BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Friday, July 11, 2014

MAKANAN UMMAT ISLAM DI MALAYSIA : HALAL ATAU HARAM


Jakim Perjelas Isu Ayam Tidak Disembelih Di Econsave
Posted on Friday, November 11 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32337


KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan gambar yang disebarkan secara meluas dalam internet mendakwa ayam yang dijual di pasaraya Econsave Jalan Reko, Kajang tidak disembelih mengikut kaedah Islam adalah tidak benar.

Bahagian Hab Halal Jakim berkata, sebaliknya keadaan ayam yang digambarkan seperti tidak disembelih itu sebenarnya adalah kesan daripada hasil tindakan menarik kepala ayam (head puller) hingga menyebabkan kulit lehernya tertarik panjang.

Akibat tindakan tersebut, ayam yang dijual di pasaraya itu seolah kelihatan seperti tiada sembelihan dilakukan, jelas kenyataan tersebut.

"Untuk makluman pengguna, pihak Jakim bersama pegawai pemantauan JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) telah membuat pemeriksaan terhadap pasaraya tersebut dan mendapati bahawa keadaan ayam yang digambarkan seperti tidak disembelih itu sebenarnya adalah kesan daripada hasil tindakan menarik kepala ayam (head puller) hingga menyebabkan kulit lehernya tertarik panjang.
"Perkara itu telah menampakkan seperti tiada sembelihan dilakukan.

"Walau bagaimanapun, produk ayam yang dijual di Econsave Jalan Reko, Kajang ini dikenal pasti diambil daripada dua pusat sembelihan yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah," kata Jakim dalam satu kenyataan, hari ini.

Jakim dalam pada itu menasihati pengguna supaya tidak bimbang dengan perkara yang diviralkan itu dan sentiasa berhati-hati dalam memilih produk yang berada di pasaran serta premis yang bersih bagi memastikan ianya halalan toyyiban.

Untuk mengetahui rumah sembelihan yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia, pengguna boleh merujuk di laman sesawang www.halal.gov.my atau melalui aplikasi telefon pintar MyJakim.
- mD

Sumber TKO - 11-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bihun cap Terung Tiada Pengesahan Sijil Halal
Posted on Saturday, October 15 @ 21:06:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32047



Pihak kami menerima panggilan dan juga pertanyaan dari orang awam berkenaan status halal bagi produk bihun cap Terung. Untuk makluman, produk tersebut tiada pengesahan halal dan syarikat pengeluar adalah bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).  Layari www.halal.gov.my

Daripada produk yang belum tentu status halalnya, gunalah produk Muslim yang jelas kehalalannya di sini. Ada bihun Sufi, bihun Agromas, bihun Tayba dan bihun 3 Teratai buatan Muslim dll lagi 


Sumber TKO - 15-10-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Mi Segera Korea Disahkan Halal
Posted on Wednesday, May 11 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



KUALA LUMPUR: Pengemar mi segera jenama Samyang dari Korea tidak lagi perlu meragui status halal produk tersebut kerana ia telah disahkan tidak mengandungi unsur haram seperti yang tersebar di laman sosial, baru-baru ini.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui Unit Hal Ehwal Korporat Bahagian Hab Halal Jakim menjelaskan bahawa produk tersebut adalah halal dan tidak mengandungi bahan meragukan seperti yang didakwa sebelum ini.

“Berdasarkan makluman siasatan, Korea Muslim Federation (KMF) terhadap produk mee segera rameyon, didapati bahawa produk tersebut tiada mengandungi bahan yang meragukan dan merupakan pemegang sijil (KMF) halal yang sah sehingga kini

"Pihak syarikat patuh dan komited terhadap piawaian prosedur yang telah ditetapkan oleh KMF dan pemantauan secara berkala turut dilaksanakan terhadap semua industri di korea yang diberikan sijil halal Oleh KMF,” tulis kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook, Bahagian Hab Halal, Jakim, sebentar tadi.

Justeru itu, Jakim menasihati orang ramai supaya tidak menyebarkan sebarang maklumat palsu.
“Sila semak senarai badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf di laman sesawang www.halal.gov.my atau melalui aplikasi telifon pintar MyJakim,” kata Jakim.

Status halal mi segera dari Korea itu menimbulkan perdebatan berikutan tersebar dakwaan bahawa produk tersebut mengandungi unsur syubhah kerana menggunakan mesin sama dengan produk yang mengandungi unsur babi.

- mD

Sumber TKO - 11-5-2016



Faham perbezaan logo halal dengan no pork - Dr. Asyraf Waj­di

Posted on Monday, February 15 @ 19:11:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

KUALA LUMPUR 14 Feb. –Umat Islam di negara ini perlu sedar dan memahami soal halal dalam erti kata sebenar agar tidak keliru de­ngan papan tanda no pork (tiada babi) atau pork free (bebas babi) ketika memilih tempat makan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Waj­di Dusuki berkata, masyarakat tidak boleh memandang ringan tentang perkara itu kerana terma itu mempunyai perspektif yang jauh berbeza.

“Istilah halal adalah apabila mematuhi hukum syarak dan papan tanda no pork atau pork free tidak bermakna kedai itu halal tetapi hanya bermaksud bebas daripada daging babi.

“Sebab itu logo halal hanya dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan logo berkenaan akan dikeluarkan selepas menjalankan pelbagai kaji selidik,” katanya dalam sidang akhbar sempena Seminar Kebudayaan dan Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Kebangsaan, di sini hari ini.

Yang turut hadir Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma), Prof. Dr. Taufiq Yap Yun Hin dan Naib Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), Datuk Dr. Mustapha Ma.

Seminar yang dihadiri kira-kira 500 orang itu turut menyaksikan pelbagai acara menarik termasuk Forum Kebudayaan Cina dan Islam, pemeriksaan kesihatan, persembahan nasyid Cina, demonstrasi pembuatan mi tarik dan pengagihan ang pau.

Tambah Asyraf Wajdi, pengguna perlu memastikan kedai atau restoran yang dikunjungi mempunyai logo halal dan tidak mudah terpedaya dengan taktik pemilik premis menggunakan papan tanda no pork atau pork free bagi menarik perhatian pelanggan beragama Islam.-utusan 


Sumber TKO - 15-2-2016





Sijil halal: Rumah sembelihan ayam tidak patuhi syarat

BERNAMA | .

IPOH: Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri 3 mendapati pengusaha rumah sembelihan ayam di Pusing, Tronoh tidak mematuhi beberapa syarat pensijilan halal yang ditetapkan.

Pemeriksaan Audit bersama-sama pegawai Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) pada 15 Mei 2014 mendapati pengusaha tidak menyediakan bekas mengasingkan sembelihan rosak atau tidak halal, keadaan rumah sembelihan yang kotor dan tidak dijaga walaupun mempunyai sijil halal bagi tempoh 22 Jun 2012 hingga 21 Jun 2014, serta pekerja di tempat pemprosesan tidak memakai sarung tangan.

"Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia 2011 (Semakan Kedua) mensyaratkan rumah sembelihan hendaklah bersih dan haiwan yang tidak sempurna sembelihan mengikut syarak mesti diasingkan serta dilabel sebagai tidak halal selain pertukaran penyembelih hendaklah dilakukan setelah sembelihan mencapai maksimum 2,000 ekor ayam," menurut laporan tersebut.

Hanya seorang daripada sembilan penyembelih yang terdiri daripada warganegara Malaysia, Nepal, Bangladesh dan Indonesia, bertugas pada Isnin, Selasa dan Rabu manakala pada Ahad, Khamis dan Jumaat, dua penyembelih bertugas, katanya.

Berdasarkan jadual penggiliran dan temu bual dengan penyembelih, tidak ada bukti yang menunjukkan penyembelih ditukar selepas setiap jam selain pemiliknya mengatakan pada masa tertentu, bergantung kepada permintaan, syarikatnya pernah menyembelih sehingga 60,000 ekor ayam sehari, menurut laporan itu.

"Semakan Audit selanjutnya mendapati dua orang penyembelih telah tamat tempoh sijil penyembelihan masing-masing pada 24 Feb dan 3 Mei tahun ini," katanya.

Selain itu, 22 sijil halal daripada 120 fail permohonan telah lewat dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melebihi lima hari selepas kelulusan Mesyuarat Panel Pengesahan Halal.

"Semakan Audit mendapat JAIPk telah mengeluarkan surat pengesahan halal sementara yang sah laku dalam tempoh dua bulan kepada pemohon selepas panel pengesahan meluluskan permohonan bagi mengelak rungutan pengusaha yang mahu menggunakan sijil itu sebagai tujuan promosi dan pemasaran," katanya.

Bagaimanapun, Audit berpendapat pengeluaran sijil halal oleh Jakim adalah kurang memuaskan kerana berlaku kelewatan dan tindakan mengeluarkan surat pengesahan halal sementara oleh JAIPk tidak sepatutnya berlaku kerana akan menimbulkan keraguan daripada aspek status halal premis dan produk.

Lawatan Audit pada 5 dan 6 Mei 2014 di dua buah premis di Ipoh iaitu sebuah restoran dan kilang pengeluar produk makanan mendapati pengusaha mempamerkan logo halal yang telah tamat tempoh pada premis dan produk masing-masing.

Sementara itu, lawatan Audit pada 5 Mei di dua premis pengeluar produk makanan dan bahan gunaan mendapati beberapa ketidakakuran atau kesalahan iaitu stor penyimpanan bahan gunaan utama produk kacang soya terdedah kepada makhluk perosak seperti tikus, lalat dan lipas.

"Pada pendapat Audit, JAIPk hendaklah mempertingkatkan pemantauan dan penguatkuasaan terhadap syarat pensijilan halal kerana terdapat pengusaha atau pengilang produk halal yang tidak mematuhi syarat pensijilan yang ditetapkan," katanya.

Secara keseluruhannya, Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri 3 mendapati Pengurusan Pengeluaran Sijil Halal oleh Unit Pengurusan Halal JAIPk kurang memuaskan.

Ini kerana terdapat beberapa kelemahan iaitu pemohon tidak mematuhi syarat kelulusan pensijilan halal, kelewatan mengeluarkan sijil halal di peringkat Jakim, pelanggaran syarat selepas sijil halal dikeluarkan dan risalah berhubung kepentingan sijil halal tidak diedarkan.

"JAIPk disyorkan untuk mengkaji semula prosedur pengeluaran pensijilan halal supaya dapat dikemukakan kepada pengusaha dengan kadar segera dan Jakim wajar mempertimbangkan memberi kuasa kepada Jabatan Agama Islam negeri untuk mengeluarkan sijil halal bagi mengelakkan surat pengesahan halal sementara," kata laporan itu. - Bernama

Sumber HD - 10-11-2014









US halal food supplier indicted over beef exports

AP | .
IOWA CITY, Iowa — The founder of a popular line of food products for observant Muslims has been charged with fraudulently shipping beef to Malaysia and Indonesia that didn't meet the countries' import requirements, federal prosecutors in Iowa said Friday.

Bill Aossey Jr., who founded Midamar Corp. in 1974, is charged with conspiring to change labels and fabricate documents to make products appear that they originated from a slaughterhouse that met Malaysian and Indonesian requirements. Iowa-based Midamar is a leading U.S. halal company that sells beef, turkey, chicken and other products around the world.

His attorney, Haytham Faraj, called the 19-count indictment unfair, saying it was filed after his client rejected a plea agreement. Aossey, a prominent 73-year-old Cedar Rapids businessman, hasn't been arrested and is expected to soon make an initial court appearance, Faraj said.

Read the full story here

Sumber HD - 25-10-2014

Group hosts annual Halal festival

CentralJersey.com | .


The Muslim Youth Community Center (MYCC) held its third Annual Original Halal Food Festival Saturday at Rowland Park.

According to organizers, about 50 vendors and more than 4,000 guests from the tri-state area crowded the Rowland Park fields during the event.

Launched in 2012, the Halal Food Festival was the first of its kind and was an immediate hit inspiring festivals all over the world, from Chicago, to Toronto, to London, all the way to Malaysia and back.

When referring to food, "halal" means foods that are prepared according to Islamic guidelines and are permissible for Muslims to consume.

Read the full story here

Sumber HD - 27-8-2014











Raja Muda Perlis gesa perketat pemberian sijil halal

BERNAMA | .

PADANG BESAR: Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah proses pemberian Sijil Halal hendaklah diperketat dengan memenuhi piawaian tinggi yang ditetapkan.

Baginda bertitah aspek kandungan ramuan, proses sembelihan, pengeluaran, kebersihan premis, persekitaran dan rantaian pergerakan produk akan membuatkan industri berlumba-lumba memberikan kualiti terbaik untuk memenuhi tuntutan halal.

Titah baginda, sijil pengesahan halal merupakan indikator yang memberi jaminan bahawa produk bukan sahaja halal bahkan menepati kriteria bersih, selamat dan mencapai objektif 'Halalan Toyyiban.'

"Peranan kita memastikan Sijil Pengesahan Halal Malaysia kekal sebagai paling dihormati sangat besar kerana banyak negara termasuk negara bukan Islam kini cuba menjadi pelopor industri halal.

"Negara akan rugi jika tiada usaha ke arah itu dilaksanakan dengan tegas kerana produk yang mendapat Sijil Halal boleh menembusi pasaran seluruh dunia," titah Syed Faizuddin ketika merasmikan masjid Al-Mustaghfirin dan penyampaian sumbangan asnaf Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs) 2014/1435H, Bukit Chabang di sini malam tadi.

Baginda mahu isu halal diberikan fokus dan kedudukan negara sebagai hab halal diperkukuhkan seiring dengan isu halal yang menjadi topik dalam dunia Islam masa kini.

Menurut Syed Faizuddin, Malaysia merupakan hab dan perintis sijil halal di dunia menyebabkan segala piawaian berkaitan Pensijilan Halal Malaysia diterima dan diguna pakai oleh negara-negara Islam dan bukan Islam.

Produk halal yang ada masih tidak mampu memenuhi permintaan 1.8 bilion penduduk Islam di seluruh dunia dan ini membuka peluang luas untuk usahawan Malaysia meneroka pasaran antarabangsa, titah baginda.

Berhubung industri halal di Perlis, baginda gembira kerana ia semakin berkembang dan terdapat pengusaha dalam industri halal sektor Multinasional, Industri Kecil dan Sederhana (IKS), Industri Kecil serta Industri Mikro.

Dalam pada itu, baginda melahirkan syukur dan terima kasih dengan Takaful Ikhlas Berhad yang menyumbangkan RM50,000 bagi program-program kemasyarakatan di Perlis tahun ini. - BERNAMA


Sumber HD - 11-7-2014

No comments:

Post a Comment