BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Monday, July 21, 2014

LAJNAH ANTARABANGSA DAN HALEHWAL LUAR









SESI 2015 - 2017-2019 :


Pengerusi : YB Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Timbalan : YBhg Dr Ahmad Samsuri bin Mokhtar




The new terrorist list

THE terrorists list recently issued by the same countries that have severed ties with Qatar should not come as a surprise. The list among others include several Islamic organizations such as the World Islamic Scholars Union and the Islamic Council. They also listed several respected Muslim figures who are known for their moderate and reasonable Islamic opinions as terrorists. 
These are the same countries that are pursuing neutralization of relations with Israel and countries within the Mason - International Zionist network. Such political association is akin to a ship sailing astray in the ocean vast. 
They no longer have the will to act independently and righteously amidst their failure to learn from their own long history of tyranny and dark ages. 
While these countries are known for their immense wealth endowed through natural resources, they are actually destitutely poor in integrity and character and have diminished all sense of greatness and glory. Their stance changes to the fit of their desires, becoming timid in front of the infidel but behaving harshly on the believers all the while glorifying their Zionist guests above their fellow brethren. To make things worse, they heavily punish countries with whom they share a common religion simply because of differing opinions. 
The Arab civilization was respected because of Islam but is now crumbling under the weight of their own crimes by recognizing the Zionist regime and neglecting Palestine and its rights. They are now driven by their believe and admiration for the Zionist Jewish powers-at-be, more than to trust in God, Islam and their fellow Muslims. 
Hence, this is as understood from the word of Allah S.W.T which means: 
وَإِن تَتَوَلَّوْا يَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ ثُمَّ لَا يَكُونُوا أَمْثَالَكُم (38) 
"And, if you turn away, Allah will replace you with other people, and they will not be like you." (Muhammad: 38) 
God also made this affirmation on the power of government through His word in Surah Ali-Imran: 
قُلِ ٱللَّهُمَّ مَٰلِكَ ٱلۡمُلۡكِ تُؤۡتِي ٱلۡمُلۡكَ مَن تَشَآءُ وَتَنزِعُ ٱلۡمُلۡكَ مِمَّن تَشَآءُ وَتُعِزُّ مَن تَشَآءُ وَتُذِلُّ مَن تَشَآءُۖ بِيَدِكَ
ٱلۡخَيۡرُۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٞ ٢٦ 
Say (O Muhammad): O Lord of the Kingdom! You are the one who empowers the kingdom to whomever You will, and You take away the power of the kingdom from whom You will, and who honors whom You will, You are the All-Mighty, All-Wise. (Al-Imran: 26) 
"Prosper With Islam"
ABDUL HADI AWANG
PAS President
Dated: 6 Rabiul Awal 1439 / 25th November 2017
Sumber HD- 25-11-2017 


Saya dukung Turki, Iran dan Rusia, serta Qatar - Presiden PAS
Posted on Tuesday, November 21 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36905



SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Abdul Hadi Awang mengajak umat Islam berfikir dan mengkaji terlebih dahulu dengan bijak, sedar dan insaf sebelum mempercayai mengenai propaganda 'syiah dan Iran'.

Katanya, jika diamati adakah bahaya Iran dan pengaruh Syiah terhadap dunia Sunni atau menjaga keselamatan Israel, di sebalik propaganda halus dakwaan tersebut.

"Semua media yang dikuasai oleh kerajaan di serantau Asia Barat menjadikan bahaya Syiah dan Iran sebagai noktah yang satu dan disokong pula oleh media Israel.


"Adapun gerakan menentang Israel seperti Hamas, Tanzim Jihad daripada Sunni dan Hizbullah daripada Syiah semuanya dilabelkan pengganas," katanya dalam satu media hari ini.

Katanya, semuanya adalah perkara rumah tangga umat Islam yang tidak boleh diizinkan campur tangan asing, khususnya kalangan musuh Islam yang nyata tidak ikhlas terhadap umat ini.

"Apakah yang dilakukan ini kerana sebenarnya bahaya Syiah dan Iran? atau sebenarnya kerana keselamatan Israel yang menjadi kubu paling hadapan menghadapi kebangkitan semula umat Islam?" katanya.

Katanya, beliau tidak boleh menerima alasan bahaya Syiah, hujahnya kerana Sana’a di Yaman kini sudah dikuasai oleh mereka.

"Saya tidak lupa betapa Arab Saudi menyokong kumpulan Syiah ini sejak tahun 1961 sehingga diubah pendirian hari ini dengan menentangnya selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyelar Amerika di hadapan Kongresnya setelah kumpulan Syiah menawan Sana’a, dan Saudi terus melakukan perisytiharan perang ke atas Yaman di Washington, bukannya di Riyadh," katanya.
Katanya, barangkali mengambil contoh Perdana Menteri Lubnan mengisytiharkan peletakan jawatannya di Riyadh, bukannya di Beirut.

"Saya tetap kembali kepada al-Quran walaupun raja yang menjadi khadam dua Tanah Haram mengadakan hubungan intim dengan Israel bersama Amerika Syarikat kerana saya tidak beriman kepada Batu Kaabah tetapi beriman kepada ALLAH," katanya.

Katanya, beliau mendukung gabungan Turki, Iran dan Rusia, serta Qatar yang sudah beralih kecenderungan bersama beberapa negara Arab yang lain tanpa mempedulikan kebanyakan negara teluk.

Malah katanya, Mesir menunjukkan kegoyangan pendiriannya walaupun pernah bersama Israel.
Katanya, Turki menunjukkan perubahannya daripada sekular dan bersekutu dengan Barat dan Israel kepada ke arah Islam.

"Iran pula menunjukkan perubahan kerajaannya yang tidak terikat dengan Feqah Syiah yang fanatik dalam pemerintahannya kepada sistem Islam yang demokratik yang mereka sebut Wilayah Al-Faqeh," katanya.

Katanya, kini  negara Arab terus berlindung dengan Sunni yang paling Salafinya, tetapi berwajahkan diktator yang tidak ada kaitan dengan Sunni.

Katanya lagi, adapun Rusia menunjukkan polisi yang tidak bersifat Islamofobia mengikut agenda Amerika dan sekutunya. 

Jelasnya, Apakah alasannya yang kita wajib bersama kumpulan Islam Hamas, Jihad daripada Sunni dan Hizbullah daripada Syiah yang dijadikan kambing-kambing hitam yang hendak dikorbankan dengan mudah?

Justeru katanya, Marilah kita bersatu menghadapi Israel dan sekutunya terlebih dahulu, kemudian selesaikan isu Sunni dan Syiah secara dalaman dan ukhuwwah dalam satu keluarga Islam dalam perkara rukun dan asas, walaupun berkhilaf cabangnya.

Sumber TKO - 21-11-2017





PAS Kecam Tindakan Korea Utara












Parti Islam SeMalaysia (PAS) mengecam tindakan tidak beretika dan diluar dari kaedah diplomatik antarabangsa yang dilakukan oleh pentadbiran kerajaan Korea Utara dengan menahan kakitangan Kedutaan Malaysia yang bertugas di Korea Utara pada masa ini. Kami percaya bahawa langkah keras berkenaan diambil oleh pihak Korea Utara adalah untuk memberikan tekanan kepada Malaysia dalam siasatan pembunuhan tragis rakyat mereka baru-baru ini. Tindakan Korea Utara itu juga adalah bercanggah dengan norma diplomatik yang diterima di peringkat antarabangsa.

Sehubungan dengan itu, PAS menyokong langkah tegas yang diambil oleh Kerajaan Malaysia dalam menangani isu yang berlarutan dengan pihak kerajaan Korea Utara.

Keutamaan pada peringkat ini ialah untuk memastikan keselamatan pegawai kedutaan Malaysia dan semua rakyat warganegara Malaysia yang berada di Korea Utara pada waktu ini. Usul tergempar perlu segera di bawa di Dewan Rakyat sebagai langkah seterusnya supaya suara rakyat menjadi satu dalam isu ini.

PAS menggesa supaya penyelesaian secara damai diusahakan dengan sedaya mungkin, untuk mengelakkan isu ini menjadi semakin parah dan di luar kawalan.

“Inilah Penyelesaian Kita”

ABDUL HADI AWANG
PRESIDEN PAS
7 Mac 2017/9 Jamadil Akhir 1438.

Sumber BO -7-3-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------








Peta baru Asia Barat dan projek ‘The Middle East’

HAFIZ MANSOR | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44015-peta-baru-asia-barat-dan-projek-the-middle-east

Perbincangan mengenai peta baru Asia Barat (New Middle East – NME) mendapat perhatian yang meluas apatah lagi perkara tersebut juga disebut oleh Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (TGHH), Naib Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, dalam syarahan beliau bertajuk “Asia Barat yang Bergolak: Ke Mana Kita?” pada 7 Januari yang lalu.

Istilah ‘New Middle East’ (NME) diperkenalkan oleh Setiausaha US, Condoleezza Rice pada June 2006 di Tel Aviv. Ia tidak kurang lebih suatu roadmap Anglo-American-Israeli susulan rancangan bagi menguasai Asia Barat dengan cara menimbulkan kekacauan, huru hara (constructive chaos) di beberapa negara dengan Lebanon pada ketika itu sebagai titik focal. Selain Asia Barat, bahagian Asia Tengah (Central Asia) juga tidak terkecuali daripada pemerhatian US. Asia Tengah dianggap sebagai ‘Russia’s Southern Tier’, suatu demografi penting yang mungkin mengancam kepentingan US. Maka, penguasaan terhadap NME juga penting bagi mengawal sempadan ‘Eurasian Balkan’ merangkumi ‘the Caucasus’ (Georgia, the Rep. of Azerbajian, Armenia), dan Asia Tengah (Kazakhstan, Uzbekistan, Kyrgyzstan, Tajikistan, Turkmenistan, Afghanistan).

Peta tersebut secara khususnya dilakar oleh ‘Lieutenant Colonel’ Ralph Peters yang turut dimuatkan dalam bukunya ‘Never Quit the Fight’, diterbitkan pada 20 Julai 2006 termasuklah sebuah journal berpengaruh Armed Forces pada Jun tahun yang sama. Ralph Peters adalah seorang yang sangat berpengaruh dan merupakan pegawai tertinggi bahagian pertahanan AS.

Hakikatnya, Asia Barat Baru atau ‘the New Middle East’ bukanlah perkara baru. Ia lebih terkenal dengan projek ‘the Greater Middle East’ yang dibentangkan ketika pentadbiran Bush menghadiri sidang Negara G-8 pada Jun 2004 di Sea Island, Georgia. Kertas kerja tersebut pada asalnya dirangka oleh Richard Perle dan Douglas Feith bertajuk ‘A Clean Break: A New Strategy for Securing the Realm’.

Ia pada asalnya sebuah ‘kertas putih’ (white paper), satu bentuk cadangan polisi kepada pentadbiran Bush. Di dalamnya, kedua-dua penulis menekankan beberapa perkara termasuklah menyingkirkan Saddam dari pentadbiran beliau dan prinsip ketenteraan yang lebih agresif terhadap rakyat Palestin. Saddam akhirnya disingkirkan melalui pencerobohan US pada 2003. Selepas peristiwa 11 September 2001, pentadbiran Bush menjadikan ‘policy recommendation’ tersebut sebagai sebuah projek penting disebut sebagai ‘the Greater Middle East Project’ (GMEP).

Selepas pencerobohan terhadap Iraq dan Afghanistan sebagai rancangan Fasa 1, mereka kemudiaannya menyasarkan pergolakan (regime change destabilization) di negara-negara Arab mengunjurkan dari Morocco, Tunisia, Lybia dan Mesir sehingga ke negara Syria dan Timur Tengah. Arab Spring menjadi sebahagian misi penting ke arah merealisasi NME dan GMEP. F. William Engdahl, penulis buku ‘A Century of War: Anglo American Oil Politics and the New World Order’, memproklamir bahawa negara-negara yang mengalami ketidakstabilan rejim daripada Tunisia, Lybia dan Mesir, kesemuanya dibiayai oleh sebuah pertubuhan the National Endowment for Democracy (NED), selain RAND Corporation sebagai think tank utama.

Syria juga tidak terkecuali daripada menjadi sasaran mereka kerana geografinya yang bersempadan dengan Lebanon (Hizbullah). Maka, dengan hubungan erat Hizbullah-Iran, Syria harus di”pisah”kan daripada Iran. Peta negara-negara bergolak di bawah GMEP dan kini NME juga mempunyai persamaan dengan tulisan Samuel Huntington, ‘the Clash of Civilizations’. Ia adalah beberapa gabungan ‘puzzle’ yang akhirnya membentuk sebuah lakaran dan lakaran itu adalah ibarat ‘Sykes-Picot’ bagi kurun ke-21.

Persoalan yang timbul, mengapa kesemua ini direncana? Jawapan kepada persoalan ini telah dipertegaskan oleh TGHH dalam siri-siri ucapan beliau. Pertama, mereka mahu memastikan umat Islam tidak bersatu dan sekarang lihatlah bagaimana isu perbezaan mazhab masih gagal diselesaikan oleh umat Islam. Kedua, mereka mahu mempertahan keselamatan negara Israel daripada terancam selain memastikan penguasaan terhadap hasil bumi umat Islam terus berlangsung.

Wallahua’lam. - (ulamasedunia.org)

Sumber HD - 24-1-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------







Darah umat Islam korban lakar peta tajaan penjajah

IZWAN ABDUL HALIM | .





http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43823-darah-umat-islam-korban-lakar-peta-tajaan-penjajah

SHAH ALAM: Percaturan hingga menimbulkan pergolakan politik dan peperangan melibatkan negara-negara umat Islam di Asia Barat perlu difahami antaranya berpunca dari peta umat Islam yang 'dilakar' dengan darah.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, nyawa dan darah umat Islam menjadi mangsa penjajah kuasa Barat yang bertindak untuk kepentingan mereka.

Beliau berkata demikian dalam Syarahan Perdana "Asia Barat Yang Bergolak: Ke Mana Kita?" di Auditorium MBSA, di sini hari ini.

Terangnya, Iran dimomokkan sebagai 'Negara Syiah' oleh Barat untuk dilihat sebagai ancaman, hakikatnya mengalihkan ancaman dicetuskan Israel.

Menurut beliau, kekacauan dan krisis ditimbulkan Barat di samping tidak dinafikan akibat kezaliman pemerintahan dan kelemahan yang ada.

Malah, Barat juga menimbulkan tekanan kepada Negara-negara Arab yang enggan menyokong Perjanjian Madrid dan Oslo iaitu untuk memisahkan Palestin dan Israel sebagai dua negara.

Manakala jelasnya, negara menyokong pula diberi balasan tertentu kerana sanggup menuruti agenda Barat.

Begitu juga terang Tuan Guru, Arab Spring cuba dicetus Barat kononnya untuk kebangkitan demokrasi, namun kemudiannya dilihat memberi keuntungan kepada Islam.

Maka katanya, ditimbulkan pelbagai kekacauan terutamanya di laluan ekonomi dunia kerana negara-negara umat Islam itu juga memiliki banyak sumber tenaga uranium, petroleum dan sebagainya.

Sedang Syria pula ujar beliau, menjadi sasaran kerana bersempadan dengan Israel, selain menjadi pangkalan kepada Hamas, Hizbullah dan Jihad Islami yang menjadi benteng mendepani Israel.

Sementara terangnya, ISIS dan Daesh ditaja Barat untuk terus mencetuskan persengketaan, namun semakin melemah.

Pun begitu nasihatnya, perlu berwaspada kerana apabila kumpulan ini pulang ke negara masing-masing berpotensi menimbulkan bencana.

"Bukan masalah kaum dan mazhab. Kaum dan mazhab sekadar dijadikan sumbu untuk menyalakan api berdasarkan peta dilakar. Kita baca kitab dan kita baca politik, bukan baca kitab sahaja. Tetapi keadaan sangat sulit untuk diselesaikan.

"Pun begitu ada hikmahnya. Kebangkitan Islam ini umpama ibu mengandung yang mengeluarkan darah terlebih dahulu sebelum bayi yang segar," ujarnya optimis. - HARAKAHDAILY 7/1/2017

Sumber HD - 7-11-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------








Kemampuan Presiden PAS kuasai pergolakan krisis dunia

pas.org.my | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43830-kemampuan-presiden-pas-kuasai-pergolakan-krisis-dunia

Syarahan Perdana: Kemampuan Presiden PAS Menguasai Pergolakan Krisis Dunia
KUALA LUMPUR: Syarahan Perdana anjuran Lajnah Antarabangsa PAS Pusat dengan kerjasama Dewan Ulamak, Pemuda dan Muslimat di Dewan Banquet MBSA hari ini dengan menampilkan Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) membuktikan kemampuan beliau menguasai krisis pergolakan dunia yang berlaku.

Syarahan yang membawakan tajuk 'Asia Barat Yang Bergolak, Ke Mana Kita' jelas memberikan satu keperluan untuk mengetahui segala krisis dan polemik dunia bukan sekadar melalui media sosial semata-mata namun perlu seimbang dengan pengkajian serta penelitian berdasarkan rujukan syarak.

Kupasan yang diberikan oleh Naib Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia tersebut menjadi pembuka kepada generasi dan rakyat Malaysia untuk belajar memahami satu perkara tidak hanya mendengar khabar tanpa wujud rujukan terperinci.

Semua hadirin yang hadir memberikan respons positif dengan penganjuran seumpama itu bahkan ia mampu meranapkan segala dakwaan dan pandangan tidak berasas yang berlegar di media baru sehingga menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat.

Fungsi dan peranan Tuan Guru Presiden PAS kepada dunia bukanlah satu perkara picisan namun ia menjadi sandaran utama kredibilitinya membawa sebuah gerakan Islam di Malaysia agar terus membawa suara Islam ke seantero dunia.

Sesi soal jawab yang berlangsung juga diselia dengan baik dan penjelasan diberikan beliau membantu memudahkan kefahaman dalam mendapatkan kesimpulan krisis yang berlaku. (www.pas.org.my)

Sumber HD - 7-1-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------












Isu pelarian Muslim dibincang dengan serius

DR. AHMAD SAMSURI MOKHTAR | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43721-isu-pelarian-muslim-dibincang-dengan-serius

TUAN Guru bertemu dengan para pemain organisasi massa yang besar di Indonesia dalam kunjungan beliau ke Indonesia. Antara usaha yang dibangkitkan ialah kesedaran pimpinan organisasi massa di Indonesia untuk turut membantu isu pendidikan, ekonomi, kesejahteraan umat Islam di Myanmar, Thailand, Vietnam dan Laos.

Isu pelarian muslim dari etnik Myanmar dibincangkan dengan serius, dan ada beberapa langkah berkesan dirangkakan.

Antara yang turut hadir dalam pertemuan pada pagi Jumaat 30 Disember bersama Tuan Guru ialah Tan Sri Khalid Ibrahim yang mempunyai jaringan NGO dan komuniti pimpinan organisasi massa besar di Indonesia, saya sendiri selaku Timbalan Pengerusi Lajnah Hubungan Luar dan Antarabangsa PAS Pusat, Haji Hussin Ismail (Pengarah Yayasan Amal Malaysia), Haji Erwin Ridzwan (AJK Lajnah Hubungan Luar dan Antarabangsa PAS Pusat), Ustaz Haidar Taslin (Bendahari Lajnah Dakwah PAS Pusat), dan dari pihak NGO Dewan Dakwah Drs Mohammad Siddik (Ketua Umum Dewan Dakwah), Dr Sugiharto dari ICMI dan Fahrizal Zain (Yayasan Abdi Bangsa).

DR. AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Timbalan Pengerusi Lajnah Hubungan Luar dan Antarabangsa PAS Pusat. – HARAKAHDAILY 30/12/2016

Sumber HD - 30-12-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Perang Yaman Berlarutan Kerana ‘Kepentingan Israel’

KUALA TERENGGANU – Konflik dan peperangan yang masih berlaku di negara Yaman masakini adalah sebenarnya untuk melindungi kepentingan Israel.

Timbalan Ketua Kesatuan Ulamak Sedunia Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, pertelingkahan yang berlaku di negara tersebut bukan berpunca dari masalah mazhab.

Menurutnya, beliau telah diminta oleh Ketuanya, Dr. Yusof al-Qaradhawi untuk pergi ke Yaman, berjumpa dengan para pemimpinnya, untuk mengetahui lebih mendalam berkait krisis yang melanda negara itu.

“apabila Kesatuan Ulamak Sedunia menugaskan saya pergi ke Yaman, berjumpa dengan Presidennya………berjumpa dengan ulamak-ulamak di Yaman,

“Kita mendapat kesimpulan diberitahu bahawa Iran (pada awalnya) tidak terlibat dalam membantu syiah di Yaman,

“yang terlibat (ketika itu) adalah (Muammar) Gaddafi yang membantu Houthi untuk mengacau Arab Saudi (dan) Arab Saudi membantu Houthi untuk mengacau Yaman,

“kerana Yaman mempunyai simpanan minyak dan tanah Yaman lebih rendah…….kalau Yaman menggali (telaga) minyaknya, (simpanan) minyak Saudi akan mengalir ke Yaman,”ujarnya.


Menurutnya, para pemimpin Yaman yang ditemui juga berkata, kekacauan (kebangkitan) Houthi yang berlaku di Sa’ada sebuah wilayah utara Yaman, bukan kerana perbalahan mazhab, tetapi kerana kemiskinan.

Katanya, apabila berlaku ‘Arab Spring’, rakyat Yaman turut bangkit berdemonstrasi untuk mendesak kerajaan dibuat pembaharuan dan perundingan dikalangan pemimpin diadakan.

“dibuat perundingan dikalangan pemimpin Yaman dan mereka bersetuju supaya diadakan satu pilihan raya………(namun) sekiranya diadakan, parti Islah (dan) kumpulan Islam akan menang,

“kerana parti Islah sudah ada 60 kerusi (di parlimen Yaman) walaupun tak memerintah tapai kalau diadakan pilihan raya ia boleh menang,”jelasnya

Oleh sebab itu, tegas beliau, kuasa-kuasa lain yang tidak mahukan kemenangan Islam, temasuk Israel dan Amrika Syarikat, telah mengacau Yaman.

Beliau berkata demikian demikian dalam sesi dialog pada Majlis Makan Dana Dar At-Taqwa di sini , Jumaat malam, 4 November.

Arab Saudi membantu syiah Houthi pada peringkat awal, oleh itu, kata beliau, Houthi berjaya menawan Sana’a, sampai ke bandar Aden.

Oleh kerana kedudukan stragegik Yaman yang terdapat selat Bab Al-Mandap laluan masuk ke Laut Merah, Presiden PAS itu berkata, Israel menjadi ‘gelabah’.

“Israel menganggap keselamatannya akan terancam lalu Benjamin Netanyahu telah pergi ke Amerika dan mengutuk Obama kerana membiarkan Houthi menguasai Yaman,

“Houthi adalah syiah……sebaik dia menang, Iran terus bantu kerana dia jahu meguasai Bab Al-Mandap,”katanya.

Oleh kerana Netanyahu melihat kekuatan gabungan antara Houthi, Iran dan bekas Presiden Yama Ali Abdullah Salleh, Netanyahu telah berucap di kongres Amerika dan seminggu kemudiannya, negara-negara Arab dibawah pengaruh Amerika telah menyerang Yaman.

Serangan tersebut adalah jelas didalangi Amerika kerana perisytiharan serangan gabungan tentera Arab itu telah dibuat dibuat di Washington dan bukan di Riyadh.

“maka berlakulah peperangan………adalah bodoh bagi Houthi untuk menyerang Mekah……..dia tidak menyerang Mekah (kerana) BBC melaporkan dia menyerang Jeddah bukan Mekah,
“sekiranya Mekah di serang sudah tentu kerana Malaysia mengumumkan, orang tidak bolah buat umrah,”kata beliau menegaskan perang propaganda yang sedang ditiupkan berkait krisis Yaman.


Sumber BO - 7-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------















PAS kecam pengeboman di Ankara

HARAKAHDAILY | .


PAS menyatakan solidariti dan empati kami kepada rakyat dan kerajaan Turki di atas insiden pengeboman yang berlaku di Ankara, Turki pada jam 6.43PM (1643GMT) semalam sehingga mengakibatkan 34 orang maut dan 125 orang yang lain cedera.

Kami juga merakamkan ucapan takziah yang tidak terhingga kepada semua ahli keluarga dan saudara-mara mangsa yang terbunuh dalam insiden tersebut.

PAS sesunggunya mengecam insiden tersebut dan menyatakan kesediaan untuk berkerjasama dengan semua pihak di dalam dan luar negara bagi sama-sama menangani sebarang anasir yang boleh mengancam keamanan dan keharmonian manusia sejagat yang berlaku dalam pelbagai bentuk.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
14 Mac 2016 | 5 Jamadilakhir 1437 - HARAKAHDAILY 14/3/2016

Sumber HD - 14-3-2016


Kedudukan Masjid Al-Aqsa dari Kacamata Al-Quran dan As-Sunnah

Lajnah Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar PAS Pusat dengan kerjasama Hijau.fm telah mengadakan wawancara khas bersama Dr. Samir Saeed, Timb. Pengerusi Lajnah Al-Quds, Kesatuan Ulama' Sedunia di Konti Hijau.fm pagi ini.
Wawancara bertajuk ' Kedudukan Masjid Al-Aqsa dari kacamata Al-Quran dan As-Sunnah' telah diterjemahkan dalam Bahasa Melayu oleh Saudara Abdul Malik Ab Razak (Penolong Setiausaha Lajnah Antarabangsa PAS Pusat).
Di antara intipati wawancara tersebut menyentuh beberapa perkara:
  1. Masjid Al-Aqsa adalah qiblat pertama Nabi Muhammad saw dan umat Islam bermula penurunan wahyu mengerjakan solat 5 waktu sehingga 17 bulan selepas Nabi berhijrah ke Madinah dan qiblat umat Islam beralih ke Masjidil Haram, Makkah al-Mukaramah.
  2. Masjid Al-Aqsa adalah milik umat Islam seluruh dunia, bukan milik rakyat Palestin sahaja. Rakyat Palestin hanyalah wakil umat Islam untuk mempertahankan Masjidil Aqsa daripada serangan orang Yahudi.
  3. Orang Yahudi membuat penipuan besar apabila melakukan dakwaan bahawa adanya Haikal Sulaiman di bawah Masjid Al-Aqsa dan mereka bertanggungjawab untuk mengembalikan semula Haikal Sulaiman. Bagi umat Islam, dihati kita adalah Masjid Al-Aqsa bukannya Haikal Sulaiman.
  4. Tembok yang dibina oleh Yahudi telah memisahkan rakyat Palestin dari dunia luar, memisahkan ibu bapa dari anak-anak, memisahkan pelajar dari guru-guru, memisahkan orang Islam dari pembangunan ekonomi dan tempat-tempat perniagaan, memisahkan orang Islam dari kemudahan dan keperluan harian.
  5. Bumi Palestin dan Masjid Al-Aqsa sangat penting kepada umat Islam

    • Tempat yang dimuliakan oleh Allah seperti Masjidil Haram
    • Kedudukan georafi yang menjadi pusat penyatuan umat Islam di Asia, Afrika dan Eropah
    • Al-Quran dan As-Sunnah memuliakan Masjid Al-Aqsa. Dalam Al-Quran terdapat 6 ayat dan berpuluh hadis Nabi yang menceritakan tentang kemuliaan. Masjid Al-Aqsa juga merupakan masjid kedua yang dibina di dunia.
    • Menjadi matlamat dan perancangan musuh-musuh Islam untuk merobohkan Masjid Al-Aqsa dan menjadi keutamaan bagi umat Islam untuk mempertahankan dan membebaskannya.
    • Masjid Al-Aqsa dan Palestin adalah tempat turunnya Nabi Isa a.s untuk membunuh Dajal, Yahudi dan Ya'juj dan Ma'juj.
  6. Bumi Palestin adalah bumi barakah yang terjadinya peristiwa Isra' dan Mikraj, bumi para anbia'. Masjid Al-Aqsa adalah tempat pertama diadakan solat berjemaah yang diimamkan oleh Nabi Muhammad SAW dan para anbia' menjadi makmum.
  7. Antara peranan yang wajar dimainkan oleh rakyat Malaysia untuk mempertahankan Palestin;
    • Kerajaan Malaysia mengadakan program-program kesedaran kepada rakyat secara serius dan besar-besaran.
    • Ahli Parlimen Malaysia membuat usul di Dewan Rakyat bagi mempertahankan Masjid Al-Aqsa dan mengecam kekejaman Yahudi dan musuh-musuh Islam.
    • Diadakan kerjasama antara para ulama' dan kerajaan untuk memberikan kesedaran dan pendidikan tentang Palestin.
    • Parti-parti politik boleh membantu menghulurkan bantuan.
    • Pihak universiti menubuhkan Kelab Palestin di setiap kampus.
    • Membantu NGO-NGO dan Badan Kebajikan yang mengumpul dana dan mengadakan program.
    • Setiap rakyat Malaysia memberi sumbangan RM1 setiap bulan.
Ditulis oleh,
Abdul Malik bin Ab Razak
Penolong Setiausaha,
Lajnah Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar PAS Pusat

Sumber PP - 15-12-2015

PAS sumbang US$50 ribu ringankan derita rakyat Syria

| .


KUALA LUMPUR: PAS menghulurkan bantuan berjumlah US$50 ribu bagi pihak PAS dan rakyat Malaysia kepada ribuan pelarian Syria yang terus berkhemah di sana.

Pengerusi Hal Ehwal Antarabangsa PAS, Dr. Syed Azman Ahmad Nawawi berkata, sumbangan tersebut disampaikan sewaktu kunjungan ke bandar Antakya yang terletak di sempadan Turki-Syria.
Katanya, ini adalah misi ketiga beliau selepas berlakunya konflik politik berdarah yang melanda negara mereka.

“Alhamdulillah saya telah menyampaikan sumbangan sebanyak US$50 ribu melalui Presiden pertubuhan Syam Al Syarif, Dr. Ahmet El Amet, sebuah badan NGO Syria yang mengendalikan bantuan terus kepada rakyat Syria yang menderita” ujarnya kepada Harakahdaily.

Menurutnya, sebahagian besar dari bandar-bandar di seluruh Syria termasuk rumah-rumah kediaman, pejabat-pejabat serta bangunan kedai kini musnah akibat dari bedilan dan bom berterusan tentera rejim yang menggunakan kereta kebal, jet-jet pejuang dan helikopter.

Katanya, dianggarkan lebih dari 7 juta penduduk Syria kini terpaksa menjadi pelarian apabila mereka terpaksa berhadapan dengan konflik yang amst menysnyatkan ini.

Tambah beliau, rakyat Syria yang masih berada di dalam negara mereka juga menghadapi masalah bekalan elektrik dan air bersih yang terputus serta kekurangan bekalan makanan harian serta bahan perubatan yang amat terhad.

Beliau menjelaskan sebahagian besar dari mereka telah menyeberangi sempadan Turki dan kini tinggal di perkhemahan pelarian yang dikendalikan oleh pelbagai NGO yang membantu rakyat Syria.

Sementara itu, dianggarkan kini lebih dari 250 ribu rakyat Syria termasuk kanak-kanak dan wanita telah menjadi mangsa korban akibat dari konflik yang terus meruncing ini.

Beliau berkata, bantuan yang dihulurkan adalah amat kecil berbanding dengan konflik berdarah yang sedang berlaku ini, namun ia tetap memberi makna dan erti yang amat besar kepada penduduk Syria yang sedang menderita itu.

“Walaupun seluruh kepimpinan PAS kini amat sibuk dengan persediaan Muktamar serta amat sibuk berdebat dengan pelbagai isu, namun penderitaan dan bebanan yang sedang dihadapi oleh ribuan pelarian Syria ini tetap tidak dilupakan,” katanya lagi.

Beliau menegaskan, usaha membantu rakyat Syria tetap diteruskan dengan apa cara sekalipun.
"Bantuan ini adalah tanggungjawab dan amanah yang wajib dipikul oleh semua tanpa mengira waktu", ujar Syed Azman.

“Semoga sedikit bantuan yang disalurkan ini akan dapat mengubat penderitaan rakyat Syria yang terus bermandi darah ini serta memastikan kita rakyat Malaysia tidak akan lupa kepada anak-anak kecil serta ibu-ibu yang kehilangan ayah dan suami mereka,” ujar beliau.

Sumbangan kepada rakyat Syria khususnya untuk bulan Ramadhan akan datang boleh terus disalurkan kepada Maybank atas nama Parti Islam Se-Malaysia, 564070703248. - HARAKAHDAILY 28/4/2015

Sumber HD - 28-4-2015

Kurangkan musuh politik - Sheikh Ghanoushi

HARAKAHDAILY | .


GERAKAN Islam di serata Dunia kini sedang menghadapi cabaran yang amat besar dan berat. Oleh itu ia mesti sentiasa releven dan besedia berada dipersada politik di setiap negara. Ia tidak boleh terpisah dengan realiti politik semasa lebih-lebih apabila berhadapan dengan cabaran yang amat kritikal kini.

Demikian saranan Sheikh Rachid Ghanoushi, pengasas dan pimpinan gerakan Islam an-Nahdah ketika saya mengadakan pertemuan dengan beliau di Tunis pada Khamis lepas. Turut serta di dalam pertemuan tersebut adalah Dr. Said Ferjani serta  Dr. Rafik  Abd Sallam yang juga merupakan bekas Menteri Luar Tunisia.

Parti an-Nahdah yang kini menjadi parti pembangkang terbesar di Tunisia  juga merupakan gerakan Islam yang tertua di Tunisia. Ia terlibat dalam proses politik dan pilihan raya secara demokratik walaupun ia pernah diharamkan sebelum berlakunya revolusi kebangkitan rakyat di kemuncak 'Arab Spring' yang telah menggulingkan Presiden Zein Abiden beberapa tahun lepas.

Dalam pertemuan tersebut, beliau telah menggariskan beberapa perkara asas penting dan nasihat kepada gerakan Islam termasuk PAS di Malaysia;

Pertamanya, gerakan Islam sentiasa bersifat semasa dan bersedia berubah apabila menghadapi cabaran khususnya apabila berhadapan dengan Kuasa-kuasa besar di arena politik dunia kini.

Keduanya, gerakan Islam mesti meramaikan kawan dan teman dalam  demokrasi temasuk dari golongan kiri dan sekular walaupun jauh berbeza fahaman yang mereka anuti. Musuh politik mesti di kurangkan dalam proses penglibatan demokrasi.

Ketiganya; Gerakan Islam tidak boleh bersifat rigid dan dilihat anti perubahan oleh masyarakat kerana cabaran semasa adalah amat mencabar dan sentiasa berubah serta perlu kepada kebijaksanaan di dalam menghadapi cabaran semasa ini.

Keempat, diwaktu dunia Islam seperti di Syria, Iraq, Libya dan Yemen sedang di uji ini, gerakan Islam hendaklah menumpukan persoalan ummah dan bukannya isu remeh temeh serta masalah dalaman dalam gerakan Islam masing-masing sehinggakan mengabaikan persoalan ummah sebenar yang sedang menghadapi ujian besar ini. Tumpukan kepada musuh dan bukanya sesama sendiri.

Kelima, pemikiran dan sikap berbahaya yang merosakkan Islam dan dakwah seperti yang di bawa oleh golongan ISIL mesti dibanteras habis-habisan oleh setiap gerakan Islam. Mereka ini dengan mudah membawa pemikiran 'takfiri' dan 'fatwa' yang dangkal dengan menghukum dan mengkafirkan sesiapa sahaja yang tidak sehaluan dengan mereka. Ini juga merosakkan  imej Islam yang bersifat 'rahmat kepada seluruh alam'.

Akhirnya, Sheikh Rached Ghanoushi  memberi saranan khusus kepada pimpinan dan setiap ahli PAS agar sentiasa menjaga keharmonian di dalam parti dengan akhlaq Islam dan bersedia berlapang dada sekiranya ada perbezaan.

PAS juga mestilah sentiasa bersifat relevan dengan perubahan yang berlaku didalam masyarakat lebih-lebih lagi seperti Malaysia yang berbilang kaum, kepelbagaian agama dan budaya. – HARAKAHDAILY 24/4/2015

DR. SYED AZMAN SYED AHMAD
Pengerusi Hal Ehwal Antarabangsa PAS

Sumber HD - 24-4-2015

Yaman: Rundingan damai elak pertumpahan darah

KUALA LUMPUR: PAS menggesa agar satu rundingan ke arah pendamaian antara Arab Saudi dengan Yaman dilaksanakan segera bagi mengelakkan berlakunya konflik lebih besar.

Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Nawawi bimbang jika konflik ini tidak ditangani lebih awal, akan mengundang pertumpahan darah lebih besar seperti di Syria yang telah mengorbankan 200,000 rakyatnya manakala tujuh juta pula menjadi pelarian dalam konflik ini.
Katanya, PAS bersama pemimpin gerakan Islam dunia menyeru seluruh masyarakat dan negara Islam tanpa mengira fahaman untuk memahami konflik sebenar yang berlaku.

"Ia adalah konflik kuasa besar yang didalangi oleh Amerika yang punyai kepentingan strategi di negara-negara umat Islam sendiri.

"Malah di Yaman, Amerika mempunyai kepentingan amat besar untuk menguasai Teluk Arden yang dilihat cukup penting untuk strategik Amerika.

"Dalam konflik di Yaman, Amerika pernah membantu kerajaan di Yaman yang berhadapan dengan kelompok Al Qaeda. Dan ini telah berlaku semasa pemerintahan presiden yang lalu Abdullah Salleh kini musuh kepada Amerika dan sekutu kepada Iran bagi memberi kemenangan kelompok Houthi di Yaman," katanya kepada Harakahdaily.

Tegasnya, PAS melihat penglibatan secara terbuka Arab Saudi dengan menyerang menggunakan segala kelengkapan tentera amat berbahaya kepada masa depan dan keselamatan bukan sahaja di Yaman tetapi di seluruh Semenanjung Tanah Arab.

Tindakan Arab Saudi ini katanya, akan meluaskan lagi konflik yang telah berlaku
di dunia Arab seperti di Syria, Libya dan terkini konflik di Yaman mengakibat ketidakstabilan ketara di Tanah Arab.

Dalam hal ini, PAS melihat apa yang berlaku di Yaman bukanlah hanya dalam perspektif fahaman mazhab malangnya umum pula melihat bahawa konflik ini adalah konflik mazhab Sunni dan Syiah yang mana kelompok Sunni didokongi oleh Arab saudi dan kelompok Syiah oleh Iran.

Sebaliknya jelas Syed Azman, ia perlu dilihat secara mendalam membatasi persoalan Sunni dan Syiah kerana bagi pihak Houthi, ada sebahagian daripada kelompok-kelompok Sunni di Yaman menyokong kelompok Houthi untuk mengambil alih kuasa di Yaman.

Konflik sedang berlaku sekarang ini melibatkan negara Islam Arab Saudi dengan Yaman dan negara-negara di Teluk termasuk negara Iran sebagai proksi bagi membantu kelompok Houthi berfahaman Syiah sekali gus membantu kelompok Houthi untuk mengambil alih Yaman.

Pihak Houthi adalah sebahagian daripada rakyat dan masyarat Yaman bersama-sama masyarakat Sunni di negara itu hidup dalam keadaan aman damai tanpa berlakunya sebarang konflik.

Justeru, PAS menyeru supaya kembalikan keamanan dan kestabilan Yaman dengan mengajak kedua-dua pihak Arab Saudi dan Houthi kembali ke meja perundingan untuk cari jalan penyelesaian terbaik. -HARAKAHDAILY 31/3/2015 

Sumber PP  - 31-3-2015


PAS USAHA SUMBANGAN LUAR ISI TABUNG PEMULIHAN BENCANA - DR SYED AZMAN


HANYA TINGGAL TAPAK RUMAH SAHAJA

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33230-pas-usaha-sumbangan-luar-isi-tabung-pemulihan-bencana

Sumber HD - 13-1-2015


JANGAN GUNA KEBEBASAN AKHBAR UNTUK HINA AGAMA - DR SYED AZMAN


YB DR SYED AZMAN SYED AHMAD NAWAWI - PENGERUSI LAJNAH ANTARABANGSA PAS PUSAT

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33223-jangan-guna-kebebasan-akhbar-untuk-hina-agama


Sumber HD - 13-1-2015
























Iktiraf Palestin: PAS puji langkah Sepanyol

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: PAS mengalu-alukan langkah Parlimen Sepanyol yang sebulat suara meluluskan usul mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara.

Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata, pengiktirafan secara terbuka itu penting dalam usaha memberi tekanan bagi membebaskan Palestin daripada kokongan dan kekejaman rejim Zionis Israel.

"Walaupun ia lebih kepada simbolik, tetapi ia memberi kesan besar terhadap geo-politik antarabangsa.

"PAS mengharapkan lebih banyak negara khususnya di Eropah untuk mencontohi langkah Sepanyol ini," katanya kepada Harakahdaily.

Kelmarin parlimen Sepanyol sebulat suara mengundi untuk mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara selepas memperoleh 319 undi sokongan di bawah usul dikemukakan parti Sosialis yang merupakan pembangkang utama negara itu.

Resolusi itu juga bertujuan untuk menggesa kerajaan supaya mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara mengikut undang-undang antarabangsa.

Selain Sepanyol, turut mengambil langkah sama lebih awal adalah Britain, Ireland dan Sweden.

"Membela Palestin ini adalah agenda besar dan berterusan PAS.

"Ia bukan hanya persoalan umat Islam sahaja, tetapi ia adalah persoalan sejagat," kata Syed Azman. -HARAKAHDAILY 21/11/2014

Sumber HD - 21-11-2014



























PAS gesa M'sia kaji semula hubungan dengan Bangladesh

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: PAS menggesa kerajaan Malaysia pimpinan Datuk Seri Najib Razak mengakji semula hubungan diplomatik dan dagang dengan Bangladesh.

Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat Dr Syed Azman Syed Nawawi berkata, ianya ekoran tindakan terbaru regim negara itu yang menjatuhkan hukum mati ke atas tiga pemimpin Islam dari parti Jamaat Islami minggu lalu yang dilihat lebih kepada tindakan politik.

"PAS menyeru kerajaan Malaysia mengkaji balik hubungan diplomatik dan hubungan dangang dengan Bangladesh ini.

"Tindakan mereka itu turut mendapat kecaman hebat bukan sahaja dari negara Islam tetapi juga dari negara barat, dan badan hak asasi manusia antarabangsa yang melihat hukuman ini lebih bersifat politik dan kejam," kata beliau kepada Harakahdaily.

Minggu lalu, regim Bangladesh melalui Tribunal Jenayah Antarabangsa menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap bekas Amir Jamaat Islami Motiur Rahman Nizami, 71 (gambar), Penolong Setiausaha Mohammad Kamaruzzaman, 62, dan Ahli Jawatankuasa Pusat Mir Quasem Ali.

Ketika-tiga mereka yang dibicara secara berasingan, dituduh bertanggungjawab terhadap pembunuhan beramai-ramai ketika perang kemerdekaan negara itu pada 1971.

Dalam pada itu, Syed Azman yang juga Adun Adun Batu Burok berkata PAS memandang berat tindakan regim Bangladesh itu lebih-lebih lagi perjalanan prosiding terhadap mereka dibuat secara tidak adil.

Hukuman itu juga ujar Syed Azman tidak membantu untuk mengembalikan keadilan kepada mangsa-mangsa pembunuhan yang terlibat kerana mereka yang dituduh, tidak terlibat pun dengan insiden pembunuhan itu.

"Bagi PAS tindakan kejam dan ini satu lagi siri kejahatan terhadap pemimpin Islam Bangladesh dan kita membantah keras hukuman kejam ini.

"Tindakan menghukum bunuh ini lebih merupakan tindakan politik untuk menghancurkan Jamaat Islami dan menghapuskan terus gerakan ini dari politik Bangladesh," kata beliau lagi.

Menyedari hakikat ini katanya, PAS akan menggerakkan kesedaran di kalangan umah supaya mereka mendapat maklumat tentang kekejaman yang belaku di Bangladesh.

"Kita juga akan menggerakkan kesedaran di negara-negara Timur Tengah dan Asia untuk membantah tindakan kejam ini," katanya.

Sehingga kini lebih 70 peratus pemimpin Jamaat Islami berada dalam penjara di seluruh Bangladesh, sementara yang bebas masih diburu. - HARAKAHDAILY 5/11/2014

Sumber HD - 5-11-2014


























Kes Anwar: Dunia sedang memerhati Malaysia

MUHAMMAD FAIZAL|Foto WAN ZAHARI | .

PUTRAJAYA: Sebarang kesilapan khususnya dalam membuat keputusan berhubung kes fitnah II terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memberi imej buruk kepada negara ini.

Pengerusi Lajnah Hubungan Antarabangsa PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata, kes Anwar telah menarik perhatian peringkat antarabangsa dan mereka sedang mengikuti perjalanan proses perbicaraan.

"Pada hari ini ramai dari kalangan pemerhati daripada negara jiran dan Eropah yang ada di mahkamah, yang secara peribadi memberi pandangan mereka bahawa apa yang berlaku ini sedang diperhati dunia antarabangsa.

"Malaysia menjadi tumpuan utama dalam kes Anwar, mereka ingin melihat perjalanan dan ketelusan tentang keadilan sistem kehakiman negara ini," katanya kepada Harakahdaily ketika ditemui di lobi Istana Kehakiman hari ini.

Bagaimanapun kata Syed Azman, beliau yakin hakim akan membuat keputusan yang terbaik dan Anwar akan mendapat keadilan yang sebenarnya.

"Semua pihak pasti sudah mengetahui tentang impak yang dihadapi jika keputusan itu dibuat melalui campur tangan politik," ujar beliau.

Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa PAS sentiasa memberi sokongan bukan sahaja kepada kes Anwar tetapi semua mereka yang berdepan ketidakadilan di negara ini.

Katanya, apa yang penting adalah memperjuangkan supaya sistem kahakiman negara benar-benar bebas dari campur tangan politik.

Semalam beliau turut turut hadir bersama-sama Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu bagi memberi sokongan terhadap Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Hari ini beliau, Salahudin dan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar antara wakil PAS yang hadir di Mahkamah Persekutuan bagi memberi sokongan moral kepada Anwar. - HARAKAHDAILY 29/10/2014

YB DMO,Tn Hj SA & YB Dr SASANhttp://www.youtube.com/watch?v=zpe4TxIayA4

Sumber HD - 29-10-2014




























The passing of Professor Ghulam Azam a great loss

Dr Syed Azman Syed Ahmad, Chairman, The Asian Federation for Peace & Development (AFPAD) | .

We are greatly saddened by the demise of former Jamaati Islami Bangladesh Ameer, Professor Ghulam Azam in prison on 23 October 2014.

His passing is a great loss for the entire Muslim ummah, particularly in Bangladesh, but also the Islamic movement which is greatly indebted to his huge contributions for ensuring the mission of Islam is realized.

What is more disturbing is the fact that the Bangladeshi regime seems not bothered about the gross violations of human rights by instituting a tribunal that has been condemned globally as a tool to further the vested interests of those in power. It was this tribunal that sent the Ameer in his advanced age – at 90 years – to prison where he had been detained since January 2012. In July last year the court sentenced him to a ridiculous 90 years in prison. Since the beginning of this year his health had been deteriorating until his death this morning.

The Asian Federation for Peace and Development (AFPAD) extends its deepest condolences to his family, close associates and the Jamaati Islami Bangladesh. We have lost a great personality whose only vision was to see peace and prosperity in his country.

May Allah grant patience to his family in this trying time. May Allah also place the Ameer as Shaheed (matyr) in the cause of Islam in the highest of Paradise. And may He also give the appropriate justice to the Shaheed’s oppressors.

From Allah do we come, and to Him is our return.

Sumber HD - 25-10-2014

ISIS: PAS kongsi pandangan dalam forum khas RTM, 22 Okt

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: PAS akan berkongsi pandangan berhubung isu kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) dalam satu forum khas terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 22 Oktober ini.

Forum bertajuk 'Isu Khas ISIS: Ideologi Revolusi Baru?' itu akan disiar secara langsung di RTM1 dari studio 1, Wisma TV Angkasapuri bermula jam 9 malam.

Mewakili PAS adalah Pengerusi Lajnah Hubungan Antarabangsa PAS Pusat, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi yang akan bergandingan dengan dua lagi panel iaitu Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainal Abidin dan Bekas Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan.

Syed Azman ketika detemui berkata, dalam forum tersebut beliau akan menjelaskan pendirian PAS terhadap ISIS dan pandangan gerakan Islam lain terhadap kaedah dan pendekatan yang digunakan kumpulan itu.

PAS menurutnya, telah membuat ketetapan menolak kaedah pejuangan ISIS yang didakwa bercanggah dengan syariat Islam.

Pemimpin ISIS katanya gagal memahami fekah jihad dan ijmak ulamak sepakat menolak pendekatan mereka dalam menegakkan khilafah.

"Apa yang kita saksikan sekarang ini berlakunya salah tafsir kepada perjuangan Islam dan jihad itu sendiri.

"Kita boleh lihat di Iraq dan Syria peperangan bukan berlaku dengan kolompok lain tetapi kelompok Islam sendiri. Tak beri baiah kepada ISIS dianggap musuh

"Ini menimbulkan perlbagai bentuk fitnah terhadap Islam iatu sendiri," katanya.

Syed Azman yang juga Pengerusi Asia Forum For Peace And Development (AFPAD) yang baru dibentuk berkata, PAS sejak sekian lama menggunakan pendekatan 'muajahah silmiyah' (pendekatan damai) menyebarkan mesej Islam di bumi Malaysia ini.

Dalam pada itu, PAS katanya telah memberi amaran keras kepada ahlinya agar tidak terlibat dengan kumpulan ISIS ini. - HARAKAHDAILY 21/10/2014

Sumber HD - 21-10-2014


























Dr Syed Azman dipilih Pengerusi AFPAD

ANIS NAZRI | .

KUALA LUMPUR: Pengerusi Lajnah Hubungan Antarabangsa PAS Pusat, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dipilih sebagai Pengerusi Asia Forum For Peace And Development (AFPAD) yang dibentuk baru-baru ini.

Manakala, bagi jawatan Timbalan Pengerusi I disandang Dr. Abdul Ghafar Aziz dari Jamaat Islami Pakistan, Timbalan Pengerusi II, Datuk Abu Ahmad dari Jamaat Islami Bangladesh dan Timbalan Pengerusi III ialah Abu Abdul Rahman dari PKS Indonesia.

Menurut Syed Azman, AFPAD yang diwakili 10 buah negara, termasuk Malaysia akan memberi penumpuan kepada gerakan kerja Islam dan NGO Islam untuk membuat penyelarasan dalam beberapa isu sejagat.

"Penyelarasan itu akan dibuat khususnya berkait soal kemanusiaan, seperti isu Selatan Thai, Rohingya, Bangladesh, Selatan Filipina dan sebagainya. Kita juga turut fokus kepada aspek politik bagi menyatukan suara parti-parti Islam di seluruh Asia," tegas beliau kepada Harakahdaily.

Tambah beliau, AFPAD ini akan dikembangkan lagi ke negara rantau Asia lain bagi mengukuhkan peranannya dalam usaha menyatukan suara-suara parti Islam.

Dalam pada itu, Syed Azman berkata sekretariat yang pertama di Kuala Lumpur akan diadakan dalam tempoh terdekat.

Selain Malaysia yang diwakili PAS, turut serta dalam AFPAD ialah Indonesia (PKS dan Parti Bulan Bintang), Thailand (Muslim Council Thailand), Sri Lanka (Jamaat Islami), Bangladesh (Jamaat Islami), Nepal (Jamaat Islami), India (Jamaat Islami), Pakistan (Jamaat Islami), Filipina (Muslim Council Philipine) dan Maldives (Islmic Council Maldives). - HARAKAHDAILY 20/10/2014

Sumber HD - 20-10-2014


























Anggota PBB: Tahniah, tapi jangan sekadar jadi 'tukang angguk'

SALMIYAH HARUN | .
KUALA LUMPUR: PAS merakamkan tahniah di atas kejayaan Malaysia yang dipilih sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) selepas memperolehi 187 undi daripada 192 negara yang mengundi.

Bagi PAS, dengan kejayaan itu Malaysia perlu memainkan peranan yang berbeza dengan anggota keselamatan yang dahulu dalam di mana mereka banyak mendiamkan diri dalam isu-isu yang dibentangkan di PBB.

Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat Dr Syed Azman Syed Nawawi berkata, isu-isu yang melanda negara-negara di Timur Tengah selain Palestin perlu diketengahkan oleh Malaysia.

"Malaysia perlu bersuara dalam isu-isu pembelaan umat islam misalnya Palestin yang menjadi nadi perjuangan orang Islam.

"Ini yang diharapkan, jangan menjadi anggota hanya sekadar terangguk-angguk kerana kuasa besar dunia Amerika Syarikat yang berkuasa veto di PBB,"katanya.

Ini merupakan kali keempat Malaysia dipilih sebagai anggota tidak tetap UNSC. Kali terakhir negara menduduki kerusi tersebut adalah pada 1999-2000.

Malaysia diumumkan anggot tidak tetap bersama Angola yang memperoleh 190 undi, diikuti Venezuela (181), dan New Zealand (145).

Tema kempen pencalonan Malaysia sebagai ahli tidak tetap kerusi UNSC adalah 'Keamanan dan Keselamatamn melalui Kesederhanaan' dan pencalonan Malaysia diberi perakuan oleh 10 buah negara Asean pada 29 September 2013 dan Kumpulan Serantau Asia Pasifik pada 29 Januari lalu.

Pemilihan kali ini, Malaysia wakil tunggal Asia Pasifik yang menganggotai kerusi berkenaan bagi tempoh 2015-2016 manakala Fiji pula akan mewakili Asia Pasifik dua tahun berikutnya. - HARAKAHDAILY 17/10/2014

Sumber HD - 17-10-2014

Uighur: Jangan hantar pulang, daftar dengan UNHCR

ANIS NAZRI | .


KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia digesa untuk tidak menghantar pulang pelarian Uighur yang ditahan, sebaliknya berusaha mendaftarkan mereka di bawah UNHCR bagi perlindungan sementara ke atas mereka.

Pengerusi Lajnah Hubungan Antarabangsa PAS Pusat, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, langkah tersebut perlu dilakukan kerajaan Malaysia memandangkan mereka merupakan golongan yang teraniaya di negara sendiri.

Menurut Syed Azman, golongan Uighur yang berasal dari Xin Jiang, China ini telah didiskriminasikan oleh pemimpin mereka apabila dihalang untuk mengenakan hijab dan berjanggut bagi lelaki.

"Malah, mereka juga tidak dibenarkan berpuasa di bulan Ramadan. Dan baru-baru ini, golongan muda dan pekerja kerajaan mereka juga tidak dibenarkan melakukan solat Jumaat," tegas beliau ketika ditemui Harakahdaily, hari ini.

Justeru, PAS berpandangan adalah tidak wajar jika kerajaan Malaysia berhasrat untuk menghantar pulang mereka yang ditahan baru-baru ini kerana ia hanya akan mendedahkan mereka kepada pihak tidak bertanggungjawab.

Seramai 155 pelarian Uighur, termasuk 76 orang kanak-kanak ditahan di sebuah kondominium, di Kuala Lumpur dalam satu operasi baru-baru ini.

Syed Azman turut memaklumkan, tindakan kerajaan Malaysia sebelum ini yang menghantar enam pelarian Uighur pada 31 Dis 2013, menyebabkan mereka ditahan pihak berkuasa China dan ahli keluarga tidak tahu-menahu keadaan mereka yang ditahan.

"Jadi, langkah terbaik yang kerajaan boleh lakukan ialah mendaftarkan mereka di bawah UNHCR agar mereka disenaraikan sebagai pelarian yang memerlukan perlindungan kerana kami beranggapan mereka bukanlah satu ancaman, tetapi melarikan diri dari negara mereka untuk mendapatkan perlindungan politik seperti yang termaktub dalam undang-undang antarabangsa," tegas beliau.

Tambah Adun Batu Burok itu, kerajaan wajar mngambil langkah mngikut norma kemanusiaan, hak asasi kemanusiaan dan undang-undang yang sah.

Dalam pada itu, beliau turut berhasrat membawa isu ini ke pihak menteri bertanggungjawab, selain meminta ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat menyuarakannya di persidangan parlimen, yang bermula hari ini. – HARAKAHDAILY 7/10/2014

Sumber HD - 7-10-2014


























'Kita rayakan kemenangan Hamas pada muktamar'

ANIS NAZRI | .

Berikut ialah temubual wartawan Harakahdaily dengan Pengerusi Lajnah Hubungan Antarabangsa PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.

HARAKAHDAILY: Setelah lebih 50 hari peperangan di antara Israel dan Palestin, hari ini Palestin khususnya Hamas telah mencapai kejayaan apabila sebahagian dari perjanjian damai telah dipersetujui Israel. Apa komen Dr berkaitan kemenangan ini?

DR. SYED AZMAN: Pertamanya, Alhamdulillah seluruh pimpinan PAS di bawah pimpinn Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengucapkan syabas dan tahniah kepada Harakatul Hamas dan juga Harakatul Jihadi yang begitu tabah melalui peperangan sepanjang lebih 50 hari secara berterusan ini.

Kemenangan ini merupakan satu perubahan yang besar kerana walaupun dengan kekurangan senjata, para mujahidin di Palestin tetap mampu bertahan bagi menentang kezaliman Israel, yang akhirnya kita dapat lihat Israel terpaksa mengaku kalah dan juga menerima sebahagian perjanjian damai yang termeterai.

Sudahkah PAS menghubungi wakil Hamas dalam perkembangan terbaru ini?

Kita telah menghubungi saudara Hamas kita di Gaza, juga ketika di Istanbul baru-baru ini pun kita sudah menyatakan penghargaan atas semangat perjuangan mujahidin Gaza menentang Zionis ini.

Insya Allah, kemenangan Gaza ini akan kita rayakan ketika Muktamar Tahunan PAS di Johor nanti, di mana tiga wakil Hamas akan bersama-sama kita pada hari tersebut.

Biarpun rundingan damai itu sudah dicapai, dengan mengenali rejim Zionis yang zalim ini, sejauhmana mereka akan mematuhi perjanjian itu dabn tidak melanggarinya?

Ya, seperti yang kita tahu tentang Zionis ini, sebagaimana peringatan dari Allah SWT sendiri tentang sifat mereka, kejahatan mereka, yang mana tidak mustahil untuk mereka melanggari perjanjian tersebut.

Namun, yang penting dengan termeterainya perjanjian ini telah menunjukkan Israel berhadapan dengan Hamas yang kali ini berperang untuk mempertahankan hak rakyatnya, walaupun terpaksa berhadapan ujian besar dengan mengorbankan ribuan orang awam dan kemusnahan 70 peratus infrastruktur.

Lebih-lebih lagi, ia juga tanda kemenangan besar bagi Hamas kerana satu-satunya Zionis kehilangan tenteranya yang dianggarkan Hamas lebih dari 100 orang. Ia merupakan satu angka yang begitu besar yang tidak dapat dipertahankan Zionis.

Biarpun peperangan ni sudah berakhir, namun usaha untuk membebaskan Palestin dari cengkaman Israel masih belum berakhir memandangkan konflik ini satu konflik yang berlaku sejak sekian lama. Sejauh mana peranan PAS bagi memastikan usaha membebaskan Palestin dapat dijayakan?

PAS telah mempertegaskan bahawa agenda menyokong Hamas merupakan agenda yang kekal. Ia tidak akan berubah sehingga mendapat kemenangan di bumi Gaza, selain pembebasan Aqsa yang merupakan buminya Israk dan Mikraj.

Justeru, PAS berusaha untuk menyelaraskan secara menyeluruh dengan kuasa negara Islam berkaitan kesedaran dan kepentingan untuk kebersamaan dalam isu Palestin ini.

Pendekatan bersepadu yang kita ambil ini bagi memastikan negara-negara Arab tidak sesekali bersekongkol dengan regim Zionis ini. Memang PAS memainkan peranan untuk memberikan kesedaran tersebut bahawa tiada gunanya bersekongkol dengan Zionis dan sekutunya kerana ia hanya membawa kerugian besar kepada ummah.

Jika kita lihat, kesedaran rakyat juga agak baik dengan peperangan yang terbaru ini dengan kempen-kempen boikot yang diusahakan pihak-pihak yang prihatin dengan nasib rakyat Gaza. Apa nasihat Dr kepada rakyat Malaysia berkaitan hal boikot ini, walaupun peperangan sudah berakhir?

Kita minta rakyat Malaysi yang prihatin ini terus prihatin dan teruskan boikot secara berterusan, bukan bermusim. Kita perlu ingat Zionis telah melakukan jenayah perang yang begitu besar dengan membunuh rmai anak-anak kecil, wanita yang tidak berdosa.

Dalam masa sama, Zionis juga berpuluh thun telah merampas sebahagian besar tanah di Palestin, yang sebahagian besarnya Gaza yang menjadi penjara terbesar di dunia.

Kenapa penjara terbesar? Kerana Zionis menyekat semua laluan drat, laut, dan juga udara. Yang menyebabkan hak hampir 1.8 bilion rakyat Gaza dinafikan, termasuk keperluan seharian mereka. Bukan sahaja disekat bekalan makanan, minuman, hatta bantuan perubatan pun disekat.

Justeru, saya nasihatkan agar kita semua rakyat Malaysia berterusan melakukan pemboikotan ke atas produk-produk Israel dan sekutunya sebagai satu pengajaran kepada Israel.

Apapun, bantuan rakyat Malaysia ke Gaza ini boleh dibanggakan dan dihargai. Bantuan yang tidak melihat kepada batasan kaum, dn agama demi mengembalikan hak rakyat Gaza dari cengkaman Zionis. - HARAKAHDAILY 27/8/2014

YB Dr SASAN - 
http://www.youtube.com/watch?v=LPMGjwPMe08

Sumber HD - 27-8-2014




























Simbol '4 jari Rabaa' terus hantui rejim As-Sisi

Dr. Syed Azman Syed Ahmad | .


Presiden Turki, Recep Tayyib Erdogan mempopularkan simbol '4 jari Rabaa' dalam satu kempen menyokong rakyat Mesir yang berlangsung di Turki pada Ogos 2013.

TARIKH 14hb Ogos merupakan genapnya setahun peristiwa pembunuhan berdarah di Dataran Raba’ah Adawiah, yang membawa kepada rampasan kuasa pemerintahan Presiden Mohamad Morsi di tangan rejim tentera di Mesir.

Setahun yang lalu, dataran bersejarah ini merupakan tempat berhimpun ratusan ribu penyokong Presiden Morsi yang mendirikan khemah-khemah sementara serta tempat himpunan utama mereka selama hampir dua bulan bagi menentang rampasan kuasa oleh rejim tentera yang diketuai Jeneral Abdul Fattah As-Sisi.

Pada tarikh ini, Dataran yang terletak di pinggir Kota Kaherah telah diserang bertubi-tubi dan dimusnahkan dengan kejam oleh beribu-ribu tentera dan polis khas junta tanpa sebarang perikemanusiaan.

Adalah dianggarkan jumlah angka korban serangan kejam di Dataran Rabaa’ ini melebihi 3,000 orang awam yang tidak berdosa dan lebih 10,000 lagi dilaporkan cedera.

Pada hari itu, polis dan tentera Mesir telah bertindak melancarkan operasi pembersihan di dua kem utama penunjuk perasaan pro-Presiden Mohammed Morsi. Turut terbunuh 65 kanak-kanak dan ramai lagi di tahap kritikal dan dirawat di hospital-hospital sekitar Kaherah.

Polis dan tentera Mesir yang turut disokong dengan kereta perisai, helikopter, penembak tepat serta jentolak telah bertindak menggempur kem penyokong Morsi di Dataran Rabaa al-Adawiya dan Dataran al-Nahda di Kaherah.

Mereka menggunakan peluru hidup dan gas pemedih mata yang beracun untuk menyuraikan ratusan ribu rakyat awam yang berhimpun. Kebanyakan mangsa maut akibat terkena tembakan di kepala.


Bagi penulis yang pernah bersama-sama berada di Dataran Rabaa’ yang bersejarah ini, tiada bahasa yang dapat digambarkan kerana berpengalaman melihat sendiri kesan kemusnahan serta kebakaran terhadap dataran ini serta Masjid Rabaa’ dan hospital sementara yang terletak bersebelahannya.

Serangan tentera dan polis yang ganas itu telah mengakibatkan Masjid Rabaa terbakar serta bangunan hospital sementara bersebelahan dengan masjid juga telah dibakar oleh tentera yang bertindak ganas terhadap rakyat awam yang tidak berdosa.

Namun sehingga kini, simbol empat jari Rabaa’ yang pada mulanya ditunjukkan oleh Perdana Menteri Turki, Recap Tayyib Erdogan sewaktu berucap dalam satu himpunan di Istanbul kini menjadi lambang protes seluruh rakyat Mesir terhadap kekejaman junta tentera yang membunuh rakyat awam.

Perdana Menteri Erdogan yang mencetus simbol empat jari tersebut, menyebutnya sebagai simbol bagi mengenang medan Rabiatul Adawiyah (Raba’ah) yang telah dihancurkan oleh rejim tentera Mesir secara rakus.

Simbol empat jari ini memberi maksud Rabi’ah. Rabi’ah/arba’ah bererti Empat. Oleh sebab itu, angka 4 dijadikan sebagai simbol mengenang peristiwa di Rabaah sekaligus membawa maksud keteguhan, kekuatan serta solidariti terhadap rakyat Mesir yang dibunuh dengan kejam.

Setelah setahun peristiwa berdarah ini, ke mana-mana sahaja kita pergi di seluruh dunia, lambang empat jari Rabaa’ ini dapat dilihat ditampal di merata-rata tempat termasuk juga yang dibawa oleh rakyat awam di dalam demonstrasi-demonstrasi aman yang dianjurkan di seluruh pelosok dunia.


Penyokong Presiden Morsi serta NGO-NGO yang menentang rampasan kuasa tentera di Mesir melihat lambang ‘4 jari Rabaa’ ini sebagai sumber inspirasi dan kekuatan kepada mereka bagi berhadapan dengan kekejaman junta tentera.

Simbol ‘4 jari Rabaa’ ini juga kini terus menjadi minat anak-anak muda di seluruh dunia yang membantah kekejaman junta tentera Mesir dan ia tersebar luas melalui media sosial seperti Facebook, Instagram dan twitter.

Lambang ini menjadi simbol tanda sokongan anak-anak muda seluruh dunia terhadap rakyat Mesir yang menentang rampasan kuasa junta tentera serta tanda bantahan terhadap pembunuhan beramai-ramai yang berlaku di Dataran Rabaa.

Inilah realiti yang sedang berlaku di Mesir terkini. Simbol ‘4 jari Rabaa’ yang di tunjukkan oleh rakyat di seluruh dunia terus menjadi sumber inspirasi dan senjata bagi berhadapan dengan rejim junta tentera pimpinan As Sisi yang terus melakukan pelbagai kekejaman di Mesir.

Demonstrasi-demonstrasi bagi membantah rampasan kuasa tentera terus diadakan di seluruh Mesir hampir setiap minggu oleh anak-anak muda dan rakyat awam.

Sehingga kini adalah dianggarkan lebih 30,000 tahanan politik dipenjarakan seluruh Mesir. Mereka termasuk juga pemimpin tertinggi pergerakan Ikhwan Muslimin yang merupakan pergerakan paling berpengaruh di Mesir.

Selain dari Presiden Mohamad Morsi, antara pemimpin Ikhwan lain yang ditahan ialah Mursyid Ikhwan, Mohamed Al-Badie’, speaker parlimen, Saad El-Katatni, menteri-menteri kanan serta Dr. Issam Errian, dan Dr. Mehdi Akif.

Semoga kita tidak lupa dengan nasib saudara-saudara kita di Mesir ini di tengah-tengah kesibukan kita membantu saudara-saudara kita di Gaza dan di Syria.

Mereka juga sedang menghadapi ujian besar di dalam perjuangan dan ada yang diseksa di penjara-penjara di seluruh Mesir.

Sebahagiannya pula sedang menunggu hukuman gantung yang dijatuhkan ke atas mereka oleh Mahkamah rejim tentera yang di dokong kuat oleh Arab Saudi, UAE dan Amerika Syarikat serta sekutu mereka. - HARAKAHDAILY, 14/8/2014
__________________
Dr Syed Azman Syed Ahmad ialah Pengerusi Hal Ehwal Antarabangsa PAS Pusat. Beliau boleh dihubungi menerusi emel, syedazmans@yahoo.co.uk This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. dan twitter, @syedazman

Sumber HD - 14-8-2014

PAS ucap tahniah atas kemenangan Erdogan

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: PAS mennucapkan tahniah kepada Recep Tayyip Erdogan yang telah memenangi pilihan raya presiden Turki yang diumumkan semalam.

Timbalan Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat Datuk Kamaruddin Jaafar, berkata kemenangan Erdogan menjadikan Turki sebuah negara harapan umat untuk memimpin dunia Islam yang sedang berdepan tekanan kuasa barat ketika ini.

"Tika negara Arab berantakan dan semakin lemah dan berpecah, Turki menjadi harapan umat untuk menggembalikan peranan Kekhalifahan yang telah ranap 90 tahun yang lalu, pada tahun 1924.

"Akibatnya krisis umat berlarutan dari Palestin, Kashmir, Selatan Filipina, Selatan Thailand, Afghanistan, Chechnya, Iraq, Syria, Burma.," kata beliau kepada Harakahdaily.

Menurut Kamaruddin yang juga Ahli Parlimen Tumpat, harapan dunia Islam terhadap Turki sangat tinggi biarpun tahu Barat dan Zionis akan terus merancang untuk menghalangnya dengan memperalatkan tokoh ugama saperti Fethullah Gulen menghancurkan Turki dari dalam sebelum ini.

Sementara itu, dalam kiraan awal yang diumumkan semalam, Erdogan meraih hampir 52 peratus undi mengatasi saingan utama beliau Ekmeleddin Ihsanoglu yang mendapat 38 peratus.

Selepas pengumuman dibuat, Erdogan dalam ucapannya berikrar akan mewujudkan ‘era baru’dalam perhubungan rakyat di negara berkenaan.

“Hari ini adalah hari baru. Ia menandakan satu kejayaan, Hari ini adalah hari di mana Turki baru dibangkitkan semula daripada abu.

“Pada hari ini bukan Recep Tayyip Erdogan sahaja yang menang. Kemenangan ini adalah kemenangan seluruh rakyat. Ia adalah kemenangan demokrasi,” katanya.

Mengulas lanjut, Kamaruddin mengharapkan Erdogan sebagai seorang rakan rapat dengan tokoh-tokoh politik Malaysia, turut menjadikan negara ini sebagai rakan yang penting buat Turki.

- HARAKAHDAILY 11/8/2014

Sumber HD - 11-8-2014


























Gaza: PAS desak buka sempadan Rafah

MUHAMMAD FAIZAL | .


KUALA LUMPUR: PAS akan terus menghulurkan bantuan kemanusiaan bagi membantu penduduk Gaza yang menderita akibat kekejaman rejim zionis Israel.

Pengerusi Lajnah Hubungan Antarabangsa PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi memberitahu, selain bantuan kewangan, PAS akan terus membantu dalam apa jua bentuk bantuan bagi memastikan penduduk Gaza mendapat keadilan sewajarnya.

Beliau yang ketika ditemui Harakahdaily turut meminta agar Kerajaan Malaysia dan antarabangsa menghentikan urusan dagangan dengan Israel sebagai tanda kecaman atas tindakan tidak berperikemanusiaan itu.

"Setakat ini hampir dua ribu telah terkorban dan beratus-ratus mengalami kecedaraan akibat kezaliman yang dilakukan Israel secara berterusan.

"PAS hari ini menggesa semua pihak sama ada di negara ini ataupun peringkat antarabangsa menghentikan segera hubungan dagang dan mengheret Israel ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bagi menghukum negara itu," katanya.

Beliau yang turut kesal, walaupun Israel telah membedil dan menghancurkan tempat perlindungan di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), namun badan dunia itu gagal memberikan apa-apa tekanan dan bertindak.

"PBB sepatutnya menggunakan peranan mereka terhadap apa yang berlaku, badan dunia itu tidak sepatutnya berdiam diri dan tindakan tegas perlu diambil segera.

"Dalam pada itu PAS turut kesal dengan negera-negara Islam yang lain terutamanya yang berada di Tanah Arab yang berdiam diri tanpa memberikan sebarang bantuan kemanusian kepada penduduk Gaza.

"Saya turut menggesa agar Mesir membuka pintu sempadan Rafah bagi memberi kemudahan kepada penduduk Gaza mendapat bantuan perubatan serta menyelamatkan diri, tindakan Mesir yang menutup pintu sempadan itu menyebabkan bantuan kemanusian gagal diberikan," sambung beliau lagi.

Beliau yang turut menekankan PAS di bawah kepimpinan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul HAdi Awang akan terus berusaha bagi memastikan Palestin khususnya penduduk Gaza akan bebas daripada cengkaman zalim zionis Israel. – HARAKAHDAILY 4/8/2014

YB Dr SASAN - 
http://www.youtube.com/watch?v=MqxN0yA5ERc

Sumber HD - 4-8-2014


























Dr. Mahmoud Zahar & Gaza menangis lagi...

DR SYED AZMAN SYED AHMAD | .



Dr Syed Azman berbincang dengan Dr Mahmoud Zahar dalam satu pertemuan beberapa bulan dahulu.

KENAPAKAH Dr. Mahmoud Zahar, seorang pemimpin tertinggi Hamas di Gaza amat dikehendaki tentera rejim Zionis?

Sudah lebih sepuluh kali percubaan membunuh beliau dilakukan tentera Zionis. Sama ada hidup atau mati, tentera rejim Zionis sentiasa memburu beliau tanpa henti.

Orangnya tenang, sentiasa senyum dan fasih berbahasa Inggeris. Beginilah susuk peribadi orang yang paling dikehendaki di bumi Gaza apabila saya bertemu dengannya beberapa bulan lalu.

Tidak ramai yang mampu menghantar dua anaknya untuk syahid di bumi Gaza. Anak pertamanya Khalid Al-Zahar syahid di tangan rejim Zionis Israel akibat serangan tentera Zionis.

Putera kedua beliau, Houssam Al-Zahar syahid di tangan tentera Zionis Israel dua tahun lepas akibat serangan bom. Houssam yang baru berusia 22 tahun ialah komandan tentera Brigade al Qassam, sayap ketenteraan gerakan Hamas di Tebing Gaza.

Dr. Zahar serta para pemimpin Hamas tetap teguh memimpin rakyat Palestin. Walaupun mereka terus diburu dan diberi layanan lebih buruk dari binatang oleh rejim Zionis, mereka tetap tidak menyerah kalah.

Meskipun sekatan serta kepungan dilakukan tentera rejim Zionis Israel dengan bantuan rejim As Sisi di Mesir, mereka bersama rakyat di Gaza tetap bersabar menghadapi ujian besar ini.

Tindakan tentera rejim Zionis Israel yang tanpa henti menyerang penduduk awam di bumi Gaza sejak dua minggu ini memperlihatkan pelbagai kekejaman terhadap penduduknya.

Tentera Zionis dengan segala kelengkapan termasuk jet pejuang, kereta kebal serta helikopter Apache buatan Amerika membunuh anak kecil serta wanita yang tidak berdosa di Gaza. Tindakan ini telah melanggar segala batasan undang-undang antarabangsa, hak asasi manusia serta telah melakukan suatu jenayah perang yang besar.

Tujuan utama rejim Zionis Israel menyerang Gaza pada kali ini adalah untuk menghancurkan seluruh infrastruktur serta seluruh persenjataan yang dimiliki oleh pergerakan Hamas; membunuh para pemimpin tertinggi Hamas; dan mewujudkan pemerintahan yang mesra rejim Zionis dan Amerika Syarikat di Gaza seperti yang mereka telah lakukan di Mesir dengan menyingkirkan Presiden Mohamed Morsi.

Apa yang lebih menyedihkan, semua badan antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), Kesatuan Eropah (EU) dan Liga Arab, kesemuanya membisu seribu bahasa terhadap jenayah perang yang sedang dilakukan tentera Zionis ini.

Walaupun berhadapan dengan ujian yang amat berat dan besar ini, Dr. Mahmoud Zahar tetap menjadi harapan rakyat di Bumi Gaza. Berikut adalah antara intipati perbualan serta pesanan beliau untuk renungan kita bersama:

"Saya ingin memyampaikan tiga pesanan buat rakyat Malaysia; Pertama, hendaknya mereka terus mendukung perjuangan rakyat Palestin dan sentiasa mendoakan mereka walaupun jauh dari segi geografi.

"Hendaknya mereka terus menyakini bahawa kami tidak akan berundur walaupun setapak dari memperjuangkan hak kami di Palestin khususnya kami sebagai pemerintah yang dipilih oleh rakyat Palestin secara demokrasi dan bersih.

"Kami tidak akan berundur dari memperjuangkan hak kami untuk kembali, kami tidak akan berundur dalam mempertahankan tanah kami yang telah di rampas dan hak semua tahanan termasuk wanita dan kanak-kanak untuk dibebaskan dari penjara Zionis Israel.

"Ini adalah janji kami. Kerana itu teruskan dokongan, demonstrasi dan bantuan dana mahupun moral kepada kami di Palestin.

"Kedua, hendaknya berusaha keras menyampaikan berita dan maklumat kepada masyarakat umum terhadap masalah konflik Zionis Israel–Palestin. Ini boleh disampai melalui surat, media massa, perhimpunan dan pernyataan pendapat.

"Ingatlah bahawa isu ini bukan konflik antara Israel–Palestin semata-mata. Tapi ini adalah konflik perancangan Barat yang di dokong oleh Amerika Syarikat dan Zionis bagi menentang Islam dan gerakan Islam yang sedang bangkit.

"Atas dasar inilah kami amat mengharapkan seluruh rakyat Malaysia, parti-parti politik, NGO dan media massa berusaha menyampaikan maklumat sebenar tentang apa yang berlaku di bumi Gaza Palestin. Jenayah perang sedang dilakukan oleh tentera Zionis Israel dengan dokongan Amerika Syarikat dan sekutunya.

"Ketiga, hendaknya seluruh rakyat Malaysia dan setiap mereka yang ikhlas memahami bahawa Hamas tidak akan mengiktiraf rejim Zionis Isreal yang menjajah bumi kami, membunuh anak-anak serta ibu-ibu kami dan merampas kiblat yang pertama iaitu Masjid Al-Aqsa. Musuh kami adalah Zionis Israel yang akan kami perangi hingga titisan darah yang terakhir.

"Saya amat berterima kasih kepada PAS dan seluruh rakyat Malaysia yang telah membantu kami dan bantuan telah sampai kepada kami. Ini adalah sebahagian dari tuntutan dan kewajipan kita bersama bagi membantu saudara-saudara kita terutamanya yang sedang terkepung di Gaza sekarang ini."

Inilah pesanan yang disampaikan Dr Mahmoud Zahar kepada kita semua di Malaysia. Sama-samalah kita berdoa agar kejahatan Zionis Israel akan hancur jua dan saudara-saudara kita di bumi suci Gaza dilindungi Allah SWT. Insya Allah.
____________________
Dr. Syed Azman Syed Ahmad ialah Pengerusi Hal Ehwal Antarabangsa PAS.

Sumber HD - 21-7-2014

No comments:

Post a Comment