BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Monday, July 21, 2014

DHPP - DEWAN HIMPUNAN PENYOKONG PAS

SESI 2017-2019:

Penasihat DHPP:
Penasihat 1: YB Ustaz Haji Idris Ahmad
Penasihat 2: YB Dato' Takiyuddin Hassan




DHPP teruskan usaha tarik sokongan non-Muslim

TANPA Pakatan Harapan yang menggabung sebahagian pembangkang tidak menghalang Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) bagi meneruskan gerak kerja menarik sokongan penduduk non Muslim. 
Timbalan Pengerusi DHPP Pusat, Lim Guan Seng berkata, mereka tetap bekerja seperti ketika kempen pilihan raya sebelum ini terutamanya di Kelantan biarpun tanpa penglibatan DAP. 
Katanya, DHPP tidak akan berhenti bagi meneruskan perjuangan bersama PAS.
“Kena sentiasa memberi perhatian kepada masyarakat Cina dan kaum minoriti lain di Kelantan. Rakyat tidak mahu kita hanya turun padang lima tahun sekali. 
“Kita perlu bekerja keras bagi mempertahankan kerajaan negeri yang ada sekarang, di samping meningkatkan sokongan di luar Kelantan,” katanya di Kota Bharu. 
Harapan baru-baru ini mengumumkan struktur baharu yang diketuai bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, manakala Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Presiden. 
Timbalan Presiden pula Tan Sri Muhyiddin Yassin, Mohamad Sabu dan Lim Guan Eng. 
Guan Seng yang juga Pengerusi DHPP Kelantan berkata, sokongan masyarakat non Muslim di Kelantan tidak menjadi masalah kerana mereka merasaikan sendiri suasana kehidupan di bawah kerajaan dipimpin PAS. 
“Lebih-lebih lagi anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Anuar Tan menjadi idola masyarakat Cina di Kelantan. Pengaruh peribadinya begitu kuat. 
“Beliau sentiasa menjaga kebajikan masyarakat Cina dan kaum-kaum minoriti lain,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 16/7/2017











Sumber HD - 16-7-2017 


Balasubramaniam malu parti PAN tolak RUU355
Posted on Wednesday, April 19 @ 13:13:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34601



Pemimpin PAN yang beragama Islam wajar menghormati pindaan Akta 355 yang dibawa oleh PAS, kata Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS, N Balasubramaniam.

Beliau berkata, selaku bekas pemimpin parti Islam itu, mereka sepatutnya lebih arif mengenai dasar PAS untuk meminda akta itu demi kepentingan umat Islam.


"Saya rasa kecewa sebab perkara ini yang dibentangkan adalah untuk orang Islam sahaja dan awal-awal dah diberitahu ia tiada kaitan dengan bukan Islam.

"Sepatutnya bila dibentangkan mereka perlu hormat sebab mereka ini wakil rakyat.

"Saya rasa malu dengan perbuatan (pemimpin)PAN, mereka adalah dari PAS dan dasar PAS mereka dah tahu," kata Balasubramaniam dalam posting beliau di laman rasmi parti Islam itu.

PAN sebelum ini mempersoalkan bagaimana rang undang-undang persendirian yang dibawakan presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu boleh menyelesaikan masalah dihadapi rakyat dan negara ketika ini.

Pengarah strateginya, Dr Dzulkefly Ahmad umpamanya dilapor berkata, RUU itu ibarat 'doktor salah merawat pesakit'.

"Gambaran tersebut persis umpama seorang doktor salah membuat diagnosis, lantas salah memberi ubat atau lebih tepat lagi doktor yang tidak perlu membuat apa-apa diagnosis kerana kononnya sudah mahir dengan penyakit pesakit. Tidak penting tahu punca penyakit.

“Kalau ditanya bagaimana ‘preskripsi’ RUU 355 mampu merawat. Saya hampir pasti jawapannya ialah soalan itu tidak penting. Sembuh atau tidak bukan kerja manusia, yang penting ubat mesti diberikan mengikut ‘mantra turun-temurun’ yakni pelaksanaan hukum,” kata Dzulkefly dipetik daripada sebuah portal berita.

Mengulas lanjut, Balasubramaniam mempersoalkan apakah pemimpin PAN sendiri tidak boleh menerima Islam.

"Orang bukan Islam pun boleh tahu dan faham tentang Islam serta mengapa nak bawa RUU355. Jadi apa salahnya orang Islam nak sokong? Perbuatan itu (membantah) amat mengecewakan.

"Kalau macam ini mereka tidak boleh terima Islam atau bagaimana?," soal Balasubramaniam.

Sumber TKO -  19-4-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ahli Parlimen Islam patut malu tak faham usul Akta 355 - DHPP PAS
Posted on Friday, April 07 @ 21:58:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34406



SHAH ALAM: Ahli Parlimen pembangkang daripada Pakatan Harapan sepatutnya berasa malu dengan tindakan mereka yang cuba menghalang usul Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau Akta 355 dibentangkan di Dewan Rakyat semalam.

"Saya rasa kecewa sebab perkara ini yang dibentangkan adalah untuk orang Islam sahaja dan awal-awal dah diberitahu ia tiada kaitan dengan bukan Islam.


"Sepatutnya bila dibentangkan mereka perlu hormat sebab mereka ini wakil rakyat," kata Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) N Balasubramaniam kepada Antarapos.


Selain itu, beliau turut mempersoalkan tindakan wakil rakyat beragama Islam yang tidak profesional semasa pembentangan oleh Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Saya rasa malu dengan perbuatan (wakil rakyat) Amanah, mereka adalah daripada PAS dan dasar PAS mereka dah tahu.
"Orang bukan Islam pun boleh tahu dan faham tentang Islam serta mengapa nak bawa RUU355," katanya.
Mengulas lanjut Subramaniam berkata pindaan RUU 355 tidak menyalahi Perlembagaan Persekutuan kerana usul berlandaskan Perkara 3 Perlembagaan menyatakan Islam adalah agama persekutuan.
"Jadi apa salahnya orang Islam nak sokong? Perbuatan itu (membantah) amat mengecewakan.
"Kalau macam ini mereka tidak boleh terima Islam atau bagaimana?," soalnya.
Usul Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 yang dibawa oleh Abdul Hadi yang juga Presiden PAS berjaya dibentangkan buat kali ketiga pada hari terakhir Parlimen bersidang, semalam.
Sebelum Abdul Hadi membentangkan usul persendirian tersebut, beberapa ahli Parlimen antaranya (DAP-Puchong), Gobind Singh Deo, (PKR-Gopeng),Dr Lee Bon Chye, (PKR-Alor Setar),Gooi Hsiao-Leung, (DAP-Gelang Patah), Lim Kit Siang dilihat bangun bagi membantah usul berkenaan.
Menerusi ucapannya, Abdul Hadi memaklumkan bahawa usul RUU 355 itu hanya terpakai buat golongan Islam dan masyarakat bukan Islam tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pindaan berkenaan.

Sumber TKO - 7-4-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ahli Majlis: Bukti DHPP ada peranan penting dalam PAS








HARAKAHDAILY | .


PELANTIKAN AHLI DHPP SEBAGAI AHLI MAJLIS BUKTI DHPP ADA PERANAN PENTING DI DALAM PAS

PAS mengiktiraf kemampuan ahli-ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) apabila 6 orang ahli mereka telah disenaraikan untuk menjadi Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor.

Oleh itu, 6 dari 67 orang Ahli Majlis PBT PAS di negeri ini adalah terdiri dari ahli-ahli DHPP.

Ini membuktikan bahawa ahli-ahli DHPP telah diberikan peranan yang penting oleh PAS.

Mereka bukan sahaja diberi peluang memainkan peranan dalam kalangan masyarakat bukan Islam tetapi juga dalam kalangan masyarakat Islam.

Ini bermakna dakwaan bahawa DHPP mempunyai peranan yang terhad di dalam PAS adalah tidak benar sama sekali.

Ahli-Ahli Majlis yang dilantik dari DHPP itu adalah:

1. Datuk Deepakaran A/L Karuppiah - Ahli Majlis Perbandaran Klang

2. Encik Anandan A/P Damodaran - Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor

3. Puan Rajeswary A/P Palakrishnan - Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor

4. Encik Kong Tuck Wah - Ahli Majlis Perbandaran Sepang

5. Encik Rajan A/L Manekesan - Ahli Majlis Daerah Kuala Langat

6. Ng Kok Chuan - Ahli Majlis Perbandaran Selayang

Mereka telah mengangkat sumpah di PBT masing-masing pada awal bulan ini.

Selain dari itu mereka telah juga melafazkan ikrar taat setia kepada PAS di dalam satu majlis khas di Shah Alam pada 13 Februari lepas. Ahli-Ahli Majlis PAS yang lain turut melafazkan ikrar tersebut di majlis tersebut.

YB Datuk Iskandar Abdul Samad
Naib Presiden PAS / Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor
15 Februari 2016 - HARAKAHDAILY 15/2/2016

Sumber HD - 15-2-2016



Hadi beritahu tak kerjasama dengan Umno - N Balasubramaniam

Posted on Tuesday, December 15 @ 08:09:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberitahu anggota bukan Islamnya bahawa parti Islam itu tidak mempunyai niat untuk bekerjasama dengan Umno.

Perkara itu dimaklumkan oleh kedua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) N Balasubramaniam dalam sidang media di ibu negara hari ni.

“Saya telah sahkan dengan presiden (tiada kerjasama politik),” katanya.

Mengulas tawaran silaturahim Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak, Balasubramaniam juga berkata tiada pertemuan politik antara kedua-dua pemimpin Melayu itu.

Balasubramaniam bagaimanapun berkata Hadi dan Najib akan hadir sebuah program anjuran alumni Universiti al-Azhar di Malaysia pada 17 Disember di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Najib akan merasmikan acara penutup manakala Hadi akan menyampaikan ucap utama.

Balasubramaniam bagaimanapun menegaskan bahawa acara itu bercorak keagamaan dan semata-mata atas dasar peribadi dan agama.
Sumber TKO - 13-112-2015

YB Azan Has Dug His Own Grave

pan marang1
It was very unwise for the State Assemblyman for Bandar to comments on the performance of the PAS State Assemblyman.

YB Azan should have reflect on his performance before even thinking of commenting on PAS.

He seems to have forgotten that the majority of PAS Supporters gave him the victory in the last election.

He should have thought rationally and not emotionally when he voiced his talk at the PH ‘ceramah’, he has burnt all bridges with PAS with his uncalled for statement.  He would have been better off if he would have mentioned his performance and contribution in the Bandar constituency.

But he choose to evaluate and comment on the PAS assemblyman which triggered his inevitable downfall come the next elections

PAS representative has never commented on YB Azan performances openly even though there are alot of negative perceptions on his performance from the voters of Bandar.

People are still wondering why he was moved from MP of Indera Mahkota to Terengganu.

PAS representative have achieved alot around the Bandar Constituency.

The new assessment rate was derived after our interventions. We were instrumental in stopping the assessment rate from increasing up to 700%

The Pasar Payang issue was taken up by us and the initial proposal was cancelled and replaced with a bigger building in accordance with the people’s aspiration.

All problems faced by the Pasar Cabang was tackled by our initiatives in written complaints, flash mobs and demonstration resulting in rectification and repairs including making new access road and bridges to replaces the old and damaged ones

We took up the issue on the traders license and the stringent enforcement by MPKT officers. They responded by positively.

We are also in communication with the authorities to improve the KT Walk.

We are in communication with SATU to be pro active in preparing for any contingencies that might arise in the coming monsoon season.

We in collaboration with’ Persatuan Kepolisan Komuniti Durian Burung’ in the Kuala Terengganu Parliament Constituency had finally curbed the ‘rempit’ issue with the cooperation of the police. The whole area in Kuala Terengganu is almost ‘rempit ‘ free as confirmed by the police.

We are advocating moral policing to ensure the people realize the need to do good by inculcating moral values thus refraining from involved in unproductive activities.

We are also reaching the people with a better understanding of Islam so that the people are aware the Islamic Administration that we are shaping will bring about a better Malaysia free from polemics and communal politics, where people are treated with respect. We enjoin upon ourselves to empower our neighbourhood with better solidarity.

All our Assemblymen are morally and religiously obligated to perform in every areas. We are doing alot within our means and will continue for ever more.

Maybe YB Azan should tell the people what he has achieved rather than crafting his downfall by digging his own grave.

Dr Balachandran G Krishnan
Information chief
PAS Supporters Congress (DHPP) Malaysia

Sumber BO - 13-11-2015

Deepavali beri semangat hadapi cabaran mendatang











N BALASUBRAMANIAM | .



SAYA ingin mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya kepada mereka yang beragama Hindu.

Semoga cahaya yang melambangkan Perayaan Deepavali ini akan turut menyinari nilai-nilai yang mengukuhkan perhubungan dan kebersatuan kita semua.

Sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa Deepavali meraikan kemenangan unsur-unsur kebaikan mengatasi unsur-unsur kejahatan.

Adalah menjadi harapan saya agar sinar yang muncul dari kegelapan akan memberi lebih semangat untuk kita menghadapi segala cabaran yang mendatang dengan penuh keyakinan dan kekuatan bagi mencapai harapan dan impian Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

'Selamat menyambut perayaan Deepavali'

N BALASUBRAMANIAM
Ketua DHPP PAS Pusat
10 November 2015 - HARAKAHDAILY 10/11/2015

Sumber HD - 10-11-2015


Islam kekuatan kita – Dr Bala

Posted on Wednesday, November 04 @ 16:16:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh BudakJalanan

KUALA LUMPUR: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) mengajak para penyokong PAS agar tidak berhenti menyokong parti PAS meskipun diasak oleh pelbagai isu dari parti lawan.“

Biar DAP buat apa saja mereka inginkan. Kita tak perlu resah,” kata Ketua Penerangan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Dr Balachandran G Krishnan.


Katanya, PAS hanya perlu fokus kepada matlamat utama parti yang telah diusulkan dalam Kongres Rakyat lalu yakni mewujudkan Malaysia sejahtera yang kini menjadi aspirasi dan impian rakyat.

“Kita perlu kekal fokus akan visi dan misi kita untuk membina sebuah kerajaan yang mampu memacu Malaysia ke arah yang lebih baik.”

Tambah beliau lagi politik perkauman perlu dihakis sama sekali dan tindakan PAS memutuskan hubungan dengan DAP adalah suatu rahmat buat PAS.

“PAS telah dicabar untuk pergi seorang diri. Kita mesti menyahut cabaran ini dengan iman yang penuh kepada Allah, bersabar dan yakin dengan kemenangan muktamad.”

Beliau menolak pandangan segelintir pihak yang mendakwa tindak PAS memutuskan tahalusiyasi dengan DAP akan menyebabkan satu kerugian yang besar pada Parti Islam Se- Malaysia itu.
“Kita tidak pernah keseorangan. Allah sentiasa bersama orang yang benar dan begitulah sebaliknya.”

Tegasnya mewujudkan sebuah kerajaan berlandaskan nilai-nilai Islam adalah menjadi tanggungjawab semua dan ianya hanya akan tercapai jika semua orang mengamalkan prinsip berbuat baik dan menolak kejahatan.

“Kami akan berjuang hingga ke akhirnya demi menuntut keberkatan dari Allah dan meraih kejayaan untuk mentadbir negara kita serta menunjukkan kepada rakyat bahawa hanya PAS boleh menggantikan Umno dan menjadikan negara ini syurga untuk kita semua.”
Artikel Artikel Yang Perlu Anda Baca

 Sumber TKO - 4-11-2015


Our Strenght is Islam!


IMG_20151019_163947
Let DAP do whatever they want to do. We should never be perturbed. Our goal and vision to create a better Malaysia is the aspiration of all. We need to continue focusing on our vision in establishing an government that can bring about a better Malaysia for all.

Communal politics should be discarded once and for all. It’s was indeed a blessing in disguise for DAP to cut ties with us.

PAS has been challenged to go alone. We must take up the challenge with the utmost faith in God , persevere and be assured of ultimate victory. Some say we are going for a broke by being alone. We are not alone. God is with the righteous and the righteous are with God.

That will be enough for us to face the challenge. We must establish the Kingdom of God based on all religious values here in our country and it can only be realized with the establishment of the Islamic Administration which believes in the principle of doing good and refraining from doing bad.

Armed with this principle and complete faith in the Almighty we shall not fail. We will strive till the end if need be, alone and with the blessings of the Almighty God come out victorious in governing our country and showing to the people that only PAS can replace UMNO and make this country a haven for us all.

“BERISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN”

Dr Balachandran G Krishnan
Information chief
PAS Supporters’ Congress (DHPP) Malaysia
18 Muharram, 1437H/ 31st October, 2015

Sumber BO - 31-10-2015



DAP Tidak Perlu Ajar PAS


KUALA TERENGGANU – Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) menyelar kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang seolah-olah cuba mengajar PAS untuk bertanding di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis bagi mengelak pertandingan tiga penjuru pada pilihan raya umum akan datang.

Ketua penerangannya, Dr Bala Chandran G.K sebaliknya menegaskan pemimpin DAP itu, lebih memberi perhatian kepada agenda politik partinya, daripada mencampuri urusan PAS termasuk melibatkan pembahagian kerusi.

Menurutnya, kenyataan DAP itu satu penghinaan kepada mana-mana pihak yang mendukung demokrasi di negara ini, apatah lagi DAP dilihat ‘masih cuba gah’ memberi nasihat kepada PAS walaupun hubungan kerjasama politik antara keduanya telah putus.

Dr Bala 170315

“Rakyat perlu menganjak pemikiran dari andaian bahawa jika wujud pertembungan tiga penjuru maka Umnolah yang akan meraih kejayaan. Saya mohon berbeza dalam hal ini. Saya yakin sekiranya wujud pertembungan tiga penjuru maka kemenangan mutlak menjadi milik kita

“DAP dan lain-lain boleh mengatakan kita bermimpi. Kita katakan kepada mereka bahawa setiap kejayaan bermula dengan mimpi. Lebih bijak bagi DAP untuk menumpukan perhatian kepada agenda politik mereka daripada menyuruh Pas apa yang perlu dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Dr Bala yang juga Pengerusi DHPP Terengganu menjelaskan hanya PAS yang boleh menggantikan Umno kerana realitinya PAS dan Umno adalah dua parti yang menarik perhatian umum.

Sehubungan itu katanya, perkembangan politik semasa terutama selepas keputusan PAS memutuskan hubungan dengan DAP telah membuka ruang serta keperluan untuk PAS bertanding di kesemua kerusi bagi menggantikan parti dominan dalam BN itu.

Jelasnya, hanya Islam yang boleh menyelamatkan negara yang berada dalam keadaan genting sambil memberitahu hanya Pas satu-satunya parti yang berjuang atas prinsip Islam di Malaysia.

Sumber BO - 28-10-2015


Tanding PRU: DHPP anggap satu penghormatan

Posted on Saturday, October 24 @ 18:40:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

KOTA BHARU - Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) menyifatkan perancangan Pas untuk meletakkan calon dalam kalangan ahli DHPP pada PRU14 sebagai satu penghormatan.

Timbalan Pengerusi DHHP Pusat, Lim Guan Seng berkata, pihaknya menyambut baik cadangan tersebut sekiranya benar ada ruang untuk ahli sayap parti itu bertanding pada PRU14.

“Bagaimanapun, sehingga kini belum ada sebarang perbincangan atau pengesahan mengenai perkara itu daripada pihak pimpinan Pas,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
Guan Seng yang juga Pengerusi DHPP Kelantan berkata, pihaknya bersedia menggalas tanggungjawab tersebut sekiranya diberikan peluang.

“Sebagai sayap parti, menjadi tanggungjawab DHPP untuk membantu parti dan jika diberi tempat dalam pilihan raya, persediaan perlu dilakukan dari sekarang,” katanya.

Rabu lalu, Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, parti itu telah mengenal pasti calon-calon berpotensi daripada DHPP untuk bertanding menentang DAP pada PRU14.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kelantan berkata, setakat ini ada beberapa calon yang berpotensi untuk diketengahkan, namun perkara itu belum dibincangkan lagi memandangkan ia masih terlalu awal. - SInar 
Sumber HD -24-10-2015

Jawapan balas DHPP terhadap kenyataan Kit Siang
















masjid putrajaya
DR BALACHANDRAN G KRISHNAN | .



Selamatkan Malaysia dengan Islam
Kenyataan Encik Lim Kit Siang bahawa PAS perlu mengelakkan pertembungan tiga penjuru dan sepatutnya menumpukan perhatian di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis sesungguhnya adalah satu penghinaan kepada kebijaksanaan mana-mana individu yang mendukung demokrasi.

Selepas memutuskan hubungan dengan PAS, DAP masih gah memberi nasihat kepada PAS mengenai apa yang perlu dilakukan.

Realitinya adalah hanya PAS dan Umno yang boleh menarik perhatian majoriti umum. Jika ada kumpulan yang boleh menggantikan Umno, maka ia pastinya PAS.

Apabila DAP memutuskan hubungan dengan PAS maka senario tersebut semakin menjadi kenyataan. Terima kasih kepada DAP. Maka kini wajib untuk PAS bertanding di semua kerusi bagi menggantikan Umno.

Rakyat perlu menganjak pemikiran dari andaian bahawa jika wujud pertembungan tiga penjuru maka Umnolah yang akan meraih kejayaan. Saya mohon berbeza dalam hal ini. Saya yakin sekiranya wujud pertembungan tiga penjuru maka kemenangan mutlak menjadi milik kita.

DAP dan lain-lain boleh mengatakan kita bermimpi. Kita katakan kepada mereka bahawa setiap kejayaan bermula dengan mimpi.

Lebih bijak bagi DAP untuk menumpukan perhatian kepada agenda politik mereka daripada menyuruh PAS apa yang perlu dilakukan.

Kami sentiasa menyokong PAS di  dalam perjuangan parti ini untuk mewujudkan negara berkebajikan yang merangkumi pelaksanaan syariah, mengutuk politik perkauman dan mengagihan kekayaan negara secara adil bagi mewujudkan Malaysia yang harmoni.

Malaysia yang dahulunya sebuah negara yang indah kini telah menjadi hodoh dan tidak lagi boleh diperbaiki. Kita perlu menyelamatkan Malaysia daripada kekejaman Malaysia dan pemimpinnya. Islam adalah satu-satunya 'senjata' yang boleh menyelamatkan Malaysia daripada Malaysia.

PAS mempunyai 'senjata' ini. Masyarakat tiada pilihan lain selain menyokong PAS dalam perjuangan untuk mewujudkan negara berkebajikan berasaskan Islam di mana prinsip berbuat baik dan beralih daripada yang tidak baik demi manfaat negara.

Masyarakat bukan Melayu pula perlu mencerminkan nilai-nilai agama mereka dengan nilai-nilai Islam dan memperkasakan diri mereka dalam mewujudkan Malaysia yang lebih baik di mana kita diangkat sebagai warganegara Malaysia tanpa mengira latar belakang kaum, agama atau kepercayaan agar Malaysia dapat diselamatkan. Hak dan kehendak setiap agama lain mesti dihormati tanpa perlunya bantah-membantah.

Menyelamatkan Malaysia adalah tanggungjawab moral rakyat. Pilihan yang ada cukup terbuka dan terpulang kepada kita untuk menentukan sama ada Umno atau PAS yang boleh membawa rasa damai untuk kita semua.

Kami dalam PAS akan terus mengejar impian kami dengan penuh dedikasi dan percaya bahawa kemenangan muktamad adalah milik kita sebagaimana ketentuan yang telah ditetapkan oleh tuhan. - HARAKAHDAILY 21/10/2015
 
Penulis ialah Ketua Penerangan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Malaysia.

Sumber HD - 21-10-2015

DHPP Response To The Statement Of LKS – Save Malaysia With Islam


The statement by Mr Lim Kit Siang that PAS should avoid a three corner fight by concentrating only in Kelantan, Terengganu, Kedah and Perlis is an insult to the intelligence of anyone who believes in democracy.

After severing ties with PAS , he still has the audacity to advise PAS on what to do.
The reality is PAS and UMNO are the two parties that can attract the masses. If there is a party that can replace UMNO , it has to be PAS.

IMG_20151019_163947

DAP severing ties with PAS has allowed this to be a reality. Thanks to DAP. It is now mandatory for PAS to contest all the seats to replace UMNO.

The Rakyat must change the thinking and believe that if there is a three corner fight UMNO will come out victorious. I beg to differ, in a three corner fight , the ultimate victory will be ours
DAP and others can say we are dreaming. We say to them every success starts of with a dream.
It will be wise for DAP to concentrate on their polical agenda rather than telling us what to do.

We will support PAS in their sruggle to advocate a welfare state which includes the implementation of the Syariah , to condemn communal politics and to administer distributive justice to create a harmonious Malaysia.

What was once a beautiful Malaysia is now an ugly Malaysia that is beyond repair . We need to save Malaysia from the atrocities of UMNO and its leaders. ISLAM is the only ‘weapon’ that can save Malaysia from UMNO .

PAS has that ‘weapon’. The people are left with no alternative but to support PAS in its struggle to establish a welfare state based on Islam where the principle of doing good and moving away from bad prevails for the betterment of our country.

Dr Bala 170315a

The non Malays must also mirror forth their religious values together with the Islamic values and empower themselves in creating a better Malaysia where we are treated as citizen of Malaysia immaterial of race ,religion or creed, then only Malaysia can be saved. The rights and wants of each other religions must be respected unquestionably.

To save Malaysia is a moral responsibilities of all citizens . So the options are open and the choice is for us to determine whether UMNO or PAS can bring about the feel good atmosphere for us all.

We in PAS will continue pursuing our dream with utmost dedication and believe that the ultimate victory is ours as the will of God prevails.

Dr Balachandran G Krishnan
Information Chief
PAS Supporters Congress (DHPP) Malaysia
8 Muharram 1437H/ 21st October 2015

Sumber BO - 21-10-2015


DHPP mahu pasti Presiden PAS jadi PM



















ASLANI M | .




KOTA BHARU: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) menjanjikan akan terus mendukung prinsip perjuangan PAS sehingga mencapai kemenangan pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Pengerusinya N Balasubramaniam berkata DHPP mahu memastikan Presiden PAS mampu menjadi perdana menteri pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya, PAS bukan sahaja untuk orang Islam sebaliknya sesuai bagi perjuangan semua pihak termasuk orang bukan Islam.

“Kita akan terus mendokong perjuangan PAS sehingga mencapai kemenangan pada pilihan raya umum akan datang,” ujarnya pada perhimpunan Fastaqim.

Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Salleh, menyeru supaya setiap pendukung PAS terus istiqamah sebagaimana perintah Allah SWT supaya kekal bersama jemaah.

Katanya, PAS berusaha bagi mewujudkan pemerintahan yang menurut nilai-nilai Islam.

Beliau juga berharap ahli-ahli dan pendukung PAS hendaklah mendapat maklumat yang sahih daripada pimpinan serta saluran parti dan bukannya maklumat di tepi jalan.

“Hendaklah kita meyakini jemaah akan semakin kuat dengan melakukan kerja-kerja yang berterusan dan berkorban apa sahaja kerana Allah.

“Teruskan jihad dan tawakal kepada Allah SWT,” katanya sambil merakam ucapan tahniah kepada Muslimat PAS Kelantan yang menjadi perisai kepada PAS sehingga mampu memerintah sehingga 25 tahun.

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr Mahfodz Muhamad berkata, perhimpunan malam ini mencapai sasaran yang diharapkan hasil sokongan padu semua pendukung PAS dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. - HARAKAHDAILY 17/10/2015

Sumber HD - 17-10-2015











Krisis PAS tidak jejas sokongan bukan Islam

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Krisis yang berlaku di dalam PAS tidak menjejaskan sokongan orang bukan Islam terhadap parti itu sama ada kaum India ataupun Cina, demikian tegas Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) N Balasubramaniam.

Bahkan katanya, krisis itu langsung tidak mempengaruhi mereka untuk terus bersama dengan PAS apatah lagi semakin ramai di kalangan kaum India hampir di seluruh kawasan menyatakan kebersamaan dengan PAS.

"DHPP yang kini sedang mengadakan jelajah setiap negeri bermula 7 Oktober lalu bertujuan untuk menambahkan jumlah ahli di kalangan mereka.

"Kita mula turun ke setiap negeri sebagai usaha tambah ahli serta membentuk jawatankuasa di peringkat negeri.

"Kami temui ahli-ahli diperingkat akar umbi, respons mereka kepada kita sangat baik dan menyatakan kesungguhan untuk bersama kita," katanya ketika ditemui di sini.

Pada 7 dan 8 Oktober lalu DHPP turun ke bahagian utara iaitu Perlis, Kedah dan Penang dan di jangka pada 22 Oktober ini mereka akan bersama ahli di peringkat negeri Perak dan Selangor.

Katanya, DHPP merupakan salah satu platform yang sesuai untuk ahli di kalangan bukan Islam untuk bersama-sama dengan PAS.

"Apatah lagi, orang-orang India khsusnya yang dahulu menyokong MIC kini berpaling arah dan mula berjinak-jinak dengan DHPP.

"Bagi mereka MIC bukan lagi parti yang boleh membela mereka yang kebanyakan berpendapatan rendah dan tinggal di ladang," ujarnya. - HARAKAHDAILY 13/10/2015

Sumber HD - 13-10-2015


Krisis dengan DAP untungkan Pas
Posted on Friday, October 09 @ 10:33:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



PETALING JAYA: Perpecahan yang berlaku dalam Pas tidak menjejaskan sokongan bukan Islam kepada parti itu.

Sebaliknya, krisis yang berlaku antaranya dengan DAP meningkatkan lagi sokongan kepada parti Islam itu.

Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP), N. Balasubramaniam berkata, setakat ini tidak ada ahli DHPP keluar menyertai parti lain kerana dasar perjuangan Pas membuatkan mereka terus setia.

“Sekarang sokongan bukan Islam pada Pas tiada masalah, kekal seperti dulu.

“Mereka dapat menilai pihak mana yang benar, malah sokongan itu semakin meningkat,” katanya ketika dihubungi FMT.

Mengulas mengenai penubuhan parti Amanah dan pembetukan Pakatan Harapan, Balasubramaniam berkata, ia tidak memberi kesan kepada DHPP, kerana Pas sudah terkenal sejak 60 tahun lalu.

“Ahli kita tidak ada yang keluar, cuma 13 ketua DHPP kawasan yang sertai Amanah, tujuh dari Selangor, empat Perak dan dua Johor dan kekosongan itu kita sudah isi semula, malah yang keluar itu mempunyai masalah di kawasan,” katanya.

Jumlah keseluruhan ahli DHPP, sehingga kini mencecah 50 ribu orang.  - FMT

Sumber TKO - 9-10-2015


DHPP Lebih Bersedia, Perkasa Menghadapi ‘Pasca Krisis’

Bala Chandran GK
KUALA TERENGGANU – Dengan kekuatan diri yang mendapat tarbiyah dari para pemimpin PAS, anggota Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) kini yakin dapat menonjolkan identiti yang lebih baik dari parti-parti lain.

Ketua Penerangannya Dr. Bala Chandra G.K berkata, ia adalah hikmah dari pergolakan dalaman dan krisis luaran yang berlaku terhadap PAS.

DHPP Selangor

“Sebenarnya (krisis) GHB (dan penubuhan parti) PAN adalah rahmat untuk Ahli DHPP. Kita dapat peluang untuk menonjolkan identiti kita sekali gus memaksa kita memperkasakan diri kita untuk memastikan kita lebih berwibawa dari ahli bukan melayu dari DAP dan PKR.

“Kekuatan kita adalah sebab kita ditarbiyahkan oleh pemimpin PAS untuk membina akhlak yang mulia serta mencerminkan nilai-nilai kerohanian untuk memantapkan kedudukan kita dalam masyarakat supaya rakyat lebih rasa selesa dengan Ahli DHPP,”jelasnya.

Katanya, perjalanan anggota DHPP membantu PAS merealisasikan dasar perjuangan iaitu menegakkan ideologi Islam sebagai petunjuk tindakan moral manusia adalah berdasarkan Islam sebagai agama rasmi negara.

Beliau berkata demikian ketika memberi komen tentang langkah-langkah DHPP menghadapi pasca krisis selepas Muktamar PAS yang lalu.

Pengerusi DHPP negeri Terengganu itu menyifatkan krisis sudah mencapai ‘klimaks’ dan mulai berakhir kini, apabila sudah jelas yang ‘hitam itu hitam’ dan yang putih tetap suci.

kam3231(a)-dhpp1

Apabila parti PAN telah ditubuhkan secara rasmi, kata beliau, tidak ada lagi ‘musuh dalam selimut’ dan penubuhan tergopoh-gapah pakatan politik baharu pembangkang tanpa melibatkan PAS, memberi petunjuk ‘ada kepentingan’ yang tidak dapt disembunyikan lagi.

Oleh itu, beliau menegaskan semua anggota DHPP di seluruh negara kini lebih bersedia berdepan dengan cabaran.

“Kita nak mengambarkan DHPP (kini) sebagai satu entiti yang berani berdepan dengan segala dugaan dan cabaran,

“dalam memastikan negara ini dan semua lapisan masyarakat dipandu dan dipacu atas landasan Islam,”tegas beliau.

Dr. Bala menafikan dakwaan yang dijaja oleh DAP bahawa kaum Tionghua menjauhkan diri dari PAS.

“DAP ini cakap gitu sebab dia orang nak percaya dengan keadaan itu. Realitinya orang Cina nak menjauhi diri daripada kemungkaran. Mereka tak selesa dengan isu perkauman yang semakin menjadi-jadi sekarang.

IMG-20150925-WA0096

“DAP melontarkan fitnah terhadap PAS pada orang Cina supaya mereka benci PAS,”jelasnya

Namun beliau yakin, lama kelamaan kebenaran akan terserlah bahawa hanya PAS ada ‘senjata’ untuk menwujudkan sebuah Malaysia yang sejahtera iaitu Islam berpandukan kepada al-Quran, Sunnah, Ijma dan Qias.

“Ini yang (membuatkan) UMNO takut,”kata beliau yakin.

Mengulas lanjut, beliau berkata kaum Tionghua perlu dididik sekiranya mereka mahu isu-isu perkauman, penyelewengan, rasuah dan pembaziran serta kezaliman dihapuskan di negara ini.

“mereka wajib sokong PAS dalam mengembalikan undang-undang Islam, Syariah sebagai undang undang tertinggi dalam perlembagaan negara ini dan kedudukan orang bukan Islam lebih selamat dan hak hak mereka akan dipertahankan,
“Ini tuntutan Islam,”jelasnya lagi

Sumber BO - 8-10-2015











Lanterns Save the Village

IMG-20150925-WA0096
By : Dr. Bala Chandran G.K

The Lantern festival is celebrated by the Chinese community on the 15th day of the first month in the lunar calendar. It started as a significant festival of the Han Dynasty.

During the festival, children go out at night to temples carrying paper lanterns and solve the riddles on the lanterns whilst eating glutinous rice balls. Family reunion is also seen during this times. The lantern symbolises the people throwing away their past selves and replacing them with new ones.

The lanterns are mostly red as it symbolises good fortune. The followers prepare a lot of activities during which they pray for good fortune.

IMG-20150925-WA0095

One common legend dealing with the origin of the lantern festival is about a beautiful crane that flew down to earth from heaven. It was hunted and killed by the villagers after landing on earth.

This angered the Jade Emperor in heaven as the crane was is favourites. He planned a storm of fire to destroy the village on the 15th lunar day. The Jade Emperor daughter was not happy with her father’s decision so she warned the inhabitants of her father’s plan.

As the villagers were consulting on how to resolve this issue , a wise man from another village suggested that every family should hang lanterns around their houses , set up bonfires on the streets and light up fire crackers on the 14th , 15th and 16th lunar days . This would show as though the village is on fire to the Jade Emperor. On the 15th lunar day, troops from heaven were sent to the village to burn and destroy the village. From afar they saw that the village is already in blaze and returned to heaven to report to the Jade Emperor.

Satisfied, the Emperor decided not to burn the village. From that day on , people celebrate the anniversary on the fifteenth lunar day every year by carrying lanterns on the streets, burning firecrackers and displaying fireworks.

Today, the displaying of lanterns is still a major event on the fifteenth day of the first lunar month through our nation.

In Kuala Terengganu it is celebrated by the Tionghua community at Kampung Cina and Streets at Kampung Cina is adorned with a lot of latterns and this awesome event has become a symbol of solidarity amongst people of all races here.

*** Dr. Bala Chandran G.K is Chief of Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Terengganu. Yesterday, he celebrated ‘Lantern Festival’ with Kuala Terengganu Chinese Community

Sumber BO - 26-9-2015

DHPP lebih memahami perjuangan PAS

| .




KLANG: Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Selangor, Datuk K. Deepakaran menegaskan ahli dan pimpinan DHPP Selangor lebih memahami perjuangan PAS dan akan terus beristiqamah dengan kepimpinan Ulama sehingga mencapai kemenangan.

Katanya, DHPP Selangor akan buktikan sokongan ahli dan pimpinan terhadap perjuangan PAS dalam program besar-besaran pada 19 September nanti.

Menurut beliau, Penerangan DHPP akan turun ke setiap kawasan untuk memberi penerangan dan penjelasan kepada masyarakat India berhubung perjuangan PAS.

Katanya, walaupun perjuangan DHPP berlainan tetapi matlamat kita tetap satu mahu jatuhkan BN dalam pilihan raya umum akan datang.

"Harapan saya, semua ahli dan pimpinan DHPP Selangor dan Pusat akan terus beristiqamah sehingga kemenangan. Saya akui dalam PAS memang tidak dapat apa-apa; dalam setiap aktiviti dan program kita kena keluarkan duit sendiri.

Perjuangan yang saya lakukan ini bukan untuk saya tetapi untuk anak cucu cicit di masa hadapan," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Klang.

Beliau yang juga Naib Presiden DHPP Pusat menafikan ramai lagi ahlinya akan keluar kerana badan itu tidak mempunyai cawangan.

Katanya, ahli DHPP yang keluar tidak ramai di Shah Alam mereka mendakwa ahli DHPP keluar seramai 300 orang sedangkan ahli DHPP hanya 100 orang bagaimana boleh keluar 300 orang.

Begitu katanya mereka mendakwa DHPP di Kota Raja keluar sebanyak 22 cawangan.

Menurut beliau, di Hulu Selangor hanya bekas Ketua Pemuda DHPP sahaja yang keluar iaitu Raj Kumar manakala di Subang hanya Ketua dan Setiausaha Wanita DHPP sahaja yang keluar.

"Saya musykil bagaimana mereka mendakwa 500 ahli DHPP lagi akan keluar. Kita tidak ada cawangan. Selepas pemutihan, DHPP mempunyai ahli lebih kurang 5000 orang. Sebelum ini DHPP Selangor mempunyai 10,000 ahli tetapi kita tapis dan hanya yang menyokong PAS sahaja kita terima menjadi ahli DHPP," tegasnya.

Beliau berharap ahli DHPP yang keluar tidak membuat satu kenyataan bohong kerana ia akan mengelirukan rakyat. - HARAKAHDAILY 15/9/2015 

Sumber HD - 15-9-2015






















DHPP: Hilangkan prasangka buruk terhadap Islam

| .



SHAH ALAM: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Selangor akan meneruskan kerjasama

dengan PAS untuk memberi penerangan tentang Islam yang sebenar kepada masyarakat
bukan Islam.

Timbalan Pesuruhjaya PAS 1, Dato' Dr Ahmad Yunus yakin kerjasama DHPP dengan PAS
dalam memberi penerangan tentang Islam dapat menghilangkan prasangka buruk mereka
terhadap Islam selama ini.

Menurut beliau, masyarakat bukan Islam akan menerima dan menyokong undang-undang
Islam jika mereka diberi penjelasan dan penerangan yang tepat.

“Ini merupakan tanggungjawab PAS Selangor memberikan kefahaman yang sebenar tentang
kebaikan undang-undang Islam dengan cara berhikmah kepada rakyat Selangor," katanya
ketika merasmikan Bengkel Murabbi PAS Selangor anjuran Lajnah Dakwah Badan
Perhubungan PAS Selangor, di Shah Alam.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam berkata, ia juga
menjadi hasrat Tuanku Sultan Selangor supaya rakyat Selangor dapat memahami undang-
undang Islam secara menyeluruh.

Katanya, Dato' Menteri Besar turut menyokong usaha yang dibuat oleh PAS Selangor bagi
menghilangkan prasangka masyarakat bukan Islam terhadap undang-undang Islam.

Beliau menegaskan, sebenarnya masyarakat bukan Islam tidak memusuhi Islam tetapi
selama ini mereka tidak mendapat maklumat yang tepat daripada orang yang benar-benar
mempunyai kemahiran tentang ilmu Islam.

"Selama ini masyarakat bukan Islam hanya mendapat maklumat tentang Islam daripada
Umno-BN," tegasnya.

Menurut beliau, Umno-BN menerangkan peraturan Islam mengikut kepentingan politik
mereka supaya terus kekal berkuasa dan bukan menerangkan mengikut ketetapan Allah
SWT.

Justeru katanya, PAS bertanggungjawab untuk menggerakkan agenda memurnikan pemahaman
masyarakat bukan Islam terhadap Islam dengan cara berhikmah.-HARAKAHDAILY 11/9/2015 

Sumber HD - 11-9-2015

Hanya yang bermasalah keluar DHPP Selangor

JUHANI RAHMAN | .


DEWAN Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Selangor menyifatkan, tindakan segelintir ahlinya yang keluar parti itu untuk menyertai parti politik lain sebagai tidak cukup tarbiyah dan bermasalah.

Ketua, Datuk K Deepakaran berkata, berbanding ahli DHPP yang keluar, keahlian baharu yang mereka terima daripada golongan belum Islam adalah lebih ramai dan berkualiti sebagai pelapis kepada kepimpinan sayap PAS itu.

"Di Kelana Jaya dan Shah Alam, yang keluar itu satu dua orang sahaja iaitu ketua dengan timbalan. Tapi pelapis sudah ada malah makin ramai.

"Sabtu lepas, kita mesyuarat di Kota Raja, ramai nak sertai, keyakinan kepada PAS bertambah," ujarnya semalam dalam sidang media di Pejabat Perhubungan PAS Selangor, Shah Alam.

Dalam pada itu, beliau turut menafikan laporan akhbar kononnya dewan itu lumpuh selepas 20 cawangan dewan itu ditutup kerana peletakan jawatan ahli.

"Dalam DHPP, kita hanya ada kawasan, negeri dan pusat. Itu sahaja. Tidak ada cawangan.

"Perlembagaan, peraturan-peraturan tidak ada (sebut) cawangan (DHPP), macam mana 20 cawangan boleh keluar dari satu kawasan?" soalnya yang juga Naib Ketua DHPP Pusat.

Beliau juga menegaskan, DHPP yang dianggotai 5,000 ahli di Selangor akan terus beristiqamah dengan kepimpinan ulama PAS melalui pemantapan program dalaman. – HARAKAHDAILY 25/8/2015

Sumber HD - 25-8-2015

DHPP setia, bantu sepenuh hati

Tanpa berselindung mengakui bahawa situasi dalaman yang melanda PAS dan Pakatan Rakyat turut menjejaskan keutuhan ahli sayap PAS di negeri itu kepada parti, demikian kata Setiausaha Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Negeri Kedah, William Khor Eng Hin.

Malah menurut beliau, hasrat PAS Kedah untuk memenangi pilihan raya serta kembali memerintah akan menjadi sukar dan seumpama mimpi seandainya pertembungan dalaman terus berlaku dan tidak diselesaikan.

Katanya, pergaduhan dalaman adalah perkara biasa sepertimana hubungan suami isteri yang boleh diredakan, tetapi akan menjadi bertambah teruk apabila didedahkan atau bertarung secara terbuka di ruangan media sosial seperti ‘facebook’ dan seumpamanya.

“Mereka (pimpinan baru PAS Kedah) mesti kumpulkan balik (satukan) orang-orang kita semua.

“Tapi kita kena lawan, lawan sungguh-sungguh. Kami DHPP akan tolong sepenuh hati,” ujarnya.

Akui William, menghadapi situasi dan cabaran sukar itu katanya, pimpinan PAS Kedah mesti berusaha sebaik mungkin menangani masalah tersebut secara konsisten agar keyakinan ahli dapat dipulihkan.

“Saya sedang berajin-rajin turun tiap-tiap kawasan. Kita sudah tubuh di lapan Kawasan. Saya ada hubungi Ahli-ahli Jawatankuasa di kawasan-kawasan ini mereka janji tidak lari, tapi ahli-ahli bawah kita tidak tahu.

“Jadi saya sudah bagi tahu, kena kawal ‘facebook’. Ini yang bagi kita pecah. Ini yang buruk kita semua nampak, luahnya.

Tambahnya lagi, untuk pilihan raya PAS pasti berdepan dengan BN yang akan menabur duit dengan banyaknya serta persaingan tiga penjuru.

Oleh itu serunya, pimpinan mesti segera menangani keadaan tersebut agar PAS dapat kembali seperti sedia kala seterusnya memberi fokus menjatuhkan musuh sebenar iaitu BN.

Sumber PP - 19-8-2015


Semalam keluar DAP, hari ini masuk PAS
Posted on Friday, August 14 @ 16:26:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Setelah terdapat anggotanya menyertai DAP, PAS kini seolah-olah mendapat 'ikan besar' apabila bekas anggota wakil rakyat DAP Perak Sum Cheok Leng menyertai mereka hari ini.

Malah, keputusan itu dibuat sehari selepas beliau dilapor meletakkan jawatan sebagai anggota DAP semalam.

Harakahdaily melaporkan bekas anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bercham itu mengumumkan menyertai Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) di pejabat PAS Perak, dekat Ipoh, hari ini.

"Walaupun saya tidak lagi menjadi wakil rakyat, tetapi masyarakat masih mencari saya minta tolong.

"Saya ditawarkan oleh seorang individu di dalam PAS untuk sertai PAS supaya ada pentas baru untuk berkhidmat kepada masyarakat.

"Saya pertimbang tawaran itu dan akhirnya saya membuat keputusan menyertai PAS," beliau dipetik sebagai berkata.

Penyertaan Sum itu dilihat menjadi tamparan kepada DAP, rakan lama mereka dalam Pakatan Rakyat, yang kini sudah pun terkubur, selepas perselisihan pendirian berpanjangan.

Keadaan politik semasa menyaksikan kemungkinan besar wujud gabungan baru pembangkang antara PKR, DAP dan serpihan PAS, Gerakan Harapan Baru (GHB).

PAS mungkin terpaksa berdepan pilihan raya umum akan datang secara bersendirian, ketika berdepan dengan BN.

Keadaan itu juga berpotensi mewujudkan lebih banyak pertembungan tiga penjuru yang dilihat pemerhati akan menguntungkan parti pemerintah. 


Sumber TKO - 14-8-2015












Masih Ingat Mujahid Rawa Mempelekeh PAS?

Posted on Friday, August 14 @ 16:09:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Sebelum ini TMI telah menyiarkan bahawa Mujahid Yusof Rawa menyatakan keraguannya mengenai rancangan parti Islam itu untuk meletakkan calon bukan Islam. Dia pelekeh PAS dalam kenyataannya di TMI yang didomasikan oleh Zul Sulong bekas wartawan harakah.

Kata Mujahid sayap penyokong bukan Islam PAS tidak yakin mengenai kedudukan mereka dalam parti Islam itu berikutan terputusnya hubungan dengan DAP dan Pakatan Rakyat (PR).

"Siapakah calon-calon ini? Setahu saya, Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) juga tidak pasti sama ada kewujudannya dalam parti terjamin"kata Mujahid lagi dalam TMI.

Tapi biasalah orang yang mengkhianati perjuangan Islam yang mana Ayahnya sendiri antara yang mengorbankan masa dan tenaga membangunkan perjuangan PAS sudah pasti Allah tunjukkan didunia ni lagi apabila DHPP makin berkembang bebas dan ramai ahli DAP kini berjinak dengan PAS.



Bekas anggota dewan undangan negerinya DAP, Sum Cheok Leng telah mengistiharkan masuk PAS dan akan memperkasakan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

Ini telah memberikan tamparan kepada Mujahid Yusof Rawa dan DAP Perak.
Sumber TKO - 14-8-2015

Bekas wakil rakyat DAP sertai DHPP

MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR | .




IPOH: Bekas wakil rakyat DAP Perak, Sum Cheok Leng hari ini mengumumkan menyertai PAS melalui Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

Penyertaan beliau itu diumumkan dalam satu sidang media yang diadakan di Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Perak, dekat Ipoh, hari ini.

Sum adalah pimpinan DAP dan memegang jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bercham dari tahun 2008 hingga 2013 seterusnya tidak terpilih dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Dalam sidang media itu, Sum berkata, dirinya dengan rela hati menawarkan diri untuk menyertai DHPP bagi sama-sama berjuang dalam wadah perjuangan PAS.

Menurutnya, penyertaannya di dalam DHPP adalah sebagai platform baharu untuk beliau berkhidmat kepada masyarakat khususnya di kawasan Bercham.

Kata beliau, masyarakat setempat masih menagih khidmatnya walaupun beliau tidak lagi memegang jawatan Adun kawasan tersebut dan ia mendorong kepadanya untuk mencari satu pentas khidmat.

"Walaupun saya tidak lagi menjadi wakil rakyat, tetapi masyarakat masih mencari saya minta tolong.

"Saya ditawarkan oleh seorang individu di dalam PAS untuk sertai PAS supaya ada pentas baru untuk berkhidmat kepada masyarakat.

"Saya pertimbang tawaran itu dan akhirnya saya membuat keputusan menyertai PAS," katanya.

Hadir sama dalam sidang media itu adalah Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Norazli Musa; Penolong Setiausaha Agung PAS, Khairul Faizi Kamil; Setiausaha DHPP Pusat, Vincent Lee; Pengerusi DHPP Perak, S Surianarayanan dan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Mohamad Ibrahim.

Sum melihat, masyarakat sama ada Melayu, India serta Tionghua menghadapi masalah kehidupan yang sama dan perbezaan kaum itu tidak menjadikannya satu jurang antara satu sama lain.

Beliau telah biasa dengan ahli-ahli PAS sejak tahun 2008 ketika tertubuhnya kerajaan Pakatan Rakyat pada ketika itu dan selalu hadir ke majlis-majlis yang dianjurkan oleh parti itu.

"Saya sudah lama rapat dengan ahli PAS dan saya ada dimana-mana program yang dijemput oleh PAS. Saya turut berucap dalam program PAS," katanya lagi.

Ketika ditanya kedudukannya di dalam DAP, beliau katanya telah menghantar satu surat memaklumkan hasratnya itu ke Pejabat DAP Pusat semalam. - HARAKAHDAILY 14/8/2015

Sumber HD - 14-8-2015


Bekas Adun DAP Sertai PAS
Posted on Wednesday, August 12 @ 23:20:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Dengan rendah hati, dijemput semua media untuk membuat liputan pengisytiharan bekas ADUN DAP mengisytihar keluar daripada DAP dan menyertai Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP). Kenyataan media tersebut akan diadakan seperti berikut:-

Tarikh:- 14hb Ogos 2015 …
Hari :- Jumaat
Jam:- 10.00 pagi
Tempat:- Bilik Mesyuarat.
Badan Perhubungan PAS Perak.
Medan Istana. Ipoh.


Tuan Hj Razman Zakaria, AJK Pas Pusat, merangkap Pesuruhjaya Pas Perak dan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Perak, serta Saudara S Surianarayanan, Naib Pengerusi DHPP PAS Pusat dan Pemangku Ketua DHPP Perak juga akan turut hadir .

Terima kasih.

Dr Mohd Zuhdi Marzuki
Ketua Penerangan
Badan Perhubungan PAS Perak


Sumber TKO - 12-8-2015












Kenyataan DHPP Perak
Posted on Tuesday, August 11 @ 10:10:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

https://www.youtube.com/watch?v=Kd9UTNxc3io&feature=player_embedded


Kononnya DHPP Perak telah lumpuh dan semua ahli keluar PAS hanyalah sandiwara semata mata bagi menunjukkan GHB berjaya dan hebat di Perak.

Kata beliau, hanya beberapa individu sahaja yang bertindak meletakkan jawatan daripada memegang apa-apa jawatan dalam DHPP seterusnya membuat keputusan menyokong Gerakan Harapan Baru (GHB).

Menurutnya, hasil daripada maklumatnya, hanya tiga Pengerusi DHPP kawasan sahaja yang bertindak meletakkan jawatan namun ahli-ahlinya tidak berbuat demikian.

"Dakwaan itu hanya drama dan sandiwara, hanya orang-orang tertentu sahaja yang berbuat demikian (meletakkan jawatan).

"Beberapa pengerusi di peringkat kawasan sahaja yang dikenalpasti telah keluar iaitu Tanjung Malim, Bagan Serai dan Taiping namun ahli dibawahnya tidak keluar,"

Kredit:
Yoperak Tvkome 


Sumber TKO - 11-8-2015

Calon DHPP diletak di kawasan ditandingi DAP

ASLANI M Foto MIJIE YUSOF | .




KUALA KRAI: Lembaga Disiplin PAS sehingga kini menerima beberapa laporan daripada PAS cawangan terhadap pembabitan pemimpin parti itu dalam Gerakan Harapan Baru.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, laporan tersebut sedang diteliti oleh pihak terbabit sebelum diambil tindakan lanjut.

“Setakat ini belum lagi diambil apa-apa tindakan disiplin terhadap pemimpin PAS yang terbabit Harapan Baru.

“Tindakan yang bakal diambil bukan semata-mata berdasar kritikan mereka terhadap kepemimpinan PAS yang ada sekarang.

“PAS mengamalkan dasar terbuka sesiapa sahaja boleh menegur pemimpin. Namun kita lebih lihat jawatan yang dipegang mereka dalam wadah baru tersebut,” katanya selepas ceramah isu semasa di Markas PAS Sungai Durian di sini malam tadi.

Hadir sama Timbalan Mursyidul Am PAS Ustaz Datuk Ahmad Yakob, Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Abdullah, timbalan-timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Datuk Dr Johari Mat, Datuk Dr Mohamed Fadhli Hassan.

Selain itu Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi, Ketua Penerangan, Datuk Nassuruddin Daud, Timbalan Pengerusi PKR Kelantan, Ruslan Puteh dan wakil-wakil rakyat.

Tuan Ibrahim berkata PAS juga tidak mengambil tindakan di atas kehadiran pemimpin terbabit pada program anjuran Harapan Baru.

“Mereka masih lagi ahli PAS. Kita sebenarnya menggunakan kaedah pujuk dan bincang sebelum sebarang tindakan disiplin dikenakan.

"Dari segi peraturan parti sekiranya mana-mana wakil rakyat masuk parti lain secara automatik dia akan hilang keahlian dalam PAS.

"Lagi pun semua calon PAS terikat dengan baiah, dia mesti mengosongkan kerusi yang dimenangi dan beri semula mandat kepada rakyat. Kalau dia tak buat dia langgar baiahnya sendiri," katanya.

Beliau turut melahirkan rasa hairan Harapan Baru berterusan menyerang pimpinan PAS di Kelantan dengan membuat pelbagai andaian, kerajaan PAS akan jatuh.

Menurutnya strategi itu merugikan pembangkang kerana secara tidak langsung memberi kelebihan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau juga berkata biarpun PAS dilihat bersendirian, namun parti itu merupakan pembangkang yang paling lama di negara ini.

“Kalau ada parti pembangkang yang menang namun tidak mencukupi majoriti untuk membentuk kerajaan, maka ketika itu mereka akan merujuk kepada PAS,” tambahnya.

Berucap sebelum itu katanya PAS akan menampilkan lebih ramai calon kalangan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya juga calon daripada DHPP kemungkinan besar akan diletak di kawasan yang ditandingi DAP bagi memberi pilihan kepada pengundi.

“Kita memberi pilihan kepada pengundi Islam yang tidak berminat kepada DAP. Kita akan buat analisa lanjut mengenainya,” kata beliau.

Pada program itu Tuan Ibrahim dan Ustaz Ahmad menyampaikan sijil keahlian baru PAS kepada beberapa kawasan di Kelantan. – HARAKAHDAILY 5/8/2015

Sumber HD - 5-8-2015


Tahniah DHPP Selangor
Posted on Tuesday, August 04 @ 14:05:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Pertemuan Pesuruhjaya PAS Selangor bersama wakil-wakil Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Kawasan-Kawasan di Selangor sempena Hari Raya Eidulfitri. Pertemuan diadakan di Pejabat Perhubungan PAS Negeri Selangor di Presint Alami, Shah Alam.










Sumber TKO - 4-8-2015











PAS Parti Politik ‘Berwahyu’; Tenang Menghadapi Pergolakan

Dr Bala raya batu burok
KUALA TERENGGANU – Walaupun PAS dilihat menghadapi pelbagai ujian dan dugaan mutakhir ini, namun Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) meneguhkan pendiriannya sebagai salah satu dari ‘sayap’ baru parti itu.

Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Terengganu Dr. Bala Chandran GK menegaskan sokongannya kepada PAS dan Presidennya Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

“apa yang saya mahu kata di sini ialah, walaupun kita menghadapi dugaan dan cabaran, nadi dan jantung DHPP masih bersama Tuan Guru Presiden,

“itu kita tidak berubah…..walaupun ada satu dua (orang) yang lari dari perjuangan (ini),”katanya.



Menurut beliau yang baru dilantik sebagai Ketua Penerangan DHPP Pusat, ahli-ahli dan penyokong PAS perlu memperbaharui niat masing-masing ketika menyertai PAS, iaitu untuk menegakkan Islam dan bukannya hanya untuk menjatuh Umno dan Barisan Nasional (BN).

“saya selalu katakana, bila kita menjadi ahli PAS, niat kita adalah (amat) penting, niat (kita) untuk menjadi ahli PAS adalah untuk menegakkan(dan) mmperjuangkan Islam…….bukan untuk menjatuhkan (Umno dan) BN.

“kalau kita (hanya) ada berniat untuk menjatuhkan BN (sahaja) kita akan ‘melanggar’ semua aqidah,”jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Jamuan Hari Raya Majlis Tindakan DUN Batu Burok di Kuala Ibai pada Sabtu, 1 Ogos.

Tetapi sebaliknya kata beliau, sekiranya ahli dan penyokong serta seluruh umat Islam berniat untuk menegak Islam, dengan keadilan Islam itu, Umno dan BN akan ‘tersungkur’ dengan sendirinya.

Beliau mendakwa, parti yang paling tenang ketika diuji dan menghadi sebarang

Dr Bala raya batu buroka.png

pergolakan,ialah PAS kerana katanya, PAS bukan parti politik biasa.

Namun katanya, PAS adalah parti politik yang ‘berwahyu’ yang menganggap dugaan dan ujian itu adalah rahmat dan hikmah dari Allah SWT.

“yang paling tenang dalam (menghadapi sebarang) pergolakan ialah PAS……….dua hari lepas saya dengan Tuan Guru Presiden…..dia cukup tenang dan saya pun (jadi) tenang,
“dugaan dan cabaran adalah rahmat dan hikmah yang kita perlu yang kita perlu faham sebab PAS bukan sebarangan parti (politik biasa) seperti DAP atau PKR,

“tapi PAS adalah satu parti politik ‘yang berwahyu’,”ujarnya yang menambah, wsalaupun beliau bukan Islam, tetapi ‘jiwanya’ bersama Islam.

Oleh itu, beliau menyeru agar ahli dan penyokong PAS tidak perlu hilang dari fokus, untuk menegakkan syariat dan keadilan Islam di atas muka bumi ini.

Sumber BO - 3-8-2015


Seorang Dua Keluar, Tapi Nak Gempak Tulis Seolah-olah Macam Bubar
Posted on Monday, July 27 @ 11:17:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



DHPP Perak akan keluar dari PAS dan menyertai GHB, bukan satu2 yang memeranjatkan sesiapa pun. Kedengaran DHPP Perak ini hanya setahun sekali atau langsung tidak bersuara, pun dalam Aktiviti Mesra Rakyat..

Kebanyakkan Ahli atau AJK, DHPP menyertai PAS, adalah semata mata untuk Jawatan dan Kerusi sahaja.. Tidak lama lagi DHPP Selangor, juga akan umumkan sedemikian, dan itu tidak akan memeranjatkan sesiapa pun.
Ramai Ahli DHPP pernah jumpa saya dan menuntut berbagai bagai sebab ketidakpuasan.
Diantara kalangan Ahli PAS, memang sempit sangat untuk mendapat Jawatan atau kerusi dalam Ahli Majlis PBT dan Kerusi dalam PRU..

Itulah salah satu yang diburu oleh DHPP, sehingga kecewa dan keluar dari SAYAP PAS.. Tidak lama lagi keluar juga dari GHB, sebab dalam GHB Ikan Paus lagi ramai.. ELAK DARI KEJAR MENGEJAR KUASA, AKHIR NANTI KAIN KAFAN PUTIH EMPAT ELA SAHAJA KEPADA UMAT ISLAM dan BENDERA GHB, JIKA ADA SAHAJA DI ATAS KERANDA BUKAN ISLAM.


Oleh Joseph Dass

.....

Saya mengucapkan Syabas kepada pendirian Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS, Perak..Saudara S, Surianarayanan...serta Tuan Haji Razman Bin Zakaria, Pesuruhjaya PAS Perak, merangkap Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional LPH Badan Perhubungan PAS Perak.. Yang memalukan adalah Saudara S. Nelli Rajah, Bekas Pengerusi DHPP Perak dan dua Sahabat dia yang meninggalkan, DHPP dan bukan seluruh Pimpinan DHPP Perak.. Syabas di dahului kepada seluruh Rakan Seperjuangan PAS....

Sumber TKO - 27-7-2015


Hu Pang Chow Setelah Tak Jadi Pengerusi DHPP putus hubungan dengan PAS
Posted on Saturday, July 18 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Ingat Kumpulan yang tersingkir dalam pemilihan Muktamar PAS baru ini sahaja yang keluar PAS dan tubuh parti baru, rupanya yang tersingkir dalam DHPP (Dewan Himpunan Penyokong PAS) juga putus hubungan dengan PAS.

Hebat politik dalam PAS sekarang ini bukan sahaja menghasut ahli PAS untuk keluar parti ada juga kempen untuk menghasut ahli DHPP yang tak terpilih untuk putus hubungan dengan PAS.

Hu Pang Chow, pengasas bersama Kelab Penyokong PAS, yang kemudiannya dinaik taraf menjadi sayap keempat dalam PAS, telah memutuskan hubungan dengan parti itu.

Ketika dihubungi, Hu mengesahkannya, dengan alasan telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan baru PAS.

Hu membantu menubuhkan Kelab Penyokong PAS pada 2004, dan kemudiannya menjadi Kongres Penyokong PAS pada 2010.

Ditanya sama ada Hu akan menyokong Gerakan Harapan Baru (GHB), sebuah gerakan yang dibentuk oleh pemimpin progresif PAS, ke arah menubuhkan sebuah parti baru, katanya tunggulah sama ada beliau akan hadir di jelajah GHB di Kota Bharu, Kelantan.

Hu bertanding di bawah tiket PAS di Ayer Hitam menentang Datuk Wee Ka Siong dari MCA dalam pilihan raya umum lalu tetapi kalah.

Sumber TKO - 18-7-2015

DHPP diberi perhatian khusus - Presiden

| .


PENGKALAN CHEPA: PAS akan memberi perhatian khusus kepada Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) memandangkan mereka merupakan sebahagian pendokong parti itu.
Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, apa yang dilakukan PAS terhadap DHPP selaras dengan tuntutan agama.

“Kita menyantuni DHPP bukan atas dasar politik semata-mata, sebaliknya tuntutan Islam yang mengajar penganutnya membela nasib golongan itu.

“Nabi Muhammad SAW mengajar orang Islam membela golongan bukan Islam yang disakiti. Kita wajib membela mereka sebagaimana ajaran al Quran,” ujarnya pada majlis Amanat Khas dan iftar bersama presiden di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), di sini petang semalam.

Turut hadir Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan dan timbalan-timbalan Pesuruhjaya PAS negeri Datuk Mohd Amar Abdullah dan Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan.

Hadir sama Pengerusi DHPP Kelantan, Lim Guan Seng, Pegawai Khas Menteri Besar, Lau Chin Chua dan pemimpin masyarakat serta lantikan politik. - HARAKAHDAILY 7/7/2015

Sumber HD - 7-7-2015


DHPP Adalah Denai Dakwah Untuk PAS
Posted on Saturday, June 27 @ 15:57:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Di tengah2 kekalutan pimpinan DAP menyanggah Kanun Jinayah Islam yg dibawa oleh Pas yang kemudiannya disokong oleh suara2 Liberalis diatas nama progresif ( walhal bukan suatu yg progresif jika undur kebelakang berfikir secara menyongsang Islam), tiba2 DHPP terus istiqamah mempertegaskan sokongannya kepada Pas dan KJI.

Berkali2 En Bala dan Dr Bala, yg kedua2 nya adalah pengerusi DHPP Pusat dan DHPP Trengganu mempertegaskannya dikhalayak Muslim dan Non Muslim. Saya kira itu semua adalah hiburan Allah kepada Pas dan pimpinan yg diserang oleh rakan sekutu dan beberapa org ahlinya sendiri. Itulah sunnatuLlah terhadap langkah dakwah agamaNya sepanjang lakaran sejarah para Ambia'.



Ketika Rasulullah saw gagal mendapatkan sokongan Musyrikin Thaif, Allah dtgkan beberapa org pimpinan Arab Madinah yg belum Islam untuk membantu dakwah yg dibawa oleh baginda. Rasulullah saw merebut peluang itu. Dakwah Islamiyyah dihadapkan kepada mereka sehingga mereka memeluk Islam dan sangggup mati kerananya.

saya yakin, jika peluang yg ada ini dimenafaat kan sungguh2 oleh Pas dan piminannya, DHPP dapat diperkasakan sehingga mampu menjadi akar penting kepada Pas mengantikan tongkat reput yg telah patah. Terus mengheret kaki yg patut dipotong bukan tindakan yg baik dan selesa untuk pas terus bergerak kehadapan. Bukankah Allah telah berfirman yg bermaksud:

"Wahai org2 yg beriman, jika kamu berpaling daripada Islam, Allah akan gantikan kamu dengan Kaum lain". Allah Kasih kepada mereka dan mereka kasih kepada Allah...".

Islam tidak akan menjadi lemah dengan perginya org2 yg lemah dari jamaah islam. Dan musuh tidak akan menjadi kuat dengan datangnya org2 yg lemah itu kepada mereka. Allah ada perancangannya sendiri. yang pastinya perancangan Allah adalah kebaikan untuk jamaah ini, jika kita terus istiqamah mempertahan kan izzah islam.

DHPP adalah denai dakwah yg terbaik untuk Pas menerokainya. Mereka perlu terus didampingi dan dibimbing. Pimpinan Pas yg baru perlu sabar dan bersungguh2 mendidik mereka dengan kesyumulan Islam. Mereka harus difahamkan dengan islam keseluruhannya bukan hanya politik semata2.

Segaris sinar yg memancar nun jauh diu***** malam, menyedarkan kita bahawa kita tidak boleh menerima kegelapan selamanya. Ayuh ahli2 Pas, kita terus bergerak. Biarlah Guruh berdentum dan halilintar menyambar, namun permusafiran dlm perjuangan ini wajib diteruskan.

~ Al-Faqir Mokhtar Senik~
10/Ramadhan/1436/ 27/jun/2015
Ketua Dewan Ulamak Pas Negeri Pahang.


Sumber TKO - 27-6-2015

DHPP Sedia Galas Amanah, Yakin Perlaksanaan Syariah

kam3231(a)-dhpp1

KUALA TERENGGANU – Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) menegaskan, pendirian ‘sayap baru’ PAS itu tidak akan dapat digugat oleh mana-mana pihak, dalam meneruskan perjuangannya menyokong perlaksanaan syariah di Malaysia.

Pengerusi DHPP Terengganu, Dr. Bala Chandran G.K berkata, PAS berbeza dengan parti-parti politik yang lain, kerana parti itu adalah ‘parti yang berwahyu’.

“parti PAS adalah parti yang berwahyu, berlainan daripada DAP atau PKR (kerana) Perlembagaan PAS berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah…………(membawa) kita takut kepada tuhan, (sebaliknya) Umno ingat dia itu tuhan,

“kita nak bersama PAS kerana kita nak menunjukkan (dan menyeru) kepada orang bukan Islam (spaya) berilah satu peluang (kemenangan) kepada PAS, untuk kita (semua) menikmati keberkatan Islam, dan keadilan untuk semua, ”jelasnya.

Beliau menyeru seluruh ahli dan penyokong PAS agar memberikan fokus,menyokong kepimpinan yang telah diberi mandat dalam pemilihan baru-baru ini.

Dr Bala 3

Katanya, sekarang adalah masa untu bekerja memperkemaskan parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang diadakan tidak berapa lama lagi.

“Jika masih ada suara-suara ‘sumbang’ yang berbunyi selepas muktamar…….. itu tidak harus berlaku kerana PAS bukan untuk individu tetapi PAS untuk semua.

“Apa yang penting, kita (PAS) kena buat persiapan untuk pilihan raya (PRU ke-14) akan datang,” tegasnya.

Menurut beliau, DHPP sedia menggalas amanah ‘menjadi jambatan’ merapatkan hubungan antara PAS dengan masyarakat bukan Islam di negara ini, sekiranya DAP tidak mahu lagi ‘berkawan’ dengan PAS.

Oleh itu, beliau akan mengambil tanggungjawab tersebut dan sudah bercadang akan mengadakan satu ‘jelajah ke seluruh negara’ bagi menerangkan kebaikan undang-undang syariah Islam kepada semua kaum di negara ini.

Katanya, langkah tersebut telah pun dimulakan dengan beberapa perjumpaan bersama masyarakat India dan Cina di Kuala Terengganu.

Menurutnya, ramai lagi golongan bukan Islam yang kurang faham terhadap dasar-dasar PAS sehingga mereka menganggap PAS akan memaksakan tatacara kehidupan Islam keatas mereka.

Justeru itu, beliau yakin, dasar PAS untuk menegakkan sebuah kerajaan yang berjalan didalamnya hukum Islam adalah merupakan satu ‘senjata yang paling ampuh’ kepada PAS bagi mengalahkan Umno dan Barisan Nasional (BN).

‘Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak akan kalah sekiranya dilawan dengan wang ringgit dan jentera yang kuat kerana ia memang kekuatan Umno dan Barisan Nasional (BN) selama ini.

“tetapi percayalah…………Umno dan BN kan hanya dapat dikalahkan dengan dengan undang-undang syariah Islam, Hudud dan Qisas,”kata beliau

Sumber BO - 22-6-2015


Diskusi Isu Semasa Dengan DHPP
Posted on Saturday, June 20 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Selesai Solat Sunat Terawih di Surau (Masjid Lama) Durian Burung, saya diajak oleh Dr Balachandran, Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Negeri Terengganu (DHPP) untuk berdiskusi isu semasa dengan saudara kita dari masyarakat India yg terdiri dari golongan profesional pengamal undang-undang, doktor.

Saya merasa senang hati sekali bertukar-tukar maklumat dan membetulkan beberapa salahfaham yg mengganggu dan meresahkan mereka.

Seperti dalam pertemuan-pertemuan dengan kumpulan yang berbeza sebelum ini, perbincangan berlangsung dgn mesra, berterus terang dan saling memahami.


  Sepanjang perjalanan pulang saya merasa perlu banyak sesi penerangan dibuat segera kepada bukan Islam kerana mereka telah ditakut-takutkan dengan dakyah dan propaganda seolah PAS akan paksakan cara hidup Islam kepada bukan Islam termasuk hudud dan pelbagai larangan yang menyekat kebebasan mereka.

Catatan oleh :

Hj Ahmad Amzad Hashim
Ketua Penerangan PAS Kawasan Kuala Terengganu





Sumber TKO - 20-6-2015

PAS HORMATI DASAR SEMUA PARTI PAKATAN RAKYAT - DTITM

PAS hormati dasar semua parti Pakatan Rakyat: SAYA nampak pemimpin PR boleh duduk semeja berbincang isu-isu besar cuma kadang-kadang ulasan media baru.





http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/35719-pas-hormati-dasar-semua-parti-pakatan-rakyat

Sumber HD - 31-5-2015

Orang Cina Takut Hudud Kerana Dihasut

KUALA TERENGGANU – Pada umumnya, kaum Tionghua di bandaraya ini, tidak terkesan dengan ‘momokan’ pihak tertentu yang memberikan gambaran ‘negatif’ tentang syariah Islam, khususnya berkait perlaksanaan hukum Hudud.

Namun begitu, Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Kuala Terengganu, Jefri Chua tidak menafikan, ada segelintir golongan berusia yang merasa ‘takut’.

Tetapi beliau pasti, mereka yang ‘takut’ itu merasakan demikian kerana mereka dihasut dan peikiran mereka ‘diracuni’ oleh pihak tertentu tertamanya oleh parti politik.

jefri chua1

“kalau saya kata, semua orang bukan Islam itu tak ada masalah…..….itu (macam) saya tipu la……….. memang ada hok sikitnya (segelintir) hok takut……kebanyakannya orang tua-tua la……,

“(rasa) takut (kepada hukum Islam) ni bila ada orang hasut…..baru (dia) jadi takut…….agenda ni (penghasut) dia nak menakutkan orang sahaja,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Pejabat Perhubungan PAS Terengganu pada Khamis, 28 Mei.

Walaupun beliau tidak mahu menamakan pihak yang menakut-nakutkan kaum Tionghua terhadap syariat Islam itu, namun beliau pasti, ia adalah parti politik dan orang-orang yang tidak suka kepada PAS.

“biasa hok benda gini memang orang politik…….orang biasa pun ada…..hok dok berahi ke parti PAS dia kata macam-macam……….

“(contohnya dia kata) kalau mu sokong dia (PAS) lain kali )kena) potong tangan….potong kaki….,”jelas beliau.

Justeru itu, Jefri yakin, tidak banyak perubahan yang berlaku kepada undi orang Tionghua Kuala Terengganu yang telah mengundi PAS an Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum kali ke 13 yang lalu.

Bahkan beliau yakin, ia akan dapat ‘diraih’ semula menjelang pilihanraya umum kali ke-14 akan datang.

“kita sebagai DHPP kena teruskan kerja kita la……..memang ada orang Cina yang tak puas hati…..tapi kalau ‘undi lari’ pun tak banyak…….,

“PRU 14 jauh lagi……jadi kita boleh memperbetulkannnya semula,”kata Jefri



Sumber BO - 30-5-2015

Lebih Baik Bersama MCA, MIC Kalau PR Tentang Hudud – Dr Bala

Oleh KAM

KUALA TERENGGANU – Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Terengganu melahir kesediaannya bagi membantu memperkuatkan perjuangan parti termasuk pelaksanaan hukum hudud.

Pengerusinya, Dr Bala Chandran GK berkata hudud yang diperjuangkan oleh PAS bakal menjatuhkan Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Justeru, katanya jika ada di kalangan parti Pakatan Rakyat yang menentang hudud lebih baik mereka bersama dengan MCA dan MIC.

Menurutnya, PAS diingatkan agar tidak hilang fokus dengan matlamat perjuangan bagi melaksanakan syariat Islam.

“DHPP merupakan satu dewan yang bersama dengan perjuangan PAS untuk melaksanakan syariat Islam. Kita (PAS) jangan hilang fokus kerana fokus kita adalah untuk melaksanakan syariat Islam.

kam3217(c)-dhpp3

“DHPP menyokong pelaksanaan hudud kerana hudud itu dari Allah Ta’ala. Kita (manusia) tidak hak untuk mencabar atau mendebat masalah hudud.

“Hududlah yang akan menjatuhkan Umno-BN. Jika Pakatan Rakyat tidak menyokong hudud adalah sia-sia sahaja untuk menjatuhkan BN. Baik ‘join’ (bersama) sahaja dengan MCA atau MIC,” jelasnya ketika berucap mewakili DHPP pada Konvensyen PAS Negeri Terengganu 2015, di Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah (Kudqi), Kubang Lembek, Manir, 23 Mei lalu.

Konvensyen itu dirasmikan oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan membawa tema “Road To WDI-PAS Harapan Semua” di hadapan lebih 1,500 pesertanya.

Dr Bala turut mengingatkan rakyat bahaya sentiment perkauman lebh dahsyat dari pelaksanaan undang-undang hudud yang diperjuangkan PAS.

Katanya, pihak pemerintah mendominasikan perkauman dengan slogan ‘Hidup Melayu’ yang belum tentu Islam selamat.

“Pada kami (DHPP) isu perkauman itu lebih bahaya dari (pelaksanaan) hudud. Hidup Islam, semua rakyat akan selamat tetapi dengan hidup Melayu, belum tentu Islam boleh selamat.

“DHPP hendak belajar dengan PAS, bagaimana untuk melaksanakan keadilan Islam dan itu yang penting, bukan perkauman,” tegasnya.

Menurutnya, perlaksanaan hukum hudud dalam negara ini akan memperkasakan ‘amar makruf nahi mungkar’.

Sumber BO - 27-5-2015

DHPP Terengganu ‘Tempelak’ Tindakan 17 Ahli Jawatankuasa Kawasan Batu


KUALA TeRENGGANU – Pengerusi Dewan Himpunan PAS Negeri Terengganu, Dr. Bala Chandran GK menempelak tindakan 17 orang Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Batu yang meletakkan jawatan dan ‘mufaraqah’ dari parti.

Beliau berkata, ia bukan satu hak kepada mereka untuk berbuat demikian.

Sekiranya mereka tidak berpuashati, mereka boleh menyuarakannya dalam Muktamar, termasuk hasrat untuk menukar pemimpin.

“itu bukan hak dia orang……..hak dia (suarakan) dan cabar (kepimpinan) dalam Muktamar…….kita pilih pemimpin dalam Muktamar dan kalau keputusan (dibuat) kita terima,

“dia (mereka) tidak ada untuk meletakkan jawatan……..ini (PAS) bukan (satu) parti untuk dipermain-mainkan,”ujarnya

Dr Bala 170315

Beliau berkata PAS bukan suatu parti yang biasa, tetapi adalah gerakan Islam yang berwahyu, yang meletakkan al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan dalam perlembagaannya.

“parti PAS adalah parti yang berwahyu……….perlembagaanya adalah berdasarkan ugama Isam (al-Quran dan as-Sunnah) bukan (PAS) dibuat secara rambang,

“orang bukan Islam melihat (perletakkan jawatan) sebagai suatu yang tidak masuk akal (yang berlaku) dalam satu parti Islam,”jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Pejabat Perhubungan PAS Terengganu pada Rabu 17 Mac.
Mengulas situasi pemilihan kepimpinan yang sedang ‘hangat’ diperkatakan sekarang, beliau berkata, semua masalah yang berlaku adalah perkara biasa dalam parti politik.

Katanya semua parti politik dan mana-mana organisasi menghadapi masalah termasuk parti komponen Barisan Nasional, parti MIC dan Umno.

Beliau menyifatkan, ia bukanlah satu krisis yang besar dan akan dapat diselesaikan, dengan syarat pertandingan dijalankan mengikut peraturan dan pihak yang menyokong mana-mana pemimpin tidak menjatuhkan maruan antara satu sama lain.

“mana yang tak masalah………mungkin (apabila masuk) dalam kubur sahaja tak ada masalah (dunia), masalah dalaman parti……..(kita boleh) tengok Umnodan MIC….semua (parti) ada masalahnya……..bukankah Umno mentadbir negara?

“jadi ikutlah pertauran (go by the book) tak perlu kita memperlekehkan sesiapa……..nak menjatuhkan sesiapa……jangan kita ambil budaya Umno dan Barisan Nasional…..letak jawatanlah……dan sebagainya……..,”tegas beliau.

Mengulas lanjut, beliau tidak yakin ada pemimpin PAS yang akan mencabar jawatan Presiden yang disandang oleh Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, tetapi sekiranya ada, Dr. Bala yakin Ustaz Hadi akan menang.



Sumber BO -18-3-2015











Naliraja Sengodan dipilih Ketua DHPP Perak

MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR | .


IPOH: Naliraja Sengodan telah dipilih menjadi Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Perak yang baharu.

Beliau diumumkan menang jawatan tersebut setelah menerima undian tertinggi berbanding seorang lagi calon, Suria Narayanan Naidu.

Timbalan pengerusi pula telah dimenangi oleh mantan Pengerusi DHPP Perak, Beh Heng Kin yang turut ditandingi Applasamy Jentakiah.

Jawatan Naib Pengerusi pula masing-masing dimenangi oleh Balakrishnan Karuppiah, Pavalan Dorasamy, dan Krisnaveny Subramaniam.

Para perwakilan telah melantik enam orang mengemudi jawatan ahli jawatankuasa iaitu Kandasamy Marie, Balasubramaniam Sengodan, Jiwa Yogeswari Visulingam, Wai Chee Sing, Richard Wong, dan Kaniappen Govindasam.

Pemilihan tersebut dibuat dalam Majlis Mesyuarat Pemilihan DHPP Negeri Perak yang yang diadakan di Pejabat PAS Perak, Ipoh semalam.

Ianya telah melibatkan perwakilan daripada seluruh kawasan bagi menentukan ahli jawatankuasa baru dewan itu.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria dan turut dihadiri oleh Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin serta ahli jawatankuasanya.

Mohammad Nizar ketika ditemui Harakah melahirkan rasa gembira apabila DHPP Perak berjaya
menjalankan satu amanah parti iaitu pemilihan jawatankuasa baru.

Menurutnya, DHPP Perak adalah antara paling aktif dan mempunyai ahli jawatankuasa yang cukup mantap apabila disertai oleh berbilang bangsa. - HARAKAHDAILY 22/12/2014

Sumber HD - 22-12-2014











Presiden PAS hadir majlis kahwin anak Pengerusi DHPP

KHAIRIL ABDUL RAHIM | .




JERANTUT: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan isteri hari ini menghadiri majlis perkahwinan anak kedua Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pusat Balasubramaniam Nachiappan, di dewan majlis daerah dekat sini. (Foto atas dari fb Tuan Ibrahim)

Majlis yang meriah dan gilang gemilang itu menyaksikan Balendran, 29, yang juga Ketua Pemuda DHPP Pahang bertemu jodoh dengan kenalannya Ruupawathy, 27, dari Segambut, Kuala Lumpur.

Turut hadir Naib Presiden PAS yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat yang juga Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, Ahli Parlimen Temerloh Ustaz Nasrudin Hassan serta pimpinan Pakatan Rakyat (PR) dan DHPP seluruh negara.

Sementara itu, Balasubramaniam mengucapkan terima kasih kepada pemimpin bersama kira-kira 3,000 yang hadir ke majlis jamuan tersebut.

“Ramai orang India yang memberitahu saya mereka kagum dan pertama kali melihat begitu ramai orang Melayu yang hadir ke perkahwinan yang penuh adat istiadat bangsa India ini.

“Tidak lupa juga ucapan terima pihak kami kepada PAS Jerantut dan Kuala Krau yang bertungkus lumus menyediakan makanan orang Islam. Begitu juga dengan Unit Amal yang bekerja keras,” katanya. - HARAKAHDAILY 2/11/2014

Sumber HD - 2-11-2014



















































DHPP P. Pinang mahu kongsi pengalaman Madinah Ramadan

SALMAH MAT HUSAIN/Foto: RIZAL TAHIR | .




KOTA BHARU: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pulau Pinang menyumbang sebanyak RM7,500 kepada Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob.

Sumbangan berkenaan disampaikan Pengerusinya, Asokan Perumal di Pejabat Menteri Besar semalam. Perumal ketika ditemui memberitahu sumbangan itu dipungut melalui sumbangan peribadi daripada pimpinan DHPP Pulau Pinang.

“Bermula tahun ini kami berbuat demikian dan mengambil keputusan untuk menyumbang pada Menteri Besar untuk program kebajikan,”ujarnya.

Pada masa yang sama, beliau berharap kerajaan Kelantan dan MPKB-BRI memberi satu ruang kepada DHPP setiap tahun di Madinah Ramadan untuk mereka berkongsi maklumat serta pengalaman pihaknya bersama PAS.

Katanya, pengalaman di Madinah Ramadan begitu menarik perhatiannya di samping melakukan kerja-kerja kebajikan di situ selain majlis berbuka puasa beramai-ramai.

Beliau turut memberitahu pada 24 Julai ini pihaknya akan mengadakan ceramah berhubung nasib umat Islam di Gaza dengan kerjasama DHPP Pusat dan PAS Negeri.

“Derita umat Islam di Gaza bukan lagi soal keagamaan, sebaliknya ia berkaitan kemanusiaan,”ujarnya.

Sementara itu, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, ketika ditemui mengucapkan rasa syukur kerana DHPP Pulau Pinang mengambil inisiatif yang cukup bermakna tahun ini.

Katanya, tindakan itu membuktikan kesepakatan mereka ikhlas bersama PAS, sehingga sanggup mengumpul dana untuk diberikan kepada pemimpin PAS di peringkat negeri untuk program kebajikan.

Katanya, ia akan disumbangkan kepada golongan miskin serta mengimarahkan program Ihya’ Ramadan. – HARAKAHDAILY 21/7/2014

Sumber HD - 21-7-2014

No comments:

Post a Comment