BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Wednesday, July 16, 2014

BONGKAR PROJEK KONSESI


Rafizi dedah dokumen OSA berkenaan hubungan LTAT-1MDB
Posted on Monday, March 28 @ 21:28:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah




KUALA LUMPUR: Rafizi Ramli hari ini bermain api dengan mendedahkan butiran dokumen yang dirahsiakan dibawah Akta Rahsia Rasmi (OSA), dan mengaitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Rafizi mendedahkan butiran daripada dokumen tersebut dalam sidang media di ruang legar Parlimen hari ini tetapi FMT tidak akan menyiarkan butirannya.

Tukang adu yang membocorkan dokumen yang dirahsiakan dibawah OSA boleh dipenjarakan sehingga dua tahun.

Meskipun begitu, Ahli Parlimen Pandan itu berhujah keadilan perlu diberi kepada pesara-pesara terkesan, yang terletak dibawah bidang kuasa LTAT.

Menurut Rafizi, tindakannya itu perlu diambil memandangkan LTAT enggan menjawab soalan-soalan yang diajukan beliau kepada lembaga minggu lalu.

Minggu lalu, Rafizi berkata dokumen rasmi dalam simpanannya mendedahkan tunggakan 1MDB kepada anak syarikat LTAT, Perbadanan Perwira Hartanah Malaysia (PPHM), yang setakat September tahun lalu mencecah RM396.41 juta.

Tunggakan itu, dakwanya, memberi kesan langsung keatas aliran tunai LTAT sehingga menyebabkan kelewatan membayar gratuiti kepada veteran-veteran askar tak berpencen.

Sumber TKO - 28-3-2016

Rafizi ikrar dedah rugi besar tiga lagi pelaburan Tabung Haji

Posted on Monday, February 22 @ 19:26:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli akan terus mendedahkan tiga lagi pelaburan Tabung Haji yang mengalami kerugian besar pada minggu ini.

Katanya, sidang akhbar mengenai tiga lagi pelaburan Tabung Haji itu akan dibuat pada hari Selasa, Rabu dan Khamis.

Melalui satu kenyataan akhbar, beliau juga terus mendesak Datuk Seri Azeez Abdul Rahim meletak jawatan sebagai pengerusi Tabung Haji jika tidak mahu badan kewangan itu dipolitikkan.

“Sebagai Ahli Parlimen yang selalu memberi perhatian kepada kedudukan kewangan institusi milik kerajaan, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk terus menyemak kedudukan kewangan dan pelaburan besar Tabung Haji.
“Apatah lagi rekod Datuk Seri Azeez Abdul Rahim sebagai Pengerusi Tabung Haji dalam menerangkan keputusan-keputusan pelaburan Tabung Haji yang mengundang kontroversi bukanlah baik,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Rafizi merujuk kepada kenyataan Azeez dalam laporan Bernama, Sabtu lalu supaya pihak tertentu tidak mempolitikkan Tabung Haji dan mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang menyebarkan fitnah.

Sekadar menjerit bohong
Azzez dilaporkan berkata tindakan pihak berkenaan cuba meracuni rakyat, terutama pendeposit Tabung Haji dan semata-mata bermotifkan politik.

"Kalau nak serang saya, seranglah saya dari segi politik tapi jangan serang saya melalui isu Tabung Haji tanpa usul periksa... hentikanlah," katanya yang dipetik selepas Program Melestarikan Integriti Tabung Haji Bersama Masyarakat Baling di Dewan Badminton Kupang di Baling.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata beliau tidak pula menampilkan angka-angka untuk menafikan perkara-perkara yang ditimbulkannya selain mengulangi bahawa ia adalah fitnah belaka.
Katanya, pertama kali beliau membangkitkan perkara itu adalah di Dewan Rakyat pada 16 Mac tahun lalu mengenai potensi risiko jika Tabung Haji terlibat dengan 1MDB.

“Semasa saya mula-mula menimbulkan perkara ini, reaksi Azeez di dalam Dewan Rakyat ialah dengan menjerit ‘bohong’ sedangkan sebulan kemudiannya beliau sendiri terpaksa mengakui bahawa Tabung Haji telah membeli tanah kerajaan yang dianugerahkan kepada 1MDB pada harga yang berlipat kali ganda.

“Sebab itu, jika beliau tidak mahu Tabung Haji menjadi tumpuan politik, maka sebaiknya Tabung Haji tidak boleh ada campur tangan politik.

“Maka saya mengulangi desakan saya supaya beliau meletakkan jawatan agar seorang tokoh bukan politik dilantik menjadi Pengerusi Tabung Haji,” katanya.

Minggu lalu, Rafizi pada sidang akhbar Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) mendakwa terdapat campur tangan politik terhadap keputusan Tabung Haji dalam mengekalkan kepentingannya dalam Felda Global Ventures (FGV) walaupun mengalami kerugian atas kertas berjumlah lebih RM900 juta.

Sebagai reaksinya, Tabung Haji berkata saham-saham dalam FGV adalah sebahagian daripada pelaburan strategik jangka panjang.

Ia memberi jaminan kepada pendeposit bahawa simpanan mereka ‘tidak hilang’ seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak. - MK

Sumber TKO - 22-2-2026



Sek Men Alor Limbat, Siap Tapi Tak Boleh Pakai

Posted on Wednesday, July 29 @ 03:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Sekolah tergantung pertama di Malaysia. Demikianlah keadaan sebuah bangunan sekolah yang dibina di sebuah kawasan agak terpencil di Kampung Alor Limbat di sini, yang mula menjadi buah mulut penduduk di sekitar kampung berkenaan.















Ahmad Razif Abd Rahman (MB Terengganu) berkata, Unit Forensik Jabatan Kerja Raya (JKR) menganggarkan kos bagi membaiki bangunan sekolah tersebut adalah berjumlah RM7.8 juta.

Menurutnya, bangunan tersebut telah hampir siap 92 peratus semasa pihak forensik JKR membuat laporan berlaku mendapan yang serius sehingga menyebabkan sekolah tersebut  tidak boleh beroperasi sebagaimana sepatutnya.
Sumber TKO - 29-7-2015

AMK desak siasat dakwaan rasuah MARA

(Oleh Azuan Ab Rahman)

KUALA LUMPUR 23 JUN: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) mendesak siasatan penuh dan bebas dijalankan bagi mengheret pesalah yang didakwa terlibat rasuah dalam urusniaga pembelian hartanah bernilai RM65 juta di Melbourne, Australia ke muka pengadilan.

korup

Pendedahan yang mengejutkan itu dilapor akhbar Australia, The Age hari ini dengan mendakwa, dana Majlis Amanah Rakyat (MARA) disalahguna untuk urusniaga berkenaan.

“AMK memandang serius laporan bahawa seorang pegawai kanan dari MARA, dan seorang ahli politik terlibat di dalam amalan rasuah berkaitan pembelian hartanah bernilai RM65 juta di Melbourne.

“Sekiranya tuduhan-tuduhan ini benar, adalah amat mengecewakan memandangkan ia bukan sahaja melibatkan wang rakyat malah reputasi MARA sendiri kerana sebelum ini disifatkan sebagai sebuah institusi penting bagi masyarakat Bumiputera,” kata Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam kenyataan.

The Age mendakwa, sekumpulan pegawai Malaysia telah membayar lebihan RM13.8 juta (A$4.75 juta) untuk membeli sebuah blok apartment yang dinamakan sebagai Dudley International House pada 2013.

Mereka menurut akhbar tersebut sebelum itu dilaporkan membida harga yang lebih besar untuk blok apartment berkenaan iaitu daripada RM51.5 juta (A$17 juta) kepada RM65 juta (A$22.5 juta).

The Age

Akhbar itu turut mendakwa, tambahan RM13,7 juta (A$4.75 juta) itu kemudiannya dibawa keluar dari Australia melalui pengubahan wang haram dan didakwa dibayar sebagai sogokan atau rasuah di Malaysia.

“Sebagai balasan pembelian hartanah tersebut, didakwa A$4.75 juta dijanjikan sebagai ‘yuran pengenalan dan perundingan’ kepada sebuah syarikat dorman yang dikaitkan dengan dua tokoh Malaysia,” jelas Nik Nazmi merujuk laporan tersebut.

“Jika sebarang kesalahan dibuktikan, pihak yang terlibat mestilah berhadapan dengan tindakan undang-undang.

“Sekiranya tuduhan ini tidak benar, kita menggesa MARA dan semua individu terlibat mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menuduh bagi mempertahankan nama baik mereka,” tegas beliau yang juga Exco Kerajaan Selangor.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=66950

Sumber KD - 23-6-2015





UiTM: Jika enggan dedah, benarlah kadar dua kali ganda

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menyambut baik kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh dua orang pemimpin Barisan Nasional baru-baru ini yang turut sama menyarankan supaya perjanjian konsesi Universiti Teknologi Mara (UiTM) didedahkan kepada umum untuk meyakinkan rakyat bahawa penswastaan UiTM itu menguntungkan rakyat.

Katanya, kenyataan Datuk Paul Low dan Datuk NurJazlan Mohamad yang kedua-duanya diberi amanah meningkatkan ketelusan urusan kerajaan membayangkan mereka sendiri bersetuju bahawa kaedah menswastakan kampus-kampus UiTM pada harga yang cukup tinggi ini boleh merugikan negara dalam jangka masa panjang, seperti yang telah berlaku dengan konsesi penswastaan penjana bebas (IPP) dan lebuhraya misalnya.

Beliau mendapat beberapa maklumat yang menimbulkan syak wasangka bahawa perjanjian-perjanjian konsesi penswastaan UiTM ini memberi kelebihan kepada pemegang konsesi yang akan merugikan rakyat seperti berikut:

1. Kelengkapan di beberapa kampus yang telah dibina adalah tidak mencukupi dan tidak dibina mengikut keperluan pengajaran UiTM. Ini menyebabkan UiTM terpaksa mengeluarkan belanja tambahan untuk melengkapkan kampus ini bagi membolehkan kampus ini digunakan. Contohnya, ada dakwaan bahawa beberapa bangunan kampus UiTM cawangan Jasin tidak mempunyai soket elektrik yang secukupnya kerana tidak termasuk di dalam spesifikasi perjanjian konsesi sehingga menyukarkan ia digunakan sepenuhnya oleh tenaga pengajar UiTM;

2. Klausa perjanjian konsesi penswastaan UiTM turut memperuntukan Pembayaran Tetap (atau dipanggil Availability Charges) seperti mana yang pernah menimbulkan kontroversi di dalam perjanjian konsesi penjana bebas (IPP);

3. Bayaran khidmat penyenggaraan (atau maintenance charge) yang dikenakan oleh pemegang konsesi adalah dua kali ganda lebih mahal dari anggaran kos biasa yang sepatutnya ditanggung oleh UiTM. Saya dimaklumkan bahawa perjanjian konsesi penswastaan UiTM menetapkan bayaran khidmat penyenggaraan sebanyak RM1.05 setiap kaki persegi berbanding anggaran kos biasa yang dinilai/kini dibayar oleh UiTM iaitu di antara 50 sen hingga 60 sen kaki persegi.

Beliau berkata, ini bermakna UiTM terpaksa membayar dua kali ganda lebih mahal bagi khidmat penyenggaraan di bawah penswastaan kepada syarikat pemegang konsesi berbanding dengan kos yang ditanggung sedia ada.

"Ini adalah maklumat dalam UiTM yang diberikan kepada saya oleh pengurusan dalam UiTM dan tidak dapat saya sahkan tanpa melihat sendiri perjanjian konsesi penswastaan UiTM," ujarnya dalam satu kenyataan.

Perkara itu, ujarnya menjadi buah mulut di kalangan tenaga pengajar UiTM dan sering disampaikan kepada beliau.

Oleh yang demikian, ujarnya lagi untuk membuktikan bahawa perkara ini tidak benar dan perjanjian konsesi tidaklah merugikan UiTM seperti yang disebut-sebut oleh Timbalan Perdana Menteri, beliau menyarankan kabinet mengambil nasihat yang dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low agar perjanjian konsesi penswastaan UiTM didedahkan kepada umum secepat mungkin.

Katanya lagi, keengganan kabinet mendedahkan perjanjian konsesi penswastaan UiTM hanya mengesahkan bahawa dakwaan-dakwaan mengenai kadar bayaran yang dua kali ganda lebih tinggi itu adalah benar belaka. - HARAKAHDAILY 16/7/2014

Sumber HD - 16-7-2014

No comments:

Post a Comment