BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Saturday, July 12, 2014

NEGERI PR - SELANGORKU



Blog Terdahulu - http://pascawangantsr.blogspot.com

Belanjawan Selangor peduli rakyat

SAIDAH HAIRAN | .

SHAH ALAM: Belanjawan negeri Selangor 2016 bertema `Membangun Smart Selangor Yang Peduli’ menjadi belanjawan surplus (lebihan) kerana hasil negeri melonjak kepada RM2.05 bilion berbanding perbelanjaan sebenar RM1.50 bilion sehingga 30 September 2015.

Kedudukan belanjawan sehingga 30 September 2015 adalah surplus sebanyak RM552.58 juta.

Dato' Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali membentangkan belanjawan berimbang memperuntukkan RM1,440 bilion iaitu pembangunan terbesar yang pernah tercatat dalam Belanjawan Negeri Selangor  tahun 2016 dan tertinggi jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain.

Manakala peruntukkan sebanyak RM1.07 bilion atau 74 peratus  bagi pelaksanaan projek infrastruktur termasuk projek pembinaan baru serta menaiktaraf jalan dan sebagainya.

Memandangkan kegawatan ekonomi telah menekan kehidupan seharian peniaga kecil kerajaan Selangor amat peduli rakyat.

Dalam pembentangan itu, beliau mencadangkan supaya cukai taksiran bagi rumah kos rendah, rumah kampung dan fi lesen perniagaan penjaja kecil, pasar malam dan pasar tani dikecualikan bagi tahun 2016.

Langkah ini akan memberi implikasi kewangan kepada PBT sebanyak RM41.7 juta.

Katanya, pengecualian cukai ini akan memberikan manfaat kepada 220,247 pegangan rumah kos rendah dan kediaman kampung dengan jumlah pengecualian sebanyak RM34.5 juta.

"Manakala, seramai 67,804 pemegang lesen penjaja gerai dan pasar akan menikmati pengecualian ini yang bernilai RM7.2 juta," katanya.

Kerajaan Negeri bercadang memperuntukkan RM1.5 juta bagi tahun 2016 untuk pekerja dan bekas pekerja ladang bagi membantu mereka menyesuaikan kehidupan untuk mencorakkan masa depan.

Peruntukan sejumlah RM1 juta untuk meneruskan Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin di mana rumah akan dibina dan diberikan secara percuma kepada mereka yang layak.

Kerajaan Negeri bercadang untuk membina tiga buah maahad tahfiz yang baru dengan kos pembangunan berjumlah RM18 juta.

Kerajaan Negeri juga akan membina dua buah Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi (MITS) di Pandan dan Bagan Lalang dengan kos pembangunan RM52 juta mulai 2016.

Pada masa sama, Kerajaan Negeri akan menaiktaraf kemudahan Maahad Tahfiz  Integrasi Sains ‘Darul Turoth’ di Bagan Terap dengan peruntukan berjumlah RM3 juta.

Ini kerana kerajaan Negeri bukan sahaja mahu melahirkan para huffaz seperti kebiasaannya, namun integrasi antara bidang hafalan al-Quran dengan akademik yang memberi wajah baru kepada golongan agamawan dan umat Islam keseluruhannya pada masa hadapan.

Sejumlah RM208.07 juta atau 14 peratus diperuntukkan bagi pembangunan sosial dengan meneruskan program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Peruntukan sebanyak RM170 juta juga disediakan untuk program pemberian air percuma bagi tahun 2016.

Meneruskan program Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dengan berjumlah RM26 juta dan RM8 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan program Hadiah Anak Masuk Universiti.

Program bantuan pendidikan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM16 juta akan diteruskan.

Pembangunan ekonomi, sejumlah RM150.9 juta atau 11 peratus diperuntukkan termasuk pelaksanaan projek pembangunan Rumah Selangorku dengan dana RM100 juta bagi tempoh 5 tahun bermula 2016. – HARAKAHDAILY 30/10/2015

Sumber HD - 30-10-2015


Peruntukan RM793,000 perkukuh ekonomi desa

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Tiga program keusahawanan dengan peruntukan RM793,300 dilaksanakan Kerajaan Selangor khusus untuk memberdayakan ekonomi warga desa dan kampung tradisi.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu & Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi negeri, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata program itu adalah selaras dengan hasrat Selangor untuk meningkatkan taraf sosial rakyat demi kesejahteraan negeri.

Katanya program itu mensasarkan tiga golongan utama iaitu belia desa, ibu tunggal dan suri rumah serta peniaga secara kecil-kecilan.

“Program ini dibuat bersama-sama dengan INPENS International College di Kuala Selangor dan Institut Teknologi Kulinari Anjung Utara (ITKAU) di Kuala Kubu Bharu.

“Ia bagi memberi peluang kepada komuniti desa yang berminat memulakan perniagaan tetapi tidak mempunyai modal serta kepada bakal usahawan yang beriltizam menjadikan perniagaan sebagai kerjaya sepenuh masa,” katanya dipetik Selangor Kini.

Beliau berkata demikian pada Majlis Menandatangani Aku Janji sempena Program Industri Komuniti Kampung 2015 di Muzium Sultan Alam Shah, dekat sini hari ini.

Pada masa sama, Yunus berkata, program itu berupaya mencipta identiti sesebuah daerah melalui produk perkhidmatan yang mempunyai nilai ekonomi untuk berdaya saing di peringkat nasional.

Katanya, ia juga mampu memperkukuh masyarakat setempat dengan aktiviti sosio ekonomi yang lebih berdaya maju.

“Antara program ditawarkan adalah usahawan kemahiran, makanan dan minuman secara kios atau penjajaan serta juruterapi komplimentari berdaftar, bidan kampung stimulatheraphy dan terapi kesihatan lelaki,” katanya.

Dalam majlis itu, lebih 100 peserta layak menyertai program terbabit untuk menjalani kursus kemahiran jangka pendek dan jangka panjang termasuk ‘Satu Daerah Satu Inkubator’ yang menyediakan premis dan modal untuk permulaan perniagaan. - HARAKAHDAILY 29/10/2015

Sumber HD - 29-10-2015



Sultan Selangor Tarik Balik Gelaran `Datuk Seri’ Khir Toyo

Posted on Friday, October 23 @ 19:35:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


KUALA LUMPUR – Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga! Begitulah nasib bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo yang dihukum penjara setahun kerana salahguna kuasa baru-baru ini.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini bertitah menarik balik gelaran `Datuk Seri’ yang dianugerahkan kepadanya pada tahun 2001.

Setiausaha Kerajaan Selangor, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, Sultan Sharafuddin mengeluarkan titah itu selepas berunding dengan Dewan Di-Raja Selangor.

“Keahlian Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S) Kelas Pertama yang membawa gelaran Datuk Seri yang telah dikurniakan pada tahun 2001 kepada Mohamad Khir telah ditarik balik dan dibatalkan berkuatkuasa 30 September 2015.

“Penarikan Darjah Kebesaran S.P.M.S ini berasaskan keputusan pendakwaan kes rayuan jenayah melalui perintah mahkamah bertarikh 22 September 2015. Memandangkan Mohamad Khir telah didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman, maka beliau adalah seorang yang tidak lagi layak dan sesuai memegang Darjah Kebesaran ini,” katanya dalam satu surat rasmi Kerajaan Selangor bertarikh hari ini.

Justeru, Mohammed Khusrin berkata, Mohamad Khir dilarang daripada menggunakan Darjah Kebesaran dan gelaran Datuk Seri dan pihak lain turut ditegah daripada menggunakan gelaran berkenaan ke atas bekas Menteri Besar Selangor tersebut.

Menurutnya, Sultan Selangor memandang berat reputasi penerima Darjah Kebesaran Negeri Selangor terutama dalam kalangan pemimpin negara dan negeri yang terlibat dengan mana-mana perlakuan tidak sihat dan berintegriti seperti rasuah, pecah amanah dan penyalahgunaan kuasa.

Kata beliau, Sultan Sharafuddin bertitah penerima Darjah Kebesaran Negeri Selangor tidak seharusnya terlibat dengan perbuatan salah laku dan kesalahan jenayah demi melindungi martbat Darjah Kebesaran Negeri Selangor yang dipakai disamping memelihara status penerimanya.

Sehubungan itu, katanya, Sultan Selangor menasihati semua penjawat awam di semua peringkat tidak terpengaruh dengan amalan menyalahgunakan kuasa atau membiasakan diri dengan budaya rasuah dalam kehidupan seharian yang boleh membawa impak kepada kemusnahan martabat kaum, bangsa, rakyat, agama dan negara.


“Sultan Selangor selanjutnya memberi peringatan kepada semua pihak bertanggungjawab untuk memastikan langkah-langkah wajar dan tindakan tegas dilaksanakan bagi membendung gejala rasuah, pecah, amanah, penyalahgunaan kuasa dan amalan tidak berintegriti terutamanya ke atas semua penjawat awam, pemimpin, golongan profesional, ahli korporat dan orang perseorangan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan aktiviti salah laku dan yang seumpamanya bagi memastikan keadaan negeri dan negara sentiasa dalam suasana aman sentosa di bawah tadbir urus yang cekap, penuh amanah dan berintegriti,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Sumber  TKO - 23-10-2015





Rumah Selangorku lebih murah berbanding PR1MA

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Skim perumahan Rumah Selangorku adalah lebih murah berbanding Skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan.
Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata tawaran yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri kepada penduduk di negeri itu sangat berbaloi.

“Memang tidak dinafikan Rumah Selangorku jauh lebih murah. Lihat sahaja PR1MA tawaran RM400,000 masih dianggap mampu milik berbeza di Selangor.

“Kita patut memuji usaha kerajaan negeri menyediakan rumah serendah RM42,000 sahaja kepada golongan kurang berkemampuan menerusi rumah kos rendah,” katanya dipetik Selangor Kini.

Beliau berkata kerajaan negeri perlu memperbanyakkan rumah kos rendah dan rumah mampu milik untuk rakyatnya bagi menjamin mereka dapat memiliki aset penting dalam kehidupan.

“Diharap kerajaan negeri meneruskan pembinaan Rumah Selangorku kepada penduduk negeri itu agar ia boleh dinikmati oleh semua golongan kurang berkemampuan dan membantu mereka mendapatkan rumah walaupun menghadapi halangan daripada pihak bank,” katanya.

Kerajaan negeri menyasarkan membina 20,000 Rumah Selangorku dalam tempoh dua tahun lagi.

Manakala bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang gagal mendapatkan pinjaman rumah dibantu melalui Skim Khas Pembiayaan Pembelian Rumah Selangorku.

PR1MA menawarkan Rumah Mampu Milik dengan harga RM400,000, manakala Selangor harga rumah skim Rumah Selangorku adalah RM42,000 hingga maksima tidak melebihi RM250,000.

Sumber HD - 20-10-2015






Skim sewa milik Danasel dibuka kepada orang ramai

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Skim sewa milik Danasel Kerajaan Negeri Selangor sekarang dibuka kepada orang ramai.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar negeri, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, di bawah skim itu mereka yang hendak membeli rumah kos rendah tetapi gagal mendapat pinjaman bank boleh menyewa rumah tersebut daripada kerajaan negeri.

Katanya, kerajaan negeri akan membeli rumah yang hendak dibeli dan disewakan kepada mereka.

Walau bagaimanapun, jelasnya apabila mereka telah layak mendapat pinjaman bank maka mereka boleh membeli rumah yang mereka sewa itu.

Katanya lagi, kerajaan negeri akan menjual rumah tersebut dengan harga jualan yang telah ditolak sebahagian dari sewa yang telah dibayar.

"Tetapi sekiranya penyewa-penyewa masih gagal mendapatkan pinjaman perumahan maka mereka boleh terus tinggal di rumah tersebut," ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, mereka akan terus membayar sewa sehingga jumlah sewa yang dibayar dapat menampung harga rumah di mana ketika itu rumah tersebut akan menjadi milik penyewa.

"Skim ini diwujudkan untuk membantu mereka yang hendak membeli rumah kos rendah tetapi gagal mendapat pinjaman perumahan," jelas beliau yang juga Adun Chempaka.

Beliau berkata, 2 projek perumahan kos rendah telah dikenal pasti untuk dilaksanakan tahun ini tetapi pelaksanaan bagi 1 projek ditangguhkan oleh kerana terdapat satu kes mahkamah.

Oleh yang demikian, ujar beliau peruntukan untuk projek tersebut bagi membeli 180 buah rumah kos rendah akan dibuka kepada orang ramai.

Bagi sesiapa yang berminat boleh menghubungi Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) di talian 03-5544 7906.

Orang ramai juga boleh datang terus ke pejabat LPHS di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Tingkat 5, Podium Utara, Persiaran Sultan, Seksyen 5, Selangor, 40503 Shah Alam pada waktu pejabat.

Laman web LPHS dan syarikatnya di lphs.selangor.gov.my dan www.phssb.com juga mengandungi maklumat tentang skim ini. - HARAKAHDAILY 18/10/2015

Sumber HD - 18-10-2015


Kerajaan Selangor tolak kenaikan tol

Posted on Friday, October 16 @ 07:09:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


SHAH ALAM - Kerajaan negeri Selangor menolak kenaikan kadar tol di 18 lebuh raya di seluruh negara, 12 daripadanya di Lembah Klang, berikutan kos sara hidup yang meningkat pada masa ini.

Sehubungan itu, Menteri Besarnya, Mohamed Azmin Ali meminta Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Kumpulan Perangsang Selangor (KPS) Berhad mengadakan pertemuan dengan Kesas Sdn Bhd dan Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Holdings Sdn Bhd bagi menyuarakan bantahan itu.

"PKNS dan KPS masing-masing memiliki saham minoriti 30 peratus dalam syarikat konsesi Lebuhraya Kesas dan 20 peratus dalam syarikat konsesi Lebuhraya Sprint.

"Atas sebab itu, PKNS dan KPS telah diminta untuk memanggil mesyuarat khas lembaga pengarah bagi kedua-dua konsesi tol ini bagi menyatakan pendirian kerajaan negeri berhubung isu kenaikan kadar tol," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor di sini hari ini. 

Sebelum ini, beberapa syarikat konsesi lebuh raya utama termasuk di Lembah Klang mengumumkan kenaikan kadar tol antara 10 sen dan RM6 berkuat kuasa hari ini.

Ia melibatkan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Lebuhraya Maju Expressway (MEX), Lebuhraya Kajang-SILK, Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong (Smart), Lebuhraya KL-Kuala Selangor (Latar), Lebuhraya Sungai Besi (Besraya), Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Lebuhraya Kajang Seremban (Lekas), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Sprint dan Lebuhraya Cheras-Kajang (Grand Saga). - Bernama 


Sumber TKO - 16-10-2015









Azmin saran Jamal ajak pengikut buat qiamullail

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali menyarankan Datuk Jamal Mohd Yunos mengajak pengikutnya berhimpun di masjid.

Beliau berkata himpunan sebegitu lebih afdal daripada menganjurkan perhimpunan yang tidak mendatangkan manfaat kepada masyarakat.

“Lebih baik mereka berhimpun di masjid untuk solat berjemaah dan buat qiamullail serta solat hajat.

“Ini lebih berfaedah untuk membentuk akhlak mulia dan bertaubat,” katanya dipetik Selangor Kini.

Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas cadangan Jamal untuk mengadakan perhimpunan di Selangor.

Sebelum itu, beliau menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Masjid Zakaria Batu 8 1/2, Gombak tengah hari tadi.

Sumber HD - 9-10-2015










Dana-Sel bantu pembeli Rumah Selangorku

HARAKAHDAILY | .


Terdapat projek Rumah Selangorku di mana separuh daripada mereka yang hendak membelinya telah mendapati permohonan mereka untuk pinjaman bank telah ditolak.

Di antara sebab-sebabnya adalah pendapatan yang tidak mencukupi untuk mendapatkan pinjaman atau telah mempunyai komitmen-komitmen lain seperti pinjaman kereta atau hutang kad kredit.

Kerajaan negeri dengan bidang kuasanya yang terhad telah pun memperkenalkan beberapa skim untuk membantu rakyat memiliki rumah mereka sendiri.

Di antaranya adalah Dana-Sel yang berkonsepkan sewa dan milik.

Skim ini memberi peluang kepada pembeli terutamanya rumah kos rendah yang gagal mendapatkan pinjaman dari bank atau institusi kewangan.

Peruntukan Dana-Sel yang berjumlah RM10 juta pada asalnya disasarkan untuk menyelesaikan masalah pembiayaan peneroka bandar tetapi akan diluaskan untuk memberi peluang kepada bakal pembeli rumah kos rendah yang lain.

Terbaru, kerajaan negeri telah berkerjasama dengan Maybank untuk mewujudkan Skim Khas Pembiayaan Pembelian Rumah Selangorku.

Skim ini bertujuan untuk membantu golongan tanpa pendapatan tetap, tiada bukti pendapatan atau berumur lanjut untuk memohon pinjaman sekali gus membantu bakal pembeli berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki rumah sendiri.

Kerjasama di antara Kerajaan Negeri Selangor dan Maybank itu melibatkan 674 pembeli dari lima projek Rumah Selangorku pada fasa pertama.

Segala usaha tidak terhenti setakat itu, kerajaan negeri kini akan mempertimbangkan satu skim baru bagi menyelesaikan masalah pembeli yang tidak mempunyai deposit 10 peratus untuk mendapat pinjaman bank.

Dengan skim ini, bakal pembeli akan mendapatkan pembiayaan bank untuk 90 peratus dari harga rumah sementara kerajaan negeri akan membiayai baki 10 peratus.

Kerajaan negeri akan mendahulukan 10 peratus dari harga rumah dan ia boleh digunakan sama ada sebagai pembayaran deposit atau untuk pengurangan kepada kos pembiayaan yang diperlukan oleh peserta dari bank atau institusi kewangan yang lain.

Namun begitu masalah pembiayaan ini perlu diselesaikan secara holistik di mana bukan sahaja kerajaan negeri perlu mengambil inisiatif tetapi Kerajaan Persekutuan perlu memainkan peranan yang lebih besar.

Bank Negara juga perlu mengkaji semula syarat-syarat kelayakan untuk memudahkan bakal pembeli mendapatkan pinjaman perumahan. Contohnya hutang kredit kad pemohon tidak diambilkira apabila permohonan dibuat.

DATUK ISKANDAR ABDUL SAMAD
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar Negeri Selangor - HARAKAHDAILY 5/10/2015

Sumber HD - 5-10-2015











Tambah peruntukan ehwal Islam, pembangunan desa

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Peruntukan bagi pembangunan hal ehwal Islam, pembangunan desa dan kampung tradisi di Selangor dijangka meningkat dalam Belanjawan 2016 yang bakal dibentangkan 30 Oktober ini.

Pengerusi  Hal Ehwal Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi negeri, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata pertambahan itu sejajar dengan kemampuan dan keperluan semasa masyarakat negeri itu, lapor Selangor Kini.

 “Kita mempunyai kemampuan kerana peningkatan pendapatan yang diperoleh.

“Disebabkan itu, saya jangka peruntukan bagi portfolio hal ehwal Islam dan pembangunan desa dan kampung tradisi juga akan ditambah berdasar keperluan semasa,” katanya pada program Sijangkang Fun Run 1st Edition di Kampung Sawah, Sijangkang, Banting hari ini.

Beliau berkata, antara isu yang mendapat perhatian Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali adalah langkah memodenkan pusat pengajian maahad tahfiz dan membina surau dengan reka bentuk baru yang standard di seluruh Selangor.

Katanya, kerajaan negeri turut mengambil kira ciri keselamatan bagi mengelakkan kejadian bumbung terbang dan kebakaran berulang selain mengambil kira kemampuan kapasiti bangunan.

Sementara itu, dalam program Sijangkang Fun Run 1st Edition di Kampung Sawah yang berlangsung hari ini, beliau berkata acara itu diteruskan atas permintaan peserta yang tidak mahu larian itu ditunda.

“Sebenarnya acara larian ini dijadualkan sempena Hari Malaysia, pada 16 September lalu. Kita tunda kerana jerebu tetapi bila saya lihat pada pagi itu, cuaca jadi cerah pula.

“Bila kita tunda ke hari ini, pagi ini berjerebu kembali tetapi kena teruskan kerana peserta sendiri tak mahu tangguh tetapi minta diteruskan," katanya yang juga Adun Sijangkang.

Sumber HD - 27-9-2015












Surau baru di Selangor ambil kira keperluan semasa

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Projek pembangunan surau dengan reka bentuk baru di Selangor akan turut mengambil kira keperluan semasa.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi negeri, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, antaranya termasuk sistem penghawa dingin untuk disesuaikan dengan keadaan negara yang mempunyai cuaca panas hampir sepanjang tahun.

“Saya berbincang dengan arkitek dan kita mengambil kira semua aspek. Memang kebanyakan surau dilengkapi penghawa dingin untuk disesuaikan dengan keadaan negara kita yang panas," dipetik Selangor Kini.

Bagaimanapun, katanya keperluan hawa dingin perlu sejajar dengan keperluan semasa.

Menurutnya, adakala masjid atau surau besar memerlukan keperluan penghawa dingin yang banyak tetapi jemaah yang ada tidak seramai hari Jumaat juga hari lain yang ada majlis.

“Ini juga kita fikirkan,” katanya kepada Selangor Kini pada Program Sijangkang Fun Run 1st Edition di Kampung Sawah, Sijangkang, Banting hari ini.

Ahmad Yunus berkata, kerajaan negeri juga mendapati terdapat beberapa surau di Selangor yang berada dalam keadaan uzur dan tidak mampu menampung pertambahan jemaah, sekali gus membahayakan jemaah yang menggunakannya.

Sumber HD - 27-9-2015













Kita akan teruskan hingga tamat penggal nanti - Azmin

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor kekal seperti biasa tanpa sebarang rombakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco), kata Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

Katanya, ini berikutan kerajaan negeri yang ada ketika ini dibentuk selepas mendapat mandat rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada 2013 lalu.

“Ini adalah kerajaan yang diberi kepercayaan oleh rakyat pada PRU13 dan kita akan teruskan hingga tamat penggal nanti,” katanya dipetik Selangor Kini.

Beliau berkata demikian kepada media pada Program Qurban Perdana Menteri Besar Selangor ke Sabak Bernam sempena Hari Raya Aidil Adha di Masjid Sultan Muhammad Shah, Parit 10, Sabak Bernam, hari ini.

10 exco kerajaan negeri terdiri daripada 4 Adun PKR, masing-masing tiga daripada PAS dan DAP.

Sumber HD - 25-9-2015


Politik Selangor Bakal Bergolak Lagi ?

Posted on Wednesday, September 23 @ 08:21:13 MYT by paktam

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) Kerajaan Negeri Selangor adalah kerajaan Pakatan Rakyat. Sekarang statusnya sudah tidak diketahui. Samada ia adalah kerajaan Pakatan Rakyat atau Pakatan Harapan.

2) PKR akan terpaksa memegang kedua-duanya PR dan PH, supaya Kerajaan Negeri tidak tumbang akibat percaturan melingkop yang sedang berlaku.

3) Saya berpendapat, PAS perlu mengutamakan kestabilan politik Selangor dengan mengekalkan tahaluf siyasi dengan PKR, sehingga PRU14. Pendirian PAS dalam langkah Kajang mengisyaratkan bahawa PAS akan memilih untuk mengekalkan tahaluf dengan PKR, supaya kerajaan menjadi stabil.

4) Kita tidak pasti jika asakan DAP dan Amanah untuk menyingkir PAS daripada kerajaan negeri, akan membuatkan PKR terpaksa membubarkan PR. Jika itu berlaku, PAS tidak dapat mengelak lagi untuk berdepan dengan satu lagi kemelut politik Selangor.

5) Kita berharap, sehingga PRU14, biarlah keadaan politik Selangor stabil tanpa gangguan samada daripada PAS, ataupun DAP/Amanah, ataupun tekanan dalam PKR sendiri yang cuba menangguk di air keruh.

6) Jangan sangka tiada buaya dalam air yang bergolak. Buaya itu sedang tersengih memerhati kemelut anda sambil menanti PRU14 untuk kembali merampas kembali apa yang ia telah hilang.

Sumber DD - 23-9-2015
















Infrastruktur maahad tahfiz bakal dinaik taraf

JUHANI RAHMAN | .


SHAH ALAM: Maahad tahfiz bakal menikmati perkembangan yang lebih baik khususnya dari segi infrastruktur dalam Belanjawan Selangor 2016.

Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, langkah progresif itu selaras dengan kekuatan ekonomi negeri dan hasrat pihaknya untuk memantapkan pembangunan modal insan dalam kalangan generasi muda.

Beliau berkata, selain menambah baik pusat pengajian itu, beberapa bangunan baharu akan dibina berdasarkan keperluan semasa.

"Kita mempunyai rizab agak kukuh pada tahun ini yang dapat kita gunakan untuk membangunkan maahad tahfiz di beberapa kawasan pedalaman dalam negeri ini sebab banyak yang uzur dan perlukan diganti.

"Beberapa blok baharu bukan sekadar akan dinaik taraf atau dibaik pulih bahkan ada keperluan untuk blok baru dan asrama pelajar ditambah," ujarnya semasa merasmikan Majlis Penyerahan Sumbangan Lembu Korban Sempena Aidil Adha di Bangunan Sultan Idris Shah, dekat sini, semalam.

Dalam majlis itu, lebih seribu ekor lembu diserahkan untuk masjid dan surau seluruh negeri.

Dalam pada itu, beliau yang juga Adun Bukit Antarabangsa turut menyatakan komitmen untuk membangunkan semula surau di kampung tradisi dengan reka bentuk yang sesuai dengan pembiayaan penuh kerajaan negeri. - HARAKAHDAILY 19/9/2015

Sumber HD - 19-9-2015

















Belanjawan Selangor 2016 dibentang 30 Okt

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Belanjawan Selangor 2016 akan dibentangkan di Dewan Negeri Selangor (DNS) pada 30 Oktober ini, kata Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

Katanya, rizab simpanan negeri terkini berjumlah RM3.7 bilion hasil pertumbuhan ekonomi yang baik dengan pertambahan RM400 juta bagi tempoh 10 bulan tahun ini.

Beliau akan menumpukan kepada program pembangunan rakyat serta menolak segala permohonan baik pulih dan bangunan pejabat untuk Belanjawan 2016 yang masih dalam peringkat perbincangan.

“Saya mengambil ketetapan iaitu sebarang permohonan menubuh atau membangunkan bangunan atau pejabat baru dan ubah suai akan ditolak serta-merta kerana keutamaan adalah pembangunan rakyat," ujarnya dipetik Selangor Kini.

Beliau yang juga Timbalan Presiden PKR menyatakan demikian ketika menyampaikan ucaptama Mesyuarat Agung Tahunan PKR Cabang Gombak 2015 di Batu Caves, semalam.

"Kita berjaya menolak RM1.1 bilion yang dipohon jabatan dan agensi bagi membangunkan pejabat.

“Dalam suasana ekonomi yang parah, kita perlu berbelanja secara berhemah, bertanggungjawab dan terus memberikan impak positif kepada rakyat bukannya memberi keselesaan kepada segelintir pihak sahaja,” katanya lagi.

Sumber HD - 17-9-2015


















Tahniah rakyat Selangor, tujuh tahun tolak rasuah

SELANGOR KINI | .


SHAH ALAM: Rakyat Selangor wajar berbangga ditadbir Kerajaan Pakatan Rakyat (Pakatan) yang bebas rasuah selama tujuh tahun mentadbir negeri terkaya itu.

Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Mohd Shafie Ngah berkata sehingga kini belum ada pemimpin kerajaan negeri didakwa walaupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) begitu responsif dan agresif terhadap sebarang maklumat berkaitan perbuatan rasuah di Selangor.

Katanya, ia berbeza dengan kerajaan negeri di era Barisan Nasional (BN) sebelum ini yang kerap berhadapan pelbagai skandal semasa berkuasa.

“Rakyat di Selangor layak berbangga kerana membuat pilihan yang tepat pada 2008 dan 2013 memilih Pakatan.

“SPRM meletakkan tahap siap siaga yang tinggi di Selangor berbanding negeri lain sejak Pakatan mentadbir.

“Kita dapat lihat bagaimana kes kematian mendiang Teoh Beng Hock di mana akhirnya tiada kes tetapi SPRM begitu tegas dan pantas jalankan siasatan,” kata Shafie kepada Selangor Kini, baru-baru ini.

Beliau menambah, kerajaan negeri di bawah Pakatan bukan sahaja bebas rasuah bahkan berjaya membendung amalan pembaziran dan ketirisan yang berlaku di era BN.

Jelas beliau, keadaan ini membolehkan penduduk di Selangor menerima pelbagai manfaat menerusi konsep perkongian hasil negeri kepada rakyat.

Pada Mac lalu, genap tujuh tahun Pakatan menerajui Selangor selepas memenangi 36 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12), 2008.

Pada PRU13, 2013, kepercayaan pengundi Selangor bertambah kukuh apabila Pakatan menambah lapan lagi kerusi kepada 44 kesemuanya berbanding PRU12.

Sumber HD - 14-9-2015



















Selangor rangka perumahan khas untuk bekas perajurit

JUHANI RAHMAN | .


KAJANG: Kerajaan Negeri Selangor sedang merangka pelan pembangunan perumahan khusus untuk bekas perajurit negara sebagai menghargai jasa mereka semasa berkhidmat.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar negeri, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, rancangan itu yang diumumkan sendiri oleh Datuk Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali sebelum ini akan diterajui oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

"Semuanya masih dalam perbincangan dan usaha ini untuk membalas jasa para perajurit negara yang pernah berkhidmat kepada negara.

"Kita ambil maklum segala masalah yang mereka hadapi selepas bersara dan kita akan bantu menyediakan kehidupan yang lebih sejahtera kepada mereka," ujarnya yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor semasa merasmikan pelancaran 'Jejak Wira' di kawasan Rawat dan Rehat (R&R) Bukit Dukong, dekat sini, hari ini.

Program anjuran PAS Selangor itu yang dikendalikan Lajnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan PAS negeri turut mendapat kerjasama Lebuh Raya Grand Saga Sdn Bhd.

Sementara itu, pengerusi lajnah itu, Dr Che Rosli Che Mat berkata, program yang dirancang itu bagi memastikan golongan itu boleh terus berkhidmat kepada masyarakat terutamanya dalam usaha membaiki kecelaruan moral dan disiplin.

Pengalaman yang diperoleh semasa berkhidmat di samping penekanan disiplin yang tinggi semasa mereka berkhidmat dulu sudah pasti sangat diperlukan untuk membantu kerajaan negeri mengatasi masalah sosial dalam kalangan masyarakat.

"Kita akui masyarakat sekarang berdepan masalah pembangunan insan, jadi saya kalau boleh mahu bekas tentera dan polis ini menjadi mentor masyarakat dengan membimbing mereka kembali kepada syariat Islam.

"Tiada guna kalau negara maju, ekonomi makmur tetapi gejala sosial terus membesar," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Hulu Langat.

Dalam majlis itu, lebih 40 bekas tentera dan polis dari lima kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) seperti Dusun Tua, Semenyih, Bangi, Chempaka dan Lembah Jaya diraikan.

Turut hadir, Exco Kerajaan Negeri yang juga Adun Sijangkang, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi; Timbalan Speaker Dun yang juga  Adun Bangi, Shafie Ngah; Adun Dusun Tua, Razaly Hassan; Adun Lembah Jaya, Khasim Abdul Aziz, serta Ketua Muslimat PAS Selangor, Wan Hasrina Wan Hassan. - HARAKAHDAILY 9/9/2015

Sumber HD - 9-9-2015


Air Selangor pembekal baharu Lembah Klang, Putrajaya bermula Mac, kata Azmin

Posted on Wednesday, September 09 @ 07:59:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar



Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) akan menjadi syarikat baharu yang menyediakan khidmat bekalan air kepada pengguna sekitar Lembah Klang bermula Mac 2016, kata Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali.

Azmin berkata, bermula bulan depan, Air Selangor dijangka mengambil alih saham Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), namun pada masa sama kedua-dua anak syarikat itu masih meneruskan khidmatnya menyediakan bekalan air kepada pengguna seperti biasa.

"Air Selangor dianugerahkan lesen kemudahan dan lesen perkhidmatan yang akan berkuat kuasa tahun depan.

"Lesen ini akan membolehkan Air Selangor menyediakan khidmat bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya," katanya pada satu sidang media selepas majlis menandatangani perjanjian-perjanjian penstrukturan industri perkhidmatan antara Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan Air Selangor di Shah Alam, petang ini.

Putrajaya dan Selangor hari ini memuktamadkan empat perjanjian yang melengkapkan syarat (CP) sekali gus menguatkuasakan Perjanjian Utama, melibatkan kemudahan, pajakan, penyelesaian, dan hak guna antara PAAB dengan Air Selangor.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, Lesen Individu (Kemudahan) dan Lesen Individu (Perkhidmatan) di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA) dikeluarkan kepada Air Selangor untuk membolehkannya memiliki aset air di Selangor dan mengendalikan perkhidmatan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya.

"Bagaimanapun lesen ini akan hanya mula berkuat kuasa pada 22 Februari 2016 bagi membolehkan CP perjanjian kemudahan disempurnakan," katanya.

Beliau berharap Air Selangor dapat memastikan perkhidmatan bekalan air kepada pengguna tidak terjejas sepanjang tempoh peralihan ini.

"Besarlah harapan saya agar kerajaan negeri Selangor dapat memastikan Air Selangor melaksanakan tanggungjawabnya sebagai operator perkhidmatan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sehabis baik bagi memenuhi harapan rakyat yang sentiasa menekankan kepada perkhidmatan bekalan air yang efisyen.

"Perkara sama turut dijanjikan oleh kerajaan negeri Selangor bahawa harapan rakyat yang tinggi ini akan dipenuhinya melalui pengambilalihan syarikat konsesi air di Selangor," katanya.

Mengenai projek loji rawatan air Langat 2, projek milik Putrajaya itu mengalami kelewatan dan dijangka hanya dapat beroperasi sepenuhnya pada tahun 2019.

Namun katanya, beliau yakin langkah jangka panjang itu dapat membantu memastikan kelangsungan bekalan air kepada Selangor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya.


"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Selangor yang memberi semua kelulusan yang diperlukan bagi membolehkan PAAB meneruskan Loji Rawatan Air Langat 2 dan Sistem Agihannya," katanya.

Sumber TKO - 9-9-2015






















Paras air Empangan Sungai Langat 50%

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Empangan Sungai Langat hanya menerima sehari bekalan air mentah daripada Sungai Semantan, Pahang ke Sungai Langat.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Selangor, Zaidy Abdul Talib berkata kapasiti air di Empangan Sungai Langat kini berada di tahap 50 peratus.

“Pada 24 Ogos lalu, sebanyak 300 juta liter air dipam bagi proses penyaluran kerana Empangan Sungai Langat berada di tahap rendah sehingga 44.24 peratus, tetapi proses itu dihentikan pada keesokannya.

“Proses tersebut terpaksa dihentikan akibat Sungai Semanta juga mengalami ketidakcukupan air untuk Loji Rawatan Air kerana Empangan Kelau Baru mereka masih belum siap,” katanya dipetik Selangor Kini.

Beliau berkata demikian mengulas isu empangan air Sungai Langat yang terpaksa dihentikan pengeluaran sehingga air berada di tahap selamat.

Bagaimanapun, ujarnya kini Sungai Langat mengeluarkan 230 juta liter sehari selepas menerima air daripada Sungai Semantan.

“Kita melakukan Inter-Basin Transfer daripada Empangan Semenyih sebanyak 70 juta liter sehari menjadikan keluaran Sungai Langat sebanyak 300 juta liter sehari.

“Pembenihan awan turut dilakukan khususnya di Empangan Sungai Langat supaya ia dapat terus beroperasi dengan baik tanpa sebarang masalah kekurangan air,” katanya.

Sumber HD - 7-9-2015























Penghayatan Islam: Umat kembali cipta kejayaan

JUHANI RAHMAN | .


SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor senantiasa komited untuk menjadi model pentadbiran yang cemerlang berasaskan konsep "Baldatun Tayyibah" seperti yang pernah dikecapi kerajaan Saba' dan Madinah.

Exco Hal Ehwal Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi negeri, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, gagasan yang besar itu sebenarnya sudah dimulakan melalui institusi strategik nuklies dengan usaha memakmurkan masjid dan kampung tradisional seluruh negeri.

Usaha itu, ujarnya, diharapkan dapat mencetuskan kesedaran dalam kalangan rakyat untuk kembali kepada landasan tauhid Ahli Sunnah wal Jamaah dan menghayati kedudukan Islam sebagai sebuah sistem kehidupan yang sempurna.

"Di samping itu, usaha untuk meningkatkan penghayatan dalam kalangan penjawat awam dan kepimpinan masyarakat setempat juga akan dilaksanakan dengan program seperti usrah keluarga.

"Usaha ini akan lebih berkesan apabila semua pihak mengambil inisiatif yang sama untuk meningkatkan kefahaman dan keyakinan rakyat," ujarnya semasa merasmikan Seminar Baldatun Tayyibah III: Model Kesultanan Melayu Nusantara, di Muzium Alam Shah, dekat sini, hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (Padat)  menjelaskan, hanya melalui penghayatan Islam yang sempurna sahaja umat ini akan kembali mencipta kejayaan seperti yang pernah dicapai oleh Kerajaan Islam Melayu Melaka sehingga dikenali di seluruh dunia.

"Kita mempunyai hubungan yang eksklusif dengan Khilafah Uthmaniyyah. Kita tidak lagi membayar ufti kepada kerajaan China. Majapahit juga menghormari kedaulatan kerajaan kita.

"Namun, akhirnya apabila pangkat dan kedudukan menjadi taruhan, apabila Islam bukan lagi menjadi keutamaan, maka sejarah mencatatkan kegemilangan kerajaan Islam Melayu Melaka lenyap pada 1511 di tangan Portugis," ujarnya yang juga Adun Sijangkang.

Kesan buruk daripada penjajahan itu, katanya, wilayah umat Islam dipecahkan selain menghadapi krisis akidah dan akhlak sehingga sanggup menganut liberalisme, pluralisme serta agnostik.

Seminar anjuran Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Selangor dengan kerjasama Padat itu menyaksikan sebanyak tujuh kertas kerja dibentangkan merangkumi sejarah kerajaan Islam di Alam Melayu dan hubungan antarabangsa. - HARAKAHDAILY 5/9/2015

Sumber HD - 5-9-2015


Maklumat Asas Darul Ehsan Investment Group (DEIG)

Posted on Tuesday, August 25 @ 10:00:49 MYT by paklang

DEIG adalah milikan penuh (100%) oleh MBI dan mempunyai modal dibenarkan sejumlah RM10 juta. Carian terkini dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan membuktikan fakta ini.

2. Dari segi operasi, DEIG akan ditadbir oleh Lembaga Pengarah yang terdiri daripada Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Setiausaha Negeri, Pegawai Kewangan Negeri, Ketua Pegawai Eksekutif MBI dan Ketua Pegawai Operasi MBI serta disokong oleh golongan professional yang pakar dalam bidang pelaburan strategik.


Asas Penubuhan

3. MBI tidak pernah menyumbang kepada pendapatan Kerajaan Negeri melalui dividen.

4. Ini disebabkan 12 kumpulan anak syarikat milik MBI menguruskan sendiri portfolio bisnes mereka serta dibebani dengan legasi masing-masing.

5. Justeru itu, aset-aset milik MBI harus dirasionalisasi dan konsolidasi untuk mengelakkan pertindihan serta untuk mendapat pulangan hasil yang baik.

6. Sebelum ini, MBI bertindak sebagai pentadbir dan pengurus pelaburan untuk membuat keuntungan serta melaksanakan aktiviti CSR.

7. Sehubungan dengan itu, aktiviti anak syarikat harus mempunyai pengkhususan (core business).

Contoh: Yayasan Selangor bertujuan untuk menyediakan akses kepada pendidikan bagi anak-anak Selangor. Tetapi ia juga menjalankan aktiviti bisnes pelaburan hartanah untuk menanggung kos bagi melaksanakan objektif utama untuk menyediakan pendidikan. Ini menyebabkan Yayasan Selangor telah lari daripada tujuan asal penubuhan.

Inilah yang berlaku di dalam MBI di mana pertindihan core business berlaku di antara anak syarikat. Ada anak syarikat melibatkan diri dalam aktiviti pelaburan dan tanggungjawab sosial mengakibatkan fokus yang tidak tetap.

Tahap Akauntabiliti Tinggi

8. PAC dan Jawatankuasa Pilihan ABAS (Anak Syarikat Kerajaan Negeri) mempunyai akses untuk meneliti pengurusan dan kewangan DEIG sepertimana anak syarikat Kerajaan Negeri yang lain.

9. Laporan kewangan DEIG akan dikonsolidasikan diperingkat MBI. Maksudnya segala perincian kewangan di peringkat DEIG akan direkod doperingkat MBI melalui kaedah ‘Consolidated Account’.

Contoh : Sekiranya DEIG mempunyai 1,000 ekar tanah, ia akan direkod di Consolidated Account MBI.

10. DEIG didaftarakan mengikut Akta Syarikat 1965, Seksyen 169, Sub Seksyen 1 Akta berkenaan mewajibkan penyata kewangan DEIG diaudit dan dibentangkan kepada pemegang saham serta dihantar kepada Suruhanjaya Syarikat setiap tahun. Orang awam boleh melihat perincian laporan kewangan berkenaan menerusi laman web SSM.

11. Diperingkat MBI, Enakmen No. 3 Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) 1994 akan ditambah baik untuk memastikan segala laporan kewangan termasuk DEIG yang telah dikonsolidasikan di peringkat MBI akan dibentang di Dewan.

12. Demi menjamin ketelusan dan kebertanggungjawaban, segala keputusan komersil dan pelaburan DEIG akan ditentukan oleh Jawatankuasa-Jawatankuasa Pemilihan, Tender, Audit dan Pelaburan.
13. DEIG akan mempunyai struktur tatakelola dan “check and balance” yang menurutbest practice industri korporat.

14. Kerajaan Negeri akan memastikan DEIG ditadbir menurut ketelusan, tatakelola korporat, akauntabiliti dan kawalan dalaman yang ketat. Pengurusan anak-anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor akan subscribe to the highest form of governance.

Falsafah Kerajaan

15. Falsafah yang menyatakan bahawa kerajaan tidak boleh melibatkan diri dalam bisnes tidak boleh digunapakai sepenuhnya. Kerajaan harus juga melibatkan diri dalam bidang-bidang strategik seperti perumahan mampu milik, kesihatan awam, pembekalan air bersih dan sebagainya.

16. Kerajaan Negeri akan fokus untuk menyediakan persekitaran yang kondusif untuk bisnes.

17. Kerajaan Negeri juga akan memastikan keadilan dalam pengagihan menerusi program-program keadilan sosial seperti (perumahan, pendidikan dsb).

18. Kerajaan Negeri akan memastikan tiada lagi perjanjian yang berat sebelah dan tidak memberi keuntungan setimpal untuk anak syarikat milik Kerajaan Negeri.

Sumber DD - 25-8-2015

Mengapa Rafizi dan Tony Pua membisu isu DEIG?
Posted on Tuesday, August 25 @ 00:13:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Ramai orang ingin penjelasan dan pendirian Rafizi Ramli dan Tony Pua berhubung penubuhan Kumpulan Pelaburan Darul Ehsan (DEIG) oleh Kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

kenyataan Rafizi dan Tony Pua dinanti-nantikan oleh rakyat kerana kedua-duanya terkenal dengan kelantangan membongkar dan mengkritik 1MDB.


“Sehingga saat ini tiada kenyataan yang jelas berkaitan pendirian mereka terhadap isu DEIG.
“Mereka (Rafizi dan Tony Pua) selalu benar bercakap soal integriti, ketelusan dan akauntabiliti. Ketelusan sebenar perlu melangkaui sempadan politik kepartian.

Pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Ketua Pegawai Operasi MBI/DEIG (COO) yang tidak dilakukan melalui proses lantikan terbuka.


“Mereka boleh buat macam-macam tomahan, tetapi ini berkaitan isu Negeri Selangor. Sebagai rakyat kita mahu maklumat dan penjelasan daripada Menteri Besar?.



Sumber TKO - 25-8-2015






















Kerajaan persekutuan jangan salah guna tanah awam

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan tidak sepatutnya menjual tanah yang telah diserahkan oleh pemaju kepada mereka untuk kemudahan awam bagi tujuan-tujuan lain, demikian tegas Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar Negeri Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad.

Katanya kebenaran merancang yang telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk projek pembangunan yang berskala besar mewajibkan pemaju menyerahkan tanah-tanah untuk dibina kemudahan-kemudahan awam seperti sekolah, klinik, balai polis, balai bomba dan sebagainya.

Katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor, bagi kemudahan-kemudahan awam yang dibina oleh Kerajaan Persekutuan, tanah-tanah tersebut diserah kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.

"Tetapi terdapat kes iaitu tanah yang diserahkan tidak dibina dengan kemudahan awam yang sepatutnya.

"Contohnya, ada satu kes di mana tanah yang diserahkan oleh pemaju untuk Balai Polis, telah dijual kepada syarikat swasta yang berhasrat membangunkan pangsapuri perkhidmatan di atas tapak tersebut," katanya kepada Harakahdaily.

Jelasnya, walaupun telah tidak ada keperluan untuk membina balai polis tetapi ia tidak adil kepada pemaju yang telah menyerahkan tanah mereka untuk kemudahan awam.

Tegas Iskandar, Kerajaan Persekutuan sepatutnya lebih bertanggungjawab dan tidak mengaut sebarang keuntungan daripada sebarang serahan tanah oleh pemaju untuk kemudahan awam.

"Untuk mengelakkan kejadian seperti ini berulang, kerajaan negeri telah menetapkan secara khusus sebarang tanah yang diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan untuk kemudahan awam hanya boleh dibangunkan untuk tujuan asal ia diserahkan.

"Kerajaan negeri juga akan mengawal kegunaan tanah yang diserahkan melalui Rancangan Tempatan yang menetapkan kegunaan tanah," ujarnya. – HARAKAHDAILY 24/8/2015

Sumber HD - 24-8-2015




























Penstrukturan Air Selangor: Pencerahan isu RM7.65 b

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: RM7.65 billion adalah jumlah liabiliti yang dipinjam oleh syarikat-syarikat konsesi air iaitu Syabas, Abass dan Puncak Niaga, demikian menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Selangor Zaidy Abdul Talib.

Katanya, liabiliti itu dalam bentuk bond dan ia digunakan untuk membangunkan aset-aset air syarikat konsesi.

"Apabila Kerajaan Negeri Selangor mengambil alih syarikat konsesi ini, bond dan liabiliti ini berserta aset yang dibina menggunakan bond tersebut akan dipindahkan kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB)," katanya kepada Harakahdaily.
Tambahnya yang juga Adun Taman Templer, Air Selangor pula akan menyewa semula aset-aset ini daripada PAAB untuk digunakan sebagaimana yang digariskan di dalam Water Services Industry Act (WSIA) yang digubal dan dibuat di Parlimen.

Oleh hal yang demikian, katanya kerajaan negeri tidak perlu mengeluarkan duit untuk mengambil alih aset dan liabiliti syarikat-syarikat konsesi ini.

"Yang kita keluarkan modal adalah untuk 'take over equity' syarikat konsesi iaitu berjumlah RM2 billion. Caranya kita pajakkan aset yang kita ada yang bernilai RM2 billion kepada PAAB dan PAAB yang akan mengeluarkan RM2 billion tersebut," katanya.

Justeru katanya, kerajaan Selangor tidak perlu mengeluarkan duit dari tabungan kerajaan tetapi dalam masa yang sama kerajaan negeri dapat mengambil alih semula industri air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Terdahulu, ada pihak mempertikaikan Pelan Penstrukturan air yang dirombak Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali lebih mahal berbanding dengan yang dibuat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)  mempersoalkan jumlahnya yang mencecah RM9.65 bilion, sedangkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dimaklumkan, ia hanya melibatkan kos RM2 bilion.

“Azmin perlu menjelaskan ini, jika tidak ia tidak dapat mengelakkan persepsi ada ‘kick back’ dalam urus niaga ini," pengasas SAMM, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard. – HARAKAHDAILY 24/8/2015

Sumber HD - 24-8-2015

Azmin akui modal mula DEIG RM2, janji ketelusan
Posted on Saturday, August 22 @ 13:02:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Mohamed Azmin Ali menyifatkan penubuhan Kumpulan Pelaburan Darul Ehsan (DEIG) Sdn Bhd dengan modal awal hanya RM2 bukan suatu isu besar tetapi yang penting, syarikat itu akan ditadbir secara telus dan mengikut undang-undang.

Dalam satu wawancara dengan akhbar Sinar Harian, menteri besar Selangor itu berkata, RM2 tersebut adalah saham tajaan syarikat di mana suntikan modal perlu dilakukan.


"Apabila mula beroperasi dengan struktur governans yang jelas, maka sudah tentu modal itu perlu dinaikkan, sebab RM2 itu saham tajaan buka syarikat.

"Bila hendak mula operasi mestilah ada suntikan tunai atau melalui aset lain," Azmin dipetik berkata Sinar Harian hari ini.

Yang lebih penting, katanya, syarikat pelaburan tersebut dijamin akan diikat dan dikawal dengan perundangan yang jelas.

"Kita akan bertanggungjawab dengan DUN (Dewan Undangan Negeri) supaya ketelusan kita pertahankan," katanya.

Pentadbiran Azmin berdepan kritikan susulan penubuhan DEIG yang dikatakan menyamai syarikat pelaburan bermasalah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dimiliki kerajaan pusat.

Bekas menteri besar, Tan Sri Khalid Ibrahim juga semasa sidang DUN baru-baru ini berbalah dengan Azmin mengenai penubuhan DEIG yang tidak tertakluk di bawah enakmen negeri dan tidak perlu melaporkan penyata kewangan dalam DUN walaupun bertanggungjawab menguruskan RM6.3 bilion aset pelaburan negeri.

Azmin mempertahankan ketelusan DEIG kerana ia akan dibentuk beberapa jawatankuasa bebas bagi menentukan pelaburan yang bakal dibuat.

"DEIG akan dibentuk beberapa jawatankuasa bebas untuk diakses seperti jawatankuasa tender, jawatankuasa pemilihan dan jawatankuasa pelaburan.

"Jawatankuasa-jawatankuasa ini akan menentukan apakah bentuk pelaburan yang akan dibuat. Jadi, jelas perkara itu tidak hanya diputuskan oleh saya," katanya.

Mengenai dana besar yang bakal diuruskan oleh DEIG, Azmin dilaporkan berkata, syarikat itu akan menguruskan aset bernilai RM6.3 bilion itu dan isu dana RM30 bilion tidak timbul kerana GDV (Gross Development Value) sentiasa berubah-ubah.

"Aset RM6.3 bilion, tetapi GDV boleh berubah-ubah. Kalau tidak faham pengurusan pelaburan dan ekonomi, jangan bercakap.

"Dana RM30 bilion ketika ini tidak timbul kerana GDV berubah dari semasa ke semasa. Ada banyak faktor mempengaruhi GDV. Apa yang ditekan, aset yang ada perlu diuruskan bagi mencipta nilai baharu," katanya.

Azmin juga mengalu-alukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat DEIG kerana ia masih belum beroperasi.

Sumber TKO - 22-8-2015






























Selangor kaji deposit 10% biayai rakyat beli rumah

SAIDAH HAIRAN | .


SHAH ALAM: Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar Negeri Selangor, Datuk Iskandar Abd Samad berkata, kerajaan negeri sedang mengkaji mekanisma membantu rakyat yang tidak berkemampuan membeli rumah untuk membeli rumah dengan pembiayaian 10 peratus.

Katanya, satu skim telah diperkenalkan iaitu 'first home' di mana dalam skim tersebut rakyat yang hendak membeli rumah tetapi tidak mempunyai deposit dan mereka boleh mendapatkan deposit 10 peratus daripada kerajaan negeri.

"Kerajaan negeri akan memberi 10 peratus deposit daripada harga rumah tersebut untuk dibayar kepada pemaju perumahan," katanya bercakap dalam ucapan Penggulungan perbahasan Usul Jawatankuasa Pembasmian Kemiskinan.

Beliau menegaskan, rakyat yang hendak membeli rumah tidak perlu membayar deposit 10 peratus tetapi rumah tersebut dimiliki bersama oleh kerajaan negeri dan pembeli.

"Kerajaan negeri dan rakyat sama-sama membeli rumah. Rakyat akan keluarkan 90 peratus pembiayaan dan kerajaan negeri keluarkan 10 peratus," katanya.

Selain itu katanya, kerajaan negeri telah lakukan skim dana sel di mana kerajaan telah mulakan dengan dua projek rumah kos rendah di Sungai Sring dan Rimba Jaya.

"Kita berhadapan dengan rakyat yang hendak membeli rumah tetapi pinjaman mereka untuk membeli rumah ditolak oleh bank," katanya.

Justeru, kerajaan negeri telah melaksanakan Skim dana sel di mana kerajaan negeri membeli  rumah untuk rakyat dan disewakan kepada rakyat.

"Apabila kita sewakan kepada rakyat mereka boleh membayar sewa dan apabila pendapatan mereka meningkat mereka boleh membuat pinjaman dan membeli rumah tersebut," tegasnya.

Tambah beliau, sebahagian daripada sewa yang mereka bayar akan ditolak daripada harga rumah tersebut.

Sekiranya katanya, mereka masih tidak mahu membeli rumah tersebut mereka boleh duduk sehingga sewa yang mereka bayar dapat membiayai harga rumah tersebut. – HARAKAHDAILY 21/8/2015

Sumber HD - 21-8-2015































Tweet palsu naik tarif air berniat jahat - Azmin

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali menafikan memuat naik status Twitter berhubung isu kenaikan tarif air yang dikongsi orang ramai.

Menerusi status terbaru di Facebook rasminya ‘Azmin Ali’, beliau berkata petikan tweet berkenaan adalah palsu dan berniat jahat untuk mengelirukan rakyat, lapor Selangor Kini.

Tweet palsu itu mengatakan Mohamed Azmin memberi alasan kenaikan dibuat untuk kebaikan rakyat dan mencadangkan kepada yang kurang berkemampuan membayar bil air untuk menggunakan air di masjid dan surau.

Sejak status penafian dikongsi 2 jam lepas, orang ramai mula memberi komen sokongan kepada beliau yang juga Timbalan Presiden PKR itu.

“Azmin Ali bukan Ahmad Maslan," komen Luqman Fudhail Abdul Karim.

“Saya dah agak takkan Azmin Ali tweet macam itu. Fitnah makin menjadi-jadi sekarang ini,” kata Syed Rosli Jamalullail.

Pada 17 Ogos lalu, bercakap di Dewan Negeri Selangor, Mohamed Azmin berkata tiada sebarang keputusan atau rancangan untuk memansuhkan program pemberian air percuma 20 meter padu dinikmati rakyat Selangor sejak 2008.

Sebaliknya, beliau berkata langkah penambahbaikan terus dilakukan memandangkan Kerajaan Negeri berbelanja besar sehingga RM250 juta setahun untuk program itu.

Katanya setakat ini terdapat pihak menyalahgunakan pemberian air percuma untuk tujuan tidak sepatutnya.

“Saya minta untuk debat ketika Belanjawan kerana kita peruntukkan jumlah besar setiap tahun untuk membolehkan rakyat betul-betul dapat manfaat.

“Ketika ini, ada yang guna (air percuma) untuk berkebun, basuh kereta dan kolam renang tetapi ia bukan tujuan program itu diadakan.

“Kalau diberi kepada yang dapat RM2.6 bilion, tidak bermakna pemberian air percuma ini,” katanya.

Sumber HD - 19-8-2015
































Selangor mahu 2 wakil dalam Tribunal Pembangunan Strata

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Sidang Dewan Negeri Selangor semalam telah meluluskan resolusi untuk memberi kuasa eksekutif kepada Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan menubuhkan Tribunal Pembangunan Strata (TPS) tetapi mahu dua wakil dari Selangor dilantik sebagai anggota tribunal tersebut.

TPS akan ditubuhkan di bawah Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) tetapi akta ini perlu mendapat persetujuan negeri-negeri untuk dilaksanakan di peringkat negeri.

Tanpa persetujuan negeri, akta ini tidak dapat dikuatkuasakan atau TPS tidak boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah di kawasan pembangunan berstrata seperti pangsapuri dan kondominium.

Menurut Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar Negeri Selangor Datuk Iskandar A. Samad, akta baru ini amat diperlukan kerana akta yang digunapakai sebelum ini, Akta Bangunan Dan Harta Bersama (Penyelenggaraan Dan Pengurusan) 2007 (Akta 663) mempunyai banyak kelemahan dan tidak lengkap.

Oleh yang demikian, katanya, kerajaan negeri terpaksa membuat peraturan-peraturan tambahan berkaitan pembangunan strata bagi menyelesaikan masalah di kawasan pembagunan tersebut.

"Kerajaan persekutuan telah mengambilkira peraturan-peraturan tambahan ini di dalam menyediakan akta yang baru tersebut.

"Sebelum ini juga kerajaan negeri melalui Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) telah mewujudkan satu jawatankuasa khas iaitu Jawatankuasa Prihatin untuk mendengar aduan-aduan melibatkan pembangunan berstrata," katanya kepada Harakahdaily.

Dengan penguatkuasaan akta baru, katanya TPS akan mengambil alih tugas Jawatankuasa Prihatin Kerajaan negeri, mereka sentiasa berada di hadapan di dalam usaha-usaha untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk pembangunan berstrata.

"Ini terbukti apabila kerajaan persekutuan mengambil kira usaha-usaha kerajaan negeri apabila merangka akta baru ini," katanya. - HARAKAHDAILY 18/8/2015

Sumber HD - 18-8-2015

































Selangor pulihkan projek terbengkalai Rimau Indah

HARAKAHDAILY | .


SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor telah memilih projek terbengkalai Pangsapuri Kos Rendah Rimau Indah, Seksyen 32, di sini untuk dipulihkan di bawah Tabung Pemulihan Projek Terbengkalai (Tepat).

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan negeri, Datuk Iskandar Abdul Samad Projek tersebut telah dimulakan pada tahun 2001 dan sepatutnya siap pada tahun 2005 tetapi ia hanya dapat disiapkan sekitar 80 hingga 90 peratus.

Katanya, pada Sidang Belanjawan Dewan Negeri Selangor bulan November lepas, Menteri Besar Selangor, Mohammed Azmin Ali telah mengumumkan kerajaan negeri telah menubuhkan Tepat dengan dana sebanyak RM20 juta sementara bagi Rimau Indah terdapat 315 rumah kos rendah yang telah dijual.

Tambahnya, Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) sedang mengenal pasti pembeli-pembeli tetapi hanya 121 pembeli yang diketahui.

Justeru, ujarnya para pembeli projek ini perlu menghubungi LPHS dengan segera melalui talian  03-5544 7419 atau 03-5544 7950 sambungan 117 atau 118.

"Pembeli-pembeli mestilah mengemukakan Perjanjian Jual Beli mereka sebagai bukti pembelian," ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya lagi, pemaju yang akan memulihkan projek itu adalah Worldwide Holdings Berhad iaitu syarikat milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Tambah belau, Tepat adalah satu usaha kerajaan negeri untuk membantu golongan berpendapatan rendah.

Menurut beliau, tanpa Tepat tidak ada pemaju yang akan menyelamatkan projek-projek terbengkalai kos rendah seperti Rimau Indah kerana memerlukan suntikan dana yang tinggi.

"Di antara projek lain yang sedang diselamatkan di bawah Tepat adalah Taman Desa Mawar, Kampung Sungai Yu, Kuala Selangor," ujarnya yang juga Pesuruhjaya PAS negeri. - HARAKAHDAILY 15/8/2015

Sumber HD - 15-8-2015


































Selangor sasar bina lebih banyak maahad tahfiz sains

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Selangor menyasarkan lebih banyak pembinaan Maahad Integrasi Tahfiz Sains pada setiap tahun di sembilan daerah di negeri itu.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi negeri, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi, ia bagi menampung permintaan tinggi dalam kalangan ibu bapa dan pelajar terhadap pendidikan agama.

Katanya, maahad tahfiz sedia ada hanya mampu menampung kemasukan 180 pelajar setiap tahun.

“Permintaan daripada ibu bapa (untuk kemasukan anak-anak) cukup tinggi sehingga tahun lepas sahaja 400 permohonan diterima untuk kemasukan ke maahad tahfiz.

“Bagaimanapun kita memilih pelajar yang bukan hanya cemerlang daripada sudut akademik, tetapi memiliki kekuatan dalam kafahaman al-Quran,” katanya dipetik Selangor Kini.

Pada masa sama, Ahmad Yunus berkata beberapa buah maahad tahfiz yang kini dalam perancangan dijangka akan siap menjelang tahun ini dan tahun hadapan.

Adun Sijangkang itu merujuk kepada Maahad Integrasi Tahfiz Sains di Bagan Lalang, Sepang dan binaan baru Maahad Integrasi Tahfiz Sains di Pandan, Ampang.

“Sebenarnya kita ada beberapa tapak untuk pembinaan sekolah ini yang dijangka setiap daerah akan ada satu maahad tahfiz,” katanya.

Beliau berkata kekangan yang dihadapi kini adalah berkaitan pengambilan guru akademik terutama dalam mata pelajaran Sains dan Matematik.

Bagaimanapun, katanya Kerajaan Selangor akan cuba mengatasi masalah itu melalui beberapa pendekatan dan kerjasama daripada pihak berkaitan.

“Kita aka n minta kerjasama daripada pihak kementerian untuk bantu mendapatkan lebih ramai guru yang memiliki kemahiran pengajaran dalam subjek lebih tinggi untuk pelajar Tingkatan 4 dan 5,” katanya.

Sumber HD - 10-8-2015



































Selangor kekal tarif air, utama kebajikan rakyat

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor memberikan jaminan kadar tarif air di negeri itu tiada sebarang perubahan walaupun beberapa negeri lain seperti Johor dan Labuan berlaku peningkatan harga.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Zaidy Abdul Talib berkata, pengekalan tarif air itu bagi memastikan kebajikan rakyat terus diberi keutamaan.

“Untuk jangka waktu ini, kerajaan negeri tidak memikirkan untuk menaikkan tarif air seperti yang berlaku di Johor dan Labuan.

“Kami tidak akan membebankan rakyat terutama dalam berhadapan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat,” katanya dipetik Selangor Kini.

Berliau berkata, penstrukturan air yang bakal disempurnakan bakal memberi manfaat kepada rakyat dalam semua aspek termasuk tarif air.

“Pada saat ini, kerajaan prihatin penstrukturan semula air itu hanya memberi kebaikan dan bukan membebankan rakyat.

“Untuk tempoh yang akan datang juga kerajaan terus usahakan yang terbaik buat rakyat dalam semua aspek termasuk tarif air,” katanya.

Sumber HD - 3-8-2015


Selangor anggap Harapan Baru isu dalaman PAS
Posted on Sunday, July 19 @ 18:53:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali menganggap penubuhan Gerakan Harapan Baru (GHB) merupakan satu "isu dalaman" PAS.

Menteri besar Selangor itu berkata demikian sewaktu diminta mengulas gerakan itu yang rata-rata disertai pemimpin PAS yang tewas pada muktamar awal bulan lalu.


Di Selangor, 2 ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor yang digantung keahliannya oleh PAS, Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharudin (Morib) menyertai GHB.

"Masalah dalaman PAS saya tak mahu campur. Saya percaya pimpinan boleh selesaikan secara baik supaya rakyat yakin Pakatan Rakyat (PR) bawa perubahan dalam Pilihan Raya Umum ke-14.

"Perlu ada perpaduan yang kuat dalam PR," katanya yang masih merujuk kerajaan gabungan PAS-PKR-DAP sebagai Pakatan Rakyat.

GHB dilancarkan dengan rasminya Isnin lalu oleh pemimpin progresif yang tersingkir dalam PAS.

Ia merupakan medium aktiviti kumpulan tersebut sebelum parti mereka diluluskan dengan rasminya oleh Pendaftar Pertubuhan.

Serentak dengan pengumuman penubuhannya oleh bekas timbalan presiden PAS yang kini menjadi pengerusi GHB, Mohamad Sabu, mereka menubuhkan jawatankuasa sementara di setiap negeri dan kawasan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Penubuhan GHB disokong DAP yang dilihat dengan penuh curiga oleh golongan pro-ulama dalam PAS sebagai penyumbang dana kepada kumpulan serpihan PAS itu.

Sementara di sebelah PKR, pimpinan parti itu dilihat berbeza pandangan terhadap GHB.

Azmin dianggap cenderung menyokong presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mencemuh penubuhan GHB sementara setiausaha agung PKR Rafizi Ramli menerima gerakan itu dengan tangan yang terbuka.

Rafizi sendiri sudah menyatakan hasratnya menyertai ceramah keliling negara GHB yang akan bermula malam ini di Perlis.

Sumber TKO - 19-7-2015




































Bekalan air di Lembah Klang dipastikan lancar

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Pengurusan perkhidmatan bekalan air di Lembah Klang dipastikan berjalan lancar dan baik bagi memenuhi keperluan pengguna.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani Negeri Selangor, Zaidy Abdul Talib, berkata perjanjian dan penyelesaian termeterai antara kerajaan negeri dan Persekutuan berhubung perkara itu membolehkan ianya dilaksanakan dengan jaya.

“Kita melahirkan rasa syukur dengan termeterainya perjanjian tambahan berkaitan penstrukturan bekalan air ini.

“Seterusnya nanti tugasan kerajaan negeri bagi memastikan pengurusan air ini berjalan dengan baik,” katanya dipetik SelangorKini.

Katanya, penyelesaian perkara itu adalah berkat kerjasama ditunjukkan kerajaan negeri dan Persekutuan yang mana keperluan rakyat diutamakan.

“Di atas semangat ini maka kita dapat menyelesaikan masalah yang berlanjutan sekian lama,” katanya.

Sumber HD - 12-7-2015

Perjanjian air Selangor muktamad, kata Azmin

Posted on Friday, July 10 @ 22:20:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali hari ini mengumumkan kerajaan negeri sudah memuktamadkan perjanjian air dengan kerajaan persekutuan, sekaligus memberi laluan ke atas pengambilalihan sepenuhnya industri air di negeri tersebut.

Azmin berkata perjanjian yang dimerterai hari ini melibatkan beberapa perjanjian tambahan, namun tidak menjelaskan dengan lanjut mengenainya.


"Kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan berjaya memuktamadkan penstrukturan semula industri air Selangor dengan termeterainya Perjanjian Tambahan antara kerajaan negeri dan pusat menerusi Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) pada petang ini," kata Azmin seperti dilaporkan Selangorku.


Perjanjian tersebut perlu dimerterai memandangkan kerajaan negeri Selangor menghadapi cabaran untuk membekalkan air, katanya.

"Sebagai negeri yang paling pesat membangun, Selangor menghadapi peningkatan cabaran untuk bekalkan air akibat peningkatan penduduk dan kepesatan pembangunan industri," katanya.

Dengan termeterainya perjanjian ini, ia akan menyaksikan kerajaan negeri akan mengambil alih sepenuhnya industri air di Selangor, kata Azmin.

"Dengan perjanjian ini kerajaan Selangor akan mengambil alih keseluruhan industri air di Selangor untuk manfaat rakyat," katanya.

Mac lalu, pentadbiran Azmin bertindak membatalkan perjanjian penstrukturan air Selangor dengan kerajaan Persekutuan atas alasan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) meminta penangguhan buat kali ketiga.

Azmin mendakwa pihak kerajaan pusat melanggar terma perjanjian pada September tahun lalu ketika ia ditandatangani bersama dengan bekas menteri besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Susulan pembatalan tersebut, Azmin dan kerajaan Persekutuan mengadakan rundingan beberapa kali bagi menyelesaikan isu yang dibangkitkan.

Rundingan sebelum ini beberapa kali gagal apabila Azmin mendakwa kerajaan pusat cuba mengambil alih keseluruhan jajaran 26,000 km aset paip air itu termasuk tanah yang didakwanya bercanggah dengan perjanjian awal terdahulu.


Isu air antara menjadi punca kepada penyingkiran Khalid sebelum ini dan kemudiannya digantikan oleh Azmin.

Sumber TKO - 11-7-2015













































































Peruntukan Skim Dana-Sel ditingat kepada RM20 juta

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Peruntukan Skim Dana-Sel RM10 juta akan ditingkatkan kepada RM20 juta untuk membantu rakyat memiliki rumah mampu milik.

Pengerusi Jawatakuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Datuk Iskandar Abdul Samad, berkata Dana-Sel diwujudkan untuk membantu pembeli yang menghadapi kesukaran mendapatkan pinjaman bank bagi memiliki rumah pangsa kos rendah.

Menurtnya, melalui skim itu, kerajaan negeri akan membeli rumah dan disewakan kepada rakyat yang tidak diluluskan pinjaman bank dalam tempoh sehingga mereka layak membuat pinjaman.
Katanya, kerajaan negeri akan menjual kepada penyewa dengan menolak kos sewa yang sudah dibayar.

“Skim ini juga terbuka kepada golongan belia yang berhasrat memiliki rumah mampu milik dan menepati syarat dan kelayakan memohon,” katanya dipetik Selangor Kini.

Iskandar berkata, bagaimanapun peruntukan yang diberi kerajaan negeri masih tidak mencukupi dan kemampuan juga terhad.

“Seharusnya, Kerajaan Persekutuan perlu ada inisiatif memikirkan cara berkesan dalam porjek perumahan kerana mereka mempunyai dana lebih besar untuk membantu rakyat kerana harga rumah semakin tinggi,” katanya lagi.

Sumber HD - 9-7-2015







































Pusat sengaja cari sebab jatuhkan MB - Iskandar

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan dalang yang menyebabkan isu air gagal diselesaikan hingga kesalahan itu diletakkan kepada Menteri Besar Selangor, Mohamad Azmin Ali.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan bangunan dan Kehidupan Bandar, Datuk Iskandar Abdul Samad negeri, berkata seharusnya usaha gigih Azmin turun naik ke Putrajaya selesai tetapi perjanjian tidak ditandatangani.

“Tetapi, Kerajaan Persekutuan tidak mahu menandatangi persetujuan yang dibuat dua minggu lalu, bahkan sengaja meletakkan syarat baru menjadikannya tertangguh.

“Sebenarnya, persetujuan itu sudah siap selepas kerajaan negeri selesaikan tiga masalah yang dikemukakan Kerajaan Persekutuan tetapi kini ditambah syarat baru yang seakan sengaja meletakkan halangan untuk persetujuan diteruskan,” katanya dipetik SelangorKini.

Beliau berkata, sebenarnya masalah berhubung isu air sudah berlaku sebelum Azmin dilantik menjadi menteri besar.

“Kami kini dalam usaha menyelesaikan isu ketika Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjadi menteri besar. Jadi, kesalahan tidak boleh diletakkan sepenuhnya kepada Mohamed Azmin," ujarnya yang juga Naib Presiden PAS.

Katanya, Kerajaan Persekutuan harus mengambil tindakan sama untuk segera menyelesaikan masalah itu demi kebaikan rakyat bukan cuba mencari sebab menjatuhkan menteri besar.










































Sumber HD - 7-7-2015








































Merebut ganjaran 10 malam terakhir Ramadan

| .

Assalamualaikum w.b.t.

Firman Allah S.W.T :

                  شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ

Bulan Ramadhan adalah bulan bulan diturunkannya Al Qur’an. Al Quran adalah petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil)” (QS. Al Baqarah: 185)

Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah SWT kerana dengan izinNya maka kita semua masih lagi diberikan kesempatan untuk berada di dalam bulan Ramadhan Al Mubarak pada tahun ini dan hari ini bersamaan dengan tanggal 19 Ramadhan 1436 Hijrah.

Kini kita semua berada di penghujung Ramadhan 1436 Hijrah dengan berbaki 11 hari lagi untuk menyempurnakan bulan yang penuh berkat ini dengan amalan-amalan yang dapat meningkatkan ketaqwaan dan ketundukan kita kepada Yang Maha Pencipta, Allah SWT. Saya mengambil kesempatan ini untuk memperingatkan diri saya sendiri dan umat Islam khususnya sekelian rakyat negeri Selangor supaya tidak mengabaikan kelebihan beribadat pada 10 malam terakhir Ramadhan pada tahun ini kerana belum tentu lagi kita akan diberikan kesempatan oleh Allah untuk bertemu dengan Ramadhan pada tahun hadapan.

Sesungguhnya Rasulullah SAW telah menunjukkan contoh pedoman seorang hamba Allah yang cukup taat di dalam melakukan Ibadah kepada Allah terutamanya di malam 10 hari terakhir Ramadhan, Baginda akan bersama-sama ahli keluarga memperbanyakkan amalan berjaga malam, beriktikaf, bertahajjud, memohon keampunan Allah, bertadarus Al Quran serta amalan-amalan yang lain pada setiap malam sehingga ke penghujung Ramadhan. Jikalau seseorang Kekasih Allah sangat memberatkan amalan Beliau sehingga sedemikian rupa maka apakah kita selaku umat Nabi SAW boleh membiarkan malam 10 terakhir Ramadhan pada kali ini berlalu dengan begitu sahaja disebabkan kelalaian dan kealpaan diri sendiri.

Sementelah lagi, Allah SWT telah berfirman di dalam Surah Al-Qadr (ayat 1-5) yang bermaksud :  

"Sesungguhnya kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam Lailatulqadar, dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatulqadar? Malam Lailatulqadar lebih baik daripada seribu bulan.Pada malam itu, turun Malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!"

Dalam ayat di atas, Allah SWT menerangkan bahawa Dia telah menurunkan al-Quran al-Karim pada malam Al-Qadar. Ini adalah bukti yang jelas tentang keutamaan, kemuliaan, keberkatan dan keistimewaan malam Lailatulqadar. Malah, jika dihitung; seribu bulan adalah bersamaan dengan 83 tahun dan empat bulan, ini bermakna bahawa satu malam ini sahaja adalah lebih baik daripada seluruh umur seseorang. Ia secara jelas menunjukkam bahawa keistimewaan malam tersebut tiada tolok bandingannya.

Malam Lailatulqadar merupakan malam yang sengaja dirahsiakan oleh Allah SWT sebagai satu ujian kepada umat Islam dalam mencari rahmat dan kasih sayang-Nya. Oleh yang demikian, bagi mereka yang benar-benar beriman kepada Allah SWT, maka mereka akan lebih ghairah dan teruja mencari keredhaan dengan memperbanyakkan amalan dalam meraih ganjaran pahala yang berlipat kali ganda daripada Allah SWT di penghujung Ramadhan. Justeru, umat Islam dianjurkan agar mencari dan merebut Lailatulqadar. Hal ini bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Carilah malam Lailatulqadar pada 10 malam terakhir" (hadis riwayat al-Bukhari).

Dalam salah satu riwayat yang lain, dinyatakan juga bahawa Rasulullah SAW melakukan solat pada malam Ramadan dan membaca al-Quran dengan tertib. Baginda tidak akan melalui ayat rahmat kecuali berharap agar Allah memberikan rahmat itu dan tidak melalui ayat azab kecuali memohon perlindungan daripada Allah daripada azab itu.

Solat berjemaah juga sangat diutamakan pada malam-malam terakhir Ramadan. Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh secara berjemaah pada waktu malam,maka  dia juga telah menghidupkan seluruh malam itu" (hadis riwayat Abu Dawud). Di sini bermaksud, sesiapa yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh sahaja dianggap telah mendapat sebahagian daripada apa yang dimaksudkan dengan Lailatulqadar.

Selain itu, amalan beriktikaf juga wajar diteruskan di penghujung Ramadhan yakni dengan memperbanyakkan duduk di masjid untuk beribadah kepada Allah SWT. Iktikaf merupakan sunnah yang dianjurkan oleh Baginda SAW demi memperolehi kelebihan dan ganjaran Lailatulqadar.

Dalam sebuah hadis yang lain Abu Hurairah berkata: "Rasulullah SAW selalu beriktikaf pada tiap-tiap sepuluh hari terakhir Ramadan, manakala pada tahun Baginda diwafatkan, Baginda beriktikaf selama 20 hari"(hadis riwayat Ahmad, Abu Dawud, al-Tirmidzi dan dinilai sahih oleh al-Tirmidzi).

Di samping itu, kita juga turut dianjurkan untuk memperbanyakkan doa, khasnya dengan memohon keampunan kepada Allah SWT. Dalam konteks ini, para Ulama telah bersepakat bahawa doa yang paling utama pada malam Lailatulqadar adalah doa memohon keampunan atau maghfirahdaripada Allah SWT.

Dalam satu hadis sahih yang diriwayatkan daripada Aisyah dan dikeluarkan oleh al-Tirmidzi, Aisyah diajar oleh Rasulullah SAW membaca doa pada malam Lailatulqadar yang bermaksud: "Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Pengampun, yang suka mengampun, maka ampunilah aku" (hadis riwayat al-Tirmidzi, 5:535).

Rasulullah SAW turut berdoa yang bermaksud: "Ya Allah, jadikan sebaik-baik umurku adalah penghujungnya. Dan jadikan sebaik-baik amalku adalah penutupnya. Dan jadikan sebaik-baik hari-hariku adalah hari di mana aku bertemu dengan-Mu kelak" (Musannaf Ibn Abi Syaibah 6: 65).

Begitulah teladan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW kepada seluruh umat Islam dalam menjalani ibadah puasa. Namun persoalannya, sejauh manakah kita mencontohi keperibadian Baginda dalam melaksanakan ibadah puasa dan menghidupkan malam-malam terakhir Ramadhan?

Mudah-mudahan, dalam menghitung hari-hari terakhir Ramadhan kita dapat bermuhasabah diri dan merenung kembali pengisian yang telah kita laksanakan sepanjang tempoh 19 hari yang telah berlalu.

Jika, masih terdapat banyak lagi kelemahan dalam kita melunaskan puasa kita sebelum ini, maka masih belum terlewat untuk kita memperbaiki kelemahan tersebut agar kita mampu mencapai takwa dalam erti kata sebenar. Marilah kita mengisi 10 hari terakhir Ramadhan pada kali ini dengan memperbaiki dan mempertingkatkan amalan ibadah kita kepada Allah Taala, memperbanyakkan berdoa semoga Allah menerima segala amal ibadah kita, menerima taubat kita, memaafkan segala kesalahan dan dosa kita, menjauhkan diri kita daripada sifat-sifat mazmumah/buruk, buruk sangka, fitnah dan perpecahan di kalangan ummat Islam sehingga dapat menghindarkan diri kita semua daripada azab api neraka yang sangat dahsyat. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

"Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan buruk dan perbuatannya tatkala puasa, maka tiada hajat Allah baginya (kerana pahala akan terhapus) walaupun meninggalkan makanan dan minumannya" (Riwayat Al-Bukhari, 4/1903 - Fath al-Bari).

Marilah kita memohon supaya Allah Taala menyelamatkan negeri dan negera kita yang tercinta ini daripada bala bencana dan malapetaka kerana kerakusan manusia itu sendiri yang semakin jahil serta menjauhkan diri daripada Allah Taala sehingga mengundang kemurkaan Allah Taala. Harapan saya semoga setelah selesai madrasah Ramadhan pada tahun ini kita semua akan benar-benar menjadi insan yang bertaqwa kepada Allah yang akan mempraktikkan institusi Ramadhan ke dalam bulan-bulan seterusnya sehingga bertemu kembali kepada Ramadhan yang akan datang dari sudut ibadah, muamalah, siyasah dan akhlak.

Akhirnya saya ingin mengambil kesempatan ini juga untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Eidul Fitri 1436 Hirah, Minnal Aidil Wal Faizin, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh Ummat Islam di Malaysia dan di Selangor khususnya. Didoakan semoga seluruh ibadah kita selama ini diterima oleh Allah Taala. - HARAKAHDAILY 7/7/2015 

Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi, D.P.M.S.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu& Warisan Pembangunan Desa Dan Kampung Tradisi Negeri Selangor
20 Ramadhan 1436H / 07 Julai 2015

Sumber HD - 7-7-2015







































Catuan air bukan pilihan, tingkat sumber bekalan

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Catuan bukan pilihan bagi menyelesaikan isu gangguan air di beberapa kawasan, sebaliknya Kerajaan Negeri Selangor giat menjalankan usaha meningkatkan bekalan air di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani negeri, Mohd Zaidy Abdul Talib, berkata antara langkah diambil termasuk memperolehi bekalan air daripada Projek Mitigasi 2 yang dijangka siap pada September nanti.

Katanya usaha juga digiatkan untuk mendapatkan bekalan daripada Loji Rawatan Air Ngoi-Ngoi, Negeri Sembilan, lapor SelangorKini.

“Sekarang dalam peringkat perbincangan dengan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA),” kata Zaidy dalam sidang media selepas melawat Terminal Takungan Bangi.

Zaidy berkata Syarikat Air Negeri Sembilan bakal membina paip sepanjang tujuh kilometer dan memasukkan air ke Selangor yang membekalkan air sebanyak 60 JLH (juta liter sehari) atau kepada 60,000 pengguna di Beranang.

“Kerja pembenihan awan dijalankan setiap hari dan Projek Hybrid off River Augmentation System (HORAS) turut membantu usaha mengekalkan bekalan air,” katanya.

Ketika menyentuh Terminal Takungan Bangi yang siap pada 2013, Mohd Zaidy berkata ketika ini sistem pam bernilai RM140 juta di terminal itu masih belum dapat digunakan disebabkan kekurangan air terawat untuk dipam ke kawasan Beranang.

Jelas beliau, dianggarkan hampir 60 JLH air diperlukan bagi membolehkan satu daripada dua pam yang ada beroperasi mengepam air ke kawasan Beranang.

“Ketika ini hanya 45 JLH disalurkan ke Beranang secara terus dengan menggunakan sistem graviti sekaligus menyebabkan air tidak sampai ke kawasan sasaran,” katanya.


Sumber HD - 7-7-2015

Segera selesai kes cerai untuk keadilan semua pihak

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Pendaftaran kes perceraian pasangan beragama Islam di Selangor meningkat daripada 19,932 kes pada 2013 kepada 22,230 kes pada tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi negeri, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, keadaan itu cabaran besar perlu dihadapi JAKESS sebagai jabatan mentadbir mahkamah syariah negeri itu.

“Cabaran menyegerakan penyelesaian dan perbicaraan kes bagi memberi keadilan kepada semua pihak dan menjamin perkhidmatan terbaik, cepat, efektif dan efisien," ujarnya ketika merasmikan Majlis Pelancaran Proses Kerja ‘kes cerai fast track’ di Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah, Shah Alam semalam.

Katanya, difahamkan kes pendaftaran tertinggi adalah kes melibatkan pembubaran perkahwinan termasuk kes tuntutan cerai dengan talak.

“Kes begini sering menuntut penyelesaian segera di mahkamah agar pihak terlibat tidak teraniaya dan dapat memulakan hidup baru,” katanya dipetik SelangorKini.

Jelasnya lagi, projek ‘Key Focus Activities’ dilaksanakan JAKESS itu memberi fokus kepada usaha mempercepatkan penyelesaian kes perceraian di bawah seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Beliau dimaklumkan kajian mendalam melibatkan pelbagai pihak dijalankan terlebih dahulu sebelum ‘fast track perceraian’ diwujudkan.

“Usaha itu selaras hasrat dan titah Sultan Selangor yang mengharapkan JAKESS berusaha menyegerakan penyelesaian kes di Mahkamah Syariah terutamanya bagi kes pembubaran perkahwinan,” kata beliau lagi.

Sumber HD - 4-7-2015

Air: Selangor arah operator tingkatkan kapasiti

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR:  Kerajaan Negeri Selangor prihatin dan bersimpati dengan kesulitan yang dihadapi oleh penduduk dan pengguna di kawasan Hulu Langat dan Kuala Langat dan beberapa kawasan lain sepanjang tempoh gangguan bekalan air ini terjadi, lebih-lebih lagi ketika bulan Ramadhan dan musim perayaan ini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur & Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Selangor, Zaidy Abdul Talib, gangguan bekalan air di kawasan terbabit adalah kerana kekurangan jumlah air terawat yang dapat disalurkan oleh pihak Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) kepada para pengguna.

Ini kerana katanya, jumlah air terawat yang tidak mampu memenuhi permintaan yang semakin meningkat di samping peratusan NRW( Non Revenue Water) yang masih tinggi.

"Keadaan menjadi bertambah rumit apabila berlakunya gangguan operasi di Loji Langat yang menggangu jumlah bekalan air terawat yang dapat disalurkan kepada pengguna," katanya kepada Harakahdaily.

Melalui mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Bekalan Air yang Kerajaan Negeri Selangor telah dan akan mengambil beberapa tindakan segera antaranya, mengarahkan supaya operator loji rawatan air seperti Puncak Niaga (M) Sdn Bhd, SPLASH, ABASS dan Konsortium Air Selangor Sdn Bhd meningkatkan lagi kapasiti pengeluaran air loji dalam wilayah Hulu Langat dan Sepang seperti Loji Sungai Labu, Salak Tinggi dan Cheras Batu 11 pada tahap maksimum.

Selain itu, katanya, Syabas telah diarahkan untuk meningkatkan pengagihan rumah pam Wangsa Maju dari SSP1 & SSP3 ke Pudu Ulu di mana dengan ini dapat mengurangkan kawasan agihan dari Loji Rawatan Air Sungai Langat.

Kerajaan Negeri Selangor mengarahkan Puncak Niaga untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran air di Loji BRH  di mana dengan cara ini dapat membantu menampung agihan di sebahagian kawasan Kuala Selangor.

"Pada masa yang sama, bekalan air dari Loji SSP 1 dapat dialihkan ke Kolam Lipat Kajang bagi membantu kawasan Sijangkang dan Kuala Langat," tambah beliau.

Selain itu, beliau berkata, projek Mitigasi 2 yang dijadualkan siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2015 akan mengambil alih sebahagian kawasan agihan Loji Sungai Semenyih dan Loji Sungai Langat.

Antara kawasan yang terlibat ialah Seputeh, Petaling Jaya dan USJ. Projek ini juga akan meningkatkan lagi kapasiti pengeluaran air di Loji Rasa dan akan mengambil alih kawasan Rawang dari SSP3.

Justeru itu, kerajaan negeri juga meminta supaya pihak Syabas dapat  memastikan bekalan air melalui lori 'tanker' ke kawasan yang terjejas dapat dilaksanakan dengan dengan cara yang terbaik.

"Diharapkan juga semua pengguna air di seluruh Negeri Selangor dapat melakukan penjimatan air agar ia tidak memburukkan lagi keadaan, apatah lagi dalam keadaan musim kering sekarang ini," kata beliau. – HARAKAHDAILY 2/7/2015

Sumber HD - 2-7-2015


Punah harapan DAP hendak singkirkan PAS di Selangor
Posted on Friday, June 26 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Hasrat DAP hendak menyingkirkan PAS dari kerajaan Selangor punah dengan dua kenyataan pada pada selasa dan Rabu.

Kenyataan pertama dari Menteri Besar Selangor Mohamad Azmin Ali bahawa Sultan menitahkan kepada beliau agar kestabilan politik di Selangor dikekalkan dan kedua kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya semua ADUN PAS di Selangor menyokong terus memagang jawatan masing-masing dan menyokong Azmin.


Ini satu indikasi bahawa hasrat DAP hendak menyingkirkan PAS dari kerajaan Selangor gagal dan Azmin boleh bertahan kalaupun DAP menarik balik sokongan terhadapnya.

Manakala PAS Selangor pada Rabu menyatakan sokongan penuh kepada Azmin Ali sebagai MB Selangor, dan komited untuk terus menjalinkan kerjasama akrab dengan rakan parti komponen Pakatan Rakyat.

Pesuruhjaya PAS negeri Datuk Iskandar Abdul Samad berkata kerajaan negeri pimpinan Azmin harus dipertahankan bagi memastikan segala agenda pembangunan dan kebajikan negeri dapat diteruskan.

“Hari ini Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan menyatakan harapan agar kerajaan Pakatan Rakyat Selangor terus dipertahankan kerana ia adalah kerajaan yang dibina bersama melalui kepercayaan rakyat.

“Sehubungan itu, ingin saya tegaskan di sini bahawa kami Exco-Exco PAS Selangor dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Selangor menyokong penuh Mohamed Azmin sebagai Menteri Besar Selangor,” katanya dalam kenyataan.

Iskandar yang juga Naib Presiden PAS, berkata kerjasama akrab PAS Selangor dengan rakan-rakan komponen Pakatan Rakyat akan diteruskan bagi memastikan amanah yang diberikan rakyat, tidak dikhianati dan tanggungjawab terhadap mereka dapat ditunaikan.

Kenyataan Iskandar itu dibuat susulan kenyataan Abdul Hadi pada Rabu yang mengarahkan semua ADUN PAS di Selangor memberi sokongan kepada Azmin demi mempertahankan kerajaan negeri.

“Ingin saya tegaskan bahawa kerjasama PAS dengan komponen dalam Pakatan di Selangor adalah dalam kerangka untuk mempertahankan kerajaan yang dibina bersama melalui kepercayaan rakyat.


“Sehubungan itu juga, PAS Pusat telahpun memberi arahan kepada Iskandar selaku Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga anggota exco untuk arahkan seluruh ADUN PAS Selangor supaya terus bersama dengan Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali bagi meneruskan khidmat kepada rakyat, seterusnya mengekalkan kedudukan kerajaan yang memerintah Selangor pada waktu ini,” kata Abdul Hadi.-25/6/2015/agendadaily

Sumber TKO - 26-6-2015

















































MB jamin Selangor kekal stabil

| .


KUALA LUMPUR: Selangor memberi jaminan akan terus mengukuhkan pentadbiran kerajaan negeri di sebalik krisis yang berlaku antara parti komponen dalam Pakatan Rakyat.

Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata fokus kini diberi untuk memenuhi aspirasi rakyat melalui penjanaan pertumbuhan ekonomi dan keadilan sosial.

“DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah mengambil maklum penjelasan yang saya berikan dan baginda mahu Kerajaan Negeri terus stabil untuk membangunkan Selangor dan melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohamed Azmin berkata, beliau turut memaklumkan kepada baginda berkenaan kemajuan memuktamadkan Perjanjian Utama Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air di Selangor.

Mohamed Azmin mengadakan pertemuan bersama DYMM Sultan Selangor untuk memaklumkan berkenaan urusan kerajaan sebelum mesyuarat mingguan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), pada 22 Jun lalu. - HARAKAHDAILY 23/6/2015

Sumber HD - 23-6-2015

Adun Pakatan Selangor mungkin lompat parti, kata akhbar
Posted on Saturday, June 20 @ 11:09:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Krisis hubungan Pakatan Rakyat (PR) dijangka bertambah parah apabila timbul ramalan mengatakan berlakunya lompat parti di kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) supaya PKR dapat mengekalkan kuasa mentadbir negeri.

Akhbar Sinar Harian memetik penganalisis politik Prof Madya Datuk Dr Samsul Adabi Mamat berkata, pentadbiran PKR dengan sokongan DAP meletakkan parti itu berada pada majoriti mudah.
Namun, katanya, kedudukan itu tidak selesa kerana majoritinya terlalu kecil.


"Budaya tawar menawar akan berlaku, lebih buruk lagi akan ada yang lompat parti," Samsul dipetik berkata akhbar itu.

Beliau menolak andaian PKR akan membubarkan DUN bagi mengelakkan berlakunya "krisis MB 2.0", merujuk kepada krisis menteri besar kedua selepas Selangor tahun lepas, malah krisis dalaman PAS dan DAP juga tidak akan selesai.

Katanya, membubarkan DUN akan melibatkan kos besar, menyebabkan PKR tiada pilihan kecuali mentadbir dengan kerusi majoriti mudah.

"Walaupun situasi sekarang agak mengelirukan susulan pembubaran PR, namun DUN masih boleh berjalan dengan majoriti mudah," katanya.

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali kelmarin menolak dakwaan pihaknya akan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi menjelaskan kedudukan politik semasa selepas PR diisytiharkan bubar.

Katanya, institusi istana tidak seharusnya diheret dalam pentadbiran kerajaan negeri dan institusi berkenaan sewajarnya dihormati.

“Tidak ada keperluan. Jangan heret istana dalam krisis politik. Kita kena menghormati institusi diraja," kata Azmin. 

Sumber TKO - 20-6-2015 


















































Selangor sedia hadapi musim kering

SALMIYAH HARUN | .



KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor bersedia dengan beberapa langkah mitigasi untuk menghadapi musim kering yang telah pun bermula.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian, dan Industri Asas Tani Zaidy Abdul Talib beberapa inisiatif telah dan akan terus dilaksanakan untuk memastikan kesinambungan bekalan air serta kesediaan sumber air tidak terjejas di Selangor.

Katanya, menerusi operasi pembenihan awan (cloud seeding) yang telah bermula pada 21 Februari 2015 di beberapa kawasan tadahan dan lembangan sungai bagi meningkatkan kuantiti sumber air.

"Buat masa ini cuaca masih sesuai untuk operasi dijalankan dan sebanyak 160 kali operasi telah dijalankan setakat ini sehingga bulan Mei 2015. Anggaran kos yang terlibat sehingga kini adalah RM 2 juta," katanya kepada Harakahdaily.

Tambahnya, kerajaan juga meneruskan serta menguruskan operasi pengepaman air dari kolam takungan di sekitar Bestari Jaya tanpa mengabaikan soal kualiti sumber air tersebut.

"Terdapat 10 kolam yang digunakan dengan kapasiti takungan terkini sebanyak 84 juta meter padu dan keupayaan pengeluaran sehingga 800 JLH.

"Berdasarkan perkiraan dengan jumlah pengeluaran tersebut, kesemua kolam alternatif berkenaan dapat membekalkan air selama 105 hari sebelum ia kering," katanya.

Selain itu jelasnya pihak kerajaan juga mengawal pelepasan air empangan bagi memastikan pelepasan dilaksanakan secara optimum dengan mengambil kira sumber air sedia ada.

Berdasarkan perkiraan sumber air sedia ada dan jumlah pelepasan semasa 200 JLH tanpa hujan, anggaran jangka hayat takungan empangan sehingga ke tahap simpanan kritikal adalah 114 hari bagi Empangan Klang Gates, 266 hari bagi Empangan Langat, 262 hari bagi Empangan Tasik Subang, 170 hari bagi Empangan Batu, dan 230 hari bagi Empangan Semenyih.

Manakala dengan pelepasan maksimum 1200 JLH, Empangan Sungai Selangor dapat bertahan sehingga 91 hari dan Empangan Sungai Tinggi selama 51 hari dengan pelepasan maksimum 1000 JLH.

Tambahnya, kerajaan akan memindahkan air dari terowong Langat 2 ke Sungai Langat yang bertujuan untuk memberdaya ketahanan Sungai Langat untuk Loji Rawatan Air Sungai Langat, Bukit Tampoi dan Cheras Batu 11.

Selain mengadakan kerjasama erat antara agensi Kerajaan Negeri Selangor untuk memantau dan mengawal bagi mengelakkan berlakunya pencemaran sumber air.

Pihaknya juga menjalankan penguatkuasaan yang tegas melalui pemantauan yang berterusan di sepanjang sungai yang terlibat dalam pembekalan air mentah iaitu Sungai Selangor, Sungai Langat dan Sungai Semenyih termasuk semasa waktu cuti dan musim perayaan.

Sehingga hari ini (15 Jun 2015), kapasiti takungan semua empangan Negeri Selangor berada di dalam keadaan baik melebihi paras 70%. Berikut adalah status semasa kapasiti ketujuh-tujuh empangan Negeri sehingga 15 Jun 2015;

i. Empangan Sg. Selangor : 79.41%
ii. Empangan Sg. Tinggi : 77.06%
iii. Empangan Sg. Semenyih : 100.06%
iv. Empangan Sg. Langat : 70.55%
v. Empangan Batu : 72.04%
vi. Empangan Klang Gates : 81.16%
vii. Empangan Tasik Subang : 100%

Kerajaan Negeri Selangor yakin dengan keupayaan takungan empangan untuk menyediakan sumber air mentah yang mencukupi sepanjang musim kering yang bermula pada bulan Jun ini.

Kapasiti empangan terkini menunjukkan paras yang lebih tinggi berbanding tempoh masa yang sama pada tahun lepas. Contohnya pada 15 Jun 2014, paras Empangan Sungai Selangor mencatatkan bacaan pada 43.71% berbanding pada tarikh yang sama tahun ini iaitu sebanyak 79.41%.

Empangan Sungai Selangor dan Empangan Sungai Tinggi adalah merupakan empangan utama dalam pembekalan air di Negeri Selangor iaitu meliputi 60% daripada jumlah pembekalan air di seluruh Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Berdasarkan rekod, katanya, penggunaan air per kapita bagi rakyat di Negeri Selangor adalah pada kadar yang tinggi iaitu sebanyak 235 liter sehari.

Kerajaan Negeri Selangor menyeru semua pengguna supaya mengurangkan per kapita penggunaan air setiap isi rumah, lebih-lebih lagi di musim kering dan perayaan yang bakal tiba tidak lama lagi.

Justeru, dengan langkah-langkah yang dilaksanakan tegasnya Kerajaan Negeri Selangor yakin bekalan air di Negeri Selangor dapat dibekalkan kepada pengguna secara berterusan. – HARAKAHDAILY 16/5/2015

Sumber HD - 16-6-2015


AZMIN BERI JAMINAN PR TERUS LAKSANA AMANAH RAKYAT - MB



http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/35858-azmin-beri-jaminan-pr-terus-laksana-amanah-rakyat

Sumber HD - 9-6-2015























































Waqaf pendidikan ringankan pelajar kurang mampu

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Sistem waqaf pendidikan mampu meringankan pelajar dari keluarga kurang berkemampuan meneruskan pengajian mereka, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi.

Beliau menyatakan demikian selepas melancarkan Persidangan Antarabangsa Waqaf Tunai 2015 di sebuah hotel di Sepang, semalam.

“Apabila sistem waqaf sampai ke satu peringkat, kita dapat bantu membiayai pelajar yang kurang mampu tetapi tidak bermakna semuanya percuma," ujarnya dipetik Selangor Kini.

Katanya, sesiapa yang mampu boleh memberikan sumbangan sementara yuran minimum boleh dikenakan kepada pelajar hasil daripada kutipan waqaf itu.

Sebelum itu, beliau mengucapkan tahniah kepada Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) di atas kejayaan melancarkan waqaf tunai pembangunan.

Katanya, Kuis membuktikan kesungguhan menyambut seruan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya membangunkan sistem waqaf dalam bidang pendidikan.

Sistem waqaf yang dibangunkan itu mendapat kerjasama Perbadanan Waqaf Selangor (PWS) dan bakal menjadi model kepada institusi pendidikan lain.

Sumber HD - 29-5-2015























































S'gor belanja RM30 juta baiki rumah kos rendah era BN

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor membelanjakan RM30 juta bagi membaiki pelbagai kerosakan pangsapuri kos rendah yang dibina ketika era Barisan Nasional (BN).

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar negeri, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, BN mengambil sikap lepas tangan terhadap mutu binaan dan kemampuan pemaju menyiapkan projek masing-masing sehingga pelbagai masalah timbul, lapor Selangor Kini.

“Hampir semua rumah kos rendah dibina sebelum ini berkualiti rendah. Kini, penduduk dibebani dengan pelbagai masalah.

“Rumah yang susah payah dibeli menjadi neraka kepada mereka,” katanya dalam Majlis Pelancaran dan Pendaftaran Rumah Mampu Milik Gamuda Land Berhad di Jade Hills, Kajang semalam.

Iskandar berkata, sebahagian pembeli terpaksa membayar pinjaman tetapi projek terbabit terbengkalai sekian lama atau tidak dibina selain terpaksa mendiami rumah berkualiti rendah.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan negeri menubuhkan pasukan khas Pemantau Kualiti Rumah Selangorku (Kuasel) bagi mengatasi masalah kualiti rumah rendah dan kegagalan pemaju menyiapkan projek mengikut jadual.

Sumber HD - 24-5-2015

























































Guru Kafa dipecat boleh merayu - Exco Selangor

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Guru Kafa, Ekhsan Bukharee yang dipecat ekoran membuat provokasi di Dewan Negeri Selangor (DNS) boleh membuat rayuan kepada pihak berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi negeri, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata Ehsan boleh berjumpa dengan pihak atasan mahupun beliau sendiri sekiranya masih berminat untuk menjawat jawatan itu.

“Walaupun Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tidak menyatakan beliau boleh membuat rayuan, tetapi beliau boleh mencuba.

“Mungkin ada kewajaran untuk dipertimbangkan jawatan semula kepada beliau. Ini bukan isu besar.

“Saya melihat dalam video yang diviralkan, seolah-olah tiada ruangan untuk beliau untuk merayu,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau berpendapat tindakan pemecatan itu wajar dijadikan pengajaran dan berharap tidak berulang pada penjawat lain.

Ahmad Yunus percaya Jais mengambil keputusan profesional dalam hal itu.

“Kalau dilihat keputusan itu ada kewajarannya kerana setiap penjawat mempunyai perjanjian, hatta Pengarah Jais sekalipun jika melanggar perjanjian pasti dibuang,” katanya yang juga Adun Sijangkang.

Beliau juga menafikan pemecatan itu dipengaruhi kerajaan negeri.

“Dalam mesyuarat Exco kita tidak pernah membincangkan perkara sedemikian.

“Saya sedih perkara ini berlaku, saya faham tahap hidup yang semakin meningkat tapi perlu difahami hal ini dalam peringkat pelaksanaan,” katanya sambil berharap insiden itu tidak diulangi penjawat lain.

Sumber HD - 23-5-2015

























































Pantau Rumah Selangorku, elak kesilapan era BN

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Pasukan khas ditubuhkan bagi memastikan kualiti unit dibina dalam skim Rumah Selangorku menepati piawaian ditetapkan dalam langkah proaktif Kerajaan Selangor.

Selangor Kini melaporkan, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar negeri, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, Pemantau Kualiti Rumah Selangorku (Kuasel) itu bertanggungjawab memantau perkembangan semua projek Rumah Selangorku.

“Kerajaan negeri tidak berkompromi dalam hal ini kerana akhirnya masalah ini menjadi masalah kerajaan negeri seperti rumah kos rendah, jika ada masalah rakyat akan mencari kerajaan.

“Maka dengan itu kerajaan negeri perlu bertegas dari awal lagi. Tanggungjawab ini adalah tanggungjawab kita bersama,” kata Iskandar dalam ucapannya di Majlis Pelancaran dan Pendaftaran Rumah Mampu Milik Gamuda Land Berhad di Jade Hills, Kajang hari ini.

Iskandar memberitahu selain memantau kualiti binaan, Kuasel dianggotai wakil Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), anak syarikat Kerajaan Negeri yang lain dan ahli profesional itu bertanggungjawab memastikan projek disiapkan dalam jangka masa tiga tahun.

“Ini disebabkan kerajaan terdahulu meluluskan pembinaan rumah kos rendah tetapi ada di antara mereka tidak membina langsung rumah yang dijanjikan sehingga hari ini. Jadi kita tak mahu mengulangi kesilapan sama.

“Begitu juga dengan kualiti semasa era kerajaan terdahulu sangat teruk yang sudah tentu kita tak mahu berlaku lagi dan semua ini menyusahkan rakyat bila terpaksa menanggung hutang bank tetapi rumah tak siap atau duduki rumah yang tidak berkualiti,” katanya yang juga Adun Chempaka.

Tambah Iskandar lagi, selain menubuhkan Kuasel, kerajaan negeri sebelum ini turut menubuhkan jawatankuasa khas bagi mempercepatkan proses kelulusan kebenaran merancang dalam masa kurang 60 hari.

Sumber HD - 23-5-2015


























































Pecat guru Kafa, kerajaan negeri tunggu penjelasan Jais

| .


SHAH ALAM: Kerajaan Negeri masih menanti penjelasan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berhubung pemecatan guru sambilan Sekolah Rendah Agama Pekan Kapar, Ekhsan Bukharee Badrul Hisham.

Exco Hal Ehwal Agama, Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, keputusan pemecatan itu dilakukan Jais mengikut bidang kuasa jabatan berkenaan.

“Kita akan dapatkan maklumat dan penjelasan JAIS kerana buat masa ini hanya dimaklumkan surat sudah dikeluarkan sejak minggu lepas.

yunus“Jadi, kita kena lihat dan teliti dahulu sebelum sebarang kenyataan dikeluarkan,” katanya kepada Selangorkini selepas sidang media Selangor Islamic Fest 2015 di Yayasan Restu, di sini, hari ini.

Bukharee dilaporkan menerima surat penamatan perkhidmatan berkenaan semalam selepas mengemukakan surat tunjuk sebab dan mengahdiri prosiding sebelum ini.

Mengulas lanjut, Yunus menjelaskan Jais berhak mengemukakan surat berkenaan mengikut bidang kuasanya.

“Dia (Bukharee) juga berstatus sementara dan bukan kontrak. Bagaimanapun, dia boleh kemukakan rayuan mengikut saluran yang betul tetapi terpulang kepada Bukharee,” katanya.

Pada 8 April lalu, Bukharee dihalang memasuki Dewan Negeri Selangor (DNS) bagi menuntut janji Kerajaan Negeri menaikkan elaun guru Kafa dari RM1,300 kepada RM1,500 sebulan. - HARAKAHDAILY 22/5/2015


Sumber HD - 22-5-2015



























































Belia 25 tahun disaran mohon rumah mampu milik

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Golongan belia khususnya bujang seawal 25 tahun digalakkan memohon Rumah Mampu Milik (RMM) Selangorku.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar negeri, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata hal itu kerana syarat memiliki dilonggarkan bagi golongan terbabit.

“Jika sebelum ini, permohonan disyaratkan pada yang berumur 40 tahun, tetapi kita bersetuju ia dibenarkan pada usia seawal 25 tahun.

“Kita memahami kehendak, golongan belia yang berkahwin dan belum berkahwin menghadapi masalah yang sama.

“Jadi pihak kerajaan prihatin dalam hal seperti itu, jadi kita mengalukan-alukan mereka memohon,” katanya dipetik Selangor Kini.

Dalam pada itu, Iskandar memaklumkan jumlah pemohon yang mendaftar untuk memiliki RMM mencecah seramai 40,000 orang yang menjadikan jumlah permintaan melebihi penawaran.

Sebelum ini, Selangor menganggarkan 15,251 unit rumah mampu milik membabitkan 38 projek ditawarkan kepada pembeli, menjelang 2021 yang membabitkan sembilan projek RMM di seluruh negeri.

Sumber HD - 17-5-2015





























































Selangor sedia RM50 juta atasi banjir di Kajang

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor akan mengemukakan anggaran peruntukan sebanyak RM50 juta di dalam Rancangan Malaysia ke-11 bagi menangani masalah banjir di Kajang termasuk banjir kilat yang berlaku di Sungai Kantan kelmarin.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur & Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Zaidy Abdul Talib berkata anggaran kos itu juga merangkumi sembilan pakej utama iaitu melibatkan Sungai Jeluh, Sungai Jernih, Sungai Chua, Sungai Reko, Sungai Merbau, Sungai Ramal, Sungai Kantan dan Country Height.

Mengulas kepada kejadian banjir di Sungai Kantan kelmarin katanya, beberapa cadangan penyelesaian jangka panjang telah dikeluarkan iaitu syarat-syarat kebenaran merancang yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di mana pihak Pemaju Projek Mass Rapid Transit (MRT) telah dikenakan syarat untuk menaiktaraf Sungai Merbau dan membaikpulih kolam takungan sedia ada.

"Satu mesyuarat penyelarasan akan diadakan untuk menyegerakan kerja-kerja naiktaraf dan membina ban di Sungai Merbau serta meninggikan jambatan ‘bailey’. JPS  juga dalam penyediaan Rekabentuk Terperinci yang merangkumi sembilan pakej utama," katanya kepada Harakahdaily.

Namun katanya, JPS Daerah Hulu Langat telah menawarkan kerja-kerja penyelenggaraan sepanjang Sungai Merbau termasuk kerja-kerja penggalian semula Kolam Takungan banjir FACB dengan anggaran kos RM85,000 secara berkala bermula Februari 2015, Jun 2015 dan November 2015.

"Walau bagaimanapun pihak JPS Daerah telah memulakan kerja lebih awal berikutan daripada kejadian banjir yang terjadi. JPS juga mencadangkan untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan pembersihan 'inlet' dan 'outlet' serta penjajaran semula S-bend di pertembungan Anak Sungai Kantan dan Sungai Merbau," katanya ia sebagai cadangan penyelesaian jangka pendek.

Tegasnya, punca berlakunya banjir di Sungai Kantan kerana pembangunan MRT di Lembah Kelang, Jajaran Sungai Buloh-Kajang Pakej DPT2 mengakibatkan kejadian banjir kilat di Kampung Sungai Kantan.

Jelas Zaidy, keadaan ini berlaku juga di sebabkan jambatan bailey yang dibina oleh pihak MRT merentangi Sungai Merbau di mana ‘soffit level’ jambatan tersebut terlalu rendah mengakibatkan sampah sarap terperangkap.

"Ini sekali gus mengganggu aliran air sungai dan ‘backflow’ ke arah Kampung Sungai Kantan. Taburan hujan pula lebat melebihi daripada kuantiti kebiasaan iaitu 42mm di Hulu Sungai Merbau iaitu di Anak Sungai Kantan dan kawasan sekitarnya," kata beliau.

Paras air anak Sungai Kantan ke Sungai Merbau naik terlalu tinggi dari paras normal mengakibatkan air Sungai Merbau melimpah ke kawasan perkampungan Sungai Kantan selepas hujan lebat pada 22 dan 28 April baru-baru ini.

Dianggarkan sebanyak 15 buah rumah terjejas akibat kejadian banjir pada kedua–dua hari kejadian tersebut termasuk sebuah Sekolah Rendah Agama Sungai Kantan. – HARAKAHDAILY 30/4/2015

Sumber HD - 30-4-2015






























































Maahad Tahfiz Integrasi Sains di setiap daerah

HARAKAHDAILY | .



KUALA LUMPUR: Selaras dengan permintaan yang semakin meningkat daripada masyarakat, kerajaan Selangor kini berusaha mewujudkan Maahad Tahfiz Integrasi Sains dan Sekolah Kafa Menengah di setiap daerah di negeri itu.

Demikian dinyatakan oleh Exco Hal Ehwal Agama Islam, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi seperti yang dipetik dalam Selangorkini hari ini.

Dr Ahmad berkata, rancangan itu bersandarkan kepada permintaan tinggi selain melahirkan modal insan berilmu duniawi dan pegangan agama yang mantap dalam menjana kemajuan Selangor.

“Kita sudah mengenal pasti beberapa tapak sesuai untuk membina maahad tahfiz antaranya di Bukit Jelutong dan Kuala Selangor. Masing-masing dalam keluasan 10 ekar.

“Projek ini, kita jadual akan dilaksanakan menjelang tahun hadapan dalam RMK-11.

“Soal pembinaan bukan suatu kekangan besar buat Kerajaan Negeri, sebaliknya sumber tenaga pengajar. Kita masih kekurangan guru akademik khususnya dalam mata pelajaran sains dan matematik tambahan,” katanya selepas lawatan rasmi ke Pejabat Agama Islam Daerah Klang, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pegawai Tadbir Agama Daerah Klang, Jamali Mohd Adnan dan 56 Guru Besar Sekolah Rendah Agama (SRA) serta Ketua Guru KAFA daerah Klang.

Sehingga kini, Kerajaan Negeri sudah mewujudkan Maahad Tahfiz Intergrasi Sains di tiga buah daerah.

Sementara, sebuah lagi Maahad Tahfiz Integrasi Sains di Bagan Lalang, Sepang kini dalam proses pembinaan dan dijangka siap sepenuhnya menjelang 2016.

“Selepas siapnya Maahad Tahfiz keempat ini, kita mampu mengambil 300 pelajar setiap tahun, namun belum cukup menampung permintaan yang tinggi. Tahun ini sahaja, lebih 4,000 pelajar SRA mendapat mumtaz (cemerlang),” katanya. - Selangorkini

Sumber HD - 24-4-2015































































Khalid harap operasi Hospital Shah Alam tidak tertangguh

HARAKAHDAILY | .


(Lakaran Hospital Shah Alam)
KUALA LUMPUR: Operasi Hospital Shah Alam yang dijangka bermula sepenuhnya menjelang 2016 disambut baik kerana membolehkan penduduk Lembah Klang menikmati kemudahan kesihatan lebih baik.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad, berharap projek itu berjaya disiapkan dan beroperasi pada waktu ditetapkan serta tidak tertangguh seperti sebelum ini.

“Kementerian menyebut hospital itu siap sepenuhnya, pada 1 Januari 2016. Saya sedikit khuatir dan kurang yakin walaupun itu yang diharapkan sejak sekian lama.

“Lihat sahaja rekod sebelum ini, tarikh jangka siap ditukar lebih empat kali atas ketidakcekapan kontraktor, tidak mustahil perkara sama berulang," katanya dipetik Selangor Kini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Seri S Subramaniam yang memberi jaminan Hospital Shah Alam siap sepenuhnya menjelang 2016 berikutan status projek yang kini 99 peratus.

Projek pembinaan Hospital Shah Alam bermula November 2007 dengan kos asal RM482.6 juta yang sepatutnya siap Jun 2011.

Bagaimanapun,ia tergendala atas kegagalan kontraktor pertama dan terpaksa dihentikan bagi mendapatkan kontraktor baharu.

Menurut Khalid, perkara itu amat mengecewakan kerana menyebabkan kezaliman terhadap warga Shah Alam dan Klang.

Ini, ujarnya kerana mereka terpaksa bersesak di Hospital Tengku Ampuan Rahimah yang tidak mampu lagi menampung kebanjiran pesakit.

“Ini adalah kegagalan Barisan Nasional memenuhi tanggungjawab kepada rakyat Selangor. Pengurusan dan pentadbiran kewangan yang tidak cekap kerana projek ini diberikan kepada syarikat tidak layak, tidak berpengalaman serta diberikan secara rundingan terus.

“Apabila projek ini bermasalah, Kerajaan Persekutuan sekali lagi gagal tangani dengan cekap sehingga kerja di tapak tergendala hampir dua tahun,” katanya.

Sumber HD - 24-4-2015































































Beri bukti kita tolak permohonan PR1MA - Azmin

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali menafikan kerajaan negeri enggan memberi tanah untuk pembangunan Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) yang diperkenalkan Kerajaan Persekutuan.

Katanya, kerajaan negeri sedia bekerjasama untuk sebarang projek pembangunan rumah mampu milik dengan syarat PR1MA perlu mematuhi dasar dan garis panduan yang ditetapkan, lapor Selangor Kini.

“Itu tidak betul (tidak mahu beri tanah). Beri bukti kita tolak permohonan PR1MA," katanya.

Masalahnya, ujar beliau PR1MA membangunkan rumah terlalu mahal untuk rakyat iaitu RM400,000.

"Itu rumah mampu tengok,” katanya selepas Majlis Pecah Tanah Karya Residensi, di Kampung Jawa, Klang hari ini.

Beliau berkata, beberapa syarikat swasta tidak berhadapan masalah untuk menjalin kerjasama dengan kerajaan negeri bagi membangunkan rumah mampu milik sebelum ini.

Katanya, setakat ini PR1MA tidak menunjukkan sebarang kejayaan dan hanya membeli projek daripada pemaju swasta menyebabkan harga rumah terlalu mahal.

“Kelebihan kerajaan negeri iaitu kita ada bank tanah yang besar. Sebab itu kos tanah minimal dan boleh membangunkan rumah mampu milik berkualiti dengan penyertaan syarikat swasta," ujarnya.

Menurutnya, kalau PR1MA mahu terlibat dengan kerajaan negeri, maka harus patuh kepada dasar yang ditetapkan.

Kalau Sime Darby Property, IJM Land dan WCT Holdings Berhad boleh kenapa PR1MA mengambil pendirian untuk tidak patuh dengan garis panduan dan dasar kerajaan negeri?

“Kita tidak benarkan rumah mampu milik terlalu mahal kerana membebankan rakyat atas faktor GST dan kos sara yang hidup tinggi,” katanya.

Sumber HD - 18-4-2015

































































































































Doktor hafaz al-Quran jadi dorongan pelajar terbaik

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Keinginan menjadi doktor yang menghafaz al-Quran menjadi dorongan seorang pelajar tahfiz menjadi antara 10 pelajar terbaik program Unismart.

Muhammad Kamil Ayub Mazlan memperoleh 7A daripada 11 mata pelajaran termasuk Fizik, Biologi dan Kimia, percaya pengetahuan dunia perlu selaras dengan ilmu akhirat.

“Kita perlu ikhlaskan diri. Jaga adab dengan guru dan ibu bapa dan jadikan al-Quran sebagai sumber selain ilmu dunia.

“Saya ikuti program itu kerana ramai doktor pandai hafaz al-Quran,” katanya dipetik Selangor Kini.

Beliau yang mahu meneruskan pengajian di Mesir dalam bidang perubatan adalah antara 160 pelajar yang mengikuti Unismart, program untuk pelajar tahfiz mengambil SPM dengan kerjasama Universiti Industri Selangor (Unisel) dan Yayasan Pendidikan Islam Selangor (Yapis).

Dalam tempoh 10 bulan hingga Oktober tahun lalu, mereka perlu mengambil 11 subjek, antara Sains, bahasa Arab, Pendidikan Al-Quran dan Sunnah serta Tasawwur Islam.

Anugerah itu disampaikan Pengerusi Yapis, Dr Halimah Ali di Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor di sini, semalam

Bekas pelajar Madrasah Darul Kauthar Kelantan, Afiz Zaini Zaini, 19, yang memperoleh 8A, pula bergantung kepada buku sebagai bahan rujukan.

“Memang susah untuk belajar dalam tempoh singkat. Jadikan buku sebagai bahan rujukan sebab kita tidak hadir ke kelas formal,” katanya.

Mazlida Hazira Kamaluddin dari Pahang pula mahu menyambung pelajaran dalam Diploma Tahfiz Al-Quran dan percaya fokus dalam kelas sebagai cara pembelajaran paling efektif.

































































Copyright © 2014 Harakah. Hak Cipta Terpelihara. Rekabentuk oleh Harakah IT

Sumber HD - 16-4-2015

Kontraktor buang air sampah busuk ‘kantoi’ depan Exco


Oleh: NAZLI IBRAHIM

PANDAN, 15 APR: Tindakan tidak bertanggungjawab pemandu sebuah jentera kutipan sampah sewenang-wenangnya membuang air sampah di kawasan perumahan akhirnya tertangkap petang semalam.

Kejadian di Taman Chempaka itu disedari Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar Negeri Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad yang kebetulan berada tidak berapa jauh dari tempat kejadian.
11052440_1000893339929663_4430050737247361663_n

Iskandar berkata, ketika itu beliau sedang meninjau beberapa kawasan untuk dijadikan gelanggang futsal baharu sambil memeriksa keadaan kutipan sampah di kawasan terbabit.

“Saya berjanji semasa gotong-royong di Jalan Pandan Indah 1 akan memantau sendiri masalah sampah di Chempaka.

“Petang ini (semalam) saya terjumpa satu lori sampah yang membuang air sampah dengan ‘kompres’ sampah di hadapan rumah orang.

“Kes berlaku di tepi Surau An Nur, Taman Chempaka. Saya akan membuat laporan kepada Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ),” kata Iskandar kepada Selangor Kini.

Jelas Iskandar, tindakan pemandu jentera itu menyebabkan bau busuk sampah sehingga menimbulkan keadaan tidak selesa di kalangan penduduk.

Jelas Iskandar, kontraktor terbabit boleh dikenakan denda atau kontrak ditamatkan.

“Sepatutnya mereka membuang air busuk di kawasan pembuangan sampah sahaja bukan suka-suka ‘kompres’ merata-rata.

“Bayaran mereka boleh dipotong sebagai denda dan sekiranya jumlah kesalahan mencapai had tertentu kontrak mereka boleh ditamatkan,” kata Iskandar lagi.

Iskandar turut menggesa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) memantau kerja kontraktor kutipan sampah masing-masing bagi memastikan kejadian seumpama itu tidak berlaku.
EZY


Sumber SK / HD - 15-4-2015



































































RM400,000 baik pulih SRAI dilanda ribut - Exco

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor menganggarkan RM400,000 untuk membaik pulih Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) Sungai Manggis dan Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Rahimah (SAMTTAR), Kuala Langat yang dipukul ribut, kelmarin.

Pengerusi jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi negeri, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, tindakan segera akan diambil dan kerja baik pulih dilakukan Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Langat.

Beliau dan Pengarah Jais sudah membuat tinjauan semalam dan kos baik pulih dijangkakan sekitar RM400,000.

"Insya Allah, tindakan segera akan diambil dalam masa terdekat untuk ganti bumbung keseluruhan blok bangunan yang terlibat.

“JKR Kuala Langat sudah mengambil tindakan baik pulih sementara,” katanya dipetik Selangor Kini.

Kejadian angin ribut terbabit menerbangkan bumbung bangunan dua sekolah berkenaan selain kerosakan peralatan pembelajaran.

Difahamkan, tiada pelajar yang cedera dan kerja pembersihan kawasan sekolah sudah dijalankan.

Sumber HD - 14-4-2015




































































Sukma: Sultan Selangor tidak berkenan slogan 'Kita Lawan'

BERNAMA | .


SUBANG JAYA: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah bahawa baginda tidak berkenan dengan penggunaan slogan "Kita Lawan" untuk kontinjen Selangor yang akan beraksi di temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2016.

Ini kerana, titah baginda slogan "Kita Lawan" itu telah diguna pakai oleh sebuah parti politik.

"Justeru, beta tidak mahu masyarakat umum tersalah tafsir atau menganggap bahawa kontinjen Selangor mencampur-adukkan atau cuba berpolitik di dalam sukan.

"Beta berpendapat lebih baik kontinjen Selangor untuk SUKMA 2016 mencari slogan lain lebih bersemangat dan dapat berbangga mewakili Selangor, serta tidak mempunyai kontroversi yang boleh menjejaskan nama baik atlet, pasukan dan Selangor yang kita kasihi ini," titah baginda pada majlis Anugerah Sukan Selangor 2014, yang turut dihadiri Menteri Besar Mohamed Azmin Ali, di sini malam ini.

Baru-baru ini, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan Selangor, Amirudin Shari mengumumkan penggunaan slogan itu untuk atlet negeri berkenaan yang akan beraksi pada SUKMA ke-16 di Sarawak yang dijadualkan Julai tahun depan.

Pemilihan slogan itu mendapat bantahan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional Selangor pada sidang Dun lepas, berikutan "Kita Lawan" merupakan slogan kempen politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bertujuan membebaskan Penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara atas kesalahan liwat.

Dalam titahnya, Sultan Selangor mengingatkan agar semangat kesukanan tidak dicemari dengan unsur politik atau perkauman dan baginda menyeru badan-badan sukan, atlet dan penyokong supaya mengetepikan fahaman politik serta tidak membawanya masuk ke dalam pentadbiran sukan.

"Beta sentiasa mengambil berat dan mengikuti perkembangan sukan di Selangor. Beta masih ingat pada era 60-an sehingga 80-an, sukan menjadikan Selangor sebuah negeri yang terkenal serta dihormati dan ini hasil usaha bersungguh-sungguh pemimpin serta atlet Selangor dan komitmen mereka yang sangat tinggi untuk mencapai kejayaan bagi negeri ini yang mereka wakili," titah baginda.

Sultan Sharafuddin turut menegur kegagalan kontinjen Selangor yang hanya menduduki tempat keempat pada SUKMA lepas serta kegagalan pasukan bola sepak Selangor menjuarai Piala Malaysia sejak beberapa musim lepas.

Baginda bertitah kerajaan Selangor telah banyak menyediakan kemudahan sukan di setiap daerah, justeru atlet serta pasukan yang mewakili Selangor sepatutnya menjadi juara pada setiap kejohanan.

"Mengapa perkara tersebut tidak berlaku (kejayaan), oleh itu pengurus pasukan, pegawai serta atlet perlu membuat 'post-mortem' bagi mencari punca kejatuhan ini.

"Apa yang membimbangkan beta ialah akhir-akhir ini, beta dapati pentadbiran dan pengurusan beberapa kelab serta persatuan sukan di Selangor menghadapi masalah dalaman yang mengakibatkan kegagalan dan kemunduran sukan di negeri ini," titah baginda.

Sultan Selangor turut menegur pengurusan kewangan di sesetengah persatuan sukan yang banyak menimbulkan masalah serius disebabkan kurang mempunyai perancangan jangka panjang serta tidak mempunyai peruntukan kewangan yang seimbang.

Titah baginda, jika keadaan itu berterusan, ia akan melemahkan semangat atlet dan pemain yang akhirnya akan menjejaskan prestasi mereka.

"Oleh itu, beta berharap pengurus dan pegawai sukan hendaklah memberi sepenuh komitmen dan bekerja bersungguh-sungguh sebagai sebuah pasukan bagi memastikan kegemilangan sukan di negeri ini dikekalkan.

"Beta suka mengingatkan kepada pegawai persatuan supaya tidak bertelagah sesama sendiri atau menyimpan perasaan hasad dengki serta cuba menjatuhkan antara satu sama lain," titah baginda.

Pada majlis itu, penerjun akuatik Chew Yi Wei dan atlet karate Syakilla Salni Jefry Krosnan, masing-masing dipilih sebagai Olahragawan dan Olahragawati Selangor 2014. - Bernama

Sumber HD - 10-4-2015





































































Exco jawab isu guru Kafa Selangor


| .


KUALA LUMPUR: Jumlah guru Kafa di Selangor hanya 6,742 bukan 10,000 seperti didakwa kumpulan yang mengaku mewakili suara hati 10,000 guru sekolah terbabit, semalam.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi (PAS – Sekijang) berkata, jumlah keseluruhan tenaga pengajar sekolah agama di bawah Kerajaan Negeri pula 8,177 orang.

“Untuk maklumat Ahli Dewan, daftar yang ada jumlah guru Kafa adalah 6,742. Kalau kita lihat secara menyeluruh mengikut jawatan pada 2014, guru tetap 1,111 orang, guru kontrak (324), guru Kafa (6,742).

“Ini bermakna jumlah hanya 8,177 orang. Saya tak tahu bagaimana beliau mendapat statistik mewakili 10,000 suara hati guru Kafa,” katanya dipetik Selangor Kini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Shuhaimi Shafiei (PKR-Seri Muda) pada sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.

Semalam, sekumpulan empat hingga lima orang yang mendakwa mewakili suara hati 10,000 guru Kafa cuba merempuh masuk untuk bertemu Adun yang menghadiri DNS, di sini.

Bagaimanapun, pengawal keselamatan hanya membenarkan mereka bertemu wakil Pejabat Menteri Besar untuk menyerahkan memorandum itu. - HARAKAHDAILY 9/4/2015

Sumber HD - 9-4-2015





































































Selangor guna 3 kaedah tingkat kualiti turapan jalan

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Sistem pengurusan Highway Development & Management Model 4 (HDM-4), teknologi produk coldmix dan kursus penurapan jalan kepada kakitangan akan diguna pakai dalam usaha menambahbaik kualiti turapan jalan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur & Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Selangor, Zaidy Abdul Talib berkata, ia adalah langkah pengurusan aset jalan yang efektif untuk meningkatkan taraf keselesaan dan keselamatan pengguna dengan kos optimum.

Katanya, sistem pengurusan HDM-4 adalah sebuah perisian komputer decision making tool yang dibangunkan World Bank untuk menganalisis penambahbaikan jalan raya bagi jangka panjang dan unjuran kewangan kos pembaikan.

“Selain itu, output untuk jenis rawatan atau penambahbaikan yang diperlukan atas sesebuah jalan dalam tempoh masa ditetapkan dan unjuran kos pembaikan dapat dihasilkan,” ujarnya dipetik Selangor Kini.

Menurutnya, produk coldmix pula adalah teknologi kombinasi karbon, bitumen dan additives yang berkebolehan menampung beban trafik yang berat.

“Ia direka sesuai dalam semua keadaan cuaca iaitu panas, lembab dan basah. Selain itu, sesuai digunakan untuk penyelenggaraan jalan seperti membaiki semua jenis potholes dan kerja penurapan jalan.

“Produk ini diiktiraf dan diluluskan IKRAM dan SIRIM,” katanya yang juga Adun Taman Templer.

Zaidy berkata, kursus penurapan jalan menekankan kepentingkan kualiti jalan dengan mempelajari proses penurapan jalan raya dalam mengurangkan kadar kemalangan terutama melibatkan kemalangan maut atau cedera parah.

“Tahun ini, 500 pegawai teknikal Kerajaan Selangor akan dilatih dengan kos RM400,000. Kursus ini dicadang akan dilaksanakan bagi kontraktor yang berdaftar dengan Upen dan syarikat kuari yang menjalankan kerja penurapan jalan,” katanya.

Sumber HD - 9-4-2015







































































Strategi '6P' atasi banjir, selaras kerjasama agensi

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Tebatan Banjir Selangor yang ditubuhkan kerajaan negeri menggunapakai strategi '6P' sebagai usaha mengatasi keadaan banjir di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani negeri, Zaidy Abdul Talib berkata strategi itu merujuk kepada penyelarasan sistem maklumat yang lengkap berkaitan banjir, penilaian dan perancangan terhadap projek tebatan banjir, pemantauan pembangunan, penguatkuasaan, penyelarasan persediaan banjir dan pengesyoran tindakan.

“Jawatankuasa ini akan memastikan kesemua strategi dapat disempurnakan dalam persediaan menghadapi banjir dengan kerjasama semua agensi yang terlibat.

“Agensi juga akan merumuskan serta mengesyorkan kepada Kerajaan Negeri untuk tindakan yang akan diambil seperti pelaksanaan program tebatan banjir mengikut keutamaan, penambah baik garisn panduan sedia ada dan juga kajian semula pembangunan terhadap kawasan banjir,” katanya dipetik Selangor Kini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Gan Pei Nei (PKR-Rawang) berhubung pelan tebatan banjir di Selangor pada sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), hari ini.

Zaidy yang juga Adun Taman Templer berkata jawatankuasa yang ditubuhkan Mac lalu merangka dan merancang secara menyeluruh ke arah penyelesaian banjir secara bersepadu dan mapan melalui penyelarasan dan penglibatan pelbagai agensi kerajaan.

Katanya antara pihak yang terlibat dalam jawatankuasa ini adalah Exco Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri, Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen), Pengarah Jabatan Kerja Raya, Unit Bencana Negeri, Jabatan Pengairan dan Saliran dan lain-lain.

Jelasnya, jawatankuasa itu akan memfokuskan kepada kejadian banjir yang berlaku sejak 10 tahun lepas apabila tahun ini sahaja sebanyak 27 insiden melibatkan 24 kawasan terlibat dengan masalah tersebut.

Sumber HD - 7-4-2015








































































Selangor sedang teliti elaun guru Kafa RM1,500

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor sedang meneliti kenaikan elaun guru Kelas Agama Fardu Ain (Kafa) kepada RM1,500 sebelum dapat dilaksanakan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan negeri, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, kajian itu melihat justifikasi dan pertimbangan empat jam perkhidmatan guru Kafa di sekolah.

“Kajian mengenainya telah siap dan Kerajaan negeri sedang mengkaji syor-syor dan cadangan yang dikemukakan,” katanya dipetik Selangor Kini.

Beliau menyatakan demikian ketika menjawab pertanyaan Kamarol Zaki Abdul Malik (BN-Sungai Air Tawar) pada persidangan Dewan Negeri Selangor.

Menyentuh soal penyerapan guru kontrak kepada jawatan tetap, beliau yang juga Adun Sijangkang menjelaskan semuanya bergantung kepada kelulusan Kerajaan Persekutuan.

Katanya, dari segi perjawatan bergantung kepada pihak (Kerajaan) Persekutuan untuk membenarkan guru dilantik menjadi guru tetap.

“Buat masa ini kita meletakkan keperluan bergantung kepada keperluan sekolah pendidikan Islam ini kepada guru kontrak yang kita lantik sendiri.

“Usaha daripada Jabatan Agama Islam sendiri untuk mengemukakan cadangan kepada Kerajaan Persekutuan masih berterusan. Keputusannya masih di tangan Kerajaan Persekutuan,” katanya.

Sumber HD - 6-4-2015









































































Perjanjian Air: Selangor serah jawapan rasmi Isnin ini

| .

KLANG: Kerajaan Negeri Selangor akan memberikan jawapan rasmi kepada Putrajaya berhubung tempoh lanjutan tarikh akhir perjanjian induk penstrukturan semula industri air pada Isnin ini.

Lanjutan itu, satu pertemuan bersama Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili bagi mencari penyelesaian kepada isu berbangkit dijangka diadakan minggu hadapan.

“Saya percaya apabila kedua-dua pihak bersetuju menerima pakai terma perjanjian utama yang ditandatangani pada 12 September 2014, perkara ini boleh diselesaikan segera demi kepentingan rakyat Selangor,” kata Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali dalam sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Pembukaan Pemborong GM Klang, semalam.

Sebelum itu, beliau dijemput merasmikan Konvensyen Falak Selangor 2015 di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Shah Alam.

Di majlis tersebut, Mohamed Azmin berkata perbincangan terpaksa ditangguhkan berikutan fokus kini tertumpu kepada sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) yang sedang berlangsung.

“Ya, walaupun saya belum jawab secara rasmi (surat menteri) tetapi perbincangan telah pun bermula di peringkat pegawai lebih kurang dua minggu lepas di mana Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) sendiri mengetuai delegasi Kerajaan Negeri bertemu dengan ketua setiausaha," katanya dipetik Selangorkini.

Terdahulu, Kerajaan Selangor diberi masa hingga 30 April ini untuk memberi jawapan tentang pelanjutan tarikh akhir bagi Perjanjian Induk mengenai penstrukturan semula industri bekalan air Selangor.

Sekiranya gagal berbuat demikian, Kerajaan Persekutuan akan menganggap bahawa Kerajaan Selangor tidak berminat menerima tawaran mengenai langkah penyusunan semula itu dan pengambilalihan penuh pemegang konsesi di Selangor seperti yang terkandung dalam Perjanjian Induk. - HARAKAHDAILY 5/4/2015


Sumber HD -5-4-2015


SHAH ALAM, KOTA RAYA ANAK MUDA - SULTAN SELANGOR


http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/34661-shah-alam-kota-raya-anak-muda-sultan-selangor

Sumber HD - 2-4-2015


Putrajaya mahu tanah Selangor kerana ekonomi hampir bankrap, kata Azmin

Posted on Tuesday, March 31 @ 20:00:00 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Tindakan Putrajaya yang menginginkan aset Selangor termasuk tanah, melalui perjanjian penstrukturan semula industri air negeri dengan kerajaan persekutuan, disebabkan faktor ekonomi kerajaan pusat yang hampir bankrap, kata Mohamed Azmin Ali.

Salah satunya puncanya, kata Menteri Besar Selangor itu, disebabkan hutang yang ditanggung 

syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau mendakwa, disebabkan terpaksa menanggung hutang 1MDB, Putrajaya tidak ada wang untuk menyelesaikan perjanjian dan mahu aset tanah Selangor dijadikan sumber kewangan mereka.

"Saya tidak pasti sebab apa kerajaan pusat ingin berbuat demikian, kerana saya bukan dalam kalangan kelompok kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Ada kemungkinan faktor ekonomi, kerajaan pusat hampir bankrap dan tiada wang untuk selsesaikan perjanjian.

"Selain itu, kerajaan juga tiada wang disebabkan hutang 1MDB yang mencecah RM45 bilion," katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ke-13 di Shah Alam, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Adun DAP-Sekinchan, Ng Suee Lim tentang hasrat Putrajaya sebelum ini yang mahu memiliki semua aset termasuk tanah Selangor melalui perjanjian penstrukturan industri air negeri.

Namun dakwaan itu dipersoalkan Adun BN-Sungai Burong Datuk Mohd Shamsudin Lias yang mahu Azmin mengemukakan bukti wujudnya kaitan isu tanah dengan hutang 1MDB yang menyebabkan
kerajaan pusat hampir muflis.

Azmin berkata, perkara itu dinyatakan sendiri mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengkritik cara Putrajaya menguruskan hutang 1MDB

"Dalam taklimat Dr Mahathir ada fakta yang sahih. Bagaimana kerajaan korup boleh dibenarkan ada kaitan langsung dengan pemimpin tertinggi, boleh berhutang sehingga RM45 bilion? Ini memberi kesan kepada ekonomi negara," katanya.

Sumber TKO - 31-3-2015













































































Gangguan bekalan air Klang, Shah Alam 31 Mac

| .



SHAH ALAM: Gangguan bekalan air sementara akan berlaku di beberapa kawasan di wilayah Klang dan Shah Alam berikutan kerja-kerja menaik taraf sistem bekalan air.

Pengurus BesarJabatan Komunikasi Korporat & Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), Priscilla Alfred berkata, gangguan dijangka bermula pada 31 Mac jam 9 malam hingga 1 April jam 7 pagi.

“Para pengguna dinasihatkan membuat persediaan dengan menyimpan bekalan air secukupnya bagi menghadapi gangguan bekalan air sementara ini.

“Pengguna juga disaran menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan,” katanya dalam satu kenyataan.

Kerja yang dilakukan adalah penukaran injap kekupu 900MM di Jalan Langat berhampiran Tangki Menara Bukit Tinggi dan injap kekupu 600MM di hadapan Rumah Pam Bandar Botanik 1, Wilayah Klang dan Shah Alam.

Kawasan yang terlibat termasuk Persiaran Batu Nilam, Jalan Batu Nilam, Lorong Batu Nilam, Bukit Tinggi, Persiaran Botanik, Jalan Angsana, Jalan Akasia, Jalan Penaga, Jalan Bidara, Jalan Kiara, Jalan Rhu, Jalan Jenaris, Jalan Bungor, Jalan Cassia, Jalan Jasmin, Jalan Jejawi dan Jalan Palma.
Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh melayari laman sesawang www.syabas.com.my atau Facebook atau Twitter SYABAS dengan menaip menaip ‘puspel’ atau ‘puspel syabas’.

Pengguna juga boleh memuat turun aplikasi sistem mySYABAS melalui Google Playstore dan Appstore untuk mendapatkan maklumat lanjut. - HARAKAHDAILY 27/3/2015

Sumber HD - 27-3-2015














































































Rizab Selangor berjumlah RM3.4b sehingga 28 Feb


HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Kumpulan wang disatukan meningkat sebanyak RM226 juta dalam tempoh dua bulan menjadikan rizab negeri Selangor berjumlah RM3.4 bilion sehingga 28 Februari lalu.

Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata simpanan yang semakin kukuh itu perlu diterjemahkan untuk manfaat rakyat bagi memastikan mereka turut sama menikmati hasil negeri.

Namun, katanya seperti yang ditegaskan berulang kali, apa maknanya kalau kerajaan negeri mencatatkan pertumbuhan yang begitu tinggi, simpanan yang kukuh tetapi tidak dapat dikongsi oleh rakyat.

“Tidak ada maknanya kerajaan dan pimpinan kaya kalau rakyat susah, sebab itulah kita lancarkan pelbagai program supaya kekayaan ini dapat dikongsi dengan rakyat Selangor,” katanya dipetik Selangor Kini.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran dan Perasmian Program Hijrah Selangor di Dewan Jubli Perak, Shah Alam, semalam.

Beliau memaklumkan perkara peningkatan simpanan rizab itu berdasarkan Mesyuarat Tertinggi Kewangan Negeri Selangor pagi semalam.

Sumber HD - 25-3-2015


KAPASITI SELURUH EMPANGAN SELANGOR TEKAWAL - LUAS



http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/34360-kapasiti-seluruh-empangan-selangor-terkawal

Sumber HD - 15-3-2015







































































































































2 hari menggigil bimbang tayar lori ‘terbang’ lagi

HARAKAHDAILY | .



KUALA LUMPUR: Empat sekeluarga trauma tinggal di rumah sendiri selepas tayar sebuah trak tentera ‘terbang’ menghentam bumbung rumah mereka di Kampung Seri Indah B, Paya Jaras pada 11 Mac lalu.

Tayar trak yang sedang ditunda itu terjatuh ketika kenderaan terbabit melalui lebuh raya milik Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) yang berkedudukan lebih tinggi terletak kira-kira 20 meter di belakang rumah berkenaan.

Penghuni terbabit, Sharifol Sharif, 53, ketika menceritakan semula kejadian berkata, tayar itu jatuh betul-betul di bahagian dapur ketika empat anaknya sedang makan tengah hari sebelum ke sekolah.

“Masa itu, saya sedang menghantar murid sekolah. Isteri saya kata tayar itu berdentum kuat, terpelanting betul-betul di tempat anak saya tengah makan di bawahnya," katanya dipetik Selangor Kini.

Bagaimanapun, ujarnya nasib baik bumbung rumahnya baru ditukar.

"Kalau bumbung lama, tayar itu memang boleh bolos dan jatuh atas anak saya.

“Selepas kejadian itu, isteri dan anak saya trauma teruk. Mereka menggigil dua hari terutama setiap kali mendengar bunyi lori di lebuh raya sebelah,” katanya.

Sharifol berkata, peristiwa itu adalah kejadian kedua yang berpunca daripada kenderaan yang melalui lebuh raya berhampiran itu.

Katanya, kejadian pertama berlaku kira-kira dua tahun lalu melibatkan sebuah lori membawa konkrit MRT seberat 60 tan terbabas dan menjunam ke atas rumah jirannya yang terletak selang tiga buah.

“Masa saya bina rumah kira-kira 20 tahun lalu, lebuh raya ini tak ada. Selepas beberapa tahun barulah ia dibina,” katanya.

Sementara itu, Adun Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman berkata, sehingga kini Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) dan PLUS belum mengambil sebarang tindakan walaupun pernah datang melawat tahun lalu.

“Seharusnya, LLM dan PLUS membina tembok perlindungan atau langkah keselamatan lain untuk melindungi sembilan kediaman yang terletak di kawasan lebih rendah berhampiran lebuh raya itu,” katanya yang juga Setiausaha PAS Selangor.



Sumber HD - 14-3-2015




































































Dewan Negeri Selangor tanpa Ketua Kembangkang

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Persidangan Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor (DNS) ke-13 bakal berlangsung tanpa Ketua Pembangkang daripada Barisan Nasional (BN).

Speaker DNS, Hannah Yeoh berkata, perkara itu disahkan BN Selangor sendiri melalui sepucuk surat yang dihantar kepada pejabat beliau, baru-baru ini.

“Pihak saya menghantar surat meminta satu nama untuk dilantik sebagai Ketua Pembangkang DNS. BN Selangor membalas surat itu dengan menyatakan mereka tidak berhasrat untuk menamakan Ketua Pembangkang pada masa ini,” katanya dipetik Selangor Kini.

Beliau berkata, BN Selangor tidak menyatakan sebarang alasan berhubung penolakan perlantikan jawatan itu.

“Mungkin juga disebabkan mereka enggan kerana Ketua Pembangkang akan secara automatik dilantik Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat).

“Ini pertama kali dalam sejarah DNS tidak mempunyai Ketua Pembangkang. Dulu, ketika DAP mempunyai dua orang sahaja Adun pun tetap ada Ketua Pembangkang iaitu Datuk Theng Chang Khim,” katanya.

Beliau berkata, kedudukan Datuk Shamsudin Lias di dalam dewan dikekalkan disebabkan beliau adalah Adun pembangkang paling kanan walaupun BN Selangor tidak melantik Ketua Pembangkang.

Sumber HD - 12-3-2015




































































Sedia bincang jika Pusat iktiraf tanah, air Selangor

HARAKAHDAILY | .



KUALA LUMPUR: Selangor sedia untuk berbincang ke arah mencapai persetujuan bagi manfaat seluruh pengguna air di Negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, itu sekiranya Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk mengiktiraf kedaulatan tanah dan aset air milik negeri dan tidak membuat tuntutan yang bercanggah dengan semangat perjanjian yang telah termeterai.

Justeru, katanya kerajaan negeri berasa amat dukacita untuk mengumumkan semalam bahawa Perjanjian Utama bagi penstrukturan semula industri air Negeri Selangor telah lupus dengan sendirinya.

Jelasnya, kegagalan untuk melaksanakan Perjanjian Utama tersebut adalah akibat pendirian terkini Kerajaan Persekutuan yang enggan menghormati prinsip dan semangat Perjanjian Utama yang ditandatangani pada 12 September 2014, iaitu:

1. Mengiktiraf pemilikan aset air Negeri Selangor berjumlah RM14.9 bilion yang bakal disuntik ke dalam Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

2. Mengiktiraf dan menerima pemindahan RM2 bilion dari aset air milik Air Selangor bagi tujuan penyediaan dana kepada Air Selangor bagi mengambilalih ke semua konsesi air di Negeri Selangor.

3. Mengeluarkan Lesen Kemudahan kepada Air Selangor sebagai pengiktirafan pemilikan ke semua baki aset air yang dimiliki oleh Air Selangor.

4. Meluluskan pemeteraian Perjanjian Kemudahan dan Sewaan di antara Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan Air Selangor bagi penyewaan aset air yang akan dipindahkan kepada PAAB.

"Seperti yang telah diumumkan apabila saya mengambilalih tugas dan amanah sebagai Datuk Menteri Besar Negeri Selangor pada bulan September tahun lalu, pentadbiran ini sedia menghormati segala perjanjian yang telah ditandatangani," ujarnya dalam satu kenyataan, semalam.

Walau bagaimanapun, kata beliau pentadbiran itu tidak boleh membenarkan perlaksanaan perjanjian yang bercanggah dari prinsip dan semangat yang telah dipersetujui.

Menurutnya lagi, percanggahan dari Perjanjian Utama yang cuba dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan akan menyaksikan kerajaan negeri hilang kedaulatan ke atas tanah dan aset air milik Kerajaan Negeri Selangor.

Beliau yakin bahawa rakyat dan pengguna air Selangor akan turut menyokong pendirian yang diambil oleh kerajaan negeri kerana isu kedaulatan pemilikan tanah dan aset air bukanlah sesuatu yang boleh diserah milik dengan sewenang-wenangnya.

"Namun demikian, seperti yang telah diumumkan oleh pentadbiran ini pada 5 Mac 2015, kerajaan negeri akan terus memantau dan memastikan bekalan air di Negeri Selangor akan dapat dibekalkan kepada semua pengguna secara berterusan," jelasnya. - HARAKAHDAILY 11/3/2015

Sumber HD - 11-3-2015




































































Air: Azmin pertikai Pusat minta Selangor serah tanah

SALMIYAH HARUN | .



KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali mempertikaikan tindakan Kerajaan Pusat yang turut meminta kerajaan negeri menyerahkan tanah sebagai syarat baru perjanjian air negeri itu.

Pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini, Azmin berkata pada awalnya kerajaan negeri sudah bersetuju untuk menyerahkan aset air milik syarikat konsesi bagi menaik taraf air di negeri Selangor.

"Semangat itulah kita setuju tandatangan perjanjian. Tetapi malangnya, Kerajaan Pusat datang kepada kita beritahu bukan setakat aset yang diserahkan tetapi tanah juga perlu diserahkan.

"Kita ada 26,000 km paip air yang dimiliki syarikat konsesi. Sekarang Kerajaan Persekutuan bukan setakat paip, tanah yang dilalui pun nak diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Gombak turut mempersoalkan tindakan Kerajaan Persekutuan seolah-olah mahu merampas kedaulatan Kerajaan Selangor.

"Mengapa dua tiga bulan ini Kerajaan Pusat datang balik dan pinda perjanjian yang telah ditandatangani. Pada asalnya kerajaan negeri sudah bersetuju bahawa mekanisma pembayaran setiap sen yang diterima oleh pengguna sudah ada jaminan," katanya.

Katanya, tindakan Kerajaan Pusat itu sengaja mahu melengah-lengahkan perkara yang telah dipersetujui.

"Apakah jaminan Kerajaan Pusat kepada kerajaan Selangor bahawa satu sistem perkhidmatan air yang mampu menjamin kesejahteraan rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian dalam soalan tambahan kepada Menteri Tenaga Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

Sebelum ini, Azmin mengumumkan Selangor telah membatalkan perjanjian penstrukturan air dengan Kerajaan Persekutuan selepas Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) meminta penangguhan buat kali ketiga.

Katanya, keputusan itu dibuat kerana Kerajaan Persekutuan melanggar terma perjanjian pada September tahun lalu. - HARAKAHDAILY 10/3/2015

Sumber HD - 10-3-2015




































































Perjanjian air tamat, tidak dilanjutkan - Azmin

HARAKAHDAILY | .



KUALA LUMPUR: Perjanjian induk penstrukturan air Selangor antara kerajaan negeri dengan Kerajaan Pusat yang berakhir hari ini tidak akan dilanjutkan selepas penangguhan kali kedua.

Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, Kerajaan Pusat ‘melanggar terma’ perjanjian yang ditandatangani pada September 2014 menyebabkan kerajaan negeri tidak mempunyai pilihan, lapor Selangor Kini.

“Apabila saya menjadi Menteri Besar pada September tahun lalu, saya bersedia untuk meneruskan perjanjian, tetapi Kerajaan Persekutuan gagal memenuhinya bahkan meminta lanjutan tempoh.

“Apa pilihan yang kita ada? Saya mahu melihat syarat baru yang mereka ingin bincangkan dengan kerajaan negeri,” katanya di lobi Parlimen.

Katanya, perkara sama turut berlaku pada Projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex) yang dibatalkan.

“Begitu juga dengan projek Kidex, selepas kita batalkan, baru Menteri Pengangkutan datang untuk berbincang berkenaan pelan pengangkutan awam,” katanya yang juga Ahli Parlimen Gombak.

Sumber HD - 9-3-2015


PAM AIR KOLAM ALTERNATIF PASTIKAN SUMBER AIR SELAMAT - ZAIDY



http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/34173-pam-air-kolam-alternatif-pastikan-sumber-air-selamat

Sumber HD - 5-3-2015


KELIRU GST : TAKLIMAT KHAS KEPADA JMB,  MC STRATA 7 MAC - EXCO



http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/34171-keliru-gst-taklimat-khas-kepada-jmb-mc-strata-7-mac

Sumber HD - 5-3-2015


PIHAK CEMAR LOJI RAWATAN AIR SG SEMENYIH DICARI - ZAIDY



http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/34153-pihak-cemar-loji-rawatan-air-sg-semenyih-dicari

Sumber HD - 4-3-2015


LAGI PENJAWAT AWAM KANTOI 'CULAS' KERJA - KHUSRIN



http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/34136-lagi-penjawat-awam-kantoi-culas-kerja

Sumber HD - 4-3-2015


MAKLUMAT PALSU GANGGUAN AIR 36 JAM DI SELANGOR - ZAIDY


PENGUMUMAN PALSU

http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/34127-maklumat-palsu-gangguan-air-36-jam-di-selangor

Sumber HD - 2-3-2015


HARGA BARANG NAIK JANGAN SALAHKAN MASYARAKAT CINA - MB


DATUK MENTERI BESAR SELANGOR, YAB AZMIN ALI DISAMBUT SETIBA BELIAU BERSAMA EXCO SELANGOR PADA SAMBUTAN TAHUN NBARU CINA DI PADANG PERBANDARAN AMPANG JAYA.

http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/34102-harga-barang-baik-jangan-salahkan-masyarakat-cina


Sumber HD - 1-3-2015

MASJID : SELANGOR BERI SUMBANGAN UNTUK KESELESAAN JEMAAH - MB

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/34090-masjid-s-gor-beri-sumbangan-untuk-keselesaan-jemaah

Sumber HD - 28-2-2015


2 Masjid di Tanjong Karang terima bantuan baik pulih RM43,000

Oleh: AFIX REDZUAN

TANJONG KARANG, 27 FEB: Dua masjid di Parlimen Tanjong Karang menerima sumbangan Kerajaan Negeri untuk membaik pulih kerosakan siling dan karpet bagi meningkatkan keselesaan jemaah.

Masjid berkenaan adalah Masjid Darul Iman di Kampung Parit Serong dan Masjid Ar Rahman di Kampung Raja Musa.

Sumbangan diserahkan oleh Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali kepada nazir masjid berkenaan

_MG_1717


Nazir Masjid Darul Iman, Mohamad Jalani Yaakob, 61, ketika ditemui melahirkan rasa terharu di atas kesudian Kerajaan Negeri menghulurkan bantuan sebanyak RM20,341 bagi membaiki siling masjid yang tidak pernah diganti sejak dibina pada 1960.

Katanya, kos membaik pulih ini juga sebahagiannya akan ditanggung melalui wang sumbangan kariah masjid.

“Saya selaku wakil masjid dan penduduk Kampung Parit Serong mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dato’ Menteri Besar diatas kesudian memberikan sumbangan dan menunaikan solat fardhu Jumaat disini,” katanya kepada Selangor Kini.

Sementara itu, Nazir Masjid Ar Rahman, Yahya Tawan ,73, berkata, sumbangan Kerajaan Negeri ini akan dimanfaatkan untuk membaik pulih karpet masjid yang rosak setelah digunakan hampir 10 tahun.

Untuk kerja baik pulih, Masjid Ar Rahman menerima sumbangan sebanyak RM23,000.
EZY

Sumber SK - 27-2-2015



SELANGOR AKAN BINA SEBUAH LAGI MAAHAD TAHFIZ INTERGRASI - EXCO


YB DATO' DR AHMAD YUNUS HAIRI - EXCO HAL EHWAL AGAMA ISLAM, ADAT MELAYU DAN WARISAN, PEMBANGUNAN DESA DAN KAMPUNG TRADISI

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/34085-selangor-akan-bina-sebuah-lagi-maahad-tahfiz-integrasi

Sumber HD - 27-2-201

SELANGOR BUAT PERSIAPAN AWAL ELAK CATUAN AIR - MB


http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/34084-selangor-buat-persiapan-awal-elak-catuan-air

Sumber HD - 27-2-2015


AIR MENTAH KOLAM ALTERNATIF SELANGOR LULUS UJIAN KKM - EXCO



AIR MENTAH DI KOLAM ALTERNATIF SELANGOR LULUS UJIAN KKM


http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/34076-air-mentah-kolam-alternatif-selangor-lulus-ujian-kkm

Sumber HD - 27-2-2015


139 PENGHUNI BUKIT BOTAK AKAN DAPAT PINJAMAN BANK - EXCO


YB ZAIDI TALIB BERSAMA SEBAHAGIAN PENGHUNI BUKIT BOTAK


http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/34047-139-penghuni-bukit-botak-akan-dapat-pinjaman-bank

Sumber HD - 25-2-2015


KONTRAK PEMILIK BATAL JIKA SEWA PPR PADA WARGA ASING - EXCO


YB DATO' IR ISKANDAR SAMAD - EXCO PERUMAHAN, PENGURUSAN BANGUNAN DAN PENEROKA BANDAR

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33994-kontrak-pemilik-batal-jika-sewa-ppr-pada-warga-asing

Sumber HD - 23-2-2015


INSTITUSI PENDIDIKAN TAHFIZ TIDAK SEBAR IDEOLOGI IS - PENGERUSI PITAS


http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33986-institusi-pendidikan-tahfiz-tidak-sebar-ideologi-is

Sumber HD - 22-2-2015


726 UNIT RUMAH SELANGORKU DIBUKA UNTUK DIBELI - EXCO


YB IR ISKANDAR ABDUL SAMAD - EXCO PERUMAHAN, PENGURUSAN BANGUNAN DAN KEHIDUPAN BANDAR

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33976-726-unit-rumah-selangorku-dibuka-untuk-dibeli

Sumber HD - 21-2-2015

PENSTRKTURAN AIR SELANGOR SELESAI MAC - EXCO


YB ZAIDY TALIB - EXCO PEMODENAN PERTANIAN, INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN AWAM

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33973-penstrukturan-air-selangor-selesai-mac-exco

Sumber HD - 21-2-2015


GANGGUAN BEKALAN AKIBAT KUALITI AIR MENTAH MEROSOT - EXCO


http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33930-gangguan-bekalan-akibat-kualiti-air-mentah-merosot

Sumber HD - 18-2-2015


TANAM PADI 5 KALI 2 TAHUN TINGKAT PENDAPATAN PESAWAH


YB ZAIDY ABDUL TALIB - EXCO PEMODENAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33910-tanam-padi-5-kali-2-tahun-tingkat-pendapatan-pesawah

Sumber HD - 17-1-2015



KIDEX TIDAK PATUH SYARAT,  S'GOR BATAL PROJEK LEBUH RAYA - MB



http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33896-kidex-tidak-patuh-syarat-s-gor-batal-projek-lebuh-raya

Sumber HD - 16-2-2015



SU AKHBAR MB S'GOR LETAK JAWATAN KERANA KESIHATAN - SELANGORKINI


RADZI RAZAK - BEKAS SETIAUSAHA AKHBAR MB SELANGOR

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33867-su-akhbar-mb-s-gor-letak-jawatan-kerana-kesihatan

Sumber HD - 14-2-2015


ANWAR PESAN SELANGOR PERLU TERUS MAJU KE HADAPAN - AZMIN


DS ANWAR IBRAHIM BERPESAN PADA YAB AZMIN ALI

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33812-anwar-pesan-selangor-perlu-terus-maju-ke-hadapan

Sumber HD - 12-2-2015


SHARE YOUR IDEAS AND PEOPLE WILL JOIN YOU AND MAKE IT REALITY - SHAFIE


YB USTAZ SHAFIE NGAH - ADUN BANGI / TIMBALAN SPEAKER DUN SELANGOR / TIMBALAN PJ BPPNS

http://www.harakahdaily.net/index.php/headline-english/33808-share-your-ideas-and-people-will-join-you-and-make-it-reality-shafie

Sumber HD - 12-2-2015


TAPAK SURAU AL ISLAH DIWARTA TIDAK TIMBUL ISU ROBOH - ADUN


YB SHAFIE NGAH - ADUN BANGI / TIMBALAN SPEAKER DUN SELANGOR

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33799-tapak-surau-al-islah-diwarta-tidak-timbul-isu-roboh

Sumber HD - 11-2-2015


BELIA DILENGKAPI ILMU, LATIHAN SEBAGAI USAHAWAN TERNAK - EXCO


YB ZAIDY TALIB - EXCO INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN AWAM DAN PEMODENAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/33783-belia-dilengkapi-ilmu-latihan-sebagai-usahawan-ternak

Sumber HD - 10-2-2015


SELANGOR WUJUD DANA RM5 JUTA KHUSUS BAIK PULIH LIF - EXCO


YB DATO' IR ISKANDAR SAMAD - EXCO PERUMAHAN, PENGURUSAN BANGUNAN DAN KEHIDUPAN BANDAR

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33731-selangor-wujud-dana-rm5-juta-khusus-baik-pulih-lif

Sumber HD - 8-2-2015


PILIHANRAYA PBT, SELANGOR TUNGGU MESYUARAT PAKATAN - MB


YAB AZMIN ALI - MENTERI BESAR / TIMBALAN PRESIDEN PKR

http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/33684-pilihan-raya-pbt-selangor-tunggu-mesyuarat-pakatan

Sumber HD - 6-2-2015



LEBIH 200 WARGA PAYA JARAS BAKAL PEROLEH GERAN TANAH - KHAIRUDIN


YB KHAIRUDIN HJ OTHMAN - ADUN PAYA JARAS / SU BPPNS

http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/33677-lebih-200-warga-paya-jaras-bakal-peroleh-geran-tanah

Sumber HD - 5-2-2015


BINA SEGERA LATAR KE LUMUT ATASI KESESAKAN KUALA SELANGOR - MANIVASAGAM


V. MANIKAVASAGAM - PENYELARAS DUN BUKIT MELAWATI

http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/33655-bina-segera-latar-ke-lumut-atasi-kesesakan-kuala-selangor


Sumber HD - 4-2-2015

SELANGOR JAMIN TELITI TANAH RANCANGAN REVOLUSI HIJAU - MB


YAB AZMIN ALI MERASMIKAN TAHUN MELAWAT SELANGOR 2015

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33596-selangor-jamin-teliti-tanah-rancangan-revolusi-hijau

Sumber HD - 1-2-2015


AMIRUDIN DIPILIH PENGURUS BAHARU PASUKAN SELANGOR - MB

YB AMIRUDDIN SHARI - EXCO GENERASI MUDA DAN SUKAN 


http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/33561-amirudin-dipilih-pengurus-baharu-pasukan-selangor

Sumber HD - 30-1-2015


SELANGOR KAJI NAIKKAN ELAUN GURU KAFA - EXCO


YB DR AHMAD YUNUS HAIRI - EXCO HAL EHWAL ISLAM

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33560-selangor-kaji-naikkan-elaun-guru-kafa

Sumber HD - 30-1-2015


KANAK-KANAK MATI JATUH PPR, KERJA BAIK PULIH SEGERA - EXCO



YB DATO' IR ISKANDAR SAMAD - EXCO PERUMAHAN, PENGURUSAN BANGUNAN DAN KEHIDUPAN BANDAR

http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/33549-kanak-kanak-mati-jatuh-ppr-kerja-baik-pulih-segera

Sumber HD - 29-1-2015


PANGSAPURI : PENDUDUK KECEWA MBPJ TIDAK ENDAH BANTAHAN - FAIZUL NAJIB ABDUL MUNAIM


PANGSAPURI DAMANSARA DAMAI

http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/33455-pangsapuri-penduduk-kecewa-mbpj-tidak-endah-bantahan

Sumber HD - 27-1-2015


RAKYAT TAK DAPAT MAKLUMAT - ADAKAH KERAJAAN NEGERI IKHLAS - HANNAH YEOH


YB HANNAH YEOH = SPEAKER DUN SELANGOR

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33502-rakyat-tak-dapat-maklumat-adakah-kerajaan-negeri-ikhlas


Sumber HD - 27-1-2015


BANTUAN : SELANGOR PERIKSA NELAYAN SECARA BERKALA - ZAIDY

YB ZAIDY TALIB - EXCO SELANGOR

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33446-bantuan-selangor-periksa-nelayan-secara-berkala

Sumber HD - 24-1-2015


BANGI CARE SASAR BINA 55 RUMAH MANGSA BANJIR - LAPOR SELANGORKINI

DR HARON DIN MERASMIKAN RUMAH CONTOH 'ANGI CARE'

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33407-bangi-care-sasar-bina-55-rumah-mangsa-banjir

Sumber HD - 22-1-2015


TUBUH JAWATANKUASA KHAS TANGANI KRISIS EKONOMI NEGARA - ISKANDAR SAMAD

YB IR ISKANDAR SAMAD - EXCO SELNGOR / PJ PS

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33391-tubuh-jawatankuasa-khas-tangani-krisis-ekonomi-negara

Sumber HD - 21-1-2015


RM2.6 JUTA - TINDAKAN SUSULAN DIUMUM MINGGU DEPAN - MB


YAB AZMIN ALI - MB SELANGOR

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33306-rm2-6-juta-tindakan-susulan-diumum-minggu-depan

Sumber HD - 17-1-2015


SELANGOR TIMBANG TAWAR PEKERJAAN KEPADA MEJAR ZAIDI - MB


YAB AZMIN ALI - MB SELANGOR

http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/33292-selangor-timbang-tawar-pekerjaan-kepada-mejar-zaidi

Sumber HD - 16-1-2015



INDIVIDU BERJAYA BALIK KAMPUNG BANGUN KOMUNITI - DR YUNUS
YB DATUK DR AHMAD YUNUS HAIRI - ADUN SIJANGKANG / EXCO SELANGO


http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33181-individu-berjaya-balik-kampung-bangun-komuniti

Sumber HD - 11-1-2015


SELANGOR BANTU RAKYAT HARUNGI EKONOMI LEMBAB 2015:



YB ZAIDY TALIB - EXCO INFRASTRUKTUR, PEMODENAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI


http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33161-selangor-bantu-rakyat-harungi-ekonomi-lembap-2015

Sumber HD - 9-1-2015




YB DATUK DR AHMAD YUNUS HAIRI - EXCO HALEHWAL AGAMA ISLAM, ADAT MELAYU & WARISAN DAN PEMBANGUNAN DESA & KG TRADISI  DILANTIK  AHLI MAIS S2015-2017: 

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33143-dr-ahmad-yunus-dilantik-ahli-mais-2015-2017

Sumber HD - 8-1-2015































































































































Banjir: Selangor rancang bina 150 rumah di Kelantan

SALMIYAH HARUN | .
KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor merancang untuk membina 150 unit rumah pasang siap untuk mangsa banjir di Kelantan.


Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan negeri, Datuk Iskandar Samad berkata, rumah tersebut berukuran 500 hingga 550 kaki persegi yang akan dibina dalam masa 30 hari.

Katanya, kos untuk seunit rumah pasang siap dalam anggaran RM10,000 dan ianya sebagai rumah asas untuk mangsa banjir.

"Penerima akan buat 'extension' untuk rumah apabila mereka ada kemampuan nanti," katanya dihubungi Harakahdaily.

Beliau yang mempengerusikan mesyuarat Teknikal Bantuan Rumah Projek Kasih Selangorku pada 2 dan 5 Januari lalu berkata projek itu akan diuruskan oleh PKNS dan Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor.

Dalam mesyuarat itu juga, katanya sebanyak empat kontraktor telah membentangkan cadangan mereka untuk projek tersebut.

"Cadangan-cadangan ini akan dibentangkan kepada Mesyuarat Tindakan Ekonomi Selangor pada 8 Jan untuk dipilih oleh kerajaan negeri," katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor.

Sementara itu, Yayasan Darul Hijrah yang giat menjalankan misi bantuan kepada mangsa banjir kini mengambil langkah proaktif dan berperancangan untuk membina penempatan sementara bagi mangsa banjir di Kelantan.

Pengerusinya Datuk Husam Musa berkata, melalui sumbangan awam pihaknya sedang merencanakan penempatan sementara secara bersepadu dan tersusun yang dilengkapi 40 buah khemah, tandas, surau tempat memasak dan klinik sementara.

Tegasnya, mustahil untuk membina rumah kekal sekelip mata dengan jumlah kerosakan sebegitu besar.

"Melalui ini, mangsa banjir sekurangnya dapat berlindung di bawah penempatan yang dilengkapi pelbagai kemudahan sementara rumah disiapkan. Perkongsian keprihatinan anda semua amat diperlukan bagi merawat kesedihan dan kehilangan ini," katanya di laman Facebooknya hari ini.

Bagaimanapun, katanya Yayasan Darul Hijrah sedang di peringkat akhir mendapat persetujuan orang kampung dan meminta pandangan ramai tentang perancangan itu. - HARAKAHDAILY 6/1/2015
































































































































Pelan jangka panjang atasi banjir di Kajang

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Isu banjir kilat yang berulang di Bandar Kajang telah menyebabkan kawasan premis perniagaan dan Pasar Kajang ditenggelami air sedalam satu meter sehingga mengganggu aktiviti harian dan kehidupan sosial penduduk.


Banjir kilat telah berlaku pada sekali pada tahun 2011 iaitu pada 2 Disember 2011 dan tiga kali pada tahun 2014 iaitu pada 29 September, 12 November dan 20 Disember 2014 dalam tempoh 30 minit hingga dua jam.

Pengerusi Jawatanluasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Indsutri Asas Tani negeri, Zaidy Abdul Talib berkata antara faktor yang menyumbang kepada kejadian banjir tersebut adalah disebabkan oleh hujan yang lebat dan berterusan, kapasiti sungai yang tidak mencukupi, sekatan dan rintangan serta sampah sarap dan juga pembangunan tanah di bahagian hulu.

Justeru, katanya pihak Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor (JPS) telah dan akan melaksanakan kerja-kerja di tapak iaitu pembaikan tebing Sungai Jeluh di Taman Sri Jelok dengan kos RM20,000 yang telah siap pada November 2014, penyelenggaraan tebing dan pembaikian flap gates dengan kos RM40,000 dan telah siap pada November 2014, pembinaan Flood Wall sepanjang 54 meter dengan kos RM50,000 dan telah siap pada Disember 2014, dan pembaikan selekoh S dengan kos RM1.5 juta.

Katanya, proses tender dan kerja-kerja akan dilaksanakan pada 2015.

Tambahnya, pihak JPS juga telah merancang bagi melaksanakan kerja untuk pelan jangka pendek iaitu Rancangan Tebatan Banjir Sungai Jeluh (Fasa 3) dengan kos RM3.0 juta, pembinaan sambungan Flood Wall dari Jambatan JPS Pasar ke Jambatan JKR Jalan Bukit sepanjang 50 meter, penyelenggaraan kolam takungan di Taman Saujana Impian dengan 2 nos dan di Taman TTDI Kajang dengan 1 nos, pembinaan Gross Pollutant Trap (GPT), penyelenggaraan sistem saliran bandar, dan pembinaan sistem amaran banjir dengan anggaran kos keseluruhan berjumlah RM5.5 juta.

Menurutnya lagi, bagi pelan jangka panjang, pihak JPS telah menyenaraikan beberapa kerja seperti menaiktarafkan kolam takungan seluas 4.5 ekar di Penjara Kajang, Rancangan Tebatan Banjir Sungai Jeluh (Fasa 4), menaiktaraf jambatan dan utiliti, pembinaan struktur kawalan air, dan menaiktaraf sistem saliran bandar dan GPT.

"Diharapkan setelah selesai semua projek-projek ini, ianya mampu untuk mengelakkan dari berlakunya banjir seperti sebelum ini," ujarnya. - HARAKAHDAILY 5/1/2015


Sumber HD - 5-1-2015




































































Banjir: Selangor kesal Perak enggan terima RM100,000

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor kesal ekoran Kerajaan Perak enggan menerima sumbangan bernilai RM100,000 bagi meringankan beban mangsa banjir di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan negeri, Dr Daroyah Alwi berkata, pendirian Kerajaan Perak itu nyata berbeza dengan Terengganu dan Pahang walaupun ditadbir parti Barisan Nasional (BN), lapor Selangor Kini.

Katanya, pegangan politik sempit sepatutnya diketepikan dalam waktu sukar seperti bencana banjir ketika ini.

“Seperti di Terengganu, kita dimaklumkan wang berkenaan akan diuruskan badan bukan kerajaan (NGO), yang mana itu adalah cara matang dan betul.

“Malangnya, Perak tidak sudi menerima, mungkin jumlahnya kecil tetapi jumlah bukan persoalannya kerana kita mahu tunjukkan kebersamaan rakyat Selangor dengan mangsa banjir,” katanya kepada Selangor Kini, hari ini.

Sehubungan pendirian Perak itu, Daroyah berkata, Kerajaan Selangor tidak dapat meneruskan hasrat menyampaikan sumbangan ke negeri itu.

Bagaimanapun, pasukan Pantas Selangor tetap dihantar bagi membantu sukarelawan terutama di kawasan terjejas teruk seperti di Kuala Kangsar.

“Buat masa ini, kita masih belum ada keputusan bagaimana sumbangan itu boleh disalurkan kepada mangsa banjir Perak. Mungkin kita akan salurkan kepada NGO, tetapi segalanya akan diputuskan pejabat Menteri Besar,” katanya.

Terdahulu, Kerajaan Selangor diketuai Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali turun sendiri ke negeri dilanda banjir bagi menyampaikan sumbangan bernilai RM1 juta (Kelantan) dan masing-masing RM100,000 di Pahang dan Terengganu.

Sumber HD - 1-1-2015

2015: Tahun politik matang, lebih bertanggungjawab





































































































































HARAKAHDAILY | .









































































































































KUALA LUMPUR: Sempena tahun 2015, Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali menyeru semua kepimpinan mengamalkan politik lebih matang dan bertanggungjawab.

Beliau dalam perutusannya berkata, wacana baru itu penting memandangkan tahun 2015 dijangkakan Malaysia akan bergelut dengan cabaran ekonomi yang getir.

Katanya, kesulitan ekonomi sering menimbulkan rasa tidak selamat golongan tertentu, konflik sosial dan ketegangan politik.

“Anasir pelampau, golongan fasis dan opportunis akan mengeksploitasi suasana ini dengan menampilkan diri mereka sebagai juara kumpulan dan kaum," ujarnya dipetik Selangor Kini.

Kata beliau, persoalan dan cabarannya adalah kepada elit kepimpinan sama ada mereka bersedia meninggalkan politik sempit perkauman, politik adu domba untuk mendapat sokongan sementara dan mendiskriminasi rakyat berdasarkan fahaman politik.

Tambahnya, rakyat tidak mahu sikap tuding menuding, sebaliknya mereka mahu pemimpin membina keyakinan untuk menyegarkan kembali semangat toleransi, keluar dari pemikiran sempit melalui pencerahan dan mematangkan demokrasi.

Pada masa sama, beliau menyifatkan tahun 2014 sebagai tahun yang benar-benar menguji negara dengan pelbagai tragedi dan malapetaka yang datang bertubi-tubi.

Bagaimanapun, katanya, rakyat Malaysia berjaya membina tali persaudaraan kemanusiaan yang merentasi kaum, agama dan pendirian politik dalam menghadapi masa hitam bersama.


Sumber HD - 1-1-2015


































































































































Sekolah bawah Jais bermula 12 Jan 2015

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor telah bersetuju untuk menyelaraskan semua sekolah-sekolah di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk memulakan sesi persekolahan tahun 2015 selaras dengan sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan iaitu sesi persekolahan tahun 2015 akan bermula pada 12 Januari (Isnin).

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu & Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi negeri, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata ia merujuk kepada keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) hari ini.

"Keputusan ini mengambil kira semua keadaan dan kesukaran semua pihak yang terlibat dalam bencana banjir yang berlaku di beberapa negeri di Malaysia dan beberapa kawasan di negeri Selangor," ujar beliau dalam satu kenyataan.

Katanya, kerajaan negeri amat bersimpati dan prihatin kepada keluarga yang terlibat dengan bencana banjir.

Bagi pihak Kerajaan Negeri Selangor, beliau mengharapkan agar sekolah-sekolah swasta dan agensi-agensi yang lain di Negeri Selangor dapat menyelaraskan permulaan sesi persekolahan pada 12 Januari 2015 (Isnin).

"Keputusan ini dilaksanakan agar tidak menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat keseluruhannya," katanya. - HARAKAHDAILY 31/12/2014







































































































































Solat hajat di masjid seluruh Selangor Jumaat ini

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor, melalui Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu & Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi melahirkan rasa amat bersimpati serta prihatin dalam isu banjir yang berlaku di negeri Pantai Timur.

Atas dasar itu, Dr. Ahmad menyeru seluruh umat Islam di Selangor mengadakan solat hajat dan kutipan derma bagi membantu mangsa-mangsa banjir.

“Saya bagi pihak Kerajaan Negeri ingin mengajak kepada semua umat Islam di seluruh negara khususnya rakyat negeri Selangor mengadakan solat hajat dan munajat pada hari Jumaat ini (02 Januari 2014) selepas solat Jumaat serta boleh ditunaikan pada bila-bila masa di antara solat di masjid-masjid dan surau-surau seluruh negeri Selangor bagi memohon kepada Allah SWT agar musibah banjir ini dapat dipulihkan serta diberikan perlindungan dan keselamatan kepada mangsa-mangsa banjir.

Seperti yang dinyatakan di media masa iaitu jumlah keseluruhan mangsa banjir di 6 negeri yang terlibat sehingga kini adalah seramai 225,731 orang mangsa. Negeri-negeri yang terlibat adalah Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Johor dan Selangor. Kami mengucapkan takziah serta semoga mereka sabar dan tabah menghadapi ujian ini.

“Atas rasa tanggungjawab dan simpati kami, satu mesyuarat khas bersama pihak JAIS telah diadakan, dan kami telah bersetuju membuat satu kutipan sumbangan untuk mangsa-mangsa banjir bagi kali ke-2 pada Jumaat ini (02 Januari 2015) di masjid-masjid seluruh Negeri Selangor sebagai sokongan moral kami kepada mangsa-mangsa banjir. Kutipan pertama telah dibuat pada hari Jumaat lalu (26 Disember 2014). Hasil kutipan sumbangan tersebut akan segera diserahkan kepada negeri yang terlibat,” ujarnya dalam satu kenyataan media.

Selain itu kerajaan negeri akan bekerjasama dengan Yayasan Amal Malaysia untuk kerja-kerja pembersihan pasca banjir. Kerajaan Negeri Selangor telah mengiktiraf Yayasan Amal Malaysia (YAM) sebagai koordinator untuk menyelaras petugas-petugas sukarelawan ke negeri-negeri yang terlibat.

Dr. Ahmad turut menyeru kepada yang berminat untuk menjadi sukarelawan pasca banjir ini supaya menghubungi Ustaz Yusof bin Abdullah, Setiausaha Yayasan Amal Malaysia cawangan Selangor ditalian 014-729 3560.

Beliau juga mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan takziah kepada mangsa pesawat Air Asia QZ 8501 dan mendoakan agar usaha pencarian kesemua mangsa pesawat tersebut berjaya ditemui dan dipermudahkan oleh Allah SWT serta takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat. – HARAKAHDAILY 31/12/2014


































































































































Banjir: Selangor lulus RM1 juta untuk Kelantan

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor meluluskan RM1 juta untuk Kelantan yang sedang dilanda banjir ketika ini.

Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, jumlah itu diluluskan dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Khas yang diadakan pada pagi ini.
Dalam kenyataan media hari ini beliau menyatakan, selain itu RM100,000 masing-masing diluluskan untuk Kerajaan Negeri Terengganu, Pahang dan Perak.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Khas yang bermesyuarat pada pagi ini telah mengambil maklum situasi banjir di Pantai Timur Semenanjung Malaysia khususnya di Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan juga Negeri Perak.

Sehingga malam semalam, dilaporkan seramai 98,596 orang daripada 25,725 keluarga telah dipindahkan ke 1,078 buah Pusat Pemindahan Banjir; 35,331 orang daripada 9,918 keluarga di Kelantan, 29,604 daripada 7,317 keluarga di Terengganu 28,578 daripada 7,244 keluarga di Pahang dan 5,083 orang daripada 1,246 keluarga di Perak.

Kerajaan dan rakyat Negeri Selangor amat bersimpati dengan mangsa-mangsa banjir dan keluarga masing-masing yang menanggung kesusahan dan mengalami kerosakan harta benda akibat bencana banjir yang disifatkan paling buruk dalam tempoh 43 tahun.

Kami memohon doa ke hadrat Allah SWT agar cuaca bertambah baik dalam masa terdekat dan semua yang terkesan dengan bencana ini berada dalam keadaan selamat. Kami juga memohon semoga rakyat di Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak bersabar dan tabah menghadapi musibah dan agar keselamatan dan kesejahteraan rakyat terus dilindungi dan dipelihara Allah SWT.

Saya telah berbincang dengan YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat Ekonomi Negeri Selangor bagi meneliti langkah-langkah yang perlu diambil dalam membantu negeri-negeri yang terlibat.

Saya juga telah menghubungi YB Datuk Paduka Husam Musa bagi menyampaikan hasrat Kerajaan Negeri Selangor untuk bersama-sama Kerajaan Negeri Kelantan dalam situasi yang getir pada masa ini.

Sebagai tanda simpati Kerajaan Negeri Selangor, MMKN telah meluluskan sejumlah RM1 juta untuk Kerajaan Negeri Kelantan; RM100,000 masing-masing untuk Kerajaan Negeri Terengganu, Kerajaan Negeri Pahang dan Kerajaan Negeri Perak.

Kerajaan Negeri Selangor juga menyediakan peruntukan RM200,000 bagi Misi Bantuan Kemanusiaan yang akan diselaraskan oleh YB Dr. Daroyah Alwi, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga melalui Pertubuhan Misi Bantuan Kemanusian Selangor (PANTAS) yang akan turun bagi memberi khidmat bantuan dan khidmat kemanusiaan.

Untuk program pasca bencana banjir, Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju untuk memberikan khidmat kerja-kerja pembersihan kawasan banjir dengan penglibatan semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor.

Seluruh jentera PBT Negeri Selangor akan diturunkan untuk kerja-kerja pembersihan sebaik sahaja air semakin surut bagi tujuan pembersihan sampah sarap dan sisa pepejal akibat banjir bagi menjamin kebersihan dan keselamatan rakyat.

Kerajaan Negeri Selangor juga akan mendapatkan sokongan kewangan daripada anak-anak syarikat, syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) Negeri dan syarikat-syarikat swasta di Negeri Selangor untuk membantu menyediakan peralatan persekolahan termasuk pemberian beg sekolah dan pakaian seragam untuk pelajar-pelajar Sekolah Rendah dan Menengah.

Delegasi Kerajaan Negeri Selangor akan turun ke Negeri Kelantan pada hari ini juga untuk menyampaikan bantuan di samping mengunjungi Pusat Pemindahan Mangsa Banjir di Kuala Krai dan beberapa daerah lain.

MMKN juga telah mengambil keputusan untuk membatalkan semua acara hiburan dan program Temasya Selangor 15 menjelang Tahun Baru 2015 sebagai tanda kasih dan simpati kepada semua rakyat yang mengalami bencana banjir dan menjimatkan perbelanjaan Kerajaan Negeri Selangor.

Kerajaan Negeri Selangor telah mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam untuk membatalkan program Jom Heboh anjuran TV3 yang dijadualkan pada 27 dan 28 Disember 2014 di I-City, Shah Alam atas prinsip yang sama.

Kerajaan Negeri Selangor menggesa agar Kerajaan Persekutuan meluluskan geran bantuan bencana alam secepat mungkin bagi membantu kerajaan-kerajaan negeri mengatasi bencana banjir serta meringankan beban yang dialami rakyat dalam tempoh yang getir ini.

Kerajaan Negeri Selangor juga telah berbincang dengan JAIS supaya semua masjid di Negeri Selangor mengadakan solat hajat sejurus solat Jumaat bagi memohon pertolongan Allah SWT agar kesejahteraan dan keselamatan rakyat di Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak terus dilindungi dan dipelihara. - HARAKAHDAILY 26/12/2014


































































































































Selangor sumbang 42.7% keluaran pertanian negara


HARAKAHDAILY | .




KUALA LUMPUR: Selangor berjaya menjadi negeri penyumbang tertinggi bagi hasil pertanian negara apabila mengeluarkan 42.7 peratus atau RM32 juta daripada jumlah keseluruhan keluaran pertanian negara.

Negeri itu turut menerajui pengeluaran padi negara apabila merekodkan hasil purata pengeluaran padi 6.4 juta tan setahun dengan keluasan kawasan penanaman padi seluas 19,857.47 hektar berbanding pengeluaran hasil padi negara 4.4 tan setahun.

Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata kejayaan itu dicapai hasil usaha gigih petani disamping penggunaan teknologi moden dengan bimbingan jabatan berkaitan, lapor Selangor Kini.

Katanya, biarpun Selangor mempunyai bidang tanah terhad dalam sektor pertanian tetapi membuktikan hasil dan pencapaian tinggi masih boleh diperolehi dengan memaksimumkan setiap ruang yang ada dengan penggunaan segala teknologi dan inovasi terkini.

“Kita perlu mencontohi Belanda, sebuah negara yang lebih kecil dari Pahang tetapi mampu menjadi negara kedua terbesar di dunia dalam sektor pertanian," katanya ketika merasmikan Pesta Agrofest Selangor 2014 di Stadium Sungai Besar, semalam. Hadir sama Exco Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Datuk Mohamad Roslan Sakiman.

Justeru, ujarnya tidak mustahil Selangor akan menjadi peneraju sektor ini di rantau Asia sekiranya usaha ke arah itu digembleng bersungguh-sungguh dari semua pihak yang terlibat.

Beliau berkata, bagi 2015 kerajaan negeri memperuntukkan RM14.47 juta untuk pembangunan sektor pertanian manakala RM15.3 juta khusus bagi pembangunan nelayan dan petani.

“Kerajaan negeri mengambil berat pembangunan sektor pertanian negeri dan kita berharap dengan dokongan seperti itu KDNK pertanian negeri yang setakat ini berada sekitar 2 peratus dapat ditingkatkan kepada 2.5 peratus dalam tempoh lima tahun akan datang,” katanya.

Sumber HD - 21-12-2014












































































































































Kongsi pengalaman dengan kerajaan negeri

HARAKAHDAILY | .




KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali menyarankan penjawat awam muda supaya menimba ilmu bersama penjawat awam yang lebih berpengalaman supaya dapat berkhidmat lebih cemerlang.

Menurutnya, pengalaman yang mereka perolehi hasil perkhidmatan lebih daripada 30 tahun di samping berkhidmat di beberapa negeri lain dapat dimanfaatkan untuk terus membangunkan Selangor.

Beliau juga mengharapkan penjawat awam yang bersara supaya dapat memberikan sumbangan pengalaman dan terus menjalinkan hubungan baik bersama kerajaan negeri, lapor Selangor Kini.

Katanya, dengan pengalaman selama berkhidmat dengan kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat merupakan nilai dan aset yang penting untuk dikongsikan dengan kerajaan negeri.

“Saya percaya pegawai muda ini harus belajar dan menimba ilmu dengan pegawai-pegawai yang telah bersara.

“Dengan pengalaman inilah akan membantu kerajaan negeri membangunkan negeri ini,” katanya pada satu majlis di Subang Jaya malam tadi.

Katanya lagi, penjawat awam perlu bersedia menghadapi cabaran ekonomi 2015 untuk memastikan Selangor kekal menjadi penyumbang terbesar Keuntungan Dalam Negara Kasar (KDNK) negara yang setakat ini berjumlah 23.7 peratus.

“Antara langkah perlu diambil dengan perubahan persekitaran yang begitu pantas ialah pimpinan dan penjawat awam perlu bekerja dengan lebih kuat, berinovasi bagi menghadapi cabaran ini,”
ujarnya.


Sumber HD - 20-12-2014














































































































































Perkukuh aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah - Exco

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri melalui Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan sentiasa membanteras usaha penyelewengan ajaran Islam dan bertanggungjawab memelihara agama dan umat Islam dari terus terpesong akidahnya.

Sehubungan itu, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi negeri, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi, Jais secara konsisten akan mengadakan taklimat khas dan dialog dari semasa ke semasa bersama semua pengamal tarekat berhubung garis panduan tarekat.

Katanya, ia diwujudkan Jabatan Mufti Selangor sebagai panduan umum dalam mengekang perkembangan fahaman atau ajaran yang boleh menyeleweng dari Islam sebenar, lapor Selangor Kini.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap dalam majlis perasmian penutup Simposium Tarekat Tasawuf Negeri Selangor 2014 di Kolej Universiti Islam Antarabangsa (Kuis), semalam.

Tambah beliau, kepentingan penganjuran simposium itu bagi memastikan pengamal tarekat tidak menyalahgunakan nama atau silsilah tarekat yang diiktiraf atau membina jaringan silsilah sendiri tanpa asas sehingga mengakibatkan penyelewengan dan unsur bidaah sesat serta khurafat.

“Oleh kerana itu, penting bagi kita umat Islam mengukuhkan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi pegangan dan hanya dengan iman serta taqwa kepada Allah sahaja mampu menjadi benteng dari sebarang bentuk penyelewengan akidah, syariah serta akhlak,” katanya.

Sumber HD - 19-12-2014











































































































































Permintaan tinggi untuk sekolah integrasi tahfiz

HARAKAHDAILY | .




KUALA LUMPUR: Sistem pendidikan bersepadu yang bercitrakan agama Islam semakin berkembang dan mendapat permintaan tinggi dalam kalangan ibu bapa di Selangor.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi negeri, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata ia adalah satu perkembangan baik bagi dunia pendidikan, lapor Selangor Kini.

Justeru, katanya, kerajaan negeri mengalu-alukan usaha pembangunan sekolah tahfiz serta akan membantu dalam perkara yang perlu.

“Sekolah menengah agama atau sekolah berasaskan integrasi tahfiz sekarang ini secara umumnya mempunyai permintaan yang cukup tinggi.

“Di samping keupayaan kerajaan negeri untuk menubuhkan sekolah menengah agama tahfiz dan akademik integrasi ini, kita sama-sama berharap pihak NGO atau selain daripada kerajaan untuk menubuhkan pusat pendidikan seperti ini,” katanya selepas sesi taklimat dan lawatan di Kolej Integrasi Tahfiz Tunas Ilmuwan Selangor (KITTIS) di Sabak Bernam, semalam.

Beliau berkata, dalam tempoh singkat KITTIS tersenarai antara Sekolah Menengah Agama (SMA) terbaik di negeri itu.

“Dalam masa tiga tahun sahaja, KITTIS telah terbukti berjaya mendapat pengiktirafan cukup membanggakan dengan jumlah pelajar walaupun kecil hanya 129 orang tetapi ia menunjukkan satu kekuatan.

“Sistem pendidikan Islam diketengahkan ini adalah dikira baik, mungkin cuma ia tidak pernah diuar-uarkan,” katanya..

Sumber HD - 18-12-2014

















































































































































Perjanjian air: Tiada layanan istimewa kepada Splash

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali menegaskan tiada layanan istimewa kepada Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (Splash) dalam isu perjanjian penstrukturan semula industri air negeri itu.

Kenyataan itu sekaligus menafikan dakwaan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa kerajaan negeri membuka ruang kepada Splash untuk tidak memuktamadkan perjanjian air pada September lalu, lapor Selangor Kini.

“Itu tidak betul, kita telah muktamadkan perjanjian dengan Puncak Niaga (M) Sdn Bhd dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) bulan lepas.

“Manakala Splash, berdasarkan perjanjian asal diberi tempoh setahun (sehingga 12 September 2015) untuk memuktamadkan perjanjian itu dengan kerajaan negeri dan itu ditandatangani sendiri oleh Tan Sri Abdul Khalid,” katanya ketika ditemui pemberita, di Shah Alam hari ini.

Sebelum ini, Khalid menerusi laporan berita portal The Malay Mail mendakwa kerajaan negeri memberi layanan istimewa kepada Splash kerana syarikat itu masih lagi tidak memuktamadkan perjanjian air pada September lalu.

Sumber HD - 16-12-2014















































































































































Nama Ketua Pembangkang Selangor sebelum Mac 2015

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) Selangor dituntut bersikap matang dalam isu kekosongan peranan Ketua Pembangkang di Dewan Negeri Selangor (DNS).

Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, peranan Ketua Pembangkang itu penting bagi memastikan konsep periksa dan imbang dilaksanakan dalam proses demokrasi, lapor Selangor Kini.

Katanya, jika BN masih berdegil ia bukan sahaja menonjolkan sikap tidak menghormati proses demokrasi, malah BN Selangor gagal memberikan perkhidmatan baik kepada rakyat.

“Semua itu terpulang kepada BN Selangor tetapi mereka perlu membuat keputusan terbaik untuk negeri dan jangan jadikan perkara ini sebagai isu yang wajar dipolitikkan ia melibatkan kepentingan rakyat," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Sumbangan Kembali Ke Sekolah anjuran Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) di Dewan Megawati, Shah Alam, semalam.

Katanya, mereka perlu memutuskan ketua pembangkang sebelum sidang akan datang yang dijangka Mac 2015.

Tambah beliau, selain peranan Ketua Pembangkang dan kerajaan negeri juga memerlukan beberapa Adun BN untuk mengambil peranan dalam jawatankuasa pilihan.

Pada 8 Disember lepas, Adun Sungai Burong, Datuk Mohd Shamsudin Lias meletakkan jawatannya sebagai Ketua Pembangkang DNS dan memulangkan kereta rasmi selepas beliau menolak pelantikan jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) Negeri.

Sehingga kini, nama Ketua Pembangkang DNS yang baru masih belum dinamakan.

Pada 11 Disember lalu, Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar dalam reaksinya berkata pihaknya akan mengkaji terlebih keperluan jawatan ketua pembangkang sebagai Pengerusi PAC menerusi lantikan secara automatik menerusi Peraturan Tetap 68 (1) itu.

Sumber HD - 15-12-2014















































































































































Iskandar, Yunus banyak jasa kepada rakyat - Azmin

HARAKAHDAILY | .



KUALA LUMPUR: Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali mengucapkan tahniah kepada dua Exco Selangor yang dikurniakan Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S.), hari ini.
Mereka ialah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Iskandar Abdul Samad dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Ehwal Agama Islam, Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dr Ahmad Yunus Hairi.

Mereka mendahului senarai 11 penerima Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S.) (Kelas Kedua) yang membawa gelaran ‘Datuk’ bagi lelaki dan ‘Datin Paduka’ bagi wanita sempena Hari Keputeraan ke-69 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, hari ini.

Mohamed Azmin percaya pemilihan tersebut dibuat atas jasa dan khidmat yang diberikan kepada negeri dan rakyat negeri itu, lapor Selangor Kini.

“Mereka sewajarnya diberi penghormatan dan penghargaan kerana kedua-dua tokoh ini telah banyak menyumbang khidmat kepada rakyat Selangor, tahniah kepada mereka,” ucapnya ringkas ketika ditemui pemberita di Istana Alam Shah, Klang hari ini.

Mengenai beliau, Azmin berkata tempoh perkhidmatan yang baru genap 80 hari sebagai terlalu awal dikurniakan pangkat darjah kebesaran.

Katanya, perkara itu tidak menjadi masalah bagi dirinya untuk terus menggalas tanggungjawab sebagai Menteri Besar.

“Saya baru dua bulan,” jelasnya ketika ditanya pemberita berkenaan isu penganugerahan Darjah Kebesaran daripada Sultan Selangor yang membawa gelaran Datuk Seri.

Katanya, fokus beliau sekarang adalah menumpukan seluruh masa bekerja dan memberi khidmat terbaik untuk rakyat.

“Dalam tempoh dua bulan ini, saya lihat ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian,” katanya.
Mohamed Azmin yang juga Adun Bukit Antarabangsa mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor ke-15 pada 23 September lalu.

Iskandar, Ahmad Yunus terima gelaran 'Datuk'

BERNAMA | .


SHAH ALAM: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah mendahului senarai 102 penerima darjah dan bintang kebesaran Selangor sempena Hari Keputeraan ke-69 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, pada Khamis.

Sultan Nazrin dikurnia Darjah Kerabat Selangor Yang Amat Dihormati (D.K.) manakala Tengku Panglima Besar Selangor, Tengku Abdul Samad Shah pula menerima Darjah Kerabat Selangor Yang Amat Dihormati (D.K.II).

Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor menerima Darjah Kelas Pertama - Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) membawa gelaran 'Datuk Seri'.

Turut menerima S.P.M.S. ialah Ketua Pegawai Eksekutif Petronas yang juga Pro-Canselor Universiti Teknologi Petronas (UTP) Tan Sri Shamsul Azhar Abbas.

Istiadat pengurniaan darjah dan bintang kebesaran itu berlangsung di Istana Alam Shah, Klang.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji Tan Sri Ismee Ismail merupakan penerima tunggal Darjah Kebesaran Datuk Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.S.I.S.)(Kelas Pertama) tahun ini yang membawa gelaran 'Datuk Setia'.




Dua anggota Exco kerajaan negeri Selangor mendahului senarai 11 penerima Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S.)(Kelas Kedua) yang membawa gelaran 'Datuk' bagi lelaki dan 'Datin Paduka' bagi wanita iaitu Iskandar Abdul Samad, yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor dan Dr Ahmad Yunus Hairi.
Penerima lain D.P.M.S. ialah Duta Malaysia Ke London Datuk Ahmad Rasidi Hazizi; Setiausaha Bahagian Pembangunan, Kementerian Luar Datuk Rustam Yahaya; Panglima Latihan dan Doktrin Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Suhaimi Mohd Zuki, Panglima Armada merangkap Panglima Bantuan Markas Pemerintahan Armada Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Madya Datuk Mohamad Roslan Mohd Ramli; Asisten Ketua Staf Sumber Manusia Markas Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Shahrani Mohd Sany.

Pengarah Urusan NRY Architects Sdn Bhd Datuk Mohamed Nazim Tun Abdul Razak; Profesor Pejabat Timbalan Naib Canselor, Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Dr Mohd Azmi Mohd Lila, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Ahmad Zaharin Mohd Saad dan Timbalan Pengurus Besar (Teknikal) Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Ir Abdul Ghani Hashim.

Seramai 13 orang menerima Darjah Kebesaran Datuk-Sultan Sharafuddin Idris Shah (D.S.I.S.)(Kelas Kedua) yang membawa gelaran 'Datuk' bagi lelaki dan 'Datin Paduka' bagi wanita.

Mereka ialah Tengku Seri Andika Diraja Tengku Iskandar Shah Tengku Ismail Shah; Ketua Pengarah Jabatan Arah Rekod dan Pencen Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Brig Jen Nazri Abu Bakar; Panglima Markas 5 Briged Kem Lok Kawi, Sabah Brig Jen Jalaluddin Manan, Pengarah Jabatan Penjara Sungai Buloh Timbalan Komisioner Penjara Narander Singh a/l Chand Singh; Pengarah Bahagian Kejuruteraan Automotif Jabatan Pengangkutan Jalan Ir Mohamad Dalib; Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Brunsfield International Group Tan Sri Dr Ir Gan Thian Leong.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif KWASA Land Sdn Bhd Mohamad Lotfy Mohamad Noh; Pengerusi Kumpulan Perangsang Selangor Berhad Raja Idris Raja Kamarudin; kartunis Datuk Mohammad Nor Khalid atau Lat; Perunding Pakar Kanak-kanak Ramsay Pusat Perubatan Sime Darby Dr Lee Eng Lam, Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Dr Dahlia Rosly; Pengarah Audit Jabatan Audit Negara Ong Swee Leng dan Ketua Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar Selangor, Mohamad Yasid Bidin.

Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Selangor (S.M.S.), seramai 14 orang menerima darjah tersebut iaitu Naib Presiden Yayasan Malaysia-Amerika yang juga kerabat Diraja Selangor Syed Haizam Hishamuddin Putra Jamalullail; Pengarah Apex Group of Companies Tengku Datuk Yusof Tengku Zainal Karib Shah; Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam Slamat Yahya dan Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Muhammad Farhan Wijaya.

Dekan Fakulti Pertanian UPM Prof Dr Abdul Shukor Juraimi; Felo Penyelidikan UPM Prof Dr Yoshihito Shirai; Pengarah Bahagian Forensik, Jabatan Kimia Malaysia Dr Kamarruddin Asri; Pengarah Eksekutif Bahagian EKO Pelaburan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) Jaswant Singh a/l Jai Singh; Timbalan Pengarah Unit Pembiayaan Kesihatan Kebangsaan Kementerian Kesihatan Dr Rozita Halina Tun Hussein.

Timbalan Setiausaha Bahagian Pembangunan Kementerian Pengangkutan Malaysia Mano a/l Verabathan; Pengarah Jabatan Alam Sekitar Selangor Siti Zaleha Ibrahim; Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor Mohamed Izam Mohamed Yusof; Pengurus Kanan Pembangunan Bisnes PKNS Norzila Sidek; dan pelukis '22 keping Karya Siri Menghadap Sultan Koleksi Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor' Haron Mokhtar.

Sementara itu, seramai 14 orang menerima Darjah Kebesaran Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.I.S) dan 20 penerima Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Selangor (A.M.S.) termasuk tiga atlet yang memenangi pingat emas Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan iaitu Syakilla Salni Jefry Krisnan@Krisnamurthy (karate); Ahmad Syukri Abdul Aziz (perahu layar); dan Mohamad Faizal Norizan (perahu layar).

Selain itu, 18 orang menerima Darjah Kebesaran Ahli-Sultan Sharafuddin Idris Shah (A.I.S) dan tujuh orang menerima Bintang Perkhidmatan Cemerlang (B.P.C). - Bernama

Sumber HD - 11-12-201











































































































































Kerajaan Selangor bantu miliki rumah mampu milik

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor memahami bahawa ramai rakyat yang sukar memiliki rumah ketika ini. Oleh itu, Kerajaan Negeri menubuhkan Jawatankuasa Induk Rumah Mampu Milik Selangorku bagi membantu pemaju mendapat kelulusan Kebenaran Merancang (KM) pada kadar segera.

“KM ini penting kerana banyak membantu usaha Kerajaan Negeri menyediakan rumah mampu milik (RMM),” ujar Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Iskandar Abdul Samad seperti yang dipetik daripada Selangokini.

Penubuhan jawatan kuasa ini seperti diumumkan di sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) baru-baru ini dengan pemaju perlu mendapatkan KM segera bagi membangunkan projek itu.

Menurut Iskandar lagi dalam jawatankuasa induk, semua projek masuk dalam Pusat Semakan Setempat (OSC) pergi ke jawatankuasa induk terlebih dahulu.

“Kita panggil Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan agensi berkaitan supaya apabila ia masuk ke OSC, ia dapat diluluskan segera,” katanya lagi.

Iskandar memaklumkan jawatankuasa diwujudkan semalam itu dipengerusikan beliau dengan dianggotai Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), Jabatan Perancangan Bandar Negeri Selangor, Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor.

Kerajaan negeri menyasarkan 15,000 kebenaran merancang dilulus atau mula dibina pada tahun ini dan 35,000 pada tahun 2018.

Melaluinya, diharapkan ramai rakyat akan memiliki rumah sendiri pada harga yang berpatutan.

Apatah lagi dalam suasana kos kehidupan yang semakin meningkat akibat ketidakcekapan kerajaan pusat menguruskan ekonomi negara. – HARAKAHDAILY 10/12/2014

27 terpilih terima darjah kebesaran S'gor

BERNAMA | .
KUALA LUMPUR: Sejumlah 27 penerima daripada 680 pencalonan sahaja terpilih untuk menerima darjah dan bintang kebesaran sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-69 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Khamis ini.

Setiausaha Kerajaan Selangor Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata daripada 27 penerima itu, dua individu menerima darjah dan bintang kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S) yang membawa gelaran 'Datuk Seri' dan seorang menerima Datuk Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.S.I.S) yang membawa gelaran 'Datuk Setia'.

Selain itu, 24 orang menerima Datuk Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S) dan Datuk-Sultan Sharafuddin Idris Shah (D.S.I.S), kedua-duanya membawa gelaran 'Datuk' bagi lelaki dan 'Datin Paduka' bagi perempuan, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohammed Khusrin berkata semua penerima telah melepasi tiga tapisan keselamatan iaitu Polis Diraja Malaysia (Keselamatan dan Jenayah), Jabatan Insolvensi dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Beliau berkata pada tahun ini, kerajaan negeri menerima sebanyak 1,663 permohonan dan daripada jumlah itu, 680 borang adalah pencalonan bagi darjah dan bintang kebesaran manakala 983 borang adalah bagi pencalonan pingat-pingat negeri Selangor. - BERNAMA

Sumber HD - 9-12-2014

Ketua Pembangkang: Shamsudin bayang BN S'gor dalam dilema

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Tindakan Adun BN Datuk Mohd Shamsudin Lias yang meletakkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang Dewan Negeri Selangor (DNS) semalam, sekali lagi meletakkan BN itu dalam dilema.


Shamsudin ketika bercakap kepada pemberita membayangkan sukar bagi BN negeri itu untuk melantik Ketua Pembangkang yang baharu kerana mereka akan berhadapan dengan situasi yang sama.

Adun Sungai Burong itu merujuk kepada Peraturan Tetap 68(1) (Pindaan) Dun Selangor yang mewajibkan Ketua Pembangkang Dun mengetuai Jawatankuasa Kira-kira Wang kerajaan (PAC) negeri, yang dijadikan sebab perletakan jawatan beliau.

"Ia (calon pengganti) belum dibincangkan lagi kerana perkara seperti ini tidak pernah berlaku.

"Selepas ini kalau siapa pun gantikan tempat saya, kita akan berdepan masalah sama.

"Atas dasar ini kita akn bincangkan terlebih dahulu perkara ini sebelum sidang Dun bermula Mac tahun hadapan," katanya dipetik sebuah akhbar bahasa Melayu hari ini.

Sementara itu, Speaker DNS, Hannah Yeoh semalam menggesa BN negeri segera menamakan Ketua Pembangkang baru bagi menggantikan Shamsudin bagi memastikan pentadbiran dewan berjalan lancar.

“BN perlu menamakan salah seorang Adun BN sebagai Ketua Pembangkang supaya mereka dapat melaksanakan tugas dan memainkan peranan dalam pentadbiran DNS secara efektif dan berkesan demi rakyat.

“Saya percaya, dalam kalangan 12 Adun BN, mesti ada seorang yang layak dan sudi untuk jadi Ketua Pembangkang,” katanya.

Hannah bagaimanapun menambah, sidang Dun pada Mac 2015 akan datang masih boleh diteruskan sekalipun tanpa Ketua Pembangkang.

Namun menurutnya, situasi itu akan membantutkan kelancaran dewan.

“Jika itu berlaku, BN Selangor perlu menjawab kepada rakyat kerana mereka dibayar untuk menjalankan kerja kita dalam DNS,” kata Adun Subang Jaya itu. - HARAKAHDAILY 9/12/2014




















































































































































Ketua Pembangkang Dun Selangor letak jawatan

HARAKAHDAILY | .


SHAH ALAM: Adun Sungai Burong, Datuk Mohd Shamsudin Lias meletak jawatan Ketua Pembangkang Dewan Negeri Selangor (DNS) berkuat kuasa hari ini.

Shamsudin berkata keputusan itu dibuat selepas beliau menolak perlantikan jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) Selangor.

Katanya, beliau juga memulangkan semula kereta Toyota Camry yang diberikan oleh kerajaan negeri kepadanya.

“Keputusan ini adalah keputusan peribadi saya yang menolak jawatan sebagai Pengerusi PAC Selangor yang menetapkan Ketua Pembangkang sebagai pengerusi.

“Saya sudah maklumkan keputusan ini kepada kepimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) Selangor dan surat perletakan jawatan sebagai Ketua Pembangkang kepada wakil pejabat Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pagi ini,” katanya dalam sidang media di Lobi DUN Selangor, di sini. - Selangorkini

Sumber HD - 8-12-2014




















































































































































Syabas guna sistem smartball kurangkan kerugian

BERNAMA | .


KUALA LUMPUR: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) menjangka dapat mengurangkan kadar air tanpa hasil (NRW) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, sebanyak 66 juta liter sehari (JLH) menjelang September 2016.

Pengarah Eksekutif Projek dan NRW Syabas Yusof Badawi berkata ini dapat dicapai melalui penggunaan teknologi baharu, 'Smartball' yang akan dimasukkan ke dalam saluran paip bagi memeriksa sebarang kebocoran.

Beliau berkata dalam tempoh dua tahun (Sept 2014-Sept 2016) sebanyak 2,400 kilometer (km) saluran paip akan dapat diperiksa sekali gus mengurangkan kadar NRW yang kini mencecah 1,549 JLH sehari untuk tempoh Januari hingga Oktober lepas.

"Kadar NRW kini ialah sebanyak 33.80 peratus dan penggunaan sistem ini dijangka dapat mengurangkan NRW kepada 30.75 peratus.

"66 JLH itu bersamaan 1.5 kali ganda kapasiti loji rawatan air Wangsa Maju," katanya dalam sidang media di ibu pejabat Syabas, di sini hari ini.

Menurut Yusof Syabas telah menguji sistem tersebut sejak Februari 2013 dan terbukti efisien untuk mengesan kebocoran pada saluran paip.

Sehingga Nov lepas, 500km saluran paip diperiksa menggunakan sistem ini dan 250 kebocoran dikesan sekali gus menjimatkan 13.9 JLH air terawat, katanya.

Yusof berkata melalui kaedah tersebut, bola bersaiz 300 milimeter berisi bateri, komponen elektronik dan instrumen akan bergerak mengikut aliran air dan menyalurkan maklumat terperinci mengenai kedudukan setiap kebocoran pada saluran paip.

"Setiap kali melalui saluran yang bocor, sistem ini akan mengeluarkan bunyi dan ia dapat mengesan kebocoran sekecil 0.1 liter seminit," jelasnya.

Tambahnya, sistem itu sesuai digunakan di sepanjang 6,000 km saluran paip air besar di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. - BERNAMA

Sumber HD - 5-12-2014




















































































































































Waspada penyebaran ajaran sesat – Sultan Selangor

BERNAMA | .

KUALA SELANGOR: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan seluruh lapisan umat Islam di negeri itu, supaya sentiasa peka dan tidak memandang ringan kegiatan ajaran sesat kerana dikhuatiri akan memecah belahkan keharmonian sejagat.

Baginda bertitah jika semua pihak tidak bekerjasama memberikan maklumat mengenai penyebaran ajaran sesat, pengaruhnya yang bergerak secara kecil-kecilan pada mulanya dibimbangi mampu berkembang hingga sukar dibendung.

"Perkembangan ajaran sesat boleh mengelirukan serta memesongkan akidah umat Islam di negeri ini. Akibatnya, umat Islam akan berpecah belah, hidup dalam suasana persengketaan dan tidak dihormati oleh masyarakat lain," titah baginda hari ini.

Sultan Sharafuddin bertitah demikian sebelum merasmikan Masjid Ar-Ridhuan, Simpang Empat, Jeram di sini.

Baginda turut menegaskan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pula perlu memastikan penceramah dan tenaga pengajar berkenaan agama Islam mempunyai tauliah yang diiktiraf, selain mematuhi peraturan dan garis panduan yang ditetapkan.

Titah baginda, Jais juga perlu mengawasi semua aktiviti yang dijalankan di masjid dan surau supaya penyebaran ajaran sesat dapat dipantau dan diambil tindakan serta merta, sebelum gejala itu semakin berleluasa.

"Beta ingin mengingatkan sekali lagi kepada pegawai dan anggota jawatankuasa masjid serta umat Islam di daerah ini, supaya sentiasa berwaspada terhadap mereka yang cuba mempengaruhi umat Islam untuk mengembangkan fahaman atau ajaran Islam yang sesat seperti difatwakan Jabatan Mufti dan Jais.

Laporan atau aduan bolehlah dikemukakan kepada pegawai dan anggota jawatankuasa masjid untuk dikemukakan kepada Jais atau berurusan terus dengan Jais," titah baginda.

Sultan Selangor turut menyeru umat Islam di negeri itu supaya menggunakan masjid dan surau sebagai tempat kondusif untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara masyarakat. - BERNAMA

Sumber HD - 5-12-2014




















































































































































Selangor semak semula beri air percuma 40m padu

SELANGOR KINI | .

SHAH ALAM: Kerajaan negeri akan mempertimbangkan untuk meningkatkan pemberian air percuma kepada 40m padu selepas penstrukturan industri air Selangor dimuktamadkan, pada September 2015.
Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, perkara itu akan disemak semula sebelum kerajaan negeri membuat sebarang keputusan.

“Sukacita saya memaklumkan terdapat cadangan supaya pemberian air percuma ditingkatkan kepada 40m padu daripada 20m padu.
“Kita akan melihat perkara ini selepas penasrukturan industri air dimuktamadkan.

“Perkara ini turut akan disemak dan kita perlu melihat memandangkan Cukai Barangan Perkhidmatan (GST) akan dilaksanakan April tahun hadapan,” katanya di Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini hari ini.

Beliau berkata, Kerajaan Selangor akan terus mengutamakan kepentingan rakyat memandangkan pemberian air percuma 20m padu sedia ada banyak membantu golongan yang kurang berkemampuan.

Sumber HD - 2-12-2014




















































































































































51 projek terbengkalai berjaya diselesai - Exco

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor berjaya menyelesaikan 51 buah projek perumahan terbengkalai sejak Mac 2008 sehingga 30 November lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar negeri, Iskandar Abdul Samad berkata, 51 projek itu melibatkan 26,286 unit rumah daripada 28 projek berlesen dan 23 projek tidak berlesen, lapor Selangor Kini.

Menjawab soalan yang dikemukakan Lee Kee Hiong (DAP-Kuala Kubu Baharu), Iskandar menjelaskan, tujuh kali mesyuarat Jawatankuasa Pemulihan Projek Terbengkalai (JPPT) diadakan pada tahun ini dengan 22 projek terbengkalai berada di bawah kajian pemulihan direkodkan.

Katanya, 22 projek yang direkodkan melibatkan kawasan Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat dan Pusat Bandar Kundang.

Menjawab soalan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR-Kajang), beliau berkata Kegagalan pihak pemaju untuk mengemukakan pelan bangunan menyebabkan Majlis Perbandaran kajang (MPKj) tidak dapat mengeluarkan Sijil Layak Menduduki (CF) kepada penduduk di Taman Shahjaya, Kajang.

Katanya, Taman Shahjaya mendapat Kebenaran Merancang (KM) pada awal 1980-an, namun pemaju tiada inisiatif mengemukakan pelan bangunan sehingga kini.

“Penduduk sudah lama menduduki rumah teres setingkat itu sejak akhir 1980-an membabitkan 91 unit rumah dan cukai pintu yang mula dikutip sejak tahun 2002.

“Saya mencadangkan supaya kes begini dibawa ke dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri atau SPC akan datang bagi menyelesaikan isu yang masih tertunggak di seluruh Selangor,” katanya.

Pada masa sama, Iskandar (PAS-Chempaka) memaklumkan tiada kajian dibuat Unit Kejuruteraan MPKj untuk menentukan kadar jangka hayat bangunan lama sehingga kini.

Sehubungan itu, katanya, satu kajian terperinci berhubung perkara itu akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

“Satu kajian akan ditetapkan di bawah Unit Bangunan PBT masing-masing untuk membuat kajian berkaitan dengan bangunan lama di setiap PBT seluruh Selangor,” katanya.

Sumber HD - 2-12-2014




















































































































































Tiada keperluan lantik Timbalan Speaker II - Sallehen

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Ustaz Sallehen Mukhyi menyifatkan tiada keperluan bagi kerajaan negeri untuk melantik Timbalan Speaker II dari DAP bagi Dewan Negeri Selangor (DNS), lapor Selangor Kini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabak itu berkata, jawatan Timbalan Speaker yang disandang Mohd Shafie Ngah (PAS-Bangi) sudah cukup memadai dan efektif untuk membantu Speaker ketika sidang dewan.

“Cukuplah yang ada, keperluan Timbalan Speaker hanya waktu bersidang sahaja. Yang ada pun sudah cukup efektif, tak perlu seorang lagi,” katanya pada persidangan DNS, hari ini.

Beliau berpendapat, peruntukan untuk membayar gaji Timbalan Speaker II itu lebih baik dimanfaatkan kepada rakyat, bahkan tiada perbincangan dibuat bersama DAP berhubung pelantikan baru jawatan berkenaan.

“Kita bukan nak sangat jawatan, perlu nisbah 4:4:4 sebab itu jawatan Timbalan Speaker diberikan kepada PAS. Cukup dengan keputusan yang dibuat Datuk Menteri Besar, kita nak berkhidmat kepada rakyat, bukan polemik terhadap jawatan.

“Jika layan, rakyat akan ingat kita gila jawatan,” katanya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri.

Sementara itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, adalah lebih baik kerajaan negeri mengekalkan hanya satu jawatan Timbalan Speaker sahaja buat masa ini.

Katanya, tidak dinafikan bahawa terdapat beberapa negeri yang mempunyai dua Timbalan Speaker, namun beliau berpendapat sistem yang diamalkan di Selangor sudah cukup baik.

“Isu berkenaan tidak perlu timbul berikutan kerajaan negeri tidak pernah berbincang mengenai perkara itu. Jika ada keperluan itu, saya rasa kita tidak perlu tukar sistem sedia ada,” katanya yang juga Exco kerajaan negeri.

Sumber HD - 2-12-2014




















































































































































Selangor’s Move – Beginning of era of Egalitarian Democracy?

Harakahdaily | .


The Selangor Pakatan government’s decision to provide development funds for Opposition members of the State Legislature is obviously a ground-breaking move that is not only interesting but provides observers and analysts material to discuss democracy and democratic practice in this country of ours.

No doubt such a thing has not happened in the past in Selangor and it is also not the practice of the Umno-BN regime which continuously discriminates the Opposition both at the Federal and State levels, where not only are funds denied for members of the Legislature but worse still what is stipulated in the Constitution too is delayed to the maximum as a form of punishment on Pakatan-ruled states which had been so evident for over two decades against the PAS government in Kelantan since it came to power in 1990. Even if money were disbursed it would be delayed or postponed until pressure would be put on it (the Federal government) and reluctantly the funds would then be released, mostly in instalments instead of the full amount yearly at the beginning of the year.

The Selangor govt’s move in this sense is definitely ground-breaking and should rightly bring about a new culture in politics and practice of democracy in this country.Pakatan Rakyat hasIn fact taken the bold step to right what had been wrong all along, denying members of the Legislature to funds from the State which actually doesn’t belong to the politicians in power but is the peoples’ money. Umno-BN by preventing Pakatan Federal and State assemblymen from receiving the money that also in large part comes from Pakatan taxpayers is displaying its total ignorance of what a functioning democracy should be. The Selangor govt’smove should now force a re-think amongst the BN legislators that what they had been doing all this while was actually a primitive form of democracy where all that mattered was just the holding of elections – flawed at that – and nothing else.

However this is what we find in advanced democracies. Unfortunately here, such a move is received with disdain by the dinosaurian political party, Umno. All the state representatives in Selangor are from Umno hence their rejection of the money the Chief Minister, Azmin Alipromised them. They say it is too little, a populist move or give some other lame excuse. But the people of the state know that it is simply hate politics at play. Old politics at that where everything stands still when it comes to politics and where Umno must be seen as the saviour of the Malays blah, blah, blah, although by rejecting the money that Azmin is providing them they are actually betraying the trust of the constituents – mostly Malays – who would have less funds for small projects in their constituencies.

Whatever response comes from Umno it should not matter much, because right thinking people know that Umno is clinging on to old politics of exclusivity and hate. It is for the Malays who still seem to rely on Umno to shift their thinking and embrace the new politics of inclusivity as practised by Pakatan Rakyat because not only is this in line with true democratic practice but is also an important element in Islam.

Are we beginning to experience a new era of egalitarian democracy with this latest initiative by the Selangor Pakatan government.

Sumber HD - 2-12-2014




















































































































































Tidak tolak bina masjid berciri kebudayaan etnik Cina

HARAKAHDAILY | .



KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor tidak menolak untuk membina masjid dengan ciri kebudayaan etnik Cina sebagai memenuhi keperluan masyarakat Cina Muslim.

Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama, Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata beberapa aspek perlu dikaji untuk membolehkan kerajaan negeri memberi peruntukan bagi pembinaan sesebuah masjid, lapor Selangor Kini.

Menurutnya, mungkin ada keperluan masyarakat Cina muslim tetapi pembinaan itu mempunyai matlamat sebagai pusat transformasi masyarakat.

“Kita tidak menolak untuk mendirikan masjid itu bagi dijadikan pusat lawatan dan kita ambil cadangan yang boleh kita fikirkan,” katanya dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) sebagai respons kepada cadangan Mohd Shafie Ngah (PAS-Bangi).


Sebelum itu, Mohd Shafie mencadangkan dibina masjid dengan ciri-ciri kebudayaan etnik Cina bagi memenuhi keperluan penganut agama Islam daripada etnik itu.

Beliau berkata jumlah penganut Islam dari etnik Cina di Selangor bukan sedikit, tetapi Melaka, Johor dan Perak mendahului dalam penyediaan kemudahan seperti itu.

Katanya, masjid yang mempunyai ciri-ciri senibina Cina itu diuruskan oleh siak, bilal dan imam yang juga merupakan Cina Muslim.

“Ia adalah penting untuk memecahkan stigma atau kefahaman bahawa Islam itu milik Melayu dan Melayu itu milik Islam,” katanya.

Beliau berkata sekiranya masjid berciri Cina itu berjaya dibina, maka lebih ramai pelancong dalam dan luar negeri akan tertarik untuk berkunjung ke negeri Selangor.

“Tidak cukup hanya dengan Masjid Negeri yang besar, kita perlu melangkah ke hadapan untuk membina sebuah masjid yang berciri (Cina) itu," katanya lagi.

Ini, ujarnya kerana bangsa Cina adalah bangsa yang perlu dihormati.

Beliau berpandangan setakat ini lokasi yang sesuai untuk pembinaan masjid itu adalah di Pulau Ketam.

Sumber HD - 1-12-2014




















































































































































Idea kembangkan bisnes tani pada Selangor Agrofest

HARAKAHDAILY | .




KUALA LUMPUR: Pengusaha industri pertanian disarankan supaya mengunjungi Selangor Agrofest 2014 yang bakal dilangsungkan pada 18 hingga 21 Disember ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri negeri, Zaidy Abdul Talib berkata pameran teknologi yang diperkenalkan dapat memberikan idea kepada pengusaha pertanian mengembangkan penghasilan produk pertanian mereka sekaligus membawa pulangan keuntungan lebih besar, lapor Selangor Kini.

“Kita minta petani datang ke Selangor Agrofest kerana disana ada pameran dari segi sudut teknologi pertanian," katanya pada Karnival Jelajah Tani 2014 di Dun Ijok.

Beliau yang juga Adun Templer berkata, petani akan didedahkan dengan teknologi baru.

Selain itu katanya, petani dapat bertukar pandangan bersama pakar pertanian dan penternakan di Negeri Selangor bagi mendapatkan nasihat terbaik terhadap industri.

Dalam Karnival Jelajah Tani 2014 di Dun Ijok semalam, Zaidy turut menyerahkan surat pengesahan pemberian bantuan enjin bot dan perahu kepada beberapa nelayan sambil disaksikan Adun Ijok, Dr Idris Ahmad, Pegawai Daerah Kuala Selangor, Sulaiman Abd Rahman serta Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Selangor, Noraini Rosalan.

Beliau turut menanam sebuah pokok durian belanda sebagai simbolik perasmian.

Zaidy sebelum itu mengadakan lawatan sama di Dun Sekinchan dan dibawa melawat ke kilang beras oleh Adun Sekinchan, Ng Suee Lim.

Penganjuran Jelajah Tani 2014 di Dun Ijok itu merupakan penganjuran kali keempat selepas penganjuran kali pertama di Dun Tanjung Sepat pada 16 November lalu.

Selangor Agrofest 2014 dijadualkan berlangsung pada 18 hingga 21 Disember 2014 di Stadium Sungai Besar.

Sumber HD - 30-11-2014




















































































































































'Kecewa jika miliki aset maju tetapi tidak boleh diguna'

BERNAMA | .


KLANG: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mahu kerajaan Persekutuan memberikan peruntukan yang secukupnya bagi penyeliaan dan penyelenggaraan peralatan ketenteraan.
Baginda bertitah bagi menghadapi musuh-musuh yang mengancam negara, peralatan dan persenjataan sedia ada mestilah diselia dengan baik dan sempurna supaya dapat digunakan pada bila-bila masa.

"Adalah amat mengecewakan jika memiliki aset yang maju dan canggih tetapi tidak boleh digunakan dan disimpan di dalam stor atau gudang kerana tidak mempunyai alat ganti disebabkan kekurangan kewangan," titah baginda yang juga Kapten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Baginda bertitah demikian pada majlis Santapan Diraja Kapten Yang Dipertua TLDM bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) di Istana Alam Shah di Istana Alam Shah, Klang, Sabtu malam.

Hadir sama Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali, Panglima TLDM Tan Sri Abdul Aziz Jaafar, Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Datuk Seri Roslan Saad, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan kira-kira 800 pegawai TLDM, TUDM dan PDRM.

Selain itu, Sultan Sharafuddin Idris Shah juga meminta semua peringkat pasukan keselamatan negara supaya berkhidmat dengan penuh jujur dan ikhlas serta mengutamakan kualiti kerja yang cemerlang.
"Gejala rasuah, salah guna kuasa dan mengutamakan kepentingan peribadi hendaklah dielakkan," titah baginda.

Baginda memuji langkah kerajaan menubuhkan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) dan meminta ia diperluaskan dari semasa ke semasa.

Baginda menyeru rakyat supaya memberi kerjasama dan bantuan sepenuhnya kepada pasukan keselamatan agar matlamat untuk mengekalkan keamanan di negara ini dapat dilaksanakan dengan baik dan jayanya. - Bernama

Sumber HD - 30-11-2014




















































































































































35,000 Rumah Selangorku sebelum 2018 realistik - Exco

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Jumlah 15,000 unit Rumah Mampu Milik atau Rumah Selangorku yang diumumkan oleh Menteri Besar semasa Ucapan Belanjawan adalah sasaran di bawah insentif yang diumumkan dan mesti dibina pada tahun 2015.

"Walau bagaimanapun seperti yang saya telah umumkan pada hari pertama sidang kali ini bahawa terdapat 15,529 unit Rumah Selangor yang sama ada telah dibina, sedang dibina atau telah mendapat kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN)," ujar Iskandar Abdul Samad.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan negeri itu berkata sebanyak 5,473 unit dibina oleh anak-anak syarikat kerajaan negeri dan 9,786 unit oleh pemaju swasta.

Selain dari itu, ujarnya kerajaan negeri terus menerima permohonan dari pemaju-pemaju untuk membina Rumah Selangorku.

"Malah jawapan saya pada hari pertama sidang dewan tidak melibatkan projek-projek yang diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada minggu lepas. Ia merangkumi 4,346 unit Rumah Selangorku," katanya lagi.

Ini, jelas beliau bermakna bilangan keseluruhan Rumah Selangorku yang diluluskan setakat ini adalah 19,865 unit.

Oleh yang demikian, katanya sasaran agar 35,000 unit mula dibina sebelum tahun 2018 adalah sesuatu sasaran yang realistik.

Walau bagaimanapun, tambah beliau perlu ada pemantauan agar projek-projek yang diluluskan oleh MMKN mendapat kebenaran merancang (KM) secepat mungkin.

"Untuk memastikan ini berlaku, satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan iaitu Jawatankuasa Induk Rumah Selangorku yang dipengerusikan oleh Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan
Kehidupan Bandar sendiri," katanya.

Beliau menambah, ianya bertindak untuk membincangkan projek-projek Rumah Selangorku sebelum memasuki unit pusat setempat (OSC) di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT).

Jelas Iskandar, PBT dan agensi-agensi yang terlibat akan dipanggil supaya apabila projek itu
memasuki OSC, ia tidak mempunyai masalah untuk diluluskan.

Kerajaan negeri juga, kata beliau akan menghukum pemaju-pemaju yang mendapat kelulusan MMKN untuk membina Rumah Selangorku tetapi gagal membuat permohonan KM.

Tambahnya, tindakan menyenarai hitam (blacklist) akan dilaksanakan untuk pemaju-pemaju yang gagal. - HARAKAHDAILY 30/11/2014

Sumber HD - 30-11-2014




















































































































































Loji Pembersihan Air Sungai Semenyih cipta sejarah

SELANGOR KINI | .



PUTRAJAYA: Konsortium ABBAS Sdn Bhd (Abbas) selaku pemegang konsesi Loji Pembersihan Air Sungai Semenyih, Presint 19, Putrajaya mencipta sejarah di dalam Rekod Buku Malaysia (Malaysia Book Of Records) apabila menjadi loji pembersihan air pertama di Malaysia memperoleh pensijilan ISO 22301:2012 untuk Sistem Pengurusan Kesinambungan Perniagaan.

Pengerusi Konsortium Abbas, Suhaimi Kamaralzaman berkata, pensijilan ini hasil daripada inisiatif program untuk memperoleh pensijilan ISO yang dimulakan sejak 2012.

Pengesahan ini dibuat hasil daripada sesi Audit Kesediaan dan Pematuhan yang dilaksanakan pada April 2014 dan pasca audit oleh Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Sirim Berhad).

Menurutnya, perakuan ini merupakan salah satu mekanisme penilaian, penganalisisan dan pemantauan risiko bersifat keselamatan masyarakat serta penyediaan pelan tindakan kesinambungan perniagaan lebih efektif memastikan bekalan air terawat tidak terjejas kepada pengguna.

“Bagi mendapatkan perakuan ISO 22301:2012, satu Jawatankuasa Pemandu ISO ditubuhkan pada Jun 2013 untuk pelaksanaan program latihan, penyediaan dokumen, perumusan polisi dan strategi untuk mendapatkan pengiktirafan itu.

“Tempoh penyediaan dokumen dan pelaksanaan pematuhan selama enam bulan untuk memenuhi piawaian meningkatkan kompetensi warga kerja Abbas dalam pengurusan risiko perniagaan dan operasi loji,” katanya kepada media.

Jelasnya lagi, Selera Risiko (Risk Appetite) tertumpu kepada kemampuan dan jenis risiko berkaitan dengan proses pembersihan air dan perumusan pelan tindakan efektif menangani insiden yang boleh menjejaskan operasi.


Persediaan utama mengambil kira dan mengenal pasti ‘Masa Pemulihan Operasi’ yang terpantas dalam loji.

Detik bersejarah ini diabadikan dalam Majlis Penyampaian Sijil Rekod Buku Malaysia ISO 22301-2012 kepada Pengerusi Konsortium Abbas, Sdn Bhd, Suhaimi Kamaralzaman oleh Pengarah Urusan Sirim Qas International Sdn Bhd, Khalidah Mustafa dan Pengarah Urusan Malaysia Book Of Record Sdn Bhd Tan Sri Datuk Danny Ooi sambil disaksikan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali.

Loji dilengkapi teknologi terkini berkebolehan menghasilkan 680 juta liter air sehari membekalkan air terawat ke Putrajaya, Cyberjaya, Puchong, Bandar Baru Bangi, Daerah Sepang, Kuala Langat dan kawasan sekitarnya.

Sumber HD - 29-11-2014




















































































































































Selcat sedia siasat isu pampasan RM2.3 juta

SELANGOR KINI | .

SHAH ALAM: Jawatankuasa Keupayaan, Kebertanggungjawapan dan Ketelusan Selangor (Selcat) bersedia untuk menyiasat isu pembayaran RM2.3 juta pampasan kepada bekas kakitangan Pemerbadanan Menteri Besar (MBI).


Bagaimanapun, Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Hannah Yeoh, berkata perbincangan mengenai hal itu hanya boleh dijalankan selepas selesai persidangan dewan minggu depan.

“Kami mempunyai peraturan tetap yang mengatakan semasa sidang DNS sedang berjalan, jawatankuasa pilihan tidak boleh bermesyuarat.

“Jawatankuasa Selcat akan bertemu dan bermesyuarat selepas sidang dewan dan kami akan membuat keputusan untuk menyiasat perkara ini atau tidak,” katanya dalam sidang media di lobi DNS, hari ini.

Semalam, Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata laporan penuh audit melibatkan ganjaran kepada bekas kakitangan MBI akan dibentangkan dalam sidang DNS minggu hadapan.

Ia adalah susulan laporan media bahawa beberapa kakitangan MBI diberikan pampasan besar mencecah RM2.3 juta ekoran pengunduran mantan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga pengerusi MBI.

Sumber HD - 28-11-2014




















































































































































RM376.9 juta diperuntukkan tangani kesan GST - Exco

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Sebanyak RM376.9 juta diperuntukan dalam pelbagai program sedia ada dan baru dirangka dalam mendepani cukai barangan dan perkhidmatan (GST) untuk kebajikan ekonomi rakyat.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian (IKS) dan Perdagangan dan Pengangkutan Negeri Selangor, Datuk Teng Chang Khim, berkata terjemahan perbelanjaan dinyatakan dalam pelbagai program, antaranya pendidikan, sosio-ekonomi dan keusahawanan melalui Belanjawan Selangor 2015.


Katanya, kerajaan negeri sedia meneruskan beberapa program yang memberi impak kepada rakyat selain mengadakan program baru, lapor Selangor Kini.

“Antaranya Tabung Biasiswa Selangorku sebanyak RM10 juta setahun, Bantuan Sara Diri Anak Selangor berjumlah RM12 juta, biasiswa Sagong Tasi untuk anak-anak Orang Asal, peruntukan RM3 juta untuk sektor pengangkutan bagi perkhidmatan awam percuma dan RM10 juta bagi pelaburan serta perniagaan,” jelasnya ketika menjawab soalan Haniza Mohamed Talha (PKR-Taman Medan) pada sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), hari ini.

Menurutnya lagi, kerajaan negeri juga akan mengamalkan penjimatan dalam perbelanjaan operasi terutamanya berhubung aktiviti yang berkaitan dengan perkhidmatan dan bekalan.

“Kerajaan negeri juga meneruskan dasar perolehan menekankan kepada value for money yang memberi impak kepada usaha penjimatan tanpa menjejaskan kualiti pembangunan dilaksanakan,” ujarnya lagi.

Sumber HD - 28-11-2014




















































































































































Terimalah peruntukan RM200,000 demi rakyat - MB

SELANGOR KINI | .


SHAH ALAM: Keheningan sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) petang semalam bertukar warna apabila Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berbalas usikan dengan Adun BN termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Shamsudin Lias.

Berucap pada sesi penggulungan, Mohamed Azmin antara lain meminta agar kesemua 12 wakil rakyat Umno sudi menerima peruntukan RM200,000 yang ditolak sebelum ini.

“Sekalipun ditolak kita kekalkan juga RM200,000 itu. Saya merayu terimalah demi rakyat,” seloroh Mohamed Azmin sambil tersenyum.

Shamsudin kemudian mencelah mohon agar peruntukan penuh RM700,000 diberikan kepada Adun Umno sebagaimana diterima Adun pihak kerajaan.

Bagaimanapun, Mohamed Azmin memberitahu kawasan dimenangi pembangkang hanya akan menerima RM200,000 sementara baki RM500,000 diuruskan penyelaras.

“Namun jumlah tetap sama RM700,000. Setiap yang bermula mesti ada langkah pertama, sekarang RM200,000, langkah seterusnya kalau tahun depan Yang Berhormat masuk Pakatan dapatlah RM700,000,” kata Mohamed Azmin disambut riuh Adun lain.

Gurauan santai itu dicelah pula Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) yang mula bertanyakan nasib Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang kini ditempatkan di sebelahnya.

“Tadi disebut 12 Adun BN, bagaimana pula sahabat saya di sebelah yang tidak hadir ini tak disebut,” katanya berseloroh.

Tidak mengalah, Mohamed Azmin kembali mengenakan Sulaiman namun sempat membalas bahawa mantan Menteri Besar itu akan diberikan jumlah peruntukan sama.

“Sejak bila Permatang prihatin dengan Pelabuhan Klang. Tidak pernah sebelum ini. Baru hari ini. Dia juga akan dapat RM200,000. Itu prinsip,” jelasnya lagi.

Sumber HD - 28-11-2014




















































































































































Belanjawan Selangor tidak lupakan mahasiswa juga

KU HARIZ FARHAN KU AZMAN | .

PADA 24 November yang lalu, rakyat negeri Selangor menyaksikan pembentangan belanjawan tahunan negeri di bawah kepimpinan yang baharu yang diterajui oleh YB Azmin Ali selaku Menteri Besar bersama barisan Exco yang turut berubah posisi.

Belanjawan kali ini yang bertemakan ‘Pembangunan Berkualiti Rakyat Dipeduli’ menggariskan enam strategi utama iaitu:
1. Membesarkan lapisan kelas menengah.
2. Menjana pertumbuhan berkualiti.
3. Memberdaya ekonomi hawa dan generasi muda.
4. Pembangunan kejiranan hijau.
5. Menjana industri budaya dan intelektual.
6. Menyemarak ekonomi desa.

Sisi pandang menarik berkenaan dengan belanjawan ini adalah nisbah perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan membangun adalah hampir seimbang yakni jumlah perbelanjaan mengurus sebanyak RM1,288,530,000 manakala perbelanjaan membangun adalah sebanyak RM1,133,970,000. Situasi ini jarang-jarang kedengaran, hatta di peringkat Persekutuan sekalipun kerana meskipun Bajet 2015 yang lalu cuba mengambil konsep ‘People Economy’ namun perbelanjaan membangun masih lagi rendah berbanding dengan perbelanjaan mengurus.

Seterusnya bagi mencapai keadilan sosial dalam kalangan rakyat terbanyak, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan program HIJRAH iaitu satu inisiatif kepada golongan berpendapatan rendah untuk menceburi bidang keusahawanan bagi mengeluarkan mereka dari lingkungan kemiskinan. Perincian kepada jenis bantuan yang diberikan perlu didedahkan agar skim ini tidak mengikut ‘skim ah long’ yang hanya memberi pinjam duit dan mengenakan faedah yang tinggi kepada peminjam. Hal ini kerana mentaliti kebanyakan dari kita yang menganggap bahawa skim ini hanya sekadar beri duit, apabila cukup tempoh perlu membayar balik jumlah yang dipinjam.

Selain itu industri pelaburan yang begitu rancak di negeri ini pastinya memberi 1001 manfaat dan faedah buat rakyat di negeri ini, khususnya dalam penyediaan peluang pekerjaan yang lebih luas. Namun, mengapa pekerja asing masih lagi mendominasi kebanyakan sektor-sektor pekerjaan di negeri ini. Setiap kali penulis mengunjungi Shah Alam, Kajang mahupun bandar-bandar utama di negeri ini, dapat dicongak bahawa kita seolah-olah bukan berada di negera sendiri. Di manakah kesilapan dalam aspek ini?

Adakah faktor upah yang rendah yang ditawarkan oleh firma yang beroperasi di negeri ini menyebabkan mereka lebih selesa duduk beristirahat di rumah tanpa berusaha untuk mencari nafkah? Atau tiada suatu ‘pengikat’ atau inisiatif oleh Kerajaan Negeri buat firma tempatan mahupun global untuk membayar lebih upah dan mengutamakan pekerja tempatan, lebih-lebih lagi graduan universiti yang keluar saban tahun? Saranan kepada pimpinan Kerajaan Negeri untuk duduk bersama dengan pihak pekerja dan tuan empunya firma yang beroperasi di negeri ini bagi membincangkan solusi terbaik bagi menangani masalah ini bersama.

Antara sektor yang mendapat perhatian istimewa adalah sektor pendidikan iaitu sejumlah RM60 juta diperuntukkan kepada UNISEL bagi melengkapkan infrastruktur dan fasiliti di universiti tersebut. Selain itu, Tabung Biasiswa Selangor yang dikhususkan kepada anak Selangor dari desa diwujudkan bagi mereka yang menuntut di UNISEL dan KUIS dengan biaya sebanyak RM10 juta setahun. Pengiktirafan juga turut diberikan kepada kaum Orang Asli apabila Kerajaan Negeri menyediakan 10 tempat di UNISEL bagi melanjutkan pengajian mereka melalui sebuah tabung biasiswa yang dikenali sebagai Biasiswa Sagong Tasi.

Bagi meringankan beban mahasiswa UNISEL dan KUIS yang terpaksa bergantung kepada duit ibu dan ayah sebelum benar-benar mendapat bantuan biasiswa atau pinjaman, Kerajaan Negeri memperkenalkan Dana Bantuan Sara Diri Anak Selangor dengan jumlah sebanyak RM12 juta setahun. Diharapkan semoga langkah yang sedikit ini dapat dilaksanakan secara berstrategi dan mengenai sasarannya sehinggalah dapat diimplementasikan di seluruh IPT di negeri ini, Insya Allah.

Langkah Kerajaan Negeri dalam usaha bagi menghasilkan lebih ramai rakyat yang berpendidikan tinggi selaras dengan hasrat negara untuk melahirkan sekurang-kurangnya 60,000 pemegang ijazah Doktor Falsafah menjelang tahun 2023 dapat dilihat melalui pengenalan 10 jenis biasiswa bagi bidang-bidang pengajian yang strategik dan kritikal kepada anak Selangor dengan peruntukan sebanyak RM5 juta.

Pastinya peluang ini sangat ditunggu-tunggu oleh kebanyakan siswazah di negeri ini dan menjadi pemangkin semangat untuk mereka meneruskan pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Di samping itu bagi melibatkan semua golongan seperti ahli akademik, mahasiswa dan rakyat negeri ini khususunya sebagai agen pembangunan, satu institut yang diberi nama sebagai Institut Darul Ehsan akan diwujudkan sebagai platform bagi merangka idea-idea bernas bagi pembangunan negeri ini.

Walau bagaimanapun, pengisian kepada penubuhan institut tersebut lebih penting daripada penamaannya yang gah tetapi dikhuatiri akan menjadi projek gajah putih, sebagai cadangan beberapa program boleh diwujudkan bagi menyerlahkan keberkesanan institut ini sebagai agen pemangkin pembangunan negeri yang progresif:

1. Sesi meja bulat di antara Exco Kerajaan Negeri dan ahli-ahli akademik yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing sebanyak sebulan sekali bagi membincangkan isu-isu dan masalah yang berlaku di negeri ini.

2. Serampang dua mata di antara wakil Majlis Perwakilan Pelajar/Persatuan Mahasiswa Universiti IPT sekitar Selangor dengan Kerajaan Negeri bagi mendengar idea dan pandangan mereka terhadap polisi-polisi Kerajaan Negeri, program seperti Simposium Mahasiswa Selangor dan Hari Mahasiswa boleh dijadikan sebagai wadah terbaik untuk Kerajaan Negeri mendengar pandangan mereka.

3. Merapatkan kembali jurang di antara IPT khususnya IPTA di negeri ini dengan Kerajaan Negeri. Hal ini kerana tujuan universiti ditubuhkan adalah sebagai agen pengubah kepada sesebuah masyarakat dan ummah. Untuk itu, kedua-dua pihak perlu mengubah sikap dengan mengenepikan faktor politik dan perbezaan ideologi bagi menjayakan gagasan ini.

Antara skop belanjawan kali ini yang menarik perhatian adalah pengenalan program penterjemahan karya antarabangsa yang bakal menyaksikan penterjemahan karya-karya hebat dunia ke dalam Bahasa tempatan yang diketuai oleh PPAS. Ia mengulangi tradisi keilmuan sewaktu zaman Kerajaan Abasiyyah yang menyaksikan penterjemahan kitab-kitab dari tamadun Rom, Parsi dan India ke dalam bahasa Arab oleh Baitul Hikmah selaku institusi yang menyelenggara projek tersebut dan menjadi faktor kegemilangan tamadun Islam pada waktu itu.

Sudah tentu ia ditunggu-tunggu oleh para pencinta buku di negeri ini yang mahukan supaya buku asing dapat diterjemahkan ke dalam bahasa sendiri. Penulis yakin, jika usaha ini disokong padu oleh semua lapisan rakyat tidak mustahil dalam tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang negeri ini mampu menjadi hab keilmuan terbaik bukan sahaja di negara ini, tetapi di rantau Asia Tenggara keseluruhannya.

Aspek lain yang perlu ditekankan adalah pembasmian masalah kebersihan dan jalan raya yang tidak diselenggara dengan baik. Alhamdulillah, Menteri Besar sendiri telah mengambil inisiatif meminta rakyat yang menghadapi masalah sampah di kawasan kediaman untuk memaklumkan kepada beliau melalui nombor telefonnya bagi diambil tindakan. Tidak sekadar cukup itu, peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu diperkasakan, ini kerana banyak aduan daripada rakyat yang kerap kali menyalahkan PBT atas alasan lambat bertindak dan kurang cekap dalam bekerja. Pemantauan tehadap PBT perlu dilakukan secara kerap supaya mereka sentiasa professional dalam gerak kerja mereka.

Diharapkan agar Kerajaan Negeri di bawah YB Azmin Ali dapat meneruskan budaya bekerja secara ‘Turun Padang’ bagi merealisasikan falsafah ‘Government; from people, to people, with people’. Meskipun berbagai halangan dan rintangan yang bakal dihadapi di hadapan sana, namun dengan permuafatakan yang tinggi oleh semua pihak dan kebergantungan kepada Yang Maha Esa bakal menjadi resepi terbaik bagi melahirkan sebuah negeri yang baik dan mendapat pengampunan dari Allah SWT. - HARAKAHDAILY 27/11/2014

Ku Hariz Farhan Ku Azman ialah Exco Media dan Penerangan, Majlis Permuafatakan Mahasiswa Selangor (MPMS)

Sumber HD - 27-11-2014




















































































































































RM17 juta mampu tingkat prestasi atlet Selangor

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman melahirkan keyakinan peruntukan RM17 juta untuk pembangunan atlet dan prasarana sukan di Selangor mampu memberi kesan positif terhadap prestasi atlet negeri itu, lapor Selangor Kini.

Bagaimanapun, katanya organisasi sukan di Selangor dan pihak kerajaan perlu berkerjasama memastikan pemilihan program pembangunan tepat dan berkesan.

Menurutnya, bajet yang diumumkan Menteri Besar dilihat sebagai bajet mesra rakyat yang menyaksikan tumpuan kepada kelas menengah dan bawah rakyat Selangor dan semestinya juga kepada golongan anak muda.

Beliau yang juga Setiausaha PAS negeri berkata, peruntukan kepada atlet adalah tepat selepas prestasi golongan itu dan sukan Selangor dilihat masih belum mencapai tahap sebenar.

“Kita harapkan dengan adanya tumpuan kepada sukan di Selangor, maka prestasi sukan akan lebih membanggakan,” katanya kepada Selangor Kini hari ini.

Sumber HD - 26-11-2014




















































































































































35,000 rumah mampu milik dibina dalam 5 tahun

SELANGOR KINI | .


SHAH ALAM: Kerajaan Negeri mensasarkan lebih 35,000 unit Rumah Mampu Milik (Rumah Selangorku) akan dibina dalam tempoh 5 tahun.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Iskandar Abdul Samad berkata setakat ini, sebanyak 5,473 unit Rumah Selangorku telah dan akan dibina oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB).

Selain itu, kerajaan negeri juga telah meluluskan pembinaan 9,786 unit Rumah Selangorku untuk dibina oleh pemaju swasta di bawah Polisi Rumah Selangorku.

“RMM yang telah diperincikan pembangunannya setakat ini adalah sebanyak 15,259 unit.

“Kerajaan negeri masih menerima permohonan untuk pembinaan RMM dari pemaju,” katanya menjawab pertanyaan lisan Adun Rawang, Gan Pei Nei.
Katanya, komitmen itu selaras dengan keperluan mendesak rakyat untuk memiliki kediaman sendiri pada harga berpatutan.

Untuk rekod, kerajaan negeri menetapkan harga jualan kawalan Rumah Selangorku antara RM42,000 hingga RM250,000 seunit.

Sumber HD - 25-11-2014




















































































































































RM100,424 hargai Ketua Pembangkang Selangor

SELANGOR KINI | .




SHAH ALAM: Ketua Pembangkang Dewan Negeri Selangor (DNS), Datuk Shamsuddin Lias hari ini menerima keistimewaan dan kemudahan bernilai RM100,424.88 setahun sebagai menghargai peranannya dalam check and balance kerajaan negeri.

Ia merangkumi elaun tetap, bayaran gaji pemandu (termasuk elaun), bayaran gaji setiausaha kerja (termasuk elaun) dan kereta rasmi kerajaan negeri, sebuah Toyota Camry.

Speaker DNS, Hannah Yeoh berkata keistimewaan dan kemudahan itu diberikan seperti yang dipersetujui Jawatankuasa Pilihan Khas Pengurusan Dewan yang bermesyuarat pada 25 Ogos 2013.

Katanya, Ketua Pembangkang merupakan komponen kerajaan yang memainkan peranan penting sebagai ‘semak dan imbang’ kepada kerajaan walaupun tidak dinyatakan secara jelas di dalam Perlembagaan Persekutuan mahupun Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.

“Ia diberikan supaya beliau boleh menjalankan tugas-tugas dengan lebih efisen.

“Ini memperlihatkan kesungguhan Kerajaan Negeri dalam meraikan amalan demokrasi berparlimen di negara ini,” katanya dalam sidang media pada Majlis Penyerahan Kenderaan Rasmi kepada Ketua Pembangkang di bangunan Annex, di sini, hari ini.

Sementara itu, Shamsudin dalam reaksinya menghargai usaha kerajaan negeri atas pengiktirafan yang diberikan dan berjanji akan menjalankan tugasnya sebaik mungkin.

“Saya amat menghargai pengiktirafan, sokongan dan kemudahan yang diberikan oleh kerajaan negeri kepada saya selaku Ketua Pembangkang.

“Saya berjanji akan memainkan peranan dan memberi kerjasama yang baik untuk menyaksikan sistem demokrasi di Selangor berjalan baik,” katanya.

Sumber HD - 24-11-2014




















































































































































Senyum penuh makna Ketua Pembangkang Selangor...



Ada beberapa perkara menarik dalam pembentangan Belanjawan NegeriSelangor 2015 yang pertama kali dilakukan oleh Menteri Besar, Azmin Ali, hari ini. Dengan peruntukan sebanyak RM2.42 bilion berbanding hasil sebanyak RM1.97 bilion yang dijangka pada tahun depan, ia menyerlahkan hasrat kerajaan negeri untuk tidak berkira dalam berbelanja demi kepentingan rakyat.

Walaupun dikira belanjawan defisit, tetapi ia juga merupakan yang terbesar sepanjang pemerintahan PR sejak 2008.

Buat julung kalinya juga peranan Ketua Pembangkang di DUN Selangor diiktiraf oleh kerajaan negeri dengan pemberian sebuah kereta rasmi, Toyota Camry beserta pembiayaan petrol dan tol, elaun RM3,000 sebulan, gaji pemandu sebanyak RM1,367 dan RM2,001 lagi untuk bayaran seorang setiausaha kerja.

Ketua Pembangkang yang juga Adun BN Sungai Burung, Shamsuddin Lias kelihatan tersenyum lebar ketika menerima pemberian kereta dan segala kemudahan itu daripada Azmin sambil disaksikan oleh Speaker, Hannah Yeoh.

Sambil menghargai sumbangan dan pengiktirafan itu serta berjanji akan memberi sumbangan yang sebaiknya, Shamsuddin juga tentunya akan lebih bergaya ke Perhimpunan Agung UMNO tahun ini kerana walaupun UMNO dan BN merupakan pembangkang di Selangor tetapi beliau turut juga mendapat nikmat daripadanya.

Selain kemudahan untuk Ketua Pembangkang itu, kerajaan negeri pimpinan Azmin juga bermurah hati memperuntukkan RM200 ribu setahun kepada setiap ADUN BN untuk melaksanakan projek-projek pembangunan di kawasan masing-masing.

Peruntukan ini sekaligus menjadikan pengundi di kawasan yang diwakili oleh Adun BN terus menikmati pelbagai kemudahan pembangunan, meskipun hanya menjadi pembangkang.

Pembaharuan ini tentunya menaikkan lagi nama Azmin dan PR di mata pengundi Selangor. Bukan saja di negeri lain, bahkan di peringkat Pusat sekali pun, wakil rakyat pembangkang tidak pernah diberikan peruntukan oleh kerajaan yang memerintah.

Dengan sendirinya, walaupun Noh Omar semalam mengatakan beliau terus diberi mandat untuk mengetuai UMNO Selangor oleh Najib Razak di sebalik pelbagai kritikan dan kekecewaan tentang prestasinya, harapan beliau pastinya semakin sukar dengan tindakan terbaru Azmin ini.

Pengundi Selangor kini melihat kerajaan PR di Selangor paling terbuka dan memahami erti demokrasi dalam ertikata yang sebenarnya. Kecuali berlaku sesuatu yang diluar dugaan, secara realitinya kerajaan PR di Selangor semakin kukuh dan sukar ditumbangkan.

Shamsuddin Lias juga barangkali lebih suka PR terus kekal mentadbir Selangor kerana kedudukannya sebagai Ketua Pembangkang itu lebih baik bagi dirinya berbanding jika BN yang memenangi pilihanraya. Jika BN yang menang pilihanraya, beliau bukan saja tipis untuk dipilih sebagai Menteri Besar, malah sebagai Exco pun belum tentu lagi.

Sebab itu, sengih dan senyumnya cukup lebar ketika menerima kemudahan itu daripada Azmin Ali. (SH 24/11/2014)

Semasa BN menang, jangankan nak jadi Menteri Besar, jawatan Exco pun tak merasa...






















































































































































Ucapan Belanjawan Negeri Selangor 2015

MOHAMED AZMIN ALI | .




PENDAHULUAN

1. Syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan izin dan limpah kurniaNya maka saya dapat bersama-sama Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Negeri menyertai Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua, Persidangan Dewan Negeri Selangor ke-13, Tahun 2014 demi menyuarakan hasrat dan aspirasi rakyat Negeri Selangor dalam merangka dasar pembangunan yang berkualiti (quality growth) dan mendukung program peduli rakyat.

2. Marilah bersama menggalas amanah kepimpinan yang amat berat demi menyahut harapan umat. Saya berdoa semoga Allah Subhanahu Wata’ala memberikan kita kekuatan dan bimbingan untuk melaksanakan tanggungjawab dengan sebaiknya.

3. Kerajaan Negeri tuntas untuk menjadikan prinsip keadilan sosial sebagai teras dalam amalan pentadbiran. Menginsafi kemajmukan dan kerencaman masyarakat serta cabaran baru pada hari ini, kita mahu seluruh rakyat Selangor disantuni dan dipelihara kepentingannya dengan penuh tanggungjawab tanpa mengira ras, agama, faham politik dan gender.

4. 38 hari lagi, kita akan memasuki tahun ke-15, abad ke-21. Pelbagai petunjuk memperkukuhkan pendapat dan ramalan bahawa abad ini adalah milik Asia. Kini, 4 bilion mewakili 60 % dari penduduk dunia berada di Asia. Setelah selama 300 tahun Eropah dan Amerika Utara mendominasi ekonomi dunia, dalam abad ke-21 ini, anjakan dan transformasi raksasa sedang berlaku yang akan menjadikan Asia paksi kepada kegiatan ekonomi dunia.

5. Hanya beberapa tahun sahaja lagi, China akan mengatasi Amerika Syarikat sebagai ekonomi terbesar di dunia. Kerancakan ekonomi India, Asia Timur dan Asia Tenggara akan menyertai China melahirkan jumlah penduduk kelas menengah yang melebihi keseluruhan penduduk Eropah dan Amerika Utara. Justeru itu, dalam dekad akan datang, kemakmuran dunia akan bergantung kepada kesihatan dan kedinamikan ekonomi Asia. Sekiranya Asia bersin, maka seluruh dunia akan demam.

6. Sebagai sebahagian dari Asia, kita tentu berbangga dengan kedatangan Abad Asia. Ia memberikan kita keyakinan baru. Namun, kita jangan dijangkiti dengan keangkuhan seperti yang berlaku pada kuasa Eropah di Abad Eropah dan pada kuasa Amerika Syarikat di Abad Amerika. Kita perlu belajar dari nilai, pengalaman, sains dan teknologi mereka. Nilai murni Asia dan ajaran agama perlu kita rangkul dalam mengemudi ekonomi pasaran, politik demokrasi dan kebudayaan yang kosmopolitan.

7. Nilai murni dan agama tidak melarang manusia sebagai individu dan masyarakat untuk mengejar harta dan kekayaan selagi kegiatan tersebut tidak mendobrak atau melanggari batasan moral dan agama. Dalam ketakjuban ekonomi Asia, terkandung aspek yang menimbulkan kegusaran moral khususnya kesenjangan pendapatan yang menjolok mata. Melalui bukunya yang amat berpengaruh, Capital in the 21st Century, Thomas Piketty telah membawa isu kesenjangan pendapatan ke tengah panggung wacana ekonomi dunia sebagaimana filasuf John Rawls meletakan distributive justice, keadilan dalam pengagihan, di tengah-tengah falsafah politik. Piketty menegaskan bahawa kesenjangan pendapatan merupakan cabaran dan bahaya terbesar kepada demokrasi abad ke-21.

8. Bertolak dari kesedaran moral, ruh agama, renungan filasuf dan kajian ekonomi, adalah penting bagi kita memiliki gagasan pembangunan yang bertujuan untuk menjamin kesinambungan perkembangan ekonomi yang dinamis, penciptaan kekayaan tetapi diseimbangkan dengan tuntutan keadilan sosial melalui keadilan dalam pengagihan.

SENARIO EKONOMI

9. Peri penting kesihatan ekonomi Asia terkelihatan dalam senario ekonomi dunia semasa yang masih bergelut dan belum pulih sepenuhnya dari kesan krisis kewangan yang bermula di Amerika Syarikat dalam tahun 2007.

10. Oktober lalu, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mengunjurkan ekonomi dunia berkembang hanya pada kadar 3.3 % dalam tahun 2014, merosot sebanyak 0.4 % dari unjuran yang dibuat 6 bulan sebelumnya. IMF juga memberi peringatan kebanyakan negara tidak akan mencapai paras pertumbuhan yang pernah dicatatkan sebelum dilanda krisis kewangan. Sementara itu, Bank Dunia meramalkan ekonomi rantau Asia Timur dan Pasifik akan mengalami penyesuaian akibat pertumbuhan ekonomi dunia yang lemah dan kadar pertumbuhan yang menyederhana di China dan krisis politik di Thailand.

11. Bagi tahun 2015, IMF mengunjurkan ekonomi global akan tumbuh pada kadar 3.8 % berikutan kerancakan ekonomi di Amerika Syarikat, Eropah dan ASEAN. IMF juga menganggarkan kenaikan pertumbuhan ekonomi di kalangan negara – negara ASEAN dari 4.7 % kepada 5.4 %.

12. Namun, terdapat pakar ekonomi yang meramalkan ekonomi global pada tahun depan akan tumbuh pada kadar yang sedikit rendah dari yang diramalkan sekarang. Ini adalah kerana beberapa negara Euro Zone berada dalam keadaan statik dan beberapa negara menuju ke arah kemelesetan. Di Asia, Jepun mengalami kemelesetan dalam suku ketiga tahun ini, dengan KDNK menguncup pada kadar 1.6 % berbanding dengan pertumbuhan sebanyak 2.2 % yang diramalkan.

13. Berdasarkan senario antarabangsa, ekonomi Malaysia dalam tahun 2014 tumbuh pada kadar 5.5 %. Kadar pertumbuhan ini adalah membanggakan berbanding negara – negara ASEAN dan negara Asia Timur yang ekonominya cemerlang seperti Korea Selatan yang tumbuh dalam lingkungan 3 % sahaja.

14. Namun, kesegaran ekonomi Malaysia dicacatkan oleh jurang pendapatan yang semakin melebar. Peningkatan gini coefficient di Malaysia membuktikan Putrajaya gagal memberi fokus secukupnya dalam usaha mencapai keadilan sosial dan keadilan dalam pengagihan.

15. Mengambil kira faktor ini, Selangor akan melaksanakan dasar ekonomi yang bersifat pembangunan atau developmental. Falsafah ekonomi Selangor adalah berteraskan konsep pertumbuhan yang berkualiti, peningkatan mutu kehidupan dan merangsang kreativiti dan inovasi.

16. Pagi ini, buat julung kalinya saya membentangkan Belanjawan Negeri Selangor dengan bertemakan “Pembangunan Berkualiti, Rakyat Dipeduli”.

BELANJAWAN 2015

17. Kedudukan kewangan Kerajaan Negeri Selangor terus mantap. Kumpulan Wang Disatukan pada 19 November 2014 berjumlah RM 3.31 bilion. Jumlah tersebut terdiri daripada aset berbentuk wang tunai RM 108.68 juta dan pelaburan sejumlah RM 3.2 bilion. Kumpulan Wang Disatukan meningkat sebanyak RM 400.8 juta kepada RM 3.307 bilion iaitu 13.78 % berbanding RM 2.907 bilion pada tahun 2013.

18. Kutipan hasil Negeri Selangor bagi tahun 2015 dianggarkan meningkat 6.49 % kepada RM 1.97 bilion berbanding RM 1.85 bilion pada tahun 2014.

19. Berdasarkan kedudukan kewangan negeri yang kukuh dan meyakinkan, maka Kerajaan Negeri mencadangkan agar anggaran perbelanjaan 2015 berjumlah RM2,422,500,000 bagi melaksanakan semua rancangan pembangunan kerajaan khususnya program kesejahteraan rakyat. Daripada jumlah tersebut, RM1,288,530,000 atau 53.19 % adalah bagi peruntukan perbelanjaan mengurus dan RM 1,133,970,000 atau 46.81 % bagi perbelanjaan pembangunan.

20. Di bawah peruntukan mengurus, RM 385 juta adalah bagi emolumen dan RM 443.5 juta disediakan bagi perkhidmatan dan bekalan. Manakala, RM 17.6 juta diperuntukkan kepada pembelian aset. Sejumlah RM 426.5 juta disediakan untuk pemberian dan kenaan bayaran tetap dan RM 16 juta untuk perbelanjaan lain.

21. Bagi peruntukan pembangunan pula, sejumlah RM 277.3 juta diperuntukkan bagi program – program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dan RM 106.6 juta disediakan bagi perkhidmatan masyarakat, pembangunan luar bandar, sektor perbandaran dan pembangunan usahawan. Seterusnya, RM 100.2 juta diperuntukkan bagi pembangunan sosial termasuk pendidikan, perumahan, pembangunan belia dan sukan dan pembangunan insan. Sejumlah RM 48.9 juta akan diperuntukkan bagi pembangunan khas negeri dan RM 44.4 juta bagi pengambilan balik tanah. Bagi pentadbiran am, sejumlah RM 33.8 juta diperuntukkan manakala bagi pembangunan adat Melayu dan warisan serta pelancongan sejumlah RM 9.25 juta disediakan.

STRATEGI BELANJAWAN 2015

22. Sebahagian besar Negeri Selangor terletak di dalam Lembah Klang. Ini memberi kelebihan kepada Selangor untuk berperanan sebagai pusat pembangunan utama negara. Daerah Petaling, Klang, Gombak, Hulu Langat dan Sepang merupakan pusat pertumbuhan yang sedang rancak menerima pembangunan.

23. Selaras dengan perkembangan ini, Selangor perlu bersedia untuk menerima tekanan pembangunan dari segi pembangunan ekonomi (seperti pelaburan, perindustrian, peluang pekerjaan), pembangunan fizikal dan infrastruktur (seperti perumahan, sistem pengangkutan awam), pembangunan sosial dan utiliti (seperti kemudahan pendidikan, bekalan air, elektrik, komunikasi ICT).

24. Dalam memberi penekanan kepada pembangunan, Kerajaan Negeri tidak boleh mengabaikan keperluan menjaga dan memelihara alam sekitar, sumber dan warisan semulajadi, sejarah dan budaya.

25. Selangor sebagai penyumbang terbesar kepada ekonomi Malaysia perlu bercita – cita bukan sahaja untuk memastikan ekonomi berkembang lebih cepat tetapi juga untuk memastikan pertumbuhan yang berkualiti dari pelbagai penilaian berasaskan petunjuk sosio – ekonomi.

26. Tumpuan harus diberikan kepada sektor sebenar ekonomi. Walaupun Pelaburan Langsung Asing (FDI) perlu memainkan peranan penting dalam perkembangan ekonomi, usaha juga perlu dibuat untuk memanfaatkan potensi yang belum diterokai dalam pelaburan domestik termasuk mencipta peluang pekerjaan, peningkatan produktiviti dan peningkatan dalam rantaian nilai daripada aktiviti berasaskan pekerja yang berkemahiran rendah kepada aktiviti pekerja berkemahiran tinggi.

27. Maka, strategi Belanjawan Negeri Selangor 2015 adalah:

1. Membesarkan lapisan kelas menengah.
2. Menjana pertumbuhan berkualiti.
3. Memberdaya ekonomi hawa dan generasi muda.
4. Pembangunan kejiranan hijau.
5. Menjana industri budaya dan intelektual.
6. Menyemarak ekonomi desa.

TERAS BELANJAWAN 2015

Strategi 1 : Membesarkan lapisan kelas menengah melalui Program HIJRAH

28. Dalam usaha kita untuk mencapai keadilan sosial dan pengagihan yang adil, kemiskinan perlu dibasmi di Negeri Selangor. Sekiranya kita menggunakan ukuran kemiskinan tegar Kerajaan Persekutuan iaitu pendapatan isi rumah di bawah RM 520, maka Selangor telah bebas dari belenggu kemiskinan tegar.

29. Walau bagaimanapun, pada kadar Purata Garis Kemiskinan Kebangsaan RM 830 bagi isi rumah, Negeri Selangor masih mencatatkan insiden kemiskinan 0.4 %. Sebagai negeri termaju, Selangor tidak boleh menggunakan kriteria paras kemiskinan Putrajaya. Oleh itu, Kerajaan Negeri telah menetapkan paras yang realistik dan bertanggungjawab iaitu RM 1,500 sebagai garis kemiskinan di Negeri Selangor. Menurut kriteria ini, 30 % daripada penduduk Selangor berada di bawah garis kemiskinan.

30. Menyedari hakikat ini, Kerajaan Negeri perlu melipat gandakan usaha untuk memartabatkan kelompok ini supaya mereka diupayakan untuk keluar dari putaran ganas kemiskinan. Maka, dana bagi mereka menceburkan diri dalam bidang keusahawanan perlu ditingkatkan. Kerajaan Negeri akan memperkasakan pembiayaan melalui Skim Mikrokredit Selangor (SkimSel) dan Program Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR). Kerajaan Negeri akan menaikkan siling peruntukan untuk kedua – dua dana kepada RM 100 juta berbanding hanya RM 70 juta sebelum ini. SkimSel ditingkatkan kepada RM 60 juta manakala MiMBAR dinaikkan kepada RM 40 juta.

31. Semua program ini akan disepadukan di bawah inisiatif HIJRAH untuk melonjakkan golongan miskin ini berhijrah memasuki kumpulan berpendapatan menengah.

Strategi 2 : Menjana Pertumbuhan Berkualiti – Pelaburan, Pendidikan, Perumahan Rakyat dan Pelancongan

32. Kerajaan Negeri menyedari kepentingan pelaburan yang mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat Selangor, mencipta kawasan baru yang menyokong kegiatan perkilangan dan pengembangan sektor perkhidmatan. Pelaburan juga mempunyai kesan gandaan (multiplying effect) dari sektor perkilangan untuk membantu industri lain seperti perumahan, komersil, logistik, pusat latihan / kemahiran, perkhidmatan kesihatan, industri makanan dan perhotelan.

33. Prestasi pelaburan negeri dalam tahun 2014 terus meningkat. Selangor mencatatkan jumlah tertinggi projek yang telah diluluskan berbanding negeri – negeri lain, iaitu sebanyak 153 projek diluluskan dengan nilai berjumlah RM 4.58 bilion. Daripada jumlah modal pelaburan tersebut, sebanyak RM 2.70 bilion atau 59 % adalah daripada pelabur tempatan dan sebanyak RM 1.88 bilion atau 41 % adalah daripada pelaburan asing. Sejumlah 9,659 peluang pekerjaan diwujudkan.

34. Bagi memperkukuhkan lagi sektor pelaburan, perindustrian dan perdagangan, Kerajaan Negeri telah mengambil langkah pro – aktif dengan melaksanakan penjenamaan semula Selangor State Investment Centre (SSIC) dengan nama baru iaitu Invest Selangor Berhad. Penjenamaan ini akan memberikan imej baru di peringkat tempatan dan antarabangsa dalam mempromosikan Selangor sebagai destinasi pelaburan dan perdagangan terunggul di peringkat Malaysia dan Asia.

35. Pada tahun 2014, peruntukan belanja mengurus untuk Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian (IKS) dan Perdagangan adalah RM 5 juta dan promosi pelaburan berjumlah RM 1.6 juta. Memandangkan sektor pelaburan amat penting untuk menjana pertumbuhan ekonomi, Kerajaan Negeri mencadangkan sejumlah RM 16.6 juta diperuntukkan bagi tahun 2015 dengan memberi tumpuan kepada aktiviti dan promosi pelaburan melalui usaha ekspo perdagangan bertaraf antarabangsa dan usaha E – Commerce.

36. Kita bersyukur Negeri Selangor menyumbang 23.7 % kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia. Sumbangan Selangor dan Kuala Lumpur dalam ekonomi negara adalah sebanyak 39.2 %. Penerusan kerancakan ekonomi ini memerlukan sokongan keupayaan penyediaan bekalan elektrik yang mencukupi dan konsisten.

37. Pada masa kini, kawasan tengah Semenanjung Malaysia yang meliputi Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan menggunakan sebanyak 7,537 MegaWatt per hour (MWh) iaitu 40 % daripada permintaan tenaga elektrik di Malaysia. Daripada jumlah tersebut, 28.1 % merupakan keperluan penggunaan di Negeri Selangor. Permintaan bekalan elektrik dijangkakan terus meningkat daripada 7,752 MWh dalam tahun 2016 kepada 8,242 MWh dalam tahun 2018.

38. Sekarang berlaku ketidakseimbangan dalam permintaan dan bekalan tenaga elektrik di Selangor. Setelah meneliti penawaran dan permintaan bekalan elektrik serta kesannya kepada ekonomi negara, keselamatan dan keselesaan hidup rakyat, maka Kerajaan Negeri telah mengambil langkah proaktif membenarkan pihak TNB melaksanakan projek talian penghantaran elektrik untuk mengatasi masalah ketidakcukupan bekalan elektrik dan mengelakkan kemungkinan tragedi black out berlaku di Negeri Selangor.

39. Projek ini juga akan memberi pulangan bernilai RM 20.5 juta kepada Negeri Selangor melalui pengenaan bayaran ganti rugi pembinaan talian penghantaran di atas tanah kerajaan.

Tuan Speaker,

40. Pendidikan adalah pelaburan modal insan untuk menjamin kesinambungan pertumbuhan ekonomi yang rancak dan dinamis. Kerajaan Negeri mahu pembangunan pendidikan sebagai inisiatif rakyat untuk mengangkat mutu pendidikan negara yang berkualiti dan bertaraf global.

41. Demi membudayakan tradisi keilmuan di kalangan masyarakat, Kerajaan Negeri telah membelanjakan sejumlah RM 60 juta kepada Universiti Selangor (UNISEL) bagi menjamin suasana pembelajaran yang kondusif, iaitu sebanyak RM 23.05 juta bagi tujuan membaik pulih asrama UNISEL dan sebanyak RM 40.73 juta bagi membaik pulih sistem pembentungan di Kampus Bestari Jaya. Untuk tujuan pembangunan ICT, satu peruntukan sebanyak RM 2.65 juta turut dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri bagi menaiktaraf sistem rangkaian komputer.

42. Kerajaan Negeri memahami keperluan kewangan untuk membiayai pendidikan anak – anak Selangor. Justeru, mulai tahun 2015, Kerajaan Negeri bercadang untuk memperuntukkan sejumlah RM 10 juta setahun untuk Tabung Biasiswa Selangorku khusus untuk anak Selangor dari desa dan keluarga berpendapatan rendah yang menuntut di Universiti Selangor (UNISEL) dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).
43. Untuk menjayakan prinsip kepelbagaian sejajar dengan falsafah pendemokrasian pendidikan tinggi, Kerajaan Negeri menawarkan 10 tempat di UNISEL untuk anak – anak orang asli yang akan dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri. Adalah dicadangkan tabung biasiswa ini akan dikenali sebagai Biasiswa Sagong Tasi.

44. Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri juga bercadang memperkenalkan Dana Bantuan Sara Diri Anak Selangor untuk mahasiswa UNISEL dan KUIS dengan peruntukan berjumlah RM 12 juta setahun sebagai bantuan awal sebelum mereka menerima wang pendahuluan pembiayaan daripada PTPTN atau pembiayaan pendidikan lain.

45. Kerajaan Negeri juga akan meneruskan Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor berjumlah RM 16 juta yang memberikan kemudahan pinjaman boleh ubah (convertible loans) kepada pelajar cemerlang di Selangor.

46. Program Hadiah Anak Masuk Universiti akan diteruskan dengan peruntukan sebanyak RM 8 juta, khusus kepada pelajar Sarjana Muda dan Diploma sepenuh masa dari keluarga yang berpendapatan kurang RM 3,000 sebulan. Setiap mereka akan menerima RM 1,000 selepas mendaftarkan diri untuk tahun pertama di universiti.

47. Kerajaan Negeri ingin membesarkan ‘brain bank’ Negeri Selangor dengan mengadakan sejumlah 10 biasiswa bagi pengajian bidang – bidang strategik dan kritikal di peringkat Doktor Falsafah (PhD) di kalangan anak Selangor. Untuk maksud ini, Kerajaan Negeri bercadang memperuntukkan RM 5 juta. Atas hasrat yang sama, Kerajaan Negeri akan memperuntukkan geran awal RM 2 juta bagi mewujudkan Institut Darul Ehsan (IDE) sebagai wahana untuk merangka kebijakan – kebijakan serta menerapkan pemikiran progresif demi kecemerlangan Negeri Selangor.

48. Ikhtiyar ini membuktikan komitmen kerajaan terhadap agenda pendidikan dan pengembangan keupayaan serta kecendekiawanan. Dana yang diperuntukkan bagi tujuan pendidikan, bukan hanya merupakan pelaburan kerajaan demi masa depan, akan tetapi turut merupakan inisiatif permuafakatan bersama mahasiswa, para pensyarah, warga alumni dan masyarakat khususnya rakyat Negeri Selangor.

49. Tanpa terlepas pandang mengenai pembangunan rohani untuk mengimbangi pembangunan material, Kerajaan Negeri mengambil berat sektor pendidikan tinggi agama. Kerajaan Negeri bersetuju sejumlah RM 2 juta khusus bagi Program Pendidikan Pengajian Tahfiz Al Quran dan Al Qiraat yang ditawarkan oleh KUIS akan dibiayai oleh Kerajaan Negeri dengan kerjasama Perbadanan dan Anak Syarikat Negeri. Dengan demikian, KUIS akan segera berstatus universiti penuh.

Tuan Speaker,

50. Dasar perumahan Negeri Selangor yang berkonsepkan perumahan mampu milik atau Rumah Selangorku adalah untuk merealisasikan matlamat ‘Satu Keluarga Satu Kediaman Yang Sempurna’ khususnya di kalangan pembeli yang berpendapatan rendah dan sederhana termasuk golongan muda atau pasangan muda untuk memiliki rumah mengikut kemampuan masing – masing.

51. Kerajaan Negeri mengambil maklum permintaan yang tinggi untuk rumah mampu milik. Justeru itu, Kerajaan akan berusaha bersama anak – anak syarikat Kerajaan Negeri dan pemaju swasta untuk membina rumah mampu milik pelbagai jenis bersesuaian dengan permintaan.

52. Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) telah mengemukakan data dan status pembinaan Rumah Kos Rendah (RKR), Rumah Kos Sederhana Rendah (RKSR) dan Rumah Kos Sederhana (RKS) oleh pemaju – pemaju yang telah diberikan kebenaran merancang dalam tempoh 5 tahun yang lalu. Kerajaan mendapati masih ramai pemaju yang besar di beberapa kawasan perbandaran utama seperti Shah Alam, Petaling Jaya, Subang, Klang dan Kajang yang mendahulukan dan menyiapkan pembinaan perumahan yang bernilai tinggi tetapi gagal memulakan projek Rumah Kos Rendah, Rumah Kos Sederhana Rendah dan Rumah Kos Sederhana.

53. Ini menyebabkan Kerajaan Negeri gagal mendapatkan unit – unit rumah kos rendah dan sederhana rendah bagi rakyat Negeri Selangor yang berpendapatan sederhana rendah dan sederhana. Pihak pemaju sering memberikan alasan bahawa subsidi yang mencecah RM 40,000 untuk seunit rumah kos rendah memberikan tekanan kewangan kepada mereka.

54. Kerajaan yang komited untuk menyediakan perumahan untuk rakyat perlu mengambil sikap yang proaktif dengan mengenalpasti kawasan yang strategik dan mempunyai infrastruktur yang baik untuk pembinaan rumah mampu milik secara besar – besaran dengan mewujudkan kerjasama yang konstruktif dengan pemaju swasta.

55. Kerajaan Negeri bercadang untuk memberi insentif berikut bagi menggalakkan penyertaan pemaju swasta dalam pembangunan rumah mampu milik bagi menjana pertumbuhan ekonomi yang berkualiti melalui pembangunan perumahan :

i. Kelulusan segera untuk meminda dari Dasar 20:20:10 kepada Dasar Rumah Selangorku yang berkonsepkan Rumah Mampu Milik (RMM).

ii. Peratusan Rumah Selangorku Jenis A dan B yang berbeza boleh ditentukan berdasarkan kepada pertimbangan seperti faktor permintaan dan penawaran semasa, lokasi perletakan tapak, kesediaan kemudahan infrastruktur di kawasan.

iii. Kerajaan Negeri memberi diskaun premium bagi tanah – tanah yang terlibat dengan pembangunan Rumah Selangorku pada kadar 10% dari nilaian tanah semasa.

iv. Kerajaan Negeri memberi pengecualian Caj Pemajuan bagi pembangunan tanah / lot yang terlibat dengan pembangunan Rumah Selangorku.

v. Kerajaan Negeri bersedia mempertimbangkan penambahan kepadatan (density) sehingga 120 unit per ekar tertakluk kepada keadaan tanah dan perletakan di kawasan pusat bandar.

vi. Kelulusan segera (fast track) bagi proses yang terlibat dengan agensi kerajaan termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

56. Pemberian insentif pembangunan rumah mampu milik ini dilaksanakan dengan syarat pembinaan dilakukan dalam tahun 2015 dan pemaju mesti menyiapkan pembinaan dalam tempoh 2 hingga 3 tahun dari tarikh kelulusan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

57. Kerajaan Negeri Selangor mensasarkan sejumlah 15,000 unit Rumah Selangorku pelbagai jenis akan dibina dalam tempoh 3 tahun mulai 2015.

58. Kerajaan Negeri mengambil maklum wujud pelbagai masalah bagi warga peneroka bandar yang mendapat tawaran rumah kos rendah, untuk mendapat pembiayaan pinjaman perumahan seperti tiada pendapatan tetap, faktor umur dan komitmen yang tinggi.

59. Kerajaan Negeri akan melaksanakan Skim Pembiayaan Perumahan Selangorku (Dana – Sel) dengan peruntukan permulaan sebanyak RM 10 juta kepada Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) untuk tujuan menyelesaikan masalah peneroka bandar dengan menggunakan konsep sewa dan milik. Melalui skim ini, golongan peneroka bandar akan diberikan rumah kos rendah untuk disewa dan seterusnya memiliki rumah tersebut setelah tempoh penyewaan mencapai satu tempoh matang yang ditetapkan mengikut terma – terma dan syarat – syarat perjanjian sewa dan milik.

60. Kerajaan Negeri amat prihatin terhadap permasalahan projek terbengkalai akibat ketidakcekapan pemaju dalam menyiapkan projek yang dirancang. Justeru itu, Kerajaan Negeri akan menubuhkan Tabung Pemulihan Projek Terbengkalai atau TEPAT dengan dana pusingan sebanyak RM 20 juta. Sebagai permulaan, bagi tahun 2015, empat (4) projek yang melibatkan 956 unit rumah kos rendah telah dikenal pasti untuk dipulihkan oleh TEPAT.

61. Kerajaan Negeri juga komited untuk menyelesaikan permasalahan perumahan untuk lebih 400 keluarga bekas pekerja ladang yang telah dipindahkan daripada Ladang Perang Besar, Ladang Medingly, Ladang Galloway dan Ladang Sedgely ke Taman Permata Dengkil, Sepang kerana pelaksanaan projek Putrajaya. Kerajaan Negeri telahpun selesai proses pengambilan tanah seluas 30 ekar milik Sime Darby di Mukim Dengkil pada Oktober 2014 yang lalu dengan pampasan sebanyak RM 12.1 juta yang telahpun dibayar pada 18 November 2014.

62. Tapak milik Kerajaan Negeri ini akan dibangunkan oleh Kerajaan Persekutuan yang mengikut perjanjian bersetuju untuk membiayai kos pembinaan 400 unit rumah teres satu tingkat untuk tujuan pemindahan penduduk Taman Permata Dengkil, Selangor.

Tuan Speaker,

63. Kerajaan Negeri telah mengisyhtiharkan tahun 2015 sebagai Tahun Melawat Selangor. Peruntukan untuk Jawatankuasa Tetap Pelancongan telah dinaikkan kepada RM 6.7 juta berbanding RM 5.2 juta bagi tahun 2014. Tourism Selangor menyediakan 27 acara dalam Kalendar Acara Pelancongan yang terdiri daripada 9 acara utama untuk menarik 7 juta pelancong dari luar dan dalam negara yang disasarkan bagi tahun 2015. Tiga produk pelancongan yang menjadi tumpuan bagi tahun 2015 adalah eko – pelancongan, pelancongan sukan dan pelancongan warisan.

Strategi 3 : Memberdaya Ekonomi Hawa dan Generasi Muda

64. Kerajaan Negeri mengambil serius dengan tuntutan generasi muda serta kaum hawa yang memerlukan anjakan dan dokongan ekonomi digital khususnya dari sudut keusahawanan. Kewujudan internet berkelajuan tinggi membuka pelbagai ruang kemajuan kepada golongan muda dan kaum hawa serta meningkat connectivity sosial bandar dan desa.

65. Dalam abad ke – 21, internet merupakan keperluan asas bagi sebuah negeri maju seperti Selangor. Perhubungan dan komunikasi melalui internet laksana tingkap besar untuk menerobos ke setiap pelusuk dan seluruh dunia tanpa sempadan. Internet juga memainkan peranan besar dalam perancangan, pembangunan dan pentadbiran Negeri Selangor. Pada tahun 2013, Selangor hanya mempunyai 5,058 hotspot point iaitu lokasi yang terdapat perkhidmatan internet tanpa wayar.

66. Kerajaan Negeri sebelum ini telah menyediakan perkhidmatan WiFi Selangorku secara percuma. Namun, prestasinya hanya meliputi sebanyak 112 hotspots sahaja iaitu 2 hotspots bagi setiap kawasan DUN dengan membayar sewaan bulanan sebanyak RM 1,000 setiap hotspots. Dengan bilangan itu, kita belum boleh mengisytiharkan Selangor sebagai negeri yang memberi perkhidmatan WiFi percuma kepada rakyat.

67. Menyedari kelemahan ini, maka Kerajaan Negeri Selangor akan mencari jalan mengupayakan akses rakyat kepada internet. Dalam hal ini, Kerajaan Negeri akan bekerjasama dengan pihak pemberi perkhidmatan telekomunikasi untuk menyediakan secara percuma sekurang – kurangnya 2,500 hotspots yang berkelajuan 1 Mbps (megabits per second) dengan lingkungan perkhidmatan seluas 100 meter.

68. Lokasi 2,500 hotspots ini akan diletakkan di tempat tumpuan awam di kawasan luar bandar dan kawasan yang tidak mempunyai kemudahan internet. Dengan terlaksananya program ini, maka penggunaan ekonomi digital dapat dipertingkatkan dan membuka peluang untuk para usahawan berjaya dan meningkatkan taraf kehidupan masing – masing.

69. Dengan pola pemasaran terkini, penggunaan internet dijangka mencecah 25 juta menjelang tahun 2015. Kerajaan Negeri komited untuk mempersiapkan para usahawan di Selangor untuk merebut peluang perniagaan. Oleh yang sedemikian, Kerajaan Negeri akan memberi fokus kepada program pembangunan usahawan digital (digital entrepreneurs) termasuk melalui kerjasama bersepadu dengan anak – anak syarikat Kerajaan Negeri.

70. Pentadbiran ini juga akan membangunkan sistem maya, Wahana Pemasaran Keusahawanan Selangor (Selangor Entrepreneurship Marketing Platform) yang akan membolehkan semua usahawan di Selangor mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka. Sebagai galakan kepada usahawan muda untuk meningkatkan produktiviti dan memperluaskan pasaran, Kerajaan Negeri telah memperkasakan Dana Industri Kampung kepada Dana Usahawan Mikro Selangor dengan meningkatkan jumlah insentif daripada RM 10,000 kepada RM 30,000 bagi setiap permohonan.

Tuan Speaker,

71. Dalam usaha pembangunan bakat dan kebolehan generasi muda, latihan kemahiran teknikal amat strategik untuk membina ekonomi generasi muda khusus kepada 70% anak muda yang tidak berpeluang memasuki institusi pengajian tinggi.

72. Kerajaan Negeri mengenalpasti peranan SHRDC (Selangor Human Resource Development Centre) yang beroperasi untuk mencapai matlamat memberikan latihan teknikal dan vokasional yang diperlukan oleh pihak industri masa ini dan masa hadapan. Ia dianggotai oleh pihak industri dan turut melibatkan peranan Kerajaan.

73. Kerajaan Negeri dan SHRDC akan mengadakan kerjasama erat dalam hal ehwal berkaitan talent development (pembangunan bakat dan kebolehan). Kolaborasi antara Kerajaan Negeri dan SHRDC ini akan turut melibatkan UNISEL, KUIS dan INPENS.

74. Kerjasama ini akan melibatkan program – program seperti i – HIT (Internship High Impact Talent). Melalui program ini, pelajar – pelajar yang sedang berkuliah di UNISEL, KUIS dan INPENS akan diberikan latihan semasa cuti semester. Latihan ini membolehkan mereka diberikan kemahiran yang diperlukan oleh pihak industri.

75. Kerajaan Negeri juga melihat beberapa peluang untuk bekerjasama dengan SHRDC bagi menghantar bakat – bakat yang berminat untuk dilatih oleh SHRDC dalam bidang – bidang yang diperlukan oleh industri seperti industri Oil & Gas, merekabentuk kasut (footwear), semikonduktor, elektrik dan elektronik, teknologi ICT serta equipment & machinery.

76. Yang lebih utama lagi, Kerajaan Negeri juga telah mengenalpasti bahawa keperluan industri pada masa kini dan masa hadapan seperti industri big data, medical devices dan advance robotic juga memerlukan bilangan tenaga mahir yang amat besar. Maka itu, kolaborasi dalam menyediakan bakat – bakat dan kebolehan seperti ini akan dilaksanakan bersama SHRDC.

Tuan Speaker,

77. Kerajaan Negeri bersimpati terhadap nasib 446 peniaga di Kompleks Uptown, Seksyen 24 Shah Alam yang terlibat dalam kebakaran pada 15 Oktober lalu. Sebagai langkah jangka pendek, Kerajaan Negeri telah meluluskan sebanyak RM 3.5 juta bagi penyediaan tapak dan Marquee Tent sebagai tapak sementara peniaga – peniaga yang terlibat.

78. Bagi penyelesaian jangka sederhana dalam tempoh 2 tahun, Kerajaan Negeri melalui PKNS akan membina Kompleks Baru Uptown Seksyen 24 dengan anggaran kos sebanyak RM 18 juta. Reka bentuk kompleks ini akan mencerminkan ianya sebagai mercu tanda di Shah Alam yang memenuhi ciri – ciri keselamatan, keselesaan dan kemudahan moden untuk peniaga dan pengunjung.

79. Kerajaan Negeri juga menerima bantahan berhubung kenaikan kadar fi lesen perniagaan yang diluluskan pada tahun 2007 dan telah dikuatkuasakan pada tahun 2014. Bagi menjamin prinsip kepedulian kerajaan terhadap golongan peniaga terutamanya peniaga kecil, Kerajaan Negeri akan menyemak semula pelaksanaan kenaikan kadar fi lesen yang agak tinggi dan pembahagian kategori yang membebankan. Semakan ke atas 33 jenis perniagaan akan dibuat pada awal tahun 2015.

Strategi 4 : Pembangunan Kejiranan Hijau

80. Malapetaka yang berlaku di Cameron Highlands harus menjadi iktibar kepada pentadbiran di Negeri Selangor.

Firman Allah SWT dalam al Quran :

Telah kelihatan kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan buruk yang mereka telah lakukan supaya mereka kembali insaf.( Surah al-Rum : 41 )
81. Justeru, Kerajaan Negeri komited untuk melaksanakan pembangunan Kejiranan Hijau demi menjamin kelestarian alam semulajadi dan juga usaha memulihara alam sekitar serta sumber dan warisan semulajadi di Negeri Selangor.

82. Untuk maksud itu, pihak berkuasa tempatan (PBT) diminta untuk memulakan inisiatif penyediaan laluan basikal yang mengambil kira aspek kebersambungan (connectivity), penyediaan laluan pejalan kaki yang boleh digunakan secara aktif termasuk bagi golongan orang kurang upaya (OKU), pembangunan kebun kejiranan yang melibatkan penyertaan persatuan penduduk, program pengkomposan sisa, sistem pengumpulan dan penggunaan semula air hujan (SPAH) dengan mewartakan Undang – Undang Kecil Bangunan Seragam, 1984 (Pindaan) 2011 supaya pemasangan SPAH dapat dikuatkuasakan melalui permohonan pelan pembangunan.

83. Saya mengucapkan tahniah kepada pengurusan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri yang telah memulakan inisiatif ini. Kapasiti dan sistem tangki yang telah direkabentuk boleh menampung 100 meter padu air dan mampu menampung kegunaan seramai 1400 orang bagi tempoh satu – satu masa.

84. Kerajaan Negeri Selangor juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang menempa kejayaan di peringkat antarabangsa dengan merangkul Anugerah Emas dalam International Green Apple Awards 2014 di London pada 10 November 2014 di bawah tajuk Promoting Environmental Best Practice – The Biomass Way.

85. Untuk pelan jangka panjang, usaha pembangunan kejiranan hijau ini mensasarkan perubahan Negeri Selangor sebagai negeri rendah karbon serta persekitaran hidup yang sihat. Sebagai lanjutan, satu kempen proaktif yang melibatkan komuniti dan PBT boleh dilaksanakan segera untuk menanam pokok – pokok di setiap kawasan perumahan dan mengusahakan program tanaman semula hutan yang sudah rosak. Kerajaan Negeri yakin Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Institut Penyelidikan Hutan Malaysia (FRIM) boleh menjalin kerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) khususnya dalam memberikan khidmat nasihat berkenaan spesis pokok yang sesuai bagi menjayakan usaha ini.

86. Kerajaan Negeri juga mendukung sepenuhnya usaha Jabatan Perhutanan Negeri Selangor untuk menguruskan hutan simpan kekal dengan mengamalkan prinsip Pengurusan Hutan Secara Berkekalan. Sebarang usaha yang boleh merosakkan flora dan fauna tidak akan diberikan kelulusan oleh pihak berkuasa negeri demi menjamin ekosistem dan memulihara hidupan hijau Negeri Selangor. Justeru itu, Kerajaan Negeri memberi jaminan untuk mengekalkan jumlah keluasan 70 hutan simpan kekal di Negeri Selangor dengan keluasan 250,129 hektar yang merupakan 31.54 % dari keluasan tanah Negeri Selangor.

87. Nilai kawasan tanah lembap dan hutan amat tinggi kepada manusia sejagat dan tidak boleh ditukar ganti dengan wang ringgit. Kawasan hutan gambut merupakan ekosistem yang terpenting bagi menangani perubahan iklim. Kita bersyukur kerana Malaysia dikurniakan dengan keluasan kawasan hutan gambut yang ketiga terbesar di dunia. Oleh demikian, kita perlu menghargai dan menjaga hutan simpan dan hutan gambut yang masih wujud sambil memulihara kawasan – kawasan yang telah dicerobohi.

Strategi 5 : Menjana Industri Budaya dan Intelektual

88. Kita melihat kegiatan ekonomi secara holistik, tidak terbatas kepada pengeluaran produk bersifat fizikal. Kerajaan Negeri beriltizam membangunkan negeri ini sebagai hub kesarjanaan dan pusat kecemerlangan ilmu dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), pembangunan sains, teknologi dan inovasi serta penerbitan. Pengeluaran dan pemindahan ilmu, produk budaya, hiburan dan sukan juga kegiatan ekonomi yang mempunyai aspek transaksi kewangan. Selangor mahu merancakkan soft sector ini dengan terlibat secara langsung dalam program penterjemahan sebagai wahana pemindahan ilmu.

89. Gerakan penterjemahan ini adalah strategi keilmuan serta kebudayaan yang dilalui oleh tamadun Islam yang mencetuskan The Baghdad Enlightenment – Pencerahan Baghdad di abad ke – 10. Kerajaan Negeri akan mencadangkan program penterjemahan karya antarabangsa dikawal selia oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS). Kerajaan Negeri juga mencadangkan insentif diberikan kepada bakal – bakal penterjemah yang bekerjasama dengan PPAS.

90. Ekonomi ilmu ini berkait rapat dengan budaya membaca. Kerajaan Negeri juga akan memberdayakan PPAS dari segi prasarana dan koleksi bahan bacaan yang merangsang pembacaan, keilmuan dan menjadi pemangkin kepada percambahan pemikiran rakyat yang progresif. Bagi maksud ini, Yayasan Raja Tun Uda telah ditubuhkan untuk mengumpul dana daripada sektor korporat dan menambah koleksi bahan bacaan.

91. Dalam hal berkaitan, Kerajaan Negeri juga ingin mencadangkan agar waktu operasi bagi perpustakaan ini dilanjutkan kepada jam 10 malam dan dijadikan tempat forum dan wacana yang bersifat pencerahan.

92. Selangor adalah negeri yang menghimpunkan karyawan dan seniman paling ramai berbanding negeri – negeri lain. Ringkasnya, Selangor ibarat ‘rumah besar’ bagi para seniman negara. Kerajaan Negeri berazam untuk menjadikan negeri ini, khususnya kota – kota seperti Shah Alam dan Petaling Jaya sebagai ‘Kota Seni’.

93. Sukan juga mempunyai dimensi ekonomi yang perlu dimajukan. Atas azam yang tinggi, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM 17 juta bagi tahun 2015 untuk tujuan pembangunan atlet dan prasarana sukan. Ini termasuklah penubuhan Perbadanan Aset Sukan Negeri Selangor yang akan mengurus dan menyelenggara prasarana sukan seperti Stadium Shah Alam, Stadium Kota Raja, Klang dan Stadium Selayang.

Strategi 6 : Menyemarak Ekonomi Desa

94. Perbahasan semasa berhubung jaminan bekalan makanan (food security) yang mencukupi, menuntut Selangor untuk mengambil langkah – langkah bagi meningkatkan kemahiran warga peladang, penternak dan nelayan untuk menguasai kemahiran teknologi terkini dalam bidang pertanian dan hortikultur.

95. Negara Belanda yang bersaiz Negeri Pahang berjaya menjadi pengeluar makanan kedua terbesar di dunia ekoran kemahiran teknologi dan menguasai global supply chain. Potensi pertanian di Negeri Selangor amat besar sekiranya kita bersedia untuk menggunakan teknologi yang berinovasi dan menguasai kemahiran.

96. Pada tahun 2015, Kerajaan Negeri meningkatkan peruntukan untuk sektor pertanian kepada RM 14.47 juta berbanding hanya RM 10 juta bagi tahun 2014.

97. Untuk pembangunan masyarakat nelayan dan petani, Kerajaan Negeri akan bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk menjayakan program – program ekonomi nelayan tradisi, pemasangan sistem ais, pemulihan kolam sangkar, ‘Program Jom Bertani’ dan elaun sara hidup nelayan darat yang semuanya berjumlah RM 15.3 juta.

98. Kerajaan Negeri berasa bangga kerana Anugerah Khas Perdana MAHA 2014 anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah dimenangi oleh seorang penternak wanita dari Kampung Telok Penyamun, Bestari Jaya, Kuala Selangor yang terlibat dalam industri penternakan lembu pedaging, kambing pedaging, ayam kampung, itik, pemprosesan baja kompos dan pembuatan silaj.

99. Kerajaan Negeri turut prihatin terhadap keperluan pembangunan di kawasan luar bandar termasuk kawasan kampung tradisi terutamanya pembangunan infrastruktur dan sosial. Pelaksanaan pembangunan infrastruktur luar bandar ini merangkumi aspek pembaikan dan pembinaan baru kemudahan awam desa seperti balai raya dan kemudahan sukan manakala kemudahan asas desa seperti jalan, longkang dan perparitan.

100. Bagi menjamin keselesaan penduduk di luar bandar, saya mencadangkan sejumlah RM 12 juta pada tahun 2015; kenaikan sebanyak 300% berbanding tahun 2014 bagi tujuan menaiktaraf jalan – jalan luar bandar dan peruntukan sebanyak RM 4 juta dicadangkan bagi tujuan menaiktaraf kemudahan awam desa termasuk balai raya.

101. Kerajaan Negeri sangat menghargai peranan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). Mereka adalah daya penggerak kepada program Kerajaan Negeri yang diadakan di kampung. Sebagai pengiktirafan peranan mereka memaju dan menjaga keselamatan kampung, maka Kerajaan Negeri bersetuju menaikkan elaun Pengerusi JKKK bagi kampung tradisi dan kampung baru dari RM 800 sebulan kepada RM 900 sebulan. Seramai 446 Pengerusi JKKK akan menerima faedah ini berkuatkuasa 1 Januari 2015. Struktur Ketua Komuniti Kaum India sedang diperkemaskan bagi dicadangkan imbuhan yang munasabah.

102. Peranan masjid sebagai institusi masyarakat telah banyak membantu pembentukan umat madani. Selama ini, para Imam menerima elaun sebanyak RM 750 sebulan. Memandangkan tugas Imam semakin mencabar untuk mengimarahkan masjid maka Kerajaan Negeri ingin turut menyumbang ke atas perkhidmatan mereka dengan memberi tambahan elaun sebanyak RM 100 sebulan mulai 1 Januari 2015. Seramai 700 orang Imam akan mendapat manfaat ini.

PENUTUP

103. Hari ini, genap 63 hari saya diberikan amanah. Dalam tempoh yang begitu singkat, dengan dukungan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), para pegawai serta anggota penjawat awam, kita telah berjaya menyelesaikan beberapa isu besar yang menghambat rakyat sekian lama. Kini, Negeri Selangor berubah wajah menjadi sebuah negeri yang bersih, rakyat yang harmoni, ekonomi yang berkualiti.

104. Dengan rasa tawadhu’, saya mengakui bahawa kita tidak mempunyai jawapan kepada semua permasalahan. Akan tetapi, kita telah memberikan urutan keutamaan kepada setiap masalah yang timbul.

105. Pentadbiran ini lebih responsif dan ‘hands on’ kepada permasalahan rakyat. Kami turun ke lapangan, kami terjun dan kami terjah demi menyantuni dan menyelami aspirasi rakyat.

106. Kerajaan Negeri sedang melaksanakan Pelan Tiga (3) Bulan Terakhir Tahun 2014 iaitu Program Total Clean PBT bagi memastikan semua masalah berkaitan kerja – kerja pembersihan awam dan sisa pepejal, sampah pukal, longkang tersumbat dan pokok – pokok di bahu jalan yang tidak diselenggara, diselesaikan segera untuk menjamin kesejahteraan rakyat.

107. Isu kebersihan ini amat penting untuk menyelesaikan masalah – masalah yang membelenggu rakyat seperti demam denggi, banjir kilat dan aduan awam berkaitan sampah.

108. Untuk tempoh 3 bulan ini, dari Oktober sehingga Disember 2014, perbelanjaan peruntukan MARRIS dioptimakan untuk kerja – kerja penyelenggaraan termasuk penurapan semula jalan, pembaikan dan pembersihan longkang, kerja – kerja pemotongan rumput / lanskap dan menyelenggara pokok – pokok di bahu jalan.

109. Kerajaan Negeri telah meluluskan sejumlah RM 31.2 juta kepada PBT untuk memastikan kesemua inisiatif ini dilaksanakan dengan berkesan dan efisyen dalam tempoh yang ditetapkan.

110. Bagi tahun 2015, Kerajaan Negeri akan membelanjakan RM 600 juta untuk memastikan kerja – kerja penyelenggaraan yang dibenarkan seperti Garis Panduan Tatacara Pengurusan Pemberian Penyelenggaraan Jalan Negeri (MARRIS) dilaksanakan sepenuhnya dengan efisyen dan bertanggungjawab. Kerajaan Negeri menggesa supaya PBT turut memberi penekanan terhadap penyelenggaraan jalan – jalan industri selain daripada pembaikan jalan di kawasan yang mempunyai tumpuan populasi penduduk yang tinggi.

111. Kerajaan Negeri amat prihatin dengan peningkatan kes demam denggi di Negeri Selangor yang mencatatkan jumlah kes terkumpul sebanyak 44,957 kes setakat 15 November 2014 berbanding hanya 23,852 kes terkumpul bagi tahun 2013. Jumlah kematian juga mencatatkan angka penambahan sebanyak 28 kes dengan jumlah keseluruhan kes kematian sebanyak 66 kes dan sebanyak 92 hotspot lokaliti wabak denggi yang aktif dikenalpasti.

112. Kerajaan Negeri telah mengambil usaha untuk melancarkan kempen besar – besaran; Kempen Terjah dan Musnah Aedes Negeri Selangor 2014 di semua daerah untuk menangani masalah demam denggi yang serius. Pada 16 November 2014, Kerajaan Negeri telah mengadakan Program Gotong – Royong Mega di 120 buah kawasan yang dijalankan secara serentak. Usaha ini akan dipertingkatkan melalui program pendidikan bagi meningkatkan kesedaran dan penglibatan orang awam seperti penubuhan Denggi Action Community (DAC), Denggi Action Kids (DAK) serta kempen Bas Sekolah Tanpa Aedes (BATAS).

113. Kerajaan Negeri juga bertekad untuk menyelesaikan beberapa isu besar yang berpotensi menggugat kesejahteraan dan keharmonian rakyat.

Industri Perkhidmatan Air Kembali Kepada Rakyat

114. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 30 Oktober 2014 telah tidak bersetuju dan menolak permintaan dan syarat baru yang dikemukakan oleh Puncak Niaga Holding Berhad (PNHB) kepada Air Selangor. Kerajaan Negeri mendesak PNHB untuk menandatangani perjanjian pengambilalihan mengikut kaedah pembelian saham ekuiti PNHB di dalam PNSB (purchase of equity).

115. Antara syarat utama yang dicadangkan oleh PNHB dan ditolak oleh Kerajaan Negeri adalah pengambilalihan PNSB oleh Air Selangor dibuat menggunakan kaedah pembelian konsesi air (purchase of water concession business); penjualan berdasarkan ‘as is, where is basis’ dan keengganan PNHB untuk memberikan apa – apa waranti dan tanggungan ganti rugi; serta mengenepikan had RM 350 juta bagi pelepasan hutang di antara PNHB dan anak syarikatnya kepada Puncak Niaga (M) Sdn. Bhd.

116. Permintaan baru PNHB kepada Air Selangor, sekiranya dipersetujui, akan memudaratkan kepentingan Air Selangor khususnya dan rakyat Selangor amnya. Persetujuan kepada permintaan – permintaan PNHB juga akan meningkatkan kos pengambilalihan kepada Air Selangor yang pada akhirnya akan ditanggung oleh rakyat Selangor melalui tarif air yang lebih tinggi.

117. Setelah bertegas dengan pendirian untuk menolak permintaan saat akhir PNHB, Kerajaan Negeri berbesar hati mengumumkan bahawa anak syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Selangor iaitu Air Selangor Sdn Bhd (“Air Selangor”) telah memuktamadkan pembelian saham dengan Puncak Niaga Holding Berhad (PNHB) seperti mana disyaratkan oleh Perjanjian Induk Penstrukturan Air Selangor (“Perjanjian Induk”) bertarikh 12 September 2014 yang dimeterai di antara Kerajaan Selangor, Kerajaan Persekutuan dan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB).

118. Pembelian saham dari PNHB ini melibatkan dua syarikat pemegang konsesi air iaitu SYABAS dan Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB) yang dimuktamadkan pada hari terakhir tempoh masa yang telah disyaratkan oleh Perjanjian Induk.

119. Dengan pembelian saham ini, sebahagian besar operasi dan aset air akan kembali kepada rakyat yang membolehkan Kerajaan Negeri melalui Air Selangor mula mengambil alih dan menyusun semula operasi SYABAS dan PNSB. Tumpuan utama akan diberikan kepada usaha mengurangkan kadar air tidak berhasil (non – revenue water) yang merugikan rakyat serta memastikan bekalan air mencukupi secara berterusan untuk rakyat Selangor. Kerajaan Negeri berhasrat meningkatkan kecekapan perkhidmatan air yang lebih mesra rakyat dan responsif kepada pengguna di seluruh Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

120. Langkah seterusnya di dalam proses penstrukturan industri air ini ialah memuktamadkan pengambilalihan dua lagi syarikat konsesi iaitu ABASS dan SPLASH mengikut kerangka dasar yang menjamin kepentingan rakyat Selangor.

121. Walaupun beberapa perkara utama seperti kos dan terma pengambilalihan 4 syarikat konsesi (PNSB, SYABAS, ABASS dan SPLASH) telah diputuskan sebelum saya menjawat amanah sebagai Dato’ Menteri Besar Selangor, saya yakin ada ruang – ruang yang perlu digunakan sepenuhnya oleh pentadbiran Kerajaan Negeri yang baru untuk memastikan penstrukturan industri air ini memberi nilai terbaik kepada rakyat Selangor secara menyeluruh.

122. Ruang – ruang ini termasuklah memastikan pembinaan Projek Langat 2 (baik dari segi kapasiti, kos kejuruteraan dan pembinaan) di nilai secara objektif oleh wakil – wakil Kerajaan Negeri Selangor supaya tidak ada unsur – unsur pembaziran yang kelak akan membebankan rakyat.

123. Saya yakin dengan amalan keterbukaan dan ketelusan yang dititikberatkan oleh pentadbiran baru dalam proses penstrukturan air, Kerajaan Negeri akan berjaya mencapai persetujuan dengan semua pihak yang terbabit untuk menyempurnakan penstrukturan air dalam tempoh terdekat.

Toleransi Agama: Rahmat Untuk Semua

124. Kita menyedari suasana harmoni di kalangan rakyat, semangat toleransi dan saling hormat menghormati adalah penting untuk kesinambungan kemajuan Selangor. Justeru itu, isu rampasan Al Kitab yang menjadi kontroversi sehingga mengundang prasangka dan keharmonian antara agama telah diselesaikan dengan kesemua 351 Al Kitab yang mengandungi perkataan ‘Allah’ dipulangkan pada 14 November 2014 kepada Association of Churches in Sarawak (ACS) melalui Pengerusi ACS, Most Revd Archbishop Datuk Bolly Lapok.

125. Kerajaan Negeri menjunjung kasih ke atas DYMM Sultan Selangor sebagai Ketua Agama Islam atas pandangan jauh dan inisiatif Baginda dalam merundingkan dengan pelbagai pihak untuk kaedah terbaik bagi menyelesaikan masalah ini.

126. Pentadbiran ini akan mengusahakan pelbagai cara untuk menambahbaik dan memupuk persefahaman kaum dan toleransi antara agama di Selangor. Semua pihak perlu menghormati kedudukan Islam sebagai agama rasmi negeri ini dan hak mengamalkan agama masing – masing sebagaimana termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Kerajaan Negeri ingin menegaskan sentimen pelampau (extremism), provokasi kaum dan fanatik agama tidak mempunyai tempat dalam pentadbiran Negeri Selangor.

127. Islam adalah rahmatan lil alamin – rahmat untuk semua manusia. Negeri Selangor adalah teladan dalam mendukung pendekatan kesederhanaan dan keadilan sekaligus mencipta lingkungan masyarakat harmonis supaya pembangunan lebih kondusif bagi merangsang kegiatan ekonomi.

Sistem Pengangkutan Yang Mesra Rakyat

128. Kerajaan Negeri prihatin dengan kegelisahan penduduk yang terlibat dalam projek Lebuhraya KIDEX. Sebagai sebuah negeri pembangunan, kita tidak menolak pembinaan lebuhraya. Namun, Kerajaan Persekutuan juga perlu terbuka kepada cadangan – cadangan lain yang boleh meningkatkan keberkesanan sistem pengangkutan awam.

129. Kerajaan Negeri berpendirian bahawa pembinaan lebuhraya dalam Negeri Selangor perlulah bermanfaat bukan sahaja kepada pengguna lebuhraya tetapi juga dinikmati oleh penduduk di mana lebuhraya itu dibina. Justeru itu, pihak konsesi KIDEX perlu memenuhi syarat – syarat berikut :

•Menyediakan Penilaian Impak Lalulintas (Traffic Impact Assessment) yang bebas, Penilaian Impak Sosial (Social Impact Assessment) dan Penilaian Impak Alam Sekitar (Environmental Impact Assessment). Kajian – kajian ini perlu membuktikan manfaat yang ternyata kepada pihak pengguna dan penduduk kawasan yang terlibat setelah mengambil kira kesan negatif yang timbul akibat pembinaan lebuhraya tersebut.

•Mendedahkan kadar tol sepanjang tempoh konsesi termasuk segala kenaikan tol yang ditetapkan dalam konsesi. Pihak konsesi perlu memberikan anggaran rasmi jumlah tol yang akan dikutip dan kadar pulangan kepada pelaburan (rate of return to investment).

•Mendedahkan perjanjian konsesi sepenuhnya untuk mematuhi dasar kerajaan Pakatan Rakyat yang menegaskan ketelusan dan kebertanggungjawaban.

Semakan Semula Gaji Anggota Pentadbiran

130. Kerajaan Negeri memutuskan untuk menyemak semula kenaikan gaji yang diterima oleh Menteri Besar, Speaker, Timbalan Speaker dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). Rang Undang – Undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2014 akan dibentangkan dalam sesi kali ini dan sekiranya diluluskan, ianya akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2015.

Semakan Peruntukan Ahli Dewan Negeri

131. Peruntukan Ahli Dewan Negeri bagi tujuan Program Mesra Rakyat telah disemak semula untuk meningkatkan khidmat wakil rakyat kepada rakyat dan menjamin prinsip demokrasi. Maka, saya mencadangkan peruntukan Ahli Dewan Negeri Kerajaan ditingkatkan sebanyak RM 100,000 menjadi RM 700,000 setahun. Mulai tahun 2015, peruntukan Ahli Dewan Negeri akan turut dipanjangkan kepada Ahli Dewan Negeri Pembangkang dengan peruntukan sejumlah RM 200,000 setahun. Kerajaan Negeri juga mencadangkan sejumlah RM 100,000 setahun diperuntukkan kepada Penyelaras Parlimen yang dilantik oleh Kerajaan Negeri.

Menghargai Penjawat Awam

132. Kerajaan Negeri menghargai sumbangan penjawat awam. Sebuah kerajaan yang efisyen dan kuat adalah hasil daripada sinergi dan pemberdayaan pentadbiran awam. Pentadbiran sekarang akan mempertahankan hak dan maruah para penjawat awam di Negeri Selangor.

133. Atas sumbangan mereka melaksanakan dasar – dasar Kerajaan Negeri secara profesional dan berintegriti, Kerajaan Negeri bersetuju memberikan bonus satu bulan setengah gaji. Pembayaran bonus sebulan gaji telah dibuat pada bulan Julai tahun ini. Pembayaran bonus seterusnya akan dibuat pada 18 Disember 2014 untuk membantu penjawat awam membuat persediaan untuk persekolahan anak – anak.

134. Pentadbiran hari ini bersifat progresif, non discriminatory dan inklusif. Oleh itu saya dengan bangganya mengumumkan perlantikan Pegawai Daerah wanita yang pertama di Negeri Selangor, sebagai Pegawai Daerah Sepang. Sepang merupakan antara daerah yang paling pesat dari aspek pembangunan.

Pejabat Integriti Selangor

135. Kerajaan Negeri berikrar untuk melaksanakan pentadbiran yang mengamalkan prinsip ketelusan, kebertanggungjawaban, berintegriti dan tadbir urus yang baik. Untuk maksud itu, Kerajaan Negeri akan bekerjsama dengan Lembaga Swadaya Masyarakat atau NGO sebagai rakan kongsi, bukan sebagai musuh dalam sistem demokrasi untuk mencapai kecemerlangan dalam urus tadbir.

136. Kerajaan Negeri akan menubuhkan Pejabat Integriti Selangor dan juga menyambut baik cadangan daripada NGO supaya diwujudkan Pegawai Pejabat Hisbah (Ombudsman) yang bertugas untuk menyiasat aduan awam selari dengan dasar Kerajaan Negeri yang berpegang kepada prinsip pentadbiran yang bersih dan berintegriti.

Mendepani Cabaran Serantau

137. Sebagai negeri termaju dan penyumbang terbesar kepada ekonomi negara, Selangor perlu peka dengan setiap perkembangan di rantau ini. Tahun hadapan, kita akan memasuki era ASEAN Economic Community (AEC 2015) yang membawa pelbagai cabaran dan peluang baru. Dianggarkan kuasa ekonomi ASEAN berjumlah USD 3 trilion. Ekonomi Selangor perlu bersedia untuk mempersiapkan diri dan menyertai ekonomi serantau secara positif dan kreatif. Selangor sewajarnya menjadi pemimpin dan pengemudi ekonomi Malaysia diintegrasikan sepenuhnya dengan ekonomi ASEAN. Bermula sekarang, kita perlu melebarkan ufuk pandangan untuk menggarap dan merangkul keserantauan dalam pandangan ekonomi dan kebudayaan.

138. Negeri Selangor ibarat permata dalam mahkota. Permata tersebut semakin bergemerlapan di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat. Maka tidak menghairankan Barisan Nasional menggunakan segala helah, membuat makar dan tipu daya untuk merampas permata tersebut. Alhamdulillah, kebijaksanaan Pakatan Rakyat dan integriti pemimpin-pemimpin berjaya menghidu dan mengelakkan diri daripada jerangkap samar.

139. Keutamaan bagi kita adalah bekerja. Bekerja dan bekerja. Kita semua akan memerah keringat, berdedikasi untuk menjadikan Selangor sebagai Negeri Pembangunan yang bernafaskan semangat kepedulian rakyat.

Atas Bukit Melawati,
Meriam besi hala ke laut,
Keringat jatuh dalam negeri,
Bersama rakyat kita bertaut.

Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan.

Sumber HD - 24-11-2014




















































































































































Belanjawan Selangor: Pembangunan Berkualiti, Rakyat Dipeduli

MUHAMMAD FAIZAL | .



SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor hari ini mengumumkan peruntukan berjumlah RM277.3 juta bagi program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) untuk tahun 2015.

Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali ketika membentang belanjawan Selangor 2015 memberitahu sejumlah RM2,422,500,000 bagi melaksanakan semua rancangan pembangunan kerajaan khususnya program kesejahteraan rakyat.

"Kedudukan kewangan Selangor terus mantap, Kumpulan Wang Disatukan pada 19 November 2014 berjumlah RM3.31 bilion.

"Jumlah tersebut terdiri daripada aset berbentuk wang tunai RM108.68 juta dan pelaburan sejumlah RM3.2 bilion.

"Kumpulan Wang Disatukan meningkat sebanyak RM400.8 juta kepada RM3.307 bilion iaitu 13.78 peratus berbanding RM2.207 bilion pada tahun 2013," katanya di persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS).

Tambah beliau lagi, di bawah peruntukan mengurus, RM385 juta adalah bagi emolumen dan RM443.5 juta disediakan bagi perkhidmatan dan bekalan.

Manakala, RM17.6 juta diperuntukan kepada pembelian aset, seju‎mlah RM426.5 juta pula disediakan untuk pemberian dan kenaan bayaran tetap dan RM16 juta untuk perbelanjaan lain.

"RM106.6 juta disediakan bagi perkhidmatan masyarakat, pembangunan luar bandar, sektor perbandaran dan pembangunan usahawan.

"Seterusnya, RM100.2 juta diperuntukan bagi pembangunan sosial termasuk pendidikan, perumahan, pembangunan belia dan sukan dan pembangunan insan," katanya lagi.

Tambah beliau, sejumlah RM48.9 juta akan diperuntukkan bagi pembangunan khas negeri dan RM 44.4 juta bagi pengambilan balik tanah.

Katanya lagi, bagi pentadbiran am, sejumlah RM33.8 juta diperuntukkan, untuk tujuan pambangunan adat Melayu dan warisan serta pelancongan sejumlah RM 9.25 juta disediakan.
Adun pembangkang dapat RM200,000
Dalam pada itu, sebanyak RM200,000 setahun diperuntukkan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN)‎ bagi tujuan meningkatkan khidmat wakil rakyat kepada rakyat Selangor.

‎Azmin mengatakan bahawa peruntukan Ahli Dewan disemak semula bagi menjamin kesejahteraan rakyat serta menjamin prinsip demokrasi.

"Saya mencadangkan peruntukkan Ahli Dewan Negeri Kerajaan ditingkatkan sebanyak RM100 ribu kepada RM700,000 setahun.

"Mulai 2015 peruntukan ini turut dipanjangkan kepada setiap Adun BN dengan jumlah sebanyak RM200,000," ucap beliau.

Dalam pada itu sebanyak RM100,000 setahun juga diperuntukkan kepada Penyelaran Parlimen yang dilantik oleh Kerajaan Negeri.‎

Beliau dalam pada itu turut berharap agar isyarat ‎ini diterima Kerajaan Pusat agar memberi peruntukkan kepada kawasan Parlimen yang dimenangi Pakatan Rakyat.

Kerajaan Negeri Selangor turut menetapkan enam strategi Belanjawan bagi tahun 2015.

Antara sasaran strateginya meliputi membesar lapisan kelas menengah, menjana pertumbuhan berkualiti, memberdaya ekonomi hawa dan generai, pembangunan kejiraan hijau, menjana industri budaya dan intelektual dan menyemarak ekonomi desa.

Azmin memberitahu bahawa di bawah strategi pertama melalui Program Hijrah, kerajaan telah menetapkan paras garis kemiskinan di negeri itu sebanyak RM1,500.

"Melalui strategi pertama, RM1,500 ditetapkan sebagai garis kemiskinan, menurut kriteria ini 30 peratus daripada penduduk Selangor berada di bawah garis kemiskinan.

"Menyedari hakikat ini, kerajaan negeri perlu melipatgandakan usaha untuk memartabatkan kelompok ini supaya mereka diupayakan untuk keluar daripada putaran garis kemiskinan.

"Dana bagi mereka menceburkan diri dalam bidang keusahawanan perlu ditingkatkan.

"Kerajaan negeri akan memperkasakan pembiayaian melalui Skim Mikrokredit Selangor (SkimSel) dan Program Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR)," kata beliau.

Katanya, semua program ini akan disepadukan di bawah inisiatif Hijrah untuk melonjakkan golongan miskin ini berhijrah memasuki kumpulan pendapatan menengah.

Usaha kerajaan negeri ini adalah untuk mencapai keadilan sosial dan pengagihan yang adil dalam usaha membasmi kadar kemiskinan negeri itu.‎ - HARAKAHDAILY 24/11/2014

YAB AA - https://www.youtube.com/watch?v=gDavyqCklP4&list=UUFznwgrJ0SorgTbQlpOKOaQ

Sumber HD - 24-11-2014




















































































































































Shafie Ngah dipilih Timbalan Speaker DN Selangor

HARAKAHDAILY | .

SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bangi daripada PAS Mohd Shafie Ngah dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Negeri Selangor (DNS).
Pemilihan itu dibuat pada persidangan DNS pagi ini.
Nama Shafie dicadangkan oleh Adun Cempaka, Iskandar Abdul Samad.

Adun Sekinchan, Ng Swee Lim juga dicadangkan untuk jawatan itu oleh Adun Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah.

Sementara itu, Ketua Pembangkang DNS iaitu Adun Sungai Burong, Datuk Mohd Shamsuddin Lias yang mencelah selepas Yang Dipertua DNS, Hannah Yeoh memaklumkan pengundian dijalankan bahawa Adun BN berkecuali.

Shafie mendapat 28 undi sementara Ng 14 undi dan satu undi rosak.

Jawatan berkenaan kosong berikutan penyandangnya iaitu Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dilantik sebagai exco kerajaan negeri pada 26 September lalu. - HARAKAHDAILY 24/11/2014

YB SN - https://www.youtube.com/watch?v=Qb8gcX4CcwI&list=UUFznwgrJ0SorgTbQlpOKOaQ

Sumber HD - 24-11-2014




















































































































































Presiden FAS: Azmin tunggu selepas 3 Dis

HARAKAHDAILY | .



KUALA LUMPUR: Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali menjelaskan masih terlalu awal untuk memberi sebarang reaksi berkenaan pelantikannya sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) dan perancangan untuk kemajuan bola sepak di negeri itu.

“Saya ingat terlalu awal untuk mengambil pendirian terbabit sehingga proses ini selesai pada 3 Disember akan datang,” katanya dipetik Selangor Kini.

Bagaimanapun, beliau akan mengadakan perbincangan bersama exco FAS berhubung segala perancangan dan kaedah sesuai yang akan diguna pakai bagi melonjak kembali semangat serta prestasi bola sepak di Selangor jika perkara itu bernar berlaku.

“Saya kira penting untuk membantu anak muda di Selangor ini supaya terbabit secara langsung dalam bidang sukan yang dapat dilonjakkan daripada perancangan yang lebih strategik dan baik,” katanya.

Baru-baru ini, Jawatankuasa Eksekutif FAS sebulat suara bersetuju melantik Mohamed Azmin sebagai Presiden FAS yang baru.

Memetik laman web persatuan, pelantikan Mohamed Azmin itu bagaimanapun hanya akan disahkan dalam satu mesyuarat agung luar biasa (EGM) di Kelab Shah Alam, pada 3 Disember ini.

Sumber HD - 24-11-2014




















































































































































Anak syarikat Selangor tidak pinggir tanggungjawab sosial

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Seramai 32 asnaf sekitar Selangor bertuah apabila menerima bantuan baik pulih rumah anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dengan kos keseluruhan RM640,000.

Selangor Kini melaporkan, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar negeri, Iskandar Abdul Samad berkata, inisiatif itu membuktikan anak syarikat kerajaan negeri itu tidak pernah meminggirkan kerja tanggungjawab sosialnya.

Katanya, usaha PKNS itu juga mencerminkan prinsip kerajaan negeri yang bukan sahaja memberi tumpuan kepada kawasan pembangunan tetapi juga kehidupan luar bandar.

“Ada orang cakap PKNS jual rumah harga berjuta-juta tetapi jangan kita lupa bahawa PKNS perlu membuat keuntungan.

“Keuntungan seperti itu yang akan dipulangkan kembali kepada rakyat dalam program seperti pagi ini,” katanya ketika merasmikan Majlis Pelancaran Program Baik Pulih Rumah Asnaf di tapak rumah salah seorang penerima bantuan di Taliair 2, Ban 1 Tanjong Karang, hari ini.

Hadir sama adalah Pengurus Besar PKNS, Azlan Alifiah dan Pengurus Khidmat Masyarakat Dun Sungai Burong, Misran Serman.

Melalui program di bawah Kasih PKNS ini, setiap unit rumah diberikan kos siling RM20,000 dan bergantung kepada jenis pembaikan yang akan dilakukan.

Kerja baik pulih sudah bermula dan dijangka siap sepenuhnya menjelang penghujung tahun ini.
Selain Sungai Burong, empat kawasan lain yang menerima bantuan adalah di Sungai Air Tawar, Sabak Bernam, Sungai Panjang dan Jeram.

Sumber HD - 22-11-2014




















































































































































Pampasan RM2.6 juta: Exco perlu semak minit mesyuarat

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Pengerusi Jawatanuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi Negeri Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, beliau perlu menyemak semula minit mesyuarat Exco pada 27 September lalu berhubung pemberian pampasan bekas kakitangan pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berjumlah RM2.6 juta.

Selangor Kini melaporkan, beliau tidak pasti sama ada dalam mesyuarat ketika itu Exco meluluskan atau hanya dimaklumkan mengenai jumlah pampasan itu.

Secara peribadi beliau mengakui baru menyertai dua mesyuarat Exco yang dipengerusikan oleh Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali selepas pulang daripada mengerjakan ibadah haji seminggu yang lalu.

Jelasnya, sudah menjadi amalan sekiranya sesuatu perkara dibincang dalam Mesyuarat Exco minggu ini ia akan disahkan pada mesyuarat seterusnya.

Katanya, jika soal pampasan itu sudah dimaklumkan ia bererti telah diluluskan oleh ahli lembaga pengarah agensi terlibat.

“Seingat saya kertas itu ada dibawa ke Mesyuarat Exco cuma tidak ada perincian dan pecahan.

“Menjadi amalan dalam Mesyuarat Exco kalau kita bawa minggu ini, ia akan disahkan dalam Mesyuarat Exco akan datang dan saya melihat kepada kertas itu,” katanya.

Sumber HD - 21-11-2014




















































































































































Exco PAS S'gor tak terlibat lulus dana RM2.6 juta

MUHAMMAD FAIZAL | .



KUALA LUMPUR: Exco PAS Selangor tidak terlibat dalam kelulusan bayaran pampasan sebanyak RM2.6 juta kepada pembantu-pembantu bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata, penafian penglibatan itu dimaklumkan pada pertemuan dengan PAS Negeri Selangor semalam yang turut dihadiri dua bekas exco serta pimpinan negeri dan kawasan.

"Dua bekas exco dan dua exco menafikan telah memberi kelulusan serta terlibat dalam pemberian pampasan kepada orang-orang Khalid.

"Mereka memaklumkan pada mesyuarat 22 Oktober lalu, Khalid‎ hanya memaklumkan pemberian tersebut yang telah dipersetujui pada mesyuarat Lembaga Pengarah Menteri Besar Incorporate (MBI) dengan jumlah tanpa ada pecahan pembayaran," katanya pada sidang media di Parlimen.

Tambah beliau, tindakan mengaitkan PAS dalam isu RM2.6 juta itu hanya bertujuan untuk mencemarkan imej PAS yang sebelum ini mempertahankan Khalid dalam krisis Menteri Besar.

"Kaitkan exco PAS adalah niat jahat Khalid untuk memalitkan PAS dalam isu ini, ia hanya dimaklumkan sahaja dan bukan meluluskan melalui mesyuarat exco.

"Malah pembayaran juga dibuat secara mengejut apabila duit dipindahkan ke akaun masing-masing pada malam itu juga, ini turut mengejutkan exco-exco yang ada ketika itu," sambung beliau lagi.

Beliau yang turut memberitahu, PAS Selangor menggesa agar siasatan terperinci segera dilakukan Kerajaan Negeri Selangor termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sementara itu, Ahli Parlimen Hulu Langat, Abdullah Sani turut menyifatkan ia merupakan satu pembayaran yang keterlaluan dan tidak mengikut undang-undang pekerjaan yang sedia ada.

Katanya, pembayaran dengan jumlah yang besar itu merupakan satu pembayaran yang pertama kali berlaku di negara ini. - HARAKAHDAILY 19/11/2014

YB KS - https://www.youtube.com/watch?v=82wCVvKFxoI&list=UUFznwgrJ0SorgTbQlpOKOaQ

Sumber HD - 19-11-2014




















































































































































Semua empangan Selangor lepasi paras 50%

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Semua lapan empangan di Selangor mencatatkan peningkatan paras air melepasi kadar 50 peratus, lapor Selangor Kini.

Menurut laman sesawang Lembaga Urus Air Selangor (Luas) setakat jam 8.00 pagi hari ini, Empangan Sungai Selangor yang membekalkan kira-kira 60 peratus air ke Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor kini berada di paras 54.77 peratus.

Empangan itu pada kira-kira empat bulan lalu berada pada tahap kritikal sehingga menyebabkan penjadualan air dilaksanakan bagi mengatasi kekurangan air.

Manakala, Empangan Batu mencatatkan (94.75 peratus), Empangan Klang Gate (97.73%), Kolam Takungan Sg. Labu (ORS) (66.10%) dan Empangan Langat (100%).

Sementara itu, Semenyih (72.73%), Empangan Sg Tinggi (51.81%), Tasik Subang (73.11%).

Peningkatan itu melegakan penduduk Lembah Klang selepas paras air di empangan itu mencatatkan penurunan beberapa bulan lalu yang menyebabkan penjadualan air dilaksanakan.

Kadar hujan yang tinggi mutakhir ini membantu peningkatan paras air empangan.

Sumber HD - 18-11-2014




















































































































































Skim sewa milik, bantu pembeli gagal dapat pinjaman

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor akan melancarkan skim sewa milik untuk pembeli-pembeli rumah kos rendah yang gagal mendapat pinjaman bank.

Exco Perumahan, Pengurusan Dan Kehidupan Bandar Negeri Selangor, Iskandar Abdul Samad berkata, menerusi skim itu kerajaan negeri melalui Perumahan Dan Hartanah Selangor Sdn Bhd (PHSB) akan membeli rumah-rumah kos rendah dan menyewakannya kepada pembeli-pembeli tersebut.

"Setelah dua tahun menyewa, mereka boleh membuat pilihan untuk membeli rumah-rumah itu.

"Sebahagian dari sewa yang dibayar sepanjang tempoh tersebut akan ditolak dari harga rumah," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya lagi, pembelian selepas tempoh menyewa dua tahun itu adalah dengan membuat pinjaman dari bank.

"Namun jika mereka masih belum mampu membuat pinjaman bank, mereka boleh terus menyewa sehingga mereka mampu.

"Mereka juga boleh menyewa sehingga bayaran sewa mereka dapat menampung keseluruhan harga rumah," tambah beliau.

Kerajaan Negeri ujarnya telah memperuntukkan RM10 juta untuk fasa pertama program ini dan majlis pelancaran akan disempurnakan oleh Menter Besar Selangor Mohamed Azmin Ali pada 24 November ini.

Program ini yang dinamakan Dana Sel adalah telah terkandung di dalam Manifesto Pakatan Rakyat Negeri Selangor bagi pilihan raya umum 2013.

Ianya di bawah program-program untuk mewujudkan skim pinjaman perumahan Kerajaan Negeri dan memperbanyakkan jumlah rumah sewa di bawah Kerajaan Negeri. - HARAKAHDAILY 18/11/2014

Sumber HD - 18-11-2014




















































































































































44,957 kes denggi, masyarakat patut prihatin

SELANGOR KINI | .

SHAH ALAM: Kesedaran mengenai kebersihan sangat penting dalam usaha membanteras penularan wabak denggi yang semakin meningkat dan boleh mendatangkan ancaman kepada masyarakat.

Tambahan pula taburan hujan yang tinggi kebelakangan ini memudahkan lagi pembiakan jentik-jentik di kawasan terbiar seperti di longgokan sampah dan barangan terbiar.

Sehingga minggu epid ke-46 bertarikh 15 November 2014, sebanyak 44,957 kes denggi yang telah didaftarkan melalui ujian makmal bagi Selangor dengan 66 jumlah kematian.

Justeru, amalan gotong-royong dan keprihatinan menjaga kebersihan diperlukan dalam situasi sekarang supaya indeks mangsa denggi dapat dikurangkan.

Bagi Adi Amirul, 34, pengalaman menjadi suspek denggi bukan suatu perkara yang indah ditambah terpaksa menaggung kesakitan selama seminggu.

Meskipun tidak ditahan di wad, namun sejak daripada kejadian itu menjadikan beliau lebih berdisiplin untuk menjaga kebersihan sekitar.

“Masa jadi suspek denggi sekitar 2004. Lebih kurang seminggu saya demam tapi saya hanya mengambil ubat biasa dan berehat di rumah.

“Saya sendiri tidak tahu di mana saya terkena gigitan nyamuk tapi memang terseksa apabila badan menjadi lemah tidak bermaya.

“Sejak itu saya akan pastikan kawasan rumah terutamanya bebas daripada barangan tidak terpakai yang boleh menjadi tempat aedes membiak,” katanya ketika ditemui Selangor Kini.

Jelasnya, masyarakat perlu memainkan peranan penting memandangkan terdapat segelintir yang gemar membuang sampah merata-rata terutama di persimpangan jalan.

Pengalaman sama pernah dilalui Herwan Rais, 32, yang menjadi suspek denggi tahun lalu.

Menurutnya, kebanyakan kawasan perumahan kurang memberikan perhatian soal kebersihan terutama di bahagian longkang.

Katanya, masyarakat lebih mengharapkan Pihak Berkuasa Tempatan membersihkan kawasan longkang atas alasan bukan tanggungjawab mereka sepenuhnya.

“Kita biasa nampak air bertakung seprti di pasu bunga, tong-tong lama tapi kita kurang sedar kalau air longkang bertakung dan tidak mengalir dengan baik turut menjadi faktor penyumbang kepada pembiakan aedes,” katanya yang telah tinggal di Shah Alam sejak 2008.

Katanya lagi, masyarakat perlu menyahut seruan kerajaan negeri untuk bersama-sama menjaga kebersihan dan mengawal penularan wabak denggi.

Sumber HD - 17-11-2014




















































































































































Siasatan pampasan k’tangan Khalid diserah kepada MBI

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Hasil siasatan audit pampasan membabitkan kakitangan mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan diserahkan kepada Lembaga Pengarah Menteri Besar Incorporated (MBI) untuk tindakan lanjut.

Selangor Kini melaporkan, Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, pihak audit terlebih dahulu membentangkan laporan audit berkenaan kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), minggu lalu.

Bagaimanapun, katanya, perkara berkenaan di luar bidang kuasa MMKN dan akan diserahkan kembali kepada pihak MBI.

Menurutnya, MMKN sudah dimaklumkan berkenaan hasil siasatan pihak audit dan akan dibentangkan dalam minggu ini untuk melihat langkah yang perlu diambil jika ada sebarang keputusan melanggar peraturan.

Beliau menambah, sama ada ganjaran atau pampasan itu akan ditarik juga akan dibincangkan.

“Hasil siasatan memang ada perkara tidak dipatuhi dalam pemberian itu dengan jumlah begitu besar dan luar biasa yang perlu disemak semula,” katanya selepas majlis perasmian program Gerak Gempur Aedes dengan tema ‘MB Terjah, Kampungku Meriah’ di Kampung Tengah, Gombak, hari ini.

Semalam, Khalid menjelaskan beliau mengikut prosedur sedia ada dalam pemberian pampasan kepada tujuh pembantunya ketika dalam pentadbiran termasuk bekas Ketua Pegawai Eksekutif MBI, Faekah Husin dan bekas Setiausaha Akhbar, Arfa’eza Abdul Aziz.

Katanya, keputusan itu dipersetujui Ahli Lembaga Pengarah MBI yang kemudiannya dimaklumkan kepada semua Exco Kerajaan Negeri sebelum ini dan mengikut prosedur yang ditetapkan.

Sumber HD - 16-11-2014




















































































































































Bertani: 2 hektar untuk belia di Selangor Fruits Valley

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Program Belia Tani antara usaha kolektif Kerajaan Negeri Selangor menarik anak muda tempatan terbabit secara serius dalam sektor pertanian selain meningkatkan ekonomi masyarakat tempatan seterusnya memacu pembangunan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Zaidy Abdul Talib berkata, program yang dalam proses perancangan itu dirangka rapi dalam memastikan setiap pesertanya memperoleh pendapatan lumayan, lapor Selangor Kini.

“Sudah tiba masanya, kita ubah persepsi lapuk masyarakat yang berpandangan sektor pertanian ini hanya untuk golongan berusia.

“Belia Tani bukan sahaja mengisi peranan anak muda dalam sektor ini, bahkan kita harapkan menjadi sumber pendapatan yang baik selain bekerja di sektor lain,” katanya kepada Selangor Kini selepas merasmikan Program Jelajah Tani di Dun Tanjung Sepat di Padang Sungai Kelambu, Banting hari ini.

Hadir sama Adun Tanjung Sepat, Mohd Haslin Hassan dan Pengarah Jabatan Pertanian Selangor, Mohamad Idrus Abdul Hamid.

Mengulas lanjut, Zaidy berkata, pihaknya sudah mengenalpasti beberapa tapak pertanian untuk diusahakan belia dalam program itu.

“Antara tapak yang dikenalpasti setakat ini adalah Selangor Fruits Valley, yang mana di situ masih terdapat tanah untuk diusahakan. Belia yang berminat akan ditawarkan tapak seluas dua hektar untuk diusahakan.

“Buat masa ini, belia yang berminat boleh merujuk terus ke pejabat saya dengan membawa kertas kerja untuk dipertimbangkan,” katanya yang juga Adun Taman Templer.

Terdahulu, Zaidy dibawa melawat ke Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Sungai Kelambu bagi melihat projek pertanian nenas, sayuran dan tanaman kontan umbisi.

Beliau turut berkesempatan merasmikan kebun durian belanda yang diusahakan penduduk Kampung Sungai Lang Baru.

Untuk rekod, Jelajah Tani akan diadakan di tujuh Dewan Undangan Negeri (Dun) bermula di Tanjung Sepat dan berakhir di Dun Jeram, pada 14 Disember ini.

Program berteraskan pembangunan sektor pertanian itu bertujuan untuk mempromosikan program Selangor Agrofest 2014 yang akan berlangsung pada 18 hingga 21 Disember ini di Stadium Sungai Besar.

Sumber HD - 16-11-2014




















































































































































Jais lewat selenggara masjid, tiada kepakaran jurutera

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Tiada kepakaran jurutera di dalam Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) bagi urusan baik pulih dan pengauditan masjid di negeri itu antara punca menyebabkan kebanyakan masjid kurang diselenggara dengan baik.


Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi negeri, Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata bilangan masjid yang banyak di Selangor menyebabkan tanggungjawab Jais adalah lebih besar berbanding negeri lain, lapor Selangor Kini.

Katanya, hal itu juga menyebabkan keupayaan Jais sebagai agensi pelaksana memiliki batasan termasuk menguruskan projek sedia ada.

“Kita perlu bantuan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk menyediakan senarai kuantiti (BQ) untuk menyelesaikan masalah ini.

“Selain itu, ketiadaan jurutera di Jais menyebabkan proses baik pulih atau audit di peringkat masjid dan sebagainya menjadi lambat kerana penyeliaan bukan mudah, kena ada profesionalisme,” katanya kepada Selangor Kini.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan negeri akan mengambil inisiatif untuk melantik jurutera secara kontrak bagi memastikan proses baik pulih dilakukan dengan selamat dan mengambil kira semua faktor.

“Saya akan bincang dengan pengarah sendiri dan bahagian terbabit untuk melihat bagaimana perkara ini boleh dibaiki daripada kita berkocak di luar,” katanya.

Laporan Ketua Audit Negara sebelum ini mendapati masalah bumbung adalah bentuk kerosakan tertinggi pada sekurang-kurangnya enam buah masjid kelolaan Jais.

Malah, laporan itu mendedahkan tujuh bentuk kerosakan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang belum dibaiki.

Sumber HD - 15-11-2014




















































































































































Program Jelajah Tani bermula di Tanjung Sepat

HARAKAHDAILY | .




KUALA LUMPUR: Program Jelajah Tani anjuran Kerajaan Selangor akan diadakan di tujuh Dewan Undangan Negeri (Dun) bermula di Tanjung Sepat pada 16 November (esok) dan berakhir di Dun Jeram pada 14 Disember 2014, lapor Selangor Kini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Zaidy Abdul Talib, berkata program berteraskan pembangunan sektor pertanian itu bertujuan untuk mempromosikan program Selangor Agrofest 2014.

Orang ramai diharap dapat memeriahkan program itu yang diisi dengan pelbagai acara menarik dan gerai berasaskan industri asas tani.

Acara kemuncak itu dijadualkan berlangsung pada 18 hingga 21 Disember ini di Stadium Sungai Besar.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Cik Aimaan di talian 03-55107150.

Sumber HD - 15-11-2014




















































































































































Jais pulang semula Bible versi Melayu kepada PBM

HARAKAHDAILY|Foto: SELANGORKINI | .


KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hari ini memulangkan semula Bible versi bahasa Melayu kepada Persatuan Bible Malaysia (PBM).

Selangorkini melaporkan, serahan itu turut disaksikan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyez Abdul Wahid dan Pengarah Jais, Ahmad Zaharin Mohd Saad.

Sebelum ini, Mohamed Azmin memaklumkan akan merujuk kepada Sultan Selangor, bagi memohon perkenan usaha untuk menyelesaikan isu pengambilan Bible dalam Bahasa Melayu dan Iban yang mengandungi kalimah Allah.

Malah katanya, beliau turut mengadakan perbincangan bagi mendapatkan pandangan daripada Jais dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) supaya ia dapat ditangani secara harmoni dan baik.

Terdahulu, mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turut menggunakan pendekatan sama dalam menyelesaikan isu ini tetapi belum mencapai sebarang kata putus.

Pada Januari lalu, Jais mengambil lebih 300 kitab Injil berbahasa Melayu dan Iban dari pejabat Pertubuhan Bible Malaysia (PBM) di Damansara.

Jais berkata, tindakan itu dibuat mengikut Enakmen Agama Bukan Islam 1988 (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) dengan menghalang orang bukan Islam di Selangor menggunakan perkataan kalimah Allah. - HARAKAHDAILY 14/11/2014

Sumber HD - 14-11-2014




















































































































































'Anak kita tidak pergi pusat siber tetapi ke perpustakaan'

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) komited mengaktifkan kembali perpustakaan bergerak berikutan permintaan tinggi terhadap perkhidmatan berkenaan, lapor Selangor Kini.


Pengarahnya, Mastura Muhamad, berkata memang menjadi impian
PPAS untuk memberikan kemudahan terbabit bersesuaiaan dengan usaha kerajaan negeri yang mementingkan pendidikan kepada masyarakat.

“Permintaaan bagi perpustakaan bergerak ini amat tinggi. Walaupun kita mempunyai banyak perpustakaan desa tetapi apabila pelbagai pihak seperti Adun, badan bukan kerajaan (NGO), sekolah dan sebagainya membuat keramaian, mereka perlukan perkhidmatannya.

“Bagaimanapun, kita tidak mempunyai peruntukan spesifik,” katanya kepada Selangor Kini.

Mastura berkata, PPAS merancang mengadakan perbincangan bersama Exco Pendidikan, Nik Nazmi Nik Ahmad, berhubung perkara berkenaan.

Katanya, perkhidmatan perpustakaan bergerak sudah menjangkau antara 15 ke 20 tahun di Selangor dan keadaannya pada ketika ini tidak memuaskan, manakala proses membaikpulihnya membabitkan kos agak tinggi.

“Yang kita ada sudah agak buruk. Bila kita nak catkan kembali, sebut harga diterima melebihi RM20,000.

“Saya lihat perpustakaan umpama sekolah selepas waktu persekolahan. Maksudnya pustakawan berperanan menjadi pendidik seumpama guru di sekolah. Anak kita tidak pergi ke pusat siber tanpa lesen tetapi datang ke perpustakaan,” katanya.

Beliau berkata, perpustakaan bergerak akan memberi lebih pilihan kepada masyarakat di Selangor.

Katanya, kini perkhidmatan perpustakaan bergerak terdapat di Banting, Sabak Bernam dan Kuala Kubu Bharu.

Sumber HD - 13-11-2014




















































































































































PSRA: Peranan ibu bapa di sebalik kejayaan pelajar

HARAKAHDAILY | .




KUALA LUMPUR: Sikap tidak pernah berputus asa yang diamalkan Muhammad Alif Iskandar Abdul Rahim dalam menuntut ilmu menjadikan beliau cekal untuk menggenggam sebuah kejayaan demi masa depan yang cemerlang.

Pelajar Sekolah Rendah Agama (SRA) Sijangkang Kuala Langat itu mengatakan sifat positif yang ditanam dalam dirinya menjadikan beliau berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA), lapor Sealngor Kini.

Dengan memperoleh keputusan 99 peratus, Alif dinobatkan sebagai salah seorang Murid Cemerlang PSRA 2014 Peringkat Negeri Selangor di Masjid Negeri, Shah Alam, Selasa lalu.

“Kita kena banyak membuat ulang kaji, tidak boleh berputus asa, kena banyak berdoa dan hormati ibu bapa.

“Biasanya saya luangkan masa selama dua jam sehari untuk mengulangkaji pelajaran,” katanya kepada Selangor Kini.

Kejayaan yang diperoleh anak kedua daripada tiga adik beradik itu sememangnya tidak disangka namun beliau bersyukur usahanya membuahkan hasil.

“Sangat gembira dan terkejut sebab tidak pernah dapat keputusan begini, saya bersyukur sangat,” katanya lagi.

Seorang lagi pelajar, Qistina Soffiyya Taqiyuddin Amini pula berkata beliau banyak mengulang kaji pelajaran di rumah setiap kali pulang dari sekolah.

Beliau yang tidak bergantung kepada bantuan luar seperti tuisyen lebih gemar menghabiskan masa di rumah sambil dipantau oleh kedua ibu bapanya.

“Saya lebih suka belajar sendiri dan hanya menghadiri tuisyen di sekolah serta menghafal nota-nota penting, kata murid Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) Seksyen 19 Shah Alam.

Atas kejayaan cemerlangnya memperoleh keputusan 99.6 peratus, beliau turut dinobatkan sebagai Murid Cemerlang PSRA 2014.

Seramai 37,169 calon SRA menduduki peperiksaan tahun ini dengan melibatkan 686 buah sekolah.

Sumber HD - 13-11-2014




















































































































































Orang ramai bantah jualan borong minuman keras

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Cadangan sebuah syarikat menjual minuman keras secara borong di satu pasar raya di Bandar Baru Bangi mendapat respons negatif orang ramai khususnya masyarakat Islam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bangi, Shafie Ngah berkata, respons jelas menunjukkan rasa tidak puas hati dan tidak bersetuju orang ramai dengan tindakan syarikat berkenaan.

Katanya, isu permohonan menjual arak di Bandar Baru Bangi sebagaimana yang telah disiarkan beberapa akhbar kelmarin menunjukkan ada golongan masyarakat yang membantah permohonan itu.

Shafie berkata, rujukan dibuat ke Lembaga Perlesenan Daerah Hulu Langat mendapati ia adalah prosedur biasa mengenai keperluan sesebuah syarikat atau mana-mana pemohon menyiarkan cadangan permohonannya di akhbar tempatan untuk mendapatkan maklum balas orang awam.

“Proses baru bermula dan belum ada permohonan rasmi ke lembaga berkenaan,” katanya dipetik Selangor Kini.

Sumber HD - 10-11-2014




















































































































































Air: Menteri tak nak dedah, Azmin keluar kenyataan esok

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor kesal Kerajaan Pusat terus melengah-lengahkan pelaksanaan penstrukturan industri air di negeri itu.

Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata kerajaan negeri tidak akan memberi muka kepada mana-mana pihak yang cuba melengah-lengahkan penstrukturan industri air yang sudah ditandatangani, lapor Selangor Kini.

Beliau tidak mahu kelewatan itu akan memberi kesan kepada pengguna dan rakyat di negeri itu khasnya.

“Seperti mana dinyatakan menteri dalam tempoh lima minggu ada perjanjian yang perlu ditandatangani antara syarikat konsesi dengan kerajaan negeri untuk pelaksanaan dan tempoh itu akan tamat dalam masa terdekat.

“Tetapi Kerajaan Pusat masih berdolak dalik dan tidak kenakan satu tekanan pada syarikat berkenaan untuk selesaikan penstrukturan industri air,” katanya selepas menyempurnakan majlis perasmian Hari Tadika Selangor 2014 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), pagi tadi.

September lepas, kerajaan negeri mula memeterai perjanjian induk pengambilalihan industri air dengan disaksikan Menteri Besar ketika itu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Menteri Tenaga Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili.

Azmin berkata sehingga kini pihak kementerian tidak memberi jawapan berhubung permohonan mendedahkan isi kandungan perjanjian air.

“Surat saya yang dihantar tiga minggu lepas sehingga ke hari ini malang sekali tidak dijawab.

“Menteri yang tak hendak dedahkan. Saya akan keluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara ini esok,” tegasnya.

Sumber HD - 9-11-2014




















































































































































Tanya Dr Mahathir siapa Noh Omar, kata Azmin

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali enggan mengulas dakwaan Pengerusi Umno negeri, Datuk Seri Noh Omar yang mendakwanya 'cuba tunjuk pandai' mencari jalan pendamaian berhubung kemelut fatwa Sisters in Islam (SIS).

Beliau sebaliknya berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad perlu dirujuk untuk mengenali siapakah sebenarnya Noh, lapor Selangor Kini.

“Siapa? Noh Omar? Dia ada lagi?Saya ingat tanya Dr Mahathir siapa Noh Omar ni?” katanya ringkas kepada pemberita selepas menghadiri Istiadat Konvokesyen Universiti Selangor (Unisel) di Bestari Jaya.

Noh semalam mendakwa Azmin cuba berlagak pandai apabila mencadangkan satu pertemuan diadakan di antara Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid dan SIS berhubung fatwa sesat oleh Jawatankuasa Fatwa negeri itu.

Sebelum ini, Azmin berharap pertemuan dapat diadakan antara Mufti, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Sisters In Islam (SIS) dalam masa terdekat.

Sumber HD - 8-11-2014




















































































































































UM8: S'gor sedia tawar tempat sambung belajar

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor bersedia menyediakan tempat bagi lapan pelajar Universiti Malaya (UM8), jika mereka dikenakan hukuman berat.

Exco Pendidikan, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata , kerajaan negeri akan memastikan kesemua mereka diberi peluang menyambung pelajaran mereka sama ada di Universiti Selangor (UNISEL) atau Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).

Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) Fahmi Zainol dan tujuh lagi rakannya menghadapi tindakan tatatertib kerana menganjurkan Pidato untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam universiti itu dua minggu lalu.

Mengulas lanjut, nik Nazmi berkata, Universiti Malaya selaku salah satu institusi pengajian tinggi dihormati perlu melihat teliti kesan jika universiti membuat keputusan menggantung atau membuang pelajar itu.

“Ini bukan sahaja memburukkan pentadbiran universiti tetapi imej universiti secara keseluruhan akan terjejas.

”Ia kerana mereka dilihat menguatkuasakan peraturan ketat yang menghindarkan perkembangan minda daripada menggalakkan pelajar berfikir dan bertindak kritis,” katanya.

Sementara itu, prosiding perbicaraan tatatertib terhadap lapan pelajar Universiti Malaya terbabit yang mula berlangsung semalam, ditangguhkan ke 18 November. - HARAKAHDAILY 8/11/2014

Sumber HD - 8-11-2014




















































































































































Banjir Cameron: S'gor hulur bantuan RM15,000

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor menghulurkan bantuan RM15,000 bagi membantu mangsa banjir dan tanah runtuh di Cameron Highlands, Pahang.

Perkara itu dimaklumkan Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita Dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi melalui Facebook beliau semalam.

“Kerajaan Negeri mengucapkan takziah kepada mangsa bencana banjir dan tanah runtuh di Cameron Highlands, peruntukan RM15,000 diluluskan untuk bantuan ke sana,” katanya.

Insiden banjir dan tanah runtuh di Cameron Highland Selasa lalu telah mengorbankan lima nyawa, sementara hampir 30 buah keluarga dipindahkan daripada kediaman mereka.

Dua mayat terakhir ditemui semalam, dan operasi mencari dan menyelamat telah dihentikan sejak tengah hari semalam.

Biarpun begitu, bilik operasi kini diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan.

Sementara itu, pasukan Unit Amal PAS kini berada di di tempat kejadian bagi usaha membantu penduduk tempatan membersihkan kediaman masing-masing.

Mereka terdiri daripada pasukan Unit Amal Kuala Lipis dan Perak- HARAKAHDAILY 8/11/2014

Sumber HD - 8-11-2014




















































































































































Jangan tergesa-gesa kritik fatwa - Sultan Selangor

BERNAMA | .


SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini meminta umat Islam supaya tidak tergesa-gesa mengkritik fatwa yang telah dikeluarkan tanpa memahami perkara itu dengan sepenuhnya.

Baginda bertitah umat Islam perlu bersatu dan berpadu fikiran untuk memahami segala ajaran Islam dan ia perlu mengatasi ideologi dan kepentingan politik.

"Beta menyatakan demikian supaya tidak mahu wujud sebarang pertelagahan dan perbalahan sesama umat Islam dalam pelaksanaan urusan agama sehingga maruah agama Islam jatuh, mudah dipersenda dan dipertikai pihak yang tidak bertanggungjawab," titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Multaqa Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Seminar Kanun Jenayah Syariah di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini.

Turut hadir Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali.

Sultan Selangor bertitah sesuatu fatwa bukan hanya dibuat atau ditentukan oleh mufti sahaja, malah dibuat menerusi Jawatankuasa Fatwa yang terdiri daripada alim ulama dan profesional yang mahir dalam bidang masing-masing termasuk dalam bidang perundangan.

"Mereka akan berbincang dan menentukan sesuatu hukum, setelah mengambil kira hukum-hukum di dalam al-Quran, hadis dan kitab-kitab yang berkaitan.

"Sesuatu fatwa yang dibuat di negeri Selangor hanya akan menjadi sah setelah mendapat persetujuan dan perkenan Beta," titah baginda.

Sultan Sharafuddin bertitah, baginda tidak mahu keamanan, perpaduan dan pembangunan yang telah dibina dan dipertahankan hancur atau dimusnahkan oleh mereka yang bersikap melampau hanya disebabkan kejahilan atau dipengaruhi hawa nafsu serta unsur-unsur ekstremis luar.

Baginda menyeru umat Islam supaya tidak mudah terpengaruh dengan ajaran sesat yang boleh memesongkan akidah Islam.

Baru-baru ini, Sisters In Islam (SIS) dilaporkan mahu memohon semakan kehakiman mengenai fatwa Majlis Agama Islam Selangor (Mais) yang mengisytiharkan pertubuhan itu membawa fahaman sesat iaitu liberalisme dan pluralisme. - Bernama

Sumber HD - 6-11-2014




















































































































































Perpustakaan S'gor sedia operasi hingga 10 malam

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) menyambut baik hasrat Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, setiap perpustakaan awam di Selangor melanjutkan operasi sehingga jam 10 malam.


Pengarahnya, Mastura Muhamad, berkata cadangan itu sesuatu yang bagus dan pihaknya akan berusaha untuk merealisasikan, lapor Selangor Kini.

Katanya, ini bermakna Menteri Besar berpandangan perpustakaan satu tempat yang penting untuk masyarakat.

Malah beliau sudah mengadakan perbincangan dengan Exco Pendidikan, Nik Nazmi Nik Ahmad yang juga bersetuju dengan cadangan Menteri Besar.

"Kita juga memutuskan untuk menjemputnya datang melawat ke perpustakaan,” katanya kepada SelangorKini.

Dalam program turun padang ke daerah Petaling pada 31 Oktober lalu, Azmin berkata, tempoh waktu perpustakan awam perlu diputuskan semua supaya budaya membaca di kalangan rakyat ditingkatkan.

Mastura berkata, tiada halangan bagi PPAS untuk mempraktikkan hasrat kerajaan negeri itu namun kemungkinan ia membabitkan lebih peruntukan dari segi utiliti, keselamatan dan kakitangan.

Katanya, tempoh waktu bekerja bagi kakitangan perpustakaan di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah alam akan melebihi 12 jam sehari dan ketiadaan pengangkutan awam turut mendatangkan masalah sekiranya waktu bekerja dibuat secara syif.

“Kita juga mengkaji keperluan melaksanakannya di perpustakaan daerah dan cawangan lain di Selangor,” katanya.

Bagaimanapun, Mastura berkata, langkah awal melanjutkan tempoh operasi perpustakaan sudah dilaksanakan PPAS pada 2012.

Jelasnya, atas titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang mengadakan lawatan, perpustakaan sudah dibuka pada jam 9.30 pagi hingga 9 malam pada hujung minggu manakala hari biasa dilanjutkan sejam dari 6 petang ke 7 malam.

“Sambutan daripada pengunjung amat membanggakan,” katanya.

Sebelum ini, waktu operasi perpustakaan ialah bermula jam 10 pagi hingga 6 petang.

Sumber HD - 5-11-2014




















































































































































Hampir separuh kes denggi seluruh negara di Selangor

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Sebanyak 41,507 kes denggi dengan 58 kematian berlaku di Selangor daripada 84,682 kes yang dicatat di seluruh negara.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata ia berdasarkan laporan Kementerian Kesihatan Malaysia sehingga 25 Oktober lalu, lapor Selangor Kini.

Katanya, perangkaan itu menunjukkan hampir 50 peratus kes denggi berlaku di negeri itu dengan 1,000 ke 1,200 kes baharu dicatat setiap minggu.

“Kita meletakkan sasaran pengurangan kes sebanyak 50 peratus iaitu kepada 500 kes seminggu,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau berkata, kerajaan negeri akan mengadakan sesi taklimat pelaksanaan Gotong Royong Mega 2014: Terjah dan Musnah Aedes Negeri Selangor di semua peingkat bagi membendung masalah itu.

Katanya, ia bermatlamat menerjah sekali gus memusnahkan tempat berpotensi pembiakan aedes di seluruh kampung, perumahan, pejabat dan kawasan tumpuan ramai.

“Ia akan dilaksanakan serentak di seluruh Selangor bermula pada 16 November ini,” katanya.

Sumber HD - 4-11-2014




















































































































































Isu Bible: K'jaan S'gor akan rujuk Sultan

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor akan merujuk Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi mendapatkan perkenan untuk menyelesaikan isu rampasan Bible berbahasa Melayu di negeri itu.

Menteri Besar Mohamed Azmin Ali memberitahu, perbincangan berhubung perkara itu telah diadakan bersama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

“Saya sudah mengadakan perbincangan untuk mendapatkan pandangan daripada pihak berkuasa iaitu MAIS dan JAIS.

“Selepas ini, kita akan merujuk kepada Tuanku Sultan untuk mendapatkan perkenan baginda berkenaan usaha untuk menyelesaikan perkara ini secara harmoni dan baik,” katanya dipetik Selangorkini.

Beliau turut yakin, langkah itu akan menyelesaikan kemelut isu itu dalam masa terdekat.

Pada Januari lalu, JAIS merampas lebih 300 kitab Blble berbahasa Melayu dari pejabat Pertubuhan Bible Malaysia (PBM) di Damansara, Petaling Jaya, dalam satu operasi agensi berkenaan.- HARAKAHDAILY 4/11/2014

Sumber HD - 4-11-2014




















































































































































Noh datang satu jam lambat, tapi nak jadi hero - Azmin

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali membidas Pengerusi Umno negeri, Datuk Seri Noh Omar yang dilihat cuba menjadi hero di hadapan mangsa ribut di Pandamaran, Pelabuhan Klang.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang supaya tidak memutarbelitkan fakta yang mendakwa Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) tidak turun membantu mangsa ribut, lapor Selangor Kini.

Azmin menyanggah dakwaan berkenaan dengan menyatakan beliau sendiri melihat PKNS turun awal bagi membantu membaiki bumbung pada hari kejadian.

“Ini adalah kali kedua, saya dapat maklumat dua hari lalu ada seorang pemimpin Umno turun ke sini, Noh Omar, datang pun satu jam lambat, tapi nak jadi hero konon nak bela masyarakat.

“Saya nak beritahu sementara politik dalam demokrasi ini dibenarkan, tetapi jangan putar belit dan jangan bawa fitnah serta pembohongan untuk propaganda mereka di kawasan ini,” katanya pada Majlis Penyerahan Sumbangan Bencana Ribut di Pandamaran Jaya, Klang.

Beliau berkata apabila berlakunya kejadian ribut itu antara agensi turun dan terus membantu rakyat dalam kejadian itu adalah Pejabat Daerah dan Tanah Klang, Majlis Perbandaran Klang (MPK).

“Saya lihat sendiri pihak PKNS turun untuk segera membaiki bumbung hilang pada hari kejadian,” katanya yang juga Adun Bukit Antarabangsa.

Sumber HD - 2-11-2014




















































































































































S'gor cadang wujud industri tani di kawasan perumahan

HARAKAHDAILY | .




KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor bercadang mewujudkan projek ternakan dan industri tani di kawasan perumahan menggunakan teknologi moden berdasarkan saranan Jabatan Veterinar negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Zaidy Abdul Talib, kebanyakan negara maju menggunakan teknologi untuk menternak haiwan seperti ayam dan itik tanpa mendatangkan bau serta menimbulkan kacau ganggu kepada komuniti lain.

“Kita akan melihat perkara ini dengan lebih mendalam supaya ternakan ini boleh diwujudkan di kawasan perumahan dengan teknologi canggih.

“Negara maju sendiri sudah ada teknologi moden seperti menyediakan tempat yang berhawa dingin untuk penternakan haiwan,” katanya dipetik Selangor Kini.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Karnival Veterinar Peringkat Negeri Selangor di Dewan Serbaguna Meru, Klang, hari ini. Hadir sama ialah Adun Meru, Dr Abdul Rani Osman.

Katanya, kerajaan negeri kini dalam proses membuat kaji selidik peningkatan kawasan pertanian dan penternakan di Selangor sebagai langkah perkembangan industri itu.

Menurutnya pengawalan terhadap industri itu perlu diberi perhatian memandangkan ia sumber makanan negara.

"Setakat ini industri penternakan terutama lembu dan kambing menunjukkan penurunan serius pada 2013 berbanding 2009.

“Perlu ada pengawalan mengekalkan penternakan kerana ia adalah sumber pemakanan di seluruh negara,” katanya.

Sumber HD - 29-10-2014




















































































































































Selangor lulus segera Skim Ceria bawah RM20,000

HARAKAHDAILY | .



KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor akan memberi kelulusan segera kepada projek bawah RM20,000 bagi program Skim Baikpulih Negeri Berkebajikan untuk pangsapuri (Ceria).

Pengerusi jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Peneroka Bandar negeri, Iskandar Abdul Samad berkata, penambaikan itu bagi memudahkan kerja pemulihan kawasan pangsapuri dan kelesaan penghuni, lapor Selangor Kini.

Katanya, projek yang menelan kos kurang RM20,000 tidak memerlukan penyediaan tender yang memakan masa berbulan lamanya.

Beliau berkata, contohnya, jika ada Badan Pengurusan Bersama (JMB) yang hendak buat rumah sampah tidak perlu menunggu lama. Juga untuk kerja kecil lain seperti membaiki longkang, pagar, dinding dan jalan.

“Hantar sahaja permohonan kepada Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) dan mereka akan buat lawatan tapak. Jika layak, maka LPHS akan buat Bill of Quantities (BQ),” katanya kepada Selangor Kini.

Iskandar berkata, keputusan melakukan penambahbaikan bagi permohonan Skim Ceria diputuskan dalam satu mesyuarat stanco Pengurusan Bangunan, baru-baru ini.

Bagaimanapun, beliau menegaskan, segala permohonan Skim Ceria harus melalui JMB yang sah dan tidak boleh dilakukan secara individu atau kumpulan lain.

Sumber HD - 29-10-2014




















































































































































Surat terbuka PSM kepada Azmin Ali

. | .

Tahniah kepada Sdr. Azmin Ali kerana berjaya dilantik oleh DYMM Sultan Selangor untuk menjadi YAB Menteri Besar Negeri Selangor yang ke-15 setelah satu krisis yang agak panjang.

Kami daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM) ingin mempertengahkan beberapa isu penting yang memerlukan komitmen daripada YAB Menteri Besar dan Kerajaan Negeri Selangor untuk penyelesaian segera. Ada yang antara isu ini adalah janji lama yang belum dikotakan lagi.

Di bawah ini, kami senaraikan 10 isu utama untuk tatapan dan tindakan YAB Menteri Besar:

1. PSM amat mengharapkan Pilihanraya Kerajaan Tempatan akan dilaksanakan. Pemilihan secara demokratik di peringkat PBT dan kampung-kampung dapat menyemarakkan proses demokrasi peringkat bawahan dan juga untuk meningkatkan mutu dan prestasi Ahli Majlis dan Kerajaan Tempatan. Mengikut Exco yang berkenaan sebelum ini, YB Teng Chang Khim, kerajaan Selangor telah berjanji akan melaksanakannya pilihanraya sebelum akhir tahun 2014, iaitu tinggal dua bulan lebih sahaja. Kami ingin mengetahui adakah janji YB Teng itu akan dilaksanakan?

2. Kami juga meminta YAB Menteri Besar supaya memulihkan semula BBTOAS (Badan Bertindak Tanah Orang Asli Selangor) yang telah dibubarkan semasa krisis MB. Kami juga difahamkan kebanyakan pemetaan masyarakat (community mapping) kawasan Orang Asli di Selangor sudah siap dan kini Kerajaan Negeri harus memulakan kerja-kerja segera mewartakan kawasan tersebut. Selain itu, satu cadangan enakmen “Orang Asli Land Reservation Enactment” yang juga telah disediakan oleh masyarakat Orang Asli dengan NGO orang Asli masih tertangguh dan harus digubal secepat mungkin demi untuk menjaga kepentingan dan hak masyarakat orang asli di Malaysia.

3. Usaha untuk menggubal enakmen baru bagi melindungi pekerja ladang yang terjejas apabila ladang mereka digunakan untuk pembangunan, turut menjadi satu lagi projek terbengkalai. Inisiatif untuk menggubal enakmen ini telah diambil semasa YB Xavier Jeyakumar menjadi Exco Ladang. Satu deraf undang-undang juga telah disediakan oleh satu Task Force Perumahan Pekerja Ladang Negeri Selangor. Namun Task Force berfungsi sejak 1 Januari 2012, dan juga tidak diteruskan apabila Pakatan Rakyat memerintah Selangor untuk penggal kedua pada tahun 2013. Walaupun janji untuk menggubal enakmen baru ini sudahpun diumumkan kepada media, tetapi masih belum dilaksanakakan lagi sehingga hari ini.

4. Pada bulan November 2011, Mantan Menteri Besar telah mengumumkan bahawa semua pekerja GLC di bawah Kerajaan Negeri akan dibayar gaji minima RM1,500. Ini merupakan satu polisi yang baik dan harus diteruskan. Namun pada masa yang sama, kami mendapati bahawa ada pekerja yang diupah terus oleh Kerajaan Negeri dan pejabat-pejabat ADUN dibayar gaji kurang daripada RM1,500. Kami berharap skim gaji semua pekerja diselaraskan dan tidak dibayar kurang daripada RM1,500 sebulan.

5. PSM juga pernah mengadakan dialog dan menghantar memorandum yang meminta supaya semua pangsapuri kos rendah diambilalih oleh Kerajaan Tempatan. Kami juga telah meminta agar penghuni pangsapuri kos rendah yang terdiri daripada golongan berpendapatan rendah tidak dibebankan dengan dua jenis cukai – iaitu cukai pintu dan bayaran penyelenggaraan. Walaupun Kerajaan Negeri pernah membuat satu kajian pilot melalui PKNS di flat-flat kos rendah yang dikendalikan oleh PKNS, tetapi sehingga kini tidak ada sebarang pelaksanaan. Banyak flat kos rendah berada dalam keadaan teruk dan amat mendukacitakan. Pengalaman menunjukkan bahawa JMB untuk pangsapuri kos rendah tidak mampu mengutip bayaran penyelenggaran, mahupun menguruskan pangsapuri kos rendah.

6. PSM juga bersama beberapa NGO telah membentuk satu jaringan yang berkempen menuntut pada Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Negeri supaya mengambil tindakan untuk mengawal harga perumahan, kerana harga perumahan yang terlalu tinggi amat membebankan rakyat. Kami meminta isu Peneroka Bandar yang telah lama tertangguh diselesaikan segera dengan pemberian geran tanah. Kami juga mendesak Kerajaan Negeri menubuhkan Badan Amanah (Trust) Perumahan yang tidak berlandaskan keuntungan, untuk membina rumah selesa dengan harga yang munasabah untuk masyarakat berpendapatan rendah. Kami sudah sedia dengan kertas kerja yang mengandungi cadangan penyelesaian masalah harga rumah, dan ia memerlukan komitmen Kerajaan Negeri untuk dilaksanakan.

7. PSM juga mendesak supaya pengangkutan awam bas dikendalikan oleh majlis-majlis tempatan supaya ia dapat memberikan perkhidmatan yang lebih menyeluruh, berkesan dan murah berbanding dengan keadaan sekarang di mana pengusaha bas swasta hanya menumpu di kawasan-kawasan tertentu demi untuk memaksimakan keuntungan sahaja. Subsidi bas sekolah untuk kanak-kanak sekolah juga harus diteruskan dan dipetimbangkan.

8. Segala projek pembangunan mesti diluluskan dengan prasyarat ketat bagi menghalang kesan buruk terhadap alam sekitar. Wartakan semua kawasan lapang hijau, zon penampan dan hutan semulajadi agar ianya tidak dirampas dan ditukar milik untuk tujuan pembangunan dengan sewenang-wenangnya. Walaupun Kerajaan Negeri ada memberikan komitmen, kami berharap ia dapat diteruskan.

9. Isu krisis air sememangnya satu isu yang serius dan pemberian air percuma harus dinilai kembali. Pada masa yang sama, langkah penjimatan air yang lebih proaktif harus diatur supaya air bersih terawat tidak digunakan untuk aktiviti lain seperti perkebunan atau mencuci kereta. Kerajaan Negeri juga harus melihat bagaimana kita boleh menggunakan kuasa solar dan angin dengan lebih berkesan sebagai sumber tenaga alternative yang baru, iaitu sumber tenaga yang lebih mesra alam sekitar.

10. Semasa Krisis Rampasan Kuasa Negeri Perak yang berlaku pada tahun 2009 dan baru-baru ini, semasa Krisis Menteri Besar Selangor; sering dinyatakan oleh Pakatan Rakyat bahawa satu pindaan Undang-undang Tubuh Negeri harus dibuat untuk mengukuhkan Institusi Demokrasi. Sejauh manakah PR komited dan bersedia untuk melakukan pindaan perlembagaan untuk memberikan kuasa yang lebih kepada rakyat.

Selain itu, terdapat juga beberapa isu tempatan yang sudah lama kami dikendalikan memerlukan campurtangan segera YAB Menteri Besar:

i. Flat Taman Permata Dengkil – melibatkan 400 keluarga bekas pekerja ladang yang telah dipindahkan kerana projek Putrajaya. Kini Kerajaan Negeri harus mengambilalih tanah daripada pihak Sime Darby dan memberikannya kepada kerajaan Persekutuan untuk membolehkan rumah teres kos rendah dapat dibina dengan segera.

ii. Projek terbengkalai - RKR Taman Petaling Utama PJS1. Perjanjian jual beli telah ditandatangani sejak 2003/2004, tetapi pemaju masih gagal membina RKR bagi 276 pembeli. TSKI telah cuba rampas tanah pemaju untuk bina rumah, tetapi pemaju berjaya menghentikannya di mahkamah.

iii. Projek terbengkalai 24 tahun di Taman Sri Raya. Banyak usaha diambil oleh pembeli rumah kos rendah. Pemaju ini telah berjaya jalankan semua projeknya kecuali perumahan kos rendah. Baru-baru ini, Jawatankuasa penduduk telah menulis surat kepada DSWA selaku ADUN Kajang untuk menyelesaikan isu ini, tetapi tiada sebarang maklumbalas.

iv. Beberapa isu tanah juga sudah lama mengalami masalah dan memerlukan campurtangan segera daripada pihak Menteri besar. Antara isu tanah yang diselaraskan oleh kami yang ada pelbagai masalah status tanah yang tidak jelas adalah isu di Lot 334 dan 337 Kampung Pinang Tambahan di mukim Hulu Bernam, Daerah Hulu Selangor dan Kampung Sri Tanjung di Dengkil yang melibatkan 68 keluarga.

v. Pasar Awam MBSA, Kg. Baru Subang, suatu projek penswastaan UPEN. Pemindahan penjaja pasar ke bangunan sementara sejak tahun 2006, kini bangunan baru telah siap tetapi pemaju masih belum menyerahkannya kepada MBSA kerana isu IWK. 70 lebih penjaja terpaksa merengkok dalam bangunan sementara pasar yang sempit dan kotor sehingga kini.


Kami amat berharap YAB Menteri Besar dapat menyelesaikan isu-isu ini.

Kami sedia membantu dan bekerjasama untuk mencari satu penyelesaian terbaik untuk isu-isu rakyat yang telah kami pertengahkan ini.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar

S.Arutchelvan
Setiausaha Agung PSM

Sumber HD - 28-10-2014




















































































































































S'gor cakna rakyat terdesak miliki kediaman sendiri

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor komited membina lebih banyak rumah mampu milik (RMM) bagi memenuhi keperluan rakyat memiliki kediaman sendiri pada harga berpatutan, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar negeri, Iskandar Abdul Samad.

Ini, ujarnya kerana Kerajaan Selangor cakna akan kemampuan rakyat negara ini memiliki rumah sendiri paling rendah berbanding negara lain, lapor Selangor Kini.

Katanya, sehingga kini kerajaan negeri telah menggariskan beberapa langkah memastikan hasrat itu tercapai.

“Antara syarat yang kita dikenakan kepada mana-mana pemaju yang ingin membangunkan projek diatas tanah seluas 10 ekar atau 5 ekar di kawasan Lembah Klang, mereka diwajibkan menyediakan 30% hingga 40% dari projek itu untuk RMM (Rumah Selangorku) pada harga RM250 dan ke bawah.

“Tujuannya sudah tentu untuk memastikan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana memiliki rumah,” katanya kepada Selangor Kini.

Untuk rekod, dalam satu kajian dijalankan ahli akademik dan institusi kajian tempatan serta antarabangsa menunjukkan sebanyak 85.1 peratus golongan pertengahan turut tidak mampu memiliki rumah berharga RM200,000 ke atas yang ditawarkan skim Perumahan Rakyat 1 Malaysia (Prima) berbanding hanya 15.1 peratus sahaja golongan sama yang berkemampuan.

Manakala kajian kemampuan kredit, sebanyak 75.9 peratus rakyat tidak mampu membeli rumah berharga RM250,000 ke atas sedangkan nilai hartanah di kawasan bandar dan pinggir bandar semakin melambung tinggi.

Dalam kajian demografi pula, perbandingan kemampuan memiliki rumah di Malaysia, Singapura, Jepun dan Amerika Syarikat berdasarkan gaji median (gaji pertengahan) juga menunjukkan harga rumah di Malaysia paling kurang mampu dibeli.

“Pendapatan rakyat negara ini tidak sering dengan peningkatan kos, barang makin mahal tetapi gaji masih ditakuk lama. Sebab itu Kerajaan Pusat tiada mekanisme yang tepat untuk digunakan bagi memastikan harga rumah murah.

“Di Selangor, kerajaan negeri menyuntik dana yang tinggi menggunakan rizab tunai bagi melaksanakan RMM sekaligus memastikan rakyat terbanyak memiliki rumah sendiri,” jelasnya.

Sebelum ini, Kerajaan Selangor mensasarkan pembinaan 40,000 RMM dalam tempoh lima tahun akan datang (2013-2018) melalui program Rumah Selangorku.

Kerajaan Selangor juga telah memperuntukkan RM100 juta menggunakan rizab tunai negeri bagi melaksanakan projek ini seperti yang telah diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2014.

Projek Perumahan Mampu Milik atau dikenali sebagai Rumah Selangorku dibina menerusi Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) akan dapat memberi peluang kepada rakyat Selangor terutamanya mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki rumah kediaman.

Bagi Fasa 1 projek RMM Selangorku dibina di Sungai Sering, Hulu Klang yang melibatkan 2,496 unit dan telah pun dimulakan dan berjalan lancar.

Untuk projek yang seterusnya, LPHS akan memulakan rangka kerja pembinaan 1,800 unit rumah mampu milik di Shah Alam yang melibatkan kawasan Seksyen U1 Glenmarie dan Seksyen 35 yang melibatkan tanah seluas 24.7ekar.

Mengikut perancangan, pembinaan Rumah Selangorku akan siap pada 2018.

Sumber HD - 26-10-2014




















































































































































Sekarang waktu bekerja, jangan berpolitik - Azmin

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, misinya kini adalah untuk menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan serta menerajui kerajaan negeri demi kepentingan rakyat, lapor Selangor Kini.

“Tiadak ada, tidak ada. Sekarang waktu untuk bekerja. Jangan berpolitik. Masa berpolitik sudah selesai,” katanya dalam sidang media di Shah Alam hari ini.

Beliau menyatakan demikian sebagai menafikan dakwaan terdapat usaha dari dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mahukan dirinya diangkat ke jawatan Presiden daripada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Sehubungan itu, beliau yang Ahli Parlimen Gombak bersyukur kerana didukung pasukan baru daripada PAS, DAP dan PKR sendiri dengan penuh kerjasama.

Kini, jelas Azmin tanggungjawab beliau untuk memenuhi aspirasi rakyat kerana mereka mahu pembangunan di Selangor diteruskan dengan baik dan amanah.

"Fokus kerja,” katanya yang juga Timbalan Presiden PKR.

Sumber HD - 25-10-2014




















































































































































Bekas imam besar dipilih Tokoh Khas Maal Hijrah S'gor

HARAKAHDAILY | .




KUALA LUMPUR: Bekas Imam Besar Masjid Negeri Shah Alam, Allahyarham Ahmad Mustafa Mohd Sidin dipilih menerima anugerah Tokoh Khas Maal Hijrah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, semalam.

Allahyarham yang diwakili isterinya, Nurazira Ahmad Bashir membawa pulang wang tunai RM10,000 serta sijil penghargaan, trofi dan sepersalinan pakaian yang disampaikan Tengku Panglima Diraja Selangor, Tengku Sulaiman Shah mewakili Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, lapor Selangor Kini.

Allahyarham mendapat pendidikan awal di Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu, Selangor sebelum menyambung pengajian di Markas Tahfiz Al-Quran Wal-Qariaat Masjid Negeri (MARTAH).


Beliau kemudian menyambung pengajian dalam Diploma Tahfiz Al-Quran wal-Qiraat (Darul Quran, Malaysia) dan Ijazah Tahassus Qiraat di Universiti Al-Azhar, Mesir seterusnya mendapat pendidikan terakhir di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dalam bidang Sarjana Syariah dan Pengurusan.

Sepanjang hayatnya, beliau pernah menerima pingat Jasa Kebaktian (PJK) 2001, Ahli Mahkota Selangor (AMS) 2009 dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2001 dan 2009.

Beliau pernah menjadi Ahli Jawatankuasa Pengawalan Akidah, Ahli Jawatankuasa Halal, Ahli Jawatankuasa Khutbah, Ahli Jawatankuasa Dakwah dan Ahli Jawatankuasa Tauliah untuk Selangor.

Sementara itu, isteri Allahyarham yang ditemui pemberita selepas majlis berkenaan melahirkan kesyukuran serta rasa terharunya terhadap penganugerahan yang diberikan kepada suaminya.

“Saya memang rasa terharu sangat dan berbesar hati terhadap anugerah ini kerana ia adalah satu penghormatan buat arwah suami yang pernah berkhidmat lebih 15 tahun sebagai Imam Besar Masjid Negeri,” katanya.

Pada majlis itu, Persatuan Perlindungan Pembawa HIV Positif Selangor dan Kuala Lumpur (POSHE) menerima anugerah Pertubuhan/Badan Dakwah Sukarela, manakala Eksekutif Unit Pembangunan dan Pengurusan Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Langat, Saloni Abdullah menerima anugerah Tokoh Saudara Kita.

Sementara itu, bekas Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Zainuddin Karima, diiktiraf sebagai Tokoh Aktivis Masyarakat dan anugerah Tokoh Keluarga Mithali diberikan kepada pasangan Mohd Sutrisno Mohd Yusof dan Badariah Ahmad.

Sambutan Maal Hijrah yang bertemakan Perpaduan Nadi Transformasi Negara itu turut diserikan dengan kehadiran Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali dan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mohamed Khusrin Munawi.

Sumber HD - 25-10-2014




















































































































































Selangor tubuh tabung khas pulih perumahan terbengkalai

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor telah meluluskan penubuhan satu tabung khas untuk memulihkan projek-projek perumahan terbengkalai.

"Tabung ini yang dinamakan Tabung Pemulihan Projek Terbengkalai (Tepat) akan memiliki dana sehingga RM20 juta," ujar Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar negeri, Iskandar Abdul Samad.

Katanya, dana itu akan disumbangkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).

Menurutnya lagi, tabung itu akan mengutamakan Rumah Kos Rendah (RKR), Rumah Kos Sederhana Rendah (RKSR) dan Rumah Kos Sederhana (RKS).

Tambah beliau, peratus kos yang akan ditanggung oleh kerajaan negeri adalah sepertimana berikut:
Bil
Jenis Kediaman
Peratusan Tanggungan (%)
Kerajaan
Pemilik
i.
RKR
100
0
ii.
RKSR
80
20
iii.
RKS
70
30
iv.
Harga jualan RM101,000 hingga RM200,000
40
60
v.
Harga jualan RM201,000 hingga RM300,000
30
70
"Setakat ini, 4 projek perumahan yang melibatkan hampir 1,000 unit kediaman telah dikenalpasti untuk dipulihkan. Projek-projek lain juga akan dikenal pasti selepas ini," jelasnya dalam satu kenyataan.

Justeru, ujarya adalah diharapkan Tepat akan dapat membantu pembeli yang menjadi mangsa projek-projek perumahan yang terbengkalai. - HARAKAHDAILY 24/10/2014


Sumber HD - 24-10-2014




















































































































































MB, Exco lawat mangsa ribut, janji bantuan segera

HARAKAHDAILY | .



KLANG: Mangsa ribut puting beliung di Pandamaran di sini mendapat perhatian segera Menteri Besar dan barisan exco kerajan negeri Selangor.

Menteri Besar Mohamed Azmin Ali bersama beberapa exco iaitu Exco Perumahan, Pengurusan Bandar dan Kehidupan Bandar Iskandar Abd Samad, Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani,
Zaidy Abdul Talib dan Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, turun melawat kawasan kejadian semalam.


Beliau turut melawat Pangsapuri Permai Indah, Kampung Pandamaran dan Jeti Sungai Aur yang terkesan teruk dalam kejadian Selasa lalu itu.

Dalam lawatan itu menteri besar memberi jaminan akan mengumumkan bentuk bantuan membaik pulih kerosakan kediaman yang terjejas, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya akan meneliti laporan penuh daripada Pejabat Daerah dan Majlis Perbandaran Klang (MPK) terlebih dahulu sebelum keputusan bantuan dapat diputuskan dalam mesyuarat exco pagi ini.

“PKNS sejak petang kejadian telah mula tugas membaikpulih dan saya difahamkan PKNS mampu siapkan sepenuhnya kerja ini pada hari Jumaat ini.

“Jangan risau, Kerajaan Negeri akan pastikan PKNS siapkan bumbung ini secepat mungkin,” katanya ketika menemui beberapa penduduk terlibat di kawasan itu.

Dalam kejadian petang Selasa lalu itu, dianggarkan sekurang-kurangnya 30 atap rumah diterbangkan angin dan ribut.

Kejadian yang berlaku selama 30 minit itu menyaksikan pusaran angin terbentuk sejurus hujan melanda sebelum menerbangkan bumbung dua buah blok pangsapuri Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Pandamaran Jaya.

Kejadian itu juga turut mengakibatkan beberapa kawasan terutama di Jalan Banting dan Jalan Besar Pandamaran mengalami kerosakan teruk, termasuk kejadian pokok tumbang dan rumah rosak.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataannya semalam berkata kejadian puting beliung itu berpunca dari ketidakstabilan atmosfera. - HARAKAHDAILY 23/10/2014

Sumber HD - 23-10-2014




















































































































































Jangan tertipu dakwaan ejen rumah kos rendah

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor tidak pernah melantik mana-mana ejen untuk urusan jual beli rumah kos rendah di negeri ini, kata Iskandar Abdul Samad.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar negeri itu menjelaskan demikian ekoran terdapat laporan bahawa wujudnya ejen yang mendakwa boleh menawarkan rumah kos rendah di bawah harga pasaran di Lembah Klang termasuk Selangor.

Ejen tersebut berjanji boleh memasukkan nama pembeli sekiranya menerima bayaran tertentu.

Laporan ini juga telah tersiar di muka hadapan akhbar Harian Metro bertarikh 21 Oktober 2014 bertajuk ‘Apartment Airmata: Keluarga miskin ditipu rumah RM38,000’.

"Pihak kami ingin memaklumkan bahawa kerajaan negeri tidak pernah melantik mana-mana ejen untuk urusan jual beli rumah kos rendah di negeri ini," jelas Iskandar dalam satu kenyataan.

Menurutnya, permohonan membeli rumah itu adalah hanya melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).

Dengan itu, ujarnya pihak pembeli sewajarnya tidak tertipu dengan dakwaan penjualan rumah kos rendah oleh pihak yang tidak dikenali selain LPHS.

Beliau berkata, harga rumah kos rendah yang ditawarkan ialah RM42,000 dan permohonan dibuka kepada warganegara Malaysia yang bermastautin di Selangor berumur 18 tahun ke atas.

Syarat-syarat lain, jelasnya ialah pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 bagi pemohon yang belum memiliki rumah.

Sebarang pertanyaan tentang permohonan rumah kos rendah dan rumah mampu milik (Rumah Selangorku) bolehlah menghubungi talian 03-5544 7950 atau layari laman rasmi LPHS di http://lphs.selangor.gov.my. - HARAKAHDAILY 21/10/2014

Sumber HD - 21-10-2014




















































































































































S'gor jaga kebajikan mangsa tanah runtuh - Iskandar

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Penduduk yang kediaman mereka terancam akibat kejadian tanah runtuh di Apartment Teratai, Bukit Beruntung diharap dapat bersabar kerana pemindahan mereka ke pusat penempatan sementara adalah untuk keselamatan mereka sendiri.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar Iskandar Abdul Samad berkata, penduduk yang terlibat dinasihatkan supaya tidak pulang ke rumah masing-masing untuk sementara waktu.

Namun sekiranya mereka ingin pulang ke rumah untuk mengambil barang-barang, mereka hendaklah memaklumkan kepada pihak berkuasa tempatan terlebih dahulu.

"Pihak Kerajaan Negeri memastikan kebajikan penduduk yang terlibat dengan menyediakan makanan dan selimut.

"Bagi penduduk seperti warga emas, pesakit dan kanak-kanak yang mempunyai keperluan-keperluan khas, mereka hendaklah memaklumkan kepada pihak berkuasa tempatan untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Seramai lebih 500 penduduk di Apartment Teratai telah dipindahkan ke tiga pusat penempatan sementara iaitu Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 1, Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 2 dan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Bunga Raya di Bukit Beruntung.

Ianya ekoran kejadian tanah runtuh yang berlaku boleh mengancam apartment terbabit khususnya blok K dan L.

Difahamkan, pergerakan tanah juga telah berlaku sebanyak dua kali pada awal pagi ini dan dibimbangi jika ianya berterusan akan memberi kesan kepada blok-blok terdekat.

Menurut Iskandar, kejadian ini sedang disiasat oleh pihak berkuasa tempatan dan tanggungjawab ini telah diserahkan kepada pihak Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) dan Jabatan Kerja Raya (JKR).

"Pihak Kerajaan Negeri juga sedang memastikan rumah penduduk yang terlibat betul-betul selamat sebelum mereka boleh pulang ke rumah masing-masing kelak," katanya. - HARAKAHDAILY 21/10/2014

Sumber HD - 21-10-2014




















































































































































Lensa nafi anjur demo desak Azmin letak jawatan MB

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Lensa Anak Muda Malaysia (Lensa) menafikan laporan di Twitter berhubung penganjuran sebuah demonstrasi di hadapan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) petang ini bagi mendesak Mohamed Azmin Ali meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.

Koordinatornya, Ekhsan Bukharee berkata, berita palsu yang tersebar di laman sosial milik badan bukan kerajaan (NGO) itu digodam pihak tidak bertanggungjawab untuk memburukkan mereka, lapor Selangor Kini.

Katanya, insiden penyebaran berita palsu yang mengaitkan Lensa berlaku sejak awal Oktober lalu, namun motif pihak terbabit tidak diketahui.

“Ini bukan kali pertama Lensa diburukkan kerana sebelum ini media ada menghantar mesej kepada saya bertanya berkenaan demonstrasi di hadapan kilang Carlsberg," katanya kepada Selangor Kini.

Beliau menyedari pemalsuan Twitter Lensa itu petang semalam melalui makluman rakannya dan menganggap itu adalah tindakan ‘sampah’.

Sumber HD - 21-10-2014




















































































































































Tiada sebab Pusat halang dedah perjanjian air

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Kalau terma perjanjian penstrukturan semula air benar-benar melindungi kepentingan pengguna dan rakyat, tidak ada sebab Kerajaan Persekutuan bersungguh-sungguh untuk menghalang dokumen itu didedahkan.

Sehubungan itu, Selangor mahu Kerajaan Persekutuan menjelaskan penolakan permohonan mendedahkan kandungan perjanjian penstrukturan semula air kepada umum.

Menruut laporan Selangor Kini, Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, permintaan kerajaan negeri seharusnya ditunaikan supaya kandungan perjanjian itu didedahkan kerana ia tidak membabitkan isu keselamatan dan berkisar kepentingan rakyat.

Bagaimanapun, katanya, setakat ini belum menerima sebarang surat rasmi daripada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA).

Beliau berkata, kementerian perlu memberi penjelasan mengapa perkara itu ditolak kerana kandungan perjanjian tidak membabitkan isu keselamatan.

"Ia hanya kontrak perniagaan antara dua pihak, mengapa harus disembunyikan?" katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan-Jabatan Kerajaan dan Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2014 Shah Alam hari ini.

Sumber HD - 20-10-2014




















































































































































30,000 belum selesai urus pindah milik hartanah

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya 30,000 pemilik hartanah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) belum menyelesaikan urusan pindah milik hartanah mereka.
Sehubungan itu, Pengurus Besar PKNS, Azlan Md Alifiah menyeru semua pemilik terlibat berbuat demikian sempena Program Pindah Milik Mega PKNS yang berlangsung sehingga Januari tahun hadapan.
“Kita ingin pastikan setiap pemilik terlibat dapat hak milik mereka. Ini bagi mengelakkan masalah yang lebih berat di kemudian hari,” ujarnya dipetik Selangor Kini.
Beliau berkata, sekirannya pemilik meninggal dunia, ia akan memberi masalah kepada pewaris untuk menukar hak milik.
“Ia juga memberi masalah kepada cukai pintu dan cukai tanah,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Hari Mesra Pelanggan 2014 PKNS di Shah Alam City Center (SACC) Mall, semalam.
Program Pindah Milik Mega 2014 bermula 18 Oktober lalu dan dijadualkan berakhir pada 15 Januari 2015.
Program tersebut diadakan di tiga lokasi berbeza iaitu di Kompleks PKNS Shah Alam, Kompleks PKNS Bangi dan Kompleks PKNS Kota Damansara sebagai kempen besar-besaran bagi memastikan urusan pindah milik hartanah setiap pemilik diselesaikan.

Sumber HD - 19-10-2014




















































































































































S'gor mahu kandungan perjanjian air didedah

MUHAMMAD FAIZAL | .


KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor hari ini meminta kerajaan mendedahkan perjanjian air yang dimeterai sebelum ini bagi tujuan kepentingan umum.

Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, perjanjian tersebut juga dilihat tidak mengugat keselamatan nasional dan sepatutnya ia didedahkan.


"Saya sudah meneliti tiga perjanjian air yang telah dimeterai sebelum ini.

"Setelah meneliti, saya telah menulis surat kepada Menteri bagi memohon agar perjanjian tersebut didedahkan kepada umum dan ia tidak mengugat keselamatan negara maka tidak perlu disorok," jelas beliau pada sidang media di lobi parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Gombak itu turut memberitahu kerajaan negeri tidak berniat untuk membatalkan perjanjian tersebut sebaliknya dengan pendedahan ini seluruh rakyat Selangor mengetahui isi kandungannya.
Cemar tahap 4

Dalam masa yang sama, Azmin turut mempertikai teknologi yang digunakan pada loji rawatan Langat 2 yang dilihat tidak bersesuai dengan penggunaannya.

Fasa pertama ujarnya, mereka mencadangkan penggunaan sistem proses saringan yang menggunakan Granular Activated Carbon (GAC) iaitu teknologi tinggi untuk merawat air yang tercemar tahap empat.

"Persoalannya kalau pusat mencadangkan teknologi tersebut pada Langat 2 ia membawa maksud air yang disalurkan ke loji tersebut dari Sungai Pahang tercemar teruk tahap empat.

"Adakah betul air sungai tersebut tercemar, tetapi jika tidak kita tidak perlu menggunakannya kerana ia melibatkan kos yang tinggi," katanya.

Beliau turut melahirkan kerisauan bila kos yang tinggi digunakan pada projek tersebut termasuk kos penyelenggaraan, ia akan membebankan rakyat melalui kenaikan tarif air.

Beliau turut menggesa kerajaan agar memberi penjelasan adakah Sungai Pahang memhadapi pencemaran tahap empat sehinggakan kerajaan memerlukan penggunaan teknologi tersebut. - HARAKAHDAILY 16/10/2014

YAB MAA - https://www.youtube.com/watch?v=RdRzhsmGFHM

Sumber HD - 16-10-2014




















































































































































S'gor salur RM1 juta bantu peniaga Uptown Shah Alam

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan sejumlah RM1 juta sebagai bantuan awal kepada peniaga Uptown Seksyen 24, Shah Alam yang terlibat dalam kebakaran awal pagi semalam.

Bantuan tersebut adalah pinjaman tanpa faedah di bawah Skim Miktokredit Bandar (MiMBAR) dengan jumlah RM5,000 seorang, lapor Selangorkini.

Selain itu anak syarikat kerajaan negeri, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pula akan memberikan bantuan kewangan bencana berjumlah RM500 seorang sebagai satu daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat itu.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pula akan menggunakan tanah seluas 6.5 ekar di sebelah kawasan kejadian sebagai tapak sementara bagi peniaga meneruskan perniagaan mereka.

Sementara itu Benama melaporkan, Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor melalui Tabung Ekonomi Usaha Niaga Nasional (Tekun) turut akan memberi pinjaman RM10,000 bagi setiap peniaga.

Dalam kejadian jam 3 pagi semalam, sebanyak 196 gerai milik 136 peniaga Uptown Seksyen 24 di sini musnah dalam kebakaran.

Ketua Pusat Gerakan Operasi Bomba Selangor, Amer Haizal Sahar berkata siasatan awal mendapati punca kebakaran disebabkan litar pintas daripada sebuah gerai dalam bazar berkenaan.

Katanya, jumlah kerugian dianggarkan RM19 juta.- HARAKAHDAILY 16/10/2014

Sumber HD - 16-10-2014




















































































































































Oktoberfest – reaksi atau ereksi?

MOHD FAIEZ MOHD ALI | .

BEBERAPA hari lepas saya terbaca berita seorang remaja dari Oldham, Leon Cudworth, yang ditemui mati dalam keadaan mabuk di halaman rumahnya setelah keluar untuk ‘minum malam’ bersama rakan-rakan.
Tup-tup, saya terjumpa pula gambar yang sibuk dimuat naik di ruangan Facebook dan Twitter berkaitan papan iklan besar yang dipasang sebagai usaha mempromosi Oktoberfest.

Seterusnya, terjadi bermacam perkelahian dan perbezaan pendapat antara pemimpin, organisasi dan warga awam Malaysia di kedai kopi, ruang-ruang akhbar mahupun ruangan sosial. Saya fikir, ah! Ini semua perkara biasa. Orang Malaysia, jika tidak berkelahi satu hari, seperti tidak sah rasanya hidup.

Namun, saya terkedu apabila terlihat gambar dua orang pemimpin dan kenyataan beberapa orang pemimpin lain yang seolah-olah menjadi Yang Berbangga (YB) dengan berlangsungnya Oktoberfest. Sepertinya pesta mabok ini satu petanda kejayaan untuk Malaysia.

Eh, ini sudah tidak boleh jadi.

Oktoberfest itu apa?

Saya tak berminat dengan Oktoberfest. Sejak belajar di United Kingdom dahulu lagi sudah saya ketahui tentang pesta arak besar-besaran ini namun tak pernah diambil peduli. Sinonim dengan negara Jerman dan penduduknya yang dikatakan sebagai antara peminum tegar minuman beralkohol di dunia.

Walau bagaimanapun, dengan hakikat adanya pemimpin lokal beria-ia mempromosi satu pesta kapitalis yang bertujuan semata-mata mengambil keuntungan kewangan dengan cara mengkhayal dan memabukkan pemuda-pemudi kita, ini bukan lagi perkara enteng!

Atas rasa tanggungjawab sebagai seorang guru dan warga awam Malaysia, saya pula beria-ia memulakan bacaan serba sedikit tentang perkara ini.

Fakta yang memabukkan

Menurut Peter Lang, Ketua Bahagian Penyalahgunaan dan Pencegahan Dadah di Pusat Pendidikan Kesihatan Jerman, alkoholisme adalah antara masalah terbesar yang melanda warga Jerman di saat ini. Tambahnya lagi, alkohol terang-terang dilihat sebagai dadah yang mendatangkan bahaya namun diiktiraf sah disisi undang-undang.

Kemudian, 1.7 juta rakyat Jerman hidup bergantung kepada alkohol dan memerlukan rawatan segera, sementara seramai 2.7 juta menyalahgunakan alkohol dengan cara merbahaya.

Di India pula, laporan persatuan industri mengatakan bahawa hampir 20% masalah tidak hadir ke tempat kerja dan 40% kemalangan di tempat kerja adalah berpunca daripada alkohol. (Saxena, Sharma & Maulik, 2003). Sementara itu di Chile, hampir 20% kemalangan di tempat kerja berkaitan dengan penggunaan alkohol. (Trucco et al., 1998)

Sebuah survey lain dijalankan di United Kingdom menyatakan 90% warga kerja melihat penggunaan alkohol sebagai masalah di tempat kerja contohnya seperti kurang produktiviti, ponteng kerja, ancaman keselamatan, hubungan antara warga kerja, berperangai buruk dan kesan ke atas imej syarikat.

Dalam satu kajian lagi turut dinyatakan bahawa antara dua kesan negatif alkohol ke atas keluarga dan pembesaran anak-anak secara tidak langsung adalah pengurangan pendapatan keluarga dan masa ibu bapa yang lebih banyak dihabiskan untuk mabuk dan bersuka-ria.

Sebagai contoh di Malaysia, kajian menunjukkan secara purata seorang pekerja luar bandar menghabiskan RM300 sebulan untuk membeli arak yang merupakan hampir separuh daripada pendapatannya. Ini membebankan keluarga dan akhirnya kesempitan kewangan mereka menyebabkan masalah-masalah lain timbul dalam rumah tangga. (Assunta, 2002)

Di samping itu, Al-Anon, organisasi rakan kepada Alcohol Anonymous melaporkan bahawa dalam kalangan pengguna alkohol yang berdaftar dengan mereka di Mexico, 73% mengaku sentiasa berasa cemas, tidak tenang dan ketakutan; 62% melakukan atau menghadapi masalah penderaan fizikal atau emosi daripada pasangan manakala 31% lagi berhadapan dengan masalah disfungsi keluarga yang kronik akibat penggunaan alkohol.

Persepsi mabuk di Malaysia?

Wah, begitu banyak kajian di negara lain. Tak kiralah negara maju, negara membangun mahupun negara miskin yang mengecam kesan buruk alkohol ke atas masyarakat mereka. Kajian ini juga bukan calang-calang, berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh World Health Organization (WHO).

Nah, tapi di Malaysia pula, kita ada segolongan Yang Berbangga (YB) bergambar dengan khamar dan mempamerkannya ke seluruh dunia. Apakah tujuan mereka? Adakah untuk menjadi contoh teladan ikutan generasi muda?

Sebagai seorang guru di sekolah, saya selalu berpesan kepada anak murid, ambillah contoh daripada pemimpin kita yang bertungkus-lumus membela dan bekerja untuk masa depan negara.

Jadi, contoh apa yang cuba ditonjolkan ini, YB?

Kecelaruan identiti sosial

Secara adilnya, mungkin kita tidak patut meletakkan kesalahan ini ke atas bahu mereka. Mungkin mereka membesar dalam kalangan kelompok yang gemar berpesta dengan arak dan bermabuk-mabuk. Mungkin itu adalah tujuan hidup mereka.

Dalam masa yang sama, saya kira adalah tidak adil juga untuk kita setakat menuding jari mencari kepincangan dalam reaksi oleh organisasi seperti ISMA. Mereka, masing-masing bercakap atas nada yang berbeza dan melihat dari perspektif berlainan.

Namun begitu, saya suka melihat kepada pertanyaan pokok yang sebenarnya. Malaysia ini, negara Islam ataupun negara sekular? Sampai ke sudah, kita masih gagal memberikan takrifan sebenar apakah Malaysia sebuah negara Islam ataupun negara berperlembagaan yang mengamalkan liberalisasi?

Jika mahu dikatakan Malaysia sebuah negara yang sekular, majoriti masyarakat di sini adalah Muslim dengan Islam sebagai agama rasmi. Malah kita ada YDP Agong sebagai ketua agama Islam. Di Malaysia juga terdapat banyak masjid dan pusat-pusat zakat yang mewah. Bukankah ini semua indikator mantap sebuah negara Islam?

Namun begitu, jika nak dikatakan Malaysia adalah sebuah negara Islam pula, kita boleh lihat bilangan masjid dilawan dengan percambahan kelab-kelab malam di hampir semua bandar-bandar utama. Pusat-pusat zakat pula bergaduh tumbuh dengan pusat-pusat tikam nombor yang pelbagai jenis. Dan jika di masjid kita ada muazzin dan noja (tanpa niat merendahkan mereka), di kelab-kelab malam juga kita ada bonzer-bonzer yang beragama Islam dan berbangsa Melayu dengan tugas menjaga keselamatan warga pemabuk yang berpesta didalamnya.

Jadi, Islam atau sekular?

Persoalan ini saya lihat hanya dua pihak boleh memberikan jawapan yang sebenar-benar. Pertama sudah pasti pihak yang memegang tampuk kekuasaan. Dengan mandat yang diberikan, mungkin sudah sampai masa kerajaan majoriti Melayu-Islam kita membawa pengertian Islam lebih daripada sekadar berarak dan bermaulud diba’ secara besar-besaran.

Mungkin sudah sampai masa kerajaan kita benar-benar memperincikan tuntutan untuk mengehadkan penjualan arak dan tidak meluluskan malah membatalkan lesen-lesen pusat nombor ekor yang tumbuh makmur di seluruh negara Islam berdaulat ini. Paling tidakpun sebagai usaha menebus dosa dan mencuci diri kerana merasmikan kilang arak terbesar di negara ini suatu ketika nun dahulu.

Walau bagaimanapun, jika masih ada mereka yang memegang kuasa berasa lemah lutut dan kegagalan ereksi untuk berhadapan dengan cukong-cukong kapitalis yang membaham keuntungan dengan cara membarah nilai sosial dan kewarasan masyarakat, nampaknya sudah sampai masa rakyat bereaksi (bukannya berereksi) secara lebih serius.

Penjualan arak perlu dihad dan diminimakan. Bilangan kedai nombor patut dikurangkan. Kelab-kelab malam juga harus diperketatkan pengawasannya agar tidak menjadi pusat gangster, dadah dan pelacuran.

Saya kira, ini bukannya perjuangan satu agama mahupun perjuangan sejenis bangsa. Sebaliknya ini adalah perjuangan moral seluruh warga masyarakat kita. Tiada agama yang membenarkan kebaikan arak, judi dan pesta berlebih-lebihan. Tiada kaum yang suka warganya menjadi taik judi. Dan saya pasti tiada ibu yang girang melihat anak perempuan mereka pulang mabok setelah berpesta semalaman.

Walau bagaimanapun, untuk meneruskan usaha memelihara nilai warga awam Malaysia terutamanya generasi muda daripada terus diratah kapitalis dengan hidangan dadah, arak, pesta dan pelacuran, saya kira kita perlu ada satu barisan pemimpin yang teguh menolak anasir-anasir ini daripada terus merebak. Tak kiralah daripada Barisan Nasional, Pakatan Rakyat mahupun daripada kotak ‘yang lain-lain’.

Buat puak Yang Berbangga berereksi melampias nafsu minum sampai mengambil gambar untuk promosi pesta arak kapitalis itu, mungkin YB merasakan ini semua tertakluk sebagai kebebasan, freedom of expression untuk YB dan sekalian warga pemabok.

Namun jika begitu pemikiran YB, apakah mungkin selepas ini kita wajar membenarkan pesta seks, pesta dadah dan pesta rempit secara terbuka juga? Jika tidak, mengapa begitu partisan? Bukankah itu juga tertakluk sebagai salah satu bentuk kebebasan?

Iya, kebebasan. Sejenis kebebasan yang akhirnya bakal merodok sisa-sisa kemanusiaan yang masih tinggal. – HARAKAHDAILY 15/10/2014

Sumber HD - 15-10-2014




















































































































































196 buah kedai di Uptown Shah Alam terbakar

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Sebanyak 196 buah kedai di Uptown Seksyen 24, Shah Alam hangus dijilat api dalam satu kejadian kebakaran awal pagi tadi.

Menurut Selangorkini, kejadian yang berlaku sekitar jam 2.30 pagi itu mengakibatkan 50 peniaga berputih mata kerana tidak sempat menyelamatkam barang perniagaan mereka.

Anggota Bomba dan Penyelamat Shah Alam yang menerima panggilan kecemasan bergegas ke tempat kejadian untuk memadamkan api.

Jurucakap bomba berkata, api berjaya dipadamkan sejam kemudian dan kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali dijangka melawat lokasi kejadian jam 12.30 tengahari ini. - HARAKAHDAILY 15/10/2014

Sumber HD - 15-10-2014

YAB MBS/MAA - 
1. https://www.youtube.com/watch?v=aKrisX65LPQ

2. https://www.youtube.com/watch?v=MJ8OsyA1ngc




















































































































































932 kawasan pulih dari pencemaran air - Azmin

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Sebanyak 932 kawasan iaitu 96.3 peratus daripada 968 kawasan di Selangor yang terbabit dengan pencemaran air yang berlaku beberapa hari lalu pulih sepenuhnya.

Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, bekalan air di kawasan terbabit pulih dan boleh digunakan setakat jam 5 pagi tadi, lapor Selangor Kini.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan negeri masih menyiasat pihak yang menjadi dalang menyebabkan pencemaran itu.

“Setakat jam 5 pagi ini, daripada 968 kawasan yang terbabit, sebanyak 932 kawasan (96.3%) sudah pulih sepenuhnya,” katanya melalui laman makro Twitter.

Beliau berkata, Loji Semenyih juga beroperasi secara ‘over loading’ untuk menaikkan tahap di kolam imbangan bagi pembekalan air di USJ.

Beliau juga sudah meminta Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) untuk meningkatkan usaha di Loji Semenyih dan memulihkan segera penyaluran air bersih ke kawasan USJ.

Syabas memaklumkan empat Loji Rawatan Air (LRA) yang terjejas ekoran insiden tumpahan hidrokarbon sudah beroperasi semula secara berperingkat bermula jam 8 pagi semalam.

Pada 11 Oktober lalu, LRA Sungai Selangor Fasa I, II, dan III serta LRA Rantau Panjang terpaksa dihenti tugas selepas menyedari terdapat tumpahan hidrokarbon.

Penutupan operasi selama 12 jam itu menyebabkan 1,350 juta liter air atau 60 peratus bekalan air tidak dapat disalurkan kepada pengguna.

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) sedang giat melakukan siasatan bagi mengenalpasti punca sebenar insiden tumpahan hidrokarbon di muka sauk Sungai Selangor, baru-baru ini.

Sumber HD - 14-10-2014




















































































































































Azmin Ali, mari kita bercakap seni-budaya

DINSMAN | .


Tahniah Sdr Azmin Ali, kerana telah ditabalkan menjadi Menteri Besar Selangor, ketika rakyat mulai berasa bosan dan kecewa dengan permainan politik dan perebutan kuasa di kalangan orang-orang politik. Sekarang, dengan perkenan Sultan, Sdr-lah yang berada di kerusi kuasa yang menjadi rebutan itu.

Dan sejak menjawat jawatan Menteri Besar itu Sdr pun sentiasa sibuklah dengan pelbagai tugasan. Tetapi saya pasti Sdr belum lagi menyentuh pun soal seni-budaya, ‘kan? Memang begitulah, seni-budaya memang selalu terpinggir dan dipinggirkan oleh orang-orang politik dalam agenda pentadbiran kerajaan. Mereka tidak nampak pun kepentingannya.

Tak mengapa. Sekarang saya sengaja nak mengajak Sdr – mari kita bercakap mengenai seni-budaya. Tapi janganlah suruh saya sediakan kertaskerja pula, sebelum apa-apa. Saya sudah penat buat benda itu. Daripada keluar universiti dulu, bila nak bercakap soal seni-budaya dengan pentadbir atau orang politik saja, itulah yang mereka tahu katakan.

Dan yang terakhir ini, setahun dua ini, selepas kertaskerja, mereka ajak berdialog pula. Dan selepas berdialog itu kami orang-orang budaya disuruhlah tunggu. Maka tunggulah, sehingga exco itu bertukar, atau pengarah itu bertukar, atau pegawai itu bertukar, dan proses itu akan berulang lagi. Proses yang sama, tetapi tak menghasilkan apa-apa pun.

Maka itulah dia jadinya rupa dan isi kandungan seni-budaya kita di kalangan orang-orang Pakatan Rakyat. Memang memalukan, apabila dibandingkan dengan kawan-kawan yang menyokong Barisan Nasional. Minta maaflah ya, biar saya cakap terus terang saja, supaya senang kita faham, dan tak perlu berselindung dan berbelit-belit.

Mari kita bercakap seni-budaya. Langsung saja ke isi persoalannya. Berhenti sekejap fikir soal politik yang selalu asyik mencari salah orang dan selalu hendak mencari alasan dan menjawab tuduhan dan kata-kata orang itu. Mari kita bercakap seni-budaya. Apa saja yang kita tahu tentang seni dan budaya.

Musim-musim Reformasi dulu sekurang-kurangnya Sdr Azmin dengar juga beberapa kali saya membaca puisi. Jadi sekurang-kurangnya kita boleh bercakap mengenai puisi-puisi Reformasi, dan diikuti dengan cerita-cerita demonstrasi dan sebagainya.

Kalau tak salah ingatan saya kad ucap selamat Hari Raya Sdr pernah menggunakan lukisan Allahyarham Syed Ahmad Jamal mengenai demonstrasi isu arsenik. Cantik lukisan itu. Masih saya ternampak lagi barisan demonstran yang digambarkan oleh Syed Ahmad Jamal itu. (Semoga Allah meredhai hidupnya dan matinya).

Ya, kita berjumpa dengan kawan-kawan dari golongan seniman dan budayawan – penulis, penyair, pelukis, pemuzik, penyanyi, pelakon, ilmuwan, sasterawan, intelektual dan sebagainya, bersama beberapa orang aktivis dan tokoh politik dari KeAdilan, DAP dan PAS – dan kita jangan bercakap politik. Kita bercakap seni-budaya saja.

Bukannya mengambil banyak masa pun. Berhari-hari Menteri Besar, para exco dan kawan-kawan orang politik berfikir dan bercakap soal politik, ekonomi, perindustrian, pendidikan, pelancongan, agama, masalah sosial, kebajikan rakyat dan sebagainya, sekarang untuk dua-tiga jam sahaja berhentilah sekejap fikirkan hal-hal itu, dan mari kita bercakap seni-budaya.

Bagus, sekurang-kurangnya untuk sedikit kelainan daripada rutin dan kebiasaan.

Sebenarnya ada banyak perkara yang sangat menarik akan kita temui nanti. Dan kita pun akan menyedari beberapa perspektif yang mungkin tak pernah terfikir, dan akan nampaklah beberapa faedah atau manfaatnya seni-budaya kepada masyarakat dan rakyat; dan kepada kesejahteraan hidup umumnya.

Saya tak mahu bercakap seperti nak kempen propaganda akan kebaikan dan faedah-faedah seni-budaya itu. Takkanlah tak ada faedahnya, ‘kan! Sdr Azmin dan kawan-kawan orang politik pun tahu sebenarnya, seni-budaya itu banyak faedahnya. Tetapi entah kenapa selalu saja terjadi yang seni-budaya itu terpinggir dan dipinggirkan daripada agenda kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Sekarang saya mencadangkan Sdr Azmin membuat sedikit kelainan ini. Sedikit saja. Seperti saya kata tadi kalau nak dikirakan berapa jam, daripada ratusan atau ribuan jam dalam waktu kepemimpinan dan pentadbiran seorang Menteri Besar itu, hanya dua-tiga jam sahaja kita cadangkan untuk seni-budaya ini.

Tak sampai satu peratus pun. Atau perpuluhan kosong satu peratus pun tak sampai. Atau mungkin lebih kecil lagi daripada itu; perpuluhan kosong kosong satu peratus sahaja. Sedikit sangat. Untuk permulaan ini. Mari kita cuba. Tak akan rugi apapa lah!

Kalau dalam nilai wangnya, daripada kira-kira RM2 bilion perbelanjaan Kerajaan Negeri Selangor dalam setahun, kita bercakap perbelanjaan yang hanya sekitar RM1 juta atau RM2 juta sahaja untuk seni-budaya. Berapa peratus itu? Cubalah kira!

Terlalu kecil, terlalu kecil! Maka itulah yang menghairankan kami orang-orang budaya ini. Mengapakah hal perbelanjaan yang terlalu kecil ini padahal kesan dan impaknya sangatlah besar, dipinggirkan daripada agenda pentadbiran kerajaan negeri PR? Mengapa?

Mari kita bercakap mengenai seni-budaya. Lupakan sekejap soal politik dan berpolitik atau politiking itu, dan mari kita duduk santai-santai sambil minum kopi, kita borak-borak seni-budaya. Tak usahlah rasmi-rasmian. Sesekali kita santai-santai sahaja. Ah, Sdr Azmin pun bukannya tak biasa!

Cara orang Melayu! (Adapun adat orang Cina dan India saya kurang pasti apakah sama begini juga). Kita buat cara adat dan resam orang Melayu. Bersantai-santai sambil berpantun seloka. Kita buat cara modenlah. Tak perlulah nak ikut cara adat resam tradisional itu seluruhnya.

Kita modenkan, sesuai dengan peredaran zaman, tetapi semangat dan falsafahnya itu kita pertahankan cara yang menjadi identiti kita itu. Amacam? Setuju? Mari!

Sumber HD - 14-10-2014




















































































































































Syamimi Faiqah secara rasmi diberhetikan dari KUIS

BERNAMA | .

KUALA LUMPUR: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) memandang serius pembabitan penuntut kolej itu dalam aktiviti yang bercanggah dengan ajaran Islam dan tidak diiktiraf kerajaan.

Pejabat Timbalan Rektor, Pembangunan Mahasiswa & Alumni kolej itu, dalam satu kenyataan hari ini berkata pihak kolej akan memberhentikan mana-mana penuntut yang didapati terbabit dengan perkara seumpama itu.

Semalam, polis mengesahkan Syamimi Faiqah, 20, bekas penuntut KUIS telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) kira-kira pukul 11.55 malam ke Syria, 4 Okt lepas, dipercayai untuk menyertai kegiatan kumpulan militan Negara Islam (IS).

Sebuah akhbar tempatan melaporkan Syamimi melarikan diri ke Syria untuk berkahwin dengan pejuang IS dikenali sebagai Akel Zainal, yang dia dikenali menerusi laman sosial Facebook.

KUIS mengesahkan Syamimi adalah bekas pelajar Program Diploma Pengajian Islam (Al-Quran & Sunnah) Sesi II 2012/2013 melalui surat tawaran bertarikh 27 November 2012.

Bagaimanapun pelajar terbabit telahpun diberhentikan kerana gagal mencapai syarat minima Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA).

"Syamimi secara rasmi diberhetikan dari KUIS melalui Bahagian Pengurusan Akademik, Kuis pada 10 Jun tahun lepas kerana mencapai CGPA kurang dari 2.00 selaras dengan Peraturan Akademik KUIS," katanya. - Bernama

Sumber HD - 13-10-2014




















































































































































Gangguan bekalan air bukan catuan - Azmin

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Para pengguna di Selangor dan Lembah Klang tidak perlu khuatir tentang kemungkinan berlakunya catuan air berikutan insiden pencemaran Sungai Selangor yang berlaku kira-kira jam 8 malam tadi.


Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata kerja-kerja pengepaman air bersih terpaksa dihenti tugas serta merta berikutan insiden tumpahan hidrokarbon yang mengakibatkan tiga loji rawatan air Sungai Selangor dan Loji Rawatan Air Rantau Panjang terjejas, lapor Selangor Kini.

Beliau menyatakan demikian sidang media berhubung isu gangguan bekalan air akibat pencemaran di Sungai Selangor di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), hari ini.

“Ini bukan catuan, tetapi ini kerana insiden tumpahan hidrokarbon yang berlaku semalam dan perlu diambil tindakan segera bagi menutup loji rawatan untuk merawat dan menjamin keselamatan pengguna di Selangor.

“Bukan catuan tetapi tindakan proaktif untuk menjamin keselamatan pengguna di Selangor,” katanya.

Adun Bukit Antarabangsa itu menolak untuk membuat sebarang spekulasi bahawa insiden pencemaran itu mempunyai kaitan dengan unsur sabotaj daripada pihak tidak bertanggungjawab sehingga selesai penyiasatan oleh Lembaga Urus Air Selangor (Luas).

Namun katanya, kerajaan negeri tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap pihak terlibat seperti yang dilakukan ketika kejadian pencemaran di Sungai Gong pada tahun lalu.

Sumber HD - 12-10-2014




















































































































































Pencemaran: Syabas tutup tiga loji rawatan utama

BERNAMA | .


KUALA LUMPUR: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) menutup tiga loji rawatan utamanya berikut pencemaran pada bendalir hidraulik di sungai.

Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas Priscilla Alfred Dharan dalam kenyataan di sini hari ini berkata loji rawatan ditutup sejak 8 malam, semalam dan menjejaskan pengagihan bekalan air di sekitar Lembah Klang dan Shah Alam.

"Akibat kerugian pada pengeluaran malam tadi yang berjumlah 1,350 juta liter sehari (MLD), pemulihan bagi kawasan yang terjejas akan mengambil tempoh beberapa hari. Tangki-tangki air akan digerakkan untuk membekalkan air ke kawasan yang terjejas sehingga bekalan air kembali pulih.

"Lembaga Urus Air Selangor (Luas) sedang menyiasat punca pencemaran," menurutnya. - Bernama

Sumber HD - 12-10-2014




















































































































































‘Oktoberfest’ tidak dapat permit - Azmin

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Penganjur pesta arak ‘Oktoberfest’ belum mendapatkan permit dari Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) untuk mengadakan acara itu yang dijadualkan berlangsung di sebuah pusat membeli-belah di kawasan pentadbiran itu.

Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, sehingga hari ini pihak penganjur, gagal untuk mendapatkan kelulusan, lapor Selangor Kini.

“Saya diberitahu oleh MBPJ bahawa pihak penganjur tidak diberi kelulusan," kata beliau ketika ditemui pemberita seusai majlis Perhimpunan Pagi Bersama Penjawat Awam Daerah Kuala Langat di Dewan Sri Jugra, Banting hari ini.

Menurut Adun Bukit Antarabangsa itu, penganjur sepatutnya perlu menunjukkan kelulusan yang diterima daripada agensi-agensi berkaitan (polis dan Kastam) sebelum datang ke MBPJ untuk mendapatkan permit.

Sumber HD - 10-10-2014




















































































































































Ini sebabnya TS Khalid simpan 3 bilion?

MAJDAN DAGANG | .

Catatan sejarah sebuah kejayaan

Mengikut catatan dalam garis masa sejarah syarikat Kumpulan Guthrie Berhad, 1821 - 2007;

1981: The Dawn Raid: 7 September. 30-40 stockbrokers from Rowe & Pitman began buying GCL shares for PNB. Khalid Ibrahim obtained stakes held by Bank Simpanan Nasional, Genting and a Kuwaiti group.
Tun Ismail in Singapore attempted to buy stake held by OCBC. By end of the trading day, PNB held 47% of Guthrie; within a week 51%; in 3 months; control over the entire company.

Dalam catatan ini jelas menyebut dua nama penting dalam pengambilihan iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim dan Tun Ismail Ali.

Syarikat ini diasaskan oleh Alexander Guthrie yang menubuhkan Guthrie & Coo, di Sungapura pada tahun 1821 dan merupakan antara syarikat perdagangan British yang terawal di Asia Tenggara. Syarikat ini mempunyai pelbagai perniagaan dan salah satunya ialah mempunyai ladang getah dan kelapa sawit yang terbesar di Malaysia malah di dunia. Pada tahun 1965, Guthrie Corporation Limited disenaraikan di Bursa Saham London.

Namun, selepas 160 tahun penubuhannya, syarikat ini berjaya diambil alih oleh kerajaan Malaysia. Peristiwa bersejarah ini berlaku pada 7 September 1981 dan dikenali sebagai “Dawn Raid” atau Serangan Subuh. Pengambilalihan ini tentu sahaja mengejutkan kerajaan British kerana Guthrie merupakan antara syarikat perladangan terbesar milik mereka.

Kisah di atas menjadi sejarah dan legenda tersendiri. Apatah lagi ketika itu Tun Mahathir baru dua bulan menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Namun, selain catatan di atas, saya lebih tertarik dengan satu catatan lain yang menyebut TS Khalid berkata, “...kita sebenarnya mendapat Guthrie secara percuma.” Ketika wawancara oleh media tempatan.

Era Pakatan Rakyat

Selepas 27 tahun peristiwa “Serangan Subuh” ini, tiba-tiba TS Khalid menjadi Menteri Besar Selangor. Saya percaya beliau tidak bercita-cita menjadi menteri besar, apatah lagi Menteri Besar Selangor – sebuah negeri terkaya di Malaysia. Jawatan itu datang kepadanya, bukan beliau mencari jawatan tersebut.

Sebaik menjadi MB Selangor, beliau menyusun kembali pentadbiran negeri dan hasilnya selepas 5 tahun rizab tunai kerajaan negeri ialah 3.2 bilion.

Ramai yang tertanya-tanya apakah motif TS Khalid simpan duit banyak-banyak, termasuk penulis. Duit sepatutnya dibelanjakan apatah lagi dalam suasana rakyat yang memerlukan bantuan kerajaan.

Namun, selepas membaca sejarah “Serangan Subuh” terhadap Guthrie, sedikit sebanyak mungkin ada jawapan di sebalik simpanan rizab tunai tersebut.

Sangkaan bahawa beliau tidak berbelanja untuk rakyat tidak tepat. Hal ini kerana sejak menjadi MB banyak skim diperkenalkan seperti TAWAS, Skim bantuan warga emas, skim khairat kematian, bantuan kepada anak melanjutkan pelajaran ke IPT, program jom shopping dan banyak lagi termasuk juga projek pembangunan yang semuanya membabitkan wang.

Malah, rakyat mendapat air percuma dalam kuantiti tertentu (hakikatnya kerajaan negeri terpaksa membayar kepada syarikat air yang diswastakan ketika zaman Umno-BN memerintah).

Malah kakitangan kerajaan negeri juga diberi bonus hari raya sebulan gaji dan bonus hujung tahun juga sebulan gaji – sesuatu yang tidak dinikmati ketika zamanUmno-BN. Malangnya walaupun Umno-BN tidak ada projek sedemikian, duit simpanan juga tidak banyak - hanyalah beberapa ratus juta.

Sedangkan pada zaman TS Khalid, walaupun pelbagai skim yang membabitkan wang, bonus kakitangan, air percuma, namun masih mampu menyimpan wang berbilion ringgit.

Persoalannya, ke mana duit itu pergi ketika zaman Umno-BN memerintah?

Kenapa simpan duit banyak?

Pada hemat saya, duit yang disimpan oleh TS Khalid bukanlah duit daripada sifat kedekutnya tetapi merupakan duit lebihan daripada perbelanjaan asas yang tidak tiris. Pada zaman sebelumnya, duit tersebut tiris di sana sini.

Apabila sistem pentadbiran dikembalikan kepada yang hak, rasuah diperangi, setiap projek dibayar mengikut kos sebenar, maka setiap sen yang diperoleh kerajaan negeri akan sendirinya ada lebihan.

Beliau juga begitu amanah menjaga duit rakyat daripada jerung-jerung politik yang siap sedia menganga mulut menunggu habuan.

Jadi kenapa duit itu tidak dibelanjakan untuk projek rakyat yang besar-besar.

Begini. Jika anda menyimpan duit saham dalam Bank Rakyat, katakanlah RM100 ribu. Jika dividennya 10 peratus anda akan memperoleh RM10 ribu. Jika anda menyimpan RM1 juta, dividen yang akan diterima RM100 ribu, jika anda menyimpan 3 bilion – berapakah dividen yang bakal diperoleh?

Saya tidak tahu berapa bilionkah sasaran yang ingin dicapai oleh TS Khalid.

Hal ini kerana apabila TS Khalid mahu membeli Syabas dan syarikat yang berkaitan dengannya, sudah tentu beliau membuat perkiraan berapakah kos yang bakal dikeluarkan. Berapakah bayaran setiap bulan yang diperlukan.

Beliau pernah membayangkan bahawa, berdasarkan perkiraan yang dibuat, akhirnya rakyat Selangor akan membayar bil air pada jumlah yang sangat rendah dengan mutu yang semakin baik.

Jika sekiranya beliau menyasarkan rizab simpanan tunai 6 bilion dan dividen daripada simpanan tersebut ialah RM600 juta setahun (berdasar dividen 10 peratus setahun), maka duit itu boleh digunakan untuk membayar kos pembelian syarikat air.

Maknanya, kerajaan negeri akan membayar duit pembelian syarikat air hanya daripada dividen rizab tunai dan tidak mengganggu perbelanjaan dan pendapatan semasa kerajaan selangor.

Tidak mustahil bukan sahaja syarikat air, malah mungkin banyak lagi syarikat lain yang boleh dibeli hanya menggunakan duit dividen rizab tunai.

Namun, itu semua hanyalah andaian penulis yang tidak ahli dalam ekonomi, saham dan yang berkaitan dengannya. Tulisan ini juga bukan untuk mempertahankan tokoh tertentu dan merendahkan kemampuan orang lain – sekadar catatan sejarah dan sebuah andaian.

Cuma saya tidak mungkin berpeluang mendengar TS Khalid berkata, “...kita sebenarnya mendapat Syabas, Puncak Niaga dan Abass secara percuma.” – kerana beliau bukan lagi siapa-siapa dalam politik Selangor hari ini. – HARAKAHDAILY 8/10/2014

Sumber HD - 8-10-2014




















































































































































Kerajaan negeri lulus Oktoberfest fitnah - Iskandar

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Tuduhan bahawa kerajaan negeri di bawah pentadbiran mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersama empat Exco PAS meluluskan penganjuran pesta arak, Oktoberfest merupakan fitnah.

Selangor Kini melaporkan, Exco Kerajaan Negeri, Iskandar Abdul Samad berkata, sebaliknya permohonan pesta arak itu tidak pernah dibawa ke mesyuarat exco untuk diputuskan.

“Terdapat tuduhan Oktoberfest diluluskan ketika pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan empat Exco PAS.

“Ini tidak benar, tidak pernah dibawa ke mesyuarat Exco,” tulis Iskandar yang juga Pesuruhjaya PAS negeri menerusi facebook.

Sebelum ini, wujud tuduhan liar melalui sosial kononnya kerajaan negeri meluluskan penganjuran pesta yang berakhir pada 12 Oktober ini.

Sumber HD - 7-10-2014




















































































































































Belanjawan S'gor 2015 tumpu perumahan, pendidikan

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Belanjawan Negeri Selangor 2015 akan menumpukan prospek pembangunan perumahan dan pendidikan rakyat.

Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata rizab simpanan negeri berjumlah RM3.3 bilion itu akan dibelanjakan bagi mencapai penumpuan itu, lapor Selangor Kini.

“Kita akan lebih menumpukan kepada program pembangunan kepada rakyat. Sebagai contoh seperti infrastruktur, pembangunan, kediaman rakyat.

“Penumpuan utama juga diberikan kepada perumahan dan pendidikan,” katanya kepada media di majlis sambutan Aidiladha bersama rakyat di Hulu Klang.

Azmin bagaimanapun menambah pentadbirannya masih memperhalusi beberapa perkara lain menyentuh kebajikan rakyat untuk dimasukkan dalam belanjawan itu nanti.

Katanya, perbincangan terakhir memuktamadkan agenda belanjawan ini akan diadakan Rabu depan.

Belanjawan Negeri Selangor 2015 akan dibentangkan di Dewan Negeri Selangor (DNS) yang bersidang November ini.

Menyentuh program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang telah dijalankan sejak tahun 2008, Azmin mahu meneruskan pelaksanaan program itu dengan penambahbaikan dari semasa ke semasa.

“Yang penting setiap dana di peringkat negeri itu mesti dibelanjakan untuk kepentingan rakyat Negeri Selangor tetapi ia mestilah dalam bentuk pembangunan dan kebajikan Negeri Selangor.

“Maka program sedia ada akan diteruskan dan ia akan ditambah baik sekiranya ada keperluan berbuat demikian,” tegas beliau yang juga Adun Bukit Antarabangsa.

Sumber HD - 6-10-2014




















































































































































Faekah jelaskan spekulasi Khalid mahu kosong kerusi

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Dakwaan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mahu mengosongkan kerusi Dun Pelabuhan Klang adalah tidak benar.

Selangor Kini melaporkan pegawai khas kepada Adun Pelabuhan Klang, Faekah Husin berkata majikannya tidak pernah menyatakan hasrat meletak jawatan.

“Tan Sri tidak pernah menyatakan hasrat letak jawatan,” katanya menerusi sistem pesanan khidmat ringkas (SMS) kepada Selangor Kini.

Speaker Dun Negeri Selangor (DNS), Hannah Yeoh juga menafikan menerima notis peletakan jawatan itu.

“Saya tidak dengar apa-apa pun, saya juga tidak terima apa-apa notis,” katanya.

Reaksi itu sebagai respons kepada spekulasi mantan Menteri Besar Selangor itu mahu melepaskan jawatan sebagai Adun Pelabuhan Klang dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.

Sumber HD - 6-10-2014




















































































































































Belanjawan Selangor fokus perumahan, pendidikan - Azmin

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali menjangkakan sebanyak RM2.3 bilion akan diperuntukkan dalam Belanjawan Negeri 2015 yang akan dibentangkan pada 24 November depan.

Beliau berkata belanjawan terbabit akan memberi fokus kepada perumahan dan pendidikan.

“Saya sedang meneliti teras belanjawan itu. Ia akan di bawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk diluluskan,” katanya dipetik Selangor Kini.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada majlis bacaan doa selamat dan Surah Yasin sempena pelantikannya sebagai Menteri Besar, di Masjid Bukit Antarabangsa.

Katanya, ia akan membabitkan 50 peratus pembangunan dan 40 peratus bagi pengurusan.

Katanya, bagi perumahan, kerajaan negeri akan membina lebih banyak rumah mampu milik dan kos rendah.

“Kita menitikberatkan kepada penduduk migran, yang mana datang ke negeri ini untuk bekerja.

“Kita juga mahu kaum Melayu menguasai hartanah negeri, kita tidak mahu lagi bila sebut Melayu, orang hanya fikir setinggan,” katanya yang juga Adun Bukit Antarabangsa.

Selain itu, ujarnya bagi pendidikan, kerajaan negeri akan mengkaji sejumlah peruntukan untuk diberikan biasiswa kepada pelajar Universiti Selangor (Unisel), Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dan Inpens.

“Kita tidak mahu pelajar dibebankan dengan yuran yang tinggi, jadi kita akan bantu mereka kerana pendidikan adalah teras utama dalam cabaran global,” katanya.

Sumber HD - 3-10-2014




















































































































































Selangor, polis terus pelihara ketenteraman rakyat

HARAKAHDAILY | .




KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor akan terus menyokong dan mendukung inisiatif Polis Diraja Malaysia (PDRM) menangani masalah jenayah di negeri itu.

Selangor Kini melaporkan, Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata beliau dan pimpinan baharu telah pun diberi taklimat tentang keadaan di negeri itu.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak PDRM yang telah mengambil inisiatif untuk menangani masalah jenayah di Selangor.

“Kita melihat indeks jenayah telah menurun atas usaha yang telah dimainkan PDRM, dan kerajaan negeri akan memberi sokongan dan dukungan kepada PDRM untuk terus menjamin keselamatan rakyat dan memelihara ketenteraman rakyat,” katanya dalam kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor yang disambut oleh Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Samah, kelmarin.

Turut serta ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi dan anggota exco iaitu Zaidy Abdul Talib, Dr Daroyah Alwi dan Amirudin Shari.

Sumber HD - 3-10-2014




















































































































































'Rumah kami dipantau samseng malam nanti'

SELANGOR KINI | .


KUALA LUMPUR: Keselamatan pegawai, anggota dan ahli keluarga penguatkuasa Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) sering terancam sebaik selesai mengadakan operasi besar-besaran.

Ini berikutan, kediaman mereka akan dipantau konco-konco samseng pusat perjudian yang diserbu dalam operasi sebelumnya bagi menakutkan anggota atau pegawai terlibat, lapor Selangor Kini.

"Biasanya operasi seperti ini tak berakhir di sini sahaja sebab sebelah malamnya mereka hantar orang perhatikan rumah kami.

“Maka disebabkan itu, setiap kali adakan operasi saya bawa isteri dan anak-anak saya keluar ke tempat lain beberapa hari,” kata Hairol Azman sebaik sahaja selesai operasi yang melibatkan pusat perjudian haram, ‘Ops Dadu’ di sekitar Bandar Baru Salak Tinggi, semalam.

Menurutnya, beliau juga menyedari beberapa ‘kepala’ samseng memerhatikan pergerakan mereka dari jauh ketika Ops Dadu dijalankan.

Sumber HD - 2-10-2014




















































































































































Azmin umum penjenamaan semula 10 portfolio

MUHAMMAD FAIZAL | .


SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali hari ini mengumumkan penjenamaan semula sepuluh portfolio bagi memantapkan lagi pentadbir‎an kerajaan negeri.

Azmin pada sidang media memberitahu penjenamaan itu sebagai usaha meningkatkan prestasi dan kebajikan rakyat selaras dengan ‎keadaan semasa.

"Hari ini merupakan mesyuarat pertama exco dan kita telah memutuskan penjenaman semula sepuluh jawatan exco.

"Ia sebagai usaha baru kerajaan dalam menghadapi senario semasa di negara ini," jelasnya yang juga Adun Bukit Antarabangsa.

Antara Portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor adalah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kewangan, Pembangunan Tanah, Pengurusan Sumber Alam, Majlis Tindakan Ekonomi Selangor dan Penerangan dipegang Menteri Besar Selangor.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian (IKS) & Perdagangan dan Pengangkutan - Datuk Teng Chang Khim

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar - Iskandar Abdul Samad.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna - Elizabeth Wong.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baharu - Ean Yong Hian Wah.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi - Dr Ahmad Yunus Hairi.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita & Keluarga - Dr Daroyah Alwi.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kemiskinan, Kerajaan Prihatin dan Pekerja Ladang - Ganabtirau A/L Verman.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains & Teknologi dan Inovasi - Nik Nazmi Nik Ahmad.

Pengerusi Jawtankuasa Tetap Pembangunan Tetap Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan - Amirudin Shari.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrstruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani - Zaidy Abdul Talib. - HARAKAHDAILY 1/10/2014

Sumber HD - 1-10-2014




















































































































































Azmin jangan jadikan musuh orang lain sebagai musuh

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali diingatkan agar jangan menjadikan musuh orang lain sebagai musuhnya.

Ini kerana beliau mempunyai peluang yang amat baik untuk mendapat sokongan dari semua pihak jika berdisiplin dan tidak terburu-buru untuk berdendam kerana kuasa politik.

Demikian tulis Aspan Alias menerusi blognya semalam.

Baginya, Azmin mempunyai peluang dan kemudahan untuk menjadi seorang pemimpin yang 'magnanimous'.

Tambahnya, jika peluang itu tidak diambil kesempatan, maka apabila sampai masanya nanti kita sendiri akan melihat apa yang akan terjadi kepadanya.

Menurutnya, yang penting Azmin perlu mengambil sikap sebagai bapa kepada semua dengan bertindak 'tampal segala yang koyak dan sambung segala yang putus'.

"Akhirnya nanti semua yang berpecah akan bertaut dan itulah sebersih-bersih nama bagi Azmin tinggalkan dalam sejarah politik beliau," tulisnya lagi.

Untuk itu, katanya Azmin perlu menyatukan semua pihak, yang terpenting sekali ialah untuk mentautkan tiga tonggak utama dalam mentadbir sesebuah negeri yang berdaulat, iaitu institusi Raja, institusi legislatif serta eksekutif.

Bermaaf-maafan dengan pemimpin negeri yang lalu adalah sifat terpuji dan mereka yang tidak arif tentang ketuhanan seperti saya ini pun mengakui yang itu adalah tuntutan yang hak.- HARAKAHDAILY 30/9/2014

Sumber HD - 30-9-2014




















































































































































Exco tekad eratkan kerajaan negeri dengan anak muda

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Barisan Exco Kerajaan Selangor dari kalangan Adun muda bertekad membawa nafas baru yang lebih mesra anak muda ke dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Adun Taman Templer Zaidy Abdul Talib berkata fokus akan diberikan untuk menambahbaik program sedia ada bagi merapatkan hubungan antara kerajaan negeri dengan generasi muda.

“Di Selangor banyak calon anak muda dan dalam exco juga nampaknya kepercayaan banyak diberikan kepada anak muda dan ini disebabkan Pakatan Rakyat (PR) melihat betapa pentingnya potensi anak muda diketengahkan dan menjadi barisan hadapan untuk memberi khidmat kepada rakyat," ujarnya dipetik Selangor Kini.

Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS negeri berkata, kepercayaan itu dilihat juga berdasarkan jumlah pengundi ramai di kalangan anak muda.

"Kepimpinan anak muda inilah mampu merasai denyut nadi anak muda dan selepas ini banyak program di Selangor ini dapat diolah supaya kita dapat mengambil kira dari sudut kehendak atau aspirasi anak muda.

“Program sedia ada memang dah cantik sebenarnya tetapi kita boleh tambah baik lagi, diolah semula bagi mendekatkan lagi dengan jiwa anak muda sebab hanya orang muda sahaja yang memahami anak muda,” kata Zaidy.

Bagi Adun Batu Caves, Amiruddin Shari pula percaya golongan muda dalam barisan exco yang baru mampu membawa idea lebih segar.

“”Kita harap kita akan dapat bawa idea dan kaedah baru dalam pentadbiran kerajaan negeri dan saya pasti kami mampu merapati anak muda kerana komunikasi yang kami gunakan seperti media sosial dan sebagainya sama dengan kaedah yang menjadi kegemaran anak muda lain.

“PR juga memberi contoh yang baik apabila kita dapat lebih 30 peratus barisan kepimpinan kita dibarisi oleh generasi muda" katanya.

Ini, tambah beliau adalah pengiktirafan kepada anak muda di Malaysia untuk dilaksanakan Kerajaan Negeri PR Selangor.

Sumber HD - 28-9-2014




















































































































































Semoga bakti dipandang jua oleh Allah - Dr Halimah

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Dr Halimah Ali memohon ampun dan maaf kepada semua pihak sekiranya ada tersilap dan tersalah sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja.

Adun Selat Klang itu juga mengucapkan setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada suami dan keluarga yang banyak berkorban, rakan taulan serta penjawat awam yang membantu beliau dalam misi mahu menjadikan Selangor baldatun tayyibatun wa rabbbun ghafur melalui program SPIES dan segala-galanya yang telah diikhtiarkan.

Mantan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi Dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor itu menyatakan demikian menerusi blognya semalam, sebagaimana di bawah.

ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR!

Allah Maha Besar Kuasa dan Tuhan Yang mencipta langit, bumi dan insan serta segala makhluk.

Allah memilik segala-galanya.

Insan dicipta di muka bumi ini untuk hidup sementara. Transit. Sebentar sahaja. Dilengkapi dengan jasad sebagai kenderaan rohnya. Diberi akal untuk berfikir bagaimana mencorak dan memilih jalan hidupnya. Akal diberi untuk memandu kerangka jasad yang dihuni roh untuk mengendalikan diri dan persekitarannya termasuk sesama insan dengan cara yang mengikut piawaian Penciptanya. Kepatuhan kepada 'set of rules' mengendalikan dirinya di dalam sistem persekitaran manusia, haiwan dan segala sumber hidupnya akan melayakkannya nanti untuk mendapat ganjaran lumayan di akhirat kelak.

Hari ini Allah swt membebaskan saya daripada tanggungjawab berat terus memikul amanah selaku Exco Kerajaan Selangor. Mulai Mac 2008 selepas menang kerusi Dun kawasan Selat Klang saya diberi amanah oleh parti untuk menjadi Exco Kerajaan Pakatan Rakyat. Kemudian ditentukan menjadi Exco merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan.

Misi ialah untuk mengilmukan rakyat dan merakyatkan ilmu dengan kerangka yang berpandu sumber Ilahi agar menjadi insan berguna yang akan taat kepada Penciptanya, ibubapa serta menyumbang kepada masyarakat. Pada tahun 2010 saya wujudkan pula GeMS, iaitu satu jawatankuasa untuk menangani gejala sosial. rebranding kepada Generasi Idaman Selangor yang disingkatkan kepada GeMS agar bunyi lebih 'cool' dan menarik kepada remaja belia.

Segalanya agar menyokong visi Selangor mahu menjadi begeri idaman, maju, sejahtera dan berkebajikan atau baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur.

Banyak perkara yang telah diusahakan, meneroka perkara baru, think out of the box, berani mengambil risiko, berjaya menarik anak muda ke program positif agar terhindar daripada program destruktif, lagha dan berpotensi menatijahkan perkara buruk di masa depan seperti berzina, dadah dsb.

Program amar makruf (SPIES) dan nahi munkar (GeMS) dirancang untuk melahirkan khaira ummah.

Alhamdulillah, tapak telah ditebas, benih telah disemai. Harap pimpinan kerajaan baru boleh meneruskannya.

Yang paling penting, saya telah menebas hutan belukar jahiliyyah, menanam sukses mentaliti dan iklusiviti di kalangan penjawat awam serta pihak yang terbabit. Adakah saya sudah berjaya. Belum lagi. Banyak lagi liku-liku yang harus ditempuhi.

Segala benih kebaikan yang disemai, dibajai selama ini diharapkan boleh menghasilkan buah yang ranum akhlaknya kelak.

Semoga khidmat bakti dipandang jua oleh Allah swt.

Saya mengucapkan setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada suami dan keluarga yang banyak berkorban, rakan taulan serta penjawat awam yang membantu saya dalam misi mahu menjadikan Selangor baldatun tayyibatun wa rabbbun ghafur melalui program SPIES dan segala-galanya yang telah diikhtiarkan.

Saya memohon ampun dan maaf kepada semua pihak sekiranya ada tersilap dan tersalah sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja.

Sii ruu 'ala barakatillah.

YB Dr HA - 
https://www.youtube.com/watch?v=JaLRVDDiO2g&feature=youtu.be

Sumber HD - 27-9-2014




















































































































































Pulihkan keyakinan rakyat kepada Pakatan - Iskandar

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Exco Kerajaan Selangor, Iskandar Abdul Samad mahu keyakinan rakyat terhadap Pakatan Rakyat dipulihkan sepenuhnya setelah melalui kemelut politik hampir sembilan bulan.

Beliau menyatakan demikian selepas Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Exco di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang petang semalam.

Adun Chempaka itu berkata, terdapat banyak agenda yang perlu diteruskan demi membela nasib rakyat.

“Masanya kini adalah untuk memandang ke hadapan,” katanya yang juga Pesuruhjaya pasa Selangor dipetik Selangor Kini.

Selain beliau, Adun PAS yang turut mengangkat sumpah sebagai exco yang dipilih Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali ialah Dr Ahmad Yunus Hairi (Sijangkang) dan Zaidy Abdul Talib (Taman Templer).

Sumber HD - 27-9-2014


Teks penuh titah ucapan Sultan Selangor
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Bismillahir Rahmanir Rahim.

Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan limpah dan kurnianya pada hari ini, Beta dapat mengadakan Pelantikan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (EXCO) pada petang ini.

Seperti yang kita sedia maklum pelantikan Exco yang baru ini adalah disebabkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Democratic Action Party (DAP) tiada mempunyai keyakinan kepada Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim yang menyandang Menteri Besar Selangor, yang dilantik selepas Pilihanraya Umum ke 13. Oleh itu seorang Menteri Besar yang baru dan Exco yang baru juga perlu dilantik untuk mentadbirkan Kerajaan Negeri Selangor ini.

Kemelut dan pergolakan dalam Parti Pakatan Rakyat ini bermula daripada Pakatan Rakyat membuat “Kajang Move”-Langkah Kajang dan bermulalah usaha mereka untuk menyingkirkan Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Dengan ini timbullah pelbagai hasutan dan tomahan untuk memburukkan Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim supaya dapat diturunkan daripada jawatan Menteri Besar Selangor. Perkara hasut menghasut dan melempar tohmahan-tohmahan terhadap Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim berterusan walaupun semasa bulan suci Ramadhan, dimana umat Islam sepatutnya membuat ibadah dan membuat kerja-kerja amal yang diredhai oleh Allah Subhanahu Wata’ala untuk membersihkan dosa dan maksiat. Beta telah menyeru dan mengingatkan beberapa kali, rakyat Melayu beragama Islam di Negeri Selangor ini supaya di bulan Ramadhan yang mulia ini hendaklah sentiasa bertaqwa kepada Allah Subhanahu Wata’ala dan melakukan amal jariah kita supaya diterima Allah.

Tetapi Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetap meneruskan agenda mereka walaupun dalam bulan suci Ramadhan dengan terus menghina dan mencaci sehingga mereka berjaya dalam niat mereka untuk menjatuhkan Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Di sini Beta ingin mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim yang telah menjalankan tugas beliau dengan jaya dan sempurna sebagai Menteri Besar, yang mana hubungan Istana dengan beliau telah berjalan dengan baik dan lancar.

Krisis yang berlaku berkenaan dengan Menteri Besar Selangor ini telah membuka mata dan hati serta pandangan Beta terhadap politik di Negeri Selangor ini. Ahli-ahli politik datang dan pergi, mereka akan berkhidmat untuk selama 5 tahun dan mungkin akan diganti pada pilihanraya yang akan datang. Tetapi kedudukan Beta sebagai Sultan yang memerintah Negeri Selangor akan berterusan sehingga akhir hayat Beta.

Sebagai Sultan yang memerintah, tugas-tugas Beta amatlah berat untuk memastikan rakyat Negeri Selangor yang Beta kasihi ini dapat menikmati hidup yang berkualiti dan pembangunan Negeri yang sempurna. Beta tidak campur tangan dalam pentadbiran Negeri yang dijalankan oleh Menteri Besar.

Beta hanya menasihatkan Menteri Besar jika terdapat sesuatu perkara yang boleh menyusahkan rakyat.

Beta ingin mengingatkan bahawa Sultan itu bukanlah sahaja dalam istiadat dan majlis rasmi, tetapi kuasa Sultan adalah untuk melihat negeri dan rakyat Negeri Selangor ini hidup dalam keamanan dan maju jaya.

Oleh kerana rakyat tidak diberi kefahaman akan fungsi sebenar Sultan, rakyat beranggapan Institusi Raja itu adalah sebagai lambang sahaja tanpa mempunyai apa-apa peranan dan kuasa yang diperuntukkan dibawah Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor. Beta dapati ada ahli politik yang tidak faham akan peranan dan kuasa Institusi Raja atau mereka sengaja tidak memahaminya kerana Beta yakin mereka mempunyai agenda yang lain.

Beta adalah Sultan yang memerintah Negeri Selangor sentiasa berpandukan pemerintahan Beta dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor yang telah di meterikan pada tahun 1959.

Rakyat Negeri Selangor yang berbilang kaum dan berbilang agama serta mempunyai pelbagai adat resam mahukan Negeri Selangor ini aman dan makmur, bebas mengamalkan agama masing-masing serta dapat hidup dalam tenteram dan harmoni.

Seterusnya Beta mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakyat Negeri Selangor yang menyokong Beta dalam kemelut pelantikan Menteri Besar di Negeri Selangor ini dan mempercayai Beta dalam menyelesaikan kemelut ini. Beta sentiasa memikirkan ketenteraman, kemakmuran dan keharmonian rakyat Negeri Selangor yang Beta kasihi ini.

Tidak lupa juga Beta mengucapkan terima kasih kepada pihak media arus perdana yang telah berkerjasama dengan pihak Istana dalam menyiarkan kenyataan-kenyataan akhbar dari Istana.
Disamping itu Beta mahukan orang Melayu Islam janganlah berpecah belah dan tidak extremis atau mengelirukan rakyat hingga mengikut ajaran agama sesat.

Beta tidak mahu orang Melayu Islam berpuak-puak, mencaci antara sesama sendiri, hingga meruntuhkan kemuafakatan orang Melayu yang mana Beta kuatiri suatu hari kelak jika perkara ini berterusan, orang Melayu akan menuju kehancuran.

Kemanakah hala tuju, dan kemanakah perginya orang Melayu nanti. Beta sentiasa berdoa agar Allah Subhanahu Wata’ala membuka hati mereka supaya dapat melihat kebenaran dan seterusnya bersatu padu didalam memelihara dan mempertahankan tanah air kita yang dikasihi ini. Janganlah mudah sangat orang Melayu diperdaya sehingga maruah tergadai demi untuk kepentingan sendiri.

Kepada Ahli-Ahli Exco yang baru, Beta menyeru supaya memberi sokongan yang padu kepada Yang Amat Berhormat Tuan Mohamed Azmin Bin Ali, Dato’ Menteri Besar Selangor yang baru. Lupakan segala sengketa yang lalu dan tumpukan segala tenaga, kepakaran dan pengalaman disertakan dengan keikhlasan untuk berkhidmat kepada rakyat Negeri Selangor yang telah memberi mandat kepada tuan-tuan dan puan-puan sebagai wakil rakyat mereka. Rakyat tidak suka melihat Negeri Selangor ini didalam kucar kacir dan mereka tinggal didalam ketakutan dan kesengsaraan.

Beta berdoa kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala semoga dengan pelantikan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor yang baru ini, parti-parti yang telah diberi mandat untuk memerintah Negeri Selangor akan dapat berkerjasama untuk mentadbir Kerajaan Negeri dengan penuh jujur dan ikhlas demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat Negeri Selangor. Rakyat menaruh harapan supaya mereka dapat tinggal di Negeri Selangor yang kaya dan maju ini serta dapat menikmati segala kemakmuran yang ada di dalamnya.

Beta sentiasa berdoa kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala supaya Negeri Selangor yang kita kasihi ini dirahmatiNya dan dilindungi daripada segala malapetaka dan apa juga yang boleh menyusahkan rakyat Negeri Selangor yang Beta kasihi ini. Amin.

Sekian.

Sumber FBBPPNS - 26-9-2014




















































































































































'Rakyat tidak suka melihat negeri ini kucar kacir'

HARAKAHDAILY | .


SHAH ALAM: Rakyat tidak suka melihat Negeri Selangor di dalam kucar kacir dan mereka tinggal di dalam ketakutan dan kesengsaraan, titah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Baginda bertitah demikian pada majlis angkat sumpah Exco Kerajaan Selangor yang baharu di Istana Alam Shah, petang ini.

Sehubungan itu, baginda berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala semoga dengan pelantikan Menteri Besar Selangor yang baru itu, parti-parti yang telah diberi mandat untuk memerintah negeri ini akan dapat berkerjasama untuk mentadbir kerajaan negeri dengan penuh jujur dan ikhlas demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat.

Menurut baginda lagi, rakyat menaruh harapan supaya mereka dapat tinggal di negeri yang kaya dan maju ini serta dapat menikmati segala kemakmuran yang ada di dalamnya.

"Beta sentiasa berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala supaya negeri Selangor yang kita kasihi ini dirahmati-Nya dan dilindungi daripada segala malapetaka dan apa juga yang boleh menyusahkan rakyat negeri Selangor yang beta kasihi ini," titah baginda lagi.

YB Dr AYH - https://www.youtube.com/watch?v=9xC0HKnotzc

Sumber HD - 26-9-2014




















































































































































Komposisi Exco Selangor 4 PKR, 3 DAP, 3 PAS

HARAKAHDAILY | .

SHAH ALAM: PKR mendapat tambahan satu kerusi anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (exco) yang diumumkan oleh Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali pada sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), di sini, hari ini.

Beliau mengumumkan 10 exco dengan kuota 4 PKR, 3 DAP dan 3 PAS.

Adun PKR terdiri daripada Elizabeth Wong Keat Ping, Dr Da‎royah Alwi, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Amirudin Shari, sementara DAP pula ialah Datuk Teng Chang Khim, Ean Yong Hian Wah dan V Ganabatirau.

Adun PAS ialah Iskandar Abdul Samad, Dr Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib.

Beliau memaklumkan Nik Nazmi telah meletakkan jawatan sebagai Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor dan bersetuju supaya jawatan itu disandang oleh PAS bagi mewakili Pakatan Rakyat.
Sebelum ini, komposisi exco ialah 4 PAS, 3 PKR dan 3 DAP. - HARAKAHDAILY 26/9/2014

YAB MB - https://www.youtube.com/watch?v=fJgN1jmef38

Sumber HD - 26-9-2014




















































































































































Exco: Sultan perkenan, MB belum putuskan kuota

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sudah memperkenan senarai nama ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang baharu.


Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata komposisi exco kekal dengan bilangan 10 orang tetapi belum mengesahkan sama ada fomula 4-3-3 iaitu PAS (empat), PKR (tiga) dan DAP (tiga) kekal atau sebaliknya, lapor Selangor Kini.

“Saya telah persembah nama untuk menjadi ahli MMKN kepada baginda Sultan.

“Tuanku memperkenan senarai nama yang diberi dan saya akan umumkan esok,” katanya kepada pemberita selepas menghadap Sultan Sharafuddin di Istana Mastika, Shah Alam hari ini.

Bagaimanapun, kebanyakan media tempatan melaporkan Azmin akan mengekalkan kuota exco dengan formula 4-3-3 sebelum Pejabat Menteri Besar mengedar kenyataan media yang menyatakan ia rundingan masih dijalankan.

“Laporan media mengenai pengagihan kuota ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri adalah tidak tepat kerana proses rundingan masih berjalan,” kata Azmin di twitter petang tadi. - HARAKAHDAILY 25/9/2014

YAB Tn AA - 
https://www.youtube.com/watch?v=hJ4hDWppagY

Sumber HD - 25-9-2014




















































































































































Exco: Azmin kekalkan 4 PAS, 3 PKR, 3 DAP

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Komposisi Exco Kerajaan Negeri Selangor di bawah pentadbiran Menteri Besar yang baharu Mohamed Azmin Ali kekal seperti sebelum ini.


Sepuluh Exco yang akan dilantik iaitu wakil PAS seramai empat orang, sementara DAP dan PKR masing-masing kekal untuk tiga jawatan exco.

Menurut Azmin, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah menerima kesemua nama exco yang dicadangkan beliau.

"10 orang (exco), komposisi kekal 4-3-3, esok saya akan umumkan (senarai nama mereka)," kata beliau yang dipetik Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di depan Istana Mestika, Shah Alam hari ini.

Barisan Exco Selangor ini akan mengangkat sumpah di Istana Alam Shah, Klang esok. - HARAKAHDAILY 25/9/2014

Sultan serah watikah - 
https://www.youtube.com/watch?v=QlSzHia2mnk

Sumber HD - 25-9-2014




















































































































































Kenapa Ustaz Azhar Idrus pilih Unisel?

HARAKAHDAILY | .



KUALA LUMPUR: Pendakwah ikon anak muda, Ustaz Azhar Idrus memilih Universiti Selangor (Unisel) sebagai institusi untuk anaknya melanjutkan pengajian kerana yakin dengan mutu pembelajaran dan pengajan yang disediakan.

Katanya, beliau tidak ragu-ragu membenarkan anak lelakinya melanjutkan pengajian di institut pengajian milik Kerajaan Negeri Selangor itu di atas reputasi Unisel yang semakin kukuh.

“Senarai program yang ada di Unisel sememangnya bagus, lagipun kita perlu menyokong kerajaan negeri.

“Unisel bukan sekadar institut pengajian tinggi swasta yang biasa tetapi sebuah universiti yang besar daripada segi kemudahan fasiliti dan sebagainya,” katanya dipetik Selangor Kini.

Kehadiran Azhar di Kampus Shah Alam ketika mendaftarkan anaknya yang mengikuti program tahun asas perakaunan menarik tumpuan para siswa yang berpusu-pusu mahu bersapa dan bergambar dengan beliau.

Sumber HD - 25-9-2014




















































































































































Tahniah Azmin, jika itulah takdirmu

MAJDAN DAGANG | .

Tahniah dan terima kasih

Pada tarikh 23 September 2014, Selangor menjadi Menteri Besar yang ke-15 iaitu Azmin Ali. Siapa yang pertama? Yang pertama ialah Datuk Hamzah Abdullah yang menjadi MB hanya beberapa bulan iaitu pada tahun 1949. Yang kedua pula ialah Raja Tun Uda Raja Muhammad dari 1 Julai 1949 hingga 1953.

MB pertama yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya selepas Tanah Melayu merdeka ialah Datuk Abu Bakar Baginda yang menjadi MB dari 30 Mei 1959 hingga 24 April 1964.

MB pertama yang bukan daripada Umno-BN ialah Tan Sri Datuk Seri Abdul Khalid Ibrahim yang menjawat jawatan tersebut 13 Mac 2008 hingga 22 September 2014.

Tahniah kepada Azmin yang dilantik ke jawatan ini dan terima kasih kepada Tan Sri Khalid atas sumbangan jasanya menjaga amanah rakyat.

Takdir kita tidak sama

Begitulah takdir hidup ini. Manusia merancang, Allah juga merancang, sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang.

Ada orang merancang mahu jadi pemandu kapal terbang tetapi Allah takdirkan dia jadi pramugara sahaja. Ada orang merancang mahu jadi guru, tetapi Allah takdirkan dia jadi doktor. Ada orang merancang mahu jadi Perdana Menteri tetapi Allah takdirkan sehingga Timbalan Perdana Menteri sahaja. Ada yang merancang mahu jadi MB, tetapi Allah takdirkan jadi Adun sahaja.

Adakah ini salah takdir? Tidak sebenarnya. Allah suruh kita berusaha dan terus berusaha – di mana ada usaha di situ ada kejayaan. Ketika berusaha jangan sampai melanggar prinsip, janganlah sampai melanggar ulamak, jangan melanggar rakan tahaluf, janganlah sampai melanggar adab, janganlah sampai melanggar sultan.

Gagal atau berjaya, menang atau kalah, – semuanya dapat pahala jika dilakukan dengan niat kerana Allah dan dibuat dengan cara yang tidak bertentangan dengan Islam.

Kita cuma berusaha, selebihnya takdir Allah yang tentukan.

Dibimbangi jika niat kerana kejar jawatan. Jawatan gagal digapai, pahala entah ke mana. Sebagai orang Islam tentunya kita percaya akan dosa pahala, halal dan haram. Orang bukan Islam saya tidak tahu, adakah ada nilai yang seumpamanya dalam agama mereka.

Jangan taksub mengejar jawatan dan Islam tidak mendidik kita meminta-minta jawatan. Sebagai jemaah Islam tentunya kita faham dengan didikan ini. Lainlah jika jemaah kita tidak berteraskan Islam. Membujur lalu melintang pukang! (Asal: Membujur lalu melintang patah!)

Abu Zar al-Ghifari pernah memohon jawatan daripada Nabi SAW tetapi permohonan itu ditolak baginda kerana mengetahui kelemahan beliau dan berat amanah yang bakal dipikul. Abu Zar tidak kecil hati dengan penolakan itu.

Adakah kita dihalang secara mutlak meminta jawatan? Tidak juga. Nabi Yusuf a.s. meminta jawatan menteri dalam kerajaan Mesir. Namun, sebelum itu Nabi Yusuf telah membuktikan kebolehannya dan dia dinilai layak oleh Raja untuk jawatan tersebut. Bak kata orang dulu-dulu, ukur baju di badan sendiri.

Nasihat seorang ustaz

Seorang ustaz memberi perbandingan. Dalam acara lari berganti-ganti yang dianggotai oleh empat pelari. Sebaik tembakan pelepasan, kesemua pelari akan memecut. Dalam pasukan kita pelari pertama memecut tetapi hanya berada di kedudukan ketiga. Sebaik menyerahkan baton, pelari kedua berjaya merapatkan kedudukan dengan pelari di depannya dan menyerahkan baton kepada pelari ketiga.

Sebaik menerima baton pelari ketiga berjaya memintas pelari di depannya dan berusaha merapatkan diri dengan pelari di depan sekali. Sebaik baton diserahkan kepada pelari terakhir, dia memecut laju dan akhirnya berjaya memintas pelari di depan dan dinobatkan sebagai pemenang pingat emas.

Semasa pengurniaan pingat, adakah hanya pelari akhir sahaja dikurniakan pingat emas? Tentunya tidak. Keempat-empat pelari diberi pingat yang sama.

Begitulah perjuangan kita dalam Islam. Generasi sebelum kita bukan setakat tidak menang dalam pilihan raya, malah hilang wang deposit. Kini generasi kita hanya menang di beberapa negeri dan Dun. Kita tidak tahu generasi bilakah Islam akan menang di bumi Malaysia ini. Adakah pahala orang terdahulu yang hilang wang deposit lebih sedikit berbanding dengan yang jadi Adun atau MB pada hari ini?

Nescaya Allah tidak mengurangkan sedikit pun.

Tanya jurulatih, di mana kamu?

Teringat saya suatu masa dahulu. Seorang jurulatih berpangkat kapten bertanya kepada pegawai kadetnya ketika dalam kelas.

“Tidak lama lagi kamu akan ditauliahkan sebagai pegawai - menjadi ketua platun dan seorang pemimpin. Di mana kedudukan kamu?”

Beliau membahagikan manusia dalam empat kategori. Yang pertama dilahirkan sebagai pemimpin. Tentunya dalam Islam percaya para nabi dan rasul dilahirkan untuk memimpin. Namun, dalam kalangan manusia biasa ada juga yang dilahirkan dan mempunyai karisma sebagai seorang pemimpin. Sebagai lelaki, tentu jadi pemimpin keluarga khususnya imam solat.

“Kategori kedua ialah dilatih untuk menjadi pemimpin. Kamu adalah dalam kategori ini. Bermula sebagai pemimpin platun.”

Ya, kebanyakan pemimpin yang ada pada hari ini datangnya daripada kelompok ini. Dilatih, dididik sama ada secara formal mahupun pengalaman. Untuk sampai ke tahap ini tentunya Azmin Ali telah dididik melalui pengalaman yang pelbagai. Begitu juga Tuan Guru Haji Hadi, Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan ramai lagi.

Yang ketiga ialah pemimpin yang jadi pemimpin secara kebetulan. Pemimpin dalam kategori ini tidak ramai kerana jadi pemimpin secara “rezeki terpijak”. Corazon Aquino atau popular dengan panggilan Cory merupakan salah seorang pemimpin kategori ini.

Beliau hanyalah seorang suri rumah kepada tokoh politik pembangkang Filipina, Benigno Aquino, Jr. Namun apabila suaminya mati ditembak pada 21 Ogos 1983 ketika menjejakkan kaki ke bumi Filipina setelah dibuang negara, wanita ini bangkit menentang kezaliman pemerintah ketika itu.

Dalam pilihan raya umum 1985, presiden Filipnia ketika itu, Ferdinand Marcos telah menang besar.

Namun, parti pembangkang yang dipimpin oleh Cory mendakwa wujud penipuan dalam pilihan raya itu. Beliau menyeru rakyat untuk bangkit dan akhirnya seruannya itu mendapat sokongan tentera dan gereja. Marcos yang berkuasa lebih 20 tahun akhirnya tumbang dan melarikan diri ke luar negara.

Simpati rakyat membantu beliau menentang kezaliman terhadap suaminya.

Cory secara rasmi dilantik menjadi presiden Filipina ke-11 February 25, 1986. Beliau menjadi presiden wanita pertama dalam kalangan negara Asia. Selepas sepenggal, beliau tidak meneruskan khidmatnya dan berakhir pada Jun 30, 1992. Cory kembali menjalani kehidupan biasanya sebagai seorang suri rumah. Tugasnya mengembalikan demokrasi kepada rakyat telah tercapai dan beliau bersara daripada politik.

Kemenangan Cory disebab simpati rakyat atas kezaliman yang diterimanya. Di Malaysia, ada kes yang hampir serupa. Gelombang rakyat yang berlaku sekitar 1998 atas dasar simpati kepada sebuah kezaliman dan ketidakadilan.

Kemuncak kepada gelombang itu ialah pada tahun 1998 apabila kerajaan BN kalah di lima negeri dan hilang majoriti 2/ 3 di parlimen.

Dalam PRU13 pada tahun 2013 gelombang itu sudah tidak membadai seperti sebelumnya, dan adakah masih ada gelombang dalam PRU14 akan datang? Masih adakah simpati?

Tidak ada siapa yang tahu kerana orang yang pernah mendapati simpati kerana dizalimi dan tidak mendapat keadilan dan kini melakukan perkara yang sama terhadap orang lain.

Yang keempat ialah mereka yang dilahirkan untuk menjadi pengikut sahaja. Kelompok ini tidak ada bakat dan karisma untuk memimpin. Adakah kelompok ini tidak ada nilainya? Allah maha adil, hatta ulat tahi pun ada tugasnya. Sesungguhnya Allah tidak jadikan sesuatu itu secara sia-sia.

Mereka mungkin tidak ada bakat dan karisma memimpin tetapi menjadi pengikut yang baik, pekerja yang bagus, ahli yang setia dan wala’. Setiap pemimpin yang berjaya dibawahnya terdiri daripada pengikut yang baik dan cemerlang.

Oleh sebab pengikut yang baik dan memahami inti perjuangan inilah parti-parti politik seperti PAS terus bertahan walaupun dilanda ombak dan badai, ribut dan taufan.

Jika anda tidak dilahirkan untuk menjadi pemimpin, maka jadilah pengikut yang baik kepada ketua yang baik. Jika anda seorang Islam dan yakin dengan Islam, Jangan khianati ketua anda selagi tidak melanggar syariat.

Itulah anda. Jika itu takdirmu...

– HARAKAHDAILY 25/9/2014

Sumber HD - 25-9-2014




















































































































































Azmin mulakan tugas rasmi MB hari ini

HARAKAHDAILY | .




SHAH ALAM: Mohamed Azmin hari ini secara rasmi memulakan tugas sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu. (Foto oleh Selangor Kini)

Beliau yang mengenakan sut hitam dilihat tiba di bangunan SUK Shah Alam kira-kira jam 7.45 pagi.

Ketibaan beliau disambut oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK), Mohammed Khusrin Munawi dan kakitangan pejabat Menteri Besar.

Beliau kemudian diberi taklimat oleh Mohammed Khusrin mengenai Pejabat Menteri Besar di tingkat 21.

Tugas pertama beliau pagi ini adalah mempengerusikan mesyuarat bersama ketua setiap jabatan dan juga Setiausaha Kerajaan Negeri.

Sementara itu, Azmin turut memaklumkan bahawa pemilihan barisan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) baharu sudah diputuskan melalui perbincangan dengan setiap parti komponen Pakatan Rakyat (PR) semalam.

Bagaimanapun katanya, pertemuan kedua akan diadakan hari ini bagi memuktamadkan nama-nama calon terbabit sebelum dipersembah kepada Sultan esok.

Angkat sumpah bagi jawatan exco dijangka akan diadakan pada Jumaat. - HARAKAHDAILY 24/9/2014

Sumber HD - 24-9-2014




















































































































































Exco baru bergantung kepada perbincangan - Azmin

MUHAMMAD FAIZAL | .



KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali hari ini memberitahu pelantikan atau pemecatan barisan exco tertakluk kepada perbincangan dengan exco sedia ada.

Jelas beliau perbincangan tersebut akan dilakukan petang ini sebagai memenuhi titah Sultan Selangor yang mahu pelantikan barisan exco yang baru disegerakan.

"Saya akan berbincang pada petang ini, baginda Sultan Selangor mahu ia disegerakan dan angkat sumpah exco baru akan dilakukan selepas solat Jumaat minggu ini.

"Kita mahu tumpukan segera kerja kita untuk rakyat, dua bulan krisis kita hadapi dan sudah masanya untuk kita bekerja," jelas beliau pada sidang media di kediaman ibunya petang tadi.
Menteri Besar sebelum ini, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah memecat lima exco iaitu Adun Sungai Pinang, Datuk Teng Chang Khim selaku Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Adun Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah (Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Pembangunan Kampung Baru dan Pemutihan Kilang Haram), Adun Kota Alam Shah, Ganabatirau Veraman (Pekerja Ladang, Kemiskinan, Kerajaan Prihatin).

Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong (Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar) dan Adun Sementa, Dr Daroyah Alwi (Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi dan Inovasi) sementara Adun Batu Tiga, Rodziah Ismail selaku Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita meletakkan jawatan.
Azmin turut memberitahu akan turun bertemu dengan rakyat bagi mengetahui sendiri masalah yang dihadapi rakyat Selangor terutamanya dari segi kemudahan dan pembanguan.

"Sata tidak bekerja pakai tie, cukup sekadar baju berlengan pendek, saya akan turun ke setiap kampung untuk mengetahui sendiri apa masalah yang mereka hadapi.

"Dana bukan untuk kita banggakan di atas kertas tetapi ia perlu diterjemaahkan dalam program pembangunan untuk kebajikan seluruh rakyat negeri ini," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Gombak.

Timbalan Presiden PKR yang bertemu dengan ibunya bagi mendapat restu selepas istiadat mengangkat sumpah di Istana Selangor pagi akan menjalinkan hubungan baik dengan agensi awam di peringkat negeri dan pusat bagi membentuk suasana harmoni di negeri itu.

"Pagi tadi saya sudah pun bertemu dengan Ketua Polis Selangor dan satu pertemuan rasmi akan diadakan dalam masa terdekat bagi kita bincangkan soal keselamatan di negeri ini.

"Ia termasuk juga Kementerian Kesihatan yang mana kes denggi menjadi perkara yang serius di negeri ini, kita mahu meningkatkan martabat agensi-agensi kerajaan," katanya lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa ketika ditanya tindakan penutupan Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor yang berkuatkuasa serta merta semalam memberitahu beliau akan mendapatkan perjelasan mengenai tindakan tersebut.

"Mengenai isu perjanjian air saya akan panggil mereka yang terlibat bagi memberi penjelasan tentang perjalanan dan kandungan perjanjian tersebut serta perbincangan sebelum ini," sambung beliau lagi. - HARAKAHDAILY 23/9/2014

YAB Tn AA - http://www.youtube.com/watch?v=wsr-xz-Yi-s

Sumber HD - 23-9-2014




















































































































































Azmin: Open gov't policies please

Centre to Combat Corruption & Cronyism (C4) | .


The Centre to Combat Corruption & Cronyism (C4) congratulates Mohamed Azmin Ali over his appointment as the new Menteri Besar of the State of Selangor.

While the appointment today ends more than 8 months of undesired political upheaval, uncertainty and mud slinging in trying to resolve the protracted crisis of the replacement of the Menteri Besar, an unfortunate outcome is that Selangorians have grown disillusioned, frustrated and deeply disappointed, wondering if the whole episode was necessary at all.

Much time and public confidence has been lost with this political imbroglio, leaving Azmin Ali with no comforts of a honey-moon period. He must hit the ground running in administering the nation’s wealthiest State with utmost integrity, competency and accountability.

Azmin Ali must show what he can do better than the previous Menteri Besar and put urgent plans forward to win back the hearts of the people of Selangor with competent, credible and clean administrative policies.

Its back to work and we have urgent recommendations for the new Menteri Besar’s serious consideration.

1. CLEAN TRANSPARENT ACCOUNTABLE ADMINISTRATION - Uphold a clean, transparent and accountable administration. This all the more crucial for Azmin Ali, as he steps into the top job, carrying an unflattering reputation by many quarters of not abiding of good governance policies, given his leadership style, UMNO politician background and tendency to build supporters through crony politics. Reversing this perception by using the high chair of the Menteri Besar, must be a top priority for him. Furthermore, abounding and unresolved allegations of wrongdoing against him, must be responded to urgently, to dispel any doubts that could tarnish his good name.

2. OPEN GOVERNMENT PARTNERSHIP - Subscribe to an open government partnership, where government and civil society work to push for greater accountability must be an important part of his day-to-day administration. This includes proper conduct of State Government Linked Companies (GLCs), from transparent appointments to making public financial statements, as well as efficient and competent running of local councils.

3. PUBLIC PARTICIPATION - Ensure public participation as a cornerstone of the administration, paying heed to public consultations and dialogues as a key strategy of shaping public policy. We certainly would NOT want a repeat of the previous administration mistakes over KIDEX and other big infrastructure projects carried out without sufficient notice and knowledge to the people.

4. PRUDENT FINANCIAL ADMINISTRATION - There has been much concern and worry about whether the whole change of Menteri Besar was about breaking the RM 3 billion Selangor coffers saved during the tenure of outgoing Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim. The usage of these funds must be carried out in the most transparent manner to ensure no abuse and mismanagement.

5. FREEDOM OF INFORMATION POLICIES TO BE THE PILLAR OF ADMINISTRATION - Put to active use the principles of “the right to know” as enshrined in the Freedom of Information Act, by promoting access to information of all important projects undertaken by the State.

6. LOCAL ELECTIONS PLEASE - Bring back local elections as promised. The appointment system of local councilors have been tainted over the last five years of administration, with power struggles and factions of political parties dominating the appointment process, leading to inadequately qualified councilors tasked with making decisions they are incapable of. The only way to ensure public funds are administered well is to ensure that the people vote in their representatives at the local government level.

7. OPEN TENDERS, PROCUREMENT & CONTRACTS - Revamp system of awarding contracts and strengthen public procurement measures by upholding system of open tenders, ensuring effective systems of awarding contracts based on capability and not based on secret crony deals, systems to blacklist errant contractors, and make the public the eyes and ears of an efficient public service delivery system.

8. PUBLIC SERVICE OMBUDSMAN FOR GOOD GOVERNANCE - The most important of our proposals is to implement a public service Ombudsman for good governance, an independent oversight mechanism that is tasked to oversee and manage better public services in the State. Administering internal investigations of public sector complaints as an independent body, will show the willingness of Selangor to be open to scrutiny and strengthen its governance systems, while developing a solid whistle-blower protection mechanism to encourage public sector staff to report wrong doings. This is essential in ensuring a corrupt free state.

The change of the CEO of the State could very well be a new opportunity at better governance in Selangor. This task now lies in the hands of Azmin Ali.

Released By
Cynthia Gabriel
Executive Director
CENTRE TO COMBAT CORRUPTION & CRONYISM (C4)
Dr. Ahmad Farouk Musa
Director
CENTRE TO COMBAT CORRUPTION & CRONYISM (C4)
Tan Sri Simon SIpaun
Director
CENTRE TO COMBAT CORRUPTION & CRONYISM (C4)
Richard Yeoh
Director
CENTRE TO COMBAT CORRUPTION & CRONYISM (C4)
Dato’ Ambiga Sreenevasan
Legal Advisor
CENTRE TO COMBAT CORRUPTION & CRONYISM (C4)

Sumber HD - 23-9-2014




















































































































































Istana Selangor perjelas lewat lantik MB

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Istana Selangor menjelaskan bahawa kelewatan pelantikan Menteri Besar Selangor adalah disebabkan pergolakan dalaman PKR dan ketidaksefahaman parti dalam Pakatan Rakyat dalam pencalonan menteri besar, lapor Selangor Kini.

Dalam satu kenyataan hari ini, Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, keengganan DAP dan PKR mematuhi arahan Istana pada 27 Ogos untuk mencalonkan lebih dua nama, menyulitkan lagi tindakan Sultan sehingga terpaksa meneliti calon lain dalam parti itu yang tidak dicalonkan.

Menurutnya, Mohamed Azmin Ali dipilih kerana Sultan mempertimbangkan konsensus Pakatan Rakyat mengenai kerusi menteri besar di Selangor dan percaya beliau pilihan terbaik untuk mendapat sokongan semua parti.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan melantik Adun Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali, sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Mohamad Munir memaklumkan perkara itu dalam surat pemberitahuan pelantikan kepada Azmin, semalam.

Sumber HD - 23-9-2014




















































































































































Azmin angkat sumpah Menteri Besar Selangor ke-15

BERNAMA | .


KLANG: Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu hari ini.

Mohamed Azmin, 50, yang juga anggota Parlimen Gombak mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Balairong Seri, Istana Alam Shah di sini, pada pukul 10.42 pagi.

Mohamed Azmin, Timbalan Presiden PKR, mengambil alih jawatan menteri besar Selangor daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang memegang jawatan itu lebih enam tahun bermula 2008.

Turut hadir isteri Mohamed Azmin, Shamsidar Taharin dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohammed Khusrin Munawi. - Bernama

YAB MBS - http://www.youtube.com/watch?v=lhLuxNOcvA0

Sumber HD - 23-9-2014




















































































































































Kenyataan terakhir Khalid sebagai MB Selangor

. | .


Syukur Alhamdulillah, hari ini merupakan hari terakhir saya sebagai Datuk Menteri Besar Selangor selepas lebih enam tahun memegang jawatan ini bermula pada Mac 2008 sehinggalah ke hari ini, 22 September 2014.

Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua terutama kepada rakyat Selangor yang telah memberi kepercayaan kepada saya untuk menerajui pentadbiran negeri termaju di Malaysia ini.

Saya juga amat berbangga dengan kerjasama dan komitmen yang telah ditunjukkan oleh pegawai dan kakitangan kerajaan, anak-anak syarikat, agensi kerajaan dan badan-badan berkanun yang membolehkan banyak perubahan dilaksanakan berbanding pada awal pertukaran pucuk pimpinan.

Saya berbangga kerana dalam tempoh enam tahun ini, Negeri Selangor yang diurus berlandaskan prinsip-prinsip urus tadbir yang baik terutama kompetensi, ketelusan, kebertanggungjawaban dan integriti telah mencapai banyak kejayaan yang membanggakan dan lebih penting Negeri Selangor bebas dari gejala rasuah dan penyelewengan.

Dasar Hasil Negeri Untuk Rakyat yang diperkenalkan sejak 2008 menerusi program-program kebajikan di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) berjaya mencapai matlamat untuk meningkatkan taraf hidup rakyat terutamanya mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Kita telah membelanjakan lebih RM1.6 bilion semenjak 2008 bagi membiayai pelbagai inisiatif dan skim bersifat kebajikan di bawah MES di mana sekurang-kurangnya empat juta penduduk di Selangor menikmati salah satu daripada inisiatif ini.

Menerusi dasar berjimat cermat dan perbelanjaan berhemah, rizab simpanan negeri Selangor meningkat kepada RM3.3 bilion setakat ini dan sebahagian simpanan ini telah kita gunakan untuk projek-projek pembangunan seperti pembinaan Jambatan Ketiga Klang dan perumahan mampu milik.

Di bawah pentadbiran saya dan rakan-rakan Exco, Negeri Selangor meneruskan tradisi sebagai pemangkin ekonomi negara dengan menyumbang lebih kurang 24 peratus kepada KDNK Malaysia di samping kekal menjadi antara destinasi pelaburan terunggul.

Kita juga telah mencapai persetujuan bersejarah dengan Kerajaan Persekutuan dan empat syarikat konsesi untuk menstruktur semula perkhidmatan air setelah melalui satu proses yang bermula sejak 2008 supaya semua aset air dapat dikembalikan kepada rakyat di samping memastikan perkhidmatan air bertaraf antarabangsa pada harga berpatutan.

Ingin saya tegaskan bahawa tawaran untuk mengambilalih syarikat-syarikat konsesi adalah adil dan saksama bagi semua pihak tanpa memberi kelebihan kepada mana-mana pemegang konsesi memandangkan matlamat utama adalah memelihara kepentingan rakyat kerana air merupakan antara hak asasi.

Walaupun hanya satu konsesi yang belum memuktamadkan tawaran namun ia tidak sepatutnya menjejaskan tawaran yang telah kita buat sejak 2012 berjumlah RM9.65 bilion.

Pada hari ini juga, kerajaan negeri telah menandatangi Perjanjian Pemindahan Aset untuk memindahkan semua aset air milik negeri bernilai RM14.92 bilion kepada Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

Perjanjian ini ditandatangani oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Khusrin Munawi mewakili kerajaan negeri manakala Air Selangor diwakili oleh Suhaimi Kamaralzaman.

Saya berpuashati dengan perkembangan penstrukturan semula industri air Selangor yang sedang berlaku sekarang dan yakin hasrat untuk memberi semula hak air kepada rakyat sepertimana yang terkandung dalam manifesto akan tercapai.

Justeru, saya berharap kepimpinan baharu kerajaan negeri akan berjaya merealisasikan hasrat kerajaan negeri untuk memberi saham air kepada seluruh isi rumah di Negeri Selangor.

Ingin saya tegaskan bahawa tawaran untuk mengambilalih syarikat-syarikat konsesi adalah adil dan saksama bagi semua pihak tanpa memberi kelebihan kepada mana-mana pemegang konsesi memandangkan matlamat utama adalah memelihara kepentingan rakyat kerana air merupakan antara hak asasi.

Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pegawai dan kakitangan kerajaan serta anak-anak syarikat yang telah hadir pada majlis perpisahan di Lobi SUK pada petang tadi. Semoga Allah s.w.t membalas segala jasa baik dan merahmati hidup kita semua. InsyaAllah.

YAB Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim,
Dato' Menteri Besar Selangor,
22 September 2014.

Sumber HD - 22-9-2014




















































































































































Azmin ganti Khalid sebagai MB Selangor

HARAKAHDAILY | .



KUALA LUMPUR: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan melantik Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim, berkuatkuasa esok.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, memaklumkan perkara itu dalam surat pemberitahuan pelantikan kepada Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, hari ini.

Salinan surat berkenaan diedarkan kepada pihak media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya petang tadi.

Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji serta pengurniaan surat cara pelantikan menteri besar akan diadakan di Istana Alam Shah, Klang jam 10.30 pagi esok. - HARAKAHDAILY 22/9/2014

Sumber HD - 22-9-2014




















































































































































Biar drama mereka jadi lawak jenaka, kata Khalid

HARAKAHDAILY | .




KUALA LUMPUR: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mahu penjawat awam terus berkhidmat kepada rakyat dengan tidak terikut rentak ahli politik dalam pentadbiran kerajaan, lapor Selangor Kini.

“Biarkan orang politik berperang. Biarlah ahli politik berlakon dan berdrama. Kita terus kerja. Biar drama mereka jadi lawak jenaka yang akan dikenang selamanya,” kata Abdul Khalid di depan kira-kira 1,000 kakitangan awam pada majlis perpisahannya di foyer Setiausaha Kerajaan (SUK) di sini, hari ini.

Khalid dalam ucapan terakhirnya mencabar penggantinya memulangkan hasil keuntungan aset air kepada rakyat.

Beliau berkata, penggantinya perlu memulangkan aset air bernilai RM14 bilion secara saham seperti yang dijanjikan Pakatan Rakyat (PR) dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

“Jika tidak rakyat akan hukum mereka kerana sudah janji dalam manifesto PRU lalu. Ini cabaran kita kepada pemimpin akan datang,” katanya.

Sumber HD - 22 - 9 -2014




















































































































































Rizab simpanan RM3.3b, pelaburan RM60b - Khalid

HARAKAHDAILY | .



KUALA LUMPUR: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata rizab simpanan Selangor kini melebihi RM3.3 bilion dengan nilai pelaburan lebih RM60 bilion sejak beliau menjadi Menteri Besar pada Mac 2008.

Katanya, ia adalah hasil daripada tatakelola kerajaan yang telus, berkeupayaan, bertanggungjawab dan berintegriti, laor Selangor Kini.

Khalid berkata hasilnya banyak peluang pekerjaan dapat disediakan bagi belia dan golongan menganggur dengan infrastruktur di bandar dan di desa ditambah baik atau dinaik taraf.

“Bekalan air bersih yang sentiasa diselenggara dan diberi percuma sehingga 20 meter padu setiap bulan, ratusan juta ringgit disalurkan bagi kemajuan pendidikan di Unisel dan Kuis, di sekolah agama rakyat, kelas fardu ain dan al-Quran dan institusi tahfiz.

“Tidak dilupakan, RM10 juta disalurkan saban tahun kepada sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil,” katanya dalam ucapan perpisahan sebagai Menteri Besar.

Abdul Khalid berkata hampir empat juta rakyat menikmati pelbagai bantuan kebajikan disalurkan menerusi dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), yang nilainya sudah mencecah lebih RM1.65 bilion.

“Lebih 20 program, skim dan insentif dikhususkan bagi kebajikan golongan rakyat berpendapatan rendah bawah RM2,500 sebulan dan berpendapatan sederhana tinggi bawah RM5,000 sebulan dilaksanakan menerusi dasar MES yang dilancarkan pada Jun 2008,” katanya.

Beliau berkata setelah tamat penggal pertama menerajui kerajaan negeri beliau sangat berpuas hati dengan sikap 'bekerja bersama saya' dalam hal menggembleng usaha dan tenaga menjayakan dasar MES.

“Majoriti rakyat menunjukkan rasa puas hati terhadap Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.

“Buktinya, kira-kira 1.3 juta daripada lebih 1.7 juta pengundi memberi kemenangan kepada wakil rakyat Pakatan Rakyat seterusnya mengekalkan Kerajaan Negeri di Selangor selepas Pilihan Raya Umum Ke-13,” katanya lagi.

Sumber HD - 22-9-2014




















































































































































Selangor sedia RM10 juta untuk skim 'sewa dan milik'

HARAKAHDAILY | .



KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor telah mewujudkan skim 'sewa dan milik' bertujuan untuk membantu rakyat memiliki rumah sendiri, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Peneroka Bandar negeri, Iskandar Abdul Samad.

Di dalam skim itu, katanya rakyat boleh menyewa rumah kos rendah/rumah Selangorku (RM 42,000 sebuah) yang dimiliki oleh syarikat milik Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dan boleh membeli rumah tersebut setelah tinggal di situ selepas satu tempoh yang ditetapkan.

Jelasnya, perjanjian sewaan mereka kemudian akan ditukar kepada perjanjian jual beli.

"Dengan skim ini rakyat berpendapatan rendah yang tidak layak untuk mendapat pinjaman bank boleh memiliki rumah," ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya lagi, mereka boleh menyewa kemudian membeli apabila pendapatan mereka bertambah atau anak mereka telah bekerja.

Beliau memberitahu, anak syarikat LPHS iaitu Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn. Bhd. (PHSSB) akan mengenalpasti rumah-rumah yang berpotensi untuk dibeli.

"Sejumlah RM10 juta telah diperuntukkan untuk pembelian tersebut," ujarnya yang juga Pesuruhjaya PAS negeri. - HARAKAHDAILY 22/9/2014

Sumber HD - 22-9-2014




















































































































































Tenangkah politik Selangor selepas MB baharu dilantik?

NORAZURA AZIZ dan ROHANA NASRAH | .

KUALA LUMPUR: Tenangkah krisis politik Selangor selepas lantikan menteri besar baharu Selasa ini?

Beberapa penganalisis politik berpendapat pakatan pembangkang perlu akur dan menerima secara terbuka apa juga keputusan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam memuktamadkan perkenan baginda siapa menteri besar baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Penganalisis politik Prof Madya Dr Mohd Fuad Mat Jali berkata krisis politik Selangor yang pakatan pembangkang sendiri cetuskan itu perlu dihentikan demi kelangsungan pembangunan di Selangor.

"Mereka harus menghormati keputusan muktamad sultan, sudah pasti sultan mahukan seorang menteri besar berkaliber, mampu membangun dan menerajui Selangor," kata pensyarah Geo-Politik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu kepada Bernama.

Khamis lepas, Istana Selangor mengesahkan Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar Selangor yang baharu akan diadakan pada Selasa ini di Istana Alam Shah, Klang, bagaimanapun nama menteri besar baharu itu tidak diumumkan lagi.

Bernama difahamkan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa Mohamad Azmin Ali dan Adun Cempaka Iskandar Abdul Samad adalah calon yang dikatakan bakal mengangkat sumpah jawatan tertinggi pentadbiran negeri Selangor itu.

Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata krisis pakatan pembangkang di Selangor akan berakhir jika mereka benar-benar menerima pilihan sultan kelak.

"Namun, jika nama itu tidak serasi dengan apa yang dikehendaki oleh DAP dan PKR maka ia boleh meneruskan lagi krisis kepimpinan MB Selangor.

"Contohnya Azmin dipilih, krisis dalaman PKR dilihat akan masih berlaku kerana mereka mahukan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (menjadi MB Selangor).

"Jika Iskandar pula dipilih, maka ia juga menimbulkan masalah dalaman PR kerana Selangor hanya mahu ditakluk oleh PKR.

Sementara itu, penganalisis politik, Prof Madya Datuk Dr. Zainal Kling membayangkan situasi di Selangor tetap akan tegang selepas lantikan menteri besar baharu itu nanti.

"Rakyat Selangor ada yang menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim , ada juga menyokong Azmin, jadi ini akan melahirkan keadaan yang berpecah-belah," katanya.

Zainal berkata masalah lain juga akan timbul sekiranya Iskandar dilantik menjadi menteri besar yang baharu kerana tidak mendapat sokongan dari satu lagi rakan sekutu parti itu, iaitu DAP mahupun PKR.

"Ini kerana DAP dan PKR pastinya tidak mahu PAS berkuasa di situ," katanya.

Krisis politik Selangor tercetus selepas 'Langkah Kajang' yang dimulakan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang Mac lepas yang bertujuan menjadikan Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai menteri besar Selangor yang baharu.

Bagaimanapun, hasrat Anwar terbantut selepas gagal menjadi calon kerusi Dun Kajang apabila mahkamah mendapati beliau bersalah atas pertuduhan liwatnya, lalu isterinya yang juga Presiden PKR bertanding dan memenangi kerusi Dun itu.

Pada 9 Ogos lepas, PKR memecat Abdul Khalid daripada parti itu dan merancang untuk mengangkat Dr Wan Azizah sebagai menteri besar Selangor yang baharu. - Bernama

Sumber HD - 21-9-2014




















































































































































200,000 dijangka kunjungi Selangor Agro Fest

SELANGOR KINI | .

MORIB: Kira-kira 100,000 hingga ke 200,000 pengunjung dijangka mengunjungi Selangor Agro Fest 2014 yang diadakan awal November ini.

Exco Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi, berkata Expo tahunan pertanian terbesar Selangor kali pertama diadakan di luar Shah Alam itu dijangka mendapat sambutan berdasarkan sambutan diberikan terhadap Mini Agro Fest yang diadakan di Sabak Bernam sebelum ini.

“Biasanya kita buat di Shah Alam tapi kali ini Selangor Agro Fest kali ini kita cuba buat di Morib,” kata Sallehen dalam sidang media di Kejohanan Siri GP Selangor Pantai Morib 2014, di sini, semalam.

Jelas Sallehen, keyakinan ini berdasarkan kecenderungan dan minat masyarakat luar bandar terhadap meningkatkan pengetahuan dan hasil pertanian masing-masing berbanding masyarakat di bandar.

Selangor Agro Fest yang dijadikan sebagai salah satu acara tahunan sejak 2102 diadakan dengan matlamat merancakkan lagi sektor pertanian negeri itu sekaligus meningkatkan pendapatan golongan petani dan negeri.

Pada tahun-tahun sebelum ini Selangor Agro Fest yang diadakan di Bandaraya Shah Alam berjaya mencatat jualan lebih RM1 juta dan dikunjungi ribuan pengunjung dalam dan luar Selangor.

Selain pameran dan jualan hasil pertanian dan penternakan, pelbagai program menarik turut diadakan seperti memancing keli, pertandingan futsal, Majlis Perkahwinan Belia Selangor dan banyak lagi.

Sumber HD - 15-9-2014




















































































































































Belanja kebajikan bertambah tapi rizab meningkat RM3.35b

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Rizab Negeri Selangor terus meningkat kepada lebih RM3.35 bilion walaupun perbelanjaan yang diperuntuk bagi pelbagai program kebajikan bertambah.

Antaranya ialah Pemberian Air Percuma, Tabung Anak Selangor (Tawas), Wang Hadiah Masuk Universiti, khairat kematian, Jom ‘Shoping’, pinjaman tanpa faedah untuk memulakan perniagaan bagi penduduk bandar dan desa, rawatan kesihatan percuma dan lain-lain.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, lebih 3.5 juta penduduk Selangor mendapat faedah daripada program berkenaan, lapor Selangor Kini.

“Sejak agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dilancarkan pada Jun 2008, Kerajaan Negeri membelanjakan lebih RM1.63 bilion untuk membiayai program kebajikan,” katanya pada Pesta Tanglung Peringkat Selangor 2014 di Chempaka Buddhist Lodge, Petaling Jaya, malam tadi.

Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali dan Datuk Bandar Petaling Jaya, Datin Paduka Alinah Ahmad.

Mengenai sambutan Pesta Tanglung, beliau berkata kerajaan negeri bercadang ia dijadikan produk tarikan pelancongan sempena Tahun Melawat Selangor 2015.

Justeru itu, Khalid berharap masyarakat Cina di negeri itu memberi cadangan bagi menjayakan rancangan terbabit.

Sumber HD - 14-9-2014




















































































































































Selangor dan Pusat muktamadkan perjanjian air

SELANGORKINI | .

PUTRAJAYA: Majlis meterai perjanjian induk pengambilan perkhidmatan air antara kerajaan Selangor dengan Kerajaan Pusat berlangsung di Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, hari ini.

Majlis di pejabat kementerian itu di Putrajaya bakal menyaksikan syarikat baru, Newco Air Selangor Sdn Bhd ditubuh bagi menggantikan syarikat pemegang perjanjian konsesi air sebelum ini.

Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Selangor, Arfa’eza Aziz mengesahkan hal itu.

Pejabat Menteri Besar juga dijangka membuat kenyataan akhbar hari ini.

Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Selangor pada 2 Ogos lalu menandatangani perjanjian dasar induk berhubung penstrukturan semula industri bekalan air dan penyelesaian jangka panjang di Selangor.

Ia bermakna kerajaan negeri akan berkuasa penuh ke atas ketiga-kiga syarikat konsesi yang bersetuju dengan tawaran pengambilalihan bernilai RM 9.65 bilion oleh kerajaan Selangor.

Puncak Niaga Sdn Bhd, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dan Konsortium Abbass Sdn Bhd (Abbas) bersetuju dengan tawaran manakala Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (Splash) bakal diambil alih menggunakan Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA). – HARAKAHDAILY 12/9/2014

Sumber HD - 12-9-2014




















































































































































Selangor sumbang 763 lembu sempena Idul Adha

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor akan menyumbangkan 763 ekor lembu untuk diagihkan ke seluruh negeri sempena Idul Adha tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa negeri, Sallehen Mukhyi berkata, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) hari ini meluluskan peruntukan RM2.594 juta untuk tujuan itu.

Katanya, seperti tahun-tahun sebelum ini, kerajaan negeri turut bersetuju melantik Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) secara terus sebagai pembekal lembu-lembu korban tanpa menggunakan orang tengah, lapor Selangor Kini.

“Selain masjid, lembu korban ini juga akan disumbangkan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri, exco, sekolah tahfiz, sekolah pondok dan surau di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

“Kita juga akan sumbangkan ke masjid dan surau terpilih di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, PPRT di bawah Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor, PPRT di bawah Majlis Agama Islam Selangor, Orang Asli dan badan-badan bukan kerajaan (NGO),” katanya pada sidang media selepas mesyuarat exco di Shah Alam, petang tadi.

Mengulas lanjut, Sallehen berkata kesemua lembu korban akan disumbangkan oleh tujuh anak syarikat kerajaan negeri (GLC).

“Lembu korban akan disumbang oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) dengan masing-masing memberikan sumbangan 96 ekor lembu.

“Sementara itu, Wordwide Holding Berhad, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), PKPS, Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) dan Yayasan Selangor pula masing-masing 95 ekor lembu,” katanya lagi.

Majlis penyerahan lembu-lembu korban kepada pegawai-pegawai daerah akan diadakan pada 18 September ini di pekarangan Masjid Negeri di Shah Alam.

Sumber HD - 10-9-2014




















































































































































17,300 terima baucar Jom Shopping sempena Deepavali

SELANGOR KINI | .


SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan mengagihkan baucar Jom Shopping kepada 17,300 penerima berbangsa India sempena sambutan Deepavali yang akan berlangsung pada Oktober depan.

Exco Belia, Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata program itu adalah kesinambungan kepada program yang pernah dianjurkan sebelum ini setiap kali menjelangnya musim perayaan.

Katanya baucar berkenaan akan diagihkan kepada penerima di setiap Dun berdasarkan beberapa kategori yang ditetapkan.

“Jumlah pengundi yang kurang daripada 10,000 kita akan beri 300 baucar untuk setiap Dun manakala tambahan 100 baucar akan dibuat bagi jumlah pengundi melebihi 10,000 dan 15,000.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 52 Dun akan menerima 300 baucar, tiga DUN akan menerima 400 baucar sementara hanya satu Dun sahaja akan terima 500 baucar iaitu di Seri Andalas,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat mingguan Exco hari ini.

Beliau berkata jumlah penerima baucar bagi tahun ini juga meningkat berbanding 13,900 penerima pada tahun lalu.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa had operasi bagi pusat mencuci kenderaan yang berkuatkuasa sebelum ini ditamatkan serta-merta.

“Penamatan had masa pusat cuci kereta kerana Selangor pada ketika itu memiliki sumber air mentah yang terhad, tetapi kita putuskan ia ditamatkan dan mereka boleh meneruskan aktiviti seperti biasa,” katanya lagi.

Sumber HD - 10-9-2014




















































































































































MB baharu angkat sumpah Jumaat hanya spekulasi

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata majlis angkat sumpah Menteri Besar Selangor yang baharu Jumaat ini adalah spekulasi semata-mata dan tidak perlu dipercayai, lapor Selangor Kini.

“Semua ini apa pun dilakukan ia mengikut beberapa proses tertentu dan kebiasaannya tradisi di Selangor ada jemputan bertulis dari istana untuk menjemput orang hadir bagi menyaksikan upacara itu.

“Tidak perlu buat spekulasi tentang perkara itu,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco, hari ini.

Khalid turut meminta semua pihak memberi kepercayaan sepenuhnya kepada kebijaksanaan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung pelantikan Menteri Besar Selangor yang baharu selain berharap ia dapat diselesaikan dengan baik.

Beliau dinasihatkan supaya memberi ruang kepada Tuanku Sultan dan tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan kerana ia akan mengelirukan rakyat. - HARAKAHDAILY 10/9/2014

Sumber HD - 10-9-2014




















































































































































Draf K Langat: 144 maklum balas diterima

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Rancangan tempatan yang melibatkan daerah Kuala Langat (Pengubahan 3) 2020 akan mengambil kira pembangunan yang pesat di daerah itu.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar Negeri Selangor Iskandar Abdul Samad berkata, rancangan tempatan itu telah mencadangkan lot-lot tanah yang strategik diubah syarat dari pertanian kepada perumahan atau perindustrian.

"Terdapat cadangan untuk di ubah syarat tanah dari perumahan kepada perindustrian.

"Cadangan ini adalah berdasarkan permohonan dari pemilik-pemilik tanah dan kajian oleh Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL)," katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum itu, katanya, pendengaran awam untuk Draf Rancangan Tempatan Kuala Langat (Pengubahan 3) 2020 telah dijalankan pada 8 September lepas di pejabat MDKL yang dipengerusikan oleh beliau.

Bagaimanapun, katanya, terdapat 144 bantahan dan maklumbalas telah diterima dari pemilik-pemilik tanah dan pihak-pihak yang berkepentingan.

"Butir-butir bantahan dan maklum balas yang diterima akan dibincangkan di Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Selangor dan Mesyuarat Exco sama ada untuk menerima atau menolaknya," kata beliau.

- HARAKAHDAILY 9/8/2014

Sumber HD - 10-9-2014




















































































































































Khalid yang mula saman Bank Islam - peguam

HARAKAHDAILY | .



KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mula mengambil tindakan undang-undang terhadap Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), bukan sebaliknya.

Perkara itu disahkan peguam beliau, Matthew Thomas Philip dalam satu kenyataan media malam tadi, lapor Selangor Kini.

Philip terpaksa membuat penjelasan selepas Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mengeluarkan maklumat berkenaan penyelesaian itu yang sepatutnya tidak didedahkan.

“Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan bukan BIMB yang pertama sekali mengambil tindakan berhubung penjualan yang salah saham Guthrie miliknya oleh BIMB.

“Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ialah plaintif sementara BIMB ialah defendan dalam kes itu,” jelasnya lagi.

Sumber HD - 10-9-2014




















































































































































Khalid serah kepada Istana isu MB baharu

HARAKAHDAILY | .



KUALA LUMPUR: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung pelantikan Menteri Besar Selangor yang baharu.

Beliau diminta untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung hal itu dan dinasihatkan supaya memberi tumpuan kepada pentadbiran negeri, lapor Selangor Kini.

“Saya diminta supaya tidak buat apa-apa kenyataan dalam hal ini sebab saya dinasihatkan adalah lebih baik sekiranya Menteri Besar memberikan tumpuan kepada pentadbiran negeri daripada melibatkan diri dengan perbincangan jawatan Menteri Besar baru,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Pemsea Network of Local Governments Forum 2014 di Avani Sepang Gold Coast Resort, Sepang pagi tadi.

Beliau juga enggan memberi sebarang komen ketika ditanya mengenai isu DAP dan PKR yang tidak menghormati Institusi Raja kerana menghantar satu nama sahaja sedangkan dititahkan lebih daripada dua nama.

“Saya tak boleh komen kerana itu adalah pandangan dan semua pandangan pada saya mengambil kira tentang adab dan adat negeri,” katanya lagi.

Dalam satu surat yang ditandatangani Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani hari ini memaklumkan kekecewaan Baginda Sultan atas tindakan DAP dan PKR terhadap titah Baginda Sultan pada 27 Ogos yang menitahkan menghantar lebih dua nama. - HARAKAHDAILY 8/9/2014

Sumber HD - 8-9-2014




















































































































































Calon MB: Hanya PAS akur titah, kata Istana

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Istana Selangor hari ini menyifatkan tindakan PKR dan DAP yang hanya mengemukakan satu nama berhubung calon Menteri Besar Selangor yang baharu sebagai 'engkar' kepada arahan Sultan.

Dalam satu kenyataan, Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata tindakan kedua-dua pati itu yang menghantar hanya satu nama sama menggambarkan kebiadapan kepada institusi raja dan perbuatan derhaka kepada baginda.

"DYMM Sultan Selangor amat merasa dukacita di atas tindakan parti-parti DAP dan Keadilan yang engkar terhadap baginda bertarikh 27 Ogos 2014.

"Tindakan parti DAP dan parti Keadilan ini menggambarkan kebiadapan kepada Institusi Raja dan merupakan satu perbuatan derhaka kepada titah DYMM Sultan Selangor," katanya.

Namun demikian, katanya hanya parti PAS yang akur dengan titath DYMM Sultan Selangor dengan menyenaraikan tiga nama calon Menteri Besar Selangor.

PAS sebelum ini mengemukakan tiga nama iaitu masing-masing dua Adun PKR dan seorang Adun PAS.

PKR dan DAP pula mengemukakan nama tunggal iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Teliti nama lain

Kenyataan itu juga menyebut, dengan penerimaan senarai calon itu, baginda akan menelitinya dan akan mengambil kira segala aspek di dalam menilai setiap calon sebelum membuat sebarang keputusan.

"Dalam masa yang sama memandangkan kuasa melantik Menteri Besar Selangor terletak pada budi bicara Sultan Selangor maka baginda akan meneliti nama-nama Adun yang lain dari Pakatan Rakyat yang berkelayakan pada fikiran Sultan Selangor mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Negeri," katanya.

- HARAKAHDAILY 8/9/2014

Sumber HD - 8-9-2014




















































































































































4 Exco PAS benteng S'gor dari tumbang kepada Umno

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Empat Exco Kerajaan Negeri Selangor daripada PAS yang kini dalam kerajaan negeri bersama Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah benteng terakhir untuk menyelamatkan Kerajaan Pakatan Rakyat daripada tumbang kepada Umno.

Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Selangor, Ustaz Sallehen Mukhyi, berkata pengekalan empat exco PAS itu adalah penting kerana ia adalah selaras Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor.

“Kita tidak ada kerjasama dengan Umno, bahawasanya jika Umno masuk kita akan keluar,” kata Sallehen dipetik Selangor Kini.

Beliau berkata demikian semasa Ijtimak PAS Selangor yang diadakan Stadium Tertutup MPSJ Serdang Jaya Seri Kembangan, petang tadi.

“Walaupun Abdul Khalid kini Adun Bebas namun caranya masih lagi belum menjadi Adun Bebas lagi, malahan mutakhir ini walaupun sudah pemerintahannya hendak berakhir namun masih semangat,” katanya yang juga Exco kerajaan negeri.

Menurutnya, walaupun empat Exco namun perjalanan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tetap terus berjalan dengan program dirancang berjalan baik.

ACduk CSabak itu menambah, apa yang berlaku kepada Kerajaan Selangor hanya sedikit kocakan berbanding dengan pengalaman PAS sebelum ini yang pernah kehilangan kerajaan.

“Atas pengalaman pemimpin lalu yang pernah menempuh perjalanan panjang itu, maka Presiden kita dan rakan-rakan lain bertenang dalam situasi dan tidak terus membuat kenyataan untuk kita tidak beri kerjasama kepada Menteri Besar,” katanya.

Beliau berkata pendukung Pakatan Rakyat perlu mengikut kaedah Fiqh yang mendapat kemenangan dan pertolongan daripada Allah.

“Maka apabila kita diatur oleh jemaah maka kita berada di landasan yang betul untuk mendapat pertolongan daripada Allah,” katanya.
Selain beliau, tiga lagi Adun PAS yang menganggotai exco kerajaan negeri ialah Iskandar A Samad, Dr Ahmad Yunus Hairi dan Dr Halimah Ali.

Sumber HD - 7-9-2014 




















































































































































Mahkamah tolak saman YBK terhadap MB S'gor, bekas exco

BERNAMA | .

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak saman Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) terhadap Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan bekas exco kerajaan negeri Yaakob Sapari, yang didakwa memfitnah yayasan itu dalam satu sidang media, empat tahun lepas.

Hakim Datuk Yaacob Md Sam membuat keputusan itu selepas mendapati pengataan Abdul Khalid dan Yaakob merupakan komen berpatutan atau adil yang dibuat berasaskan maklumat serta rekod atau dokumen rasmi kerajaan.

"Oleh itu, mahkamah berpendapat pembelaan defendan pertama bahawa beliau, selaku Menteri Besar Selangor, dan defendan kedua, selaku exco kerajaan negeri, mempunyai tanggungjawab dari segi undang-undang, sosial dan moral bagi memastikan tanah yang diberi milikan kepada YBK atau PYBK diurus dengan baik, adalah berasas dan dibuat bagi kepentingan awam," katanya.

Beliau berkata justeru, mahkamah mendapati Abdul Khalid dan Yaakob berjaya membuktikan, di atas beban imbangan kebarangkalian, bahawa kenyataan mereka dilindungi pembelaan komen berpatutan berdasarkan kepentingan masyarakat atau umum dan perlindungan bersyarat yang didasarkan kepada asas fakta.

Mahkamah turut memerintahkan YBK serta dua lagi plaintif, Permodalan YBK Sdn Bhd (PYBK) dan Pengerusi YBK Datuk Zainal Abidin Sakom, masing-masing membayar RM30,000 kepada Abdul Khalid dan RM10,000 kepada Yaakob sebagai kos.

Dalam penghakiman setebal 98 muka surat, Yaacob menolak hujah ketiga-tiga plaintif yang diwakili peguam Hasnal Rezua Merican bahawa YBK, sebagai satu badan amanah, serta PYBK, sebagai sebuah entiti syarikat yang tidak mempunyai sebarang hubungan dengan kerajaan negeri Selangor, tidak mempunyai sebarang tanggungan untuk melaporkan kepada kerajaan negeri atau untuk kerajaan Selangor mencampuri urusan YBK.

Beliau juga mendapati plaintif gagal membuktikan Abdul Khalid, yang diwakili peguam Edmund Bon, dan Yaakob, diwakili peguam Yusof Rahmat, berniat jahat ketika membuat pengataan yang didakwa memfitnah mereka.

Menyentuh tuntutan balas oleh Abdul Khalid untuk membatalkan saman itu, Yaacob berkata mahkamah mendapati terdapat klausa tindakan yang munasabah oleh plaintif dan perbicaraan penuh telah dijalankan.

"Di atas fakta tersebut, mahkamah ini berpendapat tindakan oleh plaintif di bawah guaman ini bukan dimulakan dengan motif jahat, atau bertujuan hanya untuk mengganggu defendan pertama," katanya.

Sehubungan itu, beliau menolak tuntutan balas Abdul Khalid dengan kos RM5,000 kepada setiap plaintif.

Penyataan tuntutan plaintif mendakwa Abdul Khalid, pada 24 Feb 2010, telah membuat satu kenyataan media bertajuk 'Maklumat Terbaharu Mengenai YBK' dan ia disiar oleh akhbar Suara Keadilan di bawah tajuk 'Zainal Sakom Gadai Tanah YBK'.

Plaintif juga mendakwa Yaakob kemudian membuat kenyataan menyifatkan tindakan Zainal Abidin menggadai tanah milik kerajaan negeri kepada bank bagi memenuhi keinginan peribadi beliau dan teman seangkatannya sebagai perbuatan khianat, ia juga dicetak serta diterbitkan akhbar sama di bawah tajuk 'Zainal Sakom Gadai Tanah YBK'.

Mereka juga mendakwa pada 5 April 2010, laman sesawang http://tvselangor.com menerbitkan satu artikel bertajuk 'Kemelut YBK: MB Marah Orang Melayu Tipu Melayu' yang melaporkan kenyataan Abdul Khalid.

Plaintif berkata kesemua dakwaan adalah tidak berasas, tidak benar dan satu fitnah yang teruk serta merosakkan reputasi dan nama baik plaintif dalam kalangan masyarakat umum.

Sehubungan itu, mereka menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan, ganti rugi teruk, faedah lapan peratus, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah serta injunksi bagi menghalang defendan daripada terus menerbitkan perkataan fitnah terhadap plaintif. - Bernama

Sumber HD - 4-9-2014




















































































































































Kes denggi dijangka meningkat Okt - Dr Halimah

SELANGOR KINI | .

SHAH ALAM: Kerajaan negeri menyeru semua pihak bersama-sama secara kolektif membanteras gejala denggi yang semakin meruncing.

Pemangku Exco Kesihatan, Dr. Halimah Ali berkata, gejala denggi dijangka lebih serius dan membimbangkan menjelang Oktober, November dan Disember akan datang.

Katanya, keadaan itu disebabkan keadaan hujan lebat yang banyak menyumbang kepada pembiakan nyamuk Aedes.

“Ini berdasarkan keadaan sebelum ini bahawa mulai Oktober dan seterusnya, wabak denggi ini akan lagi merebak lagi serius.

“Jadi kami menjalankan kempen kesedaran bersama Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, pihak berkuasa tempatan dan semua untuk bertindak secara kolektif,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat Exco hari ini.

Sehubungan itu, Halimah berkata satu jawatankuasa akan diwujudkan melibatkan pelbagai agensi bagi menjayakan kempen berkenaan termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT), badan bukan kerajaan (NGO), pihak sekolah, persatuan penduduk dan lain-lain.

“Kita menumpukan kepada kumpulan sasaran iaitu beliau yang kita percaya mampu menjadi ‘change agent’ bagi mencorakkan masyarakat kita berhubung penjagaan kebersihan.

“Kedua ialah golongan wanita dalam memastikan bagaimana ahli keluarga kita tidak terkena denggi.

“Ketiga ialah golongan pelajar sekolah rendah hingga menengah yang berjumlah kira-kira satu juta ini agar mereka dapat membawa satu tabiat yang positif dalam mencegah denggi,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Halimah memaklumkan terdapat 840 kes denggi dan 52 kematian akibat denggi dilaporkan pada minggu epid ke-35, menjadikan jumlah keseluruhan 34,404 kes sejak awal tahun.

Sumber HD - 3-9-2014




















































































































































Selangor nafi kecurian kayu bakau makin serius

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor menafikan laporan dikeluarkan sebuah akhbar tabloid semalam berhubung kegiatan kecurian kayu bakau yang didakwa semakin serius di negeri itu.

Pemangku Exco Alam Sekitar negeri, Sallehen Mukhyi berkata kerajaan negeri sentiasa sentiasa komited memelihara dan memulihara hutan simpanan kekal dan alam sekitar demi kelangsungan ekosistem yang menjadi tonggak kepada kehidupan lestari, lapor Selangor Kini.

Katanya, kerajaan negeri mengimport kayu jaras bakau daripada luar bagi memenuhi permintaan tinggi selain menjalankan usaha-usaha memantau dan pemuliharaan hutan payau bakau dengan program rondaan berkala.

“Mengenai dakwaan 200,000 batang bakau bernilai RM2 juta dicuri setiap bulan, Jabatan Perhutanan memaklumkan kepada kita bahawa dakwaan itu tidak benar kerana jumlah itu membawa maksud bahawa 1,800 hektar hutan paya laut telah digondol sedangkan hakikatnya perkara itu tidak berlaku di lapangan,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat Exco hari ini.

Semalam, akhbar tabloid berbahasa Melayu itu mendakwa kegiatan kecurian paya bakau di Selangor dijangka bakal melenyapkan enam pulau di negeri itu.

“Proses hakisan dan penambakan merupakan proses semulajadi di kawasan pesisir pantai yang berombak dan proses ini berkait rapat dengan kaedah “cut and fill” secara semulajadi.

“Tambakan pasir laut menghasilkan daratan baru yang dikenali “mudflat” seperti yang berlaku di Hutan Simpan Pulau Ketam, Hutan Simpan Pulau Tengah dan Hutan Simpan Pulau Cek Mat Zin.

“Maklumat ini membuktikan laporan akhbar berkenaan bahawa pulau-pulau di Negeri Selangor akan lenyap disebabkan hakisan ombak adalah mustahil dan kurang tepat,” katanya lagi.

Hutan simpanan kekal di Selangor bertambah dari 15,090 hektar kepada 18,998 hektar pada 2009 termasuk Kawasan Hutan Simpan Pulau Ketam yang diwartakan sebagai hutan simpanan kekal pada 6 Mei 2009 seluas 2,365 hektar yang asalnya merupakan tanah kerajaan.

Semenjak 2010 sehingga kini, Jabatan Perhutanan Negeri tidak mengeluarkan sebarang pewartaan keluar kawasan hutan simpanan kekal hutan paya laut yang bermaksud penebangan pokok bakau adalah tidak dibenar sama sekali.

Sumber HD - 3-9-2014




















































































































































Tunggu istana beri maklum balas, kata Khalid

MUHAMMAD FAIZAL | .

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memaklumkan Istana Selangor akan memberi makluman mengenai cadangan nama Menteri Besar yang baru dalam masa terdekat.

Jelas Khalid, beliau telah dimaklumkan ketiga-tiga parti PAS, PKR dan DAP telah menghantar nama calon cadangan bagi jawatan Menteri Besar kepada Sultan Selangor.

"Saya percaya proses seterusnya akan menyusul selepas ini.

"Pihak istana akan memberi maklum balas terhadap cadangan yang telah diberikan. Saya berharap semua pihak bersabar, ia akan diselesaikan secepat mungkin.

"Sehingga proses ini selesai, pentadbiran kerajaan negeri berjalan seperi biasa mengikut undang-undang tubuh negeri ini," katanya pada sidang media di Pejabat Kerajaan Negeri Selangor hari ini.

Khalid yang turut memberitahu, beliau tidak akan terlibat dalam proses pemilihan calon-calon menteri besar kerana ia akan dilihat mempunyai kepentingan dalam keputusan tersebut.

Ketika ditanya mengenai kemungkinan berlakunya pilihanraya negeri jika Sultan enggan menerima nama yang dicadangkan, beliau berkata, ianya bergantung kepada budi bicara Tuanku.

"Perkara terbaik adalah cari penganti untuk menyelesaikan masalah ini, mengenai pilihanraya saya tidak mahu berbincang kerana ia akan menimbulkan spekulasi," jelas beliau.

Sebelum itu, Sultan Selangor telah menetapkan 3 September, hari ini bagi ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat menghantar lebih dua nama bagi calon menteri besar.

- HARAKAHDAILY 3/9/2014

Sumber HD - 3-9-2014




















































































































































KDEB tunaikan zakat perniagaan RM756,593.40

SELANGOR KINI | .




SHAH ALAM: Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) dan anak -anak syarikat telah menyerahkan Zakat Perniagaan bagi taksiran 2013 berjumlah RM756,593.40 kepada Lembaga Zakat Selangor di Bangunan Zakat Selangor, Shah Alam.

Majlis penyerahan zakat disampaikan Ketua Pegawai Agama, Perangsang Selangor, Zaharudin Muhammad kepada Pengerusi, Majlis Agama Islam Selangor, Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa.

“Pembayaran zakat perniagaan merupakan tanggungjawab yang berdasarkan AL-Quran danSunnah.

“Zakat juga dikira sebagai salah satu cara KDEB dan anak-anak syarikat untuk membersihkan pendapatan perniagaan kami mengikut ajaran Islam.

“Semoga perniagaan kami lebih maju dan diberkati Allah,” kata Zaharuddin dalam satu kenyataan media.

Turut hadir menyaksikan upacara penyerahan zakat adalah wakil anak-anak syarikat KDEB iaitu Mohd Fauzi Mohd Ghazali (Perangsang Selangor), Ahmad Ilmi Jasman (Kosortium ABASS Sdn. Bhd), Edi Zuhri Abd Rahim (Kumpulan Hartanah Selangor Berhad) dan Fe Jazzareen Mor Japar Khan (Central Spectrum (M) Sdn. Bhd).

Sumber HD - 2-9-2014




















































































































































Lessons from the Selangor MB Crisis

A Senior Citizen, Kuala Lumpur | .


In life, every incident is a lesson. The key players in the event should come out wiser though they may regret or be disappointed because they did not expect the key players influenced events to take such a turn. People forgive but do they forget?

The wise Indians have said that ‘On another day, you can’t repeat the tears or sorrow you felt on the day of demise of a loved one. Life goes on and people learn to overcome grief and problems by adjusting accordingly’. Similarly after the MB crisis, we have to learn to adjust so that life and the partnership will go on. We are still not out of woods because the appointment of Datin Seri Wan Azizah (DSWA) as MB will have to go through the proper procedures according to the law.

Logically, there shouldn’t be any problem because she commands more than 2/3 majority in the state assembly. However, past experiences have shown how laws in Malaysia can be bent according to the interests of certain parties’ pull and push for some hidden financial agenda including back door methods to gain power by unethical means. Let us wait and see.

In my last article about munafiks (hypocrites), I mentioned two historical incidents from movies. Both incidents had references to show the flaw in PAS’actions in the MB incident. By tying their legs, the Libyan fighters, who also had family commitments, were all wiped out. If PAS had stuck to their views about the MB, PAS would have been wiped out in any future GE in Selangor.

Disobedience by archers, resulted in losing a battle. If PAS had carried out its threat of disobeying the majority in PR, they would have lost a foothold in Malaysian politics.

I thank Allah that goodwill and wisdom prevailed in their decisions on August 17. Time will tell whether the jinxor evil spirit of the number 17 (day when MH 17 was shot down) is broken. This evil spirit is looking for a new host. I hear thunder and rumbling sounds from the BN camp in the form of past versus present.

The PR coalition should be like the 3 branches of any country’s armed forces, namely Army, Navy and Air Force. Success will only come when the three trust in one another’s leadership and work together. Each branch has its own hierarchy of command, which is built after years of working together and knowing one another’s skills and ability as a team player.

Do we ever find the Army general interfering in any promotion in the Navy or Air Force? This is exactly what PAS did when they were against DSWA. PAS had to be stopped because this is the second time PAS members played this kind of dirty game. We all know that PR could have got a few extra ADUNS in Selangor, if some PAS members did not contest independently to split the votes.

In the army during emergencies, a disobeying soldier will be shot. This is exactly what PKR did when they sacked the MB. DAP supported the move in line with solidarity and support for the PKR leadership. PAS by its delayed support for DSWA, will continue to face criticisms until its future actions show that they want PR to flourish. PR supporters are watching their utterances and actions.

Malaysians who have been on the Refomasi trail with Anwar Ibrahim know that he stands for the truth and has paid a heavy price for it by enduring all the punishment, pain and humiliation. With LKS, they are the glue that hold PR together. They have shared power equally with PAS by not interfering in their affairs. They have always used the leadership channels to deal with problems and situations. After this crisis, I see Mohamad Sabu emerging from PAS as one more such leader.

Malaysians are supporting PR because they are fed up of corruption, racism and other ills that are destroying our unity, economy and peace. The 6 reasons given for the change of MB too had connotations about corruption and cronyism, which would have caused damage to PR in elections.

Now we even find some PAS ADUNs sharing secrets about some of the MB’s activities and attitude during his 2nd term. It was embarrassing when PAS leaders kept repeating the ‘MB had done no wrong’.

In Selangor, PAS has 15 state representatives (ADUN), who should be directly responsible for any decision and action. During the present crisis, we find only two were bold enough to state their stand.

They gained respect and praise for it. 13 others could have been more assuring instead of waiting for the decision from the top leadership. They should speak up to help the people of Selangor to have confidence in PAS. By now all PR ADUNs in Selangor should have become the best of friends, helping and supporting one another in many ways and things. Their multi racial show of friendship will give confidence to the voters.

The silver linings in this MB crisis are:

(a) The impression about BN when the Selangor ADUNs are discussed, looks really bad.The Selangor ADUN numbers: PAS 15 (one race), DAP 15 (multi-racial), PKR 13 (multi-racial) and Umno only 12 (one race). PR and its supporters look great as a Malaysian party representing all races. I hope Muslims from all races will be included in future PAS line up for elections. PAS should also express regret for being associated with or even thinking of forming a one race unity government with BN, during the crisis.

(b) The MB crisis was linked to possible corruption and many other aspects of ‘bad government’ usually associated with the BN. By taking the issue to clean up, PR‘s credibility and ability to fulfill the promises to voters have been established beyond doubt. The BN government’s image of being corrupt further deteriorated with recent news about Bank Islam (in the MB crisis) and Bank Rakyat (favouring the carpet man). Is there anything that BN is doing that is clean, transparent and without some secret ulterior motives?

(c)The myth that Umno is the only fighter for Bumiputra rights was shattered when PAS declared that they would withdraw their support, if the sacked MB got UMNO ADUNs to participate in his survival government.

(d) PR has 24 Malay ADUNs, while UMNO has only 12. This shows Umno has been rejected by the Malays of Selangor, the richest and most progressive state in Malaysia.

I am still overjoyed that DSWA is the only name to be submitted for MB. Malaysians have seen a few examples of women leaders as ministers and heads of GLCs and banks, even Bank Negara. We only hear praises for them in the official media but in the social media some of them look different.

We know from foreign sources the present money printing scandals, and the past MBs caught with huge sums of money in HK and Australia but nothing from Bank Negara. We hear so much about cows and condos and APs but the official conclusion and verdict had always been,they have done no wrong’. How is it possible when millions are lost and there is no acceptable explanation? So far, our women leaders have been very successful as activists for social justice. They have sacrificed a lot for the nation’s well-being.

If DSWA succeeds in becoming the MB, she will be the first in Malaysia. From the time she came into public view because of her husband’s ordeals, she has shown a high level of tolerance and patience (sabar). I will give her full marks for her examples as a Muslim mother and wife. With guidance from her family and ADUNs, I am sure she will do a good job.This bad start would have made her more determined to prove a point by being a better MB.

Finally, I wish to suggest that PKR, DAP and PAS as part of PR should sign an agreement on Ethical Issues and the boundary of interference in one another’s party matters. Nobody should be a big brother and busy body. Individual party matters should be classified out of bounds and non-interferable. Any sensitive matters should get the approval of at least two parties before being raised.
The law and majority are on PR’s side. Let us wait and see whether the BN government agencies including PDRM will really be neutral in upholding law and order. Please do not allow contempt of the state Constitution by allowing vested interest to cause public disorder. During a past Selangor MB’s corruption conviction these things were done but failed because the then PM was clean and respected the laws. Will their off springs now in power do the same?

Sumber HD - 1-9-2014




















































































































































Isu MB Selangor: Khalid umum Rabu depan

HARAKAHDAILY | .



KUALA LUMPUR: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dijangka akan memberikan beberapa kenyataan berhubung jawatan Menteri Besar Selangor, Rabu depan.

Bagaimanapun, Khalid enggan mengulas lanjut berhubung kenyataan itu, lapor Selangor Kini.

“Saya tidak mahu komen apa-apa buat masa ini. Saya akan membuat beberapa kenyataan berhubung isu ini Rabu depan,” katanya ketika ditemui di Majlis Perasmian Pesta Buku Selangor 2014 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), Shah Alam

Pada 27 Ogos lalu, Istana Selangor menghantar surat rasmi kepada PKR, PAS dan DAP yang menitahkan supaya menghantar lebih daripada dua nama calon menteri besar sebelum 3 September.

Surat itu dialamatkan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dengan salinan kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng turut mahukan calon yang dinamakan itu beragama Islam dan berketurunan Melayu menurut Perkara L1 (2), Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.

Sehari sebelum itu, Sultan Sharafuddin Idris Shah menangguhkan untuk menerima peletakan jawatan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor sehingga pelantikan baharu ditentukan.

Baginda menitahkan supaya PAS, DAP dan PKR masing-masing mencadangkan lebih daripada dua nama sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu bagi memudahkan baginda menentukan calon berkelayakan. - HARAKAHDAILY 31/8/2014

Sumber HD - 31-8-2014




















































































































































Pandangan bekas Peguam Negara dalam isu MB Selangor


ISU PELANTIKAN MENTERI BESAR SELANGOR ... INI PANDANGAN BEKAS PEGUAM NEGARA MERANGKAP MANTAN PENGERUSI SUHAKAM.

Bekas Peguam Negara dan mantan Pengerusi SUHAKAM, Tan Sri Abu Talib Othman berpandangan bahawa Sidang Dewan Undangan Negeri tidak boleh secara mutlak menamakan seorang Menteri Besar Selangor kerana pelantikan itu adalah mengikut budi bicara Sultan Selangor.

Talib berkata Artikel 53 (2) (a) perlembagaan Selangor dan dibaca bersama dengan Jadual 8 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan prosedur akan pelantikan seorang Menteri Besar Selangor.

Baca lagi

Sumber HD - 30-8-2014




















































































































































Selangor tawar RM520 juta sahaja kepada Eco World

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Projek perumahan Selangorku yang ditawarkan kepada Eco World adalah RM520 juta sahaja selepas hasil kajian terperinci yang dilaksanakan jawatankuasa dengan dibantu Independent Checking Engineer (ICE).

Eksekutif Komunikasi Menteri Besar, Shazni Munir Mohd Ithnin, berkata jumlah itu berdasarkan kos kontrak yang wajar ditawarkan, lapor Selangor Kini.

Katanya, semua pihak juga bersetuju bahawa sebarang penjimatan kepada kos kontrak akan dihitung sebagai keuntungan bersama (profit sharing).

“Jika terdapat peningkatan kos, lebihan itu perlu ditanggung sepenuhnya Eco World. Malah, Lembaga Perumahan & Hartanah Selangor (LPHS) akan memaklumkan kos yang dibayar kepada kontraktor (Eco World) supaya transaksi kewangan ini dapat dianalisa rakyat, di samping mengekalkan konsep ketelusan dan urus tadbir yang amanah,” katanya kepada Selangor Kini.

Shazni berkata, keseluruhannya, projek itu dijangka siap sepenuhnya penghujung 2020 dan dijalankan secara tiga fasa pembangunan membabitkan 2,496 unit rumah.

“Bagi Fasa 1, projek akan bermula pada Januari 2015 hingga Disember 2016 (20 bulan), Fasa 2 akan bermula Mei 2015 hingga 2018 dan Fasa 3 akan bermula Januari 2016 hingga Disember 2019,” katanya.

Shazni berkata, Kerajaan Negeri pada sesi Dewan yang lepas meluluskan peruntukan RM100 juta untuk pembinaan Rumah Mampu Milik.

Katanya, peruntukan RM100 juta itu akan digunakan sebagai modal pusingan yang diurus dan dilaksanakan LPHS untuk membina lebih banyak Rumah Mampu Milik pada masa akan datang.

Beliau berkata, selepas mengenalpasti konsep pembinaan Rumah Mampu Milik yang lebih cepat, murah dan berkualiti tinggi, Kerajaan Negeri akhirnya bersetuju untuk menggunapakai Konsep Pasang Siap [Pre-Fabricated – Industrial Building System (IBS)].

“Lalu beberapa siri perbincangan diadakan bersama dengan lebih daripada lima buah syarikat pembinaan yang terbabit secara langsung dengan IBS.

“Tidak sekadar itu, LPHS juga membuat lawatan tapak projek sehingga ke Bangkok dan Singapura untuk melihat sendiri gambaran sebenar operasi pembinaan, kemampuan kuantiti pengeluaran serta kualiti yang dihasilkan syarikat pembinaan ini,” katanya.

Sehubungan itu, kerajaan negeri membuat keputusan untuk menggunapakai teknologi IBS yang dimiliki Eco World Development Group Berhad.

“Keputusan itu dibuat memandangkan syarikat terbabit berpengalaman membangunkan Perumahan Mampu Milik dalam kuantiti yang banyak (mewarisi sekitar 80 peratus tenaga pakar daripada syarikat SP Setia Berhad Group) serta menggunapakai konsep IBS secara in-situ iaitu konsep pasang siap di tapak pembinaan yang dapat menjimatkan kos pengangkutan,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan urusan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan pihak swasta termasuk projek perumahan untuk rakyat miskin yang dilihat sebagai mencurigakan.

Sumber HD - 29-8-2014




















































































































































Lebih satu nama calon MB pada 2008, 2013 - Khalid

HARAKAHDAILY | .



KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat (PR) mencalonkan lebih daripada satu nama kepada istana untuk jawatan Menteri Besar Selangor selepas Pilihan Raya Umum 2008 dan 2013.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata terdapat permohonan calon lain selain dirinya yang dicadangkan PKR dan PAS dari masa ke masa selepas kedua-dua PRU itu berlangsung, lapor Selangor Kini.

Justeru, katanya tindakan PKR mencalonkan satu nama sahaja yang didakwa sejajar dengan konvensyen pencalonan menteri besar pada 2013 termasuk mengambil maklum titah Sultan Selangor adalah tidak tepat.

“Saya tidak boleh membuat sebarang kenyataan, kerana itu terpulang kepada Pakatan, maka apa-apa kenyataan mengenai perkara ini akan dibuat pihak istana.

“Ada permohonan lain dibuat oleh PKR dan PAS pada 2008 dan 2013, laporan tidak dilaporkan secara tepat kerana lebih dari satu nama dihantar dari masa ke masa kepada Istana,” katanya yang juag Adun Pelabuhan Klang pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Shah Alam, hari ini.

Sumber HD - 27-8-2014




















































































































































1,800 rumah mampu milik dibina di Shah Alam

SELANGOR KINI | .




SHAH ALAM: Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) akan memulakan rangka kerja pembinaan 1,800 unit rumah mampu milik di Shah Alam melibatkan kawasan Seksyen U1 Glenmarie dan Seksyen 35 dengan keluasan tanah sejumlah 24.7 ekar.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Iskandar Abdul Samad, berkata pembinaan rumah mampu milik ini dijangka siap pada 2018 dan boleh dijual dengan harga antara RM200,000 hingga RM250,000 seunit.

Katanya LPHS turut memperolehi 11 lot tanah untuk dibangunkan rumah mampu milik dengan keseluruhan keluasan lot tanah adalah 82.06 ekar.

Antara lokasinya adalah Taman Bangi Indah (Kajang), Bandar Baru Kuala Selangor, Kampung Merbau Indah (Kuala Selangor), Ladang Air Manis (Sabak Bernam) dan Kampung Galung Tengah, Hulu Yam.

“LPHS juga memberi taklimat bahawa setakat Julai 2014, sebanyak 1,682 unit rumah mampu milik sudah dibina berdasarkan Polisi Rumah Selangorku.

“Keseluruhannya Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) meluluskan 10,650 unit rumah mampu milik,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Exco, hari ini.

Iskandar berkata LPHS turut menjalankan pemantauan pada setiap enam bulan bagi memastikan pemaju membina rumah mampu milik terlebih dahulu atau beiringan dengan rumah harga bebas.

Katanya sekiranya pemaju gagal, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terlibat boleh mengeluarkan arahan henti kerja untuk menangguhkan keseluruhan pembinan projek mereka.

“Ini adalah menunjukkan komitmen Kerajaan Selangor bagi memastikan rumah mampu milik memenuhi keperluan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana sekaligus menggalakkan pemilikan rumah,” katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan kerja-kerja pembinaan 2,496 unit Fasa 1 projek rumah mampu milik Selangorku di Sungai Sering, Hulu Klang sudah dimulakan dan berjalan lancar.

Sumber HD - 27-8-2014




















































































































































Khalid perjelas kenapa akhirnya letak jawatan

MUHAMMAD FAIZAL | .



SHAH ALAM: Berikut transkrip petikan soal jawab Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersama wartawan selepas membaca kenyataan media Istana dan kenyataan medianya hari ini.

Wartawan: Adakah Tuanku menolak calon Pakatan Rakyat, Wan Azizah?

Khalid: Tak tolak, tapi Tuanku minta setiap parti di dalam Pakatan Rakyat, PAS PKR dan DAP kemukakan dua nama untuk calon MB.

Wartawan: Masa yang diberikan untuk kemukakan nama tersebut?

Khalid: Dia (Istana) akan menulis surat selepas kenyataan akhbar ini, Pejabat Sultan akan tulis surat kepada PAS, PKR dan DAP untuk menyatakan permintaan Tuanku Sultan untuk cadangan nama-nama, besar kemungkinan ada tarikh ditetapkan.

Wartawan: Tan Sri tahu apa pandangan untuk menentukan siapa yang lebih layak?

Khalid: Biasanya pada saya istana mempunyai beberapa pandangan mereka yang layak untuk jadi MB.

Wartawan: Ada dibincangkan untuk pembubaran Dun?

Khalid: Tidak perlu buat masa ini, Tuanku memberi ruang kepada parti kemukakan nama calon.

Wartawan: Kemukakan nama calon, adakah ia menunjukkan Tuanku Sultan tidak sokong Azizah?

Khalid: Tidak timbul, hanya kemukakan nama calon tidak lebih dari empat nama.

Wartawan: DAP tidak mempunyai calon Melayu, siapa yang mereka ingin kemukakan?

Khalid: Menamakan Ahli Dewan Negeri, sudah tentu DAP boleh calonkan siapa sahaja dalam Pakatan, dulu saya pun disokong DAP.

Wartawan: Mengenai kedudukan Adun Pelabuhan Klang, adakah selepas perletakan jawatan MB, untuk Adun turut dilepaskan?

Khalid: Saya tidak akan buat keputusan apa-apa sehingga ia dibuat oleh Tuanku, buat masa ini saya teruskan tugas sebagai Adun.

Wartawan: (Tuan Guru Abdul) Hadi mencalonkan Azmin, Tan Sri setuju tak?

Khalid: PAS mempunyai kuasa untuk mencadangkan nama sesiapa saja.

Wartawan: Calon yang layak dikalangan Adun, adakah ia mesti anak Selangor?

Khalid: Terpulang kepada Istana, saya tidak akan mencampuri dan ambil peranan dalam perkara pelantikan Menteri Besar.

Wartawan: Adakah Sultan menasihati untuk pembubaran Dun?

Khalid: Tidak, baginda Tuanku hanya meminta nama-nama dari setiap parti, sekurang-kurangnya dua nama.

Wartawan : Tan Sri, mengenai kerajaan negeri diteruskan seperti biasa dengan empat exco.

Khalid: Saya akan meneruskan pentadbiran negeri dengan empat exco sehingga pelantikan Menteri Besar, dan pelantikan exco baru dilakukan.

Wartawan: Apa sebab Tan Sri letak jawatan?

Khalid: Mereka tak mahu saya (sambil ketawa).

Wartawan: Disentuh tak mengenai kriteria MB wanita?

Khalid: Hanya perbincangan, saya beri surat dan Tuanku nasihat sedemikian.

Wartawan: Jika dilantik semula MB, Tan Sri terima tak?

Khalid: Saya tak terima, saya gembira dengan apa yang ada sekarang.

Wartawan: Tan Sri rasa siapa yang lebih sesuai?

Khalid: Saya pun tak pasti siapa, terpulang kepada kebijaksanaan Tuanku untuk menentukannya.

- HARAKAHDAILY 26/8/2014

Sumber HD - 26-8-2014




















































































































































Sultan tangguh terima Khalid letak jawatan

MUHAMMAD FAIZAL | .


SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj menangguhkan penerimaan permohonan Tan Sri Abdul Khalid untuk meletakkan jawatan sebagai menteri besar sehingga perlantikan baru ditentukan.

Perkara itu dimaklumkan oleh pihak istana dalam satu kenyataan yang dibacakan oleh Abdul Khalid pada sidang media di Bangunan SUK, sebentar tadi.

Menurut kenyataan itu Sultan, keputusan itu bagi memastikan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor berjalan lancar dan teratur.

"Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah menerima menghadap Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim pada 26 Ogos 2014 untuk menyembah maklum bahawa beliau memohon perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor untuk meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.

"Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah mengambil maklum perkara tersebut dan baginda menangguhkan penerimaan perletakan jawatan beliau sehingga menteri besar yang baru ditentukan," kata kenyataan itu.

Serah dua nama

Dalam pada itu, baginda telah menitahkan agar setiap parti PAS, PKR dan DAP mencadangkan lebih dari dua nama daripada parti-parti dalam Pakatan Rakyat sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru.

Ini menurut kenyataan itu, bagi memudahkan baginda untuk menentukan calon yang berkelayakan dan seterusnya memberi perkenan untuk melantik mana-mana calon yang difikirkan layak.

Menurut Perkara LI (1), Perkara LIII (2) (a), (4) dan LV (2) (a) Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, Duli yang Maha Mulia Sultan Selangor telah diperuntukkan dengan kuasa budi bicara mutlak di dalam perlantikan seorang menteri besar bagi kerajaan negeri Selangor yang pada pendapat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Negeri.

- HARAKAHDAILY 26/8/2014


YAB TSKI - http://www.youtube.com/watch?v=MGNi02qAl6k

Sumber HD - 26-8-2014




















































































































































Khalid minta maaf, ucap terima kasih

HARAKAHDAILY | .




SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini memohon maaf kepada semua kakitangan kerajaan negeri kerana sering 'memaksa' mereka kerja keras dan lebih masa.

Bercakap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan Selangor di Dewan Jubli Perak, hari ini, Khalid juga memohon maaf jika ada dikalangan pegawai kerajaan negeri merasakan beliau suka 'tunjuk pandai' dalam membuat sebarang keputusan.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada pagawai kerajaan yang sehingga kini bersama saya, walaupun ada kalanya mereka rasa menteri besar ini nak tunjuk pandai. Saya pun mintak maaf lah.

"Juga ada kalanya pula saya minta mereka terus berkerja pukul 11 malam hari Sabtu. Itu pun saya mintak maaf lah sebab saya pun bekerja hari sabrtu 11 malam juga," katanya.

Dalam pada itu beliau turut mengucapkan terima kasih kepada seluruh kakitangan kerajaan negeri yang telah memberi kerjasama baik dan berkerja sebagai satu pasukan dalam melicinkan usrus tadbir negeri ini.

Kejayaan yang telah dicapai oleh negeri Selangor sepanjang pentadbiran beliau kata Khalid, adalah kejayaan yang boleh dibanggakan bersama oleh seluruh kakitangan dan rakyat negeri ini.

Katanya, ianya termasuk soal peningkatan pelaburan serta kejayaan yang dicapai di bawah program Merakyatkan Ekonomi Selangor.

"Yang jelasnya kesemua saudara-sauda sanggup bekerja kerana saudara mengatakan usaha saudara lakukan bukan untuk kepentingan diri tapi untuk kepentingan rakyat selkangor. Jadi terima kasih semua," ujar Khalid lagi.

Beliau menegaskan sejak mendapat kepercayaan rakyat untuk menerajui tampuk Kerajaan Selangor pada Mac 2008, beliau berasa amat bernasib baik kerana diberi peluang untuk berkhidmat pada rakyat, negeri dan negara.

“Ini adalah kerana saya ingin meninggalkan legasi seperti apa yang telah saya lakukan ketika saya mengetuai Permodanan Nasional Berhad (PNB) dan kemudiannya Kumpulan Guthrie.

“Saya berfikir ketika itu, jika saya boleh meninggalkan legasi di Kerajaan Negeri Selangor, maka saya anggap saya telah berjaya,” katanya.

- HARAKAHDAILY 25/8/2014

Sumber HD - 25-8-2014




















































































































































Khalid mahu tinggal legasi seperti di PNB, Guthrie

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Selangor terus mencatat peningkatan memberangsangkan dan sentiasa berada dalam kedudukan tiga teratas dari segi sektor pelaburan di Malaysia sejak 2008 hingga 2013, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata sejumlah RM29.132 bilion direkodkan untuk pelaburan tempatan dan asing di mana sebanyak 137,766 peluang pekerjaan telah dicipta, lapor Selangor Kini.

“Selangor merekodkan pelaburan kedua tertinggi di Malaysia dengan jumlah pelaburan sebanyak RM9.833 bilion pada tahun 2013 dan 228 projek telah diluluskan,” katanya pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan Selangor di Dewan Jubli Perak, Shah Alam hari ini.

Beliau menambah, kejayaan yang dirangkul adalah hasil kerjasama dengan kakitangan awam baik di peringkat atasan mahupun bawahan yang bergerak sebagai satu pasukan.

Beliau berkata sifat tidak mendahulukan kepentingan diri dan menganggap kerja sebagai satu ibadah perlu dijadikan pegangan supaya rakyat sentiasa mendapat perkhidmatan terbaik.

“Sejak saya mendapat kepercayaan rakyat untuk menerajui tampuk Kerajaan Selangor pada Mac 2008, saya berasa amat bernasib baik kerana diberi peluang untuk berkhidmat pada rakyat, negeri dan negara," ujarnya yang juga Adun Pelabuhan Klang.

Ini, katanya kerana beliau ingin meninggalkan legasi seperti apa yang telah dilakukan ketika mengetuai Permodanan Nasional Berhad (PNB) dan kemudiannya Kumpulan Guthrie.

“Saya berfikir ketika itu, jika saya boleh meninggalkan legasi di Kerajaan Negeri Selangor, maka saya anggap saya telah berjaya,” katanya lagi.


Sumber HD - 25-8-2014




















































































































































Khalid menghadap Sultan Selangor esok

HARAKAHDAILY | .



KUALA LUMPUR: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah esok bagi menjelaskan kedudukannya.

Ditanya berhubung perkara itu, Khalid menjawab ringkas, "jumpa esok petang".

Beliau berkata demikian ketika ditemui di majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan Selangor di Dewan Jubli Perak di Shah Alam hari ini

Portal Selangorkini yang memetik sumber semalam melaporkan Khalid akan menyampaikan satu penjelasan penting dalam Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat Selangor pagi ini.

Menurut satu sumber dari Pejabat Menteri Besar Selangor, penjelasan itu dipercayai menyentuh beberapa isu yang dikaitkan dengan kemelut MB Selangor sejak kebelakangan ini.

“Penjelasan ini penting untuk diketahui kakitangan Kerajaan Negeri dan juga rakyat.

“Elok dengar dahulu sendiri dari MB sendiri esok pagi (hari ini),” kata sumber berkenaan dipetik Selangor Kini.

- HARAKAHDAILY 25/8/2014

Sumber HD - 25-8-2014




















































































































































S'gor belanja RM96 juta untuk SAR, SJKT, SJKC sejak 2008

HARAKAHDAILY | .


KLANG: Kerajaan Selangor sudah membelanjakan sejumlah RM96 juta bagi peruntukan sumbangan kepada sekolah agama rakyat, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil, SJK Cina dan sekolah persendirian Cina sejak 2008.

Daripada jumlah itu sebanyak RM36 juta disumbangkan kepada 108 sekolah SJK Cina dan empat buah sekolah persendirian Cina.

Manakala 97 buah Sekolah SJK Tamil pula menerima sebanyak RM24 juta dan RM36 juta lagi disumbangkan kepada 250 buah Sekolah Agama Rakyat.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali berkata, peruntukan itu diadakan secara tetap setiap tahun dan bukan apabila menjelang pilihan raya seperti mana amalan Barisan Nasional (BN), lapor Selangor Kini.

“Kita faham dalam perlembagaan, ibu bapa diperuntukkan hak untuk menghantar anak mereka ke sekolah yang mereka pilih sama ada Tiong Hua, Tamil atau pun Sekolah Agama Rakyat.

“Kerajaan Negeri Selangor meletakkan satu prinsip di mana kita mengiktirafkan kewujudan dan keperluan orang Tiong Hua memerlukan sekolah SJKC.

“Kerajaan Selangor membuat satu keputusan memberi sumbangan kepada sekolah-sekolah ini yang sebelumnya tidak diambil kira, tidak dapat peruntukkan khas Kementerian Pendidikan Malaysia,” katanya yang juga Adun Selat Klang.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Penyampaian Bantuan Kewangan Kepada Sekolah-sekolah Persendirian Cina Negeri Selangor 2014 yang diadakan di Sekolah Menengah Chung Hua di Klang, malam tadi.

Bantuan kewangan berjumlah RM2 juta untuk empat buah sekolah persendirian itu disampaikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di hadapan kira-kira 1,000 bekas pelajar sekolah berkenaan.

Selain Abdul Khalid dan Dr Halimah, majlis yang penuh meriah itu juga dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia, Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Dr Ahmad Yunus Hairi.

Sejak 2008 setiap tahun kerajaan negeri memperuntukkan masing-masing sebanyak RM4 juta untuk SJK Tamil dan SJK Cina, RM6 juta untuk Sekolah Agama Rakyat dan RM2 juta untuk sekolah persendirian Cina.

Sumber HD - 25-8-2014




















































































































































Sultan Selangor pendekkan cuti

BERNAMA | .

SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dijangka memendekkan percutian luar negaranya dan akan kembali ke tanah air pada 23 Ogos ini.

Perkara itu disahkan sumber dari Istana Selangor ketika dihubungi Bernama semalam.

Baginda pada awalnya dijadual pulang pada 27 Ogos.

Sebelum ini, Sultan menitahkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar tidak membuat sebarang kenyataan berhubung kedudukannya sebagai Menteri Besar sehingga baginda pulang pada 27 Ogos.

Abdul Khalid berkata sementara menunggu tempoh itu, beliau akan meneruskan tugas seperti biasa sebagai menteri besar bersama-sama empat anggota Exco daripada PAS. - Bernama

Sumber HD - 21-8-2014




















































































































































6 exco kosong tanggungjawab bersama - Dr Halimah

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Segala pelan dan rancangan program Kerajaan Negeri Selangor akan tetap dilaksanakan walaupun enam jawatankuasa portfolio terpaksa dikosongkan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali berkata, kerajaan negeri kini bekerja menjadikan keenam-enam portfolio itu sebagai satu tanggungjawab bersama, lapor Selangor Kini.

Katanya, kerajaan negeri terus komited untuk menjayakan segala program agar rakyat terus mendapat manfaat.

“Kita akan panggil semua (pegawai) stanco lain dan pegawai Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) setiap Selasa untuk selesaikan apa jua program dirancang supaya berjalan seperti biasa.

“Empat orang Exco dan para pegawai cuba sebaik menjalankan tugas berdasarkan perancangan yang disediakan sebelum ini,” katanya dalam sidang media di pejabatnya hari ini.

Beliau ditanya kelangsungan kerajaan negeri dan pembahagian portfolio selepas enam anggota Exco dipecat selepas enggan memberikan kerjasama dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pada 11 Ogos lepas, Sultan Selangor memberi perkenan kepada Abdul Khalid untuk terus memegang jawatan Menteri Besar sekalipun beliau dipecat parti PKR dua hari sebelum itu.

Empat Exco daripada PAS termasuk Halimah memilih untuk kekal dalam kerajaan negeri bagi menjamin kelancaran pentadbiran dan perancangan sedia ada.

Sumber HD - 20-8-2014




















































































































































Selangor tubuh JK khas perhalusi naik elaun guru Kafa

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Selangor menubuhkan jawatankuasa khas untuk memperhalusi kenaikan elaun guru kelas agama dan fardhu ain (Kafa).

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali, berkata jawatankuasa itu diketuai Rektor Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), Prof Madya Datuk Dr Ab Halim Tamuri bersama tujuh ahli dari Fakulti Pendidikan KUIS dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

“Hasil tinjauan awal dengan guru selama sebulan sepanjang Julai lalu, terdapat berbagai bentuk pandangan dan cadangan daripada mereka berkenaan bagaimana kaedah, tatacara dan keperluan pelaksanaannya serta cadangan penambaikan,” katanya melalui facebooknya.

Adun Selat Klang itu menambah, satu kajian komprehensif akan dilaksanakan bermula minggu ini selepas mendapat kelulusan.

Menurutnya lagi, laporan itu akan dimajukan kepada pihak Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan Jais pada pertengahan September ini.

Sumber HD - 19-8-2014




















































































































































Bolehkah Dun Selangor dibubar?

MOHAMED HANIPA MAIDIN | .




Ramai yang bertanya saya tentang soalan di atas? Saya menjawab Dun Selangor boleh dibubarkan dan juga tidak boleh dibubarkan bergantung bila Dun itu ingin dibubarkan. Ulasan saya dalam kolum ini hanya semata-mata dari persepektif undang-undang dan amalan demokrasi berparlimen ala wesminster.

Mengapa saya kata boleh dibubar Dun Selangor dan mengapa saya kaitkan dengan masa? Pada hemat saya Dun Selangor boleh dibubarkan selepas Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI) dipecat dari bekas partinya, PKR sehingga tempoh sebelum dua orang Adun dari PAS iaitu Adun Hulu Kelang dan Adun Morib menyatakan secara terbuka bahawa mereka menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (WAWI) sebagai Menteri Besar Selangor bersama-sama 28 orang Adun lain dari DAP dan PKR.

Dalam tempoh masa yang saya nyatakan tersebut keadaan Kerajaan Selangor amat tidak menentu di mana wujudnya seorang MB iaitu TSKI yang tidak berparti dan juga tidak mendapat sokongan majoriti di dalam Dun Selangor. Dalam masa yang sama juga tidak juga wujud mana-mana calon dari mana-mana parti politik di Dun Selangor yang mendapat sokongan majoriti Adun-Adun untuk ditabalkan menjadi MB Selangor yang baru menggantikan TSKI.

Di atas senario yang saya nyatakan itu bagi saya jika Y.M Sultan Selangor diandaikan memperkenankan permintaan dari TSKI, jika ada permintaan tersebut dibuat, untuk Dun Selangor dibubar ia bukanlah suatu yang salah di sisi undang undang dan Perlembagaan Negeri Selangor kerana jelas wujudnya keadaan yang tidak menentu tentang status Kerajaan Selangor yang memang mewajarkan pembubaran Dun Selangor. Dan jika itu berlaku bagi saya ia bukan salah Y.M Sultan sebaliknya salah Pakatan Rakyat kerana mereka gagal mencapai satu persetujuan atau konsensus dengan kadar segera bagi mencalonkan calon yang mendapat sokongan majoriti untuk menjadi MB Selangor menggantikan TSKI.

Sebenarnya ramai penganalisa politik dan undang-undang merasa hairan mengapakah dalam keadaan TSKI telah dipecat dari partinya Pakatan Rakyat gagal mencapai kata sepakat untuk melantik calon pengganti TSKI sekaligus meletakkan sebuah kerajaan yang asalnya diperintah oleh Pakatan dengan kekuatan dua pertiga majoriti tiba-tiba berisiko tinggi untuk dibubarkan begitu sahaja. Dan jika itu berlaku Pakatan hanya berhak menyalahkan dirinya sendiri.

Dalam hal ini nampaknya tindakan dua orang Adun PAS yang menyokong WAWI sebagai calon MB meskipun tidak digemari oleh orang-orang PAS sendiri dan malahan ada yang melabelkan mereka sebagai pengkhianat, sedikit sebanyak membantu Pakatan keluar dari keadaan tidak menentu yang mewajarkan Y.M Sultan untuk membubarkan Dun Selangor. Mungkin dua Adun PAS itu yang mungkin dihakimi sebagai pengkhianat parti pada masa ini tidak mustahil akan pula dinobatkan sebagai hero atau wira oleh generasi akan datang?

Apabila dua Adun itu dilaporkan menggunakan keputusan muktamar PAS yang telah bersetuju mempertahankan Pakatan Rakyat sebagai justifikasi tindakan mereka, agak sukar juga untuk menyalahkan mereka begitu sahaja kerana ramai juga yang boleh menerima hujah mereka bahawa apa yang mereka lakukan adalah dalam kerangka ingin mempertahankan Pakatan sebagai mana yang dikehendaki oleh Muktamar PAS.

Itu senario sebelum 2 Adun PAS itu menyokong WAWI. Bagi saya selepas dua Adun PAS itu menyokong WAWI sebagai calon MB Selangor ditambah pula dengan keputusan Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang bersetuju WAWI sebagai calon tunggal yang akan dibawa kepada Sultan untuk diperkenankan sebagai MB baru Selangor isu pembubaran Dun Selangor tidak timbul lagi.

Dari perpesktif undang-undang dan Perlembagaan Negeri Selangor, Sultan tidak mempunyai pilihan selain memperkenankan WAWI sebagai MB Selangor kerana secara jelas beliau kini mendapat sokongan dua pertiga ahli dewan untuk ditabalkan sebagai MB Selangor yang baru. Memandangkan negara kita mengamalkan doktrin Raja Berperlembagaan adalah jelas Y.M Sultan tidak mempunyai kuasa mutlak untuk menolak cadangan WAWI sebagai MB Selangor kerana Raja Berperlembagaan hanya dibenarkan melaksanakan kuasanya di dalam kerangka perlembagaan.

Dalam kerangka Perlembagaan satu-satunya faktor yang mengekang Y.M Sultan dari memperkenankan permintaan atan cadangan Pakatan untuk melantik WAWI menjadi MB adalah sekiranya beliau tidak mendapat sokongan majoriti. Apabila WAWI jelas telah mendapat sokongan majoriti ahli dewan maka kekangan itu tidak wujud lagi sekaligus Y.M Sultan, dengan penuh hormat, tidak mempunyai pilihan selain merestui dan memperkenan WAWI sebagai MB Selangor yang baru.

Atas dasar itu jika benar laporan yang menyatakan TSKI berhasrat ingin berjumpa Sultan hatta berjumpa Sultan di luar negara bagi meminta dibubarkan Dun bagi saya tindakan itu bukan sahaja tidak sah dan tidak bertanggungjawab malahan ia suatu yang purely nonsense di sisi undang-undang dan sistem demokrasi berparlimen wesminster yang diamalkan di negara ini.

Sumber HD - 19-8-2014




















































































































































Ada hikmah di sebalik keputusan PAS Pusat - Exco

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia, Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi percaya ada hikmah di sebalik keputusan mesyuarat PAS Pusat semalam, lapor Selangor Kini.

Hal ini berikutan, lazimnya ahli mesyuarat PAS dibenarkan memberikan pelbagai pandangan dari semua sudut sebelum apa-apa keputusan diambil.

“Ada hikmah di sebalik keputusan ini. Saya fikir ini yang terbaik.

“Biasanya dalam mesyuarat PAS kita menerima apa-apa pandangan dari ahli tidak semestinya majoriti itu jadi keputusan.

“Biasanya kita beristiqfar dan membuat keputusan yang terbaik dan dapat diterima semua pihak,” katanya kepada wartawan selepas merasmikan penutupan Kejohanan Perahu Layar Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) – KFC Open Regatta 2014 semalam.

Tambahnya, ini dapat dilihat apabila Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turut menerima keputusan itu dengan hati terbuka.

“Datuk Menteri Besar sendiri dah keluarkan kenyataan akhbar dia dapat menerima keputusan ini dengan baik dan dia akan mengadap Tuanku apakah langkah seterusnya selepas ini,” kata beliau lagi.

Ahmad Yunus berkata, mesyuarat yang dilangsungkan semalam itu juga memutuskan beliau dan tiga lagi Exco Kerajaan Selangor daripada PAS meneruskan tugas seperti biasa sehingga terdapat arahan baru sama ada dari pihak istana, kerajaan negeri atau pimpinan PAS pusat.

Semalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat memutuskan mencalonkan dua nama iaitu Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Mohammed Azmin Ali bagi menggantikan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

Sumber HD - 18-8-2014




















































































































































Menghadap: Khalid akur titah Sultan Selangor

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menghormati dan akur nasihat Sultan Selangor supaya beliau menghadap selepas baginda kembali ke tanah air.

"Sehingga itu, saya dan barisan Exco akan menjalankan tugas seperti biasa bagi menjamin pentadbiran serta pengurusan negeri berjalan lancar dan baik," ujarnya dalam satu kenyataan ringkas.

Beliau turut menyeru semua pihak terutama pemimpin politik menghormati titah Tuanku Sultan dan menghindarkan diri dari membuat kenyataan yang boleh mengundang tanggapan negatif terhadap Sultan Selangor.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan berkata pihaknya telah menerima permohonan Abdul Khalid untuk menghadap baginda di luar negara bagi menjelaskan situasi dan perkembangan semasa politik di negeri itu serta kedudukan beliau sebagai Menteri Besar Selangor.

"Permohonan beliau telah saya sembah maklum kepada Tuanku. Bagaimanapun, baginda telah menitahkan supaya Abdul Khalid menunggu sehingga baginda berangkat balik ke tanah air dalam tempoh beberapa hari lagi," katanya hari ini. - HARAKAHDAILY 18/8/2014

Sumber HD - 18-8-2014




















































































































































Menghadap: Sultan titah Khalid tunggu baginda pulang

HARAKAHDAILY | .


SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dititahkan menunggu sehingga Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berangkat pulang ke tanah air untuk menghadap baginda.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata pihaknya telah menerima permohonan Abdul Khalid untuk menghadap baginda di luar negara bagi menjelaskan situasi dan perkembangan semasa politik di negeri itu serta kedudukan beliau sebagai Menteri Besar Selangor.

"Permohonan beliau telah saya sembah maklum kepada Tuanku. Bagaimanapun, baginda telah menitahkan supaya Abdul Khalid menunggu sehingga baginda berangkat balik ke tanah air dalam tempoh beberapa hari lagi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Tindakan Abdul Khalid itu dilihat susulan beliau kehilangan sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri Selangor selepas PAS semalam menggugurkan sokongan terhadapnya untuk meneruskan tugas sebagai menteri besar.

Juga semalam, Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang disertai PAS, PKR dan DAP memutuskan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal bagi jawatan menteri besar yang baharu bagi menggantikan Abdul Khalid.

Abdul Khalid dalam reaksinya selepas itu berkata beliau menerima dengan hati terbuka keputusan terbaharu PAS dan memutuskan untuk menghadap Sultan Selangor berhubung perkembangan terbaharu politik Selangor.

Menteri Besar itu juga dilaporkan berkata sehingga sultan membuat keputusan muktamad, beliau akan meneruskan pentadbiran kerajaan negeri bersama empat anggota Exco daripada PAS. - Bernama

Sumber HD - 18-8-2014





















































































































































Is Selangor MB crisis nearing its end?

Harakahdaily - TS | .


Yesterday, two important events had taken place.

After the much-awaited party central committee meeting, PAS has officially announced that it is endorsing both PKR president Wan Azizah Wan Ismail and deputy Azmin Ali to replace Khalid Ibrahim as Selangor Menteri Besar.

A few hours later, Pakatan Rakyat, through a presidential council meeting, announced that it would only send Wan Azizah’s name as the sole candidate to Sultan Selangor for consideration as Khalid’s replacement.

That, despite the fact that the Selangor palace had already rejected Wan Azizah’s first request to meet.

After obtaining 30 statutory declarations from Pakatan Rakyat’s Selangor state assemblypersons, Wan Azizah had again attempted to seek audience with the Sultan Selangor.

Unfortunately, the Sultan Selangor is not in town.

Following Wan Azizah’s stunt, Khalid has been told to stay idle until August 27, where the Sultan Selangor returns from abroad.

In the next 10 days, it will be a waiting game of sorts for PKR, Khalid and Selangor palace.

Let’s say if the Selangor palace rejects Wan Azizah, will her husband Anwar Ibrahim keep forcing the issue that Wan Azizah is the only choice there is, and let the Selangor Menteri Besar impasse continue?

Or will Anwar budge, and go with PAS’ second choice Azmin as Selangor Menteri Besar?

There’s also the question on what Khalid will do in the next 10 days? Speculation is rife that he may opt to convince the Sultan Selangor to dissolve the state assembly, as he has clearly lost the majority count.

Since PKR has decided to tarnish Khalid’s image prior to sacking him, it’s hard to imagine that Khalid would actually mind that PKR adds another label to his name for asking for the Selangor state assembly to dissolve.

Nevertheless, the battle of egos continues in Selangor while waiting for a Sultan Selangor’s decision.

Only this time, PAS is staying out of the battle. As the oldest party in Pakatan, the Islamic party surely knows it is politically unwise to go against the wishes of the palace.

Sumber HD - 17-8-2014




















































































































































Rumah Selangorku: 40,000 rumah mampu milik 5 tahun

HARAKAHDAILY | .




KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor terus komited membina lebih banyak rumah mampu milik pada masa hadapan untuk memenuhi keperluan rakyat negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar negeri, Iskandar Abdul Samad berkata, kerajaan negeri mensasarkan pembinaan 40,000 rumah mampu milik dalam tempoh lima tahun akan datang melalui program Rumah Selangorku.

Katanya, komitmen itu selaras dengan keperluan mendesak rakyat untuk memiliki kediaman sendiri pada harga berpatutan, lapor Selangor Kini.

“Kita akan mulakan projek rumah mampu milik sendiri pada Oktober tahun ini di Sungai Sering yang diuruskan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) menggunakan rizab negeri RM100 juta.

“Usaha ini akan kita perluaskan lagi bagi membolehkan rakyat menikmati hasil ekonomi Selangor,” katanya di hadapan lebih 100 hadirin pada Majlis Cabutan Undi Rumah Selangorku Idaman Antara Gapi yang dibangunkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Hulu Selangor, hari ini. (Foto atas oleh Selangor Kini)

Antara Gapi adalah projek mampu milik ketiga dibangunkan PKNS selepas Bukit Botak, Selayang dan Bandar Baru Bangi.

Projek yang dijangka siap pada penghujung Disember ini menyediakan 129 unit kediaman rumah teres 1 1/2 tingkat pada harga bermula RM180,000 seunit mengikut keluasan tapak.

Pada perkembangan lain, PKNS akan membangunkan 198 unit ‘town house’ di Kota Puteri selain 5,000 kediaman mampu milik yang dijangka siap sepenuhnya dalam jangka masa lima tahun lagi.

Orang ramai yang berminat boleh mendaftar dengan LPHS dan melepasi saringan dengan syarat ditetapkan sebelum nama mereka dimajukan kepada PKNS.

Antara syarat permohonan, pendapatan bulanan tidak melebihi RM8,000 sebulan, tidak memiliki sebarang jenis kediaman lain di Selangor dan tujuan pembelian untuk mendiami bukan disewakan.

Sumber HD - 17-8-2014




















































































































































Ahli Majlis PBT Selangor kekal

HARAKAHDAILY | .

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor memutuskan semua Ahli Majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) yang sedia ada dikekalkan jika mereka bersedia untuk terus berkhidmat di bawah kerajaan negeri rakyat ini.

Perkara ini diputuskan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor (MTES) yang diadakan hari ini selepas mengambil kira senario politik semasa dan keputusan Mahkamah Persekutuan menolak permohonan kerajaan Pulau Pinang untuk mengadakan pilihan raya tempatan, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, Abdul Khalid juga mengumumkan keputusan MTES untuk menawarkan sebahagian kekosongan 51 jawatan Ahli Majlis PBT di seluruh negeri kepada rakyat Selangor yang berkelayakan.

"Kerajaan negeri mahu memastikan khidmat kesemua PBT di negeri ini kepada rakyat dipertingkatkan selari dengan taraf Selangor sebagai negeri maju.

"Sehubungan itu, Kerajaan Selangor mengalu-alukan rakyat Selangor dari golongan profesional dan aktivis masyarakat untuk memohon menjadi Ahli Majlis sekaligus sebahagian daripada kerajaan rakyat ini," katanya.

Menurut beliau, iklan tawaran ini untuk mengisi kekosongan Ahli Majlis itu akan disiarkan dalam akhbar-akhbar utama dalam tempoh terdekat ini. - HARAKAHDAILY, 14/8/2014

Sumber HD - 14-8-2014




















































































































































Khalid mahu undi tidak percaya

HARAKAHDAILY | .



SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mahu proses undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri Selangor dilakukan bagi mengesahkan dakwaan Ahli Dewan Negeri (Adun) Kajang yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bahawa beliau telah mendapat sokongan majoriti Adun Selangor.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, Abdul Khalid mahu dakwaan yang dibuat Dr Wan Azizah diterjemahkan melalui proses undi tidak percaya di Dun Selangor sebagaimana termaktub dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri.

"Kita maklum tentang pengumuman Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mendakwa beliau mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Negeri Selangor.

"Sungguhpun begitu, dakwaan ini hendaklah perlu diterjemahkan melalui proses undi tidak percaya di Dewan Negeri Selangor sebagaimana yang telah termaktub mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri," ujar Abdul Khalid.

Menurut beliau, proses itu perlu dibuat memandangkan Kerajaan Negeri Selangor mempunyai peraturan, undang-undang serta proses perundangan yang perlu dipatuhi oleh rakyat, pemimpin dan pentadbir negeri.

Beliau juga berpendirian bahawa sehingga proses itu berlaku, pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor akan berjalan seperti biasa.

"Kesemua usaha ini adalah tertakluk kepada kuasa DYMM Sultan Selangor," ujarnya.

Dalam satu sidang media yang dihadiri sebahagian Adun Selangor termasuk dua Adun PAS pagi tadi, Dr Wan Azizah mengumumkan telah menerima sokongan 30 Adun bagi membolehkan beliau menggantikan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar. - HARAKAHDAILY, 14/8/2014

Sumber HD - 14-8-2014




















































































































































Pembenihan awan tingkat paras empangan Selangor

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri melalui Lembaga Urus Air Selangor (Luas) dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah melaksanakan operasi pembenihan awan bagi meningkatkan paras empangan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, operasi itu menggunakan kaedah larutan garam (sodium chloride) dengan kekerapan dua kali setiap hari bermula 1 Ogos lepas di tadahan Empangan Sungai Selangor.

Beliau berkata, jumlah hujan yang diterima sehingga hari ini adalah 181.65 mm, lapor Selangor Kini.

Jumlah itu, jelasnya adalah lebih tinggi berbanding 69.52 mm yang diterima pada Jun dan 73.05 mm pada Julai.

“Langkah mitigasi juga terus dilakukan termasuk pengurangan kadar pelepasan air Empangan Sungai Selangor kepada 700 juta liter sehari (JLH) dan Empangan Sungai Tiggi kepada 500 JLH,” kata beliau dalam satu kenyataan media hari ini.

Pada Isnin lepas, petugas di kolam alternatif menerima laporan sabotaj pengepaman.

Walau bagaimanapun, hasil pemantauan keadaan pam dalam keadaan terkawal dengan bantuan polis dan pasukan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela).

Selain itu, kerajaan negeri juga melalui Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan mengadakan solat sunat Istisqa’ memohon hujan di kawasan empangan dalam waktu terdekat.

Sumber HD - 14-8-2014




















































































































































Semua exco PAS hadir mesyuarat dengan MB pagi ini

HARAKAHDAILY | .

SHAH ALAM: Keempat-empat exco PAS hari ini hadir seperti biasa ke mesyuarat mingguan exco Exco Kerajaan Selangor bersama Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim di bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah .

Tiga dari mereka iaitu Sallehin Mukhyi, Dr Ahmad Yunus Hairi dan Dr Halimah Ali dilihat tiba lebih awal manakala Iskandar Samad tiba kemudian.

Ahmad Yunus yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia, Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam ketika ditemui berkata kehadiran mereka hari ini adalah atas arahan parti demi kepentingan rakyat negeri ini.

"Saya telah dipilih oleh Sultan. Saya bertugas untuk rakyat. Saya hadir hari ini atas arahan parti," katanya sambil menasihatkan para petugas media agar tidak bertanya soalan bersifat provokasi.

PAS sebelum ini mengeluarkan arahan agar exco kerajaan negeri dari PAS terus berkhidmat di dalam Kerajaan Negeri pimpinan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim demi kepentingan rakyat sehingga ada perkembangan terbaru.

Semalam, Abdul Khalid memecat tiga exco dari DAP dan tiga lagi dari PKR.

Ekoran itu, pimpinan PKR dan DAP pada satu sidang media malam tadi meminta exco PAS agar tidak hadir ke mesyuarat bersama Khalid hari ini.

- HARAKAHDAILY 13/8/2014

Sumber HD - 13-8-2014




















































































































































Isu MB: PAS Selangor ikut arahan parti - Iskandar

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Pimpinan dan ahli-ahli PAS Selangor akan sentiasa mematuhi apa sahaja arahan dari PAS Pusat berikutan pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari Parti Keadilan Rakyat.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar A Samad berkata pihaknya sabar menunggu PAS Pusat yang akan bermesyuarat pada 17 Ogos ini untuk menetapkan pendirian parti berhubung kedudukan Abdul Khalid.

"Saya yakin pimpinan dan ahli-ahli PAS akan sentiasa bertindak menurut keputusan-keputusan peringkat tertinggi parti malah Ahli-Ahli Dewan Negeri telah mengangkat sumpah sebelum hari penamaan calon pilihanraya umum yang lepas supaya sentiasa mematuhi arahan parti," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurut beliau, buat masa ini exco-exco PAS akan menjalankan tugas mereka seperti biasa selari dengan arahan yang telah dikeluarkan Setiausaha Agung PAS pada 10 Ogos lalu.

Arahan tersebut agar exco kerajaan negeri dari PAS terus berkhidmat di dalam Kerajaan Negeri pimpinan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Arahan ini adalah selari dengan perkenaan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor agar Tan Sri Khalid meneruskan tugas beliau sebagai Menteri Besar," katanya.
Iskandar yang juga Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, sebelum ini berkata pentadbiran Selangor mesti berjalan demi kepentingan rakyat Selangor.
"Kita merasakan bahawa pentadbiran kerajaan perlu diteruskan, tidak adil untuk rakyat jika exco PAS letak jawatan," tegasnya ketika ditemui pada majlis Hari Terbuka PAS Pusat Ahad lalu.

Dalam pada itu beliau berharap kemelut ini akan dapat diatasi secepat mungkin dan Pakatan Rakyat akan terus kukuh di Negeri Selangor.
- HARAKAHDAILY 12/8/2014S

Sumber HD - 12-8-2014




















































































































































Kenali Ahli Dewan DiRaja Selangor

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Dewan Diraja Selangor telah diadakan di Istana Alam Shah, Klang, pagi tadi.

Ahli-ahli Dewan DiRaja Selangor dilantik oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Baginda berkenan melantik Ahli Dewan DiRaja Selangor dalam satu istiadat yang telah diadakan di Balai Tengah Istana Alam Shah, Klang pada 18 November 2013. (Foto atas oleh Selangor Kini)

Pelantikan mereka berkuatkuasa mulai 1 Disember 2013 hingga 30 November 2016.

Empat Ahli Ex-Officio Dewan DiRaja Selangor yang menerima watikah pelantikan adalahTengku Bendahara Selangor, Tengku Azman Shah; Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa dan Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid.

Empat ahli waris yang lain, lima Orang-Orang Besar dan tujuh Orang Tua-Tua turut menerima watikah pelantikan dan mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan DiRaja Selangor.

Empat ahli waris itu ialah Tengku Aris Temenggong Selangor, Tengku Muhamad Yusof Shah; Tengku Panglima Diraja Selangor, Tengku Sulaiman Shah; Tengku Panglima Besar Selangor, Tengku Abdul Samad Shah dan Tengku Indera Setia Selangor, Tengku Ahmad Shah.

Antara Orang-Orang Besar itu termasuk Tengku Seri Wangsa Diraja, Tengku Datuk Setia Ramli Tengku Shahruddin Shah; Engku Setia Lela Bestari, Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda; Tengku Indera Pahlawan Diraja, Tengku Datuk Paduka Putra Tengku Azman Shah; Datuk Orang Kaya Maha Bijaya Gombak, Datuk Paduka Raja Tan Sri Wan Mahmood Pa’wan Teh dan Datuk Orang Kaya Maha Bijaya Klang, Datuk Setia Diraja Abdul Ghani Pateh Akhir.

Bagi Orang Tua-Tua pula termasuk Datuk Setia Abdul Halim Abdul Rauf; Tan Sri Ambrin Buang; Jeneral Tan Sri Mohd Hashim Mohd Ali; Tan Sri Syed Mohd Yusof Tun Syed Nasir; Tan Sri Setia Ismail Adam; Datuk Setia Ramli Mahmud dan Datuk Orang Kaya Maha Bijaya Hulu Selangor, Datuk Aman Shah Mohd Shahar.

Sumber HD - 11-8-2014




















































































































































S'gor sokong misi Kembara Anak 2 Gaza

HARAKAHDAILY | .



SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor turut memberi sumbangan kepada NGO Anak Muda Malaysia 2 Gaza yang sedang mengumpul dana bagi menjayakan misi kemanusiaan mereka ke Gaza.

Sumbangan diserahkan oleh Exco Kerajaaan Selangor Ganabatirau Veraman kepada wakil NGO Fadhil Osman dalam satu majlis penyerahan cek kepada 20 NGO di pejabat beliau baru-baru ini.

Kerajaan negeri kata beliau telah memperuntukkan sejumlah RM500,000 bagi membantu NGO dalam menjalankan tanggungjawab sosial mereka.

Pemilihan NGO menurut beliau, dibuat oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri yang akan menyiasat aktiviti-aktiviti mereka sebelum disenarai pendek.

NGO Anak Muda Malaysia 2 Gaza kini dalam usaha mengumpul dana bagi membantu rakyat Gaza.

Sumbangan ini akan diserahkan melalui konvoi motosikal ke Gaza oleh delegasi NGO ini yang turut mendapat kerjasama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim).
Sementara itu, akhbar Sinar Harian pula akan menjadi penyiar rasmi laporan sepanjang konvoi ini berjalan.

Bagi mereka yang prihatin dan mahu menyumbang, boleh berbuat demikian dengan menyalurkannya ke nombor akaun 1222 5010 0080 10 atas nama Kembara Anak Muda Malaysia 2 Gaza.

Sumber HD - 11-8-2014




















































































































































Mesyuarat Dewan Diraja tak sentuh bubar Dun

HARAKAHDAILY | .



KUALA LUMPUR: Majlis Dewan Diraja Selangor yang bermesyuarat hari ini tidak menyentuh isu pembubaran Dewan Undangan Negeri Selangor, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Abdul Khalid yang dipecat oleh PKR Sabtu lalu berkata, ini kerana beliau tidak meminta pembubaran itu dibuat.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah turut memperkenan beliau terus menjalankan tugas sebagai Menteri Besar sehingga ada perkembangan baharu berlaku.

Ini kerana Tuanku berpuas hati dengan penjelasan bahawa beliau masih mendapat sokongan majoriti Adun Selangor.

Berhubung mesyuarat kerajaan negeri, Abdul Khalid berkata beliau telah mendapat sokongan empat exco dari PAS.

Katanya, itu sudah memadai baginya untuk beliau mengadakan mesyuarat kerajaan negeri walaupun tanpa exco dari PKR dan DAP. Ini berdasar tatacara Artikel 52.2B Undang-undang Negeri.

“Parti PAS sudah nyatakan keempat-empat anggota (Exco) akan bersama Kerajaan Negeri dan saya.

“Oleh sebab itu, saya boleh meneruskan ketuai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri,” katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan Negeri di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), di sini, hari ini.

- HARAKAHDAILY 11/8/2014

Sumber HD - 11-8-2014




















































































































































Sultan saran JAIS tindak profesional, tidak keterlaluan

SELANGORKINI | .

SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) disaran supaya memiliki 'standard operating procedure' (SOP) yang lengkap dan kemas serta mengaplikasikannya ketika menjalankan tugas penguatkuasaan, titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Baginda bertitah, prosedur yang teratur penting bagi memelihara nama baik JAIS kerana terdapat golongan tertentu yang sentiasa mengambil kesempatan untuk mempertikai setiap tindakan dan kredibiliti organisasi terbabit dalam melaksanakan tugas.

“JAIS perlu mengelak daripada bertindak secara kasar serta keterlaluan dan mengenepikan hak seseorang individu di bawah undang-undang.

“Beta percaya jika penguatkuasaan dilakukan berdasarkan undang-undang dan SOP, ia akan memastikan hanya mereka yang melakukan kesalahan dibawa ke muka pengadilan,” titah baginda pada Majlis Perjumpaan bersama Pegawai dan Kakitangan JAIS di Dewan Jubli Perak, kelmarin.

Sultan Sharafuddin turut menyeru JAIS supaya melaksanakan persiapan rapi sebelum melakukan tindakan penguatkuasaan seperti membawa peralatan lengkap untuk siasatan dan serbuan.

Baginda bertitah, JAIS supaya bekerjasama dengan pihak berkuasa dan agensi kerajaan lain bagi melicinkan sesuatu operasi di samping menjaga keselamatan pegawai yang melaksanakan penguatkuasaan.

“Beta mahu JAIS sentiasa menjalankan tugas secara profesional, tidak keterlaluan di dalam melaksanakan penguatkuasaan, menghormati penganut agama lain dan sentiasa melakukan sesuatu tindakan secara berhemah,” titah baginda.

Selain itu, Baginda turut menasihatkan JAIS supaya memberi penekanan kepada penguatkuasaan kes yang lebih berat dan penting seperti ajaran sesat, isu murtad dan perkara yang mencemar kesucian agama Islam.

Baginda bertitah, JAIS perlu bertindak dalam lingkungan tugas membabitkan kesalahan isu agama Islam sahaja tanpa mengganggu tugas serta bidang kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Ini adalah bagi mengelakkan tohmahan terhadap JAIS yang mengambil tindakan bukan dalam bidang kuasa mereka dan lebih menumpukan kepada perkara remeh sedangkan isu yang lebih besar tidak diberi keutamaan,” titah baginda.

Sumber HD - 10-8-2014





















































































































































Air: Utamakan rakyat, tolak kepentingan politik

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor meletakkan kepentingan rakyat lebih tinggi daripada sebarang keputusan melibatkan kepentingan politik semata-mata khususnya melibatkan isu catuan air di negeri ini.


Sebagai contoh, Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, catuan air beberapa bulan lalu di negeri itu dibuat meskipun menyedari langkah itu boleh memberi persepsi negatif kepada politik.

Jelas beliau sekiranya pertimbangan kepentingan politik diambil kira sudah tentu tiada langkah catuan diambil walaupun menyedari akan menyebabkan bekalan air menjadi kontang.

Walaubagaimanapun kata beliau, setakat ini bekalan air masih mencukupi dan tidak memerlukan catuan dibuat dalam masa terdekat.

“Pada masa sekarang memang bekalan air cukup tak perlu catuan tetapi kita juga dijangkakan menghadapi El-Nino tahun hadapan.

“Kita bukan sahaja memikirkan bekalan air mencukupi untuk sehari atau seminggu dua sahaja, tetapi dalam menghadapi situasi musim kemarau berpanjangan ini kita memikirkan bekalan air hingga tahun hadapan,” kata Dr Ahmad Yunus dipetik Selangor Kini.

Selain itu Kerajaan Negeri katanya, turut merangka pelan jangka panjang bagi memastikan keperluan air mencukupi untuk kegunaan rakyat negeri ini.

-HARAKAHDAILY 8/8/2014

Sumber HD - 8-8-2014





















































































































































Selangor belum cadang catu air

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor belum ada cadangan untuk melaksanakan catuan air seperti mana yang diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) hari ini.


Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata menurut laporan yang diberikan, taburan hujan minggu ini tidak memerlukan catuan air dilaksanakan buat masa terdekat ini.

"Minggu depan kita mesyuarat semula untuk laporan terkini kapasiti air pada masa itu.

"Tetapi Insya-Allah kita doakan semuanya berjalan baik,” kata beliau dipetik Selangorkini.

Biarpun tiada catuan dilaksanakan, beliau turut menasihatkan orang ramai agar menggunakan air secara berhemah.

Beliau mahu bekalan air bersih diberi keutamaan untuk keperluan makan dan minum.

“Orang ramai digalakkan menadah hujan untuk kegunaan lain seperti membasuh kenderaan dan menyiram tanaman misalnya,” kata beliau lagi.

Sejak kebelakangan ini beberapa tindakan sabotaj dilakukan pihak tidak bertanggungjawab dengan merosakkan pam-pam yang digunakan bagi mennghubungkan hos ke Kolam Hang Tuah.

Selain itu laporan palsu juga disebarkan melalui laman-laman sosial kononnya Kerajaan Selangor akan melaksanakan catuan air pada minggu ini.

- HARAKAHDAILY 7/8/2014

Sumber HD - 7-8-2014





















































































































































Sabotaj: S’gor pertingkat keselamatan operasi pam air

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor mempertingkatkan langkah keselamatan operasi pengepaman air kolam alternatif bagi membendung kejadian sabotaj berulang.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia, Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awamnegeri, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, kerajaan negeri mendapat kerjasama Polis dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) yang mengawal ketat operasi serta sentiasa bersiap siaga.

Katanya, Bilik Gerakan Operasi Kolam yang diwujudkan di kawasan berdekatan juga mula beroperasi 24 jam untuk memastikan operasi pengepaman air kolam berjalan dengan lancar tanpa gangguan.

“Segala langkah mitigasi ini diselaraskan LUAS yang dilaksanakan dengan komitmen Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Kumpulan Semesta Sdn. Bhd (KSSB), MET dan beberapa agensi lain,” katanya dalam satu kenyataan.

Justeru, tambahnya, kerajaan negeri berharap semua pihak dapat memberi kerjasama, tidak cuba sabotaj, mengganggu operasi ataupun cuba menimbulkan keresahan di kalangan pengguna.

Yunus juga meberitahu, status semasa kapasiti empangan sehingga 5 Ogos 2014 mencatatkan penurunan di antara 0.38 peratus sehingga 2.91 peratus.

Empangan Semenyih mencatatkan penurunan tertinggi 2.91 peratus diikuti Sungai Tinggi (2.16), Sungai Selangor (1.18), Tasik Subang (1.11), Batu (0.99) Langat (0.38) manakala Klang Gates kekal dengan kapasiti sama tanpa penurunan.

Bagi menjamin bekalan berterusan, Kerajaan Negeri terus mengambil langkah mitigasi termasuk pengurangan kadar pelepasan air Empangan Sungai Selangor kepada 700 juta liter sehari (JLH) dan Empangan Sungai Tinggi kepada 500 JLH.

Selain itu, operasi pembenihan awan juga dilakukan secara berterusan dengan kerjasama Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM), Jabatan Meteorologi Malaysia (MET), dan syarikat AF Jet Sdn. Bhd di seluruh kawasan tadahan di Selangor.

Sumber HD - 6-8-2014





















































































































































IPU tidak sihat di Pelabuhan Klang pagi ini

BERNAMA | .

KUALA LUMPUR: Pelabuhan Klang mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 8 pagi dengan bacaan 114, demikian menurut Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Menerusi laman webnya, JAS berkata 18 tempat lain turut mencatat bacaan paras sederhana antaranya Sri Aman (75), Miri (69), Seri Manjung (68), Cheras (62) dan USM, Pulau Pinang (60).

Tempat-tempat lain di seluruh negara dilapor mengalami IPU tahap baik.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 dan 300 sngat tidak sihat dan melebihi 301 sebagai berbahaya.

Bacaan IPU boleh diperoleh menerusi laman web JAS di http://www.doe.gov.my.

-- BERNAMA

Sumber HD - 6-8-2014




















































































































































K'jaan S'gor akan pastikan bekalan air mencukupi

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri Selangor sedang mempergiat usaha bagi memastikan bekalan air mencukupi sebelum tiba musim tengkujuh.

Exco Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi, buat masa ini kerajaan negeri giat menjalankan usaha pembenihan awan dan kerja pengepaman air dari kolam Hang Tuah bagi memastikan kapasiti air di empangan mencukupi.

“Walaupun pada masa ini paras air tidak berada di paras kritikal, Kerajaan Negeri tetap menjalankan usaha berterusan bagi memastikan bekalan air mencukupi sebelum tiba musim tengkujuh.

“Ketika ini, usaha pembenihan awan dan kerja pengepaman dari kolam berdekatan juga giat dijalankan seperti yang dirancang,” katanya dipetik Selangor Kini.

Beliau berkata, kedatangan musim tengkujuh yang dijadual bulan Oktober ini mampu membantu meningkatkan paras Empangan Sungai Selangor yang kini berada di paras 32.48 peratus.

Menurut beliau, musim tengkujuh akan akan membawa taburan hujan lebih tinggi di pantai barat termasuk Selangor.

Dalam pada itu, beliau juga menggesa pengguna di Selangor agar lebih cermat ketika menggunakan air bagi mengelakkan penurunan ke paras kritikal iaitu 30 peratus.

“Ini belum tiba Elnino lagi. Kalau tiba Elnino pasti keadaan menjadi buruk lagi. Jadi sebab itu saya nasihatkan pengguna lebih berjimat menggunakan air,” katanya.

Dr Ahmad Yunus berkata, Empangan Sungai Tinggi mencatatkan bacaan lebih tinggi iaitu pada 45.62 peratus ketika ini, selain Sungai Selangor.

Dalam pada itu, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) mengesahkan bahawa tiada gangguan bekalan air di Selangor dan syarikat itu tidak berhasrat untuk melakukan sebarang catuan bekalan air di negeri itu setakat ini.

“Kami akan memberi notis sekiranya ada catuan bekalan air tetapi setakat ini, memang tiada gangguan bekalan air,” kata Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat & Hal Ehwal Awam Priscilla Alfred dipetik Astro AWANI.

- HARAKAHDAILY 5/8/2014

Sumber HD - 5-8-2014





















































































































































Bekalan air mentah Selangor masih di tahap terkawal

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Walaupun pengguna air sedia maklum bahawa terdapat kekurangan taburan hujan akibat fenomena El-Nino, Lembaga Urus Air Negeri Selangor (LUAS) ingin menjelaskan bahawa keadaan bekalan air mentah masih di tahap terkawal yang mana catuan air belum perlu dilakukan.

Pengarahnya, Md Khairi Selamat menyatakan demikian merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago yang mendakwa keadaan air mentah telah mencapai tahap “kecemasan” dan mahu kerajaan negeri mengenakan catuan air.

“Pendekatan yang diambil untuk tidak mengenakan catuan bekalan air di Negeri Selangor berdasarkan jumlah pelepasan air secara optima dari Empangan Sungai Selangor dan Empangan Sungai Tinggi,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini seperti di bawah.

Lembaga Urus Air Negeri Selangor (LUAS) ingin merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago yang mendakwa keadaan air mentah telah mencapai tahap “kecemasan” dan mahu kerajaan negeri mengenakan catuan air.

Walaupun pengguna air sedia maklum bahawa terdapat kekurangan taburan hujan akibat fenomena El-Nino, LUAS ingin menjelaskan bahawa keadaan bekalan air mentah masih di tahap terkawal yang mana catuan air belum perlu dilakukan.

Pendekatan yang diambil untuk tidak mengenakan catuan bekalan air di Negeri Selangor berdasarkan jumlah pelepasan air secara optima dari Empangan Sungai Selangor dan Empangan Sungai Tinggi. Buat masa ini kadar pelepasan air dari Empangan Sungai Selangor dan Sungai Tinggi masing-masing berjumlah 700 dan 500 Juta Liter Sehari (JLH) manakala kadar pengeluaran kolam alternatif sebanyak 500 JLH.

Selebihnya, sumber air adalah dari aliran air sungai termasuk aliran permukaan hasil aktiviti pembenihan awan secara berterusan yang dijalankan oleh LUAS bersama Tentera Udara Diraja Malaysia, Jabatan Meteorologi Malaysia dan syarikat AF Jet Sdn. Bhd yang meliputi seluruh Negeri Selangor.

LUAS menjangkakan pengeluaran sumber air alternatif dari kolam akan dipertingkatkan kepada 800 JLH pada minggu hadapan. Ini akan dapat mengurangkan pelepasan air dari kedua-dua empangan di atas.

Kita juga ingin menekankan bahawa berdasarkan maklumat yang dimaklumkan oleh pihak Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor (SPLASH), tahap takungan empangan kritikal 30% adalah tidak termasuk “dead water storage”.

Kuantiti air kolam alternatif yang telah dikenalpasti mampu membekalkan untuk tempoh lima (5) bulan sehingga bulan Oktober dimana perubahan Monsun Timur Laut yang membawa hujan akan berlaku.

Gabungan aktiviti di atas yang dijalankan secara berterusan akan dapat memastikan kebolehdapatan sumber air mencukupi untuk bekalan kepada lima (5) loji rawatan air (LRA) Sungai Selangor untuk mengelakan gangguan bekalan air atau catuan.

Bagi tujuan memastikan kualiti air adalah mematuhi piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia, samada air mentah atau air terawat, ujian persampelan air dibuat secara berterusan bersama Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.

LUAS juga telah mendapat perkhidmatan Rela sebagai usaha tambahan menjaga keselamatan di tapak operasi kolam-kolam alternatif di samping kerjasama Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

LUAS dan beberapa agensi kerajaan yang lain seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Meteorologi Malaysia sedang berusaha keras agar rancangan dan pelan tindakan bagi memastikan bekalan air mentah mencukupi tanpa mengenakan catuan.

Kami berharap semua pihak dapat memberi kerjasama dan bukannya mengeluarkan kenyataan yang boleh mencetuskan keresahan para pengguna air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. - HARAKAHDAILY 2/8/2014

Sumber HD - 2-8-2014





















































































































































Bekalan air disabotaj lagi, MB gesa polis siasat segera

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menggesa polis melakukan siasatan segera terhadap perbuatan sabotaj bekalan air di negeri itu.

“Bekalan air sekali lagi disabotaj awal pagi tadi. Mohon pihak Polis Diraja Malaysia lakukan siasatan segera dan hentikan perbuatan khianat yang menjejaskan rakyat ini,” tulis beliau menerusi facebooknya.

Sehubungan itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Dr Ahmad Yunus Hairi turun padang ke Bestari Jaya mendapatkan gambaran jelas berhubung perkara itu.

Sebelum ini, pasukan bertugas mengendalikan pam-pam di kawasan HORAS Bestari Jaya diugut sekumpulan samseng bersenjata.

Selangor Kini melaporkan, ketika ini pasukan daripada Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Jabatan Pengairan & Saliran (JPS) sedang bekerja keras melakukan operasi pengepaman agar bekalan air mentah tidak terjejas.

Sumber HD - 2-8-2014





















































































































































Sabotaj air: Sistem pendawaian pam dipotong

SELANGOR KINI | .



BESTARI JAYA: Kerajaan Negeri Selangor akan meminta bantuan daripada polis dan Rela untuk ditempatkan di kawasan kolam Hang Tuah di Bestari Jaya ekoran terdapat cubaan sabotaj pengeluaran bekalan air.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia, Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Dr Yunus Hairi berkata langkah itu akan diambil kira ekoran sudah dua kali berlaku sabotaj itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi tadi, sekumpulan pihak tidak bertanggungjawab bertindak memotong sistem pendawaian di enam pam di kolam Hang Tuah itu.

Bagaimanapun, Dr Yunus berkata pemotongan itu tidak menggugat pengaliran air kepada penduduk ekoran pendawaian yang dipotong itu adalah dari sungai ke kolam.

“Tiada barang bernilai selain sistem pendawaian dan tidak memberi kesan kepada pengepaman ekoran paip yang dipotong adalah dari sungai ke kolam.

“Jadi ia tidak mengganggu. Bagaimanapun kita melihat perkara ini secara serius kerana operasi ini sangat penting kepada penduduk,” katanya ketika ditemui di kolam terbabit.

Dr Yunus berkata dalam pengurusan negeri menuju ke kelas pertama, namun disebabkan pemikiran pihak tidak bertanggungjawab menyebabkan pengurusan negeri terjejas.

“Pengeluaran air ini sangat penting terutama musim kering bagi sesebuah empangan.

“Namun terdapat segelintir pemikiran kelas ketiga menyebabkan ia berlaku,” katanya.

Beliau berharap semua pihak dan masyarakat yang mempunyai maklumat supaya tampil membantu kerajaan negeri.

“Saya akan arahkan pihak Lembaga Urus Air Selangor untuk membuat laporan polis seterusnya memperbaiki kerosakan ini,” katanya.

Sehubungan itu, beliau akan membawa masalah itu ke dalam mesyuarat jawatankuasa air bagi mencari penyelesaian.

“Kita akan menambah anggota keselamatan supaya mengawal di semua pam-pam ini.

“Malah, kebajikan petugas juga akan diambil kira bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku,” katanya.

Sebelum ini, sekitar jam 3 pagi, pasukan yang bertugas mengendalikan pam-pam di kawasan HORAS Bestari Jaya telah diugut oleh sekumpulan samseng bersenjata supaya meninggalkan kawasan itu.

Sumber HD - 2-8-2014

Twit Khalid keluar parti palsu, tak bertanggungjawab

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Penyebaran print screen palsu dari akaun Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang memberi bayangan beliau akan keluar parti dan menyertai Umno dinafikan oleh Sekretariat Akhbarnya, Arfa’eza Abdul Aziz.

Print screen menerusi laman makro twitter itu bertulis “Tiada yang mustahil untuk Umno..Kita mampu bersama..Tinggalkan yang ‘keruh’..

Ia mula tersebar malam semalam dalam blog-blog, laman sosial Facebook dan mula di retweet di twitter, lapor Selangor Kini.

Arfa’eza ketika dihubungi berkata ia merupakan kenyataan palsu dan dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Ini Print Screen palsu. Ia dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan tindakan penyebaran itu dilakukan pihak yang mahu mengeruhkan lagi keadaan ketika ini.

“Ada pihak yang mahu mengeruhkan lagi keadaan sedia ada, oleh itu tindakan seperti ini dilakukan mereka,” katanya.

Sumber HD - 2-8-2014




















































































































































Tiada kenaikan tarif air 3-4 tahun akan datang - Khalid

BERNAMA | .




PUTRAJAYA: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberi jaminan kadar tarif air di Lembah Klang tidak akan dinaikkan untuk tempoh sekurang-kurangnya tiga ke empat tahun akan datang.

Beliau berkata ini berikutan kejayaan penstrukturan semula industri air Selangor yang mampu meningkatkan kualiti perkhidmatan industri tersebut.

"Dengan termeterainya Perjanjian Dasar Induk ini menandakan rundingan penstrukturan semula industri air Selangor yang telah diusahakan semenjak 2006 sudah hampir ke penghujungnya dan mencapai kejayaan," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian itu antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Selangor di sini hari ini. (Gambar atas oleh Sekretariat Akhbar MB Selangor)

Katanya pemeteraian perjanjian itu dengan kerajaan Pusat bagi pelaksanaan penstrukturan semula industri air Selangor dan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) dianggap sebagai kemenangan untuk rakyat.

"Kerajaan negeri juga berpandangan tawaran RM9.65 bilion yang diberikan kepada pihak konsesi adalah adil dan munasabah tanpa merugikan syarikat-syarikat yang terlibat," kata Abdul Khalid.

Menteri Besar berkata kerajaan negeri telah membuat tawaran kepada kesemua empat syarikat konsesi air dengan pemilik saham Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), Puncak Niaga Sdn Bhd dan Konsortium Abass Sdn Bhd (Abass) telah menerima tawaran tersebut manakala pengambilalihan Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPALSH) masih belum dimuktamadkan.

Terdahulu, Abdul Khalid menandatangani Perjanjian Dasar Induk bagi penyelesaian jangka panjang isu air Selangor bersama-sama dengan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

"Kejayaan mengambil alih SYABAS akan membolehkan kerajaan negeri memberi tumpuan kepada kerja-kerja menaik taraf saluran paip air dengan tujuan menurunkan kadar air tak berhasil yang pada ketika ini sangat tinggi iaitu 34 peratus," katanya.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan Persekutuan dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Abdul Khalid dalam nada berseloroh berkata: "Saya rasa beliau (Menteri KeTTHA Datuk Seri Dr Maximus Ongkili) lebih senang daripada saya, saya ada tiga 'political mother in-law'... masih ada harapan tapi tidak boleh lagi". - Bernama

Sumber HD - 1-8-2014




















































































































































‘Saya akan tunai hasrat terakhir arwah suami’

SELANGOR KINI | .



SHAH ALAM: “Saya akan menunaikan hasrat terakhir arwah suami saya. Dia mahu saya meneruskan hajatnya yang tidak kesampaian untuk mencetak naskah Mushaf Tartil untuk diwakafkan kepada sekolah pondok, rumah anak yatim dan masjid serta surau,” kata balu Imam Besar Masjid Negeri, Allahyarham Ahmad Mustafa Al- Muqri.

Nurazira Ahmad Bashir, 35, ibu kepada lima orang anak ketika ditemui pemberita begitu cekal menghadapi dugaan yang menimpa.

Bagaimanapun, untuk berkongsi kisah keluarganya, beliau menganggap ia perlu dirahsiakan kerana tidak mampu untuk meneruskan perbualan kerana masih lagi bersedih.

Dalam kejadian 9 Jun lalu, Allahyarham Ahmad Mustafa menghembuskan nafas terakhir pada usia 39 tahun di Institut Jantung Negara akibat komplikasi jantung selepas enam hari dimasukkan ke institut itu.

Beliau dilantik menjadi Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sejak 2008 dan banyak pembaharuan dilakukan termasuk program mengimarahkan masjid.

Menceritakan hajat suaminya itu, beliau yang lebih disenangi dengan panggilan Kak Zira berkata, sebelum Allahyarham meninggal dunia, Ahmad Mustafa sangat sibuk dengan naskah Mushaf Tartil dan rakaman cakera padat, bacaan doa, tahlil serta yassin.

“Apabila saya melihat tajuk VCD, ‘hadiah buat yang tersayang’ benar-benar menyentuh hati saya. Ia seakan seperti tahu beliau akan pergi meninggalkan kami.

“Sebelum Allahyarham pergi, selain meminta saya menjaga anak dengan baik, itu adalah perkara yang keluar daripada mulutnya untuk saya meneruskan niat dalam mencetak semula naskah Mushaf Tartil.

“Manakala, VCD itu juga saya mungkin boleh menjualnya semula sebagai pendapatan untuk menyara keluarga,” katanya.

Selain itu, Nurazira berkata, ketika Allahyarham masih hidup, beliau sangat mementingkan solat jemaah bersama keluarga.

“Menjaga solat lima waktu, itu juga adalah antara pesanan terakhir arwah. Semasa hayatnya, beliau sangat menitik beratkan solat,” katanya.

Beliau berkata, Ahmad Mustafa juga seorang bapa yang sangat penyayang dan lemah lembut dengan semua anaknya.

“Apabila beliau pulang dari masjid atau sebarang tempat, perkara pertama selepas menjejakkan kaki ke dalam rumah adalah bertanya di mana anaknya. Itu yang menjadikan beliau sangat rapat dengan mereka,” katanya.

Mengakhiri perbualan, Nurazira memberitahu, beliau bersyukur kerana semua anaknya begitu tabah dengan pemergiannya walid mereka itu.

“Alhamdulillah, anak saya boleh menerimanya,” katanya.

Sumber HD - 1-8-2014





















































































































































Isu MB: Khalid hargai sokongan Presiden PAS

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melahirkan penghargaan kepada Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang atas sokongan supaya terus menerajui kerajaan negeri itu sehingga akhir penggal pentadbirannya.

Beliau berkata sokongan Presiden PAS terhadapnya dilihat amat bermakna dalam memastikan keperluan negeri Selangor untuk mempunyai suasana politik yang stabil, lapor Bernama.

Dalam satu kenyataan semalam, beliau dan barisan pemimpin negeri akan terus memastikan manifesto yang dijanjikan kepada rakyat dapat dilaksana menerusi kecemerlangan pentadbirannya menerajui negeri maju itu.

Tuan Guru Abdul Hadi ketika bercakap kepada media semalam berkata, menyokong Khalid dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor kerana tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.

Beliau menyokong kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad yang menegaskan supaya diteruskan jawatan menteri besar itu kepada Khalid.

“Alasan-alasan mahu menukar Menteri Besar ini tidak kukuh di mana, saya melihat tidak setuju dengan Tan Sri Khalid ini tidak melibatkan amanah-amanah yang besar.

“Jika sekiranya, beliau terlibat dengan skandal, terlibat dengan pecah amanah, salah guna duit Selangor itu boleh kita tukar,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 26/7/2014

Sumber HD - 26-7-2014





















































































































































'Saya akan terus bekerja sehingga tidak jadi MB'

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata Sultan Selangor, Tuanku Sharafuddin Idris Shah bertitah kepada beliau supaya dapat menjalankan tanggungjawab dan amanah sebagai Menteri Besar Selangor.

“Saya jawab pada Tuanku Sultan, akan terus bekerja sehingga tidak menjadi Menteri Besar,” katanya dipetik Selangor Kini.

Beliau berkata demikian selepas selesai Majlis Berbuka Puasa Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Bersama Rakyat di Masjid Kampung Assam Jawa, di sini, semalam.

Ketika ditanya isu desakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mahukan beliau meletak jawatan, Abdul Khalid memberitahu akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu sama dalam masa terdekat.

PAS dan DAP akan membawa keputusan PKR mencalonkan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk menggantikan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor pada mesyuarat peringkat tertinggi masing-masing.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, perkara itu akan dibincangkan pada mesyuarat parti selepas hari raya Aidilfitri nanti. - HARAKAHDAILY 24/7/2014.

Sumber HD - 24-7-2014




















































































































































Operasi pam air 24 jam menjelang Aidilfitri

SELANGORKINI | .

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor melalui Lembaga Urus Air Selangor (Luas) sedang memaksimakan penggunaan air kolam alternatif di Bestari jaya melalui operasi pengepaman yang berjalan selama 24 jam.

Exco Belia, Sukan, Insfrastruktur dan Kemudahan Awam Dr Ahmad Yunus Hairi berkata langkah itu diambil sebagai persediaan sumber air menjelang musim perayaan.

Walaubagaimanapun, Kerajaan Negeri menyeru kepada semua pihak untuk sentiasa berhemah dan berjimat di dalam penggunaan air semasa musim perayaan ini.

“Ia bertujuan memastikan kualiti air Sungai Selangor memenuhi keperluan muka sauk dan juga loji pembersihan air (LPA) terutamanya di musim perayaan yang bakal tiba.

“Walaupun dijangkakan terdapat pengurangan penggunaan air ketika awal musim perayaan disebabkan ramai warga kota pulang ke kampung halaman, operasi pengepaman air kolam akan terus dijalankan untuk memastikan LPA beroperasi pada kapasiti optima dan tangki-tangki umbangan dapat dipenuhkan bagi menampung peningkatan penggunaan selepas cuti perayaan.” jelasnya.

Yunus berkata demikian dalam sidang media selepas Mesyuarat Exco, semalam.

Operasi tersebut dilakukan oleh pertugas Luas, jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor serta Kumpulan Semesta Sdn. Bhd (KSSB).

Sekurang-kurangnya 20 buah pam telah dipasang untuk mengepam air daripada kolam ke sungai.

Manakala 7 buah pam lagi digunakan untuk mengepam air sungai ke dalam kolam ketika aliran tinggi.

Bagi memastikan operasi berjalan lancar tanpa gangguan, Yunus berkata sebuah bilik gerakan operasi pengepaman air kolam alternatif telah diwujudkan di bangunan berdekatan dengan kawasan kolam-kolam tersebut sebagai pusat pemantauan operasi.

Katanya, perkhidmatan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan juga bantuan Polis turut dilibatkan untuk memastikan keselamatan petugas dan juga operasi terjamin.

Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Bekalan Air bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah memohon perkhidmatan pesawat daripada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagi menjalankan operasi pembenihan awan pada skala yang lebih besar.

“Dengan keadaan cuaca semasa yang panas dan kering, operasi pembenihan awan ini akan dilakukan mengikut kesesuaian diatas nasihat pihak Jabatan Meteorologi Malaysia (MET),” katanya. - HARAKAHDAILY 17/7/2014

Sumber HD - 17-7-2014





















































































































































Kuis bakal jadi universiti wakaf pertama Malaysia 2016

SELANGORKINI | .

BANGI: Selangor sebagai sebuah negeri yang mementingkan pembangunan ilmu bakal memiliki sebuah lagi universiti penuh menjelang 2016 nanti.

Ini bakal direalisasikan apabila Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) berjaya mencapai status universiti penuh pada 2016 nanti.

Rektor KUIS, Profesor Madya Datuk Dr Ab Halim Tamuri berkata, antara langkah diambil bagi menjayakan wawasan ini termasuk menawarkan program pasca siswazah iaitu Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Muamalah), Ijazah Sarjana Syariah (Pengurusan) dan Doktor Falsafah Islamiyyat.

“Penawaran program ini adalah bagi menggalakkan usaha melahirkan lebih ramai profesional dan penyelidik Islamik disamping memupuk dan meneruskan usaha menjalankan penyelidikkan ilmiah,” kata Dr Ab Halim.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya dalam Majlis Berbuka Puasa Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Bersama Rakyat dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya di Masjid Al-Azhar, KUIS di sini semalam.

Turut mengiringi baginda, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah Kuis.

Kuis juga akan menambah program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana seperti Sarjana Kewartawanan, Komunikasi Islam dan beberapa jurusan lagi.

Tidak ketinggalan program peringkat Sarjana Muda seperti Pendidikan Islam dengan Multimedia, TESL dengan Multimedia, Bahasa Inggeris dan Komunikasi Korporat.

Kata Dr Ab Halim, Kuis turut merancang mewujudkan program Diploma Eksekutif Pengurusan Masjid dan Pembangunan Komuniti bagi semua bakal imam, pegawai masjid dan ahli jawatankuasa masjid seluruh Selangor.

Tambah beliau, Kuis juga berhasrat menjadi Universiti Wakaf yang pertama di Malaysia.

“Sehubungan itu, selain berusaha mendapatkan sumbangan wakaf dari luar negara, KUIS sudah diberi kebenaran oleh Perbadanan Wakaf Selangor bagi menerima sumbangan orang ramai agar berwakaf di Kuis dengan tujuan pembangunan pendidikan di negeri ini.

Kuis juga sudah menubuhkan Pusat Zakat Pendidikan di Kuis dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor (LZS).

“Sejak sebulan penubuhannya, Pusat Zakat Kuis berjaya mengutip sebanyak RM86,500 daripada orang ramai,” kata Dr Ab Halim.- HARAKAHDAILY 13/7/2014

Sumber HD - 13-7-2014





















































































































































Isu MB: PR tak perlu termakan perang saraf Umno BN

SELANGOR KINI | .

KUALA LUMPUR: Pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat (PR) diingatkan agar tidak termakan dengan sebarang propaganda palsu dicetuskan Umno bagi melaga-lagakan kesatuan PR.


Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata ini termasuk berita palsu perletakan jawatan Menteri Besar Selangor di laman sosial facebook, whatsapp dan khidmat pesanan ringkas (SMS) baru-baru ini.

“Itu perang saraf daripada Umno-BN untuk memperlihatkan Pakatan seolah-olah dalam keadaan kelam kabut dan tak tentu arah.

“Rakyat perlu disedarkan bukan semua yang disebarkan di media sosial dan media arus perdana boleh dipercayai sepenuhnya,” kata Khalid ketika dihubungi Selangor Kini baru-baru ini.

Jelas beliau, orang ramai perlu membuat siasatan sebelum mempercayai sesuatu laporan di media sosial dan media perdana.

Menyentuh serangan yang dilakukan segelintir pemimpin PR terhadap Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Khalid mahu agar pertikaian itu dapat segera diselesaikan dengan baik.

Beliau juga menjelaskan, hubungan antara Menteri Besar, Exco dan parti harus diperkukuhkan di peringkat maksima lagi bagi menghadapi usaha berterusan Umno-Bn merampas Selangor.

“Bagi menghadapi cabaran BN ini hubungan kerajaan dan parti perlu kukuh.

“Sebaik-baiknya untuk mengukuhkan hubungan ini tak perlukan rombakan tetapi kalau perlu juga rombakan sekalipun ia bukanlah keputusan aneh demi perpaduan.

“BN juga lalui banyak rombakan,” katanya lagi.

Sumber HD - 12-7-2014





















































































































































Kerajaan Selangor failkan rayuan kes pampasan Alam Perdana

SELANGORKINI | .
SHAH ALAM: Kerajaan Negeri mengarahkan Kamar Penasihat Undang-undang Negeri memfailkan notis rayuan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang membenarkan pampasan kepada pemaju perumahan Alam Perdana, LBCN Development Sdn Bhd (LBCN) dinilai berdasarkan status pembangunan bercampur.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri berpendapat pampasan terhadap LBCN yang dipersetujui sebelum ini adalah memadai kerana mengikut penilaian dibuat Jabatan Penilaian Hartanah berdasarkan tanah pertanian dengan potensi untuk pembangunan.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri tidak boleh membayar pampasan kepada LBCN berdasarkan status pembangunan sepenuhnya kerana syarikat itu melanggar peraturan-peraturan dan syarat ditetapkan Pihak Berkuasa tempatan dan Kanun Tanah Negara 1965.

“LBCN mengaku gagal membayar premium tanah, gagal menukar status tanah dari pertanian kepada pembangunan dan menjalankan projek pembangunan secara haram dan tanpa kelulusan pihak berkuasa,” kata Abdul Khalid dalam kenyataan medianya.

Menteri Besar berkata, syarikat pemaju tidak layak untuk mendapatkan pampasan yang lebih daripada nilai pampasan yang dipersetujui sebelum ini dibayar Kerajaan Negeri.

Abdul Khalid juga menyelar tindakan peguam LBCN membuat kenyataan media kepada wartawan di luar mahkamah pada 9 Julai lalu kononnya mahkamah bersetuju bahawa nilaian tanah sepatutnya nilaian tanah pembangunan dan menganggarkan tuntutan gantirugi akan mencecah RM1 billion.

Kenyataan peguam Plaintif ini jelas sekali satu kenyataan prejudis terhadap kes mahkamah yang sedang berjalan dengan memberi perspektif negatif terhadap Kerajaan Negeri termasuk Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Penilaian Harta Negeri dan Jabatan Pernilaian harta Persekutuan.

Kamar Penasihat Undang-Undang Negeri akan menghantar surat bantahan rasmi kepada peguam Plaintif atas tindakan beliau.

Projek Bandar Alam Perdana melibatkan projek pembangunan rumah kos rendah dan rumah teres telah terbengkalai sejak tahun 2002.

Kerajaan Negeri terpaksa merampas tanah-tanah kerana peneroka-peneroka telah menyerahkan tanah itu kepada pemaju untuk dimajukan dan ribuan pembeli rumah telah gagal mendapat rumah mereka.

Pada 9 Julai baru-baru ini, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Vernon Ong Lam Kiat membuat keputusan supaya pampasan terhadap tanah-tanah LBCN yang dirampas oleh Kerajaan Negeri dinilai mengikut pembangunan bercampur.

Sumber HD - 12-7-2014

Tidak perlu perbesar Khalid berbuka bersama Najib

HARAKAHDAILY | .




KUALA LUMPUR: Tiada apa yang perlu diperbesarkan apabila Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menghadiri majlis berbuka puasa anjuran pejabat Pembangunan Persekutuan Selangor di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kelmarin.

Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata pertemuan seperti itu bukan sesuatu yang luar biasa memandangkan kedua-duanya adalah pemimpin tertinggi negeri dan negara, lapor Selangor Kini.

Katanya, pertemuan itu juga tidak harus dilihat melalui skop politik dan perlu dilihat secara lebih terbuka.

“Takkan dia (Abdul Khalid) tidak boleh berjumpa dengan Perdana Menteri. Takkan semua benda kita nak tengok daripada lensa parti.

“Jadi, saya tidak nampak apa-apa isu yang besar, saya juga baik dengan kawan Umno,” katanya dalam sidang media di Dewan Annexe, Shah Alam semalam.

Sumber HD - 12-7-2014

1 comment:

  1. Koleksi Berita Dan Video Parti Pas : Negeri Pr - Selangorku >>>>> Download Now

    >>>>> Download Full

    Koleksi Berita Dan Video Parti Pas : Negeri Pr - Selangorku >>>>> Download LINK

    >>>>> Download Now

    Koleksi Berita Dan Video Parti Pas : Negeri Pr - Selangorku >>>>> Download Full

    >>>>> Download LINK

    ReplyDelete