BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Thursday, July 10, 2014

SUKAN /HIBURAN


Harith Iskander menang anugerah individu paling lucu di dunia
Posted on Saturday, December 10 @ 19:38:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32785


PETALING JAYA: Pelawak Harith Iskander mengharumkan nama Malaysia apabila berjaya memenangi anugerah individu paling lucu di dunia, menewaskan 4 pelawak lain dalam pertandingan yang diadakan di Levi, Finland.

The Star Online melaporkan 4 finalis lain ialah Alex Calleja dari Filipina, Katerina Vrana dari Greece, Mino van Nassau dari India dan David Kilimnick dari Israel.

“Tahniah @HarithIskander – #LaughFactory’s Funniest Person in the World for 2016,” kata penganjur pertandingan, Laugh Factory, yang menulis di akaun Twitter rasmi mereka.

Selain berpeluang melakukan jelajah komedia di Amerika Syarikat, Harith juga menerima hadiah utama sebanyak ASD$ 100,000 (RM444,845).


Peringkat akhir pertandingan diadakan di Hullu Polo Arena pada Khamis.

Pemenang dipilih melalui undian global oleh peminat secara dalam talian, yang dibuka selama 24 jam selepas persembahan, The Star Online melaporkan.

Pada peringkat awal pertandingan, Harith perlu mengalahkan 88 pelawak lain di seluruh dunia, termasuk seorang lagi wakil Malaysia, Dr Jason Leong.

Sumber TKO -10-12-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Harith Iskander Mara Ke Final Funniest Person In The World
Posted on Thursday, December 08 @ 11:45:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32755



PELAWAK terkenal Harith Iskander melangkah setapak ke hadapan apabila namanya diumumkan layak ke pertandingan akhir ‘standup comedy' antarabangsa, Funniest Person In The World yang berlangsung di Helsinki, Finland, semalam,

Dalam pertandingan pada peringkat separuh akhir itu, Harith difahamkan telah berjaya menduduki tempat pertama, menewaskan tujuh peserta lain yang mewakili lima buah negara.

“Pemarkahan dilakukan berdasarkan dua kaedah, iaitu melalui sistem penjurian serta undian online yang dibuat oleh pengguna Internet.
Harith Iskander Mara Ke Final Funniest Person In The World

“Saya tidak tahu markah undian online saya. Cuma, saya memperoleh 29 markah daripada 30 markah daripada tiga juri professional,” katanya yang memetik Sinar Harian.

Pengacara program bual bicara, Obviously Harith Iskander itu bakal bersaing di final bersama empat finalis lain seperti Alex Calleja daripada Filipina, Mino Van Nassau (India), David Kilimnick (Israel) dan Katerina Vrana (Greece) di Levi, Finland, esok.
Harith Iskander Mara Ke Final Funniest Person In The World
Menurut Harith dia akan cuba buat yang terbaik pada malam final nanti di mana dia mengharapkan majoriti rakyat Malaysia akan mengundinya, sekaligus memberikan peluang cerah kepadanya untuk bergelar juara.


“Saya belum dapat link laman sesawang yang membolehkan netizen mengundi saya. 

Sekiranya menerima link tersebut, saya akan umumkan di Facebook dan Twitter rasmi saya.

“Saya harapkan undian serta doa masyarakat agar saya boleh memenangi pertandingan ini. Amin,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO -8-12-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ayuh Undi Faiz, Tiga Gol Terbaik Umum Malam Ini
Posted on Friday, December 02 @ 20:03:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32684



PETALING JAYA: Debaran semakin dirasai oleh rakyat Malaysia apabila dalam tempoh beberapa jam sahaja lagi keputusan tiga gol tercantik yang akan mara ke pusingan kedua diumumkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa), lewat Jumaat.

Justeru, peminat bola sepak tanah air masih mempunyai masa untuk mengundi gol cantik jaringan pemain Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri yang turut mengharapkan undian tersebut dapat membantu dalam pemburuan Anugerah Puskas Fifa 2016.

Pada Khamis, Fifa memuatnaik artikel mengenai gol cantik pemain berusia 29 itu bertajuk Subri’s physics-defying free-kick di laman sesawang rasminya.

Artikel itu menceritakan bagaimana video gol cantik tersebut menjadi viral di seluruh dunia.

Malah, gol tersebut yang dijaringkan pada Februari lalu dianggap bukan hanya menafikan logik bahkan hukum fizik.

Lebih menarik, jaringan itu turut mendapat sokongan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menulis di Twitternya bahawa berita mengenai sepakan percuma yang 'menakjubkan' dan 'benar-benar hebat' berkenaan sudah sampai ke benua Amerika.

Tidak setakat itu, gol jaringan Faiz Subri mendapat penghormatan daripada pemain legenda dunia termasuk Gabriel Batistuta, Marta dan Marco van Basten yang memilih jaringan tersebut untuk disenaraikan sebagai 10 pencalonan untuk Anugerah Puskas FIFA 2016 seperti diumumkan pada 21 November lalu.

Artikel itu turut menggesa orang ramai supaya mengundi gol Mohd Faiz sekiranya berasakan ia bernilai untuk menerima anugerah Puskas.

"Jika anda merasakan jaringan Subri bernilai untuk Anugerah Puskas, masa sudah semakin suntuk untuk terus meletakkan dalam pemburuan (anugerah).

"Tarikh akhir untuk pusingan pertama undian berakhir pada Jumaat, dengan tiga gol terbaik yang ditentukan peminat akan memasuki pusingan kedua dan peringkat terakhir," kata artikel berkenaan.
Pemenang akan diumumkan pada majlis Anugerah Terbaik Fifa pada 9 Januari 2017.


Setakat ini video jaringan Mohd Faiz yang dimuatnaik FifaTV di laman Youtube mendapat 1,361,647 tontonan, mengatasi sembilan pencabarnya yang lain termasuk pemain terkemuka Barcelona, Lionel Messi dan Neymar.

Sumber TKO - 2-12-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jaringan Mohd Faiz tersenarai 10 terbaik oleh Fifa
Posted on Tuesday, November 22 @ 13:05:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32526


PERSEKUTUAN Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) hari ini menyenaraikan gol Mohd Faiz Subri sebagai antara 10 jaringan tercantik untuk Anugerah Puskas 2016.
Fifa dalam laman web rasminya, www.fifa.com, memaklumkan gol Mohd Faiz itu adalah antara yang disenaraipendekkan bagi melalui proses awal pemilihan sebelum melalui peringkat kedua.

Selain jaringan cantik Mohd Faiz yang dilakukan pada perlawanan Liga Super antara Pulau Pinang dan Pahang di Stadium Bandaraya Pulau Pinang pada 16 Februari lepas, turut tersenarai ialah gol pemain antarabangsa, Lionel Messi dari Argentina.

Peminat bola sepak boleh membuat undian terhadap jaringan pilihan mereka bermula hari ini menerusi laman web Fifa sehingga 2 Disember ini.

Tiga jaringan terbaik yang mendapat undian terbanyak akan melalui undian sekali lagi.
Pemenang akan diumumkan pada Anugerah Bola Sepak Fifa di Zurich pada 9 Januari 2017. - Bernama

.........
Webmaster: Anda boleh mengundi untuk Malaysia di Channel atau Groups Tranungkite Telegram ataupun Whatsapp.
 https://telegram.me/tranungkite 

atau

 https://telegram.me/TranungKiteOnline

Sumber TKO - 22-11-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Qu Puteh sah enggan taja Kelantan lagi
Posted on Thursday, October 27 @ 10:27:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32151



Penaja utama bola sepak Kelantan Vida Beauty Sdn Bhd disahkan tidak lagi menaja skuad The Red Warriors (TRW) pada musim depan.

Perkara itu diumumkan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa melalui kenyataan di Facebooknya, malam ini.

"Penaja utama Pamoga Qu Puteh telah memaklumkan hasrat untuk tidak menaja pasukan Kelantan Musim depan (2017). Walaupun mengikut perjanjian tajaan mereka adalah sehingga 2017.

"Saya memahami hasrat mereka dan akan bawa isu ini ke Majlis Kafa. Kita akan mencari jalan keluar yang terbaik dengan mengambil kira semua faktor serta menjaga hubungan baik jangka panjang dengan semua pihak," katanya.

Terdahulu, syarikat kosmetik Datuk Seri Hasmiza Othman dilaporkan tidak mahu meneruskan tajaan kepada pasukan Kelantan selepas kecewa dengan prestasi hambar TRW.

Pengasas produk Qu Puteh yang lebih dikenali sebagai Vida itu menyifatkan keputusan itu dibuat selepas pelaburannya tidak menampakkan hasil.

Sementara itu, prestasi pasukan Kelantan pada musim ini dilihat tidak terlalu teruk malah berjaya berada di kedudukan keempat dalam saingan Liga Super.

Annuar berkata, keengganan Hasmiza meneruskan tajaan Kelantan itu akan menambah kesulitan dan memberi ujian kepada pengurusan Kafa.

"Walaupun ini akan menambah kesulitan Kafa, namun seperti biasa setiap musim pengurusan Kafa sentiasa diuji pelbagai kepayahan yang biasanya tidak difahami pihak luar.

"Namun dengan izin Allah, kita sentiasa dapat atasi cabaran berkat keikhlasan dan kejujuran bekerja secara sukarela menjaga bola sepak Kelantan," ujarnya.

Tambah beliau, Kafa bagaimanapun tidak akan mudah berputus asa menjaga bola sepak negeri itu.
"Tugas bola Kelantan tak siapa mahu mengambil tanggungjawab ini, bakal kita pikul sehingga ada pihak yang bersedia ambil alihnya.

Insya-Allah, musim 2017 TRW bakal berwajah baru" jelasnya.

Vida Beauty sebelum ini menjadi penaja utama Kelantan pada awal musim 2016 dengan mengikat perjanjian bernilai RM16 juta bagi tempoh dua musim sehingga 2017. 

Sumber TKO - 27-10-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Legenda bola sepak Brazil meninggal dunia
Posted on Wednesday, October 26 @ 08:06:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32134

RIO DE JANIERO 25 Okt. - Legenda bola sepak Brazil, Carlos Alberto yang merupakan ketua pasukan ketika memenangi Piala Dunia 1970 meninggal dunia akibat serangan jantung pada berusia 72 tahun, hari ini.

Pertahanan kanan Brazil itu telah mewakili negaranya sebanyak 53 kali dan pernah menjuarai beberapa kejohanan bersama kelabnya Fluminense serta Santos sekitar 1960-an dan 1970-an. - REUTERS

Sumber TKO - 26-10-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Pasukan Wales Memang Tak Pandai Bergambar?
Posted on Friday, October 14 @ 14:31:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32021



Pasukan Wales mungkin telah mempunyai kejohanan eropah terbaik sepanjang pasukan bola sepak negara mereka ditubuhkan pada musim panas lalu. Di padang mereka mungkin akan menjadi kuasa baru bola sepak dunia.

Tetapi, andai gaya gambar pasukan diberikan mata, Wales sememangnya akan tewas awal.
Berikut adalah senarai gambar pasukan Wales yang epic fail.

Gareth Bale..oh Gareth Bale..
2002 | Gambar : Mirror Football
2002 | Gambar : Mirror Football 2003 | Gambar : Mirror Football
2003 | Gambar : Mirror Football 2004 | Gambar : Mirror Football
2004 | Gambar : Mirror Football 2006 | Gambar : Mirror Football
2006 | Gambar : Mirror Football 2009 | Gambar : Daily Mail
2009 | Gambar : Daily Mail 2012 | Gambar : Mirror Football
2012 | Gambar : Mirror Football 2015 | Gambar : Mirror Football
2015 | Gambar : Mirror Football Tak pernah belajar ambil gambar - 2016 | Gambar : Mirror Football
2016 | Gambar : Mirror Football



Sumber TKO - 14-10-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sukan Renang Sebagai Sukan 1 Malaysia
Posted on Wednesday, September 21 @ 15:54:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31758



Saya terpanggil untuk membuat cadangan sekali gus untuk Jawatankuasa Di Negeri Johor untuk memberi fasilitas untuk kaum pemuda di Negeri dan juga menyahut panggilan PM untuk beri cadangan untuk bajet 2017

Setiap tahun bila saya baca berita dalam Negara perut sya senak membaca berita derita muda mudi dalam Negara mati tenggelam di dalam sungai, lubok atau di tepi pantai.

Kadang terfikir pulak mungkin Malaysia nih terbilang di dalam Negara 'underdeveloped' lagi kerna walau pun kita ada Putra Jaya, hantar pemain badminton ke olimpik dan Competition yang berbentuk antara bangsa ,namun hampir setiap minggu di dalam setahun ada saje kematian melibatkan perenang kita tenggelam di dalam lubok, sungai. Baca ajelah Berita Harian dan fakta ini akan terurai dengan jelas.

Dasar untuk muda mudi dinegara di dalam bidang riadah mungkin terendah di dalam dunia . Walaupun KBS ada belanjawan berbilion juta [Rm 100 juta tersonglap] fasilitas hanyalah untuk badminton dari acara acara yang orang ramai takde minat dan takde pertalian minat langsung. Banyak padang bola awam telah dikomersilkan dan bolih dilupakan saje kerna status tahap bola di Negara adalah tercorot di dalam dunia mengikut ranking FIFA.

Tidak ramai pemuda yang bolih main badminton kerana tidak ade kemudahan awam dan juga 'start up' nak ambil hobi ini memerlukan invesmen yang tinggi. harga raket saje sudah lebih dari RM 100 dan disposable seperti ' bulu ayam' pun makan ratus juga di dalam setahun.

Saya cadangkan Negeri Johor dan juga KBS adakan kolam renang sebagai tempat riadah famili 1 Malaysia supaya famili bolih mandi manda di kompleks kolam renang awam di bina ala 'famili water park' supaya ianya baolih dinikmati dek semua lapisan rakyat. Tak maluke mat mat gedebe di KBS bila Pandalela Renong beritahu dia belajar berenang di sungai aje?

Mana si Mat yang buat 'sports development' di KBS?

Kita belanja berbilion over 10 years untuk badminton. Tapi berapakah KBS belanja untuk bangunkan sukan renang? Masih harap minah dan mat yang renang dari sungai akan tiba untuk menang pingat di olimpik lagi ke? . "

Sumber TKO - 21-9-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Gaya "cakar harimau" Ridzuan Puzi jadi aksi bertaraf dunia?
Posted on Friday, September 16 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31679


Untuk menjadi seorang atlet bertaraf dunia, selain mempamer aksi terbaik di atas gelanggang, atlet itu juga kadang-kala perlu mempunyai gaya tersendiri untuk memikat para penyokong.

Itulah juga yang dipamerkan atlet-atlet bertaraf dunia seperti Usain Bolt dengan aksi “Lightning Bolt” yang diinspirasikan di dewan tarian di Jamaica , Lin Dan dengan gaya tabik hormat ala tentera, Cristiano Ronaldo, pemain  bola sepak yang meraikan jaringannya dengan gaya “This is Me”, dan tidak ketinggalan, pemain bola keranjang NBA, LeBron James, dengan aksi menepuk serbuk putih sebelum perlawanan.

Dan kini, pelari pecut sensasi negara, Mohamad Ridzuan Puzi, menyertai senarai atlet dunia yang mempunyai gaya atau dalam bahasa Inggerisnya, 'trademark' tersendiri selepas meraih emas pertama Malaysia dalam saingan akhir 100 meter T36 di Sukan Paralimpik Rio.

Apabila pengulas memperkenalkan Ridzuan sambil mengelarnya “The Malaysian Tiger”, dengan membuat mimik muka harimau sambil tangannya melakukan cakaran, Ridzuan memperagakan aksi “Cakar Harimau” di depan kamera.

Kenapa “Cakar Harimau” jadi pilhan Ridzuan?

Ridzuan menjelaskan pemilihan itu dibuat secara simbolik terhadap ketangkasan haiwan itu, dan simbolik haiwan itu terhadap Malaysia. Harimau Malaya merupakan spesies haiwan yang hanya boleh ditemui di Semenanjung Malaysia.

Aksi itu telah pun diperagakan Ridzuan ketika Sukan Sukan Para Asean 2015 di Singapura.

Jurulatihnya, R. Jeganathan, tidak ada masalah dengan gaya anak didiknya itu asalkan ia tidak mengganggu fokus Ridzuan di atas trek.

Menguruskan atlet kelainan upaya adalah berbeza kerana emosi mereka perlu diambil kira, dan Jeganathan sendiri gembira melihat “anaknya” itu berseronok di atas trek untuk menaikkan semangatnya sendiri.

Kini, Ridzuan mampu berbangga kerana aksi yang diciptanya itu menjadi ikutan buat anak-anak muda lain yang mahu mengikut jejak langkahnya.

“Harimau Malaya”  kini boleh berbangga dengan megah akhirnya apabila muncul wira sukan yang berjaya mengharumkan namanya di pentas dunia!


Sumber TKO - 16-9-2016 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ 

Paralimpik Rio: Pecah Rekod Dunia, Latif Romly Hadiahkan Emas Ketiga Negara
Posted on Monday, September 12 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Editor


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31625



ATLET Paralimpik negara, Abdul Latif Romly, menghadiahkan pingat emas ketiga negara di Sukan Paralimpik Rio apabila menewaskan pesaingnya yang lain dalam acara lompat jauh kategori T20 (kurang upaya intelektual), dengan catatan 7.60 meter (m) dalam lompatan kelima.
Atlet yang berasal dari Perlis itu dalam lompatan kedua dan ketiga dan keempatnya sahaja sudahpun memecahkan rekod dunia bagi acara tersebut, dengan catatan 7.47m dan 7.54m.



Lompatan pertamanya dibatalkan, manakala lompatan keempat pula sekadar mencatatkan 6.79m.

Pada Sukan Malaysia (Sukma) di Sarawak lalu, Abdul latif mencatatkan lompatan sejauh 7.46 meter, mengatasi catatan peribadi terbaiknya 7.35m yang dilakukannya di Kejohanan Olahraga Dunia Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) 2015 di Doha.



Beliau merupakan antara atlet yang disebut-sebut sebagai prospek pingat untuk negara sebelum pemergian kontinjen negara ke Rio.



Terdahuli, Malaysia meraih emas pertama di Paralimpik Rio dalam acara 100m T36 (celebral palsy) yang disumbangkan Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi, dengan rekod baharu dunia.


Pingat emas kedua negara diraih Muhammad Ziyad Zolkefli dengan rekod baharu dunia dalam acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran).

- Astro Awani



Sumber TKO - 121-9-2016



------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tak pakai otak, Khoo Kay Kim bidas pasukan bola sepak negara
Posted on Wednesday, September 07 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31589



PETALING JAYA: Kualiti pemain bola sepak tempatan masih jauh ketinggalan, kata Tan Sri Prof Khoo Kay Kim, yang membidas pihak pengurusan gagal memberikan persediaan kepada pemain sehingga mereka beraksi di padang seolah-olah mereka tidak menggunakan otak.

“Pemain kita main tak pakai otak, mereka main macam robot, hantar bola tak betul, tendang tak betul, semua tak betul, macam mana mereka boleh bermain untuk pasukan kebangsaan?” soal Khoo, sejarahwan negara yang kerap dirujuk pendapatnya mengenai hal sukan dan sosio-ekonomi.

Beliau memberi contoh skuad negara bawah-22 (B-22) tewas 1-2 kepada skuad B-22 Bahrain pada aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada Jumaat.

Semalam, prestasi bola sepak negara terus merudum selepas Harimau Malaysia dikalahkan 3-0 oleh tuan rumah Indonesia pada perlawanan persahabatan.

Khoo berkata pihak pengurusan dan jurulatih gagal menyediakan latihan sesuai dengan corak permainan terkini.

“Mereka tidak diberi latihan yang sesuai, bila kita pilih pemain kita perlu mengkaji cara mereka bermain bukan seperti robot, selalu bagi bola kepada penjaga gol.

“Bagaimana mereka nak capai keputusan baik kalau mereka selalu hantar bola kepada penjaga gol?” soal beliau.


Menurutnya, setiap pemainan perlu dijadikan sandaran bagi meningkatkan kebolehan pemain, dan bukan sentiasa bermain dengan cara yang sama.

“Sekarang saya tengok, mereka dilatih bermain cara sama, kalau pemain A dapat bola mereka akan hantar kepada pemian B, itu bermakna mereka tak guna orang (tidak kreatif bermain),” katanya.

Khoo turut membidas percakaran yang berlaku dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM),
susulan penyerahan apa yang didakwa bukti ketirisan badan itu oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, kepada Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Katanya, tugas utama FAM adalah memulihkan prestasi dan kualiti bola sepak negara yang kian merudum melalui kerjasama dengan pelbagai pihak.

Katanya, FAM perlu memastikan bakat pemain digilap daripada peringkat sekolah.

“Bukannya setelah dewasa baru kita nak melatih mereka.”

Sumber TKO - 7-9-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Surat Lin Dan Buat Lee Chong Wei Palsu
Posted on Wednesday, August 24 @ 20:24:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31447



Jaguh badminton negara Datuk Le Chong Wei menafikan beliau ada menerima surat terbuka yang dikatakan ditulis oleh seteru tradisinya dari China, Lin Dan.

Menjawab soalan wartawan, Chong Wei sebaliknya sempat berseloroh dengan mengatakan mereka bukannya pasangan bercinta.

"Mana ada, saya tak dapat (surat). Itu tipu punya.

"Saya tak tulis, dia pun (Lin Dan) tak tulis. Awak ingat kita cinta ke tulis surat ni," katanya dengan nada berseloroh pada sidang media di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, di Sepang hari ini.

Surat yang didakwa dari Lin Dan itu menjadi viral di media sosial selepas Chong Wei tewas dalam aksi separuh akhir badminton perseorangan ‎lelaki di Olimpik Rio Jumaat lalu.

Menurut pemain nombor satu dunia itu, surat tersebut mungkin sengaja ditulis oleh wartawan dari China dan menjadi viral di media sosial.

"Tak ada isu, itu wartawan China sendiri tulis punya," katanya disusuli ketawa.
Dalam perlawanan separuh akhir itu, pertembungan dua seteru tradisi berkenaan disifatkan sebagai sengit hingga ke titisan keringat terakhir.

Aksi penuh mendebarkan sejak dari set pertama, perlawanan berpihak kepada Lin Dan - sekali gus mencemaskan penyokong Malaysia.

Di set kedua pula Lin Dan bagaikan kehilangan rentak untuk seketika apabila 12 mata menjarakkan atlet China itu dengan Chong Wei di kedudukan 11-4.

Bagaimanapun Lin Dan berjaya merapatkan jurang sebelum perlawanan berakhir 21-11.
Debaran mutlak berlaku di set ketiga.

Kedua-dua pemain hanya dibezakan satu atau dua mata dengan setiap seorang saling memungut mata.

Perlawanan set ketiga memperlihatkan Chong Wei dan Lin Dan bergilir-gilir mendahului lawan dengan perbezaan satu mata saja.

Sedikit kelegaan hadir di hujung-hujung babak apabila Chong Wei mendahului pada mata 20-18 sebelum Lin Dan menyamakan kedudukan.

Perlawanan terpaksa ditentukan secara deuce.

Selepas bertarung selama 79 minit - dengan rali paling lama satu minit dan 59 pukulan - Chong Wei berjaya mendapat dua mata berturut-turut dan memuktamadkan kemenangan dengan mata 22-20.

Sumber TKO - 24-8-2015
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kenapa atlet suka gigit pingat yang mereka menang?
Posted on Sunday, August 21 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31425















Sumber TKO - 212-8-20216

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hendrawan Dedahkan Kenapa Lee Chong Wei Hanya Tidak Mampu Tandingi Chen Long
Posted on Sunday, August 21 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31424



“Saya sudah lakukan yang terbaik untuk (Datuk) Lee Chong Wei. Maafkan saya.”
Demikian reaksi jurulatih perseorangan negara yang juga legenda Indonesia Hendrawan sebaik menyaksikan anak buahnya itu tewas pada aksi final Kejohanan Dunia kepada juara bertahan dari China Chen Long.

Jelas Hendrawan, Chen Long sememangnya berada dalam kelas tersendiri pada perlawanan semalam dan beliau mengaku sudah melakukan segala-galanya untuk membantu Chong Wei.
“Kami sudah mencuba pelbagai strategi tetapi Chen Long tetap berupaya membaca rentak permainan Chong Wei.

“Perkara pertama yang saya beritahu Chong Wei ialah dia mesti memberi tekanan kepada Chen Long. Jika tak dapat melakukan perkara itu, memang sukar untuknya menang.

“Benar apa yang saya katakan apabila Chen Long mula mendapat rentak permainan, perlawanan menjadi lebih sukar,” kata juara dunia 2001 itu.

Hendrawan yang pernah berjanji akan melahirkan seorang juara dunia mengaku dia gagal memenuhi impian seluruh rakyat Malaysia.

“Tapi saya berjanji, saya akan terus mencuba membantu Malaysia.
“Secara jujur, saya hanya mengambil alih tugas selaku jurulatih pada Mei lalu. Bukan senang dalam tempoh tiga bulan untuk membantu Chong Wei.

“Inilah yang terbaik dapat saya lakukan. Sekarang bukan masanya untuk Chong Wei kejar ranking dunia.

“Sebab saya tahu dan rakyat Malaysia pun tahu apa yang kita semua mahukan iaitu ingin melihatnya muncul selaku juara dunia,” katanya.

Turut kecewa Pengarah Teknikal BAM Morten Frost Hansen namun mengakui Chen Long ternyata terlalu hebat.

“Sudah tentu saya juga berasa kecewa kerana gagal membantu Chong Wei muncul juara.
“Tapi kita wajar memberikan penghormatan kepada Chen Long kerana dia mempamerkan aksi mantap. Dia mempunyai segala jawapan kepada segala taktikal Chong Wei,” katanya..

Jelas Frost, beliau sendiri tercari-cari jumlah kesilapan dilakukan jaguh China itu, tetapi hanya dua kesilapan saja dikesan.

“Apapun saya, Hendrawan serta Chong Wei tidak akan berputus asa. Yang penting kami perlu menganalisa segala kelemahan selepas ini,” katanya.  



Lee Chong Wei Cita-cita dulu dan kini
Posted on Saturday, August 20 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31413



Sekitar tahun 1999, pada usia 17 tahun, Lee Chong Wei terpilih menyertai latihan pusat skuad badminton negara.

Misbun Sidek antara tenaga jurulatih skuad negara ketika itu.


  Misbun lontarkan persoalan pada anak muda asal Perak itu, apa yang Lee Chong Wei impikan apabila bergelar pemain kebangsaan dan berpeluang mewakili Malaysia.

Lee Chong Wei, remaja naif yang minat badminton, jawabnya, beliau mahu cari duit.
Misbun tanya lagi, apa yang Lee Chong Wei mahu gapai.

Lee Chong Wei jawab yang beliau mahu dapatkan duit banyak-banyak untuk beli kereta.
Misbun sedikit pun tidak terkejut dengan jawapan Lee Chong Wei, kerana itu lah jawapan lazim oleh mana-mana remaja sekalipun.

Legenda badminton negara era 80an itu kemudiannya tanya lagi dan minta Lee Chong Wei beri lagi satu sebab apa yang beliau mahu capai setelah dapat mewakili negara.

Baharu lah Lee Chong Wei jawab, yang beliau mahu jadi pemain badminton terbaik di dunia.
Misbun beri nasihat pada Lee Chong Wei, bahawa untuk berjaya dan jadi yang terbaik, Lee Chong Wei perlukan korbankan masa mudanya dan pertaruh komitmen tinggi, selebihnya seperti rejim latihan biar Misbun selaku jurulatih yang akan jaga.

Pernah juga, disebabkan rejim latihan Misbun yang rigid, Lee Chong Wei sampai menangis kepenatan.

Lebih tujuh tahun Misbun bimbing Lee Chong Wei, dan dalam tempoh itu lah Misbun menggilap dan membentuk Lee Chong Wei.

Sebab itu, usai tamat final Sukan Olimpik 2012 yang lalu, meskipun beliau tewas kepada Lin Dan, dan meraih pingat perak, antara orang pertama yang Lee Chong Wei hubungi adalah Misbun Sidek.
Lee Chong Wei sekarang, adalah apa yang Misbun gilap dahulu.

Bintang gilap bintang, jadi terang biarpun siang!

Kredit: Retro Bola Sepak

Sumberr TKO - 20-8-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Pernah Kemalangan Semasa Berlumba, Tapi Bangun Kembali Terus Berkayuh, Habis Berlumba Baru Sedar Betis Tertusuk Kayu
Posted on Friday, August 19 @ 07:26:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu                                                                                                                                                                              

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31385



Nama RocketPocketMen Malaysia atau nama penuhnya Azizulhasni Awang nampaknya kini menjadi bualan ramai selepas beliau berjaya memenangi pingat gangsa dalam sukan lumba basikal kategori Keirin di Olimpik Rio, Brazil.

Lebih membanggakan ia adalah pingat pertama yang dimenangi oleh sukan berbasikal negara sejak sukan olimpik mula dianjurkan sehingga kini, jadi tidak hairanlah nama beliau kini menjadi sebut.

Disebalik kejayaan yang diperoleh ini sudah ada pengorbanan perlu dilakukan dan pengalamannya yang tersendiri yang tidak dapat dilupakan.

Bekas wartawan kanan Utusan Malaysia, Tuan Syahril A. Kadir telah memuatnaik satu artikel yang mengimbau kembali kehebatan anak Malaysia ini yang cukup membuatkan ramai rasa terharu.

Jom kita baca.


OKLAH on a more serious note, mengapa aku sangat sentimental dengan Azizulhasni Awang. Pada yang lupa atau belum tahu, dia pernah mengalami kecederaan ngeri, tertusuk serpihan kayu di betis kirinya akibat kemalangan dalam laluan memenangi pingat gangsa pada Siri Piala Dunia Klasik di Manchester lima tahun lepas.

Azizulhasni bersama empat lagi pelumba terlibat dalam kemalangan hingga menyebabkan serpihan dari trek kayu sepanjang 23 sentimeter tertusuk di betisnya sampai habis koyak rabak seluarnya hingga menampakkan punggung.


Namun dia tetap meneruskan perlumbaan selepas kemalangan dan hanya menyedari tentang kecederaan yang dialami selepas menamatkan saingan. Semuanya dia lakukan bukan saja untuk dirinya, tetapi demi menjulang nama Malaysia yang tercinta ini!

Walaupun dalam kesakitan yang amat sangat, cita-cita pemuda bertubuh kecil ini tidak pernah padam biarpun terpaksa berhadapan dengan pencabar yang lebih tinggi, lebih gagah bentuk fizikalnya semata-mata untuk memastikan Jalur Gemilang berkibar dengan megahnya!


Azizulhasni juga pernah mengejutkan dunia apabila memakai sarung tangan GAZA sebagai menunjukkan sokongannya terhadap rakyat Palestin waktu Sukan Komanwel di Glasgow dua tahun lepas hingga mendapat amaran keras daripada badan sukan dunia itu, namun dia tidak peduli dan tak gentar langsung dengan amaran itu.

Jadi bila permohonannya mendapatkan HANYA sebuah basikal tidak diendahkan, aku rasa ia LEBIH TAJAM DAN MENYAKITKAN daripada tertusuk kayu itu sendiri. Kalau kita boleh merasai 'kesakitan' itu, bayangkan dia si empunya badan.

Apa salahnya dia meluahkan 'sedikit' kesakitannya...selama ini dia bermatian-matian demi negara ada pernah dia luahkan dan ada kita pernah endah? Ini bukan soal nak hentam kerajaan atau memanda menterinya, ini soal hati dan perasaan seseorang yang rasanya dipinggirkan...itu saja, kenapa perlu melantun tak tentu pasal?


Selama ini Azizulhasni tak pernah mengeluh atau komplen apa-apa pun, dia hanya pendamkan apa yang dia rasa, jadi takkan dengan hanya sedikit luahan kita dah nak cop dia sebagai besar kepala etc...siap nak bandingkan pingat gangsa dia dengan pingat perak orang lain, ni apa crita???

Apapun aku tetap puji MB Terengganu kerana berjanji untuk menyiasat perkara itu walaupun sebenarnya 'nasi dah jadi bubur'. Namun oklah bubur daripada ia bertukar basi.

Aku tutup cerita Azizulhasni dengan ucapan - kau tetap wira walau apa saja kutukan dan sindiran yang kau terima kerana isu ini.

Salute buat Jijoe, my ROCKETPOCKET MAN!
- Siakapkeli.my                                                                                                                                                                                                                                                                                                              Sumber TKO - 19-8-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                         ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------          

Egypt’s Hijab-Wearing Volleyballer Raises Eyebrows In Rio

As the standard uniform of female beach volleyball players at the Summer Olympics currently underway in Brazil is the bikini, Egypt’s Doaa el-Ghobashy has raised eyebrows by becoming the first beach volleyball player to participate at the games wearing hijab (Muslim covering for women).
Speaking to Anadolu Agency, el-Ghobashy said that she wanted to correct widespread misperceptions in the West regarding Islam, saying Muslim women should be represented in all fields.                                                                                                                                                                                                              
“I respect those who play [volleyball] in bikinis and my competitors respect my choice to play while wearing hijab,” said el-Ghobashy, whose Olympic uniform reveals only her hands and face.                                                
She went on to assert that, in the Muslim world, women play as active a role as men, particularly in her country, noting that some 5,000 women play volleyball in Egypt.                                                                                                      
“I receive positive messages on social media from many countries, especially from women who say I have given them courage and that they are proud of me,” el-Ghobashy said.                                                                                                  
“I’ve opened the door for many hijab-wearing women and they thank me for that,” she added.                                          
When asked by her fellow volleyball players why she chooses to wear hijab, the 20-year-old tells them that she has been wearing it for 10 years.
It is her personal preference, she explains, and in accordance with Muslim norms.                                                                  
“Most of my fellow players understand this,” she said.                                                                                                                                        
El-Ghobashy, who hopes to represent Egypt four years from now at the 2020 Olympic Games in Tokyo, says she wants to be judged by her volleyball performance — not by what she chooses to wear                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                 Sumber BO - 13-8-2016                                                                            
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Misteri kolam bertukar hijau terjawab
Posted on Thursday, August 11 @ 21:15:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah                                                                                                                                                    

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31331
                                                                                                                                                        PERSEKUTUAN Renang Antarabangsa (Fina), mengesahkan bahawa perubahan air di kolam terjun di Pusat Akuatik Maria Lenk, yang bertukar berwarna hijau baru-baru ini, berpunca daripada ketidakseimbangan kimia dalam kolam air.

"Misteri itu sudah diselesaikan...Fina boleh mengesahkan bahawa penyebab kepada warna air di kolam terjun bertukar menjadi luar biasa, sewaktu acara terjun dipertandingkan di Sukan Olimpik Rio, adalah kerana tangki air di kolam tersebut kehabisan beberapa bahan kimia yang digunakan dalam proses rawatan air," jelas satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Fina.
Mengulas lanjut, Fina menegaskan bahawa akibat daripada itu, tahap PH air tidak seperti biasa dan menyebabkan perubahan warna tersebut terjadi.
"Jawatankuasa Perubatan Sukan Fina telah menjalankan ujian terhadap kualiti air di kolam tersebut dan mengesahkan tiada sebarang risiko terhadap kesihatan atau keselamatan atlet, dan ia tidak akan menjejaskan pertandingan," petik kenyataan itu lagi.
Pada Selasa, gambar air di kolam terjun di Pusat Akuatik Maria Lenk, yang berwarna hijau telah tersebar luas, sekali gus mendatangkan kebimbangan masyarakat mengenai keselamatan atlet, yang beraksi di kolam tersebut.
Perubahan warna air ini telah merebak ke kawasan kolam berdekatan yang digunakan untuk acara sukan polo air, dan Fina, telah menjelaskan isu tersebut berpunca daripada masalah dalam proses rawatan air.
Bagaimanapun, badan induk yang mengawal sukan renang dunia, menegaskan kolam itu selamat untuk digunakan dan tidak mendatangkan bahaya kepada semua penerjun yang bertanding.
Pengarah Eksekutif Jawatankuasa Komunikasi Penganjuran Sukan Olimpik Rio, Mario Andrada, memberi jaminan kolam itu kembali ke warna asal, iaitu biru, dalam masa terdekat.
"Perubahan mendadak tahap alkali air di kolam tersebut menjadi punca kepada perubahan warna air. Kolam acara polo air juga mengalami masalah yang sama.
"Tahap pH air telah berada dalam standard yang ditetapkan. Kami telah merawat kedua-dua kolam tersebut pada waktu malam dan tahap alkali dalam air telah bertambah baik. Kami menjangkakan warna asal biru akan kembali tidak lama lagi.
"Pakar-pakar bebas juga telah mengesahkan tidak ada risiko sama sekali kepada atlet yang bertanding di kolam tersebut," katanya.

Sumber TKO - 11-8-2016                                                                                                                                                          
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------































Tahniah Pandelela

HARAKAHDAILY | .


  http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42127-tahniah-pandelela                                                                                                                                                                                                  Dewan Muslimat PAS Negeri Sarawak (DMPNS) mengucapkan sekalung tahniah kepada Pandelela Rinong Pamg dan Cheong Jun Hoong yang telah berjaya mendapatkan pingat pertama Malaysia di Sukan Olimpik 2016 di Rio. Gandingan mantap ini telah memenangi pingat perak dalam acara 10 meter platform seirama wanita dengan mata 344.34.

Dilahirkan pada 2 Mac 1993, Pandelela yang baru berusia 23 tahun merupakan anak jati Sarawak, berasal dari keluarga Bidayuh di Bau. Beliau telah terlibat dalam bidang ini sejak berusia 7 tahun lagi dan telah memenangi pelbagai pingat dalam setiap acara yang disertai.

Pada Julai 2015 yang lalu, beliau sekali lagi menempa nama dengan menjadi atlet pertama Malaysia yang melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2016. Kejayaan ini diperoleh melalui usaha gigih beliau meraih pingat gangsa dalam acara 10 meter platform perseorangan di Kejohanan Akuatik Dunia FINA yang berlangsung di Kazan, Rusia.

Selaku anak Sarawak yang berjaya mengharumkan nama Malaysia di persada dunia, DMPNS turut berbangga dan mengajak anak-anak Sarawak untuk turut serta menaikkan nama negara dalam bidang dan kemahiran masing-masing. Diharapkan kejayaan Pandelela ini menjadi pemangkin untuk anak-anak Sarawak turut melakar kegemilangan di persada antarabangsa.

DMPNS juga mendoakan agar Pandelela dapat merangkul lebih banyak lagi pingat dalam acara terjun 3 meter papan anjal dan acara terjun 10 meter platform masing-masing bermula Jumaat ini dan Rabu hadapan.

Moga kejayaan mengiringimu Pandelela!

Hazliza Latip
Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Sarawak - HARAKAHDAILY 10/8/2016                                                                                                                                                                                       Sumber HD - 10-8-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                      ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                      
"Apa Silap Saya" - Zainal Abidin
Posted on Monday, August 08 @ 15:27:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu                                                                                                  

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31296

PETALING JAYA: "Saya masih memikirkan di mana silap saya".
Demikian rintihan bekas ketua jurulatih Selangor, Zainal Abidin Hassan yang ditamatkan kontrak dengan serta-merta oleh Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) pada Ahad lalu.


Mengakui keputusan drastik itu amat mengecewakannya, Zainal berkata beliau sudah cuba melakukan yang terbaik untuk pasukan Selangor.
Namun, katanya, keadaan menjadi lebih teruk apabila ramai pemain bergelut dengan kecederaan sekali gus membantutkan hasrat pasukan untuk melakar keputusan cemerlang.

"Awal musim perjalanan boleh dikatakan baik dan sekarang pun Selangor masih di kelompok teratas.
"Cuma kalah berturut-turut itu yang menampakkan keadaan jadi lebih buruk," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Isnin.
Namun, Zainal berkata beliau terpaksa akur dengan keputusan yang dianggap amat mengejutkannya itu.
"Saya kena terima keputusan itu dengan hati terbuka," katanya.
Susulan pemecatan FAS itu, Zainal berkata beliau tidak serik untuk memimpin mana-mana pasukan selepas ini.
"Kenapa nak serik? Ini memang tugas saya ... bola sepak memang darah daging saya. Jika kurang akan diperbaiki.
"Cuma di Selangor keputusan teruk apabila pemain dibelenggu kecederaan dan tidak dapat beraksi," katanya.
Mengulas mengenai rancangannya selepas ini, Zainal berkata beliau akan berehat seketika sebelum menyambung kursus lesen pro yang sudah lama mahu dimiliki.
"Ini adalah masa yang sesuai untuk saya ambil kursus lesen pro yang sudah lama dalam perancangan.
"Lesen ini amat penting kerana pada masa akan datang semua kena memilikinya," katanya.
Pada masa sama, Zainal turut berharap agar pemain meneruskan perjuangan demi mengangkat dan mengembalikan prestasi pasukan dalam Liga Malaysia.
"Teruskan perjuangan dan selamat maju jaya kepada semua pemain," katanya.                                                                                                                                                                                                                                                              Sumber  TKO - 8-8-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                   ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                                                                                                              
Kecoh dalam saingan Liga Super
Posted on Sunday, August 07 @ 07:36:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah                                                                                                                                                                     

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31279

SEKURANG-kurangnya dua penyokong pasukan bola sepak JDT dan seorang jurufoto akhbar NSTP cedera dipercayai akibat terkena balingan objek keras dalam kekecohan yang berlaku di Stadium Perak di sini malam tadi.‎

Kekecohan berlaku selepas tuan rumah, Perak kalah 0-1 kepada pasukan pelawat 'The Southern Tigers' dalam saingan Liga Super.

Ketika penyokong JDT berada di tengah padang bagi meraikan kemenangan itu, provokasi tercetus sehingga menyebabkan para penyokong kedua-dua pasukan saling membaling botol minuman selain turut melontar mercun.

Setengah jam kemudian, kira-kira 1,000 penyokong JDT diarahkan oleh pihak keselamatan untuk berkumpul di tengah padang sebagai langkah keselamatan selama hampir satu jam.

Sementara itu, jurufoto NSTP yang cedera, Supian Ahmad, 36, mendakwa beliau diserang penyokong JDT di tengah padang selain dipijak di beberapa bahagian badan.

"Kamera saya yang bernilai kira-kira RM30,000 juga dirampas dan saya mengalami kecederaan di kaki, mata dan perut akibat dipijak," katanya. - Bernama

                                                                                                                                                              Sumber TKO - 7-8-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                      ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        
PENAJA utama Kelantan, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman tidak menolak kemungkinan beliau menarik diri daripada menaja skuad Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQP TRW) dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

Pengasas Vida Beauty yang dikenali panggilan Dr Vida itu menjawab khabar angin yang tersebar dalam laman sosial mengatakan beliau akan menghentikan tajaan bernilai jutaan ringgit itu susulan prestasi terumbang-ambing skuad pantai timur itu dalam saingan musim ini.

“Saya tidak nafikan (khabar angin itu). Saya seorang ahli perniagaan, saya nak apa yang saya jual (produk) berkesan dan membantu (pasukan).


  " Tetapi kalau mereka tak tingkatkan prestasi, jualan saya pula menjunam macam mana saya hendak bayar (gaji)," katanya dalam sidang media malam tadi.

Sumber TKO - 243-4-2016



D'Herbs Sahkan Taja Pasukan Kedah RM30 Juta

Posted on Sunday, April 24 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



ALOR SETAR: Syarikat D'Herbs Holdings (M) Sdn Bhd (D'Herbs) mengesahkan bahawa ia akan menaja skuad Kedah sebanyak RM30 juta dalam tempoh tiga tahun.

Pengasas D'Herbs, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman berkata, jumlah tajaan itu, yang dibuat atas permintaan kerajaan negeri dan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), akan diserahkan selepas perjanjian dimeterai kedua-dua pihak dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata, penajaan itu dibuat dengan beberapa syarat, dan pihaknya masih menunggu reaksi daripada kerajaan negeri berhubung perkara itu.

"Setiap tahun, kita akan serahkan RM10 juta untuk tujuan pembangunan dan meningkatkan mutu bola sepak serta mahu melahirkan pemain muda hebat setanding dengan pasukan luar.


"Tajaan ini adalah satu suntikan semangat kepada pasukan Skuad Helang Merah dan jika pasukan itu menunjukkan prestasi yang bagus... saya akan terus menaja pasukan itu selepas kontrak tiga tahun itu tamat tempoh," katanya pada sidang media di Stadium Darul Aman, Sabtu malam.

Aliff berkata selain itu, dana itu akan digunakan oleh KFA untuk program pembanguan bola sepak di peringkat akar umbi dalam usaha untuk mencari bakat-bakat muda dalam mewarnai bola sepak negeri ini.

Penajaan itu juga akan digunakan untuk membaiki Stadium Darul Aman seperti menambah baik kaunter tiket, tempat untuk orang kelainan upaya (OKU) dan infrastruktur lain.

"Jumlah tajaan akan saya pantau dari masa ke masa bagi memastikan ia digunakan untuk pembangunan bola sepak sahaja," katanya sambil berharap pasukan Kedah menjuarai Piala FA dan berada pada kedudukan terbaik dalam Liga Super.

Menurut Aliff, beliau tidak akan mencampuri pentadbiran KFA sebaliknya akan membantu persatuan itu untuk mengkomersil bola sepak dan pemain dari pasukan itu pada masa depan. - Bernama

Sumber TKO - 24-4-2016



Annuar impi pemimpin PAS terajui Kafa

Posted on Saturday, April 23 @ 23:13:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa berharap jawatan beliau sebagai peneraju badan induk bola sepak negeri itu daoat diambil alih oleh pemimpin PAS.

Beliau berkata, berikutan perkhidmatan exco Kafa akan tamat tahun ini beliau menegaskan hasratnya untuk mengundurkan diri sebagai presiden.

Katanya, beliau sudah beberapa kali berjumpa dan meminta menteri besar Kelantan atau mana-mana pemimpin PAS untuk menggalas jawatan sukarela itu.

"Saya gembira mendengar suara mahu menggantikan presiden Kafa. Ini yang telah lama kita harapkan, tapi bila sampai masa semua tak mahu ambil tanggungjawab ini.

"Tahun ini saya harap ada yang sanggup pikul tugas sukarela ini," katanya dalam kenyataan di Facebook, petang tadi.

Annuar mula mengambil alih pentadbiran Kafa sejak 2007 dan dilihat berjaya mengubah landskap sukan bola sepak negeri itu.

Kebangkitan skuad julukan The Red Warrior itu bermula pada 2009 selepas muncul naib juara Piala Malaysia dan Piala FA.

Malah mereka berjaya meraih tiga piala pada 2012 apabila menjulang Piala FA, Liga Super dan Piala Malaysia.

Annuar berkata, mesyuarat agung Kafa boleh diadakan bila-bila masa sebelum bulan Disember ini dan pentadbiran baru wajib dimilih menggantikan exco lama yang tamat mandat masing-masing.

Beliau turut menyebut nama Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob, Exco Kerjaaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Datuk Abdul Fattah Mahmood dan Naib Presiden FAM Datuk Takiyuddin Hassan sebagai potensi pengganti.

"Saya juga berharap mesyuarat agung dapat disegerakan.Lagi cepat lagi baik kerana saya perhatikan ada yang tak sabar untuk membawa masuk presiden dan pentadbiran baru.


"Saya bersyukur kerana akhirnya ada yang mahu menyambung tugas sangat berat ini," katanya.

Sumber TKO - 23-4-2016




'RM50, Ini Duit Last Aku Bagi Mak..'

Posted on Friday, April 22 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



20 April 2016, hari ini harijadi saya. Saya tak nak berpura-pura tak sedar dan harap orang buat kejutan untuk menyambut harijadi saya. Saya orangnya simple, kadang-kadang tudung berkedut tak sempat nak gosok. Kasut pun dah pudar warna, belum tukar lagi dari tahun lepas.

Tak, saya memang sengaja tak nak tukar sebab saya selesa. Biasanya saya pakai sampai betul-betul tka boleh pakai dah. Dulu tak macam ini, dulu nak bergaya sakan.



Saya nak kongsi satu cerita. Lama dulu, saya ada seorang kawan yang suka bagi nasihat. Kadang-kadang saya bosan mendengarnya. Tetapi, ada satu cerita dia yang membuatkan saya berfikir panjang. 



Dia kata, setiap kali dia berjumpa ibunya, dia akan hulur RM50 atau berapa saja yang dia ada pada waktu itu. 



"Kalau seminggu jumpa ibu tiga kali, tiga kali jugalah kamu bagi dia duit?" soal saya. 



Dia mengangguk mengiakan persoalan saya. 



"Awak bolehlah sebab duit banyak. Saya betul-betul ikat perut kalau buat begitu. RM50 itu boleh tahan belanja dua minggu," kata saya padanya dengan nada yang agak defensive. Masa itu saya jahil. 



Satu hari itu, saya terdesak sangat-sangat nak selesaikan hutang. Duit tinggal yang ada dalam poket sahaja. Memang dah habis. Saya teringat cerita kawan saya yang gemar memberikan nasihat itu. Dia cakap, itulah keramat dia, asbab bagi ibu duit dan juga niat sedekah, ibu dia gembira. Itu rahsia dia berjaya. 



Saya pun antara yakin dengan tak, saya beri ibu saya duit dan itulah duit terakhir dalam tangan. Saya benar-benar tawakal sahaja pada waktu itu. Ada juga suara jahat berkata, "Kenapa bagi? Kan dah tak ada duit langsung,". 



Haih, memang besar dugaan nak buat benda baik. Dan Allah maha berkuasa, selepas itu saya mendapat order dari orang yang mahu membeli tudung bawal secara borong untuk dijual di Kedah. Jumlahnya dalam RM3,000. Dia bayar siap-siap, full payment.



Masa itu, kelam kabut juga saya nak mencari stok. Dekat 20 kodi dia order. Sudahlah tak pernah pos besar-besaran macam tu. Kalut saya nak packing. 



Saya menangis dalam hati pada masa itu. Sejak dari itu, saya percaya dan sangat yakin. Apa yang kita bagi sebenarnya lebih penting dari apa yang kita ada. Lagi-lagi bagi pada ibu dan ayah. 



Saya tulis ini sebab adakalanya saya terlupa. Manalah tahu esok-esok saya lupa, biar ada orang ketuk sikit. Sebab itu kalau ada sesiapa yang hidup dia kesempitan, saya sarankan balik dan jumpa ibu ayah. Berilah mereka berapa yang ada. Kalau betul-betul tiada duit, berilah masa kita sikit, luangkan masa bersama mereka. Moga-moga dapat juga menggembirakan hati mereka. Moga Allah juga pandang usaha kita dan lapangkan hidup kita dari kesempitan.



Hadi, hari istimewa ini saya tak mengharap banyak. Saya cuma mengharapkan kawan-kawan doakan kebahagiaan ibu dan ayah saya. Merekalah orang yang paling banyak berkorban untuk saya. Siapa dan di mana saya hari ini adalah atas usaha dan doa ibu dan ayah dengan izin Allah. - Rina Salleh | 



Sumber: PIXEL MEDIA



Sumber TKO - 22-4-2016



Noordin Disambut Dengan Ludah Di Ascoli

Posted on Friday, April 22 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



KUALA LUMPUR: Walaupun kedatangan Datuk Dr. Noordin Ahmad disambut meriah setibanya di Itali Khamis lalu, namun sebaliknya berlaku kepada pemilik baharu FC Bari 1908 itu ketika menyaksikan pasukannya menentang Ascoli Picchio FC 1898 di Stadium Cino e Lillo Del Duca hari ini.

Kehadiran Noordin, yang dite­mani peguamnya Grazia Iannarelli dan Presiden Bari, Gianluca Paparesta, di stadium tersebut di­sambut dengan tindakan biadab segelintir penyokong tuan rumah yang mengeluarkan kata-kata kesat serta meludah ketika perlawanan Serie B itu berlangsung.

Perbuatan penyokong lawan itu membuatkan Paparesta malu dan melahirkan rasa kesal dengan sisi buruk yang ditunjukkan oleh segelintir penyokong Ascoli, de­ngan menyifatkan perbuatan tersebut tidak bertamadun.

“Walaupun kita berbeza de­ngannya (Noordin), namun tindakan biadab itu telah mencerminkan budaya Itali kepada orang luar. Ini sangat memalukan.

“Saya telah membuat aduan kepada pihak polis mengenai perkara ini agar perbuatan tersebut tidak berulang.

“Noordin datang ke Itali untuk meningkatkan mutu bola sepak kita, termasuk golongan belia.

Sepatutnya insiden seperti itu tidak berlaku,” katanya kepada www.barinelpallone.it sejurus tamat perlawanan yang menyaksikan Bari menang 1-0.

Mengulas lanjut, Paparesta me­ngakui, dia berasa kagum dengan sikap profesional Ketua Eksekutif baharu Bari, Noordin yang tenang mengharungi detik buruk tersebut.

“Beliau (Noordin) langsung tidak mempedulikan tindakan penyokong tuan rumah, sebaliknya terus memberikan sokongan penuh kepada Bari.

“Malah, Noordin dilihat bersorak dan turut menyanyi bersama kira-kira 2,000 penyokong Bari di sini.

“Saya rasa, beliau telah jatuh cinta dengan penyokong Bari se­bab, ketika perjalanan ke Stadium Cino e Lillo Del Duca, Noordin sanggup berhenti seketika untuk bergambar bersama mereka,” ujarnya.

Dalam pada itu, Paparesta menjangkakan Noordin akan kekal di Bari untuk menyaksikan skuad yang diberi jolokan Ayam Jantan itu berdepan Modena di laman sendiri Sabtu ini.

Kemenangan Bari ke atas pasukan di tempat ke-16 itu mengukuhkan kedudukannya di anak tangga ketiga dalam carta Serie B dengan mengumpul 63 mata, sekali gus meningkatkan peluang mereka untuk bersaing dalam playoff ke Serie A ketika persaingan musim ini berbaki lima perlawanan.

Sumber TKO - 22-4-2016



Saya sedia berbahas dengan TMJ, tapi saya tak dipiih - KJ

Posted on Tuesday, April 19 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyatakan kesediaan untuk berdebat mengenai isu kemerosotan prestasi bola sepak negara dengan Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim atau Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada bila-bila masa.

Namun, Khairy mengharapkan perbincangan yang menghasilkan sesuatu yang positif yang boleh membangunkan bola sepak negara dan bukannya mencari kesalahan orang lain.
"Sama ada secara terbuka ke tertutup ke saya bersedia untuk bahas bila-bila masa. TMJ ke FAM tak ada masalah.
"Bahas itu kena ada dengan orang yang kita rasa ada kualiti atau nilai bola sepak, tetapi saya tak dipilih. TMJ hanya iktiraf Lim Teong Kim sebab dia sahaja faham bola sepak," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Tunku Ismail sebelum ini dilaporkan mencabar beberapa individu penting dalam bola sepak negara untuk mengadakan perdebatan termasuk secara langsung di televisyen berkaitan isu kemerosotan sukan utama itu.
Antara individu yang disenaraikannya termasuk Khairy, wakil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) iaitu jurulatih Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee, Pengarah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN), Lim Teong Kim dan Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBSM), B. Sathianathan.
Mengulas lanjut, Khairy berkata, beliau bersedia berbahas jika dipanggil kerana tidak mahu orang tersalah faham bahawa dia tidak mahu berbahas.
"Saya tak mahu orang salah faham kononnya saya tidak mahu berbahas. Tapi bergantung kepada perbahasan itu supaya positif perbincangannya.
Dalam perkembangan lain, Khairy menganggap tindakan ahli perniagaan tempatan, Datuk Dr Noordin Ahmad membeli kelab bola sepak Itali, FC Bari 1908 merupakan perkembangan baik untuk pembangunan bola sepak negara.
Katanya, Noordin yang kini memiliki 50 peratus kepentingan saham kelab itu akan membuka peluang negara bekerjasama dengan Bari daripada segi pembangunan dan pendedahan pemain negara.
"Saya terkejut sebab saya pun tak kenal dia selama ini. Tapi dia sebagai ahli perniagaan dan boleh memiliki kelab FC Bari memang baik untuk kita.

"Seperti QPR dan Cardiff City yang turut dimiliki ahli perniagaan kita, Noordin juga menerusi FC Bari dapat menyumbang kepada pembangunan sukan negara kita," katanya. - MalaysiaGazette

Sumber TKO - 19-4-2016



Khairul Idham Jawab Isu Elak 'Disembur Arak'

Posted on Saturday, April 16 @ 05:55:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



"SAYA bukan tidak menghormati acara tradisi sambutan, tapi saya harus jaga batas sebagai orang Islam," tegas pelumba Moto3 negara, Khairul Idham Pawi.   

Pelumba berusia 17 tahun kelahiran Kampung Gajah, Perak itu yang mencipta sejarah menjadi pelumba pertama negara memenangi perlumbaan Moto3 di Argentina pada 3 April lepas, mengakui beliau mengelakkan diri daripada terkena semburan minuman keras sewaktu di podium.  

"Saya memang elakkan diri daripada terkena semburan minuman keras itu dan ke mana sahaja saya pergi, jati diri sebagai umat Islam tetap berada di tempat teratas," katanya kepada pemberita dalam majlis bertemu media sempena Perlumbaan Motosikal Cubprix di Stadium Negeri Batu Kawan, di sini hari ini.

Khairul Idham berkata demikian ketika ditanya mengapa beliau tidak kelihatan ketika sambutan kejayaan di podium selepas majlis penyampaian hadiah sewaktu Grand Prix Argentina itu.  

Pelumba itu juga berkata selepas mencapai sasaran awal tahun ini, beliau kini berazam mengutip sekurang-kurangnya satu mata dalam baki pelumbaan Kejuaraan Motosikal Dunia musim ini.   

"Saya akan berusaha lebih gigih untuk mengutip sekurang-kurang satu mata dalam setiap 15 pelumbaan yang akan datang walaupun sasaran penaja hanya 18 mata untuk musim ini," katanya yang sudah mengumpulkan 25 mata selepas tiga perlumbaan untuk menduduki tempat kelima keseluruhan setakat ini.

Pada pelumbaan pusingan kedua Kejuaraan Motosikal Dunia di Argentina 3 April lepas, Khairul Idham mencipta kejutan dengan menjuarai pelumbaan itu di hadapan Jorge Navarro dari Sepanyol dan Brad Binder dari Afrika Selatan, masing-masing di kedudukan kedua dan ketiga.  

Khairul Idham sekadar menduduki tempat ke-20 dalam pusingan ketiga di Amerika Syarikat, minggu lepas dan bagi pusingan keempat di Sepanyol yang bermula 22 April ini, beliau berharap dapat menampilkan aksi terbaik untuk mengumpul mata.  

"Saya akan cuba penuhi sasaran pasukan iaitu untuk meraih mata pada perlumbaan itu," katanya.  

Terdahulu, Khairul turut menerima sumbangan sebuah motosikal jenis Honda Wave Dash daripada Pengarah Urusan Boon Siew Honda Sdn Bhd Nabuhide Nagata sebagai pendorong untuk mencipta lebih banyak kemenangan pada pelumbaan yang akan datang.
- Bernama

.......


Rupanya dia ni
dari PASTI AL HUSNA

Sumber TKO - 16-4-2016



500 penyokong FC Bari sambut ketibaan Noordin

Posted on Friday, April 15 @ 15:33:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo


KETIBAAN pemilik baharu FC Bari 1908, Datuk Dr Noordin Ahmad (kiri) di Lapangan Terbang Karol Wojtyla, Bari bagi memuktamadkan pemilikan kelab itu, di Bari, Itali.

KUALA LUMPUR 14 April – Pemilik baharu FC Bari 1908, Datuk Dr. Noordin Ahmad disambut oleh kira-kira 500 penyokong kelab itu yang bersorak dan bertepuk tangan sejurus ahli perniagaan Malaysia itu tiba di lapangan terbang di Bari hari ini, menurut laporan akhbar dalam talian Itali.

Menurut portal berita repubblica.it, nyanyian rasmi kelab itu selain pengibaran bendera besar Malaysia menyambut ketibaan Noordin di terminal Lapangan Terbang Karol Wojtyla, Bari.

Beliau berada di sana untuk memuktamadkan perjanjian membeli 50 peratus saham kelab Serie B Itali itu, yang akan menjadikannya sebagai pemegang saham majoriti Bari.

"Pemegang saham majoriti baharu Bari tiba dengan penerbangan Alitalia dari Rom pada pukul 6.20 petang (waktu tempatan). Skarf merah dan putih melilit lehernya,” lapor portal berita tersebut.

Gambar menunjukkan Noordin yang bersongkok cokelat berjalan sambil melambai kepada penyokong dengan diiringi anggota keselamatan.–utusan
https://www.youtube.com/watch?v=gF5K1Ax0gZk&feature=player_embedded

Youtube FC Bari 1908

Sumber TKO - 15-4-2016




Malaysia jatuh ke kedudukan ranking terendah Fifa

Posted on Friday, April 08 @ 07:57:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


Harimau Malaya
SKUAD Harimau Malaysia jatuh ke posisi terendah dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) apabila menghuni kedudukan ke-174 menerusi ranking terbaharu yang dikeluarkan hari ini.

Untuk rekod, Malaysia berada pada kedudukan ke-171 dunia pada Januari dan Februari, sebelum naik lima anak tangga ke kedudukan ke-166 dunia pada Mac.


Kejatuhan mendadak ranking skuad kebangsaan itu berikutan kekalahan 0-2 kepada Arab Saudi pada perlawanan terakhir Kumpulan A Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2018/ Piala Asia 2019 di tempat lawan, 24 Mac lepas.

Selain itu, keputusan seri tanpa jaringan menentang pasukan ranking ke-190 dunia, Macau di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 28 Mac lepas, turut menjadi faktor kemerosotan ranking skuad kebangsaan.

Kedudukan terbaharu itu meletakkan Malaysia sebaris dengan beberapa negara yang tidak mempunyai kemudahan bola sepak yang lengkap seperti Samoa (170), Timor Leste (175), Bangladesh (177) dan Nepal yang berada di kedudukan ke-179.

Ranking terbaik yang pernah dicapai Malaysia ialah di kedudukan ke-75 pada 1993.

Tuan rumah bersama Piala AFF Suzuki 2016, Filipina menunjukkan peningkatan ketara dalam kalangan negara Asia Tenggara apabila melonjak 19 anak tangga ke kedudukan ke-116 dunia.
Dalam pada itu, naib juara Piala Copa America 2015, Argentina merampas kedudukan teratas dari Belgium dengan kutipan 1,532 mata, selepas mencatat keputusan memberangsangkan pada Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2018 Zon Amerika Selatan, baru-baru ini.

Belgium yang menguasai kedudukan teratas ranking Fifa sejak November lepas, turun satu anak tangga dengan kutipan 1,352 mata, manakala Chile yang merupakan juara Piala Copa America 2015, naik dua anak tangga ke kedudukan ketiga selepas mengumpul 1,348 mata.
Ranking Fifa itu melibatkan 209 negara. -Bernama

Sumber TKO - 8-4-2016


Perjalanan Khairul Idham bermula lima tahun lalu

Posted on Tuesday, April 05 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



KHAIRUL Idham Pawi mencipta kemenangan sensasi di Grand Prix Argentina pada 3 April lepas, kemenangan yang menjadi bualan seluruh negara.

Dalam tempoh semalaman, namanya membanjiri rangkaian media sama ada tradisional mahupun media sosial.

Remaja berusia 17 tahun itu yang belum begitu dikenali ramai menjadi pelumba Malaysia pertama yang memenangi perlumbaan di kejuaraan peringkat dunia itu.

Namun tidak ramai yang menyedari, kejayaan yang dicapai memerlukan perjalanan yang panjang dan bagi Khairul, ia bermula sejak lima tahun lepas.

Pelumba kelahiran Perak itu membuat penampilan sulung di Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas dalam kategori Cabaran Honda Wave Junior - perlumbaan satu pengeluar yang dibiayai oleh Honda sebagai landasan mencari bakat-bakat baharu.

Pada tahun 2012 ketika berusia 13 tahun, Khairul Idham telah menunjukkan bakatnya apabila berjaya mendominasi saingan dan bergelar juara keseluruhan.

Tahun berikutnya, Khairul Idham beralih ke kelas terbuka iaitu kategori Wira - perlumbaan khusus buat remaja berusia 13 hingga 17 tahun.

Pada tahun serupa juga Honda meletakkan remaja itu beraksi di dalam saingan Asia Dream Cup, perlumbaan satu pengeluar Honda yang dijalankan serentak bersama Kejuaraan Motosikal Asia FIM.

Dalam tempoh dua tahun, pada tahun 2014 Khairul memahatkan namanya sebagai juara yang ketiga dalam kategori perlumbaan yang melibatkan remaja seluruh Asia itu, dan turut mendominasi saingan Wira apabila muncul sebagai juara keseluruhan pada tahun yang sama.
Tahun 2015, Khairul melangkah lebih jauh apabila dipilih untuk membawa cabaran Honda Team Asia di Kejuaraan Moto3 Remaja Dunia di Sepanyol selain turut menghabiskan tahun tersebut di dalam Kejuaraan Cub Prix dalam kategori CP115.

Pada tahun 2016, pelumba muda itu membuat penampilan pertamanya dalam saingan Moto3 Kejuaraan Grand Prix Dunia.

Kemenangan ini meletakkan Khairul sebagai pelumba pertama yang memenangi perlumbaan dunia dan juga pelumba pertama yang menghadiahkan podium buat pasukan Honda Team Asia. Malah dalam sekelip mata, nama Khairul menjadi satu fenomena.

"Mewakili semua yang terlibat di dalam Kejuaraan Cub Prix Malaysia, kami mengucapkan tahniah di atas kejayaan Khairul Idham. Kami berkongsi kegembiraan di atas kejayaannya dan pada masa sama berharap dia terus mempunyai masa depan yang cerah dan lebih banyak kejayaan dicapai," jelas Ron Hogg, Pengarah Safe Aim Mutual Sdn Bhd, promoter bagi Kejuaraan Cub Prix Malaysia.

"Kejuaraan Cub Prix Malaysia telah berlangsung selama 23 tahun dan sedikit demi sedikit mengubah perjalanan industri sukan permotoran negara - khususnya untuk melihat bakat-bakat muda seperti Khairul Idham sentiasa datang, berkembang dan bersinar.

Ia merupakan satu proses yang panjang - bermula dari mewujudkan kelas Wira yang tidak begitu meyakinkan bagi sesetengah pihak, untuk meyakinkan pihak pengeluar untuk sama-sama mewujudkan landasan perlumbaan satu pengeluar bagi mengesan lebih ramai bakat perlumbaan, untuk bekerjasama dengan Petronas dan rakan-rakan penaja lain seperti Honda dalam usaha mewujudkan landasan yang memberi manfaat kepada banyak pihak, bukan hanya pihak tertentu.

Sekarang kita sudah melihat usaha selama dua dekad ini semakin membuahkan hasil. Selepas Khairul, di belakangnya terdapat ramai pelumba lain yang berpotensi, bukan sekadar bagus, malah bakat-bakat ini berada di dalam pelbagai peringkat."

"Khairul merupakan contoh di mana tidak ada jalan pintas untuk berjaya. Proses membangunkan seseorang atlet memerlukan masa dan keputusan tidak boleh dicapai dalam sekelip mata.

"Kejuaraan Cub Prix adalah percuma kepada setiap penonton. Ketika kami menganjurkan acara untuk membangunkan pelumba-pelumba, menjual tiket-tiket kepada penonton bukan merupakan sebahagian dari perancangan. Ini dilakukan kerana minat dan percaya terhadap bakat-bakat yang ada di Malaysia dan Asia," katanya.

Oleh itu, sudah tentu kita perlu meletakkan kebajikan pelumba dan pasukan sebagai keutamaan terlebih dahulu sebelum perkara-perkara lain.

"Meskipun langkah ini dilihat tidak popular, namun ia hanya untuk seketika," katanya.

Sumber TKO - 5-4-2016



Penganjur terpaksa cari dan muat turun Negaraku dari Google sebelum lagu Kebangsaan dimainkan
Posted on Monday, April 04 @ 21:50:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Ia adalah perlumbaaan yang ketiga disertainya di peringkat dunia namun Khairul Idham Pawi menjadikan detik itu amat bermakna bukan saja kepada peribadi tetapi Malaysia.

Dalam kemenangan sensasi itu Khairul Idham mengungguli perlumbaan Moto3 di litar Termas de Rio Hondo di Argentina awal pagi tadi (waktu Malaysia).

Menjelang permulaan perlumbaan setiap pasukan dilaporkan merahsiakan pemilihan tayar masing-masing sehingga ke detik akhir kerana keadaan litar yang tidak cukup kering - atau basah.

Khairul Idham yang mewakili pasukan Honda Team Asia tersebut mendahului pesaing lain sejak awal perlumbaan dan berada kira-kira 20 saat di depan.
Turut bersaing adalah seorang lagi pelumba Malaysia, Adam Norrodin.

Penganjur mengumumkan keadaan litar adalah lembab namun wakil Belgium Livio Loi (RW Racing GP BV) satu-satunya pelumba memilih tayar basah manakala selebihnya menggunakan tayar slick dengan harapan keadaan akan berubah serta sesuai dengan suhu semasa.

Menjelang beberapa pusingan terakhir Khairul Idham semakin unggul di depan malah pasukannya memberi nasihat agar dia memperlahankan kelajuan pada pusingan terakhir.
Adam dapat pujian

Adam pula sempat bersaing sengit dengan Jorge Navarro untuk tempat kedua namun pada selekoh terakhir dia terjatuh membolehkan pelumba Sepanyol itu akhirnya mengatasi untuk berada di belakang Khairul Idham.

Ia sekali gus menggagalkan impian untuk melihat dua pelumba Malaysia berdiri bersama di atas podium.

Adam segera bingkas mengambil motosikalnya dan menolak kenderaan itu hingga ke garisan penamat untuk berada di tempat ke-11.

Semangat dan kegigihan Adam itu ternyata mendapat pujian ramai.

Sementara itu kemenangan Khairul Idham memang tidak dijangka sesiapa termasuk penganjur.
Menurut laporan media penganjur terpaksa membuat carian dalam Google dan memuat turun lagu Negaraku sebelum ia dapat dikumandangkan di litar berkenaan ketika Khairul Idham berada di atas podium.

Berikut senarai kedudukan pelumba selepas acara tamat:

  1.  Khairul Idham Pawi MAL Honda Team Asia (Honda) 41m 35.452s
  2. Jorge Navarro SPA Estrella Galicia 0,0 (Honda) 42m 1.622s
  3. Brad Binder RSA Red Bull KTM Ajo (KTM) 42m 5.512s
  4. Andrea Locatelli ITA Leopard Racing (KTM) 42m 5.791s
  5. Joan Mir SPA Leopard Racing (KTM) 42m 5.958s
  6. Hiroki Ono JPN Honda Team Asia (Honda) 42m 6.188s
  7. John Mcphee GBR Peugeot MC Saxoprint (Peugeot) 42m 7.945s
  8. Jorge Martin SPA ASPAR Mahindra Team Moto3 (Mahindra) 42m 16.048s
  9. Jakub Kornfeil CZE Drive M7 SIC Racing Team (Honda) 42m 21.119s
  10. Niccolò Antonelli ITA Ongetta-Rivacold (Honda) 42m 21.345s
  11. Adam Norrodin MAL Drive M7 SIC Racing Team (Honda) 42m 21.625s
  12. Juanfran Guevara SPA RBA Racing Team (KTM) 42m 26.886s
  13. Fabio Quartararo FRA Leopard Racing (KTM) 42m 33.345s
  14. Maria Herrera SPA MH6 Laglisse (KTM) 42m 41.435s
  15. Philipp Oettl GER Schedl GP Racing (KTM) 42m 43.878s
  16. Livio Loi BEL RW Racing GP BV (Honda) 42m 45.617s
  17. Enea Bastianini ITA Gresini Racing Moto3 (Honda) 42m 47.116s
  18. Nicolo Bulega ITA SKY Racing Team VR46 (KTM) 42m 47.243s
  19. Gabriel Rodrigo ARG RBA Racing Team (KTM) 42m 47.603s
  20. Romano Fenati ITA SKY Racing Team VR46 (KTM) 42m 47.722s
  21. Alexis Masbou FRA Peugeot MC Saxoprint (Peugeot) 42m 47.834s
  22. Bo Bendsneyder NED Red Bull KTM Ajo (KTM) 42m 47.974s
  23. Francesco Bagnaia ITA ASPAR Mahindra Team Moto3 (Mahindra) 42m 54.336s
  24. Karel Hanika CZE Platinum Bay Real Estate (Mahindra) 43m 0.567s
  25. Fabio Di Giannantonio ITA Gresini Racing Moto3 (Honda) 43m 7.427s
  26. Jules Danilo FRA Ongetta-Rivacold (Honda) 43m 13.852s
  27. Tatsuki Suzuki JPN CIP-Unicom Starker (Mahindra) 43m 14.236s
  28. Stefano Valtulini ITA 3570 Team Italia (Mahindra) 43m 14.503s
  29. Andrea Migno ITA SKY Racing Team VR46 (KTM) 43m 19.487s
  30. Darryn Binder RSA Platinum Bay Real Estate (Mahindra) +1 lap
  31. Lorenzo Petrarca ITA 3570 Team Italia (Mahindra) +1 lap
  32. Fabio Spiranelli ITA CIP-Unicom Starker (Mahindra) +1 lap 
Sumber TKO - 4-4-2016



































































Netizen Puji Sikap Khairul Idham Elak Disimbah Arak (bersama video)

Posted on Monday, April 04 @ 18:49:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



KEMENANGAN pelumba muda Malaysia, Khairul Idham Pawi dalam perlumbaan MotoGP bukan sahaja mengharumkan nama negara malah turut dianggap membawa imej pemuda Islam.

Khairul dari pasukan Honda Team Asia mendapat tempat pertama dalam kategori Moto3 pada Grand Prix Motosikal Argentina awal pagi tadi dengan catatan masa 41 minit 35.452 saat di Litar Termas de Rio Hondo.

Dalam pada itu, aksi pemuda kelahiran Kampung Gajah, Perak ini yang bertindak meninggalkan podium apabila pemenang tempat kedua dan ketiga menyembur arak ke arahnya, meraih pujian netizen.
Khairul_Idham_Pawi2_0404
Klip video gelagat ‘mengelaknya’ itu yang diambil daripada satu siaran televisyen kini giat dikongsikan di laman sosial.

Tindakannya itu menerima pujian netizen yang rata-ratanya bangga dengan sikap pelumba berusia 17 tahun tersebut yang dianggap telah menunjukkan sifat praktikal seorang muslim.

“Ini baru tidak lupa diri. Dia ingat lagi yang dia itu seorang Islam. Haram tetap haram,” kata Kamaraj Ariakrishnan.

“Tahniah dan syabas. Bagus budak ini, bijak membawa imej diri sebagai umat Islam. Alhamdulillah,” komen Jiea Zieah.

“Alhamdulillah. Bawa adab Islam di mata dunia,” ujar Hanafi Napie.

Dalam perlumbaan awal pagi tadi, pelumba dari Sepanyol Jorge Navarro yang mewakili pasukan Estrella Galicia Honda dan pelumba Afrika Selatan, Brad Binder dari Red Bull KTM Ajo masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.

Video Sedih, Adam Tolak Motor Hingga Garis Penamat MotoGP

Seorang lagi pelumba Malaysia, Adam Norrodin dari pasukan Drive M7 SIC Racing Team menduduki tangga ke-11 selepas terbabit dalam kemalangan di selekoh akhir pusingan. – MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 4-4-2016 

Geng Ustaz gesa contohi akhlak pelumba Malaysia

HARAKAHDAILY | .


Geng Ustaz ingin merakamkan sekalung tahniah atas kejayaan Khairul Idham Pawi, yang berjaya mencipta sejarah apabila menjadi pelumba pertama Malaysia memenangi Kejohanan MotoGP Dunia bagi kategori Moto3 dalam Grand Prix Motosikal Argentina.

Pelumba anak muda berusia 17 tahun dari pasukan Honda Team Asia berjaya menamatkan dengan jayanya 21 pusingan di Litar Termas de Rio Hondo.

Geng Ustaz juga ingin mengucapkan syabas atas semangat yang ditunjukkan rakan Khairul, Adam Norrodin dari pasukan Drive M7 SIC Racing Team menduduki tangga ke-11 walaupun terbabit dalam kemalangan di selekoh akhir pusingan dengan menolak motosikalnya ke garisan penamat.

Geng Ustaz amat mengagumi dengan kejayaan yang dicapai oleh Khairul Pawi khasnya dalam sukan permotoran bertaraf dunia dan kejayaan yang lebih mahal pada pandangan Geng Ustaz ialah apabila akhlak terpuji yang ditunjukkan oleh Khairul dengan menjaga batasan agama apabila beliau tidak bersama dalam acara 'semburan arak’ sewaktu penyampaian piala kemenangan.

Geng Ustaz beranggapan ini satu kejayaan yang paling manis dan paling berharga apabila seorang anak muda yang tidak mudah hanyut dengan perkara negatif dalam aktiviti sukan apatah lagi ketika mencapai kejayaan cemerlang.

Apa yang ditunjukkan oleh Khairul Pawi adalah menepati perintah Allah s.w.t. dalam al Quran di mana Allah telah berfirman dalam Surah An-Nisa' ayat 140.

وَقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ آيَاتِ اللَّهِ يُكْفَرُ بِهَا وَيُسْتَهْزَأُ بِهَا فَلَا تَقْعُدُوا مَعَهُمْ حَتَّىٰ يَخُوضُوا فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ ۚ إِنَّكُمْ إِذًا مِثْلُهُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ جَامِعُ الْمُنَافِقِينَ وَالْكَافِرِينَ فِي جَهَنَّمَ جَمِيعًا
"Dan sesungguhnya Allah telahpun menurunkan kepada kamu (perintahNya) di dalam Kitab (Al-Quran), iaitu: apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan munafik), maka janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain; kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka. Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan sekalian orang munafik dan orang kafir di dalam neraka jahannam..."

Geng Ustaz dengan ini menyeru kepada semua pihak khasnya anak muda dan juga atlet sukan dalam apa jua bidang agar menjadikan Khairul Pawi sebagai contoh yang patut diikuti dan diteladani.

Ini menunjukkan bahawa Islam sebenarnya amat menggalakkan agar umatnya aktif dalam aktiviti kesukanan dengan mengekali pegangan agama dan masih mampu beroleh kejayaan cemerlang.

Majulah Sukan Untuk Agama dan Negara

Ustaz Norazli Musa
Presiden Pertubuhan Pendukung dan Pencinta Ulamak (Geng Ustaz)
4 April 2016 / 26 Jamadil Akhir 1437 - HARAKAHDAILY 4/4/2016

Sumber HD - 4-4-2016



Chong Wei 'Hampa' Di Terbuka India

Posted on Saturday, April 02 @ 08:13:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



KUALA LUMPUR: Jaguh perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei tersingkir di pusingan kedua Terbuka India apabila tumpas kepasa pemain Hong Kong, Wei Nan sebentar tadi.

Chong Wei yang juga pilihan utama kejohanan kalah straight set, 19-21, 19-21 dalam aksi memakan masa selama 42 minit.

Ini adalah kali kedua berturut-turut bekas pemain nombor satu dunia itu tumpas kepada Wei Nan di mana tahun lalu dia kalah 18-21, 19-21 di pusingan kedua Terbuka Denmark.

Awal bulan ini Chong Wei tersingkir di pusingan pertama Seluruh England selepas dimalukan BS Praneeth 22-24, 20-22.

Selepas ini Chong Wei akan beraksi di Terbuka Malaysia yang akan berlangsung 5 hingga 10 April di Stadium Malawati, Shah Alam.
- Harian Metro

Sumber TKO - 2-4-2016

Romania Letak Masalah Matematik Di Jersi Untuk Galak Kanak-Kanak Minat Matematik

Posted on Monday, March 28 @ 19:28:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



“Bola sepak dan matematik bukanlah dua perkara yang berasingan,” menurut presiden Persatuan Bola Sepak Romania, Razvan Burleanu.

Matematik mempunyai banyak aplikasi dalam bola sepak. Dari menilai tahap kewangan pasukan sehinggalah kepada menilai tahap persembahan pemain, bola sepak menawarkan banyak peluang kerjaya kepada peminat subjek matematik di sekolah.

Inilah mesej yang cuba disemai oleh pasukan kebangsaan Romania kepada kanak-kanak di negara mereka – matematik itu subjek yang menyeronokkan.

Dalam persiapan pasukan kebangsaan Romania sebelum perlawanan persahabatan menentang Sepanyol yang berlangsung awal pagi tadi (waktu Malaysia), pemain Romania menukar nombor jersi mereka kepada masalah matematik.
romania math 2
Kapten Romania, Vlad Chiriches yang biasanya memakai nombor 6 misalnya, mempunyai masalah matematik 2 x 2 + 2 tertera di belakang jersi latihannya.

Usaha ini dilakukan untuk membantu masalah minat rendah kanak-kanak Romania terhadap pendidikan sekolah.

Menurut rekod EuropeanUnion (EU), kadar kanak-kanak Romania yang tidak menghabiskan persekolahan pada tahun 2014 adalah setinggi 18% – paling tinggi di Eropah.

Sebagai perbandingan, kadar kanak-kanak Malaysia yang tidak menghabiskan persekolahan pada tahun 2012 adalah 3.6%.

Persatuan Bola Sepak Romania melihat integrasi masalah matematik ini dengan sukan bola sepak mampu menarik minat kanak-kanak untuk menyelesaikan masalah matematik tersebut, sekaligus memberi mereka sebab untuk kekal bersekolah.

“Melalui projek ini, kanak-kanak akan belajar asas bola sepak dan mempunyai peluang untuk memepelajari matematik melalui pendekatan yang menarik.”
Romania seri 0-0 dengan Sepanyol awal pagi tadi.


Selepas bergelar naib juara kumpulan kelayakan EURO 2016 di belakang Ireland Utara,

Romania layak ke EURO 2016 pada musim panas nanti. Mereka akan bertemu tuan rumah, Perancis dalam perlawanan pembukaan pada 10 Jun 2016 nanti.

Selain Perancis, Romania turut akan berhadapan dengan Switzerland dan Albania dalam perlawanan kumpulan mereka di EURO 2016 nanti.

Kami berharap negara-negara lain juga akan melakukan perkara sama untuk menarik minat kanak-kanak terhadap subjek matematik, termasuklah Malaysia.

Sumber TKO - 28-3-2016



Budak 12 Tahun Dari Taiping Tumbangkan Juara Dunia Muay Thai

Posted on Thursday, March 17 @ 13:59:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



Malaysia mencipta kejutan di bumi Thailand selepas peserta Malaysia, Iskandar Zulqarnain Mohamad Ezry A’Zamin mengungguli kategori bawah 12 tahun Kejohanan Seni Mempertahankan Diri Muay Thai Peringkat Dunia pada perlawanan akhir di Bangkok, semalam.

Lebih manis, kejayaan pelajar Tahun Enam Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Jering yang lebih mesra dipanggil ‘Khuntab Iskandar’ itu muncul selepas dia menewaskan peserta tuan rumah, Tannapon Pennikorn juara dunia tiga kali, sekali gus menobatkan dia selaku juara pertama pada kejohanan julung-julung kali diadakan itu.

Bapanya, Mohamad Ezry A’Zamin Abdul Wahab ketika dihubungi BH Sukan mengakui terkejut selepas anak sulungnya itu menumbangkan lawannya yang memiliki kelebihan fizikal lebih tinggi.

Ezry yang juga jurulatih Muay Thai berkata, kejayaan Iskandar merangkul gelaran dunia pastinya dapat menyuntik semangat anaknya itu untuk terus memperkembangkan bakatnya dalam sukan tempur terbabit dan membuka mata orang ramai untuk membabitkan diri dalam sukan itu.

Jadual ‘pertempurannya’ juga sudah dipenuhi hingga hujung tahun ini dengan Iskandar bakal menyertai kejohanan di Eropah yang pastinya menjanjikan cabaran yang besar sebelum ke Uzbekistan dan ke Indonesia pada hujung tahun nanti.

Tahniah daripada kami untuk Zulqarnain Ezry. Teruskan prestasi anda.-thevocket


Sumber TKO - 17-3-2016


'Abang Terlajak Laris' Akhirnya Taja Kedah

Posted on Wednesday, March 09 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



PETALING JAYA: Pemilik syarikat D’Herbs Holding (M) Sdn Bhd, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman bakal menandatangani kontrak penajaan dengan pasukan bola sepak Kedah.

Menurut sumber, usahawan muda yang terkenal dengan tagline 'Terlajak Laris' itu akan meneliti draf terakhir kontrak tajaan bernilai jutaan ringgit dengan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) malam ini (Selasa).

Difahamkan Aliff Syukri kini sudah berada di Kedah.

Bagaimanapun menurut satu sumber lain, Aliff Syukri hanya akan 'membuka mulut' mengenai isu penajaan berkenaan dalam satu majlis anjuran syarikatnya di sebuah hotel di sini minggu depan.

"Pada majlis itu nanti beliau dijangka akan buat pengumuman penting. Mungkin berkaitan isu bola sepak," kata sumber berkenaan kepada mStar Online pada Selasa.

Sementara itu Aliff Syukri ketika dihubungi mStar Online dilihat masih mengambil langkah berjaga-jaga ketika diminta mengulas mengenai kerjasama pihaknya dengan skuad Helang Merah itu.

"Tak sesuai untuk saya buka mulut sekarang selagi kontrak belum ditandatangani. Namun apa yang boleh saya katakan ialah jika D'Herbs mengeluarkan tajaan, ia membabitkan nilai jutaan ringgit.

"Saya tak akan menaja untuk hanya satu musim. Berapa musim saya tak boleh beritahu lagi...yang pasti lebih daripada setahun.

"Malam ini saya nak tengok draf kontrak itu dulu. Di mana lokasinya saya tak boleh beritahu....biarlah rahsia. Saya akan bertemu dengan 'orang besar' untuk bincang. Tapi sign atau tidak belum tentu lagi," katanya.

Mengulas mengenai kelewatannya membuat keputusan iaitu ketika kerancakan Liga Malaysia 2016 membuka tirai pada awal Februari lalu, Aliff Syukri berkata beliau perlu membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum terjun dalam sukan bola sepak.

"Saya perlu ambil masa untuk menilai mengenai faedah jangka panjang dan pendek berhubung tajaan ini. Biar lambat tapi memberi faedah untuk kedua-dua belah pihak.

"Prestasi pasukan juga perlu diambil kira. Tajaan untuk sukan bukan seperti berniaga kosmetik, ia sesuatu yang berbeza," katanya.

Diminta mengulas mengenai syarat yang diletakkannya kepada KFA, jutawan kosmetik itu berkata beliau menyerahkan sepenuhnya kepada pasukan berkenaan untuk membuat tawaran.

"Saya tak letakkan sebarang syarat. Penyokong Kedah jangan risau, saya tak berikan syarat yang pelik-pelik.

"Biarlah tajaan ini dibuat secara bermaruah, saya tak mencari publisiti murahan," katanya. - Mstar

Sumber TKO - 9-3-2016

Nama Faiz Subri kini diiktiraf dunia

Posted on Friday, February 19 @ 06:48:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



MATLAMATNYA memang mahu menjaringkan gol, namun siapa sangka sepakan percuma itu lencongannya cukup menarik menerjah gawang gol Pahang yang mengelirukan penjaga gol, Mohd Nasril Nordin untuk membantu Pulau Pinang menang 4-1 pada aksi Liga Super 2016.

Nama Mohd Faiz Subri kini bukan sahaja jadi bualan penyokong tempatan malah dunia selepas video sepakan percumanya itu menjadi viral malah diangkat sesetengah pihak sebagai calon yang akan memenangi Anugerah Puskas 2016, pengiktirafan kepada jaringan paling cantik dalam dunia bola sepak secara tahunan.

Anugerah tersebut yang sebelum ini dimenangi nama-nama besar dunia seperti Cristiano Ronaldo, Neymar, Hamit Altıntop, Zlatan Ibrahimovic dan tidak mustahil akan menjadi milik Mohd Faiz pada 2016 jika dia mendapat undian tinggi sekiranya dicalonkan.

Bagi penyerang berusia 28 tahun ini, satu pengiktirafan tinggi buatnya sebagai seorang pemain bola sepak tempatan selepas jaringan golnya itu mendapat perhatian dunia.

Menurutnya, dia cuba memberikan yang terbaik pada setiap perlawanan mengalas tanggungjawab memburu gol di samping cuba memberikan saingan sengit merebut posisi jentera serangan Pulau Pinang.

“Mungkin latihan berterusan mengambil sepakan percuma pada sesi latihan yang menjadi antara faktor gol menarik tersebut dapat dihasilkan.

“Menjadi penghormatan yang tinggi buat saya apabila jaringan itu dilihat dan disukai penyokong dan pemerhati bola sepak di peringkat antarabangsa,” katanya.

Jaringannya bukan sahaja dapat disaksikan 4,704 penyokong di Stadium Bandaraya, Georgetown malah turut dipancar melalui siaran langsung yang ditonton di seluruh negara sebelum ia dimuatkan dalam media sosial menjadi viral antarabangsa.

Mohd Faiz yang meledak dua jaringan pada perlawanan tersebut mengakui kehadiran ramai penyerang berbakat muda ke dalam pasukan termasuk import terbaharu, Osas Saha telah merangsangnya untuk bekerja lebih kuat.

Kehadiran muka-muka baharu ini juga secara tidak langsung telah merangsang persaingan sihat di kalangan mereka untuk mempamerkan aksi terbaik merebut kesebelasan utama Harimau Kumbang.

Pemain kelahiran Ayer Hitam, Kedah ini menjelaskan, fokusnya terhadap perlawanan seterusnya menentang Kuantan FA pada aksi Piala FA 2016 di laman sendiri pada Sabtu tidak terjejas biarpun sepakan percumanya hangat diperkatakan.

Sumber TKO - 19-2-2016


Tutup aurat dulu, baru khatam quran.

Posted on Thursday, February 18 @ 17:25:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

"Assalamualaikum, Dato' Vida ada sebut kepada pemain bolasepak Kelantan, khatam quran dulu, baru beliau akan lelong sebuah cincin beliau untuk menyelesaikan tunggakan gaji pemain.Sekali pandang syarat yang diberikan itu seperti mahu meng"Islam"kan bolasepak Kelantan, satu usaha murni selari dengan cita cita merealisasikan hukum Islam di bumi serambi Mekah itu.Apabila pemain khatam quran, bermakna pemain akan membaca ayat ayat Allah yang antara lain merakamkan bahawa Hudud itu dari Allah dan janji ketenteraman negara seandainya hukum Allah ditegakkan.Itu satu yang bagus tetapi dalam quran juga ada ayat yang memerintahkan supaya menutup aurat.Maka pemain yang khatam quran juga akan membaca ayat ini.

Jadi sebenarnya dato' Vida perlu menukar syaratnya, arahkan pemain Kelantan supaya menutup aurat dulu sebelum mengarahkan pemain membaca quran , kerana apabila pemain membaca quran nanti, mereka akan sampai kepada ayat perintah menutup aurat.Logiknya begitu, masakan kita boleh memilih milih amalan, yang serasi dengan selera kita, kita ambil dan yang tidak serari kita buang serta menggantikannya dengan amalan yang bertentangan dengan perintah quran.
Begitu jugalah Dato' Vida, kalau mahu kembali kepada Islam, lakukan dengan ikhlas kerana Allah, jangan lakukan kerana selain Allah.bersukan itu tidak salah kalau syariat dituruti, dituruti dengan erti kata mematuhi semua perintah yang ada dalam quran, bukan setakat membaca quran sampai khatam.

Dengan andaian Dato' Vida mahu mengembalikan syariat ke dalam bola sepak negara menerusi pasukan Kelantan, saya menyeru Dato' Vida memulakan usaha untuk melihat pasukan Kelantan menutup aurat ketika bermain, begitu juga penonton yang perlu diasingkan antara gender.Dato' Vida jangan bimbang selagi semuanya ikhlas kerana Allah pasti akan disokong oleh orang Islam yang ikhlas.(bukan orang PAS tetapi orang Islam).

Sumber TKO - 18-2-2016

Khatam Al-Quran Jika Mahu Tunggakan Gaji - Vida

Posted on Wednesday, February 17 @ 17:01:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



PETALING JAYA: Penaja utama Kelantan, Datuk Dr Hasmiza Othman sedia mempertimbangkan untuk melelong sebentuk cincin kesayangannya bagi membantu Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) menyelesaikan masalah tunggakan gaji pemain pasukan tersebut.

Namun, Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Dr Vida berkata, pertimbangan itu hanya akan dibuat dengan bersyarat iaitu sekurang-kurangnya lima pemain Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) perlu mengkhatam al-Quran.

"Saya ada bergurau tempoh hari mungkin saya akan lelong satu cincin saya untuk bayar tunggakan (pemain) dengan syarat lima orang (pemain) kena khatam al-Quran sekali atau lebih.

"Saya akan ambil kira kesungguhan pemain. Anda mahu tunggakan gaji diselesaikan, jadi anda perlu ikut apa yang saya mahukan ini (khatam al-Quran)," katanya dalam satu temu bual bersama mStar Online baru-baru ini.


Usahawan kosmetik terkemuka negara itu berkata, pertimbangan tersebut hanya membabitkan tunggakan gaji pemain yang masih kekal bersama PQPTRW musim ini.

"Ia hanya untuk tunggakan gaji pemain sekarang. Buat masa ini, tunggakan tersebut dibayar secara berjadual," katanya.

Pada masa sama, Dr Vida mendedahkan semua pemain Kelantan yang beragama Islam diwajibkan untuk membaca al-Quran setiap petang sebelum memulakan sesi latihan.

Beliau berkata sesi tersebut merupakan salah satu prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi pemain PQPTRW bermula pada April ini.

"Pemain tak boleh ponteng. Saya dah maklumkan kepada pemain sekurang-kurangnya satu jam kena khatam al-Quran. Saya akan cari guru mengajar al-Quran untuk mereka," katanya.

Menurut Dr Vida, beliau mahu menekankan aspek kesukanan dan kerohanian di dalam pasukan ini agar pemain memperoleh ketegangan jiwa ketika bermain bola.

Malah, beliau juga berharap semua pemain PQPTRW akan menjadi contoh terbaik kepada generasi muda di luar sana.

"Pemain PQPTRW bukan sahaja pandai bermain bola tetapi mereka turut akan dilengkapi nilai kerohanian. Saya cuba bawa ibadah ke dalam sukan agar apa yg kita impikan musim ini mendapat keredaan dan keberkatan-Nya," kata Dr Vida.

Sumber TKO - 17-2-2016




Gol lencong Faiz Subri jadi perhatian dunia (bersama video)

Posted on Wednesday, February 17 @ 13:14:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=lIDAXrjjXe8

PETALING JAYA: Gol cantik hasil sepakan percuma yang diambil oleh pemain skuad Pulau Pinang, Faiz Subri menjadi perhatian peminat bola sepak di seluruh dunia.

Ini disebabkan keunikan lencongan bola itu sebelum menerjah ke dalam pintu gol Pahang dalam perlawanan Liga Super malam tadi.

Tidak lama kemudian, beberapa media luar negara seperti thesportbible dan eurosport.co.uk menyifatkan gol cantik itu sebagai luar biasa.

Menurut Thesportbible juga kemungkinan gol itu akan memenangi Anugerah FIFA Puskas 2016 nanti sebagai ‘Goal of the Year'.

eurosport.co.uk pula menyifatkan gol lencongan seperti itu pastinya menjadi kebanggaan kerana mirip dengan gol cantik yang dilakukan oleh bekas pemain kebangsaan Brazil Roberto Carlos.

Bagi peminat bola sepak tempatan, gol cantik yang dihasilkan Faiz itu dikongsi di laman sosial Facebook dan telah menjadi viral dan antaranya dikongsi Facebook Harimau Malaya.

"Amazing goals.....faiz subri..biar coach (jurulatih) Malaysia buka mata sikit," komen Mohd Farid.
"Kalau konsisten player (pemain) ini sampai habis musim, Team (pasukan) luar mesti nak beli punya. Gol mcm ini, terbeliak biji mata kot," kata Kamal Hayat.

"Gol paling mahal. Messi pun tidak boleh buat apa," kata Mohd Shahfiqry.

Dalam perlawanan semalam itu pasukan Pulau Pinang telah menewaskan Pahang dengan jaringan 4-1 di Stadium Bandaraya Pulau Pinang.
Sumber TKO - 17-2-2016




Pengadil mati ditembak kerana layang kad merah
Posted on Wednesday, February 17 @ 13:17:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



PETALING JAYA: Seorang pengadil perlawanan bola sepak maut selepas ditembak tiga das oleh pemain ekoran tidak berpuas hati selepas dilayangkan kad merah.

Laman portal independent.co.uk melaporkan, pengadil itu dikenali sebagai Cesar Flores, 48, ditembak semasa perlawanan di daerah Cordoba di Argentina.

Suspek turut memukul kepala, dada dan leher pengadil terbabit.

Malah, seorang pemain Walter Zarate, 25, turut menjadi mangsa serangan suspek apabila ditembak di bahagian namun, dilaporkan selamat dan kini sedang menerima rawatan di hospital.

Menurut laporan itu lagi, polis kini sedang memburu suspek kerana memiliki senjata di dalam beg sandangnya.

Suspek dilayangkan kad merah selepas menjatuhkan pemain lain semasa perlawanan.

Sumber TKO - 17-2-2016


Jersi Baharu Skuad Kelantan Penuh Keajaiban

Posted on Wednesday, February 10 @ 13:21:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



KOTA BHARU: Empat jersi jenama DSV (Datuk Seri Vida) yang akan dilancarkan esok, bukan sekadar rekaan semata-mata tapi turut mempunyai kelebihan dari segi kesihatan apabila benang pakaian itu direka khas untuk kurus dan berkulit putih.

Penaja utama Kelantan, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman, berkata beliau mahu jersi yang dipakai pemain dan penyokong turut mempunyai fungsi kesihatan, bukan hanya mempamerkan rekaan semata-mata seperti jersi lain.

Hasmiza atau lebih dikenali Dr Vida berkata, benang yang direka khas itu dihasilkan kilang di tiga negara iaitu China, Thailand dan Vietnam dengan menggunakan teknologi terkini untuk pembangunan baju itu.

"Keempat-empat jersi yang bakal dilancarkan bagi edisi pertama ini mempunyai fungsi perangkap peluh dan mampu memutihkan kulit. Apabila saya mahu lakukan sesuatu, saya suka memandang ke hadapan dan biarlah hasilnya memberi manfaat kepada semua.

"Jersi ini bermula daripada benang yang mana ia turut berfungsi melancarkan perjalanan darah kepada pemakai selain menghasilkan kelembapan daripada peluh pada badan, sekali gus mampu membakar lemak. Proses mengeringkan peluh itu akan menjadikan kulit putih seolah-olah baharu saja selesai sauna.

"Saya sudah lama membuat rekaan benang ini bagi menghasilkan produk baharu untuk kurus dan putih. Tapi alang-alang mahu reka jersi, jadi saya terus aplikasikan kelebihan ini kepada rekaan jersi skuad Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW)," katanya.

BH sebelum ini melaporkan tanda tanya kalangan penyokong Kelantan mengenai gambaran sebenar empat rekaan jersi jenama DSV akan terjawab menerusi pelancarannya esok.

Pengasas Vida Beauty Qu Puteh itu berkata, syarikatnya akan mengeluarkan dua versi bagi keempat-keempat rekaan iaitu 'versi eksklusif' dan 'versi penyokong' dengan pengeluaran sebanyak 20,000 helai untuk edisi pertama.

Daripada empat rekaannya itu, jersi berwarna tradisi Kelantan merah-putih serta merah jambu-putih akan digunakan bagi perlawanan di laman sendiri sementara warna merah jambu-hitam dan biru-putih akan digunakan PQPTRW di tempat lawan.

Mengulas lanjut, Dr Vida yang juga Penasihat Kehormat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berkata beliau yakin fungsi jersinya tidak akan mudah ditiru mana-mana pihak sebaik saja ia dilancarkan nanti.

"Majlis pelancaran yang diadakan nanti pasti memberi kejutan luar biasa kepada orang ramai, seolah-olah jersi ini turun daripada angkasa lepas. Harga yang ditawarkan mampu milik bagi membolehkan semua orang dapat memilikinya," katanya.
--Berita Harian

Sumber TKO - 10-2-2016

Tahniah buat Azizulhasni, doakan jadi juara














































































HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan tahniah keatas pelumba Keirin negara, Azizulhasni Awang yang menduduki ranking No 1 Dunia dalam senarai yang dikeluarkan oleh Persekutuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) hari ini.

Kejayaan buat Azizulhasni yang berpangkalan di Melbourne ini diraih dengan mengungguli takhta dengan 508 mata, diikuti François Pervis dari Perancis dengan 504 mata dan ketiga Edward Dawkins dari New Zealand sebanyak 494 mata.

"Kejayaan ini membuktikan anak Malaysia mampu menjadi yang terbaik di dunia menerusi acara sukan yang memerlukan kekuatan fizikal," ujar Naib Ketua DPPM, Khairil Nizam Khirudin. dalam satu kenyataan

Justeru, katanya Pemuda PAS mendoakan kejayaan buat Azizulhasni dalam Kejohanan Berbasikal Trek Dunia yang dijangka berlangsung pada bulan hadapan.

"Doa kami rakyat Malaysia buat Azizulhasni Awang," katanya yang juga Pengarah Jabatan Kebudayaan Kesenian dan Sukan DPPM. - HARAKAHDAILY 5/2/2016

Sumber HD - 5-2-2016


Badminton

Posted on Thursday, January 28 @ 18:46:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



 photo 12540816_971817839532616_3046595748016765193_n_zpsoczonfhc.jpg

Kedatangan tahun 2016 ini menyaksikan Pemuda PAS Alor Gajah kian rancak memperkemaskan saf di peringkat akar umbi. Setelah pelbagai program dianjurkan sejak pasca muktamar 2015, kini pertandingan badminton menjadi platform terbaru bagi merapatkan ukhwah dan silaturrahim di kalangan pemuda PAS Alor Gajah.


Pertandingan yang berlangsung di Dewan SJK(C) Sin Wah, Durian Tunggal pada 25 Januari 2015 ini telah disertai oleh 24 pemain termasuk 4 orang dari Jasin dan seorang dari Kota Melaka. Program ini dirasmikan oleh Yang DiPertua PAS Alor Gajah, Shahbuddin Isnin.

Menurut Pengarah Program, Mohd Salihin Mohd Sah yang juga Naib Ketua Pemuda PAS Alor Gajah, pertandingan badminton ini merupakan kesinambungan daripada pelbagai program sukan sebelum ini yang bertujuan untuk memastikan hubungan antara ahli sentiasa berada dalam keadaan terbaik.

“Para pemuda merupakan aset yang penting kepada parti. Program yang kita anjurkan ini merupakan salah satu cara bagi memastikan hubungan sesama pemuda sentiasa berada dalam keadaan yang terbaik. Pertandingan ini menggunakan format beregu dimana pasangan dipilih secara undian bagi memastikan peserta kenal mengenali antara satu sama lain. Kita harapkan kekuatan ukhwah yang dibina ini akan meyumbang kepada kejayaan Pemuda PAS Alor Gajah” ujar beliau.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Alor Gajah, Emransyah Ismail berkata pihaknya teruja dengan sambutan daripada golongan muda.

“Walaupun program ini tidak menawarkan hadiah sebaliknya hanya cenderahati namun tetap mendapat penyertaan yang menggalakkan. Ini menunjukkan PAS tetap mendapat sokongan daripada golongan muda biarpun pelbagai serangan politik dilakukan terhadap PAS. Saya yakin PAS di Alor Gajah dapat membina kekuatan yang diperlukan menjelang pilihanraya umum akan datang” katanya.

Sumber TKO - 28-1-2016



Tiga faktor kes doping atlet meningkat – Jegathesan

Posted on Saturday, December 19 @ 14:10:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Jumlah atlet negara yang gagal ujian doping semakin meningkat berpunca daripada tiga faktor, kata bekas pelari pecut negara, Tan Sri Dr M. Jegathesan.

Dr Jegathesan, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perubatan Majlis Olimpik Asia (OCA) serta Suruhanjaya Perubatan Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) turut berkata doping bukan hanya masalah di Malaysia tetapi adalah masalah sejagat.

"Kami melakukan yang terbaik agar atlet kita tidak terlibat dengan masalah doping. Atlet mungkin terlibat dengan tiga cara.

"Pertama, mereka jahil dan melakukan kesilapan. Kedua, atlet menjadi mangsa apabila seseorang memberikan kepada mereka.

"Akhir sekali, mereka mengambilnya dengan sengaja. Setakat ini apa yang kita lihat ramai atlet Malaysia berada dalam dua kategori pertama," katanya kepada pemberita.

Dr Jegathesan yang turut dikenali sebagai ‘Doktor Terbang' selepas memenangi pingat emas acara 100 meter, 200m dan 4x100m di Sukan Asia Bangkok 1966 berkata demikian ketika diminta mengulas skandal doping arena sukan negara.

Mr Universe 10 kali, Sazali Samad, dikatakan adalah atlet terbaru negara yang gagal dalam ujian doping.

Sazali, 47, yang juga juara Mr Asia sembilan kali, dipanggil menghadap Jawatankuasa Disiplin Persekutuan Bina Badan Malaysia (MBBF), Rabu lepas yang membincangkan kes doping.

Sebelum ini, bekas pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei diuji positif dengan bahan larangan dexamethasone dan digantung lapan bulan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas gagal dalam ujian doping sewaktu Kejohanan Dunia 2014.

Atlet Malaysia lain yang turut gagal ujian doping adalah peserta wushu, Tai Cheau Xuen, pelumba basikal trek, Mohd Shah Firdaus Sahrom serta Mohd Azril Huzairi Ramli dan Jelinie Empera, kedua-duanya dari sukan angkat berat.

Bagi mengelakkan masalah sama, Dr Jegathesan berharap Agensi Anti Doping Malaysia (ADAMAS), persatuan dan badan sukan dapat mendidik atlet mereka dari semasa ke semasa agar terhindar daripada melakukan kesalahan doping.
- therakyatpost

Sumber TKO - 19-12-2015



Impian 33 Selangor tertunai

Posted on Saturday, December 12 @ 23:18:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar




IMPIAN Selangor merangkul kejuaraan Piala Malaysia buat kali ke 33 menjadi kenyataan selepas menumpaskan Kedah 2-0. 



Gol pertama Selangor seawal minit ke tiga dijaringkan menerusi ledakan Ahmad Hazwan Bakri sebelum disusuli gol keduanya.



Sementara itu, malang buat Lang Merah apabila penjaga golnya, Firdaus Muhamad dilayangkan kad merah selepas menepis bola di luar kotak penalti, lima minit sebelum perlawanan sebenar berakhir.  - SH
Sumber TKO - 12-12-2015



Dua Lagi Atlet Negara Gagal Ujian Doping

Posted on Monday, November 30 @ 10:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



KUALA LUMPUR: Sukan negara kini dikejutkan dengan dua lagi kes doping melibatkan atlet bina badan dan angkat berat.

Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa (IWF) telah menamakan Mohd Azril Huzairi Ramli, bagaimanapun identiti atlet bina badan masih lagi menjadi tanda tanya.

Setiausaha Persekutuan Bina Badan Malaysia (MBBF), Kamaruzaman Kadir mendakwa mereka tidak maklum berhubung insiden itu.

Difahamkan atlet bina badan terlibat gagal ketika menjalani ujian doping pada pertandingan yang disertainya baru-baru ini selepas mengambil makanan tambahan mengandundi bahan terlarang.

Bagi kes kedua pula, IWF telah menggantung Azril selepas air kencingnya didapati positif bahan terlarang, D-methamphetamin.

Azril mewakili Pahang dan memenangi dua pingat emas pada Sukma tahun lepas di Perlis.
Bagaimanapun, keputusan positif ujian yang dilakukan ke atas atlet bina badan itu yang ditunggu-tunggu.

Sementara itu, Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia (MWF), Datuk Ong Poh Eng berkata, pihaknya akan melakukan sisatan dalaman berkaitan ujian doping Azril.

"Saya tidak mempunyai maklumat lagi, tetapi akan siasat mengenainya. Kami tidak akan biarkan perkara ini memburukkan imej sukan negara.

"Saya juga Naib Presiden IWF dan kami sentiasa mengutamakan persaingan sihat tanpa penggunaan sebarang bahan untuk meningkatkan pencapaian. Kami memandang serius perkara ini dan akan menjalankan siasatan dalaman," katanya.

Sabtu, Ketua Unit Agensi Anti Doping Kebangsaan Malaysia (Adamas), Nishel Kumar tidak memberi sebarang komen berkaitan kes atlet bina badan tetapi berkata mereka membantu siasatan melibatkan atlet angkat berat.

"Ini satu lagi kes baharu dan kami akan pantau serta lakukan susulan dengan badan induk supaya siasatan dalam dijalankan.

"Berkaitan kes atlet angkat berat, bahan yang diambil adalah dadah yang digunakan pada waktu santai," katanya.  - Mstar

Sumber TKO - 30-11-2015


Badrul Hisham Lebur Rekod 17 Tahun Watson Nyambek

Posted on Tuesday, November 24 @ 13:21:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



KUALA LUMPUR: Badrul Hisham Abdul Manap meleburkan rekod kebangsaan dalam acara 100 meter yang dipegang bekas pelari pecut negara, Watson Nyambek selama 17 tahun, pada hari pertama Kejohanan Sukan Sekolah ASEAN di Brunei, Isnin.

Atlet kelahiran Melaka berusia 18 tahun itu yang merupakan juara bertahan acara berkenaan, mencatat masa 10.29 saat bagi memadamkan rekod Watson 10.30 saat yang dicipta di Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia 1998.

Seorang lagi atlet negara, Asnawi Hashim di tempat kedua dengan catatan10.71s, diikuti Worawutsalabal dari Thailand dengan masa 10.87s dalam acara yang berlangsung di Kompleks Sukan Tutong, demikian menurut laman sesawang rasmi kejohanan; asg7.moe.gov.bn.

Dalam pada itu, kontinjen negara menambah dua lagi pingat emas dalam sukan olahraga, masing-masing menerusi Muhammad Adil Taufek dalam acara lontar peluru lelaki dan Quek Lee Yong dalam acara 400m lari berhalangan lelaki.

Muhammad Adil meraih emas selepas melakukan lontaran sejauh 15.21 meter manakala Quek mencatat masa 52.18 saat.

Terdahulu, Malaysia meraih dua pingat emas dalam acara renang, sekali gus menyaksikan kontinjen negara kini berada di kedudukan kedua di belakang Indonesia, dengan kutipan lima pingat emas, tiga perak dan satu gangsa.

Indonesia mengungguli hari pertama dengan pungutan tujuh emas, enam perak dan satu gangsa manakala Vietnam di tangga ketiga dengan kutipan empat emas, satu perak dan tiga gangsa.

Untuk rekod, Malaysia pernah muncul juara keseluruhan kejohanan sukan tahunan berkenaan pada 2010 yang diadakan di sini, serta pada tahun lepas di Filipina. - Mstar

Sumber TKO - 24-11-2015



Presiden Bola T’ganu Mahu Beri Saguhati Kepada ‘Individu Jujur’

Posted on Thursday, November 19 @ 19:37:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



NAMPAKNYA sikap jujur seorang peminat bola sepak ini memberi  tuah kepadanya.

Ini berikutan, Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid berminat mahu bertemu dengan individu yang memberi surat permohonan maaf beserta RM15 kerana memasuki Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin secara haram, baru-baru ini.

“Saya minta peminat bola sepak Terengganu itu datang berjumpa kami untuk menerima cenderahati atas kejujurannya.

“Inilah gambaran peminat bola sepak Terengganu yang sanggup berterus terang dan mengakui kesalahannya walaupun kos tidak seberapa, tetapi kejujuran dan kesetiaan kepada pasukan bola sepak Terengganu harus disambut baik.

“PBSNT memaafkan perbuatan Hamba Allah dan menerima dengan hati yang terbuka. Saya mengharapkan dapat berjumpa penulis surat berkenaan untuk memberi penghargaan serta cenderahati kepadanya,” kata Wan Ahmad Nizam seperti yang dipetik di Harian Metro.
Difahamkan, Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu itu menerima surat tersebut pada pagi Ahad lalu, sebelum ianya menjadi viral di laman sosial.

Berdasalkan surat tersebut, pengirim yang mengelarkan dirinya sebagai nama ‘Hamba Allah’ itu mengaku telah masuk secara haram ke dalam stadium untuk menonton perlawanan bola di antara Terengganu dan Lions xii, yang berlangsung pada 4 November lalu.

Susulan itu, individu tersebut menyatakan permohonan maafnya selain turut sertakan wang tunai berjumlah RM15 sebagai bayaran tiket yang dikenakan untuk memasuki stadium itu.

Peminat bola sepak itu juga turut berazam untuk tidak mengulangi kesilapannya itu kerana takut akan hukuman di akhirat kelak. – MYNEWSHUB .CC

Sumber TKO - 19-11-2015



Chong Wei Tamat Penantian 13 Tahun Terbuka China

Posted on Sunday, November 15 @ 21:19:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUALA LUMPUR – Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei merangkul gelaran sulung Terbuka China selepas mengalahkan pilihan utama Chen Long pada final di Pusat Sukan Olimpik Haixia di Fuzhou, China, hari ini.

Kejayaan itu menyaksikan bekas pemain nombor satu dunia itu menamatkan kemarau 13 tahun untuk pemain perseorangan lelaki negara merangkul gelaran itu selepas Wong Choong Hann pada 2002.

Chong Wei mula mengorak langkah ke final dengan menundukkan pemain nombor dua dunia, Jan O Jorgensen dari Denmark di peringkat suku akhir diikuti musuh tradisinya Lin Dan dari China, yang juga pemain nombor tiga dunia, di separuh akhir.

Chong Wei mengekalkan momentum kejayaan apabila hanya mengambil masa 50 minit untuk mengecewakan Chen Long, selaku pemain nombor satu dunia dari China, dalam straight set 21-15 dan 21-11.

Pencapaian itu sekali gus melunaskan dendam terhadap Chen Long yang menafikan impian Chong Wei untuk meraih gelaran dunia sulung pada final Kejohanan Dunia di Jakarta, Ogos lepas.

Atas kejayaan itu, Chong Wei, 32, membawa pulang hadiah wang tunai US$52,500 (RM230,474) manakala Chen Long, selaku naib juara, meraih wang tunai US$26,600 (RM115,774).

KEPUTUSAN FINAL:

(NOTA: Kurungan [ ] menandakan pemain pilihan)
LELAKI:
——-
Perseorangan
LEE CHONG WEI (MAS) mn [1] Chen Long (CHN) 21-15, 21-11

Beregu
Kim Gi Jung/Kim Sa Rang (KOR) mn [6] Chai Biao/Hong Wei (CHN) 21-13, 21-19

WANITA:
——-
Perseorangan
[6] Li Xuerui (CHN) mn [1] Saina Nehwal (IND) 21-12, 21-15

Beregu
Tang Yuanting/Yu Yang (CHN) mn [1] Misaki Matsutomo/Ayaka Takahashi (JPN) 18-21, 21-13, 21-12

Beregu Campuran
[1] Zhang Nan/Zhao Yunlei (CHN) mn [5] Joachim Fischer Nielsen/Christinna Pedersen (DEN) 21-19, 17-21, 21-19. – BERNAMA

Sumber TKO - 15-11-2015



Chong Wei kalahkan Lin Dan, jumpa Chen Long di final
Posted on Saturday, November 14 @ 19:27:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Pemain perseorangan badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mara ke final Terbuka China dengan mengalahkan bekas juara dunia, Lin Dan dalam saingan separuh akhir di Fuzhou, hari ini.

Chong Wei terpaksa menempuh perlawanan tiga set untuk mengalahkan Lin Dan dengan kemenangan 17-21, 21-19 dan 21-19,.

Juara dunia, Chen Long juga berjaya menempah tiket ke final apabila mengalahkan pemain dari Korea Selatan, San Wan Ho dengan menundukkan straight set 21-11 dan 21-17.
Sumber TKO - 14-11-2015


Kerajaan patut berminda juara seperti AMG F1 Petronas























































































IR KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN | .



DEWAN Pemuda PAS Malaysia ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada PETRONAS diatas kejayaan Pasukan Formula 1 Mercedes AMG PETRONAS atas kejayaan merangkul kejuaraan Pasukan Formula 1 dan kejuaraan pemandu Lewis Hamilton selepas kejayaan di GP Amerika Syarikat, 26 Oktober 2015 yang lalu.

Pemuda PAS juga mengucapkan tahniah kepada Lewis Hamilton, dengan kejayaan kali ke-3 menjuarai kategori pemandu pada tahun ini. Pemanduan berkelas dunia Hamilton dengan jentera F1 W06 Hybrid telah berjaya mengatasi jentera-jentera lain seperti Ferrari, Renault dan Honda dalam perebutan kejuaraan Formula 1 pada tahun 2015 ini.

Kejayaan ini membuktikan penglibatan syarikat minyak dan gas negara dalam teknologi permotoran kelas tertinggi ini, membuahkan hasil yang sangat positif kepada PETRONAS dan Malaysia amnya, dari sudut perkongsian kepakaran diantara PETRONAS dan Pasukan Formula 1 Mercedes AMG PETRONAS.

Biarpun tahun 2015 adalah tahun yang sukar buat industri minyak dan gas dunia, penglibatan berterusan PETRONAS dalam sukan permotoran ini adalah penting untuk terus relevan dalam perniagaan minyak pelincir (lubricants) yang diceburi sejak 1981.

Kejayaan ini diharapkan dapat meningkatkan penjualan minyak pelincir dan produk berasaskan fluid technology solution jenama PETRONAS melalui anak syarikatnya, Petronas Lubricants International. Pelaburan ini secara tidak langsung memberikan keuntungan kepada rakyat, melalui pendapatan yang diberikan semula kepada rakyat melalui royalti dan cukai yang dibayar oleh PETRONAS kepada kerajaan.

Diharapkan dengan kejayaan ini, pihak kerajaan juga dapat mentadbir dengan minda juara sebagaimana PETRONAS, agar tidak menjadi yang tercorot di dunia, contohnya, kedudukan mata wang yang jatuh paling teruk, indeks persepsi rasuah yang terbawah mahupun skandal kewangan terbesar yang masih tidak terjawab dan menjadi perhatian antarabangsa ketika ini.

Pemuda PAS juga mengharapkan perkongsian strategik ini dapat diteruskan kerana disamping membawa impak komersil kepada PETRONAS dari sudut penjenamaan dan Market Positioning, keupayaan teknologi minyak pelincir dan minyak perlumbaan untuk digunakan dalam sukan permotoran ini mampu memberikan keuntungan dari sudut kepakaran, penyelidikan dan pembangunan serta pemindahan teknologi (brain share) berkaitan minyak kepada tenaga-tenaga tempatan.

Semoga perlumbaan Formula 1 pada tahun hadapan terus dikuasai oleh Pasukan Mercedes AMG PETRONAS.

Congratulations again PETRONAS and Lewis! – HARAKAHDAILY 30/10/2015

Penulis ialah Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia dan Pengarah Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Sukan.

Sumber HD - 30-10-2015


Kami Harap ‘Mat Yo’ Kekal – Peminat Tegar Pasukan Terengganu

pasukan terengganu
Oleh : Mohd Syakir Ahmad

Berbagai cerita yang melanda pasukan bola sepak Terengganu pada masa ini.. Ada yang baik untuk peminat dan pasukan, tidak kurang yang tidak enak di dengar.

Tatkala pasukan kini sedang bertungkus lumus berjuang mencari slot ke suku akhir Piala Malaysia yang boleh di anggap misi yang agak mustahil, dan para penyokong masih menaruh harapan yang tinggi, ada pemain yang dikatakan mula membuat onar di saat genting seperti ini.

Ini sedikit sebanyak menimbulkan keresahan dikalangan penyokong.. Mereka mahu mereka yang terlibat dapat menyelesaikan masalah ini secepat mungkin bagi membolehkan pasukan memberi fokus pada perlawanan yang bakal dihadapi.

Pasukan yang sinonim dengan jolokan ‘Sang Penyu’ ini pada awalnya di label sebagai pencabar bagi kejuaraan Piala Malaysia 2015.. Namun segala perancangan sedikit terencat gara-gara kehilangan beberapa orang tonggak utama dalam pasukan terutama pemain di posisi penyerang.. Di mulakan dengan kehilangan Abdul Manaf sejak di awal musim lagi.

Kini Norshahrul pula digantung 5 perlawanan dalam Piala Malaysia dan hanya akan dapat beraksi pada perlawanan suku akhir kedua sekiranya rayuan dari PBSNT di tolak oleh FAM.

Keresahan penyokong di teruskan lagi setelah P.Rangel dikatakan tidak mahu beraksi ketika perlawanan menentang Kedah tempoh hari.

Mungkin hal ini terjadi akibat ada perselisihan di antara P.Rangel dan pihak pengurusan dan mengharapkan agar kedua-dua pihak dapat menyelesaikan segala kemelut secara profesional.

Bercakap mengenai Piala Malaysia bagi musim 2015, pasukan Terengganu jika di lihat mempunyai peluang yang sangat tipis untuk melayakkan diri ke peringkat suku akhir.

maty

Namun begitu, peluang masih terbuka bagi kesemua 4 pasukan di dalam kumpulan A. Cuma laluan Terengganu sedikit berliku kerana Terengganu perlu bertandang terlebih dahulu ke Stadium Pasir Gudang pada hari selasa ini untuk menghadapi JDT II yang mana mereka juga mahu mencatatkan kemenangan bagi mencerahkan kembali peluang ke suku akhir.

Terengganu dan JDT II kini berkongsi 4 mata. Misi wajib menang perlu direalisasikan pasukan Terengganu bagi membuat perhitungan dengan LionsXII di SSMZA pada perlawanan terakhir yang di jadualkan berlangsung pada 4.11.2015.

Di samping mencari kemenanangan, pasukan Terengganu juga perlu mencari seberapa banyak gol dan dalam masa yang sama mengelakkan dari gawangan daripada di bolosi. Ini kerana berkemungkinan besar pungutan mata yang sama bakal terjadi.

Namun jika kalah ataupun seri, maka pasukan Terengganu bolehlah mengucapkan selamat tinggal kepada Piala Malaysia 2015.

Dan yang terakhir, selaku penyokong, kami ingin mengucapkan tahniah buat pengurusan kerana mengekalkan dua tonggak import yang di beli pada musim ini iaitu Gustavo dan Issey Nakajima.

Kami, para penyokong juga sangat mengharapkan agar Mat Yo juga kekal dengan pasukan Terengganu untuk tempoh yang lebih lama.

Akhir kata, majulah sukan untuk negara.. Peteh Tranung Peteh!

“Black White Flag Of Our Pride”
‘Istiqamah Hingga Kemenagan’

***Mohd Syakir Ahmad adalah peminat dan penyokong tegar pasukan bola sepak Terengganu. Tulisan ini adalah pandangan beliau semata-mata

Sumber BO - 25-10-2015


Mohamed Al-Amin Kini Memangku Jawatan Presiden BAM - Tengku Mahaleel
Posted on Monday, October 19 @ 11:33:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol




PETALING JAYA: Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Mohamed Al-Amin Abd Majid dilantik memangku jawatan presiden badan induk itu berikutan keadaan kesihatan penyandang, Tan Sri Tengku Mahaleel tidak mengizinkan.

Peralihan kuasa sementara tersebut berkuat kuasa serta-merta selepas mesyuarat Ahli Majlis BAM pada Ahad bersetuju dengan permintaan Tengku Mahaleel untuk mengambil cuti panjang kerana masalah kesihatan.

Tengku Mahaleel berkata, beliau memohon cuti atas sebab kesihatan dan Mohamed Al Amin bersetuju untuk mengambil alih tempatnya buat sementara.

"Sampai bila saya bercuti, ia bergantung pada tahap kesihatan saya. Saya akan membantu apa sahaja yang boleh saya bantu," katanya pada pemberita selepas mesyuarat itu di sebuah hotel di Subang, dekat sini.


Bagaimanapun, katanya beliau tidak melepaskan jawatannya itu serta-merta dan yakin kepimpinan tertinggi BAM akan meneruskan program yang dirancang terutamanya Program Sukan Olimpik Rio de Janeiro 2016.

Tengku Mahaleel telah dipilih untuk menerajui persatuan itu bagi penggal  2013-2017.

Dalam pada itu, mesyuarat itu tidak mengeluarkan surat pelantikan rasmi kepada Mohamed Al-Amin tetapi hanya melibatkan persetujuan ahli Majlis BAM.

Menyentuh mengenai prestasi Datuk Lee Chong Wei, Tengku Mahaleel tidak menafikan prestasi jaguh badminton negara itu telah merundum dan berharap ini tidak menjejaskan persiapannya untuk menghadapi Sukan Olimpik tahun depan.

"Morten (Pengarah Teknikal BAM Morten Frost Hansen) telah menjelaskan masalah yang sedang dihadapi kini. Badminton juga seperti bola sepak ada pasang surut...saya percaya pihak kejurulatihan dan pemain akan berbincang untuk mengatasi masalah ini," katanya.

Sementara itu, Mohamed Al-Amin, yang juga Ketua Kontinjen Negara ke Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, berkata beliau bersedia memikul tanggungjawab baharu itu.

"Sebenarnya tanggungjawab saya semakin berat tetapi ini adalah perkara yang perlu saya pikul. Tiada perancangan baharu cuma selepas ini saya akan memberikan tumpuan lebih kepada pemain dalam setiap kejohanan yang mereka sertai," katanya.

Menurutnya beliau akan akan memberikan tumpuan lebih tinggi dalam memantau prestasi pemain dalam setiap kejohanan dan program yang disediakan untuk memastikan badminton mencapai sasaran pingat emas pertama negara di Sukan Olimpik itu.-- Bernama

Sumber TKO - 19-10-2015



























































































Tahniah JDT

HARAKAHDAILY | .


DACS Selangor merakamkan ucapan tahniah kepada pasukan bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) kerana telah berjaya melangkah ke perlawanan akhir Piala AFC.

Ia sekali gus mencipta sejarah baru dalam sukan bola sepak tanah air apabila menjadi pasukan pertama berjaya melakukannya.

JDT dijadualkan menentang pasukan Al-Qadsia SC pada 20hb Oktober ini untuk pusingan kedua separuh akhir Piala AFC 2015 namun akibat masalah yang melanda Persatuan Bolasepak Kuwait menyebabkan pasukan-pasukan daripada negara tersebut dihalang oleh badan induk bola sepak dunia iaitu FIFA daripada terlibat dalam mana-mana kejohanan antarabangsa. Justeru itu, JDT diberikan kemenangan oleh AFC dan akan terus ke perlawanan akhir Piala AFC 2015 bertemu pasukan FC Istiklol dan tarikh perlawanan tersebut dijadualkan pada 31hb Oktober ini. (Fb Johor Southern Tigers: 2015)

Akhir kalam, DACS Selangor menyeru kepada seluruh penyokong bola sepak tanah air untuk kita bersama-sama dengan pasukan JDT mengharungi cabaran baru ini.

Pasukan JDT telah berjaya menukar landskap bola sepak yang kebelakangan ini begitu teruk sekali kepada satu kuasa baru di rantau Asia. Terima kasih kepada DYAM Tunku Mahkota Johor yang menjadi arkitek dalam mencorakkan pasukan JDT menjadi pasukan yang kuat dan mantap.

Diharapkan pihak FAM dapat membuka mata dan mempelajari sesuatu daripada apa yang telah dilakukan oleh DYAM Tunku Mahkota Johor. Ayuh rakyat Malaysia, kita doakan kejayaan pasukan JDT.

Majulah sukan untuk negara.

MUHAMMAD FADZLI ABU BAKAR
Pengarah,
Department of Arts, Culture and Sports (DACS) Selangor
Dewan Pemuda PAS Selangor. - HARAKAHDAILY 18/10/2015

Sumber HD - 18-10-2015





























































































JDT yakin julang Piala AFC, perlu usaha keras

BERNAMA | .

JOHOR BAHARU: Kapten Johor Darul Ta'zim (JDT) Safiq Rahim yakin pasukannya mampu menjulang Piala AFC, namun, memerlukan usaha keras ketika berdepan FC Istiklol pada aksi final, di Dushanbe, Tajikistan, 31 Okt ini.

Safiq berkata buat masa ini motivasi semua pemain berada pada tahap tinggi dan tidak mustahil mampu merangkul kejuaraan sekiranya mematuhi percaturan Ketua jurulatih, Mario Gomez.

"Bagi saya, kita (JDT) tidak mempunyai masa untuk rehat. Kita kena lebih bekerja keras, mengikut 100 peratus yang diajar jurulatih dan saya percaya JDT boleh membawa pulang Piala AFC," katanya.

Safiq ditemui pemberita selepas aksi Kumpulan B Piala Malaysia di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam tadi yang menyaksikan JDT mudah membenam Angkatan Tentera Malaysia (ATM), 4-0.

JDT mencipta sejarah menjadi pasukan negara pertama layak ke final Piala AFC sejak ia diperkenalkan pada 2004 dan skuad itu bersama FC Istiklol layak secara automatik selepas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menggantung Persatuan Bola Sepak Kuwait (KFA).

Ia susulan keputusan kerajaan Kuwait yang mahu melaksanakan undang-undang sukan baharu yang mengancam autonomi KFA sebagai badan bebas daripada campur tangan kerajaan.

Menurut Safiq, JDT sudah banyak berkorban untuk berada pada tahap sekarang dan percaya pasukan itu juga mampu mencatat kemenangan di halaman sendiri sekiranya perlawanan berdepan Al-Qadsia SC yang sepatutnya berlangsung Selasa ini, tidak dibatalkan.

"Sekarang, ita sudah dapat peluang ke final dan kita tidak pernah masuk ke peringkat seumpama ini. Kita mahukan sesuatu yang kita tidak pernah dapat, jadi, kita mahukan piala itu," katanya sambil meminta seluruh penyokong bola sepak mendoakan kejayaan pasukan itu.

Safiq berkata skuad Harimau Selatan dijangka berlepas ke Dushanbe, Tajikistan, selepas perlawanan menentang Sarawak pada saingan Kumpulan B Piala Malaysia, 26 Okt depan.

Katanya pasukan itu tidak mempunyai masalah cuaca untuk beraksi menentang FC Istiklol kerana semua pemain sudah mempunyai pengalaman dan tumpuan hanya dipersiapkan dari segi mental serta fizikal. - Bernama

Sumber HD - 18-10-2015

Chong Wei Tersungkur Di Pusingan Kedua Terbuka Denmark

Posted on Friday, October 16 @ 23:35:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



DATUK Lee Chong Wei tersingkir di pusingan kedua kejohanan Badminton Terbuka Denmark selepas tewas kepada Wei Nan dengan straight set.

Wakil dari Hong Kong yang berada di ranking ke-15 dunia itu mengambil masa 45 minit untuk mengalahkan Chong Wei dengan 21-18, 21-19.



Pada set pertama, Chong Wei dilihat tidak terdaya untuk mengejar.



Bekas pemain No.1 dunia itu cuba merapatkan jurang 6-7, namun Wei Nan mula meninggalkannya sehingga 18-11.



Chong Wei mempamerkan sedikit kebangkitan di penghujung permainan untuk meletakkan kedudukan 18-19 sebelum Wei Nan menamatkan set pertama 21-18.



Di set kedua, saingan sengit ditunjukkan kedua-dua pemain sehingga beberapa kali kedudukan terikat.



Pun begitu, Wei Nan lebih tangkas untuk sekali lagi memenangi permainan di set kedua dengan 21-19.



Ia adalah kekalahan kedua Chong Wei kepada Wu Nan selepas tewas di Terbuka Singapura September tahun lalu.


Sementara itu, pasangan beregu wanita negara Vivian Hoo Kah Mun dan Woon Khe Wei turut tewas kepada beregu tuan rumah dengan Christinna Pedersen dan Kamilla Rytter Juhl dengan 21-16, 21-13 Astro Awani
Sumber TKO - 16-10-2015


Atlet Sukma Bebas Tuduhan Rogol Pegawai Pengiring

Posted on Thursday, October 15 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



PETALING JAYA: Seorang atlet bola baling lelaki Sukan Malaysia (Sukma) 2013 hari ini dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan merogol seorang pegawai pengiring pasukan bola baling, dua tahun lepas. 

Hakim Mahkamah Sesyen Abu Bakar Manat membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Adib Adha Ismail, 20, di akhir kes pendakwaan.

Oleh itu, katanya tertuduh tidak perlu dipanggil untuk membela diri.

"Mangsa tidak dapat memastikan dengan jelas sama ada tertuduh merogolnya atau tidak, sebaliknya mangsa hanya mengecam seorang daripada ketiga-tiga tertuduh yang merogolnya.

"Tiada apa yang boleh dikaitkan dengan kamu selain profil asid deoksiribonukleik (DNA) pada tuala, namun ia bukan bukti langsung yang boleh menunjukkan kehadiran kamu di tempat kejadian. Selain itu, banyak keraguan timbul berdasarkan keterangan saksi," kata hakim itu.

Tertuduh didakwa merogol wanita berusia 20 tahun itu di sebuah bilik di perkampungan sukan di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, pukul 4.10 pagi, 4 Julai 2013.

Pada 11 Julai 2013, tertuduh didakwa bersama-sama dua lagi atlet bola baling lelaki Sukma 2013 iaitu Megat Farzeril Faiz Megat Razali, 21, dan Mohammad Shaizzad Md Shafie, 21, merogol wanita sama, di tempat dan hari sama.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, pada 9 Oktober 2014 Mahkamah Sesyen melepas tanpa membebaskan mereka daripada pertuduhan itu kerana saksi tidak hadir pada perbicaraan kes itu.

Pada 3 November 2014 mereka didakwa semula di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan sama. Bagaimanapun pada hari itu hanya Adib Adha yang hadir ke mahkamah manakala dua lagi rakannya tidak hadir.

Hari ini mahkamah menetapkan keputusan di akhir kes pendakwaan terhadap Adib Adha selepas mendengar keterangan 14 saksi pendakwaan termasuk mangsa dan rakan baik mangsa.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Aishah Ahmad Zakiuddin manakala Adib Adha diwakili peguam Guok Ngek Seong. - MStar
Sumber TKO - 15-10-2015


Euro 2016: England Atasi Estonia, Kekal Rekod Tanpa Kalah

Posted on Saturday, October 10 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh penjualcendol




THEO Walcott dan Raheem Sterling masing-masing menjaringkan satu gol untuk membantu England menewaskan Estonia 2-0 pada aksi kelayakan Euro 2016 di Stadium Wembley, awal pagi Sabtu. 



Kemenangan itu membolehkan England mengekalkan rekod tanpa kalah dalam aksi kelayakan itu.



Ketika kedua-dua pasukan beraksi hambar pada awal permainan, Walcott mengamatkan stadium dengan menjaringkan gol pertama untuk England pada minit ke-45.



Namun, Estonia melakukan beberapa asakan tetapi gagal menemui penyudah berbisa.



Harry Kane turut terlepas peluang untuk menambah koleksi jaringannya untuk England.



England terus mendahului dengan selesa apabila Sterling menjaringkan gol kedua  pada minit ke-85.



Ini adalah kali pertama England memenangi 11 perlawanan kelayakan Piala Dunia/Euro berturut-turut.



England akan berlepas ke Lithuania pada aksi kelayakan terakhir pada Isnin ini.



Sementara itu, dalam satu lagi perlawanan berasingan, Switzerland menempah tiket ke kejohanan akhir Euro 2016 selepas menang besar 7-0 ke atas San Marino.



Menerusi kemenangan itu, Switzerland kini menduduki tempat kedua dalam Kumpulan E.  - mStar



Sumber TKO - 10-10-2015


FAM didenda RM180,000, beraksi dalam stadium kosong
Posted on Monday, October 05 @ 19:17:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



KUALA LUMPUR 5 Oktober - Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) didenda 40,000 Swiss Franc (RM180,000) serta diberi amaran oleh Persekutuan Bola sepak Antarabangsa (FIFA) selepas gagal mengawal keadaan ketika penyokong melakukan rusuhan sewaktu aksi kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 menentang Arab Saudi pada 8 September lalu.

Kemenangan 3-0 turut diberikan kepada pasukan pelawat, malah skuad negara diarahkan beraksi tanpa penyokong dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia/Piala Asia pada 17 November menentang Emiriyah Arab Bersatu (UAE). 

Sumber TKO - 5-10-2015  

Sarung Tangan Save Gaza Milik Azizul Hasni Awang Akan Dilelong

save gaza azizul hasni
Sarung tangan bertulis ‘SAVE GAZA’ yang menggemparkan Sukan Komanwel 2014, milik pelumba basikal Azizul Hasni akan dilelong dalam majlis makan malam amal Persatuan Perubatan Islam Malaysia (IMAM).

save gaza azizul hasni1

Beliau yang berumur 29 tahun adalah anak kelahiran Dungun, Terengganu, yang menunjukkan keberaniannya memakai sarung tangan tersebut dalam temasya sukan antarabangsa dim Glasgow, UK, pada 24 Julai 2014.

Katanya, beliau memakai sarung tangan itu ketika pusingan separuh akhir acara Keirin sebagai bantahan pembunuhan umat Islam di Gaza pada bulan Ramadhan tahun tersebut dengan jumlah kematian meningkat kepada 800 orang pada masa itu.

maza4

Bagaimanapun tindakannya itu telah diberi amaran oleh Persekutuan Sukan Komanwel yang tidak mahu sukan itu dimasukkan unsur politik dan memberitahu mereka akan menghubungi ketua delegasi Malaysia untuk membincangkan kejadian itu.

Namun begitu, tiada sebarang tindakan diambil apabila Azizul secara terpaksa, telah memohon maaf atas kejadian itu.

Sehubungan itu, menurut laman web Persatuan Perubatan Islam Malaysia, wang yang bakal diperolehi dari lelongan sarung tangan ‘SAVE GAZA’ itu akan didermakan 100% untuk Gaza.

Lelongan secara atas talian dibuka sehingga makan malam yang diadakan di sebuah hotel di Pulau Pinang pada 1hb Oktober depan.

Sumber BO - 26-9-2015

































































































Khairy Bukan Pengurus Berjaya, FAM Perlu Dirombak Segera

Malaysia-and-Saudi-Arabia-flares-on-the-pitch
Oleh: Ahmad Faizol

KUALA TERENGGANU – Jabatan Seni,Budaya dan Sukan (Department of Art, Culture and Sp0rt – DACS) Pemuda PAS Terengganu menmbidas kenyataan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Khairy bin Jamaluddin berkenaan respon beliau terhadap prestasi pasukan bolasepak Malaysia.

IMG-20150912-WA0116

Ketuanya, Ahmad Zulkaramie Salleh [Gambar kanan] berkata walaupun berkelulusan luar negara dan pernah terlibat dalam satu program realiti TV bolasepak tempatan, ia bukan bermakna Khairy adalah seorang pengurus yang berjaya.

“Mempunyai ijazah dari universiti luar negara dan pernah terlibat dengan program realiti tv bolasepak bukan bermaksud anda seorang pengurus yang berjaya dalam bolasepak dan begitu juga bagi mereka yang mempunyai pangkat Dato atau kedudukan politik,”ujar Zulkaramie dalam satu kenyataan.

Beliau melihat keterlibatan ahli politik dalam bidang sukan bola sepak di tanahair hanyalah untuk mencari ‘publisiti’ murahan walaupun dari sudut kewangan penglibatan ahli-ahli politik itu memberi manfaat kepada pasukan yang bertanding.

“Seperkara yang menyedihkan dalam bolasepak negara ialah penglibatan ahli-ahli politik. Memang benar, daripada sudut kewangan penglibatan ahli-ahli politik itu membawa manfaat.

khairy

“Walaupun Mereka mampu menarik dana yang diperlukan untuk mengurus persatuan bolasepak tempatan, tapi umumnya adalah untuk mencari publisiti bagi ‘batuan politik,”jelasnya.

Beliau menggesa, agar pihak terbabit mengambil tindakan segera melakukakn satu reformasi menyeluruh keatas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Antaranya beliau mennyarankan agar badan bola sepak itu ditadbir oleh orang yang berkelayaan dan mempunyai kepakaran dalam bidang sukan itu..

“FAM perlu ditadbir oleh mereka yang mempunyai kredibiliti dalam bolasepak. Sama ada mereka terlibat dengan sukan tersebut atau yang mempunyai kelulusan dan kepakaran dalam bolasepak”

UAE's Ali Ahmed Mabkhout (L) fights for the ball with Malaysia's Mohd Afif Bin Amiruddin (C) and Muhammad Zamir during their AFC qualifying football match for the 2018 FIFA World Cup at the Mohammed Bin Zayed Stadium in Abu Dhabi on September 3, 2015. AFP PHOTO / KARIM SAHIB

Mengambil contoh Persatuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF), Zulkaramie berkata, Presidennya ialah Angel Maria Villar merupakan bekas pemain pertahanan Sepanyol manakala Presiden Persatuan Bolasepak Jerman.

“(DFB) Wolfgang Niersbach pula ialah seorang wartawan sukan bolasepak sebelum menyertai DFB,”katanya dan menambah, walaupun ramai peminat bola sepak tempatan menyokong pasukan luar negara dalam kejohanan peringkat dunia, namun lebih membanggakan jika pasukan Malaysia dan laungan lagu Negaraku berkumandang di Piala Dunia.

Kekalahan pasukan negara 10 – 0 dengan pasukan UAE dalam pusingan kelayakan Piala Asia Pada 3 September lalu, menyaksikan Malaysia yang berada pada ranking ke-168 dunia, kekal menghuni tangga tercorot Kumpulan A selepas kalah 6-0 kepada Palestin dan seri 1-1 menentang Timor Leste pada dua aksi terdahulu.

“Kemestian untuk merombak FAM lebih mendesak apabila berlaku kejadian yang tidak diingini pada perlawan dengan Arab Saudi pula,”ujarnya lagi.

Sumber BO - 13-9-2015

Hukum siapa: Ultras Malaya, FAM atau kedua-dua?

HARAKAHDAILY | .


Malu! Malaysia malu lagi! Di manakah mahu diletakkan air muka lagi? Seantero dunia menyaksikan Malaysia dimalukan. Bukan oleh orang luar tetapi oleh warganya sendiri.

Setelah kekalahan mengaibkan kepada UAE, terbaru Malaysia dilondehkan lagi oleh perbuatan dan sikap penyokongnya sendiri; Ultras Malaya.

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengecam keras tindakan Ultras Malaya yang benar-benar dilihat ingin mengaibkan Malaysia di mata dunia.

Tindakan membaling mercun dan suar ketika aksi Kelayakan Piala Dunia menentang Arab Saudi sehingga memaksa perlawanan dihentikan adalah perbuatan biadap dan tidak boleh diterima sama sekali.

Bermain di laman sendiri, pasukan yang bertandang dihidangkan pula dengan suar dan mercun oleh tuan rumah. Bagaikan tidak masuk akal!

Inikah akhlak dan budaya Malaysia yang terkenal dengan sifat lemah lembutnya terhadap tetamu yang ingin ditonjolkan?

DPPM ingin menyeru kepada pihak berkuasa supaya menangkap mereka yang bersalah ini kerana bukan sahaja mengaibkan negara tetapi juga membahayakan para pemain dan penonton. Haramkan sahaja mereka daripada memasuki mana-mana stadium semasa perlawanan bola sepak.

Ini merupakan suatu hukuman yang dilihat sebagai memberi pengajaran kepada seluruh para penonton bola sepak.

Sekiranya kita menuntut para pemain untuk bermain secara profesional maka para penonton juga haruslah bersikap dengan sikap yang sama, menontonlah secara profesional!

Namun begitu, sebagai seorang pemimpin yang berjiwa besar, seharusnya juga meneliti asbab kepada sikap Ultras Malaya yang sebegitu. Ya, sikap mereka sama sekali tidak boleh diterima namun harus juga diperhalusi tuntutan mereka sebelum itu.

Tidak keterlaluan juga jika dikatakan mereka telah lama bersabar dengan apa yang terjadi terhadap mutu bola sepak negara. Ranking semasa jatuh, perlawanan sentiasa kalah.

Namun tiada kenyataan membina daripada pihak FAM sendiri. Bahkan melalui peneraju FAM sebelum ini dan yang kini, ranking Malaysia tidak pernah naik ke tahap yang membanggakan bahkan menjunam dengan lebih parah.

Malaysia pernah berada di ranking ke-77, itu pun kerana FIFA memperkenalkan sistem ranking pada tahun 1993.

Namun kini, kita berada di ranking 169 jauh di bawah negara-negara yang tidak ternama seperti Bhutan, Suriname dan beberapa negara yang dahulunya berada jauh di bawah Malaysia.

Bukan niat ingin menghentam FAM dan menyebelah Ultras, namun hakikatnya mutu bola sepak Malaysia kian hari kian parah.

Dalam keadaan ini, FAM masih lagi tidak mengeluarkan plan yang terbaru untuk menyelamatkan maruah bola sepak negara. Plan Pembangunan Bola Sepak Nasional 2014-2020 juga seakan tidak menampakkan kelibatnya. Maka, apa lagi yang ada?

Kenyataan Presiden FAM yang ingin meletakkan jawatan secara berperingkat juga dilihat tidak menyelesaikan masalah.

Sekiranya Ultras Malaya dilihat mengaibkan negara dengan tindakan yang biadap dan kurang ajar, tidak keterlaluan juga jika dikatakan FAM juga mengaibkan negara secara terhormat.

Maka, siapakah yang perlu dihukum? Ultras Malaya, FAM atau kedua-duanya sekali? Tepuk dada, sepaklah bola. -

KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Pengarah DACS
Dewan Pemuda PAS Malaysia - HARAKAHDAILY 12/9/2015

Sumber HD -12-9-2015


Tengku Abdullah letak jawatan FAM lepas Harimau Malaya kalah 10-0
Posted on Monday, September 07 @ 17:07:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah akan meletakkan jawatan sebagai presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) susulan kekalahan yang amat memalukan pasukan Harimau Malaya 10-0 di tangan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dalam perlawanan pusingan kelayakan Piala Asia 2019, lapor Bernama hari ini.

Tengku Abdullah sebelum ini pernah bertitah akan meletakkan jawatan jika Harimau Malaya gagal layak ke pusingan akhir Piala Asia 2019.


Jurulatih negara Dollah Salleh meletakkan jawatan susulan kekalahan pada 3 September lalu itu, iaitu yang paling teruk dalam mana-mana perlawanan antarabangsa.

Bekas pemain negara Datuk Ong Kim Swee dilantik sebagai pengendali pasukan itu susulan peletakan jawatan Dollah.


Dollah yang memimpin skuad Harimau Malaya sejak 28 Jun, 2014 berkata beliau rasa bertanggungjawab terhadap kekalahan itu, dan melahirkan kesedihan yang amat sangat kerana terpaksa mengakhiri kariernya dengan keputusan yang amat mengaibkan itu.

Sumber TKO - 7-9-2015

Keputusan sendiri, bukan dipaksa - Dollah
Posted on Saturday, September 05 @ 07:24:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



SEPANG: Keputusan Dollah Salleh untuk melepaskan jawatannya selaku ketua jurulatih skuad kebangsaan hari ini tidak disebabkan tekanan daripada mana-mana pihak.

Katanya, tiada jurulatih mampu berdepan dengan kekalahan besar seperti terjadi kepada Harimau Malaya yang tewas 10-0 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE).

"Tiada tekanan. Kalau ikut pada mana-mana jurulatih pun dengan kekalahan seperti ini, perkara ini datang dengan sendirinya dalam kepala otak.

"Bila benda itu berlaku, automatik saya terus menghubungi Datuk Hamidin (Mohd Amin, Setiausaha Agung FAM) untuk buat keputusan.

"Namun Datuk Hamdin suruh saya sabar dulu. Dan selepas berbincang pagi ini, kedua-dua buat kata putus dan mereka lepaskan," katanya kepada pemberita sejurus tiba di KLIA dari UAE malam tadi.

Kekalahan besar Malaysia kepada UAE mencetus reaksi berang ramai pihak dan antara yang lantang menuntut Dollah dipecat ialah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Mengulas sama ada dia terkilan kerana seakan dipersalahkan sepenuhnya, Dollah mengakui ia lumrah bola sepak.

"Ini adalah bola sepak. Nampaknya tumpuan ke arah jurulatih. Saya terima dan tidak boleh salahkan sesiapa, saya terima," katanya. Mengenai aksi longlai pemainnya, Dollah enggan mengulas lanjut.

"Agak-agaknya kamu semua tengok sendiri. Saya sudah jangka kalah tapi terperanjat ia berlaku seperti begitu sekali. Saya lihat semuanya tidak menjadi," katanya.

Sumber TKO - 5-9-2015


10 - 0 : Punca Kekalahan Team Malaysia

Posted on Friday, September 04 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

"
Inilah kekalahan terburuk Malaysia dalam sejarah bolasepak moden.Banyak pakar-pakar bolasepak berikan fakto punca kekalahan.Semuanya salah belaka.

Puncanya satu sahaja.

Iaitu,jangan adakan perlawanan di negara Arab terutama di Saudi dan UAE. Ini kerana pemain bola kita hanya bergerak kaki sahaja tetapi mata dan fikiran melilau-lilau mencari seseorang di tempat duduk penonton.

Pemain bola kita mencari-cari dermawan yang sudi berikan mereka duit derma RM2.6 bilion seperti saudara mereka di Malaysia.Manalah tau jika ada rezeki dapat derma dari Sheikh Arab telah yang dermakan Rm2.6 bilion kat orang Pekan tu.

Kalah 10-0 tiada malunya berbanding dapat ganjaran derma Rm2.6 bilion.Tak gitu Coach Dolah ?

Ini bukan cerita kelakar tetapi untuk senyum-senyum je.

10 - 0 : PUNCA KEKALAHAN TEAM MALAYSIA"


Sumber TKO - 4-9-2015

Maradona Bertemu Bekas Pengadil Isytihar Gol Guna Tangan

Posted on Wednesday, August 19 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



LEGENDA bola sepak dunia, Diego Maradona bertemu semula dengan pengadil yang membenarkan jaringan menggunakan tangan oleh pemain Argentina itu pada aksi Piala Dunia 1986.

Ketika bertemu pengadil berkenaan iaitu, Ali Bennaceur di Tunis, Maradona turut memeluk dan cium individu tersebut kerana mengisytihar jaringan yang digelar 'tangan tuhan' sehingga hari ini.

Dalam perlawanan bertemu England pada saingan suku Piala Dunia itu, Maradona menewaskan penjaga gol lawan, Peter Shilton selepas menolak masuk bola menggunakan tangan.



Pengadil, Ali Bennaceur menyaksikan Diego Maradona (kiri) dan penjaga gol England,  Peter Shilton sebelum perlawanan suku akhir Piala Dunia 1986.

Maradona kemudian mendakwa gol itu dihasilkan oleh 'tangan tuhan' yang menjadi jaringan paling unik dan ditakuti oleh pengadil sehingga hari ini.

Jaringan tersebut turut mengubah beberapa dasar pengadilan bola sepak dunia sehingga kini.
Ketika bertemu Ali, Maradona turut menghadiahkan gambar kenangan ketika perlawanan berkenaan kepada pengadil tersebut.

Sumber TKO - 19-8-2015

Sokong Liverpool macam sokong PAS
Posted on Monday, August 10 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



“Maaflah, menyokong Liverpool seolah-olah menyokong PAS, mereka tidak akan menang.”

Itu kata-kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dalam video sepanjang 15 minit yang dimuat naik di Facebook Astro Awani.


Dalam video berkenaan, Khairy membandingkan pasukan bola sepak Liverpool dengan PAS kerana kedua-dua entiti itu, menurut beliau, tidak akan pernah menang.

Kenyataan itu diikuti oleh tepukan gemuruh daripada hadirin.

Namun, kenyataan Khairy mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

"Jangan pandang rendah pada orang... anda tidak akan tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan!!!" komen Eya Zahira.

"Ya saya peminat Liverpool," kata Amuiru Firdaus pula.

Video berkenaan mendapat lebih 500 likes dan dikongsi lebih 300 kali dalam masa setengah jam ia dimuat naik.

Pautan video: https://www.facebook.com/astroawani/videos/vb.11726505964/10152993582345965/?type=2&theater

Sumber TKO - 10-8-2015


Bermulanya acara sukan tidak berfaedah, menyusahkan rakyat!
Posted on Sunday, August 09 @ 20:21:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo


ORANG ramai melihat jentera perlumbaan yang dipamerkan sempena KL City Grand Prix di Kuala Lumpur, semalam. UTUSAN/ RUSHDI SALLEH

SELAMA INI demonstrasi haram yang diadakan pada hujung minggu sudah dianggap cukup menyusahkan kehidupan seharian warga kota. Kesesakan jalan raya berlaku di mana-mana. Susur ma­suk ke Kuala Lumpur sesak, susur keluar pun sesak. Keadaan jalan raya di dalam bandar lagi sesak. Semuanya kerana banyak jalan ditutup ‘secara terpaksa’.

Semalam bermula satu acara sukan tidak berfaedah yang menambahkan stres dan kemarahan penduduk kota. Perlumbaan kereta di tengah bandar. Acara itu berlangsung selama tiga hari, semalam, hari ini dan esok. Acara itu konon­nya sangat hebat sehingga digembar-gemburkan akan mencatat ‘sejarah nasional.’ Ya, memang sejarah akan tercatat sebagai perlumbaan kereta di tengah bandar yang paling menyusahkan hidup hampir dua juta warga Kuala Lumpur!

Sejak seminggu lalu warga kota sudah memberi reaksi negatif terha­dap penganjuran acara ini. Bacalah Facebook, Twitter dan media sosial lain, semuanya penuh de­ngan maki hamun terhadap peng­anjur acara ini. Jangan salahkan mereka. Warga kota ada sebab yang berasas untuk ‘naik angin’. Mereka berhak merasa marah. Jalan raya di tengah ibu kota yang tak pernah merasa sesaat pun tanpa kesesakan dijadikan litar lumba. Idea tidak siuman siapakah ini?

Kenapa perlu diadakan di te­ngah-tengah bandar sedangkan Malaysia sudah mempunyai litar lumba kereta terhebat di dunia ia­itu Litar F1 Sepang. Kalau penganjur ‘perasan’ mahu menjadikan perlumbaan ini seperti di Litar Monte Carlo, lupakanlah! Jalan raya di te­ngah-tengah bandar Kuala Lumpur tidak mencapai standard minimum untuk dijadikan litar lumba.

Warga kota terpaksa berhadapan dengan kesesakan paling azab sepanjang minggu acara ini diadakan. Walaupun acara hanya bermula semalam, persiapannya sudah bermula lebih awal dari itu. Kerja-kerja memasang pagar keselamat­an, penghadang jalan, pentas dan macam-macam lagi sudah mengganggu aliran trafik harian. Laluan yang sempit bertambah sempit. Kesesakan berlaku sepanjang masa bukan sahaja di venue perlumbaan malah di mana-mana sahaja.

Tidak ada istilah yang dapat menggambarkan bagaimana seksanya memandu masuk dan keluar dari ibu kota pada waktu ini. Yang terlibat pula lima jalan utama. Jalan-jalan tersebut ditutup kepada semua kenderaan bermula semalam hingga esok dek kerana perlumbaan tidak berfaedah ini. Jalan-jalan raya yang terlibat ialah Jalan Ampang ke KLCC, Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Chulan, Jalan Perak dan Jalan P. Ramlee.

Seperti biasa setiap kali jalan ditutup, maka berlaku kesesakan luar biasa yang menambahkan sakit jiwa warga kota yang mahu ke tempat kerja. Tolonglah jangan nasihatkan mereka menggunakan pengangkutan awam hanya kerana mahu merasionalkan acara tidak berfaedah ini!

Apa yang menghairankan kenapalah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) boleh meluluskan perlumbaan ini? Pihak berkuasa tempatan itu sudah tentu maklum apa akan terjadi jika satu acara lumba kereta diadakan di tengah-tengah kota raya itu. Kenapalah diluluskan satu acara yang jelas akan menambahkan kesesakan jalan raya sedangkan litar khas untuk perlumbaan kereta motor sudah tersedia di Sepang!

Penganjur tidak perlulah me­ng­halalkan penganjuran acara ini dengan memberikan fakta-fakta ekonomi sebagai sokongan. Antaranya acara ini akan menjana pendapatan negara menerusi sektor pelancongan, mewujudkan ‘berjuta-juta’ peluang pekerjaan serta memperkenalkan Kuala Lumpur di mata dunia.

Semua orang sudah tahu tetapi penduduk kota tidak ambil peduli semua itu. Mereka cuma mahu rutin kehidupan seharian mereka ke tempat kerja tidak diganggu.

Lagipun apalah taraf perlumbaan kereta yang tak pernah orang dengar pun selama ini jika mahu dibandingkan dengan perlumbaan F1 yang saban tahun dinanti-nantikan peminat dari seluruh dunia!

Tolonglah jangan ulangi lagi perlumbaan tidak berfaedah ini tahun depan. Penduduk Kuala Lumpur sudah terbeban dengan macam-macam tekanan hidup. Kos sara hidup yang tidak turun-turun, kega­watan politik serta situasi ekonomi yang tidak memberangsangkan.

Lagipun jalan raya di tengah bandar Kuala Lumpur ini bukanlah elok sangat. Sempit, compang-camping, penuh dengan lubang, lompang sana sini, kualiti turapan yang tidak sempurna selain pelbagai kecacatan lain.

Tanyalah mat rempit, mereka pun tidak sanggup berlumba di jalan raya di tengah ibu kota ini!-utusan

Sumber TKO -  9-8-2015


TMJ letak jawatan presiden persatuan bola sepak Johor
Posted on Sunday, July 12 @ 21:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim meletakkan jawatannya sebagai presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor pada jam 5 petang tadi.

Perkara itu diumumkan oleh Setiausaha Kehormat persatuan bolasepak Negeri itu Mohd Fahmy Yahya dalam Facebook rasmi pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Johor Southern Tigers.

Namun tidak dinyatakan dengan jelas mengapa peletakkan jawatannya dibuat secara mengejut.

Dalam kenyataannya, Mohd Fahmy berkata Datuk Ismail Karim selaku setiausaha kerajaan negeri dilantik menggantikan baginda sebagai presiden Persatuan Bolasepak negeri itu yang baru.

"Bagaimanapun segala perancangan, pengurusan kewangan, pentadbiran, pembentukan akademi dan stadium baru serta polisi persatuan akan diteruskan.

"Segala perancangan jangka masa panjang dalam sukan bola sepak Negeri Johor termasuk dari segi infrastruktur dan segala yang berkaitan akan tetap dilaksanakan," kata Mohd Fahmi.  - MK


Sumber TKO - 12-7-2015















































































































Klip video Ustaz Azhar Idrus naik paramotor jadi viral: THE RAKYAT POST Ustaz






THE RAKYAT POST Ustaz
www.harakahdaily.net|By azmi

Sumber FBHD - 25-6-2015


ANDA TERTINGGAL ARTIKEL INI??? 
--------------------------------------------------
Kisah yang lalu



Pasukan Bola Sepak Perak satu ketika dahulu sangat beruntung apabila mendapat seorang pengurus yang ada title "Ustaz".Bekas pengurus yang dimaksudkan ini ialah Ustaz Norazli Musa, atau gelaran masyhurnya "Ustaz Toliban".Sungguh berdisiplin orangnya, ketika era tadbirnya sebagai pengurus bola sepak, beliau akan sentiasa memastikan pemain-pemain solat terlebih dahulu sebelum mula

...beraksi di atas padang.Sungguh menarik, sebelum beliau memegang jawatan itu, ibadah pemain pasukan Bola Sepak Perak tidak terjaga. Kerap tidak solat sebelum bermain. Tetapi sebaik sahaja Ustaz Toliban "hadir", ibadah para pemain terpelihara.Amat dibanggakan oleh semua lapisan masyarakat, khususnya ummat Islam di Malaysia.Sungguh tidak disangka ramai, beliau ini pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Perak. Kini pula beliau berada pada jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja Parti Islam SeMalaysia (PAS) Pusat.Allahuakbar!- FB Mohd Fadhil -
Klik untuk artikel penuh:

http://www.harakahdaily.net/…/95-terb…/36084-kisah-yang-lalu

Sumber FBHD - 25-6-2015

Kenyataan Media YAB Menteri Besar Kelantan Sempena Perlawanan Akhir Piala FA 2015
Posted on Monday, May 18 @ 15:44:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Pihak Kerajaan Negeri Kelantan sangat mengutamakan aspek keselamatan para penyokong pasukan bola sepak Kelantan yang akan hadir menyaksikan perlawanan akhir Piala FA musim 2015 edisi ke-26 yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 23 Mei 2015 nanti. Saya berharap para penyokong dari Kelantan dapat menjaga solat ketika disana, tatasusila sebagai anak Kelantan dan adab ketika menyaksikan perlawanan tersebut.

Pihak Kerajaan Negeri dengan ini mengisytiharkan tarikh 24 Mei 2015 iaitu hari ahad sebagai hari cuti peristiwa di Negeri Kelantan bagi memberi keselesaan kepada anak-anak Kelantan untuk pulang dengan selesa dan tidak tergesa-gesa. Jaga keselamatan dijalan raya dan jangan berlumba-lumba untuk cepat sampai memandangkan ruang masa masih panjang untuk perjalanan pulang.

Harapan saya agar penyokong Kelantan dapat membawa ruh riadhah dan bersukan secara sihat tanpa terlibat dengan sebarang pelanggaran etika dan insiden yang tidak bermoral. Saya sendiri menaruh harapan agar pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors dapat mempersembahkan aksi yang mantap pada perlawanan akhir nanti dan seterusnya menjuarai Piala FA 2015, insya-Allah.

Pasukan Bola Sepak Kelate Boleh!

YAB USTAZ DATO’ HAJI AHMAD YAKOB
Menteri Besar Kelantan

Bertarikh : 29 REJAB 1436 / 18 MEI 2015 
Sumber TKO - 18-5-2015

Piala FA: Kelantan umum cuti peristiwa Ahad ini



















































































































RIZAL TAHIR | .


KOTA BHARU: Kelantan mengumumkan 24 Mei ini sebagai cuti peristiwa sempena perlawanan akhir Piala FA antara The Red Warriors dan Lions XII.

Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, dengan pengumuman cuti itu diharap penyokong dan peminat yang hadir menyaksikan perlawanan tersebut tidak perlu lagi tergesa-gesa pulang.

“Ahad ini cuti peristiwa di Kelantan bagi memberi keselesaan kepada penonton yang menyaksikan perlawanan berkenaan pulang dengan selesa dan tidak perlu tergesa-gesa.

"Saya juga berharap penyokong dari Kelantan menjaga solat dan mempertahankan tatasusila sebagai anak Kelantan ketika menyaksikan perlawanan itu,” katanya pada satu kenyataan di sini.

Perlawanan akhir Piala FA musim 2015 edisi ke-26 akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil 23 Mei ini.

Menteri Besar juga berharap penyokong Kelantan membawa roh riadhah dan bersukan secara sihat tanpa terlibat dengan sebarang pelanggaran etika.

"Saya menaruh harapan agar pasukan bola sepak Kelantan dapat mempersembahkan aksi yang mantap pada perlawanan akhir nanti dan seterusnya menjuarai Piala FA 2015, insya-Allah,” katanya.

Beliau juga berharap pasukan bola sepak menyemarak semangat Kelate Boleh!

Kelantan layak ke peringkat akhir setelah berjaya menumpas Pahang dengan agregat 3-2 pada perlawanan separuh akhir kedua malam semalam. - HARAKAHDAILY 18/5/2015

Sumber HD - 18-5-2015

Presiden FAM, Pemuda PAS bincang majukan bola sepak

MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR | .


KUALA LUMPUR: Dalam usaha mengembalikan kegemilangan bola sepak negara, Pemuda PAS Malaysia melalui Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Sukan (Dacs) telah mengadakan pertemuan dengan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah. semalam.

Pertemuan yang diadakan di ibu negara itu antara lain membincangkan serta berkongsi idea ke arah kemajuan sukan tersebut.

Dalam pertemuan kira-kira sejam itu, Tengku Abdullah mengharapkan PAS dapat merentasi sempadan politik demi kemajuan bola sepak negara.

"Kalau boleh buat football program daripada peringkat belia, adakan league even your own internal between the PAS.

"Kalau boleh kita kurangkan barrier itu, masukkan sapa-sapa yang nak main tapi anjuran tak kiralah sama ada PAS, syarikat mahupun persatuan," titah baginda sambil bersetuju unsur-unsur dakwah boleh diaplikasikan melalui platform sukan.

Antara lain, Pemuda PAS titahnya boleh menganjurkan latihan asas di peringkat bawahan di samping mewujudkan satu bentuk model sukan tersebut.

"Buat dulu, jangan kira nak buat besar-besar, start somewhere," titah Tengku Abdullah lagi.

Tengku Mahkota Pahang itu turut berharap agar Pemuda PAS dapat meneruskan penganjuran program-program ke arah kecemerlangan sukan itu.

Baginda menyambut baik alternatif yang diusahakan Pemuda PAS termasuklah menubuhkan Sport Sunnah Club (SSC) untuk memperkenalkan sukan-sukan sunnah kepada masyarakat.

Sementara itu, Pengarah Dacs Malaysia, Salman Saleh berkata, pihaknya bersedia membantu dari sudut penganjuran program serta idea melalui platform yang ada.

Pemuda PAS, katanya mengambil perhatian serius terhadap prestasi dan perkembangan sukan tanah air terutama bola sepak.

"Saya yakin di bawah pentadbiran Tuanku, bola sepak Malaysia akan berjaya diperkuatkan lagi prestasinya.

"Inisiatif-inisiatif FAM seperti menganjurkan Pertandingan Bola Sepak Rakyat di peringkat bawahan akan berjaya mencungkil bakat-bakat baru," katanya ketika ditemui Harakahdaily selepas pertemuan itu.

Pemuda PAS turut merafak sembah tahniah kepada Tuanku yang dipilih menjadi Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bola Sepak Dunia (Fifa) baru-baru ini.

Turut bersama dalam pertemuan itu adalah Exco Pemuda PAS Malaysia, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss dan ahli Jawatankuasa Dacs Malaysia, Muriza Mulhi serta Safarizal Saleh. - HARAKAHDAILY 16/5/2015

Sumber HD - 16-5-2015





















































































































Atlet Muslimahnya Dilarang Berjilbab, Turki Keluar dari Acara Wushu Eropah
Posted on Monday, May 04 @ 13:00:00 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Pasukan Wushu Turki (TWF) mengeluarkan keputusan yang mengejutkan, apabila Pengerusi TWF Abdurrahman Akyüz memutuskan untuk tidak mengikuti semua acara yang diadakan Pertandingan wushu Eropah. Keputusan itu menyusul akibat larangan mengenakan jilbab bagi atlet wanita wushu.

"Para atlet wanita Turki sudah mulai memboikot event kejuaraan wushu Eropa sejak tahun lalu. Demikian juga halnya dengan event-event tahun ini." ujar Abdurahman sebagaimana dikutip dari kantor berita Turki Anadolu dan dipublikasikan oleh dakwatuna.com

Abdullah juga menyampaikan bahwa pertandingan wushu Eropah telah melanggar hak asasi para etlet dalam melaksanakan kewajiban agama. Selain itu, pertandingan ini juga sebenarnya telah gagal secara amnya. Sehingga ada beberapa pasukan dari negara lain yang ikut memboikot seperti Italia dan Prancis. [dakwatuna/islamedia]. 

Sumber TKO - 4-5-2015

Malaysian badminton star Lee gets backdated doping ban























































































































Malaysian badminton star Lee Chong Wei has been cleared to resume his career

Malaysian badminton star Lee Chong Wei Monday was cleared to resume his career and pursuit of Olympic gold when he received an eight-month, backdated ban for doping.The former long-time world number one can return to the court as early as this week after the Badminton World Federation found he "accidentally" ingested a banned substance. Lee, 32, who is eligible to resume competition on May 1, had warned he would retire if he was hit with a possible two-year ban that would have ruled him out of next year's Olympics. He was delighted with the outcome of a process which began at last August's world championships, when he tested positive for the banned anti-inflammatory dexamethasone. "I'm quite happy," Lee told reporters at a press conference in Kuala Lumpur. "I am very happy to go back to the court." The BWF said an anti-doping panel found Lee had been "negligent" by ingesting the substance, which was in contaminated capsules containing a food supplement. But it was satisfied Lee did not set out to cheat, after studying evidence given at a hearing in the Netherlands. "The panel is convinced this is not a case of doping with intent to cheat," the panel found, according to a BWF statement. Lee had previously said he received the drug during stem-cell treatment for a thigh injury before the world championships, where he was runner-up to China's Chen Long.


He was stripped of his world championships silver medal but allowed to keep his singles and team bronzes from last year's Asian Games, which he played before the failed drugs test came to light.

Crucially, Lee can now begin his build-up to Rio de Janeiro next year, where he will try to crown his career by winning his first Olympic title.
- Sudirman Cup target -

Lee said he accepted the BWF's ruling and would be more careful to avoid banned substances.

"I can say I learned something from these few months," said the soft-spoken shuttler. "I will be more careful now."

Lee, a quiet, self-effacing athlete know for shunning the limelight while training obsessively, first became world number one in late 2008, staying at or near the summit ever since.

But he has repeatedly fallen short in pursuit of the sport's top prizes -- the world and Olympic titles -- despite reaching three world championship finals and two Olympic deciders.

Lee's absence from the court has dropped him from the top ranking all the way down to 30th in the world.

Malaysian badminton officials had told AFP they were hoping for a decision this week so that they would know whether or not to include Lee in the May 10-17 Sudirman Cup in China.

Sports Minister Khairy Jamaluddin, who appeared at the press briefing with Lee, said Malaysia also wanted him to compete in the Southeast Asian Games in June.

"I agree with (the Badminton Association of Malaysia) and Chong Wei that he needs to get back into form with as many competitions as possible to ultimately qualify for the 2016 Olympic Games in Rio De Janiero after being out of action for eight months," Khairy said.

Sumber HD - 27-4-2015

Antara Lee Chong Wei, Badminton dan Malaysia


Aku sebenarnya hairan kenapa kes Lee Chong Wei ini sangat-sangat diutamakan dan sangat-sangat mendapat perhatian terutamanya dari pihak BAM mahupun dari menteri belia dan sukan, KJ itu sendiri. Jawapan yang seringkali diucapkan adalah bagi memastikan Lee Chong Wei layak ke sukan Olimpik di Brazil 2016. Sebenarnya, aku tak berapa yakin sangat dengan jawapan tue.

Korang cuba selami apa yang berlaku dalam badminton Malaysia kebelakangai. Terbuka Malaysia, bungkus. Terbuka Singapura, tersungkur. Nanti kejohanan dunia kat Indonesia, agak-agak apa yang akan berlaku. Aku sebenarnya mengharapkan sesuatu, tapi bukan dari Lee Chong Wei, tetapi dari pemain-pemain yang lain.

Terkesan dengan fenomena yang aku sebut tadi, tak hairanlah apabila BAM memberikan tekanan yang agak drastik dan agak tegas kepada pemain-pemain, malah kepada jurulatih. Malah kedengaran, KPI-KPI yang ditetapkan oleh BAM yang tidak dapat dipenuhi dengan cemerlang, maka mereka ini digugurkan.

Tidak pasti apa sebenarnya yang sedang berlaku dalam BAM, tapi apa yang kita boleh lihat, beberapa pemain yang hebat meninggalkan BAM. Malah, ada jurulatih meninggalkan BAM. Alasan, tekanan daripada pihak pengurusan. Entah betul, entah tidak, tidak dapat dipastikan. Mungkin ada isu lain, kita tak tahu. Apa yang kita tahu, mereka-mereka ini lari, meninggalkan BAM dan menyertai kelab-kelab profesional lain. Bagi aku, KPI-KPI yang diceritakan tadi hanyalah alasan, dan berkemungkinan besar, ada isu lain yang menyebabkan pemain-pemain dan jurulatih meninggalkan BAM.

Berbalik kepada isu Lee Chong Wei. Sebutan kes yang berlansung di Amsterdam sudahpun berlalu, malah Lee Chong Wei dikatakan lebih tenang selepas apa yang berlaku. Chong Wei dilihat akan mula berlatih untuk mempersiapkan dirinya bagi menghadapi kejohanan akan datang. Soalan aku, kenapa penting sangat menumpukan sepenuhnya kepada Lee Chong Wei? Adakah sekadar mengharapkan Lee Chong Wei SAHAJA mewakili Malaysia untuk kejohanan dunia. Bagaimana pemain-pemain lain selain yang berada di dalam BAM. Dan soalan aku yang paling penting, kenapa BAM, sebagai badan yang mengelola badminton Malaysia tidak menitikberatkan pemain-pemain dari kelab profesinal lain untuk kejohanan-kejohanan dunia??

Ini semua politik semata-mata. Daripada kaca mata aku, yang hanya membaca berdasarkan laporan-laporan akhbar, media-media elektronik, aku hanyalah kerdil. Menyatakan pendapat aku dalam blog aku yang picisan ini, tapi tak bermakna aku tak sayangkan Malaysia. Kalau ini berlanjutan, maka badminton Malaysia akan sampai disuatu tahap yang mana kita tidak lagi boleh bersaing di pentas dunia.

Kalau betul, BAM ikhlas membangunkan badminton Malaysia, dan tidak hanya mengharapkan Lee Chong Wei semata-mata, maka kita tidak akan ketandusan pemain-pemain muda. Malah, negara-negara Eropah mula mengukir nama dipersana dunia. Jangan dilupa, pemain-pemain daripada India. pemain perseorangan India Saina Nehwal berjaya menjadi pemain no 1 dunia. Come on la Malaysia. India pun sudah melakar nama di carta BWF sana.

Macam aku cakap tadi, ini hanya retorik politik semata-mata. Mahu Malaysia berapa di persada dunia dan hanya mengharapkan Lee Chong Wei semata-mata. Umur pun dah meningkat tua. Sepatutnya, Lee Chong Wei sudahpun mempunyai anak didik nya sendiri bagi meneruskan legasi badminton. Dan sepatutnya kita sudahpun mempunyai Lee Chong Wei ke 2, juara dunia yang baru, tetapi apa yang berlaku, hanya mengharapkan Lee Chong Wei semata-mata.

Aku mengharapkan keputusan doping Lee Chong Wei memihak kepadanya. Tetapi, aku tidak mengharapkan Lee Chong Wei membawa harapan Malaysia ke persada dunia. Bagilah pula pemain-pemain lain untuk menggalas harapan negara di peta dunia. Dan ikhlas dari aku, sepatutnya Lee Chong Wei bersara terus dari badminton kerana aku yakin, beliau mempunyai formula untuk melahirkan pemain-pemain yang berwibawa sepertinya. Dan aku yakin, sekiranya dia bersara, barulah 'orang-orang politik' tahu, di mana kepentingan maruah negara.

Kepada ahli politik-politik dalam sukan badminton Malaysia nie, tolong lah, pergi jauh-jauh. Kamu semua memalukan Malaysia sebenarnya...

Sumber Stylosport.com / HD - 14-4-2015
http://www.stylosport.com/2015/04/antara-lee-chong-wei-badminton-dan.html


MAHU TATAP PELUK ANAK SEBELUM PERGI SELAMANYA



http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/34776-mahu-tatap-peluk-anak-sebelum-pergi-selamanya

Sumber HD - 8-4-2015


Tahniah selangor..tahniah!! Tahniah!! Tahniah!! Pasukan selangor terus mengekalkan rentak kemenangan!!

Maafkan abam..abam ilang pedoman kat stadium td...nasib korang la..sape suruh x pegi..

‪#‎1Orang1Bendera‬...

‪#‎ForzaSelangor‬


‪#‎MKLK‬


See More

Sumber FBS - 14-3-2015


PEMAIN, PENONTON TAFAKUR DI STADIUM



http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33898-pemain-penonton-tafakur-di-stadium

Sumber HD - 16-2-2015


TERIMA KASIH TANGGUH TRW VS LIONS VII KE MALAM ESOK - NIK ABDUH



http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33865-terima-kasih-tangguh-trw-vs-lions-xii-ke-malam-esok

Sumber HD - 14-2-2015


TIFO ANJING : HUKUM FAM BUKAN PENYOKONG - LENSA


'TIFO'  KEPALA ANJING

http://www.harakahdaily.net/index.php/surat-pembaca/33750-tifo-anjing-hukum-fam-bukan-penyokong

Sumber HD - 9-2-20215


SAYA KASIHAN PADA MEREKA PAMER FIFO WAJAH ANJING - PRESIDEN PERSATUAN BOLASEPAK PAHANG


TENGKU ABDUL RAHMAN SULTAN AHMAD SHAH - PRESIDEN PERSATUAN BOLASEPAK PAHANG

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33628-saya-kasihan-pada-mereka-pamer-tifo-wajah-anjing

Sumber HD - 3-2-2015


PEMAIN MAHU KEMBALIKAN KEGEMILANGAN RED GIANTS - KAPTEN


PERSATUAN BOLASEPAK SELANGOR

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33607-pemain-mahu-kembalikan-kegemilangan-red-giants

Sumber HD - 2-2-2015

































































































































FAM DI PIALA SUMBANGSIH 31 - ANJING PAKAI BAJU, MENGAPA? 

http://www.ibnhasyim.blogspot.com


PENYOKONG JDT MEMPAMERKAN BANNER ANJING


Sumber HD - 1-2-2015

JDT pelopori guna marshal perlawanan

http://www.stylosport.com/ | .

JDT AKAN PELOPORI PENGGUNAAN MARSHAL PERLAWANAN


gambar hiasan
Tahniah buat peminat JDT dan tahniah TMJ dan keseluruhan tenaga kerja JDT. Demi memastikan peminat berasa selamat dan terhindar dari gejala hooligan, satu pembaharuan akan dibuat di Malaysia.
Persatuan Bolasepak Negeri Johor akan menubuhkan satu syarikat keselamatan yang akan bertanggungjawab atas keselamatan di dalam dan luar Stadium Larkin sewaktu perlawanan diadakan, mulai musim yang akan datang. Langkah ini diambil kerana DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim amat menitikberatkan aspek keselamatan orang ramai. Seramai 1000 orang marshal akan ditempatkan di sekitar stadium pada waktu perlawanan.

Untuk memastikan setiap marshal merupakan anggota yang berkualiti, mereka dikehendaki mengikuti kursus latihan dan ujian oleh pihak Polis DiRaja Malaysia dan Askar Timbalan Setia Negeri.
Peranan marshal yang bertugas adalah untuk memastikan keselamatan penyokong tuan rumah dan pelawat. Diharapkan dengan adanya langkah sebegini, akan menjadikan setiap perlawanan di Stadium Larkin selamat dan menghiburkan bagi semua penyokong bolasepak.
~johor southern tigers~

Sumber HD - 5-1-2015


































































































































5 faktor liga bola sepak Thailand kian maju

HARAKAHDAILY | .




Penjagaan rumput yang berkala dilakukan oleh pihak stadium bola sepak di Thailand.

MUNCULNYA kelab-kelab baru yang menggunakan cara pengurusan kelab Eropah seperti Muang Thong United, Chonburi FC dan Bangkok Glass FC adalah antara faktor yang membuat liga Thailand kian maju.

Dipetik daripada rencana yang pernah disiarkan laman web kaskus.co.id. menyatakan kehadiran mereka mendapat sambutan hangat peminat kelab dan boleh berkembang cepat dalam hal peminat mereka.

Perubahan tersebut menjadi awal penerokaan potensi industri yang memberikan harapan tinggi peminat agar liga tempatan dapat menarik seperti halnya liga besar Eropah.
Berikut ialah petikan rencana tersebut.

Kumpulan terbaik di Asia Tenggara pada masa ini adalah Thailand Premier League (TPL) berdiri sejak 1996, namun baru "berkembang" tahun 2007. Kiblat bola sepak di Thailand adalah Liga Inggeris, kelab-kelab seperti Buriram United, Muangthong United, Chonburi FC mendominasi TPL. Pemain-pemain dari BPL pernah merasakan keghairahan TPL seperti Robbie Fowler & Jay Bothroyd (Muangthong United), Jay Simpson (Buriram United). Bekas pelatih pasukan kebangsaan Inggeris, Sven Goran Erikson pernah menjadi pengarah teknik kelab asal Thailand BEC Tero Sasana FC.
5 hal yang membuat liga Thailand kian maju

Bola sepak Thailand memang sejak lama kelasnya lebih tinggi dari Indonesia. Meski begitu mereka terus berbenah untuk boleh seperti kumpulan-kumpulan besar seperti J-League dan Liga Eropah.
Berikut ini faktor-faktor yang meningkatkan kualiti liga bola sepak Thailand yang memang lebih teratur dari Liga Indonesia:

1. Cheerthai Power Group, organisasi suporter yang menggalakkan kembalinya bola sepak Thailand sejak 2004 menanamkan motto "Ball Nork Kae Sa Jai, Ball Thai Eu Nai Sai Leod" yang ertinya, 'bola sepak antarabangsa hanya untuk kesenangan, bola sepak Thailand ada dalam darah'.

2. Sejak 2008, kelab-kelab Thailand yang sebelum ini dikendalikan oleh persatuan dan kelab, sekarang menjadi badan usaha atau syarikat. Di Thailand, penggunaan itu mendapat sambutan hangat dan ketika musim 2009 bermula Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) telah membentuk Thailand Premier League Company Ltd (TPLC), bertindak sebagai badan penganjur di bawah FAT dengan mewujudkan kelab peserta dituntut untuk berjalan sebagai syarikat.

3. Munculnya kelab-kelab baru yang menggunakan cara pengurusan kelab Eropah seperti Muang Thong United, Chonburi FC dan Bangkok Glass FC. Kehadiran mereka mendapat sambutan hangat peminat kelab dan boleh berkembang cepat dalam hal peminat mereka. Perubahan tersebut menjadi awal penerokaan potensi industri yang memberikan harapan tinggi peminat agar liga tempatan dapat menarik seperti halnya liga besar Eropah.

4. Thailand mengikuti pedoman AFC yang menyarankan bahawa bola sepak dijauhkan dari pengaruh politik untuk kepentingan pembangunan jangka panjang. Mereka memberi nota bahawa penglibatan politik boleh menjejaskan sebuah pasukan atau kelab menjadi kurang baik.

5. Dalam kumpulan Thailand terdapat peraturan bahawa bangku cadangan hanya untuk pemain gantian, 3-4 kakitangan pelatih, ketua jurulatih dan pengurus pasukan. Ketua atau presiden kelab harus duduk di tempat VIP. Pada dasarnya ini adalah mendorong mereka untuk fokus kepada perniagaan, tetamu VIP mereka, penaja, pelabur dan rakan-rakan mereka tetapi juga untuk mencegah mereka mempengaruhi pasukan mereka sendiri dan pengadil.

Sumber HD - 21-12-2014




































































































































Ranking Fifa bolasepak Malaysia dari 1993 - 2014

http://pingbusuk.org/ | .



Ranking FIFA Skuad Bolasepak Malaysia Dari 1993 Hingga 2014. Berikut adalah sejarah ranking FIFA skuad bolasepak Malaysia dari tahun 1993 hingga kini bulan Disember 2014. Dipetik dari FIFA.com

Ternyata memang terdapat kejatuhan teruk dari tahun 90-an hingga terkini. Sesuatu perlu dilakukan bagi mengembalikan ranking FIFA skuad Harimau Malaya ini setanding dengan pasukan Jepun dan Korea Selatan

Date FIFA Ranking position

December 2014 154
November 2014 155
October 2014 156
September 2014 154
August 2014 155
July 2014 151
June 2014 153
May 2014 145
April 2014 142
March 2014 141
February 2014 150
January 2014 154
2013 154
2012 158
2011 148
2010 144
2009 160
2008 156
2007 159
2006 152
2005 123
2004 120
2003 116
2002 128
2001 111
2000 107
1999 117
1998 113
1997 87
1996 96
1995 106
1994 89
1993 79
Malaysia average position from FIFA World Ranking creation is 126

Sumber HD - 20-12-2014

Peguam BAM minta perbicaraan kes Chong Wei ditunda

BERNAMA | .

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan dan Persekutuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan menilai status padang bola sepak Stadium Nasional Bukit Jalil Selasa ini sama ada lokasi itu boleh digunakan untuk separuh akhir Piala AFF Suzuki.

"Pilihan di tangan FAM. Stadium Shah Alam pun sudah bersedia. Keputusan akan dibuat tidak lama lagi," kata menterinya Khairy Jamaluddin kepada pemberita selepas menyampaikan watikah pelantikan anggota Parlimen Belia di sini hari ini.

Beliau juga turut mengucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak Malaysia yang berjaya ke peringkat separuh akhir piala tersebut selepas menewaskan Singapura 3-1 malam tadi di Stadium Nasional Kallang Singapura.

Sebelum ini dilaporkan, KBS memutuskan untuk membaik pulih padang Stadium Nasional Bukit Jalil susulan kerosakan yang berlaku selepas perlawanan akhir Piala Malaysia antara Pahang dan Johor Darul Ta'zim (JDT) pada 1 Nov lepas.

Pada peringkat separuh akhir awal Disember ini, Malaysia akan bertemu juara Kumpulan A, Vietnam manakala Thailand yang merupakan juara tiga kali, bakal membuat perhitungan dengan naib juara Kumpulan A, Filipina.

Perlawanan separuh akhir akan dijalankan mengikut format timbal balik iaitu separuh akhir pertama pada 6 dan 7 Dis manakala separuh akhir kedua pada 10 dan 11 Dis ini.

Menyentuh mengenai isu doping pemain badminton negara Datuk Lee Chong Wei, Khairy berkata peguam yang dilantik Persatuan Badminton Malaysia (BAM) telah menghantar surat kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) meminta perbicaraan kes itu ditunda.

Beliau berkata ini adalah kerana pihak peguam memerlukan masa untuk menyediakan kes ini dengan lebih terperinci selepas BAM dimaklumkan bahawa tarikh pendengaran dijadualkan pada 8 Disember ini di Amsterdam.

Chong Wei kini digantung sementara waktu oleh BWF selepas didapati positif menggunakan bahan terlarang 'dexamethasone' ketika beraksi dalam Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark, Ogos lepas. - Bernama

Sumber HD - 30-11-2014






































































































































T-team hilang tonggak tengah

BERNAMA | .

KUALA TERENGGANU: Pasukan bola sepak berstatus kelab, T-Team kehilangan tonggak tengah apabila Muhammad Shahrin Sapien berhijrah ke pasukan Terengganu pada saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Penolong jurulatih T-Team, Mohd Azhari Salim berkata pemain berumur 20 tahun itu, yang berasal dari Bukit Wan, Batu Rakit di sini, menandatangani kontrak dengan pasukan Terengganu hari ini.

"Kita cukup terkilan kerana dia (Muhammad Shahrin) antara pemain yang kita harap dapat membantu T-Team dalam mengharungi Liga Malaysia musim depan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Pemain itu kini sedang membantu pasukan Terengganu dalam kempen bola sepak Piala Emas Raja-Raja.

Mohd Azhari berkata apapun T-Team terpaksa melepaskan pemain tersebut demi masa depan beliau dan untuk kebaikan pasukan Terengganu sendiri.

Dengan perkembangan tersebut, beliau berkata T-Team perlu mencari seorang pemain tengah yang benar-benar bagus bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Muhammad Shahrin yang sedikit sebanyak bakal menjejaskan persiapan pihaknya yang akan beraksi dalam Liga Perdana tahun depan.

Mengulas mengenai jurulatih yang bakal membimbing pasukan T-Team tahun depan, Mohd Azhari berkata T-Team merancang menggunakan jurulatih dari Indonesia.

Katanya T-Team juga akan menggunakan khidmat beberapa pemain import namun ia masih di peringkat perbincangan. - BERNAMA

Sumber HD - 27-11-2014








































































































































FAS tak mungkir janji bayar Paulo Rangel

SELANGOR KINI | .


PERSATUAN Bolasepak Selangor (FAS) menafikan sekeras-kerasnya ia mungkir janji dalam isu pembayaran tandatangan atau ‘signing on fees’ untuk kontrak baru seperti yang didakwa Paulo Rangel (foto) dalam laman sosial Instagram dan Twitter.

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Datuk Abdul Mokhtar Ahmad dalam kenyataan media berkata, Rangel menerima lebih RM1 juta tidak termasuk bonus dari awal musim sehingga hari ini.

Rangel dianggarkan menerima RM1 juta untuk gaji dan signing on fees, tidak termasuk bonus untuk kemenangan.

“FAS menjelaskan kontrak Rangel dilanjutkan untuk dua tahun lagi sehingga 2016 dengan bayaran tandatangan atau signing on fees berjumlah RM300,000. Kontrak baru beliau bermula 1 Disember 2014.

“Kami sudah menjelaskan wang pendahuluan sejumlah RM100,000 pada 21 Oktober lalu iaitu sebelum dia berlepas pulang ke Brazil untuk bercuti. Rangel dijadual kembali ke Selangor pada 20 November nanti,” kata Abdul Mohhtar.

Katanya, baki RM200,000 akan dilunaskan pada hujung bulan November sebelum kontrak barunya bermula secara rasmi pada 1 Disember, 2014.

“FAS telah memberi wang pendahuluan RM100,000 sebagai signing on fees meskipun kontrak barunya hanya berkuat kuasa pada Disember.

“FAS mendedahkan selain itu, Rangel turut menerima RM50,000 sebagai bonus atas kejayaan memenangi Kasut Emas selaku penjaring terbanyak Liga Super,” katanya.

Katanya untuk kontrak sepanjang 2014, Rangel juga menerima anggaran yang sama sebagai signing on fees. Jadi tidak timbul isu FAS tidak membayar atau berhutang dengan Rangel.

“FAS menegaskan gaji pemain dan pegawai sudahpun dilunaskan, dengan gaji bulan Oktober akan dibayar dalam minggu depan.

“FAS turut menegaskan tiket penerbangan dua hala pergi dan balik buat Rangel dan keluarganya ditanggung oleh persatuan itu.

“Ini jelas membuktikan kami melayan pemain kami dengan profesional,” katanya.

Mengenai sebarang bentuk tindakan yang bakal dikenakan terhadap Rangel atas tuduhan tidak berasas yang dilemparkan kepada pengurusan, FAS akan membincangkan isu itu sejurus kepulangannya dari Brazil.

Buat sementara waktu, ejen Rangel sudahpun dimaklumkan untuk menasihati penyerang itu agar berhati-hati membuat sebarang ulasan sama ada kepada media atau dalam media sosial yang bertujuan menimbulkan salah tafsir orang ramai.

Sumber HD - 17-11-2014







































































































































Piala AFF Suzuki: Khairy yakin kemampuan Dollah

BERNAMA | .

KUANTAN: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata beliau yakin dengan keupayaan yang dimiliki jurulatih Harimau Malaya, Dollah Salleh dalam membawa pasukan itu pada saingan Piala AFF Suzuki 2014 di Singapura, bermula 23 Nov depan.

Katanya mana-mana pihak tidak sepatutnya meragui apa sahaja keputusan yang diambil oleh jurulatih tersebut terutamanya dari segi pemilihan pemain yang akan beraksi pada perlawanan itu nanti.

"Saya tak nak komen lebih, saya yakin jurulatih Dollah Salleh tahu apa yang dia perlu buat, jadi kita tidak perlu komen lebih-lebih...biar dia buat keputusan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Fit Malaysia Pahang di Padang Majlis Perbandaran Kuantan 2 di sini hari ini.

Beliau berharap Dollah dan anak buahnya akan memberikan persembahan terbaik pada setiap perlawanan dalam kejohanan itu nanti.

Malaysia yang diundi dalam kumpulan B akan memulakan kempen kejohanan dengan berdepan Myanmar pada 23 Nov diikuti Thailand pada 26 Nov. Kedua-dua perlawanan itu akan berlangsung di Stadium Jalan Besar, Singapura.

Skuad negara akan menamatkan aksi pusingan awal menentang Singapura di Stadium Nasional, Singapore Sports Hub, pada 29 Nov ini.

Vietnam, yang menjadi tuan rumah bersama, akan mengetuai cabaran kumpulan A bersama tiga pasukan lain iaitu Filipina, Indonesia dan Laos.

Berdasarkan format kejohanan, dua pasukan terbaik daripada setiap kumpulan layak ke separuh akhir yang diadakan mengikut format timbal balik.

Dalam perkembangan lain, Khairy berkata pihaknya kini memberikan tumpuan dan keutamaan kepada pendengaran kes doping jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei berbanding perkara lain.

Beliau berkata isu lain seperti cadangan menyemak semula fungsi Institut Sukan Negara (ISN) bukan menjadi keutamaan beliau pada masa ini.

"Apa pun semakan yang perlu kita buat (terhadap ISN), kita akan memberi tumpuan selepas kes perbicaraan Lee Chong Wei selesai, itu yang menjadi keutamaan kita sekarang," katanya.

Chong Wei kini digantung sementara oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas didapati positif menggunakan bahan terlarang 'dexamenthasone' ketika beraksi pada Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark, Ogos lepas.

Perbicaraan kes doping Lee dijangka bermula awal bulan depan. - Bernama

Sumber HD - 16-11-2014  

Senarai Pemenang Anugerah Bola Sepak Malaysia 2014


Tahniah buat yang menang.

Sumber HD - 13-11-2014







































































































































SuperMohk: 13-11-2014 (Ulangtahun Lahir ke-61)  

https://www.youtube.com/watch?v=dAYeVDKonTg



Pendedahan Razif Sidek wajar disiasat

HAMBALI AKRAM | .

DAKWAAN bekas jaguh regu badminton negara, Razif Sidek bahawa pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei telah mengambil bahan terlarang tersebut sejak beberapa tahun lalu wajar disiasat. Menurut Razif, Chong Wei mengambil ubat berbentuk suntikan yang berasal dari China.

Yang saya baca dalam laporan sebuah akhbar harian berbahasa Melayu sebelum ini, tindakan Chong Wei ini telah lama diketahuinya, malah turut diketahui oleh pegawai dan pemain lain.

Bagi saya, pendedahan Razif ini bukanlah sesuatu yang kecil dan boleh diketepikan begitu sahaja.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mesti mengambil tindakan menyeluruh untuk menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

KBS wajar memanggil Razif untuk mendapatkan maklumat lanjut. Semua pegawai dan pemain juga wajar tampil memberi keterangan dan KBS hendaklah memberi jaminan bahawa segala keterangan dan identiti mereka dilindungi.

Saya percaya, KBS yang dipimpin oleh menteri baru dan muda ini mampu bertindak dengan telus dan tidak mengamalkan pilih kasih dan memberi muka kepada mana-mana pegawai yang berstatus VIP dalam siasatannya.

Kes ini bukan sahaja mencemar nama baik Persatuan Badminton Malaysia, bahkan negara dan rakyat keseluruhannya. – HARAKAHDAILY 12/11/2014

Sumber HD - 12-11-2014







































































































































Sports body names Lee in doping scandal

GMA / AFP | .

Badminton's governing body confirmed Tuesday that Lee Chong Wei has been suspended "due to an apparent anti-doping regulation violation", identifying him for the first time after weeks of reports naming the world number one.

The Badminton World Federation (BWF) said the Malaysian star was barred from competing until its panel determines whether he has committed a violation, after he failed a drugs test at the BWF World Championships in August.

No date for the hearing has been given, and the BWF declined further comment.

Read the full story here

Sumber HD - 12-11-2014

Jurulatih, kapten Tok Gajah kekal musim depan

BERNAMA | .

KUANTAN: Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) mengesahkan jurulatih Zainal Abidin Hassan dan kapten Mohd Razman Roslan akan kekal bersama pasukan Tok Gajah, pada musim depan.

Presidennya Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah berkata setakat ini beliau belum menerima berita yang mengatakan mereka mendapat tawaran atau berpindah ke pasukan lain.

"Saya juga akan mengadakan berbincang dengan pegawai-pegawai PBNP mengenai status pemain, termasuk meneliti semula kontrak mereka yang mungkin akan tamat tahun ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis meraikan kejayaan pasukan itu mempertahankan Piala Malaysia 2014 di Stadium Darul Makmur di sini semalam.

Tengku Abdul Rahman juga percaya sebahagian besar pemain skuad Piala Malaysia Pahang yang menjadi tonggak utama akan kekal bersama Tok Gajah.

Bagaimanapun beliau memberi kebebasan kepada pemain untuk membuat keputusan sama ada untuk kekal atau berpindah kepada pasukan lain jika mereka mendapat peluang yang lebih baik.

Mengulas mengenai masa depan penyerang import, Dickson Nwakaeme, beliau berkata, pemain itu melahirkan hasrat untuk bermain di Eropah dan memaklumkan akan menjalani ujian bersama sebuah kelab di Perancis.

"Andai gagal di sana, dia boleh kembali kepada Pahang pada tahun
hadapan kerana kita sentiasa terbuka menerimanya untuk bermain di dalam skuad Tok Gajah," katanya.

Mengenai pemain baharu yang akan dibawa ke dalam skuad Tok Gajah, Tengku Abdul Rahman tidak menolak kemungkinan bahawa Pahang perlu membeli beberapa pemain yang berkualiti sebagai persiapan tahun hadapan, terutama untuk beraksi dalam Piala AFC.

"Jika saya diberi peluang, saya akan pilih pemain Kedah, Badrol Bakhtiar untuk bermain dengan Pahang tetapi mestilah dibuat melalui saluran yang betul kerana saya tak mahu ambil pemain yang masih terikat dengan kontrak," katanya. - Bernama

Sumber HD - 4-11-2014







































































































































Piala Malaysia: Jangan bawa barang larangan

BERNAMA | .

KUANTAN: Polis menasihati penonton perlawanan bola sepak separuh akhir kedua Piala Malaysia 2014, yang menyaksikan Pahang menentang Kedah di Stadium Darul Makmur di sini, supaya mematuhi peraturan ditetapkan dan mengelak daripada menimbulkan provokasi.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata penyokong kedua-dua pasukan dilarang membawa masuk bahan dilarang seperti senjata, mercun dan payung untuk mengelak insiden tidak diingini.

"Memandangkan keadaan cuaca tidak menentu kini, mungkin hujan semasa perlawanan namun penyokong dilarang membawa masuk payung. Bawalah baju hujan kerana itu lebih selamat," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata polis akan mengambil tindakan terhadap mereka yang ingkar dengan arahan itu.

Dalam keghairahan memberi sokongan kepada pasukan masing-masing, polis juga menasihatkan penonton supaya sentiasa menjaga tata susila dan tidak melakukan provokasi atau gangguan semasa perlawanan itu.

Abdul Aziz juga berkata tempat meletak kenderaan untuk penyokong Pahang disediakan di hadapan UTC Kuantan dan kawasan letak kenderaan di Bukit Sekilau di sini, manakala tempat letak kenderaan di hadapan stadium itu dikhaskan untuk penyokong Kedah, pegawai perlawanan serta petugas media.

Menurutnya 550 pegawai dan anggota polis akan bertugas di stadium itu malam esok. - Bernama

Sumber HD - 23-10-2014







































































































































Naturalisasi mungkin penawar luka Harimau Malaya

SAIFUL ISLAM | labu5839@gmail.com | .
KEMERIAHAN kancah bola sepak melanda Malaysia tika ini, susulan kempen Piala Malaysia yang sedang berlansung diikuti kemeriahan aksi pra musim Liga Perdana Barclays atau Liga Perdana Inggeris yang sedang berlansung.

Pastinya saat ini dinanti sekian lama para penggemar sukan paling popular di dunia ini.

Kempen Piala Malaysia untuk siri 2014 boleh dikelaskan antara kempen paling menarik, dengan pelbagai kejutan seperti gahnya PDRM dan Kedah Darul Aman di peringkat kumpulan mengatasi pasukan gergasi lain biapun keduanya pasukan berstatus Liga Perdana.

Tidak kita nafikan aksi mengujakan yang ditampilkan bintang-bintang import setiap pasukan memberi jawapan mengapa kejohanan berprestij bola sepak tempatan seperti Liga Super dan Piala Malaysia kembali mendapat sambutan.

Hipotesis mudah untuk disimpulkan bahawa peminat bola sepak di Malaysia menagih aksi pemain import berbanding pemain tempatan.


Senarai penjaring semasa Piala Malaysia dari kedudukan pertama hingga ke enam dipelopori pemain import setiap pasukan, sehingga yang ke tujuh Hairudin Omar (gambar) dari Angkatan Tentera Malaysia sebagai wakil pemain tempatan.

Kemajuan kejohanan kompetitif seharusnya seiring dengan peningkatan mutu pasukan bola sepak negara. Sudah terang lagi bersuluh persembahan memukau oleh 'awang-awang import' jelas sebagai method utama menarik perhatian penonton mewarnai dan memeriahkan stadium.

Pemain tempatan secara kasarnya hanya beraksi penuh pada posisi-posisi seperti penjaga gawang dan bahagian tengah. Biarpun kuota dan syarat yang digariskan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tentang pengambilan pemain import dipatuhi setiap pasukan, namun ianya seolah membina tembok besar menghalang peningkatan
pasukan bola sepak negara.

Analisis kualiti pasukan kebangsaan tentang ketiadaan pemain serangan yang mempunyai penyudah berbisa juga pertahanan tengah yang kental merupakan masalah utama Harimau Malaya yang begitu ketara.

Mungkin merekrut 'awang import' baik untuk meningkatkan minat rakyat Malaysia untuk menonton bola sepak tetapi akibat buruk buat pasukan Harimau Malaya lebih membimbangkan.


Kemunculan pemain seperti Brendan Gan (gambar kanan) dan Junior Eldstar merungkai persoalan apakah status utama kedua pemain tersebut sama ada berstatus naturalisasi atau tidak; buat jangka masa pendek khidmat keduanya ditagih skuad negara.

Adakah sudah tiba masa untuk Malaysia melaksanakan naturalisasi pemain, untuk kembali mendapatkan rentak ke peringkat lebih tinggi.

Bukan sekadar menghuni sekitar ranking antara 150-160 sekitar dekad ini, sesuatu perlu dilakukan.

Pilihan antara dua; pemain naturalisasi atau memulangkan kembali tempat pemain tempatan di liga Malaysia. - HARAKAHDAILY, 9/10/2014

Sumber HD - 10-10-2014

Chong Wei pertahan Anugerah Perdana TYT P Pinang

BERNAMA | .
GEORGE TOWN: Pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei dinobat sebagai pemenang Anugerah Perdana TYT Negeri Pulau Pinang dan Olahragawan negeri 2013, sekali gus mengulangi pencapaian cemerlangnya pada tahun 2012.

Jaguh badminton negara itu bagaimanapun tidak dapat hadir untuk menerima anugerah berkenaan daripada Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas pada Majlis Anugerah Sukan 2013 di Hotel Traders di sini.

Chong Wei yang diwakili Pengarah Majlis Sukan Negeri Frederick Tan Teck An, tidak dapat hadir kerana neneknya meninggal dunia, Isnin lepas.

Sementara itu, Olahrawati negeri dianugerah kepada Ratu Skuasy negara Datuk Nicol Ann David yang baru meraih pingat emas dalam skuasy perseorangan wanita pada kejohanan Sukan Asia ke-17 di Incheon, Korea Selatan.

Nicol juga tidak dapat hadir untuk menerima anugerah berkenaan kerana terikat dengan latihan rutinnya di Amsterdam, Holland dan diwakili bapanya Desmond David.

Chong Wei dan Nicol, masing-masing membawa pulang piala pusingan, piala iringan dan sijil penghargaan.

Anugerah Olahragawan Harapan pula diraih atlet renang Alwyn Tan Yean Yang, 17, yang berjaya memenangi dua pingat emas pada Sukan Malaysia di Perlis baru-baru ini.

Atlet skuasy, Vanessa Raj, 18, dianugerah Olahragawati harapan 2013 atas kejayaan memenangi dua pingat emas dalam acara individu dan berpasukan wanita pada Temasya Sukan Belia Asia di Nanjing, tahun lepas.

Mereka masing-masing membawa pulang piala pusingan, piala iringan dan sijil penghargaan.

Selain itu, skuad karate turut mencapai kejayaan cemerlang apabila berjaya meraih Anugerah Pasukan Lelaki dan Wanita terbaik 2013.

Anugerah Tokoh Pemimpin Sukan 2014 pula diraih Timbalan Presiden Persekutuan Karate Malaysia Lim Chee Jin dan Anugerah Jurulatih terbaik 2013 dinobatkan kepada Jurulatih Karate negeri Lim Lee Lee. - Bernama

Sumber HD - 9-10-2014

FAM masih tidak berubah - Annuar

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa menyifatkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) masih tidak berubah.

"FAM masih tidak berubah...flip flop decision tak habis habis," tulisnya menerusi facebook.

Baginya, FAM bersikap berat sebelah dalam penjadualan semula perlawanan suku akhir Piala Malaysia 2014.

Tambahnya, jadual perlawanan tidak harus diubah sewenang-wenang, layanan pada pasukan hendaklah sama dan adil.

Ahli Parlimen Ketereh itu menegaskan, jadual tidak boleh diubah atas kehendak satu pihak.

"Cukup-cukupah buat benda sebegini, kekalkan jadual yang sudah lama disahkan, bila nak berubah ni?" tulisnya lagi.

Beliau juga mengingatkan kepada mereka yang suka menyebarkan berita palsu mengenai perpindahan pemain supaya tidak mengelirukan orang ramai.

"Insyaallah 2 atau 3hb Nov kita akan umumkan...apapun senarai TRW 2015 sudah hampir complete," tambahnya.

Malah, jelasnya bagi pemain tempatan 90% akan didaftar dengan FAM minggu ini juga. - HARAKAHDAILY 9/10/2014

Sumber HD - 9-10-2014







































































































































Dunia adalah pentas kita

RAYUSA | .


BLOGGER dan wartawan veteran, Dato' Kadir Jasin meminta orang Melayu jangan berkecil hati dengan dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa mereka malas. Tidak pasti adakah Kadir seorang Melayu tulen atau bukan.

Jika Kadir Melayu tulen, benarkah beliau langsung tidak tersinggung dengan dakwaan Mahathir itu? Adakah beliau memang mengaku semua orang Melayu di Malaysia malas atau semata-mata mengampu/membela kerana Perdana Menteri keempat itu mengupahnya untuk mengkritik kerajaan pimpinan Najib Razak?

Sebagai manusia yang waras, mustahil orang Melayu tidak berkecil hati dengan kata-kata keras tersebut, apatah lagi jika mereka sebenarnya rajin bekerja dan berusaha.

Dakwaan Mahathir tidak tepat. Jika malas, sudah lama bangsa Melayu hilang di dunia. Jangan kerana segelintir, seperti yang ditegaskan oleh Pengarah Pusat Penyelidikan Kebangsaan Antartika, Universiti Malaya, Prof Dato' Dr Azizan Abu Samah, seluruh bangsa dilabel sebagai malas.

Dr Azizan yang juga Timbalan Pengarah IOES dan Naib Presiden Jawatankuasa Sains Penyelidikan Antartika menegaskan sedemikian dalam forum bertajuk 'Dunia ialah Pentas Kita' (sepatutnya 'adalah'), anjuran Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena) di Rumah Pena, 20 September lalu.

Forum itu diadakan bersempena dengan Mesyuarat Agung Tahunan ke-51 Pena (Mesyuarat Agung (pemilihan Jawatankuasa Pena 2014-2016)). Langkah Pena yang diketuai oleh Presidennya, Dr Mohammad Saleeh Rahamad (yang dipilih semula dalam Mesyuarat Agung tersebut) menganjurkan forum yang membawa isu panas itu wajar dipuji.

Sebenarnya, tidak salah untuk orang Melayu tersinggung atau marah kerana dakwaan Mahathir itu bersifat menyeluruh. Memang tidak adil dan melampau beliau melabelkan orang Melayu malas berdasarkan pencapaian dalam satu bidang sahaja.

Saya fikir dakwaan Mahathir itu hanya berdasarkan bidang ekonomi. Bagi beliau, disebabkan malas, orang Melayu masih tidak memonopoli ekonomi negara. Saya fikir Mahatihir hanya mahu orang Melayu kaya, bukan halal haram cara menjadi kaya.

Jika benar begitu, Mahathir tidak wajar melabelkan sedemikian kerana bidang lain seperti seni dan sukan telah membuktikan orang Melayu rajin.

Azizan dalam ceramahnya memberi contoh penyanyi Yuna yang telah sedikit demi sedikit mencatat kejayaan di Amerika Syarikat. Katanya, Yuna telah membuktikan kemampuan dan akan datang boleh memilih untuk beraksi di mana sahaja.

Beliau tidak menyebut kejayaan Dato' Siti Nurhaliza dan Shila Amzah. Mungkin mengetahui dan tidak menafikannya, cuma terlupa untuk menyebut. Yang penting, kejayaan tiga diva negara itu membuktikan orang Melayu kuat berusaha. Kalau malas, adakah ketiga-tiga mereka akan berada pada kedudukan sekarang?

Dalam bidang sukan pula, ada atlet Melayu yang menjadi legenda seperti Allahyarham Abdul Ghani Minhat dan Allahyarham Dato' Mokhtar Dahari untuk bola sepak (walaupun gagal beraksi di Piala Dunia).

Ghani digelar Raja Bola Malaya. Mokhtar yang mendapat jolokan SuperMokh pula turut mencipta rekod menjadi pemain bola sepak tanah air yang pertama menerima anugerah Olahragawan Negara (1976). Adakah Ghani dan Mokhtar malas?

Badminton amat dikenang pada era 90-an, khususnya 1992 apabila adik-beradik Sidek, iaitu Rashid, Razif, Jalani dan Rahman Sidek membawa skuad negara kembali memenangi Piala Thomas selepas 25 tahun.

Razif dan Jalani juga mungkin menjadi juara beregu dunia jika 'servis S' ciptaan mereka tidak diharamkan oleh Persekutuan Badminton Dunia. Servis tersebut sangat mengelirukan lawan hingga menerbitkan rasa cemburu (mungkin) yang membawa pada pengharamannya atas alasan cepat merosakkan bulu tangkis.

Dalam lumba basikal tanah air pula muncul legenda seperti Allahyarham Daud Ibrahim pada era 70-an dan Rosman Alwi (80-an). Shalin Zulkfili pula adalah ratu boling negara.

Adakah mereka orang Melayu yang malas? Tentu tidak kerana faktor nasib amat kecil peratusannya. Faktor yang membawa kejayaan cemerlang tetap juga usaha keras dan berterusan.

Tegas Azizan, sebenarnya yang malas pada orang Melayu ialah malas ditipu oleh orang yang 'patut-patut' (berkuasa dan berwewenang).

Mereka, tambahnya, malas mendengar dianggap malas meskipun keluar awal pagi menangkap ikan atau menoreh.

"Orang Melayu malas melihat kekayaan negara diberi kepada orang lain, mendengar pemimpin mengutuk bangsa sendiri, dan melihat orang Melayu berjawatan tinggi atau kaya raya kerana memecah amanah menyelewengkan wang rakyat," tegas Azizan.

Sambil menegaskan bahawa Mahathir bukan Tuhan yang tidak boleh disanggah, tambah beliau, wajarkah orang Melayu dianggap malas jika mereka mampu menerajui Petronas dan Khazanah Nasional Berhad.

"Majoriti pensyarah di universiti yang mencerdikkan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum juga adalah orang Melayu. Begitu juga yang menjayakan DEB dan Felda. Selain itu, 50 peratus pakar perubatan dan pakar undang-undang adalah orang Melayu," kata Azizan lagi.

Bagi beliau, kejayaan Malaysia adalah kejayaan orang Melayu. Katanya, orang Melayu telah berjaya menurunkan kadar kemiskinan mereka dari 30 peratus ke empat peratus. Mereka menyediakan prasarana dan pentadbiran awam yang menyumbang pada pertumbuhan ekonomi.

Lebih menarik, tambah Azizan, pengguna dalam kalangan orang Melayu yang banyak mendukung ekonomi kaum Cina di Malaysia!

Bagaimanapun, Azizan menegaskan orang Melayu yang berwibawa dan berwawasan terpaksa menghadapi dua musuh, iaitu orang Melayu sendiri yang hasad dengki serta banyak memperlekehkan kejayaan bangsa, dan cauvanis Cina yang iri hati. Kedua-duanya, kata Azizan akan cuba membunuh kerjaya.

Dalam hujahnya menyanggah dakwaan Mahathir, Azizan menegaskan tiada kajian yang menunjukkan sesuatu bangsa bodoh atau cerdik, rajin atau malas kerana ia sangat bergantung pada nilai hidup seseorang.

Untuk mengatasi sindrom jaguh kampung pula, Azizan menegaskan orang Melayu mesti berani berfikiran besar serta menerokai dan bersuara di pentas dunia. Mereka, katanya, mesti berbangga dengan kejayaan sendiri, dan memerdekakan minda daripada belenggu saki-baki penjajahan minda.

Jelas Azizan, orang Melayu tidak perlu bimbang kerana dunia kini terbuka untuk mereka terokai. Sebenarnya, kata beliau, orang Melayu sudah mempunyai kemampuan ekonomi dan kematangan pemikiran untuk menjadi pemimpin dunia membangun.

Azizan menegaskan negara kita sudah mempunyai ramai Mahathir dalam banyak bidang selain politik. Cuma, beliau curiga adakah orang Melayu akan memerdekakan diri mereka yang sebenar-benarnya - tidak menjadi seperti burung sangkar yang setelah dilepaskan akan terbang semula ke sangkar atau berkeliaran di sekitar sangkar tersebut hingga akhirnya mati dibaham oleh kucing. – HARAKAHDAILY 29/9/2014

Sumber HD - 29-9-2014

Pemain bola paling banyak hat trick

http://stylosport.blogspot.com | .

Ronaldo mengukir nama sebagai pemain yang mempunyai hat trick paling banyak di dalam Top 5 liga di Eropah semenjak 1992. Namun, Messi boleh mengatasi rekod Ronaldo itu memandangkan usia Messi yang masih muda.

Sumber HD - 22-9-2014










































































































































Nicol David, atlet Pulau Pinang terima insentif

ROKETKINI | .
GEORGE TOWN: Pemain skuasy nombor satu dunia Datuk Nicol Ann David bersama enam atlet Pulau Pinang menerima insentif kerajaan negeri selepas pencapaian cemerlang mereka semasa Sukan Komanwel XX di Glasgow 2014.

Nicol yang memenangi pingat emas dalam acara skuasy individu wanita menerima insentif kerajaan Pulau Pinang berjumlah RM40,000, manakala Zulhelmi Md Pisol yang memenangi pingat perak dalam sukan angkat berat kategori 56 kg menerima RM20,000.

“Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ketua Menteri Pulau Pinang dan kerajaan negeri yang berbesar hati memberi insentif kepada saya dan atlet Pulau Pinang berikutan pencapaian kami di Sukan Komanwel Glasgow,” kata Nicol dalam satu kenyataan ringkas.

Selain beliau, turut menerima insentif berjumlah RM7,500 ialah Chan Peng Soon pemain badminton negara bagi kategori beregu lelaki dan penyerahan tersebut disempurnakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam sebuah majlis di Komtar, Jumaat lalu.

Hadir sama dalam majlis penyerahan tersebut ialah Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd Rashid Hasnon Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang bersama Chong Eng, Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita dan Komuniti,

16 daripada 179 orang atlet yang mewakili negara merupakan atlet negeri Pulau Pinang yang menyertai lapan jenis sukan iaitu Terjun Akuatik, Angkat Berat, Badminton, Berbasikal, Boling Padang, Hoki, Skuasy, dan Menembak.

Enam daripada 16 atlet Pulau Pinang berjaya menyumbang tiga butir pingat emas dan tiga butir pingat perak buat Kontinjen Negara semasa Sukan Komanwel XX Glasgow 2014.

Kontinjen Negara secara keseluruhannya berjaya memenangi sebanyak enam pingat emas, tujuh perak, dan 6 butir pingat gangsa dari 10 jenis sukan meliputi sukan Badminton, Angkat Berat dan Powerlifting, Akuatik (renang dan terjun), Badminton, Berbasikal, Ping Pong, Boling Padang, Gimrama, Skuasy, dan Menembak.

Sumber HD - 8-9-2014

3 player Bayern elak pegang arak

http://stylosport.blogspot.com | .

Ribery, Shaqiri dan Benatia. 3 pemain muslim yang menyarung jersi Bayern ni menolak untuk memegang arak yang disponsor oleh Paulaner Brewery.

Sumber HD - 3-9-2014







































































































































Pemain skuad Piala Presiden JDT maut dalam kemalangan

BERNAMA | .
JOHOR BAHARU: Seorang pemain bola sepak skuad Piala Presiden Johor Darul Ta'zim (JDT) meninggal dunia manakala rakannya cedera apabila motosikal yang ditunggangi mereka berlanggar dengan sebuah kereta di KM43.5 Lebuhraya Senai-Desaru menghala ke Desaru, Kota Tinggi, di sini tengah malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Shahrul Anwar Md Idris berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 12.40 tengah malam ketika Md Amirul Hakim Samsuddin, 18, dan rakannya Mohd Rafi Abu, 29, mengikuti konvoi beberapa buah motosikal dari arah Pasir Gudang untuk menyambut Hari Kemerdekaan negara.

"Md Amirul Hakim menunggang motosikal terbabit manakala Mohd Rafi adalah pembonceng. Dipercayai motosikal mereka berlanggar dengan kereta yang datang dari arah bertentangan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Shahrul Anwar berkata Md Amirul Hakim yang dilaporkan parah di bahagian kepala meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultan Ismail, Pandan, di sini.

Beliau berkata rakannya turut dihantar ke hospital yang sama bagi menerima rawatan manakala pemandu kereta terbabit tidak mengalami kecederaan. - Bernama

Sumber HD - 31-8-2014

Bersih: Penyokong JDT prihatin, bentuk budaya positif

http://omakkau.blogspot.com/ | .

BUDAYA POSITIF YANG HARUS DIPUJI DAN KEKAL ABADI.

Keprihatinan para penyokong JDT terhadap kebersihan bakal membentuk satu budaya positif apabila mereka bersama-sama sebagai tuan rumah menjaga stadium.

Ucapan setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada para penyokong yang hadir menyaksikan perlawanan aksi ke-4 Piala Malaysia di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin semalam 26 Ogos 2014.

Kepuasan dan keseronokan bersorak meraikan kemenangan sememangnya satu kenangan manis
buat yang hadir namun rasa bangga ditambah lagi dengan semangat mereka yang tidak terus pulang sebaliknya turut sama-sama bergandingan tangan dengan para petugas membersihkan persekitaran stadium di kawasan tempat duduk mereka.

Tahniah dan Syabas... Teruskan amalan mulia ini sehingga sebati dan menjadi sebahagian dari jati diri.

Amat mengharap agar para penyokong dari negeri lain akan menyusul ikut gelagat murni lagi mulia ini.


Sumber HD - 27-8-2014







































































































































Berusia 15 tahun dan diserap ke skuad senior


WhisperedHarmoniousAnnelida Remember the name! Stromsgodsets Martin Odegaard (15) scores brilliant winner v Haugesund [GIF]

Martin Odegaard bakal membuka mata kelab-kelab sekitar Eropah berikutan pemilihannya ke skuad senior Norway pada usia 15 tahun.

Odegaard kini bersama kelab Norway, Stromsgodset telah mencuri perhatian Manchester United dan juga Barcelona dan beberapa kelab lain.

Odegaard telah di senaraikan mewakili Norway di dalam aksi persahabatan menentang UAE pada usia 15 tahun 253 hari.
p/s: bila agaknya Malaysia akan ada talent seperti ini?

Sumber HD - 20-8-2014

Kejohanan di Glasgow: Pengajaran buat Malaysia

SAIFUL ISLAM | labu5839@gmail.com | .




MUNGKIN kejohanan berprestij di Glasgow sudah lama berakhir, namun konflik yang melanda badan-badan sukan, pasukan mahupun individu yang berkait rapat dengan penghantaran wakil negara di bumi Scotland masih belum reda.

Masing-masing menuding jari serta seakan mengambil langkah selamat mengelak dari dipertanggungjawabkan atas kekecewaan kontinjen Malaysia.

Sekadar memuaskan mungkin penakrifan ekstremis yang sesuai untuk diberikan pada skuad negara yang mewakili Malaysia di Glasgow, Scotland.

Penutupan kejohanan dengan mengungguli tempat ke-12, 6 emas, 7 perak dan 6 gangsa. Sasaran utama yang di letakkan sebanyak 7 pingat emas diakhiri dengan pencapaian kurang satu pingat.

Pada siri kejohanan yang lalu di New Delhi, India, kontinjen negara jelas cukup bersedia melangkaui sasaran awal sebanyak 10 emas dengan membawa pulang 12 emas tapi bukan untuk kejohanan kali ini.

Penilaian pemerhati sukan tanah air jelas manampilkan rasa kecewa dengn persembahan hambar yang di tampilkan terutama dalam acara badminton perseorangan dan hoki, biarpun kedua-dua acara ini disasarkan sebagai pilihan merangkul emas sebelum berlangsungnya temasya di Glaslow, Scotland.

Sasaran 4 pingat emas dalam acara badminton hanya sekadar impian buat Malaysia, dek persembahan yang cukup hambar ditampilkan wakil perseorangan negara Liew Darren dan Chong Wei Feng mengundang pelbagai persoalan terhadap aspek pengurusan, kejurulatihan dan pemilihan pemain.

Biarpun dihimpit tekanan menggalas tugas berat kerana ketiadaan Lee Chong Wei, ianya bukan alasan untuk mereka mempamerkan aksi yang cukup hambar seolah tiada persediaan rapi dari segi fizikal mahupun mental.

Di sebalik kekecewaan terhadap wakil perseorangan, wakil beregu negara memberi peluang untuk kontinjen negara menghela nafas lega dengan pungutan tiga emas dengan dua untuk beregu dan satu berpasukan jelas membantu menaikkan kembali kedudukan negara ke tempat yang lebih tinggi.

Bagi tiga lagi baki pingat emas diperolehi menerusi acara terjun, skuasy dan angkat berat.

Skuasy menepati ramalan dengan kemenangan Dato’ Nicol Ann David sebagai pilihan utama, disusuli kemenangan memperoleh emas oleh Mohd Afifi Ansor dalam acara angkat berat bagi kategori 69 kilogram biarpun dilihat kurang menyerlah di Sukma 2012.
Beliau memberi pendapat sewajarnya negara kita mencontohi kaedah atau persediaan yang dilakukan oleh negara seperti Kazakhstan, China dan Rusia bagi melahirkan lebih ramai atlet angkat berat yang mampu mengangkat nama Malaysia ke tahap yang lebuh tinggi.

Penerjun negara Ooi Tze Liang menghadiahkan pingat emas dan perak untuk Malaysia dalam acara 3 meter papan anjal dan 10 meter terjun individu lelaki.

Skuad hoki negara sekali lagi dihimpit prestasi yang membingungkan seluruh rakyat Malaysia, tatkala dijinak dengan mudah di peringkat kumpulan oleh New Zealand, England dan Trinidad Tobago.

Tewas di tangan pasukan 'underdog' seperti Trinidad dan Tobago memperkukuhkan lagi kenyataan bahawa pasukan negara tidak mempunyai konsistensi malah kurang persediaan dari segi taktikal mahupun kejurulatihan.


Diakhiri dengan keputusan merehatkan Dharma Raj (gambar) selaku jurulatih baru-baru ini mungkin sebagai langkah menilai kembali kemampuan beliau.

Menduduki tempat ke 13 di belakang negara jiran Singapura seolah-olah suatu penilaian secara kasar mengukur kemunduran tahap perkembangan arena sukan tanah air.

Diakhiri dengan hanya pungutan 6 pingat emas merupakan palitan arang yang cukup mengaibkan lipatan sejarah penglibatan Malaysia dalam sukan Komanwel dalam tempoh sedekad.

Pemilihan atlet berdasarkan prestasi semasa bukan reputasi mengajar kita meningkatkan keupayaan atlet muda berbanding mengambil langkah selamat dengan menghantar atlet senior dengan alasan berpengalaman.

Tahniah buat para atlet yang berjuang demi mengharumkan nama Malaysia akan tetapi kajian, penyelidikan juga timbang tara harus dilakukan demi meningkatkan kembali prestasi para atlet baik dari semasa ke semasa sebelum menghadapi pentas kejohanan berprestij seperti sukan Komanwel dan sukan Asia yang mendatang. - HARAKAHDAILY, 19/8/2014

Sumber HD - 19-8-2014







































































































































Khalid kekal Presiden FAS 2014-2018

SELANGOR KINI | .
SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengekalkan jawatannya sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) bagi penggal 2014-2018 setelah menang tanpa bertanding pada kongres tahunan ke-64.

Beliau menyandang kerusi Presiden FAS sejak tahun 2010 setelah mengambil alih jawatan itu daripada Dr Mohamad Khir Toyo.

Timbalannya, Datuk Abdul Mokhtar Ahmad turut mengekalkan jawatan setelah menang tanpa bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Eksekutif FAS bagi penggal itu yang berlangsung di Kelab Shah Alam.

Bernama melaporkan pada kongres berkenaan, tiga daripada empat Naib Presiden Datuk Emran Kadir, Datuk Seri Subahan Kamal dan K. Palanisamy mengekalkan jawatan masing-masing dalam pemilihan yang diadakan.

Bagaimanapun Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan Datuk Seri Adnan Md Ikshan tidak mahu mempertahankan jawatannya sebagai salah seorang Naib Presiden dan digantikan oleh Datuk Samin Sarmin.

Enam muka baru turut dilantik menganggotai jawatankuasa eksekutif FAS bersama tujuh muka lama.

Mereka adalah Omar Ali, Noor Hisham Mohd Ghouth, Ariffin Hamid, Datuk P Sugumaran, Abd Rauf Ahmad dan Adanan Sariff manakala tujuh muka lama adalah Bendahari FAS Datuk S Sivasundaram, Razak Abdul Karim, V Thalayasingam, Mustaza Ahmad, K Santhanaraju, R Sekar Chandra dan Y Suntharasagaran.

Sumber HD - 19-8-2014

M City kekalkan rekod EPL

HARAKAHDAILY | .

MANCHESTER City memulakan cabaran EPL musim ini dengan langkah kanan apabila berjaya menewaskan Newcastle 2-0 dalam perlawanan yang berlansung pagi tadi waktu tempatan.

Kejayaan itu juga memastikan rekod dalam EPL terus kekal iaitu juara liga tidak pernah kalah dalam perlawan pembukaan mereka.

Gol City dijaringkan David Silva dan Sergio Aguero. Kemenangan ini juga meletakkan Manchester City di kedudukan teratas berdasarkan perbezaan gol/jaringan. kedudukan ini mungkin berubah-ubah kerana masih banyak baki perlawanan yang perlu diharungi. Kemenangan ini juga bakal menjadi pembakar semangat City untuk mengekalkan kejuaraan.

Dalam perlawanan lain, kelab QPR yang dimiliki oleh Tony Fernandes, Bos Air Asia gagal memanfaatkan banyak peluang yang terhidang dan akhirnya tewas 0-1 kepada Hull City. QPR baru sahaja dinaikkan ke liga perdana selepas tersingkir pada musim lepas. – HARAKAHDAILY 18/8/2014

Sumber HD - 18-8-2014







































































































































MU langkah kiri

HARAKAHDAILY | .
PEMINAT Manchester United pastinya kecewa apabila pasukan itu tewas kepada Swansea City 2 – 1 dalam perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris. Walaupun menjadi tuan rumah, MU gagal memanfaatkan beberapa peluang di samping corak permainan yang belum begitu mantap.

Berkemungkinan para pemain masih belum sepenuhnya dapat mengadaptasi corak yang dikehendaki oleh Van Gaal.


Yang menariknya gol pertama Swansea dijaringkan pemain Korea Selatan Ki Sung-Yueng (Gambar). Ki yang berusia 25 tahun ini menjaringkan gol pertamanya sejak bermain dalam Liga Perdana Inggeris.

Kejayaan ini pastinya lebih manis selepas kelab ini kehilangan beberapa pemain utama seperti Chico, Pablo Hernandez and Michu.

Bagi Van Gaal, perjuangan kelab yang dimiliki oleh keluarga Yahudi, Glazer masih jauh. Seperti yang dikatakan oleh pengurus Liverpool sebelum ini cabaran di liga ini lebih daripada yang dijangkakan oleh Van Gaal.

Tahniah Swansea City! – HARAKAHDAILY 16/8/2014

Sumber HD - 16-8-2014

Debut yang mengecewakan buat Dollah Salleh

SAIFUL ISLAM | labu5839@gmail.com | .

KEMELUT perjuangan Harimau Malaya masih belum berakhir. Ditimpa pelbagai rintangan, sang harimau tampak tidak bermaya dengan tiada lagi pembaharuan untuk mengaum juga membaham mangsa.

Slot perlawanan persahabatan anta Malaysia bertemu Tajikistan 8 Ogos lalu bukan diakhiri dengan helaan nafas lega Dollah Salleh (gambar, kanan) akan tetapi cukup mencalar debutnya sebagai jurulatih skuad utama negara.

Biarpun jelas perbezaan taktikal hantaran pendek dan menyerang agresif cuba di terapkan beliau rentetan desakan peminat mahupun pemerhati bola sepak tanah air yang mahukan kelainan dalam permainan di akhiri cukup ngeri buat Sang Harimau.

Masalah ketumpulan jentera serangan, midfielder tengah yang kurang penjanaan idea dan barisan pertahanan yang seringkali cuai dan leka seperti mempersetujui analisis para peminat dan pemerhati bola sepak tanah air bahawa Harimau Malaya dulu dan sekarang tiada bezanya.

Tidak adil untuk menyalahkan Dolah Salleh seratus peratus memandangkan perlawanan ini merupakan debut buat dirinya. Kekurangan fokus, tiada peningkatan kemahiran individu, kecuaian membenarkan kesilapan mudah juga ketumpulan serangan, pastinya sindrom atau penyakit yang cukup lama dihidapi sang harimau sehingga kini belum ada penawar yang mujarab untuk mengubatinya.


Melihat senarai 23 skuad pilihan Dollah Salleh, beliau masih dibayangi kebimbangan merekrut pemain baharu dengan hanya masih bergantung harap pemain yang sama di gunakan Dato K. Rajagobal (jadual).

Pastinya para penyokong sang harimau mahu Dollah Salleh merekrut pemain berdasarkan kualiti juga konsistensi bukan sekadar reputasi.

Menyuarakan pandangan selepas perlawanan tentang ketidakadilan pengadil dan penjaga garisan serta faktor cuaca menyebabkan pemain berada di tahap kecergasan yang rendah.

Satu-satunya gol yang dicipta negara menerusi sepakan penalti yang di sempurnakan pemain berpengalaman Amri Yahya (penyerang), pujian juga harus diberikan buat Farizal Marlias (penjaga gol) yang bertindak cemerlang menyelamatkan beberapa cubaan juga satu sepakan penalti.

Biarpun ranking semasa membenarkan kemenangan Tajikistan kerana kedudukan mereka yang lebih tinggi berbanding pasukan negara akan tetapi persembahan juga permainan yang membosankan menggambarkan tiada peningkatan mutu pasukan negara.

Selaku peminat juga penyokong, harapan semestinya Dollah Salleh akan merekrut pemain-pemain yang lebih cemerlang seiring dengan kempen Piala Malaysia 2014 yang bakal menjelang tanpa teragak-agak menggugurkan pemain yang tidak menunjukkan prestasi yang baik.

Tidak kira pemain senior yang lebih berpengalaman atau pemain muda yang lincah, prestasi semasa harus di ambil kira bukan sekadar mengambil jalan mudah mengekalkan muka lama.

Penyerapan taktikal baharu Dollah Salleh seharusnya di sesuaikan dengan lebih cepat oleh para pemain untuk kita sama-sama melihat kelainan yang di tonjolkan oleh pasukan Malaysia pada perlawanan yang mendatang juga persiapan menghadapi Piala AFF Suzuki. - HARAKAHDAILY, 14/8/2014

Sumber HD - 14-8-2014







































































































































Eliaquim Mangala, pertahanan bernilai £32juta, termahal di EPL

Sebelum ini, rekod perpindahan termahal untukseorang pertahanan adalah sebanyak £30 juta dipegang Rio Ferdinand ketika beliau berhijrah daripada Leed United ke Manchester United. Kini Eliaquim Mangala menerajui kerod terbaru dengan yuran perpindahan £32 juta dari FC Porto ke Manchester City.

Mangala menandatangani persefahaman bersama Manchester City selama 5 tahun. Mangala yang merupakan pemain Perancis, akan bersama rakan-rakannya seperti Sagna, Nasri dan Clichy dalam pasukan Manchester City. Walaupun Mangala merupakan pemain kebangsaaan Perancis, namu pada kejohanan Piala Dunia yang lalu, Mangala tidak dapat bermain satu perlawanan pun bersama Perancis.

Mangala walaupun dilahirkan di Paris, namun ketika berumur 5 tahun, beliau berhijrah ke Belgium dan situ karier bola sepak beliau bermula. Memulakan karier profesional bersama Standard Liege sebagai penyerang, namun posisi beliau ditukar kepada pertahanan. Dari situ, Mangala dilihat lebih berpotensi dan banyak diintai oleh kelab-kelab ternama lain. Namun, FC Porto menjadi batu loncatan Mangala ketika berhijrah ke situ dengan nilai perpindahan sebanyak £6 juta sahaja.
Dengan perpindahan Eliaquim Mangala ke Manchester City, mungkin isu berkenaan pertahanan tengah dapat dikurangkan. Malah Mangala dilihat akan berganding bahu bersama Vincent Kompany di bahagian pertahanan tengah Manchester City.

Sumber HD - 12-8-2014

Sarung tangan ini bernilai RM1.25 juta

HARAKAHDAILY | .



SARUNG tangan yang dipakai Muhammad Ali ketika perlawanan penentuan World Heavyweight Champion ketika menentang Joe Frazier telah di lelong dengan harga RM1.25 juta. Perlawanan pada 8 Mac 1971 itu di gelar 'The Fight of the Century' menyaksikan Muhammad Ali tumpas kepada Frazier.

Perlawanan ini adalah perlawanan pertama mereka iaitu kedua-dua peninju berada di puncak. Perlawanan ini mendapat liputan di 35 negara.

Ali kemudiannya kembali dan berjaya mengalahkan Joe Frazier pada 1 Oktober 1975 di Manila. Beliau bersara sepenuhnya daripada arena tinju pada Disember 1981, selepas kalah beberapa kali dan mula menghadapi masalah kesihatan.

Muhammad Ali dianggap legenda tinju kerana satu-satunya peninju yang tiga kali menjadi Juara Dunia Tinju kelas Berat (Heayweight).



http://www.stylosport.com/

Sumber HD - 8-8-2014

Siapa Atlet paling tinggi bayaran 2014?

HARAKAHDAILY | .

FORBES menyenaraikan 10 atlet yang menerima bayaran tertinggi bagi tahun 2014. Pengiraan itu termasuk pendapatan pokok, bonus kemenangan dan perjanjian iklan dan lain-lain. Atlet yang tersenarai merangkumi pelbagai jenis sukan dan negara.

1 - Floyd Mayweather

Atlet sukan tinju ini memperoleh pendapatan lebih daripada USD100 juta setahun sejak 2012 lagi. Dia berjaya mengalahkan Tiger Wood sejak 2013 dan melonjak ke kedudukan pertama dalam senarai Forbes.

2 - Cristiano Ronaldo

Bintang Real Madrid, Ronaldo tidak perlu diperkenalkan khususnya bagi peminat sukan bola sepak. Dia memperolehi USD80 juta setahun. Pendapatannya terhasil daripada gaji asas dan bonus kemenangan iaitu USD52 juta dan bakinya daripada pelbagai kontrak iklan termasuk Nike and Tagheuer.

3 - Lebron James

Bintang bola keranjang Miami Heat ini mengumpul pendapatan sekitar USD72.3 juta dan merupakan pemain yang menerima pendapatan paling tinggi dalam National Basketball Association (NBA). Antara syarikat yang terbabit dengan James termasuklah Nike, McDonalds, dan Coca-Cola .

4 - Leonel Messi

Messi pula menjana pendapatan USD64.7 juta. Sebagaimana Ronaldo dan James, sebahagian pendapatannya diperoleh melalui iklan dan penajaan. Messi terbabit dengan Adidas, Turkish Airlines, dan We Chat.

5 - Kobe Bryant

Pendapatan tahunan Bryant ialah USD61.5 juta, separuh daripadanya datang daripada penajaan dan iklan seperti Turkish Airlines, IBM Lenovo, Nike, Panini, dan Hublot.

6 - Tiger Woods


Woods merupakan pemegang rekod pendapatan tertinggi bagi tahun 2001 hingga 2012. Pada tahun 2014, pemain golf profesional yang berusia 38 tahun ini hanya menjana pendapatan USD61.2 juta. Namun USD55 juta datangnya daripada penajaan dan iklan dan lain-lain.

7 - Roger Federer

Pemain tenis asal Switzerland ini menjana pendapatn USD56.2 juta. Sebanyak USD52 juta datangnya daripada penajaan Nike, Credit Suisse, dan Rolex.

8 - Phil Mickelson

Mickelson memperoleh USD53.2 juta. Sepanjang penglibatannya dalam sukan golf, dia memenangi 42 kejuaraan. Antara produk dan syarikat yang menyumbang kepada pendapatannya termasuklah Callaway, Barclay's, Exxon Mobil, dan Rolex.

9 - Rafael Nadal

Hero Sepanyol ini mengumpul pendapatan USD44.5 juta setahun dan USD30 juta adalah daripada penajaan.


10 - Matt Ryan

Atlet National Football League (NFL) ini memperoleh USD43.8 juta. USD42 juta daripada gajinyanya dalam NFL, dan bakinya USD1.8 juta daripada penajaan. - HARAKAHDAILY 7/8/2014

Sumber HD - 7-8-2014










































































































































Gaza: Jom boikot Manchester United!

Ahamad Suardi | .



Dalam keghairahan memboikot zionis Israel, kadang-kadang kita melakukannya tanpa ilmu – maka lahirkan boikot yang beremosi dan bermusim.

Tidak dinafikan tindakan boikot sedikit sebanyak memberi kesan ekonomi kepada zionis dan negara yang menyokongnya. Namun dalam keghairahan itu banyak perkara kita terlepas pandang.

Selain syarikat makanan segera McD yang kini menjadi sasaran boikot, kita diberikan senarai syarikat dan produk yang ada kaitannya dengan zionis dan negara penyokongnya. McD menjadi sasaran utama kerana syarikat ini merupakan restoran makan segera yang paling popular di Malaysia!

Dalam industri sukan pula, salah satu kelab yang sahamnya dimiliki oleh Yahudi ialah Machester United. Walalupun ada kelab lain yang turut dimiliki oleh Yahudi, tetapi kelab ini mempunyai peminat dan pengaruh yang besar di Malaysia.

Suka atau tidak keuntungan kelab ini sudah tentu ada sahamnya kepada negara haram Israel.

Pemilik saham terbesar kelab Manchester United sekarang ini ialah Malcolm Irving Glazer. Walaupun Glazer telah meninggal dunia pada 28 Mei 2014 lalu, kini penguasaan kelab ini diteruskan oleh keluarga Glazer.

Keluarga Glazer merupakan pendatang Yahudi dari Lithuania dan beliau lahir di Rochester, New York, Amerika Syarikat.

Jadi, kepada peminat dan penyokong Manchester United, jika anda boleh memboikot McD, apa salahnya jika memboikot juga kelab ini. Banyak lagi kelab lain dalam liga perdana Inggeris yang boleh anda sokong.

Atau, jika anda banyak wang belilah saham kelab ini dan jadi pemiliknya! Jika anda jadi pemiliknya, gunakanlah keuntungan kelab anda untuk membantu rakyat Palestin di Gaza. Perkara yang sama juga boleh dilakukan terhadap McD. HARAKAHDAILY 6/8/2014

Sumber HD - 6-8-2014

Sukan Komanwel: Tahniah dan terus berusaha

ZULKARNAIN ZAKI | .

JABATAN Kesenian, Kebudayaan dan Sukan (DACS) Pemuda PAS Malaysia mengucapkan tahniah dan syabas kepada kontinjen negara Malaysia yang menyertai Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland apabila pulang dengan membawa enam pingat emas, tujuh perak dan enam gangsa. Pencapaian ini sekaligus meletakkan Malaysia di tangga ke 12 keseluruhan daripada kesemua negara yang menyertai kejohanan ini.

Meskipun sasaran keseluruhan tujuh pingat emas oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) tidak dicapai, DACS merasakan pencapaian enam pingat emas adalah sesuatu yang boleh dibanggakan.

Paling manis apabila beregu badminton perempuan iaitu Vivian Khoo-Woon Khe Wei berjaya mengungguli pingat emas kelima manakala pingat emas keenam dikutip oleh beregu badminton lelaki iaitu Tan Wee Kiong- Goh V Shem. Kejayaan skuad badminton meraih tiga pingat emas keseluruhan juga menjadikan skuad badminton negara sebagai skuad terbaik kontinjen negara di sukan Komanwel kali ini. Selain Badminton, pingat emas negara dituai menerusi acara angkat berat, terjun dan skuasy.

DACS mengucapkan terima kasih kepada kesemua pemenang pingat emas negara iaitu Ooi Tze Liang (Gambar) dalam acara 3 meter (m) papan anjal individu, Mohd Hafifi Mansor (angkat berat 69 kg), Datuk Nicol Ann David (Skuasy wanita), pasukan badminton negara di samping kedua-dua beregu badminton negara. Mereka berjaya mengharumkan nama negara di pentas dunia dan membuktikan bahawa atlit negara mampu melakar kejayaan cemerlang sehebat negara lain. Semoga mereka ini akan terus berusaha bagi memastikan sasaran tertinggi dalam sukan dunia iaitu Sukan Olimpik dapat dicapai dalam beberapa tahun akan datang.

Kepada atlit yang tidak berjaya menggondol sebarang pingat pada kejohanan kali ini, DACS mengharapkan mereka agar tidak berputus asa dan terus berusaha bagi memastikan kejayaan manis mampu dilakar pada kejohanan dunia yang akan datang. Banyak lagi acara dunia yang menunggu dan rakyat Malaysia sentiasa mendoakan kejayaan demi kejayaan dicapai oleh atlit negara. DACS juga berharap, acara lain juga perlu diberikan tumpuan untuk meraih pingat emas seperti renang, olahraga dan acara berpasukan seperti hoki yang berpotensi mampu melahirkan jagoan di peringkat Sukan Komanwel dan Olimpik suatu hari nanti. – HARAKAHDAILY 5/8/2014

Zulkarnain Zaki ialah Pengarah Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Sukan (DACS), Pemuda PAS Malaysia

Sumber HD - 5-8-2014










































































































































Azizulhasni tidak perlu mohon maaf

SARUNG TANGAN 'HARAM'

Tak berapa lama dulu keluar isu Azizulhasni, penunggang basikal Malaysia yang didakwa berpolitik dalam sukan kerana memakai glove bertulis "SAVE GAZA".
Azizulhasni terpaksa mohon maaf kerana diugut akan diambil tindakan disiplin, sehingga terkeluar dari pertandingan di Scotland.
Tapi dalam permohonan maaf itu Azizul Hasni tetap mempertahankan tindakannya.
RAKYAT MALAYSIA BERDIRI BERSAMA AZIZUL, PEMIMPIN BAGAIMANA?

Syabas Azizulhasni.
AHLI SUKAN PROFESSIONAL YANG BERANI
Cristiano Ronaldo tidak pernah mohon maaf kerana menyokong rakyat Palestin secara terbuka. Tiada siapa berani tegur dia kerana Presidennya pun menyokong Palestin.
PRESIDEN YANG BERANI MENEGUR KUASA BESAR
Azizulhasni tidak bersalah. Tak perlu mohon maaf. Tapi dia mohon maaf juga, buat yang tersinggung dengan tindakannya. Rakyat marhaen menghargai tindakannya.
Rakyat Malaysia yang cintakan keamanan tetap mengecam kezaliman negara pengganas Israel.
Tapi pemimpin politik Malaysia enggan memohon maaf pada rakyat marhaen mahupun rakan seperjuangannya sendiri walaupun telah melakukan kesalahan. Amat memalukan sekali ego pemimpin ini.
IKON ANAK MUDA
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Sumber HD - 2-8-2014

Save Gaza: Keberanian Azizul dipuji

HARAKAHDAILY | .



BEBERAPA hari lalu timbul isu sarung tangan pelumba basikal negara Azizulhasni Awang yang tertera “Save Gaza”. Ada ura-ura bahawa tindakan amaran atau sebagainya akan diambil kerana dikatakan bercanggah dengan peraturan kejohanan. Namun tindakan itu mendapat pujian daripada Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan menyifatkannya tindakan berani.

“Keberanian yang ditunjukkan oleh pelumba basikal negara Azizulhasni Awang dengan menayangkan sarung tangan bertulis 'Save Gaza', adalah sikap yang terpuji. Azizulhasni jelas merupakan wira umat dan sekaligus wira kemanusiaan.

“Beliau mewakili generasi muda Malaysia tanpa mengira latar agama dan bangsa menyertai umat dunia membantah pemerkosaan kemanusiaan oleh regim teroris Zionis.” Tegas Amidi Abd Manan, Presiden, ABIM dalam kenyataan ringkasnya.

Menurut Amidi lagi seharusnya pihak penganjur Sukan Komanwel berbangga dengan tindakan Azizulhasni ini yang menunjukkan solidariti kepada rakyat Palestine. Gaza bukan konflik politik biasa tetapi ia adalah satu pencabulan hak kemanusiaan yang amat buruk. Tiada rekod seburuk Israel dalam perihal Hak Asasi Manusia yang membunuh tanpa belas dan merampas tanah rakyat Palestine.

Sukan adalah wahana membina perpaduan dan kemanusiaan. Justeru tindakan Azizulhasni adalah demi memartabatkan kemanusiaan.

“ABIM mengajak seluruh rakyat Malaysia memberikan penghargaan dan penghormatan terhadap Azizulhasni yang mempertaruhkan masa depan kerjayanya dan juga mungkin keselamatan dirinya demi menyelamatkan Gaza dan kemanusiaan,” tegas Amidi lagi. – HARAKAHDAILY 26/7/2014

Sumber HD - 26-7-2014

Cemerlang di Piala Dunia, gagal di liga antarabangsa

SAIFUL ISLAM | .

BELUM habis bahang Rio di Brazil, kini pemerhati bola sepak dunia sibuk memperkatakan tentang spekulasi berkenaan jendela perpindahan pemain sepenjuru ruang liga-liga terbaik dunia.

Seiring dengan kempen Piala Dunia 2014, pastinya nama-nama pemain yang menyerlah ketika kempen dijalankan akan diperkatakan sebagai anak emas yang wajar di saingi kelab ternama sebagai persediaan kejuaraan liga musim 2014/2015.

Islam Slimani ditawar kontrak lumayan oleh West Ham United, Luis Suarez dibida Barcelona, Divock Origi dipancing Liverpool dan pelbagai lagi spekulasi menarik yang pastinya membuat peminat bola sepak tidak senang duduk.

Kebanyakan pemain yang mula mendapat perhatian ketika ini, semestinya yang memberikan persembahan terbaik, konsisten dan mengkagumkan untuk negara yang di wakili mereka.

Sejarah mengajar kita bukan semua pemain yang berkhidmat cemerlang untuk negara ketika kejohanan antarabangsa seperti Piala Dunia dan Euro mampu memberikan kualiti yang sama ketika mewakili kelab.



Jose Kleberson (gambar), mewakili Brazil di Piala Dunia 2002 dengan memegang peranan sebagai pemain midfield pertahanan bersama Gilberto Silva dilihat cukup menyerlah ketika perlawanan akhir menentang Jerman.
Beliau memainkan peranan yang amat penting menggantikan tempat Juninho selaku kesebelasan utama.

Mengumpul hampir 30 caps untuk Brazil diapit dengan dua kali panggilan ke Piala Dunia (2002 dan 2010), menggamit persoalan mengapa beliau tidak menyerlah ketika mewakili kelab besar Manchester United, sehingga dilabel antara pembelian Sir Alex Ferguson yang gagal.

Peristiwa diperlekehkan tatkala beliau dibandingkan dengan Anderson, midfielder Manchester United yang juga berasal dari Brazil dengan laungan “Anderson... son... son you are better than Kleberson” memberi gambaran tentang kehadiran beliau di Red Devil merupakan kegagalan buat dirinya.

Klausa perpindahan melebihi £6 juta, pemain ini memulakan kempen dengan kecederaan ketika perlawanan keduanya. Sering diletakkan selaku pengganti David Beckham di posisi sayap ketika diturunkan, amat berbeza dengan peranan sebenarnya selaku midfielder tengah atau bertahan mungkin salah satu sebab mengapa beliau tidak menyerlah.

Pemain ini hanya melengkapkan 20 perlawanan di Old Trafford sebelum berhijrah ke Besiktas pada tahun 2005.

Denílson de Oliveira (gambar), pemain paling sensasi sekitar tahun 1998 tatkala menjadi pemain termahal dunia dek klausa pemindahan sebanyak £21.5 juta dari Sao Paolo ke Real Betis.

Pemerhatian pengurus Real Betis terhadapnya bermula setelah membantu Brazil memenangi Piala Copa Amerika, Piala Konfederasi 1997 dan bermain kesebelasan utama sepenuhnya sepanjang kempen Piala Dunia 1998 di mana Brazil dinobatkan selaku naib juara.

Persembahan di Real Betis amat mengecewakan dalam musim yang pertama, sekadar menjaringkan dua gol daripada 35 perlawanan jelas tiada pulangan berbaloi yang ditempa pasukan atas pelaburan termahal dunia ketika itu.

Musim selepasnya Real Betis tersingkir dari La Liga dan Denilson dihantar pulang ke Brazil untuk tempoh pinjaman setahun, sekembalinya beliau ke Real Betis sekadar mengisi bangku simpanan.

Tiada lagi harapan untuk dirinya ditampilkan selaku kesebelasan utama, Denilson berhijrah ke Bordeux.

Penghijrahan dari sebuah kelab besar sehinggalah di akhir karier beliau bermain di Liga Vietnam bersama Hải Phòng F.C, penghijrahan terakhir beliau ke kelab Greece, Kavala F.C dan dilepaskan tanpa bermain walau satu perlawanan.


Thomas Brolin (gambar) merupakan pemain penyerang pasukan Sweden, menjaringkan 25 gol dalam 47 penampilan juga cemerlang ketika kempen Piala Dunia di USA 1994.
Pengurus Leeds, Horward Wilkinson menandatangani beliau dari Parma F.C dengan klausa sebanyak £4.5 juta pemain ini diletakkan sebagai pemain sayap berbanding posisi asalnya selaku pemain tengah atau serangan.
Protes terhadap posisinya dapat dilihat dengan persembahan cukup memalukan ketika menentang Liverpool di mana Leeds tewas 5 jaringan tanpa balas.
Bermula dari saat itu, peluang untuk pemain berambut perang ini tertutup. Mengalami masalah kecederaan yang panjang seolah noktah terakhir untuk kariernya di Leeds walaupun hanya tiba beberapa bulan sebelum itu.
Perpindahannya ke Crystal Palace dengan 13 penampilan liga tanpa sebarang jaringan membuka satu lagi sejarah hitam dalam kariernya.
Beliau dilepaskan oleh Crystal Palace kemudian berpindah ke Hudikksvalls FF, sebuah kelab di Liga Sweden. Hanya membuat satu penampilan tanpa sebarang jaringan.

Pemain-pemain tersebut memberikan persembahan terbaik ketika beraksi mewakili negara di Siri Piala Dunia, menarik perhatian peninjau bakat kelab-kelab ternama untuk ditandatangani.
Pulangan yang dilakukan tidaklah seperti yang diharapkan, pelaburan yang cukup tinggi diakhiri dengan perpindahan keluar ke kelab lain.
Justeru kenyataan tentang prestasi semasa yang cemerlang di peringkat antarabangsa bukan penilaian telus potensi pemain merupakan kenyataan yang sukar untuk di sangkal. - HARAKAHDAILY, 17/7/2014

Sumber HD - 17-7-2014










































































































































Ozil derma bonus Piala Dunia kepada Gaza

HARAKAHDAILY | .
BEBERAPA laman web melaporkan bahawa pemain antarabangsa Jerman dan Arsenal, Mesut Ozil menderma sebahagian bonus Piala Dunia yang diperoleh kepada kanak-kanak Gaza.


Ozil, yang berketurunan Turki, membuat pengumuman itu selepas berakhirnya kempen Piala Dunia di Brazil.

Persatuan Bola Sepak Jerman dianugerahkan setiap pemain pasukan itu bonus €300,000 untuk memenangi piala ini, sebagai tambahan kepada €150,000 berikut kemenangan separuh akhir dan ganjaran lain untuk setiap perlawanan.

Laporan tersebut menyatakan bahawa Mesut Ozil telah mengumumkan beliau akan menderma £350,000 yang beliau peroleh kepada kanak-kanak di Gaza.

Sebelum ini, Ozil mendapat liputan meluas dalam rangkaian sosial kerana membaca doa ketika perlawanan menentang Argentina.

Selain itu timbul juga kontroversi selepas beliau enggan berjabat tangan dengan seorang pegawai FIFA kerana sokongannya kepada Israel.

Sumber HD - 17-7-2014

Pemenang anugerah pada Piala Dunia 2014

STYLO SPORT | .


Juara Piala Dunia 2014: Jerman


Adidas Golden Ball: Lionel Messi


Adidas Golden Boot: James Rodriguez


Adidas Golden Glove: Manuel Neuer


Hyundai Young Player: Paul Pogba


Fair Play Award: Colombia


Sumber HD - 14-7-2014










































































































































4 bintang untuk Jerman

HARAKAHDAILY | .



TAHNIAH Jerman! Jerman mengakhiri penantian 24 tahun untuk menjulang kembali Piala Dunia setelah kali terakhir memenanginya pada tahun 1990 di Itali menewaskan Argentina juga dengan jaringan 1-0.

Jerman (ketika itu Jerman Barat) memenanginya kali pertama (Trofi Jules Rimet) pada tahun 1954 di Switzerland mengalahkan Hungary 3-1. Jerman memenanginya buat kali kedua selepas 20 tahun iaitu pada tahun 1974 mengalahkan Belanda 2-1. Jerman menjadi tuan rumah.

Kemudian Jerman terpaksa menunggu 16 tahun kemudian untuk menang buat kali ketiga.

Sebaik tamat kejohanan kali ini, Jerman mencipta banyak catatan sejarah iaitu secara keseluruhan Jerman muncul pasukan paling banyak beraksi di perlawanan akhir iaitu lapan kali. Jerman juga muncul pasukan pertama Eropah menang di Benua Amerika (Brazil merupakan pasukan pertama benua Amerika menang di Eropah).

Ini kali pertama Jerman menang atas negara Jerman Bersatu. Tiga kemenangan sebelum ini atas nama Jerman Barat. Penyerang veteran mereka Miroslav Klose pula menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman iaitu 16 gol.

Tahniah Jerman! Empat bintang untuk anda. Satu di belakang Brazil dan menyamai skuad Itali. - HARAKAHDAILY 14/7/2014

Sumber HD - 14-7-2014

Pencipta 'magic spray' di Piala Dunia bakal jadi jutawan





Dibesarkan dalam kemiskinan dan kemudian menghadapi kebankrapan, Heine Allemagne kini kelihatan bersedia untuk menjadi jutawan, terima kasih kepada sihirnya menghilang semburan sepakan percuma.

Buih yang boleh di gunakan untuk '10 ela dan akan terhapus selepas 60 saat - dijangka digunakan di seluruh dunia dan telah pun sedang dipertimbangkan oleh pihak majikan Liga Perdana Inggeris.

Heine sangat teruja kerana ciptaannya berjaya digunakan dalam perlawanan pembukaan di Sao Paulo baru-baru ini.


Beliau berkata semburan yang digunakan di perlawanan ini adalah "saat ajaib" dan beliau telah menghabiskan masa "14 tahun dalam hidupnya khusus untuk idea ini.

Itulah tuah Hanie sekelip mata ciptaannya berjaya dan bakal menjadikan dirinya jutawan kerana ciptaannya ini akan digunakan di seluruh dunia. ~mirror

Sumber HD - 14-7-2014










































































































































Senarai calon pemain terbaik Piala Dunia 2014

Berikut adalah senarai pemain terbaik yang dikeluarkan oleh FIFA
Calon Anugerah Golden Ball
Thomas Muller, Toni Kroos, Philipp Lahm, Mats Hummels (all Germany), Lionel Messi, Javier Mascherano, Angel Di Maria (all Argentina), Neymar (Brazil), Arjen Robben (Holland), James Rodriguez (Colombia)

Calon Anugerah Pemain Muda Terbaik


Memphis Depay (Holland), Paul Pogba, Raphael Varane (both France)


Calon Anugerah Golden Glove


Keylor Navas (Costa Rica), Sergio Romero (Argentina), Manuel Neuer (Germany)

Sumber HD - 13-7-2014

Brazil kalah kerana sumpahan rakyat sendiri

BRAZIL KALAH KERANA SUMPAHAN RAKYATNYA SENDIRI (VIDEO) (UPDATE)

Tahniah kepada Germany
Takziah kepada Brazil
7-1 bukan satu kekalahan yang termasuk dalam kategori "nasib malang."
Ia kekalahan yang memalukan tuan rumah.
Macam-macam komen timbul setelah Brazil kalah. Yang mengkomen termasuk PM 1Malaysia:

SUMBER

Betul. Kepimpinan Brazil memang hampeh.
250,000 warga Brazil tinggal yang dalam keadaan setinggan merempat diusir demi bola sejak tahun 2007!
Golongan ini adalah terpinggir, berkulit hitam, miskin, hidup tanpa saluran air, litrik dan juga sistem pembentungan. Golongan yang rendah harga diri serta diselubungi kesedihan, terasing dan jiwa yang memberontak.
Kerajaan Brazil kata kawasan setinggan ini menjadi sarang berbagai jenayah, khususnya pengedaran dadah.
Lalu mereka diperhambat dengan kuasa polis yang bersenjata.
Baca kisahnya di sini dan di sini.
Pesta bola-sepak diiringi dengan tangisan dan sumpahan mereka yang dicampak ke jalanan!
Jadi, apakah pengajaran yang Pemimpin Malaysia harus pelajari?
Adakah menghukum pengemis dan pemberi sedakah serta nafikan makanan buat geladangan itu sebuah kepimpinan?
Adakah meruntuhkan rumah-rumah setinggan tanpa penyelesaian bersepadu itu juga contoh sebuah kepimpinan?

Itu cuma dua contoh kepimpinan bagi sebuah kementerian di Malaysia.
Belum lagi kita masukkan kelemahan kepimpinan menangani masalah pencerobohan di Lahad Datu, kehilangan pesawat penumpang MH370, kemalangan ngeri bas-bas penumpang, banjir dahsyat di Pahang, tanah runtuh, bangunan runtuh, jalan berlubang, etc...etc...

Belum lagi kita lihat masalah kemiskinan, kenaikan harga barang...etc...etc...

Belum lagi kata dalami masalah gila hiburan, penagihan dadah, bunuh anak, zina, arak dan judi di kalangan orang Melayu yang beragama Islam....

Belum lagi kta semak masalah kelemahan tadbir-urus, ketirisan, pembelian barangan dengan harga melampau dan sebagainya...

Belum lagi kita selidik punca kejatuhan ranking universiti...

dan lain-lain...
Malaysia sendiri penuh dengan pemimpin yang lemah dari segi kepimpinan. Berani kita mengata Brazil?

UPDATE: Kalau betul ini Yong beri thumbs-up, walaupun ia sementara.
LEBIH BAIK DARI IDEA MENTERI WILAYAH (BERITA HARIAN)
















# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Sumber HD - 10-7-2014

Brazil kalah kerana doa orang ini?

MUSLEH SAKIR | .

TAHNIAH Jerman, takziah Brazil! Itulah hakikat pahit yang terpaksa diterima Brazil apabila kalah 1 – 7 kepada Jerman dalam perlawan separuh akhir Piala Dunia Fifa.

Sebagai peminat setia Jerman, tentulah saya gembira pasukan kesukaan saya menang. Namun jumlah gol yang diperoleh itu amat memeranjatkan apatah lagi berdepan dengan pasukan hebat seperti Brazil. Saya percaya seluruh dunia juga terkejut dengan kemenangan besar Jerman ini!

Dari suatu sudut yang lain, ingin saya sentuh isu besar yang cuba disorokkan di bawah “karpet” iaitu isu gelandangan dan golongan miskin di Brazil.

Mungkin ada yang tidak tahu, bahawa hampir setiap hari sepanjang berlangsungnya Piala Dunia Fifa ini ada tunjuk perasaan. Penganjuran ini mendapat tentangan sebahagian rakyat Brazil khususnya golongan gelandangan dan miskin. Maklumlah, untuk menjayakan kejohanan ini berapa banyak rumah rakyat miskin dirobohkan dan dihalau ke kawasan lain, dengan alasan tidak mahu mencemarkan imej tuan rumah.

Mereka bukan tidak menyukai pasukan Brazil dan tidak cintakan sukan nombor satu dunia ini, tetapi mahu kerajaan lebih mengutamakan mereka berbanding berhabis dunia menganjurkan kejohanan besar ini.

Benar, kerajaan Brazil mungkin memberi alasan bahawa penganjuran ini akan membawa hasil berbilion ringgit dan duit itu boleh digunakan kembali untuk rakyat. Namun, realiti tidak begitu!

Seperti biasa, akhirnya golongan gelandangan dan miskin ini tetap dengan kemiskinan mereka dan hasil daripada keuntungan kejohanan ini entah ke mana.

Ingatlah, kejohanan Piala Dunia Fifa kali ini berlangsung atas kesedihan, kesusahan dan air mata rakyat yang susah dan miskin. Kemenangan dan keuntungan berbilion ringgit tidak ada maknanya bagi mereka! Adakah akibat doa orang miskin yang teraniaya ini Brazil kalah?

Sumber HD - 9 -7-2014










































































































































Ini punca kekalahan Brazil

DR ZUHDI MARZUKI | .

SEPERTI yang saya ramalkan Brazil akan kalah kepada Jerman di separuh akhir. Bagaimanapun kekalahan yang besar 1-7 memang di luar jangkaan. Selepas menonton perlawanan tersebut, empat faktor dikenal pasti.


1. Perubahan mendadak corak permainan Brazil daripada strategi 'long passing' kepada 'short passing', atau kembali kepada corak tradisional Brazil (Samba) telah memakan diri. Scholari telah merubah corak tersebut disebabkan ketiadaan Neymar. Neymar adalah seorang penyerang mempunyai larian yang pantas, maka dia lebih sesuai dengan umpanan jarak jauh. Apabila Neymar tidak dapat diturunkan, corak permainan Brazil kembali kepada Samba, iaitu hantaran pendek, gelecek dan kreativiti pemain. Pasukan Brazil kali ini tidak begitu mempunyai ciri-ciri seperti ini.

2. Disebabkan perubahan corak tersebut, pemain-pemain pertahanan telah dijadikan enjin utama untuk menjana gol. Sepuluh minit pertama, jentera utama ini dikerah habis-habisan sehingga David Luis kerap berada dalam kotak penalti lawan. Dalam tempoh ini Brazil memang menguasai permainan, tetapi pemain pertahanan menjadi letih dan hilang tumpuan kepada tugas asasi mereka untuk bertahan. Kesemua gol separuh masa pertama disebabkan keletihan dan hilang tumpuan sehingga membenarkan penyerang-penyerang Jerman begitu bebas berada di kawasan bahaya.

3. Pasukan Brazil kali ini tidak begitu kuat di bahagian tengah (midfield). Walaupun mempunyai pemain seperti Oscar. Corak permainan Samba memerlukan pemain yang kreatif di bahagian ini, seperti Kaka sebelum ini. Apabila Brazil kembali kepada corak Samba, pemain tengah tidak mampu mengikut rentak ini. Mereka tidak mampu mencipta peluang untuk pemain penyerang, malah gagal menandingi pemain tengah Jerman. Sepatutnya Scholari membawa Kaka dalam barisan utama pemain Brazil kali ini, termasuk Ronaldinho yang sedikit sebanyak dapat membantu jentera tengah walaupun dia pemain penyerang. Kedua pemain ini dapat disandarkan harapan apabila Neymar dan Silva tidak dapat diturunkan.

4. Faktor ini merupakan faktor kelemahan Brazil turun temurun, iaitu penjaga yang tidak begitu cekap. Sememangnya Brazil menghasilkan ramai pemain-pemain hebat tetapi ramainya di bahagian penyerang dan tengah. Lazimnya penjaga gol Brazil tidak begitu hebat, sehebat nama pemain penyerang dan tengah mereka. Walaupun Julio Cesar dilihat sebagai hero sewaktu menentang Chile tempohari, dalam permainan kali ini dia gagal membuat bacaan tepat. Gol pertama, sepatutnya dia boleh membaca arah sepakan sudut dan keluar untuk menumbuk bola. Gol ketiga dan ketujuh, sepatutnya dia berupaya menepis bola itu kalau berada di sudut yang betul.

Sumber -9 -7-2014

No comments:

Post a Comment