BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Monday, July 14, 2014

PAS PUSAT DAN MAJLIS SYURA ULAMAK



ROKET..KATAK...semuanya tiada halangan

Posted on Wednesday, October 14 @ 23:29:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

"

Telah menjadi kelaziman Duta negara asing akan mengunjungi Pejabat PAS untuk kunjungan hormat.Apa tandanya? Ini menunjukkan pengiktirafan sesebuah negara itu kepada PAS selaku partai yang berpengaruh dalam bidang politik di Malaysia.

Ramai Duta termasuk Amerika,Jepun,Jerman telah mengunjungi Pejabat PAS.Tentunya duta yang mewakili negara mereka membawa mesej penghormatan negara yang diwakilinya terhadap PAS.Biasanya di akhir kunjungan itu ada slot bergambar dan berjabat tangan.Biasalah.

Apabila Ketua PERKASA NGO pro UMNO Ibrahim Ali  mengunjungi Pejabat PAS dan berpelukan dengan Presiden PAS tiadalah yang peliknya.Mereka bersetuju dalam perkara menentang kezaliman dan menegakkan keadilan iaitu TPPA,1MDB dan SOSMA.

3 perkara setuju bersama itu juga turut diperjuangkan sebagai isu oleh DAP,PAN dan PKR.Apa yang peliknya? Barangkali kerana TGHH bergambar sambil berpelukkan dengan Ibrahim Ali dan kunjungan PERKASA ke Pejabat PAS.

Sudah menjadi kelaziman TGHH meraikan tetamunya. Lihat ketika PAS mula memerintah Terengganu 1999 dimana TGHH mengunjungi Sultan Mizan di Istana Badariah dan mereka berdua berpelukan.Begitu juga semasa Lim Kit Siang datang ke Wisma Darul Iman ketika TGHH menjadi MB.Mereka berdua juga berpelukan.Tiada yang peliknya.

Kunjungan Ibrahim ke Pejabat PAS menunjukkan Ibrahim iktiraf peranan dan pengaruh PAS selaku kuasa  politik negara setanding UMNO.Ibrahim tahu PAS sudah tidak mempercayainya selepas kes menjadi MP Pasir Mas tempoh hari 2008-2013.Tetapi mengapa Ibrahim sanggup "melompat tangga" bangunan PAS semata-mata mahu jumpa TGHH?Jauh sekali Ibrahim mahu pijak pejabat PKR maupun PAN(PAN ada ibupejabat ke?)

Yang peliknya foto tentang Mat Sabu bersama amoi yang di anggap macam cucunya di BERSIH atau Rosmah berpelukkan dengan Lee Chong Wei selepas kejohanan badminton.

Selepas PERKASA,giliran siapa pula mengunjungi Pejabat PAS ? MCA,GERAKAN,MIC ? Semuanya tiada yang mustahil selagi namanya politik.

APA YANG PELIKNYA ?"

Sumber TKO - 14-10-2015


Demi kepentingan Melayu-Islam, Perkasa dan PAS jalin kerjasama

Posted on Wednesday, October 14 @ 12:20:41 MYT by paktam

OLEH MOHD FARHAN DARWIS

PAS dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa)semalam memeterai kerjasama secara terbuka membabitkan isu yang menyentuh kepentingan Islam dan Melayu.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mengumumkan kerjasama antara parti Islam itu dengan Perkasa melibatkan 3 perkara, iaitu menyambut baik titah Majlis Raja-raja Melayu berkenaan isu membabitkan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Selain itu, PAS dan Perkasa menggesa pihak berkuasa membebaskan bekas ahli Umno, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, dan peguamnya, Matthias Chang yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) atau Sosma 2012, serta meminta Putrajaya benar-benar telus dalam isu Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).


"Kami memandang berat penggunaan Sosma yang disifatkan penyalahgunaan kuasa dan boleh memberi kesan kepada kestabilan negara dan bertentangan dengan prinsip kebebasan bersuara yang dijamin Perlembagaan," kata Hadi pada sidang media bersama Perkasa di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur, hari ini.

"Isu TPPA adalah isu kepentingan rakyat dan negara, dan pihak kerajaan tidak harus bersandiwara dan hendaklah berlaku setelus-telusnya," kata Hadi.

Sementara itu, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata, kerjasama antara kedua-dua mereka itu bukan setakat sekitar membabitkan kepentingan Islam tapi melangkaui kepentingan rakyat Malaysia sepenuhnya termasuk aspek keselamatan dan sebagainya.

Presiden PAS Datuk Seri AAbdul Hadi Awang hari ini mengumumkan kerjasama antara PAS dengan Perkasa melibatkan 3 perkara, iaitu menyambut baik titah Majlis Raja-raja Melayu berkenaan isu membabitkan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB). – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 13 Oktober, 2015.

"Saya sampaikan penghargaan dan tahniah kerana putuskan hubungan dengan DAP.

"Perkasa berpendapat tidak rugi daripada perjalanan politik PAS untuk tegakkan syiar Islam di negara ini," kata Ibrahim.

Ibrahim sebelum ini pernah bertanding pilihan raya umum 2008 di kerusi Parlimen Pasir Mas atas tiket PAS.

Pertemuan antara PAS dan Perkasa berlangsung sekitar 2 jam dan tamat kira-kira jam 5 petang.

Ibrahim berkata, dalam pertemuan itu, pihaknya turut menjelaskan tindakan dan kenyataan kritikal yang dikeluarkan Perkasa sebelum ini.

"Perbincangan kami sangat ikhlas, saya juga jelaskan kenapa saya agak kritikal walaupun bertanding atas tiket PAS, semua dah ‘0-0' hari ini," katanya.

Perkasa juga katanya menggesa agar PAS bertindak proaktif dan menjalankan kerjasama dengan semua pihak termasuk Umno.

"Perbezaan ideologi dan politik tidak seharusnya memecahbelahkan Islam," kata Ibrahim.
Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan pada sidang media itu turut berkata, parti Islam itu juga terbuka kepada sesiapa sahaja.

"Pihak PAS bersetuju adakan perjumpaan ramah mesra bersama dengan Perkasa buat kali pertama secara rasminya.

"Ini menunjukkan PAS terbuka kepada sesiapa sahaja, termasuk Perkasa dan pertubuhan bukan kerajaan," katanya.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com

Sumber DD - 14-10-2015



Dipeluk Ibrahim Ali & Dihimpit Amoi

Posted on Wednesday, October 14 @ 14:45:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Sebelum ini Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berpeluk dengan Tun Mahathir, kecoh dimedia massa. Tapi akhbar pro pembangkang tak jadikan isu pasal Tun Mahathir menjadi saham untuk menentang Najib. Ini pasti menguntungkan PAS.

Saya dah ulas pasal berpeluk dengan Tun Mahathir. Pembaca boleh rujuk di sini.

Berkenaan kononnya kerjasama PAS-Perkara, PAS Pusat telah membuat kenyataan rasmi melalui Dr Samsuri, penasihat Presiden bahawa pimpinan tertinggi parti itu hanya menerima kunjung hormat daripada Perkasa semalam dan dalam kunjungan itu PAS menerima beberapa idea bersama dengan PERKASA antaranya pasal 1MDB, SOSMA dan TTPA. Itu normallah apa nak dijadilkan rival??

Nampak sangat kita tidak mantang dan berpolitik. Bersalam, menziarahi waktu sakit itu adalah perhubungan sosial tanpa batasan politik. Jangan kerana politik kita jadi terlalu bodoh dalam isu-isu begini.

Memang menjadi agenda jahat untuk akhbar pro pembangkang menyerang PAS khususnya Presiden PAS. Lihat berita yang dipaparkan telah tersasar daripada norma kewartawanan. Malaysian Insider dan Malaysia Kini cuba memburukkan PAS saling tak tumpah macam perangai akhbar UMNO, Utusan Malaysia.

Gambar perpeluk dijadikan sebagai berita utama. Apa yang dihairan dengan Ibrahim Ali datang berpeluk Presiden PAS, bukan Presiden PAS pergi peluk Ibrahim Ali.

Macam Mat Sabu jawab dan ini yang ditegaskan oleh semua akhbar pro pembangkang dalam himpunan BERSIH 4, amoi yang datang himpit bukan Mat Sabu yang himpit amoi.

Rupanya semua BENAR bagi parti AMANAH tetapi semuanya SALAH bagi parti PAS. Dan lagi SANGAT SALAH kalau Presiden PAS bernama Abdul Hadi.

Bodohnya pemikiran kita!!

Satu lagi perangai jahat agenda (entah siapa dalangnya) dalam akhbar pro pembangkang ialah memutar belitkan kenyataan demi untuk melaga-lagakan Pas.

Cuba teliti berita mengenai kenyataan Iskandar Samad, Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga Naib Presiden PAS. Apa akhbar pro pembangkang seperti Malaysian Insider (TMI) dan Malaysia kini (MK) buat. Kononnya Iskandar menentang keputusan PAS Pusat dan Presiden.

Iskandar Samad hanya maklum bahawa tiada kerjasama sekadar sambutan kunjungan sahaja dan menyatakan sikap keterbukaan PAS. Tapi mereka mainkan isu lain supaya blogger dan media massa seperti whatsapp boleh menyerang dan mempengaruhi ahli-ahli PAS. Itulah sikap buruk mereka!






Mereka cuba lagakan PAS Selengor dengan Presiden. Wartawan MK dan TMI telah meletakkan etika kewartawan bawah punggong. Saya tak cerita lagi bagaimana blogger pro pakatan rakyat, mereka hilang akal dalam mengulas pasal walaq dan UG. Yang malangnya yang ulas tersebut kata kononnya mereka profesional.

Saya puji sikap Tranungkite (TKO) dalam isu ini. Walaupun mereka terdiri daripada bukan pekerja sepenuh masa dan bukan wartawan tapi mereka menyiarkan maklumat yang tepat dan benar.


Saya hanya puji sikap pengurusan TKO sahaja, tapi ada ahli-ahli TKO yang membuat buat komen pakai emosi tanpa ada hujah. Kerja hentam aje, sekurang-kurang boleh melegakan hati tetapi mereka ini sebenarnya telah dibelegu kesaksian  Saya harap mereka ini boleh mengubah diri jadi manusia yang menghargai akal. Saya terbuka dalam menerima komen, pasal pendapat kita tidak semestinya betul. Sekurang-kurangnya komen membantu saya membetulkan diri.

Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/



Sumber TKO - 14-10-2015


Faham betul betul, PAS kerjasama dengan PERKASA bukan Brahim Ali sikatak!

Posted on Wednesday, October 14 @ 14:44:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

"Assalamualaikum,,

Dalam perkembangan terbaru, PAS mengumumkan kerjasama dengan PERKASA yang mengadakan kunjungan hormatnya ke pejabat PAS baru baru ini.Persetujuan yang dicapai cukup jelas mengenai 3 isu penting yang melibatkan rakyat ia itu , isu 1MDB, bantah SOSMA dan bantah TPPA.PAS dan PERKASA sepakat mendesak supaya kerajaan menubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat skandal 1MDB dan derma RM2.6 billion serta dan membebaskan Peguam Matthias Chang serta Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.Inilah intipati kerjasama antara PAS dan PERKASA yang dicapai semasa kunjungan hormat Presiden PERKASA Brahim Ali bersama 33 ORANG  ahli pertubuhan itu ke pejabat PAS di Kuala Lumpur.Ada beberapa perkara yang perlu dihalusi dan difahami dari kerjasama ini sebelum kita boleh membuat rumusan atas apa tujuan dan matlamat yang hendak dicapai oleh PAS dan NGO peribumi ini.

Kebetulan presiden PERKASA ialah Brahim Ali si katak lompat yang pernah membalikkan kepercayaan yang diberikan oleh PAS semasa menjadi MP Pasir Mas dulu, tetapi tahap pengkianatannya tidak sampai ke tahap pelanggar bai'ah PAN kerana kepercayaan yang diberi cuma sekadar kepaercayaan pengundi kepada calon bebas yang bekerjasama dengan PAS.Kini PAS seolah olah memberi kepercayaan sekali lagi kepada si katak dengan kerjasama kali ini.Namun perlu terlebih dahulu difahami sejelas jelasnya kerjasama kali ini bukan dengan Brahim Ali si katak, tetapi dengan PERKASA yang dianggotai oleh ramai lagi pencinta peribumi.Tidak bijak bagi PAS untuk menolak kerjasama ini semata mata kerana presidennya, presiden PERKASA boleh berubah, tetapi PERKASA tetap sama, maknanya PAS mengambil langkah yang profesional dengan membezakan kedudukan peribadi dan matlamat jemaah.Kepada pengkritik kerjasama ini juga diharapkan menjadi seorang yang profesional sebelum membuat sebarang kritikan dan komen.

Komen komen seperti PAS nak beri Brahim Ali jadi MP atau ADUN selepas ini terlalu kebudak budakan kerana tersenarai skop kerjasama secara jelas untuk kepentingan rakyat.Apatah lagi, kerjasama ini menjelaskan satu perkara yang jelas, ia itu mendesak UMNO sebagai kerajaan menyelesaikan isu isu yang dibangkitkan dan sudah tentu ianya sudah menjawab dengan sendiri dakwaan bahawa PAS sudah dikawtim oleh UMNO, tidak akan bertindak untuk melumpuhkan UMNO kerana ada kerjasama gelap antara keduanya.

Mesej juga dihantar keluar sana bahawa PAS bersedia bekerjasama dengan mana mana NGO  untuk kepentingan rakyat dan NGO yang ada tak perlu takut untuk tampil, kalau PERKASA yang sanggup membuat kunjungan hormat ke pejabat PAS boleh diterima, begitu juga NGO yang lain.Mesej juga perlu diterima oleh kalangan yang bencikan PAS dan TGHH supaya lebih adil kepada diri sendiri kerana di luar sana sedang berlaku satu perubahan presepsi politik di kalangan orang melayu terutamanya.

Perubahan presepsi politik ini boleh dilihat dengan keberanian PERKASA tampil menghulurkan tangan kepada PAS yang selama ini danggap antara ancaman kepada penduduk peribumi.Mungkin juga kerana tindakan PAS memutuskan hubungan dengan DAP yang membuka mata PERKASA kalau diambil apa yang dikatakan presidennya yang masih lagi seorang katak,mungkin juga PERKASA masih belum memahami konsep sebenar Islam syumul dalam kontek politik melayu cina negara, tetapi penerimaan PERKASA terhadap PAS membuktikan sokongan kepada PAS oleh orang melayu bertambah, Sokongan mereka kepada UMNO sebelum ini sedang dialihkan kepada PAS.

Hakikat  ini perlu diakui oleh pengkritik pengkritik PAS yang sebenarnya sebuah jemaah Islam yang perlu disokong melampaui sokongan kepada individu tertentu.

Sumber TKO - 15-10-2015

Pas bersedia lawan tiga penjuru

Posted on Wednesday, October 14 @ 14:42:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



KOTA BHARU - Pas bersedia berhadapan saingan tiga penjuru termasuk bertembung dengan DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) pada PRU14.

Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, perkara itu akan berlaku sekiranya dua parti itu meletakkan calon mereka di kawasan Pas.

“Pembahagian kerusi Pas dan PKR masih lagi status quo, adapun parti PKR dan Amanah sekiranya mereka datang kita akan berdepan walaupun tiga penjuru, kita terpaksa hadapi perkara itu,” katanya selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri, semalam.

Menurutnya, pendirian parti masih tetap, iaitu tidak bekerjasama dengan Pakatan Harapan selagi mana keanggotaannya disertai oleh DAP dan Amanah.

Ditanya kesanggupan DAP dan PKR menawarkan kerusi kepada Amanah, Mohd Amar berkata, kedua-dua parti itu berhak membuat percaturan, tetapi ia nampak seperti sukar untuk direalisasikan.

“Kalau DAP bagi kerusi, maka tidak bertembung dengan Pas, tetapi saya tidak merasakan itu berlaku, PKR juga sukar melepaskan kerusinya, apa yang berlaku kini setiap parti masing-masing mahu menambah kerusi,” katanya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai Perkasa yang menyatakan sokongan kepada Pas dalam PRU14, Mohd Amar berkata, Pas membuka ruang kepada sesiapa sahaja untuk menyatakan sokongan.

“Kalau nak sokong Pas tidak masalah, kita terima, tetapi jangan ada yang boleh paksa Pas, kita tetap dengan identiti kita, tak kira sapa orang nak sokong, orang Umno pun boleh undi Pas,” katanya. - Sinar Harian


Sumber TKO - 14-10-2015


Pengkhianat boleh duduk sebaris semula dengan presiden PAS

Posted on Wednesday, October 14 @ 09:54:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

"Ibrahim Ali ketika dalam UMNO sangat bencikan Haji Abdul Hadi Awang, kerana gelaran  ulama dalam PAS.

Kebencian itu dapat kita bukti dengan perkataan ulama tahi kucing dalam satu sidang parlimen. Kata kata itu ditujukan kepada Haji Abdul Hadi Awang.

Ibrahim Ali bukan sahaja tersangat benci dengan ulama dalam PAS. Hal ini dapat kita buktikan dengan perkataan  bahawa mereka lebih menumpukan kepada diri sendiri, anak beranak daripada memperdulikan nasib rakyat.( perutusan khas Datuk Ibrahim Ali pilihanraya kecil N 12 Pengkalan Pasir pada 6 Disember 2005.)

Tambah beliau lagi, begitu juga ada yang bersih, warak namun gagal membawa perubahan dan pembangunan kepada rakyat, kerana tidak kreatif dan berwawasan tinggi.( perutusan khas Datuk Ibrahim Ali pilihanraya kecil N 12 Pengkalan Pasir pada 6 Disember 2005.)



Walaupun Ibrahim Ali berstatus demikian, PAS dan Presidennya masih boleh duduk sebaris lagi. 





Ini menunjukkan PAS dan presidden tidak pernah prejudis dengan orang yang pernah buat jahat dan khianat.

Sah, presiden PAS bukan orang yang keras . Beliau adalah seorang yang teramat lembut. Segala kata kata bahawa  Haji Abdul Hadi Awang keras adalah suatu prejudis yang melampau batas.

Ibrahim Ali pernah mengkhianati PAS ketika jadi ahli parlimen atas tiket PAS tidak lama dahulu. 

Jika seorang pengkhianat boleh diberi mandat  untuk bertanding dan diterima semula untuk bekerjasama maka saya seru Mat sabu dan gennya tirulah Perkasa.Jangan cepat putus asa.

Tidak musathil suatu masa nanti atau pada PRU 14 nanti Amanah diterima pas untuk bekerjasama untuk menumbangkan umno BN.

Kalau dulu PAS boleh terima DAP untuk tumbangkan umno BN, tak mustahil PARTI AMANAH  juga boleh diterima semula  atas tujuan yang sama miskipun Mat Sabu dan gennya dicop sebagai pengkhianat.

Ibrahim Ali yang pernah kata Haji Abdul Hadi Awang ulama tahi kucing boleh diberi mandat bertanding sebagai ahli parlimen di parlimen Pasir Mas suatu masa dulu. Maka tidak mustahil Mat Sabu dan gennnya akan diberi peluang semula duduk dalam PAS setelah AMANAH gagal mendapat sokongan .


Sumber TKO - 14-10-2015


Mustafa: Waktu ini PAS hanya kerjasama dengan PKR

Posted on Wednesday, October 14 @ 07:38:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



PAS tidak mempunyai rancangan segera untuk mengadakan kerjasama politik dengan Umno atau Pakatan Harapan.

Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali berkata ketika ini kerjasama politik mereka hanya dengan bekas rakan sekutu dalam Pakatan Rakyat, PKR.

" (Pada) waktu ini, dari sudut politik, hanya dengan PKR," kata bekas setiausaha agung PAS itu
"Dengan Pakatan Harapan (kita) tidak bersama, Umno pun tidak bersama," tegasnya lagi.

Beliau menjawab soalan pemberita sama ada parti Islam itu akan bekerjasama dengan Umno selepas secara rasmi mengadakan kerjasama dengan NGO Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA).

Mustafa berkata sejak hubungan keruh Umno - PAS pada 1977, PAS hanya bekerjasama melalui pentas bukan politik dengan parti dominan dalam gabungan parti pemerintah.

"Kita tidak ada kerjasama politik (dengan Umno) tapi (kita) tak ada masalah bekerjasama seperti isu krisis Palestin atau isu nuklear. Kita bekerjasama dengan kerajaan mengenai isu melibatkan kepentingan bersama," katanya.

Sementara itu, Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali - turut hadir dalam sidang media itu mencadangkan PAS mengambil langkah bekerjasama dengan Umno demi perpaduan Melayu.

"Perkasa minta PAS proaktif dan bekerjasama dengan semua pihak termasuk Umno.

"Sekalipun perbezaan ideologi dan politik tidak seharusnya memecahbelahkan Islam," katanya.
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada PAS yang memutuskan hubungan dengan DAP. - MK


Sumber TKO - 14-10-2015










PAS payungi pelbagai NGO lawan kerakusan Najib

WARTAWAN DUPP | .


KUALA LUMPUR: PAS selangkah ke hadapan memayungi pelbagai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) untuk menentang tindak tanduk Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak yang semakin kuat menindas rakyat.

Demikian tegas Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Dato Dr Khairuddin Aman Razali ketika mengulas sokongan yang semakin meningkat terhadap peranan PAS mengepalai gerakan rakyat menentang kebobrokan Umno.

Terkini dalam satu perkembangan yang mengejutkan apabila NGO yang dikenali pro Umno telah bertindak mengunjungi Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

"Kunjungan hormat tersebut yang diadakan pada hari ini oleh NGO PERKASA menunjukkan PAS sudah mula menjadi payung kepada rakyat Malaysia untuk mengepalai gelombang rakyat walaupun sebelum ini dilihat berbeza aliran " ujar beliau lagi.

" Kunjungan hormat Perkasa ke pejabat agong PAS membuktikan PAS sentiasa terbuka dan sedia bantu dalam menangani sebarang bentuk kezaliman dan ketidaktelusan seperti SOSMA yang dikenakan kepada Dato' Seri Khairuddin, skandal 1MDB dan TPPA" tegas beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Nerus. HARAKAHDAILY 14/10/2015

Sumber HD - 14-10-2015


Kenapa kata PAS yang beri talian hayat kepada UMNO?

Posted on Tuesday, October 13 @ 18:56:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

"Assalamualaikum,,,

Nampaknya ada orang mulut lembk dakwa PAS yang akan beri talian hayat kepada UMNO sekiranya berlaku pertandingan 3 penjuru antara PAS, PAN dan UMNO.Alasannya sebab PAS tak mahu berunding, mudah sungguh dia orang ni buat dakwaan sambil mengenepikan faktor dan fakta lain yang sepatutnya diambil kira.PAN adalah parti serpihan PAS, jangan nafi pasal itu kerana seratus peratus ahli PAN adalah terdiri dari ahli PAS, bossnya bekas Tim Presiden PAS, 2nd bossnya pula bekas naib presiden PAS, jadi nak nafi macammana lagi? Fakta tambahan lain yang tak diambil kira ialah fakta ahli ahli yang ada bai'ah dengan PAS.Mudah sungguh dia orang lupa ketika membuat dakwaan sebegitu.

Fakta lain yang tidak diambil kira ialah fakta sokongan akar umbi.PAN terlalu jauh dari mendapat sokongan akar umbi melayu negara.Ini jelas dari kisah selfie Mat Sabu Semasa Bersih 4.0 yang tak perlu diceritakan di sini serta dalam beberapa siri ceramah PAN yang di adakan diseluruh negara.Jadi kalau berlaku pertandingan 3 penjuru nanti berapakah jumlah undi yang diperolehi PAN kalau pertandingan itu berlaku di kawasan tradisi pertembungan PAS-UMNO?

Sudahlah dia orang ini juga lupa PAN ialah parti baru tapi dia orang juga lupa bahawa calon PAN itu nanti adalah bekas orang PAS, maknanya kalau nak ulas secara logikpun orang yang waras boleh nampak bagaimana!

Mari kita lihat kembali bagaimana prestasi Mat Sabu ketika bertanding di Kuala Terengganu melawan Nek Mum, cuba lihat statistik ini :

 DATO` RAZALI BIN ISMAIL (BN)                   32,562
HAJI MOHAMAD BIN SABU (PAS)               31,9342 .
MAIMUN BINTI YUSUF (BEBAS)                     685 (HILANG DEPOSIT)

BILANGAN PEMILIH                                    80,325
JUMLAH KERTAS UNDI DALAM PETI UNDI        66,112
JUMLAH KERTAS UNDI DIKELUARKAN             66,231
JUMLAH KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN   119
PERATUS PENGUNDIAN                                82.45%
UNDI DITOLAK                                          931
MAJORITI                                                 628
PARTI MENANG                                          BN

Berapakah majoriti Mat Sabu kalah? Tidakkah tercacat di situ kekalahan mata sabu lebih kecil dari undi yang Nek Mum dapat, yang boleh dirumuskan pengundi Kuala Terengganu ketika itu ada yang tak suka Mat Sabu kerana faktor orang luar dan memeberi undinya kepada Nek Mum, akibatnya Mat Sabu tewas.Di sini siapakak talian hayat UMNO? jawabnya Nek Mum, oleh itu berdasarkan sokongan yang ada, apakah tidak mungkin pola statistik keputusan undi seperti di atas akan berlaku sekiranya perlaku nanti pertandingan 3 penjuru di kawasan tradisi PAS-UMNO?

Dan tidak munasabah kalau ada orang  mengatakan talian hayat UMNO diberikan oleh PAS kerana enggan berunding kalau dari fakta yang ada sekeliling kita, kita dapat menjangkakan kalau nanti calon PAN yang akan mendapat jumlah undi seperti Nek Mum dan kemungkinan jumlah undi yang kecil itu sudah cukup memenangkan calon UMNO seperti berlaku di Kuala Terengganu, jadi siapa sebenarnya yang memberikan talian hayat kepada UMNO?


Hairannya, ada orang yang nak sangat  tumbangkan UMNO tetapi dalam masa yang sama mahukan PAS ikut kehendak mereka dan kalau PAS tak nak, mudah bagi mereka mendakwa PAS yang bagi talian hayat kepada UMNO,  untuk mereka nak dengar cakap PAS, jauh sama sekali, orang macam ni boleh dibuat kira ker?(kata orang Terengganu)

Sumber TKO - 13-10-2015










PAS terima kunjungan Perkasa, bukan kerjasama

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Berita Harian, Malaysiakini dan Malaysianinsider menyatakan PAS dengan rasminya bekerjasama dengan Perkasa. Itu salah dan tidak betul sama sekali.

PAS hanya menerima kunjungan hormat dari Perkasa di Pejabat Agung PAS dan hasil pertemuan PAS dan Perkasa bersetuju mengenai 3 perkara berikut:

1) Isu 1MDB
2) Bantah SOSMA
3) Bantah TPPA

Tiada sebarang perbincangan mengenai kerjasama rasmi. Sekian terima kasih.

DR AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Setiausaha Politik Presiden PAS - HARAKAHDAILY 13/10/2015

Sumber HD - 13-10-2015














Perpecahan umat, jemaah mana yang betul?

ALANG IBN SHUKRIMUN | .


APA yang berlaku hari ini adalah sebuah perpecahan umat. Masing-masing bawa halatuju masing-masing dan ada yang bertembung antara satu sama lain.

Sikap yang diambil umat Islam pula berbeza-beza. Ada yang berpendapat kita perlu rai semua pihak. Ada yang kata tidak boleh pilih mana-mana jemaah kerana semua umat Islam.

Apakah sikap kita yang sewajarnya?

Ketika Nabi bersabda: "Umatku akan berpecah kepada 73 puak. Semua masuk neraka kecuali 1 puak", para sahabat yang mendengar sabda ini menunjukkan sikap mereka terhadap perpecahan umat. Mereka percaya bahawa perpecahan memang suatu yang tidak dapat dielakkan akhir zaman ini. Walaupun kita berusaha untuk menyatukan, apa yang Nabi sabdakan tetap akan terjadi.

Oleh itu, sahabat tidak bertanya "Bagaimana nak satukan semua 73 puak ini?" Ataupun bertanya "Macam mana kita nak rai semua ini?"

Sebaliknya sahabat bertanya. "Siapakah puak yang satu itu?". Sahabat seolah-olah memaksudkan sikap mereka apabila bertemu zaman tersebut, adalah memilih puak yang benar.

Maka inilah sepatutnya sikap umat Islam berdepan perpecahan. Antara ramai yang mendakwa masing-masing di pihak yang benar, kitalah yang perlu menilai manakah yang tepat. Kita bukan mendakwa yang lain salah, tapi demi masa depan kita di akhirat kelak, kita perlu selamatkan diri dengan menyertai kumpulan yang paling dekat dengan jawapan Nabi kepada sahabat iaitu "Pihak yang mengikut caraku dan cara para sahabatku."

Untuk mengetahui pihak mana zaman sekarang yang ikut cara Nabi pula, maka terlebih dahulu kita perlu mendalami agama. Belajar secara menyeluruh tentang Islam, dapatkan tasawwur yang jelas tentang agama Islam dan hayati intipati agama ini. Kemudian barulah lihat manakah yang paling mengikut Islam yang kita belajar.

Memang tiada jemaah yang sempurna, tetapi sekurang-kurangnya carilah yang paling dekat dengan kesempurnaan. Jangan pula ambil sikap berkecuali daripada jemaah Islam sebab semua tidak sempurna. Tidak pernah ada ajaran Islam yang anjurkan sikap sebegini

Namun masih ada pihak yang menyatakan sikap, kita kena rai semua. Tidak perlu pilih mana-mana jemaah sebab semuanya sama, umat Islam belaka. Ada yang kias kata, perpecahan hari ini ibarat perbezaan mazhab fiqh sahaja.

Sebenarnya ini sikap orang yang malas. Malas belajar dan kaji Islam. Malas menyelidik dan mencari kebenaran. Malas menurut arahan mana-mana ketua kerana anggap dirinya lebih daripada orang lain. Lalu sikap mudah ialah anggap semua betul. Inilah sikap yang amat disukai musuh Islam kerana mereka akan mudah menyelinap ke dalam umat Islam.

Kalau cara kita bekecuali itu boleh selamat daripada api neraka, maka itu mujur. Tapi kalau tidak selamat, nak kata apa? Sebaiknya pilihlah jalan paling ihtiyat. – HARAKAHDAILY 9/10/2015

Sumber HD - 9-10-2015

Konvensyen Sekretariat PAS Kebangsaan kali kedua


Konvensyen Sekretariat PAS Kebangsaan kali kedua


KUALA LUMPUR : Pejabat Setiausaha Agung PAS sekali lagi akan menganjurkan Konvensyen Sekretariat PAS Peringkat Kebangsaan (KSPPK) untuk kali yang kedua pada 16 dan 17 Oktober ini di Pusat Tarbiyah Islam Kelantan (Putik).



Menurut Penolong Setiausaha Agung PAS, Khairul Faizi Ahmad Kamil. tahun lalu, Sekretariat PAS Pusat buat pertama kalinya telah mengadakan Konvensyen Sekretariat PAS peringkat Kebangsaan kali yang Pertama pada 20 Disember 2014 di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad.



"Konvensyen kali ini kedua ini bertujuan untuk memberikan pendedahan berkaitan dengan tugas sebenar seorang Setiausaha dan Pentadbir sebuah organisasi Parti iaitu PAS.



"Ia juga bertujuan untuk memberikan penjelasan mengenai tugas yang perlu dilaksanakan oleh para Setiausaha dan Penolong Setiausaha di semua peringkat. Konvensyen ini juga akan memberikan pendedahan kepada Pengurusan Maklumat dan Rekod Elektronik," katanya.



Matlamat keempat kata beliau adalah untuk mendapatkan maklumbalas daripada sekretariat daripada semua peringkat persoalan berkaitan dengan masalah-masalah yang dilalui sebelum ini termasuklah dalam perkara yang berkaitan dengan mesyuarat Agung.

Sasaran melibatkan seramai 800 orang peserta yang melibatkan Setiausaha dan Penolong Setiausaha Dewan-Dewan Pusat, Setiausaha dan Penolong Setiausaha BPPN, Setiausaha dan Penolong Setiausaha Dewan-Dewan Negeri.

Diperingkat PAS kawasan, pesertanya adalah Setiausaha dan Penolong Setiausaha PAS kawasan-kawasan, Setiausaha Urusan Ulamak, Setiausaha Dewan Pemuda dan Setiausaha Dewan Muslimat.



Sumber PP - 8-10-2015


Undi tak percaya, PAS mahu diadakan perbincangan
Posted on Thursday, October 08 @ 06:52:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



PAS hanya akan menyokong undi tidak percaya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak jika ketua pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengadakan perbincangan mengenai usul tersebut.

Setiausaha agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata sebagai pakatan pembangkang, pihaknya sentiasa bersama untuk melihat usul itu.

Bagaimanapun, menurut Takiyuddin yang juga ketua whip PAS, parti itu terbuka untuk berbincang mengenainya tetapi biarlah ia dilakukan secara teperinci.

“PAS terbuka untuk berbincang, namun terlalu awal untuk menyokongnya kerana kita mahu tengok dahulu usul tersebut. Apakah sekadar mahu PM letak jawatan.

“Bagi PAS kita lebih suka ketua pembangkang mengadakan perbincangan mengenai usul tersebut.

“Kita kena bincang sampai habis, siapa akan ganti perdana menteri? Adakah saya,” katanya kepada Malaysiakini dalam nada bergurau.

Sementara itu ketua Dewan Muslimat PAS, Nuridah Salleh berkata secara prinsipnya parti Islam itu bersetuju dengan apa saja langkah yang bertepatan dengan Perlembagaan negara.

“Sehingga kini kami tidak dimaklumkan adanya usul tersebut. PAS hanya akan memutuskan bila mana adanya perbincangan berhubung perkara tersebut.

“Secara prinsipnya PAS bersetuju apa jua langkah yang bertepatan dengan peruntukan perlembagaan negara dan mengikut prosedur perundangan,” kata Nuridah kepada Malaysiakini'. 

PKR dilaporkan sebagai berkata Wan Azizah, yang juga presiden parti itu, akan membentangkan usul tidak percaya terhadap perdana menteri dalam sesi Parlimen yang akan datang Parlimen yang bermula pada 19 Oktober

DAP telah mengumumkan bahawa ia akan menyokong usul itu.

Dengan hanya 88 daripada 222 MP di Dewan Rakyat, pembangkang tidak mempunyai majoriti untuk mendesak sebarang undi tidak percaya terhadap Najib.

Pakatan pembangkang baru, Pakatan Harapan, yang tidak termasuk PAS, mempunyai 72 Ahli Parlimen.

Sebelum itu, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berkata, parti itu hanya akan mengalahkan Najib melalui kaedah yang "sihat".  - MK

Sumber TKO - 7-10-2015



Mampukah Pas pertahan ketegasannya

Posted on Monday, October 05 @ 16:19:54 MYT by paktam

Oleh ZULKIFLEE BAKAR

PEMIMPIN-pemimpin Pas ternyata ‘terluka’ dengan terwujudnya Parti Amanah Negara (Amanah) yang dipelopori oleh bekas-bekas pemimpin parti itu. Justeru kelmarin, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Naib Presiden, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah memberi isyarat jelas bahawa parti itu sama sekali tidak akan memberikan kerusi miliknya kepada Amanah untuk bertanding dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Malah Mohd. Amar dengan tegas menyatakan Pas bersedia berhadapan dengan Amanah dalam PRU di kawasan yang ditandingi oleh Pas. Beliau menegaskan perkara itu kerana yakin PKR dan DAP tidak akan sanggup memberi laluan kepada Amanah untuk bertanding di kerusi milik kedua-dua parti tersebut.

Tuan Ibrahim pula memberi peringatan kepada Ama­nah bahawa mereka tidak akan mampu menggugat kekuatan Pas dan Pas tetap akan meletakkan calon di semua kerusi yang ditandingi kerana itu adalah hak parti tersebut.

Sudah pasti kenyataan dua pemimpin Pas ini akan dianggap angkuh oleh pemimpin dan penyokong Amanah tetapi dalam masa sama mereka juga perlu menerima hakikat mana mungkin Pas memberi laluan kepada sebuah parti yang dilahirkan berikutan tindakan bekas pemimpin Pas sendiri. ‘Luka’ yang ditinggalkan oleh bekas-bekas pemimpin Pas yang bergabung dalam Amanah bukanlah kecil malah ia memungkinkan Pas buat seketika berada dalam keadaan kucar-kacir.

Pas terpaksa mengumpulkan kembali kekuatan dan memperbaiki segala kerosakan yang berlaku di semua peringkat akibat tindakan pemimpin-pemimpin Amanah. Kelompok itu bertindak keluar parti bukan kerana Pas meninggalkan perjuangan Islam tetapi hanya semata-mata tewas dalam pemilihan parti yang diadakan.

Oleh itu, mana mungkin Pas begitu mudah memaafkan pemimpin-pemimpin Amanah yang ketika ini masih mengharapkan dapat mewujudkan kerjasama dengan Pas selepas Pas menolak untuk bergabung dalam pakatan pembangkang baharu yang dianggotai oleh PKR, DAP dan Amanah.

Jika mana-mana pihak mahu menyatakan Pas angkuh kerana tidak mahu bekerjasama dengan pembangkang kecuali PKR, bagaimana pula dengan keangkuhan Amanah dan DAP?

Pemimpin-pemimpin Amanah sebelum ini begitu yakin mereka akan mendapat sokongan jus­teru mereka bertindak keluar daripada Pas. Ketika membuat keputusan itu adakah mereka memikirkan soal bertanding dalam PRU? Atau sememangnya mereka ingin menjadi `sukarelawan’ kepada DAP dan PKR dalam pilihan raya umum nanti kerana semua kerusi pembangkang sudah ada pemilik­nya?

Bagaimana pula de­ngan DAP yang tidak pernah mahu menunjukkan rasa hormat terhadap perjuangan Islam Pas? Apakah DAP tidak angkuh apabila hanya mempertahankan prinsip perjuangan sendiri tetapi tidak mahu menghormati prinsip perjuangan parti-parti lain dalam pakatan pembangkang.

Melalui kenyataan Tuan Ibrahim dan Mohd.Amar, Pas bukanlah angkuh. Pas sekadar mempertahankan haknya dan tidak boleh selama-lamanya beralah dengan kemahuan politik parti lain. Yang beria-ia benar dan begitu gembira dengan kelahiran Amanah ialah pemimpin DAP dan PKR, oleh itu kedua-dua parti itulah sepatutnya bersedia mengorbankan kerusi mereka kepada Amanah.

PKR dan DAP tidak boleh memaksa Pas menyerahkan kerusi parti itu kepada Amanah, kalau mereka sendiri tidak rela kerusi mereka diberikan kepada Pas. Janganlah setiap kali pakatan pembangkang bercakap mereka perlu berkorban dalam pilihan raya, yang hanya diminta berkorban, melakukan pengorbanan dan ‘terkorban’ adalah Pas. Kalau mahu bercakap soal pengorbanan, Amanah paling layak untuk ‘dikorbankan’ kerana parti itu tidak mempunyai apa-apa kekuatan selain pemimpin-pemimpinnya masih bergelar wakil rakyat atas kemenangan ketika menjadi calon Pas dahulu.

Pas perlu mempertahankan ketegasannya dalam soal pembahagian kerusi tersebut. Janganlah mudah lentur atau mengaku kalah semata-mata kerana terpengaruh dengan dakyah kononnya kedegilan mereka akan membantutkan usaha pakatan pembangkang menumbangkan Barisan Nasional (BN).

Dalam keadaan apa sekalipun, BN ada kekuatan sendiri khususnya dalam kalangan orang Melayu yang semakin muak dengan mainan politik yang ditunjukkan oleh PKR dan DAP. Ada dalam kalangan mereka adalah penyokong tegar Pas.

Bagi mereka, tidak mengapa kalau kalah dalam pilihan raya daripada awal-awal lagi sudah tewas apabila terus tunduk dengan kehendak politik PKR, DAP dan Amanah. Cukup-cukuplah derita yang ditanggung ketika Pas berada dalam pakatan pembangkang dahulu.

Pas tinggalkan pakatan pembangkang kerana DAP, Pas tidak mahu menyertai pakatan pembangkang disebabkan oleh Amanah, oleh itu tak kanlah tiba-tiba Pas begitu mudah mahu memberikan kerusi kepada Amanah sedangkan yang tetap akan meraih keuntungan dalam apa juga situasi ialah DAP. Kalau pun Pas hendak berkorban demi perjuangan meraih kuasa biarlah bertempat kerana percayalah tiada parti pembangkang yang bersedia melakukan pengorbanan demi Pas.

Apa yang sering orang Melayu saksikan, Pas yang ba­nyak berkorban termasuklah dari segi tenaga dan jentera bagi memenangkan calon pakatan pembangkang dalam pilihan raya tetapi kesudahannya Pas menjadi ‘lebai malang menang sorak kampung tergadai’ apabila bukan sahaja dilayan ibarat ‘melukut di tepi gantang’ malah kerusi miliknya pun jadi milik orang lain apabila wujudnya Amanah - utusan.com.my

Sumber DD - 5-10-2015


PAS Amalkan Politik Janda Gila Talak

Posted on Monday, October 05 @ 16:06:00 MYT by paktam

Oleh ramziredang

"Sehari dua ini PAS mempersoalkan tentang di manakah kerusi yang AMANAH akan bertanding? Jika tiga penjuru dengan PAS tidakkah memberi kelebihan kepada BN? Padahal sebulan lepas PAS telah umumkan akan bertanding di semua kerusi DAP. Kenapa pada masa itu PAS tidak fikir jika tiga penjuru dengan DAP tidakkah itu memberi kelebihan kepada BN? Apakah PAS boleh tikam orang tetapi orang tidak boleh tikam PAS?

Apa perlunya PAS mempersoalkan tentang parti lain? Terutama tentang AMANAH dan DAP?

PAS telahpun dipelawa untuk bersama sama dengan PAKATAN HARAPAN. Jelas sekali PAS menolak.

Apapun nama yang digunapakai samada Pakatan Harapan atau PR 2.0, matlamatnya adalah "membina satu gabungan yang kuat dikalangan pembangkang untuk menjatuhkan BN".

PAS sudah menyatakan pendirian. PAS tidak sudi. PAS menolak. Jadi apa perlunya PAS persoalkan tentang pembahagian kerusi? Apa sahaja alasan boleh diberi oleh PAS. Beribu alasan boleh direka. Samada kerana tidak ingin bersama DAP atau Amanah. Tetapi hakikatnya rumusan PAS tidak sudi itu memberi maksud: PAS TIDAK SUDI UNTUK BERSAMA SAMA RAKYAT UNTUK MENOLAK BN

PAS sama sekali tidak layak untuk berbincang tentang pembahagian kerusi di mana Amanah patut bertanding. Kehendak yang membuak buak di dada rakyat sekarang adalah, matlamat menjatuhkan BN.

Matlamat menjatuhkan BN ini sangat besar. Tidak kira apa sahaja halangan akan dirempuh. Samada dengan PAS atau tanpa PAS bukan isu utama lagi sekarang. Malah andai PKR berpecah sekalipun matlamat rakyat tetap maju. Pemimpin PKR yang mempersia siakan kehendak rakyat akan dihukum.

Biar kami nyatakan di sini, tidak kira wan azizah,azmin, hadi awang, mat sabu, lim guan eng atau siapa sahaja yang tiba tiba cuba mengubah arah dari kehendak rakyat, kami akan jatuhkan mereka.

Pemimpin yang serba salah akan ditolak oleh rakyat. Masa tetap berjalan. Rasa ditindas makin membelenggu rakyat. Mereka akan membenci siapa sahaja yang mempermainkan kehendak rakyat.

PAS berpolitik tanpa berpijak di dunia nyata. Pemimpin pemimpin konservatif masih berhayal dengan 'rasa kuat' mereka. Kerana itu sedari dulu lagi mereka menilai PAS dengan terlalu mahal. Sebab itu ramai pemimpin PAS terlalu memperkecilkan cara rakyat berfikir. Mereka merendahkan level intelektual rakyat. Gaya politik zaman 60an untuk rakyat 2015. Lapuk
 Anda boleh baca tulisan tulisan seperti subky latif, dr khairudin at takiri, tuan ibrahim tuan man dan ramai lagi pemimpin pemimpin PAS yang menulis. Dari ramai ramai mereka yang menulis itu, ada kebersamaan dalam tulisan mereka iaitu, tanpa sedar mereka menilai PAS terlalu mahal dan merendahkan pemikiran rakyat sekararang. Terlalu asyik dengan gaya politik 60an, ada sempadan tertentu. Terlena. Tidak sedar sekarang adalah dunia tanpa sempadan.

Mereka sering mengagung agungkan kemenangan lama. Merasa megah dengan 'angka keahlian'. Dari segi geo politik mereka tidak sedar tentang 'kuasa ketiga'. Jika PAS menang kerana ahli, tentu sahaja setelah PAS berjaya menawan terengganu, PAS akan kekal memerintah sampai sekarang. Jika ahli PAS kuat dan teguh tentu sahaja kedah tidak terlepas ke tangan BN.

PAS perlu faham dan kaji selidik mendalam tentang 'kuasa ketiga' atau non partisan. Merekalah selama ini yang menentukan siapa yang patut menang di mana mana negeri. PAS masih terlalu berbangga dengan himpunan penyokong sendiri. Sebab itulah gaya sentimen berapi api masih lagi gaya pilihan utama PAS.

Bila rakyat meninggalkan mereka dan menolak mereka ke tepi, mereka mula mencipta andaian yang berupa 'ugutan mental'. Kononnya kerusi BN akan kuat atau sebagainya. Lucunya bila dinyatakan "PKR dan DAP pasti tidak akan menyerahkan kerusi mereka kepada AMANAH. Lalu dimana pembahagian kerusi untuk amanah?". Soalan yang memang PAS sendiri tahu jawapannya.

Sejarah juga telah membuktikan, PAS bukanlah sebuah parti yang boleh dipercayai terhadap 'janji pembahagian kerusi'. Janji PAS janji munafik. Malah munafiknya berulang ulang. PAS pernah masuk bertanding di kerusi PKR. Bila berlaku kekecohan lalu diadakan mesyuarat di kalangan pimpinan, lalu keluar rumusan supaya diserah kepada PKR juga. Tetapi munaifknya selepas itu PAS tetap juga sekali lagi berkempen. Tidakkah itu bermaksud betapa kukuhnya munafik PAS dalam berjanji?

PAS perlu faham, gabungan pembangkang sekarang akan bertanding di semua kerusi melawan BN. Tidak kira di kawasan PAS bertanding atau tidak. Dengan tujuan dan harapan agar dapat membina Malaysia Baru. Cita cita Pakatan Harapan adalah memerintah Malaysia dengan lebih makmur.

Dari segi taktikal. kononnya mungkin perlu ada sedikit persetujuan dengan PAS supaya kerusi PAS diserahkan kepada PAS lantaran itu BN akan lemah. Bagi saya itu hanya strategi yang menyukarkan Pakatan Harapan dikemudian hari.

Andai kata BN jatuh, tetapi kekuatan Pakatan Harapan pada masa itu memerlukan juga kerusi yang PAS menangi, tidakkah pada masa itu akan berlaku kekecohan yang sangat besar?

Tidakkah kita nampak perangai PAS sekarangpun sangat rumit apatah lagi andai sama sama menang nanti?

Jadi, cuba bagi alasan, ketika cita cita memerintah malaysia ini, yang PAS memang menolak untuk bersama, maka dimana perlunya penyertaan PAS? Andai ditakdirkan Pakatan Harapan berjaya memenangi pilihanraya, apakah pada masa itu PAS juga termasuk dalam kerajaan baru?

Menolak untuk bersama menewaskan musuh tetapi ingin berkongsi bila menang?

Membujur lalu melintang patah, patah sayap dengan paruh bertongkat jua. Itulah yang perlu dilakukan oleh Pakatan Harapan. Rempuhlah siapa sahaja yang mengganggu. Jika PAS mengganggu rempuhlah PAS, jika PKR mengganggu rempuhlah PKR, jika DAP mengganggu rempuhlah DAP. Menghancurkan BN adalah paling utama.

PAS bagai isteri yang diceraikan. PAS bagai janda sekarang. Tetapi bercakap seolah olah dia masih punya suami dan ingin bercerita tentang perlunya nafkah seharian. PAS ingin dibelai seolah olah seperti dia masih seorang isteri. Janda yang selalu mengungkit ungkit tentang suami..adalah janda yang gila talak.

Sedarlah suami lama telahpun berkahwin baharu. Mungkin isteri baharu tidak cantik, lemah atau kurang diminati ramai, tetapi dia ada sesuatu yang berharga, iaitu 'setia'. Sedangkan PAS bukan isteri yang setia.

Saban hari PAS asyik bercerita dia masih cantik, menawan, gebu, putih melepak diminati ramai tetapi sayang, dia lupa, dia adalah janda

Sumber DD - 5-10-2015

PAS Muktamad Tolak DAP dan PAN
Posted on Sunday, October 04 @ 23:37:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Ini bukan suara TGHH. Bukan suara TITM. Ini adalah suara solid ahli, pemimpin dan akar umbi PAS. Say NO To DAP. Say NO To PAN. Kami bukan sombong; jauh sekali ego. Kini jangkaan DAP dan PAN silap, dikencing PASMA. Sikap sebenar DAP terhadap Islam jelas. Sikap PAN yang khianat tak perlu dipersoal lagi. Kenapa PAS yang cuba dimusnahkan hari ini diajak berunding oleh Sallehuddin Ayub dan Pahrolrazi?

Nampak sangat PAN dah gementar kepala lutut. Kenapa hari ini mohon ihsan PAS untuk bertanding. PAN bertandinglah di mana saja kerusi yang dihajati, apa dikisahkan PAS nak tanding di mana. Bukankah PAN parti hebat yang dengan mudah dapat undi simpati bukan Melayu. 



Bukankah PAN dah ada DAP yang turun sokong 100%. Bukankah PAN ada PKR dan ada bakal Perdana Menteri baru Malaysia? Kenapa hari ini ajak PAS berkompromi?



PAN buatlah kerja sendiri. Carilah mana-mana Pasti lagi untuk dirampas. Carilah pejabat PAS yang boleh diambilalih. Teruskan edar borang PAN di kalangan ahli-ahli PAS. Di sana pula ada  4 bangsa Melayu yang menyaman TGHH kerana bawa hudud ke Parlimen, sokonglah. Bukankah Presiden PAN kata PAN mungkin tolak usul hudud jika dibahaskan di Parlimen?



Nun di sana DAP ada hati nak saman JAIP berkaitan khutbah Aidiladha yang mengajak umat Islam bersatu dan menolak DAP, sokonglah. Kenapa diam? Kan PAN dah gagah, dari bertatih sudah berlari sederas DAP dan PKR dalam Pakatan Harapan? Kenapa hari ini susah hati dengan sikap PAS? Kalau PAN duduk di tempat PAS hari ini, bolehkah PAN rasa bagaimana PAS dikhianati? Dan hari ini apabila orang yang dikhianat tak nak masuk berunding maka sekali lagi dituduh PAS ego dan memusnahkan hasrat rakyat yang inginkan perubahan? Ciitt!!!



Jangan dipersalahkan para pemimpin kami yang istiqamah hingga kemenangan. Kami di akar umbi tolak secara muktamad rundingan kerusi antara kami dengan DAP dan PAN. Malah kami tolak untuk bertahaluf dengan DAP lagi. Sudah jelas bagi kami bahawa DAP lebih jahat dari MCA berkaitan Islam. Bermuka-muka bolehlah. Siapa yang menyokong dan menaja pesta arak?  Siapa yang sokong LGBT? Siapa yang berjuang agar pakai apa sahaja asal jangan telanjang? Kini sukar nak tolak teori bahawa DAP membawa suara Kristianisasi.



Kami di bawah ini sedang bersiap-siap dengan flash mob, “SAY NO TO DAP, SAY NO TO PAN”. Benar kami terlambat, DAP telah lama SAY NO TO PAS melalui media-media mereka. 



Bukankah hangpa sudah nampak Putrajaya. Jadi menterilah hangpa semua. Yang ekslusif kami. Yang inklusif hangpa. Kah! Kah! Kah! Baru tahu langit itu tinggi rendah.



Sumber TKO - 4-10-2015


Awasi cubaan memecahkan parti - Tuan Ibrahim

Posted on Saturday, October 03 @ 15:49:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



KUALA LUMPUR: PAS akan tetap meletakkan calon di semua kerusi yang ditandinginya kerana itu adalah hak PAS.

"Kalau komponen parti pembangkang lain khasnya Amanah juga meletakkan calonnya bermakna ia menjadi penyambung tali hayat kepada Umno BN," ujar Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.

Pengalaman yang dialami oleh PAS akibat pertembungan dalaman telah menyaksikan muncul pelbagai parti kecil yang melambatkan proses perubahan kesedaran politik di kalangan rakyat.

Sejarah PAS yang panjang menyaksikan bagaimana campur tangan pihak luar yang meresap masuk ke dalam parti dengan mengapi-apikan rasa tidak puas hati, melaga-lagakan pimpinan dan perbezaan pendapat dalam kalangan pimpinan menyebabkan berlakunya perpecahan.

Kemelut dalaman yang berlaku ini tidak dinafikan sangat mengecewakan rakyat. Kerana setiap kali berlaku krisis biasanya ia akan berakhir dengan pembentukan parti baru. Parti serpihan ini tidak akan mampu mencapai sokongan sebagaimana parti induk. Ada yang memecahkan undi pembangkang dan inilah yang dikehendaki oleh BN.

Sebagai contoh, kemunculan parti Semangat 46 yang berpecah dari Umno, walaupun ia berjaya memenangi beberapa kerusi namun ia tidak dapat menggugat kekuatan parti induk Umno.

Telahan yang sama juga boleh dibuat pada parti Amanah. Namun, ini berbeza dengan Semangat 46, kerana ia akan menimbulkan saingan sama sendiri dalam kalangan pembangkang menjelang PRU14 akan datang.

Soal agihan kerusi akan menjadi masalah utama. PAS tidak akan bergabung dengan Pakatan Harapan kerana tindakan DAP terhadap PAS. Pada waktu ini, tak mungkin PAS juga boleh terima Parti Amanah yang kini sedang menarik ahli PAS dan merampas bangunan Pasti dan markas PAS.

Apabila PAS bergabung dengan PKR sebahagian besar kerusi PAS diserahkan kepada PKR bersama jentera dan petugas parti. Kalau PAS bergabung pula dengan PH bermakna PAS akan sekali lagi serah kerusi kepada parti baru, dan ini tidak mungkin berlaku. Melainkan DAP atau PKR  sanggup bahagikan kerusi mereka kepada Parti Amanah.

PAS akan tetap meletakkan calon di semua kerusi yang ditandinginya kerana itu adalah hak PAS. Kalau komponen parti pembangkang lain khasnya Amanah juga meletakkan calonnya bermakna ia menjadi penyambung tali hayat kepada Umno BN.

Mungkin ada yang akan mendakwa kalau calon PAS tak akan menang, kerana pengundi Cina tak akan beri undi, maka apakah kalau Parti Amanah akan menang kalau pengundi Melayu tak akan memberi undi khususnya ahli dan penyokong PAS. Ahli dan penyokong Umno tentulah lagi tak menyokong.

Ramai yang melihat yang bakal untung mungkin DAP.  Namun, reaksi senyap rakyat terhadap tindakan terlalu mendesak dan tidak berkompromi yang ditunjukkan oleh pimpinan mereka tidak dapat diagak sebagaimana kesan terhadap sebahagian peti undi DAP di beberapa Parlimen dan Dun yang ditandingi dibantu oleh petugas PAS khasnya jentera pilihan raya sehingga ke PACA (polling agent and counting agent).

Tindakan tergesa-gesa membentuk Pakatan Harapan menonjolkan kepada rakyat sikap terlalu mementingkan diri sendiri sesetengah pihak yang menjadi punca keretakan Pakatan Rakyat.

Kepada PKR yang masih menjadi rakan kerjasama PAS, kami harap tidak berlaku perpecahan kerana bibit-bibit tersebut telah kelihatan. Adanya pihak yang ingin menjadi juara bagi mengawal parti pembangkang yang lain serta usaha BN khasnya Umno melihat semua komponen parti pembangkang menjadi lemah.

PAS mendoakan agar PKR tidak mengalami nasib yang sedang dialami oleh PAS. Perpecahan dalaman parti akibat campur tangan pihak luar yang mempunyai kepentingan tertentu akan melemahkan kekuatan suara pembangkang. - HARAKAHDAILY 
Sumber TKO - 3-10-2015


Pas tak gaduh dengan DAP

Posted on Thursday, October 01 @ 08:32:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUALA KRAI - Pas tidak bergaduh dengan DAP, sebaliknya hanya memutuskan hubungan dan kerjasama politik dengan parti itu selepas kedua-duanya dilihat tidak sehaluan dalam pelbagai isu.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, selepas kerjasama politik kedua-dua parti politik itu berakhir, beliau tidak menafikan terdapat serangan berhubung isu tertentu.

"Serang menyerang itu perkara biasa selepas hubungan terlerai, tetapi saya nasihatkan DAP supaya mengawal diri dan tidak menyerang Pas dan kepimpinan parti.

"DAP tidak boleh kawal diri, dia serang parti, minta putuskan hubungan dengan presiden parti dan kita hanya mengambil sikap memberikan reaksi kepada cadangan DAP supaya menukar presiden," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Lawatan Kerja dan Majlis Penyampaian Hak Milik Tanah, Bayaran Dividen Ladang Rakyat Negeri Kelantan dan Bantuan Persekolahan kepada Pelajar YIK di Masjid Peria di sini, petang kelmarin.

Menurut laporan akhbar semalam, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah menjelaskan ‘bosan' dengan hubungan antara DAP dan Pas selepas kedua-duanya berpecah dan bakal menjejaskan sokongan pengundi kepada pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Presiden Pas itu mengakui sedar akan perpecahan antara kedua parti berkenaan tidak menguntungkan kedua-dua belah pihak dan sudah dimaklumkan pada peringkat awal lagi.

Beliau berkata, apabila timbul isu hudud misalnya beliau meminta supaya diselesaikan secara bijaksana.

Mohd Amar turut menjelaskan hubungan parti itu dengan PKR dan Menteri Besar Selangor tidak ada masalah dan berjalan lancar.

Sumber TKO - 1-10-2015


Anai anai terlebih dahulu dihidu oleh arwah Ust Fadhil noor.
Posted on Wednesday, September 30 @ 11:08:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

"Assalamualaikum,,,

Percaya atau tidak ungkapan anai anai dalam jemaah pertama kali disebut oeh ustaz Fadhil semasa hayatnya dan turut beberapa kali disebut semasa hayat TGNA sebelum anai anai dengan rupa progresif dan profesional muncul ketika kedua dua pemimpin agung PAS ini sudah tiada.Anai anai adalah asas kepada lebel lebel yang muncul kemudiannya seperti Erdogan,Anwarinas,parasit, barua,broker dan jebon.Kesemua bentuk dalam lebel lebel ini adalah anai anai dalam jemaah, mungkin sebahagian atau kesemuanya dikawal dari luar.Apa yang penting sebagai satu fakta dan hujah praktikal ialah kesedaran akan keujudan anai anai sudah lama dihidu oleh arwah Ustaz Fadhil, juga oleh TGNA dan yang sedikit menyayatkan hati TGHH terpaksa berdepan dengan kumpulan anai anai yang sudah lama menyelinap masuk sehingga menampakkan TGHH seorang presiden yang lemah dan tidak pandai berpolitik.

Mat Sabu baru sahaja membuat pengakuan bahawa dia menyertai PAS sebagai anai anai apabila berkata kemasukannya ke dalam PAS bukan kerana dasar Islam tetapi kerana demokrasi.Dengan demokrasi inilah dia berpolitik dan dengan demokrasi inilah dia melakukan kerja kerja anai anai dalam jemaah.

Tidak banyak boleh diperkatakan tentang pengakuan ini tetapi ianya nampak selari dengan amaran arwah Ustaz Fadhil tentang anai anai, seolah olah Ustaz Fadhil menyedari niat sebenar Mat Sabu menyertai PAS dan niat ini menimbulkan kebimbangan akan kerosakan yang mungkin boleh dilakukannya di kemudian hari.

Mat Sabu juga cekap melakukan kerja kerja anai anai dalam jemaah.Dia pernah bercerita bagaimana semasa  pengajiannya di ITM, beliau dilatih secara khusus oleh cikgunya bernama Ustaz Nakaei untuk menjadi pejuang Islam yang istiqamah walaupun kemudiannya Ustaz Nakaei masuk UMNO.Tapi hari ini setelah menubuhkan PAN, dia membuat pengakuan penyertaannya dalam PAS bukan kerana perjuangan Islam.Satu point yang kuat untuk menyatakan betapa terkesannya kerja kerja anai anainya sehingga tidak dapat dikesan oleh jemaah kerana setiap kali Mat Sabu dalam program dan ceramah PAS pasti akan disambut dengan meriah oleh jemaah.Sekarang ceramahnya untuk PAN tidak lagi disambut sebegitu.

Mat Sabu tidak keseorangan, anai anai bermakna ianya ada koloni yang bermula sedikit kemudian membesar.Ustaz Fadhil menghidunya ketika ianya masih kecil tetapi TGHH terpaksa berdepan dengan koloni yang sudah besar dan cukup untuk meruntuhkan rumah jemaah kalau tidak dibuat pest kontrol.TGHH tidak ada pilihan, terpaksa bertindah sebagai pest kontrol.

TGNA telah begitu menekankan kesemua wakil rakyat PAS mesti berbai'ah juga untuk membendung anai anai yang ada dari merosakkan jemaah tetapi setelah apa yang berlaku, bai'ah pun tak cukup untuk menghalang mereka, sebaliknya mereka boleh berijtihad sendiri dengan berbagai bagai ijtihad untuk melepaskan bai'ah yang mengikat mereka.Itulah dasar anai anai.

Hari ini ada pula jurucakap mereka yang sering mempersoalkan kenapa di zaman TGHH ada berbagai bagai lebel diberikan sedangkan di zaman Ustaz Fadhil dan TGNA tidak ada.Mereka lupa bahawa Ustaz Fadhil dan TGNA terlebih dahulu mengingatkan dengan lebel anai anai dan anai anai adalah lebel yang terbesar melebihi dari mana mana lebel.Serta apa yang terjadi di zaman TGHH adalah lebih dasyat dari zaman zaman Ustaz Fadhil dana TGNA.Barang diingat di hujung usia TGNA, beliau dengan tegas menyatakan sokongan kepada TGHH dalam kes perlantikan MB Selangor.Kesimpulannya, sekiranya anai anai bertndak seperti sekarang ketika Ustaz Fadhil masih hidup dan masih menjadi presiden PAS atau ketika hayat TGNA, pasti kedua dua ulamak yang disayangi ini akan juga terpaksa berdepan dengan apa yang sedang dihadapi oleh TGHH."


Sumber TKO - 30-9-2015



Istiqamah: itu perjuangan kita!
Posted on Friday, September 25 @ 18:14:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

"Assalamualaikum,,

Sejak tertubuhnya PAN, semakin kedengaran suara sumbang agar orang orang PAS tidak terus bersuara, berdiam diri sambil membuat kerja partinya sahaja. Tak perlu bersuara melontarkan cadangan, pandangan atau menangkis serangan yang ditujukan kepada PAS. Hari ni serangan dilakukan secara halus dan licik oleh pihak pihak yang inginkan kecelaruan berlaku dalam PAS dan akhirnya melihat PAS hancur.

Tindakan licik ini boleh dilihat berlaku di sekeliling kita dan bijak juga pihak pihak yang tidak mahu orang PAS mengambil tahu perkara perkara ini, biarkan saja. Tetapi mujur orang PAS masih dan tetap matang melihat politik helah yang cuba mereka mainkan. Kalau perlu bersuara, orang PAS akan bersuara, TITM, Ust Nik Zawawi, Takayuddin merupakan beberapa pemimpin PAS yang banyak bersuara bagi pihak pengurusan PAS sambil di akar umbi ada juga suara suara yang dikeluarkan bagi mempertahankan perjuangan PAS. Inilah istiqamah dalam perjuangan, ada ketika kita patut berdiam diri dan ada ketika kita perlu bersuara. TGHH sudah lama menunjukkan jalan ini untuk kita ikuti.

Dengan kedudukan terakhir PAS sebagai satu satunya jemaah Islam dan satu satunya parti politik pembangkang dalam politik Malaysia yang bersendirian maka keperluan untuk beristiqamah menjadi lebih penting. Cabaran yang mendatang akan lebih hebat dan tanpa istiqamah, kita hanya akan menjadi ayam sembelihan seperti sekumpulan bekas ahli PAS yang menyertai PAN.

Kita perlu sedar cabaran baru yang bakal ditempuh. Kini PAS tidak lagi menjadi parti politik pak angguk, kita tak perlu angguk kepada Pakatan Harapan yang mahukan DSAI menjadi PM sebaliknya tumpuan kita semestinya kepada penyatuan umat Islam dalam satu jemaah Islamiah yang besar dan kuat dan semestinya ianya mesti ditumpukan kepada pemecahan politik perkauman melayu Islam yang masih kuat di negara kita. Melayu Islam mesti dipecahkan untuk melihat umat Islam bersatu dalam satu jemaah, yang secara ringkasnya bolehlah dikata penyatuan PAS-UMNO dalam bentuk lebih besar, iaitu penyatuan dalam satu jemaah Islam yang mungkinnya namanya bukan lagi PAS.

Kita juga perlu faham bahawa dalam istiqamah berjuang kita tidak patut berdiam diri apabila kedudukan kita disentuh baik oleh sesiapapun. kalau hari ini kita melhat dengan hujah dan fakta ada usaha memburuk burukkan kita maka menjadi tanggungjawab kepada kita semua untuk menafikan dengan hujah dan fakta yang kita ada. Tak perlu bimbang atau tunduk dengan desakan seperti raikan perbezaan pendapat, seperti tak perlu heboh heboh, buat kerja sendiri dan sebagainya, kita bukan mengata orang tetapi kita mengata orang yang mengambil tahu hal kita dengan tujuan yang menyalahi prinsip perjuangan kita dan kita tak perlu risau dengan respon yang tak ada fakta dan justifikasi.

Kita teruskan kerja kita dengan cuba menunjukkan kejahatan pihak pihak tertentu kepada kita sekalipun kalau kita terpaksa menggunakan lebel lebel tertentu seperti barua atau jebon. Lupakan kepada respon melalak tanpa hujah dan fakta dari mana mana sudut.

Inilah istiqamah perjuangan PAS yang patut kita suburkan baik oleh pemimpin atasan atau akar umbi, kita bergerak seiringan."

Sumber TKO - 25-9-2015

Keputusan PAS Tepat


Keputusan PAS Tepat


Perjumpaan antara PAS dengan PKR di Pejabat PKR pada September 15 yang lalu langsung tidak dimaklumkan tentang adanya persidangan meja bulat pembangkang.

Persidangan meja bulat pembangkang dimaklumkan kemudian, dan pada awalnya ia diberi gambaran bahawa persidangan itu sekadar sebagai perbincangan isu melibatkan kepentingan rakyat. Namun apa yang berlaku tenyata persidangan itu mempunyai agenda lain.



Di persidangan itu, laporan pelbagai media mendedahkan ada pihak tertentu yang tergesa-gesa mengumumkan kelahiran gabungan baru iaitu Pakatan Harapan. Dakwaan itu lebih terserlah dan seolah-olah dibenarkan melalui pengisytiharan serta-merta kerajaan Pulau Pinang sebagai kerajaan Pakatan Harapan oleh DAP Pulau Pinang.

Tindakan sepantas kilat itu telah menambat persepsi di minda rakyat mengenai siapa sebenarnya perancang utama di dalam pakatan yang baru ini.

Oleh itu, keputusan PAS tidak menyertai persidangan meja bulat pembangkang pada 22 September terbukti tepat.

Apapun, pada waktu ini, PAS sebagai parti pembangkang terbesar, tidak akan terlibat dalam Pakatan Harapan kerana PAS tidak mempunyai hubungan politik dengan DAP dan juga Parti Pekerja @ Amanah.

PAS akan terus mara ke depan bersama Islam dan menguatkan jentera parti bagi menuntut perubahan total bersama rakyat Malaysia untuk merehatkan Umno-BN sebagaimana yang ditegaskan Presiden PAS.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
24 Sept 15



Sumber PP - 24-9-2015


PAS tak halang Mahfuz hadir pelancaran Pakatan Harapan

Posted on Wednesday, September 23 @ 13:56:53 MYT by paktam

Kehadiran Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar dari PAS pada sidang meja bulat pembentukan Pakatan Harapan semalam tidak mendapat tentangan parti itu. Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti Islam itu tidak mempunyai halangan ke atas mana-mana ahlinya yang dijemput Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menurut Tuan Ibrahim, ahli PAS mempunyai hak peribadi untuk hadir ke persidangan tersebut, lapor Sinar Harian.

"Itu hak peribadi beliau," katanya kepada Sinar Harian mengulas mengenai kehadiran bekas ketua penerangan PAS itu yang hadir atas kapasiti ahli Parlimen pembangkang.

Mahfuz merupakan satu-satunya ahli PAS yang hadir meskipun partinya sebelum ini sudah menjelaskan untuk tidak terlibat dengan perbincangan meja bulat tersebut.

Semalam Mahfuz mengakui kehadirannya tidak diketahui pimpinan PAS.

"Saya hadir sebagai ahli Parlimen pembangkang yang dijemput ketua pembangkang.

"Mereka (PAS) tidak tahu, saya hadir kerana dijemput secara terus," katanya ketika ditemui pemberita selepas sidang meja di Subang Jaya, Selangor-TMI

Sumber DD - 23-9-2015

Politik suku agama suku?
Posted on Wednesday, September 23 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Apakah muslahat disebelik kata kata yang berbunyi: “Pas bersedia menerima DAP jika parti itu meminta maaf dan menerima dasar-dasar Islam yang diperjuangkan selama ini”

Pada hemat penulis PAS seolah olah sudah macam telur berada diujung tanduk kini. Bayangkan Amanah yang jadi pengkhianat PAS dan belum tentu statusnya dimasuk dan diterima pakatan rakyat. Atas sebab itulah, barangkali membuat PAS memikirkan masa depannya yang pasti akan berada dalam terkiar kiar sendirian nanti dan rugi besar dalam politik mutakhir ini.

   kata kata yang keluar dari mulut Nik Zawawi Salleh yang berbunyi: " bermusuh dalam politik tidak sepatutnya berterusan sampai bila-bila"ini boleh dijadikan bukti yang pas berada dalam kebimbangan yang amat sangat dengan pencaturan politik kini. 

kenyataan Nik Zawawi Salleh yang berbunyi: " bermusuh dalam politik tidak sepatutnya berterusan sampai bila-bila"  seolah olah politik berbeza dengan bukan politik sepertimana sedia maklum bahawa politik suku agama suku yang menjadi amalan umno selama ini juga boleh diamalkan PAS.

fahaman ini ditentang bulat bulat oleh PAS, kerana  politik tidak boleh dipisahkan dengan agama Islam (aldin) kalau dipisah maka pincanglah pentadbirannya.Sebelum ini pas tidak boleh bertahaluf dengan orang kafir, tetapi pada tahun 2008 dibolehkan bertahaluf dengan DAP, miskipun reality mempersenda sendakan hukum hudud.

Sehubungan dengan itu, politik hari ini politik yang bercampur baur kemaslahatannya, antara kemaslahatan Islam dengan kemaslahatan musuh musuh Islam.Disamping aspek keburukan yang pelbagai corak, kerosakan akhlak orang orang politik, jarang wujud kesetiaan dalam kalangan orang politik, jarang bercakap benar, berleluasanya sikap menghklianati janji dan saling jatuh menjatuh satu sama lain, termasuk menghina golongan ulama dan memuliakan golongan kafir..

Oleh itu, tidak mustahil DAP akan minta maaf sepertimana yang dimahukan oleh PAS itu.Cuma tunggu masanya sahaja. Apakah pas boleh percaya lagi dengan banyak banyak pembohongan yang dilakukan oleh DAP sebelum ini. dengan kata kata yang berbunyi orang china mahukan Islam sedangkan orang umno tolak hudud kononnya.

Lebih lebih lagi, Ibnu Abbas pernah berkata, musuh Allah berbohong. Bayangkan sifat bohong musuh musuh Allah yang dinyatakan sahabat Nabi SAW itu. Walau pun bukan hadis akan tetapi ia bertepatan dengan banyak ayat ayat Allah untuk dijadikan panduan dalam berpolitik diatas muka bumi Allah ini.

DAP boleh bertindak minta maaf untuk mencapai matlamatnya. DAP bukan sahaja boleh berkata yang dia menerima islam dan hudud asalkan cita-citanya tercapai. Malah itulah sikap dan sifat orang kafir yang mana telah dijelaskan sejelas jelasnya oleh Allah dalam Al Quran dan Sejarah telah membuktikan sepanjang perjanjian Yahudi dengan kerajaaan Nabi SAW di Madinah seribu empat tahun dahulu mereka mengkhianati perjanjian dan sangat tidak setia dengan apa apa yang diikrarkan.





Sumber TKO - 23-9-2015



PAS sahkan tak sertai Pakatan Harapan
Posted on Wednesday, September 23 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



PAS hari ini mengekalkan keputusan parti itu untuk tidak menyertai Pakatan Harapan yang ditubuhkan hari ini, tegas Setiausaha Agungnya Datuk Takiyudin Hassan.

Anggota Parlimen Kota Baru itu berkata perkara tersebut diputuskan hasil Mesyuarat Dewan Harian diadakan pada lewat petang semalam di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kelantan.

"Bagaimanapun kita ambil ketetapan untuk tidak buat komen yang panjang buat masa ini kerana pakatan itu pun baharu sahaja dilancarkan, baharu ditubuhkan," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri mesyuarat berkenaan.

Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) yang dalam proses didaftarkan, hari ini sepakat menubuhkan sebuah pakatan baharu yang dinamakan Pakatan Harapan, tanpa penyertaan PAS.

Bagaimanapun, Takiyudin berkata PAS masih lagi mengekalkan kerjasama politiknya dengan PKR kerana perkara itu diputuskan pada muktamar tahunan parti itu Jun lepas.

"Usul Dewan Ulama dalam muktamar adalah jelas (iaitu) mengekalkan kerjasama politik dengan PKR... kita mengesahkan hubungan dengan DAP terputus (pada muktamar itu)," katanya.

Ditanya mengenai hubungan beberapa Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS yang dilantik sebagai Anggota Exco Negeri Selangor dengan DAP dalam kerajaan negeri itu, beliau berkata hubungan itu semata-mata sebagai anggota kerajaan sahaja.

"Jadi kita bekerjasama dalam isu-isu melibatkan kepentingan rakyat dan negeri," katanya.
Mengulas mengenai Amanah yang mendakwa akan bertanding di semua kerusi pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, beliau berkata PAS tetap akan mempertahankan kerusi yang ditandingi mereka sebelum ini walaupun ia akan menyebabkan undi pecah.

"The more the merrier (lebih ramai, lebih ceria)... kalau dia (Amanah) hendak bertanding, bertandinglah.. tetapi kalau kita hendak serahkan kerusi kita kepada dia, itu tidak sama sekali.. kalau hendak bertanding dipersilakan," katanya. - Bernama
Sumber TKO - 23-9-2015






























Kerajaan Selangor tidak tergugat - PAS

ASLANI M | .


KOTA BHARU: PAS menegaskan Kerajaan Selangor tidak tergugat biarpun parti itu tidak mempunyai hubungan politik lagi dengan DAP.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Kerajaan Selangor masih lagi mendapat sokongan majoriti dan tidak ada apa-apa masalah.

Katanya hubungan yang berlangsung sekarang bukan atas kapasiti parti sebaliknya sebagai ahli Dewan Undangan Negeri.

“Lagipun Menteri Besar Selangor sekarang mendapat sokongan majoriti jadi tidak timbul kerajaan Selangor tergugat.

“Wakil PAS memberi sokongan kepada Menteri Besar.. jadi kerajaan Selangor tidak tergugat. PAS bekerjasama sebagai anggota kerajaan.

“Exco PAS adalah atas nama kerajaan biar pun mereka mewakili PAS. Begitu juga PKR atau DAP. Mereka adalah anggota kerajaan. Jadi kita bekerjasama atas isu-isu kepentingan rakyat,” katanya pada persidangan media di kediaman rasmi Menteri Besar di sini malam tadi.

Sebelum itu diadakan mesyuarat Dewan Harian PAS Pusat yang dipengerusikan Presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Hadir sama kesemua 11 anggota termasuk Timbalan Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Media hari ini melaporkan Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata pembentukan gabungan Pakatan Harapan hanya sebagai perancangan politik bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14.

Oleh itu katanya gabungan baru PKR bersama DAP dan Parti Amanah Negara tiada kaitan dengan pentadbiran kerajaan Selangor.

Takiyuddin berkata PAS mengekalkan kerjasama dengan PKR sebagaimana diputuskan pada muktamar lepas.

Menurutnya PAS tidak pernah memutuskan hubungan dengan PKR dalam muktamar.

“Selepas muktamar lalu kita hanya mengesahkan putus hubungan dengan DAP. Yang memutuskan hubungan itu ialah DAP.

“Kita hanya mengesahkan hubungan itu putus, tetapi dengan PKR usul Dewan Ulamak muktamar adalah jelas mengekalkan hubungan dan kerjasama politik dengan PKR,” katanya.

Beliau juga berkata PAS Pusat berbincang panjang lebar mengenai perkembangan politik negara termasuk penubuhan pakatan baru, Pakatan Harapan.

Bagaimanapun kata beliau, PAS mengambil ketetapan tidak  membuat komen yang panjang sekarang kerana pakatan itu baru sahaja ditubuhkan.

Namun tegas beliau PAS tetap komited menentang ketidakadilan BN selaras dengan resolusi dicapai pada Kongres Rakyat yang didukung 200 NGO dan beberapa parti politik.

“PAS komited menentang dan penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh pemimpin BN.

PAS juga sedang melaksanakan pelan tindakan bagi merealisasikan tema kongres iaitu Membina Malaysia Sejahtera,” ujarnya.

Selain itu PAS menghormati hak mana-mana pihak merangka agenda politik sendiri.

“Walau bagaimanapun PAS tidak akan terlibat dengan Pakatan Harapan sebagaimana dinyatakan sebelum ini.

“PAS akan menumpukan usaha ke arah pemerkasaan parti dan melebarkan sokongan rakyat kepada perjuangan PAS di seluruh negara,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 23/9/2015

Sumber HD - 23-9-2015

PAS komited menentang ketidakadilan BN
































HARAKAHDAILY | .


SELARAS dengan resolusi Kongres Rakyat yang didukung oleh 200 badan bukan kerajaan (NGO) dan beberapa parti politik, PAS komited menentang ketidakadilan dan salah guna kuasa yang dilakukan oleh pemimpin Barisan Nasional (BN).

PAS juga sedang melaksanakan pelan tindakan bagi merealisasikan tema Kongres Rakyat iaitu Membina Malaysia Sejahtera.

Sehubungan dengan itu, PAS menegaskan:

i -  bahawa PAS mengekalkan hubungan dan kerjasama politik dengan PKR.

ii - PAS menghormati hak mana-mana pihak untuk merangka agenda politik tersendiri, walau bagaimanapun PAS tidak akan terlibat dengan Pakatan Harapan sebagaimana yang telah dinyatakan oleh PAS sebelum ini.

iii - PAS akan menumpukan usaha ke arah pemerkasaan parti dan melebarkan sokongan rakyat kepada perjuangan PAS di seluruh negara.

DATUK TAKIYUDDIN HASSAN
Setiausaha Agung PAS
- HARAKAHDAILY 22/9/2015

Sumber HD - 22-9-2015


PAS bincang mengenai Pakatan Harapan petang ini
Posted on Tuesday, September 22 @ 17:46:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



Dewan Harian PAS akan berbincang mengenai penubuhan pakatan baru pembangkang yang dianggotai PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) dalam mesyuaratnya petang ini.

"PAS akan berbincang mengenai perkembangan terbaru itu petang ini dalam mesyuarat Dewan Harian di Kota Bharu," kata Naib Presiden Datuk Iskandar Samad kepada Malaysiakini.

Iskandar, yang sedang dalam perjalanan ke Kota Bharu, bagaimanapun berkata beliau tidak dapat mengulas lanjut mengenai perkara tersebut sehingga selesai mesyuarat di kalangan kepimpinan tertinggi PAS itu.

Hari ini persidangan meja bulat melibatkan ketiga-tiga parti itu secara rasmi bersetuju menubuhkan Pakatan Harapan - tanpa dianggotai PAS yang sebelum ini menolak jemputan untuk menghadirinya.

Bagaimanapun gabungan baru politik pembangkang itu tetap terbuka untuk menerima parti lain yang boleh memberikan kerjasama.

Sebelum ini PAS menegaskan mereka mengekal kerjasama politik dengan PKR tetapi tidak dengan DAP dan AMANAH - parti yang baru ditubuhkan oleh bekas pemimpin PAS yang tewas dalam pemilihan parti Jun lalu.

sumber
Sumber HD - 22-9-2015

PAS alu-alukan penggantungan The Edge batal


































SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: PAS mengalu-alukan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Asmabi Mohamad yang telah membuat keputusan membatalkan penggantungan penerbitan akhbar The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily kelmarin.

Keputusan itu jelas Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan, sekaligus menjawab tindakan Menteri Dalam Negeri yang telah menggantung permit akhbar berkenaan pada 23 Julai lalu kerana bermotifkan politik dan cubaan untuk menutup penyebaran maklumat mengenai isu-isu berkaitan 1MDB.

Katanya, sejak dari awal PAS telah mengecam tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang menggantung permit akhbar berkenaan dan juga menyekat akses ke laman The Sarawak Report.

"Tindakan tersebut tidak menyelesaikan dakwaan-dakwaan terhadap skandal kewangan 1MDB sebaliknya memburukkan indeks kebebasan akhbar di negara ini," katanya kepada Harakahdaily.

PAS sentiasa menyokong kebebasan akhbar dan ia mesti mengikut piawaian yang betul dari aspek pelaporan berita, integriti kewartawanan dan tidak berpihak kepada kebatilan.

Tegasnya, perkara ini penting kerana media merupakan salah satu alat yang membentuk persepsi serta pengetahuan rakyat.

Pada masa yang sama, PAS turut mendesak supaya laporan siasatan forensik kewangan 1MDB segera diumumkan kepada rakyat dan tidak terus dibekukan.

Malaysia menggantung permit penerbitan akhbar kewangan harian dan mingguan The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily kerana membuat pendedahan mengenai skandal dan salah urus kewangan syarikat pelaburan negara 1MDB yang melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Akhbar kewangan itu mengesahkan bahawa ia telah menerima surat daripada KDN memaklumkan mengenai penggantungan selama tiga bulan berkuatkuasa 27 Julai lalu berikutan laporan-laporannya yang berkaitan dengan 1MDB. – HARAKAHDAILY 22/9/2015

Sumber HD - 22-9-2015

Ini adalah pendirian PAS pada waktu ini



































HARAKAHDAILY | .


PKR masih adalah rakan tahaluf PAS di dalam Pakatan Rakyat sebagaimana yang telah ditegaskan dalam Muktamar.

Tiada kerjasama antara PAS dengan DAP mahupun Amanah

PAS terus bersama pembangkang dalam isu yang melibatkan kepentingan rakyat dan menentang salahguna kuasa, rasuah dan penyelewengan dana awam terutamanya isu 1MDB kerajaan Umno-BN.

PAS menghargai jemputan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali ke meja bulat pembangkang, namun PAS memilih untuk tidak menghadirinya.

PAS akan menumpukan sepenuh tenaga menguatkan jentera parti dari segala sudut terlebih dahulu sebagai persiapan menghadapi Umno-BN di PRU14.

Perjumpaan antara PAS dan PKR akan diadakan dari semasa ke semasa dan sentiasa menilai apa jua isu antara kedua parti sebagaimana yang telah ditegaskan oleh Presiden PAS. – HARAKAHDAILY 22/9/2015

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Timbalan Presiden PAS

Sumber HD - 22-9-2015


Perjuangan Islam larang PAS bertahaluf dengan "pengkhianat" Parti Amanah - Nik Zawawi

Posted on Tuesday, September 22 @ 03:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



SHAH ALAM: PAS mengikut pendekatan Islam apabila tidak mahu bertahaluf siyasi atau mengikat kerjasama politik dengan "pengkhianat" di sebalik Parti Amanah Negara, kata Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Nik Mohd Zawawi Nik Salleh.

"Islam ada kaedahnya untuk bertahaluf. Islam sama sekali tidak mengizinkan perjuangan Islam untuk bertahaluf dengan mana-mana pihak serpihan daripada Islam sebab Islam menganggap bahawa golongan serpihan ini adalah golongan pengkhianat. 


"Sebagai parti Islam yang mengikut lunas-lunas agama, PAS menegaskan bahawa tidak akan mengadakan tahaluf siyasi dengan parti serpihan yang baru sebab mereka (Amanah) adalah kumpulan yang khianat," kata beliau kepada Antarapos.


Kenyataan Nik Zawawi itu menyusul selepas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menolak kemungkinan PAS mengikat kerjasama politik dengan Amanah yang diterajui oleh beberapa bekas wakil rakyat PAS yang tidak sebulu dengan Hadi dan pimpinan ulama parti itu. 


Kenyataan terbaru Nik Zawawi ini sekali gus menempelak cubaan PKR untuk menyakinan PAS menyertai Amanah dan DAP bagi membentuk Pakatan Rakyat 2.0. 


Ia juga memberi tamparan kepada harapan PKR untuk menyakinan PAS supaya tidak meletakkan calon di kerusi yang ditandingi oleh parti pembangkang lain dalam menentang Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke 14. 


Nik Zawawi berkata pemimpin-pemimpin Amanah sudah menunjukkan belang mereka apabila keluar daripada PAS, justeru mereka tidak boleh dipercayai lagi. 


"Bagaimana nak bekerjasama dengan mereka? Jika kita buat perjanjian dengan mereka, apa alasan yang boleh mereka katakan bahawa mereka tidak akan mungkir janji dan khianat lagi? 


"Jika sebelum ini pun mereka sanggup khianat parti sendiri dan buat hal yang bercanggah, seperti kenyataan Mat Sabu dan Salahuddin (Ayub) yang sangat lantang lebih daripada orang lain, tiba-tiba mereka langgar (janji). Jadi bagaimana kita nak beri kepercayaan kepada mereka lagi?


"Parti mereka dinamakan Amanah, namun apa yang mereka bawa sangat tidak beramanah. Dan kita tidak akan mengadakan tahaluf siyasi dengan mereka," tegasnya lagi.


Mohmad Sabu adalah bekas timbalan presiden PAS dan kini menjadi presiden Amanah manakala Sallahuddin adalah bekas ahli Jawatankuasa Pusat PAS yang menjadi timbalan presiden Amanah.


Setakat ini 12 wakil rakyat PAS menyertai Amanah manakala Ahli Parlimen Tumpat dan bekas Setiausaha Agong PAS, Datuk Kamaruddin Jaafar menyertai PKR.  


PKR akan menganjurkan persidangan meja bulat  esok untuk membincangkan pembentukkan dan hala tuju Pakatan Rakyat 2.0.


Bagaimanapun PAS dilihat 'tidak berminat' untuk menghadirinya dan sehingga kini tidak memberikan sebarang kata putus tentang persidangan meja bulat itu. - ANtaraPOS



Sumber TKO - 22-9-2015


Bersabarlah Wahai Murabbi, Istiqamahlah Hingga Kemenangan
Posted on Monday, September 21 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Semuanya bermula dengan Kajang,satu bandar kecil di Selangor yang menggugat kekukuhan sebuah pakatan yang hampir2 menumbangkan BN di Malaysia.Tidak diketahui apa tujuan sebenar lantas bermula episod inilah segalanya hancur dimamah bumi.

Apabila telah digoncang Tan Sri Khalid Ibrahim dengan pelbagai tuduhan & salah laku,maka ketika itulah beliau di minta melepaskan jawatan MB yang disandang beliau.Maka dengan tegas beliau menafikan semua tuduhan itu lantas dipanggil mesyuarat Majlis Pimpinan PR supaya membincangkan isu tersebut bagi mengelakkan isu tersebut menjadi lebih besar.

Maka pada 23 Julai 2014,Majlis Pimpinan PR bermesyuarat dengan Mat Sabu mewakili PAS dalam mesyuarat tersebut.Jelas dalam mesyuarat tersebut PAS & DAP menerima cadangan tersebut tetapi bukan bermakna bersetuju,ianya perlu dibawa berbincang & bermesyuarat dengan parti masing2 bagi memperhalusi sebelum membuat apa2 keputusan.

Lantas ketika inilah TG Presiden menolak cadangan tersebut,begitu juga Almarhum TG Nik Aziz,Mursyidul Am ketika itu.Menurut mereka selagi tidak dibuktikan Khalid Ibrahim bersalah maka tidak wajar beliau diminta melepaskan jawatan & rekod beliau memerintah Selangor adalah bersih & baik.

Begitu juga dengan Dato Tuan Ibrahim Tuan Man,Naib Presiden PAS ketika itu menafikan pada 27 Julai yang khabar angin PAS telah bersetuju dengan cadangan menukar Khalid Ibrahim.Menguatkan lagi ketika itu Timb. Mursyidul Am PAS,TG Dato Harun Din turut menyokong agar Khalid Ibrahim dikekalkan sebagai MB Selangor selagi tidak terbukti beliau bersalah.

Akibat dari itu,muncullah pelbagai tuduhan terhadap susuk tubuh yang menyokong Khalid Ibrahim,ada yang dituduh menerima habuan projek kondominum di Pantai Dalam,malah ada yang digelar ayam akibat berjawatan dalam MBI.Semuanya akibat tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.

Apabila DAP bersetuju dengan cadangan PKR,maka hanyalah PAS sahaja yang masih belum membuat keputusan,keputusan yang bagi saya bukan mudah,ianya melibatkan kepentingan banyak pihak terutamanya rakyat Selangor,juga tuduhan2 yang belum lagi dibuktikan bersalah kerana ianya melibatkan harga diri & maruah seorang manusia yang tidak boleh dijual beli.Ianya perlu diperhalusi & teliti sedalam2nya.

Maka akibat dari itu,Majlis Syura Ulama pada 7 Ogos bermesyurat & bersetuju dengan TG Presiden & Mursyidul Am,kekalkan Khalid Ibrahim selagi tidak dibuktikan bersalah.Maka dengan ini hebatlah PAS diserang tanpa sebab munasabah dari semua arah yang pada saya cukup tidak adil & zalim.Akibat dari itu ramai yang tertunggu2 Mesyuarat AJK PAS Pusat yang berlangsung pada 10 Ogos.

Pada 9 Ogos Khalid Ibrahim dipecat dari PKR & mesyuarat AJK PAS Pusat yang sepatutnya berlangsung pada 10 Ogos ditangguh sehingga 17 Ogos.Ini menjadikan PAS punching bag kepada yang tidak sependapat dengan mereka,memburukkan lagi keadaan 2 ADUN PAS Selangor turut menandatangani Surat Akuan menyokong DSWA sebagai MB.Akibat dari itu PAS dituduh tidak kompetan,tidak berpendirian malah lemah yang pada saya amat zalim & tidak adil.Mana mungkin kita mahu menghukum orang yang tidak terbukti bersalah.

Lalu pada 17 Ogos,PAS akhirnya bersetuju Khalid Ibrahim ditukar disebabkan beliau bukan ahli PKR,bukan disebabkan tuduhan2 keatas beliau.Lalu bermula kemelut dalam memilih calon MB hingga menimbulkan kemurkaan DYMM Sultan Selangor akibat ingkar titah baginda dalam soal jumlah pencalonan MB sehingga dikeluarkan surat pada 27 Ogos memberi tempoh sehingga 3 September untuk mengemukan maklum balas.

Maka dengan PAS mencadangkan dicalonkan Azmin Ali maka pada 22 September sahlah beliau sebagai MB Selangor.Maka berakhirlah era Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor,dengan begitu tragik & PAS turut terheret akibat dari isu ini,mempertahan orang yang diadili secara tidak adil & zalim.

Lalu baru2 ini pada 14 Ogos 2015,terungkailah segala musabab berkenaan isu tersebab.Begitu besar jiwa Khalid Ibrahim memaafkan apa yang telah berlaku tetapi akibat dari isu tersebut PAS terutamanya TG Presiden terkesan, 
Sumber TKO - 21-9-2015

Kerusi Yang Dibawa Lari, Masih Milik PAS

Mustafa Ali
KUALA TERENGGANU – PAS menegaskan bahawa parti itu tidak akan bertanding pada pilihan raya umum (PRU) kali ke-14 akan datang, kurang daripada jumlah kerusi yang ditandinginya pada PRU yang lalu.

Bahkan Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dato’ Mustafa Ali berkata, PAS sedang membuat kajian untuk bertanding dibeberapa kawasan yang tidak ditandingi sebelum ini.

Beliau berkata, terdapat ahli-ahli PAS yang telah keluar dari PAS dan ‘membawa lari’ bersama kerusi yang telah dimenangi pada PRU lepas.

Walaupun mereka ‘telah melompat’ ke parti lain, namun katanya, kerusi tersebut adalah menjadi milik PAS untuk ditandingi pada PRU akan datang.

“yang tu (keluar) dan tubuh parti aru, dengan kerusi-kerusi (yang dimenangi)nya, yang terbaru ada seorang wakil rakyat (dari) Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar kemudian dia masuk PKR,

“orang PAS marah…..memanglah keluar PAS ini tak baik……masuk parti mana pun, keluar PAS ini tak bagus, tetapi saya suka nak menyatakan di sini,

“mana-mana (yang) baw lari kerusi itu……kerusi itu tetap kerusi PAS, ertinya PAS akan bertanding dikawasan yang dibawa lari kerusi itu,”ujarnya.

Beliau menjelaskan, PAS telah membuat keputusan, walaupun mungkin ada kerjasama dan Pakatan Rakyat yang baru mungkin ditubuhkan, namun PAS akan bertanding pada kawasan-kawasan yang ditandingi dalam PRU lalu.

Sebelum itu, mantan Setiausaha Agung PAS itu mendakwa, DAP Sarawak adalah antara pihak yang mula membuat kenyataan menyebabkan PAS memutuskan kerjasama dengan DAP.

“DAP yang mula buat pasal ini termasuk diantaranya adalah DAP di Sarawak, dia campur tangan soala dalaman parti lain termasuk PAS,

“DAP Sarawak mengatakan jika PAS dalam Muktamar (lalu) yang akan diadakan, kalau pimpinan PAS (yang) diputuskan dalam Muktamar itu terdiri dari ulamak, PAS dan DAP akan putus (hubungan),”kata Dato’ Mustafa.

Oleh itu, katanya, apabila sebahagian besar Ahli Jawatankuasa PAS yang dipilih dari mereka yang dikategorikan sebagai ulamak, kerjasama PAS dengan DAP tidak lagi wujud.

Sebaliknya, beliau berkata, sebagaimana yang diputuskan oleh Majlis Syura Ulamak, PAS masih ‘bertahaluf’ dengan PKR.



Sumber BO - 21-9-2015

PAS: Tahaluf dengan PKR, bukan DAP, AMANAH

Posted on Sunday, September 20 @ 17:45:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mengulangi gesaan supaya wakil rakyat parti itu meletakkan jawatan jika menyertai parti lain termasuk Parti Amanah Rakyat (Amanah).

Beliau berkata tindakan itu perlu kerana semua calon PAS pada pilihan raya umum lepas telah melafazkan Bai'ah bersumpah, dan mereka akan dilaknati Allah swt jika melanggar Bai'ah itu.

"PAS sebagai parti Islam membuat Bai'ah dengan Anggota Jawatankuasa PAS Pusat, para pemimpinnya dan calon-calon pilihan raya dengan sumpah Wallahi, Wabillahi dan Watallahi.

"Semasa berBai'ah, kita sebut sebagai calon Parti Islam Semalaysia (PAS) dan tidak disebut PKR atau DAP. Ini diucapkan oleh setiap calon sama ada yang menang atau kalah.

"Parti (PAS) mewajibkan dalam Bai'ah jika dipecat keluar parti, mereka kena letak jawatan sebagai Ahli Parlimen atau ADUN. Ini disebut dalam bai'ah itu," jelas Abdul Hadi semasa berucap pada program Himpunan Harapan Semua (Harap) 3.2 di Pulau Serai dekat Dungun.

Turut hadir pada program tiga hari itu yang berakhir hari ini, ialah Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali, bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta Pesuruhjaya PAS negeri Satiful Bahri Mamat.

Abdul Hadi berkata gesaannya merujuk kepada tindakan beberapa wakil rakyat PAS yang menyertai Amanah, parti baharu yang diterajui bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Pada sidang media kemudian, Mustafa mengesahkan tiga pemimpin tertinggi PAS telah mengadakan pertemuan dengan kepemimpinan PKR termasuk presidennya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada Isnin bagi membincangkan mengenai tahaluf siyasi dalam pakatan pembangkang.

Dalam pertemuan itu di Ibu Pejabat PKR Kuala Lumpur, PAS diwakili oleh Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Agung Datuk Takiyuddin Hassan dan Mustafa manakala PKR diwakili beberapa pemimpin tertingginya yang diketuai oleh Wan Azizah.

"Kita masih tahaluf dengan PKR tetapi dengan DAP dan parti baru (Amanah), kita tak ada tahaluf," katanya.
-Bernama

Sumber TKO - 20-9-2015

Letak jawatan PAS jika sertai parti lain, kata Hadi

Posted on Sunday, September 20 @ 08:52:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mengulangi gesaan supaya wakil rakyat parti itu meletakkan jawatan jika menyertai parti lain termasuk Parti Amanah Rakyat (Amanah).

Beliau berkata tindakan itu perlu kerana semua calon PAS pada pilihan raya umum lepas melafazkan Bai'ah bersumpah, dan mereka akan dilaknati Allah SWT jika melanggar bai'ah itu.

"PAS sebagai parti Islam membuat bai'ah dengan Anggota Jawatankuasa PAS Pusat, para pemimpinnya dan calon-calon pilihan raya dengan sumpah Wallahi, Wabillahi dan Watallahi.

"Semasa berbai'ah, kita sebut sebagai calon Parti Islam Semalaysia (PAS) dan tidak disebut PKR atau DAP. Ini diucapkan setiap calon sama ada yang menang atau kalah.

"Parti (PAS) mewajibkan dalam bai'ah jika dipecat keluar parti, mereka kena letak jawatan sebagai Ahli Parlimen atau Adun. Ini disebut dalam bai'ah itu," jelas Abdul Hadi semasa berucap pada program Himpunan Harapan Semua (Harap) 3.2 di Pulau Serai.

Turut hadir pada program tiga hari itu yang berakhir hari ini, ialah Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali, bekas menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta Pesuruhjaya PAS negeri Satiful Bahri Mamat.

Hadi berkata gesaannya merujuk kepada tindakan beberapa wakil rakyat PAS yang menyertai Amanah, parti baharu yang diterajui bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu.

Pada sidang media kemudian, Mustafa mengesahkan tiga pemimpin tertinggi PAS mengadakan pertemuan dengan kepemimpinan PKR termasuk presidennya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada Isnin bagi membincangkan mengenai tahaluf siyasif dalam pakatan pembangkang.

Dalam pertemuan itu di Ibu Pejabat PKR Kuala Lumpur, PAS diwakili Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Agung Datuk Takiyuddin Hassan dan Mustafa manakala PKR diwakili beberapa pemimpin tertingginya yang diketuai Dr Wan Azizah.


"Kita masih tahaluf dengan PKR tetapi dengan DAP dan parti baharu (Amanah), kita tidak ada tahaluf," katanya. - Bernama

Sumer TKO - 20-9-2015







































'Kerusi itu tetap kerusi PAS, PAS akan bertanding'









































HARAKAHDAILY | .




DUNGUN: PAS menegaskan akan bertanding di kerusi yang 'dibawa lari' oleh wakil-wakil rakyat yang telah menukar parti dalam pilihan raya umum akan datang.

"Mana-mana buat lari kerusi, kerusi itu tetap kerusi PAS. PAS akan bertanding itu. Kalau (mereka) nak bertnding juga, tiga penjuru," tegas Ketua Pengarah Pilihan raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada majlis perasmian Himpunan Harapan Semua (Harap) 3.2 di Kampung Pulau Serai, dekat sini malam tadi.

Majlis dirasmikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Turut berucap ialah Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Saiful Bahri Mamat dan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Yang Dipertua PAS Kawasan Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli.

Tuan Guru Abdul Hadi turut menerima 4,198 borang permohonan keahlian PAS daripada PAS kawasan-kawasan seluruh negeri yang disampaikan oleh Saiful pada majlis itu. Sebanyak RM16,002 derma disumbangkan oleh pada hadirin selain mata wang asing.

Mustafa juga berkata, PAS kemungkinan akan bertanding lebih banyak kerusi pada Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14) nanti berbanding PRU13 lalu.

"Kat mana, jabatan pilihan raya sedang kaji nak tambah daripada pilihan raya yang lepas," katanya lagi. - HARAKAHDAILY 19/9/2015

Sumber HD - 19-9-2015

Kita masih tahaluf dengan PKR - Mustafa

HARAKAHDAILY | .


DUNGUN: "Kita masih tahaluf dengan PKR, tapi dengan DAP dan parti baharu kita tak ada tahaluf," tegas Ketua Pengarah Pilihan raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali.

Begitupun, katanya tugas menentang Umno BN adalah tanggungjawab PAS.

"Adapun tugas tentang Umno BN, itu tanggungjawab kita, sama-sama lawan. Kita lawan cara kita, dia lawan cara dia," jelasnya ketika berucap pada majlis perasmian Himpunan Harapan Semua (Harap) 3.2 di Kampung Pulau Serai, dekat sini malam tadi.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang merasmikan majlis tersebut. Turut berucap ialah Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Saiful Bahri Mamat dan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Yang Dipertua PAS Kawasan Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli.

Mustafa turut menjelaskan bahawa pendirian PAS itu turut dinyatakan pada pertemuan dengan pemimpin PKR termasuk presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, baru-baru ini.

Selain beliau, turut mewakili PAS ialah Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Takiyudin Hassan.

"Kita hanya tahaluf dengan PKR dan tak ada tahaluf dengan parti-parti yang lain," tegasnya lagi.

Walaupun begitu, katanya PAS tidak boleh memaksa PKR hendak mengadakan kerjasama dengan parti-parti lain. - HARAKAHDAILY 19/9/2015

Sumber HD - 19-9-2015


PAS tolak kerjasama dengan Amanah kerana mereka ‘pengkhianat’, kata Hadi
Posted on Friday, September 18 @ 11:39:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



PAS tidak akan menjalinkan kerjasama politik dengan Parti Amanah Negara (Amanah) yang ditubuhkan bekas pemimpin parti itu kerana "pengkhianatan", kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menyifatkan perbuatan Amanah mengkhianati perjuangan mereka, presiden PAS itu berkata pengkhianat parti lebih teruk daripada musuh.

Hadi berkata, PAS sedia bekerjasama dengan pihak lawan, namun tidak akan melakukan perkara sama terhadap pengkhianat parti.

"Orang yang khianat pada perjuangan tiada pilihan sama ada dia balik atau dihapuskan, dia bertaubat.

"Ini cara perjuangan Islam, tak boleh orang yang ada rekod khianat perjuangan, tak boleh sama sekali," katanya melalui rakaman video yang dikongsi melalui laman Facebook PAS.

Rakaman video tersebut merupakan sedutan sesi soal jawab antara Hadi dan peserta program Mukhayyam Tarbawi PAS kawasan Machang di Rusila, Terengganu pada 3 September lalu.
Dengan penegasan Hadi, terdapat kemungkinan PAS tidak akan menyertai pakatan pembangkang baharu yang bakal dianggotai Amanah, PKR dan DAP.

Beberapa pemimpin pembangkang kini sedang berusaha membawa masuk PAS ke dalam pakatan pembangkang baharu yang bakal dibentuk terutama bagi memastikan tiada pertandingan 3 penjuru dalam pilihan raya umum akan datang.

Sumber TKO - 18-9-2015

Pas kaji kerjasama dengan PKR

Posted on Wednesday, September 16 @ 12:11:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



MARANG - Sejarah pilihan raya umum 1990 dan 1995 mungkin berulang apabila Pas menegaskan tidak akan menyertai mana-mana pakatan pembangkang baharu, namun kaji untuk bekerjasama dengan PKR.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut menegaskan Pas terus bergerak sebagai pembangkang walaupun perlu bergerak sendirian, namun tidak akan bergabung dengan DAP dan Parti Pekerja Malaysia.

“Parti baharu (Parti Kerja Malaysia) tidak.. DAP (juga) tidak.. tetapi dengan PKR, Pas kaji dari masa ke masa melalui kerjasama di Selangor dan di tempat lain,” katanya.

Ahli Parlimen Marang itu berkata demikian selepas melawat ke rumah mangsa ribut di Bukit Gasing, Marang. Dalam kejadian tersebut, sebanyak 40 rumah mengalami kerosakan atap apabila dilanda ribut lebih kurang jam 6.30 petang kelmarin.

Beliau juga menyifatkan bahawa gabungan pembangkang baharu atau Pakatan Rakyat 2.0 tidak mempunyai agenda untuk memartabatkan Islam sebaliknya hanya mahu memenangi pilihan raya akan datang.

“Konsep kita (Pas), mahu Islam didaulatkan dan dimartabatkan kerana kita tahu negara kita mempunyai majoriti beragama Islam,” katanya.

Mengikut rekod sebelum ini, pada pilihan raya 1990 dan 1995, dua pakatan pembangkang dibentuk untuk menghadapi BN. Pas bersama Semangat 46, Hamim, Berjasa dan Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) bersatu dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU).

Manakala Semangat 46 bersama DAP, Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan IPF telah membentuk Gagasan Rakyat. Namun kedua-dua pakatan itu terpaksa dibubarkan pada 1996 susulan pembubaran Semangat 46.

Berkemungkinan PKR juga akan main peranan sama dengan Semangat 46 dan akan bergabung dengan Pas dalam menghadapi pilihan raya akan datang, namun keputusannya masih dalam kajian dan pertimbangan presiden parti Islam itu. 

Terdahulu, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali bertegas mahukan Pas menyertai pakatan pembangkang baharu itu namun kenyataan berbeza diberikan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang jelas menolak penyertaan Pas.

Sumber Link
Sumber TKO - 16-9-2015


PAS boleh tutup isu bai'ah tapi bai'ah itu tak akan tertutup!
Posted on Tuesday, September 15 @ 05:55:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Assalamualaikum,,,

SU agung PAS berkata PAS sudah menutup kes bai'ah ahlinya yang lompat katak.Ini bermakna PAS sudah tidak berminat dengan ahli ahlinya yang melompat dan bukan bermakna PAS  sudah hilang istiqamahnya untuk meneruskan dasar jemaah dan terus berjuang untuk Islam yang syumul.


PAS hanyalah satu jemaah Islam yang begerak pada keseluruhan sistem hidup dan menyediakan platform kepada umat Islam untuk turut bersama menyahut seruan amal maaaruf nahi mungkar.Tiada komitman untuk PAS untuk mengambil tindakan terhadap mana mana ahlinya yang mungkir janji dengan Tuhan mereka dan wajar sekali PAS menutup kes bai'ah dan menyerahkan kes ini kepada Tuhan.Bai'ah tidak sepatutnya dibuat main kerana ianya melibatkan lafaz wallahi yang merupakan perjanjian pelafaz dengan Tuhan, bukan dengan PAS.Ianya tidak bolih dilepaskan dengan nasi beriani atau apa apa kafarah kerana bai'ah adalah janji atau aku janji dengan Tuhan.

Lebih serius lagi bai'ah yang diikuti dengan lafaz taklik kerana lafaz taklik juga bukan perkara main main, yang tidak bolih dibuat gurauan.Di sini menjadi tanggungjawab pihak yang terlibat dengan taklik iaitu suami dan isteri untuk melapurkan perbuatan melanggar taklik kepada mahkamah syariah untuk kata putus kepada taklik itu, tidak boilh diselamatkan dengan nasi beriani.Sekali gus ianya bukanlah tugas PAS selaku jemaah untuk melapurkannya. Satu ketika dulu ada satu kes di mana si suami bergurau dengan isterinya mengenai keputusan perlawanan bolasepak piala dunia dengan taklik dan kebetulan taklik itu berlaku, dan sebagai seorang Islam yang patut, si isteri melapurkannya kepada mahkamah syariah yang kemudiannya memutuskan taklik itu sah berlaku, ini hanya gurauan yang akhirnya betul betul terjadi.

Dalam kes bai'ah yang diketahui semua, lafaznya jelas dan didokumentasikan maka bagaimana kita nak kata ianya hanya bai'ah lagho? Saranan merujuk kes ini ke mahkamah syariah sebagai badan yang berkuasa memutuskan adalah jelas sekali perlu dipatuhi olih si pembai'ah yang melompat tak kira ke parti mana sekalipun sebab bai'ahnya didokumentasikan dengan jelas.Isteri isteri kepada pembai'ah yang membuat lafaz taklik perlu sekali tampil melapurkannya sekalipun PAS tidak mahu terlibat lagi.

PAS menutup kes bai'ah tetapi kes bai'ah ini tidak akan mudah tertutup tak kira apa saja alasan yang diberikan.Pelompat parti yang berbai'ah akan terus dikenali sebagai pelanggar bai'ah.

Sumber TKO - 14-9-2015

PAS terbuka untuk semua yang ingin menyertainya

SHAH ALAM - PAS sedia menerima wakil rakyat dan pemimpin dari mana-mana parti atau wakil rakyat bebas  yang ingin beralih arah kepada parti Islam itu meskipun datang daripada parti pembangkang, PKR yang masih mempunyai kerjasama politik dengan PAS.

Setiausaha Agungnya, Dato' Takiyuddin Hassan berkata, tindakan itu "adil" kepada PAS susulan keluar masuk pemimpin parti politik kini nampaknya bagaikan pertukaran dalam pasukan bola sepak.

"Apabila wakil rakyat PAS boleh pergi ke parti lain yang mempunyai hubungan dengan PAS, maka saya rasa adalah adil kepada PAS, mana-mana wakil rakyat parti lain ataupun bebas wajar diterima apabila mereka ingin menyertai PAS.

"Kini saya rasa kita terbuka dan bersedia menerima ahli-ahli Parlimen parti lain, belum ada lagi, kalau bola ada pindah pemain dari satu pasukan ke pasukan lain, politik pun sama," katanya ketika ditemui pemberita pada Kongres Rakyat.

Beliau mengulas tindakan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar yang meninggalkan PAS dan menyertai PKR pada Jumaat.

Takiyuddin juga berkata, walaupun pihaknya agak sedih selepas kehilangan beberapa ahli Parlimennya sebelum ini, namun ia tidak menjejaskan peranan PAS dalam Parlimen Malaysia.

"Apa pun parti, mana pun mereka sertai, pokoknya mereka keluar dari PAS, satu peristiwa yang kita tak suka, tapi kena terima hakikat itu.

"Kita masih boleh berperanan dengan sebaiknya walaupun bilangan Ahli Parlimen PAS berkurangan, tapi kita tidak akan berhenti di situ saja, akan ada pertambahan selepas ini," ujarnya.
Ditanya tentang tindakan ahli Parlimen Tumpat itu menyebabkan PAS akan mengkaji semula tahaluf siyasi dengan PKR, beliau berkata tiada keperluan pada masa ini.

"Saya rasa tidak timbul benda (kaji semula tahaluf siyasi) itu," katanya lagi.

Disunting dari Sinar Harian

Sumber PP - 14-9-2015


PAS Ganti UMNO
Posted on Monday, September 14 @ 02:16:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Hari ini orang-ramai sibuk berkata berkenaan kepincangan kepimpinan Umno secara terbuka, tiada sembunyi lagi. Ketidakpuasan hati kepada kepimpinan negara yang diterajui Umno diluah dan dizahirkan dengan vocal dan berani oleh hampir semua pihak termasuk dari kalangan ahli-ahli dan pimpinan Umno sendiri.

Media sosial khususnya menjadi gelanggang menyerang dan mengkritik kepimpinan negara saban hari tanpa henti.



Lebih parah Timbalan dan Naib Presiden Umno masing-masing juga mengkritik Presidennya sendiri. Bekas Presiden Umno dan bekas Perdana Menteri juga begitu. Ahli-ahli Umno apatah lagi, dalam persidangan-persidangan tahunan bahagian, pemuda dan wanita Umno yang baru sahaja selesai, ada-ada sahaja yang menyerang Najib selaku Presiden parti tanpa selindung-selindung lagi. Malah ada yang mengusulkan agar Najib letak jawatan atau berihat dan terus berundur.



Rata-rata krisis keyakinan terhadap Perdana Menteri yang juga merupakan Presiden Umno ini terus meletakkan Umno dalam posisi yang sangat lemah dan rendah pada pandangan mata rakyat.



Umno dilihat gagal memimpin negara dengan baik walaupun telah berada dipuncak kuasa sejak Merdeka lagi. Kegagalan menguruskan kewangan negara dengan baik, kegagalan membendung rasuah, kronisma dan nepotisma, kesemuanya telah menghodohkan lagi pandangan rakyat terhadap Umno.



Satu demi satu malapetaka jatuh terhempap atas kepala Umno yang dipimpin Najib dan keadaan ini telah mencampakkan negara ke dalam jurang berbahaya sehingga seolah kelihatan sukar untuk kembali pulih seperti dahulu. Disaat inilah pula terdapat maklumat mengatakan ada kalangan Umno sendiri yang akan mengusulkan undi tak percaya terhadap Presiden mereka sendiri.

 

Ringkasnya keadaan Umno hari ini sungguh-sungguh gawat dan goncang.



Lantaran itu persoalan yang popular yang meniti di bibir rakyat jelata hari ini, mampukah mana-mana pihak mengganti atau mengisi ruang yang bakal dikosongkan Umno itu, jika benar rakyat jelata sudah hilang keyakinan pada mereka?



Dari Perlis ke Kedah, Pulau Pinang ke Perak dan seterusnya Terengganu, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor, hakikatnya dalam situasi hari ini, cengkaman Umno di negeri-negeri berkenaan semakin longgar  



Mana-mana sahaja parti atau kumpulan yang punya pengaruh dan kemampuan, yang disenangi oleh orang-orang Melayu Islam boleh sahaja bersedia melangkah masuk mengisi kekosongan Umno yang sangat kritikal keadaannya itu.



Mampukah PAS? Bolehkah PAS memikul tanggungjawab besar yang ditinggalkan Umno yang kelihatan sudah tiada daya ketahanan itu? Ada yang memperoalkan bukankah PAS juga sedang dilanda krisis? Bukankah PAS juga sedang goyang, bagaimana mungkin ia mahu menggantikan Umno?



Benar PAS kelihatan sedang berhadapan dengan cabaran yang besar di hadapannya, namun demikian pada PAS sendiri ia sekadar satu kocakkan kecil dalam cawan kopi, kerana PAS yang lebih 60 tahun usianya itu sudah terlalu kukuh dan padu untuk dihancurkan begitu sahaja apatah lagi oleh mereka yang kecewa yang telah pun ditolak oleh para perwakilan PAS dalam Muktamarnya yang lalu.



PAS dilihat mampu mengatasi krisis yang melibatkan beberapa kerat bekas pemimpin dan ahlinya yang telah keluar parti dan mahu menubuhkan parti baru itu. Pengalaman yang lampau mengajar PAS, parti-parti baru seumpama ini apatah lagi diterajui pula oleh golongan yang kecewa, tidak mampu bertahan lama malah akan patah begitu sahaja ditelan zaman.



Isunya kini adalah Umno yang dalam keadaan tenat. Pemimpinnya yang dicurigai bukan hanya oleh rakyat jelata malah oleh kalangan pimpinan dan ahli-ahlinya.



Menurut sejarah setiap kali Umno berkrisis, PAS lah yang akan mengaut laba. Di Kelantan contohnya menjelang Pilihanraya Umum 1990, Umno teruk bercakaran sesama sendiri, akibatnya mereka hilang Kelantan pada tahun itu PAS sehinggalah ke hari ini.



Orang Melayu Islam seakan mengamalkan sistem dua parti, tertakluk kepada magnitud ketenatan mana-mana satu parti lain. Jika Umno lah yang tenat magnitud sederhana menyaksikan satu negeri jatuh. Terengganu dan Kedah, dua lagi buah negeri bengkung Melayu, juga mampu jatuh apabila kena magnitudnya.



Pilihanraya Umum 1999 adalah satu contoh apabila tahap kemarahan orang-orang Melayu terhadap Umno begitu tinggi magnitudnya sehingga jatuh dua negeri serentak iaitu Kelantan dan Terengganu. Umno kecundang dan PAS melonjak ke hadapan dengan berupaya mengutip 27 kerusi Parlimen.



Hari ini PAS dilihat sebagai satu-satunya parti Islam yang konsisten dalam memperjuangkan dasar dan matlamatnya, tidak seperti Umno yang sudah kabur apa yang sebenarnya matlamat yang diperjuangkannya. PAS dihormati kerana ia tidak pernah bertolak ansur dalam bab prinsip, tidak dengan Umno dan malah tidak juga dengan kawan-kawannya.



Sikap matlamat tidak menghalalkan cara sebegini dikagumi orang-orang Melayu dan dengan kemampuan PAS melahirkan kepimpinan yang istiqamah dan berkualiti berbanding Umno, lebih-lebih lagi telah menambat hati para pengundi Melayu.



Kuat tidak kuat magnitud sokongan orang-orang Melayu terhadap PAS dalam keadaan Umno terlantar begini dapat dipastikan dalam Pilihanraya Umum nanti. Tidak mustahil jika berlaku “Malay swing” atau lonjakkan sokongan orang Melayu, kali ini, orang-orang Melayu yang sudah mula hilang kepercayaan pada Umno setelah lama bersandar pada mereka dijangka akan bangkit dan mengalih sokongan pada PAS, parti yang mereka kenal sekian lama sebagaimana Umno juga.



Kejutan 1999 yang menyaksikan pencapaian PAS yang terbaik sejak Merdeka, diyakini dapat berulang tetapi dengan skala yang lebih besar kali ini.



Bonus PAS adalah ia selama ini telah berjaya meletakkan dirinya bukan sekadar parti untuk kaum Melayu sahaja, tetapi sepanjang bertarung dengan Umno ini, PAS telah berjaya menembusi tembok halangan antara ia dengan masyarakat bukan Melayu, melalui slogan “PAS fo all” dan kewujudan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) PAS dijangka selain mencatatkan pertambahan sokongan pengundi Melayu, juga akan memperolehi undi bukan Melayu untuk meneguhkan lagi kedudukan politiknya.



Kali ini Umno yang semakin rasis dalam pendekatannya dijangka ditolak sama-sekali oleh masyarakat bukan Melayu.


Kesimpulannya PAS kali ini sudah berupaya menawarkan dirinya secara efektif sebagai alternatif buat Umno dalam menjadi teraju Negara tercinta ini. Umno akan terus berkecamuk dengan isu dalamannya, manakala PAS akan melangkah ke hadapan dengan matlamat menyelamatkan rakyat dan negara dengan keindahan dan keadilan Islam.         

Oleh ROSLAN SMS

Sumber TKO - 14-9-2015

Apa Jadi Pada Islam Hadhari?

Apa Jadi Pada Islam Hadhari?
SHAH ALAM - Kerajaan perlu meletakkan agama sebagai keutamaan sekiranya mahu memperbaiki kehidupan rakyat.

Pembahas usul agama, Datuk Dr Haron Din berkata, tiada guna kerajaan memperkenalkan model-model Islam yang akhirnya tenggelam apabila kepimpinan negara bertukar.

“Kita lihat kembali percubaan kerajaan, dahulu ada sistem kepimpinan melalui teladan dan kemudian ditukar kepada penerapan nilai Islam. Kemudian ada Islam Hadhari, banyak wang dibelanjakan dan akhinya kini hanya tinggal Institut Islam Hadhari di Universiti Kebangsaan Malaysia.

“Kini wasatiyah pula, tak tau apa yang dikehendaki dengan wasatiyah. Apa akan jadi akan datang? Adakah akan ada model baru yang hanya sekadar cogan-cogan yang kita dengar,” katanya dalam sesi perbahasan usul di  Kongres Rakyat, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau yang juga Mursyidul Am Pas berkata, terdapat lima usul agama dan pendidikan dalam kongres tersebut yang akan dicadangkan kepada kerajaan.

Lima usul itu ialah mendesak yuran percuma untuk pengajian tinggi, memperkenalkan sistem pendidikan sepanjang hayat, meneliti kelemahan dan kebocoran sistem pendidikan negara, memperkenalkan mata pelajaran agama sebagai subjek wajib lulus bagi penganut agama masing-masing dan menggesa sekolah agama rakyat dinaiktaraf.

“Lima usul ini menambahkan lagi tuntutan kepada kerajaan, kita boleh agak kerajaan mahu terima atau tidak. Kalau kerajaan tidak mahu berubah, kitalah yang kena jadi pengubah kepada kerajaan.

“Ini suara rakyat dari dulu lagi yang mahu kerajaan jadikan Islam sebagai sistem kehidupan. Semua mesti berasaskan agama kerana agama yang akan menentukan hidup kita akhirnya,” katanya. - SINAR HARIAN

Sumber PP - 13-9-2015

Waspada 'dedalu' dalam PAS

Posted on Sunday, September 13 @ 13:33:17 MYT by paktam

Oleh SUHAIMI TAIB 

PERJUANGAN nasib rakyat tidak harus tercemar dengan tindakan keluar parti atau melompat parti kerana kredibiliti pejuang itu tercemar dan dipertikaikan. Rakyat akan mempersoalkan kenapa dia lompat atau keluar parti? Adakah dirinya di pihak yang benar atau partinya di pihak yang benar?

Bolehkah orang yang lompat atau keluar parti ini boleh dipercayai, tidak akan khianat kepada rakyat sebagaimana dia khianati partinya dahulu? Jika dia ada dalam parti yang ada perjanjian dengan parti lain, apakah parti berkenaan tidak boleh pertikaikan kredibiliti pemimpin yang melompat parti itu?


Ini kerana pemimpin berkenaan telah mencatat sejarah buruk kredibilitinya dengan melakukan pengkhianatan itu.

Tidak ada manusia normal yang boleh menerima seorang pengkhianat perjuangan kebenaran, sebagai manusia perlu dihormati dan diberi tempat dalam masyarakat.

Contoh buruk yang berlaku sebagai signal atau tanda amaran kepada sesiapa sahaja ingin mengadakan apa-apa hubungan dengan golongan ini sekarang kerana pengkhianatan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.

Jika golongan itu boleh khianat dalam perkara penting seperti menjadi wakil rakyat sebagai kepimpinan politik umat Islam, tidak mustahil golongan itu boleh khianat dalam perkara lain.

Menjadi wakil rakyat sama ada Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) adalah untuk mewakili rakyat dalam Parlimen dan Dun, institusi mulia, membentuk dan melahirkan undang-undang negara serta negeri.

Tidak sepatutnya pengkhianat berkuasa mencipta undang-undang, institusi itu boleh disifatkan tercemar dan undang-undang tersebut turut terpalit sedikit sebanyak dengan sifat pengkianatan penggubal undang-undang (wakil rakyat).

Undang-undang dicipta tidak bersih kerana yang menggubalnya tidak bersih apa lagi undang-undang ciptaan manusia.

Walaupun tidak digubal undang-undang lompat parti tetapi wakil rakyat yang berprinsip, bukan kerana mahukan habuan dunia, kuasa dan pangkat, dia tidak akan khianat kepada parti yang memberi dia peluang bertanding dalam pilihan raya.

PAS adakan bai'ah dengan sumpah menyebut nama Allah kepada ahlinya yang menjadi calon pilihan raya untuk mengatasi masalah lompat parti yang banyak berlaku dalam sejarah politik tanah air.

Peristiwa kejatuhan kerajaan Perak disebabkan Adun Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP lompat parti atau beri sokongan kepada BN, sama juga lebih kurang di Terengganu tahun 1961 kerana Adun PAS menyokong undi tidak percaya kepada menteri besarnya Daud Abdul Samad.

Inilah sebabnya bai'ah diwujudkan, supaya peristiwa seumpama itu tidak berulang. Tetapi itupun masih ada ahli parlimen dan Adun mempermainkan baiah dan sumpah yang dibuat, seolah-olah ia tiada kaitan dengan dosa pahala, perhitungan hari akhirat, habis setakat dunia ini sahaja.
Seolah-olah ia disifatkan satu permainan hidup di dunia, permainan politik bukan suatu yang serius dan wajib dipertanggungjawabkan.

Amat malang lagi yang melakukan dosa ini manusia yang mengaku memperjuangkan Islam, memperjuangkan keadilan dan berusaha mengembalikan hak rakyat yang ditindas oleh pemerintah BN Umno.

Kekecewaan kerana tidak terpilih sebagai pemimpin tertinggi PAS dalam muktamar ke-61 jangan sampai melanggar perjanjian kita dengan Allah sebagai calon pilihan raya dan sebagai wakil rakyat kerana baiah itu disaksikan oleh Allah.

Ini menunjukkan betapa mulianya perjanjian dibuat itu, bukan sebarang bai'ah. Untuk selesaikan masalah sepatutnya mereka yang melompat parti atau keluar parti melepas jawatan mereka sebagai wakil rakyat agar mereka tetap dihormati dan 'gentlemen' (disifatkan sebagai anak jantan).

PAS perlu mengambil iktibar dengan insiden yang berlaku ini, pada masa akan datang, tidak lagi memilih calon pilihan raya, manusia yang ada komitmen dengan jamaah lain di luar PAS.

Kumpulan yang sering hidup seperti pohon dedalu, menumpang pohon lain lebih besar dan teguh untuk hidup. Golongan seperti ini sepatutnya dikenal pasti lebih awal sebelum kumpulan ini jadi bak kata pepatah 'kaduk naik junjung'.

Sumber DD - 13-9-2015 


PAS tutup buku isu bai'ah
Posted on Sunday, September 13 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



SHAH ALAM: PAS tidak akan mempersoalkan lagi isu bai'ah wakil rakyatnya yang keluar parti dan bertindak menyertai Parti Amanah Negara (Amanah).


Setiusaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata parti itu mahu "melupakan" isu berkenaan sambil menegaskan bahawa PAS menyerahkan kepada individu yang terlibat untuk bertanggungjawab diatas bai'ah yang dibuat.

"PAS akan tutup buku dalam isu bai'ah, kita tak nak panjangkan isu ini."

"Akujanji dan sumpah yang dilafazkan terserah pada individu yang terlibat. Kalau mereka (ahli PAS keluar parti) rasakan sumpah tersebut tak terpakai terserah sebab itu moral mereka.

"Mereka telah berjanji dengan Allah dan bersaksikan manusia. Kalau rasa dengan bai'ah (yang dilafazkan ketika menjadi calon) tak beri kesan, kita (PAS) serah pada Tuhan," katanya ketika di Kongres Rakyat hari ini.

"Tak letak jawatan pun tidak apa, tidak ada siapa boleh paksa... tapi dari segi  moral akan terkesan," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, PAS tidak akan mengambil pendekatan undang-undang bagi mengheret mana-mana wakil rakyatnya yang melanggar bai'ah.

Sebaliknya parti itu menyerahkan sepenuhnya kepada individu berkenaan untuk bertanggungjawab.
"Pas tak cadang rujuk bai'ah kepada mahkamah, dan kita tidak akan buat demikian," katanya lagi.
Seramai 13 bekas wakil rakyat dianggap oleh parti itu sebagai melanggar bai'ah selepas bertindak keluar parti tanpa meletak jawatan sebagai ahli parlimen dan wakil rakyat.

Salah seorang daripada mereka, iaitu Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar menyertai PKR semalam.

Manakala yang lain, termasuk bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menerajui Parti Amanah Negara (Amanah) yang akan dilancarkan pada Rabu depan.

Sesetengah wakil rakyat berkenaan, seperti Khalid Samad memberi makan nasi beriani kepada golongan fakir miskin untuk membayar kafarah, yang mana menurut Ahli Parlimen Shah Alam itu sebagai 'denda' kerana melanggar bai'ah berkenaan.

Bagaimanapun Mursyidul Am PAS, Datuk Haron Din menyifatkan tindakan membayar kafarah dengan cara sedemikian sebagai tidak berasas dan tidak logik, apatah lagi ia melibatkan perjanjian dengan Allah SWT.

Sumber Link


Sumber TKO - 13-9-2015

Isu bai’ah: Urusan individu dengan ALLAH

Posted on Saturday, September 12 @ 18:33:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Pas mahu tutup buku berhubung isu bai'ah yang telah menjadi perdebatan secara terbuka oleh bekas wakil rakyatnya yang meninggalkan parti itu.

Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pihak tidak mahu memanjangkan perkara tersebut sambil menyerahkannya kepada mereka terbabit untuk menilai kesannya.

"Kita nak tutup buku (isu bai'ah), tiada tekanan lagi, kalau mereka merasakan bai'ah itu tak ada apa-apa kesan kepada mereka, kita serahkan kepada ALLAH, itu antara mereka dan ALLAH.

"(dan) mereka perlu ingat apa yang mereka lafazkan perjanjian itu (kerana) sumpah bai'ah kita anggap satu perjanjian antara individu ini dengan Allah, dan disaksikan oleh manusia," katanya pada sidang media pada Kongres Rakyat di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Ketua Hakim Mahkamah Syariah Kelantan, Datuk Daud Muhammad berkata status perkahwinan antara Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli dan isterinya, sah gugur talak tiga selepas melanggar baiah yang dilafazkan sebelum ini.

Daud berkata, perkahwinan itu tidak boleh dirujuk semula melainkan isteri kepada Dr Hatta itu berkahwin dengan individu lain dan kemudian bercerai.

Dalam pada itu, Takiyuddin juga berkata, bai'ah hanyalah satu akujanji yang mengikat wakil rakyat atau pemimpinnya jika tidak menjalankan tanggungjawab, mereka terbabit perlu meletak jawatan.

"Kalau mereka tak letak jawatan, apa saja pendapatan dari kedudukan itu (ahli Parlimen Pas) itu adalah haram.

"Itu satu akujanji kepada orang yang membuat itu, sekarang ini kalau akujanji itu tak terpakai kepada dia, terserah kepada dia," ujarnya.

Takiyuddin berkata lagi, meskipun bai'ah tidak mempunyai kesan dari sudut perundangan, namun ia memberi kesan dari segi moral kepada mereka terbabit.

"Kesan perundangan memang tiada, dia tak letak jawatan pun tak apa, dari segi undang-undang negara walaupun ada bai'ah atau akujanji, dia tak nak letak jawatan, tiada siapa yang boleh paksa.

"Tapi dari sudut moralnya, memang ada, kita serah kepada dia, tiada kuatkuasa undang ke atas bai'ah," katanya lagi.

Sumber Link


Sumber TKO - 12-9-2015


PAS ada agenda sendiri - Takiyuddin
Posted on Saturday, September 12 @ 16:12:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan menempelak Khalid Abdul Samad yang menggesa presidennya mengubah sikap terlebih dahulu sebelum membawa parti berkenaan menyertai gabungan baru pembangkang.

Kata Takiyuddin, Khalid tidak berhak bercakap mengenai isu itu kerana ia membabitkan Presiden PAS.

“Siapa dia (Khalid) nak ubah presiden? Apa jawatan dia (Khalid) dalam GHB (Gerakan Harapan Baru)? Khalid ni dah cakap lama, dari dulu lagi," kata Takiyuddin kepada pemberita di Shah Alam hari ini.

Presiden PAS Abdul Hadi Awang adalah antara peserta Kongres Rakyat yang dibuat untuk membina landasan orang ramai mencari formula menghadapi masalah yang membelenggu ramai.

Khalid sebelum ini berkata GHB boleh menerima kerjasama dengan PAS dalam gabungan baru pembangkang dengan syarat Abdul Hadi mengubah sikapnya yang sebelum ini membelakangkan keputusan ramai dalam Pakatan Rakyat.

Khalid berkata, jika Abdul Hadi masih tetap dengan sikapnya itu, ada kemungkinan sejarah dalam Pakatan berulang lagi.

Mengulas lanjut berhubung penyertaan PAS dalam gabungan baru pembangkang Takiyuddin berkata, parti itu ada agendanya sendiri.

“Kita anggap ia adalah kerjasama baru antara DAP, GHB dan PKR yang perlukan PAS.

"Kita akan bincangkan ke mana kerjasama ini nak dibawa sebab PAS ada agenda sendiri.

Ia akan menjadi terma rujukan kita jika dipanggil berbincang,” tambah Takiyuddin.

Sumber Link

Sumber TKO - 12-9-2015


PAS bukan Menyalak Bukit tapi menyalak pada 'babi' dalam bukit
Posted on Saturday, September 12 @ 15:17:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata proses 'bercakaran' sesama ahli berlaku dalam parti itu - serta parti lain - apabila pihak yang berkenaan tidak menggunakan sifat kemanusiaan sebenar.

Justeru, kata Abdul Hadi, PAS memilih "acuan Islam sebenar" untuk mengatasi kemelut itu selepas mendapati ideologi manusia gagal menyelesaikannya.

"Sebab itu kongres ini diadakan bagi mendidik (ahli) bertukar-tukar fikiran.

"Walaupun kita golongan lemah, kita bukan menyalak dekat bukit, tapi kita menyalak dekat ‘babi’ dalam bukit,” katanya dalam ucapan perasmian Kongres Rakyat - Membina Malaysia Sejahtera di Shah Alam, hari ini.

Menurut Ahli Parlimen Marang itu, kekuatan dan kesatuan dalam parti perlu diutamakan sebelum mencapai matlamat besar menjadi pemerintah selepas pilihan raya umum akan datang.

"Wawasan kita adalah wawasan kembali kepada Allah. Kita diajar oleh Islam bukan sekadar ke Putrajaya. Lepas Putrajaya kita mati, bertemu dengan Allah, menzahirkan dan diiktiraf, berbuatlah baik dan fikirlah baik-baik," katanya lagi.

Berikutan itu, kata Abdul Hadi, untuk dalam mencari penyelesaian daripada masalah yang berlaku, PAS akan tetap mempertahankan dasar perjuangannya dengan memartabatkan Islam sebagai panduan dalam mencari kebenaran.

Sumber Link

Sumber TKO - 12-9-2015



Jika Parti Lain Terima wakil Rakyat Pas, Benarkan PAS terima wakil rakyat parti lain
Posted on Saturday, September 12 @ 14:14:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



PAS bersikap terbuka dengan tindakan ahli, pemimpin dan wakil rakyat mereka yang meninggalkan parti itu untuk menyertai parti lain.

Namun pada masa sama, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, untuk berlaku adil PAS perlu diberi kebenaran menerima mana-mana wakil rakyat daripada parti lain.

Kata Setiausaha Agung PAS itu, walaupun sedih dengan penghijrahan berkenaan, partinya tidak berasa rugi kerana mereka boleh dianggap masih berada di 'padang politik' sama.

Malah, katanya, PAS juga yakin lebih ramai orang akan menyertai parti berkenaan selepas ini.

"Wakil rakyat PAS boleh pergi ke parti lain yang mempunyai hubungan dengan PAS.

"Maka saya rasa untuk berlaku adil kepada PAS, kami boleh menerima menerima mana-mana wakil parti lain untuk menyertai PAS", katanya ketika ditemui media di Kongres Rakyat di Shah Alam hari ini.

Takiyuddin diminta mengulas mengenai penyertaaan terbaru dua tokoh parti itu ke PKR semalam.

Mereka ialah Ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaffar dan bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Pokoknya mereka keluar

Pengumuman tersebut dibuat Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya.

Selain Kamaruddin dan Muhammad, ramai lagi ahli dan pimpinan PAS, termasuk bekas timbalan presidennya, Mohamad Sabu; bekas Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Mohd Hatta Ramli serta bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyertai Gerakan Harapan Baru.

Mereka adalah antara kumpulan progresif yang disingkirkan perwakilan PAS dalam muktamar parti itu Jun lalu.

Kata Takiyuddin, dalam kes Kamaruddin, PAS mengakui "sedih" dengan tindakan beliau tetapi menghormatinya kerana ia diputuskan oleh beliau sendiri.

"Sama ada PKR atau AMANAH itu atas (pilihan) masing-masing. Tiada masalah," katanya.

AMANAH dinyatakan Takiyuddin itu merujuk kepada Parti Amanah Nasional yang kini menjadi wadah politik kepada kumpulan serpihan PAS.

Takiyuddin juga bersetuju dengan kenyataan Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad bahawa lebih molek bagi tokoh dalam parti itu menyertai PKR berbanding AMANAH.

"Saya boleh bersetuju dengan kenyataan itu, tapi parti mana pun mereka sertai, pokoknya mereka keluar daripada PAS, satu peristiwa yang kita tidak suka tapi kena terima kenyataan," katanya.

sumber Link

Sumber TKO - 12-9-2015

Perlu ada laporan sebelum ambil tindakan terhadap Kamarudin, kata Hadi - See more
Posted on Saturday, September 12 @ 08:48:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



PAS Kelantan perlu mengemukakan laporan terperinci berhubung tindakan ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar yang dilaporkan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata laporan itu perlu dikemukakan terlebih dahulu sebelum PAS Pusat memutuskan tindakan terhadap Kamarudin.


"Dakwaan boleh dibuat oleh sesiapa," katanya kepada pemberita selepas berucap pada Perhimpunan Pemuda Istiqomah Peringkat Negeri Kelantan di Pasir Puteh, hari ini.

Hadi menegaskan PAS tetap memperakukan bai'ah dan taklik lafaz cerai talak 3 yang dikenakan terhadap setiap ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) dan anggota Parlimen PAS di Kelantan.

"Hanya mereka yang tidak yakin dengan perjuangan PAS sahaja yang tidak mahu mematuhinya," katanya.


Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail hari ini mengumumkan penyertaan Kamarudin dan bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib dalam parti itu. - Bernama

Sumber TKO - 12-9-2015

Pegawai Khas MP Tumpat kekal dengan Pas
Posted on Friday, September 11 @ 20:06:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



TUMPAT - Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Tumpat, Muhamad Nawawi Adam tegaskan dia kekal bersama  parti Pas meski pun wakil rakyat itu, Datuk Kamaruddin Jaffar mengumumkan sertai PKR.

Muhammad Nawawi berkata, dia tidak mengikut jejak langkah Kamaruddin Jaffar kerana masih istiqamah dengan Pas yang disertai sejak 26 tahun lalu.


Bagaimana pun katanya, berlainan parti tidak memutuskan hubungannya dengan Ahli Parlimen Tumpat itu kerana Pas dan PKR adalah masih parti Pakatan.


"Saya masih bersedia menjadi penghubung antara wakil rakyat Parlimen Tumpat ini dan rakyat seluruh Tumpat  sekiranya belum ada pengganti tetap.


"Kamaruddin juga ada menyebut segala elaunnya sebagai ahli Parlimen itu akan dibelanjakan untuk keperluan dan program rakyat.


"Beliau akan berkhidmat sebagai wakil rakyat seperti sebelum ini,"katanya pada Sinar Harian di sini, pagi tadi.


Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar  dilaporkan sah menyertai PKR sebentar tadi.


Perkara itu diumumkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di ibu pejabat PKR, di Petaling Jaya.


Turut menyertai PKR adakah bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib.


Muhamamd Nawawi yang menjadi menjadi Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Tumpat selama empat penggal, sejak   tahun 1999 lagi, menghormati keputusan wakil rakyat  itu menyertai PKR yang sebelum ini didesak oleh pelbagai pihak untuk menyatakan pendirian sama ada kekal dengan Pas atau Parti Pekerja Malaysia.


Ahli Jawatankuasa Pas Kawasan Tumpat lebih 20 tahun itu mengharapkan penjelasannya itu akan melenyapkan tuduhan mengatakan dia hidup dua alam iaitu sokong parti Pas dan sokong Parti Pekerja Malaysia.


"Saya maafkan sekiranya ada dalam kalangan kita mengatakan saya hidup dua alam, saya maafkan kamu semua.


"Saya dan keluarga istiqamah  dengan parti Pas,"katanya.

Sumber Link



Sumber TKO - 11-9-2015


ISMAisme meresap dalam PAS

























































Posted on Friday, September 11 @ 06:58:21 MYT by paktam

Oleh Mohd Azhar Abd Rahman 

Kelantangan sebuah pertubuhan yang bernama ISMA terhadap isu politik Malaysia terutamanya terhadap PAS sejak kebelakangan ini tidak begitu kedengaran berbeza ketika PAS bertahaluf bersama DAP dan PKR melalui wadah Pakatan Rakyat.

Keadaan ini seakan-akan memberi indikator sebahagian perjuangan ISMA untuk melihat kerjasama politik PAS dan DAP dipatahkan sudah tercapai atas beberapa isu yang berlaku terutamanya berkaitan pelaksanaan Hudud di Kelantan.

ISMA atau nama penuhnya Ikatan Muslimin Malaysia yang dipinda daripada nama asal Ikatan Siswazah Muslim Malaysia ditubuhkan sekitar tahun 1997 dengan meletakkan perjuangan Melayu-Islam sebagai landasan mereka. Merujuk kepada slogan mereka dari sudut pandangan politik, ISMA tidak begitu banyak bezanya dengan Umno dan PERKASA, cuma wajah-wajah yang ditampilkan dalam barisan kepimpinan mereka kebanyakannya membawa gelaran ustaz dan tidak didaftar sebagai parti politik.

Ideologi ISMA ini hanya terdapat dan relevan di Malaysia memandangkan mereka meletakkan bangsa Melayu dan Islam sebagai matlamat besar dan sedikit berbeza dengan PERKASA yang berjuang atas semangat Melayu semata-mata.

ISMA mempunyai sikap yang agak keras dan bertentangan dengan PAS sebelum ini.

Paling ketara ketika PAS bersama DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat membentuk kerjasama politik dalam Pilihan Raya untuk menumbangkan Barisan Nasional.

Dengan slogan “Melayu Sepakat Islam Berdaulat”, ISMA seringkali membuat serangan-serangan berbentuk sindiran dan provokasi untuk menggoyahkan kerjasama PR bagi membentuk sebuah kerajaan terutamanya di peringkat nasional. Seringkali ditonjolkan juga kesan-kesan yang mungkin bakal berlaku sekiranya kerajaan PR terbentuk dan kebanyakannya bernada perkauman dan merugikan melayu.

ISMA melalui Presidennya, Abdullah Zaik juga sering mensasarkan bekas pimpinan-pimpinan PAS yang progresif dan terbuka seperti Khalid Samad dan Dr Mujahid Yusof Rawa dalam serangan-serangannya kerana melihat tindak-tanduk kedua-dua mereka merugikan Islam. Kini kedua-keduanya sudah membawa haluan mereka dalam Amanah, parti baru yang ditubuhkan melalui pengambil alihan Parti Pekerja-pekerja Malaysia
ISMA juga seringkali memaparkan sikap keras dan prejudis terhadap DAP. Bagi ISMA,
DAP tidak lebih sebagai agen yang merosakkan institusi Islam di dalam negara dan bakal menjadi ancaman kepada umat Islam di Malaysia. DAP baginya tidak boleh dibawa berunding dan hampir mustahil untuk difahamkan tentang Islam. Maka sikap menyerang, melabel, menimbulkan sifat benci, menjadi pendekatan ISMA apabila perbincangan berkaitan DAP dibangkitkan.

Sekali-sekala ISMA mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang lebih dahsyat daripada PERKASA dan kadang-kala kenyataan mereka juga lebih ‘politik’ berbanding PAS.

Semua itu adalah hal berkaitan ISMAisme. Apa yang menjadi perhatian mutakhir ini, terutamanya ketika bermulanya bibit-bibit perpecahan PR, ISMAisme ini semakin meresapi dalam tindak-tanduk PAS. ISMAisme dilihat sudah bertapak dalam PAS.

Beberapa kenyataan dan pendekatan PAS semakin mirip dengan pimpinan ISMA. Ini menjadi satu lagi perkara yang membingungkan penyokong-penyokong PAS yang neutral dan dahulunya bermati-matian menyanggah serangan-serangan ISMA terhadap PAS tetapi kini ISMAisme mula menyusup masuk dalam minda ahli-ahli PAS.

Dahulu, semasa Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat masih ada, beliau sangat menentang perjuangan yang meletakkan Melayu sebagai asas. Maka PAS pada ketika itu tidak langsung mengendahkan momokan bangsa apabila Umno sering mengatakan PAS tidak dapat menjaga Melayu.

Namun sejak akhir-akhir ini, PAS semakin terikut-ikut dengan ideologi ISMAisme.

Pendirian ISMA yang sebelum ini disangkal PAS dengan bersungguh-sungguh menjadi sebaliknya. Kadang-kala kenyataan yang dikeluarkan mengelirukan masyarakat umum sama ada ini PAS atau ISMA. Kenyataan-kenyataan yang dilontarkan berbau ISMAisme.

Biarpun begitu, ISMAisme belum benar-benar sebati dengan PAS. Tetapi kesan serapan itu sudah kelihatan. Meskipun beberapa pimpinan dalam Jawatankuasa PAS sudah pun memperlihatkan ISMAisme ini sebagai pegangan, seperti Dr Mohd Zuhdi Marzuki, namun kedudukan mereka belum pada peringkat yang membimbangkan.

Namun proses resapan ini akan terus berlaku sekiranya tidak dikekang segera dan sedikit sebanyak akan memberi gambaran negatif terhadap PAS bagi pandangan masyarakat bukan Islam.

Sememangnya secara sedar ataupun tidak, ISMAisme menakutkan kaum bukan melayu dan bukan Islam. Mereka yang Cina tetapi Islam juga berasa kurang selesa dengan ISMAisme kecuali Ridhuan Tee Abdullah. Mungkin matlamat fahaman ISMAisme mahu melihat Islam didaulatkan itu selaras dengan PAS tetapi menakut-nakutkan kaum lain dan merendah-rendahkan mereka bukanlah ajaran Islam yang sebenar.

Sumber DD - 11-9-2015

Parti serpihan khianati perjuangan PAS – Ustaz Halim

SALMAH MAT HUSAIN|FOTO RIZAL TAHIR | .

KOTA BHARU: Bekas Bendahari PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman menyifatkan kewujudan parti serpihan sebagai menghianati perjuangan PAS yang kini berusia 64 tahun.

Beliau berkata penubuhan parti baru yang juga mahu membawa mesej Islam tidak sesuai kerana PAS sudah lama mengemudi gerakan Islam dalam ruang lingkup demokrasi di negara ini.

“Apa yang saya nampak Gerakan Harapan Baru (GHB) atau Parti Pekerja diwujudkan oleh mereka yang gagal mempertahankan jawatan pada muktamar PAS Jun lepas.

“Jadi tak salah kalau kita sebut parti baru diwujudkan oleh mereka yang kecewa kerana gagal mendapat tempat dalam muktamar,” katanya yang juga bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan.

Bagaimanapun beliau menasihatkan bekas-bekas pemimpin PAS terbabit sewajarnya memperkukuhkan lagi parti sebagai usaha melawan musuh sebenar.

“Saya sebenarnya tidak begitu terkilan dengan beberapa bekas pemimpin PAS yang keluar parti, kecuali bekas Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

“Saya langsung tidak menyangka Salahuddin sanggup meninggalkan parti, tapi apa boleh buat jika itulah pilihannya,” ujar beliau lagi. - HARAKAHDAILY 10/9/2015

Sumber HD - 10-9-2015

PAS Has Own Strengths, Need Not Merge With New Party


KUALA TERENGGANU — PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang today said that PAS has its own strengths and will not merge with Parti Amanah Negara (PAN), the newly-formed political party which is still in the process of registration.

He said past experience had taught the party to be more careful in forging close cooperation with other political parties.

IMG_20150909_065233

“PAS is still firm on its decision not to accept the new party and we are consistent in our stand,” he told reporters after attending the State Assembly sitting here today.

On the status of Kuala Terengganu Member of Parliament Datuk Raja Baharin, who was asked to quit as PAS member after joining the new party, Abdul Hadi said he would seek reports from PAS liaison committee at both the state and national levels before taking any further action.

When asked on the possibility that PAS members would participate in the rally scheduled to be held on Sept 16 (Malaysia Day), the PAS president said he would look into the content of the programme.

“We respect and celebrate the National Day, that was why we did not participate in the recent Bersih rally because it coincided with the National Day celebration,” he added. — Bernama

Sumber BO - 9-9-2015

PAS tempelak pengulas dakwa mereka lemah
Posted on Tuesday, September 08 @ 20:55:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar



PAS tampil menempelak golongan pengulas politik yang mendakwa parti Islam itu semakin lemah susulan wujudnya parti serpihan Parti Pekerja-Pekerja Malaysia (PPM).

Pengarah Jabatan Penerangan PAS Ahmad Amzad Hashim berkata golongan itu mungkin dipengaruhi pandangan di dada akhbar.

“Pengulas politik yang menyatakan PAS semakin lemah barang kali mengalami keracunan oleh akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian, Malaysiakini atau The MaIaysian Insider.

“Cubalah menjadi lebih objektif sedikit. Ada berapa kawasan dalam PAS? 191 kawasan. Hanya ada berapa kawasan yang dikatakan bermasalah dengan GHB? 16 kawasan?” soalnya.

Dalam tulisan di Harakahdaily semalam, Ahmad Amzad juga membangkitkan isu keanggotan PPM yang dipengerusikan oleh bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu.

“Pergi tengok dan nilaikan sendiri. Jangan ‘hentam keromo’ dan pergi tengok sendiri berapa permohonan keahlian baru di Pejabat Agung PAS yang kini melebihi 9,000 setiap bulan,” katanya.

Beliau juga mengalu-alukan “kajian bebas yang lebih konklusif” oleh mana-mana pihak termasuk pengkaji sains politik

“Kelihatannya bagi kelompok terbesar rakyat iaitu orang-orang Islam yang lebih 90 peratus berbangsa Melayu, fokus sebenar adalah antara Umno dengan PAS sahaja,” katanya sambil mendakwa PPM akan menjadi pemecah undi pilihan raya.

PPM kini dalam usaha menukar nama kepada Parti Amanah Nasional (AMANAH).

Parti itu juga menjadikan Islam sebagai ideologi politik tetapi mendakwa lebih inklusif selain bukan Islam dibenarkan menjadi anggota penuh.



Sumber TKO - 8-9-2015


Kawasan campuran mungkin medan tempur PAS-DAP
Posted on Tuesday, September 08 @ 20:51:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar


Berdepan DAP di kawasan Cina secara realitinya bukan perkara mudah.  Bagaimanapun di kawasan campuran keadaannya mungkin berbeza bagi PAS.

Perkara itu antara perkara dipertimbang oleh parti Islam itu setelah tamat kerjasama politik kedua-dua pihak itu Julai lalu selepas percanggahan pendapat berpanjangan.

Pengarah pilihan raya PAS Datuk Mustafa Ali juga berkata PAS kini bebas meletakkan calon di mana-mana kawasan kecuali di tempat PKR memandangkan mereka hanya memutuskan hubungan dengan DAP.
Mustafa Ali bagaimanapun berkata masih terlalu awal untuk bercakap mengenai perkara itu memandangkan ia masih lagi dalam kajian.
"Kita tak letak di semua tempat DAP. Kita kena kaji dulu macam mana. Kita boleh bertanding di mana-mana kecuali di tempat yang kita bertahaluf (bekerjasama) iaitu PKR, yang lain kita terbuka untuk bertanding.
"Kita kena kaji dulu. Bukan kita nak letak di semua kawasan (DAP). Kita akan letak di tempat yang munasabah.
"Kita akan letak di kawasan yang bercampur Melayu, Cina, India. Bukan semua Cina. Sebab itu kita kena kaji dulu," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Masih kajian
Ditanya sejauh mana kesungguhan PAS untuk meletakkan calonnya di kerusi DAP, Mustafa terus menegaskan bahawa ia “masih di peringkat kajian”.
"Benda ini masih lagi dalam kajian. Tak boleh kata 'ya' dan tak boleh kata 'tak'. (Ia masih) dalam kajian dan saya baru ambil alih (jawatan pengarah pilihan raya)," kata bekas setiausaha agung PAS itu.
Semalam, Sinar Harian melaporkan PAS berhasrat meletakkan calon di kerusi DAP.

Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu akan meletakkan calon bukan Islam dari Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) bagi mewakili mereka.

Sumber TKO - 8-9-2015































































PRU14: PAS rancang tanding di kerusi DAP

Posted on Monday, September 07 @ 13:11:20 MYT by paktam

PAS berhasrat untuk meletakkan calonnya di kerusi yang ditandingi DAP pada pilihan raya umum akan datang dan kini parti itu sedang mengkaji secara mendalam mengenai rancangan itu.

Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti itu akan meletakkan calon bukan Islam dari Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) bagi mewakili parti untuk kerusi itu, lapor Sinar Harian hari ini.

"Apabila kita sudah tidak ada kerjasama dengan DAP sekarang ini, sudah pasti pilihan raya umum akan datang mempunyai perhitungan lain daripada yang lalu.

"PAS tidak akan teragak-agak untuk menempatkan calon ita, malah kini di peringkat kajian mendalam bersama Jawatankuasa Pilihan Raya PAS dan pimpinan pusat untuk meletakkan calon bukan Islam mewkili PAS," katanya seperti dilapor akhbar itu.

Laporan itu juga menyebut, Hadi mengakui PAS mempunyai ramai calon bukan Islam yang layak bertanding mewakili PAS selagi mereka mendukung dan menyokong konsep perjuangan parti.

Akhbar itu juga melaporkan Hadi berkata Islam berbeza dengan ideologi lain dan membenarkan orang bukan Islam menjadi menteri tetapi dari aspek eksekutif bukan pembuat dasar.

PAS diseru tumpu kerusi menang

Sementara itu dalam laporan yang lain, akhbar itu turut melaporkan Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke menyeru PAS supaya menumpukan kepada kerusi dimenangi terlebih dahulu sebelum bercadang bertanding di kerusi DAP.

Katanya, PAS tidak perlu mengejar untuk menambah kerusi kerana kerusi yang dimenangi sebelum ini belum tentu kekal milik PAS, lapor akhbar itu lagi.

"Terpulang kalau PAS nak bertanding di mana-mana kerusi pun kerana ia sedikit pun tidak akan menggugat DAP.

"Tetapi sebelum ini, saya nasihatkan PAS supaya memberi fokus yang lebih terhadap kerusi dimenanginya dahulu, sebelum mahu tambah kerusi lain.

"Lihat sahaja di Negeri Sembilan, pada pilihan raya umum lalu, satu kerusi pun PAS tak menang. Macam nana pula mahu mahu tambah kerusi lagi," katanya seperti dilapor akhbar itu.~Mkini

Sumber DD - 7-9-2015

Bai'ah: PAS Terengganu desak Raja Bahrin letak jawatan

HARAKAHDAILY | .



Kami baru selesai mesyuarat Badan Perhubungan PAS Terengganu kali kedua selepas muktamar, dan selepas penyelesaian masing-masing (pembentukan) ahli jawatankuasa dan lajnah-lajnah.

Pertamanya Badan Perhubungan PAS Terengganu menyokong penuh satu kongres yang akan diadakan pada 12hb September, di Shah Alam. Yang melibatkan semua lapisan rakyat mengadakan satu kongres bagi menyampaikan atau mencari jalan penyelesaian melibatkan politik semasa, ekonomi dan hala tuju negara kita sendiri. Terengganu akan menghantar lebih daripada 50 NGO dan juga bersama pimpinan dan lapisan masyarakat di Terengganu turut hadir ke Kongres Rakyat di Shah Alam.

Yang Keduan, Badan Perhubungan PAS Terengganu akan mengadakan kali kedua Himpunan Harapan Untuk Semua (Harap 3.2) yang akan diadakan di Pulai Serai pada 17, 18, 19hb ini merupakan himpunan besar-besaran yang diadakan untuk kita adakan program 3 hari, 3 malam yang melibatkan pimpinan di pusat, masyarakat dan juga program-program yang melibatkan kawasan Dungun, khususnya di Rantau Abang dan Pulai Serai.

Yang Ketiga Badan Perhubungan PAS Terengganu memberi respons berkait dengan pengisytiharan Ahli Parlimen Kuala Terengganu sebagai pengerusi parti baru iaitu Parti Pekerja Malaysia seperti dari awal, dia tiada pendirian yang tetap dan hari ini sebagimana yang kita sedia maklum secara zahirnya jelas dia mengisytiharkan dirinya atau pun baru dilantik menjadi pengerusi parti baru di Terengganu. Secara automatiknya, memang parti baru itu sudah ditubuh bukan buat parti baru. Memang parti itu sudah ada. Namanya, parti pekerja. Sudah didaftarkan jadi, secara automatik, dia sudah gugur sebagai ahli PAS.

Oleh kerana itu, saya selaku Pesuruhjaya PAS Terengganu, menyokong penuh apa yang diminta oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan apa yang dinyatakan oleh Setiusaha Agung PAS, YB Datuk Takiyuddin Hassan, mereka yang terlibat ini supaya meletakkan jawatan supaya diserahkan kembali kepada rakyat untuk membuat pilihan kerana mereka bertanding atas nama PAS dan lambang bulan. Parti telah memberi amanah dan kepercayaan kepada beliau dan bagi kita ini merupakan satu pengkhianatan. Beliau perlu melepaskan jawatan tersebut dan diserahkan kepada kembali kepada rakyat supaya rakyat diberi hak kembali untuk memilih siapa yang berhak mewakili mereka.

Dalam hal ini, kita juga sedia maklum bahawa Datuk Raja Kamarul Bahrin juga melakukan bai’ah sumpah dengan diakui secara rela hati dia, ucapan dan tandatangan beliau sendiri pada 7 Jamadil Akhir 1434 bersamaan 18 April 2013 di hadapan Presiden PAS. Siap dengan gambar beliau yang dia tandatangani dan juga membuat akuan sumpah di hadapan Presiden bersama saksi-saksi serta pimpinan dan calon-calon selain daripada beliau. Selepas daripada itu, ada pengisytiharan secara terbuka di Rusila.

Dalam sumpah bai'ah itu, dia membuat pengakuan: “bahawa saya Raja Kamarul Bahrin Shah berikrar untuk patuh kepada hukum Allah dan Rasul-Nya. Dan patuh kepada arahan pucuk pimpinan parti yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Saya juga bersumpah dengan nama Allah, wallahi, wabillahi, watalllahi, sekiranya saya meninggalkan atau melompat ke parti lain dengan kerelaan saya sendiri setelah dipilih menjadi calon dan terpilih menjadi Ahli Dewan Negeri atau Dewan Rakyat sebagai Ahli Parlimen atau dilantik menjadi Senator maka saya akan dilaknat oleh Allah. Sekiranya saya berbelanja menggunakan duit elaun ahli dewan tersebut adalah haram. Dan saya juga bersumpah dengan nama Allah, wallahi, wabillahi watallahi, untuk meletak jawatan dari menjadi Ahli Dewan Negeri, atau Dewan Rakyat tersebut apabila saya keluar atau dipecat dari parti”.

Tiada paksaan dengan kerelaan dia menandatangani sendiri kenyataan ini. Dalam hal ini, berdasarkan lafaz ini kami Badan Perhubungan PAS Terengganu mendesak beliau supaya dengan segera meletakkan jawatan.

Inilah gambaran integriti sebenar, sebagai seorang yang profesional, yang mempunyai sifat amanah dengan janjinya supaya menunaikan janjinya. Orang Islam ada 3 perkara, apabila dilakukan menjadi (seseorang itu) munafik tulen, bila bercakap dia berbohong, apabila diserahkan amanah dia khianat, dan apabila dia janji, dia mungkir. Dalam hal ini kita mengharapkan supaya beliau melaksanakan tuntutan ini.

Seterusnya, rakyat boleh menilai, PAS tetap menawarkan kepercayaan kepada rakyat. Calon-calon kita sepatutnya istiqamah dan tidak khianat kepada amanah yang diberikan oleh rakyat. Bila berlaku seperti ini, rakyat akan buat penilaian betapa calon yang ditawarkan oleh PAS khianat akan amanah. Ini memberi imej yang tidak baik kepada PAS. Ini (akan) mengembalikan maruah parti ini, supaya pihak Yang Berhormat meletakkan jawatan dan menyerahkan kembali kepada rakyat.

Rakyat diharap dapat buat penilaian macam mana seorang yang khianat dan tidak beramanah (bagaimana) mungkin boleh jadi pemimpin kepada parti yang bernama parti amanah. Jadi perkara ini kita rasa amat dukacita. Kita harap supaya desakan daripada Presiden dan Setiusaha Agung itu, kita Badan Perhubungan PAS Terengganu memberi sokongan yang sepenuhnya.

YB USTAZ SATIFUL BAHRI MAMAT
Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu
Markaz Tarbiah PAS Kuala Terengganu,
Kuala Ibai, Kuala Terengganu,
22 Zulkaedah 1436/ 6 September 2015 - HARAKAHDAILY 7/9/2015

Sumber HD - 7-9-2015


NCC Selesaikan Masalah Negara

Mustafa Ali
DATUK Mustafa Ali, orang lama PAS dan diketahui cukup akrab hubungannya dengan presiden parti itu, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Pernah menyandang pelbagai jawatan termasuk Ketua Dewan Pemuda, Naib Presiden, Setiausaha Agung dan terkini, Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS.

Pada era kepimpinannya, Dewan Pemuda cukup berpengaruh dalam PAS. Tidak keterlaluan jika dikatakan, Pemudalah yang mencetuskan era kepimpinan ulama dalam parti itu hingga membawa penubuhan Majlis Syura Ulamak sebagai badan pembuat keputusan yang tertinggi dalam parti pada 1983. Mustafa atau Cikgu Pa baru-baru ini hadir ke pejabat Sinar Harian untuk menyatakan sesuatu yang menurutnya sangat penting.

Ikuti perbualan ahli politik veteran yang pernah menyandang jawatan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (ketika Pas dalam BN) itu dengan sidang editor Sinar Harian ketika kunjungan tersebut.

Sebagai orang lama dalam politik, apa pandangan Datuk mengenai krisis dihadapi negara ketika ini?

Saya sudah lebih 40 tahun terlibat secara langsung dan aktif dalam politik. Pertama kali bertanding dalam pilihan raya pada 1974. Sepanjang yang saya alami dan perhatikan, kita pernah hadapi pelbagai krisis ekonomi dan politik.

Tetapi pada waktu ini, masalah dihadapi negara adalah pelbagai iaitu kombinasi masalah-masalah ekonomi, politik, kesejahteraan rakyat dan macam-macam lagi.

Ini tak pernah saya lihat pada mana-mana zaman perdana menteri sebelum ini. Sejak (Allahyarham) Tun Abdul Razak hinggalah Tun Abdullah Ahmad Badawi, saya rasa inilah masalah paling besar yang dihadapi negara dan perlu diselesaikan.

Sebab, lagi lama kita dalam keadaan seperti ini, lagi teruk kita perlu hadapi. Ini bukan sahaja soal persepsi dalam negara tetapi melibatkan persepsi luar terhadap kita.

Dengan kejatuhan mata wang ringgit yang berterusan, belum pernah sebelum ini mata wang kita serendah sekarang. Adakah ia sampai nilai ringgit akan turun sehingga RM5 (bersamaan AS$1)? Minta janganlah sampai ke situ.

Kemudian, dari sudut pengurusan negara, belum pernah berlaku perdana menteri campur tangan secara terus dalam institusi negara yang penting seperti Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), polis, bank dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Ia terlalu tidak baik untuk negara apabila ada campur tangan dalam institusi daripada pemimpin negara. Ini perlu dihentikan. Sudah banyak orang cakap mengenai perkara ini, dari bawah sampai ke atas tetapi kita tak tahu bila akan ada perubahan.

Saya dengar ada usaha untuk sampai ke peringkat undi tak percaya. Perkara ini pun tidak pernah didengari secara serius dalam pemerintahan perdana menteri sebelum ini.

Jadi ini sesuatu yang amat mendukacitakan kerana kesannya dirasai oleh rakyat secara keseluruhannya. Bermula dari isu GST, ditambah dengan krisis 1MDB (syarikat 1Malaysia Development Berhad). Sebab itu kita kena cari jalan untuk selesaikan. Kita menuju ke negara yang gagal jika tidak kena dengan gayanya.

Adakah masalah ini berpunca daripada kelemahan kepimpinan atau ada serangan dari luar?

Kepimpinan negara ini bukan lemah tetapi tidak jujur dan amanah. Perdana Menteri pun tidak amanah dalam mentadbir negara. Kalau nak kata serangan dari luar, saya tak nampak ia sesuatu yang disengajakan kalau lihat hegemoni politik.

Apa tahap kedudukan masalah negara kita sekarang?


Sangat parah tetapi masih boleh diselesaikan kalau kena caranya. Kalau kronik mungkin tak dapat diselamatkan tetapi saya percaya masalah ini masih boleh diselesaikan.

Adakah penyelesaiannya dengan cara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan? Atau adakah masalah akan tetap sama walaupun kerajaan bertukar?

Najib perlu berundur. Itu penyelesaian pertama sebab dia yang jadi punca segala masalah. Penggantiannya perlu ikut proses yang wajar. Ada banyak proses, contohnya jika Najib turun secara sukarela, yang menggantikannya ikut sistem dengan kerajaan yang sama.

Jika ada undi tidak percaya, Najib perlu letak jawatan dan mungkin ada pilihan raya. Tetapi yang penting, Najib kena berundur.

Adakah PAS akan menyokong undi tak percaya?

Pas sokong undi tak percaya sebagai satu sistem. Cuma butirannya saya tidak tahu dan perlu diserahkan (terpulang) kepada ahli Parlimen Pas.

Kenapa tidak ada usaha untuk memfokuskan kepada undi tidak percaya supaya ia boleh dilaksanakan pada sidang parlimen akan datang?

Untuk undi tak percaya kena ada majoriti. Jadi mesti kena ada dari kalangan parti pemerintah untuk bersama pembangkang. Bagaimana boleh yakinkan mereka? Tidak mudah.

Apa yang sedang berlaku dianggap sebagai advantage (kelebihan) bagi Pas untuk mendapat tempat pada PRU14. Apa mungkin perlu tunggu sampai ke situ (PRU14)?

PRU14 lambat lagi pada 2018. Kita tidak boleh tunggu kerana (lebih lama) banyak lagi kerosakan akan berlaku. Jadi saya minta kepada Najib, berundurlah. Ini satu pengorbanan yang perlu dibuat.

Pemimpin selalu cakap, kita perlu berkorban untuk negara. Tetapi apa yang berlaku, pemimpin korbankan negara untuk kepentingan sendiri. Itu tidak betul. Kalau ada yang meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan peribadi, saya rasa perkara ini boleh selesai.

Khabar angin mengatakan Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) dipilih sebagai calon perdana menteri oleh pakatan pembangkang sekiranya undi tak percaya dilaksanakan. Adakah Pas terlibat dalam perkara ini?

Saya tidak terlibat secara langsung dalam pemilihan nama ini. Cuma nama Ku Li pernah dicadangkan dalam konsensus ketika PRU13 sebelum ini tetapi perkara itu tidak terjadi.

Kali ini Zahid (Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) sebut orang tua sebagai dalang (dapatkan akuan bersumpah) tapi tidak beritahu siapa. Jadi kemungkinan itu ada.

Apa cara lain kerajaan boleh diubah?

Ada empat cara sebenarnya kerajaan boleh ditukar. Pertama, pilihan raya…itu normal. Kedua, melalui undi tak percaya dan ketiga ialah mengikut precendet (duluan) seperti yang berlaku di Perak.

Keempat ialah dengan menolak pembentangan bajet di Parlimen oleh perdana menteri yang biasanya dilakukan pada Oktober.

Kalau majoriti ahli Parlimen tidak meluluskan bajet, itu bermakna berlaku undi tak percaya kepada perdana menteri dan secara moralnya, beliau perlu letak jawatan. Saya tidak tahu sama ada mereka yang sedang merancang (menukar kerajaan) mengambil kira perkara ini. Tetapi ini adalah antara cara-caranya.

Berkenaan isu dana politik, wajarkah ada satu akta diwujudkan untuk mengawalnya?

Tiada gunanya kerana orang masih boleh menipu walaupun ada akta, melainkan ada satu sistem yang benar-benar telus seperti sistem perlu isytihar siapa penyumbang dana.

Mungkin Datuk ada cadangan apakah yang boleh dilakukan kerajaan untuk mengatasi masalah negara ketika ini?

Inilah tujuan saya datang hari ini (ketawa). Kerajaan mesti menubuhkan satu Majlis Perundingan Negara atau National Consultative Council (NCC) untuk selesaikan masalah negara. Ini berasingan daripada isu Najib.

Dulu kerajaan pernah tubuhkan Majlis Perundingan Ekonomi Negara (Mapen) untuk selesaikan masalah ekonomi. Saya salah seorang daripada ahlinya.

Tetapi masalah yang kita hadapi ketika ini bukan sahaja ekonomi, tetapi politik dan juga kesejahteraan rakyat.

Matlamat utamanya ialah untuk selamatkan rakyat. Masalah rakyat ini perlu ditangani segera. Maka penubuhannya perlu dilakukan secepat yang mungkin.

Penubuhan NCC itu perlulah merentasi perbezaan politik dan dianggotai oleh pemimpin utama parti politik negara ini.Ahlinya tidak perlu ramai, mungkin dalam 30 hingga 50 orang sahaja. Selain pemimpin politik, boleh juga jemput NGO yang penting seperti Institut Integriti Malaysia dan Transparency International Malaysia (TI-M) selain tenaga-tenaga pakar.

Ada tiga orang iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Musa Hitam dan Tengku Razaleigh Hamzah. Kalau ditanya siapa yang paling layak, saya rasa Dr Mahathir adalah orangnya.
Ini kerana Dr Mahathir pernah menjadi perdana menteri dan beliau memahami banyak perkara. Saya yakin beliau boleh fikirkan macam mana cara nak selesaikan masalah negara sekarang.

Adakah NCC ini lebih sesuai diletakkan di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong atau Parlimen? Parlimen kerana parlimen dipilih oleh rakyat. Bagaimanakah cara terbaik untuk memastikan idea ini boleh dilaksanakan?

Kalau ada suara ramai, mungkin cadangan ini boleh dibawa oleh mana-mana ahli Parlimen, tidak semestinya pembangkang.

Mengikut sistem sedia ada, apakah cara untuk memastikan Speaker Dewan Rakyat boleh memanggil sidang parlimen untuk membawa cadangan ini?
Speaker walau bagaimanapun perlu juga maklumkan kepada perdana menteri tarikh untuk panggil sidang tergempar kerana perdana menteri adalah orang yang akan jawab isu ini.
Dewan juga perlu dihadiri oleh perdana menteri. Tapi jika speaker sudah mengemukakan dan perdana menteri mengelak, sekiranya speaker itu telus, beliau mesti bertegas.

Sekarang kes letak jawatan di kawasankawasan (Pas) semakin merebak. Mengikut respons pimpinan tertinggi, situasi ini tidak menjejaskan Pas tetapi bukankah pergantungan Pas sebagai parti politik adalah kepada kawasan?

Saya sudah mengalami semua krisis besar dalam Pas. Bermula dengan krisis Datuk Mohamad Nasir (Menteri Besar Kelantan yang dipaksa meletak jawatan melalui undi tidak percaya) di Kelantan pada 1977.

Krisis Harapan Baru (Parti Pekerja Malaysia), ia sebenarnya sebelum muktamar tiada krisis. Perbezaan pandangan itu biasa. Semasa muktamar, ada pemilihan dan saya rasa punca kepada apa yang berlaku ialah kebenaran untuk berkempen.

Walaupun pengerusi jawatankuasa pemilihan kata jangan hina dan hentam calon lain, tetapi sebaliknya berlaku. Apabila dua pihak berkempen, saya tidak gembira ia berlaku.

Sebelum ini tiada kempen terbuka dalam pemilihan Pas. Tetapi benda dah berlaku. Ketika itu Datuk sebagai Setiausaha Agung Pas ada mencegahnya daripada berlaku?

Saya tak perasan kerana saya terlalu menumpukan kepada mesyuarat. Lepas pemilihan baru saya sedar. Adakah Harapan Baru boleh dianggap
krisis terburuk dalam Pas?


Bagi saya tiada krisis yang besar daripada krisis Datuk Mohamad Nasir kerana ia melibatkan rakyat. Rakyat sampai marah kepada Pas.

Apa yang berlaku sekarang, rakyat tak marah kepada Pas. Ahli akar umbi juga begitu, cuma pemimpin yang di tengahtengah saja. Jadi kesannya tak sama. Bukan tiada kesan langsung, saya tidak kata begitu.

Tetapi apabila pemimpin berhenti, kita ganti dengan pemimpin lain. Jadi kalau pemimpin di kawasan letak jawatan, kita ganti. Lain kalau rakyat tolak Pas, kita tidak boleh tukar rakyat.

Apa jadi selepas Harapan Baru sah menjadi parti politik?

Mereka secara automatik gugur keahlian sebagai ahli Pas mengikut perlembagaan parti.

Ini bermakna Pas juga akan kehilangan lebih banyak kerusi kerana ada wakil rakyat yang menyertai parti baharu itu?

Itu biasa, tunggu PRU akan datang. Kita nak buat macam mana kerana tiada undangundang yang boleh paksa wakil rakyat letak jawatan melainkan dengan sukarela.

Pas sudah mempunyai pengalaman dengan parti serpihan Pas sebelum ini iaitu Berjasa dan Hamim. Jika dibandingkan, apakah kekuatan Harapan Baru (sekarang dikenali Parti Pekerja Malaysia)?

Harapan Baru lain sedikit kerana penyokongnya banyak di pantai barat. Matlamatnya pilihan raya, tetapi di Pantai Barat, undi Melayu saja tidak cukup. Contoh di Johor, kena ada undi bukan Melayu. Jadi DAP membantu dari sudut itu. Harapan Baru juga boleh bantu DAP di kawasan Melayu. Asalnya DAP harapkan Pasma sebelum penubuhan Harapan Baru.

Mengenai penubuhan Harapan Baru, ada yang bertanya kepada saya, jika Mat Sabu (Mohamad Sabu), Husam (Datuk Husam Musa) menang dalam pemilihan lalu, adakah Harapan Baru akan ditubuhkan?

Itu kena tanya mereka sendiri.

Bagaimana Datuk melihat kedudukan pembangkang pada PRU14?

Belum menentu lagi kerana Pas dan DAP memang dah putus, tetapi dengan PKR kita masih ada kerjasama. Sejauh mana ia boleh bertahan, tengok suasana kerana PKR juga masih bersama dengan Pas.

PKR dengan Harapan Baru juga kita belum tahu kerjasamanya bagaimana. Ini kerana dalam politik, kerjasama ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara. Malah, dalam pilihan raya, kalau kerjasama itu diperlukan, kita boleh lupakan perkara yang sudah lepas.

(Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) pernah sebut tentang national consensus, (Lim) Kit Siang dengan idea Save Malaysia Coalition, (Datuk Seri) Abdul Hadi (Awang)
pula dengan cadangan kerajaan tanpa pembangkang. Semua idea ini matlamatnya sama dan boleh berlaku, tetapi bukan sekarang.

Sumber BO - 4-9-2015


Benarkah Perpecahan Dalam PAS Bermula Dari Langkah Kajang?
Posted on Thursday, September 03 @ 23:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah




Ada pemimpin  GHB menyuarakan rasa sedih kerana terpaksa meninggalkan PAS. Sudah pasti penyokongnya juga begitu. Dan sebenarnya begitu juga dirasai oleh pemimpin dan penyokong setia PAS. Sedih kerana mengenangkan kita asalnya mempunyai satu fikrah, sama-sama mangsa belasah regim BN, sama-sama dianaktirikan, sama-sama melangkah dalam setiap perhimpunan, sama-sama berhujah yang satu membela yang lain dan sama-sama berkongsi suka-duka perjuangan.


Mengapa hari ini kita berada di dalam kem yang berbeza……mengapa hari ini kita saling sindir-menyindir dan bermasam muka…….mengapa hari ini berputus dan berpisah dua……..saling menghunus tikaman sesama kita……dan dalam menghadapi PRU14 kita menentang antara satu sama lain bukan lagi bersaudara?

Aku lontarkan bahan renungan ini agar setiap dari kita mengetahui susur-galur dan watak utama yang menjahanamkan perjuangan dan persaudaraan kita. Ada orang berkata, punca perpecahan PAS bermula dari Langkah Kajang. Ada pula yang berkata perpecahan bermula kerana angkara DAP yang mula ego dan membuat onar untuk bermaharajalela.

Bagi aku asal mulanya lebih awal dari itu. Ia bukan bermula di era keegoan DAP dan bukan pula Langkah Kajang. Ia dicipta lebih awal dari itu. Pencipta pada asalnya hanya ingin menguasai PAS dengan idea dan fikrahnya. Diracuni pemikiran rakan professional lalu terbentuk teamnya. Apabila teamnya gagal dalam muktamar ke-61, jadilah apa yang terjadi pada hari ini.

 Insan yang mencetuskannya telah aku peringatkan untuk PAS sejak beberapa tahun lalu melalui tulisan aku. Watak ini pernah dikenakan tindakan disiplin pada 29 Januari 2010. 

Apakah ada dendam di hatinya hanya Tuhan yang tahu. Selepas itu onarnya terus menjadi-jadi sehingga dia memegang watak sebagai nakhoda jelmaan. Sosok yang merasakan dialah intelek dan professional berjenama di dalam PAS. Tindak-tanduk insan ini sungguh licik. Cikgu Mustafa Ali tahu kelibat dan karenahnya sejak zaman kepemudaan. Demi menjaga aib kawan segalanya disimpan oleh bekas Setiausaha Agung PAS itu di lipatan sejarah.  

Ahli-ahli PAS alpa peranan cemar nakhoda jelmaan ini. Nakhoda ini sendiri mengaku kerana usahanyalah PAS berjaya menolak Nasarudin Mat Isa dan Hassan Ali. Melalui media, beliau lebih vokal melebihi Presiden sendiri. Ahli-ahli PAS terpesona kerana kehebatannya berhujah. Lalu terpilih dia membarisi Jawatankuasa PAS Pusat. Ahli-ahli PAS memilih pula kawan-kawannya yang professional dan intelek sepertinya membarisi bersama. Dia menyucuk jarumnya seorang demi seorang yang akhirnya Jawatankuasa PAS Pusat dibarisi oleh pemimpin yang telah dirasuknya.

Sebelumnya mana ada kita dengar Dr. Hatta, Hanifa Maideen, Dr. Zulkifli, Mat Sabu, Dr Siti Mariah Mahmud menyanggah dan membelakangi Presiden TG Haji Hadi? Akhirnya mereka jadi sekepala dengan nakhoda jelmaan ini. Akhirnya puak yang bercanggah fikrah dengan ulama semakin kuat. Mereka berjaya menolak Ustaz Nasaruddin Mat Isa dan akhirnya menaikkan boneka mereka, Mat Sabu pada 2011. Isu Mat Sabu sebagai boneka mereka akan dihujahkan di tulisan yang lain.

Perbezaan fikrah dengan ulama ini mencetuskan rasa benci yang hebat. Presiden dicanggah secara terbuka melalui blog, facebook dan segala media. Kadang-kadang penuh hinaan. Majlis Syura diperlekehkan. Ustaz-ustaz muda dijadikan bahan belasahan dan perlian. Maka dicanangkan lagu rasmi anti-ulama “UG” dengan fakta yang telah dipesongkan. Terus didengungkan sebagai fitnah mencecah garis Muktamar Ke-61.

Semasa PKR memulakan Langkah Kajang bertambahlah ruang Presiden dikepung dan dipersalahkan. Untuk menguatkan serangan, tak cukup regu dari dalam dicari regu dari luar. 

Segala peluru dan fitnah UG dibekalkan kepada DAP. Difitnahkan sehingga DAP percaya TGHH hendak berUG dengan UMNO. Bukankah isu UG pada mulanya dimainkan di peringkat dalaman PAS? Kemudian digunakan oleh blogger dan  cybertrooper kawan Pakatan. Trafik blog sesak dengan fitnah UG dan maki-hamun terhadap Presiden. Susulannya barulah Lim Guan Eng mendakwa TGHH hendak berUG dengan UMNO? Siapa yang meracuni DAP dan pengundi Cina ini kalau bukan golongan anti-ulama dalam PAS?

Ditambah lagi isu hudud, mereka pun membekalkan lagi  peluru kepada DAP, malah sanggup mereka melibatkan ulama luar negara untuk menjustifikasikan bahawa hudud bukanlah agenda yang penting dalam waqi’ semasa di Malaysia. Bukankah sebelumnya DAP pernah menyetujui hak perjuangan bersendirian PAS untuk hudud seperti mana dokumen yang dibuktikan TGHH?  

Apabila pemimpin PAS sendiri mempertikaikan perjuangan EKJS  untuk pelaksanaan hudud di Kelantan, maka apalagi naik gahlah DAP. Lalu tanpa segan-silu lagi  pemimpinnya menentang hudud saban waktu. DAP tahu ramai di kalangan pengikut nakhoda jelmaan di dalam AJK PAS Pusat akan menyebelahinya. Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng tidak segan lagi untuk menghina Presiden. Dia tahu Timbalan, Mat Sabu akan membisu. Benar, Mat Sabu membisu tanpa sepatah bahasa. Di sisi lain, golongan pro- nakhoda jelmaan macam membina satu ‘engagement’ dengan DAP untuk menolak TGHH dan golongan ulama dari membarisi kepimpinan tertinggi PAS. Serangan demi serangan, hinaan demi hinaan dan fitnah demi fitnah dimainkan.

Menyedari kedudukan kepimpinan ulama terancam, barulah Geng Ustaz bangkit untuk menyelamatkan PAS dari dikuasai oleh golongan ini. Berlaku perang hujah besar-besaran sehingga muktamar. Cita-cita golongan pro-nakhoda jelmaan untuk melihat TGHH tumbang bersama para ulamanya gagal. Lalu dipersalahkan pengundian secara ‘chai’ sedang mereka juga mengunapakai kaedah yang sama. Sakit hati mula membara. Dari awalnya PASMA, menjadi G18, bertukar pula GHB lalu kini Parti Amanah.

Dari hanya 2-3%  ahli PAS yang terperangkap dengan idea kotor dan fitnah UG hinggalah sampai hampir 20% yang masuk ke dalam keroncong mereka. Semuanya termakan fitnah UG walaupun AJK PAS Pusat tahu idea UG telah ditutup secara rasmi melalui Mesyuarat Khas JK PAS Pusat pada 28 Oktober 2009. Semuanya termakan umpan golongan yang menjaja bahawa  hudud bukan agenda penting masakini demi menjaga persahabatan dengan DAP. 

Yang 20% inilah hari ini melalui denai permusuhan dengan golongan yang istiqamah di dalam PAS. 20% ini bukan lagi belegar dalam kalangan pemimpin negeri dan kawasan. Kini mereka sudah merayau-rayau di kampung-kampung membawa haluan yang kacau.

Beginilah nasib perjuangan di hari ini. Kita membiarkan diri keliru dalam perjuangan. Kita membiarkan jiwa dihambat oleh rasa kecewa, marah dan putus asa. Di kampung kita berselisih sesama kita. Hiris-menghiris perasaan menjadi duka. Kerana tersilau dengan kemenangan, undi DAP jadi igauan. Sanggup perli ulama sendiri yang mengajar kita berpolitik Islam dari ABC. PRU14 kan sampai masanya. Kita berpencak sesama kita. 

Umpama berjuang nakhoda kasap, hujung hilang pangkal lesap. Umat semakin berpecah, nasib agama semakin parah. Justeru, kembalilah ke atas sejadah. Dengan wuduk, minta petunjuk dari Allah.

Sumber TKO - 3-9-2015

Tak ada satu perkataan dalam baiah yang sebut 'Pakatan Rakyat' - Tuan
Posted on Thursday, September 03 @ 04:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



SHAH ALAM: Calon PAS yang bertanding dalam pilihan raya mengangkat lafaz baiah atas nama PAS sebagai mewakili parti Islam berkenaan, dan bukan atas nama Pakatan Rakyat, demikian tegas Timbalan Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Malah Tuan Ibrahim turut membidas kenyataan beberapa bekas wakil rakyat PAS yang kini menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) kerana menganggap baiah sudah tidak terpakai setelah Pakatan Rakyat (PR) roboh beberapa bulan lalu. 


"Cuba cari dalam (lafaz) baiah itu..ada tak sepatah perkataan Pakatan Rakyat? Dalam lafaz baiah itu, sepatah perkataan Pakatan Rakyat pun tak ada. Mereka berbaiah sebagai calon PAS, mewakili PAS bertanding dalam pilihan raya. Waktu baiah dibuat itu Pakatan Rakyat tak ada lagi, bagaimana mahu dikata baiah kepada Pakatan Rakyat," katanya kepada Antarapos.


Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan beberapa bekas wakil rakyatnya termasuk Penasihat Umum Amanah, Ahmad Awang yang enggan melayan 'tuntutan' baiah kerana bagi mereka, baiah yang dibuat adalah kepada Pakatan Rakyat (PR) dan bukan kepada parti saja.


Dalam sidang media penubuhan Amanah, Isnin lalu, Ahmad berkata baiah itu tidak lagi relevan memandangkan PR sudah berkubur.


Mengulas berkenaan hal itu, Tuan Ibrahim menasihatkan Ahmad agar berlaku jujur dalam mengeluarkan kenyataan.  


"Saya harap Ustaz Ahmad Awang jujur dengan ilmu yang beliau ada.. kerana risiko kenyataan beliau berat dari segi syarak. Saya minta beliau nasihat (yang) betul kepada mereka yang terlibat baiah, kerana baiah ini dibuat sebagai calon PAS, bukan wakil Pakatan Rakyat.   


"Bagi PAS, kita tak ada apa-apa, kalau nak keluar itu hak mereka tapi nak mengingatkan mereka berbaiah atas nama Allah," ujarnya.


Beberapa bekas wakil rakyat PAS secara rasmi mengumumkan telah menyertai Amanah, parti baru yang ditubuhkan Gerakan Harapan Baru (GHB), sekaligus menyebabkan keahlian mereka dalam parti Islam itu tergugur secara automatik.


Bagaimanapun, kesemua mereka masih terikat dengan lafaz baiah yang dibuat semasa diangkat mewakili PAS dalam pilihan raya umum.


PAS memperkenalkan bai'ah atau sumpah kepada wakil rakyatnya di seluruh negara yang bertanding atas tiket parti itu sejak 2004, yang mana mereka mesti mengosongkan kerusi sekiranya meninggalkan atau melompat ke parti lain dengan sukarela.  


"Lafaz baiah ini ada tiga (bahagian).. bersumpah Wallahi Wabillahi Watallahi, dia akan patuh kepada arahan parti selagi mana tak bertentangan dengan syarak, itu yang pertama.


"Keduanya, dia bersumpah dengan nama Allah juga, dia tak akan lompat, keluar, atau meninggalkan parti.. Sekiranya dia lompat, keluar atau meninggalkan parti maka dia akan kosongkan kerusi, dan haramlah baginya pencen dan segala pendapatannya.


"Ketiga, dia bersumpah Wallahi Wabillahi Watallahi sekiranya lompat atau meninggalkan parti, dia akan dilaknat Allah, malaikat dan para pelaknat.. ini ikrar yang diucap secara sedar setiap orang (calon)," terang Tuan Ibrahim sambil mengingatkan semua bekas wakil rakyat berkenaan memahami implikasi sumpah berkenaan.             

 

Oleh Shuhaniza Said


Sumber Link

Sumber TKO - 3-9-2015


Dr Hatta perlu rujuk Mahkamah Syariah

Posted on Wednesday, September 02 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



KOTA BHARU - Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob meminta Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli segera merujuk status perkahwinannya di Mahkamah Syariah selepas terbubar secara automatik dengan talak tiga setelah melanggar bai'ah yang dilafazkan.

Ahmad yang juga Pesuruhjaya 1 Pas Kelantan berkata, Ahli Jawatankuasa Parti Pekerja Malaysia itu secara jelas melanggar bai'ah yang dilafazkannya sebelum ini dengan menyertai parti lain tanpa meletak jawatan sebagai wakil rakyat.

“Kita telah buat keputusan dan menghantar surat dengan turut melampirkan bai’ah yang pernah dilafazkan Mohd Hatta iaitu taklik talak tiga.

“Dari segi hukum, taklik yang dilafazkan telah terjatuh, itu pandangan diberikan Ketua Hakim Mahkamah Syariah Kelantan,” katanya kepada media selepas Mesyuarat Exco, di sini, hari ini.

Sementara itu Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, dalam isu ini Pas Kelantan berpegang kepada pandangan Ketua Hakim Syarie yang menyatakan dengan tegas bahawa lafaz taklik berjalan apabila wakil rakyat Pas keluar dari parti.

“Ketua Hakim Syarie juga telah buat kenyataan, orang yang terlibat mesti mendaftarkan penceraian di Mahkamah Syariah, jadi itu juga pegangan kita setakat ini,” katanya.

Difahamkan Mohd Hatta pernah melafazkan bai'ah cerai talak tiga, malah beliau satu-satunya wakil rakyat negeri ini yang terlibat dalam senarai tersebut.

Bai’ah (taklik jatuh talak tiga) yang dilafazkan setiap wakil rakyat Pas di negeri ini secara automatik telah jatuh selepas mereka memutuskan untuk keluar parti tanpa meletakkan jawatan.

Oleh SAPINAH AB GHANI


Sumber LINK


Sumber TKO - 2-9-2015


































































Tindakan hanya selepas isi borang parti baru

SALMAH MAT HUSAIN | .


KOTA BHARU: PAS tidak mengambil tindakan hanya berdasar ada wakil rakyatnya hadir mendengar ceramah yang dianjurkan parti lain.

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata tindakan hanya diambil apabila pemimpin terbabit mengisi borang parti lain termasuk Parti Pekerja Malaysia (PPM).

“Sekiranya wakil-wakil rakyat PAS hadir pada program Gerakan Harapan Baru itu belum boleh disabitkan mereka telah terkeluar parti.

“Kecualilah mereka secara jelas mengisi borang dan mengisytiharkan telah menyertai parti lain termasuk PPM.

“Ketika itu mereka secara automatik sudah gugur sebagai ahli PAS,” katanya selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di Kota Darulnaim hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata PAS tidak pernah menyekat mana-mana ahli parti menghadiri program ceramah dianjur Harapan Baru.

Bagaimanapun PAS Kelantan sentiasa memantau pergerakan Harapan Baru di negeri tersebut, yang sedang menganjurkan program jelajahnya.

Menurut beliau pihaknya sentiasa menerima laporan mana-mana parti yang mengadakan program di Kelantan dan bukan hanya dari Harapan Baru semata-mata.

“Memang ada laporan. Kita sentiasa peka. Maklumat berkaitan kehadiran dan sebagainya semua ada pada kita,” ujarnya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan.

Katanya mereka boleh melakukan aktiviti di Kelantan berdasar amalan demokrasi.

“Bagaimanapun PPM tidak lagi boleh menggunakan premis PAS memandangkan mereka bukan lagi anggota parti,” ujarnya.

Beliau juga menasihatkan wakil rakyat PAS yang menyertai parti lain terlebih dahulu merujuk kepada Mahkamah Syariah kerana sebelum ini mereka terbabit lafaz taklik. - HARAKAHDAILY 2/9/2015

Sumber HD - 2-9-2015


Pas hantar surat kepada AJK Parti Pekerja
Posted on Wednesday, September 02 @ 06:53:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KOTA BHARU - Pas akan menghantar surat rasmi kepada 22 ahlinya yang dilantik sebagai jawatankuasa Parti Pekerja Malaysia termasuk lampiran salinan Bai'ah kepada wakil rakyat terlibat.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, surat tersebut adalah sekadar peringatan bahawa mereka yang terlibat dalam parti baharu itu bukan lagi ahli Pas.
Menurutnya, berdasarkan Fasal 15 Perlembagaan Pas pemberhentian ahli adalah disebabkan tiga perkara iaitu atas permintaan sendiri, dipecat dan mengisytiharkan diri keluar Pas atau menyertai parti lain.
"Bila ahli Pas isytihar menyertai parti lain secara automatiknya keahlian mereka mengikut Perlembagaan Pas dilucutkan.
"Tiada tindakan akan diambil ke atas mereka tetapi atas dasar pentadbiran kita akan menulis surat kepada mereka dalam masa terdekat ini sekadar makluman," katanya dalam sidang media di JKR 10 di sini, semalam.
Turut serta Naib Presiden Pas Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Ketua Pemuda Pas negeri, Ahmad Fadhli Shaari.
Dalam pada itu, Mohd Amar berkata, pendirian parti jelas di mana mereka yang terlibat dalam parti baharu khususnya wakil rakyat Pas perlu meletak jawatan.
"Beberapa wakil rakyat yang terlibat dalam parti baharu itu perlu letak jawatan kerana mereka bertanding atas tiket Pas.
"Jika mereka letak jawatan pilihan raya kecil akan diadakan. Setakat ini mereka tidak belum bagi keputusan," katanya.
Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan menasihatkan agar wakil rakyat yang terlibat berpegang kepada Bai'ah yang dilafazkan sebelum ini.
Beliau berkata, walaupun banyak isu yang timbul Pas sehingga kini masih kekal dalam pakatan pembangkang.

Oleh MURNI ABDUL RASHID

Sumber Link


Sumber TKO - 2-9-2015


Ziarah dan Dakwah Ust. Dr. Nik Zawawi Salleh
Posted on Sunday, August 30 @ 20:18:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



Ziarah dan Dakwah ke pejabat Bishop Sebastian Frances Ketua Katholic Bahagian Utara (Penang Kedah perlis Perak dan Kelantan)

Ybhg Dato' Ust. Dr. Nik Zawawi Salleh Setiausaha Majlis Syura Ulamak menghadiah Al Quran Terjemahan Yusof Ali kepada beliau

Program anjuran Lajnah Dakwah PAS Negeri Pulau Pinang.







sumber


Sumber TKO - 30-8-2915








































































Mustafa Ali cadang tubuh Majlis Perundingan Negara dipengerusi Dr Mahathir

Posted on Friday, August 28 @ 20:01:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Datuk Mustafa Ali menyarankan Putrajaya menubuhkan sebuah jawatankuasa Majlis Perundingan Negara (MPN) yang dilihat mampu menangani krisis negara yang berlaku, terutamanya terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Razak, lapor Sinar Harian hari ini.

Dalam satu temubual khas bersama akhbar itu, bekas setiausaha agung PAS itu berkata, penubuhan MPN itu perlu melangkaui perbezaan politik di mana jawatankuasa tersebut harus dianggotai pemimpin utama semua parti.

Beliau turut menamakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad calon pemimpin paling layak menjadi pengerusi majlis tersebut, selain bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam dan bekas menteri kewangan Tengku Razaleigh Hamzah.

"Kalau ditanya siapa paling layak, Dr Mahathir adalah orangnya. Ini kerana Dr Mahathir pernah menjadi perdana menteri dan beliau memahami banyak perkara.

"Saya yakin beliau boleh fikirkan macam mana nak selesaikan masalah negara sekarang," beliau dipetik berkata Sinar Harian.

Katanya, cadangan pelaksanaan majlis tersebut boleh dilakukan mana-mana ahli Parlimen dan tidak semestinya dari wakil rakyat pembangkang.

Ditanya sebab beliau membuat saranan tersebut, Mustafa memberitahu akhbar itu, masalah negara kini dilihat berada dalam tahap kritikal.

"Masalah ketika ini pelbagai. Ia kombinasi ekonomi, politik dan kesejahteraan rakyat. Saya tak pernah lihat ia berlaku pada zaman mana-mana perdana menteri sebelum ini.

"Ia terlalu tidak baik untuk negara apabila ada campur tangan dalam institusi daripada pemimpin negara. Situasi ini perlu dihentikan tetapi kita tak tahu bila akan ada perubahan," katanya

Pengarah pilihan raya PAS itu juga pada masa sama menyenaraikan beberapa cara yang boleh dilakukan bagi mengubah kerajaan sedia ada, termasuk mendesak peletakan jawatan perdana menteri.

"Pertama, pilihan raya. Itu normal. Kedua, melalui undi tak percaya. Ketiga, sistem 'precedence' (duluan) seperti yang berlaku di Perak.

"Keempat ialah menolak pembentangan bajet di Parlimen oleh perdana menteri yang biasanya dilakukan pada Oktober," katanya.

Mustafa berkata, sekiranya majoriti ahli Parlimen tidak meluluskan bajet 2016 yang akan dibentangkan nanti, itu bermakna ia satu undi tidak percaya kepada perdana menteri.

"Dan secara moralnya, beliau perlu letak jawatan," katanya.

Sumber TKO - 28-8-2015

Sejarah buktikan PAS tidak pernah khianat pakatan

ASLANI M | .


KOTA BHARU: Sepanjang sejarah kerjasama politik dengan parti-parti lain PAS tidak pernah khianat sehingga mengambil langkah meninggalkan kawan.

Selepas merdeka PAS mengadakan tahaluf siyasi dengan Parti Negara yang diketuai Datuk Onn Jaafar.

Kemudian pada era 1990-an PAS mengadakan kerjasama dengan Parti Melayu Semangat 46, Hamim dan Berjasa bagi membentuk Angkatan Perpaduan Ummah.

Bagaimanapun Angkatan hanya tinggal batu nisan selepas Semangat 46 dibubar dan pemimpinnya menyertai semula Umno.

Anggota Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Dr Mohamed Fadhli Hassan berkata begitu juga kerjasama dengan DAP dan Parti Keadilan Nasional bagi membentuk Barisan Alternatif menjelang pilihan raya umum (PRU) 1999.

Namun katanya, Barisan Alternatif juga berakhir pada 2001 apabila DAP meninggalkan kerjasama tersebut.

“Secara jelas PAS tidak pernah meninggalkan kerjasama yang disertai dengan mana-mana parti sebelum ini.

“PAS tidak pernah mengkhianati pakatan dengan mana-mana parti sejak parti itu diwujudkan sejak sebelum merdeka lagi,” katanya pada ceramah isu semasa dialog di Dataran Stadium malam tadi.

Hadir sama Ketua Penerangan PAS Kelantan, Datuk Nassuruddin Daud, Adun Bunut Payong, Dr Ramli Mamat, Timbalan Yang Dipertua PAS Kota Bharu, Dr Rosli Alani Abdul Kadir dan Ketua Cabang PKR Kota Bharu, Abu Samah Hassan.

Dr Fadhli yang juga Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kelantan ketika menjawab soalan berkata PAS tetap akan meneruskan kerjasama dengan mana-mana parti politik bagi menghadapi PRU ke-14.

Kata beliau kerjasama tersebut bagi menafikan pengaruh Umno dan Barisan Nasional yang menguasai negara sejak merdeka.

Nassuruddin pula berkata sebagai parti yang mendaulatkan Islam sudah tentu setiap kerjasama dengan parti-parti lain dilakukan tanpa menggadaikan prinsip asas perjuangan.

“Pengundi pilih PAS kerana mahu melihat Islam dapat ditegakkan di negara ini. Kalau kerana bukan matlamat perjuangan Islam dibawa PAS pengundi mungkin tidak akan pilih,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 27/8/2015

Sumber HD - 27-8-2015

Ceramah Isu Semasa - Ustaz Nassuruddin Daud
Posted on Tuesday, August 25 @ 07:00:00 MYT 












































































https://www.youtube.com/watch?v=5RpcICh4bls&feature=player_embedded

Rakaman Ceramah Isu Semasa oleh YB Ustaz Dato' Nassuruddin Daud, Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan merangkap Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Kerajaan Negeri Kelantan. Markaz PAS Kuala Krai, Sungai Durian, Kuala Krai, Kelantan. Selasa, 19 Syawal 1436H/ 04 Ogos 2015M

KelantanTV: Tepat dan Informatif

LIKE FB mykelantanTV
https://www.facebook.com/kelantantv

www.kelantantv.my 

Sumber TKO - 25-8-2015

GHB: Surat tunjuk sebab sudah dihantar

HARAKAHDAILY | .


KUALA NERUS: Pejabat Agung PAS sudah menghantar surat tunjuk sebab kepada beberapa pemimpin parti khususnya peringkat pusat berhubung pembabitan mereka dengan Gerakan Harapan Baru (GHB).

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan memberikan surat tunjuk sebab itu adalah mengikut peruntukan perlembagaan parti.

"Mereka yang diberikan surat tunjuk sebab itu perlu memberikan jawapan dalam masa 14 hari," ujarnya ketika ditemui selepas membentangkan kertas kertas pada Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden Peringkat Negeri Terengganu di Kompleks Tarbiyah At-Taqwa Batu 6, dekat sini hari ini. Turut serta ialah Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.

Jelasnya, surat tunjuk sebab itu dihantar kepada mereka setelah menerima laporan daripada PAS kawasan dan negeri.

"Setakat ini negeri yang terbabit ialah Selangor, Kelantan dan Johor," ujarnya lagi.

Sebelum ini, Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah memberitahu Jawatankuasa PAS Pusat akan meneliti laporan yang diterima daripada setiap negeri berhubung ahli parti itu yang terlibat dengan GHB.

Beliau berkata perkara itu dibincang mesyuarat yang akan diadakan 11 September hadapan.

“Kalau ada kes dan bukti yang kukuh, mungkin tindakan terhadap yang terlibat akan diambil.

Laporan mengenainya akan dibentangkan pada mesyuarat tersebut nanti,” katanya. - HARAKAHDAILY 22/8/2015

Sumber HD - 22-8-2015

Ayuh Turun Dan Bersolidariti Dengan Himpunan Istiqamah Hingga Kemenangan!

IMG_20150816_224317 (2)
KUALA TERENGGANU – Seluruh rakyat negeri Terengganu diseru bersama-sama turun dan bersolidariti dengan program Perhimpunan Istiqamah Hingga Kemenangan (PIHAK 6.0) yang akan diadakan pada malam ini, Sabtu 22 Ogos.

IMG_20150816_224317

Pengarahnya Haji Ahmad Amzad Hashim mengajak orang ramai agar tampil dan menunjukkan kepada seluruh negara bahawa rakyat Terengganu sedang bangkit melakukan perubahan.

“saya menyeru kepada seluruh rakyat Terengganu supaya kita sama-sama menyatakan (da) menzahirkan solidariti kita bagi menunjukkan kepada seluruh negara bahawa kita bersama dengan semua negeri-negeri yang telah menganjurkan program ini,

“untuk tunjukkan kepada rakyat bahawa kita (rakyat Terengganu) sedang dalam kebangkitan untuk melakukan perubahan bagi menyelamatkan negara kita dari kerosakan yang telah dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN),”tegasnya.

Menurutnya program tersebut akan diadakan di perkarangan Pasar Cabang Tiga Kuala Terengganu bermula pada jam 9.00 hingga 11.55 malam.

Katanya, isu yang melanda negara ini terlalu banyak akan diperkatakan dalam pidato oleh tokoh-tokoh peringkat nasional termasuk Naib Presiden PAS YB Ustaz Idris Ahmad dan Setiausaha Agong PAS Dato’ Takiyuddin Hassan serta Dato’ Ustaz Nasaruddin Daud



Sumber BO - 22-9-2015

Krisis Dalam PAS Hanya Momokan

IMG-20150822-WA0003
DUNGUN – Media sosial telah berjaya mempengaruhi masyarakat dengan mencanangkan PAS dilanda krisis, sedangkan PAS sebenarnya masih kukuh, ini dibuktikan dengan hampir 5000 keahlian PAS telah diluluskan baru-baru ini.

Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Felda Naraza Muda menyeru agar seluruh ahli dan penyokong PAS tidak gusar dengan ‘momokan’ yang dimainkan oleh pihak media.

“tidak perlu gusar dengan momokan media sosial dan juga media arus perdana itu, sebaliknya teruskan kerja- kerja parti diperingkat cawangan dengan sentiasa melakukan ziarah,

IMG-20150822-WA0007

“gerakkan kerja-kerja daftar pemilih kerana ramai lagi orang melayu kita yang boleh mengundi tetapi tidak berdaftar,”ujarnya ketika berucap dalam majlis Ceramah Isu-Isu Semasa anjuran Lajnah Penerangan dan Hubungan Media, Dewan Muslimat PAS Kawasan Dungun di Bangunan PAS DUN Sura pada Khamis 20 Ogos.

Beliau yang juga merupakan Pengerusi Lajnag Tani dan Nelayan menegaskan, keputusan pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Rompin membuktikan ‘pergolakan’ di dalam Pakatan Rakyat tidak memberi kesan kepada PAS.

Namun katanya, Muslimat perlu bekerja lebih keras bagi meningkatkan undi pada pilihan raya umum kali ke-14 akan datang.

“PRK Rompin membuktikan perbalahan di dalam Pakatan Rakyat tidak memberi kesan kepada PAS, dimana PAS menang di Felda yang sebelum ini kita tidak pernah menang, tetapi undi muslimat kita kalah,

“disinilah muslimat perlu bergerak mendekati wanita-wanita yang dipercayai bukan pengundi PAS, ziarah, bertanya khabar, ambil cakna, sentuh hati dan jiwa mereka, InsyaAllah suatu hari nanti mereka bersama dengan kita dan mengundi PAS, ” tambah beliau lagi.

Majlis yang dihadiri seramai lebih kurang 45 orang muslimat di sekitar DUN Sura itu turut disertai isteri ADUN Sura, Puan Hajjah Roslina Harun dan juga Ketua Penerangan dan Hubungan Media, DMPKD.

Share Via Sec-Notes

Sumber BO - 22-8-2015


Masih Ingat Kenyataan Rafizi Bodoh Kata Cikgu Pa - Pas dedah Ku Li sedia keluar Umno
Posted on Thursday, August 20 @ 10:38:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



KUALA TERENGGANU – Pemimpin Pas membuat pendedahan mengejutkan dengan mendakwa Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah pernah bersetuju keluar Umno dan menerima cadangan untuk dilantik sebagai perdana menteri sekiranya PR menang dalam PRU13  lepas.

Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, perkara itu dipersetujui Tengku Razaleigh melalui satu pertemuan bersama dengan beberapa pemimpin Pas dan PKR termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim beberapa bulan sebelum pilihan raya.
Bagaimanapun, perkara itu tidak berlaku apabila PKR membuat keputusan selepas pertemuan itu untuk mengekalkan keputusan biro politik partinya untuk melantik Anwar sebagai perdana menteri, sementara DAP berpendirian bersetuju dengan keputusan Anwar dan PKR.
“Apabila tiba malam pilihan raya, kita berhimpun di satu hotel, pemimpin Pas termasuk saya pun ada di situ tunggu keputusan dan saya maklum pada Tuan Guru Haji Hadi saya berada di situ dan kalau ditakdirkan kita menang dalam pilihan raya pada malam itu, Anwar lah perdana menteri.
“Tengku Razaleigh bukan sebahagian daripada PR kerana tidak berlaku strategi yang kita rancangkan itu. Jadi, tidak berbangkit Hadi tolak Anwar sebagai perdana menteri,” katanya di sini, semalam.
Beliau berkata, sebagai menyelar kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang terus menerus menuduh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai tidak bersetuju dengan pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri, jika PR menang dalam PRU13.
Mustafa mendedahkan bahawa perkara itu tidak timbul kerana semua pihak bersetuju Anwar sebagai calon perdana menteri walaupun Pas turut mencadangkan Tengku Razaleigh sebagai calon perdana menteri.
Jelasnya, DAP juga tiada masalah sama ada Tengku Razaleigh menjadi perdana menteri asalkan perkara itu dipersetujui Anwar.
“Berhentilah cakap bohong sebab Pas tidak pernah menolak Anwar sebagai perdana menteri dan apa yang disebut Kit Siang itu saya tidak tahu apa tujuan dia,” katanya.
Bagaimanapun beliau tidak menolak idea untuk Pas meletakkan Tengku Razaleigh sebagai perdana menteri adalah di pihak Pas tetapi dibuat selepas ketiga-tiga parti bersetuju veteran Umno itu mempunyai pengaruh tersendiri dalam menarik sokongan tiga hingga lima peratus undi orang Melayu kepada PR.
“Saya tidak tahu dia (Tengku Razaleigh) setuju atau tidak setuju saya terang ini, kena tanya dialah tapi saya terpaksa kena cerita untuk beritahu pembohongan Kit Siang,” katanya.
Mengulas pertemuan dengan Tengku Razaleigh, beliau memberitahu Tengku Razaleigh bersetuju dengan cadangan tersebut dalam pertemuan di sebuah hotel melibatkan Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat, Datuk Dr Harun Din, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Mohamad Sabu, Mustafa dan Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, manakala pemimpin PKR disertai Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamed Azmin Ali, Datuk Saifuddin Nasution, Datuk Johari Abdul dan Abdul Rahim Gaus.
Beliau berkata, perbincangan itu turut menyebut bahawa Tengku Razaleigh menjadi perdana menteri untuk tempoh tidak kurang dua tahun dan tidak lebih tiga tahun, sebelum jawatan itu diberi kepada Anwar.
“Saya boleh sebut dia sedia tinggalkan Umno (ketika pertemuan itu),” katanya. - Sinar Harian

Sumber TKO - 20-8-2015


Kenapa PAS bersama dengan DAP, kemudian putus, tapi terus dengan KeADILan?

Posted on Monday, August 17 @ 16:54:54 MYT by paktam

Oleh ZULHIMI AT-TAKIRI 

OBJEKTIF PAS adalah untuk bawa Islam dalam negara. Ini tidak pernah berubah. Islam berkembang lebih cergas dalam keadaan negara aman, adil, wujud kebebasan bersuara, dan ekonomi yang tidak menekan rakyat.

Lepas Perjanjian Hudaibiyah dakwah Islam berkembang lebih pesat.

Hasilnya dalam setahun setengah lepas Hudaibiyah, Rasulullah s.a.w. berjaya menawan Makkah dengan penganut Islam berlipat kali ganda. Jadi PAS mahukan suasana negara yang lebih baik supaya Islam dapat dikembangkan.

Punca Malaysia dalam keadaan teruk, bahkan lebih teruk lagi sekarang ini ialah Umno-BN.

PAS telah melakukan bermacam-macam tindakan, berpuluh tahun lamanya supaya Umno berubah, ambil dasar Islam, uruskan pentadbiran dengan lebih baik.

Oleh kerana Umno menolak, tidak mahu, dan tidak jujur buat perubahan setelah diberi peluang oleh rakyat begitu lama, PAS tak ada pilihan lain selain menjatuhkan Umno melalui proses demokrasi.

Al-Marhum Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat selalu kata kalau Umno ambil Islam, PAS tak relevan lagi. Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pernah bekata, kita tentang Umno bukan kerana nama dia Umno, tapi kerana dasar dan prinsipnya yang salah.

Kalau Umno ubah sikit dasar kepada Islam, Tuan Guru berkata PAS wajib sokong.

Jadi usaha menjatuhkan Umno dikongsi dengan semua pihak yang bermatlamat sama termasuk PKR dan DAP. Berganding bahu menjatuhkan Umno demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan agenda menegakkan Islam.

Kerjasama tersebut bersyarat. Majlis Syura PAS meletakkan syarat-syarat tersebut, antaranya tidak boleh menyebabkan mesej Islam disekat. Tidak boleh usaha pelaksanaan syariat Islam terhalang termasuk hudud. Ada beberapa syarat lagi.

PKR dan DAP bersetuju dengan semua syarat itu. Bahkan Lim Guan Eng tanda tangan dokumen bersetuju dengan PAS meneruskan agenda syariat secara berasingan, walaupun dia tidak bersetuju dengann hudud. Dengan kata lain, setuju untuk berbeza.

DAP juga menunjukkan kesungguhannya untuk mendokong prinsip ketelusan, keadilan, menentang kronisme dan nepotisme. Bahkan semasa DAP hampir diharamkan, mereka membuat keputusan untuk menggunakan logo PAS untuk bertanding pilihan raya.

Atas jaminan dan komitmen DAP tersebut terhadap syarat yang digariskan syarak, bagi bersama menentang kezaliman dan ketidakadilan Umno, maka PAS bertahalluf dengan DAP.

Dengan PKR juga, atas prinsip dan syarat yang sama.

Kenapa sekarang putus tahalluf dengan DAP? Mudah saja. Kita bertahalluf dengan syarat. Bila syarat-syarat itu dilanggar secara sedar, sengaja dan berterusan; bila kita dihalang daripada melaksanakan hudud, pejanjian yang ditandatangani ditolak begitu sahaja, bahkan proses dalaman PAS diganggu secara terang-terangan, serta sikap kronisme dalam kes Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail disokong oleh DAP, serta tuduhan secara tidak adil terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim juga disokong oleh DAP, maka PAS tidak ada pilihan selain memutuskan tahalluf tersebut. Tak ada pilihan kerana itu tuntutan syarak.

Kenapa PAS masih bertahalluf dengan PKR?

Jawapan singkatnya kerana PKR tak pernah halang PAS daripada membawa agenda syariat, hudud, negara Islam dan seumpamanya. Tapi PAS tegas apabila prinsip ketelusan dan keadilan dilanggar PKR.

Semasa Anwar melaksanakan Langkah Kajang dengan menyingkir Khalid, PAS menentang secara jelas dan tanpa segan. Presiden PAS terpaksa mengambil tindakan tidak popular walau dibenci PKR dan DAP, kerana prinsip keadilan dan ketelusan yang dijanjikan kepada rakyat, dilanggar begitu sahaja. Presiden PAS tegas sekalipun ditentang oleh setengah pimpinan PAS sendiri lantaran takut kehilangan undi Cina.

Kesimpulannya PAS bertahalluf atas prinsip-prinsip yang digariskan al-Quran dan hadis. PAS tidak pernah memaksa sesiapa bertahalluf, bahkan bekerjasama atas persetujuan dan komitmen masing-masing. Tapi apabila DAP melanggar prinsip dan syarat utama tahalluf iaitu agenda Islam PAS, maka PAS terpaksa memutuskan hubungan dengan DAP. Hubungan diteruskan dengan PKR kerana syarat utama tersebut masih dihormati PKR.

Sumber DD - 17-8-2015

Daftar Ahli Baru 4,000 Orang, Macamana PAS Dikatakan Sedang Hancur?

nik abduh
Ketua Pemuda PAS Malaysia Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa PAS semakin tidak disukai ramai bahkan lebih teruk, ada yang berkata PAS sedang ‘hancur’.

Sebaliknya, beliau berkata, PAS terus relevan dan semakin mendapat sokongan, walaupun diasak dari luar dan dalam khususnya apabila katanya, PAS semakin mendapat tempat di hati rakyat dengan penyertaan ahli baru seramai 4,000 orang.

“Makin ditekan, makin banyak borang ahli Pas seperti setiausaha agung maklumkan, hari ini kita ada 4,000 sebulan kita menerima keahlian baharu.

“Jadi macam sebuah parti yang dikatakan tengah nak hancur, tenggelam, bocor dan sebagainya, tiba-tiba penumpang terus naik…tak logik,” katanya pada sidang media di Pejabat Agung Pas, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Exco Pemuda PAS Selangor yang bertindak keluar parti dan menyertai Gerakan Harapan Baru, baru-baru ini.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Pasir Mas itu yakin, isu dalaman Pas akan selesai menjelang akhir tahun ini.

“Pemuda PAS yakin, isu ini akan selesai dan hari ini pun saya sudah begitu selesa, apabila ahli-ahli sudah menyatakan komitmen mereka setiap kali kita turun ke negeri sama ada oleh Presiden PAS atau pimpinan lain.

“Dalam keadaan sekarang, kita perlukan kekuatan, sebuah parti tak dapat menjadi harapan rakyat kalau dia asyik balah dalaman,” ujarnya.

Beliau berkata, tindakan sesetengah pemimpin PAS yang menyertai Gerakan Harapan Baru dan menyerang PAS dari dalam disifatkan sebagai melakukan dosa apabila melanggar amanah.

“Mereka nak tubuh parti baru, nak hentam dari luar, itu lebih baik dan dari sudut agama pun tak ada dosa, itu demokratik.

“Tapi kalau mereka pegang jawatan dalam parti, hentam parti dari dalam, itu dosa dari sudut agama, itu kita panggil langgar amanah,” katanya lagi.

Sumber BO - 17-8-2015


Pas kumpul bukti sebelum ambil tindakan
Posted on Thursday, August 13 @ 16:53:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KOTA BHARU - Pas sedang membina kes melalui pengumpulan bukti dan maklumat lengkap terhadap anggotanya yang menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) gerakan Harapan Baru.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, pengumpulan itu dikendalikan oleh Setiausaha Agung parti, Datuk Takiyuddin Hassan bagi menyediakan laporan lengkap dan membentangkannya kepada Pas pusat.

"Daripada situ baharu kita boleh buat keputusan apa tindakan yang perlu kita ambil," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Kutipan Dana Pemuda Pas Kelantan di sini, hari ini.

Timbalan Menteri Besar Kelantan itu berkata, hanya Jawatankuasa Pas Pusat ataupun Jawatankuasa Disiplin parti yang berhak menentukan nasib anggota-anggota parti yang menyertai Harapan Baru.

"Jawatankuasa Pas Pusat mempunyai kuasa untuk memecat terus mana-mana anggota parti yang didapati bersalah, namun jika dibawa ke Jawatankuasa Disiplin parti, ada empat bentuk hukuman yang boleh dikenakan," katanya.

Beliau berkata, hukuman tersebut adalah surat tunjuk sebab, amaran, gantung keanggotaan dan akhir sekali dipecat daripada parti. - Bernama


Sumber TKO - 13-8-2015




















































































Pas Memberikan Nasihat kepada pemimpin sabotaj parti
Posted on Thursday, August 13 @ 16:40:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KOTA BHARU - Pas tidak teragak-agak mengambil tindakan mengikut perlembagaan parti sekiranya mendapati masih ada ahli yang cuba mensabotaj atau melakukan tindakan yang boleh melemahkan parti Islam itu.

Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, jika mereka tidak lagi yakin dengan parti itu dan tidak mahu memegang amanah serta tanggungjawab yang diberikan, mereka boleh membuat keputusan berundur secara terhormat.


“Kita bagi amaran kepada ahli dan juga mana-mana pemimpin yang memegang jawatan tidak kira mana peringkat, jangan cuba sabotaj atau melemahkan parti. Jawatan yang dipegang adalah pilihan yang diputuskan melalui mesyuarat agung, maka ia adalah satu amanah.


“Jika mereka rasa sudah tidak mampu pegang tanggungjawab tersebut, mereka perlulah bersikap profesional. Kita tidak pernah menghalang, itu adalah hak ahli,” katanya, semalam.


Menurutnya, sehingga kini pihaknya menerima 10 aduan mengenai kes yang melibatkan sabotaj parti dan Kelantan hanya mencatat satu kes berbanding beberapa negeri lain yang melebih tiga kes.


Beliau berkata, pihaknya juga akan menyiasat dan mendapatkan bukti kukuh sebelum mengambil apa-apa tindakan terhadap aduan yang diterima bagi memberi keadilan yang sewajarnya kepada pengadu.


“Kita tidak akan terburu-buru dalam membuat keputusan, aduan yang diterima akan disiasat dengan baik, bila semuanya sahih, bukti kukuh, baru kita buat keputusan yang sepatutnya,” katanya.


Dalam masa sama, beliau turut mengulas tindakan 13 Ahli Jawatankuasa (AJK) Pemuda Pas Shah Alam yang mengumumkan peletakan jawatan mereka di peringkat kawasan, kelmarin.


Takiyuddin berkata, Pas menghormati tindakan tersebut kerana ia merupakan hak ahli sama ada untuk berhenti, meneruskan perjuangan ataupun keluar dari parti.


“Walaupun diakui kita sedih dengan perkara ini, namun itu hak mereka. Kalau rasa tidak selesa lagi dengan Pas, maka mereka berhak membuat keputusan begitu.


“Ada yang bertanya, bagaimana dengan mereka yang isytihar ahli Pas seumur hidup, jawapan saya, itu urusan beliau dengan Allah, saya doakan selamat maju jaya,” katanya. - SInar



Sumber TKO - 13-8-2015

Boleh berhenti jadi ahli tapi jangan sabotaj PAS

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: PAS menghormati mana-mana ahlinya yang keluar daripada parti itu sebagaimana termaktub di dalam Perlembagaan PAS iaitu setiap ahli ada hak untuk berhenti menjadi ahli PAS.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan menasihatkan mana-mana ahli parti yang mempunyai perasaan tidak senang dan tidak selesa dengan PAS jangan sekali-kali mensabotaj parti.

"Kalau ada mana-mana ahli hendak berhenti kita hormati, begitu juga yang letak jawatan sama ada dipilih atau dilantik dan tidak dapat laksanakan amanah juga kita hormati.

"Tetapi kita nasihatkan kepada mereka yang tidak senang dengan PAS jangan sekali-kali mensabotaj parti atau melemahkan dan melumpuhkan parti.

"Apatah lagi kita sebagai orang Islam kerana ianya satu tindakan yang tidak amanah dengan tanggungjawab kita. Jangan sampai sabotaj parti," katanya ketika menghubungi Harakahdaily hari ini.

Malah katanya, dari segi peraturan, PAS boleh mengambil tindakan kepada mana-mana ahli yang mensabotaj parti kerana tidak melaksanakan tanggungjawab sebaiknya.

"Sebagai contoh, dia pegang jawatan tetapi tidak hadir mesyuarat, tidak jalankan aktiviti, atau menganggap PAS tidak betul tetapi masih dalam parti.

"Kita bagi ingatan kerana ianya di dalam perlembagaan ada sebut, merugikan parti merupakan satu kesalahan," tambah beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu.

Sehingga kini, katanya telah menerima 10 aduan dari seluruh negara dan sedang menyiasat dengan teliti bagi memastikan setiap aduan yang diterima mestilah tulen dan berasas.

"Mesti dapatkan bukti serta keterangan yang menyokong aduan, kerana kita tidak mahu orang yang dituduh tanpa bukti. Kita tidak gopoh ambil tindakan ke atas ahli, kita ambil kaedah yang adil iaitu beri peluang untuk jawab pertuduhan," katanya.

Beliau berkata demikian ekoran tindakan beberapa pimpinan parti meletakkan jawatan dan ada yang bertindak keluar daripada parti itu. - HARAKAHDAILY 12/8/2015

Sumber HD - 12-8-2015

PAS tak rasa terpinggir, hubungan dengan PKR masih baik -Mahfodz
Posted on Wednesday, August 12 @ 07:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



SHAH ALAM: PAS menafikan ia dipinggirkan daripada sebarang program anjuran parti pembangkang sebaliknya ia tidak menyertai program diterajui DAP dan Gerakan Harapan Baru (GHB).

Ketua Dewan Ulamanya, Datuk Mahfodz Mohamed menegaskan PAS sememangnya mengambil pendirian untuk tidak menyertai program pembangkang, sekiranya DAP dan Gerakan Harapan Baru (GHB) turut serta.
"Sebab DAP sudah menolak kita, begitu juga dengan GHB sudah keluar daripada PAS. Yang kita ada dengan pembangkang adalah PKR sahaja. Sebab itulah kita tidak bersama. 
"Jikalau yang memanggil kita adalah PKR (sahaja), PAS akan datang," demikian menurutnya ketika dihubungi Antarapos, hari ini.
Terdahulu sebuah portal mendakwa PAS mula 'keseorangan' selepas dipinggirkan apabila satu demi satu program besar yang dianjurkan pembangkang tidak lagi melibatkan mereka.
Malah keputusan PAS untuk tidak menyertai himpunan Bersih 4.0 yang akan diadakan pada hujung bulan ini juga disebabkan parti itu akan menganjurkan himpunan Bersihnya sendiri.
Terbaru, PAS membuat keputusan menganjurkan himpunan Bersih mereka sendiri dan tidak akan mengerahkan ahlinya menyertai himpunan Bersih 4.0 yang dianjurkan pelbagai pertubuhan termasuk parti pembangkang.
PAS turut didakwa diketepikan dalam sekurang-kurangnya tiga program besar pembangkang seperti mesyuarat parti pembangkang pada 29 Julai, penyerahan memorandum sokongan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 6 Ogos dan himpunan Bersih 4.0 hujung bulan ini.
Mesyuarat pada bulan lalu itu dipanggil ketua pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, namun dibatalkan secara tergesa-gesa kerana DAP tidak mahu menyertainya jika PAS ada.
Mengulas hal berkaitan, Mahfodz menegaskan hubungan PAS dan PKR masih berjalan dengan baik apatah lagi dalam mempertahankan kerajaan Selangor.
Malah kedua-dua parti berkenaan juga mengadakan mesyuarat baru-baru ini, namun Mahfodz tidak menyatakan apa diperbincangkan kerana tidak hadir di mesyuarat berkenaan.
"Pada minggu lepas ada (mesyuarat antara PAS dan PKR). Yang hadir adalah setiausaha agung, timbalan dan naib presiden PAS. Mereka nyatakan (mesyuarat) itu pada mesyuarat AJK PAS Pusat pada 8 Ogos lepas. 
"PAS tidak rasa terpinggir sebab kami sudah biasa bersendirian. Jika semua sudah tidak mahu bersama dengan PAS, maka kita akan bersendirian. Yang penting kita tidak merasa terpinggir," terang Mahfodz.
Muktamar PAS Kali ke-61 yang diadakan pada Jun lalu menyaksikan parti berkenaan memutuskan hubungan langsung dengan DAP, akibat tekanan dan serangan berterusan dalam beberapa perkara.
Malah kerjasama di dalam Pakatan Rakyat (PR) hasil gabungan PAS-DAP-PKR akhirnya terkubur sebagaimana diumumkan pada awal bulan lalu.
Gerakan Harapan Baru (GHB) yang diterajui oleh pemimpin progresif PAS yang kalah pada pemilihan parti baru-baru ini juga merupakan haluan baru dalam pembentukan kerjasama parti-parti pembangkang- AntaraPOS

Sumber TKO - 12-8-20215

Sokongan PKR Kepada GHB Rosakkan Hubungan Kata AJK Penerangan PAS Pusat
Posted on Tuesday, August 11 @ 14:21:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Sokongan PKR kepada Gerakan Harapan Baru (GHB) akan merosakkan hubungan dengan PAS, sedangkan sebelum ini parti Islam itu yang membantu parti Keadilan di peringkat akar umbi, kata AJK Penerangan PAS Pusat Ahmad Amzad Hashim.

“Dokongan PKR kepada GHB hanya merosak hubungan PKR dgn PAS. Sedangkan seperti DAP sebelum ini bergantung kepada jentera PAS untuk menang peti-peti undi melayu, PKR lebih-lebih lagi terutama bagi pemimpin PKR yang Melayu.

“Mungkin ramai yang lupa, PAS lah yang membantu DS Anwar Ibrahim menubuhkan PKR dengan ahli ahli PAS diserap ke dalam PKR di peringkat awalnya.

“Sama macam orang-orang PKR yang jadi jentera balik tabir di sebalik GHB,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Amzad berkata serangan berterusan DAP terhadap PAS membuktikan parti itu adalah chauvinisme Cina yang akan menggugat keharmonian kaum di negara ini.

GHP, katanya adalah alat DAP untuk memecahbelahkan undi Melayu, sama seperti DAP memperalatkan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA) sebelum ini.

“DAP sendiri yang terlalu sangat fokus menjalankan kempen merosakkan persepsi awam kepada PAS, telah dengan agresif mendokong Parti Islam baru yang jadi alat harapan DAP, sebenarnya sedang menonjolkan chauvinisme Cina yang menebal di kalangan pemimpin-pemimpin tertinggi DAP.

“Ini adalah satu sikap yang amat membimbangkan masyarakat Cina sendiri dalam jangka panjang kerana kerosakan perpaduan dan keharmonian oleh prejudis perkauman yang akan sukar diperbaiki.

“Perhatikan rata rata kepimpinan DAP di kalangan kaum India seperti diam dan terpinggir.

“Dokongan elit kepimpinan chauvinisme Cina dalam DAP kepada sekelompok pemimpin kecewa dari PAS adalah phenomenal sifatnya dan tidak akan kekal lama. Seperti jugalah caranya DAP melayan PASMA yang kini tidak lagi berbunyi apa-apa.

“Tokoh seperti Phahrol Razi yang pernah berada di dada akhbar sebagai bakal pengganti Anwar sudah tenggelam walau sebelum ini diberi segala dokongan oleh DAP,”katanya.

Tambahnya, DAP terpaksa menyokong padu GHB kerana parti Cina itu masih memerlukan undi masyarakat Melayu kerana undi masyarakat bukan Melayu sudah sampai ke tahap maksima.

Dalam masa sama katanya, DAP mahu melemahkan PAS daripada terus menjadi parti dominan di kalangan masyarakat Melayu.

“DAP tahu paling maksima berapa bilangan kawasan bukan Melayu yang mereka boleh menang.

Itupun dengan adanya undi orang melayu mereka telah sampai ke satu tahap tepu yang tak memungkinkan DAP menang lebih dari bilangan kerusi yg mereka dapat sekarang. Sudah sampai kemuncak.

“Yang mereka bimbang jika orang orang Melayu bersatu, dan pilihannya cuma ada satu iaitu PAS, maka PAS punya ruang yang sangat jauh lebih besar untuk melebarkan kemenangan kerusi.

“Kesemua 87 kerusi PARLIMEN kawasan Melayu yang dimenangi UMNO sekarang adalah medan tradisi PAS yang jarang didengar PAS hilang wang pertaruhan. Asas kekuatan sudah ada. Jentera sudah ada.

“DAP sangat takut keadaan ini. Kerana ia akan menjejaskan kedudukan DAP sebagai de facto mastermind yang mencorakkan hala tuju pakatan politik yang mahu menggantikan BN sekarang.

“Mereka punya kerusi terbanyak. Maka DAP lah bossnya. Jika PAS punya kerusi lebih banyak, pengaruh DAP akan “diluted“, cair,”katanya lagi.

Sumber TKO - 11-8-2015

DAP Mungkin Paksa GHB Tinggalkan Hudud -Mustafa

Posted on Monday, August 10 @ 03:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Datuk Mustafa Ali tidak menolak kemungkinan parti baharu yang bakal ditubuhkan Gerakan Harapan Baru (GHB) akan meninggalkan hudud kerana itu merupakan faktor pertikaian di antara DAP dan PAS.

“Pada waktu ini sudah ada orang yang jadi burung kakak tua DAP.

“Sebab benda yang menjadi pertikaian di antara PAS dan DAP ialah hudud. DAP kata awak tinggal hudud. Awak nak bersama kita, awak (mesti) tinggalkan hudud.

“DAP merasakan mereka boleh menguasai pengundi Cina sekarang ini. Dan mereka (GHB) ini nak menang pilihan raya memerlukan undi Cina

“Ok ‘awak mahu undi Cina, tidak ada hudud.’ Dan saya yakin kalau mereka (GHB) ini tidak berhati-hati. Mereka akan tinggal hudud, sebab DAP kata ‘no hudud’.

“Ini adalah ramalan saya,”kata Mustafa, 71 tahun yang telah mengikuti perkembangan DAP sejak dari awal penubuhan pada 1965.

PAP

Menurutnya, DAP berasal daripada PAP, sebuah parti berasaskan kaum Cina di Singapura.

“Sebab saya ikut DAP sejak awal penubuhan tahun 1965 lagi, sesetengah mereka (GHB) itu mungkin (masih) sekolah lagi masa itu.

“1965, awak ada di mana ?” (soal Mustafa kepada wartawan) “Hah, baru umur 5 tahun” (Ulang Mustafa jawapan yang diberikan wartawan itu)

“Saya dah kenal DAP pada masa itu, DAP melalui perubahan, saya tak menafikannya itu asalnya PAP saya tak nafikan itu. Ya lah itu kita cerita kemudian,”katanya.

Tokong

Mustafa berkata kepimpinan DAP bersikap angkuh kerana dipengaruhi stail kepimpinan berpolitik ‘Tokong’

Menurutnya, ciri kepimpinan seumpama itu telah mencorakkan kepimpinan DAP bersifat ‘authoritarian’ (diktator).

“DAP ini, dia punya dalaman politiknya adalah (stail) Tokong.

“Tokong ini authoritarian (diktator) maknanya kata seorang ni, ‘aku kata macam ni kau kena ikut’. Jadi benda itu terbawa-bawa.

“Ini nak kena ikut, I say no hudud, no hudud.”

GHB ganti PASMA

Menurut Mustafa, pada awalnya PASMA (Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia) dirancang untuk menggantikan PAS, namun kerana NGO itu tidak disokong secara meluas oleh akar umbi PAS, maka ia diganti dengan GHB.

“Rancangan awal yang dibuat sebelum ini sebelum daripada muktamar (PAS), yang diharapkan menggantikan PAS ialah PASMA.

“PASMA sebenarnya nak bekerjasama dengan DAP dan DAP sudah menyatakan kesediaan bekerjasama dengan PASMA.

“Tetapi selepas itu, PASMA ini mungkin tidak cukup kuat sehingga di kalangan yang baru (daripada GHB) menyatakan PASMA pun bukan boleh diterima pun. Jadi gerakan ini (GHB).

“Seolah-olah Gerakan Harapan Baru ini mengambil tempat PASMA yang diharapkan menggantikan tempat PAS untuk bekerjasama dengan DAP.

“Sewaktu perjumpaan (PASMA) pertama yang dibuat di Kota Bharu, ada beberapa orang pimpinan (PAS) di belakang PASMA ini, saya sebut tanpa menyebut nama..”

Hadirin Hassan Ali lebih besar daripada GHB

Mustafa berkata PAS mengalami beberapa krisis dalaman sejak dari dulu lagi dan krisis yang paling besar adalah pada tahun 1977, ketika Presiden PAS, Tan Sri Datuk Dr. Haji Mohd Asri bin Haji Muda memecat Menteri Besar Kelantan, Dato’Haji Muhammad Nasir.

Malah, katanya, hadirin yang mengikuti ceramah Datuk Hassan Ali (yang dipecat daripada PAS) pada tahun 2012 jauh lebih ramai daripada hadirin yang mengikuti ceramah GHB.

“Waktu dia (Hassan) dok hentam PAS, jauh lebih besar daripada sekarang ni (GHB).

“Dan biasalah dalam politik ini, cakap kali pertama, orang nak dengar. Apa dia hala tuju ke mana. Mari kali kedua dah tak sama dah (hadirin) macam yang pertama. Jangan ghairah sangat dengan sambutan yang seperti itu.

“Jadi kepada adik-adik saya ini sebagaimana saya mengingatkan Hassan Ali dan Nasaruddin Mat Isa empat tahun yang lalu, saya nak peringatkan (semula kepada GHB), jangan terperangkap dengan DAP.

“Saya sebutkan dari segi (krisis) yang dihadapi oleh PAS, yang paling teruk tahun 1977, itu adalah krisis terbesar ketika Dato Nasir (dipecat). Saya ada pada masa itu.

“Yang ini (GHB) tak besar mana. Ini tak besar mana.”

video - DHMA :

https://www.youtube.com/watch?v=1xuNGclGchI&feature=player_embedded

Sumber TKO - 10-8-2015

Pas Siasat Ahli Sertai Harapan Baru
Posted on Sunday, August 09 @ 13:44:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=4v-0bLPGB6E

Pas mengesahkan menerima laporan dari setiap negeri berhubung penyertaan ahlinya dalam Harapan Baru dan akan mengkaji tindakan seterusnya mengikut jenis kesalahan bagi setiap ahli Pas yang terlibat. Hukuman terakhir yang boleh dikenakan adalah pecat.

Kredit:
Sinar TV

Sumber TKO - 9-8-2015


Tragedi ekonomi: PAS cadang anjur Kongres Rakyat 5 Sept


























































































HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: PAS bercadang mengadakan Kongres Rakyat ini pada 5 September depan di ibukota.

Ini susulan mesyuarat PAS Pusat hari ini di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) Taman Melewar telah menegaskan bahawa tetap istiqamah menuntut pemulihan demokrasi, sistem pilihan raya yang adil serta menentang sehebat-hebatnya korupsi yang dilakukan sama ada oleh individu pemimpin mahupun dalam pemerintahan dan pentadbiran negara.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata, tragedi ekonomi dan politik negara, melibatkan isu hutang 1MDB yang menjengah RM42 bilion, transaksi wang sejumlah RM2.6 bilion ke akaun peribadi Perdana Menteri dan campur tangan politik serta  tekanan kepada badan yang bertanggungjawab dalam penyiasatan 1MDB seperti SPRM, PAC dan lainnya dilihat semakin parah.

"Insya Allah, PAS akan turut menggerakkan kebangkitan rakyat dan memimpin tindakan agar ia bergerak lancar dan terancang ke arah menuntut satu perubahan total pada sistem pentadbiran dan pemerintahan negara," ujarnya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, jelasnya Kongres Rakyat yang akan diadakan dengan mengumpul semua pihak individu, NGO, parti politik dan seluruh warga prihatin termasuk pihak mahasiswa dan aktivis sosial ke arah menghasilkan resolusi dan pelan tindakan rakyat ke arah satu gerakan kebangkitan yang berkesan, membina negara yang lebih selamat dan sejahtera dari segala macam rupa korupsi dan wajah penyelewengan kuasa.

Katanya, maklumat lanjut secara detail akan diumumkan sedikit masa lagi.

"Nantikan kehadirannya insya Allah demi sebuah perubahan ke arah negara yang sejahtera dan selamat dari penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa serta kemungkaran politik dan ekonomi," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Temerloh.

Menurut beliau lagi, kongres itu akan menjadi medan untuk mencari dan merumus mekanisme terbaik serta berkesan mewakili semua pihak dan peringkat pandangan rakyat yang akan dicanai cerna melalui peserta-peserta kongres rakyat kelak.

"Kita mensasarkan penyertaan sekurang-kurangnya 50 NGO tidak termasuk pihak-pihak lain seperti tokoh-tokoh individu dan parti politik yang turut akan diundang untuk menjayakan Kongres Rakyat ini," katanya. - HARAKAHDAILY 8/8/2015

Sumber HD - 8-8-2015

Perkukuhkan Jentera Parti

Situasi negara hari ini di mana semua institusi berkuasa kini tidak dapat bergerak bebas, kejatuhan dahsyat nilai Ringgit dan kemelut 1MDB telah menjadi bom jangka yang akan menumbangkan kerajaan BN. Insya-Allah.

Dalam situasi yang tidak menentu ini pelbagai kemungkinan boleh berlaku, termasuk perletakan jawatan Perdana Menteri atau pilihanraya umum ke 14 lebih awal dari apa yang kita jangka.

Semua kemungkinan ini menuntut agar parti meningkatkan gerakerja, penyusunan jentera dengan memberi fokus kepada usaha menarik dan memberi kesedaran kepada pengundi agar bangkit melakukan perubahan.

Polemik dalaman parti perlu dikurangkan. Serangan dan perbalahan dalam media sosial yang tidak membantu perjuangan perlu ditamatkan. Awasi golongan yang sengaja melekakan dan menjerat kita dengan polemik yang tidak berkesudahan. Jaga akhlak dan sentiasa gunakan pendekatan dakwah.

Kerajaan yang hilang integriti dan bertindak di luar kotak sistem demokrasi dan salahguna undang-undang untuk menjustifikasi tindakan sumbangnya telah menyebabkan rakyat berasa meluat. Setiap perbualan di kalangan rakyat marhaen kini berkisar kegelisahan terhadap masa depan negara.

Setiap detik, ada sahaja peristiwa yang mengejutkan rakyat bagaikan usaha semata-mata melindungi penyelewengan dan salahguna kuasa. Yakinlah semua tindakan melampau ini akan mempercepatkan tumbangnya kerajaan BN.

Oleh itu, fokus wajib diberikan kepada usaha-usaha membantu perubahan negara. Saya sering kali menyatakan perlunya kita membesarkan isu rakyat, memberi perhatian khusus kepada bebanan hidup yang sedang ditanggung oleh rakyat dan penjawat awam, melawan dan mengkritik salahguna kuasa dan rasuah serta mengambil berat terhadap kejatuhan Ringgit dan hilangnya daya saing negara.

Setiap anggota parti perlu bertindak bagi melakukan sesuatu yang memberi nilai tambah kekuatan parti. Di saat rakyat melihat ketegasan PAS terhadap prinsip perjuangan dan gagalnya Umno membela nasib agama dan bangsa, di saat terhakisnya keyakinan kakitangan kerajaan terhadap parti pemerintah, Insya-Allah harapan rakyat untuk mendapatkan perubahan ini tidak disia-siakan.

Inilah masa kita kemukakan gagasan Islam sebagai rahmat dan sistem terbaik bagi negara ini. Bermula sekarang, jentera parti perlu fokus kepada persiapan luar biasa bagi menghadapi cabaran ini. Perkukuhkan aqidah perjuangan, tingkatkan mujahadah dan istiqamah dalam perjuangan.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
8 Ogos 2015

Sumber PP - 8-8-2015


























































































Teliti laporan sebelum ambil tindakan ahli terlibat GHB

SALMIYAH HARUN | .



KUALA LUMPUR: Mesyuarat Jawatan Kuasa PAS Pusat hari ini belum membuat sebarang keputusan terhadap ahlinya yang terlibat dalam Gerakan Harapan Baru (GHB) kerana sedang menerima laporan hampir dari setiap negeri.

Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sehingga kini mereka masih menerima laporan dan ia perlu diteliti dengan sebaik mungkin.

Beliau berkata, setiap laporan yang diterima perlu dikaji terlebih dahulu mengikut prosedur sebelum diambil sebarang tindakan.

"Kita kena lihat kes demi kes sejauhmana tindakan mereka mengundang kerosakkan parti.

"Prosedur kita terima laporan, masa untuk menjawab dan kemudian kita panggil. Buat kajian dulu supaya tidak terburu-terburu,"katanya.

Tambahnya, sekiranya GHB  sebuah parti dan ahli PAS menyertainya automatik keahlian PAS mereka akan terlucut.

Turut bersama dalam sidang media di KUIZM Naib Presiden Idris Ahmad, Datuk Mohd Amar Abdullah  dan Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan. – HARAKAHDAILY 8/8/2015

Sumber HD - 8-8-2015


Bila Ulama Tegur, Puak 'ITU' kata kena hikmah
Posted on Friday, August 07 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

"

Ulama, kiri kanan, atas bawah, belakang depan menghadapi pancaroba, ujian, fitnah oleh puak-puak yang lari dari landasan Islam. Mereka juga Islam, malah solat bersama kita, berhari raya bersama tetapi punyai hati yang dikuasai nafsu dan syaiton. Mereka ini lunak dengan orang kafir tapi serong dengan ulama malah melawan tanpa segan silu lagi.

Bilamana kita perhatikan akan komen-komen 'puak liberal, penyokong puak liberal dan penyokong parti kafir' terhadap teguran, nasehat golongan ulama terhdapa isu-isu semasa yang berlaku di tanahair kita, maka kita dapati kritikan mereka kepada ulama sangat memualkan.

Mereka ini (puak yang sentiasa berajakan nafsu serakah) sentiasa menekankan perkataan HIKMAH' APABILA BERDAKWAH apabila ulama menjalankan tugas dan amanah yang dipikul. Ulama-ulama yang menjawab segala tuduhan yang dilemparkan kepada gerakan Islam PAS akan dibalas dengan perkata-perkataan yang sangat indah seperti 'berlembutlah dengan puak 'mereka', berhikmahlah bila berdakwah, berlapang dadalah, Sabarlah, dan segala macam perkataan yang nampak sangat baik dan malah 'menghiburkan'.

Bagi mengukuhkan hujahan 'mereka' ini,  disuakan kepada ulama akan ayat-ayat quran dah hadith dan petikan ulama zalam silam. Sungguh 'mulianya' dan 'berakhlaknya' mereka. (org bebal dan tolol hendak mengajar ulama-inilah dunia akhir zaman. Snggup menjadi agen dajal)..

Dalam masa yang sama 'mereka' ini akan mendiamkan diri bilamana batang tubuh Presiden Gerakan Islam PAS serta PAS sendiri teruk di hentam, dihina, difitnah dan segala macam perkara tidak masuk akal menyerang. Tiada sepatah perkataan yang keluar dari 'mereka' untuk menyuruh penyerang itu agar berhikmah, bersabar, sangka baik dengan Presiden dan PAS.. mereka seperti putus hubungan dengan dunia. seolah mereka ini seperti hilang dari pandangan dunia. Tiada langsung ayat-ayat manis menasehati penyerang dan penfitnah Ulama, Preseden dan PAS. Diam seribu bahasa seperti orang bisu.

'Mereka' ini sebenarnya mempunyai hati yang sangat kotor kerana sudah makan hasil dajal melalui agen agen dajal yang berkeliaran di sekeliling 'mereka' ..

Para pendokong dajal ini akan terus bergumbira, seronok dalam bara api yang mereka tidak sedar kesan nafsu serakah menguasai mereka kerana suka ditipu oleh agen agen dajal...Demi Putrajaya yang entah siapa yang memilikinya..tp ingat, JANJI ALLAH adalah benar....
Istiqamah bersama Gerakan Islam PAS dan TGHH...

QuthubZaman
7 Ogos


Sumber TKO - 7-8-2015































































































Sah GHB tidak berani tubuh parti politik baru - Iskandar Samad
Posted on Thursday, August 06 @ 08:47:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh penjualcendol




SHAH ALAM: Kenyataan Ahli Jawatankuasa Gerakan Harapan Baru (GHB) Datuk Kamarudin Jaafar bahawa 'tiada keperluan untuk ahli PAS dalam GHB keluar parti' membuktikan pergerakan itu tidak berani menubuh parti politik baru. 



Perkara itu ditegaskan Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad.


"Kenyataan Datuk Kamaruddin Jaafar mengiyakan kenyataan saya sebelum ini bahawa kumpulan progresif PAS (yang menubuhkan GHB) tidak berani menubuhkan parti baru itu", katanya kepada Antarapos.


Iskandar sebelum ini berkata GHB sehingga kini tidak menubuhkan parti politik baru kerana tiada hala tuju dan kurang yakin berikutan masih mencari sokongan rakyat terhadap mereka.


GHB bukan sahaja berkali-kali menangguh penubuhan parti politik baru malah sehingga kini bekas pemimpin PAS yang menyertai gerakan itu enggan meletakkan jawatan dan keluar parti.


"Mereka telah mengangguhkan pelancaran (parti) beberapa kali. Mereka mendakwa akan menubuhkan parti baru tetapi tidak mahu keluar dari PAS.


"Saya menggesa kepada mereka (kumpulan progresif) yang bersama dengan GHB diatas alasan untuk menyertai parti baru agar meninggalkan GHB. Saya berharap mereka kembali bersama PAS yang begitu jelas halatujunya", ujar Iskandar.


Sabtu lalu, Iskandar yang Pesuruhjaya PAS Selangor berkata PAS sedia untuk menerima kembali kumpulan progresif berkenaan sekiranya hilang kepercayaan terhadap gerakan berkenaan. 


Sebelum ini Iskandar turut memberi amaran kepada kepimpinan GHB agar tidak mendekati mana-mana pemimpin atau ahli PAS untuk menyertai gerakan itu dan seharusnya mencari ahli lain untuk mengukuhkan kedudukan pembangkang di negara ini.


-- antarapos 



Sumber TKO - 6-8-2015


Derma: Jangan mudah buat kesimpulan – Takiyudin

KUALA LUMPUR: Akta 694 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (a) derma yang dimaksudkan di sini ialah telah termak- tub bahawa suapan yang bererti wang, derma, alung, pinjaman, fi, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta, sama ada alih atau tak alih, faedah kewangan, atau apa-apa manfaat seumpama itu yang lain.

Justeru itu, kenyataan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 3 Ogos lalu yang memaklumkan bahawa dana RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Najib Razak adalah bukan dari dana 1MDB sebaliknya adalah wang derma telah menimbulkan pelbagai persoalan dan spekulasi mengenai siasatan yang dilakukan oleh SPRM ke atas kes tersebut.

Menurut Setiausaha Agung PAS, Dato’ Takiyuddin Hassan, setelah menerima aduan, tugas SPRM adalah perlu mengkaji dari sudut undang-undang adakah pemberian ataupun sumbangan yang diberikan oleh mana-mana pihak terhadap ataupun kepada perdana menteri kalau betul ianya kepada perdana menteri mempunyai unsur-unsur rasuah.

“Unsur rasuah ini biasanya kalau dia bagi benda itu, dia ada “something in return” atau balasan kepada orang yang beri itu, jadi kalau itu adalah mempunyai unsur-unsur rasuah,” tambah pengamal undang-undang tersebut ketika dihubungi di pejabat Harakah pada 4 Ogos lalu.

Dalam kes yang diumumkan ini Setiausaha Agung PAS ini berpandangan SPRM tidak boleh dalam menjalankan siasatan itu kelihatan sangat cepat membuat kesimpulan dalam satu-satu siasatan.

Pada hematnya, oleh kerana mengikut dari apa yang didengar, kenyataan daripada SPRM ini adalah masih lagi menyiasat mengenai 4 bilion yang terlibat lagi.

“Pada pandangan saya, siasatan yang dibuat SPRM belum lagi lengkap maka tidak sewajarnya SPRM membuat kesimpulan bahawa tidak ada kes. SPRM perlu bersikap profesional supaya siasatan yang dijalankannya itu perlu telus berdasarkan undang-undang bahkan mestilah kelihatan telus. Ini dua perkara yang berbeza, telus dan kelihatan telus.”

Dari segi perlembagaan Malaysia, hasil siasatan yang dilakukan oleh SPRM perlu dikemukakan kepada peguam negara (AG) untuk tindakan selanjutkan setelah siasatan mendapati bahawa wujud unsur rasuah dalam penerimaan sumbangan.

“Kalau dah dapat hasil itu, mereka akan serah kepada peguam negara untuk peguam negara menentukan orang yang diadu itu wajar dituduh atau tidak. Bila peguam negara dah buat keputusan, barulah SPRM akan ambil tindakan atau tangkap yang tertuduh.”

“Pandangan PAS dalam hal ini ialah SPRM perlu membuat siasat- an secara terperinci dalam semua aspek, kalau dalam bahasa undang-undangnya ialah “ Without fear or favor” tanpa takut dan tanpa memihak. Itulah harapan masyarakat nak tengok SPRM bertindak “without fear or favor” dalam siasatan ini dan juga siasatan ini mestilah sempurna sehingga ke akar umbinya sebelum membuat sesuatu kesimpulan sama ada wujud kes atau tidak,” kata beliau.

Sumber PP - 5-8-2015

PAS harapan untuk semua

HISHAMUDDIN ABDUL KARIM | .




Mengimbau derap langkah titian perjalanan ditempuh PAS di persada politik negara selama 64 tahun sememangnya menimbulkan rasa kebanggaan. Walaupun secara rasmi ditubuhkan pada tahun 1951, hakikatnya ia adalah kesinambungan perjuangan terdahulu yang bersusur galur juga dari perjuangan para Rasul AS. Dari celahan kebangkitannya, telah lahir tokoh-tokoh yang mengagumkan dan nama mereka sentiasa harum dan mekar di medan ummah.

Ikon Anak Muda

Antaranya individu seperti Saudara Salahuddin Ayub yang layak dinobatkan sebagai ikon anak muda PAS. Keberadaan beliau dalam kepimpinan Pemuda PAS suatu waktu dahulu telah meletakkan beliau kukuh di hati anak muda. Begitu juga Haji Mohamad Sabu, sedang nama-nama lain tidaklah sebesar nama mereka berdua.

Hakikatnya, tidak ada manusia sempurna sekalipun menjadi pemimpin utama sesebuah organisasi.

Tetapi setiap kelemahan seakan tertutup tatkala jaringan di bawahnya memainkan peranan saling melengkapi. Sesungguhnya anak muda PAS memahami, tiada kamus ‘taasub’ kepada mana-mana individu kepimpinan dalam PAS.

Hanya ada dalam diri kami adalah kepatuhan dan kesetiaan terhadap setiap arahan yang difahami tidak berlaku percanggahan dengan nas panduan wahyu. Pendirian dan sikap Pemuda ini tegas berprinsip kepada sesiapa sahaja termasuklah terhadap Datuk Seri Tuan Guru Presiden PAS sekarang.

Bahkan ia juga menjadi pegangan sebahagian besar ahli PAS yang dibentuk dengan acuan tarbiyah.

Kepatuhan dan kesetiaan kepada PAS kerana jamaah ini dilihat kekal istiqamah dengan keaslian perjuangannya.

Sifat seperti itulah jugalah yang berlaku di zaman Salahuddin mahupun Mat Sabu. Mereka dipatuhi dan anak muda setia bersama mereka ketika memimpin organisasi Dewan Pemuda PAS, walaupun mereka tidak menyandang gelaran sebagai ‘ulamak’. Tetapi semua itu telah menjadi memori lampau, ketika masing-masing dilihat istiqamah dengan PAS dan garis panduan dasarnya.

Kini mereka berdua sendiri memilih jalan yang menghancurkan kedudukan dan imej ikonik kebanggaan anak muda pada satu ketika dahulu. Ditambah gugusan kecil yang turut mengundur diri meletakkan jawatan dan menghembus hasutan-hasutan keciciran dari landasan perjuangan ini.

Namun, anak muda PAS membuktikan konsistensinya, walaupun berada di dasar paling bawah hirarki parti, tetap tersemat kesediaan menadah tanggungjawab yang telah dikosongkan. Perjuangan akan terus dilangsungkan “Beristiqamah Hingga Kemenangan”. Syabas anak muda PAS.

Pun begitu, belum terlambat untuk kami mengharapkan tokoh-tokoh yang pernah memimpin PAS ini kembali ke landasan asal perjuangan. Allah itu Maha Pengampun lagi menerima taubat hamba-hamba-Nya yang sentiasa mahu membersihkan diri. Itulah sifat yang ditunjukkan pada banyak ayat-ayat al-Quran menyentuh susuk insan pejuang. Tiada sekelumit kehinaan untuk mereka jika kembali ke pangkuan PAS yang pernah menjadi taman suka duka bersama.

Berbangga Dengan PAS

Dahulu, semua berbangga dengan PAS dan segalanya mahu disandarkan kepada PAS, hatta segenap identitinya seakan mahu terdakap sentiasa pada diri. Beberapa tahun dahulu, saya pernah ditegur oleh salah seorang dari kalangan mereka yang kini bersama kumpulan G18 atau kini dikenali dengan nama Gerakan Harapan Baru (GHB). Semasa mempengerusikan majlis, saya tersilap ‘address’ mendahulukan jawatan beliau sebagai Ahli Parlimen merangkap AJK PAS Pusat. Beliau pantas berkomentar di dalam majlis itu menyatakan dirinya lebih berbangga jika pengerusi majlis memperkenalkannya sebagai AJK PAS Pusat terlebih dahulu dari jawatan sebagai Ahli Parlimen.

Hebat! Tidakkah itu menandakan bahawa mereka berbangga dengan PAS?

Itu telah jadi sejarah. Kini, beliau telah bergabung tenaga untuk membina GHB hingga menjadi sebuah parti politik. Tiada lagi kebanggaan bersama PAS setelah kehilangan jawatan lantaran tidak terpilih sebagai AJK PAS Pusat. Malah kerja mereka kini dilihat ingin merempuh dan melanggar PAS. Kini, beliaulah antara yang gigih berusaha untuk mengambil alih parti KITA bagi menyaingi keberadaan PAS sebagai sebuah parti Islam di dalam negara ini.

Anak muda sebenarnya cukup berbangga dengan PAS apabila berjaya lahirkan individu seperti Almarhum Ustaz Abu Bakar Chik. Sekecil manapun jiwa anak muda PAS, di sanubarinya tersemat cita-cita untuk mencontohi tokoh penuh tauladan ini. Almarhum merai kehendak ahli-ahli PAS yang mahu beliau bertanding sebagai Naib Presiden pada muktamar lalu, tetapi beliau kalah. Baris giginya tersusun menghias senyuman ketika pengumuman keputusan dibaca. Tidak mencuka sedikitpun kekecewaan di wajah, jauh sekali istilah merajuk dalam kamus hidupnya.

Saat dipilih kembali sebagai AJK lantikan, beliau menerima dan bertanggungjawab pula melaksanakan amanah. Tiada keluhan, lalu berjuang sehingga nafas terakhir. Ramai yang buat perbandingan, zaman Almarhum tiada kata nista dan fitnah yang berlaku. Berbeza pemilihan tempoh hari yang dipenuhi dengan kata nista dan fitnah peribadi. Ada pula ‘chai’ hingga pimpinan PAS Pusat digelar dan dilabel sebagai ‘pimpinan chai’.

Fitnah Pemilihan

Selama ini, budaya thiqah (kepercayaan yang tinggi) kepada pimpinan tertinggi PAS begitu hebat diamalkan, semangat persaudaraan membasahi keharmonian. Bahkan berbicara mengenai ‘tadhiyah’ (pengorbanan) juga sudah tidak mampu untuk diacu bandingkan. Semuanya kenangan indah PAS suatu ketika dahulu, tetapi kini, semuanya dirobek oleh tangan pimpinan sendiri apabila budaya thiqah dicemari. Tahap kepercayaan yang tinggi dihancurkan sekelip mata, sedang mereka yang setia digelar sebagai ‘walaun’. Pengorbanan dilihat secara berpihak seolah-olah orang lain tidak pernah ada jasa dan bakti buat jamaah tersayang ini.

Budaya fitnah merebak dalam jamaah dan parti hingga sukar dibendung. Kelahiran gajet moden pula umpama pakej lengkap untuk menyempurnakan kerja-kerja fitnah. Dari pengamatan yang dibuat, semua pihak terkena tempiasnya, menjarah hingga ke atas batang tubuh al-Mursyidul Am, Tuan Guru Presiden dan lain-lain pimpinan. Ertinya, fitnah ini melanda semua pihak, siapa yang mulakan api fitnah, merekalah yang perlu menjawab di hadapan Allah SWT. Di sinilah pentingnya melihat tarbiyah Nabi SAW yang memberikan penegasan serius berhubung beriman kepada hari akhirat.

Pemilihan pimpinan tertinggi PAS melibatkan aturcara pengundian dari kawasan seluruh negara sebagai perwakilan. Saya tidak fikir mereka menjadi ‘bengap’ kerana kertas chai. Saya tidak fikir mereka ‘dungu’ mengamati perkembangan politik semasa PAS. Saya tidak percaya mereka lupa kempen terbuka pemimpin DAP untuk menjatuhkan kepimpinan Tuan Guru Presiden. Mereka tidak buta dalam mengamati situasi perkembangan politik semasa dalaman Pakatan Rakyat.

Keupayaan para perwakilan memilih kepimpinan untuk membawa hala tuju PAS sepatutnya diberikan peluang dan kepercayaan, bukan dengan mengancam keluar parti kerana gagal terpilih.

Prestasi satu penggal kepimpinan sedia ada akan dinilai. Pemilihan penggal depan, terserah semula kepada perwakilan untuk merumuskan formula baharu.

Titik Pecah

Ramai meletakkan tanggapan perpecahan ini bermula dengan isu Hudud yang dibawa PAS. Saya tidak melihat demikian. Ia satu kronologi panjang. Tidaklah perlu dihuraikan dalam kesempatan ini.

Paling penting, PAS memiliki satu pendirian yang kukuh dan konsisten dalam perjuangannya. Ya, ia berhak didebat, diforum, diwacana dan ke segala medan bahas. Tetapi pendirian ini hakikatnya selari dari zaman kepimpinan Almarhum Tuan Guru Datuk Haji Fadzil Mohd Noor. Bahkan juga melangsungkan amanat perjuangan Almarhum Tuan Guru Nik Aziz. Kerana ia bersumber dari roh dan semangat yang sama, iaitulah perjuangan Islam berpaksikan al-Quran, as-Sunnah, ijmak ulama dan qiyas. Sama sekali ia jauh menyamai Islam Liberal, Islam Progresif atau sebarang jenama tempelan.

Perlu untuk dianalisa mendalam adalah campur tangan DAP dalam kemelut dalaman PAS yang sangat-sangat menghairankan. Lebih hairan, kumpulan yang menjadi kepimpinan PAS seolah-olah tiada perasaan melihat kecaman DAP terhadap PAS. Fokus dan sasaran yang menjadi mangsa kemarahan tetap menimpa Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Susuk tubuh inilah yang selalu menjadi ‘punching bag’ rakan pimpinan sendiri. Maka tidaklah pelik kalau G18 mengambil sikap untuk membina parti baru menyaingi PAS.

Parti Politik Baharu

Gagasan penubuhan sebuah parti politik baharu di pentas politik Malaysia secara sisi positif akan mewajahkan kesuburan demokrasi berparlimen dalam Malaysia. Tetapi untuk bersatu hati menjadi pesaing dan lawan kepada Barisan Nasional, ia dilihat tidak akan kesampaian. Apapun keadaannya, PAS jugalah dilihat sebagai pesaing utama Umno. Ia diakui semua pihak. Menyaingi PAS bererti memberi talian hayat untuk Umno yang sedang nazak.

PAS dididik untuk bergerak di dalam acuan dakwah dan politik (berpilihanraya) sebagai wasilah dan ruang mencapai matlamat perjuangan Islam. Penglibatan PAS di pentas demokrasi ini mulai menjadi rujukan kepada gerakan Islam di seluruh dunia. PAS bertekad untuk menang dalam penyertaannya, tetapi tidaklah kalah itu akan membebalkannya. Keredhaan Allah itu lebih penting setelah segala kemampuan dikerahkan untuk merebut kemenangan. Hakikatnya, Allah jualan yang menganugerahkan kemenangan itu sama ada memenangi majoriti undi atau tetap menang juga apabila terus istiqamah melangsungkan perjuangan Islam.

Malangnya ada pula yang sinikal menyindir dan mempolemikkan secara hina ungkapan untuk mencari keredhaan Allah. PAS melibatkan diri dalam pilihan raya untuk menang, tetapi PAS juga bersedia untuk kalah. Sebab itu, semua jentera PAS gigih melaksanakan agenda culaan pengundi, pendaftaran pengundi baru, menyokong tuntutan pilihan raya yang lebih telus, pendekatan mesra dengan rakyat dan lain-lain lagi. Semua ini kerja untuk menang. Tetapi seandainya kekalahan juga yang terpaksa dilalui, PAS bersedia menyambut kekalahan tersebut.

Acuan PAS melalui dasarnya yang jelas tidak menimbulkan keraguan lagi kepada semua. Ujian getir yang dilalui PAS merupakan asam garam perjuangan sentiasa memberikan kematangan buat masa depan PAS. Kehilangan tokoh-tokoh kepimpinan tidak melumpuhkan PAS. Akan lahir generasi baru untuk mengisi kekosongan tersebut, Insya Allah.

GHB tidak sewajarnya menggunakan kesempatan sebagai ahli PAS untuk menangguk sokongan dari akar umbi PAS, itu dilihat khianat. Menggunakan premis PAS untuk kembang biak sebuah parti yang baharu dilihat songsang. Andai sudah tahu ingin membina parti baharu yang ingin saingi PAS, mengapa masih mengambil kesempatan atas premis PAS?

Akhirnya Terbukti

Gerakan Harapan Baru muncul setelah digagaskan kumpulan G18. Mengapa gerangannya dinamakan G18 tidaklah pula diketahui. Hairan apabila mereka yang bergelar pemimpin PAS tetapi tidak terzahir naluri menjaga PAS dengan sepenuh hati. Tetapi ‘pemberontakan’ mereka tidak lebih dari melanjutkan kronologi sebelum keberantakan ini berlaku. Bahkan menjadi ‘bahan bukti’ terhadap segala kecurigaan yang pernah bersarang di lubuk hati setiap pencinta PAS.

Sepeninggalan mereka mungkin membekas kepada abna’ al-harakah seperti lapisan saya hari ini.

Gagah berpidato membedah kalimah istiqamah di pentas tidak memberi jaminan kita akan beristiqamah melangsungkan perjuangan yang diyakini kebenarannya ini. Peristiwa ini perlu diinsafi semua yang masih berada dalam PAS.

PAS Harapan Semua

Islam merentasi zaman dan bangsa di mana menggalas perjuangan Islam bererti perlu bersedia dengan pelbagai mehnah dan tribulasi. Keutuhan PAS adalah pada ‘asolah perjuangannya. Islam pasti menjadi harapan semua pihak sama ada muslim atau bukan muslim. Bukti keutuhannya terzahir pada pemerintahan PAS di Kelantan yang bertindak adil merentasi bangsa dan agama.

Menjatuhkan Barisan Nasional tetap menjadi keutamaan PAS melalui medan demokrasi berparlimen.

Pilihan raya menjadi salah satu medan sebenar untuk jatuhkan pemimpin Barisan Nasional. Alternatif kepada mereka mestilah dari sebuah parti yang merentasi sempadan bahasa dan bangsa. Sebagai rahmat untuk sekalian alam, PAS perlu menjadi harapan kepada semua rakyat Malaysia. Ia satu harapan yang sudah lama tetapi terus diperbaharui untuk dikekalkan kerelevanannya. PAS tetap menjadi harapan semua selagi Islam menjadi teras.

Seeru ‘ala barakatillah.

HISHAMUDDIN ABDUL KARIM
Kuala Nerus, Terengganu

Sumber HD - 5-8-2015



































































































Kepimpinan ulama kukuhkan posisi PAS - Dr Nawab

HARAKAHDAILY | .




Wartawan Harakah, IZWAN ABDUL HALIM meneroka pandangan luar terhadap PAS khususnya berkait komposisi PAS dalam politik semasa Malaysia dan antarabangsa serta isu-isu disekitarnya. Ikuti temubual beliau bersama Koordinator Malaysian Studies Program, Rajaratnam School of International Studies, Nanyang Technological University of Singapore, Prof Dr Nawab Osman dalam kunjungannya ke Singapura pada 2 Ogos lalu. Prof Nawab banyak membuat kajian politik termasuk berkaitan Malaysia.

Prof, daripada pengalaman, pengamatan dan kajian yang telah anda buat, bagaimana Prof kedudukan PAS dalam politik Malaysia. Adakah dalam usia 64 tahun sekarang ini, momentum gerakannya semakin kuat atau melemah?

Saya lihat dari tahun 2008, masalah dalaman PAS semakin ketara dan begitu mendominasi landskap politik pembangkang di Malaysia dan politik Malaysia untuk seluruhnya. Beberapa bulan lepas di mana selepas Muktamar PAS, saya lihat PAS ini telah sendiri secara ideologinya telah kembali kepada ideologi kepimpinan ulama umpama yang selalu  diuar-uarkan dari tahun 1981. Dari satu segi, ada besar kemungkinan bahawa PAS akan kalah di beberapa kawasan yang pada pilihan raya lepas PAS telah memenangi kerana sokongan oleh orang-orang bukan Islam. Tetapi di kawasan-kawasan yang lebih didominasi orang Melayu atau orang Melayu lebih banyak majoritinya, ada besar kemungkinan momentum di kawasan-kawasan ini lebih kuat umpamanya di Kedah, Terengganu, Kelantan dan sebagainya, juga di kawasan-kawasan luar bandar, di Selangor, mungkin Johor dan beberapa kawasan lain.

PAS ini parti yang berteraskan Islam. Bagaimana Prof melihat cabaran yang ada ke atas PAS pada hari ini dan jugak jangkaan Prof, pada masa depan PAS ini akan kekal relevan atau dia perlu mengolah pendekatannya?

Saya rasa untuk jangka masa panjang, PAS sebagai satu parti yang berteraskan Islam, besar kemungkinan kebanyakan sokongan yang diberikan kepada PAS adalah sokongan daripada orang Islam atau orang Melayu. Saya rasa di landskap seperti ini, ada kemungkinan besar PAS akan mendapat lebih banyak sokongan daripada orang Melayu. Yang kedua, saya rasa setiap parti itu perlu mengolah pendekatan kerana demografi pengundi itu berlainan terutamanya strategi untuk mendapat sokongan misalnya daripada belia-belia, orang-orang muda mungkin bersifat lain daripada pendekatan kepada golongan lebih tua dan seumpamanya. Kita lihat Allahyarham Tok Guru Nik Aziz pada tahun 1990-an atau tahun 2000 ini dia cuba untuk mendekati golongan muda melalui sukan melalui muzik dan budaya. Mungkin ini salah satu cara. Kita tidak tahu apa yang akan terjadi 10 atau 20 tahun depan. Jadi strategi politik sebuah parti harus terus bertukar dan melihat bagaimana cara terbaik. Kita lihat dakwah Rasulullah sendiri, memang strategi yang digunakan Rasulullah berubah, tidak sama dengan setiap golongan setiap kumpulan. Kita lihat hadis-hadis umpamanya, ada hadis fokusnya satu perkara dan ada fokus pada yang lain. Jadi demografi itu agak penting bagi sebuah parti politik, tak kira sama ada politik Islam atau tidak. Saya rasa bagi parti politik Islam ia lebih penting.

Mungkin Prof sedia maklum, muktamar baru ini menunjukkan ulama berjaya mengukuhkan kedudukan dalam saf kepimpinan parti. Apa impaknya?

Saya rasa, memang golongan ulama ini satu landasan yang begitu penting sekali untuk PAS. Di mana kita telah lihat, selama lebih dari 30 tahun kepimpinan ulama ini telah dapat mengukuhkan posisi PAS. Sama juga impak kepada PAS dengan adanya golongan yang telah meninggalkan PAS ini, saya rasa ada impaknya terutama kepada orang-orang bukan Islam. Saya rasa kerana masalah yang dipotrait oleh media semasa dan sebagainya, ada seperti (mewujudkan) satu kebimbangan kepada Islam dan politik Islam. Saya rasa ada impak kepada pengundi yang bukan Islam, kepada PAS mungkin ada impak yang negatifnya. Tapi untuk jika kita lihat secara positifnya, PAS sekarang mungkin sebagai satu parti politik, strategi politik boleh ditumpukan lebih masa atau perhatian kepada usaha untuk mendapatkan pengundi Melayu dan pengundi Islam di Malaysia. Strategi ini juga saya rasa sama ada PAS di dalam Pakatan Rakyat atau tidak boleh terus unsur yang PAS akan berjaya sebagai sebuah parti politik. Saya rasa sama ada sebahagian daripada Pakatan Rakyat atau tidak, impaknya ada dua, ada positif dan ada negatif.

Selain itu, beliau turut diminta pandangan mengenai pengundi bukan Islam terhadap PAS, kemunculan Gerakan Harapan Baru, sejauh mana ia mampu menyaingi PAS, cadangan pimpinan PAS melontarkan Kerajaan Perpaduan, isu Enakmen Kanun Jenayah Syariah dan pengaruh PAS di peringkat antarabangsa. - HARAKAHDAILY 5/8/2015

WAWANCARA PENUH DALAM AKHBAR HARAKAH BIL 2069 EDISI JUMAAT INI.

Sumber HD - 5-8-2015


Pas sedia dedah dana
Posted on Wednesday, August 05 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



KOTA BHARU – Pas bersedia mendedahkan senarai sumber dana atau pembiayaan politik yang diterima sekiranya ada undang-undang mengehendaki pihaknya berbuat demikian.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, Pas akan patuh jika perlu berbuat demikian tetapi buat masa sekarang perkara itu tidak dikuatkuasakan.


“Kita nak isytihar buat apa sebab dana yang diperoleh hanya dari kutipan derma, Umno yang kena buat begitu sebab banyak dapat sumbangan, sekarang rakyat mahu tahu RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, itu sahaja.

“Rakyat tidak peduli pada pembangkang sebab mereka tahu kita tiada duit, apa-apa pun berkenaan dana ini kena rujuk pimpinan atas. Kita banyak menerima derma dari ahli nak isytihar pun rasa malu sebab jumlahnya kecil sahaja,” katanya ketika ditemui pada majlis istiadat
Konvokesyen Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) kali ke-17 di Kompleks Balai Islam Lundang, semalam.


Mohd Amar berkata demikian ketika mengulas mengenai cadangan Najib agar diwujudkan semula peraturan yang mengehendaki parti politik mendedahkan senarai sumber dana politik yang diterima mereka. - SInar

Sumber TKO - 5-8-2015

PAS mesyuarat Sabtu ini, tentukan tindakan ahli sertai GHB
Posted on Tuesday, August 04 @ 21:59:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



PAS Pusat akan bermesyuarat pada Sabtu ini bagi membincangkan tindakan disiplin yang akan dikenakan terhadap anggota parti itu yang bergiat dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Gerakan Harapan Baru (GHB).

Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah (gambar, kanan) berkata kepimpinan tertinggi parti menerima laporan daripada setiap badan perhubungan negeri berhubung penglibatan anggotanya dalam gerakan itu.

"Kita kumpulkan maklumat daripada negeri-negeri dan boleh kata semua negeri menghantar laporan secara agak 'terperinci' tentang perkembangan GHB di negeri masing-masing. Akan ada keputusan (terhadap anggota parti terlibat GHB) selepas mesyuarat PAS Pusat 8 harib\bulan ini," katanya ketika ditemui permberita selepas menghadiri Majlis Konvokesyen Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) di Balai Islam Lundang di Kota Baru, hari ini.

Ditanya mengenai sejauh mana aktiviti GHB yang cuba melebarkan pengaruhnya di negeri ini, Amar yang juga timbalan menteri besar Kelantan itu berkata ia masih tidak serius.

"Saya tengok pada mata kasar saya tak ada kesan yang besar walaupun kita tak nafikan ada orang-orang yang aktif untuk mengembangkan GHB dan ada orang PAS yang berminat (untuk menyertai GHB). Tapi setakat ini pada pengamatan kita, tak serius. (Tapi) sebelum mereka menjadi parti yang rasmi tidak banyak komen kita boleh buat," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai pengisytiharan sumber dana parti sebagaimana yang dikemukakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini, Amar secara peribadi berpendapat undang-undang itu wajar diikuti oleh mana-mana parti politik di negara ini.

"Bukan setuju, tapi kalau ada undang-undang kita akan patuh, sebab kita terikat dengan undang-undang. Jangan salah faham. Jangan tulis saya setuju pula, itu cerita lain. Benda ini kena rujuk kepada pimpinan ataslah. Tapi pada kitalah, kita lebih kepada sumbangan kutip derma daripada anggota parti," katanya.

Najib pada Sabtu lepas mencadangkan pengwujudan semula peraturan itu yang bertujuan memastikan parti politik lebih telus bukan hanya kepada anggota parti malah kepada penyokong parti masing-masing.

Cadangan itu pernah dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) namun ditolak DAP. - Bernama

Sumber TKO - 4-8-2015

Kempen Keahlian PAS

Posted on Sunday, August 02 @ 04:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Oleh Alif Ludin

Hari ni dapat collect 20 keahlian Pas baru, 3 hari lps 42 borang keahlian Pas yg baru mendaftar dan telah dihantar di Pejabat Perhubungan Pas Negeri Trg.  3 bulan lps shj lebih 400 borang telah diisi ahli Pas baru dan telah di hntr pej Perhubungan sblm di submit ke Pejabat Agung..

Rata-rata yang mendaftar adalah di kalangan anak Muda yang yakin dengan landasan perjuangan Pas.

Ke mana shj saya pergi, saya akan sentiasa membawa borang kosong di dlm beg utk diisi,di samping memberi penerangan santai kpd rakan2. Kepada yang belum menjadi ahli Pas boleh minta borang dengan saya.

Menjelang akhir tahun sasaran 1k ahli Pas baru akan diperolehi.

"Istiqamah Hingga Kemenangan"

Sumber TKO - 2-8-2015

Guan Eng dan DAP terlalu banyak cakap

Posted on Thursday, July 30 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah (gambar, kanan) menyifatkan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebagai seorang yang terlalu banyak bercakap.

Timbalan menteri besar Kelantan itu berkata, Lim dan DAP perlu belajar menyimpan kenyataan supaya tidak menyusahkan diri, lapor Utusan Malaysia.

"Dalam banyak segi, DAP terlalu banyak bercakap. Lim Guan Eng pula patut belajar reserve (simpan) kenyataan, jangan terlalu banyak bercakap sehingga menyusahkan diri sendiri," katanya seperti dilaporkan akhbar milik Umno itu.

Amar berkata demikian sebagai reaksi kepada kenyataan Lim yang meramalkan PAS akan kalah teruk dalam pilihan raya umum akan datang kerana menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN).
Menjelaskan perkara itu, Amar berkata PAS mengambil pendekatan berbaik dengan semua pihak dan bukan Umno semata-mata.

Beliau turut mengingatkan DAP akan jasa PAS dalam memenangkan gabungan pembangkang dalam pilihan raya umum sehingga membolehkan mereka menjadi kerajaan di Pulau Pinang.
Sumber TKO - 30-7-2015










































































































Betul ke Tindakan Wan Rahim Bos GHB Kelantan?
Posted on Wednesday, July 29 @ 21:51:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Kononnya pecat SUA PAS Pusat yang jadi AJK PAS Kawasan Kota Bahru atas alasan tak hadir mesyuarat. Betulkan tindakan Bos Gerakan Harapan Baru Kelantan? Atau memang ada sikap lain bila ada kuasa?



Lihat pada carta kehadiran tidak seperti yang disebut. Minta penjelasan penyokong GHB.

Datok Wan Rahim memecat S.U Pas Datok Takiyudin dan Pengarah Pilihanraya Kota Baru dengan beralasankan gagal hadirkan diri dlm mesyuarat.

Apa yg aku perhatikan selaku rakyat kelantan,dwr Pasma akan mgunakan kuasa vetonya untuk singkir seramai boleh pmimpin Pas.

Tindakan beliau amatlah bsifat dendam kesumat. -Ismail Muhamad
Sumber TKO - 29-7-2015

Penyingkiran Muhyiddin sahkan Umno bergolak

| .



KOTA BHARU: Penyingkiran Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengesahkan Umno di bawah Datuk Seri Najib Razak sedang bergolak.

Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Abdullah berkata sebelum ini hanya terdengar khabar angin sahaja masalah yang berlaku dalam Umno.

Katanya, PAS tidak berhasrat campur tangan masalah kerajaan yang didokongi Umno.

“Bagaimanapun Tan Sri Muhyiddin perlu diberi keadilan terhadap isu yang dihadapinya. Perlu dibela bukannya dipecat begitu sahaja.

“Kita pun tidak pasti apa sebab beliau dilucutkan dari kabinet, tetapi jika dipecat kerana beliau bersuara mengenai 1MDB amat tidak wajar,” katanya ditemui media selepas mesyuarat Exco di sini hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata PAS menganggap pemecatan itu sebagai tindakan Perdana Menteri memadamkan isu terbabit.

“Isu-isu panas seperti 1MDB, pemecatan Peguam Negara dan lain-lain antara penyebab kabinet baru dibentuk semalam,” ujarnya.

Kata beliau sepatutnya kerajaan lebih bertanggungjawab kerana isu negara menyentuh kredibiliti pemimpinnya.

Menurutnya juga rombakan kabinet turut menjejaskan Jawatankuasa Kira-Kira Negara (PAC) kerana sebahagian ahlinya dilantik sebagai anggota baru kabinet.

Menurutnya, ekoran rombakan kabinet tersebut tugas PAC sendiri terjejas kerana terpaksa menunggu pelantikkan baru pada persidangan parlimen.

“Lebih terjejas lagi pemecatan Peguam Negara akan menjejaskan banyak pihak yang terbabit dalam siasatan isu 1MDB.

“Bank Negara, SPRM dan sebagainya semua akan terjejas,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 29/7/2015

Sumber HD - 29-7-2015

Di atas kebijaksanaan Presiden PAS Pertahankan NAJIB, UMNO Hancur
Posted on Wednesday, July 29 @ 01:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Geng Ustaz terkejut mendengar rombakan kabinet terbaru yang berlaku, di mana ia kelihatan untuk memperkukuhkan kedudukan politik Najib Razak setelah mulai hilang sokongan daripada kabinet sendiri.

Ternyata Umno kini tidak dapat bertahan lagi, dan terpaksa menghadapi kehancuran terutama apabila Muhyidin Yasin dijangka membuat gerakan bersama Dr Mahathir untuk menjatuhkan Najib. GU tidak menolak kemungkinan gerakan 'reformasi' yang pernah dibuat oleh Tengku Razaliegh pada 1988 dan Anwar Ibrahim pada 1998 akan berulang. Muhyidin mungkin boleh membentuk GHB versi Umno selepas ini.



Ternyata kesan buruk yg dialami oleh Umno ini adalah akibat tindakan Pas mempertahankan supaya Najib terus menjadi PM, ketika sebahagian pemimpin PR mendesak Najib digantikan oleh Muhyidin. Pandangan Presiden Pas yg ditentang oleh golongan GHB ternyata lebih tepat dalam mempercepatkan keruntuhan Umno.



GU menjangkakan politik Melayu akan berubah dgn petkembangan ini. Orang2 melayu yang kecewa dengan umno sekarang akan beralih kepada Pas setelah Dap tidak lagi menjadi sekutunya. Sebelum ini, orang Melayu bimbang peranan Dap dalam meruntuhkan pengaruh politik Melayu.


Serpihan Umno jika diwujudkan oleh Muhyidin sudah pasti akan memilih Pas sebagai regunya untul memperkukuhkan politil Melayu Islam dan menghadapi Umno dan PR 2.0 yg diketuai Dap nanti.



Dalam keadaan politik seperti ini, Pas dilihat paling berpotensi dalam menggambil alih kepemimpinsn negara dan mengukuhkan kedudukan politik Melayu Islam. GU mengucapkan tahniah di atas kebijaksaan strategi politik Presiden Pas.



Norazli Musa

Presiden Geng Ustaz

AJK Pas Pusat

Sumber TKO - 29-7-2015

PAS mampu tarik sokongan bukan Islam tanpa DAP













































































































SALMAH MAT HUSAIN | .


KOTA BHARU: PAS berkeyakinan tanpa kerjasama DAP dalam Pakatan Rakyat parti itu mampu menarik sokongan rakyat termasuk masyarakat bukan Islam.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, sebelum wujud gabungan itu PAS sudah lama bertapak dalam politik negara.

Katanya, PAS boleh bekerjasama dengan sesiapa sahaja selagi tidak mengadaikan prinsip asal perjuangan PAS sejak diwujudkan.

“Kerajaan Kelantan masih dalam proses melaksanakan perundangan Kanun Jenayah Syariah bagi membolehkan rang undang-undang mengenainya dibawa ke persidangan parlimen September nanti.
“Kita akan tengok perkembangan macam mana. Selepas itu barulah kita akan tentukan apa yang perlu kita dibuat.

“Ini kerana ia agenda utama kerajaan PAS Kelantan sejak dulu lagi mendaulatkan perundangan Islam,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Hari Raya Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan di Perdana Resort hari ini.

Hadir sama Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, anggota-anggota Exco, wakil-wakil rakyat dan Ketua Pegawai Eksekutif PKINK, Dr Wan Zawawi Wan Ismail. - HARAKAHDAILY 28/7/2015

Sumber HD - 28-7-2015


PAS Minta Kerajaan Kurangkan Pekerja Asing
Posted on Tuesday, July 28 @ 06:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUALA LUMPUR – PAS mahu Kerajaan Persekutuan membuat satu perancangan jangka masa panjang bagi mengurangkan kebergantungan industri dalam negara terhadap pekerja asing.

Naib Presidennya, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, kerajaan perlu mempunyai kawalan yang ketat terhadap kemasukan pekerja asing.

“Satu perancangan jangka panjang agar pergantungan negara terhadap pekerja asing dapat dikurangkan perlu dilaksanakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iskandar yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor mendakwa kemasukan pekerja asing termasuk warga Bangladesh ke negara ini berada pada tahap membimbangkan rakyat.

Beliau turut mendakwa keadaan di Malaysia sekarang seolah-olah tidak terkawal kerana terdapat sektor pekerjaan yang dikuasai pekerja asing.

“Telah terbukti juga bahawa tanpa mereka terdapat sektor-sektor seperti pembinaan dan perladangan akan lumpuh,” dakwanya,

Beliau turut meminta kerajaan mengumumkan statistik kemasukan pekerja asing kepada umum.
Mynewshub.cc hari ini melaporkan setakat tahun ini saja, jumlah mereka yang bekerja secara sah atau haram di pelbagai sektor di negara ini dikatakan mencecah 6.7 juta orang
Kebanyakan majikan memilih pekerja asing berbanding pekerja tempatan kerana kadar bayaran gaji yang diberikan lebih murah dan faktor ‘rajin bekerja’ mereka.

Sikap dan ‘mindset’ rajin bekerja itu menyebabkan ada seorang pekerja asing dikatakan telah menerima gaji bulanannya setinggi RM5,000. – MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 28-7-2015



Optimisme perjuangan PAS tidak luruh dek sergahan GHB

Posted on Monday, July 27 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh Zainal Salleh



Jika hendak dibanding sikap dan pendirian yang pemimpin-pemimpin G-18 yang hendak menubuhkan sebuah parti Islam baharu dengan niat mengkuburkan PAS dengan para sahabat Rasulullah s.a.w. adalah ibarat bumi dengan langit.



Kumpulan G-18 ini telah tidak lagi diberi kepercayaan oleh ahli parti untuk memimpin PAS dalam konteks politik hari ini. Sebab itu mereka tidak diundi untuk terus mengisi saf kepimpinan PAS. 



Reaksi G-18 ialah jahanamkan PAS. Mereka mahu tinggalkan PAS dan menubuhkan parti Islam baharu. Namun sebelum mereka sepuas-puasnya melemparkan tuduhan bahawa PAS sudah tidak relevan dan autokratik. 



Sebaliknya, para sahabat Rasulullah s.a.w. ada yang dilucutkan kedudukan kepimpinan mereka oleh baginda Rasul dan Saidina Umar Ibnu Khattab sendiri tetapi tidak pernah berfikiran negatif untuk meranapkan Islam. 



“Bandingkan diri kita dengan Saad bin Ubadah r.a.  yang dilucut jawatan oleh Rasulullah s.a.w. dalam peristiwa Fathu Makkah, Khalid bin Al-Walid r.a. yang dipecat oleh Khalifah Umar r.a. tetap bersama saf perjuangan sehingga wafat.



“Begitulah Ka’ab bin Malik r.a. kerana tidak menyertai perjalanan ke (Perang) Tabuk sehingga diambil tindakan disiplin dipulau beberapa bulan.



“(Beliau) tidak keluar daripada jamaah dan tidak menerima tawaran Raja Ghassan supaya meninggalkan jamaahnya,” Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang.



Dalam kenyataan yang ditujukan khas kepada sesiapa yang berkenaan PAS sahaja, presiden PAS itu menghuraikan dengan jelas apakah erti perjuangan bagi PAS.



Umum tahu huraian ini khusus untuk G18 yang kini cuba melukis gambaran jelek terhadap PAS. Hadi menghuraikan ciri dan sikap perjuangan PAS apabila berkata:



“Kumpulan yang ditetap oleh Allah dengan segala sifat dan cirinya di-dalam Al-Quran dan ditafsirkan oleh Rasulullah s.a.w. sehingga tidak boleh dilakon atau dikelirukan.



“Kumpulan yang ikhlas bersamanya daripada semua peringkat dan lapangan, mereka bukan sahaja berhubung dengan manusia, bahkan berhubung dengan Allah siang dan malam.



“(Ini), termasuk mereka yang dianggap bodoh, tetapi bodohnya tidak lupakan Allah siang dan malam. Bukan sahaja yang kaya menyumbang harta dan (malah) yang alim dan bijak menyumbang ilmu dan kemahiran.



“Termasuk juga yang miskin dan bangsat (dipandang hina kebanyakan umum) menyumbangkan doa dan tenaga dengan ikhlas tanpa terlibat dengan pertandingan pemimpin dan meminta menjadi calon dan jawatan.



“Kesemua mereka tetap pendirian walaupun tidak dipilih dalam mesyuarat agung atau muktamar. Mereka tidak dicalonkan dalam pilihan raya dan tidak mendapat projek dan balak tetapi tidak merajuk dan terus beristiqamah”.



Sebaliknya, kata Hadi, mereka yang merasakan dirinya sangat bijak tanpa hubungan erat dengan Allah pasti tidak selamat dengan rasa bijaknya sahaja.



Mereka kini terbukti tidak mampu mengubah dasar, mengalih matlamat kerana ingin mencapai cita-citanya segera dengan menggunakan PAS.



“Sesiapa yang terkeliru tidak mengikuti PAS daripada awal dan pula hanya memintas di tengah jalan, hanya meramal untuk menang dunia sahaja.



“Sesiapa yang tidak istiqamah di atas aqidah, dasar dan matlamat pasti berundur, melompat, terlompat atau dilempar keluar daripada jamaah,” katanya.



Kini ahli akar umbi PAS sudahpun membuat penilaian mereka terhadap pemimpin yang disifatkan Hadi tidak ikhlas ini apabila ‘mengusir’ mereka dari barisan kepimpinan PAS.



Natijahnya, PAS kini masih dililiti keyakinan diri yang tinggi. Optimisme ini dipancarkan dalam sikap mereka  menangani segala  sindiran, ejekan dan sikap memerli G-18 terhadap PAS.



Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi misalnya, menegaskan bahawa PAS  berpegang pada prinsip bahawa Islam sentiasa sesuai dihayati pada semua zaman dan tempat.



“Bermakna pada sebarang zaman dan tempat, PAS wajib menyampaikan Islam kepada masyarakat dan dilaksanakan secara berperingkat dengan membina kefahaman menerusi dakwah, siasah dan tarbiah,” katanya.



Menurutnya, biarpun disebabkan pegangan itu, PAS dicemuh dan dihina termasuk dikenakan tekanan, PAS sama sekali tidak akan beralih arah dan menyimpang dari dasarnya.



“PAS menolak politik maipulasi, fitnah, penyelewengan atau memperalat mekanisme ke arah ‘matlamat menghalalkan cara’ dalam meraih kemenangan dan mendapatkan kuasa.



“Sebarang pendekatan populis, pragmatik, sekular dan seumpamanya yang tidak berpaksi pada Islam, sekadar untuk meraih undi juga bukan budaya parti,” katanya.



Ahmad Fakhruddin berkata, saban tahun PAS menyegarkan momentumnya menerusi Muktamar yang menjadi pemutus pergerakannya agar  terus relevan, lestari dan membawa perubahan.



 “Pembaharuan harus menyatukan, bukan mufaraqah dan perpecahan hingga meragukan masyarakat.



“PAS digerakkan secara kolektif oleh ahlinya melebihi satu juta, pandangan dan pilihan mereka diterima namun setiap individu tertakluk kepada Perlembagaan PAS.



“Menolak atau mengingkari kehendak majoriti hanyalah menunjukkan sikap kekecewaan dan tidak membawa kemajuan,” katanya.



Rumusan yang boleh dibuat berhubung situasi PAS kini ialah ia tidak goyah disergah oleh G-18, GHB mahupun Pasma, PKR dan lebih-lebih lagi DAP kerana ia mempunyai formula perjuangan yang ampuh:



"Jangan kamu berasa hina atau lemah ketika menghadapi penentang kamu, sekiranya kamu menderita kesakitan, mereka juga berada dalam kesakitan yang sama, namun keadaan kamu berbeza kerana kamu berharap daripada Allah apa yang mereka tidak harapkan." (Surah An-Nisa' ayat 104)  - AntaraPOS



Sumber TKO - 27-7-2015

Takiyuddin terkejut, hairan dipecat AJK PAS Kota Baru, lapor akhbar
Posted on Monday, July 27 @ 10:32:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan merasakan pemecatannya sebagai ahli jawatankuasa (AJK) Kota Baru tidak logik dan sukar untuk diterima.

Ahli Parlimen Kota Baru itu berkata, beliau sudah dimaklumkan mengenai pemecatan itu namun tiada sebarang surat rasmi daripada kawasan itu yang diketuai Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.


"Benda (pemecatan) itu sahih tetapi saya masih belum dapat apa-apa surat lagi, saya cuma dimaklumkan saja. Saya sendiri tidak faham mengapa saya dipecat.

"Walaupun saya dulu adalah timbalan yang dipertua PAS kawasan, saya tidak kisah dilantik sebagai AJK saja, bagi saya berkhidmat tidak memerlukan jawatan. Bagaimanapun, apa yang berlaku ini, bagai tidak logik dan sukar diterima," katanya kepada akhbar milik Umno itu.

Apabila ditanya sama ada pemecatannya itu merupakan tanda Gerakan Harapan Baru (GHB) semakin agresif di Kelantan, Takiyuddin berkata, persoalan itu perlu ditujukan kepada Wan Abdul Rahim yang juga merupakan pengerusi GHB Kelantan, kerana masih belum ada penjelasan terhadap pemecatan dirinya.

Semalam, dilaporkan PAS Kawasan Kota Baru membuat keputusan memecat Takiyuddin dalam satu mesyuarat yang tidak dihadirinya pada 15 Julai lalu.

Mesyuarat itu turut memutuskan untuk memecat pengarah pilihan raya PAS kawasan tersebut, Hamid Seman.

Takiyuddin berkata dalam perlembagaan parti, PAS kawasan itu mempunyai kuasa membuat keputusan tersebut namun memerlukan persetujuan undian daripada separuh AJK kawasan.

"Sebelum ini, saya timbalan yang dipertua PAS Kota Baru. Bagi mengelak pertandingan, saya menarik diri. Bila selesai pertandingan, saya dilantik sebagai AJK PAS kawasan selaku pengerusi Jawatankuasa Kebajikan PAS kawasan," katanya.


Katanya, meskipun dengan hanya menjadi AJK PAS kawasan, beliau terlibat aktif dalam menyertai pelbagai program dan menghadiri beberapa mesyuarat. 

Sumber TKO - 27-7-2015


Terbongkar Sikap Sebenar GHB Bila Ada Kuasa - GHB Perjuangan Nak Kuasa dan Gila Kuasa
Posted on Sunday, July 26 @ 14:21:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan dikatakan dipecat daripada jawatan Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas kawasan Kota Bharu yang diketuai Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah yang juga Pengerusi Gerakan Harapan Baharu (GHB) Kelantan.

Menurut sumber, difahamkan keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Pas kawasan tersebut pada 15 Julai lalu, dua hari sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri.
Katanya, dalam mesyuarat tersebut, Wan Abdul Rahim (gambar kiri) dikatakan turut memecat Pengarah Pilihan Raya Pas kawasan tersebut, Hamid Seman.

“Dalam mesyuarat itu juga, Wan Abdul Rahim dikatakan turut mengumumkan menyerahkan tugasnya sebagai Yang Dipertua Pas kawasan Kota Bharu kepada timbalannya, Dr. Rosli Allani Abdul Kadir (gambar bawah).

“Penyerahan jawatan ini juga agak pelik dan tidak selari dengan perlembagaan parti kerana Wan Abdul Rahim tidak meletakkan jawatan atau dipecat atau dihalang untuk melaksanakan tugasnya sepertimana apa yang termaktub dalam perlembagaan yang membolehkan beliau menyerahkan tugas kepada pemangku,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Pas kawasan ini menjadi perhatian umum apabila mencalonkan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man se­bagai Presiden parti itu untuk menentang Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam pemilihan baru-baru ini.

Pada masa yang sama, Wan Abdul Rahim yang juga bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan dilihat menjadi tenaga penggerak utama GHB di negeri ini, malah sebelum gerakan itu dilancarkan beliau dilihat amat mesra dengan pemimpin DAP biarpun Pas tidak lagi bekerjasama dengan parti yang berteraskan kaum Cina itu.

Sumber itu berkata, Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu tidak hadir dalam mesyuarat tersebut manakala Hamid diarahkan keluar sebelum keputusan itu dibuat.

“Takiyuddin dilantik oleh Wan Abdul Rahim sebagai AJK Pas kawasan selepas beliau tidak mempertahankan jawatannya sebagai Timbalan Yang Dipertua Pas kawasan Kota Bharu dalam pemilihan baru-baru ini.

“Hamid merupakan seorang aktivis yang telah lama menyumbang tenaga kepada parti. Keputusan ini agak pelik kerana pas­tinya pengalaman Takiyuddin dan kedudukannya di Pas Pusat amat diperlukan untuk menguruskan perjalanan parti di kawasan de­ngan lebih baik,” katanya.

Sumber TKO - 26-7-2915



Pemimpin GHB perlu jelas pendirian status - Mohd Amar
Posted on Sunday, July 26 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Pemimpin PAS yang dikaitkan dengan Gerakan Harapan Baru (GHB) perlu tampil memberi penjelasan mengenai status mereka, kata Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Beliau berkata tindakan itu wajar dilakukan bagi mengelak berlaku fitnah dan kekeliruan masyarakat terhadap mereka pada ketika ini.
  
"Jika berdiam diri akan menimbulkan fitnah dan kekeliruan kepada pengundi," katanya kepada pemberita pada Majlis Hari Raya Aidilfitri PAS Pengkalan Chepa di Kompleks Purnama di Kota Bharu semalam.
  
Sebelum ini, bekas pemimpin kanan PAS Khalid Abdul Samad dilaporkan berkata GHB diuar-uar akan menggantikan PAS dalam pakatan pembangkang dan akan ditubuhkan pada 14 Sept depan.
  
Sementara itu, Mohd Amar berkata mana-mana wakil rakyat PAS yang bertindak menyertai GHB perlu mempunyai sikap bertanggungjawab meskipun mereka tidak perlu meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat.

"Dari segi undang-undang memang dia (wakil rakyat PAS) tidak perlu letak jawatan (sebagai wakil rakyat) tetapi dari segi moralnya dia perlu bertanggungjawab," katanya.
  
Dalam perkembangan lain, Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata lafaz bai'ah yang dilakukan oleh Anggota Parlimen dan ADUN PAS di negeri ini sepatutnya tidak perlu dipertikaikan memandangkan ia dibuat secara sukarela.

"Lafaz bai'ah dibuat semasa zaman tok guru menjadi menteri besar (Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) lagi dan perjuangan Islam ini ialah perjuangan yang besar dan kita sepatutnya sayang kepada perjuangan ini.
  
Di SHAH ALAM, Dewan Ulama PAS Selangor hari ini menegaskan wakil rakyat PAS yang mahu menyertai GHB, wajib mengosongkan kerusi yang dimenangi mereka.
  
Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS negeri Selangor Kamalulhysham Mohd Suhut berkata tindakan itu adalah demi maruah mereka dan perlu bertanding semula atas kekuatan sendiri.

"Semua wakil rakyat yang telah diamanahkan mewakili parti melalui kerusi Dewan Undangan Negeri dan Dewan Rakyat yang menyertai GHB wajib meletakkan jawatan.
  
"Demi menjaga maruah diri dan agar tidak terus hidup memakan harta syubhat, mereka yang terlibat perlu meletakkan jawatan dan bertanding semula dengan kekuatan sendiri," katanya dalam kenyataan yang disiarkan menerusi Facebook Dewan Ulama PAS Selangor.
  
Dalam perkembangan berkaitan, ADUN Tanjung Sepat daripada PAS, Mohd Haslin Hassan menafikan dakwaan yang mengatakan beliau menyertai GHB.
  
"Saya ingin tegaskan, selagi mana PAS kekal dengan prinsip perjuangan yang termaktub dalam perlembagaannya dan dipimpin oleh kepimpinan ulama, insya-Allah saya akan kekal dalam perjuangan tarbiyyah, dakwah dan siasah PAS ini,"  katanya menerusi kenyataan yang disiarkan menerusi Facebook PAS Selangor.
  
-Bernama

Sumber TKO - 26-7-2015

Tidak inklusif: Tuduhan untuk burukkan Pas
Posted on Sunday, July 26 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


SHAH ALAM -  Pas tidak lagi inklusif seperti didakwa pihak tertentu hanyalah tuduhan tidak berasas untuk memburukkan imej parti.

Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, tuduhan itu sekadar alasan yang digunakan oleh pihak terbabit untuk keluar dari Pas dan menubuhkan parti baharu. 


“Polisi Pas terhadap masyarakat bukan Islam tidak berubah sejak kepimpinan baharu mengambil alih selepas muktamar lalu,” ujarnya, semalam. 


Dalam laporan Sinar Harian semalam, Setiausaha Gerakan Harapan Baru, Dr Dzulkefly Ahmad memberitahu, pendekatan inklusif gagal dilakukan oleh Pas dan menjejaskan sokongan bukan Islam kepada parti.


Membidas kenyataan itu, Iskandar berkata, Pas masih lagi bersifat terbuka di dalam usaha untuk memastikan seluruh anggota masyarakat dapat menyumbang kepada setiap gerak kerja Pas.


“Pada bulan Ramadan yang lepas pimpinan Pas turut mengadakan majlis berbuka puasa khusus untuk masyarakat bukan Islam.


“Saya sendiri telah menganjurkan majlis berbuka puasa bersama masyarakat dan persatuan-persatuan bukan Islam.


“Pertemuan itu juga diadakan bersama pimpinan pelajar dengan tujuan memberi ruang kepada mereka untuk berperanan di dalam Pas,” katanya.  - Sinar



Sumber TKO - 26-7-2015

Lagend Pas Dan Silsilah Rantaian Yang Panjang. Siapa Kita Nak Pertikai?
Posted on Friday, July 24 @ 00:28:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

Gambar saya bersama lagend PAS, ketika kempen PRK Sungai Limau

(1) Ustaz Sidek Noor, bekas tahanan ISA dan bekas Ketua Pemuda PAS Perak. Sekarang diamanahkan sebagai Ketua Dewan Ulamak PAS Perak, dan mengusahakan sebuah pondok di Manjung. Masih istiqamah dalam perjuangan PAS hingga ke hari ini dan menjadi pengisi program program PAS.

Suka untuk saya coretkan di sini bahawa beliau adalah salah seorang anak didik pondok Lanai, Baling, Kedah yang diasaskan oleh Tuan Guru Haji Omar Zuhdi pada 1958. Pada 1983, bangunannya dirasmikan oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS sekarang. Tuan Guru Omar Zuhdi merupakan salah seorang anak murid Syeikh Abdul Qadir Mandili, pengarang kitab Penawar Bagi Hati.

(2) Tok Guru Pak Anjang Wan Izzuddin, anak kepada Pakcu Him (ulamak Kedah), mengusahakan pondok ayahnya di Gajah Mati, Pendang. Masih istiqamah dalam perjuangan PAS hingga ke hari ini dan menghadiri program program PAS walaupun bertongkat.

Suka untuk saya coretkan di sini, bahawa Tok Guru Pak Anjang Wan Izzuddin merupakan anak Pakcu Him yang merupakan guru kepada Tok Guru Haji Salleh Musa dan Syeikh Abdul Qadir Mandili (pengarang kitab Penawar Bagi Hati) yang juga merupakan guru kepada Tuan Guru Haji Omar Zuhdi Pondok Lanai yang telah saya nyatakan sebelum ini.

Manakala datuk Tok Guru Pak Anjang ialah Syeikh Abdul Qadir Mekah yang merupakan abang/adik kepada Syeikh Muhammad Zain al Fathani. Anak kepada Syeikh Muhammad ialah Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain yang merupakan pengasas kepada Jamiyyah Fathaniah 1863 yang juga merupakan wadah perjuangan Tok Kenali.

Pada 1905, Tok Kenali ke Mesir tatkala zaman kebangkitan Islam di era Syeikh Jamaluddin al Afghani, Syeikh Rasyid Redha dan Syeikh Muhammad Abduh. Syeikh Rasyid dan Syeikh Muhammad Abduh merupakan guru kepada Imam Hassan al Banna yang mengasaskan Ikhwan Muslimin 1928.

Tok Kenali pulang ke Malaysia dan mengasaskan Majlis Agama Islam Kelantan 1915 sebagai suara menentang penjajah, kemudiannya mengasaskan Jamiyyah Asyriyyah 1920 bersama Tuan Guru Mokhtar Ahmad dan Tuan Guru Tahir Ahmad. Pada 1947, Ustaz Abu Bakar al Baqir dan Dr Burhanuddin al Helmy telah menggagaskan Majlis Tertinggi Agama Malaya (MATA) yang mengangkat Tuan Guru Mokhtar Ahmad sebagai pimpinan tertinggi.

Seterusnya MATA 1947 bersambung dengan Hizbul Muslimin 1948 dan disambung pula dengan PAS pada 1951. Silsilah mereka bersambung sambung umpama mata mata rantai yang berhubung antara satu sama lain. Kita bukanlah pemula kepada perjuangan, dan kita bukanlah penyudahnya. Kita hanyalah penyambung.

Jangan rungkaikan rantaian ini dek kerana idealisme sendiri yang kononnya lebih hebat.

Nukilan:
Ustaz Muhammad Mujahid Ir Hj Mohammad Fadzil
EXCO Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Sumber TKO - 24-7-2015

Lebih Ramai Ahli DHPP Akan Beranding Pada PRU Akan Datang

Mustafa Ali Bala Jefri
KUALA TERENGGANU – Pengarah Pilihanraya PAS Pusat Dato’ Mustafa Ali berkata Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHHP) akan diberikan lebih banyak ketusi untuk bertanding dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Beliau berkata, tidak sukar kepada DHPP untuk menyenaraikan calon-calon yang berkelayakan dan ‘boleh menang’ kerana DHPP mempunyai lebih 18, 000 ahli.

“DHPP akan bertanding lebih banyak kerusi pada pilihan raya akan datang, dia orang Tanya saya, macamana…….(DHPP nak senarai calon), DHPP mana ada orang,

“saya kata DHPP sekarang ada 18,000 ahli……takkan lah dari 18,000 nak cari 20 orang ahli (untuk bertanding) misal kata…..payah sangat?,”jelasnya.

Mustafa Ali 220715b

Beliau berkata demikian pada sidang media di Pejabat Perhubungan PAS Teregganu hari Rabu, 22 Julai.

Katanya, DHPP akan bertanding di mana-mana tempat yang munasabah termasuk melawan calon Barisan Nasional atau DAP dan lain-lain.

Sehubungan itu, Pengerusi DHPP Terengganu Dr. Bala Chandran GK ketika mengulas perkara tersebut berkata, DHPP akan membuat persiapan bagi melengkapkan Dewan tersebut dan melayakkan ahli-ahlinya untuk menjadi calon.

“Pertamanya kita perlu memperkuatkan diri kita (DHPP) dahulu, kita kena pastikan diri kita kuat dan proses dalam dua tahun ini kita nak memperkasakan diri kita dahulu,

“kita perlu melayakkan diri kita untuk menjadi calon (kerana) memang PAS akan beri (kerusi) untuk calon (kepada DHPP sebagaimana masa yang lalu,”katanya.

Walaupun mungkin, kata beliau, DHPP tidak dipandang ‘cukup kuat’ berbanding tokoh-tokoh DAP tetapi, ahli-ahli DHPP akan beristiqamah berada dalam PAS dan melaksanakan arahan dengan sebaiknya.

Beliau menegaskan, niat seseorang ahli dalam PAS termasuk DHPP adalah untuk memperjuangkan Islam, bukan hanya untuk menjatuhkan BN semata-mata.

Bala Chandran GK

“itulah….ia bergantung kepada niat…….niat kita kalao menyertai PAS adalah untuk memperjuangkan Islam, bukan untuk menjatuhkan BN (sahaja),

“mereka yang hanya niat untuk menjatuhkan BN akan menggadaikan segala prinsip dan nilai hidupnya apabila perkara tersebut dilihat gagal,”jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kenyataan dan tindakan bekas Pengerusi DHPP yang yang juga didakwa sebagai pengasas DHPP, Hu Pang Chow.

“dan dalam niat (serta usaha yang diambil dalam) memperjuangkan Islam……BN itu akan tumbang dengan sendirinya,”tambah beliau yakin.

Menurutnya, ada yang ‘tidak kena’ dengan bekas pemimpin DHHP itu, sejak dari dahulu lagi, apabila beliau sering membuat kenyataan yang menolak usaha-usaha PAS untuk memertabatkan perlaksanaan undang-undang syariah.

“memang tak kena dengan dia…..dari dulu pun dia kata, sekiranya kita melaksanakan Hudud (PAS akan hilang) 25,000 orang sokongan,

“itu adalah satu kenyataan politik yang terlalu biasa, sedang PAS ini adalah berbeza kerana PAS adalah parti politik yang berwahyu,”tegasnya lagi.

Sumber BO - 24-7-2015

Sebagai Seorang Abang, Saya Nasihatkan Mereka, Jangan Terperangkap Dengan DAP!

Mustafa Ali 220715b
KUALA TERENGGANU – Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Dato’ Mustafa Ali menghantar mesej kepada pemimpin Gerakan Harapan Baru (GHB) yang dianggapnya sebagai ‘adik-adik’ beliau agar berwaspada dan tidak jatuh ke dalam perangkap DAP.

Dengan tidak menamakan siapakah mereka, beliau berkata sebagai ‘seorang abang’ yang rapat dengan mereka, sudah sampai masanya beliau menasihatkan mereka.

“saya sebagai abang kepada mereka baik dari segi umur dan dari segi penglibatan dalam parti, saya yang paling rapat dengan mereka,

“saya mengingatkan semua atau pun nak merayu supaya mereka ni berfikir panjang kerana ini satu benda yang besar yang melibatkan masa depan mereka sendiri,”ujarnya yang pernah menjadi ahli parlimen dan juga bekas Exco Kerajaan Negeri Terengganu.

Mustafa Ali 220715a

Tidak benar dakwaan mereka, bahawa mereka tidak lagi dikehendaki dalam jamaah dan dalam parti dan secara peribadinya, kata beliau, mereka adalah tenaga-tenaga yang penting dalam parti.

“jadi saya nak nasihatkan kepada adik-adik saya ini, sebagaiamana seorang abang yang sayang kepada adik-adiknya………samada mereka nak terima atau tidak, itu soal lain,

“sebagaimana saya pernah menyebut kepada Datuk Hassan Ali dan Nasaruddin Mat Isa ketika itu, jangan terperangkap dengan Umno,

“saya nak peringatkan kepada adik-adik saya (dalam GHB) jangan terperangkap dengan DAP,”tegasnya.

Mantan Setiausaha Agung PAS itu berkata demikian pada sidang media yang diadakan di Pejabat Perhubungan PAS Terengganu, di sini, pada Rabu, 22 Julai.

Katanya, pada waktu ini, sekiranya ada pemimpin PAS yang mencadangkan agar mereka di pecat dari ahli parti, beliau akan menentangnya.



Beliau menjelaskan, mereka perlu diberi sedikit masa untuk memikir dan ‘merawat luka ego dan maruah’mereka kerana katanya manusia ini ada perasaan.

Sebaliknya, kalau mereka meneruskan niat menubuhkan parti baru dan menentang PAS, beliau sendiri berikrar akan melawan mereka.

“tapi kalau dia nak (teruskan) juga saya tak dapat nak halang, tapi seperti yang kita sama-sama maklum, tubuh parti politik baru dan apabila masuk saja parti baru, (secara) otomatik terpecat daripada PAS……..itu saya tak boleh buat apa,

“sekarang dia masih dalam PAS sebab itu saya (nasihatkan) tapi kalua sudah keluar PAS dan tubuh parti baru (lalu) melawan PAS, saya (akan) lawan mereka!,”tegasnya

Sumber BO - 22-7-2015


GHB: Mereka Ni Belum Betul-betul Buat Salah, Kita Tunggu Dulu
Posted on Wednesday, July 22 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata langkah mengenakan tindakan tatatertib terhadap anggota parti yang mahu menubuhkan parti Gerakan Harapan Baru (GHB) adalah langkah pramatang.

Ini kerana, setakat ini mereka belum melanggar mana-mana peraturan atau Perlembagaan parti selain tidak ada mana-mana anggota PAS lain yang membuat sebarang aduan rasmi terhadap tindakan mereka.
  
"Setakat ini tiada aduan rasmi, Facebook, Whatsapp itu kita tidak boleh ambil kira kecuali ada aduan rasmi dibuat mengikut saluran yang betul barulah kita akan ambil tindakan.
  
"Setakat ini, kesalahan itu dalam proses atau (mereka masih) merancang melakukan kesalahan. Kalau betul-betul buat baru kita ambil tindakan," katanya kepada Bernama.
  
Kemelut dalaman PAS semakin meruncing apabila beberapa pemimpin kanan PAS daripada kumpulan progresif, atau pernah dikenali sebagai G18, yang tewas dalam pemilihan parti awal bulan lepas melancarkan GHB.
  
Ini bertujuan menyatukan semula parti politik pembangkang yang retak susulan keputusan PAS dan DAP untuk menamatkan kerjasama politik mereka.

Antara pemimpin itu ialah Mohamad Sabu yang merupakan bekas Timbalan Presiden Pas; Salahudin Ayub dan Datuk Husam Musa (bekas Naib Presiden); Suhaizan Kaiat (bekas Ketua Pemuda), Khalid Samad (anggota Parlimen Shah Alam), Hanipa Maidin (anggota Parlimen Sepang) dan Datuk Kamaruddin Jaafar (anggota Parlimen Tumpat).
  
Anggota Jawatankuasa GHB semalam mengumumkan parti baharu itu yang diuar-uar akan menggantikan PAS dalam pakatan pembangkang akan ditubuhkan pada 14 September depan, diikuti konvensyen pertamanya pada 16 September.
  
Berdasarkan Perlembagaan PAS, anggota parti dilarang menyertai atau menubuhkan organisasi politik lain.
  
Mana-mana anggota yang melanggar peraturan itu akan secara automatik tidak lagi menjadi anggota PAS, katanya.
  
Ditanya sama ada tindakan kumpulan itu mengumumkan penubuhan GHB sebagai suatu provokasi kepada PAS untuk menamatkan keanggotaan mereka yang terlibat, Takiyuddin berkata PAS tidak akan mengambil tindakan berdasar provokasi semata-mata.

Bagaimanapun katanya, beliau masih menaruh harapan kumpulan berkenaan menimbang kembali hasrat mereka untuk meninggalkan PAS.
  
"PAS mungkin lemah atau melakukan kesilapan tetapi masih ada banyak ruang untuk mereka bersama-sama betulkan keadaan dan berbincang melalui konsep musyawarah," katanya. - Bernama

Sumber TKO - 22-7-2015


Baiah: Tanyalah Mereka Samada Mereka Baiah Semata-mata Nak Jadi Calon PAS atau Tidak

Posted on Tuesday, July 21 @ 21:56:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Mengenai spekulasi bahawa sumpah bai'ah kepada parti menjadi punca wakil rakyat PAS dalam G18 tidak mengumumkan keluar parti, Setiausaha Agong PAS menyifatkan soalan itu wajar diajukan kepada anggota berkenaan.

"Tanya mereka yang terikat bai'ah kenapa mereka angkat sumpah, adakah kerana yakin tidak akan keluar parti atau hanya sebab hendak jadi calon PAS (dalam pilihan raya)," katanya sambil menarik perhatian bahawa sumpah bai'ah dilakukan secara sukarela oleh anggota parti.

Adakah kumpulan yang menubuhkan GHB ini sedar tentang hukum dan kesan berbaiah mengikut Islam ketika mereka berbaiah dulu. Atau mereka ini tidak sedar kesannya sehingga ada yang menokok menambah baiah termasuk menalak isteri sendiri dengan talak 3 seperti yang pernah dilakukan oleh Khalid Samad dalam PRU 2008 sehingga ditegur oleh Cikgu Pa sebagai tindakan sendiri.

Atau mereka yang berbaih itu berbaiah sekadar nak jadi wakil rakyat PAS sahaja.

Mereka sahaja boleh menjawab soalan ini. Sepatutnya sebelum ahli PAS atau mana-mana individu menyertai GHB kena tanya perkara supaya jelas dan tidak berbangkit kemudian.

Sumber TKO - 21-7-2015


PAS Mungkin letak calon bukan Islam bertanding kerusi DAP Jika Wujud Pakatan Baru
Posted on Thursday, July 16 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Calon bukan Islam PAS bakal menentang calon DAP dalam pilihan raya akan datang, kata pemimpin parti Islam itu susulan terdapatnya perpecahan dalam parti tersebut.

Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali berkata, itu persediaan yang akan mereka hadapi dan mereka bersedia untuk kehilangan personaliti serta ahli berpengaruh.


Pecahan pemimpin progresif dalam PAS membentuk Gerakan Harapan Baru (GHB) dengan rancangan menjadi parti politik tahun ini.

Jangkaan melihat mereka akan menyertai DAP dan PKR untuk membentuk pakatan pembangkang baharu yang mana kelihatan tanpa penyertaan PAS, susulan pergeseran antara DAP dan PAS yang menamatkan Pakatan Rakyat.

PAS bersedia untuk bergerak sendiri, kata Mustafa yang juga bekas setiausaha agung parti itu, kepada The Malaysian Insider.

Beliau menegaskan, PAS juga tidak akan bekerjasama dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) walaupun timbul khabar angin sedemikian.

"Sekarang ini rasanya PAS akan bersendiri. Kita akan mengukuhkan sayap penyokong. Jadi Malaysia akan melihat lebih ramai calon bukan Islam diketengahkan PAS dalam pilihan raya.

"Kita tiada halangan, jadi kita bebas tanding semua kerusi, termasuk kerusi DAP," kata Mustafa.

Dewan Himpunan Penyokong PAS, (DHPP) dibentuk keanggotaan daripada bukan Islam dalam Pilihan Raya 2013, dan parti itu meletakkan tiga calon bukan Islam mereka dari sayap berkenaan.
Meskipun dengan calon bukan Islam, adakah PAS boleh dipercayai?

Mustafa mengakui sukar bagi PAS meyakinkan bukan Islam untuk mengundi mereka, namun mengatakan tidak mustahil ianya berlaku, lebih-lebih lagi pilihan raya akan datang masih jauh.

Pilihan raya umum akan datang dijangka sekitar pertengahan 2018.

"Tidak semua bukan Islam bersama DAP atau MCA. Kita tidak tahu senarionya. Pada 2016 kita akan melihat gambaran jelas," katanya.

Kumpulan progresif tidak melihat diri mereka sebagai "parti serpihan".

Namun Mustafa dan timbalan presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, mana-mana anggota PAS yang menyertai parti lain akan terlucut keahlian mereka secara automatik.

GHB dilancarkan pada 13 Julai dan antara anggota mereka adalah pemimpin PAS yang paling berpengaruh dan ahli Parlimen veteran yang dikenali dengan sikap bersederhana oleh pertubuhan sivil.

Mereka termasuklah bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu dan bekas naib presiden Salahuddin Ayub. Selain itu, mereka termasuk ahli Parlimen Khalid Samad, Hanipa Maidin, Datuk Mujahid Yusof Rawa dan Dr Hatta Ramli.

Mereka semua tewas dalam pemilihan parti di mana kumpulan konservatif menguasai pemilihan PAS kali ini.

Meskipun PAS bersedia untuk bergerak sendiri, Mustafa tidak melihat PKR akan mengabaikan mereka, terutamanya kedua-dua parti masih lagi bersama dalam kerajaan Selangor.

"PKR tidak akan gugurkan PAS. Kita ada 'anak' dalam kerajaan Selangor. Dan saya sedar tidak semua pemimpin PKR selesa menolak PAS semata-mata untuk bekerjasama dengan DAP."

Sehingga hari ini, PKR masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi sama ada akan menamatkan hubungan dengan PAS, seperti mana dilakukan DAP.

Mustafa berkata, DAP turut melakukan perkara sama pada 2001, apabila keluar daripada Barisan Alternatif. Tetapi PKR masih lagi mengekalkan hubungan dengan PAS.

Beliau juga menegaskan, dalam wawancara eksklusif selama 2 jam itu, PAS tidak akan bekerjasama dengan Umno seperti dispekulasikan banyak pihak.

Ketika ini, cakap-cakap untuk bekerjasama dengan Umno muncul apabila PKR dan DAP mengumumkan tamatnya PR.

Sumber TKO - 16-7-2015


Tulis Tentang Saya Selepas Saya Mati - Pak Daeng
Posted on Thursday, July 16 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Kelmarin, saya ditakdirkan dapat bertemu dengan seorang tokoh pejuang dalam PAS. Dr Sanusi Daeng Mariok atau lebih mesra dipanggil Pak Daeng adalah merupakan mantan Pesuruh Jaya PAS negeri Johor dan mantan Naib Presiden PAS Pusat.

Pak Daeng yang menetap di Sungai Merab, Bangi hadir ke program PIHAK 2.0 di Air Hitam. Kehadirannya bukanlah sebagai penceramah ataupun pengisi kuliah tetapi sebagai tetamu & orang lama PAS Johor.

Sudah tentu saya gembira dengan kehadiran Pak Daeng. Tangan Pak Daeng disambut dan susuk tubuhnya dipeluk tanda rindu dan kasih sayang kepada seorang murabbi yang kental jiwanya, kuat semangatnya dalam mengharungi pejuangan yang berliku.

Pada pagi Ramadhan ke 26 ini, saya kongsikan satu perkara yang belum pernah dicatatkan di mana-mana laman sebelum ini.

Beberapa tahun yang lalu saya membuat keputusan untuk menyambung pengajian di peringkat Master dan saya bercadang untuk menulis tentang sejarah perjuangan Pak Daeng khususnya dalam menerajui kepimpinan PAS.

Saya fikir wajar untuk dikongsikan tentang sejarah perjuangan beliau, saya ingin mencatitkan mehnah & tribulasi yang beliau hadapi serta latar belakang dirinya. Dalam fikiran saya tentulah Pak Daeng akan menyambutnya dengan hati yang terbuka kerana setakat ini belum pernah saya membaca mana-mana tesis yang menulis tentang dirinya.

Namun andaian saya meleset, saya agak hampa apabila tidak menyangka Pak Daeng menolak hasrat saya itu. Pak Daeng menjelaskan bahawa memang ada pihak yang bertemu dengannya dengan hasrat sama seperti saya tetapi Pak Daeng terpaksa menolak kerana punya alasan yang tersendiri.

"Ya akhie, jika anta ingin menulis tentang ana, tunggulah ana mati dahulu" lebih kurang begitulah kata Pak Daeng.

Pak Daeng jelaskan bahawa apa jua boleh berlaku ketika seseorang itu masih hidup. Mungkin puluhan tahun seseorang itu berjuang dan berjasa kepada jamaah namun belum tentu di akhir hidupnya akan terus kekal bersama PAS. Benar, sejarah telah membuktikan bahawa ianya pernah berlaku dan tidak mustahil ia akan berlaku lagi.

Mudah-mudahan dalam sejarah yang bakal ditulis, nama kita tidak akan dibaca oleh generasi masa hadapan sebagai mereka yang tercicir daripada perjuangan.

Wassalam.

Khairul Faizi Ahmad Kamil
www.khairulfaizi.net
26 Ramadhan 1436
‪#‎TerusBeristiqamah‬
‪#‎IstiqamahHinggaKemenangan‬



Sumber TKO - 16-7-2015

Ulasan Ustaz Mohd Nassuruddin Daud Tentang Parti Baharu GHB
Posted on Wednesday, July 15 @ 23:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=7oE-4ZPt03I


Rakaman kuliah Jumaat oleh YB Ustaz Dato' Hj Nassuruddin Daud, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Kelantan di Medan Ilmu, Kota Bharu, Kelantan pada Jumaat, 23 Ramadhan 1436H/10 Julai 2015M

Kredit:
KTV KelantanTV 


Sumber TKO - 16-7-2015


























































































































PAS dan DAP hanya berurusan sebagai 'kerajaan negeri'
Posted on Wednesday, July 15 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


KUALA LUMPUR: PAS dan DAP hanya berurusan atas kapasiti 'kerajaan negeri' yang dibentuk di Selangor selepas Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) pada 2008.


Menurut Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali PAS tidak akan terlibat dengan DAP jika ia melibatkan urusan politik semata-mata.

"Perkara (kerjasama dengan DAP Selangor) tidak berbangkit. Soal dengan DAP Selangor adalah dengan kerajaan negeri bukan parti, ia sesuatu yang berlainan. Atas dasar kerajaan negeri, kita bekerjasama dengan Azmin sebagai menteri besar, begitu juga DAP bukan kerjasama dengan PAS, kerjasama dengan kerajaan.


"Orang (ahli) PAS boleh bercakap dengan ahli DAP, tidak ada masalah. Cuma di peringkat parti itu sahaja tidak ada. Saya boleh bercakap dengan mana-mana pimpinan DAP tapi parti tidak. Nak mesyuarat dengan DAP tidak akan ada," ujarnya dalam sidang media pada Majlis Iftar Mahabah bersama media di Hotel Plaza semalam.


Mustafa dalam pada itu memberitahu hubungan PAS dengan PKR Selangor berjalan lancar tanpa sebarang masalah.


"Kita (PAS Pusat) sudah ada keputusan untuk bersama dengan kerajaan negeri Selangor yang dipimpin oleh Azmin Ali (menteri Besar) yang mewakili PKR. Kita Masih bersama. 


"Dari sudut itu, PAS Selangor akan tetap bersama kerajaan negeri sebab seorang menteri besar boleh mempertahankan kerajaan apabila mendapat sokongan majoriti dalam dewan tidak kira parti", katanya.


Azmin sebelum ini memilih untuk menjarakkan diri daripada memilih kata dua yang diberikan DAP samada mahu teruskan kerjasama dengan PAS atau partinya.


Ujar Azmin, masa depan dan kepentingan rakyat Selangor tidak boleh dipertaruhkan hanya kerana DAP mahupun PAS berbeza ideologi politik.


Mengulas lanjut, Mustafa menegaskan, perkembangan semasa berhubung status kerjasama antara DAP dan PAS yang sudah terputus itu tidak akan memberi kesan kepada rakyat, memandangkan kerajaan negeri masih berperanan seperti biasa.


15:11 - 12:26

"Malasah hubungan PAS dengan parti lain (DAP), itu tidak ada masalah. Jadi waktu perbentukan kerajaan negeri itu kita bersama untuk kepentingan rakyat. Itu yang Pakatan janjikan, kita jalankan," katanya lagi.


Majlis Syura Ulamak PAS sebelum ini membuat keputusan untuk memutuskan hubungan tahaluf siyasi dengan DAP selepas parti itu terus menerus menyerang peribadi presiden mereka, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


DAP sebelum itu memutuskan hubungan dengan Hadi bersabit isu pelaksanaan hudud di Kelantan.

Sumber Link



Sumber TKO - 15-7-2015

Istiqamah VS ‪#‎harapanbaru



























































































































IZWAN ABDUL HALIM | .


Bicara juzuk ke-28 pada 28 Ramadhan

Keimanan sering berkembar bersamanya keyakinan, keazaman tekad serta keredhaan. Berbeza dari perkataan ‘harapan’ yang masih bersamanya unsur ketidakpastian, kabur, menjangkakan, serta lebih banyak padanya sifat manusiawi. Malah, ‘harapan’ yang membuak dan bermotif madiyah, akan cenderung menjadi kepasrahan, putus asa, kebebalan dan pemberontakan; apabila tidak tercapai.

Istiqamah secara ringkas dari makna yang terdapat di dalam al-Quran adalah keteguhan tauhid, kekal di atas manhaj Islam dan melaksanakan perintah, serta menjauhi larangan Allah. Manakala dalam hadis Rasulullah SAW, ia merujuk kepada beramal secara sederhana dan bersikap tidak melampaui batas, memastikan amalan benar mengikut syariat Allah dan konsisten; iaitu berada di atas landasan yang digariskan. Istiqamah tergambar dengan sifat yakin dan berpandangan jauh, selain di sana adanya jaminan Allah.

Segala yang selama ini kononnya label, buruk sangka, adu domba dan fitnah; tersembunyi dan dilindungi; akhirnya terbongkar umpama bangkai gajah dilancarkan atas nama ‘Gerakan Harapan Baru’ (GHB) atau #harapanbaru pada tanggal 27 Ramadhan 1436 Hijrah.

Namun, dengan rahmat Allah yang mengurniakan taufiq dan hidayah, akan tetap ada golongan beriman; dengan ketinggian keyakinan dan pergantungan kepada Allah, mereka tidak merasa pelik dan terkejut menerima perkhabaran itu. Namun, ada juga golongan lemah iman; mereka menghidapi keraguan dan tatkala datang pengisytiharan mengenai GHB, dirinya menjadi resah dan tidak keruan.

Kembalilah kepada pedoman Allah, andai terenjat dengan berita pelancaran itu pada 27 Ramadhan, masuki 28 Ramadhan dengan lembaran kalam-Nya di juzuk 28 bermula dari surah al-Mujaadalah, diikuti al-Hasyr, al-Mumtahanah, as-Saff, al-Jumu’ah, al-Munafiqun, at-Taghaabun, at-Talaq dan diakhiri at-Tahrim.

Saat ramai memberi ulasan dan analisis yang spekulatif dan sensasi berhubung kemunculan #harapanbaru, jawapan Allah adalah wacana paling bernas dan menyingkap segala tabir serta ruang kerana Dia Maha Mengetahui.

Dirakamkan pada juzuk ini kisah mereka yang berbisik untuk merencana perbuatan dosa dan pencerobohan. Pelancaran GHB membuktikan perbuatan sulit itu berlaku selama ini.

“Sesungguhnya perbuatan berbisik (dengan kejahatan) itu adalah dari (hasutan) syaitan, untuk menjadikan orang-orang beriman berdukacita; sedang bisikan itu tidak akan dapat membahayakan mereka sedikitpun melainkan dengan izin Allah; dan kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman berserah diri.” (al-Mujaadalah: 10)

Allah menceritakan bahawa antara kejahatan golongan ini ialah mereka bersahabat karib dengan kaum yang dimurkai Allah. Tetapi mereka bukanlah dari golongan orang mukmin mahupun dari golongan kaum tersebut dan antara sifat mereka adalah banyak bersumpah dan berdusta. Mereka menjadikan sumpah sebagai perisai dan menjadikannya penghalang orang lain dari jalan Allah.

Juga mereka yakin anak pinak (keanggotaan) dan harta benda sebagai pertolongan untuk mereka, sedangkan Allah menyatakannya sebagai azab.

“Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka, sehingga menyebabkan mereka lupa mengingati (ajaran dan amaran) Allah; mereka itulah puak syaitan. Ketahuilah! Bahawa puak syaitan itu sebenarnya orang-orang yang rugi.” (al-Mujaadalah: 19)

Allah berjanji akan mengalahkan mereka yang menentang ini, selain mengisytiharkan bahawa orang beriman tidak akan berkasih mesra dengan golongan penentang perintah Allah dan Rasul. Hatta penentang itu ialah bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara ataupun keluarga mereka.

“Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka, dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya; dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Merekalah penyokong-penyokong (agama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (agama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya.” (al-Mujaadalah: 21&22)

Allah turut membongkar rancangan mereka hendak memerangi Rasulullah. Malangnya mereka yang dilanda rasa cemas hingga membinasakan tempat mereka sendiri hingga terkeluar dari kampung halaman mereka.

Kepada orang beriman diperingatkan mengenai harta dan keduniaan agar ia diurus bagi tujuan agama serta diagihkan kepada pihak yang telah ditentukan. Juga ketetapan untuk mematuhi pemimpin terhadap segala keputusan dan larangannya. Serta disuruh bertaqwa dengan ancaman azab lebih berat sekiranya mengingkari. Kisah Muhajirin dan Ansar dinaqalkan untuk menjadi contoh ikutan.

“Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau amat melimpah belas kasihan dan Rahmat-Mu." (al-Hasyr: 10)

Sikap sebenar pakatan jahat itu didedahkan Allah, hakikatnya mereka tidak akan membela rakan sekutu mereka apabila rakannya itu ditimpa musibah atau penentangan. Hati mereka memusuhi secara keras sesama mereka dan mereka sebenarnya tidak bersatu padu.

Surah al-Mumtahanah di awal ayatnya melontar ingatan kepada orang mukmin berhubung sempadan tahaluf siyasi. Juga memperihalkan betapa penguasaan mereka ke atas orang mukmin adalah membahayakan serta perbuatan dan ucapan mereka adalah kejahatan kepada orang mukmin. Mereka mahu menjadikan orang mukmin seperti mereka.

Allah menyuruh orang mukmin mencontohi usaha dakwah Nabi Ibrahim AS iaitu terus berusaha berdakwah, tetapi soal hidayah terserah kepada-Nya. Turut ditegaskan adalah perihal penyaksian atau baiah melibatkan kaum Muslimat.

Pada juzuk ini terdapat banyak peringatan Allah agar orang mukmin menjaga dan memerhatikan amalannya masing-masing, selain tidak memanifestokan perkara yang tidak dilaksanakan, serta diseru menyusun kemas tanzim perjuangan.

Dinyatakan hakikat sifat mereka yang ingkar itu adalah lumrah dihadapi Nabi Musa dan Nabi Isa AS dan orang mukmin mesti terus bangkit berjuang hingga diberi kemenangan dengan menjadi penolong-penolong agama Allah.

Allah turut mengangkat darjat kerasulan Nabi Muhammad SAW dengan pengiktirafan tertinggi sebagai kepimpinan yang wajib diikuti. Namun, turut menyatakan sikap golongan yang enggan mengiktiraf kepimpinannya.

Surah al-Munafiqun memperincikan lagi sikap mereka:
• Mengaku beriman di depan, kafir di belakang
• Hati mereka telah dimeterai
• Memiliki penampilan menarik
• Pandai berucap dan berbicara
• Umpama batang kayu bersandar
• Menyangka setiap jeritan membahayakan diri
• Berpaling dari peringatan taubat

Oleh itu, Allah memperingatkan agar berjaga-jaga dengan mereka ini kerana merekalah musuh yang sebenar.

Diakhir juzuk banyak disentuh mengenai ikatan suami isteri. Secara prinsip boleh dijadikan panduan betapa hubungan seerat itupun terhukum dengan panduan syarak, apatah lagi tahaluf siyasi.

Allah turut memimpin orang beriman kepada hakikat, bahawa di kalangan ahli keluarga atau mereka yang ada pertalian hubungan erat juga boleh jadi adalah musuh perjuangan sebagaimana isteri Nabi Nuh dan Nabi Lut AS.

Dengan situasi politik sedang berlaku ketika ini, juzuk 28 yang bertepatan dibacanya pada hari ke-28 Ramadhan ini seakan sedang membicarakan kepada kita satu pedoman untuk ditadabburi dan dihadamkan secara keimanan dan akhlak.

Moga-moga sirnalah keraguan yang bersarang dan semakin mantaplah keimanan kepada Allah, serta kekal istiqamah kita kepada perjuangan Islam dibawa PAS.

Allahuakbar! – HARAKAHDAILY 14/7/2015

Sumber HD - 14-7-2015

Ahli PAS usah terjebak gerakan melemahkan parti

WAN NORDIN WAN YAACOB | .


KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyeru semua pihak khususnya ahli PAS agar terus berusaha memperkasakan parti dan tidak terikut-ikut sentimen gerakan yang mahu melemahkan parti.

Bercakap semasa sesi ramah mesra Iftar Bersama Media di Hotel Plaza dekat sini 13 Julai lalu, beliau yang juga Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Pusat mahu semua akhir kekal berjuang bersama parti ini.

Hadir sama Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan, Bendahari, Ustaz Mohamad Nor Mohamad, Ketua Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh, Ketua Penerangan Muslimat, Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan, Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali, Presiden Geng Ustaz (GU), Ustaz Norazli Musa dan pimpinan GU serta AJK Lajnah Penerangan PAS Pusat.

Selain itu pelbagai media turut hadir dalam iftar anjuran Lajnah Penerangan PAS Pusat itu.
"Saya ingatkan mereka masih terikat dengan peraturan dan disiplin parti, peraturan kita tidak benarkan ahli parti sertai parti lain, ini termaktub dalam perlembagaan.

"Kita minta ahli tidak terus mengadakan sebarang gerakan yang lemahkan parti dan bercanggah dengan gerakan PAS. Bagi kami sepatutnya mereka semua akur dengan keputusan muktamar," tegas Ustaz Tuan Ibrahim lagi.

Beliau juga mengharapkan agar semua pihak terus berusaha memperkasakan parti.
Selain itu beliau juga menegaskan tohmahan bahawa PAS mahu bersama dengan Umno BN adalah tidak benar sama sekali.

Tohmahan yang sering dilemparkan itu kata beliau hanyalah semata-mata fitnah, kerana PAS dari sejak mula ditubuhkan menentang Umno-BN.

"Sejak hari pertama lahir PAS dah tolak Umno BN" kata beliau lagi.

Ditanya mengenai isu keahlian mereka yang menyertai Gerakan Harapan Baharu, kata beliau ia tertakluk kepada jawatankuasa disiplin parti yang akan menguruskannya.

Malah, katanya rujukan ke jawatankuasa displin juga tertakluk kepada aduan yang dibuat.

Cuma beliau menasihatkan pihak yang mahu menubuhkan parti lain agar berfikir tentang apakah nilai tambah yang boleh diberikan, sama ada ianya akan menjadi lebih baik atau sebaliknya.

"PAS akan terus berjuang dan dengan dasar Islam rahmat untuk semua," katanya lagi.

Selepas sidang media, kesemua wartawan daripada pelbagai media diraikan dalam majlis berbuka puasa bersama pimpinan PAS. - HARAKAHDAILY 14/7/2015

Sumber HD - 14-7-2015


Tahaluf siasi dengan DAP terbatal





























































































































HARAKAHDAILY | .


Keputusan Mesyuarat Majlis Syura Ulamak Di Dalam Isu Hubungan Dengan DAP

PAS terus istiqamah dengan prinsip Islam sebagai rahmat untuk semua yang menegakkan keadilan dan kesejahteraan untuk semua kaum.


Oleh kerana itu, PAS konsisten meneruskan hubungan dengan semua pihak menerusi hubungan tahaluf siasi bersama parti politik dan NGO bukan Islam.

Dalam masa yang sama PAS tetap teguh berpegang dengan dasar-dasar Islam ketika berhubung dengan semua pihak.

Namun Majlis Syura Ulamak kesal dengan tindakan-tindakan provokasi berterusan dan keputusan DAP yang mengecam dan melanggar semangat kerjasama Pakatan Rakyat, serta campur tangan dalam aqidah, dasar dan matlamat PAS.

Oleh itu, Majlis Syura Ulamak memutuskan bahawa hubungan tahaluf siasi dengan DAP terbatal. Dalam masa yang sama, PAS mengekalkan tahaluf siasi bersama PKR.

Keputusan ini diserahkan kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat untuk dilaksanakan menurut kesesuaian dan keperluan politik semasa.

DATUK DR NIK MUHAMMAD ZAWAWI SALLEH
Setiausaha Majlis Syura Ulamak,
24 Ramadhan 1436 / 11 Julai 2015

Sumber HD - 11-7-2015

SUA PAS: Hadi, Haron tak pertahan PM
Posted on Wednesday, July 08 @ 00:25:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Presiden PAS dan mursyidul amnya tidak mengeluarkan kenyataan mempertahankan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak berkaitan laporan Wall Street Journal, kata Setiausaha Agung Datuk Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata, kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan jelas mengatakan bahawa "Najib bukan malaikat" sementara Datuk Dr Haron Din pula meminta agar dakwaan terhadap Najib itu disiasat.

"Abdul Hadi kata Najib bukan malaikat. Ini bermakna (Hadi membayangkan) dakwaan itu mungkin benar.

"Haron pula berkata bahawa pendedahan itu seperti tidak logik tetapi perlu disiasat. Kami di dalam PAS tidak menyokong sesiapa yang menyembunyikan kebenaran," katanya.

Ditanya mengenai Najib yang secara terbuka berterima kasih kepada Haron sebanyak dua kali - pada Ahad dan semalam, Takiyuddin berkata media perlu bertanya kepada perdana menteri maksud disebaliknya kenyataannya itu. - MK

Sumber TKO - 8-7-2015
































































































































Progresif, inklusif, dan terbuka

HUZIR SULAIMAN | .


KESEMUA Ahli dan Pemimpin PAS adalah 'Progresif' kerana 'Progresif' pada maksudnya adalah sentiasa berkembang maju.

Selepas PAS berevolusi selama lebih 60 tahun, dari sebuah parti yang dianggotai 'single-religion', kini PAS dengan sikap 'inklusifnya', dianggotai pula oleh ahli-ahlinya yang 'multi-religion'. Dulu PAS tidak bertahaluf siasi, kini PAS sudah 'terbuka' untuk sedia bertahaluf siasi dengan kumpulan yang berada di luar parti walaupun berbeza dasar dan prinsipnya. Dari keahlian yang kecil semenjak PAS ditubuhkan, PAS hari ini sudah dianggotai hampir 1.1 juta ahlinya. Ahli yang merangkumi pelbagai latarbelakangnya tetapi memiliki fikrah yang sama.

PAS kini adalah sebuah parti 'multi-racial' dan 'multi-religion', berbeza dengan keadaannya puluhan tahun yang lalu.

Terimalah hakikat. Itulah PAS pada hari ini.

Tahukah anda bahawa PAS pada hari ini memperjuangkan isu Alam Sekitar, hak Orang Asal, golongan pekerja dan pengguna, fakir-miskin, hak asasi manusia, para petani dan peneroka, perpaduan antara kaum dan agama, pendidikan malah kebudayaan dan kesenian sekalipun?

Tidak terlintas dibenak fikiran kita bahawa PAS mampu melakukannya.

Apa sahaja yang dicapai PAS pada hari ini satu bukti jelas bahawa PAS sentiasa 'Progresif'. 'Progresif' dalam kerangka Syarak bukan merentasi garis sempadan Syarak. Sesuatu yang tidak mungkin dicapai jika PAS sebagai sebuah jemaah dan dipimpin oleh kepimpinan ulamaknya tidak bersikap 'inklusif' dan 'terbuka'.

'Progresif', 'Inklusif' dan 'Terbuka' bukanlah milik kekal sesiapa yang menuturnya. Ia milik mereka yang menyumbang ke arahnya. Dan ke semua Ahli dan Pemimpin PAS dari dahulu sehinggalah ke hari ini adalah 'Progresif', 'Inklusif' dan 'Terbuka' kerana berjaya untuk terus kekal istiqamah dalam sebuah bahtera yang sama tidak kira betapa besar ombak yang melanda. – HARAKAHDAILY 1/7/2015

Sumber HD - 1-7-2015


Portfolio Jawatankuasa PAS Pusat sesi 2015-2017
































































































































HARAKAHDAILY | .


Senarai kabinet PAS Pusat sesi 2015-2017 yang terdiri dari Ahli Jawatankuasa Harian (Lantikan) dan 8 orang Ahli Jawatankuasa Tambahan (Lantikan) telah diumumkan oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kepada media pada 21 Jun 2015 yang lepas.

Disebabkan perubahan agak besar dalam Jawatankuasa PAS Pusat, hampir semua lajnah mendapat pengerusi yang baru kecuali 4 sahaja iaitu, Lajnah Politik dan Pilihan raya (dipengerusikan oleh Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang), Lajnah Dakwah (Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man), Lajnah Pendidikan (Datuk Mohd Amar Abdullah) dan Lajnah Hal Ehwal Parlimen (Datuk Mahfuz Omar).

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang lepas juga bersetuju membentuk 24 portfolio dengan menggabungkan dua lajnah sebelum ini, iaitu Lajnah Asas Tani dan Lajnah Alam Sekitar telah digabungkan menjadi satu lajnah yang akan dikenali dengan nama Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar. Lajnah ini dipengerusikan seorang muka baru, Sanusi Mohd Noor, mantan Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah.

Serentak dengan penggabungan tersebut, satu portfolio baru yang dinamakan Lajnah Hubungan NGO telah ditubuhkan yang dipengerusikan oleh seorang lagi muka baru, Prof Madya Zainal Abidin Kidam, mantan Timbalan Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel).

Sementara Lajnah Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) kembali dipengerusikan oleh Setiausaha Agung seperti di awal penubuhannya pada tahun 2000 dahulu. Manakala satu lagi perubahan adalah jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Ketua Pegawai Operasi (COO) Pusat Penyelidikan PAS (PPP) juga telah ditukarkan kembali kepada Pengarah PPP seperti di awal penubuhannya dahulu.

Berikut adalah senarai penuh Pengerusi dan Pengarah Lajnah-lajnah dan Jabatan dalam kalangan AJK PAS Pusat:

1. Politik dan Pilihan raya

Pengerusi: YB Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (P)
Timbalan: YBhg. Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (TP)

Setiausaha:

YB Datuk Takiyuddin Hassan (SUA)
YBhg. Datuk Mustafa Ali (KP Pilihan raya)

2 Tarbiyah dan Perkaderan

Pengerusi: YB Ust Idris Ahmad
Timbalan: YB Ustaz Sallehen Mukhyi

3 Dakwah

Pengerusi: Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan 1: Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh
Timbalan 2: Ust Mokhtar Senik

4 Penerangan dan Hubungan Media
Pengerusi : YB Nasrudin Hassan Tantawi
Timbalan : YB Datuk Nasurudin Daud

5 Ekonomi & Pengurusan Harta PAS

Pengerusi : YB Datuk Dr Mohd Khairudin Aman Razali at-Takiri
Timbalan : Ustaz Zaharuddin Mohammad

6 Pendidikan

Pengerusi: YB Datuk Mohd Amar Abdullah
Timbalan: Zainal Abidin Kidam

7 Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar & Hal Ehwal Orang Asal

Pengerusi: Razman Zakaria
Timbalan 1: Dr Ali Akbar
Timbalan 2: Mohamad Hussain

8 Pekerja dan Pengguna
Pengerusi: Mohd Taufek Abdul Ghani
Timbalan: YB Ustaz Abdullah Hussin

9 Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(bersifat sistem sokongan parti di peringkat Pusat dan lebih sesuai di bawah pentadbiran SUA)

Pengerusi: Datuk Setiausaha Agung PAS (Datuk Takiyuddin Hassan)
Pengarah IT – Mohd Shuhaimi Embong (kekal)

10 Kebajikan dan Kemasyarakatan

Pengerusi: Dr Rosni Adam
Timbalan 1: Dr Riduan Mohd Nor
Timbalan 2: Datuk Nasuruddin Daud

11 Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar
Pengerusi: YB Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Timbalan: Dr Ahmad Samsuri Mokhtar

12 Undang-undang dan Hak Asasi Manusia
Pengerusi: Datuk Wan Abdul Muttalib Embong
Timbalan: YB Datuk Dr Mohamad Fadzli Hassan

13 Asas Tani dan Alam Sekitar
(Lajnah Asas Tani dan Lajnah Alam Sekitar digabungkan menjadi satu lajnah)
Pengerusi: Sanusi Mohamad Nor
Timbalan: Mohamad Hussain

14 Perpaduan Nasional
Pengerusi: Dr Najihatul Salihah Ahmad

15 Kebudayaan dan Kesenian
Pengerusi: Dr Riduan Mohd Nor
Timbalan: Ustaz Norazli Musa

16 Hubungan NGO
Pengerusi: Zainal Abidin Kidam

17 Hal Ehwal Parlimen
Pengerusi: Datuk Mahfuz Omar

18 Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi
Pengerusi: Salahuddin Ayub

19 Lembaga Pemerkasaan Parti
Pengerusi: Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan: Dr Rosni Adam

20 Lembaga Pembinaan Kompleks PAS
Pengerusi: YB Datuk Iskandar Abdul Samad
Timbalan 1: Mohamad Noor Mohamad
Timbalan 2: YB Datuk Dr Mohd Khairudin Aman Razali at-Takiri

21 Pusat Penyelidikan PAS (PPP)
Pengerusi: Datuk Seri Presiden PAS
Pengarah: Dr Mohd Zuhdi Marzuki
Timbalan: Zaharudin Mohammad

22 Pusat Pengurusan Kecemasan dan Bencana
Pengerusi: Datuk Iskandar Abdul Samad
Timbalan: Hussin Ismail

23 Jabatan Pilihan raya PAS
Pengerusi: Ketua Pengarah Pilihan raya (Datuk Mustafa Ali)

24 Harakah

Pengerusi: YB Ustaz Idris Ahmad
Pengarah Urusan: Dr Rosli Yaakop (kekal)
Penasihat Editorial: Ketua Penerangan (YB Nasrudin Hassan Tantawi)

25 Pejabat Presiden PAS

Setiausaha Politik: Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (kekal)
Setiausaha Sulit: Zaihan Mohd Daud (kekal)

Setiausaha Akhbar:

Pegawai Khas: Kamaruzaman Mohamad (kekal)
Pegawai Penyelidik: Abdul Malik Abdul Razak

Nota:-

1 Jawatankuasa Kewangan
[Fasal 76 (2)(a)]
Pengerusi: Presiden
Ahli: Setiausaha Agung & Bendahari PAS Pusat

2 Lembaga Pemegang Amanah
[Fasal 78(2)]
Tidak lebih 5 orang
Pengerusi: Presiden
Ahli: Setiausaha Agung, Bendahari

DATUK TAKIYUDDIN HASSAN

Setiausaha Agung PAS

Sumber HD - 23-6-2015

Senarai Pimpinan PAS Pusat Sesi 2015-2017


PRESIDEN
YB DATO' SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG
(Pengerusi Lajnah Politik & Pilihanraya, Pengerusi Lajnah Hubungan Antarabangsa & Hal Ehwal Luar, Pengerusi Pusat Penyelidikan PAS )
TIMBALAN PRESIDEN
DATO' TUAN IBRAHIM TUAN MAN
(Pengerusi Lajnah Dakwah, Pengerusi Lembaga Pemerkasaan Parti)
NAIB PRESIDENNAIB PRESIDENNAIB PRESIDEN
YB USTAZ IDRIS AHMAD
(Pengerusi Lajnah tarbiyah & Perkaderan, Pengerusi Harakah)
YB DATO' MOHD AMAR ABDULLAH
(Pengerusi Lajnah Pendidikan)
YB DATO' ISKANDAR ABDUL SAMAD
(Pengerusi Lembaga Pembinaan Kompleks PAS, Pengerusi Pusat Pengurusan Kecemasan & Bencana)
KETUA DEWAN ULAMAKKETUA DEWAN PEMUDAKETUA DEWAN MUSLIMAT
   
DATO' DR HJ MAHFODZ MOHAMEDYB NIK MOHAMAD ABDUH BIN NIK ABDUL AZIZUSTAZAH NURIDAH SALLEH
SETIAUSAHA AGUNG
 
YB DATO' TAKIYUDDIN HASSAN
(Pengerusi Lajnah Teknologi Maklumat & Komunikasi)
PEN. SETIAUSAHA AGUNGPEN. SETIAUSAHA AGUNG
 
KHAIRUL FAIZI AHMAD KAMILKHAIRUL FAHMI MAT SOM
BENDAHARI PAS PUSATKETUA PENERANGAN PAS PUSATKETUA PENGARAH PILIHANRAYA
   
HJ MOHAMAD NOOR MOHAMAD
(Timb. Lembaga Pembinaan Kompleks PAS)
YB NASRUDDIN HASSAN TANTAWI
(Pengerusi Lajnah Penerangan & Hubungan Media)
DATO' HJ MUSTAFA ALI
(Pengerusi Jabatan Pilihanraya PAS)
   
AHLI JAWATANKUASA KERJAAHLI JAWATANKUASA KERJA
AHLI JAWATANKUASA KERJA
DR RIDHUAN MOHD NOOR
(Pengerusi Lajnah Kebudayaan & Kesenian, Timb. Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan)
YB  DATO' HJ  MOHD NASURUDDIN DAUD
(Timb. Lajnah Penerangan & Hubungan Media, Timb. Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan)
YB SOLEHIN MUHYI
(Timb. Lajnah Tarbiyah & Perkaderan)
AHLI JAWATANKUASA KERJAAHLI JAWATANKUASA KERJAAHLI JAWATANKUASA KERJA
DR USTAZ NIK ZAWAWI SALLEH
(Timb. Lajnah Dakwah)
YB DATO' DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI
(Pengerusi Lajnah Ekonomi & Pengurusan Harta PAS, Timb. Lembaga Pembinaan Kompleks PAS)
YB DATO' DR FADHLI HASAN
(Timb. Lajnah Undang-Undang dan Hal Asasi Manusia)
AHLI JAWATANKUASA KERJAAHLI JAWATANKUASA KERJAAHLI JAWATANKUASA KERJA
YB DATO' ABDULLAH HUSSIN
(Timb. Lajnah Pekerja & Pengguna)
HJ RAZMAN ZAKARIA
(Pengerusi Lajnah P'bangunan Tanah, Peneroka Bandar & Hal Ehwal Orang Asal)
DR MOHD ZUHDI MARZUKI
(Pengarah Pusat Penyelidikan PAS)
AHLI JAWATANKUASA KERJAAHLI JAWATANKUASA KERJAAHLI JAWATANKUASA KERJA
 
USTAZ MOKHTAR SENIK
(Timb. Lajnah Dakwah)
ZAHARUDDIN MOHAMAD
(Timb. Pengarah Pusat Penyelidikan PAS)
DR ALI AKBAR GULASAN
(Timb. Lajnah P'bangunan Tanah, Peneroka Bandar & Hal Ehwal Orang Asal)
AHLI JAWATANKUASA KERJAAHLI JAWATANKUASA KERJAAHLI JAWATANKUASA KERJA
DR ROSNI ADAM
(Pengerusi Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan, Timb. Lembaga Pemerkasaan Parti)
MUHAMAD SANUSI MD NOR
(Pengerusi Asas Tani & Alam Sekitar)
NORAZLI MUSA
(Timb. Lajnah Kebudayaan & Kesenian)
AHLI JAWATANKUASA KERJAAHLI JAWATANKUASA KERJAAHLI JAWATANKUASA KERJA
  
HJ MOHAMAD HUSIN
(Timb. Lajnah P'bangunan Tanah, Peneroka Bandar & Hal Ehwal Orang Asal)
MUHTAR SUHAILI
(Timb. Pusat Pengurusan Kecemasan & Bencana)
HJ ZAINAL ABIDIN KIDAM
(Pengerusi Lajnah Hubungan NGO, Timb. Lajnah Pendidikan)
AHLI JAWATANKUASA KERJAAHLI JAWATANKUASA KERJAAHLI JAWATANKUASA KERJA
 
YB DATO' HJ MAHFUZ OMAR
(Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Parlimen)
DATO' WAN MUTALIB EMBONG
(Pengerusi Lajnah Undang-Undang dan Hal Asasi Manusia)
HJ SALAHUDDIN AYUB
(Pengerusi Lajnah Badan Penggerak Demokrasi & Mobilisasi)
AHLI JAWATANKUASA KERJAAHLI JAWATANKUASA KERJA
 
DR. NAJIHATUSSALEHAH AHMAD
(Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional)
MOHD TAUFEK ABDUL GHANI
(Pengerusi Lajnah Pekerja & Pengguna)



Sumber PP - 15-6-2015































































































































Haron Din kekal ketuai Majlis Syura PAS, Ustaz Zaharudin Gugur
Posted on Monday, June 22 @ 15:59:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Menantu presiden PAS, Zaharudin Mohamad tidak dilantik semula sebagai ahli Majlis Syura ulama selepas sesinya tamat, baru-baru ini.

Zaharudin yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat itu tidak termasuk dalam senarai ahli yang dilantik AJK PAS Pusat, Dewan Ulama, Pemuda atau Wanita.

Dalam mesyuarat pertama Majlis Syura semalam, mereka mengekalkan Datuk Dr Haron Din sebagai mursyidul am manakala Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakub sebagai timbalannya.

Bagaimanapun, Zaharudin boleh dilantik semula melalui kuota 5 ahli yang dilantik Majlis Syura untuk mencukupkan keahlian 17 orang.

Majlis Syura mengadakan mesyuarat yang pertama mereka semalam di Pejabat Agung PAS Jalan raja Laut, Kuala Lumpur.

Ahli Majlis Syura terdiri daripada 4 dilantik AJK PAS Pusat, 4 oleh Dewan Ulama manakala 2 masing-masing daripada Pemuda dan Wanita.

Ahli yang dilantik itu kemudiannya akan melantik 5 lagi untuk menjadikannya 17 ahli.

Ahli yang dilantik AJK PAS Pusat ialah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalannya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden Idris Ahmad dan bekas Ahli Majlis Syura, Hashim Jasin.

Dewan Ulama pula melantik ketuanya Datuk Dr Mahfodz Mohamad, timbalannya Ahmad Yakub, naib ketuanya Nik Zawawi Salleh dan ketua penerangan Datuk Dr Khairuddin Aman Razali.

Sementara itu, Pemuda pula melantik ketuanya Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz dan bekas ketua Nasrudin Hassan.

Sebelum ini, Zaharudin dilantik melalui kuota Pemuda.

Wanita PAS pula mengekalkan kedua-dua wakil mereka sebelum ini.

Sumber TKO - 22-6-2015

Nasruddin Ketua Penerangan, Mahfuz dan Salahuddin Dilantik AJK Kerja

IMG-20150621-WA0076
Tiga bekas pemimpin tertinggi PAS yang tewas dalam pemilihan awal bulan ini dilantik menganggotai Jawatankuasa Kerja PAS Pusat bagi sesi 2015-2107.

Dua daripadanya ialah calon jawatan naib presiden iaitu Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub manakala seorang lagi ialah Mohd Taufek Abdul Ghani yang tewas dalam pertandingan jawatan AJK Kerja PAS Pusat.

[Gambar atas – paling kiri, Setiausaha Agung Datuk Takiyudin Hassan, bersama Ketua Penerangan Ustaz Nasruddi Hassan meniringi Presiden PAS mengunjungi ‘Bazaar Ramadhan’ di Jalan Tuanku Abdul Rahman KualaLumpur pada petang Ahad 21 Jun]

Dalam sidang media yang sama di Pejabat Agong PAS di sini, Timbalan Presiden, Datuk Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man turut mengumumkan pertukaran jawatan Datuk Mustafa Ali ke jawatan Pengarah Pilihan Raya.

IMG-20150621-WA0073

Jawatan Setiausaha Agung yang disandang Datuk Mustafa atau lebih dikenali sebagai ‘Cikgu Pa’ sebelum ini pula diamanahkan kepada Datuk Takiyuddin Hassan.

Turut diumumkan pelantikan Nasrudin Hassan Tantawi yang juga AJK PAS Pusat sebagai Ketua Penerangan PAS yang baharu.

Ditanya sama ada ketiga-tiga calon yang tewas itu menerima pelantikan berkenaan, Tuan Ibrahim berkata pihaknya tidak menerima sebarang maklum balas negatif berhubung perkara tersebut.

“Kita sudah keluarkan surat pelantikan kepada semua yang berkenaan pada minggu lalu. Namun kami tidak menerima apa-apa maklumat penolakan.

“Jadi kita anggap mereka menerima pelantikan berkenaan,” katanya.

Sehubungan itu, Datuk Tuan Ibrahim menyeru agar, setiap ahli PAS menerima keputusan pemilihan pada Muktamar Tahun Kali Ke-61 di Kuala Selangor awal bulan ini.

“Setiap ahli parti adalah terikat kepada peraturan dan dasar-dasar parti dan aktiviti-aktiviti yang hadir tidak lari dari kedudukan parti,” kata Timbalan Presiden pada sidang akhbar di sini, Ahad.

Berikut adalah senarai AJK yang diumumkan sebentar tadi –

Setiausaha Agung: Datuk Takiyudin Hassan
Bendahari: Mohammad Nor Mohamad
Ketua Penerangan PAS Pusat: Ustaz Nasrudin Hassan
Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat: Datuk Mustafa Ali
Penolong Setiausaha Agung 1: Khairul Faizi Ahmad Kamil
Penolong Setiausaha Agung 2: Khairul Fahmi

AJK PAS Pusat (Lantikan)
1. Mohammad Hussin (Sabah-Sarawak)
2. Muhtar Suhaili (Sabah-Sarawak)
3. Zainal Abidin Kidam
4. Datuk Mahfuz Omar
5. Datuk Wan Abdul Muttalib Embong
6. Salahuddin Ayub
7. Dr Najihatussalehah Ahmad
8. Mohd Taufek Abdul Ghani

Sumber BO - 22-6-2015



































































































































PAS umum senarai AJK baharu 2015-2017

WAN NORDIN WAN YAACOB | .


KUALA LUMPUR: PAS telah mengumumkan senarai kabinet baharunya dan pelantikan lapan Ahli Jawatankuasa Kerja (tambahan) yang baharu pada sidang media parti itu di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man telah membuat pengumuman tersebut selepas mesyuarat kali kedua AJK PAS Pusat yang dipengerusikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Hadir sama dalam sidang media itu, Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad dan Setiausaha Agung yang baharu, Datuk Takiyuddin Hassan.

Berikut adalah senarai AJK yang diumumkan sebentar tadi -

Setiausaha Agung: Datuk Takiyudin Hassan
Bendahari: Mohammad Nor Mohamad
Ketua Penerangan PAS Pusat: Ustaz Nasrudin Hassan
Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat: Datuk Mustafa Ali
Penolong Setiausaha Agung 1: Khairul Faizi Ahmad Kamil
Penolong Setiausaha Agung 2: Khairul Fahmi

AJK PAS Pusat (Lantikan)

1. Mohammad Hussin (Sabah-Sarawak)
2. Muhtar Suhaili (Sabah-Sarawak)
3. Zainal Abidin Kidam
4. Datuk Mahfuz Omar
5. Datuk Wan Abdul Muttalib Embong
6. Salahuddin Ayub
7. Dr Najihatussalehah Ahmad
8. Mohd Taufek Abdul Ghani

- HARAKAHDAILY 21/6/2015


Sumber HD - 21-6-2015


Tuan Ibrahim nasihatkan Mat Sabu kukuhkan PAS
Posted on Sunday, June 21 @ 16:51:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mahu bekas timbalan presiden Mohamad Sabu, yang tewas dalam pemilihan baru-baru ini agar "memperkukuhkan parti", selepas membayangkan akan mencari "wadah baru" bagi meneruskan perjuangan.

"(PAS) harap dia akan kukuhkan parti," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PAS Kuala Lumpur.

Tuan Ibrahim menjawab soalan mengenai kenyataan Mohamad yang mungkin mencari "wadah baru" bersama pemimpin progresif dalam program Malam ‘Jasamu Dikenang’ di Muar baru-baru ini, selepas ditolak dalam pemilihan parti.

Mengulas lanjut mengenai program itu, Tuan Ibrahim berkata PAS tidak menghalang mana-mana pemimpin terlibat dalam apa jua aktiviti asalkan ia tidak terkeluar dari landasan parti.

"Bila nak buat, kita tidak ada hak untuk larang. Aktiviti kita mesti jangan keluar dari parti,” katanya selepas mesyuarat Jawatankuasa PAS pusat.

Dalam program itu, Mohamad membayangkan beliau dan rakan-rakannya mungkin mahu mencari wadah bagi memulakan perjuangan baru termasuk membentuk parti politik selepas mengadakan perbincangan dengan semua pihak.

Selain itu, beliau atau mesra dipanggil Mat Sabu dan rakan yang lain boleh bergerak sebagai anggota biasa atau melalui NGO dan keputusannya bakal diketahui selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Dalam sidang media itu juga, Tuan Ibrahim juga berkata dalam mesyuarat tersebut turut dibangkitkan supaya jawatankuasa membincangkan mengenai usul memutuskan hubungan dengan DAP.

Bagaimanapaun, katanya, perkara itu ada dibincangkan tetapi usul untuk memutuskan hubungan dengan DAP ataupun tidak, akan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Syura Ulama.

Tuan Ibrahim juga berkata Majlis Syura Ulama bermesyuarat pada petang ini.

Turut hadir dalam sidang media itu turut dihadiri Naib Presiden PAS Idris Ahmad dan Setiausaha Agung Datuk Takiyuddin Hassan.- MK

Sumber TKO - 21-6-2015


Keputusan Putus dengan DAP Tunggu Mursyidul Am Balik Mekah
Posted on Sunday, June 21 @ 18:56:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Majlis Syura Ulama menunggu Mursyidul Am Datuk Dr Haron Din pulang menunaikan ibadah umrah terlebih dahulu sebelum membincangkan mengenai usul memutuskan hubungan dengan DAP, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

MP Marang itu berkata mesyuarat badan tertinggi PAS itu hari ini tidak membincangkan mengenai usul memutuskan hubungan dengan DAP.

“Perbincangan mengenai usul putus hubungan dengan (parti) tersebut, perlu menunggu Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din pulang dari Mekah," kata Abdul Hadi kepada pemberita petang ini.

Sebelum ini dilaporkan Haron akan menunaikan umrah selama dua minggu bermula 15 Jun dan dijangka pulang pada akhir bulan ini.

Beliau sendiri sebelum ini berkata secara teknikalnya bukan pemegang rasmi jawatan itu kerana sudah habis tempoh dan menjangkakan pemimpin lain bakal menggantikannya.

Muktamar PAS awal bulan ini meluluskan usul memutuskan hubungan dengan DAP tanpa bahas untuk dibawa ke Majlis Syura Ulama dan PAS Pusat untuk pelaksanaannya.

Susulan itu, DAP mengumumkan bahawa Pakatan Rakyat sudah tidak wujud lagi selepas mendakwa ia berpunca daripada keputusan yang dibuat dalam muktamar parti itu.

Mengulas lanjut, Hadi berkata mesyuarat Majlis Syura hari ini hanya membincang mengenai pelantikan ahli Majlis Syura dan tidak ada menyentuh mengenai usul memutuskan hubungan dengan DAP.

“Hari ini (Majlis Syura) berbincang mengenai pelantikan Ahli Majlis Syura. Tidak bincang mengenai usul putus hubungan dengan DAP," katanya sambil menambah kebanyakan anggota jawatankuasa dalam badan itu masih kekal.

Jawatan setiausaha Majlis Syura Ulama juga pula perlu menunggu kepulangan Haron Din, kata Hadi. - MK


Sumber TKO - 21-6-2015


Salahuddin, Mahfuz dilantik AJK PAS pusat
Posted on Sunday, June 21 @ 16:47:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Tiga pemimpin PAS dari kumpulan progresif yang tewas dalam pemilihan parti itu dalam muktamar baru-baru ini, dilantik menganggotai Jawatankuasa PAS pusat bagi tempoh dua tahun.

Mereka ialah bekas naib presiden Salahudin Ayub dan bekas ketua penerangan Datuk Mahfuz Omar sementara bekas AJK PAS Pusat Mohd Taufek Abdul Ghani pula dilantik semula ke jawatan tersebut.

Perkara ini diumumkan oleh Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam sidang media di Ibu Pejabat PAS Kuala Lumpur.

Tuan Ibrahim berkata, surat pelantikan ini sudah dihantar sejak minggu lalu dan sehingga kini masih belum ada penolakan.

"Surat pelantikan itu dihantar secara formal, kita (juga) ada hubungi melalui telefon dan sebahagiannya kata (yang dilantik) tunggu surat dulu dan buat keputusan dan tidak ada penolakan setakat ini,” kata Tuan Ibrahim.

Beliau turut mengumumkan bahawa Datuk Mustafa Ali sebelum ini menyandang jawatan setiausaha agung kini dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya PAS pusat.

Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata PAS Pusat telah menerima surat perletakan jawatan Mazlan Aliman sebagai anggota jawatankuasa PAS dan beliau akan menggantikan calon lain bagi mengisi kekosongan itu.

“Perletakan jawatannya (Mazlan) diterima. Masih ada satu kekosongan dan akan diganti,” katanya.

Mazlan yang juga pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) meletak jawatan itu serta merta kerana mahu fokus kepada NGO yang disertainya.- MK

Sumber TKO - 21-6-2015

Even Umno Can’t Go Alone!

IMG-20150618-WA0038(1)

KUALA TERENGGANU — Former PAS secretary-general Datuk Mustafa Ali said he felt that PAS would be unable to go it alone without an understanding with the Pakatan Rakyat partners if it wants to take over the federal government.

“I feel that going it alone is not the best choice and strategy in the context of Malaysian politics,” he said when met at the Terengganu PAS Liaison Committee office here today.

Mustafa, who has been appointed the PAS election director, said the cooperation worked out among PAS and its coalition partners by former PAS spiritual leader the late Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat and former PAS president the late Datuk Fadzil Noor should not be dismantled.

“We have to find an alternative because no one party can rule on its own (to form the government) in Malaysia. Even Umno cannot administer on its own. It has to have its partners in the BN (Barisan Nasional),” he said.

On PAS’ position in the opposition pact, Mustafa said PAS, DAP or PKR cannot go it alone and should remain in the coalition.

Asked about the possibility of disgruntled PAS members setting up a new party, he said that such a party would have an impact on PAS.

Sumber BO - 18-6-2015


PPP SARANKAN KERAJAAN TUBUH BADAN SEUMPAMA MAPEN ATAU MTEN UNTUK TANGANI KRISIS

Pusat Penyelidikan PAS (PPP) sedang mengikuti dari sehari ke sehari situasi ekonomi negara yang berkemungkinan terjejas teruk berikutan dengan kemerosotan mendadak nilai ringgit berbanding matawang-matawang lain. Kemerosotan nilai tersebut akan mengakibatkan peningkatan inflasi dan sekaligus kenaikan kos hidup. Dalam situasi seperti ini sudah pasti yang akan mengalami kesannya dengan begitu buruk ialah rakyat berpendapat rendah, yang rata-rata terdiri dari kaum bumiputera termasuk di Sabah dan Sarawak.


Sepertimana yang dimaklumkan oleh pakar-pakar ekonomi negara, situasi ini disebabkan oleh ketidakstabilan politik yang berlaku sama ada di kalangan parti pembangkang atau lebih-lebih lagi di kalangan parti pemerintah. Iklim politik negara yang begitu panas mutakhir ini dengan beberapa isu berkaitan seperti isu 1MDB, telah menghilangkan keyakinan pelabur serta pemodal domestik sehingga kegiatan-kegiatan berkaitan ekonomi kurang berkembang. Situasi ini diburukkan lagi oleh kesan pelaksanaan GST yang menjadikan semua pihak sangat berhati-hati dengan perkembangan semasa.

Sekiranya situasi ini berterusan tidak mustahil Malaysia akan menghadapi krisis seperti yang pernah dihadapi pada tahun 1997. Dengan penurunan nilai ringgit sehingga 38%, yang dianggap antara terburuk sejak krisis kewangan 1997, kuasa beli rakyat khususnya terhadap barangan impot akan berkurangan. Keadaan ini bertambah buruk dengan kadar hutang isi rumah yang begitu tinggi pada paras 87% berbanding KDNK negara. Kesemua faktor-faktor ini menyebabkan kemungkinan berlakunya krisis seperti tahun 1997 adalah tinggi.

Dalam situasi seperti ini, sememangnya merupakan peluang terbuka kepada parti-parti pembangkang termasuk PAS untuk mengambil 'millage' politik bagi tujuan Pilihanraya Umum yang dijangka pada tahun 2017. Bagaimanapun, PPP melihat pendekatan 'menangguk di air keruh' bukanlah pendirian yang seharusnya diambil oleh sesebuah parti seperti PAS yang kini semakin diletakkan harapan yang begitu tinggi oleh rakyat. Oleh kerana itu, PPP menyarankan kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menubuhkan kembali badan seumpama Majlis Perundingan Ekonomi Negara (MAPEN) atau Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) untuk memandu kerajaan ke arah keluar dari krisis.
Dr Mohd Zuhdi Marzuki

15 Jun 2015
28 Syaaban 1436

Sumber FBHD - 15-6-2015


Mengenali 6 tokoh dalam menentukan hala tuju PAS
Posted on Monday, June 15 @ 12:56:38 MYT by paktam

OLEH ZULKIFLI SULONG

Muktamar Tahunan PAS ke-61 awal bulan ini mencatatkan sejarah tersendiri apabila pemimpin konservatif menyapu bersih semua jawatan tertinggi, menyingkirkan mereka yang dikatakan daripada "puak profesional" dalam satu pemilihan yang penuh kontroversi.

Pemilihan itu diadakan di tengah-tengah perselisihan dalaman terhadap kepimpinan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan ketidaktentuan hala tuju PAS dalam mengimbangi antara agenda Islamnya dengan pragmatisme politik.


Ramai yang terpilih mengisi barisan kepimpinan PAS Pusat, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat bagi sesi 2015-2017 ini merupakan muka baharu. 


The Malaysian Insider menilai 6 muka utama dalam kumpulan baharu ini yang selama ini tidak berapa dikenali oleh masyarakat Malaysia kerana mereka naik secara tiba-tiba dalam parti Islam itu.

1. Datuk Takiyudin Hassan – setiausaha agung

Takiyudin (gambar, kanan) adalah tokoh yang dilantik menjadi setiausaha agung PAS oleh kepimpinan baharu PAS. Pernah menjadi majistret selepas tamat pengajian di Universiti Malaya (UM) di mana beliau merupakan presiden Persatuan Mahasiswa UM (PMUM). 

Selepas tamat belajar beliau berkhidmat sebagai majistret di Kota Bharu dan kemudiannya aktif sebagai peguam di negeri itu walaupun berasal dari Kedah.

Takiyudin, sekarang ahli Parlimen Kota Baru, sebelum ini ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bunut Payong dan exco kerajaan negeri Kelantan. Beliau juga aktif dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Dalam sesi lalu, beliau adalah penolong setiausaha agung PAS dan dicadangkan menjadi setiausaha agung sejak 2013 oleh Hadi, namun ditolak kumpulan progresif kerana mereka mahu Datuk Mustafa Ali dikekalkan sebagai ketua pentadbir parti Islam itu.

Sebagai penolong setiausaha agung, Takiyudin membuat dua pengumuman penting bagi pihak PAS kepada media. Yang pertama, pelantikan Datuk Dr Haron Din sebagai mursyidul am PAS yang baharu dan yang kedua baru-baru ini mengesahkan beliau dilantik setiausaha agung PAS yang baharu ketika PAS memutuskan ia hanya akan diumumkan 21 Jun ini.

Sebagai setiausaha agung, Takiyudin adalah orang kanan presiden PAS. Sebelum ini, beliau pernah membantu Hadi dalam menguruskan pemfailan permohonan rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta 355 bagi membolehkan sebahagian hukum hudud dilaksanakan di negara ini, namun sehingga kini ia belum berjaya dibentangkan di Parlimen.

2. Nasrudin Hassan  ketua penerangan

Nasrudin dipilih oleh pimpinan baharu PAS sebagai jurucakap rasmi mereka apabila dilantik sebagai ketua penerangan PAS yang baharu bagi menggantikan Datuk Mahfuz Omar yang tewas.

Bekas ketua Pemuda PAS yang juga ahli Parlimen Temerloh ini adalah pemimpin gerakan ulama muda dalam PAS. Beliau sangat berpengaruh di kalangan mereka selepas memimpin Pemuda PAS selama dua penggal sebelum diambil alih Suhaizan Kaiat pada 2013 lalu.

Berasal dari Besut, Terengganu tetapi membesar di kawasan Felda di Pahang. Beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Al Azhar, di Tantar, Mesir dan aktif dalam PAS sebaik saja pulang dari sana dengan menjadi pimpinan Pemuda PAS di Pahang.

Dalam satu forum "Pasca muktamar PAS" di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, kenyataan Nasrudin "kita masih ada siku dan lutut dalam jubah" yang ditujukan kepada DAP menjadi kenyataan yang paling "trendy" dan lebih 10 kali diulang para ahli panel.

Kini imej PAS kepada media dan awam akan ditentukan oleh sejauh mana perancangan dan strategi media yang dirancangkan oleh At Tantawi (nama sempena tempat belajar beliau di Tantar, Mesir) ini.
3. Mohd Zuhdi Marzuki – strategis

Zuhdi (gambar, kanan) ialah pensyarah kanan di UM. Beliau dijangka dilantik Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP), menggantikan Dr Dzulkefly Ahmad, yang akan menjadi perancang strategi untuk kepimpinan baharu PAS ini. Sebelum ini Zuhdi merupakan pengarah operasi PPP.

Sebelum tragedi “print skrin” aplikasi Whatapps dalam telefon bimbit beliau yang bocor, Zuhdi antara pemimpin PAS yang diterima kedua-dua pihak dalam PAS, sama ada kumpulan profesional atau ulama.

Namun sejak tersebarnya print skrin yang menunjukkan beliau membuat justifikasi kenapa PAS perlu bersama Umno di Selangor, Zuhdi bertukar sikap dan memihak secara terbuka kepada ulama dalam segala gerakerja dan tulisannya.

Beliau mula menyerang rakannya daripada kumpulan profesional dan rakan PAS dalam Pakatan Rakyat (PR) di samping memberi justifikasi ke atas segala tindakan Hadi selaku presiden.

Kini, PAS bergantung harap sepenuhnya kepada beliau sebagai strategis parti selepas para strategis lain dikalahkan sepenuhnya dalam muktamar lalu.

4. Zaharudin Mohamad – pakar ekonomi

Zaharudin (gambar, kiri) ialah ketua jabatan agama Kumpulan Perangsang Selangor Berhad, sebuah syarikat senaraian awam di Bursa Kuala Lumpur.

Sebelum itu, beliau yang menerima pendidikan tinggi di Jordan dan Mesir, pernah bertugas sebagai penasihat syariah dengan syarikat kewangan. Berdasarkan latar belakang pelajaran dan kerjaya itu, beliau dianggap pakar ekonomi Islam bagi PAS dan orang harapan untuk bercakap mengenai ekonomi di mana peranan itu selama ini dimainkan Datuk Husam Musa dan Dr Dzulkefly Ahmad.

Sebagai menantu kepada Hadi dan ahli Majlis Syura Ulama, Zaharudin mendapat tempat yang agak istimewa dalam parti. Di peringkat kawasan,
beliau berjaya mengalahkan penyandang yang dipertua PAS Subang pada mesyuarat agung mereka Mei lalu.

Beliau dan pasukannya juga berjaya menang dalam Dewan Pemuda sebagai exco di samping menang sebagai AJK PAS Pusat dalam muktamar baru-baru ini.

Pemimpin muda yang meminati motor besar dan berkereta BMW ini bakal menentukan hala tuju PAS dalam menangani isu-isu ekonomi dari perspektif Islam, sesuai dengan imejnya sebagai sebuah parti Islam.
5. Mokhtar Senik – pakar perang saraf

Mokhtar (gambar, kiri) juga adalah ketua Dewan Ulama PAS Pahang. Beliau mengendalikan pondok An Nur di Kuantan, Pahang dan mempunyai ramai murid di sana. 

Isteri beliau adalah antara pelajar di pondok beliau sebelum ini.

Ketika pertembungan antara kumpulan pro ulama dan profesional dalam PAS, Mokhtar merupakan jeneral perang utama kumpulan ulama. Beliau berjaya mengalahkan kumpulan progresif melalui sistem “cai” yang diedarkan ketika pengundian berjalan.

Sebelum itu, menggunakan media sosial, beliau menjadi penyerang utama dan didakwa mempunyai kaitan dengan pengendali laman Facebook hantu, termasuk "Tuc Tok Usin Ceroi" yang banyak menyerang pimpinan PAS yang lain.

Mokhtar antara ahli PAS yang menyertai demonstrasi di depan ibu pejabat parti itu dan mendakwa, sebahagian pemimpin yang diketuai Dr Mohd Hatta Ramli, terlibat dalam usaha menggulingkan Hadi melalui kumpulan Whatsapp "Hawaii-Five-O”. Mereka menuntut Hatta disiasat namun selepas 2 kali dipanggil jawatankuasa penyiasat, ketua kumpulan itu Fadli Ibrahim enggan memberi kerjasama, menyebabkan kes itu ditolak begitu sahaja.

Mokhtar pernah ditahan kerana penglibatannya dengan kumpulan Al Maunah namun dibebaskan kemudiannya. Ketika muktamar Dewan Ulama baru-baru ini, Mokhtar merupakan individu yang membentangkan usul mendesak PAS memutuskan hubungan dengan DAP dan diluluskan tanpa bahas kemudiannya. Sehingga kini, ia menjadi bebanan besar untuk diuruskan oleh pimpinan baru parti itu.

Mokhtar kini menjadi taruhan PAS untuk menyerang Umno dalam pilihan raya umum akan datang sebagaimana beliau berjaya menyerang habis-habisan kumpulan progresif pada pemilihan baru-baru ini.

6. Norazli Musa – presiden geng ulama

Norazli (gambar, kanan) sebelum ini adalah ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Perak. Beliau juga terkenal dengan panggilan “Ustaz Taliban” kerana janggutnya yang panjang umpama anggota kumpulan itu di Afghanistan.

Norazli dan rakan-rakannya, yang sering mengajar di masjid-masjid, menubuhkan Geng Ustaz (GU) di mana beliau merupakan pengerusinya.

GU memainkan peranan yang besar dalam kempen mengetepikan kumpulan profesional dalam PAS sehingga hampir kesemua kumpulan konservatif memenangi jawatan utama dalam parti itu-TMI
-


Sumber DD - 15-6-2015







































































































































PAS lantik PJ baharu negeri 2015-2017

WAN NORDIN WAN YAACOB | .


KUALA LUMPUR: PAS telah selesai melantik pesuruhjaya negeri-negeri sesi 2015-2017 dalam mesyuarat pertama parti itu baru-baru ini.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Presiden PAS melalui Setiausaha Politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, pelantikan itu membabitkan kesemua negeri.

Lima negeri bertukar pesuruhjaya iaitu Melaka, Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang dan Pahang.

Berikut adalah senarai pelantikan pesuruhjaya PAS negeri:

1. Kelantan - Datuk Ahmad Yakob (kekal)
2. Terengganu - Satiful Bahari Mamat (kekal)
3.  Perlis - Shukri Ramli (kekal)
4.  Perak - Razman Zakaria (kekal)
5. Selangor - Datuk Iskandar Abdul Samad (kekal)
6. Sabah - Paumin@ Aminuddin Aling - (kekal)
7. Sarawak - Adam Ahid (kekal)
8. Wilayah Persekutuan - Haji Mohammad Nor Mohamad (kekal)
9.- Melaka - Ustaz Kamarudin Sidek (baharu)
10.- Kedah - Datuk Ir Amirudin Hamzah (baharu)
11.- Johor - Datuk Dr Mahfodz Mohamad (baharu)
12.- Pulau Pinang - Ustaz Mohd Fauzi Yusof (baharu)
13.- Pahang - Ustaz Rosli Jabar (baharu)
14.- Negeri Sembilan - Ustaz Mustafa Daharun (baharu) – HARAKAHDAILY 13/6/2015

Sumber HD - 13-6-2015

PAS will continue to cooperate with Pakatan partners in Selangor

tuan ibrahim.ashx (2)

PAS will continue to work with its Pakatan Rakyat partners in the Selangor state government, said party deputy president Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

“The Selangor government is the Pakatan Rakyat government and it is a united government,” said Tuan Ibrahim after a meeting of the party’s central committee on Wednesday night.

He had been asked to respond to comments by DAP’s Petaling Jaya Utara MP Tony Pua who had said that it was no longer business as usual in Selangor due to the decision by PAS to cut ties with DAP but remain in the opposition pact.

Pua was referring to a motion put forward by PAS Dewan Ulama committee member Mokhtar Senik at the recently-concluded PAS muktamar which received support from all 644 delegates last week.

Mokhtar had suggested last Wednesday that PAS cut ties with DAP, but retain its position in Pakatan Rakyat.

Asked about the party’s issues with DAP, Tuan Ibrahim said that the matter was being left to the Syura Council to decide.

To questions about the meeting itself, he said what was discussed was the new committees and posts.

“We will announce the new office-bearers and their posts on June 21, and the announcement will be made by the party president. The meeting was to confirm several proposals. We did not discuss other matters,” said Tuan Ibrahim.-the staronline

Sumber BO - 10-6-2015
















































































































































Usul tahaluf: Fahami organisasi, perlembagaan PAS

WAN ROHIMI WAN DAUD | .


SEJAK semalam, kita dihidangkan dengan pelbagai sajian media tentang kononnya Usul Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) yang diluluskan sebulat suara melalui 644 perwakilan pada Muktamar DUPP 3/6/2015, yang kemudiannya diluluskan tanpa bahas melalui Muktamar PAS Pusat pada 5/6/2015, sebagai telah mempunyai kesan muktamad, yang mengikat Jawatankuasa PAS Pusat (JKPP) dan Majlis Syura Ulamak (MSU). Usul itu, kata mereka, adalah muktamad dan tidak boleh diubah lagi sama ada oleh JKPP ataupun MSU. Maka putuslah PAS dengan DAP di semua peringkat, baik di Pulau Pinang mahupun di Selangor.

Membaca tulisan media cetak, mahupun media baru di alam maya, segalanya telah bernoktah! Itulah yang dijaja, dan dilaungkan sekelian alam. Bergegar sekalian alam, apatahlah lagi dengan pengumuman perletakan jawatan oleh beberapa bekas pemimpin tertinggi PAS, bagi jawatan-jawatan awam yang disandang di Pulau Pinang.

Sinar Harian semalam, 9/6/2015, menyiarkan kenyataan Peguam dan bekas Bendahari PAS, Asmuwi Awi yang menegaskan bahawa PAS perlu mengadakan Muktamar semula jika tidak mahu kedudukan wakil parti dalam kerajaan Pulau Pinang dan Selangor terjejas atau terus dibelenggu kekeliruan. “...atau terus dibelenggu kekeliruan”. Katanya dengan tegas!

Tidak kurang juga ramai bekas pimpinan kanan PAS yang tersungkur, mengeluarkan kenyataan yang sama. Senada dan seirama. Itulah rentak dan tari mereka. Saya tidak berhajat menelah motif kenyataan-kenyataan sedemikian, cukuplah Allah menjadi saksi keikhlasan perjuangan mereka! Namun kenyataan-kenyataan sedemikian, dikala JKPP dan MSU masih belum membuat apa-apa pendirian rasmi, kelihatan sangat gopoh dan gelojoh sekali. Provokasi ini, walau apa pun motifnya, telah menyebabkan kekeliruan dan kecelaruan berpanjangan bagi ahli-ahli PAS, bahkan orang awam, bagi setiap sosok, di segenap pelosok!

Asmuni berhujah dalam akhbar Sinar Harian 9/6/2015, menyandarkan pendirian sedemikian kepada Fasal 7(1) dan (3) Perlembagaan PAS. Beliau tampil dengan konklusi yang muluk, katanya – “Dengan kata lain, usul diluluskan itu seperti undang-undang yang perlu dilaksanakan memandangkan gerak kerja dan pentadbiran PAS perlu mengikut keputusan muktamar seperti dicatatkan dalam perlembagaan”.

Dengan kata lain, bekas Bendahari PAS ini menegaskan bahawa selepas Usul tersebut diluluskan, maka tiada lagi dikotomi, JKPP dan MSU hendaklah terikat dengan Usul itu, dan menerimanya secara mutlak. Bahkan hujahan sebegini banyak dibahas di segenap ruang maya, termasuklah yang disebar-luas melalui applikasi telefon pintar.

Maaflah, saya amat tidak bersetuju dengan pandangan itu. Hujah sedemikian, pada saya sangat meleset dan tidak menepati konteks perlembagaan PAS, dan saya berharap ahli-ahli PAS tidak menyumbang kepada kekeliruan yang disengajakan ini!

Struktur Badan-Badan Dalam Pas dan Kedudukan Majlis Syura Ulama

Sebelum kita meneroka intipati sebenar Fasal 7(1) dan (3) Perlembagaan PAS, adalah moleknya kita fahami secara ringkas kedudukan badan-badan dalam organisasi PAS.

Dari segi perlembagaan dan organisasi, PAS adalah sebuah parti yang amat unik – yang tidak sama dengan parti-parti lain di negara ini. Mempunyai 3 sayap/badan dan satu Jawatankuasa Induk yang memenuhi kerangka demokrasi, iaitu dipilih melalui Muktamar bagi setiap dua tahun, sebagaimana berikut:-

(a)  Jawatankuasa Kerja Pas Pusat (JKPP);
(b)  Dewan Ulama Pas Pusat (DUPP);
(c)  Dewan Pemuda Pas Pusat (DPPP); dan
(d)  Dewan Muslimat Pas Pusat (DMPP).

Di atas dari tiga Dewan dan JKPP, PAS mempunyai satu entiti yang amat istimewa, yang paling tinggi hierarkinya dalam parti – iaitu Majlis Syura Ulamak (MSU). Keahlian MSU tidak dipilih melalui Muktamar setiap dua tahun sekali, tetapi dilantik untuk tempoh maksimum selama lima tahun, yang terdiri daripada seorang Mursyidul Am, seorang Timbalan Mursyidul Am, seorang Setiausaha dan tidak lebih 14 orang ahli MSU – rujuk Fasal 8(2) Perlembagaan PAS.

Fasal 8(3) memperihalkan syarat-syarat keahlian MSU yang dilantik – iaitu hendaklah seseorang yang mengetahui masalah-masalah pokok (al-Usul) dalam syariat Islam dan hukum-hukumnya atau/dan dapat merujuk masalah-masalah itu kepada al-Quran, as-Sunnah, Ijmak dan Qias.

Persoalan mungkin timbul kenapa perlunya kewujudan MSU, sebagai badan tertinggi dalam PAS? Inilah yang membezakan PAS dengan parti-parti lain, kerana PAS bukan parti politik semata-mata. Ia adalah gerakan dakwah yang menumpang teduh dibawah kerangka demokrasi. MSU menjadi benteng yang akan memastikan matlamat Hukum dan Kekuasaan di bawah Fasal 7 (1) dapat dipertahankan – Hukum yang tertinggi dalam pegangan PAS adalah Kitabullah dan Sunnah Rasul serta Ijmak Ulamak dan Qias.

Ringkasnya, apa-apa saja yang melibatkan hukum dan pematuhan syarie termasuk soal Tahaluf Siyasi adalah merupakan subjek yang berada dalam bidangkuasa MSU, kerana tahaluf siyasi adalah melibatkan hukum tertinggi PAS.

Tahaluf Siyasi

Dalam membicarakan isu ini, saya berkesempatan meneliti semula Kertas Kerja – Tahaluf Siyasi: Garis Panduan Dari Perspektif Islam.

Kertas Tahaluf Siyasi ini adalah merupakan produk MSU sebelum memutuskan keharusan membentuk Tahaluf Siyasi dengan bukan Islam, khususnya kerjasama politik dengan parti DAP.

Untuk memudahkan kefahaman, izinkanlah saya mencedok sebahagian Kertas Tahaluf Siyasi sebagaimana berikut:-

Garis Panduan Tahaluf Siyasi

Terdapat kepelbagaian pendapat ulama dan fuqaha berkenaan keharusan bertahaluf Siyasi. Ada yang berpendapat haram secara mutlak berdasarkan beberapa dalil dan nas, manakalah sebahagian besar pula mengharuskannya dengan syarat.

Walau bagaimanapun, PAS telah mengambil dan memilih pendapat yang mengharuskan tahaluf siyasi berdasarkan realiti dan waqi’ di Malaysia.

Yang masih menjadi persoalan berkenaan dengan garis panduan tahaluf siyasi ialah berkenaan garis sempadannya, khususnya bertahaluf siyasi dengan golongan atau parti yang majoritinya non-muslim. Sememangnya tiada khilaf dalam kalangan yang mengharuskan Tahaluf Siyasi, bahawa keharusan itu bukanlah satu keharusan yang mutlak, tetapi ia adalah keharusan yang mempunyai batas-batasnya yang tertentu.

Oleh itu, buku panduan kecil ini bertujuan untuk meletakkan garis-garis sempadan dalam konteks realiti hari ini. Garisan sempadan yang dicatatkan di dalam buku ini bertitik tolak daripada dalil-dalil dan illat-illat di sebalik hujah mereka yang mengharuskan guna sebagai garis panduan serta ilmu maklumat kepada jentera parti khususnya dan umat Islam secara amnya.

Pada akhirnya Kertas Tahaluf Siyasi ini telah mengharuskan kerjasama politik dengan bukan Islam berdasarkan enam syarat utama:-

Enam Garis Panduan Tahaluf Siyasi

Berdasarkan kepada penelitian kepada dalil-dalil yang dikemukan berhubung isu tahaluf siyasi serta realiti serta kedudukan politik di Malaysia, enam perkara penting perlu dijadikan garis sempadan Tahaluf Siyasi. Enam perkara tersebut adalah seperti berikut:

1. Tahaluf mestilah dijadikan wasilah untuk menegakkan Islam, memperkukuhkan kedudukan umat Islam serta membuka ruang untuk perlaksanaan Islam.
2. Tahaluf mestilah dipastikan dasar-dasar Islam dapat dipertahankan.
3. Intima’ hendaklah diberikan kepada kepimpinan Parti Islam Se-Malaysia (PAS), bukan kepada 
Pakatan Tahaluf.
4. Tahaluf hendaklah dijadikan ruang dan medan menyampaikan dakwah.
5. Matlamat kemenangan Islam tidak boleh menghalalkan Tahaluf secara mutlak.
6. Majlis Syura Ulamak mempunyai kuasa membuat keputusan mengenai kesinambungan tahaluf siasi berdasarkan kepada maslahah dan mafsadah syar'iyyah dari semasa ke semasa. 


Kertas Tahaluf Siyasi mengandungi perbahasan panjang lebar berkenaan nas-nas dan hukum-hukum yang telah dipertimbangkan, sebelum memutuskan keharusan kerjasama politik dengan DAP, berdasarkan enam syarat diatas.

Berdasarkan penelitian kepada Kertas Tahaluf Siyasi ini, dua perkara yang perlu diperhatikan ialah:-

1.  Pertama, ia melibatkan soal Hukum – Fasal 7 (1) dan oleh itu tertakluk kepada bidangkuasa MSU;
2. Kedua, kesinambungan tahaluf siyasi adalah berdasarkan maslahah dan mafsadah syari’yyah yang hendaklah diteliti dan dinilai dari semasa ke semasa, iaitu penilaian kepada persoalan yang melibatkan Hukum, adalah terletak dalam bidangkuasa MSU;

Oleh hal yang demikian, atas asas ini sahaja saya mampu untuk menyimpulkan bahawa persoalan Hukum tentang tahaluf siyasi, hendaklah diputuskan oleh MSU – selaku pakar yang faqeh dalam soal-soal Hukum yang berkaitan.

Untuk meringkaskan Usul DUPP, saya terbitkan semula perenggan akhir Usul tersebut, yang diluluskan sebulat suara oleh 644 perwakilan DUPP, sebagaimana berikut:-

“MAKA Muktamar Dewan Ulamak PAS kali ke-54 mencadangkan kepada Majlis Syura Ulamak dan Jawatankuasa PAS Pusat supaya hubungan kerjasama politik dengan DAP dibatalkan dan PAS terus kekal dalam Pakatan Rakyat.”

Usul ini kemudiannya, ditaip semula oleh Jawatankuasa Usul, dan dibentang dan diluluskan tanpa bahas oleh Muktamar Pusat. Untuk meringkaskannya, saya terbitkan bahagian akhir Usul berkenaan sebagaimana berikut:-

(iv) PAS Pusat dan Majlis Syura Ulamak hendaklah memutuskan dan kerjasama politik dengan DAP, sebaliknya kekal bersama PKR dalam Pakatan Rakyat.

Yang jelas, kedua-dua Usul mempunyai matlamat yang sama – iaitu menggesa, mendesak dan/atau menuntut JKPP dan MSU supaya memutuskan kerjasama politik dendan DAP dan kekal bersama PKR dalam Pakatan Rakyat.

Lenggok bahasa Usul asal oleh DUPP adalah lebih lembut dengan menggunakan frasa “mencadangkan kepada MSU dan JKPP....”.

Tidak dinafikan, lenggok bahasa melalui Usul di Muktamar Pusat adalah lebih tegas, keras dan bersifat sangat mendesak, dengan menggunakan frasa “hendaklah memutuskan....”.

Namun pada hakikatnya, kedua-dua Muktamar DUPP dan Muktamar Pusat melalui usul berkenaan, telah mendesak agar JKPP dan MSU supaya menyemak semula dan/atau menilai kembali kerjasama politik dengan DAP. Maknanya, keputusan akhir bagi kerjasama politik ini hendaklah ditentukan oleh JKPP dan MSU.

Disinilah letaknya kebijaksaan penderaf Usul, yang tidak difahami oleh yang tidak ingin memahaminya – iaitu mengembalikan kuasa mutlak/pemutus kepada kerjasama politik dengan DAP – kepada JKPP dan MSU. Dalam konteks Hukum, maka sewajarnya MSU perlu kembali bersidang dan mencapai kata-putus.

Pada hemat saya, jika benar Muktamar PAS ini memutlakkan Usul tersebut tanpa perlu merujuk kepada JKPP dan MSU, maka Usul akan menjadi lebih mudah sebagaimana berikut – “Bahawa PAS dengan ini memutuskan semua bentuk kerjasama politik dengan DAP serta-merta, serta kekal bersama PKR dalam Pakatan Rakyat”!

Tiada keperluan membuat rujukan kepada JKPP dan MSU, jika keputusan mutlak yang diinginkan!

Disinilah juga kebijaksanaan dipamerkan oleh Tuan Guru Presiden dan saf kepimpinan PAS, serta Jawatankuasa Usul, untuk mencadangkan Usul tersebut diluluskan tanpa dibahas – kerana pada akhirnya yang berkuasa dalam konteks Perlembagaan PAS untuk menentukan urusan Hukum – adalah terletak dibahu MSU.

Tiada gunanya Usul sedemikian dibahas, apatah lagi perbahasan perwakilan akan hanya mengundang sensitiviti dan emosi, yang pada akhirnya akan membarahkan lagi fitnah kepada PAS. Perbahasan bagi sesuatu yang tidak mutlak, akan hanya melebarkan jurang pemisah dari kalangan perwakilan, bahkan akan menyumbang kepada leburnya ukhuwwah dalam kalangan ahli. Sudah tentu hal begini, adalah mudarat yang lebih besar yang perlu dihalang. Atas prinsip sadduz-zaraik, sangat bijak tindakan untuk meluluskan Usul sedemikian tanpa bahas.

Pada akhirnya, sangat jelas kepada kita bahawa kedua-dua Usul DUPP dan Muktamar Pusat, masih belum mutlak sehinggalah diputuskan secara rasminya oleh JKPP dan MSU. Usul itu boleh diterima sepenuhnya, atau ditolak sepenuhnya atau dipinda sebahagiannya.

Muktamar – Adakah Ia Kuasa Tertinggi PAS?

Secara umumnya, saya boleh bersetuju bahawa muktamar adalah kuasa tertinggi parti. Namun di sana ada halangan/kekangan terhadap kuasa muktamar, lantas menafikan kekuasaan tertinggi parti dalam hal-hal tertentu.

Muktamar PAS tidak boleh memutuskan apa sahaja, walau pun dilulus dan direstui perwakilan bila mana ia menceroboh sempadan kekangan/halangan yang berkenaan.

Muktamar PAS, pada hemat saya tidak sama dengan Perhimpunan Agong Parti-parti lain, yang boleh memutuskan apa saja asalkan diluluskan oleh Perhimponan Agong parti tersebut. Di sinilah unitnya kewujudan MSU sebagai benteng hukum tertinggi PAS, yang didokong oleh PAS sejak sekian lama.

Fasal 7 Perlembagaan PAS, jika dihayati dengan teliti, akan memperlihatkan sekatan/halangan kekuasaan Muktamar sebagaimana berikut:

a.  Fasal 7 (1) – Muktamar adalah tertakluk kepada Hukum Tertinggi PAS – iaitu Kitabullah, Sunnah Rasul, Ijmak Ulamak dan Qias;
b.   Fasal 7 (2) – Muktamar itu sendiri tertakluk kepada syarat-syarat yang terkandung dalam Perlembagaan PAS.

Justeru disana, pada hemat saya,  Muktamar PAS secara jelas diikat dalam dua keadaan berikut:-

a. Tidak berhak memutuskan secara mutlak perkara-perkara yang melibatkan Hukum Tertinggi berdasarkan Fasal 7(1);

b. Tidak berhak memutuskan secara mutlak, perkara-perkara yang telah diperuntukkan secara spesifik oleh mana-mana Badan dalam PAS.

Tidak dapat dinafikan, tahaluf siyasi adalah perkara hukum, sebagaimana Kertas Tahaluf Siyasi yang telah saya sentuh sepintas lalu. Oleh itu, apa juga usul muktamar yang menyentuh soal hukum, hendaklah dirujuk dan disahkan oleh MSU.

Keduanya, urusan hubungan antara parti/kerjasama politik/tahaluf siyasi telah diperuntukkan secara spesifik dibawah Fasal 26(9)(k), sebagaimana berikut:-

“Memperbuat pertimbangan untuk bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan lain yang tidak bercanggah  dengan dasar dan tujuan PAS dan membuat  keputusan mengenainya setelah dipersetujui oleh MSU”.

Memandangkan soal tahaluf siyasi dan kerjasama politik adalah di bawah bidangkuasa spesifik JKPP dan MSU, Muktamar hanya boleh mengemukakan Usul untuk menggesa/mendesak kedua-dua JKPP dan MSU sahaja.

Sehinggalah Perlembagaan PAS dipinda, maka peruntukan ini kekal dan hendaklah dipatuhi sepenuhnya.

Kesimpulan

Berdasarkan penelitian Kertas Tahaluf Siyasi, Fasal 7 (Hukum Tertinggi), Fasal 8 (Majlis Syura Ulama) dan Fasal 26(9)(k) [peruntukan khusus tentang hubungan antara parti-parti lain], dengan jelasnya memperlihatkan bahawa Usul-Usul yang diluluskan oleh DUPP dan Muktamar penuh adalah tidak mutlak, serta tidak mempunyai kesan perundangan, sehinggalah ia disahkan, atau ditolak atau dipinda oleh JKPP dan MSU.

Dengan sebab itu, kedua-dua Usul DUPP dan Muktamar penuh, telah dideraf dengan penuh cermat oleh Jawatankuasa Usul, untuk membuat rujukan silang kepada JKPP dan MSU, selepas ia diluluskan oleh DUPP dan Muktamar penuh.

Saya berpendapat, rasional di sebalik pembentangan Usul asal oleh DUPP, yang kemudiannya dilulus tanpa bahas oleh Muktamar Pusat, hanyalah sebagai pencetus di peringkat akar umbi, dalam keadaan sudah mengetahui bahawa hal Tahaluf Siyasi adalah dibawah bidangkuasa MSU. JKPP dengan persetujuan MSU, tetap boleh memutuskan kerjasama politik sekiranya mendapati enam syarat tahaluf telah dicabul oleh DAP, tanpa perlu merujuk kepada muktamar, atau tanpa apa-apa Usul diluluskan oleh muktamar. Lupakah kita, kerjasama politik yang membentuk Barisan Alternatif tidak dilulus oleh muktamar, sebaliknya memadai dengan keputusan JKPP dan MSU.

Malang sekali, segelintir bekas pimpinan PAS yang berpuluh tahun bernaung dibawah Perlembagaan PAS, tidak mampu menghayati ruh dan semangat kepimpinan ulama sebagai benteng akhir untuk mempertahankan Hukum Tertinggi PAS sebagaimana Fasal 7. – HARAKAHDAILY 10/6/2015


Sumber HD - 10-6-2015

















































































































































Mesyuarat pertama JK PAS baru esok

| .


KUALA LUMPUR: Jawatankuasa PAS Pusat sesi 2015-2017 akan mengadakan mesyuarat pertamanya esok di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.
Penolong Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, mesyuarat yang akan berlangsung jam 8.30 malam itu akan melantik setiausaha agung, ketua penerangan, bendahari dan semua jawatan yang dilantik.
Bagaimanapun katanya, mesyuarat esok tidak akan membincangkan kedudukan parti dalam Pakatan Rakyat.
"PAS akan mengkaji semula kedudukannya dalam Pakatan Rakyat, tetapi ini tidak akan dilakukan pada mesyuarat pertama kita esok," katanya. - HARAKAHDAILY 9/6/2015


Sumber HD - 9-6-2015

















































































































































PAS kini berada di landasan yang betul

DR MOHD ZUHDI MARZUKI | .


Selepas Muktamar Tahunan ke-61 yang berlansung di Kuala Selangor, Selangor, minggu lepas, PAS kini berada di landasan yang betul dalam usaha untuk membangunkan semula peradaban Islam di Malaysia.

Saf kepimpinan PAS yang baru merupakan mereka yang begitu iltizam untuk membawa negara dan masyarakat Malaysia bernaung di bawah keadilan sistem kehidupan Islam. Demi mencapai tujuan ini, PAS akan mengimbangkan tiga aspek utama iaitu tarbiyah, dakwah dan siasah.

Dalam konteks ini, Presiden PAS menjadi orang terpenting mengemudi PAS kembali ke landasan sebenar, yang kemudian disambut secara besar-besaran oleh perwakilan muktamar.

Terdapat empat petunjuk penting yang memperlihatkan PAS berada di landasan yang betul:

1. PAS kini semakin mendapat kembali kepercayaan pengundi-pengundi Melayu khususnya di kalangan generasi muda, sebagaimana yang dipaparkan dalam Pilihan raya Kecil Rompin baru-baru ini. Segmen pengundi Melayu adalah segmen terpenting untuk dikuasai oleh mana-mana parti atau gabungan kerana mereka adalah teras politik Malaysia, malah faktor kestabilan politik Malaysia terpenting.

2. PAS semakin membina kekuatan sendiri untuk menembusi dua lagi segmen pengundi, iaitu segmen pengundi bukan Melayu dan segmen pengundi bumiputera bukan Islam Sabah dan Sarawak. Peranan yang dimainkan oleh Dewan Himpunan PAS (DHPP) menjadi semakin penting, di samping PAS mula meneroka hubungan persefahaman dengan kaum peribumi Sabah dan Sarawak. Tidak mustahil PAS akan mula meletakkan calon di kerusi-kerusi majoriti bukan Melayu yang menjadi kerusi tradisi DAP hari ini.

3. PAS semakin bersedia untuk menghadapi senario politik Malaysia yang sedang menuju kepada sistem pelbagai parti (multi parties system) seperti yang sedang berlaku di kebanyakan negara-negara membangun. Diyakini dalam beberapa tahun mendatang tiada parti atau gabungan yang boleh membentuk kerajaan yang stabil tanpa sokongan parti atau gabungan yang lain. Dalam konteks Malaysia, situasi ini menjadi lebih rencam disebabkan ada dua lapis kerajaan, iaitu kerajaan negeri dan kerajaan persukutuan. Oleh sebab itu, PAS seharusnya menjadi parti yang bersikap terbuka kepada semua pihak sesuai dengan 'Islam sebagai rahmat kepada semua'.

4. PAS semakin menguasai teknologi terkini terutama teknologi media dan teknologi maklumat yang merupakan faktor dominasi politik masa kini. Saf kepimpinan baru PAS didukung oleh golongan profesional yang mempunyai kepelbagaian latar belakang dalam bidang Sains dan Teknologi, bukan hanya mereka yang berlatar belakangkan profesion perundangan.

Menyedari hakikat tersebut, seluruh ahli PAS diseru untuk merapatkan ukhuwah dan memperkukuhkan iltizam untuk bersama saf kepimpinan baru yang akan memberi fokus kepada gerak kerja sehingga ke akar umbi masyarakat, bukan sekadar menumpukan kepada isu.

PAS akan menjadi sebuah gerakan Islam yang lebih terbuka untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja demi mencapai matlamat perjuangan Islam dan maslahah rakyat.

Pendek kata, para pendukung PAS perlu bersiap sedia untuk bersama saf kepimpinan baru untuk menjadikan PAS sebagai pencatur utama (king maker) kepada politik Malaysia. - HARAKAHDAILY 9/6/2015

Penulis ialah AJK PAS Pusat.

















































































































































Sumber HD -  9-5-2015

DAP gopoh hingga sanggup bergabung dengan Umno

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menyifatkan pimpinan tertinggi DAP terlalu gopoh dan tidak sabar kerana menyerang PAS termasuk Presidennya Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Mustafa akui sejak akhir-akhir ini kenyataan pemimpin DAP termasuk Lim Kit Siang dan Lim Guang Eng menunjukkan mereka gopoh dan tidak boleh bersabar.

"Saya hairan kenyataan Kit Siang, dia boleh keluarkan kenyataan selamatkan Malaysia dengan bergabung parti Umno untuk selamatkan Malaysia.

"Keluarkan kenyataan sanggup berkerjasama dengan Mahathir. Saya lagi hairan. Dalam sebulan lebih ini kenyataan seperti ini terlalu cepat. Dia kelihatan gopoh," ujar Mustafa dalam sidang media di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut hari ini.

Jelas Mustafa, mereka sudah gelabah kerana pandangan mereka tidak diterima oleh rakyat Malaysia, akhirnya untuk tutup kelemahan ini mereka terpaksa menyerang orang lain.

"Saya rasa dia serba salah, dia sudah halang dirinya sendiri. Saya nasihatkan tidak kena cakap kasar seperti itu. Jangan gopoh. Hudud ni dah lama," tambahnya.

Mustafa memberi respons berhubung dengan kritikan terbuka pimpinan DAP terhadap PAS khususnya dalam isu hudud yang mendapat liputan meluas dalam media. – HARAKAHDAILY 2/6/2015

Sumber HD - 2-6-2015


Hentikan Serangan Kepada Abdul Hadi
Posted on Wednesday, May 27 @ 11:05:25 MYT by paktam

Oleh Ahmad Awang

Dalam dialog-dialog dan perbincangan yang diadakan sebelum ini, antara soalan yang sering diajukan kepada saya ialah kaedah atau mekanisme untuk menjernihkan hubungan PAS dan Pakatan Rakyat. Dalam hal ini ramai pihak berhipotesis seolah-olah PAS menjadi satu-satunya punca keretakan hubungan Pakatan Rakyat ketika ini.


 Sebelum saya menyentuh langsung hipotesis di atas, saya ingin menegaskan bahawa Pakatan Rakyat terbina dengan konsensus yang telah dipersetujui bersama. Kesepakatan ini tidak terbina dengan pengisian yang kosong. Di dalamnya - selain konsensus Buku Jingga yang dikenali umum - terbina suatu kefahaman atau jalur politik yang sama iaitu percaya bahawa Malaysia perlu dan mampu diubah.

Atas jalur tersebut, maka sedikit demi sedikit PAS, PKR dan DAP membina kepercayaan antara satu sama lain. Bermula dengan mencari titik perjuangan yang sama, kepercayaan ini merimbun menjadi pasukan politik yang utuh dan disebut-sebut sebagai koalisi atau tahaluf paling berpotensi untuk mengambil alih teraju pemerintahan daripada Barisan Nasional.

Kini pasukan politik paling berpotensi ini sedang diuji dengan konflik pengurusan perbezaan yang paling serius. Kegagalan untuk berkomunikasi dengan baik menjadi faktor utama konflik ini semakin melebar dan meruncing. Keadaan ini menampakkan seolah-olah setiap parti politik merasakan bahawa mereka berhak untuk memperjuangkan kehendak masing-masing tanpa memikirkan samada pasukan Pakatan ini telah selesai membela dan memperjuangkan hak dan kesusahan rakyat yang menjadi tunjang koalisi ini terbentuk.

Atas faktor itu saya berpandangan bahawa seluruh pimpinan politik harus lebih matang dan teliti dalam mengurus krisis yang sedang berlaku. Perbincangan (musyawarah) dengan tujuan mencari jalan keluar harus diutamakan berbanding menembak sesama sendiri di alam maya. Politik adalah sesuatu yang dinamik. Jika perbincangan pertama tidak selesai, usah berfikir bahawa perbincangan kali kedua juga tidak akan selesai. Pengalaman memimpin Pakatan Rakyat Perak sebelum ini membuktikan pelbagai masalah besar dapat di selesaikan dengan musyawarah.

Serangan demi serangan yang dihala kepada Ustaz Abdul Hadi Awang tidak akan memberikan kelebihan politik kepada mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat. Hentikan serangan-serangan tersebut. Kalau pun niatnya mahu menegur, bukan itu caranya. Beliau masih lagi seorang insan yang perlu dipelihara maruahnya. Usah berpolitik dengan amarah dan emosi. Kedepankan hikmah (kebijaksanaan) dalam berkomunikasi. Mudah-mudahan kesemua kebaikan-kebaikan dalam politik ini akan timbul dan memudahkan urusan perjuangan kita.

~Ahmad Awang

Sumber DD - 27-5-2015



CUBA TANYA SEBAB APA KITA SERTAI PAS - IDRIS



http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/35661-cuba-tanya-sebab-apa-kita-sertai-pas

Sumber HD - 27-5-2015



DAP SERANG PRESIDEN PAS MEMUDAHKAN UMNO - SUA 3 PAS


RAJA ISKANDAR AL HISS RAJA AHMAD - PSUA 3 PP


http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/35660-dap-serang-presiden-pas-memudahkan-umno


Sumber HD - 27-5-2015

































































































































































PAS: Mejar Zaidi, Leman Raja Lawak tak dipecat
Posted on Monday, May 25 @ 13:37:37 MYT by paktam

Oleh Abdul Rahim Sabri

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menafikan bahawa tiga ikon PAS bakal dipecat parti kerana didakwa mengkritik kepimpinan parti sehingga tersebar meluas dalam media sosial.

Beliau menyifatkan dakwaan bahawa Ahli jawatankuasa (AJK) Pemuda PAS Sulaiman Ibrahim (Leman Raja Lawak), AJK Dewan Muslimat Wan Aishah Wan Ariffin (penyanyi) dan bekas juruterbang Zaidi Ahmad "sengaja diada-adakan".


Selebriti dan bekas pegawai kanan tentera udara diraja Malaysia itu sering menghiasi pentas PAS melalui ceramah dan kempen pilihan raya.

"Tak betul tu. Isu ini sengaja diada-adakan. Tak ada angin, tak ada ribut," katanya melalui kiriman SMS kepada Malaysiakini pagi ini.

Mustafa berkata setakat ini beliau tidak menerima apa-apa aduan atau maklumat berhubung dakwaan bahawa mereka mengkritik pemimpin parti melalui aplikasi WhatsApp seperti laporan Sinar Harian hari ini.

Akhbar harian itu melaporkan bahawa ekoran dakwaan tersebut, beberapa anggota parti mencadangkan supaya mereka dipecat keahlian kerana terlalu lantang menyuarakan pandangan.-Malaysiakini.com

Sumber DD - 25-5-2015

3 ikon PAS bakal dipecat sengaja diada-adakan

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menyifatkan laporan media kononnya tiga ahli parti bakal dipecat adalah isu yang sengaja diada-adakan menjelang muktamar.

"Ini adalah isu yang sengaja diada-adakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Menjelang Muktamar Tahunan PAS, macam-macam benda seperti ini," ujarnya kepada Harakahdaily.

Jelasnya, beliau tidak menerima sebarang makumat atau aduan berkait dengan isu tersebut.

"Kepada PAS, kita tiada masalah, boleh beri pandangan. Memberi pandangan secara jujur dan membina adalah perkara biasa dalam PAS.

"Kepada PAS, pandangan kebaikan kepada parti bukan kesalahan. Tak ada sebab benda-benda seperti itu diambil tindakan.

"Saya suka mengingatkan kepada semua pihak supaya jangan membuat kenyataan yang tidak betul dan tidak tepat mengenai PAS," ujarnya lagi.

Beliau menyatakan demikian ekoran laporan sebuah akhbar mengenai tiga ikon PAS yang sering menghiasi pentas ceramah parti itu kini berada dalam dilema, gara-gara didakwa mengkritik pimpinan parti itu sehingga menjadi viral di laman sosial.

Menurut laporan itu, Ahli Jawatankuasa Lajnah Politik Pemuda PAS Pusat, Sulaiman Ibrahim atau lebih dikenali Leman Raja Lawak; Ahli Jawatankuasa Muslimat PAS Pusat, Wan Aishah Wan Ariffin serta Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Sungai Petani, Mejar Zaidi Ahmad didakwa mengkritik beberapa pemimpin parti melalui aplikasi WhatsApp berhubung kepimpinan dalam PAS. - HARAKAHDAILY 25/5/2015

Sumber HD - 25-5-2015

































































































































































Majlis Syura jawab isu fitnah gabungan PAS, Umno



































































































































































HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulamak dalam sidangnya ke-31 di Kolej Islam Zulkifli Mohamad pada 19 Mei 2015 mengambil perhatian serius dakwaan dan fitnah sesetengah pihak bahawa pihak Majlis Syura Ulamak pernah meluluskan usaha penggabungan PAS dan Umno.

"Dengan ini, pihak Majlis Syura Ulamak menegaskan bahawa tiada sebarang perbincangan atau keputusan pernah dibuat ke arah gabungan PAS dan Umno," tegas Setiausaha Majlis Syura Ulamak, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Jelasnya, Majlis Syura Ulamak juga menegaskan tidak pernah wujud sama ada usaha atau pandangan ke arah penggabungan ini oleh mana-mana individu ahli Majlis Syura Ulamak seperti Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Dr Haron Din, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan lain-lain ahli jawatankuasa Majlis Syura Ulamak.

"Majlis Syura Ulamak dengan ini menyeru supaya semua ahli PAS menolak fitnah ini bagi mengukuhkan jemaah ke arah memenangkan Islam," ujarnya. - HARAKAHDAILY 21/5/2015

Sumber HD - 21-5-2015

Keahlian PAS meningkat walau dikritik

MUHAMMAD FAIZAL | .


KUALA LUMPUR: Tiga bulan pertama 2015 menunjukkan peningkatan apabila seramai 15,807 orang telah diluluskan keahliannya.

Peningkatan ini melebihi 2014 apabila sepanjang tahun lepas hanya 19,764 orang menyertai PAS.

Penolong Setiausaha Agung PAS II, Khairul Faizi Ahmad Kamil ketika ditemuai berkata pada Mac menunjukkan kemasukan ahli yang ramai iaitu 8,778 orang.

"Januari seramai 2,573 orang dan Feb pula seramai 4,456 orang.

"Ini menunjukkan rakyat yakin dengan pendirian PAS, walaupun kita dikritik dengan pelbagai isu serta masalah ia tidak menghalang orang ramai untuk menjadi ahli," katanya kepada Harakahdaily.

Menurut beliau lagi, PAS mensasarkan keahilan seramai sejuta orang untuk tahun 2015.

"Kita kempen untuk keahlian seramai sejuta orang, ini sasaran kita untuk tahun ini.

"Walaupun keahlian kita tidak ramai seperti Umno tetapi keahlian yang kita mahukan adalah betul-betul berkualiti dalam semua aspek. Walaupun Umno ramai ahli tetapi kebanyakkan mereka menyertai kerana dipaksa

"Keahlian yang berkualiti akan memberi kemenangan kepada kita pada pilihan raya kerana mereka dapat melaksanakan tugas yang baik dalam menyampaikan matlamat PAS yang sebenar," sambung beliau lagi.

Tambah beliau lagi, peningkatan sokongan kepada PAS boleh dilihat kepada keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin baru-baru ini. – HARAKAHDAILY 18/5/2015

Sumber HD - 18-5-2015

Tukar Presiden atau Nizar
Posted on Monday, May 18 @ 00:01:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Sebelum PRU tahun 2008 dahulu tidak ramai di luar Perak yang mengenali Datuk Seri Nizar Jamaluddin. Beliau ketika PRU 2008 itu merupakan Setiausaha PAS Perak dan apabila gabungan PAS, PKR dan DAP berjaya membentuk kerajaan Negeri Perak, beliau yang ketika itu ADUN Sg Panjang dilantik sebagai MB Perak yang ke 10 walaupun dalam gabungan itu PAS merupakan rakan yang paling kecil.

Dari situ nama Nizar yang sebelum ini tidak dikenali, menjadi sebutan ramai. Maklumlah MB Perak yang pertama yang bukan BN dari PAS pula tu.
Nizar yang menurut rekod menyertai PAS pada tahun 1995, dikira naik begitu pantas dalam PAS. Dalam tempuh 20 tahun duduk dalam PAS beliau telah menjadi ADUN, Menteri Besar, ahli Parlimen dan AJK PAS Pusat.
Sudah pasti kenaikkan mendadak ini adalah hasil dari kepercayaan dan sokongan serta dokongan ahli-ahli PAS dari pelbagai peringkat yang memberikan ruang dan laluan buatnya.
Apa pun dalam sebuah Gerakan Islam seperti PAS, setiap individu adalah merupakan soldadu, dan masing-masing memain peranan mengikut arahan dan halatuju yang ditetapkan oleh pucuk pimpinan berlandaskan sumber hukum tertinggi di dalam PAS.
Individu tidak penting, yang penting adalah kelangsungan perjuangan PAS itu sendiri dan usaha kearah mencapai matlamat perjuangan PAS iaitu terbinanya sebuah masyarakat dan Negara yang tunduk pada hukum dan peraturan Allah swt.
PAS terus relevan dalam politik Malaysia lantaran perjuangan Islam yang ia dokong. Benar ia punya pasang surut dalam sejarah politik Negara tetapi ia konsisten dan kukuh dalam memperjuangkan prinsipnya lantaran itu ia terus dihormati dan disenangi masyarakat dan rakyat Malaysia sehinggalah kini.
Oleh itu mana-mana individu yang naik dan punya kedudukan dalam PAS jangan sekali-kali menyangka yang mereka ditempat mereka itu hari ini kerana kehebatan atau bakat mereka masing-masing.
Mereka sesungguhnya disitu kerana ahli-ahli PAS yang hari ini mencecah 1 juta bilangannya yang letakkan mereka di situ. Ahli-ahli PAS yang istiqamah dan ikhlas dalam perjuangan, yang merupakan mata rantai dari mereka –mereka yang sama sejak dahulu ia ditubuhkan yang rela dan bersedia mengorbankan wang, harta, keringat, air mata dan darah kerana yakin pada perjuangan keramat ini.
PAS bukan ditubuhkan semalam atau 1995 tetapi ia wujud dan kekal sejak 1951 lagi.
Bila duduk di atas jangan pula angkuh, sombong, bongkak dengan menganggap hanya ia yang penting dalam bahtera perjuangan yang besar ini. Bila di atas jangan melihat mereka yang lain lekeh, lambat dan menjadi batu penghalang perjuangan.
Kita ini bergerak dalam satu jemaah satu gerakan Islam, jangan sekali-kali memandang kecil pengaruh dan iltizam ahli-ahli jemaah.
Kembali kepada Datuk Seri Nizar tadi, pastinya ramai tersentak apabila melihat tajuk akhbar Sinar Harian hari ini:

Presiden PAS perlu ditukar

Laporan akhbar berkenaan bersumberkan pandangan Nizar dalam satu majlis forum bertajuk “Legasi Perjuangan Almarhum Tuan Guru Nik Abd Aziz” yang dianjurkan di Teluk Intan baru-baru ini.
Nizar dipetik sebagai berkata bahawa PAS perlu melakukan perubahan besar-besaran termasuk memilih Presiden baru bagi memulihkan masalah dalaman parti dan mendapat kembali sokongan rakyat.
Selanjutnya beliau berkata perubahan perlu dilakukan dalam kepimpinan tertinggi pada Muktamar PAS Jun ini dalam usaha menarik kembali sokongan bukan Islam terhadap PAS.
Mengapakah Nizar lantang dan berani begitu? Mengapakah beliau mahu Presiden digantikan?
Bagi saya secara peribadi itu hak Nizar.
Dalam musim pemilihan ini ahli-ahli PAS bebas dan berhak berkempen bagaimana sahaja asalkan tidak melanggar peraturan yang telah ditetapkan. Hari ini pun kita boleh lihat terdapat usaha untuk mencabar Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, dan kepimpinan pro ulamak tertentu.
Masalahnya Nizar seakan membelakangkan hakikat bahawa perubahan yang beliau tuntut itu sebenarnya sudah pun mula berlaku diperingkat akar-umbi PAS dan mengikut trend yang ada, adalah diyakini kemuncaknya nanti akan berlaku dalam muktamar Jun ini.
Cumanya mungkin gelombang yang sedang berlaku itu tidaklah sebagaimana yang Nizar impikan.
Tidakkah Nizar lihat semasa beliau hadir dan merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Kuala Kedah kali ke 41 pada 20 Mac lalu. Betapa beliau telah dengan begitu bersungguh-sungguh mendesak para perwakilan Kuala Kedah melakukan perakara yang sama, iaitu menolak Tuan Guru dan kumpulan pro Ulamak.
Apa kesudahannya?
Kesudahnnya PAS Kawasan Kuala Kedah sebulat suara kekal mencalonkan Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang sebagai calon Presiden mereka. Ini berlaku walaupun Nizar berkempen kuat semasa ucapan perasmiannya!
Begitu juga apa yang berlaku di kawasan beliau sendiri di Kampar, Perak pada 12 April lalu.
Sebagai pemimpin yang hebat yang boleh mahu menjatuhkan Presiden, sudah pastilah mimpinya itu turut akan dikongsi oleh kekuatan akar-umbinya iaitu kawasannya sendiri yang beliau ketuai selama 14 tahun.
Apa kesudahnnya?
Kesudahannya satu Malaysia telah tahu.
PAS Kampar terus mencalonkan Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang sebagai Presiden, dan lebih memeranjatkan lagi tidak cukup dengan itu, PAS Kampar turut tukar ketuanya dengan menggantikan Nizar dengan Ustaz Mohd Soffian Rejab. Nizar sekadar memperolehi 24 undi berbanding Ustaz Soffian 146 untuk jawatan Yang Dipertua PAS Kampar.
Dan begitu juga setelah pencalonan kawasan-kawasan satu Negara berakhir baru-baru ini, kita difahamkan Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang terus mendapat sokongan pencalonan dari hampir 90 peratus kawasan-kawasan seluruh Negara.
Kesimpulannya keghairahan Nizar itu malangnya kelihatan tidak dikongi oleh ahli-ahli PAS.
Lawan dan bertandinglah menentang Tuan Guur Hj Abd Hadi Awang, tiada sekatan pun dalam Perlembagaan PAS tetapi hakikatnya dari trend semasa kelihatan orang-orang PAS terus mahu agenda perjuangan PAS berdasarkan apa yang digariskan dalam Perlembagaannya kekal, diterus dan dipertingkatkan bernkahodakan Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang.
Sebagaimana keghairahan Nizar, memang kelihatan orang-orang PAS mahu perubahan besar-besaran kali ini berlaku dalam PAS.

Akan tetapi perubahan itu tidaklah sebagaimana mimpi Nizar. Perubahan yang bakal disaksikan adalah pembinaan saf kepimpinan yang lebih mantap,  yang ikhlas dan  istiqamah berpegang kepada prinsip perjuangan, bersendikan kepimpinan ulamak demi memartabatkan Islam atas muka bumi ini, insyallah. 

........
http://n32.blogspot.com

Sumber TKO - 18-5-2015


Sepatutnya Tiada Pertandingan Presiden PAS
Posted on Sunday, May 17 @ 23:20:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

"Dr Daeng Sanusi dlm Hiwar Siyasi

Dr Daeng Sanusi Saeng Mariok antara pemimpin veteran PAS yang masih ada. Dari segi keahlian, senioriti dalam PAS, beliau antara orang lama yang masih sihat. Dalam usia yang agak lanjut, beliau turun ke kuala Ibai, Terengganu dalam Hiwar Siyasi pada 8 Mei lepas. Beliau sanggup turun kerana melihat ada perkara yang tak kena sedang berlaku. Itulah yang disebut.

Dalam ucapan itu, antara yang dihasratkan ialah insyaAllah katanya tiada pertandingan Presiden PAS. Beliau beri hujah kenapa Tok Guru Haji Hadi masih relevan sebagai Presiden PAS. Saya buat catatan selari keseluruhan ucapan tersebut. Ringkasannya seperti di bawah:

1. Apa itu Partai Islam Se Malaysia?
Tahun 1949, ketika itu saya berumur 9 tahun. Sekumpulan ulama dlm umno desak umno supaya jadikan Islam sebagai gerakerjanya atau dgn kata lain, dilembagakan Islam sebagai matlamatnya. Umno tolak. Ulama2 ini keluar dari umno, tubuhkan Persatuan Ulama Se Malaya.

Ketika itu tuntutan kemerdekaan di Gunung Semanggol yg dipimpin oleh Ust Abu Bakar alBakir, pertubuhannya diharamkan. Ulama2 ini menggabungkan diri dgn Persatuan Ulama Se Malaya. Ia adakan muktamar pertama di Parit Buntar, Perak. Kptsn supaya tubuh Partai Islam Se Malaya iaitu PAS. Diberi pilhan, samada mahu perjuangkan Islam bersama PAS atau mana2 ahli yg mahu kembali kpd kumpulan asal iaitu umno atau hizbulmuslimin, maka silakan. Ada yg keluar termasuk Ahmad Fuad yg kembali kpd umno. Partai Islam Se Malaya kehilangan pemimpin. Dicari org yg boleh pimpin. Ketemu
Dr Abas Alias yg ketika itu bekerja di KT sedia pangku ketua Partai Islam Se Malaya. Beliau org Perak kerja di Terengganu.

Partai Islam inilah yg kita warisi skrg sehingga jadi Parti Islam Se Malaysia. 1951 simbolnya tgn, kmdian bulan bntg, lps itu bulan penuh.

Perlu jadi pegangan bahawa PAS ini dasarnya Islam dan tak pernah lari dari Islam.
Kalau menyimpang dari Islam, itu bukan PAS.

Kalau sebut PAS, dasarmya Islam, matlamat Islam, pimpinannya ulama.
2. Dlm.mjls hari ini, saya paling tua, mula terlibat semenjak 1954.
Ketika di sekolah, saya. bergaul dgn mereka yg asalnya Acheh. Perjuangan mereka beri semangat.

Ketika bljr di prgkt. berikutnya, saya makin tertarik dgn PAS kerana guru saya ketika itu Dr Zulkifli.
3. Saya balik Mesir tahun 1966, isi borang ahli PAS.
Dlm PAS kini, barangkali Pak Daeng inilah paling tua.
4. Saya terpanggil utk turun dlm program ini (kerana ada perkara yg mesti diberitahu)
5. Di zaman awal PAS sehingga zaman Dato Asri, keupayaan PAS sangat terhad, ilmu, kemampuan dll tetapi tiada org PAS yg pertikai hukum Islam dll.
6. Saya pernah berceramah di Besut melihat masjid & surau yg terbeza kerana fhmn politik walaupun jaraknya hampir. Saya tak setuju. Saya diperdengarkan kaset ucapan Dato Abd Kadir Talib, umno johor kata hudud, potong tgn memang sesuai dilaksanakan di negeri Arab, x sesuai di Msia. Kehidupan org Arab nomad, berpindah dgn kaki, kalau potong tgn x apa. Di Msia, kehidupan pakai tgn, bekerja pakai tgn, kalau potong tgn habislah. Bila dgr ucapan itu, baru saya setuju dgn apa yg org Besut buat.
7. Saya dgr ada org PAS skrg yg mahu tafsirkan hukum Islam bukan lagi berdasarkan Quran, hadis sebagai sumber, bahkan secara ‘liberal’. Ini x boleh diterima.
8. Ada juga didengar, kita perlu ke Putrajaya dulu, Islam kemudian, kononnya atas fiqh awlawiyyat.
Perkara ini kalau dilihat dlm Sirah pernah berlaku kpd Nabi apabila ditawarkan pelbagai perkara dgn mengorbankan prinsip, Nabi tolak. Ini bererti prinsip mesti dijaga. Fiqh awlawiyyat mesti difahami dgn cara betul.
9. Kepimpinan.ulama sebati dgn PAS. Menolak kepimpinan ulama dibimbangi akan melencongkan halatuju perjuangan PAS.
Kepimpinan PAS mesti diberi kpd ulama.
10. Akhlak Islam mesti dipertahan termasuk akhlak itu ialah wala’ kpd kepimpinan Islam.
Kalau wala’nya kpd LGE, knp begini?
11. Mesti jaga keaslian perjuangam PAS.
1975, apabila saya balik dari Mesir tamat PhD, saya dipanggil oleh Dato Asri, saya jumpa Ust Hasan Shukri dulu.

Ust Hasan Shukri sebut: “Bersediakah terjun dlm PAS atau mahu duduk dipinggir-pinggir?

1. melangkah dlm PAS x dihampar permaidani merah.
2. Sejarah menunjukkan tiada org PAS yg khianat perjuangan PAS, hidupnya berkat.
Ada bekas wakil rkyt yg pernah khianati PAS, hidupnya x berkat.
3. kalau nabi kata dlm.msjd ada iblis, jgn fikir dlm.PAS ini semuanya malaikat.
Pesanan ini perlu dipegang.
12. Pglmn saya, PAS semenjak awal sudah bertahaluf. 1960 dgn Parti.Negara.
Bila Parti Negara mati, PAS keseorangan.

Lps 13 Mei, umno panggil PAS dan PSRM utk atasi 13 mei, terbtk kjaan mageran dipimpin oleh tun Razak.

Mageran diangkat sebagai kjaan campuran. 1974 PAS masuk dlm BN.
1978 PAS ditendang oleh BN.

Bila umno pecah, tahaluf dgn smgt 46.
1995 smgt 46 masuk umno. PAS dicerai hidup.
Ini berterusan hingga skrg.

Yg lps, PAS tak minta leluar tapi ditendang, dicerai mati atau. cerai hidup dll
PAS x minta belas kasihan dari org lain, tapi org lain yg mengharapkan PAS.
Bila PAS
13. Jgn bawa trend, pembawaan, fahaman kamu dahulu ke dlm PAS. Tinggalkan baju itu keluar, jgn bawa ke dlm.PAS. Masalahnya trend, fahaman di luar PAS itu dibawa masuk dlm PAS
14. Dahulu, realitinya tiada pertandingan utk jwtn Presiden. InsyaAllah, kali ini tiada pertandingan.
Jumaat 8 Mei 2015
5.15 ptg
"

................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
ustaznik
Posted on Sunday, May 17 @ 23:20:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


Sumber TKO - 18-5-2015


Muktamar Mengkhianati amanah selepas di pilih, jawablah di akhirat.
Posted on Sunday, May 17 @ 13:39:46 MYT by paktam

Oleh Mazlan Aliman


Pertandingan berbagai jawatan dalam parti bukan baru. Hatta, untuk kerusi Presiden PAS(dulunya Yang DiPertua Agong PAS) telah berlaku sejak dulu lagi. Contohnya, antara penyandang, Dr Burhanuddin AlHelmi dengan Prof Dr Zulkifli Mohamad.

Al Marhum Ust Harun Taib bersaing dengan Ust Hassan Sukri(Timbalan Presiden)Ust Nasharuddin Md Isa cabar Ust Hassan Sukri, Mohamad Sabu lawan Ust Nasharuddin Md Isa, Dato' Nik Amar lawan Mohamad Sabu dan banyak lagi pertandingan berlaku.

Banyak alasan di kemukakan. Nak bantu Presiden, isu prestasi, pendekatan perjuangan, mengekalkan kepimpinan Ulama' dan memperkukuh dasar parti. Bukan sahaja golongan profesional dan aktivis yang bertanding, Ulama' sama Ulama' pun menawarkan diri bertanding.



PAS kian berkembang. Ahlinya telah melepasi sejuta orang. Keperluan mengurus parti ke arah yang lebih baik, sangat di utamakan. Jawatan dalam parti adalah amanah bagi melaksanakan tanggungjawab masing masing. Kelebihan seseorang di manfaatkan, samada dia Ulama', profesional maupun aktivis parti.

Perlembagaan dalam PAS tiada sekatan untuk sesiapa bertanding atas apa jua jawatan jika dicalonkan. Soal layak atau tidak, itu penilaian organisasi yang mencalonkan, tuan punya yang bertanding juga boleh melakukan muhasabah. Berjanji untuk itu dan ini mudah sahaja dilafazkan, 2 tahun memegang jawatan, boleh nilai sendiri prestasi kepimpinan dan kualiti kerja. Ada yang menilai ikut prestasi, tidak kurang juga hari ini kerana anak pemimpin, hubungan kawan serta kumpulan.

Jarang datang mesyuarat dan tidak aktif dalam jamaah, kadang kala di pilih juga sebab geng kita....

Banyak pihak buat komen dan ulasan pertandingan dalam parti. Ada pro dan kontra. Bagi saya, yang penting, berlumba lumba melakukan kebaikan. Mengkhianati amanah selepas di pilih, jawablah di akhirat. Amanah bukan retorik menyedapkan halwa telinga. Bersemangat di awal musim dengan visi dan misi. Buat retreat dan bengkel. Bila gagal mula menuding jari, kemudiannya letak jawatan...

Jika kita dapat laksanakan amanah dengan baik, insha Allah, perwakilan parti akan memilih dan menempatkan kita sebagai pemimpin. Tidak perlu nak promote diri, apatah lagi memfitnah orang lain, Nauzubillah...

Seandainya, kita sudah buat yang terbaik, perwakilan tidak undi juga kerana sebab tertentu; Alhamdulillah, semakin ringan tanggungjawab kita. Banyak medan lain yang boleh di sumbangkan demi perjuangan Islam.

Teruskan perjuangan. Fokus kepada usaha dakwah dan perjuangkan hak rakyat di mana pun kita berada. Jangan hampakan harapan rakyat. Bila kita sibuk di lapangan, tiada masa berpolemik dan mencari cari aib saudara kita. Sebarluaskan gagasan besar kita buat masyarakat seluruhnya; tanpa mengira agama dan anutan poiitik.

PAS FOR ALL


Sumber DD - 27-5-2015







































































































































































Ada baiknya Kit Siang mohon maaf - Majlis Syura









































































































































































ASLANI M | .


MACHANG: Majlis Syura Ulamak PAS berpendapat ada baiknya Penasihat DAP, Lim Kit Siang memohon maaf berhubung ucapannya di Kota Bharu pada 10 Mei lepas.

Setiausahanya, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, setidak-tidaknya ia dapat meredakan sedikit penyokong peringkat bawahan.

Katanya, dari segi.moral wajar sekali tindakan itu diambil oleh pemimpin terbabit.

"Mungkin juga pihak penganjur tidak menjangka ucapan sedemikian dibuat oleh pemimpin DAP terbabit.

"Sepatutnya program seperti itu perlu dimaklumkan terlebih dahulu kepada PAS negeri," katanya selepas merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Ulamak PAS Kelantan di Markas Dewan Ulamak PAS Kelantan di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Datuk Hassan Mohamood dan anggota jawatankuasanya.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah pada ceramah 'Perkukuh Pakatan Hancur Barisan' di Padang Perdana mendakwa negara yg mempunyai ramai penduduk Islam di Mesir dan Jordan tidak melaksanakan perundangan Islam. - HARAKAHDAILY 16/5/2015

Sumber HD - 16-5-2015

Kepimpinan ulama tunjang kekuatan PAS - Dr Sanusi

KHAIRUL AZLAM MOHAMAD | .




KUALA TERENGGANU: PAS yang mendasari perjuangan Islam masih memerlukan kepimpinan ulama sebagai tunjang kekuatan parti serta mengekalkan akhlak mulia Islam yang menjadi budaya tradisi gerak kerja parti.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib PAS, Dr Sanusi Daeng Mariok berkata, menolak kepimpinan ulama dalam PAS akan menjejaskan parti itu.

Ini kerana, katanya tradisi PAS sejak ditubuhkan dan sejarah perkembangan parti hingga sekarang di bawah kepimpinan ulama.

“Menolak kepimpinan ulama di dalam PAS ini akan menjejaskan PAS, sebab tradisi PAS sejak ditubuhkan dan sejarahnya sampai sekarang ini pimpinan ulama.

“Akhlak mulia Islam yang menjadi budaya tradisi gerak kerja PAS ini mestilah dipertahankan termasuklah akhlak itu berwala’ kepada pimpinan, berwala’ kepada perjuangan parti.

“Marilah kita sama-sama berpegang kepada perjuangan Islam, dasar Islam, pimpinan kita ialah pimpinan ulama dan akhlak budaya tradisi kita ialah akhlak Islam. Jangan berubah dari tiga dasar kekuatan PAS ini,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Hiwar Siyasi bertajuk PAS Selepas 60 Tahun anjuran Lajnah Dakwah, Kesenian dan Kebudayaan PAS Negeri Terengganu di Markaz Tarbiyyah PAS Kawasan Kuala Terengganu, dekat sini petang semalam.

Beliau yang juga mantan Naib Presiden PAS menegaskan bahawa dasar PAS sejak ditubuhkan adalah Islam yang mesti dipertahankan.

Katanya, pendekatan dan strategi parti boleh berubah-ubah mengikut kesesuaian serta kondisi semasa.

“Pendekatan dan strategi itu boleh kita berubah sesuai dengan situasi dan kondisi semasa tetapi dasar kita dan budaya kita jangan diubah sama sekali, lebih-lebih lagi jika perubahan itu yang kita ingini hanya untuk kepentingan duniawi, untuk ke Putrajaya dengan meninggalkan Islam,” tegasnya.

Beliau turut membawa contoh beberapa parti dan gerakan Islam dunia yang mengambil pendekatan lunak mengubah dasar Islam.

“Berapa banyak parti-parti Islam dan gerakan Islam lain yang merubah pendekatannya dan secara drastik merubah dasar-dasarnya, akhirnya menjadi parti lain dan bukan memperjuangkan Islam lagi,” jelasnya di hadapan 400 hadirin.

Justeru, tegas beliau PAS memerlukan kepimpinan ulama dan orang yang mahu memperjuangkan Islam menyertai PAS. - HARAKAHDAILY 9/5/2015

Sumber HD - 9-5-2015











































































































































































Realiti susur galur pimpinan dalam PAS dan halatuju seterusnya

Posted on Sunday, May 03 @ 00:50:15 MYT

Dilulus untuk paparan oleh aya

bendera-pas-300x208
Tersirat dan Berselirat

Terkenang saya akan pimpinan terdahulu yang banyak berkorban untuk PAS dari segenap sudut tidak kira tenaga, harta,wang ringgit malah boleh dikata segalanya untuk PAS dan jemaahnya. Nama  seperti Dr Burhanudin Al Helmi,Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan, Tuan Guru Yusof Rawa, Ustaz Fadhil Noor,Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat,Ustaz Abu Bakar Chik,Ustaz Harun Taib malah ramai lagi pimpinan yang banyak berkorban yang mana boleh saya tafsirkan korbankan diri mereka kepada PAS.Malah tidak lupa Ustaz Abu Bakar Al Baqir serta beberapa pimpinan lain yang membuka jalan dan ruang kepada penubuhan PAS.


Jangan kita lupa juga ahli-ahli biasa yang ramai terdiri dari pesawah,penoreh getah,nelayan, buruh kasar hingga ke jawatan paling tinggi juga berkorban untuk PAS dan jemaah. Jika dilihat umpamanya nelayan, penoreh getah dan seumpamanya yang hanya orang susah umpama kais pagi makan pagi sanggup menderma wang ringgit dan harta benda,keringat serta tenaga meraka pada PAS walau jika dikira sumbangan wang ringgit dan harta benda mereka yang tentunya sedikit, belum tentu kita yang ada segalanya sanggup memanjat pokok kelapa hingga ke pucuk menggantung bendera, bertempur ketika memasang bendera, berjaga siang malam menjaga markaz, memasak untuk petugas peraih undi dan sebagainya.

Walau miskin harta benda tapi sumbangan mereka tidak ternilai untuk PAS dan jemaahnya. Takrifan pengorbanan itu luas jadi jika kita berasa pengorbanan kita pada PAS dan jemaahnya besar, maka elok kita fikirkan pengorbanan orang sebegini dan orangterdahulu. Jika kita ingin mengangkat pergorbanan kita ke depan, jika kita ingin orang menilai pengorbanan kita, jika kita menyanjung pengorbanan kita maka PAS bukan tempatnya kerana PAS bergerak dan menuntut diatas keikhlasan dan tawadduq dalam perjuangannya.

Hormat dan Akur ataupun sebaliknya.
Dalam ramai pimpinan yang saya sebutkan tadi, nama Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat paling menonjol dan menjadi sebutan. Disebabkan ketokohan beliau terutamanya dalam membawa PAS ke arus pembaharuan dalam politik tanahair dan PAS itu sendiri maka beliau disanjung serta diingati. Kata-kata beliau menjadi tutur bicara rakyat Malaysia tidak kira fahaman politik dan ideologi. Kaedah beliau berpolitik, keikhlasannya,sifat rendah diri beliau malah jika dilihat kediaman beliau sudah cukup menggambarkan beliau seorang yang tetap pendirian,berjiwa besar serta rendah diri.

Walau diberi pelbagai kemudahan serta kesenangan namun beliau tetap orang yang sama seperti mana dahulu. Sebelum saya mencoret,sempat saya mendengar salah satu perbualan kegemaran saya, perbualan beliau dengan Hot FM 5 tahun dahulu tentang perlawanan akhir bolasepak di antara Kelantan vs Negeri Sembilan, walau bersahaja sambil menceritakan tentang bolasepak, sempat beliau menceritakan tentang beliau bermain bolasepak di zaman beliau memondok di Jertih sebelum perang Jepun dan kegemaran beliau menunggang kuda dahulu tetapi beliau masih berpesan supaya beradab dan berakhlak disamping menerap nilai Islam. Cukup besar jiwa ini.Moga Allah tempatkan beliau dikalangan orang yang beriman.Al – Fatihah untuk beliau serta pimpinan terdahulu.

Amat sukar untuk mencari ganti jiwa besar sebegini. Malah saya katakan Almarhum Tuan Guru Nik Aziz telah menjadikan dirinya contoh kepada PAS dan pimpinannya supaya berjiwa besar.Pimpinan seperti TG Presiden,TG Mursyidul Am, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man, Ustaz Nik Zawawi, Ustaz Idris Ahmad, Iskandar Samad dan Ustaz Nasaruddin Hassan adalah di antara pimpinan  yang boleh saya kategorikan seperti itu.

Namun pada tanggal 22 Jun 2009,telah membuktikan apa yang saya ungkapkan sebagai jiwa besar itu sendiri. Almarhum Tuan Guru telah memohon maaf kepada Timbalan Presiden PAS ketika itu, Ustaz Nasharuddin Mat Isa ke atas polemik yang berlaku serta menarik balik kata-kata beliau terhadap Ustaz Nasharuddin. Bukan mudah bagi seorang seperti beliau berbuat demikian dan saya boleh katakan belum tentu ada orang berstatus seperti beliau sanggup berbuat demikian.

Semuanya berkaitan Isu Kerajaan Perpaduan yang dimainkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab samada di dalam parti mahupun di luar parti. Sebelum sidang media tersebut,telah diadakan Mesyuarat Khas berkenaan isu ini selama 2 jam di Pejabat Agung PAS. Diantara yang hadir dalam Mesyuarat Khas tersebut ialah Musyidul Am Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Presiden Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden Ustaz Nasharuddin Mat Isa Timbalan Mursyidul Am, Tuan Guru Dr Haron Din; Naib Presiden – Dato Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, bekas naib presiden, Ahmad Awang, Ketua Dewan Pemuda, Nasruddin Hassan dan Ketua Muslimat Ustazah Nurida Salleh (jawatan ketika itu).

Di dalam sidang media tersebut telah diputuskan dalam sidang media tersebut bahawa segala isu berbangkit telah tamat,maka dalam kata lainnya tutup buku, tiada persoalan lagi serta tidak perlu berbicara atau disentuh. Segala isu dan sandiwara hanya polemik serta mainan sensasi media serta orang yang berkepentingan di dalam kisah ini. Maka tutuplah isu tersebut dan tidak dipanjangkan lagi.

Manusia yang tidak pernah akur pada pimpinan serta sering menimbulkan persoalan wajar diberi perhatian kerana jika dibiar, boleh membawa bencana. Sekali lagi dalam menghadapi muktamar kali ini, isu Kerajaan Perpaduan ini dimainkan semula sedangkan ianya telah lama berlaku dan berlalu.

Setelah Ustaz Nasharuddin Mat Isa tewas jawatan Timbalan Presiden pada Muktamar 2011 akibat isu ini, maka sekali lagi dimainkan isu ini dan siapa pula mangsa kali ini sedangkan peristiwa ini telah lama berlalu lebih kurang 6 tahun yang lalu serta telah ditutup secara rasminya oleh Almarhum Tuan Guru Nik Aziz. Maka menjadi persoalan mengapa ianya dijadikan modal untuk pemilihan dalam Muktamar kali ini dan siapa yang mendapat manfaatnya. Jika dilihat sejak 2009 sehingga sekarang tiada satu pun usaha kearah itu lagi samada dari PAS mahu pun UMNO malah hanya cakap kosong yang awal lagi telah ditepis oleh TG Presiden atau Almarhum TG Nik Aziz semasa masih ada hayat beliau, jadi untuk apakah dimainkan semula isu ini?

Makanya bagi saya siapa saja yang memainkan isu ini ketika pemilihan menjelang Muktamar ialah manusia paling jijik dan serta teramat kotor hati serta akalnya. Ianya jelas permainan politik kotor yang cuba dibawa masuk kedalam PAS oleh orang yang mempunyai kepentingan peribadi serta dahagakan jawatan.Orang sebegini saya sifatkan umpama penyakit kurap dan kayap, makin digaru makin gatal serta sedap. Makintinggi tangga herarki yang didaki maka makin sedap pula kerusi yang diduduki.

Duniawi dan Peribadi
Maka apabila niat untuk memainkan isu ini jelas dan benar ditimbulkan semula,maka kita dengan akal yang bernas boleh berfikir apa tujuan serta matlamatnya. Isu yang ditutup oleh orang yang telah tiada tetapi ditimbulkan semula setelah tiada seolah-olah menunggu saat yang sesuai untuk melancarkan perang. Maka jika kita ingat dan jelas kembali isu tersebut maka kita jelas kepada siapa perang itu dihala,iaitu TG Presiden sendiri. Maka jelas ianya adalah satu politik kotor dan jijik yang cuba dibawa kembali kedalam PAS dengan membuka semula kisah lama agar parut kembali menjadi luka.wajarkah orang sebegini berada didalam PAS serta saf kepimpinan? Fikirlah dengan akal yang tajam dan waras.

Maka apabila matlamat menghalalkan cara,tidak kisah apa sekalipun maka tujuan asal akan terus menceritakan sebabnya. Maka boleh disimpulkan tujuan dimainkan semula isu ini adalah modus operandi sebenar untuk menumbangkan TG Presiden, maka tidak salahlah telahan beberapa pihak sebelum ini dan terbukti ianya memang benar berlaku. Maka bila bangkit ahli yang menentang politik kotor sebegini maka timbullah kata-kata ” Sokong Bawa Rebah ” dan ungkapan Ustaz muda yang baru pulang dari timur tengah tidak faham berpolitik serta ingin membawa PAS semula kebelakang atau PAS Konservatif.Adilkah bersikap begitu sedangkan yang memainkan isu tersebut adakah populist, materialistic dan dahagakan jawatan sehingga sanggup mendarahkan kembali PAS dengan luka lama yang pada saya sudah lama sembuh dan berparut.

Agak pelik bila isu ini ditimbulkan selepas ketiadaan Almarhum TG Nik Aziz yang mana apabila cuba dibawa semula isu ini semasa hayatnya dengan mudah beliau menjawab ianya isulapuk. Maka kita semua tahu pengahkhiran isu ini,apa yang terjadi pada Dato Hassan Ali serta siapa sebenarnya yang mengatur pertemuan maka bagi saya ianya telah selesai.Maka ada yang berkata ianya berkaitan di Perak dan Selangor pula. Sebetulnya kaji dahulu musabab Kerajaan Perak jatuh,siapa yang lompat parti serta siapa yang pancing siapa.Mustahil ikan tidak memakan umpan makan perlu jelas ikannya jenis apa serta saiznya.Mungkin di Pangkor banyak ikan sebegini maka mungkin sebab itu Sir Andrew Clark dan Raja Muda Abdullah mengadakan perjanjian disana. Masihbernyawa lagi Tan Sri Khalid Ibrahim berkenaan berkenaan Selangor tetapi biarlah,agak sukar berbicara di Selangor, tidak perlu dihadapkan ke Mahkamah sudah boleh disabitkan kesalahan.

Berbaju tetapi tidak bercelana
Anggaplah segala yang dilontar oleh saya sebagai peringatan bahawa PAS mengajar ahlinya supaya beradab dan bukannya biadap sesuai dengan dasar Islamnya.Maka apabila ada yang biadap dengan membangkitkan isu lama kita anggap seperti merotan anak yang berusia 10 tahun yang tidak mahu disolat sebagai peringatan dan pengajaran.Cuma apabila besar lalu ia cuba untuk mencuri dan seterusnya berjaya mencuri,maka wajarlah kita menghukum,lalu sesuailah dengan azam TG Presiden memasukkan RUU Hudud di Parlimen maka saya syorkan ianya dicuba dahulu didalam PAS sendiri maka muktamar tempat sesuai untuk melaksanakannya.Maka berlarilah nanti bertempiaran dengan hanya berbaju selepas selesai muktamar.

Ramai yang memuji malah mengagongkan serta mengangkat Almarhum TG Nik Aziz dalam segala hal tetapi dalam masa sama ramai yang engkar akan saranan serta amanat beliau.Maka wajarlah kita kaji serta selidik sebelum kita bertanggungjawab atas apa yang kita pilih.Masih saya teringat satu susuk tubuh yang menari sambil menyanyi ketika pembebasan DS Anwar Ibrahim,jika dilihat sebelum itu maka jelas ianya ahli PAS tetapi jika dilihat semasa keadaan itu membuatkan kita terfikir,adakah PAS gagal dalam mentarbiah ahlinya atau ahlinya sendiri yang gagal dalam memahami tarbiah PAS lalu terikut ideology lain atau sememangnya PAS adalah sebagai batu loncatan dalam mimipi herarki politik lalu terkadang menbuatkan saya terfikir sehingga termimpi,adakah benar yang dihukum itu bersalah atau menjadi mangsa rakus sikap segelintir yang tidak sabar mahu mendaki. -jamaahdalamjamaah.wordpress.com

Terus Beristiqamah.
TOLAK GST dan TOLAK PASMA.
Gua Realist.
2 MAY 2015.


Sumber TKO - 2-5-2015

Dunia wajar kutuk rejim As-Sisi terhadap Ikhwan

MUHAMMAD FAIZAL | .


KUALA LUMPUR: PAS mengecam keputusan Mahkamah Jenayah Kaherah, Mesir yang menjatuhkan hukuman gantung terhadap Mursyidul Am Ikwanul Muslimin, Dr Muhammad Badie dan tiga belas yang lain.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata PAS mengutuk sekeras-kerasnya hukuman zalim, kejam serta tidak bertamadun yang dilakukan oleh pemerintah kudeta yang diketuai oleh Jeneral As-Sisi.

PAS, katanya menerima dengan pilu dan sedih keputusan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Mesir.

"Di bawah pemerintahan As-Sisi, mereka menjatuhkan hukuman melalui Mahkamah Tentera yang telah membicarakan orang awam dan dinafikan hak perbicaraan secara adil.

"Masyarakat dari serata dunia sewajarnya mengutuk perbuatan zalim pada era demokrasi moden ini," katanya.

Jelasnya, institusi Mahkamah Mesir sudahpun kehilangan penghormatan dan maruahnya apabila ia menjadi alat rejim untuk menganiaya masyarakat awam khususnya pemimpin gerakan Ikhwanul Muslimin.

"Pertubuhan Hak Asasi turut menyuarakan bantahan mereka atas tindakan kejam rejim ini terhadap para peserta demonstrasi yang telah ramai ditahan dan dibicarakan di Mahkamah Tentera.

"Hakikatnya, rejim As-Sisi ini tidak pun mendapat sokongan umum melainkan golongan tentera. Kami mendesak agar kuasa diberikan kembali kepada rakyat Mesir untuk memilih mereka yang benar-benar layak untuk menjadi kerajaan melalui kaedah demokrasi yang adil, telus dan terbuka," tambah beliau lagi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena turut menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan badan-badan antarabangsa yang lain untuk memberikan tekanan kepada rejim Mesir bagi membatalkan hukuman mati terhadap Dr Badie dan semua ahli Ikhwan yang lain dan juga menuntut pembebasan semua tahanan politik semenjak berlakunya rampasan kuasa pada tahun 2013.

Tambah beliau, PAS juga menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bersama mendoakan agar demokrasi di Mesir dapat dipulihkan kembali serta pembebasan semua tahanan politik yang dipenjarakan rejim As-Sisi.

"Kita tetap menyatakan solidariti kebersamaan seiring dengan rakyat Mesir yang mengharapkan keadilan dan kebenaran ditegakkan semula di bumi Mesir," sambung beliau lagi.

Pada 11 April lalu, Mahkamah Jenayah Kaherah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap empat pemimpin Ikhwan Muslimin, manakala empat belas lagi dihukum penjara seumur hidup, berikutan keganasan yang dikatakan berlaku pada 2013.

Mereka dikatakan terbabit dalam pertempuran pada 30 Jun 2013, empat hari sebelum Presiden Mohammed Morsi disingkir, yang menyebabkan 9 orang terbunuh manakala puluhan lagi cedera.

Mereka dituduh membunuh dan merancang pembunuhan peserta demonstrasi yang berhimpun di hadapan ibu pejabat Ikhwan Muslimin di Bukit Muqattam. - HARAKAHDAILY 14/4/2015

Sumber HD - 14-4-2015













































































































































































Pelaksanaan GST adalah haram - Dewan Ulama PAS

Posted on Sunday, April 12 @ 12:00:00 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Pelaksanaan GST adalah haram - Dewan Ulama PAS

KUALA LUMPUR: Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas Pusat, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh hari ini berkata Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dikenakan oleh kerajaan terhadap rakyat adalah haram.


"Cukai sebegini seolah-olah merompak rakyat secara sah ... walaupun Islam membenarkan kutipan cukai dalam negara, tetapi ia adalah haram apabila negara dipenuhi ketirisan dan rasuah," katanya kepada pemberita pada program 'Himpunan Derita Rakyat (HINDAR)' anjuran Dewan Ulama PAS Pusat, pada Sabtu.

Menurut beliau, di Singapura, meskipun kerajaannya mengenakan GST, tetapi ianya diganti dengan sistem pengangkutan awam yang efisyen serta harga kereta yang jauh lebih murah.

Selain itu, katanya negara Malaysia kaya dengan pelbagai sumber asli seperti petroleum dan kayu balak yang boleh dijadikan sumber pendapatan.

Terdahulu, dalam ucapannya, Nik Zawawi berkata Dewan Ulama PAS akan meneruskan agenda seperti program HINDAR ini membangkitkan kesedaran rakyat.


HINDAR

Ujarnya, ini adalah pertama kali Dewan Ulama turun untuk membantah kerana katanya pelaksanaan GST menzalimi rakyat dan bercanggah dengan syariat Islam.

"Kita Dewan Ulama bukan menentang secara membabi-buta, tetapi GST satu sistem percukaian yang tidak patut dilaksanakan di negara kita," katanya lagi.

Nik Zawawi juga berkata, beliau bersedia berdebat dengan mana-mana pihak termasuk menteri atau mufti tentang hukum melaksanakan GST.

"Saya hendak rumuskan bahawa dalam negara kita ini, dikenakan GST ini hukumnya adalah haram. Dan saya bersedia untuk bersemuka dan siapa sahaja dalam negara kita di kalangan ilmuan atau sesiapa pun saya sanggup untuk berdepan dengan mereka, tetapi dengan syarat dalam televisyen yang dibuka umum," katanya.

Ditanya mengapa Dewan Ulama memilih untuk turun membantah GST dan bukan cukai-cukai lain sebelum ini, katanya sebelum ini cukai yang dikenakan oleh kerajaan tidak begitu membebankan tetapi GST melibatkan semua rakyat.

"Dan kita rasa ini tanggungjawab Dewan Ulama untuk jelaskan dari segi hukum itu sendiri... itu yang menyebabkan bila adanya GST ini, kita turun," ujarnya.

Dalam pada itu beliau juga mencadangkan supaya kerajaan lebih agresif dalam usaha menarik pelabur asing dari negara-negara ASEAN untuk melabur di negara ini daripada mengenakan GST.

Himpunan yang menyaksikan kira-kira 2,000 perserta yang di Padang Merbok itu turut dihadiri Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu; Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, dan pemangku Timbalan Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohamed. 

Sumber TKO - 12-4-2015

PRK Rompin: Pusat tunggu laporan PAS Pahang

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: PAS Pusat terlebih dahulu mendapatkan laporan daripada PAS Pahang serta Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat berhubung kekosongan kerusi Parlimen Rompin yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya hari ini.

Ketika bercakap dengan Harakahdaily, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali memberi ruang kepada PAS Pahang untuk menyatakan pandangan mereka terhadap kekosongan kerusi Rompin.

"Kita dengar dulu laporan daripada negeri berkenaan, dapatkan dulu pandangan mereka kemudian kita akan lihat," katanya.

Beliau juga menjangkakan perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat pada 13 April ini.

"Mesyuarat nanti akan menyentuh kedua-dua pilihan raya kecil Rompin dan Permatang Pauh," katanya ringkas.

Hari ini SPR mengesahkan telah menerima notis pemberitahuan mengenai kekosongan kerusi kawasan Parlimen Rompin daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin perlu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter di Semenyih, Sabtu lalu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 Mei 2013 lalu, Jamaluddin mendapat 30,040 undi untuk mengekalkan kerusi kawasan tersebut yang disandangnya sejak 23 tahun lalu sementara calon PAS, Nuridah Mohd Salleh memperolehi 14,926 undi. - HARAKAHDAILY 7/4/2015

Sumber HD - 7-4-2015















































































































































































Tuc Usin Ceroi boleh hubungi saya - Mustafa

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Siasatan mengalu-alukan kesudian Tuc Usin Ceroi untuk tampil memberi kenyataan aduan terhadap audio klip yang disebarkan di facebooknya dan tuduhan terhadap Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

"Saya selaku Pengerusi Jawatankuasa menunggu kedatangan Tuc Usin Ceroi ke Pejabat Agung PAS secepat mungkin," ujar Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa dalam kenyataan ringkas.

Mustafa berkata, Tuc Usin Ceroi boleh menghubungi beliau secara terus atau Khairul Faizi, selaku Penolong Setiausaha Agung dan setiausaha jawatankuasa siasatan bagi menentukan masa yang sesuai untuk menghadirkan diri. - HARAKAHDAILY 2/4/2015

Sumber HD - 2-4-2015


Hadi: Yang Islam sokong, bukan Islam beri laluan

Posted on Tuesday, March 31 @ 09:30:47 MYT

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



PAS berharap anggota Parlimen beragama Islam tanpa mengira parti politik menyokong rang undang-undang persendirian bagi membuka laluan kepada pelaksanaan hudud di Kelantan.

Pada masa yang sama parti itu juga menggesa anggota Parlimen bukan Islam “memberi laluan” supaya hudud dapat menjadi kenyataan kerana tiada ia tiada kena mengena dengan mereka.

"Ini adalah hak orang Islam. Tidak ada kena mengena dengan bukan Islam.

"(Diharap) mereka memberi laluan melalui semangat persekutuan, Islam agama Persekutuan dan agama lain bebas diamalkan," kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mesyuarat jawatankuasa pusat parti itu di ibu pejabatnya di Kuala Lumpur hari ini.

Turut hadir dalam sidang media itu Timbalan Presiden Mohamad Sabu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Penolong Setiausaha Agung Datuk Takiyuddin Hassan.

Takiyuddin berkata rang undang-undang persendirian itu untuk meminda Seksyen 2 Akta Mahkamah Syariah berkaitan bidang kuasa mahkamah syariah berkaitan hal menjatuhkan hukuman.

Katanya, ketika ini hukuman bagi Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah hanya terhadap kepada hukuman tiga tahun penjara, denda RM5,000 dan enam kali sebatan.

"Rang undang undang persendirian ini mahu supaya bidang kuasa jenayah syariah satu Malaysia termasuk Kelantan dinaikkan.

"Ini hanya memerlukan majoriti mudah dalam Dewan (Rakyat)," katanya sambil menambah ia dijangka akan dibaca buat kali pertama pada sesi parlimen kali ini.

Sementara itu, mengulas itu peletakan jawatan 17 anggota jawatankuasa PAS Batu yang kecewa dengan kepimpinan Hadi, Mustafa berkata ada di kalangan mereka yang sebenarnya mengambil keputusan drastik itu.

"Dia tidak tandatangan tapi nama dia dimasukkan. Dia menafikan letak jawatan," katanya. - MK


Sumber TKO - 31-3-2015

JK TADBIR KENDALI MESYUARAT AGUNG PAS BATU - SUA


DATO' HJ MUSTAFA ALI - SUA PAS

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/34624-jk-tadbir-kendali-mesyuarat-agung-pas-batu


Sumber HD - 30-3-2015

Kenyataan Guan Eng terhadap Presiden PAS suatu yang pelik

KUALA LUMPUR - Penolong Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan menyifatkan kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah sesuatu yang pelik.
  
Takiyuddin berkata, kenyataan yang meminta Presiden Pas itu keluar daripada pakatan pembangkang jika mahu meneruskan usaha pelaksanaan hudud, adalah sesuatu yang tidak rasional kerana ia adalah perkara kecil.

"Walaupun Pas berada dalam pakatan tetapi ia masih tertakluk kepada perlembagaan parti dan usulnya iaitu melaksanakan sesuatu untuk mewujudkan masyarakat berteraskan syariat Islam.

"Perlembagaan adalah dokumen yang sah dan membawa maksud pertubuhan itu sah melaksanakan apa yang menjadi matlamat perjuangan mereka," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini (25 Mac).
  
Menurutnya komponen dalam pakatan pembangkang sama ada DAP atau PKR berhak tidak bersetuju dengan usul berkaitan hudud kemukakan Pas tetapi tiada hak untuk menghalang perjuangan mereka (Pas).
  
"Saya tidak faham kenapa ia menjadi sesuatu yang dianggap melanggar janji atau mengkhianati PR kerana usul Rang Undang-undang Persendirian untuk pelaksanaan hudud di Kelantan itu tidak menyentuh langsung perkara berkaitan orang bukan Islam, ia semata-mata untuk meningkatkan kredibiliti Mahkamah Syariah," katanya.
  
Beliau berkata, dalam Enakmen Syariah (Hudud) Kelantan, Seksyen dua secara jelas menyatakan bahawa ia hanya terpakai kepada orang Islam, yang mukallaf, yang melakukan kesalahan dan berada di dalam negeri Kelantan sahaja.
  
"Kenapa perlu risau? Hanya menaik taraf bidang kuasa Mahkamah Syariah, kita baru bentang sahaja, belum buat apa-apa lagi, tentang bagaimana perlaksanaannya belum pasti lagi," katanya.

Sumber PP - 26-3-2015















































































































































































DAP biadab, tarik balik tuduhan kepada Presiden PAS

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: PAS melahirkan kekecewaan yang amat sangat terhadap tuduhan liar dan penghinaan ke atas batang tubuh Presiden dan PAS oleh pimpinan tertinggi DAP.

"PAS menggesa DAP menarik balik semua tuduhan melampau yang dikeluarkan," tegas Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan.

Katanya, kenyataan biadab dan menghina bertubi-tubi yang dilakukan DAP terhadap Presiden dan PAS telah melampaui adab dan budaya yang tidak dapat diterima rakyat Malaysia, apatah lagi dalam satu gabungan pakatan.

Tegasnya, tiada erti mesyuarat Pakatan Rakyat diadakan jika DAP meneruskan sikap sombong biadap dengan enggan menarik balik tuduhan liar melampau mereka terhadap Presiden. - HARAKAHDAILY 25/3/2015

Sumber HD - 25-3-2015



DAP kebudak-budakan - Mustafa Ali


Posted on Tuesday, March 24 @ 14:33:36 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (gambar, kanan) menyifatkan keputusan DAP memutuskan hubungan dengan Hadi sebagai "kebudak-budakan".

Katanya, hubungan dalam politik termasuk dalam PR, ialah antara parti dengan parti, bukannya antara parti dengan mana-mana pemimpin parti.
"Ini keputusan kebudak-budakan dan tidak matang," kata Mustafa kepada akhbar ketika diminta mengulas perkara tersebut.

Beliau berpendapat, sekiranya DAP matang, parti itu akan membuat keputusan dengan parti itu sendiri, bukan dengan mana-mana pemimpinnya.

"Setiap parti melantik pemimpin masing-masing. Jadi, jika ingin bekerjasama, kena terima pemimpin yang dipilih parti itu," katanya.

Sumber TKO - 24-3-2015























































































































































































JK Tadbir akan urus mesyuarat agung PAS Batu

HARAKAHDAILY | .



KUALA LUMPUR: PAS Pusat akan melantik Jawatankuasa Tadbir untuk menguruskan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Batu dan pemilihan jawatankuasa bagi sesi 2015-2017.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, ini ekoran peletakan jawatan 17 orang ahli jawatankuasa PAS kawasan itu, semalam.

Beliau berkata, pelantikan Jawatankuasa Tadbir itu berdasarkan kepada peruntukan Perlembagaan PAS.

"Pejabat Setiausaha Agung PAS sudah semak dan mendapati ahli jawatankuasa PAS Batu yang masih ada tidak cukup korum untuk mengendalikan urusan PAS kawasan termasuk mesyuarat agung," ujarnya kepada Harakahdaily.

Biasanya, jelas beliau jawatankuasa tadbir yang diberikan mandat oleh PAS Pusat untuk mengendalikan mesyuarat agung dan pemilihan PAS kawasan itu diserahkan kepada perhubungan PAS negeri berkenaan.

Katanya, jawatankuasa tadbir bagi mengendalikan mesyuarat agung dan pemilihan PAS kawasan Batu akan diputuskan pada mesyuarat AJK PAS Pusat pada 13 April depan. - HARAKAHDAILY 17/3/2015

Sumber  HD - 17-3-2015


INSIDEN PUKUL PAS TINGKAT KESELAMATAN PEMIMPIN - TITM

http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/34212-insiden-pukul-pas-tingkat-keselamatan-pemimpin


Sumber HD - 7-3-2015


SETIAUSAHA AGUNG PAS NAFI PAS BERPECAH - DMA


YAB DATO' AHMAD YAKOB MENYAMPAIKAN BANTUAN PASCA BANJIR 

KOTA BHARU: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menafikan parti Islam itu akan berpecah dengan dakwaan ada konspirasi menjatuhkan Presiden.

Katanya, setakat ini Presiden PAS. Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang masih kekal dan tidak ada mana-mana pihak yang bersedia untuk menjatuhkannya.

“Setakat yang ada ni saya tahu tak ada yang sanggup nak cabar kedudukan presiden, masing-masing masih berharap Tuan Guru kita masih kekal menyandang jawatan itu.

“Lagi pun perkataan guling yang sering digunakan oleh media ni sebenarnya tidak tepat,” katanya kepada media selepas Majlis Kutipan Dana Pasca Banjir anjuran Tabung Ilmuan Islam Malaysia di Dewan Jubli Perak MPKB BRI, di sini hari ini.

Program itu dianjur Dewan Ulama PAS Kelantan, dirasmikan Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Datuk Ahmad Yakub. Hadir sama Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan Datuk Hassan Mohamood.

Beliau menjawab dakwaan Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki kononnya usaha menjatuhkan presiden bermula 1998.

Mustafa berkata, tahun 1998 jawatan Presiden PAS masih dipegang Datuk Fadzil Mohd Noor dan bukannya Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

“Tak betul fakta Zuhdi tu, waktu tu (1998) Presiden PAS masih Ustaz Fadzil Noor,” ujarnya.
Menurutnya juga PAS akan melakukan siasatan berkaitan tuduhan yang mendakwa ada konspirasi mahu menjatuhkan Presiden PAS.

Katanya, semua yang terlibat sama ada pihak membuat aduan dan dituduh akan dipanggil pada tarikh yang sesuai. - HARAKAHDAILY 2/3/2015


Sumber HD - 2-3-2015

PAS tidak akan bersama Umno, Inilah Pendirian Kami

Saya ingin tegaskan bahawa PAS tidak akan sesekali bergabung dengan Umno sebagaimana yang diviralkan dalam media sosial sekarang. Perkara penggabungan PAS-Umno ini tidak pernah dibincang dalam mana-mana mesyuarat parti.

Sudah tidak terbilang kalinya ditegaskan bahawa tidak timbul soal penyatuan kedua-dua parti ini. PAS ada 21 kerusi parlimen, Umno mempunyai 88 kerusi parlimen. Jika bergabung, Umno nak bagi berapa kerusi kepada PAS? 40? Daripada sudut ini sahaja, tuduhan bahawa PAS akan bergabung dengan Umno sudah tidak masuk akal.

Bahkan, Presiden PAS telah menegaskan di dalam Muktamar lalu dan sebelumnya bahawa PAS tidak akan bergabung Umno. Perkara dasar begini mesti melalui keputusan Muktamar bukan hanya pandangan peribadi ahli parti.

Jikalau atas alasan untuk melaksanakan sistem perundangan Islam, Umno sudahpun boleh melaksanakannya seandainya betul ingin melaksanakannya di semua negeri yang diperintahnya.

Berdekad-dekad Umno menentang hudud dan memperlekehkan hukum Allah ini, dan tidak menggunakan Al-Quran dan Hadis sebagai rujukan tertinggi parti, apakah mungkin tiba-tiba Umno betul ingin membantu PAS melaksanakannya?

Dalam saat Umno sedang kelemasan, tentulah ia akan sanggup melakukan apa sahaja, namun pengalaman lampau membuktikan bilamana mereka kuat, mereka akan tendang PAS keluar dari muafakat yang ada.

Sudah sekian lama, Umno menindas Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz dan rakyat Kelantan dengan menafikan royalti minyak, pembangunan, lebuhraya, lapang terbang dan langsung tidak menghormati sistem federalisma. Apakah tindakan parti yang zalim terhadap PAS berdekad-dekad ini boleh dipercayai?

Kalau hujahnya adalah untuk perpaduan Melayu, biarlah orang Melayu bersama dengan PAS bagi membentuk sebuah kerajaan baru berteraskan Islam, dan tidak lagi dilihat sebagai komuniti yang boleh menerima rasuah, salahguna kuasa sebagai sesuatu yang patut di bawah kerajaan Umno.

Amalan rasuah, salahguna kuasa, pengurusan ekonomi negara yang pincang dan tindakan menggunakan akta dan tindakan yang zalim untuk mendiamkan rakyat mesti dihentikan.

Semua ini tidak akan dapat dicapai di atas tapak Umno yang korup.

Tuan Ibrahim Tuan Man

Naib Presiden PAS
24 Februari 2015

Sumber PP - 24-2-2015


PEMILIHAN PAS : AHLI NGO LAYAK BERTANDING - ASMUNI 


TN HJ ASMUNI AWI - PENGERUSI JK PEMILIHAN PAS PUSAT

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/34025-pemilihan-pas-ahli-ngo-layak-bertanding


Sumber HD - 24-2-2015


PENCALONAN AJK PAS PUSAT DITUTUP 30 APRIL - PENGERUSI PEMILIHAN AJK PAS PUSAT


TN HJ ASMUNI AWI - PENGERUSI JK PEMILIHAN PAS PUSAT


Sumber HD - 24-2-2015


APA YANG KITA CARI DALAM PAS - RAZMAN


http://www.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/34018-apa-yang-kita-cari-dalam-pas


Sumber HD - 24-2-2015

Tuan Guru Haron Din: Siapa ganti Nik Aziz belum dipilih


SHAH ALAM - Isu siapa yang akan mengisi jawatan Mursyidul Am Pas yang sebelum ini disandang oleh Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak timbul sehingga habis tempoh sesi Majlis Syura Ulama  2011-2015. 

Timbalannya, Tuan Guru Datuk Haron Din berkata, mengikut perlembagaan parti, jawatan dan tugas mursyidul am parti secara automatik akan dipangku oleh timbalannya apabila berlaku kematian sehingga  pemilihan dalaman dibuat bagi menentukan individu yang paling layak dipilih menduduki jawatan tersebut. 

“Pada ketika itu akan timbul siapa yang boleh dipercayai dan berkebolehan untuk dipilih sebagai mursyidul am dan timbalannya. Sama seperti ketika Ketua Dewan Ulama Pas Pusat meninggal dunia, jawatan itu dipangku oleh timbalannya,” katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini. 

Memberitahu buat masa ini belum diadakan sebarang mesyuarat rasmi oleh Majlis Syura Ulama berhubung kekosongan jawatan berkenaan, Haron berkata, tugas-tugas rasmi Allahyarham membabitkan jawatan dalam majlis itu sudah dipangku olehnya secara tidak rasmi. 

Kita semua sedia maklum Allahyarham Tok Guru uzur syarie dan berulang-alik ke hospital sebelum ini. Beberapa kali juga saya mengadakan mesyuarat Majlis Syura di Kota Bharu bagi membolehkan beliau turut serta.

“Malah jika ada mesyuarat di Kuala Lumpur, saya sebagai timbalan akan bertindak sebagai pemangku,” kata Haron.

Mengulas lanjut berhubung ‘pertandingan dalaman’ itu, Haron berkata, beberapa nama akan dicalonkan oleh ahli Majlis Syura Ulama yang terdiri daripada 16 orang dan proses pengundian akan dibuat untuk menentukan mursyidul am yang baharu dan timbalannya. 

Sumber PP - 17-2-2015

TG Haron Din Jalankan Tugas Mursyidul Am PAS

 Posted by Hijau FM On 5:32 PM

PETALING JAYA : Timbalan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Dr Haron Din akan menjalankan tugas sebagai Mursyidul Am sementara Majlis Syura Ulama PAS bermesyuarat membincangkan pengganti Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Demikian kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali apabila ditanya tentang calon pengganti yang akan mengambil alih tugas sekiranya ada mesyuarat atau apa-apa perkara yang berbangkit nanti.

“Tiada mesyuarat yang dirancang dalam masa terdekat. Semetara itu, Tuan Guru Haron Din akan menjalankan tugas,” katanya.


“Saya juga tidak menolak jika Majlis Syura bercadang membuat perlantikan dalam kalangan mereka tetapi saya tidak mendengar sebarang berita mengenainya,” katanya ketika dihubungi Free Malaysia Today hari ini (16 Feb 2015).



Mustafa juga mengingatkan, perlantikan Mursyidul Am ialah kuasa Majlis Syura Ulama PAS dan tidak melibatkan PAS Pusat.



Sumber PP - 17-2-2015


TUTUP KEDAI WAKTU JUMAAT : LAPORAN STAR, NST TIDAK TEPAT - SUA PAS


DATO' MUSTAFA ALI - SETIAUSAHA AGUNG PAS


Sumber HD - 16-2-2015


PAS TETAP SEDIA PERTAHAN DUN CHEMPAKA - TIMBALAN PRESIDEN

PAS tetap sedia pertahan Dun Chempaka

TEMERLOH: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, PAS tetap bersedia mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Chempaka, Kelantan sama ada melalui pilihan raya kecil (PRK) atau sebaliknya.

“PAS bersedia dalam apa saja keadaan sama ada akan ada PRK Chempaka nanti menentang calon dari BN ataupun calon Bebas ataupun menang tanpa bertanding.

“Persoalan mungkin BN tidak meletakkan calon, dulupun pernah berlaku dalam PRK Penanti (Pulau Pinang),” katanya dalam sidang media selepas majlis Taklimat Tertutup antara barisan Jawatan Kuasa Harian PAS Pusat diketuai Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan Jawatan Kuasa PAS kawasan-kawasan negeri ini di Darul Amin Sungai Gau, dekat sini hari ini (semalam).
Mohamad berkata demikian ketika ditanya pemberita mengenai saranan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed bahawa BN tidak perlu meletakkan calon bagi memberi tumpuan kepada kerja-kerja pemulihan pasca banjir di negeri itu.

Pendapat tersebut turut dikongsi Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin

Sementara itu, mengenai calon PAS yang akan menggantikan tempat Almarhum Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mohamad berkata Perhubungan PAS Kelantan dan Pusat belum bermesyuarat.

“Tunggulah, kita belum bincang lagi dan SPR juga belum umumkan kekosongan lagi,” katanya.

Turut hadir Naib Presiden yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Pemuda PAS Malaysia Suhaizan Kaiat dan Setiausaha PAS negeri, Roslan Zainal.

Sementara itu jelajah pimpinan PAS Pusat ke seluruh negeri ini bermula dengan kuliah subuh hari ini, taklimat tertutup, jamuan rakyat di Bandar Pusat Jengka, ziarah, hi-tea dan ceramah umum serentak pada sebelah malamnya di Kuantan, Jerantut, Bera dan Kuala Krau. -HARAKAHDAILY 15/2/2015

TN HJ MUHAMAD SABU - TIMBALAN PRESIDEN PAS


Sumber HD - 15-2-2015


MENYAMBUNG WARISAN ALMARHUM TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ - TG HJ HADI


DS TG HJ HADI MENCIUM DAHI ALMARHUM TG HJ NIK ABDUL AZIZ SETIAP KALI MEREKA BERTEMU TANDA KASIH DAN HORMAT

http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/33853-menyambung-warisan-almarhum-tuan-guru-nik-abdul-aziz


Sumber HD - 13-2-2015


DIPUKUL DALAM MESYUARAT PAS PUSAT, INI PENJELASAN HANIPA - HANIPA


YB HANIPA MAIDIN - AJK PAS PUSAT / AP SEPANG


Sumber HD - 10-2-2015

Mesyuarat AJK PAS Pusat bincang muktamar


KUALA LUMPUR: Mesyuarat bulanan Jawatankuasa PAS Pusat pagi tadi berbincang mengenai muktamar parti itu yang akan berlangsung pada awal Jun nanti.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, mesyuarat yang dipengerusikan Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang hanya membincangkan perkara-perkara asas membabitkan parti itu.

"Mesyuarat hari ini kita bincang perkara biasa seperti keahlian baru termasuk kewangan.

"Selain itu turut dibincangkan adalah muktamar yang kita akan adakan pada hulan Jun nanti," katanya.

Beliau turut memberitahu, muktamar pada tahun ini akan diadakan di Selangor dan beberapa cadangan tempat diberikan termasuk di Kuala Selangor.

"Lokasi kita akan bincang di mana diadakan nanti, termasuk pemilihan yang ada perubahan tetapi tidak banyak," katanya kepada pemberita di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, hari ini.

Sementara itu ketika ditanya mengenai agenda mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat petang ini, beliau berkata ia lebih kepada agenda untuk memperkukuhkan kerjasama ketiga-tiga parti.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat mengadakan mesyuarat sebelum rayuan kes beliau diputuskan Mahkamah Persekutuan pada Selasa ini.

Mustafa berkata, memandangkan PAS Pusat mengadakan mesyuarat di pejabat parti itu hari ini, Anwar bersetuju mesyuarat kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat diadakan di tempat yang sama. -HARAKAHDAILY 8/2/2015

Sumber PP - 8-2-2015


MESYUARAT AJK PAS PUSAT BINCANG MUKTAMAR  - SUA


DATO' MUSTAFA ALI - SETIAUSAHA AGUNG PAS


Sumber HD - 8-2-2015

JANGAN HANYA PANDANG PUTRAJAYA DAN UMNO - DR ZUHDI


DR MOHD ZUHDI MARZUKI - COO PP PAS PUSAT

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33673-jangan-hanya-pandang-putrajaya-dan-umno


Sumber HD - 5-2-2015


MUSTAFA AKAN BUKTIKAN GUAN ENG BERBOHONG - SUA PAS


DATO' MUSTAFA ALI - SETIAUSAHA AGUNG PAS


Sumber HD - 30-1-2015


10 FEB TIADA SEBAB PAS KELUAR PAKATAN - SUA PAS



DATO' MUSTAFA ALI - SUA PAS DAN KHAIRUL FAIZI AHMAD KAMIL, PSU 2


Sumber HD - 28-1-2015

PILIHANRAYA PBT MUSTAFA CABAR GUAN ENG BERSEMUKA


DATO' MUSTAFA ALI - SUA PAS


Sumber HD - 28 - 1-2015


NIK ZAWAWI LAWAT MANGSA TERBAKAR DI SARAWAK - PAS MIRI


USTAZ NIK ZAWAWI MENZIARAHI MANGSA TERBAKAR DI MIRI


Sumber HD - 22-1-2015

PAS JAWAB KENYATAAN ANTHONY LOKE - MUSTAPHA


Sumber HD - 20-1-2015

PAS lancar Tabung Pemulihan Bencana Banjir


KUALA LUMPUR: PAS melancarkan tabung khas bagi membantu memulihkan semula penempatan penduduk di Kelantan yang musnah dilanda banjir teruk pada 26 Disember lalu.

Pengerusi Tabung Pemulihan Bencana Banjir Mohamad Sabu berkata, mangsa banjir perlu terus dibantu oleh semua pihak kerajaan pusat, negeri, NGO dan juga parti politik.

Katanya untuk memulihkan semula kehidupan penduduk yang hilang dan rosak sama sekali rumah mereka memakan masa tiga atau empat bulan.

"Jadi bantuan kewangan dan barangan lain perlu diteruskan. PAS gerakan tabung ini khas untuk mangsa banjir di Kelantan," kata Mohamad Sabu yang juga Timbalan Presiden PAS.
PAS mengalu-alukan para dermawan dan hartawan untuk menyumbang ke Tabung Pemulihan Bencana Banjir di akaun Maybank 564294308112.

Menurut Timbalannya Datuk Mahfuz Omar, pihaknya akan mengadakan kempen di dalam dan luar negara sama ada melalui Lajnah Antarabangsa PAS Pusat atau ahli jawatankuasa mereka bagi mengumpul dana ini secepat mungkin.

"Kita akan gerakan kempen sehingga ke peringkat luar negara untuk dapatkan sumbangan daripada pelbagai pihak bagi membantu kerajaan Kelantan dalam konteks bencana," katanya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS (semalam,12 jan).

Bagi merasmikan pelancaran tabung ini, PAS akan menganjurkan majlis makan malam pada 9 Febuari ini dan mensasarkan kutipan sehingga RM5 juta pada malam tersebut.

"Tempat kita akan tentukan kemudian, Makan malam nanti kita tidak jual tiket mereka boleh datang derma semampu mereka sehingga kita capai target," katanya.

Katanya, PAS tidak boleh membiarkan penduduk terus tinggal di dalam khemah sepanjang masa, justeru mereka perlukan tempat tinggal tetap seperti yang mereka ada sebelum ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara memberitahu, setakat ini terdapat sebanyak 2,660 keluarga di Kelantan yang hilang atau rosak sama sekali rumah mereka manakala di negeri lain masih belum dipastikan. - HARAKAHDAILY 12/1/2015



PAS LANCAR TABUNG BENCANA BANJIR - PENGERUSI


MOHAMED SABU - TIMBALAN PRESIDEN PAS

http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/33199-pas-lancar-tabung-pemulihan-bencana-banjir

Sumber HD - 12-1-2015




















































































































































































































Banjir: PAS wujudkan Bilik Bantuan Bencana

NYZA AYOB | FOTO WAN ZAHARI | .




KUALA LUMPUR: PAS telah mewujudkan Bilik Penyelarasan Maklumat dan Bantuan Bencana PAS Pusat di Pejabat Agung PAS di sini ekoran banjir yang melanda seluruh negara.

Pengerusi Pengurusan Kecemasan Bencana Malaysia (MEDM), Salahuddin Ayub berkata, ia beroperasi 24 jam bermula hari ini bagi menyelaraskan bantuan dan maklumat berkaitan banjir.

"Bilik gerakan itu diwujudkan selepas melihat perkembangan banjir menjadi semakin kritikal yang bukan sahaja berlaku di negeri-negeri Pantai Timur tetapi turut melanda negeri-negeri utara," pada sidang media di Pejabat Agung PAS, petang tadi. Turut sama ialah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali

Katanya, Bilik Penyelarasan Maklumat dan Bantuan Bencana PAS Pusat itu akan diketuai Penolong Setiausaha Agung PAS, Khairul Faizi Ahmad Kamil dan dibantu AJK Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al Jundi serta beberapa petugas.

Menurutnya, selain makanan, pihak MEDM juga mengalu-alukan sumbangan segera berupa selimut tebal, lampin pakai buang dan tuala wanita.

"Begitu mangsa-mangsa banjir tentunya amat memerlukan sumbangan beg sekolah dan pakaian seragam sekolah bagi sesi persekolahan yang akan dibuka tidak lama lagi," ujarnya yang juga Naib Presiden PAS.

Menyentuh mengenai sumbangan lain yang dilakukan MEDM, Salahuddin menjelaskan, sejak berlakunya banjir tahap pertama, MEDM juga telah menubuhkan Team Radio Amatur yang bertugas bagi memastikan komunikasi semasa berlaku banjir atau mana-mana bencana alam dapat diaktifkan sebaik mungkin.

"Komunikasi semasa bencana amat penting. Berdasarkan pengalaman banjir di Kemaman serta banjir teruk yang melanda Gua Musang dan Kuala Krai, terputusnya bekalan elektrik dan terganggu sistem komunikasi khususnya perhubungan telefon.

"Maka dengan adanya team ini, adalah amat penting bagi membuat pemantauan terutama bagi mereka yang terputus hubungan komunikasi. Pasukan ini amat efektif dan di bawah MEDM, kami berjaya menaik taraf peralatan termasuk membekalkan repeater radio amatur supaya dapat berkomunikasi dengan efektif terutama pada waktu yang diperlukan," katanya.

Katanya, walaupun repeater radio amatur masih tidak dapat memberi liputan menyeluruh di seluruh negara, Pasukan Radio Amatur tetap memastikan komunikasi khususnya di kawasan banjir di Pantai Timur dapat dilaksanakan dengan baik.

Selain itu katanya, MEDM juga telah menubuhkan Pasukan Perubatan yang bertungkus lumus untuk memberikan apa sahaja bantuan perubatan bagi memastikan mangsa banjir dapat diberikan rawatan dan kaunseling yang sewajarnya.

Menurut Salahuddin lagi, MEDM juga memfokuskan kepada keperluan rakyat yang sangat mendesak terutama bekalan makanan dengan menubuhkan Dapur Rakyat.

Katanya, pihak MEDM telah membeli kemudahan peralatan memasak untuk Dapur Rakyat dan akan digunakan bagi memasak di kawasan yang tidak dinaiki air.

Seterusnya katanya, pembungkusan makanan akan dilakukan di Dapur Rakyat dan akan dihantar kepada mangsa-mangsa banjir.

Katanya, dengan peruntukan yang dikeluarkan kerajaan Kelantan bagi melaksanakan Dapur Rakyat, pihak MEDM mensasarkan dapat mewujudkan 40 Dapur Rakyat bukan sahaja di Kelantan tetapi juga di Terengganu dan Pahang.

Katanya, orang ramai yang ingin memberikan sumbangan wang tunai boleh menyerahkan terus kepada petugas di bilik gerakan atau menyalurkan kepada akaun Tabung Bencana Harakah menerusi akaun Maybank 564070130442 atau menghubungi pihak penyelarasan bilik gerakan berkenaan.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat mengenai banjir serta menghulurkan bantuan boleh menghubungi Bilik Penyelarasan Maklumat Bencana MEDM di talian 03-26982000 (Syed Ahmad Fadhli) atau menghubungi careline Salahuddin Ayub-013 7278292, Khairul Faizi-013 2565530, Aiman Athirah-019 3438237.

Organisasi BPM Bencana MEDM terdiri daripada beliau selaku pengerusi, Timbalan Pengerusi I, Dr Dzulkefly Ahmad (017-6286 804), Timbalan Pengerusi II, Mejar Abdul Rashid Hassan Basri (012-2871 614), Ketua Bilik Gerakan, Khairul Faizi Ahmad Kamil, Timbalan Ketua Bilik Gerakan, Aiman Athirah, Setiausaha, Syed Ahmad Fadhli (013-2699 092), Penolong Setiausaha Amina (SUK DMPM), Unit Meteorologi ialah Khadijah, Raihana dan Sofea, Unit Keselamatan Noor Afizah Basarudin (Briged - 014-2295 449), Juhari Usman (Jabatan Amal - 019-7116 300) dan Unit Logistik, Haji Jamuliddin Elias (019-6644 796). - HARAKAHDAILY 26/12/2014






















































































































































































































Pertemuan khas PAS Pusat, Kelantan ditangguh

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Pertemuan khas antara AJK PAS Pusat dengan pemimpin PAS Kelantan berhubung pindaan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah 1993 (Pindaan 2014) yang dijadualkan pada 28 Disember ini ditangguhkan.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali memaklumkan perkara itu pada sidang media di Pejabat Agung PAS di sini, petang ini.

Katanya, pertemuan itu ditangguhkan ekoran banjir yang melanda beberapa negeri yang menyebabkan sebahagian daripada pemimpin PAS Pusat tidak dapat hadir.

Menurutnya, taklimat yang sepatutnya diadakan di Pejabat Agung PAS itu bagi mendapat penerangan daripada kepimpinan Kerajaan Kelantan sebelum pindaan rang undang-undang itu dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (Dun) pada 29 Disember.
Kelantan akan mengadakan satu sidang khas pada 29 Disember ini bagi mengemukakan pindaan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kelantan-adakan-sidang-dun-khas-bawa-rang-undang-undang-hudud-ke-parlimen#sthash.RLHKiFep.dpuf

"Saya umum secara rasmi perjumpaan pada 28 Disember kita tangguh kepada satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian," ujarnya lagi.

Mengenai persidangan Dun khas pada 29 Disember itu sama ada diteruskan atau sebaliknya, beliau berkata ia terserah kepada kerajaan negeri.

Katanya, pemimpin kerajaan negeri akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara itu. - HARAKAHDAILY 26/12/2014

























































































































































































































Islam dalam konteks demokrasi dan beraja

IZWAN ABDUL HALIM | .


SERDANG: Sungguhpun sistem demokrasi moden hari ini adalah daripada Tamadun Barat, tetapi hakikatnya ia banyak dipengaruhi oleh sumber-sumber Islam. Malah, ruang demokrasi perlu dijadikan ruang dan kesempatan untuk meluaskan dakwah kerana cirinya yang paling munasabah dengan Islam. Begitu juga konsep Raja Berpelembagaan, ia diterima oleh Islam selagi mana menunaikan amanah dan keadilan serta tidak melanggar batas Islam.

Demikian intipati yang disampaikan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada Liqa’ Fikri PAS Pusat bertemakan “Perjuangan Islam Dalam Negara Demokrasi: Harapan dan Cabaran” di Seri Kembangan, di sini 13 Disember lalu.

Terang beliau, hubungan Barat dengan orang Islam terjadi pada urusan perdagangan, semasa Perang Salib dan juga daripada penjajahan oleh Barat, yakni mereka bukan sahaja bercampur dengan orang Islam, bahkan turut mengambil kitab-kitab yang ditulis oleh para ulama Islam.

“Dalam aspek demokrasi, Barat hanya mengenal demokrasi purba yang diamalkan di Athens sebelum Masihi. (Mereka) mengumpulkan orang ramai di stadium untuk diadakan pungutan suara. Yang dikumpulkan itu tidak termasuk hamba abdi, orang miskin, wanita. Hanya (melibatkan) kalangan bangsawan sahaja.

“Mereka tidak tahu hendak merealisasikan demokrasi dalam pemerintahan melainkan setelah mereka mengkaji kitab-kitab fekah Islam. Sebelumnya, apabila mereka hendak buat perubahan (kepemimpinan) mereka lancarkan revolusi,” ujarnya menerangkan revolusi yang berlaku di England, Perancis, Russia dan Amerika.

Malah katanya, tindakan tidak puas hati kepada kerajaan telah membangkitkan kerahan rakyat untuk mengangkat senjata, membunuh raja-raja dan para pendokongnya serta pelbagai dendam dan penggulingan kuasa atas nama perubahan.

Hinggalah katanya, mereka mengkaji kitab-kitab fekah Islam diantaranya mempelajari bahawa Islam menentang diktator dan teokrasi dengan tidak memberi kuasa mutlak kepada makhluk, selain Islam mengecam raja zalim yang berlagak jadi tuhan sepertimana Namrud dan Firaun.

Mereka juga terangnya, mempelajari bahawa Islam memberi hak kepada rakyat dan rakyat berhak memberi nasihat kepada pemimpin, berhak membela diri serta mengambil hak-hak dalam kehidupan, ekonomi, pendidikan dan aspek lain-lain lagi.

Malah menurut Tuan Guru, Barat telah mengambil pendekatan Rasulullah dan para Sahabat dalam melantik Khalifah sebagai rujukan kepada demokrasi hari ini.

“Apabila orang Barat mengkaji kitab fekah, maka terciptalah demokrasi moden yang ada pada hari ini melalui pilihan raya dengan memilih wakil rakyat yang disebut dalam kitab sebagai ahlul halli wal adli, iaitu orang yang boleh menyelesaikan dan menghurai masalah. Ini pembaharuan dalam demokrasi.

“Kita perlu menyedari bahawa demokrasi adalah teori paling dekat dengan Islam, tetapi kita tidak boleh hanyut. Demokrasi tidak boleh menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. Tidak boleh diputus di parlimen; siapa setuju judi halal, siapa setuju arak halal. (Kalau) majoriti setuju (maka) jadi halal, ini tidak boleh! Hukum Allah tidak boleh ganggu. Ini kita kena faham batas sempadan kita dalam pemerintahan negara.

“Sebab itu tidak menjadi masalah kepada kita (PAS) dengan (menerima) konsep demokrasi. Demokrasi pula memberi hak kebebasan bersuara, ini kebebasan dakwah. Hak untuk berdakwah, hak untuk mendidik, hak menyebarkan fikiran ini ialah pendekatan yang paling munasabah dengan Islam. Dengan sebab itulah ulama kita mengambil (menerima) pendekatan demokrasi,” hurai beliau memahamkan.

Menyentuh mengenai konsep Raja Berperlembagaan katanya, Quran menyebut Nabi Daud sebagai Khalifah, manakala Nabi Sulaiman, Zulkarnain, Firaun dan Namrud sebagai Raja.

Tetapi jelasnya, Allah memberi penekanan utama adalah mengenai penunaian amanah dan adil.

“Sama ada (dipanggil) Raja, Khalifah atau Presiden, (itu) mengikut perkembangan tertentu. Yang penting konsep Raja Berpelembagaan ini dipelihara dengan batas Islam. Tetapi Umno, dia tak pelihara dengan batas Islam,” terangnya.

Beliau kemudian menghurai hadis Nabi SAW mengenai kehendak Allah apabila mahukan kebaikan kepada seorang raja, maka dikurniakan wazir yang baik. Sekiranya raja lupa, diperingatkan oleh nazir itu dan dalam urusannya, raja sentiasa dibantu.

Tetapi sekiranya Allah tetapkan keburukan seorang raja, akan bersamanya wazir yang jahat. Apabila raja itu lupa akan dibiarkannya dan ketika raja itu hendak melakukan kebaikan, tidak dibantunya.

“Konsep beraja tidak masalah pada kita (PAS). Yang penting kita sediakan ahli mesyuarat, penasihat yang baik, bukan penasihat untuk kepentingan kita. Di sinilah ruang banyak yang boleh kita laksana jadikan perjalanan dalam negara kita sebagai satu jalan yang perlu kita bijak sepenuhnya walaupun masih banyak cabaran, masih banyak kelemahan yang kita boleh baiki,” ujarnya meyakini keadaan itu.

Selain itu terangnya, Islam turut mengakui sistem wilayah di mana di zaman Nabi SAW telah diutuskan para Sahabat tertentu untuk menjadi Gabenor di wilayah pemerintahan Islam dan diberi autonomi kecuali dalam hal yang besar perlu dirujuk pemerintahan pusat iaitu Madinah.

Begitu juga jelasnya mengenai kehakiman dan pegawai jentera pentadbiran kerajaan, di mana segala yang tidak selaras dengan roh Islam akan dikeluarkan ketika Islam mengambil alih kerajaan dan mementingkan individu-individu beriman.

PAS Tidak Sama Dengan Wilayatul Faqeh

Tuan Guru menegaskan bahawa Perlembagaan PAS tidak sama dengan Wilayatul Faqeh dalam Mazhab Syiah yang menjadi Perlembagaan kepada negara Iran.

Untuk itu serunya, orang yang menyamakan PAS dengan konsep tersebut perlu mendalami perbezaan sumber hukum Mazhab Sunni pegangan PAS berbanding sumber hukum konsep Wilayatul Faqeh dalam Mazhab Syiah.

“Kita catat dalam Perlembagaan PAS hukum tertinggi adalah al-Quran, Hadis, qiyas dan ijmak ulama. Dan bagi memelihara keteguhan perlembagaan ini, ditubuhkan Majlis Syura Ulama supaya semua perkara yang diputuskan PAS tidak bercanggah dengan hukum tertinggi (tersebut).

“Konsep ini tidak sama dengan Wilayatul Faqeh. Ada orang nak samakan kita dengan Wilayatul Faqeh. Ia pandangan Mazhab Syiah dan hukum tertinggi dalam Mazhab Syiah ialah al-Quran, Hadis dan pandangan Imam Ahli Bayt. Qiyas tidak ada, ijmak tidak ada, mereka menolak. Ini beza Perlembagaan PAS dengan perlembagaan negara Iran (iaitu) Wilayatul Faqeh.

“Perlu diketahui bahawa di sana ada konsep yang sama, ada konsep berbeza. Ada perkara yang sama antara kita dengan mazhab-mazhab lain, ada perkara yang berbeza. Dalam hal ini ada perkara yang perlu kita mengambil pengajaran, ada perkara yang perlu kita tolak. Di sana ada asas yang kukuh yang kita menolak fahaman-fahaman lain. Yang dari Ahlus Sunnah Wal Jamaah adalah al-Quran, Hadis, qiyas dan ijmak ulama,” ujarnya.

Beliau juga menegaskan bahawa PAS membebaskan diri daripada belengu penjajah yang telahpun meninggalkan Tanah Melayu dengan mengorak langkah sebagai sebuah Parti Islam iaitu meletakkan sumber hukum Islam sebagai rujukan tertinggi dalam Perlembagaan PAS.

Jasa PAS Letak Islam Dalam Perlembagaan Negara

PAS dan badan-badan Islam yang bersamanya ketika berjuang menuntut kemerdekaan Tanah Melayu telah berperanan mendesak Suruhanjaya Reid untuk meletakkan Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ujar Tuan Guru, kajian ahli sejarah mendapati Suruhanjaya Reid tidak memasukkan kedudukan Islam ketika mengadakan draf kerangka awal Perlembagaan Tanah Melayu.

Bagaimanapun katanya, daripada usaha PAS dan badan-badan Islam lain akhirnya berjaya meletakkan Islam sebagai Agama Persekutuan setelah Suruhanjaya Reid didesak untuk akur kepada Perjanjian Pangkor dan beberapa perjanjian lain yang pernah dimeterai British iaitu memberi hak bidang agama Islam kepada Raja-raja Melayu.

Pun begitu jelas Tuan Guru, Islam dalam Perlembagaan itu menurut penafsiran suruhanjaya tersebut adalah ‘agama’ di mana memiliki bidang kuasa yang terhad.

“Apabila kita telah capai kemerdekaan, sepatutnya kita bukan sahaja merdeka dari segi orang putih (British) balik ke negeri mereka. Sepatutnya kita merdeka juga dari segi fikiran dan diri kita daripada belengu kefahaman penjajahan. Adalah tanggung jawab kita mentafsir Islam dalam perlembagaan itu dengan ‘ad-din’ (cara hidup) kalau kita sungguh merdeka.

“Malangnya Umno yang menjadi tulang belakang pemerintahan negara khianat terhadap amanah Islam ini. Mereka lupa betapa negara dalam ajaran Islam adalah amanah yang sangat besar. Umno tidak tunai amanah ini walaupun penjajah sudah keluar dari tanah air kita,” ujarnya.

Jelas Tuan Guru, perlembagaan negara haruslah mengambil panduan sebagaimana dilakukan Nabi SAW melalui Sahifah Madinah yang melibatkan perjanjian dengan semua pihak dalam negara serta menjadikan al-Quran dan Sunnah sebagai dasar rujukannya.

Malah menurut beliau, ramai pakar undang-undang antaranya Almarhum Profesor Ahmad Ibrahim pernah menyatakan bahawa, Perlembagaan Malaysia sebenarnya mudah diubah kepada acuan Islam iaitu peruntukan dalam perlembagaan boleh dipinda dengan membatalkan peraturan yang bercanggah dengan Islam sekali gus meletakkan Islam sebagai hukum tertinggi.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa soal kenegaraan atau politik yang juga disebut ‘daulah’ itu adalah sebahagian ajaran Islam; iaitu pemisahannya daripada agama adalah satu penyelewengan dan kesesatan seperti pernah terjadi kepada masyarakat Kristian di Barat meninggalkan ajaran Taurat dan Injil.

Jelasnya juga, dalam membicarakan soal demokrasi, Islam tidak boleh ditakrifkan sebagai agama atau perkataan seertinya.

“Islam adalah ajaran yang menyeluruh merangkumi segala aspek fitrah manusia dalam hubungan dengan Allah, dirinya, masyarakat sesama manusia dan dengan makhluk lain dicipta Allah SWT, mengikut bidang dan ruang yang mesti dilaksanakan oleh manusia yang merupakan satu dari makhluk Allah.

“Sepertimana matahari, bulan dan bintang-bintang cakerawala di langit tidak boleh terkeluar daripada sempadan kukuh ditetap Allah, begitulah makhluk lain mestilah mengikut peraturan Allah secara Islam dengan makna menyerah diri kepada Allah dan khusus bagi manusia melakukan ibadah, berkhilafah dan beramanah.

“Melakukan menyembah Allah tunduk kepada peraturan Allah secara ‘ubudiyah’, secara hamba, bukan sebagai rakyat terhadap kerajaan. Melaksanakan kewajipan memakmurkan bumi dan melaksanakan syariat Allah sebagai satu amanah sangat besar,” ujarnya memperinci penerangan.

Masyarakat Majmuk Bukan Halangan Menegakkan Islam



Masyarakat majmuk hakikatnya adalah tabii kepada mesej Islam yang dibawa Nabi Muhammad SAW kerana Allah SWT mengutuskan Islam bukan hanya untuk bangsa tertentu sahaja, tetapi untuk seluruh manusia dan dunia ini.

“Ini mesej Nabi SAW. Kerana itulah ketika Nabi menegakkan negara di Madinah, Nabi mengambil berbagai kaum walaupun secara simbolik tidak ramai seperti Bilal al-Habsyi, Shuib ar-Rumi, Salman al-Farisi. Digabungkan dalam masyarakat Islam walaupun seorang, tetapi simbol ini jadi kenyataan,” ujarnya.

Beliau menyatakan sedemikian sebagai menolak pandangan bahawa Islam tidak dapat dilaksanakan dalam masyarakat majmuk di negara ini yang wujud hasil dari adunan pelbagai kaum oleh British semasa zaman penjajahan dahulu.

Terang beliau, semasa negara Islam berkembang zaman Khulafak ar-Rasyidin, kaum dari berbagai-bagai latar agama asal mereka; sama ada kemudiannya telah menerima Islam sebagai anutan atau tidak, mereka itu hidup dalam keadaan menerima pemerintahan Islam yang adil untuk semua.

Menurutnya, Islam diamalkan dalam masa berabad-abad di dalam wilayah paling luas; di Timur: Alam Melayu hingga Benua India; di Barat: Sepanyol hingga Pantai Barat Afrika; di Utara: Asia Tengah termasuk Moscow hingga ke Selatan: Afrika Tengah.

“Zaman tiada kapal terbang, tiada perhubungan, tiada telefon, (mengambil) jarak perjalanan berbulan-bulan (untuk sampai), tetapi cepat Islam boleh memerintah,” ujarnya.

Jelasnya, bukanlah Islam datang untuk memaksa manusia terima perundangan dan menjalankan hukum atas manusia, tetapi hal yang penting adalah kesan rahmat keadilan Islam kepada seluruh manusia.

Terang beliau, apabila masyarakat majmuk majoriti terima Islam dan budaya Islam, masyarakat bukan Arab di Mesir, Sudan, Libya, Algeria, Syria, Iraq dan lain-lain telah mengaku mereka sebagai orang Arab dan bercakap dalam bahasa Arab.

Ceritanya, budaya Islam telah menjadikan mereka itu menggunakan bahasa al-Quran menjadikan bersatu adat dan suasana mereka.

Dalam masa sama menurut Tuan Guru, masih wujud orang-orang bukan Islam beribadat di gereja yang dibina sejak sebelum kelahiran Nabi Muhammad sebagaimana di Mesir dan orang Majusi penyembah api di Iran di mana masih ada ada rumah ibadah yang dibina sebelum kelahiran Nabi Isa.

“Menandakan mereka tidak dipaksa menganut agama Islam. Menandakan bagaimana Islam mengurus masyarakat majmuk dan telah berjaya menyampaikan mesej dakwah. Dengan makna hidup secara masyarakat madani, masyarakat bertamadun, bertukar kebolehan, pendapat, maklumat dan kehidupan. Meraikan dan ada batas sempadan yang membeza antara satu sama lain dan tidak melampau satu sama lain,” ujarnya.

Tuan Guru turut mengaitkan suasana itu dengan Madinah sebagai Negara Islam yang ditadbir Rasulullah di mana pembinaan masjid dan pasar telah menghubungkan Baginda dengan seluruh masyarakat majmuk serta pelbagai muamalah mereka sehingga Madinah menjadi kota metropolitan di rantau itu.

Islam Dan Hubungan Dengan Non-Muslim

Islam mempunyai pelbagai pendekatan dalam berhubungan dengan pihak atau masyarakat bukan Islam.

Tuan Guru menyatakan bahawa, ulama menyenaraikan lapan pendekatan untuk berhubung dengan bukan Islam iaitu tahaluf, zimmah mu‘ahadah, sulh, muwada‘ah, himayah, ta‘awun dan istianah.

Tahaluf terangnya, ialah mengadakan persefahaman bersama pihak bukan Islam dalam titik persamaan dengan mereka seperti menentang kezaliman, penyelewengan dan menghadapi pihak pelampau di mana hubungan ini dilakukan dalam batas-batas tertentu.

Pendekatan zimmah katanya, ialah orang bukan Islam yang terima Islam sebagai konsep negara dan sanggup menjadi rakyat serta menghormati undang-undang Islam yakni hudud dan qisas.

Manakala pendekatan mu‘ahadah ujar Tuan Guru, adalah hubungan negara yang bersedia untuk ada mengadakan perjanjian dengan Kerajaan atau Negara Islam.

“Digalakkan kita mengadakan hubungan dengan semua negara yang ada dalam dunia dan kita perlu mengiktiraf Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang ada pada hari ini. Walaupun banyak perkara kita tidak setuju, tetapi ada beberapa perjanjian yang dimeteraikan di bawah payung PBB sebenarnya mengambil daripada al-Quran dan daripada kitab-kitab fekah Islam.

“Mereka menemui jalan buntu untuk mewujudkan peraturan antarabangsa melainkan setelah orientalis melaporkan untuk diambil dari sumber Islam,” terang beliau.

Melanjutkan pembentangan, sulh pula jelasnya ialah berdamai dengan negara yang menjadi musuh perang dalam tempoh tertentu.

Dalam masa perdamaian itu katanya, dihilangkan ketengangan hingga mengizinkan rakyat negara itu untuk mengetahui mengenai Islam dan mengizinkan rakyat Negara Islam menyampaikan kepada rakyat negara itu mengenai Islam.

Sementara muwada‘ah hurai Tuan Guru, adalah gencatan senjata sementara waktu yang diizinkan oleh syarak.

Himayah pula katanya, adalah meminta perlindungan dari musuh yang baik sepertimana Nabi mendapat himayah dari Abu Talib serta menyuruh para Sahabat ke Habsyah untuk dapat perlindungan daripada rajanya.

Ta‘awun pula ujarnya, adalah bertolongan dalam perkara baik dengan pihak lain yang diizinkan oleh syarak.

“Istianah adalah meminta pertolongan ketika kita dalam keadaan lemah. Dia berperang bermusuh sesama dia. Dia nak cari kawan, kita boleh kawan dengan dia untuk lawan musuh dia,” terang Tuan Guru yang menegaskan semua hubungan itu mestilah dengan syarat tidak menggadai prinsip dan matlamat.

Tambah Ustaz Abdul Hadi, Nabi SAW mengadakan semua muamalah tersebut dan tidak bergantung dengan satu hubungan sahaja.

“Cara ini banyak cabang, jangan masuk satu pintu sahaja. Macam kita hari ini sekadar tahaluf, jumud dengan tahaluf sahaja. Tidak bergerak, tidak dikaji kemajuan, sejauh mana kekurangannya, sejauh mana boleh dibaiki, tidak dikaji.

“Yang malangnya ada nak mati dengan tahaluf, itu lagi malang. Di mana dasar kita, di mana prinsip kita? Allah mengingatkan kita supaya sentiasa beristiqamah dengan Islam dalam semua keadaan,” ujarnya memberi peringatan.

Menurut Tuan Guru juga, dalam hubungan antarabangsa, Islam membenarkan hubungan dagang dengan rakyat dari negara yang tiada hubungan diplomatik.

Terangnya, rakyat dari negara itu boleh diberikan visa untuk melakukan hubungan dagang atas kehendaknya sendiri dalam tempoh tertentu.

“Apabila mereka lihat keamananan, keadilan di negeri kita dan akhlak orang Islam, mereka balik ke negeri mereka menyampaikan maklumat kepada penduduk negeri mereka, menyebabkan mesej Islam berkembang dengan hubungan begini rupa. Inilah cara menangani masyarakat bukan Islam dengan cara baik dan tidak menjadi masalah kepada kita (berhubung dengan mereka),” ujarnya memahamkan tujuan hubungan itu. – HARAKAHDAILY 16/12/2014

Tohmahan kepada Presiden PAS daripada siapa?

HAZAYANI ZAKARIA | .


MUTAKHIR ini, tohmahan dan fitnah terhadap alim ulama semakin menjadi-jadi dan berlegar di laman-laman sosial dan blog. Dengan kemajuan teknologi, fitnah semakin berleluasa dan seolah-olah sukar dibendung lantaran sikap segelintir ahli parti dan orang di luar parti yang ingin melihat kemusnahan PAS.

Bagi Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS, Datuk Ustaz Nik Muhammad Zawawi Saleh, fitnah dan tohmahan terhadap alim ulama ini merupakan perkara lazim pada akhir zaman.

Bagaimana ustaz melihat tindakan pihak tertentu seperti penulis blog yang memfitnah dan membuat tohmahan terhadap golongan ulama dan bagaimana ustaz menanganinya?

USTAZ NIK ZAWAWI: Fitnah dan tohmahan adalah satu perkara yang biasa dalam arus perjuangan Islam kerana perjuangan Islam ini satu perjuangan yang memang diuji Allah SWT sama ada ujian berbentuk dalaman atau luaran.

Sebab itu kalau kita lihat Rasulullah s.a.w. sendiri seorang manusia yang paling sempurna atas muka bumi Allah, yang maksum, tidak ada dosa, masih lagi dikritik dan dicemuh oleh kaumnya sama ada dari luar mahupun dari dalam.

Jadi sebab itu fitnah atau tohmahan dan cemuhan yang dilemparkan kepada alim ulama ini adalah satu perkara yang biasa. Dan itu adalah satu proses Allah SWT nak jadikan dosa yang ada pada alim ulama ini digugurkan dan diampunkan oleh Allah, kerana salah satu daripada kaedah pengampunan dosa dari Allah iaitu apabila ditimpa musibah, diancam, difitnah dan sebagainya. Maka dosanya akan diampun oleh Allah SWT. Jadi sebab itu isu tohmahan kepada ulama ini dari kaca mata ulama perkara ini biasa.

Cuma yang keduanya dari kaca mata dosa dan pahala orang yang melempar fitnah. Ini adalah satu benda yang sangat besar. Perkara yang dimurkai oleh Allah SWT dan dosa dia tak akan diampun oleh Allah sehingga orang yang dituduh itu memaafkan dia. Itu kaedah dalam Islam.

Jadi sebab itu kita menasihatkan kepada semua supaya setiap gerak geri, percakapan dan pertuturan, tulisan kita jangan sesekali menggambarkan kita ini tidak takut kepada Allah SWT dan kita tidak ambil kira dosa dan pahala dalam apa-apa kegiatan kita.

Apa pandangan ustaz terhdap pertikaian terhadap kewibawaan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang?

Pertikaian terhadap Presiden parti kita ini adalah satu perkara ancaman kepada alim ulama dan ini adalah lumrah, tetapi tidak sepatutnya berlaku dalam kalangan ahli-ahli. Di mana saya lihat tohmahan-tohmahan itu dilemparkan oleh segelintir daripada ahli-ahli yang bermasalah.
Sebenarnya mereka ini bermasalah, mereka tidak berpuas hati dengan parti dan sebagainya. Jadi mereka membuat tuduhan dan mereka mendesak presiden kita supaya berundur. Jadi bila saya nilai secara adil, perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku dalam Harakah Islamiyah.

Tambahan pula Presiden kita adalah seorang diiktiraf di mata dunia bahkan dilantik menjadi Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia. Jadi sebab itu kita rasakan orang yang mengkritik ini kadang-kadang kalau nak banding antara dia dan pimpinan PAS yang ada sekarang ini, saya boleh sebut antara langit dengan bumi.

Yang mengkritik ini kita lihat jasa dia kepada perjuangan Islam, saya tak nampak ada jasa. Jadi sebab itu saya minta kepada semua pihak jadikan perjuangan ini sebagai perjuangan yang diredai oleh Allah SWT dan kita mesti akur kepada adab dan budaya di dalam perjuangan Islam dan kita ada saluran untuk menegur.

Parti kita ini sangat terbuka dan sentiasa mengalu-alukan pandangan dari dalam dan luar dan pandangan-pandangan ini mesti disalurkan melalui parti dan perlu berjumpa secara terus dan cakap secara peribadi apa yang boleh dilaksanakan oleh parti kita.

Jangan kita menggunakan media sosial. Kita menghentam membabi buta dan saya lihat kritikan yang dibuat ini sebagai hobi untuk menarik perhatian pembaca- pembaca facebook sebagainya untuk menarik orang lain. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku dan biarlah kita kenal siapa musuh kita yang sebenar dan ke mana peluru yang kita nak halakan dan barulah perjuangan kita mantap dan diberkati oleh Allah SWT. - HARAKAHDAILY 16/12/2014




























































































































































































































Konvensyen Sekretariat PAS kebangsaan 20 Dis

SALMIYAH HARUN | .

KUALA LUMPUR: Dalam usaha untuk meningkatkan pentadbiran PAS khususnya dalam mengendalikan perjalanan Mesyuarat Agung dan Muktamar Tahunan, Pejabat Setiausaha Agung melalui Sektor Pemerkasaan Organisasi akan menganjurkan Konvensyen Sekretariat PAS peringkat kebangsaan.

Menurut Penolong Setiausaha Agung PAS Khairul Faizi Ahmad Kamil konvensyen tersebut merupakan salah satu usaha untuk memberikan panduan kepada pentadbiran PAS kaedah dan cara yang tepat untuk mengendalikan mesyuarat agung.

Bahkan katanya, konvensyen ini dirancang untuk memperkemaskan perjalanan Mesyuarat Agung dan Muktamar Tahunan PAS memandangkan mesyuarat agung pada tahun hadapan melibatkan proses pemilihan kepimpinan PAS dalam sesi yang baru.

Konvenysen yang akan berlangsung pada 20 Disember ini bertempat di Kolej Universiti Islam Zulkefli Mohamad (KUIZM) Gombak, turut menghimpunkan setiausaha dan penolong setiausaha di peringkat pusat, negeri dan kawasan.

"Isu-isu yang telah berlaku pada tahun lalu akan dibentangkan kepada para peserta bagi tujuan mengelakkan ianya berulang lagi pada tahun hadapan," katanya kepada Harakahdaily.

Tambahnya, konvensyen ini juga bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada sekretariat di semua peringkat termasuk persoalan berkaitan dengan masalah-masalah yang dilalui sebelum ini untuk di atasi sebelum mesyuarat agung yang akan datang.

"Beberapa kertas kerja akan dibentangkan sepanjang konvensyen ini termasuk para peserta akan ditaklimatkan berkaitan dengan Aturan dan Peraturan Pemilihan PAS yang akan dibentangkan oleh Asmuni Awi yang telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS di dalam mesyuarat PAS Pusat.

Dijangkakan penyertaan seramai 800 orang daripada seluruh pelusok tanah air. Para peserta akan dibekalkan dengan ‘kit’ yang mengandungi Manual Pengurusan Muktamar dan Mesyuarat Agung. - HARAKAHDAILY 15/12/2014






























































































































































































































PAS tetap bersama Pakatan Rakyat

MUHAMMAD FAIZAL | .



PETALING JAYA: PAS tidak pernah berhasrat untuk keluar dari Pakatan Rakyat, malah akan terus memberi sumbangan serta pandangan bagi memastikan kekuatan kerjasama ini untuk menghadapi pilihanraya umum akan datang.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata untuk mencapai kemenangan setiap parti perlu bekerjasama dan tidak boleh bersendirian.

"Memang PAS pernah bersendiri sebelum ini sejak dulu dan keadaan sekarang PAS bersama-sama Pakatan Rakyat.

"Dalam keadaan ini kita (PAS) tidak pernah berfikir untk keluar dari Pakatan Rakyat sebaliknya kita mahu memberi komitmen sepenuhnya memastikan kekuatan Pakatan Rakyat untuk pilihan raya akan datang," katanya ketika sesi lawatan di Sin Chew Media Corporation Berhad semalam.

Tambah beliau, untuk memenangi Putrajaya setiap parti di dalam Pakatan Rakyat perlu bersabar.

"Kita kena bersabar untuk mencapai kemenangan di Putrajaya, apa yang perlu dilakukan kita perlu bersama dalam semua aspek untuk mendapat sokongan semua kaum.

"Berbeza pendapat itu biasa tetapi agenda perjuangan kita sama bagi memastikan hak rakyat dibela serta memenangi Putrajaya," sambung beliau lagi.

Dalam pada itu Mustafa turut meminta agar rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat tidak membuat kenyataan secara terbuka di mana-mana media kerana ia boleh menimbulkan pelbagai spekulasi.

"Kita boleh berbincang jika ada sebarang permasalah yang timbul di dalam Pakatan Rakyat, elak dari membuat kenyataan terbuka kerana pelbagai anggapan boleh dilemparkan," ulas beliau.

Turut hadir pada siri lawatan tersebut adalah Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat, Ketua Penerangan Pemuda PAS Malaysia, Nasaie Ismail dan Penolong Setiausaha Agung 2 PAS, Khairul Faizi Ahmad Kamil. - HARAKAHDAILY 11/12/2014

Konsep wasatiyyah Umno BN hanya cakap kosong

AZIZ MUDA | .

PETALING JAYA: Kerajaan Umno BN hanya bercakap kosong dari segi konsep wasatiyyah kerana ia hanya dijadikan temanya sahaja, tetapi tidak dilaksanakan seperti yang dituntut dalam Islam.



Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, tindakan kerajaan memperkenalkan konsep wasatiyyah merupakan satu langkah yang baik kerana ia mengambil pendekatan untuk menyelesaikan masalah secara holistik.

Menurut beliau, konsep wasatiyyah sememangnya sesuai dengan keadaan di negara kita yang mempunyai masyarakat majmuk, lebih-lebih lagi ia diamalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. sendiri di negara Islam Madinah.

"Tetapi apakah kerajaan yang memperkenalkan konsep ini, konsep yang baik ini, mengamalkan konsep ini? Di bawah pemerintahan Umno BN, corruption berlaku, penyelewengan berlaku, penindasan, kezaliman berlaku. Sepatutnya apabila sudah dilaksanakan wasatiyyah tak boleh buat itu semua," katanya.

Bercakap dalam wawancara eksklusif bersama akhbar Sin Chew Jit Poh di pejabat akhbar itu di sini hari ini, beliau berkata, konsep wasatiah seperti yang terdapat dalam ajaran Islam membabitkan pelbagai aspek termasuk politik, ekonomi, pendidikan, kemasyarakatan dan undang-undang.

Katanya, dari sudut ekonomi sahaja, kerajaan telah melakukan pelbagai percanggahan dengan konsep wasatiyyah yang diperkenalkan itu termasuk dalam kes 1MDB sehingga menyebabkan berbilion ringgit wang negara habis.

Dari sudut pendidikan, katanya, kerajaan turut gagal melaksanakannya dengan baik termasuk yang membabitkan pinjaman PTPTN, apabila kaedah yang digunakan begitu membebankan para pelajar atau peminjam terutama mereka yang belum dan baharu mendapat pekerjaan tetap dan bergaji kecil.

"Dalam aspek kemasyarakatan, kerajaan sepatutnya membela orang miskin, tetapi ini tidak dilakukan. Walaupun diberikan BR1M, itu bukan penyelesaiannya, apatah lagi jika ia adalah untuk tujuan matlamat politik," ujarnya.

Beliau turut kesal dengan tindakan kerajaan Umno BN dalam perkara-perkara yang dipertikaikan termasuk ketelusan kerajaan dalam TPTA dan pelaksanaan GST, sehingga rakyat sendiri tertanya-tanya mengenai perkara itu tetapi tidak diberikan penjelasan yang sewajarnya oleh pihak kerajaan.

"Mengenai Akta Hasutan, untuk menghalang fitnah, dalam Islam pun tak boleh fitnah orang, tetapi Akta Hasutan digunakan secara terpilih. Kalau dikenakan Akta Hasutan kerana fitnah yang tak boleh dilakukan, betulkah orang itu melakukan fitnah? Ini tak tepat dengan wasatiyyah," ujar beliau. - HARAKAHDAILY 10/12/2014

Tn Hj DMA - https://www.youtube.com/watch?v=Fd6aOEvrQyc&list=UUFznwgrJ0SorgTbQlpOKOaQ

































































































































































































































Hasil pertemuan PAS-Pasma dibawa ke mesyuarat Pusat

MUHAMMAD FAIZAL | .

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pengurusan Krisis PAS Pusat akan membawa hasil pertemuan dengan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) ke mesyuarat PAS Pusat awal Disember nanti.

Pengerusinya, Salahuddin Ayub ketika menghubungi berkata, atas mandat yang telah diberikan oleh mesyuarat PAS Pusat satu pertemuan dengan Pasma telah diadakan di sebuah tempat di Kuala Lumpur.

"Pertemuan dua jam yang diadakan semalam berjalan dengan‎ suasana yang baik.

"Jawatankuasa ini telah mengambil inisiatif untuk mengadakan pertemuan bagi membincangkan dan mengambil maklumat tentang isu-isu yang berbangkit terutama isu-isu yang meresahkan ahli-ahli termasuk keputusan Majlis Syura PAS yang melarang ahli-ahli PAS terlibat dengan program Pasma," katanya yang telah mempengerusikan pertemuan tersebut.

Katanya, turut hadir pada pertemuan tersebut adalah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang juga Ahli Majlis Syura, Ustaz Idris Ahmad dan Penolong Setiausaha Agung PAS, Khairul Faizi Ahmad Kamil.
Sementara itu, dari Pasma pula adalan Presidennya, Datuk Phahrolrazi Zawawi, Muhamad Husin (Timbalan Pasma), Mohd Taib Ahmad (Setiausaha Agung), Che Nordin Che Husin (Penolong Setiausaha Agung) dan Penasihat Undang-Undang Pasma, Zulhazmi Sharif.

"Jawatankuasa ini telah mengambil maklum semua isu-isu yang dibincangkan.

"Jawatankuasa ini juga tidak memberikan sebarang komitmen dalam bentuk arahan atau persetujuan. Segala hasil pertemuan ini akan dibawa pada mesyuarat PAS Pusat akan datang‎," sambung beliau yang juga Naib Presiden PAS.

Beliau turut berharap agar semua pihak dan ahli-ahli PAS untuk tidak membuat sebarang spekulasi terhadap pertemuan tersebut. - HARAKAHDAILY 25/11/2014

Sumber HD - 25-11-2014


































































































































































































































PAS perlu pentadbir cekap, pentadbiran tersusun

SALMIYAH HARUN | .



KUALA LUMPUR: PAS menyedari pengurusan organisasi adalah satu tuntutan yang perlu dilaksanakan di semua peringkat kerana PAS memerlukan pentadbiran yang tersusun dan pentadbir yang cekap.

Penolong Setiausaha Agung PAS, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, ilmu itu perlu diterapkan misalnya melalui seminar ataupun kursus yang dianjurkan bagi memantapkan pentadbiran organisasi dari semasa ke semasa.

Beliau juga melahirkan rasa gembira dan bersyukur apabila Manual Pengurusan dan Pentadbiran PAS (MPPP) telah pun terjual sebanyak 3,500 naskah sejak dilancarkan pada 19 September lalu oleh Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang semasa Muktamar PAS ke-60.

"Ia sebagai satu tanda bahawa penggerak PAS telah menyedari bahawa pengurusan organisasi adalah satu tuntutan yang perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin," katanya kepada Harakahdaily.

Justeru katanya, mengambil inisiatif ini PAS Pahang telah berjaya mengadakan Seminar Pengurusan PAS peringkat negeri di pejabat Perhubungan PAS Negeri Pahang di Temerloh baru-baru ini.

Seminar yang dihadiri oleh Setiausaha dan Penolong Setiausaha PAS di peringkat negeri dan kawasan telah mendedahkan kepada para peserta berkaitan dengan kandungan MPPP.

Tambahnya, seminar pengurusan ini telah berjaya mencapai sasarannya apabila para peserta telah mendapat penjelasan dengan sebaik mungkin bagaimana untuk menguruskan organisasi berpandukan kepada MPPP.

Sementara itu, PAS Kawasan Teluk Intan turut mengadakan seminar yang sama sebagai usaha untuk memberikan pendedahan kepada para pimpinan tertinggi di peringkat dewan-dewan dan cawangan-cawangan untuk memahami struktur organisasi PAS dan kaedah pengurusan yang sebenar.

"Saya menerima respons yang positif daripada para peserta terhadap kursus yang telah diadakan dan beliau bercadang untuk meneruskan kursus seumpama itu pada masa hadapan.

“Kerja berkumpulan dan kerja berpasukan adalah satu kaedah yang lebih berkesan untuk memperkemaskan organisasi dengan lebih baik berbanding dengan kerja yang dilakukan secara berseorangan,” katanya. – HARAKAHDAILY 21/11/2014

Sumber HD - 21-11-22014

Tak boleh suruh parti lain keluar Pakatan - Tuan Ibrahim

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: PAS tidak melihat kritikan secara terbuka antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat boleh menyelesaikan perbezaan pendapat yang berlaku.

Sebaliknya kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, sebarang perbezaan pendapat terhadap sesuatu perkara itu wajar dilontarkan melalui mesyuarat Pakatan Rakyat.

"Semua parti perlu menjaga batas parti masing-masing. Tidak boleh untuk kritik parti lain apatah lagi secara terbuka.

"Seperti contoh, DAP tak boleh kritik PAS dan PAS juga tidak boleh kritik DAP.

"Sebarang perbezaan pendapat, bawa ke mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat," katanya kepada Harakahdaily.

Tak boleh suruh keluar PR

Dalam pada itu, beliau turut menafikan laporan sebuah akhbar hari ini kononnya menggambarkan beliau menggesa DAP keluar Pakatan Rakyat.

Menurutnya, laporan itu dipetik di luar konteks sebenar dari apa yang dinyatakan beliau.

"Saya sebut, setiap parti tak boleh suruh parti lain keluar dari PR, tetapi jika parti itu sendiri sudah berasa tidak selesa, maka parti itu sendiri boleh keluar.

"Ini kerana dalam PR tidak ada borang keluar, hanya ada borang masuk. Kecuali parti itu sendiri nak tarik diri, itu hak parti itu. Tak boleh suruh orang keluar," ujar beliau.

Beliau juga menjelaskan, DAP pernah mengambil tindakan menarik diri selepas mereka menyertai Barisan Alternatif sebelum 2004. - HARAKAHDAILY 20/11/2014

Sumber HD - 20-11-2014





































































































































































































































Mahkamah Persekutuan Syariah: PAS sedia diajak bincang

ANIS NAZRI | .

KUALA LUMPUR: PAS pada prinsipnya bersetuju dengan cadangan kerajaan bagi menubuhkan Mahkamah Persekutuan Syariah jika ia dilihat dapat menambah baik sistem mahkamah syariah sedia ada.

Malah, PAS bersedia menawarkan diri untuk duduk bersama-sama berbincang dengan kerajaan dalam menjayakan usaha itu, tegas Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Bercakap kepada Harakahdaily, hari ini, Salahuddin berkata dengan berlatar belakangkan berbagai ilmu dan kemahiran di kalangan pemimpin PAS, maka parti Islam itu bersedia duduk bersama kerajaan.

"PAS setuju secara prinsipnya, dan bersedia jika PAS diajak untuk sama-sama berbincang bagi menentukan mekanisme tertentu bagi penubuhan Mahkamah Persekutuan Syariah tersebut.

"Para pemimpin PAS mempunyai ilmu dan kepakaran yang pelbagai, yang membolehkan PAS membantu kerajaan dalam usaha memartabatkan agama Islam di negara ini," tegas beliau.

Bagaimanapun, beliau menambah dalam masa sama fungsi dan peranan mahkamah syariah sedia ada perlu diberi penambahbaikan.

Sebelum ini, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pernah menyatakan kesediaan untuk berbincang dengan kerajaan dalam isu-isu berkaitan mengangkat martabat perundangan Syariah Islam.

Jumaat lepas, Menteri Agama, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengumumkan perkara tersebut setelah cadangan itu diajukan kepada kabinet.

Jamil dilaporkan berkata lima peringkat mahkamah syariah itu turut melibatkan penubuhan Mahkamah Tengah Syariah dan Majlis Rayuan Syariah.

Jamil juga menegaskan tahap bidang kuasa Mahkamah Persekutuan Syariah itu harus sama dengan Mahkamah Persekutuan Sivil.

Bagaimanapun, cadangan awal itu ditentang golongan bukan Islam, antaranya MIC, MCA, DAP dan Gerakan. - HARAKAHDAILY 18/11/2014

Sumber HD - 18-11-2014







































































































































































































































Anthony Loke telah hubungi saya - Mustafa

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke telah menghubungi Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali untuk mengadakan pertemuan dalam waktu terdekat.

"Loke telah hubungi saya sebentar tadi. Insya Allah, kami akan bertemu dalam waktu terdekat," ujar Mustafa kepada Harakahdaily.

Menurutnya, beberapa isu yang berbangkit akan dibincangkan pada pertemuan itu.

Semalam, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan telah mengarahkan Anthony Loke untuk mengadakan perbincangan secara 'direct' dengan Mustafa.


Pada Jumaat lepas, Mustafa menyatakan beliau tidak berminat untuk memanjangkan polemik isu kehadiran pada Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat secara terbuka.

"Walau bagaimanapun, tidak jadi masalah kepada saya untuk bincang secara 'direct' dengan beliau (Loke) dan mana-mana pimpinan DAP yang lain sebagaimana berlaku sebelum ini, sama ada soal dalaman parti atau antara parti, untuk kebaikan Pakatan Rakyat," katanya. - HARAKAHDAILY 10/11/2014

Sumber HD - 10-11-2014

Mesyuarat PR: Mustafa sedia bincang 'direct' dengan DAP

NAZRI ABDULLAH | .


KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menyifatkan kenyataan balas Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke, berhubung isu ketidakhadiran Presiden PAS dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan, lari dari premis asal.

Menurut beliau, Loke bukan sahaja mengubah premis asal, tetapi juga telah membuka kepada satu dimensi baharu yang menjurus kepada soal dalaman parti dan antara parti.

"Malah beliau (Loke) telah membuat olahan tentang PAS secara tidak berhemat dan tidak tepat,"
katanya ketika dihubungi Harakahdaily.


Mustafa berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban semalam, yang kesal dengan pendirian beliau kerana menganggap ketidakhadiran Presiden PAS ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat, sebagai perkara remeh yang tidak perlu diperbesarkan.

Mengulas lanjut Mustafa berkata, Pakatan Rakyat yang bermula sejak 2008 sehingga sekarang, sudah berpuluh kali mengadakan mesyuarat yang kadang kala tidak dihadiri Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan juga Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, dan telah membuat pelbagai keputusan.

Sepanjang tempoh itu juga katanya, segala keputusan yang dibuat, berjalan dengan baik tanpa menjejaskan perjalanan Pakatan Rakyat.

"Tetapi kenapa soal ketidakhadiran ini dibangkit dan diperbesar sekarang?" soal beliau.

Mustafa bagaimanapun berkata, beliau tidak berminat untuk memanjangkan polemik isu itu secara terbuka apatah lagi ia membabitkan soal dalaman parti dan antara parti, kerana ia tidak mendatangkan kebaikan kepada Pakatan Rakyat.

"Walau bagaimanapun, tidak jadi masalah kepada saya untuk bincang secara direct dengan beliau (Loke) dan mana-mana pimpinan DAP yang lain sebagaimana berlaku sebelum ini, sama ada soal dalaman parti atau antara parti, untuk kebaikan Pakatan Rakyat," katanya. - HARAKAHDAILY 7/11/2014

Berita berkaitan:

Henti bangkit soal remeh, PAS selar Guan Eng

Sumber HD - 7-11-2014









































































































































































































































Henti bangkit soal remeh, PAS selar Guan Eng

NAZRI ABDULLAH | .

KUALA LUMPUR: PAS melahirkan rasa kecewa dengan tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menyerang Presiden PAS secara terbuka.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, tindakan Guan Eng yang membangkitkan soal ketidakhadiran Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ke Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat, merupakan perkara remeh yang tidak perlu diperbesar.

"Perlu diingat, kerjasama dalam konteks tahaluf siyasi adalah antara parti dengan parti, bukan individu dengan individu.

"Jika secara perbandingan, sejak 2008 Guan Eng lebih banyak tak hadir ke mesyuarat PR berbanding Tuan Guru Abdul Hadi. Tetapi itu bukan isu besar," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily.

Mustafa menjelaskan, setakat ini tidak pernah berlaku sesuatu keputusan tidak dapat dibuat sekalipun kedua-dua mereka tidak hadir ke mesyuarat.

Hakikatnya, setiap wakil parti ujarnya sentiasa datang ke mesyuarat dan keputusan boleh dibuat tanpa sebarang masalah.

"Antara yang selalu hadir ialah Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar yang mempengerusikan mesyuarat, Lim Kit Siang sebagai wakil DAP dan saya sebagai wakil PAS. Tidak ada masalah," jelasnya.

Menurut Mustafa lagi, pemimpin mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat termasuk Guan Eng sepatutnya berpegang kepada etika bahawa tidak boleh campur tangan dalam isu dalaman parti lain.

"Semua parti ada masalah dalaman. Tapi biar masing-masing parti selesaikan sendiri masalah mereka tanpa campur tangan luar.

"PAS sendiri tidak pernah campur tangan isu dalaman DAP. Saya minta beliau hentikan tindakan membangkitkan isu remeh temeh ini," tegas beliau. - HARAKAHDAILY 5/11/2014

Sumber HD - 5-11-2014 









































































































































































































































Rayuan dua Adun, Majlis Syura PAS putus esok

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Rayuan terhadap penggantungan keahlian Adun PAS, Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) akan diputuskan Majlis Syura Ulamak PAS yang akan bermesyuarat esok.


Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh berkata, beliau telah menerima surat rayuan yang dikemukakan kedua-dua adun tersebut Isnin lalu.

"Mesyuarat Majlis Syura pada 2 November ini (esok) akan menentukan sama ada rayuan yang dikemukakan oleh mereka akan diterima atau sebaliknya," katanya dipetik sebuah portal.

Beliau memaklumkan mesyuarat yang akan diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut esok dijadual dipengerusikan sendiri oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Jawatankuasa PAS pusat pada 11 Oktober lalu membuat keputusan menggantung keahlian Saari dan Hasnul selama setahun berkuat kuasa tarikh sama.

Ianya ekoran tindakan mereka menandatangani surat akuan bersumpah menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor yang dilihat bertentangan dengan pendirian Majlis Syura Ulamak dan Presiden PAS.

Sebelum keputusan penggantungan itu dibuat, kedua-dua mereka telah dipanggil membuat penjelasan kepada Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

Mengikut perlembagaan parti, kedua-dua Adun berkenaan bagaimanapun diberikan peluang untuk mengemukakan rayuan secara bertulis dalam tempoh 14 hari daripada tarikh penggantungan kepada Majlis Syura Ulamak. - HARAKAHDAILY 1/11/2014

Sumber HD - 1-11-2014

Rayuan Saari, Hasnul dialu-alukan - Salahuddin

MUHAMMAD FAIZAL | .


KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mengalu-alukan rayuan yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kelang dan Morib, Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin berhubung penggantungan keahlian PAS kerana menyokong Presiden PKR, Datuk Dr Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor.

Jelas beliau, keputusan telah dibuat pada mesyuarat PAS Pusat sebelum ini dan mereka diberi peluang untuk mengemukakan rayuan.

"Daripada maklumat yang saya terima beberapa hari lalu, kedua-dua Adun Selangor itu akan mengemukakan rayuan.

"Saya menyambut baik serta mengalu-alukan kedua-dua mereka menghantar rayuan kepada Majlis Syura Ulamak (MSU) kerana itu pendekatan yang seharusnya mereka lakukan," jelasnya.

Beliau yakin dengan sikap fleksibel MSU, perkara tersebut dapat diselesaikan dengan lebih baik.

"Terpulang kepada kebijaksanaan dan pendirian kedua-dua Adun tersebut dan saya yakin MSU akan lebih fleksibel dalam membuat keputusan yang terbaik.

"Apa yang harus dilakukan adalah jalinan perlu ada antara mereka," sambung beliau. - HARAKAHDAILY 23/10/2014

Sumber HD - 23-10-2014









































































































































































































































Saari Sungib akan kemuka rayuan minggu depan

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Adun PAS Hulu Kelang, Saari Sungib yang digantung keahlian berkuat kuasa 12 Oktober lalu, akan mengemukakan rayuan kepada Majlis Syura Ulama PAS minggu depan,

Beliau yang dipetik portal Mstar Online sebagai berkata bahawa, surat rayuan tersebut akan diserahkan sendiri di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut pada Isnin.

"Insya-Allah dalam hujung minggu ini saya akan menulis surat rayuan tersebut. Perkara yang akan ditulis sudah berada dalam fikiran saya," Saari dipetik portal itu.

Beliau juga mmaklumkan telah berbincang dengan peguam dan rakan rapat untuk mendapat maklumbalas berhubung pemecatannya itu.

Saari menjelaskan surat penggantungan beliau diterima melalui pos pada 13 Oktober lalu dan menerimanya menerusi emel pada 11 Oktober.

"Dalam surat penggantungan itu, kesalahan yang saya lakukan tidak dinyatakan secara spesifik, namun surat itu memaklumkan saya melakukan kesalahan di bawah perkara 82 (6) Perlembagaan parti.

"Apa pun saya akan menjawab surat tunjuk sebab ini dan saya akan serahkannya Isnin ini," katanya.

Jawatankuasa PAS Pusat pada 12 Oktober lalu membuat keputusan menggantung keahlian Saari dan seorang lagi, Hasnul Baharuddin (Adun Morib) selama setahun berkuat kuasa tarikh sama.

Kedua-duanya bagaimanapun mempunyai ruang untuk membuat rayuan secara bertulis Kepada Majlis Syura Ulamak dalam tempoh 14 hari, mengikut fasal 83 (4) (5) Perlembagaan PAS pindaan 2011.

Penggantungan kedua-duanya dibuat ekoran tindakan mereka manandatangani surat akuan bersumpah (SD) menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal menteri besar Selangor.

Tindakan tersebut dilihat tidak selari dengan pendirian Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan juga Majlis Syura Ulamak PAS.

Desakan supaya mengambil tindakan terhadap kedua-dua mereka turut diusulkan pada Muktamar Tahunan PAS ke-60, di Johor bulan lalu. - HARAKAHDAILY 22/10/2014

Sumber HD - 22-10-2014

PAS tidak halang sesiapa ingin keluar parti

ANIS NAZRI | .

KUALA LUMPUR: PAS tidak menghalang mana-mana individu yang ingin keluar dari parti berkenaan atas dasar menghormati hak seseorang itu untuk berbuat demikian.


Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, menegaskan ia berbeza jika seseorang itu memohon untuk menyertai parti, yang mana memerlukan pertimbangan jawatankuasa pusat untuk menerima atau menolaknya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Datuk Tamrin Ghafar untuk keluar dari parti Islam itu, pagi tadi.

"Kita tidak boleh halang mana-mana yang hendak keluar parti. Jika itu hasrat dia, kita terima. Tak boleh halang.

"Kalau nak masuk (sertai PAS), itu kena dipertimbangkan sama ada nak terima atau tidak. Perlu dibawa ke peringkat jawatankuasa kerja untuk memutuskannya. Itu lain. Tapi, kalau nak keluar, kita tak boleh halang," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily.

Mengulas lanjut, Mustafa yang kini tidak berada di Kuala Lumpur mengatakan bahawa beliau belum menerima surat daripada Tamrin.

Bagaimanapun, pegawai di Pejabat Agung PAS, di Jalan Raja Laut, telah memaklumkan kepada beliau berkenaan surat tersebut yang dihantar pembantu Tamrin pagi tadi.

"Saya belum terima surat tersebut sebab saya tidak berada di Kuala Lumpur. Cuma pegawai di pejabat memaklumkan ada surat dari Tamrin yang diserahkan pembantunya, dan telah dicop terima oleh pejabat.

"Bila saya ke Kuala Lumpur nanti, saya akan meneliti surat tersebut. Tapi jika beliau dah umumkan keluar parti hari ini, maka begitulah keadaannya. Kita tak boleh halang," tegas beliau.

Surat 'Menarik Diri Sebagai Ahli PAS' yang ditandatangani Tamrin pada jam 9.10 pagi dan kira-kira sejam kemudian terus dihantar ke pejabat Setiausaha Agung PAS melalui serahan tangan di ibu pejabat parti itu.

Anak bekas Timbalan Perdana Menteri itu bagaimanapun tidak memaklumkan alasan mengapa bertindak demikian. - HARAKAHDAILY 15/10/2014

Sumber HD - 15-10-2014









































































































































































































































Ahli PAS dinasihat tidak terlibat Pasma - Majlis Syura

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulamak PAS menasihatkan kepada ahli-ahli PAS supaya tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti anjuran NGO Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma).


Setiausahanya Datuk Nik Muhammad Zawawi Saleh berkata, Majlis Syura Ulamak memantau dengan penuh prihatin beberapa tindak tanduk mutakhir ini yang dilihat boleh memecah belah ahli-ahli PAS seperti yang dilakukan oleh NGO tersebut.

"Selaras dengan peringatan Presiden PAS dalam penggulungan Muktamar PAS 2014 yang lalu supaya tidak berlaku adanya jamaah dalam jamaah, parti dalam parti, maka Majlis Syura Ulamak memberi nasihat kepada ahli-ahli PAS supaya tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti Pasma," kata beliau dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Majlis Syura Ulamak juga menggesa kawasan-kawasan dan Badan Perhubungan Negeri membuat laporan bertulis kepada Jawatankuasa PAS Pusat dan Majlis Syura Ulamak sekiranya tindak-tanduk seumpama itu juga berlaku di peringkat masing-masing untuk diambil tindakan lanjut.

Majlis Syura Ulamak juga jelasnya, memperingatkan ahli-ahli PAS tentang kewujudan perancangan antarabangsa yang bergerak aktif menerusi pelbagai medium untuk melemahkan gerakan Islam.

Ianya termasuk gerakan membuang label politik Islam daripada parti-parti Islam, menjadikan parti Islam hanya memperjuangkan politik tanpa dakwah dan mengenepikan perjuangan menegakkan Syariat Islam yang luas merangkumi ekonomi, sosial, kebajikan dan undang-undang jenayah dengan dikecilkan kepada kebajikan yang sempit. - HARAKAHDAILY 12/10/2014.

Sumber HD - 12-10-2014









































































































































































































































Saari, Hasnul digantung setahun

MUHAMMAD FAIZAL | .



KUALA LUMPUR: PAS menggantung keahlian Adun Hulu Kelang dan Morib, Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin selama setahun berkuatkuasa hari ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali memberitahu keputusan tersebut diambil mengikut Fasal 82(6) Perlembagaan PAS.

"Hari ini kita bermesyuarat dan dipengerusikan oleh Presiden PAS telah membincangkan mengenai dua Adun PAS mengenai krisis di Selangor tempoh hari.

"‎Laporan telah kita bentangkan dan Jawatankuasa PAS Pusat memutuskan mengenakan tindakan tatatertib dengan menggantung keahlian kedua-dua mereka selama setahun bermula hari ini," jelasnya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, sebentar tadi.

Turut hadir ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub‎, Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Timbalan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.‎

Mustafa berkata, mengikut Fasal 83(4) dan (5) Perlembagan PAS, mereka boleh mengemukakan rayuan kepada Majlis Syura Ulamak dalam tempoh 15 hari.

"Mereka masih lagi menjadi Adun kerana kita hanya menggantung keahlian sahaja.

"Kedua-dua mereka tidak dibenarkan menjalankan apa-apa program rasmi di bawah nama parti," jelas beliau lagi.‎

Mereka dikenakan tindakan berikutan mendahului keputusan parti memberi sokongan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail‎ dalam isu Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini.‎ - HARAKAHDAILY 12/10/2014

Tn Hj MS - 
http://www.youtube.com/watch?v=bm2OOUxP5m4

Sumber HD - 12-10-2014

Kes dua Adun: PAS Pusat putus 12 Oktober

NAZRI ABDULLAH | .

KUALA LUMPUR: PAS akan membuat keputusan berhubung kes dua Adun Selangor, Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharuddin (Morib), pada mesyuarat PAS Pusat 12 Oktober ini.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, pada mesyuarat itu nanti, beliau akan membentangkan laporan penuh kes itu termasuk kenyataan kedua-dua Adun itu dalam pertemuan awal dengan beliau pada 29 September lalu.

"Segala butir-butir percakapan mereka dalam pertemuan dahulu itu, saya akan laporkan kepada mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat nanti.

"Dan bergantung kepada mesyuarat untuk membuat keputusannya bagaimana," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Saari dan Hasnul sebelum ini menandatangani akuan bersumpah (SD) menyatakan sokongan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar.

Tindakan tersebut dilihat bercanggah dengan pendirian Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan juga Majlis Syura Ulamak PAS.

Desakan supaya mengambil tindakan terhadap kedua-dua mereka turut diusulkan pada Muktamar Tahunan PAS ke-60, di Johor bulan lalu.

Mengulas lanjut Mustafa berkata, mengikut amalan biasa, apabila sesuatu kes itu diangkat kepada Mesyuarat PAS Pusat, maka kes tersebut tidak perlu lagi melalui jawatankuasa disiplin parti.

"PAS Pusat ada bidang kuasa tersendiri untuk membuat apa-apa keputusan berkait tindakan disiplin terhadap anggota parti," katanya. - HARAKAHDAILY 30/9/2014

Sumber HD - 7-10-2014

Menyingkap Kelantan jatuh ke tangan BN pada 1978

M FAQIH | .




APAKAH kegagalan PAS merebut Dun Pengkalan Kubor yang berada dalam gengaman Umno dan Barisan Nasional (BN) sejak 2004, sebagai petanda kerajaan PAS Kelantan goyah?

Pengkaji sejarah Kelantan, Dr Mustafa Ahmad meluah rasa bimbang terhadap isyarat yang berlaku di Pengkalan Kubor, 25 September lepas.

“Mungkinkah ia sebagai signal awal berkemungkinan berakhirnya pemerintahan PAS di Kelantan sejak 1990?” katanya di sini.

Kerajaan PAS Kelantan hanya berjaya dijatuhkan pada 1978 selepas polisi “divide and rule” digemblengkan Tun Razak Hussain. Ia bermula dengan gagasan perpaduan dalam kerajaan BN pada 1973.

Bekas Yang Dipertua Agung PAS, Datuk Mohd Asri Muda mengakui beliau terpesona dengan idea dicetus Tun Razak bagi meredakan pertembungan politik angkara tragedi 13 Mei 1969.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga menjelaskan beliau menyokong penyertaan PAS dalam gabungan BN ketika itu.

Kepintaran Tun Razak menyebabkan Kelantan jatuh ke tangan BN pada pilihan raya umum (PRU) 1978. Dasar pecah dan perintah itu serupa diamalkan penjajah Inggeris atau Belanda.

Ikuti analisis lanjut dalam Harakah cetak keluaran akan datang.

Sumber HD - 1-10-2014









































































































































































































































PAS parti yang boleh terima teguran - Lensa

ANIS NAZRI | .



KUALA LUMPUR: Lensa Anak Muda Malaysia (Lensa) meminta PAS bertindak segera mengatasi masalah permuafakatan di kalangan Pakatan Rakyat, atau bertindak keluar daripada Pakatan.

Permintaan itu disuarakan koordinatornya, Ekhsan Bukharee melalui surat cadangan yang dipanjangkan kepada PAS di hadapan pejabat agung parti itu, pagi ini.

Surat tersebut diserahkan kepada pegawai Pejabat Agung PAS, Mohd Shahir Abu Hassan pada jam 10.30 pagi tadi.

Turut serta mengiringi beliau Pengarah Eksekutif Lensa, Muhammad Safwan Anang.

Menurut Ekhsan, sebagai sebuah NGO non-partisan, badan itu mewakili suara anak muda yang ingin melihat sistem dwi-parti yang merupakan mekanisme yang berkesan dalam mewujudkan pentadbiran berimbang.

"Sebagai satu-satunya pakatan pembangkang di Malaysia, Pakatan perlu memperkukuhkan permuafakatan bagi menyemak imbang urus tadbir negara di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Jika Pakatan sebagai agen utama gagal, bagaimana sistem demokrasi dan sistem pentadbiran dapat diuruskan dengan baik," tegas beliau di hadapan wartawan.

Justeru, Lensa mengharapkan agar PAS perlu menggesa semua pimpinan di semua peringkat untuk tidak lagi membuat kenyataan yang boleh merenggangkan hubungan Pakatan, selain segera menyiasat dan mengambil tindakan ke atas mana-mana ahli atau pimpinan yang mengeluarkan kenyataan yang mampu menggugat Pakatan.

"Jika PAS gagal bertindak tegas terhadap kelompok dalam PAS yang terus-menerus mewujudkan konflik sesama Pakatan, maka Lensa mencadangkan agar PAS mengambil langkah untuk berundur daripada Pakatan," tegas beliau.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Lensa, Ahmad Shukri Razab, berkata pihaknya tidak menolak untuk membuat perkara sama kepada DAP dan PKR, bagaimanapun beranggapan PAS sebagai punca berlakunya kemelut ini.

Dalam masa sama, beliau juga tidak menolak bahawa PAS sebagai sebuah parti yang boleh menerima teguran.

"Kita hantar kepada PAS dahulu kerana kita tahu PAS boleh mendengar dan menerima teguran. Ia juga kerana PAS dilihat sebagai punca utama segala masalah ini," kata beliau.

Menurut surat tersebut, PAS dianggap membelakangkan setiakawan dalam isu sokongan terhadap calon menteri besar Selangor, tidak konsisten berhubung penyerahan nama calon menteri besar, selain kenyataan-kenyataan berterusan pimpinan PAS yang didakwa Lensa yang merugikan Pakatan.

Sementara itu, surat yang diserahkan itu akan dipanjangkan kepada Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar untuk tindakan susulan. - HARAKAHDAILY 30/9/2014

Sumber HD - 30-9-2014

Kes 2 Adun: Tindakan lanjut akan diputus PAS Pusat

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Keputusan sama ada menyerahkan kepada Lembaga Disiplin atau tidak berhubung dua Adun PAS Selangor hanya akan diputuskan oleh Jawatankuasa PAS Pusat.


Setiausaha Agung PAS DatukMustafa Ali berkata, perkara itu akan dibincangkan pada Mesyuarat PAS Pusat akan datang.

"Saya akan buat laporan kepada jawatankuasa PAS Pusat.

"PAS Pusat akan tentukan tindakan selanjutnya," katanya kepada Harakahdaily

Semalam beliau mengadakan pertemuan berasingan dengan dua Adun terbabit iaitu Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharuddin (Morib), di Pejabat Agung PAS.

Kedua-dua mereka dipanggil Setiausaha Agung PAS berhubung tindakan mereka dalam isu menandatangani akuan bersumpah (SD) menyatakan sokongan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar.

Turut serta dalam pertemuan itu, Penolong Setiausaha Agung Datuk Takiyuddin Hassan.

Menurut Mustafa, kedua-dua mereka diminta hadir semalam bagi menjelaskan tindakan yang telah dibuat mereka sebelum ini.

Hasil pertemuan itu kata Mustafa, akan dibawa ke dalam Mesyuarat PAS Pusat sebelum menentukan bentuk tindakan selanjutnya.

"Kedua-dua mereka memberi kerjasama yang baik dan semua perkara yang kita nak tahu telah dijelaskan.

"Kami akan sediakan laporan untuk dibawa kepada Mesyuarat PAS Pusat akan datang," jelasnya. - HARAKAHDAILY 30/9/2014

Sumber HD - 30-9-2014






































































































































































































































Exco: Satu lagi pengorbanan yang PAS lakukan

MOHD NAZRI | .
KUALA LUMPUR: PAS menerima dengan hati terbuka pengurangan jumlah Exco Kerajaan Selangor daripada empat kepada tiga orang biarpun ianya di luar jangkaan.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, PAS memahami 'kesukaran membuat pilihan' oleh Menteri Besar.

"Apapun kita yakin beliau (menteri besar) telah berusaha mengimbangi suasana yang ada sebaik-baiknya.

"Apa yang lebih penting bagi kita ialah, ini satu lagi pengorbanan yang PAS perlu lakukan untuk melihat krisis di negeri Selangor selesai, dan Pakatan boleh bergerak ke hadapan," katanya kepada Harakahdaily.

Mustafa menegaskan, semua pihak perlu menghargai setiap pengorbanan yang dilakukan oleh mana-mana pihak.

Tegasnya, musuh sebenar Pakatan adalah BN dan bukan sesama parti dalam Pakatan Rakyat.

Pagi tadi, menteri besar, Mohamed Azmin Ali mengumumkan pelantikan 10 exco dengan kuota 4 PKR, 3 DAP dan 3 PAS.

Adun PAS terdiri daripada Iskandar Abdul Samad (Chempaka), Dr Ahmad Yunus Hairi (Sijangkang) dan Zaidy Abdul Talib (Templer).

Zaidy adalah muka baru manakala exco yang tidak dikekalkan ialah Ustaz Sallehen Mukhyi (Sabak) dan Dr Halimah Ali (Selat Klang).

Sebelum ini, komposisi exco ialah 4 PAS, 3 PKR dan 3 DAP. - HARAKAHDAILY 26/9/2014

Sumber HD - 26-9-2014

Exco: PAS buat kenyataan selepas angkat sumpah

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: PAS hanya akan membuat kenyataan rasmi berhubung isu Exco Selangor, hanya selepas selesai majlis angkat sumpah petang ini.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali kepada Harakahdaily pagi ini.

"PAS hanya akan buat kenyataan selepas selesai majlis angkat sumpah exco petang ini.

"Kena tunggu lah. Tidak lama dah," katanya ketika dihubungi.

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali pagi tadi mengumumkan senarai penuh 10 anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (exco) sebagai pasukan baru beliau.

Kesemua mereka adalah masing-masing dengan komposisi 4 dari PKR, 3 PAS dan 3 DAP.

Ianya menyaksikan kuota PAS yang sebelum ini empat dikurangkan kepada tiga.

PKR yang mempunyai tiga kerusi sebelum ini pula mendapat tambahan satu kerusi menjadi empat, manakala DAP kekal tiga.

Adun PKR terdiri daripada Elizabeth Wong Keat Ping, Dr Daroyah Alwi, Nik Nazmi Nik Ahmad (baru) dan Amirudin Shari (baru), sementara DAP pula ialah Datuk Teng Chang Khim (kekal), Ean Yong Hian Wah dan V Ganabatirau.

Adun PAS ialah Iskandar Abdul Samad , Dr Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib (baru).

Dalam pada itu, Azmin turut memaklumkan Nik Nazmi telah meletakkan jawatan sebagai Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor.

Jawatan tersebut menurutnya akan diperuntukkan kepada PAS bagi mewakili Pakatan Rakyat.

Kesemua exco akan mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah petang ini.

Dalam pada itu, PAS Selangor difahamkan telah mengadakan mesyuarat pagi tadi berhubung perkembangan terbaru itu.

- HARAKAHDAILY 26/9/2014

Sumber HD - 26-9-2013






































































































































































































































Exco: PAS sudah serah nama kepada MB

NAZRI ABDULLAH | .


KUALA LUMPUR: PAS sudah menyerahkan senarai nama calon exco mereka kepada Menteri Besar Selangor, untuk dipersembahkan kepada Sultan yang dijadual hari ini.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah memilih nama tersebut selepas PAS Selangor menyerahkan mandat membuat pilihan kepada PAS Pusat.

"Pihak Presiden PAS sudah serahkan nama-nama tersebut kepada Menteri Besar malam tadi," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah dan nama calon-calon terbabit.

Ditanya sama ada terdapat muka baru dalam senarai calon tersebut, Mustafa berkata beliau yakin tidak ada perubahan besar berlaku.

"Saya tiada masalah jika keempat-empat exco kita sebelum ini dikekalkan," ujarnya.

Empat exco PAS sebelum ini adalah Iskandar A Samad, Dr Halimah Ali, Dr Ahmad Yunus Hairi dan Sallehen Muhyi.

Mengulas desakan beberapa pihak yang mahu kuota exco PAS dikurangkan ekoran kemelut perlantikan menteri besar sebelum ini, Mustafa menyifatkan pihak terbabit sebagai 'tidak faham Pakatan'.

"Dia tak faham. Tidak mengapa lah. Kita sudah serah kepada menteri besar," tegasnya lagi.

Sementara itu, PAS Selangor semalam turut bertegas akan mempertahankan komposisi empat orang exconya dalam pentadbiran Selangor.

Pesuruhjayanya Iskandar A Samad berkata adalah tidak patut meminta PAS yang mendapat 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) untuk mengurangkan kuota empat orang exconya.

"Kita pertahan (empat orang Exco). Itu jelas," katanya ketika ditemui selepas mesyuarat PAS Selangor malam tadi.

Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali dijangka menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini untuk mengemukakan nama 10 orang exco negeri. - HARAKAHDAILY 25/9/2014

Sumber HD - 25-9-2014

Lega, UG bukan lagi agenda dalam PAS

ZULKIFLI YAHAYA | .




Sekian lama isu kerajaan kerajaan perpaduan (UG) menjadi ibarat sampah yang menyerigai di ruang mata. Banyak mengganggu keselesaan dan kadangkala menyakitkan juga. Kononnya terdapat agenda sulit di belakang tabir, iaitu usaha kepimpinan PAS di peringkat tertinggi mahu mewujudkan kerjasama dengan Umno. Maka wujudlah pelbagai cerita yang tersebar berkaitan UG. Satu demi satu dakwaan konspirasi terancang berkaitan UG yang dikatakan berlaku sejak Mac 2008 hingga kini. Apabila muncul keributan isu Menteri Besar Selangor, isu UG pun mekar kembali. Entah benar entah tidak, tiada siapa dapat mengesahkannya.

Di kalangan ahli bawahan, isu UG meresahkan. Menjalin kerjasama dengan Umno bukan perkara kecil. Dalam politik nasional, Umno sudah menjadi seteru politik paling besar bagi PAS. Pihak yang dikaitkan dengan UG pula bukan calang-calang orang. Bermula dari peringkat pelabelan, akhirnya UG ‘dijenamakan’ terhadap kelompok tertentu dalam PAS. Malang, UG menjadi jenama yang membawa bibit-bibit perpecahan dalam PAS sehingga setiap perbezaan pandangan yang berlaku dikaitkan dengan UG. Oleh kerana UG adalah persoalan besar maka logiknya ia tidak boleh diputuskan secara sulit. Apakan daya, UG tetap mahu dijadikan alat pembakar sentimen.

Ucapan dasar Presiden dalam Muktamar Tahunan PAS ke-60 baru-baru ini menjelaskan persoalan UG. Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa tiada kerjasama dengan Umno yang berbentuk penggabungan!

“Saya ingin menegaskan bahawa tohmahan kononnya PAS mahu menyertai Umno atau bergabung dengan Umno, menyertai BN adalah api fitnah yang dicetus oleh mereka yang tidak bertanggungjawab untuk merosakkan reputasi perjuangan Islam dan memecahbelahkan keutuhan jamaah kita,” tegas beliau.

Penegasan Presiden adalah jelas. Apakah lagi yang mahu diterangkan selepas itu untuk meyakinkan kelompok tertentu bahawa UG bukan lagi agenda dalam PAS?

Dengan penegasan oleh Presiden itu, isu UG tidak perlu diperpanjangkan lagi oleh mana-mana pihak. Isu UG sedikit-sebanyak UG telah memecahbelahkan PAS. Umno musuh politik PAS, malang kalau PAS berbalah hanya kerana musuh.

Adapun, kerjasama yang bukan berbentuk gabungan politik, PAS tidak pernah membataskan dengan sesiapapun demi kebaikan ummah.

“Namun sebagai sebuah jemaah Islam yang membawa rahmat kepada semua, kita tetap berpegang kepada prinsip asas Islam dan terus beristiqamah untuk memelihara perpaduan ummah berasaskan tali Allah.

“PAS juga tetap menghubungkan silaturrahim dengan semua pihak berpandukan kepada panduan Al-Quran dan as-Sunnah, saling bantu membantu dalam usaha menegakkan syariat, membuka ruang dialog dan wacana demi kebaikan dan masa depan umat Islam,” ujar Presiden.

Selepas kebimbangan mengenai UG, ahli-ahli juga turut diruntun keresahan berhubung isu tahaluf. Sekilas pandang akan kenyataan pemimpin tertentu, seolah-olah tahaluf Pakatan sudah berada di hujung tanduk.

Ada perwakilan mengingatkan Muktamar supaya menyedari bahawa PAS, PKR dan DAP masing-masing adalah minoriti. Gabungan ketiga-tiga parti juga masih jadi minoriti. “Tetapi yang jadi majoritinya ialah rakyat, rakyat yang memberi sokongan kepada Pakatan,” ujarnya.

Ada juga perwakilan yang meminta PAS jangan hanya melihat sokongan rakyat terhadap parti itu di Kelantan dan Terengganu. Di negeri-negeri Pantai Barat, undi majoriti Melayu tidak berpihak kepada PAS. Sekalipun salah untuk beriktiqad bahawa ‘undi pihak tertentu adalah penentu kemenangan’ namun realitinya undi bukan Melayu yang membantu kemenangan calon-calon PAS dan Pakatan. Dengan itu Pakatan Rakyat mestilah dimantapkan.

Presiden bersetuju bahawa tahaluf bersama Pakatan merupakan antara khazanah kekayaan sistem politik Islam yang sangat mahal harganya. Cuma malang, katanya, jika tahaluf menyebabkan ada pihak yang cuba melemahkan dan mengkucarkacirkan PAS sehingga ada pihak yang mabuk lantaran berlawanan sesama sendiri. PAS akan terus tahaluf siasi bersama Pakatan selama mana tidak melanggar syarat yang diputuskan oleh hukum tertinggi dalam PAS dan majlis syura. Umumnya, sebahagian besar perwakilan dan kepimpinan yang berucap masih sayangkan Pakatan Rakyat dan mahu ianya diperkasakan. Suara hati muktamar adalah suara hati tertinggi ahli-ahli PAS di seluruh negara.

Ramai juga perwakilan yang berucap perihal adab dalam berbeza pandangan. Jangan ada label melabel seperti munafik haraki, pengkhianat jamaah, hanya kerana terdapat segolongan ahli yang berbeza pandangan dalam sesuatu isu. Lebih parah ia membawa kepada tindakan tidak beradab seperti meninggalkan dewan muktamar semasa seorang pemimpin berucap.

Menariknya muktamar kali ini kerana nampak macam berlaku konflik besar dalam PAS. Hakikatnya ia cuma proses mematangkan ahli-ahli apabila berhadapan dengan konflik. Konflik juga adalah satu bentuk ujian dalam jamaah. Hikmahnya selepas semua ini dilalui dan diatasi, PAS akan jadi lebih mantap dan kuat. - HARAKAHDAILY 22/9/2014

Sumber HD - 22-9-2014









































































































































































































































'Beli' hanya kiasan, tak semesti bayar duit

NAZRI ABDULLAH | .
KUALA LUMPUR: Istilah beli yang digunakan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berhubung dua Adun PAS di Selangor, tidak semestinya bermaksud dibayar dengan duit.

Sebaliknya ia hanya berbentuk kiasan merujuk kepada tindakan adun terbabit yang tidak merujuk pimpinan parti terlebih dahulu untuk menyertai rancangan politik parti lain.

"Bila sebut beli tak semestinya bayar dengan duit.

"Beli maruah diri, beli sokongan tanpa merujuk parti terlebih dahulu. Semua ini kiasan kepada beli," kata Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas gesaan pihak tertentu yang mahu Presiden PAS membuktikan dua Adun PAS terbabit telah dibeli.

Ketika menyampaikan ucapan penangguhan pada Muktamar Tahunan PAS Pusat ke-60 kelmarin, Tuan Guru Abdul Hadi berkata PKR tidak patut membeli dan mencuri dua wakil PAS untuk menjayakan rancangan politik mereka.

"Takut majoriti tak dapat, curi wakil rakyat kita, beli wakil rakyat. Adakah ini etika bertahaluf?

"Kita tidak memandang ringan, dua wakil rakyat yang sanggup menyeberang, yang jadi broker, yang jadi barua, semua ada,” tegasnya.

Beliau merujuk kepada tindakan dua Adun PAS yang menandatangani akuan berkanun (SD) yang menyokong Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai pengganti Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim tanpa merujuk kepimpinan parti.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim berkata, dua Adun terbabit sepatutnya merujuk parti sebelum membuat sesuatu keputusan besar yang boleh memberi kesan kepada parti.

"Apa salahnya rujuk kepada parti atau hadir dalam pertemuan untuk penjelasan.

"Namun apa yang berlaku, berlakunya ia," katanya.

- HARAKAHDAILY 22/9/2014

Sumber HD - 22-9-2014

Rukun baiah



ERTI BAI'AH

Bai'ah

Baiah bererti perjanjian atau ikrar bagi menerima dan sanggup memikul atau melaksanakan sesuatu yang dibaiahkan. Biasanya istilah baiah digunakan di dalam penerimaan seorang murid dengan Syeikhnya untuk menerima wirid-wirid tertentu dan berpegang dengannya sebagai suatu amanah. Namun suatu perkara yang diketahui dan difahami bahawa baiah juga digunakan di dalam skop yang lebih luas dan jauh bagi menegakkan ajaran Islam yang bukan hanya setakat berbaiah untuk mengamalkan wirid-wirid tertentu daripada syeikh-syeikh bahkan lebih menyeluruh dari itu untuk menegakkan perlaksanaan syariat Islam itu sendiri .
Di dalam Risalatul Taa'lim karangan Hassan Al Banna Rahimahullah, beliau telah mengemukan beberapa pemahaman dan pengertian tentang baiah di dalam gerakan dakwah Islamiah.
Antaranya ialah:
1-Baiah untuk memahami Islam dengan kefahaman yang sebenar. Andai tiada kefahaman terhadap Islam maka sesuatu pekerjaan itu bukanlah merupakan 'amal' untuk Islam atau amal menurut cara Islam. Sebagaimana ia juga bukan merupakan suatu perjalanan yang selari dengan Islam.
2-Baiah merupakan keikhlasan. Tanpa keikhlasan amal itu tidak akan diterima oleh Allah dan perjalanannya juga pasti sahaja tidak betul di samping terkandung pelbagai penipuan di dalam suatu perkara yang diambil.
3-Merupakan baiah untuk beramal yang ditentukan permulaannya dan jelas kesudahannya. Iaitu yang dimulakan dengan diri dan berkesudahan dengan dominasi Islam ke atas alam. Hal ini adalah kewajipan yang sering tidak disedari orang Islam masa kini.
4-Merupakan baiah untuk berjihad. Jihad itu menurut kefahaman Islam adalah berupa penimbang kepada keimanan.
5-Merupakan perjanjian pengorbanan bagi memperolehi sesuatu (iaitu balasan syurga).
6-Merupakan ikrar untuk taat atau patuh mengikut peringkat dan keupayaan persediaan yang dimiliki.
7-Merupakan baiah untuk cekal dan setia pada setiap masa dan keadaan.
8-Merupakan baiah untuk tumpuan mutlak kepada dakwah ini dan mencurahkan keikhlasan terhadapnya sahaja.
9-Merupakan baiah untuk mengikat persaudaraan (sebagai titik untuk bergerak).
10-Merupakan baiah untuk mempercayai (thiqah) kepimpinan dan gerakan atau jemaah.
Rukun-rukun Baiah:

Bergabung dengan Harakah Islamiah pada hakikatnya bermaksud bergabung secara langsung atau amalan di dalam Islam. Ia merupakan permulaan perjanjian baru dengan Allah dan memberikan baiah untuk beramal dan berjihad pada jalan-Nya.
Asy-Syahid Imam Hassan Al-Banna telah merumuskan tentang rukun-rukun baiah dengan berkata: "Rukun baiah kita semuanya sepuluh, peliharalah ia dengan sebaik-baiknya".

1. Faham.
2. Ikhlas.
3. Amal.
4. Jihad.
5. Berkorban.
6. Taat.
7. Tetap Pendirian.
8. Tegas.
9. Persaudaraan.
10. Percaya.

Kemudian Imam Hassan Al-Banna mentafsirkan rukun-rukun di atas satu persatu. Beliau menyatakan:

1. FAHAM:

Hendaklah saudara meyakini bahawa fikrah kita adalah fikrah Islamiah yang sejati dan hendaklah saudara memahami Islam sebagaimana kami (para pemimpin) memahaminya berdasarkan usul dua puluh (prinsip) yang ditetapkan. Kami ringkaskan prinsip-prinsip tersebut adalah sebagaimana berikut:
1.1- Hendaklah saudara memahami bahawa Islam adalah satu sistem yang lengkap (syamil) mencakupi seluruh bidang kehidupan.
1.2- Hendaklah saudara memahami bahawa Al-Quran dan Sunnah adalah sumber rujukan bagi setiap orang muslim dalam memahami segala hukum-hakam Islam.
1.3- Hendaklah saudara memahami bahawa iman yang benar, ibadat yang sah dan mujahadah merupakan cahaya kemanisan yang dicampakkan oleh Allah ke dalam hati sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya kasyaf, mimpi, ilham dan lintasan-lintasan hati tidaklah menjadi dalil hukum Islam (syarak) dan tidak boleh dibuat pegangan kecuali jika ianya bercanggah dengan hukum-hakam Islam dan nas-nas agama.
1.4- Hendaklah saudara memahami bahawa semua jenis tangkal, jampi, mantera, tilikan dan ramalan, mengaku mengetahui perkara-perkara yang ghaib, nujum atau apa sahaja yang seumpamanya adalah satu kemungkaran yang wajib diperangi kecuali jika jampi-jampi tersebut terdiri dari ayat-ayat Al-Quran dan doa yang ma'thur yang pernah dibuat oleh Rasulullah s.a.w.
1.5- Hendaklah saudara memahami bahawasanya pendapat Imam dan naibnya dalam perkara-perkara yang tidak ada nas yang jelas dan dalam masalah yang boleh ditafsirkan dengan lebih dari satu pentafsiran dan dalam perkara yang melibatkan maslahah mursalah, boleh diamalkan (dipegang) selama ia tidak berlawanan dengan kaedah-kaedah syarak.
1.6- Hendaklah saudara memahami bahawa sesungguhnya perkataan dari seseorang itu boleh diambil dan boleh ditolak kecuali perkataan Rasulullah s.a.w yang maksum.
1.7- Hendaklah saudara memahami bahawa bagi seseorang Islam yang taraf keilmuannya belum sampai ke peringkat mampu meneliti dalil-dalil hukum-hakam Syariat Islam maka hendaklah dia mengikuti salah seorang dari Imam-imam (mujtahid) dalam Islam.
1.8- Hendaklah saudara memahami bahawa perbezaan-perbezaan (pentafsiran dan pegangan) dalam hukum-hakam fekah dalam soal-soal cabang (furu') tidak harus dijadikan sebab perpecahan dalam agama.
1.9- Hendaklah saudara memahami bahawa perbincangan tentang masalah yang tidak mendatangkan hasil adalah termasuk di dalam erti takalluf (usaha yang memberatkan) yang ditegah oleh agama.
1.10- Hendaklah saudara memahami bahawa mengenali Allah Tabaraka Wa Taala, mentauhidkannya dan menyucikannya (dari segala sifat kekurangan) adalah setinggi-tinggi akidah Islam. Kita beriman dengan ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis Sahih tentang sifat-sifat Allah sebagaimana zahir ayat-ayat tanpa takwil dan juga tanpa membekukan nas-nas tersebut.
1.11- Hendaklah saudara memahami bahawa setiap amalan bidaah di dalam agama Allah (Islam), yang tidak ada asal-usulnya mestilah dihapuskan dengan cara yang paling bijak.
1.12- Hendaklah saudara memahami bahawa bidaah Idhafiyyah (yang ditokok-tambah), bidaah tarkiyyah (bidaah yang meninggalkan amalan yang sunnah) serta beribadat dengan cara tertentu di dalam ibadat-ibadat mutlak (khusus) adalah masalah khilafiah dalam fikah di mana setiap golongan mempunyai pendapatnya sendiri. Tidak mengapa jika dibincangkan dengan tujuan memberi kebenaran yang disertakan dengan dalil dan keterangan (bukti).
1.13- Hendaklah saudara memahami bahawa mengasihi orang-orang yang salih, menghormati mereka dan menyebut kebaikan-kebaikan mereka yang kita ketahui adalah satu sikap yang akan membawa kita bertambah dekat dengan Allah s.w.t.
1.14- Hendaklah saudara memahami bahawa menziarahi kubur walau bagaimana sekalipun keadaannya adalah suatu perkara sunnah yang disyariatkan mengikut apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.
1.15- Hendaklah saudara memahami bahawa berdoa kepada Allah yang diiringi dengan bertawassul kepada makhluknya yang tertentu (orang-orang salih) adalah perkara khilafiah furu'ie tentang cara-cara berdoa. Ia bukanlah satu persoalan akidah.
1.16- Hendaklah saudara memahami bahawa adat-adat kebiasaan manusia yang salah tidak dapat mengubah pengertian hakiki dari lafaz syarak.
1.17- Hendaklah saudara memahami bahawa akidah (yang bersih) adalah asas segala amalan dan amalan hati adalah lebih penting dari tubuh-badan. Mencari kesempurnaan dalam kedua-dua bidang amal ini adalah dituntut oleh syarak sekalipun tuntutan itu berbeza-beza mengikut keadaan.
1.18- Hendaklah saudara memahami bahawa Islam memberi kebebasan kepada akal dan mendorongnya supaya memerhati dan mengamati rahsia-rahsia alam, malah Islam mengangkat darjat dan martabat ilmu dan para ulama (ilmuan) serta mengalu-alukan segala hasil kajian ilmiah yang memberi manfaat.
1.19- Hendaklah saudara memahami bahawa pandangan syarak dan pandangan akal ada kalanya kelihatan tidak seiring tetapi syarak dan akal tidak bercanggah dalam perkara yang qat'ie (telah jelas dengan dalil). Oleh itu hakikat ilmiah yang sah sekali-kali tidak akan bercanggah dengan kaedah syariat yang tetap. Apabila terdapat sesuatu penentangan maka perkara-perkara yang bersifat zanni (atau perkara-perkara yang pendapat akal biasa semata-mata) itu, hendaklah diulas dan ditakwilkan supaya sesuai dengan hakikat qai'ie, tetapi seandainya terdapat pertentangan di antara kedua-dua perkara yang bersifat zanni berlaku maka hendaklah diutamakan pandangan syarak dakal biasa dan pandangan syaraklah yang lebih patut disehinggalah peperkara zanni akal tadi benar-benar dapat dibuktikan kebenarannya. Jika tidak demikian maka gugurlah pandangan akal itu dengan sendirinya.
1.20- Janganlah saudara mengkafirkan seorang muslim yang berikrar dengan dua kalimah syahadat dan beramal dengan tuntutan-tuntutannya serta menunaikan perkara-perkara yang diwajibkan sama ada kerana ia berpegang kepada pendapat tertentu atau melakukan maksiat - kecuali ia sendiri berikrar dengan mengakui kekufuran atau melakukan sesuatu perbuatan yang tidak boleh ditakwilkan lagi kecuali dengan makna kufur.

2. IKHLAS.
Hendaklah seorang saudara muslim itu berniat bahawa segala perkataannya, pekerjaannya dan perjuangan jihadnya adalah kerana Allah dan untuk mendapat keredaan-Nya dengan tidak mengharapkan keuntungan, pangkat kedudukan, kemegahan dan gelaran. Dengan niat yang ikhlas itu saudara akan menjadi seorang tentera (yang setia) kepada fikrah dan akidah bukan tentera yang tamakkan keuntungan dan kepentingan diri.

3. AMAL.
Apa yang dimaksudkan dengan amal di sini ialah melakukan Islah (pembaikan) terhadap diri sendiri, membina rumah tangga muslim, membimbing masyarakat, membebaskan tanah air, membetulkan kerajaan sehingga benar-benar bersifat Islam, mengembelingkan kewujudan umat Islam di peringkat antarabangsa, menjadi petunjuk ajaran ke seluruh pelusuk dunia sehingga tidak ada lagi fitnah serta halangan dan agama ini seluruhnya berjalan kerana Allah semata-mata.

4. JIHAD.
Jihad yang dimaksudkan di sini ialah kewajipan yang berterusan sejak dahulu hingga ke hari kiamat iaitu kewajipan yang dimaksudkan dalam sabda Rasulullah s.a.w:
Yang bermaksud:
"Sesiapa yang mati dalam keadaan tidak pernah berperang dan pernah berniat untuk berperang bererti beliau mati dalam keadaan jahiliah".

5. BERKORBAN.
Berkorban bermakna mengorbankan jiwa-raga, harta-benda, masa, kehidupan dan segala sesuatu untuk tujuan mencapai matlamat.

6. TAAT.
Taat bermaksud mematuhi perintah dan melaksanakannya di masa senang mahupun susah sama ada dalam perkara yang disukai ataupun yang dibenci.

7. TETAP PENDIRIAN.
Tetap pendirian yang dimaksudkan ialah setiap orang dari kalangan saudara terus-menerus beramal dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat sekalipun memakan masa yang bertahun-tahun lamanya sehinggalah dia bertemu Allah dalam keadaan beramal dan berjihad. Dengan itu bermakna dia berjaya memperoleh salah satu dari dua kebaikan iaitu mencapai matlamat atau mati syahid.

8. TEGAS.
Tegas atau tajarrud yang dimaksudkan ialah saudara membersihkan fahaman atau fikrah yang saudara bawa dari sebarang pengaruh prinsip-prinsip dan individu yang lain dari fikrah saudara kerana fikrah yang saudara dokong ini adalah fikrah yang tinggi lagi lengkap kerana Allah berfirman:
"Celupan Allahlah (yang lebih baik), siapakah yang lebih baik dari celupan Allah".
(Surah Al-Baqarah, Ayat: 138).

9. PERSAUDARAAN (UKHUWWAH).
Persaudaraan yang dimaksudkan di sini ialah saudara mempertautkan ikatan hati-hati dan ruh-ruh saudara-saudara sekalian dengan ikatan akidah, kerana ikatan akidah itu merupakan ikatan yang paling kukuh dan paling berharga.
Kewajipan dan Tanggungjawab Ukhuwwah (Persaudaraan):
Ukhuwwah atau persaudaraan di dalam Islam merupakan jalinan yang menghubungkan sebahagian dengan sebahagian Umat Islam yang lain. Ia merupakan ikatan rabbani - ikatan yang diikuti di atas dasar ketaatan kepada Allah - yang mengikat hati-hati mereka dan ia merupakan jalinan yang mendekatkan mereka kepada Allah s.w.t. Ukhuwwah merupakan ikatan keimanan yang paling kukuh sebagaimana yang dinyatakan oleh Nabi s.a.w:
Yang bermaksud:
"Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih-sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah". (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Di dalam ajaran Islam persaudaraan adalah satu tonggak yang menjadi tunjang kepada pembinaan sebuah masyarakat Islam yang kukuh dan sendi yang menghubungkan anggota masyarakat.
Hakakah Islamiah sangatlah memerlukan agar ikatan persaudaraan yang dianjurkan oleh Islam ini diperkukuhkan sehingga ia menjadi seolah-olah satu bangunan yang tersusun rapi, satu anggota memperkuat satu anggota yang lain. Ianya seumpama satu jasad yang apabila satu daripada anggota jasad itu merasai sakit, maka seluruh anggota yang lain akan turut menanggung penderitaannya.
Bagi memastikan hak-hak dan kewajipan ukhuwwah ini dilaksanakan dengan sempurna dan berperanan dalam pembangunan jamaah, Islam telah menjelaskan cara-cara bagaimana hak-hak dan kewajipan tersebut dilaksanakan secara amali dengan memberi penekanan bahawa ia adalah satu tanggungjawab yang mesti dilaksanakan bukan sekadar ucapan di bibir atau teori semata-mata.
1. Ukhuwwah (yang terjalin di antara seorang mukmin dengan seorang mukmin yang lain) mestilah menjadi hubungan yang membawa mereka kepada ketaatan kepada Allah sebagai membenarkan sabda Rasulullah s.a.w yang menyatakan:
Yang bermaksud:
"Sesiapa yang Allah ingin kurniakan kebaikan kepadanya nescaya Allah mengurniakan kepadanya seorang teman setia yang salih, jika sekiranya dia terlupa (lalai) dia menolong memberi peringatan dan apabila (temannya itu) memperingatkannya ia akan menolongnya".
Teman setia yang baik seperti inilah yang dimaksudkan oleh Sayidina Umar bin Al-Khattab r.a yang mengatakan:
"Engkau mestilah mencari saudara-saudara yang jujur dan hiduplah di kalangan mereka kerana mereka itu adalah perhiasan di waktu senang dan bekalan di waktu kesusahan".
2. Di sudut kejiwaan pula, ukhuwwah merupakan satu keperluan kerjasama, turut merasai keperluan-keperluan saudara-saudara yang lain dan berusaha memenuhi keperluan tersebut sebagai menyahut tuntutan sabda Rasulullah s.a.w:
Yang bermaksud:
"Jika sekiranya seorang dari kamu berjalan bersama saudaranya dengan tujuan memenuhi keperluannya (dan baginda menunjukkan isyarat dengan jari-jari baginda) amalan itu lebih utama dari dia beriktikaf selama dua bulan di dalam masjidku ini". (Hadis riwayat Al-Hakim dan dia mengatakan bahawa sanad-sanadnya sahih).
3. Persaudaraan juga adalah kerjasama di bidang kebendaan sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w:
Yang bermaksud:
"Sesiapa yang melapangkan seorang muslim dari satu kesusahan dunia nescaya Allah melapangkan untuknya satu dari kesusahan di akhirat. Sesiapa yang memudahkan seseorang yang berada di dalam kesusahan nescaya Allah akan memudahkan (urusannya) di dunia dan di akhirat dan sesiapa yang menyembunyikan rahsia seorang muslim nescaya Allah akan memelihara rahsianya di dunia dan di akhirat. Dan Allah sentiasa menolong seseorang hamba selama ia menolong saudaranya".
4. Ukhuwwah adalah tanggungjawab kemasyarakatan yang merangkumi kewajipan-kewajipan yang ringkas. Sehubungan dengan perkara ini Rasulullah s.a.w bersabda:
Yang bermaksud:
"Hak seseorang Muslim ke atas seorang muslim yang lain ada enam perkara: (1) Apabila engkau bertemu dengannya hendaklah engkau memberi salam, (2) Apabila dia menjemputmu maka penuhilah jemputannya itu, (3) Apabila dia meminta nasihat hendaklah engkau memberi nasihat kepadanya, (4) Apabila dia bersin dan bertahmid maka hendaklah engkau lengkapkan dengan bertasymit, (5) Apabila dia sakit hendaklah engkau menziarahinya dan (6) Apabila dia meninggal dunia hendaklah engkau mengiringi jenazahnya". (Hadis riwayat Muslim).
5. Ukhuwwah juga bererti kemesraan, kasih-sayang dan saling bantu-membantu. Berhubung dengan perkara ini Rasulullah s.a.w bersabda:
Yang bermaksud:
"Janganlah kamu saling memutuskan hubungan silaturahim, janganlah kamu saling belakang-membelakangi, janganlah kamu saling benci-membenci dan janganlah kamu saling hasad dengki. (Sebaliknya) jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Tidak halal bagi seorang Muslim itu memulaukan saudaranya (yang mukmin) melebihi tiga hari". (Hadis riwayat Imam Malik, Bukhari, Abu Daud, Tirmizi dan Nasaie).
Rasulullah s.a.w juga bersabda:
Yang bermaksud:
"Janganlah kamu memandang rendah terhadap sesuatu kebaikan, walaupun dengan cara bermanis muka ketika bertemu saudaramu (kerana itu juga satu kebaikan)". (Hadis riwayat Muslim).
Rasulullah s.a.w juga bersabda:
"Setiap perkara kebaikan adalah sedekah. Sesungguhnya di antara perkara mitu ialah bermanis muka ketika bertemu saudaramu dan menolong memenuhi bejana saudaramu dengair". (Hadis riwayat ).
Rasulullah s.a.w juga bersabda:
"Hendaklah kamu saling memberi hadiah kerananya kamu saling berkasih-sayang dan akan jauhlah permusuhan". (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
6. Ukhuwwah menurut ajaran Islam ialah keghairahan dan setia kerana Rasulullah s.a.w bersabda:
Yang bermaksud:
"Sesiapa yang mempertahankan maruah kehormatan saudaranya nescaya Allah akan menjaga wajahnya dari seksaan api neraka di hari kiamat". (Hadis riwayat Tirmizi).
Baginda juga bersabda:
Yang bermaksud:
"Doa seorang saudara kepada saudaranya yang lain (sedangkan saudaranya itu tidak mengetahui doa tersebut) adalah doa yang pasti diperkenankan, di sisinya terdapat malaikat yang ditugaskan di mana setiap kali ia mendoakan kebaikan atau keselamatan untuk saudaranya, malaikat yang ditugaskan itu berkata: Amin dan bagimu seperti itu juga". (Hadis riwayat Muslim).

10. PERCAYA.
Percaya atau thiqah di sini bermaksud kepercayaan seseorang tentera (jundi) yang mendalam terhadap kemampuan dan keikhlasan pimpinannya sehingga menimbulkan rasa kasih, menghargai, menghormati dan memberikan ketaatan yang penuh kepadanya.

Sumber HD - 9-9-2014









































































































































































































































Presiden ada kuasa pemutus - Majlis Syura Ulamak

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulamak PAS yang bersidang hari ini membuat keputusan bahawa Presiden PAS mempunyai kuasa pemutus dalam apa jua perkara melibatkan kepentingan parti.

Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily, mereka berkata ia merujuk kepada berdasarkan Fasal 26 (1) (a) yang menyatakan bahawa Presiden bertanggungjawab sebagai ketua bagi melaksanakan pentadbiran, gerakan dan kegiatan PAS.

Majlis Syura Ulamak juga memutuskan bahawa adalah menjadi kewajipan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat untuk menjalankan tugas dan arahan-arahan oleh Presiden sebagaimana diperuntukkan dalam Fasal 26(9)(m).

Berikut kenyataan penuh Majlis Syura Ulamak

Dengan merujuk kepada Perlembagan PAS, Fasal 8 (1) (a), yang memberikan kuasa kepada Majlis Syura Ulamak untuk menjelas, menghurai dan menafsirkan Perlembagaan PAS, maka mesyuarat Majlis Syura Ulamak yang bersidang pada Ahad, 7 September 2014, membuat keputusan bahawa:

1) Presiden mempunyai kuasa pemutus dalam apa jua perkara yang melibatkan kepentingan parti berdasarkan Fasal 26 (1) (a) yang menyatakan bahawa Presiden bertanggungjawab sebagai ketua bagi melaksanakan pentadbiran, gerakan dan kegiatan PAS.

Ketua yang dimaksudkan di dalam fasal tersebut mestilah difahami seperti mana disebutkan di dalam Hadis Nabi اسمعو واطيعوا ولو تأمر عليكم عبد حبشي

"Hendaklah kalian dengar dan taat, meskipun yang menjadi ketua di kalangan kalian seorang hamba berbangsa Habsyi."

2) Bahawa menjadi kewajipan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat untuk menjalankan tugas dan arahan-arahan oleh Presiden sebagaimana diperuntukkan dalam Fasal 26(9)(m).

Majlis Syura Ulamak menyeru kepada semua ahli dan penyokong PAS, agar bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi negatif yang boleh merugikan perjuangan Islam.
- HARAKAHDAILY 7/9/2014

Sumber HD - 7-9-2014









































































































































































































































Jawatan MB S'gor: PAS tak tuntut, serah kepada Sultan

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: PAS sekali lagi menegaskan tidak akan menuntut jawatan Menteri Besar Selangor yang telah dipersetujui untuk diberikan kepada PKR.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata juga berkata, pada peringkat ini PAS memutuskan untuk menyerahkan isu perlantikan itu kepada budi bicara Sultan Selangor.

"PAS pusat kekalkan keputusan yang pernah kita (PAS) buat sebelum ini iaitu tidak menuntut jawatan menteri besar selangor.

"PAS bersetuju bahawa jawatan Menteri Besar selangor adalah ialah untuk PKR," katanya ketika sidang media selepas mesyuarat bulanan Jawatankuasa PAS Pusat, di ibu pejabat PAS, Jalan Raja Laut.

Mengulas isu calon PAS yang dikemukakan parti itu, beliau berkata PAS hanya menyerahkan nama cadangan dan ia bukan satu isu.

Sebelum ini beliau memaklumkan PAS telah menyerahkan tiga nama calon iaitu dua dari PKR dan satu dari PAS.

- HARAKAHDAILY 7/9/2014


Sumber HD - 7-9-2014

Calon MB S'gor: PAS hantar 2 Adun PKR, 1 PAS

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: PAS menghantar dua nama Adun PKR dan satu daripada parti itu sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali yang mengesahkan perkara itu bagaimanapun tidak menyebut nama ketiga-tiga Adun berkenaan.

"Buat masa ini nama tu biarlah dulu," ujarnya ketika dihubungi sebentar tadi.

Menurutnya, senarai nama itu dihantar terus oleh Pejabat Presiden PAS kepada Istana Selangor.

Jelasnya lagi, PAS menghantar tiga nama kerana pihak Istana Selangor telah menitahkan supaya menghantar lebih daripada dua nama.

"Jadi lebih daripada dua nama, sekurang-kurangnya tiga," ujarnya beliau lagi sambil menyatakan senarai itu dihantar semalam.

Beliau menjelaskan lagi bahawa senarai calon Menteri Besar Selangor selepas Pilihan raya Umum 2008 dan 2013 lalu ditandatangani oleh Presiden PAS.

Pada 27 Ogos lalu, Istana Selangor menghantar surat rasmi kepada PKR, PAS dan DAP yang menitahkan supaya menghantar lebih daripada dua nama calon menteri besar sebelum 3 September.

Surat itu dialamatkan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dengan salinan kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng turut mahukan calon yang dinamakan itu beragama Islam dan berketurunan Melayu menurut Perkara L1 (2), Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.

Sehari sebelum itu, Sultan Sharafuddin Idris Shah menangguhkan untuk menerima perletakan jawatan Tan Sri Abdul Khalid Khalid sebagai Menteri Besar Selangor sehingga pelantikan baharu ditentukan.

Baginda menitahkan supaya PAS, DAP dan PKR masing-masing mencadangkan lebih daripada dua nama sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu bagi memudahkan baginda menentukan calon berkelayakan. - HARAKAHDAILY 4/9/2014

Sumber HD - 4-9-2014









































































































































































































































Muktamad, jawatan MB Selangor milik PKR - Mustafa

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menegaskan bahawa jawatan Menteri Besar Selangor adalah milik PKR.

Justeru, katanya PAS tidak akan menghantar nama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada parti itu sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.


"Kita tidak akan calonkan Adun PAS untuk jawatan itu kerana Menteri Besar Selangor adalah jawatan milik PKR. Kita hormati perkara ini, ini adalah muktamad," ujarnya ketika dihubungi pagi ini.

Malam tadi, beliau mengadakan mesyuarat dengan kepimpinan PAS negeri itu yang turut disertai Pesuruhjaya PAS negeri yang juga Exco Kerajaan Selangor, Iskandar Abdul Samad dan setiausaha PAS negeri, Mohd Khairuddin Othman.

Menurutnya, mesyuarat itu tidak menyentuh mengenai isu Menteri Besar Selangor sebaliknya beliau hanya menjelaskan kronologi kemelut jawatan menteri besar kepada ahli PAS negeri itu.

PAS, katanya tetap dengan pendirian akan mempersembahkan tidak kurang daripada dua nama Adun PKR kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai calon menteri besar yang baharu.

"Jika ada laporan yang sebut saya kata sekurang-kurangnya tiga nama, itu tak betul," jelasnya.

Beliau berkata, PAS akan menghantar senarai nama itu kepada Istana Selangor sebelum 3 September ini.

Semalam, Istana Selangor menghantar surat rasmi kepada PKR, PAS dan DAP yang menitahkan supaya menghantar lebih daripada dua nama calon menteri besar sebelum 3 September.

Surat itu dialamatkan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dengan salinan kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng turut mahukan calon yang dinamakan itu beragama Islam dan berketurunan Melayu menurut Perkara L1 (2), Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.

Kelmarin, Sultan Sharafuddin Idris Shah menangguhkan untuk menerima perletakan jawatan Tan Sri Abdul Khalid Khalid sebagai Menteri Besar Selangor sehingga pelantikan baharu ditentukan.

Baginda menitahkan supaya PAS, DAP dan PKR masing-masing mencadangkan lebih daripada dua nama sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu bagi memudahkan baginda menentukan calon berkelayakan. - HARAKAHDAILY 28/8/2014

Sumber HD - 28-8-2014

Akur titah Sultan, PAS hantar tak kurang dua nama

NAZRI ABDULLAH | .

KUALA LUMPUR: PAS akan mempersembahkan tidak kurang dari dua nama kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj sebagai calon menteri besar yang baru.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, ianya sebagai menghormati dan menjunjung titah baginda melalui kenyataan yang dibacakan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam.

"PAS menghormati titah Tuanku dan kita akan menghantar tidak kurang dari dua nama," kata beliau kepada Harakahdaily.

Bagaimanapun menurut Mustafa, PAS masih menunggu surat pemakluman rasmi daripada Istana.

Sebarang keputusan berhubung nama calon tersebut ujarnya, akan dimuktamadkan selepas menerima surat rasmi tersebut.

"Surat tersebut biasanya ada dinyatakan deadline. Kita akan respons selepas mendapat surat tersebut.

"Saya tak fikir perlu mesyuarat (PAS Pusat) yang baru. Kita sudah ada gambaran daripada mesyuarat sebelum ini.

"Apapun perbincangan tak rasmi kita akan buat untuk mendapatkan pandangan," katanya lagi.

Beliau diminta mengulas titah baginda semalam yang mahu ketiga-tiga parti iaitu PAS, PKR dan DAP menghantar lebih dari dua nama sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru.

Ianya bagi memudahkan baginda untuk menentukan calon yang berkelayakan dan seterusnya memberi perkenan untuk melantik mana-mana calon yang difikirkan layak.

Sementara itu, PKR dan DAP dalam kenyataan bersama malam tadi menyatakan bahawa hanya akan mencalonkan satu nama sahaja, iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menurut kenyataan itu, tindakan itu diambil sejajar dengan konvensyen pencalonan menteri besar pada 2013 dan mengambil kira titah sultan Selangor.

- HARAKAHDAILY 27/8/2014

Sumber HD - 27-8-2014









































































































































































































































PAS maklum keputusan kepada Pakatan Rakyat

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: PAS telah memaklumkan keputusan terbaru Mesyuarat PAS Pusat semalam kepada Pakatan Rakyat.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, keputusan itu telah dimaklumkan secara rasmi kepada Sekretariat Pakatan Rakyat sejurus selesai mesyuarat semalam.

"Ya, kita telah maklumkan keputusan itu secara rasmi kepada Sekretariat Pakatan Rakyat," kata beliau kepada Harakahdaily.

Semalam, PAS membuat keputusan menyerahkan kepada kebijaksanaan Sultan Selangor dalam menentukan jawatan Menteri Besar di negeri itu

Keputusan tersebut diputuskan pada menyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang bersidang semalam.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada jam 2.30 petang ini bagi menjelaskan kedudukannya.

Beliau dijangka akan mengadakan sidang media jam 4 petang ini bagi memaklumkan berhubung pertemuan itu.

Sidang media hari ini dilihat penting dalam melihat apa perkembangan baru dalam isu kemelut jawatan menteri besar ini.

- HARAKAHDAILY 26/8/2014

Sumber HD - 26-8-2014

Tak berbangkit akuan bersumpah sokong Azizah

MUHAMMAD FAIZAL | .


KUALA LUMPUR: Berikut adalah transkrip penuh sidang media PAS sejurus selesai Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pagi ini bagi membincangkan isu berkaitan jawatan Menteri Besar Selangor..

Sidang media dikendalikan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang turut mengumumkan keputusan mesyuarat hari ini yang memutuskan untuk menyerahkan kepada kebijaksanaan Sultan Selangor dalam menentukan jawatan Menteri Besar.

Mustapa : Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada hari ini 25 Ogos 2014 bersetuju untuk menyerahkan kepada perkenan dan kebijaksanaan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor dalam menentukan jawatan Menteri Besar Selangor. Itu sahaja statement. Statement ini ditandatangani oleh Setiausaha Agung, jadi boleh edar statement tersebut. One para punya statement, so kalau ada apa-apa nak tanya boleh tanya.

Wartawan : Datuk bukankah Pakatan Rakyat hanya mencalonkan Wan Azizah sahaja?

Mustapa : Ini sahaja satu kenyataan yang dibuat pada hari ini...so...boleh...itulah.

Wartawan : Bagaimana dengan dua nama yang dikemukakan sebelum ini....masih lagi?

Mustapa : Kita tak sebut secara spesifik, so macam ni....kenyataannya macam ni je, you tafsir lah macam mana.

Wartawan: Kalau macam ni baik tak payah buat pc datuk

Mustafa : Senang.....tak payah tanya kot (sambil ketawa).

Wartawan : So datuk, dua nama tu masih valid?

Mustafa : Ia macam ini...kita buat kenyataan yang terbuka seperti ini. Bila kita sebut serah kepada perkenan, kebijaksanaan Tuanku....dia boleh pilih...Tuanku boleh pilih.

Wartawan : Datuk, akuan bersumpah akan ditandatangani oleh Adun PAS?

Mustapa : Tak berbangkit lagi...tak berbangkit.

Wartawan : Adakah ia dibincangkan dalam mesyuarat tadi.

Mustapa : Ada sebut tetapi tidak berbangkit.

Wartawan : Adakah ia hendak ditandatangani ke tidak.

Mustapa : Tak, bila you tanya nak tandatangan...tak, tak berbangkit, maknanya tak.

Wartawan : Datuk, tentang Adun yang dua orang tu...yang Adun Selangor...ada tindakan siasatan?

Mustapa : Setakat ini belum lagi kita ada apa-apa tindakan, belum ada tindakan. Dulu saya kata nak dapatkan laporan dari Selangor, laporan awal sudah bagi, tetapi akan bagi laporan yang lebih terperinci, Insyaallah sedang tunggu.

- HARAKAHDAILY 25/8/2014

Sumber HD - 25-8-2014









































































































































































































































Isu MB S'gor: PAS serah kepada kebijaksanaan Sultan

MUHAMMAD FAIZAL | .

KUALA LUMPUR: PAS hari ini memutuskan kebijaksanaan Sultan Selangor dalam menentukan jawatan Menteri Besar.


Keputusan tersebut diputuskan pada menyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pagi ini.

Kenyataan itu dibaca oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pada sidang media di Pejabat Agung PAS sebentar tadi.

"Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada hari ini 25 Ogos 2014 bersetuju untuk menyerahkan kepada perkenan dan kebijaksanaan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor dalam menentukan jawatan Menteri Besar Selangor," kata beliau.

Mustafa ketika ditanya mengenai dua nama yang dikemukakan PAS bagi jawatan tersebut memberitahu perkara tersebut tidak dibincangkan secara terperinci dalam mesyuarat.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada jam 2.30 petang esok bagi menjelaskan kedudukannya.

PAS sebelum ini pada mesyuarat 17 Ogos lalu telah mencadangkan dua nama Presiden PKR dan timbalan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Mohamed Azmin Ali sebagai calon Menteri Besar bagi menggantikan Khalid. - HARAKAHDAILY 25/8/2014

Tn Hj MA - http://www.youtube.com/watch?v=4DqPM7p4IRo&list=UUFznwgrJ0SorgTbQlpOKOaQ

Sumber HD - 25-8-2014









































































































































































































































Salah lapor, Khalid timbang saman akhbar

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad sedang menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap media yang menyalah petik kenyataan beliau berhubung kuasa Sultan dalam perlantikan Menteri Besar Selangor.

Menurut Khalid, beliau secara peribadi tidak mengeluarkan kenyataan mempersoal kuasa mutlak Sultan Selangor dalam perlantikan Menteri Besar seperti dilaporkan media.

Sebaliknya, beliau hanya menyatakan pandangan awam dari pengguna internet.

"Media salah petik kenyataan saya. Saya berkata itu pandangan pengguna internet. Bukan pandangan saya.

"Hakikat bahawa saya sebut PAS beri dua nama jelas menunjukkan saya tiada masalah dgn amalan memberi dua nama tu dan saya sebut "ada pandangan...." Bila ditanya pandangan siapa, maka saya jawab "di alam maya, luar sana, ahli akademik, Tun Mahathir," katanya kepada Harakahdaily.

Jelasnya beliau lagi, beberapa media telah membetulkan semula laporan mereka selepas ditegur termasuk The Malaysian Insider dan Malaymail.

"Tapi New Straits Times (NST) masih mengekalkan yang tidak betul.

"Saya memberi peluang 24 jam kepada mereka untuk membetulkan laporan mereka. Jika tidak, saya akan mengemukakan notis saman," tegasnya.

Semalam beberapa media melaporkan kononnya Khalid menyatakan bahawa Sultan Selangor tidak sepatutnya diberi kuasa mutlak melantik menteri besar.

Laporan itu didakwa dibuat Khalid pada satu sidang media semalam.

Ekoran itu juga, PAS melalui setiausaha agungnya Datuk Mustafa Ali mendakwa kenyataan Khalid itu hanya bersifat peribadi dan bukan pendirian rasmi PAS.

Dalam pada itu, Khalid turut memuat naik rakaman video sidang medianya semalam di blog beliau www.khalidsamad.com.

Dalam video itu menunjukkan, beliau ditanya wartawan tentang siapa memberi pandangan begitu.

"Di dalam internet di luar sana, di alam maya, di mana-mana, daripada ahli akademik, Tun Mahathir.

"Kamu ini saja nak kena sebut nama," jawabnya sambil ketawa.

- HARAKAHDAILY 22/8/2014

Sumber HD - 22-8-2014









































































































































































































































Kuasa Sultan: Kenyataan Khalid bukan pendirian PAS

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad bahawa pengguna internet (netizen) berpandangan Sultan Selangor tidak sepatutnya diberi kuasa mutlak melantik menteri besar, bukan menggambarkan pendirian PAS.

Sebaliknya kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, kenyataan Khalid itu hanya bersifat peribadi dan tidak mewakili pandangan rasmi parti.

"Ini tidak menggambarkan pendirian PAS. Ia hanya pandangan peribadi beliau.

"Pendirian PAS adalah, apa yang terkandung dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor, di mana Tuanku merupakan kata pemutus dalam perlantikan menteri besar," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily.

Khalid yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dalam sidang medianya semalam berkata, netizen kini sudah mula memberikan pandangan sultan tidak sepatutnya diberi hak mutlak melantik menteri besar kerana sistem yang menjadi amalan di negara ini adalah sistem raja berperlembagaan.

Katanya, komuniti netizen mula membangkitkan perkara itu ekoran krisis menteri besar di Selangor selepas PAS menyerahkan dua nama kepada Pakatan Rakyat (PR) untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Beliau mendakwa bukan sahaja pengguna internet, malah ahli akademik dan Tun Dr Mahathir Mohamad juga turut berkata seperti itu.

Dalam pada itu, Mustafa turut mengingatkan semua pimpinan PAS agar tidak membuat kenyataan peribadi secara terbuka khususnya berkait dengan isu-isu sensitif.

"Kenyataan peribadi pemimpin PAS ini kadang-kadang disalah tafsir sebagai pendirian rasmi PAS.

"Jadi jangan buat kenyataan peribadi secara terbuka, terutama dalam perkara sensitif," tegasnya. - HARAKAHDAILY 22/8/2014

Sumber HD - 22-8-2014

Melihat keunikan keputusan 17 Ogos, mungkinkah Dun bubar?

WAN NORDIN WAN YAACOB | .


TANGGAL 17 Ogos 2014 telah berlalu.Tarikh yang penuh mendebarkan untuk rakyat, ahli PAS dan pendukung Pakatan Rakyat melihat bagaimana PAS merentasi polemik isu penggantian Menteri Besar Selangor yang berlarutan sejak Ramadan lagi.

Tanggal 17 Ogos yang lalu menjadi satu tarikh yang amat ditunggu-tunggu oleh seluruh rakyat Malaysia bahkan antarabangsa dengan pelbagai persepsi dilayangkan bahawa dalam hal ini PAS lambat bertindak.

Tidak kurang melihat PAS seolah-olah membiarkan sahaja apa yang berlaku untuk tidak diatasi segera. Namun bagi PAS sebagaimana Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kayat ia merupakan salah satu 'historical moment' dalam sejarah panjangnya di pentas politik tanah air.

Keputusan telahpun dicapai. Semua orang sudah tahu. Yang penting adalah dinamika yang berlaku dalam PAS sepanjang berinteraksi dengan isu ini adalah pengalaman yang amat berharga khususnya dalam menilai pelbagai aliran pandangan dan menguruskan krisis yang sejak berlaku.

Tidak terbayang dek fikiran bahawa PAS akan datang dengan keputusan 'chek mate' dengan menamakan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalannya, Azmin Ali sebagai calon MB kerana bagi mata umum, PAS sebelumnya konsisten menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagaimana beberapa kenyataan sebelumnya.

Perkiraan Umno-BN pula mahu melihat PAS konsisten menyokong Khalid Ibrahim seperti yang direntakkan Umno apatah lagi ada tangan-tangan hitam yang sedang berwayang di belakang tubuh Khalid untuk terus bertahan dan bertahan walau selepas dipecat partinya.

Biarpun media Umno-BN melihat ia satu pusingan-u, namun dinamika PAS dalam meredah isu sepenting ini agar menjaga Tahaluf Siyasi yang dibina dengan pengesahan dalam tiga Muktamar PAS kebelakangan ini membayangkan betapa PAS selaku 'Abang Sulung' memiliki jiwa yang sangat demokrasi dan bertanggungjawab.

Hatta jika PAS berpendirian kekal bersama Khalid sekalipun, pastinya tahaluf yang dibina tidak akan diputuskan begitu sahaja untuk bercerai talak tiga dengan Pakatan Rakyat kerana dalam saranan Majlis Syura Ulama PAS telah mengingatkan bahawa PAS kekal bersama Pakatan Rakyat.

Inilah uniknya PAS, setiap keputusan dibawa ke meja perbincangan dan ada 'guide line' yang memberi sedikit panduan untuk kepimpinan meneroka isu yang sedang dan telah dihadapi dengan baik.

Bak kata Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu, keputusan ini juga menggambarkan bahawa Presiden parti, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang seorang yang sangat demokrasi dalam membuat dan menyatakan keputusan.

Lihat sahaja bagaimana Presiden PAS melayarkan majlis mesyuarat yang penuh mendebarkan dan penuh 'sangkaan' sebelumnya, dan datang dengan satu keputusan yang akhirnya meredakan ketegangan semua pihak.

Biarpun masih ada yang 'kurang setuju' dengan keputusan ini, namun PAS terus utuh bersama kepimpinan Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang memiliki sikap dan sifat kepimpinan serta kepemimpinan.

Buat masa ini Umno boleh sahaja 'gigit jari' dengan keputusan ini, namun harus diingatkan juga bahawa Umno boleh juga menggunakan 'remote' nya untuk mengheret permainan hingga pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor.

Apapun, ahli dan rakyat sudah mula dapat menilai kematangan PAS membelah badai demokrasi untuk sekali lagi menjadi Abang Sulung yang sangat bertanggungjawab dalam memerhatikan saudara mara dalam Pakatan Rakyat tidak terus terbadai dek ombak ganas ciptaan Umno-BN.

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Pengkalan Kubor yang bakal berjalan selepas kematian Allahyarham Dato' Noor Zahidi Omar awal pagi tadi boleh menjadi satu kayu ukur kepada PAS dan Pakatan Rakyat dalam merintis semula jalan yang berlubang serta berlopak sebelum ini untuk teguh bersama panji menentang kezaliman.

Dun Pengkalan Kubor adalah kawasan yang ditandingi PKR, dan kemudiannya Parlimen Tumpat yang memayungi kawasan ini adalah kerusi di bawah PAS. Ini keunikan yang harus digunakan sebaiknya dalam merencana satu semangat bersama semula agar tidak lagi ada tuding-menuding yang mewajarkan perpecahan berlaku.

Di pihak PKR pula, harus ada satu sikap menghormati 'Abang Sulung' dalam membuat sebarang keputusan yang akhirnya akan membabitkan ketiga-tiga parti untuk disepakati. Pengajaran kes MB Selangor adalah 'ladang terbaik' buat semua pemimpin dalam Pakatan Rakyat untuk meneladaninya.

BN sedang bergoyang sakan, Umno sedang retak akibat serangan Tun Mahathir Mohamad ke atas Dato' Seri Najib Tun Razak, peluang sebaik ini harus diambil kesempatan untuk Pakatan Rakyat terus membawa aspirasi rakyat.

Sama-sama kita semua mengambil iktibar dalam menjiwai semangat Tanggal 17 Ogos 2014...

Rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat usah ragu dan curiga dengan PAS, rakyat pula harus terus bersemangat untuk mendepani isu-isu politik yang akan menjadi tiang seri hidup di bumi Malaysia ini. – HARAKAHDAILY 20/8/2014

Sumber HD - 20-8-2014









































































































































































































































MH17: PAS sertai istiadat penghormatan jenazah

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: PAS turut akan menyertai istiadat penghormatan penerimaan jenazah tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17, yang akan diadakan di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 22 ogos ini.

Ketua Whip Ahli Parlimen PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, seluruh Ahli Parlimen PAS telah diarahkan untuk menyertai istiadat itu nanti.

"Saya telah mengarahkan seluruh ahli parlimen PAS khusnya yang berada di Lembah Klang untuk hadir dan bersama-sama memberikan penghormatan.

"Saya juga telah memaklumkan kepada PAS Pusat agar menghantar wakil rasmi parti ke majlis itu nanti," katanya yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat.

Kumpulan pertama jenazah mangsa MH17 akan tiba pada Jumaat kira-kira 10 pagi dengan sebuah pesawat khas dari Amsterdam.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dijangka berangkat ke istiadat berkenaan yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, jemaah menteri, menteri besar dan ketua menteri serta keluarga mangsa.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan Jumaat ini (22 Ogos) sebagai hari berkabung negara berikutan ketibaan kumpulan pertama jenazah mangsa nahas MH17 itu.

Dalam pada itu, Mahfuz juga mengarahkan seluruh PAS kawasan mengadakan bacaan surah Yasin dan tahlil pada Khamis malam Jumaat sempena mengambil keberkatan penghulu segala hari itu.

"Kita minta seluruh ahli kita juga agar membuat solat ghaib selepas solat Jumaat ini.

"Kita juga arahkan seluruh premis PAS termasuk pejabat PAS Kawasan, markas serta pusat khidmat untuk memasang bendera separuh tiang pada hari Jumaat," katanya.

Pesawat Boeing 777-200 yang membawa 298 orang termasuk 15 anak kapal itu dipercayai ditembak jatuh, di timur Ukraine pada 17 Julai lalu.

- HARAKAHDAILY 20/8/2014

Sumber HD - 20-8-2014









































































































































































































































Isu MB: Khalid terima keputusan PAS dengan hati terbuka

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerima dengan hati terbuka keputusan PAS berkenaan status Menteri Besar dan barisan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor.

"Dengan perkembangan terbaharu ini, saya akan memohon menghadap DYMM Sultan Selangor untuk memberi nasihat tentang langkah-langkah seterusnya.

"Sehingga DYMM Sultan membuat keputusan muktamad, saya akan meneruskan pentadbiran kerajaan Negeri Selangor bersama 4 ahli MMKN daripada PAS bagi memastikan rakyat tidak terkesan dengan krisis politik ini," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan dan semua rakyat Selangor atas sokongan dalam usaha bersama untuk menjayakan agenda reformasi di Selangor.

Beliau juga berterima kasih atas kesabaran semua pihak dalam penyelesaian isu dan perkembangan-perkembangan terkini mengikut tatacara yang betul dan berasaskan undang-undang.

"Insya Allah, rakyat Selangor akan terus dipelihara dan diberkati Allah SWT," ujarnya lagi.

Mesyuarat PAS Pusat hari ini sebulat suara bersetuju mencadangkan Presiden PKR dan timbalannya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Mohamed Azmin Ali bagi menggantikan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

Mesyuarat turut memutuskan bahawa empat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor daripada PAS akan terus berada dalam kerajaan negeri Selangor, untuk memastikan khidmat kepada rakyat tidak terjejas.

Manakala satu lagi keputusan adalah penegasan bahawa PAS akan terus komited dengan Pakatan Rakyat dalam melaksanakan kerjasama politik Tahaluf Siyasi. - HARAKAHDAILY 17/8/2014

Sumber HD - 17-8-2014

Keputusan PAS kecewakan Umno dalam isu MB Selangor

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Keputusan PAS Pusat hari ini sangat mengecewakan Umno, tulis Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibahim Tuan menerusi facebook beliau.

Katanya, keputusan itu juga menutup mulut golongan yang cuba memecahkan PAS, menambah keyakinan kepada mereka yang ikhlas dalam perjuangan serta menggembirakan rakyat.

Mesyuarat PAS Pusat hari ini sebulat suara bersetuju mencadangkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Mohamed Azmin Ali bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

"PAS tidak akan menuntut jawatan Menteri Besar Selangor. PAS juga menghormati semangat yang ada dalam Pakatan Rakyat dalam mencadangkan nama calon Menteri Besar," ujar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan selepas mesyuarat tersebut.

Sementara itu, Pemuda PAS Malaysia mengucapkan tahniah kepada Tuan Guru Abdul Hadi kerana telah berjaya mengemudi mesyuarat AJK PAS Pusat hari ini sehingga membuahkan keputusan yang dinamik.

"Keputusan berjaya dicapai dengan persetujuan semua ahli mesyuarat tanpa sebarang bangkangan," tulis ketuanya, Suhaizan Kayat di dalam facebooknya.

Katanya, PAS pernah menyokong Khalid sebelum ini berdasarkan pendirian PAS dalam berhadapan Langkah Kajang kerana pada ketika itu, pandangan PAS kedudukan Menteri Besar tidak berbangkit.

Namun, ujarnya sokongan tersebut bertukar setelah Khalid digugurkan sebagai ahli PKR dan tidak lagi menjadi ahli PR kerana tahaluf syiasi PAS adalah dengan PKR bukannya dengan Khalid.

"Bahkan PAS menegaskan komitmennya terhadap PR dengan tidak menuntut jawatan Menteri Besar kerana menghormati semangat setiakawan bersama PKR dan DAP," tulisnya lagi. - HARAKAHDAILY 17/8/2014

Sumber HD - 17-8-2014

Isu MB: Transkrip penuh sidang media PAS Pusat

SALMIYAH HARUN | .

KUALA LUMPUR: PAS hari ini mencadangkan dua nama calon iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Mohammad Azmin Ali sebagai menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (TSKI) sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Keputusan itu diumumkan PAS pada sidang media selepas Mesyuarat PAS Pusat di pejabat agung parti itu pagi ini.

Berikut adalah antara soalan-soalan yang dikemukakan wartawan kepada Pimpinan PAS Pusat yang dijawab oleh Timbalan Presiden PAS Mahamad Sabu dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali selepas membacakan keputusan PAS pada sidang media hari ini.

Wartawan: Kenapa PAS tidak letak nama (Tan Sri) Khalid Ibrahim?

PAS: Sudah tidak timbul soal Khalid Ibrahim, dia telah dipecat oleh partinya. Maka tidak timbul lagi nama Khalid Ibrahim.

Q: Bagaimana dengan empat exco PAS?

A: Mereka akan terus berkhidmat.

Q: Bagaimana dengan dua Adun PAS yang sokong Wan Azizah.

A: Kita akan siasat kenapa boleh jadi begitu.

Q: PAS telah menolak Wan Azizah seblum ini tetapi hari ini PAS dah buat U-turn?

A: Tidak ada U-turn

Q: Adakah keputusan ini persetujuan bersama atau ada undian?

A: Persetujuan bersama dan sebulat suara.

Q: Dengan keputusan ini adakah ia tidak selari dengan keputusan Majlis Syura yang mahukan TSKI sebagai MB?

A: Tidak timbul. Sebab TSKI dipecat partinya.

Q: Bagaimana hubungan PAS dengan DAP sekarang?

A: Petang ini kita ada mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat jam 5 petang ini.

Q: Kenapa tidak TSKI?

A: Kita tahaluf siayasi dengan parti bukan dengan individu.

Q: Ada yang mengaitkan Umno dalam isu ini.

A: Itu tidak betul, tidak betul

Q: Keputusan hari ini adakah dipengaruhi oleh mana-mana pihak?

A: Tidak ada.

Q: Adakah PAS bersedia jika ada Pilihan Raya Negeri?

A: Tidak timbul perkara itu sekarang. Kami masih 2/3 majoriti.

Q: Selepas Wan Azizah adakah PAS cenderung kepada Azmin.

A: Kita kemukakan dua nama. Tidak timbul soal ini. Kita akan mesyuarat petang ini. Petang ini kita akan tentukan dalam mesyuarat PR .

Q: Umno hendak tengok Pakatan Rakyat berpecah?

A: Ya...kalau bukan itu (tujuannya) bermakna bukan Umnolah.

- HARAKAHDAILY 17/8/2014

Sumber HD - 17-8-2014









































































































































































































































PAS calon Wan Azizah atau Azmin ganti Khalid

SALMIYAH HARUN | .

KUALA LUMPUR: Mesyuarat PAS Pusat hari ini sebulat suara bersetuju mencadangkan dua calon iaitu Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Mohammad Azmin Ali bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Tn Hj MS / TPP - 
http://www.youtube.com/watch?v=ZgaGTv2HdtI

[Lanjut menyusul]

Sumber HD -17-8-2014









































































































































































































































Perkarangan Pejabat Agung PAS sesak

SALMIYAH HARUN | .



KUALA LUMPUR: Hampir 200 ahli PAS termasuk petugas media sedang memenuhi perkarangan Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut untuk menunggu keputusan PAS Pusat berhubung kemelut di Selangor.

Ketika ini, mesyuarat AJK PAS Pusat sedang berjalan bermula jam 10 pagi tadi.

Kelihatan Unit Amal sedang mengawal pintu masuk utama Pejabatan Agung PAS.

Para petugas media juga tidak dibenarkan masuk kecuali Ahli mesyuarat PAS Pusat sahaja.

Ahli PAS turut memenuhi perkarangan ini bagi menyatakan sokongan kepada pucuk pimpinan PAS bagi mencari penyelesaian terbaik dalam kemelut MB Selangor ini.

Difahamkan sidang media akan diadakan jam 12.30 tengah hari ini.

- HARAKAHDAILY 17/8/2014

200 orang berkumpul di hadapan Pejabat Pas - 
https://www.youtube.com/watch?v=l4fxPI0Zvp8

Sumber HD - 17-8-2014

Kemelut S'gor: Mesyuarat PAS Pusat pagi ini jadi penentu

HARAKAHDAILY | Foto: NASIR S | .



KUALA LUMPUR: PAS Pusat mengadakan mesyuarat pagi ini bagi membincangkan isu Menteri Besar Selangor yang mahu ditukar oleh PKR.

Mesyuarat berlangsung bermula jam 10 pagi ini bertempat di Bilik Mesyuarat Utama tingkat 5, Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut, di sini.

Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tiba di ibu negara sejak semalam dan akan mempengerusikan mesyuarat pagi ini.

Mesyuarat pagi ini menjadi tumpuan seluruh negara kerana ia dikatakan bakal menjadi penentu kepada penyelesaian kemelut yang sedang berlaku di Selangor.

Ianya juga dikatakan bakal menjadi tanda aras kepada survival politik serta kerjasama ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat, ekoran kemelut yang berlaku ini.

DAP bersetuju dengan cadangan PKR yang menamakan Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid yang telah dipecat dari partinya 9 Ogos lalu.

Atas pengalaman sebelum ini, PAS bagaimanapun dikatakan mahu lebih daripada satu nama calon dicadangkan untuk jawatan itu.

Mesyuarat pagi ini dibuat selepas dua kali ditangguhkan sebelum ini iaitu pada 10 dan 13 Ogos lalu.

Dua hari lalu, Lajnah Politik PAS Pusat terlebih dahulu mengadakan mesyuarat bagi menentukan rangka perbincangan mesyuarat PAS Pusat hari ini.

PAS sebelum ini telah menegaskan komitmen mereka bahawa akan terus teguh bersama Pakatan Rakyat.

-HARAKAHDAILY 17/8/2014

Sumber HD - 17-8-2014

Isu MB S'gor: Keputusan PAS esok, umum atau tidak

HARAKAHDAILY | .




Mohamad, Tuan Ibrahim dan Muhammad mengabadikan foto bersama peserta konvoi motor berkuasa tinggi selepas majlis perasmian.

TEMERLOH: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu meminta semua pihak menunggu sehingga esok berhubung pendirian parti itu terhadap kemelut Menteri Besar Selangor.

Beliau bagaimanapun tidak pasti sama ada PAS perlu mengumumkan atau tidak siapakah yang dinamakan sebagai Menteri Besar Selangor ekoran krisis yang berlaku kini.

"Tunggu esok, perlu umum atau tidak, itu hal rumahtangga PAS," ujarnya pada sidang media selepas merasmikan Sambutan Bulan Kemerdekaan Dan Hari Malaysia 2014 di padang awam Taman Temerloh Jaya, di sini hari ini.

Turut serta pada sidang media itu ialah Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibahim Tuan Man dan Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan dan Hubungan Media PAS Pusat, Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Mohamad pada sidang media itu enggan menjawab beberapa andaian mengenai kemelut Menteri Besar Selangor selepas PKR memecat keahlian Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada parti itu pada 9 Ogos lalu.

Ekoran pemecatan itu, PKR telah memilih presiden parti yang juga Adun Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti Khalid untuk jawatan Menteri Besar Selangor.

Lajnah Politik PAS Pusat yang mesyuarat Khamis lepas bagaimanapun tidak menyentuh langsung soal calon menteri besar.

Ditanya adakah penolakan PAS terhadap Datuk Seri Wan Azizah sebagai calon menteri besar atas faktor jantina, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menafikannya.

"Bukan sebab jantina. Kita dah maklum kepada PKR...kenapa kita tu ... tapi saya tak akan dedah," katanya. -


Mohamad bersama rombongan mengadakan tahlil di kubur Allahyarham Pak Sako.




Orang ramai yang hadir pada majlis perasmian turut menikmati jamuan Idulfitri Rakyat PAS Pahang - HARAKAHDAILY 16/8/2014

Sumber HD - 16-8-2014









































































































































































































































4 exco PAS pertahan Kerajaan Selangor dari jatuh

NAZRI ABDULLAH | .




KUALA LUMPUR: Kehadiran empat Exco Kerajaan Selangor daripada PAS ke mesyuarat mingguan exco bersama Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim semalam adalah untuk menyelamatkan kerajaan daripada jatuh.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, undang-undang tubuh negeri mengiktiraf kerajaan negeri sebagai masih wujud jika sekurang-kurangnya mempunyai empat orang exco.

"Pada kami, kami masih menganggap itu kerajaan Pakatan Rakyat.

"Sebab itu kehadiran empat orang exco PAS itu sebagai mewakili Pakatan Rakyat selepas daripada exco PKR dan DAP dipecat," kata beliau pada sidang media selepas mesyuarat Lajnah Politik PAS di pejabat agung parti itu malam ini.

Beliau mengulas ketetapan PAS terhadap empat exco mereka agar terus menjalankan tugas seperti biasa di bawah pentadbiran Abdul Khalid walaupun menteri besar itu telah dipecat dari PKR.

Turut serta pada sidang media itu ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Menteri Besar Kelantan yang juga pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Datuk Ahmad Yakob dan Penolong Setiausaha Agung, Datuk Takiyuddin Hassan.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bagaimanapun tidak hadir pada mesyuarat malam ini atas faktor kesihatan.

"Bagi kita kalau exco tak hadir, kerajaan akan jatuh. Kita pentingkan rakyat. Kalau kita tak datang kita tak boleh buat keputusan untuk kepentingan rakyat," katanya sambil menegaskan bahawa PAS konsisten untuk terus bersama Pakatan Rakyat.

Terdahulu mereka mengadakan mesyuarat hampir sejam setengah bermula jam 9 malam.

Mesyuarat lajnah politik malam ini adalah sebagai rangka awal kepada perbincangan mesyuarat PAS Pusat 17 Ogos ini.

Bukan sebab jantina

Mustafa berkata, mesyuarat malam ini bagaimanapun tidak menyentuh langsung soal calon menteri besar.

Ditanya adakah penolakan PAS terhadap Datuk Seri Wan Azizah sebagai calon menteri besar atas faktor jantina, Mustafa menafikannya.

"Bukan sebab jantina. Kita dah maklum kepada PKR...kenapa kita tu... tapi saya tak akan dedah," katanya.

Berhubung dua calon PAS yang menghadiri sidang media bersama Datuk Seri Dr Wan Azizah dan menyatakan sokongan kepada beliau sebagai calon menteri besar, Mustafa berkata PAS akan menyiasat terlebih dahulu perkara tersebut sebelum membuat apa-apa keputusan. - HARAKAHDAILY 14/8/2014

Sumber HD - 14-8-2014









































































































































































































































Pusat minta PAS S'gor serah laporan dua adun 

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: PAS Pusat telah meminta PAS Selangor memberi laporan berhubung isu dua Adun PAS negeri itu yang telah menyatakan sokongan terbuka kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi menteri besar Selangor.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata beliau telah menghubungi Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad petang ini dan meminta laporan penuh berhubung perkara itu.

"Saya telah menghubungi Pesuruhjaya PAS Selangor supaya memberi laporan tentang dua orang ini supaya kita dapat gambaran sebenar," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas tindakan dua Adun PAS, Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) yang bertindak menyertai sidang media bersama Dr Wan Azizah hari ini bagi menunjukkan sokongan majoriti dalam Dun Selangor pagi tadi.

Kedua-dua mereka turut menyatakan sokongan kepada presiden PKR itu untuk menjadi menteri besar menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Mengulas lanjut, Mustafa berkata PAS akan menyiasat perkara itu dan akan mendapatkan gambaran sebenar.

Sebelum ini, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mempertahankan Khalid untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor berikutan beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.

Pandangan serupa dinyatakan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Malah, Majlis Syura Ulamak PAS juga menetapkan pendirian agar Khalid dikekalkan jawatan itu sekiranya beliau tidak disabitkan dengan sebarang kesalahan berhubung pecah amanah.

- HARAKAHDAILY 14/8/2014

SUA - 
http://www.youtube.com/watch?v=w-ZEZZWgxgU&list=UUFznwgrJ0SorgTbQlpOKOaQ

Sumber HD - 14-8-2014

Kemelut S'gor: Jangan belakangi keputusan jamaah

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: PAS mengingatkan seluruh pemimpin dan ahli khususnya Adun PAS di Selangor agar mematuhi arahan parti dalam berdepan isu Menteri Besar di negeri itu.


Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS telah membuat ketetapan akan membincangkan perkara itu pada mesyuarat PAS Pusat 17 Ogos ini.

"Kita harap tidak ada yang mendahului keputusan parti. Jangan ada yang membelakangi keputusan jamaah ini.

"Jangan anggap keputusan kita secara bersendirian itu lebih bijak daripada keputusan parti.

"Bertindak membelakangi keputusan jamaah ini tidak ada keberkatan dan jika berlaku masalah, parti tidak akan bertanggungjawab," katanya kepada Harakahdaily.

Dalam pada itu beliau menasihatkan seluruh ahli bersabar menunggu keputusan rasmi parti.

Beliau juga meminta ahli PAS tidak mudah terpengaruh dengan laporan-laporan bukan dari sumber utama parti.

Katanya, dalam suasana sekarang ini terlalu banyak laporan-laporan palsu menggunakan nama pimpinan.

"Peranan kita adalah semak dan teliti dahulu, jangan mudah terima dan menyebarkannya.

"Lebih baik diam dari komentar yang mengeruhkan lagi keadaan," tegasnya.

- HARAKAHDAILY 14/8/2014

Sumber HD - 14-8-2014









































































































































































































































Kemelut Selangor: Jangan terpedaya laporan Harakah palsu

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Orang ramai diingatkan agar tidak terpedaya dengan laporan dan berita yang menggunakan nama Harakah berhubung kemelut yang melanda negeri Selangor kini.


Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali turut menjadi mangsa laporan palsu itu kononnya beliau telah menerima borang permohonan keahlian parti daripada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Contoh laporan guna nama Harakah yang tidak betul itu ialah kononnya saya telah menerima borang permohonan menjadi ahli PAS daripada Tan Sri Khalid.

Ini memang tidak betul dan sangat mengelirukan orang ramai," katanya kepada Harakahdaily sebentar tadi.

Menurutnya, ekoran tersebarnya laporan Harakah palsu itu melalui media sosial, beliau telah dihubungi oleh pihak media untuk mengulas berita yang tidak betul itu.

"Saya tegaskan di sini bahawa laporan berkenaan bukan daripada Harakah, adalah tidak benar sama sekali yang menggunakan nama Harakah termasuk berita-berita kononnya daripada pemimpin tertinggi PAS yang lain," tegasnya yang juga Pengerusi Harakah.

Justeru, beliau mengingatkan ahli-ahli dan pendukung PAS agar berwaspada dan tidak terpengaruh dengan laporan palsu yang mengelirukan itu. - HARAKAHDAILY 13/8/2014

Sumber HD - 13-8-2014

Kemelut S'gor: PAS tidak akan bersama BN

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Dalam krisis Menteri Besar Selangor yang semakin memuncak sekarang, PAS menegaskan ia tidak akan sesekali bersama BN.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata demikian apabila ditanya perkembangan terkini politik Selangor selepas Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim memecat enam anggota Exconya daripada kalangan DAP dan PKR, 12 Ogos lalu.

"Situasi selepas pemecatan Exco ini adalah perkembangan sementara dan ia tertakluk kepada perubahan, bergantung keputusan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat, 17 Ogos nanti," ujarnya merujuk hanya tinggal empat Exco PAS dalam kerajaan negeri.

Abdul Khalid kini menjadi menteri besar bebas selepas Majlis Pimpinan Pusat PKR memecat keahlian beliau serta-merta pada 9 Ogos lalu.

PAS pada 10 Ogos bagaimanapun telah mengeluarkan arahan agar semua exco kerajaan negeri dari PAS terus berkhidmat di dalam Kerajaan Negeri pimpinan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Mengulas lanjut, Salahuddin berkata kedudukan PAS yang tetap bersama Pakatan Rakyat dan tidak akan bersama BN itu adalah berdasarkan tiga faktor utama.

Pertama, PAS masih lagi berpegang teguh dengan keputusan Muktamar Tahunan 2008 yang bersetuju untuk PAS bersama Pakatan Rakyat.

Kedua, ia juga selari dengan pandangan Majlis Syura Ulamak yang bermesyuarat pada 6 Ogos lalu, yang menegaskan sekali lagi untuk terus memberi komitmen bersama Pakatan.

Ketiga, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang juga berulang kali menegaskan, dalam apa jua situasi yang berlaku, PAS tetap bersama Pakatan.

"Oleh itu, saya harapkan semua pihak, terutama rakyat Selangor, khususnya ahli PAS, agar bertenang berdepan berita atau rumours yang tersebar sekarang, serta sabar menunggu keputusan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pada 17 Ogos.

"Insya-Allah semua kemelut ini dapat PAS selesaikan dalam mesyuarat itu nanti. Kita akan memutuskan yang terbaik.

"Saya yakin, PAS tentunya sangat bertanggungjawab untuk pastikan menteri besar baru dapat diganti di kalangan Pakatan Rakyat bagi memastikan amanah dan kepercayaan rakyat dalam PRU13 tidak disia-siakan, sekali gus survival Pakatan di Selangor terpelihara," Salahuddin memberi jaminan.

Mengulas sokongan terbuka Adun BN terhadap khalid seperti dinyatakan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Salahudin menegaskan ianya "tidak memberi apa-apa kesan terhadap kerjasama PAS dalam Pakatan".

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Exco PAS Selangor Sallehen Mukhyi ketika ditanya media pagi ini berkata, tidak timbul soal kerjasama dengan Umno kerana parti itu adalah pembangkang di Selangor.

"Soal (kerjasama) Umno tak timbul. Umno tidak ada dalam kerajaan. Tidak akan jadi. Kalau Umno ada dalam exco, PAS akan keluar.

"Umno tidak ada dalam senarai ini. Dia bukan kerajaan, dia pembangkang," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

- HARAKAHDAILY 13/8/2014

Sumber HD - 13-8-2014









































































































































































































































"Ajar bertawaduk..." pesan Ustaz Hassan Shukri

ZULKIFLI YAHAYA | .

MASIH terngiang-ngiang kata-kata Almarhum Ustaz Hassan Shukri (gambar), bekas Naib Presiden PAS, sewaktu menemani beliau pergi merasmikan mesyuarat agung sebuah kawasan di Perak.

“Ahli PAS ni perlu ditekankan dengan ilmu tasawuf, persoalan sifat-sifat mazmumah dan mahmudah supaya masing-masing ada sifat tawaduk sikit,” katanya.

Ketika itu saya baru menyertai Harakah, penghujung tahun 1980-an. Berlaku sedikit ‘ribut dalam cawan’ dalam Jabatan Penerangan PAS yang dipimpin oleh Ustaz Nakhaie Ahmad yang menjawat Naib Yang Dipertua PAS ketika itu.

Ustaz Hassan membayangkan bahawa pergolakan dalaman itu lebih diburukkan oleh tiadanya sifat mahmudah dalam diri sebahagian individu terbabit. Mungkin masing-masing hanya memacu ego, tiada rasa tawaduk dan hilang sifat memaafkan. Dalam peristiwa ‘ribut’ itu Ustaz Nakhaie keluar daripada PAS dan akhirnya menyertai Umno.

Semua orang mengenali Ustaz Hassan sebagai seorang yang semahunya cuba terbabit dalam apa sahaja konflik dalaman parti. Walaupun ada yang menuduhnya cuba ‘play safe’, hakikatnya beliau adalah tokoh pendamai dalam parti.

ILMU TASAWUF

Apa yang dicetuskan Ustaz Hassan bahawa pentingnya tarbiyah PAS menekankan perihal menanam sifat-sifat mahmudah (terpuji) dalam diri serta menjauhkan sifat mazmuzah (tercela), merupakan kaedah pencegahan terbaik terhadap tercetusnya konflik dalaman parti.

Ilmu tasawuf ialah ilmu yang menyuluh perjalanan seseorang mukmin dalam membersihkan hati dengan sifat-sifat mahmudah serentak itu menjauhkan diri daripada sifat mazmumah. Ia juga bertujuan mendidik nafsu dan akal supaya sentiasa berada dalam landasan dan peraturan hukum syariat Islam yang sebenar.

Imam Al-Ghazali r.a. telah menggariskan 10 sifat mahmudah dalam kitab 'Arbain Fi Usuluddin' iaitu reda, mahabbah, sabar, ikhlas, taubat, takut, zuhud, syukur, tawakkal dan mengingati mati. Manakala 10 sifat tercela pula ialah marah, hasad, banyak bercakap, bangga diri, cinta kemegahan, cinta dunia, ujub, riyak, bakhil dan banyak makan.

Sewaktu Ustaz Hassan menekankan perlunya ahli PAS mendalami ilmu tasawuf, konflik dalaman PAS hanya sekelumit. Telefon bimbit pun belum muncul ketika itu. Ustaz Hassan sudah merasai kebimbangannya.

Hari ini cabaran dalam jemaah tentu lebih kompleks. Apa saja isu akan disemarakkan melalui media maya yang tiada batasan sempadan. Semua orang boleh bercakap apa sahaja, di mana sahaja tanpa perlu mengukur status dirinya siapa.

SIFAT TERCELA

Apabila membuka saja paparan media sosial maka segala sifat tercela juga terpapar di situ. Sifat angkuh, ego, sombong, marah, hasad semuanya terpancar dengan jelas. Langsung tiada sifat tawaduk.

Ahli-ahli biasa boleh menghentam pemimpin parti di semua peringkat tanpa batasan akhlak. Sindiran, kutukan dan penghinaan kadangkala di luar batas pemikiran yang rasional. Mereka dibelasah tanpa belas kasihan.

Berperang sesama sendiri usah dikira, bahasa yang terpancul semuanya 'menakutkan'. Kelihatannya seolah-olah Islam yang kita terima hari ini tidak sempurna kerana tiada penekanan akhlak.

Jumlah anggota parti seperti itu mungkin masih di paras minoriti tetapi mereka sangat bermaharajalela di alam maya. Saya tidak merujuk kepada mana-mana ‘kumpulan’, sama sahaja pendukung daripada pandangan mana pun. Macam kata pepatah kita, ‘2x5’, ‘5x2’.

Jika penekanan tasawuf ada dalam diri masing-masing, rasanya perbezaan sikap dan pandangan tidaklah ditangani dengan begitu gelojoh dan buruk. Kalau ada sifat tawaduk, tahu menghormati manusia, tidak ego dengan pendirian sendiri maka suasana tidaklah seburuk itu.

Kalau masing-masing ada sifat mengingati mati sekurang-kurang setiap patah perkataan yang mahu dilontarkan akan difikirkan akibatnya pada alam selepas mati nanti.

LONDEH MELONDEH

Akibat memacu rasa marah dan dendam kesumat juga semua perkara hendak dilondehkan di alam maya.

Biar semua orang tahu, sekalipun akibatnya akan menempelak parti sendiri. Pihak yang hilang sabar akan mendedahkan pula.

Maka berlakulah pertandingan dedah mendedah, sehingga masing-masing terbabit berdiri bogel di hadapan orang ramai yang sentiasa menyaksikannya.

Betul, zaman ini maklumat akan melanda tanpa batas sempadan, namun batas akhlak dan prinsip kerahsiaan dalam jamaah masih wajib dipatuhi kerana tiada nas yang memansuhkannya. Tidak semua perbincangan parti boleh dibuat secara terbuka atas nama ketelusan.

Zalim adalah meletakkan sesuatu pada tempat yang salah. Itu yang kita semua faham dari penjelasan para alim ulama. Asas sesuatu perbuatan itu boleh jadi harus tetapi apabila dilakukan pada tempat, situasi atau ketika yang salah maka ia jadi zalim.

Berbincang masalah dalaman parti sesama orang yang berkepentingan dan layak sahaja adalah kerja mulia.

Maka berbincang isu dalaman parti secara terbuka di alam maya adalah perbuatan yang tidak mengikut peraturan. Ia zalim! Lebih-lebih lagi bila nafsu marah dan ego menguasai diri.

Mana boleh isu dalaman boleh diikuti oleh semua orang termasuk musuh. Akibatnya jemaah akan lemah atau boleh dilemahkan, lalu akan berpecah.

Sedih sungguh meyaksikan situasi seperti ini mutakhir ini. Semuanya gara-gara asas penghayatan tasawuf dalam diri sudah tidak ditekankan. Elok kalau penekanan Almarhum Ustaz Hassan Shukri diberi perhatian semula. - HARAKAHDAILY, 12/8/2014

Sumber HD - 12-8-2014

Isu MB: Lajnah politik PAS mesyuarat Khamis ini

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Lajnah Politik PAS Pusat akan bermesyuarat pada Khamis ini bagi membincangkan isu Menteri Besar Selangor yang sedang mendapat perhatian semua pihak ketika ini.


Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali kepada Harakahdaily hari ini.

Menurut Mustafa, mesyuarat tersebut akan diadakan pada sebelah malam di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.

"Lajnah politik akan mesyuarat dahulu pada 14 Ogos ini untuk bincang isu MB," kata beliau.

Keputusan mesyuarat lajnah politik pada kebiasaannya akan dibawa kepada mesyuarat PAS Pusat.

Mesyuarat PAS Pusat pula telah ditetapkan pada 17 Ogos ini bagi membincangkan isu Menteri Besar Selangor tersebut.

Semalam, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan hampir sejam dengan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berhubung isu Menteri Besar Selangor.

Pertemuan yang berlangsung di sebuah hotel di Terengganu itu turut dihadiri Mustafa sendiri, Setiausaha Politik Presiden PAS Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution.

- HARAKAHDAILY 12/8/2014

Sumber HD - 12-8-2014









































































































































































































































Isu MB: Sejam Anwar jumpa TG Abdul Hadi

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Pertemuan antara Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berlangsung hampir sejam petang semalam.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang turut serta dalam pertemuan itu mengesahkan ianya berkait dengan isu Menteri Besar Selangor.

"Pertemuan itu berlangsung lebih kurang satu jam. Ya kita bincang isu MB Selangor" katanya kepada Harakahdaily sambil menambah tidak boleh mendedahkan butir perbincangan tersebut.

Selain tiga tokoh itu, dua lagi yang turut serta dalam pertemuan di sebuah hotel di Kuala Ibai, Terengganu itu semalam adalah Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution.

Menurut Mustafa, pertemuan ini adalah hasil keputusan bersama Pakatan Rakyat sebelum ini yang mahu pimpinan tertinggi ketiga-tiga parti mengadakan pertemuan bagi mencari penyelesaian isu Menteri Besar Selangor ini.

"DAP juga turut maklum dengan pertemuan ini," kata Mustafa lagi.

Mustafa turut mengesahkan pertemuan serupa juga telah berlaku antara Tuan Guru Abdul Hadi dengan pimpinan DAP termasuk Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng sebelum daripada ini.

Sementara itu, isu Menteri Besar Selangor akan dibincangkan dalam mesyuarat PAS Pusat pada 17 Ogos ini.

- HARAKAHDAILY 12/8/2014

Sumber HD - 12-8-2014

Isu MB: Exco PAS S'gor jalan tugas seperti biasa

SALMIYAH HARUN | .

KUALA LUMPUR: Keempat-empat Exco PAS Kerajaan Selangor akan terus menjalankan tugas mereka seperti biasa di bawah pentadbiran Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, demikian tegas Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.


Mustafa berkata, ini kerajaan negeri masih lagi wujud dan berfungsi seperti biasa, sebelum menunggu pengumuman terbaru daripada PAS Pusat.

"Kerajaan masih ada, jadi mereka hendaklah menjalankan tugas sebagaimana biasa sehingga ada keputusan baru," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kedudukan kesemua Exco PAS selepas Lembaga Disiplin PKR memecat Abdul Khalid kelmarin.

PAS mempunyai empat Exco dalam kerajaan Selangor iaitu, Pengerusi Perumahan Pengurusan dan Peneroka Bandar Iskandar Samad (Adun Chempaka), Pengerusi Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian Pembangunan Desa Sallehen Mukhyi (Adun Sabak), Pengerusi Pendidikan, Pendidikan Tinggi, Pembangunan Modal Insan Dr Halimah Ali (Adun Selat Klang) dan Pengerusi Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Dr Ahmad Yunus (Adun Sijangkang).

Sementara itu, Mustafa mengingatkan kepada semua peringkat kepimpinan parti, ahli dan para penyokong supaya bertenang dalam menghadapi konflik politik yang kini melanda Selangor.

Katanya, PAS masih bersama Pakatan Rakyat dan menangani krisis ini secara berhemah, cermat dan bijaksana bersama-sama dengan kepimpinan Pakatan Rakyat yang lain.

- HARAKAHDAILY 11/8/2014

Sumber HD - 11-8-2014








































































































































































































































Isu MB: Pimpinan PAS dan PR tunggu tarikh 17 Ogos

SALMIYAH HARUN | .
KUALA LUMPUR: Pimpinan PAS dan PKR hari ini mengambil sikap tidak mahu mengulas lanjut berhubung perkembangan terkini kerajaan Selangor ekoran pemecatan Tan Sri Khalid Ibrahim oleh PKR semalam.

Masing-masing menyatakan akan menunggu tarikh 17 Ogos ini yang mana PAS Pusat akan bermesyuarat bagi melihat apakah jalan penyelesaian seterusnya merungkaikan isu Menteri Besar Selangor itu.

"Saya rasa sebulan ini 'mood' raya dan kita kena raya. Hari ini hari raya dan wartawan jaga mood hari raya, jangan bercakap selain dari hari raya. Lepas Syawal kita bercakap insyallah,"kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Mahfuz Omar sebaik sahaja diserbu wartawan di rumah terbuka PAS hari ini.

Begitu juga dengan pandangan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad sebaik diajukan soalan oleh media berkenaan Tan Sri Khalid, beliau turut memaklumkan agar sama-sama tunggu pada tarikh itu nanti.

Azmin Ali yang turut menghadiri jamuan Rumah Terbuka PAS hari ini juga enggan mengulas lanjut berkenaan kemelut di Selangor.

"Keputusan dah buat kita ikut proses yang ada. Saya dijemput oleh PAS untuk hadir jamuan hari ini, jadi saya hadir pada hari ini untuk jamuan. Ok ya terima kasih semua,"kata Azmin yang ingin terus berlalu dari kepungan media.

Media yang sudah menjangkakan bahawa pimpinan Pakatan Rakyat enggan mengulas lanjut berhubung kemelut di Selangor, namun pelbagai persoalan yang ditanya termasuklah apa yang mereka makan dalam jamuan itu.

"Ya, selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin, Tidak ada apa yang kembang semuanya kecut," seloroh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu sebaik ditanya wartawan tentang perkembangan menteri Besar Selangor

"Kita akan bincang," katanya ketika ditanya sama ada Tan Sri Khalid boleh menyertai PAS atau tidak selepas ini.

Namun Mohamad Sabu berkata, PAS terbuka untuk sesiapa sahaja menyertai PAS termasuklah Tun Dr Mahathir sendiri.

Rumah terbuka PAS yang berlangsung hari ini menjadi tumpuan media dan mereka berkumpul di hadapan pintu masuk KUIZM untuk mendapatkan respons pimpinan Pakatan Rakyat ekoran pemecatan Tan Sri Khalid Ibrahim oleh PKR semalam.

- HARAKAHDAILY 10/8/2014

Sumber HD - 10-8-2014

Rumah terbuka PAS ingati penderitaan Gaza

SALMIYAH HARUN | .

KUALA LUMPUR: Walaupun banyak pihak membatalkan program rumah terbuka kerana menghormati dua tragedi yang menimpa pesawat MAS dan rakyat negara ini, namun PAS mengambil semangat mengeratkan silaraturahim dengan meneruskan aktiviti rumah terbuka yang menjadi tradisi setiap tahun.

Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri PAS yang berlangsung di KUIZM Taman Melewar disambut dengan sederhana tetapi meriah dengan kehadiran pelbagai lapisan masyarakat di seluruh Selangor dan Kuala Lumpur.

Di dalam keasyikan menjamu selera dengan pelbagai menu disediakan pihak penganjur tidak melupakan umat Islam Palestin yang kini sedang dizalimi oleh Rejim Israel dengan melancarkan dana untuk mereka melalui Yayasan Amal Malaysia.

Selain mengutip derma pihak penganjur turut melelong mafler Palestin kepada hadirin dalam jamuan rumah terbuka hari ini.

"Kita boleh derma kepada Umat Islam Palestin dengan membeli mafler dengan harga RM10, dan orang ramai dialu-alukan untuk menyalurkan derma kepada mereka," kata juruhebah di majlis itu.

Beberapa pimpinan turut diberi peluang berucap di hadapan para pengunjung rumah terbuka PAS, antaranya Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Naib Presiden Salahuddin Ayub, Ketua Penerangan Datuk Mahfuz Omar dan ramai lagi.

Turut memberi ucapan Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Abduh Nik Aziz, di mana beliau turut menyampaikan pesan ayahandanya Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat agar majlis Rumah terbuka hari ini tidak melupakan nasib umat Islam di Gaza.

"Kalau ada majlis makan-mana kena ingatkan saudara kita di Gaza, makan tidak salah tapi ianya sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah, jangan makan-mana untuk tujuan seronok hingga kita lupa pada Allah," kata Nik Abduh.

Pelbagai juadah disediakan antaranya, aiskrim, nasi impit kuah kacang, rendang ayam, ayam golek, nasi ayam dara, mee dan bihoon sup, char kuew tiaw dan bermacam-macam lagi.

Kanak-kanak di bawah 12 tahun turut diberi duit raya oleh beberapa pimpinan PAS antaranya Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Samad.

Antara pimpinan Pakatan Rakyat yang hadir memeriahkan rumah terbuka hari ini termasuk pimpinan PKR Azmin Ali, Tian Chua dan Shamsul Iskandar Mat Akin.
-HARAKAHDAILY 10/8/2014

Sumber HD - 10-8-2014








































































































































































































































Isu Khalid: PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menegaskan parti itu akan terus bersama dengan Pakatan Rakyat.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada tindakan PKR memecat keahlian Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada parti itu, semalam.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan kepada semua peringkat kepimpinan parti, ahli dan para penyokong supaya bertenang dalam menghadapi konflik politik yang sedang di Selangor kini.

"Kepimpinan PAS sedang berada di tengah-tengah isu ini dan menangani isu ini secara berhemah, cermat dan bijaksana bersama-sama dengan kepimpinan Pakatan Rakyat yang lain," ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.

Beliau juga menjelaskan bahawa keempat-empat Exco Kerajaan Selangor daripada PAS akan terus berkhidmat dan berfungsi kerana kerajaan negeri masih wujud.

Mereka terdiri daripada Adun Chempaka, Iskandar Abdul Samad (Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar), Adun Sabak, Sallehen Mukhyi (Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian, Pembangunan Desa), Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali (Pendidikan dan Pendidikan Tinggi, Pembangunan Modal Insan) dan Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi (Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam). - HARAKAHDAILY 10/8/2014

Sumber HD - 10-8-2014

Pertemuan '8 mata': Saya cuba cari jalan, kata Mustafa

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menyambut baik cadangan pemuda Pakatan Rakyat semalam agar diadakan pertemuan lapan mata membabitkan pimpinan tertinggi ketia-tiga parti dalam Pakatan Rakyat bagi merungkai isu jawatan Menteri Besar Selangor.

Mustafa berkata beliau mengambil maklum cadangan itu dan sedia memikul tanggungjawab untuk cuba mencari jalan agar perkara itu dapat direalisasikan.

"Cadangan pertemuan lapan mata antara pemimpin tertinggi Pakatan satu idea yang baik.

"Saya akan cuba memikirkan jalan agar pertemuan seperti yang dicadang itu dapat diadakan," kata beliau kepada Harakahdaily.

Semalam, Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kayat, Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Mat Akin dan Ketua Pemuda DAP (Dapsy), Teo Kok Seong dalam satu kenyataan bersama mencadangkan pertemuan lapan mata pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat bagi menyelesaikan isu jawatan Menteri Besar Selangor.

Pertemuan lapan mata itu membabitkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abd Hadi Awang, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Menurut mereka, krisis dalaman Pakatan Rakyat rentetan isu penggantian Menteri Besar Selangor kini berada pada tahap membimbangkan dan boleh merosakkan masa depan Pakatan Rakyat dalam melakukan perubahan kepada negara tercinta.

Ianya juga boleh memberi gambaran kurang baik kepada generasi muda yang akan mewarisi kepimpinan akan datang.

"Anak muda Malaysia mahukan segala masalah yang timbul dalam Pakatan Rakyat diselesaikan melalui meja rundingan dengan segera," ujar kenyataan itu.

"Kami yakin berdasarkan pengalaman, ketokohan dan kebijaksanaan yang dimiliki empat tokoh tersebut, ia mampu merungkai dan menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi," kata kenyataan itu semalam.

- HARAKAHDAILY 8/8/2014

Sumber HD - 8-8-2014









































































































































































































































Isu MB Selangor: PAS tunda lagi mesyuarat 17 Ogos

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Mesyuarat PAS Pusat bagi membincangkan kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang dijadualkan pada 13 Ogos ini sekali lagi ditunda kepada 17 Ogos.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, pindaan itu terpaksa dibuat kerana ada dalam kalangan anggota yang tidak dapat hadir mesyuarat pada 13 Ogos.

"Oleh kerana mesyuarat ini penting, maka PAS mahu memastikan semua pihak dapat hadir, maka insya Allah, 17 Ogos ini semua boleh hadir," ujarnya ketika menghubungi Harakahdaily sebentar tadi.

Menurutnya, mesyuarat PAS Pusat bagi membincangkan isu berkenaan yang dijadual diadakan pada 10 Ogos ditunda kepada 13 Ogos.

"Semua pihak insya Allah boleh hadir mesyuarat pada 10 Ogos tetapi tarikh itu dilihat tidak cukup matang terhadap perkembangan yang berlaku, sebab itu kita tunda kepada 13 Ogos," jelasnya. - HARAKAHDAILY 8/8/2014

Sumber HD - 8-8-2014

Henti kenyataan canggah Presiden PAS – Majlis Syura

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulamak memandang serius beberapa kenyataan terbuka sebahagian pimpinan parti yang dilihat menyanggahi kenyataan Presiden sebagai ketua parti.

Maka Majlis Syura Ulamak memberi peringatan tegas kepada seluruh pimpinan dan ahli parti agar kenyataan-kenyataan ini dihentikan serta merta.

Keputusan itu dibuat pada Majlis Syura Ulamak PAS yang telah bersidang pada 9 Syawal 1435 bersamaan 6 Ogos 2014 di Kota Bharu, Kelantan.

Perkara itu dinyatakan dalam satu kenyataan Majlis Syura yang ditandatangani Mursyidul Am PAS dan timbalannya, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Tuan Guru Datuk Dr Haron Din. – HARAKAHDAILY 7/8/2014

Sumber HD - 7-8-2014

Isu: PAS tunda mesyuarat 13 Ogos









































































































































































































































HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: PAS Pusat menunda tarikh mesyuarat kepada 13 Ogos ini bagi membincangkan kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali kepada Harakahdaily petang ini.

Bagaimanapun, katanya masa dan tempat mesyuarat tidak berubah.

Sebelum ini, PAS Pusat menetapkan 10 Ogos untuk mengadakan mesyuarat bagi membincangkan perkara tersebut. - HARAKAHDAILY 7/8/2014

Sumber HD - 7-8-2014









































































































































































































































Kekal Khalid selagi tidak disabit langgar amanah - Majlis Syura

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulamak PAS yang bersidang di Kota Bharu semalam membuat keputusan bahawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim wajar dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor selagi tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah.


Dalam kenyataan yang ditandantangani Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan juga Timbalan Mursyidul Am Tuan Guru Datuk Dr Haron Din itu menyatakan, keputusan itu dibuat berasaskan hukum syarak dan melihat kepentingan rakyat yang mesti mendahului kepentingan individu dan parti.

Bagaimanapun kata kenyataan itu, jika sekiranya ada pertuduhan yang disabitkan bersalah kemudiannya oleh pihak yang berautoriti seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau mahkamah, maka Majlis Syura Ulamak bersedia untuk menilai kembali kedudukan Khalid.

Berikut adalah kenyataan penuh.

Kenyataan Majlis Syura Ulamak

Merujuk kepada Fasal 3 Perlembagaan PAS, bahawa dasar PAS ialah Islam, dan Fasal 6(2) bahawa antara usaha PAS adalah "memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syariat serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara" ,

Maka, Majlis Syura Ulamak PAS yang telah bersidang pada 9 Syawal 1435 bersamaan 6 Ogos 2014 di Kota Bharu telah membuat keputusan berasaskan hukum syarak dan melihat kepentingan rakyat yang mesti mendahului kepentingan individu dan parti seperti berikut:

"Bahawa jawatan Menteri Besar Selangor adalah hak bersama yang telah dipersetujui oleh ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat untuk meneruskan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar di Selangor bagi penggal kedua selepas Pilihanraya Umum ke-13. Maka selagi tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah yang mewajarkan Menteri Besar itu digugurkan, Majlis Syura Ulamak PAS memutuskan untuk mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Jika sekiranya ada pertuduhan yang disabitkan bersalah kemudiannya oleh pihak yang berautoriti seperti SPRM atau Mahkamah maka Majlis Syura Ulamak bersedia untuk menilai kembali kedudukan beliau.

Majlis Syura Ulamak menegaskan sekali lagi bahawa PAS akan tetap istiqamah dengan dasar dan prinsip perjuangan Islam sebagaimana yang termaktub di dalam perlembagaannya dan terus memberi komitmen bersama Pakatan Rakyat .

Datuk Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
Al-Mursyidul Am, Parti Islam Se-Malaysia

Datuk Dr Haron Din
Timbalan Al-Mursyidul Am, Parti Islam Se-Malaysia

- HARAKAHDAILY 7/8/2014

Sumber HD - 7-8-2014

PAS akan kekal selagi Islam asas perjuangan

MOHD SOFI ABDUL WAHAB | .

Selagi dasar dan perlembagaan PAS adalah Islam, PAS tidak akan berkubur dan mati. Walaupun banyak parti lain seperti Semangat 46, Nasma, Parti Negara, AKIM, Berjasa, Hamim dan lain-lain 'meninggal' tanpa nisan, PAS masih segar bugar dan 'evergreen' dari dulu, kini dan Insya Allah selamanya. Itulah hebatnya parti yang berteraskan Islam.

PAS melalui pelbagai ranjau dan duri, ditendang dari BN, rakan dalam APU, BA dan sebagainya meninggalkan gabungan yang dibentuk bersama, namun PAS tetap utuh dan kukuh malah terus berkembang.

Bukan itu sahaja pimpinan dan pejuang PAS pernah dibunuh seperti Allahyarham Abdul Samad Gol, As-Syahid Ibrahim Libya dan sahabat-sahabatnya.

Pimpinan dan ahli ditahan di bawah akta drakonian ISA, dibuang daerah, dinafikan hak sebagai rakyat dan pelbagai lagi dugaan dan cubaan.

Namun itu semua tidak melemahkan PAS, pimpinan dan ahli-ahlinya. Bahkan PAS terus diterima dan disokong oleh rakyat bukan sahaja yang beragama Islam tetapi juga yang bukan dan belum Islam.

PAS juga tidak pernah serik untuk bersahabat dan bertahaluf siyasi dengan rakan-rakan politiknya walaupun sering kali rakan-rakannya berbuat onar tetapi PAS tetap kekal dalam tahaluf siyasi tersebut seperti APU dan BA. Bukan PAS yang keluar dan menggagalkan tahaluf tersebut.

Itulah PAS, parti yang paling tua dan berpengalaman dalam sepak terajang perjuangan Islam dan politik Malaysia (Umno sekarang Umno baru yang lahir pada 1988).

PAS tidak akan berkubur selagi Islam diletakkan sebagai asas perjuangan dan Al Quran serta As-Sunnah menjadi rujukan tertinggi.

Badai dan tribulasi dilalui dengan tenang dan sabar. Siapa yang ingin selamat dunia dan akhirat ayuh mari berjuang bersama-sama dengan PAS.

Siapa yang tidak sabar dan gopoh akhirnya akan menjadi golongan yang tercicir di sepanjang jalan perjuangan dan dakwah seperti yang terjadi kepada beberapa pimpinan tertinggi dan ahli-ahli yang keluar dari jemaah yang disayangi ini.

Perjuangan PAS bukan setakat di dunia, bukan bermatlamatkan wang ringgit dan kebendaan serta pangkat. Tetapi perjuangan PAS bermatlamatkan akhirat dan keredhaan Allah.

Sumber HD - 6-8-2014

Waspada surat palsu pecahkan PAS, PR - Mustafa

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mengingatkan ahli-ahli dan pendukung PAS dan Pakatan Rakyat (PR) supaya berwaspada dengan usaha jahat pihak tertentu untuk memecahbelahkan PR.

Sehubungan itu, beliau menjelaskan bahawa PAS menarik diri daripada PR sebagaimana surat yang tersebar di media sosial adalah palsu.

Tegasnya, surat yang kononnya ditandatangani beliau dengan menggunakan letter head Pejabat Agung PAS berhubung perkara itu merupakan pembohongan semata-mata.

“Seluruh ahli PAS dan Pakatan Rakyat perlu berwaspada dengan usaha jahat seperti itu bagi memecahbelahkan Pakatan Rakyat,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 2/8/2014





Sumber HD - 2-8-2014









































































































































































































































Isu MB: Hentikan perbincangan di luar mesyuarat

HARAKAHDAILY | .

KUALA TERENGGANU: Semua peringkat kepimpinan PAS diseru supaya menghentikan perbincangan mengenai kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Sehubungan itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali meminta semua pihak supaya bersabar menunggu keputusan mesyuarat PAS Pusat mengenai perkara itu pada 10 Ogos nanti.

Beliau menyatakan demikian setelah mengikuti perkembangan beberapa hari lalu berhubung isu kedudukan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor yang mendapat reaksi daripada pelbagai peringkat kepimpinan PAS dan mengeluarkan kenyataan secara terbuka.

“Sebahagian daripada reaksi tersebut telah melanggar etika berikhtilaf yang tidak selari dengan etika berbeza pendapat dalam jamaah dan ini menimbulkan persepsi yang tidak baik terhadap parti,” ujarnya kepada Harakahdaily di sini.

Kata beliau, tidak seharusnya berlaku kenyataan dalam banyak hal yang menyerang peribadi antara satu sama lain dalam kalangan pemimpin PAS.

“Kita harus kembali kepada adab berikhtilaf atau berbeza pendapat yang harus dijurus dan diuruskan mengikut tatasusila kaedah kita berjamaah,” ujar beliau lagi.

Justeru, beliau merayu kepada semua peringkat kepimpinan parti supaya perbezaan pandangan dan pendapat tidak diluahkan secara terbuka dan bebas sehingga boleh menjejaskan kredibiliti parti kepada pandangan umum.

“Kita ada saluran-saluran yang telah ditetapkan dalam parti di mana pandangan-pandangan itu boleh disalurkan pada waktu itu,” jelasnya.

Beliau seterusnya memaklumkan PAS telah memutuskan bahawa isu yang berkaitan dengan kedudukan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor akan dibincangkan dalam mesyuarat PAS Pusat pada 10 Ogos nanti.

“Oleh kerana itu, semua pihak harus bersabar menunggu keputusan yang akan dibuat pada mesyuarat tersebut,” kata beliau. - HARAKAHDAILY 29/7/2014

Sumber HD - 29-7-2014









































































































































































































































Membezakan antara militan dengan pengganas

ABU FIRDAUS | .



APABILA ada pihak menyebut istilah militan terhadap seseorang, ada pihak terus melenting dan marah-marah kerana perkataan itu.

Mereka menganggap bahawa militan bermakna pengganas. Sedangkan pejuang dan mujahid dianggap bukanlah militan.

Sememangnya ada pihak yang merujuk pengganas sebagai militan. Tetapi kefahaman mengenai perbezaan antara militan dan pengganas perlu ada supaya tidak berlaku kekeliruan. Semua pengganas adalah militan tetapi tidak semua militan adalah pengganas.

Militan dari perkataan Inggeris "militant". Ia bermaksud seseorang yang bergerak seperti tentera. Ia berkaitan dengan perkataan military yang bermaksud ketenteraan.

Maka apa yang dimaksudkan dengan militan ialah mereka yang bukan tentera tetapi bergerak sebagai tentera. Maknanya mereka bersenjata seperti tentera. Berpakaian seragam dan mempunyai kumpulan yang tersusun dengan memiliki komander atau pemerintah. Umumnya mereka terlatih.

Pengganas pula mempunyai maksud yang berbeza. Dalam bahasa Melayu istilah lain yang digunakan ialah teroris. Teroris adalah daripada perkataan terrorist yang dalam bahasa Inggeris berasal daripada perkataan terrot atau mengerikan. Maka pengganas bermaksud orang yang mengganas.

Dari segi peperangan, pengganas meliputi perbuatan bukan saja membunuh tetapi juga mencederakan dan menyiksa serta mendera orang. Makna khusus pengganas ialah melakukan keganasan terhadap orang awam.

Orang awam pula bermaksud orang biasa yang tidak bersenjata dan umumnya tidak terlibat dengan pertembungan dua belah pihak bersenjata yang berlaku.

Maka, sebab itulah militan tidak semestinya pengganas. Kalau golongan militan ini memerangi tentera atau kumpulan militan lain, atau orang yang bersenjata saja, maka mereka bukanlah pengganas.

Tetapi sebaik saja mereka membunuh atau mengganggui orang awam, maka mereka menjadi pengganas. Jika difahamkan kedua-dua istilah ini, maka dapat disedari bahawa pengganas mestilah seorang militan. Hal ini kerana untuk mereka mengganas, mereka memerlukan peralatan senjata.

Dalam pada itu, ada hujah yang kalau militan ditakrifkan sebagai golongan seperti tentera, maka pengganas yang bukan militan boleh wujud. Kalau seseorang itu membunuh orang awam secara bersendirian, dan tidak menjadi anggota mana-mana kumpulan, maka ia juga boleh dianggap sebagai pengganas.

Tetapi seringkali orang seperti ini hanya disebut sebagai penjenayah. Maka, tetapkanlah bahawa pengganas mestilah seorang militan tetapi militan tidak semestinya pengganas.

Contoh terkini pengganas ialah kumpulan Negara Islam Iraq dan Syam (ISIL) yang telah pun menubuhkan apa yang mereka isytiharkan sebagai khalifah. Mereka dianggap pengganas kerana cara mereka berperang ialah membunuh orang awam.

Bukan itu saja, terdapat kejadian menyiksa dengan ada laporan menyatakan terdapat mangsa yang mati dibakar dan direbus. Walaupun maklumat ini diperoleh daripada media Barat tetapi secara wajarnya dan umumnya, khabarnya sedikit sebanyak dapat diterima.


ISIL sememangnya kumpulan militan kerana mereka merupakan pasukan bersenjata yang teratur. Selain ISIL, contoh pengganas lain ialah al-Qaeda, Jamaah Islamiyah (JI) dan Abu Sayyaf.

Sementara kumpulan militan bukan Islam yang pengganas ialah Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) (Gambar kiri) di Sri Lanka, Shining Path di Peru dan Naxal di India. Contoh militan tetapi bukan pengganas ialah Hamas (Gambar atas), Hizbullah , Mujahidin dan Taliban.

Pada tahun-tahun 60-an dan 70-an, terdapat pengganas daripada kalangan komunis. Antaranya ialah Parti Komunis Malaya (PKM) sendiri dan kumpulan-kumpulan kecil seperti Tentera Merah Jepun (JRA), Briged Merah di Itali, kumpulan Baader Meinhof di Jerman dan Tentera Pembebasan Simbionis (SLA) di Amerika Syarikat.

Ada kalanya, kumpulan-kumpulan ini bermula sebagai pejuang tetapi akhirnya menjadi pengganas.

Di sini perlu juga diperjelaskan apa erti pejuang, gerila, revolusioner dan mujahid. Pejuang adalah sesiapa yang memperjuangkan sesuatu matlamat politik, tidak kira sama ada mereka bersenjata atau tidak.

Selepas Perang Dunia Kedua, muncul banyak pejuang. Baik pejuang kemerdekaan atau pejuang komunis. Pejuang yang menggunakan senjata dan tersusun seperti tentera menjadi militan.

Apabila ia berjuang secara bersembunyi, iaitu tidak terbuka seperti tentera, maka ia dipanggil gerila. Gerila berasal daripada perkataan "guerrilla", iaitu satu istilah dari bahasa Perancis yang bermaksud orang berperang.

Tentera biasa pun boleh bergerak secara gerila. Maka kedua-dua tentera Malaysia dan pengganas komunis melakukan peperangan gerila untuk berlawan satu sama lain. Cumanya, tentera Malaysia adalah tentera sebenar. Sementara PKM sememangnya pengganas.

Revolusioner pula bermaksud lain. Ia merujuk kepada pejuang yang terlibat dalam sesuatu revolusi. Maka pejuang dalam Revolusi Islam Iran adalah revolusioner. Begitu juga dengan pejuang kemerdekaan Indonesia juga revolusioner kerana mereka terlibat dengan Revolusi Indonesia.

Begitu juga dengan mujahid. Mereka yang berjihad adalah mujahid. Tidak semestinya mereka bersenjata. Asalkan terlibat dengan jihad, maka mujahidlah mereka. Tidak mengira mereka bersenjata atau tidak.

Bagi media Barat, mereka menggunakan "jihadist" sebagai merujuk kepada mujahid. Tetapi kini apabila sebut jihadist, maka yang digambarkan ialah militan dan pengganas Muslim. Mujahidin pula hanya dirujuk kepada pejuang Afghanistan yang mengguling kerajaan komunis Kabul.

Pemberontak atau rebel dalam bahasa Inggeris merujuk kepada mana-mana kumpulan yang memberontak daripada kerajaan yang sah di negara masing-masing. Umpamanya ialah Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) adalah pemberontak kepada kerajaan Manila. Tetapi Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) bukanlah pemberontak kerana mereka berjuang menentang kerajaan haram yang menduduki negara mereka, iaitu rejim Tel Aviv.

Dari segi kemanusiaan, sama ada militan, pemberontak, gerila, pejuang dan mujahid tidaklah salah. Ini kerana mereka bertindak demikian atas sebab-sebab tertentu mengikut keadaan politik negara masing-masing.

Mungkin dari segi undang-undang ada kalangan mereka salah. Tetapi yang salah dari segi kemanusiaan ialah pengganas. Hal ini kerana mereka mendatangkan penderitaan dalam kalangan orang awam yang tidak bersalah.

Namun, perang pasti mendatangkan penderitaan dan kesengsaraan. Ia harus dihalang. Cara menghalangnya ialah terapkan keadilan dan wujudkan kemakmuran. Jika tidak, pasti ada kebangkitan yang berjuang untuk membuat penentangan.

Sebagai contoh, apabila orang Islam di Myanmar ditindas dan ditekan. Mereka menjadi sasaran pengganas Myanmar yang mempunyai matlamat untuk menghapuskan semua orang Islam di negara itu. Tekanan besar ini pasti akan membawa kepada kemunculan pasukan militan bagi membela orang Islam.

Pada waktu yang sama, ada tentera yang bertindak sebagai pengganas. Oleh sebab mereka tentera, maka tidaklah dipanggil militan. Tentera Amerika yang menakluki Iraq tidak kurang menyaksikan pelanggaran peraturan dengan membunuh orang awam serta melakukan penyiksaan seperti apa yang berlaku di Abu Ghraib.

Semua itu adalah tindakan keganasan. Tetapi tidaklah disebut bahawa tentera Amerika itu pengganas. Hal ini kerana perbuatan itu adalah terpencil dan melanggar peraturan mereka sendiri. Maka pesalah-pesalah itu dibicarakan dan dihukum kerana melanggar disiplin. Walaupun hukuman yang mereka terima itu dirasakan kurang setimpal.

Begitu juga dengan tentera Israel. Apabila mereka melancarkan serangan bom ke atas Gaza hingga mengorbankan orang awam, maka tindakan itu adalah jelas keganasan.

Apabila ia kerap berlaku, maka tentera Israel bolehlah dianggap sebagai pengganas. Walaupun secara rasminya ia tetap merupakan sebuah angkatan tentera bagi sesebuah negara berdaulat dan diiktiraf di peringkat antarabangsa. Tetapi dalam bahasa politik mereka tidaklah disebut sebagai pengganas walaupun melakukan keganasan.

Maka dalam keadaan inilah timbul bahawa mungkinkah perbuatan ISIL yang berbentuk ganas itu muncul secara terpencil dan melanggar peraturan yang ditetapkan oleh pertubuhan itu. Apatah lagi ISIL seperti al-Qaeda mempunyai peraturan yang semuanya disandarkan kepada hukum Islam.

Apa-apa saja mereka lakukan ditimbang menurut hukum Islam. Namun begitu, sebahagian daripada tafsiran mereka ditolak oleh ulama secara umumnya.

Contoh jelas ialah perbuatan serangan membunuh diri dalam serangan. Bagi mereka ia dibolehkan dengan memberikan hujah-hujahnya sekali. Tetapi pastinya hujah-hujah mereka ditolak dan ia dianggap sebagai salah tafsiran terhadap al-Quran dan ajaran Islam. Perkara ini pernah terdedah dengan panjang lebar dalam perbicaraan pengganas-pengganas JI di Jakarta.

Kumpulan militan iaitu orang bersenjata apabila terlepas daripada undang-undang negara bila-bila masa boleh melakukan keganasan. Walaupun perjuangannya atas nama agama yang seharusnya membuat mereka berhati-hati dan mengelak daripada melakukan kekejaman.

Tetapi sebagai manusia, sama ada Islam atau tidak Islam, pendedahan kepada kekerasan dan kekejaman boleh berlaku pada bila-bila masa. Terutama pada mereka yang sememangnya mempunyai kecenderungan untuk melakukan keganasan. Kecuali kumpulan berkenaan bertindak tegas menghalang ahli-ahlinya melakukan dengan hukuman keras pada mereka yang melanggar peraturan.

Tetapi perkara ini sukar hendak dilakukan. Sebarang pengetatan disiplin akan membawa kepada perpecahan kumpulan. Hal ini kerana masing-masing semua bersenjata.

Di Indonesia selepas merdeka, pernah muncul kumpulan yang dikenali sebagai Darul Islam. Di bawah pimpinan Kartosuwiryo, mereka mempunyai matlamat untuk menegakkan negara Islam di Indonesia.

Setelah kecewa dengan sistem demokrasi di Indonesia yang menyaksikan parti-parti Islam negara itu sebagai pemenang pilihan raya tetapi tidak boleh membuat perubahan, iaitu Majlis Syura Muslimin Indonesia (Masyumi), maka tertubuhlah Darul Islam untuk berjuang secara bersenjata. Mula-mula mereka hanya militan yang memberontak.

Tetapi akhirnya lambat laun mereka terheret juga ke dalam kancah keganasan. Maka rakyat pun menjauh daripada kumpulan ini. Kerajaan dengan senang melabel mereka sebagai pengganas. Akhirnya mereka tewas. Ini pada zaman pemerintahan Sukarno.

Pada zaman Suharto, Darul Islam muncul semula dengan nama Tentera Islam Indonesia (TII). Kumpulan ini berjaya ditumpaskan tetapi kemudian muncul Jamaah Islamiah yang kini terus menjadi ancaman kepada Nusantara. - HARAKAHDAILY 14/7/2014

Sumber HD - 14-7-2014

Militan: PAS pecat tiga lagi ahli

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: PAS memutuskan memecat tiga lagi ahlinya yang dikaitkan dengan kumpulan militan seperti yang didedah media sebelum ini.

Mereka adalah Dr Mahmud Ahmad, 36, Muhammad Joraimee Awang Raimee, 39, dan seorang lagi Mohd Najib Husen, 36.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, keputusan memecat ketiga-tiga mereka dibuat pada mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat semalam.

"Oleh kerana kenyataan Presiden (Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang) sebelum ini menyatakan sesiapa yang terlibat dengan gerakan selain gerakan aman "muajahah silmiyah" ini, kita akan pecat mereka ini.

"Oleh itu jawatankuasa PAS Pusat semalam membuat keputusan, ketiga-tiga mereka dipecat daripada PAS," katanya dalam satu temu bual khas dengan Harakahdaily hari ini.

Mustafa memberitahu, sebelum memaklumkan kepada PAS Pusat, pihaknya sebelum ini telah membuat semakan terhadap ketiga-tiga mereka ini dan mendapati mereka adalah ahli PAS di peringkat kawasan.

Kemudian katanya, penyiasatan lanjut dibuat dengan bertemu sumber yang rapat dan mengenali latar belakang mereka, bagi mendapat kepastian berhubung penglibatan mereka dengan kumpulan militan seperti yang didakwa.

Hasil siasatan katanya, ketiga-tiga mereka sememangnya ada terlibat dengan misi kemanusiaan di Mindanao.

"Adapun dari sudut terlibat dengan militan, sumber tidak boleh mengesahkan secara muktamad kepada saya sebab mereka semua ini tidak berada dalam negara dan tidak dapat dihubungi.

"Atas sifat tidak ada dalam negara, saya tidak boleh nak buat pengesahan sama ada mereka terlibat atau tidak," kata Mustafa lagi.

Ditanya, bagaimana PAS membuat keputusan dalam keadaan tidak mengetahui keterlibatan sebenar mereka, Mustafa berkata ianya dibuat kerana wujud unsur keraguan.

"Walaupun aktiviti sebenar secara muktamadnya tidak dapat kita pastikan, tapi maknanya ada keraguan yang boleh dikaitkan.

"Tetapi demi jaga kepentingan jamaah dan parti, jadi kita ambil keputusan seperti mana yang ditegaskan oleh presiden sebelum ini," katanya.

Bagaimanapun katanya, mereka yang dipecat keahlian boleh membuat rayuan dengan mengemukan bukti bagi membersihkan tuduhan.

Sebelum ini PAS turut memecat keahlian Ustaz Lotfi Ariffin kerana menyertai gerakan bersenjata di Syria. - HARAKAHDAILY 14/7/2014

Hj MA - http://www.youtube.com/watch?v=XLq-d7WpWic

Sumber HD - 14-7-2014

No comments:

Post a Comment