BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Friday, July 11, 2014

SALAM PERANTAU SEMPENA IDULFITRI 1435H

Salam Idulfitri 1435H




Maaf zahir dan batin | 0.
Makluman: Harakahdaily memberi peluang kepada warga Malaysia yang menuntut, bertugas dan menetap di luar negara untuk menyampaikan ucapan sempena Ramadhan dan Idulfitri 1435H kepada kaum keluarga dan sahabat 
handai di negara ini. Foto beserta nama, alamat dan ucapan boleh dihantar ke e-mel editorharakahdaily@gmail.com.



Saya dan suami, mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada keluarga kami yang berada di Kuala Lipis, sanak saudara dan sahabat handai. Terima kasih juga kepada KPT dan IIUM kerana menaja pengajian saya di sini. Maaf zahir dan batin diucapkan daripada kami Noratikah Othman dan Asfar Harris Abdul Ghofar dari University of Reading, England.
::_______________________________________________________________


Salam Ramadhan dan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat keluarga yang berjuta batu jauhnya terutama keluarga Haji Ahmad Subki, keluarga Haji Latif, keluarga Dato' Taha , keluarga Fauziah dan keluarga Azmi. Tidak lupa juga kepada pensyarah-pensyarah Geologi UKM dan rakan-rakan yang mengenali kami. Ikhlas daripada Azrin dan Huzaifah, University of Birmingham, United Kingdom.

Sumber HD - 27-7-2014


Mohd Fadli

United Kingdom | .


Salam Lebaran kepada keluarga dan sanak saudara di Malaysia terutamanya buat keluarga Haji Mohd Nasir dan Hajah Aeshah, adik-beradik (Hathib, Fahmi, Fazil, Hafizah) yang tersayang di Besut, Terengganu. Tidak dilupakan juga kepada guru-guru dan sahabat handai yang mengenali saya semasa di bangku persekolahan SK Tok Raja, SMS Sultan Mahmud dan Universiti Malaya yang sentiasa dirindui. Doakan keselamatan dan kejayaan saya di sini. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir & batin daripada Mohd Fadli Bin Mohd Nasir, Master Advanced Computer Science, University of Manchester, United Kingdom.

Sumber HD - 27-7-2014


Nik Shahman

Delft, Belanda | .




Salam Ramadhan dan Salam Aidilfitri 1435H (2014) diucapkan kepada semua ahli keluarga khususnya di Kota Bharu, Kelantan, Kuala Terengganu, Terengganu dan Kedah. Ucapan ini juga ditujukan kepada semua kenalan dan teman-teman yang mengenali kami di seluruh Malaysia. Mohon Maaf Zahir dan Batin. Semoga Ramadhan dan Syawal kali ini diberkati dan diredhai Allah SWT. Ucapan ikhlas daripada Nik Shahman, Mazura, Nik Nur Arissa dan Nik Nur Ariana. - Delft, Belanda

Sumber HD - 27-7-2014


Ahmad Naqeeb Yahya

West Virginia University, USA. | .




Salam Ramadhan dan Aidilfitri kepada keluarga, sanak-saudara, sahabat serta semua yang mengenali diri. Tidak lupa juga kepada guru-guru dan tenaga pengajar di Sek. Keb. Lembah Keramat, Sek. Men. Sains Tengku Abdullah, Victoria Institution, dan Multimedia University. Maaf zahir dan batin daripada Ahmad Naqeeb Yahya di West Virginia University, USA.

Sumber HD - 27-7-2014


Amirah Nur Fhatihah

Australia | .


Salam Aidilfitri kepada keluarga, sahabat yang mengenali kami dan semua umat Islam. Mohon maaf atas segala salah silap dan doakan kejayaan kami disini. Dari kiri: Amirah Nur Fhatihah Mohamad Riza, Hayatul Huda Hashim, Nur Syafiqah Radzman, Munirah Syafika Abd Rahman. Ikhlas dari kami di University of Tasmania, Australia.

Sumber HD - 27-7-2014


Mohd Khalid Nasir

USA | .


Selamat menyambut hari lebaran kepada ibu bapa, mertua, adik beradik, ipar duai, ahli keluarga, sahabat handai, semua yg mengenali, muslimin & muslimat di mana jua berada, tak lupa juga warga UKM, KPM. Maaf Zahir Batin. Semoga semua diberkati ALLAH SWT. InsyALLAH tahun depan kita jumpa. AMIN
Dari Colorado State University, USA.

Mohd Khalid Mohamad Nasir, S.Fatimah, Muiz, & Aqilah.

Sumber HD - 24-7-2014



Syed Husain Solahuddin

Yaman | .



Taqobbalallahu Minna Wa Minkum

Di samping bergembira janganlah pula kita melupakan nasib saudara-saudara kita yang ditindas dan dizalimi oleh musuh Allah. Beraya kita pastikan terkuburnya penzalim kuasa. Mohon ampun dan maaf segala salah dan dosa kepada semua umat Islam khususnya keluarga dan sahabat-sahabat di Malaysia.

Dari kiri: Syed Husain Solahuddin Bin Syed Hasan, Nasih Muslih Bin Hamazah, Amirul Aizab bin Mamat, AzizulHafiz bin Harun, Muhd Alif Bin Mat Sidek, Ridhwan Alyamani, Mohd Nasrullah bin Harun, Muhd Afiq Awang dan Wan Ahmad Fakri Bin Jakfar

Pelajar Tahun Satu Jurusan Dirasah Islamiah Universiti Sains Dan Teknologi Yaman.

Sumber HD - 24-7-2014



Muhammad Azrul

United Kingdom | .


Selamat Hari Raya Aidilfitri dan maaf zahir batin diucapkan kepada ibu bapa dan keluarga tercinta yang berada di Bayan Lepas,Pulau Pinang dan Kulaijaya,Johor serta saudara mara di seluruh Malaysia. Tidak lupa buat pihak penaja Institut Pergigian dan Perubatan Termaju (IPPT) USM, pensyarah-pensyarah di USM dan UIA serta sahabat handai yang mengenali kami di seluruh negara. Salam rindu daripada kami, Muhammad Azrul bin Zabidi, Noor Liyana binti Sarji, Nur Qasrina Auni dan Nur Qhalilah Amni di Sheffield, United Kingdom. Doakan kami selamat pulang ke bumi Malaysia tidak lama lagi.

Sumber HD - 24-7-2014



Sheikh Asy Syafiee

Sheffield, UK | .


Salam Lebaran kepada Mak Abah yang berada di Teluk Intan & Mentakab. Juga kepada adik-beradik yang disayangi, sanak saudara dan sahabat handai di PROTON, GAPPIMA & UPSI serta semua yang mengenali kami di seluruh Malaysia. Maaf Zahir Batin daripada kami: Sheikh Asy Syafiee, Nor Nazrina, Najya Maryam & Sirin Nasuha, The University of Sheffield, UK.

Sumber HD - 24-7-2014



Zulzamri Salleh

Queensland Australia | .


Salam Ramadan dan salam lebaran 1435H buat keluarga tersayang Hjh Kalsom & Hj Munir, Hj Mohamed & Pn Esah di Terengganu. Tidak lupa juga buat rakan sekerja UniKL MIMET dan seluruh warga kerja Majlis Amanah Rakyat (MARA). Mohon ampun dan maaf daripada kami: Zulzamri Salleh, Sukinah Mohamed, Adriana, Kamilia dan Adib Zikry di University of Southern Queensland Australia.

Sumber HD - 22-7-2014




Nik Mohd Izham

Manhattan, USA | .


Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada kedua ibu bapa kami di Kubang Kerian dan Bachok Kelantan, keluarga, sanak-saudara, pensyarah-pensyarah USM & UTM, guru-guru, sahabat handai dan semua yang mengenali, Maaf Zahir &Batin. Dari Nik Mohd Izham, Nurulsyaida, Nik Izz Ramadhan and newborn baby Nik Jannah Az-zahra, Manhattan KS USA.

Sumber HD - 22-7-2014




Mohd Saufi

Bangor, Wales | .


Selamat menyambut Idulfitri dan salam sayang dari kami sekeluarga untuk keluarga di Kg Pulau Tebu terutama Hjh Saadiah Ab Majid serta kakak kakak yang berada di serata negeri Kelantan. Rindu berhari raya bersama namun dipisahkan beribu batu. Maaf zahir batin dari kami kepada semua. Doakan kami selamat selama kami masih di UK. Semoga semua berbahagia di Idulfitri. Juga kepada semua sahabat handai yang mengenali kami. Salam sayang di perantauan, maaf zahir batin.
Mohd Saufi & Noazira Idris
Bangor University, Bangor, Wales.

Sumber HD - 22-7-2014




Aliah

Sydney, Australia | .


Selamat hari raya dan maaf zahir batin kami ucapkan kepada semua yang mengenali diri kami. Di kesempatan ini juga, kami ingin memohon ampun dan maaf di atas segala salah dan silap kami. Halalkan segala ilmu, makan minum, hutang dan segalanya. Buat keluarga tercinta, doakan kecemerlangan kami sentiasa. InsyaAllah, tahun depan kita dapat beraya bersama.> Dari kiri: Suhaila, Hazmie, Aliah, Zirah, Ammar, Iqbal dan Ainnudin (Final year engineering student), University of New South Wales (UNSW), Sydney, Australia.

Sumber HD - 22-7-2014





Lala Suhaila

Tokyo, Japan | .


Salam Aidilfitri buat keluarga di Simpang Renggam, Johor dan sanak saudara di Kluang dan Batu Pahat, Johor. Tidak lupa juga buat warga Fakulti Sains, Universiti Teknologi Malaysia dan Pusat Sains Angkasa, Universiti Kebangsaan Malaysia. Saya juga ingin mengucapkan salam Aidilfitri buat Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Razak dan isteri, ketua pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Isteri serta yang dikasihi Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan isteri. Daripada: Lala Suhaila, National Institute of Information and Communications Technology, Tokyo, Japan.

Sumber HD - 19-7-2014





Tapis Charlie

Laut China Selatan | .

'Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin Daripada Kami Warga EMEPMI Tapis Charlie, Laut China Selatan.'

Thanks & Regards
Muhammad Waliyuddin Bin Mohd Ijhar
Selangor, Malaysia

Sumber HD - 19-7-2014

Hayatul Qadira

United Kingdom | .




Selamat Hari Raya Aidilfitri dan maaf zahir batin ditujukan kepada ayahanda tercinta, Ismail Lebai Mohamad dan bunda tersayang, Che Som Md Jali yang kini berada di Ayer Tawar, Perak Tidak dilupakan adik beradik, saudara mara, warga pendidik di SRK Methodist, SMK Ambrose, KMPP dan UPM dan juga sahabai handai yang mengenali diri saya. Doakan kejayaan saya di sini.
 
Daripada: Hayatul Qadira binti Ismail, University of Reading, United Kingdom.

Sumber HD - 19-7-2014

Nur Imani

Manchester, United Kingdom | .


'Taqaballahuminna Waminkum buat semua ahli keluarga kami di Shah Alam, Kajang dan Pulau Pinang serta rakan-rakan yang mengenali kami. Semoga Ramadhan kali ini membawa keberkatan kepada semua. Makan ketupat dan rendang ingat-ingatlah kami di sini. Salam dari kami Norzalila Jamaludin dan Nur Imani Ahmad Puaad di Manchester, United Kingdom'.

Sumber HD - 19-7-2014

Muhammad Rosdi

University Of Bath | .


Selamat Hari Raya Aidilfitri buat keluarga Hj Abu Hassan Shafiee, Hjh Fauziah Hj Ali, Hj Zobir Kamaruddin dan Hjh Rafidah Mat Radzi yang berada di Desa Sri Jenaris Kajang, Kg Melayu Sri Kundang Sg Buloh dan Parit Buntar Perak Tidak dilupakan saudara mara, sahabat handai, guru-guru dan rakan-rakan di SMK Convent Kajang, UUM, MRSM Kuala Kubu Baharu, UM dan penaja MARA. Semoga Ramadhan membawa seribu keinsafan dan semoga Aidilfitri membawa seribu kenangan dan kebahagiaan. Maaf zahir dan batin. Kenang kami dalam doamu.

Minal aidil wal faizin

Daripada Muhammad Rosdi Abu Hassan, Siti Zaidah Mohamad Zobir & Aisyah Fatihah (5 bulan).
PhD in Physic, University Of Bath, United Kingdom.

Sumber HD - 17-7-2014

Mohamad Na'im Nawawi

Australian Maritime College | .


Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh umat islam di dunia, terutama sekali keluarga tercinta yang berada di Taman Cahaya Kota Puteri, Johor Bahru, Johor. Tidak lupa juga kepada warga MARA, warga pendidik serta rakan-rakan yang mengenali saya. Doakan kejayaan saya dunia dan akhirat. Daripada: Mohamad Na'im Nawawi (Australian Maritime College, UTAS, Australia).

Sumber HD - 17-7-2014

Zainudin Nazha

University of Tasmania | .



Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin kepada semua umat Islam di seluruh dunia terutama sekali keluarga tercinta yang berada di Bagan Datoh Perak, Jempol N.Sembilan dan Batu Pahat Johor, Malaysia.

Tidak lupa kuga kepada warga MARA, warga pendidik serta rakan-rakan yang mengenali kami. Doakan kejayaan kami dunia dan akhirat. Daripada: Zainudin Nazha, Shafiq Azwan, Armizi Samijan (University of Tasmania, Australia).

Sumber HD - 16-7-2014

University of Liverpool

University of Liverpool | .



Assalamualaikum wrm, selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mulia ini dan Salam Aidilfitri diucapkan kepada bonda dan ayahanda yang berada di kampung serta ahli keluarga dan sanak saudara tersayang, dengan ucapan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.

Salam Aidilfitri juga kepada guru-guru, sahabat-sahabat serta yang mengenali diri ini. Tidak lupa juga kepada penaja kami MARA dan seluruh rakyat Malaysia khususnya. Semoga amal ibadah kita diterima oleh-Nya dan memperoleh rahmat dan keampunan-Nya, insya-Allah.

Dari kiri: Harris Zainul, Nabil Muhidin, Nurayzat Johari, Law Cheunyao, Aiman Iskandar, Ruslan Aiman dan Imran Azman, University Square, University of Liverpool

Sumber HD - 16-7-2014

Mohd Zain Hasan

Wollongong, Australia | .


Kami ingin mengucapkan salam Ramadhan dan salam Aidilfitri kepada kaum keluarga dan sahabat -sahabat kami di seluruh Malaysia. Maaf zahir dan batin.
Daripada: Mohd Zain bin Hasan dan Nurul Syazana binti Abdul Halim, University of Wollongong, Wollongong, Australia.

Sumber HD - 16-7-2014

University of Tasmania

Australia | .



Selamat berpuasa dan Selamat Hari Raya Aidilfitri ditujukan buat keluarga, guru-guru, penaja, sahabat handai, dan insan-insan yang mengenali kami. Semoga kami sentiasa diingati sepanjang Ramadhan dan Syawal. Maaf zahir dan batin.

Atas (dari kiri): Amir, Zahid, Epul, Amir, Khalid, Aie, Fahmi, Kamarul, Najmie, Akif, Fadzil, Syahir, Ubai, Imam Sabri, Omar, Ali, Kamil, Ikram.

Tengah (dari kiri): Lidya, Ayesha, Maryam, Adzwin, Mak Tun, Nabilah, Nadia, Maisarah, Iffa, Wawa, Farish, Shamsiah, Nabihah, Yana, Farah Aimunie, Ezza, Aimi, Norley, Xavey.

Bawah (dari kiri): Syaer, Murni, Eirleeza, Aziemah, Rafidah, Bazilah, Maisarah, Eleena, Safwana, Laila, Izrin, Fatin Nabila.

Tempat menetap: Hobart, Tasmania, Australia. (University of Tasmania, Australia)

Sumber HD - 15-7-2014

Muhamad Thaqif

Cranfield University | .

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat keluarga tercinta dan sahabat handai yang mengenali diri ini yang berada di Rawang, Kepong dan seluruh Malaysia..
Maaf zahir dan batin… Daripada Nadia, Muhamad Thaqif dan Muhamad Faris Cranfield University, England, United

Sumber HD - 9-7-2014


Kami mahasiswi jurusan Shariah dan Bahasa Arab Universiti Yarmouk Irbid, Jordan pelajar tajaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ingin mengucapkan Salam Ramadhan Al-Mubarak dan Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin buat keluarga dan sanak saudara serta kenalan yang dirindui di seluruh Malaysia khususnya yang berada di Klang, Kapar, Puchong, Kajang, Tanjung Karang dan Shah Alam. Tidak lupa juga buat guru-guru sekolah SAMTTAR Sg. Manggis, SAMTTAJ Shah Alam, SAMBestari, SAMT Hishamuddin Kg. Jawa, SAM Jeram, SAM Hulu Langat, SAM Tanjung Karang dan KISAS. Dan buat semua yang mengenali. Kullu 'am wa antum bi khaer. Dari kiri Noor Saidah Khalidah Salehudin, Siti Maisarah Mohamad Amin, Nor Aida Madihah Aziz, Wan Nurliyana Najwa Nordin, Aina Salsabila Mat Rahim, Nurul Hanis Kamarudin, Aida Tapsir, Siti Hajar Ahmad Nurman dan Atikah Murtadha.


Azhar Ahamat, University of Leeds, United Kingdom kepada Ahamat Bachik dan Rosinah Abu Bakar di Kampung Pernu, Melaka.
Ucapan: Selamat Berpuasa dan Salam Aidilfitri kepada Ayah, Mak, Abg Amir & family, Abg Haniff & family, Azlina & anak2, Hafiz & family, saudara mara di Melaka, Seremban, Selangor dan KL serta rakan-rakan yang mengenali saya terutamanya di Sony EMCS Bangi. Maaf Zahir dan Batin.




Saya Habibullah Mohd Ghazali graduan Universiti Al-Azhar Kaherah Mesir, bersama isteri dan anak tercinta Yasmin Mansor dan Ahmad Harith Al-Misri Habibullah kini berada diperantauan Mansourah Mesir, ingin mengucapkan 'Salam Ramadhan Kareem' dan 'Salam 'eidulfitri' maaf zahir dan batin kepada Emak&Ayah serta Adik-adik di Nilai, Emak mertuaku, Abang ipar, Kakak ipar, Biras dan Anak-anak buah di Senawang, Sahabat lama di SMAD KLANA, DQ ,ITQAN, barisan fasilitator ASA Explore Traning&Consultancy serta tidak lupa semua sanak saudara dan ahli keluarga jiran di kampung yang mengenali kami. Moga Ramadhan pada tahun ini diberikan 'Maghfirah' serta mendapat kemenangan terbesar menjelang 1 Syawal yang bakal tiba. Taqabbalallahu waminna waminkum.. Kullu'am Wa Antum Bilkhair.


Daripada:Shahruznaim bin Shamsuddin
Lokasi:Bangalore,India
Kepada:keluarga di Malaysia

Ucapan:selamat hari raya aidilfitri kepada ibu bapa kami,guru-guru di Saser,STJ,MRSM Langkawi,MRSM Jasin,SBPI Batu Rakit,MRSM Serting,MRSM Jeli,Sains Machang,sahabat handai yang mengenali dan juga kepada penaja kami MARA.
Dari kami;
Pelajar tahun akhir MBBS International Medical School MSU Bangalore Campus
Bhagwan Mahaveer Jain Hospital




Kami ingin mengucapkan Salam Ramadhan, dan juga Salam Aidilfitri kepada kedua ibu bapa, keluarga, dan rakan-rakan kami di Malaysia. Tidak lupa juga kepada penaja kami, Majlis Amanah Rakyat (MARA); dan para tenaga pengajar di UniKL MIAT. Minta ampun, minta maaf di atas segala salah dan silap kami. Salam Perantau dan salam rindu daripada kami, pelajar-pelajar tahun akhir 'Licencing Program B2 Aircraft Maintenance Engineer' Air Service Training, Perth, Scotland. Barisan Atas (dari kiri: Fikry, Hakim, Ashraf, Adie, Zaim, Arif, Fauzee, Afnan, Hikmi). Barisan Bawah: Azri

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Salam Ramadhan Kareem & Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada keluarga terutama ibu saya, Puan Jamaliah binti Md Salleh dan ayah saya Mohammad Murad bin Hormen, serta adik beradik saya, Nurazlin Sofia binti Mohammad Murad & Nurul Amirah binti Mohammad Murad yang berada di Klang Selangor. Tidak lupa juga buat semua sanak-saudara dan rakan-rakan di Malaysia yang mengenali diri ini.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin.

Ikhlas daripada;
Siti Khadijah binti Mohammad Murad,
University of New South Wales (UNSW), Australia.


Salam Ramadhan dan Selamat Hari Raya kepada Abi, Umi, Abah Ummi, serta keluarga di Padang Pak Omar dan Wakaf Bunut, Kelantan, warga Sek Men Keb Bukit Jawa (SMKBJ) dan sahabat handai yang mengenali kami. Ampun dan maaf dipinda dari kami Ahsan Nur Mubarak, Nen Hasbeyah dan Izz Walee Mahdi- Cranfield University, United Kingdom.


Daripada Maizatul Akmal,Adibah,Hamizah dan Ain Norshahiwa ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua warga Malaysia terutama ahli keluarga di Johor, Selangor dan Kelantan. doakan kami dipermudahkan dalam jihad menuntut ilmu dari kami mahasiswi Universiti Mu'tah The Heshimate Kingdom of Jordan.

Muhammad Asyraf Md Hatta

. | .

Saya Asyraf beralamat 76, Caddow Road, NR5 9PQ, Norwich, UK.

Berikut saya lampirkan gambar dan ucapan salam perantauan di Harakah:

Salam Ramadhan dan Idulfitri diucapkan kepada ibu bapa dan keluarga di Ipoh, Perak dan Sg. Bakap, P.Pinang, keluarga dan sahabat handai yang mengenali kami, tidak lupa warga UIA Kuantan, UPM Serdang, KISAS dan SRC Ipoh. Maaf Zahir dan Batin daripada kami sekeluarga, Muhammad Asyraf Md Hatta, Khalilah Ghazali, Afnan Wafi dan Nur Amni di University of East Anglia, Norwich, United Kingdom.

Muhammad Asyraf Abd Latip

. | .

Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak dan selamat Hari Raya Idulfitri 1435 H kepada umi ayah, Pn. Rosminah dan En. Abd Latip, serta famili dan saudara mara yang berada di Taiping, Perak dan sahabat-sahabat yang mengenali diri ini terutama dari UIA Kuantan. Maaf zahir dan batin dipinta dan doakanlah diri ini supaya selalu menjaga diri di negera orang. Daripada Muhammad Asyraf bin Abd Latip, The University of Sheffield, United Kingdom.

Siti Masyitah Muhd Radzi

. | .


Selamat berpuasa danSalam Aidilfitri buat keluarga tercinta di Kuala Ketil, Kedah, sanak saudara di Kulim,Kedah dan Permatang Pasir,Pulau Pinang, guru-guru serta rakan-rakan yang mengenali diri saya. Tidak lupa jutaan terima kasih kepada penaja, JPA. Semoga Ramadan tahun ini lebih bermakna dari yang sebelumnya. Salam Aidilfitri.

Daripada :
Siti Masyitah binti Muhd Radzi,
Tahun 3,
Ekonomi dan Perbankan Islam,
Universiti Yarmouk, Jordan.

Sumber HD - 7-7-2014

No comments:

Post a Comment