Jabatan Meteorologi.

Pusat gempa itu, yang berlaku pada 11.15 pagi, ialah di 5 kilometer dari utara Ranau, kata jabatan itu dalam satu kenyataan.

Pada 5 Jun, satu gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter menggegarkan Ranau dan meragut 18 nyawa. - Bernama

Sumber HD - 17-6-2015

Malim Gunung: Badang Malaysia

SYED IYLIA HARIZ AL-QADRI SYED IZMAN | .

KUNDASANG: Biarpun mereka tidaklah sesasa pelakon filem namun gambar seorang malim gunung memikul seorang pelajar yang menjadi viral selepas kejadian gempa bumi di Sabah Jumaat lepas, meletakkan mereka sebagai "badang Malaysia" yang cukup hebat.

Sebilangan besar malim gunung pernah bekerja sebagai porter yang mampu membawa barang pelancong sehingga seberat 50kg dan mendaki sampai ke puncak Gunung Kinabalu tanpa sebarang masalah.

Menurut Mhd Rizuan Kauhinin, 25, yang kini terkenal di seluruh dunia setelah penyebaran gambarnya memikul pelajar ketika kejadian gempa bumi itu, dia bekerja sebagai porter sejak di bangku sekolah seawal umur 17 tahun.

Katanya, tugas porter sememangnya penuh dengan cabaran dan memerlukan kekuatan fizikal dan mental selain sebagai latihan untuk mereka membina kekuatan dan mengetahui selok-belok gunung sebelum menjadi seorang malim gunung.

"Kalau (pikul) tong gas itu biasa saja, selalunya barang pelancong yang porter pikul sehingga tiga beg, boleh jadi 50kg.

"Tapi bagi saya itu semua untuk mencari rezeki yang halal sebab saya tidak boleh tinggalkan Gunung Kinabalu sebab itulah rumah saya dan tempat saya mencari rezeki," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Porter kebiasaannya akan memulakan kerja memikul barang pelancong di tapak 'Timpohon Gate' sehingga ke Laban Rata yang dianggarkan enam kilometer pendakian, katanya.

Mhd Ridzuan berkata harga untuk membawa barang pelancong adalah RM10 untuk setiap 1kg dan mereka perlu bekerja sebagai porter selama dua tahun dan pernah sampai ke puncak Gunung Kinabalu melebihi 10 kali untuk layak menjadi seorang malim gunung.

Bagi malim gunung wanita, Anis Monggol, 54, biarpun tubuh badannya kecil dan tenaganya tidak sama seperti lelaki, dia pernah memikul sebalang tong gas dengan ketumpatan 15kg dari Gate Timpohon sehingga ke Restoran Laban Rata.

Katanya, seawal usia 25 tahun dia sudah mula berkecimpung sebagai porter restoran dengan tugasnya membawa barang-barang restoran ke Laban Rata.

Di samping menjadi porter dia turut melibatkan diri dalam acara 'Climbathon' sejak tahun 2000, kata wanita itu.

"Di situ (acara Climbathon) saya belajar stamina dan tingkatkan larian saya untuk mendaki gunung. Saya memang akan ambil bahagian dalam acara ini setiap tahun dan saya harap acara itu dapat dianjurkan lagi di Gunung Kinabalu tahun ini," katanya.

Mengikut senarai rekod 'Mount Kinabalu International Climberthon', Anis mendapat tempat kedua dalam kategori 'Veteran Wanita' tahun lepas, dengan catatan masa 3 jam 54 minit.

Kategori Veteran Wanita membabitkan sejauh 33 kilometer dengan laluan khas dari pejabat Kinabalu Park, mendaki sehingga 'Layang-Layang Hut' dan berlari sehingga ke pekan Kundasang.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Malim Gunung Kinabalu, Richard Soibi, 49, berkata pekerjaan porter adalah pekerjaan lumrah bagi semua malim gunung kerana ia membina jati diri, tingkatkan disiplin dan stamina seseorang sebelum mereka layak menjadi malim gunung.

Katanya, dia menjadi porter sejak berumur 16 tahun dan kini dengan pengalamannya yang luas rekodnya mendaki Gunung Kinabalu sudah lebih 1,000 kali pendakian.

"Dulu masa muda, kawasan Kundasang tidak ada banyak peluang pekerjaan, jadi kebanyakan penduduk di sekitar kawasan itu, cari rezeki dengan bercucuk tanam dan menjadi porter," katanya.

Richard turut memberikan petua kepada mereka yang mahu mendaki gunung - selain bersenam dan berjoging, paling penting jalani aktiviti berbasikal. - Bernama

Sumber HD - 13-6-2015















































Benarkah Malaysia tiada gempa bumi?

IMRAN AL-MALIZI | .


SUATU ketika dahulu, kerapkali disebut orang bahawa negara kita aman, tiada gempa bumi, jauh daripada lingkaran gunung berapi. Itu tanda Allah redha kepada rakyat negara ini. Namun, bukan sesuatu yang luar biasa jika sesekali ibu kota Kuala Lumpur dinaiki air bah, lokasi utama ditenggelami banjir, lalu lintas menjadi lumpuh di era pengangkutan awam masih belum banyak seperti hari ini.
  
Namun tak mengapa, kita menggali terowong pintar sepanjang 9.7 km yang terpanjang di Asia. Kecanggihan teknologi kejuruteraan ini mendapat liputan National Geographic dan Extreme Engineering dari awal hingga akhir, bahkan projek mega ini meraih anugerah UN Habitat Scroll of Honour Award.

Selain dijadikan laluan alternatif di waktu puncak kesesakan lalulintas, terowong ini juga berfungsi mengalihkan laluan air dari tengah bandar. Tujuan utama pembinaannya adalah bagi menyelesaikan masalah banjir kilat di ibu negara.

Maka diwar-warkan pula bahawa selepas ini tiada lagi bencana banjir di Kuala Lumpur. Benarkah begitu? Selepas saliran airnya mula beroperasi pada Januari 2007 dan laluan kenderaan mula dibuka pada 14 Mei tahun yang sama, didapati banjir besar masih berlaku dan melumpuhkan lalu lintas.

Benarlah firman Allah dalam Surah al-‘Alaq, ayat 6-8 (yang bermaksud): “Ingatlah! Sesungguhnya manusia itu tetap melampaui batas. Dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya. (Ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmu lah tempat kembali (untuk menerima balasan).”

Apabila manusia merasakan dirinya serba cukup, mereka akan melampaui batas dan seakan tidak memerlukan Tuhan dalam kehidupan ini. Dengan akal fikiran yang pintar, ilmu pengetahuan dan kemajuan teknologi, kewujudan Allah sebagai Pentadbir alam ini jarang dirasai melainkan bagi orang-orang yang benar keimanannya.

Semasa berlaku bencana gempa bumi di Nepal pada 25 April lalu, tidak dapat dijangkakan ia akan menimpa negara kita di Ranau, Sabah. Kejadian yang berlaku pada Jumaat lalu ini cukup menjadi pengajaran bahawa pengetahuan manusia dalam ilmu geologi sangat terbatas.

US Geological Survey mengatakan gegaran sedalam 10 km itu berpusat kira-kira 19 km dari Ranau dan 54 km dari Kota Kinabalu menyebabkan gegaran turut dirasai di Tambunan, Tuaran dan Kota Belud. Berbanding gempa bumi di Nepal yang berskala 7.9 skala Richter, ukuran 5.9 - 6.0 yang menimpa Ranau, Sabah masih dianggap berskala sederhana, namun telah mengakibatkan runtuhan besar di Gunung Kinabalu.

Entah apa nasib kira-kira 137 pendaki yang masih terperangkap. Sebelum ini tidak pernah dilaporkan bencana seumpama ini, bahkan Gunung Kinabalu adalah lokasi pendakian yang selamat. Kerugian harta benda yang dialami oleh penduduk di sekitar Ranau masih belum dapat dipastikan.

Di celah-celah kecemasan ini, saya terbaca komentar pakar-pakar ilmu kaji bumi yang menyatakan bahawa Sabah terletak di luar lingkaran gunung berapi di Lautan Pasifik yang kebiasaannya risiko gempa bumi berlaku di kedua negara jiran iaitu Filipina dan Indonesia. Namun, tidak mustahil Sabah atau mana-mana negeri di Borneo boleh mengalami bencana alam tersebut.

Menurut kenyataan itu lagi, ini kerana Ranau yang terletak di sebelah tenggara kawasan Eurasian menerima tekanan daripada tiga kuasa tektonik kerak bumi iaitu Filipina, Pasifik dan Eurasian. Ketiga-tiga kerak bumi ini mengalami pergerakan dengan kadar purata 10 cm setiap tahun. Kerana itu tidak mustahil Negeri di Bawah Bayu itu menerima gegaran daripada aktiviti di bawah permukaan bumi.

Apa pun pandangan pakar-pakar, intelektual, mereka masih juga manusia biasa yang tidak dapat melangkaui ilmu pengetahuan sekadar apa yang Allah kurniakan. Pandangan dan pendapat seperti ini boleh berubah-ubah sesuai dengan penemuan-penemuan terkini. Masih banyak fenomena alam ini yang belum dizahirkan oleh Allah SWT. Satu kajian di Amerika Syarikat juga membuktikan terdapat peningkatan gejala gempa bumi dalam tempoh 20 tahun yang lepas.

Kita hanya perlu beriman dengan hadith Rasulullah SAW: “Tidak akan datang Kiamat sehinggalah ilmu akan ditarik (dilenyapkan) dan banyak berlaku gempa bumi..” [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Jum’ah, Bab al-Istisqaq: hadith 983].

Menurut Imam al-Hafiz Ibnu Hajar r.h; “Telah banyak terjadi gempa bumi di negara-negara bahagian utara, timur dan barat, tetapi yang dimaksud oleh hadith ini ialah gempa bumi secara merata dan terus menerus” [Fathul Bari 13: 87].

Dalam hadith yang lain, Rasulullah SAW bersabda: “Sebelum terjadinya hari Kiamat akan terdapat kematian-kematian yang mengerikan, dan sesudahnya akan terjadi tahun-tahun gempa bumi” [Musnad Ahmad  4:104, disahihkan oleh Imam Al-Haitsami dalam kitab Majma' Az-Zawa'id 7:306].

Sesungguhnya kesemua ini sebagai petanda bahawa hari kiamat pasti berlaku dan alam ini pasti binasa. Hanya bagi mereka yang benar-benar percaya peringatan Allah akan sesuatu yang lebih dahsyat:

“Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya. Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya. Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); Apa yang sudah terjadi kepada bumi? Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya; bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian).” (Al-Zalzalah: 1-5).HARAKAHDAILY 9/6/2015


Sumber HD - 9-6-2015

Lima Lagi Mayat Mangsa Gempa Bumi Ditemui - Masidi Manjun



Datuk Seri Masidi Manjun.
RANAU, 7 Jun (Bernama) -- Pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) hari ini menemui lima lagi mayat di Gunung Kinabalu susulan gempa bumi pada Jumaat yang melanda Ranau, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun.

Beliau berkata tiga daripada mayat telah dikeluarkan dan diterbangkan ke Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu oleh helikopter sementara dua lagi mayat belum dibawa turun.

"Tetapi keadaan kedua-dua mayat menyukarkan kami untuk membuat pengecaman secara positif mengenai identiti kerana sebahagian daripadanya hanya cebisan tubuh.

"Jadi kami benar-benar tidak tahu sama ada sebahagian daripadanya telah dikeluarkan dari kawasan bencana adalah mayat baharu.

"Sebab itulah untuk sementara waktu ini, kami menyenaraikan dua masih hilang kerana kami tidak dapat membuat pengecaman positif tentang identitit mereka disebabkan keadaan mayat," katanya pada sidang media di Pusat Operasi Taman Kinabalu, di sini.

Masidi berkata dua mangsa yang masih dilaporkan hilang ialah dua warga Singapura - seorang guru dan seorang pelajar.

"Jumlah mangsa yang terkorban ialah 18, 16 daripada mereka ditemui mati dan mereka ialah enam dari Malaysia, Singapura (7), Filipina (satu), China (satu), Jepun (satu)," katanya.

Beliau juga menjelaskan bahawa daripada enam yang dilaporkan hilang semalam, seorang masih hidup.

Katanya, Mohd Khairulridzuan Abdul Kahalif, 39, warga Malaysia dilaporkan berada dalam kumpulan pertama 52 pendaki yang berjaya dibawa turun dengan selamat pada hari kejadian.

"Beliau berada dalam kumpulan pertama tetapi tidak diambil kira dan beliau sekarang telah kembali di Kuala Lumpur," katanya.

Sementara itu, Masidi berkata operasi SAR akan dikecilkan tetapi akan diteruskan sehingga semua mangsa ditemui.

"Kami akan mengurangkan operasi SAR sehingga pada satu tempoh apabila kami percaya bahawa semua telah ditemui. Keseluruhan ideanya ialah kami perlu meneruskan operasi seandainya kami menemui cebisan badan mayat," katanya.

-- BERNAMA / HD - 7-6-2015















































Presiden PAS lawat situasi gempa bumi Sabah

HARAKAHDAILY | .







KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang hari ini melawat situasi gempa bumi yang melanda Sabah, Jumaat lepas.

Beliau berlepas ke Kota Kinabalu malam tadi setelah MuktamarTahunan PAS ke-61 yang berlangsung di Stadium Tertutup Kuala Selangor berakhir petang semalam.

Mengiring belau ialah Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dan timbalannya, Muhammad Khalil Abdul Hadi, Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dan setiausaha politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Dalam lawatan itu, beliau turut memberi sumbangan kepada Masjid Pekan Ranau yang terkesan dengan gempa bumi.

Nik Abduh dalam satu kenyataan melahirkan rasa simpati terhadap penduduk Ranau dan beberapa tempat di bahagian Sabah yang mengalami gempa bumi pada 6.1 skala Ritcher itu.

Katanya, kejadian itu sudah pasti menggemparkan masyarakat seluruh negara kerana ia adalah gegaran paling kuat melanda negara sejak 1976. Rekod tertinggi ketika itu adalah pada 5.8 skala Ritcher yang telah melanda bahagian Lahad Datu, Sabah.

Beberapa kejadian gempa bumi juga telah melanda beberapa kawasan di Sabah sejak 2011 seperti di Kundasang pada 2.9 skala Ritcher, Timur Keningau pada 3.0 skala Ritcher (Disember 2012) dan begitu juga Kudat pada 3.6 skala Ritcher (Julai 2013) dan beberapa kawasan yang lain.

Justeru, Ahli Parlimen Pasir Mas itu menasihati penduduk di kawasan-kawasan berkenaan supaya sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga disebabkan keadaan yang masih belum stabil di samping terus berdoa supaya keselamatan diri dan keluarga terus terjamin.

"Dewan Pemuda PAS juga akan dikerahkan bagi menyalurkan segala bantuan yang diperlukan mangsa gempa bumi tersebut dengan harapan dapat mengurangkan bebanan yang ditanggung mangsa ketika ini," ujarnya. - HARAKAHDAILY 7/6/2015


Sumber HD - 7-6-2015

Gempa: Seluruh Kawasan Kundasang Terputus Bekalan Air

RANAU, 7 Jun (Bernama) -- Gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter yang melanda Sabah pada Jumaat telah merosakkan sistem saliran air di daerah Ranau, mengakibatkan beberapa kawasan di daerah itu mengalami tekanan air rendah selain terputus bekalan air.

Perkara itu disahkan Jurutera Air Bahagian Ranau Jabatan Air Negeri Sabah Anthony Jullah, yang menyatakan seluruh kawasan di Kundasang, Ranau kini mengalami masalah terputus bekalan air.

Beliau menganggarkan nilai kerosakan paip saliran bawah tanah dan tangki air mencecah lebih RM500,000.

"Apa yang kami dapati, paip saliran air utama yang terletak di Kundasang telah pecah, beberapa loji juga di kedua-dua daerah mengalami kerosakan dan ada tangki pemendapan yang bocor sikit.

"Dari semalam lagi, kami sudah mulakan operasi untuk membaiki kerosakan, jadi saya jangkakan mungkin hari ini, kawasan di Kundasang dan Ranau akan pulih kembali," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Menurut Anthony lagi, ekoran kerosakan yang dialami pada paip saliran air bawah tanah, lebih 20,000 pengguna terpaksa menghadapi masalah gangguan bekalan air untuk sementara waktu.

Gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter itu berlaku 16 kilometer di Barat Laut Ranau kira-kira pukul 7.15 pagi Jumaat.

Semalam, 11 mayat telah dijumpai di kawasan Gunung Kinabalu, menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat bencana itu 13 orang manakala enam pendaki masih hilang.

Kesemua mayat dibawa ke Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu untuk proses bedah siasat dan pengecaman.

Sumber Bernama / HD - 7-6-2015

Sembilan Lagi Mayat Dijumpai, Lapan Individu Masih Hilang - Masidi Manjun


Datuk Seri Masidi Manjun
KUNDASANG, 6 Jun (Bernama) -- Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang beroperasi di Gunung Kinabalu menjumpai sembilan mayat hari ini susulan gempa bumi yang melanda daerah Ranau, Sabah semalam.

Ini menjadikan jumlah kematian akibat bencana alam pada pukul 7.15 pagi Jumaat itu meningkat kepada 11 setakat ini. Dua mayat dibawa turun dari gunung tertinggi di Asia Tengara itu malam tadi.

Menurut Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Seri Masidi Manjun, lapan individu masih belum dapat dikesan.

Beliau berkata identiti mayat yang dijumpai hari ini, belum dikenal pasti.

"Pihak forensik daripada PDRM (Polis Diraja Malaysia) sudah pun tiba di sini untuk mengenal pasti mereka yang berkenaan, dan kenyataan lanjut akan dikeluarkan pihak polis nanti," katanya kepada media di pusat operasi yang dibuka di Taman Kinabalu, pintu masuk ke gunung itu di sini.

"Kenyataan akan dikeluarkan apabila semua tugasan mengenal pasti mereka yang terlibat sudah diselesaikan," kata Masidi.

Beliau berkata anggota pasukan SAR sedang berusaha sedaya upaya untuk mengesan mereka yang hilang.

Gegaran akibat gempa bumi sederhana berukuran 5.9 pada skala Richter yang melanda Ranau semalam turut dirasai di kawasan seperti Tambunan, Tuaran, Kota Kinabalu dan Kota Belud.

Gegaran lemah dikesan hingga lewat malam tadi.

-- BERNAMA / Sumber HD - 6-6-2015















































Gempa bumi Sabah: Hanya tiga cedera ringan

KUALA LUMPUR - Tiada kematian dilaporkan kecuali tiga mangsa cedera ringan, termasuk pelancong wanita dari Turki dalam kejadian gempa bumi paling kuat direkodkan di Sabah berukuran 5.9 pada skala Richter hari ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman memaklumkan kepada  Bernama tiga yang cedera itu terdiri daripada pelancong yang mendaki Gunung Kinabalu, termasuk pelancong dari Turki berusia 35 tahun.

“Mereka yang cedera itu, adalah antara 35 pendaki Gunung Kinabalu, yang dibawa turun dalam kumpulan pertama selepas kejadian gempa bumi itu.

“Setakat ini katanya banyak laporan yang diterima adalah mengenai kerosakan harta benda awam dan persendirian seperti keretakan jalan dan lantai bangunan, serta cermin dan tingkap yang pecah,” katanya.

Gempa bumi yang berlaku pada 7.15 pagi tadi di Ranau, gegarannya turut dirasai di kebanyakan tempat di pantai barat Sabah termasuk Tambunan, Tuaran, Pedalaman, Kota Kinabalu dan Kota Belud.

Susulan kejadian itu, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada, dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Alam Negeri Sabah telah diaktifkan untuk memantau serta membantu mereka yang memerlukan termasuk yang terkandas di Gunung Kinabalu.

Tengah hari tadi, seramai 160 pendaki dilaporkan masih terkandas di gunung itu.

Dalam tindakan proaktif, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengumumkan sebuah pesawat Eurocopter EC725 diterbangkan ke kawasan Laban Rata di Gunung Kinabalu untuk membantu usaha menyelamatkan pendaki yang terkandas.

Beliau turut mengumumkan sebuah pesawat C-130 Hercules bersedia untuk menerbangkan pasukan penyelamat ke kawasan terlibat bagi membantu tugasan Bantuan Bencana (HADR), serta dua batalion tentera darat di Kota Kinabalu dan Labuan kini dalam siap siaga untuk membantu.

Timbalan Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Ogu Salim Omar berkata ia telah menggerakkan 25 anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (Smart) untuk membantu operasi gempa bumi.

Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Sabah, Kolonel Mulliadi Al-Hamdi Ladin berkata setakat ini tiada kawasan di negeri itu terputus hubungan jalan raya susulan kejadian tersebut. - Bernama

Sumber Bernama / SH / HD - 5-6-2015

PAS bantu mangsa kebakaran Kampung Bangau-Bangau

HARAKAHDAILY | .




SEMPORNA: PAS menerusi Pusat Pengurusan Kecemasan dan Bencana (MEDM) menyumbang RM10,000 untuk membantu mangsa kebakaran di Kampung Bangau-Bangau.

Sumbangan itu disampaikan oleh Pengerusi MEDM, Salahuddin Ayub melalui Yang Dipertua PAS Semporna, Tuan Hassan Tuan Abdullah di kampung itu, hari ini.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS bersama kepimpinan PAS kawasan turut meninjau lokasi penempatan sementara mangsa kebakaran.

Pada 25 Mac lalu, lebih 3,000 penduduk di Kampung Bangau-Bangau tinggal sehelai sepinggang selepas kira-kira 500 rumah musnah dalam kebakaran pada jam 2.00 pagi.

Kebakaran sekali lagi berlaku di kampung itu pada 4 April lalu yang mengakibatkan sekitar 50 buah rumah musnah. - HARAKAHDAILY 15/4/2015

Sumber HD - 15-4-2015

PAS Sabah mahu presiden kekal






























































































HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: PAS Sabah hari ini menyatakan pendiriannya yang menyokong kenyataan Tuan Guru Datuk Dr Haron agar presiden pas ketika ini dikekalkan. Demikian pendirian mereka dalam satu kenyataan ringkas.

“PAS Sabah menyokong penuh kenyataan yang dibuat oleh Mursyidul ‘Am PAS, Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din agar Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dikekalkan.

“PAS Sabah berpandangan, tidak ada keperluan untuk menukar Presiden buat masa ini,” tegas Mohd Aminuddin Aling, Pesuruhjaya PAS Sabah.

Bagi Aminudin, PAS sangat memerlukan kepimpinan Tuan Guru dan PAS Sabah melihat masih belum ada yang layak mengambil alih jawatan Presiden.

PAS Sabah juga menegaskan bahawa mereka mendukung kepimpinan ulamak dan mengharapkan PAS terus maju mendepani zaman. – HARAKAHDAILY 15/3/2015


Sumber HD - 15-3-2015

Had semula wilayah laut bertentangan perlembagaan

LAHIRUL LATIGU | .



SAYA ucapkan terima kasih kerana diberi kesempatan untuk berada di atas pentas hari ini walaupun saya dari PAS dan Pakatan Rakyat. Moga-moga forum hari ini dapat mencapai titik temu dan merangka pelan tindakan.

Sebelum pergi jauh ada dua undang-undang yang telah diwujudkan untuk aktiviti carigali minyak ini iaitu Akta Perlombongan Petrolium (Akta 83) dan Akta Pelantar Benua (Akta 95) yang telah diluluskan di Parlimen pada 1966.

Akta Perlombongan Petroleum adalah kuasa yang diberikan kepada kerajaan Persekutuan untuk aktiviti perlombongan petroleum ini. Manakala Akta Pelantar Benua adalah bertujuan menetapakan wilayah laut yang menjadi hak kepada kerajaan Persekutuan.

Namun kedua-duanya akta ini tidak boleh diwartakan di Sabah dan Sarawak kerana kedua-dua negeri ini telah mempunyai pelantar benuanya sendiri yang telah ditetapkan oleh Queen England melalui Order In Council, North Borneo (Alteration of Boundries) 1954 dan 1954 yang telah menetapkan had sempadan wilayah laut negeri sehingga 180km dari pesisir Pantai.

Hak mineral di bawahnya juga tertakluk di bawah undang-undang Tanah Negeri, Ordinan Tanah Sabah (cap 68).

Tiada mana-mana undang-undang Persekutuan pun boleh melangkaui undang-undang di bawah negeri kecuali melalui Undang-undang Darurat di bawah Artikel 150(5). Apabila berlaku rusuhan peristiwa 13 Mei Parlimen digantung dari 15 Mei 1969 hingga 21 Jun 1972.

Peluang ini digunakan dengan mewujudkan ratusan ordinan dan warta. Antaranya ialah Ordinan Darurat (kuasa-kuasa Perlu) No 7 1069 yang telah menghadkan wilayah laut negeri kepada 3 batu nautika. Maka sempadan laut selebihnya secara automatik menjadi milik persekutuan.

Akta Pembangunan Petrolium (PDA 74) selepas itu diluluskan di Parlimen pada tahun 1974 bertujuan untuk mewujudkan Petronas dan memindahkan hak milik pelantar benua yang telah dimiliki oleh Persekutuan melalui Vesting Order yang telah ditandatangani oleh Tun Razak pada 1975.

Perjanjian antara Petronas dengan Sabah pada 1976 hanyalah ehsan dari Pusat untuk memberikan royalti 5%. Itupun sebenarnya tertakluk di bawah 3 batu nautika milik negeri.

Namun apabila Proklamasi Darurat telah ditarik semula oleh Datuk Seri Najib pada 24 November 2011 sebenarnya memberi kesan yang besar iaitu kuasa negeri kembali kepada negeri mengikut saluran Dewan Undungan Negeri.

Walaupun selepas itu diwujudkan Akta Wilayah Laut yang diluluskan pada April 2012 di Parlimen bagi menghadkan semula wilayah laut negeri kepada 3 batu nautika namun pada saya ia adalah bertentangan dengan semangat perlembagaan.

Dan ini disahkan secara tidak langsung dalam hansard Dun, sidang Dun 14-16 Julai 2014, apabila dalam satu pertanyaan Adun mengenai hakmilik perairan wilayah Sabah setelah Ordinan Darurat ditarik semula, jawapan Ketua Menteri ialah secara automatiknya dua Undang-undang iaitu Akta Pelantar Benua dan Akta Perlombongan Petrolium kini telah tidak terpakai di Sabah.

Sekarang tepuk dada tanya selera. Kini di tangan kita untuk kita melakukan perubahan. Sekian terima kasih. - HARAKAHDAILY 9/3/2015

Tulisan di atas adalah petikan ucapan Ketua Pemuda PAS Sabah yang juga Exco Pemuda PAS Malaysia, Lahirul Latigu pada Forum Pembentukan Malaysia 'Hak Minyak dan Wilayah Laut' di Universiti Malaysi Sabah pada 7 Mac lalu.

Sumber HD - 9-3-2015















































Arak: Pekerja Islam lakukan jenayah syariah di Sabah

HAMID ISMAIL | .

PAS Sabah ingin menarik perhatian kerajaan negeri Sabah tentang penjualan minuman keras di supermarket dan hypermarket seluruh negeri.

Hasil tinjauan PAS Sabah mendapati terdapat pekerja-pekerja beragama Islam mengendalikan kaunter pembayaran semasa pelanggan-pelanggan membeli dan membayar arak yang dijual di supermarket dan hypermarket tertentu.

PAS Sabah ingin memaklumkan kerajaan negeri Sabah bahawa tindakan pekerja-pekerja terbabit adalah satu kesalahan jenayah syariah di Sabah.

S. 57(2) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1995 memperuntukkan bahawa sesiapa yang membuat, menjual, menghadiah, mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa arak atau minuman yang memabukkan adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu tinggi atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Pekerja-pekerja beragama Islam yang menjadi juruwang semasa pembayaran minuman keras di kaunter pembayaran adalah termasuk dalam kategori orang yang menjual minuman keras.

Pekerja-pekerja beragama Islam yang menyusun minuman keras di rak jualan juga termasuk dalam kategori mempamerkan untuk jualan.

Untuk memastikan kesalahan jenayah ini tidak berlaku lagi, saya mencadangkan agar para pengusaha supermarket dan hypermarket yang ada menjual minuman keras agar membuat kaunter khas bagi pembayaran minuman keras yang dikendalikan oleh pekerja bukan Islam sahaja.

Penyusunan minuman keras di rak jualan juga hendaklah dikendalikan oleh pekerja bukan Islam sahaja.

Saya menyeru kerajaan negeri Sabah untuk mengambil langkah pro-aktif agar pekerja-pekerja terbabit tidak terus melakukan jenayah syariah. Yang paling penting adalah untuk mengelakkan mereka tidak terus melakukan dosa terhadap Allah SWT sesuai dengan ajaran Islam amar ma’ruf nahi mungkar (sebar kebaikan, halang kejahatan).

Saya juga berharap agar Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEINS) dapat memainkan peranan mereka untuk memantau perkara ini. - HARAKAHDAILY 15/2/2015 

Penulis ialah Timbalan Pesuruhjaya III PAS Sabah.

Sumber HD - 15-2-2015















































Antara dakwah di Sabah dengan kecoh K-Pop

ROY RASUL | .

BIARPUN jauh di negeri bawah bayu, Nekad 5.0 tetap mendapat tempat di hati orang-orang Sabah. Apa yang tersirat dan tersurat dalam program Nekad itu dinyatakan Ahli Jawatankuasa Lajnah Dakwah PAS, Dr Rosni Adam yang menjadi ahli panel dalam program yang diadakan di Tawau pada 17 Januari lalu.

Sejauh mana Dr lihat PAS mampu menterjemahkan kerja dakwah di Sabah dan dalam masa sama  memikirkan tentang kepelbagaian masyarakat di Sabah?

Saya rasa memang PAS sudah tahu realiti di Sabah. Alhamdulillah penggerak-penggeraknya kebanyakannya anak tempatan atau pemastautin.

Ramai pemastautin pula telah menetap di sana antara 15 tahun ke atas walaupun asal dari Semenanjung bekerjasama dengan anak tempatan. Mereka bergelumang dengan masyarakat Sabah dan tahu denyut nadi masyarakat Sabah.

Saya melihat itu satu benda yang sangat hebat dan kalau dahulu diharapkan kepada Semenanjung untuk menggerakkannya. Tetapi sekarang mereka boleh bergerak sendiri dan ia mempunyai yang sangat besar.

Cumanya walaupun kita tidak pernah menang di Sabah dari aspek siasahnya. Tetapi saya rasa untuk Pilihan Raya Umum (PRU) 14 ini memang ada peluang cerah jika kita terus kembangkan kerja-kerja kebajikan dan pendidikan.

Baru-baru ini negara kecoh dengan isu anak gadis berpelukan dengan artis K-Pop. Adakah ini menunjukkan kurangnya penyampaian dakwah sebagaimana PAS lakukan sekarang?

Dengan adanya Lajnah Dakwah di bawah PAS ini prospek dan skop dakwah luas. Kita akan cuba pastikan dalam PAS ini ada tiga perkara iaitu siasah, dakwah dan tarbiah. Dengan adanya Lajnah Dakwah ini PAS boleh menunjukkan peringkat dalam sebuah gerakah Islam yang melakukan kerja-kerja dakwah. Jadi dalam isu seperti K-Pop dan sebagainya, sebenarnya kita sudah banyak lakukan seperti program 'Street Dakwah, 'Outreach Dakwah' untuk mendekati orang-orang seperti ini.

Temubual penuh dalam akhbar HARAKAH BIL 2015 yang berada di pasaran.

Sumber HD - 22-1-2015


CABARAN DAKWAH, MUNCUNG SENAPANG DI KEPALA - AZAMIN AMIN


PETA SABAH

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33385-cabaran-dakwah-muncung-senapang-di-kepala

Sumber HD - 21-1-2015















































Ombak besar landa pantai Labuan

BERNAMA | .
LABUAN: Ombak besar membadai pantai Labuan malam tadi dan menimbulkan suasana cemas dalam kalangan penduduk, nelayan serta pengusaha pengangkutan laut.


Beberapa nelayan tempatan dan tekong bot dilaporkan tidak dapat berkomunikasi antara satu sama lain berikutan keadaan laut yang bergelora teruk.

"Saya belum pernah melihat ombak sebesar ini," kata Rahim Yussof, 45, yang bertugas dengan sebuah syarikat minyak dan gas kepada Bernama pada Jumaat.

Beliau merujuk kepada ombak setinggi dua dan empat meter yang membadai struktur jeti berhampiran Pelabuhan Labuan.

"Ombak begitu tinggi, manakala angin pula sungguh kencang hingga menimbulkan suasana ngeri dan menakutkan," katanya.

Sementara itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menasihati pengendali bot, nelayan dan pemancing supaya berhati-hati dan menghubungi Jabatan Perkhidmatan Meteorologi bagi mendapatkan maklumat tentang cuaca dan keadaan laut.

Jabatan itu hari ini meramalkan angin kencang dan laut bergelora di perairan Pahang, timur Johor, Sarawak, Sabah (Pedalaman, daerah Pantai Barat dan Kudat) dan Wilayah Persekutuan Labuan hingga Ahad.

Dalam kenyataannya, jabatan itu berkata angin Kategori Dua selaju 50 hingga 60 km sejam dan ombak hingga setinggi 4.5 meter di kawasan berkenaan adalah berbahaya kepada semua kegiatan perkapalan, termasuk perkhidmatan feri dan menangkap ikan, serta aktiviti di pesisiran pantai. - BERNAMA

Sumber HD - 2-1-2015















































Syor RCI hanya bazirkan wang rakyat

MOHD ARIF JUHANI | .
KUALA LUMPUR: Penubuhan Jawatankuasa Tetap yang disyorkan dalam Laporan Suruhajanya Siasatan Diraja (RCI) pendatang haram di Sabah disifatkan hanya membazirkan lagi wang rakyat.

Setiausaha Perhubungan PAS Sabah, Ustaz Awang Laiman Ikin (gambar) berkata, sepatutnya RCI memberikan syor yang lebih munasabah yang mendahulukan kepentingan rakyat berbanding mengambil langkah yang memerlukan peruntukan wang yang besar.

"Sebelum ini sudah ada Esszone, Esscom. Walaupun untuk kes yang berbeza tetapi sudah banyak wang rakyat dihabiskan begitu sahaja tetapi hasilnya masih tidak membanggakan.

"Sehingga kini masih ada penduduk Sabah yang mempunyai persepsi bahawa kerajaan gagal melindungi kepentingan mereka sehingga negeri ini begitu mudah dicerobohi oleh orang luar bagi menggunakan senjata atau tidak," ujarnya ketika dihubungi Harakah, 5 November lalu.

Beliau berkata, usaha Jabatan Imigresen yang mensasarkan 2020 sebagai tahun negara bebas dari pendatang haram adalah keterlaluan dan perlu dibuktikan dengan segera.

"Sudah tentu juga ini melucukan sebab masalah pendatang asing ini sudah cukup lama berlaku. 2020 akan sampai lebih kurang lima tahun lagi, jadi tentu kerajaan perlu fikirkan langkah yang drastik.

"Maka saya sarankan selesaikan dahulu masalah tersebut di Sabah sebelum berfikir untuk melakukannya diseluruh negara. Di negeri ini, masalah itu lebih rumit lagi," katanya. - HARAKAHDAILY, 11/12/2014

RCI gagal dedah dalang kad pengenalan palsu

MOHD ARIF JUHANI | .

KUALA LUMPUR: Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin (Pati) di Sabah disifatkan gagal mengheret dalang pemberian kad pengenalan yang membolehkan Pati didaftarkan sebagai pemilih di negeri itu.

Ketua Penerangan PAS Sabah, Mohamad Husain (gambar) berkata, banyak persoalan berhubung masalah itu yang masih berbangkit dan belum diberikan perhatian teliti oleh kerajaan.

"Pada hemat saya, kalau dilihat sepintas lalu kepada laporan itu, seperti tiada pemimpin yang didapati bersalah kerana memberikan kad pengenalan kepada pendatang haram.

"Apa sudah jadi dengan saksi yang memberikan keterangan sebelum ini? Semuanya seperti disapu dibawah lantai sahaja," ujarnya ketika dihubungi Harakah, 5 Disember lalu.

Sebelum ini Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Dato' Abdul Rahman Dahlan menggesa rakyat berhenti menuding jari kepada kerajaan berhubung masalah ini.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, Abdul Rahman tidak sepatutnya mengambil sikap begitu kerana rakyat berhak untuk menyalahkan kerajaan kerana itu merupakan tanggung jawab yang wajib dipikul bagi menyediakan suasana yang selamat di negeri Sabah.

Katanya, masalah yang berlaku ini bukan baharu, sebaliknya sudah memakan masa berpuluh tahun.

"Jadi mana tindakan yang diambil kerajaan pada masa itu? Adakah kerana waktu itu tiada desakan oleh Pakatan Rakyat, maka kerajaan tidak mengambil endah masalah yang dihadapi oleh rakyat?" soalnya.

Bagaimanapun, beliau berharap langkah penyelesaian yang akan diambil oleh kerajaan selepas ini dibuat dengan berhemah walaupun terhadap pendatang haram.

"Bukanlah maksudnya kita manjakan mereka tetapi kalau mereka sudah lama duduk disini kerana kelemahan kerajaan, maka ambillah tindakan yang lebih baik pendekatannya," katanya. 


HARAKAHDAILY, 11/12/2014
















































Sabah RCI: And so, the merry-go-round goes on

Kim Quek | .

The Royal Commission of Inquiry (RCI) Report exonerating the Barisan Nasional (BN) government of responsibility in the gargantuan illegal immigrant calamity in Sabah must have stunned, shocked and disgusted many who had been eagerly looking forward to this RCI report for some relief and justice. The RCI, instead, attributes the entire blame on errant civil servants who have carried out such illegal activities for profit.

Who on earth could have believed such blatant whitewash when the influx of illegal immigrants from southern Philippines and Indonesia over a sustained period of decades has caused Sabah’s population to explode to five times its 1970 numbers (3 times the growth rate of other states) and monumental evidence has been produced both before and during the hearing of the RCI of the massive conversion of these illegals into voters (popularly known as phantom voters) to rob the original Sabahans of their sovereignty?

Have our defence forces, police, immigration department, national registration department (NRD) and the entire Cabinet under the BN government been in deep slumber all these decades while millions of foreigners swarmed over Sabah until they outnumbered the original inhabitants who were impoverished in the process?

Could a few corrupt civil servants motivated by greed have engineered and achieved such fantastic feat that has drastically and illegally altered the demographic and power balance of such a huge state without a powerful command from the top hierarchy of the government?

Evidence galore of political conspiracy

If there was no political or governmental involvement, how does the RCI explain Operasi Durian Buruk, in which former Sabah NRD chief Ramli Kamaruddin (1993-1995) led an emergency squad in late 1993 to mass convert illegal immigrants into voters with collusion from the Election Commission so that they could be planted into selected marginal constituencies where they could tip the balance in favour of BN in the early 1994 election?

As a result of the intensive and accelerated infusion of phantom voters that had been going on since 1990 (of which Ops Durian Buruk is just one instance), no doubt prompted by the crushing electoral defeat of the Muslim-led BN by Christian party PBS in 1990, the electoral landscape of Sabah had been transformed whereby Muslim majority constituencies have dramatically increased from 30% to 50% of the state’s total constituencies of 48 – just in time for the 1994 election. As a result, PBS could only manage a marginal victory in 1994, instead of an anticipated sweeping victory as it did in 1990.

Another example of Project IC or Project M (M stands for Mahathir) revealed in the RCI hearing is operation G17 (17 stands for 17 members in the squad). Another former Sabah NRD chief Abdul Rauf Sani (1990-1992) led the team to issue 40,000 to 100,000 blue ICs (for citizens only) and 200,000 birth certificates to immigrants (birth certificate qualifies the holder to apply for a blue IC).

Mahathir the ultimate authority?

It is not for nothing that this clandestine project is named after former premier Mahathir Mohamad, for vital evidences have led to his door step.

G17 leader Rauf Sani testified that his team flew in from Sabah to Kuala Lumpur where they stayed closeted in the house of Mahathir’s close aide and political secretary Aziz Shamsuddin to churn out the thousands of blue ICs for immigrants.

Ops Durian Buruk leader Ramli Kamarudin described in detail the scenario of his meeting with Mahathir’s confidante, deputy home minister Megat Junid Megat Ayub, who instructed Ramli to carry out the project in the presence of a number of witnesses who were identified by Ramli in the hearing.

That circumstantial evidence point irresistibly to Mahathir being the final authority is bolstered by the fact that leaders of this operation, including Rauf Sani and Ramli Kamarudin, were transferred specifically to spearhead Project M from the National Security Council which is directly under the Prime Minister himself. Further, Ramli Kamarudin also confirmed that he was “ordered” to go to Sabah to help create a Muslim dominated state.

However, despite such overwhelming evidence, Mahathir emerged from the RCI hearing unscratched, where he even told the Commission he never heard of Project M until very recently.

But how can we realistically expect the RCI to dig out any truth from the god father of Umno Baru, or for that matter, finding anything that could hurt the BN regime, when the entire make up of this RCI, from commissioners to investigators to conductors of the inquiry consists of only existing or former officials of the BN establishment, specifically picked by BN for this task?

Staggering Illegal Immigrant Numbers

And just how bad is the illegal immigrant plague in Sabah? The RCI report quoted a 2007 PBS memorandum which worked out the total number of such immigrants to be 1.7 million, consisting of 600,000 new bumiputra citizens holding blue ICs issued by the NRD, 750,000 with fake ICs or no documents, and a further 400,000 holding immigration document IMM13.

The RCI also stated that these figures tallied with those presented by the Malaysian Human Rights Commission (Suhakam) in a round table discussion in August 2006, where Suhakam commissioner Professor Hamdan Adnan said such a mass presence of illegal immigrants, unless promptly resolved, “could raise the spectre of an eventual reverse takeover.” This, according RCI, means that illegals holding Malaysian ICs could one day become leaders of the state.

Yet, despite such mammoth immigrant problems devastating Sabahans’ political, social and economic life, all we have from this long awaited RCI report is the simple verdict that “Project IC probably exists’ – after 9 months of hearing on 211 witnesses, and a mysterious delay of one year before the completed report is released to the public.

The Merry-Go-Round Solution

What about recommendation or remedies? Yes, the RCI gives a 199-word recommendation in the 366 page report, and that is: form a permanent committee, which will be assisted by a working committee, which will look into the immigrant problem and make recommendations to the permanent committee.

Not unexpectedly, the BN has enthusiastically embraced this recommendation while applauding the RCI report as finally revealing the truth that BN is innocent of the entire Sabah immigrant scam.

As for Sabahans and Malaysians, be prepared to see this merry-go-round of committees and investigations, which have been going on for decades without solving any problem, to continue as long as BN remains in power. For, cleaning up the illegal immigrant mess would also mean purging the phantom voters, which would in turn threaten Umno’s grip of power not only in Sabah but also in Putrajaya. - ES

Sumber HD - 6-12-2014

Rayuan bantuan bekas tahanan ISA

ARIF ATAN | .



KUALA LUMPUR: Walaupun telah dibebaskan dari tahanan ISA di Kem Tahanan Kamunting sejak lima tahun lalu, Abdul Jamal Azhari memerlukan sokongan kewangan bagi menyelesaikan proses mahkamah yang masih berlangsung di Manila, Filipina.

Beliau yang pada masa ini tinggal di Batu 19, Sandakan mempunyai lapan anak tetapi bergantung pada anak ketiga yang bekerja di pusat sembelihan ayam yang gajinya sekitar RM400 sebulan.

Isteri beliau, Norhatta Isnani pula dalam keadaan uzur sekaligus memerlukan bantuan dana daripada orang ramai yang prihatin bagi menampung kos rawatan serta keperluan hidup mereka sekeluarga.

Pada tahun 2008 lalu, Jamal yang ketika itu ditahan di Filipina dapat diziarahi anak-anaknya melalui sumbangan daripada orang ramai yang diusahakan oleh Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman.

Jamal termasuk dalam kumpulan 13 bekas tahanan ISA yang dibebaskan Najib Abdul Razak apabila dilantik sebagai Perdana Menteri.

Beliau ditahan tanpa bicara pada 2006 atas dakwaan menganggotai Darul Islam juga dikaitkan dengan perjuangan umat Islam Selatan Filipina.

Sumbangan orang ramai kepada keluarga Abdul Jamal Azhari boleh disalurkan terus ke dalam akaun HARAKAHDAILY DOT COM, Maybank 564070000336.

"Saya menyeru kepada orang ramai, bantulah keluarga malang ini. Mereka memang amat
memerlukan sokongan dan bantuan anda," ujar Lutfi mewakili keluarga Jamal.

Sumbangan orang ramai sebelum ini dapat menyekolahkan anak-anak Abdul Jamal yang tidak pernah mendapat pendidikan formal di Madrasah Nurul Ihsan serta membaiki rumah usang didiami lapan beranak itu dengan lantai hampir reput dan pintu yang mudah ditolak begitu sahaja. - HARAKAHDAILY 28/11/2014

Sumber HD - 28-11-2014















































PAS Sabah syor pinjaman syariah kakitangan negeri

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: PAS Sabah ingin mencadangkan kepada kerajaan negeri agar dapat menilai semula semua skim pinjaman kakitangan negeri berikutan dengan perkembangan dan perubahan persekitaran kewangan negara hari ini.

Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS negeri, Hamid Ismail berkata di antara perkara yang perlu dinilai semula ialah keperluan kepada skim pinjaman berasaskan syariah khususnya kepada kakitangan yang cenderung untuk memilih kepada skim seumpama itu.

Menurutnya, PAS Sabah ada menerima aduan dan keluhan kakitangan kerajaan negeri, terutamanya yang beragama Islam, berikutan ketiadaan skim pembiayaan perbankan Islam, di antaranya skim pinjaman perumahan kerajaan.

"Semakan pihak kami di laman web terhadap dua agensi yang diberi tanggungjawab menawarkan skim berkenaan, Perbadanan Pinjaman Sabah (Sabah Credit Corporation) dan Syarikat Permodalan Bercagar Perumahan Borneo Berhad (Borneo Housing Mortgage Finance Berhad adalah didapati tiada skim pinjaman perumahan secara Islam ditawarkan," ujarnya dalam satu kenyataan.

Hari ini, ujarnya sistem kewangan Islam telah mendapat tempat di hampir semua bank-bank di dalam negara kita termasuklah bank-bank asing.

Oleh itu, kata beliau sewajarnyalah kedua agensi kewangan milik kerajaan negeri mengambil usaha dan langkah yang sama sejajar dengan permintaan kepada perbankan Islam yang terus meningkat.

Justeru, kata beliau oleh kerana dasar Kerajaan Pusat dan Bank Negara untuk membangunkan dan menjadikan Malaysia sebagai Pusat Kewangan Islam bersepadu yang terunggul, maka sudah tiba masanya kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Musa Aman agar melihat perkara ini dengan serius dan dapat menjadi ianya sebuah kenyataan dalam masa yang terdekat. - HARAKAHDAILY 26/11/2014


Sumber HD - 26-11-2014

2 lagi kes kencing tikus di Kolej Matrikulasi Labuan

BERNAMA | .

LABUAN: Dua kes baharu leptospirosis atau penyakit kencing tikus dilaporkan berlaku di Labuan melibatkan dua pelajar Kolej Matrikulasi Labuan (KML) dua minggu lepas.

Mengesahkan perkara itu hari ini, Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismail Ali berkata pelajar berkenaan dirawat sebagai pesakit luar dan kini meneruskan pelajaran masing-masing.

“Mereka disahkan menghidap leptospirosis, kami syak mereka dijangkiti penyakit itu di kolej berkenaan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata dua pelajar berasal dari Sipitang, Sabah itu, yang mendapatkan rawatan di Hospital Besar Sipitang, disahkan berada dalam keadaaan stabil.

Kejadian seorang pelajar perempuan kolej berkenaan berusia 18 tahun dari Bintulu, Sarawak meninggal dunia disyaki akibat penyakit itu akhir bulan lepas, mendorong jabatan berkenaan membuat pemantauan rapi di kolej itu.

KML mempunyai kira-kira 2,600 pelajar dan tiga kafe yang dikendali secara bergilir oleh enam pengusaha.

Pengarah KML Sawang@Rezal Amit berkata berikutan kes baharu itu, langkah kebersihan dipertingkatkan di tempat yang disyaki menjadi sarang pembiakan tikus di kolej itu.

“Kami membuat pemantauan terhadap keadaan setelah dinasihati jabatan itu (Kesihatan). Kami serius untuk memastikan kolej ini bebas daripada penularan leptospirosis. Kami berharap kolej ini bukan menjadi punca leptospirosis," katanya. - Bernama

Sumber HD - 26-11-2014















































Tiada subsidi: Rakyat Sabah akan terkena kesan teruk

HAMID ISMAIL | .

SAYA berpendapat bahawa rakyat Sabah akan terkena kesan teruk apabila subsidi-subsidi bagi RON95 petrol dan diesel diberhentikan pada 1 Disember 2014.

Dengan pelaksanaan sistem kaedah pengapungan terkawal yang akan menentukan harga minyak negara, harga barang-barang dan makanan di Sabah adalah terbuka kepada salahguna oleh peniaga-peniaga yang tidak bertanggungjawab.

Senarionya boleh diringkaskan seperti berikut. Memandangkan harga minyak negara akan bergantung kepada harga minyak dunia mulai 1 Disember 2014, sekiranya harga minyak dunia naik pada Disember 2014, harga-harga barang dan makanan di Sabah akan naik. Tetapi sekiranya harga minyak dunia turun pada Januari 2015, harga-harga barang dan makanan tadi akan tetap kekal pada harga seperti dalam Disember 2014.

Trend semasa di Sabah ialah kenaikan harga minyak naik akan pasti menaikkan harga barang-barang dan makanan tetapi harga barang-barang dan makanan ini tidak pernah turun selepas itu.

Ditambah dengan polisi kabotaj yang ada di Sabah, harga barang-barang dan makanan di Sabah akan meningkat dengan tinggi dengan pemberhentian subsidi minyak dan ini akan membebankan rakyat Sabah terutamanya golongan berpendapatan rendah.

Perdana Menteri menjelaskan bahawa rakyat akan menerima faedah secara langsung dengan sistem kaedah pengapungan terkawal bermula 1 Disember 2014. Saya berpendapat itu satu alasan yang tidak munasabah, subsidi bertujuan untuk membantu rakyat.
Sekiranya subsidi minyak dihentikan, bagaimanakah sistem kaedah pengapungan terkawal dapat menguntungan rakyat secara langsung terutamanya golongan berpendapatan rendah?

Masih segar di ingatan saya bagaimana setiap kali kerajaan menaikkan harga minyak negara, kerajaan akan mengeluarkan amaran tentang pendakwaan kepada peniaga-peniaga yang menaikkan harga barang-barang dan makanan secara sembarangan. Tetapi, walau pun amaran tersebut ada, harga barang-barang dan makanan di Sabah tetap melonjak naik.
Sekarang bayangkan sekiranya subsidi minyak dihentikan. Biarpun kerajaan akan mengeluarkan amaran yang saman, saya menjangkakan bahawa amaran tersebut tidak mampu menghalang peniaga-peniaga yang tidak bertanggungjawab dari menaikkan harga barang-barang dan makanan di Sabah.

Saya menjangkakan selepas ini akan ramai pakar ekonomi kerajaan dan pro-kerajaan yang akan tampil memberi pelbagai teori dan alasan menyokong keputusan kabinet menghentikan subsidi minyak. Tapi saya terfikir adakah mereka tahu perasaan rakyat Malaysia, terutamanya rakyat Sabah, setiap kali harga barang-barang dan makanan dinaikkan.

Harga barang-barang dan makanan yang mahal menyusahkan dan membebankan rakyat. Dan semua orang tahu bahawa harga barang-barang dan makanan di Sabah adalah tidak sama dengan di Semenanjung Malaysia. Harga di Sabah adalah lebih tinggi.

Apabila kerajaan memutuskan untuk menaikkan harga minyak negara, saya selalu terbaca di media massa tentang ada para menteri yang menasihatkan rakyat untuk mengubah gaya hidup mereka supaya belanjawan mereka dapat disesuaikan dengan keadaan semasa.
Tetapi, menteri-menteri tersebut tidak pula mengubah gaya hidup mereka walau pun harga minyak telah naik beberapa kali dalam tahun-tahun terdekat ini. Ini menunjukkan bahawa menteri-menteri tersebut tidak peka dengan masalah rakyat.

Oleh itu, saya mendesak Perdana Menteri dan kabinetnya untuk menarikbalik keputusan memberhentikan subsidi minyak demi kebaikan rakyat Malaysia, terutamanya rakyat Sabah.

Penulis ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah.

Sumber HD - 23-11-2014

Menteri naik gaji, rakyat naik apa?

HAMBALI AKRAM | .

BERITA mengenai Dun Sabah meluluskan kenaikan gaji menteri kabinet dan adun sedikit sebanyak membuatkan saya tertanya-tanya, ke manakah slogan “rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”. Apatah lagi jumlah kenaikan itu ialah 50 peratus.

Pada saat rakyat berdepan dengan pelbagai kenaikan kos sara hidup, tindakan itu bukanlah baik untuk rakyat. Apatah lagi, segala gaji, elaun dan lain-lain adalah hasil cukai yang dikutip daripada rakyat.

Belum pun cukai barangan perkhidmatan (CBP/GST) dilaksanakan sepenuhnya, rakyat telahpun merasai keperitan kenaikan harga barang keperluan dan lain-lain berikutan kenaikan harga minyak.

Kenaikan kos sara hidup pula tidak seimbang dengan kenaikan gaji. Itu bagi yang menerima gaji. Bagaimana pula rakyat yang bekerja sendiri penoreh getah, penanam padi, nelayan, pekebun sawit dan lain-lain yang tidak menerima imbuhan tetap setiap bulan.

Sudahlah harga kebanyakan komoditi tidak stabil dan rendah, ditambah dengan musim tengkujuh yang melanda. Usahkan untuk membeli barang-barang keperluan sekolah, mungkin untuk membeli makanan asas pun tidak mencukupi.

Sepatutnya, dalam suasana ini, sebarang kenaikan gaji dan menteri ditangguh dahulu. Utamakan wang cukai tersebut untuk memenuhi keperluan asas rakyat. Apa lagi yang wakil rakyat mahu, mereka boleh membuat pelbagai tuntutan seperti tuntutan perjalanan yang merangkumi minyak, tol, tiket kapal terbang dan sebagainya. Jika membeli kenderaan pun mereka mendapat keistimewaan dan harga yang lebih murah berbanding rakyat.

Juga, ketika Selangor mahu menaikkan gaji wakil rakyatnya tempoh hari. Heboh membantah di sana-sini. Sekarang kenapa pula diam seribu bahasa?

Jangan sampai rakyat naik angin dengan tindak-tanduk pemimpin yang hanya mementingkan perut sendiri. Mereka perlu lihat bagaimana kemarahan rakyat dalam pilihan raya 2008 yang dilepaskan ketika mengundi.

Perkara yang sama tidak mustahil akan berulang – rakyat menyimpan kemarahan tersebut dan meluahkan pada waktu yang tidak dijangka. Pada 2008, Pakatan Rakyat belum wujud lagi tetapi rakyat memberi undi kepada mana-mana calon yang tidak mewakili kerajaan. – HARAKAHDAILY 14/11/2014

Sumber HD - 14-11-2014















































KML berjaga-jaga, pelajar mati disyaki kencing tikus

BERNAMA | .

LABUAN: Pengurusan Kolej Matrikulasi Labuan (KML) kini dalam keadaan berjaga-jaga berikutan kematian seorang pelajarnya disyaki berpunca daripada jangkitan kencing tikus.

Pelajar perempuan 18 tahun dari Bintulu, Sarawak itu yang meninggal dunia pada Isnin adalah pelajar jurusan Sains tahun pertama.

Pengarah KML Sawang@Rezal Amit memberitahu pemberita di sini bahawa satu pasukan dibentuk bagi menyiasat kejadian itu.

Satu taklimat daripada Jabatan Kesihatan akan dijalankan hari ini kepada enam pengusaha kafe dan kontraktor, katanya.

Jabatan itu akan mendapatkan maklumat tahap kebersihan di KML.

KML mempunyai lebih kurang 2,600 pelajar dari seluruh negara dengan menyediakan tiga kafe makanan dan minuman yang diusahakan oleh enam pengusaha yang bersilih ganti.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismail Ali dalam satu kenyataan yang mengesahkan kematian pelajar itu berkata pelajar berkenaan dimasukkan di Hospial Nukleus pada 23 Oktober selepas muntah-muntah, sakit perut, cirit birit dan demam panas.

Katanya hasil pemeriksaan, pelajar itu juga telah disahkan mengalami penyakit apendiks dan menjalani pembedahan apendiks.

“Hasil ujian saringan awal menunjukkan pelajar berkenaan kemungkinan dijangkiti penyakit Leptospirosis atau kencing tikus.

"Bagaimanapun kes ini masih dalam siasatan,” katanya. - Bernama

Sumber HD - 29-10-2014

Perintah berkurung ESSzone dilanjut hingga 6 Nov

BERNAMA | .

KOTA KINABALU: Perintah berkurung yang dikuatkuasakan di perairan enam daerah di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) dilanjutkan lagi sehingga 6 Nov depan, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.

Beliau berkata pelanjutan perintah berkurung yang meliputi kawasan perairan daerah Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau, dari jam 7 malam hingga 5 pagi itu berkuatkuasa mulai hari ini.

"Saya memikirkan kawasan keselamatan di timur Sabah ini memerlukan perintah berkurung untuk menjamin ketenteraman dan kedaulatan (negara).

"Keduanya, untuk kita mengekang aktiviti-aktiviti penyeludupan serta mempermudah tugas agensi-agensi penguatkuasaan yang berada di kawasan perintah berkurung," katanya kepada pemberita di sini Selasa.

Beliau berkata sepanjang pelaksanaan perintah berkurung sebelum ini, agensi keselamatan negara di kawasan ESSZone terus mendapat sokongan daripada orang awam, pelancong dan pengusaha pelancongan yang mahu perintah berkurung itu diteruskan.

Jalaluddin menyatakan perintah berkurung itu tidak menjejas ekonomi atau mata pencarian penduduk setempat termasuk golongan nelayan. - BERNAMA

Sumber HD - 21-10-2014















































Korban dekatkan PAS Putatan dengan masyarakat

ASRUL SAMAT | .



KOTA KINABALU: PAS Kawasan Putatan, dengan kerjasama Unit Amal telah menjayakan program korban bersama masyarakat di sekitar Sembulan di Masjid Sembulan, semalam.

Penyertaan 7 anggota Unit Amal Putatan disambut baik oleh masyarakat setempat.

Suasana ceria dan gembira dikongsi bersama semasa menguruskan 4 ekor lembu korban.

Walaupun hujan lebat yang turun sejak awal pagi, ia tidak menghalang perjalanan program tersebut, malah ianya menjadikan suasana lebih meriah apabila melihat para peserta program korban yang sama-sama dibasahi hujan, saling bantu-membantu tanpa mengira usia, semasa menyembelih, melapah dan seterusnya mengedarkan daging tersebut kepada penduduk setempat.

Dalam usaha untuk memasyarakatkan PAS, peluang seperti ini harus dimanfaatkan sebaik mungkin, melalui program-program kebajikan dan sosial.

Kini, sedikit demi sedikit PAS semakin diterima oleh masyarakat di Sabah amya, tidak seperti 10 tahun yang lalu. - HARAKAHDAILY 6/10/2014

Sumber HD - 6-10-2014

Bot tempur TLDM, 7 anak kapal ditemui selamat

BERNAMA | .

KUALA LUMPUR: Bot tempur CB204 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), yang hilang pagi semalam, sudah ditemui dengan semua tujuh anak kapalnya dilaporkan selamat.


Panglima TLDM Tan Sri Abdul Aziz Jaafar memaklumkan perkara itu dalam laman Twitter beliau pada 6.10 petang ini.

Beliau berkata komander bot itu Leftenan Azri Bakar membuat panggilan melalui radio untuk memaklumkan semua anak kapal CB204 berada dalam keadaan selamat.

"Bot CB204: Lt Azri, Komander Bot, memaklumkan KD Ganas melalui Ch16, Bot dan semua warga selamat tetapi kelaparan. Alhamdulillah," kata Abdul Aziz dalam laman Twitter.

Dalam kenyataannya malam tadi, Abdul Aziz berkata bot tempur itu belayar dari Pangkalan TLDM Kota Kinabalu pada 5 pagi Ahad sebelum terputus hubungan komunikasi radio dengan kapal pengiring KD Paus pada 11.15 pagi, ketika dalam perjalanan ke Stesen LIMA TLDM di Terumbu Layang-Layang, Sabah. - Bernama

Sumber HD - 6-10-2014















































Bot tempur TLDM dikhuatiri hilang di perairan Sabah

BERNAMA | .
KUALA LUMPUR: Sebuah bot tempur Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dikhuatiri hilang semasa cuaca buruk di perairan Pulau Mengalum, Sabah.

Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata bot tempur jenis CB90 itu terputus hubungan dengan kapal pengiring KD Paus semasa dalam perjalanan ke Stesen LIMA TLDM di Terumbu Layang-Layang, Sabah.

Dalam satu kenyataan Ahad malam, beliau berkata bot tempur itu belayar dari Pangkalan TLDM Kota Kinabalu pada pukul 5 pagi Ahad sebelum terputus hubungan komunikasi radio dengan kapal pengiring tersebut pada pukul 11.15 pagi.

Bot tempur itu ditugaskan untuk beroperasi di stesen berkenaan, katanya.

Abdul Aziz berkata operasi mencari sedang dijalankan oleh aset-aset TLDM, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), namun ia masih belum ditemui.

Tujuh orang krew yang diketuai Leftenan Azri Bakar berada di atas bot tempur itu, kata beliau.

Operasi mencari kini diteruskan mengikut prosedur sedia ada, katanya. - Bernama

Sumber HD - 6-10-2014

Rakyat Sabah semakin minat dengan Pasti

KHAIRUDDIN DAUD | .


KOTA KINABALU: PAS akan terus memartabatkan sistem pendidikan Islam yang tersusun dan sistematik di peringkat prasekolah serta memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk memenuhi keperluan pendidikan di negeri Sabah.

Ketua Pemuda PAS negeri, Lahirul Latigu berkata, kepercayaan masyarakat Sabah terhadap sistem pendidikan Islam yang dipelopori oleh Pasti juga semakin meningkat saban tahun.

“Kita juga berbangga kerana setiap tahun jumlah pelajar Pasti di seluruh kawasan di negeri Sabah semakin bertambah.

"Pada tahun ini sahaja, pertambahan pelajar kita adalah sebanyak 1,000 orang. Malahan ada pelajar kita juga yang terdiri daripada kalangan bukan Islam yang percaya bahawa anak mereka akan menjadi anak yang baik dengan sistem dan silibus pendidikan Pasti,” katanya semasa merasmikan Alamria Pasti Sepanggar 2014 hari ini.

Johan keseluruhan untuk Alamria Pasti tahun ini adalah Pasti Khalifah Kids, Taman Putera Perdana, yang telah menjadi johan untuk pertandingan mengeja, nasyid dan berkhutbah dan mendapat kedua untuk pertandingan bercerita, deklamasi sajak dan hafazan. - HARAKAHDAILY 7/9/2014



Sumber HD - 7-9-2014















































Sabah keluar dari Malaysia, polis kenal pasti individu

BERNAMA | .

LAHAD DATU: Pihak polis telah mengenal pasti individu yang mengeluarkan kenyataan untuk membawa Sabah keluar dari Malaysia, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Bakri Mohd Zinin.

Beliau berkata siasatan lebih lanjut akan dilakukan terhadap individu terbabit dalam tempoh terdekat kerana mengeluarkan kenyataan yang berunsur hasutan.

"Tindakan tegas akan ambil terhadap mereka yang mengeluarkan kenyataaan mempertikai kedudukan Sabah dalam Malaysia.

"Polis akan mempastikan tindakan diambil selari dengan kenyataan yang dibuat yang boleh kita anggap sebagai menghasut masyarakat di Sabah supaya membenci negara sendiri," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas merasmikan Kompleks Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu hari ini.

Sabtu lepas, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu program di Sipitang berkata tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang mencadangkan usaha membawa Sabah keluar dari Malaysia yang disifatkan sebagai menjejaskan semangat kerjasama, keselamatan dan perpaduan rakyat.

Mohd Bakri berkata kenyataan itu dilihat sebagai sengaja mahu memporakperandakan negara dan meminta pihak berkenaan supaya menghentikan tindakan sedemikian.

Mengenai pelaksanaan perintah berkurung di perairan timur Sabah, beliau berkata ia akan dihentikan jika tahap keselamatan di kawasan itu pulih.

Beliau berkata tindakan yang diambil adalah berdasarkan kepada keperluan keselamatan dan anggota masyarakat sedia maklum ia berkesan dalam mengekang kegiatan yang boleh mendatangkan ancaman keselamatan di Sabah.

"Setakat ini, perintah berkurung masih kekal dan orang ramai di kawasan terlibat perlu memberi kerjasama. Sekiranya keselamatan di Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZOne) pulih sediakala, barulah kita fikirkan untuk tidak melanjutkannya," katanya. - Bernama

Sumber HD - 2-9-2014

Sekolah dinding buluh setelah 57 tahun merdeka

PANGULIN SALAM | .




KOTA KINABALU: Sukar dipercayai ketika kerajaan menyediakan RM450 juta untuk meningkatkan kecemerangan pendidikan dalam Bajet 2014, seramai 101 pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Bekuku Tenom masih menduduki bangunan sekolah yang diperbuat daripada buluh.

SK Bekuku yang terletak kira-kira dua jam perjalanan menggunakan pacuan empat roda dari pekan Tenom agak daif dengan keadaan kerusi dan meja yang rosak, atap dan dinding yang bocor.

Pelajar sekolah itu terpaksa belajar di dalam bangunan sementara yang diperbuat daripada buluh sejak 13 tahun lalu.

Masalah kemudahan prasarana yang kurang memuaskan itu mendapat perhatian umum apabila ia dimuat naik ke laman sosial sejak Mac lalu.

Ekoran penyiaran sekolah yang diperbuat daripada buluh itu, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) melakukan lawatan mengejut ke sekolah itu dan menyaksikan sendiri kedaifannya.

Kelas atau bilik darjah yang dibina hasil gotong royong ibu bapa pelajar dengan kos yang disumbangkan pemimpin masyarakat pada 1999 kini berada dalam keadaan uzur dan tidak sesuai untuk kegiatan pembelajaran kerana struktur bangunannya yang tidak selamat.

Sehubungan itu, masyarakat kampung meminta supaya kerajaan mengambil perhatian terhadap masalah prasarana sekolah yang perlu digantikan segera memandangkan jumlah murid semakin bertambah.

Pesuruhjaya Suhakam Sabah, Nordin Kasim Madating berkata pihaknya sudah menghantar surat kepada Menteri Pelajaran dan Pengarah Pelajaran Sabah berkenaan kes itu tetapi sehingga kini masih belum mendapat maklum balas.

"Kami sudah menghantar surat sebanyak dua kali iaitu pada 21 April 2014 dan 11 Julai 2014 namun sehingga kini masih belum mendapat maklum balas daripada pihak yang berwajib," kesal beliau.- HARAKAHDAILY, 25/8/2014

Sumber HD - 25-8-2014















































Tinggal menumpang di bawah rumah orang lain

HARAKAHDAILY | .


Warga emas ini dan isterinya tinggal berteduh di bawah rumah kediaman orang lain untuk meneruskan hidup.
BATU SAPI: Dengan hasil pungutan zakat mencecah RM 1.5 bilion setahun, sepatutnya kes kemiskinan tegar di kalangan umat Islam di negara ini sudah tidak kedengaran lagi.

Malangnya ketika sistem pungutan zakat ditambah baik saban tahun, kaedah pengagihannya masih di takuk lama dan gagal memberikan manfaat kepada golongan asnaf.

Melalui program 'Menjejak Asnaf' anjuran Dewan Pemuda PAS Malaysia dengan kerjasama Pemuda PAS Batu Sapi dan Sandakan yang diadakan baru-baru ini, PAS berusaha menjejak golongan asnaf di kawasan parlimen Batu Sapi bagi menyampaikan bantuan dalam bentuk barangan keperluan harian seperti beras, minyak masak, gula dan wang tunai.

Sejumlah 35 keluarga daripada empat kampung menerima sumbangan antaranya Kampung Lupak Meluas Darat dan Kampung Lupak Meluas Laut, Kampung Karamunting dan Taman Po Hing.

Ahli Jawatankuasa Pemuda PAS Pusat, Ustaz Fadhli Shaari yang juga Ketua Pemuda PAS Kelantan melahirkan rasa terkejut dengan pengalaman yang dilaluinya semasa memasuki kawasan-kawasan penempatan penduduk.

"Walaupun ramai orang miskin di Kelantan keadaan tidaklah seteruk ini. Saya tidak pernah menjangka masih ada rakyat yang hidup menumpang di bawah rumah orang lain dan di rumah-rumah tanpa dinding," kata Ustaz Fadhli.

Hadir sama Yang Dipertua PAS Kawasan Batu Sapi, Hamzah Abdullah, Ketua Pemuda PAS Batu Sapi, Haris Alimudin dan Ketua Pemuda Sandakan, Samsul Rijal.

Pada masa yang sama, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) berpusat di Selangor iaitu Persatuan Jaringan Siswazah Malaysia (Jasa) turut menyampaikan bantuan kepada penduduk hasil sumbangan orang ramai.

Pihak Jasa diwakili Penyelaras Jasa Sabah, Khairul Anuar Muhammad.

Berita lanjut di Harakah terbaru edisi Jumaat.


Ustaz Fadhli menyampaikan sumbangan kepada seorang penduduk sambil diiringi Hamzah Abdullah.

Sumber HD - 7-8-2014

53% banduan penjara Sabah warga asing

BERNAMA | .


KOTA KINABALU: Sejumlah 53 peratus daripada 6,000 tahanan dan banduan yang sedang menjalani hukuman atas pelbagai kesalahan di enam penjara di seluruh Sabah adalah warga asing, kata Pengarah Jabatan Penjara Sabah Ab Basir Mohamad.

Menurut Ab Basir penjara di Sabah kini menampung jumlah tahanan dan banduan melebihi kapasiti iaitu 5,500 orang dan kos makanan harian bagi setiap tahanan ialah RM8.40.

"Sekarang ini, penjara Sabah memang sudah melebihi kapasiti yang ada. Bagaimanapun, kita masih mampu menguruskan banduan yang ada dalam tahanan kita dengan baik," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis serah terima tugas Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu di sini hari ini.

Justeru kata Ab Basir bagi mengurangkan kesesakan di penjara, pihaknya sudah bersedia untuk melaksanakan program pemindahan banduan warganegara asing untuk meneruskan tempoh hukuman mereka di negara asal sebaik mendapat arahan daripada kerajaan.

Katanya langkah lain yang diambil dalam mengurangkan kesesakan di penjara Sabah termasuk cadangan pembinaan sebuah penjara di Lahad Datu yang pembinaannya dijangka bermula tahun ini yang boleh menampung kira-kira 1,000 banduan dan tahanan pada satu-satu masa.

Menurut Ab Basir penjara Labuan yang baru beroperasi juga kini menampung kira-kira 400 banduan yang dipindahkan daripada penjara Tawau, Sandakan dan Kota Kinabalu.

Mengenai visi penjara Sabah untuk menjadi penjara bertaraf dunia menjelang tahun 2020, Ab Basir berkata usaha sedang dilakukan bagi mencapai visi itu termasuk dari segi penyediaan kemudahan untuk banduan dan latihan kepada pegawai bagi memperkasa keupayaan pegawai terlibat.

Terdahulu pada majlis itu, Ajidin Salleh mengambil alih tugas sebagai Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu daripada Suria Idris yang berpindah ke Lembaga Parol, Kementerian Dalam Negeri. Sebelum dilantik Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu, Ajidin adalah Ketua Seksyen Pemulihan di Ibu Pejabat Penjara Malaysia.

Sumber HD - 4-8-2014















































Bagaimanakah masa depan anak Sabah?

ARIF ATAN | .



TELATAH sekumpulan murid PASTI Kg Batu 2, Jalan Apas di Tawau menyambut rombongan Dewan Pemuda PAS dan Harakah menjelang waktu iftar, 18 Ramadan lalu (gambar atas).

Kanak-kanak pra-sekolah berpakaian warna hijau pucuk pisang itu antara 170 murid di salah satu daripada 20 premis PASTI di daerah Tawau.

Menjengah ruang luas di dalam PASTI tersebut yang asalnya merupakan rumah kayu, kelihatan senarai nama murid terpampang mengikut kelas selain formasi abjad dan angka mengenai benda dan haiwan.

Kemas, teratur dan sistematik. Di satu sudut pula, tersusun borang pemeriksaan gigi yang dilakukan secara berkala oleh klinik gigi kerajaan sekaligus memberi mesej pendidikan Islam diusahakan PAS ini sudah diiktiraf.

Lain pula halnya dengan kanak-kanak sebaya mereka di Kampung Pangkalan Kunak apabila lebih 100 rumah didiami bersama keluarga musnah dijilat api menjelang waktu sahur hari pertama Ramadan lalu.

Selepas lebih dua minggu ditempatkan di Dewan Sri Kunak berserta bantuan makanan, kanak-kanak yang termasuk dalam kira-kira 1,000 mangsa kebakaran di perkampungan atas air itu diarah pihak Majlis Daerah Kunak supaya berpindah keluar.

Demikian antara situasi sedang diahadapi generasi masa depan di Sabah khususnya di kawasan pantai timur yang sebahagiannya berdepan ancaman serangan hendap pengganas dan penculikan.

Memenuhi jemputan Ketua Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat dalam misi Rahmat Ramadan, Harakah, diketuai Ahmad Lutfi Othman hadir bukan sahaja merakamkan aktiviti parti bahkan keluh-kesah rakyat Negeri Di Bawah Bayu itu.

Tinjauan dari Tawau, Kunak dan Semporna mendapati kemiskinan dan penafian pemilikan tanah yang kemudiannya membawa pada pengusiran massa ketara membelenggu majoriti penduduknya.

Misalnya, keluarga Sarimah Ismail, 45, dari Kampung Sungai Atas di daerah Kunak sudah tiga tahun tinggal berlantaikan tanah dengan tikar getah sebagai pengalas.

Walaupun wakil rakyat pernah secara bersemuka berjanji untuk menyediakan rumah lebih selesa tetapi pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) memberitahu mereka sekeluarga tidak layak dengan alasan 'bijak' suaminya yang uzur berasal dari Sandakan.

Akibatnya, empat anak Sarimah yang masih bersekolah dari Tahun Satu sehingga Tingkatan 2 hidup terdedah pada bahaya dengan berbumbungkan zink yang baru-baru ini bergegar dipukul angin ribut.

Menziarahi keluarga Harmawati Junaidi, 38, yang juga pernah berkhidmat sebagai guru PASTI selama 10 tahun, Harakah diberitahu tentang ancaman pengusiran dialami penduduk Kampung Batu 2, Jalan Saddani.

Pengorbanannya berundur dari PASTI demi memberi tumpuan menjaga ayahnya, Junaidi Naraji, 63, yang menghidap penyakit angin ahmar sejak lima tahun lalu amat besar ertinya.

"Sejak empat tahun lepas, tanah yg didiami lebih 30 tahun di sini mahu diambil. Risau juga bila fikir bagaimana nasib kami selepas ini," keluhnya.

Ini bermakna ura-ura mengusir penduduk dari kampung dengan rumah berkonsepkan seni bina Bugis itu - besar dan bertiang tinggi - bermula sekitar dua tahun selepas Pilihan Raya Umum Ke-12!

Sambil kami menjamah juadah iftar di rumah beliau yang tidak jauh dari bandar Tawau itu, saya terbayang kemeriahan kanak-kanak di kampung itu yang ketika kami sampai sedang leka bermain guli dan berkejaran di halaman dan di kolong rumah.

Pastinya, suasana seperti itu akan pupus apabila kerajaan negeri Sabah hanya menyalin cara Kuala Lumpur memindahkan rakyat berpendapatan rendah ke unit rumah Program Perumahan Rakyat (PPR).

Malangnya, bumi Sabah yang masih luas dan makmur terlalu kejam untuk menyumbat anak peribuminya hidup sesak berhimpit di rumah pangsa seperti di ibu negara!

Pada masa sama, Yang Dipertua PAS Kawasan Kalabakan, Ahmad Dullah bimbang tentang krisis kekurangan guru mata pelajaran Pendidikan Islam di hampir semua sekolah di Sabah yang bakal menyumbang konflik pada rohani generasi pewaris negeri ini.

Ujarnya, selepas Perdana Menteri melantik Dato' Mary Yap Kain Ching sebagai Timbalan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi dalam Kabinet, trend ustaz atau ustazah dari Semenanjung dibenarkan keluar dari Sabah semakin ketara mulai awal tahun ini.

"Hairannya, permintaan guru untuk balik ke Semenanjung diluluskan pada kadar segera padahal biasanya sebelum ini sebarang permohonan pertukaran ambil tempoh melebihi lima tahun.

"Akibat tidak cukup guru, pelajar terpaksa digabungkan dengan pengajaran kelas bagi Pendidikan Islam berlangsung di dewan makan sekolah," jelasnya.

"Masih banyak isu di Tawau, membabitkan kepentingan rakyat, yang perlu didedah dan dicari jalan keluar. Insya-Allah, Harakah cuba berperanan sebaik mungkin menyelongkar dan membongkar isu-isu tersebut," janji Ahmad Lutfi, menyedari masa agak suntuk untuk membuat tinjauan lebih menyeluruh.

Ketika Harakah menyertai rombongan Pesuruhjaya PAS Sabah, Aminuddin Aling dan Lajnah Kebajikan PAS negeri ke Semporna, khabar tentang perintah berkurung hangat diperkatakan penduduk tempatan.

Khairil Zafran (kiri) yang bakal genap berusia setahun pada 26 Julai ini dilihat tenang dalam dakapan ibunya ketika ayah si cilik ini, Koperal Ab. Rajah Jamuan terkorban dalam serangan hendap lapan lelaki bersenjata di Pulau Mabul, 13 Julai lalu.

Masa depan lebih baik buat anak-anak Sabah dilihat hanya akan menjadi kenyataan jika belenggu kemiskinan dan ancaman keselamatan dapat ditangani tanpa bertangguh lagi. - HARAKAHDAILY 24/7/2014

* Dewan Pemuda PAS Malaysia masih mengalu-alukan sumbangan untuk Dana Rahmat Ramadan melalui akaun Maybank 5640 2540 0414 atas nama Tabung Rakyat Prihatin.

Sumber HD - 24-7-2014

Pengalaman menjejak asnaf di Batu Sapi & Sandakan

HUSAINI ROSLIN | .



BATU SAPI: Dengan hasil pungutan zakat mencecah RM 1.5 Billion setahun, sepatutnya kes kemiskinan tegar dalam kalangan umat Islam di negara ini sudah tidak kedengaran lagi. Malangnya ketika sistem pungutan zakat ditambahbaik saban tahun, kaedah pengagihannya masih di takuk lama dan gagal memberikan manfaat kepada golongan asnaf.

Melalui program Menjejak Asnaf anjuran Dewan Pemuda PAS Malaysia dengan kerjasama Pemuda PAS Batu Sapi dan Sandakan yang diadakan semalam, PAS berusaha menjejak golongan asnaf di kawasan parlimen Batu Sapi bagi menyampaikan bantuan Ramadan dalam bentuk barangan keperluan harian seperti beras, minyak masak, gula dan wang tunai.

Sebanyak 35 buah keluarga dari empat buah kampung menerima sumbangan antaranya termasuklah Kg. Lupak Meluas Darat dan Kg. Lupak Meluas Laut, Kg. Karamunting dan Taman Po Hing.

Exco Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Fahdli Shaari yang juga Ketua Pemuda PAS Kelantan hadir mewakili DPPM. Beliau yang ditemui selepas menyerahkan bantuan melahirkan rasa terkejut dengan pengalaman yang dilaluinya semasa memasuki kawasan-kawasan penempatan penduduk.

"Walaupun ramai orang miskin di Kelantan keadaan tidaklah seteruk ini, saya tidak pernah menjangka masih ada rakyat yang hidup di bawah kolong dan di rumah-rumah tanpa dinding." kata Ustaz Fadli.

Beliau kemudiannya menambah, "Saya letih melihat kemiskinan ini. Saya benar-benar tidak bersedia dari segi mental untuk melihat keadaan ini".

Hadir sama dalam program tersebut ialah Hamzah Abdullah, Yang Dipertua PAS Kawasan Batu Sapi, Haris Alimudin, Ketua Pemuda Batu Sapi dan Samsul Rijal Ketua Pemuda Sandakan.

Pada masa sama, sebuah NGO yang berpusat di Selangor, Persatuan Jaringan Siswazah Malaysia (JASA) turut menyampaikan bantuan kepada penduduk hasil dari sumbangan orang ramai. Pihak JASA diwakili oleh Penyelaras JASA Sabah, Khairul Anuar Muhammad.

Hamzah Abdullah melahirkan rasa terima kasih dan bersyukur atas sumbangan yang diberikan kepada penduduk dan berharap lebih ramai pihak tampil memberikan bantuan bukan sahaja terhad pada waktu perayaan.

Haris Alimudin pula berharap agar pihak yang mengurus wang agihan zakat agar mengadakan program seperti ini bagi mempastikan tiada golongan asnaf yang tercicir.

"Saban tahun hasil pungutan zakat mencecah billion ringgit, tapi kita masih melihat kadar kemiskinan tegar dalam kalangan umat Islam masih tinggi. Ramai juga golongan asnaf yang tidak menerima agihan zakat yang disebabkan oleh kaedah pengagihan yang terlalu banyak karenah dan menyusahkan." kata beliau.

Beliau menambah sewajarnya pusat zakat menambah baik kaedah pengagihan sejajar dengan pertambahan amil dan juga kaunter zakat yang dibuka di tempat-tempat awam.

"Zakat adalah sebuah sistem yang bermatlamat untuk memberikan keadilan sosial kepada rakyat, kegagalan sistem ini akan mencemarkan imej Islam." kata beliau.

Beliau kemudiannya menyatakan bahawa Pemuda PAS akan kekal komited membantu rakyat di kawasan ini. Beliau memaklumkan tentang cadangan pemuda PAS untuk membaiki rumah penduduk yang dhaif.

Di dalam program tersebut juga Pemuda PAS melihat sendiri kedhaifan penduduk, antara sepasang warga emas yang menumpang tinggal di bangsal di bawah kolong rumah, sebuah keluarga yang mempunyai anak OKU yang keadaan rumahnya hampir keseluruhannya bocor dan sebuah rumah tidak berdinding yang didiami oleh sebuah keluarga. - HARAKAHDAILY 20/7/2014

Sumber HD - 20-7-2014















































Perintah berkurung di Pantai Timur Sabah

BERNAMA | .
KOTA KINABALU: Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman mengisytiharkan perintah berkurung di kawasan perairan pantai timur Sabah bermula dari Tg Pundaras, Sandakan hingga ke Jeti Tawau berkuat kuasa hari ini hingga 2 Ogos ini.

Ia bermula pukul 6 petang hingga 6 pagi.


Beliau berkata kawasan perintah berkurung bermula selepas tiga batu nautika dari pantai sepanjang perairan dari Sandakan melalui daerah Kinabatangan, Lahad Datu, Semporna hingga ke Jeti Tawau sejauh 362 batu nautika meliputi kawasan seluas 121, 270 batu nautika persegi.

"Memandangkan keadaan keselamatan di perairan di beberapa daerah di Sabah dalam keadaan terancam dan menimbulkan kegusaran kepada orang ramai serta mengganggu kehidupan ekonomi masyarakat setempat berikutan berlakunya pencerobohan pengganas Sulu, maka pihak polis memutuskan untuk menguatkuasakan perintah berkurung di kawasan terlibat.

"Kuasa untuk saya isytihar perintah berkurung adalah di bawah Seksyen 3 (1) Akta Polis 1967. Kuasa saya, (perintah berkurung) ini tidak melebihi 24 jam.

"Tetapi saya sudah menulis kepada menteri dalam negeri dan menteri bersetuju memberi tambahan tidak melebihi 14 hari," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dengan pengisytiharan perintah berkurung berkenaan, Jalaluddin berkata tiada
sesiapa pun, kecuali anggota keselamatan dan orang yang diberikan pengecualian yang boleh berada di dalam kawasan yang telah ditetapkan dari jam 6 petang hingga 6 pagi.

Beliau berkata mana-mana orang, selain anggota keselamatan yang perlu memasuki atau melalui kawasan yang telah diisytiharkan sebagai kawasan perintah berkurung perlu mendapat permit pengecualian perintah berkurung daripada Ketua Polis Daerah (OCPD) di kawasan mereka berada.

Turut hadir Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) Datuk Abdul Rashid Harun.

"Oleh itu, saya telah mengarahkan semua OCPD untuk memberi notis kepada
Jabatan Laut serta semua pihak yang ada kepentingan di kawasan ini termasuk
pengusaha calet dan sangkar ikan yang berada di dalam kawasan perintah berkurung, hari ini. Saya telah berhubung dengan Ketua Menteri Sabah memaklumkan tindakan ini. Saya juga akan berhubung dengan ketua keselamatan negeri dan pegawai daerah," katanya.

Jalaluddin berkata sesiapa yang dijumpai di kawasan perintah berkurung adalah melakukan kesalahan dan boleh ditangkap tanpa waran di bawah Seksyen 3 (2) Akta Polis 1967 serta dituduh di mahkamah dan dihukum mengikut Seksyen 94 Akta Polis 1967.

Beliau berkata mana-mana orang yang berada di dalam kwasan perintah berkurung juga apabila diarah oleh anggota pasukan keselamatan untuk berhenti dan diperiksa hendaklah meberi kerjasama dan sekiranya gagal berbuat demikian anggota keselamtan akan mengambil segala tindakan yang perlu termasuk menggunakan kekerasan yang dibenarkan oleh undang-undang.

"Memandangkan kawasan yang telah diisytiharkan sebagai kawasan perintah
berkurung adalah meliputi kawasan lautan dan melibatkan penggunaan bot, perahu atau kapal, maka anggota pasukan keselamatan akan memberikan arahan dengan menggunakan pembesar suara, lampu, siren atau cara-cara lain yang bersesuaian.

"Oleh itu orang awam adalah dinasihatkan mengambil perhatian terhadap
cara-cara yang dinyatakan itu," katanya.

Beliau berkata mana-mana pihak yang melanggar peraturan perintah berkurung boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM500 atau penjara tidak melebihi enam bulan.

kata Jalaluddin, apabila terdapat suspek yang disyaki telah melakukan penculikan ataupun pembunuhan yang hukumannya adalah gantung sampai mati atau penjara seumur berada di kawasan perintah berkurung, maka anggota keselamatan boleh melepaskan tembakan ke sasaran berkenaan.

Mengenai nelayan laut dalam yang mungkin terpaksa keluar menangkap ikan pada waktu malam, beliau berkata mereka boleh memohon permit daripada OCPD untuk melalui kawasan perintah berkurung, namun mereka tidak dibenarkan menangkap ikan di kawasan perintah berkurung.

Malah katanya pelancong yang berada di pulau peranginan juga tidak dibenarkan keluar dari pulau berkenaan atau melakukan aktiviti selaman dalam tempoh perintah berkurung bagi memudahkan anggota keselamatan melaksanakan tanggungjawab mereka dengan lebih mantap.

"Kalau dalam tempoh 14 hari, saya memikirkan kawasan ini masih tidak selamat, kita akan bincang semula dan kita akan mengambil tindakan susulan sama ada kita menggunakan Public Order (Preservation) Akta 1958 (POPA) atau mengikut pertimbangan undang-undang yang diperuntukan.

"Kalau POPA dikuatkuasakan, kuasa diberi kepada OCPD (isytihar perintah berkurung) tidak melebihi 24 jam, Pesurujaya Polis tidak lebih 48 jam dan menteri tiada had. Tapi untuk peringkat permulaan, saya pakai Akta Polis," katanya. – HARAKAHDAILY 19/7/2014

Sumber HD - 19-7-2014

Tiada tembak-menembak dengan pengganas Sulu

HARAKAHDAILY | .

SEMPORNA: "Jangan percaya khabar angin," kata Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) DCP Datuk Abdul Rashid Harun mengenai dakwaan berlaku kejadian terbaharu tembak-menembak di kawasan itu.

Beliau menyangkal laporan media sosial kononnya berlaku kejadian tembak-menembak antara anggota keselamatan dengan kira-kira 200 pengganas Sulu Filipina awal pagi Jumaat.

Katanya sehingga kini beliau tidak mendapat sebarang maklumat mengenainya.

"Ini merupakan satu lagi laporan palsu yang boleh mendatangkan kebimbangan rakyat khususnya mereka yang tinggal di kawasan yang terlibat, katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Sehubungan itu, Abdul Rashid meminta rakyat negeri ini supaya tidak merasa cemas dan takut kerana keadaan keselamatan khususnya Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) terkawal.

Katanya orang ramai boleh menghubungi Bilik Gerakan Esscomm atau pejabat polis daerah berdekatan bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih berhubung status keselamatan di Esszone.

-- BERNAMA

Sumber HD - 18-7-2014















































Keselamatan di Sabah terkawal, jangan percaya khabar angin

BERNAMA | .

KOTA KINABALU: Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman menegaskan keadaan keselamatan di Sabah, khususnya di pantai timur adalah terkawal dan meminta rakyat tidak mempercayai khabar angin yang tersebar dalam laman sosial.

Sambil menafikan dakwaan kononnya keadaan keselamatan di Sabah terancam dan bakal berlaku pencerobohan di pantai timur negeri ini, beliau berkata polis sedang menyiasat dalang yang menyebarkan berita palsu itu.

"Mohon masyarakat dan rakyat Sabah jangan dengar berita palsu yang sengaja dibuat untuk menakutkan orang ramai. Pihak agensi keselamatan mampu untuk mengawal keadaan jika berlaku apa jua kemungkinan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas tentang penyebaran khabar angin dalam laman sosial dan aplikasi WhatsApp berhubung keadaan keselamatan di Sabah, selepas majlis penyerahan kuih raya Aidilfitri untuk anggota pasukan keselamatan yang disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Berhubung kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar semalam bahawa polis akan mengumumkan perintah berkurung sepanjang 1,400 km perairan pantai timur Sabah dalam tempoh 48 jam, Jalaluddin berkata pihaknya sudah bersiap sedia untuk melaksanakan perintah itu.

"Kami mengadakan mesyuarat hari ini di Semporna untuk membincangkan pelbagai perkara (isu keselamatan termasuk perintah berkurung)...sudah tentu kami sudah bersedia," katanya.

Perintah berkurung itu akan berkuat kuasa pada masa tertentu dari perairan antarabangsa sehingga ke perairan Timur Sabah bagi mengelak penceroboh dan penculik memasuki negeri itu.

Ini susulan insiden serang hendap oleh sekumpulan lapan individu bersenjata berat di Pulau Mabul, Semporna Sabtu lepas yang menyebabkan Koperal Ab Rajah Jamuan, 32, maut manakala rakannya, Konstabel Zakia Ali, 26, diculik. - Bernama

Sumber HD - 17-7-2014

PAS kawasan Labuan santuni rakyat

HARAKAHDAILY | .




LABUAN: Melihat kepada keadaan ekonomi di Malaysia yang semakin membebankan, PAS Labuan meneruskan langkah menyantuni masyarakat yang kurang berkemampuan pada bulan mulia ini. Program ‘Berbelanja Bersama PAS Kawasan Labuan’ yang dijalankan baru-baru ini melibatkan 21 penyertaan dalam kalangan masyarakat Labuan yang berpendapatan rendah, OKU, anak yatim, dan Ibu tunggal.

Yang Dipertua PAS Kawasan Labuan, Hamir Zahari menyatakan hasrat PAS begitu tinggi untuk membantu masyarakat kurang berkemampuan dan meringankan beban mereka agar golongan ini turut merasai kegembiraan meraikan Ramadan dan Syawal yang bakal tiba.

Menurut beliau, program bantuan kepada masyarakat sememangnya telah diadakan setiap tahun. Namun, pendekatan pada kali ini sedikit berbeza.

Kata beliau lagi, dana yang digunakan untuk program sebegini diperoleh daripada ahli-ahli PAS sendiri. Beliau turut menyeru NGO dan parti-parti lain yang berada di Labuan untuk turut membantu golongan yang susah dan kurang upaya ini memandangkan masih ramai golongan ini di Labuan yang perlu dibantu. PAS bukan semata bergerak pada musim pilihan raya, malahan diluar musim pilihan raya untuk membantu masyarakat semampunya.

Turut hadir ketika itu adalah Timbalan Yang Dipertua (TYDP) PAS Kawasan Labuan, Hadnan Mohamad, Naib Yang Dipertua (NYDP) dan Ahli Jawatankuasa dan Ahli PAS Kawasan Labuan lainnya.

PAS Kawasan Labuan dilihat semakin mengorak langkah dalam pada memperjuangkan kebajikan rakyat umumnya dengan pelbagai aktiviti sebagai salah satu usaha ke arah menjadikan Malaysia sebuah Negara berkebajikan. HARAKAHDAILY 16/7/2014

Sumber HD - 16-7-2014















































PAS Sabah desak lantik segera ahli Muis

HARAKAHDAILY | .



KOTA KINABALU: PAS Sabah memandang serius kelewatan kerajaan negeri melantik Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Majlis Ugama Islam Sabah (Muis) yang baru walaupun tempoh perkhidmatan AMT Muis telah tamat pada 31 Mac lalu.

Timbalan Pesurujaya PAS Sabah, Hamid Ismail (gambar) berkata, semakan yang dilakukan pihaknya di warta kerajaan dan sumber-sumber yang boleh dipercayai mendapati kerajaan negeri masih belum melantik secara rasmi AMT Muis berdasarkan kuasa-kuasa yang diberi di bawah Seksyen 11(2) Enakmen Majlis Ugama Islam Sabah 2004.

Pihaknya juga merujuk kepada Warta Kerajaan bertarikh 21 April 2011 Jilid LXVI, no. 301 mengenai "Pelantikan pengerusi, timbalan pengerusi dan ahli-ahli majlis tertinggi Muis" dan mendapati tempoh perlantikan AMT Muis telah tamat pada 31 Mac 2014.

Menurut Hamid, masalah kelewatan ini bukan pertama kali berlaku kerana rekod menunjukkan AMT Muis bagi penggal 2007-2010 yang telah tamat pada 14 Nov 2010 hanya dilantik pada 1 April 2011 iaitu 5 bulan terlewat daripada tempoh tamat.

"PAS melihat perkara ini suatu yang amat serius memandangkan semua hal ehwal berkaitan Islam terletak di bawah tanggung jawab Muis dan ini sudah tentu akan merencatkan segala perancangan dan perkara-perkara yang memerlukan keputusan segera," tegas beliau.

Dalam perkembangan berkaitan, Hamid turut menggesa kerajaan negeri supaya mematuhi Enakmen Muis 2004 di bawah seksyen 11(2) yang mensyaratkan lima daripada lapan AMT Muis yang dilantik mestilah seorang yang arif dalam hukum syarak.

Beliau menjelaskan bahawa takrif 'arif' mengikut Kamus Dewan adalah mengetahui atau biasanya dirujuk kepada seseorang yang memahami sesuatu dengan mendalam atau luas pengetahuan.

Manakala maksud 'hukum syarak', tambah beliau adalah peraturan (ketentuan) mengenai kehidupan menurut Islam.

"Justeru itu PAS mahu latarbelakang dan kelayakan semua AMT Muis didedahkan kepada umum kerana PAS mendapati perlantikan AMT yang lalu tidak memenuhi syarat-syarat seperti yang dikehendaki oleh enakmen seperti mana yang berlaku dengan perlantikan AMT 2011-2014, hanya YB Datuk Arifin Arif sahaja yang memenuhi syarat-syarat tersebut," ujar beliau.

PAS Sabah, tambah beliau turut mempersoalkan kewajaran bekas Pengerusi Muis, Datuk Suhaili Said mengeluarkan kenyataan berhubung kadar zakat fitrah di negeri itu sedangkan jawatan beliau sebagai Pengerusi Muis telah pun tamat tempoh. - HARAKAHDAILY, 14/7/2014

Sumber HD - 14-7-2014

No comments:

Post a Comment