BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Thursday, July 10, 2014

PRESIDEN PAS - YB DS TG HJ ABDUL HADI AWANG



Khutbah: Umat Yang Dilaknat Kerana Biarkan 
Kemungkaran

Posted on Saturday, January 23 @ 11:28:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

"bani sraelSinopsis: Umat Nabi SAW adalah yang terbaik dikeluarkan untuk manusia. Mereka menyuruh yang baik, melarang yang mungkar, beriman dengan Allah. Dalam sejarah, Bani Israel dilaknat kerana membiarkan kemungkaran berlaku dengan berleluasa. Mungkar itu boleh berlaku dalam aqidah, ibadah, juga dalam politik, ekonomi, sosial dan lain-lain.

DSTG Presiden PAS berkhutbah mengenainya pada 15 Jan 2016 :Umat Yang Dilaknat (0)

.
Sumber TKO - 23-1-2016




Fahami konsep nasihat

DATUK SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG | .


APABILA saya menegaskan bahawa PAS mengambil pendekatan menjadi pembangkang yang menasihati kerajaan, ramai kalangan yang terlalu bersemangat, sehingga mahu menjadi
pembangkang semata-mata, atau terpengaruh dengan  musuh Islam yang mencipta provokasi. Maka, yang lemah imannya menjadi tidak Istiqamah. Di sini saya kemukakan huraian Al-Quran dan Sunnah yang menjadi perkara dasar yang tertinggi dalam Undang-Undang Tubuh PAS.

PAS menetapkan supaya setiap majlisnya, usrah, perjumpaan besar dan kecil  ditutup dengan bacaan Surah Al-Asr, di dalamnya ayat yang menegaskan betapa konsep nasihat sangat penting kepada Jamaah Islam dan ummatnya dengan makna yang luas bagi diri dan terhadap semua pihak temasuk musuh yang paling zalim. Ini kerana mesejnya kepada seluruh manusia, firman Allah:

وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ

"Dan berpesan-pesan (Nasihat menasihati) dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran." [Surah Al-Asr: ayat 03]

Ayat ini menegaskan gabungan konsep nasihat dan sifat sabar.

Hadis Rasulullah SAW pula menegaskan:

الدِّينُ النَّصِيحةُ  قلنا : لِمَنْ ؟ قَالَ : لِلهِ وَلِرَسُولِهِ وَلأئِمَّةِ المُسْلِمِينَ وَعَامَّتِهِمْ

“Agama itu nasihat.
Kami (Para sahabat) bertanya: Untuk siapa?
Sabdanya: Kepunyaan Allah, Rasulnya, para pemimpin kaum muslimin dan seluruh mereka.” [Riwayat Muslim]

Hadis ini menegaskan nasihat dengan rukun Iman yang asasi dan hubungannya secara
bermasyarakat madani yang menjadikan manusia bersaudara. Perkataan nasihat adalah salah satu daripada perkataan bahasa Al-Quran (mukjizat ilmu) yang sangat luas makna dan mafhumnya, sehingga merangkumi segala kata dan pendekatan untuk mengajak kepada kebaikan dan kebajikan, termasuk meninggalkan segala kemungkaran atau kejahatan dalam segala aspek. Jangan peduli kepada yang buta Al-Quran.

Allah juga mengesah dan menafsirkan dalam Al-Quran bahawa konsep nasihat dilakukan oleh
semua Para Rasul AS terhadap manusia di zamannya, termasuk terhadap penentangnya yang paling zalim. Nabi Nuh AS menegaskan kepada kaumnya:

وَأنْصَحُ لَكُمْ

"Dan aku memberi nasihat kepada kamu." [Surah Al-A'raf : ayat 62]

Nabi Hud AS menegaskan kepada Kaum Aad:

وَأنَا لَكُمْ نَاصِحٌ أمِينٌ
 
"Dan aku juga adalah penasihat yang amanah kepada kamu." [Surah Al-A'raf: ayat 68]

Apabila seorang hamba Allah datang menasihati Khalifah Abbasiyyah Al-Makmun kerana ketelanjurannya, tiba-tiba menggunakan kata-kata yang kesat, kasar dan keras. Maka Al-Makmun menjawab ; "Sesungguhnya orang yang lebih baik daripadamu, diperintah Allah supaya menasihati orang yang lebih jahat daripadaku, dengan bahasa yang baik". Allah menegaskan kepada Nabi Musa AS dan Harun AS yang lebih baik daripadamu, ditugaskan menghadapi Fir’aun  yang lebih zalim daripadaku supaya mengunakan bahasa yang lebih baik. Allah berfirman:

اذْهَبَا إِلَى فِرْعَوْنَ إِنَّهُ طَغَى * فَقُولَا لَهُ قَوْلًا لَيِّنًا لَعَلَّهُ يَتَذَكَّرُ أَوْ يَخْشَى *

"Wahai Musa dan Harun !, pergilah kamu berdua kepada Fir’aun. Sesungguhnya Dia toghut (terlalu melampau). Katakanlah kepadanya dengan ucapan yang lembut, mudah-mudahan dia menerima pengajaran atau merasa takut (kepada Allah)." [Surah Toha: ayat 43-44]

Hikmatnya ialah kerana Islam adalah rahmat Allah yang menyelamatkan manusia dengan memberi petunjuk ke jalan yang benar, adil dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Mesej para Rasul AS yang membawa Islam adalah  menyelamatkan manusia bukannya menghalau atau mencari musuh seramai-ramainya. Allah menegaskan kepada Rasulullah SAW supaya menjadi contoh kepada umatnya sehingga hari kiamat:

وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِمَّنْ دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ * وَلَا تَسْتَوِي الْحَسَنَةُ وَلَا السَّيِّئَةُ ادْفَعْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ فَإِذَا الَّذِي بَيْنَكَ وَبَيْنَهُ عَدَاوَةٌ كَأَنَّهُ وَلِيٌّ حَمِيمٌ * وَمَا يُلَقَّاهَا إِلَّا الَّذِينَ صَبَرُوا وَمَا يُلَقَّاهَا إِلَّا ذُو حَظٍّ عَظِيمٍ * وَإِمَّا يَنْزَغَنَّكَ مِنَ الشَّيْطَانِ نَزْغٌ فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ *
"Siapakah yang lebih baik ucapannya daripada orang yang berdakwah kepada petunjuk Allah (Islam) serta dia mengerjakan amal soleh dan menegaskan ; Bahawa  saya termasuk dikalangan orang-orang  Islam. Tidak sama kebaikan dibandingkan dengan kejahatan. Maka balaskan yang terbaik terhadap orang yang berlaku jahat terhadapmu. Maka tiba-tiba  orang yang bermusuh antaramu dan dia bertukar menjadi  teman yang saling mengasihi. Dan tidaklah dapat menerimanya melainkan oleh orang-orang yang sabar dan tidaklah boleh menerimanya malainkan oleh orang-orang yang berhak mendapat ganjaran yang besar (daripada Allah). Dan apabila syaitan cuba memesongkan kamu dengan sesuatu caranya, maka mintalah perlindungan Allah. Sesungguhnya Dialah Tuhan Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat." [Surah Fussilat: ayat 33-36]

Apabila Rasulullah SAW menyerahkan bendera perang Khaibar kepada menantunya Ali bin Abi Talib, yang terlalu tinggi semangatnya untuk memerangi kaum Yahudi pengkhianat perjanjian, ditegaskan dengan sabdanya:

انفذ على رسلك حتى تنزل بساحتهم، ثم ادعهم إلى الإسلام، وأخبرهم بما يجب عليهم من حق الله تعالى فيه، فوالله لأن يهدي الله بك رجلاً واحداً خيرٌ لك من حمر النعم
"Laksanakan tugas sehingga apabila kamu tiba dilapangan mereka, kemudian  ajak mereka kepada Islam dan beritahu kepada mereka apa-apa yang wajib keatas mereka terhadap Allah. Maka Demi Allah! Kejayaanmu menjadikan seseorang mendapat petunjuk Allah lebih baik daripada kenderaan yang paling mahal harganya." [Muttafaqun Alaih]

Apabila berjaya membebaskan Mekah daripada jahiliyah maka jumlah yang dimaaf berlipat kali ganda daripada yang dihukum. Kita jangan berlagak lebih kuat Islam dan taqwa sehingga merasa lebih daripada Rasulullah SAW.

PAS memilih pendekatan semokrasi barat kerana perubahannya daripada demokrasi purba kepada demokrasi moden hasil kajian para orentalis mereka daripada penulisan para ulama Islam. Ini menunjukkan pengaruh Islam memilih pendekatan damai (muwajahah silmiyyah) dalam perubahan politik barat, dan Islam lebih berhak daripada mereka.

Maka ahli politik PAS yang menjadi pembangkang wajib mengambil contoh daripada Al-Quran dan Sunnah, bukannya  pembangkang daripada England, Amerika Syarikat, Amerika Latin, Taiwan, Korea, Jepun dan sebagainya.

Mesej kita  bukan merampas kuasa semata-mata kerana singgahsana, kerusi dan pangkatnya, tetapi menjadi penyelamat. Permulaannya menasihati pihak yang berkuasa supaya meninggalkan kemungkaran kepada yang baik, atau akhirnya kalau mereka tidak berubah caranya mengambil alih kuasa  menjadi penyelamat tanpa dendam kesumat.
Nasihat juga kena pada tempat dan keadaan. Allah juga berfirman:

وَلا تُجَادِلُوا أَهْلَ الْكِتَابِ إِلا بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِلا الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنْهُمْ
"Dan jangan kamu berdebat dengan ahli kitab malainkan dengan cara yang terbaik, malainkan terhadap orang-orang zalim di kalangan mereka." [Surah Al-Ankabut: ayat 46]

Walaupun terhadap yang zalim sabda Rasulullah SAW:

انصر أخاك ظالما أو مظلوما

"Tolonglah saudaramu yang  zalim dan  dizalimi."

قالوا يا رسول الله هذا ننصره مظلوما فكيف ننصره ظالما ؟
"Mereka bertanya: Wahai Rasulullah! yang ini kami menolongnya kerana dizalimi, maka bagaimana pula menolong orang yang zalim."

Sabdanya:

تأخذ فوق يديه

"Kamu pegang tangannya (mencegahnya daripada berlaku zalim)."

Kita berdepan penganut Islam yang tenggelam dalam pengaruh penjajahan pemikiran, namun dalam hati mereka masih wujud kemanisan Iman dan kalangan bukan Islam pula  sudah berilmu dan mencari kebenaran.

Rasulullah SAW mengajar kebijaksanaannya bukan marah dan semangat tanpa kawalan yang istiqamah mengikut pasang dan surut. Sabda Rasulullah SAW lagi:

ليس الشديد بالصرعة، إنما الشديد الذي يملك نفسه عند الغضب

"Bukanlah orang yang gagah perkasa itu dengan bertindak keras melulu. Sesungguhnya orang yang sebenarnya gagah perkasa itu ialah yang dapat mengawal diri  ketika marah." [Muttafaqun Alaih]

Di atas konsep ini, Rasulullah  SAW berhijrah setelah diwujudkan masyarakat Madinah yang menerima Islam dengan bai’ah ikatan perjuangan yang tidak ditukar dengan isteri, kawan, harta, pangkat serta menggabungkan  Tahaluf (Persefahaman kerjasama dalam perkara yag baik), Ta’awun dan lain-lain, bersama kalangan bukan Islam yang berdamai  tetapi menerima kedaulatan Islam.

Di atas konsep ini juga apabila Raja Masqat dan Oman, Raja Habasyah dan Bahrain yang menerima Islam dikekalkan memimpin kerajaan masing-masing, tanpa dirampas kuasa dan takhta mereka.

Di atas prinsip dan konsep Islam yang teguh juga para generasi awal bersedia menghadapi kuasa besar dunia Parsi, Rom dan lain-lain yang paling keras mengikut keadaan, tanpa menyerah kalah sehingga mati atau menang. Akhirnya kuasa paling besar, paling zalim dan keras jatuh dan tumbang. Berkonsepkan meruntuh jahiliyah dan menegakkan Islam, bukannya menggantikan jahiliyah dengan jahiliyah.

Maka perjuangan Islam tidak boleh dilaksanakan oleh mereka yang keras semata-mata dan selama-lamanya. Perjuangan Islam juga tidak layak dilaksanakan oleh kalangan yang malu meyebut Islamnya, lebih-lebih  lagi yang pengecut menyebut Islamnya. Perjuangan Islam juga tidak layak kepada mereka yang menyerah kalah menghadapi kekerasan, atau menentang kekerasan dengan kekerasan tanpa sempadan, atau terpukau dengan habuan jawatan dan harta sebelum menang dan selepas kemenangan, atau bermimpi dengan seronok  bersama kabinet bayangan.

Dalilnya apabila Rasulullah SAW tegas menolak semua tawaran, kemudahan dan kesenangan takhta, harta dan wanita yang menggadaikan prinsip. Konsep asas dan matlamat perjuangan Islam yang tidak disembunyikan, walaupun terpaksa menghadapi cabaran yang datang daripada segenap penjuru dan terpaksa  mengharungi perjalanan yang jauh tanpa dilihat penghujungnya dengan mata kasar.

Rasulullah SAW tidak berbaiah dengan para pemimpin Bani Amir yang meminta jawatan sebelum menang. Hanya berbaiah dengan kalangan Ansar yang beriman dan budiman bersama perjuangan dengan ikhlas meletakkan wawasan Akhirat. Namun melihat dengan cahaya iman kepada kebenaran daripada Allah dan janji Allah di dunia yang dekat dan akhirat yang belum dilihat. Menempah pahala menyelamatkan manusia seramai-ramainya. Bukannya merosak dan membunuh seramai ramainya.

Allah SWT mengingatkan akan kita semua dengan Firman-Nya di dalam Al-Quran:

فَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ وَمَنْ تَابَ مَعَكَ وَلَا تَطْغَوْا إِنَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ * وَلَا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ مِنْ أَوْلِيَاءَ ثُمَّ لَا تُنْصَرُونَ
"Beristiqamah sebagaimana engkau diperintah (Wahai Muhammad SAW) bersama sesiapa yang bertaubat bersamamu, dan kamu  jangan melampau, sesungguhnya Allah Maha Melihat apa-apa yang kamu amalkan. Dan jangan cenderung kepada orang-orang yang zalim nanti kamu disambar api neraka, dan tiada wali (yang wajib diberi kesetiaan) bagi kamu selain Allah, nanti kamu tidak diberi pertolongan." [Surah Hud: ayat 113]

Dan Firman Allah kepada Rasul-Nya yang menjadi ikutan kita:

خُذِ الْعَفْوَ وَأْمُرْ بِالْعُرْفِ وَأَعْرِضْ عَنِ الْجَاهِلِينَ * وَإِمَّا يَنزغَنَّكَ مِنَ الشَّيْطَانِ نزغٌ فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ إِنَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

"Ambillah sikap bermaafan dan suruh kepada yang baik. Jangan peduli terhadap orang-orang yang jahil. Jika kamu dirasuk syaitan oleh apa-apa cara rasakannya, mintalah perlindungan Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." [Surah Al-A'raf: ayat 199-200]

Sebenarnya kini, kita tenggelam dengan bencana zaman orang-orang jahil menulis dan bercakap tanpa ilmu di bawah langit tanpa sempadan. Perjuangan kita bukan akal tanpa sempadan dan hidayah, kita mengikut sempadan Allah menghadapi peganut Islam yang paling baik, sederhana dan
menzalimi diri sendiri, menghadapi golongan munafik, kafir yang berdamai dan bermusuh, namun semuanya adalah hamba Allah dan ummat Dakwah Muhammad SAW.

"BERISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN"

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

13 Rabiul Awwal 1437 / 25 Disember 2015 - HARAKAHDAILY 25/12/2015

Sumber HD - 25--12-2015



Tegak sunnah Rasulullah SAW sepanjang hayat

DATUK SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG | .


Sesungguhnya perasaan kita penuh dengan kerinduan terhadap Rasulullah SAW. Sebagai seorang yang mencintai dan mengasihi baginda, tentu sekali kita sentiasa terkenang akan sirah atau lakaran-lakaran pengorbanan Rasulullah SAW sehingga kita semua dapat menerima cahaya keislaman, hidayah dari Allah bagi mengecapi nikmat iman dan Islam yang sangat berharga.

Namun kita sebagai seorang Muslim perlu sentiasa bermuhasabah sejauh manakah kecintaan yang diungkapkan ini benar-benar tertanam dengan kukuh di lubuk hati kita? Sejauh manakah kita menunaikan apa yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW dalam lakaran perjuangannya, yang kemudiannya disambung silih berganti hingga ke hari ini?

Wajib bersama kita hayati firman Allah SWT yang termaktub di dalam Al-Quran:

وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا كَافَّةً لِلنَّاسِ بَشِيرًا وَنَذِيرًا وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ.

"Dan tiadalah Kami mengutusmu (Wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai pembawa berita gembira, dan pemberi amaran; akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu)." [Surah Saba’: ayat 28]

Baginda Rasulullah SAW telah pergi meninggalkan kita, dengan sama sekali tidak mewariskan kepada kita harta pusaka kekayaan, tetapi yang diwariskan adalah ilmu yang menjadi panduan hakiki, akhlak yang terpuji, sebuah perjuangan suci dan sebuah cara hidup yang sempurna, melalui adanya Al-Quran serta Sunnah Rasulullah SAW.

Marilah kita sama-sama menjadikan sambutan Maulidur Rasul kali ini  dengan menguatkan iltizam. Bersama kita menegakkan sunnah baginda sepanjang tahun dan sepanjang hayat kita. Tidak cukup kita menunjukkan rasa gembira dengan bercuti, mengadakan perarakan atau perbarisan dan
berslogan mencintai Rasulullah. Akan tetapi gembirakanlah Rasulullah SAW dengan mengamalkan serta menegakkan segala suruhan baginda, meninggalkan dan berusaha menghalang segala yang dibenci oleh Baginda.

Rasulullah SAW meninggalkan sebuah perjuangan suci sebagai rahmat ke seluruh alam untuk kita sambung dan teruskannya. Segala kezaliman, penyelewengan, rasuah, salah guna kuasa, jenayah, yang berlaku pada hari ini hatta dari seorang yang mengaku Islam, menunjukkan jauhnya si pelakunya dari tinggalan Rasulullah SAW walaupun dia menyambut kelahiran Baginda SAW saban tahun.

Marilah sama-sama kita pasakkan keazaman untuk menyambung perjuangan Rasulullah SAW
hingga ke akhir hayat kita. Sebagai seorang individu, marilah pula kita menghayati dan
mengamalkan peninggalan Rasulullah SAW, seorang pemimpin meletakkan azam untuk
menegakkan sunnah di dalam kepimpinannya. Sebuah kerajaan lebih-lebih lagi berkomited mengamalkan segala suruhan Allah SWT dan Rasul di dalam segala aspek pentadbirannya.

Semoga kita semua bertambah cinta kepada Rasulullah SAW dan beroleh cinta Allah dan Rasul-Nya. Selamat menyambut Maulidur Rasul 1437H.

BERISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
12 Rabiul Awwal 1437 / 24 Disember 2015 - HARAKAHDAILY 24/12/2015

Sumber hd - 24-12-2015

Selamat Menyambut Maulidur Rasul; Tegakkan Sunnah Rasulullah SAW Sepanjang Hayat

Abdul Hadi awang
Sesungguhnya perasaan kita penuh dengan kerinduan terhadap Rasulullah SAW. Sebagai seorang yang mencintai dan mengasihi baginda, tentu sekali kita sentiasa terkenang akan sirah atau lakaran-lakaran pengorbanan Rasulullah SAW sehingga kita semua dapat menerima cahaya keislaman, hidayah dari Allah bagi mengecapi nikmat Iman dan Islam yang sangat berharga.

Namun kita sebagai seorang Muslim perlu sentiasa bermuhasabah sejauh manakah kecintaan yang diungkapkan ini benar-benar tertanam dengan kukuh di lubuk hati kita? Sejauh manakah kita menunaikan apa yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW dalam lakaran perjuangannya, yang kemudiannya disambung silih berganti hingga ke hari ini?

Wajib bersama kita hayati firman Allah SWT yang termaktub di dalam Al-Quran :

وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا كَافَّةً لِلنَّاسِ بَشِيرًا وَنَذِيرًا وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ.

“Dan tiadalah Kami mengutusmu (Wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai pembawa berita gembira, dan pemberi amaran; akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu.”
[Surah Saba’ : ayat 28]

Baginda Rasulullah SAW telah pergi meninggalkan kita, dengan sama sekali tidak mewariskan kepada kita harta pusaka kekayaan, tetapi yang diwariskan adalah ilmu yang menjadi panduan hakiki, akhlak yang terpuji, sebuah perjuangan suci dan sebuah cara hidup yang sempurna, melalui adanya Al-Quran serta Sunnah Rasulullah SAW.

Marilah kita sama-sama menjadikan sambutan Maulidur Rasul kali ini dengan menguatkan iltizam. Bersama kita menegakkan sunnah baginda sepanjang tahun dan sepanjang hayat kita. Tidak cukup kita menunjukkan rasa gembira dengan bercuti, mengadakan perarakan atau perbarisan dan berslogan mencintai Rasulullah. Akan tetapi gembirakanlah Rasulullah SAW dengan mengamalkan serta menegakkan segala suruhan baginda, meninggalkan dan berusaha menghalang segala yang dibenci oleh Baginda.

Rasulullah SAW meninggalkan sebuah perjuangan suci sebagai rahmat ke seluruh alam untuk kita sambung dan teruskannya. Segala kezaliman, penyelewengan, rasuah, salah guna kuasa, jenayah, yang berlaku pada hari ini hatta dari seorang yang mengaku Islam, menunjukkan jauhnya si pelakunya dari tinggalan Rasulullah SAW walaupun dia menyambut kelahiran Baginda SAW saban tahun.

Marilah sama-sama kita pasakkan keazaman untuk menyambung perjuangan Rasulullah SAW hingga ke akhir hayat kita. Sebagai seorang individu, marilah pula kita menghayati dan mengamalkan peninggalan Rasulullah SAW, seorang pemimpin meletakkan azam untuk menegakkan sunnah di dalam kepimpinannya. Sebuah kerajaan lebih-lebih lagi berkomited mengamalkan segala suruhan Allah SWT dan Rasul di dalam segala aspek pentadbirannya.

Semoga kita semua bertambah cinta kepada Rasulullah SAW dan beroleh cinta Allah dan Rasul-Nya. Selamat menyambut Maulidur Rasul 1437H.

“BERISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
24 Disember 2015M / 12 Rabiul Awwal 1437H

Sumber BO - 24-12-2015


Khutbah: Sistem Islam Dinobat, Kejahatan Kuffar Disekat

Posted on Friday, December 18 @ 07:40:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
mms://webtv.terengganukini.net/khutbah/2015/151113/151113.
wmv
islam sebagai sistemSinopsis: Islam datang sebagai agama syumul, lengkap dan meliputi seluruh sistem. Golongan kuffar pula yang bencikan Islam tidak akan diam bagi memadamkan cahaya Islam.


DSTG Presiden PAS berkhutbah Jumaat mengenainya seperti di bawah pada 12 Dis 2015:Sistem Islam Dinobat, Kejahatan Kuffar Disekat (1)"


Sumber TKO - 18-12-2015



Perpaduan ummah merentasi ideologi

DATUK SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG | .



Allah Maha Mengetahui, dunia akhir zaman dikurniakan dengan sedikit ilmu, kamu tidak diberi pengetahuan melainkan sedikit sahaja. (Surah al-Isra': 85)

Manusia dapat mencipta alat-alat yang canggih, untuk berpindah ke penjuru dunia dengan cepat, mendapat maklumat dalam masa yang segera, (maka) cukup bagi akhir zaman ini seorang Rasul sahaja, dengan mukjizat ilmu Al-Quranul Karim, membawa ajaran yang sama, iaitulah Islam.

Firman Allah Taala (maksudnya): Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu, mereka mencari lain dari agama Allah? Padahal kepadaNyalah tunduk taat sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, sama ada dengan sukarela ataupun terpaksa, dan kepadaNya lah mereka dikembalikan. (Surah Ali-Imran: 83)

Islam adalah petunjuk Allah merentasi tujuh petala langit dan bumi, merentasi segala makhluk, bukan sahaja manusia, bahkan makhluk yang ghaib, makhluk yang nyata, makhluk yang tidak bergerak,
alam dunia sehingga alam akhirat.

Rub'ie bin Amir, duta yang dihantar menemui Empayar Parsi, menegaskan: Allah yang menghantar kami (iaitulah mesej Islam) untuk mengajak siapa yang mahu tanpa paksaan. Daripada memperhambakan diri kepada sesama makhluk, kepada memperhambakan diri kepada Allah. Daripada kezaliman (daripada) berbagai ajaran, kepada Islam yang adil. Daripada wawasan dunia
yang sempit, kepada wawasan yang sangat luas (daripada dunia sehingga hari akhirat).

Menunjukkan Islam,  yang disebut Ad-Din, tidak boleh ditakrifkan dengan agama dalam bahasa lain, ataupun religion dalam bahasa Barat. Buka dalam Ensiklopedia Barat, Britanicca dan sebagainya. Mereka mentakrifkan religion, mentakrifkan agama, tidak tepat dengan ad-Din yang dimaksudkan
oleh bahasa Al-Quranul Karim. Kerana Islam khusus bagi manusia, di samping makhluk-makhluk yang lain, khusus bagi manusia, merangkumi fitrah, merangkumi naluri manusia itu, jasad, roh, akal, individu, masyarakat, dan hubungan manusia dengan makhluk-makhluk yang lain, menjadikan Islam merentasi seluruh alam ini.

Al-Quran menegaskan kepada kita, Islam adalah agama asal, agama-agama lain teori dan ideologi datang kemudian.

Firman Allah Taala (maksudnya): Pada mulanya manusia itu ialah umat yang satu (menurut agama Allah yang satu, tetapi setelah mereka berselisihan), maka Allah mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman dengan balasan Syurga, dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar dengan balasan azab neraka); dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu Kitab-kitab Suci yang (mengandungi keterangan-keterangan yang) benar,
untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa yang mereka perselisihkan dan (sebenarnya) tidak ada yang melakukan perselisihan melainkan orang-orang yang telah diberi kepada mereka Kitab-kitab Suci itu, iaitu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata, - mereka berselisih semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. Maka Allah memberikan petunjuk kepada orang-orang yang beriman ke arah kebenaran yang diperselisihkan oleh mereka
(yang derhaka itu), dengan izinNya. (surah al-Baqarah: 213)

Ibnu Abbas RA menegaskan, ayat ini bermaksud manusia bermula dengan Adam AS, bukannya dengan monyet, bukan dengan zaman batu. Adam membawa ajaran Islam, agama yang asal. Setelah seribu tahun, wafatnya Nabi Adam AS, terdapat kalangan manusia mengadakan ajaran sendiri,
agama sendiri, melantik tuhan sendiri, lain daripada Allah. Manusia yang mulia menyembah batu, binatang, dan sebagainya, mengadakan peraturan mengikut hawa nafsu.

Allah mengutuskan setiap zaman Rasul yang silih berganti, berakhir dengan Nabi Muhammad SAW, yang diutuskan untuk merentasi seluruh dunia. Rasul akhir zaman yang saya maksudkan tadi,
menjadi hikmat yang menakjubkan. Allah memilih Rasul itu di bumi Makkah, bumi yang kering, terpencil daripada tamadun, terpencil daripada kemajuan, dan ajaran-ajaran agama samawi dan tidak samawi yang besar. Untuk menyatakan bahawa, manusia tidak boleh menjalankan tugas di atas
muka bumi, melainkan dengan membangun mengikut agenda dan peraturan Allah.

Tamadun China berbangga dengan Tembok Besarnya, Tamadun Mesir dengan Piramidnya,
Tamadun Babylon dengan bangunannya. Semua tamadun berbangga dengan bangunan-bangunan
yang dibina. Maka Allah membina Tamadun Islam di akhir zaman dengan membangun insan, membangun manusia. Membangun manusia dahulu mengikut fitrahnya, membangun rohnya, membangun jasadnya, membangun akalnya, membangun individunya, dan dia bangun masyarakat
dan negaranya.

Sila lihat ayat-ayat yang pertama yang diwahyukan: Bacalah dengan nama tuhanmu yang telah menciptakan manusia. (Surah al-Alaq: 1) Menyatakan ilmu membangun manusia dengan ilmu.

Firman Allah Taala (bermaksud): Kerana kebiasaan aman tenteram kaum Quraisy (penduduk Makkah). (laitu) kebiasaan aman tenteram perjalanan mereka (menjalankan perniagaan) pada musim sejuk (ke negeri Yaman), dan pada musim panas (ke negeri Syam), Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan yang menguasai rumah (Kaabah) ini, Tuhan yang memberi mereka penghidupan: menyelamatkan mereka dari kelaparan, dan mengamankan mereka dari ketakutan. (surah Quraisy:
1-4)

Menjalinkan roh jasad, politik dan ekonomi, mengikut acuan Allah SWT. Quraisy yang hidup di
bumi kering, tidak ada tanaman, tidak ada air, terpaksa musafir ke Timur dan Barat mencari sumber ekonomi. Dalam masa yang sama kecintaan kepada Kaabah, dia betulkan akidah yang benar,
melalui bumi yang kering ini dibangun manusia, mengikut acuan Allah.

Ilmu, iman, akhlak, ekonomi, politik dan segala-galanya, setelah tarbiyyah dalam masa 13 tahun, berhijrah ke al-Madinatul Munawwarah, dan membina masyarakat Madani. Banyak kita bercakap tentang masyarakat Madani, tanpa kita menjadi perkataan Madani, mesti diambil daripada Bahasa Arab. Madani ad-Din ataupun Tamadun, yang dihurai oleh Ibnu Khaldun, di dalam al-Muqaddimah. Allah menjadikan manusia satu keluarga, maka Islam merentasi Kaum dan bangsa,

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan
(dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (Surah al-Hujurat:13)

Maka risalah Nabi Muhammad SAW akhir zaman itu, membahagikan manusia kepada dua kumpulan. Yang pertama Ummah Dakwah, yang kedua Ummah Ijabah. Ummah Dakwah ialah seluruh manusia, Islam dan bukan Islam. Ummah Ijabah ialah manusia yang sudah masuk Islam.

Semuanya adalah Ummat Muhammad SAW. Maka didirikan negara masyarakat majmuk. Bukan sahaja berbagai kaum, termasuk berbagai agama, di Madinah itu ada Arab, ada Yahudi, ada Parsi,
ada macam-macam. Walaupun tidak besar, ada benihnya, berbagai kaum. Kerana Allah menjadikan manusia itu pada dasarnya, satu keluarga, walaupun mereka berbagai bangsa, mereka mesti bermasyarakat Madani.

Ibnu Khaldun mengatakan, Al-Insan, Madaniyyun Bit Tabii. Manusia tidak boleh hidup sendirian, tidak mungkin hidup seorang diri, tidak mungkin hidup satu bangsa, tidak mungkin hidup satu negara, mesti digabungkan hasil-hasil negeri, dengan negeri yang lain, kebolehan dengan kebolehan yang
lain.

Sehelai baju yang dipakai, memerlukan kapas yang ditanam. Pertanian, memerlukan traktor, galian, besi. Memerlukan Petroleum, memerlukan berbagai-bagai alat. Perlu digabungkan (sebagai) masyarakat madani.

Maka Nabi Muhammad SAW membina Madinah itu membina masyarakat madani. Dengan
mengajak manusia kepada Islam tanpa paksaan. Yang Islam, wajib patuh kepada ajaran Islam, yang tidak Islam, tidak dipaksa. Dan membuktikan bahawa Islam berjaya, menyatukan umat yang tidak mampu disatukan agama dengan ideologi yang lain.

Al-Quran menegaskan: Iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, (mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: Tuhan kami ialah Allah. Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan
tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamaNya (agama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa; Iaitu
mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya
mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan
serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah
jualah kesudahan segala urusan. (Surah al-Hajj: 40-41)
 
Islam dan penganutnya mesti berkuasa. Sejarah menunjukkan, kalau Kristian yang berkuasa,
bunuh Yahudi. Yahudi berkuasa bunuh Kristian. Majusi berkuasa bunuh penganut agama lain. Bila Islam memerintah dengan Islam menunjukkan adil untuk semua. Apa yang disebut Islamophobia
hari ini adalah fitnah terhadap Islam. Bercanggah dengan hakikat yang ada dalam ajaran Islam. Bagaimana Nabi kita Muhammad SAW melarang membunuh paderi, membunuh diplomat,
membunuh utusan, membunuh rahib. Tiba-tiba bukan paderi yang dibunuh, gereja yang dibom,
masjid yang dibom, di mana ajaran ini?

Hadis-hadis Nabi menunjukkan tidak boleh membunuh perempuan, kanak-kanak, orang awam. Disebut di dalam hadis, seorang wanita dimasuk ke dalam neraka kerana mengurung seekor kucing tidak diberi minum. Allah memberi rahmat kepada seorang yang memberi minum anjing yang najis mukhallazah, dapat Rahmat Allah. Bagaimana Islamophobia? Tidak menepati hakikat yang ada
dalam ajaran Islam.

Ketika Islam dilaksanakan, Islam telah berjaya membina Tamadun Islam. Negeri yang orang Islam masuk, orang bukan Islam masuk Islam berduyun-duyun. Berduyun-duyun orang masuk Islam. Lihat Jalan Sutera dari Negeri Arab sehingga sempadan China, ranap ajaran lain dan Islam. Lihat di Asia Tenggara, pedagang yang datang ke sini, ranap ajaran agama lain, kerana rahmat dan kebaikan yang ada dalam ajaran Islam. Yang pertama, Islam mengajak kepada Islam. Yang kedua, Islam menggalakkan ilmu,

Hadis Nabi (bermaksud): Orang yang (menjadi) pilihan dia masa jahiliyyah, (menjadi)pilihan dia
masa Islam.

Kalangan ilmuwan, sebelum kedatangan Islam dibunuh, ahli falsafah dibunuh. Arkitek dipotong tangan, kerana takut orang bikin istana macam Istana yang dibuat. Dalam sejarah Melayu, pemuda yang menunjukkan guna batang pisang untuk menentang todak yang menentang Singapura,
walaupun itu cerita dongeng, itulah hakikatnya, dibunuhnya orang yang bijak.

Islam mengambil orang yang bijak. Orang yang bijak, yang pintar di zaman jahiliyyah, bila bersama dengan Islam, dia disanjung tinggi bila dia seorang yang faham. Amar bin Asr, Khalid bin Walid,
dan lain-lain lagi, adalah tokoh-tokoh di zaman jahiliyyah, disanjung bila dia bersama dengan Islam.

Ada yang tak masuk Islam, Nabi bersabda, Kebijaksanaan barang tercicir kepunyaan orang Islam.
Di mana dijumpa dipungut.

Maka Islam mengambil ilmu-ilmu tamadun lain yang memberi faedah. Tamadun India, China, Parsi, Rom, Mesir dan lain-lain. Ada ilmuwan yang tak masuk Islam, disanjung dalam masyarakat Islam. Ilmu yang diambil dan diIslamkan ilmu itu, maka lahirlah Tamadun Islam. Dan Islam telah berjaya memerintah negara yang besar, dari Timur ke Barat, Utara dan Selatan. Dalam masa yang singkat, masa tak mengizinkan. Itulah kehebatan Islam. Zaman tidak ada hubungan yang cepat, Islam boleh memerintah negara yang besar dan juga berbagai kaum dan agama.

Maka Barat tertarik dengan Tamadun Islam. Malangnya Barat ini mengambil tamadun kebendaan, tamadun duniawi, tidak mengambil akidah dan akhlaknya. Maka berlakulah kecelaruan pada hari ini. Betapa telah berjayanya Islam merentasi kaum. Ayat yang dibaca dalam muqaddimah: Berpegang dengan tali agama Allah, jangan bercerai berai. (Surah Ali-Imran: 103)

Sebab nuzul ayat ini, apabila orang Yahudi menghasut Aus dan Khazraj, hampir berperang. Allah menurunkan ayat, dengan ayat al-Quran dengan akidah yang betul. Hilang semangat perkauman.
Tak halang cinta kepada kaum, tak halang cinta kepada bangsa. Tetapi kecintaan kepada kaum dan bangsa dijadikan akidah, dijadikan akidah, Ini  yang salah, sehingga hilang nilai yang betul dan salah, ini yang salah. Islam membetulkan hubungan kaum.

Dalam Islam, lahir berbagai-bagai mazhab, sama ada mazhab politik, mazhab fekah, mazhab akidah, mazhab tasauf yang disebut tarekat. Orang Islam tidak berpecah di zaman dahulu, tidak bergaduh, kerana mereka berpegang dengan tali Allah, dengan tali Allah. Kerana para ulamak memainkan peranan yang sangat penting, yang sangat besar dalam masyarakat, mereka bukan sahaja berilmu, mereka adalah fakeh, memahami bagaimana nak menterjemahkan ilmu itu dalam menyelesaikan masalah. Walaupun berlaku peperangan zaman dan Siffin.

Di zaman para Sahabat RA, tetapi para pemimpin sama ada di kalangan ulamak di zaman itu dapat menenangkan keadaan. Dakwah tidak terhalang, Tamadun Islam tidak terhalang. Orang Islam boleh menangani mazhab. Malangnya zaman mutakhir orang Islam, menghadapi cabaran ideologi yang dibawa oleh Barat, dimasukkan ke dalam pemikiran orang Islam. Apabila fahaman sekularisma yang memisahkan agama dengan cara hidup, menyebabkan teori-teori politik, teori-teori ekonomi dianut oleh orang Islam. Kerana mereka menyangka, itu tidak ada kena mengena dengan ajaran Islam. Padahal, semua ajaran politik dan ekonomi sudah ada dalam Quran, ada dalam ajaran Islam. Mahu hendak atau tidak balik kepada Islam sahaja.

Bahkan pembaharuan di dalam politik dan ekonomi baru ciplak daripada ajaran Islam. Contonya dalam politik, terdapat diktatorship, teokrasi, dan demokrasi Barat. Quran, menentang sekeras-kerasnya diktatorship, pemimpin yang berlagak jadi tuhan. Begitu juga teokrasi, ahli-ahli agama yang berkuasa penuh, ahli agama, ulamak yang berlagak, paderi-paderi berlagak macam Tuhan. Islam menentang sekeras-kerasnya.

Barangkali demokrasi lebih dekat dengan Islam, hak rakyat, kebebasan mengkritik pemerintah, pemimpin boleh ditegur, pemimpin yang bersikap terbuka, ini ada dalam Islam. Tetapi malangnya demokrasi tidak ada akidah, masukkan akidah sahaja. Perlu disedari demokrasi Barat itu mengalami perubahan setelah orientalis mengkaji kitab-kitab yang dikarang oleh ulamak-ulamak Islam.

Di England, di Perancis, di Jerman, sebelumnya mereka mengenali demokrasi purba yang diamalkan di Athen. Mereka tidak tahu nak membuat perubahan dalam negara, melainkan revolusi England, revolusi Perancis, revolusi German, revolusi Rusia dan Amerika yang mengorbankan beribu-ribu dan mungkin berjuta rakyat. Setelah mereka mengkaji kitab-kitab fekah yang dikarang oleh ulamak Islam, setelah wafatnya Nabi SAW, para Sahabat bermesyuarat memilih siapa yang menjadi ketua negara. Golongan Ansar mencalonkan Saad bin Ubadah, ahlil bait mencalonkan Ali bin Abi Talib. Kalangan Muhajirin mencalonkan Abu Bakar As-Siddiq RA.

Setelah dibincang, Abu Bakar adalah majoriti, Quraisy. Ibnu Khaldun menghuraikan di dalam Muqaddimahnya, bahawa Quraisy adalah Qabilah yang paling besar di zaman itu, yang paling berpengaruh, maka Quraisy layak menjadi Khalifah. Bila Quraisy tidak ada pengaruh lagi, maka
bukan Quraisy menjadi Khalifah, bangsa lain silih berganti dalam masyarakat Islam.

Abu Bakar yang dipilih menjadi pemimpin menyampaikan ucapan sebaik sahaja saya menjadi pemimpin, apa ucapan Abu Bakar?

Wahai tuan-tuan, saya dipilih menjadi pemimpin kamu. Saya bukan orang yang terbaik, kalau saya betul, tolong saya, kalau saya salah, perbetulkan saya. Benar adalah amanah, bohong adalah khianat. (Jangan mengampu saya, kalau saya betul, kata betul, saya salah, kata salah. Kalau saya betul, saya kata salah, saya salah kata betul, itu bohong, tidak boleh, merosakkan pemimpin, merosakkan rakyat.)

Taat kepada saya, kalau saya mentaati Allah dan Rasul, kalau saya tak taat pada Allah dan Rasul, jangan taat kepada saya.

Ini ucapan Abu Bakar. Maka Barat melalui orientalis melakukan reformasi di dalam demokrasi Barat. Berbeza di antara satu negara dengan negara yang lain. Mereka pandai mengolah demokrasi. Malangnya, negara Barat tidak izin orang Islam pulih menjadi negara yang maju demokrasinya.
Barat sengaja, tidak mengizin orang Islam membina kekuatan mereka sendiri.

Dalam aspek ekonomi, dunia hanya mengenali teori liberal, kapitalisma, komunisma, sosialisma,
tidak mengenal Islam ada peranan dalam aspek ekonomi. Semua teori-teori dan ideologi itu tidak
ada akidah, tidak ada roh, tidak menepati fitrah sama ada sosialisma, komunisma, yang menekan masyarakat, mengorbankan individu, ataupun liberal, kapitalisma, membina individu melupai masyarakat.

Islam mengambil kira semuanya, kita kembali kepada Islam sahaja. Malangnya kalau dahulu orang Islam bergaduh kepada mazhab, Sunni dan Syiah, Khawarij. Hari ini kerana perbezaan ideologi,
Sunni dengan Sunni berperang, Syiah dengan Syiah berperang. Berlaku peperangan secara proksi. Yang berlaku di Asia Barat pada hari ini, Sunni dengan Sunni berperang, Syiah dengan Syiah berperang. Kerana perbezaan ideologi, berperang dengan senjata yang diberi oleh Barat, oleh Timur, sama ada Amerika, Rusia, China, berniaga senjata, kita berperang dengan senjata mereka, bunuh kita, bayar dengan duit kita. Apa jenis macam ini?

Insya Allah, Melayu tidak akan jadi macam Arab, Indonesia tidak akan jadi macam Arab. Kita
berbeza pendapat, kita berbalah, kita berkelahi, tetapi tak macam, tidak menjadi peperangan proksi. Saya minta, Pak Dr Muhammad Quraish Shihab, Indonesia pun sama, jangan rantau kita ini, macam rantau Asia Barat. Hindarkan pertembungan, kerana perbezaan Ideologi, berlaku pergaduhan secara proksi, orang menggunakan kita, mengaut hasil kita dan membunuh kita.

Zaman penjajahan sudah tidak ada lagi, mari kita merdekakan diri dengan benar-benar merdeka. Tafsirkan Islam di dalam Perlembagaan (Negara) mengikut ad-Din, bukan mengikut religion.
Penjajah sudah tidak ada lagi, kita sendiri, ustaz-ustaz kita, ulamak-ulamak Al-Azhar, ilmuwan-ilmuwan yang belajar Ilmu daripada Timur dan Barat, yang belajar agama, banyak di negara kita ini.

Bina kekuatan secara jama'ie, secara berkumpulan. Kita tidak perlu penasihat-penasihat dari Timur dan Barat, kita boleh ambil ilmu mereka, ilmu mereka boleh ambil, nasihat mereka tidak boleh ambil. Yang ada di dalam majlis ini bercambah, boleh jadi penasihat, boleh beri pandangan.

(Transkrip suntingan Wartawan Harakah, Izwan Abdul Halim daripada ucaptama Presiden PAS 
pada Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 di Hotel Grand Season, Kuala Lumpur pada Khamis, 17 Disember 2015)

Sumber HD - 18-1-2016



Di antara bebas dan babas

DATUK SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG | .


Ada segelintir kalangan manusia spesisnya menolak hukum Allah, khususnya perkara halal dan
haram di atas konsep kebebasan dan hak asasi manusia. Tanpa peduli betapa rahmat dan sayangnya Allah terhadapnya dan tidak sedar kelemahan  makhluk manusia yang tidak tahu semuanya, termasuk kejadian dirinya sendiri, juga makhluk yang lain.

Pengetahuan manusia hanya sekadar kemampuan diri dan akalnya sahaja. Masih terlalu banyak perkara mengenai dirinya sendiri dan makhluk di sekelilingnya di luar kemampuan akal dan pancaindera, apatah lagi berkenaan Tuhannya yang tidak sama dengan makhluknya.

Islam membetulkan akidah kepercayaan kepada adanya Tuhan oleh semua manusia mengikut nalurinya, termasuk kalangan manusia asli di rimba dan paling jahil yang jauh sekali tahu membaca dan menulis, lebih jauh lagi daripada mengenal media baru yang sangat dibanggakan kini hasil kemajuan sains dan teknologi ini sehingga ditasbihkan laksana Tuhan yang disyirikkan, pun percaya adanya Tuhan. Kalangan atheis juga akhirnya percaya kepada Allah apabila terdesak dihimpit
bencana bahaya dan kesusahan, apabila hilangnya kemampuan diri dan tempat pergantungan, sama ada di daratan, udara atau lautan bergelora.

Ada kalangan yang dianggap paling bijak oleh kaum bangsa di zamannya, digelar ahli falsafah
pemikir dan sebagainya, apabila menolak hidayah Allah, tiba-tiba meletakkan manusia menyembah dan memuja sama-sama manusia walau pun zalim dan bodohnya, sehingga memuja  binatang, batu, kayu yang lebih rendah martabatnya daripada manusia. Pada hal  Allah menjadikan manusia mempunyai kelebihan menguasai dan mentadbir makhluk yang lain kerana kemuliaan kejadian manusia.

Al-Quran menegaskan semua para Rasul menyatakan Allah Sahaja Tuhan yang Maha Esa,  banyak nama-namanya yang terbaik  dan sifat-sifatnya yang terpuji,  tidak sama dengan makhlukNya dalam semua perkara. Allah yang Maha Esa sahaja yang bernama dan bersifat setiap satu daripada yang tersebut. Di antaranya Maha Mengetahu, Maha Rahmat, Maha  Adil, Maha Pengampun terhadap  hamba dan makhlukNya.

Setiap penganut Islam diwajibkan bersolat, setiap rakaatnya diwajibkan pula memuji dan memuja Allah dengan membaca Surah Al Fatihah yang disebut pada awalnya:

الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

(Segala puji bagi Allah Rabb (Tuhan) kepada seluruh alam).

Perkataan Rabb bermaksud mencipta, mentadbir dan mengurus. Bukan sahaja diibadatkan
kepadanya sahaja dengan hati yang ikhlas, bahkan menjadi akidah (iman dan kepercayaan) dalam aspek tersebut, yang disebut Tauhid Rububiyyah.

Allah mencipta alam seluruhnya dengan setiap makhluk yang ada pada masing-masing sifat fitrah
atau naluri (nature). Di antara rahmatnya dalam masa yang sama  meletakkan sempadan supaya tidak terkeluar daripada fitrah atau nalurinya. Semua makhluk diwajibkan Islam (menyerah diri) kepada sempadan ketetapan Allah.

Firman Allah:

أفَغَيْرَ دِينِ اللَّهِ يَبْغُونَ وَلَهُ أَسْلَمَ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ طَوْعًا وَكَرْهًا وَإِلَيْهِ يُرْجَعُونَ (83) آل عمران.

(Adakah mereka mahu selain daripada peraturan Allah, Pada hal telah Islam (menyerah diri) kepadanya oleh semua makhluk di seluruh langit dan bumi, sama ada secara taat dengan pilihan sendiri atau terpaksa sacara naluri (tabii), dan kepadanya mereka akan dipanggil (pada hari kiamat) menemui Tuhannya(untuk dibicarakan)) ('Ali Imran: 83)

Para makhluk di angkasa yang banyak tidak terhitung, berada di kawasan yang luas tidak terukur luasnya, tetap mempunyai peraturan ketetapan Allah yang tidak tercipta dengan sendirinya. Matahari, bulan dan bintang-bintang berada dalam orbit masing-masing, tidak boleh keluar daripada kawasannya, termasuk para malaikat yang sangat mulia. Begitu juga makhluk  di bumi yang tidak terkira banyaknya.

Setiap satu makhluk mengikut sempadan naluri masing-masing, bebas dalam sempadannya sahaja. Kalau terkeluar maka babaslah namanya dan terjerumus kepada binasa dirinya sendiri dan semua pihak di kelilingnya. Haiwan darat tidak mampu hidup di kawasan air, haiwan laut masin tidak
mampu hidup di kawasan air tawar, begitulah juga kalau dilakukan sebaliknya. Begitu juga
pemakanan masing-masing berbeza. Termasuk juga alam tumbuhan berada dalam kawasan dan mengikut kawasan tanah dan baja masing-masing. Kalau ditukar manjadi rosak dan tidak mampu bertahan.

Kejadian manusia juga ada nalurinya yang  tidak sama dengan makhluk yang lain, kerana  bukan sahaja mempunyai jasad, nyawa serta akal, termasuk juga roh dan moral serta maruah dalam
hubungan diri individu, kaitan berkeluarga dan bermasyarakat serta berkemampuan menguasai makhluk yang lain bagi memakmurkan bumi.

Maka Allah menetapkan sempadan nalurinya, bukan menyekat kebebasan tetapi mengawal kebebasan supaya tidak terkeluar daripada sempadan yang merosakkan jati diri dan masyarakat, serta alam keliling yang ada kaitan dengan peranan dan hikmah diciptakan manusia yang mulia itu.

Firman Allah:

وَلَقَدْ كَرَّمْنَا بَنِي آدَمَ وَحَمَلْنَاهُمْ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَرَزَقْنَاهُمْ مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَفَضَّلْنَاهُمْ عَلَى كَثِيرٍ مِمَّنْ خَلَقْنَا تَفْضِيلًا (70) الإسراء.
(Dan sesungguhnya kami muliakan anak-anak Adam (manusia) dan kami tanggungkan mereka di
darat dan laut dan kami berikan rezeki kepada mereka daripada yang terbaik dan kami  muliakan mereka mengatasi  kebanyakan daripada makhluk yang kami ciptakan) (Al Isra': 70)

Setiapa aspek dalam diri manusia seperti jasad, roh, akal, individu dan masyarakat diadakan
sempadan nalurinya. Semua yang merosakkan naluri itu diharamkan oleh Allah kerana merosakkan sama ada diri sendiri, keluarga atau masyarakat atau alam sekitar. Seperti arak dan dadah merosakkan akal dan jasad. Berzina merosakkan jasad, keluarga dan masyarakat, begitulah seterusnya.

Islam  mengharamkan merompak, mencuri dan menipu, walaupun niatnya memberi nafkah keluarga atau menunaikan haji yang diwajibkan, walaupun menggunakan Maqasid Syariat, namun dianggap penggunaan yang haram kerana caranya yang haram mengganggu hidup bermasyarakat.

Apabila seorang Badwi (darat) yang buta huruf dan terlampau jahil, meminta dihalalkan berzina. Rasulullah S.A.W. memanggil dan bertanya: "Adakah engkau redha seseorang berzina dengan ibumu?" Dia menjawab: tidak”, ditanya lagi: ”Dengan isterimu?” dijawabnya : ”tidak!” ditanya lagi :”dengan anak perempuanmu?” dijawabnya: "tidak” ditanya lagi: ”dengan adik atau kakak mu?” dijawabnya:" tidak”. Sehingga disebut lagi keluarganya yang terdekat, semuanya dijawab:”tidak!”.

Akhirnya dia insaf dan meminta Rasulullah S.A.W. mendoakan untuk dirinya supaya bencikan
akhlak yang buruk itu. Inilah dia jati diri secara naluri, sehingga diakui oleh semua agama, kalangan kaum di rimba dan ada juga kalangan binatang. Kecuali agama Mazdak di Parsi purba sebelum
masihi yang sudah pupus.

Kajian saintifik mendedahkan seks bebas dan homoseks mendatangkan penyakit yang menggerunkan. Kajian terkini mendedahkan penyakit Aids berasal daripada monyet kerana dimakan dagingnya.
Inilah hikmah Islam mengharamkan monyet walaupun makanannya adalah buah-buahan.

Sangat mengejutkan apabila muncul di tanah air kita yang sudah lama memeluk Islam, spesis
manusia yang mendesak supaya ditiadakan undang-undang hukuman terhadap maksiat bergaul bebas.

Manusia yang bijak mampu mengadakan undang-undang sendiri dalam skop yang diizin oleh Allah, bagi keselamatan dirinya, maruah, keluarga dan harta. Contohnya undang-undang jalan raya, setiap orang yang berlesen memandu dibebaskan mengikut jenis lesennya dan bebas  memandu mengikut sempadan undang-undangnya. Apabila melanggar undang-undangnya dan berlaku kemalangan maka dikatakan keretanya terbabas bukannya bebas.

Kecederaan terbabas di jalanraya boleh diubat dan dirawat, tetapi terbabas melakukan yang haram kalau tidak bertaubat menyebabkan celaka di dunia dan neraka di hari akhirat.

Allah memberi amaran:

وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِنَ الْجِنِّ وَالْإِنْسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لَا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لَا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لَا يَسْمَعُونَ بِهَا أُولَئِكَ كَالْأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُولَئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ (179) الأعراف.
(Sesungguhnya kami telah sediakan neraka jahanam itu kepada banyak di kalangan jin dan manusia,  mereka ada akal yang tidak berfikir dengannya,  ada mata yang tidak melihat mengambil pengajaran dengannya dan ada telinga yang tidak mendengar mengambil peringatan dengannya, mereka itu laksana binatang, bahkan lebih sesat lagi daripadanya. Merekalah orang-orang yang lalai) (Al A'raf:179)

ABDUL HADI AWANG
PRESIDEN PAS
01 Rabiul Awal 1437 / 13 Disember 2015 - HARAKAHDAILY 13/12/2015

Sumber HD - 13-12-2015


Melakukan kunjung hormat kepada Shaikh Hamad Al Khalili, Mufti Kerajaan Oman

Posted on Thursday, December 03 @ 14:10:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Melakukan kunjung hormat kepada Shaikh Hamad Al Khalili, Mufti Kerajaan Oman salah satu usaha Presiden PAS untuk ke arah penyatuan Gerakan Islam luar negara bagi mengutuhkan jalinan kekuatan Islam.







Dulu Presiden PAS memberikan kepercayaan kepada seorang Pimpinan PAS Pusat dan juga daripada Terengganu dalam usaha menjalinkan hubungan dengan dunia Islam, malangnya dia telah tidak AMANAH setelah menggunakan kedudukannya untuk membawa matlmat lain termasuk membawa parti DAP untuk memberikan kredit kepada DAP dalam usaha pakatan barunya.

Akhirnya Presiden sendiri terpaksa pergi "membersih" taik-taik yang tabur seluruh dunia Islam
dengan maklumat yang tak benar.

Sumber TKO - 3-12-2015



Khutbah: Berpegang Dengan Tali Allah
Posted on Thursday, November 26 @ 14:47:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


mms://webtv.terengganukini.net/khutbah/2015/151113/151113.wmv

"tali AllahSinopsis: Al-Quran adalah mukjizat buat Nabi SAW untuk dibacakan, diajarkan kepada umatnya. Mereka yang berpegang teguh dengan ajaran al-Quran dijamin selamat dunia akhirat. Ia meliputi semua aspek kehidupan.



Perkara i ni bukanlah isu baharu tetapi ia adalah perkara asas yang sering diabaikan. DSTG Presiden PAS berkhutbah mengenainya 20 Nov 15:Berpegang Dengan Tali Allah (1)"


Sumber TKO - 26-11-2015


Khutbah: Berpegang Dengan Pesaka Rasulullah SAW

Posted on Thursday, November 19 @ 19:00:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
mms://webtv.terengganukini.net/khutbah/2015/151113/151113.wmv


alquran dan assunnahSinopsis: Nabi SAW telah meninggalkan kepada kita 2 petunjuk- alQuran dan asSunnah yang menjadi pegangan sebenar umat Islam sepanjang zaman.


Selagi mereka berpegang dengan petunjuk ini, selagi itulah mereka tidak akan sesat. DSTG Presiden PAS berkhutbah mengenai perkara ini seperti di bawah pada 13 Nov 15:Berpegang Dengan Pesaka Rasulullah SAW (0)"



Khutbah: Persaudaraan Dalam Islam

Posted on Thursday, November 12 @ 16:07:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
mms://webtv.terengganukini.net/khutbah/2015/151023/151023.wmv

persaudaraan islamSinopsis: Tahun baharu hijrah mengingatkan kita tentang penghijrahan Nabi dan para Sahabat dari Mekah ke Madinah. Sahabat Muhajirin dipersaudarakan dengan sahabat Ansar. Asasnya ialah Islam, bukannya Arab atau asas-asas lain yang longgar.


Kasih kerana Allah sebagaimana benci juga kerana Allah. DSTG Presiden PAS berkhutbah mengenainya seperti di bawah pada 6 Nov 2015 :Persaudaraan Dalam Islam (0)"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)


Sumber TKO - 12-11-2015


Iktibar fathu Mekah
































DATUK SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG | .


Kejayaan Islam di zaman keemasan bersama Rasulullah SAW membebaskan tanah airnya Mekah adalah di antara Qudwah Hasanah (contoh terbaik yang wajib diikuti) oleh penganut Islam kerana termasuk dalam firman Allah:

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا
"Sesungguhnya Rasulullah SAW adalah contoh teladan terbaik menjadi ikutan kepada sesiapa  yang penuh harapan kepada janji Allah yang diyakini dan  sentiasa berharap kepada Allah dan Hari Akhirat, serta sentiasa ingatkan Allah sebanyak-banyaknya)." (Surah Al-Ahzab, ayat 21)

Perjuangan Rasul akhir zaman bagi menyelamatkan manusia di dunia dan akhirat. Sangat berbeza dengan perjuangan kemerdekaan bangsa yang hanya membebaskan tanahairnya daripada penjajah asing, semata-mata di atas semangat kebangsaan dan kenegerian tanpa halatuju wawasan yang jauh, atau revulosi menggulingkan kerajaan yang dianggap zalim hanya sekadar dendam kesumat, selepasnya melakukan kezaliman pula.

Bukan pula bermakna Rasulullah SAW tidak patriotik. Sebenarnya Baginda SAW dan semua para Rasul AS menyayangi tanah air dan kaumnya lebih daripada mereka yang lain, kerana Al-Quran melaporkan semua para Rasul AS menggunakan perkataan, ”Ya Qaumi" (Wahai kaum bangsaku yang tersayang). Semua mereka bersedih terhadap kaum dan tanah air yang dibinasakan dan beristighfar sehingga Allah melarang beristighfar terhadap mereka yang tidak percayakan Allah. Perjuangannya semata-mata menyelamatkan manusia bersama Islam, bukan kerana jawatan dan harta kekayaan, sehingga menolak tawaran menjadi raja atau pemimpin paling besar dengan tawaran harta yang sebanyak-banyaknya, juga mengekalkan raja yang menerima Islam dan bertaubat.

Rasulullah SAW bersabar menghadapi kezaliman kaum bangsa dan keluarganya sendiri tanpa menjemput kuasa besar Parsi dan Rom supaya menawan Mekah. Setelah berjaya menegakkan negara yang kuat selepas berhijrah bersama para sahabat yang setia di kalangan Muhajirin daripada Mekah dan kalangan Ansar penduduk Madinah yang berbai’ah dan setia kerana memahami maksud Bai’ah iaitu hubungan dengan Allah. Sehingga mematahkan semua serangan musuh, lalu pulang ke Mekah kerana sangat merinduinya dan menunaikan Umrah yang tidak harus dihalang mengikut agama dan adat. Tiba-tiba dihalang sehingga hampir mencetuskan peperangan. Sebaliknya apabila diajak beruding untuk berdamai, terus menerima dengan sikap yang sangat terbuka, walaupun dengan syarat perjanjian pada zahirnya menguntungkan pihak lawan . Di antaranya, "Sesiapa yang melarikan diri di kalangan yang berhijrah ke Mekah tidak boleh dipulangkan, sebaliknya mana-mana kalangan Mekah yang berhijrah ke Madinah hendaklah dihantar pulang semula ke Mekah.”

Perdamaian hendaklah diutamakan dalam konsep perjuangan Islam, kerana perintah Allah:

وَإِنْ جَنَحُوا لِلسَّلْمِ فَاجْنَحْ لَهَا وَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ * وَإِنْ يُرِيدُوا أَنْ يَخْدَعُوكَ فَإِنَّ حَسْبَكَ اللَّهُ هُوَ الَّذِي أَيَّدَكَ بِنَصْرِهِ وَبِالْمُؤْمِنِينَ * وَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ لَوْ أَنْفَقْتَ مَا فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا مَا أَلَّفْتَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ وَلَكِنَّ اللَّهَ أَلَّفَ بَيْنَهُمْ إِنَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
"Dan jika sekiranya mereka itu (musuh) mahukan perdamaian maka terimalah perdamaian dengannya serta bertawakkal kepada Allah. Sesungguhnya  Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Melihat. Dan jika sekiranya mereka hendak menipumu, maka cukuplah Allah menjadi penulung (yang bertawakkal kepadanya). Dialah yang mendukungmu bersama dengan orang-orang yang beriman dan menjinakkan dikalangan hati-hati mereka. Kalau Engkau belanjakan seluruh harta yang ada dibumi ini nescaya Engkau tidak mampu menjinakkan hati-hati mereka, tetapi Allah sahaja yang boleh menjinakkan kalangan mereka. Sesungguhnya Dialah Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (Surah Al-Anfal, ayat 63)

Penerimaan Rasullah SAW dengan tegas terhadap perjanjian ini dengan mencari keredaan Allah tanpa peduli terhadap keadaan para sahabatnya yang bersifat manusia yang tetap sayangkan Allah dan Rasul SAW namun tetap ada kelemahan kemanusiaan yang memerlukan hidayah Allah dan kebijaksanaan Rabbani Rasulnya SAW menunjukkan natijah akhirnya menjadi sebab untuk bertindak terhadap pemimpin Mekah yang melanggar perjanjian Hudaibiyah tersebut.

Bala tentera Islam yang besar jumlahnya berlipat kali ganda daripada sebelumnya, kerana jumlah yang lebih besar datang menganut Islam dan bersama jihad ketika damai. Apabila Mekah ditawan tanpa tentangan yang besar kerana pemimpin utamanya Abu Sufian RA ditawan dan memeluk Islam. Perintah berkurung diisytiharkan supaya tidak menghalang tentera yang masuk ke Mekah berduyun-duyun. Sebaik sahaja perintah berkurung selesai, penduduk Mekah datang berkumpul di halaman Ka’abah. Rasulullah SAW menyampaikan ucapan  kepada mereka:

"Wahai kamu semua! Sesunggunya Allah menghapuskan kalangan kamu keangkuhan dan kesombongan jahiliyyah, kebanggaan dengan nenek moyang. Semua kamu daripada Adam, dan Adam itulah juga daripada tanah. Allah berfirman:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

"Wahai Manusia ! sesungguhnya kami telah menciptakan kamu daripada seorang lelaki (Adam) dan seorang  perempuan (Hawa), berbangsa-bangsa dan bersuku kaum supaya bertaaruf (bermasyarakat Madani). Sesungguhnya paling mulia kalangan kamu disisi Allah yang paling bertaqwa. Sesugguhnya Allah itu Maha Mengetahui berkenaan diri kamu dan Maha mengetahui juga berkenaan urusan kamu." (Surah Al-Hujurat, ayat 13)

Seterusnya Rasulullah SAW bersabda, "Adakah kamu tahu apakah tindakanku terhadap kamu?" Mereka menjawab, "Engkaulah sebaik-baik orang di kalangan keluarga dan kaum." Sabda Rasulullah SAW lagi, "Aku ucapkan kepada kamu apa yang diucapkan oleh Nabi Yusuf terhadap saudara-saudaranya", sepertimana yang disebut menerusi Surah Yusuf, ayat 92:

قَالَ لَا تَثْرِيبَ عَلَيْكُمُ الْيَوْمَ يَغْفِرُ اللَّهُ لَكُمْ وَهُوَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ

"Tidak ada apa-apa tindakan atau hukuman atau celaan terhadap kamu pada hari ini. Mudah mudahan Allah mengampunkan kamu. Dialah Tuhan Maha Pengampun lagi Maha Penyayang)."

Seterusnya Rasulullah S.A.W. menegaskan, ”Pergilah! Kamu semua dibebaskan”. Hanya seramai sembilan orang ada riwayatnya dua belas orang sahaja, disenarai hitamkan, supaya diambil tindakan walaupun bernaung dikelambu Ka’abah kerana dikira penjenayah besar. Namun sebahagian besarnya diampunkan, di antaranya Wahsyi yang membunuh Hamzah (bapa saudara Rasulullah SAW) dalam perang Uhud, Habbar bin Al-Aswad yang menghalang Zainab RA puteri Rasulullah SAW sehingga terjatuh daripada kenderaannya dan berlaku keguguran janin dalam kandungan, Ikrimah anak Abu Jahal musuh paling kejam, Abdullah bin Abi Sarah penulis wahyu yang murtad dan lain-lain.

Bandingkan Fathu Mekah dengan Revulosi Perancis, England, Amerika, China dan lain-lain. Betapa berlakunya balas dendam yang tidak dapat dikawal, dan tindakan yang memakan korban yang tidak terkira jumlahnya. Apabila Rasulullah SAW melihat mayat Hamzah RA yang amat disayangi gugur syahid dalam peperangan Uhud, di mana jasadnya dikelar dan dicincang dengan kejam, maka datanglah sifat kelemahan manusia kedalam diri untuk membalas dendam lebih daripadanya. Maka Allah menurunkan firmanNya:

ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ * وَإِنْ عَاقَبْتُمْ فَعَاقِبُوا بِمِثْلِ مَا عُوقِبْتُمْ بِهِ وَلَئِنْ صَبَرْتُمْ لَهُوَ خَيْرٌ لِلصَّابِرِينَ * وَاصْبِرْ وَمَا صَبْرُكَ إِلَّا بِاللَّهِ وَلَا تَحْزَنْ عَلَيْهِمْ وَلَا تَكُ فِي ضَيْقٍ مِمَّا يَمْكُرُونَ * إِنَّ اللَّهَ مَعَ الَّذِينَ اتَّقَوْا وَالَّذِينَ هُمْ مُحْسِنُونَ

"Serulah ke jalan Tuhanmu dengan kebijaksanaan dan nasihat yang terbaik, dan berdebatlah dengan cara yang terbaik. Sesungguhnya Dialah Tuhan yang lebih mengetahui sesiapa yang paling sesat daripada jalannya dan lebih mengetahui sesiapa yang layak mendapat hidayah. Dan jika kamu membalas maka balaslah dengan hukuman yang setimpal saperti dilakukan terhadap kamu. Dan jika kamu bersabar (sehingga memaafkan) maka itulah yang terbaik bagi orag-orang yang bersifat sabar. Dan (wahai Muhammad) bersabarlah, dan tiadalah sabarmu itu malainkan  bersama Allah. (Wahai Muhammad) jangan bersedih, di atas (kejahatan mereka). Dan merasa sempit dengan sebab tipu daya mereka. Sebenarnya Allah bersama orang-orang yang bertaqwa dan berbuat kebaikan." (Surah An-Nahl, ayat 128)

Inilah sikap yang ditunjukkan ketika Fathu Mekah. Inilah keimanan penganut Islam yang sebenar berpandukan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Di antaranya dinyatakan firman Allah:

وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِمَّنْ دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ * وَلَا تَسْتَوِي الْحَسَنَةُ وَلَا السَّيِّئَةُ ادْفَعْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ فَإِذَا الَّذِي بَيْنَكَ وَبَيْنَهُ عَدَاوَةٌ كَأَنَّهُ وَلِيٌّ حَمِيمٌ * وَمَا يُلَقَّاهَا إِلَّا الَّذِينَ صَبَرُوا وَمَا يُلَقَّاهَا إِلَّا ذُو حَظٍّ عَظِيمٍ * وَإِمَّا يَنْزَغَنَّكَ مِنَ الشَّيْطَانِ نَزْغٌ فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

"Dan siapakah lagi yang lebih baik kata-katanya lebih daripada orang yang berdakwah kepada Allah (petunjuknya), serta mengerjakan amal yang soleh, seraya berkata: ”Sebenarnya saya dari kalangan orang-orang  Islam (berterus terang). Sebenarnya tidak sama (kalau dbandingkan) di antara kebaikan dan kejahatan. Tolaklah kejahatan dengan berbuat yang lebih baik, nescaya berlakulah hubungan baik dengan orang yang pernah bermusuh dengan mu itu, tiba-tiba bertukar menjadi rakan paling berkasih sayang. Tidaklah dapat menerima sikap ini melainkan oleh orang-orang yang sebenarnya bersifat sabar dan tidaklah boleh menerimanya malainkan oleh orang yang mendapat bahagian ganjaran paling besar daripada Allah. Dan (ingatlah) apabila syaitan membisikkan terhadap sesuatu bisikan (Yang sudah pasti buruknya). Maka mintalah perlindungan daripada Allah. Sesungguhya Dia Maha mendengar lagi Maha Mengetahui." (Surah Fussilat, ayat 36)

Menunjukkan bahawa Fathu Mekah adalah mesej rahmat Allah kepada seluruh manusia mengikut acuan Allah yang sangat berbeza dengan acuan manusia. Bumi Mekah di zaman itu tidak seperti Putrajaya yang ramai peminatnya. Makkah adalah bumi kering yang tiada hasil galian berharta, tiada air, tiada pertanian, sumber industri dan lain-lain sumber kemewahan. Hanya petunjuk Allah supaya permulaan segalanya ialah pembangunan insan mengikut fitrahnya yang sebenar.

Untuk memahami lebih terperinci sila rujuk kepada buku-buku Sirah Nabawiyyah dan Tafsir ayat tersebut di atas, jangan gunakan akal tanpa panduan ilmu petunjuk Allah, kerana Allah berfirrman:

وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا

"Jangan bercakap (termasuk menulis, mengikut dan sebagainya) apa-apa yang kamu tidak ada pengetahuan berkenaannya. (Ingatlah) sesungguhnya pendengaran kamu, penglihatan dan akal (yang membuat keputusan)  semuanya akan disoal berkenaanya (pada Hari Qiamat kelak." (Surah Al-Isra', ayat 36)

"BERISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN"

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

24 Muharram 1437H / 05 November 2015M - HARAKAHDAILY 5/11/2015

Sumber HD - 5-11-2015

Dua permata ummah telah hilang

HARAKAHDAILY | .



DALAM kesibukan dengan program-program sepanjang minggu ini, saya telah dikhabarkan pemergiaan dua tokoh ulama ummah iaitu Syeikh Mohammad Abdullah al-Khatib  dan Syeikh Abdul Qadir Abu Faris. Dunia menangisi pemergian mereka, para malaikat dan sekalian penduduk bumi dan langit turut mendoakan. Benarlah mereka telah membenarkan Firman Allah SWT dalam Surah AL-Ahzab ayat 23:

مِنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ فَمِنْهُمْ مَنْ قَضَى نَحْبَهُ وَمِنْهُمْ مَنْ يَنْتَظِرُ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلاً

“Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah untuk berjuang membela Islam, maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu lalu gugur syahid, dan di antaranya ada yang menunggu giliran, dan mereka pula tidak mengubah apa yang mereka janjikan itu sedikitpun”.

Kedua-dua tokoh ini telah banyak memberi sumbangan kepada perkembangan ilmu Islam dan mempunyai pengalaman yang luas dalam dunia gerakan Islam.

Syeikh Abdullah al-Khatib ialah bekas ahli Maktab Irsyad Jamaah Al-Ikhwanul Al-Muslimin dan ahli Dewan Syura Ikhwanul Muslimin yang dilahirkan pada 26 Februari 1929. Beliau pernah dipenjarakan oleh Jamal Abdul Nasser pada tahun 1965 selama 10 tahun. Pastinya para pendukung gerakan Islam di Malaysia sangat mengenali sosok tubuh ulama ini dengan membaca kitab beliau Nazhaaraat Fii Risaalah At-Ta’aalim yang mensyarahkan kitab Risalah At-Ta’alim Imam Hassan Al-Banna.

Syeikh Abdul Qadir Abu Faris yang dilahirkan di Falujah, Palestin pada 1938 telah pergi dengan meninggalkan khazanah ilmu dalam bidang fiqh dan siasah syari’ayyah. Beliau pernah menjadi ahli Majlis Syura Ikhwan Muslimin dan pernah dipenjarakan selama dua tahun ketika menjadi ahli parlimen atas kesalahan mengucapkan takziah kepada Abu Mus’ab Zarqawi, Ketua Al-Qaeda.

Marilah sama-sama kita mendoakan agar mereka bahagia bersama-sama dengan kalangan para syuhada dan diterima segala amalan dan pengorbanan mereka untuk perjuangan Islam sehingga bertemu Allah dalam keadaan beriman dan tetap istiqamah di atas jalan-Nya.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
24 Muharam 1437H / 05 November 2015M - HARAKAHDAILY 5/11/2015

Sumber HD - 5-11-2015

Bidaah dalam amalan masyarakat

DATUK SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG | .


Sabda Nabi SAW:

من أحدث في أمرنا هذا ما ليس منه فهو رد

Barangsiapa yang mengada-adakan sesuatu perkara dalam urusan agama kita apa yang bukan daripadanya maka ia perlu ditolak.

[HR Bukhari&Muslim]

Dalam riwayat muslim:

من عمل عملاً ليس عليه أمرنا فهو رد
Barangsiapa yang melakukan amalan (agama) yang bukan daripada urusan agama kita maka ia perlu ditolak.

Antara perkara bidaah di dalam agama ialah menokok tambah amalan yang tidak diajar oleh al-Quran dan Hadis. Bahkan terdapat kitab-kitab agama yang mengajar beberapa amalan bidaah. Ini semua perlu ditolak. Bukan semua kitab betul belaka.

Antaranya ialah amalan solat sunat nisfu Syaaban. Ini tidak ada dalam ajaran Islam. Solat tahajjud di malam tersebut tidak menjadi salah, tetapi meniatkan solat itu sebagai solat nisfu Syaaban adalah bidaah.

Begitu juga amalan solat sunat sebagai hadiah kepada si mati. Siap ada yang ambil upah pula solat untuk si mati. Perkara ini tidak dalam nas dan tidak boleh ditokok tambah. Cukuplah dengan mengamalkan apa yang diajar oleh Nabi seperti istighfar, doa dan bersedekah niat kepada si mati.

Dalam urusan pemerintahan juga begitu. Apabila Islam mensyariatkan pencuri dipotong tangan, tetapi undang-undang menghukum jel. Ini adalah bidaah yang perlu ditolak.

Tambahan penulis:
Terlintas pula di kepala laporan fatwa mufti Pulau Pinang di dada akhbar dua tiga hari lepas. Dia keluarkan fatwa zikir menari adalah bidaah.

Sememangnya dia terkenal sebagai seorang pejuang bidaah tegar. Tetapi pelik dalam bab jenayah, tidak ada pula fatwa bidaah dengan amalan perundangan negara hari ini. Malah usaha memartabatkan perundangan Islam dikritik pula oleh beliau seolah-olah hukuman hari ini adalah sunnah dan syariat Islam itu bidaah.

Zikir menari itu hanya melibatkan sebahagian orang Islam sahaja dan kesan negatifnya tidak begitu besar. Ia bukan penyakit utama negara tetapi perkara itulah yang dibesar-besarkan. Sedang masalah jenayah adalah isu besar negara yang memberi kesan kepada berbagai sektor.

Apakah sebagai seorang mufti, fatwa-fatwa yang boleh dikeluarkan hanya berkait perkara yang menepati selera pemerintah sahaja? – HARAKAHDAILY 30/10/2015

Petikan kuliah Jumaat Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada 30 Oktobet 2015 di Masjid Rusila ini disusun oleh Alang Ibn Shukrimun.

Sumber HD - 30-10-2015


Khutbah: Hijrah Dan Janji Kemenangan Islam

Posted on Friday, October 30 @ 04:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

mms://webtv.terengganukini.net/khutbah/2015/151002/151002.wmv


haji hadi dan harun dinSinopsis: Hijrah bukan hanya bermakna tubuh berpindah dari Mekah ke Madinah, bahkan ia lebih jauh dari itu. Hijrah bermakna membawa Islam, dari bersifat peribadi kepada yang lebih luas.


DSTG Presiden PAS berkhutbah mengenai hijrah dan janji kemenangan Islam seperti di bawah pada 23 Okt 2015:
Hijrah Dan Janji Kemenangan Islam (0)

Sumber TKO - 30-10-2015













Komitmen Tok Guru Bukan Setakat Atas Muka Bumi Malaysia

abdul hadi awang masjid
Asalnya saya tak berminat untuk nak ulas isu hal kehadiran Tok Guru Presiden PAS ke sidang Parlimen. Sebabnya terlalu ketara unsur kebudak-budakan dari mereka yang menimbulkan perkara ini. tapi bila nampak melarat dan ramai sangat yang tak faham, saya tulis sikit.

abdul hadi awang japan

Satu-satu sidang parlimen mengambil tempoh masa yang lama untuk berakhir. Lima hari seminggu dari pagi dan ada ketikanya sampai tengah malam.

Seorang pemimpin utama parti seperti Tok Guru Presiden mempunyai komitmen jadual tugasan yang sangat padat. Sama sebagaimana pemimpin utama parti lain. Sebab itulah seseorang pemimpin dibantu oleh ramai pegawai dan setiausaha untuk melicinkan tugasannya.

Ismail Lufti Hadi Awang

Najib tak selalu berada di Parlimen malah kehadiran Tok Guru ke Parlimen melebihi kehadiran Najib. Itu biasa. Sebagai PM, Najib ada ramai pegawai yang akan menyempurnakan apa yang perlu semasa beliau tak hadir ke Parlimen. Menteri-menteri pun ramai yang tak hadir ke parlimen. Mereka ada timbalan yang akan mengambil alih tugasan.

LGE juga begitu. Bukan selalu ada di Parlimen. Saya tak berminat untuk turut menjadi bodoh dengan membandingkan jumlah kehadiran LGE dengan Tok Guru walau saya yakin Tok Guru lebih kerap hadir. Masing-masing ada tugas dan tanggungjawab yang perlu disempurnakan. Adalah suatu yang bangang kalau orang ingat Tok Guru ponteng parlimen untuk pergi memancing!

abdul hadi tahnik

Tanggungjawab Tok Guru bukan hanya sebagai Ahli Parlimen. Beliau juga ADUN Rhu Rendang dan Naib Presiden Kesatuan Ulama Sedunia. Komitmen Tok Guru bukan setakat atas muka bumi Malaysia, tetapi menjangkau ke dunia Islam lain.

Seseorang ahli parlimen ada masa dan waktu untuk mereka berucap. Bila soalan mereka akan dijawab juga ada waktunya. Bila tiba giliran, biasanya ahli parlimen akan hadir ke dewan.

abdul hadi awang ziarah penduduk sakit

Hadir ke parlimen adalah tugas seseorang MP. Tetapi hadir ke parlimen bukan satu-satunya tugas sebagai MP! Bila tak hadir ke parlimen bukan maknanya makan gaji buta. Banyak lagi tugasan yang perlu disempurnakan oleh seorang MP. Sebab itu peraturan parlimen tak menetapkan semua MP mesti hadir setiap hari!

Maaf… saya yang bukan MP tulis jawapan.

Dr Azman Ibrahim
25/10/15

Sumber BO - 24=10-2015

Hari lahir: Presiden PAS ucap terima kasih

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang telah mengucapkan selamat hari ulang tahun kelahiran beliau.

Ahli Parlimen Marang itu menyatakan demikian dalam laman facebook beliau.

"Terima kasih kepada semua yang mengucapkan selamat hari ulang tahun kelahiran saya pada hari ini Selasa 20 Okt.

"Saya juga ingin memaklumkan bahawa tarikh kelahiran saya untuk tahun hijriah adalah pada hari Isnin 5 Zulhijjah 1366," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 20/10/2015

Sumber HD - 20-10-2015


















Catatan perjalanan Manusia yang bernama Abdul Hadi Awang@Ayah Chik
Posted on Monday, October 19 @ 21:36:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Dalam kesempatan ini saya ingin menunjukkan catatan perjalanan hidup Presiden PAS sepanjang Jumaat 16.10.2015 sehingga Isnin 19.10.2015.

Jumaat 16.10

9:00 am  - Kuliah Jumaat Masjid Rusila.
11:00am - Pertemuan tertutup Bersama Rombongan Pas Kawasan Ampang dan Pas Kawasan Pokok Sena. Di Rusila.
3:00pm  - Pecah Tanah Kompleks Pasti Kg Cendering Raja Cendering, Kuala Terengganu.
8:30pm  -  Ijtima Guru guru Pondok Negeri Kelantan, Pasir Tumboh, Kelantan.

Sabtu 17.10

9:00am - Mesyuarat PAS Pusat, JKR 10 Kota Bharu, Kelantan.
8:00pm - Fastaqim, Stadium Sultam Mohammad IV, Kota Bharu Kelantan.
1:00 am - Bertolak Balik Ke Terengganu.

Ahad 18.10

10:00pm - Urusan Ummah di Terengganu.
3:00pm  - Ijtima Ulama Nusantara, Balai Islam Lundang, Kelantan.
5:00pm - Pertemuan tertutup bersaman Ulama Nusantara , di Kota Bharu Kelantan.
9:00pm - Ceramah Perasmian Wisma Ibadurr Rahman, Morak, Tumpat, Kelantan.

Isnin 19.10

8:00 - Dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Putra Kota Bharu ke Kuala Lumpur.
10:00 - Menghadiri mesyuarat ketiga penggal ketiga Parlimen ke-13 Kuala Lumpur.


Ada yang mengatakan Presiden PAS makan gaji buta.
Yang bercakap tu mampu kah buat begitu?
Kalau setakat jadi cybertropper yang menyebar keburukan dan fitnah mampu mereka ini berhadapan dengan Allah s.w.t.??

ALLAHU AKHBAR ! ALLAHUAKBAR!ALLAHUAKHBAR!

Kredit
Zam Usop PA
Sumber TKO - 19-10-2015

Mereka mahu menang tanpa ambil kira keredhaan Allah

ASLANI M | .




KOTA BHARU: Kelebihan PAS berbanding gerakan Islam di negara lain kerana ada Majlis Syura yang bertindak sebagai kata pemutus isu yang berlaku berkaitan PAS.

Sedangkan gerakan Islam di negara-negara  lain tidak memiliki institusi tertinggi seperti itu.

Bagaimanapun malangnya kata Presiden PAS ada pihak mahu Majlis Syura Ulama hanya bertindak sebagai penasihat sahaja yang boleh dipatuhi atau tidak.

“Mereka kata Majlis Syura melambatkan impian pembangkang untuk menduduki Putrajaya. Apa yang mereka mahu hanya menang tanpa mengambil kira kemenangan itu mendapat keredhaan Allah SWT atau tidak.

“Kemenangan tanpa keredhaan Allah tidak memberi sebarang makna. Ekoran itu ada pihak yang kecewa sehingga membawa diri.

“Ini telah memperlihatkan gerakan Islam sudah berpecah. Inilah usaha yang dijalankan musuh Islam bagi memecahbelahkan parti Islam,” kata Datuk Seri Tuan Guru  Abdul Hadi Awang pada Ijtimak Ulama dan Guru-guru Pondok Kelantan malam tadi.

Program anjuran Dewan Ulama PAS Kelantan dan Pusat Pembangunan Pondok Bhd diadakan di Pondok Pasir Tumbuh, iaitu institusi pengajian pondok tradisional terbesar di Malaysia.

Ribuan hadir pada program berkenaan sehingga melimpah ke luar dewan solat masjid tiga tingkat.

Tuan Guru Abdul Hadi berkata musuh Islam berjaya memecahkan jemaah Islam seperti yang berlaku di Algeria, Indonesia, Mesir dan Turki.

Menurutnya di Indonesia sekarang ada lebih 10 parti Islam yang memperlihatkan perpecahan umat Islam sehingga  sukar untuk menguasai politik negara terbabit.

Beliau juga menjelaskan tahaluf siyasi PAS bersama kerajaan Barisan Nasional pada 1974 dilakukan  dengan lapan syarat termasuk membolehkan PAS menegur tindak tanduk kerajaan yang menyimpang dari landasan agama.

Selain  itu PAS mendesak dihapuskan hidangan arak pada majlis-majlis rasmi kerajaan yang menjadi  amalan peninggalan penjajah.

“PAS juga berjaya mendesak kerajaan menghapuskan  iklan arak dan judi dalam  radio dan televisyen milik kerajaan. Siaran azan juga perlu disiarkan pada setiap waktu solat,” ujarnya.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob pula berkata, kerajaan negeri tidak pernah meminggirkan golongan ulama di mana sebahagian ulama berada dalam kepimpinan kerajaan.

Katanya hanya ulama yang mampu mengurus dunia kerana mereka merupakan  golongan pewaris nabi. - HARAKAHDAILY 17/10/2015

Sumber HD - 17-10-2015


















Isu dalaman: Ulama ikuti penjelasan Presiden PAS

ASLANI M | .




KOTA BHARU: Semasa krisis Angkatan Perpaduan pada 1996 sehingga membawa pembubaran Semangat 46, Pondok Pasir Tumbuh menjadi tempat meredakan ketegangan yang berlaku.

Ketika itu ulama dan guru-guru pondok dari seluruh Kelantan berhimpun mendengar penjelasan disampaikan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Kini hampir 20 tahun berlalu sekali lagi perhimpunan ulama dan guru-guru pondok diadakan di tempat sama bagi mendengar penjelasan masalah dalaman membabitkan PAS.

Ribuan ulama dan pelajar-pelajar pondok menyertai perhimpunan malam tadi. Program itu bermula jam 6 petang dengan jamuan rakyat.

Solat Maghrib dan solat hajat  diimamkan pensyarah Pusat Pusat Pondok Kandis, Ustaz Nik Razi Nik Mat. Selepas itu kuliah Maghrib juga disampaikan Nik Razi yang juga adik kepada Arwah Tok Guru Nik Abdul Aziz.

Imam Masjid Pondok Pasir Tumbuh, Ustaz Nik Zulkifli Nik Yaakub berkata kegusaran ulama dan guru-guru pondok ekoran krisis yang berlaku pada 1996 kembali  reda selepas mendapat penjelasan daripada pemimpin tertinggi  PAS.

Katanya, kali ini ketika masalah dalaman PAS berulang kembali, sekali lagi Presiden PAS diundang bagi menjelaskan situasi yang berlaku dalam  parti itu.

“Malam ini cukup bersejarah bagi ulama dan guru-guru pondok yang terdapat di Kelantan. Kami tetap memberi sokongan padu kepada kepimpinan ulama.

“Kita tidak pelik dengan parti baru serpihan PAS yang dilancar di hotel nampak seperti mewah, namun ulama dan guru-guru pondok meneruskan dukungan bagi menguatkan PAS,” katanya pada program berkenaan.

Menurutnya juga bekas-bekas pelajar Pondok Pasir Tumbuh yang kini bertebaran di seluruh negara begitu gembira dengan sokongan padu dizahirkan ulama pondok terhadap kepimpinan PAS dan kerajaan negeri yang ada sekarang. - HARAKAHDAILY 17/10/2015

Sumber HD - 17-10-2015




















TGHH peluk Mahathir, peluk Ibrahim Ali merimaskan setengah orang!

Posted on Thursday, October 15 @ 21:47:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

"Assalamualaikum,,,,

Dua kejadian peluk terbaru yang melibatkan TGHH  sudah manjadi viral, pertama TGHH berpelukan dengan Mahathir ketika bertemu dalam satu majlis dan keduanya TGHH berpelukan dengan Ibrahim Ali semasa kunjungan hormat Perkasa ke pejabat PAS.Apa yang menariknya, kedua dua kejadian peluk TGHH bukan sahaja mendapat perhatian tetapi nampak benar merimaskan setengah orang.Berbagai tohmahan dan tuduhan dipaparkan berikutan kejadian peluk yang tidak haram langsung ini, berbeza kejadian peluk selfie Amoi cucu Mat Sabu ketika bersih 4.0.Selfie Amoi dengan Mat Sabu cuma sekadar merakam gambar biasa saja antara datok dengan cucunya, tetapi pelukan TGHH penuh makna, yang ditaarifkan dengan pelbagai makna.

Ada taarif yang menyatakan pelukan TGHH ini menandakan akan berlaku perubahan dalam dasar PAS kerana kedua dua orang yang dipeluk itu ada rekodnya tersendiri, kalau dilihat kemesraan yang ditunjukkan oleh TGHH ketika memeluk jelas ianya menandakan ada penerimaan terhadap kerjasama yang tidak terhad dengan kelompok atau agen UMNO yang diketuai oleh Mahathir.

Ada juga taarif yang menyebut sepatutnya RUU Hudud tidak menjadi masalah untuk dibentangkan berikutan termenterainya kerjasama dengan Perkasa  dengan kemesraan yang ditunjukkan oleh Ibrahim Ali.Tak ada masalah dengan saman yang dikemukakan kepada  TGHH, tak ada masalah dengan statment Mat Sabu yang menyatakan kesediaan MP PAN menolak RUU Hudud itu nanti sekiranya diminta oleh DAP, tak ada masalah untuk speaker menerima RUU Hudud untuk dibentangkan sebaliknya kenyataan sua PAS bahawa RUU Hudud tidak akan dibentangkan pada persidangan parlimen akan datang dianggap permainan silap mata PAS semata mata, lupakan segala masalah yang berbangkit.

Lebih menarik lagi gambar pelukan TGHH dengan Ibrahim Ali ditaarifkan sebagai kesediaan PAS memberi laluan sekali lagi kepada Ibrahim untuk menjadi MP.Menarik taarif ini kerana hanya kerana TGHH berpeluk saja sudah tersedia satu kerusi untuk Ibrahim Ali.

Ketika TGHH berpeluk dengan LKS dulu, gambar pelukannya disebarkan secara meluas oleh agen agen UMNO dengan berbagai tafsiran diberikan.Tapi kali ini dipercayai yang menviralkan gambar pelukan TGHH bukan lagi agen umno tetapi pemuka pemuka yang tidak dapat dipastikan mewakili pihak mana? mungkin asalnya mereka ini dari kalangan penyokong PAS yang berpaling tadah atau mungkin juga pemuka dari parti parti lain yang tidak mahu melihat PAS berada di depan, pendeknya mereka sebenarnya bukan musuh tradisi PAS dari UMNO, tetapi dari kem pembangkang yang tidak sehaluan.Murahnya politik!

Sumber TKO - 15-10-2015

Semoga 1437H janjikan masa depan lebih baik untuk Islam

TUAN GURU ABDUL HADI AWANG | .

 

PERUTUSAN MAAL HIJRAH 1437H

Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran:

إِنَّ الَّذِينَ تَوَفَّاهُمُ الْمَلَائِكَةُ ظَالِمِي أَنْفُسِهِمْ قَالُوا فِيمَ كُنْتُمْ ۖ قَالُوا كُنَّا مُسْتَضْعَفِينَ فِي الْأَرْضِ ۚ قَالُوا أَلَمْ تَكُنْ أَرْضُ اللَّهِ وَاسِعَةً فَتُهَاجِرُوا فِيهَا ۚ فَأُولَٰئِكَ مَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ ۖ وَسَاءَتْ مَصِيرًا * إِلَّا الْمُسْتَضْعَفِينَ مِنَ الرِّجَالِ وَالنِّسَاءِ وَالْوِلْدَانِ لَا يَسْتَطِيعُونَ حِيلَةً وَلَا يَهْتَدُونَ سَبِيلًا * فَأُولَٰئِكَ عَسَى اللَّهُ أَنْ يَعْفُوَ عَنْهُمْ ۚ وَكَانَ اللَّهُ عَفُوًّا غَفُورًا *
"Sesungguhnya orang-orang yang diambil nyawanya oleh malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela ditindas oleh kaum kafir musyrik), mereka ditanya oleh malaikat dengan berkata: "Apakah yang kamu telah lakukan mengenai ugama kamu?" Mereka menjawab: "Kami dahulu adalah orang-orang yang tertindas di bumi". Malaikat bertanya lagi: "Tidakkah bumi Allah itu luas, yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya?" Maka orang-orang yang sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah neraka jahanam, dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali. Kecuali orang-orang yang lemah (lagi uzur) dari kaum lelaki dan perempuan serta kanak-kanak, yang tidak berdaya upaya mencari helah (untuk melepaskan diri) dan tidak pula mengetahui sesuatu jalan (untuk berhijrah). Maka mereka (yang demikian sifatnya), mudah-mudahan Allah maafkan mereka. Dan (ingatlah), Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun." [Surah Al-Nisa', ayat 97 - 99]

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merakamkan ucapan selamat menyambut Maal Hijrah kepada seluruh Ummat Islam, khususnya di bumi Malaysia ini. Hijrah adalah suatu peristiwa besar dalam Islam yang memberikan pengajaran yang sangat bermakna kepada kita semua sebagai ummat Islam.

Hari ini umat Islam seluruh dunia sedang menghadapi suasana dan ujian yang sukar. Umat Islam di negara kita sedang diuji dengan usaha-usaha untuk menafikan kedudukan Islam seperti yang dijamin perlembagaan bahkan terdapat usaha ketara untuk menghalang umat Islam daripada hak untuk melaksanakan tuntutan Islam.

Umat Islam di rantau Arab sedang diuji dengan perpecahan dan perang saudara, manakala di Eropah umat Islam sedang diuji dengan Islamophobia yang sedang dicanang oleh musuh-musuh Islam untuk menggambarkan umat Islam sebagai pengganas  dan perlu diperangi. Lebih menyedihkan Maal Hijrah tahun ini disambut dalam suasana umat Islam sedang dibunuh di tanah air mereka seperti di Palestin, Burma, Afghanistan, Iraq dan beberapa negara lain.

Antara kunci penting peristiwa Hijrah ialah kesatuan dan perpaduan ummah, kesatuan muhajirin mendukung perjuangan Islam dan semangat perpaduan ansar menerima saudara-saudara muhajirin yang tidak mereka kenali.  Kunci penting inilah yang membawa kepada terbinanya Madinah yang menjadi model Kerajaan Islam terbaik yang dipenuhi rahmat dan penuh keadilan kepada semua penduduknya samada penganut Islam dan bukan Islam.

Oleh yang demikian, marilah bersama kita mengambil semangat dan pengajaran daripada peristiwa hijrah untuk kita bina kesatuan dan perpaduan ummah sehingga terbinanya sebuah negara yang menjamin keadilan dan rahmat untuk  semua penduduknya. Semoga tahun hijrah 1437 akan menjanjikan masa depan yang lebih baik untuk Islam di Malaysia khasnya  dan seluruh dunia amnya.

"BERISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN"

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

01 Muharram 1437H / 14 Oktober 2015 - HARAKAHDAILY 14/10/2015

Sumber HD - 14-10=2015





















Janji Syurga Dan Janji Kemenangan Dunia

Janji Syuga Dan Janji Kemenangan Dunia
Khutbah Jumaat

Janji Syurga dan Janji Kemenangan Dunia

Wahai hamba-hamba Allah, bertaqwalah kamu kepada Allah (dengan mengikut segala perintahmya dan meninggalkan segala larangannya). Carilah bekalan , maka sesungguhnya sebaik-baik bekalan (bagi kehidupan dunia sehingga hari akhirat) ialah bertaqwa kepada Allah. Maka sesungguhnya berjaya dan selamatlah orang-orang yang bertaqwa.

Saudara muslimin yang dirahmati Allah,
Marilah kita mempeingati peristiwa yang berlaku dizaman Rasulullah S.A.W menghadapi tekanan dan penindasan yang dasyat sehingga banyak orang-orang tidak percaya islam yang dijanjikan kemenangan didunia dan diakhirat dibuktikan kenyataan oleh Allah S.W.T. Pada masa itu lahirnya satu kumpulan islam yang sanggup menyahut tawaran Allah S.W.T yang di sebut didalam Al-Quran Al-Qarim:

Maksudnya: wahai orang-orang yang beriman, mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab siksaan yang tidak terperi sakitnya? Iaitu kamu beriman kepada Allah dan rasulnya, serta berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu kedalam taman-taman yang mengalir dibawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu ditempat-tempat tinggal yang baik didalam syurga Adnin. Itulah kemenangan yang besar. Dan Ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya) dann sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.

Apabila Rasulullah S.A.W ditemani sahabatnya Abu Bakar As-Sidiq R.A melawat kemah pemimpin –pemimpin arab yang mengerjakan haji, kerana ibadat haji adalah ibadat yang ditunaikan sejak Ibrahim A.S membuka Mekah Al-Mukaramah, mendirikan Kaabah dan melaungkan seruan Allah supaya manusia menunaikan haji sehingga haji ditunaikan dizaman jahiliah dikalangan orang-orang musyrikin yang belum beriman dan kuat menentang Islam. Apabila nabi S.A.W melawat pemimpin –pemimpin kabilah arab dikemah masing-masing menawarkan kepada meraka perniagaan yang dijanjikan oleh Allah, iaitu Allah hendak membeli dari mereka harta dan diri mereka.

Maksudnya: Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh syurga.

Allah berjanji untuk membayar dengan syurga dan janji kemenangan didunia. Oleh kerana janji Allah ini janji yang ghaib, yang tidak dapat dilihat dengan mata, sama ada janji dunia ataupun janji akhirat, perkara pahala, fadilat dan berkat adalah perkara yang dijanjikan oleh Allah hanya diyakini oleh orang-orang yang beriman apabila diturunkan perniagaan oleh Allah bersedia masuk islam serta bersedia menjual harta dan diri kepada Allah. Allah menurunkan keuntungan yang besar didunia dan akhirat.

Kebanyakkan pemimpin arab menolak dan tidak menerima tawaran itu. Ada yang menolak dengan keras, ada yang menolak dengan lembut, ada yang percaya benarnya Islam, Islam adalah kebaikan, tetapi teragak-agak untuk terima tawaran dari Allah S.W.T. Mereka dipilih oleh Allah mendapat hidayah (petunjuk) , mereka mencari kebenaran. Benarlah firman Allah Ta’ala:

Maksudnya: Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama kami, sesungguhnya kami akan memimpin mereka ke jalan kami (yang menjadikan mereka gembira serta beroleh keredhaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah beserta orang-orang yang berusaha membahagikan amalannya.

Apabila tawaran ini dikemukakan kepada pemimpin Aus dan Kharaj, mereka dengan hati terbuka dengan penuh keyakinan. Maka berlakulah akad baiah yang terkenal, iaitu baiatul Ridhuan (perjanjian aqobah). Baiah adalah jualan dari Allah S.W.T dengan tawaran apabila orang-orang yang beriman itu menurunkan kepada Allah dengan tawaran diri dan hartanya. Allah membeli, Allah tidak berhajat kepada harta dan tidak berhajat kepada hamba-hambanya, tetapi hamba yang berhajat kepada Allah.

Apabila yang berlaku adalah ujian dari Allah S.W.T. mereka diajak melakukan baiah atau melakukan jualan iaitu jualan dari Allah iaitu Islam, sanggup menegakkan Islam, dibayar dengan diri dan harta benda. Maka berlakulah akad baiah itu yang diucapkan oleh Rasulullah S.A.W:
Maksudnya: kamu berbaiah (berjanji) kepadaku atas dasar dengar dan taat pada masa rajin dan malas, atas dasar bernafakah (bersedia untuk berlanja) pada masa senang dan susah, atas dasar menyuruh yang maaruf dan mencegah keungkaran, atas dasar berkata benar tanpa menghiraukan celaan orang yang mencela, dan atas dasar memberi pertolongan kepadaku apabila aku tiba kepadamu, kamu mempertahankanku sebagaimana kamu mempertahankan diri, istiri dan anak-anak kamu. Bagi kamu diberikan syurga.

Maka berlakulah baiah yang terkenal, perjanjian untuk menyerahkan harta dan diri untuk mempertahankan Islam. Maka berlakulah peristiwa hijrah yang terkenal yang menjadi titik tolak kepada sejarah Islam, tegaknya Negara yang mendaulatkan syariat Allah. Peristiwa yang dicatat menjadi perkiraan tahun bagi umat Islam, berbeza dengan bangsa-bangsa lain, tahun-tahun mereka diambil daripada tarikh lahir pimpinan, Rasul atau Nabi yang dipuja, hari kemerdekaan dan kemenangan dimedan perang. Peristiwa Islam ialah peristiwa baiah yang telah menciptakan hijrah menjadi titik tolak yang penting, peristiwa yang dipuji oleh Allah S.W.T didalam ayat-ayat yang banyak.

Maksudnya: Dialah yang telah mengutuskan Rasulnya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan agama yang benar (agama Islam) , untuk dimenangkan dan ditinggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.

18 zulhijjah 1436 (02/10/2015)

Sumber PP - 9-10-2015

Malaysia majmuk dan kepimpinan Muslim

DATUK SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG | .


APABILA wafatnya Rasulullah SAW, para sahabat RA bermesyuarat di medan Thaqifah Bani Sa’eidah bagi memilih pengganti Rasulullah SAW untuk memimpin ummat dan negara yang telah diasas dan dibina di Kota Suci Madinah Munawwarah. Ini menunjukkan Islam bukan hanya sekadar dakwah, ibadat dan akhirat, bahkan penegasan betapa pentingnya urusan politik negara, sehingga sebahagian besar pemimpin para sahabat tidak berada ditempat pengebumian jasad Rasulullah SAW yang mulia itu.

Tiga kumpulan ummat Islam mengemukakan pandangan dan calon masing-masing. Kalangan Ansar daripada kabilah Aus dan Khazraj yang berasal dari Madinah, menegaskan bahawa kalangan merekalah sepatutnya menjadi ketua negara, kerana mereka adalah penduduk asal tempat yang menjadi pusat negara dan penglibatan mereka menegakkan Islam dengan bai’ah dan berjuang bersama Rasulullah SAW. Mereka mencalonkan Sa’ad bin ‘Ubadah RA pemimpin Ansar.

Adapun kalangan keluarga Rasulullah SAW yang dinamakan Ahli Al-Bait menegaskan supaya dipilih daripada kalangan mereka, lalu mereka mencalonkan Ali bin Abi Talib RA, menantu Rasulullah SAW dan sepupu Baginda. Kalangan ini juga disokong oleh sebahagian para sahabat, di antara mereka ialah Zubair bin ‘Awwam dan Tolhah bin ‘Ubaidillah RA.

Sebahagian besar kalangan Muhajirin pula mencalonkan daripada kalangan mereka dan dipilih daripada kabilah Quraisy. Hujah mereka adalah yang terawal bersama Islam dan menegakkannya bersama Rasulullah SAW dan berhujahkan hadis Rasulullah SAW yang bersabda:

الْأَئِمَّة مِنْ قُرَيْش مَا إِذَا حَكَمُوا فَعَدَلُوا " الْحَدِيث  
"Para pemimpin itu daripada kalangan Quraisy  selagi mereka memerintah berlaku adil."

Langkah pemilihan ini menunjukkan Islam mendahului demokrasi moden sejak beberapa abad, memperkenalkan sistem pemerintahan yang melibatkan rakyat, dengan asas agama yang sangat kukuh. Nyata betapa pengajian orentalis juga mempengaruhi demokrasi moden.

Akhirnya sebahagian besar para sahabat memilih Abu Bakar RA menjadi Ketua Negara bergelar Khalifah, beliau dipilih daripada kalangan muhajirin dan Quraisy. Langkah yang diambil selepas wafatnya Rasulullah SAW sehingga hukum syariat Islam dalam urusan politik pemerintahan negara yang menjadi perbincangan yang dicatit dalam kitab-kitab Tafsir Al-Quran, Aqidah, Feqah dan Tasawuf,  merupakan jurusan-jurusan ilmu Islam yang asasi.

Walaupun aspek ini lebih dekat dengan ilmu Feqah yang dicabut daripadanya ilmu Siyasah Syar’iyyah atau Ahkam Sultoniyyah. Namun, masalahnya tetap berkaitan dengan Nas Al-Quran  dan Hadis. Kalangan Syiah meletakkannya dalam perkara Aqidah menyebabkan dibincang juga oleh mazhab Ahli Sunnah dalam kitab Aqidah, seperti Imam Al Ghazali RA meletakkan bab Imamah (kepimpinan negara) dalam kitab Aqidah karangannya (الاقتصاد في الاعتقاد). Perkara ini juga berkait dengan ilmu akhlak yang menjadi perbincangan ilmu Tasawwuf. Namun kesemua ajaran Islam tetap berkaitan diantara satu sama lain laksana mata rantai yang tidak boleh dipisahkan.

ISLAM AQIDAH NEGARA

Para sahabat RA secara Ijmak meneruskan kewajipan bernegara yang berdasarkan aqidah dan dasar Islam, meneruskan segala arahan Al-Quran dan sunnah yang di amal, yang tersurat dan tersirat daripadanya sehingga melahirkan Ijtihad (kajian ilmiah dalam perkara yang tidak ada nas).

Negara yang berteraskan aqidah beribadah (ketundukan kepada Allah) dan adanya perhitungan pahala dan dosa selepas meninggal dunia dalam kewajipan menegakkan keadilan terhadap semua dan rahmat terhadap semua, yang disimpulkan kepada konsep negara berkebajikan dengan makna yang luas, bukan sahaja dalam aspek kemasyarakatan dan ekonomi, membolehkan Islam memerintah masyarakat majmuk.
Firman Allah:

وَلَوْلَا دَفْعُ اللَّهِ النَّاسَ بَعْضَهُمْ بِبَعْضٍ لَهُدِّمَتْ صَوَامِعُ وَبِيَعٌ وَصَلَوَاتٌ وَمَسَاجِدُ يُذْكَرُ فِيهَا اسْمُ اللَّهِ كَثِيرًا وَلَيَنْصُرَنَّ اللَّهُ مَنْ يَنْصُرُهُ إِنَّ اللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ
"Dan kalau sekiranya Allah tidak menolak manusia itu berlawanan di antara kumpulan yang memperjuangkan Islam menghadapi penentangnya, nescaya dibinasakanlah rumah-rumah ibadat penganut agama Yahudi, gereja-gereja penganut Nasrani (Kristian), sembahyang-sembahyang dan Masjid penganut Islam yang disebut didalamnya nama Allah. Demi sesungguhnya Allah tetap menolong sesiapa yang berjuang menegakkan agamaNya. Sesungghnya Allah itu maha kuat lagi maha perkasa." (Surah Al-Hajj, ayat 40)

Menegaskan bahawa kerajaan Islam yang sebenar mampu memerintah masyarakat majmuk di atas ajaran agama Islam yang boleh mengawal semangat fanatik kaum dan agama daripada semangat tanpa ilmu dan kebijaksanaan yang menimbulkan ketegangan diantara kaum dan agama.

KONSEP KEPIMPINAN KAUM MUSLIMIN YANG TERBESAR

Pemilihan kabilah Quraisy yang berpegang dengan Islam kerana jumlahnya yang terbesar dan kedudukannya yang terkuat. Para ulamak Islam  menerima kaum yang silih berganti memimpin negara, berdasarkan konsep tersebut dalam pemilihan Khalifah yang pertama (Abu Bakar RA) dan Khulafa Rasyidin selepasnya (sila lihat Muqadimah: Ibnu Khaldun dan Itmam Al-Wafa: Muhammad Al-Khadri).

Jawatan Khalifah (Ketua Negara) dalam sejarah Islam bergilir kaum, dipilih daripada kalangan kaum yang terkuat dan majoriti umat yang berpegang teguh dengan Islam, berpandukan juga firman Allah:

وَإِنْ تَتَوَلَّوْا يَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ ثُمَّ لَا يَكُونُوا أَمْثَالَكُمْ

"Dan jika sekiranya kamu berpaling (daripada menegakkan Islam dan syariatnya), nescaya Allah menukarkan kaum yang lain daripada kamu, kemudian mereka tidak saperti kamu." (Surah Muhammad, ayat 38)

Kenyataan sejarah kegemilangan Islam membuktikan mukjizat Al-Quran wujudnya berbagai bangsa penganut Islam yang beriman, berilmu dan budiman memimpin negara besar masyarakat majmuk dengan sistem dan hukum yang adil dan menegakkan tamdun dunia yang berjaya. Kepimpinan bertukar daripada bangsa Arab, kepada Kurdis, Turki dan lain lain.

Dalam masa yang sama pemerintahan Islam juga melibatkan kalangan bukan Islam berbagai bangsa berada dalam kabinet Wazarah Tanfiz (kementerian yang tidak berkait dengan perkara dasar) dan Idarah (pengurusan) mengikut kepakaran dan kedudukan mereka yang munasabah.

MALAYSIA WAJIB BERPEMIMPIN ISLAM MELAYU

Islam telah bertapak di Malaysia secara berdaulat, sehingga keseluruhan kaum Melayu dan sebahagian besar penduduk asal menganut Islam dan menjadi Melayu Muslim. Kedatangan penjajah barat telah mengubah landskap negara menjadi masyarakat  bersama kaum-kaum  yang dipaksa datang sehingga menjadi majmuk. Namun Islam tidak boleh dihapuskan walaupun negaranya mengikut konsep Islam sepenuhnya dilemahkan oleh penjajah. Namun penganut Islam tetap menjadi kumpulan majoriti rakyat berbilang kaum dan agama.

Berasaskan pelaksanaan Islam yang tersebut, daripada ajaran Islam dan sejarahnya, maka wajib ditegakkan pemerintahanya dengan cara yang betul, bersama kepimpinan negara beragama Islam daripada bangsa Melayu. Dalam masa yang sama wajib berlaku adil terhadap masyarakat majmuk berbagai agama dan kaum dan melibatkan mereka dalam urusan politik pemerintahan dan kehidupan bermasyarakat seperti ekonomi, pendidikan dan lain-lain. Hanya Islam yang mempunyai roh perhitungan beribadat kepada Allah dalam aspek pemerintahan dan adanya perhitungan dosa dan pahala terhadap segala tindakan kerajaan, dapat memimpin masyarakat majmuk dengan adil dan berkebajikan terhadap semua.

Adapun ideologi dan teori yang memisahkan ajaran agama daripada politik, ekonomi dan segala pengurusan bermasyarakat, tidak mampu mengawal fanatik dan cauvinisma yang tetap akan merumitkan lagi masalah yang telah sedia ada, bahkan boleh menambahkan kerumitan atau mengundang masalah baru. Kenyataan ini bukan kerana taksub kepada Islam atau kaum bangsa, tetapi melalui hakikat yang wujud dalam ajaran Islam dan perbezaannya dengan ideologi-ideologi lain.

Al-Quran memaparkan segala sistem pemerintahan dunia sejak Nabi Adam tanpa mengira sama ada sistem Ketua Negara secara Malakiah (beraja mengikut warisan) atau Khilafah (mengikut pemilihan). Nabi Daud dan Muhammad SAW secara Khilafah, manakala Nabi Sulaiman AS dan Zukarnain yang adil adalah mengikut system Malakiyyah (beraja), semuanya diiktiraf oleh Allah. Yang diharamkan dan dikutuk ialah pemerintah yang zalim berkuku besi yang menyalah gunakan kuasa, memperhambakan rakyat dan tidak amanah terhadap rakyat dan harta yang menjadi isi negara.

Maka kewajipan kita ialah mengislahkan keadaan dengan melakukan tajdid bagi menghapus peninggalan penjajah dan adat  yang negatif dan menerima segala kebijaksanaan berpandukan petunjuk Islam dengan menafsirkan Perlembagaan yang ada mengikut kebijaksanaan sendiri, tanpa pengaruh warisan penjajah.
Firman Allah:

يَا عِبَادِ فَاتَّقُونِ * وَالَّذِينَ اجْتَنَبُوا الطَّاغُوتَ أَنْ يَعْبُدُوهَا وَأَنَابُوا إِلَى اللَّهِ لَهُمُ الْبُشْرَى فَبَشِّرْ عِبَادِ * الَّذِينَ يَسْتَمِعُونَ الْقَوْلَ فَيَتَّبِعُونَ أَحْسَنَهُ أُولَئِكَ الَّذِينَ هَدَاهُمُ اللَّهُ وَأُولَئِكَ هُمْ أُولُو الْأَلْبَابِ *
"Wahai hamba-hambaKu!  Bertaqwalah ! Dan orang-orang yang menjauhkan diri daripada pelampau supaya memperhambakan diri kepada pelampau itu, (sepatutnya) mereka kembali kepada memperhambakan diri kepada Allah sahaja. Bagi mereka berita gembira (kebaikan dunia dan akhirat). Maka sampaikan berita gembira kepada hamba-hambaKu, apabila mereka mendengar kata-kata, nescaya mereka mengikut yang terbaik. Merekalah orang yang mendapat petunjuk Allah  dan merekalah orang berakal fikiran (yang bijak)." (Surah Az-Zumar, ayat 16-18)

Sabda Rasulullah SAW juga menafsirkannya, merujuk kepada kitab Sunan Ibnu Majah:

الْكَلِمَةُ الْحِكْمَةُ ضَالَّةُ الْمُؤْمِنِ حَيْثُمَا وَجَدَهَا فَهُوَ أَحَقُّ بِهَا.

"Ungkapan kata yang bijaksana itu laksana barang tercicir kepunyaan orang yang beriman, maka dimana sahaja didapatinya, maka dialah yang paling berhak mengambilnya."

Maka Islam menegakkan tamadunnya dengan menimba semua ilmu yang berfaedah daripada semua sumber, bukan sahaja ilmu wahyu daripada Al-Quran dan kebijaksanaan Rasulullah SAW bahkan ilmu dan pengalaman yang bijaksana daripada semua kaum dan negara saperti Rom, Parsi, Mesir, China, India dan lain-lain, bahkan Islam menolak segala yang mungkar dan zalim walau pun daripada kalangan bangsa arab yang dilahirkan di Tanah Suci Makkah dan Madinah. Maka masyarakat majmuk adalah ruang mesej Islam yang bersifat sejagat.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

23 Zulhijjah 1436H / 07 Oktober 2015

Sumber HD - 7-10-2015


Lebih Baik Peluk Mahathir Daripada Berhimpit Dengan Amoi
Posted on Monday, October 05 @ 20:37:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Saya mendapat komentar yang nakal bila tersebarnya gambar bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kelihatan mesra dengan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang apabila mereka bertemu pada majlis perkahwinan Akmal Heiqal Kamaruzaman dan Nurshuhada Wan Mohamed Azman di Kota Damansara baru-baru ini.

Saya pun hairan melihat gelagat kurang matang kawan-kawan yang 'terkeluar' daripada PAS atas pertemuan singkat ini. Kita kena bina politik matang dan isu pertemuan, ramah mesra dan kunjung mengunjung antara 'musuh politik' sepatutnya tidak menjadi viral.

Sebelum ini apabila DS Najib bertemu Ustaz Hadi atas lawatan kerana Ustaz Hadi masuk hospital juga diviralkan kononnya ini adalah bibit-bibit UG.

Kempen pemilihan dalam muktamar telah dicemar fitnah kononnya mereka yang bertanding dalam team melawan Presiden pada masa kerana tak mahu Ustaz Hadi bawa PAS bergabung dengan UMNO yang tidak disukai oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz (Ini main sentimen TGNA).

Tapi bila muktamar berlalu UG hanya sekadar fitnah sahaja tak ada asas yang kukuh, tapi pembohongan yang diulang-ulang mengunakan cara UMNO sedikit sebanyak telah memakan hati sebahagian ahli-ahli PAS. Itu jahatnya fitnah.


Kita tidak lupa gambar bagaimana gambar Ustaz Hadi berpeluk dengan Lim Kit Siang ketika PAS memerintah Terengganu telah dijadikan bahan kempen oleh UMNO.


Rupanya kawan-kawan saya dalam parti AMANAH ini mulut sahaja bercakap menolak UMNO tapi cara dan gaya mereka berkerja sebijik macam UMNO.

Dalam menjawab apa yang diviralkan dalam groups whatsapp kami, saya menghantar gambar ini sambil menulis sedikit note "Lebih Baik Peluk Mahathir Daripada Berhimpit Dengan Amoi"


Saya juga hairan penasihat dan pembantu penasihat dalam parti AMANAH ini, tidak ada sebarang teguran atas apa yang berlaku seolah-olah mengiyakan kata-kata Mat Sabu INI PERKARA KECIL sahaja.


Saya masih menunggu daripada sesiapa sahaja, daripada mana sumber sekali pun yang Ustaz Ghani Shamsuddin pernah membuat teguran atas perkara yang disebut. Jika perkara ini tidak berlaku apalah status pembantu penasihat sekiranya perkara seperti ini juga dianggap kecil.

Malang dalam usia kita makin tua kita tergelincir daripada landasan yang benar sehingga kita hilang pertimbangan yang wajar.


Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/
 


Sumber TKO - 5-10-2015


























Tun Dr Mahathir Mohamad kelihatan mesra dengan Presiden Pas
Posted on Sunday, October 04 @ 18:09:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kelihatan mesra dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang apabila bertemu pada majlis perkahwinan Akmal Heiqal Kamaruzaman dan Nurshuhada Wan Mohamed Azman di Kota Damansara tengah hari tadi.

Akmal Heiqal merupakan anak kepada Naib Pengerusi Ingress Corporation Berhad, Datuk Rameli Musa. - Foto Facebook Mazli Mazlan






Sumber TKO - 4-10-2015

Lawatan muhibbah Presiden PAS ke Gereja St Columbia Miri

Harakahdaily | .




MIRI: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang merangkap Naib Presiden Kesatuan Ulamak Sedunia bersama rombongan telah mengadakan lawatan muhibah ke Gereja Anglikan St. Columba Miri hari ini.

Kehadiran tokoh Muslim paling berpengaruh itu disambut Naib Pengerusi Majlis Gereja, Rev. Father Alfred dan Bishop Warden Edwin Dundang yang turut mengalu-alukan kehadiran rombongan dan amat gembira dengan lawatan tersebut.

Perbincangan dua hala dan saling bertukar-tukar fikiran ini amat menarik sebagai sebahagian daripada usaha mendekatkan percambahan minda antara agama Islam dan Kristian serta mengeratkan hubungan dalam masyarakat majmuk khususnya di Sarawak.

Islam adalah agama perdamaian dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sebagai sebuah parti yang terbuka, mengambil pendekatan aman sejahtera dan mengamalkan politik matang.

Turut bersama dalam rombongan AJK PAS Pusat, Ir Mukhtar Suhaili merangkap Setiausaha PAS Sarawak), Ketua Dewan Pemuda PAS Sarawak, Mohammad Arifiriazul Paijo dann beberapa ahli PAS.

Presiden PAS dan rombongan melakukan lawatan tersebut sempena program PAS Sarawak di Miri iaitu Munaqasyah (Konvensyen) Ucapan Dasar Presiden PAS dan Perhimpunan Istiqamah Hingga Kemenangan (PIHAK).HARAKAHDAILY 3/10/2015

Sumber HD - 3-10-2015

Islam Didahulukan, Melayu Bersamanya

Posted on Friday, October 02 @ 20:32:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Oleh Presiden PAS

Islam didahulukan, Melayu bersamanya. Bukan Melayu didahulukan, Islam mengikutnya, kerana Islam ditegakkan Melayu selamat. Kalau Melayu ditegakkan diatas aqidah kebangsaannya, Melayu sesat, Islam terpinggir. Inilah kecuaian Umno sejak ditubuhkan sehingga kini.

Kecintaan kepada keluarga, kaum dan bangsa adalah fitrah yang digalakkan oleh Islam, tetapi menjadikannya aqidah perjuangan adalah satu kesesatan. Rasulullah S.A.W. memulakan perjuangan dengan keluarga dan kaumnya, tetapi dengan aqidah dan berpandukan Islam.

Rasulullah S.A.W. adalah ikutan yang dilantik oleh Allah, bukan dilantik melalui pilhanraya atau perhimpunan agung mana-mana parti. Apabila Rasulullah S.A.W. dilantik menjadi Rasul akhir zaman kepada seluruh alam, dipilih daripada kalangan bangsa arab qabilah Quraisy, paling jahil, miskin dan berada ditangah padang pasir paling gersang, tetapi menjadi paling sabar, berani dan paling lasak menghadapi cabaran kalau ditarbiyah. Bangsa arab seluruhnya berpecah dan berperang sesama sendiri. Semenanjung arab, tanah air mereka dijajah oleh kuasa besar dunia Parsi dan Rom. 

Pesoalannya apakah yang didahulukan oleh Rasulullah S.A.W? Sama ada memulakan perjuangan diatas semangat kebangsaan arab, satukan mereka terlebih dahulu diatas semangat kebangsaan itu, tegakkan perjuangan kemerdekaan menentang penjajah Parsi dan Rom, selepas itu Islam boleh tegak dengan sendiri besamanya. Atau mulakan dengan Islam, perkasakan bangsa arab dengan Islam yang  sempurna, aqidah, syariat dan akhlak?

Ucapan pertama  disampaikan kepada penduduk Makkah dengan arahan wahyu daripada Allah ialah, firman Allah:

قُلْ يَاأَيُّهَا النَّاسُ إِنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَيْكُمْ جَمِيعًا الَّذِي لَهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ لا إِلَهَ إِلا هُوَ يُحْيِي وَيُمِيتُ فَآمِنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ النَّبِيِّ الأمِّيِّ الَّذِي يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَكَلِمَاتِهِ وَاتَّبِعُوهُ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ } [الأعراف: 158
158.  Katakanlah: "Hai manusia Sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepada kamu semua, iaitu Allah yang mempunyai kerajaan langit dan bumi; tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, yang menghidupkan dan mematikan. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, Nabi yang ummi yang beriman kepada Allah dan kepada kalimat-kalimat-Nya (kitab-kitab-Nya) dan ikutilah Dia, supaya kamu mendapat petunjuk."

Bukan dengan seruan hidup arab Islam selamat !, hanya bangsa arab yang boleh menegakkan Islam , macam selogan Umno :”hidup Melayu!”.

Tegasnya bahawa Rasulullah S.A.W. memulakan perjuangan mengajak bangsa mengikut Islam, bagi memerdekakan diri daripada jahiliyah dalam diri sendiri  terlebih dahulu dengan bangsanya mengikut Islam. Walaupun mendapat tentangan hebat daripada pemimpin kaum bangsa dan keluarganya sendiri, sehingga dihalau daripada tanah air tempat dilahirkannya  (Makkah). Kemudian menggunakan kuasa pemerintahan Islam yang ditegakkan oleh kaumnya yang menerima Islam dengan beriman mengikutnya dengan sempurna dan mengumpul serta menyatukan mereka dengan Islam. Kemudian kembali semula ke Makkah untuk memerdekakannya daripada kuasa pemeritahan jahiliyah arab  yang dipimpin oleh ayah mertuanya sendiri Abu Sufian bin Harb.

Allah mewafatkan Rasulullah S.A.W. setelah Ajaran Islam disempurnakan secara wahyu serta cara beramalnya dinyatakan oleh Sunnah Rasulullah S.A.W. dan setelah menyampaikan mesej Islam secara bersurat yang dihantar kepada negara dan bangsa yang bukan arab. Ada yang menerima Islam, ada yang tidak menerima tetapi berdamai dan ada yang mengambil sikap permusuhan.

Sebelum wafat Rasulullah S.A.W. Allah menegaskan kepadanya secara wahyu kepada bangsa arab yang menganut Islam supaya berpandukan Islam, diantaranya Allah memberi amaran :

وَإِنْ تَتَوَلَّوْا يَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ ثُمَّ لَا يَكُونُوا أَمْثَالَكُمْ (38 ) مخمد

38. Jika kamu berpaling (daripada menegakkan Islam) niscaya dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain; dan mereka tidak akan seperti kamu ini. (Surah Muhammad)

Khalifah Abu Bakar mengambil alih memimpin negara menentang bangsa arab yang murtad (berpaling tadah menentang Islam). Penyelewengan berlaku dengan bantuan penjajah Parsi dan Rom. Setelah Khalifah Abu Bakar berjaya mengalahkan bangsa arab yang murtad maka dimulakan dakwah mengajak kaum lain kepada Islam tanpa paksaan.

Dua kuasa besar dunia menentang secara ketenteraan kerana menganggap bangsa arab yang menganut Islam itu masih lemah saperti sebelum Islam. Tiba-tiba dua kuasa besar dunia ikut tumbang kerana jahiliyyahnya,  walau pun mereka maju daripada segi kebendaannya, tetapi dibejati kezaliman dan maksiat. Khalifah Umar R.A. yang berjaya menjatuhkan dua kuasa besar dunia itu manyampaikan ucapannya ketika berada di Kota Suci Bait Al Maqdis:
.

(Kita adalah bangsa yang diberi kemuliaan oleh Allah dengan Islam, sekiranya kita mencari kemuliaan yang lain daripada apa yang telah dikurnia Allah, nescaya kita akan ditimpa hukuman Allah menjadi bangsa yang hina).

Ketika bangsa arab yang menganut Islam masih berpegang dengan ajaran Islam, mereka terus memimpin negara yang paling besar dalam sejarah, bersama masyarakat majmuk berbagai bangsa dan agama. Mereka mengislamkn bangsa lain tanpa paksaan dan mengislam ilmu serta kebijaksanaan daripada berbagai bangsa, sehingga melahirkan tamadun Islam yang paling hebat dalam sejarah manusia.

Apabila bangsa Arab menjadi leka terhadap Islam, maka Allah menukarkan bangsa bukan arab yang menganut Islam dan berpadukan Islam serta  menegakkannya. Bangsa lain mengambil alih pemerintahan telah melahirkan ilmuan Islam dan pemimpin negara. Manakala bangsa arab menjadi rakyat dibawah pemerintahan Islam, oleh para ulama dan pemimpin bukan berbangsa arab, saperti Kurdis, Turki, Bukhara dan lain-lain.

Bangsa Melayu di Asia Tenggara turut sama menjadi bangsa yang perkasa apabila mereka menganut Islam dan raja-rajanya memerintah dengan Islam. Bahasa Melayu berhuruf Al Quran bertamadun menjadi bahasa ilmu dirantau ini.

Kedatangan penjajah yang mampu menguasai dunia Islam, termasuk dunia Melayu di rantau ini apabila mereka lemah berpegang dengan ajaran Islam. Cahaya Islam yang sedikit tidak boleh dipadamkan masih bersuluh membangkitkan perjuangan menentang penjajah.

Walaupun penjajah asing sudah meninggalkan tanahair kita, tetapi kesan daripadanya masih wujud dengan tabal. Kita tidak dapat mengambalikan jati diri malainkan dengan kembali menjadikan Islam tertegak dihadapan kita yang menjadi panduan seluruh cara hidup beragama dan bermasyarakat. Ini saperti yang pernah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W dengan petunjuk Allah dan diperingatkan oleh Khalifah Umar bin Al Khattab R.A.

Mari kita menjadi bangsa yang insaf dengan muhasabah diri, bagaimana bangsa arab yang berjumlah ratusan juta, di tengah kekayaan hasil minyak yang tidak terkira,  dipermainkan oleh kuasa barat yang pernah menjajah mereka. Mereka tidak mampu berdepan dengan segelintir bangsa yahudi zionis yang diletakkan oleh penjajah bagi menjaga kepentingannya di Asia barat. Ini kerana mereka berpaksikan kebangsaan arab dan meminggirkan Islam di belakang mereka. Satu agenda penjajahan pemikiran yang sengaja dirancang bergitu rupa.

Hari ini bangsa arab mula sedar dan bangkit bersama Islam dengan memulakan kemenangan Islam secara aman memalalui pilihanraya yang adil setelah ditekan oleh pemimipin bangsa sendiri secara kuku besi.

Umno adalah pelakon yang sama memimpin negara yang dikatakan merdeka, dengan semangat hidup Melayu, Islam selamat. Nyata bahawa Melayu tidak selamat dengan cara Umno. Islam cara Umno  tidak mampu memperkasakan Melayu, kerana Melayu didahulukan, Islam tidak memandunya kerana tidak djadikan panduan. Maka bangsa Melayu tidak mampu bersaing dengan kaum lain dalam masyarakat majmuk.


Kita wajib menerima hakikat masyarakat majmuk yang diatur oleh penjajah ditanah air kita. Setelah mereka menjajah bangsa Melayu yang lebih dahulu yang bercampur dengan kaum pribumi berada ditanahair ini. Penjajah membawa kaum lain yang dijajah juga, untuk sama-sama diperhambakan untuk kepentingan penjajah barat. Bangsa Melayu dan penduduk asal yang lain terus dipinggir dikawasan luar bandar dengan keadaan terbiar dalam kemiskinan. Kaum Cina pula menjadi buruh di lombong-lombong  dan sebahagiannya di bandar dan kaum India menjadi buruh di ladang-ladang. Semua kaum diperkudakan untuk kepentingan penjajah dan seterusnya diatur untuk dilagakan diantara satu sama lain, untuk terus diperintah atau menjaga kepentingan penjajah  selepas merdeka.

Mengikut Islam bahawa masyarakat majmuk adalah satu adunan yang baik sekiranya dimanfaatkan dengan bijak, sekiranya wujud kedudukan yang seimbang dan saksama diantara satu sama lain. Kaum lain telah menerima hakikat bangsa Melayu yang beragama Islam adalah teras kepada negara dengan hak yang adil secara sama dengan kaum yang lain, kerana jumlah mereka lebih besar. Tiba-tiba kedudukan orang Melayu yang beragama Islam ketinggalan jauh dibelakang dari segi pendidikan, ekonomi, politik dan lain-lain. Ini menyebabkan rasa tidak puas hati terhadap kaum lain, dengan terpinggir secara nyata di Singapura, Pulau  Pinang dan negeri-negeri lain di pantai barat dan Malaysia Timur. Semua negeri-negeri ini pada awalnya dipimpin oleh Umno yang bertemakan hidup Melayu mafhumnya tegaklah Islam.

Malangnya Umno menyalahkan pihak lain, khususnya PAS yang tidak bersama Umno sejak menentang penjajah dan cara mencapai kemerdekaan dan mengurus negara. Umno meletakkan Islam disamping atau dibelakang tanpa kuasa secara warisan penjajah yang merancang untuk melemahkan umat Islam mengikut kajian para orentalis. Akhirnya orang Melayu bukan sahaja terus dalam keadaan lemah, tidak mampu bersaing dengan kaum lain. Bukan sahaja ketinggalan dalam ekonomi dibumi sendiri, walaupun diberi tongkat hak istimewa Melayu dan bumiputera, bahkan ketinggalan dalam pendidikan dan kesadaran berpolitik. Pemimpin yang tidak boleh menjadi model Islam kepada bukan Islam dan tidak mampu memimpin kumpulannya dan bangsanya sendiri, apatah lagi negara, tetapi lebih berlagak mampu dengan mempertahan kuasa dengan apa sahaja, kerana dibejati penyakit zalim dan fasad. Zalim mengikut takrif Islam ialah meletakkan sesuatu tidak kena pada tempatnya dalam segala bidang, seperti kehakiman, pentadbiran, ekonomi dan lain-lain aspek. Fasad pula ialah kemunkaran dalam segala aspek saperti rasuah dan segala maksiat terhadap Allah, diri sendiri dan masyarakat.

Pamimpin utama Umno sendiri sudah mengaku adanya penyakit yang kronik dalam diri parti Umno. Politik rasuah (wang) membarah dalam diri sendiri dan menyebarkannya kepada orang Melayu untuk mendapat sokongan, mengampu dan menipu sesama sendiri. Maka orang Melayu dalam bahaya bersama Umno .

Ketinggalan orang melayu dalam politik Singapura ditahun lima puluhan dan enam puluhan adalah dibawah pimpinan Umno. Tertinggalnya orang Melayu di Pulau Pinang adalah dibawah Umno juga. 

Umno menyelamatkan kedudukan dengan mengasak orang Melayu dengan kawasan pilihanraya campuran bagi memenangkan rakan kongsinya daripada kaum lain setelah parti itu kalah dikawasan mereka. Mereka menekan bangsa sendiri yang menegurnya dan tidak bersamanya, dengan menindas negeri Melayu yang tidak berpihak kepada Umno. Tindakan menafikan hak royalti minyak terhadap Kelantan dan Terengganu suatu ketika dahulu serta melambatkan bayaran perkapita. Begitu juga dengan Kedah. Ini adalah contoh nyata Umno menindas negeri Melayu.  Umno juga mengapi-apikan semangat perkauman Melayu sehingga tegang hubungan dengan kaum lain, seterusnya orang Melayu dilekakan dengan wang, media yang menipu dan melalaikan mereka. Ketika bangsa lain berpolitik secara matang dengan kefahaman merancang masa depan yang jauh. Namun orang Melayu berpolitik diajar oleh Umno untuk mencari peluang beberapa hari dimusim pilihanraya sehingga lupa menjadi mangsa setiap lima tahun sehingga lebih lima puluh tahun terus ketinggalan.

Sudah tiba masanya orang Melayu memberi peluang kepada Umno berehat atau bersara atau berhenti terus.

Ucapan berapi dalam perhimpunan Agung Umno baru-baru ini lebih banyak membedil diri sendiri, bukan sahaja ada yang menikam dari belakang bahkan ada yang berani menikam secara berhadapan. Walaupun pada zahirnya menyerang lawan dan kawan. Yang tidak faham bertepuk tangan syok sendiri sehingga membengkak tangan. Adapun yang  faham pula berubah wajah kerana kebimbangan bahteranya menunggu karam ditebuk kelasi sendiri.

PAS berulangkali mengajak Umno bermuzakarah secara ilmu Islam dan adabnya bagi selamatkan umat dan negara dengan Islam, bukan berbincang untuk bersama memikul biawak hidup yang diternak oleh Umno. Mengajak kepada Islah sekadar kemampuan, kerana bukan cara menyelamatkan negara dengan mengapi-apikan semangat perkauman yang menegangkan hubungan diantara kaum dan agama. Caranya ialah dengan konsep adil untuk semua dan menjaga hak masing-masing secara adil, serta ruang demokrasi dengan batas-batas dan sempadannya yang sebenar secara ikhlas bukan secara menipu. PAS percaya Islam adalah hujah yang terkuat daripada Allah S.W.T kerana Islam adalah Rahmat Allah kepada seluruh alam.

Tulisan ini bukan menjaga tepi kain orang lain, tetapi hanya peringatan kepada mereka yang kainnya  sudah parah terkoyak, sehingga menampakkan  kecacatan yang memalukan.


PRESIDEN PAS
Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang
Sumber TKO - 2-10-2015

Islam menang setelah orang melihat ia mustahil




























HARAKAHDAILY | .


ALLAH tetapkan perjalanan memperjuangkan Islam akan mencapai matlamat kemenangan memakan masa yang lama. Tujuannya supaya manusia bersabar dan diuji dengan berbagai cubaan sepanjang perjalanan. Hanya mereka yang melepasi ujian sahaja layak mendapat kemenangan Allah.

Semasa umat Islam diperintah berperang melawan Jalut, mereka telah merentas perjalanan yang amat jauh untuk ke medan perang. Tuhan sesatkan mereka berpusing di tempat yang sama sehingga habis segala bekalan makanan dan minuman. Ini menyebabkan mereka kebuluran. Akhirnya berjumpa sebatang sungai. Talut yang memimpin umat Islam telah berpesan tidak boleh minum lebih dari secedok tangan, tetapi ramai tidak mempedulikannya dan minum sepuasnya.

Daripada 80,000 orang, hanya 4,000 yang masih patuh dengan arahan Talut. Akhirnya Allah campakkan perasaan takut untuk berperang terhadap mereka yang engkar dan hanya 4,000 orang meneruskan perjalanan. Takdir tuhan, kemenangan Islam ditetapkan di tangan 4,000 orang ini sahaja. Nabi Daud adalah salah seorang daripadanya. Dia dikurniakan pangkat menjadi raja kerana berjaya membunuh Jalut.

Selain itu, Allah juga menetapkan kemenangan Islam akan berlaku setelah manusia melihat bahawa mustahil Islam akan menang.

Firman Allah SWT:

أَمْ حَسِبْتُمْ أَنْ تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُمْ مَثَلُ الَّذِينَ خَلَوْا مِنْ قَبْلِكُمْ ۖ مَسَّتْهُمُ الْبَأْسَاءُ وَالضَّرَّاءُ وَزُلْزِلُوا حَتَّىٰ يَقُولَ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ مَتَىٰ نَصْرُ اللَّهِ ۗ أَلَا إِنَّ نَصْرَ اللَّهِ قَرِيبٌ
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah). [Al-Baqarah:214]

Nabi Nuh dipanjangkan usia sehingga berdakwah selama 950 tahun. Berbagai generasi manusia telah dilalui Nabi Nuh namun semuanya tidak beriman. Pernah suatu ketika sedang Nabi Nuh berdakwah, datang seorang tua mengendong cucunya dengan berkata, "Inilah lelaki yang membawa kejahatan sejak zaman nenek moyang aku. Jangan kamu percayainya." Ini menunjukkan lamanya perjuangan Nabi Nuh AS.

Mereka yang melihat situasi ini pasti akan berfikir, mustahil Islam yang dibawa oleh Nabi Nuh akan diterima. Tetapi Allah mentakdirkan sebaliknya. Diperintahkan Nabi Nuh membina kapal pertama di dunia di atas darat. Semua mengejek Nabi Nuh kerana mencipta suatu yang pelik. Akhirnya berlaku banjir besar yang menenggelamkan semua manusia dan hidupan kecuali sedikit yang berada di atas kapal Nuh.

Selepas itu, Allah lahirkan manusia-manusia yang beriman dari zuriat Nabi Nuh. Baginda dikurniakan tiga orang anak yang mejadi baka penduduk dunia iaitu Sam, Ham dan Yafith. Daripada Sam lahirnya keturunan arab, eropah dan bangsa kulit putih (semetic). Daripada Ham lahir keturunan afrika berkulit gelap dan daripada Yafith lahir bangsa Turki serta orang-orang Timur.

Inilah kurniaan Allah terhadap mereka yang sabar. Malangnya ada yang berfikir mahu menang cepat supaya boleh laksana Islam cepat. Dahulukan tawan Putrajaya, dahulukan tawan New York sehingga meninggalkan cara Islam. Ini bersalahan dengan sunnah perjuangan. – HARAKAHDAILY 2/10/2015

Petikan kuliah Jumaat Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Masjid Rusila yang disusun oleh  Alang ibn Shukrimun

Sumber HD - 2-10-2015





























Sifat dan perjuangan Jamaah Islam

GOMBAK: Jamaah Islam mestilah mempunyai sifat takwa kepada Allah dan menggerakkan agenda dakwah dengan melaksanakan amar makruf nahi munkar, demikian menurut Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Jelas beliau, seruan kebajikan oleh Jamaah Islam adalah melaksanakan seluruh ajaran Islam melibatkan hubungan diri manusia, keluarga dan masyarakat, negara dan seluruh alam dengan Allah SWT.

“Kalau ada kumpulan Islam yang bergerak dalam satu bidang sahaja. Buat pendidikan, atau ekonomi ataupun politik sahaja, dakwah sahaja, mengajak orang masuk Islam, lepas itu diam. Itu tak memenuhi ciri kepada Jamaah Islam.

“Kena Islam kesemuanya, jangan sebahagian. Jangan dikerat-kerat. Ambil semuanya yang diajar oleh al-Quranulkarim. Ditafsirkan secara praktikal oleh sirah nabawi,” terang beliau pada Seminar Fiqh Jamaah di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (Kuizm), di sini baru- baru ini.

Usaha itu katanya, bermula daripada mengajak manusia kepada Islam meliputi cara hidup Islam, makan minum, pakaian, berkeluarga sehinggalah masyarakat, berpolitik, ekonomi dan perhubungan antarabangsa.

Jelasnya, pemisahan atau mengambil sebahagian ajaran hanyalah mengikuti jalan syaitan dan perbuatan ahli kitab serta pengikut Yahudi dan Kristian.

“Dunia adalah jambatan menuju akhirat. Semua teori-teori ekonomi sama ada sosialisma, kapitalisma, pragmatisma bertuhankan kepada aqidah materialistik, kebendaan. Ekonomi menjadi kiblat yang disembah lain daripada Allah SWT walaupun percaya pada tuhan.

“Kalau dulu menyembah berhala, menyembah syaitan, menyembah jin, menyembah raja, menyembah macam-macam. Hari ini menyembah ekonomi sebab cakap ekonomi adalah nyawa kepada manusia,” terang beliau.

Menurut Tuan Guru, kemuncak kepada usaha manusia memperjuangkan Islam adalah menegakkan negara yang mendaulatkan syariat Allah SWT dan menjadikan Islam itu tamkin.

Terang beliau, Allah menjanjikan kepada kumpulan Islam yang beriman dan beramal soleh menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memerintah bumi.

Kumpulan itu juga katanya, menunjukkan sifat-sifatnya bahawa Allah menyertai dan mengasihi mereka serta mereka mengasihi Allah, merendahkan diri terhadap orang-orang beriman dan menunjukkan kekuatan atau kekuasaan terhadap para penentang dan kafir, mereka berjihad serta tidak takut celaan orang mencela.

Sumber PP - 2-10-2015

Perutusan Aidil Adha Presiden PAS

DATUK SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG | .


Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran:

وَالْبُدْنَ جَعَلْنَاهَا لَكُمْ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ لَكُمْ فِيهَا خَيْرٌ ۖ فَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَيْهَا صَوَافَّ ۖ فَإِذَا وَجَبَتْ جُنُوبُهَا فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْقَانِعَ وَالْمُعْتَرَّ ۚ كَذَٰلِكَ سَخَّرْنَاهَا لَكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
"Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Makkah itu) sebahagian dari syiar ugama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga kakinya maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan dia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur." (Surat Al-Hajj, ayat 36)

Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh ummat Islam, khususnya buat para pendukung dan penyokong PAS. Marilah bersama kita beringat, bahawa hari raya bagi umat Islam, bukan sahaja makan minum dan berpakaian, tetapi lebih istimewa ia berkait dengan ibadah penting dan peristiwa besar kepada umat Islam.

Kita sudah pun meraikan Aidil Fitri bersempena dengan ibadah puasa Ramadan yang besar hikmat dan fadilatnya, serta peristiwa Nuzul Quran dan lembaran sejarah yang besar seperti Badar dan lain-lain yang memberi kemenangan kepada umat Islam.

Kini pula kita meraikan hari Aidil Adha yang berkait dengan ibadah haji dan perisytiharan Al-Quran disempurnakan, seterusnya peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim AS yang ikhlas beribadah hanya kepada Allah dan menentang perkara yang syirik, walaupun ianya didukung oleh kuasa besar dunia paling kaya, kuat dan zalim di zamannya, akhirnya Allah memberi kemenangan kepada Islam.

Peristiwa ini dihayati pula oleh kalangan Ansar (para sahabat) dari Madinah yang berbai’ah di Aqabah dalam musim haji, menyatakan keimanan, kesetiaan dan bersedia untuk berkorban apa sahaja bagi menegak dan mempertahankan Islam di tengah kuasa-kuasa besar dunia dan seluruh dunia di zamannya. Akhirnya mencapai kemenangan dan Islam menjadi kuasa besar tunggal yang memimpin dunia dengan adil.

Marilah kita hayati Aidil Adha kali ini dengan mengambil iktibar daripada petunjuk di atas, demi kemenangan dunia dan akhirat.

"BERISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN"

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
09 Zulhijjah 1436H / 23 September 2015M - HARAKADAILY 23/9/2015

Sumber HD - 23-9-2015
































TGHH Yang Aku Kenali

Posted on Monday, September 21 @ 06:57:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

"Puluhan tahun insan ini dimusuhi dan difitnah oleh lawan yang dikenali sebagai UMNO. Hari ini beliau difitnah, diperlekeh dan dimusuhi oleh ahli dan pemimpin PAS ( kini bekas) sendiri. Aku bukanlah orang yang layak untuk menitip sejarah perjuangannya yang panjang. Cuma aku sekadar hidup remaja di zaman kebangkitannya zaman 80'an, mengikuti kuliah, khutbah dan ceramahnya serta memahami ilmu politik Islam daripadanya. Aku membaca tulisannya dan mengikuti rapat perjuangannya.
Aku tak perlu sebutkan deretan buku yang ditulisnya, kuliah tafsir mingguannya, kepimpinannya di peringkat nasional dan antarabangsa. Ramai di sana yang lebih arif untuk bercerita tentang tokoh ummah ini.


Yang aku nak bicara santai ialah 3 perkara sahaja; lisannya, mimpinya dan pantangnya. TGHH yang aku kenal tidak banyak bercakap tentang perkara-perkara yang tidak berfaedah. Beliau jarang berseloroh dan tidaklah berapa peramah. Wajahnya nampak serius lantunan seriusnya beliau dalam perjuangan Islam. Mengikut kata kawanku yang sama-sama belajar dengan beliau di Mesir, " tidak keluar daripada mulut Haji Hadi melainkan ilmu". Maknanya, lisan TGHH lebih petah berbincang tentang ilmu berbanding ngomong-ngomong kosong.


Seperti yang diceritakan oleh TG Nik Aziz semasa hayatnya, TGHH bermimpi jumpa Rasulullah s.a.w. sebanyak 3 kali. Kita orang awam yang pekat dengan dosa nak mimpi jumpa Rasulullah s.a.w. sekali pun susah. Di kalangan ustaz dan ulama juga jarang dapat peluang jumpa Nabi s.a.w. di dalam mimpi. Yang kita tahu dapat mimpi jumpa Nabi s.a.w. ialah TG Nik Aziz dan TG Harun Din. Bukan sebarangan ulama dan orang-orang soleh dapat bermimpi jumpa Nabi s.a.w. Mereka adalah orang yang dipilih oleh Allah s.w.t kerana kesucian hati, kuat amalan, tawaduk dan zuhud mereka. Allah anugerahkan mimpi jumpa Rasulullah s.a.w. kepada TGHH sebanyak 3 kali. Bolehkah kita bayangkan tahap anugerah Allah kepada insan yang banyak dipersendakan oleh lawan dan kawan ini?


Ketiganya, pantang TGHH perjuangan Islam dikhianati. Jujur aku cakap bahawa aku belum pernah mendengar TGHH menggunakan bahasa yang kasar dan keras ke atas orang yang menzaliminya, mengkritiknya, memfitnahnya dan kurang ajar terhadapnya. Usahkan nak berang, nak respon bela diri pun TGHH malas layan. Tetapi apabila Islam dan perjuangan Islam dikhianati, aku mula dengar istilah broker dan barua. Maknanya, kamu boleh hina TGHH tapi jangan khianati Islam dan perjuangannya.


Terserahlah kepada kalian sama ada hendak terus memfitnah, memperlekeh, menghina, memperli dan berperang dengan ulama haraki ini. Beliau dengan janji Allah untuk dirinya. Kita dengan janji Allah untuk diri kita. Allah azza wajalla akan sempurnakan segala janji. Sakitilah hatinya semahu-mahunya, bunuhlah karektornya semahu-mahunya, khianati baiah, larikanlah tanpa rasa segan kerusi yang dicintai, tubuhlah parti baru dan larilah ke perjuangan baru. Di akhirat kelak, Allah akan sempurnakan segala janji. Mudah-mudahan semuanya dapat memohon maaf daripada beliau dan sempat bertaubat kepada Allah. Ingat, janji Allah adalah janji yang benar.

Sumber TKO - 20-9-2015

Fahami makna bai'ah dan bersumpah

DATUK SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG | .


Firman Allah SWT di dalam Al-Quran :

إِنَّ الَّذِينَ يَشْتَرُونَ بِعَهْدِ اللَّهِ وَأَيْمَانِهِمْ ثَمَنًا قَلِيلا أُولَئِكَ لا خَلاقَ لَهُمْ فِي الآخِرَةِ وَلا يُكَلِّمُهُمُ اللَّهُ وَلا يَنْظُرُ إِلَيْهِمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلا يُزَكِّيهِمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ * وَإِنَّ مِنْهُمْ لَفَرِيقًا يَلْوُونَ أَلْسِنَتَهُمْ بِالْكِتَابِ لِتَحْسَبُوهُ مِنَ الْكِتَابِ وَمَا هُوَ مِنَ الْكِتَابِ وَيَقُولُونَ هُوَ مِنْ عِنْدِ اللَّهِ وَمَا هُوَ مِنْ عِنْدِ اللَّهِ وَيَقُولُونَ عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ وَهُمْ يَعْلَمُونَ*
"Sesungguhnya orang-orang yang membeli perjanjian mereka dengan Allah dan sumpah-sumpah mereka dengan harga yang sedikit, mereka itu tidak mendapat bahagian di Hari Akhirat, Allah tidak berkata-kata Rahmat terhadap mereka, tidak juga menilik secara Kasihan  kepada mereka, tidak juga memandang untuk memberi kesayangan terhadap mereka pada Hari Qiamat nanti dan tidak membersihkan mereka daripada dosa dan bagi mereka azab yang pedih. Dan sesungguhnya ada kalangan (ulamak ahli kitab itu) mereka yang mempermainkan lidah-lidah mereka dengan kitab (Allah) supaya menganggapnya  hukum daripada kitab Allah, pada hal bukan daripada kitab Allah, dan mereka berkata lagi ini daripada Allah, pada hal bukan daripada Allah. Sebenarnya mereka berbohong terhadap Allah dalam keadaan mereka mengetahuinya." (Surah Ali-Imran, ayat 77 - 78)

Ditafsirkan ayat ini oleh para ulamak salaf dan khalaf, yang perlu diketahui mafhumnya  oleh ahli PAS yang istiqamah bersama Islam, supaya mengerti tujuan bai’ah dan sumpah. Ayat ini menggabungkan kedua-duanya, walaupun perkara bai’ah dan sumpah pada asalnya berbeza dan berasingan dan dilakukan dalam keadaan yang tidak sama. Namun, boleh dilakukan kedua-duannya bagi menambah keteguhannya dalam perkara yang besar dan mencabar, seperti perkara jihad dan amanah ummat, bahkan kadang-kadang dimasukkan pula  laknat supaya  tidak memandang mudah dalam perjuangan dan amanah itu, seterusnya supaya menjaga istiqamah apabila menghadapi cabaran yang besar.

Walaupun ayat ini sebabnya berkait dengan kisah golongan ahli kitab dengan nabi-nabi mereka yang meminta supaya mereka beriman dengan Nabi akhir zaman dan berjanji untuk berjuang bersamanya , namun pengajarannya wajib diikuti oleh kumpulan Islam yang berjuang menegakkan Islam. Maka Bai’ah diamalkan sejak zaman Rasulullah SAW bagi pengukuhan seseorang yang berada dalam saf perjuangan atau ditugaskan jadi pemimpin atau memegang jawatan penting. Di zamannya berlaku beberapa kali bai’ah yang berbeza keadaan dan mereka yang terlibat . Di antaranya ada Bai’ah ‘Aqabah, Bai’ah Nisaa dan Bia’ah Riduan (Hudaibiyyah) dan diteruskan  selepasnya pula di zaman para sahabat dan tabi’ein. Ada pula ditambah  dengan sumpah, bahkan digabungkan lagi di zaman mutaakhir dengan nazar, tolak dan laknat kerana dirasakan generasi kemudian lemah imannya dalam perkara yang ghaib saperti perhitungan dosa dan pahala atau berkat dan celaka, maka diikat lagi dengan perkara yang nyata di alam dunia seperti taklik, talak isteri dan sebagainya.

Maksud perjanjian dalam ayat tersebut ialah bai’ah  yang berasal daripada perkataan bahasa arab "باع"  (bermaksud menjual), kerana Allah membandingkan perjuangan menegakkan agamanya seperti membeli janji yang dijual oleh Allah dengan pahala yang besar. Laksana sesuatu yang  dijual oleh Allah dengan bayaran pahala yang besar kerana besar pengorbanannya, sehingga Allah mengukuhkan janjinya saperti perjanjian menjual dan berhutang yang wajib dibayar,  dengan janji  pada Hari Qiamat yang merupakan ujian beriman kepada Allah, perkara Ghaib dan urusan Akhirat. Firman Allah :

إِنَّ اللَّهَ اشْتَرَى مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنْفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ*
"Sesungguhnya Allah membeli daripada orang-orang yang beriman itu diri mereka dan harta mereka." (Surah At-Taubah, ayat 111)

Tujuannya, supaya dikorbankan bagi menegakkan Islam. Seterusnya Allah berfirman lagi:

وَمَنْ أَوْفَى بِعَهْدِهِ مِنَ اللَّهِ فَاسْتَبْشِرُوا بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُمْ بِهِ وَذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ*

"Barangsiapa yang menunaikan bai’ah (perjanjian jual belinya daripada Allah, maka bergembiralah dengan bai’ah yang kamu meteraikan itu. Itulah kemenangan yang sangat besar." (Surah At-Taubah, ayat 111)

Allah juga berfirman dalam ayat yang lain berkaitan dengan perjuangan Islam juga laksana berhutang :

مَنْ ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافًا كَثِيرَةً وَاللَّهُ يَقْبِضُ وَيَبْسُطُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ*

"Siapakah yang bersedia memberi hutang (pinjaman ) kepada Allah, pinjaman paling baik. Maka Allah berjanji membayarnya dengan berlipat kali ganda yang sangat banyak. Dan Allah boleh memegang dan membuka seluasnya dan kepadanya kamu dipanggil kembali (mengadapnya pada Hari Kiamat)." (Surah Al-Baqarah, ayat 245)

Di atas perjanjian inilah maka diadakan bai’ah yang bermaksud perjanjin dengan Allah dalam perkara yang berkait dengan perjuangan Islam, di mana Allah yang menjual dan seseorang yang berjuang itu membelinya, seterusnya Allah membeli semula dengan keuntungan yang berlipat kali gandanya.

Ada pun sumpah yang disebut "يمين أيمان" (Aiman atau Yamin ) daripada makna tangan kanan bermaksud mengukuhkan janji seperti memegang dengan tangan kanan yang terkuat, mengikut hukum Syarak dengan menyebut nama Allah (Demi Allah). Kebiasaannya dalam perkara kehakiman, sehingga diluaskan dalam perkara pergaulan hidup bermasyarakat yang wujudnya perselisihan biasa, sehinggalah bagi menegaskan janji membuat sesuatu atau meninggalkannya dilafazkan sumpah,  sehingga akhirnya dimudah-mudahkan dalam perbualan dan gurauan , lalu Allah memberi amaran :

وَلَا تَجْعَلُوا اللَّهَ عُرْضَةً لِأَيْمَانِكُمْ أَنْ تَبَرُّوا وَتَتَّقُوا وَتُصْلِحُوا بَيْنَ النَّاسِ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ *

"Dan janganlah kamu jadikan Allah dipergunakan untuk bersumpah bagi menghalang kamu melakukan perkara kebajikan dan bertaqwa dan melakukan islah dikalangan manusia, dan Allah itu Maha mendengar lagi Maha Mengetahui)." (Surah Al-Baqarah, ayat 224)

Maka Allah memberi kelonggaran supaya melanggar sumpah sekiranya lebih berkebajikan. Firman Allah :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُحَرِّمُوا طَيِّبَاتِ مَا أَحَلَّ اللَّهُ لَكُمْ وَلَا تَعْتَدُوا إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ * وَكُلُوا مِمَّا رَزَقَكُمُ اللَّهُ حَلَالًا طَيِّبًا وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي أَنْتُمْ بِهِ مُؤْمِنُونَ * لَا يُؤَاخِذُكُمُ اللَّهُ بِاللَّغْوِ فِي أَيْمَانِكُمْ وَلَكِنْ يُؤَاخِذُكُمْ بِمَا عَقَّدْتُمُ الْأَيْمَانَ فَكَفَّارَتُهُ إِطْعَامُ عَشَرَةِ مَسَاكِينَ مِنْ أَوْسَطِ مَا تُطْعِمُونَ أَهْلِيكُمْ أَوْ كِسْوَتُهُمْ أَوْ تَحْرِيرُ رَقَبَةٍ فَمَنْ لَمْ يَجِدْ فَصِيَامُ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ ذَلِكَ كَفَّارَةُ أَيْمَانِكُمْ إِذَا حَلَفْتُمْ وَاحْفَظُوا أَيْمَانَكُمْ كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ *
"Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu mengharamkan perkara-perkara yang baik yang telah dihalalkan oleh Allah kepada kamu dan janganlah kamu melampau. Sesungguhnya Allah tidak mengasihi orang-orang yang melampau. Dan makanlah daripada apa-apa yang Allah halalkan kepada kamu daripada yang baik-baik dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu beriman kepadanya. Allah tidak menjadikan dosa dalam sumpah yang songsang (yang tidak berniat sumpah dalam perbualan biasa). Namun Allah mempertanggungjawabkan keatas kamu dalam sumpah yang kamu ucapkan bagi penegasan (niat sumpah) . Maka kaffarahnya (dendanya) ialah memberi makan sepuluh orang miskin dengan makanan yang sederhana yang menjadi kebiasaan kamu , atau memberi pakaian kepada mereka atau  memerdekakan hamba sahaya . Barang siapa yang tidak mampu hendaklah berpuasa tiga hari. Itulah kaffarah terhadap sumpah yang kamu lakukan . Begitulah Allah menerangkan kepada kamu akan ayat-ayatnya supaya kamu bersyukur." (Surah Al-Maidah, ayat 87 - 89)

Ayat-ayat ini sebab nuzulnya, berkaitan dengan adanya kalangan para sahabat yang bersumpah untuk jadi seperti paderi dan sami, beribadat selama-lamanya, bersembahayang, berpuasa dan lain-lain sehingga tidak mahu berkahwin, meninggalkan makanan yang baik dan lain-lain yang dihalalkan oleh Allah.

Bahkan teguran Allah terhadap Rasulullah SAW di dalam Al-Quran :

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ لِمَ تُحَرِّمُ مَا أَحَلَّ اللَّهُ لَكَ تَبْتَغِي مَرْضَاتَ أَزْوَاجِكَ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ * قَدْ فَرَضَ اللَّهُ لَكُمْ تَحِلَّةَ أَيْمَانِكُمْ وَاللَّهُ مَوْلَاكُمْ وَهُوَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ *
"Wahai Nabi ! Mengapa kamu haramkan apa yang telah dihalalkan oleh Allah kepadamu kerana semata-mata mahu merelakan hati isteri-isteri mu. Pada hal Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya Allah telah menyatakan kepadakamu cara melepaskan diri daripada sumpah itu (menunaikan kaffarah). Allah sahaja Tuhan yang memelihara kamu. Dialah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana." (Surah At-Tahrim, ayat 1 - 2)

Apabila digabungkan semuanya, yakni bai’ah, sumpah dan laknat, menjadikan berbeza dengan tujuan bersumpah sahaja, kerana  bertujuan menguat bai’ah dan bertanggungjawab berkait di antara satu sama lain yang tidak boleh dipisahkan dan  disamakan hukumnya secara bersumpah sahaja. Asasnya ialah bai’ah yang bertujuan perjanjian dengan Allah yang tidak boleh selesai dengan sumpah yang dibayar kaffarahnya.

Imam Ibnu Kathir menyebut dalam kitab karangannya "Al-Bidayah Wan Nihayah" dan Imam At-Tobari dalam kitabnya "At-Tarikh", "Bahawa bai’ah, sumpah, cerai  taklik dan nazar, digabungkan semuannya, pernah dilakukan di zaman kerajaan Abbassiyah dengan pengesahan para ulama dizamannya”. Para Fuqaha Mazhab Hanafi pula menyebut perkara sumpah yang dimasukkan taklik talak, tetapi dalam perkara sumpah yang tidak ada kaitan dengan Bai’ah. Begitu juga Imam Ibnu Taimiyyah dan Imam Ibnu Qayyim serta juga ulamak mutaakhir saperti Mahmud Shaltut, Sayed Sabiq dan Al-Qardawi menyatakan hukum khilaf dalam  perkara sumpah sahaja yang berasingan dengan bai’ah.

PAS telah mengsyaratkan bai’ah yang dimasukkan di dalamnya sumpah dan laknat dengan penegasan lafaz Allah menjadi saksinya. Ada negeri yang memasukkan tolak tahlil, bukan bermakna merendahkan isteri, sebaliknya meninggikan kedudukannya sehingga dimasukkan bersama kecintaan kepada Allah walau pun tidak menyamainya. Bahkan para Sahabat RA bersumpah dengan menyebut "Demi Ayah dan Ibu" (kecintaan terhadap kedua-duannya tidak melebihi dengan kecintaan kepada Allah dan Rasul). Merupakan seni sastera arab bagi mengukuhkan ucapan  dan ikrar.

Maka lafaz bai’ah dalam parti yang berjuang menegakkan Islam saperti PAS adalah beramal dengan Al-Quran, As-Sunnah dan Ijtihad para ulamak muktabar yang disahkan oleh Ahli Majlis Syura Ulamak yang sangat dihormati oleh semua pemimpin, ahli dan penyokong PAS yang istiqamah, walaupun pihak lain tidak berminat bukan sahaja bai’ahnya bahkan dasar Islamnya juga, sehingga ada pula yang meletakkan talak taklik mencerai isteri lebih utama daripada berjanji dengan Allah.

Maka Tahaluf Siyasi dengan pihak lain yang temasuk dalam perkara strategi, tidak boleh mengatasi bai’ah kesetiaan kepada Aqidah, Dasar dan Matlamat perjuangan Islam. Walaupun PAS berkali-kali menerima kekalahan pilihanraya, kerana kemenangan Aqidah dan matlamat Islam memimpin Negara, Syariat Allah didaulatkan tidak boleh tunduk kepada hala tuju yang dikehendaki oleh semua pihak walaupun rakan paling akrab. Firman Allah di dalam Al-Quran :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا آبَاءَكُمْ وَإِخْوَانَكُمْ أَوْلِيَاءَ إِنِ اسْتَحَبُّوا الْكُفْرَ عَلَى الْإِيمَانِ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ* قُلْ إِنْ كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّى يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ *
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu jadikan bapa-bapa kamu, saudara-saudara dan rakan-rakan kamu, wali-wali yang diberi kepercayaan (sehingga tidak berbelah bahagi dan tidak boleh dirungkai hubungannya), jika mereka meletakkan kecintaan terhadap kekufuran lebih daripada keimanan. Maka sesiapa yang berwalikan mereka dikalangan kamu, merekalah orang-orang yang zalim . Katakanlah kepada mereka (wahai Muhammad) ! Jika sekiranya ayah-ayah kamu, anak-anak kamu, suadara mara dan sahabat handai, isteri-isteri dan keluarga kamu, harta benda yang kamu cari, perniagaan yang kamu bimbang melesetnya dan rumah kediaman yang kamu sayang, kamu anggap lebih penting daripada Allah dan Rasul dan jihad (perjuangan dengan pengorbanan) menegakkan agama Allah, maka tunggulah sehingga Allah menentukan perintah (hukumannya) dan Allah tidak memberi hidayah kepada orang-orang yang fasik." (Surah At-Taubah, ayat 23 - 24)

Ahli-ahli PAS yang ditarbiyah dan menerima hakikat   tasawwurnya daripada ayat-ayat tersebut terus beristiqamah di atas landasan yang ditetapkan kepada mereka.

Bai’ah lebih mewajibkan PAS tidak menukar Aqidah perjuangan Islamnya atau dicabar kedudukan islam yang wajib memimpin negara, pelaksanaan syariat boleh dihalang atau dipertikai sewenang-wenang, jati diri ummat Islam dicalarkan, walaupun beberapa pelaksanaannya berkait dengan perkara cabang syariat, memerlukan masa dan jadual yang panjang. PAS memahami semuanya tidak terpisah daripada Aqidah, dasar dan matlamat Islam yang menyeluruh. Maka semua hubungan dan kerjasama PAS dengan semua pihak haram menjual perkara asas tersebut dengan segala harga dialam dunia ini, kerana kita percaya semuanya tidak laku di alam akhirat kelak.

Sejarah PAS mencipta Dr Burhanudin Al-Helmy yang mencerai isterinya daripada Singapura kerana tidak bersedia datang ke semenanjung, bersamanya menjadi pemimpin, PAS mencipta Profesor Ahmad Ibrahim meninggalkan jawatan besar di Singapura, datang berkhidmat di Semenanjung  dan lain-lain. Menunjukkan pegangan mereka kepada Bai’ah, yang tidak ada kepada kalangan yang berwawasan dunia tanpa akhirat, atau yang berpegang kepada konsep "Political Animal".

Ahli PAS yang terdahulu melihat semua akibat di alam dunia sebelum akhirat, sesiapa yang mengkhianati bai’ah yang lebih penting atau melanggar sumpah yang dianggap kecil tidak penting. Semuanya menjadi peristiwa yang menjadikan kami semua lebih beristiqamah di atas landasan perjuangan Islam dan matlamatnya.

Kepada mereka yang niatnya bersama PAS sekadar bermalam di hotel atau jambatan pendek menyeberangi cita-cita dunianya atau sekadar menjadi penonton, diucapkan selamat tinggal. Jangan beratkan bahtera kami dan membazirkan tenaga ahli PAS yang besar dan kecil dan bekalan kami yang dibekalkan oleh kalangan yang termiskin lebih ramai daripada yang kaya-raya. Ada pun yang berpura-pura dengan bai’ahnya, ketahuilah bahawa kami beriman kepada kalam Allah SWT :

إِنَّ الَّذِينَ يُبَايِعُونَكَ إِنَّمَا يُبَايِعُونَ اللَّهَ يَدُ اللَّهِ فَوْقَ أَيْدِيهِمْ فَمَنْ نَكَثَ فَإِنَّمَا يَنْكُثُ عَلَى نَفْسِهِ وَمَنْ أَوْفَى بِمَا عَاهَدَ عَلَيْهُ اللَّهَ فَسَيُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا
"Sesungguhnya mereka yang berbai’ah denganmu (wahai Muhammad), sebenarnya mereka berbai’ah dengan Allah, tangan Allah (yang tidak sama dengan makhluknya) di atas tangan-tangan mereka (yang melafazkan bai’ah itu). Maka sesiapa yang mengkhianatinya maka dia menanggung akibat menimpa dirinya, dan sesiapa yang setia menunaikan janjinya (daripada bai’ah itu), maka Allah mengurniakan kepadanya ganjaran yang besar." (Surah Al-Fath, ayat 10)

Perkara talak taklik sahaja mungkin boleh diusahakan di Mahkamah Qadi dengan sistem yang memisahkan politik daripada agama. Ada pun hukuman terhadap mereka yang mengkhianati bai’ah terserah kepada mahkamah Allah Yang Maha Adil lagi Bijaksana, sama ada hukuman dunia atau akhirat terserah kepada-Nya. Bukannya di mahkamah ciptaan manusia yang ramai peguamnya, ada yang baik dan ada yang buruk.

Akhirnya, marilah bersama kita menghayati satu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Ahmad :

ثلاثة أنا خصمهم يوم القيامة: رجل أعطى بي ثم غدر , ورجل باع حرا ثم أكل ثمنه , ورجل استأجر حرا فاستوفى منه ولم يعطه أجره                                                        
"Tiga orang, aku menjadi musuhnya di Hari Akhirat. Seorang yang membuat perjanjian atas namaku, lalu dia memungkirinya. Seorang lagi menjual orang merdeka (bukan hambanya), lalu dia memakan harganya dan seorang lagi mempekerjakan orang lain, lalu tidak membayar gajinya."

"BERISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN"

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
04 Zulhijjah 1436 H / 18 September 2015

Sumber HD - 18-9-2015


Khutbah Eid Al-Adha Presiden PAS 1436 H
Posted on Friday, September 18 @ 11:09:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

"Haji Hadi

Dewan Ulama PAS Terengganu menerbit dan mengedarkan khutbah Eid al-Adha 1436 H oleh Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS yang juga merupakan Naib Ketua Kesatuan Ulama Se Dunia.

Khutbah ini boleh dimuatturun di bawah:
khutbah Eid al-Adha 1436 H (0)

Sumber TKO - 18-9-2015

Presiden PAS Prihatin, Ziarahi Mangsa Ribut

IMG-20150915-WA0150
Oleh : Zam zam

MARANG – Lebih 40 buah rumah yang mengalami kerosakan akibat ribut malam semalam mendapat perhatian khusus Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, yang mengadakan lawatan serta merta menziarahi magsa terbabit.

IMG-20150915-WA0146

Beliau diiringi oleh Timbalan Ketua Dewa Pemuda PAS Malaysia Ustaz Muhammad Khalil dan Ketua Pemuda PAS Marang Ustaz Sulaiman Sulong serta Pegawai Pusat Khidmat Wakil Rakyat Marang.

Menurut Ustaz Sulaiman, kawasan yang terjejas dilawati Presiden adalah sekitar Kampung Bukit Gasing dalam DUN Rhu Rendang dan Kampung Jambu Bongkok dalam DUN Pengkalan Berangan.
“Kebanyakan rumah mengalami kerosakan bumbung yang teruk dan banyak harta benda yang rosak seperti barangan elektrik kerana hujan lebat yang turun.

IMG-20150915-WA0149

“Setelah mendapat maklumat penduduk kampung, wakil rakyat beserta rombongan bergegas untuk melihat bencana yang menimpa mereka,”ujarnya ketika ditemui.

Katanya, sedikit sumbangan ‘kecemasan’ disampaikan oleh Ahli Parlimen Marang itu kepada setiap rumah yang dilawati, sebagai tanda simpati serta bagi meringankan sedikit beban yang dihadapi mangsa.

Sehubungan itu, Ustaz Sulaiman meminta mangsa agar bersabar dengan ujian ini serta berjanji akan memberi bantuan kepada mangsa ribut ini.

IMG-20150915-WA0147

“saya berdoa kepada Allah agar semua mangsa dijauhi dari musibah sebegini pada masa akan datang dan kita berharap semua yang diuji oleh Allah itu,
“agar bersabar menerima segala dugaan tersebut,”tambahnya.

Seorang mangsa, Puan Fatimah Abdullah yang tinggal di Kampung Jambu Bongkok berkata, angin kuat yang melanda rumahnya sangat menakutkan.

IMG-20150916-WA0000

“kuat sangat angin……….saya takut sungguh…….tapi saya teap bersyuku sebab tak ada ahli keluarga yang cedera atau berlaku sebarang kejadian yang diingini,

“saya ucap terima kasih kepada Tok Guru dan rombongan yang datang melawat kami,”katanya yang ditemui dirumahnya.

Hasil tinjauan juga mendapati, ribut yang melanda kawasan tersebut telah menerbangkan bumbung rumah dan sebuah rumah yang agak teruk ditimpa sebatang pohon kelapa, mengakibatkan kerosakan teruk pada bahagian rumah.

Sumber BO - 16-9-2015


































Perutusan Hari Malaysia Presiden PAS

DATUK SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG | .


Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)." (Surat Al-Hujurat: ayat 13)

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ingin mengambil kesempatan ini bagi menucapkan Selamat Hari Malaysia kepada seluruh rakyat negara ini, bersempena dengan penubuhan sebuah negara hasil gabungan Sabah, Sarawak dan Tanah Melayu hinggalah terbentuk dengan nama Malaysia pada 16 September 1963.

Perlu difahami, kita semua adalah kelompok manusia yang sangat bertuah dan unik, kerana berada dalam negara yang wujudnya kepelbagaian etnik yang berasal daripada berbagai bangsa dan datang dari pelbagai negara. Ditambah pula dengan kemeriahan etnik yang wujud di Sabah dan Sarawak sekian lamanya.

Adalah menjadi naluri buat manusia tanpa mengira latar belakang, kaum, agama dan sebagainya untuk hidup sebagai manusia yang bebas merdeka, sama ada merdeka jasad atau akal fikiran dari sebarang bentuk perhambaan. Tidak ada orang yang waras akalnya mahu hidup di bawah belenggu penjajahan, apatah lagi lagi dikawal minda dan tindakannya.

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ingin menegaskan, sebagai pendukung dan penyokong kepada perjuangan Islam pastinya akan menentang segala bentuk penjajahan sama ada berbentuk sekularisme, liberalisme dan sebarang ideologi yang bercanggah dengan ajaran Islam.

PAS sangat menghargai peranan yang telah pun dimainkan oleh semua pihak dan tokoh terdahulu seperti Abdul Rahman Limbong, Tok Janggut, Dr Burhanuddin Helmy, Tunku Abdul Rahman, Tun Razak dan lain-lain lagi, yang menyumbang sehingga lahirnya negara kita dengan bentuknya yang ada pada ketika ini.

Mereka yang terdahulu, telahpun meletakkan asas negara kita, walaupun ada tindakan mereka yang kita tidak setuju kerana kelemahannya yang tersendiri. Namun, segala kelemahan orang lalu yang telah meninggal dunia ini tidak wajar untuk dibalas dengan kata nista, yang wajar kita lakukan adalah dengan sentiasa memohon kepada Allah SWT agar mereka dikurniakan keampunan.

Perlu difahami semua, peranan baik yang telah dilaksanakan akan dibalas dengan pahala. Sebarang kelemahan atau kesilapan lalu dalam merangka sebuah negara pula perlulah diperbaiki oleh kita yang masih dipinjamkan nyawa ini dan pastinya ia juga menjadi tanggungjawab generasi akan datang. Kehidupan berbagai bangsa dan agama, budaya dan bahasa yang wujud di Malaysia ini, pastinya mampu untuk menjadi resepi utama dalam melahirkan negara yang benar-benar menitikberatkan perihal kebajikan rakyatnya.

Pada saat ini, kita sedang menyaksikan betapa kerajaan Umno BN yang ada ini sudah diberi peluang memerintah lebih 50 tahun, namun ia sangat parah apabila kerajaan Umno BN ini kian membawa negara kepada virus yang membebankan rakyat melalui kenaikan kos hidup yang kian meningkat, kadar mata wang yang merundum jatuh, penyelewengan wang di institusi-institusi tertentu kian parah, keluhuran akhlak yang tidak lagi dianggap penting, kehidupan berpaksikan Islam kian dipinggirkan dan 1001 lagi kerosakkan yang berlaku, maka tentulah menjadi tanggungjawab buat kita semua untuk melakukan perubahan dengan berlandaskan Al-Quran dan Sunnah Rasullullah SAW.

PAS juga pastinya akan mempertahankan hubungan baik pelbagai kaum yang ada dengan berasaskan Islam yang sebenar-benarnya menerusi Al-Quran dan As-Sunnah, bahkan PAS komited untuk menjadikan kewujudan pelbagai etnik ini sebagai rempah yang boleh memperkasakan Malaysia itu sendiri.

Justeru, PAS menggesa kepada semua rakyat Malaysia untuk meyakini jalan yang benar-benar menyelamatkan kita semua sama ada di dunia mahupun akhirat pastinya adalah dengan bersama Islam.

"BERISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN"

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
02 Zulhijjah 1436 / 16 September 2015

Sumber HD - 16-9-2015


Khutbah: Baiah Pastikan Kejayaan Dakwah (audio mp3)
Posted on Saturday, September 12 @ 08:22:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



"Baiah

Sekarang akhir bulan Zulqaedah. Orang bercakap tentang korban dan pengorbanan Nabi Ibrahim, serta ibadat haji. Dalam sirah, Nabi SAW mengambil peluang dengan kedatangan jemaah haji dari kalangan qabilah Arab ke Mekah menawarkan Islam kepada mereka. Pelbagai respon diterima.

Pada tahun ke 11 kenabian, Baginda bertemu dengan sekumpulan puak Khazraj di Aqabah. Ia menjadi titik mula mereka masuk Islam, setersunya berbaiah dengan Nabi dalam persitiwa Baiah Aqabah pertama, kemudian Baiah Aqabah kedua pada tahun berikutnya. Baiah bukan sebarang baiah. Janji bukan sebarang janji. Ia adalah baiah dan janji membantu Nabi SAW bagi memperjuangkan Islam dan menegakkannya dalam bentuk yang lebih besar. Saya berkhutbah di Masjid Kampung Pasir Minal, Kemaman pada hari ini, Jumaat 11 Sept 2015:
Baiah pastikan kejayaan dakwah 11 Sept 15 (0)

Sumber TKO - 11-9-2015


Khutbah: Suara Islam Dari Ibadat Haji

Posted on Thursday, September 10 @ 00:26:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


mms://webtv.terengganukini.net/khutbah/2015/150828/150828.wmv


talbiahUmat Islam yang akan mengerjakan haji sedang beramai-ramai menuju ke tanah suci. Lambaian Kaabah memanggil mereka. Ucapan yang akan dikumandangkan dalam bentuk talbiah menggambarkan kesediaan seorang Muslim tunduk kepada perintah Allah.


DSTG Presiden PAS berkhutbah mengenai falsafah ibadat haji ini seperti di bawah pada  4 Sept 2015  :Suara Islam Dari Ibadat Haji (0)"

Sumber TKO - 10-9-2015

Apabila politik dianggap peluang - Presiden PAS

TANGKAK: Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan, hanya dengan melaksanakan Islam sahaja akan mampu menyelesaikan segala kemelut yang melanda negara mutakhir ini.

Ujar beliau, terjadinya isu kewangan RM2.6 billion, 1MDB, KWSP, Tabung Haji, Perwaja dan Mikka Holdings yang merunsingkan rakyat negara ini adalah natijah apabila politik dianggap sebagai satu peluang dan bukannya amanah.

Dalam ucapannya, Tuan Guru membandingkan isu-isu tersebut dengan mengemukakankisah keraguan dan pertikaian penduduk Madinah terhadap Khalifah Umar al-Khattab yang memakai jubah dari kain baharu diperolehinya.

Tegas beliau, PAS telah menunjukkan contoh pemerintahan Islam sebagaimana dilaksanakan di Terengganu dan juga di Kelantan oleh Almarhum Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, serta Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak di Kedah.

“Tidak ada seorang pun pemimpin kami yang berlagak. Kita dah memerintah 20 tahun lebih di Kelantan, DAP baru sepenggal di Pulau Pinang. Baru sepenggal memerintah nak lawan hudud, nak tunjuk berlagak. Memerintah Pulau Pinang sekangkang kera nak tunjuk berlagak, nak lawan hudud. Belum lagi Putrajaya, kalau menang Putrajaya, kita tak tahu apa dia nak buat pada Islam?

“PAS ada maruah, ada harga diri. Kita bukan macam Umno tak berani nak lawan MCA dan MIC, kita lawan semua, kita pertahan, kita ada Istiqamah dengan Islam ini, ini beza PAS dengan parti-parti lain, mesti paham, kita sanggup tak menang 50 tahun lebih, kerana menang adalah satu amanah, bukan satu peluang,” katanya pada di Perhimpunan Istiqamah Hingga Kemenangan (Pihak 11), di sini, 5 September.

Beliau menegur segelintir ahli PAS yang merasa kemenangan menjadi lambat kerana PAS meninggalkan DAP sedangkan sudah hampir dengan Putrajaya.

Tegas Tuan Guru, PAS mahu menang dengan membawa Islam, sedangkan DAP menentang agenda Islam di bawa PAS.

Katanya, PAS mempunyai Dewan Himpunan Penyokong PAS yang menghimpunkan penyokong PAS dari kalangan masyarakat India dan Cina bukan Islam.

“Kita boleh bertanding bukan sahaja kawasan Umno, kawasan DAP pun kita akan letak calon bertanding. Kita ada kekuatan sekarang, yang penting ialah, kita kerja kuat dan ikhlas.

Kita mahu kemenangan yang diisi dengan menunaikan amanah,” tegas beliau.

Sumber PP - 9-9-2015











































































Fiqh politik Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi

TUAN GURU ABDUL HADI AWANG | .


DALAM isu pelaksanaan syariat yang menjadi sebahagian daripada perkara siyasah dipandang remeh-temeh oleh beberapa kalangan yang dikatakan mengkaji Islam. Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi menghuraikan dalam kitabnya "فقه السياسة الشرعية", ada kalangan ummat Islam melupai tajuk ini, ada kaitan dengan aqidah Islam. Walaupun dimasukkan dalam perkara Ijtihad dan Furu' (cabang) di sisi ulamak Ahli Sunnah Wal Jamaah, namun tidak boleh dipisahkan daripada aqidah Islam. Ini kerana, pelaksanaan hukum syariat itu adalah amalan yang lahir menjadi bukti daripada iman kepada hukum wajib melaksanakan hukum daripada Al-Quran dan menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh teladan yang wajib diikut. Perkara yang termasuk daripada Rukun dan Usul (Rukun Iman dan Islam).
Firman Allah SWT:

أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ يَزْعُمُونَ أَنَّهُمْ آمَنُوا بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ يُرِيدُونَ أَنْ يَتَحَاكَمُوا إِلَى الطَّاغُوتِ وَقَدْ أُمِرُوا أَنْ يَكْفُرُوا بِهِ وَيُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَنْ يُضِلَّهُمْ ضَلَالًا بَعِيدًا * وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ تَعَالَوْا إِلَىٰ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ وَإِلَى الرَّسُولِ رَأَيْتَ الْمُنَافِقِينَ يَصُدُّونَ عَنْكَ صُدُودًا * فَكَيْفَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ بِمَا قَدَّمَتْ أَيْدِيهِمْ ثُمَّ جَاءُوكَ يَحْلِفُونَ بِاللَّهِ إِنْ أَرَدْنَا إِلَّا إِحْسَانًا وَتَوْفِيقًا * أُولَٰئِكَ الَّذِينَ يَعْلَمُ اللَّهُ مَا فِي قُلُوبِهِمْ فَأَعْرِضْ عَنْهُمْ وَعِظْهُمْ وَقُلْ لَهُمْ فِي أَنْفُسِهِمْ قَوْلًا بَلِيغًا"Adakah kamu tidak nampak adanya kalangan yang mengaku bahawa mereka beriman kepada apa (hukum) yang telah diturunkan kepadamu (Muhammad) dan diturunkan juga kepada (Rasul AS) yang lebih dahulu daripadamu, tiba-tiba mereka menerima Toghut (mereka yang melampau meninggalkan hukum Allah) supaya mengendalikan kehakiman terhadap mereka, padahal mereka diperintah supaya mengingkarinya, berada pula dalam keadaan syaitan hendak menyesatkan mereka kepada kesesatan yang sejauh-jauhnya. Dan apabila dikatakan kepada mereka : marilah kepada hukum yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada Rasul. Nescaya engkau melihat mereka itu menghalangmu dengan cara yang bersungguh-sungguh". (Surah An-Nisa', ayat 60-63)

Allah SWT berfirman lagi di dalam Al-Quran:

فَلَا وَرَبِّكَ لَا يُؤْمِنُونَ حَتَّىٰ يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لَا يَجِدُوا فِي أَنْفُسِهِمْ حَرَجًا مِمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

"Maka tidak, demi Tuhamu ! Sebenarnya mereka tidak beriman, sehinggalah mereka berhakimkanmu (Rasulullah SAW) dalam apa-apa perkara yang menjadi pertelingkahan kalangan mereka. Kemudian tidak ada dalam diri mereka perasaan ragu terhadap apa yang telah engkau membuat keputusannya dan mereka menyerah diri dengan sepenuh-penuhnya". (Surah An-Nisa', ayat 65)

Terdapat dalam kalangan ummat Islam, mereka yang menimbulkan kekeliruan menggunakan Maqasid Syariah dengan tujuan menyingkirkan hukum Islam. Bagi menjelaskan perkara ini, wujudnya tiga Madrasah (pendekatan dalam pemikiran) pengkaji Islam yang perlu dijelaskan:

[a] Kumpulan ظاهرية

- Berpegang kepada nas juzuk yang zahir sahaja secara harfiyyah dan bersekongkol dengannya, tanpa peduli kepada tujuan dan hikmah syariat, maqasid (tujuan) dan waqie' (realiti) yang berkaitan dengan pelaksanaan syariat yang Allah wajibkan. Mereka adalah warisan mazhab Zahiriyyah di zaman dahulu yang jumud bersama nas yang zahir sahaja menolak ijtihad dalam perkara yang tidak ada nas.

[b] Kumpulan معطلة

- Kalangan yang membatalkan pelaksanaan syariat yang wajib, beralasankan hikmah, maqasid syariah dan siyasah syariyyah. Melalaikan nas yang nyata dan mentakwilkan tafsirannya dengan tujuan meninggalkan hukum syariat kerana terpengaruh sengan agenda taghrib (kebaratan) kerana ingin meneruskan agenda barat terhadap masyarakat Islam.

(c) Kumpulan وسطية

- Kalangan pertengahan yang tetap berpegang kepada nas hukum syariat, berusaha melaksanakannya mengikut kaedah yang betul, maqasid syariah dan siyasah syariyyah bagi menjamin pelaksanaan syariat tetap berkuasa dan berlaku dengan cara yang betul, bukan meninggalkannya.

Ringkasan huraiannya

1 - Mazhab ظاهرية (Zohiriyyah)

Mazhab ini sudah ada di zaman dahulu, di mana mereka berpegang dengan nas yang zahir sahaja, hanya yang disebut dalam Al-Quran dan Hadis, sehingga salah menggunakan hukum akal terhadap hukum syarak, dengqn menegaskan Allah berkuasa untuk menukar yang halal di dalam kuasanya, tanpa memahami betapa ilmu dan kebijaksanaan Allah memandu kebijaksanaan manusia.

Mustahil bagi Allah memilih yang buruk dan berlaku zalim, seperti melaksanakan perkara yang ada nas dengan meninggalkan kebijaksaan semasa dalam pengurusan dan melaksanakan hukum.

Kalangan ini hanya berpegang kepada nas sahaja dan menolak kalau tidak ada nas, seperti menolak demokrasi secara total kerana datang daripada barat tanpa melihat kepada adanya titik persamaan dari segi hak kemanusiaan dan rakyat dalam hukum politik Islam. Dalam demokrasi ada kekurangan serta kelemahannya yang wajib dibetulkan oleh Islam daripada kebijaksanaan manusia yang ada kelemahan makhluk, namun hendaklah dibetulkan dengan petunjuk Allah yang tidak menafikan adanya kebijaksanaan manusia makhluk ciptaannya.

2 - Mazhab معطلة (Mua'thilah)

Mazhab ini di zaman dahulu menafikan adanya sifat-sifat bagi Allah. Ada pun mua'thilah di zaman sekarang menafikan pelaksanaan syariat (khususnya dalam hukum Hudud), dengan alasan siyasah syariyyah dan maqasid syariah yang salah, khususnya bertujuan bagi menggantikannya dengan undang-undang barat ciptaan manusia.

Manusia menafsirkan ayat-ayat amaran Allah berkait dengan syariat seperti sebab turutnya kepada orang-orang Yahudi, ahli kitab. Ya, banyak juga sebab nuzulnya kepada orang-orang Yahudi, tetapi ingat bahawa pengajaran lebih ditujukan kepada penganut Islam yang beriman, kerana kewajipan melaksanakan syariat Allah ditujukan kepada orang yang beriman, supaya jangan terpengaruh dengan hawa nafsu orang-orang yang menghalang pelaksanannya.

Firman Allah SWT:

وَأَنِ احْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَنْ يَفْتِنُوكَ عَنْ بَعْضِ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ ۖ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ أَنْ يُصِيبَهُمْ بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ ۗ وَإِنَّ كَثِيرًا مِنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ
"Hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti keinginan mereka. Dan waspadalah terhadap mereka, jangan sampai mereka memperdayakan kamu terhadap sebagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu. Jika mereka berpaling (dari hukum yang telah diturunkan Allah), maka ketahuilah bahwa sesungguhnya Allah berkehendak menimpakan musibah kepada mereka disebabkan sebagian dosa-dosa mereka. Sungguh, kebanyakan manusia adalah orang-orang yang fasik". (Surah Al-Maidah, ayat 49)

Mereka menjadikan alasan Saidina Umar Al-Khattab tidak menjatuhkan hukuman Hudud terhadap pencuri di tahun meleset, tanpa melihat sebabnya yang sebenar, berkait individu yang tidak memenuhi syarat-syarat, bukannya membatalkan undang-undang Allah SWT.

Tujuan sebenar kumpulan ini ialah meninggalkan syariat Islam khususnya undang-undang Hudud seperti memotong tangan pencuri, menyebat penzina yang disebut dalam Al-Quran dan rejam yang disebut dalam Sunnah, hukuman Qazaf dan Hirabah, dengan menggunakan hujah syariat dengan cara yang salah memahami maqasid syariah dan masoleh (perkara asal).

3 - Mazhab وسطية (Wasatiyyah)

Pendekatan pertengahan yang betul di antara dua kumpulan yang salah, melampau dan longgar. Pendekatan wasotiyyah tetap menegakkan hukum Allah, namun pelaksanaannya secara ilmu syariat yang betul dan istiqamah. Beramal dengan siyasah syariyyah, ilmu maqasid syariah dan berpegang teguh dengan nas, dengan tujuan melaksanakan syariat Allah dengan istiqamah (konsisten).

Tegasnya hukum syariat wajib ditegakkan dalam negara yang Islamnya berdaulat, undang-undang Islam wajib dikuatkuasakan. Ada pun pelaksanaannya mengandungi huraian yang betul dengan syarat, rukun dan adabnya, mengikut Fiqh Awlawiyyat (keutamaan), Waqie' (realiti) dan Muwazanat (pertimbangan). Dalam melaksanakan undang-undang jenayahnya berada sempadan Qisas, Hudud dan Takzir, bukannya berpindah kepada undang-undang yang bukan Islam.

"BERISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN"

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
25 Zulkaedah 1436H / 09 September 2015M - HARAKAHDAILY 9/9/2015

*Tulisan ini merujuk kepada muka surat 212-213, ringkasan daripada kitab yang dikarang oleh Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi

Sumber HD - 9-9-2015 

Melayu perlu ambil kira kaum lain - Presiden PAS

KAM | .


KUALA TERENGGANU: PAS sentiasa konsisten dengan dasar perjuangan dan menegaskan hanya dengan Islam boleh menyatukan Melayu.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan penyatuan Melayu mestilah dengan Islam agar kaum lain tidak terabai dalam masyarakat majmuk.

“Pertama, yang menyatukan Melayu mestilah dengan Islam. Kedua, orang Melayu perlu mengambil kira kaum lain. Jangan abaikan kaum lain kerana kaum lain juga adalah mangsa penjajahan.

“Perang dunia pertama dan kedua, barang kali lebih 60 peratus anak jajahan menjadi mangsa korban perang dunia. Penjajah selamat dan yang matinya kita, ujarnya yang juga Adun Rhu Rendang kepada media ketika Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu Ke-13 berhenti rehat, hari ini.

Dengan sebab itu, ujar beliau memang tidak dinafikan majoriti rakyat adalah Melayu Islam.

"Dalam masa yang kaum lain adalah sahabat kita dalam masyarkat majmuk,” ujarnya.

Sehubungan itu, katanya jika berlaku perpecahan semua kaum boleh menjadi lemah sama ada Melayu, Cina dan India.

“Berpecah semua lemah, Cina pun lemah, lndia pun lemah jika berpecah. Apa yang pentingnya, yang menyatukan Melayu ialah Islam dan bukan semangat kebangsaan,” tegasnya. - HARAKAHDAILY 8/9/2015

Sumber HD - 8-9-2015









































Bila 'Ranting' PAS dicantas, 'tunas' hidup subur

Posted on Monday, September 07 @ 23:46:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Firman Allah SWT dalam Al-Quran:

"Dan jika mereka (lawan atau musuh kamu) cenderung kepada perdamain, maka kamu hendaklah cenderung kepadanya, dan bertawakkal kepada Allah, sesungguhnya Dia (Allah) Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Dan jika mereka hendak menipumu, maka cukuplah Allah (bagi memelihara mu). Dialah yang menguatkan mu dengan pertolongannya dan orang-orang yang beriman (bersama mu). Dan Dia (Allah) berkuasa menyatukan diantara hati-hati mereka. Kalau Engkau belanjakan apa yang ada dibumi semuanya nescaya Engkau tidak dapat menyatukan hati-hati mereka, tetapi Allah telah menyatukan hati-hati mereka. Sesungguhnya Dia (Allah) Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana)." (Surah Al-Anfal, ayat 61 - 63)


Al-Quran adalah petunjuk yang benar sepanjang zaman daripada Allah, dan Rasulullah adalah contoh kebijaksanaan manusia pilihan Allah. Namun Allah memandu dengan hidayah-Nya apabila membawa mesej dakwah membawa rahmat dan adil kepada seluruh manusia, sama ada dalam berjamaah atau bernegara.

Di antaranya menjadikan konsep perdamaian diutama dan didahulukan, walupun terhadap musuh paling keras dan zalim, di atas asas yang sangat kukuh berkonsepkan :

[a] Thawabit (Nas yang tidak boleh diubah dan tidak boleh berganjak daripadanya)
- iaitu perkara aqidah, dasar dan matlamat perjuangan Islam.

[b] Mutaghayyirat (menerima perubahan dan anjal atau fleksibel)
- mengikut perkembangan situasi dan realiti, bersama kebijaksanaan yang tidak putus hubungannya dengan Thawabit.

Apabila Rasulullah SAW bersama para sahabatnya RA dihalang daripada masuk ke Mekah bagi menunaikan umrah yang diizinkan kepada semua, mengikut adat dan undang-undang masyarakat arab sejak zaman berzaman, tiba-tiba dicabul secara zalim, sehingga berlaku ketegangan yang diizinkan berperang, sampai berlakunya Bai’ah kesediaan berperang dengan tekad menang atau mati syahid.

Tiba-tiba ditawarkan perdamaian Hudaibiyyah oleh musuh yang sangat zalim dan penipu besar,

dengan syarat-syarat yang sangat berpihak kepada mereka, menyebabkan majoriti para sahabat RA mahu menolak keras perdamaian yang ditawarkan itu.

Tetapi Rasulullah SAW, dengan petunjuk Allah, tetap mengutamakan perdamaian, tanpa peduli kepada syarat-syarat yang tidak adil dan kemungkinan penipuan daripada musuh.

Para sahabat pula tetap akur kerana keteguhan iman mengatasi semangat yang berkobar untuk bertindak dengan kesediaan setelah berbaiah.

Natijahnya ialah kekukuhan saf perjuangan dalaman dikalangan umat Islam sendiri yang terdiri daripada Muhajirin dan Ansar yang terkumpul daripada Aus dan Khazraj dengan hidayah Allah disatukan hati mereka, menambahkan lagi orang-orang yang menerima Islam dengan hidayah Allah juga.

Peristiwa ini juga menyingkirkan kalangan munafik yang bersembunyi di sebalik badan untanya,
tidak layak mendapat hidayah kerana tidak ada istiqamah, hanya menjadi duri dalam daging, beriman tanpa keyakinan kepada Allah yang menjanjikan kemenangan dengan mimpi benar kepada Rasulullah SAW.

Allah SWT berfirman menerusi Al-Quran :

"Sesungguhnya Allah membenarkan Rasul-Nya secara mimpi yang benar, bahawa kamu dapat masuk ke-Masjid Haram (Mekah) Insyallah dalam keadaan aman." (Surah Al-Fath, ayat 27)

Tiba-tiba mereka dihalang dengan kekerasan yang hampir mencetuskan peperangan. Kalangan munafik terdedah, apabila melihat dengan nyata mimpi tidak menjadi kenyataan, tanpa menyedari perkara yang tersirat dalam ilmu Allah dan Kebijaksanaannya.

Ada pun kalangan yang beriman tetap menerima kenyataan Allah dan keputusan Rasulullah SAW walaupun tidak nampak hikmah dan tujuannya di masa itu secara spontan.

Allah menegaskan bahawa mereka masuk ke Mekah dalam keadaan aman, bukannya disekat dan diganggu sehingga kenyataan mimpi Rasullah SAW ditangguh. Rasulullah SAW menerima perintah Allah supaya mendahulukan perdamaian dengan keyakinan kefahaman kepada kekuasaan Allah yang berlaku disebaliknya.

Ada pun para sahabat pula dibayangi penipuan dengan keangkuhan yang nyata dalam perjanjian Hudaibiyyah yang dimeteraikan:

[1] Tidak dibenarkan permulaannya dengan ditulis "Bismillahirrahmanirrahim" dipaksa supaya menerima pakai ayat di masa jahiliyyah "Bismika Allahumma".

[2] Mana-mana kalangan orang Madinah yang melarikan diri ke Mekah tidak boleh diminta pulang. Ada pun orang Islam Mekah yang berhijrah ke Madinah wajib dihantar semula ke Mekah.

[3] Muhammad dan pengikutnya tidak dibenarkan masuk ke Mekah mengerjakan umrah pada tahun ini. Umrah mereka ditangguhkan di tahun hadapan.

Akhirnya, nyatalah hikmah berlakunya janji Allah kedatangan mereka yang masuk Islam berlipat-ganda dan berduyun-duyun, serta perpaduan kalangan mereka yang ikhlas sahaja. Negara Islam Madinah makin teguh dan kuat, berakhir dengan peristiwa Fathul Makkah (pembebasan Kota Mekah).

Allah telah menjinakkan hati-hati manusia dengan kewujudan perpaduan dalaman umat Islam di kalangan Muhajirin dan Ansar, Aus dan Khazraj dengan Hidayah yang tidak mungkin dicapai dengan perbelanjaan harta sepenuh bumi.

Menolak sangkaan golongan munafik dan lemah iman yang menyusup ke dalam jemaah Islam. Firman Allah:

"Berilah berita galakkan kepada orang munafik, bahawa untuk mereka azab yang sangat pedih.

Mereka ialah kalangan orang yang memberi wali (kawan setia dan kepercayaan) kepada orang yang kafir bukannya kepada orang-orang yang beriman. Adakah mereka mahu mendapat kekuatan yang dapat memberi kemenangan daripada orang-orang yang kafir itu? Maka sesungguhnya kemuliaan dan keperkasaan yang memberi kemenangan itu semuanya daripada Allah." (Surah An-Nisa', ayat 138 - 139)

Maka Rasulullah SAW menolak tawaran bantuan daripada bukan Islam ketika Badar dan Uhud, di mana Islam dalam keadaan sangat lemah, sebaliknya terus bertahaluf dan boleh menerima bantuan bukan Islam selepas Fathul Makkah, di masa Islam berada dalam keadaan yang sangat kuat.

Menunjukkan mesej Islam bagi menyampaikan rahmat dan adil ketika kuat terhadap pihak yang lain, tegak di atas kekuatan sendiri. Bukan meminta dan menagih atau menumpang kekuatan pihak lain bagi kemenangan Islam, atau menipu kawan di masa lemah menendang kawan di masa kuat.

PAS wajib mengikut perjalanan ini, wajib beristiqamah dan eratkan hubungan dengan Allah,

tarbiyahkan diri dengan ilmu dan iktibar pengalaman, dan ikhlaskan niat kerana keredhaan Allah demi menyelamatkan rakyat dalam negara Hidayah (petunjuk) bukan Negara Jibayah (berpijak hanya di atas duit yang dicukaikan), nescaya selamat daripada agenda tipu dalam semua pengalamannya.

Ada orang yang menuduh PAS ditipu di masa menyertai kerajaan campuran (1970) dan bersama Barisan Nasional dahulu (1974-1978), sehingga ada yang keluar parti atau menubuh parti lain.

Hasilnya pengaruh Islam masuk ke dalam semua kementerian dan jabatan kerajaan, serta institusi pendidikan yang melahirkan pelapis perjuangan lebih panjang.

Parti yang ditubuhkan kerana protes mati atau bernyawa ikan di atas tanah yang kering menunggu mati, ada yang kembali semula kepada PAS, ada yang tersungkur keluar daripada medan perjuangan.
Ada orang menuduh PAS ditipu apabila bersama Parti Semangat 46. Hasilnya, menawan Kelantan sehingga kini, sehingga berjaya melaksanakan sebahagian daripada Islam dan merancang, termasuk undang-undang syariat Allah iaitulah Qisas, Hudud dan Takzir.

Parti semangat 46 sudah mati semangatnya.

Ada orang menuduh PAS ditipu lagi kerana bersama Barisan Alternatif, kemudiannya Pakatan Rakyat. Hasilnya menawan semula Terengganu, menguasai Kedah, memimpin Perak, walaupun seketika.

Hasilnya kebanjiran ahli baru daripada semua kalangan, khususnya penganut Islam yang menjadi tonggak politik negara dan yakin PAS tidak mampu diperkudakan oleh DAP dan wujudnya Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) daripada kalangan bukan Islam.

Mereka yang baru masuk PAS lebih ramai daripada yang mengata PAS ditipu dan terus memeluk DAP dengan kasih sayang tanpa batas atau menubuh parti baru yang menjadi mata rantai DAP.

Ada lagi yang menuduh PAS ditipu Umno dalam isu hudud, mereka memahami hudud itu berjaya apabila dilihat sudah ada tangan yang dipotong sekarang ini, tanpa menyedari betapa desakan melaksanakannya sudah masuk ke dalam jentera kerajaan dan ke dalam kalangan Umno sendiri.

Tidak lagi suara menghina dan mengejek seperti dahulu, kecuali kalangan yang sudah habis tempuh suaranya, laksana ubat yang sudah tamat tempohnya.

Inilah hikmah apabila istiqamah dengan Allah SWT secara ilmu yang memandu kebijaksanaan, dan mengatur strategi yang boleh berubah di atas dasar dan matlamat Islam yang haram diubah.

Kebiasaannya senario dahulu tidak berulang, hanya menjadi pengajaran untuk mengatur langkah meneruskan perjuangan.

PAS pernah ditendang keluar daripada Barisan Nasional pada 1978 apabila dirasakan mereka kuat dan PAS sangat lemah dengan kejatuhan Kelantan. Namun, kebangkitan PAS selepasnya lebih kuat dan teguh.

Kelantan di ambil semula dengan lebih kuat dan panjang umurnya. Kini PAS ditendang keluar oleh DAP yang merasa cukup kuat kerana memerintah hanya Pulau Pinang, namun sokongan kepada PAS lebih meningkat, walaupun beberapa ranting PAS kononnya berjaya dicantas, tetapi tunas yang tumbuh daripadanya lebih banyak dan lebih subur.

Jatikan diri jamaah ini ketika belum menang, kita adalah mulia bersama Islam di masa lemah dan kuat. Maka, perjuangan ini tidak layak bagi mereka yang tidak berani membuka mulut bercakap Islam, lebih tidak layak kepada yang menagih kasihan pihak lain sehingga melupai pertolongan Allah kepada hamba-hambannya yang beriman dengan ikhlas.

Perjuangan ini tidak layak bagi orang yang gopoh untuk menang sehingga tidak istiqamah di atas aqidah perjuangan, tidak berpijak lagi di atas dasarnya dan sanggup membuang tanda hala tuju perjalanan menegakkan Islam kerana merasa malu dan hina bersama Islam.

Semuanya disingkir atau tersingkir hanyut, masuk ke dalam perangkap sampah perjuangan, yang menyekat aliran perjalanan dan kemaraan perjuangan Islam yang sebenar. Firman Allah SWT :

"Allah menurunkan daripada langit itu air hujan yang mencurah, lalu mengalir ke lembah-lembah dan mengisi air mengikut kadar keluasan masing-masing. Aliran air itu juga membawa buih yang tidak berfaedah, namun di dalam air itu ada bahan berharga (logam) yang boleh dibakar menjadi perhiasan dan barangan yang mahal harganya, di samping buih itu juga. Allah menjadikan perbandingan di antara hak dan batil. Adapun buih (yang batil) itu hanyut menghilang, dan adapun yang memberi manfaat kepada manusia tetap melekat teguh di bumi. (Begitulah Allah menyatakan perbandingannya)." (Surah Ar-Ra'du, ayat 17)

Sabda Rasulullah SAW :

"Demi Allah! Sesunguhnya Allah mesti menyempurnakan urusan Islam (sehingga menang), sehingga orang musafir yang jauh, daripada Sana'a ke Hadramaut (di Yaman) tidak takut lagi (kerana keamanan daripada pelaksanaan undang-undang Islam menentang jenayah khususnya Hudud), (melainkan takut kepada Allah dan takutkan serigala menangkap ternakannya), tetapi kamu terlalu gopoh mahukan kemenangan (tanpa Istiqamah)."


DATUK SERI ABDUL HADI AWANG presiden PAS
Sumber TKO - 7-9-2015

Allah Maha Bijaksana memandu istiqamah

DATUK SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG | .


Firman Allah SWT di dalam Al-Quran:

وَإِنْ جَنَحُوا لِلسَّلْمِ فَاجْنَحْ لَهَا وَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ * وَإِنْ يُرِيدُوا أَنْ يَخْدَعُوكَ فَإِنَّ حَسْبَكَ اللَّهُ هُوَ الَّذِي أَيَّدَكَ بِنَصْرِهِ وَبِالْمُؤْمِنِينَ * وَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ لَوْ أَنْفَقْتَ مَا فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا مَا أَلَّفْتَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ وَلَكِنَّ اللَّهَ أَلَّفَ بَيْنَهُمْ إِنَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
"Dan jika mereka (lawan atau musuh kamu) cenderung kepada perdamain, maka kamu hendaklah cenderung kepadanya, dan bertawakkal kepada Allah, sesungguhnya Dia (Allah) Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Dan jika mereka hendak menipumu, maka cukuplah Allah (bagi memelihara mu). Dialah yang menguatkan mu dengan pertolongannya dan orang-orang yang beriman (bersama mu). Dan Dia (Allah) berkuasa menyatukan diantara hati-hati mereka. Kalau Engkau belanjakan apa yang ada dibumi semuanya nescaya Engkau tidak dapat menyatukan hati-hati mereka, tetapi Allah telah menyatukan hati-hati mereka. Sesungguhnya Dia (Allah) Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana)." (Surah Al-Anfal, ayat 61 - 63)

Al-Quran adalah petunjuk yang benar sepanjang zaman daripada Allah, dan Rasulullah adalah contoh kebijaksanaan manusia pilihan Allah. Namun Allah memandu dengan hidayah-Nya apabila membawa mesej dakwah membawa rahmat dan adil kepada seluruh manusia, sama ada dalam berjamaah atau bernegara. Di antaranya menjadikan konsep perdamaian diutama dan didahulukan, walupun terhadap musuh paling keras dan zalim, di atas asas yang sangat kukuh berkonsepkan:

[a] Thawabit

(Nas yang tidak boleh diubah dan tidak boleh berganjak daripadanya)

- iaitu perkara aqidah, dasar dan matlamat perjuangan Islam.

[b] Mutaghayyirat

(menerima perubahan dan anjal atau fleksibel)

- mengikut perkembangan situasi dan realiti, bersama kebijaksanaan yang tidak putus hubungannya dengan Thawabit.

Apabila Rasulullah SAW bersama para sahabatnya RA dihalang daripada masuk ke Makkah bagi menunaikan umrah yang diizinkan kepada semua, mengikut adat dan undang-undang masyarakat arab sejak zaman berzaman, tiba-tiba dicabul secara zalim, sehingga berlaku ketegangan yang diizinkan berperang, sampai berlakunya Bai’ah kesediaan berperang dengan tekad menang atau mati syahid. Tiba-tiba ditawarkan perdamaian Hudaibiyyah oleh musuh yang sangat zalim dan penipu besar, dengan syarat-syarat yang sangat berpihak kepada mereka, menyebabkan majoriti para sahabat RA mahu menolak  keras perdamaian yang ditawarkan itu. Tetapi Rasulullah SAW, dengan petunjuk Allah, tetap mengutamakan perdamaian, tanpa peduli kepada syarat-syarat yang tidak adil dan kemungkinan penipuan daripada musuh. Para Sahabat pula tetap akur kerana keteguhan iman mengatasi semangat yang berkobar untuk bertindak dengan kesediaan setelah berbaiah.

Natijahnya ialah kekukuhan saf perjuangan dalaman dikalangan umat Islam sendiri yang terdiri daripada Muhajirin dan Ansar yang terkumpul daripada Aus dan Khazraj dengan hidayah Allah disatukan hati mereka, menambahkan lagi orang-orang yang menerima Islam dengan hidayah Allah juga. Peristiwa ini juga menyingkirkan kalangan munafik yang bersembunyi disebalik badan untanya, tidak layak mendapat hidayah kerana tidak ada Istiqamah, hanya menjadi duri dalam daging, beriman tanpa keyakinan kepada Allah yang menjanjikan kemenangan dengan mimpi benar kepada Rasulullah SAW.

Allah SWT berfirman menerusi Al-Quran:

لَقَدْ صَدَقَ اللَّهُ رَسُولَهُ الرُّؤْيَا بِالْحَقِّ لَتَدْخُلُنَّ الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ إِنْ شَاءَ اللَّهُ آمِنِينَ

Sesungguhnya Allah membenarkan Rasul-Nya secara mimpi yang benar, bahawa kamu dapat masuk ke-Masjid Haram (Makkah) Insyallah dalam keadaan aman." (Surah Al-Fath, ayat 27)

Tiba-tiba mereka dihalang dengan kekerasan yang hampir mencetuskan peperangan. Kalangan munafiq terdedah, apabila melihat dengan nyata mimpi tidak menjadi kenyataan, tanpa menyedari perkara yang tersirat dalam ilmu Allah dan Kebijaksanaannya. Ada pun kalangan yang beriman tetap menerima kenyataan Allah dan keputusan Rasulullah SAW walaupun tidak nampak hikmah dan tujuannya di masa itu secara spontan.

Allah menegaskan bahawa mereka masuk ke Makkah dalam keadaan aman, bukannya disekat dan diganggu sehingga kenyataan mimpi Rasullah SAW ditangguh. Rasulullah SAW menerima perintah Allah supaya mendahulukan perdamaian dengan keyakinan kefahaman kepada kekuasaan Allah yang berlaku disebaliknya. Ada pun para sahabat pula dibayangi penipuan dengan keangkuhan yang nyata dalam perjanjian Hudaibiyyah yang dimeteraikan :

[1] Tidak dibenarkan permulaannya  dengan ditulis "بسم الله الرحمن الرحيم"dipaksa supaya menerima pakai ayat di masa jahiliyyah "باسمك اللهم".

[2] Mana-mana kalangan orang Madinah yang melarikan diri ke-Makkah tidak boleh diminta pulang. Ada pun orang Islam Makkah yang berhijrah ke Madinah wajib dihantar semula ke Makkah.

[3] Muhammad dan pengikutnya tidak dibenarkan masuk ke Makkah mengerjakan umrah pada tahun ini. Umrah mereka ditangguhkan di tahun hadapan.

Akhirnya, nyatalah hikmah berlakunya janji Allah kedatangan mereka yang masuk Islam berlipat-ganda dan berduyun-duyun, serta perpaduan kalangan mereka yang ikhlas sahaja. Negara Islam Madinah makin teguh dan kuat, berakhir dengan peristiwa Fathul Makkah (pembebasan Kota Makkah).

Allah telah menjinakkan hati-hati manusia dengan kewujudan perpaduan dalaman umat Islam di kalangan Muhajirin dan Ansar, Aus dan Khazraj dengan Hidayah yang tidak mungkin dicapai dengan perbelanjaan harta sepenuh bumi. Menolak sangkaan golongan munafiq dan lemah iman yang menyusup ke dalam jemaah Islam.

Firman Allah:

بَشِّرِ الْمُنَافِقِينَ بِأَنَّ لَهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا * الَّذِينَ يَتَّخِذُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ أَيَبْتَغُونَ عِنْدَهُمُ الْعِزَّةَ فَإِنَّ الْعِزَّةَ لِلَّهِ جَمِيعًا

"Berilah berita galakkan kepada orang-orang munafiq, bahawa untuk mereka azab yang sangat pedih. Mereka ialah kalangan orang yang memberi wali (kawan setia dan kepercayaan) kepada orang yang kafir bukannya kepada orang-orang yang beriman. Adakah mereka mahu mendapat kekuatan yang dapat memberi kemenangan daripada orang-orang yang kafir itu? Maka sesungguhnya kemuliaan dan keperkasaan yang memberi kemenangan itu semuanya daripada Allah." (Surah An-Nisa', ayat 138 - 139)

Maka Rasulullah SAW menolak tawaran bantuan daripada bukan Islam ketika Badar dan Uhud, di mana Islam dalam keadaan sangat lemah, sebaliknya terus bertahaluf dan boleh menerima bantuan bukan Islam selepas Fathul Makkah, di masa Islam berada dalam keadaan yang sangat kuat. Menunjukkan mesej Islam bagi menyampaikan rahmat dan adil ketika kuat terhadap pihak yang lain, tegak di atas kekuatan sendiri. Bukan meminta dan menagih atau menumpang kekuatan pihak lain bagi kemenangan Islam, atau menipu kawan di masa lemah menendang kawan di masa kuat.

PAS wajib mengikut perjalanan ini, wajib beristiqamah dan eratkan hubungan dengan Allah, tarbiyahkan diri dengan ilmu dan iktibar pengalaman, dan ikhlaskan niat kerana keredhaan Allah demi menyelamatkan rakyat dalam negara Hidayah (petunjuk) bukan Negara Jibayah (berpijak hanya di atas duit yang dicukaikan), nescaya selamat daripada agenda tipu dalam semua pengalamannya. Ada orang yang menuduh PAS ditipu di masa menyertai Kerajaan Campuran (1970) dan bersama Barisan Nasional dahulu (1974-1978), sehingga ada yang keluar parti atau menubuh parti lain. Hasilnya pengaruh Islam masuk ke dalam semua kementerian dan jabatan kerajaan, serta institusi pendidikan yang melahirkan pelapis perjuangan lebih panjang. Parti yang ditubuhkan kerana protes mati atau bernyawa ikan diatas tanah yang kering menunggu mati, ada yang kembali semula kepada PAS, ada yang tersungkur keluar daripada medan perjungan.

Ada orang menuduh PAS ditipu apabila bersama Parti Semangat 46. Hasilnya, menawan Kelantan  sehingga kini, sehingga berjaya melaksanakan sebahagian daripada Islam dan merancang, termasuk undang-undang  syariat Allah iaitulah Qisas, Hudud dan Takzir. Parti semangat 46 sudah mati semangatnya. Ada orang menuduh PAS ditipu lagi kerana bersama Barisan Alternatif, kemudiannya Pakatan Rakyat. Hasilnya menawan semula Terengganu, menguasai Kedah, memimpin Perak, walaupun seketika, hasilnya kebanjiran ahli baru daripada semua kalangan, khususnya penganut Islam yang menjadi tonggak politik negara dan yakin PAS tidak mampu diperkudakan oleh DAP dan wujudnya Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) daripada kalangan bukan Islam. Mereka yang baru masuk PAS lebih ramai daripada yang mengata PAS ditipu dan terus memeluk DAP dengan kasih sayang tanpa batas atau menubuh parti baru yang manjadi mata rantai DAP.

Ada lagi yang menuduh PAS ditipu Umno dalam isu Hudud, mereka memahami hudud itu berjaya apabila dilihat sudah ada tangan yang dipotong sekarang ini, tanpa menyedari betapa desakan melaksanakannya sudah masuk ke dalam jentera kerajaan dan ke dalam kalangan UMNO sendiri. Tidak lagi suara menghina dan mengejek saperti dahulu, kecuali kalangan yang sudah habis tempuh suaranya, laksana ubat yang sudah tamat tempuhnya.

Inilah hikmah apabila istiqamah dengan Allah SWT secara ilmu yang memandu kebijaksanaan, dan mengatur strategi yang boleh berubah di atas dasar dan matlamat Islam yang haram diubah. Kebiasaannya senario dahulu tidak berulang, hanya menjadi pengajaran untuk mengatur langkah meneruskan perjuangan.

PAS pernah ditendang keluar daripada Barisan Nasional pada tahun 1978 apabila dirasakan mereka kuat dan PAS sangat lemah dengan kejatuhan Kelantan. Namun, kebangkitan PAS selepasnya lebih kuat dan teguh. Kelantan di ambil semula dengan lebih kuat dan panjang umurnya. Kini PAS ditendang keluar oleh DAP yang merasa cukup kuat kerana memerintah hanya Pulau Pinang, namun sokongan kepada PAS lebih meningkat, walaupun beberapa ranting PAS kononnya berjaya dicantas, tetapi tunas yang tumbuh daripadanya lebih banyak dan lebih subur.

Jatikan diri jamaah ini ketika belum menang, kita adalah mulia bersama Islam  di masa lemah dan kuat. Maka, perjuangan ini tidak layak bagi mereka yang tidak berani mebuka mulut bercakap Islam, lebih tidak layak kepada yang menagih kasihan pihak lain sehingga melupai pertolongan Allah kepada hamba-hambannya yang beriman dengan ikhlas. Perjuangan ini tidak layak bagi orang yang gopoh untuk menang sehingga tidak Istiqamah  di atas  aqidah perjuangan, tidak berpijak lagi di atas dasarnya dan sanggup membuang tanda hala tuju perjalanan menegakkan Islam kerana merasa malu dan hina bersama Islam. Semuanya disingkir atau tersingkir hanyut, masuk ke dalam perangkap sampah perjuangan, yang menyekat aliran perjalanan dan kemaraan perjuangan Islam yang sebenar.

Firman Allah SWT:

أَنْزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَسَالَتْ أَوْدِيَةٌ بِقَدَرِهَا فَاحْتَمَلَ السَّيْلُ زَبَدًا رَابِيًا وَمِمَّا يُوقِدُونَ عَلَيْهِ فِي النَّارِ ابْتِغَاءَ حِلْيَةٍ أَوْ مَتَاعٍ زَبَدٌ مِثْلُهُ كَذَلِكَ يَضْرِبُ اللَّهُ الْحَقَّ وَالْبَاطِلَ فَأَمَّا الزَّبَدُ فَيَذْهَبُ جُفَاءً وَأَمَّا مَا يَنْفَعُ النَّاسَ فَيَمْكُثُ فِي الْأَرْضِ كَذَلِكَ يَضْرِبُ اللَّهُ الْأَمْثَالَ
"Allah menurunkan daripada langit itu air hujan yang mencurah, lalu mengalir ke lembah-lembah dan mengisi air mengikut kadar keluasan masing-masing. Aliran air itu juga membawa buih yang tidak berfaedah, namun di dalam air itu ada bahan berharga (logam) yang boleh dibakar menjadi perhiasan dan barangan yang mahal harganya, di samping buih itu juga. Allah menjadikan perbandingan di antara hak dan batil. Adapun buih (yang batil) itu hanyut menghilang, dan adapun yang memberi manfaat kepada manusia tetap melekat teguh di bumi. (Begitulah Allah menyatakan perbandingannya)."

Sabda Rasulullah SAW:

وَاللهِ لَيُتِمَّنَّ الله هَذَا الأَمْر حَتَّى يَسيرَ الرَّاكبُ مِنْ صَنْعَاءَ إِلَى حَضْرَموتَ لاَ يَخَافُ إلاَّ اللهَ والذِّئْب عَلَى غَنَمِهِ ، ولكنكم تَسْتَعجِلُونَ   
"Demi Allah ! Sesunguhnya Allah mesti menyempurnakan urusan Islam (sehingga menang), sehingga orang musafir yang jauh, daripada Sana'a ke Hadramaut (di Yaman) tidak takut lagi (kerana keamanan daripada pelaksanaan undang-undang Islam menentang jenayah khususnya Hudud), (melainkan takut kepada Allah dan takutkan serigala menangkap ternakannya), tetapi kamu terlalu gopoh mahukan kemenangan (tanpa Istiqamah)."

ISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN

Presiden PAS
23 Zulkaedah 1436H / 07 September 2015M
- HARAKAHDAILY 7/9/2015

Sumber HD - 7-9-2015

Cuba sama-sama menilai kehebatan bacaan politik Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Posted on Friday, September 04 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


Cuba kalian nilai bacaan politik beliau selepas langkah kajang. Firasat seorang ulama ni pada akalan kita tak munasabah tapi akhirnya betul.

Contoh :

1. Isu langkah Kajang :

Kes Khalid Ibrahim, TGHH komited menyatakan Tan Sri Khalid tidak bersalah,dengan menampilkan konsep Islam dalam pertuduhan, akhirnya memang benar bila TSKI menang di mahkamah.

Sewaktu Presiden PAS mempertahankan Khalid Ibrahim, setiap penjuru malah ahli PAS sendiri menghentam pandangan beliau. Masih ramai yang gagal menjiwai seni politik hebat Presiden PAS.

2. Isu Bersih 4 :

Najib tidak patut digulingkan. Dulu ramai yang sangkal, kononnya UG dan macam-macam label, tapi TGHH atas kefahaman politik Islam beliau, menilai yang bobrok bukan Najib shj, tetapi sistem. Sistem yang diwarisi zaman berzaman oleh UMNO, Najib tidak lahir dalam PAS atau PKR atau DAP.

Akhirnya hari ni ramai yang menerima pendapat beliau. PKR dan DAP dulu yang main zikir UG, hari ini terpaksa menjilat ludah sendiri.

Presiden PAS 10 tahun mendahului yang lain.

Namun sedihnya sekarang masih ramai yang keliru dan ingin ambil jalan mudah. Dengan harapan jatuhnya Najib, maka terselamatlah Malaysia. Sedangkan bila jatuhnya Najib sudah tentu penggantinya dari bakul yang sama. Lalu sistem kebobrokan berkekalan. Talian hayat UMNO berterusan di bantu oleh mereka yang tidak memahami konsep berpandangan jauh Presiden PAS.

Lalu ramai yang berseronok apabila Tun Mahathir turun bersama di jalanan sewaktu BERSIH 4.

Sedangkan itulah taktik licik UMNO untuk terus berkuasa bersama sistem kotornya. Namun "Melayu Mudah Lupa". Dari bakul mana sebenarnya Tun Mahathir ini? yang mendapat gelaran "Hero Ekpress".

3. Krisis Timur Tengah,

TGHH pernah ke Yaman, dan berjaya menenteramkan persengketaan diantara kabilah disana, tapi tidak lama bertahan sebab kejahilan orang arab disana dan termakan dakyah musuh Islam.

4. Pendekatan muwajahah silmiyyah.

Satu pendekatan politik Islam yang sangat ditakuti oleh barat. PAS adalah satu2nya yang memperkenalkan konsep ini. CIA kerap kali cuba untuk memahami politik di negara kita, namun x berjaya kerana seni politik islam ini unik sehinggakan mereka pun terkeliru.

Itulah beberapa ide dan gagasan hebat serta pandangan jauh Presiden PAS.

Kehebatan itulah juga membuatkan Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz amat menyayanginya sehingga akhir hayat.

Bangga Aku menjadi Ahli PAS.

dr DPPK

Sumber TKO - 4-9-2015

Khutbah: Haji-Menyahut Seruan Nabi Ibrahim
Posted on Thursday, September 03 @ 22:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
mms://webtv.terengganukini.net/khutbah/2015/150828/150828.wmv

maqam ibrahimSinopsis: Ibadat haji adalah ibadat yang sangat lama. Nabi Ibrahim diperintah mebangunkan Kaabah, menyeru manusia agar datang menunaikan haji ke Mekah. Seruan Nabi Ibrahim adalah benar sebagaimana seruan Nabi Muhammad SAW mengajak manusia agar beriman dan mentaati Allah.


DSTG Presiden PAS berkhutbah mengenainya seperti di bawah pada  28 Ogos 2015 :Haji-Menyahut Seruan Nabi Ibrahim (12)"


Sumber TKO - 3-9-2015


Presiden PAS bersama penduduk kampung
Posted on Friday, August 28 @ 19:59:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Walaupun lihat pada pewatakannya macam tidak mesra tetapi sebenarnya Presiden PAS (Ayah Chik) sangat mesra dengan orang kampung.


Sumber TKO - 28-8-2015

Khutbah: Haji-Syiar Kekuatan Umat Islam
Posted on Thursday, August 27 @ 21:08:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
http://www.terengganukini.net/v2/

haji-mabrurSinopsis: Ibadat haji bukan ibadat ritual seperti yang difahami oleh setengah orang. Ia menjadi rukun Islam ke 5, dan disebaliknya ada falsafah dan hikmah besar bagi umat Islam. Ia menjadi syiar kekuatan umat Islam. DSTG Presiden PAS berkhutbah mengenainya seperti di bawah pada 21 Ogos 2015:


Haji-Syiar Kekuatan Umat Islam (0)"



Sumber TKO -27-8-2015














































Terus mara wahai presiden















































SYARHAN HUMAIZI HALIM | .


BICARA ini ditujukan khusus buat Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan seluruh kepimpinan PAS Pusat yang disayangi. Mauduk coretan ini sebagai reaksi kepada senario yang lahir dari sikap dan tindakan bekas pimpinan-pimpinan PAS ekoran peletakan jawatan parti untuk mereka bersama Gerakan Harapan Baru.

Negeri Selangor khususnya kepada kalangan Pemuda PAS menjadi sasaran mereka menyebarkan fahaman. Namun, didapati hanya segelintir Pemuda PAS yang terpengaruh untuk bersama mereka. Itupun di Kawasan Shah Alam dan Hulu Langat.

Sedangkan di Kawasan lain hanya berlaku kes terpencil, tidak menyeluruh seperti yang digembar gemburkan. Pun begitu, setiap kekosongan jawatan tersebut telah diisi dengan kepimpinan Pemuda baru. Insya-Allah para pengganti ini senantiasa bersedia menghadapi setiap mehnah mendatang untuk melangkah terus istiqamah bersama perjuangan PAS.

Untuk makluman Tuan Guru, situasi ini tidak sedikit pun melemahkan semangat para Pemuda di Kawasan-kawasan terbabit. Bahkan suka saya nyatakan, bahawa para Pemuda semakin semangat untuk terus berkhidmat pada perjuangan. Mereka sedang menyusun langkah lebih gagah serta segala perancangan ke arah lebih baik dan sempurna bagi mempersadakan Islam di tanah air.

Cetusan semarak jiwa para anak muda ini menunjukkan mereka bangkit memperjuangkan hak agama tanpa ragu. Mereka bangun tanpa rasa takut dan gerun terhadap celaan dan cercaan manusia. Juga tidak terpesona kepada tawaran manis dari sebahagian umpanan 'gula-gula'. Semuanya, tidak langsung memberi kesan, bahkan dapat dilihat dengan jelas keikhlasan pada riak wajah mereka.

Muwajahah silmiah iaitu pendekatan perjuangan secara damai dan aktiviti perjuangan akan rancak diteruskan. Apalah sangat 'ugutan' dengan cara meletakkan jawatan itu lalu dipromosikan melalui sidang media yang dibuat? Sudah pasti tidak mampu menggugat keazaman ahli Pemuda untuk terus melangkah gagah, sekalipun terdapat segelintir di kalangan mereka yang membuat perangai 'keanak-anakan'.

Saat ini, kami para Pemuda PAS Selangor secara jujur menyatakan komitmen serta kebersamaan untuk meneruskan perjuangan ini. Segala badai yang menimpa, selagi dasar Islam menjadi agenda utama perjuangan, maka kesetiaan kami berikan sebagaimana kesetiaan para sahabat Nabi. Kami titipkan ungkapan yang pernah dinyatakan oleh seorang Sahabat RA iaitu al Miqdad bin Amru al Aswad RA di dalam peperangan Badar.

"Wahai Rasulullah, teruskan mara dengan apa yang telah diperintahkan oleh Allah, maka kami akan bersama dengan kamu. Demi Allah, kami tidak akan berkata seperti golongan Bani Israel berkata kepada Nabi Musa, "Pergilah kamu dan Tuhan kamu berjuang,  kami hanya menanti disini." Akan tetapi kami akan berkata, "Pergilah kamu dengan Tuhan kamu berjuang, nescaya kami akan bersama kamu." Maka demi Allah yang mengutuskan kamu atas kebenaran, jika kamu pergi ke "Birkil Qimad" (yakni suatu tempat yang jauh) nescaya kami akan bersama dengan kamu sehingga sampai ke tempat tersebut tidak kira apa sahaja yang menghalangi."

Komitmen yang ditunjukkan oleh generasi terdahulu di kalangan 'Sofwah Mukhtarah' ini, menjadi aspirasi kami di kalangan para Pemuda PAS. Kesetiaan dan ketaatan kami kepada kepimpinan, adalah seperti yang diajar oleh Baginda Rasulullah SAW; selagi ia tidak membawa kepada melakukan maksiat terhadap Allah SWT.

Kami akan berusaha segala upaya yang ada bagi memastikan relevensinya perjuangan PAS dalam negara dan masyarakat hari ini. Kami sedia pastikan agar dasar ikuti, pendekatan lebih kontemporari menerjah waqi' massa dan perancangan futuristik, menyelami jiwa anak muda agar disantuni di semua segmen aktiviti mereka.

Akhirnya, doakan kami sepertimana Tuan Guru mendoakan kepada anak-anak Tuan Guru yang juga turut menjadi sahabat kami agar mendapat istiqamah. Mudahan "Beristiqamah Hingga Kemenangan." – HARAKAHDAILY 25/8/2015

Penulis ialah Ketua Pemuda, Dewan Pemuda PAS Selangor

Sumber HD - 25-8-2015

Menjana istiqamah

DATUK SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG | .


Firman Allah SWT:

مَا كَانَ اللَّهُ لِيَذَرَ الْمُؤْمِنِينَ عَلَى مَا أَنْتُمْ عَلَيْهِ حَتَّى يَمِيزَ الْخَبِيثَ مِنَ الطَّيِّبِ وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُطْلِعَكُمْ عَلَى الْغَيْبِ وَلَكِنَّ اللَّهَ يَجْتَبِي مِنْ رُسُلِهِ مَنْ يَشَاءُ فَآمِنُوا بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ وَإِنْ تُؤْمِنُوا وَتَتَّقُوا فَلَكُمْ أَجْرٌ عَظِيم
ٌ (179) آل عمران


"Allah tidak sekali-kali membiarkan orang-orang yang beriman itu di atas kedudukan  yang ada selama-lamanya(tanpa ujian penapisan), sehingga Allah mendedahkan perbezaan di antara yang buruk  dikeluarkan daripada yang baik.  Allah tidak menampakkan kamu perkara yang ghaib, tetapi Allah memilih sesiapa yang Dia kehendaki di kalangan para Rasulnya (dengan pendedahan tersebut) . Maka beriman (percayalah) kepada Allah dan para Rasulnya. Dan jika kamu beriman dan bertaqwa, maka Allah kurniakan kamu ganjaran yang sangat besar". (Surah Ali-Imran: 179)

Sebab nuzul (turun) ayat-ayat ini bersempena peristiwa Uhud yang berlaku di bulan Syawwal tahun ketiga hijrah. Apabila Rasulullah SAW bermusyawarah dengan para sahabat RA setelah mengetahui kedatangan musuh daripada musyrikin Makkah, mereka sudah berada di Uhud 6 Syawwal tahun ketiga hijrah, bala tentera yang besar jumlahnya 3,000 orang, bersenjata lengkap untuk menyerang Madinah.

Dalam mesyuarat itu Rasulullah SAW mencadangkan supaya bertahan di Madinah, menunggu musuh datang menyerang, di mana pihak Islam boleh bertempur di lorong dan berbentengkan bangunan. Cadangan ini disokong oleh Abdullah bin Ubai pemimpin munafiq dengan niat yang jahat, memudahkannya menyembunyikan diri.

Cadangan kedua pula daripada kalangan para sahabat, supaya keluar menyerang musuh di luar daripada kota Madinah, ke tempat mereka sedang berkhemah berhampiran bukit Uhud. Langkah ini lebih strategik dan menyelamatkan kota Madinah yang menjadi benteng terakhir. Cadangan ini disokong kuat oleh Saidina Hamzah RA dan lain-lain, khususya para sahabat yang tidak sempat ke Badar.

Akhirnya Rasulullah SAW memilih cadangan kedua, iaitu keluar menentang musuh yang sudah berada di Uhud. Apabila melihat Rasulullah SAW memakai pakaian perang  untuk keluar, kalangan yang membawa cadangan ingin menarik balik cadangan mereka, kerana sangat bersimpati kepada Rasulullah SAW terhadap cadangannya, serta tidak mahu mengecewakan kalangan munafik. Tiba-tiba Rasulullah SAW menegaskan bahawa sifat seseorang Rasul itu tegas dengan keputusan masyuaratnya.

Dalam perjalanan ke Uhud pula Abdullah bin Ubai menarik pengikutnya berundur dengan alasan cadangan yang disokongnya dalam mesyuarat telah ditolak dan dikecewakan. Dia berjaya manarik satu pertiga anggota yang berjumlah hanya seribu orang, menjadikan bakinya 700 anggota.  Berbanding dengan musuh yang lebih besar berjumlah 3,000 anggota. Dalam keadaan ini juga Rasulullah SAW menolak pasukan tentera kaum Yahudi Madinah rakan tahaluf yang datang untuk memberi bantuan, hanya menerima Yahudi yang beriman sahaja.

Apabila sampai di Uhud, Rasulullah SAW mengatur kedudukan tentera Islam secara terperinci dengan kedudukan masing-masing. Sebahagiannya berada di markas operasi, bersama Rasulullah SAW,  sebahagian lagi ialah pasukan pemanah, ditugaskan berada di atas puncak anak bukit, mengawal dan menjadi pelindung daripada serangan yang mungkin datang daripada belakang, mereka diberi arahan tidak dibenarkan meninggalkan tempat dalam semua keadaan. Adapun sebahagian yang lain menyerang musuh yang besar jumlahnya.

Pada awal peperangan tentera Islam mencapai kemenangan, sehingga musuh berundur meninggalkan banyak harta yang dibawa untuk menjadi semangat kepada mereka. Apabila pasukan pengawal anak bukit meninggalkan kedudukan mereka, tanpa peduli kepada arahan Rasulullah SAW kerana ingin memungut  harta yang ditinggalkan musuh. Maka, datanglah kemalangan yang tidak berbau, tentera berkuda  musuh mengambil kesempatan menyerang daripada belakang, menjadikan markas besar terdedah diserang hebat, tentera musuh yang melarikan diri berpatah balik menyerang balas, menjadikan tentera Islam dan Rasulullah SAW yang berada di markas operasi dalam keadaan kritikal, terdedah kepada serangan dan kepungan musuh.

Walaupun Rasulullah SAW berjaya mengambil langkah berundur dan mengambil kedudukan bertahan ke bukit Uhud  berjaya menyelamatkan keadaan, sehingga musuh tidak berani meneruskan serangan bahkan mereka berundur pulang ke Makkah dalam ketakutan.

Namun, ramai kalangan sahabat gugur syahid sehingga 70 para sahabat radiallahuanhum termasuk Saidina Hamzah RA, bapa saudara kesayangan Baginda. Ramai yang mendapat luka, termasuk Rasulullah SAW patah giginya yang mulia, darah berlumuran pada wajahnya, menjadikan semua mereka dalam kesedihan, maka Allah mewahyukan ayat-ayat tersebut di atas tadi.

Allah menurunkan wahyu firman di atas, menegaskan bahawa peristiwa itu ditetapkan-Nya sendiri, dalam ilmu dan kebijaksanaan ketuhanan-Nya, yang Maha Suci daripada segala sifat kekurangan. Allah mengkehendaki berlakunya Istiqamah kepada perjuangan Islam yang dijanjikan kemenangan.

Islam yang ditegakkan itu wajib berlaku adil terhadap semua, membawa rahmat Allah kepada seluruh alam. Kemenangan yang tidak sama dengan ciptaan manusia  yang lemah. Layak diberi Allah hanya kepada mereka yang beristiqamah dengan iman, berilmu dan budiman dengan ikhlas hati. Iman dan Ikhlas hati adalah perkara ghaib yang tersirat diluar kemampuan pandangan manusia dan hanya nyata dalam ilmu Allah.

Maka, berlakulah penapisannya  dengan tarbiyyah secara langsung daripada Allah, bagi menjana istiqamah dan menyingkirkan kalangan yang tidak istiqamah dan tidak ikhlas. Tegasnya, Allah menyingkirkan kalangan munafiq dengan mereka menolak keputusan mesyuarat kerana cadangan mereka ditolak, atau merasakan Islam tidak menang kerana menolak cadangan mereka dan tidak menerima bantuan Yahudi. Ketewasan juga berlaku kerana adanya kalangan yang lemah iman kerana mengejar habuan sebelum kemenangan sehingga meninggalkan kawalan tanpa peduli kepada arahan Rasulullah SAW yang memimpin mereka.

Namun, ada kalangan beriman yang insaf dan bertaubat. Allah SWT berfirman:

إِنَّ الَّذِينَ تَوَلَّوْا مِنْكُمْ يَوْمَ الْتَقَى الْجَمْعَانِ إِنَّمَا اسْتَزَلَّهُمُ الشَّيْطَانُ بِبَعْضِ مَا كَسَبُوا وَلَقَدْ عَفَا اللَّهُ عَنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ حَلِيمٌ
(155) آل عمران

"Sesungguhnya mereka yang berpaling meninggalkan kamu pada hari (Uhud) apabila kamu menghadapi bertembungnya dua kumpulan (Islam dan musuhnya), sesungguhnya mereka telah diselewengkan oleh syaitan dengan sebab sebahagian daripada apa yang telah mereka usaha bersalah laku. Sesungguhnya Allah mengampunkan mereka dan Allah itu Maha pengampun dan Maha berlembut terhadap hambanya". (Surah Ali-Imran: 155)

Berlakunya tidak Istiqamah kerana tidak beriman atau tidak ikhlas atau jasad dan rohnya tidak berakhlak. Perkara roh dan hati hanya berada dalam ilmu Allah, ada juga yang menzahirkan kesalahannya, dan ada yang tidak terzahir sifat buruknya, Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Ada kalangan yang beristighfar kembali ke pangkal jalan dan ada yang berdegil sehingga menemui ajalnya.

Al-Quran adalah petunjuk sepanjang jalan dan zaman. Fahamilah Al-Quran di hadapan guru yang mursyid, jangan bergurukan "facebook" yang tiada mursyid atau sepertinya. - HARAKAHDAILY 21/8/2015

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
06 Zulkaedah 1436H / 21 Ogos 2015M

Sumber HD - 21-8-2015

Khutbah: Pengajaran Dari Bulan-Bulan Yang Mulia
Posted on Wednesday, August 19 @ 19:18:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



mms://webtv.terengganukini.net/khutbah/2015/150807/150807.wmv

zulhijjahSinopsis: Zulqaedah menjelma. Zulhijjah akan menyusul. Jemaah haji mula bergerak ke tanah suci sedikit demi sedikit. Allah menjadikan bulan-bulan yang mulia untuk hambaNya menjadi mulia dengan cara mentaatiNya. DSTG Presiden PAS berkhutbah mengenainya seperti di bawah pada 14 Ogos 2015 :


Pengajaran Dari Bulan-Bulan Yang Mulia (0)


Sumber TKO - 19-8-2015


Hanya satu jamaah yang selamat

Posted on Wednesday, August 19 @ 16:36:52 MYT by paktam

Oleh Alang Ibn Shukrimun

PETIKAN KULIAH JUMAAT AYAH CHIK

Umat Islam hendaklah mengikut semua cara dan ajaran yang ditinggalkan oleh Nabi SAW kerana ia juga adalah perintah dari al-Quran. Kita tidak boleh menolak hadis-hadis Nabi dan berkata hanya mahu menggunakan al-Quran sahaja. Sebaliknya keduanya perlulah digunakan sekali kerana kebanyakan hadis menafsirkan maksud al-Quran itu sendiri.

Antara yang diajarkan oleh Nabi SAW setelah kewafatannya untuk bersama dengan jemaah Islam. Sabda Rasulullah SAW:

تلزم جماعة المسلمين وإمامهم

Sentiasalah bersama jemaah Islam dan kepimpinan mereka.



Disaat ketiadaan Nabi SAW, jemaah Islam adalah panduan untuk umat Islam terus berada di atas jalan kebenaran. Malangnya ada orang Islam yang mendakwa tidak mengapa menyertai mana-mana kumpulan atau jemaah sekalipun, sementelah hari ini terlalu banyak kumpulan dan jemaah.

Perlu diingat pesanan Nabi SAW:

وتفرقت امتي على ثلاثة وسبعين فرقة كلهم في النار إلا واحدة. قيل: وما هي يا رسول الله؟ قال: ما أنا عليه وأصحابي.

Dan akan berpecah umatku kepada 73 puak. Semuanya akan masuk neraka kecuali satu. Sahabat bertanya, apakah kumpulan itu? Rasulullah menjawab: kumpulan yang mengikut perjuanganku dan perjuangan para sahabatku.

Ini bermaksud bukan semua kumpulan adalah benar. Allah SWT turut menerangkan sifat-sifat kumpulan Islam sebenar yang dimaksudkan:

وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ ۚ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

Dan hendaklah ada di antara kamu satu kumpulan/jemaah yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan, menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. [Ali Imran:104]

Tiga ciri-ciri jemaah Islam ialah:

1. Sentiasa berdakwah kepada kebajikan. Kebajikan yang dimaksudkan adalah seluruh ajaran Islam. Tidak sekali-kali menyembunyikan Islamnya kerana apa jua faktor.

2. Menyuruh kepada perkara kebaikan. Kebaikan adalah mengikut apa yang terkandung dalam al-Quran. Kumpulan ini bukan sekadar menasihat, tetapi berusaha dengan apa jua kekuatan supaya semua manusia melaksanakan ajaran Islam.

3. Melarang perbuatan yang buruk. Ia juga bukan sekadat tegur yang lembut, tetapi dengan kesungguhan seperti yang diterangkan di dalam hadis:

من رأي منكم منكرا فليغيره بيده فإن لم يستطع فيلسانه فإن لم يستطع فبلسانه وذلك أضعف اﻹيمان

Barangsiapa yang melihat keburukan maka ubahlah dengan tangannya. Jika tidak mampu maka ubahlah dengan lidahnya. Jika tidak mampu juga maka cegahlah dengan hati. Dan itulah peringkat selemah-lemah iman.

Jemaah ini bukan sahaja berjuang dengan pesanan lidah semata-mata, malah mereka mengikut sunnah perjuangan Nabi SAW dengan menegakkan sebuah pemerintahan Islam. Firman Allah SWT:
الَّذِينَ إِنْ مَكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنْكَرِ ۗ وَلِلَّهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ

Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan. [Al-Hajj:41]

Kumpulan ini melaksanakan Islam sebagaimana yang Nabi laksanakan. Seperti ayat di atas, Amar Maaruf Nahi Mungkar amat berkait rapat dengan kuasa pemerintahan. Di dalam Al-Quran juga terdapat banyak hukum-hukum yang tidak boleh dilaksanakan melainkan setelah mendapat kuasa pemerintahan seperti Hudud, Qisas dan hukum-hukum umum yang lain.

Bahkan perjuangan yang Nabi lalui dahulu sehingga menyebabkan terpaksa menghadapi peperangan dengan mereka yang menentang Islam. Al-Quran sarat dengan ayat-ayat yang menceritakan tentang perang dan tuntutannya.

Jemaah/kumpulan Islam bukan kumpulan yang longgar perjuangannya. Bukan yang lembut dan tidak mengambil peduli masalah sekitar. Bukan jemaah Islan sebenar sekiranya perjuangan utamanya hanya mengajak duduk beramai-ramai dan menyanyi. Bukan salah untuk menyanyi, tetapi tugas asal perjuangan Nabi hendaklah diutamakan.

Begitu juga, ada jemaah mendakwa Islam tetapi berwala'kan kepada orang kafir. Apa-apa yang hendak dilaksanakan terhadap orang Islam perlu persetujuan orang kafir dulu. Itu juga bukan jemaah Islam sebagaimana yang Tuhan firmankan:

إِنَّمَا وَلِيُّكُمُ اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَهُمْ رَاكِعُونَ

Sesungguhnya wala' kamu hanyalah kepada Allah, dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah).

وَمَنْ يَتَوَلَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا فَإِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمُ الْغَالِبُونَ
Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan rasulnya serta orang-orang yang beriman itu walinya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya kumpulan Allah itulah yang tetap menang. [Al-Maidah:55&56]

Menjadi tanggungjawab kita untuk mengajak manusia menerima Islam. Namun sekiranya mereka menolak, kita tidak boleh paksa. Yang perlu ialah kita laksanakan Islam secara sempurna agar mereka boleh melihat bagaimana hidup secara Islam yang sebenar.

Walaupun mereka hidup di kalangan umat Islam, mereka boleh lakukan apa yang mereka inginkan. Minumlah arak sampai 10 botol sekalipun. Makanlah khinzir 10 ekor seorangpun. Itu hak mereka. Tetapi mereka tidak berhak sekali-kali untuk menghalang umat Islam dari mengamalkan ajaran Islam.

Oleh itu amat perlulah kita memperjuangkan Islam sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi SAW. Baginda sanggup berhijrah sehingga Madinah untuk melaksanakan Islam. Bukan berhijrah sekadar nak tanam kurma (menguatkan ekonomi) semata-mata, tetapi untuk mendirikan sebuah kerajaan yang terkandung padanya segala nilai-nilai ajaran Islam.

Ikut Nabi bermakna perlu ikut keseluruhan ajarannya. Jangan ikut separuh-separuh. Sekiranya kita hanya memerintah untuk kait hasil kelapa sawit (ekonomi) sahaja, kita hanya mengikut separuh dan ianya adalah suatu perjuangan yang tidak sempurna.

Firman Allah SWT:

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [Ali Imran:31]

Masjid Rusila
7 Ogos 2015

Dumber TKO - 19-8-2015

Ini Pembersihan Parti

DSCN0256
Oleh KAM

KUALA TERENGGANU: Tindakan segelintir di kalangan ahli-ahli PAS yang bertindak keluar parti mutakhir ini merupakan suatu proses ‘pembersihan’ dalaman parti itu dengan sendirinya.

DSCN0224

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata tindakan ahli yang keluar meninggalkan PAS itu merupakan suatu proses pembersihan parti dengan sendirinya.

Malah, katanya tindakan segelintir ahli parti itu tidak merisaukan kerana dalam masa sama ribuan ahli baharu menyertai PAS.

“Itu (keluar PAS) pembersihan parti yang berlaku dengan sendiri. Bila berlaku banjir… ‘bah’ pasir berubah. (ketawa) tak-risau-tak risau…gembira-gembira.

“Keahlian (PAS) meningkat dalam masa sebulan yang lalu kita ada menerima 4,000 ahli baharu yang didaftarkan dan masih (ada) 3,000 yang belum diproses (borang) dan diluluskan lagi,” ujarnya dengan penuh ceria.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, di Taman Sri Intan, Jalan Sultan Omar, di sini pada 13 Ogos lalu.

DSCN0213

Ketika ditanya pihak media mengenai status Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah yang diumumkan sebagai Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB) Terengganu, Ustaz Abdul Hadi menjelaskan belum ada ahli yang dipecat kerana menyertai GHB tersebut.

Katanya, PAS Pusat masih menunggu laporan dari negeri-begeri tentang penglibatan ahli dan pimpinan parti dengan GHB.

“Belum ada (ahli) yang dipecat, kita (PAS Pusat) akan melihat laporan dari negeri-negeri,” tegasnya.
Selain itu, kata Dato’ Seri Abdul Hadi, PAS hanya menghantar wakilnya dua orang bagi menyertai Himpunan Bersih 4.0 yang dijadualkan pada 29 Ogos ini.

Ini kerana, katanya yang juga Ahli Parlimen Marang menjelaskan bahawa PAS akan mengadakan majlis sendiri yang akan dibuat selepas itu.

“PAS hantar wakil sahaja…wakil dua orang. Kita akan ada majlis sendiri yang akan kita buat kemudian,” jelasnya kepada pihak media.

DSCN0242

Sebelum ini, PAS Pusat telah melantik Naib Presidennya, Ustaz Idris Ahmad dan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ustaz Kamaruzaman Mohamad bagi mewakili parti dalam Jawatankuasa Bertindak Bersih.

Hadir sama pada majlis rumah terbuka itu Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat dan seluruh kepimpinan PAS negeri, dewan-dewan, kawasan serta wakil-wakil rakyat PAS.

Ribuan rakyat dari semua peringkat umur, bangsa dan agama termasuk kaum Tionghua (Cina) dan India hadir bagi meraikan majlis Aidilfitri tersebut.

Sumber BO - 14-8-2015























































Almarhum Dr Wahbah Az-Zuhaili yang saya kenali

DATUK SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG | .


Pada petang hari Sabtu 23 Syawal 1436 bersamaan 8 Ogos 2015 yang lalu, umat Islam seluruhnya kehilangan Tokoh Ulama Besar, laksana kehilangan satu bintang yang menunjuk arah perjalanan yang jauh di alam dunia sehingga akhirat, kerana ilmunya, amalan dan perjuangannya  melalui tulisan dan lisan. Dr Wahbah Az-Zuhaili Rahimahullah berusia 83 tahun, Allamah bumi Syam atau Syria, kalangan mereka yang benar-benar mewarisi pusaka anbiya a.s.

Saya mula mengenali Almarhum melalui kitabnya yang terawal berkenaan Usul Fiqh dan diikuti penulisan yang berikutnya, menunjukkan keilmuan beliau yang tinggi, khusus dalam bidang Syariat, sehingga sering kali menjadi rujukan para ulama seluruh dunia. Ketokohannya sehingga dilantik menjadi ahli Persatuan Ulama Sedunia, menyertai Majmak Taqrim di kalangan mazhab, Ahli Majlis Fiqh dibawah OIC dan dijemput menjadi Panel Syariah di banyak negara umat Islam, termasuk Malaysia.

Alhamdulillah, saya berkesempatan menemuinya secara dekat berkenalan dalam banyak persidangan antarabangsa di luar negara, membincangkan isu umat Islam dan perpaduannya, mendengar ucapan dan berbincang secara lisan dalam bengkel persidangan dan pertemuan peribadi. Seterusnya saya menjadi tetamu Almarhum apabila melawat Universiti Dimasyk Syria pada tahun 2013.

Beliau adalah salah seorang ulama yang mendukung perjuangan Islam secara ilmu, bukan sahaja tulisannya sahaja, bahkan para pelajar Malaysia yang menuntut di bumi Syria melaporkan keberanian beliau menyampaikan kuliah dan khutbah Jumaat di masjid secara berterus terang menyatakan yang benar, tanpa  takut kepada manusia.

Namun Almarhum sependapat dengan saya supaya masalah umat Islam dalam tanah air sendiri dan kalangan kaum bangsa sendiri berbeza dengan menghadapi musuh yang datang menceroboh, mewajibkan Muwajahah Silmiyyah (secara damai ) tidak melampau.

Sehingga apa yang berlaku dalam dunia Islam sendiri, khususnya di Syria terkini adalah fitnah dalaman yang dicampuri syaitan dalaman umat dan diluar mereka. Almarhum mengambil sikap yang berani bersama rakyat dalam penderitaan tanpa keluar negara sehingga akhir hayat.

Adapun sokongannya kepada PAS cukup bermakna, apabila Almarhum menyebut nama Almarhum Dr Abdullah Ibrahim, bekas Ahli Majlis Syura Ulamak PAS adalah rakan sepengajian beliau,  dan apabila menemui saya terus menyebut: "Salam sejahtera wahai Mujahid!". Ucapan beliau yang sentiasa berdengung di telinga saya dan masuk ke dalam kalbu. Bukan hanya untuk saya, bahkan untuk mengiktiraf perjuangan PAS bagi menegakkan Islam dengan cara yang istiqamah.

Marilah berdoa untuk Almarhum dan bersembahayang ghaib, dengan doa supaya menempatkannya bersama para Nabi, Siddiqin, Syuhada dan Solehin. Mudah-mudahan kita bersama beliau di alam akhirat di kalangan mereka yang berbahagia di sisi Allah.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
28 Syawal 1436H / 13 Ogos 2015
HARAKAHDAILY 13/8/2015

Sumber  - 13-8-2015


Khutbah: Serangan Tentera Ahzab
Posted on Wednesday, August 12 @ 21:35:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


Hadi Awang Ihtifal MTT1
mms://webtv.terengganukini.net/khutbah/2015/150807/150807.wmv

Perang Al-AhzabSinopsis: Musuh Islam sentiasa beusaha memusnahkan islam dengan pelbagai cara. Mereka bergerak dan bekerja dalam pasukan dan kumpulan. Pasukan dan kumpulan inilah yang telah lama disebutkan sebagai Ahzab. DSTG Presiden PAS berkhutbah mengenainya pada 7 Ogos 2015  :


Serangan Tentera Ahzab (1)


Sumber TKO - 12-8-2015























































PM berhenti, pecat TPM tidak selesai masalah

MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR | .


IPOH: Islam telah menegaskan amanah yang paling terpenting adalah amanah politik.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, malangnya masayarakat Islam ketika ini khususnya orang melayu melihat sifat amanah hanya berkisarkan kepada perkara-perkara tertentu.

Sedangkan kata beliau, amanah paling besar adalah amanah dalam memerintah negara dan ia melebihi segala-galanya.

"Malangnya orang Melayu hanya melihat amanah itu berkaitan simpan duit dan kirim barang sahaja.

"Amanah yang disebut dalam Al-Quran dan Hadis adalah amanah memerintah negara, ia adalah amanah paling besar," tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di dalam Perhimpunan Istiqamah Hingga Kemenangan 5.0 di Jalan Pemimpin, Manjoi, Ipoh dekat sini semalam.

Hadir sama ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Nasaruddin Daud, Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria serta seluruh Ahli Jawatankuasa PAS Negeri.

Ahli Parlimen Marang itu menyatakan, Malaysia sedang mengalami pelbagai masalah bukan hanya jenayah, salah laku, keruntuhan akhlak yang menimpa rakyat tetapi yang lebih besar adalah masalah pemimpin yang tidak amanah apabila dipalit dengan pelbagai skandal.

Jelas beliau, pelbagai skandal telah berlaku di dalam negara dan terbaru adalah isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang melibatkan sejumlah besar wang rakyat.

"Banyak skandal yang sudah kita lupa, ketika ini 1MDB, dahulunya skandal KWSP, Tabung Haji, Perwaja dan sebagainya yang hampir kita lupa. Semuanya mencapai angka billion.

"Perdana Menteri berhenti, pecat Timbalan Perdana Menteri tidak selesai juga masalah. Di mana silapnya? Pimpinan tidak tunai amanah dengan betul, fahamilah amanah ini," tegasnya.

Jelas beliau, budaya pecat pemimpin tidak akan menyelesaikan masalah kerana permasalahan sebenar adalah amanah di dalam diri pemimpin negara.

Beliau menegaskan bahawa semua kerajaan di seluruh dunia termasuklah di dalam negara ini tidak akan kekal selama-lamanya dan apabila sampai masanya mereka akan tumbang.

"Barisan Nasional tidak akan kekal dan semua kerajaan tidak akan kekal. Kerajaan di Indonesia, Jepun, India dan Amerika sendiri kuasa pemerintahan silih berganti.

"Kita mahukan satu perubahan ke arah kerajaan yang menunai amanah dan baik iaitu perubahan dengan Islam," jelasnya lagi. - HARAKAHDAILY 10/8/2015

Sumber HD - 10-8-2015


Khutbah: Bulan Memperkasakan Umat Islam

Posted on Friday, August 07 @ 07:17:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


Hadi Awang Ihtifal MTT1


TG Hj Abd Hadi Awang
Masjid Darul Iman,
Besut, Terengganu
Video : Streaming , Download


ibadah-hajiSinopsis: Puasa di bulan Ramadhan, Eid alFitr, ibadat haji adalah di antara ibadat yang menjadi syiar bagi mentarbiah dan memperkasakan umat Islam, meneguhkan iman, menguatkan iltizam mereka bagi meneruskan tugas sebagai khalifah Allah di bumi. DSTG Presiden PAS berkhutbah tentang perkara ini seperti di bawah pada  24 Jul 2015 :

Sumber TKO / TK - 7-8-2015

Apa yang LGE mahu ?
Posted on Thursday, August 06 @ 21:18:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Seseorang telah menghantar pautan berita ini kepada saya :
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/will-you-apologise-now-for-defending-najib-dap-asks-hadi


Saya tersenyum membacanya. Tersenyum kerana saya tidak menyangka sama sekali LGE boleh menjadikan berita yang di spin saban hari oleh media TMI sebagai "prime source" rujukan beliau. Saya sebenarnya tidak faham apakah dendam LGE terhadap TGHH sehingga dalam tempoh setahun ini (Julai 2014 -Julai 2015) rekod yang dikumpul menunjukkan Sdr LGE bertindak menghentam TGHH tidak kurang dari 20 kali dalam kenyataan dan ucapan beliau. Semuanya bersumber dari maklumat yang salah, dan jauh dari maksud sebenar apa yang disebut oleh TGHH.

Hanya satu sahaja kesimpulan saya pada saat ini. Samada LGE mempunyai masalah kesihatan yang serius untuk memahami bahasa tulisan dan pertuturan yang mudah, atau pun beliau sememangnya bukan ahli politik yang faham bahasa politik.

Atau adakah mungkin semua ini adalah sebahagian strategi LGE dan strategis beliau untuk menimbulkan kemarahan ahli dan penyokong PAS di seluruh negara ! Tapi untuk apa ya ?

Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
Setiausaha Politik Presiden PAS
6 Ogos 2015



Sumber TKO - 6-8-2015


























































Pas: Tukar pemimpin tidak selesai masalah

Posted on Monday, August 03 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



KUALA LUMPUR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan masalah sama tetap akan berulang dalam pemerintahan negara meskipun pemimpinnya ditukar jika corak pemerintahannya tidak berlandaskan Islam.

Menurutnya, di negara ini apabila pemimpin negara menimbulkan masalah mereka akan ditukar namun penyelewengan sama tetap berlaku selepas itu.

“Sudah banyak masalah yang kita alami sebelum ini tapi memang kita ini betul ‘Melayu mudah lupa’. Kita ingat yang baharu sahaja. Bila mari (datang) masalah, tukar perdana menteri, mari masalah pecat timbalan perdana menteri. Lepas satu satu. Masalah tak selesai.

“Lantik yang baharu, masalahnya itu juga (berulang). Sebabnya kita tak kembali kepada Islam. (Sepatutnya) selesaikan masalah dengan Islam,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada Perhimpunan Istiqamah Hingga Kemenangan Pas Wilayah Persekutuan (Pihak 4.0), di sini, malam tadi.

Pas turut bersedia menyokong pemerintah sekarang sekiranya mereka kembali kepada Islam.

“Kita nasihatkan menteri-menteri sekarang segera kembali kepada Islam. Kita setuju…sokong kalau dia (menteri) kembali kepada Islam.

“Kita tidak berebut jawatan. Tapi jika tidak kembali kepada Islam, kita lawan habis-habisan. Ini tanggungjawab kita (Pas),” katanya.

Tegasnya lagi, Pas hanya mahu menunaikan amanah dengan cara Islam oleh itu, Abdul Hadi menyerahkan keputusan kepada rakyat untuk menentukan.
“Pas tidak berebut jawatan perdana menteri. Pas tidak berebut jawatan jadi ketua kerajaan. Pas tak berebut jawatan menteri Kabinet. Acapkali dah orang tawar…Pas tidak berebut jawatan ini.
“Pas mahu tunaikan amanah dengan betul mengikut Islam. Terpulang kepada rakyat, nak pilih siapa. Kalau rakyat rasa amanah sudah hilang dengan pemerintah, yang ada…pilih Pas. Terpulang pada mereka (rakyat),” katanya.
Katanya lagi, orang bukan Islam tidak perlu takut dengan pemerintahan mengikut jalan Islam kerana ia merupakan pemerintahan yang adil.
“Kita anggap pemerintahan negara adalah amanah dan orang-orang yang bukan Islam, jangan takut dengan Islam. Islam bukan hanya agama. Dalam Islam terkandung semua perkara termasuk pemerintahan negara. Kita tidak paksa mereka masuk Islam.
“Dalam sejarahnya, ramai orang Islam dan yang bukan berada di bawah pemerintahan Islam. 

Mereka rela berada di bawah pemerintahan Islam. Pemerintahan yang adil,” katanya. - Sinar Harian

Sumber TKO - 3-8-2015

Nafi berita Presiden PAS disiarkan Berita Harian

HARAKAHDAILY | .


TAJUK berita dalam akhbar cetak Berita Harian "Hadi beri amaran jangan sokong undi tidak percaya" bertarikh 31 Julai 2015 itu adalah salah dan mengelirukan.

Presiden PAS menyebut bahawa undi tidak percaya di parlimen adalah salah satu proses demokrasi. PAS akan menelitinya.

Bagaimana pula ia telah dispin sedemikian rupa oleh Berita Harian dengan tajuk dan isi yang bercanggah dengan apa yang disebut oleh Presiden PAS. Melainkan Berita Harian berniat jahat dan mempunyai agenda pecah perintah.

Kami mendesak pihak Berita Harian meminta maaf dan membuat pembetulan dalam masa 24 jam.
Sekiranya pihak Berita Harian enggan berbuat demikian, pihak kami akan mengambil tindakan selanjutnya.

Disertakan pautan temuramah tersebut:

Watch "UNDI TIDAK PERCAYA ADALAH PROSES DEMOKRASI" on YouTube - https://youtu.be/FrtduqAGCBU

DR AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Setiausaha Politik Presiden PAS
31 Julai 2015

Sumber HD - 31-7-2015

Kenapa Tajuk Akhbar Beza Dengan Cakap Presiden PAS?
Posted on Friday, July 31 @ 15:07:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Tajuk akhbar di mulai dengan The Malaysian Insider  PAS tolak undi tidak percaya Najib di Parlimen, kata Hadi Kemudian diikut akhbar lain kononnya Presiden PAS jangan sokong undi tidak percaya. Macam ada keserangaman akhbar pro Pakatan dan pro UMNO dalam menyerang PAS. 


Sedangkan Presiden PAS Kata undi tak percaya adalah satu daripada sistem demokrasi?

Ini ada video asal ucapan Presiden PAS.


https://www.youtube.com/watch?v=FrtduqAGCBU&feature=player_embedded

Kenapa selalu aje fitnah kepada Presiden PAS. Kenapa suka sangat cari keburukan dan kelehaman Presiden PAS supaya orang membenci. Islam ajar ke? Projek nak bunuh kareter Presiden tak berjaya, projek nak ganti presiden pun tak berjaya. Itu kah Amanah Progresif dan peduli? 

Sumber TKO - 31-7-2015

























































Memaknai istiqamah dalam perjuangan

DATUK SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG | .

“Dan bahawa sesungguhnya inilah jalan-Ku (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain daripada Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu daripada jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.” (al-An‘aam: 153)

Pergantungan Kepada Allah

Istiqamah merupakan konsep sangat penting kepada umat Islam, khususnya kepada perjuangan Islam yang didukung oleh golongan terpilih oleh Allah SWT untuk memimpin ummat. Betapa perlunya istiqamah ini sehingga umat Islam diperintah supaya berdoa pada tiap-tiap rakaat solat, Ihdinassiratalmustaqim.

Allah SWT menafsirkan sendiri di dalam banyak ayat-Nya berkenaan dengan istiqamah, iaitulah supaya teguh dan tetap di atas jalan yang betul dan ditetapkan oleh-Nya dan diajar pula secara huraian oleh Nabi Muhammad SAW. Istiqamah boleh dihasilkan iaitulah yang pertama dan terpenting; manusia mesti bergantung dengan Allah Taala, berdoa pada tiap-tiap rakaat solat dan pada setiap masa. Jangan merasa diri sudah pandai, bijak dan kuat.

Iblis adalah makhluk yang menganggap dirinya bijak dan sememangnya bijak, tetapi dengan sebab sombongnya dan tidak bergantung kepada Allah Taala akhirnya menjadi sesat. Allah telah menunjukkan kepada kalangan umat manusia betapa mereka boleh terpesong dengan mudah daripada jalan Allah. Bukan sahaja golongan jahil, termasuk juga golongan yang sangat tahu. Oleh itu, manusia mesti bergantung secara khusyuk kepada Allah Taala dengan penuh keimanan dan keikhlasan pada tiap-tiap rakaat.

Contoh dan Teladan

Allah menyuruh mengambil contoh as-sirat al-mustaqim, istiqamah itu daripada kalangan yang menegakkannya dan juga dari kalangan menyeleweng. Siratallazi naanamta alaihim ghairil maghdu bialaihim waladdallin. Jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat ke atas mereka, bukan jalan orang yang dimurkai ke atas mereka dan bukan jalan orang-orang sesat.

“Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).” (an-Nisa’: 69)

Orang-orang yang Allah beri nikmat kepada mereka terdiri daripada kalangan:
i. Nabi-nabi alihimussolatu wassalam
ii. Siddiqin, yakni orang-orang yang percaya dengan benar dan ikhlas
iii. Syuhada’, orang-orang yang telah membuktikan dengan mati syahid di medan perjuangan, dengan tidak undur dan berganjak sehingga akhir hayat.
iv. Solihin, orang-orang soleh yang dapat dinilai dan dilihat wujud dalam masyarakat.

Itulah kalangan istiqamah yang wajib menjadi contoh dan teladan kepada umat manusia.

Mengikuti Secara Benar

Istiqamah juga dihasilkan dengan ilmu, pengetahuan dan kefahaman. Meningkatkan ilmu dan kefahaman dengan mengkaji ajaran Islam secara betul dari sumber yang benar dengan penuh keikhlasan.

“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.” (al-Ankabut: 69)

Nabi Muhammad SAW telah menafsirkan cara perjuangan Islam yang betul dan wajib kepada kumpulan Islam melangsungkan perjuangan Islam selepas wafatnya Baginda mengikut landasan yang diatur dan ditetapkan. Akan ada yang terpelenting daripada jalan perjuangan kerana tidak menghayati perkara ini.

Satu-satunya perjuangan yang di dalamnya ada istiqamah hanyalah perjuangan Islam. Perjuangan komunis, sosialis, kapitalis, nasionalis, sekular dan perjuangan agama lain, tidak ada istiqamah. Di sinilah keistimewaan yang wajib dihayati dan dijalani dengan sepenuhnya.

Asas Perjuangan

Konsep istiqamah pertama adalah dalam perkara yang teguh dan tetap, tidak berganjak dan tidak berubah sehingga hari kiamat iaitulah aqidah dan matlamat perjuangan. Perkara ini tidak boleh diubah sekali-kali. Aqidah perjuangan ialah keimanan kepada Allah, keimanan kepada benarnya Islam ini dan segala sumbernya, Malaikat, Rasul, Kitab dan matlamat sehingga hari akhirat. Matlamat di dunia mendaulat syariat Allah SWT untuk menunaikan ibadah, amanah dan khilafah.

Kedua, perkara yang murunah yakni fleksibel dan anjal iaitulah pendekatan. Pendekatan strategi disampaikan dengan cara bijaksana mengikut kemampuan masyarakat. Khatibinass ‘ala qadri uqulihim iaitu bercakap dengan manusia mengikut kadar akal fikirannya.

Perlu disedari bahawa mesej perjuangan Islam sangat besar. Mesej perjuangan Islam bukan untuk satu kaum, bukan untuk satu umat, bukan untuk orang Islam sahaja, tetapi untuk seluruh manusia. Allah wajibkan risalah rahmat kepada seluruh manusia ini disampaikan, sama ada yang Islam dan bukan Islam. Nabi Muhammad SAW telah mengambil pendekatan yang kukuh di dalam menghayati perkara uslub, strategi atau pendekatan ini.

Pendekatan pertama adalah menguatkan saf umat Islam sendiri atau kumpulan Islam sendiri. Allah berfirman dalam surah As-Soff, ayat 4:

“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agama-Nya, dalam barisan teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan tersusun kukuh..”

Seumpama bangunan didirikan daripada batu-bata yang diatur tersusun dan diiikat dengan sekuat-kuatnya. Tiap-tiap batu bata ada peranan dan tugas masing-masing. Menjalin hubungan yang erat antara satu sama lain. Teguh di dalam aqidah dan dasar, nas qat‘iyat, halal dan haram, sempadan yang dibolehkan dan tidak dibolehkan serta segala ketetapan agama.

Hukum dan Kekuasaan

Dibenarkan berijtihad dalam perkara yang tidak ada nas walaupun tidak ada peribadi seperti Nabi SAW, bahkan tidak ada setahap khulafa’ ar-rasyidin, tidak ada sampai ke peringkat ulama-ulama dan para imam mujtahid. Namun dapat mewujudkan kepimpinan secara jamaie’ atau secara kolektif.

Maka PAS mengadakan Majlis Syura Ulamak yang berperanan menghayati dan melaksanakan hukum tertinggi dan menjadi aqidah dalam PAS iaitu al-Quran, hadis, ijmak ulama dan qias supaya perjuangan PAS tidak menyeleweng sekali-kali.

Walaupun pendaftar pertubuhan mewajibkan PAS menghayati demokrasi di dalam organisasi parti, tetapi ruh parti tetap ditegak di atas aqidah Islam. Mana-mana keputusan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, keputusan PAS Negeri, Kawasan dan Cawangan, serta sesiapa sahaja di dalam PAS, tidak boleh mengatasi hukum tertinggi itu.

Majlis Syura Ulamak dipilih daripada kalangan ulama ahli PAS yang iltizam dan istiqamah dengan perjuangan, mampu menafsirkan hukum tertinggi dalam PAS dalam bahasa al-Quran, memiliki sifat-sifat adil, bukan berlandaskan kepada teokrasi. Berbeza daripada fahaman-fahaman yang meletakkan paderi dan sami dengan menghalalkan perkara haram dan mengharamkan perkara halal.

Majlis Syura Ulamak sebagaimana ulama mujtahidin, sebagaimana Nabi Muhammad SAW, tidak boleh membatalkan keputusan Allah SWT. Ini perkara aqidah yang sangat penting iaitu wajib menyatukan ahli-ahli PAS dalam kalangan pendokong perjuangan Islam. Sebarang pertelingkahan hendaklah dirujuk pada sumber asasi.

“…Jika sekiranya kamu bertelingkah dalam sesuatu perkara, hendaklah kembali kepada Allah dan Rasul…” (an-Nisa’: 59)

Kerangka Ijtihad PAS

Al-Quran dan hadis sumber hukum tertinggi, adapun ijmak ulama sebagai tambahannya dan qias yang kuat berpandukan al-Quran dan hadis. Para ulama tidak boleh mengatasi sumber asasi ini.

Mereka boleh berijtihad dalam perkara cabang, tetapi yang menjadi khilaf para ulama, mereka boleh memilih mana-mana pendapat sesuai munasabah dengan realiti masyarakat. Kadang-kadang memberi pandangan yang tidak selari dengan Mazhab Syafie dan menjadi pandangan sebahagian besar umat Islam di Malaysia ini. Ahli-ahli PAS mesti patuh pada pandangan ini.

Sebagai satu contoh ialah hukum yang berkait dengan ihya ul-mawaat, meneroka tanah bila memerintah Kelantan dan Terengganu, Majlis Syura Ulamak PAS memakai Mazhab Hanafi. Dalam melaksanakan hukuman hudud untuk orang bukan Islam, diberi pilihan sama ada mereka memilih undang-undang Islam atau undang-undang mereka sendiri. Dalam pindaan yang terakhir dikenakan hukuman kepada orang Islam sahaja, kita biarkan orang bukan Islam kerana kita memakai kaedah Maqasid Syariah dalam Usulul Fiqah; Yurfaul daruru biqadaril imkaan iaitu ditolak kemudaratan mengikut kemampuan dan bidang kuasa yang ada pada kita.

Walaupun dalam PAS ada ulama yang mengaji satu mazhab sahaja, mereka mesti memahami bahawa di dalam menghayati politik, PAS menghadapi cabaran-cabaran berubah dan berbeza dengan zaman ulama mazhab pada masa masing-masing.

Seterusnya dalam perkara taktik dan strategi diizinkan mengambil pendekatan masing-masing dengan cara yang munasabah. Apabila berbeza pendapat, hendaklah menghormati hujah yang paling kuat. Hujah tidak kuat dicatit kerana ada hujah yang tidak kuat hari ini, menjadi kuat satu hari nanti. Ada hujah yang tidak diterima, jangan merajuk, jangan keluar dari saf perjuangan. Ini makna istiqamah yang mesti kita fahami.

Akur Keputusan Jamaah

Nabi kita Muhammad SAW berjaya menyatukan kalangan Muhajirin dan Ansar. Menyatukan para Sahabat yang faham dan tidak faham. Mereka akur dengan keputusan jamaah walaupun itu bukan pendapatnya. Allah Taala mengajar Nabi Muhammad SAW mematuhi keputusan mesyuarat walaupun Baginda tidak bersetuju dengan keputusan itu pada awalnya dan menerima pukulan dalam Perang Uhud. Ramai yang tewas, Allah Taala menyuruh Nabi Muhammad SAW terus menghormati keputusan mesyuarat. Menerima keputusan jamaah walaupun keputusan itu mengalahkan pandangan diri.

Kadang-kadang ada kalangan orang yang tidak terima hakikat pandangan dia ditolak, menyebabkan tidak istiqamah di dalam perjuangan, terpelenting daripada perjuangan, lari daripada perjuangan. Itu sama-sama dalam jamaah, belum lagi pendekatan dengan masyarakat umum khususnya dalam perkara yang berkait dengan orang-orang bukan Islam. Masalah tahaluf persefahaman, taawun, istia’nah meminta bantuan dan dalam masalah-masalah lain yang memerlukan banyak perkara tidak fahami umum. Memerlukan diberi faham kepada mereka ini, sudah tentu yang tidak faham akan terpelenting.

Hubungan Berlandas Prinsip

Melihat cara Nabi Muhammad SAW mengadakan tahaluf, persefahaman dengan orang bukan Islam pada masa lemah dan ketika kuat, semasa belum ada negara dan tidak ada negara. Contohnya semasa lemah di Makkatul Mukarramah ketika Nabi SAW menghadapi tekanan orang-orang musyrikin. Baginda mengambil amalan orang-orang jahiliyyah yang memberi kekuatan kepada Islam.

Antaranya amalan taasub kekeluargaan ataupun amalan jiwar perlindungan diberi seorang samseng yang berbangga apabila dia melindungi seorang lemah dan tidak ada sesiapa berani ganggu. Ini adat jahiliyyah melindungi keluarga sama ada salah ataupun betul. Melindungi seseorang yang minta perlindungan sama ada betul ataupun salah kerana tidak berdaya.

Nabi Muhammad SAW menyebut dua tahaluf yang berlaku di zaman jahiliyyah. Pertama halful fudul dan yang kedua halful mutayyabin. Halful fudul ialah perjanjian yang disaksikan oleh Nabi SAW bersama dengan bapa saudaranya bagi membantu seorang mangsa kezaliman, seorang peniaga datang ke Makkah. Duitnya tidak dibayar oleh pemimpin Makkah, Al-As bin Wail. Lalu orang yang dizalimi ini melaungkan rayuan berhampiran Kaabah “Tidak malukah mereka yang ada di Makkah ini melakukan kezaliman?”.

Tidak ada sesiapa menolong orang kena zalim ini, lalu Bani Hashim dan Bani Mutalib keluarga Nabi SAW berpakat dengan beberapa qabilah di kalangan keluarga yang jauh bagi membela. Mencari Al-As bin Wail yang telah melakukan kezaliman dengan satu tahaluf persefahaman di rumah Abdullah bin Jud’an kerana membela seorang dizalimi. Nabi Muhammad SAW mengakui dan mengiktiraf persefahaman ini “Sekiranya di bawa semasa Islam, nescaya aku menyertainya”. Iaitulah persefahaman untuk menentang kezaliman, walaupun di zaman jahiliyyah, dengan orang jahiliyyah dengan orang bukan Islam, tetapi Nabi terima.

Kedua halful mutayyabin, apabila Bani Hashim dan beberapa qabilah-qabilah dalam kalangan keluarga Nabi SAW mengajak beberapa qabilah yang bersefahaman dengannya untuk merampas kuasa bendera perang. Kuasa siqayah memberi minum air zam-zam kepada golongan jemaah haji. Kuasa memberi diyafah kepada tetamu yang datang di Makkah, kuasa yang lebih di mana selama ini mereka telah membahagikan bidang-bidang tertentu mengikut qabilah masing-masing.

Tetapi Bani Mutalib dan beberapa qabilah lain yang bersama dengannya mahu merampas bidang yang lebih banyak. Lalu mereka mengadakan persefahaman yang dikenali dengan al-mutayyabin dengan makna disapu bauan harum pada tangan. Mereka meletakkan bekas air bauan di dalam Kaabah, semua pemimpin qabilah yang bersepakat ini mencelup tangan ke dalam bekas bauan itu dan melumurkan di Kaabah. Mengatakan kesetiaan mereka untuk merampas beberapa kuasa yang ada pada qabilah-qabilah lain.

Akhirnya mereka dapat rampas kuasa, Nabi tidak mengiktiraf tahaluf ini kerana tahaluf ini berdasar kepada kezaliman. Itu tahaluf yang berlaku pada zaman jahiliyyah. Apabila Nabi membawa Islam di Makkatul Mukarramah, Nabi telah mengambil peluang bertahaluf dengan Bani Hashim dan Bani Mutalib untuk melindunginya di atas semangat kekeluargaan. Baginda memanggil keluarganya dalam kalangan Bani Hashim dan Bani Mutalib diketuai Abu Talib bapa saudaranya, untuk memberi perlindungan kepada Nabi dan sahabat-sahabatnya. Abu Talib mengadakan perhimpunan di kalangan keluarganya Bani Hashim dan Bani Mutalib menyatakan kesediaan mereka untuk melindungi Nabi SAW di atas semangat kekeluargaan.

Tegas Pertahan Prinsip

Tetapi apabila bertembung dengan aqidah, beberapa orang pemimpin Quraisy menemui Abu Talib supaya menasihati anak saudaranya jangan berdakwah dan tidak membawa ajaran Islam yang bercanggah dengan agama nenek moyang. Perkara yang dibawa ini menyebabkan keadaan tidak stabil di Makkah, disuruh agar nasihat anak saudara Abu Talib. Lalu Abu Talib memanggil Nabi SAW memberitahu hasrat pemimpin-pemimpin Makkah supaya Baginda berhenti berdakwah. Apabila Abu Talib menawarkan suatu perkara yang bercanggah dengan aqidah perjuangan dan matlamat perjuangan, maka Nabi tidak bertolak ansur dalam perkara ini.

“Demi Allah, sekiranya diletakkan matahari di kananku dan bulan di kiriku supaya aku meninggalkan urusan Islam ini dan aku mati kerananya, aku tidak akan berhenti.”

Lalu Nabi menangis kerana merasakan Abu Talib sudah merungkai persefahaman untuk memberi perlindungan. Tiba-tiba Abu Talib memanggil Nabi mengatakan dia akan terus memberi perlindungan kepada Nabi dan keluarganya yang Islam dan bukan Islam. Menunjukkan bahawa di dalam perkara aqidah tidak ada tolak ansur. Dalam perkara syariat yang menjadi aqidah tidak ada tolak ansur dalam persefahaman kita dengan orang bukan Islam.

Di sini pendekatan tahaluf PAS dengan DAP, dalam konteks politik Malaysia. PAS bertahaluf di atas dasar membetulkan demokrasi yang adil, bertahaluf di atas dasar menentang ISA. PAS memahami ideologi berbeza dan aqidah perjuangan berbeza. Apabila tahun 2001, DAP meminta PAS membatal matlamat untuk menegakkan negara Islam, PAS tidak berganjak. Ini sudah melanggar tahaluf siyasi. Terkini DAP meminta PAS batalkan syariat di Kelantan, negeri yang PAS perintah. Ini bercanggah dengan aqidah perjuangan PAS menyebabkan PAS tidak boleh tolak ansur dalam fahaman politik.

Maka ahli mesti faham antara pendekatan dan aqidah perjuangan. Ada antara ahli yang menyamakan pendekatan dan aqidah perjuangan, menjadi celaru, sayang Pakatan Rakyat atas nama pendekatan lebih dari aqidah perjuangan. Ini satu sikap yang salah dan mesti difahami. Inilah pertembungan dalam parti mutakhir ini kerana tidak memahami di antara konsep pendekatan dengan dasar dan matlamat perjuangan yang perlu dibezakan antara satu sama lain.

Pengajaran Gerakan Islam

Hari ini kelihatan beberapa gerakan Islam di peringkat antarabangsa, di negara lain mengalami masalah sama kerana tekanan kuasa-kuasa Barat yang ingin menghalang muncul negara Islam semula dan dianggap sebagai satu cabaran kepada mereka. Mereka tidak mahu mengizinkan wujud negara Islam dalam dunia ini. Mereka menganggap jika wujud negara Islam akan kembali Islam menjadi kuasa besar dunia. Khilafah Uthmaniah, Khilafah Abbasiyah, khilafah di zaman dahulu mereka tidak mahu sekali-kali wujud semula. Kerana itu mereka mencadangkan Parti Islam sekular. Parti Islam yang tidak mempunyai matlamat untuk menegakkan negara Islam. Parti Islam yang tidak mempunyai matlamat untuk melaksanakan syariat.

Di Turki, Erdogan diminta mengadakan perjanjian dihadapan tentera dan menandatangani perjanjian sekiranya Parti AK menang tidak akan menegakkan negara Islam, tidak akan melaksanakan syariat. Maka, menanglah Parti AK di Turki dengan mendapat dokongan kumpulan Islam dan kumpulan sekular. Kumpulan Islam menyokong kerana dia berasal dari kumpulan Islam Erbakan. Kumpulan bukan Islam menyokong kerana dia membawa aliran sekular.

Kemenangan besar, kemenangan sementara waktu yang menguntungkan parti, tetapi tidak meletakkan Islam di atas asas kukuh. Sehingga hari ini, Turki di bawah AK tidak dapat memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel. Tidak diizinkan untuk melaksanakan syariah, tidak dibenarkan untuk melangsungkan perjuangan menghidupkan gagasan Islam sebagai satu kuasa baru. Hanya dibenar dalam keadaan tergantung mengadakan hubungan dengan Eropah, diizinkan untuk mewujudkan demokrasi yang membenarkan dakwah, tetapi tidak membenarkan negara Islam ditegakkan.

Banyak parti-parti Islam merasakan ini pendekatan yang betul. Masing-masing menubuhkan parti keadilan di negara masing-masing. Di Indonesia ditubuhkan Parti Keadilan Sejahtera, di  Morocco ditubuhkan parti keadilan, di Mesir juga ditubuhkan parti keadilan kerana menganggap uslub ini memberi kejayaan kepada perjuangan. Hal macam ini perlu kita fahami betul-betul, hayati dari sumber al-Quranul Karim dan sunnah Nabi Muhammad SAW.

Pemimpin-pemimpin ada betul dan salah ijtihadnya, adapun al-Quran mesti betul, adapun hadis Nabi dipelihara oleh Allah SWT. Setiap pandangan yang diberikan oleh sesiapa sahaja boleh diterima dan ditolak kecuali menepati al-Quran dan menepati hadis-hadis Rasulullah SAW. Hal macam ini perlu dihayati dan ditangani betul-betul supaya terus beristiqamah di atas landasan yang tepat dan diredhai oleh Allah SAW.

Seterusnya mencapai kemenangan sebenar yang dijanjikan oleh Allah, bukan kemenangan sekadar sementara waktu sahaja. – HARAKAHDAILY 31/7/2015

*Dipetik daripada pembentangan pada Tamrin Kepimpinan PAS Negeri Terengganu. Susun atur huruf dan suntingan oleh Wartawan Harakah, Izwan Abdul Halim

Sumber HD - 31-7-2015

Anak Muda Geng Kita - Presiden PAS Layan Anak Muda Jika Bertandang Ke Rumah Beliau
Posted on Friday, July 31 @ 01:08:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Sifatnya mesra dengan sesiapa yang hadir ke rumah, melainkan kalau ada yang paksa suruh tandatangan ikut kehendak kononnya ini keputusan sedangkan dia pun tak tahu.

Kredit:
Aswadi Mohamad 


Sumber TKO - 31-7-2015































































Amaran Presiden

Hadi awang ihtifal MTT
Oleh KAM

KUALA NERUS – Telah terdapat laporan dari aktiviti kumpulan Gerakan Harapan Baru (GHB) yang bersifat negatif terhadap Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan PAS Pusat sedang menunggu laporan dari negeri-negeri berkaitan aktiviti kumpulan terbabit sebelum dibawa ke Jawatankuasa Disiplin parti.

Hadi Awang Ihtifal MTT

Oleh itu, Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memberi amaran kepada semua pemimpin PAS termasuk Ahli-ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) agar tidak terlibat dengan penganjuran aktiviti Gerakan Harapan Baru (GHB).

“Kita (PAS) telah membuat kenyataan bahawa semua Ahli-ahli Parlimen PAS, pimpinan PAS tidak menyertai program (GHB) ini. Ini di luar dari PAS dan dianggap tindakan yang negatif terhadap PAS.

“Kita (PAS) memberi ‘amaran’ supaya mereka tidak menghadiri majlis-majlis ini. Dalam masa yang sama kita juga sedang menunggu laporan dari negeri-negeri.

“Ini kerana, negeri-negeri akan membuat laporan masing-masing tentang tingkah laku wakil rakyat kita (PAS) atau pimpinan parti yang akan kita bawa kepada Jawatankuasa Disiplin PAS,” tegasnya.

Hadi Awang Ihtifal MTT1

Beliau berkata demikian pada satu sidang media selepas merasmikan Ihtifal Ma’ahad Tahfiz Wal-Tarbiyyah Darul Iman dengan kerjasama Kumpulan Ma’ahad Tahfiz Tarbiyyah Malaysia (KMTT), di Kampung Tok Jiring, di sini.

Ketika ditanya, apakah bentuk ‘amaran’ yang bakal dikenakan kepada mana-mana pimpinan parti dan wakil rakyat PAS yang melanggar arahan itu, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi berkata banyak cara boleh dikenakan disiplin.

Katanya, tindakan disiplin parti boleh dikenakan kepada ahli dengan nasihat dan amaran termasuk dipecat keahlian PAS.

“Nanti ada (ahli) yang langgar dulu. Disiplin ini ada pelbagai perkara (cara) dan disiplin ini bukan semestinya pecat terus. Disiplin ini bermula dengan minta surat tunjuk sebab, beri nasihat, gantung (keahlian) dan dipecat, atau dibiarkan “kering” begitu sahaja,” jelasnya.

Menurutnya, PAS bukan sebuah parti yang berebut kuasa tetapi PAS adalah sebuah parti yang mahu menunaikan amanah Islam.

Sumber BO - 30-7-2015

Gugur Muhyiddin: Pandangan Presiden PAS jauh ke depan

MOHD NOR HAMZAH | .


Muhyiddin mengadakan sidang media di rumahnya. (Foto WAN ZAHARI)
Saya sebagai seorang rakyat Malaysia, walaupun saya bukan seorang ahli Umno dan tidak pernah menyokong Umno, ingin melahirkan simpati saya kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, dan juga Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin di atas pengguguran beliau dari jawatan Timbalan Perdana Menteri. Manakala Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal dari jawatan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (saya sebutkan dua jawatan penting ini sahaja).

Sebagai seorang Islam, walaupun itu adalah tindakan dari pihak musuh, namun, Islam tidak membenarkan kezaliman berlaku kepada sesiapapun, oleh kerana Islam mengajarkannya, maka saya mengutarakan simpati saya.

Jika kedudukan yang kedua tertinggi dan jawatan menteri itu yang penting itu, mendapat layanan sebegini, maka apa lagi yang tinggal kepada rakyat bawahan.

Memang benar Muhyiddin bukan dibuang parti, cuma digugurkan dari kabinet. Pelbagai alasan yang diberikan bagi menjustifikasikan pengguguran itu, namun dalam Islam, kesalahan mesti dibuktikan terlebih dahulu sebelum sesuatu hukuman dijalankan.

Dan persoalannya, apakah kesalahan Muhyiddin? Sedangkan Muhyiddin dan Tun Dr Mahathirlah orang yang membantu Najib naik menggantikan Pak Lah dahulu.

Mungkin menyedari akan kebolehan Muhyiddin, maka Najib mengambil langkah awal, jasa dan budi Muhyiddin tidak dikenang. Maka menanggung aiblah Muhyiddin.

Saya melihat tindakan ini mirip kepada tindakan bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohammad yang telah menggugurkan dua timbalannya hanya kerana berbeza pemikiran dengan beliau dalam beberapa perkara. Malah sehingga beliau sanggup memalukan bekas timbalannya. Inilah dia tradisi Umno dalam mencari kelangsungan politik mereka.

Kepimpinan mereka, tidak kira Mahathir atau Najib, mereka sebenarnya menzahirkan ketakutan mereka di sebalik tindakan ala diktaktor yang mereka lakukan.

Tiada yang mereka perlukan melainkan mengampu-pengampu yang sentiasa berada di keliling mereka bagi membenarkan tindakan mereka walaupun bersalahan dengan undang-undang manusia dan Allah.

Betapa isu ini menjelaskan bahawa walaupun bertukar menteri, ataupun Perdana Menteri sekalipun, jika parti yang sama masih berkuasa, maka tiada maknanya.

Amat jelas kebijaksaan Presiden PAS dalam melontarkan pandangan bahawa, Datuk Seri Najib perlu dikekalkan bagi rakyat menghukumnya, kerana penurunannya dari jawatan PM, tidak akan menjamin negara kita akan terlepas dari belenggu permasalahan dan isu-isu yang menjerut yang sedia ada, tetapi dengan menukar kerajaan dan parti mengikut lunas undang-undang yang sedia adalah, maka kita boleh memastikan sistem pentadbiran negara dapat diubah dengan jayanya.

Pastilah jika PAS diberikan peluang oleh rakyat untuk memerintah, akan memberikan segala usaha yang terbaik bagi kesejahteraan rakyat Malaysia dengan keadilan yang dianjurkan oleh Islam dan sentiasa istiqamah dengan jalan Islam sejak dahulu lagi.

Saya melihat krisis kepimpinan Umno ini akan menjadikan Umno berpecah teruk insya Allah kerana Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Shafie Apdal juga mempunyai kekuatan akar umbi yang mampu memberikan impak yang besar kepada kepimpinan Datuk Seri Najib. Kesan ini juga boleh menyebabkan kerajaan Umno BN akan tumbang.

Lebih jelas lagi, ada laporan kepada SPRM berkaitan dengan dengan penyelewengan projek 1BestariNet yang dikatakan melibatkan sejumlah kira-kira RM633 juta wang rakyat.

Terlintas dalam benak fikiran ini, kenapa Menteri Pendidikan 2 Datuk Seri Idris Jusoh tidak terpalit sama?

Saya yakin, barisan kabinet baru ini tidak jauh bezanya dengan yang lama kerana yang perlu ditukar ialah Umno itu sendiri. - HARAKAHDAILY 29/7/2015

Penulis ialah Ketua Penerangan PAS Terengganu.

Sumber HD - 29-7-2015



































































Kita tak boleh kata bersetuju atau tidak - Presiden PAS

BERNAMA | .


KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini berharap barisan Kabinet baharu dapat terus menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan adil dan telus.

Beliau berkata adalah terlalu awal bagi PAS untuk menyatakan pendapat berhubung barisan Kabinet itu yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

"Kita tak boleh kata bersetuju atau tidak (dengan barisan Kabinet baharu)...kita tunggu sejauh mana mereka dapat laksanakan tugas khususnya bagi isu melibatkan rakyat dan negara," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat harian Jawatankuasa PAS Pusat di ibu pejabat PAS di sini.

Najib hari ini mengumumkan Kabinet baharunya dengan melantik Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digugurkan.

Dalam pada itu, Abdul Hadi mengingatkan semua anggota PAS supaya jangan melibatkan diri dengan Gerakan Harapan Baru (GHB) jika tidak mahu tindakan diambil terhadap mereka selain keanggotaan mereka digugurkan.

"Kita tunggu laporan lengkap daripada negeri-negeri sebelum mengambil tindakan, kita tidak boleh ambil tindakan berdasarkan maklumat yang dilaporkan di media sahaja," katanya.

Beliau berkata pimpinan PAS Pusat yang dipilih pada muktamar parti Jun lepas masih mendapat sokongan akar umbi berdasarkan pertemuan beliau dengan kepimpinan di beberapa negeri.

"Kita mendapat respons yang sangat baik dengan lebih 80 peratus pimpinan akar umbi menyatakan sokongan kepada pimpinan pusat yang ada," katanya. - Bernama

Sumber HD - 28-7-2015


































































Eksklusif Channel News Asia bersama Presiden PAS

IZWAN ABDUL HALIM | .


STESEN televisyen berpangkalan di Singapura, Channel News Asia, telah mengadakan satu temubual eksklusif bersama Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menerusi rancangan ‘Conservation With’ baru-baru ini. Temubual berkisar pendirian PAS berhubung politik semasa Malaysia, hubungan dengan Pakatan Rakyat, kehadiran wadah baharu, mengenai hudud serta masalah kumpulan Islam pelampau. Ikuti semula teksnya disediakan oleh Wartawan Harakah, IZWAN ABDUL HALIM pada temubual yang dihoskan oleh Penerbit Eksklusif, Lin Xueling itu.

CHANNEL NEWS ASIA: Ada komentar mengatakan bahawa anda mempertahankan Perdana Menteri. Adakah ini benar?

TUAN GURU ABDUL HADI: Sebenarnya saya mempertahankan konsep demokrasi, saya mahu supaya perubahan berlaku di Malaysia melalui proses demokrasi yang betul. Bukan diturunkan begitu sahaja, tapi mestilah melalui pilihan rakyat. Oleh itu, saya lebih berminat supaya pertukaran Perdana Menteri berlaku melalui proses pilihan raya, bukan melalui proses digulingkan tanpa melibatkan rakyat majoriti.

Adakah ini bermakna anda percaya Datuk Sri Najib Tun Razak tidak bersalah atas tuduhan yang telah disabitkan ke atasnya?
Mengikut kaedah perundangan Islam dan kaedah diterima oleh Barat, seorang yang dituduh tidak terus dianggap bersalah. Mesti dianggap tidak bersalah dahulu. Mesti dibuktikan. Ini proses perundangan yang betul. Kita tidak boleh menganggap seorang yang dituduh terus dianggap bersalah. Itu satu cara yang salah. Saya mahu, supaya perlaksanaan proses keadilan yang betul.

Bagaimana pula dengan siasatan yang sedang berlaku sekarang, menghormati hasil siasatan yang bakal diperoleh?

Kita tidak mengambil sikap menyokong secara mutlak. Tindakan kita ialah supaya proses dilaksanakan, salah ataupun tidak salah. Dengan sebab itu, tidak boleh secara mutlak. kalau secara mutlak menyokong, mungkin dia bersalah.

Adakah siasatan ini mempunyai rangka kerja keadilan sepertimana anda harapkan?
Kita mempunyai suatu kewajipan untuk memperkenalkan proses keadilan Islam kepada masyarakat. Kita tidak boleh terikut dengan sistem Barat yang terlalu mudah membuat tuduhan, terlalu mudah bertindak, banyak sejarah membuktikan mereka yang sepatutnya diambil tindakan, tidak diambil tindakan. Mereka yang diambil tindakan rupanya tidak bersalah pada akhirnya, itu berlaku. Oleh sebab itu, kita mesti teliti dan cermat.

Mengikut Islam, kita perlu melihat apa yang zahir. Apa yang zahir ialah melalui penyiasatan yang adil dan telus oleh kalangan yang diberi hak untuk melakukan tindakan. Apa yang berlaku hari ini, hanyalah melaui media, melalui tuduhan hasil daripada pertarungan di antara sama ada kerajaan dengan pembangkang ataupun pertarungan kuasa dalam parti Umno yang memerintah sendiri.

Jadi anda mengatakan ia adalah sebagai permainan media. Apa yang anda maksudkan sebenarnya?
Sepatutnya media membuka minda rakyat untuk membuat tindakan yang adil kerana dalam amalan demokrasi, rakyat adalah hakim, media adalah saksi. Dengan sebab itu, hakim memerlukan keterangan daripada saksi yang adil. Hari ini, kita mengalami perlumbaan media melalui media baru, langit terbuka, masing-masing untuk melariskan jualan masing-masing. Kita tidak boleh bergantung kepada jualan melalui iklan yang tidak benar.

Jika rakyat ialah hakimnya, bagaimana mereka menyatakan pendapat mereka?
Perubahan berlaku dalam negara demokrasi mestilah; Pertama, melalui kehidupan rakyat yang selesa. Tidak ada tekanan pada rakyat. Kedua, media yang terbuka bebas dan adil. Ketiga, perlaksanaan demokrasi yang betul. Ketiga-tiga perkara ini sangat penting, di mana ketiga-tiga ini tidak ada dalam negara Asia Afrika yang mencapai kemerdekaan daripada penjajahan.

Ini sangat malang. Di Eropah yang mengamalkan demokrasi kita melihat bagaimana kerajaan boleh dihukum oleh rakyat dengan mudah dan boleh menukar kerajaan. Oleh sebab itu, kita melihat tidak satu parti selamanya memerintah di negara Barat seperti British, Amerika dan lain-lain termasuk Jepun. Tapi dalam negara kita ini, kita melihat seolah-olah mahu supaya satu parti memerintah selama-lamanya. Seolah-olah tidak ada kekurangan daripada parti. Mestilah apabila lama memerintah ada kekurangan, oleh sebab itu kita perlu berjuang untuk membetulkan semua saluran-saluran ini.

Adakah anda berpendapat PAS akan bersedia bekerjasama dengan Umno?
Kita mempunyai pengalaman yang panjang dalam sejarah PAS. Sama ada sebelum kemerdekaan ataupun selepas kemerdekaan. Sebelum kemerdekaan, pemimpin PAS pernah bekerjasama dengan semua pihak sama ada kanan atau kiri. Sama ada golongan nasionalis atau sosialis yang paling ekstrim untuk menentang penjajah. Kerjasama kita adalah beradab, bermoral dan berprinsip, bermatlamat.

Apabila menyanggah moral, prinsip dan matlamat kita berpisah. Dengan Umno kita pernah bekerjasama dan menyertai Kerajaan Campuran tahun 1970, dan bersama menubuh Barisan Nasional tahun 1974. namun, kita terpaksa berpisah apabila berlakunya pertembungan kefahaman di antara kedua-dua parti, apabila berbeza pendekatan antara dua-dua parti.

Adakah anda akan bekerjasama dengan Umno dalam Kerajaan Persekutuan?
Tidak bersetuju. Kita pernah berpengalaman dalam membentuk kerajaan bersama (Umno) dalam tahun 1970 sehingga tahun 1974. Apa yang penting, kita mengambil sikap berada di luar kerajaan dan kita mempunyai kerajaan negeri yang kita perintah seperti Kelantan sebagai contoh.

Apa yang penting Kerajaan Pusat tidak menyekat agenda kita untuk dilaksanakan di Kelantan tanpa kita masuk ke dalam Kerajaan Pusat dan kita boleh bekerjasama dengan jabatan-jabatan Kerajaan Pusat dalam mengendalikan urusan rakyat tanpa kita masuk kerajaan.

Adakah komentar yang telah dibuat oleh Dr Mahathir adalah baik untuk Malaysia
Saya memuji Tun Mahathir seorang Perdana Menteri yang berani, mempunyai pendirian, sikap beliau sendiri dalam semua keadaan sama ada politik nasional ataupun internasional. Saya menghormati beliau dan beliau seorang yang berani berterus-terang. Kita menerima cara berterus-terang Tun Mahathir tetapi tidak bersetuju supaya digulingkan tanpa demokrasi yang betul.

Ada pihak menyatakan bahawa Pakatan Rakyat sebagai pembangkang sudah tidak wujud lagi? Apa pandangan anda? Adakah Pakatan Rakyat masih lagi wujud?
Sekurang-kurang pakatan adalah dua parti, kalau satu parti tiada pakatan. Kita telah berjaya mewujudkan Pakatan Rakyat merangkum tiga parti iaitulah PAS, Parti KeADILan dan DAP. Kita telah mengambil keputusan memutuskan hubungan dengan DAP, apabila DAP melakukan sesuatu yang dianggap bercanggah dengan parti, dengan moral Pakatan Rakyat.

Kita mengambil tindakan, namun hubungan kita dengan Parti KeADILan masih ada dan masih wujud. Diantaranya apabila DAP secara langsung memaksa kita menghentikan agenda untuk melaksanakan beberapa perkara Islam yang diwajibkan oleh agama kita. Padahal perkara ini berkait orang Islam sahaja dan orang bukan Islam diberi pilihan. Namun DAP juga mengasak kita dalam isu ini. Contohnya dalam isu Pilihan Raya Majlis Perbandaran.

Kita mengambil kira perbandaran itu mestilah meraikan masyarakat majmuk berbilang kaum dan agama. Jangan satu kaum sahaja. Kita mahu keharmonian semua kaum. Kalau dibuat pemilihan, satu kaum sahaja yang menguasai kawasan bandar akan menimbulkan ketegangan kerana menghidupkan bandar bukan sahaja penduduk, termasuklah petani, nelayan, pemandu teksi sebagainya. Dengan sebab itu, untuk menguruskan sesuatu bandar mesti melibatkan semua kalangan ini.

Apabila ditumpukan pada satu kalangan sahaja, ini menimbulkan suatu hubungan yang tidak baik di antara kaum. DAP tidak menghormati pandangan ini, padahal dalam kerjasama Pakatan Rakyat kita boleh berbeza pendapat, berbeza pendekatan, tetapi tidak boleh memaksa antara satu sama lain. Dengan sebab itu, PAS membuat keputusan putus hubungan dan DAP lebih awal memutuskan hubungan dengan dengan kita.

Namun hubungan kita dengan Parti KeADILan masih diteruskan dan hubungan kita dengan beberapa pimpinan DAP masih diteruskan kerana di sana ada negeri-negeri DAP yang tidak bersetuju dengan pimpinan pusat. Di sana ada pimpinan DAP yang tidak bersetuju dengan pimpinan pusat.

Bukan semua orang gembira dengan keputusan berkenaan ini termasuklah orang yang berada dalam PAS yang sekarang ini menubuhkan parti baru. Bagaimana ini mampu memberi kesan kepada PAS?
Kita berpengalaman dalam isu ini sejak tahun 60-an, tahun 60-an dahulu pernah ditubuhkan Parti Imam, Parti Islah serpihan daripada PAS. Diakhir 70-an pernah ditubuhkan Arqam, satu NGO dan tahun 1978 hingga 1980 ditubuhkan Parti Berjasa, Parti Hamim dan Parti Akim.

Inilah serpihan-serpihan PAS. Kita mempunyai dasar yang lurus, kita anggap betul, diterima oleh rakyat dan kita konsisten dengan rakyat. Dan kita mempunyai cawangan-cawangan yang meluas di seluruh negeri yang tidak ada pada parti-parti yang lain termasuk Umno sendiri, rakan-rakan kita. Dan kita juga mempunyai kumpulan kepimpinan dalam semua lapangan bukan sahaja ulama tetapi termasuk profesional dari segala bidangnya. Dalam pengalaman kita, semua parti serpihan yang ditubuhkan ini, tidak akan bertahan lebih daripada 2 tahun.

Adakah anda menjangka GHB yang telah dibuat tidak akan bertahan lama lebih dari 2 tahun?
Saya melihat tanda-tanda awal antaranyalah mereka mendapat sokongan ahli-ahli parti dalam pemilihan sekadar 20 peratus. Sokongan sedikit ditolak oleh parti sendiri sebelum lagi ditolak oleh rakyat, di mana anggota-anggota parti adalah merupakan anggota cawangan daripada seluruh negara.

Persoalan berkenaan hudud, anda menyatakan ia tidak tergunapakai kepada bukan Muslim. Adakah ini pendirian tegas dari PAS?
Sebenarnya itu yang diajar oleh Islam di mana ketika Islam memerintah dunia selama 1,300 tahun lebih, Islam memerintah negara yang mengandungi masyarakat majmuk yang berbagai kaum dan berbilang agama. Langkah kita terhadap penganut bukan agama adalah kita tidak memaksa mereka menganut agama Islam. Kerana Islam melarang kita memaksa pengganut agama lain untuk mengganut Islam.

Tetapi di Kelantan terdapat beberapa kejadian yang melibatkan bukan Muslim dikenakan tindakan oleh kerajaan Kelantan. Bagaimana reaksi anda berkenaan perkara ini?
Kita tidak mendapat maklumat yang tepat. Mengikut konsep kita, kita tidak boleh memaksa orang bukan Islam mengikut peraturan-peraturan orang Islam. Namun di sana ada perkara yang perlu memelihara sensitiviti rakyat. Sebagaimana kita orang Islam, wajib menjaga sensitiviti orang bukan Islam.

Contohnya Islam membenarkan penyembelihan lembu, tetapi orang Hindu mempersucikan lembu. Adalah tidak beradab bagi orang Islam menyembelih lembu di hadapan orang Hindu yang menghormati. Oleh itu sensitiviti mesti dijaga. Dalam hal ini, perlu juga orang bukan Islam menjaga sensitiviti orang Islam. Tetapi apabila melakukan sesuatu yang terdedah yang boleh menimbulkan hubungan ketegangan antara penganut pelbagai agama maka, perlu ada kawalan.

Parti Gerakan Harapan Baru menyatakan bahawa sebenarnya PAS tidak melaksanakan atau membawa lebih kepada ‘Modern-Muslim’ dan terlalu fokus kepada ‘Traditional-Muslim’.
Dalam Islam tidak ada protestan, tidak ada ortodok, tidak ada liberal, tidak ada! Kita Islam yang satu, kita adalah Islam yang boleh menghadapi perkembangan masa, sepanjang zaman. Ini yang ada di dalam Islam. Dalam Islam ada perkara yang tetap, ada perkara yang boleh berubah. Apa yang berlaku ialah mereka yang mahu mencapai kemenangan cepat ke Putrajaya tanpa mempunyai konsisten dengan dasar dan agenda parti.

Dan kita mendapat makluman rakan-rakan ini mahu mengheret PAS dengan cepat bersama parti-parti lain termasuk untuk bekerjasama dengan Umno. Bahkan saya pernah mencadangkan tahun 2008 supaya mewujudkan ‘Unity Goverment’ yang melibatkan semua parti politik yang tiada pembangkang.

Cuma masa itu, ramai kalangan yang menolak dengan keras dan hari ini setelah Pakatan Rakyat gagal dalam pilihan raya yang lalu, idea saya 2008 nak ditimbulkan semula ‘Unity Government’ untuk mengheret Pakatan Rakyat supaya bekerjasama dengan Umno dan Barisan Nasional. Saya merasakan bahawa keadaan sudah berubah.

Kita sedang menghadapi Umno yang banyak masalah yang belum selesai, banyak melibatkan bebanan Umno terhadap tanggungjawab yang berkait dengan rakyat. Kita merasakan bahawa, adalah tidak wajar kita menyertai kerajaan sekarang ini dalam keadaan Umno yang tidak boleh menyelesaikan masalah. Adalah lebih baik kita bersendirian dengan rakyat menyokong kita dan menolak Umno dalam pilihan raya.

Apakah pandangan PAS berkenaan ISIS?
Kita perlu memahami bahawa terdapat dalam kalangan mereka yang mahukan Islam ini, dua aspek yang negatif dengan ajaran Islam. Pertama, mereka yang memandang ringan dengan ajaran Islam sehingga meminggirkan hukum-hukum Islam kerana mengambil jalan mudah semata-mata untuk menarik sokongan tanpa konsisten dengan ajaran Islam. Kedua, mereka yang gopoh yang mahu laksanakan Islam tanpa melihat kemampuan rakyat untuk menanggung isu yang perlu diselesaikan.

Sepatutnya mesti melalui proses kefahaman dan kemampuan rakyat itu sendiri. Di mana mereka yang mahu cepat ini, bertindak dengan cara yang agresif dan sangat malang bagi kita menunjukkan gambaran yang salah terhadap Islam, memaksa orang masuk Islam, membunuh diplomat, bertindak secara melampau.

Ini bukan dari ajaran Islam kerana Islam melarang konsep melampau. Melampau ibadat, melampau makan, melampau minum, melampau pergaulan, melampau dalam tindakan. Itu dihalang oleh Islam. Semua agama pun melarang sikap melampau ini, apa yang malang ialah apabila kuasa Barat serta kuasa besar sama ada Amerika, Eropah, China dan Rusia mengambil kesempatan daripada kelemahan-kelemahan yang wujud di negeri-negeri bekas jajahan khususnya di negeri orang Islam sendiri untuk memangkin kekuatan mereka.

Pertama, dengan adanya pertembungan dalam negeri-negeri ini, mereka boleh memberi pendapat yang lumayan kepada peniaga-peniaga senjata untuk menjual senjata dengan isu ketegangan yang berlaku. Kedua, mereka boleh menaikkan harga minyak dan seumpamanya untuk memangkin ekonomi mereka dengan krisis yang berlaku, dan pada saya, ISIS dan sebagainya adalah agenda yang melibatkan kuasa-kuasa Barat untuk menjadi masalah kepada negeri-negeri kecil.

Maka anda menyalahkan Barat atas kebangkitan ISIS?
Ya, saya menyalahkan Barat dan menyalahkan dalam kalangan itu sendiri yang bersemangat tidak belajar dengan cara ilmu yang tepat. Sepatutnya seorang Islam mestilah mempelajari ajaran Islam dengan sepenuhnya. Bukan dengan semangat sahaja.

Perlukah Muslim di Malaysia menyertai ISIS?
Saya menasihatkan supaya rakyat Malaysia dan semua umat Islam jangan terlibat dalam ISIS, dan penglibatan ini bukan sahaja dikalangan orang Islam di negeri orang-orang Islam termasuk juga di negara Barat sendiri dan apa yang didedahkan oleh media sebahagian mereka adalah orang-orang Islam yang tinggal di Britain, Perancis dan tinggal di Amerika dan sebahagiannya ditangkap oleh Turki, dan mereka adalah agen kepada ‘intelligence’ Barat yang dimasukkan ke kawasan itu.

Bagaimana PAS boleh dilihat profesional di dalam negara sementara GHB didominasi oleh golongan profesional Muslim?
Hubungan di antara kalangan agamawan dan profesional dalam berbagai bidang bukan perkara baru dalam PAS. Bahkan penubuhan PAS sejak tahun 1951 lagi melibatkan kalangan-kalangan ini bukan sahaja Dr Burhanuddin al-Helmy, termasuklah Professor Ahmad Ibrahim, peguam dari negara Singapura itu adalah AJK PAS Pusat tahun 50-an. Dengan sebab itu, PAS tidak mempunyai masalah yang besar sekiranya kita memimpin negara.

Adakah anda melihat Malaysia sebagai negara pelbagai agama atau Negara Islam?
Negara Islam yang menerima majmuk (berbilang kaum), Negara Islam yang terbuka, Quran sendiri menyebut bahawa kalau sekiranya tidak ada pertarungan di antara kebenaran dan kesalahan yang dibawa oleh Islam, nescaya gereja-gereja, kuil-kuil dimusnahkan oleh penganut agama yang berbeza.

Oleh sebab itu, apabila Islam berkuasa di negara ini, kita akan melihat rumah-rumah ibadat yang bukan Islam masih ada. Ini adalah menunjukkan bahawa Islam boleh mentadbir masyarakat majmuk, kaum dan berbilang agama. – HARAKAHDAILY 23/7/2015

Sumber HD - 23-7-2015

Kepada sesiapa yang berkenaan PAS sahaja

Posted on Thursday, July 23 @ 14:08:37 MYT by paktam

Oleh TUAN GURU ABDUL HADI AWANG

PAS ditubuhkan tahun 1951 oleh para penggerak Islam, dari kalangan ulamak dan ilmuan berbagai bidang dan tokoh masyarakat yang terawal menentang penjajah. Tujuannya menyambung perjuangan Islam, berdakwah sehingga berpolitik, meneruskan gerakan Islah dan Tajdid.

Kumpulan yang ditetap oleh Allah dengan segala sifat dan cirinya di-dalam Al-Quran dan ditafsirkan oleh Rasulullah SAW sehingga tidak boleh dilakon atau dikelirukan. Kumpulan yang ikhlas bersamanya daripada semua peringkat dan lapangan, mereka bukan sahaja berhubung dengan manusia, bahkan berhubung dengan Allah siang dan malam, termasuk mereka yang dianggap bodoh, tetapi bodohnya tidak lupakan Allah siang dan malam, bukan sahaja yang kaya menyumbang harta dan yang alim dan bijak menyumbang ilmu dan kemahiran. Termasuk juga yang miskin dan bangsat (dipandang hina kebanyakan umum) menyumbangkan doa dan tenaga dengan ikhlas tanpa terlibat dengan pertandingan pemimpin dan meminta menjadi calon dan jawatan. Kesemua mereka tetap pendirian walaupun tidak dipilih dalam mesyuarat agung atau muktamar. Mereka tidak dicalonkan dalam pilihan raya dan tidak mendapat projek dan balak tetapi tidak merajuk dan terus beristiqamah.

Menjadikan mereka dipelihara Allah bersama keikhlasan walaupun dianggap bodoh. Mereka yang merasakan dirinya sangat bijak tanpa hubungan erat dengan Allah pasti tidak selamat dengan rasa bijaknya sahaja, tetapi tidak mampu mengubah dasar, mengalih matlamat kerana ingin mencapai cita-citanya yang segera menggunakan PAS.

Sesiapa yang terkeliru tidak mengikuti PAS daripada awal dan pula hanya memintas di tengah jalan, hanya meramal untuk menang dunia sahaja. Sesiapa yang tidak istiqamah di atas aqidah, dasar dan matlamat pasti berundur, melompat, terlompat atau dilempar keluar daripada jamaah.
Sesiapa yang hanya ingin berlakon, Allah Maha Mengetahui dia hanya pelakon dan dikeluarkan tanpa diduga dan disangka bersama pelakon tambahannya. Sesiapa yang mengubah PAS lain daripada ketetapan Allah tersebut pasti tenggelam mengikut ketetapan Allah juga.

Allah telah menetapkan ciri-ciri kepada kumpulan Islam yang dinamakan umat di dalam kalangan umat Islam yang besar dan umat manusia yang lebih besar termasuk bukan Islam yang wajib diselamatkan dengan rahmat Allah daripada Islam.

Firman Allah SWT, Surah Ali-Imran ayat 104:

وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

"Dan hendaklah ada dikalangan kamu (orang-orang yang beriman itu) , satu ummah (kumpulan) yang berdakwah kepada kebajikan (Islam semua ajarannya) dan yang menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran. Merekalah orang-orang yang mendapat kejayaan (dunia dan akhirat)."

Ayat ini dibaca dan ditulis ketika PAS ditubuhkan. (Sila rujuk buku Umat Islam dan Parti Islam, karangan Al-Marhum Ustaz Ahmad Azam, diterbitkan sebelum merdeka apabila PAS masuk ke dalam gelanggang politik).

Firman Allah, Surah An-Nur ayat 55 menafsirkan maksudnya:

وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَى لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُمْ مِنْ بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا يَعْبُدُونَنِي لَا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا وَمَنْ كَفَرَ بَعْدَ ذَلِكَ فَأُولَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

"Allah telah berjanji kepada kalangan orang-orang yang beriman daripada kalangan kamu dan mengerjakan amal yang soleh, bahawa Dia jadikan mereka golongan yang memerintah dibumi, sebagaimana dikurniakan kepada kalangan dahulu daripada mereka. Di mana Allah menjadikan agama yang diredainya (Islam) untuk mereka, berkuasa dan Allah menukarkan keadaan daripada mereka berada dalam ketakutan kepada keamanan. Mereka memperhambakan diri kepada Allah, dan sesiapa yang kufur selepas itu , maka merekalah orang-orang yang fasik."

Janji yang tidak diketahui jarak masa dan perjalanannya, sehingga Nabi Nuh AS dan segelintir pengikut menunggu selama lebih sembilan ratus tahun, diikuti oleh para rasul selepasnya bersama umat masing-masing, inilah adat perjuangan Islam. Mereka yang tidak tahu adat ini akan pasti lari lintang pukang kerana tidak nampak penghujung perjalanannya dengan mata kasar, sama saperti makhluk yang matanya sama aras dengan perutnya maka berfikir dengan isi perut, tidak dengan akal.

Mereka yang menghayatinya sanggup menunggu sehingga mati, walaupun dia tidak sempat melihat kejayaannya di masa hayat, mungkin cucu atau cicitnya beberapa generasi, namun tetap beriman kepada janji Allah yang tidak tamat riwayatnya dengan kematian seseorang. Seumpama kisah filem yang tamat dengan kematian heronya atau sekadar sampai ke Putrajaya sahaja. Kerana harapan perjuangan Islam hanya penerimaan Allah dan redanya yang tidak perlu diperbaharui atau dipinda dan diubah.
Firman Allah, Surah An-Nisa' ayat 104:

وَلَا تَهِنُوا فِي ابْتِغَاءِ الْقَوْمِ إِنْ تَكُونُوا تَأْلَمُونَ فَإِنَّهُمْ يَأْلَمُونَ كَمَا تَأْلَمُونَ وَتَرْجُونَ مِنَ اللَّهِ مَا لَا يَرْجُونَ وَكَانَ اللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا

"Jangan kamu berasa hina atau lemah ketika menghadapi penentang kamu, sekiranya kamu menderita kesakitan, mereka juga berada dalam kesakitan yang sama, namun keadaan kamu berbeza kerana kamu berharap daripada Allah apa yang mereka tidak harapkan."

Rasulullah SAW telah mentafsirkan ayat-ayat ini dalam perjuangan Islam bersama masyarakat majmuk di masa kumpulannya paling lemah ditindas di Makkah tanpa negara dan ketika paling kuat bernegara sehingga membebaskan Makkah, dengan huraian mengikut panduan Allah bertonggakkan umat Islam dalam jamaahnya dahulu. Bersatu dengan aqidah, dasar dan matlamat, bekerjasama dengan kawan dan lawan termasuk bukan Islam sehingga bermaaf apabila mencapai kemenangan, menjadikannya tidak sama dengan perjuangan yang lain.

Beristiqamah dengan makna teguh tidak berganjak dalam perkara Thawabit (Aqidah, Dasar dan Matlamat). Murunah (anjal, atau boleh menerima perubahan dan perbezaan) dalam perkara Mutaghayyirat (menerima perubahan) dalam perkara pendekatan, uslub dan strategi. Sehingga Islam menunjukkan rahmat kepada masyarakat majmuk, berbilang bangsa, agama dan budaya dalam keadaan Islam memimpin bukan mengikut telunjuk pihak lain.

Di samping berpadu dan bersama dalam perkara Thawabit sehingga tidak diizinkan berpecah pendapat. Berpadu juga dalam perkara Mutaghayyirat walaupun berbeza pendapat dan berkhilaf dalam urusan berparti atau berjamaah. Tetap patuh dan setia kepada jamaah apabila sudah menjadi keputusan dalam berjamaah oleh kalangan yang pendapatnya tidak diterima walaupun sehingga dirinya ditolak, tidak dilantik lagi atau dipecat, juga tetap bersama jamaah.

Tegasnya, seseorang dan kumpulan dalam berjamaah tidak dizinkan berdegil dengan pendapatnya apabila sudah ada keputusan jamaah, inilah adab dalam kumpulan Islam sepanjang zaman.
Barang siapa yang tidak berpegang kepada adab ini maka tidak layak bersama jamaah. Maka lebih malang nasibnya kalau menunjukkan sifat menolak kalau tidak memilih dirinya, dengan sendiri mendedahkan isi hatinya bahawa dia bersama jamaah kalau dipilih berada di atas, dan tidak pula bersedia berada di bawah, tanpa menyedari bahawa lantai yang berada di bawah lebih selamat daripada atap yang berada di atas apabila menghadapi ribut dan petir atau bumi bergerak.
Rasulullah SAW pernah menerima pandangan orang lain dalam perkara bukan wahyu dalam peristiwa Badar dan sanggup menerima pandangan lain juga dalam peristiwa Uhud dan inilah ketetapan Allah walaupun pandangan itu menyebabkan gugurnya para syuhada yang ramai dan ramai pula mendapat kecederaan, termasuk batang tubuh Rasulullah SAW.

Bandingkan diri kita dengan Saad bin Ubadah RA yang dilucut jawatan oleh Rasulullah SAW dalam peristiwa Fathu Makkah, Khalid bin Al-Walid RA yang dipecat oleh Khalifah Umar RA tetap bersama saf perjuangan sehingga wafat. Begitulah Ka’ab bin Malik RA kerana tidak menyertai perjalanan ke Tabuk sehingga diambil tindakan disiplin dipulau beberapa bulan, tidak keluar daripada jamaah dan tidak menerima tawaran Raja Ghassan supaya meninggalkan jamaahnya. Rasulullah SAW bersabda bahawa secupak bijiran yang disumbangkan oleh sahabatku tidak sama dengan sumbangan generasi kemudian walaupun emas sebesar Bukit Uhud.
Mustahil ada kalangan ahli PAS yang menyumbang sebesar Bukit Uhud, maka jangan tunjuk kita lebih kuat daripada sahabat Rasulullah SAW.

Mereka yang tidak merasai kemanisan perjuangan Islam bersama fadilatnya tidak akan merasai hakikat ini. Mereka yang merasai kemanisan iman dalam perjuangan dapat membezakan di antara kawan dan wali, boleh berkawan dengan kalangan DAP dan sepertinya tetapi tidak boleh berwalikan DAP, kerana tidak beriman dan budiman. Mereka yang tidak ada kefahaman dan kemanisan tersebut sanggup hidup dan mati bersama kalangan DAP dan yang sewaktu dengannya kerana tidak membezakan di antara kawan dan wali.

Kepada sesiapa yang tidak berkenaan PAS sila baca firman Allah SWT dalam Surah Al-Isra', ayat 36:

وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا

"Dan jangan kamu mengikut (atau bercakap atau menulis) apa-apa yang kamu tidak ada ilmu berkenaannya, sesungguhnya pendengaran kamu, penglihatan kamu dan fikiran kamu semuaya akan disoal Allah secara bertanggungjawab dengan amanah ilmu."
"Istiqamah Hingga Kemenangan"

DATUK SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
07 Syawal 1436 / 23 Julai 2015

Sumber DD - 23-7-2015

Boleh berkawan, tapi jangan berwalikan DAP

Posted on Thursday, July 23 @ 22:54:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



PAS ditubuhkan tahun 1951 oleh para penggerak Islam, dari kalangan ulama dan ilmuan berbagai bidang dan tokoh masyarakat yang terawal menentang penjajah.

Tujuannya untuk menyambung perjuangan Islam, berdakwah dan berpolitik untuk meneruskan gerakan islah dan tajdid.

Anggotanya termasuk yang miskin dan dipandang hina oleh masyarakat umum namun tetap menyumbangkan doa dan tenaga dengan ikhlas tanpa terlibat dengan pertandingan pemimpin dan meminta menjadi calon dan jawatan.

Kesemua mereka tetap pendirian walaupun tidak dipilih dalam mesyuarat agung atau muktamar. Mereka tidak dicalonkan dalam pilihan raya dan tidak mendapat projek dan balak tetapi tidak merajuk dan terus beristiqamah.

Hal ini menjadikan mereka dipelihara Allah bersama keikhlasan walaupun dianggap bodoh. Mereka yang merasakan dirinya sangat bijak tanpa hubungan erat dengan Allah pasti tidak selamat dengan rasa bijaknya sahaja. Mereka tidak mampu mengubah dasar, mengalih matlamat kerana ingin mencapai cita-citanya yang segera menggunakan PAS.

Sesiapa yang terkeliru tidak mengikuti PAS daripada awal dan hanya memintas di tengah jalan hanya rakus untuk menang dunia sahaja.

Sesiapa yang tidak istiqamah di atas aqidah, dasar dan matlamat pasti berundur, melompat, terlompat atau dilempar keluar daripada jemaah.

Bagi sesiapa yang hanya ingin berlakon, Allah Maha Mengetahui bahawa dia hanya pelakon dan akan dikeluarkan tanpa diduga dan disangka bersama pelakon tambahannya. Sesiapa yang mengubah PAS lain daripada ketetapan Allah tersebut pasti tenggelam mengikut ketetapan Allah juga.

Allah telah menetapkan ciri-ciri kepada kumpulan Islam yang dinamakan umat di dalam kalangan umat Islam yang besar dan umat manusia yang lebih besar termasuk bukan Islam yang wajib diselamatkan dengan rahmat Allah daripada Islam.

Firman Allah SWT, Surah Ali-Imran ayat 104 :

"Dan hendaklah ada di kalangan kamu (orang-orang yang beriman itu), satu ummah (kumpulan) yang berdakwah kepada kebajikan (Islam semua ajarannya) dan yang menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran. Merekalah orang-orang yang mendapat kejayaan (dunia dan akhirat)."

Ayat ini dibaca dan ditulis ketika PAS ditubuhkan. Ini boleh dilihat dalam buku Umat Islam dan Parti Islam, karangan Al-Marhum Ustaz Ahmad Azam, yang diterbitkan sebelum merdeka apabila PAS masuk kedalam gelanggang politik.

Firman Allah, Surah An-Nur ayat 55 menafsirkan maksudnya :

"Allah telah berjanji kepada kalangan orang-orang yang beriman daripada kalangan kamu dan mengerjakan amal yang soleh, bahawa Dia jadikan mereka golongan yang memerintah dibumi, sebagaimana dikurniakan kepada kalangan dahulu daripada mereka.

"Di mana Allah menjadikan agama yang diredainya (Islam) untuk mereka, berkuasa dan Allah menukarkan keadaan daripada mereka berada dalam ketakutan kepada keamanan. Mereka memperhambakan diri kepada Allah, dan sesiapa yang kufur selepas itu, maka merekalah orang-orang yang fasik."

Janji yang tidak diketahui jarak masa dan perjalanannya, sehingga Nabi Nuh AS dan segelintir pengikut menunggu selama lebih sembilan ratus tahun, diikuti oleh para Rasul selepasnya bersama umat masing-masing, inilah adat perjuangan Islam.

Mereka yang tidak tahu adat ini akan pasti lari lintang pukang kerana tidak nampak penghujung perjalanannya dengan mata kasar, sama seperti makhluk yang matanya sama aras dengan perutnya maka berfikir dengan isi perut, tidak dengan akal.

Mereka yang menghayatinya sanggup menunggu sehingga mati, walaupun dia tidak sempat melihat kejayaannya di masa hayat, mungkin cucu atau cicitnya beberapa generasi, namun tetap beriman kepada janji Allah yang tidak tamat riwayatnya dengan kematian seseorang.

Hal ini samalah seumpama kisah filem yang tamat dengan kematian heronya atau sekadar sampai ke Putrajaya sahaja. Kerana harapan perjuangan Islam hanya penerimaan Allah dan redanya yang tidak perlu diperbaharui atau dipinda dan diubah.

Firman Allah, Surah An-Nisa' ayat 104 :

"Jangan kamu berasa hina atau lemah ketika menghadapi penentang kamu, sekiranya kamu menderita kesakitan, mereka juga berada dalam kesakitan yang sama, namun keadaan kamu berbeza, kerana kamu berharap daripada Allah apa yang mereka tidak harapkan."

Rasulullah SAW telah mentafsirkan ayat-ayat ini dalam perjuangan Islam bersama masyarakat majmuk di masa kumpulannya paling lemah ditindas di Makkah tanpa Negara dan ketika paling kuat bernegara sehingga membebaskan Makkah, dengan huraian mengikut panduan Allah bertonggakkan umat Islam dalam jemaahnya dahulu.

Bersatu dengan aqidah, dasar dan matlamat, bekerjasama dengan kawan dan lawan termasuk bukan Islam sehingga bermaaf apabila mencapai kemenangan, menjadikannya tidak sama dengan perjuangan yang lain.

Beristiqamah dengan makna teguh tidak berganjak dalam perkara thawabit (aqidah, dasar dan matlamat). Murunah (anjal, atau boleh menerima perubahan dan perbezaan) dalam perkara mutaghayyirat (menerima perubahan) dalam perkara pendekatan, uslub dan strategi.

Ia perlu diteruskan sehingga Islam menunjukkan rahmat kepada masyarakat majmuk, berbilang bangsa, agama dan budaya dalam keadaan Islam memimpin bukan mengikut telunjuk pihak lain.

Di samping berpadu dan bersama dalam perkara Thawabit sehingga tidak diizinkan berpecah pendapat. Berpadu juga dalam perkara Mutaghayyirat walau pun berbeza pendapat dan berkhilaf dalam urusan berparti atau berjemaah.

Tetap patuh dan setia kepada jemaah apabila sudah menjadi keputusan dalam berjemaah oleh kalangan yang  pendapatnya tidak diterima walaupun sehingga dirinya ditolak, tidak dilantik lagi atau dipecat, juga tetap bersama jemaah.

Tegasnya seseorang dan kumpulan dalam berjemaah tidak diizinkan berdegil dengan pendapatnya apabila sudah ada keputusan jemaah, inilah adab dalam kumpulan Islam sepanjang zaman. Barang siapa yang tidak berpegang kepada adab ini maka tidak layak bersama jemaah.

Maka lebih malang nasibnya kalau menunjukkan sifat menolak kalau tidak memilih dirinya, dengan sendiri mendedahkan isi hatinya bahawa dia bersama jemaah kalau dipilih berada di atas, dan tidak pula bersedia berada di bawah.

Rasulullah SAW pernah menerima pandangan orang lain dalam perkara bukan wahyu dalam peristiwa Badar dan sanggup menerima pandangan lain juga dalam perstiwa Uhud dan inilah ketetapan Allah walaupun pandangan itu menyebabkan gugurnya para syuhada yang ramai dan ramai pula mendapat kecederaan, termasuk batang tubuh Rasulullah SAW.

Bandingkan diri kita dengan Saad bin Ubadah RA yang dilucut jawatan oleh Rasulullah SAW dalam peristiwa Fathu Makkah, Khalid bin Al Walid RA yang dipecat oleh Khalifah Umar RA tetap bersama saf perjuangan sehingga wafat.

Begitulah juga Ka’ab bin Malik RA kerana tidak menyertai perjalanan ke Tabuk sehingga diambil tindakan disiplin dipulau beberapa bulan, tidak keluar daripada jemaah dan tidak menerima tawaran Raja Ghassan supaya meninggalkan jemaahnya. Rasulullah SAW bersabda bahawa secupak bijirin yang disumbangkan oleh sahabatku tidak sama dengan sumbangan generasi kemudian walaupun emas sebesar bukit Uhud.

Mustahil ada kalangan ahli PAS yang menyumbang sebesar bukit Uhud, maka jangan tunjuk kita lebih kuat daripada sahabat Rasulullah SAW.

Mereka yang tidak merasai kemanisan perjuangan Islam bersama fadilatnya tidak akan merasai hakikat ini. Mereka yang merasai kemanisan iman dalam perjuangan dapat membezakan di antara kawan dan wali, boleh berkawan dengan kalangan DAP dan sepertinya tetapi tidak boleh berwalikan DAP, kerana tidak beriman dan budiman.

Mereka yang tidak ada kefahaman dan kemanisan tersebut sanggup hidup dan mati bersama kalangan DAP dan yang sewaktu dengannya kerana tidak membezakan di antara kawan dan wali. 

Kepada sesiapa yang tidak berkenaan PAS sila baca firman Allah SWT dalam Surah Al-Isra', ayat 36:

"Dan jangan kamu mengikut (atau bercakap atau menulis) apa-apa yang kamu tidak ada ilmu berkenaannya, sesungguhnya pendengaran kamu, penglihatan kamu dan fikiran kamu semuaya akan disoal Allah secara bertanggungjawab dengan amanah ilmu."


DATUK SERI ABDUL HADI AWANG
presiden PAS.

Sumber TKO - 23-7-2015


Pertimbang cuti umum untuk Sarawak - Hadi
Posted on Wednesday, July 22 @ 17:00:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengingatkan pemerintah agar menjadikan sejarah Sarawak sebagai pengajaran supaya tidak meminggirkan rakyat negeri itu dalam arus pembangunan.

Menurutnya, kerajaan juga sepatutnya menaikkan kadar royalti petroleum kepada negeri-negeri pengeluar termasuk Sarawak.

“Sejarah lampau ini patut menjadi pengajaran kepada kerajaan BN agar tidak meminggirkan rakyat Sarawak dalam arus pembangunan dan sewajarnya Kerajaan Pusat menaikkan royalti petroleum kepada 20 peratus yang patut diperoleh oleh negeri-negeri pengeluar bahan penting ini, termasuklah Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam kenyataan sama, Abdul Hadi turut mencadangkan agar kerajaan negeri atau kerajaan Pusat mengadakan satu sambutan khusus bagi memperingati hari ulang tahun Sarawak yang jatuh pada hari ini.

“Saya mewakili seluruh kepimpinan dan ahli Pas ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Kemerdekaan Sarawak daripada penaklukan penjajah. Tarikh 22 Julai 1963 merupakan suatu tarikh penting bagi negeri Sarawak dan rakyat Sarawak sendiri.

“Pas sangat menghormati sikap toleransi antara kaum dan agama di Sarawak, di mana toleransi seperti ini perlu diteruskan dan dicontohi oleh seluruh rakyat Malaysia.

“Pas juga ingin mencadangkan agar kerajaan negeri atau Persekutuan wajar mengadakan suatu sambutan khusus bagi memperingati tarikh tersebut agar generasi akan datang tidak mudah melupai sejarah penting ini serta mempertimbangkannya sebagai cuti umum untuk Sarawak,” katanya. - Sinar 


Sumber TKO - 22-7-2015

DAP Boleh Berunding Dengan BN Pasal Jambatan, Mengapa PAS Tak Boleh Berunding Pasal Syariat?

IMG-20150718-WA0095
[Catatan penuh, jawapan dan ulasan Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada sesi dailog Majlis Ramah Mesra Eidul Fitri 1436H bersama anak-anak Terengganu di Perantauan yang diadakan pada 2 Syawal di Markaz Tarbiah Kuala Ibai]

Sebelum saya jawab soalan-soalan yang ditujukan berkaitan dengan isu yang terkini yang dihadapi oleh PAS Pusat, saya ingin menambah kepada jawapan Pesuruhjaya tentang isu Terengganu.

majlis perantau 1436H

Orang Terengganu Ada Kedudukan Dalam Sejarah Politik

Kita orang Terengganu perlu menyedari bahawa Terengganu mempunyai satu kedudukan yang besar dalam sejarah Politik tanah air di Malaysia. Terengganu negeri yang paling akhir dijajah. Tahun 1928. Terengganu yang palig akhir, pelaksanaan syariat Islam khususnya bagi semenanjung tanah melayu, bahkan di rantau Asia Tenggara. Maka Terengganu sangat menjadi sasaran kepada gerakan anti Islam sejak dulu sehingga hari ini lebih daripada negeri-negeri lain.

Namun berlaku kejutan yang banyak di Terengganu ini dari segi politik. Perkara yang tidak diduga oleh pemerhati politik. Ketika diadakan pilihnraya tahun 1959, kali yang pertama selepas kemerdekaan, banyak pimpinan PAS di masa itu, mengharapkan kemenangan lebih mudah di Johor, kerana johor merupakan negeri yang ramai orang melayu menjadi melayu Islam. Negeri yang paling dekat dengan Singapura. Merupakan pusat gerakan kebangkitan rakyat di semenanjung tanah melayu. Bahkan penubuhan PAS tahun 1951 adalah bertolak daripada muzakarah ulama’ yang diadakan di Muar, Johor sebelum daripada itu.

Tahun 1959 pilihanraya diadakan, tidak sekaligus, berasingan daripada parlimen dan DUN berasingan dengan satu negeri dan satu negeri. Bermula dengan Perlis. Seluruhnya kalah, bila sampai giliran Terengganu, tiba-tiba menang. Sebelum Kelantan. Terengganu menang dulu, baru Kelatan. Orang Terengganu menjadi sasaran. Mereka menganggap bahawa kubu PAS ialah di mana adanya pondok. Semua pusat pondok di Terengganu dihapuskan. Tinggal segelintir sahaja.

Kelantan kedah masih ada. Kerana pusat pendididkan merupakan benteng terakhir kepada gerakan Islam. Tidak boleh dinafikan. Orang Terengganu dibelasah habis-habisan bukan sahaja dari segi politik, dari segi pendidikan, dari segi pembangunan, paling ditinggalkan. Paling dibelakangkan. Di seluruh negeri pantai timur dan wiayah timur.

perantau 1436

BN Khianat, Langgar Perjanjian, Langgar Perlembagaan

Tiba-tiba kita menang lagi tahun 1999. Diambil langkah, menghapuskan royalti petroleum.

Dirampas bodoh-bodoh begitu saja. Melanggar perjanjian, melanggar perlembagaan. Dia tak buat pada Kelantan, dia tak buat pada Sabah. Terengganu dia buat begitu. Kerana mereka menjangka disini ada kekuatan, sumber, tenaga yang banyak, yang boleh membantu negeri-negeri lain. Itu yang sebenarnya. Banyak kita (orang) Terengganu tak sedar, kita ada kekuatan kita sendiri. Disana ada langkah politik yang diambil dari Barisan Nasional. Iaitu melalui Pilihan raya. Daripada 222 dua kerusi parlimen, kita perlu mendapat majoriti dua per tiga. Mereka sengaja meletakkan kawasan yang luas dan banyak pengudi, di Kedah, Kelantan dan Teregganu, satu parlimen 100,000, 80,000 (pengundi). Di Johor satu parlimen 20,000. Putrajaya 16,000 satu parlimen. Ini satu persepadananyang sangat tidak adil.

Sejak dulu, namun kita boleh mencapai kemenangan juga. Sebanyak dua kali. Dan kita, menjadikan Barisan Nasional mendapat majoriti yang tipis, lebih daripada satu perdua kawasan DUN di Teregganu ini. Mereka meletakkan lapan parlimen hanya dua yang tak ada (ramcangan tanah) Felda, Kuala Terengganu dan Marang. Semua kawasan yang lain parlimen ada Felda. Diletakkan peneroka peneroka sebagai pengundi deposit kepada mereka untuk menang pilihanraya. Ini kesilapan UMNO dalam mengekalkan kuasa. Hari ini sudah ada kalangan UMNO yang berpandangan cara yang dibuat (oleh Umno) itu selama ini merosakkan negara sendiri. Namun kita sebagai orang Terengganu kena sedar, kewajipan berpolitik dari segi Islam. Politik ini bukan satu kerja main-main. Kerja sambi lewa. Kerja boleh buat acuh tak acuh. Nabi kita Muhammad S.A.W berhijrah dari Mekah ke Madinah (adalah) kerana apa? (kerana) politik. Untuk mendirikan Negara, kita hari raya kita boleh balik, tapi kalau nak mengundi, payanh nak balik. Kita menganggap hari raya lebih penting dairipada mengundi. Padahal mengundi untuk, memberi kuasa poltik kepada Islam.

Kefahaman ini perlu ditanam di dalam rakyat bukan sahaja Perantau termasuk dalam negeri sendiri. Ada dikalngan kita yang semangat dengar ceramah. Tetapi tak daftar untuk mengundi. Ada dikalngan kita yang sanggup sumbang duit tambang kerana nak pergi dengar ceramah. Tetapi tak pergi mengundi kalau tak ada orang ambil kereta depan rumah. Ini kelemahan-kelemahan yang berlaku, yang kita kena perbetulkan, kena beritahu, fahamkan bahwa, politik adalah fardhu ain. Untuk menegakkan Islam, menjadi kuasa pemerintahan.

20150718_225516


Harapan Umat Islam Dalam al-Quran

Kemudian soalan yang berkait dengan soalan tumbuhnya kumpulan yang dikatakan ‘harapan baru’. Harapan kita telah ditetapkan oleh Allah di dalam al-Quran, tak pelu cipta lah. Dalam al-quran dah ada. Tuhan dah tentukan harapan. Allah berfirman di dalam al-Quran (yang bermaksud), “jika sekiranya kamu berasa sakit, untuk mengakkan Islam ini, maka mereka yang melawan kam jua akan merasa sakit,”, Tuhan kata (dalam al-Quran yang bermaksud) “Dan kamu berharap kepada Allah, apa yang mereka tidak harapkan,”

Harapan kita adalah kemenangan dunia dan akhirat. Kemenangan dunia untuk menegakkan Islam dan diterima oleh Allah untuk hari akhirat. Ini lah harapan kita. Tak ubah. Dan nabi kita Muhammad SAW mengajar dalam kita berpoitik ini, ada dua bahagian. Yang pertama dinamakan ‘Sawaabit’. Perkara yang tetap, yang tidak berubah. Yang kedua dinamakan ‘Mutaghaiyirat’, Perkara yang berubah.

Perkara yang tetap ialah perkara yang menjadi akidah kepada perjuangan, akidah dasar dan matlamatnya tidak berubah. Mutaghaiyirat ialah taktik, strategi dan pendekatan. Ini berubah. Jangan lah kita celaru, tak boleh celaru. Yang dia buat maam-macam ini kerana celaru. Boleh (ke) ubah Islam ini (jawabnya) Tak boleh. Perkara akidah, dasar dan matlamat tak boleh ubah. Diajar oleh nabi kita Muhammad SAW apbila berada di Mekah. Belum ada negara, peringkat lemah. Dan diajar seteah adanya Negara. Dalam suasana bersama dengan orang Islam, dan bersama dengan orang yang bukan Islam. Yang menyokong perjuangan Islam. Disana ada orang Islam yang bersama dengan akidah. Disana ada orang yang bukan Islam yang menyokong perjuangan Islam. Ini ditangani oleh nabi kita Muhammad SAW, ketika berada di Mekah.

Nabi telah mengambil pendekatan yang diamalkan oleh orang-orng jahiliyah sebelum kedatangan Islam. Membela keluarga, membela orang yang dizalimi, memberi perlindungan kepada orang yang minta perlindungan. Samada di atas semangat keluarga ataupun di atas semangat menundukkan kekuatan. Nabi ambil walaupun perkara ini jahiliyah. Ini pendekatan. Di mana nabi memaggil keluarganya bani mutalib, dan bani hasyim, di atassemangat keluarga, di atas semangat untuk menolong orang yang teraniaya dan ditindas, yang tdak bersalah, untuk memberi perlindungan dan abu talib memanggi keluarganya, abu talib tak Islam. Memanggl keluarganya, bani mutalib dan bani hasyim, untuk melindungi nabi Muhammad SAW. Mereka merekasemua sanggup, sangup kecuali Abu lahab yang tak setia. Mereka melindungi dan nabi mengambil pendekatan ini daripada orang Islam dan orang bukan Islam.

20150718_230944

Tahaluf Siyasi

Di Madinah, nabi mengajak orag-orang yahudi musyrikin, Kristian untuk bertahaluf, bersefahaman dengan Negara Islam di Madinah. Apabila pemimpin musyrikin mendesak nabi meninggalkan akidah, meninggalkan dasar, membatalkan matlamat, apabila pemimpin mekah menghantar wakil bertemu abu talib, berjumpa dengan abu talib, minta pujuk Muhammad berhenti berjuang menegakkan Islam. Jangan Cakap pasal Islam. Jangan ganggu mereka. Bawa diri masing-masing. Jangan ckap pasal Silam. Maka dengn tegas nabi jawap “demi Allah! Sekiranya mereka meletakkan kananku, dan bulan di kiriku, supaya aku meninggal urusan ini, ataupun aku mati kerananya, aku tidak berganjak, “kita nabi. Ini dia. Di Madinah begitu juga. Bila orang yahudi mintaa nabi membtalkan pelaksanaan syariat Allah taala menurunkan ayat “hukum apayang tuhan turunkan kepadamu, jangan ikut hawa nafsu mereka dan berwaspada dengan godaan mereka, “. Maka Nabi tdak berganjak.

Dalam hal ini, PAS sangat berpengalaman, bertahaluf dengan semua kalangan. Sebelum merdeka, pimpinan PAS, belum ada PAS lagi, sudah bertahaluf dengan komunis, group kiri, sosialis, dengan nasionalis, bertahauf dengan mereka ini. Untuk menentang British. Bila sampai masa, mereka mendesak PAS untuk meninggalkan akidah, dasar, maka dibatalkan perseahaman itu. Selepas merdeka, PAS pernah bertahaluf dengan Parti Negara, di Terengganu, memulakan kerjasama dengan Parti Negara, Dato’ Onn diberi kawasa Kuala Terengganu untuk bertanding, Dato’ Onn yang kalah di Johor, DUN pun kalah, maka Terengganu yang dimenangi PAS tiga belas kerusi, Perikatan UMNO MCA tujuh kerusi, Parti Negara Empat kerusi, untuk menambah kekuatan PAS di Terengganu, maka diadakan kerjasama dengan Parti Negara. Yang menang empat kerusi. Diberi Parlimen Kuala Terengganu kepada Dato’ Onn, PAS pernah mengadakan kerjasama dengan tidak berganjak daripada dasar, akidah dan matlamat. Tapi Parti Negara dia mati.

Tahun 1970, selepas belakunya (peristiwa) 13 Mei, UMNO ajak PAS kerjasama untuk mewujudkan perpaduan Negara. Maka PAS bersedia dengan lapan syarat. Syarat yang pertama mengizinkan PAS menyatakan Islam di dalam keajaan. Tdak ada gangguan. Yang kedua mengizinkan PAS menerapkan dasar-dasar Islam dalam kerajaan. Yang ketiga, PAS tidak terikat dengan disiplin Parti Perikatan untuk mengkritik kerajaan. Lapan semua, saya tak ingat lima (perkara) lagi. Dan kita menyertai kerajaan. Dari tahun tujuh puluh, kerajaan campuran, tujuh puluh empat menubuhkan barisan nasional, tujuh puluh lapan, apa yang berlaku pertembungan di dalam kerajaan kerana kita telah berjaya mencetuskan kebangkitan Islam di Pusat-Pusat pengajian Tinggi, di Kementerian-Kementerian, dan jabatan-jabatan kerajaan. Maka muncul kefahaman untuk melaksanakan syariat maka berlaku pertembungan diantara group Islam dengan group yang tidak mahu kepada Islam di masa itu yang berakhir dengan krisis Kelantan menjadi peluang untuk mengasingkan PAS dari Barisan Nasional.

Yang terakhir untuk meringkaskan masa, kerjasama kita dengan DAP, dengan PKR. DAP dasar dia sosialis, sekularisme. PKR dasar dia sekularisme. Kita dasar kita Islam. Tahun dua ribu satu, DAP mendesak PAS supaya mendiamkan agenda menegakkan Negara Islam. Kita kata tak boleh. Dia tak ada hak untuk kita diamkan agenda Islam ini. Kita tak suruh dia diamkan sosialis. Tak suruh dia diamkan agenda perjuangan dia. Dia paksa kita suruh diam. Tak boleh. (Dan) akhirnya dia keluar daripada barisan Alternatif. Kali ini, dia minta kita tangguhkan pelaksanaan syariat Islam di Kelantan. Cerita pelaksanaan syariat di Kelantan ini, bukan cerita baru. Sejak tahun 1959. Kemudian baru diketengahkan pada tahun 1990. Untuk menggubal syariat Kelantan tahun Sembilan puluh. Melibatkan tokoh-tkoh imuwan Islam dan ulama’.

20150718_214816 (2)

Menggubal Enakmen Syariah

PAS menubuhkan jawatankuasa untuk menggubal syariat, PAS lantik saya menjadi pengerusi masa itu, Dato’ Wan Mutalib,Tun Salleh Abbas, bukan calang-calang orang, bekas ketua hakim Negara, almarhum (Dato) Ustaz Harun Taib, Dato’ Abdul Halim Muhammad, bekas penasihat undang-undang negeri Kelantan, bekas EXCO. Dato’ Paduka Abdul Halim Abdul Rahman, kerajaan Kelantan menubuhkan jawatankuasa, pengerusinya Dato’ Halim, anggotanya Proffesor Ahmad Ibrahim, UIA, Dato’ Halim, Dato’ Daud, Ketua hakim Mahkamah Syariah Kelantan, Kelantan terpaksa berheni kerana UIA minta Professor Ahmad Ibrahim dan Dr. Ahmad Saidol tarik diri. Namun kita berjaya menggubal undang-undang syariat, tempatnya rumah Dato’ Wan Mutalib (Embong). Di rumah dia. Kita mesyuarat beberapa kali. Ada peranan. Kita mempunyai peranan yang besar. Dalam menggubal undang-undang syariat. Sebelum kita bawa ke dewan negeri Kelantan, kita lalui proses demokrasi. Iaitu lah demokrasi dibentangkan kepada rakyat. Diajak NGO-NGO yang bukan Islam, termasuk DAP, termasuk MCA, termasuk UMNO, termasuk NGO Kristian, Hindu, Budhha dan lain-lain. Kita buat dialog. Habis dialog, barulah kita bawa ke Dewan (Undangan) Negeri Kelantan.

Setelah dibawa ke Dewan (Undangan) Negeri Kelantan, (kerajaan) Kelantan mendapat surat amaran daripada Perdana Menteri pada masa itu. Beri amaran kepada Tok Guru Menteri Besar Kelantan. Jangan laksanakan syariat. Namun kita terus hidupkan dengan ada seminar di Kelantan tiap-tiap tahun, ada bulan hudud. Tiap-tiap tahun, bukan musim pilihanraya. Kemudian kita bawa ke Parlimen tahun 1990-an. Saya sebagai ahli parimen membawa usul persendirian di Parlimen, tetapi mengikut usulnya mesti melalui proses peraturan Parlimen. Terpaksa ditunda, kerana agenda kerajaan lebih diutamakan. Sebarang usul persendirian mestilah terlebih dahulu seorang menteri membawa untuk mengizinkan kita boleh ke (atau) tidak membawa usul. Sehinggalah yang terkini, berlaku perundingan dengan (antara) kerajaan Kelantan dan kerajaan pusat untuk melaksanakan syariat.

IMG-20150718-WA0095

Membawa Usul Akta 355 Ke Parlimen

Perundingan antara kerajaan Kelantan dengan kerajaan pusat. Adakah tak boleh, kerajaan hendak berunding dengan pusat untuk bincang pasal melaksanakan syariat, DAP boleh berunding pasal jambatan. Kita tak boleh pasal syariat. Mana (boleh)? Kalangan yang lelak taka da yang tolol. Ada yang tak faham dalam masalah ini. Kita tak boleh nak bincang pasal syariat. Dia nak bincang pasal jambatan kedua boleh. Mana kita orang PAS? Setelah kita bincang akhirnya, ada dua perkara. Yang pertama (perkara) 76 A. yang kedua (Akta) 355. (Perkara) 76A, membolehkan semua undang-undang jenayah syariat dilaksanakan. Memerlukan majoriti dua per tiga. (Akta) 355, pindaan kepada jadual Sembilan. Iaitu lah (hukuman) tiga, lima dan enam iaitulah tiga tahun penjara, lima ribu ringgit dan enam kali sebatan. Itu mengikut jadual Sembilan. (Akta) 355 enakmen dipinda kepada hukuman yang sesuai mengikut hukuman syariat. Kerana (Akta) 355 ini meletakkan mahkamah syariat lebih rendah dari mahkamah majistret. Dengan pindaan ini, merangkap mahkamah syariat dengan tidak menyebut berapa hukuman daripada (Akta) 355 kepada hukuman yang mengikut syarat Islam. Itu pindaan di mana pindaan ini, boleh diaksanakan dengan ‘simple majoriti’. Dengan lebih satu undi, mereka yang hadir di parlimen. Kita mahu bawa dua, iaitu (perkara) 76A dan (Akta) 355.

Ada kalangan, termasuk dalam kalangan (ahli) PAS sendiri yang menyatakan bahawa kalau bawa (Akta) 355, DAP boleh sokong, (perkara) 76A DAP tak sokong. Kerana majoriti dua pertiga. DAP tak sokong. Berlaku ketegangan, akhirnya kita buat dialog dengan DAP, buat dialog dengan DAP, buat dialog dengan PKR, buat dialog, kita tak bergajak dengan matlamat kita. Akhirnya setuju bahawa usaha untuk melaksanakan syariat adalah usaha hak negeri Kelantan. Kerana hujah kita proses melaksanakan syariat dibawatahun 90-an. Belum ada Pakatan Rakyat lagi. Pakatan Rakyat tahun2004. Dia tak ada hak ke atas Kelantan. Dan kita tak bawa ke Kedah, tak bawa ke Selangor, kerana keadaannya berbeza.

Akhirnya, mereka kata (perkara) 76A itu payah nak sokong tapi kalau (Akta) 355, boleh. Akhirnya, kita mengambil yang mudah dahulu. Uamak mengatakan “kita boleh menolak kemudaratan mengikut kemampuan yang ada pada kita “. Kaedah fiqh mengatakan “barang yang kita tak boleh buat semua, jangan tinggal semua “. Maka cukup dengan (pindaan Akta) 355 dulu, hukuman sebat mengikut adat, mengikut cara Islam. Jumlahnya mengikut cara Islam. Adatnya mengikut Islam, bukannya hukuman penjara seperti hari ini. Hukuman pengampunan, dalaqi, jenayah, qisas, ini boleh dilaksanakan. Ganti rugi, boleh dilaksanakan. Termasuklah (dalam Akta) 355. Mereka menganggap ini sudah melanggar kerjasama antara Pakatan Rakyat. Mereka minta kita jangan sebut pasal syariat.

20150718_222802

Isu Kalimah Allah

Yang kedua yang berkait dengan (isu) kalimah Allah. Memang kalimah Allah pada asalnya boleh digunakan oleh semua kaum. Kita tak boleh larang (pnggunaan) kalimah Allah ini, sebab tuhan pun sebut dalam al-Quran, “jika engkau tana mereka siap yang jadikan langt dan bumi, semua kata Allah “. Orang Islam kata Allah, orang Kristian kata Allah, orang Hindu kata Allah, orang budhha pun kata Allah. Orang musyrikn mekah pun kata Allah. Itu hak dia. Bahkan kita orang Islam dibolehkan memakan sembelihan orang kafi dan yahudi, kerana dia sebut nama Allah. Kerana ada gerakan Kristian, untuk mengelirukan orang Islam dengan menggunakan kalimah Allah di dalam ‘Bible’, bagi masyarakat melayu yang jahil, yang buta agama, maka menjadi hak kepada mufti untuk memberi fatwa.

Menjadi hak kepada agama untuk bertindak kerana syarat mengatakan “perara-perkara itu mengikut qasar mereka yang melaksanakan perkara tu. Qasar diauntuk mengelirukan maka majlis ugama boleh bertindak. Dalam hal ini, DAP campur tangan. Campurtangan walaupun ada pandagan Mufti Pulau Pinang, dia campur hal mufti pulau Pinang. Mufti di Pulau Pinang di bawah Agong, bukannya di bawah Ketua Menteri. Kerana mengikut kepada enakmen pentadbiran agama Islam, hal ehwal negeri Islam, negeri yang raja, raja (bertanggungjawab). Negeri yang tiada raja, Agong, bukan ketua menteri. Yang ketiga. Apabila DAP mencadangkan untuk mengadakan pilihanraya majlis perbandaran, kita tak setuju.

20150718_215324

Pilihanraya Kerajaan Tempatan

Mengapa tak setuju ? kita kata ini menempah pergaduhan kaum. Kerana kalau buat pilihanraya tempatan mengikut proses pilihanraya yang ada pada hari ini, 99% Bandar di Malaysia ini, ditadbir oleh kaum cina sahaja. Kaum cina sahaja tadbir. Sedangkan hujah saya mengatakan bahawa mengikut ilmu sosiologi, sesuatu bandar itu tak boleh hidup dengan penduduk dia sahaja. Ada petani, ada nelayan ada pemandu teksi, ada pegawai kerajaan, pelbagai NGO, dengan sebab itu, Bandar pengurusannya perlu diwakili oleh semua kalangan bukan satu kaum sahaja. Kita terima pilhanraya, tetapi mesti mel alui proses yang mewakilkan semua kalagan, untuk menghalang ketegangan kaum. Dibawa juga di dewan undangan Pulau Pinang. Dibawa juga dewan undangan Selangor, kita nak bawa pasa undang-undang syariat Islam, di Kelantan dia bising. Hal-hal yang macam ni merupakan perkara yang kita tak boleh tolak ansur. Ada dikalangan kita, yang baru masuk PAS tahun 2000, baru masuk PAS tahun 90-an, merasakan kita perlu menyelamatkan pakatan rakyat, lebih dari menyelamatkan akidah perjuangan.

Ini kita tidak boleh tolak ansur. Apalagi apabila pemilihan PAS, dilakukan kempen oleh DAP. DAP kempen pemilihan PAS. Berperanan dalam pemilihan PAS. Sebab itu saya sudah melihat proses campurtangan DAP dalam pemilian PAS ini sejak, lama. Saya biarkan. Sehingga tiga hari lagi muktamar saya mengeluarkan kenyataan kepada media terpulang kepada PAS, samada ingin memilih calon yang mereka pilih sendiri, atau calon yang disokong oleh DAP. Akhirnya mereka tergamam, tak boleh nak jawab dalam masa dua tiga hari. Dan berlaku lah proses muktamar PAS.

Kemudian akhirnya, dalam perkara Islam ini kita kena faham, perkara mutaghaiyirat, perkara yang boleh berubah, taktik dan strategi, peraturan-peraturan yang dibuat mesyuarat. Memang mesyuarat boleh berubah buat keputusan. Mengikut kaedahnya, termasuk perkara yang berubah, kalau jadi keputusan mesyuarat, kita wajib patuh keputusan mesyuarat. Keputusan muktamar, wajib patuh pada keputusan muktamar. Ini adab kita berparti. Nabi kita Muhammad SAW dalam sirahnya, dalam peristiwa uhud, belum dapat maklumat musuh nak serang Madinah lalu mengadakan mesyuarat dengan sahabat-sahabatnya. Pandangan yang ertaa mengatakan bahawa leih baik bertahan di Madinah. Lebih strategik.

Kalau bertahan di Madinah, kita boleh menentang msuh di lorong-lorong. Kaum muslmat boleh menentang musuh di rumah masing-masing melalui jendela. Pandangan disokong oleh Abdullah bin Ubai, pemimpin Munafiq. Dia sokong pandangan ini, kerana dia senang nak lari. Dan nabi sendiri cenderung kepada pandangan ini. Pandangan bertahan di madinah. Pandangan kedua ialah pandangan kalangan pemuda. Khususnya mereka yang tidak terlibat dengan peristiwa Badar yang mendapat kelebihan menyatakn bahawa adalah lebih strategik, kita menentang musuh di luar Madinah, di Uhud. Kerana kaau kita lawan di Madinah, kita tewas di Madinah, maka Madinah ditakluk oleh musuh. Kalau kita lawan di luar Madinah, kita tewas, Madinah masih bebas. Dan kita boleh mengambil langkah untuk menghalang lagi musuh selepas itu. Akirnya lebih ramai erpandangan untuk lawan luar Madinah. Dan nabi menerima pandangan ini. Abdullah bin Ubai, yang tidak berpuas hati dengan pandangan ini menarik diri tiga ratus dari seribu, lari daripadanya.
Saya dengar cerita, nak ubah nama, daripada G18, kepada harapan baru. Sebab geng lapan belas ni ada satu kumpulan gangster di Pulau Pinang, nama geng lapan belas. Tak jadi….. ubah nama baru. Tak apa lah.

(Kemudian dalam perang Uhud) Tiga ratus berundur. Dan mereka jumpa nabi, nak tarik balik cadangan pergi ke Uhud, Tidak! Bila seorang Rasul sudah mendapat keputusan dalam mesyuarat, akan teguh dengan keputusan itu. Dan apabila mereka pergi ke Uhud, tak ikut arahan. Berlaku lah ketewasan dalam uhud. Memangsakan syuhada’ tujuh puluh orang. Ramai yang luka, termasuk nabi yang luka. Namun demikian Allah menurunkan ayat (yang bermaksud) “Maka dengan apa rahmat yang Allah kurniakan kepada kamu wahai Muhammad, kamu tidak bersifat kasar, maka Allah taala menjadikan keadaannya baik, tapi sekiranya engkau kasar wahai Muhammad, ramai lah orang lari dari mu, istighfar untuk mereka, maafkan mereka, dan terus bermesyuarat, justeru apabila lah menjadi keazaman, betawakkal kepada Allah”.

20150718_222203

Istighfarkan Untuk Mereka

Apakah tindakannya? tindakannya (adalah) al-Quran kata, istighfarkan untuk mereka, harap Tuhan maafkan mereka, supaya mereka sedar dan insaf, tetapi sekiranya, mereka masuk parti lain, perlembagaan PAS mengatakan, automatik, bila tubuh parti lain, keluar dari PAS. Begitu juga, sekiranya dilihat oleh kepimpinan, melakukan tindakan yang sangat negatif terhadap parti, maka Jawatan kuasa disiplin boleh mengambil tindakan terhadap mereka ini. Dalam sejarah PAS ini bukan kali yang pertama. Tahun 1951, Presiden PAS keluar PAS masuk Parti Negara. PAS tak matiHaji Shmad Fuad masuk parti negara. PAS disertai oleh kalangan yang lebih kuat. Professor Ahmad Ibrahim yang UIA tu, AJK PAS Pusat tahun 1954, setelah pimpinan PAS yang utama keluar daripada PAS, masuk orang baru. Ini sejarahnya. Tahun 1950-an, 60-an,Setiausaha Agung keluar PAS. Tahun 1978, apabila berlakunya krisis Kelantan, di mana, ahli-ahli mesyuarat tak setuju dengan presiden PAS pada masa itu. Majoriti sokong presiden PAS pada masa itu. Jangan pecat Datuk Mohd Nasir. Akhirnya pecat Datuk Mohd Nasir. Dan berlaku darurat di Kelantan, jatuh kerajaan Kelantan. Apa yang menarik (adalah), sebahagian besar mereka yng sokong Datuk Mohd Nasir tak keluar PAS. Terus bersama dengan PAS. Sebahagian lagi, lebih dari sepuluh orang, keluar dari PAS.

Walaupun lebih dari sepuluh orang keluar daripada PAS, kita tak jatuh. Tahun 1982, ekoran krisis ini, daripada empat ahli parlimen masa itu, tiga ahli parlimen keluar parti, tinggal Tok Guru Nik Aziz seorang. Tinggal seorang ahli parlimen. Ahli-ahli kita bertambah. Apa yang berlaku pada hari ini, selepas krisis ini, kita menerima ahli baru, tiap-tiap bulan, tak kurang dari lima ribu. Ini perkembangan yang sangat menarik. Walaupun lapan belas orang keluar isytihar keluar parti, yang masuk ahli baru, 5,000 (orang), lebih dari 5,000 (orang) pun ada kadang-kadang. Itulah jawapan kepada soalan-soalan itu.


https://youtu.be/goWaKxne5t0

Sumber BO - 21-7-2015

Surat Terbuka Kepada Ahli PAS “Di Lema ‘Aqidah Dan Pendekatan”

Menemui semua ahli PAS semoga berada dalam limpahan rahmat Allah SWT,

Setiap pengikut perjuangan Islam wajib menyedari dan faham, bahawa ada dua aspek penting dalam perjalanan perjuangan Islam yang sangat mencabar. Gagalnya kita memahaminya, boleh mneyebabkan ada kalangan yang kecundang atau tercicir di tengah jalan dalam perjalanan perjuangan ini, kerana tidak menghayatinya dengan betul. Kedua-dua aspek tersebut mewajibkan hidayah, melalui ilmu, kebijaksanaan dan terpentingnya memohon petunjuk Allah dengan khusyu’ setiap rakaat salat dan bila-bila masa sahaja.

Pertama : ‘Aqidah perjuangan; dan kedua : pendekatan yang dilakukan, beramal, dakwah dan melaksanakan Islam bagi membawa rahmatnya kepada seluruh manusia.
Kedua-dua aspek ini dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. bersama para sahabatnya R.A. yang setia bersamanya dengan petunjuk Allah daripada al-Quran, dalam semua keadaan. Ianya ditunjukkan dalam Marhalah Makiyyah dan Madaniyyah, iaitu di masa lemah dan kuat, di masa belum wujudnya negara dan setelah tegaknya negara.

Pertama

Beristiqamah bersama aqidah perjuangan Islam adalah sangat berbeza dengan perjuangan yang hanya bergantung kepada ideologi ciptaan manusia.

Ianya menuntut kita tetap bersama Islam dengan keimanan kepada Allah dengan segala nama dan sifatnya yang mulia. Islam adalah benar, rahmat dan adil, dalam segala hukumnya yang wajib, sunat, makruh, haram dan harus. Percaya kepada janji Allah daripada dunia sehingga akhirat, walau pun perkaranya ghaib dan tidak dapat dicapai oleh akal dan panca indera. Perkara aqidah adalah tetap dan tidak berubah dan tidak boleh diubah; walau apapun dugaannya.

Kedua

Aspek ini menuntut kita beristiqamah melaksanakan pendekatan yang dizinkan Allah, halal dan haramnya adalah dengan cara yang diizinkan oleh Allah, berhubungan dengan bukan Islam dan musuh dengan cara yang diizinkan Allah juga. Walaupun hukumnya dari segi aqidah tegas dan tetap.

Sirah Nabawiyyah melaporkan pendekatan Rasulullah S.A.W. menerima perlindungan keluarganya yang dipimpin oleh Abu Tolib di atas semangat kekeluargaan tanpa menerima Islamnya, menerima pembelaan salah seorang pemimpin kaumnya Mut’im bin ‘Adi yang menentang kezaliman walaupun dia bukan Islam, meminta khidmat petunjuk jalan berhijrah ke Madinah daripada seorang bukan Islam bernama Abdullah bin ‘Uraiqit dengan keimanan menegakkan negara di Madinah dan menjanjikan hadiah gelang emas kerajaan Parsi kepada Suraqah bin Malik, musuh yang datang untuk membunuhnya di tengah jalan.

Hakikatnya ialah, apabila Abu Tolib dan lain-lain menawarkan keamanan dengan meninggalkan aqidah, maka ianya ditolak dengan keras. Apabila pemimpin Makkah menawarkan pertabalan menjadi raja yang berkuasa dan tawaran harta kekayaan dengan syarat meninggalkan aqidah perjuangan maka ditolak dan bersedia untuk mati kerana mempertahan aqidah dan perjuangannya.

Sikap yang sama ditunjukkan oleh semua para sahabat R.A. ketika berada di-Makkah, sehingga bersama melakukan Hijrah yang menghasilkan kejayaan. Maka bersabdalah Rasulullah S.A.W.

(Sesungguhnya semua amalan itu mestilah mengikut niatnya, dan setiap orang akan menerima ganjaran dan akibat mengikut niat masing-masing. Sesiapa yang melakukan hijrah kerana Allah dan Rasul, nescaya dia mendapat fadilat hijrah kerana Allah dan Rasul. Sesiapa yang niat hijrahnya kerana dunia, atau seperti kerana mengikut wanita yang hendak dinikahinya maka terimalah dia mengikut naitnya itu).

Hadis ini adalah bersempena dengan peristiwa Hijrah dan menjadi dalil kepada semua amalan seseorang. Hijrah adalah pendekatan, wujudnya aspek “niat” adalah menunjukkan bahawa urusan hijrah ini mempunyai “aqidahnya”. Allah melakukan penapisan dunia sebelum penapisan akhirat.

Apabila tegaknya negara di Madinah, Allah secara tegas menunjukkan jalan istiqamah di antara Aqidah dan pendekatan kepada Rasulullah S.A.W. dan para sahabatnya, dalam keadaan yang lebih mencabar dalam masyarakat majmuk berbagai agama, kaum dan sikap. Islam, bukan Islam dan munafik. Allah berfirman:

Semoga Allah akan mengadakan perasaan kasih sayang antara kamu dengan orang-orang yang kamu musuhi dari kerabat kamu itu (dengan jalan menjadikan mereka insaf dan memeluk Islam) dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa (atas tiap-tiap sesuatu), dan Allah Maha pengampun, lagi Maha Mengasihani. Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu) dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu) dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (Al-Mumtahanah:7-9)

Ayat-ayat al-Quran tersebut bermaksud bahawa Allah menunjukkan kepada kita supaya berlaku baik kasih sayang terhadap seluruh manusia mengikut sempadannya. Maka Rasulullah S.A.W, menjalinkan segala pendekatan hubungan dengan kalangan bukan Islam, secara bertahaluf, berta’awun, berdamai, memaaf kesalahan dan lain-lain.

Apabila berlakunya sikap bermusuh yang mahu merosakkan Aqidah maka dibatalkan segala bentuk hubungan walupun terhadap kaumnya di Makkah. Menunjukkan banyaknya keterbukaan dalam perkara pendekatan dan sangat tegas dalam perkara Aqidah perjuangan.

Maka setiap ahli PAS mestilah bersama dengan jama’ah yang ditubuhkan di atas prinsip dan matlamat beraqidah yang teguh bersama konsep pendekatannya, dan wajib beristiqamah mengikut kenyataan nas serta sejarah.

Sesiapa yang mengikuti perjalanan bersama atau membaca sejarah PAS, akan menyaksikan gelombang dan liku perjuangan dan hilangnya pemimpin paling tinggi, ahli biasa atau penyokong secara sendirian atau tenggelam bersama parti dan pertubuhan yang dijadikan bahteranya.

Adapun perkara yang akan datang berada dalam ilmu Allah dan kita diwajibkan mengambil iktibar serta sentiasa berilmu, berdoa dan bertawakkal kepada Allah.

Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

Sumber PP - 21-7-2015



Qaradawi Doakan Presiden Pas Pimpin Kemenangan Besar
Posted on Saturday, July 18 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Kuala Lumpur, 17hb Julai 2015. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang semalam menerima ucapan Hari Raya aidil fitri daripada Ketua Kesatuan Ulamak Sedunia Dr Yusuf Al Qaradawi.

Dalam ucapan tersebut , Ketua kepada Kesatuan Ulamak Sedunia itu juga turut meletakkan harapan yang tinggi kepada Presiden PAS untuk mengemudi bahtera perubahan umat Islam dan rakyat Malaysia secara khususnya.


“ Kita merafakkan doa kepada Allah agar menjadikan hari raya ini membawa berita gembira yang baik serta dilimpahi keberkatan dan dipermudahkan segala urusan dan diberikan kemenangan kepada pihak tuan dan seluruh umat Islam " demikian antara petikan ucapan Hari Raya beliau kepada timbalannya , Datuk Seri Tuan Guru Presiden PAS.

Manakala dalam ucapan balas kepada ucapan Qaradawi itu, Datuk Seri Tuan Guru Presiden turut mendoakan agar Dr Yusuf al Qaradawi turut diberikan kesihatan yang berterusan untuk mendoakan agar para pejuang Islam di negara ini sentiasa beristiqamah dalam menggalas amanah perjuangan Islam sehingga memperolehi kemenangan.

Tuan Guru Presiden PAS telah mencatat sejarah penting di rantau Nusantara apabila dilantik sebagai Timbalan Presiden Kesatuan Ulamak Sedunia yang merupakan antara badan tertinggi ulamak di peringkat antarabangsa. Ianya secara tidak lansung mengiktiraf PAS sebagai gerakan Islam terbesar di tanahair ini.

Sumber TKO - 18-7-2015

Prinsip Islam menjadi dasar dalam mengamal demokrasi dan kerajaan perpaduan
Posted on Wednesday, July 15 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Oleh Dato’ Seri Hj Hadi Awang

SUNGGUHPUN sistem demokrasi moden hari ini adalah daripada Tamadun Barat, tetapi hakikatnya ia banyak dipengaruhi oleh sumber-sumber Islam. Malah, ruang demokrasi perlu dijadikan ruang dan kesempatan untuk meluaskan dakwah kerana cirinya yang paling munasabah dengan Islam. Begitu juga konsep Raja Berpelembagaan, ia diterima oleh Islam selagi mana menunaikan amanah dan keadilan serta tidak melanggar batas Islam.

Terang beliau, hubungan Barat dengan orang Islam terjadi pada urusan perdagangan, semasa Perang Salib dan juga daripada penjajahan oleh Barat, yakni mereka bukan sahaja bercampur dengan orang Islam, bahkan turut mengambil kitab-kitab yang ditulis oleh para ulama Islam.

“Dalam aspek demokrasi, Barat hanya mengenal demokrasi purba yang diamalkan di Athens sebelum Masihi. (Mereka) mengumpulkan orang ramai di stadium untuk diadakan pungutan suara. Yang dikumpulkan itu tidak termasuk hamba abdi, orang miskin, wanita. Hanya (melibatkan) kalangan bangsawan sahaja.

“Mereka tidak tahu hendak merealisasikan demokrasi dalam pemerintahan melainkan setelah mereka mengkaji kitab-kitab fekah Islam. Sebelumnya, apabila mereka hendak buat perubahan (kepemimpinan) mereka lancarkan revolusi,” ujarnya menerangkan revolusi yang berlaku di England, Perancis, Russia dan Amerika.

Malah katanya, tindakan tidak puas hati kepada kerajaan telah membangkitkan kerahan rakyat untuk mengangkat senjata, membunuh raja-raja dan para pendokongnya serta pelbagai dendam dan penggulingan kuasa atas nama perubahan.

Hinggalah katanya, mereka mengkaji kitab-kitab fekah Islam diantaranya mempelajari bahawa Islam menentang diktator dan teokrasi dengan tidak memberi kuasa mutlak kepada makhluk, selain Islam mengecam raja zalim yang berlagak jadi tuhan sepertimana Namrud dan Firaun.

Mereka juga terangnya, mempelajari bahawa Islam memberi hak kepada rakyat dan rakyat berhak memberi nasihat kepada pemimpin, berhak membela diri serta mengambil hak-hak dalam kehidupan, ekonomi, pendidikan dan aspek lain-lain lagi.

Malah menurut Tuan Guru, Barat telah mengambil pendekatan Rasulullah dan para Sahabat dalam melantik Khalifah sebagai rujukan kepada demokrasi hari ini.

“Apabila orang Barat mengkaji kitab fekah, maka terciptalah demokrasi moden yang ada pada hari ini melalui pilihan raya dengan memilih wakil rakyat yang disebut dalam kitab sebagai ahlul halli wal adli, iaitu orang yang boleh menyelesaikan dan menghurai masalah. Ini pembaharuan dalam demokrasi.

“Kita perlu menyedari bahawa demokrasi adalah teori paling dekat dengan Islam, tetapi kita tidak boleh hanyut. Demokrasi tidak boleh menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. Tidak boleh diputus di parlimen; siapa setuju judi halal, siapa setuju arak halal. (Kalau) majoriti setuju (maka) jadi halal, ini tidak boleh! Hukum Allah tidak boleh ganggu. Ini kita kena faham batas sempadan kita dalam pemerintahan negara.

“Sebab itu tidak menjadi masalah kepada kita (PAS) dengan (menerima) konsep demokrasi.

Demokrasi pula memberi hak kebebasan bersuara, ini kebebasan dakwah. Hak untuk berdakwah, hak untuk mendidik, hak menyebarkan fikiran ini ialah pendekatan yang paling munasabah dengan Islam. Dengan sebab itulah ulama kita mengambil (menerima) pendekatan demokrasi,” hurai beliau memahamkan.

Menyentuh mengenai konsep Raja Berperlembagaan katanya, Quran menyebut Nabi Daud sebagai Khalifah, manakala Nabi Sulaiman, Zulkarnain, Firaun dan Namrud sebagai Raja.

Tetapi jelasnya, Allah memberi penekanan utama adalah mengenai penunaian amanah dan adil.

“Sama ada (dipanggil) Raja, Khalifah atau Presiden, (itu) mengikut perkembangan tertentu. Yang penting konsep Raja Berpelembagaan ini dipelihara dengan batas Islam. Tetapi Umno, dia tak pelihara dengan batas Islam,” terangnya.

Beliau kemudian menghurai hadis Nabi SAW mengenai kehendak Allah apabila mahukan kebaikan kepada seorang raja, maka dikurniakan wazir yang baik. Sekiranya raja lupa, diperingatkan oleh wazir itu dan dalam urusannya, raja sentiasa dibantu.

Tetapi sekiranya Allah tetapkan keburukan seorang raja, akan bersamanya wazir yang jahat. Apaila raja itu lupa akan dibiarkannya dan ketika raja itu hendak melakukan kebaikan, tidak dibantunya.

“Konsep beraja tidak masalah pada kita (PAS). Yang penting kita sediakan ahli mesyuarat, penasihat yang baik, bukan penasihat untuk kepentingan kita. Di sinilah ruang banyak yang boleh kita laksana jadikan perjalanan dalam negara kita sebagai satu jalan yang perlu kita bijak sepenuhnya walaupun masih banyak cabaran, masih banyak kelemahan yang kita boleh baiki,” ujarnya meyakini keadaan itu.

Selain itu terangnya, Islam turut mengakui sistem wilayah di mana di zaman Nabi SAW telah diutuskan para Sahabat tertentu untuk menjadi Gabenor di wilayah pemerintahan Islam dan diberi autonomi kecuali dalam hal yang besar perlu dirujuk pemerintahan pusat iaitu Madinah.

Begitu juga jelasnya mengenai kehakiman dan pegawai jentera pentadbiran kerajaan, di mana segala yang tidak selaras dengan roh Islam akan dikeluarkan ketika Islam mengambil alih kerajaan dan mementingkan individu-individu beriman.

PAS Tidak Sama Dengan Wilayatul Faqeh

Tuan Guru menegaskan bahawa Perlembagaan PAS tidak sama dengan Wilayatul Faqeh dalam Mazhab Syiah yang menjadi Perlembagaan kepada negara Iran.

Untuk itu serunya, orang yang menyamakan PAS dengan konsep tersebut perlu mendalami perbezaan sumber hukum Mazhab Sunni pegangan PAS berbanding sumber hukum konsep Wilayatul Faqeh dalam Mazhab Syiah.

“Kita catat dalam Perlembagaan PAS hukum tertinggi adalah al-Quran, Hadis, qiyas dan ijmak ulama. Dan bagi memelihara keteguhan perlembagaan ini, ditubuhkan Majlis Syura Ulama supaya semua perkara yang diputuskan PAS tidak bercanggah dengan hukum tertinggi (tersebut).

“Konsep ini tidak sama dengan Wilayatul Faqeh. Ada orang nak samakan kita dengan Wilayatul Faqeh. Ia pandangan Mazhab Syiah dan hukum tertinggi dalam Mazhab Syiah ialah al-Quran, Hadis dan pandangan Imam Ahli Bayt. Qiyas tidak ada, ijmak tidak ada, mereka menolak. Ini beza Perlembagaan PAS dengan perlembagaan negara Iran (iaitu) Wilayatul Faqeh.

“Perlu diketahui bahawa di sana ada konsep yang sama, ada konsep berbeza. Ada perkara yang sama antara kita dengan mazhab-mazhab lain, ada perkara yang berbeza. Dalam hal ini ada perkara yang perlu kita mengambil pengajaran, ada perkara yang perlu kita tolak. Di sana ada asas yang kukuh yang kita menolak fahaman-fahaman lain. Yang dari Ahlus Sunnah Wal Jamaah adalah al-Quran, Hadis, qiyas dan ijmak ulama,” ujarnya.

Beliau juga menegaskan bahawa PAS membebaskan diri daripada belengu penjajah yang telahpun meninggalkan Tanah Melayu dengan mengorak langkah sebagai sebuah Parti Islam iaitu meletakkan sumber hukum Islam sebagai rujukan tertinggi dalam Perlembagaan PAS.

Jasa PAS Letak Islam Dalam Perlembagaan Negara

PAS dan badan-badan Islam yang bersamanya ketika berjuang menuntut kemerdekaan Tanah Melayu telah berperanan mendesak Suruhanjaya Reid untuk meletakkan Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ujar Tuan Guru, kajian ahli sejarah mendapati Suruhanjaya Reid tidak memasukkan kedudukan Islam ketika mengadakan draf kerangka awal Perlembagaan Tanah Melayu.

Bagaimanapun katanya, daripada usaha PAS dan badan-badan Islam lain akhirnya berjaya meletakkan Islam sebagai Agama Persekutuan setelah Suruhanjaya Reid didesak untuk akur kepada Perjanjian Pangkor dan beberapa perjanjian lain yang pernah dimeterai British iaitu memberi hak bidang agama Islam kepada Raja-raja Melayu.

Pun begitu jelas Tuan Guru, Islam dalam Perlembagaan itu menurut penafsiran suruhanjaya tersebut adalah ‘agama’ di mana memiliki bidang kuasa yang terhad.

“Apabila kita telah capai kemerdekaan, sepatutnya kita bukan sahaja merdeka dari segi orang putih (British) balik ke negeri mereka. Sepatutnya kita merdeka juga dari segi fikiran dan diri kita daripada belengu kefahaman penjajahan. Adalah tanggung jawab kita mentafsir Islam dalam perlembagaan itu dengan ‘ad-din’ (cara hidup) kalau kita sungguh merdeka.

“Malangnya Umno yang menjadi tulang belakang pemerintahan negara khianat terhadap amanah Islam ini. Mereka lupa betapa negara dalam ajaran Islam adalah amanah yang sangat besar. Umno tidak tunai amanah ini walaupun penjajah sudah keluar dari tanah air kita,” ujarnya.

Jelas Tuan Guru, perlembagaan negara haruslah mengambil panduan sebagaimana dilakukan Nabi SAW melalui Sahifah Madinah yang melibatkan perjanjian dengan semua pihak dalam negara serta menjadikan al-Quran dan Sunnah sebagai dasar rujukannya.

Malah menurut beliau, ramai pakar undang-undang antaranya Almarhum Profesor Ahmad Ibrahim pernah menyatakan bahawa, Perlembagaan Malaysia sebenarnya mudah diubah kepada acuan Islam iaitu peruntukan dalam perlembagaan boleh dipinda dengan membatalkan peraturan yang bercanggah dengan Islam sekali gus meletakkan Islam sebagai hukum tertinggi.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa soal kenegaraan atau politik yang juga disebut ‘daulah’ itu adalah sebahagian ajaran Islam; iaitu pemisahannya daripada agama adalah satu penyelewengan dan kesesatan seperti pernah terjadi kepada masyarakat Kristian di Barat meninggalkan ajaran Taurat dan Injil.

Jelasnya juga, dalam membicarakan soal demokrasi, Islam tidak boleh ditakrifkan sebagai agama atau perkataan seertinya.

“Islam adalah ajaran yang menyeluruh merangkumi segala aspek fitrah manusia dalam hubungan dengan Allah, dirinya, masyarakat sesama manusia dan dengan makhluk lain dicipta Allah SWT, mengikut bidang dan ruang yang mesti dilaksanakan oleh manusia yang merupakan satu dari makhluk Allah.

“Sepertimana matahari, bulan dan bintang-bintang cakerawala di langit tidak boleh terkeluar daripada sempadan kukuh ditetap Allah, begitulah makhluk lain mestilah mengikut peraturan Allah secara Islam dengan makna menyerah diri kepada Allah dan khusus bagi manusia melakukan ibadah, berkhilafah dan beramanah.

“Melakukan menyembah Allah tunduk kepada peraturan Allah secara ‘ubudiyah’, secara hamba, bukan sebagai rakyat terhadap kerajaan. Melaksanakan kewajipan memakmurkan bumi dan melaksanakan syariat Allah sebagai satu amanah sangat besar,” ujarnya memperinci penerangan.

Masyarakat Majmuk Bukan Halangan Menegakkan Islam

Masyarakat majmuk hakikatnya adalah tabii kepada mesej Islam yang dibawa Nabi Muhammad SAW kerana Allah SWT mengutuskan Islam bukan hanya untuk bangsa tertentu sahaja, tetapi untuk seluruh manusia dan dunia ini.

“Ini mesej Nabi SAW. Kerana itulah ketika Nabi menegakkan negara di Madinah, Nabi mengambil berbagai kaum walaupun secara simbolik tidak ramai seperti Bilal al-Habsyi, Shuib ar-Rumi, Salman al-Farisi. Digabungkan dalam masyarakat Islam walaupun seorang, tetapi simbol ini jadi kenyataan,” ujarnya.

Beliau menyatakan sedemikian sebagai menolak pandangan bahawa Islam tidak dapat dilaksanakan dalam masyarakat majmuk di negara ini yang wujud hasil dari adunan pelbagai kaum oleh British semasa zaman penjajahan dahulu.

Terang beliau, semasa negara Islam berkembang zaman Khulafak ar-Rasyidin, kaum dari berbagai-bagai latar agama asal mereka; sama ada kemudiannya telah menerima Islam sebagai anutan atau tidak, mereka itu hidup dalam keadaan menerima pemerintahan Islam yang adil untuk semua.

Menurutnya, Islam diamalkan dalam masa berabad-abad di dalam wilayah paling luas; di Timur: Alam Melayu hingga Benua India; di Barat: Sepanyol hingga Pantai Barat Afrika; di Utara: Asia Tengah termasuk Moscow hingga ke Selatan: Afrika Tengah.

“Zaman tiada kapal terbang, tiada perhubungan, tiada telefon, (mengambil) jarak perjalanan berbulan-bulan (untuk sampai), tetapi cepat Islam boleh memerintah,” ujarnya.

Jelasnya, bukanlah Islam datang untuk memaksa manusia terima perundangan dan menjalankan hukum atas manusia, tetapi hal yang penting adalah kesan rahmat keadilan Islam kepada seluruh manusia.

Terang beliau, apabila masyarakat majmuk majoriti terima Islam dan budaya Islam, masyarakat bukan Arab di Mesir, Sudan, Libya, Algeria, Syria, Iraq dan lain-lain telah mengaku mereka sebagai orang Arab dan bercakap dalam bahasa Arab.

Ceritanya, budaya Islam telah menjadikan mereka itu menggunakan bahasa al-Quran menjadikan bersatu adat dan suasana mereka.

Dalam masa sama menurut Tuan Guru, masih wujud orang-orang bukan Islam beribadat di gereja yang dibina sejak sebelum kelahiran Nabi Muhammad sebagaimana di Mesir dan orang Majusi penyembah api di Iran di mana masih ada ada rumah ibadah yang dibina sebelum kelahiran Nabi Isa.
“Menandakan mereka tidak dipaksa menganut agama Islam. Menandakan bagaimana Islam mengurus masyarakat majmuk dan telah berjaya menyampaikan mesej dakwah. Dengan makna hidup secara masyarakat madani, masyarakat bertamadun, bertukar kebolehan, pendapat, maklumat dan kehidupan. Meraikan dan ada batas sempadan yang membeza antara satu sama lain dan tidak melampau satu sama lain,” ujarnya.

Tuan Guru turut mengaitkan suasana itu dengan Madinah sebagai Negara Islam yang ditadbir Rasulullah di mana pembinaan masjid dan pasar telah menghubungkan Baginda dengan seluruh masyarakat majmuk serta pelbagai muamalah mereka sehingga madinah menjadi kota metropolitan di rantau itu.

Islam Dan Hubungan Dengan Non-Muslim

Islam mempunyai pelbagai pendekatan dalam berhubungan dengan pihak atau masyarakat bukan Islam.

Tuan Guru menyatakan bahawa, ulama menyenaraikan lapan pendekatan untuk berhubung dengan bukan Islam iaitu tahaluf, zimmah mu‘ahadah, sulh, muwada‘ah, himayah, ta‘awun dan istianah.
Tahaluf terangnya, ialah mengadakan persefahaman bersama pihak bukan Islam dalam titik persamaan dengan mereka seperti menentang kezaliman, penyelewengan dan menghadapi pihak pelampau di mana hubungan ini dilakukan dalam batas-batas tertentu.

Pendekatan zimmah katanya, ialah orang bukan Islam yang terima Islam sebagai konsep negara dan sanggup menjadi rakyat serta menghormati undang-undang Islam yakni hudud dan qisas.

Manakala pendekatan mu‘ahadah ujar Tuan Guru, adalah hubungan negara yang bersedia untuk ada mengadakan perjanjian dengan Kerajaan atau Negara Islam.

“Digalakkan kita mengadakan hubungan dengan semua negara yang ada dalam dunia dan kita perlu mengiktiraf Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang ada pada hari ini. Walaupun banyak perkara kita tidak setuju, tetapi ada beberapa perjanjian yang dimeteraikan di bawah payung PBB sebenarnya mengambil daripada al-Quran dan daripada kitab-kitab fekah Islam.

“Mereka menemui jalan buntu untuk mewujudkan peraturan antarabangsa melainkan setelah orientalis melaporkan untuk diambil dari sumber Islam,” terang beliau.

Melanjutkan pembentangan, sulh pula jelasnya ialah berdamai dengan negara yang menjadi musuh perang dalam tempoh tertentu.

Dalam masa perdamaian itu katanya, dihilangkan ketengangan hingga mengizinkan rakyat negara itu untuk mengetahui mengenai Islam dan mengizinkan rakyat Negara Islam menyampaikan kepada rakyat negara itu mengenai Islam.

Sementara muwada‘ah hurai Tuan Guru, adalah gencatan senjata sementara waktu yang diizinkan oleh syarak.

Himayah pula katanya, adalah meminta perlindungan dari musuh yang baik sepertimana Nabi mendapat himayah dari Abu Talib serta menyuruh para Sahabat ke Habsyah untuk dapat perlindungan daripada rajanya.

Ta‘awun pula ujarnya, adalah bertolongan dalam perkara baik dengan pihak lain yang diizinkan oleh syarak.

“Istianah adalah meminta pertolongan ketika kita dalam keadaan lemah. Dia berperang bermusuh sesama dia. Dia nak cari kawan, kita boleh kawan dengan dia untuk lawan musuh dia,” terang Tuan Guru yang menegaskan semua hubungan itu mestilah dengan syarat tidak menggadai prinsip dan matlamat.

Tambah Ustaz Abdul Hadi, Nabi SAW mengadakan semua muamalah tersebut dan tidak bergantung dengan satu hubungan sahaja.

“Cara ini banyak cabang, jangan masuk satu pintu sahaja. Macam kita hari ini sekadar tahaluf, jumud dengan tahaluf sahaja. Tidak bergerak, tidak dikaji kemajuan, sejauh mana kekurangannya, sejauh mana boleh dibaiki, tidak dikaji.

“Yang malangnya ada nak mati dengan tahaluf, itu lagi malang. Di mana dasar kita, di mana prinsip kita? Allah mengingatkan kita supaya sentiasa beristiqamah dengan Islam dalam semua keadaan,” ujarnya memberi peringatan.

Menurut Tuan Guru juga, dalam hubungan antarabangsa, Islam membenarkan hubungan dagang dengan rakyat dari negara yang tiada hubungan diplomatik.

Terangnya, rakyat dari negara itu boleh diberikan visa untuk melakukan hubungan dagang atas kehendaknya sendiri dalam tempoh tertentu.


“Apabila mereka lihat keamananan, keadilan di negeri kita dan akhlak orang Islam, mereka balik ke negeri mereka menyampaikan maklumat kepada penduduk negeri mereka, menyebabkan mesej Islam berkembang dengan hubungan begini rupa. Inilah cara menangani masyarakat bukan Islam dengan cara baik dan tidak menjadi masalah kepada kita (berhubung dengan mereka),” ujarnya memahamkan tujuan hubungan itu.

.............
Tulisan di atas ialah intipati yang disampaikan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada Liqa’ Fikri PAS Pusat bertemakan “Perjuangan Islam Dalam Negara Demokrasi: Harapan dan Cabaran” di Seri Kembangan, Serdang pada 13 Disember lalu. – Dicatat oleh Izwan Abdul Halim

Sumber Link


Sumber TKO - 15-7-2015





































































Tidak Berguna Hari Raya Sekiranya Tidak Menyampaikan Mesej Islam

IMG_20150713_213819
Bagi pihak PAS dan bagi pihak Kesatuan Ulamak Sedunia, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Idul Fitri, kullu ‘am wa antum bi khair, minal a’idin wal faizin.

Hari (yang) mulia dan berkat yang diberi oleh Allah bersempena dengan kita menunaikan ibadat puasa di bulan Ramadhan dan bermulanya masuk bulan haji.

Kedua-duanya adalah rukun Islam, (yang) menunjukkan betapa pentingnya Hari Raya ini, ( iaitu) hari yang berkat yang bersempena dengannya, kita telah ditarbiah dididik oleh Allah.

Secara amali atau praktikal menunaikan ibadat puasa Ramadhan di waktu siang hari dan menghidupkan malamnya dengan ibadat-ibadat yang disunatkan, disamping ibadat wajib yang telah sedia ada.

(Ia adalah) bagi melatih diri kita melawan hawa nafsu serta meninggalkan keinginan yang dilarang oleh Allah kerana (ia) merosakkan diri manusia, (dan) untuk mengambil keinginan yang baik yang ditunjukkan oleh Allah Ta’ala, (bagi) menyelamatkan diri kita di dunia dan akhirat,

(Hari Raya hendaklah disambut) dengan menanam sifat taqwa di dalam diri kita, sebagaimana tujuan puasa yang ditegaskan oleh Allah dalam al-Quran (2:183).

IMG_20150713_214130

Mereka yang berhak menyambut hari raya adalah mereka yang menang melawan hawa nafsunya dengan menunaikan ibadat puasa (dan) kepada mereka yang tidak berpuasa, (adalah mereka) yang kalah melawan hawa nafsunya, (maka) tidak ada gunanya (mereka)  berhari raya dan tidak ada faedah hari rayanya itu.

Perlu difahami hari raya itu bukan sekadar memakai pakaian baru, memakan makanan yang lazat, pelbagai jenis kuih muih, tanpa semangat yang baru. Tanpa roh yang baru kepada iman dan Islam.

Dalam masa yang sama, dengan Islam ini kita menjalin hubungan yang baik dengan saudara mara kita, di atas semangat persaudaraan Islam yang menggalakkan silaturrahim, hubungan antara ahli keluarga dan menggalakkan hubungan antara sesama Islam serta hubungan sesama manusia, yang wajib kita selamatkan mereka dengan Islam.

Sama ada mereka menerima Islam atau tidak, perlu diketahui bahawa Islam adalah penyelamat dalam keadaan seluruh dunia kini menghadapi masalah (kerana) kegagalan agama-agama lain selain daripada Islam, ideologi-ideologi ciptaan manusia (telah) menimbulkan masalah politik, ekonomi dan sosial yang sangat gawat.

(Dan hanya) Islam adalah penyelamat, maka tanggungjawab kita adalah menjalinkan hubungan yang baik dengan semuanya (agar) bersama dengan Islam. Maka tidak ada makna (nya) hari raya (bagi) mereka yang tidak boleh menyampaikan mesej ini.

(Rugilah) mereka yang berkelahi dengan keluarga mereka, mereka yang tidak boleh mengajak orang Islam berbaik (sesama) dengan Islam, mereka yang tidak boleh berdakwah kepada manusia (yang) dengan ajaran Islam yang, tidak ada makna kepada mereka untuk menyambut Hari Raya.

Maka marilah kita sambut Hari Raya dengan kita menerima hari pemberian Allah (ini dan) kita berpegang dengan petunjuk Allah yang diberi nama (sebagai) Islam.

Berhati-hatilah memandu di jalan raya, kepada anak-anak di perantauan yang akan pulang berhari raya.

Mudah-mudahan Allah memberkati kita semua, memberi petunjuk kepada kita, meneguhkan iman dan kepercayaan kita kepada Allah dan (percaya) janji Allah di dunia dan akhirat.

***Perutusan Hari Raya, 1 Syawal 1436H oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, yang juga Naib Pengerusi Kesatuan Ulamak Sedunia

Sumber BO - 14-7-2015

Presiden PAS diwawancara oleh Channel News Asia Spore
Posted on Tuesday, July 14 @ 16:13:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Adakah TGHA tidak relevan lagi dlm arena politik tanahair..?


Atau namanya semakin teguh?..seteguh pendiriannya.


Allah s.w.t sentiasa bersama mereka2 yg ikhlas.. insyaAllah.. Pas semakin teguh."

Kredit:
Zubir Abdullah


Sumber TKO - 14-7-2015

Semua pihak perlu bertenang, elakkan provokasi

DATUK SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG | .


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sangat kesal dengan peristiwa kekecohan yang berlaku di kawasan tengah Bandaraya Kuala Lumpur dalam tempoh 12 jam yang lalu.

Sehubungan dengan itu, PAS ingin merayu dan meminta semua pihak yang ada dalam negara ini, terutamanya di kawasan sekitar titik panas Bukit Bintang Kuala Lumpur agar bertenang dan mengelakkan sebarang provokasi baharu yang boleh menghangatkan suasana.

Jangan kita cemari keharmonian pelbagai kaum yang ada dalam negara ini dengan insiden yang boleh melebarkan hubungan baik semua pihak yang sedia terjalin sejak zaman berzaman.

PAS meminta semua pihak agar menangani semua isu yang timbul, walau apapun puncanya, dengan jiwa terbuka dan penuh dengan kesabaran terutamanya dalam bulan Ramadan yang mulia ini. - HARAKAHDAILY 13/7/2015

Presiden PAS

Sumber HD - 13-7-2015

Insiden Low Yat; Semua Pihak Perlu Bertenang, Elakkan Provokasi

IMG-20150712-WA0074
Parti Islam SeMalaysia (PAS) sangat kesal dengan peristiwa kekecohan yang berlaku di kawasan tengah Bandaraya Kuala Lumpur dalam tempoh 12 jam yang lalu.

IMG-20150712-WA0075

Sehubungan dengan itu, PAS ingin merayu dan meminta semua pihak yang ada dalam negara ini, terutamanya di kawasan sekitar titik panas Bukit Bintang Kuala Lumpur agar bertenang dan mengelakkan sebarang provokasi baharu yang boleh menghangatkan suasana. Jangan kita cemari keharmonian pelbagai kaum yang ada dalam negara ini dengan insiden yang boleh melebarkan hubungan baik semua pihak yang sedia terjalin sejak zaman berzaman.

PAS meminta semua pihak agar menangani semua isu yang timbul, walau apapun puncanya, dengan jiwa terbuka dan penuh dengan kesabaran terutamanya dalam bulan Ramadan yang mulia ini.

DATO’ SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Isnin 26 Ramadan 1436 / 13 Julai 2015

Sumber BO - 13-7-2015

Presiden PAS Merai Tetamu Berbuka Puasa Di Rusila
Posted on Friday, July 10 @ 23:29:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Merai tetamu tidak semesti tempat yang hebat. Tahniah TG Haji Abdul Hadi merai pimpinan PKR hari ini.

Kredit:
Zukri Zuq 


Sumber TKO - 11-7-2015


Sejarah Ringkas: Cadangan Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mengenai Unity Government (UG)
Posted on Friday, July 10 @ 15:14:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Pada tahun 2008, selepas PRU ke-12, Tuan Guru Abdul Hadi Awang mencadangkan 'Unity Government' untuk menangani krisis yang berlaku pada masa itu tetapi akhirnya beliau menarik balik cadangan itu kerana situasi semasa tidak mengizinkan.

Pada 2 Januari 2014, satu pengumuman perutusan khas daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim daipada Parti Keadilan Rakyat (PKR) ingin membuat Konsesnsus Nasional (senada dengan UG) ingin dilaksanakan. Perbincangan KN ini bermula pada tahun 2013.

Pada 23 Mac 2015, Lim Kit Siang dari pimpinan tertinggi DAP mengusulkan pembentukan sebuah kerajaan persekutuan campuran untuk “Selamatkan Malaysia”.

7 Julai 2015, Dato' Ambiga dalam persidangan tergempar bersama ahli-ahli parlimen dan ngo di Dataran Parlimen mencadangkan bahawa perlu mewujudkan 'Unity Government'.

9 Julai 2015, Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, William Leong mengumumkan di dalam persidangan di pejabat PKR menyeru Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung melantik sebuah kerajaan perpaduan (UG).

8 Julai 2015 AJK PKR Pusat William Leong bersama Nurul dalam sidang media mencadangkan UG sementara dibentuk sebelum pilihan raya baru diadakan.

Beberapa cadangan kecil (pandangan dan cakap-cakap) daripada pimpinan PKR dan DAP yang juga mencadangkan UG (tidak direkodkan).

Moral ringkas: Politik ini perlu dilihat dalam kerangka yang luas dan jauh melangkaui batasan-batasan politik perkauman dan kepartian dalam menyelesaikan sesuatu krisis.

Di Sini dibentangkan beberapa Link untuk melihat balik gagasan Unity Government TGHH.

1. temuramah TGHH di rumahnya.
http://www.youtube.com/watch?v=joJ5khSWNg8&feature=youtu.be



2. Kupasan oleh Dr abu hassan
http://www.youtube.com/watch?v=h7E21yBnZUE
http://www.youtube.com/watch?v=mKStOkJgISA





3. temuramah di Pejabat agung
http://www.youtube.com/watch?v=CbzAnLxp6us



Tiada satu keterangan yang dibawa TGHH untuk membawa PAS berpadu dengan UMNO untuk membentuk kerajaan Perpaduan Melayu.

Apa Sebenarnya Kerajaan Perpaduan
Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi berkata ramai yang tak faham tentang Unity Government, termasuk pimpinan PAS

Kagum dengan pandangan politik beliau yg jauh merentas garis masa. Idea yg dikemukakan 6 tahun lalu kian mendapat perhatian banyak pihak termasuklah mereka-mereka yang dahulunya kuat membangkang.

Namun apakan daya, idealisme dan pandangan politik beliau yang jauh ke hadapan masih belum mampu digarap oleh kebanyakan orang.

Barakallahu fik Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang 
Sumber TKO - 11-7-2015

Apa lagi yang Malaysiakini mahu agendakan?




















































































HARAKAHDAILY | .


Saya dengan ini menafikan sekeras-kerasnya tajuk jahat sensasi yang dicipta oleh Malaysiakini: Like Anwar, there must be four witnesses for Najib.

Apa yang disebut oleh Presiden PAS ialah "Pendirian kita pendirian Islam. Kalau tuduhan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim kena ada empat saksi, sama juga dengan tuduhan ke atas Najib, kena ada saksi juga.. Saksi yang adil".

Tajuk sedemikian yang berbeza maksudnya dengan isi sebenar ucapan Presiden PAS itu dengan jelas menunjukkan sama ada Malaysiakini tidak faham, atau mempunyai agenda mereka yang tersembunyi.
Perbuatan sedemikian adalah amat dikesali dan meruntuhkan kemurnian pemberitaan yang telus dan benar.

Sekian.

DR AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Setiausaha Politik Presiden PAS
7 Julai 2015

Sumber HD - 7-7-2015

Kita lihat apa akan dibincang nanti - Presiden PAS

KOTA BHARU: PAS mahu perbincangan parti-parti politik berkaitan isu dakwaan dana milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) disalur ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak, boleh memberi manfaat kepada rakyat.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata apa yang baik akan disokong begitu juga sebaliknya.

“Kita lihat apa yang akan dibincang nanti, kita tidak mahu ia boleh menyusahkan rakyat, tidak mahu rakyat menjadi beban.
“Pembaharuan yang dilakukan biarlah yang betul,” katanya selepas menyampaikan ceramah sempena sambutan Nuzul al Quran di Madinah Ramadan malam tadi.

Hadir sama Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, anggota Exco, Datuk Abdul Fattah Mahmood, anggota parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam, Zamri Ismail.

Pada sebelah petang Presiden mengadakan perjumpaan dengan pemimpin PAS dari seluruh Kelantan di Putik yang berakhir dengan iftar.

Kelmarin Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjemput ahli Parlimen pelbagai parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO) menyertai mesyuarat membincangkan dakwaan Wall Street Journal (WSJ) terhadap Perdana Menteri.

Menurutnya mesyuarat tergempar yang akan diadakan di Parlimen bagi menilai tahap keyakinan orang ramai terhadap Najib.

Tuan Guru Abdul Hadi juga berkata, mana-mana pihak bebas untuk menubuh parti baru di negara ini selaras dengan semangat demokrasi.

Bagaimanapun, katanya beliau percaya anak yang merajuk akan kembali semula kepada bapanya selepas keadaan reda

Sumber PP - 7-7-2015

Presiden PAS di Putik Hari Ini
Posted on Monday, July 06 @ 20:46:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Perjuangan menegakkan kalimah Allah dimuka bumi Allah bukan HANYA setakat menang praya shj, malah jauh lg kehadapan. Keredaan Allah yg paling utama. Sebab itu kita bekerja untuk menang pilihanraya dan kita jaga akhlak dan batas Islam selain kita bercita-cita mendaulatkan undang-undang Allah.

"..Anak-anak kita merajuk, tak setuju dengan masakan di rumah, keluar rumah tinggalkan ibubapa.

Ibubapa jangan usir keluar, kena sabar sikit. Sehari dua ni mungkin dia makan rata-rata, sikit lagi dia balik la Insya Allah.." -

sebahagian ucapan YB Tuan Guru Dato Seri Presiden PAS di PUTIK petang ini.

Kredit:
Aziz Harun 




















































































Perpaduan Melayu sekadar TG Hadi- Najib bersalam?

| .



SANGGAR Bicara anjuran Majlis Profesor Negara (MPN) di Kota Bharu 27 Jun lalu turut mendebatkan isu hudud.

Isu perpaduan nasional yang dibincang tersasar sehingga mengetuk pintu hudud. Hudud, qisas dan takzir terkandung dalam Kanun Jenayah Syariah (KJS) Kelantan (II) 1993 Pindaan 2015.

Dua panelis diundang dari Umno iaitu ahli Majlis Tertinggi, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Umno Pasir Puteh, Zawawi Othman.

Dan seorang lagi panelis Datuk Dr Halim Ahmad, juga berhujah tidak jauh dari kerangka Umno. Mereka berganding di satu pentas bagi berdepan dengan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Nasib baik audien kalangan pensyarah dari Universiti Malaysia Kelantan, UiTM, sarjana dan wakil-wakil NGO. Hadir sama Ketua Kluster Perpaduan Nasional MPN Prof Dr Mansor Mohd Noor.

Program bicara itu memilih Kota Bharu bagi mengumpul aneka pandangan dan idea. Di sepanduk di tepi pentas utama di dewan kecil sebuah hotel tertulis perkataan Penggubal Mencari Titik Pertemuan Perpaduan Bersama.

Program itu di bawah kendalian Kluster Perpaduan Nasional.

Sepatutnya ucaptama wacana itu disampaikan Profesor Ulung Dato’ Shamsul Amri Baharudin. Turut disenaraikan panelis awal iaitu Prof Emeritus Dato’ Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid, Timbalan Ketua Umno Ketereh, Dato’ Mohd Alwi Che Ahmad dan Dr Mohd Zuhdi Marzuki dari UM.

Namun hanya Nik Abduh yang kekal dari senarai asal hadir pada program berkenaan. Mohd Alwi diganti Zawawi yang juga Adun Semerak.

Manakala Dr Halim menggantikan tempat Dr Mohd Zuhdi. Dr Mansor memberitahu Dr Shamsul ada komitmen lain di luar negara. Terdapat juga peserta bukan Islam merancakkan diskusi tersebut.

Biar pun wacana membincangkan isu perpaduan nasional, namun hudud masih mencuri perhatian panelis. Apa yang jelas perpaduan Melayu tidak boleh lari dari kerangka agama.

Ada panelis terus terang melontar pandangan hudud belum sesuai dilaksanakan di Malaysia.

“Perlukah kita isytiharkan Islamic State. Saya percaya sekiranya usaha itu diteruskan Sabah dan Sarawak akan menarik diri daripada persekutuan Malaysia.

“Risiko keselamatan Malaysia tidak boleh ditolak kalau rancangan itu diteruskan, antaranya ancaman dari negara asing,” kata salah seorang panelis yang mengaku non partisan.

Baginya PAS hendak membawa perubahan secara total, manakala Umno dianggap hendak mengubah perlembagaan ke arah Islam beransur-ansur.

Lebih mengejutkan lagi hujahnya, usaha PAS menghala ke arah Islamic State menyebabkan wujud perpecahan kalangan orang Melayu.

Berbeza sekali dengan hujah wakil PAS. Bagi Nik Abduh hudud yang terangkum dalam KJS dianggap menyatukan rakyat Kelantan di bawah kepemimpinan ulama sejak 1990.

Sebaliknya Dr Asyraf menganggap beliau tidak boleh menerima apabila ada pihak mentohmahkan Umno menolak Islam.

Beliau mengakui membesar dalam suasana Umno dan melihat parti terbabit juga memperjuangkan Islam.

Yang Dipertua Yadim itu juga menegaskan kelemahan individu dalam Umno tidak boleh disamakan dengan masalah parti.

“Saya tegaskan kita tidak perlu bubar parti untuk mencapai perpaduan Melayu. Apa yang penting kejujuran kita untuk menilai Umno membawa Islam atau tidak,” ujarnya.
Beliau menyimpulkan PAS sebagai ekstremis Islam.

Bagaimanapun bagi Nik Abduh, Umno memperlihatkan wajah alim sekarang selepas parti itu tersepit.

“Saya tidak boleh terima hujah Adun Semerak, perpaduan Melayu hanya selesai apabila Haji Hadi dan Datuk Najib bersalam di satu pentas,” ujarnya.

Kesimpulannya biar apa pun isu dibangkitkan dalam wacana membabitkan orang Melayu, ia tidak boleh lari dari ruang lingkup agama.

Begitu juga isu perpaduan nasional dibawa Majlis Profesor Negara, isu hudud tidak dikesampingkan.

Apakah ini yang dikatakan orang agama tidak boleh dipisahkan dari identiti Melayu. - HARAKAHDAILY 6/7/2015

Sumber HD - 6-7-2015


Presiden PAS bersama Mazlan Aliman
Posted on Sunday, July 05 @ 22:13:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Hidayah tu milik Allah... Sapa tau... Sama mcm usul Hudud... Allah sebaik merancang... Akhirnya terbongkar semuanya yang tersembunyi dalam hati musuh Islam dan siapa yang sebenarnya nak kencing hudud selain daripada UMNO.

Tapi persaudaraan dalam Islam mesti di kukuhkan.

Kredit:

Sumber TKO - 5-7-2015



























































































Mari belajar pepatah Arab, anjing dan serigala

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Ucapan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang memetik pepatah Arab yang menyebut tentang anjing dan serigala mendapat perhatian pelbagai pihak dan media.

Ekoran daripada itu, Bendahari Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Mohd Asri Daud mengajak orang ramai untuk belajar dan memahami Bahasa Arab untuk menyelami apakah sebenarnya yang mahu disampaikan oleh Presiden PAS.

Berikut tulisan beliau dalam facebooknya Asri ed-Diwanie;

Mari belajar Bahasa Arab.

دع القافلة تسير والكلاب تنبح واترك الذئاب تعوي

(Biarkan kabilah meneruskan perjalanannya ketika anjing sedang menyalak dan usah dihiraukan juga dengan salakan serigala)

دع الكلاب تنبح و الذئاب تعوي والقافلة تسير

(Biarkan anjing dan serigala menyalak, namun kabilah mesti meneruskan perjalanan ke destinasinya)

Ia adalah perumpamaan arab yang menyatakan tentang perlunya sikap konsisten dan kuat semangat dalam meneruskan sesuatu pekerjaan walaupun menghadapi pelbagai halangan dan cabaran.

Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ada menyebut pepatah ini dalam ceramahnya kelmarin, melambangkan ketinggian ilmu sastera yang dimilikinya dalam membuat perumpamaan semasa. Bahawa perjuangan melaksanakan tuntutan Islam wajib diteruskan walaupun menghadapi halangan golongan yang menghalang. – HARAKAHDAILY 29/6/2015

Sumber HD - 29-6-2015


ANDA TERTINGGAL ARTIKEL INI???
--------------------------------------------------
Kenyataan Haji Hadi Awang ada benarnya

PANDANGAN Haji Hadi Awang yang parti baru yang bakal ditubuhkan oleh kumpulan kalah (G18) dalam pemilihan parti PAS itu ada benarnya jika dipandang dari satu sudut pandangan politik. G18 itu akan tenggelam jika menubuhkan parti baru dan keluar dari PAS. Kumpulan G18 in akan bergabung dengan PasMa untuk menjadi rakan kongsi Pakatan Rakyat yang baru sebagai pengganti PAS yang tidak lagi diakui oleh rakan kongsi Pakatan Rakyat sebagai segabungan dengannya.Selalunya satu kumpulan serpihan itu tidak kekal. Tidak tahu pulalah jika yang kali ini ia akan kekal. Kita tunggu sahajalah. Masa akan menentukan. Jika ia kekal Alhamdulillah dan saya ucapkan selamat berjuang dan teruskan apa-apa yang anda semua hajatkan.Jika kita masih dibuai oleh sentimen tanpa memikirkan apa yang anda semua akan lalui secara realitinya maka anda akan merasakan yang anda semua akan menjadi satu ‘force’ yang ‘formidable’. Kita belum nampak lagi ranjau-ranjau yang bakal anda tempuhi dalam perlaksanaan politik mereka anda. Tentulah ada pihak yang berkepentingan mahukan keadaan ini berlaku, tetapi itu adalah mainan pilitik yang biasa, terutamanya dalam politik Malaysia ini.Teruskanlah, tetapi berhati-hati sambil melalui jalan dan liku-liku perjuangan mereka. Saya mempunyai sebab untuk berkata demikian tetapi sebabnya bukan boleh diluahkan begitu sahaja kerana ia berkaitan dengan siapa yang menerajui kumpulan baru pembangkang ini. Saya tidak nampak bagaimana gabungan baru ini boleh membezakan keadaan dengan keadaan semasa Pakatan Rakyat yang dahulu.Pakatan Rakyat yang baru ini wajar mempunyai pendaftaran secara formal dan wujud diatas entiti yang terdaftar dengan pandaftaran pertubuhan. Itu satu. Tetapi persoalannya parti manakah yang akan menjadi ketua kepada ‘coalition’ yang baru ini. Dalam Pakatan Rakyat dahulu perhubungan diantara ketiga-tiga parti itu ialah ‘equal partners’ dan jika ini terus berlaku dalam Pakatan dan persepakatan yang baru ini maka masalah yang sama akan tetap berlaku.Kita lihat dalam Pakatan Rakyat yang dimatikan walaupun pada hakikatnya Pakatan itu tidak pernah wujud secara formal, perbalahan ialah wujud kerana tiada parti diantara ketiga-tiga ahli itu yang menjadi ketuanya. Dalam sesuatu ‘coalition’ mesti ada satu parti yang menjadi ketuanya dan dihormati oleh rakan-rakan kongsi di dalamnya.Jika dalam persepakatan dan persefahaman yang baru itu sama sahaja cirinya seperti dalam Pakatan Rakyat yang dahulu dengan ciri ‘equal partners’ dan ‘equal say’ dalam persahabatan baru itu, hasilnya akan sama sahaja dengan apa yang dihasilkan oleh Pakatan Rakyat dahulu.Sesungguhnya PAS sekarang ini tidak kebelakang sangat seperti yang di anggapkan oleh kumpulan 18 yang dikatakan progresif itu. Paling jauh PAS telah kembali kepada rupa dan ‘attribute’ asal parti itu yang konservatif.

Sememangnya ‘attribute’ asal PAS begitu dari dahulu.Perlu diingat semasa PAS mencuba menjadi parti progresif dengan menyertai Pakatan Rakyat dahulu bukannya sedikit kaum Melayu yang tidak menyokong PAS lagi kerana parti itu dikatakan telah berubah corak dan sanggup bersekongkol dengan DAP yang mereka beranggapan sebagai chauvinis Cina dan sebagainya. Dengan kembalinya PAS dengan imej berkepimpinan ulamak maka mereka ini jelas telah kembali memberikan sokongan dan ramai yang baru sedang mendekati PAS.DAP kecewa dengan PAS kerana mahu tidak mahu parti itu perlukan sokongan orang Melayu Islam apabila menghadapi rakyat dalam pilihanraya nanti. Itu sebabnya mereka amat bergembira sekarang ini kerana setidak-tidaknya masih ada segelumit penyokong PAS yang sudah terbiasa menyokong DAP dan Pakatan dalam dua pilihanraya umum yang lalu. Tanpa sokongan Melayu, DAP akan hanya tertumpu pengaruhnya dalam kawasan Cina sahaja dan sekarang ini ada beberapa kerusi DAP yang kedudukannya dalam bahaya apabila pilihanraya umum tiba nanti.Walaupun begitu besar publisiti tentang kemasukan (exodus) ramai ahli PAS kedalam DAP, ramai lagi yang berubah menyokong kembali parti itu apabila sudah berpisah dengan PR terutamanya DAP.Dengan perpecahan DAP dengan PAS, kedua-dua parti akan merasakan hasilnya. Tetapi bagi PAS setidak-tidaknya ia kembali kepada corak dan ciri asalnya. PAS mula menyedari yang parti itu akan hilang identitinya jika berterusan bersama DAP. Apabila parti itu hilang identitinya maka ia akan menghadapi banyak masalah pada masa yang akan datang. Contohnya identiti Umno yang asal sudah cukup untuk dijadikan pelajaran kepada semua pihak. Umno kini menghadapi penyakit daya tahan seperti orang yang dihinggapi HIV, hidup tidak segar, hanya mati yang ditunggu.Umno yang dahulunya mempunyai imej sebagai parti bersemangat kebangsaan tetapi sejak parti itu bertukar menjadi parti ‘taukey’, ramai yang telah meninggalkan parti itu. Lanjutan dari itu UMNO akhirnya akan hanya menjadi sebuah parti yang dilihat sebagai parti untuk ‘the rich and the famous’ sahaja dan tidak ubah seperti ‘exclusive club’ untuk keuntungan mereka yang hampir dengan kuasa sahaja.Asri Muda merupakan seorang pemimpin utama PAS yang pernah dianggap bukan sahaja oleh ahli PAS tetapi juga oleh pemimpin-pemimpin parti lawan sebagai pemimpin yang sukar dicari ganti untuk PAS. Ketiadaan beliau sepatutnya telah menguburkan parti itu tetapi PAS tetap wujud dan segar sampai kehari ini.Sesebuah parti itu ciri yang kekal di dalamnya dan jika sesiapa termasuk pemimpin besarnya tidak bersama dengan ciri-ciri asalnya secara ‘natural’ mereka akan meninggalkan parti itu akhirnya. Saya tidak berada dalam parti ini tetapi sekadar memberikan pandangan berdasarkan kepada keadaan dan hakikat sebenarnya yang akan berlaku.Mungkin ada gulungan G18 itu sedang memujuk hati mereka dengan berkata keadaan sekarang lain dan dulu lain. Tetapi natijahnya sama-sama kita akui satu kenyataan….PAS tetap akan wujud seperti sediakala jika tidak lebih dari itu. - aspanaliasnet.blogspot.com/

Klik untuk artikel penuh:
http://www.harakahdaily.net/…/36078-kenyataan-haji-hadi-awa

Sumber FBHD - 25-6 - 2015





























































































Mempertahankan kerajaan yang dibina

| .


KEPIMPINAN Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sesungguhnya menyedari bahawa iklim kerjasama yang dibina dalam Pakatan Rakyat pada waktu ini adalah pada tahap yang paling mencabar dan berdepan dengan perbezaan prinsip yang memerlukan penyelesaian yang adil bagi memenuhi aspirasi seluruh rakyat yang mahukan perubahan.

Bagi PAS, muafakat asal yang dibina adalah kebersamaan dalam perkara yang dipersetujui dan menjadi kepentingan bersama, manakala dalam masa yang sama mengiktiraf kewujudan perbezaan pandangan dan prinsip perjuangan parti masing-masing dalam kalangan parti dalam Pakatan Rakyat (PR).

Pendirian PAS terhadap kerjasama dalam PR adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam Ucapan Dasar Presiden PAS sempena Muktamar Tahunan PAS yang baharu sahaja berlangsung.
Antaranya dinyatakan dengan jelas, bahawa “PAS akan terus dan tetap melaksanakan Tahaluf Siyasi bersama Pakatan Rakyat, selagi mana ianya tidak bercanggah dengan panduan al-Quran dan as-Sunnah”; dan juga nyata termaktub dalam Perlembagan PAS [Fasal 7(1)] bahawa hukum tertinggi dalam perlembagaan PAS ialah al-Quran, as-Sunnah, Ijma’ ulama dan Qiyas.

Ingin saya pertegaskan bahawa, kerjasama PAS dengan komponen dalam PR di Selangor adalah dalam kerangka untuk mempertahankan kerajaan yang dibina bersama melalui kepercayaan rakyat.

Sehubungan dengan itu juga, PAS Pusat telah pun memberikan arahan kepada YB Datuk Iskandar Abdul Samad selaku Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga merupakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan (Exco) untuk mengarahkan seluruh Ahli Dewan Undangan PAS Negeri Selangor supaya terus bersama dengan YAB Datuk Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali bagi meneruskan khidmat kepada rakyat dan seterusnya mengekalkan kedudukan kerajaan yang memerintah Selangor pada waktu ini. - HARAKAHDAILY 24/6/2015

Sumber HD - 24-6-2015





























































































Surat terbuka kepada ahli PAS: Dilema aqidah dan pendekatan

DATUK SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG | .


Menemui semua ahli PAS semoga berada dalam limpahan rahmat Allah SWT.

Setiap pengikut perjuangan Islam wajib menyedari dan faham, bahawa ada dua aspek penting dalam perjalanan perjuangan Islam yang sangat mencabar. Gagalnya kita memahaminya, boleh mneyebabkan ada kalangan yang kecundang atau tercicir di tengah jalan dalam perjalanan perjuangan ini, kerana tidak menghayatinya dengan betul. Kedua-dua aspek tersebut mewajibkan hidayah, melalui ilmu, kebijaksanaan dan terpentingnya memohon petunjuk Allah dengan khusyuk setiap rakaat salat dan bila-bila masa sahaja.

Pertama: Aqidah perjuangan; dan kedua: pendekatan yang dilakukan, beramal, dakwah dan melaksanakan Islam bagi membawa rahmatnya kepada seluruh manusia.

Kedua-dua aspek ini dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. bersama para sahabatnya R.A. yang setia bersamanya dengan petunjuk Allah daripada al-Quran, dalam semua keadaan. Ianya ditunjukkan dalam Marhalah Makiyyah dan Madaniyyah, iaitu di masa lemah dan kuat di masa belum wujudnya negara dan setelah tegaknya negara.

Pertama

Beristiqamah bersama aqidah perjuangan Islam adalah sangat berbeza dengan perjuangan yang hanya bergantung kepada ideologi ciptaan manusia.

Ianya menuntut kita tetap bersama Islam dengan keimanan kepada Allah dengan segala nama dan sifatnya yang mulia. Islam adalah benar, rahmat dan adil, dalam segala hukumnya yang wajib, sunat, makruh, haram dan harus. Percaya kepada janji Allah daripada dunia sehingga akhirat, walau pun perkaranya ghaib dan tidak dapat dicapai oleh akal dan panca indera. Perkara aqidah adalah tetap dan tidak berubah dan tidak boleh diubah; walau apapun dugaannya.

Kedua

Aspek ini menuntut kita beristiqamah melaksanakan pendekatan yang dizinkan Allah, halal dan haramnya adalah dengan cara yang diizinkan oleh Allah, berhubungan dengan bukan Islam dan musuh dengan cara yang diizinkan Allah juga. Walaupun hukumnya dari segi aqidah tegas dan tetap.

Sirah Nabawiyyah melaporkan pendekatan Rasulullah S.A.W. menerima perlindungan keluarganya yang dipimpin oleh Abu Talib di atas semangat kekeluargaan tanpa menerima Islamnya, menerima pembelaan salah seorang pemimpin kaumnya Mut’im bin ‘Adi yang menentang kezaliman walaupun dia bukan Islam, meminta khidmat petunjuk jalan berhijrah ke Madinah daripada seorang bukan Islam bernama Abdullah bin ‘Uraiqit dengan keimanan menegakkan negara di Madinah dan menjanjikan hadiah gelang emas kerajaan Parsi kepada Suraqah bin Malik, musuh yang datang untuk membunuhnya di tengah jalan.

Hakikatnya ialah, apabila Abu Talib dan lain-lain menawarkan keamanan dengan meninggalkan aqidah, maka ianya ditolak dengan keras. Apabila pemimpin Makkah menawarkan pertabalan menjadi raja yang berkuasa dan tawaran harta kekayaan dengan syarat meninggalkan aqidah perjuangan maka ditolak dan bersedia untuk mati kerana mempertahan aqidah dan perjuangannya.

Sikap yang sama ditunjukkan oleh semua para sahabat R.A. ketika berada di Makkah, sehingga bersama melakukan Hijrah yang menghasilkan kejayaan. Maka bersabdalah Rasulullah S.A.W.

إنّمَا الأَعْمَالُ بالنِّيّاتِ، وَإِنَّمَا لِكُلِّ امرِىءٍ مَا نَوَى، فَمَنْ كَانَتْ هجرته إلى الله ورسوله، فهجرته إلى الله ورسوله، ومن كانت هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصيبُهَا، أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكَحُهَا، فَهِجْرَتُهُ إِلى مَا هَاجَرَ إِلَيْه. (البخاري ومسلم).

(Sesungguhnya semua amalan itu mestilah mengikut niatnya, dan setiap orang akan menerima ganjaran dan akibat mengikut niat masing-masing. Sesiapa yang melakukan hijrah kerana Allah dan Rasul, nescaya dia mendapat fadilat hijrah kerana Allah dan Rasul. Sesiapa yang niat hijrahnya kerana dunia, atau seperti kerana mengikut wanita yang hendak dinikahinya maka terimalah dia mengikut naitnya itu).

Hadis ini adalah bersempena dengan peristiwa Hijrah dan menjadi dalil kepada semua amalan seseorang. Hijrah adalah pendekatan, wujudnya aspek 'niat' adalah menunjukkan bahawa urusan hijrah ini mempunyai 'aqidahnya'. Allah melakukan penapisan dunia sebelum penapisan akhirat.

Apabila tegaknya negara di Madinah, Allah secara tegas menunjukkan jalan istiqamah di antara aqidah dan pendekatan kepada Rasulullah S.A.W. dan para sahabatnya, dalam keadaan yang lebih mencabar dalam masyarakat majmuk berbagai agama, kaum dan sikap. Islam, bukan Islam dan munafik.

Allah berfirman:

۞عَسَى ٱللَّهُ أَن يَجۡعَلَ بَيۡنَكُمۡ وَبَيۡنَ ٱلَّذِينَ عَادَيۡتُم مِّنۡهُم مَّوَدَّةٗۚ وَٱللَّهُ قَدِيرٞۚ وَٱللَّهُ غَفُورٞ رَّحِيمٞ ٧ لَّا يَنۡهَىٰكُمُ ٱللَّهُ عَنِ ٱلَّذِينَ لَمۡ يُقَٰتِلُوكُمۡ فِي ٱلدِّينِ وَلَمۡ يُخۡرِجُوكُم مِّن دِيَٰرِكُمۡ أَن تَبَرُّوهُمۡ وَتُقۡسِطُوٓاْ إِلَيۡهِمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُقۡسِطِينَ ٨ إِنَّمَا يَنۡهَىٰكُمُ ٱللَّهُ عَنِ ٱلَّذِينَ قَٰتَلُوكُمۡ فِي ٱلدِّينِ وَأَخۡرَجُوكُم مِّن دِيَٰرِكُمۡ وَظَٰهَرُواْ عَلَىٰٓ إِخۡرَاجِكُمۡ أَن تَوَلَّوۡهُمۡۚ وَمَن يَتَوَلَّهُمۡ فَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلظَّٰلِمُونَ ٩ الممتحنة

Semoga Allah akan mengadakan perasaan kasih sayang antara kamu dengan orang-orang yang kamu musuhi dari kerabat kamu itu (dengan jalan menjadikan mereka insaf dan memeluk Islam) dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa (atas tiap-tiap sesuatu), dan Allah Maha pengampun, lagi Maha Mengasihani. Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu) dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.

Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu) dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.

Ayat-ayat al-Quran tersebut bermaksud bahawa Allah menunjukkan kepada kita supaya berlaku baik kasih sayang terhadap seluruh manusia mengikut sempadannya. Maka Rasulullah S.A.W, menjalinkan segala pendekatan hubungan dengan kalangan bukan Islam, secara bertahaluf, berta’awun, berdamai, memaaf kesalahan dan lain-lain.

Apabila berlakunya sikap bermusuh yang mahu merosakkan aqidah maka dibatalkan segala bentuk hubungan walupun terhadap kaumnya di Makkah. Menunjukkan banyaknya keterbukaan dalam perkara pendekatan dan sangat tegas dalam perkara aqidah perjuangan.

Maka setiap ahli PAS mestilah bersama dengan jamaah yang ditubuhkan di atas prinsip dan matlamat beraqidah yang teguh bersama konsep pendekatannya, dan wajib beristiqamah mengikut kenyataan nas serta sejarah.

Sesiapa yang mengikuti perjalanan bersama atau membaca sejarah PAS, akan menyaksikan gelombang dan liku perjuangan dan hilangnya pemimpin paling tinggi, ahli biasa atau penyokong secara sendirian atau tenggelam bersama parti dan pertubuhan yang dijadikan bahteranya.

Adapun perkara yang akan datang berada dalam ilmu Allah dan kita diwajibkan mengambil iktibar serta sentiasa berilmu, berdoa dan bertawakal kepada Allah. - HARAKAHDAILY 23/6/2015

Sumber HD - 23-6-2015

Presiden PAS di Chow Kit dan SOGO (12 Gambar)
Posted on Sunday, June 21 @ 22:33:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sempat bersama masyarakat setempat di Chow Kit dan Sogo. Beliau kemudian berbuka puasa di Pejabat Agung PAS Pusat.























Sumber TKO - 21-6-2015

Sambutlah Ramadhan Dengan Penuh Ketaqwaan

Datuk-Seri-Abdul-Hadi-Awang (2)
Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan bagimu berpuasa, sebagaimana telah diwajibkan pada orang-orang sebelum kamu. Mudah-mudahan kamu bertaqwa.”

(Surah Al-Baqarah : Ayat 183)

Seluruh ummat Islam di Malaysia akan mula menunaikan ibadat puasa sebulan di Ramadhan bermula esok. Maka dengan ini, saya mengambil kesempatan yang ada ini untuk berpesan kepada diri saya , ahli PAS dan seluruh rakyat Malaysia supaya mengambil kesempatan yang ada untuk kita mengejar redha Allah SWT dengan Islam yang sempurna ini.

Kita berharap kepada Allah SWT, semoga Ramadhan yang akan kita tempuhi bersama tahun ini menghasilkan natijah yang baik untuk kita semua. Bulan yang berkat dan mulia ini, yang diturunkannya Al-Quran dan adanya malam yang yang lebih baik daripada 1000 bulan, iaitulah Lailatul Qadar mampu mengembalikan keimanan dan ketaqwaan kita kepada kemuncak yang diredhai Allah SWT.

Dalam suasana kita mengharungi Ramadhan ini, jangan kita lupa nasib agama kita, saudara-saudara kita yang tidak bernasib baik di seluruh dunia seperti nasib Dr Muhammad Morsi yang dihukum oleh regim zalim As-Sisi, nasib saudara kita di Palestin yang ditindas oleh zionis israel, nasib saudara kita yang dibiarkan tanpa tanah air di bumi Arakan, Myanmar dan lain-lain lagi.

Semoga lembaran Ramadhan kali ini juga, berjaya mengembalikan semangat kita membuat perubahan kepada diri kita, masyarakat kita dan seterusnya negara kita ke arah yang diredhai Allah SWT. Kita perlu berusaha dan terus berjuang supaya Islam tertegak dengan hak-hak yang ditetapkan oleh Allah dan mengambil semangat ramadhan yang ada, yang pernah mendatangkan kejayaan gemilang kepada saudara-saudara seaqidah kita yang terdahulu.

Justeru, marilah kita bersama-sama menempuh ramadhan tahun ini dengan harapan kita berjaya menjadi manusia-manusia bertaqwa seperti yang disebut oleh Allah SWT dalam Al-Quran apabila menyebut tentang pensyariatan puasa di bulan Ramadhan.

“Beristiqamah Hingga Kemenangan”

DATO’ SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
30 Syaaban 1436 / 17 Jun 2015

Sumber BO - 17-6-2015


Presiden PAS Menyampaikan Menyampaikan taujihat di Masjid Otsuka, Tokyo, Jepun
Posted on Monday, June 15 @ 21:27:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



TGHH dikatakan tak baiki bahasa Inggerisnya.. walau TGHH x mahir bahasa inggeris macam pimpinan lain tapi TGHH mampu sampaikan tazkirah beliau di segenap pelusuk dunia tau... Bukan bahasa yang menjadi sebab atau pilih.. tetapi ilmu agamanya yang boleh mendidik dan mengajar kita tentang ilmu akhirat...

Kredit:




Sumber TKO - 15-6-2015



Kronologi Serangan DAP Terhadap Presiden PAS
Posted on Sunday, May 31 @ 22:43:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

Oleh Izwan Abdul Halim



Mutakhir ini DAP dilihat begitu galak menyerang dan memperlekehkan PAS khususnya Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Kronologi ringkas ini bertujuan untuk diperlihatkan semula sebagai imbasan, agar jangkaan yang bebas dan adil dapat dibuat terhadap masa depan politik Pakatan Rakyat, selain menghentikan budaya fitnah dan adu domba


26 MEI 2015: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah tawar hati untuk bersama Pakatan Rakyat (PR). Abdul Hadi berkecenderungan terhadap Umno berbanding memberikan sokongan kepada Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh baru-baru ini.

“Beliau bukan saja tidak hadir ke PRK Permatang Pauh lalu, malah turut tidak menyatakan sokongan terbuka kepada Wan Azizah. Hadi membuktikan walaupun tubuh badannya masih bersama PR, hatinya sudah bersama Umno.”

24 MEI 2015: Lim Kit Siang berkata, “Kalau bekas Mursyidul Am PAS (Nik Abdul Aziz) masih hidup, pasti beliau tidak akan membenarkan Pakatan Rakyat berhadapan krisis seteruk ini dan menentang rancangan pembentukan kerajaan perpaduan oleh pimpinan PAS sedia ada. Bekas pemimpin PAS pernah mendakwa idea pembentukan kerajaan perpaduan telah mendapat restu Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetapi ia dihalang sendiri Nik Abdul Aziz.

Bagaimanapun promoter konsep kerajaan perpaduan telah mengambil kesempatan daripada kematian Nik Abdul Aziz untuk meneruskan konspirasi politik itu.”

23 MEI 2015: Lim Guan Eng berkata, Abdul Hadi semakin berkelakuan seperti ‘pemimpin Umno’ dengan memainkan sentimen perkauman dan menyerang DAP. Abdul Hadi semakin lama lebih dilihat sebagai pemimpin Umno, bukan pemimpin PAS.

“Adakah ini kerana beliau nak kerajaan perpaduan? Beliau tetap sokong perdana menteri walaupun Lembaga Tabung Haji ada masalah? Kalau nak gabung, pergilah. Jangan cari alasan macam ni.

Jangan hilang akal macam ni. Sekarang dia (Abdul Hadi) main sentimen perkauman untuk serang DAP. DAP tak pernah cakap nak memerintah negara secara sendirian. Jelas hati dia (Abdul Hadi) tak ada bersama Pakatan Rakyat lagi.”

24 MAC 2015: Lim Guan Eng berkata, “Jika Hadi terus nak bentangkan usul tersebut (hudud), lebih baik beliau tinggalkan Pakatan Rakyat, beliau tentu berhak sebagai seorang Ahli Parlimen untuk berbuat demikian. Kita tak persoalkan hak demokrasi Hadi untuk bentang apa-apa usul, beliau memang ada hak sebagai Ahli Parlimen… tapi kalau nak buat usul sedemikian, jangan laksana sebagai ahli Pakatan Rakyat kerana kalau dia buat sedemikian, lebih baik beliau tinggalkan pakatan.”

24 MAC 2015: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, “DAP kesal dengan pengkhianatan Abdul Hadi. Kami telah hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap kepimpinan beliau dan akan memutuskan hubungan serta menghentikan sebarang kerjasama dengannya. Ini bukan kali pertama tetapi kali ketiga perkara membelakangkan dasar persefahaman berlaku. Beliau tidak jujur dan bermaruah. Pengundi yang menyokong PAS dalam pilihan raya umum lalu tidak mengundi untuk pelaksanaan hudud tetapi untuk dasar bersama yang dibawa oleh pakatan pembangkang. Yang melanggar dasar ini adalah PAS.”

22 MAC 2015: Lim Kit Siang berkata, Abdul Hadi bertindak dengan cara tidak jujur dan tidak bermaruah apabila membuat keputusan sendiri membelakangkan Pakatan Rakyat memohon kebenaran Parlimen membentang rang undang-undang persendirian hudud pada sesi Dewan Rakyat yang sedang berlangsung. Tindakan Abdul Hadi itu mencabuli keputusan Majlis Tertinggi PR kerana sebarang usul persendirian mesti terlebih dahulu dikemukakan kepada mereka sebelum dihantar ke Parlimen.

“Ini mencabuli keputusan Majlis Tertinggi sendiri. ‘Hot honest and not honourable’. Sebab itu kita tidak boleh mempersetujuinya. PKR mengumumkan tidak bersetuju dan DAP pun tidak boleh bersetuju. Tapi PAS melanggarnya. Itulah masalahnya.”

21 MAC 2015: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang terus mengkhianati dan menghina Pakatan Rakyat dengan memungkiri janji yang dinyatakannya sendiri kepada Pakatan Rakyat berhubung isu hudud sebelum ini.

Pengkhianatan bersiri oleh kepimpinan utama PAS ini adalah satu tindakan provokasi yang dilakukan secara sengaja untuk memecahkan Pakatan Rakyat atau demi mengugut DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyerah kepada PAS atau melihat Pakatan Rakyat berpecah. Pendekatan sedemikian oleh Abdul Hadi tidak boleh menjadi sebahagian daripada pendekatan konsensus yang digunakan Pakatan Rakyat demi demokrasi yang sihat dan koalisi yang berfungsi dengan baik.

Pimpinan DAP dikhianati oleh PAS Kelantan dan beberapa pimpinannya atas sikap tidak jujur, licik dan khianat mereka membelakangi Pakatan Rakyat.

Presiden PAS berkhayal jika menyangkakan bahawa sokongan kalangan bukan Islam terhadap PAS masih belum hilang selepas mereka dikhianati oleh parti itu. PAS bukan sahaja telah menamatkan Pakatan Rakyat malah prospek parti itu dalam pilihan raya akan datang.

28 JANUARI 2015: Pemangku Pengerusi DAP, Tan Kok Wai berkata, Abdul Hadi mempunyai hasrat untuk memecah-belah Pakatan Rakyat. Pelbagai isyarat yang diberikan Abdul Hadi termasuk keengganan menghadiri mesyuarat tertinggi pakatan, menolak resolusi yang dipersetujui bersama hinggalah membangkit isu pilihan raya kerajaan tempatan.

Abdul Hadi semakin konservatif telah membelakangkan nilai ‘parti untuk semua rakyat’ yang dipegang oleh PR.

“Keadaan ini menyedihkan pengundi bukan Islam khususnya pengundi Cina yang memberi sokongan kepada PAS pada Pilihan Raya 2008 dan 2013. Jangan lupa bahawa tanpa sokongan pengundi bukan Islam khususnya pengundi Cina, PAS akan menerima kekalahan di banyak kawasan.”

27 JANUARI 2015: Lim Kit Siang berkata, “Serangan Umno ialah apabila pemimpinnya turut melompat menyokong Hadi bagi kenyataan ‘13 Mei jika kembalikan undi ketiga’, dan dalam masa beberapa hari ini, kenyataan Hadi diberikan keutamaan berbanding Presiden Umno dan Timbalan Presidennya di dalam Utusan Malaysia – pertama kali dalam sejarah lidah rasmi Umno itu!”

6 FEBRUARI 2015: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu menghadiri mesyuarat Majlis Pimpinan PR Ahad ini bagi membolehkan sebarang keputusan berhubung isu-isu berbangkit dibuat secara kolektif.

Pihaknya sedia berbincang perkara-perkara bernas yang melibatkan kepentingan rakyat berdasarkan fakta.

“Di sini saya rasa pendirian DAP amat jelas dan yang paling penting adalah menyelesaikan perkara berbangkit berdasarkan fakta dan bukan fitnah. tanpa kehadiran Presiden Pas, mesyuarat itu tidak dapat diteruskan kerana Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) telah menetapkan bahawa semua keputusan harus dibuat secara kolektif dengan kehadiran semua pemimpin PR. Kami mendapat jaminan Hadi akan datang, jika tidak mesyuarat tidak diteruskan.”

7 SEPTEMBER 2014: Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua menemplak Abdul Hadi kerana menyebabkan kehilangan dua negeri kepada Barisan Nasional dan kini mempersoalkan pula keupayaan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk menjadi Menteri Besar Selangor yang baru.

Naibnya, Teng Chang Kim pula berkata, fakta rekod kerja Hadi menceritakan keupayaan pentadbiran beliau untuk dinilai orang ramai kerana hilang Terengganu sewaktu menjadi Menteri Besar dan hilang Kedah sewaktu menjadi Presiden PAS.

Sumber TKO - 1-6-2015



































































































Ucapan perbahasan RMK11

DATUK SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG | .


TERIMA kasih kerana diberi peluang untuk ikut serta dalam perbahasan RMKe-11. Saya hanya ingin menyentuh perkara-perkara dasar, secara detail nya mungkin disentuh oleh rakan-rakan yang lain. Sebelum kita melangkah ke dalam RM Ke-11 yang dibentangkan, sepatutnya muhasabah dilakukan terhadap semua RMK sebelum ini bagi mengambil iktibar bukan sahaja kejayaan yang dicapai, penting juga menyedari ada kelemahan, kesilapan dan kegagalan yang berlaku supaya tidak mengulangi dan penambahbaikan kepada kejayaan yang dicapai.

Muhasabah kepada amanah yang dapat ditunaikan daripada hasil sumber kurnia Allah supaya benar-benar menunaikan syukur nikmat kepada bumi tanah air kita ini atau menjadi mereka yang kufur nikmat sehingga tenggelam tanpa disedari, bukan sahaja duitnya tenggelam, negara dan rakyat pun boleh tenggelam bersama dengan sebab mengulangi kesilapan yang sama sehingga menjadi lebih parah.

Kita punya sumber alam yang kaya-raya dan tenaga manusia pelbagai peringkat dan berbagai-bagai kaum dalam masyarakat majmuk. Setelah mencecah setengah abad mencapai kemerdekaan, sejauh mana kita telah melangkah keluar daripada lingkaran tanah air yang dijajah kepada negara yang sedang membangun yang masih bergantung dengan penjajah. Adakah sudah menjadi negara yang sudah maju sehingga sampai ke batas Wawasan 2020 yang telah ditetapkan?

Segala indeks, statistik dan angka yang dibaca hendaklah berpijak di medan rakyat secara nyata, bukan di atas kertas sahaja. Pendapatan yang tinggi yang tidak saksama dengan kadar inflasi suatu ukuran yang tidak tepat dan menipu diri sendiri. Adakah kita sudah berdikari tanpa bantuan dan tanpa hutang atau masih mengharapkan bantuan daripada pihak lain dan dibebankan hutang yang tidak mampu diatasi sehingga terus mengulangi budaya berhutang khususnya meneruskan muamalah riba yang telah merudumkan ekonomi liberal kapitalisme atau seperti negara bekas sosialis yang mengabdikan rakyat di atas nama membela rakyat tertindas. Tiba-tiba rakyat laksana jentera yang diabdikan, melahirkan kapitalis yang lebih besar dan lebih ganas kerana tidak beriman dan tidak budiman.

Perlu disedari masih ada kadar kemiskinan yang tidak terlepas. Pengangguran yang ditampung dengan pekerja asing, bukan rakyat sendiri bergantung kepada cukai yang dipaksa membebankan seluruh rakyat sehingga melibatkan yang termiskin. Masih ada negeri, daerah, kampung dan pedalaman yang terpinggir daripada kemudahan asas. Ini semua adalah perkara yang wajib dilihat dengan adil dan berterus terang. Hubungan Pantai Timur dan Pantai Barat, hubungan Malaysia Timur dan Malaysia Barat memerlukan kecanggihan yang merapatkan di antara satu sama lain.

Kita melihat masih ketinggalan Lebuh Raya Simpang Pulai ke Gua Musang, ke Terengganu, Lebuh Raya Rompin ke Negeri Sembilan seterusnya lebuh raya ke Timur dan Barat. Begitulah hubungan laut di antara Malaysia Timur dan Malaysia Barat, hubungan yang lebih kerap bukan sahaja membawa manusia termasuklah membawa hasil yang boleh dicampuradukkan dan mengimbangi di antara satu sama lain.

Membebaskan kemiskinan bukan sekadar boleh berdikari tetapi tidak berpendapatan tinggi yang mampu menjana ekonomi negara. Jangan terus bergantung dengan kerajaan selamalamanya sehingga menjadi budaya yang dipikul selama-lamanya oleh kerajaan. Bermakna masalahnya belum selesai kerana budaya memberi ikan dan bukan memberi mata pancing.

Memberi ikan tidak memberi mata pancing. Bergantung kepada bantuan selama-lamanya tidak boleh berdiri sendiri.

Sering kali mencipta cukai dan mengadakan cukai darurat seperti GST sehingga melibatkan rakyat miskin, menandakan kegagalan mengurus hasil tanpa cukai. Tidak mengemas kini cukai yang telah sedia ada secara bersistematik dan tidak mengurus kewangan dengan amanah, baik, tidak bocor kerana boros atau salah laku. Kalau perkembangan ekonomi maju sudah pasti menjadikan pendapatan negara tidak perlu lagi mengadakan cukai yang baru.

Pergantungan kerajaan kepada GLC bukannya satu cara yang baik yang boleh dilakukan selama-lama kerana menyebabkan terbantutnya kegiatan ekonomi rakyat disebabkan berlakunya persaingan yang tetap memenangkan kerajaan yang dikelilingi kroni dan penyangak. Ibnu Khaldun telah memberi amaran sejak 1000 tahun yang lalu.

Penglibatan kerajaan dalam kegiatan ekonomi boleh membawa keburukan. Campur tangan melampau daripada kerajaan mengikut teori komunis dan sosialis telah menghancurkan negara besar yang menganutnya sehingga terpaksa dilakukan pembaharuan kepada ekonomi bebas yang melahirkan pula tokoh kapitalis daripada pemimpin-pemimpin komunis dan sosialis yang mendukungnya dahulu, yang lebih parah kapitalisnya.

Pencarian bumiputera tidak boleh diukur dengan dicampurkan dengan GLC. Peratusnya dicampur, kita tidak kira hakikat yang sebenar, konsep pertumbuhan berpaksikan rakyat gagal tanpa kejayaan pembangunan modal insan kerana tidak mengikut acuan Allah Tuhan semesta alam, berpaksikan fitrah manusia. Negara Islam awal – tidak berhasil bumi yang banyak, berjaya memanfaatkan bumi dengan acuan Allah.

“Menjadi kelaziman kabilah Quraisy yang tinggal di Mekah, bumi yang kering kontang melakukan perjalanan di musim sejuk dan panas. Mereka hendaklah mengabdikan diri kepada Allah, Tuhan punya Kaabah ini yang memberi makan kepada mereka sehingga tidak lapar dan memberi keamanan kepada mereka sehingga selamat daripada ketakutan”. (Surah Quraisy: Ayat 1 – 4)

Di sini menunjukkan bagaimana mereka menjadikan asas kehidupan mereka ialah beriman dan budiman dan seterusnya mewujudkan ekonomi yang melepaskan diri daripada kelaparan dan mewujudkan suasana politik yang aman dengan kekuatan negara sendiri. Ini asas yang ditunjukkan oleh al-Quran. Di sinilah mengapa Islam meletakkan agenda pembangunan insan adalah kunci kejayaan pembangunan umat dan negara.

Pembangunan insan mengikut fitrahnya, jasad, roh dan akal. Keseluruhan teori ciptaan manusia hanya melihat aspek jasad yang tidak seimbang dengan akal dan dipisahkan daripada roh, menjadikan kebendaan adalah matlamat, bukannya alat bagi memakmurkan bumi. Maka manusia itu tenggelam menjadi hamba kepada kepentingan kebendaan.

Di sinilah sebab keruntuhan tamadun negara yang dikira paling maju dalam lipatan sejarah yang menjadi kenangan sahaja dan mewarisi peninggalan lambang kezaliman terhadap rakyat.

Walaupun hebat bangunan dan kotanya, semua manusianya mati ditelan bumi dan dihumban ke neraka serta dikutuk sejarahnya.

Ibu Khaldun menegaskan bahawa manusia makhluk bertamadun ini masyarakat madani, alinsan madayyun bittab’ie boleh menghasilkan pelbagai pekerjaan dengan hasil daripada dirinya dan sumber kelilingnya.

Contohnya, daripada satu keperluan makanan sahaja bukan sahaja memerlukan pertanian bahkan mewajibkan adanya industri dan perdagangan, pengangkutan dengan segala alat jenteranya yang menumbuhkan peluang pekerjaan yang banyak dan berkembang. Ia sepatutnya boleh memajukan di mana sahaja bumi tempat kita berpijak walaupun tidak ada sumber di dalam perutnya kerana mereka saling memerlukan di antara satu sama lain.

Syaratnya ia diurus dengan bijak dan baik. Jangan ada kebocoran dan penyelewengan serta berlaku ikhlas terhadap negara, bukannya mengampu dan memuji setiap masa. Kerajaan wajib menyediakan penasihat dengan ikhlas, bukan sahaja berilmu, wajib ilmunya beriman dan budiman.

Sekiranya dilaksanakan dengan seimbang dan saksama sudah tentu masalah buang kerja tidak timbul kerana makin banyak rakyat, makin banyak keperluan dan makin banyak pekerjaan. Apabila berlaku krisis ekonomi, berlakunya buang kerja, pengangguran macam disebut tadi mungkin ada tempat yang tidak kena. Sebelum ini kita lebih bergantung kepada sumber kebendaan yang tidak seimbang dengan sumber manusia sehingga kedua-duanya tercicir.

Walaupun kita sudah lama menggunakan sumber bumi yang kaya seperti gas, petroleum, timah, besi, emas, hasil pertanian seperti getah dan kelapa sawit, namun pusingannya tidak berjaya ke tahap yang boleh mencapai matlamat yang disasarkan dalam jarak yang sudah dekat dengan Wawasan 2020.

Tuan Yang di-Pertua, pelaburan asing yang tidak memberi pulangan pemindahan teknologi yang mencapai negara maju kerana pelabur yang bakhil ilmu tanpa meraikan tuan rumah lebih mengundang tenaga asing daripada tenaga tempatan. Peristiwa RMK sebelum ini wajib dijadikan iktibar bagi membuat pembetulan. Kalau tidak kita hanya sekadar menjadi pangkalan ekonomi kepada negara besar selepas kita pernah menjadi pangkalan demi keselamatan kepentingan mereka dan peristiwa zaman penjajah dan dua perang dunia yang lalu yang menunjukkan statistik bagaimana rakyat jajahan lebih 60% menjadi mangsa terbunuh dalam perang, rakyat negara jajah hanya 40% sahaja.

Ini mereka tidak boleh pergunakan. Itu dalam cara peperangan. Cara ekonomi pun sama boleh berlaku kalau kita tidak berwaspada. Lebih parah kalau kita menerima undangan menjadi anggota gagasan yang dijemput sekadar menjadi khadam bagi membolehkan krisis yang dialami mereka tanpa dinafikan. Perhubungan antara negara sangat penting. Batas kita wajib dipelihara sekadar kerjasama bagi faedah bersama bukannya sebelah pihak mereka sahaja. Ini kerana menjadi konsep masyarakat madani yang sebenar untuk menjadikan dunia adalah keluarga besar. Zaman penjajahan hendaklah dimusnahkan.

Warisan zaman penjajahan yang sengaja meminggirkan Pantai Timur dan Malaysia Timur masih belum dihapuskan kerana negeri-negeri yang berada di kawasan ini walaupun kaya sumber buminya tetapi masih miskin rakyatnya, masih terkemudian daripada Pantai Barat, Malaysia Barat. Hentikan permainan politik yang terlalu banyak dan melampau. Jadikan penyelesaian secara tanggungjawab dan holistik dan bukannya kerana musim pilihan raya atau pilihan raya kecil sahaja.

Masalah kemiskinan walaupun tidak tegar pengangguran inflasi yang tidak seimbang dengan pendapatan rakyat mengundang gejala sosial. Oleh kerana itu masalah perlu diatasi dengan sungguh, masalah perumahan, masalah tanah, masalah pembangunan masyarakat sekadar tempat tinggal sahaja tanpa penyusunan secara berjalanan dan berhubung antara satu sama lain.

Infrastruktur yang belum selesai, termasuk kemudahan asas di kawasan pedalaman dan terpencil dan kawasan setinggan masih wujud. Pemantauan, penguasaan dan undang-undang yang tidak ada roh maka tiada kehebatannya menjadikan gejala sosial dan salah laku tidak boleh diatasi, maka lebih jauh untuk dihapuskan bahkan menjadikan masalahnya lebih parah. Di sinilah peranan Syariah Islam wajib diberi dan dilaksanakan. Di sinilah peranan pendidikan Islam wajib diberi tempat yang sewajarnya menjadi roh kepada pembangunan insan dalam segala aspek.

Apabila kita menegaskan apa yang dipunyai Allah itu terbaik, macam ucapan Perdana Menteri dalam pembentangan RMKe-11. Dia baca ayat, [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Allah yang memiliki segala-galanya dan Allah yang terbaik. Apabila sebut itu, maka kita perlu balik kepada acuan Allah. Termasuk acuan pembangunan insan yang diciptanya, wajiblah merangkumi fitrah naluri yang mempunyai jasad, roh dan akal bagi kehidupan individu keluarga dan masyarakat.

Allah telah membuktikan kejayaan tamadun Islam yang di ciplak secara tidak sempurna oleh tamadun barat yang dibanggakan terkini dan sedang menuju kemusnahan kerana tidak ada roh hasil gabungan secara holistik ibadah yang melahirkan tanggungjawab dan ikhlas, ekonomi yang menjamin kehidupan kualiti adil yang mewujudkan keamanan dan keselamatan bermula dengan ilmu yang melahirkan iman, budiman, ilmuwan dan pahlawan telah menjadikan kepimpinan dunia selama 13 abad. Dengan ilmu wahyu dan ilmu duniawi yang diambil dari timur dan barat mencipta tamadun Islam yang unggul adapun kejatuhan ummahnya adalah kerana meninggalkan acuan yang asal. Maka kita wajib kembali kepada acuan yang asal.

Tuan Yang di-Pertua, adapun memperbanyakkan tenaga manusia di bumi kita sendiri tanpa pergantungan luar, maka peranan bahasa kebangsaan menjadi bahasa ilmu adalah sangat penting. Bahasa asing digunakan untuk menimba ilmu daripada mana-mana negara asing yang mempunyai kepakaran. Menterjemahkan ilmu ke dalam bahasa kebangsaan memberi kemudahan dan lebih cepat melahirkan ilmuwan pelbagai lapangan dalam negara. Bergantung kepada bahasa asing selama-lamanya dalam pendidikan yang ada pada hari ini dengan acuan yang tidak sempurna akan terus meramaikan graduan pusat serenti yang berkali-kali ganda daripada graduan universiti.

Ini perlu diperbetulkan Tuan Yang di-Pertua. Kita melihat Jepun yang musnah dalam perang dunia yang kedua bangkit dengan bahasa Jepun, Korea dengan bahasa Korea, China dengan bahasa Cina, German dengan bahasa German, tamadun Islam dengan bahasa Arab. Tanpa dinafikan peranan bahasa asing untuk menambahkan ilmu Tuan Yang di-Pertua. Seterusnya saya ingin menarik perhatian kepada persengketaan antarabangsa. Isu serantau yang berkait dengan kemanusiaan sangat penting kerana memberi kesan ekonomi kepada negara kita. Isu yang terkini adalah isu pelarian Rohingya, bukan kerana agama sematamata tetapi kerana kemanusiaan. Kita pernah menangani isu pendatang Vietnam dalam tahun 70-an yang banyak melanggar Pantai Timur walaupun penduduk Pantai Timur adalah penganutpenganut agama Islam. Dari Terengganu, Kelantan, Pahang, Johor ramai penganut Islam.

Akan tetapi pada masa itu kita boleh menerima pendatang Vietnam yang bukan Islam kerana roh Islam yang masih ada dalam jiwa orang Islam yang diajar.

“Jika sekiranya orang Musyrikin yang lari dizalimi di negeri mereka minta perlindungan, bagi perlindungan dan mendengarkan kalam Allah dan hantar ke tempat yang aman.” (Surah at-Taubah: Ayat 6)

 Ini ayat Quran di mana ayat Quran ini diambil oleh Piagam Geneva diambil oleh undang-undang antarabangsa tidak boleh menzalimi pelarian dan kita melihat bagaimana amalan kita terhadap pelarian Vietnam tahun 70-an memberi kesan yang sangat baik dalam hubungan di antara kita dan Vietnam.

Sehingga hari ini bagaimana nelayan-nelayan kita yang hanyut di laut Vietnam yang tersalah masuk sempadan tidak dirompak, ditolong dan dibantu, bukannya dirompak, bukannya diperlakukan. Ini adalah hasil kerana layanan yang baik dan ini memberi impak kepada kehidupan masyarakat yang membantu ekonomi negara kita. Begitu juga kita perlu mempelajari daripada peristiwa yang berlaku pada hari ini jangan berulang peristiwa Perang Dunia Kedua apabila negara jajahan dilagakan antara satu sama lain.

Peristiwa kelahiran ISIS di Asia Barat, tidak lain dan tidak bukan adalah permainan kuasakuasa besar dunia untuk melagakan di antara orang Islam sesama orang Islam di atas nama mazhab, di atas nama kaum, di atas nama pelbagai sebab ekonomi dan lain-lain dan merebut kawasan-kawasan ekonomi yang mereka diberitakan oleh artikel-artikel yang disiarkan dalam Internet bagaimana antologi-antologi barat meletakkan golongan pelampau di kawasan-kawasan ini dengan mencetuskan isu-isu mazhab dan isu kaum supaya menimbulkan ketegangan yang boleh mencetuskan peperangan sehingga penduduk rantau itu berperang secara proxy, secara wakil kepada kuasa-kausa besar yang lebih memberi keuntungan kepada syarikat-syarikat senjata dan memberi keuntungan kepada syarikat-syarikat minyak yang menaikkan harga minyak.

Hal seperti ini perlu kita jauhkan daripada tanah air kita supaya tidak mengulangi kesilapan perang dunia yang mengorbankan rakyat tanah jajahan. Hal ini adalah iktibar yang sangat besar bagi menjayakan RMKe-11. Walaupun ia adalah perkara keamanan perkara keselamatan namun ia sangat berkait dengan kegiatan hidup rakyat. Itulah pandangan yang dapat saya beri Tuan Yang di-Pertua. Sekian terima kasih.

Video Ucapan Ahli Parlimen Marang di Dewan Rakyat pada 26 Mei 2015

Sumber HD - 28-5-2015

Ada percubaan gagalkan Hadi kekal presiden?
Posted on Wednesday, May 27 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUALA LUMPUR - Muktamar Pas yang ke-61 pada minggu depan dilihat menjadi detik penting kepada Pas memandangkan parti itu mengadakan pemilihan barisan kepimpinan bagi penggal 2015-2017, sekali gus menentukan masa depan dan arah tuju parti.

Penganalisis dan pemerhati politik berpendapat pemilihan Pas kali ini menarik perhatian kerana ia menyaksikan pertandingan bagi jawatan presiden, setelah kali terakhir jawatan utama itu ditandingi pada 1973.

Pemilihan parti, yang bergabung dengan sekutunya DAP dan PKR untuk membentuk pakatan pembangkang, kali ini juga dilihat sebagai penentu kesepakatan gabungan berkenaan khususnya untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Sebelum ini, ramai pihak meramalkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan kekal menerajui parti ekoran kelebihan yang dimilikinya termasuk dilantik sebagai Naib Timbalan Ketua Kesatuan Ulama Islam Antarabangsa pada 22 Ogos tahun lepas oleh pengerusi kesatuan itu, Dr Yusuf Al-Qaradawi.

Yang digusarkan rakan sekutunya, DAP dan PKR ialah corak pemikiran dan kepimpinan Abdul Hadi sering tidak sealiran dengan mereka, sekali gus dilihat sebagai 'liabiliti' kepada parti pakatan untuk meluaskan pengaruhnya di kalangan pengundi.

Yang demikian, adalah tidak menghairankan apabila pemilihan parti kali ini dilihat 'panas' dan dijadikan platform untuk menyingkirkan Anggota Parlimen Marang, yang telah menerajui parti selama 13 tahun sejak 2002, oleh pihak-pihak yang tidak berpuas hati.

Pada minggu terakhir menjelang pemilihan ini kedengaran jelas suara-suara sumbang yang mengecam dan memperlekehkan Abdul Hadi.

Berdasarkan pemerhatiannya, pensyarah kanan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya, Datuk Dr Samsul Adabi Mamat berpendapat sememangnya wujud usaha untuk mengubah rejim pentadbiran Pas, apabila kali ini wujud pertandingan jawatan nombor satu parti.

"Ada usaha untuk menukar kepimpinan yang ada sekarang kerana jika ia dapat dilakukan, pemimpin baharu (yang memenangi pemilihan) sudah tentu akan melaksanakan pendekatan baharu untuk parti.

"Jadi perkara-perkara yang ditimbulkan oleh Abdul Hadi yang tidak selari dengan PKR dan DAP dapat dielakkan dan ia dapat menjernihkan hubungan dalam PR," katanya kepada Bernama.

Samsul Adabi berkata, imej Abdul Hadi yang dilabel sebagai pemimpin yang melawan arus dalam parti pakatan, menyebabkan beliau amat tidak disenangi oleh rakan sekutunya.

Kenyataan pemimpin DAP baru-baru ini dilihat seolah-olah memberi 'isyarat' kepada perwakilan supaya Abdul Hadi diganti atau kerjasama pakatan pembangkang akan terkubur.

Apakah ia benar dan tidakkah ia menggambarkan cubaan untuk campur tangan urusan pemilihan Pas?

Samsul Adabi berkata, pihak luar yang tidak menyenangi Abdul Hadi dilihat cuba campur tangan dalam urusan pemilihan Pas bagi memastikan calon yang 'mesra' kepada mereka memenangi jawatan itu.

"Memang tidak menafikan wujudnya tekanan dan campur tangan pihak luar untuk menentukan barisan kepimpinan parti yang baharu. Melihat kepada senarai calon yang bertanding, ada sebahagiannya mewakili kepentingan rakan sekutu Pas," katanya.

Penganalisis ini, bagaimanapun, yakin Abdul Hadi mampu mengekalkan jawatannya meskipun mengharungi pertandingan sengit.

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang pada Ahad lepas dalam tulisan di laman blog miliknya berkata parti pakatan mungkin tidak wujud lagi dalam masa dua minggu akan datang.

Hujah Kit Siang adalah di kala Umno dan BN sedang berada di tahap paling lemah dan semua syarat bagi perubahan bersejarah sudah tersedia, pada ketika ini jugalah parti pakatan berada di jurang kehancuran.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu mendakwa selain soal kepatuhan terhadap dasar bersama dan prinsip konsensus pakatan pembangkang kian longgar, idea kerajaan perpaduan (unity government) Pas bersama BN yang mendapat restu Abdul Hadi adalah antara punca yang menjadikan pakatan itu lemah.

Perbalahan Pas dan DAP dalam banyak perkara bukanlah sesuatu baharu dan ia sudah pun diketahui umum.

Bahkan agenda perjuangan Pas untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan juga dilihat memberi 'ancaman' kepada keutuhan pakatan pembangkang, yang dibentuk selepas PRU12 pada 2008.

Tindakan Abdul Hadi membawa rang undang-undang persendirian meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 di Dewan Rakyat bagi membolehkan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan juga dikatakan membelakangkan DAP dan PKR, menyebabkan Pas dikecam hebat oleh rakan sekutunya.

Samsul Adabi berkata, perbalahan Pas-DAP semakin terserlah dalam beberapa siri Pilihan Raya Kecil (PRK).

"Seperti PRK Dun Pengkalan Kubur, Kelantan, DAP tidak membantu Pas dalam siri kempen dan begitu juga dalam PRK Parlimen Permatang Pauh.

"Ahli Pas berkecamuk sesama sendiri tentang calon PKR yang bertanding dan Abdul Hadi tidak turun membantu kempen. Ini membuktikan perselisihan antara Pas dan DAP memang berlaku," katanya.

Pun begitu, beliau menegaskan untuk Pas 'berpatah arang berkerat rotan' dengan pakatan pembangkang dalam masa terdekat ini agak sukar, namun segala-galanya tidak mustahil.

"Pas masih mahu berada dalam Pakatan Rakyat dan dua rakannya sedar mereka memerlukan Pas untuk menang pada pilihan raya umum akan datang," katanya.

Sikap DAP yang sering kali membelasah Pas atas sesuatu perkara bagaimana pun ditempelak Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Pada Isnin, Tuan Ibrahim dilapor menggesa sekutunya DAP supaya tidak bermusuh dan menghentikan serangan terhadap parti itu demi kepentingan pakatan pembangkang.

Beliau dipetik sebagai berkata anggota Pas kini begitu 'meluat' dengan sikap DAP yang secara berterusan menyerang Pas dan Abdul Hadi. - Bernama 
Sumber TKO - 27-5-2015

Pendekatan PAS Sesuai Dengan Realiti Negara


Pendekatan PAS Sesuai Dengan Realiti Negara


PERMATANG PAUH: PAS mempunyai pendekatan sendiri dalam menghadapi hal ehwal tanah air dan masyarakat majmuk beragama Islam atau bukan Islam dengan bersiasah sebagaimana realiti yang ada di dalam negara ini, demikian menurut Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.



“PAS adalah PAS. PAS bukannya Ikhwanul Muslimin, bukan jamaah Tabligh, bukan parti AK Erdogan, bukan PKS di Indonesia, bukan jamaah Islami di India dan Pakistan. PAS bukan Revolusi Islam Iran, bukan ISIS, bukan al-Qaeda. PAS adalah PAS! Kita mempunyai pendekatan kita sendiri, realiti di negeri kita sendiri.



“Rujukan kita Al-Quran, Hadis, Ijma’ Ulama’ dan Qias. Semua kumpulan Islam adalah sahabat-sahabat kita. Yang betul kita kata betul. Yang silap kita kata silap. Berbeza dengan menghadapi musuh yang menyerang dari luar. Kalau musuh luar yang nak serang negara kita, kita berperang. Angkat senjata.



“Tapi nak lawan sama-sama dalam negeri, maka (guna pendekatan) dialog, demokrasi yang adil, yang baik. Demokrasi yang menipu, kita lawan penipuan dia. Kalau tak menipu tak jadi BNlah,” ujarnya berucap pada perasmian serentak Muktamar Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat PAS Pulau Pinang di Yayasan an-Nahdhah, Kubang Semang di sini 16 Mei lalu.



Terangnya, dalam hubungan antarabangsa, Islam mengajar mendahulukan perdamaian dan bukannya peperangan.



Bahkan katanya, di saat memuncaknya peperangan, sekiranya diajak kepada perdamaian, maka Islam mewajibkan untuk menerima perdamaian tersebut serta bertawakkal kepada Allah dan seandainya musuh cuba menipu, hal tersebut terserah kepada pertolongan Allah.



“Kenapa? (Kerana) Tanggungjawab kita adalah menyampaikan mesej Islam dengan cara damai. Sangat penting. Oleh kerana itulah, kita memilih demokrasi. Demokrasi adalah paling sesuai dengan Islam walaupun orang kata dari Barat. Walaupun banyak penipuannya. Kita pilih ini dahulu,” ujarnya melanjutkan penjelasan mengenai kepentingan keadilan.



Jelas Tuan Guru juga, realiti dihadapi PAS tidak sama sebagaimana Ikhwanul Muslimin yang menghadapi pemerintahan oleh regim tentera tanpa ada demokrasi sepenuhnya hingga menempuh rampasa kemenangan dan pembunuhan pemimpin.



Realiti PAS juga katanya, tidak sama dengan Revolusi Islam Iran yang menghadapi Syabab Syah Iran selain perbezaan maraji’ (pandangan) dan suasana masyarakat bermazhab Syiah berbanding Ahli Sunnah Wal Jamaah.



“Tabligh di India dengan cara masyarakat Islam di India. Bergaul masyarakat Hindu dalam suasana dia. Kita suasana kita. Kita menganggap demokrasi Barat adalah paling sesuai dengan kita di sini. Bahkan dalam kajian politik, ilmu politik, sejarah politik, orang Barat tidak tahu nak mengubah demokrasi.



“(Mereka) Melakukan islah tajdid reformasi terhadap demokrasi setelah mereka mengkaji fiqh politik Islam. Mereka kenal demokrasi melalui demokrasi purba di zaman Greek sebelum Masihi. Kumpul rakyat di Sergio. Rakyat kelas atas sahaja. Wanita tidak ada. Orang miskin tidak ada. Petani tidak ada.



“Panglima perang, orang kaya-raya, bangsawan itu yang berhak mengangkat suara dalam demokrasi di Athen. Mereka tidak tahu nak guna demokrasi nak buat perubahan. Berlaku kezaliman di England. Berlaku revolusi bersenjata di England. Nak ubah kerajaan revolusi bersenjata.



“Pemimpin-pemimpin mengerahkan rakyat lawan negara yang zalim, menteri yang zalim. Apabila berjaya, raja disembelih dibunuh dalam Revolusi England. Dibunuh menteri-menteri, dibunuh penghulu-penghulu yang sokong kerajaan, balas dendam.



“Apabila zalim, revolusi lagi, bunuh pemimpin yang lain pula. Revolusi Perancis sama. Revolusi Russia sama. Revolusi Amerika sama. Sehinggalah mereka mengkaji kitab fiqh Islam,” terangnya.



Sumber PP - 26-5-2015

Kabinet Bayangan DAP ‘Tidak Jejak Ke Bumi’ – Presiden PAS

Oleh KAM

KUALA TERENGGANU: PAS menyifatkan kabinet bayangan yang dibuat oleh pimpinan parti DAP itu tanpa penyertaan Parti KeADILan Rakyat (PKR) dan PAS sebagai tidak berpijak di bumi nyata.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata Malaysia sebuah negara yang bermasyarakat majmuk dan mana-mana parti mesti berpijak di bumi Malaysia.

Manakala, katanya bagi jawatan tertinggi negara seperti Perdana Menteri pula berdasarkan suara majoriti rakyat iaitu orang Islam yang menguasai kerajaan.

“Kita kena berpijak di bumi Malaysia. Bumi Malaysia ini masyarakat majmuk. Kita (PAS) ada Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Ngo-Ngo bukan Islam ada, dan bukan semua orang bukan Islam menyokong DAP.

“(jawatan tertinggi) Mesti rakyat yang majoriti dan majoriti (Malaysia) orang Islam, yang menguasai kerajaan. Itu (kabinet DAP) tidak berpijak di bumi Malaysia,” jelasnya ketika menjawab persoalan media mengenai kabinet bayangan DAP tanpa penyertaan parti PKR dan PAS serta jawatan ‘Perdana Menteri’.

Dato’ Seri Abdul Hadi ditanya ketika beliau selesai menyampaikan kuliah mingguan pagi Jumaat di Masjid Rusila, Marang, hari ini.

Beliau menjelaskan senario politik dalam masyarakat majmuk saling memerlukan antara Islam dan bukan Islam bagi mentadbir negara ini.

Selain itu, Ustaz Abdul Hadi turut ditanya tentang ‘respon’ PAS mengenai Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) yang diumumkan Dato’ Seri Najib, katanya ada perkara yang positif dan negatif.

“RMK11,.. Insya’Allah, saya akan berucap pada hari Isnin atau Selasa, ada yang positif dan ada yang negatif.

“(positif) Kemudahan-kemudahan yang sudah ada, tapi masih yang ketinggalan di Pantai Timur (Kelantan, Terengganu, Pahang), di Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak). Rakyat yang terpinggir masih ada, infrastruktur yang tidak sempurna walau pun sudah 50 tahun lebih (negara) mencapai kemerdekaan.

“(negatif) Krisis ekonomi, (kerajaan) bergantung pada cukai demi cukai. Sepatutnya, cukai yang dulu dan hasil yang ada sudah menyelesaikan masalah. Itu menandakan ‘kita’ (kerajaan BN) tidak boleh urus (negara) dengan baik.

“Itu kelemahan-kelemahan dia (BN), perlu dibetulkan dan (kita) beri peluang supaya diperbetulkan itu semua. Insya’Allah, saya akan berucap,” ujarnya.

Menurutnya, PAS akan mengambil bahagian membahaskan RMK11 itu di Parlimen bagi menyampaikan teguran serta pandangannya

Sumber BO - 23-5-2015


PAS sedia tamatkan kerjasama dengan DAP - Hadi
Posted on Friday, May 22 @ 20:13:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



MARANG: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menegaskan partinya bersedia untuk menamatkan kerjasama dengan DAP. Abdul Hadi berkata kesediaan menamatkan kerjasama itu dibuat ekoran kenyataan serta tindak tanduk pemimpin DAP yang mahu membentuk Kabinet bayangan tanpa penglibatan PAS dan PKR.



Katanya, tindakan DAP itu umpama omongan kosong dan tidak realistik kerana Kabinet bayangan perlu mengambil kira pelbagai perkara dalam perlembagaan negara dan bukan sekadar kepentingan kelompok tertentu.

"Dia (DAP) nak putus, putus lah, saya kena berpijak di bumi Malaysia, bumi Malaysia ini bumi masyarakat majmuk.

"Kita sudah ada dewan-dewan himpunan, NGO-NGO bukan Islam pun banyak," katanya ketika ditemui pemberita di Marang selepas solat Jumaat tengah hari tadi.

Katanya, DAP tidak boleh mendabik dada kerana mereka bukan parti mutlak yang mewakili masyarakat bukan Islam di negara ini.

Abdul Hadi berkata demikian ketika diminta mengulas hasrat Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang bercita-cita untuk memerintah negara secara bersendirian dengan membentuk Kabinet bayangannya sendiri tanpa penglibatan PAS dan PKR.

Guan Eng berkata demikian berikutan parti itu tidak lagi mempunyai sebarang hubungan dengan presiden PAS.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga mendakwa, pembentukan Kabinet bayangan pakatan pembangkang yang dicadang oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan gagal berikutan keengganan Abdul Hadi bekerjasama.

Guan Eng menyifatkan Abdul Hadi sukar dikawal kerana mempunyai 'kuasa veto' untuk menolak sebarang keputusan yang dipersetujui bersama Pakatan Rakyat.


Sumber TKO - 22-5-2015











































































































RMK11 ada positif, negatif - Presiden PAS

KHAIRUL AZLAM MOHAMAD | .


MARANG: Presiden PAS meyifatkan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam ada yang negatif dan positif.

Katanya, perkara positif adalah kemudahan-kemudahan yang sudah ada tetapi masih ada yang ketinggalan.

"Ada yang negatif ada yang positif, kemudahan-kemudahan yang sudah ada tapi masih ada yang ketinggalan di Pantai Timur, di Malaysia Timur," katanya kepada media di pekarangan Masjid Rusila, hari ini.

Selain itu, kata beliau RMK11 dilihat negatif kerana ramai rakyat masih ada yang terpinggir infrastruktur yang tidak sempurna walaupun lebih 50 tahun negara mencapai kemerdekaan.

Begitu juga, tambah beliau krisis ekonomi negara yang masih bergantung kepada cukai demi cukai.

"Sepatutnya cukai, hasil yang ada itu sudah menyelesai masalah, itu menandakan tidak boleh urus dengan baik, itu kelemahan-kelemahan, perlu dibetulkan," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Justeru, katanya PAS memberi peluang kepada kerajaan untuk membetulkan semua kelemahan itu.

"Kita beri peluang dia betulkan itu semua. Insya Allah saya akan berucap, Isnin atau Selasa," ujar beliau. - HARAKAHDAILY 22/5/2015

Sumber HD - 22-5-2015

Presiden PAS halang kabinet bayangan: Suatu pandangan













































































































AHMAD FADHLI SHAARI | .


SAYA membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung dengan isu kabinet bayangan (shadow cabinet) yang disebut kembali oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Wan Azizah Ismail. Menurut Guang Eng, individu yang menjadi penghalang kepada pembentukan kabinet bayangan ini ialah Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Saya puas untuk berusaha bersangka baik, namun gagal untuk mengenepikan prejudis saya bahawa serangan ke atas peribadi Presiden PAS ini sebenarnya berkait rapat dengan Muktamar Tahunan PAS yang akan diadakan pada bulan hadapan. Ini bukanlah serangan kali pertama bahkan masih segar kenyataan bagaimana kenyataan dari pemimpin tertinggi DAP ini bahawa parti itu memutuskan hubungan dengan Presiden PAS tetapi mengekalkan hubungan dengan parti PAS.

Saya harap Guan Eng jangan terlupa bahawa isu kabinet bayangan bukan hanya timbul hari ini. Ia telah timbul sebelum PRU13 lagi. Ketika disiarkan di muka hadapan Utusan Malaysia berhubung kabinet bayangan Pakatan Rakyat, Guan Eng menyelarnya dan ini boleh dirujuk di pautan: http://www.malaysiakini.com/news/210849. Ya, memang itu fitnah dan wajib dinafikan. Dan penafian itu sebenarnya secara tidak langsung menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat tidak pernah berhasrat menggariskan kabinet bayangan sebelum memenangi Putrajaya.

Saya ingin mengingatkan Guan Eng bahawa ketika cabaran terhadap Pakatan Rakyat menampilkan kabinet bayangan sebelum PRU13, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah menyebut "insisted that shadow cabinet was only practised in the UK and Australia and not in the United States, France, Thailand and Indonesia.." (menegaskan bahawa kabinet bayangan hanya diamalkan di United Kingdom dan Australia dan tidak di Amerika Syarikat, Perancis, Thailand dan Indonesia).

Bahkan, Wan Azizah sendiri pada masa itu menyatakan, "the inability of the opposition coalition, which recently presented a "shadow budget", to set up a shadow cabinet is a "non-issue.." (ketidakupayaan -saya ingin menterjemahkan ia sebagai keengganan - pakatan pembangkang, yang baru-baru ini membentangkan "Bajet bayangan", untuk menubuhkan kabinet bayangan adalah "bukan isu")

Kedua-dua kenyataan ini boleh dirujuk di pautan: http://www2.nst.com.my/…/pkr-chief-shadow-cabinet-a-non-iss…

Guan Eng juga jangan terlupa dengan kenyataan pimpinan DAP sendiri, Dr Tan Seng Giaw yang menyebut pada 1 Oktober 2012 bahawa "...a move by Pakatan Rakyat to name a shadow Cabinet ahead of the coming polls would be akin to “putting the cart before the horse...” (langkah yang - didesak untuk - diambil oleh Pakatan Rakyat untuk menamakan Kabinet bayangan menjelang pilihan raya akan datang akan menjadi seperti "meletakkan kereta sebelum menyediakan kuda).

Dan menarik sekali kata beliau berhubung kabinet bayangan ini, "How can we come out with a list when we do not even know which of our leaders of calibre will win or not in the polls..?"

(Bagaimana kita boleh keluar dengan senarai kabinet yang kita sendiri pun tidak tahu yang mana satu pemimpin-pemimpin kita yang berkaliber akan menang atau tidak dalam pilihan raya). Ia boleh dirujuk di pautan berikut : http://www.thestar.com.my/…/2012/10/02/Shadow-Cabinet-prem…/

Dalam erti kata lain, di dalam parti DAP sendiri pun ada pemimpin yang mempunyai pandangan berbeza berhubung isu kabinet bayangan dan padangan itu sebelum PRU13 dianggap sebagai tepat.

Akhirnya, saya juga suka merujuk kepada tulisan yang dimuatkan oleh bapa Guan Eng sendiri di dalam blognya. Sekalipun bukan tulisannya dan laman tersebut pula bukanlah laman rasmi beliau, namun memuatkan tulisan tersebut di dalam blog yang memaparkan berhubung Lim Kiat Siang itu seolah-olah membayangkan ada persetujuan beliau dengan pandangan penulis.

Di dalam tulisan bertajuk Should Pakatan Reveal Its Shadow Cabinet? yang ditulis oleh Kee Thuan Chye, penulis menyatakan, "To me, the question of whether PR is ready to be the federal government is an unfair one. Was the Alliance ready to rule when the British handed the administration to it in the 1950s?" (Bagi saya, persoalan sama ada PR sudah bersedia untuk menjadi kerajaan persekutuan adalah satu yang tidak adil. Adakah Perikatan bersedia untuk memerintah apabila British menyerahkan pentadbiran kepadanya dalam tahun 1950-an?)

Penulis menyatakan lagi, "So why do we really need to know PR’s shadow Cabinet? Why do we demand so much of PR simply because it may be the new kid in government if it wins? Do we know what Najib’s Cabinet will be if BN wins? He’s likely to reshuffle it, but do we demand to know the likely line-up? I haven’t heard anyone asking. So why pick on PR? (Jadi mengapa kita benar-benar perlu tahu bayangan PR Kabinet? Mengapa kita menuntut sekian banyak daripada PR semata-mata kerana ia mungkin kanak-kanak yang baru dalam kerajaan jika menang? Adakah kita tahu bentuk Kabinet Najib jika BN menang? Dia mungkin merombak, tetapi adakah kita menuntut untuk mengetahui bayangan barisannya? Saya tidak pernah mendengar sesiapa yang meminta. Jadi mengapa memberikan tekanan kepada PR?)

Menarik tulisannya dan boleh dirujuk di pautan : http://blog.limkitsiang.com/…/should-pakatan-reveal-its-sh…/

Saya hanya ingin menyatakan bahawa, jika sebelum PRU13, kita boleh untuk menerima tiada kabinet bayangan sebelum Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya, maka kenapa hari ini Lim Guan Eng tiba-tiba menyalahkan Presiden PAS? Adakah kerana Anwar Ibrahim sudah berada di dalam penjara, maka kita terdesak untuk menamakan bakal Perdana Menteri dan bimbangkan bahawa Presiden PAS menjadi pilihan, maka tekanan diletakkan ke atas beliau.

Jangan nanti orang berkata, Guan Eng sedang berkempen untuk pemilihan di dalam muktamar. Saya bimbang selepas ini untuk tujuan kempen timbul pula isu Presiden PAS menjadi penghalang pilihan raya kerajaan tempatan diadakan, atau Presiden PAS menjadi penghalang kepada pembinaan terowong bawah laut.

Janganlah melampau sangat menyerang Presiden kami. Dan sebelum sesiapa memarahi saya kerana tidak bersetuju dengan Guan Eng, saya ingin memaklumkan bahawa pendirian ini sama sahaja dengan kenyataan Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato Mahfuz Omar yang juga tidak bersetuju dengan kenyataan Lim Guan Eng. Rujuk sahaja: http://www.malaysiakini.com/news/298923. Saya hanya menurut sahaja. – HARAKAHDAILY 20/5/2015

Penulis ialah Ketua Pemuda PAS Kelantan.

Sumber HD - 21-5-2015

‘Ruh’ Perjuangan dan Perhitungan Dosa Pahala, Meneguhkan PAS

Perbezaan pendapat adalah sifat manusia dari nabi Adam sehingga hari ini, begitu jugalah yang berlaku dalam Parti Islam SeMalaysia (PAS)

Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, ia berlaku sejak dari awal apabila pada tahun 1950-an Ketua PAS yang pertama  Tuan Haji Ahmad Fuad telah keluar dan menyertai Parti Negara.

“ia lebih parah…….lebih parah dari yang berlaku sekarang ini, dalam tahun 1982 (pula) Presiden PAS (ketika itu) Dato’ Asri (Muda) keluar parti,

“(kejadian) itu sangat parah……yang ikut dia (keluar parti) tujuh, lapan orang……namun PAS dapat meneruskan ‘bahteranya’,”jelas beliau.

Dalam program Biacara Khas di MyHarakah Bazaar semalam 20 Mei, beliau berkata kesinambungan perjuangan PAS berlaku kerana PAS konsisten dengan dasar-dasar, akhlak dan adap perjuangan Islam.

abdul hadi awang

Namun begitu beliau tidak menafikan, ada diantara ‘ahli keluarga’ PAS yang tidak berakhlak dan tidak beradab.

“dalam keluarga ada (apatah lagi) dalam parti pun adalah……..tapi ia (akhlak dan adab) adalah amat penting bagi kita, yang meneguhkan parti kita,

“cumanya…….masa dahulu tidak ada media canggih seperti sekarang…..langit terbuka……membelah akal manusia terlalu bebas media-media ini,

“namun In sha Allah kita dapat mengawal ahli-ahli kita dimana sejak adanya media sosial ini, sudah beberapa kali (tindakan) cuba nak memecahkan PAS,”tegas beliau.

Antara usaha yang berlaku, ada tindakan yang memecahkan PAS anatara pantai Timur dan Barat dan antara golongan Ulamak dan Profesional dalam PAS.

Tetapi beliau berkata, ia berlaku dalam tempoh hampir dengan ‘pemilihan parti’ dan hilang selepas itu.

Bahkan beliau menegaskan, tidak ada pemisahan antara Ulamak dan Profesional, tetapi hanya sekadar perbezaan pendapat.

“kita melihat perbezaan pendapat ini tidak memisahkan antara Ulamak dengan Profesional (dalam PAS)…….sama-sama ada ulamak dalam professional dan professional dalam ulamak,

“kita bergerak diatas asas Islam, dimana asas Islam lah yang dapat menyatukan kita ,”tambah beliau.
Beliau yakin dengan disiplin, akhlak dan adab, serta ‘ruh’ yang ada pada PAS, perhitungan dosa dan pahala, PAS dapat meneruksan perjalanan dengan kedudukannya yang semakin hari semakin teguh.

Sumber BO - 20-5-2015













































































































Posted by Hijau FM On 3:37 AM


Program sambutan Sedekad SRIBU & Perasmian bangunan Sekolah Rendah Islam Bahrul Ulum telah berlansung pada 16 Mei 2015 dan dimana ia telah dirasmikan oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.


SRIBU ditubuh dan dibangunkan oleh Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang bermula 2005 hingga sekarang.


GAMBAR TGHH, pimpinan SRIBU bersama Ustaz Hafiz Nordin yang diambil itu adalah semata-mata penyampaian cenderamata untuk mantan-mantan Ketua dan Ketua Pemuda PAS negeri yang telah memberi sumbangan dan komitmen untuk pembangunan Sekolah SRIBU sehingga mampu membeli sebidang tanah dan menyiapkan Fasa 1 pembangunan dengan berdiri megah sebuah bangunan 4 tingkat bernilai RM 2.2 juta.


Berikut adalah Ketua Pemuda PAS Penang yang dirai dan dijemput untuk menerima penghargaan tersebut yang disempurnakn oleh Presiden PAS setelah TGHH selesai menyampaikn ucapan perasmian.

✳ 2005 - 2007 Saudara Azizi Ayub
✳ 2007 - 2009 Ustaz Hafiz Nordin
✳ 2009 - 2015 Ustaz Mohd Yusni


Walaupun Ustaz Hafiz sudah tidak bersama tetapi jasa dan sumbangannya tidak boleh dipadamkan oleh sejarah. 


Kita mesti berlaku adil kepada semua sebgaimana Allah mngingatkan dalam firmanNya yang bermaksud "...Dan jgnlah disebabkn kebencian kamu kepada sesuatu kaum maka kamu tidak berlaku Adil, bersikap adillah kerana ia hampir kpd Taqwa.."  



Ustaz Mohd Yusni Mat Piah
Mantan KP PAS Penang.
YDP PAS Kaw Bukit Mertajam

Sumber HFM - 19-5-2015

Henti kezaliman ke atas Gerakan Islam, rakyat Mesir

DATUK SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG | .


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengutuk dengan sekeras-kerasnya kezaliman terbaru yang dilakukan kepada umat Islam di Mesir oleh pihak yang bersekongkol dengan Kudeta Mesir dalam kekejaman yang seakan-akan tiada noktahnya apabila kelmarin Mahkamah Mesir menjatuhkan hukuman mati kepada lebih 100 orang pejuang Islam, mengetuai senarai ialah Presiden Mesir yang sah Dr Mohammad Morsi.

Dr Mohammad Morsi dan 100 orang pemimpin Ikhwan Muslimin yang lain ialah antaranya Mursyidul Am Dr Mohammad Badi', pimpinan kanan Khairat Shatir, Presiden FJP Dr Saad Katatni, Naib Presiden FJP Dr Esom Eryan, pemimpin Ikhwan Dr Mohammed Beltaji dan termasuk ulama dunia Sheikh Dr Yusuf Qardhawi yang menetap di Qatar.

Apakah dosa sebenar mereka ini melainkan dendam kesumat yang ada pada pemimpin kudeta yang gagal meredakan kemarahan rakyat meskipun sudah hampir 2 tahun berlaku rampasan kuasa.

Saya menyeru seluruh penyokong dan ahli PAS untuk mengadakan solat hajat di markas dan tempat masing-masing bagi memohon pertolongan Allah SWT dikurniakan bantuan kepada saudara-saudara kita yang ditekan oleh kerajaan Firaun moden hari ini.

Kita amat yakin saudara kita di Mesir sama sekali tidak akan tunduk kepada tekanan demi tekanan yang dilakukan sebaliknya istiqamah mereka menjadi senjata ampuh yang lebih tajam dari senjata yang dimiliki oleh musuh yang zalim. - HARAKAHDAILY 18/5/2015

Sumber HD - 18-5-2015

Hentikan Kezaliman Di Mesir; Solat Hajat Memohon Pertolongan Allah

http://buletinonline.net/images/stories/aberita23/hadi%20awang.jpg

Parti Islam SeMalaysia (PAS) mengutuk dengan sekerasnya kezaliman terbaru yang dilakukan kepada umat Islam di Mesir oleh pihak yang bersekongkol dengan Kudeta Mesir dalam melakukan ekejaman.

Presiden PAS Dato’Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, ia seolah-olah tiada noktah apabila kelmarin Mahkamah Mesir menjatuhkan hukuman mati kepada lebih 100 orang pejuang Islam, mengetuai senarai ialah Presiden Mesir yang sah Dr Mohammad Morsi.

“Dr Mohammad Morsi dan 100 orang pemimpin Ikhwan Muslimin yang lain ialah antaranya Mursyidul Am Dr.Mohammad Badi’, pimpinan kanan Khairat Shatir, Presiden FJP Dr Saad Katatni, Naib Presiden FJP Dr Esom Eryan, pemimpin Ikhwan Dr.Mohammed Beltaji dan termasuk ulamak dunia Sheikh Dr Yusuf Qardhawi yang menetap di Qatar.

“Apakah dosa sebenar mereka ini melainkan dendam kesumat yang ada pada pemimpin kudeta yang gagal meredakan kemarahan rakyat meskipun sudah hampir 2 tahun berlaku rampasan kuasa,”kata beliau dalam satu kenyataan.

Olehnitu, Ustaz Hadi menyeru seluruh penyokong dan ahli PAS untuk mengadakan solat hajat di markaz dan tempat masing-masing bagi memohon pertolongan Allah SWT dikurniakan bantuan kepada saudara-saudara kita yang ditekan oleh kerajaan Firaun moden hari ini.

“Kita amat yakin saudara kita di Mesir sama sekali tidak akan tunduk kepada tekanan demi tekanan yang dilakukan sebaliknya istiqamah mereka menjadi senjata ampuh yang lebih tajam dari senjata yang dimiliki oleh musuh yang zalim,”jelasnya


DATO’ SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Sumber BO - 18-5-2015


Presiden PAS Dengan Kambingnya
Posted on Saturday, May 16 @ 20:32:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



"Allah tidak mengutus seorang Nabi melainkan dia pernah menggembala kambing." Para sahabat bertanya, "Dan engkau, ya rasulullah." Beliau bersabda,"..dan,aku sudah pernah juga menggembala kambing milik orang Mekah dengan menerima upah yang tidak seberapa banyak."

Dalam riwayat lain, beliau bersabda, "Nabi Musa diutus dan dia seorang penggembala kambing, dan Nabi Daud diutus dan dia seorang penggembala kambing, dan aku diutus menggembala kambing ahliku (keluargaku) di kampung Jiyad."

AYAH CHIK SEBAGAI NELAYAN, PETANI, PENTERNAK DAN PEMBURU

Ya, hobi Ayah Chik adalah memancing dan menjala. Malah sebenarnya bukan setakat itu. Dia juga suka memburu, bercucuk tanam dan menternak. Dia mahir dalam berkuda. Dia juga handal menembak. Selain dari itu, dia juga perenang hebat. Sehingga kini, usianya masih tak menghalang untuk beliau terus hidup mesra dengan alam semesta.

Selain dari memiliki sebuah bot kayu, beliau juga memiliki kebun kecil di atas bukit di Rusila. Di sana terdapat bermacam-macam perusahaan seperti tanaman sayur, pohon-pohon buah dan herba, sangkar ikan, kandang ternakan dan berbagai lagi.

Ayah Chik pernah memelihara berbagai jenis haiwan. Beliau pernah memiliki kuda, burung merak, burung unta, angsa, kambing gurun, rusa dan sebagainya. Sewaktu belajar di MDQ dahulu, saya amat suka berkunjung ke rumahnya yang dibuka setiap masa melihat ternakan peliknya itu. Di sanalah tempat pertama kali saya lihat binatang-binatang aneh dalam hidup saya.

Saya juga kerap ke bukitnya melihat ulama itu menguruskan makhluk-makhluk tuhan yang diamanahkan di bahunya. Usai solat Subuh, beliau sering kelihatan memandu sendiri kereta ke bukit untuk menyantuni alam di saat langit masih gelap. Anak-anak dan kawan-kawan sebaya adalah orang utama yang menguruskannya tika Ayah Chik tidak berkesempatan.

Itu cerita bab darat. Bab laut lain pula ceritanya. Hidupnya memang tak boleh berpisah dengan laut. Beliau membesar dengan laut. Laut dan pantai sudah menjadi teman rapatnya. Itulah tempat beliau melepas tekanan, mengadu kepenatan, merenung visi dan mencetus ilham.

Semasa belajar dulu, saya dan kawan-kawan sering merayau-rayau di pantai selepas sesi persekolahan. Bukan sekali terserempak dengan Ayah Chik sendirian memancing di tengah terik mentari. Hanya joran dan topi tudung saji yang menjadi peneman selain baju pagoda dan kain pelikat.

Kami pasti akan bertenggek bak anak manja di sebelahnya sambil bertanya macam-macam. Dan beliau pasti akan melayan penuh mesra alam. Memang beliau suka bercerita.

Kadang-kadang kalau kami segan nak menyapa, beliau akan menyapa dahulu. Masih terbayang wajah yang begitu ceria dan tenang menyambut usapan angin pantai, walaupun jelas tergambar kerut di dahi memikirkan masalah umat. Ya lah, beliau waktu itu adalah seorang Menteri Besar! Seorang MB yang hidup lebih sederhana dari kebanyakan rakyat biasa.

Saya betul-betul rindu akan saat itu.

Saya masih ingat, ketika Karnival Petani, Nelayan dan Penternak yang diadakan di Hulu Terengganu, beliau menerima anugerah sebagai tokoh Petani, Nelayan dan Penternak negeri Terengganu. Sebelum mengumumkan namanya, penganjur membilang satu satu persatu bakti beliau terhadap bumi. Tak sangka insan yang dimaksudkan adalah seorang 'Tok Guru'.

Biasa selepas program-program besar atau dilanda isu-isu besar, beliau akan mengajak ke laut dalam. Berhari-hari beliau di sana. Sangat beruntung mereka yang sempat mengikutinya. Beliau seorang yang tak lokek membuka mulut. Isu yang tak akan lekang di lidah adalah isu-isu antarabangsa. Kita boleh faham peranannya membela nasib umat Islam dunia melalui pemikirannya. Lautan luas itulah saksi terpenting tubuh dan akalnya yang diwakaf untuk Islam.

Laut itu juga saksi satu nyawa telah terselamat dengan keringat beliau. Ketika sedang menjala tahun 2009, beliau mendengar hiruk pikuk manusia bertempik. Orang ramai sedang berkumpul melihat seorang lelaki sedang lemas di laut. Masing-masing tak berani membantu, hanya mampu meminta bantuan dan berdoa.

Dengan pagoda dan pelikatnya, Ayah Chik pantas turun mendekati mangsa. Laungan orang ramai yang menghalang tidak dipedulikannya. Beliau terus berenang dan menarik mangsa ke tepi. Alhamdulillah, Allah izinkan lelaki itu terus hidup dengan wasilah Ayah Chik. Saya yakin masih ramai yang ingat kisah yang mendapat liputan media ini.

Selain laut, beliau juga suka ke sungai. Tempat biasa adalah sekitar Tasik Kenyir. Yang mengiringi hanya teman-teman lama dan ahli keluarga. Dua tiga hari juga mereka berkhemah di hutan sana.

Selain memancing dan memukat, beliau juga gemar memburu. Bidikannya memang hebat. Ikan, ayam hutan, rusa hasil tangkapannya adalah santapan 'ringkas' siri-siri perkhemahan beliau. Dengan usia yang sudah lebih separuh abad, memang ajaib melihat tenaga dan kekuatannya yang mengalahkan orang muda.

Menurut teman-teman lama sekampung, beliau dari kecil lagi memang seorang yang aktif, berani dan hebat. Dalam permaian bedil, beliau memang digeruni. Budak-budak lain biasa bersembunyi di belakang pokok, tapi Ayah Chik akan terus mara dengan bedilnya, hanya mengelak kiri atau kanan.

Mungkin kerana 'tarbiyah' inilah, beliau tak gentar berhadapan musuh samada dalam negara mahupun antarabangsa. Pidatonya sering menggegar istana penguasa zalim. Kelibatnya sehingga hari ini ditakuti penjahat-penjahat munafiq.

Cerita bab pertarungan, saya teringat beliau pernah diserang seorang lelaki berparang dihadapan rumahnya lama dahulu. Ketika itu beliau baru pulang lewat malam bersendirian. Sebagaimana orang-orang melayu lama lain, beliau dibekalkan ilmu silat untuk mempertahankan diri. Alhamdulillah, parang di tangan musuh berjaya dijatuhkan sebelum jiran-jiran menerpa.

Catatan di atas hanya sekadar respon terhadap 'hobi' Ayah Chik yang diperkatakan kini. Kalau nak ceritakan mengenai tabiat membacanya pula, rasanya perlu sebuah artikel yang khusus. Membaca bukan lagi dianggap hobi beliau untuk mengisi masa lapang, bahkan itu adalah makanan asasi yang wajib dijadikan santapan saban hari.

Itu belum lagi cerita mengenai pidato, tulisan, ceramah dan pengalaman-pengalamannya dalam seminar, persidangan dan pembentangan dalam dan luar negara. Sejak remaja lagi, beliau sudah terlibat dalam mencerahkan alam buana dengan cahaya Islam. Sungguh bumi amat terhutang budi dengan sebatang tubuh sasa itu.

Sekiranya Tun Mahathir terkenal dengan Wawasan 2020 yang entah kemana sekarang, Ayah Chik dengan auranya telah berjaya membawa wawasan 'batas iman dan kufur' di seluruh Malaysia. Hari ini, tiada lagi orang Islam berani mendakwa diri sebagai sekularis, ataupun mempermainkan secara jelas tentang ajaran Islam.

InsyaAllah sekiranya diberi kesempatan, saya coretkan lagi kisah-kisah mengenai tokoh murabbi ummah insan satu dalam sejuta ini. Ruangan hobi dalam borang biodata diri memang terlalu kecil untuk diisi oleh beliau. Selayaknya kanvas daratan berdakwat lautan perlu untuk digunakan untuk merakam segalanya.

(Alang Ibn Shukrimun)

Sumber TKO - 16-5-2015


13/05 10:19 PM] +60 11-1543 6817: PRESIDEN PAS BENTANG HUDUD DI UNIVERSITI 

NANYANG SINGAPURA
Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my

Dalam dunia serba pantas dan langit terbuka untuk menyebar serta mendapatkan maklumat, institusi pendidikan tinggi (IPT) di Malaysia masih pasif dan terperuk untuk berwacana menyatakan realiti yang membelit kehidupan warganya. Ketika penerimaan hudud khususnya menerusi Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan berjaya diluluskan di Dewan Undangan Negeri Kelantan dan PAS berjaya mengemukakan usul pindaan Akta 355 Mahkamah Syariah ke Parlimen Malaysia, perdebatan mengenainya kekal sepi di infra akademik.

Sedangkan, IPT terkemuka negara jiran di selatan tanah air, Singapura iaitu Universiti Nanyang secara terbuka menjemput Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk berbicara mengenai hudud di sana. Malah, pihak penganjur sendiri mengemukakan tajuk yang positif untuk menjentik minda meneroka hudud secara ilmiah iaitu “Hudud Untuk Semua: Implemen Undang-Undang Jenayah Islam Di Malaysia”.

Pada pembentangannya, Tuan Guru mengungkap nostalgia usahanya selaku Menteri Besar Terengganu (1999 – 2004) menulis surat kepada Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad sebanyak dua kali untuk bertemu dan berbincang mengenai perkara tersebut, namun tidak pernah berjawab. Sebaliknya, Kerajaan Singapura pimpinan Lee Kuan Yew pula berminat dan telah mengadakan dua kali pertemuan dengan beliau membicarakan soal hudud.

●Hudud Keperluan Fitrah●

Menurut beliau, hudud adalah sebahagian dari Islam yang sesuai dengan naluri atau fitrah semulajadi manusia di mana terhimpun kepada roh, jasad, akal, individu, keluarga dan masyarakat. Segalanya membentuk hubungan nyata antara sesama manusia, Tuhan, masyarakat dan alam. Semua urusan ini terkandung dalam ajaran Islam termasuk aspek politik kenegaraan iaitulah disamping soal pentadbiran, ekonomi dan sosial masyarakat, perkara penting juga adalah berkait perundangan.

“Maka dalam bidang undang-undang, hukum-hukum Islam mengikut al-Quran merangkumi di dalamnya undang-undang dasar negara (perlembagaan) undang-undang keluarga, undang-undang perdagangan, undang-undang tanah, undang-undang dalam negeri, undang-undang luar Negara, antarabangsa termasuk undang-undang peperangan dan perdamaian, juga undang-undang jenayah iaitu jenayah dalam negeri dan jenayah antarabangsa.

“Pada aspek undang-undang dalam negeri, undang-undang jenayah secara khusus. Islam membahagikan kepada tiga jenis undang-undang iaitu Qisas, Hudud dan Ta’zir. Qisas dan Hudud khusus untuk memelihara perkara-perkara yang menjadi rukun dalam kehidupan manusia iaitulah memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Dalam perkara Qisas dan Hudud ia diselesaikan mengikut syariat Islam, tidak diselesaikan oleh akal manusia.

“Maka al-Quran meletakkan hukum-hukum Qisas ialah berkait dengan kecederaan dan hak manusia. Hudud berkait dengan moral disebut hak Tuhan untuk menjaga kepentingan manusia. Hukum Ta’zir ialah hukum yang tidak disebut hukumannya di dalam al-Quran dan Hadis Nabi Muhammad SAW,” terang beliau.

●Hukum Qisas●

Dalam hukuman Qisas disebut ‘Membunuh Dengan Sengaja’ atau ‘Membunuh Tanpa Sengaja’ atau ‘Mencedera Tanpa Sengaja’ atau ‘Mencedera Dengan Sengaja’.

Jelas Tuan Guru, membunuh dengan sengaja akan menerima hukuman dibunuh balas yang berbeza dengan membunuh tanpa sengaja di mana dihukum membayar ganti rugi disebut ‘diyat’. Bagi kesalahan mencedera dengan sengaja, sekiranya anggota yang dapat seimbang seperti mata, telinga, tangan dan kaki, maka dihukum balas mencedera anggota sama. Sekiranya tidak sengaja maka ditukar dengan ganti rugi.

Tetapi katanya, Qisas mengizinkan pengampunan iaitulah dari pihak mangsa dan bukannya Lembaga Pengampun yang dilantik oleh kerajaan. Misalnya jenayah kematian, yang berhak mengampun pesalah adalah keluarga si mati. Bagi kes kecederaan, pemberi ampun adalah mangsa yang dicedera itu. Jika dikehendaki membayar ganti rugi, maka diberi kepada mangsa, bukan kepada kerajaan.

●Ruang Lingkup Hudud●

Terang beliau, hukuman Hudud adalah perkara yang tidak ada pertelingkahan di kalangan ulama iaitulah kesalahan murtad menukar agama bagi orang Islam, kesalahan meminum arak, berzina, qazaf, mencuri dan hirabah. Kesalahan murtad adalah bagi orang Islam sahaja kerana Islam tidak boleh memaksa penganut agama lain. Hukuman dilihat dari segi bahayanya orang yang murtad itu di mana ia dianggap mengancam keselamatan Negara dan menjadi agen kepada musuh. Kerana Islam adalah ‘ad-din’ iaitu agama politik, agama Negara, bukan agama (religion) samata-mata.

Pun begitu jelas Tuan Guru, walaupun hukumannya adalah mati, tetapi pihak berkenaan boleh memberi peluang kepada pesalah untuk bertaubat di mana terdapat pandangan ulama selama beberapa hari atau sepanjang hayat.

Bagi kesalahan meminum arak, hukuman ialah sebatan sebanyak di antara 40 sehingga 80 sebatan, juga kepada orang Islam sahaja, sementara Mazhab Hanafi mengecualikan wanita. Manakala kesalahan berzina, kepada yang sudah berkahwin hukumannya adalah direjam, sementara yang belum berkahwin disebat sebanyak 100 sebatan.

“Qazaf ialah menuduh tanpa saksi, khususnya menuduh berzina tanpa empat saksi. Hukumannya ialah 80 sebatan. Mencuri hukumannya dipotong tangan. Hirabah merompak menyamun dan sekiranya membunuh, maka dihukum mati. Sekiranya merampas harta, dihukum memotong tangan dan kaki. Sekiranya tidak melibatkan pembunuhan, tetapi merampas harta dibuang daerah. Dalam perkara ini, para ulama berpendapat ia bagi orang Islam. Adapun bagi orang bukan Islam, diberi pilihan sama ada mereka memilih undang-undang ini atau mereka memilih undang-undang yang lain,” ujarnya.

Menurut Presiden PAS itu, kerana kerasnya hukuman tersebut hingga umum tidak melihat aspek kesukaran menjatuhkan hukuman. Sedangkan konsep Hudud adalah untuk mendidik bukannya untuk menghukum. Sebab itulah Islam mengetatkan syarat-syarat kehakiman dan kesaksian. Di mana seorang hakim mestilah berilmu, beriman, budiman dan bermaruah tinggi.

Saksi juga wajib adil agar dapat membuktikan kesalahan Hudud dan Qisas iaitulah saksi yang beriman dan budiman. Sekiranya empat saksi dalam kes zina di mana salah satu memberi keterangan yang berlainan, tidak budiman, maka kempat-empat saksi dihukum 80 sebatan.

●Hikmah Hudud●

“Dalam sejarah Islam seperti tidak berlaku hukuman disabitkan dengan saksi, kerana orang takut jadi saksi. Apa yang berlaku ialah pengakuan orang yang salah itu sendiri yang mahu membersihkan dirinya daripada dosa. Mengikut ajaran Islam, dalam aspek akidah, aspek spiritual, orang yang dihukum tidak dihukum lagi selepas meninggal dunia.

“Sebab itu dalam sejarah Islam, hanya beberapa orang sahaja zaman Nabi yang datang menyerah diri mengaku melakukan kesalahan ini di mana pengakuannya secara rela hati tidak dipaksa. Namun, Islam lebih menggalakkan seseorang itu bertaubat. Meminta ampun dengan Tuhan dan memohon maaf dengan mangsa.

“Ini digalakkan lebih baik daripada menyerah diri. Islam mengajar orang yang menyembunyikan kesalahannya dan dia bertaubat antara dia dengan Tuhan. Jika berkait dengan manusia, dia meminta maaf dengan manusia itu. Ini lebih baik daripada menyerah diri dihukum. Lebih besar pahalanya dalam Islam.

“Dengan sebab itu, maka Nabi Muhammad SAW menggalakkan orang yang melakukan kesalahan ini bertaubat di luar mahkamah. Mengikut syariat Islam pihak yang berkenaan sama ada hakim ataupun polis, apabila datang orang mengaku, dinasihatkan supaya dia bertaubat.

“Diberi peluang sebanyak empat kali dalam kes zina supaya dia balik bertaubat. Begitu juga dalam aspek keampunan di mana disebut dalam hadis Nabi SAW, “Barang siapa yang menjadi mangsa jenayah dan mengampunkan jenayah itu tanpa hukum dimasukkan syurga dengan tiada hisab”,” perinci beliau.

●Hudud Mendidik●

Kata Tuan Guru, aspek spiritual membuktikan penjenayah menyerah diri secara sukarela dan berlaku keampunan sebagaimana kisah zaman Khalifah Umar al-Khattab RA apabila seorang pengembala telah terlepas untanya masuk ke dalam satu kebun, lalu tuan punya kebun membunuh untanya dan si pengembala pula membunuh tuan kebun. Setelah dihadapkan ke pengadilan dan didapati bersalah, pengembala itu memohon izin pulang ke kampungnya kerana mempunyai urusan pusaka. Lalu diizinkan pulang dan dia minta seorang penjamin di mana Abu Dzhar RA menjadi penjaminnya.

“Maka penjenayah ini pulang ke kampung tanpa polis ikut dia. Tidak ada SB yang ikut dia. Dia balik ke kampung dia dalam tempoh mungkin sebulan saya tak ingat masa itu. Dia tunggu sehingga hari yang akhir baru dia datang. Datang dalam keadaan yang termengah-mengah. Lalu Umar Tanya, “Mengapa awak datang? Awak tak melarikan diri?” Dia kata “Saya tak pernah lari daripada hukum tuhan. Tak boleh lari. Saya sudah selesai pusaka. Saya datang balik kerana saya rela saya dihukum.”
“Apabila anak si mati yang berhak dalam pengampunan ini melihat perkara menyayatkan hati itu, beliau ampunkan penjenayah tersebut dan ditukar kepada bayaran pampasan. Di sini ada aspek spiritual dalam perundangan Islam yang tidak ada dalam undang-undang yang lain,” terangnya.

Menerangkan mengenai pelaksanaan hukuman, Tuan Guru memetik ayat "faiza qataltum faahsinul qitlah” bermaksud “apabila dibunuh, bunuh dengan baik”. Bermakna hendaklah dipilih cara yang tidak menyeksa, tidak menyakitkan orang yang dihukum dengan kaedah terbaik.

[13/05 10:24 PM] +60 11-1543 6817: ●Budi Bicara Hukuman●

Maka katanya, hukuman gantung mencekik yang ada pada undang-undang hari ini tidak sesuai dengan Islam. Begitu juga hukuman sebatan dalam Islam tidak sama sebatan dalam penjara hari ini.

Walaupun disebut 100 sebatan, 80 sebatan, 40 sebatan, namun disyaratkan alat sebatan itu mesti tidak berat dan tidak ringan serta tidak boleh diangkat lebih tinggi daripada kepala. Namun disaksikan oleh orang ramai yang menimbulkan rasa malu dan menginsafkan. Tetapi, sekiranya orang yang dihukum itu dalam keadaan sakit, ia tidak boleh dihukum sehingga dia kembali sihat. Bahkan sekiranya berlaku keterlanjuran dalam sebatan itu, hendaklah dibayar pampasan.

“Berlaku peristiwa seorang yang disabitkan kesalahan zina patut disebat 100 sebatan. Dibawa kepada Nabi, dan Nabi kata 100 sebatan. Lalu diberitahukan wahai Rasulullah dia seorang yang kurus (uzur). Tinggal kulit dengan tulang sahaja. Kalau disebat kena tulang dia. Lalu Rasulullah kata ambil seberkas ranting jumlahnya 100 dipukul sekali sahaja dengan 100 ranting untuk simbolik ditengah khalayak ramai.

“Dalam Islam disebut fiqh aulawiyat (fiqh keutamaan) iaitulah keutamaan yang saya sebut tadi memelihara nyawa, akal, keturunan, harta. Sekiranya hukuman itu menyebabkan terjejas nyawa dia, kehidupan dia, dia tak tertanggung hukuman itu, maka memelihara nyawa lebih utama daripada memelihara maruah, akal. Maka hukuman disebut dengan 100 ranting disebat satu kali sahaja. Ini disebut fiqh aulawiyat. Ini adalah kaedah dalam Islam,” terangnya.

●Pensyaratan Hudud●

Jelas beliau lagi, dalam konsep melaksanakan hukum, walaupun ditetapkan sebegitu rupa menakutkan, namun Islam meletakkan konsep-konsep yang menjamin keadilan dan untuk mendidik masyarakat mencapai tujuan syariat itu. Di antaranya ialah mengenakan syarat-syarat yang ketat, misalnya dalam hukuman mencuri dipotong tangan, tetapi mesti diambil kira beberapa pertimbangan.
Harga nilai barang dicuri, tempat atau cara disimpan barang itu, keadaan pencuri. Jika yang dicuri itu tidak sampai nilai harga yang mahal ataupun disimpan bukan tempat sepatut ataupun pencuri mencuri kerana pendapatannya kecil, kerana lapar, gajinya murah, tidak cukup menampung kehidupan, maka tidak boleh dipotong tangan.

Diambil kira juga hubungan keluarga di mana sekiranya ada hubungan keluarga tidak boleh dihukum. Contohnya, anak curi barang ayah, ayah curi barang anak, adik curi barang abang, isteri curi barang suami.

“Begitu juga sekiranya barang-barang umum, misalnya rakyat mencuri barang umum. Curi kabel elektrik, tidak boleh dihukum Hudud kerana rakyat ada hak dalam kabel elektrik itu. Hukumannya Ta’zir. Bukan Hudud. Begitu juga curi balak di Malaysia. Hukumannya ialah Ta’zir bukannya Hudud,” jelas beliau.

●Komitmen PAS Laksana Hudud●

Menyingkap lembaran sejarah, Tuan Guru berkata, Undang-undang Jenayah Syariah dilaksanakan bersama dengan kedatangan Islam di Alam Melayu dahulu. Kerajaan Islam di rantau Asia Tenggara ini terbukti melaksanakan undang-undang ini sejak awal kedatangan Islam. Di Melaka ada Undang-undang Jenayah Hudud dan Qisas, di Terengganu ada Batu Bersurat yang mencatitkan undang-undang ini di mana ia berakhir tahun 1928.

“Apabila PAS melibatkan diri dalam arena politik Malaysia sejak mula mencapai kemerdekaan, PAS menyedari bahawa masyarakat Malaysia mengalami pemikiran Barat yang sangat tebal, jauh daripada syariat Islam. Maka PAS mengambil pendekatan memperkenalkan syariat Islam terlebih dahulu tanpa mengemukakan apa-apa cadangan untuk melaksanakan lagi di masa kita mencapai kemerdekaan tahun 1957.

“Di masa itu lawan PAS khususnya Umno kalangan orang Melayu Islam sendiri. Saya maafkan MCA, MIC, PPP, PAP kerana mereka banyak bukan Islam. Malangnya Umno sendiri yang orang Islam masa itu mencemuh PAS dan menakutkan masyarakat Melayu. Sekiranya PAS memimpin Negara maka banyak yang dipotong tangan kononnya Hudud untuk menakutkan masyarakat.

“Tahun 1959 kita menang di Terengganu, menang di Kelantan. Di Terengganu selama 2 tahun setengah dari tahun 1959 sehingga tahun 1961. Di Kelantan tahun 1959 sehingga tahun 1978. Kita tidak membawa undang-undang ini melalui Dun Kelantan dan Terengganu di masa itu. Kita mengambil pendekatan untuk memperkenalkan kepada masyarakat. Tahun 1970 selepas 13 Mei yang kita semua tahu peperangan kaum yang berlaku itu bukan sebab kami PAS, itu sebab Umno, sebab MCA di masa itu.

“Kami diajak masuk kerajaan dan masyarakat perlu tahu negeri Kelantan, Terengganu, Kedah negeri yang kuat PAS, tidak ada 13 Mei. Tahun 1970 kita dijemput untuk masuk kerajaan campuran. Di mana kita meletakkan lapan syarat. Dua yang penting ialah kita diizinkan untuk menerapkan Islam di dalam kerajaan. Yang kedua diizinkan untuk bercakap apa dia Islam dalam kerajaan,” cerita beliau.
Menurutnya, sekitar tahun 1970 hingga 1978 ketika PAS berada dalam kerajaan, PAS telah berjaya menyebarkan kefahaman Islam khususnya di kalangan pemuda dan mahasiswa universiti hingga tercetuslah kefahaman tentang Islam kepada orang Islam dan bukan Islam.

Tetapi tahun 1978 PAS dikeluarkan daripada BN, kemudian tahun 1990 PAS menang di Kelantan di susuli tahun 1999 menang semula di Terengganu. Ketika itu pegawai muda memegang jawatan penting, mahasiswa menjadi jentera kerajaan dan pemimpin masyarakat. Maka Islam makin meluas.

●Tuntutan Melaksanakan Hudud●

Tetapi ketika itu peningkatan jenayah memuncak di seluruh dunia bukan sahaja di Malaysia, bahkan di Amerika jenayah dihitung dengan kiraan minit. Berlaku pembunuhan, kekacauan, pecah rumah dan seumpamanya dari kelemahan dalam undang-undang yang ada pada hari ini. Maka terdapat desakan untuk memperkenalkan undang-undang Islam dan juga desakan Perdana Menteri masa itu.

“Tahun 1990-an dia mencabar kita mana undang-undang hudud? Perdana Menteri mencabar kita telah menang di Kelantan mana dia undang-undang jenayah? Kami nak tengok. Sila kemukan. Dia cabar lalu kita menubuhkan jawatankuasa untuk mengkaji undang-undang syariat di mana pihak pimpinan PAS telah menubuhkan jawatankuasa.

“Saya sendiri jadi Pengerusi, dianggotai oleh Ketua Dewan Ulama PAS, Almarhum Dato’ Harun Taib, Dato’ Halim Abdul Rahman Timbalan Menteri Besar Kelantan, Tun Salleh Abbas bekas Ketua Hakim Negara. Kemudian diikuti oleh Dato’ Wan Mutalib seorang peguam, Dato’ Halim bekas Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan.

“Kelantan juga membuat jawatankuasa bersama, Pengerusinya Timbalan Menteri Besar Dato’ Halim anggotanya ialah Qadi Besar Kelantan, termasuk Dato’ Halim Exco Negeri Kelantan bekas LA Penasihat Undang-undang, Professor Ahmad Ibrahim dan Professor Dr Saidon bekas Mufti Brunei menjadi ahli di mana kami telah menggubal undang-undang jenayah syariah pada tahun 1993,” ceritanya.

Undang-undang itu terangnya, dikemukan melalui proses demokrasi dengan terlebih dahulu melalui seminar yang dijemput parti-parti politik di Malaysia baik dari Kerajaan mahupun Pembangkang. Turut dijemput NGO-NGO Islam dan bukan Islam dari Kristian, Hindu, Buddha, Sikh. Dijemput datang seminar dan dibentangkan kepada mereka undang-undang jenayah ini dan PAS menerima maklum balas, komen dan pandangan-pandangan. PAS juga menerima NGO Antarabangsa yang mempertikaikan dan diterang kepada mereka hingga tergamam kerana mereka tidak tahu kelebihan hudud sebelum itu.

Kemudian barulah kita bawa ke Dun Kelantan kerana PAS mempunyai majoriti besar, juga di Dun Terengganu tahun 1999 ketika PAS punyai majoriti besar. Pun begitu, walaupun dilulus Dun, PAS masih mengalami masalah berhadapan Perlembagaan Malaysia. PAS masih belum dapat melaksanakan undang-undang ini kerana mengalami masalah perlembagaan. Mengikut politik undang-undang antarabangsa, tidak boleh melaksanakan sepenuhnya melainkan mesti ada lima syarat.

Ada negeri, PAS sudah ada Kelantan, Terengganu. PAS ada rakyat sama ada masyarakat majmuk ataupun tidak, PAS ada pemimpin yang ketiga. PAS ada undang-undang, tetapi tidak mempunyai kedaulatan sebagai sebuah negara yang mempunyai kuasa sepenuhnya.

●Cabaran Pelaksanaan Di Malaysia●

“Kita mengamalkan konsep federalisme, kita adalah sebahagian daripada Malaysia yang tidak ada kuasa sepenuhnya kerana masih ada masalah dalam perlembagaan. Kita tidak mahu keluar daripada Malaysia dan dikeluarkan daripada Malaysia macam Singapura. Saya tahu Lee Kuan Yew pun menangis apabila dikeluarkan daripada Malaysia. Saya baca tulisan dia tidak mahu keluar daripada Malaysia dan kita tidak berhasrat keluar daripada Malaysia. Kita mahu bersama.

“Dengan sebab itu pendekatan kita menyelesaikan masalah perlembagaan. Pertama perlembagaan Malaysia menyatakan Islam Agama Persekutuan. Agama-agama lain bebas diamalkan. Dalam masa yang sama jadual Ke-9 Perlembagaan Malaysia Akta 355 menyatakan bahawa undang-undang syariah tidak lebih daripada 3, 5, 6 iaitu 3 tahun penjara, RM5,000 denda dan 6 kali sebatan. Ini kuasa Mahkamah Syariah.

“Bagaimana Islam Agama Persekutuan sedangkan Mahkamah Syariah tidak ada kuasa? Agama lain bebas. Berlaku kontradiksi. Sebab itu kita kemukan usul di Parlimen untuk meminda Perlembagaan ini. Yang pertama jadual Ke-9 terlebih dahulu. 3, 5, 6 dihapuskan. Diberi kuasa untuk melaksanakan hukum sebatan mengikut hudud dengan adab dan syarat yang saya sebut dan begitu juga mengikut hukuman keampunan dan masalah Qisas dengan adab syarat yang disebutkan tadi.

“Mesti dipinda perlembagaan ini tanpa menyebut Hudud dan Qisas. Kalau dipinda perlembagaan ini secara automatik, maka sebahagian Hudud yang susah ini dapat dilaksanakan. Ini yang kita usulkan terlebih dahulu. Dan kita dalam tahun 1997 kita telah kemukakan di Parlimen tetapi mengikut peraturan Parlimen ‘standing order’ di Parlimen Malaysia, usul persendirian oleh bukan kerajaan hendaklah terlebih dahulu diusulkan oleh seorang Menteri di kerajaan yang mengizinkan usul ini dibawa dan disokong. Baru kita boleh bawa usul.

“Dan yang kedua setelah usul ini dibawa, maka perlu mendapat sokongan yang 14 orang kemudian diundi. Yang ketiga mestilah didahulukan agenda kerajaan. Tahun 1996 itu saya bawa usul ini diletakkan usul saya pada agenda yang Ke-30, sedangkan agenda kerajaan sekadar 15 sudah habis Parlimen menyebabkan ditangguh. Kali ini kita bawa usul melalui perundingan di antara Kerajaan Kelantan dengan Kerajaan Pusat untuk membawa usul ini dengan persetujuan Kerajaan Pusat untuk meminda bidang kuasa Mahkamah Syariah dan bidang kuasa Undang-undang Islam secara umum terlebih dahulu. Itu yang kita bawa,” terangnya.

Sumber FBAdunGS - 13-5-2015

Beri peluang Najib sehingga habis tempoh - Presiden PAS






















































































































KHAIRUL AZLAM MOHAMAD | .


KUALA TERENGGANU: PAS menyerahkan kepada rakyat bagi ‘menghukum’ parti pemerintah Barisan Nasional (BN) yang dibebani dengan masalah skandal 1MDB dan Tabung Haji.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata negara ini mengamalkan pemerintahan secara demokrasi dan bukan dengan ‘diktator’.

Justeru, katanya segala permasalahan yang berlaku dalam pemerintahan negara menjadi tanggungjawab parti dan bukan semata-mata individu tertentu.

Menurutnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga perlu diberi tempoh hingga habis penggal bagi menyelesaikan segala masalah tersebut.

“Ya, saya suka (Najib) diberi peluang biar habis tempoh penggalnya. Biar rakyat 'hukum' dia. Itu pandangan sayalah, biar rakyat menghukum dia.

“Kita jika ada kelemahan, kita kena sebut. Kita lebih berbentuk menasihati untuk mengislah dan menyelesaikan masalah,” ujarnya yang juga Adun Rhu Rendang kepada media ketika persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu ke-13 berhenti rehat, hari ini.

Ustaz Abdul Hadi menyifatkan setiap Perdana Menteri yang silih berganti sejak Tun Dr Mahathir, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Najib mempunyai masalah masing-masing.

“Saya tidak mahu menunding jari kepada sesiapa. Pada saya, supaya kita mengamalkan demokrasi ‘pulang’ kepada rakyat. Rakyat untuk menghukum parti dan bukan menghukum orang. 

“Jika kita kata Perdana Menteri sekarang dia punya masalah, yang dahulu juga ada masalah juga, jadi seolah-olah kita hendak jadikan Melayu mudah lupa. Bukan Melayu sahaja yang mudah lupa tetapi MIC ada Maika Holding, MCA ada masalah skandal Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) dan sebagainya. - HARAKAHDAILY 12/5/2015

Sumber HD - 12-5-20215

Rayuan Shamsul ditolak, gagal calar imej Presiden PAS























































































































HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: PAS Terengganu mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir bersolidariti untuk Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Mahkamah Rayuan, Putrajaya semalam.

Mahkamah Rayuan telah menolak rayuan bekas calon PKR bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Besi Mohd Shamsul Mat Amin terhadap Tuan Guru Abdul Hadi.

Mahkamah mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 15 Disember tahun lepas yang menolak saman fitnah RM2 juta dan turut memerintahkan Mohd Shamsul membayar kos RM10,000 kepada Ahli Parlimen Marang itu.

Peguam Asmuni Awi mewakili Presiden PAS.

Ekoran keputusan itu, Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat yang menulis di facebook menyatakan cubaan untuk mencalar imej Presiden PAS itu gagal.

Hadir sama di Mahkamah Rayuan semalam ialah Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan dan Perak, Mohamad Noor Mohamad dan Razman Zakaria serta Yang Dipertua PAS Putrajaya, Kamaruzaman Mohamad.

Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 15 Disember tahun lepas menolak saman fitnah RM2 juta difailkan bekas calon PKR bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi Mohd Shamsul Mat Amin terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa turut memerintahkan Mohd Shamsul membayar kos RM10,000 kepada Anggota Parlimen Marang itu.

Pada 23 Februari tahun lalu, Tuan Guru Abdul Hadi diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi untuk membayar ganti rugi RM2 juta kepada Mohd Shamsul selepas gagal memasukkan kehadiran bagi menjawab atau memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Shamsul pada 5 Disember 2013.

Empat hari selepas itu, beliau memfailkan permohonan bagi mengetepikan perintah penghakiman ingkar itu.

Mohd Shamsul menyaman Abdul Hadi berhubung kenyataannya bahawa ada calon PKR menjual pil kuda menjelang pilihan raya umum ke-13 tahun lepas sebagai alasan untuk PAS meletakkan calonnya bertanding di Dun Bukit Besi sehingga menyaksikan berlaku pertandingan tiga penjuru.

Dalam pernyataan tuntutannya, Mohd Shamsul mendakwa ucapan Presiden PAS itu dalam ceramah di Kampung Tebakang Alor Limbat, Marang pada 22 April 2013 telah menjatuhkan maruahnya dan keluarga serta menjejaskan reputasinya sebagai calon dan ahli perniagaan. - HARAKAHDAILY 12/5/2015

Sumber HD - 12-5-2015


Solidariti Buat Naib Ketua Kesatuan Ulamak Dunia

Posted on Tuesday, May 12 @ 02:00:00 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



1) TGHH sebagaimana yang dikenali merupakan antara tokoh senior di dalam gerakan Islam sedunia setelah kematian Al-Marhum Najmudden Erbakan dan juga merupakan Naib Ketua Kesatuan Ulamak Dunia.

2) Siapa tidak kenal tokoh 'pendamai' dunia Islam ini yang pernah menjadi anak didik rapat kepada al-Marhum Said Hawa. Pernah diceritakan oleh beliau saat Syeikh Qaradhawi meminta beliau menyelesaikan kemelut yang menimpa umat Islam di Yaman, yang menjadi buah mulut dunia Islam sehingga sekarang.


3) Itu hanyalah secebis daripada plot-plot 'perdamaian' yang dirintis oleh sosok tubuh murabbi ummah yang digelar oleh ulamak gerakan Islam dunia sebagai Sulthon ul Mujaahidin.

4) Plot-plot inilah yang digeruni oleh pihak Barat dan Zionis kerana ia mampu menyatukan dunia Islam tanpa terkongkong dengan sektarian yang mampu menyekat kebangkitan Islam di seluruh pelosok dunia.

5) Maka menjadi sunnah dalam perjuangan, sudah pasti akan ada usaha-usaha yang dilakukan oleh musuh samada luaran mahupun dalaman untuk 'melenyapkan' keizzahan dan ketokohan murabbi ummah ini.

6) Jika diteliti dalam lakaran sejarah pernah tercatat CIA berjaya menyusup masuk Shah Mas'ud ke dalam barisan mujahidin Afghanistan saat mereka di ambang kemenangan bagi menguburkan kemenangan Islam.

7) Maka tidak mustahil jika perancangan yang sama juga sedang direncanakan ke atas sosok tubuh ini. Hari ini kita dapat melihat bahawa kes yang 'diada-adakan' iaitu Saman Fitnah Pil Kuda difailkan kembali oleh PKR, Mohd Shamsul untuk di bawa ke Mahkamah Rayuan setelah ditolak di Mahkamah Tinggi sebelum ini.

8 )Walaupun sebelum ini mereka melaungkan untuk perkukuhkan Pakatan Rakyat, tetapi hakikatnya mereka sedang 'meludah' ke muka mereka sendiri. Kerana melihat kepada tindakan ini tidak lain hanya bertujuan merosakkan imej TGHH dan mengeruhkan lagi hubungan PR.

9) Walaubagaimanapun, suka untuk saya nyatakan bahawa Pemuda PAS tetap teguh berada bersama TGHH tatkala senang mahupun susah di dalam bahtera perjuangan ini. InsyaAllah.

Wan Muhammad Mizan Wan Abd Latiff
Ketua Penerangan DPPKKT



Sumber TKO - 12-5-2015

Jangan salah guna tabungan rakyat

























































































































DATUK SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG | .


Pengesahan terhadap dakwaan pembelian plot tanah PRX milik 1MDB oleh Lembaga Tabung Haji menunjukkan Dana Tabung Haji yang melibatkan kepentingan rakyat di institusi itu digunakan untuk menutupi ketirisan yang didakwa berlaku kepada 1MDB.

Cadangan pembelian Plot B.10.15-RT di Tun Razak Exchange oleh anak syarikat Tabung Haji (TH) daripada 1MDB Estate Sdn Bhd dan subsidiarinya KLIFD Sdn Bhd perlu segera diberi perhatian.

Setelah diteliti penjelasan oleh Lembaga Tabung Haji, maka sewajarnya perkara ini harus segera dibawa masuk ke Parlimen untuk dibahaskan demi kepentingan terhadap hak rakyat.

Dalam isu ini, Perdana Menteri sendiri harus menjelaskan kepada semua Ahli Parlimen dan hendaklah membentangkan hasil bedah siasat terperinci terhadap audit kewangan 1MDB.

Kita tidak mahu rakyat tertipu lagi dengan isu 1MDB ini serta terus menanggung beban pelbagai salah urus tadbir kewangan yang pernah berlaku sebelum ini.

Langkah sumbang Tabung Haji dan 1MDB ini bakal mengundang malapetaka besar bagi negara lantaran ketidakpedulian kerajaan terhadap teguran-teguran Jabatan Audit Negara selama ini.

Apatah lagi yang terpalit dalam isu ini ialah anak syarikat Tabung Haji di mana selama ini diyakini rakyat jelata untuk tabungan khas mereka. Amat malang andai institusi ini digunakan oleh pihak kerajaan bagi urusan lain yang bukan menjadi tujuan penubuhan Tabung Haji.

Kita juga kecewa apabila kerajaan juga hingga ke hari ini gagal memberi penjelasan meyakinkan berhubung segala isu yang membelengu 1MDB, termasuk penyelesaian segera terhadapnya.

Sebaliknya, condong dilihat menyelamatkan kroni sedangkan pada waktu yang sama rakyat terbeban dengan kos sara hidup yang meningkat dan menderita dengan tindakan baru kerajaan yang mengenakan GST kepada semua lapisan rakyat tidak kira miskin dan kaya.

Presiden PAS
9 Mei 2015
HARAKAHDAILY 9/5/2015

Sumber HD - 9-5-2015

Percayalah, kita dapat pelihara PAS - Presiden


























































































































HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang percaya Institut Latihan Kepimpinan dan Perkaderan Dakwah Islamiyah (Ilham) yang ditubuhkan oleh PAS dapat memelihara parti itu dalam masyarakat.

Presiden PAS itu menyatakan demikian ketika berucap pada Konvokesyen Ilham ke-12 di Dewan Datuk Fadzil Noor Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), tengah hari ini.

Katanya, PAS menubuhkan Ilham untuk memberikan kefahaman dalam perkara agama dan menterjemahkan Islam dalam masyarakat.

"Percayalah, kita dapat pelihara PAS," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Beliau juga mengingatkan para graduan dan hadirin supaya berwaspada dengan golongan yang menggunakan strategi baru iaitu Islam sekular dan Islam jihad.

Begitu juga, kata beliau pihak yang menyalahgunakan istilah siasah syariyyah, fiqh aulawiyat dan maqasid syariyyah dalam memperjuangkan Islam.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur & Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian Dan Industri Asas Tani Negeri Selangor, Zaidy Abdul Talib menerima Anugerah Presiden pada majlis konvokesyen itu.

Anugerah itu antara lain mengambil kira pencapaian akademik pelajar, komitmen dengan parti dan penglibatan dalam masyarakat. - HARAKAHDAILY 9/5/2015

Sumber HD - 9-5-2015

Alasan ‘Kalau Laksana Islam Kalah Pilihanraya’, Seperti Pemimpin Yahudi Cuba Menipu Nabi SAW


MARANG – Alasan yang dikemukakan oleh sesetangah pihak, bahawa sekiranya dilaksanakan syariat Islam, PAS akan kalah dalam pilihanraya, telah diberikan panduannya oleh Allah didalam al-Quran.

Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sewaktu menyampaikan kuliah Jumaat di masjid Rusila membaca sebahagian ayat -ayat al-Quran dari surat al-Maidah ayat 49.

almaidah049

Firman Allah (yang bermaksud) dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu mereka.

Katanyanya, sebab ‘nuzul’ (turun)nya ayat itu adalah apabila para pemimpin Yahudi berpakat sesama mereka, untuk menipu nabi Muhammad SAW.

IMG-20150424-WA0018

“mari kita tipu Muhammad supaya Muhammad jangan (meng)hukum dengan hukum yang ada dalam al-Quran. Kita pujuk Muhammad, sila kau selesaikan masalah kami, hukumkan kami dengan hukuman yang molek, maka orang-orang kami akan ikutmu wahai Muhammad,”ujarnya ketika mentafsirkan ayat tersebut .

Lalu, kata Ustaz Hadi, tuhan bertegas dengan nabi, dan telah memberitahu nabi agar jangan mengikut mereka.

“Jangan ikut hawa nafsu mereka. Macam sekarang lah jugak ada orang kafir mari pujuk kita, Jangan buat lah hudud ni kalau tak buat hudud, nanti kita masuk Islam.

“Kalau tak buat hudud ni kita sokong lah…………Inilah dia (kisah yang telah ditunjukkan oleh Allah),”jelasnya.

Malangnya, kata beliau, ada antara orang-orang Islam yang takut kalah dalam pilihanraya, telah terpengaruh dengan tipudaya orang-orang kafir itu dan telah bersetuju dengan mereka.

“Maka ada orang kita takut kalah pilihan raya, tak nak laksanakan syariah. Takut kalah pilihan raya.

 Kalau laksanakan syariat, orang takkan sokong kita dalam pilihanraya,”ujar beliau lagi, pada Jumaat 24 April.

20150424_102210

Beliau berkata, Allah telah menegaskan dalam al-Quran agar orang-orang Islam jangan mengikut hawa nafsu orang-orang kafir yang menentang Islam dan tidak mahu menerima perlaksanaan syariat Islam.

“Mereka menggoda kamu sehingga kamu meninggalkan apa yang disuruh oleh Allah. Maka kita tidak boleh ikut melainkan ikut batas yang telah ditetapkan oleh Allah yang dbuat oleh Nabi.

“Di antaranya ialah kita tak boleh larang orang kafir makan babi, minum arak, tu hak agama mereka. Saidina Umar, Abu Bakar semua ikut. Ini namanya sempadan. Yang tak boleh nya bila kita ikut minum sama,”katanya lagi.

Dari segi samada mahu mengenakan orang bukan Islam dengan hukum hudud, kata beliau, ia bergantung kepada ‘ijtihad’.

“Ada riwayat mengatakan bahawa nabi menghukum orang orang yahudi dengan hukum Islam. Ada riwayat mengatakan nabi menghukum orang yahudi dengan hukum yang ada dalam kitab mereka, terpulang pada mereka,

“hukum apa yang mereka mahukan sebagaimana ayat al-Quran yang bermaksud) jika sekiranya mereka datang kepada kamu wahai Muhammad, maka kamu boleh hukum atau kamu boleh biarkan mereka,”ujarnya lagi.



Sumber BO - 26-4-2015




























































































































PAS mempunyai cara tersendiri - Presiden

ASLANI M | .


TUMPAT: Biarpun PAS mempunyai hubungan dengan gerakan Islam di negara-negara lain, namun kaedah pendekatannya berbeza.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata pendekatan PAS tidak sama dengan Ikhwan Muslimin di Mesir atau mana-mana negara Arab lain

"PAS juga tidak sama dengan AKP di Turki, PKS di Indonesia, Syiah di Iran.

"PAS mempunyai cara tersendiri dan tidak serupa dengan parti-parti yang berteras Islam seperti di negara lain.

"PAS bukan seperti Taliban atau al-Qaeda yang menggunakan pendekatan keras," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung PAS Tumpat di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Mursyidul Am PAS, Ustaz Datuk Ahmad Yakob yang juga Yang Dipertua PAS kawasan itu.

Mesyuarat agung kali ke-58 turut menyaksikan pertandingan jawatan timbalan Yang Dipertua antara penyandang, Mohd Zaki Ibrahim dengan Adun Wakaf Bharu, Datuk Che Abdullah Mat Nawi. Manakala Naib YDP antara Mohd Nawi Adam dan Wan Ruslan Wan Ahmad.

Turut hadir anggota jawatankuasa PAS Pusat Datuk Kamaruddin Jaffar. Pemilihan tersebut dikendalikan PAS Pengkalan Chepa.

Ustaz Abdul Hadi berkata Islam menggunakan pendekatan politik damai dan hanya berperang bagi mempertahankan negara.

Katanya juga parti berteras Islam di Indonesia ada sehingga 30 buah yang memperlihatkan tidak kesatuan dalam kalangan mereka.

Menurutnya, bilangan yang banyak itu tentunya sukar untuk mendapat kejayaan yang besar dalam pilihan raya.

"Saya baru seminggu lepas diundang ke Indonesia menghadiri perjumpaan dengan parti-parti Islam di sana.

"Kita tidak perlu parti Islam yang banyak sangat seperti di Indonesia.

"Kalau dikumpul jumlah undi yang diperolehi parti-parti Islam pada pilihan raya lepas sudah tentu mendapat jumlah yang agak besar," katanya.

Beliau juga berkata PAS bersetuju untuk tidak bersetuju dengan DAP yang menolak pelaksanaan perundangan Islam di Kelantan.

Bagaimanapun menurutnya PAS tidak bertolak ansur dengan perkara yang menjadi teras dalam perjuangan PAS. - HARAKAHDAILY 25/4/2015

Sumber HD - 25-4-2015





























































































































Hudud: PAS mahu Malaysia selamat

SALMIYAH HARUN | .


SHAH ALAM: Tidak menjadi masalah kepada PAS sekiranya kalah di dalam pilihan raya asalkan negara Malaysia berada dalam keadaan selamat, demikian tegas Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Katanya, PAS memperkenalkan hudud kerana mahu melihat negara ini selamat dari gejala jenayah yang semakin berleluasa.

"Tidak menang dalam pilihan raya pun tak apa janji Malaysia selamat. Kita mahu negara selamat. Selamatkan negara dahulu," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Marang.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan daripada peserta dalam Bicara Minda; Hudud Dari Kaca Mata Hadi di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini petang semalam.

Malah katanya, bagi PAS menang atau kalah tidak menjadi masalah kerana PAS adalah parti yang berjuang sepanjang masa.

"Kami buat kesimpulan ramai orang dalam Pakatan Rakyat takut hilang undi. Pengundi tidak undi kita kerana hudud," ujar beliau ketika menjawab pertanyaan audien berhubung hudud yang mendapat tentangan daripada rakan-rakan Pakatan Rakyat. - HARAKAHDAILY 23/4/2015

Sumber HD - 23-4-2015

PKR, DAP tolak hudud kerana takut hilang undi, kata Hadi
Posted on Thursday, April 23 @ 06:51:00 MYT

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mengambil langkah berani membidas sekutunya dalam Pakatan Rakyat (PR) yang disifatkan takut menyokong hudud kerana tidak mahu kehilangan undi dalam pilihan raya.

"Ramai dalam Pakatan Rakyat takut dengan hudud sebab takut tak dapat undi, takut tak menang pilihan raya," katanya sewaktu berucap pada forum Bicara Minda: Hudud dari Kaca Mata Hadi di Shah Alam, hari ini.


Beliau tidak merujuk secara langsung kepada DAP dan PKR namun, dua parti itu bersama PAS adalah tiga parti yang membentuk PR.

Berbeza dengan sekutunya, Hadi berkata, PAS tidak pernah gentar kehilangan undi kerana parti itu sentiasa tekal dalam memperjuangkan hudud sejak dahulu lagi.

"Kita tak ada masalah kerana perjuangan kita bukan sahaja perjuangan politik tetapi perjuangan sepanjang masa," katanya.

Beliau turut menjawab soalan seorang hadirin yang memintanya mengupas pertembungan di antara hudud dan maqasid syariah (tujuan atau matlamat hukum Islam).

Hadi menegaskan, keperluan melaksanakan hudud sebagai "hak Allah" sentiasa mengatasi konsep maqasid yang mempunyai pengecualian dalam keadaan tertentu.

"Maqasid ini untuk jaga nyawa, harta dan ketenteraman awam. Dalam keadaan biasa, kita tak boleh jadikannya alasan untuk menghapuskan hukum Allah," katanya sewaktu menjawab soalan.

Beliau turut mengingatkan hadirin agar tidak menyalahgunakan konsep maqasid.

Contohnya dengan mewajarkan perbuatan mengambil rasuah atas alasan membolehkan seseorang itu menunaikan umrah, kata Hadi, mengundang ketawa hadirin di Auditorium Karangkraf, Sinar Harian itu.

Maqasid syariah adalah alasan yang selalu disandarkan PKR dalam menjelaskan pendiriannya yang menolak hudud.

Parti itu percaya, pentadbiran negara pada masa ini perlu mengutamakan perkara lain yang lebih mustahak berbanding pelaksanaan hudud.

Pada 19 Mac lalu, semua 44 orang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kelantan termasuk daripada Umno mengundi menyokong Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015).
Adun Kelantan yang 31 daripadanya ahli PAS, 12 Umno dan seorang PKR, hanya mengambil masa 2 hari membahaskan rang undang-undang itu.

Hudud memperuntukkan hukuman rejam sampai mati untuk kesalahan zina dengan pasangan yang sudah berkahwin, sebatan antara 40 dan 80 kali untuk kesalahan meminum arak dan potong tangan kerana mencuri.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagaimanapun masih belum menyatakan kedudukannya dengan jelas walaupun 12 pemimpin parti komponen Barisan Nasional menemuinya bagi menyatakan pendirian mereka yang tidak bersetuju, sehari selepas enakmen itu diluluskan DUN Kelantan.

Selepas itu, hampir semua pemimpin bukan Islam, terutamanya dari Sabah dan Sarawak, mengisytiharkan tidak akan menyokong sebarang pindaan kepada undang-undang persekutuan bagi memperkenalkan kanun keseksaan Islam itu di Kelantan.

DAP yang merupakan sekutu PAS dalam Pakatan Rakyat (PR) berkata, Najib mesti bersedia mempertahankan keluhuran Perlembagaan Persekutuan dan kedaulatan undang-undang.

Abdul Hadi pada sidang Parlimen baru-baru ini memberi notis memohon membentangkan rang undang-undang persendirian bagi membolehkan Kelantan menguatkuasakan undang-undang hudud di negeri itu.

Bagaimanapun, ia tidak dapat diteruskan kerana terdapat beberapa rang undang-undang terdahulu yang dibawa kerajaan masih belum dibahaskan dan diluluskan.

Hadi, yang juga presiden PAS, dijangka membuat satu lagi percubaan apabila Dewan Rakyat bersidang semula selama sebulan mulai 18 Mei ini.


Bagaimanapun, PKR dan DAP berkata, undang-undang hudud bukan sebahagian pendirian bersama PR dan mereka menentang rang undang-undang itu.

Sumber TKO - 23-4-2015


Bicara Minda: Hudud Dari Kaca Mata Hadi (Bhg 2)

Posted on Wednesday, April 22 @ 19:08:49 MYT

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Bicara Minda: Hudud Dari Kaca Mata Hadi 22 April 2015 jam 2.45 petang

Kredit:
Sinar TV


Sumber TKO - 22-4-2015































































































































Tidak timbul kembalikan kuasa Khalid di Selangor

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menafikan satu perjumpaan di Jakarta semalam sebagai usaha untuk mengembalikan semula kuasa bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Selangor.

Abdul Hadi berkata pertemuan yang berlangsung di Jakarta itu tidak lebih kepada membincangkan mengenai perpaduan ummah di rantau Asia.

"Ini kerana kita tidak mahu penyakit di Asia Barat berlaku di Malaysia. Walaupun kita berbeza pandangan di kalangan pemerintah kita tetap memilih demokrasi berparlimen.

"Walaupun ia ada kecacatan dan kelemahan. Kita sekadar bercakap tetapi tidak sampai seperti di negara barat sehingga mengangkat senjata," katanya menghurai apa yang dibincangkan dalam pertemuan itu.

Beliau turut bertemu dengan Speaker dan Timbalan Speaker, dan cendekiawan Indonesia serta Muhammadiah dan Nahdatul Ulama.

"Tidak timbul perbincangan untuk kembalikan kuasa Khalid Ibrahim di Selangor," katanya dalam sidang media selepas perasmian penutup Kongres Profesional Muslim Se-Malaysia.

Sementara itu, Setiausaha Politik beliau Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang turut berada di dalam pertemuan itu juga menafikan dakwaan itu.

"Saya bersama Tuan Guru Presiden dan Kuala Nerus, tidak ada sepatah pun cakap hal Selangor. Kita bercakap soal umat Islam di serantau," katanya semasa sesi pembentangan kertas kerja pada kongres tersebut.

Beliau turut menyifatkan mereka yang membuat andaian itu tanpa usul periksa sebagai 'mulut berus'.

"Inilah perkara-perkara yang boleh mengundang pecah belah di dalam PAS," katanya.

Beliau berkata demikian ekoran tersebarnya gambar Abdul Hadi Awang yang kelihatan duduk bersama dengan Khalid Ibrahin dalam satu pertemuan di Jakarta. - HARAKAHDAILY 18/4/2015

Sumber HD - 18-4-2015

Kelemahan Najib Warisi Daripada Tun Mahathir

Posted on Sunday, April 12 @ 22:45:02 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyindir Tun Dr Mahathir Mohamad yang ghairah mengkritik dasar pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Abdul Hadi berkata, kelemahan kerajaan di bawah pentadbiran Najib yang dikritik Dr Mahathir adalah diwarisi daripada kelemahan pentadbiran terdahulu.

Beliau memberi contoh pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang bermula 1 April lalu berpunca kelemahan pentadbiran terdahulu menguruskan dengan baik sumber kewangan negara

Presiden PAS itu berkata, mantan Perdana Menteri sepatutnya memberi nasihat kepada Najib untuk memperbetulkan kelemahan dalam pentadbirannya.

“Mereka masing-masing menyalahkan salah satu sama lain, orang dulu menyalahkan orang sekarang, tak perlu sebut nama.

“Hok sekarang pikul hok dulu laa (pemimpin sekarang pikul kelemahan pemimpin dulu). Kita menjadi penasihat untuk menasihatkan kerajaan supaya membetulkan keadaan,” katanya.ketika berucap pada Himpunan Derita Rakyat (Hindar) di Padang Merbok pada Sabtu.

Antara kritikan Dr Mahathir terhadap pentadbiran Najib termasuk mempertikai pemberian Bantuan Rakyat Satu Malaysia (BRIM) dan GST.

Ahli Parlimen Marang itu menasihatkan pentadbiran Najib kembali kepada Islam dalam menguruskan ekonomi negara.

“Jangan bercakap pasal hudud saja, Islam ini bukan hudud saja, ekonomi pun ada,” katanya.

Abdul Hadi berkata, GST tidak akan menyelesaikan ekonomi negara sebaliknya menambahkan lagi masalah dengan kenaikkan kadar inflasi dan harga barangan.

 - FMT

Sumber TKO - 13-4-2015


Umno pelawa runding hudud, PAS terima, kata Hadi

Posted on Sunday, April 12 @ 09:00:00 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Susulan pelawaan rundingan Umno berkenaan hukum Islam, hudud, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti Islam itu wajib menerimanya dan mengetepikan pandangan mereka sedang ditipu.

Hadi sebaliknya berkata, ‘ikhlas' adalah urusan Allah dan mereka wajib menerima pelawaan rundingan Umno.
"Ikhtilaf (berbeza pendapat) boleh, membantah hukum tidak boleh. Sebab itu dalam menangani isu ini, DAP tidak setuju, mintak ditangguh sejak 20 tahun, sedangkan kita nak hukum orang Islam saja, kita pilih pandangan ulama, (berkenaan) hukum orang Islam.

"Dia nak ganggu juga. Umno ajak kita berunding, wajib kita berunding, ada yang kata dia (Umno) nak tipu, tipu itu urusan Allah, kita anggap semuanya ikhlas, jangan kita campur urusan ikhlas ini," kata Hadi, ketika berucap dalam Program Nadwah Fiqh Ikhtilaf, di Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam, hari ini.

Hadi berkata, dengan pelawaan Umno itu, PAS membuka peluang rundingan.

"Bila ada orang itu terima, zahirnya, kita terima, maka rundingan dibuat mengikut ijtihad," katanya, di depan lebih 300 peserta program dialog anjuran Pemuda PAS itu.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, hudud yang dibawa PAS dan cuba dilaksanakan di Kelantan itu berbeza daripada undang-undang Islam yang diguna pakai kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis) serta Taliban.

"Kita melaksanakan hukum ini bukan macam Isis, Taliban, mereka menegakkan negara tanpa asas Islam yang kukuh, belum apa-apa hukum bunuh, ini bukan Islam," katanya.

Beliau berkata, terdapat ulama dalam PAS yang mampu mengendalikan perkara itu, lebih-lebih lagi kerana mempunyai Majlis Syura Ulama.

"Ada ulama yang boleh kendalikan isu ini, PAS ada Majlis Syura Ulama yang boleh berijtihad, dalam mengendalikan hukuman ini perlu kepada kepakaran.

"Majlis syura boleh panggil doktor pakar, sebab itu kita boleh tangani ikhtilaf ini dengan sebaik-baiknya.

"Perkara manusia tidak boleh fikir, perlu lihat hukum Allah, perkara manusia boleh fikir, kita serah kepada rakyat," katanya.

Hadi sebelum ini membawa usul persendirian Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2015 ke Dewan Rakyat, dalam usaha bagi meminda kuasa Mahkamah Syariah untuk membolehkan Enakmen Jenayah Syariah II di Kelantan dilaksanakan.

Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan pindaan enakmen berkenaan pada 19 Mac lalu, yang meliputi pelaksanaan hukuman hudud.

Hadi bagaimanapun menghantar notis kepada Dewan Rakyat, sehari sebelum enakmen berkenaan diluluskan, untuk membolehkan rang undang-undang persendirian ahli bukan kerajaan yang dibawanya dapat dibentangkan dalam sesi Dewan yang tamat pada Khamis lalu.

Susulan tindakannya itu, DAP memutuskan hubungan secara rasmi dengan Hadi, namun mengekalkan tahaluf siyasi mereka dengan PAS dalam Pakatan Rakyat, bersama PKR.

Hadi bagaimanapun perlu mengemukakan usul semula kepada Dewan Rakyat untuk membawa rang undang-undang persendirian berkenaan ke Parlimen pada sesi akan datang yang bermula pada 18 Mei, berikutan usul itu tidak dapat dibentangkan pada sesi kali ini.

Sumber TKO - 12-4-2015





Taubat, laksana ekonomi berasaskan Islam, kata Hadi kepada Putrajaya

Posted on Sunday, April 12 @ 08:00:00 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Datuk Seri Abdul Hadi Awang malam ini berkata, kerajaan pemerintah hari ini perlu bertaubat dan mula melaksanakan ekonomi berasaskan Islam sekiranya ia berhasrat membawa negara ini keluar daripada krisis ekonomi.

Presiden PAS itu berkata, melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bukan 'ubat' kepada masalah ekonomi negara.


"Saya tidak mahu membebankan kerajaan Barisan Nasional (BN) sekarang tetapi saya mahu bertanya tentang kerajaan BN sebelum ini, apa yang ia lakukan selama 50 tahun yang lalu.

"Mereka tidak menggunakan sumber dan tenaga kerja yang ada untuk membina negara ini.
"Jadi, saya ingin meminta kepada kerajaan yang memerintah hari ini supaya bertaubat dan menggunakan ekonomi berasaskan Islam untuk menangani krisis," katanya.

Beliau berkata demikian di depan kira-kira 2,000 ahli PAS yang hadir pada Himpunan Derita Rakyat (Hindar), satu perhimpunan anti GST yang diadakan di Padang Merbok, Kuala Lumpur malam ini.

Hadi memberitahu hadirin negara Barat berada dalam krisis yang teruk kerana ia mengamalkan ideologi yang 'tiada roh', hanya berlandaskan materilistik.

"Ia tiada roh dan tidak berasaskan agama. Lihat apa yang terjadi kepada negara Soviet Union. Malah Amerika Syarikat pun dalam keadaan krisis dan mengalami hutang yang besar. Trilion dolar," kata Hadi yang terus menyampaikan ucapannya di tengah hujan lebat malam ini.

Orang ramai terus mendengar walaupun basah kuyup ditimpa hujan. Sesetengahnya mencari tempat berteduh di bawah pokok atau di khemah berdekatan pentas.

Dalam ucapannya, Hadi berkata beliau hairan kenapa orang Cina dan India tidak boleh menerima Islam sebagai satu bentuk ideologi, sedangkan mereka boleh menerima ideologi lain seperti Kapitalisme Liberal, Komunisme dan Sosialisme.

"Islam bukan saja tentang hudud. Ia juga merangkumi ekonomi.

"Sekiranya orang Cina dan India boleh menerima Sosialisme, Kapitalisme Liberal, Komunisme yang ideanya bukan datang dari orang Cina, kenapa tidak boleh terima Islam?

"Yang lebih menyedihkan, malah orang Islam sendiri ada yang menolaknya (ekonomi Islam)," kata Hadi.

Beliau berkata, pelaksanaan GST akan menyebabkan inflasi pada masa depan dan akan menambah beban kepada rakyat biasa di negara ini.

Beliau juga menggesa kerajaan memberikan kuasa penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk berurusan dengan individu terlibat dalam rasuah.

"Kita tak pernah lupa stadium yang runtuh, jambatan runtuh, bangunan runtuh, dan makmal runtuh, yang terjadi kerana wujud elemen rasuah dalam projek 'ekspres' ini.

"Mereka yang memberi rasuah merupakan mereka yang mempunyai wang. Daripada memberi rasuah, mereka sepatutnya membayar lebih cukai. Kerajaan patut mengenakan cukai yang berat atas mereka, bukannya atas rakyat biasa," katanya.

Hadi merupakan penceramah terakhir di perhimpunan itu, kali pertama seumpamanya dianjurkan oleh Dewan Ulama PAS dalam menangani isu GST.

Selain ucapan, perhimpunan Hindar yang bermula jam 4 petang itu turut diisi dengan persembahan pantomin dan deklamasi sajak mengenai GST yang berakhir jam 8.45 malam.

Kerajaan Malaysia melaksanakan GST pada kadar 6% mulai 1 April.

Ia bertujuan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang digunakan di negara ini selama beberapa dekad, pada kadar 10%.

Kerajaan sedang mencari pendapatan tambahan bagi mengimbangi defisit bajet dan mengurangkan pergantungan terhadap pendapatan daripada syarikat minyak negara, Petronas.

Sumber TKO - 12-4-2015


Pertelingkahan dalam PAS ‘sangat kecil’, kata Hadi
Posted on Saturday, April 11 @ 21:41:41 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Perbalahan yang berlaku dalam PAS ketika ini 'terlalu kecil', kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang, sambil memberi jaminan parti itu masih teguh dan akan kekal untuk terus maju.

Presiden PAS itu berkata, parti itu pernah berdepan krisis yang lebih besar, termasuk tindakan kepimpinan tertingginya meninggalkan parti sekitar 1950-an dan 1960-an, namun PAS tetap tidak terjejas.


"Apa yang digembar-gemburkan media hari ini, kecil sangat.

"Masalah dalaman parti tidak jadi masalah, pada 1950-an, pernah berlaku. PAS tidak mati. Tahun 1960-an, berlaku krisis, beberapa kepimpinan PAS keluar parti, PAS tidak mati, terus mara ke depan," katanya.

Belau berkata demikian pada program dialog Nadwah Fiqh Ikhtilaf di Shah Alam, hari ini, yang dihadiri lebih 300 peserta.

Beberapa insiden melanda PAS sejak krisis dalam Pakatan Rakyat (PR) tercetus apabila terdapat beberapa percanggahan dan pertelingkahan antara parti itu dengan rakan sekutu mereka, DAP dan PKR.

Antara isu yang menjadi perhatian ialah tindakan PKR menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor melibatkan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kajang, yang dikatakan tidak dipersetujui PAS.

Krisis berkenaan turut berpanjangan apabila Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ingin dilantik sebagai menteri besar dan PAS sekali lagi membantah meskipun DAP dan PKR bersetuju menghantar satu nama kepada Sultan Selangor.

Krisis antara PAS dan rakan dalam PR berterusan apabila PAS Kelantan memutuskan ingin melaksanakan pindaan terhadap Enakmen Jenayah Syariah II negeri itu, yang membolehkan undang-undang Islam dilaksanakan.

Susulan beberapa insiden, segelintir pemimpin PAS menubuhkan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang bertujuan mengukuhkan kedudukan PR.

Presiden PasMa Datuk Phahrolrazi Zawawi sebelum ini dilaporkan berkata, penubuhan badan bukan kerajaan itu bukan untuk menggantikan PAS sebaliknya untuk pengukuhan PR.

Beberapa pemimpin tertinggi PAS bagaimanapun melahirkan rasa tidak senang dengan PasMa.

Susulan kritikan dan kecaman beberapa pihak, Phahrolrazi melepaskan jawatannya di dalam PAS bagi membolehkan beliau bergerak bersama PasMa tanpa sebarang gangguan.

Majlis Syura Ulama PAS dan Jawatankuasa PAS Pusat juga mengeluarkan arahan agar kepimpinan PAS tidak terlibat dengan sebarang aktiviti PasMa.

Sumber TKO - 11-4-2015





































































































































Pota: Kenyataan palsu dan bercanggah oleh Malaysiakini

HARAKAHDAILY | .

Pejabat Presiden PAS ingin menyatakan bahawa berita yang disebarkan oleh portal MalaysiaKini adalah TIDAK BENAR DAN BERCANGGAH dengan kenyataan sebenar Tuan Guru Presiden PAS. Tajuk berita MalaysiaKini “PAS Sokong Usaha Kerajaan Cegah Keganasan Melalui POTA” adalah jauh sekali daripada intipati ucapan sebenar Tuan Guru Presiden PAS.

Dalam sidang media yang menjadi sumber berita tersebut, Presiden PAS menyatakan bersetuju menentang keganasan kerana pada  dasarnya itulah yang disebut dalam Islam. Manakala membawa masuk keganasan ke dalam negara adalah dilarang oleh ISLAM.

Dasar untuk menghalang keganasan adalah bertujuan untuk  mengelakkan fenomena Islamfobia terus dijaja dalam dunia ISLAM. Walaupun begitu, PAS tidak bersetuju dengan Kerajaan dalam sudut teknikal undang undang yang telah dibahaskan panjang lebar sebelum ini.

Dengan penjelasan ini, Pejabat Presiden PAS berharap, berita palsu dan salah laporan ini tidak lagi mengelirukan penyokong dan pendukung PAS seluruh negara. Rakaman sebenar sidang media Presiden PAS boleh dilihat dan telah disebarkan ke dalam media maya untuk pengesahan sendiri yang lebih lanjut.

Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
Setiausaha Politik Presiden PAS

Sumber HD - 11-4-2015

EKJS: PAS bukan bermusuh dengan bukan Islam

| .


KUALA TERENGGANU: PAS menasihati DAP agar tidak membuat kenyataan yang boleh menimbulkan anggapan bahawa parti itu anti Islam dan bermusuh dengan orang Islam.

Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata penerimaan orang bukan Islam daripada pelbagai peringkat berkaitan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (EKJS) sangat positif.

Katanya, orang bukan Islam di Malaysia hari ini sudah berubah dan telah bercampur dengan orang Islam, masyarakat yang majmuk dengan cara yang sangat baik.

Justeru Ustaz Hadi tidak menganggap DAP mewakili semua orang bukan Islam di negara ini.

“Saya hendak beri ingat kepada DAP. Jangan membuat kenyataan-kenyataan yang ‘mengheret’ sehingga orang Islam menganggap DAP anti Islam dan bermusuh dengan orang Islam. Ini suatu anggapan yang PAS tidak mahu berlaku.

“Saya tidak menganggap DAP ini mewakili semua orang bukan Islam. Orang bukan Islam tidak semuanya bersama dengan DAP.

“Sebab, saya juga ditemui oleh kalangan-kalangan orang bukan Islam, yang memberi respons yang sangat positif. Sama ada mereka bersetuju dan tidak bersetuju termasuk yang tidak bersetuju datang menemuramah saya ada dalam negeri dan luar negeri.

“Di antaranya, mereka yang sedang membuat PHD tentang politik Malaysia dan beberapa hari lalu, pemberita Reuters dan AFP datang membuat interview. Dan saya diundang untuk memberi ceramah khusus di sebuah Universiti di Singapura pada hujung bulan ini, dan mungkin isu  ini dibangkitkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media selepas merasmikan sebuah kenderaan bagi Ma’ahad Darul Quran (MDQ) di perkarangan Masjid Rusila, Marang, semalam.

Menurutnya, mana-mana pihak yang tidak bersetuju itu perlu melihat secara ilmu dan bukan menghentam secara membuta tuli.

Apatah lagi, kata Ustaz Abdul Hadi, usul Rang Undang-undang Persendirian (Private Bill) yang dikemukakan di Parlimen itu hanya berkait dengan orang Islam sahaja. - HARAKAHDAILY 10/4/2015

Sumber HD - 10-4-2015







































































































































RUU Persendirian MP Marang sesi akan datang

MUHAMMAD FAIZAL | .


KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian atau 'Private Bill' Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengenai RUU Mahkamah Syariah (Bidang Kanun Jenayah) (Pindaan) 2015 akan dibawa pada sesi parlimen akan datang.

Perkara itu diumumkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim pada persidangan Dewan Rakyat, pagi ini.

Sesi parlimen yang akan berakhir pada hari ini hanya akan membentangkan RUU dari Menteri Dalam Negeri membabitkan RUU Hasutan (Pindaan) 2015 serta usul yang dibawa Menteri Kewangan.

Presiden PAS sebelum ini mengemukakan RUU Persendirian setelah Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan meluluskan pindaan Kanun Jenayah Syariah (KJS) 2 1993 pada 19 Mac lalu. - HARAKAHDAILY 9/4/2015

Sumber HD - 9-4-2015


Hadi ingin jumpa Najib bagi RUU persendirian dibahas esok

Posted on Thursday, April 09 @ 06:50:17 MYT

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedang berusaha menemui Datuk Seri Najib Razak sebelum sidang Dewan Rakyat yang bermula jam 10 pagi esok, bagi membolehkan rang undang-undang persendirian yang dibawanya ke Parlimen dapat dibentangkan pada sesi kali ini, kata Datuk Takiyuddin Hassan.

Ketua sekretariat tetap hudud Kelantan itu berkata, presiden PAS itu sedang menunggu kemungkinan bertemu Najib sama ada malam ini atau esok pagi memandangkan esok merupakan persidangan hari terakhir mesyuarat pertama penggal ke-3 Parlimen ke-13 yang sedang berlangsung ketika ini.


Usaha Hadi itu ialah bagi membolehkan rang undang-undang persendirian itu, yang kini berada di kedudukan terakhir aturan urusan mesyuarat Dewan, diangkat ke kedudukan yang membolehkan ianya dibentangkan di dalam Dewan esok.

"Sebenarnya saya masih menunggu bersama ahli Parlimen Marang (Hadi). Kami menunggu kemungkinan boleh jumpa perdana menteri malam ni, kalaulah... ini harapan.

"Sebab, bagi menaikkan usul kita, yang berada di kedudukan ke-24, mesti dengan kelulusan kerajaan," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen malam ini.

Takiyuddin yang juga ahli Parlimen Kota Baru itu berkata, Najib turut maklum dengan perjumpaan tersebut.

"Perdana menteri 'in the know'. Saya difahamkan beliau sedang berbincang di peringkat tertinggi parti. Kedua-dua pihak (Hadi dan Najib) sedar (akan perjumpaan)," katanya.

Takiyuddin berkata, pihaknya juga hanya mengharapkan agar rang undang-undang persendirian yang dibawa Hadi itu sempat dibentangkan di Dewan supaya dapat disambung perbahasan pada persidangan akan datang yang akan bermula 18 Mei depan.

"Bukan sampai habis bacaan kali pertama pun tidak mengapa. Asalkan sempat bentang, ia akan jadi sebahagian daripada aturan urusan mesyuarat.

"Bila sampai 18 Mei, Dewan hanya minta kita teruskan. Itu yang kita nak," katanya.

Beliau berkata, sekiranya mereka gagal membawa rang undang-undang persendirian tersebut pada sidang kali ini, PAS terpaksa menghantar notis usul sekali lagi pada persidangan akan datang.

"Kita sedang minta ihsan kerajaan pusat. Apa yang Hadi bawa adalah perkara yang sepatutnya dibawa kerajaan pusat, iaitu (pindaan kepada) Akta 355.

"Akta itu diluluskan pada 1965 oleh kerajaan, jadi pindaan pun perlu dilakukan kerajaan Persekutuan," katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, terdapat beberapa kekangan yang tidak membolehkan Putrajaya membawa pindaan terhadap akta tersebut ke Dewan Rakyat.

Beliau turut memaklumkan, wakil PAS sudah menemui Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk
Seri Shahidan Kassim, namun ahli Parlimen Arau itu tidak mampu membantu ekoran urusan kerajaan yang terlalu banyak di Dewan Rakyat.

"Kita sudah jumpa Shahidan kelmarin. Peringkat beliau tidak boleh laksana. Terlalu banyak urusan kerajaan. Mungkin lebih tinggi daripada beliau. Tidak tahulah siapa.

"Ada dua orang lagi, perdana menteri dan timbalan perdana menteri... kita bersedia sahaja. Kalau perlu jumpa kita jumpa," katanya.

"Sekejap sahaja, 10 minit sahaja (masa perjumpaan yang diperlukan)."

Takiyuddin berkata, pihaknya amat mengharapkan agar rang undang-undang persendirian berkenaan dapat diangkat dalam aturan urusan mesyuarat esok untuk dibentangkan.

"Kita berhasrat usul ini diangkat dalam sidang yang berakhir esok, kita bersedia jumpa sesiapa sahaja dalam kerajaan pusat supaya rang undang-undang ini boleh dinaikkan esok," katanya.

Katanya, perkara sama pernah berlaku pada 1988, apabila Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, membawa usul persendirian bagi meminda Akta Pertubuhan selepas pengharaman Umno.

"Pada masa itu Ku Li, bawa satu rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta Pertubuhan selepas Umno diharamkan," katanya merujuk kepada veteran Umno itu.


"Dalam susunan atur cara, di nombor 28. Selepas berunding, kerajaan bersetuju naikkan sehingga boleh dibahaskan. Kita harap dapat seperti itu juga," katanya.

Sumber TKO - 9-4-2015









































































































































Sabar, tunggu keputusan speaker - Presiden PAS

| .
 
KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang meminta semua pihak bersabar dan menunggu keputusan Speaker Dewan Rakyat berhubung pembentangan Rang Undang-Undang Persendirian (Private Bill) yang akan dibentangkan oleh beliau nanti.

Ahli Parlimen Marang itu sebelum ini mengemukakan RUU Persendirian mengenai RUU Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2015 untuk dibentangkan pada sesi parlimen kali ini.

"Kita tunggu keputusan speaker untuk ia dibentangkan pada sesi parlimen kali ini.

"Harap semua boleh tunggu dan kita telah bincang untuk ia dipercepatkan, sekarang biar speaker buat keputusan," katanya kepada pemberita di lobi parlimen hari ini.

Ketika ditanya mengenai sokongan dari ahli-ahli Umno berhubung RUU tersebut, beliau berkata perbincangan telah dibuat oleh Kerajaan Kelantan sebelum ini.

"Insya-Allah, perbincangan telah dibuat dan kita perlu tunggu dan saya tidak boleh mengulas terlalu awal dan menjadi kewajiban orang Islam untuk menyokong.

"Kita telah bersetuju untuk menerima semua pandangan mereka yang menyokong serta menolak RUU persendirian ini, kita amalkan demokrasi," katanya lagi.

Beliau yang juga Adun Rhu Rendang turut berkata, PAS tidak mempunyai halangan jika DAP menolak perbentangan RUU tersebut.

"Tidak perlu kerana perkara itu sudah lama dan ia melibatkan orang Islam sahaja, sudah ada keputusan beberapa tahun lalu untuk Kelantan melaksanakannya.

"Kita juga tidak ada halangan untuk DAP tidak bersetuju, itu kenyataan awal yang telah kita buat.

"Sebab perjalanan kita dalam Pakatan Rakyat, sudah banyak perkara yang dilakukan oleh DAP dan PKR tanpa diberitahu kepada PAS," katanya. - HARAKAHDAILY 8/4/2015

Sumber HD - 8-4-2015

Palestin dikecewakan, Yaman diserang

DATUK SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG | .

Sudah lebih setengah abad bumi Palestin ditakluk Zionis Yahudi, hingga membolehkan mereka menubuhkan negara haram Israel ke arah menegakkan empayar Yahudi untuk menakluk dunia. Inilah sebenarnya hasrat mereka sebagai satu dongengan yang menjadi cita-cita pelampau Yahudi.

Sejarah juga merakamkan peristiwa kerjasama atas semangat kebangsaan Arab untuk menjatuhkan Khilafah Uthmaniyyah sejak satu abad, tanpa dinafikan kesilapan dan kelemahannya. Di samping itu, kejatuhan khilafah juga adalah menjadi buah catur kerajaan Pahlavi yang mendukung mazhab Syiah Imamiyyah di Iran dan kerajaan Imam di Yaman yang mendukung mazhab Zaidiyyah. Walaupun semuanya berada dalam lipatan sejarah, namun fanatik mazhab dan semangat kebangsaan yang diapi-apikan menjadi senjata musuh untuk menjatuhkan kerajaan Islam secara mengadu domba.

Balasannya ialah Palestin bersama Masjid Al-Aqsa dirampas dan tanah air umat Islam dijajah seluruh pelosok dunia secara langsung atau tidak, semuanya laksana dicucuk hidung. Malangnya lagi apabila hari kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah telah menjadi hari kebangsaan bagi kebanyakan negara-negara Arab.

Kini, Islam bangkit semula untuk menyelamatkan dunia daripada bencana tamadun barat yang maju aspek fizikal semata tanpa mempunyai nilai roh nya. Kemajuan persenjataannya telah menjadikan manusia lebih ganas untuk membunuh mengatasi keganasan binatang paling buas, kerana mereka menghasilkan senjata pemusnah yang boleh membunuh berjuta manusia, namun binatang paling buas dan paling ganas tidak semampu itu.

Kemajuan perubatan melampaui batas kepada penyalahgunaan dadah dan candu berbagai jenama yang merosakkan akal. Sepatutnya kemajuan ini berusaha untuk berfikir untuk mencari ilmu bermanfaat, tiba-tiba dirosakkan dengan khayalan yang merosakkan fikiran dan jasad.

Kemajuan pembangunan telah merosakkan alam sekitar dan cuaca dunia sehingga berlakunya fenomena yang menakutkan.

Islam yang mencapai sedikit kedudukan secara demokrasi dihalang mentadbir negara. Kumpulan yang menjuarai kemenangan di Palestin dihalang mentadbir bumi yang luasnya walau hanya sekangkang kera di Gaza. Israel melancarkan serangan ganas ke atas Gaza sehinggakan penduduknya dikepung supaya kebuluran dan menyerah kalah, ramai pula yang gugur dan cedera.

Rasulullah S.A.W. bersabda: “Ada satu kumpulan di kalangan umatku yang menegakkan kebenaran (agamanya) mereka tidak boleh diperlakukan sewenang-wenang oleh musuh atau kalangan yang mengecewakan mereka, sehingga tibanya urusan Allah (yang menentukan kemenangannya)”. Lalu ditanya;” Siapakah kumpulan itu”. Sabdanya: ”Penduduk Bait Al Maqdis dan sekelilingnya”.

Yang paling mengecewakan ialah negara-negara jiran Arab yang kaya raya. Palestin pada umumnya adalah penganut mazhab Sunni berbangsa Arab dan dibiarkan Selatan Lubnan dibelasah Israel kerana mereka menganut Syiah? Sudah berlalu beberapa tahun dikecewakan.

Tiba-tiba tercetus serangan oleh negara-negara Arab ke atas Yaman, di mana perisytiharannya diumumkan di Washington dan New York dengan kenyataan bahawa tindakan itu dengan persetujuan Amerika dan Presiden Obama. Selepas itu diadakan persidangan kemuncak negara Arab di Syarmu Al Syaekh di Mesir. Mereka memberi alasan kerana Yaman sudah dikuasai pengaruh Iran bermazhab Syiah.

Permulaannya berlaku seminggu sebelum serangan negara Arab ke atas Yaman, Perdana Menteri Israel telah membuat lawatan tanpa jemputan Presiden Barack Obama dan berucap di Perhimpunan Yahudi dan di Kongres AS tanpa Obama. PM Israel menegaskan bahawa sangat bahaya apabila Iran berjaya menguasai Yaman kerana akan membahayakan keselamatan Israel. Maka fatwa berperang menghadapi Syiah di Yaman diapi-apikan.

Marilah kita soroti kembali kepada ucapan Khalifah Umar bin Al Khattab R.A. ketika melawat penyerahan Kota Suci Bait Al-Maqdis kepada Islam di atas permintaan Paderi Besar Bait Al-Maqdis, Umar R.A. menegaskan: “Kita adalah umat yang dimuliakan Allah kerana berpegang dengan Islam. Sekiranya kita meninggalkan Islam nescaya kita menerima hukuman Allah menjadi bangsa yang hina”.

Selepasnya Khalifah Umar R.A. melawat gereja besar Bait Al-Laham. Apabila tiba waktu solat, Saidina Umar bertanya: “Di mana tempat boleh saya bersembahyang?” Paderi Besar menjawab: “Sembahyang dalam gereja ini”. Umar pula menjawab: ”Kalau saya bersembahyang di sini nanti gereja ini  akan dirobohkan oleh generasi kemudian kerana mereka mahu membina masjid di sini”.

Akhirnya Umar memilih sembahyang di luar, dan di tempat beliau solat kemudiannya telah dibina sebuah masjid bersebelahan gereja dan menjadi lambang perpaduan Islam dan Kristian untuk menentang kezaliman Zionis di bumi Palestin.

Hujah menyerang Yaman kerana bahaya Syiah sangat memalukan, kerana fatwanya dikeluarkan selepas fatwa Obama dan tauliah daripada Amerika dan sekutunya.

Golongan Syiah dan Khawarij sudah bercampur dalam masyarakat Sunni lebih seribu tahun. Mereka dibenarkan mengerjakan haji dan sebahagiannya berada di tanah suci Makkah tanpa halangan, pengajian mereka dimasukkan ke dalam kitab-kitab Sunni.

Zaman keemasan Islam dahulu telah berlakunya perkembangan Islam dengan adanya semua mazhab termasuk mazhab yang terkeluar daripada Islam. Imam Malik menegaskan: “Sekiranya ada seratus hujah, tiba-tiba ada satu sahaja yang menetapkannya bersama Islam, maka hukumkannya bersama Islam”.

Sepatutnya apabila berlaku masalah serantau dikumpulkan negara serantau Arab dan bukan Arab, Sunni, Syiah dan Khawarij duduk dalam satu meja. Persoalannya, di manakah peranan OIC kalau tidak mengatasi masalah seperti ini?

Sangat memalukan negara serantau menjemput bekas penjajahnya datang menjadi imam dan mufti untuk menyelesaikan masalah umat. Lebih memalukan lagi apabila bermesyuarat untuk berperang sesama sendiri.

Sangat memalukan jika peperangan itu kerana menjaga keselamatan Israel dan kepentingan kuasa besar dan berperang kerana menjadi wakil atau proksi mereka. Berperang dengan duit umat Islam untuk membunuh dan mencederakan diri kita sendiri dengan senjata orang lain yang mengambil kesempatan menjual senjata dengan bayaran yang mereka pula menentukan harganya. Inilah akibat daripada kebodohan kita.

Jadilah laksana pepatah bahasa Melayu yang patut diterjemahkan ke dalam bahasa Arab: “Lesung dan alu yang bertumbuk ayam pula yang kenyang”.

Ingatlah sabda Rasulullah S.A.W.: “Seseorang yang beriman itu tidak seharusnya disengat sebanyak dua kali daripada satu lubang yang sama”.

Cukuplah peristiwa kuasa Barat dan Syaitan Lawrence yang bersejarah hitam menjadi pengajaran kepada dunia Arab dan Islam.

Akhirnya saya mengucapkan kata-kata Nabi Lut yang lemah menghadapi kaumnya yang ganas:

أَلَيْسَ مِنْكُمْ رَجُلٌ رَشِيدٌ (78) هود.

Tidakkah ada di kalangan kamu seorang yang berakal (boleh berfikir dengan baik). - HARAKAHDAILY 6/4/2015

PRESIDEN PAS   

Sumber HD - 6-4-2015

Presiden PAS rakam takziah keluarga nahas helikopter

| .

 
KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang merakam ucapan takziah kepada ahli keluarga yang terlibat dalam nahas helikopter di Semenyih yang turut melibatkan Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Jamaluddin Jarjis Sabtu lalu.

Beliau berharap semua ahli keluarga mangsa bersabar dengan ujian yang didatangkan oleh Allah dan kembali kepada-Nya dengan memohon ampun dan dikurniakan kesabaran.

"Allah mengajarkan kepada kita dengan ungkapan "انا لله وانا اليه راجعون" Sesungguhnya kita milik Allah, dan kepada-Nya Kita semua kembali".

"Moga Allah juga memberi keampunan kepada kita semua dan mangsa yang terlibat sebagai insan yang beriman dan menyerah diri kepada Allah SWT.," ujarnya menerusi facebook, hari ini.

Allahyarham Jamaludin antara enam yang terkorban dalam nahas helikopter AS365 di Kampung Pening-pening, Sungai Lalang, Semenyih selain Ketua Setiausaha Sulit Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Azlin Alias, juruterbang dan pembantunya serta dua penumpang lain.

Kesemua mangsa dalam penerbangan pulang ke ibu negara selepas menghadiri majlis resepsi perkahwinan anak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pekan, Pahang. - HARAKAHDAILY 6/4/2015 


Sumber HD - 6-4-2015


Taklimat EKJS II Kelantan 1993 (Pindaan 2015): Ucapan Presiden PAS

Posted on Sunday, April 05 @ 09:00:00 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

"Tok Guru dlm taklimat EKJS II

Saya juga membuat catatan selari, memetik intipati ucapan Dato Seri Tuan Guru Presiden PAS dalam ucapan perasmian penutup:

1. Memulakan ucapan dgn ayat al-Quran mengenai msyrkt majmuk di Madinah & respon mereka mengenai hukum syarak.
2. Byk hukum dlm Quran, sama dgn Taurat. Antaranya hudud dan qisas.
3. Ahli kitab keluarkan kenyataan yg menyakitkan hati Nabi & mukmin.
4. Org Yahudi yg beriman spt Abdullah b Salam buktiktan benarnya hukum syarak.
5. Quran adalah mukjizat yg hidup, (disamping Sunnah/hadis) hukum, pengajaran  berterusan.
6. Senario perlaksanaan syariah bukan baru kerana Islam dtg ke Msia dlm btk sempurna. Pendakwah yg mengislamkan rkyt dan raja
7. Syariat terakhir di Terengganu tahun 1928.
8. Penjajah gagal hapuskan cahaya Islam, walaupun penjajah silih berganti-portugis, jepun, inggeris dll
9. Hukum.jenayah Melaka merangkumi adat dan syariat
10. Penjajah gagal hilangkan tuntutan utk laksana islam oleh PAS semenjak awal penubuhannya.
11. Penjajah tinggalkan negara, tetapi pemikiran penjajah masih ada
12. Kenyataan lwn islam byk dlm media. Cth filem Mahsuri misalnya momokkan hukum.Islam.
13. Kenyataan hina syariat berlaku secara terbuka di klgn pemimpin hingga rkyt awam.
14. PAS terus berdakwah di klgn.msyrkt, rkyt mendahului kitab pemimpin IM Hasan Hudhaibi
Nahnu duatun la qudhatun
Kami pendakwah bukan penghukum
15. Dlm sejarah, PAS dijemput masuk kjaan campuran. Ada 8 syarat. Antara syarat penting-boleh masukkan Islam ke dlm agensi kjaan, tak dilarang dari aktvt dkwh.
16. Tahun 1974, UKM buat seminar pelaksanaan hukum Islam. Ahmad Ibrahim (ketika itu ahli PAS dari Singapura), Harun Din bentang kkerja. Ketua polis masa itu kata boleh buat lslam.
17.Kefhmn Islam berkmbg baik di klgn pegawai kjaan.
18. PAS akhirnya dibuang dari kjaan. Antara sebabnya kerana pengaruh Islam dibawa PAS.
19. PAS menang di Klntn
20. umno cabar PAS buat hukum Islam.
21. Tubuh JK gubal enakmen jenayah
22. PAS kemuka kpd umum pada tahun 1993 di hotel Concorde di KL
23. Soalan dikumpul dari peserta
24. rombongan luarnegeri dtg bertanya, kita ada jawapan, hujah
25. Private members bill akan dikemukakan. Kaedah fiqh:
Mudarat ditolak sekadar termampu
26. Walaupun kita x mampu laksana semua, tapi kita buat sekadar mampu dlm bidangkuasa kita.
27. Kita perlukan simple majority dlm Prlmn-ujian kpd YB YB Islam, samada dari PAS, PKR, umno
28. Samada niat mereka jujur, x ikhlas, itu kerja Allah. Kita buat kerja kita sahaja.
Usamah b Zaid pernah bunuh lelaki
Nabi tanya
kamu belah dadanya?
Kita hukum menurut yg zahir. Serahkan rahsia batin kpd Allah
29. Kalau mereka cenderung buat baik, kita terima
‘Dan jika mereka cenderung kepada perdamaian, terimalah”
30. Kalau mereka mahu khianat, cukuplah Allah bagi kamu
31. Ada yg tanya: mcmna jika ahli prlmn tak sokong? Kita harap YB YB Islam akan sokong
32. Pindaan hukum akan menjadikan hukuman sedia ada lebih adil, mendidik msyrkt

33. Kddkn bukan Islam sudah dibahas, rujuk tafsir arrazi, kitab Fathulbari syarah Sahih Bukhari mengenai ayat
Maka jika mereka (bukan Islam) dtg kpdmu, hukumlah di antara mereka atau berpalinglah dari mereka.
Al-Maidah:42
34. Dlm sejarah, kesan laksana syariat, org lain masuk Islam kerana melihat keadilan Islam

35. Ada pertikai, langgar maqasid syariat. Apa dia maqasid?
Maqasid ditulis oleh ulama, tetapi jika silap pemahaman, ia boleh mkn tuan. Ilmu maqasid mesti dirujuk kpd nas, maslahah.

36. Maslahah ada 3-muktabar-Agama dah tetap, cth; wajib solat, haram riba.
Maslahah mulghah-cth mengapa curi? Beri nafkah anak, ini dibatalkan oleh syarak
Maslahah mursalah-serah kpd mujtahid.
Ijtihad secara jamaie dgn ada ilmu alat.
Kalau ada pendpt-pendapat ulama terdahulu, ditarjih (dikuatkan) salah satu.

Catatan:

Ust Nik Muhammad Nasri b Nik Malek
TYDP PAS Kemaman
4 Apr 2015
1.40 tghri
"

................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)

Oleh:
ustaznik

Posted on Sunday, April 05 @ 09:00:00 MYT 

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Sumber TKO - 5-4-2015

"Guan Eng ibarat peluru kosong," kata Abdul Hadi
Posted on Sunday, March 29 @ 08:00:00 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


"Guan Eng ibarat peluru kosong," kata Abdul Hadi


KUALA LUMPUR: Serangan yang dilakukan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan kepimpinan negeri dianggap sesuatu yang tidak kena pada tempatnya dan tidak berasas, lebih-lebih lagi apabila Guan Eng sendiri tidak memahami perkara yang dikatakannya.


“Saya menganggap itu peluru kosong, tak kena sasaran pun,” ujar Abdul Hadi dalam sebuah wawancara bersama media pada Jumaat.

Tambah Abdul Hadi, PAS sebenarnya mengambil kira kepentingan semua kaum yang ada di Malaysia dan bukannya pada satu-satu kaum tertentu.

“DAP nampaknya menjaga kepentingan satu kaum saja iaitu orang bukan Islam dan tidak ambil hati orang Islam yang merupakan  60 peratus daripada populasi penduduk. Itu dia kena sedar.

“Orang Islam jangan diapa-apakan kedudukan mereka. Usul yang kita bawa ini tidak menyentuh orang bukan Islam. Mengapa dia timbulkan isu ini?” kata Ahli Parlimen Marang itu.

Menurut beliau, PAS mahu mendahulukan orang Islam dalam aspek dan ruang yang membolehkan tuntutan syariat dilaksanakan. Itu menurutnya, boleh menjadi contoh kepada orang bukan Islam untuk menilai sendiri tentang Islam.

“Adakah dia takut apabila kita hendak tunjukkan kepadanya mengenai Islam? Jangan takut,” kata Abdul Hadi.

Pada 24 Mac lalu, Guan Eng memberitahu mahu memutuskan hubungan dan menghentikan kerjasama dengan Presiden PAS kerana bertindak secara tidak jujur dan bermaruah dalam Pakatan Rakyat.

Beliau berkata keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Abdul Hadi secara efektif itu akan meletakkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat dalam keadaan terawang-awang.

Sehubungan itu, Guan Eng berkata DAP akan bertemu dengan kepimpinan PKR untuk membincangkan nasib Pakatan Rakyat pada masa depan.

“Yang menentukan maruah saya bukan dia. Rakyat yang tentukan maruah saya. Alhamdulillah saya dapat tentukan maruah saya pegangan saya dengan Islam,” ujar Abdul Hadi.

Tambah beliau, PAS boleh memberikan kerjasama dengan semua pihak dalam Pakatan Rakyat, namun kerjasama tersebut bergantung kepada Perlembagaan dan hala tuju perjuangan PAS.

Abdul Hadi turut mengingatkan rakan gabungan pakatan tersebut bahawa sebelum ini telah dipersetujui bahawa setiap parti mempunyai dasar-dasar yang berbeza. - Astro

Sumber TKO - 29-3-2015

EKJS: Bukan Islam tak perlu bimbang















































































































































| .


MARANG: Presiden PAS, Datuk  Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memberi jaminan kepada masyarakat bukan Islam di negara ini agar tidak perlu bimbang dan takut dengan pelaksanaan undang-undang Islam.

Ini kerana, katanya Enakmen Jenayah Syariah II 1993 Kelantan yang baharu diluluskan dengan pindaan 2015, itu hanya terpakai kepada orang Islam sahaja.

Menurutnya, orang bukan Islam tidak perlu bimbang dan takut dengan pelaksanaan undang-undang tersebut.

Beliau mengulas kebimbangan DAP apabila kerajaan Kelantan meluluskan enakmen tersebut sebulat suara dan bakal disusulinya pula ke Parlimen selepas itu. 

“Di mana usul yang kita bawa ini tidak menyentuh hak orang-orang bukan Islam. Mengapa dia  menimbulkan isu ini.

“Kita dahulukan orang Islam dahulu dalam aspek-aspek dan ruang-ruang yang boleh kita laksanakan syariat  untuk menjadi contoh kepada orang bukan Islam, apa dia Islam?

“Apakah dia takut apa yang hendak kita  tunjukkan Islam…jangan takut,” ujarnya pada satu sidang media selepas kuliah pagi Jumaat, di kediamannya, Rusila pagi tadi.

Namun, katanya, PAS menyedari kemampuannya sekadar mempunyai 21 kerusi yang tidak memungkinkan pindaan kepada Perlembagaan Malaysia.

“Kita sedar, kita cuma ada 21 kerusi parlimen dan dengan 21 kerusi ini tak kan kita hendak pinda Perlembagaan.

“Maka, kita (PAS) kemukakan suatu pindaan yang menjadi ujian kepada orang Islam dalam parlimen sama ada PAS, sama ada PKR atau orang BN sendiri yang ada orang Islam, yang perlu menyedari, yang perlu membuat suatu perubahan yang membolehkan orang Islam sendiri mengubah kedudukan mereka dalam Perlembagaan,” tegasnya yang juga Ahli Parlimen Marang. - HARAKAHDAILY 27/3/2015 

Sumber HD - 27-3-2015

Surat terbuka kepada umat Islam 'isu hudud yang dikelirukan'
















































































































































| .


ADA dalam kalangan umat Islam yang memberi alasan bagi menolak usul persendirian berkaitan undang-undang jenayah dengan menggunakan beberapa perkataan yang berkaitan hukum Islam.

Antaranya menyebut perkataan-perkataan seperti 'Siyasah Syari’yyah', 'Maqasid Syari’ah', 'Fiqh Aulawiyyat', 'Maslahah' dan lain-lain. 

Ketika membicarakan tajuk yang berat seperti ini, maka tentunya sangatlah tidak manis sekiranya kita menjadi laksana burung kakak tua yang pandai hanya menyebut kalimah yang diajar oleh tuannya, namun tetap berstatus binatang tanpa akal tanpa memahami hakikat atau tasawwur daripada perkataan yang diucap. Maka menjelaskan maknanya dengan ilmu yang bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah adalah sangat penting.

'Hudud' adalah cabutan daripada salah satu daripada hukum jenayah yang banyak dan menyeluruh.

Mungkin sengaja dijadikan hujah yang difikirkan bagi menolak syari’at. Mereka menganggap Hudud paling sesuai dijadikan sasaran kerana pandangan mereka paling ganas, tanpa mengetahui secara detail dan objektif. Tanpa menyedari pula betapa ganasnya undang-undang ciptaan manusia yang masih dibanggakan, seperti hukuman bunuh secara kuno: menjerut tali ke leher secara menggantung, begitu juga hukuman sebat sehingga menyeksa tanpa kesan mendidik masyarakat.

Penjelasan ini khusus bagi penganut Islam yang jahil tanpa dimaafkan, kerana beriman tanpa ilmu dan tidak berbudiman terhadap agama sendiri, serta tanpa peduli terhadap batas-batas iman dan kufur yang wajib diketahui dan dipelihara secara fardu ‘ain.

Dr Yusuf al-Qardawi dalam kitabnya تيسير الفقه للمسلم المعاصر [Memudahkan kefahaman (terhadap agama) kepada Muslim Semasa atau terkini] di halaman 102 menjelaskan:

Terdapat tiga madrasah (pandangan) apabila menghadapi masalah semasa:

1- Kalangan yang berpegang kepada nas juzi’i yang zahir secara jumud tanpa menterjemahkannya secara ijtihad melalui ilmu Siyasah Syariyyah, Usul dan Maqasid.

2- Kalangan yang menyalahggunakan Siyasah Syariyyah, Usul dan Maqasid sehingga membelakangi nas yang nyata.

3- Kalangan yang mengambil kira kedua-dua aspek yang penting dalam ilmu Islam.

Nas yang nyata adalah ilmu Allah yang difirmankan atau ucapan Rasul S.A.W. yang bersifat ma’sum. Adapun yang lain dari nas yang nyata adalah keizinan Allah bagi ruang ijtihad di kalangan para ulama bagi melaksanakan syariat Islam dengan bijak dan adil, bukannya meninggal syariat Allah dengan alasan sehingga boleh digantikan dengan undang-undang ciptaan manusia yang dianggap lebih baik.

1 - Siyasah Syari’yyah

Perkataan “siyasah” daripada bahasa Arab yang bermaksud mentadbir, mengurus dan memandu atau memimpin yang disebut terkini dengan perkataan politik atau pentadbiran atau panduan. Dicampur dengan perkataan Syara’ dengan maksud kaitannya dengan urusan pelaksanaan syariat mengikut jadual, pelaksanaan, dan pengurusan melaksanakan hukum Islam, bukannya meninggalkan hukum Islam untuk diganti dengan yang lain. (Sila lihat huraian secara khusus dalam kitab-kitab Ahkam Sultaniyyah karangan al-Mawardi dan Ghiath karangan Imam Haramain daripada Mazhab Syafei; al-Sair al-Kabir daripada Mazhab Hanafi; Siyasah Syariyyah Ibnu Taimiyyah dan Turuq Hukmiyyah Ibnu Qayyim daripada Mazhab Hambali dan Muqaddimah Ibnu Khaldun daripada Mazhab Maliki).

Tegasnya ialah melaksanakan syariat dengan betul, bukannya meninggalkan Syariat Allah dengan gantian hukum yang lain.

2 - Maqasid Syari’ah 

'Maqasid' bermakna tujuan-tujuan, maksudnya ialah tujuan pelaksanaan syariat. Objektifnya ialah cara mencapai matlamat membawa maslahat kebaikan kepada manusia secara umum dan khusus secara adil dan istiqamah dan menolak kemudaratan. Di sini pula ada tujuan yang telah ditetapkan oleh syarak dan ada juga yang tidak disebut di mana Allah memberi keizinan mengikut kemampuan akal dan ilmu manusia.

(Kepada yang mampu berbahasa Arab sila rujuk kepada dua tokoh ilmu Maqasi: Al Syatibi: Al Muwafaqat: J:2, muka surat 391. Ibnu ‘Asyur: muka surat 19)

Contohnya, apabila khalifah Umar R.A. tidak memotong tangan pencuri pada tahun melesetnya ekonomi kerana berlakunya kemarau panjang, dan bukannya kerana meninggalkan hudud, tetapi disebabkan melihat keadaan desakan hidup apabila dibayar gaji yang tidak mencukupi, menjadikan seseorang itu melakukan jenayah secara terdesak. Maka kerana itu hukuman potong tangan adalah haram dilaksanakan, kerana Hadis Rasulullah S.A.W. : “Hukuman Hudud ditolak (kerana) adanya syubhat”.

Ditolak hukuman hudud ini pula bukan bermakna terlepas begitu sahaja. Tetapi hendaklah dipindahkan kepada hukuman takzir yang termasuk dalam ruang Syariat Islam. Hukuman hudud tidak boleh dijatuhkan kerana tidak memenuhi syarat yang mencapai adil dan mendidik masyarakat mengikut kemampuan. Mudarat daripada kemelesetan ekonomi yang menimpa penjenayah adalah lebih besar. Sebaliknya kalau pencuri itu seorang berpendapatan tinggi sudah tentu dihukumkan.

Maqasid Syari’ah tidak bermakna membatalkan penguatkusaan undang-undang Hudud. Maqasid Syari’ah dalam hal ini bermakna hukuman tidak boleh dijatuhkan kerana menafikan tindakan secara adil yang menjadi matlamat syariat. Kalau dijatuhkan hukuman juga, bermakna kita tidak melaksanakan syariat kerana tidak mencapai matlamatnya. Meninggalkan syariat secara total menghilangkan segala maqasidnya.

Contohnya juga ialah mengenai kalimah Allah dibenarkan penggunaannya pada asalnya oleh penganut bukan Islam walau pun salah mengikut penafsiran kita, tetapi apabila tujuan penggunaannya bagi mengelirukan penganut Islam yang jahil, maka pihak berkuasa berkenaan agama Islam berhak menghalangnya . Mengikut Qaedahالأمور بمقاصدها (semua perkara dilihat juga kepada tujuannya).

3 - Fiqh Aulawiyyat 

Bermaksud melihat keutamaan secara fiqh (faham mengikut panduan Syariat).

Contohnya Islam meletakkan perkara keperluan rukun hidup bagi manusia ialah memelihara (1) Aqidah agama, (2) Nyawa, (3) Akal, (4) Keturunan dan (5) Harta.

Contohnya tidak dijatuhkan hukuman hudud terhadap pencuri kerana lapar adalah kerana keutamaan memelihara nyawa hendaklah didahulukan daripada memelihara harta. Hukuman hudud ditangguh dalam keadaan perang kerana menghalang penjenayah melarikan diri kepada musuh, kerana keselamatan negara diutamakan. Bukan bermakna penjenayah dibebaskan, tetapi diturunkan kepada hukuman takzir.

Orang bukan Islam dikecualikan dahulu kerana berdakwah dalam konsep tiada paksaan dalam agama adalah lebih aulawiyyat.

Contohnya juga seperti pengambilan tanah untuk mendirikan hospital atau jalan raya adalah diizinkan kerana kepentingan umum hendaklah didahulukan daripada kepentingan individu atau segelintir, dan hendaklah diganti tanah itu secara yang adil pula.

“Aulawiyyat” itu pula hendaklah dalam ruang lingkup hukum syariat terlebih dahulu, bukannya bermakna meninggalkan hukum syariat.

Apabila segala syarat tidak ada bagi hukum Hudud dan Qisas maka hendaklah dipilih dalam ruang hukum takzir yang sangat luas.

Bukannya melarikan diri kepada hukum ciptaan Barat yang banyak kelemahannya. Perlu disedari bahawa di sana ada juga tidak yang sama dengan undang-undang yang sedia ada, perbezaannya tidak ada roh seperti syariat Islam.

(Sila lihat Dr Yusuf Al Qardhawi dalam Siyasah Syariayyah halaman 284-297)

4 - Maslahah 

'Maslahah' dengan maksud tujuan membawa kebaikan. Sama ada mendapat faedah atau menolak kemudaratan. 

Para ulama membahagikan maslahat itu kepada tiga kedudukan:

1- Maslahah Mu’atabarah

Ialah dalam perkara yang telah ditetap oleh Allah Yang Maha Mengetahui dan Rahmat terhadap makhluknya. Maka ada yang diwajibkan dan ada pula yang diharamkan. Maka percayalah bahawa semua yang diwajibkan tetap membawa kebaikan dunia dan akhirat. Perkara yang diharamkan tetap mendatang mudarat kepada diri atau masyarakat. Contohnya ialah seperti wajibnya berpuasa kepada yang mampu dan haramnya arak dan judi. Ianya adalah ketetapan Allah SWT.

2- Maslahah Mulghah

Dalam perkara yang diharamkan kerana mudaratnya lebih besar atau manfaatnya tidak ada .

Contohnya seorang yang mencuri atau merompak atau mengedar dadah dengan maslahat mengumpul duit untuk kebajikan atau nafkah keluarga. Maslahat ini dibatalkan kerana mudaratnya sangat besar sehingga menimbus segala kebaikannya.

3- Maslahah mursalah atau Masoleh mursalah

Dalam perkara yang didiamkan oleh al-Quran dan Hadis maka ruangnya adalah terlalu luas kepada manusia di sepanjang zaman.

Melaksanakan Syariat adalah maslahah yang telah ditetapkan oleh Allah Yang Maha Mengetahui dan Penyayang kepada makhluknya.

Isu Enakmen Kanun Jenayah Syariat (KJS) Negeri Kelantan

Isu undang-undang jenayah Syariat menjadi hangat sejak kedatangan penjajah apabila mereka menghapuskannya. Seterusnya menjadi hangat di kalangan umat Islam sendiri kerana kejahilan agama dan pendekatan, sehingga berlakunya isu kafir mengafir dalam masyarakat sendiri kerana kejahilan hukum dan kejahilan cara pendekatan berdakwah.

Apabila keadaan dapat diredakan, maka PAS mengambil langkah ke depan melalui kemenangannya di Kelantan, kemudiannya di Terengganu secara ilmu dan demokratik.

Langkah pertama ialah menubuhkan pasukan daripada parti dan kerajaan. Pasukan ini melibatkan Ketua Dewan Ulamak dan kalangan ahli Majlis Syura Ulama, Tun Saleh Abas (Mantan Ketua Hakim Negara), al-Marhum Prof Ahmad Ibrahim salah seorang pengasas UIA (mantan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat tahun lima puluhan dari Singapura dan mantan Peguam Negara Singapura yang pertama), al-Marhum Dr Mahmud Saedon Awang Osman dari UIA dan Pakar Syariah Negara Brunei Darussalam, al-marhum Datuk Abdul Halim Muhammad mantan Penasihat Undang-undang Negeri Kelantan dan Exco kerajaan negeri, dan Datuk Daud Mohamad Kadi Besar Negeri Kelantan.

Sebelum enakmen ini dibawa kepada Dun Negeri Kelantan, ianya terlebih dahulu dibentangkan kepada umum di berbagai forum, seminar dan dialog. Akhirnya enakmen berkenaan dibawa ke Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 1993 dan Dun Terengganu pada tahun 2000.

Manakala Kelantan pula memperkukuhkannya secara mengadakan seminar dan sambutan mengenainya secara tahunan.

Kini setelah lebih dari 20 tahun (dua puluh tahun) PAS memperkenalkan enakmen ini, di samping melaksanakan proses pendidikan mengenai KJS dalam masyarakat, dialog dan sebagainya, maka PAS ingin bergerak setapak lagi dalam proses mendidik masyarakat untuk mengenali hukum-hakam syariat Islam yang menyeluruh. Hasilnya kini suara yang mengeji hukum Islam ini semakin hari menjadi terpencil.

Maka dengan sedikit ruang yang ada ini, Enakmen KJS ini mengalami beberapa pindaan- pindaan memperkemaskannya dengan mengambil kira cabaran dalam perlembagaan dan masyarakat majmuk, tanpa paksaan, dan bagi orang Islam sahaja setelah mengambil kira pandangan para ulama daripada semua mazhab dan sejarah pelaksanaan yang berjaya di sepanjang zaman.

Dalam masa yang sama, apa yang ingin dicadang dan akan dibawa oleh PAS menerusi Private Members Bill nanti pula bukanlah rang undang-undang hudud, tetapi pindaan dalam akta Mahkamah Syariah untuk membuka sedikit ruang bagi membolehkan satu-dua aspek syariah itu dilaksanakan terhadap penganut Islam sahaja.

Kita adalah makhluk yang berilmu, bertamadun dan matang. Maka dengarlah dahulu apa yang ingin dikemukakan. Jangan terus melompat dan bertempik gegak gempita memberikan kritikan tanpa mengetahui hujung pangkalnya.

Firman Allah:

وَأَنِ احْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَنْ يَفْتِنُوكَ عَنْ بَعْضِ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ أَنْ يُصِيبَهُمْ بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ وَإِنَّ كَثِيرًا مِنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ (49) أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ حُكْمًا لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ (50) المائدة.

(Dan hendaklah kamu melaksanakan kalangan mereka hukum yang telah diturunkan oleh Allah,dan jangan sekali-kali engkau mengikut hawa nafsu mereka (meninggalkan hukum Allah) sehingga engkau meninggalkan sebahagian daripada apa yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Maka jika sekiranya mereka berpaling(enggan)maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah hendak mengenakan mereka dengan sebab sebahagian daripada dosa-dosa mereka. Dan sesungguhnya sebahagian daripada maknusia itu adalah orang-orang yang jahat). Adakah mereka mahukan hukum jahiliyyah, padahal siapakah lagi yang paling baik hukumnya daripada Allah kepada orang-orang yang percaya dengan yakin). - HARAKAHDAILY 26/3/2015

ABDUL HADI AWANG
PRESIDEN PAS

Sumber HD - 26-2-2015

Ucapan takziah atas kematian Lee Kuan Yew

















































































































































      HARAKAHDAILY | .


PAS merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang Lee Kuan Yew atas kematian tokoh dan Negarawan Ulung Singapura itu.

Takziah juga kepada seluruh rakyat Singapura yang telah mengecapi jasa ditinggalkan beliau.

DATUK SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Sumber HD - 24-3-2015


Jom Fikir.. Jadilah Makmum Yang Taat - Terbaik Dari Presiden PAS

Posted on Tuesday, March 24 @ 16:00:00 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


Di hina, dicerca, namun sosok ini tetap bersama jemaah. Sosok ini tidak pernah ber"mufarakah". Ada bau-bau di luar sana yang mahu singkirkan jemaahnya dari PR dek sosok ini beristiqomah dalam perjuangannya.

Selaku Timbalan Ketua Ulamak Sedunia, sosok ini tetap 'humble' menjadi makmum yang baik, bukan sesetengah makmum yang berniat jahat dan bacul, sanggup ber'mufarakah' walhal imamnya tiada kesalahan syarie yang boleh mengharuskannya ber'mufarakah.

Sekarang wujud pulak suara pembangkang mahu ber'semenda', mahu ber'khalwat', mahu ber'sekangkang' satu perbuatan yang amat dibenci oleh puak2 yang 'benci' kepada sosok ini. [sumber .]

Apa agenda semuanya ini?

Adakah semata2 mahu mengagalkan pembentangan "HUDUD" di Parlimen nanti?

al-brangionline:

Belum pun ber'cerai' udah ber'main' kayu tiga.

.......
http://al-brangionline.blogspot.com 


Sumber TKO - 24-3-2015

ERTI WALA' DAN KEMENANGAN - PRESIDEN


YB DS TG HJ ABDUL HADI HJ AWANG - PRESIDEN

http://www.harakahdaily.net/index.php/presiden/34348-erti-wala-dan-kemenangan


Sumber HD - 14-3-2015

Wujud Gerakan Melemahkan Presiden PAS?
Posted on Friday, March 13 @ 15:42:11 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Logikalnya adalah tidak munasabah wujud orang Islam dalam PAS boleh berfikir bahawa seorang Presiden yang diiktiraf seluruh dunia kealiman dalam bidang fiqh dan ketelitian dalam politik perlu disingkirkan dari mengemudi sebuah gerakan Islam bersifat tempatan. Seorang yang diangkat sebagai Timbalan Presiden Kesatuan Ulama Sedunia, bekas Setiausaha Majlis Perundingan Al-Aqsa, wakil Sunni dalam rundingan damai Sunni-Syiah tiba-tiba cuba untuk disunyikan dari sebuah tugas yang jauh lebih kecil dari itu.

Tapi ini semua telah berlaku. Pencalonan Presiden yang dibuat oleh kawasan Kota Bharu dengan memanggil semua media menjadi suatu fenomena baru yang amat songsang dalam PAS. Perancangan yang begitu licik diatur dengan mencalonkan Naib Presiden PAS, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man adalah bukti wujudnya mainan di belakang tabir. Selama ini tidak pernah keluar dari YDP Kota Bharu, Dato Wan Rahim menyokong kenyataan-kenyataan Dato' TITM.

Dato' TITM sudah dikenali pendiriannya yang menolak PasMa, Dato Wan Rahim pula selalu memuji-muji serta membela PasMa. Dato TITM juga sering mengingatkan ahli untuk teguh dibelakang Presiden dan menyokongnya, tetapi Dato Wan Rahimlah orang paling terkenal yang konsisten mengkritik setiap laku Presiden secara terbuka.

Tiba-tiba semalam, beliau setuju lantik TITM sebagai Presiden?

Percayalah. Ini sekadar sandiwara sahaja. Sebenarnya mereka bukan mahukan kepimpinan TITM pun. Mereka sekadar cuba nak lagakan antara TITM dan TGHH yang selama ini teguh seiringan. Mereka ada rancangan lain selepas keadaan dalaman PAS tambah berkecamuk. Merekalah kumpulan yang merosakkan keharmonian PAS selama ini!

Selama ini jawatan tidak menjadi buruan. Selama ini pemilihan bukan suatu yang penting dalam PAS kerana masing-masing tidak bernafsu untuknya. Tapi hari ini, kumpulan mereka telah ajar ahli PAS untuk bercakap soal pangkat dan jawatan, meniru parti-parti seperti UMNO, MIC, dan PKR.

Grand design bagi permainan ini sangat besar. Pengaruh TGHH sedang pesat membangun. Watak seorang kepimpinan gerakan Islam dalam masa yang sama genius dalam bidang akademik amat tidak disenangi barat dan zionis. Musuh Islam melihat keterlibatan TGHH di arena antarabangsa sebagai bahaya yang perlu disekat.

Jika tidak disekat, semangat jihad yang ada padanya, kepakaran tarbiyah yang boleh membangun rijal-rijal pejuang, pengalaman politik demokrasi yang amat luas, hubungan dengan musuh-musuh barat yang sekian lama terjalin, kepetahan pidato yang memukau, kebolehan menghurai isi Al-Quran dan Sunnah dengan begitu hebat, semua ini mampu untuk menggerakkan suatu kebangkitan baru dalam masyarakat Islam dunia.

Lihatlah bukti di depan mata. Jemputan luar negara yang diterima samada atas kapasiti sebagai pemimpin gerakan Islam, ataupun atas kapasiti tokoh Ulama amat banyak. Kehadiran beliau ke sesebuah negara dimanfaatkan semaksima mungkin dengan wacana, pidato, dialog, rakaman TV, siaran langsung, radio, ulasan akhbar dan sebagainya. Universiti, stesen penyiaran TV, konti radio, parti politik, badan kerajaan, parlimen, jemaah-jemaah Islam semuanya memanggil beliau untuk berdiskusi tentang pelbagai perkara. Orang-orang besar negara turun menyambut kedatangan beliau walaupun beliau belum memegang apa-apa autoriti untuk kerajaan Malaysia. Dia Ulama versatil yang serba boleh. Hanya satu dalam 6 billion umat manusia.

Kempen TGHH di peringkat antarabangsa sejak dari dulu adalah menyedarkan umat Islam yang hanyut dalam perbalahan sesama Islam ciptaan barat, bahawa musuh sebenarnya adalah Amerika dan Zionis. TGHH konsisten mempromosikan kesatuan Islam sejak dari dulu. Penganjuran Himpunan Antarangsa di Rusila dalam masa terdekat ini menjadi igauan dunia barat. Wakil jemaah Islam dari 50 buah negara bakal berkampung di tempat TGHH, cukup untuk membuat musuh tidak senang duduk.

Musuh Islam tidak mahu umat Islam sedar. Musuh tidak suka umat Islam bersatu. Apa yang difikirkan musuh, orang seperti ini perlu dibanteras segera. Langkah membunuh karektor TGHH perlu segera dicatur. Fikir mereka, untuk mematikan pohon yang menjulang tinggi, potong saja akarnya. Untuk menghapuskan TGHH yang dijulang tinggi, potong saja akarnya di Malaysia!

Justeru perlu untuk kita fikirkan segera masadepan umat Islam. Jangan kecilkan pandangan hanya kepada Putrajaya dan jawatan Menteri. Ingat kembali matlamat gerakan Islam setempat seperti yang digariskan Imam Hasam AlBanna, iaitu untuk mendirikan sebuah kesatuan Umat Islam sejagat, bukan sekadar sebuah negara bangsa.

AlMarhum Syeikh Mustafa Masyhur menyatakan, antara bentuk penyelewengan jalan dakwah ialah apabila hanya menghadkan perancangan sekadar membebaskan negara masing-masing sahaja, tanpa mempedulikan masa depan Islam keseluruhan.

Jangan sampai kita diperlaku seperti buah catur di atas papan permainan musuh. Demi Islam sejagat, pertahankan TGHH!

(Alang Ibn Shukrimun)

Sumber TKO - 13-3-2015


kenyataan media presiden pas hari ini adalah palsu - su politik


DS TG HJ HADI HJ AWANG DI MASJID NABAWI



DUA KENYATAAN PALSU TIDAK BERTANGGUNGJAWAB


Sumber HD - 6-2-2015


PAS  DAKWAH  BERTANGGUNGJAWAB DAKWAH KEPADA BUKAN ISLAM - PRESIDEN


YB DS TG HJ ABDUL HADI HJ AWANG - PRESIDEN PAS

http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/34105-pas-juga-bertanggungjawab-dakwah-kepada-bukan-islam


Sumber HD - 1-3-2015

Gong Xi Fa Cai kepada seluruh warga Tiong Hua - Presiden PAS

Sepertimana semua sedia maklum, masyarakat Tiong Hua akan menyambut Tahun Baru Cina pada 19 dan 20 Februari 2015. Justeru, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina (Gong Xi Fa Cai) kepada seluruh warga Tiong Hua.

Dalam meraikan perayaan ini masyarakat Tiong Hua kebiasaannya akan berkumpul, di mana anak-anak akan pulang ke rumah ibu bapa mereka untuk memberikan penghormatan kepada generasi tua dalam keluarga mereka. 

Bagi yang akan pulang bercuti ke kampung halaman menaiki kenderaan, amalkan pemanduan berhemah dan sentiasa bersabar, patuhi segala peraturan jalanraya.
Semoga selamat sampai ke destinasi masing - masing.

" GONG XI FA CAI".

Presiden PAS

Sumber PP - 18-2-2015

MENYAMBUNG WARISAN ALMARHUM TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ - PRESIDEN




Sumber HD - 14-2-2015



Tuan Guru Haji Abdul Hadi Menziarahi Jenazah TG Nik Abdul Aziz

Posted on Friday, February 13 @ 08:10:55 MYT

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



[KEMASKINI] Tuan Guru Presiden PAS di Pulau Melaka di iringin oleh anak beliau Abdul Rahman.



YAB Ahmad Yakoob membuat kenyataan rasmi bagi kerajaan Negeri Kelantan.



Tuan Haji Mustaffa Ali.











Presiden PAS bersama anaknya Ustaz Khalil


Sumber TKO - 13-2-2015


MURABBI UMMAH MENEMUI TUHANNYA - PRESIDEN


Sumber HD - 12-2-2015



LAKSANA SYARIAT SEIRING TEGAKKAN NEGARA - PRESIDEN


YB DS TG HJ ABDUL HADI HJ AWANG - PRESIDEN PAS

http://www.harakahdaily.net/index.php/presiden/33800-laksana-syariat-seiring-tegakkan-negara

Sumber HD - 11-2-2015

Teruskan Perjuangan Tegakkan Keadilan - Presiden PAS


PAS merakamkan takziah dan simpati terhadap Ketua Umum PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim atas ujian hukuman yang dijatuhkan kepadanya.

Hari ini menjadi satu lagi sejarah hitam negara, mengulangi tragedi sama pernah ditanggung beliau sebelum ini. Untuk itu, rakyat perlu melihat bahawa kemaraan dan konsisten politik Dato' Seri Anwar Ibrahim telah dipasung dari terus menjadi pejuang rakyat.

Ia juga mengingatkan kita semua, hanya Undang-undang Syariah sahaja dapat memberi keadilan sebenar dan penyelesaian terhadap seluruh kekeliruan dan fitnah sebagaimana kes ini.

Maka, perlunya semua pihak memberi keyakinan kepada PAS untuk membawa perjuangan hingga berdaulatnya Undang-undang Syariah di dalam pemerintahan negara kita ini, termasuk menegakkan 'addin' yakni cara hidup Islam.

Kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim, ahli keluarga, seluruh anggota PKR dan Pakatan Rakyat, semoga kita terus sabar dan istiqamah untuk kekal melangsungkan memperjuangkan menegakkan keadilan bagi negara ini.

Oleh itu, perlunya kita bersatu-padu secara penuh harmoni dalam kemajmukan, agar menjadi kuat untuk teguh menumbangkan BN.

DATO' SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
20 Rabiul Akhir 1436 / 10 Februari 2015


SATU LAGI SEJARAH HITAM NEGARA - PRESIDEN PAS



Sumber HD - 10-2-2015


INILAH BAHTERA PAS - DS TG PRESIDEN


YB DS TG HJ ABDUL HADI HJ AWANG MENYAMPAIKAN UCAPAN DI MARKAZ PAS AIR KUNING

http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/33477-inilah-bahtera-pas

Sumber HD - 26-1-2015

PEMBANGUNAN BANDAR BERMASYRAKAT MADANI - DS TG HJ HADI


YB DS TG HJ ABDUL HADI AWANG - PRESIDEN PAS

http://www.harakahdaily.net/index.php/presiden/33425-pembangunan-bandar-bermasyarakat-madani

Sumber HD - 23-1-2015


MENYANGGAH PANDANGAN DAP MENGENAI PILIHANRAYA KERAJAAN TEMPATAN - DS TG HJ ABDUL HADI


YB DS TG HJ ABDUL HADI AWANG - PRESIDEN PAS

http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/33425-menyanggah-pandangan-dap-mengenai-pilihan-raya-kerajaan-tempatan

Sumber HD - 23-1-2015


SIAPA PENCETUS KEGANASAN? - DS TG HJ ABDUL HADI AWANG


YB DS TG HJ ABDUL HADI AWANG - PRESIDEN PAS

http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/33265-siapa-pencetus-keganasan

Sumber HD - 15-1-2015


PRESIDEN PAS ZIARAH PUSARA TUN ABDUL RAHMAN - DS TG HJ ABDUL HADI AWANG


DS TG HJ HADI DAN ROMBONGAN MENZIARAHI PUSARA ALMARHUM TUN ABDUL RAHMAN YAAKOB

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33226-presiden-pas-ziarah-pusara-tun-abdul-rahman

Sumber HD - 13-1-2015






































































































































































PAS lancar Tabung Khas Pemulihan Mangsa Banjir

DATUK SERI TUAN GURU | .


Presiden PAS menaiki sampan untuk melawat sebuah pusat pemindahan banjir di Pahang.


PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) telah bersetuju untuk melancarkan Tabung Khas Pemulihan Mangsa Banjir di peringkat PAS Pusat bagi memudahkan urusan pengumpulan sumbangan daripada daripada dalam dan luar negara.

Tabung ini akan dipengerusikan oleh Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dan dibantu oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar.

Objektif utama penubuhan tabung ini adalah untuk membantu Kerajaan Negeri Kelantan dan mangsa banjir di seluruh negara khususnya bagi mereka yang telah kehilangan tempat tinggal.

Pihak PAS akan mengumumkan nombor akaun dan bank yang akan digunakan untuk tabung tersebut dalam masa terdekat.

Saya menyeru agar seluruh masyarakat tanpa membezakan warna kulit, kaum, agama dan idelogi politik agar dapat menghulurkan bantuan dan sumbangan kepada sekalian mangsa banjir.

Sesungguhnya musibah yang melanda ini adalah ujian getir bagi mereka maka, adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk membantu mengurangkan derita dan kesengsaraan yang ditanggung mereka.

Presiden PAS

Sumber HD - 4-1-2015









































































































































































Presiden PAS arah ahli bantu mangsa pasca banjir

SALMIYAH HARUN | .

KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengarahkan semua ahli PAS di pelbagai peringkat untuk memanfaatkan masa hujung minggu dan awal tahun ini untuk turun membantu mangsa banjir dengan sepenuh daya yang mungkin.


Dalam kenyataannya hari ini, beliau berkata, tugas yang paling berat sekarang ini ialah cabaran pasca banjir yang menuntut setiap daripada kalangan ahli parti untuk turun ke medan bagi membantu mangsa dan rakyat yang memerlukan bantuan.

"Saya meminta seluruh ahli PAS di pelbagai peringkat, muslimin dan muslimat, anggota Jabatan Amal dan lain-lainnya membantu mangsa banjir.

"Banjir besar yang sedang kita hadapi ini, terutamanya di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak serta beberapa negeri yang lain adalah satu ujian yang sangat berat dari Allah SWT kepada kita.

"Kemusnahan harta benda, rumah tempat berlindung, peralatan persekolahan, kekurangan bekalan makanan; semuanya adalah ujian berat yang sedang kita hadapi," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Dalam masa yang sama, katanya sumbangan barangan keperluan, kewangan dan tenaga perlulah diteruskan.

Pihak Bilik Penyelarasan Maklumat dan Bencana Banjir MEDM PAS Pusat sedang bertindak menyelaraskan gerak kerja dan mengumpulkan dana untuk mangsa banjir.

Pihak MEDM juga akan memberikan arahan khusus kepada setiap ahli parti dalam melaksanakan tugas ini supaya ia akan lebih tersusun dan menyeluruh.

Banjir di empat buah negeri terbabit dikatakan paling dahsyat kerana melibatkan lebih 150,000 mangsa manakala negeri Kelantan mencatat jumlah mangsa banjir yang paling tinggi sejak 21 Disember lalu. – HARAKAHDAILY 2/1/2014











































































































































































Takziah atas tragedi AirAsia QZ8501

DATUK SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG | .
PAS menerima maklum pesawat AirAsia QZ8501 yang dilaporkan hilang dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura pada 28 Disember lalu telah disahkan terhempas di Selat Karimata, Laut Jawa, Indonesia.


Perkembangan ini satu lagi berita sedih buat kita di rantau ini khususnya dan dunia amnya setelah tragedi MH370 dan MH17 yang mengejutkan.

Bagi pihak PAS, saya melahirkan rasa simpati dan merakamkan takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa dan krew penerbangan serta pengurusan dan kakitangan AirAsia.

Semoga diberi kekuatan dan kesabaran untuk menempuh detik-detik sukar ini dan didoakan semoga roh mereka yang terkorban di kalangan Muslim dicucuri rahmat dan maghfirah Allah SWT.

Presiden PAS

Sumber HD - 1-1-2015













































































































































































Banjir: Kesal, bukan daripada Presiden PAS

IZWAN ABDUL HALIM | .

KUALA LUMPUR: Tulisan mengaitkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan peringatan berkaitan banjir yang meluas tersebar di media sosial ketika ini, hakikatnya sama sekali bukan penulisan atau ucapan beliau.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

"Tulisan itu sama sekali tidak bersumberkan dari Tuan Guru (Presiden PAS). Sebaran tulisan sebegini yang dikaitkan dengan Tuan Guru secara salah adalah amat dikesali.

"Kenyataan rasmi daripada Tuan Guru mestilah dirujuk disumber dan sebaran rasmi parti. Harap maklum," ujarnya dalam satu kenyataan ringkas, semalam.

"Saya ingin memaklumkan bahawa Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang tidak membuat penulisan dan apa-apa ucapan berkaitan dengan tulisan yang berlegar dalam media sosial yang dirujuk sebagai 'Pesanan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang - Peristiwa besar yang berlaku...'," tulis admin facebook Presiden PAS.

Tinjauan Harakahdaily mendapati terdapat sekurang-kurangnya lima akaun palsu yang diwujudkan pihak tidak bertanggung jawab atas nama Presiden PAS dengan memuat naik pelbagai status dan sebaran.

Sementara itu, Pengarah Jabatan IT PAS Pusat, Mohd Shuhaimi Embong mengingatkan semua pihak agar memastikan kesahihan maklumat disebarkan di media sosial.

Katanya, terdapat banyak maklumat palsu, termasuk juga pihak yang menyamar di mana penyebar dan penerima mesti memastikan kesahihan simpang siur maklumat tersebut. - HARAKAHDAILY 29/12/2014





\



Sumber HD - 29-12-2014












































































































































































Gerakkan bantuan kepada mangsa banjir

DATUK SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG | .



Tuan Guru Abdul Hadi diiringi Adun Chukai, Hanafiah Mat melawat kawasan yang dilanda banjir di Kemaman.

BANJIR besar yang sedang melanda kebanyakan negeri ketika ini terhasil dari banyaknya taburan hujan dan tiupan angin monsun. Ia adalah sunnatullah ke atas alam ini sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: "Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya." (al-Mukminun: 18)
Demikian itu perlu kita mengimani, bahawa situasi yang sedang berlaku ini adalah dengan pengetahuan dan kekuasaan-Nya. Allah sedang menguji kita dengan curahan bermanfaat berupa rahmat dan rezeki. Dia juga sedang menguji keutuhan iman kita dengan melandakan sedikit kesukaran yang pasti Dia akhiri tempoh ini.

Maka kita sebagai hamba-Nya, wajib mensyukuri, berdoa dan bersabar untuk menerima atau menghadapi semua ketentuan ini. Firman-Nya yang bermaksud: "Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi serta kepada-Nyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepada-Nya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai terhadap perbuatan yang kamu lakukan." (Hud: 123)

PAS merakamkan simpati terhadap situasi yang sedang dihadapi kebanyakan penduduk di daerah banjir. Situasi sukar bersifat sementara yang menguji kemampuan ini wajib dihadapi dengan sabar.

Dalam menghadapi pelbagai situasi tidak terduga ini, PAS menasihati untuk saling tolong-menolong dan cakna antara satu sama lain serta mengikuti arahan pihak berkuasa.

Jentera PAS di semua peringkat sedang digerakkan bagi menghulur bantuan sedaya termampu. Kita berharap ia diterima seadanya.

PAS juga dengan ini mengarahkan seluruh jenteranya untuk meneliti keperluan munasabah kepada mangsa banjir dan memberi khidmat dengan ikhlas serta kesantunan berhemah.

Kepada seluruh petugas dari badan dan agensi kerajaan, PAS meminta agar urusan bantuan dilaksanakan dengan penuh amanah dan adil tanpa menghitung latar belakang politik. Insya-Allah, dedikasi anda akan dihitung pahala serta bakal beroleh ganjaran di sisi Allah kelak.

Kepada Kerajaan Persekutuan, saya mengesyorkan agar diumum peruntukan khas bagi setiap keluarga dan individu mangsa banjir khususnya para pelajar yang bakal memulakan sesi persekolahan tidak lama lagi.


Tuan Guru Abdul Hadi meninjau pantai Kampung Geliga, Kemaman yang dilanda air pasang besar.





Tuan Guru Abdul Hadi diberi penjelasan berhubung situasi satu kawasan banjir di Kemaman.

Sumber HD - 23-12-2014

Jaminkan keamanan dan keselamatan Qaradhawi

DATUK SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG | .

PAS kesal dengan perancangan beragenda pihak tertentu untuk mensabitkan Presiden Persatuan Ulama Sedunia, Prof. Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi kepada dakwaan jenayah berat hingga diisytiharkan Notis Merah oleh Polis Antarabangsa (Interpol) sebagai waran tangkap ke atas beliau.


Dakwaan tersebut jelas satu fitnah dan tuduhan melampau ke atas tokoh ulama dunia yang masyhur membawa mesej dan seruan kebertanggungjawaban, keharmonian, toleransi, keamanan, kesederhanaan, persaudaraan dan meraikan perbezaan itu.

Malah, beliau adalah tokoh yang diakui kesarjanaannya di dunia akademik serta menjadi rujukan dan panduan dunia terhadap pendirian massa umat Islam.

Demikian itu dakwaan ke atasnya adalah tidak berasas dan tidak munasabah serta tidak terbukti dengan sebarang rekod atau fakta sama ada pernah, sedang atau akan diucapkan, difikir rancang atau dilakukan beliau.

PAS melihat pengisytiharan Interpol itu satu bentuk provokasi kepada umat Islam seluruh dunia yang boleh mengundang prejudis, kesangsian dan mengundang tindak balas ekstrem pihak tertentu di luar kawalan.

PAS menggesa kuasa-kuasa Barat terutama Amerika dan sekutunya agar tidak bermain api dengan mendalangi tindakan yang boleh mencetus bahaya ini.

PAS juga menyeru agar Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) untuk segera bersidang bagi mendesak agar notis tersebut dibatalkan. Dr Yusuf mesti diisytihar bebas dari sebarang pertuduhan atau mengaitkan sama sekali dengannya kepada dakwaan tidak berasas tersebut.

Beliau wajib diberi jaminan keamanan dan keselamatan. PAS menyeru semua negara OIC khususnya Malaysia untuk segera mengisytiharkan suaka politik ke atas beliau yang pernah menerima pengiktirafan sebagai Tokoh Maal Hijrah Negara Ke-8 dari Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia.

Presiden PAS

Sumber HD - 24-12-2014

















































































































































































Islam Dan Hubungan Dengan Non-Muslim

majdan | .



SUNGGUHPUN sistem demokrasi moden hari ini adalah daripada Tamadun Barat, tetapi hakikatnya ia banyak dipengaruhi oleh sumber-sumber Islam. Malah, ruang demokrasi perlu dijadikan ruang dan kesempatan untuk meluaskan dakwah kerana cirinya yang paling munasabah dengan Islam. Begitu juga konsep Raja Berpelembagaan, ia diterima oleh Islam selagi mana menunaikan amanah dan keadilan serta tidak melanggar batas Islam.

Terang beliau, hubungan Barat dengan orang Islam terjadi pada urusan perdagangan, semasa Perang Salib dan juga daripada penjajahan oleh Barat, yakni mereka bukan sahaja bercampur dengan orang Islam, bahkan turut mengambil kitab-kitab yang ditulis oleh para ulama Islam.

“Dalam aspek demokrasi, Barat hanya mengenal demokrasi purba yang diamalkan di Athens sebelum Masihi. (Mereka) mengumpulkan orang ramai di stadium untuk diadakan pungutan suara. Yang dikumpulkan itu tidak termasuk hamba abdi, orang miskin, wanita. Hanya (melibatkan) kalangan bangsawan sahaja.

“Mereka tidak tahu hendak merealisasikan demokrasi dalam pemerintahan melainkan setelah mereka mengkaji kitab-kitab fekah Islam. Sebelumnya, apabila mereka hendak buat perubahan (kepemimpinan) mereka lancarkan revolusi,” ujarnya menerangkan revolusi yang berlaku di England, Perancis, Russia dan Amerika.

Malah katanya, tindakan tidak puas hati kepada kerajaan telah membangkitkan kerahan rakyat untuk mengangkat senjata, membunuh raja-raja dan para pendokongnya serta pelbagai dendam dan penggulingan kuasa atas nama perubahan.

Hinggalah katanya, mereka mengkaji kitab-kitab fekah Islam diantaranya mempelajari bahawa Islam menentang diktator dan teokrasi dengan tidak memberi kuasa mutlak kepada makhluk, selain Islam mengecam raja zalim yang berlagak jadi tuhan sepertimana Namrud dan Firaun.

Mereka juga terangnya, mempelajari bahawa Islam memberi hak kepada rakyat dan rakyat berhak memberi nasihat kepada pemimpin, berhak membela diri serta mengambil hak-hak dalam kehidupan, ekonomi, pendidikan dan aspek lain-lain lagi.

Malah menurut Tuan Guru, Barat telah mengambil pendekatan Rasulullah dan para Sahabat dalam melantik Khalifah sebagai rujukan kepada demokrasi hari ini.

“Apabila orang Barat mengkaji kitab fekah, maka terciptalah demokrasi moden yang ada pada hari ini melalui pilihan raya dengan memilih wakil rakyat yang disebut dalam kitab sebagai ahlul halli wal adli, iaitu orang yang boleh menyelesaikan dan menghurai masalah. Ini pembaharuan dalam demokrasi.

“Kita perlu menyedari bahawa demokrasi adalah teori paling dekat dengan Islam, tetapi kita tidak boleh hanyut. Demokrasi tidak boleh menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. Tidak boleh diputus di parlimen; siapa setuju judi halal, siapa setuju arak halal. (Kalau) majoriti setuju (maka) jadi halal, ini tidak boleh! Hukum Allah tidak boleh ganggu. Ini kita kena faham batas sempadan kita dalam pemerintahan negara.

“Sebab itu tidak menjadi masalah kepada kita (PAS) dengan (menerima) konsep demokrasi. Demokrasi pula memberi hak kebebasan bersuara, ini kebebasan dakwah. Hak untuk berdakwah, hak untuk mendidik, hak menyebarkan fikiran ini ialah pendekatan yang paling munasabah dengan Islam. Dengan sebab itulah ulama kita mengambil (menerima) pendekatan demokrasi,” hurai beliau memahamkan.

Menyentuh mengenai konsep Raja Berperlembagaan katanya, Quran menyebut Nabi Daud sebagai Khalifah, manakala Nabi Sulaiman, Zulkarnain, Firaun dan Namrud sebagai Raja.

Tetapi jelasnya, Allah memberi penekanan utama adalah mengenai penunaian amanah dan adil.

“Sama ada (dipanggil) Raja, Khalifah atau Presiden, (itu) mengikut perkembangan tertentu. Yang penting konsep Raja Berpelembagaan ini dipelihara dengan batas Islam. Tetapi Umno, dia tak pelihara dengan batas Islam,” terangnya.

Beliau kemudian menghurai hadis Nabi SAW mengenai kehendak Allah apabila mahukan kebaikan kepada seorang raja, maka dikurniakan wazir yang baik. Sekiranya raja lupa, diperingatkan oleh nazir itu dan dalam urusannya, raja sentiasa dibantu.

Tetapi sekiranya Allah tetapkan keburukan seorang raja, akan bersamanya wazir yang jahat. Apaila raja itu lupa akan dibiarkannya dan ketika raja itu hendak melakukan kebaikan, tidak dibantunya.

“Konsep beraja tidak masalah pada kita (PAS). Yang penting kita sediakan ahli mesyuarat, penasihat yang baik, bukan penasihat untuk kepentingan kita. Di sinilah ruang banyak yang boleh kita laksana jadikan perjalanan dalam negara kita sebagai satu jalan yang perlu kita bijak sepenuhnya walaupun masih banyak cabaran, masih banyak kelemahan yang kita boleh baiki,” ujarnya meyakini keadaan itu.

Selain itu terangnya, Islam turut mengakui sistem wilayah di mana di zaman Nabi SAW telah diutuskan para Sahabat tertentu untuk menjadi Gabenor di wilayah pemerintahan Islam dan diberi autonomi kecuali dalam hal yang besar perlu dirujuk pemerintahan pusat iaitu Madinah.

Begitu juga jelasnya mengenai kehakiman dan pegawai jentera pentadbiran kerajaan, di mana segala yang tidak selaras dengan roh Islam akan dikeluarkan ketika Islam mengambil alih kerajaan dan mementingkan individu-individu beriman.

PAS Tidak Sama Dengan Wilayatul Faqeh

Tuan Guru menegaskan bahawa Perlembagaan PAS tidak sama dengan Wilayatul Faqeh dalam Mazhab Syiah yang menjadi Perlembagaan kepada negara Iran.

Untuk itu serunya, orang yang menyamakan PAS dengan konsep tersebut perlu mendalami perbezaan sumber hukum Mazhab Sunni pegangan PAS berbanding sumber hukum konsep Wilayatul Faqeh dalam Mazhab Syiah.

“Kita catat dalam Perlembagaan PAS hukum tertinggi adalah al-Quran, Hadis, qiyas dan ijmak ulama. Dan bagi memelihara keteguhan perlembagaan ini, ditubuhkan Majlis Syura Ulama supaya semua perkara yang diputuskan PAS tidak bercanggah dengan hukum tertinggi (tersebut).

“Konsep ini tidak sama dengan Wilayatul Faqeh. Ada orang nak samakan kita dengan Wilayatul Faqeh. Ia pandangan Mazhab Syiah dan hukum tertinggi dalam Mazhab Syiah ialah al-Quran, Hadis dan pandangan Imam Ahli Bayt. Qiyas tidak ada, ijmak tidak ada, mereka menolak. Ini beza Perlembagaan PAS dengan perlembagaan negara Iran (iaitu) Wilayatul Faqeh.

“Perlu diketahui bahawa di sana ada konsep yang sama, ada konsep berbeza. Ada perkara yang sama antara kita dengan mazhab-mazhab lain, ada perkara yang berbeza. Dalam hal ini ada perkara yang perlu kita mengambil pengajaran, ada perkara yang perlu kita tolak. Di sana ada asas yang kukuh yang kita menolak fahaman-fahaman lain. Yang dari Ahlus Sunnah Wal Jamaah adalah al-Quran, Hadis, qiyas dan ijmak ulama,” ujarnya.

Beliau juga menegaskan bahawa PAS membebaskan diri daripada belengu penjajah yang telahpun meninggalkan Tanah Melayu dengan mengorak langkah sebagai sebuah Parti Islam iaitu meletakkan sumber hukum Islam sebagai rujukan tertinggi dalam Perlembagaan PAS.

Jasa PAS Letak Islam Dalam Perlembagaan Negara

PAS dan badan-badan Islam yang bersamanya ketika berjuang menuntut kemerdekaan Tanah Melayu telah berperanan mendesak Suruhanjaya Reid untuk meletakkan Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ujar Tuan Guru, kajian ahli sejarah mendapati Suruhanjaya Reid tidak memasukkan kedudukan Islam ketika mengadakan draf kerangka awal Perlembagaan Tanah Melayu.

Bagaimanapun katanya, daripada usaha PAS dan badan-badan Islam lain akhirnya berjaya meletakkan Islam sebagai Agama Persekutuan setelah Suruhanjaya Reid didesak untuk akur kepada Perjanjian Pangkor dan beberapa perjanjian lain yang pernah dimeterai British iaitu memberi hak bidang agama Islam kepada Raja-raja Melayu.

Pun begitu jelas Tuan Guru, Islam dalam Perlembagaan itu menurut penafsiran suruhanjaya tersebut adalah ‘agama’ di mana memiliki bidang kuasa yang terhad.

“Apabila kita telah capai kemerdekaan, sepatutnya kita bukan sahaja merdeka dari segi orang putih (British) balik ke negeri mereka. Sepatutnya kita merdeka juga dari segi fikiran dan diri kita daripada belengu kefahaman penjajahan. Adalah tanggung jawab kita mentafsir Islam dalam perlembagaan itu dengan ‘ad-din’ (cara hidup) kalau kita sungguh merdeka.

“Malangnya Umno yang menjadi tulang belakang pemerintahan negara khianat terhadap amanah Islam ini. Mereka lupa betapa negara dalam ajaran Islam adalah amanah yang sangat besar. Umno tidak tunai amanah ini walaupun penjajah sudah keluar dari tanah air kita,” ujarnya.

Jelas Tuan Guru, perlembagaan negara haruslah mengambil panduan sebagaimana dilakukan Nabi SAW melalui Sahifah Madinah yang melibatkan perjanjian dengan semua pihak dalam negara serta menjadikan al-Quran dan Sunnah sebagai dasar rujukannya.

Malah menurut beliau, ramai pakar undang-undang antaranya Almarhum Profesor Ahmad Ibrahim pernah menyatakan bahawa, Perlembagaan Malaysia sebenarnya mudah diubah kepada acuan Islam iaitu peruntukan dalam perlembagaan boleh dipinda dengan membatalkan peraturan yang bercanggah dengan Islam sekali gus meletakkan Islam sebagai hukum tertinggi.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa soal kenegaraan atau politik yang juga disebut ‘daulah’ itu adalah sebahagian ajaran Islam; iaitu pemisahannya daripada agama adalah satu penyelewengan dan kesesatan seperti pernah terjadi kepada masyarakat Kristian di Barat meninggalkan ajaran Taurat dan Injil.

Jelasnya juga, dalam membicarakan soal demokrasi, Islam tidak boleh ditakrifkan sebagai agama atau perkataan seertinya.

“Islam adalah ajaran yang menyeluruh merangkumi segala aspek fitrah manusia dalam hubungan dengan Allah, dirinya, masyarakat sesama manusia dan dengan makhluk lain dicipta Allah SWT, mengikut bidang dan ruang yang mesti dilaksanakan oleh manusia yang merupakan satu dari makhluk Allah.

“Sepertimana matahari, bulan dan bintang-bintang cakerawala di langit tidak boleh terkeluar daripada sempadan kukuh ditetap Allah, begitulah makhluk lain mestilah mengikut peraturan Allah secara Islam dengan makna menyerah diri kepada Allah dan khusus bagi manusia melakukan ibadah, berkhilafah dan beramanah.

“Melakukan menyembah Allah tunduk kepada peraturan Allah secara ‘ubudiyah’, secara hamba, bukan sebagai rakyat terhadap kerajaan. Melaksanakan kewajipan memakmurkan bumi dan melaksanakan syariat Allah sebagai satu amanah sangat besar,” ujarnya memperinci penerangan.

Masyarakat Majmuk Bukan Halangan Menegakkan Islam

Masyarakat majmuk hakikatnya adalah tabii kepada mesej Islam yang dibawa Nabi Muhammad SAW kerana Allah SWT mengutuskan Islam bukan hanya untuk bangsa tertentu sahaja, tetapi untuk seluruh manusia dan dunia ini.

“Ini mesej Nabi SAW. Kerana itulah ketika Nabi menegakkan negara di Madinah, Nabi mengambil berbagai kaum walaupun secara simbolik tidak ramai seperti Bilal al-Habsyi, Shuib ar-Rumi, Salman al-Farisi. Digabungkan dalam masyarakat Islam walaupun seorang, tetapi simbol ini jadi kenyataan,” ujarnya.

Beliau menyatakan sedemikian sebagai menolak pandangan bahawa Islam tidak dapat dilaksanakan dalam masyarakat majmuk di negara ini yang wujud hasil dari adunan pelbagai kaum oleh British semasa zaman penjajahan dahulu.

Terang beliau, semasa negara Islam berkembang zaman Khulafak ar-Rasyidin, kaum dari berbagai-bagai latar agama asal mereka; sama ada kemudiannya telah menerima Islam sebagai anutan atau tidak, mereka itu hidup dalam keadaan menerima pemerintahan Islam yang adil untuk semua.

Menurutnya, Islam diamalkan dalam masa berabad-abad di dalam wilayah paling luas; di Timur: Alam Melayu hingga Benua India; di Barat: Sepanyol hingga Pantai Barat Afrika; di Utara: Asia Tengah termasuk Moscow hingga ke Selatan: Afrika Tengah.

“Zaman tiada kapal terbang, tiada perhubungan, tiada telefon, (mengambil) jarak perjalanan berbulan-bulan (untuk sampai), tetapi cepat Islam boleh memerintah,” ujarnya.

Jelasnya, bukanlah Islam datang untuk memaksa manusia terima perundangan dan menjalankan hukum atas manusia, tetapi hal yang penting adalah kesan rahmat keadilan Islam kepada seluruh manusia.

Terang beliau, apabila masyarakat majmuk majoriti terima Islam dan budaya Islam, masyarakat bukan Arab di Mesir, Sudan, Libya, Algeria, Syria, Iraq dan lain-lain telah mengaku mereka sebagai orang Arab dan bercakap dalam bahasa Arab.

Ceritanya, budaya Islam telah menjadikan mereka itu menggunakan bahasa al-Quran menjadikan bersatu adat dan suasana mereka.

Dalam masa sama menurut Tuan Guru, masih wujud orang-orang bukan Islam beribadat di gereja yang dibina sejak sebelum kelahiran Nabi Muhammad sebagaimana di Mesir dan orang Majusi penyembah api di Iran di mana masih ada ada rumah ibadah yang dibina sebelum kelahiran Nabi Isa.

“Menandakan mereka tidak dipaksa menganut agama Islam. Menandakan bagaimana Islam mengurus masyarakat majmuk dan telah berjaya menyampaikan mesej dakwah. Dengan makna hidup secara masyarakat madani, masyarakat bertamadun, bertukar kebolehan, pendapat, maklumat dan kehidupan. Meraikan dan ada batas sempadan yang membeza antara satu sama lain dan tidak melampau satu sama lain,” ujarnya.

Tuan Guru turut mengaitkan suasana itu dengan Madinah sebagai Negara Islam yang ditadbir Rasulullah di mana pembinaan masjid dan pasar telah menghubungkan Baginda dengan seluruh masyarakat majmuk serta pelbagai muamalah mereka sehingga madinah menjadi kota metropolitan di rantau itu.

Islam Dan Hubungan Dengan Non-Muslim

Islam mempunyai pelbagai pendekatan dalam berhubungan dengan pihak atau masyarakat bukan Islam.

Tuan Guru menyatakan bahawa, ulama menyenaraikan lapan pendekatan untuk berhubung dengan bukan Islam iaitu tahaluf, zimmah mu‘ahadah, sulh, muwada‘ah, himayah, ta‘awun dan istianah.

Tahaluf terangnya, ialah mengadakan persefahaman bersama pihak bukan Islam dalam titik persamaan dengan mereka seperti menentang kezaliman, penyelewengan dan menghadapi pihak pelampau di mana hubungan ini dilakukan dalam batas-batas tertentu.

Pendekatan zimmah katanya, ialah orang bukan Islam yang terima Islam sebagai konsep negara dan sanggup menjadi rakyat serta menghormati undang-undang Islam yakni hudud dan qisas.

Manakala pendekatan mu‘ahadah ujar Tuan Guru, adalah hubungan negara yang bersedia untuk ada mengadakan perjanjian dengan Kerajaan atau Negara Islam.

“Digalakkan kita mengadakan hubungan dengan semua negara yang ada dalam dunia dan kita perlu mengiktiraf Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang ada pada hari ini. Walaupun banyak perkara kita tidak setuju, tetapi ada beberapa perjanjian yang dimeteraikan di bawah payung PBB sebenarnya mengambil daripada al-Quran dan daripada kitab-kitab fekah Islam.

“Mereka menemui jalan buntu untuk mewujudkan peraturan antarabangsa melainkan setelah orientalis melaporkan untuk diambil dari sumber Islam,” terang beliau.

Melanjutkan pembentangan, sulh pula jelasnya ialah berdamai dengan negara yang menjadi musuh perang dalam tempoh tertentu.

Dalam masa perdamaian itu katanya, dihilangkan ketengangan hingga mengizinkan rakyat negara itu untuk mengetahui mengenai Islam dan mengizinkan rakyat Negara Islam menyampaikan kepada rakyat negara itu mengenai Islam.

Sementara muwada‘ah hurai Tuan Guru, adalah gencatan senjata sementara waktu yang diizinkan oleh syarak.

Himayah pula katanya, adalah meminta perlindungan dari musuh yang baik sepertimana Nabi mendapat himayah dari Abu Talib serta menyuruh para Sahabat ke Habsyah untuk dapat perlindungan daripada rajanya.

Ta‘awun pula ujarnya, adalah bertolongan dalam perkara baik dengan pihak lain yang diizinkan oleh syarak.

“Istianah adalah meminta pertolongan ketika kita dalam keadaan lemah. Dia berperang bermusuh sesama dia. Dia nak cari kawan, kita boleh kawan dengan dia untuk lawan musuh dia,” terang Tuan Guru yang menegaskan semua hubungan itu mestilah dengan syarat tidak menggadai prinsip dan matlamat.

Tambah Ustaz Abdul Hadi, Nabi SAW mengadakan semua muamalah tersebut dan tidak bergantung dengan satu hubungan sahaja.

“Cara ini banyak cabang, jangan masuk satu pintu sahaja. Macam kita hari ini sekadar tahaluf, jumud dengan tahaluf sahaja. Tidak bergerak, tidak dikaji kemajuan, sejauh mana kekurangannya, sejauh mana boleh dibaiki, tidak dikaji.

“Yang malangnya ada nak mati dengan tahaluf, itu lagi malang. Di mana dasar kita, di mana prinsip kita? Allah mengingatkan kita supaya sentiasa beristiqamah dengan Islam dalam semua keadaan,” ujarnya memberi peringatan.

Menurut Tuan Guru juga, dalam hubungan antarabangsa, Islam membenarkan hubungan dagang dengan rakyat dari negara yang tiada hubungan diplomatik.

Terangnya, rakyat dari negara itu boleh diberikan visa untuk melakukan hubungan dagang atas kehendaknya sendiri dalam tempoh tertentu.

“Apabila mereka lihat keamananan, keadilan di negeri kita dan akhlak orang Islam, mereka balik ke negeri mereka menyampaikan maklumat kepada penduduk negeri mereka, menyebabkan mesej Islam berkembang dengan hubungan begini rupa. Inilah cara menangani masyarakat bukan Islam dengan cara baik dan tidak menjadi masalah kepada kita (berhubung dengan mereka),” ujarnya memahamkan tujuan hubungan itu.

Tulisan di atas ialah intipati yang disampaikan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada Liqa’ Fikri PAS Pusat bertemakan “Perjuangan Islam Dalam Negara Demokrasi: Harapan dan Cabaran” di Seri Kembangan, Serdang pada 13 Disember lalu. - Dicatat oleh Izwan Abdul Halim

Sumber HD - 16-12-2014




















































































































































































Pil kuda: Saman terhadap Presiden PAS ditolak dengan kos

HARAKAHDAILY | .


KUALA TERENGGANU: Mahkamah Tinggi di sini menolak dengan kos saman yang difailkan oleh bekas calon PKR Dun Bukit Besi pada PRU13 lalu, Mohd Shamsul Mat Amin terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Sehubungan itu, Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa turut memerintahkan Mohd Shamsul membayar kos RM10,000 kepada Tuan Guru Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang.

Mohd Shamsul Mat Amin memfailkan saman terhadap Tuan Guru Abdul Hadi susulan ceramah Presiden PAS di Kampung Tebakang, Alor Limbat, Marang semasa kempen PRU itu.

Shamsul mendakwa ceramah itu mengaitkan beliau sebagai calon PKR dengan pil kuda.

Presiden PAS diwakili Tetuan Awi & Co manakala Shamsul diuruskan Tetuan Vasudevan & Co. - HARAKAHDAILY 15/12/2014

1. Tn Hj AA - https://www.youtube.com/watch?v=HWTNCRuj-e4&list=UUFznwgrJ0SorgTbQlpOKOaQ

2. YB USBM(PJPT) : https://www.youtube.com/watch?v=MBMuM0q_ci8&list=UUFznwgrJ0SorgTbQlpOKOaQ























































































































































































Presiden PAS lancar buku Travelog Politik-Dakwah

HARAKAHDAILY | .



KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah melancarkan buku Travelog Politik-Dakwah PAS Wilayah Persekutuan dalam satu acara ringkas pada majlis Makan Malam Perdana PAS Wilayah Persekutuan, kelmarin.

Majlis pelancaran di Dewan Datuk Fadzil Noor, Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM) itu telah disaksikan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Noor Mohamad, veteran PAS, Subky Abdul Latif selain tetamu undangan khas dari Brunei Darul Salam, Mahmud Morshidi Awang Othman.

Kajian dan penulisan catatan suka duka perjalanan PAS Wilayah Persekutuan selama 40 tahun itu telah ditulis sejak tahun 2009 lagi.

Buku itu dijual dengan harga RM20 sebuah telah dibida pada harga RM300 selepas dilancarkan dan ditandatangani oleh Presiden PAS pada majlsi itu.

Buku itu boleh didapati secara online di myharakahbazaar.com dan juga kedai buku Galeri Media Serbanika Sdn Bhd di Jalan Pahang Barat. - HARAKAHDAILY 9/12/2014

Sumber HD - 9-12-2014

Istiqamah Menggalas Perjuangan

TUAN GURU ABDUL HADI AWANG | .




ALHAMDULILLAH, bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya PAS ‘terus beristiqamah’ menggalas per juangan Islam ini khususnya di bumi Malaysia. Walaupun berusia 63 tahun sejak secara rasmi didaftarkan sebagai sebuah harakah siyasah pada tanggal 24 November 1951, hakikatnya Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyambung perjuangan Islam yang dirintis lebih awal di Tanah Melayu demi cita-cita mendaulatkan syariat Allah di muka bumi ini.

Maka, sebagaimana jauh berliku serta penuh gelombang mencabar lagi menggugat perjalanan tersebut dalam rakaman perjuangan para Anbiya, solehin, siddiqin dan syuhada di sepanjang zaman, seperti itulah ditempuh PAS dalam memenuhi peranan dan tanggung jawabnya dengan mengimani firman Allah: “Kalau perkara engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah lagi mudah didapati, dan satu perjalanan sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (kaum munafik) akan mengikutmu; tetapi tempat hendak dituju itu jauh bagi mereka. Dan mereka akan bersumpah atas nama Allah dengan berkata: “Kalau kami sanggup, tentulah kami akan pergi bersama kamuî. (Dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang-orang yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu).” (at- Taubah: 42)

Bersempena Sambutan Ulangtahun 63 Tahun PAS dengan tema ‘Istiqamah Menggalas Perjuangan’, kami beriltizam menyatakan kepada umat ini khususnya rakyat Malaysia, bahawa PAS akan teguh memenuhi matlamat ‘Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup lslam dan hukum-hukumnya menuju keredaan Allah’ sebagaimana termaktub di dalam Perlembagaan PAS.

PAS komited untuk membebaskan negara ini dari segala kongkongan, cengkaman, penindasan dan kezaliman ke atas kehidupan rakyat sama ada berupa kekuasaan kerajaan, peraturan dan sistem, mahupun material hingga menjadi kepatuhan dan keyakinan thaghut yang bermaharaja lela.

Semua ini akan PAS hapuskan dengan dakwah dan menggantikannya dengan peme rintahan yang saksama di bawah payung Ilahi sebagaimana prinsip terkandung dari ungkapan Pang lima Islam, Rub’ie bin ‘Amir kepada Raja Parsi, Rustum: “Allah telah mengirim kami untuk mengeluarkan siapa yang Dia kehendaki dari perhambaan sesama manusia kepada memperhambakan diri kepada Allah, dan dari sempitnya dunia menuju keluasan akhirat, dari penyimpangan agama-agama yang ada menuju keadilan Islam.”

Lalu dengan perjuangan PAS itu, akan merdekalah Malaysia dan rakyat dalam erti kata sebenar agar berupaya mereka dengan akal fikiran dan hati yang lapang untuk menerima Islam sebagai aqidah dan Din, atau terpulang atas pilihan kehidupan masing-masing.

Sesungguhnya Allah telah berfirman: “Tidak ada paksaan dalam agama (Islam) kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (thaghut). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan thaghut dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh dan tidak akan putus....” (al-Baqarah: 256)

(Kata-kata Aluan Presiden PAS Sempena Ulang Tahun PAS ke-63)

Presiden PAS dianugerah Tokoh Murabbi Ummah

YAHANI ALI | .




KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah dianugerahkan sebagai Tokoh Murabbi Ummah bersempena Majlis Makan Malam Sambutan 40 Tahun PAS Wilayah Persekutuan Bersama Presiden, kelmarin.

Anugerah berprestij itu telah disampaikan oleh Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Nor Mohamad di hadapan tetamu yang hadir dalam majlis tersebut yang memenuhi Dewan Dato' Fadzil Noor, KUIZM dekat sini. (Foto atas)

Menurut pengarah program, Mohamad Najib Ahmad pemilihan Tuan Guru Presiden adalah berdasarkan kecemerlangan dan ketokohan beliau yang bukan sahaja dalam memimpin Gerakan Islam di Malaysia yang disegani oleh kawan dan lawan bahkan sumbangan melangkaui sempadan serta mendapat pengiktirafan antarabangsa.

Baru-baru ini, ujarnya Presiden PAS telah diberikan penghormatan memegang jawatan Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia yang menghimpunkan ulama-ulama dunia.

Katanya, kepakaran Tuan Guru Abdul Hadi yang luas lagi mendalam dalam ilmu-ilmu agama meletakkan beliau pada kedudukan yang paling tepat sebagai ulama ulung di rantau ini dan di pentas antarabangsa.

"Gabung jalin antara kepakaran ilmu dan kebijaksanaan beliau dalam mengemudi bahtera percaturan politik tanah air dan antarabangsa menyerlahkan lagi kelayakan beliau sebagai murabbi ummah," ujarnya.

Justeru, kata beliau di atas sumbangan besar tersebut maka PAS Wilayah Persekutuan menganugerahkan kepada Presiden PAS sebagai "Tokoh Murabbi Ummah" bersesuaian dengan sumbangan dan ilmu yang beliau miliki.

"PAS Wilayah Persekutuan sentiasa mengharapkan Datuk Seri Tuan Guru Presiden terus memimpin PAS dan ummah," ujar Mohamad Noor ketika ditemui dalam Majlis makan malam tersebut.

Turut hadir dalam majlis yang gilang gemilang itu ialah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, veteran PAS, Haji Ahmad Subky Abdul Latif di samping tetamu kehormat lain yang turut menerima anugerah pada malam tersebut.

Para pengantin yang diraikan mendapat penghormatan menerima plak istimewa dari PAS Wilayah Persekutuan yang disampaikan sendiri oleh Tuan Guru Presiden. - HARAKAHDAILY 8/12/2014

Sumber HD - 8-12-2014


























































































































































































Kes saman Presiden PAS dari perspektif media

DR AZMAN IBRAHIM | .

SAYA mengikuti secara dekat babak demi babak perkembangan kes saman fitnah bekas calon PKR Dun Bukit Besi pada PRU13 lalu, Mohd Shamsul Mat Amin terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Selain dari tuan bunya badan, Shamsul, Adun Bandar, Azan Ismail, saksi utama lain bagi pihak plaintif ialah akhbar Kosmo.

Akhbar milik Kumpulan Utusan inilah yang menyiarkan berita Presiden PAS menuduh calon PKR sebagai pengedar pil kuda.

Asas kepada laporan ini jugalah yang diambil oleh Shamsul untuk menyaman Presiden PAS.

Perbicaraan telah masuk kali yang keempat tetapi saksi utama plaintif iaitu ketua pengarang akhbar itu masih gagal hadir walaupun telah disapina dan dikeluarkan waran tangkap.

Malangnya mengikut laporan media, waran tersebut gagal diserahkan. Soalnya ke mana ghaibnya ketua pengarang akhbar itu?

Tak munasabah apabila riuh rendah satu Malaysia dengan kes panas ini, dia sebagai orang media ‘masih tak kabar’ mengikut istilah orang Terengganu.

Senyap sunyi tanpa sebarang reaksi. Mengiayakan pun tidak, menafikan pun tidak. Bisu dan tuli seribu bahasa.

Kalau betul berita yang kamu siarkan dan memang sungguh Presiden PAS menyebut begitu dalam ucapannya, silakan tampil di mahkamah untuk berhujah dan mempertahankan kredibiliti laporan kamu.

Sekiranya laporan kamu tak betul maka menjadi tanggungjawab kamu kepada yang dituduh dan disaman serta juga tanggungjawab kamu di hadapan Allah untuk memperbetulkan semula laporan kamu.

Saya tak berminat untuk menghukum kerana Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Datuk Mohd Yazid Mustafa telah dilantik menjadi hakim bagi kes ini. Yang Arif Datuk Yazid akan menghakimi perkara ini dengan seadilnya.

Saya cuma menulis atas kapasiti sebagai pengiat media dan Pengerusi Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI), Terengganu.

Kita menekankan prinsip kebenaran, ketelusan dan keadilan dalam melaporkan berita. Setiap ketipan jari pada keyboard untuk menghasilkan sesuatu berita akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah.

Kita menekankan prinsip penyiaran berita dengan penuh wibawa dan bertanggungjawab. Bukan siar berita lepas itu sembunyikan tangan! Senyap sunyi atau istilah Terengganu ‘senyap dikk’!

Sekiranya pada hari perbicaraan seterusnya pada 7 Disember 2014, Kosmo masih gagal hadir maka ianya bukan setakat akan memalukan muka Shamsul tetapi dalam masa yang sama akhbar Kosmo akan dilihat sebuah akhbar murahan yang sangat tak berwibawa. Lempar batu sembunyi tangan, siar berita tak berani nak bertanggungjawab!

Ianya amat memalukan KAMI sebagai ahli keluarga besar di kalangan penggiat media.

Shamsul memfailkan saman terhadap Tuan Guru Abdul Hadi susulan ceramah Presiden PAS di Kampung Tebakang, Alor Limbat, Marang semasa kempen PRU itu.

Dia mendakwa ceramah itu mengaitkan beliau sebagai calon PKR dengan pil kuda.

Presiden PAS diwakili Tetuan Awi & Co manakala Shamsul diuruskan Tetuan Vasudevan & Co. - HARAKAHDAILY 24/11/2014

Sumber HD - 24-11-2014

Presiden PAS diberi penghormatan berucap di Ijtimak Jamaat Islami

ABU MARWAN | .




PAKISTAN: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang diberi penghormatan berucap pada himpunan besar-besaran sempena Ijtimak Jamaat Islami di kota Lahore di sini semalam.

Beliau hadir bersama Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi menjadi menjadi tetamu kepada himpunan lebih setengah juta penyokong gerakan Islam tertua di Pakistan itu.

Himpunan itu berlangsung tiga hari sehingga hari ini.

Ahli serta penyokong Jamaah Islam datang dari seluruh pelosok Pakistan.

Selain pimpinan PAS, tetamu luar negara lain yang turut hadir adalah dari Parti Nahdah Tunisia, Ikhwan Muslimin Mesir, PKS Indonesia, parti Islam dari Sudan, Iraq dan Jordan.

Ijtimak pada kali ini amat penting kepada gerakan Islam kerana ia akan membincangkan isu-isu antarabangsa termasuk konflik di Timur Tengah seperti perang di Syria, Libya, Iraq dan juga persoalan pencerobohan bumi Palestin dan Masjid Al-Aqsa oleh Zionis Israel.

Tuan Guru Abdul Hadi dalam ucapannya menyentuh persoalan antarabangsa yang sedang mencabar ummah kini.

Turut bersama dalam ijtimak kali ini adalah Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Abdullah Ya'kub. - HARAKAHDAILY 23/11/2014





Sumber HD - 23-11-2014

























































































































































































Kes saman Presiden PAS ditangguh lagi 7 Dis

HARAKAHDAILY | .


KUALA TERENGGANU: Mahkamah Tinggi di sini memutuskan perbicaraan kes saman Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ditangguh 7 Disember depan disebabkan ketidakhadiran saksi plaintif.

Saksi plaintif iaitu wartawan Kosmo tidak hadir perbicaraan.
Pada perbicaraan 28 Oktober lalu, Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa menangguhkan perbicaraan ke hari ini kerana saksi pihak plaintif iaitu wartawan berkenaan dimaklumkan tidak hadir.

Bekas calon PKR Dun Bukit Besi pada PRU13 lalu, Mohd Shamsul Mat Amin memfailkan saman terhadap Tuan Guru Abdul Hadi susulan ceramah Presiden PAS di Kampung Tebakang, Alor Limbat, Marang semasa kempen PRU itu.

Shamsul mendakwa ceramah itu mengaitkan beliau sebagai calon PKR dengan pil kuda.
Presiden PAS yang diwakili Tetuan Awi & Co manakala Shamsul diuruskan Tetuan Vasudevan & Co. - HARAKAHDAILY 23/11/2014

Sumber HD - 23-11-014






























































































































































































Atas sayalah nak hadir atau tidak – TG Abdul Hadi

MUHAMMAD FAIZAL | .

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang hari ini menegaskan beliau tidak boleh diminta untuk menghadiri apa-apa mesyuarat.

"Saya tidak boleh diminta, nak hadir saya akan hadir. Atas sayalah nak hadir atau tidak," jelasnya ketika ditemui pada program Wacana‎ Intelektual Muslim anjuran Pemuda PAS Setiawangsa di Batu Caves hari ini.

Sementara itu, Jawatankuasa Tertinggi‎ Pusat (CEC) DAP yang bermesyuarat semalam sebulat suara menggesa Presiden PAS untuk hadir ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada masa akan datang.
‎ ‎
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata Tuan Guru Abdul‎ Hadi merupakan satu-satunya pemimpin yang boleh membuat keputusan dalam PAS, bagi mengukuhkan gabungan PKR dan DAP.

Sementara itu Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Abdul Samad memberitahu isu kehadiran mesyuarat bukan satu masalah dan DAP perlu fokus kepada isu lain.‎ - HARAKAHDAILY 16/11/2014

Sumber HD - 16-11-2014

Presiden PAS akui kesihatan kurang baik

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengakui kesihatan beliau kurang baik sejak kebelakangan ini.

"Rasa tak berapa sihat sikit sejak akhir-akhir ini. Suara pun tak berapa nak keluar," katanya ketika ditemui Harakahdaily di Parlimen hari ini.

Beliau sebelum itu turut mengambil giliran membahaskan Bajet 2015 peringkat Jawatankuasa di Dewan Rakyat pagi tadi.

Dapat dilihat keadaan badan beliau sedikit susut berbanding biasa, malah ketika berbahas pagi tadi, suara beliau sering tersekat-sekat dan hanya berbahas tidak lebih dari 10 minit.

Ditanya sama ada beliau masih aktif memenuhi jemputan ceramah parti pada waktu malam, beliau berkata ia tidak sekerap dahulu.

"Malam ini pun tak ada program, saya perlu berehat," katanya.

Pada Mei lalu, Tuan Guru Abdul Hadi dikejarkan ke hospital Istanbul, Turki setelah mengalami masalah pernafasan ketika dalam rangka menghadiri program di sana.

Beliau kemudian terpaksa berehat hampir sebulan di sana ekoran keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan untuk beliau aktif seperti biasa. - HARAKAHDAILY 10/11/2014

Sumber HD - 10-11-2014

























































































































































































Pencerobohan Al-Aqsa: M'sia digesa suarakan pembelaan

TUAN GURU ABDUL HADI AWANG | .



1. Parti Islam Islam SeMalaysia (PAS) mengutuk dengan sekeras-kerasnya tindakan pihak tentera negara haram Israel yang telah menceroboh dan menggempur ke dalam kawasan Masjid al-Aqsa dalam perkembangan terkini yang berlaku sejak pendudukan haram Israel dari tahun 1967. Tindakan ganas pihak Israel ini dimulakan dengan menghalang umat Islam dari memasuki Masjid al-Aqsa untuk menunaikan solat, menhalang semua pelawat dari masuk, dan dalam masa yang sama pihak Israel membenarkan rakyat negara haram Israel memasukinya.

2. Biarpun dikecam dan menerima kutukan seluruh manusia sejagat, hingga kini Zionis Israel tetap tidak pernah berhenti melakukan keganasan dan terus menekan umat Islam Palestin.

3. PAS konsisten untuk menyatakan bahawa penindasan ini wajib dihentikan menerusi peranan ketenteraan semua negara di bawah PBB, OIC dan Liga Arab setelah nyata Israel berdegil dan tidak tunduk kepada diplomasi sebarang teguran dan perjanjian.

4. Secara khusus, Malaysia yang sering mengaku sebagai negara Islam contoh, perlu ke hadapan untuk mendesak pertubuhan-pertubuhan dunia tersebut untuk segera menghalang Israel melakukan pencerobohan ke atas al-Aqsa.

5. Malaysia juga perlu menggesa kerajaan negara-negara OIC untuk menghentikan sebarang hubungan dagang dan memutuskan diplomatik dengan Israel serta merta sebagai bukti keimanan dan persaudaraan kepada saudara di Palestin.

6. Sesungguhnya tidak beroleh sebarang faedah umat Islam menjalin hubungan dengan bangsa dilaknati ini setelah Allah mengisytiharkan pemutusan antara mereka dengan umat Islam sejak lebih 1400 tahun lalu. Apatah lagi membiar diri menjadi boneka atau diperalatkan untuk kepentingan mereka.

7. Para pemimpin, kerajaan dan seluruh umat Islam wajib menyedari bahawa tanggung jawab membela, menebus dan mempertahankan bumi al-Aqsa itu adalah kefarduan jihad dan maruah kepada semua Muslim, bukannya perjuangan penduduk Palestin dan Jurusalem sahaja. - HARAKAHDAILY 6/11/2014

Sumber HD - 6-11-2014

































































































































































































Transkrip soal jawab Presiden PAS dengan peguam plaintif

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Dalam PRU13 yang lalu terdapat beberapa pertindihan kerusi antara sesama parti Pakatan Rakyat dan pembangkang. Antara PKR dengan PSM di Dun Semenyih, DAP dengan PSM di Dun Jelapang, dan juga pertindihan calon-calon PAS dengan PKR di beberapa kerusi termasuk di Terengganu.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam salah satu ceramahnya telah memberikan penjelasan kenapa berlaku pertembungan calon tersebut. Penjelasan dalam ceramah tersebut telah dilaporkan oleh sebuah akhbar tempatan dan kemudiannya pihak PKR mengambil tindakan menyaman Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi.

Yang berikut transkrip soal jawab antara Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam perbicaraan di mahkamah tinggi Kuala Terengganu semalam, Selasa 28 Oktober, dengan peguam plaintif yang dipetik daripada Buletin Online

S1: Sila nyatakan jawatan Datuk Seri (Abdul Hadi Awang) sekarang?
Saya (Abdul Hadi) sekarang adalah seorang Ahli Parlimen Marang dan Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu iaitu Adun Rhu Rendang. Saya juga merupakan Presien kepada Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan Ahli Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

S2: Boleh Datuk Seri jelaskan kenapa hadir ke mahkamah pada hari ini?
Saya hadir ke mahkamah pada hari ini untuk memberikan keterangan bagi menafikan segala dakwaan dan saman fitnah yang dikaitkan pihak plaintif terhadap saya.

S3: Tadi Datuk Seri ada menyatakan sebagai Ahli Majlis PR (Pakatan Rakyat). Boleh jelaskan apakah fungsi ahli majlis PR itu?
Fungsi Ahli Majlis PR ialah untuk menyelaras perkara-perkara politik dan strategi bersama parti-parti kompenan PR.

S4: Sehari selepas hari penamaan calon PRU ke-13, adakah Datuk Seri terlibat dengan sebarang ceramah politik?
Ya, ada terlibat di beberapa tempat ceramah. Pertama, saya dijemput untuk memberikan ceramah sempena PRU13 selepas penamaan ialah di Kampung Tebakang. Dun Alor Limbat juga berada di dalam Parlimen Marang, tempat saya bertanding dalam pilihan raya tersebut sebagai mewakili calon Parlimen Marang.

S5: Boleh Datuk Seri jelaskan siapa lagi yang memberikan ceramah di situ?
Saya berceramah bersama dengan Ustaz Ariffin Deraman yang juga calon Dun Alor Limbat, Ustaz Muda Abdullah yang menggantikan Datuk Mustafa Ali.

S6: Lebih kurang berapa lama Datuk Seri berceramah?
Saya memberikan ceramah lebih kurang 30 minit sahaja kerana selepas itu ada beberapa tempat lagi yang perlu saya pergi.

S7: Boleh Datuk Seri jelaskan secara ringkas kandungan ceramah itu?
Secara umumnya kandungan ceramah saya menyentuh mengenai isu-isu pilihan raya, manifesto Pakatan Rakyat khususnya di negeri Terengganu dan isu pilihan calon.

S8: Apakah yang Datuk Seri maksudkan dengan isu pilihan calon sebagaimana yang Datuk Seri nyatakan tadi?
Terdapat beberapa kerusi Dun di beberapa negeri di Malaysia berlaku pertindihan kerusi antara sesama parti Pakatan Rakyat dan pembangkang. Contohnya, antara PKR dengan PSM di Dun Semenyih, DAP dengan PSM di Dun Jelapang, termsuk juga pertindihan calon PAS dengan PKR di beberapa kerusi di negeri ini. Dengan ini dijadikan isu oleh parti lawan (BN) yang menguasai media. Hal tersebut memerlukan penjelasan kepada saya selaku ketua parti.

S9: Mengapa penjelasan dibuat di Kampung Tebakang dan bukan di tempat lain?
Pertama, kerana ia merupakan ceramah pertama saya selepas penamaan calon, yakni saya dijemput untuk memberikan ceramah. Apabila saya dijemput untuk berceramah maka, saya akan sebut perkara yang sama di situ. Keduanya, ceramah itu dihadiri oleh pihak media.

S10: Sila beritahu mahkamah di manakah kerusi yang berlakunya pertindihan antara calon PAS dengan PKR?
Dun Panti di Johor, Dun Kota Damansara di Selangor, Dun Sungai Aceh di Pulau Pinang. Manakala, di Terengganu di Dun Seberang Takir, Dun Kota Putra dan Dun Bukit Besi.

S11: Adakah persoalan kandungan ceramah tersebut Datuk Seri ada merujuk kepada plaintif?
Tidak. Malah, saya tidak sebut nama sesiapa pun atau nama-nama tempat dan kerusi yang berlaku pertindihan tersebut. Nama calon pun saya tidak sebut.

S12: Adakah Datuk Seri mengenali plaintif sebelum plaintif memfailkan samannya kini kepada Datuk Seri?
Tidak. Saya tidak kenal dan tidak tahu langsung nama dia dan seingat saya, saya tidak pernah berjumpa dengan dia.

S13: Adakah Datuk Seri mempunyai sebarang permusuhan atau pertikaian dengan plaintif?
Dalam keadaan saya tidak kenal dia, tidak munasabah untuk saya mempunyai permusuhan atau pertikaian dengan plaintif.

S14: Adakah Datuk Seri mempunyai niat jahat terhadap plaintif semasa memberikan ceramah tersebut?
Tidak sama sekali. Saya tidak kenal dia (plaintif).

S15: Selain Kampung Tebakang di Alor Limbat. Adakah Datuk Seri memberikan ceramah yang khusus di tempat lain?
Hanya di Alor Limbat sahaja.

S16: Pada Ahli Majlis Presiden PR. Adakah ia juga memberi tanggungjawab kepada Datuk Seri untuk mempastikan bahawa setiap calon yang mewakili dalam parti-parti PR merupakan calon-calon yang berintegriti dan tidak dipertikaikan?
Ya.

S17: Adakah ini bermakna Datuk Seri selaku Presiden PAS berhak menentukan calon daripada parti-parti dalam Pakatan Rakyat?
Tidak. Kerana (integriti) ini ditentukan oleh parti masing-masing. Kami daripada Ahli Majlis Pakatan Rakyat hanya bertanggungjawab menjelaskan kriteria umum yang mesti dimiliki oleh calon Pakatan Rakyat.

S18: Berhubung dengan tindakan saman yang dikaitkan dengan Datuk Seri. Adakah Datuk Seri menerima sebarang surat tuntutan daripada pihak lain yang berkaitan dengan ceramah Datuk Seri sampaikan di Kampung Tebakang tersebut?
Ada daripada Encik Badrul Hisham Syaharin pada 8 Ogos 2014.

S19: Siapa yang menghantar surat tuntutan tersebut kepada Datuk Seri bagi pihak Encik Badrul Hisham?
Surat tuntutan itu dihantar oleh peguam Tetuan Vasudevan A & Co.

S20: Boleh Datuk Seri maklumkan kepada mahkamah siapa Encik Badrul Hisham ini?
Beliau adalah calon daripada PKR bagi Dun N21 Sungai Aceh Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum ke-13.

S21: Apa yang terpenting daripada kandungan surat tuntutan tersebut?
Beliau mendakwa ucapan saya mengenai pil kuda di Kampung Tebakang merujuk kepada beliau.

S22: Adakah benar seperti yang didakwa oleh kandungan surat itu?
Tidak benar seperti yang saya katakan sebelum ini ucapan saya itu bersifat umum dan tidak ditujukan kepada sesiapa. – HARAKAHDAILY 29/10/2014

Tn AA - http://www.youtube.com/watch?v=r82QCCN_bnw

Sumber HD - 29-10-2014

Situasi menarik perbicaraan Presiden PAS semalam

HARAKAHDAILY | .



KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes saman terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu semalam telah ditangguhkan 23 November depan.

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa membuat keputusan itu setelah saksi defendan iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Alor Limbat, Ariffin Deraman dipanggil untuk memberi keterangan.

Sebelum itu, Tuan Guru Abdul Hadi dan Pengerusi PKR Terengganu yang juga Adun Bandar, Azan Ismail turut memberi keterangan.

Tuan Guru Abdul Hadi menghadapi saman yang difailkan bekas calon PKR Dun Bukit Besi pada PRU13 lalu, Mohd Shamsul Mat Amin susulan ceramah Presiden PAS itu di Kampung Tebakang, Alor Limbat, Marang pada 22 April 2013 semasa kempen PRU berkenaan.

Berikut ialah petikan catatan Alang Ibn Shukrimun yang mengikuti perbicaraan itu.

Perbicaraan bermula pada 9.40 pagi dengan memanggil saksi pertuduhan plaintif, YB Azan Ismail yang juga Pengerusi PKR Terengganu. Seorang lagi saksi ialah wartawan Kosmo kerana pertuduhan dibuat atas butir laporannya. Namun beliau tidak menghadirkan diri.

Selepas rehat jam 10.15 pagi, mahkamah memanggil TGHH sebagai defendan bagi memberi keterangan. Segala pertanyaan dijawab walaupun hakim menyatakan empat soalan terakhir yang diajukan peguam plaintif tidak perlu dijawab kerana tidak relevan. Antaranya soalan adakah TGHH setuju bahawa beliau gagal mengemukakan empat orang saksi tentang kenyataannya? Macam bicara kes hudud zina pula.

Akhirnya mahkamah memanggil YB Ariffin Deraman sebagai saksi kenyataan TGHH pada ceramah yang menjadi subjek pertuduhan. Namun tiada sebarang soalan diajukan kepadanya.

Pada jam hampir 11.30 pagi, mahkamah menangguh perbicaraan ke 23 November depan.

Mahkamah sesak dipenuhi penyokong TGHH dari seluruh negara termasuk Sabah hingga memaksa hakim membenarkan pemerhati duduk bersila di atas lantai. Mungkin ini mencetus suatu sejarah baru di Malaysia.

Apa yang menarik ialah reaksi spontan pemerhati yang mengikuti prosiding dari awal hingga akhir. Walaupun pihak mahkamah meminta pemerhati senyap, tetapi reaksi-reaksi yang tercetus dari pemerhati adalah spontan dalam separuh sedar.

Seingat saya ada tiga babak menarik:

Babak 1

Peguam: Bagaimana YB boleh menganggap Tuan Guru dalam ceramahnya memaksudkan orang muda di kalangan calon yang mengalami pertindihan kerusi? Adakah benar Chegu Bard juga seorang di antara calon di kerusi bertindih?

YB Azan: Ya benar.

Peguam: Adakah benar Chegu Bard juga orang muda?

YB Azan: Err... saya tak kenal siapa Chegu Bard.

Spontan pemerhati ketawa. Azan bukan sahaja Pengerusi PKR Negeri, beliau juga mengaku salah seorang yang terlibat menentukan calon di peringkat Pusat. Chegu Bard pula pemimpin PKR pusat paling tersohor, mungkin lebih dikenali berbanding Azmin Ali.

Kalau benar beliau tak kenal, kami ahli PAS sangat kenal Chegu Bard jika setakat ingin menjawab soalan peguam. Mungkinkah ukhuwwah ahli PAS terhadap ahli PKR lebih utuh berbanding sesama pimpinan PKR sendiri?

Babak 2

Peguam: Adakah Datuk Seri setuju bahawa kenyataan Datuk Seri adalah fitnah?

TGHH: Siapa orang yang saya fitnah itu?

Peguam: Datuk Seri (TGHH), adakah benar kenyataan Datuk Seri adalah satu pembohongan?

TGHH: Tidak benar. Ia adalah suatu dosa besar menurut agama Islam.

Spontan pemerhati bertakbir. Walaupun telah mengawal suara masing-masing, namun laungan Allahu Akbar tetap bergema kerana hampir keseluruhan melafazkannya serentak.

Babak 3

Peguam: Adakah Tuan Guru mengenali plaintif sebelum pada waktu tersebut?

TGHH: Tidak kenal, tidak tahu dan seingat saya tidak pernah berjumpa dengannya.

Peguam: Adakah Tuan Guru ada sebarang permusuhan dengan beliau?

TGHH: Adalah tidak munasabah saya bermusuh dengannya dalam keadaan saya tidak mengenalinya.

Spontan kami ketawa.

Seronok melihat perbicaraan TGHH berbanding saudara Azan. Suara TGHH lantang menjawab semua soalan sedangkan suara Azan amat perlahan dan meleret walaupun dekat dengan microphone.

Hakim terpaksa mencelah menegur Azan kerana tidak menjawab soalan yang diajukan peguam.

TGHH sudah biasa terlibat dengan perbicaraan di mahkamah. Beliau pernah berhadapan peguam New York Post di mahkamah luar negara berhubung isu pertuduhan terrorist terhadap beliau. TGHH menang dalam perbicaraan tersebut. - HARAKAHDAILY 29/10/2014

Sumber HD - 29-10-2014































































































































































































Perbicaraan kes saman Presiden PAS ditangguh 23 Nov

HARAKAHDAILY | .



KUALA TERENGGANU: Perbicaraan kes saman terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ditangguhkan kepada 23 November depan.

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa membuat keputusan itu setelah saksi defendan iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Alor Limbat, Aiffin Deraman memberi keterangan.

Sebelum itu, Tuan Guru Abdul Hadi dan Pengerusi PKR Terengganu yang juga Adun Bandar, Azan Ismail turut memberi keterangan.

Saksi pihak palintif iaitu wartawan dari akhbar Kosmo dimaklumkan tidak hadir bagi perbicaraan hari ini.

Bekas calon PKR Dun Bukit Besi pada PRU13 lalu, Mohd Shamsul Mat Amin memfailkan saman terhadap Tuan Guru Abdul Hadi susulan ceramah Presiden PAS di Kampung Tebakang, Alor Limbat, Marang semasa kempen PRU itu.

Shamsul mendakwa ceramah itu mengaitkan beliau sebagai calon PKR dengan pil kuda.

Presiden PAS yang diwakili Tetuan Awi & Co manakala Shamsul diuruskan Tetuan Vasudevan & Co. - HARAKAHDAILY 28/10/2014

Sumber HD - 28-10-2014

Kes saman: Presiden PAS selesai beri keterangan

HARAKAHDAILY | .





KUALA TERENGGANU: Galeri awam Mahkamah Tinggi di sini penuh sehingga sebahagian orang ramai yang mengikuti perbicaraan kes saman terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang terpaksa duduk di atas lantai.

Mereka yang dibenarkan masuk ke kawasan mahkamah juga tidak dapat memasuki bilik perbicaraan dan hanya berlegar di sekitar pekarangan mahkamah.

Harakahdaily difahamkan 200 pas kebenaran untuk memasuki kawasan mahkamah yang dikeluarkan pihak keselamatan habis manakala sekitar 1,000 orang berada di luar kawasan mahkamah bagi menyatakan sokongan moral kepada Presiden PAS.

Antara pemimpin PAS yang hadir ialah Naib Presiden, Salahuddin Ayub dan Datuk Tuan Ibahim Tuan Man, pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulamak, Datuk Dr Mahfodz Muhammad, Ketua Pemuda, Suhaizan Kaiat, AJK, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Nasrudin Hassan dan beberapa Pesuruhjaya PAS negeri.

Pada perbicaraan yang sedang berlangsung pagi ini, Pengerusi PKR Terengganu yang juga Adun Bandar, Azan Ismail memberi keterangan sebagai saksi plaintif.

Sementara itu, Tuan Guru Abdul Hadi selesai memberi keterangan kira-kira jam 11.10 pagi.

Selepas itu giliran Adun Alor Limbat, Ariffin Deraman pula memberi keterangan. - HARAKAHDAILY 28/10/2014





Sumber HD - 28-10-2014































































































































































































Perutusan Presiden PAS sempena Hijratur Rasul 1436

, | .


Firman Allah SWT yang bermaksud: "Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad SAW), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat inginkan kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman." (Surah at-Taubah: 128)

1. Hijraturrasul dari Makkah ke Yathrib antara usaha memilih kehidupan bersama masyarakat pelbagai kaum secara aman harmoni serta menegakkan keadilan dalam negara, sekaligus menghindari pertempuran, kezaliman, penindasan dan perampasan hak.

2. Inilah sikap Islam di sepanjang zaman yang berkolaborasi dengan semua pihak dan memimpin gagasan keamanan sejagat berpaksikan syariat Allah SWT.

3. Rasulullah SAW bukan sahaja menjadi pembawa rahmat kepada dunia, tetapi juga menunjukkan model kehidupan manusiawi seorang pemimpin dalam menyantuni realiti rakyat di negara yang dibangunkan atas nama Madinah al-Munawarah.

4. Pun begitu, usaha Baginda SAW tidak sunyi dari di hadapkan dengan pergerakan musuh Islam baik berupa propaganda dan konfrontasi perang secara terbuka dari kalangan kafir musyrikin, mahupun komplot dan pengkhianatan tersembunyi dari munafik dan penduduk kaum Yahudi.

5. Kini dunia menyaksikan di sepanjang tempoh 1436 tahun ini bahawa sejarah tersebut sentiasa berulang atas umat manusia di atas muka bumi ini.

6. Umat Islam di seluruh dunia menjadi mustad'afin yang diperangi dengan kekuatan persenjataan dan ketenteraan serta ditindas oleh kuasa asing atau regim pemerintah di negara mereka dan dibunuh sewenang-wenangnya tanpa alasan munasabah melainkan hanya kerana mereka itu beriman kepada Allah. Firman Allah SWT: "Iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, (mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: "Tuhan kami ialah Allah"...." (al-Hajj: 40)

7. Negara-negara umat Islam juga digoncang keamanan dan keharmoniannya dengan jarum adu domba dan perebutan kuasa hingga membangkitkan pertempuran sesama muslim serta kemusnahan khazanah dan kekayaan negara.

8. Maruah dan hak umat Islam juga dicabar dengan pelbagai label ekstrem, penghinaan ke atas Rasulullah SAW dan al-Quran serta ajaran Islam, selain mewujudkan pelbagai rupa bentuk ajaran baru yang mengeliru dan menyesatkan atas nama juzuk-juzuk Islam.

9. Natijahnya, apabila Islam yang pernah memayungi kesejahteraan di dua pertiga dunia ini dimusuhi dan disingkirkan dari teraju umat, bukan kaum muslim sahaja sengsara, tetapi seluruh penghuni dunia menerima bahana dari perbuatan manusia berkepentingan.

10. Antaranya kapitalisma yang meraja hingga menghambakan rakyat menerusi pelbagai sistem ciptaan serta merakusi hak umum dan memilikperibadikan hasil mahsul negara.

11. Mereka yang di atas memperalat kerajaan dan undang-undang serta memanipulasi material untuk mengikat dan menyekat rakyat hingga menodakan kehidupan dalam dosa dan ketidaktenteraman.

12. Malangnya, perkara sama turut berleluasa di dalam negara kita biarpun gah dicanang telah merdeka bebas dari penjajah melepasi 57 tahun.

13. Oleh itu PAS adalah wadah Islam di negara ini yang komited membangunkan nilai-nilai kehidupan Islam menerusi pemerintahan dan penegakan syariat.

14. Maka bersempena Hijraturrasul 1436 ini marilah kita melakukan tajdid dan hijrah kepada kehidupan bernuansa wahyu Allah dan panduan Rasulullah SAW secara istiqamah. Moga-moga tertegak kembali 'rahmat untuk sekalian alam'. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tiada lagi hijrah sesudah pembukaan kota Makkah, tetapi yang tetap ialah jihad atau berjuang dan niat untuk jihad (apabila keadaan memaksa) dan apabila dipanggil untuk berjuang (dan sebagainya) hendaklah kamu bersiap sedia.” (Riwayat Aisyah RA)

DATO' SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
1 Muharram 1436/25 Oktober 2014

Sumber HD - 25-10-2014































































































































































































Bajet 2015: Mengulangi isi lama

ABDUL HADI AWANG | .


1. Saya mendengar dan menekuni pembentangan Bajet 2015 oleh Menteri Kewangan Pertama yang juga YAB Perdana Menteri Malaysia pada hari Jumaat 10 Oktober 2014, di samping cuma membandingkannya dengan pembentangan yang lalu. Saya akan hanya menyentuh persoalan asas dan prinsip yang bersifat makro sahaja pada saat ini, di mana perincian lanjut sedang hangat diperbahaskan oleh berbagai pihak sebaik sahaja pembentangan itu berakhir.

2. Respon awal saya ialah, kita sebenarnya agak hairan apabila tiada elemen-elemen baru yang mengejutkan dalam bajet ini yang mampu melonjakkan Malaysia untuk mencapai suatu tahap ekonomi yang lebih tinggi, mampan dan berdaya tahan terutama ke arah mencapai wawasan kerajaan dalam tahun 2020.

3. Umumnya, kita dapati bahawa Bajet 2015 masih gagal menjawab masalah-masalah utama yang menghantui ekonomi Malaysia, iaitu :

a. Struktur asas ekonomi Malaysia yang tidak kukuh.
b. Kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat.
c. Daya saing ekonomi Malaysia.
d. Kemampanan ekonomi Malaysia.

4. Saya berpandangan bahawa kerajaan masih tidak jelas akan halatuju dan ke arah mana ekonomi Malaysia hendak dibawa. Selagi mana kerajaan gagal untuk menjawab dan bertindak secara konkrit kepada semua persoalan-persoalan di atas, maka maklamat negara berprestasi tinggi atau apa saja sasaran yang diletakkan oleh kerajaan akan hanya menjadi retorik politik. Ianya sekadar cantik pada angka dan statistiknya, tetapi tidak memberi makna yang sebenar kepada rakyat marhain dalam negara kita ini.

5. Penekanan secara tidak bersepadu dalam pendekatan ekonomi hanya akan melemaskan lagi rakyat dalam suasana tekanan sara hidup yang sudah cukup membebankan. Pendekatan fiskal melalui pengurangan subsidi dan pengenalan GST (di mana kami menolak pelaksanaan GST ini) hanya akan terus meningkatkan lagi inflasi dan sara hidup rakyat. Sepatutnya tindakan kerajaan perlu lebih bersepadu dengan juga mengambil kira dasar kewangan, yang akhirnya akan meningkatkan permintaan dan seterusnya meningkat keluaran ekonomi Malaysia.

6. Struktur ekonomi sebuah negara maju sepatutnya juga menekankan sumbangan sektor perkhidmatan yang substantif iaitu sekurang-kurang 70% dari KDNK negara. Namun sasaran kerajaan yang hanya meletakkan 60% sumbangan sektor perkhidmatan dalam tahun 2020 membuktikan kerajaan tidak menekankan atau bersedia ke arah struktur ekonomi yang betul untuk Malaysia.

7. Bajet juga telah gagal untuk memperincikan langkah-langkah ke arah meningkatkan produktiviti negara bagi mengatasi kadar pertumbuhan produkitiviti yang semakin merosot. Malah kadar pertumbuhan produktiviti Malaysia adalah lebih rendah dari kebanyakan jiran-jiran negara ASEAN yang lain. Struktur ekonomi yang mampan dan berdaya saing, sepatutnya mengambil kira elemen-elemen penting pertumbuhan ekonomi seperti input buruh, input modal dan faktor produktiviti keseluruhannya.

8. Oleh yang demikian, langkah kerajaan yang terlalu bergantung kepada input modal melalui projek infrastruktur dengan memperuntukan jumlah yang besar iaitu lebih RM48 billion bagi mengerakkan ekonomi hanya akan memberi kesan yang tidak seimbang dan tidak mampan. Sepatutnya penekanan juga harus diberikan kepada meningkatkan total produktiviti kerana ianya akan menghasilkan peningkatkan produktiviti dan ekonomi yang lebih mampan dan berdaya saing untuk bergerak ke hadapan.

9. Bajet juga dilihat tidak konsisten dalam pelaksanaannya. Dalam satu masa kerajaan bersungguh-sungguh dalam usaha mengurangkan subsidi, namun dalam masa yang lain menambahkan pula nilai BR1M. Tidakkah ini juga akan menghasilkan kesan yang sama seakan inflasi, iaitu mengherot keseimbangan ekonomi negara, dan yang lebih teruk, akan juga mengurangkan produktiviti, menjejaskan daya saing dan meningkatkan lagi inflasi.

10. Berdasarkan corak perbelanjaan kerajaan BN sepanjang tahun-tahun yang lalu, kadar defisit negara dijangka akan terus berada pada tahap kronik. Kegagalan untuk menurunkan kadar defisit ini juga sangat mengejutkan kerana kerajaan sepatutnya sudah dapat menjimatkan RM1.4b pada tahun 2014 apabila memotong subsidi minyak sebanyak 20 sen walaupun harga minyak dunia mengalami penurunan. Kita masih belum melihat keinginan jitu oleh kerajaan BN untuk membuat penjimatan perbelanjaan, sebaliknya kerajaan BN memilih untuk terus memotong subsidi daripada rakyat yang sudah memang lemas dalam kos hidup yang semakin meningkat. Perbelanjaan berlebihan dalam majlis-majlis kerajaan dan pembaziran kos melibatkan delegasi ke luar negara dengan disertai bilangan kakitangan yang keterlaluan adalah antara perbelanjaan yang wajar dikawal. Cukuplah kita sama -sama meneliti Laporan Ketua Audit Negara yang saban tahun memperincikan ketirisan dan pembelanjaan boros ini.

11. Secara keseluruhannya semua faktor-faktor ini dilihat masih gagal untuk diselesaikan oleh kerajaan. Ini secara jelas dapat dibuktikan dengan pengaliran keluar berterusan modal asing dan pelaburan domestik. Malah sikap hipokrit kerajaan BN dalam menangani masalah ketirisan sumber, penyelewengan dan rasuah, hanya akan memburukkan lagi kenyakinan pasaran kepada ekonomi Malaysia dan seterusnya memberi kesan negatif kepada tahap kualiti hidup rakyat seluruhnya.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Sumber HD - 11-10-2014

Khutbah Aidil Adha - 
http://www.youtube.com/watch?v=cKDmCNgNxoI































































































































































































Jatuhkan TG Abdul Hadi agenda musuh antarabangsa


JATUHKAN TUAN GURU HAJI HADI AGENDA MUSUH ISLAM ANTARABANGSA...

Aku mula mendengar nama Tuan Guru Hj Abd Hadi di awal 80-an. Waktu itu aku masih di sekolah rendah. TGHH adalah fenomena di masa itu.. Pidato beliau menggegarkan hati pendengar. Ia mampu menarik pendengar menjangkau dua atau tiga buah negeri. Aku masih ingat, ayah aku bersama dengan pendokong tegar PAS yang hanya beberapa kerat masa tu sanggup ke Kedah berkongsi minyak dan belanja kereta untuk mendengar pidato TGHH.

Surat khabar yang agak terbuka masa tu ialah Bumi dan Watan. Ayah aku menjadi pelanggan tetap surat khabar berkala itu... kalau tak silap dua kali seminggu seperti harakah hari ini. Ada kolum khas untuk tokoh fenomena masa itu.. TGHH.... Haji Hadi yang saya kenali... dikendalikan oleh wartawan yang kalau tak silap namanya ialah Samsuri dan sorang lagi yang aku dah lupa namanya...

Aku yang masa tu baru di sekolah rendah menggunting keratan kolum tersebut dan tampal di buku sekolah. Ayah aku juga sering beli kaset yang dikeluarkan oleh Gedung Gua entp...GG Edar (kalau tak salah ingatan) Kaset itu terus aku simpan sehinggalah kaset bukan lagi satu kegunaan apabila munculnya teknologi CD. Aku pernah terbaca di perpustakaan Tun Razak di Ipoh sebuah buku berkaitan tokoh tokoh hebat.. antaranya penulis mengambil kenyataan seorang wartawan Perancis yang menimbulkan persoalan ... siapakah lebih hebat antara Hj Hadi dan Khomeini... sedangkan ketika itu Khomeini adalah pemimpin utama Iran selepas revolusi...

TGHH juga menjadi semakin terkenal apaabila wajahnya terpampang di muka depan majalah Asiaweek yang sangat berpengaruh di Asia... Aku semakin mengkaguminya...

Setelah bintangnya semakin begemerlapan.. memimpin sebuah gerakan dakwah siasah PAS sebagai Presiden, beliau semakin dikenali dunia Islam. Anak didik Said Hawwa ini menjadi orang penting dalam gerakan Islam antarabangsa...

Ketika dunia Islam berdepan dengan kejahatan musuh Islam di seluruh dunia, TGHH sentiasa bersama pimpinan gerakan Islam dunia mencari jalan penyelesaiannya. Beliau antara orang penting yang menyertai rombongan gerakan dunia Islam menemui pemimpin negara Teluk ketika krisis Iraq dan Kuwait.

Baru-baru ini ketokohan TGHH terus diiktiraf dengan perlantikan sebagai Timbalan Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia membantu Dr Yusuf Qardhawi.. Nama TgHH juga pernah menggemparkan dunia apabila ada majalah antarabangsa mendakwa beliau adalah Setiausaha Ihkwan antarabangsa. Beliau juga pernah dituduh sebagai pemimpin pengganas oleh majalah Barat yang akhirnya majalah tersebut meminta maaf.

Semua rentetaan itu menunjukkan TGHH sentiasa menjadi perhatian dunia. Semua mengetahui bahawa rangkaian ahzab gabungan Yahudi, Eropah dan Freemeson antarabangsa takkan diam dengan kebangkitan Islam dunia. Oleh kerana TGHH kini adalah pemimpin dunia Islam... beliau juga mesti dihalang.

Aku sangat berkeyakinan, untuk membunuh karektor seseorang, ia bermula di rumahnya.. Jadikan rumahtangganya porak poranda agar beliau hilang fokus... Untuk menyekat TGHH... porak porandakan jamaah pimpinannya... alasannya... jamaah sendiri tak boleh jaga. macam mana nak pimpin dunia Islam...

Melalui pelbagai rangkaian rahsia, aku sangat yakin, mereka sudah berada di dalam PAS atau gabungan PAS. Paling tidak, pemikiran mereka serta cita-cita mereka sudah ada dalam sebahagian pemimpin atau pendokong PAS. Jika CIA berjaya menyusupkan Shah Masud di dalam Mujahididin Afghan di ambang kemenangan... yang akhirnya menggagalkan penyatuan Hekmatyar dan Rabbani untuk membentuk daulah Islam... dalam PAS yang dilihat sedang menuju kemenangan juga mustahil rangkaian musuh antarabangsa ini duduk diam apatah lagi pemimpin PAS adalah tokoh Islam dunia...

Ringkasnya apa yang nak aku bagi tau... Gelombang menghalang dan menjatuhkan kepimpinan TGHH adalah gelombang yang di gerakkan oleh perisikan rahsia antarabagsa musuh Islam kerana beliau adalah tohoh utama dunia Islam. Malangnya sebahagian ahli PAS sendiri tak sedar akan gelombang ini. Di Malaysia...mereka hanya bercita-cita mahu menyekat TGHH memimpin rakyat ke Putrajaya, namun di belakang mereka, perisikan antarabangsa ingin menyekat TGHH memimpin Umat Islam antarabangsa.

Usaha menjatuhkan kepimpinan TGHH sebagai Presiden PAS sedang dilakukan secara tersusun. Ia di rancang dengan teliti dan halus...Serangan peribadi beliau tidak hanya kepada dirinya malah kepada orang yang mendampinginya. Ia adalah strategi munafiqin sejak zaman Rasulullah yang menyerang Saidatina Aisyah melalui fitnah dalam kisah haditsul ifk untuk melemahkan Rasulullah.

Cara munafiq dan musuh Islam tetap sama kerana mereka adalah pewaris perjuangan yang sama.. pelik ke?

# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Sumber HD - 3-10-2014































































































































































































Azmin MB, tak timbul soal PAS terkilan

KHAIRUL AZLAM MOHAMAD | .




Berikut adalah transkrip soal jawab Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama pihak media berhubung isu perlantikan Menteri Besar Selangor yang baharu.

Beliau ditemui ketika Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (Dun) ke-13 berhenti rehat selepas sesi soalan jawab lisan di lobi U2 Dewan Undangan Negeri, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, semalam.

Soalan: Datuk Seri (Abdul Hadi), apa respon dengan krisis Menteri Besar Selangor hari ini?

Jawab (J): Kami (PAS) mengharapkan supaya rakyat Selangor menerima baik dan Pakatan Rakyat dapat meneruskan pemerintahan mengikut proses yang selanjutnya.

S: Macam mana dengan hubungan PAS-Pakatan Rakyat?

J: Macam saya sebutkan dalam muktamar, kita (PAS) terus dalam Pakatan Rakyat.

S: Adakah Datuk Seri terkilan calon PAS tidak dilantik sebagai MB ini...?

J: Saya sudah sebut PAS tidak (berkehendak) sebagai MB (Selangor) ini.

S: Datuk Seri, ada cadangan juga hendak mewujudkan kembali jawatan Timbalan Menteri Besar dan calon PAS di antaranya yang akan dicalonkan sebagai Timbalan MB. Apa komen?

J: Itu (jawatan) terpulang kepada (kerajaan) Selangor, kita (PAS) serah kepada Selangor... lihat pada keperluan Selangor, Perlembagaan negeri Selangor dan Sultan Selangor yang menjadi sebahagian dari Perlembagaan Selangor.

S: Sementara itu, ada juga dikatakan perlantikan Azmin Ali tidak mengikut Undang-undang Tubuh kerajaan negeri Selangor. Selepas majoritinya, diberi kepada Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail. Jadi Datuk Seri sendiri bagaimana?

J: Perlu diambilkira, pertamanya seluruh rakyat yang memilih (kerajaan) Pakatan Rakyat. Kedua, kedudukan Sultan Selangor (Sharafuddin Idris Shah) itu lebih besar dari kedudukan majoriti wakil-wakil rakyat itu sendiri.

S: Sebagai Presiden PAS, adakah Datuk Seri berpuas hati atau mungkin akan ada lagi konflik selepas ini atau mungkin ada pandangan dan nasihat Datuk Seri sendiri kepada Pakatan Rakyat ?

J: Jawatan (MB) itu adalah ‘amanah’ dan saya mengharapkan supaya dapat menunaikan amanah dan harta negeri Selangor adalah amanah yang tidak boleh disalahgunakan.

S: Isu tindakan Saari Sungip (Adun Hulu Klang) dan Hasnul Baharuddin (Adun Morib) boleh Dato’ Seri ulas sedikit?

J: Saya sedang menunggu laporan dari PAS negeri Selangor.

- HARAKAHDAILY 24/9/2014

Sumber HD - 24-9-2014































































































































































































PAS berdoa Azmin dapat pikul amanah besar

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: PAS merakamkan ucapan tahniah kepada Timbalan Presiden PKR yang juga Adun Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali yang telah mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor sebagai menteri besar yang baharu hari ini.

"PAS berdoa agar amanah yang besar ini akan dapat dipikul oleh YAB Tuan Mohamed Azmin Ali dengan taufik dan panduan dari Allah SWT," ujar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan.

Tambahnya, PAS berharap pelantikan itu akan memastikan kesinambungan dan kecemerlangan pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Selangor sejak 2008 untuk manfaat rakyat secara keseluruhannya.

PAS juga, kata beliau akan memberikan kerjasama berterusan kepada Menteri Besar Selangor melalui Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang akan dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Adun, Ahli Dewan Rakyat PAS dan seluruh Ahli-Ahli Majlis untuk memastikan khidmat yang terbaik kepada rakyat di negeri Selangor secara khususnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menambah, PAS juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di atas khidmat yang cemerlang sebagai Menteri Besar Selangor dari 2008 hingga 2014.

"Semoga Allah SWT melimpahkan kebaikan dan rahmat-Nya di atas khidmat beliau selama ini," ujarnya beliau lagi. - HARAKAHDAILY 23/9/2014

Sumber HD - 23-9-2014































































































































































































Terus Beristiqamah

TUAN GURU ABDUL HADI AWANG | .





الحمد لله الذي أكرمنا بنعمة الإسلام , وفضلنا على كثير من الأمم. والصلاة والسلام على سيدنا محمد
نبي الرحمات, وعلى آله وأصحابه أفضل الصلوات وأزكى التسليمات.
Mukaddimah

Yang dihormati Dato’ Pengerusi Tetap, Sahibul Fadhilah Dato’ Timbalan Mursyidul ‘Am, Ashab al Fadhilah Ahli Majlis Syura Ulama, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Dato’ Setiausaha Agung, Ketua-Ketua Dewan Ulama – Pemuda - Muslimat dan Dewan Himpunan Penyokong PAS, seluruh Anggota Dewan Harian, Ahli-ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Pesuruhjaya-Pesuruhjaya PAS Negeri dan Wilayah Persekutuan, Pengarah Muktamar dan Ahli Jawatan kuasanya, sahabat-sahabat pimpinan dari Pakatan Rakyat, pimpinan NGO, Wakil-wakil Kedutaan Asing, semua para jemputan, para perwakilan, muslimin dan muslimat yang dikasihi sekalian.

Selamat datang (Ahlan wa sahlan wa Marhaban bikum) kepada semua rakan-rakan seperjuangan dan para tetamu jauh dan dekat, serta para pemerhati yang sudi bersama kami dalam muktamar kali ini di Ayer Itam, Batu Pahat, Johor.

Muktamar pada kali ini juga ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan takziah dan kebersamaan perasaan duka kepada seluruh ahli keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi pesawat hilang MH370 dan MH17 yang dibedil oleh pihak yang sangat tidak bertanggungjawab. Seluruh ahli dan kepimpinan PAS melahirkan kesedihan dan mendoakan agar seluruh ahli keluarga mangsa bersabar dan tabah dengan ujian ini. Kita juga mendesak pihak berkuasa kerajaan Malaysia supaya menggunakan seluruh tenaga yang ada untuk mencari kebenaran dalam tragedi negara yang sangat mengejutkan itu.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekelian,

Muktamar yang ke - 60 pada kali ini bertandang ke negeri Johor. Di sini lah pada awal 1920 bermulanya pengaruh Sarekat Islam apabila Haji Ibrahim Sidin dari Singapura menggerakkan penubuhan cawangan Sarekat Islam di Johor dalam keadaan masyarakat Islam menunggu lahirnya sebuah gerakan Islam dalam negara kita ini.

Bagi mengingatkan semua di kalangan pendukung parti ini, maka kita bermuktamar pada hari ini dengan tema Terus Beristiqamah. Kita ingin menyahut seruan Allah SWT :

وَأَنَّ هَذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ وَلَا تَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَنْ سَبِيلِهِ ذَلِكُمْ وَصَّاكُمْ بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ . (الأنعام :153).

Dan sesungguhnya inilah jalan ku yang betul (istiqamah), maka jangan sekali-kali kamu ikut jalan-jalan yang lain, nanti kamu akan pecah terpelanting keluar daripada jalannya (yang sebenar), begitulah Allah memberi peringatannya kepada kamu, supaya kamu bertaqwa (kepadanya).

Istiqamah dalam perjuangan kita ini, menuntut kita memahami erti sebenar manusia diciptakan, menerima amanah dari Allah SWT, dan seterusnya bersama kumpulan Islam menerusi PAS bagi memikul amanah khilafah ini. Ianya menuntut kita beristiqamah kepada panduan Allah dan Rasul dalam setiap gerak tindakan kita.

TERUS BERISTIQAMAH

Berasaskan kepada keyakinan terhadap teras perjuangan PAS inilah maka kita melafazkan rasa penuh syukur kepada Allah S.W.T. yang meletakkan kita dalam wadah Parti Islam SeMelaysia (PAS), di mana sejarah penubuhannya menjadi mata rantai perjuangan Islam yang membawa rahmat kepada seluruh alam.

Kita sama-sama memahami dan meyakini bahawa Islam adalah cahaya petunjuk Allah yang tidak boleh dipadamkan, maka selagi kita beristiqamah (konsisten) di atas landasan Islam dan matlamatnya yang ditetapkan oleh Allah dan ditunjukkan perjalanannya oleh Rasulullah S.A.W, maka kita tetap berada di pihak yang benar dan berpijak di atas landasan hidup yang teguh. Maka kita akan selamat di dunia dan akhirat, walau pun menghadapi keadaan rebah dan bangun, kalah dan menang, serta belum dilihat hasilnya di alam dunia ini.

Kita juga difitnahkan oleh berbagai golongan tertentu untuk mencalarkan Islam yang sebenarnya, walaupun Islam itu adalah paling sempurna dan murni. Fitnah itu sama ada daripada musuh luar yang mewarwarkan sementara waktu agenda Islamofobia atau menggunakan lisan atau tulisan atau menggunakan kelompok jahil yang bersemangat tinggi melalui dalaman umat Islam sendiri. Semuanya akan gagal kerana mukjizat ilmu dari al-Quran dan Sunnah adalah tetap terpelihara dengan rapi dan amanah.

Islam yang kita imani dan hayati ini adalah dari petunjuk al-Quran (Kalam Allah) dan arahannya, supaya mengikut penafsiran Rasulullah S.A.W. yang dipilih oleh Allah bukan dipilih oleh kita. Manakala ilmu serta kebijaksanaan yang diwarisi pula adalah secara benar dan amanah oleh para ulama muktabar.

Bagi mengukuhkan kedudukan dan keaslian dasar perjuangan PAS, maka kita wajib beristiqamah bersama Islam serta berpegang kepada dasar yang digariskan dalam perlembagaan PAS. Ianya menggariskan bahawa hukum yang tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah KITABULLAH dan SUNNAH RASUL serta IJMA’ ULAMA dan QIYAS. Istiqamah dalam perjuangan ini memberi makna yang jelas bahawa sebarang tindakan kita, samada dalam aspek politik, dakwah, tarbiyah; semuanya mestilah dalam panduan hukum yang tertinggi ini, manakala batasan pegangan PAS ini hendaklah berpandukan konsep Tafaqquh Fi al-Din.

Para pemimpin yang terdahulu daripada kita telah meletakkan asas yang kukuh dalam Perlembagaan PAS menerusi nukilan Fasal 3 dan 7 yang memperincikan tentang Hukum, Kekuasaan dan Majlis Syura Ulama. Ianya diikuti oleh Fasal 8 yang mewajibkan penubuhan Majlis Syura Ulama dengan tugas dan fungsinya yang jelas. Semuanya wajib difahami dan diamal oleh seluruh ahli dan khususnya kepimpinan di semua peringkat.

Sepanjang perjalanan PAS sejak ditubuhkan sehingga kini, denai yang kita ikuti adalah penuh dengan ujian dan sarat dengan pengalaman. Kita bermula daripada sifar, kita pernah menjadi pembangkang paling sedikit jumlahnya, kita pernah menjadi kuat, kita pernah menyertai kerajaan pusat dan kita juga sedang memerintah kerajaan negeri.

PAS pernah bersendirian dan bertahaaluf dengan pihak lain dalam kerajaan dan tanpa kerajaan. Dalam semua keadaan ini PAS tidak pernah rugi, kerana kita sentiasa beristiqamah di atas dasarnya yang kukuh dan matlamatnya yang nyata. Hanya mereka yang beristiqamah bersama PAS sahaja yang selamat, mereka yang tidak istiqamah jatuh berguguran di sepanjang perjalanan kita. Maka jangan ada orang yang merasakan dirinya cukup kuat, tidak bijak tidak sabar dalam perjuangan, merasa sangat bijak dan boleh sewenang-wenang menyanggah dasar dan matlamat perjuangan kita.

Sepanjang perjalanan perjuangan ini juga, ada di kalangan ahli yang hidup selesa dengan kegiatan Parti yang mengembirakan kerana bersama pengikut yang ramai, dan organisasi jamaah yang baik dan kuat. Ada pula ahli yang disisihkan di tengah masyarakat paling jahil dan zalim terhadapnya, cawangannya lemah atau tanpa cawangan.

ISTIQAMAH TERHADAP DISIPLIN ILMU DAN TARBIYAH

Kita mestilah meletakkan agenda ilmu dan beramal dengan ikhlas, bersama konsep tarbiyah yang sangat penting dalam parti. Tarbiyah mendidik diri masing-masing dengan ilmu dan kefahamannya, mengeratkan hubungan kita dengan Allah, hubungan dengan jamaah sendiri dan ahli, hubungan dengan semua kumpulan Islam dan anggota masyarakat majmuk yang wajib diselamatkan bersama Islam dengan rahmat Allah dan adilnya.

Tarbiyah mengikut acuan Allah ialah, ilmu fardu ain dalam aspek aqidah, syariat dan akhlak secara menyeluruh menjadikan kita beristiqamah. Ilmu dan amal yang diwajibkan ke atas setiap individu muslim dan muslimah, ilmu yng diimani dan diamalkan, serta diperjuangkan demi menegakkannya dengan penuh keikhlasan. Ada pun mendalami Islam secara feqah dan semua ilmu keperluan duniawi berpandukan Islam adalah menjadi fardu kifayah bagi kewajipan yang memampukan kita melaksanakan risalah (mesej) rahmat Islam terhadap semua.

Kita telah berjaya menggabungkan semua kalangan ilmuan ini sejak mula ditubuhkan, sehingga PAS kaya dengan semua kepakaran terkini. Namun peningkatannya wajib dilakukan dalam semua aspek ilmu dan tarbiyah secara istiqamah. Untuk mendapat petunjuk dari Allah S.W.T. maka kita wajib memohon pertolongan Allah pada setiap rakaat salat:

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
ISTIQAMAH PAS DALAM MUWAJAHAH SILMIYYAH

Kita berada dalam bahtera negara yang sangat mencabar, bukan sahaja dikelilingi gelombang hubungan antara bangsa yang sangat bergelora, bahkan keadaan dalam negara ini sendiri yang sangat bercelaru, kerana tidak diurus dengan baik dan bijak. Walau pun begitu PAS tetap tegas memilih pendekatan muwajahah silmiyyah bersama konsep demokrasi walau pun banyak ketempangannya. Apa yang nyata ialah kita menghadapi kelemahan dalaman umat sendiri dan tanahair tempat kita berpijak, sangat berbeza dengan musuh asing yang datang menyerang dan menjajah. Inilah sabda Rasulullah S.A.W :

مَثَلُ القَائِمِ في حُدودِ اللَّه، والْوَاقِعِ فِيهَا كَمَثَلِ قَومٍ اسْتَهَمُوا عَلَى سفينةٍ فصارَ بعضُهم أعلاهَا وبعضُهم أسفلَها وكانَ الذينَ في أَسْفَلِهَا إِذَا اسْتَقَوْا مِنَ الماءِ مَرُّوا عَلَى مَنْ فَوْقَهُمْ فَقَالُوا: لَوْ أَنَّا خَرَقْنَا في نَصَيبِنا خَرْقاً وَلَمْ نُؤْذِ مَنْ فَوْقَنَا، فَإِنْ تَرَكُوهُمْ وَمَا أَرادُوا هَلكُوا جَمِيعاً، وإِنْ أَخَذُوا عَلَى أَيْدِيهِم نَجوْا ونجوْا جَمِيعاً". رواهُ البخاري.

(Bandingan orang yang tegak di atas sempadan Allah dengan orang yang (MELAMPAU) menceroboh ke dalamnya laksana satu kumpulan yang menaiki kapal bahtera. Maka ada kalangan berada di atas dan ada kalangan yang berada di bawah. Jadilah kalangan berada di bawah itu kalau memerlukan air terpaksa melalui kalangan yang berada di atas mereka. Lalu mereka berkata : “Kalau kita tebukkan sahaja kapal ini tanpa mengganggu sesiapa yang ada di atas kita ?. Kalau dibiarkan kapal ditebuk (oleh pengacau) mengikut kemahuan itu, nescaya semuanya binasa (tenggelam), kalau dihalangnya daripada menebuk kapal, nescaya semuanya selamat”).

Di sinilah PAS beristiqamah sehingga kita bersyukur apabila mencapai kejayaan walau pun sedikit peluang dan masanya, dan bersabar apabila belum mencapai kejayaan kerana banyak halangannya. Namun PAS tidak menjadikan rakyat yang lemah sebagai mangsa yang disalahgunakan untuk mendapat kuasa, atau sama ada kerana ingin menang dengan gopoh, atau tidak bersabar menunggu kemenangan yang dijanjikan oleh Allah, sehingga sanggup melakukan apa sahaja, walau pun rakyat yang lemah menjadi mangsa ditipu, dibeli dan dikacau atau tanahair ini menjadi bahtera yang ditenggelamkan.

Ahli-ahli PAS wajib teguh dan bersabar walau pun terpaksa menghadapi kesulitan perjalanan yang jauh kerana amalan demokrasi yang tidak adil dan berdepan dengan rakyat yang jahil ilmu dan maklumat. Cabaran ini semua wajib dihadapi dengan istiqamah dan bersabar dengan penuh kebijaksanaan.

Perjalanan yang sangat mencabar ini, sebenarnya membersihkan Jamaah Islam seperti PAS daripada anasir hipokrit dan yang lemah imannya, dari individu yang tidak sabar dalam tindakan sehingga tidak istiqamah dalam perjuangan ini. Mereka sebenarnya adalah golongan yang tidak sabar dalam perjuangan. Marilah kita menghayati firman Allah:

لَوْ كَانَ عَرَضًا قَرِيبًا وَسَفَرًا قَاصِدًا لاَّتَّبَعُوكَ وَلَـكِن بَعُدَتْ عَلَيْهِمُ الشُّقَّةُ وَسَيَحْلِفُونَ بِاللّهِ لَوِ اسْتَطَعْنَا لَخَرَجْنَا مَعَكُمْ يُهْلِكُونَ أَنفُسَهُمْ وَاللّهُ يَعْلَمُ إِنَّهُمْ لَكَاذِبُونَ
Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak berapa jauh, pastilah mereka mengikutimu dengan ramai, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka. Mereka akan bersumpah dengan (nama) Allah: ""Jika kami sanggup tentulah kami berangkat bersama-samamu"" Mereka membinasakan diri mereka sendiri dan Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka benar-benar orang-orang yang berdusta. [at-Taubah: 42]

MEMAHAMI IJTIHAD PAS: ISTIQAMAH DALAM TAHAALUF SIYASI

Sejarah perjuangan panjang PAS dalam persada politik tanahair bukan sahaja membekalkan kepada kita ilmu bahkan pengalaman yang tidak banyak diperolehi oleh gerakan Islam lain. Penglibatan PAS dalam sistem demokrasi memberi ruang kepada kita untuk melebar sayap pengetahuan tentang sistem politik Islam kepada rakan-rakan gerakan Islam lain di seluruh dunia. Manakala pengalaman kita mengadakan pelbagai tahaaluf dengan hampir semua parti politik utama dalam negara sejak tahun lima puluhan lagi, dan terkini tahaaluf bersama Pakatan Rakyat, di samping penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP)di kalangan bukan Islam, adalah merupakan khazanah kekayaan sistem politik Islam yang sangat mahal harganya.

Tahaaluf yang dilaksanakan ini mestilah memperkuatkan parti, dan bukan sebaliknya. Amat malang bagi kita sekiranya tahaluf ini menyebabkan ada pihak yang cuba melemahkan kita, mengkucar-kacirkan kita, sehingga ada yang pening dan mabuk lantaran sanggup berlawanan sesama sendiri.

Kerjasama politik bukan bermakna kita menyerap masuk ke dalam sistem lain, atau parti lain, sehingga hilang prinsip dan jati diri kita, atau hanya menjadikan ukuran kemenangan semata-mata sebagai matlamat, sehingga menghilangkan dasar parti bagi pelaksanaan Islam. Matlamat kemenangan mesti digunakan bagi memperteguhkan prinsip Islam yang bersifat syumuliyyah.

Saya ingin mengingatkan pimpinan dan ahli parti, bahawa perjuangan kita adalah kerana Allah. Perjuangan kita kerana Islam, perjuangan kita adalah mata rantai sejak zaman Rasulullah S.A.W. Perjuangan ini mestilah berada di atas landasan syarak dan memperolehi pahala di sisi Allah. Bukan sekadar politik biasa sebagaimana yang difahami oleh Barat. Paksi perjuangan kita mestilah teguh dan kukuh kerana ianya berpaksikan kepada aqidah tauhid.

Inilah keindahan siyasah Islam kerana membenarkan tahaaluf antara mana-mana golongan yang tidak memusuhi Islam. Prinsip tahaaluf ini membuktikan Islam bukanlah agama ekstrem sebagaimana yang dijaja oleh media barat. Sebagai sebuah gerakan yang berpaksi kepada al-Quran dan Sunnah, maka setiap langkah tahaaluf kita mestilah mempunyai sandaran dan terikat dengan syarat-syarat tahaaluf yang berpaksi kepada kedua sumber tersebut, tanpa merugikan kepentingan Islam. Firman Allah,

وَتَعَاوَنُواْ عَلَى الْبرِّ وَالتَّقْوَى وَلاَ تَعَاوَنُواْ عَلَى الإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُواْ اللّهَ إِنَّ اللّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

Maksudnya : “Bertolong bantulah kamu dalam kebaikan dan taqwa, dan jangan kamu bertolong bantu dalam perkara dosa dan permusuhan. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya” [al-Maaidah : 102]

Oleh yang demikian, dengan merujuk kepada syarat-syarat tahaaluf yang diputuskan oleh Majlis Syura Ulama PAS serta hukum tertinggi PAS, maka PAS akan terus istiqamah dengan tahaaluf siyasi bersama Pakatan Rakyat (takbir) selama mana tidak berlaku pelanggaran syarat yang telah digariskan (takbir). Justeru Nabi Muhammad saw telah mengajar kita:

المسلمون على شروطهم إلا شرطا حرم حلالا, او أحل حراما

“Seorang muslim wajib menunaikan persyaratan yang telah disepakati kecuali persyaratan yang mengharamkan yang halal atau menghalalkan yang haram.” (HR. Muslim)

Sepanjang sejarah perjuangan PAS, kita tidak pernah khianat kepada rakan tahaaluf kita, maka kita minta rakan tahaaluf kita juga tidak mengkhianati tahaaluf ini. (takbir) Sebagai sebuah parti politik besar, apa jua rancangan besar mestilah diputus bersama sebelum ianya dilaksanakan.

Dalam masa yang sama, saya ingin menegaskan bahawa tohmahan kononnya PAS mahu menyertai UMNO atau bergabung dengan UMNO menyertai BN adalah api fitnah yang dicetus oleh mereka yang tidak bertanggungjawab untuk merosakkan reputasi perjuangan Islam dan memecah belahkan keutuhan jamaah kita. Namun sebagai sebuah jamaah Islam yang membawa rahmat kepada semua, kita tetap berpegang kepada prinsip Islam dan terus beristiqamah untuk memelihara perpaduan ummah berasaskan tali Allah.

PAS juga tetap menghubungkan silaturrahim dengan semua pihak berpandukan kepada panduan al-Quran dan as-Sunnah, saling bantu membantu dalam usaha menegakkan syariat, membuka ruang dialog dan wacana demi kebaikan dan masa depan ummat Islam Firmah Allah:

وَاعْتَصِمُواْ بِحَبْلِ اللّهِ جَمِيعًا وَلاَ تَفَرَّقُواْ وَاذْكُرُواْ نِعْمَةَ اللّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَاء فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنتُمْ عَلَىَ شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ النَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنْهَا كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ

Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliah) bermusuh musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk. [al-Imran : 103]

ISTIQAMAH DALAM MENYANTUNI MASYARAKAT MAJMUK

Walau pun tanahair kita ini mempunyai sumber alam kurnia Allah yang kaya raya, tenaga manusia masyarakat majmuk berbagai kaum, budaya dan kebolehan, namun ianya masih diolah dengan cara yang salah oleh kepimpinan negara kita. Sepatutnya dengan sumber-sumber yang ada dan kemampuan yang tersedia, ianya akan membolehkan kita merdeka dari berkiblatkan kepada timur dan barat. Tetapi apabila ianya tidak dimanfaatkan dengan cara yang betul, maka sumber yang berfaedah itu menjadi sia-sia dan masa sudah lama terbuang, walau pun dikatakan merdeka daripada penjajahan asing sejak lebih daripada setengah abad mempengaruhi kita.

Inilah akibatnya apabila kita masih meneruskan agenda penjajah yang dijadikan pusaka oleh kalangan tertentu yang masih bertapak mempertahankan kuasa dengan apa sahaja tanpa melakukan perubahan dan islah walau pun tanpa maruah diri kerana sarat dengan kesalahan dan kelemahan. Akhirnya kita berterusan berada dalam kepompong sistem warisan penjajah walau pun bebas daripada penjajah ketenteraan dan imperialis asing, namun kita masih dibelenggu dengan penjajahan pemikirannya.

Masyarakat majmuk yang sengaja diatur oleh penjajah dahulu adalah bertujuan untuk meneruskan masalah perpecahan kaum yang sentiasa diapi-apikan, bagi mengekalkan peluang mereka menjajah lagi secara halus. PAS menerima kepelbagaian masyarakat dalam negara kita ini sebagai jalan untuk saling kenal mengenal dan memperkuatkan di antara satu sama lain. Sepatutnya kita berpegang kepada konsep berbagai kaum yang ditunjuk oleh Al Quran:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

(Wahai manusia !, Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan, dan Kami jadikan kamu berbangsa -bangsa dan bersuku kaum, supaya kamu berkenalan di antara satu sama lain. Sesungguhnya yang paling mulia kalangan kamu di sisi Allah, ialah orang yang paling bertaqwa (mentaati Allah). Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui lagi Maha mendalam pengetahuannya) [al-Hujurat : 13].

Islam juga memperkenalkan konsep masyarakat madani secara sejagat, dalam amalan politik, ekonomi dan social, dengan ilmu dan berakhlak tanpa paksaan dalam perkara agama dan budaya dan saling mengerti. Kita juga sedar bahawa ada perbezaan bangsa dan agama serta pertembungan budaya dan tamadun di antara satu sama lain, tetapi Islam berjaya menyelesaikan masyarakat majmuk melalui pendekatan banyaknya titik persamaan dari segi fitrah kemanusiaan dan keperluan hidup bermasyarakat.

Di antaranya ialah memperkenalkan konsep adil terhadap semua yang menjadi ciri ketakwaan dalam ajaran Islam yang meninggikan martabat manusia di sisi Allah. Firman Allah:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُونُواْ قَوَّامِينَ لِلّهِ شُهَدَاء بِالْقِسْطِ وَلاَ يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَى أَلاَّ تَعْدِلُواْ اعْدِلُواْ هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى وَاتَّقُواْ اللّهَ إِنَّ اللّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ
Wahai orang-orang yang beriman, Jadilah kamu orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran, dan jangan sekali-kali dengan sebab kebencian terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu tidak berlaku adil. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui dengan mendalam apa-apa sahaja yang kamu kerjakan [al-Ma’idah : 8]

Sebab itulah kedatangan Islam ke negara lain dinamakan Futuhat (pembukaan untuk pembebasan daripada kezaliman), bukannya Isti’mar (penjajahan). Kerana pemerintah Islam tidak memperhambakan rakyat dan merampas harta rakyat dan harta negeri yang dikuasai, konsep yang sangat berbeza dengan penjajahan (Imperialisme) yang dilaksanakan oleh penaklukan barat terhadap negara lain, dan kerajaan zalim daripada bangsa sendiri.

ISTIQAMAH TERHADAP PRINSIP DALAM BERNEGARA

Islam juga telah memberi sumbangan besar kepada tamadun dunia yang maju pada hari ini dengan mengambil segala yang baik dan positif daripada tamadun semua bangsa sebelumnya yang bertembungan, bertukar kepada pertautan dengan konsep menerima segala yang ma’aruf dan menghapuskan segala yang mungkar dalam seluruh kehidupan manusia, serta mencari dan mengekalkan kebijaksanaan kaum lain, walau pun daripada kalangan bukan Islam, kerana sabda Rasulullah S.A.W :

الحكمة ضالة المؤمن فأنى وجدها فهو أحق بها
ابن ماجه


Kebijaksanaan itu laksana barang tercicir kepunyaan seseorang yang beriman, maka di mana sahaja dia menemuinya, maka dialah yang berhak (mengambilnya).

Islam tidak memaksa perkara yang haram dalam ajaran Islam terhadap pihak lain dan mereka juga diwajibkan menjaga sensitiviti umat Islam. Amalan menghormati agama lain ini telah berlaku dalam masyarakat Islam terhadap bukan Islam sehingga kini. Hal ini dapat difahami oleh penganut Islam yang sebenar walau pun dalam keadaan negaranya tidak beramal dengan syariat Islam yang sempurna.

Di zaman Islam menjadi kuasa besar dunia, berbagai bahasa termasuklah bahasa Arab, Turki, Farsi, Urdu pernah menjadi bahasa rasmi negara berkenaan, bahkan bahasa Melayu tulisan jawi menjadi bahasa rasmi alam Melayu. Tamadun Islam pula berjaya ditegakkan dengan kemajuan ilmu semasa. Mengapa kini kita tidak mampu memperkasakan bahasa Melayu yang hanya diisytiharkan menjadi bahasa kebangsaan, tetapi dalam pelaksanaannya dipinggirkan? Walau pun bahasa ini telah menjadi bahasa perantaraan di rantau ini. Ini adalah salah satu contoh kegagalan kerajaan yang ada ini setelah memerintah lebih dari setengah abad.

Apa yang sepatutnya berlaku ialah, bahasa asing ini digunakan untuk mendapat dan memperluaskan ilmu, dan bukannya dipaksakan ke atas semua rakyat. Ada pun mengilmukan rakyat hendaklah dengan bahasa kebangsaan dan bahasa ibunda kaum masing-masing. Firman Allah:

وَمِنْ آيَاتِهِ خَلْقُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافُ أَلْسِنَتِكُمْ وَأَلْوَانِكُمْ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِّلْعَالِمِينَ

(Dan di antara tanda-tanda (ketuhanan Allah) ialah ciptaan langit dan bumi, dan berbagai-bagai bahasa dan warna kalangan kamu. Sesungguhnya itu semua adalah menjadi dalil-dalil yang ditunjukkan kepada orang-orang yang berilmu) [ar-Rum : 22]

Islam juga mengharamkan assobiyyah. Assobiyyah bermakna taksub terhadap kaum dan bangsa sendiri walau pun berlaku zalim. Perkara ini ditegaskan oleh sabda Rasulullah S.A.W.

لَيْسَ مِنَّا مَنْ دَعَا إِلَى عَصَبِيَّةٍ، وَلَيْسَ مِنَّا مَنْ قَاتَلَ عَلَى عَصَبِيَّةٍ، وَلَيْسَ مِنَّا مَنْ مَاتَ عَلَى عَصَبِيَّةٍ» سنن أبي داود (4/ 332).

(Bukan daripada kalangan kita orang yang mengajak kepada asobiyyah, bukan daripada kalangan kita orang yang berperang diatas dasar asobiyyah dan bukan daripada kalangan kita orang mati kerana asobiyyah).

ISTIQAMAH MERUBAH KONSEP YANG SALAH

Pemisahan agama daripada urusan kehidupan manusia (way of life) dengan sistem pelajaran, pendidikan dan media maklumat adalah merupakan satu konsep ciptaan sekularisma barat yang tidak mampu menangani pekembangan ilmu sains dan teknologi yang berlaku dalam tamadun barat di waktu ini.

Dasar, sistem dan konsep pendidikan sedia ada pula masih gagal membangun insan yang sebenar, kerana membekal ilmu tanpa roh, iman dan akhlak. Semuanya kerana melaksanakan sistem pendidikan mengikut acuan sekularisme yang memisahkan ilmu daripada iman dan akhlak, dunia dan akhirat. Urusan keduniaan dipisahkan daripada agama. Pada hal Allah telah meletakkan acuannya dalam wahyu pertama kepada Rasulullah S.A.W.

اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ (1) خَلَقَ الْإِنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ (2) اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ (3) الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ (4) عَلَّمَ الْإِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ (العلق:1-4).
Bacalah dengan nama Tuhan mu yang telah menciptakan. Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah (campuran mani lelaki dan perempuan). Bacalah dengan nama Tuhan mu Yang Paling Mulia. Dia telah mengajar manusia dengan kalam (alat tulis). Dia telah mengajar manusia apa-apa yang manusia tidak tahu. [al-‘Alaq : 1- 4]

Allah Tuhan pencipta alam seluruhnya, mencipta manusia dengan sifat fitrah yang diletakkan di alam bumi dengan tugas hamba Allah yang memakmurkannya dengan rahmat dan adil. Allah juga telah menetapkan kepada manusia, acuan ilmu yang mentarbiyah mengikut fitrahnya, disertakan kemampuan dan panduan yang betul. Konsep dan sistem yang menghubungkan manusia sesama mereka dan juga dengan makhluk yang lain di alam langit dan bumi, berprinsipkan iman kepada Tuhan pencipta alam dan beriman kepada adanya hari akhirat.

Kemusnahan semua kuasa besar yang paling kaya, kuat dan maju adalah apabila terkeluar daripada acuan Allah yang dibawa oleh para Rasul a.s. Maka PAS wajib beristiqamah di atas acuan Islam, tanpa peduli sama ada orang lain percaya atau tidak.

Apa yang paling menyedihkan kita ialah, di atas sifat gagalnya kita mendalami khazanah sumber Islam yang kaya itu, maka ada di kalangan masyarakat kita beranggapan bahawa ideologi ciptaan manusia seperti komunisme, sekularisma, sosialisma, kapitalisma dan seumpamanya ini sebagai tidak bersalahan dengan panduan al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Oleh yang demikian, maka PAS mestilah menjadi benteng umat Islam dari dirosakkan oleh penularan ideologi ciptaan manusia dari bercambah dalam masyarakat kita ini.

ISTIQAMAH MEMPERJUANGKAN SYARIAT ALLAH

Ketidak stabilan politik, ekonomi dan sosial berlaku apabila adanya manusia yang berlagak Tuhan yang maha suci daripada segala kelemahan dan kekurangan. Keadaan ini berlaku apabila acuan sekularisma menjadikan kefahaman bahawa urusan dunia dipisahkan daripada agama yang meletakkan aspek kuasa Allah dan adanya kepercayaan hari akhirat dengan perhitungan dosa dan pahala.

PAS mengajak seluruh manusia dan umat Islam secara khusus supaya kembali kepada Syariat Islam yang sempurna tanpa kongkongan terhadap akal, pengalaman dan kajian ilmu kurnia Allah kepada mereka.

Islam menggalakkan kepada menggunakan akal, menuntut ilmu dan membuat kajian di seluruh pelosok bumi dan angkasa lepas, namun Allah yang memberi rahmatNya melimpah ruah terhadap manusia tidak membiarkan mereka hanyut dengan sebab kelemahan makhluk yang tetap ada pada diri mereka. Maka kitab Allah yang dibawa kepada umat ini iaitu Al Quran, adalah kurnia Allah yang wajib menjadi petunjuk yang diimani dan diamalkan. Hanya orang-orang yang beristiqamah sahaja menerima petunjuk ini. Firman Allah:

كَانَ النَّاسُ أُمَّةً وَاحِدَةً فَبَعَثَ اللّهُ النَّبِيِّينَ مُبَشِّرِينَ وَمُنذِرِينَ وَأَنزَلَ مَعَهُمُ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ لِيَحْكُمَ بَيْنَ النَّاسِ فِيمَا اخْتَلَفُواْ فِيهِ وَمَا اخْتَلَفَ فِيهِ إِلاَّ الَّذِينَ أُوتُوهُ مِن بَعْدِ مَا جَاءتْهُمُ الْبَيِّنَاتُ بَغْيًا بَيْنَهُمْ فَهَدَى اللّهُ الَّذِينَ آمَنُواْ لِمَا اخْتَلَفُواْ فِيهِ مِنَ الْحَقِّ بِإِذْنِهِ وَاللّهُ يَهْدِي مَن يَشَاء إِلَى صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ 

Manusia itu adalah umat yang satu. (Setelah timbul perselisihan), maka Allah mengutus para nabi sebagai pemberi khabar gembira dan pemberi peringatan, dan Allah menurunkan bersama mereka Kitab dengan benar, untuk memberi keputusan di antara manusia tentang perkara yang mereka perselisihkan. Tidaklah berselisih tentang Kitab itu melainkan orang yang telah didatangkan kepada mereka Kitab, iaitu setelah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang nyata, kerana dengki antara mereka sendiri. Maka Allah memberi petunjuk orang-orang yang beriman kepada kebenaran tentang hal yang mereka perselisihkan itu dengan kehendak-Nya. Dan Allah selalu memberi petunjuk orang yang dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus.

Berasaskan kepada hakikat inilah, maka PAS tetap istiqamah dalam memperjuangkan isu syariat Islam, termasuklah juga isu-isu pendidikan dalam negara kita, isu hubungan federalism yang lebih adil, pengagihan kekayaan dan sumber negara secara lebih adil, isu royalti petroleum ke negeri-negeri yang berterusan menjadi agenda penting, memupuk perpaduan kaum, dan menolak undang-undang yang bersifat zalim dan menindas. Agenda-agenda ini akan diteruskan menerusi Lajnah-Lajnah, PAS Negeri dan menerusi pembentukan jawatankuasa yang berkaitan.

ISTIQAMAH MENGISLAH EKONOMI NEGARA

Kerajaan baru sahaja mengumumkan prestasi terkini ekonomi Malaysia iaitu pertumbuhan 6.4% untuk separuh pertama tahun 2014. Namun secara keseluruhannya daya tahan ekonomi Malaysia masih belum kukuh dan mempunyai daya tahan yang sepatutnya. Ini mengambil kira hutang sektor awam yang masih tinggi dan defisit bajet negara yang masih tinggi.

Secara umumnya, PAS istiqamah untuk membangunkan sebuah sistem ekonomi berteraskan khazanah Islam yang sangat luas sehingga benar-benar dapat memobilisasi sumber-sumber kekayaan negara dengan baik dengan menggunakan ‘modal insan yang terlatih’ dan berakhlak, sehingga lahirnya kemakmuran dalam negara dan kesejahteraan rakyat.

PAS istiqomah dalam mendukungi matlamat membangunkan sebuah ‘Negara Berkebajikan’ yang bakal melahirkan suasana kemakmuran yang dikecapi oleh semua golongan rakyat. PAS sekaligus komited untuk terus berusaha membenteras kewujudan jurang kaya-miskin yang semakin melebar serta pembolotan kekayaan negara oleh segelintir manusia yang tersangat-kaya akibat dari amalan memanipulasi pasaran. Inilah yang menyebabkan tidak berlakunya persaingan sihat dan terbuka serta diparahkan lagi dengan amalan kronisme-nepotisme dan terbelenggu dengan penyakit ketirisan seperti yang laporkan oleh Laporan Ketua Audit Negara saban tahun.

PAS mendesak supaya kerajaan membatalkan pelaksanaan GST kerana eko-sistem ekonomi Malaysia dan suasana mikro/makro ekonomi Malaysia masih tidak bersedia untuk GST. PAS mahukan sistem cukai pendapatan dikaji semula kerana wujud ketidakadilan dari segi cukai yang dikenakan kepada golongan berpendapatan sederhana (middle-income) berbanding yang sangat kaya. Kesemua ini, termasuk menghentikan pemberian AP kepada kroni-kroni, pastinya mampu menjana hasil untuk negara daripada langkah GST yang membebankan semua rakyat secara langsung.

Pengumuman Perdana Menteri tentang pertumbuhan KDNK 6.4% dalam suku kedua 2014 serta pengisytiharan yang dibuat seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri bahawa pendapatan purata rakyat Malaysia telah mencecah RM5,900 sebulan adalah “propaganda angka” yang biasa sahaja dilakukan kerajaan BN. Apakah makna angka-angka ini kepada rakyat teramai?

Kepada rakyat teramai, mereka mahu tahu mengapa negeri-negeri seperti Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan, adalah negeri-negeri termiskin di Persekutuan Malaysia, sedangkan negeri inilah yang paling kaya di segi hasil minyak dan dan gas serta kayu-kayan dan logam? Mereka tak mahu tahu tentang angka yang tidak ada erti dengan kehidupan mereka yang terbeban dengan kos saran hidup yang tinggi dan bakal di ’Gasak Sampai Tumbang’ oleh GST tahun depan?

PAS mahu Kerajaan bertanggungjawab terhadap menguruskan kekayaan negara supaya tidak berulang tadbir-urus yang memalukan seperti ditunjukkan oleh syarikat penerbangan negara kita, MAS, yang pernah menjadi kebanggaan rakyat dan menggondol pelbagai pingat dan anugerah. Jumlah hutang MAS berada pada tahap RM10 bilion kepada bank-bank tempatan dan RM2.5 bilion kepada Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) dalam bentuk sukuk.

Kita sama-sama lihat bagaimana kerajaan yang memiliki MAS pada masa itu telah memberikan kontrak yang sangat tidak adil seperti kontrak selama 25 tahun bernilai RM6.25 bilion yang antaranya mengenakan harga RM45 sebungkus nasi lemak, sebagai paling tidak wajar dan ‘zalim’ kepada rakyat untuk diteruskan. Inilah antara gaya tadbir-urus pemerintahan UMNO-BN yang menjahanamkan aset-aset negara dan membawa kerosakan dan kemungkaran dalam ekonomi dan pembangunan.

Secara keseluruhannya dan prinsipnya, adakah kerajaan BN sendiri sebenarnya tidak yakin kepada ekonomi berkat dengan sifat takwa iaitu meninggalkan yang haram dan amalan haram seperti rasuah, dan salah laku dan boros? Firman Allah SWT:

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى آمَنُواْ وَاتَّقَواْ لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاء وَالأَرْضِ وَلَـكِن كَذَّبُواْ فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُواْ يَكْسِبُونَ

Jika sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya [al-A’araf 96]

SERUAN KEPADA DEWAN-DEWAN DAN PAS NEGERI

Muktamar kali ini pula dilangsungkan setelah kita bermuktamar kurang dari setahun yang lalu, maka tentulah masih ada aspek tertentu dari muktamar lalu yang perlu dilihat-laksanakan kembali. Antaranya ialah pemantapan gerakerja Dewan Himpunan beserta dengan pembinaan modul-modul latihan yang bersesuaian untuk melahirkan ahli Dewan Himpunan (DHPP) yang mampu bergerak dengan lebih baik lagi sebagai satu dari sayap parti yang penting, menjadi jambatan atau pintu yang menghubungkan rahmat Islam perjuangan PAS kepada kaum bukan Islam. DHPP ini juga wajar dikembangkan ke setiap negeri, di mana peranan mereka dibina dan diperkuatkan oleh Badan Perhubungan PAS Negeri sendiri.

Kita juga telah bersetuju supaya semua PAS Negeri mesti berterusan mendekati medan baharu dalam masyarakat, dan mempunyai sekurang-kurangnya 50% program di kalangan ahli baharu atau masyarakat awam di luar lingkungan ahli jamaah. Penentuan petunjuk prestasi perlu dibangunkan, sebagai sasaran kerja yang lebih terarah.

Dewan-Dewan pula yang menjadi benteng perjuangan kita, wajar dibajai dengan persiapan diri dengan pengetahuan dan pengalaman yang mendalam sebelum turun ke medan memimpin masyarakat, dengan lebih memahami realiti politik semasa dalam masyarakat berbagai lapisan yang ada ini. Peluang kemenangan yang dilihat seperti hampir dan cabaran baru di era alam maya juga memerlukan ulama, pemuda dan muslimat untuk menguruskan cabaran tersebut secara berhemah dan berstrategi. Tarbiyah ulama, pemuda dan muslimat pula perlu dinamik, bukan hanya untuk melahirkan pemimpin parti yang murni fikrah perjuangannya tetapi juga untuk membentuk pemimpin masyarakat dan negara yang mempunyai sakhsiah, keterampilan yang tinggi dan mampu merungkai persoalan-persoalan besar yang mewarnai kehidupan bernegara.

ISTIQAMAH UNTUK MEMBAWA KEBAIKAN MENERUSI MEDIA BARU

Kebelakangan ini, PAS bukan sahaja diserang bertubi-tubi oleh media arus perdana yang masuk ke dalam setiap buah rumah sehingga mewujudkan situasi tidak seimbang di kalangan rakyat. Malah serangan dikalangan ahli-ahli PAS sendiri lebih teruk lagi menggunakan media sosial terutama FB, Twitter dan sebagainya sekarang ini sendiri seolah-olah mereka yang terlibat dalam perang siber ini sudah hilang punca. Firman Allah SWT:

أَلَمْ تَرَوْا أَنَّ اللَّهَ سَخَّرَ لَكُم مَّا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ وَأَسْبَغَ عَلَيْكُمْ نِعَمَهُ ظَاهِرَةً وَبَاطِنَةً وَمِنَ النَّاسِ مَن يُجَادِلُ فِي اللَّهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ وَلَا هُدًى وَلَا كِتَابٍ مُّنِيرٍ

Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah mempermudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada dilangit dan apa yang ada dibumi, dan telah melimpahlan kepada kami nikmat-nikmat-Nya yang zahin dan batin. [Luqman : 20]

Media baru dalam dunia tanpa sempadan ini sepatutnya dimanfaatkan untuk tujuan dakwah dan tarbiyah bagi memperbetulkan manusia dan mengembalikan manusia ke jalan yang benar. Saya bersetuju dengan saranan Lajnah IT, Komunikasi dan Multimedia yang menyarankan tiga langkah jangka panjang yang boleh dijadikan polisi dan garis panduan dalam memanfaatkan komunikasi dan sebaran maklumat secara pantas melalui media baru ini agar lebih bertanggungjawab dan berhikmah iaitu:

- Tanggungjawab kepimpinan dalam memanfaatkan ICT dan Media Baru di mana kepimpinan dan ahli-ahli PAS perlulah memikul amanah dan bertanggungjawab dengan apa jua maklumat yang berpunca dari diri mereka.

- Memanfaatkan Laman Web dan Media Sosial rasmi PAS untuk sebaran maklumat rasmi organisasi dengan lebih bertanggungjawab, terurus dan mengandungi mesej dakwah dan kebenaran melalui proses penyebaran yang selamat.

- Sentiasa memantau saluran media baru seperti blog dan media sosial demi mengurangkan mafsadah dan fitnah agar kandungannya menguntungkan perjuangan Islam itu sendiri.

Media organ parti seperti Harakah dan Harakahdaily perlu dikembangkan kandungan dan capaiannya dari masa ke semasa terutamanya dalam menghadapi fenomena ledakan maklumat perang siber sekarang ini. Kerjasama pintar bersama dengan agensi media swasta dari rakan-rakan gerakan Islam yang lain diperingkat antarabangsa perlulah dimulakan.

Seperti yang ditegaskan dalam muktamar-muktamar sebelum ini, media parti seperti Harakah, Harakahdaily dan radio internet hijau.fm, mestilah berusaha membentuk fikrah dan menyampaikan maklumat berdasarkan acuan parti yang telah distrategikan bagi disampaikannya kepada rakyat yang menjadi pengundi senyap dalam pilihan raya bagi meghadapi PRU ke-14 nanti. Kita juga jangan sekali-kali terpengaruh dengan pendekatan sensasi-songsang yang bertujuan melariskan jualan semata-mata tanpa memikirkan hukum-hakam dalam melaporkan sebarang berita.

Marilah kita memahami peringatan yang dinyatakan oleh Allah SWT dengan firmanNya :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَأٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. [al-Hujurat :6]

LUAR NEGARA YANG BERGOLAK: ISTIQAMAH DALAM PERANAN KITA

PAS amat tersentuh dengan apa yang berlaku di bumi Gaza. Serangan demi serangan serta pencerobohan tentera Zionis ke atas bumi suci ini yang menggunakan segala kelengkapan tentera telah mencabul segala batasan undang-undang antarabangsa, melanggar hak asasi kemanusiaan serta merupakan satu jenayah perang yang besar.

Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Gerakan Muqawamah di Gaza yang telah berjaya dengan kentalnya berhadapan dengan kekejaman tentera Zionis yang menyerang bumi Gaza selama hampir 2 bulan. Mereka telah berjuang dengan pengorbanan darah dan nyawa demi mempertahankan bumi suci ini.

Sekali lagi saya ingin merakamkan sokongan padu PAS terhadap intifadhah yang di terajui oleh Harakah Muqawammah (Hamas) di bumi suci Palestin. PAS mengutuk sikap ‘double standard’ Kuasa Barat yang mempertahankan segala tindakan zalim dan dan tidak bertamaddun ini kononnya atas dasar ‘memerangi keganasan’. Bagi PAS, isu bumi Palestin serta pembebasan Masjid Al-Aqsa kekal menjadi agenda terpenting di peringkat antarabangsa.

PAS amat tersentuh dengan apa yang berlaku di bumi Syria, Iraq, Libya dan Mesir. Pertumpahan berdarah yang sedang berlaku di Syria mesti dihentikan segera. Apa yang kita sedang lihat adalah amat trajis dan memilukan. Kini lebih 200,000 orang rakyat Syria yang kebanyakannya rakyat awam yang terbunuh dan lebih dari 4 juta rakyatnya terpaksa menjadi pelarian di negara-negara jiran.

Lebih parah lagi kini dunia Islam dikejutkan dengan kemunculan kumpulan yang dinamakan ISIL (ISLAMIC STATE OF IRAQ and SYRIA) dan kumpulan yang bertindak secara melampau tanpa memahami fiqh-jihad. Mereka berperang sesama sendiri sehinggakan dianggarkan lebih 3000 yang dikaitkan dengan pejuang mujahidin terbunuh akibat pertempuran sesama sendiri.

Saya ingin tegaskan sekali lagi, PAS tidak mahu dan tidak akan membenarkan ahlinya terlibat dengan mana-mana kumpulan yang bertindak ganas melangkaui fiqh-jihad, malah bercanggah dengan etika berperang dalam Islam.

Campurtangan asing juga tidak boleh sekali-kali dibenarkan di bumi umat Islam. Biarlah rakyat Syria sendiri yang menentukan masa depan negara mereka tanpa sebarang campurtangan asing. Yang pasti rejim kejam Bashar Al-Assad mesti diturunkan segera. Bagi rakyat di Mesir dan Iraq pula, biarlah rakyat mereka di negara masing-masing menentukan masa depan negara mereka tanpa sebarang campurtangan Kuasa Barat yang cuba memporak-perandakan negara-negara ini.

PAS juga amat prihatin terhadap nasib umat Islam di rantau ini iaitu di Bangladesh dan Myanmar. Umat Islam di kedua-dua negara yang bergolak ini terus dibebani dengan konflik yang tidak nampak jalan penyelesaiannya. Di Bangladesh, pertumpahan berdarah masih berterusan sehingga sekarang. Begitu juga di Myanmar. Penduduk minoriti Rohingya telah di halau dari bumi mereka sendiri dengan berlakunya pembantaian umat Islam dengan membakar perkampungan mereka, sekolah-sekolah serta masjid-masjid yang mengakibatkan beribu-ribu umat Islam Rohingya kini menjadi pelarian.

PAS ingin membuat seruan terbuka kepada kedua-dua negara jiran kita agar kekejaman ini di hentikan segera. Saya ingin menegaskan bahawa PAS sentiasa mencari jalan bagi membantu saudara-saudara kita di Bangladesh, Myanmar, Kashmir dan Selatan Thai.

PAS juga mendesak kepimpinan negara umat Islam supaya sedar dari tidur mereka, tidak mementingkan tampuk kuasa dan kedudukan sehingga menyebabkan badan dunia Islam seperti OIC, dan badan dunia yang lain seperti PBB, ASEAN, NAM hanya sekadar menjadi pemerhati ketika mana umat Islam diusir dan dizalimi di serata dunia.

SERUAN

Maka muktamar kali yang ke 60 ini pula, sebagai kesimpulan, kita akan memfokuskan kepada tiga aspek hala tuju pemantapan, iaitu:

(1) Organisasi parti – istiqamah terhadap dasar perjuangan PAS, merapatkan ukhuwwah dan saf, memperkukuhkan organisasi, memperbaiki akhlak berjamaah, memahami persoalan fiqhu-tho’at, memperkemaskan gerakerja, memberdayakan tarbiyah dan aktiviti dakwah di medan baharu;

(2) PAS dalam negara – istiqamah PAS terhadap melakukan perubahan dalam negara ke arah negara yang lebih baik, menentang amalan rasuah – ketirisan – penyelewengan, istiqamah terhadap peranan PAS dalam masyarakat, istiqamah untuk membetulkan salah faham terhadap Islam, menyedarkan masyarakat kepada kehidupan beragama di mana Islam adalah sebagai cara hidup, menekuni hubungan kaum dan agama yang lebih aman dan adil;

(3) PAS di luar negara – istiqamah PAS untuk memainkan peranan yang lebih pro-aktif dalam urusan dunia antara bangsa yang lebih aman dan adil.

PENUTUP

Akhirnya, marilah sama-sama kita perteguhkan jamaah, perkukuhkan saf perjuangan, perkemaskan fikrah, dan mantapkan keyakinan kita kepada janji Allah S.W.T. kepada sesiapa yang berjuang di jalan Nya, yang berbeza dengan yang tidak berjuang, sebagaimana yang dinyatakan dalam firman Allah SWT:

أَمْ حَسِبْتُمْ أَن تَدْخُلُواْ الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَعْلَمِ اللّهُ الَّذِينَ جَاهَدُواْ مِنكُمْ وَيَعْلَمَ الصَّابِرِينَ (3:142)

“Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antaramu, dan belum nyata orang-orang yang sabar”. [al-Imran : 142]

Akhirnya, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan penghargaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pengerusi, Pengarah dan Jawatankuasa Panitia Muktamar, Badan Perhubungan PAS Johor, Petugas-petugas, anggota Jabatan Amal dan semua pihak yang menjayakan Muktamar ke-60 ini. Mudah-mudahan segala amal ini mendapat ganjaran pahala di sisi Allah s.w.t.

Saya RASMIKAN Muktamar PAS kali ke-60 ini dengan menyebut sabda Rasulullah S.A.W. :
سيروا على بركة الله .
وآخر دعوانا أن الحمدلله رب ا لعالمين .
الله أكبر , الله أكبر , الله أكبر , ولله الحمد .


Sumber HD - 19-9-2014

Kaedah Presiden PAS urus konflik dalaman parti

AZIZ MUDA | .

KUALA LUMPUR: "Lebih mematangkan parti dan menapis siapa yang jujur dan yang tak jujur dengan parti.

"Walaupun perkara itu dalam ilmu Allah, Allah yang menentukan siapa yang benar-benar ikhlas dan siapa yang tidak ikhlas," tegas Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Beliau menyatakan demikian apabila diminta menyatakan bagaimana pandangan beliau selaku presiden parti mengenai krisis dalaman PAS sekarang.

Tuan Guru yang juga Ahli Parlimen Marang turut mengulas kemelut Menteri Besar Selangor, cabaran getir dan pencapaian manis PAS, tahaluf siyasi dalam Pakatan Rakyat, mengapa Muktamar PAS ke-60 diadakan di Johor dan lain-lain.

Berikut ialah petikan jawaban beliau.

Setiap organisasi terutama organisasi besar seperti PAS tidak akan terlepas dengan pelbagai krisis dalamannya sendiri. Ini lebih ketara kebelakangan ini ekoran krisis Menteri Besar Selangor, sehingga terdapat pelbagai pandangan termasuk yang negatif dan positif berhubung dengannya. Bagaimana pandangan Tok Guru selaku Presiden parti mengenai krisis dalaman PAS sekarang. Adakah ia akan lebih mematangkan PAS sendiri atau sebaliknya?

Tuan Guru: Lebih mematangkan parti dan menapis siapa yang jujur dan yang tak jujur dengan parti.

Walaupun perkara itu dalam ilmu Allah, Allah yang menentukan siapa yang benar-benar ikhlas dan siapa yang tidak ikhlas.

Tok Guru sebagai Presiden parti pasti mempunyai kemahiran yang tersendiri dalam menguruskan pelbagai krisis. Apakah kaedah yang digunakan oleh Tok Guru dalam mengurus krisis atau konflik dalaman parti dan bersama parti-parti lain yang terlibat dengan PAS.

Yang paling besar, perlembagaan parti kita sangat kukuh. Al-Quran, Hadis, Ijmak Ulama dan Qiyas, di mana sifat kesabaran kita dan kebijaksanaan kita dipandu oleh petunjuk Islam. Ini yang paling menyelamatkan kita. Dengan sebab itu dalam semua krisis di sepanjang zaman, PAS tetap selamat, mereka yang tidak istiqamah tidak selamat, sama ada dia dipecat dari parti atau pun dia akan terkeluar dengan sendiri, tidak mengira sama ada dia Presiden parti atau pun ahli biasa. Pernah Presiden parti keluar parti, pernah dipecat, bukan sahaja ahli biasa yang dipecat, dalam keadaan PAS terus teguh dan kuat. Yang penting mereka istiqamah dengan perjuangan. Siapa yang istiqamah, dia selamat, yang tak istiqamah walaupun siapapun dia tidak selamat.

Apa saranan Tok Guru kepada seluruh kepimpinan dan ahli-ahli parti, baik yang membabitkan Muktamar Tahunan PAS ke-60 pada 18 hingga 20 September nanti dan selepas muktamar.

Yang penting bagi kita ialah keimanan dan keikhlasan kita kepada Islam yang kita perjuangkan, Tuhan yang kita abdikan diri kepadanya, rakyat yang kita bela, ahli yang kita pimpin. Seterusnya matangkan kebijaksanaan kita dengan ilmu dan pengalaman, yang perlu dilakukan muhasabah dari semasa ke semasa.

IKUTI WAWANCARA PENUH DALAM AKHBAR HARAKAH EDISI JUMAAT INI.

DS TG HAHA - 
http://www.youtube.com/watch?v=SS5EBbarsBc&index=4&list=UUFznwgrJ0SorgTbQlpOKOaQ

Sumber HD - 17-9-2014































































































































































































Isu MB: Petikan penjelasan Presiden PAS

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Berikut adalah antara petikan ucapan dan jawapan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berhubung isu calon Menteri Besar Selangor ketika pada majlis dialog di Dewan Tok Guru di Rusila, Terengganu semalam.

1. Kuasa Presiden PAS dalam perlembagaan parti

Soalan yang pertama yang mengatakan bahawa pemimpin dimintak hantar dua nama, itu tak betul. Dia minta hantar lebih daripada dua nama. Itu surat daripada istana. Surat tu ditujukan kepada ketua-ketua parti, tak ditujukan kepada ahli-ahli jawatankuasa. Bermakna ketua-ketua parti yang berhak untuk sign (tandatangan) surat tu. Orang lain daripada ketua parti tak boleh tandatangan surat ni. Hebat jugak ni, laku tandatangan ni.

Lepas tu, yang keduanya, budi bicara. Kita dalam parti PAS ni sejak dulu, mengikut perlembagaan, Perlembagaan PAS mengatakan Presiden ada hak dia untuk membuat keputusan dalam beberapa perkara yang berkait dengan parti dan ahli-ahli parti, Timbalan, Naib-Naib, ini dia kena dukung keputusan yang dibuat oleh Presiden. Ini perlembagaan parti, mengatakan demikian. Dengan sebab itu, suka nak disebut di sini bahawa sepanjang kita memerintah tahun 1959, memerintah Terengganu dengan Kelantan, terus sampai tahun 1978, sejak saya ikuti dalam Jawatankuasa PAS Pusat dalam tahun 1978, di mana perlantikan Menteri Besar ni tak dirujuk kepada Jawatankuasa PAS Pusat.

Presiden parti yang buat keputusan, beberapa orang. Termasuklah bila kita menang di Kelantan tahun 1990, di mana Ustaz Fadzil telefon kat saya, telefon kepada Setiausaha Agung, setuju nak lantik Tok Guru Nik Aziz jadi Menteri Besar, kita lantik terus, hantar surat, Ustaz Fadzil pun sign, Presiden yang sign surat tu, tak perlu rujuk kepada Jawatankuasa PAS Pusat. Begitulah bila kita menang tahun 1995 tahun 1999, menang Terengganu, tak dibuat Mesyuarat (Jawatankuasa PAS) Pusat. Ini diberi kepada pimpinan-pimpinan utama untuk membuat keputusan kerana kita kena sedar memerlukan masa yang cepat.”

2. Sebab kenapa hantar tiga nama

Mengapa PAS hantar tiga nama sedangkan keputusan mesyuarat suruh hantar satu nama? Keputusan mesyuarat suruh hantar satu nama, PAS mintak nak hantar dua nama, tak boleh, kena hantar satu nama jugak, nak paksa PAS. Kalau hantar satu nama, Sultan nak pilih macam mana, satu saja nak suruh Sultan pilih, hantar satu nama, nak pilih macam mana?

Kemudian kita terima surat daripada istana. Istana tulis surat kepada saya, semua parti hendaklah menghantar lebih daripada dua nama. Sultan suruh hantar lebih daripada dua nama, bila suruh hantar lebih daripada dua nama, lebih daripada dua nama ni berapa? Tiga, empat, lima, enam, tujuh, lapan, sembilan, sepuluh, boleh hantar berapa banyak. Kalau kita gi hantar satu nama dua nama, Tuanku tulis surat suruh hantar lebih daripada dua nama, orang kata kita tak reti bahasa.

Surat suruh hantar lebih daripada dua nama, itu surat daripada istana, suruh hantar lebih daripada dua nama, kita kena hantar lebih daripada dualah. Jadi PAS reti, orang lain terpulang kepada dia nak hantar satu dua pun. Jadi orang PAS ni nak suruh pemimpin bodohkah? Orang suruh hantar lebih daripada dua, pergi hantar satu nama? Kita pemimpin PAS tak sampai ke tangga tu.

3. Tolak calon MB bukan sebab perempuan

Kemudian perlantikan perempuan sebagai Menteri Besar, adakah sebab ini. Dia nak lantik pemimpin ini banyak syarat-syarat dia. Antaranya pemimpin itu sendiri mesti ada kebolehan, kelayakannya untuk jadi pemimpin. Kalau daripada awal lagi dia tidak ada kebolehan untuk jawab soalan di Parlimen, untuk soal di Parlimen, soal dalam Dewan Negeri, nak berdialog dengan lawan dalam Dewan Negeri pun tak boleh, macam mana nak jadi pemimpin? Ini tak boleh.

Jadi syarat-syarat ni dah tak lepas, bila tak lepas syarat ni maka tak boleh jadi pemimpin, bukan dengan sebab perempuan dengan sebab lelaki... Jadi, yang sebenarnya, sebab kita tolak calon di Selangor tu kerana tak layak daripada awal-awal lagi, bukan dengan sebab dia perempuan, bukan dengan sebab itu. Tak boleh, tak mampu untuk mengendalikan pemerintahan Kerajaan Negeri Selangor. Ini memerlukan seorang yang kuat untuk jaga Negeri Selangor. Itu yang sebenarnya. Bukan dengan sebab dia perempuan.

4. Dukung konsep raja berpelembagaan

Kita kena berpegang bahawa Pakatan Rakyat berpijak di atas asas-asas yang termaktub di dalam Perlembagaan (Persekutuan). Yang pertama, mendukung demokrasi. Yang kedua, memegang konsep dan prinsip Islam agama Persekutuan. Yang ketiga ialah raja berperlembagaan. Bukan saja dilihat Islamnya, termasuk raja berperlembagaan.

Kita tak boleh buat raja macam tunggul kayu, tidak boleh, peranan raja ada. Tapi ada kalangan puak-puak kita ni nak buat raja macam tunggul kayu, itu tidak boleh, tak boleh, tak izin sekali-kali. Kita tak boleh letak raja ni, huduh macam mana pun, nak buat dia macam tunggul kayu tak boleh, tidak boleh, ini mesti ada peranan dia. Bukan kerana saya fanatik, taksub, tidak. Akhlak kena begitu, terutamanya akhlak kita orang Melayu sebagai orang Islam. Ini kita kena faham.

5. TSKI dipanggil mengadap panel Majlis Pakatan Rakyat

Diputuskan supaya Menteri Besar Selangor dihadapkan ke dalam panel Majlis Pakatan Rakyat, Majlis Presiden, dibuat malam Jumaat. Saya kata, hari Jumaat saya mengajar. Nak buat malam Jumaat susah, hari Jumaat saya mengajar. Saya baru balik daripada luar negara, baru lagi tinggal kuliah Jumaat pah tu nak tinggal pulak, ini susah.

Saya terpaksa pergi ke Kuala Lumpur untuk menjadi ahli panel yang sama, PAS tiga orang, DAP tiga orang, PKR tiga orang. Jadi wakil untuk berdepan dengan Tan Sri Khalid, Menteri Besar Selangor. Daripada PAS Datuk Mustafa Ali, Salahudin Ayub, Naib Presiden (dan) saya. Daripada PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Saifuddin Nasution (dan) Rafizi. Daripada DAP Lim Kit Siang, Tony Pua (dan) Anthony Loke. Berdepan dengan Tan Sri Khalid.

Dikemukakan soalan-soalan dan beliau jawab soalan-soalan itu. Semua soalan dijawab dan beliau lepas jawab. Jawapan dia lepas. Sehingga tak ada hujah bagi pihak yang menyoal dia. Semua yang hadir bersetuju dengan jawapan-jawapan dia. Didapati dia perlu dibantu untuk menyelesaikan masalah Selangor, itu keputusannya.

6. Tubuh parti baru

Penubuhan parti baru, ini perkara biasa. Dalam negara demokrasi berparlimen, siapa-siapa dia nak tubuh parti, sila tubuh. Jadi mereka yang berlainan pendapat dalam PAS ni, dia berasa nak tubuh parti, sila.

Baik dia keluar dia tubuh parti dia sendiri, senang. Tak payah duduk di dalam. Di dalam kalau ada nyamuk seekor tak nyenyak tidur juga kita pun. Itu dia, senang. Nak tubuh parti, sila.

- HARAKAHDAILY 7/9/2014

Sumber HD - 7-9-2014































































































































































































Orang baru kenal PAS rasa isu Selangor sudah berat

HARAKAHDAILY | .


MARANG: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan mereka yang baru mengenali dan menyertai PAS merasakan gelombang yang berlaku kini sangat teruk.

“Kepada mereka (ahli) yang baru menyertai PAS merasakan gelombang yang berlaku sehari dua ini sangat teruk sehingga ada yang ‘mabuk laut’ dan pening,” ujarnya ketika berucap pada majlis Dailog dan Penjelasan Isu Terkini Bersama Presiden PAS di Dewan Tok Guru, Rusila petang semalam. (Video)

Beliau berkata, apa yang berlaku sehari dua ini adalah sedikit sangat tetapi kepada mereka yang baru hendak belajar politik merasakannya sudah berat.

Jelas Ahli Parlimen Marang itu lagi, kemelut yang berlaku di Selangor bukan masalah PAS.

"Masalah yang dibuat oleh rakan kita, yang kita terpaksa menolong memikulnya.

“Kita telah membuat keputusan untuk menyerahkan kerajaan negeri Selangor kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR). Rakan kita dalam Pakatan Rakyat dan telah berjaya memerintah satu penggal, kerajaan yang bersih hingga tidak ada ruang bagi kerajaan pusat untuk menghentam kerana tidak ada kesilapan dan kesalahan,” jelasnya pada majlis yang dianjurkan PAS Negeri Terengganu itu.

Justeru, beliau mengingatkan ahli PAS berwaspada dengan ‘gelombang’ politik yang sedang berlaku dalam kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor agar tidak mengambil tindakan ‘bodoh’ dan merosakkan ‘bahtera PAS’. - HARAKAHDAILY 6/9/2014

Sumber HD - 6-9-2014































































































































































































Nak tubuh parti baru, sila - Presiden PAS

HARAKAHDAILY | .

MARANG: Penubuhan parti baru dalam negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen adalah perkara biasa, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.


"Penubuhan parti baru, ini perkara biasa dalam negara demokrasi berparlimen, siapa-siapa yang nak tubuh parti, sila tubuh," ujarnya ketika menjawab pertanyaan pada Majlis Dailog dan Penjelasan Isu Terkini Bersama Presiden PAS di Dewan Tok Guru Rusila, di sini semalam

Selanjutnya Ahli Parlimen Marang itu mempersilakan mereka yang berlainan pendapat di dalam PAS yang mahu menubuhkan parti sendiri.

"Jadi mereka yang berlainan pendapat dalam PAS ni, dia nak tubuh parti sila, baik dia keluar dia tubuh parti sendiri, senang tak payah duduk dalam," ujarnya disambut dengan laungan takbir.

Dalam nada berseloroh, katanya jika ada seekor nyamuk menyebabkan tidak lena tidur.

"Kalau duduk dalam, kalau ada nyamuk seekor tak jenera (lena) tidur kita pun, itu dia, senang nak tubuh parti, sila.

"Saya tak tahu, surat khabar tanya, ni saya tak baca berita ni," jelasnya di hadapan kira-kira 1,000 hadirin. (Foto bawah oleh Buletin Online) - HARAKAHDAILY 6/9/2014





Sumber HD - 6-9-2014































































































































































































YB DSTG HAHA - Penjelasan Isu MB Selangor:

Bah 1 - http://www.youtube.com/watch?v=Gg_Mkefe-d0

Media usah ‘serkap jarang’ - Presiden PAS

KHAIRUL AZLAM MOHAMAD | .

MARANG: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang enggan mendedahkan senarai nama calon bakal MenterI Besar Selangor yang telah dihantar oleh parti itu kepada pihak Istana, 3 September lalu.

Justeru, beliau turut menasihatkan kepada pihak media agar tidak membuat spekulasi serta ‘serkap jarang’ terhadap nama-nama yang diserahkannya itu. (Orang ramai beratur untuk bersalaman dengan Abdul Hadi Awang selepas kuliah mingguan pagi Jumaat di Masjid Rusila, Marang.)

Hal ini kerana, kata Datuk Seri Abdul Hadi setelah senarai nama calon Menteri Besar yang diminta oleh pihak Istana dihantar menjadi hak Sultan Selangor mengumumkannya.

“Saya berpegang kepada prinsip dan konsep Perlembagaan iaitu Raja Berperlembagaan. Saya tak boleh beritahu, tak boleh mendahului Istana.

“Itu (spekulasi) saya tidak mahu serkap jarang. Saya tidak mahu bagi media serkap jarang, setelah saya serah kepada Istana dan Istana ‘berpijak’ di atas konsep Raja Berperlembagaan,”ujarnya ketika ditemui pihak media selepas menyampaikan kuliah pagi Jumaat di Masjid Rusila, Marang hari ini.

Abdul Hadi diasak oleh pihak media agar PAS mendedahkan senarai nama calon MB Selangor yang baharu serta tidak mencalonkan nama Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.

“Itu (nama calon) saya tak boleh sebut… takboleh sebut. Ini setelah saya serah kepada Sultan (Sharafuddin Idris Shah) saya tak boleh lagi sebut apa-apa,” jelasnya.

Malah, kata beliau, PAS tidak pernah tunduk atau mengalah kepada mana-mana parti tetapi berpegang teguh dengan kesepakatan dalam konvensyen Pakatan Rakyat.

“Tidakmengalah, kita (PAS) berpegang kepada konvensyen Pakatan Rakyat yang meletakkan Islam agama Persekutuan, Raja Perperlembagaan. Itu dalam Pakatan Rakyat,” tegasnya.

Presiden PAS itu turut ditanya tentang spekulasi penubuhan sebuah parti baharu ‘pecahan’ PAS yang dinamakan Parti Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma), adakah bakal memberi saingan kepada parti.

Kata Abdul Hadi, beliau tidak tahu menahu mengenai penubuhan parti Pasma itu tetapi tidak menjadi masalah dalam negara demokrasi.

“Negara kita (ini) demokrasi dan pernah dulu parti Islah dan sebagainya pernah ditubuhkan itu biasalah dalam negara demokrasi,” jelasnya.

Isu kontroversi jawatan Menteri Besar Selangor kembali ‘hangat’ setelah tarikh senarai nama calon yang diminta oleh pihak Istana Selangor daripada Pakatan Rakyat terdiri parti PKR, DAP dan PAS berakhir pada 3 September lalu.

Sebelum itu, PAS tetap dengan keputusan bersama Majlis Pakatan Rakyat bahawa jawatan MB Selangor tersebut diserahkan kepada Parti KeADILan Rakyat.

Yang berikut adalah transkrip penuh temubual ringkas Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersama pihak media kurang dari tiga minit itu.

Soalan (S): Sekarang ini, PAS telah hantar tiga nama yang ditandatangani oleh Datuk Seri (Abdul Hadi) sendiri. Jadi, Datuk Seri nak sahkan?

Jawapan (J): Saya mengikut budi bicara Presiden PAS sejak tahun 1959, saya ikut Presiden PAS dulu yang pernah memerintah Terengganu, Kelantan. Pernah memerintah Kedah dan pernah memerintah Terengganu lagi. Pernah kita (PAS) sendiri. Pernah dalam BarisanNasional (BN). Pernah Pakatan Rakyat, Dr Burhanuddin, Dr Asri dan zaman Almarhum Ustaz Mohd Fadzil Noor. Saya ikut budi bicara Presiden PAS ini. Saya berpegang kepada prinsip dan konsep Perlembagaan iaitu “Raja Berperlembagaan”.

S: Tiga orang yang dicalonkan oleh PAS (jawatan MB) itu boleh…
J: Saya tak boleh beritahu, tak boleh mendahului Istana.
S: Yang (dikatakan) seorang dari PAS dan dua PKR itu?
J: Itu, kita (PAS) serah kepada Istana… itu sahaja.
S: Tapi Datuk Seri, sumber yang sebelum ini memang telah dinafikan tapi yang pastinya antara tiga daripada nama itu memang tidak ada Datin Seri Wan Azizah?
J: Itu saya tidak mahu serkap jarang. Saya tidak mahu bagi media serkap jarang, setelah saya serah kepada Istana dan Istana ‘berpijak’ diatas konsep Raja Berperlembagaan.
S: Datuk Seri, adakah keputusan ini pendirian PAS sendiri atau menggambarkan PAS telah mengalah kepada parti lain?
J: Tidak mengalah, kita (PAS) berpegang kepada konvensyen Pakatan Rakyat yang meletakkan Islam agama Persekutuan, Raja Perperlembagaan. Itu dalamPakatan Rakyat.
S: Datuk Seri, satu lagi ini ada penubuhan parti baru iaitu Parti Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) dan ‘top leader’ ialah Fakhrolrazi… macam mana tu?
J: Saya tak tahu… saya tak tahu tu.
S: Adakah ini boleh memberi saingan kepada PAS?
J: Negara kita demokrasi dan pernah dulu parti Islah, parti suara Islam dan sebagainya pernah ditubuhkan itu biasalah dalam negara demokrasi.
S: Jadi Datuk Seri, memang benarlah tidak ada nama Datin Seri Wan Azizah yang dihantar ke Istana?
J: Itu saya tak boleh sebut… tak boleh sebut. Ini setelah saya serah kepada Sultan (SharafuddinIdris Shah) saya tak boleh lagi sebut apa-apa.
S: Terima kasih, Datuk Seri (Abdul Hadi). – HARAKAHDAILY 5/9/2014

Sumber HD - 5-9-2014































































































































































































Jangan anggap PAS sama dengan parti lain

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan ahli-ahli PAS supaya jangan menganggap parti itu sama dengan parti yang lain.


Ini, katanya kerana ada dalam kalangan mereka yang menganggap bahawa PAS sama dengan PKR dan DAP.

"Kita dalam jamaah kita yang benar, yang betul, tegak Islam yang sempurna. Jangan anggap serupa, ini tak betul, tak sama," tegasnya ketika merasmikan Nadwah Pemerkasaan Duat (NEKAD) anjuran Lajnah Dakwah PAS Pusat di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) Taman Melewar, pagi ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang mengingatkan para pendakwah supaya sentiasa ikhlas dalam melaksanakan tugas termasuk pungutan derma.

Justeru, tegasnya para pendakwah jangan berbohong dan menipu dengan pungutan derma.

"Pendakwah jangan bohong, penipu, pungut derma jangan salah guna untuk diri, bukan untuk Islam," ujar beliau di hadapan kira-kira 1,000 peserta.

Jelasnya, duit hendaklah dijalankan alat dalam berdakwah, bukannya matlamat.

Beliau menekankan bahawa pendakwah perlu mempunyai sifat bijaksana dan jangan menjadi pendakwah yang bodoh.

Sebanyak tiga kertas kerja dibentangkan iaitu Duat: Mengangkat Izzah Islam dan Jamaah oleh AJK PAS Pusat, Dr Zuhdi Marzuki dan AJK Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Dr Azhar Yaacob, Duat: Membugar Fikrah dan Menyebar Risalah oleh Ketua Penerangan DUPP, Datuk Dr Khairudin Aman Razali at-Takiri dan Duat: Mendepani Cabaran Perang Cyber oleh Timbalan Pengerusi 1 Lajnah Dakwah PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi.

Pidato Am bertajuk Duat: Agen Jamaah akan disampaikan oleh AJK PAS Pusat merangkap Timbalan Pengerusi 4 Lajnah Dakwah PAS Pusat, Dr Ridhuan Mohd Nor dan AJK DUPP merangkap Ketua DUPN Pahang, Ustaz Mokhtar Senik.

Naib Presiden PAS merangkap Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man akan merasmikan majlis penutup pada jam 5.00 petang. - HARAKAHDAILY 1/9/2014





















Sumber HD - 1-9-2014































































































































































































Perutusan Kemerdekaan

ABDUL HADI AWANG | .


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Kemerdekaan adalah suatu nikmat yang didambakan oleh setiap insan di dunia ini. Perhambaan pula adalah azab yang paling menyakitkan. Justeru itu, Islam mengarahkan agar setiap manusia hidup dalam keadaan merdeka.

Kemerdekaan yang sebenar ialah seperti apa yang pernah diucapkan oleh Rub'I bin 'Amir kepada Panglima Rustam: "Allah mengutuskan kami untuk mengeluarkan sesiapa yang Ia kehendaki, daripada perhambaan kepada manusia kepada perhambaan hanya kepada Allah SWT, daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat".

Justeru itu, pemilihan tema sambutan kemerdekaan oleh PAS, Malaysiaku...Minda Merdeka ada tepat dan sesuai dengan keadaan yang berlaku di negara Malaysia sekarang kerana bukan kemerdekaan yang sebenar apabila sesebuah negara yang telah mencapai kemerdekaan tetapi masih terikat atau diikat dengan segala sistem kehidupan dan bernegara mahupun undang undang peninggalan penjajah walau yang memerintahnya adalah dari kalangan anak bangsa sendiri. Pemerintahan kita yang ada sekarang sebenarnya hanyalah peyambung misi dan visi mereka tanpa perlu mereka di sini.

Setiap kali menyambut kemerdekaan negara, hanya nama nama seperti Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj dan Dato' Onn Jaafar yang dinobatkan sebagai Tokoh Kemerdekaan, tanpa menafikan peranan dan jasa mereka, di sana terdapat ramai lagi tokoh tokoh yang memperjuangkan kemerdekaan Negara. Nama nama seperti Tuan Guru Hj Abdul Rahman Limbong, Mat Kilau, Tok Janggut, Dr Burhanuddin AlHelmi dan ramai lagi tidak harus dilupakan oleh generasi mendatang sebagai peyumbang kepada kemerdekaan negara.

Saya masih teringat kata kata Allahyarham Tok Ku Paloh, seorang Ulamak tersohor di Terengganu yang pernah menjadi penasihat kepada Sultan Zainal Abidin lll apabila ditanya oleh Tuanku Sultan tentang hasrat Inggeris untuk menjadi Penasihat kepada Tuanku Sultan bagi memajukan Negeri Terengganu, Tok Ku Paloh dengan tegas menyatakan kepada Tuanku Sultan bahawa beliau menentang sekeras-kerasnya cadangan itu sambil berkata "Inggeris apabila masuk ke bumi Terengganu, mereka bukan sahaja masuk dengan tubuh badan mereka sahaja tetapi juga membawa bersama mereka adat, budaya dan agama mereka".

Saya mengucapkan syabas kepada Lajnah Penerangan Dan Hubungan Media PAS Pusat khususnya kepada Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2014 yang telah megambil inisiatif menlaksanakan program ini yang di antara programnya ialah menghayati perjuangan tokoh pejuang Islam dalam menuntut kemerdekaan dengan menjejaki tempat sejarah yang mereka tinggalkan.

Merdeka..! Merdeka..! Merdeka..! Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar

Sekian,

YB Dato' Seri Tuan Guru Abd Hadi Awang
Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

Sumber HD - 1-9-2014

Tawar Azmin sertai PAS, Malaysian Insider bertujuan jahat

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri menafikan laporan portal berita The Malaysian Insider hari ini.

Beliau merujuk kepada berita yang dipaparkan oleh The Malaysian Insider (TMI) pada hari ini, 26 Ogos 2014 dengan tajuknya “Hadi tawar Azmin sertai PAS bentuk kerajaan bersama Umno, dakwa AJK Pas Pusat”.

Menurutnya, berita itu bukan sahaja tidak benar tetapi juga bertujuan jahat.

Katanya, beliau yang juga turut hadir semasa Mohamed Azmin Ali mengunjungi Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang baru-baru ini.

Beliau ingin menjelaskan bahawa intipati perbincangan adalah berkisar kepada perasaan terima kasih Azmin Ali kepada Tuan Guru yang mencalonkan nama beliau (Azmin) sebagai calon Menteri Besar Selangor pada 17 Ogos lalu, selain dari meminta kata nasihat dan pandangan secara umum sebagai panduan untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat.

"Tiada disebut langsung mengenai kerajaan perpaduan bersama Umno seperti yang didakwa.

"Pihak kami amat kesal dengan fitnah yang sengaja diwujudkan untuk mengelirukan rakyat dan pihak TMI bertanggungjawab untuk melaporkan penafian ini dan meminta maaf secara terbuka," tegasnya dalam satu kenyataan. - HARAKAHDAILY 26/8/2014

Sumber HD - 26-8-2014































































































































































































Presiden PAS dilantik Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dilantik sebagai Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia, semalam.


Perlantikan itu dibuat pengerusi kesatuan itu Dr Yusuf Al-Qaradawi yang mengekalkan jawatannya untuk kali keempat berturut-turut.

Dua lagi yang turut dilantik sebagai naib ketua bersama Tuan Guru Abdul Hadi adalah Syeikh Raisuni dari Maghribi dan Syeikh Ahmed Al-Khalily Mufti Kesultanan Oman.

Perlantikan mereka dipersetujui oleh ulama dunia yang bersidang di Turki, semalam.

Sementara Presiden Sekretariat Ulama Rantau Asia (Shura), Ustaz Abdul Ghani Samsudin dipilih salah seorang daripada 20 ahli jawatankuasa kesatuan itu. - HARAKAHDAILY 23/8/2014

Sumber HD - 23-9-2014

Presiden PAS nafi terima titah mengenai isu MB S'gor

HARAKAHDAILY | .




KUALA LUMPUR: Pihak Pejabat Presiden PAS ingin membetulkan maklumat yang telah ditulis secara tidak tepat oleh Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat seolah-olah wujud titah arahan tertentu Tuanku Sultan Selangor mengenai isu MB Selangor kepada Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

"Maklumat yang tidak tepat ini pula telah dipetik oleh media sosial dan arus perdana beberapa hari lalu dan telah mengundang kekeliruan," jelas Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam satu kenyataan ringkas.

Beliau menjelaskan bahawa Tuan Guru Abdul Hadi telah memohon mengadap Tuanku pada hari raya keempat sempena Hari Raya Aidil Fitri dan tidak ada sebarang titah arahan daripada baginda mengenai isu MB Selangor. - HARAKAHDAILY 21/8/2014

Sumber HD - 21-8-2014































































































































































































Tidak timbul lagi soal sokong Khalid - Presiden PAS

ASLANI M | .



KOTA BHARU: Presiden PAS menjelaskan Majlis Syura sebelum ini menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memandangkan ketika itu Menteri Besar Selangor masih lagi sebagai ahli PKR.

“Maka masalah itu sekarang tidak timbul lagi,” kata Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Ditanya tuduhan penyelewengan terhadap Khalid belum lagi dapat dibuktikan kata beliau itu adalah perkara lain.

Jawatankuasa PAS Pusat semalam memutuskan PAS menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor menggantikan Khalid.

Selain itu mesyuarat itu juga menamakan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali mengisi jawatan tersebut.

Bercakap pada sidang media bersama Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Darulnaim hari ini katanya, ketika keputusan Majlis Syura menyokong Khalid masih lagi sebagai ahli PKR, namun sekarang tidak lagi. Hadir sama pada sidang media itu ialah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali. (Foto atas oleh UKMB)

“Malah Khalid dilaporkan menghargai keputusan dibuat PAS semalam,” ujarnya.

Ditanya apa nasihat PAS kepada Khalid, katanya beliau hanya menyatakan pandangannya apabila dapat berjumpa dengan Menteri Besar nanti dan bukan kenyataan melalui media.

Mengenai cadangan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat hanya mencadang nama Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor kata Presiden PAS, Majlis Presiden Pakatan menghargai pencalonan dibuat PAS menggantikan Khalid.

“Majlis Pimpinan mengambil maklum Datuk Seri Dr Wan Azizah dan Azmin Ali diputuskan sebagai cadangan mengisi jawatan menteri besar.

“Sebaliknya Azmin menghormati keputusan partinya, ini maknanya kita serah kepada Sultan untuk putuskan dengan satu nama nama yang diangkat,” ujarnya.

Oleh itu kata beliau tidak ada percanggahan dengan keputusan sebelum ini, dan terpulang kepada Sultan menamakan sesiapa sahaja termasuk Wan Azizah.

Tuan Guru Abdul Hadi juga berkata, Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat turut menghargai pendirian PAS kekal bersama Pakatan Rakyat dan keperluan menggantikan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

Ditanya kemungkinan Khalid membubarkan Dun, katanya itu terpulang kepada rakyat kerana kuasa membubar Dun hak sultan.

“Kita tidak boleh campur tangan. Kalau tuanku bubar maka kita terima realiti. Namun kita harap tidak berlaku begitu,” katanya.

Presiden PAS juga menolak persepsi nepotisme berlaku bagi mengisi jawatan Meneri Besar Selangor.

Manakala, Tuan Guru Nik Abdul Aziz menolak dakwaan PAS sering berubah pendirian. Ini kerana kata beliau perubahan itu berlaku ketika sebelum ada keputusan Jawatankuasa PAS Pusat.

“Dan apabila ada keputusan ia tidak lagi berubah kerana telah dibuat (Jawatankuasa PAS Pusat) dengan bilangan yang ramai,” katanya.

Beliau juga menyokong penuh keputusan dibuat Jawatnkuasa PAS Pusat untuk PAS kekal dalam Pakatan Rakyat.

Menurutnya kekal dalam Pakatan adalah perkara paling penting sebagai seorang beragama Islam kerana agama menyuruh supaya berpakat.

“Islam agama tauhid. Tauhid bermakna bersatu dan semasa Rasulullah saw hidup penyatuan dibuat dengan pelbagai bangsa dan agama yang kita panggil tahaluf siyasi.

“Syukur kepada Allah Taala dengan keputusan dibuat semalam kekal dengan Pakatan. Saya sokong keputusan dibuat jawatankuasa PAS Pusat, siapa jadi menteri besar itu soal lain,” tambahnya. - HARAKAHDAILY 18/8/2014

YB TGNANM & TG HAHA - 
http://www.youtube.com/watch?v=8RB7YupN4V4&list=UUFznwgrJ0SorgTbQlpOKOaQ

Sumber HD - 18-8-2014































































































































































































DS TG HAHA (Di hadapan Jutaan Rakyat Turkey ) - 

https://www.youtube.com/watch?v=c9Ds9739s_E

Ramadan ditinggalkan, gerun kebesaran Allah

TUAN GURU ABDUL HADI AWANG | .


Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar…

Firman Allah Ta’ala yang bermaksud; “Dan kamu hendaklah menyempurnakan ibadat puasa bulan Ramadan dengan sempurnanya dan cukup mengikut masa dan harinya, dan kamu juga hendaklah membesarkan dan memuliakan Allah dengan takbir, tasbih dan tahmid, kerana mengenangkan kurnia Allah yang tidak terhingga dengan nikmat menjadi orang-orang Islam. Dan mengerjakan ibadat secara Islam supaya kamu termasuk di kalangan orang-orang yang bersyukur”.

Kepada seluruh muslimin dan muslimat, saudara-saudari yang dikasihi sekalian.

Saya bagi pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS), saya mengucapkan Selamat Hari Raya Idulfitri setelah kita selesai menunaikan ibadat puasa yang diwajibkan oleh Allah di bulan Ramadan. Bulan kita semua dijemput menjadi tetamu Allah SWT dengan hidangan rohani dan jasmani bagi menguatkan diri kita, jasad dan roh serta menjadi orang Islam yang bertaqwa kepada Allah SWT. Dengan mengikut segala perintah dan meninggalkan larangan-Nya. Bersedia untuk mengikut segala petunjuk yang terkandung di dalam al-Quran Karim dengan beriman dan yakin kepada ketuhanan kebesaran dan kemuliaan Allah SWT, yang tiada tandingan dan tiada bandingan bagi meneruskan perjuangan menegakkan agama Islam ini, supaya menjadi agama yang berdaulat, agama yang memerintah, agama yang sebenarnya membawa rahmat kerana Islam adalah rahmat dari Allah SWT kepada seluruh manusia.

Hukumnya yang adil, hukumnya yang bijaksana dari Tuhan Yang Maha Adil Lagi Maha Bijaksana. Islam menjadi penyelamat kepada seluruh manusia sama ada Islam atau bukan Islam. Pelbagai bangsa dan puak sepanjang zaman, tempat kerana Islam adalah ciptaan Tuhan seluruh alam ini. Bukan sahaja manusia, tempat termasuklah masa dan zaman.

Maka, yakinlah kita dengan petunjuk Allah ini setelah kita meninggalkan Ramadan dengan rasa gerun kepada kebesaran Allah SWT. Maka, kita menganggap kuasa-kuasa besar dunia dan pengikut-pengikut mereka yang menghalang cita-cita Islam ini adalah terlalu kecil di hadapan kebesaran Allah SWT. Marilah, kita merasa Izzah, merasa kemuliaan dan kehebatan bersama dengan Islam. Khususnya ketika umat Islam menghadapi cabaran yang menguji mereka apabila saudara-saudara kita seIslam diserang bertubi-tubi di Gaza (Palestin). Dihujani dengan serangan di udara, darat dan laut dalam satu kawasan yang kecil. Mereka tegak bersama dengan Iman dan keyakinan kepada Islam, dan kepada Allah SWT.

Mereka adalah kumpulan yang disifatkan oleh Rasulullah SAW, dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad. Sabda Rasulullah SAW, yang bermaksud “Akan tetap ada di kalangan umat aku satu kumpulan yang berdiri berjuang menegakkan kebenaran agama Allah. Mereka tidak boleh dikalahkan oleh orang-orang yang mengecewakan mereka sehingga datangnya urusan Allah SWT, yang berakhir dengan kemenangan Islam. Lalu para sahabat bertanyakan Rasulullah SAW, siapakah mereka itu wahai Rasulullah? Sabda Rasulullah SAW, “Mereka ialah penduduk-penduduk Baitul Maqdis dan yang mengelilingi Baitul Maqdis”. Mereka adalah kumpulan yang disifatkan oleh Rasulullah SAW yang bercakap dengan benar, bercakap dengan wahyu, bercakap dengan ilham dan petunjuk yang benar daripada Allah SWT.

Maka, binasalah orang-orang yang membiarkan mereka, orang-orang yang mengecewakan mereka di keliling bumi Gaza, di keliling bumi Palestin, di keliling Masjidil Aqsa yang tidak membuat apa-apa kenyataan. Mereka diam membisu walau pun dalam keadaan mengaku sebagai orang-orang Islam dan penganut Islam, tetapi merasakan kuasa-kuasa besar dunia lebih hebat dari Allah SWT.

Ada pun kita orang-orang yang beriman mestilah menganggap ini adalah satu ujian dari Allah SWT untuk menapis umat Islam di akhir zaman ini. Siapakah yang benar-benar beriman secara ikhlas, siapa yang cakapnya beriman tetapi bohong. Inilah firman Allah SWT yang bermaksud; “Adakah kamu mengira kamu dapat masuk Syurga dengan percuma. Padahal belum lagi datang kepada kamu ujian kesengsaraan yang penderitaan yang dialami oleh umat lebih dahulu daripada kamu. Mereka digoncang dengan kehebat-hebatnya sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang bersama dengannya. Bilakah lagi datangnya pertolongan Allah, ingatlah pertolongan Allah itu terlalu hampir dan pertolongan Allah pasti datang”.

Perkara yang akan datang adalah dekat sekiranya kita beriman, yakin dan percaya. Marilah seluruh umat Islam menguatkan saf mereka, merapatkan persaudaraan mereka dan menyatukan kedudukan mereka, menyelesaikan pertelingkahan yang dialami sesama umat Islam. Menghindarkan fitnah yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW di akhir zaman. “Jangan kamu menyeleweng selepas aku wafat nanti kamu bunuh-membunuh di antara satu sama lain”.

Marilah, kita melihat fitnah yang dilanda umat Islam di akhir zaman ini sehingga jumlah orang Islam yang dibunuh sesama Islam di bumi Islam lebih ramai dari mangsa di Gaza, mangsa di Palestin dan mangsa umat Islam yang dibunuh oleh musuh kalangan yang bukan Islam.

Di manakah kesilapannya, mari kita muhasabah diri sebelum kita dihisab di hadapan Allah SWT. Dengan kita kembali kepada Islam petunjuk Allah yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW, yang dinyatakan oleh sabdanya bermaksud; “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selepas aku (wafat) selagi kamu berpegang dengan kedua-duanya iaitu al-Quran dan Sunnahku”. Ajaran Rasulullah SAW dan itulah yang dimaksudkan dengan firman Allah Ta’ala, petunjuk yang menyatukan umat Islam dan berpeganglah kamu semua dengan tali agama Allah, jangan kamu berpecah belah dan bercerai-berai.
Salam Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin

DATUK SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG

Sumber HD - 27-7-2014































































































































































































Saya sokong Khalid kekal MB - Presiden PAS

KHAIRUL AZLAM MOHAMAD | .


MARANG: Berikut sidang media dan soal jawab Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersama pihak media di kediamannya Rusila, Marang selepas kuliah pagi Jumaat, pagi tadi.

SAYA menyokong kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad yang menegaskan supaya diteruskan jawatan Menteri Besar Selangor kepada Tan Sri Khalid Ibrahim. Berdasarkan kepada perlu diambil kira tentang rakyat Selangor dan Sultan Selangor itu sendiri. YB Iskandar adalah wakil PAS Pusat yang dilantik oleh PAS Pusat mengikut Perlembagaan untuk mengendalikan urusan PAS negeri Selangor.

Kenyataan beliau adalah sebagai kenyataan wakil kita (PAS) di Selangor. Dan saya sendiri telah membuat penelitian melalui beberapa pihak sama ada dalam PAS atau di luar PAS dan membuat kaji selidik. Di mana, didapati bahawa majoriti rakyat Selangor masih bersetuju dengan Tan Sri Khalid menjadi Menteri Besar.

Kedua, kita tidak boleh membelakangi Duli Yang Mulia Sultan Selangor dan kita (PAS) serah kepada bagindalah untuk menentukan dan tidak boleh dibelakangi baginda dalam isu (MB) ini, itu (keputusan) terpulang kepada baginda (Sultan).

Ketiga, alasan-alasan mahu menukar Menteri Besar ini tidak kukuh. Di mana, saya melihat tidak setuju dengan Tan Sri Khalid ini tidak melibatkan amanah-amanah yang besar. Jika sekiranya, beliau (Khalid) terlibat dengan skandal, terlibat dengan pecah amanah, salah guna duit Selangor itu boleh kita tukar. Tapi, jika alasan yang lain itu boleh kita urus dan bukan dengan tukar Menteri Besar. Ini kerana, kita anggap masih dalam 'perjalanan' dan tidak boleh 'dipintas' dalam perjalanan, kena tunggu hingga habis tempoh penggallah.

Itu pandangan saya berdasarkan apa yang saya dapat dari Pesuruhjaya PAS negeri Selangor dan rakan-rakan Exco (kerajaan) Selangor dan wakil-wakil rakyat Dun Selangor dari PAS.

Soalan (S): Adakah Tok Guru dan PAS sendiri kekal dengan keputusan untuk mempertahankan Khalid Ibrahim?

Jawapan (J): InsyaAllah, itu sikap saya dan saya harap seluruh pimpinan PAS akan bersama dengan keputusan bersama ini. Walau pun di sana ada pandangan berbeza dan hujah berbeza dan saya dengar semua hujah-hujah ini, saya kumpul dan dapati semua hujah-hujah ini. Akhirnya, saya berpendapat majoriti akar umbi PAS bersetuju dengan Tan Sri Khalid Ibrahim ini dikekalkan jawatan Menteri Besar. (Ini) di atas konsep Amanah, beliau menunaikan amanah (tangggungjawab) ini.

(S): Tidakkah Tok Guru, ini melebarkan perpecahan dalam pakatan pembangkang?

(J): Itu perkara akan datang dan kita (PAS) boleh bincang dan boleh berunding. PAS akan terus bersama dengan Pakatan Rakyat. Perdapat berbeza itu biasa sejak dari dahulu lagi.

(S): Ini dilihat sebagai jalan akhir untuk Datuk Seri Anwar ke Putrajaya?

(J): Perjuangan kita (PAS) bukan perjuangan untuk peribadi. Iaitu perjuangan untuk menyelamatkan negara dan ini bukan untuk saya (Abdul Hadi), bukan untuk Anwar Ibrahim dan bukan untuk sesiapa, tapi untuk rakyat semua.

(S): Mungkin akan ada (usul) undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor terhadap Tan Sri Khalid?

(J): Benda (perkara) yang akan datang saya tidak boleh jawab, nanti berlaku dulu.

(S): Kecelaruan yang berlaku sekarang ini telah membabit Datuk Seri Wan Azizah sebagai Menteri Besar. Adakah kerana PAS melihat isu wanita itu menjadi masalah?

(J): Berbeza pendapat itu bukan hanya berlaku di kalangan kita (Pakatan Rakyat) tapi dalam Barisan Nasional (BN) pun berlaku? Menteri Besar Terengganu tidak selesai sampai ke hari ini. Yang (berlaku) di Terengganu, yang Johor, yang Pahang. Saya tahu semua dan Umno-BN juga ada masalah.

(S): Adakah PAS tidak menyokong Langkah Kajang?

(J): Langkah Kajang itu benda (perkara) yang lepas dan kita (PAS) sedang bekerja dan kita (telah) menang dalam Pilihan Raya Kecil di Dun Kajang itu.

(S): Datuk Seri, adakah kerana isunya calon (Menteri Besar) itu wanita?

(J): Isunya adalah isu 'Amanah', menunaikan amanah memimpin dan kita (PAS) dapati Tan Sri Khalid tidak khianat. Ini tidak sampai ke peringkat khianat terhadap amanah ini. Dengan sebab itu salah kita turunkan beliau dengan sebab tidak ada kesalahan yang mencalarkan perkara amanah. Itu (alasan) yang lebih besarnya.

(S): Jadi pendirian pemimpin PAS di Selangor adalah sekata dengan Tok Guru?

(J): Saya ambil (pendapat) Pesuruhjaya PAS Selangor, wakil kita (PAS).

(S): Tok Guru, adakah PAS akan mengajak MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk melompat parti (PKR) kepada PAS. Berikutan dalam PKR sendiri telah ada calon lain selain Tan Sri Khalid?

(J): Itu bukan cara kita (PAS). Sejak awal lagi kerusi kita 15 (Dun), kerusi lebih dari PKR tapi kita (PAS) beri kepada PKR kerusi (MB) Selangor itu. Kita beri kepada dia (PKR) dan kita beri kepada Tan Sri Khalid atas asas dia masih lagi ahli PKR.

(S): Dalam isu mempertahankan Tan Sri Khalid ini kenapa tidak bertindak untuk melantik wakil PAS sendiri menjadi Menteri Besar Selangor?

(J): Macam saya sebut tadi kita (PAS) beri kepada PKR tadi kerana kita sudah ada (kerajaan) Kelantan. Itu menunjukkan semangat kerjasama kita dalam Pakatan Rakyat.

(S): Datuk Seri, setakat ini ada hasrat untuk mengajak Tan Sri Khalid menyertai PAS?

(J): Sehingga ini tidak berhasrat dan terpulang kepada peribadi beliau (Khalid) sendiri.

- HARAKAHDAILY 25/7/2014

Sumber HD - 25-7-2014                  































































































































































































Jihad di luar negara dan fitnah terhadap PAS

PENULIS KHAS | .


PAS berhadapan dengan dua kritikan hebat berhubung penglibatan ahlinya dalam perjuangan bersenjata di luar negara, terutama di Syria, atas alasan memerangi pemerintah Basyhar al-Assad yang zalim.

Satu kritikan memberi gambaran yang PAS menyokong atau sekurang-kurangnya tidak menghalang ahli-ahlinya terlibat dalam kegiatan bersenjata di Syria.

Selari dengan itu, digambarkan sekali PAS berkongsi ideologi dan pendirian politik dengan kumpulan-kumpulan bersenjata tersebut.

Satu pihak lagi mengecam tindakan PAS memecat ahli-ahlinya yang terlibat dalam aktiviti bersenjata, yang disifatkan sebagai berjihad menentang rejim Basyhar yang zalim, yang juga diberi gambaran oleh sesetengah pihak yang terlibat dalam konflik itu sebagai bersekutu dengan Israel dan Amerika Syarikat.

Kedua-dua pandangan ini mendatangkan fitnah kepada PAS. Satu menggambarkan PAS terkait dengan kumpulan ektremis dan teroris, dan satu lagi menuduh PAS menghalang ahlinya berjihad dan memecat mereka yang turut serta berjihad.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam tulisan terbaharunya pada 14 Julai lalu menegaskan sekali lagi pandangan beliau tentang tindakan pergi berperang di Syria, yang kini menjadi medan perang proksi dan menyaksikan kumpulan-kumpulan Islam berperang sesama sendiri.

Tuan Guru Abdul Hadi dalam tulisannya menegaskan pentingnya memahami fiqh jihad dengan benar sebelum terlibat dalam peperangan tersebut, yang sudah memakan masa tiga tahun dan mengorban ribuan nyawa rakyat awam.

Beliau sejak awal konsisten dan tegas dengan pandangan bahawa konflik Syria perlu ditangani dengan cermat agar tidak tertipu dengan muslihat musuh Islam yang mahu umat Muslim bermusuhan sesama sendiri, dan akhirnya membolehkan Israel mengambil keuntungan.

Tuan Guru Abdul Hadi Awang menolak pandangan yang meletakkan konflik di Syria sebagai perang antara Sunni dan Syiah, dengan pihak Sunni mengangkat senjata melawan Syiah yang memerangi mereka.

Pandangan ini amat simplistik dan memberi gambaran salah tentang realiti politik di sana, terutama melibatkan perjuangan bersenjata melawan Israel, yang didepani oleh kumpulan bersenjata Hizbullah, Hamas dan Jihad Islami yang dibantu oleh kerajaan Syria dan Iran dari sudut kewangan dan persenjataan.

Presiden PAS juga menolak kecenderungan mengkafirkan dan memburukkan Syiah seperti yang banyak dilakukan oleh mereka yang berkepentingan dalam menentang Syria dan Iran.

Beliau dalam banyak ucapannya dengan ahli-ahli di seluruh negara, menerangkan tentang pandangan yang muktabar dan sahih berhubung Syiah Imamiyah yang tidak boleh dianggap keluar daripada Islam, apatah lagi sehingga memerangi mereka.

Dalam politik kompleks di dunia Arab, beliau mengakui peranan penting yang dimainkan oleh Iran dan sekutunya Syria, terutama dalam menentang Israel dan memberi perlindungan dan bantuan kepada gerakan-gerakan Islam Hamas, Hizbullah dan Jihad Islami.

Tuan Guru Abdul Hadi sejak awal berpegang dengan pandangan beliau yang kini terbukti paling sahih, berdasarkan maklumat yang tepat dan penilaian yang cermat, hasil penglibatan lama beliau dalam politik dunia Islam.

Wajar sekali pemimpin-pemimpin PAS yang lain, sehingga ke peringkat akar umbi, menerima pandangan beliau dan menerangkan kepada ahli-ahli, dalam usaha membina pemahaman hal ehwal jihad, dan mencerahkan kekeruhan yang telah mencetuskan fitnah kepada PAS ini. – HARAKAHDAILY 21/7/2014

Sumber HD - 21-9-2014

YB DS TG HAHA - http://www.youtube.com/watch?v=0W9GVLHt_2k































































































































































































Surat terbuka kepada yang berjihad

DATUK SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG | .

PERKATAAN jihad, menjadi sebutan di kalangan umum umat Islam sejak zaman berzaman, walau pun ramai yang tidak memahaminya secara hukum feqah. Kini menjadi lumrah disebarkan oleh media dan menjadi sebutan juga di kalangan bukan Islam, lebih menjadi sasaran media apabila ada kalangan yang mengisytiharkan jihad berperang menentang kerajaan yang ditolak dan mengajak seluruh dunia menyertainya.

Jihad adalah sebahagian daripada ajaran Islam yang wajib diimani dan dihayati oleh penganut Islam dan sepatutnya difahami dengan betul oleh semua pihak mengikut tasawwurnya, supaya tidak mencalarkan ajaran Islam yang menjadi rahmat kepada seluruh alam.

Perlu diketahui bahawa setiap ajaran Islam itu ada feqahnya, bukan hanya perkara ibadat sahaja seperti solat, puasa, haji dan zakat. Maka jihad pun ada hukum feqahnya yang tersendiri.

Feqah bererti kefahaman yang betul, bermaksud diketahui secara ilmu yang sahih dan dilaksanakan dengan istiqamah dan faham terhadap setiap ajaran itu secara menyeluruh dan mendalam. Ianya meliputi cara amalan, syarat, rukun, adab, masa dan matlamatnya yang dinyatakan oleh sumber utama ajaran islam, iaitu al-Quran, serta dihuraikan pelaksanaannya yang betul oleh Rasulullah S.A.W. dan para ulama yang mendalaminya di sepanjang zaman dengan cara ilmu yang betul melalui bahasa al-Quran, di mana ada perkataannya yang tidak boleh diterjemah dalam bahasa lain dengan satu perkataan sahaja.

Seperti juga urusan ajaran Islam yang lain, hukum jihad itu ada di dalamnya perkara-perkara dasar yang tetap dan teguh, ada pula yang berkait dengan perkembangan kehidupan masyarakat yang berbeza dan berubah yang semuanya berada dalam ilmu Allah dan kebijaksanaanya yang penuh rahmat dan adil.

Perkataan Jihad daripada bahasa Arab, perkataan asalnya, “al-Juhdu” dan “al-Jahdu”, masdar atau nama terbitan daripada perkataan “Jahada”. Al-Jahdu berarti masyaqqah, yakni kesukaran atau payah. Al-Juhdu pula bererti “Thoqah”, yakni tenaga dan kemampuan kekuatan roh dan jasad, harta dan lain-lain daripada segala nikmat yang ada pada diri. Maka ditambah pula dengan makna yang lebih kuat, dipanjangkan huruf jim, menjadi “jaahada” dan melahirkan nama terbitan “jihad” atau “mujahadah”, bermaksud menggemblengkan segala kemampuan daripada nikmat tenaga, diri dan harta dan lain-lain, serta menghadapi segala cabaran, kesulitan, kepayahan dan segala penderitaan dengan sepenuh kesungguhan.

Adapun Jihad mengikut istilah syarak (ajaran Islam) ialah melakukan amalan tersebut di atas bagi menegakkan ajaran Islam yang membawa rahmat dan adil terhadap semua, kerana Allah dengan iman dan ikhlas, sama ada dalam diri, keluarga, masyarakat dan negara. Jihad ini dilaksanakan sehingga membuktikan Islam sebenarnya adalah al-Din yang terbaik daripada segala ajaran yang lain, sama ada agama atau segala ideologi, teori dan sebagainya. Temanya ialah firman Allah:

“Dialah (Allah) Tuhan yang telah mengutuskan Rasulnya (Muhammad S.A.W), dengan petunjuk dan Din (agama dan cara hidup) yang sebenarnya , supaya menzahirkannya (dengan kemenangan) mengatasi segala ajaran yang lain walau pun dibenci oleh orang-orang musyrikin)” (Surah Al Sof: 9-10)

Seterusnya dihuraikan oleh ayat-ayat al-Quran dalam surah yang banyak, melalui hukum syariat dan kisah para rasul dan umat terdahulu, serta pelaksanaan oleh Rasulullah S.A.W. yang mendapat bimbingan wahyu dan tarbiyah secara langsung daripada Allah, untuk menjadi ikutan seluruh umat sehingga hari kiamat.

Al-Quran dan hadis menghuraikan segala pendekatan amalan jihad, merangkumi damai dan berperang. Maka jihad itu tidak hanya berperang semata-mata, seperti mana tafsiran para orientalis musuh Islam dan mereka yang diheret oleh tafsiran yang salah ini, sehingga menjadikan perkataan jihad tidak lengkap kalau diterjemahkan dengan peperangan apatah lagi tersasar jauh kalau diterjemahkan dengan perkataan “Holy War”. Peperangan hanya salah satu daripada lapangan jihad dan perdamaian pula menjadi lapangannya yang lebih luas.

Allah menyebut kisah semua para Rasul a.s. yang memulakan pendekatan jihad secara aman dan damai terlebih dahulu, menyampaikan mesej dengan hujah yang sepatutnya diterima oleh akal yang baik, walaupun memakan masa yang panjang, untuk memberi hujah dan tempoh yang seluas-luasnya supaya menusia menerima Islam.

Para rasul dan pengikutnya yang beriman diperintah bersabar yang menjadi rukun jihad. Hukuman secara keras, sama ada peperangan atau bencana secara langsung daripada Allah, dilakukan setelah batas kesabaran sampai kemuncaknya dan dirasakan segala kezaliman dan penipuan ajaran yang sesat oleh akal yang sempurna terus berlaku. Semua kisah tersebut bukan sekadar cerita, bahkan wajib menjadi petunjuk kepada Rasulullah S.A.W. dan umatnya sehingga hari kiamat.

Rasulullah S.A.W. menunjukkan pendekatan secara amali (praktikal). Baginda berusaha supaya manusia menerima Islam seramai mungkin tanpa paksaan, kerana paksaan itu tidak membawa Islam yang sebenarnya beriman, budiman dan beramal soleh. Atau memberi peluang bebas beragama dan boleh ditunjukkan apa dia Islam tanpa gangguan. Maka tentangan secara jihad juga dilakukan terhadap gangguan berdakwah mengikut kadarnya, walau pun berperang, tetapi wajib dengan syarat dan adab mengikut batas hukum Islam bagi mencegah kezaliman.

Al-Quran dan hadis juga menunjukkan betapa bersabar dengan teguran berani dan membina, menghadapi kerajaan yang zalim ketika berada dalam satu masyarakat bersama, adalah jihad akbar dengan hadis yang sahih. Menunjukkan bahawa pendekatan jihad menghadapi kemungkaran dalaman masyarakat berbeza dengan menghadapi penceroboh yang menyerang.

Kita wajib mengambil iktibar secara perbandingan, mengapa pendekatan Rasulullah S.A.W. dan generasi awal umat Islam yang berdakwah berjaya menarik sehingga satu bangsa dan kaum semuanya menganut Islam dalam masa yang cepat. Mengapa kita di zaman kini sangat payah untuk menarik seorang sahaja supaya masuk Islam. Mereka yang masuk Islam di masa damai di zaman awal pula lebih besar jumlahnya.

Perbandingan juga perlu difahami, mengapa berperang jihad Rasulullah S.A.W. dan generasi awal berjaya menjatuhkan kuasa besar dunia Parsi dan Rom, walau pun bala tentera Islam terlalu kecil jumlahnya dan musuh pula berlipat ganda jumlahnya dengan senjata yang berlipat ganda kecanggihannya. Tentera Islam disambut oleh penduduk menjadi penyelamat daripada kezaliman, bukannya sebagai penjajah. Selepasnya rakyat menerima agama Islam tanpa paksaan, sehingga masih ada penganut bukan Islam, gereja, biara dan kuil lama sehingga zaman kini di tengah masyarakat Islam.

Di zaman Khalifah Umar bin Al Khattab, apabila Maharaja Parsi (Kisra Yazdajur) yang berundur di perbatasan timur Parsi menulis surat kepada Maharaja China meminta bantuan bagi menyelamatkan takhtanya dan memberi amaran bahawa China juga berdepan dengan bahaya Islam. Maharaja China yang terlebih dahulu bertanyakan utusan Parsi: “Sifat dan cara orang Islam setelah menawan Parsi”. Apabila disebut segala-galanya, Maharaja China membalas bahawa kemaraan Islam dan penganutnya yang begitu sifatnya tidak boleh dihalang kerana rakyat menerimanya, lalu China mengadakan hubungan damai dengan semua kerajaan Islam dalam sejarahnya.

Bandingkan mengapa amalan jihad secara damai dan perang di zaman awal menjadikan Islam digeruni kerana rahmat dan adilnya, bahkan kedatangan bala tentera bersenjata disambut rakyat menjadi penyelamat bukannya penjajah. Adapun jihad terkini yang diisytiharkan oleh kalangan yang betapa tinggi semangat jihadnya digambarkan dengan wajah yang buruk terhadap Islam oleh kawan dan lebih lagi lawan. Adakah kerana semangat tanpa feqah yang boleh ditembusi oleh bisikan syaitan yang merosakkan amal dan orang yang beramal. Kalau syaitan boleh masuk ke dalam hati dan saf mereka yang sedang solat berjamaah, maka syaitan lebih mudah masuk ke dalam saf mareka yang berjihad tanpa feqahnya.

Contoh yang nyata kepada wajah umat Islam terkini ialah apabila mereka melontar jumrah di musim haji. Umat Islam dahulu melontar mengikut sunnah dengan feqah hajinya, menggunakan batu sebesar hujung jari dengan semangat melontar syaitan. Kini ada jamaah haji yang melontar kawan sendiri dengan batu besar dan kasut kerana hajinya tidak ada feqah. Maka kalau berjihad tanpa mendalami feqahnya menerima padah amaran Rasulullah S.A.W. yang membunuh dan dibunuh kedua-duanya masuk neraka, bukannya mati syahid.

Percayalah bahawa jihad tetap wajib sehingga hari kiamat, berilmu adalah wajib disertakan dengan feqahnya bagi mensahihkan amal yang wajib. Benarlah bahawa syaitan lebih mudah menggoda seratus orang lebai yang jahil daripada seorang yang berilmu. Paling bodoh ialah orang merasakan dirinya sudah cukup berilmu segala-galanya.

PRESIDEN PAS
14 Julai 2014

Sumber HD - 14-7-2014

PAS tidak izin ahli terlibat dengan kumpulan radikal

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: PAS dengan tegas tidak mengizinkan mana-mana ahli terlibat dengan kumpulan-kumpulan radikal sama ada di luar negeri ataupun di dalam negeri.

"Sekiranya didapati ada, maka kita tidak teragak-agak akan mengambil tindakan dengan memecat mereka daripada keahlian PAS," ujar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) meneliti dengan penuh berhati-hati terhadap perkembangan terkini yang berlaku di Iraq dan Syria dan meminta kepada ahli, penyokong dan seluruh rakyat supaya dapat memahami segala bentuk percaturan yang sedang berlaku dengan proksi-proksinya.

Adalah ditegaskan bahawa PAS adalah tetap mengambil pendekatan demokrasi menerusi pilihanraya dan inilah pendekatan yang kita perkenalkan kepada semua rakan-rakan dalam gerakan Islam di seluruh dunia.

Ini jugalah yang saya tekankan dalam ucapan saya kepada kepimpinan parti-parti berteraskan Islam di negara lain dalam persidangan anjuran Economic and Social Researches Center di Turki pada bulan lepas. Pendekatan ini adalah yang terbaik pada masa ini bagi menghadapi masalah dalaman negeri umat Islam sendiri dengan menekankan prosesnya secara damai dan demokrasi.

Sebab itu PAS tidak bersetuju dengan pendekatan yang berlaku di Syria dan Iraq yang mengambil cara perang untuk menyelesaikan masalah dalaman negara umat Islam. Ianya juga bercanggah dengan konsep jihad dalam al-Quran dan Sunnah yang diamalkan oleh para Khulafa’ di sepanjang zaman.

Para Khulafa’ ar-Rasyidin, Zaman Amawiyah, Zaman Abbasiyah dan Zaman Uthmaniyyah, kesemua mereka menyelesaikan masalah dalaman umat, dan pendekatan perang adalah terakhir dan sangat berhemat. Sehingga Saidina Ali bin Abi Talib R.A hanya bertindak kepada golongan Khawarij apabila mereka mengangkat senjata. Apabila mereka tidak mengangkat senjata, maka dihadapinya dengan sabar.

Begitulah kaedah kita menghadapi kerajaan-kerajaan yang zalim sepanjang zaman dalam krisis dalaman umat Islam. Bahkan kerajaan Uthmaniyyah sendiri semasa pemerintahan mereka telah meletakkan kumpulan Druze yang dianggap kumpulan serpihan umat di luar daripada Islam ke satu kawasan di Lubnan, dan kumpulan Yazidiyah diletakkan di Iraq tanpa pendekatan secara bersenjata.

Pendekatan ini juga adalah metode yang berasalkan dari pendekatan kajian ulama-ulama di masa itu, untuk mengelakkan diri dari orang-orang dan kelompok yang jahil dalam masalah agama sehingga merosakkan umat sendiri dan menghukum tanpa hati-hati.

Dengan sebab itu, PAS dengan tegas tidak mengizinkan mana-mana ahli PAS terlibat dengan kumpulan-kumpulan radikal sama ada di luar negeri ataupun di dalam negeri. Sekiranya didapati ada, maka kita tidak teragak-agak akan mengambil tindakan dengan memecat mereka daripada keahlian PAS. - HARAKAHDAILY 10/7/2014

Sumber HD - 10-7-2014

No comments:

Post a Comment