BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Thursday, July 10, 2014

PAS DAN HALEHWAL TERENGGANU

Remaja Benteng Islam Masa Depan

IMG-20150925-WA0013
MARANG – Pemuda PAS menegaskan, para remaja adalah merupakan benteng yang wajib mempertahankan Islam pada masa hadapan dari segala anasir yang merosakkannya.

Ketua Pemuda PAS Marang Ustaz Sulaiman Sulong menegaskan, agar para remaja tidak leka dengan ‘dunia’ dan melupakan pengorbanan para Rasul serta pejuang Islam terdahulu dalam menegakkan agama Allah itu.

“Betapa beruntungnya adik-adik hadir ke program sebegini supaya kita tidak lari daripada landasan ‘manhaj’ yang telah digariskan oleh Islam.

IMG-20150925-WA0015

“disaat kita menyambut peristiwa pengorbanan besar nabi Allah Ibrahim A.S. dan ketika umat Islam mengerjakan ibadah haji, ramai rakan sebaya kita leka dan sibuk dengan dunia masing-masing,”jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kem Super Muslim ‘Korban Cinta Agung’ yang dianjurkan oleh Jabatan Pembangunan Remaja (JPR) dan Ameerah DUN Bukit Payung.

Beliau mengajak para remaja agar mengambil pengajaran dari program yang baik itu, sebagai bekalan kepada para remaja menempuhi cabaran akan datang.

“Kamu semua adalah benteng yang mesti mempertahankan Islam, agama yang diturunkan oleh Allah SWT,

“ambillah mutiara-mutiara yang berharga, guna untuk kita mendepani cabaran pada hari-hari mendatang”,saran beliau.

Sehubungan itu, Pengarah program, Muhammad Hafiz Sahidi berkata, program tersebut yang diadakan sempena cuti sekolah diambang Eidul Adha amat penting dalam usaha menyemaikan tanggungjawab berdakwah.

IMG-20150925-WA0010

Beliau mengucapkan syabas dan terima kasih kepada ibu bapa yang telah menghantar anak-anak mereka bagi mengikuti program tersebut.

“Program ini dianggap berjaya dengan penyertaan peserta diluar jangkaan kami iaitu mencecah angka 100 lebih peserta (dan) kami ingin mengucapkan ribuan tahniah buat peserta
“dan ibu bapa terutamanya yang menghantar anak-anak mereka ke program berilmiah sebegini pada waktu cuti persekolahan,”ujarnya.

Hafiz yang menyifatkan penganjuran kem yang mempunyai objektif ‘dua dalam satu’ itu, diadakan bagi menyemarakkan lagi perayaan Eidil Adha dan dapat menyemarakkan sirah perjuangan para nabi dalam menyampaikan Islam kepada manusia.

Seorang jurutera muda, Mohd Syakir Shamsudin, 27, yang merupakan lulusan sarjana dari salah sebuah universiti di United Kingdom dan seorang pensyarah sebuah universiti tempatan telah didatangkan khusus bagi menjadi ‘pembakar semangat’ para remaja dalam program tersebut.

Sumber BO - 27-9-2015

Kebap Sempurnakan Korban Di Kampung Chnang dan Kampung Thom

IMG-20150924-WA0101
KUALA TERENGGANU – Kelab Kakitangan Badan Perhubungan PAS Terengganu (KEBAP) telah menganjurkan ibadah korban bersempena Eidul Adha pada tahun ini bagi membantu umat Islam di Kemboja.

Pengerusinya Ustaz Zakaria Dagang berkata, misi tahun ini berjaya mengumpulkan sejumlah 26 ekor lembu dan disempurnakan penyembelihannya di Kampung, Chnang dan Kampun Thom.

IMG-20150924-WA0100

“Alhamdulillah, Misi Qurban Kemboja Kebap 1436H telah berjaya disempurnakan sebanyak 26 ekor di Kampung Chnang dan Kampung Thom pada hari raya pertama.

“Rombongan Kebap disertai lima orang anggota tiba di Kemboja semalam dan diraikan penduduk Kampung Krasah Temei, Wilayah Kampung Chnang,”katanya melalui mesej yang dihantar menerusi aplikasi Whatsapp.

Menurutnya, delegasi Misi Korban Kebap telah menunaikan solat sunat ‘Eidul-Adha di Masjid Krasah Temei bersama penduduk kampung dan sekitarnya.

Katanya, amanah rakyat Malaysia yang memberikan perbelanjaan bagi bahagian lembu korban masing-masing telah ditunaikan seusai solat.

“Seusai solat dan sarapan pagi, kami memulakan acara penyembelihan korban dan aqiqah yang diamanahkan kepada kami oleh rakyat Malaysia, Daging-daging itu kemudiannya diagihkan kepada kampung-kampung sekitar,”jelasnya.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyokong usaha Kebap melaksanakan ibadah korban di Kemboja itu.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyertai ibadat korban melalui Kebap pada julung kali ini. Diharap pada masa hadapan lebih banyak lagi penyertaan untuk kami laksanakan, in shaa Allah,”tambah beliau

Sumbber BO - 26-9-2015


‘Order Dunia Islam’ Buat Muslimat PAS Terengganu

IMG_20150925_172430
Oleh : Nooreni Abu Bakar

Muslimat mesti berperanan di tengah-tengah masyarakat untuk memberi kesedaran dan menarik lebih ramai mendokong atau sekurang-kurangnya menyokong perjuangan PAS dan seterusnya memberi undi kepada PAS di dalam PRU 14.

Itulah penegasan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sewaktu menyampaikan ‘taujihat’ kepada para peserta muslimat di Majlis Liqa’ Muslimat Marang Bersama Presiden PAS, disini selasa lalu.

liqa muslimat marang2

Dengan mengakui peranan muslimat amat penting, memandangkan pengundi wanita hampir sama banyak dengan pengundi lelaki malahan di sesetengah tempat pengundi wanita lebih ramai daripada lelaki, amanat Presiden itu adalah amat penting.

Bukan sahaja kepada Dewan Muslimat PAS Kawasan Marang, bahkan ia adalah pengarahan kepada semua Dewan-dewan Muslimat seluruh negeri Terengganu bagi menggerakkan seluruh jenteranya, memandangkan penggal ke-13 parlimen sudah memasuki ‘separuh masa kedua’.

Dengan berlalunya dua tahun dari PRU-13, bermakna masa semakin ‘menyempit’ bagi Muslimat, sekiranya masih ‘terkial-kial’ mecari titik mula, sedangkan titik terakhir iaitu PRU-14 akan muncul pada bila-bila masa.

Lebih-lebih lagi didalam proses demokrasi yang ada di Malaysia dimana tidak membezakan undi lelaki dan wanita, bahkan di dunia Timur dan Barat, kuasa politik Muslimat semakin menyerlah dan ketara.

IMG_20150925_172218

Arahan Presiden pada program yang diadakan di Dewan Madrasah Darul Iman, Titian Baru, Kedai Buluh itu juga merupakan ‘order dunia’ berdasarkan Tuan Guru juga adalah Naib Ketua Kesatuan Ulama’ Sedunia.

Justeru Muslimat PAS negeri Terengganu haruslah meningkatkan persediaan, membuat lompatan yang lebih jauh bagi mendepani isu-isu wanita di negeri ini khususnya dan di peringkat nasional amnya.

Beliau turut mengingatkan, Allah tidak membiarkan perjuangan ini ‘berjalan’ begitu saja tetapi Allah akan menyingkirkan mereka yang tidak ikhlas dari Jamaah lslam.

Sekiranya seseorang ketua meletak jawatan akan ramai yang datang mahu membantu, mencantas dahan dan cuba mematahkan ranting, tetapi pokok tidak mati, bahkan akan tumbuh tunas-tunas yang banyak.

liqa muslimat marang1

Tuan Guru berpesan lagi, ramai daripada kita yang tidak sabar-sabar untuk menuju ke Puterajaya, sedangkan Ahli Parlimen lslam jauh lebih sedikit daripada Ahli Parlimen bukan lslam.

Oleh sebab itu, sesuatu pakatan sekiranya merugikan lslam, kata beliau, adalah haram PAS bersama mereka, kata Ahli Parlimen Marang itu dihadapan 300 peserta yang terdiri daripada para aktivis muslimat, guru-guru DAR, guru- guru PASTI dan GEN3.

Kehadiran pelbagai lapisan aktivsme Muslimat itu memperlihatkan infrastruktur Muslimat sudah lebih dari cukup untuk berdepan dengan wanita Umno, hanya menunggu arahan yang lengkap dari pimpinan peringkat negeri bagi menggalas tanggungjawab memenangkan PAS.

Sumber BO - 25-9-2015

Pemuda Diseru Hidupkan Silaturrahim, Kuatkan Ukhuwah dan Jamaah

IMG_20150925_091649
KUALA TERENGGANU – Eidul Adha disambut secara sederhana, tetapi meriah oleh majoriti rakyat negeri Terengganu, dengan kepulangan sanak saudara bagi bersama-sama melaksanakan ibadah korban dan kunjung mengunjung.

IMG_20150925_092043

Walaupun dikebanyakan tempat, jumlah binatang korban, lembu, kerbau atau kambing yang disembelih bagi memperingati pengorbanan nabi Ibrahim dan anaknya nabi Ismail berkurangan, namun ia tetap diadakan dalam kadar yang semampunya.

Di Marang, Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyembelih dua ekor kerbau dan seekor lembu, di perkarangan masjid Rusila, seusai beliau mengimamkan solat sunat Eidul Adha.
Menurut petugas media Zam zam Zakaria, semuanya empat ekor korban yang telah disempurnakan oleh Ustaz Hadi diagih-agihkan kepada penduduk sekitar masjid dan Kampung Rusila.

“Tuan Guru sembelih empat ekor semuanya, 2 ekor kerbau dan seekor lembu adalah bagi pihak beliau dan keluarganya dan seekor dari bahagian orang ramai,

IMG_20150925_091923

“bahagian beliau dapat daging sebanyak 450 kilogram dan diedarkan sendiri oleh anak-anaknya kepada orang kampung,”ujarnya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi telah turun bersama-sama penduduk kampung di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang untuk melakukan ibadah korban.

Sebanyak 14 ekor lembu dan seekor kerbau berjaya ‘direbahkan’ melibatkan beberapa buah kampung sekitar DUN berkenaan.

Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Kawasan Marang sebelum pada itu telah menyampaikan Khutbah Eidul Adha di masjid Kampung Rhu Muda.

“Kita perlu memahami dan menyelami pengorbanan yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim AS serta anakanda baginda Nabi Ismail AS dalam peristiwa korban,” pesan beliau ketika menyampaikan khutbah tersebut.

IMG_20150925_091742

Khalil turut memberi peringatan bahawa perlunya pengorbanan dari segi jasad, roh dan harta. Beliau mengingatkan lagi ibadah haji dapat menyamaratakan antara pemimpin dan rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong, Marang, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata kisah nabi Ibrahim dengan anaknya nabi Ismail, menjadi asas kepada perayaan Eidul Adha, yang mengajak manusia memahami erti pengorbanan bagaimana untuk menjadi hamba yang bertaqwa kepada Allah.

Ketua Penerangan PAS Terengganu itu berkata, pengorbanan dalam Islam bukanlah hanya menyembelih lembu, kerbau, unta ataupun kambing sahaja.

“itu hanyalah ritual dan sebagai lambang ibadat kita sahaja. Akan tetapi pengorbanan yang sebenar ialah mempertaruhkan segala yang kita ada termasuk nyawa kita hanya kepada Allah,

IMG_20150925_091550

“dengan hati yang ikhlas setelah kita mengetahui, memahami serta mengamalkan segala perintah Allah yang telah diturunkan kepada kita,”jelas ketika ditemui selepas melaksanakan ibadah korban

Di Kuala Nerus, ADUN Tepoh Ustaz Hishamuddin Abd Karim telah menyempurnakan ibadah korban penduduk Kampung Pantai Tanjung Gelam, Mengabang Telipot.

Katanya, sebanyak 8 ekor lembu telah disembelih hasil pemuafakatan dan anjuran PAS Cawangan Tanjung Gelam.

“hari ini…..di (Kampung) Pantai Tanjung Gelam, Mengabang Telipot sebanyak 8 ekor lembu telah dikorbankan, penyertaan dari kalangan penduduk Kampung yang dianjurkan oleh PAS Cawangan berkenaan,

“daging korban telah diagih-agihkan kepada seramai penduduk sekitar,”ujarnya

IMG_20150925_091445

Manakala di Hulu Terengganu, ADUN Manir Ustaz Hilmi Dato’ Harun turut sama menyembelih binatang korban di beberapa buah kampung.

Beliau yang juga adalah Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Terengganu menyeru agar para pemuda dapat bersama-sama masyarakat setempat, bergotong royong melaksanakan ibadah korban.
“kita harap para pemuda beristiqamah……….. dapat bersama menghidupkan silaturrahim dan ukhuwah agar jamaah PAS menjadi kuat,

“ambil peluang ‘musim korban’ ini untuk para pemuda memberikan khidmat kepada masyarakat dimana walaupun mungkin tidak mampu untuk menyertai ‘bahagian’ korban tapi dapat mengambil bahagian dalam kerja-kerja bagi ‘saham’ menuju akhirat,”ujar beliau

Sumber BO -25-9-2015

‘Korban’ Berkurangan Kerana Krisis Ekonomi dan Matawang

IMG_20150925_091107
DUNGUN – Pesuruhjaya PAS Terengganu Ustaz Satiful Bahri Mamat bersama-sama komuniti masjid Kampung Pinang Merah telah melaksanakan ibadah korban dengan menyembelih sebanyak 11 ekor lembu.

Beliau mendoakan agar seluruh umat Islam yang menjadi ‘tetamu Allah’ dimakbulkan dan dikurniakan dengan haji yang mabrur.

IMG_20150925_091205

ADUN Paka itu mengucapkan selamat menyambut Edul Adha kepada seluruh warga DUN Paka yang masih lagi diberi kesempatan oleh Allah menyambut Eidul Adha pada tahun ini.

“bagi kawan-kawan, keluarga dan mereka yang terpilih sebagai tetamu Allah diucapkn tahniah semoga dikurniakan haji yang mabrur (semoga) doakan untuk kami di tanah air agar istiqamah,
“bagi yang ‘berkorban’ semoga semua amalan korban kita diterima Allah hendaknya sebagaimana di terima (oleh Allah) korban nabi Allah Ibrahim,”katanya.

Beliau menyatakan kebimbangan kerana menurutnya peserta ibadah korban pada tahun ini semakin sedikit, kerana harga binatang korban yang semakin meningkat.

IMG_20150925_091253

Katanya kesan dari krisis ekonomi yang berlaku dan kejatuhn nilai ringgit Malaysia menyebabkan harga lembu dari Thailand meningkat tinggi dan menyebabkan bilangan kemasukan lembu korban menurun dari negara jiran Malaysia itu.

Oleh itu, beliau berharap kerajaan dapat menyelesaikan segera masalah yang dihadapi dan meneroka alternatif yang lebih baik untuk Kementerian Pertanian dapat menyediakan bekalan ternakan yang cukup dalam negara.

“masa seperti inilah kita mengharapkan pihak kerajaan dapat memberi solusi kepada permasalahan rakyat tetapi yang malang kebanyakan projek ternakan yang dianjurkan kerajaan bagi mengurangkan impot gagal,

“Kita masih ingat projek lembu NFC, projek kambing Kaprima yang telah gagal, sedangkan bumi Malaysia dan bumi Terengganu yang subur serta sesuai untuk ternakan tidak diambil manfaat oleh kerajaan kerana kelemahan mengurus,”tegas beliau.

Di daerah Kemaman, ADUN Chukai Haji Hanafiah Mat turut kesal kerana tindakan kerajaan pusat dan negeri yang lambat menyeleaikan krisis menjadi penyumbang kepada berkurangnya para peserta yang mahu menunaikan ibadah korban.

IMG_20150925_091333

“Rakyat menyambut hari raya korban dengan cara sederhana dan berhati-hati dalam perbelajaan meraka,

“terutamanya kerana peningkatan kos barangan yang melampau akibat krisis ekonomi dan kewangan serta kesan dari perlaksanaan GST,”ujarnya ketika ditemui dalam jelajah korban Eidul Adha ke semua cawangan-cawangan PAS dalam DUN Chukai.

Katanya, pada tahun lepas sebanyak 110 ekor lembu telah dikorbankan sempena Eidul Adha, sebaliknya hanya 71 ekor sahaja pada tahun ini.

Sumber BO - 25-9-2015

Kempen Anti Rempit Malam Eidul Adha Ulangi Kejayaan Diambang Merdeka

IMG-20150924-WA0013
KUALA TERENGGANU – Kempen Anti Rempit (KARMA 2) kali ini lebih kepada operasi lanjutan, ekoran kempen yang pertama yang telah diadakan dengan jayanya pada malam ambang merdeka yang lalu.

Menurut Presiden Gerakan Anak Terengganu Insaf (GANTI) berjaya menghalang aktiviti rempit bukan sahaja di Durian Burung, bahkan termasuklah kampung-kampung sepanjang Jalan Kelantan yang berdekatan.

IMG-20150924-WA0007

“Sudah lebih 3 bulan tiada aktiviti rempit di Jalan Kelantan ini sejak orang kampung memulakan inisiatif kempen, yang kemudiannya disambung oleh KARMA 1 dengan kerjasama PKK RCJT, GANTI, GASAK, BANTU dan penduduk kampung.

“Kami tidak mahu usaha yang telah dibuat sekadar hangat-hangat tahi ayam. GANTI amat berharap usaha ini diikuti oleh kampung-kampung atau taman-taman perumahan di tempat lain bagi membantu PDRM membasmi jenayah,”ujarnya

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada jam 3 pagi hari ini, 24 September, selepas operasi KARMA2 selesai.

Beliau mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan pujian yang telah diberikan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan tidak dilupakan kepada masyarakat setempat.

IMG-20150924-WA0018

“atas usaha yang dilakukan kita mengucapkan terima kasih kepada pihak PDRM dan masyarakat setempat dan kita berhasrat sebagaimana pihak PDRM untuk sama melihat kenyataan tertubuhnya PKK yang aktif di tempat-tempat lain juga.

“Kami dimaklumkan oleh pihak PDRM bahawa kegiatan merempit sudah tiada, bukan sahaja di Durian Burung sahaja bahkan di sekitar daerah Kuala Terengganu termasuklah lokasi-lokasi biasa seperti Kuala Ibai dan Padang Midin,”jelasnya

Beliau berharap, bukan sahaja aktiviti merempit dapat dibasmi, bahkan jenayah-jenayah lain juga seperti kecurian, pengedaran dadah dan seumpamanya dapat dibanteras.

Katanya, ia diakui oleh Inspektor Zainon, yang mengesahkan kadar jenayah di sekitar mukim Chabang Tiga berkurangan semenjak pelancaran PKK Durian Burung.

IMG-20150924-WA0025

Sehubungan itu, Ketua Penerangan PAS Kuala Terengganu Haji Ahmad Amzad Hashim, operasi membanteras aktiviti rempit semalam adalah usahasama Kepolisan Komuniti Kampung Durian Burung, GASAK, GANTI dengan kerjasama PDRM dengan dibantu sebilangan kenderaan 4WD.

“Tuan Inspektor Zainon dari IPK Terengganu dan Sarjan Nasir OCS Balai Chabang Tiga telah berucap memberi taklimat, nasihat dan panduan kepada lebih 30 peserta yang lengkap memakai vest.

“Dalam taklimatnya beliau sempat memaklumkan kepentingan masyarakat bekerjasama dengan Polis bagi menjaga keamanan dan pencegahan jenayah,”ujarnya yang turut hadir pada program tersebut.

Selain itu, beliau berkata, ia turut mendapat sambutan di kalangan bukan Melayu bukan Islam apabila program tersebut turut dihadiri Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Dr. Bala Chandran G.K.

IMG-20150924-WA0008

“turut hadir ke Surau Al Ikhlas (Masjid Lama) Durian Burung adalah Dr Bala…………kehadiran beliau adalah simbol kebersamaan rakyat berbilang bangsa,

“dalam memupuk kerjasama dan muafakat dalam membina Malaysia Sejahtera sesuai dengan sambutan Hari Malaysia yang baru berlalu,”katanya.

Haji Amzad yang juga Penyelaras Parlimen PAS Kuala Terengganu berharap kejayaan akan dapat dicapai pada setiap kali operasi KARMA dan menempa kecemerlangan serta dapat menambah bilangan sukarelawan bagi membantu menjayakan keamanan kampung kita semua.

“Rakyat berterima kasih kerana masih ada jiwa patriot sejati di kalangan masyarakat kita yang sedia mengorbankan malam raya Aidil Adha kerana menjaga keamanan kita semua,”tambah beliau

Sumber BO - 24-9-2015

Pengorbanan Sebenar Mempertaruhkan Segalanya Termasuk Nyawa

IMG-20150923-WA0101
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang menciptakan alam ini. Sekali lagi kita berkesempatan untuk bersama menyambut hari kebesaran teragung bagi umat Islam iaitulah Eid Adha.

Ataupun hari raya korban yang dikenali dikalangan kita, dimana kisah pengorbanan nabi Ibrahim dengan anaknya nabi Ismail yang masyhur itu, menjadi asas kepada perayaan ini, terus kita perdengarkan bagi mengajak manusia agar memahami erti pengorbanan para nabi tersebut untuk menjadi hamba yang bertaqwa kepada Allah.

Betapa kesungguhan mereka menyerahkan hatta jiwa mereka kepada Allah, telah menjadikan mereka tauladan kepada bukan sahaja bagi kalangan kaum mereka malah jauh lebih dari itu, nabi Ibrahim dikenali sebagai bapa kepada seluruh agama yang disebut-sebut Allah di dalam al-Quran. Begitu besarnya perayaan ini, sehingga kita disunatkan agar bertakbir memuji Allah selama empat hari.

Dalam kita menelusuri kisah para anbiya’ ini, apa yang jelas di sini ialah, pengorbanan yang dilakukan mereka kepada Allah bukanlah terletak kepada besar kecil nilai atau bentuk hartanya, tetapi apa yang lebih utama daripada itu ialah keikhlasan manusia untuk melakukan pengorbanan itu hanya kerana Allah. Firman Allah :

(لَنْ يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَٰكِنْ يَنَالُهُ التَّقْوَىٰ مِنْكُمْ ۚ كَذَٰلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ ۗ وَبَشِّرِ الْمُحْسِنِينَ)
[Surat Al-Hajj 37]


“ Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu.

Demikianlah Ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya”

Keikhlasan Habil memberikan korban yang terbaik kepada Allah dan keikhlasan Ibrahim menyembelih anaknya sebagai contoh pengorbanan yang ikhlas yang diterima dan dikisahkan oleh Allah supaya menjadi ikutan kepada semua manusia. Pokok pangkalnya, untuk mencapai keikhlasan dalam beribadat, tidak hanya dengan berkata-kata sahaja tanpa kita mendalami ilmu, memahaminya dan paling utama ialah mempraktikannya serta mesti sanggup berkorban bagi kebenaran ilmu itu.

Ramai dikalangan manusia hari ini hanya tahu bercakap tetapi kosong dari segi kefahaman dan juga pengamalan bagi membolehkan martabat mereka diangkat oleh Allah kerana mereka takut berkorban.
Kebenaran dalam Islam inilah isi terpenting yang semestinya kita keluarkan atau terjemahkan dalam bentuk perbuatan kita. Isi kandungan Islam ini sebagaimana emas, perak, berlian atau mutiara yang jauh duduk letaknya dalam perut bumi atau dasar laut. Tanpa kesungguhan kita berkorban dengan segala kepayahan bagi mendapatkannya, maka galian berharga itu tiada nilainya. Terperap di dalam bumi tanpa ada harga.

Ianya hanya berguna kepada manusia apabila dikeluarkan dari dalam bumi. Ianya sama seperti kita mengetahui adanya galian berharga di bawah tanah kita tapi kita tidak mahu mengeluarkan modal untuk menggalinya. Itulah ibarat kepada manusia yang hanya tahu menyebut Islam tetapi kosong dalam memperjuangkan kebenarannya. Sejarah membuktikan perjuangan menegakkan kebenaran inilah yang mendapat tentangan terhebat daripada manusia-manusia jahil, jahat dan sombong.

Kita dapat melihat dengan jelas golongan-golongan ini ada disekitar kita. Bercakap seperti dialah juara kepada Islam, tetapi apabila kita mengajak mengikuti sebenar-benarnya jalan yang ditunjukkan oleh quran dan sunnah, mereka mempersembahkan berbagai alasan bagi mengelaknya. Apabila bercakap berkaitan dengan penderitaan dan kesusahan rakyat, maka merekalah juara. Tetapi dalam masa yang sama, cukai-cukai yang membelit rakyat yang miskin serta laporan-laporan ketirisan berkaitan sejumlah besar wang rakyat, masih terus terpampang dalam laporan-laporan rasmi audit. Yang terkorban ialah rakyat dan mengorbankan rakyat adalah mereka yang bercakap tentang Islam tanpa pemahaman dan pengamalan Islam yang benar itu. Sedangkan para pemerintah diharamkan menzalimi rakyat mereka.

Apabila kefahaman serta pengamalan Islam gagal diterjemahkan menjadi cara hidup, maka akan timbullah kekacauan pemikiran dalam melaksanakan tuntutan Islam. Sebagaimana yang dinyatakan di dalam Sidang DUN Terengganu baru-baru ini, cadangan bagi penjualan arak di Kawasan Bebas Cukai Tasik Kenyir, yang mana Kuala Berang hampir 99 peratus penduduknya melayu serta tiada permohonan bagi bukan Islam untuk menjual arak, tetapi atas nama tarikan pelancong, maka arak dijadikan “menu” utama bagi memanggil pelancong datang ke Kenyir.

Tidakkah mereka lihat kesan penjualan arak di kawasan-kawasan pelancongan seperti ini terhadap penduduk melayu Islam setempat? Lihatlah pulau-pulau pelancongan yang ada, dan para pemuda-pemudi tempatan yang terpengaruh dengan budaya arak ini. Bukan itu sahaja, bahkan, pemuda-pemudi melayu Islam inilah nanti mungkin akan menjadi promoter atau penjual arak-arak ini.

Jelas, inilah kezaliman diatas kejahilan dan kegagalan pemerintah memilih yang mana sepatutnya dikorbankan. Pendapatan tambahan pelancongan melalui arakkah atau rakyat yang akan terpengaruh kepada arak yang perlu dikorbankan. Mereka sanggup memilih mengorbankan agama anak-anak muda ini daripada sedikit kerugian kerana tidak menjual arak. Malang sungguh kepada rakyat kerana mempunyai pemerintah ini.

Oleh itu pengorbanan dalam Islam bukanlah hanya menyembelih lembu, kerbau, unta ataupun kambing kerana itu hanyalah ritual dan sebagai lambang ibadat kita sahaja. Akan tetapi pengorbanan yang sebenar ialah mempertaruhkan segala yang kita ada termasuk nyawa kita hanya kepada Allah dengan hati yang ikhlas setelah kita mengetahui, memahami serta mengamalkan segala perintah Allah yang telah diturunkan kepada kita dengan diiringi oleh keterangan-keterangan daripada hadis dan penjelasan dari ulamak berkaitan kehendak sebenar agama ini.

Janganlah kita menjadi golongan yang dimurkai Allah kerana tidak melaksanakan apa yang kita kata kerana tidak faham ataupun tiada kemahuan untuk melakukannya disebabkan keegoan diri. Firman Allah dalam surah as-Saf :

(يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ * كَبُرَ مَقْتًا عِنْدَ اللَّهِ أَنْ تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ)
[Surat As-Saff 2 – 3]


Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya.

Amat besar kebenciannya di sisi Allah – kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.

Semoga segala pengorbanan kita diterima Allah. Semoga penerimaan ini akan menjadikan kita lebih dekat dengan Allah, menjadi golongan muqarrabiin, serta diangkat darjat kita sebagai insan yang bertaqwa kepada Allah. Dan untuk mencapai segala itu, maka perlulah kita kembali kepada Allah melalui jalan-jalan yang telah ditunjukkan oleh para anbiya’ serta beristiqamahlah di atas jalan yang lurus itu sehingga kita mencapai kemenangan di dunia dan di akhirat serta kita dimatikan Allah dalam keimanan insyaAllah.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahilhamd.

YB Ustaz Mohd Nor Hamzah

Adun Bukit Payong
9 Zulhijjah 1436 bersamaan 23 Sept 2015

Sumber BO - 24-9-2015

Warna Oren, Siapa Tiru Siapa?
Posted on Monday, September 21 @ 23:01:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Kita perlu sedar warna tiada siapa boleh mengatakan itu hak dia punya. Warna boleh diertikan dengan pelbagai tafsiran bergantung kepada mereka yang menggunakannya dan tujuan penggunaannya.

Saya selalu dihubungi oleh cybertropper AMANAH yang membuat komen-komen bodoh. Tak nak layan rasa kesian juga. Tapi untuk makluman saya tak akan komen balas untuk komen-komen di blog atau di mana artikel saya dipostkan.

Kalau hantar emel, massege atau whatsapp saya rasa saya patut balas.

Beberapa orang cybertropper AMANAH yang memang bekerja kuat untuk sabotaj PAS telah membuat posting kononnya PAS tiru PAN pasal warna oren.



Tapi malang cybertropper parti AMANAH ini sama macam UMNO juga kurang maklumat dan kurang membuat rujukan. Mereka tidak tahu bahawa warna oren ini telah digunakan dalam program HARAP 3.1 pada 29-31 Januari 2015.
Malah bukan sahaja Jeep berwarna oren, banner, label, kipas dan semuanya warna oren.

 HARAP 3.1 dilahirkan pada 29 Januari 2015 belum lagi Muktamar PAS ke-61. HARAP 3.2 pada 17 September 2015 dan HARAP 3.3 di Marang akan berlangsung pada Februari 2016.

Bila agaknya AMANAH di cipta ciplak?


Semasa HARAP 3.1 Wan Aishah Wan Ariffin menjadi salah seorang penceramah.

Tahu tak bukan sahaja PAS yang guna warna oren. Ada lagi.


Kadang kala saya kesian dengan cybertropper AMANAH yang dah banyak kali kantoi untuk menyerang PAS. Sebelum ini pasal logo Imayam (sila baca di sini) dan sekarang pasal warna pula.

Saya juga ingin betulkan kepada Awang Al Kenit, Jeep itu bukannya khas untuk Abdul Hadi tapi Jeep itu digunakan oleh geng PADAT dan semasa HARAP 3.2 banyak digunakan oleh wartawan Harakah.




Sebelum saya tamat coretan suka saya membuat kesimpulan bahawa parti AMANAH adalah parti CIPLAK semuanya dia nak ciplak dan nak jadi hak dia punya.

Macam mana nak kata AMANAH kalau semuanya ciplak dan tipu dan nak bolot nak jadi dia orang punya?

Kesian!!


Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/
 
Sumber TKO - 21-9-2015

1000 Langkah HARAP; Simbol ‘Langkah Menuju Wisma Darul Iman’

DSC_0054 (3)
KUALA TERENGGANU – Pesuruhjaya PAS Terengganu Ustaz Satiful Bahri Mamat menyifatkan, acara ‘100 Langkah Harap’ yang diadakan sempena Himpunan Harapan Semua (HARAP 3.2) akan menjadi symbol langkah-langkah PAS Terengganu menuju Wisma Darul Iman.

DSC_0054 (2)

Berucap dihadapan ribuan peserta pada pagi Sabtu 19 September di tapak Himpunan, Kampung Pulau Serai, Dungun, beliau menyeru ajaran Sunnah Rasulullah dijadikan budaya dalam kehidupan ahli, penyokong dan pendokong PAS.

“Rasulullah kata, ajar anak-anakmu menunggang kuda, memanah dan berenang, semua buadaya-budaya (dari ) Sunnah ini, kita harap dapat dihidupkan,

“hari ini dalam kehidupan kita (ramai yang) menggali semula (amalan dari )sunnah Rasulullah SAW, sudah banyak (diamalkan) dalam masyarakat kita makanan (permakanan) Sunnah, in sha Allah semua ini kita cuba praktikkan dalam kehidupan kita,”jelas beliau.

Menurutnya, ia adalah amat baik diamalkan dalam kehidupan berkeluarga supaya anak-anak membesar dalam keadaan mengamalkan Sunnah nabi.

ADUN Paka itu juga berharap, agar aktiviti ‘1000 Langkah Harap’ itu menjadi rutin dalam kehidupan supaya ahli-ahli dan penyokong menjadi sihat untuk bekerja menghadapi pilihanraya umum akan datang.

DSC_0023 (2)

Katanya, budaya ‘hari menuntut ilmu’ dan ‘neri bersama keluarga’ pada hari Jumaat dan Sabtu telah lama ditanam oleh kepimpinan PAS sebelum ini.

“PAS negeri Terengganu sebelum kepimpinan saya lagi telah meletakkan dua hari dalam seminggu, hari Jumaat merupakan hari ilmu, kita harap semua keluarga ahli PAS pergi ke majlis-majlis ilmu pada hari Jumaat.

“hari Sabtu adalah hari keluarga, hari bersama keluarga, har bersama program (sekeluarga) PAS, jadikan (hari Sabtu) kita wakafkan demi perjuangan kita,”katanya.

IMG_20150921_135849

Justeru itu, beliau berkata, acara Langkah HARAP itu merupakan satu ‘signal’ kepada langkah-langkah PAS menuju ke Wisma Darul Iman.

“saya mengambil kesempatan dalam waktu yang ringkas ini mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua peserta yang bersama program ini,

“komitment kita kepada program ini, in sha Allah moga-moga ia menjadi satu langkah daripada 1000 langkah dan langkah-langkah kita ke tangga Wisma Darul Iman,”katanya

Sumber BO - 21-9-2015


Umno dan DAP, Sama-sama Perkauman

Syed Araniri Syed Ahmad (2)
KUALA TERENGGANU – Ada dua parti yang bersifat perkauman dalam negara ini, iaitu pati Umno dan parti DAP.

Bekas Naib Pengerusi 1 DAP negeri Kedah, Syed Araniri Syed Ahmad berkata, beliau keluar dari Umno kerana masalah politik.

“Dalam Umno dulu pun saya bekerja dengan Biro Tata Negara (BTN) sebagai Timbalan Pengarah BTN Negeri pada tahun 2006 (kemudian) dipecat daripada BTN (kerana) masalah politik,

“Pada tahun 2008, (kerana) semangat untuk menawan Putra Jaya saya terpukau dengan slogan-slogan DAP, nampak cantik dengan pemimpin dia (kelihatan hebat), jadi kita (saya) masuk lah (DAP),
“sekarang ni jelaslah…..ada dua parti……….Umno parti perkauman DAP parti perkauman……..(sama-sama perkauman),”ujarnya.

Syed Araniri Syed Ahmad Harap 3.2

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas menyampaikan ceramah pada malampenutup Himpunan Harapan Semua (HARAP 3.2) di Pulau Serai, Dungun semalam 19 September.

Menurutnya, banyak rahsia DAP yang ‘besar-besar’, tapi beliau tidak akan mendedahkannya lagi pada masa ini kerana menunggu saat hampir pilihan raya umum kali ke-14 akan datang.

“saya nampak benda-benda pun dah pelik dah, jadi saya terpaksa Tarik ‘hand-brake’ (keluar dari DAP), banyak lagi rahsia DAP (yang saya akan dedahkan) tapi pilihan raya lambat lagi,

“nanti dekat lagi setahun (hampir) pilihan raya saya akan buka (dedahkan),”ujarnya yang telah mengisytiharkan masuk PAS pada 23 Ogos lalu, selepas menyerahkan borang permohonannya kepada Presiden PAS di Kompleks PAS negeri Kedah.

Beliau yang mendakwa 88% Ahli Jawatankuasa Pusat DAP adalah beragama Kristian, menasihatkan anak-anak muda yang mahu menyertai parti itu agar berhati-hati.

Katanya, DAP juga menganggap semua agama adalah sama, sebagaimana hak manusia itu sama rata.
“DAP ni dia mahu semua sama rata, hak semua sama…….agama pun sama, DAP pun sekarang dia kata ‘paderi’ duduk di gereja tak payah fikir politik begitu juga (sebagaimana) mereka mahu orang-orang PAS ini,

“ulamak (hanya) duduk di pondok (dan) jangan bincang tentang politik,”jelasnya.

Beliau turut mendedahkan, bahawa DAP sudah lama tidak menyukai Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kerana menurut meraka, sebagai orang mempunyai ilmu agama, Tuan Guru akan kembali kepada Islam apabila menghadapi sebarang masalah

Sebelum itu, dalam ceramahnya, Syed Araniri menegaskan, DAP adalah sebuah parti sekular yang mengasingkan antara ‘politik dan agama’.





Sumber BO - 20-9-2015

PAS Rantau Abang Ucap Syukur, Terima Kasih

DSC_0055

Parti Islam SeMalaysia (PAS) DUN RANTAU ABANG ingin merakamkan rasa syukur kepada Allah dan mengucapkan terimakasih yang tidak terhingga kepada seluruh jentera PAS dari perlbagai peringkat serta orang perseorangan yang bertungkus-lumus dan menyumbang tenaga, masa dan wang ringgit dalam menjayakan HIMPUNAN PAS HARAPAN SEMUA (HARAP 3.2) yang baru sahaja berakhir semalam.

cikgu alias

Saya juga mewakili PAS Kawasan Dungun mengucapkan tahniah dan terimakasih kepada semua Rakyat Terengganu yang hadir ke HARAP 3.2 yang berlangsung pada 17, 18 & 19hbSeptember 2015, di Pulau Serai, Dungun.

Semoga sumbangan dan sokongan daripada anda semua akan terus memberi semangat kepada Pas khususnya dalam meneruskan agenda rakyat demi memartabatkan Islam di bumi Terengganu ini,

Dalam usaha mengembalikan kegemilangam Terengganu kepada pemerintahan Islam yang diterajui oleh PAS ini memerlukan sokongan dan dokongan daripada semua.

Akhir sekali sekali lagi tahniah dan terimakasih kepada semua yang terlibat dalam HARAP 3.2.

BERISTIQAMAH SEHINGGA KEMENANGAN

YB ADUN RANTAU ABANG

CIKGU HJ ALIAS BIN HARUN

KETUA UNIT PERSIAPAN TEMPAT HARAP 3.2
Pulau Serai , Dungun.
20 hb September 2015
06 Zulhijjah 1436H

Sumber BO - 20-9-2015


Fokus Jatuhkan Umno-BN Pada PRU14

Dr Alias
KUALA TERENGGANU – PAS mengajak seluruh rakyat meletakkan fokus untuk menjatuhkan Umno dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum kali ke-14 (PRU14) kerana parti itu tidak mengutamakan kepentingan rakyat.

Sebaliknya, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu Dr Alias Razak berkata, Umno dan Barisan Nasional (BN) hanyalah mementingkan pemimpin dan ‘kroni’ mereka, yang semakin bertambah kaya dari hari ke sehari.

bebeas cukai kenyir2Beliau berkata, hampir RM 2 bilion telah dihabiskan oleh pemimpin Umno dalam membangunkan projek ‘Monsoon Cup’ dan Tasik Kenyir, tetapi tidak membawa sebarang perubahan dan kemajuan kepada rakyat.
“projek-projek yang Umno buat selama ini tidk dapat meberi peluang pekerjaan dan pendapatan yang baik kepada rakyat negeri Terengganu,
“anaranya (projek) Monsoon Cup…….habis RM1 bilion (seribu juta) di Pualau Duyong….sekarang dah hangus…..Monsoon Cup dah tak ada, tidak memberikan sebarang peluang pekerjaan kepada rakyat,”jelasnya.
Sudah berkali-kali, kata beliau, kerajaan Umno dan BN Terengganu berjanji untuk membuka pulau-pulau yang dimajukan di Tasik Kenyir, tetapi sehingga kini, masih belum siap.
“Dah berapa kali, janji nak buka……pelancong nak datang…..nak buka Pulau Burung…..pulau-pulau yang dibangunkan di Tasik Kenyir, sehingga kini masih belum siap,
“balanja juga hampir mencecah seribu juta, tetapi pendapatan rakyat masih tidak bertambah,”ujarnya.
isu pendidikanBeliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada malam terakhir Himpunan Harapan Rakyat (HARAP 3.2) di Pulau Serai, Dungun semalam 19 September.
Selain itu, katanya, pembangunan infrastruktur dan perkhidmatan kesihatan serta pendidikan rakyat tidak dilaksanakan dengan betul.
“macam-macam masalah kemudahan asas yang tidak mencukupi……….tuan-tuan mengharapkan sistem kesihatan yang lebih baik tetapi tuan-tuan di Dungun ini, hospital bila nak dibina? Bila nak siap?
“benda-benda seperti ini sepatutnya kerajaan Umno dan BN telah lama siapkan, (tetapi) benda asas seperti ini pun tdak diberukan keutamaan, masih tak boleh disiapkan,”tegasnya.
Soal pendidikan juga, katanya, sekarang ini anak-anak rakyat Terengganu susah, walaupun untuk mendapatkan pinjaman pelajaran dalam keadaan biasiswa pelajaran diberikan terlalu sedikit.
“Yayasan (kerajaan) Terengganu kedekut untuk memberikan pinjaman khususnya kepada anak-anak yang nak belajar agama seolah-olah belajar agama tak penting,’tambah beliau
KUALA TERENGGANU – PAS mengajak seluruh rakyat meletakkan fokus untuk menjatuhkan Umno dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum kali ke-14 (PRU14) kerana parti itu tidak mengutamakan kepentingan rakyat.

Sebaliknya, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu Dr Alias Razak berkata, Umno dan Barisan Nasional (BN) hanyalah mementingkan pemimpin dan ‘kroni’ mereka, yang semakin bertambah kaya dari hari ke sehari.
bebeas cukai kenyir2

Beliau berkata, hampir RM 2 bilion telah dihabiskan oleh pemimpin Umno dalam membangunkan projek ‘Monsoon Cup’ dan Tasik Kenyir, tetapi tidak membawa sebarang perubahan dan kemajuan kepada rakyat.

“projek-projek yang Umno buat selama ini tidk dapat meberi peluang pekerjaan dan pendapatan yang baik kepada rakyat negeri Terengganu,

“anaranya (projek) Monsoon Cup…….habis RM1 bilion (seribu juta) di Pualau Duyong….sekarang dah hangus…..Monsoon Cup dah tak ada, tidak memberikan sebarang peluang pekerjaan kepada rakyat,”jelasnya.

Sudah berkali-kali, kata beliau, kerajaan Umno dan BN Terengganu berjanji untuk membuka pulau-pulau yang dimajukan di Tasik Kenyir, tetapi sehingga kini, masih belum siap.

“Dah berapa kali, janji nak buka……pelancong nak datang…..nak buka Pulau Burung…..pulau-pulau yang dibangunkan di Tasik Kenyir, sehingga kini masih belum siap,
“balanja juga hampir mencecah seribu juta, tetapi pendapatan rakyat masih tidak bertambah,”ujarnya.

isu pendidikan

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada malam terakhir Himpunan Harapan Rakyat (HARAP 3.2) di Pulau Serai, Dungun semalam 19 September.

Selain itu, katanya, pembangunan infrastruktur dan perkhidmatan kesihatan serta pendidikan rakyat tidak dilaksanakan dengan betul.

“macam-macam masalah kemudahan asas yang tidak mencukupi……….tuan-tuan mengharapkan sistem kesihatan yang lebih baik tetapi tuan-tuan di Dungun ini, hospital bila nak dibina? Bila nak siap?

“benda-benda seperti ini sepatutnya kerajaan Umno dan BN telah lama siapkan, (tetapi) benda asas seperti ini pun tdak diberukan keutamaan, masih tak boleh disiapkan,”tegasnya.

Soal pendidikan juga, katanya, sekarang ini anak-anak rakyat Terengganu susah, walaupun untuk mendapatkan pinjaman pelajaran dalam keadaan biasiswa pelajaran diberikan terlalu sedikit.

“Yayasan (kerajaan) Terengganu kedekut untuk memberikan pinjaman khususnya kepada anak-anak yang nak belajar agama seolah-olah belajar agama tak penting,’tambah beliau.

Sumber BO - 20-9-2015

'Beri Umno berehat, kita dah beri 50 tahun lebih'















IZWAN ABDUL HALIM | .






DUNGUN: Sudah sampai masanya Umno direhatkan dan PAS diberi peluang memerintah dengan Islam yang akan menyelamatkan negara ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata Islam mesti diberi peluang memerintah sebagai agama yang tidak memaksa, sehingga tertegaknya konsep politik, ekonomi dan segala pelaksanaan menurut Islam dalam kehidupan manusia.

“Kita dah beri lama dah masa pada Umno, 50 tahun lebih. Oleh kerana itu, biarlah orang Umno beri rehat kepada parti dia.

“Beri Umno berehat, tengok PAS memerintah negara ini macam mana. Dengan tokoh-tokoh politik, ekonomi yang ada macam-macam ini, tengok macam mana kita nak memerintah dengan Islam," ujarnya ketika berucap merasmikan Himpunan Harapan Semua (Harap) 3.2 di Kampung Pulau Serai, dekat sini malam semalam.

Hadir sama ialah Ketua Pengarah Pilihan raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Majlis Syura Ulamak, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh, Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Saiful Bahri Mamat dan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Pada majlis itu, beliau menerima 4,198 borang permohonan keahlian PAS dari seluruh negeri yang diserahkan oleh Saiful.

Beliau juga menyeru rakyat yang bukan Islam supaya tidak takut dengan Islam.

“Dan saya nak beritahu orang yang bukan Islam, jangan takut dengan Islam. Kalau orang bukan Islam boleh terima ideologi komunis, yang buat komunis ini Karl Marx. Karl Marx ini bukan orang Cina, bukan orang India, dia orang Yahudi Jerman," ujarnya lagi.

Tambahnya, begitu juga sebagaimana masyarakat telah menerima BN, MCA dan MIC yang menganut kapitalisma, sedangkan idealogi itu dipelopori oleh Adam Smith berbangsa Inggeris.

Justeru, kata beliau jika ada yang sanggup berjuang menegakkan ideologi asing itu, maka sewajarnya mereka juga boleh memberi peluang kepada Islam. - HARAKAHDAILY 20/9/2015

Sumber HD - 20-9-2015

Siri Harap diharap dapat buka mata rakyat Terengganu
















HARAKAHDAILY | .


DUNGUN: Pihak penganjur Himpunan Harapan Semua (Harap) 3.2 yang diadakan di Kampung Pulau Serai, dekat sini berpuas hati dengan sambutan masyarakat setempat dan rakyat seluruh negeri.

Pengarah Panitia Induk Harap 3.2, M Shukrimun Shamsudin berkata, pihaknya juga berpuas hati dengan persiapan PAS Kawasan Dungun selaku tuan rumah selepas Harap 3.1 yang telah diadakan di Dun Seberang Takir, Kuala Nerus pada Januari lalu.

Menurutnya, Dungun dipilih adalah salah satu dari empat kawasan yang PAS mendominasi politik negeri Terengganu.

Tambahnya, siri Harap selepas ini melibatkan kawasan Marang dan Kuala Terengganu.

"Langkah ini diambil kira supaya kawasan-kawasan lain dapat menjadi tuan rumah kepada siri Harap yang seterusnya dalam jangka masa yang lebih dekat dengan pilihan raya umum agar impaknya lebih berkesan," ujarnya ketika ditemui di tapak Harap 3.2 petang ini.

Justeru, pihaknya mengharapkan agar penganjuran siri Harap itu dapat membuka mata seluruh rakyat negeri ini supaya menaruh harapan kepada PAS sahaja sebagai parti yang mampu mensejahterakan rakyat dengan mengurus hasil mahsul negeri dengan aman dan adil.

"Oleh itu, kami juga mengharapkan agar mandat menjaga amanah pentadbiran negeri diberi kepada PAS kerana sudah terbukti sejak sekian lama, lebih-lebih lagi dewasa ini berkenaan kelemahan dan ketidakmampuan parti pemerintah sekarang untuk menggalas amanah rakyat," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 19/9/2015

Sumber HD - 19-9-2015

Abdul Hadi Dalam Program 10,000 Langkah Bersama Presiden PAS
Posted on Saturday, September 19 @ 11:38:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang memula acara 10,000 langkah bersama Presiden pagi tadi kira-kira jam 9.00 pagi di Himpunan Harapan Semua (Harap) 3.2 di Kampung Pulau Serai, Dungun, Terengganu.









Dianggarkan lebih 5,000 peserta bersama dalam acara berjalan kaki sejauh 10km ini. 

Sumber TKO - 19-9-2015


Perasmian HARAP 3.2 di Pulau Serai Dungun, Terengganu
Posted on Saturday, September 19 @ 01:35:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Majlis pelancaran Himpunan Harapan Semua (Harap) 3.2 yang diadakan di Kampung Pulau Serai, Dungun, Terengganu. Program ini bermula pada 17hb dan akan berakhir pada 19 September 2015 bertemakan warna Oren.











Dalam masa seminggu kutipan mencecah 4197 borang keahlian baru. Serahan dibuat pada program himpunan HARAP 3.2









Kipas pun warna oren.









YDP PAS Kawasan Dungun Hj Wan Hassan Ramli yang juga MP Parilmen Dungun.








Sumber TKO - 19-9-2015

Utamakan Usaha Keluarkan Rakyat Dari Kemiskinan

IMG_20150918_221023
DUNGUN – Kerajaan digesa memberi lebih keutamaan dalam soal mengeluarkan rakyat dari tahap kemiskinan khususnya yang berkait dengan perumahan, peluang pekerjaan dan juga kos sara hidup.
Ahli Parlimen Dungun Ustaz Wan Hasan Mohd Ramli berkata, peluang yang yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat mestilah dipenuhi oleh kerajaan.

“Keutamaan kerajaan dalam soal mengeluarkan rakyat dari tahap kemiskinan sepatutnya menjadi (lebih) keutamaan kerana di Terengganu ni kita lihat khususnya (perkara) yang berkait dengan perumahan, pekerjaan dan juga kos sara hidup yang agak tinggi,

DSC_0154 (3)

“Dan ruang-ruang dan peluang yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat tidak dipenuhi oleh pihak kerajaan,”katanya.

Oleh itu, kata beliau, usaha-usaha kebajikan telah digerakkan oleh PAS walaupun tidak menjadi kerajaan dan sekiranya diberikan mandat, PAS akan melaksanakan janji untuk mengeluarkan rakyat daripada tahap kemiskinan.

Wan Hasan yang juga Yang Dipertua PAS Dungun berkata demikian selepas menyempurnakan kerja-kerja gotong membaik pulih rumah seorang wanita yang hidup bersendirian di kawasan belukar, Kampung Rajawali dekat Pulau Serai di sini, pada Jumaat 18 September.

Menurutnya, PAS Pusat sebelum ini telah pun mengeluarkan manifesto berkaitan yang bertajuk ‘Negara Berkebajikan’ dan ia dibawa ke peringkat negeri Terengganu.

Sehubungan itu, beliau yakin Himpunan Harapan Semua (HARAP 3.2) yang diadakan di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang akan menyumbang kepada kemenangan PAS di negeri Terengganu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang.

“Program HARAP (yang) kita (adakan) adalah pemangkin kepada gerakan itu supaya rakyat mengetahui bahawa kita sampai pada tahap akar umbi rakyat,

DSC_0144 (2)

“untuk (kita) mengetahui masalah mereka dan kita boleh merangka garis panduan yang (akan) dijadikan manifesto pada PRU14 akan datang untuk menyelesaikan masalah rakyat khususnya yang berkait dengan kemiskinan,”jelasnya yang merujuk kepada pemerintahan kerajaan PAS dari tahun 1999 hingga 2004.

Katanya, harapan rakyat yang telah digerakkan bermula dengan HARAP 3.1 pada bukan Febfuati lalu, akan diteruskan sehingga PRU 14.

“InsyaAllah dengan usaha ini, Allah ta’ala akan memerikan satu peluang untuk kita kemaskan (kebangkitan) rakyat pada Pilihanraya yang ke 14 akan datang,”katanya yakin.

Sementara itu, ADUN Rantau Abang, YB Cikgu Alias Harun berkata, pihaknya telah menggerakkan gotong royong membaik pulih lima rumah rakyat yang terpilih di lima lokaliti.

“kita ada gotong royong dan kita pilih 5 UPU dalam DUN Rantau Abang ini dan ini adalah salah satu rumah yang kita pilih (dan) yang ini dalam UPU Pulau Serai, empat lagi UPU Tok Kah, UPU Kuala Abang,  UPU Seberang Pintasan dan UPU Pak Sabah.

“kita mengambil keputusan dengan peruntukan yang ada untuk membaiki sekadar kemampuan yang ada,”katanya.

Sumber BO - 19-9-2015

PAS Terengganu terima 4,198 ahli baru dalam seminggu




















HARAKAHDAILY | .


DUNGUN: PAS terus menerima permohonan keahlian baharu selepas Muktamar Tahunan ke-61 yang berlangsung di Kuala Selangor, Jun lalu.

Pada malam ini, sebanyak 4,198 borang permohonan keahlian PAS dari seluruh negeri Terengganu diserahkan pada majlis pelancaran Himpunan Harapan Semua (Harap) 3.2 yang diadakan di Kampung Pulau Serai, dekat sini.

Permohonan itu diterima daripada PAS Dungun sebanyak 1,790, Besut (160), Setiu (193), Kuala Terengganu (356), Hulu Terengganu (222), Kuala Nerus (392), Kemaman (905) dan Marang (180).

Borang-borang itu diserahkan kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi oleh  Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Saiful Bahri Mamat.

Hadir sama ialah Ketua Pengarah Pilihan raya PAS, Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Majlis Syura Ulamak, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh dan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Saiful ketika menyampaikan ucapan alu-aluan berkata, jumlah permohonan keahlian baru itu diterima oleh PAS negeri dalam masa seminggu.

Beliau yang juga Adun Paka memberitahu, bagi PAS Kawasan Dungun pula berjaya mengumpul keahlian baru lebih daripada 1,700 dalam tempoh itu yang majoriti adalah anak muda.

Tegasnya, ini menunjukkan dalam suasana digoncang pada hari ini, masyarakat semakin kuat beristiqamah dengan perjuangan PAS. - HARAKAHDAILY 18/9/2015

Sumber HD - 18-9-2015

Duit Derma Yang Diterima PM Tidak Disalurkan Kepada Perkara Yang Sepatutnya

DSC_0087 (2)
DUNGUN- PAS dukacita kerana wang didakwa adalah derma yang disumbangkan oleh para dermawan dari Timur Tengah, yang dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak, tidak disalurkan dengan sebetulnya.

DSC_0136 (2)

Ahli Dewan Undangan Negeri Chukai, Haji Hanafiah Mat berkata, sepatutnya derma yang berjumlah RM2.6 bilion itu dibahagikan kepada rakyat.

“Kita rasa dukacita lah, Perdana Menteri mendapat derma tetapi tidak dibelanjakan kepada perkara yang sebetulnya. Sepatutnya derma itu dibahagi kepada rakyat.

“Hari ni pun saya mari (ke kampung ini) saya tak kenal pun tuan rumah…….tetapi apabila sebahagian besar melihat rumah ini memerlukan pertolongan (untuk) dibaikpulih, dengan atapnya yang begitu rosak, maka kita terus baiki.

DSC_0123 (2)

“(kita) Tak tunggu. Tetapi kita berasa dukacita lah kerana duit derma tidak digunakan dengan seberapa yang baik,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Kampung Che Lijah dekat sini, hari ini, selepas turun bersama masyarakat setempat melaksanakan kerja gotong royong sempena Himpunan Harapan semua (HARAP 3.2.)

Hanafiah menegaskan, walaupun PAS tidak mempunyai banyak wang berbanding Umno dan Barisan Nasional, tetapi bantuan turun, terus kepada masyarakat.

20150918_104631 (2)

“kita turun dan terus kepada masyarakat………kemudiana apa yang kita boleh baiki kita terus baiki, tanpa kita mengira fahaman politik apatah lagi pendapat ugama,”jelasnya.

Ahli-ahli Yang Berhotmat PAS bersama-sama berganding bahu menyingsing lengan turun menyempurnakan kerja-kerja gotong-royong di lima buah lokaliti, dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang.

IMG-20150918-WA0055

Kampung-kampung dan ADUN PAS yang terbabit adalah, Kampung Baru Kuala Abang – YB Dr Alias Razak (ADUN Bukit Tunggal), Kampung Tok Kah. – YB Cikgu Wan Hapandi (ADUN Sura), Kampung Batu Tiong – YB Ust Wan Hassan Mohd Ramli (Ahli Parlimen Dungun), Seberang Pintasan – YB Ustaz Mohd Noor Hamzah (ADUN Bukit Payong) , Binjai Che Lijah – YB Cikgu Alias Harun (ADUN Rantau Abang) dan YB Hanafiah Mat (ADUN Chukai).

Seorang penerima bantuan, Rosli bin Awang, 49, mengucapkan syukur dan berterima kasih kepada PAS yang membantu beliau memperbaiki atap rumahnya.

“saya kerja sendiri…………dia (PAS) ada maklum dah, sempena Himpunan HARAP tu lah, YB mari rumah saya dan baiki atap,

“saya rasa suka sangat lah dan saya ucapkan Terima kasih keatas pemberian yang berkenaan,”ujarnya.

https://www.youtube.com/watch?v=ozyBIOuRavE&feature=player_embedded

Sumber BO - 18-9-2015

80 Fakir Miskin Terima Bantuan

IMG-20150917-WA0033
Oleh : MNA

MARANG – Seramai 80 orang penduduk yang di kategorikan sebagai fakir dan miskin menerima sumbangan berupa barangan dapur dari wakil rakyat Bukit Payong Terengganu, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah semalam.

Program yang diberi nama Cakna Wakil Rakyat anjuran Majlis Tindakan Dun (MTD) Bukit Payong itu adalah dengan kerjasama Tabung Kemiskinan Harakah yang memilih Kampung Paya Resak sebagai lokasinya.

Berucap dalam program tersebut, Ustaz Mohd Nor mengingatkan para penerima agar bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada para penyumbang yang sanggup menyalurkan sebahagian daripada harta mereka bagi program ini.

IMG-20150917-WA0024

Sikap bantu-membantu seperti ini diharap akan berterusan apatah lagi dengan keadaan ekonomi yang meruncing dengan kejatuhan minyak serta nilai mata wang, maka beban kepayahan ekonomi ini pasti akan ditanggung rakyat miskin.

“GST cukai yang terkena bukan kepada beberapa orang, tetapi ianya terkena kepada semua termasuklah ke atas orang miskin.

Dalam keadaan begitu, isu seperti rasuah, 1MDB, terjadi sebab kerakusan para pemimpin yang rakyat pilih itu, lupa diri dan amanah bila berdepan dengan kemewahan.

Ditambah pula dengan kejatuhan ekonomi dengan jatuhnya harga minyak serta nilai mata wang kita yang menyusut dengan banyaknya, maka semua orang akan kena tempiasnya.

Oleh itu dengan sumbangan daripada insan-insan yang baik hati ini, kita harap dapatlah mengurangkan sedikit bebanan saudara-saudari sekelian buat beberapa waktu terutama hampir dengan aidil adha ini.

Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada Tabung Kemiskinan Harakah kerana sudi membuat program bersama dengan MTD Bukit Payong hari ini,” ujar beliau.

IMG-20150917-WA0032

Turut hadir dalam program ini ialah Pengarah Tabung Kemiskinan Harakah, Encik Habib Abdul Halim.

Seorang warga emas Lijah binti Ali, 76 yang ditemui, menzahirkan kesyukuran atas sumbangan ini kerana dapat meringankan sedikit bebannya dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ustaz Mohd Nor serta seluruh yang terlibat dengan program ini.

“Makcik ucap terima kasihlah kepada ustaz (Mohd Nor), Harakah dan semua yang terlibat atas bantuan ni.

Sekurang-kurangnya ringanlah sikit beban makcik untuk raya ni,” katanya dengan gembira.

Dalam program itu, para tetamu yang hadir turut diberikan peluang untuk mencuba perubatan alternatif cara Islam oleh pasukan dari Pusat Perubatan Darul Salam yang dibawakan khas dari Kuala Lumpur.

Sumber BO - 18-9-2015

Wanita Muslim Perlu Menjaga Imej dan Maruah

IMG-20150918-WA0007
Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN – Perbuatan taat kepada suami yang menjadi kewajipan, walaupun lebih mudah dilakukan oleh para isteri, tetapi sering diabaikan dan kadangkala melebihkan perkara lain termasuk amalan sunat.

Menurut Timbalan Ketua Pemuda PAS Kelantan Ustaz Nor Azarizal Mohd Alawi, ramai isteri yang bersungguh-sungguh melakukan solat-solat sunat sehingga meengkesampingkan keperluan suami.

“Taat kepada suami lebih mudah sebenarnya daripada melakukan solat-solat sunat atau puasa-puasa sunat, tetapi para isteri lebih bersungguh-sungguh untuk melakukan perkara sunat berbanding yang wajib.

“(sedangkan) wanita kalau taat kepada Allah, Rasul dan suami, boleh masuk syurga, mudah tetapi bagi wanita payah.” luahnya pada program Kuliah Dhuha sempena Himpunan Harapan Semua (HARAP 3.2) di Pulau Serai, di sini Khamis pagi, 17 September.

IMG-20150918-WA0006

Beliau mengingatkan para hadirin tentang sabda Nabi SAW yang menegaskan, sesungguhnya dunia iniadalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah.

“Wanita solehah (itu) ialah bila (suami) melihatnya, sudah merasa gembira, sentiasa menghargai dan menyenangi suami”, jelas beliau dalam aktiviti pertama aturcara HARAP 3.2 yang bermula hari ini dan akan berakhir pada Sabtu 19 September.

Turut hadir mendengar kuliah tersebut adalah Ketua Muslimat PAS Kawasan Dungun, Puan Hajjah Khairiah Mokhti dan Ahli-ahli Jawatankausa Dewan Muslimat PAS Kawasan Dungun.

Azrizal menjelaskan, dalam Islam bukanlah wanita itu terus dikurung dalam rumah sebaliknya mereka dibenarkan keluar rumah memenuhi keperluan yang syarie seperti keluar apbila berlaku kebakaran atau untuk belajar fardhu ain dimana suami tidak mampu untuk mengajarkannya.

Begitu juga kepada wanita, mestilah memelihara rumahtangganya dari sebarang fitnah yang boleh merosakkan imej dan maruah wanita Islam itu sendiri.

“Sebagai seorang isteri solehah, tidak boleh sewenang- wenangnya membenarkan lelaki masuk ke rumah walaupun adik beradik lelaki kepada suami,”jelassnya.

HARAP 3.2 yang berlangsung selama tiga hari di Dungun ini, merupakan kali yang kedua selepas HARAP 3.1 yang diadakan di Seberang Takir pada Januari lepas.

Sumber BO - 18-9-2015

HARAP 3.2: Merealisasikan Harapan Rakyat, Tidak Khianat Kepada Amanah Allah

20150918_072559 (2)
Alhamdulillah, marilah kita bersyukur ke hadrat Allah subhanahu wata’ala kerana dengan keizinan dan limpahan rahmat serta hidayah dariNya, kita dapat mengadakan Himpunan Harapan Semua kali kedua (HARAP 3.2).

Pada kali ini program kita akan belangsung selama tiga hari bermula dari 17hb hingga 19hb September, 2015, dan daerah Dungun dipilih sebagai tuan rumah, khususnya kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang.

20150918_072222 (2)

Lokasi perhimpnan di Kampung Pulau Serai, amat sesuai untuk seluruh jentera PAS negeri Terengganu berhimpun bagi meneruskan tekad ‘Istiqamah Hingga Kemenangan’, menyerlahkan kepada masyarakat , hanya PAS parti harapan kepada semua untuk kerajaan yang lebih baik.

HARAP 3.2 adalah kesinambungan HARAP 3.1, persiapan PAS bagi menjunjung harapan rakyat negeri ini untuk kembali ke Wisma Darul Iman dan kembali memerintah negeri yang kita cintai ini.

Sesungguhnya PAS istiqamah dengan dasar Islam, sebagai dasar yang kukuh dan mapam bagi menggantikan segala sistem kapitalis dan pragmatis barat yang terus menjunam menuju kehancuran.

Saya mengharapkan, himpunan kita ini juga dapat menggembeling semua petugas, peyokong, ahli dan paa petugas bagi menyemarakkan gelombang rakyat yang telah kecewa dan menjadi mangsa kepada penindasan kerajaan sekarang.

20150918_071219 (2)

Penganjuran Himpunan besar-besarab ini membuktikan PAS terus mantap dan terkesan dengan masalah dalaman yang kononnya digembar-gemburkan membantutkan perjuangn rakyat, tetapi HARAP 3.2 merapakan bukti kita terus bangkit menjadi saf hadapan (frontline) kepada ‘Harapan Untuk Semua – PAS For All’.

Peningkat penerimaan borang permohonan keahlian PAS dimerata tempat sekarang, menunjukkan rakyat sedang berpusu-pusu dan berbondong-bondong untuk bersama PAS, untuk menyatukan diri mereka sebagai ahli PAS, yang merupakan kayu ukur kekuatan sokongan masyarakat yang semakin menokok saban hari.

Perjalanan politik di negeri Terengganu ini, hanya tingal selangkah sahaja lagi, bagi merealisasikan impian umat Melayu dan Islam untuk menikmati keadilan dan kesejahteraan Islam melalui sebuah kerajaan yang melaksanakan syariah Allah sepenuhnya, diatas muka bumi ini.

satiful3

Ayuh……..kita maju ke hadapan, melipatgandakan usaha kita agar kita tidak merosakkan harapan rakyat kepada PAS dan tidak mengkhianati amanah Allah yang maha besar!

Terima kasih kepada semua pihak, khususnya PAS kawasan Dungun, semoha HARAP 3.2 dapat mempertahankan kemenangan sedia ada dan menambah lagi kemenangan yang belum diraih.

SELAMAT BERHIMPUN!

YB Ustaz Satiful Bahri Mamat
Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu/
ADUN Paka

Sumber BO - 18-9-2015

HARAP 3.2: 10 Ribu Langkah Bersama Presiden Dijangka Menjadi Tarikan

IMG_20150917_165621
KUALA TERENGGANU – PAS Terengganu sekali lagi akan menganjurkan program bersekala besar iaitu HARAP 3.2. yang merupakan singkatan Himpunan Harapan Semua dengan slogan PAS Harapan Semua.

Pengarahya, M.Shukrimun Shamsuddin berkata, antara matlamat Harap adalah untuk sentiasa menggerakkan petugas (amilin) PAS agar sentiasa beristiqamah melaksanaksakan kerja-kerja politik dan dakwah secara berjamaah.

IMG_20150830_135327

“Program Harap juga merupakan salah satu aktiviti yang disusun dalam siri peta jalan “Road to WDI” iaitu siri program untuk menawan kembali Wisma Darul Iman kepada PAS buat kali ketiga.

“Program ini dimulai dengan aktiviti-aktiviti anjuran PAS Kawasan Dungun pada 17 September iaitu sehari sebelum Program Harap secara rasminya dilancarkan pada Jumaat malam 18 September oleh Presiden PAS,”ujarnya.

Katanya HARAP akan dipenuhi dengan aktiviti ilmu dan informasi seperti Ceramah, Forum, Kuliyah, Katnival Jualan di samping aktiviti yang diuruskan Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat.

Bendahari PAS Terengganu itu berkata ‘Program 1000 Langkah Harap’ yang akan turut disertai oleh Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Andul Hadi Awang dijangka menjadi tarikan ramai.

“Langkah Harap 10 ribu langkah yang akan disertai sama oleh Presiden PAS pada pukul 8 pagi hari Sabtu 19 September………. Aktiviti ini dibuka kepada semua.

“Sebagai Pengarah saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang terlibat untuk menjayakan sambutan ini dan apa jua bentuk sekali pun,”ujarnya lagi.

Dengan penganjuran HARAP kali kedua ini beliau yakin, PAS akan menjadi satu-satunya parti yang diharapkan rakyat untuk memimpin dan memerintah selepas pilihan raya umum akan datang akan datang, khususnya di negeri ini.

Sumber BO - 17-9-2015

Cakna PAS Bila Rakyat Ditimpa Musibah, Bencana

IMG-20150915-WA0083_resized
Oleh : Azizah Mahmood

KUALA TERENGGANU – Sesungguhnya kebajikan dan musibah itu berkait rapat, tatkala berlaku sahaja kemalangan atau bencana, sepantas itu juga jentera kebajikan terpanggil untuk menghulur bantuan .

Samada tenaga ataupun wang, sedikit atau banyak, ia tetap bermakna, kepada pemberi dan penerima amal kebaikan itu.

IMG-20150915-WA0088_resized

Itu antara perkataan ‘hikmah’ yang selalu diucapkan, oleh mereka yang diberikan sedikit sumbangan daipada mereka yang ditimpa musibah.

Bertempat di Kampung Wakaf Mempelam seorang ibu muda yang tinggal bersama anak saudaranya yang kematian bapa melahirkan rasa terharu itu.

“terima kasih sangat-sangat sudi jenguk rumah saya dan saya amat berterima kasih pada PAS yang awal datang ke rumah saya,

“bukan banyaknya duit yang saya nak…………tapi jenguk pun dah cukup (besar bagi saya),” ujar Puan Selmi bt Salleh berumur, 31, ketika di kunjungi oleh Ketua Lujnah Penerangan PAS Kuala Terengganu Hj Ahmad Amzad Hashim.

Beliau yang juga penyelaras Parlimen PAS Kuala Terengganu hadir bersama ketua kebajikan DUN Walaf Mempelam Haji Mansur Ab Rahman, serta Ketua Pemuda PAS Kuala Terengganu Azrin Aris dan Pun Hajah Che Azizah yang mewakili kebajikan Muslimat Kuala Terengganu.

Sebanyak 32 buah rumah telah rosak akibat dilanda ribut kuat petang semalam .

IMG-20150915-WA0082_resized

Ada diantaranya tercabut atap dan dan ditimpa pokok tumbang, menghempap sebahagian rumah.

“Kita menghulur bantuan segera mengikut kemampuan kita sebagai tanda cakna atas apa yang menimpa, kebanyakkan rumah sudah di ambil nilai kerugian oleh pihak kerajaan,

“tapi kita tetap ziarah sebagai tanda cakna kita dan alhamdulillah sambutan sangat bagus,”kata Ahmad Amzad sebelum berakhir program ziarah tersebut.

Menurutnya, tiga buah kampung iaitu Kampung Gelugor Raja, Kampung Wakaf Mempelam dan Kampung Merbau Patah telah dilawati dan diberikan sedikit sumbangan.

Manakala dua buah kampung lagi yang terjejas, Kampung Pak Pa dan Kampung Panji akan segera di ziarah.

“ADUN berada di luar kawasan , in sha Allah YB Haji Wahid Endut akan ziarah segera ke rumah-rumah yang belum di ziarah bersama kebajikan DUN,”ujar Pegawai Khas YB, Osman Yusof yang juga Setiausaha Majlis Tindakan DUN Wakaf Mempelam.

Sumber BO - 15-9-2015

HARAP 3.2; Qaryah Pulau Serai Siap Sedia Terima Pengunjung

IMG-20150912-WA0099
Oleh ; TMS

DUNGUN – Hanya bebrapa hari lagi Daerah Dungun dijangka akan menerima kedatangan ribuan orang tetamu dari seluruh pelosok Negeri Terengganu khususnya dan luar Terengganu amnya.

IMG-20150912-WA0097

Pendokong dan penyokong PAS dari seluruh Negeri Terengganu akan beramai-ramai  hadir untuk menyertai HIMPUNAN HARAPAN SEMUA (HARAP 3.2) yang akan berlansung bermula dari 17, 18 & 19 hb September 2015 di Pulau Serai, Dungun , Terengganu.

Menurut  Pengarah Persiapan programnya, yang juga merupakan ADUN Rantau Abang, Cikgu Haji Alias Harun berkata HARAP 3.2 ini merupakan satu program yang amat bermakna bagi Pas Kawasan Dungun dan DUN Rantau Abang khasnya kerana bertepatan dengan tema PAS Harapan Untuk semua.Ini kerana Dun yang dimenangi oleh Pas ini dengan majority 141 perlu dipertahankan pada PRU 14 kan datang.

IMG-20150912-WA0100

“Dengan adanya program himpunan ini dapat kita menonjolkan agenda Pas bagi melaksanakan Negara Berkebajikan dan agenda rakyat sebagai yang utama.”

“Semua infrastruktur sudah dibangunkan termasuk pintu gerbang, pentas utama, khemah peserta, khemah urusetia, tandas dan tapak untuk gerai jualan dan pameran.

Katanya, gotong royong secara agresif dibuat sejak 4hb September 2015 lagi bagi memastikan semua kemudahan siap seperti yang dirancang sebelum 16hb September.

Katanya, seramai kira-kira 40 hingga 60 orang pemuda menyertai aktiviti gotong royong setiap sesi dan ianya telah dimulakan sejak awal September yang lalu.

IMG_20150830_135327

“Mulai hari ini sehingga hari Rabu 16hb September kita letakkan target sebagai hari akhir persiapan, kerja-kerja akan diteruskan setiap hari dan menjelang pag Khamis,

“Tapak HARAP 3.2 di Pulau Serai ini dalam keadaan 100% bersedia untuk menerima tetamu dan pengunjung,”jelasnya ketika ditemui di tapak program di sini semalam.

Beliau yang juga Pengarah MTD Rantau Abang memaklumkan, PAS DUN Rantau Abang menggazetkan masjid-masjid dan markaz-markaz untuk kegunaan peserta dan pengunjung rehat, solat dan mandi.

Justeru, beliau yang juga Ketua Penerangan PAS kawasan Dungun, menyeru semua rakyat Terengganu bersama-sama datang beramai-ramai untuk memeriahkan HIMPUNAN HARAPAN SEMUA (HARAP 3.2) yang akan berlansung bermula dari 17, 18 & 19 hb September 2015 di Pulau Serai, Dungun , Terengganu

Sumber BO - 13-9-2015


Sayangi Dungun - Nikmati Kehidupan Yang Aman dan Damai (bersama video)
Posted on Saturday, September 12 @ 20:30:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



' Sayangi Dungun ' dirakam disekitar Kuala Dungun dan Sura Hujung. Kedua-dua tempat ini memiliki tarikan sendiri yang sangat mengujakan bagi pelancong2 yang mengunjung ke Dungun..

V 1 : Sayang Dungun

https://www.youtube.com/watch?v=CeHKXLhf4Dw&feature=player_embedded

V 2 : Tenggol in memory


V 3 : Tenggol mu tunggu aku datang

https://www.youtube.com/watch?v=zc11n8ExTBs&feature=player_embedded


' Tenggol Mu Tunggu Aku Datang ' dirakam semasa trip diving di Pulau Tenggol Dungun Terengganu. Suasana yang damai dapat dirasai ditambah lagi dengan kemesraan penduduk di Kuala Dungun dan Pulau Tenggol.

Kredit:
nasir zehni muhamad 
Sumber TKO - 12-9-2015

Bauksit; Untung Dikaut, Rakyat Menderita

20150726_113043_resized_1
Oleh: Mohd Tishaah Hamzah

KEMAMAN – PAS begitu simpati danmengambil berat tentang aktiviti melombong bauksit yang terus menjadi igauan ngeri penduduk tempatan di sekitar Kampung Bukit Goh dan Gebeng, daerah Kuantan di negeri Pahang.

andansura (2)

ADUN Beserah, Andansura Rabu [Gambar bawah] memaklumkan pihaknya telah berusaha sedaya upaya untuk mencari penyelesaian terbaik tetapi menemui jalan buntu apabila pelbagai pihak yang dijemput untuk mengadakan perbincangan dan dialog tidak muncul sepertimana dijanjikan.

“Saya telah memanggil kesemua pihak terbabit antaranya Pejabat Tanah Dan Galian, Majlis Perbandaran Kuantan, Jabatan Alam Sekitar, Lembaga Pelabuhan Kuantan,

“beberapa buah kementerian yang terlibat dan pihak pengusaha tetapi hampir kesemua tidak hadir untuk berbincang,”ujarnya ketika berucap pada majlis penerangan isu semasa di Kampung Jabur Perasing, Kemaman, malam tadi.

Walaupun begitu, katanya, pejabat beliau terus mengambil pendekatan untuk menyelesaikan isu tersebut dengan mengambil inisiatif pergi ‘menghadap mereka’.

Menurutnya, bauksit yang dilombong akan diproses menjadi aluminium dan disebabkan oleh negara Indonesia menutup pintu eksport bauksit mereka, permintaan untuk ekspot bahan tersebut menjadi tinggi.

isu bauksit di kuantan 4

Beliau juga memaklumkan, Pelabuhan Kuantan dianggarkan telah menerima 2,000 buah lori yang membawa muatan tanah yang mengandungi bauksit pada setiap hari.

“Ini bermakna jika sebuah lori membuat 2 trip setiap hari terdapat 1,000 buah lori di atas jalan setiap hari.

“Difahamkan Pelabuhan Kuantan menerima 60,000 tan tanah mengandungi bauksit setiap hari. Kadar cukai yang dikenakan sebanyak RM4.30 setiap tan dan pendapatan Pelabuhan Kuantan dianggar mencecah RM80 Juta seminggu,”jelasnya.

Beliau menegaskan, PAS tidak menentang perniagaan, juga tidak menghalang mana mana pihak mengaut keuntungan tetapi memberi amaran kepada mana-mana pihak agar jangan korbankan nilai dan kualiti hidup rakyat.

Katanya, industri terbabit telah terbukti menyebabkan kehidupan seharian rakyat tertekan khususnya penduduk yang tinggal di Kampung Bukit Goh dan Gebeng.

“Mereka tidak dapat menjemur kain baju mereka dan semua pintu dan tingkap rumah sentiasa ditutup untuk mengelak pencemaran debu tersebut.

20150726_113048_resized_1

“Ada yang menggelarkan kawasan ini sebagai Planet Marikh disebabkan warna kemerahan yang menyelebungi seluruh kawasan ini manakala jalan raya di sini digelar Jalan ikan celup tepung,”katanya lagi

Beliau turut kesal kerana pihak Jabatan kerajaan terbabit menghadapi kesukaran untuk memantau kualiti udara persekitaran dan kesannya kepada penduduk kerana dilaporkan tiada peruntukan kewangan.

PAS juga kesal dan kecewa dengan sikap hipokrit pihak tertentu yang menyembunyikan kesulitan rakyat itu dengan memberhentikan operasi perlombongan terbabit selama tiga hari semata-mata mahu mengaburi para pelancong, bilamana kapal persiaran mewah berlabuh di Pelabuhan Kuanta.

Justeru itu, beliau meminta rakyat bersatu menentang ketidakadilan serta penindasan ini dan mengembalikan hak rakyat yang ingin meneruskan kehidupan seharian mereka dalam suasana yang selamat dan tenteram.

Sumber BO - 12-9-2015

Kerajaan Umno-BN Terengganu Tidak Berhasrat Minta Royalti 20 Peratus

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu melalui kenyataan YAB Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman secara jelas menyatakan bahawa kerajaan negeri tidak berhasrat untuk meminta royalti sebanyak 20 peratus sebagaimana yang diperolehi oleh kerajaan Sarawak.

Menjawab soalan tambahan dalam Sudang DUN 8 September oleh wakil Wakaf Mempelam, YB Haji Mohd Abdul Wahid Endut, yang bertanya, adakah kerajaan negeri akan mengikut jejak langkah kerajaan Sarawak yang meminta 20 peratus royalti, Ahmad Razif menegaskan kerajaan negeri tiada hasrat itu.

Sebaliknya Ahmad Razif hanya meminta kerajaan pusat agar memberikan lebih kemudahan kewangan dalam banyak bentuk lain kepada kerajaan negeri.

Sebagai contoh, beliau memberitahu dewan, bahawa kerajaan negeri telah mendapat kira-kira RM3 billion nilaian termasuk kemudahan dan pelbagai lagi daripada kerajaan pusat.

Soalan asal telah dikemukakan oleh wakil Rhu Rendang Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kepada Razif bertanya, apakah status terkini telaga minyak Blok PM 307 Bertam dari sudut pemilikannya serta setakat manakah proses carigalinya telah dilaksanakan.

Apabila Haji Mohd Abdul Wahid bertanyakan berkenaan status kes saman royalti antara kerajaan negeri dengan kerajaan pusat, Razif menyatakan bahawa kes saman itu telah ditarik balik oleh kerajaan negeri.

Mengulas berkenaan isu tersebut, wakil Bukit Payong YB Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, tindakan YAB MB itu merugikan rakyat negeri Terengganu kerana berapakah bandingan antara RM3 billion dengan lebihan 15 peratus yang sepatutnya diperolehi rakyat.

“Beliau sepatutnya melihat dengan lebih jauh dan berani bagi memperjuangkan hak rakyat, tapi sayangnya dia memilih untuk mendiamkan kehendak seluruh rakyat.

“Semestinya dia sedar akan jumlah RM3 billion itu adalah jauh lebih rendah daripada 15 peratus royalti itu iaitu kira-kira RM6 billion, jadi apakah yang hendak dibanggakan dengan RM3 billion itu bila kita sepatutnya menerima RM6 billion?,” soal beliau.

Ketua Penerangan PAS Terengganu itu juga membidas jawapan yang diberikan oleh Razif berkaitan penarikan balik saman royalti kerajaan Terengganu ke atas kerajaan pusat yang menjadikan kerajaan Kelantan sebagai rujukan samada meneruskan kes tersebut atau tidak.

Namun begitu, apabila timbul isu berkaitan dengan meminta hak hakiki rakyat Terengganu untuk mendapatkan royalti minyak dan gas sebanyak 20 peratus dari kerajaan pusat, Razif tidak pula mahu menjadikan Sarawak sebagai kes rujukan.

Sebaliknya, menurut Ustaz Mohd Nor, Razif seperti mahu menyerlahkan sikap penakutnya.
Untuk rekod, lima peratus royalti minyak Terengganu ialah sebanyak kira-kira RM2 billion setahun.
Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu pada kali ini berlangsung selama sehari pada Selasa 8 September 2015.

Capaian berkaitan:

PAS president: Increase petroleum royalty for Sarawak to 20%

Sumber BO - 11-9-2015

Pulau Bebas Cukai Bakal Jual Arak

bebas cukai kenyir1
KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu mengesahkan Arak adalah antara barangan yang dijual di Zon (Pulau ) Bebas Cukai Tasik Kenyir yang akan mula beroperasi pada Januari 2016.
Exco Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafee berkata demikian pada Sidang Dun Terengganu, Selasa 8 September.

Tambah beliau lagi, selain daripada arak, barangan seperti rokok, kain batik, pakaian, kasut serta pelbagai barangan lain turut akan dijual di sana.

pulau bebas cukai2

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan oleh wakil PAS Wakaf Mempelam YB Haji Mohd Abdul Wahid Endut.

Haji Wahid, yang menambah soalan asal wakil Batu Burok, YB Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, inginkan penjelasan berkaitan barangan yang akan menjadi tarikan di pulau yang dibangunkan dengan kos lebih RM100 juta itu.

Sehubungan itu, Yang DiPertua PAS Kawasan Kuala Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah menyifatkan pengakuan Dato’ Mat Jidin itu tidak ada yang mengejutkan kerana dasar Umno itu sendiri yang ‘tidak Islamik’.

“Bagi saya tindakan Umno itu adalah satu tindakan yang tidak mengejutkan kerana apa yang kita harapkan dari kepimpinan Umno berkaitan dengan Islam.

“Inilah Umno yang sememangnya rakyat kenal sejak dahulu, jadi ianya tidak menghairankan. Jika ini yang dikatakan sebagai dasar kepada pemerintahan Islam ala Umno, maka rakyat seharusnya membuat satu pendirian yang tegas kepada cara Umno ini,” tegas beliau ketika diminta mengulas tentang perkara tersebut.

Bercakap berkenaan isu yang sama, Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Kamaruzzaman Abdullah berkata dengan sinis, bahawa majoriti masyarakat Hulu Terengganu yang terdiri daripada melayu Islam itu ‘menyambut baik cadangan kerajaan itu’.

pulau bebas cukai1

Tambah beliau lagi, tidak diketahui akan adanya permintaan oleh kaum bukan Islam bagi penjualan arak yang dirancang kerajaan Umno-BN itu.

“Kami warga Hulu Terengganu khususnya daerah tempat Batu Bersurat (sejarah Islam) ini sangat berbangga dan berterima kasih kepada kerajaan negeri yang telah mendedahkan bagaimana sucinya perjuangan agama bangsa dan negara yang didendangkan (Umno) kepada rakyat.

“Dan saya percaya masyarakat di Hulu Terengganu ini sangat-sangat mengalu-alukan hasrat kerajaan kerana memilih Kenyir untuk bawa masuk perkara ini,”jelasnya.

Sebenarnya, kata beliau, tiada permintaan dari kaum bukan Islam untuk pembinaan Kawasan Bebas Cukai yang mempunyai arak ini.

“Ini adalah atas inisiatif kerajaan negeri yang bawa masuk (arak),”ujarnya lagi.

Oleh itu, masyarakat Hulu Terengganu perlu nilai perjuangan sebenar Umno dan kami Pemuda PAS dengan secara dasarnya, tersangat sedih dengan pengumuman yang diisytiharkan di dalam DUN yang mulia itu.

pulau bebas cukai3

Berikut adalah catatan soal jawab diantara Haji Mohd Abdul Wahid Endut dengan Dato Mohd Jidin Shafee dalam sesi soal jawab dalam sidang Dun Terengganu semalam;

Haji Mohd Abdul Wahid Endut: “Apakah jenis barang-barang yang dikatakan akan ditawarkan bebas cukai?

Adakah macam kalau pergi tempat-tempat tertentu di Airport atau Pulau Langkawi yang bebas cukai seperti rokok bebas cukai, arak bebas cukai.

Jika boleh kita nak tahu barang-barang itu yang boleh memberikan semacam motivasi untuk orang pergi.Jikalau sekadar arak dengan rokok orang tak pergi bebas cukai pun melainkan yang suka hisap rokoklah.

Dato’ Mohd Jidin: Mengenai barang-barang, kita ada beberapa cadangan tetapi oleh kerana kita tak jual lagi, nak jawab payahlah, arak ke mungkin kain batik ke.

Yang saya difahamkan kasut ada, baju ada, beg tangan ada, arak pun ada, pinggan mangkuk

Sumber BO - 10-9-2015

Aktivis NGO nafi anggotai parti baharu

































BULETIN ONLINE | .


KUALA TERENGGANU: Aktivis Sukarelawan Pendidikan Rakyat (Kawan) Haji Yaakub Mohamad menafikan beliau adalah seorang anggota kepada parti baharu yang ditubuhkan.

Bekas pendidik itu berkata, beliau banyak tugas-tugas lain dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang perlu diselesaikan dari menjadi anggotai parti itu.

“Penafian...sebenarnya nama saya...Hj Yaakub tidak ada dalam senarai AJK sebagaimana yang tertera...

“Saya pohon pihak yang masukkan nama saya itu sebagai AJK dibatalkan (membatalkannya) kerana saya banyak tugas-tugas NGO yang lain," ujarnya melalui pesanan ringkas aplikasi WhatsApp.

Rakan NGO lain, Ahmad Sabri Yusof menyifatkan tindakan parti baharu itu menyenaraikan nama ahli jawatankuasa tanpa makluman individu terbabit sebagai tidak beretika dan mendatangkan fitnah.

“Calon (AJK) tangkap muat...cara ini tidak beretika dan mendatangkan fitnah kepada penama yang disebut.

“Haji Yaakub elok buat penafian segera (kerana) mungkin (senarai) dah tersebar (menjadi) berita (yang diviralkan),” tegas Sabri yang juga Setiausaha Pertubuhan Prihatin Asnaf Negeri Terengganu (Bantu).

Menurutnya pihak parti baru terbabit yang dipengerusikan oleh seorang ahli parlimen bercakap tentang rekod dan prestasi, sedangkan tindakan memasukkan nama Haji Yaakub yang juga Pengarah Kawan Terengganu tanpa pengetahuan itu, adalah sesuatu yang amat buruk.

Sumber HD - 10-9-2015


Gambar-gambar Membuat Ada Orang Akan Terbeliak
Posted on Thursday, September 10 @ 01:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



YAB Dato' Seri MB Terengganu dgn YAB Tuan Guru Haji Hadi selepas Sidang Dun Terengganu.







Sumber TKO - 10-9-2015

Bandar Seri Bandi Perlukan Pejabat Pos dan Khidmat Perbankan

Seri Bandi
Oleh : Moha Tishaah Hamzah

KEMAMAN – Penduduk di Bandar Seri Bandi merayu kepada pihak kerajaan untuk menyediakan kemudahan asas yang sehingga kini tidak dapat dinikmati sepertimana kampung lain telah lama merasainya.

Menurut salah seorang penduduk, A Jasmi Ibrahim, 51 tahun (gambar, kiri) antara kemudahan asas yang masih menjadi impian penduduk di sini ialah sebuah Pejabat Pos dan sebuah institusi perbankan.

DSC_0180

“Bandar Seri Bandi ini kalau tidak silap saya dibuka pada tahun 1979, sehingga kini, 36 tahun masih tidak mempunyai Pejabat Pos untuk memudahkan urusan seharian penduduk di sini,” ujarnya ketika ditemui.

A Jasmi berkata, “disini ada seramai 7,000 penduduk yang agak ramai dan saya merayu kepada pihak kerajaan supaya cakna sedikit masalah ketiadaan Pejabat Pos dfan institusi perbankan ini, sudah hampir 60 tahun kita merdeka,” katanya lagi.

Beliau menghdarap ADUN Kijal, Dato’ Seri Ahmad Said dapat berbincang dengan Kerajaan Negeri ataupun Kerajaan Pusat untuk menyediakan sebuah Pejabat Pos dan sebuah institusi perbankan.

Sekarang segala urusan penting penduduk di Bandar Seri Bandi terpaksa pergi ke Bandar Kijal ataupun Chukai, Kemaman dan ini amat menyulitkan penduduk.

Beliau berkata demikian semasa ditemui bersama ADUN Chukai, Haji Hanafiah Mat yang kebetulan berada di Bandar Seri Bandi untuk satu program bersama masyarakat di sana, semalam.

Sumber BO -9-9-2015


Razif MB Tidak Mempunyai ‘Visi’!

IMG_20150908_125221
KUALA TERENGGANU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam, Haji Mohd Abdul Wahid Endut kesal kerana tidak dapat membawa suara rakyat sepenuhnya, apabila Persidangan DUN hanya dijalankan selama sehari sahaja.

Beliau menyifatkan, Menteri Besar (MB) Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman adalah seorang MB yang paling tidak mempunyai ‘hala tuju’ berikutan tidak ada apa-apa perubahan yang berlaku sejak beliau mengambil alih tampuk pemerintahan.

“susah lah……..saya nak tanya soalan pun tak sempat habis………saya kesal kerana suara rakyat tidak dapat disampaikan sepenuhnya……..kerana Sidang DUN hanya sehari sahaja………ini mengesahkan Razif seorang MB yang tidak mempunyai ‘visi’,

“tidak ada sebarang perkara baru yang dibuat oleh Razif sejak beliau ‘rampas kuasa’ dari Ahmad Said,”ujarnya.

IMG_20150908_125307

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri yang dilangsungkan hari ini, yang hanya diadakan selama sehari sahaja.

Bila ditanya tentang ‘Transformasi Terengganu Baharu’ yang telah diperkenalkan oleh Ahmad Razif, Wahid menyoal, adakah Terengganu sebelum ini ‘buruk’ atau sudah lama?

“slogan sahaja………apa ada pada Transformasi Terengganu Baharu……..apa yang Razif buat? Bek pe (kenapa) ke (ada kah) Terengganu sebelum ini ‘lama’ ke…..guane (macamana)?,

“dia menang (DUN) Seberang takir itu pun kerana polis dan tentera…..kalau tidak kalah……disitu di (kerusi) Parlimen (Kuala Nerus) kita menang dan DUN lain pun kita menang,”tegasnya.

Menurutnya, antara perkara yang beliau mahu persoalkan adalah, mengapa wakil-wakil kerajaan mendapat peruntukan tahunan daripada kerajaan, sebaliknya wakil-wakil pembangkang tidak diberikan.

“saya nak minta penjelasan berkenaan soal rakyat…..mengapa wakil-wakil rakyat kerajaan mendapat peruntukan pembangunan dan peruntukan kebajikan dari kerajaan,

sedangkan wakil-wakil rakyat kita (PAS) tak boleh? Adakan kita bukan mewakili rakyat negeri Terengganu?,”soal mantan Pesuruhjaya PAS Terengganu itu.

Sumber BO - 8-9-2015


Kenaikan lulus, gaji MB T'ganu kini RM30,000 sebulan
Posted on Tuesday, September 08 @ 20:44:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar



Yang Dipertua Dewan, Menteri Besar dan Exco kerajaan negeri Terengganu akan menerima kenaikan gaji berkuat kuasa 1 Jan tahun ini.

Ini susulan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu yang bersidang hari ini meluluskan Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2015.

Ketika ditemui pemberita selepas persidangan DUN di Kuala Terengganu, Selasa, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata kenaikan itu sejajar dengan kenaikan gaji Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) sebelum ini.

Beliau berkata dengan lulusnya enakmen tersebut Menteri Besar kini menerima gaji RM30,000 sebulan berbanding RM14,000 sebelum ini manakala Yang Dipertua Dewan dan Exco akan menerima gaji RM14,000 sebulan berbanding RM6,100 sebelum ini.

Menurutnya kenaikan gaji itu adalah munasabah kerana setiap Menteri Besar, Exco dan Yang Dipertua Dewan tidak menerima kenaikan gaji tahunan selain tidak berpeluang mendapat bonus seperti penjawat awam yang lain.

"Kenaikan ini juga akan dinikmati bekas Exco, bekas Menteri Besar dan bekas Yang Dipertua Dewan, (ini kerana) pencen (minimum 72 bulan) akan mengguna pakai gaji hari ini sebab ada sesetengah Exco menerima pencen RM3,000 sahaja, ini tidak munasabah," kata Menteri Besar.

Pada 14 Mei lepas, sidang DUN Terengganu meluluskan kenaikan tangga gaji baharu kepada ADUN setaraf dengan gaji pegawai kerajaan Gred 54.

Kesemua 32 ADUN kini menerima gaji RM11,000 sebulan berbanding RM4,112 sebelum ini yang setaraf dengan pegawai kerajaan Gred 44.
- Bernama

Sumber TKO - 8-9-2015


Kaum Tionghua Tidak ‘Sabar-sabar’ Untuk Tolak Umno-BN

IMG-20150907-WA0056
KEMAMAN – Perpaduan nasional adalah simbol keutuhan negara, sekaligus menunjukan rakyat berbilang kaum, budaya dan agama boleh bersatu demi negara tercinta.

IMG-20150907-WA0059

Timbalan Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, YB Haji Hanafiah Mat berkata isu perkauman sempit yang selalu dimainkan oleh Umno akan menghancurkan negara.

Oleh kerana itu, kata beliau, kaum Tionghua khususnya, tidak sabar-sabar lagi untuk menjatuhkan Umno dan MCA dalam pilihan raya umum kali ke-14 (PRU-14) akan datang.

“apatah lagi dalam keadaan krisis mata wang Malaysia yang jatuh teruk………..rakyat pula dibelenggu dengan GST yang menyebabkan kuasa beli jatuh merudum,

“Hampir semua kaum Tiomghua yang saya lawati sangat teruja, tanpa segan silu mahu menjatuhkan Umno-BN,”ujarnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai itu berkata demikian selepas beliau menziarahi kaum Tionghua di sekitar bandar Chukai, sempena sambutan perayaan kuih bulan pada semalam, Isnin 7 September.

IMG-20150907-WA0055

Turut bersama rombongan ialah beberapa orang Ahli Jawatankuasa Lujnah Perpaduan Nasional PAS Kawasan Kemaman dan Pegawai Operasi Pejabat ADUN Chukai Mohd Faizal Yunus.

Kunjungan Hanafiah Mat yang juga Penolong Setiausaha PAS negeri Terengganu yang turut mengedarkan ‘Kuih Bulan’ itu mendapat sambutan yang hangat.

“orang Tionghua amat sensitif dengan isu semasa, terutamanya isu yang melibatkan ekonomi dan perniagaan, memang soal GST adalah soal asas mereka,

“dan isu 1MDB yang tidak dapat dijawab dengan tepat menimbulkan keraguan dan persepsi buruk kepada Umno……..mereka menganggap Perdana Menteri dan isterinya menjadi ‘kata raya’ dengan isu 1MDB,”tambah Hanafiah.

IMG-20150907-WA0058

Justeru itu, walau pun ‘digembar gemburkan’ kaum Tionghua tidak lagi menyokong PAS, namun ia adalah sebaliknya.

Bahkan, beliau yakin akan mengekalkan sokongan mereka dan PAS akan dapat mempertahankan kerusi DUN Chukai pada pilihan raya akan datang.

“kerana GST dan 1MDB…………kata mereka, Najib dan Rosmah ‘kaya raya’…………saya yakin kaum Tionghua Kemaman akan tetap bersama dengan PAS pada PRU-14,

“dan in sha Allah, PAS akan mengekalkan kerusi Chukai bahkan akan memenangi negeri Terenggganu dengan kerja kuat dari semua pihak,”katanya yakin.

Haji Hanafiah menghabiskan masa pada pagi semalam, menziarahi hampir ke seluruh kedai di dalam bandar Chukai termasuk di Pasar Borong Dusun Nyior.

Belaiau disambut dengan perasaan gembira dan ada yang berpelukan dengan beliau manakala sebahagiannya mengambil peluang ini untuk bergambar, berbangga dengan ‘Yang Berhormat Wakil Rakyat’ mereka.

Sumber BO - 8-9-2015

PAS Kemaman Turun, Merasai Denyut Nadi Masyarakat

DSC_0040
Oleh : Mohd Tishaah Hamzah

KEMAMAN – PAS Kawasan Kemaman berkampung selama dua hari dua malam di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemasik dan DUN Kijal sempena program Pemimpin PAS Kawasan Kemaman bersama Masyarakat DUN di kedua-dua DUN tersebut.

Yang DiPertua PAS Kawasan Kemaman, Ustaz Alias Abdul Hamid berkata, lawatan muhibbah ini dirancang untuk mempereratkan lagi hubungan antara kepimipinan PAS Kawasan Kemaman dengan masyarakat di DUN tersebut.

Kemaman khidmat masyarakat1

“Pelbagai aktiviti dan gerak kerja melibatkan seluruh jentera PAS samada peringkat PAS Kawasan Kemaman maupun PAS DUN serta PAS Cawangan terbabit dalam program dua hari itu, bermula seawal pagi hingga tengah malam,”ujarnya.

Turut hadir ialah Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Kemaman, Ustaz Nik Nasri Nik Malik, Naibnya Haji Zulkifli Mat Yakin, Setiausaha, Mohd Hafiz Adam, Bendahari, Haji Johan Ismail, Ketua Pemuda Ustaz Ramlan Mahmood, Ketua Urusan Ulama, Ustaz Ali Mohd, Ketua Penerangan, Ustaz Hazri Jusoh, ADUN Chukai, YB Hanafiah Mat dan lain-lain ahli jawatankuasa PAS Kemaman.

DUN Kemasik, program kemasyarakatan dianjurkan mendampingi masyarakat setempat khususnya ziarah keluarga kurang berkemampuan, telah diadakan di semua kampung dalam Mukim Kemasik iaitu Kampung Baru, Kampung Sarang Lang, Kampung Lubuk Kawah, Rumah Murah, Kampung Gong Cengal dan Kampung Tanah Lot.

Seawal jam 9.00 pagi diadakan gotong royong membina pembentung (culvert) baru di Surau Hujau, Kampung Baru Kemasik.

(Gambar paling atas – Ustaz Alias Abdul Hamid (kiri) bersama Pengarah PAS DUN Kemasik, Amri Mamat turun padang dan mengangkat bahan sebuah tong ikan di Surau Hijau, Kampung Baru Kemasik)

Kemaman khidmat masyarakat

Rawatan Islam Darus Syiffa seramai 5 orang perawat berjaya menarik hampir 300 penduduk manakala pemeriksaan perubatan percuma oleh Medic Amal juga menarik minat penduduk setempat untuk membuat pemeriksaan.

Ameerah DUN Kemasik menganjurkan ‘indoor games’ yang berjaya menarik hati pengunjung untuk mencuba pelbagai permainan tradisional.

Ketua Pemuda PAS DUN Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili pula berkata, Pemuda DUN menganjurkan street soccer 3 sebelah dan sebanyak 12 pasukan telah menyertainya.

“Di DUN Kijal pula, dianjurkan pertandingan bolasepak persahabatan antara pasukan PAS Kawasan Kemaman dan PAS DUN Kijal melibatkan empat pasukan yang diadakan di Bandar Seri Bandi pada sebelah petang semalam,”tambah Saiful.

Pimpinan PAS DUN Kemasik juga mengiringi pimpinan PAS Kawasan Kemaman menziarahi penduduk dan menyampaikan sumbangan barangan keperluan asas kepada mereka yang kurang berkemampuan.

Gotong royong membersih dua buah surau di Bandar Seri Bandi mendapat sambutan dari penduduk. YB ADUN Chukai, Haji Hanafiah turut menyerahkan sumbangan kewangan bagi menaiktaraf kemudahan di Surau Takzim, Bandar Seri Bandi.

Kemaman khidmat masyarakat2

Pengarah PAS DUN Kijal, Ustaz Hazri Jusoh berkata, program ziarah berkebajikan ke rumah menjadi alemen penting untuk pemimpin PAS merasai denyut nadi kehidupan rakyat.

“rakyat dilihat semakin tersepit dengan kenaikan kos sara hidup seharian akibat dari cukai GST 6% dan kejatuhan nilai matawang Malaysia berbanding Dollar Amerika dan Dolar Singapura,”komen Hazri ringkas.

Sessi malam pula dipenuhi dengan majlis ilmu Kuliah Maghrib oleh pimpinan PAS Kawasan Kemaman, majlis meraikan petugas dan masyarakat seperti barbeque dan Ceramah Kelompok di beberapa kampung.

Ustaz Alias selaku Yang DiPertua PAS Kawasan Kemaman mengucapkan berbasnyak terima kasih kepada pelbagai pihak yang menjayakan program murni ini dan berharap ianya diteruskan oleh PAS DUN pula di peringkat PAS Cawangan.

Sumber BO - 7-9-2015

PAS Terengganu Desak Datuk Raja Kamarul Bahrin Menunaikan Tuntutan Bai’ah dan Meletakkan Jawatan

desak RB letak jawatan
[Kenyataan Media Penuh Pesuruhjaya PAS Terengganu YB Ustaz Satiful Bahri Mamat]

Kami baru selesai mesyuarat Badan Perhubungan PAS Terengganu kali kedua selepas muktamar, Dan Selepas penyelesaian masing-masing (pembentukan) ahli jawatankuasa dan lajnah-lajnah.
Pertamanya Badan Perhubungan PAS Terengganu menyokong penuh satu kongres yang akan diadakan pada 12hb September, di Shah Alam. Yang melibatkan semua lapisan rakyat mengadakan satu kongres bagi menyampaikan atau mencari jalan penyelesaian melibatkan politik semasa, ekonomi dan hala tuju negara kita sendiri. Terengganu akan mengharntar lebih daripada 50 NGO dan juga bersama pimpinan dan lapisan masyarakat di Terengganu turut hadir ke Kongres Rakyat di Shah Alam.

Yang Keduan, Badan Perhubungan PAS Terengganu akan mengadakan kali kedua Himpunan Harapan Untuk Semua (HARAP 3.2) yang akan diadakan di pulai serai pada 17,18,19hb ini merupakan himpunan besar-besaran yang diadakan untuk kita adakan program 3 hari, 3 malam yang melibatkan pimpinan di pusat, masyarakat dan juga program-program yang melibatkan kawasan Dungun, khususnya di Rantau Abang dan Pulai Serai.

IMG_20150907_010415

Yang Ketiga Badan Perhubungan PAS Terengganu memberi respons berkait dengan pengisytiharan Ahli Parlimen Kuala Terengganu sebagai pengerusi parti baru iaitu Parti Pekerja Malaysia seperti dari awal, dia tiada pedirian yang tetap dan hari ini sebagimana yang kita sedia maklum secara zahirnya jelas dia mengistiharkan dirinya atau pun baru dilantik menjadi pengerusi parti baru di Terengganu. Secara automatiknya, memang parti baru itu sudah ditubuh bukan buat parti baru. Memang parti itu sudah ada. Namanya, parti pekerja. Sudah didaftarkan jadi, secara automatik, dia sudah gugur sebagai ahli PAS.

Oleh kerana itu, saya selaku Pesuruhjaya PAS Terengganu, meyokong penuh apa yang diminta oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan apa yang dinyatakan oleh Setiusaha Agung PAS Pusat, YB Dato’ Takiyuddin Hassan, mereka yang terlibat ini supaya meletakkan jawatan supaya diserahkan kembali kepada rakyat untuk membuat pilihan kerana mereka bertanding atas nama PAS dan lambang bulan. Parti telah memberi amanah dan kepercayaan kepada beliau dan bagi kita ini merupkan satu pengkhianatan. Beliau perlu melepaskan jawatan tersebut dan diserahkan kepada kembali kepada rakyat supaya rakyat diberi hak kembali untuk memilih siapa yang berhak mewakili mereka.

Dalam hal ini, kita juga sedia maklum bahawa Datuk Raja Kamarul Bahrin juga melakukan ‘bai’ah’ sumpah dengan diakui secara rela hati dia, ucapan dan tandatangan beliau sendiri pada 7 Jamadil Akhir 1434 bersamaan 18 April 2013 dihadapan Presiden PAS. Siap dengan gambar beliau yang dia tandatangani dan juga membuat akuan sumpah dihadapan Presiden bersama saksi-saksi serta pimpinan dan calon-calon selain daripada beliau. Selepas daripada itu, ada pengisytiharan secara terbuka di Rusila. Dalam sumpah baiah itu, dia membuat pengakuan;

IMG_20150907_010505

“bahawa saya Raja Kamarul Bahrin Shah berikrar untuk patuh kepada hukum Allah dan Rasulnya. Dan patuh kepada arahan pucuk pimpinan parti yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Saya juga bersumpah dengan nama Allah, wallahi, wabillahi, watalllahi, sekiranya saya meninggalkan atau melompat ke parti lain dengan kerelaan saya sendiri setelah dipilih menjadi calon dan terpilih menjadi Ahli Dewan Negeri atau Dewan Rakyat sebagai Ahli Parlimen atau dilantik menjadi Senator maka saya akan dilaknat oleh Allah. Sekiranya saya berbelanja menggunakan duit elaun ahli dewan tersebut adalah haram. Dan saya juga bersumpah dengan nama Allah, wallahi, wabillahi watallahi, untuk meletak jawatan dari menjadi Ahli Dewan Negeri, atau Dewan Rakyat tersebut apabila saya keluar atau dipecat dari parti”.

Tiada paksaan dengan kerelaan dia menandatangani sendiri kenyataan ini. Dalam hal ini, berdasarkan lafaz ini kami Badan Perhubungan PAS Terengganu mendesak beliau supaya dengan segera meletakkan jawatan.

Inilah gambaran integriti sebenar, sebagai seorang yang profesional, yang mempunyai sifat amanah dengan janjinya supaya menunaikan janjinya. Orang Islam ada 3 perkara, apabila dilakukan menjadi (seseorang itu) munafik tulin, bila bercakap dia berbohong, apabila diserahkan amanah dia khianat, dan apabila dia janji, dia mungkir. Dalam hal ini kita mengharapkan supaya beliau melaksanakan tuntutan ini.

Seterusnya, rakyat boleh menilai, PAS tetap menawarkan kepercayaan kepada rakyat. Calon-calon kita sepatutnya istiqomah dan tidak khianat kepada amanah yang diberikan oleh rakyat. Bila berlaku seperti ini, rakyat akan buat penilaian betapa calon yang ditawarkan oleh PAS khianat akan amanah. Ini memberi imej yang tidak baik kepada PAS. Ini (akan) mengembalikan maruah parti ini, supaya pihak Yang Berhormat meletakkan jawatn dan menyerahkan kembali kepada rakyat.

Rakyat diharap dapat buat penilaian macam mana seorang yang khianat dan tidak beramanah (bagaimana) mungkin boleh jadi pemimpin kepada parti yang bernama parti amanah. Jadi perkara ini kita rasa amat duka cita. Kita harap supaya desakan daripada Presiden dan Setiusaha Agung itu, kita Badan Perhubungan PAS Terengganu memberi sokongan yang sepenuhnya.

Markaz Tarbiah PAS Kuala Terengganu,
Kuala Ibai, Kuala Terengganu,
22 Zulkaedah, 1436/ 6hb September, 2015



Sumber BO - 7-9-2015

Lebih 300 Peminat Meriahkan Piala YB Bukit Payong

_DSC0550
Lebih 300 orang peminat bolasepak di sekitar Bukit Payong telah hadir memeriahkan kejohanan bolasepak 9 sebelah Piala Adun Bukit Payong bagi sesi 2015 berakhir semalam Sabtu.

Kejohanan bolasepak ini adalah salah satu kalendar tahunan bagi Pemuda Dun Bukit Payong dan menjadi tempat berkumpul perminat-peminat sukan bolasepak saban tahun bagi menyaksikan aksi hebat dari bakat-bakat pemuda.

_DSC0553

Kejohanan yang diadakan di Padang Bola Kampung Surau Haji Mat Zin itu menyaksikan penyertaan sebanyak 30 buah pasukan yang didaftarkan melalui setiap cawangan-cawangan yang berdaftar di dalam Dun Bukit Payong namun ianya terbuka kepada semua walaupun ahli Umno.

Menurut pengarah kejohanan saudara Rahim Razali pasukan yang bertanding pada tahun ini bertambah sebanyak enam pasukan berbanding 24 tahun lalu.

“Kita menerima penyertaan yang menggalakkan daripada cawangan-cawangan.

Peningkatan sebanyak enam lagi penyertaan membuktikan kejohanan ini berjaya menarik anak-anak muda untuk tidak menjadi pemain kampungan biasa tetapi membuka peluang kepada mereka menonjolkan bakat mereka”, kata beliau.

Kejohanan tahunan ini telah dijalankan secara liga selama 2 hari dan kalah mati pada peringkat suku akhir serta menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM2000 berserta medal dan piala pusingan kepada pemenang.

Juara pada kejohanan tahun ini dimenanggi oleh  Cawangan Kampung Laut C dengan membawa pulang wang tunai berjumlah RM700 medal serta piala pusingan mengalahkan Surau Haji Mat Zin C dalam penentuan sepakan penalti setelah terikat 0-0 setelah tamat masa permainan yang membawa pulang RM500 dan medal.

_DSC0513

Bagi tempat ketiga dan keempat pula diisi oleh pasukan SENA RENDANG A dan SURAU PANJANG B

Majlis penyampaian hadiah dan ucapan penutup kejohanan disempurnakan oleh YB Adun Bukit Payong yang turut turun padang walaupun dalam keadaan tidak sihat bagi tidak menghampakan para peserta.

Dalam pesanan beliau kepada para peserta, beliau menegaskan walaupun dalam keadaan susah dan terhimpit dengan bebanan kewangan, Pas berusaha sedaya upaya bagi menggembirakan golongan muda melalui sukan sebegini.

Tambah beliau lagi, aktiviti sukan seperti ini insyaAllah akan dipertingkatkan lagi sekiranya rakyat memberikan kepercayaan kepada Pas untuk mentadbir.

Keempat-empat pasukan ini akan ke peringkat kawasan bagi merebut piala Ahli Parlimen Marang yang dijangka akan berlangsung pada awal bulan 10 nanti.

Sumber BO - 7-9-2015

Penduduk Bandar Seri Bandi Pohon Pertingkat Kualiti Pungutan Sampah

hanafiah sampah
Oleh : Mohd Tishaah Hamzah

KEMAMAN – Penduduk di Bandar Seri Bandi, Kijal, dekat sini, memohon pihak berkenaan untuk mempertingktkan kualiti pungutan sampah sarap memandangkan longgokan sampah yang semakin menggunung di sekitar kampung tersebut.

Fauzi Harun, 60 tahun, penduduk di Bandar Seri Bandi memaklumkan lori sampah hanya datang 5-6 hari sekali menyebabkan longgokan dan limpahan sampah sarap membusuk dan menjadi tempat lalat berkeliaran.

hanafiah sampah

“Saya difahamkan terdapat peruntukkan kewangan dari KETENGAH untuk membersih sampah sarap ini tetapi saya dapati hanya ada sebuah lori dan seorang pemandu lori yang bertugas dan ini memang tidak mencukupi,” katanya ketika ditemui di Bandar Seri Bandi semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Haji Hanafiah Mat sendiri sempat meninjau keadaan longgokan sampah sarap yang terbiar tidak diangkut oleh pihak berkenaan.

(Gambar – ADUN Chukai, Haji Hanafiah Mat menunjukkan longgokan sampah sarap yang tidak diangkut di salah satu tempat di Bandar Seri Bandi, semalam).

Fauzi seterusnya berkata, tempat pelupusan sampah berada di Durian Mas dan ini mengambil masa yang lama untuk sebuah lori berulang alik apalagi anggaran penduduk di Bandar Seri Bandi ini sekitar 7,000 penduduk.

Sampah ini jika tidak diangkut secara berjadual boleh menjadi tempat pembiakan tikus dan lalat yang boleh mendatangkan pelbagai penyakit kepada penduduk berdekatan.

“Saya meminta jasa baik ADUN Kijal, YB Dato Seri Ahmad Said turun padang dan meninjau sendiri keadaan persekitaran di Bandar Seri Bandi ini,” rayunya ketika ditemua semalam.

Sumber BO - 6-9-2015



Aktiviti Pagi Ini PAS Cawangan Alor Tembesu, Dungun, Terengganu
Posted on Saturday, September 05 @ 09:56:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Kalau setiap cawangan PAS aktif dan mengadakan aktivit kemasyarakatan. Bayangkan Satu kawasan pada normalnya ada 60-70 Cawangan. Sudah pasti Kawasan PAS akan maju dan jaya. Seluruh Malaysia PAS ada lebih daripada 170 Kawasan. Oleh itu ikut nasihat Tuan Guru Presiden, jangan hirau apa orang kata yang penting PAS mendekati masyarakat setempat walaupun kecil mana cawangan yang ada.





Sumber TKO -5-9-2015

38 Kelab Kereta Motor Bergabung Bentuk ‘ADC’

ADC1
Oleh : Rara

KUALA NERUS – Hasrat yang dilontarkan oleh sebilangan pemuda yang mewakili beberapa kelab kereta sekitar Negeri Terengganu kepada YB. Ustaz Hilmi Harun menjadi kenyataan hari ini dengan sambutan diluar jangkaan.

Acara Pelancaran Alternative Driving Community (ADC) yang berlangsung serba ringkas dan santai di Perkarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak itu dibanjiri hampir 4000 orang dan berjaya mengumpulkan hampir 1000 buah kereta dan pickup 4×4 daripada 56 buah kelab kereta seluruh Negeri Terengganu.

Ustaz Kamaruzzaman Abdullah menyempurnakan acara simbolik pelancaran dengan menyampaikan sijil-sijil penghargaan kepada wakil-wakil 56 kelab terbabit. Program sulong ADC dimeriahkan lagi dengan kehadiran selebriti dakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus yang dinobatkan sebagai Ikon ADC.

IMG-20150904-WA0097

Lima buah kereta dipilih sebagai kereta pilihan Ustaz Azhar Idrus dan menerima hamper hadiah daripada Ketua Pemuda PAS Negeri Terengganu itu.

Pengarah Program Ahmad Zulkarami, yang juga Ketua Department of Arts, Culture and Sports (DACS), Pemuda PAS Negeri Terengganu, merakamkan ucapan terima kasih.

“saya mengucapkan kesyukuran dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Ketua-ketua dan Jawatankuasa Kelab-kelab Keretamotor yang terlibat atas kerjasama menjayakan program pada hari ini.”ujarnya.

Beliau menyifatkan ia sesuatu diluar jangkaan ibarat hubungan ukhuwwah yang sudah lama terjalin. Hubungan ini akan diteruskan dengan pembentukan Jawatankuasa rasmi ADC sedikit masa nanti kata beliau.

Acara yang julung-julung kali mengumpulkan pelbagai kelab kereta di Terengganu ini juga mengumpulkan pelbagai lapisan dan latarbelakang masyarakat khususnya anak-anak muda dengan variasi pemikiran, bersatu atas hobi yang sama itu berlangsung meriah sehingga jam 5:00 petang.

Urusetia ADC merakamkan penghargaan kepada al-Fadhil Ust. Azhar Idrus, Ust. Kamaruzzaman Abdullah, YB. Ust. Hilmi Harun, Ketua, Jawatankuasa & ahli-ahli 56 kelab yang bergabung menyertai Program ADC pada petang ini dan akan merangka perancangan mengadakan aktiviti-aktiviti bersesuaian selepas ini.

Antara kelab yg mnyertai progrm tersebut adalah;

IMG-20150904-WA0098

1) WOCC
2) MDMHC (wira)
3) GANOS
4) TNC
5) MUCC
6) WOCM
7) ppoc
8) MWCM
9) MAOC
10) TWC-wira
11) WEVOG
12) Geng Avy Ganu
13) WMC (wira)
14) Terengganu Accord Club
15) JfitTER (Jazz/fit teganu)
16) HyPertecH (honda club)
17) XWCM/TWC
18) WTC (wira )
19) myvi XTREMES
20) PWC – Kelab Proton Wira Malaysia.
21) PNGL
22) TOYOTA WISH
23) TAG 4×4 -Trg
24) EOCMotorsport Be’keng Komuniti
25) MERC AMG A45
26) Team ES
27) VZS club – Vios Zero Seven
28) eatsleep mdm/jdm (WIRA)
29) VIVAC
30) myODC
31) TVCOC
32) Peugeot Club Malaysia (PCM)
33) GCM (ganu charade memberbus)
34) 3Door Mirage TRG (M3DCT)
35) WCTrg(Waja Club Terengganu)
36) FMC TRG
37) RMPC
38)BVM TERENGGANUM Club.

Sumber BO - 5-9-2015

Kedudukan 16 :16 Bergema Kembali

hanafiah mat
KUALA TERENGGANU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai Haji Hanafiah Mat menyifatkan mesej tentang pemecatan pemimpin Umno yang beredar di ‘alam maya’ bertepatan dengan kenyataannya sebelum ini-

Justeru itu, beliau menempelak pemimpin Umno yang mendakwa kenyataan beliau ‘tidak masuk akal’ kerana menceritakan, beliau telah dikunjungi oleh beberapa pihak yang mahu menjatuhkan kerajaan Umno di negeri Terengganu.

“Kita tunggu dan lihat………mesej tentang pemecatan pemimpin Umno sedang bertebaran sekarang ini,

“Umno Terengganu jangan ‘berdebar perut’ sebab gema 16 : 16 sedang bergema kembali sekarang……..kita tengok perkembangan lanjut macamana nanti,”ujarnya.

kempen che long 16-16

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang mesej aplikasi ‘Whatsapp’ yang menyatakan beberapa orang pemimpin Umno akan dipecat ekoran krisis ketidakpercayaan mereka kepada Presiden Umno Dato’ Seri Najib Razak.

Sebelum ini Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa pemimpin kanan Umno telah dipecat dari jawatannya, kerana beliau telah mempersoalkan tentang skandal 1MDB.
Dato’ Seri Mohd Shafie Apdal juga dipecat dari jawatannya selaku Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, turut dikaitkan dengan kelantangannya menyuarakan kritikan tentang cara kerajaan mengendalikan krisis 1MDB.

Menurut Hanafiah, mantan Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu Dato’ Seri Ahmad Said yang juga ADUN Kijal antara pemimpin Umno yang ‘panas’ kerana menunjukkan sokongannya secara terbuka kepada Muhyiddin.

Secara kebetulan, kata beliau, nama Ahmad Said juga disenaraikan dalam mesej yang tersebar melalui aplikasi ‘whatsapp’

Sumber BO - 4-9-2015

Penduduk Kampung Dusun Nyior Berterusan ‘Makan Asap’ Kilang Pesama

kilang pesama
KEMAMAN – Penduduk sekitar kilang Pesama Timber di pinggir jambatan Geliga mendesak supaya kerajaan memindahkan segera kilang perkayuan tersebut kerana ia tidak sesuai bagi persekitaran terbabit.

Wakil penduduk Kampung Dusun Nyior yang terletak di sebelah kilang itu, Haji Jusoh Ghani, 56, berkata, asap dari kilang papan itu memberikan kesan yang negatif kepada warga kampung,

“ia memberikan kesan kepada kesihatan kerana asap yang dikeluarkan oleh kilang itu disedut oleh penduduk sekitar khususnya orang-orang kampung Dusun Nyior,

IMG_20150902_222339

“saya harap kerajaan dapat memindahkan kilang itu dengan segera,”ujarnya.

Seorang lagi penduduk, Aziman Mamat, 47, turut menggesa kerajaan mengambil tindakan segera kerana menurutnya, perkara itu telah berlanjutan sekian lama.

“masalah ni dah lama, kilang pun dah lama disitu……..dulu memang jauh daripada rumah kediaman tetapi sekaang dikelilingi oleh kampung dan taman perumahan,

“saya pohon kerajaan kerajaan pindahkan segera dan saya dimaklumkan tapak kilang itu sudah ada di Mak Lagam,”katanya.

Satu sumber yang tidak mahu diketahui memaklumkan, perkara tersebut pernah dibincangkan dalam majlis dialog berkait dengan pengurusan mapan Pesama Timber Corporation.

Wakil Jabatan Alam Sekitar negeri Puan Napisah Harun berkata pihaknya menerima banyak aduan berhubung dengan pelepasan asap dari insinerator kilang Pesama.

Menjawab perkara ini, wakil Pesama Hilmi Awang memaklumkan bahawa memang incinerator mengeluarakan asap, tetapi pihak syarikat telah pun memasang satu tapisan yang canggih.

kilang pesama1

“satu tapisan yang canggih dipasang pada insinerator tersebut yang mana menggunakan teknologi dari Sarawak (fan system) dengan kos sebanyak RM400,000.00.

“Namun asap masih juga keluar kerana sistem berkenaan telah agak usang kerana lama digunakan,”ujarnya, menurut catatan dialog tersebut yang diadakan pada 10 Mei tahun 2012.

Dalam hubungan ini kilang menurut Hilmi, Pesama dijangkakan berpindah ke Kawasan Perindustrian Mak Lagam pada tahun depan (2013), berkemungkinan disertai oleh kilang-kilang lain yang ada disekitar.

Menurutnya lagi, kawasan yang ada sekarang telah didapati tidak sesuai lagi untuk aktiviti perkilangan kayu dan lapuran impak alam sekirar (EIA) untuk perpindahan akan diurus oleh konsultan yang akan dilantik.

Malangnya, sejak dialog tersebut sehingga kini sudah 3 tahun berlalu dan penduduk sekitar terus ‘makan asap’ yang dilepaskan incinerator kilang terbabit.

Sumber BO - 3-9-2015

Pijak Gambar Presiden; PAS Terengganu, Wilayah, Kelantan dan Selangor Lapor Polis

IMG-20150902-WA0037
KUALA TERENGGANU – PAS Terengganu turut membantah dan membuat laporan polis terhadap tindakan dua orang warga tionghua yang dipercayai peserta himpunan Bersih 4, memijak gambar Presidennya, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi.

IMG-20150902-WA0032

Ketua Pemudanya Ustaz Kamaruzaman Abdullah bersama Timbalannya Ustaz Hishamuddin Abdul Karim membuat laporan tersebut di balai polis Kuala Terengganu pagi ini.

“Tindakan memijak gambar Presiden PAS telah menghina dan menceroboh hqk kebebasan awam dalam demokrasi,

“Ia juga perbuatan bersifat provokatif dan menghasut yang boleh menimbulkan kekecohan yang mengancam keselamatan negara,”katanya menurut teks laporan polis yang dibuat.
IMG-20150902-WA0005

Selain PAS Terengganu, beberapa negeri lain turut membuat laporan polis, termasuk Wilayah Persekutuan, Kelantan dan Selangor.

Pesuruhjaya PAS Wilayah Mohamad Noor Mohamad berkata, penghinaan tidak boleh di biarkan berlaku kepada sesiapa sahaja terutama dari seorang manusia yang siuman.

“Apatah lagi tindakan biadap tersebut di lakukan terhadap insan yang di hurmati bukan sahaja dalam negeri malah di iktiraf peranan dan ketokohannya di luar negara,”ujarnya selepas membuat satu laporan polis di Balai Polis Jalan Dang Wangi Kuala Lumpur, semalam

Beliau berharap, semoga pihak PDRM mengambil tindakan sewajarnya demi memastikan tindakan provokatif dan berniat jahat ini dapat di rungkai demi kesejahteraan dan ketenteraman awam

Saranan beliau, alangkah baik dan murninya jika pihak-pihak yang bertanggungjawab tampil ke muka memohon maaf atas ketelanjuran yang berlaku mungkin kerana terlalu mengikut emosi akibat telah di racuni pemikiran.

Sumber BO - 2-9-2015

Program ‘KARMA’ Perlu Didedahkan Kepada Orang Muda

IMG-20150901-WA0011
Sekali lagi BANTU mengucapkan tahniah dan setinggi penghargaan kepada semua yang menjayakannya terutama kepada Gerakan Anak Terengganu Insaf (GANTI) yang menjadi perintis program seumpama ini. Tidak lupa juga penghargaan kepada NGO GASAK, Community Policing, surau Durian Burung, pihak PDRM, pihak media KAMI serta Sinar Harian dan masyarakat setempat.
Penyertaan peserta kempen anti rempit yang bertempat di Surau Al Ikhlas Durian Burung kali ini dianggarkan seramai 500 orang, 95% terdiri daripada golongan muda. Komitmen yang memberangsangkan ini menggambarkan golongan muda sudah pun mempunyai pemikiran yang matang serta prihatin untuk membasmi masalah rempit yang berlaku.

Pengisiannya bermula daripada kuliah Maghrib khas kemudian disusuli dengan barbeque ambang merdeka. Sambutannya begitu menggalakkan, secara tidak langsung dapat menghubungkan silaturrahim antara satu sama lain,juga antara masyarakat dan pihak PDRM.

IMG-20150901-WA0012

Kemudian diisi pula dengan rondaan berkumpulan yang diketuai oleh Community Policing di kawasan-kawasan ‘panas’ mat-mat rempit berkumpul. Ahli rondaan yang terlibat kira-kira 50 orang dan dibahagikan kepada 5 kumpulan mengikut shif. Penggunaan radio amatur oleh pasukan rondaan membantu melicinkan lagi pergerakan kumpulan peronda.

Dengan wujudnya aktiviti sebegini, kami yakin kadar jenayah dan rempit dapat diatasi dengan berkesan. Sehubungan itu, pendedahan program sebegini didalam masyarakat terutama kepada orang muda amat perlu bagi mengurangkan kadar jenayah disesebuah tempat atau mukim.

InsyaAllah langkah susulan akan dibuat untuk terus menggerakkan pasukan yang ada dalam aktiviti mencegah jenayah sekitar mukim Chabang Tiga iaitu Seberang Baroh,Tok Kaya,Durian Burung dan sekitarnya.

Sekali lagi syabas buat semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dan para penyumbang tenaga serta wangringgit, semoga Allah SWT sahaja lah yang membalasnya,semoga diberkati dan dirahmati Allah SWT senantiasa. Amiin.
Jazakumullahu khairan jaza’.

Ahmad Sabri Yusof
Setiausaha.
Pertubuhan Prihatin Asnaf Negeri Terengganu (BANTU)
31 Ogos 2015.

Sumber BO - 31-8-2015

Program ‘Anti Rempit’ Malam Ambang Merdeka Berjaya

IMG-20150831-WA0071_resized
KUALA TERENGGANU – Masyarakat kampung pinggir bandar ini, Kampung Durian Burung telah berjaya dalam usaha pertama mengurangkan aktiviti haram ‘Mat Rempit’ pada malam ambang Merdeka semalam.

IMG-20150831-WA0066_resized

Melalui program usahama antara Jawatankuasa Surau al-Ikhlas Durian Burung yang berganding bahu dengan Persatuan Komuniti Kepolisan-Rakan Cegah Jenayah Terengganu (PKK-RCJT), Gerakan Anak Terengganu Insaf (GANTI), Kelab 4WD Kuala Terengganu (GASAK), Badan Kebajikan Asnaf Negeri Terengganu(BANTU), tiada aktiviti rempit dilaporkan, sebagaimana kebiasaannya berlaku.

Pengarah Program Kempen Anti Rempit Ambang Merdeka (KARMA) Wan Faizul Abas berkata, penyertaan dan sokongan masyarakat sekitar terhadap program tersebut sangat menggalakkan dan mendapat pujian pihak polis.

“Penyertaan dan sokongan masyarakat sekitar terhadap program ini sangat menggalakkan dan dipuji oleh pihak PDRM sendiri yang diwakili oleh Sarjan Nasir Awang.

IMG-20150831-WA0068_resized

“Program yang pada peringkat awalnya dipersetujui secara lisan untuk kerjasama sepenuhnya oleh Bahagian Trafik IPD Kuala Terengganu sewaktu perbincangan awal beberapa minggu lalu, namun tidak dapat dihadiri oleh Trafik IPD,”ujarnya.

Menurutnya, beliau dimaklumkan seluruh anggota terlibat dengan beberapa program kerajaan negeri Terengganu daripada siang hari hingga ke larut malam.

Program KARMA dimulai dengan jamuan ‘bakar ayam’ (BBQ) dan diikuti dengan majlis penyerahan borang ahli baru PKK-RCJT oleh wakil Kampung Durian Burung kepada Presiden PKK-RCJT Tuan Syed Mohamed Shamsudin Syed Azam.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Setiausaha PKK-RCJT Dato’ Syed Ahmad Fariq Dato’ Syed Ahmad selaku Setiausaha PKK-RCJT dan Pemangku Ketua Balai Polis Chabang Tiga Sarjan Nasir Awang.

Wan Faizul yang juga Pengerusi Jabatan Kerajaan, Swasta dan NGO, PAS Kuala Terengganu berkata, rondaan dengan anggota seramai lebih kurang 50 orang yang terdiri daripada ahli PKK-RCJT, GANTI, GASAK, BANTU dan ahli Qaryah Durian Burung.

IMG-20150831-WA0069_resized

“Rondaan yang bermula pada jam 1 pagi berakhir dengan solat Subuh berjamaah di Surau al Ikhlas,”tambah beliau.

Mengulas lanjut, beliau menyifatkan, program tersebut amat berjaya, bahkan aktiviti merempit tidak kelihatan dikawasan berkenaan sejak sebulan yang lalu, apabila isu tersebut mula diberi perhatian serius oleh pihak-pijak terbabit KARMA.

“Malam ambang merdeka berakhir dengan aman dan tiada perkara yang tidak diingini berlaku. Suasana jalan utama juga lengang,

“saya mengucapkan terima kasih kepada semua 300 orang hadirin, ahli Qaryah Durian Burung dan semua pihak yang terlibat,”ujarnya lagi

Beliau berharap program tersebut menjadi contoh teladan yang baik kepada daerah-daerah lain untuk berganding bahu membanteras gejala rempit yang gagal diselesaikan oleh pihak kerajaan Umno dan Barisan Nasional sebelum ini.

Sumber BO - 31-8-2015

Pemuda Kemasik Teruskan Ziarah Kebajikan

DSC_0184
Oleh : Mohd Tishaah Hamzah

KEMAMAN – Pemuda PAS DUN Kemasik meneruskan aktiviti ziarah berkebajikan dengan mengunjungi dan memberi sumbangan kepada masyarakat yang kesusahan dalam DUN Kemasik, disini semalam.

ir Saiful Azmi Suhaili, Ketua Pemuda DUN Kemasik mengetuai pasukan ziarah berkebajikan Pemuda DUN bersama PAS DUN Kemasik menghabiskan setengah hari memasuki beberapa buah kampung di sini semalam.

Turut serta bersama beliau ialah Pengarah PAS DUN Kemasik, Amri Mamat dan Ustaz Ramlan Mahmood, Ketua Dewan Pemuda PAS Kemaman, Zamzuri Mamat, Ketua Lujnah Kebajikan Dewan Pemuda PAS Kemaman dan Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Kemaman antaranya Syed Khairi Amier Syed Raduan dan Mohd Shahrim Ibni Hajjal.

Ir Saiful Azmi Suhaili, 38 tahun, yang juga merupakan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman memaklumkan ziarah berkebajikan kali ini melibatkan pemberian bantuan kewangan dan makanan keperluan asas kepada pelajar yang miskin dan kanak – kanak yang mengalami penyakit yang kronik serta penduduk yang miskin.

DSC_0204

[Gambar -Iir Saiful Azmi Suhaili (kanan), Ketua Pemuda PAS DUN Kemasik menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penduduk di Kg. Chabang, Kerteh dan bersama dua orang kanak – kanak adik beradik yang mengalami maslah kesihatan di Kg. Pengkalan Ranggon, Kerteh, semalam.]

Seramai 3 orang pelajar miskin di Taman Perumahan Penelex, Kerteh dan 2 orang di Perumahan Rakyat Mampu Milik, Kg. Baru Kerteh menerima sumbangan dari PAS DUN Kemasik sebanyak RM600 – RM800 seorang.

Adik Nur Alia Mohd Shukri, 14 tahun serta adiknya, Luqman Nur Hakim Mohd Shukri, 8 tahun dari Perumahan Rakyat Mampu Milik, Kg. Baru Kerteh menerima sumbangan setelah bapanya tidak dapat bekerja disebabkan mengalami kompilasi sejenis penyakit.

ir Saiful Azmi seterusnya menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada adik Nurul Ain Afifah, 11 tahun yang mengalami lumpuh manakala adiknya, Nurul Qasih, 4 tahun menghidapi kompilasi di otak di Kg. Pengkalan Ranggon, Kerteh.

Menurut ibu kepada kedua beradik tersebut, Puan Rosmazita Othman, 38 tahun, beliau redha dan sabar diatas ujian dari Allah ini dan mengucapkan terima kasih diatas keprihatinan dan kunjungan pihak PAS DUN Kermasik ini.

Ir Saiful Azmi memaklumkan sebanyak RM4,000 telah diperuntukkan untuk sumbangan kewangan pada kali ini dan beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penderma yang baik hati

Sumber BO - 30-8-2015


Futsal Untuk Sihat Jasmani dan Rohani

IMG-20150829-WA0108_resized
Oleh: Solahuddin al-Idrusi

KUALA TERENGGANU – Pada tahun ini, Penyelaras Pemuda PAS Dun Bandar (PPDB) sekali lagi telah berjaya meenganjurkan kejohanan Liga Futsal bagi merebut piala pusingan Ketua Pemudanya, Khairuddin Mohamad

Beliau berkata, matlamat penganjuran Futsal itu adalah untuk meningkatkan kecergasan para pemuda PAS serta menjalin ukhuwah berpanjangan dikalangan para pemuda.

IMG-20150829-WA0134_resized

“ini adalah Liga Futsal yang dianjurkan setiap tahun yang mana ia bermatlamat untuk kecergasan tubuh badan para pemuda selain dari mengekalkan ukhuwah yang sihat dikalangan para pemuda PAS,

“bukan hanya pada program-program kerohanian malah pada program melibatkan jasmani seperti ini,”ujarnya ketika ditemui di Gelanggang Futsal Pulau Kambing.

Khairuddin berkata demikian selepas mengiringi Pengerusi Majlis Tindakan DUN Bandar Ustaz Ahmad Shah menyampaikan hadian kepada para pemenang di Gelanggang Futsal Pulau Kambing pada Jumaat 28 Ogos.

Menurutnya, kejohanan itu disertai oleh 60 pemuda daripada tujuh cawangan di seluruh DUN Bandar.

Beliau menaruh harapan agar dengan jalinan ukhuwah yang terikat kemas antara pemuda akan menghasilkan gerak kerja yang lebih padu dan tersusun dalam menguatkan perjuangan Islam seterusnya memenangkan Parti Islam SeMalaysia (PAS) khususnya di DUN tersebut.

Perlawanan yang berakhir pada jam satu pagi itu menyaksikan Pemuda Cawangan Tok Kaya berjaya mengekalkan gelaran juara bertahan serta membawa pulang piala pusingan.

Sumber BO - 29-8-2015

PAS dan Rakyat, Bagai Aur Dengan Tebing

IMG-20150829-WA0000_resized
Oleh : Azizah Mahmood

KUALA TERENGGANU – PAS dengan rakyat berpisah tiada, saling bantu-membantu dan saling memerlukan dalam membina kekuatan sebuah masyarakat berteraskan ukhuwah Islamiyah.

Antara teras keteguhan komuniti adalah sikap prihatian dan ambil berat serta cakna dalam kehidupan seharian.

IMG-20150829-WA0001_resized (2)

Di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam, muafakat antara PAS dan rakyat terus diperkukuhkan dengan aktiviti ‘gotong royong’.

Selaku pemimpin yang dipilih rakyat, Haji Mohd Abdul Wahid Endut turun ke lapangan memberikan khidmat dan membantu menyelesaikan masalah rakyat.

Beliau bersama-sama masyarakat setempat di Kampung Gelugor Raja membantu warga emas Che Ku Esah Che Ku Ahmad, 74, menggantikan ruangan dapur yang telah usang.

“Kerja gotong royong merobohkan rumah tidak selalu berlaku, bila di maklumkan saya terpanggil untuk turut serta membantu bersama orang Kampung, mudah mudahan ianya akan mendekatkan kita dengan masyarakat,”ujarnya.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu (MAIDAM) yang melaksanakan tanggungjawab mengagihkan bantuan, memberikan pertolongan kepada mereka yang memerlukan seperti Mak Cik Che Ku Esah.

IMG-20150829-WA0002_resized

Katanya, selaku pihak yang dipertanggungjawabkan oleh rakyat, apatah lagi dari sudut agama, badan-badan dan agensi kerajaan perlu pro-aktif dalam memberikan khidmat kepada rakyat tanpa sebarang prejudis.

Haji Wahid ditemani oleh isterinya Puan Wan Fatimah dan Ketua Kebajikan DUN Wakaf Mempelam Haji Mansur Ab Rahman.

Mak Cik Che Ku Esah ketika ditemui sempat menzahirkan perasaan syukurnya kepada Allah dan berterima kasih kepada pihak PAS yang membantunya.

“saya ucap syukur kepada Allah dan saya rasa sangat-sangat berterima kasih pada semua orang PAS yang bantu saya hari ini terutama Hj Wahid dengan isterinya yang datang ke pondok buruk saya dan bantu saya,”katanya dalam nada terharu.

Seramai 13 orang sukarelawan termasuk anggota unit Amal DUN Wakaf Mempelam berganding bahu, bersama-sama bermandi peluh, seawal jam 9 pagi dan bersambung hingga ke waktu petang.

Sumber BO - 29-8-2015

Car Owner Shot In Shoulder During Botched Carjacking Attempt

IMG-20150827-WA0093
The owner of a four-wheel drive was shot in the shoulder in a botched carjacking attempt at Jalan Hiliran, here tonight.

During the 9pm incident, the 28-year-old victim was heading to his Toyota Hilux to collect his Astro card when he was shot at by an assailant who was trying to steal his car.

Kuala Terengganu police chief ACP Idris Abd Rafar said when the victim was approaching his vehicle that was parked about 50m from his family-owned electrical shop, the assailant who realised the owner was heading to the car, fired two shots at him.

IMG-20150827-WA0091

He said one of the shots hit the victim’s shoulder.
“We have not ruled out the possibility that the assailant or assailants were trying to steal the vehicle but shocked to find the owner approaching the car.

The owner was asked by his father to collect the Astro card from the car,” he told reporters at the scene.

Police believe there were more than one person involved as the suspects managed to escape in a white Toyota Wish.

Police have since launched a manhunt for the suspects in and around Kuala Terengganu.
The injured victim who works in a construction company in Chendering is currently receiving treatment at the Sultanah Nur Zahirah Hospital (HSNZ), here.

He was reported to be in stable condition.– BERNAMA

Sumber BO - 28-8-2015

Perkhidmatan Kesihatan Terengganu Teruk – Dr. Alias

Dr Alias
MARANG – Tahap kesihatan negeri Terengganu disifatkan ‘teruk’ berbanding negeri-negeri lain, walaupun menjadi penyumbang hasil yang besar melalui sektor petroleum kepada kerajaan pusat.

asrama-mansurah-mesir1

Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri Terengganu Dr. Alias Razak mempersoalkan sifat amanah pemimpin Umno dan kerajaan dalam menguruskan kewangan negeri.

“baru-baru dalam (sidang) Dewan kita tanya, timbul isu yang besar dalam pembelian asrama untuk pelajar di Mansoorah Mesir, bagaimana tidak amanahnya pemimpin,

“harga RM1 juta di pasaran Yayasan Terengganu bayar dengan (harga) RM13 juta…..ini apa kerja ni, kalau macam ini lah cara pengurusan kewangan, banyak mana duit (ada) pun rakyat tak akan senang dan negara tidak akan membangun,”tegasnya

Yang terbaru kata beliau, langkah ‘pelik’ kerajaan Terengganu membeli syarikat ‘Chicken Cottage’ diLondon, England, dengan harga RM25 juta, kononnya hendak berniaga ayam halal di luar negara.

“yang jadi Lembaga Pengarah tiap-tiap bulan berulang ke London, nak tengok kedai kita di sana tu, semua ditanggung oleh syarikat…………(sebab) anak syarikat kerajaan…..…..tambang, penginapan…….dan segala-galanya, bukan nak gi mesyuarat…..gi melancong lah (pula),

chicken cottage

“pun dibeli dengan (harga RM25 juta) harga pasaran dilaporkan RM15 juta sahaja…….hilang ke mana tak tahu lah….wallahu a’lam, ditelan bumi ke ditelah lautan…….,”jelasnya ketika berucap dalam satu ceramah di sini pada Rabu 26 Ogos.

Menurut beliau, ayam di dalam negeri Terengganu pun tidak cukup di pasaran dan terpaksa di impot dari luar, tiba-tiba hendak berniaga ayam di London.

Katanya masalah kesihatan di negeri ini juga teruk dengan keadaan hospital yang sesak dan hospital baru yang diminta rakyat sehingga kini belum dibina.

“kerajaan mesti bina hospital baru………hospital yang sedia ada tidak dapat menampung (jumlah pesakit masakini)…….kita dah minta berapa penggal dah (sejak) masa Exco Kesihatan dulu sehingga dia meninggal dunia…………tak ada juga (hospital baru),

image

“dia mengaku memang Terengganu ini kemudahan kesihatan yang sangat rendah berbanding dengan negeri-negeri lain (sedangkan) kita adalah penyumbang hasil yang besar kepada (kerajaan) pusat melalui Pteroleum,”kata Dr Alias yang juga ADUN Bukit Tunggal.

Justeru itu, beliau menyeru rakyat untuk membuat perubahan pada pilihan rayaumum kali ke-14 akan datang kerana kerajaan Umno dan Barisan Nasional tidak mampu lagi memberikan perkhidmatan yang baik kepada rakyat.

“kita menawarkan satu pakej kpimpinan baru dalam PAS samada dieringkat Pusat atau pun di peringkat (kerajaan) negeri untuk mengambil alih pentadbiran daripada Barisan Nasional,
“kita mempunyai gandingan (antara) ulamak yang akan memberi panduan syariah dan ramai professional yang akan membantu, yang akan melaksanakan dasar-dasar untuk kebaikan rakyat,”jelas beliau lagi

Sumber BO - 28-8-2015

PAS Kesal Pengerusi KRT Teluk Ketapang ‘Bermain Politik’

Zakaria-Dagang (2)
KUALA NERUS – Majlis Tindakan DUN (MTD) PAS Seberang Takir kesal program sukan perpaduan anjuran Kawasan Rkun Tetangga (KRT) Seberang Takir telah dimanupulasi oleh pihak tertentu untuk kepentingan Umno.

IMG-20150825-WA0054

Pengarahnya Ustaz Zakaria Dagang berkata, penglibatan PAS Cawangan Teluk Ketapang adalah atas nama menjaga keharmonian masyarakat kampung tersebut dan bukannya untuk perpaduan dengan Umno.

“kita merasa kesal kerana ada pihak yang cuba mengeruhkan suasana keharmonian masyarakat kampung dengan menjadikan sukan perpaduan anjuran KRT sebagai program Umno,

“tidak timbul timbul soal PAS dan Umno sebelum ini, sehinggalah ketua KRT mempolitikkan program tersebut,”ujarnya.

Beliau yang juga Ketua Cawangan PAS Kampung Teluk Ketapang berkata program sukaneka yang telah berjalan setelah sekian lama sebenarnya melibatkan semua penduduk kampung.

Oleh itu, kata beliau, pihaknya terpaksa menarik diri dari program sukan itu yang akan diadakan pada Sabtu 29 Ogos.

IMG-20150827-WA0021_resized

“Memang ada program Sukaneka Perpaduan Kampung Teluk Ketapang yang melibatkan semua penduduk kampung ini. Sebenarnya dok timbul PAS-UMNO tu.

“Saje dia (Cikgu Azmi) wat ssedap je……… Cg Azmi tu Pengerusi KRT Teluk Ketapang,”jelas beliau.

Menurutnya, penduduk Kampung Teluk Ketapang sudah biasa terlibat dengan ptogram anjuran KRT seperti kawalan kampung dan cegah jenayah serta hal-hal kepentingan bersama orang kampung.

“Tak timbul soal nak bersatu dengan Umno………oleh itu kami menarik diri dari program sukan itu apabila ada ia dikaitkan dengan Umno,

“ia bukan program politik tapi nampaknya Pengerusi KRT sudah bermain politik,”ujarnya kesal

Sumber BO - 27-8-2015

‘Bantu’ Seru Masyarakat Sertai ‘Anti Rempit’ Malam Merdeka

IMG_20150827_150805
Oleh: Ahmad Sabri Yusof

Alhamdulillah, Pertubuhan Prihatin Asnaf Negeri Terengganu (BANTU) amat berterima kasih kepada panitia program Kempen Anti Rempit Ambang Merdeka (KARMA) yang diketuai oleh Wan Faizul Wan Abas selaku Presiden GANTI atas jemputan untuk bersama-sama dalam menjayakan kempen basmi rempit pada malam 31 Ogos 2015 jatuh pada malam Isnin ini.

Tidak lupa juga terima kasih kepada NGO GASAK dan Community Policing atas kesepakatan dan kerjasama yang diberikan dalam dalam aspek bersama sama dalam mencegah kemungkaran.

Kes-kes jenayah yang serius pada masa kini berada ditahap yang amat membimbangkan. Bukan sahaja krisis ekonomi menjerut rakyat bahkan juga gejala sosial yang amat teruk melanda negara.
Peningkatan kadar kes jenayah pecah rumah, ragut, rompak, buang bayi, rempit, bohsia dan banyak lagi adalah bersangkutan dengan sikap kepedulian masyarakat sekitar.

Jadi untuk itu BANTU menyeru seluruh masyarakat dengan tidak mengira fahaman politik untuk turut serta melibatkan diri dalam program banteras jenayah sebagai kepedulian kita terhadap masalah-masalah yang melanda masyarakat terutama kepada anak muda.

Anak muda lah yang menjadi kayu ukur bagi mencorakkan negara pada masa yang akan datang. Oleh sebab itulah perlunya kepada program banteras jenayah yang diisi didalamnya acara kerohanian supaya anak muda kita dapat memahami islam yang sebenar. Itulah penyelesaian yang sebenar,membawa masyarakat kepada islam yang syumul dalam masa yang sama mengamalkan amar ma’ruf nahi munkar dalam masyarakat. Islam adalah penyelamat ummah.

Kembali kepada islam insyaAllah selamat dunia akhirat.

“BERIMAN BERAMAL BERAKHLAK”

***Ahmad Sabri Yusof adalah Setiausaha Pertubuhan Prihatin Asnaf Negeri Terengganu (BANTU)
27 Ogos 2015

Sumber BO - 27-8-2015



Bantu Mereka Yang Diuji, Moga Allah Meringankan Kita Apabila Diduga

IMG-20150826-WA0009
Oleh : Azizah Mahmood

KUALA TERENGGANU – Melebarkan ukhuwah dan bantu-membantu antara sesama manusia itu adalah sangat di tuntut dalam Islam, apatah lagi bagi meringankan beban jasmani dan emosi, mereka yang di timpa musibah.

Kebakaran merupakan tragedi kehidupan yang menimpa satu-satu keluarga terutamanya apabila mangsa kemalangan itu kehilangan segalanya, dan hanya tinggal sehelai sepinggang.

IMG-20150826-WA0008

Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Muslimat PAS Terengganu dapat merasakan kesedihan lima keluarga yang ditimpa terbabit kebakaran uang diduga dengan ujian dari Allah itu.

Ketuanya, Ustazah Tuan Roslina Tuan Sulaiman berkata, sedikit sumbangan Muslimat kepada 38 orang mangsa dalam kejadian yang berlaku di Kampung Wakaf Mempelam, diharap dapat mengurangkan beban kehidupan.

“Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan merasa terpanggil untuk turun padang membantu meringankan beban 5 keluarga ini yang melibatkan 38 orang mangsa,

“(mereka) yang tak mampu menyelamatkan apa-apa pun dari kebakaran ini, mudah-mudahan sumbangan yang sedikit ini meringankan beban kehidupan mereka,”ujarnya yang ditemui selepas menyampaikan sendiri sumbangan tersebut.

Tuan Roslina turun bersama 15 orang anggota Kebajikan dan Kemasyarakatan Muslimat PAS negeri Terengganu, menziarahi kelima-lima keluarga terbabit.

Rumah-rumah yang berjiran itu disambar api ekoran kejadian litar pintas yang berlaku kira-kira jam 1.30 pagi, pada 18 Ogos yang lalu.

Sehubungan itu, seorang mangsa kebakaran tersebut yang ditemui, Mohd Noor Jusoh, merakamkan rasa redha dengan ujian getir tersebut sekaligud bersyukur kepada Allah melimpahkan hikmat, pada masa yang sama.

IMG-20150826-WA0011

“saya amat terharu dan berterima kasih kepada semua penyumbang terutama Lajnah Kebajikan ini yang sehingga hari ini tak putus-putus menyampaikan sumbangan melalui DUN, Kawasan dan negeri.

“saya redha dengan kehilangan seluruh rumah saya kerana (syukur kepada Allah) semua keluarga yang ada selamat……..kami semua saudara rapat,”ujarnya.

Mengimbau kembali saat tragedi pada dinihari itu, beliau berkata, salah seorang ahli keluarganya mengharung kepanasan api yang marak, mengendong kakaknya yang lumpuh keluar dari rumah, dalam keadaan tangannya yang patah.

Justeru itu, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Muslimat amat mengalu-alukan sumbangan orang ramai bagi membantu lima keluarga terbabit membina kehidupan baharu.

“dalam menghadapi musibah seperti ini, kita tak tahu…….mungkin satu hari kita yang terduga……..kita yang diuji……….oleh itu, marilah sama sama menyumbang untuk kita membantu mereka yang memerlukan pertolongan,

“semoga dengan kebaikan itu Allah akan membalas dengan meringankan beban kita apabila kita diuji olehNya,”ujar Puan Saudah Muda, Bendahari Lajnah, ketika mengakhiri kunjungan cakna tersebut.

Sumber BO - 26-8-2015


Pasar Borong Gong Pauh; ‘Kedhaifan’ Yang Disengajakan Umno-BN

pasar_borong2[1]
Oleh : Saharizukirnain Abdul Kadir

Pasar Borong Gong Pauh agak sinomnim kepada masyarakat pinggir bandar Kuala Terengganu dan peniaga lantaran kedudukannya yang strategik dan berada di laluan jalan besar ke pusat bandar.

Pasar borong yang dibina pada semasa pemerintahan PAS dan Barisan Alternatif (BA) Terengganu ini telah menjadi tumpuan masyakat sekitar dan peniaga runcit untuk mendapatkan bekalan barangan makanan harian yang segar, secara runcit dan borong.

Namun apa yang menyedihkan selepas Barisan Nasional (BN) merampas kerajaan negeri pada bulan Mac 2004, pasar borong ini turut menjadi mangsa politik balas dendam BN, apabila mereka mula menganaktirikan pasar ini.

Prasarana Pasar Borong Gong Pauh yang semakin hari semakin usang, pagar yang roboh tidak dibaiki, longkang yg tersumbat tidak dicuci, sampah yang banyak tidak diuruskan dengan baik, penguatkuasaan terhadap peniaga yang tidak berdaftar, terlalu longgar terus menjadi igauan ngeri kepada peniaga dan pengunjung.

Kami dimaklumkan sudah acap kali pertemuan dibuat dengan pihak yang berwajib samada di pejabat mahupun mereka turun membuat tinjauan ke lokasi tetapi hanya ‘janji basi’ yang diberi.

Cadangan kerajaan negeri untuk membuka pasar borong baharu di Bukit Payong untuk mengalihkan ingatan rakyat dan membiarkan rakyat lupa daripada mengingati jasa kerajaan PAS yang mewujudkan pasar borong ini tidak disenangi oleh peniaga dan pengunjung.

Rata-rata dalam tinjauan kami, mereka yang ditemui mempersoalkan apa rasionalnya cadangan tersebut dalam keadaan lokasinya yang jauh daripada bandar dan tidak strategik berbanding lokasi sekarang.

Keluhan demi keluhan yang disuarakan oleh peniaga samada melalui media massa mahupun cetak sehingga akhirnya berlaku persaraan pegawai tertinggi pihak berkuasa tempatan, sedikit pun tidak merubah kedhaifan pasar yang disengajakan Umno dan BN ke atas pasar tersebut.

Peniaga mula mengiakan pandangan yang mengatakan kerajaan BN sudah sinomnim dengan politik kekampungan mereka iaitu politik balas dendam disamping mahu melenyapkan ingatan rakyat terhadap jasa-jasa dan kejayaan kerajaan PAS 1999 hingga 2004.

***Ustaz Shaharizukirnain bin Abd Kadir ialah Pengerusi Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar, Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu
26 ogos 2015/ 11 zulkaedah 1436


Sumber BO - 26-8-2015

PAS DUN Kemasik Bantu Mangsa Ribut

11138594_1276393049053619_3780793930748637555_n
Oleh; Mohd Tishaah Hamzah

KEMAMAN – Musibah ribut yang melanda rumah Ismail Besar, 69 tahun mendapat perhatian PAS DUN Kemasik untuk memberi bantuan kewangan dan bahan binaan bagi membaik pulih kerosakan rumah.

Pada kejadian 23hb Ogos lepas, sekitar jam 8.00 malam angin kuat yang membadai 5 buah rumah di Kampung Kemasik Pantai, Kemasik menyebabkan sebahagian besar struktur atap rumah terbabit rosak teruk.

Menurut Setiausaha PAS DUN Kemasik, Roslan Endut, bantuan kewangan kecemasan telah disampaikan kepada mangsa petang semalam dan pihak PAS DUN akan membekalkan atap asbestos kepada saudara Ismail pada hari ini.

11205035_1276393172386940_1790011145294076253_n

Petang semalam PAS DUN Kemasik terdiri dari Setiausaha, Roslan Endut, Bendahari, Ustaz Maznan Chik, Ketua Penerangan, Mohd Tishaah Hamzah dan Ketua Pemuda, Ir Saiful Azmi Suhaili turun melihat dan menyampaikan bantuan kewangan kepada mangsa. Turut hadir Ketua PAS Cawangan Kemasik Pantai, Hj Salleh Mohd Amin.

(Gambar atas – Ketua Penuda PAS DUN Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili (paling kanan) menyampaikan sumbangan kepada Ismail di depan rumahnya).

Ismail Besar tinggal bersama isteri dan mempunyai 8 orang anak merupakan bekas tentera dan anak jati Kg. Kemasik.

Beliau merayu kepada pihak Kerajaan Negeri meluluskan permohonan tanah yang dikemukakannya bagi beliau mendirikan rumah kekal di kawasan yang selamat dari tiupan ombak besar dan angin kuat.

‘Pok Wel meminta jasa baik YB Ir Rosli Othman, ADUN Kemasik ini untuk mempertimbangkan permohonan Pok Wel untuk mendapatkan sebidang tanah atau sebuah rumah mampu milik dan impian Pok Wel hanya mahu memiliki sebuah rumah kekal sebelum menutup kedua biji mata saya ini buat selamanya’, ujarnya ketika dikunjungi di rumahnya petang semalam.

Sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan kepada Ismail Besar boleh menghubunginya 012 9542605 atau menyalurkan sumbangan ke MAYBANK – 164294263187 – Ismail Bin Besar.

Sumber HD - 25-8-2015

Wakil Rakyat PAS Gotong Royong Selesaikan Keperluan Nelayan

IMG_20150824_091046
Oleh : NM

DUNGUN – Walau tidak semua keperluan golongan ini dipenuhi, tetapi sebahagiannya dapat diselesaikan dan diadakan mengikut kemampuan yang mereka sedia maklum kerana sesungguhnya mewakili rakyat di kawasan Parlimen dan DUN yang berbeza dengaan parti pemerintah memang sangat sukar.
IMG-20150824-WA0015Dalam sebuah negara yang kononnya mengamalkan demokrasi, Malaysia dan kerajaan Terengganu masih pincang kerana tiada peruntukan dari kerajaaan Persekutuan dan Negeri disalurkan kepada wakil rakyat berkenaan.
Tetapi cabaran itu bukan menjadi halangan untuk terus berkhidmat kepada masyarakat dan pengundi, apatah lagi golongan yang tersepit dengan tekanan dengan suasana ekonomi sekarang.
Kos kehidupan yang sangat tinggi, hasil pendapatan tidak menentu serta kejatuhan nilai ringgit dipasaran dunia secara langsung menjejaskan golongan berpendapatan rendah terutama nelayan ini. Hampir semua keperluan utama diimport dari luar.
Bagi nelayan di Kampung Bijangga Dungun, kehadiran Ahli Parlimen membantu memberi sedikit bantuan kewangan untuk membaiki jeti persinggahan persendirian, sangat memberi kelegaan kepada mereka.
IMG-20150824-WA0009

Lebih menarik lagi kehadiran YB. Ustaz Wan Hassan sendiri bertungkus lumus bersama mereka menyiapkan bangsal jeti ini.

Ustaz Wan Hassan yang memang terkenal dengan sikap prihatin kepada rakyat dikalangan pengundi di Parlimen Dungun telah turun bersama-sama sepuluh nelayan tempatan bergotong royong menukar atap bangsal dan dapat menyiapkan jeti tersebut.

Premis kecil itu amat penting kerana ia menjadi persinggahan pertama para nelayan naik ke daratan sebelum memasarkan hasil tangkapan dan pulang ke rumah masing-masing.
‘Bangsal’ itu juga dijadikan surau untuk sekumpulan nelayan dipersekitaran ini.

Turut bersama-sama bermandi peluh, berjemur panas sinaran mentari ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura YB Cikgu Wan Hapandi Wan Nik yang juga ketua Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Dungun.

IMG-20150824-WA0013

“Alhamdulilah kami di sini sudah menjadikan amalan biasa bersama gotong royong dalam apa jua menyelesaikan masalah rakyat. Kata orang sama-sama bantu….ringan akhirnya” ujarnya berseloroh.

Ketua Lajnah Asas Tani, Nelayan dan Alam Sekitar PAS Kawasan Dungun, Zakaria Tahir pula mengucapakan tahniah kepada semua yang terlibat, YB Adun, YB Ahli Parlimen dan nelayan tempatan yang terlibat dengan aktiviti ini.

“Insyaallah saya kami akan teruskan aktiviti ini. Kami sudah biasa dengan gotong royong , bahkan hampir semua keperluan mendesak bagi golongan ini banyak kami usahakan dan diselesaikan dengan aktiviti seperti ini” ujar Zakaria.

Sumber BO - 24-8-20215


Istiqamah Hingga Kemenangan di Terengganu
Posted on Monday, August 24 @ 22:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah





Semalam beberapa blog berjiwa GHB memuat naik beberapa gambar himpunan GHB di Dataran Syahbandar Kuala Terengganu dengan memberikan ulasan kononnya warga Kuala Terengganu telah secara berjemaah dan berbondong-bondong berhijrah dari menyokong PAS terus mendakap perjuangan GHB yang dipimpin oleh mantan Timbalan Presiden PAS yang tewas sebagai calon PAS di Parlimen Kuala terengganu pada PRU tahun 2008, Hj Mohamad Sabu.












Seolah-olah warga Kuala Terengganu tolak Tuan Guru Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS dilubuk serta tempat lahirnya sendiri ... hakikatnya???? ... cakap banyak pun tidak guna sebab akan membazir dan rugi air liur sahaja ... lihat sendiri akan senario Himpunan PIHAK 6.0 ISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN DI PASAR BARU CABANG TIGA, KUALA TERENGGANU MALAM TADI 22HB OGOS 2015.

Yang hadir memberikan ceramah bukannya Presiden atau Timbalan Presiden PAS .. sekadar Naib Presiden PAS YB Ustaz Idris Ahmad jer .. kalau Tuan Guru Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang atau pun Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man yang turun rasanya kehadiran berkali ganda.
= Omakkau!!

Sumber TKO - 25-8-2015

Lagi Pendedahan Oleh Mantan MB Ahmad Said!

AppleMark
Oleh : Ahmad Amzad Hashim

Saya tidak sempat mencatat secara terperinci apa yang disebut oleh mantan Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad Said, di Perasmian Mesyuarat Agong UMNO Bahagian Kemaman baru baru ini. Turut berada di pentas perasmian ketika itu adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden UMNO.

Saya percaya ada ramai pemimpin kanan yang turut berada di situ yang menjadi ahli UMNO Bahagian Kemaman termasuk menteri pusat, Dato Seri Ahmad Shabery Cheek, Dato Wan Hakim, Ketua Penerangan UMNO Terengganu dan lain-lain lagi.

Video ucapan beliau menjadi viral kerana banyak fakta yang disebut adalah selari dengan apa yang telah banyak ditulis dan diceramahkan oleh PAS selama ini termasuk melalui perjuangan berterusan yang melibatkan mobilisasi rakyat Terengganu berhubung isu Royalti Petroleum Terengganu.
IMG-20150814-WA0050Dengan jelas melalui ucapan Ahmad Said, ternyata dakyah penerangan UMNO bahawa Terengganu sebenarnya tiada hak apa apa terhadap hasil petroleum dan dakyah serta propaganda bahawa rakyat Terengganu kena merasa syukur dan terhutang budi kepada kerajaan pusat kerana ‘kasihankan’ rakyat negeri Terengganu lalu bermurah hati memberi wang ehsan/dana khas adalah merupakan PEMBOHONGAN dan USAHA MEMPERBODOHKAN seluruh rakyat Terengganu .

Peranan ejen mengkhianati negeri ini telah dimainkan oleh jentera Penerangan UMNO Terengganu termasuk melalui pelbagai saluran yang dikawal mereka termasuk JASA.

DS Ahmad Said mendedahkan dengan agak terperinci kisah belakang tabir di sebalik syarikat 1MDB yang menjadi skandal terbesar negara ketika ini dengan hutang berjumlah kemungkinan sudah mencapai RM47Billion ekoran kejatuhan berterusan nilai matawang ringgit.

Beliau malah dengan tegas mendedahkan bagaimana perjanjian petroleum dengan pusat adalah ‘Null and Void’ kerana bercanggah dengan Undang undang Tubuh Negeri Terengganu.

Bagaimana 1MDB asalnya syarikat Terengganu Investment Authority (TIA)yang bertujuan untuk melaburkan wang royalti petroleum yang tidak semuanya diserahkan kepada negeri Terengganu dan dikawal oleh kerajaan Pusat, Bagaimana beliau selaku MB Terengganu sendiripun tidak pernah ditunjukkan M&A Penubuhan Syarikat. Tak tahu Memorandum Penubuhan syarikat, apa bidang, kuasa, aturan aturannya?. Bagaimana kesemua Ahli Lembaga Pengarah TIA boleh dilantik bukan orang Terengganu. Semua ‘orang KL’.

Mahu cagar minyak di perairan Terengganu.

Dalam keadaan ini Ketua Penerangan UMNO Terengganu, Dato’ Wan Hakim telah membuat kenyataan bahawa cerita 1MDB mahu cagar minyak Terengganu adalah cerita sensasi yang direka oleh DS Ahmad Said. Lalu dicabar oleh DS Ahmad Said dengan terus bersumpah Wabillahi, Watallahi di pentas itu. Malah beliau sedia mengulanginya di mana mana termasuk di depan Kaabah sekalipun, ujar beliau.

Ketika Kerajaan Pusat umumkan menubuhkan Jawatankuasa Pusat Mengkaji Tuntutan Royalti Petroleum, Sultan Terengganu tidak memperkenankan. Tak boleh hantar wakil. Sultan titahkan jawatankuasa kaji Undang undang Tubuh Negeri Terengganu.

Jawatankuasa inilah yang telah secara mengejutkan membuat kenyataan “TIADA MINYAK DI TERENGGANU” yang langsung tidak dibantah oleh pemimpin pemimpin UMNO Terengganu, khususnya Menteri Besar sekarang DS Ahmad Razif.

ahmad said sumpah

Nasib baik ada yang sempat tunjuk kepada Tuanku yang deraf perjanjian yang disuruh tandatangani cuba menipu negeri.

TIA tak pernah panggil mesyuarat. Jho Low tiba tiba beritahu nak keluar bon hutang RM5billion.
Ahmad Said teruskan lagi tentang bagaimana kerajaan pusat gunakan sehingga RM1.6billion wang negeri Terengganu untuk bayarkan kos pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 2. Itu sehingga 40% dari seluruh kos. Negeri negeri lain semua kerajaan pusat yang bayar kerana itu tanggung jawab pusat. Dalam keadaan itu tak pernah runding apa apa untuk guna duit Terengganu. Di mana integriti, dimana kejujuran, soal beliau.

Beliau menyebut lagi tentang medan minyak di BERTAM PM307. Ini 120km dari Pantai Geliga Kemaman. Lundin Oil yang buat cari gali tulis surat rasmi kepada Ketua Polis, Ketua Marin, Ketua SUK dalam Perairan Terengganu. Semak dalam peta sempadan, memang hak Terengganu. Tapi bila minta pengesahan dari Petronas, sampai sekarang tak dijawab.

Banyak lagi isu diulas oleh DS Ahmad Said yang saya rasa rugi jika tidak dicatat fakta faktanya kerana ia amat berguna.

Ini termasuk soal tanah tanah milik 1MDB di Tun Razak Exchange dan Subang.

Tentang Tabung Haji yang beli tanah 1.5 ekar milik 1MDB dengan harga RM180juta. Bagus soalannya. Jika benar pembelian berlaku tunjukkan borang pindah miliknya. Apakah nombor Lot tanah berkenaan? Apakah Nombor Geran Tanah Berkenaan? Sebenarnya geran besar tanah 70 ekar di Tun Razak Exchange itu sudah dipecah sempadankah untuk dijual beli? Atau bayar sahaja wang dulu, sedangkan dokumen masih belum teratur sehingga boleh memberi risiko kepada pelaburan wang Tabung Haji itu?

Apa pun kita menunggu lebih banyak maklumat lanjut dengan akhirnya ada keberanian dari seorang pemimpin UMNO seperti Ahmad Said yang menurut jejak Tun Mahathir yang juga melondehkan satu persatu kejahatan yang telah dilakukan oleh UMNO kepada rakyat negara ini.

Sangat jelas pemimpin UMNO Terengganu yang ada ketika ini menjadi ejen yang mengkhianati kepentingan rakyat dan Negeri Terengganu, dengan menjadi jurucakap kepada ‘boss’ mereka di Pusat, demi cita cita politik dan kepentingan peribadi masing masing

***HAJI AHMAD AMZAD HASHIM ialah Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat
24hb. Ogos 2015

Sumber BO - 24-8-2015


PAS Pokok Yang Bertunjang Kukuh – Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim

IMG-20150822-WA0057 (2)
KUALA NERUS – Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden yang menyaksikan kehadiran ribuan penggerak parti dari peringkat cawangan hingga ke Perhubungan Negeri, menyambut dengan laungan takbir akan penegasan dari Dato Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man.

Timbalan Presiden PAS itu berkata, bahawa dalam demokrasi, menubuhkan parti lain adalah dibenarkan tetapi dalam jemaah Islam, memecahkan jemaah Islam yang sedia ada adalah berdosa!

IMG-20150822-WA0051 (2)

“PAS ini ibarat pokok yang dah berusia 63 tahun. Duduk di ladang yang luas. Panas, hujan, ribut, banjir, makhluk perosak dan macam-macam lagi. Tapi pokok PAS tak mati!

“Pokok dalam ‘poly bag’ memang nampak cantik. Tapi cuba letak di ladang. Tengok boleh hidup ke tak!,”kias beliau.

Mengulas tentang hubungan dengan DAP, beliau berkata, bukan PAS yang mula memutuskan hubungan dengan DAP tetapi DAP yang mula memutuskan hubungan dengan Presiden PAS.

“Kalau orang serang dan hina ayah kita bertalu-talu, anak tiri pun akan marah. Macam mana anak kandung boleh duduk berkawan baik,

“dengan orang yang setiap hari duk serang ayah kita?,”ujarnya lagi ketika berucap di Kompleks Tarbiahat-Taqwa 9KOMTAQ) PAS Kuala Nerus, di Batu Enam dekat sini pada Sabtu 22 Ogos.

IMG-20150822-WA0038(1)

Menurutnya, DAP jugalah yang membuat ‘onar’ mula memutuskan hubungan dengan PAS dan PKR di Sarawak.

Justeru beliau PAS masih kekal bertahaaluf dengan PKR tetapi tidak dengan DAP kerana DAP tidak menerima bahkan menentang Hudud.

Ia berbeza katanya, hubungan dengan PKR, yang walaupun tidak menerima hudud tetapi tidak menentangnya.

“Kita tak nak sembahyang, satu hal (ia memang) berdosa besar. Tetapi (kalau kita) isytihar sembahyang tu tak wajib……….(sebaliknya) boleh rosak aqidah,”jelasnya.

Sehubungan itu, Dato’ Tuan jua menjelaskan bahawa PAS bukan Penganjur BERSIH 4.0, tetapi PAS diberikan senarai tuntutan BERSIH.

Beliau berkata PAS bersetuju dan menyokong senarai berkenaan yangg selari dengan tuntutan PAS.

IMG-20150822-WA0037(1)

“PAS setuju menghantar wakil ke Jawatankuasa BERSIH. (Tapi) PAS masih tidak dimaklumkan acara lengkap program yang berkenaan bagi sepanjang tempoh masa BERSIH berlangsung.

“Kerana itu tidak jelas jika ada unsur merusuh, konsert dan lain lain yg bertentang prinsip PAS dan boleh membawa risiko kepada ahli dan menyusahkan rakyat,

“Untuk itu PAS belum pada kedudukan memutuskan supaya ahli digerakkan ke BERSIH……. Tunggu arahan rasmi,”ujarnya lagi

Sumber BO - 23-8-2015

11 Perkara Yang Diungkit Ahmad Said Tak Dijawab Oleh Ahmad Razif

IMG-20150822-WA0108_resized(2)
KUALA TERENGGANU – Bukan sahaja di kalangan ahli PAS dan pembangkang yang mempersoalkan kepimpinan Umno dan Barisan Nasional sekarang, bahkan di kalangan ahli Umno sendiri kini tidak percaya kepada kepimpinannya sendiri.

Pesuruhjaya PAS negeri Terengganu Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, kezaliman dan salah guna kuasa Umno dan Barisan Nasional tidak dapat disembunyikan lagi.

“bangkai gajah tidak dapat disembunyikan lagi, salah guna kuasa dan kezaliman pemerintahan Umno dan Barisan yang sekian lama tidak dapat ditutup lagi,

“bukan sahaja pembangkang hang mempersoalkan kewibawaan pemimpin Umno dan Barisan Nasional, bahkan ahli-ahli Umno sendiri mempertikaikan pemimpinha,”ujarnya.

IMG-20150822-WA0101_resized

Ustaz Satiful berkata demikian ketika berucap dalam program Perhimpunan Istiqamah Hkngga Kemenangan yang diadakan di perkarangan Pasar Cabang Tiga Kuala Terengganu dekat sini, Sabtu malam, 22 Ogos.

Sehubungan itu, kewibawaan kepimpinan Umno bukan sahaja dicanggah di kedai kopi dan forum rakyat serta wacana alam maya, bahkan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu yang lalu, Menetri Besar Terengganu diajukan pelbagai persoalan.

Katanya, mantan Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Said bangun mengungkit sepuluh perkara berkait dasar dan pentadbiran negeri Terengganu.

Namun kata Ustaz Satiful, sehingga kini Ahmad Razif tidak memberikan jawapan atas perkara yang dibangkitkan oleh Ahmad Said.

“Pemimpin Umno tak boleh jawab…….ada satu (kumpulan aplikasi) whatsapp termasuk MB jadi ahlinya, dia terpaksa ‘left’ (keluar) kumpulan (group) kerana tak dapat menjawab persoalan yang dikemukakan,

“dalam sidang DUN 11 perkara yang diungkit oleh Ahmad Said (masih) tidak dijawab oleh MB (Ahmad Razif),”jelasnya.

Berita sebelum ini;
Razif Tidak Jawab Banyak Isu Dibongkar Ahmad Said
Kos LPT2, Bertam Antara Ledakan Soalan Ahmad Said
Ahmad Said Dedah Cubaan Cagar Hasil Minyak dan Gas Terengganu Part 1
Ahmad Said Dedah Cubaan Cagar Hasil Minyak dan Gas Terengganu Part 2

Sumber BO - 23-8-2015 

Mana Van Untuk Rawatan Rehabilitasi?

IMG-20150820-WA0105
Oleh : Nooreni Abu Bakar

KUALA NERUS – Ketua Lajnah Kebajikn Majlis Tindakan Dewan undangan negeri (DUN) Seberang Takir, Haji Azman  Abdullah telah menziarahi EncikShukri Bin Mohamed @ Awin, 34 tahun di Taman Batin Perdana , Kampung Batin pagi tadi.

“Selain dari strok separuh badan , suami saya juga mengidap penyakit jantung, darah tinggi, saraf dan komplikasi buah pinggang akibat dari pengambilan ubat,” ujar Puan Norizan, 27, isteri En. Shukri yang merupakan seorang surirumah sepenuh masa.

Dengan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM200 sebulan, memang tidak mencukupi, tambahan lagi ansuran rumah flat  sebanyak RM240 sebulan perlu juga dibayar,”  tambah Norizan

IMG-20150821-WA0000

Shukri yang menggunakan kerusi roda untuk pergerakan seharian, amat memerlukan bantuan orangramai untuk menampung perbelanjaan seharian kos tambang untuk mendapatkan rawatan Rehabilitasi di Telaga Daing dekat sini.

Walaupun sebelum ini, Menteri Besar yang juga ADUN Seberang Takir, Dato’ Ahmad Razif Abdul Rahman  mendakwa pihaknya menyediakan van untuk mendapatkan perkhidmatan  Rehabilitasi untuk pesakit saraf.

Persoalannya, kata Haji Azman, ke mana perginya van tersebut dan apabila diajukan kepada Pusat Khidmat, jawapan yang diterima ialah van sibuk digunakan untuk Pusat Khidmat DUN Umno dan Barisan Nasional. Jadi beliau terpaksa menggunakan perkhidmatan  teksi yang kosnya amat membebankan.

Ziarah yang juga disertai Ketua Muslimat PAS DUN Seberang Takir ,  Ustazah Fadilah Binti Mohamed, turut menyampaikan sumbangn dari pihak Muslimat PAS DUN Seberang Takir dan PAS Cawangan Taman Permint Perdana bagi  meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh keluarga ini.

Kepada yang ingin membantu, sebarang bantuan boleh disalurkan dengan menghubungi Puan Norazian ditalian 013 9903560.

Share Via Sec-Notes

Sumber BO - 22-8-2015

In Sha Allah, Chukai Akan kekal Bersama PAS Pada PRU-14

IMG-20150821-WA0066_resized
KEMAMAN – Seramai 50 orang anak yatim dari Kampung Banggol Kiri Chukai, diraikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, bersama pemimpin PAS Kawasan ini, pada awal pagi sempena Program ‘YB Cakna Rakyat’.

IMG-20150821-WA0077_resized

Menurut Haji Hanafiah Mat, anak-anak yatim tersebut turut diberi sumbangan kewangan serta dijamu dengan pelbagai juadah.

“Program YB Cakna Rakyat bermula dengan minum pagi berama 50 orang anak yatim dan masyarakat setempat di (Kampung) Bannggol Kiri.

IMG-20150821-WA0067_resized

“Anak-anak yatim diberi sumbangan sebanyak RM 30.00 seorang (dijamu dengan) nasi miyak, satay, nasi kunyit, mee hoon, ketupat dan kuih muih,”ujarnya.

Sehubungan itu, program sehari yang dianjurkan oleh Majlis Tindakan DUN Chukai bersama PAS Kawasan Kemaman itu, turut mengadakan gotong royong dan rawatan kesihatan, termasuk perubatan tradisional.

Pengisian rohani selain jasmani, disuntik dalam kuliah maghrib yang di sepuluh buah surau di sekitar DUN Chukai bagi memastikan warga DUN Chukai sihat fizikal dan emosi.

IMG-20150821-WA0074_resized

“manakala di kampung Paya Berenjut kita adakan kerja-kerja gotong royong menukar atap rumah, membaiki rumah dan memaasng pendawaian elektrik dirumah rakyat yang terpilih,

“selain itu seramai 80 orang fakir miskin diberi sumbangan kewangan sebanya RM 50.00 dan barangan keperluan harian seperti beras sebanyak 5 kilo seorang, bagi mengurangkan bebanan kehidupan mereka menghadapi ekonomi yang tidak menentu sekarang,”jelas Hanafiah.

IMG-20150821-WA0105_resized

Seramai lebih 1200 orang hadir dalam ‘Jamuan Rakyat’ yang diadakan sempena program tersebut, manakala sebelah petangnya, acara ziarah rumah ke rumah diteruskan.

Hanafiah yang juga Penolong Setiausaha PAS Negeri Terengganu mengucapkan terima kasih atas sumbangan dan kerjasama semua pihak dalam menjayakan program tersebut.

“saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak, para penyumbang, pimpinan yang hadir serta ahli dan penyokong PAS yang bertungkus lumus untuk menjayakan program ini,

“in sha Allah PAS akan mengekalkan kemenangan dalam kawasan DUN Chukai pada pilihanraya umum yang akan datang,”tambah beliau yakin.

Turut hadir sepanjang program yang diadakan adalah Yang DiPertua PAS Kemamn Ustaz Alias Abdul Hamid dan Timbalan serta Naib Yang Dipertua, bersama Ahli-ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Kemaman.

Sumber BO - 22-8-2015

Besut Catchment Areas Under threat

paya peda
BESUT – It looks like the authorities are fighting a losing battle against illegal loggers, who are not only causing widespread damage to the environment, but also threatening rice output by padi farms here.

Illegal logging has been detected at eco-sensitive water catchment areas in the Pelagat and Gunung Tebu forest reserves, which are essential to fill the Paya Peda Dam in Hulu Besut.

Water from the dam is used to irrigate 10,000ha of padi fields. The dam was recently completed at a cost of RM349 million and can store 168 million cubic metres of water.

However, illegal logging could cause the dam to be filled with sediment, thus, making it shallower. “The problem is going to start when the dry spell arrives.

http://buletinonline.net/images/stories/berita25/balakharam1.JPG

“The dam might dry up, and when it rains, it might not be able to contain excess water because it has become shallow,” said Terengganu Forestry Department director Azmi Nordin, adding that he feared the consequences of illegal logging in catchment areas.

He said primary forests and forest reserves in catchment areas acted like sponges, absorbing 20 per cent of rain, which would be released slowly into streams and rivers to prevent floods and landslides.

“Imagine what would happen if excess water from the Paya Peda Dam overflowed and rushed downstream to Jerteh town, which is just 17km away. Floods would be inevitable. “This is why we have boosted enforcement to prevent such a thing from happening.

“But, illegal loggers don’t care about the environment or the consequences of their actions on the livelihood of others,” he said, adding that awareness programmes would be stepped up, including distributing flyers to inform people of the consequences of illegal logging and how they could stop such activities.

Azmi said numerous raids had been conducted, but enforcement personnel were fighting an uphill battle. “The area encroached by these people is too widespread, and there is a lot of them.

“These illegal loggers are organised, but we have detected their operations using drones equipped with heat-seeking sensors. They have provided enforcement units with images of machines working at night, as well as heat trails leading to illegal sawmills.” He said the department’s enforcement unit, with the help of the General Operations Force, had conducted six major operations this year, scoring a major success earlier this week, following a tip-off from villagers in Setiu and here.

balak haram

“We sealed shut an illegal sawmill in Kampung Hulu Seladang, Setiu, at 2am on Monday. Among the items seized were a forklift, an excavator and two band saws. We also seized sawn timber that was ready to be shipped out of the factory, and we are assessing its value.

“The 47-year-old sawmill owner was arrested when he dropped by the factory to check on the presence of our men there. He failed to explain why the logs and sawn timber were there. He has been handed to district police, and will be kept under temporary custody.” He said the team raided another illegal sawmill in Kampung Bukit Payong, Hulu Besut, two hours later, and seized a gripper, three band saws and a lorry laden with logs.

The team arrested eight people — four locals and four Indonesians, including a pregnant woman believed to be the wife of one of the Indonesians.

“We believe the logs were illegally extracted from the Pelagat and Gunung Tebu forest reserves, which are in the Paya Peda Dam catchment area,” said Azmi.

He said a 4.30pm follow-up at the Keruak 10 compartment near the Paya Peda Dam saw that more than 20ha of the forest reserve had been cleared of valuable trees, including balau and meranti.

Those arrested will be charged under Section 84 of the National Forestry Act 1984 with the illegal possession of forest products, and face a fine of not more than RM50,000 or a maximum of 20 years’ jail.- nst

Sumber BO - 22-8-2015

Kebajikan Sebagai Medium Dakwah Dan Ukhuwwah

IMG-20150820-WA0098
Oleh : NHA

MARANG – Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu (LKK DMPNT) sentiasa peka dengan amanah yang dipikul dan diterjemahkan melalui gerakerja kebajikan yang giat dijalankan sepanjang masa.

IMG-20150820-WA0097

Terkini, LKK meneruskan aktiviti mereka dengan melakukan ziarah beberapa keluarga yang ditimpa musibah di kawasan Dungun dan Kemaman pada Rabu, 19 Ogos lepas.

Lima keluarga kesemuanya yang diziarahi iaitu 4 daripadanya mangsa bot karam dan sebuah keluarga ditimpa kebakaran. Menurut ketuanya, Tuan Roslina Tuan Sulaiman, ziarah tersebut penting sebagai peniup semangat selain mendekati mereka sebagai mad’u.

“Sebagai wakil muslimat negeri dan kawasan, malah sebagai saudara Islam, ini merupakan tanggungjawab kami untuk menziarahi mereka yang ditimpa musibah. Kita amat bersimpati dengan dugaan yang menimpa mereka,” ujar beliau.

Ziarah kebajikan tersebut turut disertai oleh Ahli Jawatankuasa (AJK) DMPNT iaitu Puan Serena Lim Abdullah dan Puan Khairiah Mokti. Turut bersama adalah AJK KHAIRUNNISA iaitu Puan Zahiah Abd Rahman yang juga isteri ADUN Chukai serta Puan Rugayah Mahmud iaitu isteri kepada Adun Rantau Abang.

IMG-20150820-WA0096

Sumbangan juga turut diberikan kepada kesemua keluarga terbabit yang mewakili DMPNT, LKK DMPNT dan KHAIRUNNISA.

“Kita yakin, setiap ujian itu pasti ada hikmahnya. Moga Ahli keluarga mangsa sentiasa tabah, sabar dan redha dengan ketentuan Ilahi”

“Segala ketentuan Allah ada hikmahnya dan itu adalah yang terbaik buat diri kita. Sentiasa banyakkan munajat kepada Allah dan doa untuk mereka yang telah pergi dan belum dijumpai,” ujar beliau lagi.

Dalam pada itu, Tuan Roslina juga memaklumkan LKK DMPNT akan meneruskan ziarah kebajikan ini sepanjang masa. Selain itu, dalam masa terdekat, akan diadakan juga Bengkel Pemerkasaan Pengurusan Jenazah bagi melahirkan pengurus jenazah muslimat, agar dapat memberi khidmat yang lebih efektif kepada masyarakat ke arah memasyarakatkan PAS.

Sumber BO - 21-8-2015


Perantau Anjur Wacana Merdeka ‘Survival Melayu/ Islam’

Iklan Wacana Kemerdekaan - Perantau (2)
Persatuan Anak Terengganu DiPerantauan (PERANTAU) dijangka akan menganjurkan satu Wacana Kemerdekaan pada Sabtu, 22hb Ogos 2015 bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun 2015.

“Bagi memeriahkan sambutan bulan kemerdekaan, PERANTAU turut terpanggil untuk terus menganjurkan Wacana Kemerdekaan ini yang telah dilakukan oleh kami sejak 2011 lagi, lebih-lebih lagi beberapa isu begitu hangat melibatkan survival orang Melayu/Islam bukan sahaja dibincangkan di kedai-kedai kopi, malah di media-media massa dan elektronik” jelas Naib Presiden 1 PERANTAU, Shuhaimi Embong

Iklan Wacana Kemerdekaan - Perantau

Beliau yang menjadi Pengarah Program Wacana Kemerdekaan memberitahu media, PERANTAU telah menjemput dua orang tokoh akademik terkemuka, Prof Datuk Dr Mohamad Abu Bakar dan Dr Mohamed Nawab Mohamed Osman membincangkan tajuk tema, “Survival Politik Melayu/Islam Dalam Politik Malaysia” selama 3 jam bermula jam 9.30 pagi hingga jam 12.30 tengahari di Dewan Megawati, Kediaman Dato’ Menteri Besar Selangor, Shah Alam.

Perantau juga telah menjemput Prof Dr Badlihisham Mohd Nasir, Presiden Ilmuwan untuk bertindak sebagai moderator. Beliau berharap orang ramai terutama di sekitar Selangor dan Lembah Kelang terutama warga Perantau dapat hadir bagi mengikuiti wacana yang akan diadakan itu.

Selepas wacana berakhir, bermula jam 12.30 tengahari hingga jam 2.30 petang hadirin dan jemputan akan dijamukan dengan makanan-makanan Terengganu seperti nasi dagang, kerepok lekor, ketumpat palas dan sebagainya sempena dengan program ramah mesra sambutan Aidilfitri 2015 anjuran Perantau di tempat yang sama.

Untuk pertanyaan lanjut dan pengesahan kehadiran, sila hubungi Hj Khuzaini (013 390 2156) atau Zulhilmi (012 928 3560) atau Ustaz Sabri (013 255 6412)

Sumber BO - 20-8-2015


Perjalanan Yang Jauh Dan Ujian Yang Getir

IMG_20150810_113500
Misi Kemanusiaan Ke Yaman

Oleh : SMN

Salalah, OMAN – Misi Bantuan Kemanusiaan sebuah NGO, Yemeni Care, terpaksa menempuh perjalanan panjang dan ujian getir apabila mereka terpaksa melalui jalan darat dari Muscat ke Yaman dan ditahan oleh pihak Imigresen Oman, sekembalinya dari Yaman.

Saifullah Hasbu

Pengarahnya Saifullah Hasbu berkata, misi sulung itu bertitik tolak dari episod kezaliman dan kemelut pertelingkahan yang kian berlarutan, di bumi Yaman, hingga berlaku perang saudara yang mengorbankan ribuan nyawa.

Katanya, seramai empat orang ahli misi termasuk seorang wartawan dari Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) terpaksa menaiki bas yang mengambil perjalanan selama 12 jam ke bandar Salalah, Oman.

“Perjalanan kami ke Yaman terpaksa melalui jalan darat disebabkan semua pintu masuk utama melalui udara masih ditutup oleh pihak pemberontak yang menguasai ibu negara, Sana’a.
“dari Salalah, menaiki bas selama 12 jam pula, kami berjaya melepasi sempada Yaman dan tiba di bandar Seiyun yang terletak di Hadramaut,”ujarnya.

Sampai Di Hadramaut Pada 7 Ogos, delegasi Yemeni Care tiba di bandar dan disambut oleh Ketua Penyelaras Yayasan Islah bagi Wadi Hadhramaut Encik Munir Ewad Hud, pegawai sebuah NGO tempatan, yang memberikan khidmat dan kebajikan kepada pelarian.

Dr Salleh Ahmed Yemeni Care

Tidak ada pergolakan yang berlaku di wilayah Hadramaut, namun peperangan diwilayah berjiran dengannya menyebabkan ia menjadi tempat tumpuan pelarian.

“Sejak tercetusnya perang saudara, Yayasan Islah di Seiyun telah menerima ramai pelarian dari seluruh pelusuk Yaman.

“Jam’iyah (Yayasan) Islah juga memainkan peranan penting dalam membantu para pesakit dan pejuang yang tercedera akibat peperangan khususnya warga dari wilayah Ma’rib, iaitu sebuah wilayah yang paling hampir dengan Sana’a,”jelas Encik Munir

Pada keesokannya, Rombongan Yemeni Care dibawa meninjau ke sebuah hospital swasta Bin Zeela, yang banyak merawat para pejuang dari wilayah Ma’rib, wilayah bersebelahan dengan Hadramaut.
Pegawai Hubungan Luar Yayasan Islah, Encik Abdul Qadir Ba Salamah yang meniringi kami berkata, ramai pesakit atau para pejuang yang tercedera dibawa ke hospital tersebut.
Saifullah sampaikan sumbangan kepada Munir

Kami kemudiannnya dibawa beliau bertemu dengan pelarian yang diuruskan oleh Yayasan Islah di sekitar bandar Seiyun.

“Kaedah pengurusan pelarian di Seiyun agak berbeza dengan tempat-tempat lain kerana Para pelarian diberikan tempat tinggal sementara, dirumah-rumah yang disewa oleh Yayasan Islah,”ujar Abd Qadir.

Sementara itu, Saifullah yang juga bekas pelajar Malaysia di Yaman berkata, Yemeni Care telah memberikan sumbangan yang diamanahkan oleh rakyat Malaysia kepada Yayasan Islah bagi membeli makanan keperluan harian para pelarian.

“kita telah sumbangan sebanyak USD 5,000 kepada Yayasan Islah di Seiyun untuk membantu kebajikan, membeli barangan makanan keperluan harian kepada para pelarian,”ujar Saifullah selepas majlis ringkas yang diadakan dipejabat Yayasan Islah, di Seiyun.

Menghampiri Medan Perang

IMG-20150816-WA0079

Setelah menyelesaikan keperluan di bandar Seiyun, rombongan Yemeni Care mahu melanjutkan ke bandar Ma’rib dan terus ke ibu negara Yaman, Sana’a.

Pada 10 Ogos, 2015, kira-kira jam 6.30 pagi, kami meneruskan perjalanan ke wilayah Ma’rib dengan dua kenderaan pacuan empat roda yang disediakan oleh Yayasan Islah.

Perjalanan ke Wilayah Ma’rib yang kaya dengan sumber asli, mengambil masa selama 5 jam merentasi kawasan bukit bukau dan gurun pasir.

Kira-kira beberapa puluh kilometer dari bandar Seiyun, konvoi Yemeni Care melintasi kawasan kota Shibam, sebuah kota berdinding, dibangunkan dengan bata daripada lumpur tanah.

Menurut pemandu kenderaan yang membawa rombongan, Mohammad Jam’an, binaan Shibam dikesan kewujudannya sejak abad ketiga masihi lagi.

Katanya, ia dihuni oleh lebih 7,000 orang penduduk dan telah disenaraikan oleh badan UNESCO sebagai salah satu binaan bersejarah.

IMG_4067 (2)
Kami sampai di bandar Ma’arib pada jam 12 tengah hari. Selepas makan tengahari, kami dibawa melawat ke Hospital Besar Ma’rib, sebuah hospital kerajaan yang telah dibom ketika serangan pada bulan Ramadhan yang lalu.

Hospital itu kini yang tutup sepenuhnya, menyebabkan para pesakit dan para pejuang Ma’rib yang cedera terpaksa, samada dihantar ke Arab Saudi atau pun ke bandar Seiyun.

Soleh al-Musai, pengiring kami di Ma’rib memberitahu, walaupun Ma’rib banyak memiliki hasil bumi, seperti gas dan minyak serta sumber air namun, Ma’rib amat ketinggalan dari segi pembangunan.

Di Ma’rib terdapat sebuah empangan yang menyalurkan bekalan air ke seluruh Yaman dan daripada gas dan minyak yang dihasilkan dibumi Ma’rib, kerajaan Yaman telah membina sebuah janakuasa elektrik yang menerangi rumah-rumah penduduk juga ke seluruh Yaman.

Oleh kerana itu, Ma’rib adalah wilayah penting, yang menjadi perebebutan antara pihak yang bertelagah

.IMG_4048 (2)

Menurut al-Musai, perang berterusan sedang berlaku di kawasan empangan yang terletak kira-kira 5 kilometer dari bandar Ma’rib.

Sewaktu kami mengunjungi Hospital Besar Ma’rib, kami dapat mendengar bunyi dentuman kuat bom-bom mortar yang meletup dikawasan tersebut.

Soleh al-Musai memanggil kami supaya cepat-cepat meninggalkan kawasan tersebut dan sepanjang malam dari tempat tinggal kami di sebuah madrasah, kami masih mendengar letupan dari senjata dan bom serta melihat api dari kejauhan.

Rancangan ke Sana’a Dibatalkan Keesokannya, kami dibawa melawat kem penempatan pelarian di Wadi Zanah, kira-kira 4 kilometer ke selatan bandar Ma’rib.

Lebih 1,000 orang pelarian tinggal dalam khemah-khemah yang didirikan untuk penempatan sementara para pelarian di Wadi itu

.Memberikan sumbangan kepada wakil pelarian di wadi zanah

Di situ, kami disambut mesra oleh mereka dan diberikan taklimat oleh Ahmad Ali Salem Rabea, salah seorang pemimpin diantara pelarian di situ.

Sebelum perang, Ahmad adalah seorang wartawan yang menganggotai ‘Yemen Journalist Syndicate’.
Beliau yang tinggal di Sana’a, terpaksa melarikan diri dari ibu negara Yaman itu setelah diserang oleh pemberontak Houthi.

“saya terpaksa lari kerana perang dan bandaraya Sana’a telah dikuasai oleh Houthi, saya pada mulanya lari ke Sarwah, bandar sempadan antara wilayah Sana’a dan Ma’rib,
“kemudian ke sini dan di berikan kawasan ini untuk membina semula kehidupan,”ujarnya.

Beliau menasihatkan kami agar tidak meneruskan perjalanan ke Sana’a kerana menurutnya keadaan di sana sangat bahaya dan terdapat laporan pihak pakatan negera-negara Arab yang diketuai oleh Arab Saudi akan mengebom Sana’a.

Justeru selepas Yemeni Care menyampaikan sumbangan, hasil derma dari rakyat Malaysia sebanyak USD 5,000 kepada penduduk disitu, kami terus berpatah balik menuju ke Hadramaut.
Ditahan Oleh Imigresen Oman/

11885094_10153094982333583_9082815821839511087_n

Pada 13 Ogos 2015, selepas berbincang, Pengarah Yemeni Care Saifullah Hasbu memutuskan supaya kami menamatkan misi dan berhasrat untuk kembali ke Oman, setelah kesemua amanah infak dari rakyat Malaysia kami agihkan.

“kita terpaksa menamatkan misi ini dan tidak meneruskan perjalanan ke bandar-bandar lain seperti Sana’a dan Aden kerana faktor keselamatan,

“in sha Allah kita akan kembali lagi untuk Misi kedua, apabila keadaan telah terkawal,”ujarnya
Namun begiu, apabila tiba di sempadan Yaman-Oman, perjalanan kami tersekat dan sekali lagi kami diuji.

Pelepasan untuk memasuki pintu Oman tidak berjaya meskipun kami membawa surat rasmi daripada pihak Kedutaan Malaysia

.IMG-20150817-WA0142

“Kami ditahan beberapa hari sehingga akhirnya, pada 17 Ogos jam 3 petang (waktu tempatan) barulah kami di lepaskan,

“Setelah beberapa kali kami menghubungi kedutaan Malaysia Yaman dan dihubungi oleh Timbalan Menteri Luar, atas usaha pihak media, wartawan yang menyertai kami,”kata beliau.

Namun begitu, pelepasan delegasi Yemeni Care bersyarat dan dikawal ketat oleh pihak tentera Oman.
Empat ahli rombongan bersama enam orang rakyat Malaysia yang lain, mesti menunjukkan tiket penerbangan pulang sah dan dihantar sehingga lapangan terbang serta stesen bas di bandar Salalah.

Tidak ada apa-apa kesalahan yang dilakukan, hanya kerana masuk ke Yaman menghantar bantuan dari rakyat Malaysia.

Namun, polisi kerajaan Oman agak keras, dengan ‘pukul rata’, dikira semuanya, sesiapa sahaja warga asing yang keluar dari Yaman untuk memasuki Oman, wajib ditahan!

Sumber BO - 18-8-2015


Catatan Perjalanan Misi Bantuan Kemanusiaan Ke Yaman

Memberikan sumbangan kepada wakil pelarian di wadi zanah
Oleh : Saifullah Hasbu

“Tidak beriman seseorang kamu, sehingga dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri.” – [HR Bukhari & Muslim]

IMG-20150804-WA0089

Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah S.W.T kerana masih diberi kekuatan kepada Yemeni Care untuk menjayakan misi kemanusian di Yaman buat kali yang pertama.

Misi sulung ini bertitik tolak dari episod kezaliman dan kemelut pertelingkahan yang kian berlarutan, di bumi ‘Iman dan Hikmah’ itu, hingga telah menyebabkan berlakunya perang saudara yang memangsakan puluhan ribu masyarakat awam.

Pada tanggal 05 Ogos 2015, delegasi petugas kami seramai empat orang termasuk seorang wartawan dari Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) tiba dengan penerbangan di Muscat dan terus menaiki bas yang mengambil perjalanan selama 12 jam ke bandar Salalah, Oman

IMG-20150805-WA0029

Perjalanan kami ke Yaman terpaksa melalui negara Oman disebabkan semua pintu masuk utama melalui udara ke Yaman masih ditutup oleh pihak pemberontak yang menguasai ibu negara, Sana’a.

Pada 07 Ogos 2015, melalui perjalanan darat dari Salalah selama 12 jam, kami berjaya melepasi sempada Yaman dan tiba di bandar Seiyun yang terletak di Hadramaut. Ia merupakan satu bandar kecil dalam wilayah Hadramaut, sebuah negeri yang berada di selatan Yaman.

Kami daripada Yemeni Care disambut oleh Ketua Penyelaras Yayasan Islah bagi Wadi Hadhramaut Encik Munir Ewad Hud. Yayasan Islah ialah sebuah NGO yang memberikan khidmat dan kebajikan kepada rakyat Yaman. Beliau seterusnya membawa kami ke tempat penginapan.

Dr Salleh Ahmed Yemeni Care

Sejak tercetusnya perang saudara, Yayasan Islah di Seiyun telah menerima ramai pelarian dari seluruh pelusuk Yaman. NGO tersebut juga memainkan peranan penting dalam membantu para pesakit dan pejuang yang tercedera akibat dari peperangan khususnya warga Ma’rib, iaitu sebuah wilayah yang paling hampir dengan Sana’a.

Di Seiyun, Yemeni Care dibawa meninjau ke sebuah hospital swasta oleh Pegawai ubungan Luar yayasan Islah Encik Abdul Qadir Ba Salamah. Pada keesokan harinya, kami di bawa pula bertemu dengan pelarian yang diuruskan oleh mereka.

Kaedah pengurusan pelarian di Seiyun agak berbeza dengan tempat-tempat lain. Para pelarian diberikan tempat tinggal sementara, dirumah-rumah yang disewa oleh Yayasan Islah.

Saifullah sampaikan sumbangan kepada Munir

Pada 10 Ogos, 2015 Yemeni Care meneruskan perjalanan ke wilayah Ma’rib yang mengambil masa perjalanan selama 5 jam dari Seiyun.

Ma’rib merupakan sebuah wilayah yang banyak memiliki hasil bumi, antaranya gas dan minyak serta sumber air. Di Ma’rib terdapat sebuah empangan yang menyalurkan bekalan air. Daripada gas dan minyak, kerajaan Yaman telah membina sebuah janakuasa elektrik yang menyealurkan bekalan ke seluruh Yaman. Ma’rib menjadi wilayah penting sebagai pengeluar sumber utama kekuatan kerajaan Yaman. Tapi malangnya, kami dimaklumkan oleh para petugas Yayasan Islah bahawa wilayah yang kaya dengan hasil bumi itu, disisihkan dari pembangunan.

Ma'ib General Hospital

Destinasi pertama kami apabila tiba di Ma’rib ialah Hospital Besar Maarib yang sebahagiannya telah ranap diserang dengan bom pada kira-kira dua bulan yang lalu. Akibatnya, hospital tersebut tidak dapat berfungsi dan ditutup sepenuhnya, menambahkan lagi derita mangsa serta masyarakat setempat.

Untuk menyelesaikan kemelut penderitaan ini, mereka terpaksa mengambil dua solusi. Pertama, pesakit dihantar ke Seiyun dan yang kedua, terpaksa di hantar ke negara jiran, Arab Saudi. Selain itu, terdapat sebuah hospital kecil, seperti Klinik Kesihatan di Malaysia, yang memberikan perkhidmatan kepada kira-kira 300 hingga 500 orang sehari.

Hospital Maidan itu bagaiamana terpaksa mengambil tanggungjawab melakukan pembedahan bagi kes-kes kecemasan merawat mangsa yang cedera parah akibat peperangan.

IMG_4041 (2)

Yemeni Care turut dibawa menziarahi kawasan penempatan pelarian di wilayah Ma’rib yang terletak di Wadi Zanah. Di situ, kami disambut mesra oleh mereka.

Setiap tempat yang dilawati, di situlah kami mengagihkan sumbangan prihatin rakyat Malaysia yang diamanhkan kepada Yemeni Care. Tiada ungkapan kata yang tepat untuk kami gambarkan betapa sukarnya hari-hari yang harus dilalui oleh warga Ma’rib, kerana di sempadan wilayahnya dengan wilayah Sana’a masih berlaku peperangan. Kami mendegar dan melihat dengan mata kami, beberapa bom yang disasarkan ke pinggi bandar Ma’rib.

Yemeni Care juga sempat dijemput menjadi tetamu kepada Muhafiz atau Gabenor Wilayah Ma’rib Maarib Sultan Ali Mabhut al-Iradah, di kediamannya. Beliau dengan penuh hormat mengalu-alukan kedatangan kami dan mengucap terima kasih. Beliau berkata, kami adalah NGO pertama dari luar yang datang membantu warga Ma’rib.

Memberikan sumbangan kepada wakil pelarian di wadi zanah

Sementara itu, kami daripada Yemeni Care tidak putus-putus mencari usaha untuk meneruskan misi ke bandaraya Sana’a dan bandar pelabuhan Aden. Namun kami dinasihati oleh pihak Yayasan Islah agar tidak meneruskan niat kami ke dua wilayah tersebut kerana aspek keselamatan. Akhirnya kami bersetuju dengan saranan mereka, dan berpatah balik ke Seiyun.

Pada 13 Ogos 2015, kami mengambil keputusan menamatkan misi dan berhasrat unuk kembali ke Oman setelah kesemua amanah infak dari rakyat Malaysia kami agihkan.

Tiba di sempadan Yaman-Oman, perjalanan kami tersekat. Sekali lagi kami diuji. Pelepasan untuk memasuki pintu Oman tidak berjaya meskipun kami membawa surat rasmi daripada pihak Kedutaan Malaysia.

11885094_10153094982333583_9082815821839511087_n

Kami ditahan beberapa hari sehingga kini, urusan keluar masuk belum berjaya diselesaikan.

Doakan agar urusan kami di sini dipermudahkan oleh Allah S.W.T. Mudah-mudahan kami diberi kekuatan untuk meneruskan misi-misi yang akan datang.
Kepada Allah jua kami bertawakkal.

***Saifullah Hasbu ialah Pengarah Yemeni Care, NGO yang melaksanakan Misi Bantuan Kemanusiaan Ke Yaman, sehingga kini masih Pusat Tahanan Imigresen Oman

Sumber BO - 16-8-2015

Industri Petroleum Di Seberang Takir; Adakah MB Kekeringan Idea?

Screenshot_2015-08-15-06-02-36
Oleh : Dr Mohd Khairuddin Aman Razali

Saya sangat yakin seluruh rakyat di DUN Seberang Takir dan Dun Bukit Tunggal tentu terkejut dengan pengumuman hasrat kerajaan Terengganu untuk menjadikan Kampung Pulau Duyong dan Kampung Seberang Takir sebagai kawasan industri berasaskan petroleum dan gas.

Saya sangat mengalu-alukan cadangan tersebut untuk dilaksanakan sesegeranya kerana ia akan menyegerakan kejatuhan DUN Seberang Takir ke tangan PAS. Sekian lama UMNO mewakili DUN Seberang Takir termasuklah ketika tsunami politik 1999 apabila PAS memerintah Terengganu, namun UMNO kekal kebal di DUN Seberang Takir.

Antara puncanya ialah undi pos di Kem Tentera dan Kem Pasukan Gerakan Am. Undi rakyat kampung sebahagian besarnya sudah hampir bersama PAS. Termasuklah juga pada PRU ke 13.

Insyallah dengan cadangan “bijaksana” YAB MB Terengganu yang merupakan ADUN Seberang Takir dan anak jati Kampung Seberang Takir, PAS insyallah bakal memecahkan tradisi untuk memenangi DUN Seberang Takir pada pilihanraya akan datang.

Apakah tujuan sesebuah pembangunan dilakukan di sesebuah kawasan? Tentulah untuk kebaikan rakyat yang mendiami kawasan tersebut. Namun, apabila projek industri petroleum dilaksanakan tentulah pengambilan tanah rakyat orang kampung yang beratus ekar akan diambil secara paksa menggunakan Akta Tanah Negara.

Kampung Seberang Takir yang tidaklah seluas mana bermula dari tanjung dan muara sungai Terengganu di seberang bandar Kuala Terengganu sehingga ke Kem Tentera dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud akan kehilangan sebahagian besar penduduknya. Penduduk Kampung Seberang Takir termasuklah tanah kelahiran dan tempat membesar MB Terengganu Dato’ Seri Ahmad Razif akan dihijrahkan. Kampung Seberang Takir akan menjadi sejarah seperti mana Kampung Pantai Kundur dan Tanah Merah di Melaka.

dr khairuddin

Begitu juga Kampung Pulau Duyong yang mempunyai sejarah tersendiri melibatkan tokoh ulamak bersejarah Tok Syeikh Pulau Duyong yang juga merupakan kampung asal keluarga YAB Dato’ Seri Ahmad Razif turut akan terus menjadi tinggalan sejarah sekiranya projek industri tersebut dilaksanakan.

Adakah Dato’ Seri Ahmad Razif dengan idea “bijaksana” ini cuba menyaingi sejarah jasa bekas MB Terengganu yang juga dari Seberang Takir iaitu Allahyarham Tan Sri Ibrahim Fikri bin Mohammad (TSIF) yang menjadi MB selama 9 tahun dari 1961 hingga 1970? TSIF telah membangunkan Seberang Takir dengan Sekolah Menengah Ibrahim Fikri pada 1965 dan membuka penempatan baru di Seberang Takir. Manakala jasa YAB Dato’ Seri Ahmad Razif yang merupakan anak jati kelahiran Kg. Baru, Seberang Takir sebagai MB ialah menghapuskan kewujudan penduduk Kg. Seberang Takir. Tahniah Dato’ Seri!!!.

Adakah Terengganu kekurangan hasil dan pembangunan sehingga projek ini perlu dilontarkan sebagai idea? Tidak cukupkah hasil royalti yang dijenamakan sebagai Wang Ehsan dan kemudiannya Dana Khas yang bernilai lebih dan kurang 2 ribu juta (2 bilion) setiap tahun untuk tujuan pembangunan rakyat Terengganu yang tidak sampai pun 2 juta orang?

Adakah pemimpin Terengganu kekeringan idea untuk mewujudkan industri yang boleh memberi pekerjaan kepada rakyat tanpa perlu melibatkan pengambilan tanah orang kampung dan juga pencemaran alam???

Maaf YAB Dato’ Seri. Sebagai anak jati Kampun. Seberang Takir sebagaimana Dato’ Seri, saya terpaksa menegur dan membantah cadangan ini.

YAB masih berpeluang membuat jasa kepada orang kampung dengan memperluaskan lagi industri perikanan seperti keropok, ikan kering dan belacan di samping usaha meningkatkan lagi hasil tangkapan nelayan yang menjadi sebahagian pekerjaan tradisi orang kampung Seberang Takir.

Pantai Seberang Takir yang indah masih terbuka untuk dibangunkan menjadi aset pelancongan yang memberi peluang pekerjaan kepada orang kampung. Peluang perniagaan makanan tradisi sepanjang pantai seperti ikan, udang dan sotong dicelup tepung serta keropok goreng boleh dikembangkan.
Tanjung yang luas oleh tambakan laut boleh dibangunkan dengan perbandaran baru yang boleh memberi peluang keusahawanan kepada anak-anak muda.

Jeti nelayan beserta bot penambang boleh dijadikan aset pelancongan yang menguntungkan rakyat.

sungai Terengganu yang luas dan panjang boleh dimanfaatkan untuk pelabuhan kapal-kapal besar seperti di Athen, Greece. Atau dimanfaatkan dengan feri pelancongan sebagaimana kelihatan di bandar-bandar besar dunia seperti London, Paris, Amsterdam, Istanbul, Guang Zhou dan Sdyney.

YAB buatlah sesuatu yang membanggakan orang kampung Seberang Takir apabila bermenteri besarkan seorang anak jati kampung! Saya akan menyokong setiap yang baik tetapi tidak untuk yang sebaliknya.

***Dato’ Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri ialah Ahli Parlimen Kuala Nerus

Sumber BO - 15-8-2015


Industri Berasaskan Petroleum : MB Perlu Muhasabah

Loji_Penapis_Minyak_Terengganu
KUALA TERENGGANU – Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Razif Abd Rahman perlu diberi taklimat lanjut perbezaan antara kemudahan logistik sokongan untuk carigali luar pesisir (offshore) dengan industri petroleum dan gas itu sendiri.

Ketua Penerangan Kuala Terengganu Haji Ahmad Amzad berkata, beliau terkejut dengan idea yg dikemukakan oleh Kerajaan Terengganu bagi membangunkan industri petroleum dan gas di Pulau Duyung dan Seberang Takir yang dianggap tidak munasabah.

Katanya, industri terbabit yang melibatkan loji penapisan tidak sesuai untuk dibangunkan di dalam kawasan perbandaran atau berdekatan dengannya.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita7/Amzad%20Kuala%20Berang%20201012.jpg

Beliau berkata, lebih baik menfaatkan infrastruktur industri marin yang sedia ada dengan membina pelabuhan besar bagi menyokong aktiviti carigali gas dan petroleum

“Industri maritim yang sedia ada di muara sungai dengan adanya pelaburan besar yang telah pun sedia dibuat untuk memperdalamkan muara dan pembinaan benteng pemecah ombak di utara dan selatan boleh segera dimanfaatkan.

“Industri bot tradisional dan pembinaan moden yg sudah sedia ada sudah sampai masanya dikembangkan potensinya untuk perkhidmatan sokongan offshore untuk carigali di pesisir pantai,”ujar beliau.

Sebaliknya kata beliau, kerajaan sepatutnya memanfaatkan kawasan industry sedia ada di Gong Badak, Kuala Nerus.

“Tetapi jika usaha diselaraskan untuk membangunkan kawasan perindustrian yang berdekatan seperti di Gong Badak sebagai hub pengeluaran bagi keperluan barangan plastik negara untuk barangan plastik kegunaan rumah seperti baldi, basin, pinggan mangkuk, meja, kerusi maka munasabah juga,”saran beliau

Seberang Takir juga, kata beliau boleh dimajukan sebagai pelabuhan sederhana ‘feeder port’ sebagai pintu masuk barangan dari Thailand, Kemboja, Indochina dan transit barang industri untuk penghantaran ke pelabuhan kemaman sebagai pelabuhan utama.

Sumber BO -15-8-2015

Doakan Saya Agar Terus Berjuang Bersama PAS

Oleh: Azizah Mahmood

KUALA TERENGGANU – Usia bukan penghalang dan jauh sekali dijadikan sebagai alasan untuk berehat kerana faktor kesihatan, mahupun kononnya mahu memperbanyakkan amalan atau bermain dengan cucu.

Bahkan seorang wanita warga emas ini, yang masih lagi bersemangat walaupun umurnya sudah menjangkau 80 tahun.

Dayang Salbiah Ngah yang lebih dikenali sebagai ‘Mok Yah’ masih menjadi seorang aktivis Parti PAS yang sinonim dengan kerja kerja-kerja kebajikanDewan Muslimat PAS Negeri Terengganu (DMPNT).

Beliau juga seorang mantan penjawat awam di sebuah pejabat kerajaan terus menghabiskan sisa-sisa waktunya melibatkan diri dengan kerja kerja Jamaah.

IMG-20150812-WA0059_resized_1

Selalu sahaja beliau menawarkan dirinya untuk berkhidmat dalam setiap pilihanraya kecil (PRK) yang diadakan.

“doakan saya selamat menjalani pembedahan jantung pada 18 Ogos ini di Institu Jantung Negara (IJN) agar saya dapat teruskan perjuangan saya dalam PAS sehingga akhir hayat,”ujar beliau.

Mok Yah berkata demikian sewaktu dikunjungi oleh rombongan Ahli Jawatankuasa Lajnah kebajikan DMPNT dan DMPKKT di kediaman beliau di Kampung Padang Bukit Bayas, dekat sini.

Beliau akan menjalani pembedahan ‘pintasan (bypass) jantung di IJN Kuala Lumpur.

Rombongan ziarah di ketuai Pengerusi Lajnah Tuan Roslina Tuan Sulaiman yang juga isteri kepada ADUN Teluk Pasu Ustaz Rdzuan Hashim.

Tuan Roslina berkata program ziarah seumpama itu adalah mustahak, terutamanya bagi ahli yang komited seperti Mok Yah.

“Program ziarah ahli ini amat penting terutama dalam menjaga kebajikan ahli apatah lagi Mok Yah adalah seorang yang sangat banyak menyumbang untuk kerja kebajikan,”kata Tuan Roslina.

Sehubungan itu Ketua Lajnah Kebajikan DMPNKKT Puan Che Azizah Che Abdullah berkata, kunjungan seumpama ini di harap dapat di teruskan untuk memperkuatkan lagi PAS dalam merealisasikan kebajikan sebagai penghubung dengan rakyat.

“ziarah ini sangat bermakna kerana ini adalah cerminan kepada masyarakat bahawa PAS bukan hanya parti politik semata Mata, tetapi sangat mementingkan ikatan ukhwah,”ujar Che Azizah

Sumber BO - 15-8-2015

Warga Ma’rib Umpama Pejuang Hamas di Gaza

IMG_4149 (2)
Oleh: Solahuddin Al-Idrus

Terasa berdosa dan keIslamanku terusik, serta Keimananku tergugat sekiranya aku berpaling dari membantu mereka. Semua itu menggerakkan keinginanku untuk turut merasakan penderitaan mereka yang berada di wilayah Ma’rib, Yaman.

IMG_4143 (2)

Tidak sedikit dikalangan pemuda di Ma’rib yang bertongkat, yang kehilangan kakinya, yang menggelupur kesakitan, mengerang menahan kepedihan kerana tiada penawar dan bekalan ubat-ubatan, bahkan hospital juga diletupkan.

Gambar-gambar yang dirakam dan dipamerkan dalam catatan ini, walaupun tanpa suara tetapi akan terus hidup dan menceritakan tentang ribuan anak-muda Ma’rib yang menggadaikan nyawa dan darah mereka demi Islam.

Roh kesakitan dan derita mereka telah meresap ke dalam rongga dada dan hatiku yang merasa kebanggaan ayah dan bonda mereka, sekiranya kedua mereka bernasib baik, masih bernafas dalam perjuangan ini.

Penderitaan lahiriah penduduk Ma’rib, dizahirkan dengan jeritan suara dari bayi-bayi mereka, disebalik runtuhan masjid yang berselerak dan dibalik batu bata madrasah tempat mereka belajar.

Namun semangat Islam ini kian membuak dan aku kira sesiapapun mereka yang masih memiliki nurani, walaupun secuit keimanan, akan turut sama merasai kesedihan atas nasib negeri muslim di Ma’rib.

IMG_4067 (2)

Kebanyakan muslim biasa mengira, bahawa mereka merasai cukup dengan melaksanakan rukun Islam dalam kehidupan ini. Sehingga mereka merasa lengkap sekiranya ereka yang telah menunaikan ibadat Haji serta merasa bahawa Islam mereka telah sempurna dan mereka merasa bahawa diri mereka telah menggenggam segulung ‘sijil’ untuk masuk syurga.

Adakah sedemikian mudahkah Syurga?

Mari kita bertanya pada keluarga besar penghuni syurga yang mana Rasulullah bersabda “Bersabarlah wahai keluarga Yasir, kelak kalian akan masuk syurga,”. Ya………Merekalah adalah keluarga Yasir dan tanyalah kepada ayahanda Yasir, bagaimana perasaan saat melihat putranya diikat di tiang, kemudian kepala dan tubuhnya dibakar.

IMG_4041 (2)

Mengapa pula sahabat Bilal bin Rabah harus diseret ditengah padang pasir dengan kaki dan tangannya diikat pada kaki kuda perang ditengah teriknya mentari? Kalau syurga itu mudah dan murah, mengapa mereka harus mengalami tragedi menyanyat hati seperti itu?

Ma’rib adelah benteng terakhir negara Yaman. Walaupun penduduknya paling sikit, tetapi mereka paling paling kuat dikalangan mereka yang kuat. Penduduk di Ma’rib umpama Hamas di Gaza, Palestin, kata mereka dan Ma;rib adalah negeri para syuhada.

Dalam tubuhku kini, terdapat jiwa-jiwa bangsa Maarib. Bangsa yang paling sopan menyambut dan melayani para tetamu dan bangsa yang tak pernah mengenal dendam walau dihimpit dan dizalimi bertahun lamanya.

Disana ada segalanya tentang tarbiyah, tempat mereka bereksperimen, berhasil mengubah lumpur menjadi bom, mengubah batu menjadi peluru!

IMG-20150812-WA0109_resized

Setiap hari dan sepanjang malam, muzik mereka adalah rentetan peluru dan ledakan mortar serta nyanyian mereka adalah nasyid pembangkit semangat jihad mempertahankan agama dan tanah air.

Aku sempat menyaksikan keadaan kelam kabut di hospital medan, rumah sakit sementara yang dibina warga Ma’rib yang kekurangan, eralatan dan ubat-ubatan. Ruanng yang terlalu kecil dihospital itu tidak dapat menampung jumlah mangsa yang tercedara kerana hospital besar Ma’rib sebelumnya, telah diletupkan dalam perang durjana itu.

Walaupun negeri mereka kaya dengan sumber-sumber semulajadi, tetapi hak-hak mereka diketepikan. Segala bantuan yang datang dari luar disekat.

Dalam benteng keteguhan iman, ada tangis yang berpanjangan. Disana ada negeri Islam yang berkubang dengan darah syuhada, mayat-mayat mula dikeluarkan dari timbunan runtuhan bangunan yang dimusnahkan.

Sedarkan jiwa mu teman untuk membela mereka. Bantulah mereka. Tolonglah mereka!
Catatan sebelum ini;

Ma’rib Adalah Benteng Terakhir Yaman

Sumber BO - 13-8-2015

Terus Istiqamah Dalam Menegakkan Islam

IMG-20150812-WA0072_resized
Oleh : NHA

MARANG – Syawal yang masih berbaki ini penuh dengan jamuan Aidilfitri dari pelbagai persatuan mahupun organisasi dan tidak ketinggalan ia turut disambut diperingkat cawangan.

Dewan Muslimat PAS Cawangan Bandar Marang meraikan kemenangan Syawal bersama-sama masyarakat setempat pada Ahad, 9 Ogos di Surau Sungai Kerak, Marang.

IMG-20150812-WA0071_resized

Menurut ketuanya, Puan Nor Amina Mohamad, beliau sangat teruja dengan sambutan masyarakat setempat yang hadir terutamanya kaum hawa je majlis tersebut.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan mendapat sokongan baik daripada semua pihak. Jutaan penghargaan juga buat kesemua ahli Jawatankuasa muslimat cawangan yang memberi sumbangan. Hanya Allah mampu membalas segalanya, ” ujar beliau.

Dalam pada itu, Ketua PAS Cawangan Bandar Marang, Cikgu Harun Jusoh bersama ahli Jawatankuasa lain turut hadir memberi sokongan serta menyampaikan sumbangan kewangan kepada muslimat cawangan.

Majlis ukhuwwah itu diserikan lagi dengan ucapan Ketua Halwa DUN Ru Rendang iaitu Puan Azizah Mohd Yusof yang tidak jemu meraikan program cawangan tersebut.

Puan Azizah dalam ucapannya meraikan kehadiran semua jemputan selain mengucapkan tahniah kepada muslimat cawangan tersebut yang telah berjaya mengadakan majlis ini 2 tahun berturut-turut.

IMG-20150812-WA0073_resized

“Majlis yang kita adakan hari ini amat mulia kerana untuk mengeratkan silaturrahim sesama kita, selain mensyukuri kemenangan kita sebagai hamba yang telah melalui sebulan bulan Ramadhan, ”

“Ramadhan telah berlalu, tetapi kita mestilah terus istiqamah beribadat dan beramal dengan ibadat sunat mahupun apa jua kebajikan supaya kita terus kekal dengan kebaikan,” ujar beliau.

Di akhir ucapan, Puan Azizah menekankan bahawa di dalam berorganisasi, mestilah saling melengkapi antara satu sama lain. Segala kelebihan dan kekurangan dapat digabung untuk menghasilkan hasil yang terbaik.

“Semoga kita terus istiqamah dengan kerja-kerja dakwah dan menegakkan syiar Islam ini hingga ke akhir hayat kita, InsyaAllah, ” ucap Puan Azizah menutup ucapannya.

Sumber BO - 13-8-2015

Tindakan Memutuskan Hubungan Dengan AP KT Berdasarkan Bukti Kukuh

IMG_20150813_112920
KUALA TERENGGANU – PAS Kawasan Kuala Terengganu hari ini menegaskan tindakan untuk memutuskan hubungan dengan anggota Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad bukan suatu yang terburu-buru tetapi adalah berdasarkan maklumat dan bukti yang berasas.

Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Terengganu, Wan Sukhairi Wan Abdullah berkata pihaknya tidak akan mengambil tindakan itu tanpa asas bukti yang kukuh.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan bukti dan maklumat yang mengaitkan penglibatan Raja Kamarul Bahrin dengan Gerakan Harapan Baharu (GHB) itu kecuali diminta memberi penjelasan kepada PAS pusat berhubung tindakan berkenaan.

“Saya tidak akan menggunakan saluran media untuk saling berbalas kenyataan namun bersedia untuk memberi maklumat atau bukti berhubung penglibatan Raja Kamarul Bahrin dengan GHB sekiranya diminta pimpinan PAS Pusat.

“Ketika ini kita hanya menunggu apakah tindakan beliau yang selanjutnya setelah kita menghantar surat kepada beliau yang memaklumkan kita memutuskan sebarang kerjasama dengan beliau, menuntut permohonan maaf kepada pengundi dan anggota PAS yang mengundi beliau dan mengisytiharkan secara terbuka bahawa dirinya tiada sebarang kaitan dengan GHB.

“Kita juga meminta beliau membuat satu keputusan yang jelas dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat itu dihantar iaitu pada 9 Ogos lalu dan jika gagal, kita mahu beliau meletakkan jawatan sebagai Anggota Parlimen Kuala Terengganu,” katanya kepada pemberita di majlis sambutan Aidilfitri Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu di sini hari ini.

Terdahulu, dalam sidang media di pejabat Parlimen Kuala Terengganu, Raja Kamarul Bahrin menegaskan beliau masih bersama PAS dan mendakwa keputusan PAS Kuala Terengganu yang memutuskan hubungan dan kerjasama dengannya telah menjejaskan perkhidmatannya sebagai wakil rakyat di bandaraya itu.

Mengulas lanjut Wan Sukhairi berkata keputusan PAS Kawasan Kuala Terengganu itu adalah hasil keputusan bersama di peringkat akar umbi dan pihaknya juga berpegang kepada satu pekeliling tentang GHB yang dikeluarkan Ibu pejabat PAS Pusat.

“Jadi kita hanya mengikut pekeliling itu yang jelas melarang penglibatan anggota, kepimpinan PAS apatah lagi Yang Berhormat (wakil rakyat) PAS untuk bekerjasama atau menghadirkan diri dalam apa sahaja majlis anjuran GHB.

“Saya rasa arahan pekeliling itu cukup jelas untuk difahami, ia berkisar tentang adab berorganisasi, adab berjemaah dan PAS Kawasan Kuala Terengganu telah menjalankan tanggungjawabnya dan menghantar surat rasmi kepada PAS pusat dan negeri berhubung keputusan itu, selebihnya kita serahkan kepada PAS Pusat untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Sebaik sahaja PAS Kuala Terengganu memutuskan untuk tidak lagi bekerjasama dengan Raja Kamarul Bahrin, satu  Jawatankuasa Penyelaras Parlimen  Kuala Terengganu telah ditubuhkan untuk mengisi ke lompang anda yang ada berikutan keputusan tersebut.

“Jawatankuasa ini bertindak untuk merancang dan melaksanakan apa yang sepatutnya di parlimen ini bukannya sebagai wakil rakyat kerana Raja Kamarul Bahrin masih Anggota Parlimen  Kuala Terengganu yang sah.

“Sebaliknya ia diwujudkan untuk melancarkan lagi kerja-kerja yang sepatutnya di empat kawasan Dewan Undangan Negeri di parlimen ini (Batu Buruk, Bandar, Wakaf Mempelam dan Ladang),” katanya yang menegaskan penubuhan jawatankuasa itu pada 1 Ogos lalu hanya sebagai melicinkan lagi kerja di peringkat organisasi parti itu.

GHB ditubuhkan beberapa pemimpin PAS yang kalah dalam pemilihan parti Jun lalu. Pergerakan itu telah memohon untuk didaftarkan sebagai sebuah parti politik.

Pada pilihan raya umum ke-13, Raja Kamarul Bahrin menang kerusi Parlimen Kuala Terengganu dengan majoriti 10,785 undi atas tiket PAS mengalahkan calon Barisan Nasional Datuk Mohd Zubir Embong dan calon Bebas Maimun Yusof.

Sumber BO - 13-8-2015

50 Cedera, 8 Meninggal Dunia Dalam Serangan Roket

IMG_4076 (2)


Kira-kira jam1 pagi sebuah roket Katyusha melanda sebuah kem kecil Pasukan Penentangan Popular Yaman menyebabkan 50 orang cedera dan 8 meninggal dunia.

Menurut Penyalaras Perubatan Pasukan Keselamatan Rakyat Ahmad Musai, pejuang yang cedera telah dibawa ke hospital berhampiran.

“Daripada mereka lima puluh orang cedera dan lapan orang ‘syahid’ in sha Allah, roket jenis Kayutsa yang dilepaskan oleh puak Houthi terk

Beliau berkata pasukan rakyat, buat masa ini bertahan dan berjaya mematahkan beberapa serangan Houthi yang cuba menceroboh bandar Ma’rib.

Menurutnya, buat masa kini pertempuran di Ma’rib berlaku diantara dua bukit berhampiran dengan empangan yang terletak di barat daya bandar Ma’arib.

[Gambar kanan – Ahmad Musai (paling kiri) berkata, Pasukan Penentangan Popular rakyat Yaman mempertahankan Ma’rib  bermati-matian]

Katanya puak Houthi tidak henti-henti menyerang untuk merampas empangan terbabit yang membekalkan sumber air untuk minuman dan pertanian.

“kita tidak menyerang, tetapi kita mempertahankan kedudukan kita, kecuali ada bantuan dari serangan udara dari Persepakatan negera-negara Arab yang menhantar pesawat pejuang,”ujarnya
Wilayah Ma’rinb adalah satu wilayah yang strategic dan penting kepada Yaman.

Selain terdapat empangan, Ma’rib juga mempunyai kegiatan ekonomi dari hasil gas dan minyak serta mempunyai satu-satunya janakuasa yang menghasilkan elektrik untuk negara Yaman.

“sebab itu kita akan mempertahankan Ma’rib bermati-matian, kerana ia adalah banteng terakhir kepada seluruh negara,”tambah beliau.

Sumber BO - 12-8-2015

Rumah Terbuka ARC ‘Program Bersaudara’

IMG-20150810-WA0128
Oleh : Haida

KUALA TERENGGANU – Majlis Rumah Terbuka Kelab Pemanduan Alternatif (Alternative Riding Club – ARC) negeri Terengganu disifatkan sebagai satu program bersaudara bagi pembonceng dan penunggang motosikal.

Ketuanya Mohd Rahim Rozali berkata juadah yang disediakan oleh kawasan-kawasan menunjukkan kesepakatan dalam ARC.

IMG-20150810-WA0130

“Alhamdulillah syukur kepada Allah…….ARC Terengganu telah menjayakan satu program Rumah Terbuka ARC Terengganu 2015,

“juadah jamuan hari raya ini disediakn oleh ketua ARC di semua 8 kawasan dalam negeri Terengganu dengan menu-menu tradisi makanan melayu dan semangat inilah kita bersaudara,”katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis tersebut yang telah diadakan di Taman Reakeasi Kuala Ibai dekat sini.

Kira-kira 200 orang hadir pada majlis tersebut yang turut disertai oleh Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, Ustaz Nasir dan Ketua DACS Negeri Terengganu Zulkarami.

IMG-20150810-WA0129

Kehadiran Presiden ARC Malaysia Wan Ahmad Ridhuan Wan Husain merancakkan lagi majlis yang sedang berlangsung dengan ucapan beliau yang penuh semangat dan menbina.

“Majlis juga berlangsung dlm keadaan yang cukup santai dan inilah ukhuwah yang selama ini dibina melalui ARC bersama dengan ahli-ahlinya disemua peringkat dalam negeri Terengganu,”ujarnya
Beliau mengucapkan sekalung tahniah dan syabas kepada ahli jawatankuasa ARC setiap kawasan kerana menjayakan jamuan hari raya ARC tahun ini yang julung-julung kali diadakan.
Beliau menyarankan agar majlis rumah terbuka tersebut dibuat dwi tahunan.

Sumber BO - 12-8-2015

Wan Faizul Ganti Amzad Sebagai Presiden GANTI

IMG_20150809_225923
KUALA TERENGGANU – Gerakan Anak Terengganu Insaf (GANTI) telah mengumumkan Wan Faizul Wan Abas sebagai Presiden baru Badan Bukan Kerajaan (NGO) itu.

Mantan Presidennya Ahmad Amzad Hashim berkata, mesyuarat pada Sabtu 8 Ogos telah bersetuju melantik Wan Faizul menggantikannya.

“mesyuarat GANTI pada 8 Ogos 2015 telah menerima permohonan saya untuk menguzurkan diri dari tanggungjawab jawatan sebagai Presiden GANTI dan bersetuju melantik Saudara Wan Faizul Abas sebagai Presiden GANTI yg baru berkuatkuasa serta merta.

IMG-20150809-WA0005

“Wan Faizul Abas sebelum ini adalah Timbalan Presiden GANTI, sekarang menjawat jawatan Mudir di Madrasah Darul Salam, mempunyai latar belakang profesional,”ujar Amzad.

Sehubungan itu, beliau merakamkan rasa syukur kerana GANTI telah memainkan peranan yang berkesan sebagai institusi ‘semak dan imbang’ serta membangkitkan kepekaan dan keprihatinan masyarakat dalam pelbagai isu.

“Pelbagai isu semasa yang membabitkan kepentingan agama, rakyat, negeri dan negara (dan) sebahagian daripadanya,

“telah mendorong perubahan dalam keputusan atau pendekatan kerajaan dalam isu-isu seperti kenaikan cukai pintu, pasar payang, tanah Tanjung Paya dan lain lain,”jelasnya.

Menurutnya, GANTU juga berperanan membangkitkan kesedaran awam terhadap isu -su seperti cukai GST, 1MDB, pengambilan tanah rakyat, penambakan sungai, jambatan boleh angkat drawbridge, royalti, medan minyak Bertam, pembelian bangunan di Mansoura, Kaherah, pasar Chabang Tiga dan lain lain lagi.

Sumber BO - 11-8-2015

Yayasan Islah Hargai Sumbangan Rakyat Malaysia

Saifullah sampaikan sumbangan kepada Munir
Pertubuhan Kebajikan Untuk Khidmat Sosial (Charitable Society for Social Welfare – CSSW) atau yang lebih dikenali sebagai Yayasan Islah, mengucapkan terima atas kunjungan dan sumbangan yang diberikan oleh rakyat Malaysia menerusi NGO Yemeni Care.

Timbalan Pengerusinya, Munir Soleh berkata, Yemeni Care merupakan kumpulan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang pertama dari luar negara datang ke Yaman untuk menghulurkan bantuan sejak perang meletus.

Yemeni Care sampaikan sumbangan kepada pelarian perang Yaman

“saya ucapkan terima kasih atas keprihatinan Yemeni Care yang datang ke sini, saya juga ucap terima kasih atas sumbangan yang diberikan,

“In sha Allah akan kami gunakan bagi kerja-kerja khidmat sosial kamu, khususnya menghadapi impak perang masakini,”ujarnya.

Beliau berkata demikian di pejabatnya di bandar Seyun, Hadhramaut, dekat sini pada Ahad 9 Ogos, selepas menerima sumbangan sebanyak 1.075 juta Riyal dari Yemeni Care.

Dalam majlis yang sama, Yayasan Islah turut mengagihkan bantuan berupa keperluan makanan kepada anak-anak Yatim setempat dan pelarian mangsa perang yang datang dari Aden dan bandar-bandar lain.

Sehubungan itu, Pengerusi Yemen Care, Saifullah Hasbu mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh rakya Malaysia yang telah memberikan sumbangan kepada warga Yaman yang dibuat melalui Yemeni Care.

Katanya, sumbangan tersebut diserahkan kepada Yayasan Islah setelah seharian sebelumnya, pihak Yayasan tersebut telah membawa delegasi Misi Bantuan Kemanusiaan beberapa premis milik Yayasan tersebut yang menyelenggara serta menguruskan perkara berkaitan dengan pelarian.

“Alhamdulillah, kita telah serahkan sendiri sumbangan yang telah diamanahkan oleh seluruh rakyat Malaysia kepada Yayasan Islah,

IMG_3881

“in sha Allah, kami telah dibawa melawat hospital, tempat tinggal sementara untuk pelarian dan pusat latihan Yayasan itu di sini,

“kita puas hati dan menyerahkan sendiri sumbangan tersebut agar dapat dibeli keperluan paking utama untuk rakyat Yaman,”jelasnya.

Misi Bantuan Kemanusiaan Yemen Care yang turut disertai sukarelawan dari Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) telah berlepas dari Kuala Lumpur pada 4 Ogos yang lalu.

Mereka terpaksa masuk ke negara Yaman menerusi jalan darat kerana lapangan terbang antarabangsa di Sana’a ibu kota Yaman, masih lagi ditutup.

Perjalanan dari Muscat, Oman sehingga ke bandar sempadan di Salalah mengambil masa lebih dari 10 jam dan dari bandar itu untuk masuk dengan bas sehingga ke Seyun, Hadhramaut, turut memakan masa selama 12 jam.

Sumber BO - 11-8-2015

Lagi Duit Rakyat Bakal Lebur!

mOHD nOR hAMZAH
Bagaimana kuih begitulah acuannya. Bapanya borek, anak rintik. Dua peribahasa ini menggambarkan kepada sikap atau perangai yang sama yang diwarisi oleh ibu bapa kepada anaknya. Jika namanya Umno, maka tiada bezanya perangainya samada dari pusat mahupun negeri. Ketika negara sedang heboh tentang ketirisan atau apa yang dipanggil sebagai penyelewengan 1MDB oleh Umno pusat, maka Umno Terengganu juga tidak mahu ketinggalan menumpang dalam menyumbang bagi meleburkan duit rakyat Terengganu. Satu lagi projek dari Umno Terengganu, Pusat Akuatik MBKT Batu Burok, berkemungkinan besar tidak boleh digunakan kerana faktor keselamatan. Setelah Stadium Sultan Mizan yang bernilai kira-kira RM300 juta itu runtuh atapnya, Masjid Batu Putih, Masjid Binjai Kertas, makmal sekolah, Sekolah Alor Limbat, LPT2 yang melebihi bajet, Mosun Cup, Hotel Riyaz dan banyak lagi senarai projek menjahanamkan duit rakyat, kini Pusat Akuatik yang bernilai RM18 juta itu pula menunggu giliran dengan sabar untuk masuk dalam senarai itu.

Kerosakan utama Pusat Akuatik itu ialah di bahagian bumbung, manakala bahagian lain juga sedang diperiksa oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

Dalam satu laporan Bernama, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Datuk Rozi Mamat berkata sehingga mendapat laporan daripada JKR, kerajaan negeri tidak boleh memutuskan sama ada mahu membaiki ataupun menutup kolam renang itu
“Kita masih tunggu laporan daripada Bahagian Teknikal JKR berhubung struktur dan kerosakan lain pada pusat tersebut.

“Difahamkan pusat berkenaan mengalami kerosakan pada bumbung dan kita tunggu laporan lengkap jika ada berlaku kerosakan lain,” katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) di sini Khamis.

Pusat Akuatik ini pada asalnya dibina oleh kerajaan bagi persiapan menjadi tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA) 2008. Dan setelah setahun, ianya ditutup atas faktor keselamatan kerana terdapat banyak kebocoran dan pembinaan yang tidak mengikut piawai. Menurut bekas Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor ketika membuat tinjauan pada tahun 2010 dahulu, pusat ini dibina tanpa menepati tahap yang ditetapkan. Saya bawakan imbasan kejadian yang melibatkan Pusat Akuatik Batu Burok ini.

Pada 21 Julai 2009, JKR mengisytiharkan hampir keseluruhan Pusat Akuatik rosak teruk. Ketua Pengarah JKR Datuk Sri Dr Judin Abdul Karim, dalam sidang akhbar di pejabatnya di Kuala Lumpur mendedahkan secara terperinci; struktur keluli bumbung, pagar, tangga, saluran elektrik dan lampu telah mengalami pengaratan serius. Judin juga menjelaskan, pembinaan Pusat Akuatik yang dilaksanakan oleh kontraktor Pakatan Nadiwangsa Sdn Bhd adalah satu ‘projek sakit’ yang gagal disiapkan menurut tempoh yang diberikan. Judin turut menyenaraikan kerosakan lain yang berlaku antaranya mengakui dinding kolam mengalami resapan dan kebocoran air yang serius terutamanya ketika hujan. Ia bertepatan sekali dengan apa yang dilaporkan oleh para peniaga di situ. Lalu Judin pun merumuskan akan menubuhkan dua Jawatankuasa menangani masalah tersebut iaitu Jawatankuasa Kerja Pemulihan dan Jawatankuasa Khas Salah Laku. Judin juga berjanji,

Jawatankuasa Khas Salah Laku akan melakukan penyiasatan secara terperinci salah laku dan kecuaian disetiap peringkat pembinaan. Judin berjanji lagi, Jawatankuasa Khas Salah laku tersebut diberi tempoh tiga (3) bulan sehingga Oktober, 2009, mengemukakan hasil siasatan dan mendakwa mereka yang terbabit ke mahkamah.

Pada 31 Julai, 2009, Berita Harian melaporkan Judin berkata pihaknya serius menyiasat dan memastikan jika ada penyelewengan berlaku, orang yang bertanggungjawab dalam hal berkaitan tidak terlepas dan dibawa ke muka pengadilan. Judin berkata, berdasarkan siasatan awal terhadap Pusat Akuatik MBKT, pihaknya tidak menolak kemungkinan wujud unsur salah laku dalam proses mereka bentuk serta piawaian pembinaan. Katanya, pihaknya mengenal pasti banyak kelemahan dan kesilapan teknikal yang boleh dipersoalkan dalam pembinaan pusat akuatik bernilai hampir RM19 juta itu. Beliau berkata, Jawatankuasa Salah Laku juga sudah ditubuhkan bagi menyiasat sama ada wujudnya unsur itu membabitkan pegawai JKR dan kontraktor yang terbabit dengan projek itu. Apa yang menarik ialah jawapan yang agak misteri diberikan oleh Judin apabila ditanya adakah pembinaan itu memenuhi spesifikasi JKR, dia menjawab TIDAK dan JKR terpaksa mencari jawapan kenapa ia diluluskan. Misteri bukan?

Begitulah secara ringkas kronologi berkaitan dengan maklumat berkaitan Pusat Akuatik ini yang jelas bakal meleburkan wang rakyat buat sekelian kalinya. Saya mohon maaf jika saya tertinggal di mana-mana maklumat berkaitan Pusat Akuatik sebelum ini. Saya cuma mahu tahu, dan mohon maklumkan kepada saya, adakah kita mendengar sesiapa yang didakwa oleh Jawatankuasa Salah Laku yang telah ditubuhkan itu kerana isu ini?

YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Penerangan PAS Terenggnau
25 Syawwal 1436 bersamaan 10 Ogos 2015

Sumber BO - 10-8-2015

Ma’rib Adalah Benteng Terakhir Yaman

3921507-Marib_New_Dam_Marib
Oleh : Solahuddin al-Idrus

Yaman merupakan salah satu negara yang disebut sebagai termiskin dan paling keras di Timur Tengah. Namun Yaman juga merupakan daerah penting dan strategik untuk peta kawasan. Beberapa kelompok paling berbahaya di dunia juga diduga berada di Yaman.

Yaman menjadi sebuah negara bergolak kerana kepentingan startegik menjadi pintu masuk kepada perjalanan kapal-kapal  menerusi teluk Arab yang bersambung dengan terusan Suez.

Oleh sebab  kepentingan Yaman kepada dunia timur dan barat, negara tersebut sering dipengaruhi oleh kuasa asing seperti Amerika Syarikat, Saudi, Iran dan lain-lain. Walaupun Yaman mengalami kebangkitan dan revolusi pada tahun 2011 tetapi ia tidak membawa kepada keamanan bahkan membawa kepada perang saudara yang terus berlangsung sehingga hari ini..

Semua wilayah dalam Yaman turut terlibat dalam kancah peperangan. Antara wilayah yang mengalami pergolakan yang sengit adalah Amran, Saadah, Sana’a, Taiz, Aden,Lahij dan Ma’rib.

CCC-Marib-520x390

Dalam wilayah-wilayah tersebut, pertembungan berlaku di Ma’rib adalah kerana wilayah itu mempunyai sumber-sumber semulajadi yang menjadi sumber ekonomi dinegara Yaman. Selain daripada mempunyai aktiviti petroleum dan gas yang menjanakuasa elektrik yang menerangi malam-malam di Aden dan Sana’a, Ma’rib mempunyai sebatang sungai yang menampung keperluan air seluruh negara hikmah itu.

Sumber eletrik di Yaman datang dari Maarib akan tetapi malangnya negeri yang menjana eletrik itu di anak tirikan. Mereka yang berada di luar Maarib bermewah dengan sumber yang datang dari negeri itu sedangkan penduduk Ma’rib sendiri hanya bergantung pada lilin untuk mengelak daripada bergelap ketika waktu malam.

Walaupun penduduk di Ma’rib paling sikit,tetapi merekalah yang paling kuat dan keras. Musuh tidak mampu untuk menawan penempatan tersebut kerana Orang-orang Ma’rib adalah orang yang berilmu,orang yang kuat berpendirian agama. Perjuangan mereka adalah jihad. Kehidupan mereka adalah jihad dan mati mereka adalah syahid. Mereka yakin ada kehidupan lain selepas mati.

Mereka diserang sejak Eidil Adha tahun lepas tetapi kehidupan mereka belangsung seperti biasa sehingga hari ini walaupun dilaporkan hampir 700 orang yang telah gugur Syahid dikalangan mereka dan kurang lebih seribu orang yang telah kehilangan bapa dan menjadi anak-anak yatim.

Itulah gambaran bagaimana perjuangan para mujahidin di Maarib yang mempertahankan tanah tumpah darah mereka. Wakil mereka yang ditemui menyifatkan Ma’rib bukan hanya wadah kehidupan biasa, namun Ma’rib adalah benteng bagi mereka yang mempertahankan akidah, menyelamatkan mereka dari kuasa-kuasa asing yang cuba menggegar kesepaduan kehidupan dan keharmonian penduduk Maarib yang begitu lama berlangsung..

Benteng Maarib akan mereka pertahankan kerana Maarib bukan sahaja menjadi perisai kepada Hadralmaut bahkan menjadi perisai kepada Yaman,sebuah bumi hikmah dan Iman.

Sumber BO - 9-8-2015

Krisis Yaman; Yang Benar Memperjuangkan Islam Akan Menang

Dr Salleh Ahmed Yemeni Care
Seiyun, HADHRAMAUT – Warga Yaman khususnya masyarakat bandar Seiyun di wilayah Hadramaut mengucapkan terima kasih kepada NGO Yemeni Care yang sudi mengunjungi mereka dan memberikan perhatian kepada mereka.

IMG_3746

Pengawai Hubungan Luar Persatuan Kebajikan dan Khidmat Sosial (CCSW Yemen) Cawangan Hadhramaut, Abdul Qadir Ba Salamah [Gambar kiri] berkata, beliau sukacita menerima kedatangan NGO Islam yang pertama dari luar Yaman itu.

“saya mengucapkan terima kasih dengan kedatangan kalian semua dan sangat bergembira dengan kunjungan ini dan mengalu-alukan hasrat kalian untuk membantu kami di sini,”ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas mengiringi deligasi Misi Bantuan dan Kemanusiaan Yemeni Care melawat sebuah hospital swasta, Bin Zeela yang terletak di Jalan Algeria, di sini.

Saifullah Hasbu

Sehubungan itu, dalam ucapan balasnya, Pengarah Yemeni Care Saifullah Hasbu berkata, kunjungan ke hospital tersebut memberikan gambaran dan maklumat bahawa betapa perlunya orang ramai tampil untuk menghulurkan bantuan.

“saya dimaklumkan oleh para petugas, hospital ini adalah salah satu daripada beberapa hospital dalam wilayah Hadhramaut ini yang memberikan rawatan kepada para pelarian dan pejuang yang cedera di medan perang,

“namun peralatan dan kemudahan di hospital ini adalah sangat ‘minima’ dan memerlukan sumbangan orang ramai yang prhatin agar dapat memberikan sumbangan,”katanya.

Menurutnya, hampir 1,000 orang dirawat dalam pelbagai wad di hospital itu yang memerlukan ubat-ubatan dan kelengkapan yang lebih baik.

20150808_111815

Sementara itu, Pegurus Besar Hospital tersebut Dr. Salleh Ahmad Bin Zeela merakamkan kesedihannya diatas apa yang berlaku dan kekurangan bantuan kemanusiaan kepada mereka yang terkesan dengan peperangan.

Beliau yang juga bekas pengasas dan Pengerusi CCSW Yemen cawangan Hadhramaut berpendapat, perang saudara yang sedang berlaku adalah kerana pertembungan mazhab dan kumpulan.

Namun begitu, beliau yakin, kemenangan akan diberikan oleh Allah kepada sesiapa yang benar-benar menegakkan agamaNya.

“saya yakin di penghujung pertembungan ini (ialah) kemenangan (dan ia) akan diberikan kepada mereka yang benar-benar memperjuangkan Islam,”jelasnya

Sumber BO - 9-8-2015

Peliknya Umno Terengganu……..

Corruption ditukar donation
Oleh : Ahmad Amzad Hashim

Biar orang tak nak cakap pun, saya nak cakap juga.

Pasal apa dalam keadaan dah TERANG BENDERANG kesalahan yang begitu besar dilakukan oleh DS Najib, bermula dgn skandal 1MDB yang melibatkan hutang RM42Billion yang gagal ditunjukkan dimana wang atau asetnya, salah guna wang Tabung Haji atas arahan Najib, salah beli hartanah di Melbourne guna wang MARA pada harga yg luarbiasa yg diakui pada awalnya diluluskan oleh DS Najib sendiri, UMNO Terengganu yang dipimpin oleh DS Menteri Besar, ADUN Seberang Takir masih begitu galak dan bersungguh sekali tunjuk sokongan kepada DS Najib?

Sekarang menerima pula wang RM2,600,000,000.00 ( lebih besar dari belanjawan tahunan tertinggi Terengganu yang sudah sedia tertinggi di peringkat negara) ke akaun peribadi DS Najib yang demi untuk menutup kebenaran, pecat Timbalan Perdana Menteri, pecat Peguam Negara, sekat, tekan dan tukar pegawai2 kanan SPRM, tekan Bank Negara.

Derma RM2.6Billion ke satu akaun peribadi perseorangan adalah satu rekod baru sepanjang sejarah dan bertahap rekod dunia.

Billionaire terkaya di dunia seperti Bill Gates, Warren Buffet atau mana mana Sheikh dari kerabat raja arab yang kaya raya dgn hasil minyak pun tak pernah dilaporkan menderma ke akaun perseorangan sehingga RM2.6billion!

Jika mahu dikatakan wang berkenaan milik UMNO, pemimpin2 paling kanan UMNO sendiri terpingga pingga tak tahu apa apa. Timbalan Presiden, mantan timbalan perdana menteri tidak tahu, ahli Majlis Tertinggi UMNO pun tidak tahu seperti kenyataan Shahrir Samad.

Apa ada berlaku pecah amanah?

Pelik UMNO Terengganu. Dalam cuba menunjukkan kepada rakyat bahawa pendekatan baru lebih kepada penghayatan agama, UMNO Terengganu pula lebih cepat dari orang lain menaikkan sepanduk-sepanduk mendokong DS Najib dan perlantikan Zahid Hamidi sebagai pengganti mengenepikan perasaan penyokong penyokong TS Muhyiddin Yassin yg masih Timbalan Presiden UMNO. Penyokong TS Muhyiddin Yassin dikalangan ahli UMNO Terengganu adalah yang paling ramai.

Betul, jangan menghukum sebelum dibuktikan bersalah. Tapi ini bukan bermaksud menjatuhkan hukum bersalah sahaja. Ini juga bermaksud tidak boleh menghukum Najib tidak bersalah. Kerana hukum yg sedemikian adalah seperti menghukum Muhyiddin Yassin pula yang bersalah.

Menghukum mantan Peguam Negara yg bersalah, Pengarah-pengarah SPRM yang menyiasat pula dijatuhkan hukuman bersalah. Begitu juga pegawai-pegawai Bank Negara mahu dihukum bersalah?

Tidak bijak berbuat demikian bila kesemua bukti, tindak tanduk, dokumen yg beredar dikalangan rakyat memperkukuhkan dakwaan kesalahan yg begitu berat itu. Derma sahaja RM2.6billion. Hutang RM42Billion, tidak ada siapa boleh jelaskan dengan meyakinkan.

Orang beragama tidak menyokong perkara mungkar. Sekurang-kurangnya kena ada benci dalam hati, maka barulah dikatakan masih ada iman. Itupun selemah-lemah iman.

Ini hadis saheh. Rasulullah s.a.w yg bersabda demikian. Dalam riwayat lain ditambah ” tidak ada iman lagi setelah itu” (jika benci kemungkaran pun tiada dalam hati).

Corruption ditukar donation

Tapi UMNO Terengganu memilih menyokong sepenuh hati!!!

Kenapa?

Mudah sahaja. Pertama, jika diikut ukuran Rasulullah s.a.w, itu petanda ada masalah dengan iman.

Kedua, DS Ahmad Razif dilantik sebagai MB Terengganu bukan atas dokongan politik diperingkat negeri. Bulat bulat atas kemahuan DS Najib. Beliau lemah di kawasan DUN nya sendiri yang menang hanya dengan bantuan undi pos kem tentera dan polis di situ. Di Parlimen Kuala Nerus, UMNO kalah kepada PAS di semua kerusi parlimen dan DUN kecuali DUN Seberang Takir.

Ketiga, perlu diperhati apa perjanjian rahsia antara DS Razif dgn DS Najib disebalik perlantikannya sebagai MB? Ada kepentingan negeri Terengganu yg sudah tergadaikah? Ada rezab minyak yg sudah dicagarkah? Ada royalti minyak yang sepatutnya milik Terengganu telah dibayar kepada pihak lain kah? Ada dokongan kpd akta tertentu yg mencabar kedaulatan tanah dan perairan Terengganu kah?
DS Ahmad Razif kelihatan begitu khuatir jika ‘sesuatu’ itu terdedah kepada rakyat.

Kita tidak lupa perlantikan DS Ahmad Said sebagai MB dahulu datang dengan ‘pakej’ menarik balik/membatalkan saman tuntutan royalti petroleum Terengganu kepada Petronas dan Kerajaan Persekutuan.

Alasan DS Ahmad Said ketika itu ” Asal boleh ‘pitih’ sudah lah”.

Apa apa pun jatuhnya DS Najib akan mengheret sama DS Ahmad Razif sebagai MB Terengganu.

Dan melihat keadaan semasa, saya tak yakin DS Najib boleh bertahan lama melainkan ada langkah luar biasa. Mungkin mengorbankan Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan lebih parah lagi supaya tidak dapat mencabar beliau di Pemilihan Agung UMNO akan datang yang kini ditangguhkan. Mungkin mengeluarkan satu ‘dosa yg sangat besar’ yang pernah dilakukan oleh TS Muhyiddin yang mewajarkan beliau dipecat , malah ditangkap atau diasingkan seperti yag pernah dibuat kepada DS Anwar Ibrahim yg mencabar Tun Mahathir.

***HJ AHMAD AMZAD HASHIM adalah Ketua Penerangan PAS Kuala Terengganu

Sumber BO - 9-8-2015

Mendepani Cabaran Penerangan Dan Media Muslimat

IMG-20150809-WA0012
Oleh : Azizah Mahmood

KUALA TERENGGANU – Para anggota Muslimat PAS negeri Terengganu digesa merebut peluang untuk bersama-sama memberikan saham bagi meningkatkan kerja-kerja dalam Lujnah Penerangan.

Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Terengganu Puan Maznah Muftahuddin berkata, Muslimat harus mengambil kesempatan dan peluang dalam kemajuan teknologi maklumat masakini untuk melaksanakan tugas penerangan.

IMG-20150809-WA0011

“Muslimat mesti menghadami secara lebih terperinci peranan muslimat dalam era IT ini (dan) Muslimat mesti merebut peluang untuk sama menyumbang,

“idea dan tenaga kearah memantapkan kerja-kerja penerangan,”ujarnya

Beliau berkata demikian pada program percambahan pemikiran (Brainstorming) Lujnah Penerangan dan Hubungan Media Muslimat PASTerengganu di Kuala Ibai, pada Sabtu 8 Ogos.

Turut memberikan suntikan semangat kepada para peserta program tersebut adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, Haji Yahaya Ali.

Beliau berkata, Muslimat mestilah bertindak pro-aktif dalam melaksanakan usaha-usaha penerangan dengan mengambil perhatian kepada isu-isu semasa.

“kita mahu melihat muslimat lebih peka dengan isu isu semasa dan boleh menyampaikan setiap isu penting kepada rakyat bawahan,

“yang memangnya tiada pengentahuan dan tidak menerima maklumat berkaitan isu yang menjadi tajuk hangat terutama isu isu yang menjadikan rakyat tertekan antaranya GST,”jelas Yahaya.

IMG-20150809-WA0010

Seramai 75 orang peserta ‘Brainstorming’ juga menerima saranan dari Timbalan Ketua ‘sayap kiri’ PAS Terengganu, Puan Zaroni Osman.

Katanya, Muslimat perlu benar-benar faham tentang sesuatu isu sebelum membawanya ke dalam masyarakat, agar ia lebih berkesan.

“penerangan dan media seiring dalam merealisasikan hasrat parti terutama dalam mencernakan isu -isu untuk di bawa ketengah masyarakat yang akan memberi keuntungan kepadda PAS,”katanya.

Program di teruskan dengan pembentangan pelan tindakan dari semua wakil kawasan adalah persiapan jentera Muslimat PAS Terengganu bagi menghadapi pilihanraya umum kali ke-14 yang akan datang

Sumber BO - 9-8-2015

DAP Klon Umno

lim-kit-siang_dap_umno_300
Saya melihat mutakhir ini, DAP aktif memberikan kritikan-kritikan tajam dan salah terhadap PAS dalam banyak kenyataan mereka ketika mengkritik Umno. Sangat terang dan jelas kritikan-kritikan mereka seperti ditujukan kepada Umno, tapi dalam masa yang sama kritikan yang lebih hebat pula ditujukan kepada PAS. Ibarat ada udang di sebalik batu, atau mungkin juga sesuai dikatakan telunjuk lurus, kelingking berkait. Mengapa saya meletakkan tajuk DAP klon Umno sedangkan kelihatannya mereka seperti melawan Umno? Ambil sedikit masa anda bagi memahami maksud disebalik tajuk yang saya bincangkan ini.

Diantara laporan yang dijadikan asas kepada kenyataan LGE dalam The Malaysian Insider (TMI) kali ini ialah memahami secara salah kenyataan DS TG Hadi Awang iaitu perlunya ada empat orang saksi terhadap kes wang yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, DS Najib Razak, sama seperti kes DS Anwar Ibrahim. Sedangkan maksud kepada kenyataan itu seperti yang telah diterangkan ialah sebagaimana tegasnya PAS mempertahankan Anwar yang dikatakan telah dituduh secara salah oleh pihak pendakwa iaitu tanpa melalui mahkamah syariah yang pastinya akan menggugurkan kes itu kerana kekurangan saksi, maka begitu juga keadilan mesti diberikan kepad DS Najib dengan menggunakan kaedah-kaedah Islam yang sepatutnya dan bukannya hanya mendengar, lihat dan terus menghukum sedangkan siasatan masih berjalan dan pendakwaan masih belum bermula. Inilah keadilan yang diamalkan oleh Islam yang teguh dipertahankan oleh PAS. Sayangnya “Umar Abdul Aziz” olok-olok ini, tidak memahami fiqh Islam secara betul. Sama seperti Umno perangai LGE ini. Ambil berita secara salah, kemudian proses buat fitnah mengikut acuan kepalanya.

Tidak tahulah saya jika DAP memerintah Malaysia, maka segala pertuduhan hanya diambil asasnya dari laporan-laporan tertentu dan terus disabitkan kesalahan tanpa proses perbicaraan. Kalau begitu apa beza DAP dengan Umno?

LGE kemudiannya bertanyakan adakah PAS mahu memohon maaf atas kesilapan mempertahankan DS Najib setelah SPRM mengesahkan yang RM2.6 billion telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi DS Najib? Kemudiannya LGE, selepas dia bertanya, dia pula menjadi tukang jawab dalam cubaannya membentuk persepsi negatif orang ramai terhadap PAS dengan berkata, jika DS TG Hadi Awang mahu meneruskan mempertahankan Najib, ianya akan memperlihatkan bahawa PAS sudah kehilangan kredibilitinya dalam melawan jenayah rasuah. Tambah LGE lagi ketika menjawab soalan yang dia sendiri tanya itu, samada PAS secara terbuka menyertai Umno atau tidak, LGE menyatakan bahawa tiada bezanya kerana semua orang melihat yang PAS adalah pro-Umno, pro-Najib dan pro-1MDB, kata LGE dalam dongengannya itu. Sedangkan PAS tetap PAS yang hanya pro Islam dan keadilan.

Begitulah terdesaknya LGE mereka cerita setelah cubaan mengatur pimpinan PAS dari dalam, gagal.

Inilah kenyataan yang paling dangkal keluar dari mulut LGE kerana apabila dia menggunakan “semua orang”, jelas dia cuba memperbodohkan diri sendiri kerana selepas muktamar PAS yang cuba dia campuri itu dan ketika memuncaknya isu 1MDB dan isu derma RM2.6 billion ini, PAS telah menerima kira-kira 10 ribu permohonan menyertai parti. Jelas dengan sokongan yang begitu padu ini, DAP tiada cara lain bagi menjatuhkan PAS kecuali dengan menggunakan cara Umno iaitu, reka cerita palsu untuk dijadikan fitnah bagi membina persepsi negatif agar rakyat membenci PAS dalam keadaan LGE tidak sedar yang rakyat Malaysia bukan bodoh seperti yang dia sangkakan. Cara yang sama macam Umno.

Jika dilihat, kaedah yang diguna pakai oleh LGE, jelas dia cuba menyelamatkan Umno, sebagaimana teknik mengalihkan tumpuan yang sentiasa Umno lakukan apabila berlaku isu-isu besar dalam negara yang melibatkan maruah Umno, akan ada cerita-cerita lain yang dikeluarkan bagi mengalih isu.

Ketika semua rakyat tertumpu kepada isu DS Najib, LGE tiba-tiba muncul mengalihkan isu supaya rakyat melupai kes DS Najib dan beralih arah kepada DS TG Hadi Awang. Amat besar peranan LGE dalam survival politik DS Najib kali ini dan LGE sangat aktif cuba menyelamatkan Umno. Ini mungkin langkah awal cubaan DAP ingin bersatu dengan Umno seperti seruan oleh ayahnya Lim Kit Siang untuk mengadakan kerajaan perpaduan dengan BN baru-baru ini. Tetapi kisah ayahnya mahu memeluk cium BN itu, langsung dipinggirkan.

Sebagaimana Umno akan reput kerana mengamalkan politik songsang atau politik serba boleh demi kuasa, maka ianya juga akan terjadi kepada DAP yang sekarang sedang berjinak-jinak dengan cara atau teknik Umno. Apabila DS TG Hadi Awang berkata tukar PM tidak menyelesaikan masalah, maka menyalaklah khalayak DAP sambil mereka-reka cerita PAS menyokong Najib. Tetapi salakan garang itu bertukar menjadi salakan manja yang hampir tiada bunyi apabila DS Anwar dan Nurul Izzah mengeluarkan ayat yang sama. Dan salakan itu terus berhenti apabila LKS kata, DAP sedia untuk bergabung dengan Umno. Dengan pergabungan itu, DAP bakal menyelamatkan Umno dan Umno mungkin akan kembali gagah hasil bantuan DAP. Dan PAS, tetap berdiri gagah menentang sesiapa sahaja yang menyeleweng dan akan mempertahankan sesiapa sahaja yang dizalimi walaupun mereka itu musuh PAS kerana inilah dia ajaran Islam. PAS seperti kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz,

PAS tidak akan bergabung dengan Umno selagi Umno tidak menjadikan Islam sebagai asas perjuangan mereka. Tidak perlu DAP mereka cerita. Hakikatnya inilah PAS, kekal dengan ajaran Islam yang syumul walau berseorangan atau bergabung, tidak pernah takut kalah demi Islam.

Wallahua’lam.

YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Penerangan PAS Terengganu
22 Syawwal 1436 bersamaan 7 Ogos 2015

Sumber BO - 8-8-2015

Masuk Yaman Dengan Bayaran Diskaun

20150807_123341
Oleh : SMN

Tanggal 22 Syawal 1436 bersamaan hari Jumaat 7 Ogos, 2015, pada kira-kira jam 10 pagi, saya bersama rombongan Yemeni Care sampai di bandar al-Mazyunah, sempadan Oman – Yaman.

20150807_100158 (2)

Untuk keluar dari Oman, rombongan kami yang bertambah menjadi 7 orang tidak menghadapi sebarang masalah.

Lebih kurang jam 2 pagi, tiga orang penuntut yang mahu kembali menyambung pengajiannya di Yaman sampai di Salalah, dan turut menumpang selama 2 jam untuk makan dan mandi di rumah Iwan.

20150807_123834

Sepatutnya mereka sampai lebih awal, kerana penerbangan Qatar yang mereka naiki berlepas 3 jam lebih awal dari lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur.

Tetapi begitulah kehendak Allah yang Maha Kuasa, yang mengatur perjalanan alam ini dan seluruh isinya.

20150807_100227 (2)

Kapalterbang yang dijadualkan membawa mereka tidak boleh berlepas kerana berlaku kerosakkan.

Justeru dari sepatutnya sampai 3 jam lebih awal dari kami, menjadi terlambat lebih daripada 24 jam.
Bas dari Syarikat Pengangkutan Teluk (Gulf Transport Company) hampir penuh dengan penumpang, bergerak meninggalkan bandar baru Salalah.

20150807_123520

Selepas berhenti mengambil penumpang dan barangan di satu pekan di luar Salalah, meneruskan perjalan mengikut jalan di tengah Oman, bukan melalui jalan di tepi pa tai sebagaimana yang ku sangka.

Dalam tempoh 4 jam meninggalkan Salalah, bas yang kami naiki melepasi titik pemeriksaan (check-point) Oman dan menuju ke titik pemeriksaan Yaman pada 10.20 pagi.

20150807_171610

Selepas kira-kira dua jam menunggu pada titik pemeriksaan imigresen negara Yaman, akhirnya kami diber perlepasan untuk masuk ke negara bergolak.

Itu pun setelah memberi duit Yaman sebanyak 2000 riyal sebagai belanja.

Bila ditanya kepada pegawai terbabit, dengan bersahaja beliau berkata, “negara aku sedang berperang, susah……..orang alaysia banyak duit, berilah sedikit,”.

IMG-20150808-WA0012

Sedangkan sepatutnya, tiada bayaran apa-apa yang perlu dibayar oleh sesiapa rakyat Malaysia yang masuk ke negara itu.

Tidak mahu menimbulkan sebarang masalah, kami pun bersetuju untuk memberikannya tetapi dengan meminta diskaun 50%, kepada hanya 1000 riyal sahaja.

Sumber BO - 8-8-2015

Delegasi Yemeni Care Meneruskan Perjalanan Menuju Yaman

IMG-20150807-WA0023
Salalah, OMAN – Setelah sampai di Muscat pada awal pagi Rabu dan meneruskan perjalanan dengan bas ke Salalah, delegasi Yemeni Care melanjutkan misi menuju Yaman.

Mereka yang bergerak dari bandar Salalah pada jam 6 pagi waktu tempatan, dijangka melintasi sempadan Oman -Yaman di pintu al-Mayzunah, kira-kira 3 jam setengah perjalanan dari sini.

Pengarah Informasi dan Komunikasinya Abdul Rahman Che Mat berkata perjalanan dengan bas tersebut akan mengambil masa lebih 10 jam untuk sampai ke bandar Seiyun di tengah Yaman.

IMG_20150807_082157

“Kita akan sampai ke bandar Seiyun dalam masa lebih kurang 10 jam in sha Allah………di sana kita akan bertemu dan berbincang dengan sebuah NGO tempatan,

“Dari situ kita bergerak ke beberapa lokasi bagi meninjau keadaan dan mengagihkan bantuan dari sumbangan yang telah diberikan oleh rakyat Malaysia,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di terminal bas, ‘Gulf Transport Company’ dekat bandar baru Salalah.

Yemeni Care ditubuhkan kira-kira dua bulan yang lalu oleh pelajar dan bekas pelajar yang pernah menuntut di Yaman.

Mantan Presiden Persatuan Pelajar Malaysia Yaman (Yaman)!itu berkata, objektif penubuhan NGO tersebut adalah membantu seupaya mungkin saudara-saudara di Yemen yang sedang diuji oleh Allah dengan sebuah perang saudara.

“Atas nama kemanusiaan dan kasih sayang kepada saudara kita disana, agar dapat mengurangkan walau sedikit jua,

“penderitaan yang ditanggung oleh mereka yang sedang menghadapi ujian oleh Allah,”jelasnya

Sumber BO - 7-8-2015

Catatan Hari Pertama Misi Ke Yaman; Begitulah Kekuasaan Allah

20150804_234037_resized
Oleh: Solahuddin Al-Idrus

Lelah…Itulah kondisi yang boleh di ilustrasikan sepanjang perjalanan dari KLIA hingga ke Salalah, Oman dengan melintasi lautan Hindi.

IMG-20150804-WA0089

Perjalanan kali ini disertai oleh NGO Yemen Care dan Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) dengan bertugas mengikut kemahiran dan kecenderungan masing-masing.

Jam 8.20 malam, Selasa 4 Ogos bersamaan 19 Syawal, kami diterbangkan dengan menaiki pesawat Etihad Airways, menuju ke Abu Dhabi yang memakan masa kurang lebih 6jam 20 minit. Kami singgah untuk penukaran penerbangan di Abu Dhabi, ibu negara UAE, yang dianggap negara yang paling stabil dan maju di kawasan Arab..

Transit seketika di Abu Dhabi sebelum meneruskan penerbangan ke Muscat yang mengambil masa lebih kurang 2 jam.

20150805_113517

Susah juga untuk melihat kotoran sampah bertaburan di sana sini di Abu Dhabi kerana sifat kebersihannya yang agak tinggi. Kebanyakan rakyatnya berpakaian tradisi menutup aurat, baik lelaki mahupun perempuan sama ada untuk bersiar-siar atau bertugas.

Rombongan kami tiba di Muscat jam 4.45 pagi. Seusai Solat Subuh, menyambung kembali perjalanan Misi Kemanusiaan ke Salalah dengan menaiki bas.

Untuk sampai ke sana,mengambil masa kurang lebih 12 jam dengan menyelusuri kawasan padang pasir kering kontang dan gunung-ganang berbatu dengan cuaca panas berbahang.

20150806_102325

Setibanya di bandar ke tiga terbesar Salalah itu,suhu yang panas tadi bertukar dingin. Pemandangan ‘pijar mata’ kerana dek kepanasan menempuh gurun bertukar kepada kawasan hijau diliputi pohon-pohon dan udara yang nyaman.

Tempat yang bernama Salalah ini amatlah menakjubkan. Tetapi keadaan seperti ini cuma 3 bulan di dalam setahun, antara Julai hingga September.

Semasa 3 bulan ini angin monsun dari India yang merentasi laut Arab membawa hujan renyai lantas menjadikan tanah kontang berubah hijau dan subur. Kawasan bukit-bukau yang perang dan kering menjadi wadi yang subur menghijau dan dilitupi kabus..

MasyaAllah, begitulah kekuasaan Allah SWT. Perjalanan ini adalah untuk menyempurnakan sumbangan kalian kepada mereka yang sedang kesempitan dan serba kekurangan Cataaakibat peperangan.

Sumber BO - 6-8-2015


Misi Kemanusiaan Yemeni Care Tiba Di Muscat

IMG-20150804-WA0089
Muscat, OMAN – Rombongan Misi Bantuan Kemanusiaan ke negara Yaman yang dianjurkan oleh NGO Yemeni Care, telah selamat sampai di bandar ini pagi Rabu.

IMG-20150804-WA0096

Pengarahnya Saifullah Hasbu berkata walaupun terdapat sedikit kesulitan, tidak mematahkan beliau dan rakan-rakanya untuk menjejakkan kaki semula ke negara yang bergolak itu.

“Alhamdulillah kami selamat tiba di muscat oman, walau pun berlaku sedikit kesulitan, dan in sha Allah kami akan terus bergerak ke (bandar) Salalah menaiki bas untuk (sebelum meneruskan perjalanan) masuk ke (negara) Yaman.

“Untuk kami sampaikan terus sumbangan rakyat Malaysia kepada warga Yaman yang sedang menghadapi ujian dan kesusahan,”ujarnya.

IMG-20150805-WA0029

Menurutnya delegasi seramai empat orang termasuk wartawan dan aktivis media turut disertai oleh tiga orang pelajar yang pulang ke Yaman bagi menyambung semula pengajian mereka.

“Malangnya mereka yang menaiki pesawat berasingan tidak dapt terbang pada waktu ditetapkan kerana masalah teknikal pesawat terbabit,”jelasnya.

Beliau yang juga bekas pelajar Yaman terlebih dahulu mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk kedutaan Malaysia di Yaman, para penyumbang yang muhsinin dan lain-lain yang membantu dan bekerjasama menjayakan Misi Yemeni Care.

“Hanya satu sahaja yang kami pohon, doakan kepada kami agar misi ini berjaya, selamat pergi dan pulang,”tambah beliau.

Sumber BO - 6-8-2015

‘Community Policing’ Banteras Gejala Rempit


 raya-mat-rempit1

KUALA TERENGGANU

Kesediaan PAS untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam menyelesaikan masalah sosial di negeri dibuktikan dengan perbincangan di antara pihak polis dengan penduduk setempat semalam.

Ketua Penerangan PAS Kuala Terengganu Haji Ahmad Amzad Hashim sukacita kerana program kemaayarakatan bersama penduduk kariah Kampung Durian Burung.
IMG-20150804-WA0148
“Alhamdulillah, ia berlangsung dengan sangat baik, perbincangan berhubung masalah rempit yang terlalu serius, berlangsung di Surau Al Ikhlas, (Masjid Lama) Durian Burung, Kuala Terengganu,
“walau notisnya singkat cuma 5 jam, dapat mengumpulkan lebih 60 orang peserta,”jelasnya.

Menurutnya, antara hasil utama pemuafakatan tersebut adalah, kerjasama penduduk dan pihak pihak polis untuk membenteras gejala yang menimbulkan pwlbagai masalah itu.

“PDRM akan kerjasama dengan penduduk dalam menyelesaikan masalah terbabit dan bersetuju agar perbincangan berkala sebulan sekali secara terbuka dengan orang ramai akan dilaksanakan disurau,
Disamping itu, surau akan aturkan program libatkan polis, untuk kempen pencegahan dan taklimat kepada penduduk,”ujarnya.

Oleh itu, beliau berkata, pihak polis melaksanakan operasi dengan bantuan orang ramai dan operasi dirancang secara bersama.

Selain iru, kata beliau, pendekatan agama akan diguna dimana setiap kali operasi berdekatan lokasi surau,

“Mat rempit yang ditangkap akan dikumpul di surau dan diberi pengisian rohani oleh ustaz-ustaz yang juga diatur bersama unit agama polis,”ujarnya

Justeru, beliau berkata konsep ‘Community Policing’ akan diusahakan agar unit amal dari PAS boleh diserap seramai mungkin tanpa ada sekatan oleh perbezaan politik.

“Tak boleh usaha dibuat dibawah pengaruh JKKK kerana akan ditolak oleh penduduk dan gagal dilaksanakan sebelum ini,

“Ketua Polis Negeri juga akan turun berucap kepada penduduk,”ujarnya lagi.

Sumber BO - 5-8-2015

Bersimpati Dengan Muhyiddin; PAS Ajak Rakyat Menentang Kezaliman

muhyiddin rashid2
HULU TERENGGANU – Perbalahan antara Presiden Umno Dato’ Seri Najib Razak dengan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin assin adalah satu isu besar yang melanda negara ini.

Setiausaha PAS Terengganu Haji Muhyiddin Abdul Rashid berkata PAS bersimpati dengan nasib yang menimpa Tan Sri Muhyiddin yang disifatkan sebagai orang yang dizalimi.

“kita melihat akhir-akhir ini sati isu yang besar melanda negara kita (dan) kita rasa sangat simpati dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang yang dizalimi dalam isu ini.



“kerana beliau cuba menegakkan keadilan dan menentang rasuah serta kroni,tapi beliau menerima nasib begitu sekali (malangnya),”ujarnya.

Menurut beliau, rakyat juga perlu bersimpati dengan apa yang berlaku terhadap Timbalan Perdana Menteri yang dipecat dari jawatannya kerana hanya mahu menegakkan kebenaran.

Oleh itu beliau mengajak seluruh rakyat bersama dengan PAS untuk meruskan usaha menentang kezaliman.

“rakyat perlu bersimpati dan bersama dengan PAS untuk berjuang supaya kita dapat bersama-sama dengan seluruh rakyat untuk kita menentang kezaliman,

“bukan sahaja dalam isu ini (1MDB) tetapi dalam isu yang lebih besar yang melibat seluruh rakyat Malaysia,”jelasnya.

Sumber BO - 4-8-2015

Biarlah Ku Duka Nak Berehat, Terpulang Kepada Dia……….

wahid endut 030815
KUALA TERENGGANU – Ahli dan penyokong PAS tidak boleh rasa kecewa dn tidak boleh bersungut pun dalam melaksanakan kerja-kerja untuk menegakkan agama Allah.

Mantan Pesuruhjaya PAS negeri Terengganu Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata,beliau tidak tahu mengapa Tengku Seri Paduka Raja Tengku Ibrahim Ibnu Almarhum Sultan Ismail Nasharuddin Shah, bertindak keluar daripada PAS.

Katanya, beliau tidak mahu bertanya pun, mengapa Tengku Paduka yang menyertai PAS pada tahun 2012 itu bertindak demikian.

“saya tak tahu mengapa dia keluar dan saya pun tak tanya mengapa dia keluar dari PAS, itu terpulang kepada dia, mungkin dia kecewa atau pun (sebab) peribadi,

“kita dalam parti tak boleh rasa kecewa, nak besrsungut pun tak boleh (dan) sepatutnya kita kena buat kerja kerana Allah tak tanya kita menang atau tidak, tapi Allah tanya kita buat kerja (menegakkan Islam) atau tidak,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Tengku Paduka yang dilaporkan mengisytiharkan keluar dari parti kerana menganggap PAS ‘tidak akan ke mana-mana’.



Mengulas lanjut Haji Wahid yang juga ADUN Wakaf Mempelam beliau kenal lama dengan Tengku Paduka sejak dalam Parti Semangat 46 dahulu.

Katanya, ketika Tengku Paduka menjadi ADUN Tanggol, beliau sering menemani Tengku Paduka untuk menghadiri program dan ceramah di kawasan itu.

Oleh itu, mantan Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu menganggap Tengku Paduka yang sudah ‘agak berumur’ itu mengambil tindakan demikian untuk berehat.

Namun Haji Wahid menganggap ia terlalu ‘gampang’ kepada Tengku Paduka yang sepatutnya tidak bertindak demikian.

“Orang kata naaknya (seperti) kata orang Indonesia tu ‘gampang sangat’ lah (tak tahan) dengan ujian, jadi biarlah dia nak berehat,

“mungkin dia nak beri laluan kepada orang-orang yang lebih muda,”jelasnya

Sumber BO - 4-8-2015

Kekurangan Bekalan; Pemuda PAS Diseru Derma Darah

blood-donation
Oleh : ZulShawal

HULU TERENGGANU – Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu, Ustaz Kamaruzzaman Abdullah mengesa seluruh rakyat Terengganu khususnya para pemuda bersama menderma darah bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan darah yang serius di negeri ini.

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia melalui laman FB rasmi mereka pada 27 Julai 2015 telah memuat turun keratan surat khabar yang bertajuk ‘Bekalan Darah Terengganu Kritikal’. Pemuda Pas Terengganu memandang serius permasalahan ini, hingga dikhabar terdapat kesulitan bagi pihak Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu menjalankan pembedahan kerana kekurangan bekalan darah dalam simpanan mereka.

Kamaruzzaman Abdullah

Tambah Ustaz Kamaruzzaman lagi, Pemuda Pas Terengganu melalui Lajnah Kebajikan dan Prihatin Rakyat akan mengadakan kempen derma darah bagi membantu pihak HSNZ menangani masalah tersebut.

“Oleh yang demikian, kami daripada Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu menyeru seluruh warga Negeri Terengganu yang mempunyai kesihatan yang baik terutamanya anak muda supaya turun menyahut seruan untuk sama-sama membantu insan yang sedang berperang dan bersabung nyawa dengan kesakitan yang ditanggung,” ujar Ustaz Kamaruzzaman.

“Mudah-mudahan, Insyaallah darah yang kita dermakan, kita dapat membantu kepada sahabat-sahabat yang memerlukan, ini memberi satu nafas baru kepada mereka untuk menjalani kehidupan.

Menurut ketua Lajnah Kebajikan dan Prihatin Rakyat, Ustaz Ramlan Haji Mahmood, kempen Jom Derma Darah Pemuda Pas Negeri Terengganu akan dimulakan dalam masa terdekat. Kempen tersebut akan dilakukan di lapan kawasan parlimen seluruh Negeri Terengganu dengan kerjasama pihak kesihatan di hospital kawasan parlimen masing-masing. Program “Jom derma darah” dan kempen bergerak jua akan terus diperkenalkan bagi memberi kesedaran pada masyarakat terutamanya golongan muda agar bersama-sama mengambil bahagian menderma darah mereka.

Tonton “JOM DERMA DARAH” di YouTube – https://youtu.be/ghpinZrDDJw

Sumber BO - 2-8-2015

Perjuangan Islam Menerima Ujian Dari Allah

Kembara Tarbawi 2015
BESUT – Perjuangan Islam adalah satu perjuangan yang diuji oleh Allah yang tidak boleh diukur jaraknya dan bilakah masa tamatnya.

DSC_0429 (2)

Namun begitu, Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, Allah menjanjikannya kemenangan kepada para pejuang yang sabar dan berdisiplin.

“Tidak boleh diukur bila masa (perjuangan Islam) akan mencapai matlamat, tapi Allah menjanjikan kejayaan kepada sesiapa yang bersama dengannya,

“Dengan sebab itu Allah tapis (dan) apabila ada penapisan, ada yang terlekat pada penapis, cicir dalam perjalanan (pejuangan),”jelasnya.

Katanya, penapisan dalam perjuangan Islam itu tidak akan melemahkan, bahkan akan menguatkan para pejuang.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Kelab Pacuan Empat Roda Evergreen Besit dan merasmikan Kembara Tarbawi 2015 di perkarangan Pejabat PAS Besut.

Menurutnya, program lasak seperti berenang dan memanah adalah digalakkan dalam Islam sebagaimana suruhan Rasulullah SAW dalam hadisnya.

DSC_0444 (2)

Ia dibuat demikian, kata beliau, adalah untuk meningkatkan disiplin para petugas Islam.

“dalam berjamaah mengikut arahan dan disiplin yang betul, kalau ikut dengan betul kita akan diberi pertolongan oleh Allah,

“program Kembara Tarbawi ini akan yang telah dianjur sejak beberapa tahun yang mendapat pencapaian yang sangat baik dan menyerlahkan pelbagai kemahiran dan kepandaian,
“Kepandaian dan kemahiran itu kata beliau, perlu dikumpulkan menjadi kekuatan, inilah makna Kembara Tarbiah,”ujarnya.



Sumber BO - 2-8-2015

Kembara Tarbawi Untuk Tafakkur Dan Muhasabah Diri

DSC_0462 (2)
BESUT – PAS Kawasan Besut merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada Kelab 4X4 Evergreen yang telah berjaya mengendalikan suatu persiapan terbesar dalam penganjuran program Kembara Tarbawi 2015 di peringkat negeri Terengganu.

Yang DiPertua PAS Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata, menguruskan persiapan untuk menerima tetamu ‘pacua empat roda’ berjumlah 170 buah dengan keanggotaan yang berganda bukanlah semudah dijangka.

20150731_152102 (2)

“Kerahan keringat, tenaga, masa dan upaya yang dikorbankan pastinya membuah seribu kenangan manis setelah menyaksikan deretan kenderaan yg begitu gah dengan bendera dan stiker, baju serta slogannya bergerak masuk meredah hutan belantara tanpa ragu,

“bahkan mara dengan penuh berani berbekalkan suatu pengharapan ; nusrah dan perlindungan dari Yang Maha Agung,”ujarnya.

Beliau berharap, semuga onak dan duri yang mencengkam kepayahan anggota dan krew Evergreen ini diganjari Allah dengan keredhaan, keampunan dan kecekalan untuk meneruskan gerak bakti fillah dan istiqamah untuk tsabat di jalanNya.

Sehubungan itu, Pesuruhjaya PAS Terengganu Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, Kembara Tarbawi yang diadakan dikawasan persekitaran lasak dan luar dari kesibukan, tidak menghalang kerja-kerja pengisian tarbiah.

“Walaupun kita duduk diluar bandar, kita pergi kawasan-kawasan jeram, lepar dan sebagainya, kita masih membuat pengisian tarbiah yang in sha Allah bermanfaat buat kita bersama,

DSC_0472 (2)

“kita buat dalam hutan dapat kesempatan kita untuk bertafakkur dan muhasabah diri (dan) apabila kita keluar kita dapat kematangan dan semangat dalam kerja-kerja dakwah,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Kelab 4X4 Evergreen Besut dan Kembara Tarbawi 2015 di Perkarangan Pejabat PAS Kawasan Besut pada Jumaat 31 Julai .

Program perkhemahan tahunan anjuran Lujnah Tarbiah dan Perkadiran PAS Terengganu melibatkan semua PAS kawasan-kawasan dari Kemamn hingga ke Besut.

Katanya, sebanyak 177 buah kenderaaan pacuan empat roda terlibat dalam program pada tahun ini yang akan diadakan di Jeram Lepar Hulu Sayap, Keruak.

Ustaz Satiful yang juga Penasihat kepada program itu turut mengumumkan satu program kolaborasi antara Kumpulan Aktiviti Lasak Terengganu (Terengganu Adventure Group – TAG) dengan kelab yang serupa di negeri Pahang.

Sumber BO - 2-8-2015

Misi Kemanusiaan Yaman Bertolak Pada 4 Ogos

yemeni care1
MARANG – Pengerusi Yemeni Care Ustaz Saifullah Hasbu mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia di atas sumbangan yang telah diberikan.

Beliau berkata, Misi Kemanusiaan ke Yaman lewat dua hari daripada 2hb Ogos, sebagaimana dijadualkan kepada 4hb Ogos.

Perubahan tersebut katanya, disebabkan jadual penerbangan dan laluan masuk ke negara tersebut.

“Kita lewat dua hari sebab kena ubah penerbangan, kita akan masuk ke Yaman melalui Oman kerana lapangan terbang utama di Sanaa masih belum dibuka,

“Lapangan terbang Aden yang telah dibuka masih menerima jumlah penerbangan yang terhad,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan kunjungan, menziarahi Naib Ketua Kesatuan Ulamak Sedunia, di kediamannya dekat masjid Rsuila di sini pada Khamis 30 Ogos.

IMG-20150730-WA0174

Sehubungan itu, Saifullah berkata, hasil sumbangan yang telah diberikan semua rakyat Malaysia, akan diserahkan kepada warga Yaman dalam bentuk barangan makanan asasi dan keperluan harian.

“Kita semua maklum, 13 juta iaitu separuh daripada penduduk Yaman amat perlukan makanan selain dari perubatan,

“Jadi kita akan tukarkan sumbangan wang ringgit yang diamanahkan kepada kami kepada makanan untuk diagihkan kepada mereka yang sangat memerlukannya,

“InsyaAllah, 2 orang wakil dari Yemeni Care berserta seorang wartawan dari NGO Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) Terengganu akan ke sana pada 4 Ogos ini bagi menyampaikan sendiri bantuan yang telah disumbangkan oleh tuan-tuan dan puan-puan sekalian,”jelasnya.

Mengulas tentang kunjungan ziarah bertemu Tuan Guru Abdul Hadi beliau berkata, ia bertujuan mendapatkan pandangan dan saranan tokoh antarabangsa itu.

Saya juga mewakili seluruh ahli jawatankuasa Yemeni Care mengucapkan terima kasih kepada Naib Ketua Tuan Guru Haji Abdul Hadi Haji Awang, kerana sudi menerima kunjungan rasmi dari Yemeni Care,

Kunjungan kami adalah bertujuan ingin meminta pandangan dan saranan daripada Tuan Guru atas misi kemanusiaan yang telah kami lancarkan bermula Ramadhan baru-baru ini,”kata beliau.

Menurut Saiful, Ahli Parlimen Marang itu menyatakan sokongan terhadap kerja-kerja membantu saudara seIslam dibumi ‘hikmah’ itu dan menyarankan saranan supaya mengikuti saluran-saluran yang betul agar bantuan tersebut dapat sampai kepada sasaran yang dikehendaki.

Sumber BO - 31-7-2015

Pelancaran Kelab 4×4 Evergreen Besut, Sempena Kembara Tarbawi Kali Ke 5

kembara tarbawi1
Oleh : Adib Zain

Kembara Tarbawi bersama Tuan Guru Presiden diteruskan bagi kali ke lima dalam kalendar aktiviti Lajnah Tarbiyyah dan Perkaderan (LTP) Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) yang dijadualkan akan berlangsung pada Jumaat dan Sabtu 31hb Julai – 1hb Ogos 2015.

IMG-20150727-WA0144

Pada tahun ini, Besut telah dipilih menjadi lokasi bagi peserta peserta berkampung dalam menjalin dan mengeratkan ukhuwwah Islamiyyah sesama para Peminat Pacuan Empat roda seluruh negeri Terengganu yang sama-sama mendokong perjuangan Islam ini.

Kelab yang bernaung dibawah Terengganu Adventure Group (TAG) ini telah banyak menjalankan kerja kerja kebajikan dab bantuan sukarelawan bilamana Terengganu dilanda musibah, bencana alam dan sebagainya. Kemuncak bantuan sukarelawan mereka adalah ketika datangnya musim tengkujuh pada setiap penghujung tahun.

Program tahunan ini mula menarik minat orang ramai bilamana pasukan sukarelawan pacuan empat roda dari seluruh negeri yang bergerak atas nama kelab masing-masing mengikut daerah dilihat terkehadapan dalam membantu mangsa banjir yang kebelakangan ini Terengganu dilihat menerima ujian banjir besar hampir setiap tahun.

Penampilan Kelab-kelab pacuan empat roda ini sedikit sebanyak membantu meringankan bebanan mangsa banjir disamping meringankan bebanan pihak berkuasa dalam membantu mereka yang ditimpa musibah. Kolaborasi TAG bersama NGO dari seluruh negara juga dapat dilihat dalam kerja kerja amal sebelum ini.

Kembara Tarbawi kali ini memperlihatkan penyertaan seramai 157 buah kenderaan pacuan empat roda (4WD) dengan penyertaan dari seluruh daerah dalam negeri Terengganu. Sementara itu, persiapan di Besut sedang giat dijalankan dan jangkaan pelancaran perasmian Kelab 4×4 Besut dijadualkan akan disempurnakan oleh Tuan Guru Presiden dengan gimik perasmian pastinya akan menarik perhatian umum.

kembara tarbawi

Lokasi yang dipilih untuk perasmian Kelab EVERGREEN (Kelab 4×4 Besut) adalah berhadapan bangunan PAS Kawasan Besut. Semua yang berkelapangan dijemput hadir bagi memeriahkan lagi majlis tersebut. Kepada yang berminat untuk menyertai TAG, bolehlah berhubung dengan Setiausaha TAG, Azrin Aris di talian 019 985 1679.

Sejurus selepas Pelancaran kelab Evergreen, semua peserta akan bertolak kelokasi perkhemahan di Jeram Lepar Hulu Sayap dimana pelbagai aktiviti yang telah disusun menanti peserta – peserta.

Pesuruhjaya PAS Terengganu YB Ustaz Satiful Bahri Mamat, selaku Pengerusi Lajnah Tarbiyyah dan Perkaderan negeri Terengganu dijadualkan akan bersama-sama dari awal program dan akan merasmikan penutupan program pada keesokannya.

Bersama mendoakan agar program akan berjalan lancar sebagaimana dijadualkan!

***Wan Mohd Adib Wan Zain adalah aktivis sukan lasak, Pengerusi kepada gabungan kelab-kelab pacuan empat roda, Terengganu Adventure Group (TAG).

Sumber BO - 30-7-2015 

Rombakan Kabinet Tidak Selesaikan Masalah Ekonomi Rakyat

Wan Hassan
KUALA TERENGGANU – Rombakan kabinet yang dibuat oleh Perdana Menteri (PM) Dato’ Seri Najib Razak, dalam suasana negara menghadapi krisis ekonomi dengan kejatuhan nilai ringgit dan kos sara hidup yang tinggi tidak menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat.

Bahkan, Ahli Parlimen Dungun Ustaz Wan Hasan Mohd Ramli berkata, ia akan menimbulkan krisis politik baru kerana dibuat bukan atas kepentingan rakyat.

“Hari ini rombakan kabinet menimbulkan krisis politik . Ini bukan penyelesaian kepada masaalah rakyat dan negara,

“tapi kepentingan menjaga peribadi pemimpin. Bukan rombakan untuk kepentingan pengurusan negara dan rakyat tapi penerusan kronisma dan nepotisma,”tegasnya.

Bliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Najib memecat Timbalannya dan beberapa orang Menteri yang dilihat tidak sehaluan dengan beliau.

mohd nor yb

Bercakap atas isu yang sama, Ketua Penerangan PAS Terengganu Ustaz Mohd Nor Hamzah rombakan kabinet yang dibuat tidak lain adalah hanya untuk mengukuhkan cengkaman Najib bagi memastikan beliau boleh terus memimpin UMNO dan kerajaan BN.

“kita dikejutkan dengan satu rombakan kabinet yang diiisytiharkan oleh YAB PM dan yang paling mengejutkan ialah TPM digugurkan daripada kabinet, Yang pertama saya melihat bahawa rombakan kabinet dibuat adalah untuk mengukuhkan cengkaman Najib bagi memastikan dia terus memimpin UMNO dan kerajaan BN.

“Di waktu yang sama rakyat mesti menilai kecelaruan dan perpecahan yang ada dalam UMNO (dan) BN khususnya yang telah mengenepikan kepimpinan tertingginya,

“seperti (Tan Sri) Muhyidin dan Datuk Shafie Apdal sendiri yang merupakan naib presiden UMNO yang mewakili rakyat Sabah manakala Muhyiddin mewakili rakyat Johor,”jelasnya

Oleh itu, kata beliau, para pengundi Melayu yang mengundi UMNO boleh mengambil sikap dan pendirian mereka dalam pilihan raya kali akan untuk mengubah sokongan mereka kepada PAS.

Justeru, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong itu menyeru seluruh rakyat supaya melihat senario politik yang sedang berlaku dan menyatakan pendirian mereka.

“PAS kukuh pada hari ini dengan tidak ada campur tangan daripada pihak luar dalam menentukan prinsip dan halatuju PAS.

“InsyaAllah PAS berupaya untuk memberikan kepada rakyat pembangunan dan pentadbiran yang lebih baik dalam pilihan raya yang akan datang,”kata beliau.

Sumber BO -29-7-2015


Harga Barang Mentah Di Pasar Di Dungun Didakwa Terlalu Mahal

Posted on Tuesday, July 28 @ 06:05:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



DUNGUN -- Penduduk daerah ini memohon pihak berwajib meninjau harga barang mentah di beberapa pasar di daerah ini yang dikatakan terlalu mahal dan tidak munasabah sejak akhir-akhir ini.

Rasa tidak puas hati itu diluahkan mereka melalui laman sosial Facebook.



Suriati Ismail di dalam Facebook mendakwa dia terpaksa membayar RM5 bagi sebatang bunga kantan di sebuah pasar.



"Paso (pasar)... Dungun paling mahal barang di Malaysia ni.. tak caye? BUNGA KANTAN SEBATANG RM5!!!.. tempat lain ada ker gitu?" katanya dalam status itu.



Status itu mendapat 635 'likes' dan turut mendapat 378 komen yang menyokongnya dan mengutarakan pendapat masing-masing.



Zura Azura dalam komennya di status Suriati berkata, beliau turut terkilan dan terkejut apabila diberitahu kakaknya terpaksa membayar RM20 bagi satu setengah kilogram santan.



Seorang lagi pengguna Facebook yang menggunakan nama Canvas Frame Irdina berkata ketam yang dibelinya baru-baru ini berharga RM30 sekilogram yang menurutnya jauh lebih tinggi daripada tempat dia menetap kini di Selangor.



Aida Salisa Azam berkata dia turut serik apabila membeli sebiji timun dengan harga RM2.30 baru-baru ini.



Seorang lagi pengguna laman sosial dikenali Zai Ton berkata pihak berwajib harus memainkan peranan bagi menangani perkara itu.

-- BERNAMA


Sumber TKO - 28-7-2025

GHB ni sebenar Geng UMNO ke?
Posted on Monday, July 27 @ 13:14:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Maaf kawan2 fb ku...saat ini kita melihat hubungan kita semakin meruncing angkara perbalahan dalaman yang tidak habis. Isu rakyat semakin ditinggalkan. Ini gambar lama tahun 2012, umno putrajaya membakar harakah.


Saya melihat seolah-olah admin fb PASMA ini adalah hak milik umno kerana sering melaga-lagakan kita dan mengambil isu yang salah. Ni jelas dengan pelbagai propaganda sebelum ini bagi menutupi isu yang membelit mereka.

Ayuh semua kita tolak pendekatan yang negatif, ambil jalan damai utk kita hantar UMNO ke pada tali gantung rakyat.
Teruskan asak mereka..jangan biarkan seinci pun isu yang melanda mereka kita abaikan. Sekarang isu terbaru TPPA yang akan dihantar kepada rakyat.
Jangan kita mengalah.
ISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN
Mohd Aswadi Mohamad
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS kawasan Marang.

.............



Berita 5 April 2015 UMNO Putrajaya koyak Harakahpernah disiarkan oleh AntaraPOS.
Sila lihat di sini



GHB SUKA FITNAH DAN BOHONG UNTUK MENCAPAI CITA-CITA

Sumber TKO - 27-7-2015 

Pemimpin BN Pilih Kasih Agih Bantuan Tika Rakyat Terhimpit Dengan Pelbagai Cukai

IMG-20150726-WA0035
DUNGUN – Pelbagai cukai yang dikenakan oleh kerajaan pusat, kerajaan negeri dan juga pihak berkuasa tempatan menjadi beban kepada rakyat sehingga tiada lagi baki simpanan kepada rakyat untuk berbelanja.

IMG-20150726-WA0031

Dalam keadaan yang serba sukar sekarang, Ahli Parlimen Dungun Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli menegaskan bahawa pengajaran kisah dari al-Quran mesti diambil pedoman kepada semua sebagai iktibar.

“Perbelanjaan yang kita keluarkan dengan cukai yang dikenakan sebenarnya adalah bagi membayar hutang negara yang terpaksa rakyat tanggung dan akhirnya menjadi bebanan kepada rakyat.

“Disinilah kita harus mengambil iktibar dengan biarlah kita menjadi Musa-Musa kecil dengan makna kita menentang kerajaan yang bersikap menindas, menekan dan merpersulitkan keadaan kehidupan rakyat yang menjadi tugas utama kita.,”jelasnya.

Nasihat itu disampaikan beliau semasa memberi ucapan pada Majlis Sambutan Hari Raya ADUN Rantau Abang di Markaz Pas Binjai@Che Lijah pada Sabtu 25 Julai.

IMG-20150726-WA0030

“ Inilah tugas kita yang utama dan sebab itulah kita mengambil tanggungjawab bagi memenangkan DUN Rantau Abang dan Parlimen Dungun pada PRU 13 yang lalu dan kita mengharapkan ia berkekalan pada PRU 14 yang akan datang,”ujarnya.

Sementara itu Sambutan Aidilfitri yang dianjurkan oleh Majlis Tindakan DUN Rantau Abang dengan kerjasama PAS Cawangan Binjai/Che Lijah mendapat sambutan yang baik daripada masyarakat sekitar.

Dengan kehadiran ribuan warga, menunjukkan PAS terus mendapat sokongan rakyat dalam keadaan pelbagai isu dalaman yang timbul,

Dalam pada itu, ADUN Rantau Abang Cikgu Alias Harun berkata, menjadi tanggungjawab kepada semua untuk terus beristiqomah dalam perkara yang kita semua lakukan dalam bulan Ramadhan bagi mencapai ketakwaan kepada Allah SWT.

IMG-20150726-WA0029

“Marilah kita sama-sama tinggalkan perkara yang mungkar dalam kehidupan kita bagi mendapat redha Allah.

“Apa yang lebih penting adalah kita sama-sama memberi sumbangan dari segi tenaga dan wang ringgit bagi membantu mereka yang memerlukan terutama dalam keadaa peruntukan daripada kerajaan yang memerintah menafikan peruntukan yang sepatutnya.”katanya

Namun begitu, beliau kesal kerana dalam keadaan hidup rakyat yang terus terhimpit, masih ada lagi pemimpin BN yang memberi sumbangan secara pilih kasih dengan pelbagai alasan yang tidak munasabah.

“mereka terus memberi tekanan kepada rakyat yang miskin dan daif dalam agihan sumbangan walaupun mereka memang terbukti tiada kemampuan,”katanya.

Sumber BO - 26 - 7-2015

Ada Ke Patut……Gitu?

IMG_20150726_124107
Oleh; Ahmad Amzad Hashim

Ramai sungguh kakitangan kerajaan Terengganu khususnya pegawai tinggi yang merungut tentang kepimpinan negeri yang cacamarba. Cakap lain buat lain. Bercakap bukan main idealistik,

fantastatik, bombastik. Tapi ila nak laksana pegawai jadi susah nak buat kerja secara betul. Banyak campurtangan. Tapi bila gagal, kakitangan pula macam dipersalahkan. Masing-masing duk merungut, kerajaan dah lah kurang duit, tapi boros macam apa…….

Papan digital tepi jalan tu entah mari dari mana, nampak kerja amatur. Yang ganti lampu ALLAH PELIHARAKANLAH TERENGGANU itu bukannya lebih cantik dari yg asal. Lagi kecil tulisannya dan lampu nampak malap tak seterang yang asal.

Sekarang asal naik kereta kat mana-mana tepi jalan mesti boleh ‘kelih’, sentiasa diperbaharui wajah-wajah besar pemimpin negeri terutamanya atas ‘billboard’. Nampak cetakan berkualiti tinggi yg kita tahu sangat mahal harganya. Kena semak berapa banyak wang rakyat dibelanjakan untuk perkara itu.

Saya dengar dari jauh, anak syarikat kerajaan negeri Percetakan Yayasan Islam Terengganu merasa dukacita dan kesal, sebab tak lagi menikmati faedah dari perbelanjaan besar untuk kerja-kerja cetakan dari pelbagai jabatn dan agensi milik kerajaan. Orang khabor, pantang ada kerja……..asyik beri kepada syarikat yang tertentu (itu) sahaja.

Bila MB umumkan program E-Book yang dah telan belanja puluhan juta ringgit wang rakyat dan gagal, tup-tup dapat idea baru pula, naik kelas jadi E-Class pulok!

Bukan ke dulu ADUN Seberang Takir jugok yang jadi Exco Pelajaran? Dulu wakil-wakil PAS acap beri ‘warning’ projek E-Book akan gagal……..dokkkk……dia kata mati-mati, dok gagal.

Buat kerja main ‘gagau’ tak dok panduan tak dok ‘research’! Tubuh dua tiga universiti dalam negeri,

bila pakar-pakar buat kajian dok kena dengan ‘kehendak’ nye tolok belaka.Nak buat benda-benda babit pitih juta-juta, buatlah kajian betul-betul. Nanti anak-anak jauh dikampung tetap dapat E juga dalam kelas, yang boleh faedah, laba dan untung, jadi kaya raya orang-orang tertentu yang boleh ‘ek’ bergaya dengan mercedes E class baru pula.

Kelakarpun ada bila para kontraktor UMNO dari puak

-puak berbeza duk bersembang, masing-masing saling dedahkan penyelewengan puak yang satu lagi. Badi londeh sama sendiri. Macam DS Ahmad Said dedahkan yang DS Razif punya. Dan DS Razif dedahkan balik yang DS Ahmad Said punya. Atau Tun Mahathir dedahkan yan Najib punya, Najib pulok dedahkan Tun Mahathir punya. Termasuk beri ruang bekas DAP Tunku Aziz syarah panjang lebar, kata betapa korupnya Tun Mahathir dalam slot waktu perdana di media TV.

Dalam keadaan le ni kerajaan pusat kalut goncang hilang duit yang banyak oleh 1MDB. Kalu Ikut Tun Mahathir Malaysia dah kena tipu RM42 billion oleh Jho Low ‘and the gang’.

Dan maruah kerajaan BN pula kelihatan sangat ke longkang! bila persoalan timbul kemungkinan kerajaan yang ada berstatus haram sebab dakwaan wang RM2.6 billion wang 1MDB yang dimasukkan ke akaun peribadi DS Najib bukan sebenarnya untuk personal gain DS Najib. Tetapi didakwa bertujuan membiayai kempen Barisan Nasional dalam PRU13.

Jika benar, maka ini adalah kesalahan besar yang bukan sahaja melibatkan penyelewengan, khianat kepada negara, malah kerajaan ini benar benar haram statusnya.

Kerajaan Terengganu susah minta duit dari pusat dalam keadaan kesulitan kewangan sekarang. Bila tiada duit semua orang jadi sensitif.

Minggu ini nak buat litar motor supaya anak muda tiada lagi alasan merempit di jalanan. Minggu depannya ‘kensel’ rancangan bina litar motor. Nye nak tangkap mat rempit dan hantar sekolah pondok pula. Sebelum tu tiada siapa peduli nasib sekolah pondok. Macam ada kecelaruan jiwa di situ.

Ya, bukan pemimpin saja yg sensitif. Rakyat yg lebih merasa susah lebih lagi sensitif.

Memang patut rakyat maroh dna geram sebab ada maklumat sampai yang beritahu, buat tahlil arwah untuk keluarga pun hantar ‘claim’…….tuntut perbelanjaan minta kerajaan negeri bayarkan!
Ada ke patut….gitu…..

***Hj Ahmad Amzad Hashim, aktivis sosial yang mengemudi NGO Gerakan Anak Terengganu Insaf (GANTI)
26hb Julai 2015

Sumber BO - 26 - 7 - 2015

Mat Rempit Ke Pondok; Cadangan MB Tidak Munasabah, Tidak ‘Realistik’

Dr Alias Raya 2015
KUALA NERUS – Cadangan Menteri Besar Dato’ Ahmad Razif Abdul Rahman untuk menangkap dan menghantar ‘Mat Rempit’ ke pondok-pondok pengajian agama disifatkan tidak munasabah dan tidak realistik.

DSC_0356 (2)

Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu Dr. Alias Razak mempersoalkan, bagaimana keputusan untuk membina litar lumba bagi anak-anak muda boleh ditarik balik sedangkan peruntukkannya telah dikuluskan dalam persidangan dewan undangan negeri.

Beliau menggesa Razif menjelaskan kepada rakyat, ke manakah perginya peruntukan sebanyak RM30 juta tersebut.

“ia tidak munasabah dan tidak realistik, hanya angan-angan, sekiranya mahu masukkan mat rempit atau mat motor ke pondok,

“Pondok pun tak berapa ada, habis kerajaan Umno dah jadikan sekolah-sekolah biasa, dan yang ada pun kerajaan tak bantu,

“Kerajaan dah lulus bajet untuk buat litar lumba, kenapa tiba-tiba nak batal,”soalnya lagi.

ADUN Bukit Tunggal itu bimbang, gejala rempit bukan semakin berkurang, bahkan akan bertambah parah ekoran tindakan Razif itu.

DSC_0359 (2)

Katanya, cadangan membina litar lumba adalah ‘rawatan pencegahan’ yang baik kerana anak-anak muda diberi alternatif menyalurkan kecenderungan mereka ‘merempit’.

Selain itu, katanya, tindakan undang-undang yang diambil adalah adil sekiranya kerajaan telah menyedia litar lumba yang sesuai, namun masih ada yang menyertai ‘lumba haram’

“jadi kalau kita ambil tindakan undang-undang kepada ‘Mat Rempit’ yang lumba haram, ia adalah munasabah kerana telah disediakan litar yang sesuai untuk berlumba,

“tetapi tidak adil kalau kita tidak menyediakan ruang kepada mereka kerana macaman pun keadaan (sekarang ini) mereka tetap akan merempit,”tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika di temui pada majlis Jamuan Sempena Hari Raya, peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Tunggal di Kampung Serdang Baru dekat sini pada Sabtu, 25 Julai.

DSC_0342 (2)

Sehubungan itu beliau merasa syukur dan mengucapkan terima kasih kepada seluruh warga DUN Bukit Tunggal khususnya para petugas yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis tersebut.

Menurutnya, walaupun media mendakwa kononnya PAS menghadapi ‘konflik’ selepas Muktamar yang lalu, namun relalitinya sokongan rakyat semakin bertambah.

“saya tak sangka orang ramai datang (ke majlis ini) diluar jangka, saya ingat kita dah ‘bajet’ cukup tapi tadi saya diberitahu kita kena tambah lagi juadah kerana sekarang dah hampir habis,
“pelbagai peringkat yang datang termasuk dari latar belakang politik yang berbeza,”jelasnya.

Sumber BO - 25-7-2015

PAS Bersedia, Bila-bila Masa Hadapi Pilihanraya

Ariffin Julai 2015

KUALA TERENGGANU – PAS sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan di negeri ini terutama berhubung desas-desus akan berlakunya pilihan raya kecil (PRK) di negeri Terengganu.

Pengarah Pilihan Raya PAS Terengganu, YB Ariffin Deraman berkata, walaupun perkara itu belum jelas buat masa ini apatah lagi tiada sebarang maklumat rasmi, namun pihaknya akan melakukan persiapan sekiranya masa tersebut tiba.

“Kita PAS ini memang sifat sentiasa bersedia tidak kiralah sama ada Syawal ke hatta Ramadan atau sepanjang masa. PAS bersedia menghadapi pilihan raya khusus untuk berdepan dengan Umno kalau berlaku mana-mana kerusi DUN yang dikosongkan untuk menghadapi PRK ini.

“Memang kita bersedia bila-bila masa, tiada masalah,” katanya kepada Sinar Harian sempena program Lebaran Bersama Murabbi di Markaz Tarbiyah PAS Kuala Terengganu, Kuala Ibai, di sini.

Ariffin yang juga Adun Alor Limbat tidak menolak pernah mendengar desas-desus mengenai PRK itu yang dikatakan bakal dikosongkan oleh Adun BN berikutan tidak berpuas hati berhubung krisis pemilihan menteri besar yang berlaku di negeri ini tahun lalu.

Buat masa ini, beliau menjelaskan tidak tahu sejauh mana kebenaran desas-desus terbabit namun pihaknya meletakkan jentera dalam keadaan berjaga-jaga menghadapi sebarang kemungkinan.



“Setakat ini memang tiada (kekosongan kerusi PAS tetapi kalau BN berhasrat (mengosongkan kerusi), kita memang bersedia untuk bertanding. Tidak kira kerusi mana pun kita bersedia,” katanya.

Mengulas lanjut katanya, jika PRK benar-benar berlaku dalam tempoh terdekat, pihaknya tidak menolak untuk memberi tumpuan terhadap isu-isu nasional yang kontroversi selain isu yang memberi tekanan kepada rakyat.

Antaranya, isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan kenaikan harga barang yang disifatkan luar biasa khususnya dalam bulan Ramadan dan sepanjang musim perayaan ini.

“Memang rakyat terasa, sebab itulah kami menungu-nunggu kalau ada pilihan raya diadakan dalam masa terdekat untuk menilai sejauh mana rakyat terkesan dengan suasana kenaikan harga barang termasuk kenaikan harga minyak,” katanya.

Sementara itu, mengulas berhubung pilihan raya negeri (PRN) yang turut tersebar di negeri ini katanya, ia memerlukan kepada undi tidak percaya sekiranya dua kelebihan kerusi dimiliki BN Terengganu keluar dari parti itu dan menyokong pembangkang.

“Jadi bila diterima undi tidak percaya, kita boleh bawa kepada sultan dan perisytiharan mesti dibuat oleh menteri besar untuk PRN tetapi mesti ada dua kerusilah (yang keluar BN) tetapi berkemungkinan (desas-desus) melibatkan satu kerusi. Kalau satu kerusi berlaku PRK sahajalah,” katanya.

Sumber BO - 25-7-2015

Sekarang………Kerajaan Terengganu Berangan-angan Miliki Saham LPT2 Pula!

IMG_20150723_180724
Oleh : Ustaz Mohd Nor Hamzah

Setelah terumbang-ambing dengan kenyataan demi kenyataan berkenaan wang rakyat Terengganu yang telah digunakan oleh kerajaan pusat untuk pembinaan LPT2 sebanyak RM1.8 billion, Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman baru-baru ini menyatakan bahawa, wang itu akan dipulangkan kembali dan kerajaan negeri juga sekarang sedang berusaha bagi mendapatkan saham dalam konsesi LPT2 jika wang itu tidak dikembalikan. Sejumlah kira-kira 40 Peratus saham yang akan dimohon untuk diberikan kepada kerajaan negeri. Beliau menyatakan demikian di hadapan anak-anak perantau Terengganu ketika memberikan penjelasan berkenaan isu ini.

Saya menjadi agak keliru dengan kenyataan ini. Pertamanya, apabila duit rakyat Terengganu diambil dahulu, tiada satu kenyataanpun yang dikeluarkan bagi menerangkan bahawa wang itu hanyalah pinjaman. Tiada satupun penjelasan yang diberikan di dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu bahawa balasan kepada pinjaman itu akan diberikan dalam bentuk saham. Membuatkan rakyat tertanya-tanya. Sepatutnya dengan wang yang begitu besar jumlahnya itu, ianya perlu dibawa ke DUN bagi memberikan penerangan kepada wakil-wakil rakyat, kemudian mendapat kelulusan DUN dan seterusnya ia menjadi kenyataan rasmi kerajaan negeri menerusi persidangan DUN. Bukannya hanya ucapan dalam majlis makan malam bagi membincangkan angka besar wang rakyat ini. Jelas sikap Umno yang mengkhianati amanah atas sejumlah besar wang rakyat dengan tidak dibincangkan pada tempatnya. Setelah dibelanjakan RM1.8 billion, baharulah terhegeh-hegeh mencari jalan untuk mendapatkannya kembali. Seperti wang itu kepunyaan mereka lagaknya. Sama sahaja perangai bapa (pusat) dengan anaknya (negeri) dalam hal mengkhianati wang rakyat.

Keduanya, apabila MB mengatakan akan menerima kembali wang itu atau mahu mendapatkan saham, rakyat ingin tahu, apakah imbalannya kepada rakyat? Ini kerana banyak pembangunan tersekat kerana duit itu “hilang” dari kantung kerajaan negeri. Adakah kadar tol khas bagi rakyat Terengganu akan dihapuskan sama seperti kerajaan PAS lakukan pada tol Jambatan Sultan Mahmud dahulu? Dan bagaimana caranya mahu melaksanakan atau mengenalpasti mereka? Kerana rakyat negeri lain tidak sepatutnya menikmatinya. Atau adakah MB akan memberikan janji baharu, sama seperti janji GST dahulu iaitu wang GST itu akan dikembalikan untuk faedah kepada rakyat, tetapi akhirnya saban hari barang semakin naik?

Dengan jumlah RM1.8 billion itu, sepatutnya ia boleh membina 36 ribu buah rumah murah pada kos RM50 ribu sebuah. Projek tebatan banjir yang dijanjikan oleh kerajaan sebanyak RM8 juta di Kuala Abang mungkin sudah siap sepenuhnya dan pelbagai lagi projek untuk kemudahan rakyat. Tetapi sekarang tentunya sudah berbeza RM1.8 billion itu kerana nilai matawang semasa sudah jatuh sekaligus wang rakyat Terengganu itu menjadi mengecil, maka rakyat Terengganu rugi kerana kerajaan pusat dan negeri telah berkhianat mengguna pakai wang rakyat kemudiannya tidak tahu secara hitam putih samada dikembalikan atau tidak.

IMG-20150723-WA0036

Saya sangat yakin dan percaya bahawa, isu ini tidak lain hanyalah ingin menutup cerita pendedahan oleh mantan MB dahulu, Dato’ Seri Ahmad Said yang 1MDB cuba mencagarkan hasil minyak dan gas di laut Terengganu. Antara lain juga ada sembilan lagi isu yang dibangkitkan oleh Ahmad Said seperti isu pembelian bangunan Yayasan Terengganu di Mesir, yang masih gagal dijawab dengan baik oleh MB. MB juga kelihatan mahu melindungi PM dari skandal 1MDB yang sangat memalukan negara dan juga kejatuhan nilai ringgit kerana Razif terhutang budi dengan PM yang telah mengangkatnya menjadi MB. Jika dia benar-benar mahu menjadi wira dalam menyelamatkan wang rakyat, siasat dan dakwalah dahulu individu-individu yang terlibat dengan isu bangunan Yayasan Terengganu itu contohnya dan jangan lupa untuk memperjuangkan dahulu isu Bertam 307 dan royalti negeri Terengganu yang telah sekian lama secara terang-terang dicabuli oleh kerajaan pusat dan sesetengah wang itu telah diguna sewenang-wenangnya oleh pihak lain sejak dahulu. Bukannya isu yang tiada hitam putih sebegini.

Kita juga sedia maklum yang MB sekarang ini masih terkial-kial mencari identitinya yang mana dia mahu lari jauh dari bayangan MB-MB yang lalu. Tetapi sayang kerana dia masih gagal membina identitinya dan hanya mengharapkan isu murahan seperti ini bagi mencari populariti. Suka saya ,memperingati rakyat Terengganu perkataan ‘kerajaan pusat pada dasarnya sudah bersetuju’ seperti yang dilaporkan Utusan Malaysia, bukan bermakna persetujuan itu sudah ditandatangani tetapi ia masih terbuka luas untuk kerajaan pusat menolaknya kembali. Sama seperti lakonan mengangkat replika cek bayaran royalti yang dikatakan dikembalikan kepada Terengganu suatu masa dahulu.

Kemudian, apa jadi dengan royalti itu? Semuanya hanya lakonan. Mungkin Dato’ Seri Ahmad Said sedang tersenyum melihat lakonan ini? Jadi, nasihat saya, lupakan dahulu angan-angan saham LPT2 yang tidak pasti itu, tumpukan kepada kes yang sudah pasti seperti royalti dan telaga Bertam 307 dahulu.

***YB Ustaz Mohd Nor Hamzah adalah Ketua Penerangan PAS Terengganu
7 Syawal 1436 bersamaan 23 Julai 2015

Sumber BO - 23-7-2015

Tangkap dan Hantar Ke Pondok Si Mat Rempit, Sudahkah MB Razif Berfikir?

Razif Merempit
OLeh: Ahmad Amzad Hashim

Saya sambut dengan takbir membesarkan Allah berhubung kenyataan Menteri Besar (MB) Dato’ Ahmad Razif Abdul Rahman berkait untuk membatalkan rancangan pembinaan litar motor dan mahu tangkap semua ‘mat motor’ dan di hantar ke sekolah pondok.

Pertamanya ia kembali kepada fitrah kejadian manusia iaitu sesudah habis daya tak ada jalan keluar, akhirnya kembali mencari jalan Tuhan, Allah juga.

Cuma ada beberapa yang mungkin boleh membantu MB menjadikan buah fikirannya lebih munasabah dan bukan semata-mata bagai orang yang merengus akibat kecewa kerana gagal ‘memberi kaunseling’ dan mendekati golongan ‘mat rempit’.

MB perlu tahu, bilangan ‘Mat-mat Motor’ setiap kali mereka berkumpul dan bercampur sekali dengan yang merempit, khususnya dilokasi seperti jalan Durian Burung, bukan puluhan atau ratusan, tetapi ribuan oranng.

raya mat rempit2

MB juga perlu tahu, majoriti daripada mereka terdiri dari pelbagai latar belakang dan datang dari merata pelosok dalam negeri ini, bukan hanya anak-anak tempatan kampung-kampung sekitar.

Makanya kalau betul MB nak ‘igat’ dan ‘berkas’, kerajaan akan perlukan ‘sel’ yang banyak dan sekolah-sokolah pondok yang banyak untuk memproses dan menempatkan mereka.

Selepas merekat ditahan, tidak boleh ‘direman’ lama-lama, kerana perlu ‘caj’ atau dakwaan yang dikemukakan untuk menyimpan mereka dalam ‘sel-sel’ yang entah dimana? di Ibu Pejabat Polis kah? atau di penjara Marang kah?

Atau mereka nak disumbat ke pusat-pusat belia, selama beberapa lama kah (pun tidak diketahui) sebelum selesai proses pendaftaran dan penempatan mereka semula untuk di masukkan ke pondok-pondok yang dimaksudkan.

Tapi sebelum itu, saya juga nak tanya MB Razif, pondok mana yang boleh menampung ribuan mat-mat motor ini? Tidak kah MB Razif sedar bahawa banyak pondok-pondok yang telah dilupuskan oleh Umno dan BN sendiri kerana bimbang akan pengaruh PAS sejak 50 tahun yang lalu?

Dan sekolah-sekolah pondok ‘yang ada-ada’ sekarang…..sudahkan MB buat kajian keupayaan mereka dalam menampung ribuan orang yang akan ditangkap, diberkas dan ditempatkan semuala di pondok-pondok itu.

Selaku bekas pegawai pendidikan takkan MB Razif tak ada maklumat bahawa, kebanyakkan pondok-pondok yang ada di negeri Terengganu ini dalam kedaan dhaif kerana tidak dapat bantuan samaada dari peruntukan zakat atau peruntukan kerajaan negeri sendiri!!!

raya mat rempit

Kemudian selaku mantan guru kaunseling pastinya MB lebih arif tentang risiko pendidikan, ilmu dan akhlak yang akan diterapkan kepada ‘mat-mat motor ini’ berbanding dengan penuntut yang betul-betul mendalami ilmu agama.

Sedikit sebanyak pastinya sistem pondok itu akan terganggu oleh kehadiran bilangan besar remaja yang dipaksa berada di kalangan mereka pula.

Ibubapa pelajar sekolah pondok lebih-lebih lagi tidak akan bersetuju anak-anak mereka dibiar bergaul dgn remaja bermasalah yg ditempatkan di sekolah pondok tempat anak2 mereka belajar.

Saya rasa mereka ini lebih baik dikumpulkan di satu tempat yang berasingan dengan modul pemulihan yang menggunakan pendekatan agama yg disertai pengawasan disiplin yang ketat ala tentera.

Dari situ penapisan boleh dibuat yg mana punya dan minat untuk meneruskan pengajian agama dan sesuai ke sekolah pondok. Hantar ke sekolah pondok mereka yg dah disaring diperingkat pertama di kem pengumpulan tadi.

Program ini memerlukan banyak guru agama sebagai pendidik.

Kerajaan kena mula salurkan lebih banyak bantuan untuk menaikkan taraf sekolah sekolah pondok.

mat rempit

Untuk kem pemulihan, saya cadangkan agar bekerjasama dengan Jabatan Latihan Khidmat Negara untuk menggunakan banyak kem-kem PLKN yg sedia ada yg telah serba serbi lengkap infrastrukturnya. Kem2 ini kosong ketika ini kerana semua program PLKN telah diumumkan ditangguhkan.

Berhubung pendirian MB untuk membatalkan rancangan pembinaan litar untuk peminat hobi motor ini saya rasa ini akan jadi alasan besar untuk anak-anak remaja ini memberontak.

Kami pernah berdialog dan antara yg sangat mereka bangkitkan adalah kerajaan telah banyak kali mungkir janji untuk sediakan litar.

Pada pandangan saya jika permintaan itu datang dari mereka, cubalah cari jalan untuk salurkan kemahuan mereka dengan banyak libatkan mereka dalam proses merekabentuk litar, konsep macam mana? Biar mereka menjadi sebahagian dari keputusan yg dibuat. Sudah selalu berlaku rekabentuk dibuat guna imaginasi perekabentuk tanpa libatkan pengguna, akhirnya gagal. Lihat sahajalah Paya Bunga Square atau Pasar Baru Chabang Tiga. Bangunan cantik tapi bermasalah.

Kerajaan kena asingkan antara perempit tegar yg memang pencetus masalah dengan penggemar hobi bermotor yang boleh diajak berunding dan berbincang.

Yang pencetus masalah memang perlu diberi tindakan keras. Yang masih boleh diajak berunding, cari jalan keluar dulu. Jika masih berdegil maka tiada siapa berhak salahkan pihak berkuasa jika bertindak.

raya-mat-rempit1

Akibat kegiatan merempit, minggu lepas ada kes kecemasan tak dapat dikejarkan ke hospital kerana jalan dihalang oleh rempit. Mangsa meninggal dunia.

Orang kampung tidak lagi dapat tahan sabar. Di kampung Paloh berpuluh puluh pemuda kampung mengambil tindakan menghalau kumpulan yang berkumpul.

Di kampung Durian Burung, lebih 50 orang keluar menunggu. Juga untuk bertindak.

Saya rasa kalau kerajaan benar benar serius, pasukan simpanan persekutuan FRU pun boleh membantu. Kalau tak cukup, kita ada banyak kem askar. Apa salahnya bantu sama.
Masyarakat pun jangan jadi pemerhati sahaja. Pakat bantu.

Kerajaan sendiri, hentikanlah memberi kelulusan kegiatan2 yg jadi ‘makanan’ yg menyuburkan masalah masalah sosial dalam masyarakat.

***HJ AHMAD AMZAD HASHIM adalah Ketua Penerangan PAS Kuala Terengganu yang bermukim di Kampung Durian Burung, ‘syurga’ gejala rempit, setakat ini…….

Sumber BO - 22-7-2015

Kehadiran Ramai Menandakan ‘PAS Dihati Rakyat’

IMG-20150720-WA0085
KUALA TERENGGANU – Mantan Pesuruhjaya PAS negeri Terengganu, Haji Mohd AbdulWahid Endut berkata, Majlis Rumah Terbuka yang diadakan pada 3 Syawal adalah merupakan acara tahunan beliau.

IMG-20150720-WA0082

Beliau yang juga ADUN kawasan terbabit mencucapkan terima kasih kepada semua warga Wakaf Mempelam dan para hadirin yang ramai mengunjunginya majlis tersebut.

Katanya, ia menandakan sokongan rakyat yang berterusan kepada PAS.

“ia diadakan saban tahun, adalah sebagai satu cara untuk meraikan rakyat khususnya yang berada di dalam DUN Wakaf Mempelam dan (juga) perantau yang pulang ke kampung sempena Eidilfitri,
“sambutan ramai yang diterima setiap tahun menggambarkan bahawa program yang dianjurkan oleh PAS terus mendapat tempat di hati rakyat setiap lapisan,”ujarnya.

IMG-20150720-WA0079

Menurutnya, program tersebut adalah contoh kerjasama dan gotong royong serta muafakat diantara ahli dan penyokong PAS bersama Majlis Tindakan DUN Wakaf Mempelam.

Beliau melahirkan sukacita dengan kehadiran hampir 5,000 orang ke majlis tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang bertungkus lumus.

“saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada para petugas yang saban tahun bertungkus lumus menjayakan program tersebut (ini).

“kehadiran setiap lapisan masyarakat boleh dijadikan sebagai satu tanda DUN Wakaf Mempelam in shaa Allah akan (terus) dimenangi oleh PAS dalam pilihanraya akan datang,”jelasnya.

Sumber BO - 21-7-2015

Apa Nak Jadi Dengan Negeri Kita, Terengganu Darul Iman!

IMG-20150719-WA0078 (2)
Oleh : Ahmad Amzad Hashim

Negeri kita ini sepatutnya benteng orang Islam. Benteng orang melayu. Penduduk Terengganu 96.9% adalah orang Melayu Islam. Yang tertinggi di Malaysia mengatasi Kelantan.

Kerajaan Terengganu dibawah pemerintahan UMNO sepatutnya membantu pemilikan tanah oleh orang orang melayu khususnya hartanah di kawasan bandar. Jangan dibiar berulang nasib orang Melayu di bandar bandar besar seperti Kuala Lumpur, dan Georgetown Pulau Pinang.

Tapi malangnya Kerajaan negeri pula yang jadi tukang rancang pengambilan tanah orang2 melayu.

Pelupusan kampung2 dan penempatan melayu. Pembubaran tempat tempat utama yang jadi tumpuan orang orang melayu berniaga. Menjalankan kegiatan ekonomi.

Kampung Ladang Tok Pelam, Kampong Tanjung, Lorong Haji Jamil, Kampung Tiong, tapak Pasar Chabang Tiga yang cukup strategik.

IMG-20150719-WA0078 (3)

Tidak cukup dengan mengambil tanah orang2 melayu dlm bandar, kerajaan bagai memejamkan mata dan tidak menganggap sebagai satu masalah keadaan di mana satu persatu tanah milik orang2 melayu dijual kepada bukan melayu.

Tiada insiatif memelihara pegangan melayu di kawasan bandar. Tak sekat penjualan tanah orang-orang melayu kepada orang asing.

Ejensi kerajaan sendiri seperti Yayasan Pembangunan Keluarga yg banysk diberi tanah oleh kerajaan sepatutnya menunjukkan contoh tanggungjawab mempertahankan pemilikan orang melayu.

Ini tidak, tanah YPK diserahkan kepada VST memajukan kondo untuk jualan freehold yg bernilai paling murah RM700K dan ada yg sehingga RM1.6juta seunit.

Kita bolehlah agak sendiri akhirnya yang paling ramai beli orang melayu atau cina?

Ini setentang dengan Sekolah Sultan Sulaiman. Sekolah lama yg jadi ikon org melayu. Sekolah yg banyak melahirkan elit pemimpin2 pelbagai peringkat di negeri Terengganu malah negara.

Saya pernah bertanya ini kepada seorang yang rapat dgn YPK, dengan bersungguh sungguh dia berkata YPK akan mendapat untung yang berlipat ganda dari projek ini!!!

IMG-20150719-WA0078 (4)

Menarik sungguh bila YPK pun mula dibebankan dengan misi sebagai organisasi berasaskan keuntungan.

Apa begitu banyak syarikat milik kerajaan negeri yang dipertanggungjawabkan berniaga, buat pulangan keuntungan dari pelaburan negeri sudah gagal kah sehingga agensi seperti YPK pun kena lupuskan tanah untuk ‘buat untung’?

Saya ingin memohon wakil wakil rakyat PAS tolong bertanya berapa bilangan syarikat yg dimiliki Kerajaan Terengganu? Berapa banyak wang negeri telah dilaburkan? Berapa banyak tanah yg telah diperuntukkan? Banyak mana yg dicagar kepada bank?

Dalam begitu banyak berapa syarikat yang untung dan berapa syarikat yang rugi?

Saya rasa bagi rakyat Terengganu yang prihatin, boleh mulakan carian maklumat dengan membaca Laporan2 Ketua Audit Negara untuk Terengganu. Ini mudah dimuat turun terus dari internet dalam versi yg lengkap terus dari sumbernya laman Ketua Audit Negara. Kalau tak silap saya ada 4 jilid semuanya setiap tahun.

Boleh terbelalak biji mata!

****HAJI AHMAD AMZAD HASHIM adalah Ketua Penerangan PAS Kuala Terengganu. Beliau juga aktif mengenengahkan isu-isu masyarakat melalui Gerakan AnakTerengganu Insaf (GANTI

Sumber BO - 20-7-2015

Ribuan Rakyat Hadir Rumah Terbuka ADUN PAS

ridzuan hashim open house 1436
KUALA TERENGGANU – Ribuan rakyat menghadiri majlis rumah terbuka yang diadakan oleh tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS; Wakaf Mempelam, Teluk Pasu dan Tepoh, masing-masing pada hari Ahad 19 Julai.

ridzuan hashim open house 1436a\

ADUN Teluk Pasu Ustaz Ridzuan Hashim melahirkan sukacita atas kejayaan penganjuran program tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir serta para petugas yang telah bertungkus lumus.

“Secara keseluruhan majlis rumah terbuka DUN Teluk Pasu sempena Idulfitri 1436H pada hari ini telah berjaya dilaksanakan dan semuanya berjalan dengan lancar……….. Alhamdulillah…..Semua unit dan petugas-petugas,

“baik muslimin atau muslimat serta Pemuda dan Unit Amal telah memainkan peranan masing-masing dengan penuh gigih dan bersemangat dalam suasana ukhuwwah yang jitu dan mantap,”ujarnya

tepoh open house 1436a

Bagi pihak Majlis Tindakan DUN, beliau mengucapkan jutaan terima kasih, kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung.

“Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada semua hadirin dan hadirat, para tetamu yg datang memeriahkan lagi majlis rumah terbuka pada hari ini,”tambah beliau.

Manakala ADUN Tepoh, sebagaimana tahun lalu, telah menyediakan juadah istimewa ‘kambing golek’ bagi menjamu orang ramai yang hadir pada majlis yang diadakan di perkarangan rumah keluarganya di Mengabang Telipot.

Sumber TKO - 20-7-2015

HARAP 3.0; Peta Laluan Ke Wisma Darul Iman

20150718_225516
KUALA TERENGGANU – PAS negeri Terengganu akan meletakkan fokus dan menggandakan usaha di semua peringkat bagi menghadapi pilihan raya umum kali ke-14 (PRU14) akan datang, untuk mencapai kemenangan.

Pesuruhjayanya Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, walaupun terdapat perkembangan politik dalaman PAS, tetapi parti itu tidak menghadapi banyak masalah di negeri ini.

perantau 1436

“kita di negeri Terengganu alhamdulillah, walaupun kita tengok ada sedikit suasana politik dan perkembangan (dalaman) mutakhir ini,

“in sha Allah dikurniakan dari utara ke utara ke selatan, Besut ke Kemaman PAS tidak menghadapi sebarang masalah yang dihadapi seluruh ahli dan tenaga kerja kita,”jelasnya.

Bercakap pada lebih 300 hadirin pada Majis Ramah Mesra Eidul Fitri bersama anak-anak Terengganu di Perantauan, beliau yakin PAS Terengganu akan dapat meningkatkan keahlian dan memperkukuhkan perpaduan.

Program tahunan itu sempena sambutan Hari raya Eidulfitri telah diadakan di Markaz Tarbiah PAS Kuala Ibai dekat sini semalam 18 Julai.

Majlis santai sambil berdailog itu telah dirasmikan oleh Presiden PAS Dato’Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, yang telah memberikan penerangan panjang lebar berkait sejarah dan masa depan PAS.

20150718_214816 (2)

Mengulas persiapan menghadapi PRU14, Ustaz Satiful yang juga ADUN Paka berkata, PAS Terengganu telah menggagaskan pelan tindakan ‘Peta Laluan Ke Wisma Darul Iman – Road Map To Wisma Darul Iman’ bagi mencapai HARAP 3.0.

Katanya, PAS telah menang buat kali pertama pada pilihan raya umum kali ke-3 tahun 1969 dan kali kedua menjadi pemerintah selepas pilihan raya umum kali ke-10 tahun 1999.

“Oleh itu kita melerakkan HARAP 3.0 untuk kembali mentadbir negeri Terengganu ini buat kali ketiga pada pilihan raya umum yang akan datang,

“dengan tema ‘Harapan Untuk Semua’ yang telah dilancarkan di DUN Seberang takir pada bulan Januari lalu,”ujarnya.

Oleh itu, menurut beliau, adalah penting bagi semua pihak meletakkan harapan dan kepercayaan kepada PAS bagi melaksanakan ‘Negara Berkebajikan’ dan agenda untuk rakyat yang tidak dapat dipenuhi pada pemerintahan kali kedua.

Sumber BO - 19-7-2015

Lupakan Pemilikan Saham LPT2, Kembalikan RM1.8 b, Selesaikan Masalah Rakyat!

isu-air-500x300
Saya terkejut dengan tajuk laporan akhbar Sinar Harian bertarikh 18hb Julai 2015 yang berbunyi ‘Kerajaan Terengganu Mahu Minta Saham LPT2′.

rumah tol runtuh

Adakah selama ini sehingga lebih RM1.8 billion wang kerajaan negeri Terengganu yang telah digunakan untuk pembinaan LPT2 itu memangnya sebelum ini tidak pernah difikirkan sebagai saham di dalam projek berkenaan atau kerajaan Terengganu membayar dahulu atas dasar sebagai pinjaman wang kepada kerajaan pusat?

Adakah baru hari ini mahu berunding memohon sejumlah saham dalam LPT2?

Atau adakah sebelum ini pada asalnya negeri Terengganu yang mempunyai bilangan penduduk termiskin antara yang teramai di seluruh negara, mahu memberi secara percuma wang negeri yang berjumlah lebih RM1.8 billion itu?

Saya mencadangkan agar daripada kerajaan Terengganu tidak menyusahkan diri dengan terlibat urusan pemilikan beberapa peratus saham yang bukan ‘controlling majority’ sehingga boleh secara efektif menentukan pulangan atas pelaburan yang patut diterima oleh negeri.

TR29_241214_BANJIR

Bukankah lebih baik merundingkan agar wang tersebut agar dikembalikan kepada Kerajaan negeri Terengganu untuk tujuan pembangunan loji rawatan air yang baru yang lebih besar kapasitinya?

Ganti paip-paip lama dan selesaikan pelbagai perkara lagi berkait dengan masalah bekalan air di negeri Terengganu yang semakin hari semakin kritikal! Ini termasuklah melunaskan bayaran pampasan tanah loji rawatan di sesetengah tempat yang khabarnya begitu lama tidak diselesaikan.
Masalah air di negeri ini bukanlah berpunca daripada kekurangan bekalan air mentah, bahkan Terengganu sudah diketahui ramai kaya dengan sumber pemberian Allah itu.

longkang

Masalahnya adalah kegagalan mewujudkan pelan jangka panjang bekalan air negeri menyebabkan gangguan bekalan air yang telah menjejaskan lebih 60,000 rumah kediaman terutamanya pada musim perayaan Eidil Fitri pafa tahun ini.

Wang RM1.8 bilion bukan sahaja cukup untuk selesaikan isu air, malah lebih dari cukup untuk memperbaiki kekurangan dan kelemahan perparitan yang turut menyumbang kepada masalah banjir setiap tahun.

Itupun hanya jika Kerajaaan negeri Terengganu dibawah pemerintahan UMNO dan BN menghentikan perbelanjaan boros yang mensia-siakan wang rakyat seperti projek E-Book yg telah disahkan gagal, pembinaan bangunan ‘Paya Bunga Square’ yang dilihat bagai bakal mengulangi kemalapan di Kompleks Plaza Perdana dan KT Mall.

bebas cukai kenyir1

Pulau Bebas Cukai yang menelan belanja ratusan juta, Kompleks Tekstil Kijal yang juga sudah rugi ratusan juta, perlumbaan perahu layar ‘Monsoon Cup’ yang telah didedahkan menghahabiskan lebih setengan bilion, ‘parking mekanikal’ yang gagal berfungsi kerana rosak, bot- bot yang ditempah untuk Tasik Kenyir yang tersadai di muara Sungai Terengganu tidak dapat diangkut ke Tasik Kenyir.

Flat Ladang Gemilang yang begitu banyak kekurangan dan kecurangan, Projek Perumahan Rakyat di Padang Hiliran yang ternyata tidak menjanjikan pemilikan rumah kepada rakyat seperti mana yang pernah dijanjikan oleh UMNO/BN dan pelbagai lagi isu yg begitu ‘berlanar’ serta besar jumlah wang rakyat yang terlibat diseluruh negeri Terengganu.

Jangan pula ada pemimpin UMNO yang terus buta dan melanjutkan tradisi mengampu pemimpin atasan mereka sehingga berkata, rakyat tidak menghadapi apa apa isu di Terengganu.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita14/wanhishamsenyum.jpg

PAS Terengganu ketandusan isu kata mereka, sedang pemimpin Umno yang bercakap itu pernah berjanji antaranya mahu memberikan khidmat wi-fi percuma kepada rakyat dan menambak tanah di sungai Terengganu untuk mebangunkan pulau warisan, kononnya!

Umpama ‘ayam berkokok tapi berlumuran dengan tahi’! Apabila beliau ditolak oleh rakyat, mahu berkata itu dan ini pula!

Bukalah mata kepada masalah tanah milik orang melayu terutamanya di kawasan bandar yang satu persatu diambil kerajaan lalu diberikan kepada bukan Melayu bahkan bukan anak Terengganu.
Ini belum lagi tekanan tawaran harga yang menyebabkan ramai orang Melayu yang terpaksa menggadai maruah, menjual kepada bukan melayu, bukan rakyat Terengganu!

HJ AHMAD AMZAD HASHIM
Ketua Penerangan PAS
Kuala Terengganu
19hb. Julai 2015

Sumber BO - 19-7-2015

Tubuh parti baharu adalah golongan kecewa - PAS Terengganu
Posted on Saturday, July 18 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUALA TERENGGANU: Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu menyifatkan bekas pemimpin kanan parti yang terbabit dengan penubuhan Parti Gerakan Harapan Baru, sebagai orang yang kecewa dan tidak berjiwa besar kerana tidak dipilih dalam Muktamar PAS Jun lalu.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Satiful Bahri Mamat, berkata berdasarkan pemerhatiannya tiada muka baharu dalam barisan pimpinan Parti Gerakan Harapan Baru cuma terdiri daripada bekas pemimpin PAS dan muka-muka lama saja.

"Alasan yang diberikan untuk penubuhan parti itu tiada hujah yang konkrit melainkan sekadar hanya ingin menjadi pemimpin, jika mahu tumbangkan Barisan Nasional (BN), lebih baik mereka menyertai DAP atau PKR saja.

"Kewujudan mereka itu nanti hanya akan menyebabkan pertembungan tiga penjuru iaitu antara PAS, BN dan parti baharu itu bahkan mereka akan menjadi penyebab kepada kemenangan BN dan mengecewakan hasrat (PAS) untuk melihat BN tewas pada pilihan raya umum akan datang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hasrat beberapa pemimpin PAS yang mahu menubuhkan parti baharu itu yang dilihat sebagai satu platform untuk menggerakkan semula kerjasama parti politik di pihak pembangkang.

Satiful Bahri menyifatkan tindakan untuk menubuhkan parti baharu dan berusaha menarik keluar anggota PAS, memfitnah dan memberi pelbagai alasan, hanya menzahirkan tindakan khianat kepada PAS.

"Semasa menjadi calon mereka ini sudah melafazkan sumpah baiah dan sepanjang sejarah PAS, mereka yang khianat tidak akan ke mana-mana dalam hidup mereka. "PAS tidak akan berundur.

Kita akan tetap bertanding tanpa mempedulikan parti baharu itu bahkan di kerusi dimenangi DAP sebelum ini kerana tahaluf siyasi (kerjasama politik) antara PAS dan DAP sendiri sudah terbatal," katanya. Bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu selaku pengerusi jawatankuasa penaja parti baharu itu mengumumkan pelancaran parti baharu itu pada Isnin lalu.

Antara anggota jawatankuasa interim parti itu ialah bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhamad Taib, bekas Setiausaha Agung PAS Datuk Kamaruddin Jaafar, bekas Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, serta bekas pemimpin kanan parti seperti Khalid Samad, Dr Mohd Hatta Ramli dan Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa. - BERNAMA 



Sumber TKO - 18-7-2015

Semakin Ramai Menjadi Miskin

Dr Alias Razak Eid 1436
KUALA TERENGGANU – Dengan perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan kenaikan harga minyak, ramai rakyat Malaysia yang menjadi miskin dan akan mudah miskin.

Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu Dr Alias Razak berkata, keadaan ekonomi negara tidak baik menyebabkan kuasa wang sebenar rakyat tidak dapat membeli banyak barangan.

“dengan keadaan kenaikan harga minyak, kenaikan harga barang-barang keperluan, sedangkan pendapatan rakyat tidak bertambah,

“dan nilai ringgit Malaysia jatuh maka ini menyebabkan kita menjadi lebih miskin daripada dahulu,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena sambutan Hari Raya Eidulfitri kepada seluruh rakyat negeri Terengganu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal itu memberi ingatan khususnya kepada warga yang diwakilinya agar jimat berbelanja dan jangan ‘boros’.



“berjimat dan beringatlah dalam kita berbelanja, jangan boros sehingga kita menghadapi bencana kewangan,”jelasnya.

Selain mendakan agar amalan puasa pada Ramadhan lalu diterima oleh Allah SWT, Dr Alias juga memberikan nasihat kepada anak-anak Terengganu yang berada di perantauan.

Beliau meminta agar mereka yang akan pulang ke kampung halaman dan kembali semula ke destinasi masing-masing agar berhati-hati, khususnya di LPT2.

“berhati-hati lah di jalan raya dan (harap) lebih berhati-hati apabila masuk ke LPT2 kerana keadaan jalannya yang masih tidak berapa sempurna, menyebabkan berlaku banyak kemalangan,

“saya memperingatkan kepada para perantau agar memandu berhati-hati, memandu mengikut peraturan, bukan ikut perasaan,”ujarnya lagi.

Sumber BO - 18-7-2015


Membina Kekuatan Melayu Baru Atas Dasar Islam

Hishamuddin mimbar Jumaat
KUALA NERUS – Bangsa Melayu Islam perlu berubah dari menjadi bangsa yang lemah kepada satu bangsa yang bangkit dengan asas kekuatan Islam.

Hishamuddin bercakap Jamaah Jumaat

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh Ustaz Hishamuddin Abd Karim berkata, disamping sepatutnya orang-orang Melayu membuka perniagaan yang besar, sebaliknya orang Melayu bersikap negatif yang tidak membawa keuntungan.

“Lihatlah (bagaimana) warga asing berbangsa Pakistan membuka empayar perniagaan perabut dan permaidani,

“Sedangkan kita yang mempersoalkan ‘survival’ bangsa melayu, hanya benci membenci dan bersikap hasad dengki,”ujarnya ketika menyampaikan khutbah di mimbar Jumaat, 17 Julai.

Bercakap di masjid Jamek Tok Jiring, Exco Pemuda PAS Malaysia menegur para pemimpin negara yang sering menjadikan agenda Melayu sebagai modal politik.

Katanya bantuan yang diberikan oleh kerajaan hanya mengikat orang Melayu terus bergantung dengan kerajaan..

Hishamuddin bersalam orang ramai

“Apa kejayaan dari Dasar Ekonomi Melayu? Dimanakahmkedudukan bangsa Melayy0u yang terbela itu?

“Mengapa masing-masing (masih) berada dalam kesempitan hidup,”soal beliau.

Beliau mengkritik sikap orang Melayu yangnhanya berani mendabik dada sebagai seorang samseng, hanya kerana sebuah telefon bimbit, tetapi berdiam diri dengan penyelewengan dan kehilangan wang negara jutaan ringgit.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Terengganu itu juga kesal dengan tindakan segelintir orang Melayu dalam insiden berdarah yang berlaku di Plaza Low Yat, Bukit Bintang pada minggu lalu.

Sumber BO - 18-7-2015

Eidulfitri ; Bebaskan Diri Dari Manusia Yang Memenjarakan Islam
Posted on Friday, July 17 @ 04:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Saya selaku Pesuruhjaya PAS Terengganu mewakili Badan Perhubungan PAS Terengganu dan juga semua warga PAS negeri Terengganu mengucapkan Selamat Hari Raya Eidilfitri yang kebetulannya pada tahun ini jatuh pada hari Jumaat yang merupakan Sayyidul Ayyam, penghulu segala hari.

Saya mengucapkan kepada semua peringkat serta semua rakyat Terengganu dengan ucapant' 'Kullu 'am wa antum bil khair' dan maaf zahir batin.

Khususnya kepada perantau, saya mengucapkan selamat kembali ke tanah air, Terengganu dan ke kampung halaman dan diharapkan supaya berhati-hati di jalan raya khususnya di kawasan lebuh raya baru kita yang dirasakan kurang selamat kerana berlaku beberapa isu kemalangan di sana, yang digelar sebagai 'lebuh raya maut'.

Bagi umat Islam, hari raya merupakan hari kemenangan. Di zaman sahabat dalam peristiwa peperangan, mereka menggali parit di bulan Ramadhan dan di bulan Syawal juga berlaku perang Khandaq.

Oleh itu ianya bukan sekadar hari raya, tapi merupakan hari kemenangan, hari kejayaan bagi umat Islam menyelesaikan amanah dan tanggungjawab dalam ibadat puasa.

Dalam masa yang sama, ia juga merupakan hari kemenangan perjuangan aqidah dan juga amal jamaie yang merupakan amanah dan tuntutan bagi semua orang Islam. Sepatutnya kita bermuhasabah adakah hari raya kita pada tahun ini adakah lebih baik daripada raya tahun sebelumnya dan kita berharap dengan datangnya hari raya ini, ia mampu memberi lonjakan kepada perjuangan islam di seluruh dunia khususnya di Terengganu.

Walaupun kita sedia maklum, pada Ramadhan kali ini pelbagai suka duka yang kita dapat, yang berlaku kepada saudara kita khususnya di Palestin, Syria, Iraq bahkan di Yaman tidak lupa juga rakan kita di Ikhwanul Muslimin yang dipenjarakan serta dihukum gantung di Mesir mahupun Bangladesh.

Walaupun pada gambaran zahirnya, tekanan demi tekanan namun ingatlah pada janji Allah. Sebenarnya merekalah yang lebih berjaya di sisi Allah taala sebagai mereka yang terpilih sebagai syuhada'.

Saya mewakili Perhubungan Terengganu mengharapkan pada hari raya ini, rakyat khususnya rakyat Terengganu supaya lebih sedar dan membuat perubahan bukan sahaja dari segi ibadah yang lebih baik, emosi yang lebih baik, pendidikan yang lebih baik tetapi juga politik tanah air yang lebih baik.

Realiti hari ini,kita menghadapi hari raya dalam keadaan membebankan dalam keadaan matawang Malaysia yang jatuh, harga barangan yang meningkat, serta kenaikan harga minyak tidak dilupakan isu GST. Yang lebih malang lagi apabila pemimpin pemimpin yang diberi amanah telah disabitkan dengan tuduhan rasuah serta pecah amanah.

Sebab itulah apabila kita berpuasa, mengikut apa yang diperintahkan oleh Allah. Dan kita mengharapkan kita juga berhari raya dengan apa yang diperintahkan oleh Allah. Dan kita juga masih berada di era penjajahan walaupun British telah meninggalkan kita. Kita sekarang dijajah oleh isme-isme, ideologi-ideologi, pemikiran-pemikiran, undang-undang, politik, ekonomi dan sebagainya yang masih lagi tidak mengikut syariat Islam dan kita merasakan itulah punca punca musibah.

Sebab itulah kita mengharapkan semua umat Islam sempena hari raya ini bukan sahaja membebaskan diri daripada iblis dan syaitan serta nafsu syahwat, tetapi juga bebas daripada kongkongan manusia manusia yang masih memenjarakan syariat islam supaya kita benar benar berusaha dan meraih kejayaan yang sebenarnya.

Dan insyaAllah sempena Hari Raya Aidilfitri ini, kita mengharapkan perubahan khususnya daripada anak muda kita serta perantau untuk sama sama memainkan peranan untuk menjana dan membuat perubahan pemikiran khususnya kepada rakyat di luar bandar supaya berani dan yakin untuk membuat perubahan.

Kalau selama ini kita beribadat untuk mendapat keredhaan Allah, begitu juga ketika hari raya ini. Kita menggantikan ibadat hari raya ini dengan hari hari raya yang lain tidak lain kerana kita telah dipilih oleh Allah.

Oleh itu, saya mewakili Perhubungan PAS Terengganu sekali lagi memohon kemaafan jika berlakunya salah silap serta salah faham dan juga mengharapkan supaya rakyat terengganu terus istiqamah serta memberi kesempatan kepada PAS untuk terus kukuh dalam arena politik tanah air khususnya di Terengganu ini.

Sekian.

YB Ustaz Satiful Bahri Mamat
Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka
28 Ramadhan 1436/ 15 Julai, 2015

Sumber BO - 17-7-2015 


Istiqamah Diatas Jalan Yang Lurus

mOHD nOR hAMZAH
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahil Hamd

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat ilahi atas kejayaan kita menyempurnakan ibadah puasa kita selama sebulan dengan berbagai cara untuk kita sama-sama merebut pahala yang dijanjikan Allah.

Gembira kita kerana kita dengan yakin dan percaya bahawa Allah menerima segala amal kebaikan kita bersesuaian dengan firman Allah dalam sebuah hadis qudsi “Allah bersesuaian sebagaimana sangkaan hambaKu kepadaKu”. Gembira kerana mengenang janjiNya untuk menjadikan orang yang berpuasa dengan ikhlas sebagai golongan muttaqin dan diampunkan dosa-dosa yang lalu. Gembira juga kita mengenang kemenangan tentera Islam dalam banyak peperangan di bulan Ramadhan dan Syawal terutamanya Perang Ahzab. Kemenangan yang sungguh bermakna kepada kita semua kerana tentera kuffar yang bersekutu, menyerang dari luar dan dalam, yang benar-benar menggegarkan jiwa dan keimanan para mukmin dan akhirnya mereka berjaya kerana tetap dan kedap kaki mereka dan beristiqamah mereka di atas jalan Allah dan rasul.

Tidak kurang bezanya kita semua pada waktu ini, walaupun tidak sehebat ujian golongan sahabat, tetapi dengan segala kemudahan teknologi yang digunakan oleh musuh, dengan segala bantuan manusia dari dalam dan luar jemaah kita, dengan berbagai umpan material telah digunakan semaksimum mungkin bagi menghancurkan fikrah kita. Kita tetap bertahan dan kita tetap berpegang kepada prinsip Islam yang sebenar-benarnya dan hanya satu jalan yang akan menuju keredhaan Allah iaitu jalan para rasul lalui.

Manakala kita juga sebenarnya merasa sedih dengan berlalunya Ramadhan ini kerana, kita tidak tahu adakah kita akan bertemu kembali dengannya bagi merebut ganjaran yang dijanjikan. Adakah kita telah menjalankan tanggungjawab kita kepada Allah dengan sebaik-baiknya pada tahun ini? Kita juga turut bersedih dengan berbagai masalah yang menimpa negara, terutama di bulan Ramadhan yang lalu, berbagai-bagai fitnah, tuduhan dan sebaran ditujukan kepada semua pihak yang terkadang kita tidak tahu yang mana satukah yang benar. Dibulan Ramadhan mereka juga tidak putus-putus membuat dosa. Tetapi yang pasti, kehidupan rakyat semakin terjerut dengan segala macam kesusahan dengan cukai, kejatuhan nilai mata wang. Nama Malaysia tersebut di seantero dunia dengan kisah yang memalukan dan memualkan. Cukuplah bagi rakyat untuk sedar akan perkara asas ini. Asas bahawa amanah apabila jatuh ke tangan yang salah, akan menyebabkan bala datang, bukan sahaja kepada pembuat bala, tetapi kepada semua. InsyaAllah, yakinlah hanya jalan Islam sahaja jalan yang lurus dan menyelamatkan manusia sejagat.

Semoga kegembiraan akan kunjung tiba tidak lama lagi. Moga kita dapat melihat cahaya di hujung terowong. Cahaya yang memberi sinar kepada kesejahteraan negara kita ini dan paling utama cahaya itu ialah cahaya Islam yang menyinari bukan sahaja Malaysia malah dunia keseluruhannya.

InsyaAllah, beristiqamahlah kita di atas jalan Islam yang lurus ini, Allah menjanjikan kemenangan.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahil Hamd

YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Penerangan PAS Terengganu
29 Ramadhan 1436 bersamaan 16 Julai 2015

Sumber  BO - 17-7-2015

Tidak Boleh Berpecah Hanya Kerana Politik

Wan Hassan
DUNGUN – Ahli Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hasan Ramli memberi ingatan kepada raka-rakan sejawatnya, tidak boleh berpecah kerana hanya mereka kalah dalam pemilihan parti.

Apatah lagi katanya, dalam sebuah jamaah Islam yang meletakkan al-Quran dan as-Sunnah sebagai pegangan.

Katanya dalam sesebuah organisasi ada kalanya ereka menjadi pemimpin dan ada ketikanya menjadi pengikut.

“Tidak boleh berpecah……….kerana kadang-kadang ada masanya kita menjadi pemimpin ada masa kita jadi pengikut. Di waktu kita menjadi pengikut, kita ikut pemimpin yang ada. Di waktu kita jadi pemimpin.

“Kita memimpin berdasarkan kepada pengikut yang memilih mereka. Yang mengikut kita pula menjadi pemimpin, maka kita pula jadi pengikut pemimpin yang dipilih,”tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas penubuhan Gerakan Harapan Baru yang majoriti kepimpinannya adalah terdiri daripada bekas pemimpin PAS yang masih menjadi ahli parlimen.

“Tidak boleh lari. Kalau kita berpisah, berpecah, maka (kalau) kita berpecah kepada dua perkara, iaitu kita berpisah berpecah daripada kumpulan yang memang dasar mereka al-Quran, perundangan Islam, dan kumpulan jemaah mereka.

“Mengapa kita nak menubuhkan yang baru. Kita menubuhkan yang baharu untuk (hanya)politik. Politik hanya satu bahagian kita mesti ada dua. Sebab tu lah PAS ni adalah wadah gerakan Islam, dan ia adalah wadah politik Islam, kedua dua tu ada dalam PAS,”jelas beliau.

Wan Hasan yang juga Yang Dipertua PAS Dungun berkata, pemimpin PAS mesti membawa dasar al-Quran dan apa pun yang ingin dibuat mesti berdasarkan al-Quran.

“Maknanya pemipin mesti merujuk kepada al-quran, kemudian merujuk kepada sunnah Rasulullah SAW sedangkan perjuangan yang dibawa tu sudah ada,

“mengapa perlu sesuatu yang baru untuk kalauu kita berjuang diatas politik sahaja itu tidak mencukupi syarat yang dikehendaki al-Quran itu,”tambah beliau.

Sumber BO - 17-7-2015

Bertaqwa Bukan Hanya Pada Bulan Ramadhan

Ridhuan Hashim
Alhamdulillah. Pertamanya marilah kita merafa’kan setinggi kesyukuran kepada Allah kerana dengan izin dan impah kurnia-Nya, kita diberi kesempatan dan kekuatan untuk menunaikan ibadat puasa pada tahun ini dan dapat menyempurnakannya dengan baik insyaAllah dan seterusnya akan menyambut Aidilfitri sebagai tanda kemenangan setelah bermujahadah selama sebulan menunaikan ibadat puasa.

Mudah mudahan ibadat puasa sebulan yang telah kita dirikan itu mencapai maksud dan matlamat yang telah digariskan iaitu menjadi insan yang bertaqwa kepada Allah. Harapan saya semoga apa yang telah kita perolehi, apa yang telah kita lakukan pada bulan Ramadhan ini dapat kita teruskan dalam kehidupan seterusnya kerana itulah bukti kejayaan daripada ibadat puasa yang telah kita dirikan.

Tuntukan bertaqwa bukan sahaja di bulan Ramadhan bahkan kehidupan hari hari yang mendatang dan itulah yang menjamin kehidupan kita di dunia dan di akhirat. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari raya kepada muslimin dan muslimat khususnya kepada warga Dun Teluk Pasu.

Semoga hari raya kali ini memberi makna dan erti yang sangat besar kepada kita selaku seorang muslim dan dapat mengeratkan lagi hubungan ukhwah antara sesama kita. Kepada sahabat yang berada di perantauan, saya menasihatkan supaya mereka berhati hati ketika memandu dalam perjalanan. Sekali lagi saya ucapkan selamat hari raya kepada semua.

Semoga kita semua mendapat keberkatan dan juga keampunan, rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

YB Ustaz Ridhuan Hashim
ADUN Teluk Pasu
Ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Terengganu



Sumber BO - 16-7-2015

Didikan Ramadhan Mengorak Langkah Kekuatan Dan Kemenangan Islam

IMG_20150716_012243
Saya mengambil kesempatan pada kali ini untuk merakamkan ucapan Aidilfitri kepada seluruh warga Tepoh khususnya dan kepada seluruh anak anak muda Terengganu serta seluruh umat Islam di Terengganu dan juga di Negara ini, “Kullu ‘am wa antum bi khair, minal ‘aidin wal faizin”.

Alhamdulilah kita telah mengikuti pendidikan langsung daripada Allah melalui madrasah Ramadhan. Kita mengharapkan semua daripada kalangan kita berjaya memperolehi ketaqwaan di sisi Allah. Dan in sha Allah dengan didikan yang telah disusun ini, kita akan terus mengorak langkah untuk melahirkan kekuatan dalam kalangan Islam sehingga kita mencapai kejayaan.

Melalui proses yang telah disusun oleh Allah dengan disiplin yang rapi, sepanjang bulan Ramadhan ini, kita yakin bahawa seluruh penyokong PAS memainkan peranan yang lebih bermakna untuk masa depan agama yang lebih cerah. Jadi cukup sekadar ini.

Mudah mudahan Allah menerima amalan yang telah dilakukan oleh kita semua dan marilah kita menyambut ketibaan Syawal dengan penuh keinsafan dan memberikan perhatian terhadap umat Islam di luar yang tertindas dan dizalimi.

Khas untuk perantau, saya mengharapkan semua warga yang berada di luar Terengganu supaya pulang ke kampung halaman masing-masing dengan selamat dan menyambut Syawal bersama ahli keluarga dengan penuh kegembiraan.

Sekian, Selamat Hari Raya Eidulfitri!

YB Ustaz Hishamuddin Abdul Karim
ADUN Tepoh
Timbalan Ketua Pemuda PAS Terengganu

Sumber BO - 16-7-2015






















































































































Tahaluf siasi: Berlapang dada keputusan Majlis Syura

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: PAS Negeri Terengganu menyokong penuh keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura Ulamak dalam isu 'tahaluf siasi' dengan parti DAP dan PKR.

Pesuruhjayanya, Satiful Bahri Mamat berkata, ahli dan penyokong PAS negeri sudah bersedia mendepani sebarang risiko ekoran daripada keputusan tersebut kerana sudah menjadi dasar yang dimaklumi, bahawa PAS berpegang teguh dengan prinsip perjuangan Islam.

"PAS sebelum ini menegaskan bahawa, kita berdiri teguh dengan perkara-perkara yang disepakati bersama dalam Pakatan Rakyat iaitu 'bersetuju untuk tidak bersetuju' dan muafakat dalam memerangi rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa," ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, telah berulang kali PAS menerangkan dan menegaskan bahawa, pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah adalah dasar PAS yang wujud lama, sebelum terbentuknya Pakatan Rakyat.

Beliau berkata, bahkan setelah diberikan taklimat beberapa kali bahawa sesungguhnya pelaksanaan undang-undang Islam adalah untuk orang Islam dan tidak ada kena mengena dengan mereka yang bukan Islam.

Namun, ujarnya DAP memungkiri persepakatan itu malah masuk campur dalam urusan PAS serta mengecam dan mencemuh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Justeru itu, tegas beliau amat wajar Majlis Syura Ulamak sebagai institusi yang menjaga dasar serta prinsip PAS, memutuskan bahawa tahaluf siasi dengan DAP dibatalkan.

Sehubungan itu, beliau berharap semua pemimpin PAS di pelbagai peringkat, ahli-ahli dan para penyokong, berlapang dada dengan keputusan tersebut dan sentiasa mendapatkan maklumat serta perkembangan terkini daripada pemimpin, dari masa ke semasa.

"Kita tetap yakin bahawa perjuangn PAS akan tetap memperolehi kemenangan dan yang lebih penting perjuangan ini mendapat keredhaan Allah SWT serta segala rintangan bukanlah halangan, bahkan akan lebih mematangkan PAS serta ahlinya sekalian," ujarnya yang juga Adun Paka.

Beliau yakin rakyat akan terus menyokong dan mendukung perjuangan PAS kerana jelas PAS tetap dengan dasarnya mahu menegakkan dan memartabatkan Islam serta istiqamah dengan prinsipnya.

Menurutnya, hanya PAS sebuah parti terbaik dan alternatif unggul bagi menggantikan Umno untuk memimpin dan memerintah serta membawa umat Islam, orang Melayu dan pelbagai bangsa di negara ini, untuk masa depan yang lebih baik. - HARAKAHDAILY 12/7/2015

Sumber HD - 12-7-2015

Keputusan MSU; Pemimpin Dan Ahli PAS Sudah Bersedia

Satiful

Keputusan Majlis Syura Ulamak (MSU) yang mengisytiharkan kerjasama politik (Tahaluf Siyasi) dengan DAP adalah terbatal, disambut dengan baik dan terbuka oleh pemimpin dan ahli-ahli PAS.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Ustaz Dr Riduan Mohd Nor menyifatkan ia adalah ‘satu’ keputusan yang dinanti-nantikan.

“Saya menyokong penuh keputusan mesyuarat Majlis Syura Ulamak dalam Isu Hubungan Dengan DAP dimana MSU berpendirian bahawa tahaluf bersama DAP terbatal.

“Keputusan ini memerlihatkan ketegasan MSU dan harus disokong oleh semua pihak dalam PAS,”ujarnya.

Sementara itu, Badan Perhubungan PAS negeri Terengganu menyokong penuh keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura Ulamak PAS dalam isu ‘tahaluf siyasi’ dengan parti DAP dan PKR.

Pesuruhjayanya Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata ahli dan penyokong PAS negeri Terengganu sudah bersedia mendepani sebarang risiko ekoran dari keputusan tersebut.

“sudah menjadi dasar yang dimaklumi bahawa PAS berpegang teguh dengan prinsip perjuangn Islam yang didokong oleh parti PAS.

Beliau berharap semua pemimpin dan ahli berlapang dada dengan keputusan tersebut dan mendapat maklumat daripada pemimpin negeri dari masa ke semasa.

Majlis Syura Ulamak PAS secara rasmi mengekalkan keputusan muktamar PAS Kali Ke – 61 yang lalu untuk memutuskan hubungan dengan DAP.

Setiausahanya Datuk Dr Nik Zawawi Salleh berkata, keputusan itu dibuat kerana tindakan-tindakan provokasi berterusan oleh DAP dan keputusan parti itu yang mengecam dan melanggar semangat kerjasama Pakatan Rakyat.

“(DAP turut) serta campur tangan dalam aqidah, dasar dan matlamat PAS. Oleh itu, Majlis Syura Ulamak memutuskan bahawa hubungan tahaluf siasi dengan DAP terbatal.

“Dalam masa yang sama, PAS mengekalkan tahaluf siasi bersama PKR,”ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau juga berkata PAS akan terus hubungan dengan mana-mana pihak melalui tahaluf siyasi konsep yang sama sama ada parti-parti politik lain dan bukan Islam NGO.

“Bagaimanapun, PAS akan berpegang teguh kepada dasar-dasar Islam dalam mana-mana kerjasama politik,” katanya.

Dr Nik Zawawi berkata keputusan ini kemudiannya akan diserahkan kepada jawatankuasa pusat PAS yang akan dilaksanakan.

Dalam muktamar PAS di Kuala Selangor pada bulan Jun, pihak yang telah meluluskan usul sayap Ulamak untuk memutuskan hubungan dengan DAP, tetapi kekal dalam Pakatan.

Sumber BO - 11-7-2015

PAS Kemaman Agih Bantuan RM160K Sempena Ramadhan

pas kemaman
Oleh : Mohd Tishaah

KEMAMAN – PAS Kawasan Kemaman telah mengagihkan bantuan sebanyak RM160 ribu sepanjang bulan Ramadhan tahun ini kepada pelbagai golongan yang memerlukan.

Yang DiPertuanya Ustaz Alias Abdul Hamid berkata, agihan tersebut merangkumi barangan keperluan asas seperti beras, gula, tepung dan minyak masak beserta wang tunai.

pas kemaman1

“bantuan tersebut merangkumi golongan kurang berkemampuan, fakir dan miskin dalam empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di parlimen Kemaman,

“kita berikan mereka barang keperuan asas, beras, gula, tepung dan minyak masak serta sedikit wang tunai buat belanja hari Raya,”katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan Ramadhan kepada 120 orang guru dan pembantu Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) seluruh Kemaman, guru dan kakitangan Sekolah Rendah Islam Darul Taqwa, Pusat Pengajian Taman Islam dan pondok pondok pengajian serta kakitangan pejabat Wisma Purnama.

Turut hadir Timbalan Yang Dipertua, Ustaz Nik Nasri Nik Malik, Naibnya Haji Zulkifli Mat Yakin, Setiausaha, Mohd Hafiz Adam dan Bendahari, Haji Johan Ismail.

Ustaz Alias seterusnya merakamkan setinggi penghargaan kepada para penderma yang memberi sumbangan kepada PAS Kemaman untuk disampaikan kepada golongan miskin dan asnaf fisabillillah.

Sumber BO - 11-7-2015


Pembangkang ragu laporan Fitch Ratings
Posted on Thursday, July 09 @ 21:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

KUALA TERENGGANU – Pembangkang sukar menerima laporan berhubung semakan unjuran Fitch Ratings ke atas Malaysia daripada negatif kepada stabil.

Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat menyifatkan berlaku pertentangan antara fakta dan realiti menyebabkan masyarakat sukar mempercayai maklumat sedemikian dengan keadaan yang berlaku hari ini.

Apatah lagi katanya, kerajaan sebelum ini turut dikaitkan dengan kelemahan urus tadbir selain beberapa isu ekonomi dalam negara termasuk kejatuhan nilai ringgit Malaysia.

“Dengan kes harga barang yang meningkat, pelabur tidak yakin dengan ekonomi negara serta isu yang menyebabkan kegagalan dalam urus tadbir secara tidak langsung timbul persepsi terhadap kerajaan berhubung ketidakupayaan dalam pengurusan ekonomi.

“Apa yang kita nampak ekonomi negara menjunam.. dengan isu harga minyak yang naik, ia juga beri kesan kenaikan secara berantai,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Semakan unjuran oleh Fitch Ratings ke atas Malaysia daripada negatif kepada stabil menunjukkan dasar ekonomi dan pengurusan kerajaan yang baik.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata, penilaian terbaharu itu menunjukkan pengiktirafan kepada usaha berterusan kerajaan melaksana pembaharuan struktur membina ekonomi yang mapan, inklusif dan berdaya saing.

Satiful yang juga Adun Paka memberitahu bahawa semakan unjuran dilakukan agensi itu sama sekali tidak sepadan dengan kes yang berlaku dalam masyarakat termasuk peniaga sendiri merungut mengenai ekonomi pada hari ini.

Dari sudut kerajaan negeri katanya, walaupun belanjawan diluluskan tinggi, namun tiada pergerakan dibuat seolah-olah memberi isyarat berlaku kemalapan ekonomi.

“Realitinya masyarakat tidak percaya apa yang disiarkan sebab hakikatnya mereka sendiri merasai apa yang ada di depan mata,” katanya.  - Sinar 
Sumber TKO - 9-7-2015

Rahmat Ramadhan; 1000 Terima Bantuan ADUN Tepoh

kam3247(b)-tepoh2
KUALA NERUS – Seramai 1000 orang fakir dan miskin dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh telah mendapat bantuan melalui program ‘Rahmat Ramadhan’.

Wakil rakyatnya, Ustaz Hishamuddin Abd Karim berkata melalui beberapa acara yang disusun golongan kurang berkemampuan tersebut telah menerima bantuan keperluan harian.

Iftar Perdana Tepoh

“Alhamdulillah untuk bulan Ramadhan ini kita telah menganjurkan satu program yang kita namakan sebagai ‘Rahmat Ramadhan’

“Jadi di bawah ‘Rahmat Ramadhan’ ini ada beberapa agenda yang telah kita susun, antara yang besar sikit adalah pengagihan bantuan harian ataupun keperluan dapur untuk fakir miskin,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis Iftar Perdana peringkat DUN trsebut yang diadakan di surau Gong Datuk dekat sini pada Selasa 7 Julai.

Katanya, seramai 1000 orang dari seluruh kampung dalam DUN, dari Felda Belara sehingga ke Mengabang Telipot telah menerima bantuan itu.

“Ia meliputi hampir semua cawangan-cawangan (kampung) yang ada dalam DUN Tepoh (dan) setakat hari ni, ada berbaki lebih kurang 2 atau 3 cawangan lagi yang belum kita selesaikan,”jelasnya.


Selain itu, kata beliau, DUN terbabit juga turut mengadakan program ‘Cakna Anak Yatim’ dan juga kebajikan untuk ahli-ahli serta kepemimpinan parti di peringkat cawangan.

Menurutnya, beliau berpuas hati dan menyifatkan sasaran yang usahakan, sebagai fokus pada bulan Ramadhan gahun ini.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan ‘Rahmat Ramadhan’ dan berharap sumbangan itu dapat meringankan kehidupan warga Tepoh yang terbeban akibat GST serta kenaikan harga minyak.

Sumber BO - 10-7-2015

Pencemaran Bauksit Merebak Ke Kemaman

CJNdlMAWEAAyNkr

Baru-baru ini heboh melalui media sosial berkenaan operasi bauksit yang giat dijalankan di Kuantan/Gebeng yang sekaligus memberi impak kepada pencemaran alam sekitar. Walaupun pencemaran ini hampir 2 tahun telah berlaku, namun keadaan yang semakin dahsyat mendesak rakyat Pahang membuat bantahan di media-media sosial.

Terbaru, aktiviti ini dilihat merebak ke daerah Kemaman. Kerisauan pencemaran alam yang sebelum ini dirasai rakyat di Kuantan kini mengganggu rakyat-rakyat di selatan Terengganu melalui operasi yang dijalankan.

11255008_875076669229987_4292521884855029131_n

Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) melahirkan rasa kesal di atas kemunculan lori-lori yang membawa bauksit di sekitar Kemaman baru-baru ini. Difahamkan, lori-lori ini telah bergerak di sekitar Kemaman dari Air Putih dan Cendor menuju ke Pengkalan Bekalan Kemaman (KSB) mengakibatkan kekotoran di sepanjang jalan yang dilalui.

Merujuk kepada kes di Kuantan, DPPNT khuatir terhadap kesan jangka panjang daripada aktiviti pengangkutan yang berterusan tanpa kawalan ini. Pencemaran akan berlaku di dalam bandar dan sekaligus menjejaskan kesihatan rakyat Terengganu khususnya yang berada di sekitar Kemaman. Langkah pencegahan awal perlu dilakukan bagi membendung aktiviti ini dari terus berleluasa. Tambahan pula, penggunaan lori-lori di dalam kawasan bandar akan turut merosakkan infrastruktur sedia ada.

Persoalannya, apakah pihak berwajib seperti Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) dan Jabatan Alam Sekitar (DOE) tidak dimaklumkan berkenaan hal ini? Tidakkah pihak berkuasa tidak tahu tentang kegiatan ini dan impaknya terhadap alam sekitar?

11018321_853547058015394_3268352895806509769_n

Tragedi banjir besar yang melanda Kemaman pada tahun 2013 sudah cukup memberi pengajaran kepada semua pihak bahawa aktiviti penarahan bukit khususnya di hulu (upstream) memberi kesan yang teruk terhadap alam sekitar.

Justeru, DPPNT menggesa pihak yang berwajib memainkan peranan untuk tidak membenarkan lori-lori ini sewenang-wenangnya beroperasi di dalam negeri Terengganu tanpa kawalan yang rapi.

DPPNT tidak akan teragak-agak untuk bertindak dalam meneruskan siri bantahan secara lebih agresif dalam usaha menanggani kes ini jika pihak PBT terus mendiamkan diri tanpa sebarang tindakan untuk menanggani kes ini.

Sekian, terima kasih.

“Mempersiap Generasi Kemenangan”

Yang benar,
YB Hishamuddin Abdul Karim
Timbalan Ketua DPPNT
9 Julai 2015

Sumber BO - 9-7-2015






























































































































Tiada kemalangan jiwa kebakaran di UiTM Dungun

| .

KUALA LUMPUR: Sebuah bilik kuliah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Dungun terbakar dalam kejadian kebakaran lewat petang semalam.

Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Dungun Amri Mohamad berkata sebaik menerima panggilan, 10 anggota bomba bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

Beliau berkata ketika kejadian kesemua 200 pelajar sedang berada di asrama masing-masing untuk berbuka puasa dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Kebakaran kira-kira pukul 7 malam itu disedari oleh pelajar yang sedang membeli juadah untuk berbuka puasa di bazar Ramadan tidak jauh dari tempat kejadian.

Sejurus melihat kejadian tersebut pelajar yang berada di tempat kejadian terus memaklumkan kepada pihak polis bantuan yang berdekatan dan terus menelefon bomba bagi memaklumkan berkenaan kebakaran itu.

Api berjaya dikawal sepenuhnya sejam kemudian dan pihaknya masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca kejadian. Bernama

Sumber HD - 8-7-2015

Akidah Dan Kaedah, Dua Perkara Berbeza

PAS-for-All

Oleh : Ahmad Amzad Hashim

PAS adalah singkatan kepada Parti Islam Se Malaysia, sebagai sebuah jamaah Islam yg berada di medan siasah di negara Malaysia.

Malaysia mempunyai populasi 30 juta orang rakyat pelbagai bangsa dan agama dengan berteraskan kepada Perlembagaan Malaysia dan Rukun Negara.

Dari populasi berjumlah 30 juta orang rakyat, statistik yg ada sekitar 62% beragama Islam, 19% Budha, 9% Kristian, 7% Hindu dan baki lain lain agama.

Dari 62% yang beragama Islam, hampir 90% adalah dari bangsa melayu.
PAS sebagai parti Islam mempunyai matlamat yang digariskan dalam perlembagaannya.

Mengakui hakikat negara yg bermasyarakat majmuk, PAS amat menentang sebarang fahaman perkauman yang melampau yang amat diharamkan dalam Islam yang disebut ‘assobiyyah’ atau ‘nasionalisme’.

9789675968068

Inilah titik perbezaan PAS dan UMNO.

Assobiyah menyebabkan segala kesalahan, rasuah, pilih kasih, penyakit sosial, pemilihan pemimpin yang tidak amanah dibiar asal sahaja orang yang berkenaan dari bangsa atau kumpulan yang berkenaan. Tiada sandaran kepada hukum Tuhan sebagai rujukan tertinggi yg memandu kehidupan.
Itu punca kerosakan bernegara yang sedang ditanggung semua. 1MDB, wang Tabung Haji, MARA, GST, HUTANG LUARBIASA NEGARA, FELDA, NFC, SCORPENE, OPV KWSP, ROYALTI PETROLEUM. Ia punca masalah rasisme, kebencian seperti yang berlaku di negeri kubu UMNO di Johor beberapa hari terdahulu.

Menyedari hakikat berbilang kaum, sepanjang sejarah PAS, seperti juga UMNO, PAS menjalinkan kerjasama dengan pelbagai parti demi manfaat rakyat jelata.

Adanya Pakatan Rakyat sekadar menegaskan kesediaan PAS sejak dari awal penubuhannya untuk bekerjasama dalam apa apa kerangka masyarakat majmuk demi kebaikan negara.

Chauvinisme tidak pernah baik untuk negara. Ini ditegaskan oleh Presiden PAS , Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berulang kali.

Pakatan Rakyat adalah wadah yang terbaik yang diadakan apabila ia fokus kpd isu isu pembelaan rakyat dan menampakkan toleransi antara rakan persepakatan.

Ketika itu DAP yg dulunya susah diterima orang orang Islam menunjukkan kesediaan menyesuaikan diri. Bernada sopan, memahami dan menghormati. Kerana itu, demi rakyat PAS sanggup membantu membuka laluan dan melindungi DAP agar boleh diberi ruang dikalangan masyarakat melayu.

Ini disebalik stigma negatif dari faktor sejarah DAP yang amat buruk dikalangan orang-orang melayu.

PAS yang paling terpukul banyak oleh tindakan ini kerana PAS bertanding di kawasan-kawasan majoriti melayu.

PAS terpaksa berdepan dengan segala dakyah, jentera propaganda UMNO yg meniupkan amaran, menimbulkan keresahan dikalangan orang-orang Islam tentang ancaman terhadap kedudukan agama Islam dan kepentingan orang melayu.

Propaganda ini dulu sulit kita hadapi kerana angkara sikap sekumpulan pemimpin PAS yang terlalu menurut kehendak DAP.

PAS

Sedangkan asal usul Tahaluf Siyasi agar dapat mempersatu kebersamaan dalam perjuangan membela rakyat dengan menghormati perbezaan prinsip perjuangan yang masing-masing antara satu sama lain sudah pun diketahuii.

Walau berat berdepan tohmah, tapi PAS berkorban juga demi untuk memenuhi harapan rakyat.
Namun demikian dalam soal prinsip dan dasar, ia bukan sesuatu yang boleh dibuka kepada tawar menawar atas nama toleransi. Akidah dan Kaedah dua perkara yg sangat berbeza.

Sebaik Prinsip dan Dasar diganggu gugat, ia sekali kali tidak akan dibiar oleh akar umbi. Lebih lebih lagi oleh mekanisma dalaman PAS yg sentiasa dipelihara dasar dan prinsipnya oleh peranan Majlis Syura Ulama.

PAS sanggup berkorban lagi agar parti sentiasa dilandasan sejati.

Sekarang PAS sudah membuktikan pengorbanan besar demi mempertahankan prinsip dan dasar perjuangan. Demi Risalah Islam. Agar umat Islam yg termasuk orang melayu, selamat semuanya.

Agar Tongkang Pecah UMNO yang sudah rosak dan tak mungkin boleh dibaiki, ada gantinya buat orang orang Melayu sebagai Bahtera Penyelamat yg terbukti matang, tidak gopoh dan teruji untuk orang-orang Islam dan melayu boleh berharmoni dengan tenang dengan lain lain kaum.

Yang memahami selok belok kesopanan dan kesusilaan. Berharmoni dengan Institusi Raja. Tidak menyentuh sensitiviti budaya antara kaum. Tidak mengganggu urusan amalan agama.

Harapan baru yang tidak rasuah, tidak korupsi, tidak boros, telus, mementingkan keharmonian, didokong para profesional yang menghayati agama dan agamawan yang menghayati profesionalisme.

Ramuan baru. Harapan Baru. Malaysia Baru. Yang semua kaum, agama dan lapisan rakyat lebih bersatu untuk sama sama bergandeng bahu menuju negara maju. Di bawah naungan petunjuk hidayah Allah, Tuhan Yang Satu.

ISTIQOMAH HINGGA KEMENANGAN

***HJ AHMAD AMZAD HASHIM ialah Ketua Penerangan PAS Kuala Terengganu dsn AJK Penerangan PAS Pusat

Sumber BO - 7-7-2015

Tiada krisis dengan PKR - Saiful
Posted on Monday, July 06 @ 13:37:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



KUALA TERENGGANU – Pas Terengganu menafikan sebarang khabar angin bahawa krisis antara Pas dan PKR di peringkat negeri masih belum pulih sepenuhnya berikutan beberapa isu termasuk saman terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini dan masalah pertindihan kerusi pada PRU13 lalu.

Pesuruhjaya Pas negeri, Saiful Bahri memberitahu walaupun gerak kerja berjalan secara berasingan, namun ia adalah perkara biasa kerana masing-masing melakukan komitmen bagi memperkuat parti, selain boleh bergerak sendiri untuk memastikan kekuatan menjelang PRU14.

Menurutnya, keadaan itu dipengaruhi status PR di negeri ini yang masih lagi bertindak sebagai pembangkang dan bukannya kerajaan.

“Dari segi gerak kerja, masing-masing main peranan tetapi apabila program besar, barulah kita jemput parti lain,” katanya.


Beliau menjelaskan, walaupun tidak perlu tenaga PKR, pihaknya tidak nafikan kerjasama masih berjalan dengan parti itu kerana Pas masih lagi dalam pakatan.

Enggan melihat isu berbangkit sebelum ini sebagai perkara yang mengeruhkan hubungan kedua-duanya, beliau memberitahu bahawa Pas dan PKR tetap bekerjasama dalam program tertentu.

Bagaimanapun katanya, kerjasama antara keduanya itu boleh dilihat kerap berlangsung di kawasan campuran seperti Dun Bandar yang perlihatkan kerjasama baik antara kedua-duanya.

Berhubung kenyataan Ketua Dewan Pemuda Pas Terengganu, Kamaruzaman Abdullah bahawa hanya Pas yang melaksanakan gerak kerja sedangkan PKR hanya muncul menjelang pilihan raya, Saiful memberitahu keadaan itu mungkin berlaku berdasarkan pemerhatian pihak terlibat bahawa Pemuda Pas lebih banyak melakukan gerak kerja berbanding AMK.

Sementara itu, mengulas mengenai isu PR yang masih menjadi polemik antara Pas dan DAP, Saiful yang juga Adun Paka beritahu pihaknya berpegang terhadap apa yang akan diputuskan oleh Majlis Syura Ulama.

Memandangkan keputusan majlis tersebut belum keluar, beliau memberitahu, pihaknya berpegang kepada keputusan Pas Pusat bahawa PR masih wujud. - SInar



Sumber TKO - 6-7-2015


Anak Yatim Dapat Baju Raya

anak yatim baju raya1 (2)
SETIU – Amanah membesarkan anak-anak yatim yang ditinggalkan ibu-bapa mereka ke alam barzakh adalah terpikul di atas bahu kita.

Menurut Pengerusi Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Terengganu Dr. Azman Ibrahim, kita perlu sentiasa bimbang, tentang tanggungjawab itu yang akan dipersoalkan nanti.

“Kita bimbang, lantaran rasa sedihnya mereka dihari raya kerana tak mampu memiliki walau sepasang pakaian raya (yang) baru akan menyebabkan kita yang mampu,

“bakal berdepan dengan persoalan di hadapan Allah nanti……………Mereka juga berhak untuk bergembira di hari raya………,”ujarnya.

Oleh itu, beliau yang juga Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Jabi berkata, mengambil sempena keberkatan Ramadhan dan Eidulfitri yang bakal disambut, 100 orang anak-anak yatim DUN Jabi untuk diraikan.

anak yatim baju raya

Katanya, pemberian kepada anak-anak tersebut tidaklah begitu besar jumlahnya berbanding keceriaan yang terpancar dari wajah-wajah mereka.

“Satu jumlah yang tak banyak sebenarnya, tetapi keceriaan anak-anak yatim yang kurang berkemampuan menerima pemberian yang tak seberapa ini adalah mengatasi segalanya.
“Diharapkan dengan sumbangan ini juga, mampu meringankan beban penjaga mereka apatah lagi ketika musim getah sawit turun (GST) yang memberikan kesan besar kepada kehidupan rakyat luar bandar,

“Ditambah lagi apabila beban berganda dilonggokkan atas bahu rakyat dengan pengumuman kenaikan harga minyak (namun) walau sukar, kehidupan tetap berjalan,”jelasnya.

Beliau berkata demikian kepada pihak media selepas majlis penyampaian sumbangan pakaian raya yang diadakan pada pagi Sabtu 4 Julai bersamaan 17 Ramadhan, bertempat di Pejabat MTD Jabi.
Menurutnya, setiap orang anak kurang bernasib baik itu dihadiahkan dengan satu persalinan Baju Melayu atau Baju Kurung, dengan melibatkan kos keseluruhan kira-kira RM7, 000.00.

Oleh itu, beliau merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih atas segala sumbangan yang dihulurkan para dermawan yang telah memudahkan kita menunaikan amanah ini dengan lancar.
“Semoga semuanya akan dicatatkan oleh Allah sebagai satu catatan amal soleh kita di sisinya,”tambah beliau

Sumber BO - 6-7-2015

'Saya terima suratan ini dengan hati terbuka'































































































































BERNAMA | .

KUALA TERENGGANU: "Saya terima suratan ini dengan hati terbuka. Sekurang-kurangnya saya masih mampu menatap jenazahnya buat kali terakhir dan tanda tanya saya selama ini tentang kehilangannya sudah terjawab.

"Saya reda akhirnya penantian saya berakhir. Namun saya turut sedih hajat untuk meraikan Aidilfitri buat pertama kali bersama suami tidak kesampaian," kata isteri kepada Mohd Zawawi Seman, 36, nelayan yang mayatnya ditemui setelah hilang di laut sejak 21 Jun lalu.

Salihana Zawawi, 29, berkata walaupun reda, namun beliau merasa sedih kerana satu-satunya anak mereka sudah tidak mempunyai bapa pada usia dua bulan.

Beliau berkata beliau menerima panggilan daripada pihak polis mengenai penemuan mayat suaminya pada pukul 6 petang semalam.

Sejurus selepas itu, pihak polis datang ke rumahnya di Kampung Gong Limau, Kemaman dan membawanya ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini untuk pengesahan mayat.

Salihana berkata beliau pada mulanya tidak percaya suaminya telah meninggal tetapi setelah dimaklumkan mengenai penemuan beg pinggang yang mengandungi beg duit, kad pengenalan, telefon bimbit serta kad perkahwinan mereka bersama mayat tersebut, barulah beliau mempercayainya.

Mayat suaminya ditemui terapung di permukaan laut oleh sekumpulan nelayan di perairan Pulau Kapas semalam, setelah suaminya hilang bersama tiga rakan yang lain setelah keluar ke laut di perairan Kemaman.

Menurut Salihana, pada 25 Jun, suaminya ada menelefon adiknya dan memaklumkan mengenai kejadian ribut di tengah laut sebelum perhubungan mereka terputus akibat telefon suaminya dipercayai kehabisan bateri.

"Dua tiga hari sebelum mayat suami ditemui, naluri saya kuat mengatakan dia telah meninggal dunia.

Anak saya juga menunjukkan kelakuan pelik dengan meragam dan tiba-tiba tersenyum," katanya.

Beliau berkata arwah suaminya telah berpesan sebelum turun ke laut supaya beliau menjaga keluarga dan anak mereka dan seakan-akan enggan untuk turun ke laut. - Bernama

Sumber HD - 5-7-2015

1000 ‘Hamper’ Bantu Kurangkan Beban Kehidupan

IMG-20150703-WA0125
Oleh : De Fonso

MARANG – Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Marang, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang hari ini telah merasmikan Program Sinar Ramadhan yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan ini.

Beliau dalam ucapannya mengingatkan para hadirin supaya berlumba-lumba membuat Kebajikan apatah lagi di bulan Ramadhan yang mulia ini.

IMG-20150703-WA0127

“Marilah kita semua berlumba-lumba melakukan Kebajikan di bulan Ramadhan ini kerana ianya adalah kurniaan Allah swt dengan syarat kita beriman”

“Bulan Ramadhan juga adalah bulan yang mengajar kita bersyukur dan bersabar, kita disuruh berpuasa untuk bersabar, kemudian kita berbuka untuk menunjukkan tanda bersyukur kita,”ujarnya
Beliau kemudiannya mengucapkan terima kasih kepada dermawan dan petugas yang menjayakan program kali ini.

“seterusnya saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyumbang-penyumbang dan kepada yang menerima Sama-sama berdoa moga-moga semua diberi ganjaran pahala,”katanya.

Program yang julung-julung kalinya diadakan adalah satu usahasama dengan NGO Marang, bertujuan meringankan beban kehidupan keluarga misin dan fakir dalam kawasan parlimen ini.

IMG-20150703-WA0124


Sebanyak 1000 hamper yang berisi barangan keperluan harian diagihkan kepada golongan yang kurang berkemampuan itu.

Sehubungan itu, Ketua Pemuda PAS Kawasan Marang, Ustaz Sulaiman Sulong berkata program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakan dari seluruh lapisan masyarakat dan mengucapkan penghargaan dan terima kasih.

“Di kesempatan ini saya mewakili DPPKM mengucapkan Jazakumullah khairan kathira kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program kali ini.

Turut hadir di program petang jumaat dan diadakan di perkarangan Pusat Khidmat Masyarakat Kawasan Marang itu ialah Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia  Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi dan Yang DiPertua PAS Marang Haji Yahaya Ali.

Sumber BO - 4-7-2015

Bot Hilang; Pencarian Diteruskan Setiap Hari, Walau ‘Hanya’ Pelampung Ditemui

bot nelayan hilang
KEMAMAN – Walaupun hanya sebuah pelampung penyelamat yang ditemui di lokasi terakhir bot TRF 1078 dilihat, namun menurut ADUN Chukai, Haji Hanafiah Mat, pencarian akan diteruskan.

“Inilah sahaja satu-satunya pelampung yang ditemui dilokasi (terakhir bot itu dilihat) yang biasa digunakan oleh bot yang hilang (itu) sehingga kini dan mungkin inilah sahaja yang boleh dijadikan petunjuk kepada bot malang tersebut,

IMG-20150701-WA0154

“doakan semoga Allah permudahkan urusan mencari yang akan diteruskan,”ujarnya.

Beliau berkata, usaha mencari dan menyelamat beliau bersama waris mangsa yang terlibat, orang-orang kampung serta para nelayan tempatan dijalankan setiap hari.

“Kelmarin, kami keluar dengan sebuah bot bersama 11 orang pelajar pondok, sehingga ke lokasi yang disyaki bot itu hilang,

“kami lakukan solat hajat, baca al-Quran (surah Yasin) dan bermunajat……berterusan, bermula dari jam 9 pagi hingga 3 petang,”jelasnya.

Semalam pula, kata beliau, usaha diteruskan dengan 4 buah bot yang mengguna sistem sonar, namun ia belum diizinkan oleh Allah untuk ditemui.

IMG-20150703-WA0028

“Hari ini (3 Julai) kami meneruskan gerakan mencari dan menyelamat orang hilang di laut dengan bot ‘Duyong’ seramai 18 orang dan bot pukat cerut C2 seramai 8 orang,

“Hari ini turun ke laut bersama ayah kepada Azuari (mangsa) iatu Haji Bakar untuk mencari (sebarang) serpihan bot yang hilang,”kata beliau ketika dihubungi.

Empat nelayan dilaporkan hilang setelah gagal dihubungi sejak 13 hari lalu selepas mereka keluar menangkap ikan bersama bot pukat tunda kelas B di perairan Kemaman di sini.

Kesemua mangsa yang menaiki bot tersebut dikenali sebagai Azuari Muda@Abu Bakar, 41; Mohd Zawawi Seman, 36; Mohd Nasri Ab Wahab, 29; dan Ab Wahab Tekak, 57, berasal dari Kemaman telah keluar ke laut pada pukul 6 pagi 21 Jun lalu.

Sumber BO - 3-7-2015


Pas negeri tumpu rampas Terengganu
Posted on Friday, July 03 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUALA TERENGGANU – Pas Terengganu tidak akan beri tumpuan terhadap ahli-ahlinya yang dikatakan bakal keluar beramai-ramai dari Pas untuk menyertai parti baharu, sebaliknya memfokuskan gerak kerja menumbangkan Umno dan BN di negeri ini pada PRU14.

Pesuruhjayanya, Satiful Bahri Mamat berkata, perancangan dan gerak kerja sedang dilakukan dalam memastikan misi untuk merampas kembali Terengganu tercapai.


“Kita hendak perintah di Terengganu. Masalah sampingan kita rasa sikit, tidak memberi kesan kepada Terengganu.

Fokus kita, hala tuju kita sudah siap dan insya-Allah Ogos ini kita akan menggerakkan momentum rakyat untuk Harap kedua (Himpunan untuk Semua) iaitu di kawasan Dungun,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Terdahulu, beliau menolak kenyataan bahawa ahlinya akan keluar Pas beramai-ramai selepas Aidilfitri ini untuk menyertai parti baharu sebagaimana kenyataan dibuat Pengerusi Pasma Terengganu, Abdul Aziz Abas baru-baru ini.

Beliau yakin perkara itu tidak berlaku kerana sebahagian besar ahli Pas di negeri ini boleh menerima kepimpinan baharu yang mendukung kepimpinan presiden sedia ada, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurutnya, ahli Pas di negeri ini juga disifatkan berjiwa besar untuk terus konsisten dengan perjuangan.

“Terengganu ini.. insya-Allah saya rasa kalau yang keluar itupun orang yang kecewa, yang kecil hati.
“Saya rasa orang Pas berjiwa besar dan boleh menerima perubahan yang berlaku dalam pemilihan Pas,” katanya ketika ditemui di Markaz Tarbiyah Pas Kuala Terengganu, Kuala Ibai, di sini.

Kata beliau, mereka yang dipilih jadi pemimpin oleh 1,200 perwakilan dan pihaknya berharap golongan itu menghargai perwakilan yang mewakili seluruh negara.

Abdul Aziz dalam laporan Sinar Harian 18 Jun lalu mendakwa ramai dalam kalangan penyokong dan ahli Pas termasuk di kawasan Besut menyatakan persetujuan untuk menyertai parti baharu berkenaan.

Saiful merupakan Adun Paka menjelaskan, sehingga kini Pas Terengganu dimaklumkan hanya seorang sahaja ahli Pas yang keluar parti itu untuk menyertai parti baharu iaitu Othman Ismail yang juga Ketua Penerangan Pasma Terengganu.

Sumber TKO - 3-7-2015

Kenaikan harga minyak beban berganda sebelum raya

Bismillah

Sebelum saya mencoretkan kenyataan saya ini, terlebih dahulu, suka saya mengucapkan jutaan terima kasih saya atas lantikan semula saya menjadi Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu bagi kali kedua sesi 2015-2017 ini oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu, YB Ustaz Satiful Bahari Mamat. InsyaAllah saya akan berusaha sedaya mungkin bagi memberikan yang terbaik dalam memikul beban amanah ini. Terima kasih sekali lagi atas kepercayaan ini.

Semalam seperti biasa, kebanyakan stesen minyak dipenuhi dengan deretan kereta yang beratur bagi mengisi minyak “murah” yang terakhir bagi bulan Jun. Dan seperti biasa juga, rakyat sekali lagi terpaksa menelan tindakan oleh kerajaan pilihan mereka untuk menjaga harta rakyat Malaysia ini bagi kesekelian kalinya tanpa jemu menaikkan harga minyak. Inilah kepedihan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat Malaysia yang dengan jelas salah memilih kerajaan yang tidak memperdulikan nasib rakyat. Dalam ketika rakyat terpaksa bertungkus lumus menyesuaikan diri dengan GST yang dijanjikan penurunan harga, tetapi sebaliknya harga semakin naik, juga dikenakan kepada orang miskin, mereka juga terpaksa menerima kenaikan harga global akibat dari kejatuhan nilai ringgit yang mencecah RM3.746 bagi satu Dolar Amerika (ketika kenyataan ini ditulis). Dan sekarang kehadiran masalah baru pula hadir ketika sangat hampir rakyat ingin menyambut Hari Raya Eidulfitri iaitu kenaikan harga minyak sebagai pelengkap bebanan berganda rakyat. Sangatlah diyakini akan harga barang-barang lain juga akan naik, hasil daripada alasan yang sangat biasa iaitu minyak naik, barang naik.

Untuk makluman semua, seperti yang diketahui, bagi sepanjang bulan Jun 2015 harga minyak dunia menunjukkan penurunan dari harga sekitar USD66 setong pada awal Jun kepada harga sekitar USD62 setong di akhir Jun. Dilaporkan juga harga RON95 yang dipadankan kepada harga minyak mentah turut menunjukkan bahawa harga RON95 ditetapkan pada RM1.70 seliter bagi Februari 2015 pada kala harga minyak mentah dunia sekitar USD60 setong. Ini bermakna harga RON95 sepatutnya diturunkan ke arah paras RM1.70 seliter apabila harga minyak mentah dunia menurun ke arah paras USD60 setong seperti yang berlaku di akhir Jun lalu. Tetapi apa yang berlaku, RON95 sekarang selepas kenaikan harga ialah RM2.15, manakala RON97 RM2.55 dan diesel RM2.05.

Inilah hasil daripada kesilapan rakyat yang menyerahkan urusan pengurusan harta rakyat kepada pihak yang tidak peka dengan masalah rakyat. Saya berani membuat bandingan dengan kerajaan pimpinan PR yang telah diperakui oleh badan dari kerajaan sendiri akan ketelusan pengurusan mereka keatas harta rakyat. Boleh kita lihat Laporan Audit Negara sebagai contoh. Tidak dinafikan ada sedikit kesilapan mengurus, tetapi jauh lebih teruk dengan kesilapan mengurus kerajaan Umno-BN yang saban tahun dan seperti tidak pernah mahu berhenti dari membuat kesilapan, ketirisan dan penyelewengan. Yang pastinya, rakyat yang akan menanggung kesan kesalahan ini. Dengan hutang negara yang semakin bertambah, saya tidak yakin kita boleh bertahan jika beginilah cara pengurusan harta rakyat dibuat.

Tidak puas dengan itu, sang menteri pula berkata, kerajaan tidak akan mengumumkan lagi kenaikan harga minyak pada setiap akhir bulan seperti yang dilakukan sekarang. Bermakna, rakyat hanya akan tahu harga minyak naik atau tidak pada setiap bulan apabila jam menunjukkan tepat 12 malam pada hari pertama bulan baharu. Alasan yang diberikan oleh pengusaha stesen minyak pula, kebanjiran kereta pada setiap kali pengumuman kenaikan harga minyak, mengganggu operasi stesen mereka.

Lihatlah, sehinggakan tindakan rakyat untuk menjimatkan sedikit wang mereka juga dihalang oleh kerajaan yang tidak bertimbang rasa ini. Lihatlah dengan mata hati anda akan perlakuan sebuah kerajaan yang sepatutnya mengagihkan kekayaan negara ini kepada rakyat, sebaliknya rakyat pula yang dibebankan dan kekayaan itu berlegar di sekitar pimpinan sahaja. Bertindaklah wahai rakyat, sebelum terlambat dan yang menanggung akibat yang buruk tidak lain adalah anak cucu kita.

Wallahua’lam.

YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Penerangan PAS Terengganu
15 Ramadhan 1436 bersamaan 2 Julai 2015




Sumber FBPP - 2-7-2015

‘Islam Progresif’ Konotasi Minda Terjajah

1432351468046-1024x1024
Oleh : Dr. Abu ‘Ali Hussaini

Di dalam Islam tidak ada istilah ‘progresif Islam’ atau ‘progressive Muslim’ atau ‘moderate Islam’ atau ‘moderate Muslim’ atau ‘Islam demokrat’ atau ‘democrate Muslim’.

Begitu juga tidak ada ‘fundamentalis Islam’ atau ‘Muslim fundamentalist’ dan juga ‘conservative ‘Islam konservatif atau ‘conservative Muslim’ serta ‘Islam ektremis’ atau ‘Muslim extremist’ atau ‘fanatic Islam’ atau ‘fanatik Muslim’.

Semua istilah ‘Barat’ ini membawa konsep sekular iaitu konsep yang memisahkan ‘habluminallah’ (hubunga dengan Allah) dari urusan kehidupan.

Orang yang mendakwa mereka adalah ‘progresif’ atau ‘moderat’ atau ‘konservatif’ atau ‘demokrat’ adalah orang yang masih dalam kekangan pemikiran sekular dan berjiwa secular, biar pun mereka sendiri ‘mungkin’ berada dalam wadah gerakan Islam.

Mereka memiliki ‘inferiority complex’ (rasa rendah diri) dalam diri mereka kerana terpaksa menumpang istilah dan konsep barat untuk memposisi (meletakkan) dan mempertahankan diri serta pendirian mereka agar dilihat relevan dengan suasana kontemporari.

Pada hakikatnya mereka adalah ‘losers’ atau orang yang tewas dalam mempertahan jatidiri sebagai seorang muslim yang bersih dari jalur pemikiran sekular; lantas mereka menjadi defensif dan terpaksa mendakwa mereka ‘ kononnya maju’ seperti orang barat dan dilihat orang ‘berpelajaran tinggi’.

Inilah sindrom pemikiran manusia yang pernah dijajah oleh kuasa Barat, atau dipanggil sebagai istilah ‘the captive mind’.

Sedang di dalam Islam itu, ‘maju’ bermakna menuju ke arah kesempurnaan dalam mencari reda Allah, bukan reda sesiapa.

Nabi SAW bersabda yang maksudnya, Allah Ta’ala kasih kepada orang yang beramal serta berusaha ke arah menyempurnakan amalnya.

Rasulullah SAW bersabda lagi, “hari ini mesti lebih baik dari semalam dan esok mesti lebih baik dari hari ini”.

liberalisme-can-u-find

Dan seterusnya, Nabi bersabda, Allah Taala kasih kepada orang yang beramal walaupun sedikit tetapi istiqamah (consistent) dalam amalnya.

Hadis hadis ini menunjukkan amal dan kesempurnaan amal adalah tuntutan iman. Dan proses ke arah kesempurnaan itu ada kaedahnya.
Ia juga menunjukkan betapa istiqamah atau ‘consistency’ membawa kepada mutu atau kualiti yang lebih baik. Kalau diterjemah dalam ilmu pengurusan termasuk TQM, ia diungkapkan dengan ‘consistency determines quality’ (istiqamah menentukan nilai).

Jepun memperkenalkan konsep kaizen atau ‘continuous improvement’ atau pembaikan berterusan selepas Nabi Muhammad SAW menyebutnya 1400 lebih dahulu.

Konsep progresif barat tidak mesti baik dan tidak mesti maju yang selari dengan Islam, atau tidak mesti mendapat reda Allah, apatah lagi apabila ada manusia ‘progresif’ cuba mewujudkan suasana tidak sihat dalam komuniti ummah akibat kehilangan jawatan dan kedudukan dalam tanzim yang pernah dianggotainya sebelum ini. Ini bukan ‘progressive’ tetapi ‘regressive’ dan ‘destructive’.
Di dalam konteks ‘consistency determines quality’ ada elemen ketelusan dan ketekalan.

Islam menganjurkan ‘consistency determines quality’ dalam semua aspek kehidupan. Islam mewajibkan RUKUN pada iman, solat, puasa, zakat, haji, nikah, muamalat dll bagi memastikan berlakunya ketelusan dan ketekalan dalam amal. RUKUN ini adalah sama di seluruh dunia Islam. RUKUN ini adalah standard.

Hari ini orang menggunakan istilah ISO9000 sebagai satu standard atau prosidur kualiti atau manual kualiti bagi memastikan berlakunya ketelusan dan ketekalan agar konsistensi itu dapat menghasilkan output yang berkualiti. Inilah STANDARD atau RUKUN. Solat yang tidak ikut Rukun 13 adalah tidak berkualiti. Nikah yang tidak ikut rukun akan terbatal.

Dalam bahasa pengurusan moden apa jua yang tidak ikut standard atau rukun disebut sebagai ‘non-compliance’ dan dengan demikian, ‘output’ itu; dianggap tidak berkualiti dan cacat atau ‘defect’. Barang cacat boleh ditolak.

Oleh itu, hakikatnya progresif pada kacamata barat ialah ‘break the routine’ atau, bebas dari kelaziman. Kalau yang lazim itu datang dari Al Quran dan Sunnah, maka progresif ini akan membuat percubaan membebaskan dirinya dari kelaziman. Di dalam jamaah bersandarkan kepada perlembagaan yang berpaksikan al Quran dan Sunnah, pastinya ada fikrah dan tindakan pemimpin dan ahli diikat dengan peraturan dan prosidur yang telah digariskan oleh jamaah.

Hanya ahli yang beretika, bermaruah dan berakhlak sahaja yang boleh berpegang kepada peraturan dan prosidur jamaah. Mereka yang melanggar peraturan dan prosidur kualiti atau cuba membebaskan diri dari kelaziman ini boleh membawa kepada kecacatan dan kemusnahan dalam jamaah atas nama progresif barat.

Rumusan yang kita boleh buat di sini ialah Islam sentiasa maju, berkualiti dan dinamis dalam acuan RUKUN atau standard yang digariskan oleh Allah dan Rasul sebagai pesuruh Allah. Membebaskan diri dari landasan ini atas nama ‘progressive’ mengikut kacamata barat membawa hakikat bahawa ia adalah ‘regressive’ dan ‘destructive’. Output atau produk yang cacat akan ditolak oleh pengilang tapi masih boleh dijual di gudang ‘reject shop’ dengan harga yang lebih rendah.

Itulah harga diri orang yang mendakwa diri mereka progresif atau apa jua istilah yang berkiblatkan fahaman barat. Selagi mana orang orang ini tidak kembali kepada rukun atau standard yang berpaksikan kepada al Quran dan sunnah, selagi itulah mereka akan terperangkap dalam keghairahan dan kegilaan mereka terhadap pangkat, kedudukan dan pujian dari manusia. Moga Allah beri petunjuk kepada mereka untuk kembali ke jalan yang benar.

***Dr. Abu ‘Ali Hussaini adalah bekas aktivis MISNA dan kini seorang akademis.


Sumber BO - 2-7-2015

1,657 Kemalangan Melibatkan 50 Kematian Sejak LPT Dibuka

HULU TERENGGANU, 24 Mei -- Sebuah kereta KIA Spectra hangus terbakar selepas dirempuh sebuah lori di Kilometer 386.6 Lebuhraya Pantai Timur 2 pada 4.30 petang tadi.
Kejadian itu menyebabkan empat rentung termasuk dua kanak-kanak.
--fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA
KUALA TERENGGANU – Pemandu mengantuk atau cuai, pencerobohan haiwan, berhenti di lorong kecemasan, jalan rosak, tenggelam atau berlopak air, adalah sebab-sebab utama kemalangan dan kematian di Lebuh Raya Pantai Timur Fasa II.

Timbalan Ketua Polis Negeri Datuk Rosli Abdul Rahman berkata majoriti ‘kemalangan maut’ berlaku antara tengah hari dan 4 petang, di lokasi antara KM370-KM390, antara Ajil dan Bukit Besi.

Manakala kebanyakan kemalangan berlaku antara tengah malam dan jam 6.00 pagi di sepanjang lebuh raya itu.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita30/LPT2banner.jpg

Beliau berkata sejak pembukaan lebuh raya pada tahun 2011, sebanyak 1,657 kemalangan yang melibatkan 50 kematian telah berlaku di sepanjang 184km lebuh raya yang merentangi Jabor di Kemaman hingga ke Gemuruh di Kuala Terengganu.

Beliau berkata bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini sahaja, terdapat 16 kematian daripada 385 kes sepanjang hamparan jalan melalui Kemaman, Dungun, Terengganu Hulut dan daerah Kuala Terengganu.

“Kesalahan pandu laju kira 237 kes (61.6 peratus), diikuti dengan 38 kes (9.9 peratus) untuk rasa mengantuk dan melanggar bahagian belakang kenderaan, manakala 34 kes (8.8 peratus) kemalangan berkenaan melibatkan haiwan liar.

” Peratusan baki terlibat kemalangan berikut tayar pancit atau menanduk ke dalam lembu, “katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat polis negeri di Jalan Sultan Omar.

Beliau menasihatkan pengguna jalan raya untuk mematuhi peraturan lalu lintas dengan tidak memandu laju, berhenti di lorong kecemasan dan memandu secara melulu.

” Dapatkan rehat yang cukup, tidur dan makanan sebelum anda berlepas. Juga, mengambil rehat apabila anda memandu jauh untuk mengelakkan keletihan,”saran beliau.

Sumber BO - 2-7-2015

YDP Kemaman Ziarah Keluarga Nelayan

mangsa bot hilang3
Oleh : Mohd Tishaah

KEMAMAN – Kehilangan sebuah bot pukat tunda bersama empat nelayan sejak 10 hari lepas terus menjadi igauan dan menghantui kehidupan keluarga mereka.

Bagi memberi sokongan, Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan kemaman, Ustaz Alias Abdul Hamid mengunjungi keluarga mangsa bot hilang untuk bertanya khabar dan menyampaikan sumbangan kewangan dan barangan keperluan asas.

mangsa bot hilang1

Abdul Wahab tekak, 57 tahun pemilik bot dan taikong bot beserta 3 orang awak-awak, Azuari Muda, 41 tahun, Mohd Nasri Abdul Wahab, 30 tahun dan Mohd Zawawi Seman, 36 tahun, masih belum ditemui dan tiada khabar berita meskipun pelbagai usaha telah dan sudah dijalankan.

Turut bersama rombongan pas kawasan kemaman ialah Setiausaha PAS Kawasan, Mohd Hafiz Adam, Naib YDP Ustaz Hazri Jusoh, Ketua Pemuda Ustaz Ramlan Mahmood.

Semoga keluarga mangsa bersabar dengan ujian dariNya ini dan mangsa akan kembali ke pangkuan keluarga dengan selamat.

Sumber BO - 2-7-2015

Bot Hilang Di Lautan; Pencarian Masih Buntu, Harap Keluarga Bersabar

hanafiah cari bot
KEMAMAN – Tiada petunjuk kuat ditemui dalam kerja pencarian selama tiga jam ke atas empat nelayan pukat tunda yang hilang di lautan sejak lima hari yang lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Haji Hanafiah Mat berkata, ia masih buntu walaupun kerja-kerja mencari dan menyelamat diperhebatkan dengan menggunakan enam buah kapal dan bot.

Beliau berkata, pencarian akan dilakukan secara lebih meluas esok dengan disertai oleh para nelayan yang turun ke laut dan berharap keluarga yang terlibat bersabar.

hanafiah cari bot1

“Bagaimanapun, saya harap semua keluarga mangsa tabah hadapi ujian pada Ramadan ini. saya akui ini saat paling sedih buat keluarga, namun jangan putus asa dan teruskanlah lakukan solat hajat.

“Saya percaya kesemua mereka masih selamat, cuma kita perlu perluaskan lagi kawasan pencarian. Kita harap esok (hari ini) lebih ramai orang ke laut (nelayan) akan turun mencari bersama-sama,” kata beliau ketika ditemui selepas mengetuai kerja-kerja mencari dan menyelamat yang bermula jam 11 pagi, Selasa 30 Jun.

Usaha menyelamat itu digerakkan melibatkan dua buah kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), dua buah bot nelayan, sebuah bot Polis Marin dari Kuala Terengganu dan sebuah bot laju dengan kekuatan hampir 100 anggota penyelamat serta orang awam.

Turut bersama Penolong Setiausaha PAS Terengganu itu adalah anggota Polis Marin Kerteh, Koperal Che Izani Che Hassan, dan pemilik bot Rosli Mohd Noor.

Menurutnya, kawasan pencarian adalah di laluan biasa dilalui bot kelas B TRF 1078 mangsa yang hilang membabitkan jarak lapan batu nautika dari Pantai Chendor, Pahang selain bot turut bergerak ke arah Pantai Teluk Kalong.

IMG_20150629_215902

“Usaha mencari agak mencabar kerana agin kuat selain berdepan gelombang setinggi kira-kira 0.6 meter yang sedikit sebanyak menyukarkan kerja-kerja pemerhatian di permukaan laut untuk melihat sama ada terdapat objek terapung yang boleh menjadi ‘alamat’ (clue),”ujarnya

Kira-kira jam 12 tengah hari, sebuah bot nelayan kelas B milik nelayan Tionghua dari Kuantan ditemui di berdekatan kawasan bot yang hilang dilihat kali terakhir dan turut mengakui melihat bot itu.

Mereka yang masih tidak ditemui adalah terdiri daripada tekong, Ab Wahab Tekak, 57, dan awak-awak bot malang berkenaan iaitu anak Ab Wahab, Mohd Nasri, 30; Azuari Muda@Abu Bakar, 41; dan Mohd Zawawi Seman, 36,

Kesemua empat mangsa yang turun ke laut pada 21 Jun didapati hilang dan tidak dapat dihubungi sejak Jumaat lalu selepas enam hari berada di laut untuk menangkap ikan.

Sumber BO - 1-7-2015


Halwa Rhu Rendang Imarahkan Ramadhan

IMG-20150629-WA0026
Oleh : NHA

MARANG – “Banyak program yang kita susun di bulan Ramadhan ini bagi mengisi dan mengimarahkan bulan mulia ini selain tanggungjawab utama……. memasyarakatkan PAS,”ujar Ketua Halwa DUN Ru Rendang, Puan Azizah Mohd Yusof.

Sepanjang Ramadhan ini, Halwa DUN akan turun ziarah bersama isteri ADUN RU RENDANG sebagai wakil ADUN, selain program khusus bantuan sumbangan Ramadhan dan Aidilfitri.

Program-program tersebut merupakan aktiviti wajib setiap Ramadhan bagi mendekati warga di kawasan terbabit.

“Sebagai dun yang diwakili Presiden PAS ini, sudah tentu setiap jentera mesti memainkan peranan penting sebagai pembantu dan penggerak parti”

“Sumbangan yang diberikan walau tidak seberapa, namun itu adalah tanda ingatan dan cakna kami kepada masyarakat. Selain duit, barangan keperluan harian turut kita sampaikan kepada mereka yang memerlukan “, ujar Puan Azizah lagi.

IMG-20150629-WA0018

Terbaru, Halwa Dun telah mengadakan ziarah ke rumah seorang wanita mangsa kemalangan di Kampung Gong Beris. Mangsa yang mengalami patah tulang belakang tersebut tidak dapat bangun dan keadaannya masih tidak stabil.

Ziarah tersebut dihadiri oleh isteri Tuan Guru Presiden, Dr Norzita Taat, serta diiringi Ketua Kebajikan DUN dan beberapa orang pimpinan muslimat dun.

“Pada Sabtu yang lepas pula, kita telah berjaya mengadakan program wajib kita iaitu program Mahabbah bersama Tok Guru. Setiap penerima menerima sejumlah duit raya,

“Alhamdulillah, sumbangan dari cawangan dan orang perseorangan untuk menjayakan program tahunan ini amat memberangsangkan,

“Dengan memberi, kita dapat membantu meringankan beban orang lain selain merapatkan ukhuwwah di kalangan muslimat dan Adun kita,” sambung Azizah lagi.

Satu lagi program anjuran Halwa DUN iaitu ‘Small kindness’ bersama isteri ADUN Rhu Rendang juga diadakan seperti biasa. Seramai 3 orang yang terpilih untuk setiap cawangan telah disampaikan sumbangan hamper dan barangan keperluan harian.

“setiap kali Ramadhan (dan bulan-bulan lain juga) Halwa Dun akan turun dan bergerak aktif dengan aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan ini.

“Kita mahu bersama rakyat dan selami kesusahan mereka. Walau kami bukannya orang senang, tapi atas dasar ihsan dan tanggungjawab kami turun membantu seadanya,” tambah Azizah.

Menurut beliau lagi, lebih banyak lagi aktiviti disusun sepanjang Ramadhan ini akan dilaksanakan hingga ke penghujungnya.

Selain itu, beliau berharap agar mereka yang ditimpa kesusahan dan kesakitan agar segera sembuh. Halwa dun akan terus giat menjalankan aktiviti mereka tanpa jemu dan lebih semangat lagi

Sumber BO - 30-6-2015

Bot Nelayan Dikhuatiri Hilang: ADUN Chukai Akan Turun Ke Laut

IMG_20150629_215902
KEMAMAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai Haji Hanafiah Mat berkata, beliau akan turun ke laut, bagi membuat tinjauan berikutan kejadian sebuah bot nelayan yang tidak pulang, sejak Jumaat lalu.

“esok ambe akan turun sendiri dengan kekuatan sebuah bot dan tiga buah sampan serta sebuah bot ‘taxi laut’,”ujar beliau ketika dihubungi

Menurutnya sebuah bot nelayan bersama empat ‘awak-awak’ yang keluar menangkap ikan di sekitar perairan Pantai Geliga dikhuatiri hilang di laut selepas tidak pulang dan gagal dihubungi sejak tiga hari lalu.

“Kesemua yang berada diatas bot tersebut mempunyai pertalian keluarga iaitu Azuari Muda @ Abu Bakar, 41; Mohd Zawawi Seman, 36, dan tekong bot, Abdul Wahab Tekak, 57, serta anaknya, Mohd Nasri Abdul Wahab, 29,

IMG-20150628-WA0072

“Kali terakhir menurut maklumatnya, mereka dilihat sedang menangkap ikan dalam jarak lebih kurang enam batu nautika daripada Pantai Geliga, petang Jumaat lalu,”kata beliau.

Namun, lebih enam jam kemudian iaitu kira-kira jam 12.30 tengah malam kesemua mangsa gagal dihubungi oleh ahli keluarga dan mereka tidak pulang sehingga pagi Jumaat.

Bapa Azuari, Muda@Abu Bakar Salleh, 67, berkata, berikutan gagal dihubungi dia bertindak mencari di jeti Kampung Geliga kira-kira jam 7 pagi namun hampa apabila pemilik jeti tempat bot anaknya itu berlabuh memberitahu bot yang dinaiki anaknya itu tidak muncul.

“Namun hingga ke pagi semalam (Sabtu), bot itu tetap tidak sampai-sampai jadi saya minta tolong pemilik bot laju dan dia pergi meninjau sekitar kawasan bot anak kali terakhir dilihat iaitu enam batu nautika dari Pantai Geliga.

“Tapi kelibat bot tidak ditemui jadi saya buat laporan polis pada jam 11.30 pagi di Balai Polis Chukai untuk mohon bantuan,” katanya dilaporkan akhbar Sinar Harian.

Susulan itu, operasi mencari dan menyelamat mangsa segera dilancarkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) mula dilancarkan petang semalam menggunakan dua buah Kapal Maritim (KM) iaitu KM Kilat dan KM Gemia dengan tumpuan kerja mencari dilakukan di sekitar kawasan yang dipercayai tempat biasa bot berkenaan menangkap ikan.

Usaha mencari dipergiatkan lagi apabila sebuah bot nelayan yang diketuai seorang tekong dan 11 awak-awak mula bergerak ke laut kira-kira jam 9.30 pagi tadi dengan membawa bersama bekalan makanan untuk tempoh seminggu bagi membantu pihak Maritim mencari bot malang berkenaan.

Sumber BO - 29-6-2015

Ibu Maut, Anak Parah Selepas Motosikal Dirempuh Pacuan Empat Roda


DUNGUN, 28 Jun (Bernama) -- Seorang wanita maut manakala anaknya parah selepas motosikal yang mereka naiki dirempuh sebuah pacuan empat roda dalam kejadian di Kilometer 71.6, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhampiran Sekolah Kebangsaan Pulau Serai, di sini Ahad.

Dalam kejadian 7.05 pagi itu, Juzalina Johari, 37, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan anggota badan.

Ketika kejadian, ibu kepada empat cahaya mata ini dalam perjalanan menghantar dua anaknya Nur Effy Elysha Azmi Sham, 8, dan Muhammad Shah Ikhwan Azmi Sham, 12, yang menuntut di sekolah berkenaan.

Bagaimanapun ketika tiba di tempat kejadian, pacuan empat roda jenis Isuzu Dmax yang dipandu pemuda berusia 23 tahun dari arah Kuantan menuju ke Kuala Terengganu telah hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh motosikal yang dinaiki tiga beranak tersebut.

Susulan rempuhan tersebut mengakibatkan murid perempuan darjah dua itu mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan kaki manakala abangnya hanya cedera ringan pada bahagian tangan.

Pemandu kenderaan empat roda itu yang berasal dari Kampung Seberang Baruh Kiri, Kuala Terengganu turut mengalami kecederaan di bahagian dada dan bahu.

Bapa mertua mangsa Mahmad Jusoh, 61, berkata menantunya itu telah berjanji untuk menemaninya menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Dungun hari ini.

"Semalam mereka sekeluarga datang berbuka puasa di rumah kami di Kampung Seberang Pintasan dan sempat menyediakan ikan bakar sebagai juadah berbuka. Sebelum pulang ke rumahnya dia berpesan untuk menjemput saya pada 7.30 pagi.

"Pagi tadi saya tunggu dia sampai 7.40 namun tidak muncul-muncul sebelum adik saya datang ke rumah dan memaklumkan menantu dan cucu saya terlibat dalam kemalangan," katanya ketika ditemui pemberita di Rumah Mayat Hospital Dungun.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Dungun Supt Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi Bernama mengesahkan insiden tersebut.

Katanya mayat mangsa yang berasal dari Pulau Serai itu dihantar ke Hospital Dungun untuk dibedah siasat manakala kesemua mangsa yang cedera juga turut menerima rawatan di hospital sama.

"Anak perempuan mangsa terpaksa dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu kerana kecederaan parah bagi mendapatkan rawatan lanjut," katanya.

-- BERNAMA / HD - 28-6-2015














































































































































Umno Belum Sedia Laksana Hudud Di Terengganu

sidang media 25 jun 15
KUALA TERENGGANU – PAS Terengganu memggesa Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak menjadikan perlaksanaan hukum hudud sebagai satu isu politik tidak dijadikan isu politik kerana tiada kesungguhan oleh kerajaan negeri yang berkuasa untuk melaksanakan syariah Allah itu.

Pesuruhjayanya, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, sehingga kini beliau tidak melihat sebarang tindakan yang boleh membuktikan kerajaan negeri benar-benar bersedia ke arah itu.

Satiful

Menurutnya, Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman hanya bercakap kosong tentang perlaksanaan Enakmen Jenayah Syariah yang telah diluluskan, kerana tiada sebarang peruntukan kewangan oleh kerajaan.

Katanya, pembentangan bajet pada hujung tahun lalu juga turut menjelaskan sikap kerajaan negeri apabila tiada peruntukkan khusus untuk memperkukuh pelaksanaan syariah di Terengganu.

“Jadi, saya tidak mahu dijadikan isu politik sahajalah. Tidak ada kesungguhan daripada kerajaan negeri untuk benar-benar melaksanakan enakmen tersebut.

“Pelaksanaan ini bawah bidang kuasa kerajaan negeri, mahkamah dan sebagainya. Kuasa tersebut ada pada pemimpin Umno peringkat Pusat dan juga di peringkat negeri. Jadi apa sebenarnya kerjasama yang dia nak daripada kita?

“Kalau dia kata hendak kita sokong dalam dewan, memang undang-undang itu sememang dibentangkan zaman Pas, sudah diwartakan zaman kita. Kalau kata hendak beri penerangan kepada rakyat, saya rasa belum pun kita memerintah, sejak Kelantan (meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan) tahun 1993 dah mewar-warkan, sudah kita beri penerangan kepada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat kali pertama Badan Perhubungan PAS Terengganu di Markaz Tarbiyah PAS Kuala Terengganu, Kuala Ibai, pada Khamis 25 Jun.

Media sebelum ini melaporkan Umno Terengganu bersedia bergabung dengan PAS dalam menguatkuasakan hukum hudud, bagaimanapun Razif berkata, ia perlu terlebih dahulu melihat kejayaan Kelantan berkaitan pelaksanaan hukum itu.

Oleh itu, Ustaz Satiful menyifatkan Umno sebagai tersepit ketika ini bersikap seolah-olah menyokong hudud sambil mengingatkan bahawa Umno perlu membuktikan perkara itu melalui sokongan terhadap pembentangan Rang Undang-Undang Persendirian di Parlimen kelak.



Adun Paka itu memberitahu bahawa pentadbiran kerajaan negeri berada di bawah BN dan sekiranya mereka benar-benar hendak melaksanakan hukum hudud, tiada apa yang perlu ditangguhkan.

Jelasnya, ia bukan melibatkan hukuman takzir semata-mata, sebaliknya tumpuan perlu diberikan kepada hukuman hudud dan kisas yang sehingga kini memperlihatkan Terengganu belum ada keberanian melaksanakan secara keseluruhan enakmen yang diwartakan pada 2001.

“Kita hanya tengoklah sepanjang ALLAH Taala beri amanah kepada dia, sejauh mana dia berjaya memartabatkan pelaksanaan syariah di Terengganu sendiri. Saya rasa orang tidak persoalkan keikhlasan, kesungguhan PAS cuma orang tanya sejauh mana Umno itu ikhlas untuk melaksanakan (hudud),” katanya.

Sumber BO - 26-6-2015

Senarai Penuh Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) Sesi 2015-2017

IMG-20150625-WA0035
Mesyuarat Kali Pertama Sesi ini yang diadakan di Markaz Tarbiah PAS Kuala Terengganu pagi tadi telah mempersetujui senarai penuh Ahli-ahli Jawatankuasa dan Potfolio, Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) Sesi 2015-2017, seperti berikut;

Pesuruhjaya (PJ): YB Ustaz Satiful Bahri Mamat
Timb PJ 1: YB Dr Alias Razak
Timb PJ 2: Hj Yahaya Ali
Tim PJ 3: Dato’ Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh

Setiausaha: Hj Muhyidin Abdul Rashid
Pen. SU1: Zakaria Dagang
Pen. SU2: Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah
Pen. SU3: YB Hj Hanafiah Mat

Bendahari: Cg M. Shukrimun Shamsudin

Ketua Penerangan: YB Ustaz Mohd Nor Hamzah

Pengarah P/raya: YB Ustaz Ariffin Deraman

AJK:
1. Dr Azman Ibrahim
2. Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani
3. Sdra Kamaruzaman Abd Wahab
4. Hjh Zarani Othman
5. Sdra Mohamad Yasin Muda
6. YB Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali
7. Ust Dr Abu Bakar Abdullah

KETUA-KETUA LAJNAH
1. Politik & Praya: YB Ust Saiful Bahri Mamat
2. Tarbiyah & Perkaderan: YB Ust Saiful Bahri Mamat
3. Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar & Hal Ehwal Orang Asal: YB Dr Alias Razak
4. Hal Ehwal DUN: YB Dr Alias Razak
5. Badan Penggerak Demokrasi & Mobilisasi: Hj Yahaya Ali
6. Lembaga Pembinaan Kompleks PAS: Hj Yahaya Ali
7. Pusat Pengurusan Kecemasan & Bencana: Hj Yahaya Ali
8. Ekonomi & Pengembangan Usahawan: Dato’ Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh
9. Lembaga Pemerkasaan Parti: Hj Muhyidin Abdul Rashid
10. Pengurusan Harta PAS: Cg M. Shukrimun Shamsudin
11. Penerangan & Hubungan Media: YB Ust Mohd Nor Hamzah
12. Dakwah, Kesenian & Kebudayaan: Ust Azman Shapawi Abdul Rani
13. Pendidikan: Ust Dr Abu Bakar Abdullah
14. Pekerja & Pengguna: YB Ust Wan Hassan Mohd Ramli
15. Kebajikan & Kemasyakatan: Dr Azman Ibrahim
16. Asas Tani & Alam Sekitar: Ust Shaharizukirnain Abd Kadir
17. Undang2: Kamaruzaman Abd Wahab
18. Perpaduan Nasional: YB Hj Hanafiah Mat
19. Arkib & Persejarahan: Ust Wan Sukairi Wan Abdullah
20. Jabatan Praya: YB Ust Ariffin Deraman
21. Jabatan IT: Hj Mohamad Iszeham Mat Ali
22. Institut Kajian Polisi: Dr Mohamad Khazani Abdullah

Sumber BO - 25-6-2015















































































































































Perompak wang simpanan rakyat

| .

APAKAH persamaan di antara Tabung Haji, Kumpulan Wang Pencen Rakyat, FELDA dan MARA? Mereka merupakan institusi yang diwujudkan khas bagi membantu rakyat yang miskin dan  yang sepatutnya diberi bantuan. Apakah persamaan yang lain? Sejak kebelakangan ini telah tersebar laporan berita bahawa individu-individu yang sangat berkuasa  dan sangat berkepentingan dalam kerajaan telah menunjukkan minat dan kecenderungan yang tidak amanah dengan bertujuan untuk mendapatkan wang simpanan yang dimiliki oleh institusi-institusi tersebut. Sangat bersesuaian dengan kata pepatah ‘harapkan pagar, pagar makan padi’ dan ditambahkan lagi dengan sikap ‘tutup sebelah mata’ oleh pihak berkuasa tertinggi yang berperanan sebagai pihak yang melantik mereka. Senarainya adalah seperti berikut :-

1) Tabung Haji sebelum ini telah dilaporkan terlibat dengan pembelian sebidang tanah di Sungai Besi yang penuh dengan kontroversi yang dibeli dari 1MDB dengan harga RM 2,700 kaki persegi, di mana hakikat sebenar ianya diperolehi dari milik pihak Kerajaan dengan harga hanya RM 65 kaki persegi. Walaupun Ketua Pengarahnya menjelaskan bahawa tanah tersebut akan dijual semula bagi tujuan meraih keuntungan dalam masa 2 minggu, namun tidak kedengaran sebarang berita mengenainya walaupun setelah lebih 2 bulan selepas itu.

2) Kumpulan Wang Pencen Rakyat pernah membeli aset berharga RM 4 billion yang telah dilaburkan ke atas sebuah perlombongan arang batu di lokasi terpencil Negara Mongolia, di mana terdapat beberapa dakwaan bahawa nilai transaksi sebenar adalah hanya RM 400 juta !

3) FELDA juga pernah terlibat dalam aktiviti pembelian sebuah Hotel berprestij di London yang bernilai ratusan juta pound sterling, dan transaksi pembelian ini telah melibatkan seorang anak kepada seseorang individu yang sangat senior dan berpengaruh dalam pihak Pengurusan yang menjadi orang tengah transaksi tersebut. Berdasarkan aduan awam, pihak berkuasa gagal menemui apa-apa kesalahan, malah turut gagal mengesan sebarang kaitan terhadap konflik yang berkepentingan dikatakan wujud terhadap hubungan ayah dan anak lelaki tersebut, walaupun umum tahu ada ‘conflict of interests’.

4) Terkini, MARA membuat pembelian sebuah asset hartanah di Melbourne, Dudeley House untuk kediaman para pelajar tajaannya, namun dikesan telah melibatkan anak lelaki kepada pegawai tertinggi MARA. MARA sebenarnya sudah membayar AUD 22.5 juta dan menurut laporan yang dikeluarkan oleh akhbar The AGE of Australia, terdapat perbezaan amaun terlebih bayar sebanyak AUD 4.75 juta yang kemudiannya telah diarahkan untuk memasukkan jumlah tersebut ke dalam satu akaun di Singapura sebagai “penghargaan” kepada pihak tertentu dari Malaysia.

Soalan utama, sebagai seorang warga negara yang patuh membayar cukai, bahawa kami ingin mengetahui pertimbangan kriteria apakah dan bagaimana para pengerusi, ahli Lembaga pengarah dan pihak pengurusan senior untuk kesemua institusi tersebut di pilih dan di lantik ?  Adakah latar belakang professional, integriti dan rekod kecemerlangan peribadi telah dipertimbangkan sewajarnya? Atau adakah semata-mata pertimbangan politik dan melibatkan pengaruh individu yang sangat berkepentingan.

Anak seorang Dato’ pengurus tinggi MARA terlibat dalam penipuan MARA ini. Sudah tentulah dalam kesemua pengurusan jual beli utama, melibatkan kes FELDA dan MARA, seseorang yang berpangkat Datuk yang berpengaruh adalah merupakan orang yang memegang kunci utama dan sementara mereka memegang kedudukan tersebut mereka membawa masuk dan melibatkan anak-anak mereka untuk sama-sama menyertai latihan bekerja penipuan. Para belia muda seperti mereka inilah memungkinkan bakal menjadi seorang Dato’ juga pada masa akan datang dan kelak mewarisi bakat penipuan yang dimiliki oleh ayah-ayah mereka serta mempunyai pengaruh besar untuk membuat sebarang keputusan. Inilah sebenarnya bagaimana sebuah figura korporat Bumiputera dapat dicambah tunaskan sambil dibimbing oleh ayah mereka.

Sedihnya, orang kampung Melayu yang menetap di pedalaman yang bergantung sepenuhnya pada MARA, FELDA, TABUNG HAJI dan KUMPULAN WANG PENCEN adalah merupakan golongan sasar berpendapatan sederhana dan berpendapatan rendah yang terus setia memberi sokongan tanpa berbelah bahagi terhadap kepimpinan Kerajaan pada masa sekarang.  Sekiranya pencurian wang dalam Kementerian Kewangan masih tidak mencukupi, atau mungkin simpanan di dalamnya sudah hampir kosong, maka wang simpanan hakmilik rakyat yang miskin pula turut dirampas.  Integriti, pengurusan pentadbiran dan suara hati tidak lagi menjadi pegangan utama atau yang sepatutnya terkandung dalam fikiran para pencuri dan perampas tersebut, malah mereka tanpa ada sifat malu dan rasa bersalah sekali pun.   Mereka bukan sahaja menipu dan merampasnya dari keturunan Melayu sama seperti mereka jua,  malah mereka juga tidak ragu-ragu untuk merompak wang simpanan dalam FELDA dan MARA yang menjadi harapan besar bagi golongan Bumiputera,  sama seperti nasib Tabung Haji yang mana penyimpannya yang terdiri daripada orang kampung yang sanggup menyerahkan wang simpanan seumur hidup mereka semata-mata mahu menyempurnakan niat menjejakkan kaki di Tanah Suci Mekah.  Berapa rendahnya nilai moral mereka!

Sementara Ahli Majlis Tertinggi Politik Negara berterusan dan bercadang mahu mengurniakan pelbagai pangkat serta darjah kebesaran ke atas pengurusan tertinggi mereka, malangnya dalam masa yang sama mereka juga berterusan merampas wang dan berhabis-habisan menggunakan harta dalam simpanan kerajaan. Sampai bilakah kita sepatutnya belajar mengambil iktibar dan sampai bilakah ia akhirnya akan berhenti ?  Kerajaan dan Negara mesti bangun dan bangkit segera, melainkan kita sendiri mahu membiarkan mimpi ngeri ini berterusan dan bermaharajalela!  Jangan menuding jari menyalahkan orang lain, salahkanlah diri sendiri ke atas segala kesuraman, malapetaka dan mimpi ngeri yang bakal ditanggung dan diwarisi oleh generasi masa akan datang iaitu anak cucu kita. Itupun seandainya negara kita masih bernafas lagi pada masa itu! - HARAKAHDAILY 25/6/2015

(Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad ialah Ahli Parlimen Kuala Terengganu)

Sumber HD - 25-6-2015

Satu daripada silo Petronas di Kerteh terbakar

BERNAMA | .

KUALA LUMPUR: Kebakaran dilaporkan berlaku di salah satu daripada silo (kapal penyimpanan produk perantaraan) di Petronas Chemicals LDPE Sdn. Bhd (PC LDPE) di Kertih kira-kira pukul 5 petang tadi.

Menurut Ketua Perhubungan Media, Petronas Chemicals Group Berhad, Ahmad Faiz Abdul Rahman, kebakaran terhad kepada PC LDPE dan tidak memberi kesan kepada pengeluaran di kilang PCG yang lain.

"Kebakaran bejaya dikawal dan tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan. Semua pihak berkuasa berkaitan telah dimaklumkan mengenai insiden itu," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Ahmad Faiz berkata tiada ancaman serta merta kepada kakitangan di lokasi kejadian atau masyarakat sekeliling.

Siasatan akan dijalankan untuk mengenal pasti punca kebakaran dan jumlah kerosakan ke atas hartabenda, kata beliau.

Sementara itu, Pegawai Zon 2, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Terengganu, Azmi Abdul Rahim ketika dihubungi Bernama berkata sejurus menerima panggilan mengenai kebakaran berkenaan, pihaknya menghantar sebanyak 35 anggota termasuk unit Hazmat bersama tiga jentera bomba ke tempat kejadian.

Katanya sehingga pukul 9 malam tadi pihaknya telah berjaya mengawal dan memadam api berkenaan namun masih ada tindak balas daripada bahan yang terbakar tersebut.

"Kita masih menjalankan operasi pemadaman dan penyejukan bagi mengelakkan bahan-bahan kimia yang diproses tersebut kembali aktif dan menyebabkan kebakaran lagi," katanya.

Beliau berkata pihak pengurusan kilang tersebut telah berjaya menutup injap paip yang terbakar bagi mengawal api dari merebak ke kawasan yang lain. - Bernama

Sumber HD - 23-6-2015

Harga Sayuran Naik Hingga RM1 Sekilo

sayur-pasar-kedai-payang
KUALA TERENGGANU – Harga beberapa jenis sayur-sayuran di pasar awam dan pasar tani di Terengganu dilaporkan meningkat sementara harga telur ayam pula menurun dalam bulan puasa ini.

Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Terengganu Hasan Jusoh berkata harga sayuran-sayuran naik antara 50 sen hingga RM1 sekilo, bergantung kepada jenis.

pasar tani kuala terengganu

“Kenaikan harga komoditi yang ketara ialah sayur kailan, kobis bulat tanah tinggi, kacang buncis dan tomato tanah tinggi,” katanya.

Menurut beliau, harga sayur kailan sekarang ini ialah RM5 sekilo berbanding RM4.50 sebelumnya, kobis bulat RM3.50 (RM2.35), tomato RM3.50 (RM2.35) dan kacang buncis RM8.50 (RM7.50).

Beliau berkata bagaimanapun dalam masa yang sama, ada juga barang-barang yang turun harga seperti harga telur ayam.

Sebagai contoh, katanya harga telur ayam gred A kini turun kepada 45 sen sebiji berbanding 77 sen sebiji sebelumnya, gred B 35 sen sebiji (44 sen sebiji) dan gred C 35 sen sebiji (43 sen sebiji).

Dalam pada itu, beliau berkata nilai jualan pasar tani di Terengganu dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini adalah sebanyak lebih RM12.1 juta.

Hasan berkata, nilai jualan untuk bulan Mei sahaja melebihi RM2.7 juta. Katanya mengikut rekod jualan, pada bulan Jan jualan adalah melebihi RM2.4 juta, Februari (RM2.3 juta), Mac (RM2.3 juta) dan April (RM2.3 juta).

Di Terengganu, terdapat 20 buah pasar tani dengan 1,363 usahawan. – Bernama

Sumber HD - 23-6-2015

Kuala Berang Pusat Kerajaan Islam Zaman Dahulu

perasmian pejabat hulu terengganu1 (2)
Kuala Berang, HULU TERENGGANU – Adanya Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang berjuang di Malaysia untuk menegakkan sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah, adalah satu perkara yang diwajibkan oleh Allah dalam al-Quran.

Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, PAS berjuang dengan diri dan harta benda sehingga menjadikan al-Quran yang turun dibulan Ramadhan, yang ditinggikan dan hukum-hukumnya diamalkan.

perasmian pejabat hulu terengganu

“diantaranya firman Allah (yang bermaksud) dan hendaklah ada daripada kalangan kamu, kena ada satu ummah, kena ada satu puak, yang kerjanya mengajak orang kepada Islam,

“sehingga menyuruh……memerintah kepada yang baik dan mencegah perkara yang mungkar….yang jahat, mereka itulah orang-orang yang mendapat kemenangan,”ujarnya.

Menurutnya, perlu ada satu kumpulan yang memperjuangkan sekiranya mahu sebuah kerajaan yang melaksanakan syariah Allah SWT.

Ahli Parlimen Marang itu berkata demikian dalam majli tazkirah Ramadhan dan Perasmian Pejabat PAS Kawasan Hulu Terengganu, di sini pada Jumaat 19 Jun.

Katanya, orang-orang di bandar Kuala Berang sepatutnya berbangga dan bermegah kerana ‘Batu Bersurat’ yang membuktikan sebuah kerajaan Islam pernah memerintah.

“sepatutnya mereka berbangga dan bermegah dengan satu keyataan sejarah iaitu Batu Bersurat yang ditemui di kampung Buluh yang ditulis diatasnya hukum-hukum Islam.

“yang berkait dengan muamalat, yang berkait dengahn undang-undang jenayah(Islam) yang disebutkan dalam al-Quran,

“menunjukkan disini ada pusat kerajaan Islan dizaman dahulu, dan (ia serupa) dengan Islam yang diajar oleh nabi Muhammad SAW,”jelas beliau

HUJAN LEBAT ANGIN KUAT RANAPKAN BAZAR RAMADAN - PENIAGA

Hujan lebat, angin kuat ranapkan bazar Ramadan: HULU TERENGGANU: Hujan lebat serta angin kuat yang melanda bandar Kuala Berang hampir 40 minit telah menerbangkan kanopi dan merosakkan satu


Sumber BO - 21-6-2015



Sumber HD - 21-6-2015
























































































































































MCA jangan masuk campur, hormati perlembagaan

DATUK DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI | .


Saya merujuk kepada gesaan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MCA Negeri Terengganu, Datuk Toh Chin Yaw yang mahu Kerajaan Negeri Kelantan dan Terengganu supaya menyemak semula usaha melarang perniagaan beroperasi selepas tengah malam dan menubuhkan suatu ‘task force’ untuk mengambil tindakan ke atas umat Islam yang tidak berpuasa dan menjual makanan sebelum jam 2.00 petang pada bulan Ramadan.

Saya ingin tegaskan kepada MCA supaya tidak campur tangan dalam urusan pentadbiran serta hal ehwal undang-undang yang berkait dengan orang Islam dan silalah hormati perlembagaan.

Kerajaan negeri telah menjelaskan bahawa kewajaran tindakan itu ialah untuk mengelakkan kegiatan tidak bermoral berlaku di premis-premis perniagaan dan bagi mengelakkan tersebarnya budaya negatif dalam kalangan masyarakat.

Ia juga bagi memastikan rukun Islam dilaksanakan oleh setiap orang Islam yang berkewajipan secara sempurna tanpa adanya persekitaran yang boleh mencemarinya.

MCA juga harus sedar dan faham bahawa di bawah kuasa Perlembagaan Persekutuan juga, pihak berkuasa negeri mewujudkan Enakmen Pentadbiran Islam Negeri dan di bawah enakmen inilah Mahkamah Syariah ditubuhkan. Bidang kuasanya adalah bersumberkan kepada Senarai 2 Jadual Sembilan Perlembagaan Persekutuan.

Amat tidak wajar sekali apabila MCA mengambil sikap mempertikaikan Perlembagaan Persekutuan yang telah memperuntukkan Badan Perundangan Negeri diberikan kuasa untuk mentadbirkan Undang-Undang Islam dan semua hal-ehwal Islam di negeri masing-masing.

Saya percaya bahawa masyarakat bukan Islam juga mempunyai sistem nilainya yang tersendiri. Eloklah jika MCA memberi fokus memperkukuhkan sistem nilai tersebut dan tidak masuk campur dalam urusan umat Islam.

Undang-undang yang dikuatkuasan ke atas umat Islam itu adalah bertujuan untuk melahirkan masyarakat yang patuh kepada agama dan patuh juga kepada undang-undang justeru akan memberikan implikasi yang baik dan positif terhadap negara.

Tidak timbul soal undang-undang itu adalah ‘draconian’ atau penguatkuasaannya bersifat ‘authoritarian’. Sektor pelacongan juga tidak bergantung kepada sektor perniagaan yang beroperasi selepas waktu tengah malam sahaja. - HARAKAHDAILY 19/6/2015

Penulis adalah AJK PAS Pusat, Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat dan Ahli Parlimen Kuala Nerus.

Sumber HD - 19-6-2015

Istiqamah Bersama Madrasah Ramadhan

mOHD nOR hAMZAH
Oleh : Ustaz Mohd Nor Hamzah

Alhamdulillah segala puji bagi tuhan sekelian alam yang dengan limpah kurnia dan keizinannya telah memberikan kita lagi peluang untuk duduk didalam madrasah Ramadhan ini. Bulan yang dijanjikan keampunan, kerahmatan dan juga perlepasan dari api neraka. Dalamnya terdapat satu malam yang menyamai 1000 bulan. Diganjarkan pahala ibadat sunat dengan pahala ibadat wajib. Ibadat wajib pula digandakan dengan berlipat kali ganda. Semua ibadat ini jika dilakukan dengan betul syariatnya dan lurus niatnya akan diberikan jaminan kita menjadi orang muttaqin oleh Allah.

Dalam kita mengharapkan yang terbaik daripada madrasah Ramadhan ini, suka saya mengajak semua mengimbau kembali detik-detik sukar kita dalam beberapa waktu yang lalu. Imbauan ini adalah untuk kita menginsafi diri kita yang penuh dengan dosa dan kelemahan yang semestinya kita perbaiki. Kita sebenarnya telah mengalami musibah yang teruk zahir dan batin. Kita mengalami banjir yang dahsyat di banyak tempat pada awal tahun ini. Kita mendapat gempa bumi yang mengorbankan nyawa walaupun kita berada di luar kawasan Lingkaran Api Pasifik. Manakala musibah batin pula seperti isu GST, kenaikan harga minyak, 1MDB, perbalahan politik yang berpanjangan, kejatuhan nilai mata wang, saham Felda yang digantung dan dikatakan juga kita sedang menuju kepada kepada krisis ekonomi 1997.

Semua isu ini mungkin akan menjadi penyebab kepada menurunnya tumpuan ibadat kita dalam bulan Ramadhan ini. Isu-isu ini akan merimaskan kita jika tidak ditangani dengan betul. Saya mengambil isu ekonomi sebagai contoh. Akibat daripada krisis ekonomi seperti kejatuhan mata wang, harga barang akan menjadi mahal. Mengikut teori mudah atau asas ekonomi, inflasi akan meningkat, pengangguran meningkat dan kadar simpanan akan ditingkatkan bagi mengawal perbelanjaan.

Keadaan ini pastinya akan menambah kegusaran kepada rakyat yang tidak cukup makan atau bergaji kecil. Tetapi mungkin ada yang tidak sedar, apabila semua ini berlaku maka kadar jenayah juga turut meningkat. Apatah lagi dengan waktu ini menghampiri musim perayaan. Maka akan semakin tinggilah kadarnya nanti. Tanpa kita sedari ini adalah antara bala yang Allah turunkan kepada kita hasil dari kejahatan tangan-tangan kita semua.

Keyakinan pelabur turut hilang. Kesannya akan kembali kepada rakyat. Lihatlah bagaimana saham Felda yang merudum jatuh, yang kemudiannya digantung urusniaganya. Tidakkah kasihan kepada warga Felda yang bertungkus lumus membuka tanah rancangan dengan tulang empat kerat mereka,

akhirnya berkemungkinan mereka akan berhutang dek kerana saham yang mereka beli melalui pinjaman itu. Lebih memeritkan lagi, mereka jugalah tempat simpanan tetap Umno di semenanjung dalam pilihanraya, serta merekalah yang paling ke depan mempertahan rancangan kerajaan membawa Felda ke Bursa Saham. Sepatutnya mereka yang digelar ‘Pahlawan Cangkul’ ini mendapat keistimewaan dari Umno. Tetapi beginilah cara Umno membalasnya.

Begitu juga yang terjadi dengan isu pengambilan tanah penduduk Banggol Donas di Terengganu yang kebanyakan mereka dahulu ialah penyokong Umno. Dan sekarang Umno bergerak pula ke Kampung Laut secara tersembunyi bagi mengambil 500 ekar tanah melayu untuk diberikan kepada syarikat besar yang ada di dalamnya kira-kira 50 ekar tanah melayu yang sedang didiami. Begitulah sikap kerajaan Umno yang begitu cekap dalam kerja-kerja mengambil hak rakyat. Ledakan kemarahan bukan sahaja datang dari orang biasa, malah sehinggakan JKKK Kampung laut juga turut terlibat menubuhkan jawatankuasa bertindak bagi menghalang projek ini.

Oleh itu dalam bulan yang mulia ini, marilah kita sama-sama bermuhasabah diri masing-masing agar kita menjadi hambaNya yang taat. Kita sedaya upaya membuang kekusutan yang melingkari negara kita. Mari kita sama-sama membuang kebejatan ini dengan mendoakan agar masyarakat kita dijauhkan dari kejahatan orang yang berniat jahat dari luar dan dalam. Ketika ditawarkan doa yang mustajab bagi orang yang berpuasa, marilah kita dengan rendah diri mengangkat tangan berdoa memohon agar segala musibah ini dihilangkan dalam kehidupan kita dan diganti dengan keredhaan Allah, rahmat serta keampunanNya. Gunakanlah sebaik-baiknya peluang Ramadhan ini supaya kita semua benar-benar menjadi hamba yang bertaqwa dengan ibadah yang sempurna. Selamat menyambut Ramadhan, semoga diterima segala amalan kita. Maka saya menyeru semua dari kalangan kita agar Beristiqamah Hingga Kemenangan iaitu beristiqamah dalam perjuangan hingga kemenangan dalam perjuangan, istiqamah dalam ibadat kita hingga kemenangan dengan menjadi orang bertaqwa dan istiqamah dalam keimanan hingga kemenangan dengan mendapat syurga Allah.

Ya Allah berikanlah ramadhan kepada kami, dan kami kembalikannya kepada Mu dengan Engkau menerima segala amalan kami. Amiin. Wallahua’lam.

***YB Ustaz Mohd Nor Hamzah ialah Adun Bukit Payong Terengganu


Sumber BO - 18-6-2015


Himpunan Istiqamah Sehingga Kemenangan (Ucapan Dasar 2015)
Posted on Wednesday, June 17 @ 13:20:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Himpunan "Istiqamah Sehingga Kemanangan di Dewan Tok Guru, Perkarangan Masjid Rusila , Marang Terengganu.











 
Sumber TKO - 17-6-2015


























































































































































PAS tambah ahli, tidak terjejas dengan Pasma

KHAIRUL AZLAM MOHAMAD | .




MARANG: PAS Terengganu berjaya menambah jumlah ahli baharunya seramai 889 orang selepas Muktamar Tahunan PAS Ke-61 yang melibatkan lima kawasan seluruh negeri.

Pengumuman dan penyerahan borang keahlian baharu itu disempurnakan oleh Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat kepada Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan pada Himpunan Istiqamah Hingga Kemenangan di Dewan Tok Guru, Masjid Rusila, malam tadi.

PAS Kawasan Setiu paling ramai berjaya mendaftarkan keahlian baharu parti itu seramai 380 orang dan diikuti Dungun (210), Besut (107, Marang (102) dan Kuala Terengganu (90).

Pengerusi himpunan tersebut, Dr Ridhuan Mohd Nor menyifatkan penyertaan keahlian baharu parti itu hasil dari provokasi berterusan Persatuan Kebajikan Ummah Sejahtera (Pasma) terhadap PAS.

Beliau menyifatkan dakwaan Pasma kononnya ribuan ahli PAS akan meninggalkan parti dan menyertai parti baharu itu tidak menjejaskan PAS.

"Pada malam ini, kita akan menerima penyerahan borang keahlian baharu yang menyertai Parti Islam Se-Malaysia (PAS) seramai 889 orang dari lima kawasan PAS iaitu Setiu, Dungun, Besut, Marang dan Kuala Terengganu.

"PAS tidak terjejas dengan kewujudan NGO Pasma yang kononnya ribuan ahli PAS akan keluar parti dan menyertai parti baharu selepas Idulfitri akan datang.

"Kita yakin keahlian parti boleh mencapai sasaran seramai 1.5 juta ahli baharu menjelang dua tahun akan datang, insya Allah," tegasnya di hadapan lebih 10,000 hadirin.

Hadir sama pada majlis himpunan tersebut sebahagian dari kepimpinan PAS Pusat yang baharu terpilih pada Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-61 di Stadium Tertutup Kuala Selangor, 4 hingga 6 Jun lalu. - HARAKAHDAILY 17/6/2015

Sumber HD - 17-6-2015

Hairie Masih ‘Istiqamah’ Mempertahankan Ulamak

MARANG – Hairie Othman, satu nama besar dalam dunia seni, mengejutkan peminatnya di tanah air apabila menyertai PAS pada 6hb Julai 2012 dan bergiat cergas di pentas PAS.

Kemunculan beliau pada program ‘talk show’ di masjid Rusila malam ini, Selasa 16 Jun menolak segala dakwaan bahawa beliau tidak lagi mempertahankan ‘aqidah’nya bersama PAS.

IMG-20150616-WA0148

Berganding bahu dengan seorang lagi ‘selebriti’ yang ‘istiqamah’, Bob Lokman, Hairie membicarakan betapa perlunya anak-anak muda hari ini diberikan kesedaran agar kembali kepada Islam.

Katanya, anak-anak muda hari ini sudah tidak takut dan imannya semakin kurang, menjadikan mereka semakin jauh daripada cara hidup Islam.

“kita tengok hari ini, keadaan anak-anak remaja kita, bila dia rasa macam dah tak takut (kepada Allah) iman dia sudah tidak kuat (kerana) dia dah (terdedah) dengan banyak unsur-unsur yang didapati dari TV, ‘handphone’ dan sebagainya,

“inilah masalahnya kita (sekarang ini),”ujarnya, pada program yang diadakan sempena Himpunan Istiqamah Hingga Kemenangan yang dianjurkan oleh PAS Pusat.

Beliau merasakan ia menjadi tanggungjawabnya untuk membetulkan dirinya sendiri dan anak-anak remaja ini untuk kembali ke pangkal jalan, dengan usaha dakwah.

Beliau melahirkan kekesalan kerana menurutnya, pada hari ini para ulamak tidak dipandang penting, bahkan diperlekehkan oleh sesetengah pihak.

IMG_20150616_204837

Sedangkan katanya, golongan tersebut yang menurut jalan Islam yang lurus adalah golongan yang mengamalkan al-Quran dalam kehidupan mereka.

Beliau menempelak pihak yang mengata ulamak begitu dan begini, sedangkan orang tersebut tidak pun menghafal ayat-ayat al-Quran.

“hari ini kita nak mengata ulamak begitu…..ulamak begini…….siapa kita?berapa hadis yang kita hafal? Berapa juzuk (al-Quran) yang kita hafal dalam diri kita?,

“hari ini kalau kita hafal pun (ayat al-Quran)……….kita tak boleh terjemah pun ayat tu……kita tak faham pun maksud dia(ayat itu)…..(adakah) lagi kita nak mengata ulamak begitu, begini dan sebagainya?,”tegas Hairie.

Oleh itu, kata beliau, pihak yang cuba memecahkan umat Islam dan cuba menghalang daripada mengikut para ulamak adalah kerana, mereka tahu, umat Islam akan berjaya sekiranya mengikuti jejak langkah ulamak.

Sumber BO - 16-6-2015

Solidariti Buat Suwandi dan Azman Serta Ahli Keluarga

Oleh : Mohd Azrin Aris

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Terengganu pada hari ini ingin merakamkan simpati terhadap Sdr.Azman dan Haji Suwandi yang telah dijatuhi hukuman penjara 18 bulan oleh hakim mahkamah rayuan. Pihak kami amat merasa kesal dengan keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah.

IMG_20150616_225135

Sekali lagi dunia keadilan menyaksikan peristiwa pelik di mana mangsa tembakan dijatuhkan hukuman manakala yang menembak dilepaskan begitu sahaja. Adakah begitu besar kesalahan mereka berbanding kesalahan para perompak harta negara yang masih bebas begitu sahaja.

Tiadakah langsung rasa sekelumit sifat kemanusiaan di hati para hakim dan para peguamcara sehingga tatkala ramadhan yang hanya beberapa detik sahaja bakal tiba, mereka ini dipisahkan dari ahli keluarga mereka dengan zalim. Nyata sekali, ramadhan dan syawal pada tahun ini bakal disambut ahli keluarga mereka dengan linangan air mata.

Kita pelik dengan kesungguhan yang begitu amat para peguamcara kerajaan untuk memastikan mangsa2 ini disumbat ke dalam penjara. Sesungguhnya, kepada mereka yang terlibat dengan kezaliman ini anda nantikanlah balasan daripada Allah kelak.

IMG_20150616_225213

Kepada ahli keluarga para perwira…banyakkn lh bersabar dengan ujian ini. Jadikanlah medan ramadhan ini sebagai hamparan terbentang luas untuk membuat pengaduan kepada ilahi atas kezaliman ini. Tabahkanlah hati..cekalkan hati. Ketahuilah, anda semua adalah keluarga yang hebat kerana memiliki perwira yang hebat. Berbanggalah kalian semua.

Percayalah, walaupun para penzalim sedang gembira meraikan kemenangan mereka…jauh di lubuk hati mereka, sesungguhnya mereka sedang dalam kegelisahan dan hati tidak tenteram.

Kepada semua para pemuda pas, marilah kita sama2 bermunajat memohon bantuan dan kekuatan daripada Allah. Sentiasalah kita memberi sokongan kepada mangsa dan ahli keluarga mereka.
Istiqomah sehingga mencapai kemenangan.

***Mohd Azrin Mohd Aris ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Terengganu
16 Jun 2015

Sumber BO - 16-6-2015

Anak Muda Diseru Beramai-ramai Menyertai ‘Himpunan Istiqamah Hingga Kemenangan’

KUALA TERENGGANU – Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) menyeru seluruh anak-anak muda samada ahli dan penyokong PAS agar beramai-ramai menghadirkan diri kepada program ‘Himpunan Istiqamah Hingga Kemenangan’ yang diadakan bermula jam 5.30 hingga 11.50 malam ini.

Ketua Penerangan DPPNT Ustaz Hilmi Dato’ Harun berkata, Himpunan yang dianjurkan oleh PAS Pusat itu adalah sangat besar ertinya.

IMG-20150615-WA0074

“Saya menyeru anak-anak muda, pendokong dan penyokong PAS semua peringkat untuk hadir beramai-ramai ke ceramah mega “Himpunan Istiqamah Hingga Kemenangan” di Rusila, Marang bermula jam 5:30 petang ini (16hb Jun 2015).

“Sesungguhnya kehadiran kita semua ke Himpunan ini sangat besar ertinya kepada Perjuangan Islam yang mutakhir ini menuntut kesepaduan seluruh pencintanya,”ujar beliau.

Hilmi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir berkata, ia adalah penting bagi menetapkan niat dan matlamat kepada para pemuda yang cintakan Islam, dalam usaha PAS Terengganu kembali memerintah ‘Wisma Darul Iman’.

“sebagaimana yang diucapkan oleh Pesuruhjaya PAS Ustaz Satiful Bahri Mamat, ia adalah termasuk dalam usaha merealisasikan hasrat PAS Terengganu untuk kembali ke Wisma Darul Iman bagi melaksanakan amanah menegakkan kerajaan yang melaksanakan syariah Allah SWT.

“Marilah kita sama-sama berpadu dalam Himpunan ini dengan satu niat dan matlamat “Beristiqamah hingga Kemenangan, memberikan komitmen, masa, tenaga dan wang ringgit, bagi merancakkan lagi usaha dan kerja kita semua untuk menobatkan Islam yang memerintah dan PAS menjadi ‘Harapan Untuk Semua’ dalam melaksanakan ‘Roadmap’ kita ke Wisma Darul Iman pada Pilihan Raya Umum Kali Ke-14 akan datang.”jelas beliau

Sumber BO - 16-6-2015

PAS T'ganu usaha realisasi hasrat ke Wisma Darul Iman

































































































































































HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat mengucapkan tahniah kepada para perwakilan Muktamar Tahunan PAS Ke-61 yang telah berjaya melaksanakan amanah memilih dan memberi mandat kepada saf kepimpinan baharu.

"Saya yakin insya Allah, atas saf tersebut akan dapat melonjakkan lagi peranan PAS sebagai parti politik di negeri Terengganu dan di peringkat nasional serta di bawah kepimpinan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai Presiden PAS yang juga Naib Ketua Kesatuan Ulamak Sedunia, PAS akan dapat bergerak cergas di peringkat antarabangsa sebagai sebuah gerakan Islam," ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau juga mengucapkan terima kasih atas kepercayaan kepimpinan PAS Pusat khususnya kepada presiden yang memilihnya sekali lagi sebagai pesuruhjaya PAS negeri.

"Insya Allah, perbincangan akan dibuat segera dengan kepimpinan peringkat negeri Terengganu bagi melantik mereka yang layak untuk memikul amanah berkhidmat kepada rakyat negeri Terengganu, untuk sesi 2015-2017.

"Saf kepimpinan PAS negeri Terengganu yang akan dilantik nanti, insya Allah terdiri daripada mereka yang akan bekerja secara kolektif (jama’ei) bukan secara individu, yang akan dapat merealisasikan hasrat PAS Terengganu untuk kembali ke Wisma Darul Iman bagi melaksanakan amanah menegakkan kerajaan yang melaksanakan syariah Allah SWT," ujarnya lagi.

Adun Paka itu turut mengucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat pemimpin PAS negeri yang telah memberikan sokongan dan harapan agar dapat terus memberikan kerjasama dengan ‘Istiqamah Hingga Mencapai Kemenangan’.

"Semoga kita semua, ahli dan penyokong PAS di negeri Terengganu khususnya dapat memberikan komitmen; masa, tenaga dan wang ringgit, bagi merancakkan lagi usaha dan kerja kita semua untuk menobatkan Islam yang memerintah dan PAS menjadi ‘Harapan Untuk Semua’ dalam melaksanakan ‘roadmap’ kita ke Wisma Darul Iman pada Pilihan Raya Umum Kali Ke-14 akan datang," katanya.

Beliau berharap semua saf; kepimpinan, ahli dan penyokong serta badan-badan dan agensi dalam PAS Terengganu serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dapat melaksanakan ‘gerak serentak’ bersatu ke arah mencapai cita-cita bersama. - HARAKAHDAILY 14/6/2015

Sumber HD - 14-6-2015

Menimba Dan Memupuk Tarbiyah Diri Dari ‘Orang Lama’

Oleh : Azizah Mahmood

KUALA TERENGGANU – Pelancaran Bulan Tarbiyah oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) pada 12 Jun baru-baru ini, disambut segera oleh Ketua Pemuda PAS Kawasan Kuala Terengganu Mohd Azrin Aris.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa DPPNT bersama pemimpin Pemuda Kuala Terengganu telah mengadakan ‘kunjungan silaturrahim’ ke rumah mantan Pesuruhjaya PAS Terengganu dan menziarahi seorang anggota Keselamatan PAS Terengganu yang uzur.

Haji Mohd Abdul Wahid Endut yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Wakaf Mempelam, selaku orang lama PAS Terengganu, telah menyuntik pemuda dengan kata-kata semangat dalam pertemuan tersebut.

IMG-20150613-WA0069

“saya bermula dari (anggota) Pemuda sehingga menjadi YB, YDP dan Pesuruhjaya dan sekarang saya cuma ahli biasa dan YB,

“tapi istiqamah saya pada PAS tidak berubah kerana kita berjuang kerana Allah bukan kerana jawatan dan wala’ kita pada pimpinan cukup kuat,

“saya pernah jadi ahli biasa kemudian naik jadi pemimpin kemudian turun kebawah semula tapi saya masih istiqamah kerana tarbiyah orang orang lama ni……lain caranya,” ujar Haji Wahid kepada seramai 25 orang Ahli Jawatankuasa Pemuda yang hadir.

Selepas program ‘Lawatan Mahabbah’ mengunjungi Haji Wahid, Azrin bersama anggota Pemuda yang sama telah turun padang, bersama menziarahi Azmi Ali yang baru pulang dari menerima rawatan dari hospital.

Beliau telah mendapat serangan jantung, semasa menjalankan tugas di Muktamar PAS Kali Ke-61 dari 4hb hingga 6 Jun yang lalu.

Walaupun masih dalam keadaan uzur, Azmi sempat memberi kata-kata semangat pada Pemuda yang menziarahinya.

“amanah kepada Parti sangat penting, (dan) jangan termakan agenda jahat musuh,”kata beliau, sebelum anak anak muda beredar, meninggalkan rumahnya, untuk melakukan ziarah pula kepada dua mangsa kebakaran di Kampung Sungai Rengas.

IMG-20150613-WA0079

Rumah yang rentung habis adalah rumah kepada emak saudara dan juga sepupu kepada Ketua Pemuda PAS kampung tersebut, Azwa Kassim.

Sebelum beredar, Azrin berkata, beliau mahu bersama-sama kepimpinan Pemuda PAS Kuala Terengganu untuk menjadi pemuda Islam yang ‘serba boleh’.

“Sebenarnya tarbiyah mampu di bentuk dengan gerakerja yang di rancang………ziarah juga termasuk dalam pendedahan tarbiyah melalui usrah,

“kerana usrah sendiri bermaksud keluarga dan rukun usrah yang pertama adalah ‘taaruf’ (iaitu) kenal mengenal antara ahli usrah itu sendiri dengan berkongsi susah senang,

“barulah kita ‘bertafahum’……….semua ini akan mendidik tarbiyah diri pemuda yang serba boleh,” ujar Azrin.

Sumber BO - 14-6-2015


Pemimpin jangan merajuk kalau tak dipilih
Posted on Saturday, June 13 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



KUALA TERENGGANU - Kepimpinan disifatkan roda yang sering silih berganti untuk memastikan kelangsungan kepimpinan sedia ada.

Timbalan Ketua Ulama Pas Terengganu, Dr Abu Bakar Abdullah memberitahu, walaupun pemimpin Pas ada yang naik dan turun, ahli perlu sentiasa bersama parti.

Menurutnya, mana-mana pemimpin pula perlu bersedia untuk menghadapi situasi naik dan turun itu.

“Janganlah kita apabila tak dipilih, kita tidak terus bersama parti atau merajuk... kita perlulah berjiwa besar.

“Kalau merajuk tiada gunanya. Bagi yang tak terpilih, kita perlu ingat sebagaimana dalam sejarah apabila Khalid Al-Walid tidak dipilih tetapi dia memberitahu bahawa dia bukan berjuang untuk Umar tetapi untuk ALLAH,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai kritikan ahli Pas kepada pemimpin, beliau yakin pemimpin Pas terbuka terhadap perkara berkenaan.

Bagaimanapun katanya, ia bukanlah bermakna mereka boleh mengkritik dengan cara tidak sepatutnya sehingga memberi ruang kepada musuh mengambil kesempatan.

Jelasnya, ia juga tidak sepatutnya menjurus kepada perpecahan dalaman di peringkat parti sebaliknya kritikan itu mampu menguatkan kepimpinan sedia ada.

“Dalam parti terbuka kepada sebarang cadangan dan kritikan. Tiada masalah asalkan membina untuk kuatkan parti.

“Apa yang penting, kita tak mahu wujud perpecahan. Saya yakin konteks perjuangan kalau betul-betul ikhlas, tidak timbul isu,” katanya.

Dalam masa sama, beliau memberitahu yakin dengan kebijaksanaan pemimpin dalam berhadapan situasi itu selain percaya kepimpinan sedia ada mampu meneruskan perjuangan melalui konsep kepimpinan ulama. - Sinar 

Sumber TKO - 13-6-2015

Bulan Tarbiyah Selaras Tema ‘Istiqamah Sehingga Kemenangan’

IMG-20150612-WA0000
KUALA TERENGGANU – Dewan pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) memulakan langkah awal setelah hanya sepuluh hari Muktamar Tahunan Kali Ke-56, Pemuda PAS Malaysia berlalu, apabila melancarkan program Bulan Tarbiyah.

Menurut Timbalan Ketua DPPNT Ustaz Hishamuddin Abdul Karim, program tersebut akan memantapkan tarbiah haraki para pemuda Terengganu.

“Bulan Tarbiyyah ini di lancarkan bagi memperkasakan saf pemuda dengan tarbiyah yang lebih mantap, dari sudut haraki,”

IMG-20150611-WA0148

“bertepatan dengan tema muktamar tahun ini (iaitu) ‘Istiqamah Sehingga Kemenangan’,”ujarnya ketika ditemui selepas majlis pelancaran, di masjid Pengadang Baru dekat sini pada Khamis malam 11 Jun.

ADUN Tepoh itu juga menyifatkan, langkah memperkenalkan bulan tarbiyah merupakan satu langkah bijak dalam memperkemaskan ahli dengan program-program latihan kerohanian pada bulan Ramadhan nanti.

Katanya, para pemuda di kawasan-kawasan akan mengatur pelbagai program bagi menarik minat orang muda.

“peringkat kawasan diarahkan untuk mengatur program berbentuk haraki seperti program usrah yang telah berjalan sejak lama diperingkat akar umbi seperti cawangan cawangan,

“di harapkan dengan mengatur program-program yang akan menarik minat anak muda ini akan menjadi pemudah bicara untuk mendekatkan anak muda dengan PAS itu sendiri,

“dan pihak pemuda negeri dibawah lajnah tarbiyah menyerahkan pada lajnah tarbiyah peringkat kawasan dan dun mengatur program mereka apatah lagi dalam menyambut bulan Ramadhan itu sendiri,”tambah beliau.

Sumber BO - 13-6-2015

Tragedi Hitam Perobohan Masjid Bujal ‘Menghantui’ Dua MB Terengganu

kam3218(b)-bujal2 (2)

Oleh : KAM

Rakyat Terengganu khususnya penduduk yang terlibat secara langsung dengan peristiwa ‘hitam’ perobohan sebuah masjid yang dibina dari titik peluh masyarakat marhain dan hasil sumbangan orang ramai akan dikenang sepanjang zaman.

MASJID BUJAL1

Tragedi 10 tahun lalu itu, masih segar dalam ingatan rakyat apabila Masjid Desa Makmur atau lebih dikenali dengan ‘Masjid Bujal’, yang terletak di Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Bujal, Dewan Undangan Negeri (Dun) Kijal, Kemaman dirobohkan oleh pemerintah kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu.

Pelan susun atur RTB Bujal itu menyediakan 363 lot unit kediaman serta satu lot yang dikhaskan bagi tapak pembinaan surau/ masjid di atas lot PT3297 yang dibina di atasnya sebuah masjid.

Peristiwa di luar dugaan yang sama seperti perilaku zalim, rejim Zionis Yahudi di Palestin itu berlaku di hadapan mata rakyat di bumi Terengganu Darul Iman pada tanggal 26 Mei 2005 yang lalu.

MASJID BUJAL3

Waktu itu, kerajaan PAS Terengganu baharu sahaja ditumbangkan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-11 tahun 2004, dan digantikan dengan kerajaan Umno-BN Terengganu.

Dato’ Seri Idris Jusoh dinobatkan sebagai Menteri Besar (MB) Terengganu yang paling licik kerana berjaya menjatuhkan kerajaan PAS Terengganu dengan berlakunya peningkatan jumlah peratusan pengundi luar biasa.

Di zaman pemerintahan Idris Jusoh itu, kerajaan Umno-BN ‘merampas’ kembali semua lot-lot tanah yang pernah diagihkan kepada rakyat oleh bekas kerajaan PAS Terengganu (1999-2004) termasuk di RTB Bujal.

kam3218(a)-bujal1

Akhirnya, tangisan dan derita rakyat itu juga telah menjatuhkan Dato’ Seri Idris Jusoh yang angkuh itu dari kerusi ‘panas’ MB, apabila pada PRU ke-12 tahun 2008, Tuanku Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin enggan menerimanya kembali sebagai Menteri Besar Terengganu.

Bayangan tragedi perobohan Masjid Bujal itu menjadikan Dato’ Seri Idris Jusoh sebagai MB sepenggal (2004-2008) sahaja.

Sejurus selepas itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, Dato’ Seri Ahmad Said pula dipilih untuk menjawat jawatan kontroversi sebagai Menteri Besar yang baharu.

Sejarah juga tidak pernah lupa bagaimana peranan Ahmad ketika perobohan Masjid Bujal tahun 2005, kerana waktu itu beliau sebagai Adun Kijal dan Ketua Umno Bahagian Kemaman.

Ahmad Said pernah dalam satu kenyataannya bagi ‘menghalalkan’ tindakan perobohan itu dengan membuat dakwaan struktur bangunan yang dirobohkan itu adalah sebuah markaz PAS yang diraguinya.

Kononnya, pihak berkuasa selepas perobohan itu turut menjumpai ‘molotov koktail’, bendera parti (PAS) serta senjata tajam di sekitar bangunan tersebut.

kam3218(h)-bujal8

Doa mangsa-mangsa tragedi perobohan Masjid Bujal pernah dilakukan selama 40 hari bagi mendapat pembelaan dari Tuhan, sama ada cepat atau lambat agar kerajaan Umno-BN tumbang.

Kesudahannya, Ahmad Said juga menerima pembalasan Allah SWT apabila beliau juga terpaksa diturunkan dari jawatan Menteri Besar Terengganu dengan cara yang memalukannya.

Pada 12 Mei 2014, setahun selepas PRU ke-13 itu Dato’ Seri Ahmad Said juga diminta melepaskan jawatannya oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdul Najib Tun Razak.

Umno-BN Terengganu ketika itu bagaikan ‘kiamat’ apabila beliau (Ahmad) bersama dengan dua Adun BN lain bertindak keluar dari parti Umno dan mengistiharkan sebagai Adun Bebas.

Kekuatan parti (Kerajaan dan Pembangkang) ketika itu, Barisan Nasional mempunyai 15 kerusi Dun, PAS (14), Parti KeADILan Rakyat (PKR) satu kerusi dan Bebas (dua kerusi).

kam3218(i)-bujal9

Namun tindakan pantas Umno-BN berjaya menyelamatkan keadaan itu apabila Ahmad dan dua Adun BN lain akhirnya kembali semula menyertai Umno dalam tempoh kurang 48 jam sahaja.

Memperingati 10 tahun robohnya Masjid Bujal di Kijal, Kemaman itu sebenarnya boleh mencetuskan revolusi rakyat terutama di kalangan anak-anak muda yang ketika peristiwa itu berlaku masih di bawah umur.

Tinjauan menemui anak-anak muda yang menjadikan tragedi Masjid Bujal itu sebagai inspirasi bagi menumbangkan Umno-BN dari tampuk pemerintahannya.

Saudara Wan Abdul Hadi Wan Mohd Kamil, 30, dari Kampung Gong Pauh, Chukai berkata penglibatan beliau aktif dengan PAS kerana mahu menentang kezaliman dan menegakkan kebenaran Islam.

Menurutnya, ketika peristiwa roboh Msjid Bujal ketika itu berumur 20 tahun dan masih belum layak mengundi.

kam3218(c)-bujal3

“Saya rasa cukup terkesan dengan peristiwa Masjid Bujal itu, mereka (kerajaan BN) roboh rumah Allah yang dibina dari hasil derma orang ramai dan sangat zalim.

“Sejak itu, saya mula aktif dengan PAS dan berjuang untuk tentang kezaliman dan tegak keadilan dengan Islam, yang penting tumbangkan Umno-BN di Terengganu,” ujarnya.

Beliau merupakan lepasan pelajar agama di Institusi Pondok yang sama sekali tidak boleh menerima cara kerajaan BN Terengganu itu.

Saudara Wan Mohd Amar Wan Mohamad, 27, dari Kampung Bukit Kuang berkata ketika tragedi itu beliau berusia 17 tahun.

Katanya, waktu peristiwa perobohan berlaku disangkakan sekadar khabar angin sahaja kerana tidak masuk akal masjid hendak dirobohkan.

“Sangkaan saya meleset dan ingatkan itu (perobohan) hanya khabar angin sahaja sebab yang hendak diroboh itu adalah sebuah masjid dan tidak masuk akal.

“Saya sendiri pernah bersama orang ramai buat gotong-royong untuk bina Masjid Bujal itu. Kita (orang kampung) pakat kumpul duit untuk buat masjid,” jelasnya.

Menurutnya, selepas peristiwa perobohan itu tekad dan niat untuk tidak menyokong dan mengundi Umno dan kerajaan Barisan Nasional.

kam3218(d)-bujal4

Rakannya, Ahmad Dasuki Mohd Tahil, 23, dari Kampung Mak Cili juga berpendapat program sambutan memperingati tragedi Masjid Bujal wajar diteruskan.

“Saya sangat setuju dan molek (baik) program (memperingati) Masjid Bujal ini dapat diadakan setiap tahun, boleh diteruskan lagi.

“Rakyat dapat tahu dan generasi selepas perobohan itu dapat mengetahui cerita sebenar siapa Umno dan kerajaan BN Terengganu,” ujarnya.

Katanya, ramai di kalangan anak-anak muda yang pertama kali boleh mengundi selepas peristiwa itu menolak Umno-BN.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat merakamkan ucapan tahniah kepada PAS Kawasan Kemaman yang mengadakan program sambutan sempena 10 tahun robohnya Masjid Bujal, Kemaman.

“Masjid adalah institusi penting dalam sebuah negeri dan negara. Nabi SAW telah mendirikan Masjid Quba dan masjid Nabawi apabila baginda berhijrah ke Yathrib (Madinah).

“Masjid menjadi tempat berkumpul umat Islam, tempat beribadat secara berjemaah dan sebagai syiar penting dalam menegakkan hukum dan ajaran Allah.

kam3218(e)-bujal5

“Allah melarang kita dari berlaku zalim terhadap orang lain, apatah lagi yang diruntuhkan itu bangunan yang menjadi tempat menyembah Allah Ta’ala,” jelasnya.

Yang Dipertua PAS Kemaman, Ustaz Alias Abdul Hamid mendakwa perobohan Masjid Bujal itu kerana dendam politik dan cubaan mengikis ingatan rakyat terhadap jasa kerajaan PAS Terengganu.
“Di atas dasar dendam politik, mereka (Umno-BN) cuba mengikis ingatan rakyat terhadap jasa baik bekas kerajaan PAS Terengganu yang agihkan tanah kepada rakyat.

“Kerajaan BN telah membatalkan semua proses pemilikan tanah dengan meruntuhkan rumah rakyat di RTB dan rumah Allah (Masjid Bujal),” tegasnya.

Beliau berharap agar program sambutan 10 tahun perobohan Masjid Bujal itu dapat mengingatkan rakyat tentang kezaliman Umno-BN merampas hak rakyat.

Menurutnya, selepas peristiwa perobohan Masjid Bujal pada tahun 2005, beberapa bangunan, premis kerajaan dan struktur binaan runtuh satu persatu termasuk bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kuala Terengganu.

Natijah dari peristiwa tersebut kedua-dua pemimpin utama Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu ‘dihantui’ dosa meroboh masjid dengan kehilangan jawatan nombor satu sebagai Menteri Besar Terengganu.

Sambutan memperingati 10 tahun robohnya Masjid Bujal itu diadakan di Dataran Meraga Beris, Kijal, Kemaman dari 21 hingga 23 Mei 2015 lalu.

Pelbagai pengisian diatur seperti karnival jualan, pameran, rawatan syifa’, sumbangan kebajikan, kuliah dhuaha, pertandingan pidato, pantomen khas perobohan Masjid Bujal, mewarna kanak-kanak, sukan pemuda, sukan rakyat, sembang santai bersama Abby Abady dan Bob Lokman, mengedar risalah Bujal dan GST, kuliah maghrib serta ceramah perdana.

Acara rasmi penutup program disempurnakan oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersama Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato’ Mahfuz Omar.

Sumber BO - 29-5-2015

Konvensyen PAS Terengganu ‘Ikrar’ 11 Resolusi

Oleh KAM

KUALA TERENGGANU – Konvensyen PAS Negeri Terengganu 2015, yang diadakan di Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah (Kudqi), Kubang Lembek, Manir pada 23 Mei lalu telah ‘mengikrarkan’ 11 resolusi, dengan tema ‘PAS Harapan Semua’

Berasaskan daripada pembentangan ucaptama oleh Pesuruhjaya PAS Trengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat, berserta ulasan dan perbahasan maka, Jawatankuasa Konvensyen bersetuju memperakui;

satiful konvensyen2015

“PAS Harapan Semua” menjadi tema umum gerak kerja PAS negeri Terengganu keseluruhannya sekurang-kurangnya bagi sesi 2015-2017.

“Road To WDI” atau “Jalan Menuju Wisma Darul Iman” menjadi moto sebagai peringatan berterusan agar matlamat menguasai pentadbiran kerajaan negeri Terengganu menjadi pemangkin semangat gerak kerja PAS mempersiapkan diri menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Resolusi tersebut dibaca di hadapan para peserta konvensyen oleh pengarah programnya, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS III Terengganu.

Antara kandungan komitmen resolusi tersebut adala seperti berikut pertama mengurus pelaksanaan tarbiyah dengan modul tertentu terutamanya untuk ahli baru dan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) sebagai syarat kepimpinan PAS di masa hadapan.

konvensyen2015g

Kedua, menambah ahli dan cawangan sebagai kekuatan asas PAS bagi memperkukuhkan aspek dakwah dan tarbiyah, seterusnya politik, ekonomi dan lain-lain.

Ketiga, mengambil pendekatan inklusif dengan melakukan anjakan mentaliti bahawa semua yang bukan Umno tegar adalah pasaran baru berpotensi “Lautan Biru” PAS.

Keempat, mengambil pendekatan bergerak berasaskan penyelesaian dalam aktiviti-aktiviti parti yang melibatkan mengenal pasti permasalahan dan juga berusaha mencari penyelesaian di pelbagai peringkat aripada keluarga, komuniti hingga negeri.

Kelima, penubuhkan cawangan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) di setiap Dewan Undangan Negeri (Dun) yang mempunyai tanah rancangan Felda.

Keenam, meningkatkan usaha mendekati anak-anak Terengganu di luar negeri Terengganu (Perantau) memberi sokongan kepada perjuangan Islam.

konvensyen2015f

Ketujuh, mengambil pendekatan penyelesaian berasas komuniti bukan lagi penyelesaian berasaskan parti dalam memberi penyelesaian yang lebih berkesan mengikut kemampuan kita secara terselaras merentasi pelbagai dewan dan lajnah.

Kelapan, menubuhkan Badan Khairat Kematian di setiap Dun-dun di negeri Terengganu.

Kesembilan, menubuhkan unit Humaira di setiap Dun-dun di negeri Terengganu.

Kesepuluh, mendapatkan dana sekurang-kurangnya RM30,000 bagi setiap Dun di bawah Skim Matching Grant R2R oleh Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT).

Dan Kesebelas, mempersiapkan minda, psikologi pimpinan dan ahli menyediakan bahan bagi manifesto dan memperkasakan jentera untuk menghadapi PRU ke-14.

Sumber BO - 27-5-2015

PAS Sebuah Parti Yang Terbuka, Positif

KUALA TERENGGANU – Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mesti menjadi sebuah parti yang terbuka, parti yang positif dan bukan parti yang tertutup serta bersikap negatif terhadap semua orang.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata PAS juga menjadi harapan kepada rakyat bagi menyelamatkannya dengan Islam.

konvensyen2015a

“Kita mesti menjadi parti yang terbuka, parti yang positif dan bukan parti yang tertutup atau parti yang bersikap negatif terhadap semua orang, itu tidak boleh.

“Ini (satu) tanggungjawab yang mesti kita (PAS) tunaikan. Ini adalah satu peluang (dakwah) yang sangat besar.

“Alhamdulillah, PAS Harapan Semua. Namun, PAS sebagai parti Islam wajib meletakkan harapannya kepada Allah SWT,

kerana kemenangan perjuangan Islam itu adalah kurnia dari Allah SWT,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen PAS Negeri Terengganu 2015, di Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah (Kudqi), Kubang Lembek, Manir pada 23 Mei lalu.

Hadir sama pada majlis itu, Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat, Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu, Dato’ Husain Awang, Ketua Muslimat PAS Terengganu, Safinah Jusoh dan Keua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Kamaruzzaman Abdullah.

Dato’ Seri Abdul Hadi berkata Allah SWT telah menjanjikan kemenangan Islam pasti akan tercapai dengan syarat memenuhi kelayakkan bagi menerima serta mengisi kemenangan tersebut.

“Tidak dinafikan betapanya kekuatan diri dan jemaah, ramainya ahli, tersusunnya pentadbiran, banyaknya duit itu tidak dinafikan.

konvensyen2015c

“Tidak dinafikan juga kita (PAS) mesti mengadakan tahaluf siasi, persefahaman dengan semua pihak yang lain. Tidak dinafikan kita boleh menang dengan kelemahan lawan kita, tetapi itu hanyalah perkara-perkara sampingan yang tidak boleh ditaruh harapan untuk mencapai kemenangan,” jelasnya.

Katanya, mestilah ada kumpulan orang-orang yang beriman iaitu kumpulan Islam yang menyambung risalah perjuangan yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

Menurut beliau, kumpulan itu berusaha menegakkan Islam sepenuhnya dalam diri, keluarga dan masyarakat sehingga mendirikan kerajaan yang mendaulatkan syariat Allah SWT.

“Di atas asas inilah ditubuhkan Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Allah SWT telah mendidik generasi awal Islam bahawa pergantungan ramainya pengikut, kekuatan diri pada zahirnya dibanggakan itu tidak boleh memberi kemenangan jika tidak mendapat pertolongan dari Allah.

“Allah mengajar umat Islam generasi awal dalam peristiwa (perang) Uhud dan peristiwa Hunain.

Persefahaman dengan pihak lain diajar oleh Allah dalam peristiwa Ahzab. Ramainya golongan munafiqin dan kabilah-kabilah Yahudi musyrikin yang bersefahaman dengan Nabi (Muhammad) SAW.

“Allah juga mengajar kemenangan Islam di Andalus hasil dari kelemahan musuh. Islam boleh menang di Andalus,” ujarnya.

Ustaz Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menegaskan Islam sangat penting dan perlu dibuktikan kepada rakan-rakan tahaluf Pakatan Rakyat.

konvensyen2015b

Menurutnya, jika ideologi Komunisma dan Sosialisma yang datang dari barat pernah diterima oleh rakyat di negara ini kenapa tidak boleh dengan Islam.

“Islam sangat penting. Kita (PAS) kena buktikan kepada rakan-rakan tahaluf siasi (Pakatan Rakyat) kita tegas dengan Islam. Kita tidak berganjak dengan Islam.

“Cukuplah orang-orang komunis dan orang-orang sosialis. Kegagalan komunisma dan Sosialisma yang menggunakan tenaga manusia untuk menjana ekonomi. Semua teorinya telah gagal.

“Sepatutnya, kita (PAS) kena ajak orang Cina bukan Islam, orang India bukan Islam, orang Iban yang bukan Islam. Ajak (mereka) kepada Islam. Tak mahu masuk Islam tak apa.

“Sila masuk Islam, selamat dunia sampai akhirat. Jika selama ini boleh ikut komunis, boleh ikut sosialis. Orang Cina, India, Iban yang masuk komunis itu sanggup masuk hutan dan mati berjuang komunis.

kam3213(d)-konvensyen4

“Siapa Karl Marx? bukan orang Cina, bukan India, bukan Iban tetapi orang Yahudi Jerman. Kalau mereka boleh berjuang dengan ideologi yang diimport daripada barat. Mengapa mereka tidak boleh menegakkan Islam bersama dengan kita (PAS),” soalnya.

Tema Konvensyen PAS Terengganu “Road To WDI: PAS Harapan Semua” yang turut dibentang kertas dasarnya oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat dan diulas oleh Setiausaha Politik Presiden PAS iaitu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Seramai 13 perwakilan terdiri dari wakil dewan-dewan, wakil DHPP,wakil Gen-3 dan wakil PAS kawasan-kawasan membahaskan kertas dasar itu serta berakhir dengan peristiharan resolusinya.

Lebih 1,500 para perwakilan seluruh negeri bersama para pemimpin termasuk Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat, Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu, Dato’ Husain Awang, Ketua Muslimat PAS Terengganu, Safinah Jusoh dan Keua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Kamaruzzaman Abdullah.

Sumber BO - 26-5-2015

"Kita mesti buktikan bahawa dengan tahaaluf siyasi, kita tidak berganjak dari Islam!" - Tuan Guru Presiden PAS @ Konvensyen PAS Terengganu

PELBAGAI isu panas berlegar dalam masyarakat dan rakyat, amat memerlukan kupasan serta penjelasan oleh kepimpinan PAS. Jika tidak dirungkai akan berlaku kekusutan serta terbelit dalam kefahaman sesama sendiri. Justeru, wartawan Harakah Terengganu, KHAIRUL AZLAM MOHAMAD mewawancara Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di kediamannya, di Rusila, Marang baru-baru ini bagi mendapatkan pandangan berkenaan isu-isu yang melingkungi dalam dan luar parti.

HARAKAH (cool): Dalam agenda membentuk 'Kerajaan Perpaduan' atau 'Government Unity', adakah PAS masih optimis untuk berunding bersama Dato Seri Najib Tun Abdul Razak bagi merealisasikan hasrat tersebut?

USTAZ ABDUL HADI (smile): Saya melihat masih ramai yang tidak faham tentang 'Unity Government' termasuk orang PAS sendiri dan di kalangan pimpinan pun ada yang masih belum faham lagi. Ini kerana, mungkin mereka sibuk, tidak berpeluang membaca buku-buku politik dan tidak membaca istilah-istilah politik.

Dalam politik ada kerajaan yang sepenuhnya, ada yang disebut'Unity Government', ada 'Coalition Government' dan ada 'Front National'. 'Front National' itulah dia Barisan Nasional (BN) yang ada pembangkang. Kerajaan campuran ini adalah antara satu parti yang memerintah dengan parti yang lain diajak sama dalam pemerintah dengan syarat-syarat yang dibuat.

Di mana kebiasaannya dia (parti) terikat, partinya terikat dengan syarat-syarat bersama dengan kerajaan dan tidak banyak perubahan dibuat. Dan PAS berpengalaman dalam dua kerajaan iaitu Kerajaan Campuran (Perikatan) dan Kerajaan Barisan Nasional. 'Unity Government' bukan Kerajaan Campuran dan bukan Barisan Nasional. Itu kena faham. Ini kerana ada orang PAS sendiri faham masuk Barisan Nasional dan kerajaan campuran semula. Ini menandakan tidak faham 'Unity Government' .

cool Boleh Dato' Seri jelaskan apa yang dimaksudkan dengan 'Unity Government' ini?

smile Unity Government' ini adalah Kerajaan Perpaduan yang melibatkan semua parti politik dan tidak ada pembangkang langsung. Semua parti duduk dalam kerajaan dan semua parti ini ada identiti, ada syakhsiyyah, ada kepelbagaian dan dia (parti) berhak untuk membangkang di mana 'Unity Government' ini membolehkan orang dalam Umno sendiri bangkang kerajaan.

Ini kita (PAS) memecahkan tradisi yang dibuat oleh Umno yang ada pada hari ini. Di mana orang Umno tidak boleh bangkang parti dia dan kalau bangkang dia akan kena pecat. Ini termasuklah, kita membebaskan Umno itu sendiri. Ini kena faham dan dalam masa yang sama 'Unity Government' ini mestilah melakukan perubahan yang adil untuk semua rakyat. Ini termasuklah untuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), badan kehakiman, pentadbiran...

cool Boleh Dato' Seri kemukakan contoh-contoh apa yang dikatakan "Unity Government" yang dipakai di mana-mana?

smile Konsepnya mesti berubah dan bukan apa yang ada pada hari ini. Sebagai contoh, di Indonesia yang saya sebut tadi. 'Unity Government' di Indonesia berlaku pemisahan kuasa dengan 'SPR' atau Pemilu di Indonesia dengan badan politik. Pemisahan kuasa dengan badan kehakiman, sehingga badan kehakiman di Indonesia boleh menyeret Suharto ke mahkamah, boleh menyeret Perdana Menteri dan Menteri-menteri ke Mahkamah jika melakukan kesalahan. Ini kita (PAS) hendak bersihkan negara.

Di Israel sebagai contoh, Perdana Menteri Israel pun boleh dibawa ke mahkamah dan disiasat. Ini 'Unity Government' dan pilihan raya di Indonesia adalah pilihan raya yang berubah. Di mana Barisan Nasional tidak ada hak memonopoli TV termasuklah semua parti boleh menggunakan TV...

cool Tapi Dato' Seri, masih ramai orang yang tidak faham termasuk ahli-ahli PAS sendiri?

smile Inilah masalahnya. Ramai yang tidak faham dengan konsep ini. Rakyat ada kebebasan. Ini 'unity' biar kita kena faham. Apa yang saya rasa lucu, ada orang Umno yang membangkang dan ada orang Umno yang bersetuju. Tetapi, orang PAS juga bangkang dia (PAS) tidak tahu. Ini menandakan, dia (orang PAS) tidak tahu apa 'Unity Government'. Barangkali kalau dia tahu bentuknya saya rasa orang boleh terima. Oleh kerana, ramai orang tidak faham, maka, saya tarik balik cadangan saya itu. Saya tarik balik sehingga orang kita faham betul-betul...

cool Adakah cadangan Dato' Seri ini telah dibincangkan pada peringkat jawatankuasa tertinggi parti?

smile Sebenarnya, 'Unity Government' ini kita telah bincang dalam dialog politik di kalangan kepimpinan PAS Pusat. Kita telah membincangkan semua aspek. Aspek Barisan Nasional, aspek Kerajaan Campuran termasuklah 'Unity Government' dan ini juga menjadi perbincangan termasuklah aspek undi tidak percaya. Dan termasuk 'Unity Government' yang saya kemukakan kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa menjadi Perdana Menteri. Ianya disokong oleh KeADILan dan DAP.

Saya telah memaklumkan kepada DAP dan DAP menyertai dalam beberapa usaha yang dilakukan tetapi oleh kerana, kita melihat orang Umno sendiri takut hendak buat 'Unity Government' dan mungkin dia (pemimpin Umno) bimbang kerana akan ada orang dia (Umno) dibicarakan di Mahkamah, maka ia terhenti...

Umno takut untuk teruskan
Dia (Umno) tidak berani...

Sumber PP - 25-5-2015

Memperingati 10 Tahun Perobohan Masjid Bujal, Kijal Kemaman

RETRO - Pada kira-kira jam 2.30 petang, 26 Mei 2005, sepuluh tahun yang lalu, Kerajaan Barisan Nasional (BN) Negeri Terengganu dengan rakus telah merobohkan masjid Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Kampung Bujal, Kijal dengan dibantu jentera jabatan kerajaan dan anggota polis.

Itu adalah kemuncak kezaliman kerajaan BN negeri yang dipimpin oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh dalam masa lebih setahun memerintah negeri.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita26/masjidbujalhp3.jpg

Masjid di RTB itu yang dinamakan dengan Desa Makmur hasil derma orang ramai akhirnya menyembah bumi yang menjadi menjadi mangsa nafsu rakus Umno Terengganu.

Pada sebelah pagi itu, operasi bersepadu beberapa jabatan kerajaan dengan rakus merobohkan 10 buah rumah peserta yang masih dalam pembinaan.

Dulu kita semua bukan main lagi marah, malah pelbagai protes dan bantahan dibuat sehingga ledakan kemarahan rakyat itu diterjemahkan melalui demonstrasi aman di hadapan Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu pada 19 Jun 2005 yang disertai sekitar 10,000 orang.

Kini tragedi tersebut telah 10 tahun berlalu, umat Islam seolah-olah lupa dengan tindakan yang disifatkan lebih ganas daripada Yahudi yang hanya berura-ura untuk merobohkan Masjidil Aqsa.

Malah dalam majlis ceramah, peristiwa yang mencatatkan sejarah Islam perkembangan di negeri ini umumnya di negara kita sudah tidak disebut lagi, kalau adapun hanya segelintir yang menyebut secara umum tanpa menekankan peristiwa kejam perobohan masjid tersebut.

http://buletinonline.net/images/stories/berita16/rtb%20bujal%20roboh%20masjid%20007.jpg

Masjid RTB Bujal dibina di atas lot PT 3294 yang dikhususkan sebagai tapak surau dalam Pelan Susunatur Perumahan Kampung Bujal sebagaimana diluluskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) pada 3 Ogos 2003. Satu lot lagi untuk pembinaan surau ialah di PT 3297.

Pelan susunatur tersebut menyediakan 363 unit kediaman untuk diisi peserta dan ianya jauh melebihi daripada 40 orang yang menjadi syarat untuk mendirikan solat Jumaat.

Para peserta membina masjid tersebut dengan niat untuk dijadikan masjid untuk beriktikaf dengan adanya mihrab di bahagian hadapan dan kolah tempat mengambil wuduk manakala susunatur jubin lantainya membentuk saf sembahyang.

Selepas peristiwa perobohan masjid tersebut, rombongan demi rombongan dari seluruh negara datang melawat kesan keganasan kerajaan BN Terengganu itu sehingga akhirnya pada 7 Julai tahun berikutnya, kesan runtuhan itu telah dihapuskan sama sekali.

Rancangan Tanah Berkelompok RTB Bujal

Mengenai RTB Bujal, semasa Kerajaan PAS lalu, hanya 125 daripada 363 lot kediaman telah dibahagikan kepada mereka yang layak setelah membuat permohonan untuk mendapatkan tanah tapak rumah.

MASJID BUJAL1

Kerajaan PAS membahagikan lot tapak kediaman di kawasan itu kepada mereka yang sudah berkeluarga dan layak tanpa mengira fahaman politik sekaligus menolak tuduhan pemimpin Umno yang mengatakan PAS membahagikan tanah di kawasan itu kepada para penyokong parti itu sahaja.

Sekiranya pemimpin Umno beranggapan sedemikian, maka mereka yang berkuasa boleh mengagihkan lot-lot yang masih kosong kepada penyokong mereka tanpa merobohkan rumah yang telah dibina oleh peserta yang mendapat tanah secara saha di situ daripada Kerajaan PAS sebelum ini berdasarkan pelan cadangan susunatur perumahan, luas keseluruhan RTB Bujal itu adalah 64.4056 hektar di mana 40.4608 hektar adalah untuk petak kediaman.

Selain surau, lot-lot untuk kedai, balai raya, tadika, padang bola, klinik desa, kubur, taman permainan kanak-kanak, tangki air dan pencawang elektrik juga telah disediakan dalam pelan cadangan susunatur yang berasaskan pandangan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa negeri itu.

ADUN BN Sahkan Masjid Bujal Adalah Sebuah Masjid

Mantan Ketua Dewan Ulamak PAS, Allahyarham Dato’ Harun Taib mewakili DUN Manir, menyifatkan usul perobohan bangunan di Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Bujal, Kijal yang dibawa ke dalam Sidang DUN Terengganu oleh wakil Kemasik, Dato’ Mohamad @ Abu Bakar Ali sebagai usul yang bercelaru.

MASJID BUJAL2

Menurutnya, kecelaruan timbul apabila usul yang dibawa itu bagi membincangkan isu perobohan terhadap markas PAS di penempatan RTB Bujal, Kijal.

Apa yang berlaku, katanya perbahasan usul itu oleh pihak wakil kerajaan telah bertukar dari isu perobohan markas PAS kepada perobohan Masjid Bujal.

“Saya ucapkan terima kasih kepada wakil Kemasik yang telah mengemukakan usul ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih di atas ucapan dan penerangan yang diberi oleh wakil Tepoh (Muhammad Ramli Nuh) yang panjang lebar untuk menegakkan benang basah yang dilakukan oleh kerajaan itu.

“Usul ini ada sedikit kecelaruan sebab dari apa yang dibentangkan oleh wakil Kemasik ialah isu perobohan terhadap markas PAS di Kampung Bujal dan selari dengan apa yang dikemukakan oleh wakil Kijal (Dato’ Ahmad Said) semasa menjawab soalan lisan daripada wakil Kemasik, yang mengatakan tidak ada masjid dirobohkan tetapi yang diroboh adalah markas PAS.

“Tiba-tiba dalam perbincangan ini bertukar markas PAS dan timbul pula roboh masjid,” ujarnya ketika membahaskan usul tergempar itu pada sidang Dun, semalam.

Katanya, wakil Tepoh dan Kijal telah menimbulkan persoalan kenapa bangunan itu tidak boleh dinamakan masjid serta tidak layak kerana dibina tidak mengikut peraturan dan syarat-syaratnya.

MASJID BUJAL3

Menurutnya, bukan sahaja dalam Dewan tetapi dalam ceramah pihak BN di tempat-tempat awam mengatakan bangunan itu tidak layak dipanggil masjid kerana ia dibina tidak mengikut peraturan dan syarat-syaratnya.

“Gambar yang ada pada saya masjid dan ada ‘mehrab’ dan markas PAS tidak ada mehrab. Wakil Tepoh tidak pergi tengok masa dirobohkan sebab itu tidak dapat gambaran yang jelas,” ujarnya.
Katanya, persoalan sama ada telah membuat permohonan bagi membina masjid atau belum, itu perkara kedua kerana masih banyak bangunan yang didirikan sebelum permohonan dibuat oleh pemiliknya.

Sehubungan itu, Muhammad Ramli turut meminta pendirian wakil pembangkang adakah bangunan itu masjid atau markas PAS.

Ustaz Harun yang juga Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat sekali lagi menegaskanhawa mengikut penduduk kampung tersebut yang dibina itu adalah masjid tempat beribadat yang mempunyai mehrabnya tersendiri.

Katanya, jika masjid berkenaan tidak ada kebenaran hendaklah diberi kebenaran serta panduan kepada penduduk setempat agar membuat permohonan kepada pihak kerajaan.

MASJID BUJAL4

Masa kita (PAS) jadi kerajaan dahulu pun ada orang Umno buat surau tetapi kita tidak bertindak merobohkan bangunan itu seperti di Gelong Gajah. Orang tempat itu mengadakan sembahyang Jumaat dan Masjid Padang Kemunting dekat dengan rumah dia. Rumah orang dia (Umno) buat sembahyang Jumaat.

“Bila kita (kerajaan) tanya kenapa buat sembahyang Jumaat dan macam-macam alasan diberi. Dia kata saya buat (rumah) dulu niat hendak buat masjid walau pun dalam bentuk rumah. Kerajaan pada masa itu yang bertanggungjawab, bersimpati dan memahami keadaan.

OCPD Kemaman Bimbang Kesan Solat Hajat


Pada malam 30 Jun 2005, Ahmad Said, Ahmad Shabery Cheek dan seorang Ustaz Umno, Kamal Saidin dari Kedah berceramah di Padang Astaka Kemaman, menyentuh isu masjid RTB Bujal.

MASJID BUJAL5

Kerusi ada sekitar 450-500. Yang hadir pun lebihkurang sebanyak itu. Tapi ahli-ahli Umno berbohong mengatakan hadirin lebih dua ribu orang. Kalau nak bohong pun, jangan nampak sangat.

Kebetulan Padang Astaka terletak berdekatan pasar malam. Kalau dicampur dengan pengunjung pasar malam memang ramai jumlahnya. Itu pun tidak dapat menyamai jumlah kehadiran majlis demonstrasi membantah perobohan Masjid RTB Bujal di depan Wisma Darul Iman.

Ahmad Said cabar pemimpin PAS tempatan untuk bersumpah, sama ada masjid Bujal itu sebenarnya sebuah masjid atau bukan masjid.

Insya-Allah pemimpin PAS Kemaman akan menjawab cabarannya nanti dalam majlis ceramah akan datang. “Mung jangang lari pulok Mat Said weh!”

Ahmad Shabery Cheek pula mendakwa masjid yang dirobohkan itu adalah sebuah masjid dhirar. Walhal masjid dhirar itu dibina oleh golongan munafik.

BF2-A002

Ahmad Shabery Cheek bertanya kepada hadirin: “Sapa kafir dan munafik, Umno atau PAS?”

Ada hadirin yang menjawab: “Umno!” Terdiam sebentar Ahmad Shabery Cheek.

‘Ustaz’ Kamal berkata pemimpin PAS ada 16 ciri Yahudi. Ciri-ciri Yahudi itu, dakwanya, tidak ada pada pemimpin Umno. Beliau menuduh Amanat Tok Guru Haji Hadi merupakan salah satu contoh ciri-ciri Yahudi, sambil menambah ramai orang PAS yang fasik dan banyak menipu.
Dalam pada itu, beberapa hari lalu, sebuah helikopter merah putih terbang berlegar di atas tapak masjid Bujal yang dirobohkan itu.

Helikopter terbang agak rendah. Penduduk ternampak beberapa orang di dalamnya. Kemudian naik balik dan pergi. Siapa di dalamnya? Kenapa terbang di angkasa tapak masjid Bujal? Untuk apa dan siapa?

Maklumat lain yang diterima menyebut bahawa OCPD Kemaman menyatakan kepada teman-teman rapatnya, beliau takut juga kalau-kalau terkena kesan solat hajat orang yang dizalimi dalam kes meroboh masjid.

Agaknya OCPD itu terkesan dengan beberapa kes yang berlaku kepada beberapa anggota polis Cawangan Khas (SB) dan anggota polis biasa. Kalau beliau benar-benar takut, janganlah menjadi alat perkakas kepada Umno lagi.

Polis mesti bertindak secara profesional, jangan tunduk kepada kepentingan politik Umno.



Sumber BO - 21-5-2015


Guru Jasa Mu Tetap Dikenang
Posted on Saturday, May 16 @ 18:53:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Alhamdulillah dan tahniah kepada tokoh guru sekolah DAR negeri terengganu, iaitu ustazah Fikriah binti Hasyim telah berkhidmat selama 28 tahun di madrasah Darul Taqwa Batu Enam...

Kredit:
Madrasah Daruttaqwa Batu Enam K.Trg 

Sumber TKO - 16-5-2015

Semoga ‘Keringat’ Para Guru Manjadi Amal Soleh

Satiful (2)

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قِيلَ لَكُمْ تَفَسَّحُوا فِي الْمَجَالِسِ فَافْسَحُوا يَفْسَحِ اللَّهُ لَكُمْ ۖ وَإِذَا قِيلَ انْشُزُوا فَانْشُزُوا يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ ۚ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) – beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.

Badan Perhubungan PAS negeri Terengganu (BPPNT) mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua guru-guru dan pendidik di seluruh negara amnya dan guru serta pendidik di negeri Terengganu khasnya.

Sempena sambutan Hari Guru pada hari ini, kami amat menyedari betapa pengorbanan yang telah diberikan oleh para guru, yang begitu gigih mendidik dan mentarbiyah anak-anak menjadi manusia yang berguna.

Kami akan terus memberikan sokongan dan berdiri teguh dibelakang para guru dalam memperjuangkan dan memertabatkan profesion perguruan agar diletakkan ditempat yang selayaknya.
Bilangan 500, 000 orang guru seluruh negara, bukan sahaja berperanan mendidik anak_anak bangsa bahkan juga adalah kelompok penting bagi mengajar dan menentukan hala tuju politik negara, agar negara kita di pimpin kearah yang lebih baik bagi masa depann negara yang lebih cemerlang.

Kami meletakkan harapan, menjadi seorang guru itu bukan hanya sebagai satu kerja atau karier untuk kelangsungn tanggungjawab memenuhi keperluan hidup, tetapi guru juga adalah agen dakwah yang menjadi ‘daie ila Allah’, sewajarnya perlu sama memainkan peranan untuk menegakkan syariah Allah.

Sekalung penghargaan kami kepada guru-guru yang berkhidmat dengan agensi dan badan-badan dalam Parti Islam SeMalaysia, yang mengajar dan mendidik anak-anak di Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam (PASTI), madrasah-madrasah (Dar-dar) di Maahad-maahad dan Institusi Pengajian Tinggi yang terus beristiqamah.

Ucapan syabas dari kami kerana terus gigih memberikan khidmat, demi kelangsungan cita-cita perjuangn masa depan Islam.

Kami juga menzahirkan rasa sedih dan terkilan, hari guru yang sepatutnya disambut dengan ceria kerana menghargai jasa para dan diraikan sekurang-kurangnya dengan sepotong kek, sebaliknya kerajaan negeri Terengganu ‘menghadiahkan’ penyapu dan pencakar, yang tak selayaknya pada sambutan Hari Guru.

Semoga ia tidak menjadi amalan, umpama bekas seorang Menteri Besar Umno-BN Selangor yang memberikan hadiah penyapu sebagai penghargaan kepada penjawat awam.

Selamat Hari Guru dari kami, semoga segala keringat yang dicurah oleh para guru menjadi amal soleh yang berkekalan sehingga akhirat nanti.

Sekian, terima kasih yang tidak terhingga dari kami.

YB Haji Satiful Bahri Mamat,
Pesuruhjaya PAS negeri Terengganu
AhliDewan Undangan Negeri Paka
16 Mei, 2015/ 27 Rejab, 1436

Sumber BO - 16-5-2015

Guru Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak

safinah
Perutusan Ketua Muslimat PAS negeri Terengganu sempena Hari Guru tahun 2015

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.

Tuan-tuan, puan-puan warga pendidik yang dikasihi sekalian,

Terlebih dahulu saya ingin melafazkan rasa syukur kerana sekali lagi dapat kita menyambut Hari Guru yang telah mula diraikan semenjak tahun 1972. Betapa mulia darjat guru sehingga 16 Mei setiap tahun dikhususkan sebagai hari menterjemah rasa penghormatan yang amat tinggi kepada tuan-puan warga pendidik sekalian. Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada semua warga guru atas jasa bakti yang tidak pernah mengenal erti jemu dan lelah dalam usaha mendidik anak-anak bangsa yang amat memerlukan ilmu bagi memajukan diri, agama, bangsa dan negara. Sejarah telah membuktikan pendidikan berjaya membina tamadun sesebuah masyarakat dan menjamin keutuhan sesuatu empayar. Keagungan kerajaan Islam Abbasiyah dan kemasyhuran Dinasti Ming di China dicapai melalui kepesatan pelbagai bidang ilmu, termasuk bidang sains dan teknologi. Siapalah yang dapat menafikan bahawa sesungguhnya tunjang utama dalam kemajuan pendidikan tidak lain dan tidak bukan adalah guru.

Tema hari guru pada tahun ini iaitu “Guru Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak”. Peranan dan fungsi guru dipandang tinggi dan diiktiraf bukan sahaja sebagai penyampai ilmu, jurutera sosial,

penyubur perpaduan, pencorak minda, pembangun sahsiah, malah sebagai agen perubahan. Guru bertindak sebagai pencetus dan penggerak kepada proses merealisasikan potensi pelajar dalam usaha melahirkan generasi masa depan yang intelek, berdaya saing, berjati diri kukuh dan berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai sejagat.

Warga guru yang dihargai sekalian, anda semua merupakan insan yang dianugerahkan dengan kegigihan dan kecekalan yang amat tinggi. Biar acap kali diterjah dengan dugaan dan cabaran dalam berbagai bentuk, kubu kesabaran kekal teguh dan kental. Teruskanlah melaksanakan amanah yang diberikan dengan tulus, berpaksikan integriti dan berdasarkan etika perkhidmatan. Imej profesion keguruan pasti akan dapat ditingkatkan. Saya juga ingin menyeru agar para guru semua mematuhi tata cara yang ditetapkan dalam menangani isu persekolahan terutama yang berkaitan dengan disiplin murid. Tanganilah setiap masalah yang timbul secara berhikmah. Nasihatilah murid-murid dengan lemah lembut dan sentuhlah hati mereka dengan keluhuran, keikhlasan dan kemurnian jiwa guru semua.

Warga guru yang disayangi sekalian,

Saya turut mengambil peluang ini untuk mengetengahkan firman Allah dalam surah Al-Hujurat ayat 13, “Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa – bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”

Bersempena dengan kenyataan ringkas yang dikeluarkan oleh Allah ini marilah kita sama-sama memberikan kerjasama, menyatakan sokongan dan menterjemahkannya dalam kehidupan kita.

Takwa dalam bahasa mudahnya meninggalkan larangan dan melaksanakan arahan Allah swt. Kita berusaha menjadikan diri orang yang bertakwa, kita mendekati kawan kawan yang bertakwa, mengutamakan arahan-arahan pihak atasan yang lebih bertakwa, kita mengiktiraf pendapat orang yang lebih bertakwa, memilih pemimpin-pemimpin yang lebih bertakwa, mengutamakan program-program yang menjurus kepada ketakwaan, memikirkan program yang boleh menambah ketakwaan, memberi penghargaan kepada pelajar yang bertakwa dan macam-macam perkara yang menjadikan perkataan takwa sebagai kata kunci.

Dan yang paling penting, kita mestilah tahu yang mana takwa dan yang mana sesat.

Akhir kalam, renungkanlah semula peranan dan tanggung jawab
tuan-tuan dan puan-puan semua sebagai orang tengah antara pelajar dan Pencipta mereka. Ketinggian kedudukan warga pendidik dalam masyarakat tidak akan tergugat selagi warga pendidik semua jelas dengan misi dan matlamat yang ingin dicapai serta tidak mudah berputus asa. Sebagai pemimpin kepada anak didik, saya berharap agar guru menghayati kata-kata Khalifah Abdul Malik bin Marwan ini, “Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat”.

WARGA PENDIDIK YANG DIKASIHI SEKALIAN

SAYA SAYANG CIKGU …….

Puan Sainah Jusoh
Ketua Dewan Muslimat Negeri Terenggau

Sumber BO - 15-5-2015

Sambutan 10 tahun roboh Masjid Bujal bermula 21 Mei

















































































































































































HARAKAHDAILY | .


KEMAMAN: PAS Kawasan Kemaman akan mengadakan sambutan memperingati 10 tahun robohnya Masjid Bujal pada 21, 22 dan 23 Mei ini di Kampung Meraga Beris, Kijal, dekat sini.

Yang Dipertua PAS kawasan, Ustaz Alias Abdul Hamid berkata, antara objektif utama sambutan itu ialah mengenang kembali kerakusan dan kezaliman kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Katanya, kerajaan BN semasa pemerintahan Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh telah merobohkan berpuluh-puluh buah rumah yang dibina penduduk di Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Kampung Bujal, Kijal pada tahun 2005 termasuk sebuah masjid yang dibina hasil sumbangan derma orang ramai.

Menurutnya, ia adalah kemuncak sifat dendam pemimpin Umno Terengganu terhadap rakyat yang menyokong PAS.

Katanya lagi, perobohan masjid yang hampir siap yang dibina oleh penduduk di RTB Kampung Bujal itu adalah bukti Umno adalah parti yang zalim dan menunjukkan sikap sebenar parti itu terhadap Islam.

Oleh itu, ujarnya pelbagai pengisian berbentuk ilmiah, kemasyarakatan, kesenian, kebudayaan, maklumat dan kesukanan akan dihidangkan kepada rakyat Kemaman khususnya dan rakyat Terengganu umumnya, sepanjang tiga hari sambutan ‘peringatan’ tersebut.

Jelasnya, antara pengisian program ialah kuliah, karnival jualan dan pameran, rawatan Darul Syifa’, bicara bersama selebriti, edaran risalah peristiwa Bujal kepada generasi muda, slot ‘Kemaman Berselawat’, persembahan pantomim dan nostalgia bersama mangsa tangkapan Bujal 2005.

Menurutnya, kepimpinan utama PAS termasuk presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, naib, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, ketua penerangan dan timbalannya, Datuk Mahfuz Omar dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib akan mengisi slot ceramah pada sebelah malam 22 dan 23 Mei.

Katanya, sambutan itu akan disempurnakan oleh Timbalan Pesuruhjaya II PAS Terengganu, Yahaya Ali pada malam 21 Mei. - HARAKAHDAILY 14/5/2015

Sumber HD - 14-5-2015

Royalti Petroleum; Apa lagi Yang Disembunyikan MB?


Seperti rakyat Terengganu yg lain, GANTI memandang berat pendedahan yg telah dibuat oleh Mantan Menteri Besar Terengganu yang juga masih ADUN Kijal, YB Dato’ Seri Ahmad Said di Sidang DUN Terengganu pada 12hb Mei 2015.

Antara yg mengejutkan ialah percubaan mencagar harta negeri, hasil petroleum Terengganu bagi menperolehi pinjaman kerajaan persekutuan.

Juga status PM307 Bertam, telaga minyak yg disahkan berada di perairan Terengganu yg telah mula mengeluarkan hasil, tetapi royalti petroleum dikatakan mahu atau mungkin telah dibayar kepada kerajaan Pahang. Anggaran nilai royalti petroleum tersebut adalah sekitar RM100 juta setiap tahun.

Dan juga pendedahan tentang 1MDB yg sedang diselubungi dakwaan skandal kehilangan lebih RM40billion wang rakyat. Bekas Perdana Menteri Tun Mahathir dilihat antara yg lantang menyerang DS Najib berkaitan soal ini. Selain dari PR yg konsisten sejak awal mendedahkan isu penyelewengan besar ini tetapi dinafi oleh kerajaan.

DS Ahmad Said mendedahkan 1MDB bermula dgn guna wang Terengganu dgn nama asal Terengganu Investmen Authority. Tetapi beliau mendakwa mendapati terlalu banyak ‘hanky panky’ (rujuk ucapan di DUN) maka beliau byk lawan Perdana Menteri.

GANTI dalam satu artikel pada 9hb Jun 2014 setahun yang lalu telah melaporkan kemungkinan usaha mencagarkan aset petroleum Terengganu ini.

Lebih2 lagi DS Ahmad Razif dilihat masih muda, terlalu bergantung kepada DS Najib untuk jawatannya lantaran kedudukan politiknya yg terlalu lemah di Parlimen Kuala Nerus yang kalah kepada PAS di semua DUN serta Parlimen. Cuma DUN Seberang Takir yg dimenanginya dgn bantuan undian pos ekoran kem kem askar di situ.

Jika DS Ahmad Said telah membantah cubaan mencagar hasil petroleum Terengganu, rakyat berhak untuk menuntut MB Terengganu sekarang menyatakan status keadaan sebenar hasil petroleum Terengganu sekarang. Apa pendirian beliau?

GANTI sangat sangsi adakah apa yg didakwa telah dibantah oleh Mantan MB, telah pula diteruskan dengan bersetuju tindakan merampas hak dan hasil petroleum Terengganu oleh Persekutuan dengan terlantiknya DS Ahmad Razif sebagai Menteri Besar.

Ini kerana tiada sepatah bantahan pun timbul dari mulut YAB Razif bila tiba tiba kenyataan dibuat oleh kerajaan persekutuan bahawa ‘Tiada Minyak Di Terengganu’ ketika PRK Pengkalan Kubur yang lalu. Juga tiadanya respon kritis terhadap Akta 750 yg mungkin melanggar sempadan kedaulatan negeri yang melibatkan takrifan sempadan perairan negeri dan persekutuan ekoran pemansuhan Ordinan Darurat yg melemahkan segala hujah dan muslihat persekutuan disebalik rampasan hasil petroleum Terengganu dan Kelantan.

Apakah ada lagi rahsia yang lebih besar disembunyi dari rakyat?

HAJI AHMAD AMZAD HASHIM
Presiden
Gerakan Anak Terengganu Insaf (GANTI)
14hb Mei 2015

Sumber BO - 14-5-2015



















































































































































































Adakah Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin selamat?

HARAKAHDAILY | .


Alhamdulillah, kita merakamkan rasa syukur dengan peluang untuk bersama-sama kembali dalam dewan yang mulia ini bagi memutuskan kepentingan yang terbaik untuk rakyat Terengganu. Saya menjunjung kasih titah tuanku Sultan dalam istiadat pembukaan penggal ke-3 Dewan Undangan Negeri ke-13. Saya tertarik dengan titah tuanku Sultan ketika baginda membicarakan tentang Stadium Sultan Mizan yang dikatakan dapat digunakan sepenuhnya sejak April 2015. Saya juga bercadang dalam kesempatan ini untuk menumpukan hal ini sahaja supaya perbahasan ini dapat difokuskan.

Izinkan kepada saya memulakan ucapan ini dengan memetik firman Allah SWT di dalam surah Yusuf ayat 54-55: Maksudnya: “Dan (setelah mendengar pengakuan perempuan-perempuan itu), raja berkata: “Bawalah Yusuf kepadaku, aku hendak menjadikan dia orang yang khas untuk aku bermesyuarat dengannya. Setelah (Yusuf dibawa mengadap, dan raja) berkata-kata dengannya (serta mengetahui kebijaksanaannya) berkatalah raja kepadanya: “Sesungguhnya engkau pada hari ini (wahai Yusuf), seorang yang berpangkat tinggi, lagi dipercayai di kalangan kami”. Yusuf berkata: “Jadikanlah aku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir). Sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirkannya”.

Nabi Allah Yusuf a.s. diberikan kepercayaan untuk mentadbir negeri yang besar ketika itu. Atas kepercayaan pada keupayaan dan integriti Nabi Yusuf a.s maka baginda berjaya mengemudi negeri Mesir pada waktu itu sehingga menjadi negeri yang terbaik. Apa kuncinya? Kuncinya adalah sebuah kerajaan yang hafiz dan alim (penjaga yang baik dan bijaksana). Kita mahu supaya sebuah negeri mesti ada pemimpin yang hafiz (orang yang sentiasa menjaga hak rakyat, kepentingan rakyat) dan bukan setakat itu, (pemimpin itu) mesti tahu apa yang dia buat. Bukannya tangkap muat atau diambil sahaja untuk kepentingan politik tertentu, maka diletakkan sebagai pemerintah negeri.

Dalam titah ucapan tuanku Sultan, baginda menyentuh berkenaan Stadium Sultan Mizan. Memang rakyat Terengganu sangat bergembira dengan munculnya stadium baru di negeri ini. Kami juga turut bergembira dengan keadaan ini setelah melalui detik suram keruntuhan sebahagian bumbung stadium. Sebagaimana tuanku Sultan, merakamkan ucapan tahniah atas pembukaan ini, saya juga mengambil peluang yang sama untuk turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua dengan peluang menyaksikan stadium ini digunakan kembali.

Pun begitu, ada baiknya dalam dewan yang mulia ini kita cuba mempersoalkan pihak kerajaan berhubung status keselamatan fizikal stadium ini. Impak keruntuhan bumbung stadium ini menyaksikan beberapa bahagian stadium juga terjejas. Walaupun dapatan siasatan yang dilakukan tidak diperolehi secara terperinci kepada wakil rakyat. Paling tidak ia diketahui umum kesan runtuhan bumbung stadium. Ya, kita ikuti maklum balas FAM yang telah memberikan keputusan untuk membenarkan penggunaan stadium ini. Kita bersetuju dan faham dalam hal ini. Cuma kami ingin mendapat penjelasan, pihak manakah yang telah memberikan perakuan bahawa bangunan ini selamat digunakan khususnya dalam meletakkan sekumpulan besar penyokong bola sepak yang pastinya cara duduk mereka tidak statik sepanjang menonton perlawanan. Adakah ia diperakui pihak JKR bahawa stadium ini telah selamat? Atau memadai dengan pihak FAM? Atau di bawah kerajaan negeri sendiri yang memperakuinya?

Saya melihat kerja-kerja semakan yang dibuat FAM lebih kepada elemen persediaan perlawanan. Kelengkapan stadium, pencahayaan, bilik persalinan pemain dan seumpamanya. Di dalam laporan Bernama, saya difahamkan stadium ini hanya akan digunakan 3 tingkat sahaja berbanding 5 tingkat keseluruhan. Ini juga menimbulkan tanda tanya rakyat. Kalaulah stadium ini telah selamat digunakan, kenapa tidak dibuka keseluruhan? Mengapa lokasi di bahagian atas tidak boleh digunakan?

Justeru, sekali lagi saya memohon dari dewan yang mulia ini, siapakah yang membuat pengesahan keselamatan bangunan ini digunakan? Adakah selamat untuk 3 tingkat sahaja dan 2 tingkat yang berbaki masih belum selamat? Jika benar dakwaan ini, apakah sanggup pihak kerajaan mencuba nasib keselamatan rakyat sendiri untuk membuktikan Stadium Sultan Mizan layak digunakan?

Pada tahun yang lalu, dewan dimaklumkan tentang perincian perbelanjaan membaik pulih Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang dilaporkan sebanyak 100 juta. Breakdown yang diberikan (sekadar ingatan bersama) seperti membaiki struktur dan lain-lain kelengkapan, RM18 juta, membaiki sistem elektrik, RM20 juta, membaiki sistem mekanikal, RM14 juta dan membina semula bumbung baru, RM48 juta.

Sama ada kita sedar atau tidak, perbelanjaan pembinaan dan pemulihan kembali Stadium Sultan Mizan telah menggunakan perbelanjaan yang sangat besar dari duit rakyat. Kos asal sebanyak RM191 juta. Kerana kelewatan, kos baru mencecah RM292 juta. Kos baik pulih pula sebanyak RM100 juta. Jumlah keseluruhan stadium ini mencecah perbelanjaan sebanyak RM392 juta. Apakah dengan jumlah yang besar dari wang rakyat ini, kita tidak boleh persoalkan keselamatan penonton (rakyat) setelah insiden yang berlaku sebelum ini?

Saya merasakan beberapa lontaran yang disampaikan dalam ucapan pada hari ini adalah dengan tujuan kebaikan bersama. Kami timbulkan perkara ini, ekoran kebimbangan pada faktor keselamatan rakyat khususnya pengunjung stadium. Penonton bola sepak di dalam stadium tidak bersifat statik sepenjang mereka menonton. Penonton dan penyokong sangat dinamik pada waktu itu. Pelbagai aksi akan berlaku secara serentak. Keupayaan bangunan yang pernah mengalami keruntuhan bumbung ini dipersoalkan kerana kami tidak mengetahui secara terperinci baik pulih yang berlaku di dalam stadium.

Tidakkah ‘bleachers’ penonton dibina dari ‘precast concrete’? Tidakkah ‘bleachers’ ini turut berlaku rekahan dan terjejas akibat runtuhan bumbung? Ia pula diperbaiki hanya dengan menusuk dua batang besi sokongan untuk setiap ‘bleachers’? Apakah benar apa yang saya sebut ini? Pihak kerajaan dipohon untuk menjawab dan menjelaskan kepada rakyat.

Sokongan untuk pasukan Terengganu sangat kukuh daripada pihak kami. Sememangnya kami berhasrat untuk melihat pasukan Terengganu terus meraih kemenangan dan kejayaan di dalam mana-mana perlawanan. Kita mengharapkan agar perlawanan bola sepak antara pasukan Terengganu dan Lions pada 16 Mei nanti akan meraih kemenangan yang baik untuk pasukan Terengganu.

Saya mengira, dengan beberapa persoalan yang berkait dengan stadium ini akan dapat diperjelaskan kepada ahli dewan dan juga kepada rakyat. - HARAKAHDAILY 14/5/2015

Tulisan di atas ada ucapan Adun Tepoh, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim (foto atas) ketika membahaskan titah Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu, 12 Mei 2015 jam 4.00 petang.

Sumber HD - 14-5-2015


















































































































































































Kalau MB Masuk, Saya Masuk…


KUALA TERENGGANU – “Kalau YAB MB masuk, saya masuk,” kata Pesuruhjaya PAS Terengganu Ustaz Satiful Bahri ketika membalas usikan YAB Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dalam ucapan Menjunjung Kasih Titah Ucapan Tuanku Sultan Terengganu.

Menteri Besar yang bangun meminta penjelasan dari Ustaz Satiful adakah YB Paka boleh masuk ke dalam sarang burung itu lantas dijawab oleh Ustaz Satiful, beliau akan ikut MB jika MB boleh masuk ke dalam lalu disambut gelak ketawa sidang dewan.

Perkara itu terjadi ketika Ustaz Satiful membangkitkan isu berkenaan saiz sarang burung yang diberikan kepada golongan miskin terlalu kecil dan tidak munasabah bagi memanggil burung walit masuk ke sarang tersebut itu.

Saiz yang diberikan ialah 16 kaki kali 10 kaki yang kecil dan rendah, kemudiannya Ustaz Satiful secara sinis mengatakan kerana saiz itu, burungpun tidak sanggup masuk kedalam lalu membangkitkan kemarahan adun-adun BN.

Wakil Ajil yang berang, kemudiannya bangun meminta Ustaz Satiful memberikan nama agensi yang dikatakan menyediakan sarang burung itu tetapi ditolak oleh Ustaz Satiful dengan alasan wakil Ajil bukan exco pertanian.

Menurut beliau lagi, produk pertanian yang dikatakan bernilai tinggi itu, dilihat tidak serius dan kadangkala hanya menjadi bahan ketawa sahaja perlaksanaannya.

Pada pendapat beliau, beliau yakin jika sekiranya dibuat projek sarang burung dalam skala yang besar dan dibuat secara berkelompok dan kemudiannya dibahagikan lot-lot tersebut kepada peserta, ianya akan lebih bermakna kepada peserta.

Sumber BO - 13-5-2015

Ahmad jangan tunggu lama dedah campur tangan Najib

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said diharap tidak menunggu terlalu lama untuk mendedahkan apa yang diketahuinya mengenai kepincangan serta campur tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam syarikat pelaburan.
"Beliau juga diharapkan tidak menjadikan semua ini sebagai ugutan dan tawar menawar untuk memperolehi sesuatu yang semata-mata bersifat untuk kepentingan dirinya saja," tulis Shahbudin Husin dalam blognya.

Menurut Shahbudin, sebagai bekas ketua kerajaan negeri, Ahmad harus membuktikan pendedahannya adalah semata-mata untuk kepentingan rakyat, sambil dapat membersihkan semula namanya yang tercalar akibat dipaksa berundur oleh Najib sebelum ini.

Berikut tulisan penuh beliau.

Hanya beberapa jam selepas ahli-ahli MT memberi sokongan kepada Najib Razak sambil mahukan beliau menyelesaikan apa juga masalah berkaitan 1MDB, kini timbul satu lagi pendedahan 'menggerunkan' daripada bekas MB Terengganu, Ahmad Said.

Beliau yang dipaksa meletakkan jawatan tahun lalu mendedahkan syarikat pelaburan itu pernah berhasrat hendak mencagarkan minyak dan gas di Laut Terengganu tetapi tidak menjadi kenyataan kerana kerajaan negeri tidak menyetujuinya.

Katanya, urusniaga itu dilakukan ketika 1MDB menpunyai hubung kait dengan Terengganu Invesment Authority (TIA) dan beliau kemudian turut dimarahi oleh Najib atas beberapa masalah yang timbul serta menjadi antara punca beliau 'diturunkan' daripada jawatannya sebagai ketua kerajaan negeri itu.

Ahmad Said juga berkata, beliau akan menunggu masa yang sesuai untuk mendedahkan lebih banyak perkara mengenai hanky panky melibatkan 1MDB yang diketahuinya.

Dengan munculnya pendedahan Ahmad Said ini, satu lagi tamparan menerjah singgah ke pipi Najib. Ia secara tidak langsung bermaksud bahawa syarikat pelaburan itu memang sejak awal penubuhannya lagi sudah mahu dilencongkan dengan kesanggupan mencagar apa saja demi mendapatkan wang.

Maka itu, tidaklah menghairankan mengapa ia sanggup berhutang sehingga RM42 bilion sedangkan pelaburan dan pembelian asetnya sebagaimana yang digariskan oleh Tun Mahathir hanya kira-kira RM16 bilion saja.

Najib juga nampaknya sanggup menurunkan Ahmad Said daripada jawatan MB Terengganu hanya kerana hasrat serta keinginannya mahu mencagar minyak dan gas itu gagal dipenuhi.

Kalaulah minyak dan gas itu berjaya digadaikan dahulu, bayangkan apa yang tinggal lagi untuk rakyat Terengganu daripada hasil bumi yang diperolehi di negeri sendiri?

Seorang rakan berasal dari Terengganu berkata, jika usaha mencagar minyak dan gas itu tidak dihalang dahulu dan berdasarkan apa yang berlaku kepada 1MDB sekarang, tidak mustahil industri keropok lekor juga sudah jadi hak milik asing ketika ini.

Maknanya, walaupun kelihatan kasar dan "gedebe", Ahmad Said ada jasa dan sumbangannya yang tersendiri untuk rakyat Terengganu.

Apa yang diharapkan oleh ramai pihak ialah agar Ahmad Said tidak menunggu terlalu lama untuk mendedahkan apa yang diketahuinya mengenai kepincangan serta campurtangan Najib dalam syarikat pelaburan itu.

Beliau juga diharapkan tidak menjadikan semua ini sebagai ugutan dan tawar menawar untuk memperolehi sesuatu yang semata-mata bersifat untuk kepentingan dirinya saja.

Sebagai bekas ketua kerajaan negeri, Ahmad Said harus membuktikan pendedahannya adalah semata-mata untuk kepentingan rakyat, sambil dapat membersihkan semula namanya yang tercalar akibat dipaksa berundur oleh Najib sebelum ini.

Setelah dana daripada Tabung Haji, KWAP, PNB dan percubaan menggadai minyak serta gas turut didedahkan sebagai percubaan untuk membiayai 1MDB, apakah akan muncul pendedahan-pendedahan baru lagi selepas ini?

Apakah pendedahan demi pendedahan ini bakal menjadikan sokongan yang diterima Najib akan mula terbarai dan kedudukannya sebagai Perdana Menteri juga menjadi semakin rapuh? - HARAKAHDAILY 13/5/2015

Sumber HD - 13-5-2015

Bekas MB  T'gganu dedah kenapa beliau dimarahi PM


Dewan hari ini dikejutkan dengan pendedahan-demi pendedahan oleh mantan Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad Said ketika menyampaikan ucapan menjunjung kasih titah Ucapan PerasmianTuanku  Sultan Terengganu.
Paling mengejutkan ialah pendedahan beliau berkaitan cubaan pihak yang ingin mencagarkan hasil gas dan minyak Terengganu dan akhirnya dibatalkan atas bantahan pihaknya dan menyebabkan dia “diturunkan” dari jawatannya.
Beliau menyentuh perkara itu ketika menjawab pertanyaan yang dikemukakan oleh Wakil Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkenaan kaitan 1MDB dengan kerajaan negeri Terengganu.
Wakil Kijal itu menjelaskan beliau akan mendedahkan dengan lebih banyak lagi pada masa akan datang tetapi buat masa ini, beliau hanya akan mendedahkan sebahagian sahaja sambil mengakui kebenaran kaitan kerajaan negeri dan 1MDB yang dibangkitkan itu.
Tambah beliau lagi 1MDB pada asalnya ialah Terengganu Investment Authority (TIA) tetapi menarik diri apabila terjadi permasalahan yang tidak dapat beliau terima, iaitu cubaan mencagar hasil minyak dan gas di perairan Terengganu.
“Saya memohon maaf, buat masa ni saya tidak dapat menjawabnya, tapi saya tunggu masa yang sesuai. Dan saya akui, betul, 1MDB asalnya TIA, Terengganu Investment Authority bukan Agency yang modalnya berbayar dan saya dan kerajaan negeri yang bayar.
Tetapi apabila kita dapati “hanky panky” (perkara tidak betul), ada permasalahan yang tak boleh kita terima,  termasuk saya boleh sebut di sini buat permulaan ini dulu, mereka nak cagar minyak dan gas di laut Terengganu ketika itu.
Inilah satu sebab kenapa saya dimarah oleh Perdana Menteri, termasuk kes-kes yang lain, akhirnya kita menarik diri dan kerajaan negeri tidak rugi apa-apa, saya minta balik wang satu juta sebagai modal berbayar ketika itu.
Ini sebagai penjelasan  permulaan, tidak ada yang tidak benar, melainkan yang benar belaka Yang DiPertua,” jelas beliau dengan panjang lebar yang mendapat tepukan dari wakil pembangkang.
Semenjak diturunkan dari jawatan Menteri Besar semenjak setahun yang lalu, inilah kali pertama Dato’ Ahmad Said bangun menyertai perbahasan, namun kesempatan itu, beliau memilih menyerang kerajaan dengan pendedahannya itu.
Sidang DUN Terengganu bagi Penggal Ketiga dijadulkan berlangsung selama tiga hari bermula Selasa 12 Mei sehingga Khamis 14 Mei ini.

Sumber HD - 12-5-2015























































































































































































80% pekerja asing dalam industri minyak di Kertih

KHAIRUL AZLAM MOHAMAD | .


KUALA TERENGGANU: PAS Terengganu terkilan dengan isu ‘kebanjiran’ pekerja asing di negeri ini hingga mencecah 80 peratus dalam industri minyak dan gas di Paka dan Kertih.

“Begitu juga dengan peluang pekerjaan. Saya cukup terkilanlah sebab saya duduk di kawasan ‘oil and gas’ tetapi masih ada lagi isu pengambilan pekerja asing yang ramai," ujar Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat.

Beliau mendapat maklumat, kira-kira 80 peratus pekerja di kawasan itu terdiri daripada warga asing.

"Apabila kita bising barulah nak ada tindakan. Sepatutnya, kerajaan lebih pekalah dengan penggunaan tenaga pekerja orang tempatan," ujarnya yang juga Adun Paka ketika ditemui di lobi U2, Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu, Wisma Darul Iman selepas majlis perasmian Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga, Sidang Dun Terengganu Ke-13, di sini, semalam.

Sultan Terengganu, Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah merasmikan istiadat pembukaan sidang Dun tersebut. Permaisuri Terengganu, Sultanah Nur Zahirah turut berangkat.

Satiful juga menyifatkan keseimbangan pembangunan di negeri ini tidak selancar negeri lain.

Ini katanya, berbanding dengan negeri Melaka yang kecil tanpa sumber asli yang banyak tetapi dari segi infrastrukturnya lebih baik daripada Terengganu.

“Terengganu pada peringkat awal negeri miskin setelah mendapat hasil royalti (minyak) Terengganu mendapat sumber pendapatan secara drastik.

“Keseimbangan pembangunan di negeri ini tidak selancar pembangunan di negeri-negeri lain. Kita bandingkan dengan negeri Melaka umpamanya, walau pun dia (Melaka) tidak ada sumber kewangan tetapi kita nampak dari segi infrastrukturnya baik, begitu juga dengan negeri Kelantan,” ujarnya.

Persidangan Dun Terengganu kali ini berlangsung selama empat hari bermula semalam hingga 14 Mei. - HARAKAHDAILY 12/5/2015

Sumber HD - 12-5-2015

Istiadat Pembukaan Sidang Dun; Tuanku mesra dengan Tuan Guru

Oleh KAM

abdul hadi sultan mizan
KUALA TERENGGANU – Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu Ketiga Belas, bermula 11 hingga 14 Mei 2015 di Wisma Darul Iman, dekat sini.

Sultan Terengganu, Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan Permaisuri Terengganu, Sultanah Nur Zahirah hadir merasmikan pembukaan sidang Dun tersebut.

kam3195(k)-sidang11

Tuanku Sultan Mizan bertitah mahu melihat rakyat di negeri ini menjadikan masjid sebagai tempat penyatuan umat Islam.

Justeru, kata baginda masjid wajar dipromosi sebagai wadah penyatuan umat Islam serta menghidupkan kembali peranannya dengan aktiviti keagamaan.

“Beta difahamkan bahawa kerajaan negeri (Terengganu) sentiasa komited dalam pelaksanaan masjid-masjid sesuai dengan prinsip ‘Masjid dan Surau Sumber Penyatuan’ dengan memperuntukkan RM40 juta setahun.

“Namun, beta ingin mengingatkan sesebuah masjid itu bukan ukuran dari segi kehebatan rekaannya, peralatan yang digunakan dan keluasannya tetapi fokus utama adalah untuk melihat rakyat menjadikan masjid sebagai tempat penyatuan umat Islam.

“Masjid harus dipromosikan sebagai wadah penyatuan umat Islam dengan menghidupkan kembali peranannya dengan aktiviti keagamaan, pembangunan ilmu dan sebagainya yang mana telah terbukti membawa umat Islam ke puncak peradaban teragung pada suatu ketika dahulu,” titahnya.

kam3195(d)-sidang4

Sebelum itu, baginda Sultan Mizan turut melakukan pemeriksaan pembarisan kontinjen Polis DiRaja Malaysia (PDRM) di lobi, U2 Dewan Undangan Negeri, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.

Selepas majlis perasmian Dun tersebut Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin dan Permaisuri Sultanah Nur Zahirah menyertai santapan DiRaja dan bersalaman dengan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) sebelum berangkat pulang ke Istananya.

Ketika bersalaman dengan Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang juga Tuanku Sultan sempat bertanya khabar seketika dengan Adun Rhu Rendang tersebut.

Pakatan Rakyat Terengganu mempunyai 15 orang Adunnya iaitu 14 terdiri dari Adun PAS dan seorang Adun Parti KeADILan Rakyat (PKR). Manakala, Barisan Nasional (BN) mempunyai 17 Adun.

Namun begitu, mantan Menteri Besar (MB) Terengganu yang lalu, Dato’ Seri Ahmad Said tidak hadir pada hari pertama pembukaan Sidang Dun oleh Tuanku Sultan Terengganu tersebut.

Sumber BO - 12-5-2015


Sambutan Peringatan 10 Tahun Perobohan Masjid Bujal


Oleh Mohd Tishaah
KEMAMAN – PAS kawasan Kemaman akan mengadakan sambutan memperingati 10 tahun robohnya Masjid Bujal, Kijal pada 21, 22 dan 23hb Mei 2015 di kampung Meraga Beris, Kijal, dekat sini.

Yang Dipertua PAS kawasan Kemaman, Ustaz Alias Abdul Hamid berkata, antara objektif utama sambutan ialah mengenang kembali kerakusan dan kezaliman kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN).

“semasa pemerintahan Dato’ Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar (beliau) merobohkan berpuluh-puluh buah rumah penduduk di Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Kampung Bujal, Kijal pada tahun 2005.

“termasuk merobohkan sebuah masjid yang dibina hasil sumbangan derma orang ramai,”ujarnya.

Menurutnya, ia adalah kemuncak kepada sifat dendam pemimpin Umno Terengganu terhadap rakyat yang menyokong PAS.

Ustaz Alias

Katanya, perobohan masjid yang hampir siap yang dibina oleh penduduk di RTB Kampung Bujal itu adalah bukti Umno adalah parti yang zalim dan menunjukkan sikap sebenar parti itu terhadap Islam.

Oleh itu, beliau berkata, pelbagai pengisian berbentuk ilmiah, kemasyarakatan, kesenian, kebudayaan, maklumat dan kesukanan akan dihidangkan kepada rakyat Kemaman khususnya dan rakyat Terengganu umumnya, sepanjang tiga hari sambutan ‘peringatan’ tersebut.

“diantaranya kuliah maghrib dan kuliah dhuha di tapak program serta di surau putih, Kampung Meraga Beris, Kijal,

“edaran risalah berkenaan peristiwa bujal 2005 akan dibuat untuk memberi maklumat kepada generasi muda (tentang) peristiwa hitam yang berlaku pada 2005 itu,”tambah beliau.

Disamping itu, jelas Ustaz Alias lagi, slot ‘Kemaman Berselawat’, persembahan pentomen, nostalgia bersama mangsa tangkapan bujal 2005, akan menjadi tumpuan utama majlis tersebut.

Acara perasmian, kata beliau, akan disempurnakan oleh Timbalan Pesuruhjaya II PAS Terengganu Tuan Haji Yahaya Ali, pada malam 21 hb Mei.

“Ceramah Perdana 1 oleh Naib Presiden PAS Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, mantan Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Mohd Taib akan diadakan juga pada 22hb Mei,

“bicara bersama selebriti bersama Bob Lokman dan Abby Abadi akan diadakan pada petang tersebut disamping pertunjukan khas Unit Amal Kemaman,”tambah Ustaz Alias.

Pelbagai acara menarik seperti Karnival Jualan dan Pameran, Rawatan Perubatan Darus Syifa’, Pemeriksaan Perubatan Percuma, Pertandingan Pidato Pemuda, Pertandingan Mewarna Kanak – Kanak dan Jamuan Rakyat juga akan diadakan.

Ceramah Perdana 2 oleh Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Penerangan PAS Dato’ Mahfuz Omar dan Dato’ Ustaz Nashuruddin Daud serta Pesuruhjaya PAS Terengganu Ustaz Saiful Bahri Mamat akan mengupas isu-isu ‘panas’ yang sedang melanda negara dan negeri Terengganu masa kini.


Sumber BO - 11-5-2015

Kaki Judi Di Terengganu Kini Guna Ipad

KUALA TERENGGANU, 28 April (Bernama) -- Kaki judi dan penganjur pusat perjudian di Terengganu kini menggunakan iPad atau telefon bimbit untuk aktiviti perjudian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP Wan Abdul Aziz Wan Hamzah berkata aktiviti sedemikian yang semakin menular, dikesan ekoran penahanan tiga lelaki berusia antara 28 hingga 57 tahun di sebuah kedai makan di Bandar Cukai, Kemaman pada Sabtu.

Menurutnya dalam serbuan kira-kira pukul 10.45 malam itu, ketiga-tiga suspek yang bekerja sebagai tukang gunting dan tukang rumah itu didapati sedang leka berjudi dengan menggunakan telefon bimbit masing-masing.

"Hasil pemeriksaaan lanjut ke atas telefon bimbit mereka, kita dapati terdapat pelbagai aplikasi yang berunsurkan perjudian telah dimuat-turun ke dalam telefon tersebut bagi memudahkan urusan perjudian.

"Kita turut merampas lima telefon bimbit pelbagai jenama, 'power bank' (untuk membekal tenaga bateri), wang tunai bernilai RM345 serta resit-resit berkaitan perjudian," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Wan Abdul Aziz berkata, perjudian secara online ini bagi mengelakkan daripada dikesan pihak berkuasa.

Mereka menggunakan aplikasi tertentu yang dilihat berjaya mengaburi mata pihak berkuasa yang jarang memfokuskan perjudian secara online.

Wan Abdul Aziz berkata ketiga-tiga suspek telah membayar sejumlah wang untuk mendapatkan nombor pin sebelum dibenarkan mengakses laman-laman web yang berkaitan perjudian itu.

"Hasil keterangan juga kita dapati, ketiga-tiga mereka yang berasal dari Kemaman itu telah melabur di antara RM1,300 hingga RM2,000 untuk tujuan berjudi itu," katanya.

Sumber Bernama / HD - 28-4-2015

PAS Terengganu sembah tahniah kepada Sultan Mizan




























































































































































































HARAKAHDAILY | .


KUALA TERENGGANU: PAS Negeri Terengganu merafakkan sembah, Daulat Tuanku dan mendoakan ke hadrat Allah SWT semoga usia Sultan Mizan Zainal Abidin dIlanjutkan dan pemerintahan Tuanku diberkati Allah.

Pesuruhjayanya, Satiful Bahri Mamat berkata, seluruh ahli dan para penyokong PAS, merakamkan sembah tahniah dan ucap selamat ‘Sanah Helwah’ kepada Tuanku Sultan dan Yang di-Pertuan bagi negeri Terengganu Daruliman serta jajahan takluknya sempena ulang tahun ke-53 hari keputeraan baginda hari ini.

"Dengan ingatan tulus ikhlas dan sembah takzim dari kami semua rakyat jelata," ujarnya yang juga Adun Paka dalam satu kenyataan ringkas. - HARAKAHDAILY 26/4/2015

Sumber HD - 26-4-2015



Yakin jangka hayat Pasma tak lama

Posted on Monday, April 06 @ 16:19:17 MYT

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



KUALA TERENGGANU – Jangka hayat Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) dijangka tidak bertahan lama sekiranya NGO itu mewujudkan parti baharu.

Pengarah Pilihan Raya Pas Terengganu, Ariffin Deraman dalam nada sinis mengalu-alukan penubuhan parti baharu Pasma, turut menyifatkan tindakan itu akan hanya menyebabkan Pasma berdepan risiko cepat mati.


Menurutnya, keadaan itu mungkin berlaku terhadap Pasma jika NGO itu benar-benar menubuhkan parti baharu berdasarkan keadaan parti serpihan Pas sebelum ini yang tidak mampu bertahan lama dalam politik negara.

“Kita setuju kerana kalau tubuh parti baharu, cepat mati (tidak bertahan lama) dan kita yakin kerana parti sebelum inipun sudah mati (bubar).

“Perkara ini dilihat berdasarkan sejarah parti serpihan Pas seperti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), Parti Hizbul Muslimin Malaysia (Hamim) dan Angkatan Keadilan Islam Malaysia (Akim) yang telahpun tiada,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Dalam laporan Sinar Harian sebelum ini, ahli Pasma yang masih menganggotai Pas dialu-alukan untuk meninggalkan parti itu sekiranya NGO berkenaan ingin membentuk sebuah parti baharu.

Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, walaupun Pasma bukan ancaman kepada Pas, tetapi adalah lebih baik sekiranya mereka meninggalkan Pas dan bawa haluan sendiri.

Dalam kenyataan terdahulu, Presiden Pasma, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, pihaknya sedia mempertimbangkan untuk mengubah statusnya kepada sebuah parti politik berikutan kemelut dalam PR semakin kritikal.

Mengulas lanjut, Ariffin yang juga Adun Alor Limbat turut melihat tindakan Pasma untuk menubuhkan parti lain adalah lebih baik berbanding mewujudkan suasana tidak harmoni dalam parti memandangkan ahli Pasma kebanyakan terdiri daripada ahli Pas.

Pasma sering kali mengkritik kepimpinan parti secara terbuka dan menggunakan nama NGO sebagai alasan untuk bertindak sedemikian yang disifatkan segelintir pemimpin Pas bahawa tindakan itu di luar adab berjemaah.

“Insya-Allah (kalau Pasma tubuh parti baharu), selesai masalah. Serah kepada Pasma (untuk tubuh parti baharu atau tidak),” katanya. - SH

Sumber TKO - 6-4-2015

Pemimpin Kerajaan Tidak Rasa ‘Denyut Nadi’ Orang Bawahan



KUALA TERENGGANU – PAS akan terus membantah perlaksanaan GST walaupun cukai baru tersebut akan dikenakan kepada seluruh rakyat bermula 1 April, 2015.

IMG-20150331-WA0118

Ketua Pemuda PAS Terengganu Ustaz Kamaruzzaman Abdullah berkata bantahan yang diadakan adalah untuk meluahkan rasa tidak puas rakyat kepada kerajaan yang disifatkan tidak lagi peduli kepada suara rakyat.

“kita pada petang ini ialah ‘flashmob’, untuk meluahkan rasa kita, tak puas hati kepada pihak kerajaan yang (sudah) tidak sudi untuk mendengar luahan perasaan rakyat di Malaysia ini.

“Walaupun dah hampir 4 bulan sebelum GST dilakukan (dilaksanakan) esok, kita dah bantah, terus bantah, terus bantah, tapi tidak dipedulikan.

“Maka yang pertama sekali, kita mewakili Dewan Pemuda PAS negeri Terengganu, khususnya Dewan Pemuda Kuala Terengganu dan juga Ameerah mengambil inisiatif,

IMG-20150331-WA0099(1)“untuk buat ‘silent protest’ (protes senyap) dan juga bagitahu kepada rakyat bahawa esok tarikh keramat, tarikh bersejarah di Malaysia ini bermulanya GST (dengan kadar) 6%,”jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyertai bantahan aman ‘falshmob’ tersebut di persimpangan Jalan Sultan Ismail di sini, Selasa 31 Mac.
Beliau menegaskan, cukai GST adalah haram disegi syarak kerana bertentangan dengan kaedah percukaian Islam.
“Zakat itu ambil harta dari orang kaya dan berikan kepada orang miskin………Tapi GST ni, dia baham (kena bayar) belaka. Orang miskin pun kena, orang kaya pun kena. Lepas tu hok yang berisikonya, harta ni tak tahu salur kemana.
“Kemungkinan………..kebarangkalian besarnya untuk tampung pemimpin-pemimpin yang tak bertanggungjawab, yang tak telus dalam pengurusan kewangan dan sebagainya,”katanya.
IMG-20150331-WA0100

Beliau menyatakan kebimbangan dan syak kerana pada masa yang sama, kata beliau, ketika kerajaan mahu menguatkuasakan GST, kerajaan telah membeli jet peribadi untuk Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak.

“pada masa nak laksana GST, kita merasa sangat malang kepada (penduduk) di Malaysia ini. Bagaimana (kerajaan) boleh lagi buat (beli dan) upgrade jet (Perdana Menteri).

“Ada kata (laporan sebut) beli jet dengan harga yang berpuluh juta (ringgit), sedangkan rakyat dia suruh beri (kenakan) GST,”jelasnya lagi.

IMG-20150331-WA0094

Oleh itu, beliau berharap, ‘flashmob’ yang diadakan dalam memberi peringatan dan menyedarkan kerajaan dan pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN)bahawa tindakan mereka bercanggah dengan Islam.

“benda ni bercanggah dengan islam sama sekali. Jadi kita nak menyedarkan kepada kepimpinan negara khususnya insyaa Allah. Mudah-mudahan kita berdoa kepada Allah Taala dengan gerakan kita tidak berhenti disini. Insyaa Allah kita akan sebut-sebut hari-hari,”katanya.

Beliau berkata, Dewan Pemuda PAS turut mengadakan bantahan tersebut di bandar Chukai Kemaman, bandar Marang dan di Batu Enam, Kuala Nerus.

Beliau yakin, gelombang anak muda akan mengajar kepimpinan negara yang seolah-olahnya tidak merasa betapa sukarnya ‘denyut nadi dan juga nyawa orang-orang di bawah’.


Sumber BO - 1-4-2015

PAS Sokong Usaha Cegah Jenayah PDRM

KUALA TERENGGANU – PAS negeri Terengganu bersetuju untuk mengadakan pertemuan dengan pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Kontinjen Negeri Terengganu bagi menyokong usaha mencegah jenayah.

Perkara tersebut disampaikan oleh Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) Alor Limbat Ariffin Deraman, kepada Timbalan Ketua Polis Negeri, Dato’ Hashim Abdul Jalil.

“kita buat pertemuan sekali……….kita boleh susun (macamana nak cegah jenayah),”ujar Ariffin yang mewakili PAS Terengganku ketika berkunjung hormat ke Ibu Pejabat Kontinjen Palis Negeri Terengganu disini, pada Ahad 29 Mac.

kek hari polis

Beliau berkata demikian ketika memberi maklum balas cadangan Timbalan Ketua Polis Negeri SAC Dato’ Hashim yang mengutarakan kebimbangan tentang masalah sosial termasuk isu ‘Mat Rempit’ di negeri ini.

Dato’ Hashim berkata, pihak polis bercadang untuk mewujudkan kumpulan ‘Whatsapp’ di seluruh negeri Terengganu, mengikut kawasan Dewan-dewan Undangan Negeri dan setiap daerah.

“tiap-tiap daerah tu kita nak buat ‘group Whatsapp’ untuk pencegahan jenayah, kalau dalam kawasan YB………kita nak kawasan YB tu dimaklumatkan segala (kejadian) lebih ‘spesific’,

“kalau berlaku mana-mana jenayah…….curi motor kedi kawasan kita (YB) itu boleh disalurkan dengan cepat (kepada pihak polis),”katanya dalam peremuan itu.

Katanya beliau akan mengarahkan pihak Ketua-ketua Polis Daerah untuk berjumpa dengan ADUN-ADUN bagi melaksanakan perkara tersebut.

Pada pertemuan yang berlangsung selama setengah jam itu, Dato’ Hash’m juga berharap agar PAS membantu, memberikan tarbiyah kepada anak-anak muda agar tidak terjebak dalam aktiviti yang merosakkan akhlak, termasuk kegiatan ‘merempit’.

Sebelum itu, Ariffin menyampaikan sebiji kek sebagai hadiah dari pihak Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu kepada pihak polis bagi meraikan sambutan hari Polis yang ke-208.



Sumber BO - 30-3-2015


MINYAK INDUSTRI : JANGAN NANTI T\RAKYAT T'GANU JADI PENGEMIS - TKDPPNT


YB HISHAMUDIN ABDUL KARIM - TKDPPPNT / ADUN TEPOH


Sumber HD - 30-3-2015

ARC Memutuskan Kerjasama Dengan DAP

Posted on Friday, March 27 @ 14:00:00 MYT

Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar



Berikutan tindakan DAP memutuskan hubungan dengan Presiden PAS, Jawatankuasa Harian ARC Malaysia mengarahkan ARC di setiap negeri dan kawasan untuk MEMUTUSKAN segala bentuk kerjasama dengan DAP.

ARC Malaysia juga melahirkan kekecewaan yang amat sangat terhadap tuduhan liar dan penghinaan ke atas batang tubuh Tuan Guru Presiden dan PAS oleh pimpinan tertinggi DAP.ARC Malaysia menggesa DAP untuk menarik balik semua tuduhan melampau yang dikeluarkan.
ARC ( Alternative Riding Club ) sebagai sebuah kelab di bawah naungan Dewan Pemuda PAS sentiasa teguh bersama kepimpinan Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Wan Ahmad Ridzuan Wan Hussin
Presiden
ARC Malaysia
25/03/2015


Sumber TKO - 27-3-2015

Sumbangan Kek Dari PAS Sempena Hari Polis, Dihargai


Oleh : Zul Shawal

DUNGUN – Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Bukit Besi telah mengadakan kunjungan ziarah ke balai-balai Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terletak dalam Dun Bukit Besi hari ini.

Pengarahnya, Haji Ghazali Sulaiman berkata, unjungan tersebut adalah bertujuan meraikan anggota polis yang berkhidmat dalam Dun Bukit Besi sempena samputan Hari Polis ke 208.

“Ini merupakan aktiviti tahunan yang kita lakukan. Selain meraikan anggota keselamatan polis yang bertugas dalam dun ini,

IMG-20150326-WA0094

“kita mengharapkan hubungan baik antara pihak polis dan PAS terus berkekalan,”ujarnya menyampaikan sumbangan kek di Balai Polis Bukit Besi.

Beliau juga Setiausaha PAS Kawasan Dungun turut menyampaikan kek sumbangan Ahli Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli.

Menurutnya, anggota PDRM dan telah bekerjasama dengan Unit Amal PAS, menghasilkan kerja yang cemerlang ketika menghadapi musim banjir lalu.

“Polis telah menjalankan tugas mereka dengan hebat, sebagai contoh mereka bekerjasama dengan Unit Amal kita semasa dilanda musibbah banjir,

“pihak polis banyak membantu kita dalam bentuk nasihat ketika kita menjalankan kerja-kerja pengagihan barangan kepada mangsa banjir.’ Tambah beliau lagi.

Bertepatan dengan slogan Sambutan Polis pada tahun ini ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’ Haji Ghazali mengharapkan kerjasama yang lebih erat diantara pihak polis dan PAS Dun Bukit Besi.

Katanya, balai polis yang dikunjungi adalah Balai Polis Bandar Al Muktafi Billah Shah, Bandar Bukit Besi, Kampung Jerangau Sungai, Felda Jerangau, Kuala Jengal dan Pasir Raja.

Dalam perkembangan yang sama, Timbalan Pengarah MTD, Naraza Muda berkata, pertemuannya sempena Hari Polis dengan Ketua Balai Bandar Al Muktafi Billah Shah, Nazali bin Harun berjalan dengan baik.

Beliau berkata, Sarjan Nazli menghargai sumbangan kek dari PAS kepada anggota polis dan ia disifatkan sebagai satu pengiktirafan kewujudan polis dalam masyarakat.

“Saya mohon gambar yang diambil tu, hantar kepada saya untuk laporan saya kepada Ketua Polis Daerah Dungun,”Tambah OCS Nazali diakhir pertemuan tersebut.

Sumber BO - 27-3-2015




































































































































































































Profesionalisme PDRM jadikan negara lebih aman

| .


KUALA LUMPUR: PAS merakam ucapan tahniah dan selamat menyambut peringatan Hari Polis Ke-208 kepada seluruh anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, komitmen yang diberikan PDRM kepada negara adalah satu pengorbanan yang disanjung dan dihargai dan berharap profesionalisme PDRM menjadikan negara ini lebih aman dan makmur.

"PAS berharap kewibawaan dan peranan PDRM selaku pasukan keselamatan dalam negara terus dipertingkatkan khusus dalam menangani jenayah dalam negara, sekaligus mewujudkan ketenteraman untuk masyarakat awam," kata beliau dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) mengucapkan terima kasih kepada pihak PDRM Terengganu atas kerjasama yang diberikan khususnya pada Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Kali Ke-3 yang dianjurkan dari 19 hingga 22 Mac lalu di Rusila, Marang.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Satiful Bahri Mamat berkata, PAS Terengganu berharap pihak PDRM dapat meneruskan sikap positif, tanpa cenderung serta ‘bias’ kepada mana-mana parti politik dalam memberikan perkhidmatan.

"Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) mengucapkan tahniah dan syabas kepada seluruh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sempena Sambutan Hari Polis Ke-208.

"Tunjukkanlah dan sentiasa amalkan teras polis yang berintegriti dalam menangani masalah terutamanya bagi membendung jenayah yang semakin berat, agar kepercayaan rakyat kepada pihak polis dapat kekal terpelihara," katanya.

Beliau turut mendoakan agar PDRM dapat meneruskan tugas dengan penuh dedikasi dan ikhlas Kerana Allah agar ia menjadi aalan soleh di akhirat nanti.

"Kami amat faham tentang amanah yang dijunjung dan tugas-tugas pihak polis serta menyanjung tinggi segala pengorbanan para anggotanya," katanya yang juga Adun Paka. - HARAKAHDAILY 27/3/2015

Sumber HD - 27-3-2015

Rumah Terbakar Kali Ke Empat Dalam Tempoh Sebulan

Oleh : Aziz Ismail

DUNGUN – Selepas solat subuh di masjid Kampung Pinang Merah, kebiasaanya menjadi rutin harian Aduka Abd Rahman, 55, pergi ke pasar Dungun dengan mengunakan kenderaan pacuan empat rodanya bagi membeli bahan mentah untuk di jual di pusat perniagaan beliau, Pasar Mini Aduka, yang terletak berhadapan Maybank Paka.

IMG-20150226-WA0106

Dalam perjalanannya pagi semalam, Khamis 26 Februari, beliau telah dihubungi oleh anaknya, kira-kira jam 7.15 pagi, memberitahu beliau, rumahnya terbakar.

Beliau dimaklumkan, kebakaran itu bermula dari setor pakaian lama di tingkat atas rumahnya.
Pada ketika itu Aduka yang juga Bendahari masjid Pinang Merah yang sudah berada di persimpangan lampu isyarat balai polis Dungun terus buat pusingan ‘U’ bergegas balik kerumahnya.

Aduka, ketika ditemui dirumahnya, yang terletak lebih kurang 800 meter dari masjid Pinang Merah berkata, kebakaran kali ini adalah kali ke empat untuk tahun ini sahaja.\

“kebakaran kali pertama pada 31 Januari, melibatkan langsir yang sedang terpasang pada pintu, tiba-tiba terbakar sehingga tangan saya melecur, terkena percikan api dari kain langsir yang hangus jatuh ke atas tangan saya, ketika saya berehat berhampiran tepi langsir tersebut sementara menunggu solat Asar,
IMG-20150226-WA0109

“kejadian kedua (berlaku) minggu berikutnya, melibatkan langsir pintu sliding utama terbakar dengan tiba-tiba, anak sempat memadam api itu,

“Minggu berikutnya berlaku 2 tempat, satu rak pakaian tingkap atas dan satu lagi kebakaran langsir ditingkat bawah, juga api sempat dipadamkan,”jelasnya.

Beliau berkata, kebakaran terbaru berlaku menyebabkan beliau sekeluarga, isteri dan 10 orang anak termasuk seorang ibu mertua yang tinggal dirumahnya, hilang tempat berteduh.

Pasukan Bomba dari balai Bomba Paka mengambil masa setengah jam untuk memadam kebakaran yang telah merebak, lebih 90 % bangunan rumahnya, dimana bahagian atas hangus sama sekali.
Aduka berkata, beliau tidak tahu apakah sebenarnya punca kebakaran yang berlaku pada setiap minggu sejak Januari lalu.

IMG-20150226-WA0108

“Angaran kerugian mencecah RM150,000.00 temasuk perabut, barangan eletrik, pakaian, buku serta kitab, barang kemas, wang tunai dan lain-lain.
“Untuk sementara rumah yang terbakar dibaikpulih siap sepenuhnya, saya terpaksa berpindah ke rumah lain,”katanya.

Sehubungan itu, PAS cawangan Pinang Merah yang di ketuai oleh Che Wan Mustafa Bin Wan Kaman telah mengerahkan seluruh ahli masyarakat bergotong royong membersih sisa runtuhan kebakaran, melibatkan lima buah bilik di tingkat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, Ustaz Satiful Bahri Mamat dan Ahli Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hasan Mohd Ramli adalah antara pemimpin paling awal tiba di tempat kejadian.
Ustaz Satiful yang juga Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu meminta semua pihak agar dapat membantu keluarga Aduka bagi usaha membaikpulih rumahnya yang terbakar tersebut dengan kadar segera.

Sumber BTO - 27-2-2015


JPJ TERENGGANU KENAL PASTI 10 LALUAN MAUT MUSIM PERAYAAN - JPJ


http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33882-jpj-t-ganu-kenal-pasti-10-laluan-maut-musim-perayaan

Sumber HD - 15-2-2015


TAKZIAH BUAT KELUARGA MAUT PULANG DARI ZIARAH TO GURU - PRESIDEN

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33872-takziah-buat-keluarga-maut-pulang-dari-ziarah-tok-guru

Sumber HD - 14-2-2015

Tiga Beranak Maut Dalam Nahas Selepas Ziarah Jenazah Nik Aziz

Posted on Saturday, February 14 @ 16:30:00 MYT

Dilulus untuk paparan oleh lararatu


Solat jenazah 3 beranak di perkuburan Kg Pak Madah, yang kemalangan selepas kembali ziarah Tok Guru.

Satu liang lagi sudah disediakan untuk disempurnakan selepas solat asyar petang ini bagi seorang lagi yang meninggal pagi ini.

Semoga mereka empat beranak damai mengadap tuhannya.



Takziah kepada ahli keluarga 3 beranak yang meninggal dunia didalam kemalangan di Tok Bali Kelantan ketika perjalanan pulang dari Menziarahi Jenazah Tok Guru Nik Abdul Aziz, bapa, ibu dan seorang anak yang masih kecil.

Pagi ini pula menerima perkabaran seorang lagi dari empat anak mereka yang sedang dirawat di HUSM Kubang Kerian juga dijemput mengadap Allah. Mereka berasal dari kg. Pak Madah, Marang, Terengganu.

Marilah kita mendoakan agar mereka mendapat keampunan dari Allah dan ditempatkan bersama- sama orang yang soleh.


Facebook DS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Tiga Beranak Maut Dalam Nahas Selepas Ziarah Jenazah Nik Aziz

KOTA BAHARU,
13 Feb (Bernama) - Tiga beranak termasuk seorang bayi perempuan berusia tiga bulan maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) mereka bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Melawi-Tok Bali dekat Kampung Telong, Bachok petang tadi.

Mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian dikenali sebagai Roslan Mamat, 34, dan anaknya Nur Airish Alisya, 3 bulan, manakala isteri Roslan, Mimi Suhartini Abdul Ghani, 38, meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), Kota Baharu.

Kejadian dilapor berlaku kira-kira 2.50 petang itu apablia mereka dalam perjalanan pulang ke Bukit Payong, Terengganu selepas menziarah jenazah Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Pulau Melaka di sini.

Sementara tiga lagi anak pasangan itu iaitu Nur Dina Qistina, 12, Mohammad Zarfan Daniel, 10, dan Mohammad Zakuan Danish, 6, serta ibu saudara mereka, Sakiah Mamat, 50, dilaporkan cedera parah dan kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

Ketua Polis Daerah Bachok, DSP Abdul Hamid Che Ahmad berkata MPV jenis Perodua Alza yang dinaiki kesemua mangsa yang datang dari arah Melawi menuju Tok Bali dipercayai terbabas sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux itu.

"Ia menyebabkan bayi dan bapanya tercampak keluar dari kenderaan mereka sejauh lima meter dan mengalami kecederaan serius sebelum meninggal dunia di tempat kejadian.

"Sementara Mimi Suhartini dan kakak iparnya Sakiah cedera parah dan dibawa ke HRPZII untuk mendapatkan rawatan. Bagaimanapun Mimi Suhartini meninggal dunia di hospital," katanya.

Abdul Hamid berkata jenazah Roslan dan bayinya telah dihantar ke HUSM Kubang Kerian untuk bedah siasat sebelum dituntut anggota keluarga mereka.

Pemandu serta seorang penumpang pacuan empat roda itu dilapor hanya mengalami kecederaan ringan dan telah membuat laporan polis, katanya.

Sementara itu, bapa Mimi Suhartini, Ghani Ali, 71, berkata pemergian anak kedua daripada lapan beradik itu sangat mengejutkan.

"Pagi tadi Mimi ada menghubungi saya memaklumkan dia bersama keluarga nak menziarahi jenazah Allahyarham Tok Guru di Pulau Melaka. Saya juga sempat bertanya keadaan pengebumian Tok Guru.

"Saya kini sangat risau memikirkan keadaan cucu saya yang kehilangan kedua ibu bapa mereka," katanya ketika ditemui di HRPZII.

Bernama 


Sumber TKO - 14-2-2015


BUKIT BESI : MB TERENGGANU TAK HADIR WACANA DITERUSKAN - PERANTAU

 

YAB DATUK AHMAD  RAZIF ABDUL RAHMAN - MB TERENGGANU

http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/33814-bukit-besi-mb-terengganu-tak-hadir-wacana-diteruskan

Sumber HD - 12-2-2015


WASPADA BELI IKAN KELI, ELAK SUMBER DIRAGUI - PENGARAH PERIKANAN TERENGGANU


ABDUL KHALIL ABDUL KARIM - PENGARAH PERIKANAN TERENGGANU


http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/33620-waspada-beli-ikan-keli-elak-sumber-diragui

Sumber HD - 2-2-2015


RAZIF 'PAK TURUT' YANG PENAKUT - KETUA PENERANGAN PAS


YB USTAZ MOHD NOR HAMZAH - ADUN BUKIT PAYONG

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33589-razif-pak-turut-yang-penakut

Sumber HD - 31-1-2015


ROSAK POLITIK KERANA ANGGAP PELUANG DAPAT HARTA - PRESIDEN


DS TG HJ ABDUL HADI HJ AWANG - PRESIDEN PAS

http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/33583-rosak-politik-kerana-anggap-peluang-dapat-harta

Sumber HD - 31-1-2015


HARAP 3.1 BERMULA DENGAN SOLAT HAJAT TAHLIL - PAS TERENGGANU


HARAP 3.1 - HIMPUNAN HARAPAN SEMUA

http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/33566-harap-3-1-bermula-dengan-solat-hajat-tahlil

Sumber HD - 30-1-2015


STAM - ANAK PENGAWAL KESELAMATAN ANTARA PELAJAR TERBAIK DI TERENGGANU - KPM:



http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/33529-stam-anak-pengawal-keselamatan-antara-pelajar-terbaik-di-terengganu

Sumber HD - 28-1-2015
















































































































































































































RM62 JUTA WANG RAKYAT TERENGGANU SIA-SIA - PESURUHJAYA


YB USTAZ SAIFUL BAHARI MAMAT - PESURUHJAYA PAS TERENGGANU

http://www.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/33489-rm62-juta-wang-rakyat-terengganu-sia-sia



Sumber HD - 27-1-2015


CLEAN-UP: TEAM EAGER TO RETURN:

http://www.harakahdaily.net/index.php/headline-english/33209-clean-up-team-eager-to-return


Sumber HD - 13-1-2015

Banjir: Jangan rasa 'cemburu' dengan mana-mana pihak

SATIFUL BAHRI MAMAT | .
DALAM satu hadis yang panjang yang diriwayatkan oleh Muslim, Abu Hurairah berkata Rasulullah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang meringankan daripada seorang mukmin satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah akan meringankan daripadanya satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan Hari Kiamat. Sesiapa yang memudahkan kepada orang yang kesempitan, Allah akan memudahkan kepadanya di dunia dan akhirat.


Maka dengan itu, jelaslah kepada kita, betapa kebaikan yang diberikan oleh Islam itu kepada mereka yang membantu mangsa-mangsa banjir yang ditimpa malapetaka yang dahsyat itu, sebagaimana yang berlaku di enam buah negeri di negara kita baru-baru ini.

Bagi pihak Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan, khususnya kepada mangsa-mangsa banjir di negeri Terengganu, bermula dengan gelombang yang pertama pada hujung November lalu, sehinggalah kepada gelmbang tengkujuh yang terakhir baru-baru ini.

Terima kasih kepada Jawatankuasa Operasi Banjir PAS Negeri, Pemuda dan Muslimat, PAS Kawasan-kawasan dan Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) seluruh negeri, Jabatan Amal, Ameerah serta semua Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang membantu termasuk Yayasan Amal Malaysia, Papisma, Kumpulan Kembara serta Pasukan-pasukan Pacuan Empat Roda (4WD).

Saya juga bersyukur ke hadrat Allah SWT, dengan kerjasama yang telah diberikan oleh semua pihak, dapat kita bersama-sama mengurangkan beban fizikal dan spiritual yang dihadapi oleh mereka, yang menerima dugaan dari Allah itu.

Saya menyeru kepada semua pihak agar mengambil tanggungjawab dengan penuh ikhlas untuk membantu mereka yang memerlukan, akibat keperitan kerana musibah banjir, terutamanya kepada pihak berwajib supaya membangunkan kembali insfrastruktur yang telah rosak dan menyediakan kediaman yang bersesuaian kepada mereka yang telah kehilangan tempat tinggal.

Janganlah hendaknya, kita merasa ‘cemburu’ atau tidak senang hati dengan mana-mana pihak, sehingga menutup ruang untuk kita menyempurnakan hak mereka yang berhak, serta menyempitkan rezeki yang begitu luas dan banyak yang telah diturunkan oleh Allah ke atas muka bumi ini.

Atau kita mencuri ruang, sehingga mengabaikan amanah, kerana sesungguhnya, tidak akan ada kebaikan sama ada di dunia atau akhirat, bahkan sebarang perbuatan keji itu hanya akan mengundang kemusnahan yang lebih dahsyat!

Kepada mereka yang ditimpa musibah, kami berharap dapat bersabar, dapat mengambil iktibar dan hikmah daripada apa yang telah berlaku, kerana sesungguhnya, ia adalah ujian dan dugaan daripada Allah SWT jua.

Semoga kita sentiasa bersiap siaga dalam menghadapi apa sahaja ketentuan Allah dan membuat persiapan pada masa depan, lebih baik dari hari ini. - HARAKAHDAILY 6/1/2015

Penulis ialah Pesuruhjaya PAS Terengganu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paka.

Sumber HD - 6-1-2015



















































































































































































































Perantau pulang bantu mangsa banjir di Terengganu

IZWAN ABDUL HALIM | .

PROF KAMARUZAMAN YUSOF - PRESIDEN PERANTAU



(Perantau menziarahi anak-anak mangsa bot terbalik.)

KUALA LUMPUR: Biarpun jauh di mata, namun dekat di hati, demikian ungkapan dapat digambarkan terhadap usaha Persatuan Anak Terengganu Di Perantauan (Perantau) dalam menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir.

Sejak awal banjir melanda, Perantau telahpun menggerakkan peranannya sejak 25 Disember lalu membantu mangsa banjir di negeri itu.

Bertitik tolak dari kutipan sumbangan yang berjalan selama dua minggu, Perantau melancarkan misi khas ke kawasan dilanda banjir iaitu di Kemaman, Dungun dan Hulu Terengganu, kelmarin.

Menurut Setiausahanya, Awasi Mohamad, hasil sumbangan para dermawan prihatin telah diagihkan dengan jayanya kepada mangsa-mangsa banjir di tiga daerah tersebut.

“Misi ini tidak akan berjaya tanpa sumbangan dari orang ramai. Ini termasuklah sumbangan dari individu, institusi kemasyarakatan seperti masjid dan surau dan juga institusi pengajian tinggi. Perantau merakamkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang yang berhati emas.

“Tidak kira samada berbentuk wang ringgit ataupun barang keperluan harian. Usaha ini sedikit sebanyak telah mampu mengukir secebis senyum dalam tangis yang bersarang dijiwa mangsa. Sikap prihatin penyumbang adalah manifestasi kepada kebesaran jiwa masyarakat yang sanggup berkongsi kesengsaraan dialami mangsa banjir,” ujarnya.

Perantau juga katanya, mengucapkan ribuan terima kasih kepada para sukarelawan yang telah mengorbankan masa dan tenaga bagi menyampaikan amanah dari penyumbang budiman.

Ujarnya, pengorbanan para sukarelawan itu moga diganjari dengan pahala yang berlipat kali ganda daripada Allah.

Sementara itu Naib Presidennya, Mohd Shuhaimi Embong berkata, misi pertama itu diketuai Presiden Perantau, Prof Dr Kamarulzaman Yusof bersama 50 anggota Perantau dari Kuala Lumpur, Selangor dan Johor.

Maklumnya, turut serta dalam misi tersebut juga adalah Naib Canselor Unisel, Prof Dr Anuar Ahmad dan beberapa ilmuan untuk menyampaikan bantuan.

Manakala Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Noor Mohamad bersama 60 anggota Unit Amal Wilayah Persekutuan juga hadir bersama membantu membersihkan rumah-rumah mangsa banjir.

Ujarnya, dikesempatan pulang ke Terengganu itu, Perantau turut menziarahi dan memberikan sumbangan khusus kepada anak pasangan mangsa bot terbalik, Suhaimi Awang dan Norhayati Sulong yang meninggal dunia baru-baru ini. - HARAKAHDAILY 4/12/2015




















































































































































































































Bot bawa Adun Rantau Abang tenggelam (gambar)

http://tranungkite.net | .

Bot yang dinaiki oleh YB Rantau Abang, Cikgu Alias bersama 3 lagi sukarelawan terbalik ketika perjalanan menghantar sumbangn banjir ke Kg Delong, di kawasan Dun Rantau Abang. Alhamdulillah, Mereka yang memakai life jacket dan diselamatkan oleh bot kedua yang bersama beliau. Beginilh YB PAS yang bertungkus lumus d lapangan, berkhidmat dengan semampu kudrat meskipun peruntukan wakil rakyat dinafikan haknya oleh Kerajaan Umno Terengganu.



Lihat di sini


Sumber HD - 30-12-2014






















































































































































































































2 mangsa banjir berlindung 18 jam atas pokok

BERNAMA | .

DUNGUN: Seorang lelaki dan anak saudaranya diselamatkan setelah hampir 18 jam berlindung atas sebatang pokok berhampiran persimpangan Bukit Besi di sini selepas bot gentian kaca yang mereka naiki terbalik petang semalam.

Mohd Nazir Mamat, 33, dan Mohd Zafirul Izhan, 19, diselamatkan oleh pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam keadaan memeluk dahan pokok itu dan kesejukan kira-kira 12 tengah hari tadi.

Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS) Imran Ismail berkata, ketika kejadian kira-kira 6 petang itu, kedua-dua mangsa dalam perjalanan untuk mengambil anggota keluarga mereka di Kampung Padang Ping yang dilanda banjir.

Bot gentian kaca yang dinaiki mereka terbalik sebelum dihanyutkan arus deras sebelum mereka sempat menyelamatkan diri dengan mencapai dahan pokok dan berlindung di atasnya," katanya ketika dihubungi Bernama.

Katanya, pihak bomba sebelum itu menerima panggilan daripada seorang lelaki bernama Shahari Din yang memaklumkan ternampak kedua-dua mangsa di atas pokok.

"Sebaik menerima panggilan, kira-kira jam 11 pagi tadi, 12 anggota bomba dengan kerjasama anggota polis dan Tenaga Nasional Berhad melancarkan gerakan mencari dan menyelamat mereka.

"Pasukan menyelamat berjaya menemui mangsa yang keletihan dengan berpeluk pada sebatang pokok dalam kesejukan," katanya dan menurutnya kedua-dua mereka dibawa ke Kampung Dendang dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sementara itu, Shahari, 46, berkata ketika melalui lebuh raya itu pada kira-kira 10.30 pagi tadi, dia terdengar suara lelaki meminta tolong.

Katanya terkejut dengan suara berkenaan dia berhenti dan keluar dari kenderaannya dan melihat dua mangsa berada di atas sebatang pokok dan melambai ke arahnya dan terus memaklumkan perkara itu kepada pihak bomba.

"Ketika itu saya dalam perjalanan ke rumah emak mentua saya di Kampung Padang Ping untuk membantu memindahkan ibu mentuanya," katanya kepada Bernama. - Bernama

Sumber HD - 25-12-2014





















































































































































































































Banjir: JPAM Terengganu tak menang tangan tangkap ular

BERNAMA | .

KUALA TERENGGANU: Ketika musim banjir ini, kakitangan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Terengganu menjadi tidak menang tangan untuk menangkap ular.

Ini kerana hampir setiap hari Bilik Operasi Daerah JPAM menerima panggilan mengenai ular yang memasuki rumah penduduk.

Pengarahnya Lt Kol (PA) Che Adam A. Rahman berkata pihaknya telah menangkap 383 ekor ular yang memasuki rumah penduduk dari 1 hingga 20 Dis lalu.

Beliau berkata Kuala Terengganu mencatat jumlah kes tangkapan tertinggi iaitu 117 kes, diikuti Dungun (70 kes), Marang (65 kes), Besut (50 kes), Kemaman (46 kes), Hulu Terengganu (19 kes) dan Setiu (16 kes).

Antara spesis yang sering ditangkap terdiri daripada tedung, senduk dan katam tebu yang sangat berbahaya dan boleh membawa maut, katanya.

"Apabila habitat ular terganggu (seperti banjir), ular akan menyusur masuk ke tempat yang dirasainya selamat seperti dalam rumah untuk berlindung. Ular akan masuk melalui lubang pintu rumah dan lubang tandas. Namun sehingga kini tiada kes mangsa yang dipatuk ketika berada di dalam tandas," katanya kepada Bernama.

Che Adam menasihati orang ramai agar tidak bertindak sendiri sebaliknya menghubungi anggota JPAM untuk menangkap ular yang memasuki rumah mereka. - Bernama

Sumber HD - 24-12-2014





















































































































































































































Projek tak patuhi EIA punca 2 lokasi Kuala T'ganu banjir?

ANIS NAZRI | .

KUALA LUMPUR: Kerajaan didesak mengkaji semula dua projek yang didakwa tidak mematuhi prosedur Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) hingga mengakibatkan berlakunya banjir di dua lokasi di Kuala Terengganu, kelmarin.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Shah, berkata kedua-dua projek berkenaan yang dijalankan tanpa kajian terperinci EIA menyebabkan air sungai tidak dapat mengalir ke laut dengan baik.

Kata beliau, projek penambakan sungai di Shahbandar yang tidak terancang menyebabkan Pasar Payang dan Kampung Cina dinaiki air ekoran aliran sungai yang tidak sempurna.

Ia juga katanya, berlaku pada projek pembinaan Pasar Cabang Tiga di tapak yang baru yang turut dinaiki air dan mengotorkan kawasan jualan makanan dengan air longkang.

"Kedua-dua pembangunan itu dibuat tanpa restu Jabatan Pengairan dan Sungai (JPS) yang sepatutnya mengawal polisi ini. Bagaimanapun, kebanyakan pandangan JPS dan EIA diketepikan begitu sahaja," tegas beliau dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.

Kedua-dua projek tersebut, kata beliau sepatutnya memberikan kemudahan yang lebih baik jika ia dirncang dengan baik dan teratur.

Namun, beliau mendakwa pembangunan tersebut hanya dilihat mendatangkan masalah kepada peniaga serta penduduk tempatan apabila ia dinaiki air, lebih-lebih lagi ketika musim tengkujuh.
Raja Bahrin juga tidak menolak kemungkinan pembangunan itu dilakukan semat-mata mengejar keuntungan peniaga dan kontraktor tertentu hingga mengaibkan kepentingan awam.

Sehubungan itu, beliau mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kedua-dua projek itu, khususnya berkaitan pemberian tender terbuka serta mengapa pandangan JPS dan EIA diketepikan.

"Kedua-dua masalah projek ini telah saya bangkitkan di parlimen sejak 2013, namun tiada sebarang tindakan diambil pihak berwajib. Bagi saya, kerugian harta rakyat dan ancaman nyawa menjadi risiko masyarakat tempatan," kata beliau lagi.

Justeru, beliau berharap kerajaan dapat mengambil langkah yang proaktif bagi memastikan setiap projek mematuhi prosedur EIA selain tidak mengetepikan pandangan pihak bertanggungjawab, serta tidak memikirkan keuntungan semata-mata. - HARAKAHDAILY 24/12/2014

Balai polis ditutup sementara setelah dinaiki air

BERNAMA | .


DUNGUN: Balai Polis Kuala Jengai di sini ditutup sementara setelah dinaiki air banjir sejak semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Dungun, ASP Elias Abu Bakar berkata sembilan anggota bersama 31 ahli keluarga mereka turut dipindahkan.

Beliau berkata hujan yang mulai turun sejak pagi semalam menyebabkan air mulai masuk ke kawasan balai kira-kira pukul 7 malam.

"Ketika itu anggota balai terbabit sedang bertungkus lumus memindahkan penduduk di empat buah kampung ke Dewan Sekolah Menengah Kuala Jengai.

"Mereka kemudiannya terpaksa pula memindahkan anggota keluarga mereka ke pusat pemindahan," katanya kepada pemberita di sini.

Namun Elias berkata dokumen penting dan senjata di balai itu telah dipindahkan lebih awal.

"Kita bersiap sedia lebih awal kerana tahun lalu pun balai polis terbabit dinaiki air," katanya.

Sehubungan itu, orang ramai yang ingin membuat urusan polis boleh mengunjungi balai polis bergerak di Sekolah Menengah Kuala Jengai. - Bernama

Sumber HD - 23-12-2014





















































































































































































































Kawasan rendah sekitar Kuala Terengganu tenggelam

BERNAMA | .


KUALA TERENGGANU: Beberapa kawasan rendah di sekitar Bandaraya Terengganu ditenggelami air setinggi setengah meter sekitar pukul 10 malam tadi berikutan fenomena air pasang besar dan hujan lebat.

Antara kawasan terjejas ialah Bazar Warisan, Pasar Payang, Waterfornt, Pulau Warisan, Pulau Kambing dan Batu Buruk.

Seorang peniaga di Pasar Payang, Abu Bakar Abdul Hamid, 55, berkata air mula naik pukul 9 malam dan dia sempat memindahkan barang niaganya ke tempat tinggi.

"Ini kali kedua Pasar Payang dinaiki air sejak 20 tahun saya berniaga di sini dan air naik secara mendadak," katanya kepada Bernama.

Seorang lagi peniaga Noraini Abdullah, 52, berkata dia juga sempat menyelamatkan beberapa barang niaganya setelah menyedari air semakin melimpah naik ke jalan sekitar pasar itu.

"Sudah lama kawasan ini tidak banjir dan malam ini tidak dijangka air akan naik setinggi ini," katanya.

Turut terjejas banjir ialah kawasan perumahan sekitar Seberang Takir dan beberapa kampung di Pulau Duyong.

Orang ramai turut memindahkan kenderaan mereka di sepanjang Jambatan Sultan Mahmud di sini. - Bernama

Sumber HD - 23-12-2014





















































































































































































































Hujan lebat: Amaran air sungai naik di tiga daerah

BERNAMA | .
KUALA TERENGGANU: Bahagian Hidrologi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu hari ini mengeluarkan amaran kenaikan air sungai bermula pukul 7.00 malam ini di sekitar Dungun, Kemaman dan Hulu Terengganu.

Menurut Pemangku Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, Roslina Ngah, setakat pukul enam petang, rekod data taburan hujan menunjukkan bacaan yang sangat lebat di tiga daerah tersebut, terutama di bahagian pedalaman.

"Terdapat enam stesen data hujan yang mencatat bacaan sangat lebat melebihi 80 milimeter iaitu Pasir Raja (188 mm) dan Kuala Jengai di Dungun (162 mm); Kuala Ping (118 mm) dan Kampung Sekayu di Hulu Terengganu (84 mm); Hulu Angga di Besut (87 mm).

"Manakala di Kemaman, tiga stesen data yang menunjukkan taburan hujan sangat lebat ialah di Air Putih (196 mm), Tebak (237 mm) dan di JPS Kemaman (237 mm)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, akibat dari hujan lebat itu, paras air Sungai Kemaman dan Sungai Dungun kembali menunjukkan trend meningkat di mana Sungai Dungun di Pasir Raja telah mencatat bacaan setinggi 37.6 meter mengatasi paras bahaya 36 meter pada pukul enam petang.

Roslina berkata beberapa buah kampung di pedalaman Hulu Dungun dijangka mengalami banjir akibat limpahan Sungai Dungun.

"Ramalan pertembungan air laut pasang bermula esok hingga Sabtu (27 Dis) akan menyebabkan beberapa kawasan yang berisiko banjir semula sekiranya hujan masih berterusan pada malam ini," katanya.

Beliau turut menasihatkan penduduk agar sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan dan mengikut arahan jabatan dan agensi penyelamat dalam operasi banjir demi keselamatan mereka.

Sementara itu sehingga pukul 10 malam ini, sebanyak 44 pusat pemindahan masih dibuka di seluruh Terengganu yang menempatkan 4,287 mangsa berbanding 4,375 orang pada 7 petang tadi, menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu.

Daripada jumlah itu, Dungun mencatatkan paling ramai mangsa sebanyak 2,029 orang ditempatkan di 16 pusat pemindahan, diikuti Kemaman 1047 orang (11 pusat) dan Besut 421 orang (7 pusat).

Sementara di Hulu Terengganu kekal sebanyak 211 orang (3 pusat), Kuala Terengganu 521 orang (4 pusat), Marang 36 orang (sebuah pusat) serta Setiu 22 orang (2 pusat). - Bernama

Sumber HD - 21-12-2014

Mangsa banjir risau bersalin dalam kereta

BERNAMA | .

DUNGUN: Seorang ibu muda yang sarat mengandung anak kedua, menempuh detik sukar setelah terpaksa meredah air banjir separas pinggang selepas kediamannya di Kampung Paya, di sini ditenggelami air sejak empat hari lalu.

Lebih memeritkan selepas tujuh jam ditempatkan di Pusat Pemindahan Sekolah Kebangsaan Balai Besar, Mariam Abd Rahman, 22, terpaksa bertarung kesakitan untuk melahirkan anak keduanya sebelum anggota keluarga bergegas membawanya ke Hospital Dungun pada Jumaat.

Ketika ditemui pemberita, Mariam yang kini berpantang di pusat pemindahan tersebut berkata rasa sakit hendak bersalin mula dirasai pada 1 pagi Jumaat sebelum suami dan keluarganya segera membawa beliau ke hospital.

"Masa dalam perjalanan tu, air banjir bertakung di kiri kanan jalan dan risau juga takut tidak sempat sampai dan terberanak dalam kereta.

"Alhamdulillah, saya selamat dan tiada masalah melahirkan bayi perempuan pada 6.24 pagi. Kenangan melahirkan anak kedua ini akan saya ingat dalam memori hidup saya," katanya.

Mariam dan bayi yang berusia dua hari itu diberi nama Siti Aisyah Mohd Hairi terpaksa berpantang di Pusat Pemindahan Balai Besar.

Jelasnya memang agak sukar untuk berpantang di pusat pemindahan, namun ini sahaja tempat berteduh yang ada dan khidmat jururawat Klinik Desa juga disediakan untuk memeriksa tahap kesihatan beliau dan anaknya.

Katanya pengalaman berpindah ketika menghadapi banjir tersebut sukar dilupakan setelah menempuh dua kali detik mencemaskan iaitu yang terakhir pada 7 malam Khamis selepas air naik mendadak di kawasan rumahnya.

"Walaupun agak sulit untuk melalui semua ini, namun saya bersyukur semuanya selamat. Sebenarnya saya menjangkakan akan bersalin dalam tempoh terdekat kerana tempoh saya telah lebih seminggu dari tarikh jangkaan," katanya.

Menurut Mariam, beliau bernasib baik kerana anggota keluarganya menyiapkan semua peralatan untuk dibawa ketika bersalin serta peralatan rumah sudah pun dialihkan sejak awal lagi.

Daerah Dungun masih mempunyai bilangan mangsa banjir paling ramai iaitu sehingga 12 tengah hari ini, 598 keluarga masih ditempatkan di 25 pusat pemindahan. - Bernama

Sumber HD - 21-12-2014

Fenomena Kerang Terdampar di Seberang Takirhttps://www.youtube.com/watch?v=fRizQ4oRL-A





















































































































































































































T'ganu nafi akan lepas air empangan Kenyir

BERNAMA | .


KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri Terengganu hari ini menafikan dakwaan sesetengah pihak kononnya paras air di empangan Tasik Kenyir di Hulu Terengganu berada pada paras bahaya dan akan dilepaskan dalam masa terdekat.

Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata paras air di Empangan Tasik Kenyir masih berada pada paras normal.

"Saya baharu sahaja dimaklumkan oleh pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang menafikan khabar angin itu, sebaliknya TNB mengesahkan keadaan air di empangan masih terkawal.

"Air di empangan itu sehingga kini tidak dilepaskan sepertimana yang didakwa pihak tertentu melalui media sosial dan jangan mempercayai berita palsu," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Bantuan Nelayan dan Persatuan Penambang Seberang Takir di sini hari ini.

Seramai 350 nelayan termasuk pengusaha bot penambang di Seberang Takir menerima bantuan RM200 setiap seorang yang bertujuan meringankan beban mereka yang kehilangan mata pencarian sepanjang musim tengkujuh ketika ini.

Dalam pada itu, Ahmad Razif berkata kerajaan negeri sudah bersetuju untuk menambah peruntukan di beberapa daerah yang dilanda banjir ketika ini, mengikut keperluan di kawasan terbabit.

"Semalam, saya telah meluluskan peruntukan tambahan di Hulu Terengganu sebanyak RM300,000 yang akan dibelanjakan mengikut keperluan termasuk membeli bot-bot baharu dan enjin bot untuk memudahkan kerja memindahkan penduduk yang terjejas banjir.

"Sebelum itu, kita luluskan peruntukan segera untuk daerah Kemaman sebanyak RM400,000 untuk tujuan sama agar kerja menyelamat berjalan lancar," katanya. - Bernama

Sumber HD - 18-12-2014





















































































































































































































Wakil pembangkang tidak dipanggil untuk banteras dadah

HARAKAHDAILY | .

KUALA TERENGGANU: Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu hari ini kecoh seketika apabila Adun daripada PAS dan PKR mempertikaikan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Datuk Rozi Mamat berhubung usaha membanteras penyalahgunaan dadah.

Rozi ketika menjawab soalan Adun Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman mengajak semua pihak termasuk pembangkang untuk membendung kegiatan penagihan dadah di dalam masyarakat.

Ekoran itu, Adun Bukit Tunggal, Dr Alias Razak (foto) bangun mencelah supaya usaha itu tidak menimbulkan salah faham.

"Jangan salah faham, kita tidak dipanggil di peringkat negeri dan kawasan. Kita sedia jika dipanggil tapi tidak libatkan pembangkang," ujar Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri itu.

Keadaan menjadi kecoh apabila Rozi mengatakan pihak pembangkang juga dilibatkan di peringkat berkenaan dalam usaha mencegah penyalahgunaan dadah.

Penjelasan itu menyebabkan Ustaz Mohd Nor Hamzah (PAS-Bukit Payong), Azan Ismail (PKR-Bandar) dan Datuk Tengku Hassan Tengku Omar (PAS-Ladang) mencelah mempertikaikan apa yang dikatakan exco berkenaan.

"Bila kita diberi mempengerusikan mesyuarat peringkat Dun?" tanya Mohd Nor.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman terpaksa masuk campur untuk membantu Rozi menjawab pertanyaan yang dibangkitkan oleh wakil-wakil pembangkang itu.

Begitupun, penjelasan Ahmad Razif yang mengatakan adalah tidak betul jika usaha untuk menyelesaikan masalah dadah dibebankan kepada kerajaan sahaja masih tidak memuaskan.

Ekoran itu, Yang Dipertua Dun, Datuk Mohd Zubir Embong meminta supaya ahli dewan tidak terus menimbulkan kekecohan dan mengarahkan supaya beralih kepada soalan daripada Adun berikutnya. - HARAKAHDAILY 11/12/2014


Exco akui silap pilih pemain import

HARAKAHDAILY | .

KUALA TERENGGANU: Terengganu mengakui kesilapan memilih pemain import yang menyebabkan pasukan bola sepak negeri ini merosot pada tahun ini.

Justeru Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan dan Sumber Manusia negeri, Rozi Mamat berkata, satu jawatankuasa khas diwujudkan bagi memilih pemain import yang akan beraksi dengan pasukan bola sepak negeri.

Katanya, jawatankuasa itu melibatkan bekas-bekas peman bola sepak negeri dan daripada pihak luar untuk memberi pandangan dan nasihat kepada pihak pengurusan dan jurulatih pasukan negeri.

Beliau menyatakan demikian sewaktu menggulung perbahasan bajet negeri 2015 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) hari ini.

Menurutnya lagi, melalui jawatankuasa itu akan dapat memberi komitmen supaya jangan tersalah pilih pemain import pada musim depan.

Ketika membahaskan bajet itu, Hishamuddin Abdul Karim (PAS-Tepoh) turut membangkitkan prestasi pasukan bola sepak negeri ini yang semakin merosot. - HARAKAHDAILY 11/12/2014

Adakah dasar pemberian e-Book diteruskan?

HARAKAHDAILY | .

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu akan membuat keputusan sama ada meneruskan dasar pemberian e-Book kepada pelajar-pelajar sekolah rendah atau sebaliknya bergantung kepada kajian yang dibuat oleh pihak Institut Darul Iman (Idaman).

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Inovasi dan Tugas-Tugas Khas negeri, Ghazali Taib berkata kerajaan memperuntukkan RM50,000 kepada Idaman yang berpusat di Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA) untuk membuat kajian itu.

"Idaman buat kajian sama ada pemberian itu perlu diteruskan,

diberhentikan atau menambah baik jika ada perubahan," ujarnya menjawab pertanyaan Adun Ladang, Datuk Tengku Hassan Tengku Omar (foto) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) hari ini.

Dalam soalan asal, Tengku Hassan bertanya apakah kerajaan negeri akan meneruskan dasar pemberian e-Book kepada pelajar-pelajar sekolah rendah.

Beliau bagaimanapun meminta notis untuk menjelaskan soalan tambahan daripada Adun yang sama yang ingin penjelasan mengenai jumlah perbelanjaan yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri untuk pemberian e-Book dari dahulu hingga sekarang.

Ariffin Deraman (PAS-Alor Limbat) ketika mengemukakan soalan tambahan ingin tahu sama ada kerajaan membayar kerugian yang ditanggung oleh Top IT berhubung pengeluaran e-Book.

Ini, katanya kerana pada bajet yang dibentangkan pada tahun lalu, kerajaan mengumumkan peruntukan sebanyak RM20 juta untuk tujuan pemberian itu.

"Kita tidak bayar apa-apa kepada Top IT," ujar Ghazali. - HARAKAHDAILY 11/12/2014




Terengganu kutip RM93.5 juta zakat sehingga Oktober

BERNAMA | .
KUALA TERENGGANU: Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) mengutip sebanyak RM93.5 juta zakat dalam tempoh Januari hingga Oktober tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Inovasi dan Tugas-Tugas Khas negeri Ghazali Taib berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM38,291,443.54 merupakan zakat pendapatan; RM25,058,396.94 (zakat perniagaan); RM17,635,083.98 (zakat wang simpanan) dan RM5,977,365.02 zakat fitrah.

"Selain itu, zakat-zakat lain termasuklah zakat harta (RM5,405,222.57), zakat emas dan perak (RM659,154.78), zakat tanaman (RM428,620.35) dan zakat ternakan sebanyak RM81,281.

"Sebanyak RM61,249,248.98 daripada jumlah keseluruhan pungutan zakat itu telah diagihkan kepada lapan kategori asnaf iaitu fakir, miskin, amil, muallaf, riqab, gharimin, fisabilillah dan ibnussabil," katanya ketika menjawab soalan lisan Mohd Iskandar Jaafar (BN-Jabi) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-13 di sini, hari ini.

Penerima kategori asnaf fakir menerima agihan zakat tertinggi iaitu sebanyak RM23,394,807.05; asnaf miskin (RM16,054,127.33); amil (RM9,711,596.70); muallaf (RM2,786,130.41); riqab (RM862,854.99); gharimin (RM122,328.12); fisabillilah (RM8,294,414.38) dan ibnussabil (RM22,990). - BERNAMA

IQ digesa jalin hubungan dengan Universiti Madinah

HARAKAHDAILY | .

KUALA TERENGGANU: Datuk Tengku Hassan Tengku Omar (PAS-Ladang) membangkitkan isu Institut al-Quran Terengganu (IQ) di sini yang dikatakan beroperasi tanpa lesen.

Berucap ketika membahaskan bajet negeri 2015 pada persidangan Dun hari ini, beliau berkata IQ mempunyai lesen hanya untuk membolehkan para pelajarnya mengambil peperiksaan.

Menyentuh IQ yang bakal dinaikkan taraf menjadi sebuah kolej universiti menjelang tahun 2015 bagi mengukuhkan peranannya, beliau meminta kerajaan menyegerakan hubungan institut itu dengan Universiti Madinah.

Hasrat kerajaan negeri menaiktaraf IQ bagi melahirkan lebih ramai generasi berjiwa al-Quran pada masa depan.

Buat masa ini, pelajar IQ mengikuti Pengajian Diploma Tahfiz wal Qiraat, Pengajian Persijilan Tahfiz wal Qiraat dan Pengajian Kuliah al-Furqan.

Sementara itu, Ariffin Draman (PAS-Alor Limbat) pula melahirkan rasa kesal kerana banyak soalan daripada pihak pembangkang ditolak pada kali ini.

Katanya, soalan-soalan yang dikemukakan itu adalah berkaitan dengan permasalahan melibatkan rakyat yang sewajarnya tidak ditolak.

"Kami cadang janganlah banyak sangat soalan yang ditolak kerana ia banyak berkait dengan hal-hal rakyat," ujarnya. - HARAKAHDAILY 10/12/2014

Banyak projek pertanian gagal

HARAKAHDAILY | .

KUALA TERENGGANU: Tidak ada satupun daripada beberapa projek pertanian yang dijalankan oleh kerajaan negeri yang boleh dibanggakan oleh rakyat, kata Adun Wakaf Mempelam, Mohd Abdul Wahid Endut.



Ini, katanya kerana banyak projek pertanian yang dilancarkan sebelum ini menemui kegagalan.

Beliau menyatakan demikian ketika mencelah Pengerusi Jawatankuasa Pertanian & Industri Asas Tani dan Perusahaan Perladangan & Komoditi negeri, Nawi Mohamad menjawab soalan Hilmi Harun (PAS-Manir).

Menurutnya, antara projek yang gagal itu ialah fertigasi, ikan air tawar di Sungai Como, ternakan kambing dan tanaman ubi gadung.

Katanya, kegagalan itu mungkin disebabkan pihak kerajaan tidak membuat perancangan yang sewajarnya sebelum melaksanakan projek pertanian yang besar itu.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan supaya kerajaan negeri meminta bantuan daripada pakar dalam membuat sesuatu perancangan untuk projek pertanian.

Beliau juga beranggapan kerajaan tidak membuat kajian terlebih dahulu sebelum melaksanakan projek pertanian menyebabkan ianya menemui kegagalan.

"Kalau tak baik, kita ganti yang lain," ujar Nawi sebagai respons kepada pertanyaan tambahan itu. - HARAKAHDAILY 10/12/2014






Pelancongan: Buka denai laluan Mat Kilau

HARAKAHDAILY | .


KUALA TERENGGANU: Tidak wujud penerapan nilai-nilai penghayatan beragama untuk dijadikan sebagai produk pelancongan yang memainkan peranan dakwah untuk masyarakat dalam Bajet Terengganu 2015.

Sehubungan itu, Hishamuddin Abdul Karim (PAS-Tepoh) berkata dalam pelaksanaan konsep hiburan, bagaimana garis panduan yang lebih memelihara keutuhan prinsip ketiga dalam Transformasi Terengganu Baru iaitu Keluarga Bahagia Rakyat Sejahtera.

Katanya, penerapan budaya hiburan yang dibenarkan agama dengan membentuk garis panduan sangat perlu diselesaikan segera.

"Memperkasakan industri pelancongan, saya fikir lokasi seperti Hutan Lipur Chemerong, pokok cengal besar dan seumpamanya perlu diterokai oleh pihak kerajaan dengan lebh serius," ujarnya ketika membahaskan bajet negeri 2015 pada persidangan Dun, di sini semalam.

Malahan, ujar beliau tidak keterlaluan andai dicadangkan agar kerajaan menerokai usaha membuka denai laluan Mat Kilau daru Hulu Tembeling ke Hulu Dungun melalui Sungai Lurut, Kemala, Sungai Chay, Gunung Mandi Angin, Lata Keling dan Kampung Pasir Raja akan membuahkan hasil lumayan kerana dapat meningkatkan nilai industri pelancongan.

"Malahan lebih penting, penggarapan modal insan anak Terengganu yang mengikuti lebih dekat pengorbanan tokoh pejuang seperti Mat Kilau dan lain-lain," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 10/12/2014

Kejatuhan minyak dunia jatuh beri kesan dana khas

HARAKAHDAILY | .

KUALA TERENGGANU: Hishamuddin Abdul Karim merakamkan rasa bimbang dengan kedatangan tahun 2015 yang sangat mencabar walaupun anggaran hasil negeri ini bagi hadapan sebanyak RM2.4 bilion berbanding 2014 sebanyak RM2.2 bilion.



Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tepoh itu berkata, kebergantungan hampir 88.6 peratus melalui sumber Kerajaan Persekutuan perlu diberikan perhatian oleh kerajaan negeri.

Katanya, dengan 11.4 peratus dari sumber sendiri sangat mustahak untuk diberikan perhatian oleh semua pemimpin negeri.

"Jika diperhatikan melalui Dana Khas Persekutuan yang tentunya kita cukup faham Dana Khas Persekutuan muncul bagi menggantikan bayaran royalti oleh pihak Petronas," ujarnya ketika membahaskan bajet negeri 2015 pada persidangan Dun di sini, semalam.

Menurutnya, bagi tahun 2014 dengan anggaran RM1.83 bilion dan bagi tahun 2015 dengan anggaran RM1.97 bilion, 2014 dilalui dengan selesa.

"Anggarannya lebih rendah, jauh bezanya dengan akhir 2014 dan berterusan pada 2015. Kejatuhan harga minyak dunia dan nilai mata wang Malaysia" ujarnya lagi.

Tetapi, kata beliau kenyataan terakhir Presiden Petronas, Tan Sri Shamsul Azhar Abbas yang menegaskan jangkaan kehilangan 37 peratus pendapatan untuk negara adalah satu perkara yang serius dalam keadaan kita rancak berbelanja.

Tambahnya, kenyataan itu terbuti memberi kesan awal apabila Indeks Bursa Saham Malaysia jatuh teruk pada 1 Disember lalu.

"Berbanding RM29 bilion (sumbangan dividen), RM26 bilion (cukai), RM13 bilion (royalti minyak dan gas) untuk tahun 2014 ini daripada Petronas, sekaligus saya percaya ia akan memberikan kesan terhadap pemberian Dana Khas Persekutuan untuk Terengganu," katanya lagi.

Justeru, ujar beliau pihak kerajaan negeri diharap dapat mengambil kira semua faktor itu menjelang tahun hadapan.

Pun begitu, beliau merakamkan kekecewaan terhadap ucapan bajet oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dalam isu Dana Khas Persekutuan.

Semasa membentangkan bajet itu kelmarin, Ahmad Razif berkata, kerajaan negeri tidak berhasrat untuk terlibat dalam polemik sama ada sumber pendapatan negeri adalah royalti ataupun bukan royalti.

"Saya mewakili rakyat, tidak menganggap kalaulah penegasan Menteri Besar terhadap royalti bukanlah sebagai satu polemik, malahan ianya merupakan satu perjuangan penting rakyat Terengganu.
"Cukuplah merakamkan rasa kekecewaan dengan Menteri Besar yang menganggap ia sebagai satu polemik walaupun ia merupakan hak rakyat Terengganu sejak sekian lama," tegas Hishamuddin. - HARAKAHDAILY 10/12/2014






Adun PAS ucap tahniah kepada MB T'ganu

HARAKAHDAILY | .

KUALA TERENGGANU: Ridzuan Hashim (PAS-Teluk Pasu) mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berhubung penutupan operasi pasar raya pada waktu solat Jumaat.

Ahmad Razif ketika mencelah ucapan Ridzuan sewaktu membahaskan Bajet negeri 2015 pada persidangan Dun hari ini berkata mesyuarat exco telah membuat keputusan supaya operasi pasar raya ditutup mulai jam 12.00 tengah hari hingga 2.30 petang pada hari Jumaat.

Beliau berkata keputusan itu dibuat bagi mengelakkan anak-anak muda tidak menunaikan solat Jumaat kerana melepak di pasar raya.

Sebelum itu, Ridzuan menyarankan kepada kerajaan negeri agar mencontohi Kelantan yang telah melaksanakan arahan tersebut.

Ini, katanya kerana beliau telah menerima banyak aduan berhubung anak-anak muda yang melepak di sebuah pasar raya besar di bandar ini pada waktu tengah hari sehingga tidak menunaikan solat Jumaat.

"Saya ucapkan tahniah kepada Menteri Besar," ujarnya selepas Ahmad Razif memaklumkan mengenai arahan tersebut. - HARAKAHDAILY 9/12/2014

Kilang Perwaja Steel tutup 1,500 pekerja diberhentikan

HARAKAHDAILY | .


KUALA TERENGGANU: Kilang Perwaja Steel Sdn Bhd (PSSB) telahpun tutup operasinya pada 19 November lalu dan seramai 1,500 pekerjanya diberhentikan setelah tidak dibayar gaji secara tetap dalam tempoh sekian lama.

"Apabila keadaan ini berlaku, maka terdapat lambakan 1,500 tenaga kerja mahir dalam sektor perkilangan industri berat yang terpaksa bersaing dengan tenaga kerja baru untuk mendapatkan pekerjaan," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chukai, Hanafiah Mat ketika membahaskan Bajet 2015 negeri pada persidangan Dun, petang ini.

Katanya, jumlah mereka yang terjejas sebenarnya adalah 5,000 orang setelah dikira jumlah pekerja, pasangan masing-masing atau tanggungan serta keluarga mereka.

Ini, ujar beliau akan memberi kesan langsung kepada ekonomi setempat serta kesan kepada setiap keluarga yang terlibat.

Justeru, katanya negeri amnya dan daerah Kemaman khasnya juga akan kehilangan putaran ekonomi pada kadar gaji pekerja Perwaja sebanyak RM3.5 juta hingga RM4 juta sebulan.

"Ini memberi kesan langsung kepada sektor perniagaan runcit dan sektor perbankan di Kemaman," ujarnya yang juga Penolong Setiausaha PAS negeri.

Setelah mengambil kira implikasi penutupan kilang Perwaja di Kemaman, beliau mencadangkan beberapa langkah yang boleh diambil oleh kerajaan negeri untuk menamatkan krisis itu atau mengurangkan kesannya kapada yang terlibat khasnya dan daerah Kemaman amnya.

Bagi pihak 1,500 pekerja yang diberhentikan, beliau mensyorkan agar kerajaan negeri menggunakan saluran-salurannya untuk mempengaruhi kerajaan Pusat supaya dapat mengiktiraf agar PSSB dapat beroperasi semula dan menjana semula pertumbuhan ekonomi negeri dan negara.

"Kerajaan negeri mesti membantu pekerja yang telah diberhentikan dengan menyediakan satu pelan atau skim yang membolehkan bekas pekerja Perwaja diasimilasi ke dalam masyarakat dengan lebih cepat dan berkesan," ujarnya.

Menurutnya, mereka umpama sudah jatuh ditimpa tangga apabila sebelum ini imbuhan yang mereka dapat tidak dibayar mengikut jadual dan mengalami kesulitan dalam menguruskan kehidupan peribadi dan rumahtangga mereka.

Sekarang, ujar Ketua PAS Kawasan Kemaman itu bulan Disember dan dalam masa tidak sampai sebulan, penggal persekolahan baru akan dibuka.

"Bayangkanlah betapa pilunya hati mereka melihat pakaian sekolah anak-anak yang telah lusuh tidak dapat diganti baharu kerana kini digelar sebagai penganggur.

"Cuba pula kita duduk dalam keadaan mereka, betapa aibnya menjadi ibu bapa yang tidak dapat membayar yuran-yuran persekolahan anak dan membeli buku-buku anak yang bukan sedikit jumlahnya," katanya lagi.

Mereka kini, kata Hanafiah bukan sahaja tidak mampu untuk membuat persiapan menghadapi sesi persekolahan, bahkan memikirkan untuk mencari rezeki bagi menyuap makanan kepada anak-anak juga sudah menjadikan mereka sakit kepala.

Kata beliau lagi, sememangnya penutupan kilang PSSB dan pemberhentian pekerjanya di Kemaman secara total merupakan satu titik hitam dalam sejarah perindustrian negara dan negeri ini.

"Sekiranya ia benar-benar menjadi kenyataan dan kita gagal untuk membendungnya atau mengurangkan impak kepada rakyat, maka kita sebagai kerajaan adalah bertanggungjawab," katanya lagi.

Justeru, ujarnya adalah menjadi harapan agar usaha-usaha dapat digembleng oleh kerajaan untuk mengelakkan perkara sedemikian berlaku dan setidak-tidaknya mengambil langah yang dikira wajar untuk meminimumkan impak dan kesan kepada rakyat negeri ini. - HARAKAHDAILY 9/12/2014






Kenapa benarkan guna arang di kilang besi Kemaman?

ANIS NAZRI | .
KUALA LUMPUR: Penggunaan arang bagi proses pembakaran besi di Eastern Steel, Teluk Kalong, Kemaman akan mengundang kepada pencemaran alam, berbanding penggunaan gas.

Malah, penggunaan arang itu juga tidak mendatangkan keuntungan kepada negara kerana ia dibawa masuk dari China, berbanding jika kilang tersebut menggunakan gas Petronas yang sedia ada.


Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Shah, berkata keadaan itu hanya akan mengundang mala petaka lebih besar pada peringkat pemerosesan di kilang besi di Teluk Kalong yang akan beroperasi tidak lama lagi.

"Dengan sikap begini rupa dan kelemahan “no political will” Kerajaan Terengganu dan Malaysia, saya memberi amaran kepada kerajaan, mala petaka lebih besar menunggu kita pada peringkat pemprosesan di kilang besi di Teluk Kalong yang akan beroperasi tidak lama lagi," tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

Malah, Raja Bahrin mengatakan dua negara pengeksport bijih besi terbesar dunia, Brazil dan Australia sendiri hanya membenarkan besi dibawa keluar, dan tidak membenarkan ia dibakar di dalam negara mereka atas alasan pencemaran alam.

Tambah beliau, oleh sebab pencemaran alam di China amat dahsyat, mereka bertindak mendirikan kilang-kilang memproses besi luar dari China.

"Perlu diingat, Australia dan Brazil berpuluh kali lagi besar dari Malaysia, tetapi mengapa kita senang-senang menerima kilang-kilang ini tanpa memikir kesan sampingan jangka masa panjang, seperti mana juga dalam isu Lynas," kata beliau.

Dengan penggunaan arang tersebut, kata Raja Bahrin ia akan mengundang pencemaran yang lebih teruk dan menyebabkan penyakit berbanding gas yang lebih bersih.

Katanya, kajian awal EIA mendapati 15 peratus penduduk sekitar mengalami sakit lelah dan mempunyai masalah pernafasan sejak kilang besi yang terdahulu.

Malah, tegas Raja Bahrin, Eastern Steel pernah dikenakan denda kerana tidak mematuhi syarat-syarat Jabatan Alam Sekitar, selepas isu berkaitan kilang itu dibangkitkan di sidang Parlimen, Mac lalu.

Beliau mendakwa, dua sungai yang mengalir di sebelah utara dan selatan kilang itu berpotensi dengan pencemaran yang dibawa terus ke Laut China Selatan, selain mengakibatkan ikan di laut dan sungai makin berkurangan.

Justeru, Raja Bahrin mendesak kerajaan untuk bertanggungjwab dengan menjelaskan kepada rakyat berkaitan proses pembakaran besi yang dijalankan Eastern Steel ini.

"Sejak tahun 1970-an ketika Terengganu diterajui bekas Menteri Besar, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, syarat-syarat yang lebih ketat di kuatkuasakan. Mengapa Kerajaan Terengganu sekarang tidak lagi mengenakan syarat-syarat ini? Apa yang kita dapat adalah pencemaran dan kemusnahan alam sekitar Terengganu dan kerugian ekonomi," kata beliau lagi. – HARAKAHDAILY 9/12/2014

Royalti: PAS sokong Terengganu tuntut 20 peratus

HARAKAHDAILY | .


KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu diingatkan supaya jangan hanya mengharapkan bantuan ehsan daripada Pusat sahaja untuk mendapatkan hasil negeri.

Justeru, Ketua Pembangkang, Ustaz Satiful Bahari Mamat menggesa kerajaan negeri supaya mengambil kira istilah royalti kerana ia menjadi hak negeri ini.
Beliau menyatakan demikian semasa membahaskan Bajet 2015 negeri pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) hari ini.

Semasa membentangkan bajet itu semalam, Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif berkata, kerajaan negeri tidak berhasrat untuk terlibat dalam polemik sama ada sumber pendapatan negeri adalah royalti ataupun bukan royalti.

Katanya, daripada jumlah anggaran hasil negeri yang dianggarkan RM2.4 bilion tahun hadapan, 88.6 peratus bakal diperolehi daripada sumber Persekutuan khususnya melalui dana khas serta pemberian tahunan sementara baki 11.4 peratus sumber negeri.

"Perkataan perlu diambil kira, istilah penting, royalti hak kita dalam hal ini," ujar Satiful Bahari yang juga Adun Paka.

Menurutnya, negeri-negeri yang mempunyai hasil petroleum dan menerima royalti tidak pernah menyebut pemberian itu adalah dana khas.

Justeru, beliau menegaskan semua Adun daripada PAS akan menyokong untuk menuntut royalti sebanyak 20 peratus sebagaimana usul yang pernah diterima sebulat suara pada persidangan Dun Sarawak.

Pada 6 Mei lalu, Dun Sarawak meluluskan usul untuk memohon Kerajaan Persekutuan menambah bayaran royalti minyak dan gas kepada negeri itu daripada lima peratus sekarang kepada 20 peratus.
"Kami akan sokong untuk dapat royalti 20 peratus, hak negeri dan hak rakyat negeri ini," ujarnya yang juga Pesuruhjaya PAS negeri.


Beliau juga mendesak kerajaan negeri supaya mempertahankan kawasan medan minyak yang baru di Blok PM307 Bertam.

Sehubungan itu, beliau memuji sikap Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said sebelum ini yang mempertahankan kawasan medan minyak di luar pantai Semenanjung antara Terengganu dan Pahang itu adalah milik negeri ini.

Bekas menteri besar itu pernah memberitahu bahawa kerajaan negeri telah menulis surat secara rasmi kepada Petronas untuk mendapatkan penjelasan mengenai penemuan minyak di blok berkenaan.

"Kalau hak kita, kita perlu pertahankan," tegas Satiful.

Hishamuddin Abdul Karim (PAS-Tepoh) yang turut membahaskan bajet itu juga melahirkan rasa kecewa dengan sikap kerajaan negeri berhubung royalti petroleum itu.

Katanya, kerajaan mesti mempertahankan royalti kerana ia penting untuk rakyat negeri ini. - HARAKAHDAILY 9/12/2014

Krisis air: Jawapan exco bercanggah timbalan menteri?

HARAKAHDAILY | .

KUALA TERENGGANU: PAS menyifatkan jawapan yang diberikan oleh Exco Kerajaan Terengganu bercanggah dengan kenyataan Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air berhubung krisis air yang dijangka berlaku di daerah Kuala Terengganu dan Marang pada tahun hadapan.



Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi merujuk kepada kenyataan timbalan menteri berkenaan, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang dimaklumkan dua daerah itu yang bakal menghadapi krisis bekalan air menjelang akhir tahun 2015.

Dalam soalan asal pada persidangan Dun hari ini, beliau bertanya apakah langkah yang diambil oleh kerajaan negeri bagi menghadapi kemungkinan masalah krisis air yang dijangka melanda negeri ini pada tahun hadapan terutamanya di daerah Kuala Terengganu dan Marang.

Menjawab soalan itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya Dan Pengangkutan negeri, Ir Rosli Othman berkata kerajaan negeri meramalkan tidak akan mengalami krisis air pada tahun hadapan.

Mahdzir semasa melawat loji rawatan air Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd di Kepong pada 30 September lalu berkata pihaknya akan berbincang dengan kerajaan negeri untuk penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air di negeri ini termasuk keperluan pembinaan loji baharu bagi menampung keperluan pengguna.

"Berdasarkan taklimat yang disampaikan tadi, kita dimaklumkan Kuala Terengganu dan Marang adalah dua daerah di negeri ini yang bakal menghadapi krisis bekalan air menjelang akhir tahun 2015 jika kerja-kerja menaik taraf atau membina loji baharu gagal disegerakan," katanya.

Justeru, Syed Azman menganggap jawapan exco bertentangan dengan kenyataan timbalan menteri itu.

Menjawab soalan tambahan daripada Adun yang sama, Rosli berkata tiga buah loji rawatan air di Kepong 1, Kepong 2 dan Losong dengan pengeluaran 290.1 juta liter sehari dapat menampung penggunaan air sebanyak 246 juta liter bagi dua daerah itu.

Katanya lagi, jika bekalan air tidak mencukupi bagi kedua-dua daerah, ada perancangan untuk mengambil air dari daerah sempadan seperti Hulu Terengganu dan Setiu.

"Kita masih kekal keputusan, kita urus sendiri," ujarnya sebagai respons kepada soalan tambahan Syed Azman yang khuatir pengurusan air akan diambil alih oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) jika pihak negeri tidak dapat menyelesaikaan masalah agihan jika berlaku peningkatan penggunaan air sebanyak 20 peratus di Kuala Terengganu dan Marang. - HARAKAHDAILY 9/12/2014

Bekalan air, elektrik sekolah agama negeri dipotong

HARAKAHDAILY | .

KUALA TERENGGANU: PAS ingin tahu apakah punca yang menyebabkan kes pemotongan bekaan air dan elektrik di beberapa sekolah agama negeri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rhu Rendang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang juga bertanya apakah bentuk penyelesaian yang telah diambil.

Beliau bertanya demikian dalam soalan bertulis pada persidangan Dun Terengganu yang bermula hari ini.

Berikut ialah jawapan daripada kerajaan negeri.

Sebelum tahun 2014, sekolah menengah agama negeri menghantar bil-bil bekalan air dan elektrik tidak termasuk bil telefon kepada Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Kementerian Pelajaran Malaysia untuk dibuat bayaran kepada syarikat berkenaan.

Mulai tahun 2014, BPI telah memberi bantuan untuk bayaran bil-bil utiliti sekolah sebanyak RM2,000 sebulan dengan memasukkan ke akaun sekolah dan diuruskan bayaran oleh sekolah.

BPI juga menghantar satu pekeliling ke sekolah: Pekeliling Kewangan Bil 12/2010 "Prosedur Pembayaran Bil Utiliti Sekolan Bantuan Kerajaan di Semenanjung Tahun 2011" melalui surat BPI bertarikh 24 Ogos 2014.

Hal ini menjadi punca yang menyebabkan sekolah kekurangan kewangan bagi membayar air dan bil elektrik dan seterusnya menyebabkan berlaku ke pemotongan bekalan air dan elektrik.

Bagi mengatasi masalah ini, pihak sekolah berkenaaan telah membuat rayuan tambahan peruntukan daripada BPI bagi bayaran bil-bil utiliti.

Sebahagian sekolah telahpun mendapat peruntukan tambahan daripada BPI berdasarkan kedudukan kewangan BPI.

Namun demikian, peruntukan tambahan yang diterima masih tidak mencukupi bagi membuat bayaran bil-bl utiliti yang tertunggak. - HARAKAHDAILY 8/12/2014

Sumber HD  - 8-12-2014




































































































































































































































RM1.34b hutang kerajaan Terengganu semenjak 2008

HARAKAHDAILY | .


KUALA TERENGGANU: Nilai hutang Kerajaan Negeri Terengganu semenjak tahun 2008 sehingga kini berjumlah RM1,341,956,113.87.

Demikian jawaban kerajaan negeri kepada soalan bertulis Adun Bandar, Azan Ismail pada Dewan Undangan Negeri (Dun) di sini.

Manakala bayaran dalam tempoh itu berjumlah RM325,605,594.52.
Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dun ke-13 (Bajet) berlangsung hari ini sehingga 11 Disember.

Menjawab soalan Hishammuddin Abdul Karim (PAS-Tepoh), kerajaan memaklumkan jumlah kumulatif kes denggi yang dilaporkan adalah 1,464 kes berbanding tempoh yang sama tahun 2013 (493 kes) menunjukkan peningkatan sebanyak 197 peratus (971 kes) di peringkat negeri.

Semua daerah yang menunjukkan peratus peningkatan iaitu Kuala Terengganu (341.4%), Besut (141), Marang (134), Kemaman (112.8), Hulu Terengganu (100) dan Dungun (70.3) sementara Setiu berkurang 61.9 peratus. - HARAKAHDAILY 8/12/2014

Sumber HD - 8-12-2014







































































































































































































































PAS Dun Paka bina rumah ibu tunggal

HARAKAHDAILY | .




DUNGUN: Ahli-ahli PAS Dun Paka secara bergotong-royong sedang menyiapan rumah seorang ibu tunggal, Rosma Musa di Kampung Sura Hujung.

Rosma bersama 6 orang anaknya sehingga kini masih lagi tiada kediaman dengan menumpang dengan ibunya.

Setelah kematian suami, beliau bekerja sebagai tukang sapu di sebuah institusi pengajian tinggi awam di sini dengan pendapatan hanya RM570 sebulan.

Empat orang anak masih lagi belajar sementara dua orang baru menamatkan pengajian tetapi belum mendapat peluang kerja.

Adun Paka, Ustaz Saiful Bahri Mamat memberitahu rumah berkenaan merupakan yang ke-10 dibina oleh PAS Dun Paka.

Sehubungan itu, menyeru mana-mana pihak yang berhasrat untuk turut memberikan sumbangan bolehlah berbuat demikian atas nama Markaz Ehsan melalui Maybank bernombor 563082006735. - HARAKAHDAILY 3/12/2014



Sumber HD - 3-12-2014










































































































































































































































PAS Terengganu anjur Harap 3.1 garap harapan rakyat

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: PAS Terengganu akan menganjurkan satu himpunan massa, Himpunan Harapan Rakyat Terengganu (Harap) 3.1 bagi mengumpulkan semua jentera pada 29 hingga 31 Januari akan datang.

Pengarah Harap 3.1 Muhyiddin Abdul Rashid berkata, ia akan diadakan di Kampung Telaga Daing, Seberang Takir, Kuala Nerus. (Foto)

Katanya, perasmian program yang lebih memberikan fokus kepada gerak kerja turun bersama masyarakat itu akan berlangsung pada 30 Januari (Jumaat malam) oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Keesokan hari, ujarnya dimulakan pada pagi dengan pelancaran gerak kerja oleh Pesuruhjaya PAS negeri oleh semua agensi PAS seperti Unit Amal, Nisa’, Muslimat, Pemuda dan lain-lain.

“Semua akan berkumpul di tapak mendengar arahan daripada pesuruhjaya dan selepas itu, semua akan bergerak ke tempat masing-masing bagi meneruskan aktiviti,” jelasnya dipetik Buletin Online.

Menurutnya, fokus utama Harap 3.1 ialah kerja-kerja kebajikan dan bersempena himpunan itu PAS akan mendirikan satu binaan yang menjadi ‘mercu tanda’ untuk kegunaan masyarakat setempat.

Katanya, ia sebagai satu simbolik pada masyarakat bahawa telah satu himpunan yang dianjurkan PAS telah berlangsung di Dun Seberang Takir.

Beliau berkata, semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan pemimpin PAS akan turun ke dalam masyarakat bagi menziarahi rakyat.

Beliau melahirkan keyakinan Harap 3.1 akan lebih menarik kerana aktiviti yang diadakan dalam pelbagai bentuk dan santai.

Sumber HD - 28-11-2014

PAS Terengganu bersedia kemungkinan banjir kedua

HARAKAHDAILY | .




Dr Azman (kiri) bersama MP Kuala Nerus melawat mangsa banjir daerah itu, minggu lalu.
KUALA LUMPUR: Menghadapi musim banjir 2014 adalah pertama kalinya Badan Perhubungan PAS Terengganu melalui Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan menyusun jentera operasi berdasarkan SOP Jabatan Pengurusan Kecemasan dan Bencana PAS Pusat.

Menurut Pengarah Operasi Banjir PAS negeri, Dr Azman Ibrahim, standard operasi yang diseragamkan struktur dan fungsinya dengan gabungan armada pelbagai kepakaran bermula dari Bilik Gerakan Banjir Negeri kepada Bilik Gerakan Banjir bagi setiap kawasan parlimen seterusnya di peringkat Dewan Undangan Negeri dan akhirnya kepada Pusat Operasi di lokasi-lokasi terjejas banjir.

Katanya, armada yang terdiri dari Unit Amal, Ameerah, Rakan Khidmat, Yayasan Amal Malaysia, Radio Amatur, Papisma dan Kelab 4x4 Terengganu Adventure Group (TAG) disatukan kekuatan di bawah satu penyelarasan supaya tugasan membantu, menyelamat dan mengurus mangsa-mangsa banjir menjadi lebih sistematik, cepat, tepat dan berkesan supaya setiap sumber samada kewangan, tenaga dan aset dapat dimanfaatkan pada kadar yang paling optimum.

"Pelan bertindak meliputi langkah demi langkah bermula dari tugasan sebelum banjir, semasa banjir seterusnya kerja-kerja pasca banjir merangkumi gerak kerja pembersihan dan pembaikian," jelasnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurutnya, menghadapi banjir gelombang pertama yang melanda Terengganu, kelihatan beberapa kawasan parlimen mampu mengadaptasi dan mengoperasikan bilik gerakan masing-masing dengan baik walau tak dinafikan bahawa setiap sistem yang baru dilaksanakan memerlukan sedikit tempoh untuk dihadamkan dengan sebaiknya.

Sebagaimana biasa, katanya jentera Unit Amal adalah antara yang paling menonjol dan dihormati di lapangan.

"Kami juga mendapat kerjasama yang sangat baik dari agensi-agensi kerajaan seperti ATM dan JPAM.

"Bagi pihak Bilik Gerakan Banjir PAS Negeri Terengganu, saya merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat dari perlbagai pihak di semua peringkat yang telah bersama menyumbang samada masa, tenaga, wang ringgit, buah fikiran dan sebagainya demi menjayakan operasi ini," ujarnya.

Beliau berkata, merujuk kepada musibah banjir yang melanda Terengganu khususnya Daerah Kuala Nerus terutamanya di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri Tepuh, Seberang Takir dan sedikit dari Teluk Pasu, maklumat dari lapangan jelas menunjukkan bahawa air yang melimpah sehingga menenggelamkan beberapa kawasan penempatan penduduk seperti Taman Baruh, Taman Darul Iman, Taman Air Mata, Taman Solehah Kampung Padang Air, Kampung Pak Tuyu, Kampung Wakaf Tengah, Kampung Padang Hangus, Perumahan Gong Badak 4 dan Kampung Gong Datuk adalah berpunca dari sebab berikut:

Yang pertama, ujarnya ketiadaan sistem saliran yang sempurna sehingga kepesatan pembangunan seperti penambakan tanah dan pembinaan bangunan-bangunan telah mewujudkan halangan-halangan kepada aliran ke sungai dan seterusnya ke laut.

Tambahnya, jelas kelihatan daerah Kuala Nerus amat memerlukan kepada monsun drain yang berperanan mengalirkan air ke laut ketika musim tengkujuh melanda.

Menurutnya lagi, tinjauan lapangan juga mendapati ada longkang besar di sekitar Tok Jembal yang dipenuhi air ketika banir tetapi air dalam keadaan tenang atau tidak mengalir.

Beliau menjelaskan, indikasi yang jelas bahawa longkang tersebut tidak dibina dengan level atau paras yang betul sehingga menjadikan ia tidak berfungsi ketika saat yang betul.

Yang kedua, kata beliau keghairahan dengan projek pembangunan sehingga mengorbankan kawasan tadahan air di Baruh Tok Jiring dan Baruh Padang Kemunting juga antara sebab utama berlakunya banjir.

Beliau berkata, apabila kawasan baruh atau paya yang berperanan sebagai takungan air semulajadi ditimbus dengan tanah demi pembangunan dan keuntungan sesetengah pihak yang berkepentingan, maka ke mana lagi air hujan nak mengalir.

"Di mana peranan Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Pengairan dan Saliran dalam hal ini?

"Atau mereka telah memberikan nasihat yang betul. Tetapi ada tangan ghaib yang lebih hebat dari mereka untuk meluluskan projek," ujar beliau yang juga Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS negeri.

Tambahnya lagi, terdapat juga di kawasan Tepuh beberapa taman perumahan ala-ala Belanda yang berada di bawah paras air seperti perumahan Pusu Tiga dan Taman Baruh.

Menurut beliau, dengan penambakan tanah yang tidak mencukupi tahap ketinggiannya, walaupun begitu projek pembinaan rumah tetap juga diteruskan lantas mendedahkan penghuninya kepada ancaman limpahan air banjir.

"Sekali lagi persoalan, siapa yang meluluskannya," katanya.

Kata Dr Azman, maklumat di lapangan juga menyebut bahawa terdapat 8 mengabang (out flow) yang berperanan mengalirkan air keluar ke sungai dari kawasan Baruh Tok Jiring dan Baruh Padang Kemunting telah tidak diselenggara sehingga menyebabkan tersumbat dan gagal berfungsi pada saat ianya sangat kritikal diperlukan.

"Pelan seterusnya bagi Bilik Gerakan Banjir PAS Terengganu adalah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan banjir gelombang kedua yang bakal melanda," ujarnya. - HARAKAHDAILY 26/11/2014

Sumber HD - 26-11-2014














































































































































































































































Terengganu nafi CAA Resources terlibat perlombongan

BERNAMA | .


KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman hari ini menafikan penglibatan syarikat CAA Resources dalam aktiviti perlombongan bijih besi di Bukit Besi, Dungun.

Katanya dakwaan yang menyatakan syarikat CAA Resources kononnya membuka semula lombong bijih besi awal tahun ini dan mengeluarkan bijih sebanyak 500,000 tan setahun itu adalah tidak benar sama sekali.

Ahmad Razif menegaskan kerajaan negeri Terengganu tidak pernah meluluskan kawasan lombong kepada syarikat itu dan hasil carian rekod daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia mendapati syarikat itu tidak diperbadankan di negara ini.

"Syarikat itu juga tidak pernah berurusan dengan mana-mana jabatan kerajaan terutama Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) atau Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri (LTAW) yang diamanahkan untuk mengawal tanah lombong di Bukit Besi.

"Dakwaan kononnya tiada kajian penilaian impak alam sekitar (EIA) dilakukan juga adalah tidak benar, kerana untuk sesebuah syarikat mendapat pajakan lombong, terdapat 38 perkara yang perlu dipatuhi mengikut Enakmen Mineral Terengganu 2002 melibatkan enam jabatan kerajaan," katanya dalam sidang media di sini Isnin.

Enam jabatan itu ialah Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Mineral dan Geosains, Jabatan Perhutanan negeri, Jabatan Bekalan Air dan PTG.

Sidang media khas itu diadakan berikutan satu artikel yang dikeluarkan sebuah akhbar luar negara pada Jumaat lalu bertajuk 'Chinese Interests Look to Malaysia For Cheap Iron Ore, And Profits'.

Turut hadir ialah Penasihat Undang-undang Negeri, Datuk Azhar Abdul Hamid dan Pengarah PTG negeri, Mohamad Nor Ibrahim.

Ahmad Razif berkata kandungan artikel itu kemudian diterjemah ke dalam Bahasa Melayu dan disiarkan dalam beberapa blog serta media sosial dengan analisis berunsur fitnah dan beliau meminta semua pihak supaya berhenti menyebarkan perkara itu.

"Kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang menyebarkannya," katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad Razif berkata mengikut rekod PTG, sebanyak 571,282.35 tan bijih besi telah dikeluarkan sepanjang tahun lalu oleh enam syarikat manakala sepanjang tahun ini pula, hanya 327,724.16 tan bijih besi dikeluarkan oleh lima syarikat.

Kerajaan negeri, tegasnya, memperoleh sebanyak RM1,6 juta iaitu lima peratus royalti hasil pengeluaran bijih besi dari Ogos tahun lalu hingga sekarang manakala melalui LTAW pula, setiap satu tan yang dikeluarkan akan dikenakan caj sebanyak RM30.

"Dasar kerajaan negeri sebelum ini membenarkan syarikat lombong untuk mengeksport keluar bahan mentah, namun berkuat kuasa April lalu, satu dasar baharu diperkenalkan iaitu mana-mana syarikat yang mahu melombong bijih di Terengganu perlu memprosesnya di negeri ini sahaja.

"Setakat ini Perwaja Steel Sdn Bhd sudah mempunyai kilang sendiri manakala sebuah lagi kilang milik Eastern Steel Sdn Bhd (di Kemaman) kini dalam pembinaan dan siap 80 peratus," katanya.

Ketika ini, sebanyak tujuh kawasan lombong seluas 871 hektar dibuka di Bukit Besi. - Bernama

Sumber HD - 24-11-2014















































































































































































































































Siasat petualang di sebalik dakwaan 'beli Datuk'

MOHD NOR HAMZAH | .

SAYA merujuk kepada berita yang disiarkan oleh New York Times (NYT) 19 November 2014 lalu yang secara khusus membincangkan perihal kepincangan yang berlaku dalam pengurusan kerajaan Negeri Terengganu dalam hal melombong bijih besi di Bukit Besi Terengganu yang telah diberikan hak kepada syarikat yang berasal dari China dan berpangkalan di Pahang CAA Resources.

Dalam laporan oleh Keith Bradsher itu, beliau menyentuh berkenaan isu industri ini bakal dipenuhi dengan pekerja warga asing, cara mengelak dari dikenakan pemeriksaan kesan ke atas alam sekitar dan dakwaan pembelian gelaran 'Datuk' bagi memudahkan dia mendapatkan sumber asli negeri Terengganu melalui orang politik dan istana.

Saya menggesa agar dilakukan siasatan segera ke atas mereka yang terlibat dengan kelulusan perlombongan ini.

Ketika siasatan berjalan, kerajaan juga perlu 'merehatkan' sementara orang yang disiasat agar tidak mengganggu siasatan.

Dakwaan ini sekiranya benar, maka ternyata hak rakyat dicabul dengan sebegitu rakus oleh golongan-golongan yang jahat dan busuk hati.

Sepatutnya hak rakyat Terengganu mendapat pekerjaan di sana dalam peratusan yang besar, wajib dijadikan syarat utama dalam pemberian kontrak ini kerana ianya adalah hasil negeri Terengganu.
Begitu juga dengan kesan kepada alam sekitar yang kita sedia maklum iaitu sebelum perlombongan ini dimulakan, balak-balak sudahpun ditebang. Hal alam sekitar ini juga mesti menjadi syarat utama pemberian hak kepada perlombongan ini.

Jika tanah yang kurang dari 500 ekar yang sengaja dibahagi dua, maka ia secara keseluruhannya menjadi 1,000 ekar yang mana wajib dia mendapat kelulusan alam sekitar.

Ini menunjukkan mereka dengan mudahnya memperlecehkan undang-undang kita.

Yang terakhir, institusi istana sekali lagi cuba dicabuli oleh kumpulan yang tidak bertanggungjawab bagi mencari keuntungan.

Dakwaan pembelian sebanyak USD100,000 bagi mendapat gelaran Datuk adalah kisah yang sangat jelas ingin mencemarkan nama baik istana.

Saya mendesak SPRM mengadakan sisatan menyeluruh bagi membersihkan nama baik istana dari fitnah-fitnah yang dilemparkan. Ataupun sekiranya ianya benar-benar berlaku penjualan gelaran Datuk ini, maka SPRM perlu menangkap petualang-petualang tersebut tanpa memilih pangkat bagi kita menyelamatkan maruah institusi istana kita.

Oleh itu jika semua dakwaan NYT ini adalah benar, maka saya menyeru kepada rakyat Terengganu agar menyedari bahawa ada makhluk-makhluk bernafsu rakus sedang melahap sumber kekayaan negeri Terengganu dengan jalan yang salah.

Bukit Besi ini hasilnya dahulu kekayaannya diambil oleh tentera Jepun, kemudiannya British pula membolotnya, hasil dari kelemahan kita berfikir. Tetapi adakah sekarang kita ingin menyerahkan pula hasilnya kepada negara China? Apatah lagi dengan cara yang salah?

Jika ini terjadi, ternyata kerajaan BN Terengganu sekarang ini tersangat dungu kerana terbaru sebelum ini, Terengganu telah dirampas hak royaltinya hasil dari pengkhianatan Umno Terengganu, kemudian dikatakan Terengganu tidak memiliki hasil petroleum oleh kumpulan mereka sendiri, menjadikan rakyat Terengganu kedua termiskin sejak sekian lama dan pimpinan tertinggi kerajaan Terengganu hanya diam seribu bahasa.

Justeru rakyat perlu berperanan agar kerajaan yang bisu ini perlu diajar. - HARAKAHDAILY 22/11/2014

Penulis ialah Ketua Penerangan PAS Terengganu yang juga Adun Bukit Payong.

Sumber HD - 22-11-2014

Henti sebar berita palsu elak mangsa banjir panik

BERNAMA | .


KUALA NERUS: Majlis Keselamatan Negara (MKN) meminta orang ramai menghentikan penyebaran maklumat palsu di media-media sosial berhubung bencana banjir yang melanda Terengganu ketika ini.

Setiausahanya Datuk Tajudeen Ab Wahab berkata tindakan berkenaan hanya menimbulkan rasa panik di kalangan mangsa banjir dan menyusahkan pelbagai pihak.

Beliau berkata pihaknya tidak akan berkrompromi dengan individu yang melakukan perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini sedang mengesan mereka yang masih melakukan penyebaran dengan paparan maklumat tidak sahih.

"Kita sedang mengesan individu pertama yang melakukan perbuatan menyebarkan di laman sosial yang mengatakan air empangan akan dilepaskan dan sebagainya...perbuatan itu mencemaskan dan menyusahkan penduduk kampung.

"Hari ini pula tersebar yang mengatakan Terengganu akan bergelap kerana Tenaga Nasional Berhad memotong bekalan elektrik," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Jelasnya MKN telah membuat laporan polis berhubung penyebaran maklumat palsu itu serta tindakan setimpal sedang menyusul dan pihaknya tidak memandang mudah perbuatan seperti ini.

"Cuba bayangkan bila warga emas yang mengetahui kejadian seperti ini mereka akan cemas dan berusaha untuk menyelamatkan diri dan ketika dalam keadaan cemas pelbagai insiden boleh menimpa mereka," katanya.

Sementara itu pihaknya telah menyediakan persiapan rapi bagi menghadapi bencana yang melanda negeri ini dengan bekerjasama pelbagai pasukan keselamatan dari beberapa agensi dalam operasi menyelamat. - Bernama

Sumber HD - 20-11-2014












































































































































































































































Banjir T'ganu makin buruk, Kuala Nerus paling terjejas

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di Pantai Timur khususnya di negeri Terengganu dilaporkan makin buruk.

Beberapa kawasan dilaporkan lumpuh termasuk kawasan sekitar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Pengarah Operasi Banjir PAS Terengganu, Dr Azman Ibrahim berkata, setakat ini kawasan Kuala Nerus paling terjejas teruk sementara daerah Setiu, Marang, Besut, Hulu Terengganu pula dalam keadaan amaran peringkat merah.

"Banyak kawasan yang tak pernah dinaiki air pada tahun-tahun yang lalu telah ditenggelami air.

"Kita menjangkakan dengan keadaan hujan lebat yang berterusan, bencana banjir akan menjadi lebih buruk,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, semua Bilik Gerakan Banjir Kawasan telah diarahkan mengaktifkan Bilik Gerakan Banjir masing-masing 24 jam.

Mereka dikehendaki membuat pemakluman laporan keadaan semasa secara berkala kepada Bilik Gerakan Banjir Negeri.

"JK Operasi Banjir PAS Terengganu akan terus turun ke medan pagi ini untuk pemantauan secara dekat situasi dan perkembangan semasa serta menyalurkan bantuan yang diperlukan," katanya.

Pihaknya juga merayu sebarang bantuan dan boleh disalurkan melalui Akaun Dana Kebajikan Negeri, CIMB 13010000056101.

Sementara itu, Portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, memaklumkan sehingga 9 pagi ini, 15 pusat pemindahan masih dibuka.

Sejumlah 2,503 mangsa banjir sudah dipindahkan dan kini ditempatkan di pusat pemindahan tersebut. - HARAKAHDAILY 20/11/2014

Sumber HD - 20-11-2014

UMT umum cuti bencana hari ini

BERNAMA | .

KUALA TERENGGANU: Universiti Malaysia Terengganu (UMT) hari ini mengumumkan cuti bencana bagi pelajar dan kakitangannya setelah ia dilanda banjir awal pagi tadi.

Naib Canselornya Profesor Datuk Dr Ibrahim Komoo berkata sehingga kini para petugas di bahagian keselamatan UMT masih berusaha menyelamatkan pelajar dan kakitangan yang terperangkap di kompleks kuliah dan bangunan lain.

"Ada antara mereka yang tiba di universiti sejak awal pagi. Jadi mereka kini berada dalam kompleks kuliah dan tidak boleh turun. Namun jumlah sebenar mereka masih belum diketahui.

"Bagi mereka yang datang ke universiti selepas itu, semuanya telah berpatah balik setelah mendapati UMT ditenggelami air," katanya kepada Bernama.

Setakat ini dilaporkan sebanyak 30 orang pelajar dan kakitangan telah berjaya dipindahkan ke asrama pelajar.

Ibrahim berkata pintu masuk utama ke UMT telah dinaiki air setinggi 0.63 meter setakat 10.30 pagi tadi dan ia kian meningkat.

"Saya dimaklumkan paras air meningkat agak cepat di mana ketika banjir awal pagi tadi, ketinggiannya hanya mencecah 0.4 meter.

"Kira-kira 12 petugas di bahagian keselamatan kini sedang memantau tahap keselamatan warga universiti dan semuanya berjalan lancar setakat ini," katanya.

Pelajar dan kakitangan dinasihati agar berhubung dengan pentadbiran universiti untuk mengetahui perkembangan semasa banjir. - BERNAMA

Sumber HD - 20-11-2014












































































































































































































































77 penuntut UniSZA terjejas akibat banjir

BERNAMA | .

KUALA NERUS: Sebanyak 77 penuntut Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), yang tinggal di luar kampus di sekitar universiti berkenaan terjejas ekoran banjir yang mula melanda daerah ini sejak dua hari lepas.

Susulan bencana itu sebanyak 14 penuntut lelaki dan 63 penuntut perempuan yang tinggal di sekitar universiti itu terpaksa dipindahkan bermula petang Isnin lalu atas faktor keselamatan.

Kesemua penuntut terbabit menyewa di beberapa kawasan yang dinaiki air termasuklah berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Kompleks Gong Badak, Taman Uda Tok Jembal, Kampung Gong Pak Jin, Taman Desa Seri Iman, Taman Desa Tanjung Damai, Wakaf Tengah dan kawasan perumahan Gong Badak 1 dan 4.

Bagaimanapun dua daripada penuntut perempuan itu membuat keputusan untuk tidak berpindah kerana rumah yang mereka diami belum dinaiki air, enam lagi memilih untuk tinggal bersama saudara mereka manakala selebihnya ditempatkan dalam kampus universiti.

Naib Canselor UniSZA, Prof Datuk Dr. Yahaya Ibrahim berkata bagi melancarkan urusan perpindahan dan perkara yang berkaitan, pihak universiti telah membatalkan semua aktiviti yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran untuk tempoh dua hari.

"UniSZA memang setiap tahun dinaiki air setiap kali tiap musim tengkujuh dan banjir pada kali ini agak serius sehingga sebahagian kawasan universiti ini turut dinaiki air.

"Namun UniSZA telah membuat persiapan rapi bagi menghadapi bencana ini. Kita akan terus buka bilik gerakan sepanjang musim monsun ini manakala pusat perubatan UniSZA juga akan beroperasi selama 24 jam untuk kemudahan pelajar mendapatkan rawatan," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan ibu bapa penuntut supaya tidak terlalu khuatir dengan perkembangan semasa itu.

"Paras air yang naik pun sebenarnya tak membimbangkan. Sekadar tenggelam satu atau dua kaki sahaja, masalah banjir ini berlaku di luar kampus sahaja iaitu di rumah-rumah yang disewa pelajar ini, jadi saya harap agar mereka tidak terlalu risau," katanya. - Bernama

Sumber HD - 19-11-2014

Banggol Donas: Kroni dijaga, tanah penduduk dirampas

ANIS NAZRI | .




KUALA LUMPUR: Hanya untuk menjaga kepentingan pihak tertentu, 22 penduduk Kampung Banggol Donas kini diselubungi keresahan dan kebimbangan kediaman mereka dirobohkan bila-bila masa.

Kebimbangan itu ekoran projek pembinaan jalan yang sedang giat dilakukan kini sudah semakin menghampiri kampung mereka, yang akhirnya akan menyebabkan mereka bakal kehilangan tanah dan kediaman.

Biarpun penduduk telah mengemukakan rayuan agar jajaran ditukarkan dan dipersetujui kerajaan negeri, pihak pemaju masih enggan mengubah jajaran tersebut.

Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat berkata penduduk mencadangkan dua laluan alternatif yang tidak melibatkan banyak rumah kepada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR).

Difahamkan, jajaran alternatif pertama lebih pendek serta melibatkan hanya lima buah rumah sahaja, tetapi melalui tanah milik keluarga bekas Jawatankuasa Kerja Kampung (JKKK).

Manakala, jajaran alternatif kedua pula melalui tanah kosong, serta tiada rumah yang terlibat tetapi melalui tanah milik syarikat korporat, namun rayuan itu tidak dilayan pihak kerajaan,

Dalam masa sama, projek itu dijalankan tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan iaitu Akta Pengambilan Tanah 1960 (Akta 486) apabila projek ini tidak diwartakan bawah Seksyen 4 (bahawa tanah kemungkinan diambil) sebelum memulakan projek.

"Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (Bil 1/Tahun 2003) menetapkan bahawa agensi yang memerlukan tanah bagi sesuaatu projek hendaklah mencari dan menentukan tapak atau jajaran yang sesuai dua tahun sebelum pelaksanaan projek.

"Bagaimanapun, projek telah berjalan pada 18 Julai 2010, sedangkan ia diwartakan pada 18 Oktober 2010," tegas beliau pada satu sidang media, di Pejabat Agung PAS petang tadi.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kg Banggol Donas, Salleh Embong berkata perjuangan bagi memastikan tanah warisan mereka tidak diceroboh akan terus dilakukan.

Katanya, pihak penduduk kampung telah mengemukakan injunksi di Mahkamah Persekutuan Kuala Terengganu dan perbicaraan mengenainya akan berlangsung pada 25 Nov akan datang.

Beliau juga mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar segera bertindak memandangkan kerajaan negeri pernah menyatakan persetujuan untuk menukar jajaran tersebut, namun tidak diendahkan pemaju.

"Senang cerita, dalam kes ini pemaju menang dan lebih besar dari kerajaan negeri. Mungin ada tangan-tangan ghaib di sebalik semua ini, itu saya tidak tahu," kata beliau dengan nada kesal.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Shah, menegaskan sekiranya kerajaan benar-benar mempunyai kesungguhan, isu berkaitan tanah kampung warisan ini boleh diselesaikan.

Namun, tegasnya kerajaan dilihat tidak bersungguh-sungguh dalam menyelesaikan isu-isu berkaitan yang menyebabkan rakyat diancam dan tertindas.

Turut serta pada sidang media tersebut ialah wakil Pertubuhan Prihatin Asnaf Anak Terengganu (Bantu) dan Gerakan Anak Terengganu Insaf (Ganti). - HARAKAHDAILY 19/11/2014

Sumber HD - 19-11-2014

















































































































































































































































Kawasan Presiden PAS antara terjejas banjir

HARAKAHDAILY | .



MARANG: Kawasan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Rhu Rendang dan Rusila di sini antara yang terjejas apabila air banjir mula naik sejak semalam dan mengakibatkan penduduk terpaksa dipindahkan.

Sehingga malam tadi, dilaporkan 49 keluarga dari tiga buah Kampung telah dipindahkan ke pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Rusila, dekat sini.

Selain Kampung Rusila, Kampung Ru Rendang, turut terjejas termasuk Taman Rashidah.

Malam tadi, Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia Muhammad Khalil Abdul Hadi yang juga Ketua Pemuda PAS Kawasan Marang membuat lawatan ke pusat pemindahan tersebut.

“Bencana banjir ini telah dijangka dan kita juga telah mengarahkan Jabatan Amal bersiap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal berlaku," katanya dipetik BuletinOnline.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Penyelaras Pemuda Dun Rhu Rendang, Aswadi Mohammad berkata Bilik Gerakan Operasi Banjir kini dibuka di Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat di Bangunan PAS Kawasan Marang berhadapan Masjid Rusila.

Sebarang urusan sumbangan dan bantuan serta khidmat yang diperlukan, bolehlah menghubungi Azmi ditalian 0139219274 atau Fakhrudin 0145207321. - HARAKAHDAILY 19/11/2014

Sumber HD - 19-11-2014

PAS dan Umno sepentas forum halatuju T'ganu

HARAKAHDAILY | .




KUALA LUMPUR: Dalam keadaan yang jarang-jarang berlaku, PAS dan Umno akan berkongsi pentas dalam satu forum di Terengganu 19 November ini.

Forum bertajuk 'Halatuju Pembangunan Terengganu: Cabaran dan Harapan' itu bakal menampilkan dua orang panel masing-masing Adun Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dari PAS, dan Adun Air Puteh, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar dari Umno.

Program julung-julung kali diadakan ini adalah anjuran Grup Pemudah Komunikasi Multi- stakeholder Terengganu (Pemudah) dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Negeri Terengganu.

Forum ini akan diadakan di Dewan Serbaguna Perpustakaan Awam Terengganu, Padang Hiliran bermula jam 8.30 malam.

Pihak penganjur dalam satu kenyataan, menjemput orang ramai untuk hadir bagi mendengar sendiri cadangan dan agenda yang akan dibentangkan oleh kedua-dua pihak yang mewakili parti masing-masing. - HARAKAHDAILY 18/11/2014

Sumber HD - 18-11-2014

















































































































































































































































PAS berbeza dengan kumpulan lain di Malaysia

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: PAS berbeza dengan kumpulan lain yang berada di Malaysia, tegas Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Ini, jelasnya PAS merupakan salah satu gerakan islah dan tajdid yang menghadapi cabaran semasa di tanah air ini, lapor Buletin Online.

Katanya, PAS adaah gerakan Islam yang tersendiri mengikut waqi’ di negara Malaysia dan ia berbeza dengan Ikhwan al-Muslimin atau mana-mana gerakan Islam yang lain.

“PAS adalah PAS. Ikhwan adalah Ikhwan. PAS adalah gerakan yang tersendiri mengikut waqi’ di tempat kita dan kita berhubung dengan semua gerakan Islam seluruh dunia," ujarnya ketika berucap pada Majlis Hari Keluarga Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu di pantai Kelulut, Marang kelmarin.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menambah, antara ciri gerakan Islam adalah berdakwah kepada perkara yang baik, menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.

"Tajuknya addakwatul ilal khair, objektifnya ialah al-amru bil makruf wannahyu anilmunkar.

"Para ulamak menafsirkan addakwatul ilal khair adalah seluruh ajaran Islam yang berkait dengan aqidah, syariat, akhlak dan segala sistem untuk melaksanakan ajaran itu, yang wajib direalisasikan melalui amal makruf dan nahi mungkar, sehingga kemuncaknya mendirikan negara yang mendaulatkan syariat Allah,” tegasnya.

Namun begitu, katanya, tidak menjadi masalah sekiranya ada kumpulan Islam yang tajuknya berdakwah dan amar makruf sahaja dan tidak ada nahi mungkar serta yang bersifat pendidikan dan kebajikan sahaja

Tetapi yang penting, ujar beliau, bagi umat Islam mesti ada satu kumpulan yang melaksanakan ketiga-tiga perkara itu, sehingga berjaya mendaulatkan Islam yang menyeluruh, bagi melaksanakan tujuan manusia berada di atas muka bumi.

Sumber HD - 17-11-2014

Amaran angin kencang di perairan Terengganu sehingga sabtu

BERNAMA | .

KUALA TERENGGANU: Amaran angin kencang dan ribut bergelora di perairan Terengganu dijangka berterusan sehingga Sabtu ini dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter.

Pemangku Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu Roslina Ngah berkata keadaan itu juga dijangka membawa angin timur laut dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam.

"Mengikut bacaan Jabatan Pengairan dan Saliran, setakat 7.30 pagi, semua stesen data taburan hujan di seluruh Terengganu menunjukkan purata hujan yang turun adalah bacaan normal dan tiada amaran banjir dikeluarkan setakat ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun semua jabatan dan agensi di peringkat negeri dan daerah yang terlibat telah diminta untuk bersiap sedia menghadapi banjir. - BERNAMA

Sumber HD - 13-11-2014

















































































































































































































































PAS Terengganu bersiap hadapi banjir

HARAKAHDAILY | .


PAS Terengganu melalui Pengarah Jawatankuasa Operasi Banjir PAS Terengganu, Dr Azman Ibrahim, menyatakan kesediaan dan persediaan PAS dalam menghadapi musim tengkujuh dan banjir yang dijangka akan berlaku hujung tahun ini.

“Untuk tujuan itu, semua ‘armada’ akan digerakkan untuk mengambil peranan masing-masing merangkumi Unit Amal, Papisma, Darussyifa’, Ameerah, Persatuan Radio Amatur, Rakan Khidmat, Terengganu Adventure Group (TAG) dan Yayasan Amal Malaysia.” Ujar Dr Azman yang juga merangkap Pengerusi Lujnah Kebajikan PAS Terengganu dalam facebooknya.

Yang berikut kenyataan penuh beliau;

Pada setiap tahun, sebagaimana biasa, Monsun Timur Laut yang dijangka melanda negeri-negeri Pantai Timur termasuk Terengganu bermula antara bulan November dan berakhir pada Mac setiap tahun dan dijangkakan akan berlakunya banjir.

Sehubungan itu pihak Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Terengganu dengan mandat dari Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu mengambil peranan menubuhkan Jawatankuasa Operasi Banjir sebagai persediaan bagi menghadapi perkara-perkara berkaitan yang dijangka berlaku sebelum, semasa dan selepas banjir.

Persiapan operasi merangkumi pelan bertindak untuk 3 fasa utama iaitu sebelum, semasa dan selepas berlakunya banjir.

Untuk tujuan itu, semua ‘armada’ akan digerakkan untuk mengambil peranan masing-masing merangkumi Unit Amal, Papisma, Darussyifa’, Ameerah, Persatuan Radio Amatur, Rakan Khidmat, Terengganu Adventure Group (TAG) dan Yayasan Amal Malaysia.

Semua kawasan Parlimen yang berisiko berlakunya banjir telah diarahkan untuk menyiapkan bilik gerakan banjir masing-masing dengan Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu akan berfungi sebagai Bilik Gerakan Banjir Induk di peringkat negeri.

Arahan awal telah dikeluarkan bagi setiap kawasan parlimen untuk menyenaraikan kampung-kampung yang berisiko, mempersiapkan peralatan menyelamat termasuk alatan komunikasi, bot dan kenderaan pacuan empat roda, mengenal pasti pusat-pusat pemindahan, mempersiapkan tempat simpanan bahan-bahan bantuan serta pelan tindakan menyelamat.

Dalam masa yang sama, kita bersedia untuk berkerjasama dengan semua agensi dan pihak berkuasa yang terlibat bagi memberikan khidmat yang terbaik kepada mangsa-mangsa banjir.

Belajar dari pengalaman banjir besar yang melanda Daerah Kemaman pada tahun lepas, jentera kita dipersiapkan dengan lebih mantap dan bersedia dengan pengalaman mahal yang telah dikutip di lapangan.

Persiapan kita juga merangkumi tugasan pasca banjir meliputi operasi pembersihan, pemulihan dan pembaikian.

Tentunya persiapan operasi yang sebesar ini memerlukan dana yang besar.

Lantaran itu pihak kami merayu sumbangan dari kemurahan hati para dermawan semua untuk bersama menghulurkan bantuan.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun DANA KEBAJIKAN TERENGGANU, CIMB ISLAMIC 13010000056101.

Sebarang makluman berkaitan sumbangan boleh hubungi, Bendahari Jawatankuasa Operasi Banjir PAS Terengganu, Tuan Haji Zulkifli Mat Yakim, 0199834436. – HARAKAHDAILY 12/11/2014

Sumber HD - 12-11-2014

2 penduduk Pulau Perhentian Kecil dikhuatiri hilang

BERNAMA | .

BESUT: Dua penduduk Pulau Perhentian Kecil dikhuatiri hilang bersama bot mereka di laut ketika dalam perjalanan pulang ke pulau peranginan itu malam tadi.

Mangsa Suffian Mohd Nor, 42, seorang nelayan dan Mohd Suhaimi Ibni Shukri, 27, pekerja chalet dikatakan pulang ke pulau itu dengan bot fiber menerusi Jeti Kuala Besut kira-kira 8 malam.

Pegawai Operasi Mencari yang juga Penolong Penguasa Balai Bomba dan Penyelamat Besut, Hasmadi Jusoh (gambar) berkata namun kedua-dua mangsa tidak kembali ke rumah sebelum keluarga mereka membuat laporan polis.

"Kedua-dua mangsa sepatutnya sampai dua jam kemudian pada malam tadi, sebaliknya gagal berbuat demikian sehinggalah kira-kira 7 pagi tadi. Seorang daripada mereka telah menghubungi keluarganya.

"Dia memberitahu bot mereka mengalami kerosakkan enjin dan dihanyut ke suatu lokasi yang mereka tidak ketahui sebelum terputus hubungan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Seramai lima anggota bomba bersama polis telah memulakan operasi pencarian di beberapa kawasan perairan dengan tumpuan kepada lokasi laluan bot antara Kuala Besut dan Pulau Perhentian serta pulau-pulau berdekatan.

Hasmadi tidak menolak bot mangsa berkemungkinan ditolak jauh dari lokasi laluan bot berikutan keadaan cuaca yang gelap malam tadi dan ditambah dengan laut yang bergelora.

Dalam perkembangan lain, usaha mencari seorang nelayan yang hilang sejak Khamis lalu, Ali Majid, 59, dari Pengakalan Atap, Kuala Besut masih gagal ditemui dan anggota mencari dan menyelamat masih meneruskan usaha pencarian sehingga hari ini. - Bernama

Sumber HD - 11-11-2014

















































































































































































































































Tindakan tegas kenderaan guna lampu 'stroble', 'HID'

HARAKAHDAILY | .
KUALA TERENGGANU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang masih ingkar dengan menggunakan lampu "strobe", lampu "High Intensity Discharged (HID)" dan nombor pendaftaran kenderaan tidak mengikuti spesifikasi yang ditetapkan.

Pengarahnya Abdul Rahman Emang Anyie berkata penggunaan lampu itu dilihat semakin berleluasa sejak dua bulan ini dan tindakan tegas akan dikenakan bermula 1 Nov ini.

Beliau berkata pihaknya mengambil langkah dengan mengedarkan risalah bagi memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya berhubung peraturan itu serta saman yang dikenakan jika masih ingkar.

"Ia bagaikan satu trend biarpun telah banyak kali kita memberi nasihat namun ada yang tidak mengendahkan dan masih berleluasa menggunakannya.

"Ini bukan perkara baru, undang-undang ini telah lama ditetapkan namun menerusi operasi-operasi yang dijalankan kita dapati semakin ramai pengguna tidak menepati spesifikasi yang ditetapkan," katanya kepada pemberita di sini pada Khamis.

Sementara itu Abdul Rahman turut menggalakkan orang ramai hadir ke Ibu Pejabat dan cawangan JPJ di negeri untuk melakukan pemeriksaan cermin gelap tanpa dikenakan saman.

Katanya inisiatif yang dilakukan itu bagi memberi peluang kepada orang ramai memeriksa kenderaan mereka secara percuma sebelum penguatkuasaan terhadap cermin gelap dimulakan Mac tahun depan.

"Pemeriksaan ini kita akan lakukan sehingga bulan April tahun hadapan dan orang ramai boleh membuat pemeriksaan kadar ketelusan cermin seperti yang telah ditetapkan," katanya. - Bernama

Sumber HD - 31-10-2014

Kelantan wajar diberi laluan laksana Kanun Syariah

HARAKAHDAILY | .




KUALA TERENGGANU: Kerajaan Persekutuan didesak memberi laluan kepada kerajaan negeri khasnya Kelantan bagi melaksanakan Kanun Jenayah Syariah.

Ini mengikut perkara 76A Perlembagaan Persekutuan dan meminda Akta Mahkamah Syariah 1984 (Akta 355) serta memberi kerjasama dalam pelaksanaan kanun tersebut.

Demikian antara resolusi Seminar Penghayatan HududuLlah yang berlangsung di sebuah hotel di sini, semalam.

Berikut adalah resolusi penuh.

Kami, para peserta Seminar Penghayatan HududuLlah yang diadakan pada Ahad, 26 Oktober 2014 bersamaan 2 Muharram 1436H di Hotel Permai Kuala Terengganu bersepakat dan bersetuju mengemukakan resolusi-resolusi berikut untuk perhatian dan diambil perjalanan oleh pihak-pihak yang berkenaaan:

- Menyokong sepenuhnya pelaksanaan syariat Islam di Aceh, Brunei Darussalam, Kelantan dan negara-negara umat Islam lain walaupun dalam suasana masyarakat majmuk kerana ianya pernah dilaksanakan sebelum kedatangan penjajah Barat.

- Menuntut seluruh umat Islam bersatu hati dan suara tanpa mengira latar belakang politik atau kumpulan, menyokong perjuangan menegakkan syariat Islam bagi memenuhi tuntutan aqidah dan kewajiban bagi menangani masalah jenayah yang semakin membimbangkan.

- Menggesa pemimpin politik Melayu/Islam khususnya PAS, PKR, UMNO dan badan-badan dakwah Islam serta kerajaan meningkatkan peranan masing-masing melalui kuasa politik dan dakwah memberi kefahaman secara berterusan kepada rakyat dalam usaha pelaksanaan syariat Islam di negara ini. Sebarang sikap negatif terhadap isu ini hendaklah dihentikan.

- Mendesak kerajaan Persekutuan memberi laluan kepada kerajaan Negeri khasnya kepada kerajaan Kelantan bagi melaksanakan Kanun Jenayah Syariah mengikut perkara 76A Perlembagaan Persekutuan dan meminda Akta Mahkamah Syariah 1984 (Akta 355) serta memberi kerjasama dalam pelaksanaan kanun tersebut.

- Mendesak kerajaan negeri Terengganu di bawah kepimpinan YAB Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengambil tanggungjawab serius bagi memulakan langkah melaksanakan undang-undang hudud dan qisas di bawah Enakmen Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) 2002M bersamaan 1423H.

- Menyeru pakar-pakar undang-undang Islam berusaha memberikan kefahaman tentang kebaikan dan keadilan syariat Islam kepada masyarakat bukan Islam termasuk pemimpin politik dan NGO dengan pelbagai program perbincangan, dialog dan seumpamanya.

- Memohon perkenan kepada Majlis Raja-Raja Melayu, Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja dan Sultan-Sultan sebagai Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri dan Wilayah Persekutuan meningkatkan inisiatif ke arah perlaksanaan syariat Islam di negara ini.

- Mencadangkan supaya ditubuhkan satu Urusetia Khas perlaksanaan syariat Islam bagi tujuan memandu dan menyelaras dalam konteks berkongsi pengalaman dan kerjasama di antara kerajaan Kelantan, Brunei Darussalam dan Aceh yang berpusat di negara Brunei Darussalam.

- Menubuhkan satu jawatankuasa khas yang melibatkan jawatankuasa penganjur Seminar Penghayatan HududuLlah sedia ada dan menambahkan penyertaan NGO lain yang berperanan untuk merancang dan melaksanakan program-program susulan dalam rangka mencapai matlamat seminar. - HARAKAHDAILY 27/10/2014

Sumber HD - 27-10-2014

















































































































































































































































Media sekular beri gambaran buruk hukum syariat

HARAKAHDAILY | .




KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob kesal kerana ada dalam kalangan orang Islam sendiri yang menolak undang-undang syariat.

Memetik laporan Buletin Online, beliau juga melahirkan kekesalan kerana media barat dan media ‘sekular’ tempatan memberikan gambaran buruk tentang undang-undang hudud dan qisas.

Beliau yang juga Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat berkata demikian ketika merasmikan Seminar Penghayatan Hududullah di sebuah hotel di Kuala Terengganu pagi tadi.

Ucapan beliau dibacakan oleh Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Serantau Negeri Kelantan, Datuk Ustaz Nasuruddin Daud.

Bagaimanapun beliau yakin, undang-undang tersebut akan dapat dilaksanakan, walaupun kini terpaksa menempuh pelbagai cabaran dan dugaan.

Katanya, negara Brunei Darussalam dan wilayah Acheh di Indonesia telah pun mula melaksanakan undang-undang Allah itu.

“Walaupun terdapat pelbagai halangan kita percaya satu hari nanti ia akan dapat dilaksanakan. Negara Brunei Darussalam telah pun mengisytiharkan (perlaksanaan undang-undang Islam),” ujarnya pada seminar yang dihadiri kira-kira 600 peserta itu.

Turut menjadi panel yang akan membentangkan kertas dalam seminar tersebut adalah Dekan Fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Islam Sultan Sharif Brunei, Profesor Dr Abdul Muhaimin Noordin Ayus, Dekan Universiti Islam Negeri Ar-Raniry Aceh, Profesor Dr Alyasa Abu Bakar.

Seminar Penghayatan Hududullah dianjurkan oleh PAS Terengganu bersama dengan beberapa buah badan bukan kerajaan (NGO) Islam bertujuan mengekalkan ingatan dan kesedaran rakyat tentang peranan dan sumbangan kerajaan PAS negeri pada 1999 hingga 2004 dalam pelaksanaan syariat Islam di Terengganu serta memberi kefahaman kepada masyarakat tentang syariat Islam.

Sumber HD - 26-10-2014

















































































































































































































































PAS T'ganu anjur sambutan Hari Hududullah 26 Okt

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: PAS Terengganu akan menganjurkan sambutan Hari Hududullah Peringkat Negeri Terengganu pada Ahad, 26 Oktober ini.

Dengan tema 'Hudud: Rahmat Untuk Semua', paganjuran program ini antara lain mahu menerapkan kefahaman kepada masyarakat tentang syariat Islam termasuk undang-undang jenayah Islam (hudud dan qisas) sebagai rahmat kepada manusia.

Menurut Pengerusi Sambutan, Datuk Husain Awang, program ini juga sebagai medium memberi penjelasan dan pencerahan kepada masyarakat tentang kewajipan melaksanakan syariat Islam sebagai tuntutan akidah dan keadilan sosial.

"Ianya juga bagi mencari persefahaman dan kesepakatan dalam pelaksanaan syariat Islam secara menyeluruh disamping mengekalkan ingatan dan kesedaran rakyat tentang peranan dan sumbangan kerajaan PAS dalam pelaksanaan syariat Islam di Terengganu," katanya dipetik web Buletin Online.

Menurut beliau, kemuncak program tersebut akan diadakan Seminar Penghayatan Hududullah di Hotel Permai, Kuala Terengganu pada tarikh tersebut.

Apa yang menarik, panel yang dijemput bagi mengupas isu itu termasuk Dekan Fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Islam Sultan Sharif Brunei, Profesor Dr Abdul Muhaimin Noordin Ayus dan Dekan Universiti Islam Negeri Ar-Raniry Aceh, Profesor Dr Alyasa Abu Bakar.

Selain mereka, dua lagi panel dari tokoh tempatan adalah Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Mohamad Fadzli Datuk Hasaan, dan mantan Exco Kerajaan PAS Terengganu, Datik Wan Abdul Mutalib Embong.

Antara kertas kerja yang bakal dibincangkan termasuk 'Kanun Jenayah Syariah II Kelantan, Selangkah Ke Arah Pelaksanaan', 'Pelaksanaan Syariah di Negara Brunei Darussalam, Halangan dan Penyelesaian', 'Pelaksanaan Syariat di Aceh, Halangan dan Penyelesaian' serta 'Kanun Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu, Antara Keazaman Politik dan Halangan Undang-undang'.

Majlis perasmian seminar itu pula akan disempurnakan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ustaz Ahmad Yaakob manakala majlis penutup oleh Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul hadi Awang, yang juga mantan Menteri Besar Terengganu.

Program ini juga adalah anjuran bersama Dewan Ulamak PAS Terengganu dan NGO Islam seperti Persatuan Ulamak Malaysia (PUM), Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (Ilmam), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim),Wadah Kecerdasan Ummah (Wadah), Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Himpunan Lepasan Institut Pendidikan Malaysia (Haluan), Sukarelawan Pendidikan Rakyat (Kawan) dan Persatuan Isteri Wakil Rakyat dan Bekas Wakil Rakyat Terengganu (Khairunnisa’). - HARAKAHDAILY 22/10/2014

Sumber HD - 22-10-2014

Hakisan pantai Tok Jembal ‘umpama sumpahan’

HARAKAHDAILY | .



KUALA LUMPUR: Masalah hakisan yang berlaku di pantai Tok Jembal dekat Kuala Nerus ‘umpama sumpahan’ yang tidak pernah reda setiap kali musim Monsun Timur Laut tiba.

Gelombang pasang surut permulaan musim tengkujuh yang kuat telah menghanyutkan sebuah premis ‘makmal tenaga boleh diperbaharui alam sekitar’ di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di pantai terbabit.

Memetik laporan Buletin Online, struktur berbentuk rumah itu, sebagaimana dilaporkan akhbar media perdana, runtuh minggu hari lalu akibat hakisan.

Menurut penyelidikan oleh Jabatan Kejuruteraan Lautan UMT, jalur pantai di mana makmal itu terletak telah mengikis 7.1 m sejak 2010.

Kerja untuk menyelamatkan pantai Tok Jembal mulai pada tahun 2011, dengan lapis lindung batu yang dibina di atas 1.9 km dari regangan yang paling teruk terjejas.

Lebih banyak kerja pembaikan bermula pada bulan April menghasilkan dinding batu perlindungan kini 3.8 km panjang.

Untuk kawasan menghalang ‘buffer’ gelombang yang kuat, empat pemecah ombak akan dibina 150 m dari pantai selari dengan pantai.

Ironinya, hakisan pantai dikawasan tersebut tidak pernah berlaku sebelum penambakan laut bagi projek memanjangkan landasan Lapangan Terbang Sultan Mahmud.

Sehingga kini, sebanyak RM81 juta telah dibelanjakan bagi mengawal hakisan tersebut, namun hakisan yang berlaku sejak tahun 2009 itu masih gagal diselesaikan.

Semalam Bernama melaporkan kerajaan memperuntukkan RM70.5 juta bagi projek pengurusan pantai di kawasan itu bagi mengatasi masalah itu.

Pengarah JPS Terengganu Ir C Poobalan, berkata projek yang diberikan tahun ini, merupakan projek dua tahun dan dijangka selesai pada 2016.

"Kami juga mendapati hakisan pantai Tok Jembal dalam keadaan yang kritikal dan langkah pencegahan sedang dijalankan," ujarnya. - HARAKAHDAILY 20/10/2014

Sumber HD - 20-10-2014

Pantai Tok Jembal kritikal, peruntukan RM70.5 juta

BERNAMA | .


KUALA LUMPUR: Berikutan kebimbangan mengenai masalah hakisan pantai di Kampung Tok Jembal, Terengganu, kerajaan memperuntukkan RM70.5 juta bagi projek pengurusan pantai di kawasan itu bagi mengatasi masalah itu.

Pengarah JPS Terengganu Ir C Poobalan, berkata projek yang diberikan tahun ini, merupakan projek dua tahun dan dijangka selesai pada 2016.

"Kami juga mendapati hakisan pantai Tok Jembal dalam keadaan yang kritikal dan langkah pencegahan sedang dijalankan," katanya kepada Bernama.

Semalam, Bernama melaporkan kajian simulasi kelautan yang dijalankan empat tahun lalu oleh penyelidik di Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), mendapati 42.6 meter kawasan darat itu telah terhakis.

Kawasan yang teruk terjejas adalah sepanjang 3.4 kilometer yang bermula dari utara Lapangan Terbang Sultan Mahmud sehingga ke UMT dan turut melibatkan Kampung Tok Jembal.

Poobalan berkata rancangan mereka untuk mengatasi masalah hakisan itu ialah dengan membina empat pemecah ombak luar pesisir, benteng hakisan terminal dan rawatan penyuburan pantai.

Beliau berkata benteng pemecah ombak adalah sebahagian daripada sistem pertahanan pantai bagi mengurangkan intensiti tindakan ombak di kawasan pantai dan dengan itu mengurangkan hakisan pantai atau menyediakan tempat perlindungan yang selamat.

"Bagi benteng hakisan pula, ia adalah satu struktur kejuruteraan pantai bagi membentuk satu tebing yang dapat menghalang aliran air dan mengehadkan pergerakan mendapan.

"Rawatan pantai pula digunakan dengan menambah pasir atau mendapan dalam jumlah yang banyak di pantai untuk menangani hakisan dan melebarkan kawasan pantai," katanya.

Poobalan berkata pada masa ini perkembangan projek pengurusan pantai itu kini sudah mencapai 15 peratus dan berikutan musim monsun bulan ini, pembinaan benteng pemecah ombak ditunda berikutan ombak besar.

Katanya selain Tok Jembal, beberapa kawasan lain di Terengganu juga menghadapi masalah hakisan tetapi tidak seteruk di kampung itu pada masa ini. - Bernama

Sumber HD - 19-10-2014


















































































































































































































































Seorang lagi mangsa denggi di Terengganu maut

BERNAMA | .
KUALA TERENGGANU: Seorang lagi mangsa demam denggi maut di Terengganu Rabu lepas menjadikan jumlah keseluruhan angka kematian akibat penyakit itu sebanyak dua orang pada tahun ini berbanding sifar pada tahun lepas.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) Datuk Dr Anwa Sulaiman berkata mangsa lelaki berusia 26 tahun itu berasal dari Kampung Pulau Rusa, di sini dan dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada 8 Okt lepas selepas demam selama dua hari.

Beliau berkata mangsa mempunyai sejarah penyakit hipertensi, anemia dan kegagalan buah pinggang yang memerlukannya menjalani rawatan hemodialisis di HSNZ tiga kali seminggu sejak 2006.

"Doktor mengesahkan penyebab kematian ialah demam denggi dan komplikasi paru-paru berair akibat jangkitan kuman pada jantung serta kegagalan buah pinggang yang kronik.

"Ini adalah kes kedua serangan denggi dari salah satu lokaliti wabak di daerah Kuala Terengganu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Anwa berkata sehingga 15 Oktober lalu, Terengganu mencatatkan 1,181 kes demam denggi berbanding 403 kes tahun sebelumnya, iaitu peningkatan sebanyak 193 peratus.

Katanya semua daerah termasuk Kuala Terengganu, Marang, Kemaman, Dungun, Besut dan Hulu Terengganu mencatatkan peningkatan yang membimbangkan kecuali Setiu yang merekodkan penurunan kes.

Kuala Terengganu mencatat kes tertinggi iaitu 772 kes, Besut (93), Marang (88), Kemaman (78), Hulu Terengganu (47), Dungun (88) dan Setiu (15).

Justeru beliau menasihatkan masyarakat supaya sentiasa mengambil tindakan pencegahan bagi menghapuskan tempat pembiakan aedes di rumah dan kawasan sekeliling. - Bernama

Sumber HD - 18-10-2014

Rawatan altenatif beri manfaat puluhan ribu pesakit HSNZ

BERNAMA | .

KUALA TERENGGANU: Usaha Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) menyediakan perkhidmatan rawatan tambahan kepada perubatan moden, memberi manfaat kepada puluhan ribu pesakit di negeri ini.

Unit Perubatan Tradisional dan Komplementari yang mula beroperasi sejak 1 Jan 2010 di HSNZ itu menyediakan khidmat urutan tradisional Melayu dan rawatan akupuntur manakala rawatan tradisional Melayu selepas bersalin pula diperkenalkan pada akhir 2012.

Pengarah HSNZ Dr Abdul Rahim Abdullah berkata sehingga kini, sebanyak 3,566 pesakit lelaki dan 5,345 pesakit wanita telah menerima rawatan urut tradisional manakala 11,767 pesakit menerima rawatan akupuntur di hospital berkenaan.

"Bagi rawatan tradisional Melayu selepas bersalin pula, seramai 520 ibu telah mendapatkan rawatan di unit ini termasuk urutan khas mengembalikan kesegaran selepas bersalin dan urutan perbidanan.

"Malah, HSNZ sangat menggalakkan agar pesakit dari daerah lain di negeri ini, terutama golongan kurang berkemampuan agar merujuk doktor di hospital daerah untuk mendapatkan rawatan di unit ini bagi meringankan beban kewangan mereka," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam taklimat khas perkembangan unit itu kepada media yang disampaikan Penolong Pengarah Kanan Farmasi, Cawangan Perubatan Tradisional dan Komplementari, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Noor Shukriah Hassan di sini hari ini.

Mengulas lanjut Dr Abdul Rahim berkata perkhidmatan rawatan alternatif itu juga bertujuan memberi peluang kepada pesakit mendapatkan rawatan tambahan.

"Sehubungan itu, saya berharap penduduk di Terengganu dapat memanfaatkan perkhidmatan kesihatan ini yang lebih terjamin kaedah perubatannya berbanding berjumpa dengan pengamal perubatan tradisional yang diragui kesahihannya," katanya. - Bernama

Sumber HD - 12-10-2014

















































































































































































































































Suku akhir: FAM mesti adil dan dilihat adil

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) merakamkan kekecewaan dan kekesalan terhadap rombakan jadual perlawanan Piala Malaysia.

Rombakan itu menyebabkan perlawanan suku akhir kedua antara pasukan Terengganu bertemu Johor Darul Takzim (JDT) ditunda dari 11 Oktober ke 17 Oktober.

Jadual bagi separuh akhir pertama turut terjejas ekoran rombakan jadual tersebut.

Terbaharu, rayuan pasukan Terengganu untuk mengekalkan tarikh perlawanan pada 11 Oktober telah ditolak FAM.

bagi Pengerusi Lajnah Sukan, Rekreasi dan Kebudayaan DPPNT, Ahmad Zulkarami Salleh, FAM terus diberikan teguran oleh pelbagai pihak termasuk peminat tegar bola sepak seperti persatuan penyokong dan sebagainya.

"Malangnya FAM seolah-olah langsung tidak memandang serius dan memainkan peranan yang sesuai untuk menyelesaikan kemelut sukan berprestij ini," ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, insiden penundaan jadual yang berkebetulan melibatkan pasukan Terengganu ini, sudah tentu menimbulkan kekecewaan seluruh penyokong pasukan Terengganu terhadap FAM.

Tambahnya, lebih parah, ia mula mencalarkan kredibiliti pihak FAM sebagai peneraju industri sukan bola sepak negara.

Sepatutnya, kata beliau rombakan jadual tersebut dibuat atas persetujuan bersama oleh kedua-dua pasukan.

"Ini memandangkan persiapan, pengurusan kepada tarikh tersebut sudah dibuat.

"Ini termasuklah faktor persiapan pasukan penyokong yang telah diatur sejak awal untuk bertapak di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin," ujarnya lagi.

Justeru, ujar beliau DPPNT melihat alasan-alasan yang dikemukakan tidak sepatutnya menjadi penyebab kepada penangguhan perlawanan tersebut.

Tambahnya, DPPNT tidak mahu mempersoalkan kuasa FAM untuk merombak atau meminda jadual mahupun peraturan, namun mahu membawa FAM melihat kesan akibat tindakan yang dilakukan oleh pihak FAM itu.

"Antaranya sudah tentu menimbulkan rasa tidak puas hati pihak pasukan mahupun penyokong. Ia sekaligus menggambarkan tahap profesionalisme pihak FAM dalam menguruskan perlawanan bola sepak negara," katanya lagi.

Justeru, kata beliau FAM dipohon agar mengendalikan penganjuran pertandingan secara lebih berhemah agar dilihat adil dan berlaku adil.

"Mutu pengadilan perlu dipertingkatkan, diskriminasi yang dilihat umum terhadap pasukan-pasukan tertentu mesti dibuang, pengurusan FAM mestilah profesional dalam menguruskan pasukan dan krisis yang wujud," katanya lagi. - HARAKAHDAILY 10/10/2014

Sumber HD - 10-10-2014

PAS T'ganu tangguh sertai Majlis Perundingan Rakyat

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: PAS Terengganu memutuskan untuk menangguhkan penyertaan buat sementara waktu dalam Majlis Perundingan Rakyat (MPR) anjuran Kerajaan Negeri Terengganu di bawah pimpinan Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abd Rahman.


Pesuruhjayanya, Saiful Bahri Mamat berkata, keputusan tersebut dibuat setelah meneliti laporan ke atas perjalanan majlis tersebut daripada wakil PAS yang telah turut serta dalam beberapa siri program tersebut.

Sebelum menyertai semula ke dalam majlis itu, PAS Terengganu katanya mendesak menteri besar untuk mengambil serius beberapa tuntutan.

Ianya termasuk memberi perakuan tandatangan wakil rakyat dari Pakatan Rakyat dalam borang-borang permohonan oleh rakyat bagi diproses permohonan mereka oleh badan-badan kerajaan terutamanya kepada permohonan bantuan pendahuluan kemasukan ke IPTA atau IPTS.

Katanya, sikap 'double standard' yang diamalkan oleh badan-badan atau jabatan-jabatan kerajaan ini menyusahkan dan tidak langsung dilihat mengutamakan kepentingan rakyat terbanyak.

PAS negeri juga mendesak peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang diluluskan secara adil kerana mereka telah dibuktikan menang secara sah dalam PRU yang lalu hasil daripada pilihan rakyat setempat.

"Amatlah tidak wajar kami wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat secara sah mengikut undang-undang yang ada dalam negara ini dinafikan hak peruntukan pembangunan sebagai wakil rakyat.

"Sebalilknya secara tidak demokrtarik pihak lain pula yang diberikan kuasa mengawal peruntukan pembangunan itu. Sedangkan pada tahun 1999 ketika pemerintahan PAS, peruntukan pembangunan wakil rakyat itu diagih secara adil kepada semua wakil rakyat sehinggalah royalti dirampas ketika itu," katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu, mereka turut mendesak agar kerajaan Terengganu menyelesaikan terlebih dahulu masalah pengambilan tanah penduduk di Kg Banggol Donas Manir dan juga perampasan tanah Sekolah Rendah Islam Darul Bayan di Jalan Santong, Paka yang belum selesai sehingga kini yang melibatkan kepentingan rakyat yang sepatutnya diselesaikan seberapa segera.

Menurut Saiful, tiga permintaan tersebut kesemuanya memenuhi semangat majlis yang ditubuhkan oleh Menteri Besar iaitu berunding bagi kebaikan dan kesejahteraan rakyat negeri Terengganu.

Ianya juga selaras dengan penekanan Menteri Besar dalam Transformasi Terengganu Baharu (TTB) yang mana salah satunya ialah Transformasi Politik iaitu mahu mendengar dan melibatkan rakyat dalam membuat keputusan.

Ia juga bertepatan dengan salah satu daripada lapan prinsip asas kepada gagasan TTB ini iaitu “inklusif” di mana Menteri Besar berjanji akan meraikan suara takyat dalam pembangunan serta prinsip intergriti yang mana Menteri Besar juga menekankan perlunya pembersihan luar dan dalam, katanya.

"Sehinggalah tarikh pembentangan Bajet 2015 nanti, jika masih tiada pelaksanaan terhadap tuntutan kami ini, maka kami menganggap Menteri Besar memilih untuk tidak mahu memberikan hak yang sepatutnya kepada rakyat dan rakyat akan melihat ketidakikhlasan kerajaan Terengganu di bawah pimpinan Menteri Besar dalam melaksanakan TTB ciptaan Menteri Besar sendiri," katanya.

- HARAKAHDAILY 10/10/2014

Sumber HD - 10-10-2014

















































































































































































































































Naik motor pergi kebun, bukan banyak minyak habis

DR AZMAN IBRAHIM | .



TIBA di Lapangan Terbang Antarabangsa Queen Alia, Amman kira-kira jam 10 pagi waktu Malaysia atau 4 pagi waktu tempatan, semalam.

Saya pasti nun jauh di tanah air sana, isu yang sedang hangat diperkatakan di mana-mana ialah kenaikan harga minyak yang kembali bertandang.

Ketika harga getah skrap merudum di bawah RM2 sekilo, harga kelapa sawit pula menjunam, rakyat pula dalam mood persiapan untuk menyambut Idul Adha, hadiah istimewa ini tiba. Ianya tentu sangat lumayan.

Memang sebagaimana dulu dan dulu-dulu juga, ini bukan kenaikan harga minyak tetapi hanya rasionalisasi subsidi. Perbelanjaan negara untuk subsidi minyak telah terlalu banyak lantas perlu dijimatkan supaya ianya dapat disalurkan kepada sektor-sektor lain yang lebih memerlukan. Sektor mana yang menerima manfaat dari penjimatan subsidi minyak? Entahlah...

Walau bagaimanapun, minyak kita masih lebih murah berbanding Singapura dan Thailand! Bermakna negara kita sebenarnya lebih baik dan kehidupan rakyatnya lebih makmur serta pemerintahnya lebih bijak menguruskan ekonomi negara!

Anehnya mengapa tidak pula dibuat perbandingan harga minyak dengan negara-negara serantau yang sama-sama memiliki khazanah emas hitam ini dari perut bumi mereka seperti Brunei dan Indonesia.

Membandingkan harga minyak di Malaysia dengan Singapura ibarat membandingkan harga rambutan di Kuala Berang, Terengganu dengan Tokyo!

Drama minyak ini telah bermula dari seminggu lalu apabila Terengganu, Pahang dan Kelantan dinafikan kononnya tidak memiliki minyak. Rupanya selama ini bila kita melintasi bandar Kerteh Terengganu dan melihat kawasan industri petroleum tersergam di kiri dan kanan jalan, kita sangka itu adalah pusat pemprosesan minyak tetapi rupanya kita ditipu. Hakikat sebenarnya ia adalah kawasan industri pemprosesan minyak gamat, bukannya petroleum!

Episod seterusnya dari drama minyak ini nyata lebih dramatik. Sebagaimana biasa, orang kampumg tak payah risau. Sekadar memiliki sebuah Honda Cub, bukannya makan minyak banyak. Naik pun 20 sen sahaja. Kalau biasa kita isi RM5, lepas minyak naik pun kita tetap boleh isi RM5, bukannya RM5.20! Apa mau bimbang? Naik motor pun sekadar untuk pergi ke kebun dan surau. Bukan banyak pun habis.

Bila minyak naik harga, fenomena BRIM akan terus kelihatan bersesak-sesak di stesen-stesen minyak. Beratur Ramai Isi Minyak (BRIM). Penuh sesaklah segala stesen minyak. Silakan isi, kemudian parking kereta dalam garaj, bungkus elok-elok dan pergi kerja naik motosikal atau naik bas. Itulah petua terbaik untuk penjimatan minyak kereta. Tak salah untuk dicuba. Saya yakin ianya berkesan.

Tentunya minyak sebagai nadi penggerak ekonomi, maka kenaikannya tak akan terhenti setakat itu sahaja. Ianya akan disusuli dengan kenaikan itu dan ini, barangan itu dan barangan ini, caj di sana dan di sini sehingga akhir sekali ramai yang akan naik minyak!

Tapi saya yakin, kerajaan tak perlu bimbang apa-apa. Fenomena rakyat naik minyak ini mudah saja diturunkan semula dengan sedikit gula-gula. Kesudahannya mereka tetap akan undi BN lagi.

Time getah naik harga, kelapa sawit naik harga, kita tak bising pulak, bila minyak naik harga sikit dah bising riuh rendah. Belajarlah bersyukur sikit! Inilah ungkapan yang biasa keluar dari mulut JKKK yang tidurnya berselimut dengan bendera kati.

Bumi Malaysia kami tinggalkan untuk sementara kira-kira pada jam 10.10 malam semalam menuju dalam rehlah panjang. Transit seketika di Bangkok menuju Amman, Jordan dan seterusnya Khortoum, Sudan.

Rasa rugi juga kerana tak sempat nak menikmati minyak dengan harga baru menjelang jam 12 tengah malam semalam. Apa pun syabas dan tahniah untuk rakyat Malaysia atas hadiah Hari Raya Haji ini.

Selesai misi kemanusian ini, kami dengan izin Allah akan kembali semula ke tanah air. Masa itu, bila ada jemputan ceramah, tentunya bayaran saguhati untuk duit minyak kena tebal sikit. Bukan salah penceramah, tapi salah tangan-tangan yang masih tegar memangkah BN!

Memang suara rakyat suara keramat, tapi kalau pesen suara pengundi yang percaya mati-matian dengan 'keris keramat' jawabnya makan kayu keramatlah kita.

Salam Eidul Adha dari Bumi Amman, Jordan.

Sumber HD - 3-10-2014

Motorcross mesra anak muda, ajak bersama Islam

HARAKAHDAILY | .




SETIU: Pemuda PAS Dun Jabi mengorak satu lagi langkah ke hadapan dalam mengatur gerak langkah mendekati masyarakat khususnya anak-anak muda dengan wujudnya sebuah litar motorcross yang dibina sendiri dengan memanfaatkan kepakaran dan jentera milik Jawatankuasa Pemuda Dun.

Litar sepanjang kira-kira 1,000 meter yang dibina di atas tapak seluas 2 ekar di Kampung Gong Ubi Keling, Jabi menambahkan 'kemesraan' pemuda Dun Jabi dalam perjuangan mendekati anak-anak muda dan mengajak mereka bersama Islam.

Bermula dari pagi Jumaat, 26 September bunyi deruan enjin motocross daripada 25 peserta memecah kesunyian Kampung Gong Ubi Keling dan ternyata Kejohanan Motorcross Tertutup Pemuda Jabi yang julung kali diadakan ini berjaya menarik penyertaan ramai peminat sukan permotoran termasuk peserta profesional yang pernah menyertai kejohanan peringkat kebangsaan.

Masyarakat sekitar juga tidak ketinggalan memenuhi kawasan sekitar litar bagi menyaksikan aksi hebat para peserta terutamanya aksi lompatan yang memerlukan kemahiran tinggi para pelumba.

Pengarah Majlis Tindakan Dun Jabi, Dr Azman Ibrahim ketika berucap menutup kejohanan pada petangnya menegaskan bahawa Islam adalah agama yang meraikan fitrah dan minat manusia. Cuma Islam datang untuk memandu dan mengawal supaya minat ini selari serta tidak bersalahan dengan syariat.

Sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w juga menitik beratkan 3 kemahiran utama untuk anak-anak mereka iaitu berenang, memanah dan menunggang kuda. Itu cerita di zaman sahabat nabi s.a.w. Kalau di zaman kita kemahiran memanah boleh disesuaikan dengan kemahiran menembak manakala kemahiran menunggang kuda boleh disesuaikan dengan menunggang motosikal.

Dr Azman menegaskan lagi, Islam datang bukan untuk kumpulkan semua minat manusia dan buang ke dalam tong sampah. Yang tinggal akhirnya hanya sembahyang, puasa, zakat dan haji!

Ketua Pemuda PAS Dun Jabi, Rafie Long Hasan yang ditemui menyuarakan harapan dan keyakinan, apabila melihat kepada kehangatan sambutan dari para peserta dan masyarakat sekeliling, acara ini mampu dijadikan acara tetap dalam kalendar Pemuda PAS Jabi. - HARAKAHDAILY 27/9/2014





Sumber HD - 27-9-2014

















































































































































































































































TG Abdul Hadi dipilih ‘Ikon Tani Terengganu’ 2014

HARAKAHDAILY | .



KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dipilih dan diisytiharkan sebagai ‘Ikon Tani Terengganu’ 2014 kerana penglibatan beliau secara peribadi dalam bidang pertanian, penternakan dan nelayan.

Beliau dipilih pada Karnival Petani, Penternak dan Nelayan anjuran PAS Negeri Terengganu di Kuala Berang, Hulu Terengganu petang semalam, lapor BuletinOnline.

Pengarah karnival, Ustaz Saharizukirnain keika mengmumkan demikian berkata, Tuan Guru Abdul Hadi pernah menternak dan memelihara burung merpati, burung unta, kuda, kambing biri-biri, lebah, lembu dan kerbau.

Selain itu, katanya, Ahli Parlimen Marang itu juga mempunyai minat yang mendalam dalam bidang perikanan dengan menjadikan aktiviti memancing dan menjala ikan sama ada di laut mahupun sungai sebagai suatu kegemaran di samping menyelami susah payah kehidupan sebagai nelayan.

Karnival yang berlangsung selama tiga hari di Dataran Itqanul Muluk, Kampung Gaung itu, adalah usaha PAS memberikan perhatian dan tumpuan kepada golongan petani, penternak dan nelayan.

Berucap pada majlis itu, Pengerusi Lajnah Asas Tani PAS Pusat, Datuk Ir Amiruldin Hamzah berkata, majoriti mereka terlibat dengan sektor pertanian adalah orang-orang Melayu yang terus hidup dalam kemiskinan.

Katanya, para petani, penternak dan nelayan merupakan segmen masyarakat yang peratusnya cukup tinggi tergolong dalam kelompok miskin dan miskin tegar.

"Kenapa ini menjadi fenomena dalam sosioekonomi negara kita?

“Jawapannya ialah kurangnya perhatian yang diberikan oleh kerajaan dalam membela kelompok ini dan tidak seriusnya mereka dalam cuba menangani isu keselamatan makanan dalam negara kita,” ujarnya di hadapan hampir 5,000 hadirin.

Sumber HD - 27-9-2014

Royalti minyak: Mana pendirian Kerajaan Terengganu

USTAZ MOHD NOR HAMZAH | .

SAYA ingin menarik perhatian seluruh rakyat Terengganu berkenaan isu yang disiarkan oleh akhbar Berita Harian semalam berkaitan dakwaan bahawa ketiga-tiga negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia Kelantan, Terengganu dan Pahang tidak mengeluarkan minyak.


Berdasarkan laporan itu, maka Petronas berhak untuk memberikan wang ehsan kepada negeri-negeri yang mereka suka tanpa negeri-negeri tersebut boleh berbuat apa-apa. Kita sedia maklum bahawa isu ini tidak lain hanyalah sebagai isu yang sangat hina yang digunakan dalam kempen Pilihan Raya Kecil Pengkalan Kubur setelah Umno-BN tidak terdaya lagi menjawab isu royalti bagi negeri Kelantan selepas berjaya merampas royalti negeri Terengganu dengan cara yang sangat keji diusulkan dalam Perhimpunan Agung Umno dan sehingga sekarang pimpinan Umno negeri menjadi seperti lembu dicucuk hidung.

Tidak pernah saya yang menjadi ahli dewan undangan negeri serta rakan-rakan Adun yang lain pada bila-bila masa mendapat peluang membahaskan isu ini walaupun berkali-kali PAS Terengganu mengusulkan bagi isu ini dibincangkan demi kepentingan rakyat.

Tetapi sayang, semalam dengan kaedah “hit and run” iaitu pukul dan lari, mereka dengan sewenang-wenangnya mendakwa di luar dewan undangan negeri atau dewan rakyat dan negara bahawa Terengganu tidak mengeluarkan minyak sekaligus seperti ingin menafikan secara langsung, tanpa perbahasan di dewan, tanpa perbicaraan di mahkamah bahawa negeri-negeri ini tidak layak menerima royalti.

Suka saya mengingatkan bahawa dua daripada tiga orang yang merangka perjanjian petroleum diantara negeri-negeri di Malaysia dahulu, masih hidup dan telahpun mengeluarkan kenyataan bahawa negeri-negeri tersebut layak mendapat royalti sebanyak lima peratus setiap tahun. Seorang daripada mereka ialah bekas wakil rakyat PAS iaitu Tun Salleh Abas yang juga bekas Ketua Hakim Negara dan seorang lagi ialah ahli Parlimen Umno, Tengku Razaleigh Hamzah.

Ironinya, kedua-duanya walaupun dari parti yang berlawanan, telah memberikan jawapan yang sama iaitu setiap negeri-negeri itu layak menerima royalti dan lebih menghairankan lagi, kedua-duanya tidak dijemput menjadi ahli kepada jawatankuasa itu walaupun sebenarnya merekalah yang terlayak.

Apalah ertinya jika kita yang tidak layak ini menandatangani perjanjian itu? Lakukah tandatangan kita apabila membuat perjanjian sedangkan kita tidak layak? Apakah maknanya jika kita yang tidak layak ini, menerima bajet tahunan dan memasukkan royalti petroleum (dahulu) atau dana khas (sekarang) dalam bajet kerajaan negeri yang menjangkau sehingga 2.5 billion pada tahun ini selepas diambil kira bajet tambahan?

Apakah sah bajet-bajet terdahulu semenjak tahun 70-an itu? Apakah ertinya Datuk Seri Ahmad Said tersenyum lebar mengangkat cek replika wang ketika menerima bahagian kedua dana khas yang diserahkan oleh Perdana Menteri di Stadium Negeri sedikit masa dahulu? Apakah tujuannya apabila Perdana Menteri mengisytiharkan telaga Bertam yang berada ratusan kilometer dari pantai itu adalah hak milik Pahang ketika ianya menjadi perebutan diantara Terengganu dan Pahang dahulu? Ini semua adalah soalan-soalan mudah yang perlu dijawab oleh mereka yang menyokong dakwaan karut ini.

Maka saya di sini sebagai mewakili Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu dan juga rakyat Terengganu secara keseluruhannya mendesak kerajaan Umno Terengganu dibawah pimpinannya yang baru agar menyatakan pendirian mereka terhadap laporan ini.

Jika kerajaan menyokong sila keluarkan kenyataan rasmi dan begitu juga sebaliknya. Kita tidak mahu maruah rakyat dan negeri ini diperkotak-katikkan oleh golongan luar yang berkepentingan. Hak royalti ini, adalah hak mutlak rakyat Terengganu. Berhentilah menjadi pak turut, rakyat sedang membandingkan ketegasan Datuk Seri Ahmad Said yang konsisten sejak dahulu memperjuangkan hak royalti Terengganu dengan kelembutan kerajaan sekarang yang menjadi boneka kepada pihak-pihak yang tertentu.

Ikutlah jejak langkah kerajaan Sarawak yang sebulat suara telah meluluskan usul bagi meminta royalti bagi negeri mereka sebanyak 20%. Sebaliknya Terengganu yang mendapat lima peratus suatu ketika dahulu, ditukar kepada wang ehsan dan sekarang ini mahu dibuang dari senarai negeri pengeluar minyak. Adakah kerajaan Terengganu sebacul itu untuk membiarkan perkara ini berlaku? Juga kami mendesak agar jawatankuasa itu juga mengisytiharkan berapakah kawasan telaga minyak dan gas di Sabah dan Sarawak yang berada di luar tiga batu nautika jikalau mereka berani. - HARAKAHDAILY 26/9/2014

YB Mohd Nor Hamzah ialah Adun Bukit Payong, Terengganu

Sumber HD - 26-9-2014

















































































































































































































































Ulama bercakap keras tidak berhikmah?

DR AZMAN IBRAHIM | .
KALAU kereta accident, kemek sana-sini, maka untuk nak baik pulih, kena ketuk body kuat-kuat. Kalau setakat gosok dengan kertas tisu, habis seratus kotak tisu pun tak ke mana. Ketika ini, kaedah ketuk itulah dikira cara yang paling berhikmah untuk nak baiki body kereta tersebut.

Kalau satu anggota badan contohnya kaki pesakit diabetes dah buruk serta sel-selnya sudah mati dan tidak berfungsi lagi, menyimpannya akan merbahayakan nyawa tuannya, maka ketika itu keputusannya adalah perlu dipotong. Setakat kita sapu dengan losyen, ianya tidak bermakna lagi.

Maka, potong kaki adalah cara yang paling berhikmah untuk nak mengubati masalah ini. Bukan bermakna bila doktor buat keputusan untuk potong, doktor tersebut sangat tidak berhikmah dalam merawat pesakit.

Seorang anak yang telah berusia 11 tahun, telah pelbagai cara nasihat dan suruhan dengan cara yang baik dilakukan supaya dia sembahyang tetapi tetap tak berjaya.

Maka ketika itu Islam mengizinkan supaya dia dipukul. Maka ketika itu, pukul adalah cara yang paling berhikmah untuk mendidiknya.

Kalau ada orang yang susah nak makan nasihat, macam-macam cara tetap tak berkesan tetapi bila sekali kita kata “Kamu ni bodoh!” menyebabkan dia mula berfikir, ketika ungkapan “kamu ni bodoh!” adalah cara yang berhikmah.

Kalau sekiranya ada hamba Allah ini memang merosakkan keharmonian dalam jemaah. Walaupun yang dia buat itu adalah kesilapan besar, bagi salam dalam sembahyang lebih dahulu dari Tok Imam.

Walaupun jadi makmum, suara bacaannya lebih kuat dari bacaan Imam. Tok Imam sedang baca fatihah, dia dah baca surah. Kononnya kerana suara dia lebih merdu.

Walaupun begitu masih lagi berdegar-degar mempertahankan diri dan mendakwa bahawa dia tak salah. Bila kena ‘sutir pukulan barua’ maka dia boleh tersentak dan sedar, ketika itu ‘buah barua’ adalah sangat berhikmah.

Apa orang ingat, bila pegang status ulama, maka suara mesti perlahan, lembut dan lemah gemalai.

Bila bercakap dengan nada keras dan tegas dikatakan tidak berhikmah? Tak selayaknya ulama bersikap tegas dan keras begitu! Maka orang yang bercakap dengan nada bodoh sebegini seumpama nak baiki kereta yang kemek kerana accident dengan kertas tisu!

Kalau sekiranya jalan dakwah Islam ini dihalang dengan kekerasan dan kekuatan, untuk membersihkannya kita perlu mengangkat senjata untuk menentang musuh, maka ketika itu mengangkat senjata adalah cara yang paling berhikmah.

Kalau sekiranya masyarakat seperti orang asli, mereka perlu diberikan hadiah dan dijamu dengan makanan, barulah mereka bersedia untuk mendengar dakwah kita, maka ketika itu, memberi hadiah dan mengadakan jamuan adalah cara yang berhikmah.

Kalau sekiranya pemerintah yang sudah ditegur dan dinasihati, tiada perubahan dan penambahbaikan dilakukan malah keadaan semakin hari semakin parah, mereka perlu diturunkan. Ketika itu tindakan menurunkan mereka dari puncak kuasa adalah cara yang berhikmah.

Kalau seseorang baling kita dengan tahi, kita balas baling balik dia dengan bunga tetapi balingan bunga kita tidak membawa sebarang erti dan makna, maka baling dengan bunga bukanlah cara yang berhikmah. Orang ini hanya akan berfikir apabila dia juga kena tahi, maka ketika itu balingan dengan tahi adalah cara yang berhikmah.

Saya reka senario-senario di atas untuk menerangkan salah faham yang sering berlaku berkaitan dengan kalimah ‘hikmah’. Ramai orang ingat hikmah itu bererti lemah lembut, kena belai, kena gosok, kena bagi bunga, tak boleh balas kejahatan orang kepada kita, kena pujuk dan pelbagai lagi.

Hikmah bermakna apakah cara dan kaedah yang paling baik dan berkesan pada waktu itu, ketika itu dan untuk yang dituju itu. - HARAKAHDAILY 21/9/2014

Sumber HD - 21-9-2014

Menteri tidak berbohong, cuma tidak bercakap benar

DR AZMAN IBRAHIM | .

WOW! Bermakna setiap rumah di Malaysia mampu memiliki sebuah kereta dengan bayaran ansuran bulanan sekitar 1,500 seperti sebuah Toyota Camry atau Honda CRV. Mampu tinggal di rumah banglo berkeluasan lebih 2,000 kaki dan ....

Bermakna juga kita tak akan mendengar lagi ada anak-anak yang tercicir persekolahan lantaran kemiskinan. Kita juga tak akan dapati lagi ada rumah yang atapnya bocor sehingga tidur malam penghuninya diganggu kebasahan titisan air hujan.

Kita tak akan dengar lagi ibu-ibu yang memasukkan air sejuk ke dalam botol susu anak-anak lantaran kehabisan belanja untuk membeli susu. Kalau ada pun memang kerana anaknya suka minum air sejuk.

Kita juga tak akan dengar lagi rakyat yang tinggal dalam rumah seperti pondok menunggu durian. Kalau ada pun, ianya adalah berita propaganda yang direka-reka untuk memburukkan kerajaan yang begitu prihatin dengan masalah kemiskinan rakyat.

Maka dengan ini juga diumumkan bahawa projek perumahan rakyat termiskin dan projek rumah mampu milik dimansuhkan serta merta kerana tak ada lagi rakyat yang nak duduk di rumah sebegitu.

Pusat-pusat zakat dan Majlis Agama Islam negeri-negeri dengan ini akan memansuhkan asnaf zakat untuk fakir dan miskin lantaran mereka tak dapat ditemui lagi walau dicari di segenap ceruk muka bumi Malaysia.

Saya juga selaku pengamal perubatan pergigian swasta bolehlah menaikkan sedikit caj rawatan yang selama ini masih berada di bawah paras harga rawatan yang disyorkan oleh Persatuan Pergigian Malaysia. Rendahnya caj rawatan di klinik saya kerana saya menyangka bahawa masih terlalu ramai rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu yang miskin. Rupanya saya silap atau saya tak menyedari bahawa rata-rata mereka berpendapatan melebihi RM5,000 sebulan. Alangkah ruginya saya selama ini!

Bila saya balik kampung dan meninjau kawan-kawan yang kerjanya sebagai NGO @ Noreh Getah Orang, didapati mereka semua ke kebun memandu pickup 4WD. Ada yang pakai Hilux, Navara dan Ranger. Zaman pergi menoreh dengan motor buruk dah lama berlalu.

Alangkah makmurnya negaraku hasil kebijaksanaan pemimpin yang berintegriti tinggi dan amanah.

Saudara semua boleh bayangkan, inilah scenario yang mungkin berlaku andai statistik yang dikemukakan oleh Bapak Menteri adalah satu kebenaran. Tapi apakah benar sebegitu?

Jawabnya tidak dan tidak!

Purata pendapatan isi rumah di Malaysia RM5,900. Itu adalah fakta. Tetapi bagaimana kaedah pengiraan, itu ramai yang tak tahu.

Secara mudah contohnya, seorang esekutif sebuah syarikat swasta yang menyara satu isi rumah berpendapatan RM11,000 sebulan sementara seorang NGO di Jabi berpendapatan RM800 sebulan juga menyara satu keluarga.

Apabila dicampur income antara 2 orang rakyat Malaysia yang menanggung 2 isi rumah ini, jumlah pendapatan keduanya adalah RM11,800.

Purata pendapatan isi rumah dikira dengan RM11,800 dibahagi 2, jumlahnya ialah RM5,900!

Benarlah RM5,900. Tapi hakikatnya, seorang mewah sementara seorang lagi tak cukup makan.

Saya tak kata menteri berbohong, cuma beliau tidak bercakap benar. – HARAKAHDAILY 9/9/2014

Sumber HD - 9-9-2014

















































































































































































































































Kebajikan menyamankan panasnya suhu politik

DR AZMAN IBRAHIM | .



KALAU kita tak pandai berceramah, tak pandai bersyarah, tak pandai berdakwah maka kita ada medan kebajikan. Berapa ramai manusia yang telah ditawan kerana terhutang budi dengan kebajikan.

Lantaran itu, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Terengganu telah merangka program-program dalam rangka untuk mempastikan PAS sentiasa hadir bersama masyarakat dalam apa jua keadaan sama ada ketika senang atau sempit, kemarau atau banjir, suka ataupun duka.

Apa yang sedang berlangsung sekarang ini adalah siri jelajah Program Cakna Masyarakat keseluruhan kawasan Parlimen dengan Dun Air Puteh, Kemaman menjadi tuan rumah sulung program kemasyarakatan ini pada 5 April 2014 lalu yang diserikan dengan rawatan kesihatan dan perubatan as-syifa kepada masyarakat.

Seterusnya pada 26 April 2014, Bertempat di Maahad Tahfiz Wat Taalim Matla’in Badrin, Dun Jabi dalam Parlimen Setiu menjadi tuan rumah untuk program siri kedua.

Pengunjung berpeluang mendapatkan khidmat perubatan, mendengar ceramah kekeluargaan serta turut dihidangkan dengan jamuan rakyat. Seekor lembu bernilai RM11k dikorbankan untuk hidangan para tetamu yang hadir serentak dengan diadakan Ihtifal Tahunan Maahad Tahfiz Wat Taalim Matla’in Badrin.

Jelajah Program Cakna Masyarakat siri ketiga ini bersambung lagi pada tarikh 3 Mei 2014 di Seberang Takir, Kuala Nerus. Program yang diisi dengan ceramah kekeluargaan, rawatan perubatan dan as-syifa, gotong royong baiki rumah penduduk serta program ziarah.

Pada 22 Ogos 2014 baru-baru ini, Kampung Sungai Serai dalam Dun Pengkalan Berangan di Marang menjadi tuan rumah Program Cakna Masyarakat siri yang keempat. Hadirin yang datang disediakan dengan khidmat rawatan perubatan dan as-syifa percuma.

Pada hari Jumaat ini, 5 September 2014, bermula jam 8 pagi hingga 12 tengah hari, masyarakat di sekitar Daerah Besut dijemput hadir ke Masjid Padang Landak, Jerteh untuk sama-sama memeriahkan Program Cakna Masyarakat Siri Kelima yang akan berlangsung pada hari tersebut.

Program akan bermula dengan Kuliah Dhuha khas yang akan disampaikan Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Terengganu, seterusnya disambung dengan program rawatan perubatan serta as-syifa secara percuma.

Semua program kebajikan ini adalah merentasi sempadan politik. Seluruh masyarakat tanpa mengira apa fahaman dan pegangan politik mereka dijemput hadir.
Hak untuk hidup secara sihat adalah hak kita semua. Kami tampilkan dalam setiap program tenaga-tenaga profesional dalam bidang masing-masing untuk memberikan khidmat terbaik tanpa sebarang bayaran.

Kita meyakini bahawa panasnya suhu politik akan dapat dinyamankan dengan kebajikan.

Jika kita sentiasa hadir ketika masyarakat memerlukan, maka mereka akan bersama kita ketika kita memerlukan mereka. Gabung jalin ini adalah lumrah dan sunnah dalam kehidupan. - 3/9/2014

Penulis ialah Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Terengganu.

Sumber HD - 3-9-2014

Kami Bersamamu Ayah Chik

DR AZMAN IBRAHIM | .




SAAT selesai kuliah pagi Jumaat semalam 8 Ogos 2014, sebagaimana temujanji yang telah diatur, Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Terengganu membuat kunjungan hormat kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bertempat di kediaman Tok Guru di Rusila.

Tok Guru yang melangkah keluar dari masjid usai menyampaikan kuliah ditunggu di kiri dan kanan jalan oleh jemaah yang nampaknya merindui susuk tubuh ulama haraki ini.

Sebaik sahaja memasuki kediamannya, Tuan Haji Zaihan, Setiausaha Sulit Tok Guru memaklumkan, Tok Guru nak berbaring dan berehat seketika. Mungkin terlalu keletihan dan belum sihat sepenuhnya.

Saya kata, "Tak apalah... kalau Ayah Chik keletihan, kami datang semula. Berikan peluang Ayah Chik berehat."

Ternyata rehat Ayah Chik tak lama. Lebih kurang 10 minit, rombongan kami dijemput masuk. Ketika bersalaman dan mencium tangannya, saya memaklumkan, kami dari Lujnah Kebajikan PAS Negeri. Tok Guru sambut dengan wajah keletihan tapi tetap ceria dan bersemangat.

"Terima kasih datang ziarah saya. Semalam Ustaz Abu Bakar Abdullah mari. Saya ingat masih dia Ketua Kebajikan."

Setelah lebih kurang setahun saya mengambil alih tanggungjawab sebagai Ketua Kebajikan Negeri dari pimpinan sebelum ini Cikgu Haji Husin Ismail dan sebelumnya dipimpin oleh Ustaz Dr Abu Bakar Abdullah, inilah kali pertama Jawatankuasa baru Lujnah Kebajikan membuat kunjungan hormat kepada Tok Guru.

Di sebalik segala kepanasan suhu politik dan isu yang sedang hangat berlegar, Tok Guru tetap tenang dan ceria. Jiwa besar seorang pejuang yang penuh teruji tak mudah goyah dengan badai yang melanda.

Dalam kesempatan yang singkat, pelbagai isu yang sempat kami kutip mutiara pandangannya. Bermula dari isu Palestin, isu Syria, isu Yaman dan Iraq serta bagaimana perancangan kuasa barat untuk memencilkan Palestin dihuraikan oleh Tok Guru.

Sepatah saya bertanya, "Pada pandangan Ayah Chik apakah Erdogan akan hantar bekalan kepada penduduk Gaza dengan kapal laut yang diiringi kapal perang sebagaimana yang dicanangkan?"

"Itu hanya kenyataan untuk kempen pilihanraya. Turki terikat dengan komitmen Nato. Dia tak akan dapat buat..."

"Bila Mahmud Abbas dan Hamas bersatu kerana krisis yang sedang berlaku ini, kuasa barat marah. Dia nak tengok orang berpecah. Bila orang Islam berpecah, mereka suka. Ni perangai Amerika."

"Orang barat boleh sokong siapa saja tak kira sunni, syiah atau komunis. Yang penting mereka boleh jaga kepentingan mereka dan boleh kaut hasil dari bumi Ummat Islam."

Mengakhiri pertemuan saya maklumkan, "Kami datang untuk menyatakan rasa kebersamaan di belakang Ayah Chik dan menyokong apa sahaja langkah yang Ayah Chik ambik demi kebaikan parti. Kami cukup yakin Ayah Chik akan buat yang terbaik untuk Islam."

Tok Guru tersenyum lebar, "Ya! Ya! Majlis Syura dah buat ketetapan..." Kata Tok Guru mengakhiri pertemuan. - HARAKAHDAILY 9/8/2014

Sumber HD - 9-8-2014

















































































































































































































































Murid maut leher tersangkut jeriji tingkap

BERNAMA | .
KUALA TERENGGANU: Seorang murid perempuan Tahun Dua maut selepas lehernya tersangkut pada jeriji tingkap bilik dalam kejadian di Kampung Losong Feri, di sini pada Khamis.

Ketika kejadian yang disedari 3.30 petang itu mangsa, Nurliana Mazlan, 8, pelajar Sekolah Kebangsaan Losong, di sini, dipercayai cuba untuk keluar bilik melalui tingkap berkenaan selepas mendapati pintu bilik terkunci.

Bagaimanapun tindakan anak bongsu daripada lima beradik yang keluar menerusi tingkap itu gagal apabila lehernya tersangkut pada besi berkenaan.

Kejadian itu disedari oleh anggota keluarga mangsa selepas beberapa jam mangsa terperangkap pada jeriji besi tersebut.

Beberapa penduduk kampung juga berusaha mengeluarkan mangsa sebelum bomba tiba di tempat kejadian namun gagal.

Sementara itu Komander Operasi daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu Badrul Hisham Othman berkata pihaknya yang menerima panggilan kecemasan pada 4.15 petang bergegas ke tempat kejadian bersama sembilan anggota.

Namun kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, pada 5.30 petang Khamis.

- BERNAMA

Sumber HD - 8-8-2014

RM20k untuk Palestin boleh beli berapa biji peluru?

DR AZMAN IBRAHIM | .




IMBAS...Salahuddin menyerahkan sumbangan PAS untuk rakyat Palestin kepada Pengarah PICOM, Muslim Abu Omar pada 14 Julai lepas.

"Dr! RM20k yang Jabi bagi untuk Palestin tu boleh beli berapa biji peluru? Gempa je bunyi hebat. Hasil tak setara mana!"

Begitulah respons yang ditulis seorang kenalan di laman sosial apabila saya maklumkan bahawa kutipan untuk Tabung Kemanusiaan Gaza yang diuruskan Badan Perhubungan PAS Terengganu dari kalangan ahli dan penyokong PAS Jabi berjumlah RM20k lebih.

Respons yang mengambarkan rasa penghinaan dan meluahkan sisi hitam dari hati penulisnya.

Ya Allah... ada juga manusia yang hatinya begini busuk dan memandang jijik kepada kebaikan orang lain walaupun saya tak berminat untuk bertanya berapa yang dia telah sumbangkan. Tetapi saya belum sampai tahap nak print screen dan dedahkan identiti insan bodoh ini.

Kalau saya ceritakan bahawa sebahagian besar duit derma tersebut adalah note RM1, ianya pasti menyentuh hati orang yang berfikir bukan dengan kepala lutut, bagaimana orang-orang kampung mengumpulkan kepingan-kepingan duit RM1 untuk mereka turut mengambil bahagian merasai secebis dari penderitaan saudara seagama di Gaza.

Saya sendiri turun ke surau-surau di pelosok kampung dalam Dun Jabi di bulan Ramadhan, sambil mengagihkan sumbangan Ramadhan untuk yang kurang berkemampuan, saya bersyarah panjang hal situasi terkini Gaza. Menangis orang-orang kampung mendengarnya. Bayangkan orang-orang uzur, ibu-ibu tunggal dan fakir miskin yang kita jemput untuk terima sumbangan, mereka pun turut sama menghulurkan sumbangan ke dalam tabung Gaza.

Ini adalah solidariti dari rasa persaudaraan Islam yang tidak dibatasi dengan jarak dan sempadan negara.

Saya doakan penghantar mesej yang berhati busuk ini mendapat hidayah dan dia hulur RM1 juta untuk Gaza!

Dengan semangat Gaza, saya perkenalkan juga wajah seorang insan mulia berjiwa dermawan walaupun beliau tidak ingin dikenali. Tetapi ada ketikanya kebaikan ini perlu disebarkan semoga ianya menjadi contoh terbaik kepada orang lain.

Seorang hamba Allah mesra dipanggil Pakcik Habib atau nama sebenarnya Syed Mohamad.

Kemurahannya membantu perjuangan Islam khususnya di Jabi bagai air yang mencurah. Saya tidak ingin menyenaraikan segala kebaikannya sebelum ini.

Kira-kira 3 hari lepas, bila Pakcik Habib menelefon saya sambil meminta untuk datang ke rumahnya bagi mengambil cek sumbangan Gaza, saya bayangkan dalam kepala, jumlahnya sekitar RM500 atau RM1k sahaja. Tetapi bila diterima, masyaAllah... RM10k!

Pakcik Habib tak pernah dapat apa-apa projek kerajaan. Beliau berusaha dengan kudratnya sendiri serta dengan keyakinan keberkatan rezeki dari Allah.

Semoga semua sumbangan ini sama ada RM1 atau RM1k akan menjadi saham walau sekadar untuk sebutir peluru yang menembusi kepala tentera yahudi. - HARAKAHDAILY 4/8/2014

Sumber HD - 4-8-2014

















































































































































































































































Jalan Jerangau-Jabor tidak rata bahayakan pengguna

BERNAMA | .
KEMAMAN: Jalan Jerangau-Jabor yang menjadi laluan alternatif bagi pengguna pantai timur-pantai barat, perlu dibaik pulih secara sempurna bagi menjamin keselamatan pengguna serta keselesaan mereka.

Menurut beberapa pemandu yang ditemui Bernama di sini, tindakan "menampal" berulang kali menjadikan jalan tidak rata dan boleh membahayakan pemandu terutama pada waktu malam.

Kawasan paling ketara ialah dari Air Putih di sini hingga ke persimpangan Bukit Besi di Dungun dan perkara ini sudah berlanjutan sejak empat tahun lalu, kata Ahmad Jamal Abas, 45, dari Kota Baharu, Kelantan.

Beliau yang kerap menggunakan laluan itu untuk ke rumah saudara maranya, berkata sikap pihak berkuasa yang sekadar menampal dengan tar berulang kali di kawasan jalan yang berlubang bukan penyelesaian jangka panjang.

"Jalan tidak rata bukan sahaja menyebabkan pengguna tidak selesa tetapi juga boleh merosakkan kenderaan selain mengundang bahaya," katanya.

Sabri Ali, 38, dari Besut pula berkata keadaan jalan di situ berbahaya kepada pengguna terutama penunggang motosikal.

"Saya yang memandu kereta kena sentiasa berhati-hati kalau mengekori motosikal sebab penunggang selalunya akan ke tengah ke tepi jalan untuk mengelak kawasan jalan yang rosak dan kalau tidak berhati-hati, boleh terlanggar mereka ini," katanya yang bekerja di Kuantan, Pahang.

Seorang lagi pengguna, Fazli Yusri Ismail, 35, dari Setiu, berkata keadaan jalan itu menjadikan pemanduan pada sebelah malam lebih berbahaya.

"Walaupun sekarang jalan sudah tidak berlubang-lubang, namun keadaan yang tidak rata boleh menyebabkan kenderaan sukar dikawal terutama jika memandu laju," katanya.

Selain itu katanya, jalan juga tidak diselenggara dengan baik dengan sesetengah kawasan tidak mempunyai garisan putih di tengah-tengah jalan. - Bernama

Sumber HD - 2-8-2014

Berbumbungkan langit untuk sambut Idulfitri

HARAKAHDAILY | .




Dr Azman meninjau rumah yang mengalami kerosakan dilanda ribut.

SETIU: Ujian dan musibah datang tanpa diduga. Ketika hampir waktu berbuka puasa petang selasa 23 Ramadhan, ribut kencang seakan angin puting beliung membadai beberapa lokasi di Jabi melibatkan Kampung Tasik Tok Lebai, Kampung Kepala Gajah, kampung Bukit Tanah, Kampung Tempinis, Kampung Gong Ubi Keling, Kampung Kerandang dan Kampung Bukit Jeruk.

Putaran ganas ribut ini telah mengakibatkan beberapa pokok tumbang menimpa rumah kediaman serta beberapa bumbung rumah diterbangkan angin.

Sebahagiannya kehilangan bumbung beserta kayu alang secara total. Sebahagian lagi rumah mengalami kerosakkan akibat dihempap pokok tumbang.

Tindakan segera telah diambil oleh Majlis Tindakan PAS Dun Jabi untuk menghulurkan bantuan awal kepada mangsa sebelum dilakukan susulan dengan tindakan lanjut termasuk gotong royong baik pulih rumah.

Apatah lagi dengan Idulfitri yang bakal menjelang beberapa hari lagi, tentunya mendiami rumah tanpa bumbung adalah menyedihkan.

Antara mangsa yang mengalami kerosakan teruk rumah adalah pemilik rumah mesra rakyat di Kampung Tasik Tok Lebai.

Keseluruhan bumbung beserta kayu alang rumah ini diterbangkan angin. Memang ia ujian yang berat kerana kita sedia memahami bagaimana status ekonomi seorang yang mendiami sebuah rumah mesra rakyat.

Kita menerima takdir dan ujian Allah dengan redha. Tetapi apabila melihat cara kerja dan bagaimana sebuah rumah mesra rakyat dibina, ternyata ia dibina dengan kualiti dan kayu-kayan yang sangat ‘low class’.
Bumbungnya sekadar diletakkan di atas binaan konkrit tanpa sokongan yang kukuh. Bila-bila masa ia terdedah untuk diterbangkan angin dengan mudah. Syukur kepada Allah, tiada kemalangan jiwa yang berlaku.

Tentunya dengan kualiti binaan sebegini, kontraktornya mampu meraih keuntungan berganda.

Maaf jika dikatakan, ia suatu keuntungan berganda atas kesempitan dan kesusahan orang lain. Ia rumah mesra rakyat yang juga ‘mesra angin rebut!’

Sempena dengan kesempatan di akhir Ramadhan ini, marilah kita bersama menghulur bantuan sekadar termampu agar mereka juga mampu menyambut hari kemenangan dengan senyuman sebagaimana kita.

Sumbangan boleh dihulurkan melalui akaun BIMB 13035010070371 atas nama Majlis Tindakan PAS Dun Jabi.

Semoga diganjari Allah pada setiap sen yang dihulurkan. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Pengarah Majlis Tindakan Dun Jabi, Dr Azman Ibrahim, 019-9421964. - HARAKAHDAILY 24/7/2014





Sumber HD - 24-7-2014

















































































































































































































































Jajaran LPT2 dari Jabor ke Cheneh dibuka hari ini

BERNAMA | .
KUALA LUMPUR: Jajaran projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) dari persimpangan Jabor sehingga persimpangan Cheneh di Terengganu dibuka kepada awam mulai hari ini bagi memudahkan pengguna pulang berhari raya.

Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof dalam kenyataannya di sini hari ini berkata pembukaan laluan sepanjang 26 kilometer itu juga diharap dapat mengurangkan kesesakan trafik menuju ke pantai timur.

"Kerajaan komited dalam menyegerakan penyiapan beberapa jajaran yang masih dalam pembinaan iaitu dari persimpangan Cheneh ke persimpangan Chukai dan dari persimpangan Kerteh ke persimpangan Paka.

"Kerajaan yakin bahawa jajaran ini dapat dibuka secara berperingkat sebelum penghujung September ini," katanya.

Katanya LPT2 sepanjang 184km merupakan satu daripada projek infrastruktur berimpak tinggi di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh yang telah menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi masyarakat setempat dan negara ke arah mencapai status negara maju menjelang 2020.

LPT2 mula dibuka kepada orang ramai pada 22 Ogos 2011, dan sehingga 25 Jan 2014, kerajaan telahpun membuka sebahagian jajaran sejauh 104km dari persimpangan Kuala Terengganu ke persimpangan Paka. - Bernama

Sumber HD - 21-7-2014

Memerhati deretan pesawat MAS, air mata saya menitis

DR AZMAN IBRAHIM | .

SAYA mengambil sedikit masa untuk menulis tentang MH17 dalam keadaan sangat memahami perasaan keluarga yang sedang menunggu ketibaan orang-orang yang tersayang tetapi akhirnya yang ditunggu tak kunjung tiba. Perasaan kehampaan dan kesedihan ini teramat saya fahami.

Teringat, ketika saya memaklumkan waktu kepulangan ke tanahair kepada keluarga pada September 1999, hampir seminggu ayahanda dan bonda hampir tak tidur malam menunggu detik mendaratnya pesawat dari Amman, Jordan di KLIA membawa pulang seorang anak yang telah 6 tahun di perantauan. Alhamdulillah… akhirnya yang ditunggu tiba juga.

Pemergian penumpang dan krew MH17 dalam keadaan yang begitu tragis dengan jasad yang berkecai adalah terlalu memilukan. Sebuah kapal terbang yang terbang pada ketinggian 33,000 kaki di udara bermakna jaraknya dari permukaan bumi sekitar 7 batu.

Saya terasa sebak memikirkan bagaimana keadaan di dalam MH17 ketika pesawat tersebut jatuh dengan lajunya dari ketinggian itu lalu terhempas dengan dahsyat ke bumi.

Hakikat ketentuan Allah yang membuatkan air mata saya menitis, semua kita akan mati dan tiada siapa yang tahu di bumi mana kehidupan ini akan berakhir dan bagaimana kesudahan hidup kita.

Saya sangat bersimpati dengan pengurusan MAS di sebalik pelbagai kecaman terhadap mereka. 2 tragedi menimpa dalam masa yang singkat terlalu berat untuk dipikul.

Semalam ketika mendarat di KLIA dari Kota Kinabalu, sambil memerhatikan deretan pesawat MAS yang sedang diparkir, air mata saya menitis lagi. Kehidupan tetap diteruskan dengan pesawat terus berlepas dan mendarat.

Bukan mudah untuk kakitangan yang kehilangan begitu ramai rakan dalam tempoh singkat untuk bangkit mengumpulkan kembali sisa semangat bagi terus bekerja.

Kita tahu mereka telah melakukan yang terbaik. Di sini terlalu ramai orang yang tak bersalah dan bergantung rezeki pada setiap kali kapal terbang berlambang wau bulan tersebut pergi dan kembali. Jasanya terlalu besar walau ada ketika reputasinya dicemari oleh tangan-tangan rakus yang tamak.

Syarikat penerbangan ini adalah milik rakyat walaupun sebahagian besar rakyat hanya mampu mendongak melihat pesawat berjalur merah biru tersebut terbang di atas kepala mereka.

Apabila membaca berita, ketua pramugara MH17 yang terkorban adalah individu yang bergitu komited menentang sajian arak dalam pesawat, hati kecil saya berkata, inilah dia turning point. Hargai pengorbanan krew tersebut yang telah pergi dan tolong tunaikan hasratnya.

Walaupun bagaimana keadaan jasad Almarhum ditemui, hasil perjuangannya akan tetap kekal mengharum.

Sekarang bukan masanya untuk saling menunding jari dan mempolitikkan isu. Bagi saya ini adalah tragedi pembunuhan beramai yang mesti diadili.

Kita tidak berhajat untuk melihat munculnya wira di sebalik musibah, tetapi Allah masih mengizinkan matahari terbit di bumi ini lantaran kerana masih ada di permukaannya mereka yang menegakkan keadilan.

Malaysia perlu bertegas. Semua hak kita yang diperuntukkan oleh undang-undang antarabangsa mesti diperjuangkan. Soal konflik serantau antara Rusia, Ukraine dan pemisah adalah masalah mereka. Tetapi tindakan mensasarkan sebuah pesawat awam yang tidak membawa sebarang ancaman keselamatan adalah tidak bertamadun.

Kita akan tengok bagaimana reaksi berbeza masyarakat dunia akan timbul andainya sebuah pesawat milik barat ditembak jatuh di sebuah wilayah ummat Islam atau suspek pelakunya adala seorang Islam.

Bukankah kerana insiden letupan Pesawat Pan AM Penerbangan 103 di Lockerbie menyebabkan Libya dikenakan sekatan ekonomi?

Tragedi Lockerbie mengorbankan 271 orang sementara MH17 mengorbangkan 298 orang. Keduanya adalah tragis dan memilukan. Jangan ada double standard dalam menegakkan keadilan!

Sumber HD - 20-7-2014

















































































































































































































































Seorang tua berjalan kaki, tangannya ada plastik

DR AZMAN IBRAHIM | .




KITA tidak perlu menjadi seorang yang kaya raya untuk berbuat kebajikan. Kalau kita nak tunggu nak jadi kaya baru berniat nak berbuat kebajikan, saya yakin, semakin kaya seseorang itu, semakin dia kedekut dengan apa yang ada di tangannya.

Paling mudah, kebajikan bermakna kita memperuntukkan sebahagian dari rezeki kurnian Allah kepada kita untuk membeli pahala di samping kita membeli makanan, minuman, pakaian dan sebagainya.

Ramai manusia yang tak kedekut untuk memperuntukkan wang yang ada bagi memiliki benda-benda duniawi yang dapat dilihat dan dipegang tetapi amat berkira dalam membelanjakan wang bagi membeli ganjaran Allah yang bernama pahala. Kalaulah pahala itu sesuatu yang dapat dilihat, dipegang dan dihitung, tentu ramai manusia yang berebut-rebut untuk memilikinya. Malangnya kerana pahala tak dapat dilihat dan dirasa walaupun telah dikhabarkan dengan jelas oleh Allah dan Rasul-Nya.

Di antara beberapa persoalan yang akan dihadapi seseorang hamba di pengadilan Allah kelak, manusia akan ditanya tentang hartanya. Setiap orang tak akan lepas dari tanggungjawab berkaitan pemilikan hartanya di dunia dahulu saat diadili di hadapan Allah Rabbul Jalil nanti.

Dalam bab ini, orang fakir dan miskin sedikit beruntung. Apa yang dipertanggungjawabkan kepada orang kaya tak dibebankan ke atas mereka yang miskin dan fakir tetapi mereka yang diberikan kelebihan harta akan ditanya tentang tanggungjawab yang telah dilunaskan kepada saudara kita yang kurang bernasib baik.

Bila heboh cerita hal Menteri Wilayah Persekutuan bercadang nak ambil tindakan kepada peminta dan pemberi sedekah demi keindahan Bandaraya Kuala Lumpur, saya merasakan bahawa Menteri yang menjadi ahli parlimen di satu kawasan yang mempunyai bilangan pengundi lebih sedikit dari bilangan pengundi di Dun Jabi ini telah kehilangan suatu nilai sivik yang sangat bernilai. Mungkin bila beliau dah terlalu hanyut dengan kemewahan menyebabkan pandangannya tidak lagi ke bawah. Pemimpin yang hanya memandang ke atas sedangkan mereka sedang memijak rumput di bumi tak akan mampu menyelami denyut nadi masyarakat bawahan. Sebagai pemimpin kita bercakap dengan apa yang lahir dari hati dan naluri. Kalau hati kita menyimpan kesombongan maka nada sombonglah yang akan keluar di lidah.

Tinggalkan Pak Menteri yang angkuh ini. Dia menjadi angkuh kerana pengundi yang mengangkatnya menjadi pemimpin. Kalau beliau sudah tak boleh diperbaiki, terpulanglah kepada pengundi Putrajaya bagaimana bentuk didikan mata pelajaran sivik yang perlu diberikan kepada bangsawan yang bergelar Tengku tersebut.
Tanggungjawab kita yang seterusmya, mari kita sama-sama pakat tengok keliling kita kalau-kalau ada orang miskin, ibu tunggal, orang uzur, anak yatim dan ramai lagi yang perlu disantuni.

Cubalah usahakan sesuatu untuk menghadirkan keceriaan di wajah mereka di bulan Ramadhan ini walaupun dengan hanya kita menghulur air tebu yang nilainya sekadar RM2 untuk berbuka puasa atau 2 kilo gula yang nilainya hanya RM6.

Bab kebajikan ini kita buat apa yang kita mampu. Cuba kita pergi tanya khabar ke rumah orang yang kerjanya mengambil upah menoreh getah di kebun orang, ada tak susu di rumah dia? Kesian melihat anak-anaknya sekadar minum teh O. Hantarlah 2 atau 3 tin susu. 3 tin susu harganya tak sampai pun RM10. Hantarlah satu paket milo yang harganya hanya berbelas ringgit sahaja. Semoga mereka boleh menikmati sedikit dari apa yang kita miliki.

Cuba tengok budak-budak yang mari sembahyang tarawih di masjid, pakai sekadar kopiah buruk yang sudah kusam warnanya. Tak bolehkah kita tolong beli kopiah baru yang harganya RM5 dan bagi sebagai hadiah kepada budak-budak ini?

Saya pernah masuk kampung sekitar pukul 6 petang, tengok ada sorang tua berjalan kaki balik dari kedai runcit. Di tangannya satu plastik. Dalam plastik tersebut terdapat maggie sebungkus dan sebutir telur ayam .

Mungkin dia nak balik masak maggie untuk berbuka puasa. Sebab itu bila kita berjalan-jalan, khususnya bulan Ramadhan ini, di dalam bonet kereta perlu standby selalu sedikit barang-barang keperluan harian. Bila terjumpa orang yang memerlukannya, kita boleh bagi.

Kebajikan ini sebenarnya semudah A,B,C... Tetapi kita selalu memikirkan benda yang payah. Sedangkan yang mudah berlambak kita boleh buat. - HARAKAHDAILY 10/7/2014

* Penulis ialah Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Terengganu.

Sumber HD - 10-7-2014

No comments:

Post a Comment