BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Saturday, July 12, 2014

DARI BLOGER LAIN


Apabila gerombolan kecewa menuntut harapan baru
Posted on Monday, July 13 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Oleh Roslan SMS

Ini seakan satu budaya baru dalam PAS. Atau sekurang-kurangnya gerombolan tertentu dalam PAS. 

Bila kalah pemilihan, kumpul sebanyak mana dapat penyokong, tubuhkan satu badan. Kemudian bikin kacau dengan menggertak dan mengancam parti. Kalau parti tak peduli, terjun keluar beramai-ramai dan tubuh parti baru.


Barangkali inilah yang dikatakan politik progresif. Inilah sepatutnya haluan baru gerakan Islam di Malaysia?

Tidak perlu muhasabah diri. Tidak perlu ambil iktibar dari kes melibatkan Khlaid al Walid ketika diturunkan pangkat. Yang penting gerombolan kita ini tidak sewajarnya kalah. Gerombolan kita berminda progresif, terbuka dan mudah diterima masyarakat berbagai. Lalu apabila kita kecundang ditolak oleh perwakilan, maka bukan kita yang kurang, tetapi semua yang dipilih, semua yang memilih termasuklah parti sekali yang sebenarnya cacat dan tidak pandai.

Bagi saya sikap anarkis seperti ini sesungguhnya membelakangkan demokrasi dan mencerminkan ketidakmatangan gerombolan ini. 

Kita akui suara ramai, sekurang-kurangnya dalam proses pemilihan pimpinan, itulah kuasa mutlak yang menguasai dan menentukan hiraki dalam parti. Kita sendiri terjun dalam kancah pemilihan, berkempen, menggunakan apa sahaja peluang dan kesempatan yang ada untuk “menjual” diri.

Tiba-tiba apabila ditakdirkan kalah, kita tidak dapat terima kekalahan itu lalu kita memberontak.
Pelik sehingga ke hari ini tidak ada seorang pun dari mereka yang kononnya progresif itu bangkit dengan bukti-bukti menunjukkan bahawa proses pemilihan Muktamar PAS tempoh hari telah dicemari atau tercemar, iaitu bertentangan dengan peraturan dan Perlembagaan PAS.

Tidak ada!

Bermakna bulat-bulat mereka memberontak semata-mata kerana tidak dapat menerima kekalahan. 

Sudah pasti sikap sebegini mencalarkan imej dan keperibadian mereka masing-masing apa lagi profesionalisma yang kononnya mereka jaja dan junjung itu.

Terbaru wakil gerombolan Gerakan Harapan Baru (G18), Khalid Abd Samad yang telah memenagi kerusi Parlimen Shah Alam atas tiket PAS, mengancam kononnya sedang menunggu tanggal 14 September iaitu tempuh berakhir 100 hari yang beliau berikan kepada PAS untuk kononnya berubah sikap. Jika tidak katanya gerombolan beliau akan menggantikan PAS dalam PR.

Walaubagaimanpun Naib Presiden PAS yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato Iskandar Abd Samad, memandang sepi ancaman beliau, malah dilaporkan oleh Sinar Harian sebagai berkata:

“Kalau nak bagi kata dua macam polis bolehlah….kalau tak serah diri mereka akan tangkap. Dalam politik saya rasa tak payahlah, tidak ada apa yang penting pun”.

Dalam erti kata lain tak perlulah nak berlagak macam polis pula.

Apa pun biarlah ahli-ahli PAS dan rakyat jelata menilai komitmen dan keperibadian mereka ini. Parti sendiri yang telah menjadi wadah melindungi mereka sehingga sebahagiannya menang sampai dua penggal, boleh diterajang begitu sahaja semata-mata kerana kalah jawatan, maka apalah nak diharapkan dari mereka ini. Harapan Baru?

Sumber TKO - 13-7-2015

Di sini lahirnya tokoh-tokoh pembelit ...
Posted on Monday, July 13 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Oleh Roslan SMS

Rupa-rupanya kerja-kerja “spin” atau memutarbelit kenyataan tokoh politik demi kepentingan peribadi sudah semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Sebelum ini Utusan Malaysia, TV3 dan Malaysian Insider sahaja yang pakar dan juara dalam bab ini, kini ramai pula anak-anak didiknya.

Posting saya yang terdahulu merujuk kepada kenyataan Mursyidul Am PAS Dato Dr Harun Din berkenaan skandal penyaluran dana awam ke dalam akaun peribadi PM, yang didedahkan WSJ. 

Kenyataan Dr Harun Din malangnya telah di “spin” oleh Setiausaha Agung DAP lalu diceduk oleh media seakan menampakkan yang Dr Harun Din “membela” PM dalam kes ini.

Malah PM pun selepas itu mengucapkan terima kasih atas apa yang dikatakan kenyataan Muryidul Am PAS itu.

Terbaru, satu lagi mangsa “spin” dalam kes yang sama adalah kenyataan Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang. Bersetuju dengan pandangan Dr Harun Din, Tuan Guru dilaporkan berkata:

“Pendirian kita pendirian Islam. Kalau tuduhan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim kena ada empat saksi, sama juga dengan tuduhan ke atas Najib, kena ada saksi juga… saksi yang adil.”

Dimanakah cacatnya?

Ia menjadi cacat apabila di “spin” seperti berikut:

“And so, Hadi's statement raises a crucial question: is Hadi really interested in ensuring justice is not denied or is he trying to cleverly insulate Najib at a time when the country is grappling with one of its worst financial scandals that involves the top man?” (The Malay Mail)

“Jadi kenyataan Hadi (itu) membangkitkan persoalan adakah Hadi benar-benar berminat dalam memastikan keadilan tidak dinafikan atau adakah beliau mencuba untuk melindungi Najib ketika seluruh negara sedang berhadapan dengan krisis kewangan yang paling buruk melibatkan pimpinan tertinggi (negara)?”

Ulasan tersebut dikeluarkan oleh ahli Parlimen Kelang, Charles Santiago, yang juga seorang pimpinan kanan DAP.

Saya dapati jaguh-jaguh “spin” termasuklah Malaysiakini sebenarnya telah menceduk kenyataan asal Tuan Guru di atas dan cuba memperlekehkan seolah Tuan Guru menyatakan bahawa dalam kes Najib ini sebagaimana kes liwat Anwar Ibrahim, perlu ada empat orang saksi!

Sedangkan kalau kita teliti kenyataan Tuan Guru itu ia membawa maksud Islam menitikberatkan kesahihan dakwaan. Dalam kes liwat contohnya perlukan empat orang saksi dan dalam kes Najib ini juga perlukan saksi (bukan bermaksud empat orang juga).

Dalam erti kata lain meminjam istilah perundangan Inggeris (sebab mereka ini memandangkan rendah perundangan Islam) “credible evidence” yang “beyond reasonable doubt” ataupun bukti kukuh yang melampaui keraguan.

Adakah menuntut keadilan menurut Islam sesungguhnya melindungi pesalah, sebagaimana cuba diketengahkan "secara jahat" oleh Santiago?

Saya perhatikan kenyataan Tuan Guru dipermain dan diperendah dalam banyak posting di media sosial, akibat di “spin” oleh mereka yang tidak bertanggungjawab ini.

Pada dasarnya saya melihat PAS konsisten dalam kes pendedahan WSJ ini. Mursyidul Am dan Presiden PAS mengeluarkan kenyataan yang seimbang dan selaras dengan Islam.

Dan pada waktu yang sama saya difahamkan Ketua-ketua Penerangan PAS Negeri-negeri telah diarahkan membuat laporan polis berkenaan pendedahan itu.

Kesimpulannya sebagaimana kenyataan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan yang dilaporkan portal MStar:

"Apa yang Dr Haron dan Hadi maksudkan adalah dakwaan itu bagaikan tidak logik tetapi perkara itu sesuatu yang serius dan tidak seharusnya dipandang ringan. Ia perlu disiasat secara bebas dan adil,"

Yang anehnya semasa kita menghadapi isu ini dengan sikap dan pandangan dari pelbagai sudut, kawan-kawan dalam DAP lebih gemar mengacukan senjata mereka ke arah PAS, kenapa ya?

Sedar tak sedar yang dicederakan bukannya pemimpin PAS tetapi hukum dan peraturan Islam. Jangan sampai dilihat anti Islam nanti.

Sumber TKO - 13-7-2015

DAP yang rupanya perlu belajar berkawan

Thursday, July 09, 2015


Saya duduk beranggapan bahawa selama ini DAP sengaja mencari pasal dengan PAS. 


Mereka kelihatan begitu bersungguh mahu menendang keluar PAS dari Pakatan Rakyat
terutama apabila PAS mengambil sikap berterus-terang dalam beberapa isu, memberikan
pandangan secara jujur dalam perkara-perkara pokok melibatkan dasar PAS sendiri.

Dari pandangan DAP “tidak bersetuju” dengan mereka bermakna khianat. Tambah-tambah
pula apabila meneruskan agenda perlaksanaan hukum Islam di Kelantan, DAP langsung
tidak dapat menerima bukan sekadar tidak bersetuju malah menentang dan mengancam
memutuskan hubungan pula.

Dan malah tidak cukup dengan itu, DAP campurtangan pula dalam isu dalaman PAS. Dan secara terang-terang menyokong puak-puak yang bermasalah dalam PAS.

Mungkinkah PAS yang tidak pandai berkawan?

Rupa-rupanya apabila saya dimaklumkan oleh seorang rakan berkenaan perkembangan di Sarawak, saya dapati DAP sesungguhnya bukan sekadar bermasalah dengan PAS malah dengan PKR pun mereka bersengketa.

Posting terbaru dalam FB PKR Sarawak menyebut:

The difference between PKR Sarawak and DAP Sarawak is PKR Sarawak leaders have been
publicly invited by Adenan to join BN Sarawak but PKR leaders declined politely. Where else DAP Sarawak leaders offered to join BN Sarawak to form Unity Government but they were rejected by BN leaders publicly.

In today's World, if you have the qualities for the job, you will be invited and offered the job. No need to blow your own trumpet or carry your own busket.

(Perbezaan dianatara PKR Sarawak dan DAP Sarawak adalah bahawa pimpinan PKR Sarawak telah dijemput secara terbuka oleh Adenan (KM Sarawak) untuk menyertai BN Sarawak akan tetapi pimpinan PKR telah menolak secara hormat. Manakala pimpinan DAP Sarawak pula telah menawarkan diri menyertai BN Sarawak untuk membentuk Kerajaan Perpaduan (UG) tetapi ditolak secara terbuka oleh pimpinan BN.

Dalam dunia hari ini, jika anda memiliki kualiti untuk melaksanakan satu-satu tugas, anda akan ditawarkan tugas itu. Tidak perlulah meniup trumpet sendiri atau mengangkat bakul sendiri)

Sinis sungguh kenyataan PKR Sarawak itu, tetapi demikianlah DAP bagi mereka.

PKR Sarawak turut memberi komen pada posting itu yang berbunyi:

PKR is always committed to Reformasi and Ubah and never once abandoned or left PR. Our Manifesto to rescue the economy and restore a responsible government of Malaysia has never been allowed to be superseded by any personal personal ambition neither have we allowed our values to be clouded by minor difference between our PR partners.

Yes, as admitted by DAP and accepted by PAS Pakatan Rakyat has ceased to exist but PKR leadership remains crystal clear that our enemies are in BN Camp.

So despite all the open squabbles let it be known Sarawak PKR is not interested to pick a
fight nor to pursue a collision course with any political parties in the contrary we are seeking cooperation with even NGOs who yearn for real change.

(PKR sentiasa komited pada Reformasi dan Ubah dan tidak pernah sekali-kali meninggalkan PR. Manifesto kita adalah untuk menyelamatkan ekonomi dan mengembalikan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab di Malaysia dan tidak pernah ianya dibenarkan mendahalui sebarang kepentingan peribadi dan tidak pernah juga kami membenarkan nilai-nilai bersama itu digerhanai oleh perbezaan-perbezaan kecil antara rakan-rakan PR.

Ya, sebagaimana diakui oleh DAP dan diterima oleh PAS, bahawa Pakatan Rakyat telah tidak wujud lagi, namu pimpinan PKR tetap jelas dengan sikap bahawa musuh kita adalah BN.

Oleh itu, walaupun berhadapa dengan  sengeketa secara terbuka, ketahuilah bahawa PKR Sarawak tidak berminta bertelingkah dengan mana-mana pihak sebaliknya kami mahukan kerjasama dengan semua pihak termasuk NGO yang inginkan perubahan.)


Sebelum itu, semalam dalam FB yang sama dimuatkan (bersekali dengan terjemahan BM):

Fact that the peoples of Sarawak should know;

PKR Sarawak NEVER initiated attack against DAP Sarawak but only "SELF DEFENCE" to answer. Or just silent and let the rakyat to judge DAP attack against PKR Sarawak.

Fakta yang rakyat Sarawak harus tahu;

PKR Sarawak TIDAK PERNAH memulakan serangan terhadap DAP Sarawak tetapi hanya MEMPERTAHANKAN DIRI untuk menjawab. Atau berdiam sahaja dan biar rakyat menilai serangan DAP Sarawak tersebut terhadap PKR Sarawak.

Demikianlah rupanya sikap DAP di Sarawak, itu terhadap PKR. Sebelum itu PAS telah pun diiterajang oleh mereka di sana.

Sikap itu saling tak tumpah dengan sikap DAP di sini.

Secara jujur saya melihat PAS sebenarnya tidak bermasalah berkerjasama dengan sesiapa pun. Dan mengikut rekod PAS telah menjalin kerjasama politik dengan pelbagai pihak sejak Pilihanraya Persekutuan yang pertama iaitu tahun 1959 lagi, ketika itu DAP pun belum berdaftar.

Asas kepada berkawan adalah bertolak-ansur dan saling homrta-menghormati.

Diperingkat ini kita perhatikan PAS dan PKR matang dan memiliki kualiti demikian, tetapi DAP perlu banyak belajar khasnya dalam menjalin hubungan sesama kawan. Raikan perbezaan kita, tumpukan pada persamaan, jika tidak, siapa pun tidak mahu berkawan dengan anda. Bukitinya di atas, BN Sarawak pun “reject” mereka.

Semoga kita semua dapat belajar demi menjanjikan masa depan yang baik buat Malaysia.

Sumber RSMSC - 9-7-2015

Apabila gerombolan kecewa menuntut harapan baru

Wednesday, July 08, 2015


Ini seakan satu budaya baru dalam PAS. Atau sekurang-kurangnya gerombolan tertentu dalam PAS. 

Bila kalah pemilihan, kumpul sebanyak mana dapat penyokong, tubuhkan satu badan. Kemudian bikin kacau dengan menggertak dan mengancam parti. Kalau parti tak peduli, terjun keluar beramai-ramai dan tubuh parti baru.

Barangkali inilah yang dikatakan politik progresif. Inilah sepatutnya haluan baru gerakan Islam di Malaysia?

Tidak perlu muhasabah diri. Tidak perlu ambil iktibar dari kes melibatkan Khlaid al Walid ketika diturunkan pangkat. Yang penting gerombolan kita ini tidak sewajarnya kalah. Gerombolan kita berminda progresif, terbuka dan mudah diterima masyarakat berbagai. Lalu apabila kita kecundang ditolak oleh perwakilan, maka bukan kita yang kurang, tetapi semua yang dipilih, semua yang memilih termasuklah parti sekali yang sebenarnya cacat dan tidak pandai.

Bagi saya sikap anarkis seperti ini sesungguhnya membelakangkan demokrasi dan mencerminkan ketidakmatangan gerombolan ini. 

Kita akui suara ramai, sekurang-kurangnya dalam proses pemilihan pimpinan, itulah kuasa mutlak yang menguasai dan menentukan hiraki dalam parti. Kita sendiri terjun dalam kancah pemilihan, berkempen, menggunakan apa sahaja peluang dan kesempatan yang ada untuk “menjual” diri.

Tiba-tiba apabila ditakdirkan kalah, kita tidak dapat terima kekalahan itu lalu kita memberontak.
Pelik sehingga ke hari ini tidak ada seorang pun dari mereka yang kononnya progresif itu bangkit dengan bukti-bukti menunjukkan bahawa proses pemilihan Muktamar PAS tempoh hari telah dicemari atau tercemar, iaitu bertentangan dengan peraturan dan Perlembagaan PAS.

Tidak ada!

Bermakna bulat-bulat mereka memberontak semata-mata kerana tidak dapat menerima kekalahan. Sudah pasti sikap sebegini mencalarkan imej dan keperibadian mereka masing-masing apa lagi profesionalisma yang kononnya mereka jaja dan junjung itu.

Terbaru wakil gerombolan Gerakan Harapan Baru (G18), Khalid Abd Samad yang telah memenagi kerusi Parlimen Shah Alam atas tiket PAS, mengancam kononnya sedang menunggu tanggal 14 September iaitu tempuh berakhir 100 hari yang beliau berikan kepada PAS untuk kononnya berubah sikap. Jika tidak katanya gerombolan beliau akan menggantikan PAS dalam PR.

Walaubagaimanpun Naib Presiden PAS yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato Iskandar Abd Samad, memandang sepi ancaman beliau, malah dilaporkan oleh Sinar Harian sebagai berkata:

“Kalau nak bagi kata dua macam polis bolehlah….kalau tak serah diri mereka akan tangkap. Dalam politik saya rasa tak payahlah, tidak ada apa yang penting pun”.

Dalam erti kata lain tak perlulah nak berlagak macam polis pula.

Apa pun biarlah ahli-ahli PAS dan rakyat jelata menilai komitmen dan keperibadian mereka ini. Parti sendiri yang telah menjadi wadah melindungi mereka sehingga sebahagiannya menang sampai dua penggal, boleh diterajang begitu sahaja semata-mata kerana kalah jawatan, maka apalah nak diharapkan dari mereka ini. Harapan Baru?

Sumber RSMSC - 8-7-2015

Di sini lahirnya tokoh-tokoh pembelit ....


Rupa-rupanya kerja-kerja “spin” atau memutarbelit kenyataan tokoh politik demi kepentingan peribadi sudah semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Sebelum ini Utusan Malaysia, TV3 dan Malaysian Insider sahaja yang pakar dan juara dalam bab ini, kini ramai pula anak-anak didiknya.

Posting saya yang terdahulu merujuk kepada kenyataan Mursyidul Am PAS Dato Dr Harun Din berkenaan skandal penyaluran dana awam ke dalam akaun peribadi PM, yang didedahkan WSJ. Kenyataan Dr Harun Din malangnya telah di “spin” oleh Setiausaha Agung DAP lalu diceduk oleh media seakan menampakkan yang Dr Harun Din “membela” PM dalam kes ini.

Malah PM pun selepas itu mengucapkan terima kasih atas apa yang dikatakan kenyataan Muryidul Am PAS itu.

Terbaru, satu lagi mangsa “spin” dalam kes yang sama adalah kenyataan Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang. Bersetuju dengan pandangan Dr Harun Din, Tuan Guru dilaporkan berkata:

“Pendirian kita pendirian Islam. Kalau tuduhan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim kena ada empat saksi, sama juga dengan tuduhan ke atas Najib, kena ada saksi juga… saksi yang adil.”

Dimanakah cacatnya?

Ia menjadi cacat apabila di “spin” seperti berikut:

“And so, Hadi's statement raises a crucial question: is Hadi really interested in ensuring justice is not denied or is he trying to cleverly insulate Najib at a time when the country is grappling with one of its worst financial scandals that involves the top man?” (The Malay Mail)

“Jadi kenyataan Hadi (itu) membangkitkan persoalan adakah Hadi benar-benar berminat dalam memastikan keadilan tidak dinafikan atau adakah beliau mencuba untuk melindungi Najib ketika seluruh negara sedang berhadapan dengan krisis kewangan yang paling buruk melibatkan pimpinan tertinggi (negara)?”

Ulasan tersebut dikeluarkan oleh ahli Parlimen Kelang, Charles Santiago, yang juga seorang pimpinan kanan DAP.

Saya dapati jaguh-jaguh “spin” termasuklah Malaysiakini sebenarnya telah menceduk kenyataan asal Tuan Guru di atas dan cuba memperlekehkan seolah Tuan Guru menyatakan bahawa dalam kes Najib ini sebagaimana kes liwat Anwar Ibrahim, perlu ada empat orang saksi!

Sedangkan kalau kita teliti kenyataan Tuan Guru itu ia membawa maksud Islam menitikberatkan kesahihan dakwaan. Dalam kes liwat contohnya perlukan empat orang saksi dan dalam kes Najib ini juga perlukan saksi (bukan bermaksud empat orang juga).

Dalam erti kata lain meminjam istilah perundangan Inggeris (sebab mereka ini memandangkan rendah perundangan Islam) “credible evidence” yang “beyond reasonable doubt” ataupun bukti kukuh yang melampaui keraguan.

Adakah menuntut keadilan menurut Islam sesungguhnya melindungi pesalah, sebagaimana cuba diketengahkan "secara jahat" oleh Santiago?

Saya perhatikan kenyataan Tuan Guru dipermain dan diperendah dalam banyak posting di media sosial, akibat di “spin” oleh mereka yang tidak bertanggungjawab ini.

Pada dasarnya saya melihat PAS konsisten dalam kes pendedahan WSJ ini. Mursyidul Am dan Presiden PAS mengeluarkan kenyataan yang seimbang dan selaras dengan Islam.

Dan pada waktu yang sama saya difahamkan Ketua-ketua Penerangan PAS Negeri-negeri telah diarahkan membuat laporan polis berkenaan pendedahan itu.

Kesimpulannya sebagaimana kenyataan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan yang dilaporkan portal MStar:

"Apa yang Dr Haron dan Hadi maksudkan adalah dakwaan itu bagaikan tidak logik tetapi perkara itu sesuatu yang serius dan tidak seharusnya dipandang ringan. Ia perlu disiasat secara bebas dan adil,"

Yang anehnya semasa kita menghadapi isu ini dengan sikap dan pandangan dari pelbagai sudut, kawan-kawan dalam DAP lebih gemar mengacukan senjata mereka ke arah PAS, kenapa ya?

Sedar tak sedar yang dicederakan bukannya pemimpin PAS tetapi hukum dan peraturan Islam. Jangan sampai dilihat anti Islam nanti.

Sumber RSMSC - 8-7-2015


Pemikiran pecah dan perintah dalam PAS

Posted on Tuesday, June 30 @ 14:10:01 MYT by paktam

Oleh Aspan Alias Muktamar PAS yang berlangsung di Kuala Selangor sebelum ini merupakan kesinambungan kepada sistem pecah dan perintah peninggalan British. Sistem ini diteruskan Umno dan pentadiran negara dan dilihat sangat berjaya.

Sistem ini mula diaktifkan dalam politik terutamanya PAS melalui pembentukan Majlis Syura. Klimak kepada pecah & perintah ini membentuk blok pemikiran ulama dan bukan ulama.


Pelbagai gelaran kepada bukan ulamak seperti anwarinas, erdogan dan jebon diketengahkan dalam membentuk blok pemikiran sebagai asas kepada pecah dan perintah.


Penganalisis politik banyak mengatakan kumpulan ini diketuai Husam Musa dan Mat Sabu.

Sejauhmanakah kebenarannya belum dapat dipastikan lagi. 

Pecah & Perintah ini menunjukkan kejayaannya secara 100% apabila wujudnya kumpulan G18 daripada mereka yang kalah dalam pemilihan.

Pelbagai serangan dan fitnah yang dihadapi mereka sebelum, semasa dan selepas muktamar menyemaikan benih-benih kebencian terhadap sistem parti yang dikatakan undur ke belakang.

Beberapa persoalan dihasilkan seperti sejauhmanakah G18 akan menongkah arus dan melawan daya sedia ada.

Penglibatan NGO pula masih samar-samar walaupun PasMa dan Ikram menyatakan halatuju masing-masing.

Pandangan lain juga ada menyebut G18 perlu lagi diperluaskan kepada PKR bagi mengelakkan Pecah & Perintah menguasai PKR seterusnya memberi imej yang buruk kepada Pakatan Rakyat.

G18 dan pembentukan parti baru sudah sinonim dengan keadaan semasa. Persoalannya adalah siapa yang akan mengetuai parti baru ini.

Nama Husam disebut sebagai ketua akan-rakan dalam G18 walaupun beliau mendiamkan diri dalam dunia politik bermula April sehinggalah sekarang.

Ketidakhadiran beliau semasa muktamar dan sidang DUN menimbulkan pelbagai persoalan terutama mengenai kesihatan beliau.

Sebenarnya, kelayakan Husam memimpin Gerakan Baru dengan nama parti atau sebaliknya memang tidak boleh dipertikaikan lagi sebagaimana pengakuan yang dibuat Tuan Guru Nik Aziz dan disebut kembali Ust. Nik Omar iaitu Husam untuk Malaysia.

Namun begitu, tahap kecintaan Husam terhadap PAS amatlah tinggi. Beliau tidak pernah bekerja dengan mana-mana kerajaan mahupun syarikat perniagaan kecuali dengan PAS sahaja.

Hal ini berbeza dengan ahli G18 yang lain. Marilah kita sama-sama saksikan sejauhmanakah pecah & perintah dapat menguasai PAS seterusnya PR, pendirian Husam yang mendapat ijazah untuk Malaysia TGNA, penubuhan parti baru melalui G18 dan momentum rakyat dalam melawan Barisan Nasional.

Akhir sekali, generasi politik baru tanpa Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang perlu diaktifkan secepat mungkin.

Keterlibatan anak muda yang progresif perlu ditonjolkan sebagai ancaman baru kepada BN.

Gaya hidup yang mewah dan berada di kayangan perlu dilupakan seketika dan menumpukan kepada momentum rakyat supaya PRU14 memberi kemenangan kepada PKR, DAP, G18 atau PAS.

Sumber DD - 30-6-2015 

Tumpuan dan fokus PAS jangan terganggu (30/6/15)

Tuesday, June 30, 2015


Muktamar PAS ke 61 telah pun beberapa minggu berlalu. Kehangatannya kelihatan semakin menurun
dan bagi saf kepimpinan yang baru, amanah memimpin dan menjadi hamba untuk parti dan jemaah
telah pun mula dipikul dan dilaksanakan sebaik mungkin.

Pada waktu ini Dewan Harian Pusat sedang turun menjelajah negeri-negeri, manakala Presiden,
Timbalan dan Naib-naib kelihatan mendepani isu masyarakat, turun bersama mangsa gempabumi contohnya di kaki Gunung Kinabalu, menziarah program pemulihan mangsa banjir di Kelantan selain mengisi dan memenuhi acara dan majlis ilmu dan kemasyarakatan yang lain.

Begitu juga pimpinan yang lain dan Dewan-dewan Ulamak, Pemuda, Muslimat dan DHPP kelihatan  bingkas bangun bekerja. Kehadiran Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat umpamanya, menyerahkan memorandum berhubung skandal MARA semalam menjanjikan kesediaan Dewan Ulamak untuk terjun mendepani denyut nadi dan keluhan masyarakat.

Kabinet PAS Pusat pun telah hampir sempurna terbentuk dengan perlantikkan beberapa indidividu khususnya beberapa profesional bagi mengukuh dan meneguhkan lagi kedudukan parti. Perlantikkan Datuk Takiyuddin Hassan sebagai Setiausaha Agung dan Dato Mustafa Ali sebagai Ketua Pengarah Pilihanraya dilihat akan meneguhkan lagi kedudukan Dewan Harian PAS Pusat yang dianggotai oleh Presiden, Timbalan dan tiga Naib-naibnya.

Begitu juga perlantikkan Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi AJK PAS Pusat sebagai Ketua Penerangan, pastinya membuka ruang buat masyarakat umum untuk lebih mengenali dan memahami misi dan perjuangan PAS. Manakala perlantikkan Hj Mohamad Noor Mohamad, AJK PAS Pusat, dan bekas Pegawai Perancang Bandar UDA lulusan UKM sebagai Bendahari diyakini dapat memberi tumpuan kepada pengurusan kewangan yang lebih cekap dan telus buat parti.

Sesungguhnya ahli-ahli dan pendukung PAS meletakkan harapan yang begitu tinggi terhadap saf kepimpinan baru ini. Tolak ke tepilah gangguan dan angkara mereka yang kecewa dalam parti. Kekalutan mereka itu tidak seharusnya menganggu tumpuan dan fokus parti dalam melaksanakan tugas, amanah dan tanggungjawabnya.

Kiranya ditakdirkan mereka yang kecewa itu nanti bertindak keluar parti beramai-ramai dan menubuhkan parti baru, maka sediakanlah sahaja diri menghadapi mereka sebagaimana kita pernah menghadapi golongan kecewa sebelum ini yang mengenakan pakaian pelbagai umpama Hamim, Berjasa dan Kumpulan Islah.

Diperingkat ini PAS perlu mengukuhkan kedudukan dalamannya, selain mengukuhkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat.

Tindakan DAP mencetuskan ketidakstabilan dalam PR dengan tindakan mereka di Pulau Pinang, tuntutan mereka di Selangor dan penglibatan mereka dengan kumpulan kecewa dalam PAS juga seharusnya jangan sangat menganggu tumpuan dan fokus kita.

Sebagaimana ditegaskan PAS terus bersama PR, dan PR pada pandangan PAS masih wujud dan berfungsi. Buktinya di Selangor, ketiga-tiga parti masih berkerjasama mentadbir negeri dalam keadaan aman, sungguhpun pelbagai tekanan dikenakan.

PAS masih yakin dengan kerjasama politik PR. Cumanya PAS terguris dengan tindak-tanduk DAP khususnya yang berkaitan campuratangannya dalam isu dalaman PAS. Selain itu PAS juga menuntut agar dasar dan prinsip parti masing-masing tidak cuba dikritik apalagi mahu diubah dan dipinda oleh parti lain dalam PR.

Apapun nantinya hubungan dengan DAP, PAS telah serahkan ke Majlis Syura Ulamak, dan keputusannya sama-sama kita tunggu.

Sementara itu suka atau tidak masyarakat umum sesungguhnya sedang menyaksikan gelagat dan tindak-tanduk kita semua. PAS tidak pernah mengkhianati PR. Jatuhnya kerajaan PR di Perak contohnya adalah angkara “melompatnya” beberapa ADUN DAP dan PKR. Malah ketika ROS dikatakan kononnya akan membatalkan status DAP menjelang PRU lalu, PAS lah yang telah menawarkan logo “bulan” nya untuk digunakan calon-calon DAP.

PAS sendiri sudah berusia lebih 60 tahun dan rata-rata tidak ada rakyat Malaysia yang tidak mengenali PAS, perjuangan PAS dan cita-cita PAS.

PAS membentuk kerajaan Kelantan sejak 1990, dan semua rakyat Malaysia melihat betapa sebuah negeri yang miskin apalagi di pulaukan oleh kerajaan Persekutuan, boleh dipimpin dengan baik, bersih dan telus di bawah PAS. Dari Almarhum Tok Guru Nik Abd Aziz ke Ustaz Datuk Mat, kepimpinan ulamak di Kelantan sangat dihormati dan dipandang tinggi oleh masyarakat.

Di Selangor, wakil-wakil PAS samada EXCO, ADUN, ahli-ahli majlis, ketua-ketua kampung dan JKKK cekap memainkan peranan masing-masing dalam  kerajaan tanpa sedikit pun menimbulkan keraguan atau syak wasangka masyarakat, malah ramai yang berasa selesa bekerja dan menerima khidmat mereka yang mewakili PAS melalui PR itu.

Oleh itu masyarakat boleh melihat PAS sesungguhnya tidak mendatangkan masalah. Kekeruhan dengan DAP pun bukan angkara PAS keras atau mungkir janji sebagaimana dituduh sesetengah pihak. PAS sekadar mempertahankan prinsipnya, dan prinsip dan dasar masing-masing sewajarnya tidak disentuh apa lagi diterjah oleh mana-mana pihak. Adat berkawan, hormat-menghormati rumah dan keluarga masing-masing.

Saf kepimpinan PAS ini di bawah Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang dan Dato Tuan Ibrahim diyakini dapat terus memenangi hati dan sokongan rakyat khasnya masyarakat Melayu Islam. Masyarakat bukan Islam juga dapat melihat dan mengadili kejujuran dan kesetiaan PAS dan diyakini dapat kekal memberikan kepercayaan pada PAS.

PAS mahu terus bergerak ke hadapan, sejuta ahli PAS mahu PAS terus dipimpin ke arah kecermerlangan dan PAS bersedia menuju ke arah itu dengan saf kepimpinan ini.

Rakyat Malaysia rata-rata sudah muak dan mual dengan kepimpinan Umno dan BN. Satu demi satu skandal dan penyelewengan tersingkap di hadapan mata kepala rakyat dan mereka sendiri seakan sudah tidak mampu mengawalnya. Tanpa kekuatan PR pun kerajaan Persekutuan di bawah mereka dilihat semakin retak dan menunggu rebah.

Oleh itu PAS dan PR perlu terus mantap dan teguh menghadapi BN.

Semoga segala kekeruhan ini dapat segera dileraikan dalam waktu terdekat dan tidak bernanah menjadi lebih parah.

Apa pun PAS saya percaya bersedia berhadapan dengan apa sahaja kemungkinan. Semoga berkat ibadah dan doa kita di bulan Ramadhan yang penuh barakah ini akan memberi kekuatan kepada PAS untuk terus meluncur ke hadapan mengejar cita-cita perjuangannya.

Sumber RSMSC - 29-6-2015

Tangan Mursyidul Am PAS ditepis (29/6/15)

Monday, June 29, 2015



Setelah Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din secara terbuka menasihatkan mereka yang kecewa
dalam PAS agar tidak memanjangkan hasrat mereka  untuk menubuhkan parti baru, ramai
menjangkakan ianya akan membuka kepada pintu kesedaran dan keinsafan. Bukankah sejarah telah
mengajar kita betapa kepelbagaian gerakan dan parti Islam hanya akan melemahkan perjuangan
mendaulatkan Islam. 

Yang kecewa sepatutnya berfikiran panjang, menang kalah merupakan adat pertandingan apalagi
sesama Jemaah. Takkanlah oleh kerana tewas dalam pertandingan atas padang yang sama rata, tiba-tiba
bukan hanya kelambu malah dengan katil-katil mahu dibakar hangus.

Malangnya nasihat seakan mencurah air ke daun keladi.

Setiausaha apa yang dikatakan Jawatankuasa Bertindak G18, Dr Dzulkefly Ahmad dengan bersungguh
mengatakan bahawa mereka (kumpulannya itu) akan terus melangkah ke hadapan tanpa mahu menoleh
ke belakang lagi serta terbelenggu dengan apa yang dipanggilnya “old politics” atau politik golongan
lama.

Reaksi beliau itu terbit dalam akhbar The Star 27 Jun lalu.

Kata beliau:

“We do not want to be embroiled with the embattled lot”
(Kami tidak mahu terlibat dengan puak yang bermasalah)

PAS yang sebelum ini telah menaja beliau sehingga menang menjadi wakil rakyat di Parlimen Kuala
Selangor selama sepenggal tiba-tiba hari ini menjadi puak yang bermasalah. Parti golongan lama
kononnya. Hanya semata-mata kerana beliau memperolehi 409 undi dan tewas dalam pertandingan
untuk jawatan AJK Pusat dalam Muktamar PAS yang lalu.

Beginikah sikap orang yang menggunakan pendekatan “bottom up” atau mendengar keluhan akar-umbi?

Kerana dalam laporan berkenaan Dr Dzul dilaporkan berkata:

“We are taking the bottom-up approach. We want to put our ears firmly to the ground and listen to the
grassroots.”

Keras sungguh hati dan tekad gerombolan G18 ini. Jika begitulah pendirian mereka ternyata sebuah
lagi parti Islam bakal lahir dalam waktu terdekat sekurang-kurangnya itulah yang cuba dibayangkan
oleh “kepalanya”.

Tiba-tiba hari ini akhbar yang sama melaporkan, seorang lagi penggerak gerombolan G18 ini, iaitu
Khalid Samad yang juga ahli Parlimen Shah Alam pula mendesak agar PAS perlu mengubah sikap.

Kata-kata bagaikan ugutan itu berbunyi bahawa kegagalan PAS menonjolkan apa yang kononnya
dikatakan imej Islam sebenar akan mengakibatkan kumpulan beliau menubuhkan sebuah parti baru.

Kata Khalid lagi ketidakpuasan hati gerombolan beliau bukanlah atas isu ulamak atau bukan ulamak
tetapi kerana kegagalan PAS mengubah pendekatannya.

Kalau Dr Dzul sebelumnya seakan bertekad mahu menceraikan PAS, Khalid pula mendesak PAS ubah
sikap. Nampak sangat kekalutan agenda gerombolan ini.

Apa pun bagi saya inilah PAS tetap pada dasar dan prinsip perjuangannya namun pendekatannya
sentiasa dinilai semula berdasarkan perkembangan semasa. Lalu apakah masalah dengan G18 ini?
Masalahnya mereka menaja pendekatan dan budaya yang sama-sekali tidak dapat diterima oleh ahli-ahli PAS. Mereka telah menajanya secara bersungguh sepanjang tempoh berkempen sebelum Muktamar ke 61 lalu.

Dimana mereka pergi, ceramah,forum atau merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan, itulah lagu yang
sama yang mereka nyanyikan dan dalam waktu yang sama tegar menyerang kepimpinan Tuan Guru Hj
Abd Hadi Awang. Mereka berpasukan masuk bertanding, dari jawatan nombor satu iaitu Presiden
sehinggalah ke AJK Pusat.

Mereka punya jentera berkempen malah rakan-rakan luar dari Pakatan Rakyat pun turut mereka sauk
untuk berkempen buat mereka selain media alternatif yang ada.

Tiba-tiba para perwakilan PAS sebulat suara berdiri di belakang Tuan Guru Presiden dan menolak
bukan seorang tetapi keseluruhan pasukan mereka. Ini menandakan nilai dan budaya yang mahu
mereka bawa ke dalam PAS tidak dapat dihadam oleh ahli-ahli.

Mereka kalah, sesuatu yang tidak mereka jangka malah sebahagian besar mereka tidak pernah melalui
pengalaman kalah dalam parti sebegitu. Lalu mereka protes.

Maka terbitlah pelbagai tohmahan dan serangan. PAS itu dan PAS ini, pimpinan itu dan ini.
Hakikatnya mereka telah diberi peluang tapi malangnya perwakilan PAS yang menolak mereka.

Untuk itu bagi saya buat mereka ini, samada mahu menerima keputusan perwakilan PAS yang
mewakili 1 juta kekuatan ahli, atau memilih menolaknya terpulanglah pada mereka. Kalau akur dan
terima ayuh kita teruskan perjuangan. Kalau tidak, maka tubuhlah apa sahaja yang tertelan oleh nafsu
politik kamu itu.

Jika PAS kamu rasakan tidak relevan lagi, terlibat dengan “old politics”, maka ikut suka kamulah.

Kalau akur dan boleh terima keputusan tinggal kekal dalam PAS maka kita tetap bersahabat namun
kalau memilih untuk bersaing maka kami bersedia menghadapi kamu.

Kami di dalam PAS tiada isilah kalah, samada menang atau syahid, insyallah tidak kenal kekecewaan.

Sumber RSMSC - 29-6-2015

Dengarlah jika masih ada hormat pada Mursyidul Am dan PAS (26/6/15)

Friday, June 26, 2015


Kesungguhan pihak-pihak tertentu mahu melangkah keluar dari PAS dan menubuhkan parti 
Islam sendiri sudah pasti mengecewakan banyak pihak khasnya dikalangan ahli-ahli dan pendukung
PAS. Ini tambah pula apabila mereka itu masing-masing dahulunya menang di peringkat Parlimen 
dan DUN masing-masing atas panji-panji PAS.

Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din turut melahirkan sentimen yang sama sebagaimana
dilaporkan dalam akhbar The Star hari ini.

Menurut beliau PAS tidak dapat menahan sesiapa ahlinya yang ingin meloncat keluar menubuhkan
parti baru. Akan tetapi mereka harus ingat katanya bahawa mereka itu tidak dapat bertahan lama dalam
keadaan demikian.

Beliau turut memetik hadis Rasulullah saw yang bermaksud:

“Maka wajiblah ke atas kamu berjemaah kerana sesungguhnya serigala hanya memakan kambing yang
jauh daripada kumpulannya” (Riwayat Al Nasaai)

Sejarah PAS telah membukitkan betapa mereka yang ghairah keluar menubuhkan parti baru lazimnya
tidak dapat bertahan lama dan akhirnya kecundang layu begitu sahaja. Sejarah Allahyarham Datuk
Asri, Berjasa, Hamim dan kemudiannya Kumpulan Islah di tahun 90an semuanya memrupakan bukti
betapa nasib pemimpin PAS yang bertindak demikian.

Datuk Dr Haron Din turut menasihati kumpulan yang kecewa dalam PAS itu agar berfikir panjang
sebelum mengambil sebarang tindakan. Menubuhkan parti Islam baru akan hanya mencetuskan pecah-belah dan melemahkan gerakan Islam. Yang untung nanti kata beliau lagi sebagaimana dilaporkan oleh
The Star adalah musuh-musuh kita.

Menang atau kalah tambah beliau adalah merupakan adat dalam sistem demokrasi. Jangan berpecah
kerana berbeza pandangan. Perbezaan itu perlu diuruskan sebaik-baiknya termasuklah dalam hubungan
sesama PR.

Demikianlah keprihatinan Mursyidul Am PAS terhadap cita-cita dan kemahuan kelompok G18.

Namun demikian jika sekiranya mereka telah benar-benar bertekad mahu keluar juga dan tubuhkan
 parti baru, sekaligus mereka memberi isyarat bahawa mereka bersedia menghadapi PAS. Kerana di
sana nanti pasti mereka akan bertanding melawan kerusi-kerusi yang ditandingi PAS. Masakan
contohnya Dr Dzulkfili mahu bertanding di Seputeh atau di Permatang Pauh. Mat Sabu pula takkan nak
bertanding di Bagan atau di Bukit Katil.

Jika itu berlaku, saya yakin dan percaya seluruh kekuatan PAS akan bersatu menghadapi mereka.
Ketika itu setaraflah mereka dengan mana-mana seturu politik PAS termasuklah Umno.

Berfikir panjang, itu nasihat Mursyidul Am PAS, kiranya masih ada hormat pada PAS, jika tidak
bersedialah untuk menghadapi kami semua insyallah.

Sumber RSMSC - 26-6-2015

Dr Dzul umum parti baru (24/6/15)

Wednesday, June 24, 2015


Semakin nyata sekarang, sesungguhnya mereka yang kecundang dalam pemilihan PAS tempoh 
hari benar-benar tidak dapat menerima kekalahan mereka. Mereka bertanding semata-mata 
untuk menang dan tidak bersedia untuk tewas. Mereka jelas telah berpatah arang dan berkerat 
rotan dengan PAS.

Ini terbukti dalam laporan akhbar The Star hari ini apabila jurucakap mereka, Dr Dzulkifli 
Ahmad dipetik berkata bahawa Jawatankuasa Bertindak G18 yang mereka anggotai dan beliau 
selaku Setiausahanya akan menubuhkan sebuah Parti Islam yang baru dalam masa terdekat.

Kononnya parti itu nanti akan menggantikan PAS di dalam Pakatan Rakyat.
Mat Sabu dinamakan sebagai Pengerusinya dan Salahuddin Ayub  Timbalannya manakala 
Suhaizan Kayat pula Penolong Setiausaha.

Menurut Dr Dzul lagi parti baru itu akan berkerjasama dengan NGO Islam termasuklah Pasma, 
ABIM, JIM dan Ikram selain badan-badan lain. Tambah beliau objektif parti baru itu nanti 
adalah untuk mempelopori politik inklusif yang lebih sesuai buat masyarakat berbilang kaum 
dan agama dalam negara ini.

Dengan pengumuman itu, saya kira wajarlah Dr Dzul dan kumpulan G18 nya itu 
mengisytiharkan sahaja keluar PAS, dan berjalanlah sendiri. Semoga sebagaimana mereka 
berani menyatakan sikap dan pendirian, keluar dari bahtera PAS, diharapkan mereka yang menang 
atas tiket PAS juga akan mengosongkan kerusi masing-masing, kerana kerusi-kerusi Parlimen 
dan DUN itu sesungguhnya dimenangi atas tiket PAS. Pengorbanan, harta, wang ringgit dan 
penat-lelah orang-orang PAS lah yang memungkinkan mereka menang dahulu.

Mungkinkah pengumuman ini juga mengesahkan bahawa Salahuddin Ayub telah menolak 
tawaran AJK Pusat tambahan lantikkan PAS sebagaimana diumumkan oleh Setiausaha Agung 
PAS baru-baru ini, jika benar tak perlulah orang-orang PAS bersusah payah untuknya lagi. 
Dan mungkin ada lagi kawannya yang sama juga begitu?

Saya terhibur juga bila Dr Dzul menyatakan bahawa mereka nanti mahu menunjukkan yang parti 
baru mereka tidak bermusuh dengan sesiapa. Saya mahu bertanyakan Dr Dzul: Anda bertanding 
dalam PAS dengan berbagai slogan dan kempen kemudian tewas, anda lari keluar dan tubuhkan 
parti Islam baru, lalu anda tergamak menyatakan anda tidak bermusuh dengan sesiapa?!

Pastinya parti yang apa sahaja namanya itu nanti akan bertanding dalam pilihanraya. Dan pasti 
juga mereka akan bertanding bukan dikerusi milik PKR atau DAP tetapi di kerusi-kerusi yang 
PAS bertanding. Sudah pasti akan berlaku pertembungan dan Dr Dzul boleh berkata tidak 
mahu bermusuh dengan sesiapa.

PAS saya yakin tidak akan merasa rugi sedikit pun dengan perkembangan ini sekurang-kurangnya
segala masalah yang ada dalam parti selama ini telah terkikis keluar dengan sendirinya.

Dan PAS saya yakin bersedia berhadapan dengan sesiapa pun termasuklah parti yang entah 
apa namanya itu nanti, demi memartabatkan perjuangan Islam yang PAS bawa. Ini bukan 
pengalaman pertama buat PAS. Ini sekadar siaran ulangan sebagaimana pernah berlaku 
semasa wujudnya Berjasa, Hamim dan kemudiannya Kumpulan Islah dahulu. Dan kita semua 
tahu nasib mereka itu.

Tahniahlah Dr Dzul, angkutlah mana saki baki yang merupakan penyokong tegar anda itu, 
segeralah susun dan tubuhkan parti anda itu.Di sinilah kita berpisah dan bermula dari sinilah nanti 
kita bertarung dalam gelanggang politik berbeza, tidak lagi dari dalam tetapi sebagai seteru politik 
PAS yang sebenar.

Sumber Roslan SMS Corner - 24-6-2015


Khalid Samad tak perlu tunggu 100 hari (23/6/15)

Tuesday, June 23, 2015


"Saya yakin inilah sikap yang akan diambil oleh orang-orang yang selama ini memburuk-burukkan
kami sebagai liberal, Anwarinas dan berwala' pada Pakatan Rakyat (PR) jika mereka terpilih dalam
muktamar PAS nanti sebagai AJK PAS Pusat,"

“Sikap mereka keras dan tidak berhemah. Tiada unsur ingin berkawan dan tiada kebijaksanaan berpolitik. PAS akan kembali bersendirian, terpinggir dari politik arus perdana,”

Demikian petikan kenyataan ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, pada 21 April lalu sebagaimana terakam dalam The Malaysian Insider.

Beliau masuk bertanding mempertahankan jawatan AJK PAS Pusatnya  dalam Muktamar ke 61 
lalu dengan penuh keyakinan bahawa para perwakilan akan menerima segala hujah dan pandangannya. Bahawa PAS mesti diselamatkan. Bahawa PAS mesti dipimpin dan didominasi oleh mereka yang kononnya non konservatif dan progresif seperti beliau.

Ini agar PAS nanti jadi “friendly” mahu berkawan dengan semua dan pemimpinnya semua bijak-bijak
belaka dalam berpolitik. Maka tiadalah PAS bersendirian dan ketika itu PAS akan muncul teraju dalam arus perdana politik.

Khalid mahukan PAS yang baru mengikut naluri dan pandangannya. Dalam Malaysiakini beliau dipetik berkata (12 Mac 2015):
 
“Di dalam muktamar, prestasi AJK PAS Pusat akan dikaji dan dinilai dari sudut pencapaian matlamat
yang telah diputuskan oleh Muktamar. Dan sekiranya prestasinya tidak memuaskan, AJK (anggota
jawatankuasa) PAS Pusat, termasuk presiden, boleh dan layak ditukar melalui proses pemilihan 
di Muktamar,”

Kita menjangkakan Khalid yang gagah bangkit mahu menukar Presidennya tahukan adat pertandingan. Masakan Khalid yang lantang menegur dan mengkritik bukan sekadar Presidennya, malah semua yang
tak sehaluan dengannya habis disasarkan termasuklah Dato Dr Harun Din dan MB Kelantan, tak 
kan tak tahu adat pertandingan. Takkanlah dalam keadaan “bengis” begitu beliau tidak tahu 
adat pertandingan.

Apa adat pertandingan? 

Bahawa yang masuk bertanding nanti kesudahannya akan ada yang menang dan ada yang kecundang. Takkanlah nak menang sahaja dan tiada yang akan kalah.

Jangan jadi macam MIC hari ini, nak bertanding pun belum tentu ada gelanggang, masing-masing tidak boleh duduk bersetuju belum pun bertanding.

PAS mengadakan Muktamarnya yang ke 61 dengan penuh tenang dan tertib walaupun 
kempen-kempennya dikatakan hangat. Pengerusi pemilihan pun bukan lah ulamak tetapi rakan 
karib Khalid yang ada bersamanya dalam perhimpunan di Muar baru-baru ini yang turut 
dilaporkan dalam facebook Lim Kit Siang.

Malangnya Khalid tewas. Undi tertinggi buat 18 jawatan AJK Pusat diperolehi oleh Ustaz Dr Ridhuan Mohd Nor dengan 782 undi manakala Khalid cuma berjaya memunggut 332 undi.

Ini bermakna walaupun Khalid telah bersungguh berkempen memomokkan para perwakilan 
dengan PAS yang kaku dan keras kiranya bukan kumpulan beliau yang menang, namun 
para perwakilan PAS yang mewakili suara 1 juta ahlinya dari seluruh pelusuk Negara telah menyatakan
bahawa mereka tetap yakin, selesa dan percaya dengan kumpulan lawan Khalid. 

Tewaslah Khalid dan menanglah lawannya.

Tetapi bukankah itu adat pertandingan. Segala-galanya ditentukan oleh para perwakilan.
Akan tetapi rupa-rupanya Khalid yang bengis dan lantang itu ada juga kelemahannya. Beliau 
lemah apabila tewas. Ini terbukti apabila tiada kata-kata tahniah dan akur dengan keputusan perwakilan
yang terbit dari Khalid.

Sebaliknya Khalid memilih terus menyerang dan mengkritik mereka yang menang yang diberi mandat
oleh para perwakilan. Beliau menganggap kekalahannya dan gengnya sebagai seolah telah di”cah
keting” telah dicantas sedangkan ianya keputusan Muktamar sekaligus menghina dan merendah-
rendahkan kewibawaan dan kebijaksanaan para perwakilan PAS tempoh hari.  

Dan terbaru beliau memberi pula kata dua, bahawa kumpulan yang menang dalam tempoh 100 hari
perlulah membuktikan diri mereka lebih baik jika tidak beliau dan kumpulannya akan keluar
menubuhkan parti baru pro PR.

Begitukah kesudahan Khalid agaknya, sekurang-kurangnya dalam PAS?

PAS berjuang untuk Islam, bukannya individu atau kelompok, pemimpin datang dan pergi, jika Khalid
yang pintar dan hebat mengkritik dan menegur itu memilih mempertikaikan kewarasan Muktamar,
saya percaya lebih baiklah beliau segera memilih haluan dan wadah baru. Pemergian sebegitu tidak
sekali-kali akan diratapi.Tak perlulah tunggu 100 hari.

Almarhum Prof Hamka pernah berkata:

“Jangan takut jatuh, kerana yang tidak memanjatlah yang tidak pernah jatuh. Jangan takut gagal,
kerana yang tidak pernah gagallah yang tidak pernah cuba melangkah. Jangan takut salah, kerana
dengan kesalahan yang pertama kita dapat menambah pengetahuan untuk mencari jalan yang benar
pada langkah yang kedua.”

Tidak perluluah mengugut atau memberi kata dua pada Tuan Guru Presiden dan saf kepimpinan yang
baru yang diberikan kepercayaan oleh ahli-ahli PAS. Jika bahtera besar PAS ini saudara rasakan sudah sempit, buruk dan usang, maka saudara sahajalah (dan geng saudara itu) angkat kaki dan naikilah apa sahaja pesawat atau kapal baru yang saudara pilih. Tanpa saudara sedar, sebanyak mana saudara
merendah dan menghina kami disini begitulah sebenarnya pandangan kami dan yang lain terhadap
saudara.

Selamat jalan.

Sumber Roslan SMS Corner - 23-6-2015


Jangan kacau teloq aku’
Posted on Wednesday, May 20 @ 10:02:11 MYT by paktam

Oleh Tan Sri Zainuddin Maidin


Dalam suasana ketegangan politik negara sekarang ini, eloklah jika saya mencatitkan anekdot lucu pengalaman meliputi berita politik di masa lalu, yang diharap dapat menenangkan perasaan semua.

Gambar Pemuda Umno menjulang Datuk Seri Najib Razak mengingatkan saya semula kepada peristiwa itu yang berlaku ketika saya pemberita Utusan menunggu keputusan Pilihan Raya Umum pada 19 Ogos 1959 di Balai Besar Alor Setar.

Wartawan-wartawan menunggu di sebuah bilik yang disediakan di bahagian bawah dan dewan besar di atas untuk pemimpin besar Perikatan dan calon-calon Perikatan serta rakan-rakan mereka.


Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman. menunggu di anjung yang mengadap ke jalan raya dan juga Padang Mahkamah (Padang Court) di mana ramai orang berhimpun untuk turut menunggu keputusan. 

Saya telah diarahkan Pengarang Berita Utusan Melayu di Kuala Lumpur, Salim Kajai supaya menemui Tunku sebaik sahaja Perikatan dapat membentuk kerajaan.

Pada jam kira-kira 2 pagi, saya terus pergi menemui Tunku seorang diri. Kata Tunku "belum tahu semua lagi bagaimana saya nak komen" tetapi saya meyakinkan Tunku "dah cukup kerusi untuk bentuk kerajaan". Tunku terus menyatakan, "Saya bersyukur kepada Allah SWT yang beri kemenangan pada kita, Perikatan akan bentuk semula kerajaan...".

Tidak lama kemudian, setelah sah Perikatan dapat membentuk kerajaan, Tunku turun menemui penyokong-penyokong yang sedang bersorak riang menyambut setiap kemenangan kerusi calon Perikatan yang diumumkan. Saya ikut turun.

Penyokong-penyokong mengangkat Tunku dan menjulang ke atas. Tunku senget ke kiri, senget ke kanan, Dalam keadaan yang tidak seimbang ini, Tunku berkata "Ooi hampa nak angkat, angkatlah, tapi janganlah kacau teloq aku!" yang menyebabkan mereka yang menjulangnya ketawa riuh rendah.

Tetapi nasib baik dalam keadaan geli hati, mereka tidak terlepas daripada memegang Tunku. Jika tidak Tunku betul-betul jatuh ke bawah.

Bagaimanapun, mungkin Tunku yang sedang dijulang juga bimbang akan jatuh dan berseloroh untuk menenangkan hatinya.

Tunku hanya jatuh setelah Pilihan Raya 1969, setelah rakyat Bumiputera tidak lagi menerima dasarnya yang pro-Barat dan banyak bertolak ansur dengan orang Cina dan digantikan oleh Tun Abdul Razak yang memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru dan memperkukuhkan lagi ISA dan Akta Hasutan. – 20 Mei, 2015, zamkata.blogspot.com.

* Tan Sri Zainuddin Maidin merupakan bekas ketua pengarang Kumpulan Utusan Melayu dan bekas menteri penerangan .

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/jangan-kacau-teloq-aku-zainuddin-maidin#sthash.XX8HufV7.dpuf
Sumber DD - 20-5-2015        



[KISAH NYATA KISAH BENAR] Si Ayah Umur 77 Tahun MASIH BEKERJA, Manakala... | Anak Anak Pula… Hurmm



[KISAH NYATA KISAH BENAR] Si Ayah Umur 77 Tahun MASIH BEKERJA, Manakala... | Anak Anak Pula… Hurmm | Kisah ini adalah kisah benar yang menjadi realiti bagi sebahagian 
 dari masyarakat kita…

masa-tua-suram

Semoga kita muhasabah diri dan berdoa agar jadi anak yang soleh solehah sehingga ke akhir hayat 
kita. InsyaAllah…
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni

Kurang sopan bila seorang anak bagitahu ayahnya macam ni:

“Kalau ayah nak duit, bagitahu saya lah ye”…(sambil bersalam)

Saya yang sedang berurut dengan ayahnya kerana tergeliat kaki diam sahaja mendengar
nya sehinggalah ayahnya luahkan pada saya.

“Seorang anak, tak sepatutnya bertanya begitu kepada seorang ayah, dah dia tahu ayah dia ni 
hidup susah, hulur je lah. Malu pakcik nak minta dengan anak, anak beri..pakcik ambil. Kalau anak 
tak beri, pakcik diam. Malu nak meminta ni walaupun dengan anak”.

Pakcik tu bagitahu anak dia alhamdulillah semua boleh dikatakan bergaji agak lumayan jugalah, 
yang bersalam dengan dia tu anak bongsu, gaji dah 7@8k sebulan dan isteri dia pun bekerja…cikgu.

Saja ajak dia berbual rancak sikit sebab saya dok menahan sakit kena urut baru-baru ni, jadi saya 
pun buat-buat tanya..”Berapa sebulan semua anak-anak pakcik bagi?”

Dia pun menjawab dengan jujur: ” Malu sebenarnya pakcik nak cakap, kalau mereka bagi cukup..
tak payahlah pakcik dok berurut orang lagi macam ni, sebab umur pun dah 77 tahun. Mereka 
bagi Rm50 seorang, dapatlah Rm150 sebulan.”

Saya terdiam…xnak ulas apa-apa lagi. Cuma terfikirlah saya…kenapa berkira sangat dengan 
seorang ayah? Kalau seorang anak beri RM300, dah RM900, bolehlah seorang ayah tu berehat sikit 
di usia senja mereka.

Selalunya seorang anak yang berkira dengan ibu ayah, walau sebanyak mana rezeki yang mereka dapat…kebiasaannya mereka akan berasa tak pernah cukup dengan pendapatan mereka. Nafsu mereka menjadi makin besar….(Sebenarnya ujian dari Allah swt untuk anak-anak yang tiada kasihan belas kepada ibu ayah)

Berbuat baik dan berbaktilah dengan ibu ayah kalian sewaktu mereka masih ada, 
menyesal kemudian..dah tak berguna lagi. Sepatutnya kalian berbangga dengan ibu ayah yang 
susah, tapi berjaya juga menghantar kalian ke menara gading dan akhirnya kalian beroleh kerjaya 
yang hebat-hebat belaka. Berilah peluang untuk ibu ayah merasa hidup senang sikit. Mereka 
nak tinggalkan kalian tak lama dah.


Sumber QueachmadBlog - 14-5-2015

Tukar Presiden atau Nizar (13/5/15)

Wednesday, May 13, 2015

Sebelum PRU tahun 2008 dahulu tidak ramai di luar Perak yang mengenali Datuk Seri Nizar Jamaluddin. Beliau ketika PRU 2008 itu merupakan Setiausaha PAS Perak dan apabila gabungan PAS, PKR dan DAP berjaya membentuk kerajaan Negeri Perak, beliau yang ketika itu ADUN Sg Panjang dilantik sebagai MB Perak yang ke 10 walaupun dalam gabungan itu PAS merupakan rakan yang paling kecil.

Dari situ nama Nizar yang sebelum ini tidak dikenali, menjadi sebutan ramai. Maklumlah MB Perak yang pertama yang bukan BN dari PAS pula tu.
Nizar yang menurut rekod menyertai PAS pada tahun 1995, dikira naik begitu pantas dalam PAS. 

Dalam tempuh 20 tahun duduk dalam PAS beliau telah menjadi ADUN, Menteri Besar, ahli Parlimen dan AJK PAS Pusat.

Sudah pasti kenaikkan mendadak ini adalah hasil dari kepercayaan dan sokongan serta dokongan ahli-ahli PAS dari pelbagai peringkat yang memberikan ruang dan laluan buatnya.
Apa pun dalam sebuah Gerakan Islam seperti PAS, setiap individu adalah merupakan soldadu, dan masing-masing memain peranan mengikut arahan dan halatuju yang ditetapkan oleh pucuk pimpinan berlandaskan sumber hukum tertinggi di dalam PAS.

Individu tidak penting, yang penting adalah kelangsungan perjuangan PAS itu sendiri dan usaha kearah mencapai matlamat perjuangan PAS iaitu terbinanya sebuah masyarakat dan Negara yang tunduk pada hukum dan peraturan Allah swt.
PAS terus relevan dalam politik Malaysia lantaran perjuangan Islam yang ia dokong. Benar ia punya pasang surut dalam sejarah politik Negara tetapi ia konsisten dan kukuh dalam memperjuangkan prinsipnya lantaran itu ia terus dihormati dan disenangi masyarakat dan rakyat Malaysia sehinggalah kini.

Oleh itu mana-mana individu yang naik dan punya kedudukan dalam PAS jangan sekali-kali menyangka yang mereka ditempat mereka itu hari ini kerana kehebatan atau bakat mereka masing-masing.
Mereka sesungguhnya disitu kerana ahli-ahli PAS yang hari ini mencecah 1 juta bilangannya yang letakkan mereka di situ. Ahli-ahli PAS yang istiqamah dan ikhlas dalam perjuangan, yang merupakan mata rantai dari mereka –mereka yang sama sejak dahulu ia ditubuhkan yang rela dan bersedia mengorbankan wang, harta, keringat, air mata dan darah kerana yakin pada perjuangan keramat ini.

PAS bukan ditubuhkan semalam atau 1995 tetapi ia wujud dan kekal sejak 1951 lagi.
Bila duduk di atas jangan pula angkuh, sombong, bongkak dengan menganggap hanya ia yang penting dalam bahtera perjuangan yang besar ini. Bila di atas jangan melihat mereka yang lain lekeh, lambat dan menjadi batu penghalang perjuangan.

Kita ini bergerak dalam satu jemaah satu gerakan Islam, jangan sekali-kali memandang kecil pengaruh dan iltizam ahli-ahli jemaah.
Kembali kepada Datuk Seri Nizar tadi, pastinya ramai tersentak apabila melihat tajuk akhbar Sinar Harian hari ini:

Presiden PAS perlu ditukar

Laporan akhbar berkenaan bersumberkan pandangan Nizar dalam satu majlis forum bertajuk “Legasi Perjuangan Almarhum Tuan Guru Nik Abd Aziz” yang dianjurkan di Teluk Intan baru-baru ini.
Nizar dipetik sebagai berkata bahawa PAS perlu melakukan perubahan besar-besaran termasuk memilih Presiden baru bagi memulihkan masalah dalaman parti dan mendapat kembali sokongan rakyat.

Selanjutnya beliau berkata perubahan perlu dilakukan dalam kepimpinan tertinggi pada Muktamar PAS Jun ini dalam usaha menarik kembali sokongan bukan Islam terhadap PAS.
Mengapakah Nizar lantang dan berani begitu? Mengapakah beliau mahu Presiden digantikan?

Bagi saya secara peribadi itu hak Nizar.
Dalam musim pemilihan ini ahli-ahli PAS bebas dan berhak berkempen bagaimana sahaja asalkan tidak melanggar peraturan yang telah ditetapkan. Hari ini pun kita boleh lihat terdapat usaha untuk mencabar Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, dan kepimpinan pro ulamak tertentu.

Masalahnya Nizar seakan membelakangkan hakikat bahawa perubahan yang beliau tuntut itu sebenarnya sudah pun mula berlaku diperingkat akar-umbi PAS dan mengikut trend yang ada, adalah diyakini kemuncaknya nanti akan berlaku dalam muktamar Jun ini.
Cumanya mungkin gelombang yang sedang berlaku itu tidaklah sebagaimana yang Nizar impikan.

Tidakkah Nizar lihat semasa beliau hadir dan merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Kuala Kedah kali ke 41 pada 20 Mac lalu. Betapa beliau telah dengan begitu bersungguh-sungguh mendesak para perwakilan Kuala Kedah melakukan perakara yang sama, iaitu menolak Tuan Guru dan kumpulan pro Ulamak.
Apa kesudahannya?

Kesudahnnya PAS Kawasan Kuala Kedah sebulat suara kekal mencalonkan Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang sebagai calon Presiden mereka. Ini berlaku walaupun Nizar berkempen kuat semasa ucapan perasmiannya!
Begitu juga apa yang berlaku di kawasan beliau sendiri di Kampar, Perak pada 12 April lalu.

Sebagai pemimpin yang hebat yang boleh mahu menjatuhkan Presiden, sudah pastilah mimpinya itu turut akan dikongsi oleh kekuatan akar-umbinya iaitu kawasannya sendiri yang beliau ketuai selama 14 tahun.
Apa kesudahnnya?

Kesudahannya satu Malaysia telah tahu.
PAS Kampar terus mencalonkan Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang sebagai Presiden, dan lebih memeranjatkan lagi tidak cukup dengan itu, PAS Kampar turut tukar ketuanya dengan menggantikan Nizar dengan Ustaz Mohd Soffian Rejab. Nizar sekadar memperolehi 24 undi berbanding Ustaz Soffian 146 untuk jawatan Yang Dipertua PAS Kampar.

Dan begitu juga setelah pencalonan kawasan-kawasan satu Negara berakhir baru-baru ini, kita difahamkan Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang terus mendapat sokongan pencalonan dari hampir 90 peratus kawasan-kawasan seluruh Negara.
Kesimpulannya keghairahan Nizar itu malangnya kelihatan tidak dikongsi oleh ahli-ahli PAS.

Lawan dan bertandinglah menentang Tuan Guur Hj Abd Hadi Awang, tiada sekatan pun dalam Perlembagaan PAS tetapi hakikatnya dari trend semasa kelihatan orang-orang PAS terus mahu agenda perjuangan PAS berdasarkan apa yang digariskan dalam Perlembagaannya kekal, diterus dan dipertingkatkan bernakhodakan Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang.
Sebagaimana keghairahan Nizar, memang kelihatan orang-orang PAS mahu perubahan besar-besaran kali ini berlaku dalam PAS.

Akan tetapi perubahan itu tidaklah sebagaimana mimpi Nizar. Perubahan yang bakal disaksikan adalah pembinaan saf kepimpinan yang lebih mantap,  yang ikhlas dan  istiqamah berpegang kepada prinsip perjuangan, bersendikan kepimpinan ulamak demi memartabatkan Islam atas muka bumi ini, insyallah.  

Sumber Roslan SMS Corner - 13-5-2015

Najib lwn Mahathir: Silat lwn Kalari Payat
Posted on Tuesday, May 12 @ 16:35:16 MYT by paktam

Oleh sakmongkol AK47 

PM Najib boleh jerit sana sini. Dia boleh upah MP Kalabakan himpun orang ramai. Beri t shirt, topi, duit dan sediakan makanan. Karipap mungkin RM3 satu. Orang pun ramai datang.Najib pun suka dan gembira. Rakyat masih sayangkan aku. Mungkin juga ada placards we love PM.

Tapi Najib dan saya tahu bahawa jika Dr Mahathir memulakan sesuatu dia akan usaha sampai ke penghujung. Jika dia kata dia nak tumbangkan Najib , bersedialah kita -dia akan usahakan langkah2 sehingga Najib jatuh.


Walaupun umur 90 tahun, bila ada perlawanan, Dr Mahathir ada anjakan adrenalin.

Otak nya kembali muda. Langkah nya akan jadi mantap. Silatnya akan jadi tangkas.
Najib bersilat, dr Mahathir kalari payat. Bugis lawan Malabar.

Jika Najib sokong Dr Mahathir dan kerana sokongan itu, Dr Mahathir jadi PM selama 22 tahun, perkara serupa boleh diaplikasi keatas Najib. Kerana sokongan itu Najib dapat tempat dalam UMNO sehingga jadi PM. Orang UMNO tahu berapa kali Najib hampir digugurkan tapi selamat kerana Dr Mahathir berlembut.

Dan Dr Mahathir tahu kenapa Najib ubah sokongan pada saat akhir kepada nya.

Sama ada Najib Tun Razak kurang ajar atau dr Mahathir tak ada rasa malu, kita bebas menterjemahkan nya. Di Tawau, PM Najib suruh Dr Mahathir jangan buat bising lah. Mereka, termasuk Najib telah menyokong dia dari tahun 1987. Dr Mahathir kena sokong pula. Kalau tak sokong diam sahaja ba.

Tapi kerana sokonga itu jua, Najib terus jadi menteri semenjak 1987, dinaikkan pangkat sebahagian besar nya bawah perlindungan Mahathir dan jdi TPM dan PM atas desakan Mahatir juga. Budi siapa kepada siapa yang lebh besar?

Tidak kiralah sama ada orang yang berhimpun itu disewa atau tidak atau di punggah dengan segala kenderaan supaya memenuhkan ruang. Najib suka ada pesta dan orang ramai kerana ianya memebri ilusi sokonan terhadapnya kuat. Orang bangsawan suka jika ada rongeng2 sikit, nyanyi2 sikit, gedik2 sikit.

Dr Mahathir yang sudah 90 tahun macam tak reti Bahasa- PM suruh diam dan sokong, dia masih hentam. Kita menunggu DR Mahathir keluarkan kenyataan megapa Najib menyokong nya disaat akhir.

Umum tahu bahawa Najib ketika itu, sampai ke saat akhir menyokong Tengku Razaleigh. Mesti ada rahsia besar yang Dr Mahathir ada keatas Najib yag menyebabkan Najib menyokong DR Mahathir. Kita tunggu juga jawapan Dr Mahathir.

Seperti orang lain, saya baca tulisan Dr Mahathir yang mutakhir. Perenggan yang meminatkan saya ialah:

Saya tidak dapat terima negara diperintah oleh Pakatan. Dasar-dasar dalam parti-parti dalam pakatan bertentangan antara satu dengan yang lain. DAP lebih utamakan kepentingan orang Cina.

PAS mendakwa ia bukan Melayu, hanya Islam. Keislaman PAS hanyalah untuk politik bukan sebenarnya untuk Islam. Sebab itu PAS mengkafirkan UMNO kerana bekerjasama dengan orang kafir tetapi kemudian PAS memeluk orang kafir. Parti Keadilan hanya untuk Anwar jadi Perdana Menteri.

Jika Pakatan menjadi Kerajaan, huru-hara akan berlaku. Kemajuan negara akan terjejas dan rakyat semua kaum akan menderita.

Dasar parti mungkin bertentangan satu sama lain- tapi keinginan untuk melihat Malaysia sebagai sebuah negara demokratik, dipimpin oeh kerajaan yang jujur dan boleh dipercayai, berdiri atas prinsip perintah ikut undang adalah impian bersama.

Dibawah umno, mereka perintah ikut selera PM. Seperti yang Dr Mahathir sendiri sebut- pengadu yang melapurkan mengenai jho Low dirampas rumah dan diistihar muflis, pemberita ditangkap, ugutan sana sini.

Kedaaan tidak akan lebih huru hara seperti yang berlaku sekarang. Kita sudah sampai ke bontot tong, tidak ada arah lain melainkan keatas.

Di negeri yang diperintah oleh DAP, PKR dan PAS keadaan lebih teratur dari pemerintahan Malaysia dibawah AhJib Gor.

Dr Mahathir tidak sebut perkara yang terpenting. UMNO tumbang dan akan tewas kerana parti itu gagal mengundang believability. It is failing because it no longer enjoys believability.http://sakmongkol.blogspot.com/

Sumber DD - 12-5-2015

Salahkah Rakyat Prihatin Dengan Isu 1MDB Dan TH ?

Posted on Monday, May 11 @ 10:36:55 MYT by paktam

Oleh Mohammad Agus Yusoff

Bercakap di Milan tentang isu 1MDB, TPM menyatakan beliau buntu untuk menjawab isu ini. Jika TPM pun buntu, apatah lagi rakyat? Benarkah 1MDB ini masalah kepada ekonomi negara? Bagi pembangkang dan masyarakat sivil, mereka mendakwa masalah besar kerana hutangnya pun sudah RM42 bilion.

Bagi kerajaan pula, semuanya dalam kawalan dan tunggulah hasil semakan oleh Jabatan Audit Negara. Jika tunggu berapa lama dan sampai bila? Perlu ada jangka waktunya supaya rakyat tidak gelisah.

*******************
Isu ekonomi negara ini bukan hanya tentang 1MDB, tetapi juga tentang pemberian sekeping tanah oleh THP dari syarikat 1MDB dan juga GST.

Tentang pemberian tanah oleh THP, rakyat tidak marah jika untuk pelaburan yang boleh membawa keuntungan kepada pendeposit.

Rakyat cuma mahu tahu kenapa THP membeli tanah ini dengan harga RM2,880 sekaki persegi dari 1MDB, sedangkan 1MDB mendapat tanah tersebut dengan harga RM60 sekaki sahaja dari kerajaan. Kenapa 1MDB membelinya dengan harga RM4 juta dari kerajaan, THP pula membelinya dari 1MDB dengan harga RM188.5 juta?

THP hanya perlu jawab sahaja pertanyaan ini. Tetapi Alhamdulillah, kelmarin THP telah pun menjawab hal ini dengan menyatakan akan menjual semula tanah ini dengan kentungan RM5 juta.

*********************

Tentang GST, rakyat juga tidak marah jika pelaksanaannya sama seperti yang dijelaskan oleh kerajaan. Kerajaan menyatakan GST tidak akan membebankan rakyat kerana harga keperluan asas tidak naik; GST hanya untuk orang kaya; GST menurunkan cukai SST dari 10+6% kepada hanya 6% sahaja.

Realitinya, apabila dilaksanakan harga barang keperluan naik. Hatta, harga kad prabayar yang dijanjikan tidak naik pun dikenakan GST. Kerajaan berjanji akan menyelesaikan masalah kad prabayar ini dengan Telco, tetapi sampai sekarang belum ada lagi pengumuman mengenai penyelesaiannya.

Apabila harga keperluan meningkat, rakyat marah dan menuntut penjelasan. Apabila rakyat mengeluh, keluarlah kenyataan rakyat tidak berterima kasih; pembangkang mengambil kesempatan dan lainnya. Isu rakyat telah ditukar menjadi isu politik kepartian. Mengapa sampai begitu?

Di akhir analisis, saya dapati rakyat mengeluh kerana mereka tidak mendapat jawapan kepada isu yang timbul, tetapi alasan semata. Susah sangatkah untuk memberi jawapan yang boleh meyakinkan rakyat?

Melihat kembali, saya fikir wajar kita turut merenung kebuntuan TPM.

Sumber DD - 11-5-2015

Dr Wan Azizah Bakal Dilantik Ketua Pembangkang

Posted on Friday, May 08 @ 00:35:18 MYT by paktam

Oleh Shahbudin Husin



Sebagaimana jangkaan ramai, PKR berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Permatang Pauh walaupun UMNO dan BN berhempas pulas mahu membuktikan kemampuan merampas kawasan itu. Dalam keputusan yang diumumkan sebentar tadi, PKR menang dengan majoriti 8,841 undi menewaskan BN dan dua calon lain.

Dr Wan Azizah Wan Ismail berjaya memperolehi undi sebanyak 30,316 manakala calon BN, Suhaimi Sabudin mendapat 21,475 undi. Dua calon lain itu Azman Shah Othman (PRM) dan Salleh Isahak (Bebas) masing-masing hanya mendapat 101 dan 367 undi saja. 

Walaupun majoriti kemenangan PKR menurun berbanding pilihanraya lalu iaitu sebanyak 11,721 undi ketika Anwar Ibrahim menjadi calon tetapi ianya lebih disebabkan kurangnya peratusan yang turun mengundi. Kali ini peratusannya hanya 73 peratus berbanding 88.3 peratus pada pilihanraya 2013 lalu.

Disebabkan hari mengundi jatuh pada hari bekerja, ia mungkin antara faktor yang menyebabkan pengundi luar tidak dapat menunaikan tanggungjawab mereka.

Bukan saja undi PKR menurun daripada 37,090 kepada 30,316, perolehan BN juga berkurangan daripada 25,369 kepada 21,475 pada kali ini berbanding pilihanraya 2013 lalu.

Kejayaan PKR mengekalkan kerusi Permatang Pauh ini sekali lagi memberi tamparan kepada UMNO dan BN setelah keputusan mengecewakan di Rompin dua hari lalu. Di ketika Permatang Pauh dilihat kekal sebagai kubu pembangkang, Rompin pula memperlihatkan wujudnya angin perubahan yang ketara.

Ia sekaligus memberi gambaran bahawa kehadiran PR melalui gabungan Pas, PKR dan DAP masih diperlukan oleh rakyat negara ini, bukan saja untuk memberi saingan kepada BN tetapi juga sebagai alternatif dambaan untuk menerajui kerajaan akan datang.

Keputusan dua pilihanraya kecil ini tidak disangkal lagi turut merupakan signal paling jelas bahawa kepimpinan Perdana Menteri, Najib Razak semakin ditolak dan kian jauh dari hati rakyat. Diselubungi dengan pelbagai isu dan masalah, terutama 1MDB dan GST, ketiadaan sokongan daripada bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad nyata membuatkan kedudukan Najib dalam memimpin kerajaan semakin berada di hujung tanduk.

Penolakan rakyat terhadap UMNO, BN dan kerajaan bukan lagi sekadar berlegar di kalangan pengundi bandar, separa bandar, golongan muda dan mereka yang celik internet, bahkan sudah menerobos ke kawasan Felda dan kampung-kampung yang jauh di pedalaman.

Sebelum ini, UMNO bukan saja ingin menambah majoriti kemenangan di Rompin, malah penuh yakin dapat merampas kembali kerusi Permatang Pauh daripada PKR. Kini, kedua-dua impian dan harapan itu berkecai bersama hadirnya awan mendung yang makin menjadikan kedudukan Najib dan kerajaan kian gelap jadinya.

Dengan kemenangan Dr Wan Azizah ini, beliau hampir pasti akan dilantik sebagai Ketua Pembangkang yang baru menggantikan Anwar Ibrahim pada sesi Parlimen yang dijadualkan bermula 18 Mei depan.

Sekiranya momentum penolakan rakyat berterusan sehingga pilihanraya akan datang dan Najib pula terus enggan menyerah kalah kepada saranan berundur atau meletakkan jawatan sebagaimana yang sudah banyak kali dilontarkan oleh Tun Mahathir Mohamad, petunjuk daripada Rompin dan Permatang Pauh ini sekaligus memberi harapan lebih cerah kepada PR dalam fasa-fasa mendatang berbanding BN yang diterajui Najib.

Selepas PR memenangi pilihanraya umum akan datang, tidak syak lagi Dr Wan Azizah akan dipilih menjadi Perdana Menteri "interim" sementara menunggu pembebasan Anwar Ibrahim daripada penjara yang bakal diusahakan melalui pengampunan diraja. Jika ini berlaku, tidak berjaya menjadi Menteri Besar Selangor sebelum ini, rupa-rupanya kerusi Perdana Menteri sedang menanti Dr Wan Azizah.

Tidak lama setelah dibebaskan, tentu saja Anwar akan diberikan peluang untuk bertanding di mana-mana pilihanraya kecil bagi membolehkannya menjadi Ahli Parlimen semula dan seterusnya akan dilantik sebagai Perdana Menteri mengggantikan Dr Wan Azizah bagi menghargai jasa dan pengorbanannya sehingga sanggup ke penjara sebelum itu.

Anwar ketika itu akan dianggap sebagai hero dalam memastikan kemenangan PR dan pemenjaraannya telah berjaya merangsang rakyat melakukan perubahan melalui pilihanraya.

Bertahun-tahun UMNO cuba menghalang pendakian Anwar ke kerusi Perdana Menteri, beliau akhirnya mendapat apa yang diidamkannya semata-mata hanya kerana kepimpinan Najib yang terlalu lemah dan banyak masalah telah membuka ruang seluas-luasnya ke arah itu.

Dengan kemungkinan ini, apakah Najib masih mahu bertahan dan Ketua-Ketua UMNO Bahagian pula ingin terus mengekalkannya sebagai Perdana Menteri?

Sumber DD - 8-5-2015

Pelaburan Tabung Haji Dalam 1MDB Arahan Politik ?

Posted on Friday, May 08 @ 00:42:06 MYT by paktam

Oleh Zainudin Maidin

Sekiranya hartawan "Penyangak" tidak terlibat  dengan 1MDB, maka pembelian tanah oleh Tabung Haji (TH) sebagai strateji pelaburan dalam syarikat itu  tidak akan menimbulkan kegemparan dan keraguan  di kalangan pencarumnya dan juga rakyat.

Pendedahan mengenai pembelian itu   bernilai RM 188.5 juta  pada mulanya seperti mahu dirahsiakan  oleh Pengerusi TH Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim  tetapi kemudian disahkan oleh pegawai TH. 


Kebocoran "rahsia "ini berlaku kepada blog mungkin kerana orang dalam TH sendiri tidak bersetuju dengan pembelian ini.

 Dalam soal ini ,seorang Mufti mahukan jawapan dari Perdana Menteri Malaysia sendiri untuk  menghilangkan kerisauan rakyat.

"Ini isu masa depan saya dan negara" kata Mufti Perlis,Datuk Mohd Asri Zainul Abidin.

Mufti Perlis ini tidak secara langsung  bercakap bagi pihak berjuta  pencarum TH  yang terdiri dari orang Melayu dan Islam  yang sedang berada dalam perasaan terkejut dan marah  bila mengetahui pekara ini.

Persoalan yang timbul sekarang ialah apakah  Tabung Haji  membuat keputusan sendiri mengenai pembelian itu atau adakah ia menjalankan arahan politik? .

Pertanyaan ini timbul secara sepontan apabila mengingatkan  semula bahawa perlantikan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim sebagai pengerusi TH telah menjadi kontroversi  kerana beliau diketahui rapat  dengan orang yang dikatakan berpengaruh kuat dalam menentukan beberapa  dasar dan pentabiran kerajaan.

Malaysian Insider melaporkan:  Sebelum ini, Azeez menafikan pendedahan beberapa blog bahawa TH membeli dua bidang tanah bernilai RM772 juta yang merupakan sebahagian projek Tun Razak Exchange


Petikan dari blog http://zamkata.blogspot.com/

Sumber DD - 9-5-2015 

Dr Wan Azizah Menang PRK Permatang Pauh

Posted on Friday, May 08 @ 06:57:50 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

Oleh A Kadir Jasin



PARTI Keadilan Rakyat yang mewakili Pakatan Rakyat mengekalkan kerusi parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang, dengan mendapat undi popular kecil sedikit berbanding Pilihan Raya Umum 2013 tetapi masih jauh meninggalkan Barisan Nasional.

Calonnya, (Datin Seri) Dr Wan Azizah Wan Ismail memperoleh 30,316 undi atau 57.1 peratus undi popular manakala calon Barisan Nasional, Suhaimi Sabudin mendapat 21,475 undi atau 40.44 peratus undi popular.


Dr Wan Azizah Senyum Terima Kemenangan - Gambar Malaysian Insider

Calon Parti Rakyat Malaysia (PRM) Azman Shah Othman memperoleh 101 undi dan calon bebas Salleh Isahak mendapat 367 undi.



Dalam Pilihan Raya Umum 2013, (Datuk Seri) Anwar Ibrahim memperoleh 37,090 undi atau 58.56 peratus undi popular manakala calon BN, Mazlan Ismail mendapat 25,369 undi atau 40.06 peratus.


Secara rambang kita perhatikan ramai pemilih mengambil keputusan “memboikot” PRK itu. Daripada 71,252 pemilih berdaftar, hanya 52,983 atau 73.71 peratus keluar mengundi manakala yang keluar pula tidak melakukan sebarang anjakan. Dalam PRU 2013, bilangan yang keluar mengundi 88.3 peratus.

BN akui kekalahan - Gambar Malaysiakini

Ramalan sesetengah pihak, khususnya yang mirip kepada BN, bahawa PRK itu adalah pertandingan 50-50 jelas songsang. BN masih jauh di belakang PKR/PR.



Kempen kedua-dua belah pihak gagal menaikkan semangat pemilih untuk keluar mengundi sebaliknya menyebabkan lebih 26 peratus memboikotnya.



Wallahuaklam.



Sumber TKO - 8-5-2015

Apabila serangan memakan diri (1/5/15)


Friday, May 01, 2015

Walau berbagai asakkan ditalakan ke arahnya, walau berbagai tohmahan dilemparkan terhadapnya, walau bertubi-tubi serangan dilancarkan ke atasnya, samada oleh segelintir mereka di dalam PAS mahupun dikalangan pimpinan tertentu dalam Pakatan Rakyat, namun sebaik pencalonan untuk jawatan-jawatan tertinggi yang bakal ditandingi dalam Muktamar PAS Jun ini ditutup semalam, Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang dipercayai terus mengungguli dan mendahalui pencalonan dengan mendapat lebih 80 peratus pencalonan dari kawasan-kawasan PAS seluruh Negara untuk mengekalkan jawatan Presiden PAS.

Dua pencabarnya iaitu Ustaz Ahmad Awang dan Husam Musa masing-masing berkongsi tidak lebih dari 20 peratus baki, itupun ada diantaranya dari kawasan-kawasan yang cawangan-cawangannya antara yang terkecil bilangannya dalam Negara.
Samada mereka berdua ini akan menerima pencalonan ataupun tidak, tidak pula diketahui kerana pada asasnya kedua-dua mereka masing-masing memperolehi lebih 2 pencalonan dan dengan itu layak bertanding.

Bagi jawatan Timbalan Presiden yang kini disandang Muhammad Sabu, satu lagi kejutan berlaku apabila beliau dipercayai menerima kurang dari 25 peratus pencalonan manakala nama yang melonjak naik dicalonkan oleh kawasan-kawasan iaitu Ustaz Dato Tuan Ibrahim Tuan Man menerima lebih 70 peratus pencalonan.
Dato Tuan sekiranya menerima pencalonan dijangka berupaya merampas jawatan nombor dua tertinggi dalam PAS itu.

Isunya, apakah yang mendorong ahli-ahli akar umbi PAS khususnya di kawasan-kawasan seluruh Negara untuk bangkit melawan arus yang cuba dicetuskan oleh segelintir tertentu dengan bantuan kuat media sosial dan rata-rata media alternatif yang besar-besar?
Mengapa nama Tuan Guru terus dicalonkan? Dan mengapa nama Muhammad Sabu dicicirkan demikian rupa?

Malah kalau dilihat pencalonan untuk 3 jawatan Naib-naib Presiden, juga dipercayai, mereka yang dikaitkkan kuat dibelakang gelombang kononnya “perubahan” yang cuba dicetuskan dalam PAS itu masing-masing goyang dan tidak mustahil boleh tumbang. Nama-nama baru yang sealiran dengan sikap dan pendirian Tuan Guru dilihat jauh mendahului yang lain, malah selebihnya dipercayai memperolehi pencalonan jika tidak setanding, ada yang jauh ke hadapan penyandang kini.
Ustaz Idris Ahmad umpamanya dipercayai mendapat pencalonan terbanyak yakni lebih dari dua penyandang sekarang iaitu Salahuddin Ayub dan Husam Musa. Manakala nama-nama baru seperti Ustaz Dato Nik Amar, Ustaz Nasrudin Tantawi dan Dato Iskandar Abd Samad dipercayai kuat mencabar bilangan pencalonan yang diperolehi Salahuddin tapi yang pasti lebih dari yang diperolehi Husam.

Bukankah sebelum ini Tuan Guru difitnah dan dicemuh tidak Pakatan “friendly”, “flip flop” dalam kepimpinan, kononnya mahu bermesra dengan Umno, membelakangkan AJK Pusat dan berbagai lagi. Ada segelintir orang dalam  PAS sehingga berkempen meminta Tuan Guru ditukarkan, dan ini mendapat bantuan mereka yang diluar PAS sehingga menyebut nama-nama pemimpin tertentu untuk menggantikan Tuan Guru yang dituduh kononnya sudah tidak layak.
Sebuah NGO juga tiba-tiba digerakkan oleh orang-orang PAS tertentu untuk membantu agenda menggulingkan Tuan Guru ini.

Mengapakah arus yang cuba dicetuskan ini seakan ditolak mentah-mentah oleh akar umbi PAS? Apakah yang mendorong mereka untuk bertindak balas menolak pimpinan yang terlibat yang cuba mencetuskan arus yang tidak menjadi itu?
Bagi para penganalisa di luar PAS berbagai alasan diberikan dan memang mereka berhak menabur sebanyak mana alasan yang boleh terpacul dari akal fikiran mereka tetapi bagi kita yang di dalam PAS, yang telah sekian lama melalui proses pentarbiyahan dalam parti, yang pernah susah dan senang bersama, ianya bukanlah sesuatu yang luar biasa.

PAS adalah sebuah gerakan Islam. Walaupun ia berdaftar sebagai sebuah badan siyasah sebagaimana parti-parti lain akan tetapi hakikatnya ia sebuah gerakan Islam terlebih dahulu.
Saya pernah sebutkan sebelum ini dan orang-orang PAS semuanya tahu dan akur bahawa cita-cita perjuangan PAS tidak sekadar terhad kepada pencapaian dunia atau menawan Putrajaya semata-mata. Ia lebih luas dan jauh. Orang-orang PAS berjuang untuk menawan ganjaran yang dijanjikan Pencipta mereka, iaitu sesuatu yang tidak masuk akal dan tidak pernah diimpikan oleh mana-mana parti dan badan siyasah lain.

Inilah yang membezakan PAS dengan yang lain-lain. Selagi parti-parti lain, kawan ataupun lawan, selagi para penggiat dan pengamal media tidak memahami faktor ini maka selagi itulah PAS tidak boleh mereka baca.
Dan malangnya selagi segelintir orang-orang PAS sendiri lupa atau terbawa-bawa dengan mimpi lain, selagi itulah mereka juga akan sukar membaca hati sanubari kekuatan akar umbi PAS, yang berkorban yang bermati-matian sejak dahulu hingga sekarang untuk mengekalkan PAS di atas landasan perjuangan ini.

Pemimpin PAS bertanggungjawab di hadapan Allah swt, bukan hanya kepada ahli-ahlinya. Mereka boleh dikritik, mereka yang menyeleweng dari landasan perjuangan boleh “digulingkan” akan tetapi mereka yang jujur dan istiqamah jangan sekali-kali dicuit atau cuba diserang.
Tuan Guru umpamanya dalam ucapan penggulungannya dalam Muktamar PAS yang lepas pernah menyebut:

“Saya tidak bersedia membawa ahli-ahli PAS ke neraka……”
Ucapan seperti ini tiada dalam kamus mana-mana pemimpin parti-parti lain kerana perjuangan semua mereka hanya terhad sekadar di Putrajaya. Kerana itu ucapan seperti ini menggelikan telinga sebahagian mereka, sesuatu yang tidak “real”, sesuatu yang melalut bagi sebahagian lain, walaubagaimanapun bagi ahli-ahli PAS, yang masuk dan menyertai gerakan Islam ini untuk mengejar redha Allah swt yang jauh mengatasi redha manusia, ianya “real” dan hanya boleh diucapkan secara ikhlas oleh pemimpin mereka yang berani, komited dan istiqamah.

Orang-orang PAS sejak dahulu walau dari berbagai disiplin dan latabelakang akademik dan profesyion termasuklah petani, nelayan dan buruh akan sentiasa selesa dan senang dipandu oleh para ulamak sebagai pemimpin mereka.
Pemimpin ulamak di dalam PAS tidak “maksum”, mereka disenangi tetapi jika menyeleweng, mereka dengan sendirinya terjatuh atau akan dijatuhkan, ramai yang telah begitu mengikut rekod dari Presiden, Timbalan sehinggalah Setiausaha Agung. Yang “laju” yang memiliki cita-cita peribadi semuanya telah tersingkir dan tergelicir.

Kerana itu apabila ada usaha untuk menyerang apa lagi “menggulingkan”seorang pemimpin ulamak yang pada mata dan kepercayaan orang-orang PAS seorang yang terbukti ikhlas dan komited, datanglah dari mana arah sekalipun serangan tadi, maka serangan itu akan dianggap sebagai sesuatu yang cuba mencabar dan mengancam keutuhan PAS itu sendiri yang pada hakikatnya berpaksi atas kepimpinan ulamak.
Apabila PAS terancam, maka tatkala itu kekuatannya yakni ahli-ahli akar umbinya tanpa banyak pengarahan dan dorongan akan bingkas bangkit bertindak balas dan menyelamatkan satu-satunya parti Islam dalam Negara ini.

Bagi saya serangan melampau dan keterlaluan terhadap Tuan Guru telah memakan diri.
Kerana itu ada yang menyangka jawatannya akan terus kekal tiba-tiba memperolehi pencalonan kecil, sesuatu yang sangat tidak masuk akal. Kerana itu ada yang memegang jawatan YDP Kawasan sekian lama, tiba-tiba boleh tergolek jatuh dijatuhkan oleh mereka yang dikira dari “gred” yang rendah berbandingnya.

Inilah makan diri namanya.
Ada penganalisa yang menyatakan bahawa bilangan pencalonan nanti tidak mencerminkan bilangan undi dalam erti kata lain ianya belum boleh diterjemahkan kepada undi bagi menjamin kejayaan mana-mana tokoh dalam Muktamar nanti. Sekali lagi, mungkin bagi parti-parti siyasah lain begitulah bacaannya, tetapi bagi saya, realitinya dalam PAS, memilih pemimpin juga merupakan sebahagian dari amalan agama dan ibadah.

Gendang ancaman tehadap keutuhan dan kelangsungan perjuangan PAS telah dipalu sejak Tuan Guru diserang secara terbuka bermula beberapa bulan lampau. Ia terus kencang bergema.
Kawasan-kawasan telah meluahkan isi hati mereka. Dalam muktamar nanti,kekencangan dentuman paluan itu akan terus dirasai, dan saya percaya, ianya akan diterjemahkan sehingga mencorakkan satu saf kepimpinan yang akan merupakan satu pasukan yang boleh bekerja dan bergerak bersama Presiden mereka.

Saf kepimpinan itu tidak harus dikhuatiri mana-mana pihak kecuali Umno dan BN. Peranan PAS dalam Pakatan Rakyat nanti semakin bermakna kerana suara Presidennya nanti itulah juga suara mereka yang sepasukan dengannya, tiada lagi suara-suara sumbang seperti sebelum ini.
Islam yang diperjuangkan PAS akan lebih difahami dan dihormati samada oleh kawan mahupun lawan.

Itulah sepatutnya wajah PAS, iaitu cerminan asas dan pinsip perjuangannya dan cerminan keinginan dan kemahuan ahli-ahlinya. Wajah ini sekali-kali tidak akan berubah kecuali orang-orang PAS sudah longlai semangat juangnya dan terbuai pula dengan mimpi orang lain.
Terima kasih suara akar umbi PAS, kekallah PAS dengan wajah Islam tulinnya insyallah.

Sumber Roslan SMS Corner / TKO - 1-5-2015

Maaf Khalid saya berbeda pandangan (21/4/15)

Tuesday, April 21, 2015

Hala tuju bahtera besar perjuangan PAS ini diyakini tidak akan berubah.

Ke mana hala tuju atau tujuan bahtera besar ini?

Mengikut Fasal 7 Perlembagaan PAS, tujuan PAS adalah:
(1) Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.

(2) Mempertahankan Kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.


Ke situlah tujuan bahtera ini iaitu belayar bagi mendakapi dan memperolehi redha Allah swt. Menuntut sesuatu melangkaui tuntutan politik mana-mana parti lain kerana matlamatnya merentasi sempadan dunia iaitu sehinggalah ke destinasi muktamad iaitu di akhirat kelak.
Nakhoda yang ada hari ini sebagaimana nakhoda-nakhoda yang sebelumnya, ribut atau petir, tenang atau suram, ke sanalah dipandunya bahtera ini, cepat atau lambat namun ke sanalah tujuannya dengan penuh sabar dan istiqamah.

Bahtera ini tidak akan lari atau terpesong dari hala tuju yang telah ditetapkan kerana itulah PAS ditubuhkan. Namun kiranya bertukar tanganlah nakhoda ini dari yang ada ke seseorang yang punya agenda peribadi atau seseorang yang sanggup menggadaikan cara demi mengejar matlamat yang ada, sudah tentu tatkala itu bahtera ini akan berubah haluan.
Berbelok ke kiri atau ke kanan ia, mengambil jalan pintas dan mudah, membelakangkan kaedah dan panduan yang diterima pakai, diketika itulah bahtera ini akan tersasar dari tujuan asalnya. Segala khazanah ilmu dan tunjuk ajar akan dikesampingkan.

Bahtera ini biar belayar ikut naluri dan nafsu nakhoda baru, kalau perlu di tarik ke darat di tariklah ke darat, kalau perlu dijunamkan ke dasar lautan, dijunamkanlah kerana segala disiplin dan panduan yang diguna selama ini kononnya merupakan batu penghalang kejayaan.
Saya mengambil mukadimmah sedemikian dalam posting kali ini kerana seorang pemimpin PAS Pusat telah mengeluarkan kenyataan berikut dalam sebuah portal berita:

“Sikap yang ditunjukkan Pemuda PAS Pulau Pinang dan kawasan Permatang Pauh dalam menghadapi pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh adalah wajah baharu parti Islam itu sekiranya kumpulan tertentu dipilih dalam muktamar Jun nanti .”
Beliau menambah:

“Sikap mereka keras dan tidak berhemah. Tiada unsur ingin berkawan dan tiada kebijaksanaan berpolitik. PAS akan kembali bersendirian, terpinggir dari politik arus perdana. Ia tanpa sifat keterbukaan dan menggunakan pendekatan paksa dan ugut,"
Dan katanya lagi:

"Hala tuju PAS, masa depan PAS. Permatang Pauh sebagai saksinya,"
Rintihan berbunyi serangan Khalid Samad ini bagi saya serampang yang banyak mata.

Satu dibayangkan bahawa sikap Pemuda PAS Pulau Pinang dan PAS Permatang Pauh adalah keterlaluan dan ektrim khasnya dalam hubungan bersama PR 
Dua dibayangkan bahawa sikap sebegini iaitu keras dan tidak berhemah, mengguna pendekatan paksa ugut, adalah sikap yang dianuti oleh mereka yang berlainan dengan kumpulan beliau dalam PAS yang kononnya lebih terbuka dan moderat

Tiga dibayangkan jika kumpulan ini yang berlainan dari kumpulan beliau berupaya menang dalam muktamar Jun ini maka akan kembali bersendirian, terpinggir dari politik arus perdana.
Saya tidak tahu samada kenyataan Khalid itu melanggar Peraturan-peraturan pemilihan PAS namun demikian ianya sesuatu yang serius yang perlu diperjelaskan agar tidak meroskakkan fikiran orang ramai terhadap PAS.

Yang pertama apa yang dilakukan oleh Pemuda PAS Pulau Pinang dan PAS Permatang Pauh, iaitu kenyataan berhubung sokongan mereka kepada calon PKR dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh memanglah kelihatan keterlaluan dan ekstrim, tetapi adakah ianya salah dan melampaui kebebasan bersuara kerana ia kelihatan mengancam dan tidak menghargai nilai persahabatan dalam PR?
Jika begitu pada perkiraan Khalid, kenapa Khalid tidak tegur DAP apabila mengeluarkan kenyataan memutuskan hubungan dengan ketua parti sendiri, dengan Presiden PAS tempuh hari? Tidakkah itu juga keterlaluan dan ekstrim?

Tidakkah kenyataan mereka itu mungkin bermaksud memulangkan paku buah keras kepada DAP kawan kita yang tidak “respect” pemimpin nombor satu kita.
Juga sikap DAP dan PKR yang keras menolak perlaksanaan Hudud di Kelantan juga satu sikap yang ekstrim dan keterlaluan yang tidak pula menganggu fikiran Khalid.

Bagi saya mereka punya hak bersuara kerana merekalah akar umbi kekuatan kita. Masalah bila parti tidak mahu dengar suara akar umbi.
Penyelesaiannya, biarlah pemimpin tertinggi turun dan berjumpa mereka. Bukankah itu sikap yang “civil” berbanding kenyataan ancaman Khalid ini? Saya pasti jika Presiden PAS bertemu secara tertutup dengan mereka, mereka akan berjaya diyakinkan, begitulah sepatutunya pendekatan pemimpin, bukannya menyerang dan mencantas sebagaimana Khalid.

Seterusnya untuk Khalid melonggokkan sikap dalam hal spesifik ini dan dikaitkan dengan kumpulan yang berlainan darinya dalam pemilihan Muktamar nanti adalah bagi saya satu kempen memburuk-burukkan yang dilakukan secara terang-terangan.
Seolah-olah mereka yang tidak sehaluan dengan beliau, jika menang, akan menjadikan PAS nanti punya sikap yang ekstrim, terkebelakang dan lalu terpinggir dari arus perdana politik.

Kerana itulah saya memberikan mukadimmah di atas.
Kita berjuang dalam PAS ini dengan satu tujuan yang jelas. Untuk itu kita perlukan satu saf kepimpinan yang juga jelas dalam memahami tujuan itu dan memacu bahtera perjuangan ini teguh sehingga sampai destinasinya.

Kenyataan Khalid itu mengancam bahawa wajah PAS akan berubah selepas muktamar jika kumpulan yang selain kumpulan beliau dan nama-nama yang disebutnya iaitu Dr Dzulkefly Ahmad, Hanipa Maidin, Mujahid Yusof Rawa kalah dan ditewaskan.
Itu pandangan Khalid.

Bagi saya yang lebih penting PAS perlukan pemimpin yang sekali-kali tidak akan bertolak-ansur dalam bab prinsip dan akidah perjuangan. Bahtera perjuangan ini perlu dinakhodai oleh mereka yang sedemikian. Berpegang teguh pada prinsip dan asas sebenar “tahalu siyasi” dan tidak goyang atau meminda-minda hukum dan adab perjuangan demi kepetingan perinadi atau agenda tertentu.
Maaf Khalid tetapi mungkinkah wajah PAS akan berubah cerah sekiranya bebas dari anda dan kumpulan anda itu, atau bagaimana?

Sumber SMSRoslan - 21-4-2015

BOLEH MENANGIS PEGAWAI KWSP BILA BACA KOMEN NI...


Sumber HD / NNB - 23-4-2015






Kan aku dah kata.......! Tektik lama......bila kena belasah 
Akhbar yang salah petik! Ismail: 

Saya tidak samakan Najib dengan Allah mk - 5:14PM - 12 Apr 2015 



Menteri Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan sebuah laporan akhbar Sabah bahawa beliau berkata tidak percaya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak seperti tidak mempercayai Allah.

Beliau mengulas satu artikel Daily Express bertajuk 'Umat Islam tidak percaya Najib tidak percaya Allah', berhubung Najib bersumpah tidak mempunyai kaitan dengan pembunuhan wanita Mongolia, 
Altantuya Shaariibuu."Itu tidak benar, dalam ucapan saya, saya berkata Najib telah bersumpah dalam masjid, 'Wallahi, Wabillahi, Wattalahi' (bersumpah dengan nama Allah sebagai saksi)."Sebagai seorang Muslim, kita harus percaya kepadanya dengan sumpahnya," katanya melalui satu kiriman SMS kepada Malaysiakini.

Keratan laporan The Daily Express sedang tersebar di media sosial dengan ramai yang mengkritik Ismail sebagai pembodek.Najib pada wawancara yang dirakam dengan TV3 pada Khamis berkata beliau bersumpah laknat pada 2008 bahawa beliau tidak tahu Altantuya.Beliau dengan tegas menafikan sebarang penglibatan dalam pembunuhan pada 2006, yang menyaksikan badan Altantuya diletupkan dengan bahan letupan.

Sumber HD - 12-4-2015

http://www.harakahdaily.net/index.php/terbaik-dari-blog/95-terbaik-dari-blog/34844-kan-aku-dah-kata


Ibu Sirul Kongsi Maklumat Dengan Dr Mahathir

Posted on Saturday, April 11 @ 22:31:07 MYT by Reformis

Oleh A. Kadir Jasin



Terima kasih kepada pembahas kerana merujuk kepada temu ramah berakam (recorded interview) TV3 dengan Perdana Menteri malam tadi.

Surat khabar arus perdana kata “semua dijawab”. Maksudnya Mohd Najib Abdul Razak menjawab “semua” soalan Tun Dr Mahathir Mohamad.


Hamdan temu ramah PM di TV3 malam tadi - Gambar Rockybru.


Saya tidak salahkan mereka menulis tajuk berita sedemikian kerana saya yakin para petugas mereka tidak membaca blog Dr Mahathir di chedet.cc atau mana-mana laman berita yang memetik soalan-soalan yang beliau kemukakan kepada Mohd Najib apatah lagi menyiarkan soalan-soalan beliau dalam akhbar atau di stesen TV mereka.

Malang bagi mereka dan bagi Perdana Menteri kerana ada di antara yang membaca akhbar arus perdana dan menonton TV3 turut melayari blog Dr Mahathir dan portal-portal berita untuk mengetahui apa yang beliau tanya.

Dr Mahathir tidak pernah kata atau buat andaian Mohd Najib kenal Altantuya apatah lagi terlibat dalam pembunuhannya. Tapi itulah yang Mohd Najib bersumpah berkali-kali.

UPDATE, 9 April - Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mencabar penyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak, supaya mengisyiharkan sokongan mereka kepada 1MDB dan modus operandi urus niaganya.

Menulis dalam blognya, Dr Mahathir berkata mereka perlu menjawab soalan-soalan yang beliau kemukakan mengenai 1MDB kalau mereka setuju dengan Mohd Najib dan menyokong beliau. (Rencana penuh di sini).


POSTING ASAL

IBU Sirul Azhar Umar, Piah Ahmad, telah berjumpa bekas Perdana Menteri (Tun) Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya semalam.

Sirul buatkan ramai "love PM". Kata orang "I Love PM" adalah legasi Allahyarham (Tan Sri) Jamaluddin Mohd Jarjis

Laporan beberapa portal berita bebas berkata beliau diiringi oleh Ketua Penerangan PAS merangkap Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar.

Awal pagi ini, dalam jawapan kepada SMS saya, Mahfuz mengesahkan yang perjumpaan itu berlaku semalam (Rabu).

(Dari Kiri) Mahfuz, Dr Mahathir, Ibu dan bapa saudara Sirul (FMT)

Pertemuan itu dikatakan diatur oleh bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan, (Datuk Paduka) Khairuddin Abu Hassan. Pada 2 Februari lalu Khairuddin membuat laporan polis terhadap 1Malaysia Development Berhad.
 
Ibu Sirul dikatakan telah berkongsi maklumat dan beberapa fakta rahsia dengan Dr Mahathir berhubung pembunuhan warganegara Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006.

Sirul bersama Cif Inspektor Azilah Hadri dijatuhi hukuman gantung oleh Mahkamah Persekutuan pada 13 Januari lalu atas tuduhan membunuh Altantuya. Sirul tidak hadir mahkamah dan muncul di Australia kemudiannya.

Wallahuaklam.

Sumber DD - 11-4-2015

Isyarat Hanipa kepada para perwakilan (2/4/15)

Thursday, April 02, 2015

PAS ini asalanya dianggotai oleh saf kepimpinan yang teratur, masing-masing dengan kelayakan dan latarbelakang tersendiri, namun bangun, berdiri dan bergerak laksana satu pasukan yang ampuh dan kukuh memartabatkan perjuangan Islam.

Lantaran ciri-ciri kepimpinan Islam inilah maka ramai tertarik, terpesona dan akhirnya menyertai PAS dan menyokong PAS dalam berbelas-belas pilihanraya sebelum ini.
Namun demikian apabila ia semakin besar dan kini dengan keahlian mencecah 1 juta ahli, samada disukai ataupun turut bertaut dan bernaung di bawah PAS berbagai ragam dan perangai ahli termasuklah pimpinan. Terkadang kualiti kepimpinan Islam itu digerhanai lantaran gelagat yang tersimpang sehingga boleh membangkitkan aib pada parti yang berpegang pada Islam ini.

Saya pernah membuat posting contohnya berkenaan YB Hanipa Maidin, ahli parlimen Sepang yang keterampilannya banyak menimbulkan kegusaran sehingga malah PAS Sepang yang sepatutnya merupakan tapak beliau melangkah ke Parlimen turut menyuarakan kebimbangan dan ketidakpuasan hati mereka terhadap beliau.
Hari ini umpamanya Hanipa mengulas komen Timbalan Menteri Besar Kelantan, Ustaz Dato Nik Amar yang menegaskan kesediaan PAS untuk berseorangan, maksudnya bersendirian tanpa PR.

Hanipa tidak langsung dapat menerima idea ini, malah untuk menambah rencah kepada kritikkan beliau terhadap kononnya idea Dato Nik Amar itu beliau menyindir bahawa kiranya PAS bersendirian maka yang pasti gembira adalah Umno dan BN.
Saya hairan kenapa Hanipa sanggup menyimpang dari isu sebenarnya yang mengakibatkan Dato Nik Amar memberikan reaksi demikian.

PAS tidak minta keluar dari PR. Terakhir Presiden PAS sendiri terus menegaskan bahawa PAS mahu kekal bersama PR. Siapa yang mahu keluar?
Masalahnya isu di hadapan kita adalah kemarahan DAP pada usaha PAS mahu membuka laluan bagi perlaksanaan Hukum Hudud di Kelantan. Apabila Presiden PAS merancang mahu membentangkan usul persendirian atau private Bill di Parlimen bagi meminda Akta Mahkamah Syariah, DAP terus bertindak meyingkir Presiden PAS.

Setiausaha Agung DAP mengisytiharkan DAP memutuskan segala hubungan dan kerjasama dengan Presiden PAS tetapi tetap bersama PR. Di Sarawak DAP Sarawak memutuskan hubungan dengan PAS negeri dan di Sabah PKR dan DAP memutuskan hubungan dengan PAS Sabah.
Siapa yang mahu siapa keluar?

PAS tidak minta keluar. DAP yang seakan memaksa sesuatu ke atas PAS. Biar orang PAS marahkan Presiden PAS dengan harapan Presiden PAS nanti tidak lagi Presiden selepas muktamar PAS kerana DAP hanya akan bekerjasama dengan Presiden PAS selain Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang.
Semua orang PAS rata-rata boleh nampak dan perasan pada tekanan DAP itu sehingga Setiausaha Agung PAS sendiri menganggap sikap DAP itu sebagai “childish”.

Dimana Hanipa ketika itu?
Kenapa Hanipa tidak tegur DAP?

PAS mahu kekal bersama PR kenapa DAP mencetuskan provokasi sebegitu.
Sepatutnya Hanipa bingkas bangkit dan tegur DAP, bagi tau DAP kiranya bersikap sebegini nanti Umno dan BN gembira.

Kerana itu Dato Nik Amar memberikan rekasi bahawa PAS bersedia bersendiri. Maksudnya kalau DAP mahu memaksa PAS keluar sebagaimana yang bewrlaku di Sarawak dan Sabah, PAS sanggup berjuang bersendirian kerana sebelum ini pun PAS memang begitu.
PAS ada harga diri, PAS punya maruah. Kalau rakan-rakan menghina dan memperlakukan PAS sebegaiamana DAP, sepatutnya PAS keluarkan amaran sebagaimana penegasan Dato Nik Amar, bahawa PAS memang sedia bersendiri.

Kenapa Hanipa kalut?

Kenapa Hanipa perlu campakkan pula kisah Umno dan BN dalam situasi ini?
Tegurlah DAP, minta DAP tarik balik kenyataan menghina Presiden PAS. Kalau mahu berkawan sepatutnya kita saling lengkap melengkapkan bukannya menghina sesama pimpinan begitu.

Tetapi Hanipa pilih untuk kritik Dato Nik Amar dan membisu bila Presidennya dihina.
Itullah kelainan Hanipa, beliau memilih untuk menganggotai pasukannya sendiri. Mungkin itu isyarat buat para perwakilan  pada muktamar PAS nanti.

Sumber Roslan SMS Corner - 3-4-2015

Awas! Jangan Terpedaya Dengan Lelaki Penghantar Sejambak Bunga di Rumah


lelaki hantar sejambak bunga di rumah

Awas! Jangan Terpedaya Dengan Lelaki Penghantar Sejambak Bunga di Rumah
Taktik terbaru penjenayah untuk merompak berjaya dikesan oleh seorang penghuni rumah di Bandar Country Homes. Penjenayah dikatakan cuba memperdaya mangsa dengan membuat helah sebagai penghantar bunga.

Ikuti kisah penghuni rumah di Bandar Country ini:

PERHATIAN!!! Sila kunci pintu pagar rumah anda. Jangan biarkan tak berkunci.

Sekarang ini baru berlaku kepada kawan saya di rumahnya di Bandar Country Homes, jam 1.35 petang.

Seorang lelaki membawa sejambak bunga dan meminta kawan saya keluar dari rumah untuk ambil bunga itu. Lelaki itu kata ada orang bagi.

Bila kawan saya suruh tinggalkan je bunga itu di pagar. Tetapi lelaki itu mendesak juga untuk keluar dari rumah dan ambil bunga itu dari tangan dia.

Apabila kawan saya kata lelaki itu mungkin tersilap alamat, lelaki itu bertegas menafikan dan tetap mengatakan bahawa bunga itu sememangnya untuk kawan saya tu. Bagaimanapun kawan saya tetap enggan percaya dan keluar dari rumah.

Perkara yang sama juga berlaku pada sepupunya yang berada di kawasan yang sama pada jam 2.50 petang. Tetapi mereka tidak dapat melakukan apa-apa kerana pintu pagar berkunci.
Mungkin ini adalah taktik baru penjenayah untuk merompak.

Besar kemungkinan, jika mangsa yang terhidu bau bunga itu akan dipukau ataupun diacukan dengan senjata bahaya.

Suspek menaiki kereta BMW berwarna hijau dan kini pihak polis sedang giat mencari suspek.
Sila berhati-hati dan jangan sesekali percaya pada sesiapa, sentiasa kunci pintu dan jika dipanggil oleh orang yang tidak dikenali, eloklah jangan layan.

SEBARKAN UNTUK KESELAMATAN BERSAMA.

Sumber HD - 27-3-2015


Inilah Presiden PAS...inilah ketua kami (26/3/15)

Thursday, March 26, 2015



Diketika PAS mahu berusaha melalui lunas dan peruntukkan demokrasi dan undang-undang untuk membawa dan memperkenalkan perlaksanaan syariat Islam ke atas umat Islam, diketika itulah ia menerima serangan, kritikkan dan cemuhan pelbagai pihak, kawan dan musuh , luar dan dalam.
Di Negeri Kelantan, bumi bertuah pertama di Malaysia yang akan menyaksikan perlaksaan sistem keadilan Islam itu segala proses demokrasi dan undang-undang telah pun lengkap diambil.

Malah Tuanku Sultan turut bertitah bersetuju untuk menjadikan Negeri Serambi Mekah itu negeri pertama yang mendaulatkan hukum Allah swt di Malaysia.
Ternyata PAS istiqamah dalam mahu melihat cita-cita perjuangannya dapat dilaksanakan.

Almarhum Tok Guru Nik Abd Aziz, yang mengambil inisiatif pertama membawa usul ini ke Dewan Negeri lebih 20 tahun dahulu telah melaksanakan tanggungjawabnya dan kini tiada lagi bersama kita.
Beban amanah ini terus digalas dengan cekal dan berani oleh Presiden PAS Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang.

Disaat memikul amanah inilah Tuan Guru berhadapan pelbagai ujian dan cabaran. Sehingga kini semuanya beliau lalui dengan penuh tabah dan gagah. Tidak goyang tidak goyah beliau lantaran tuntutan perjuangan dan janji Allah swt yang mahu dikejar oleh seluruh umat Islam dimana sahaja.
Menerima tentangan dari seteru politik bukanlah sesuatu yang asing. Umno yang sekian lama berseteru digelanggang politik dengan PAS, di Kelantan telah dapat menerima hakikat, dan memberikan persetujuaan terbuka, kerana ini peraturan Allah, bukannya bikinan tangan PAS atau pimpinannya.

Ahli-ahli Parlimen Umno, masih belum diduga, dan diharapkan atas nama Islam mereka akan menurut rakan-rakan mereka di Kelantan. Tetapi rakan-rakan komponan mereka khasnya yang bukan Islam secara terbuka telah menyatakan penentangan.
Bagi Tuan Guru dan PAS, apa pun ianya perlu diperkenalkan dan dibawa juga ke Dewan Rakyat untuk membuka laluan perlaksanaannya di Kelantan.

Menerima tentangan dari kawan, itu yang agak mengecewakan, tetapi atas nama kebebasan bersuara dan berpandangan, Tuan Guru selaku Presiden Parti Islam Se Malaysia teruskan juga.
Alangkah baik jika kawan-kawan faham. Berbahaslah di Dewan secara berhemah. Arahkan kawan-kawan ahli Parlimen yang beragama Islam agar menyokong kerana ini bukan ciptaan PAS tetapi tuntutan agama Islam, tuntutan ke atas mereka semua yang Muslim. Tetapi kelihatan kawan-kawan juga menolak.

Bagi Tuan Guru, selaku Presiden PAS ianya wajar diteruskan dan malah beliau sendiri akan membawa Private Bill bagi tujuan ini, jauh di sudut hati bukan hanya beliau tetapi semua ahli-ahli PAS dan saya percaya majoriti umat Islam Malaysia meletak harapana tinggi agar syariat Allah akan mendapat tempat, semoga semua yang beragama Islam, Umno, PBB, DAP, PKR atau mana sahaja akan menyokong.
Teringat ucapan beliau semasa Muktamar lalu:

“Jangan ingat majoriti yang besar selama-lamanya tanpa keredhaan Allah. Yang penting mencari keredhaan Allah…….”
Paling terguris hati sekali adalah apabila ada yang dalam jemaah sendiri yang seakan menghalang-halang. Beri keutamaan pada pemulihan banjir lah, apa perlu disegerakanlah, perlu dapat persetujuan dan sokongan PR dululah……

Bukan hanya Tuan Guru, semua kita yang cinta dan bersungguh menyumbangkan harta dan nyawa untuk perjuangan ini pasti terguris hati apabila berhadapan dengan anggota jemaah sendiri yang sedemikian. Tak pernah terfikir di benak kepala kita akan ada orang PAS lebih malang yang bertaraf pimpinan yang tergamak bersikap sedemikian diwaktu pancaroba ini.
Sekali lagi teringat pesanan Tuan Guru dalam Muktamar lalu:

“Ahli-ahli wajib beristiqamah. Wajib beramal, berdakwah, berjihad dengan ilmu, dengan fekah. Bukan ilmu sahaja, fekah, faham ilmu itu dan ikhlas. Menjaga adab berjemaah, bersatu dalam perkara dasar dan matlamat. Kita tidak berpecah walaupun berbeza pendapat.”
Hari ini seluruh kekuatan PAS berdiri dan memberi keyakinan kepada Tuan Guru Presiden untuk meneruskan kerja besar ini. Nakhoda yang mengemudi bahtera besar perjuangan kita ini perlu diberikan semangat, perlu diiringi, disokong dan diberikan kekuatan, kerana apa yang mahu beliau bawa adalah Islam. Ini bukan perjuangan peribadi beliau ini perjuangan kita semua.

Hari ini melalui FB nya Tuan Guru memberikan penjelasan sejelas-jelasnya “Isu Hudud” yang dikeliru dan dipesongkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
https://www.facebook.com/abdulhadiawang/posts/788939631191157:0

Sehingga ada yang takut ada yang cemas angkara kerja-kerja jahat mereka yang tidak bertanggunmgjawab itu, begitulah apabila kita tidak patuh pada adab berjemaah.
Ayat penutup kepada penjelasan panjang-lebar Tuan Guru Presiden PAS itu perlu difahami

“Dalam masa yang sama, apa yang ingin dicadang dan akan dibawa oleh PAS menerusi Private Members Bill nanti pula bukanlah rang undang-undang hudud, tetapi pindaan dalam akta Mahkamah Syariah untuk membuka sedikit ruang bagi membolehkan satu-dua aspek syariah itu dilaksanakan terhadap penganut Islam sahaja.
Kita adalah makhluk yang berilmu, bertamadun dan matang. Maka dengarlah dahulu apa yang ingin dikemukakan. Jangan terus melompat dan bertempik gegak gempita memberikan kritikan tanpa mengetahui hujung pangkalnya.”

Saya secara peribadi bangga yang gerakan Islam PAS di Malaysia ini punya ketua atau Presiden seumpama Tuan Guru yang terserlah menzahirkan akhlak dan keperibadian pemimpin Islam diketika Islam dicaci dan dicemuh.
Semoga Allah swt merestui dan memberkati perjuangan ikhlas kita semua

Sumber Roslan SMS Corner - 26-3-2015


ANGGOTA POLIS TRAFIK BANTU WARGA ORANG KELAINAN UPAYA MELINTAS JALAN. 



Seorang anggota polis trafik berhenti menawal lalu lintas yang sedang sesak semata-mata membantu orang kurang upaya (OKU) melintas jalan di Jalan Templer, Petaling Jaya, Selangor.Sungguh mulia sikap yang dipamirkan oleh anggota polis trafik ini .. Tabik spring melantun dari rakyat.Turut terharu juga apabila pengguna jalanraya turut memberikan kerjasama dan sokongan kepada sikap mulia anggota polis trafik ini dengan memberi laluan dan ruang kepadanya untuk membimbing OKU tersebut melintas jalan.TAHNIAH!!! ... Polis Dan Rakyat Berpisah Tiada.

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin

Sumber BOK - http://omakkau.blogspot.com/ - 26-3-2015

Betul ke DAP tidak minta tukar Presiden PAS?

Posted on Wednesday, March 25 @ 23:00:00 MYT

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



DAP telah membuat satu keputusan baru-baru ini yang ramai anggap sebagai "childish" atau keanak-anakkan, apabila CEC nya memutuskan untuk terus bersama PAS dan PKR dalam Pakatan Rakyat namun memutuskan hubungan dan kerjasama dengan Presiden PAS yang mereka kononnya anggap sebagai "tidak jujur" dan "tidak bermaruah".

Rata-rata ahli-ahli PAS yang masih yakin dengan perjuangan PR kesal dengan kenyataan DAP itu. Menuduh Presiden kami sedemikian, sangatlah kasar dan biadap. Tidak layak bagi seorang kawan bertindak begitu.
Lalu apa bacaan atau rasional dari keputusan “childish” itu.
Banyak tafsiran yang boleh diberi dan berbagai persepsi yang melayang-layang.
Saya sendiri dalam posting saya sebelum ini menyebut:
“Dan ada pemerhati yang menyatakan kenyataan Guan Eng ini sekaligus merupakan campurtangan terus DAP dalam urusan PAS apabila dilihat memberi isyarat kepada ahli-ahli PAS agar tukar Presiden dalam muktamar yang akan datang.
Mungkin idea ini cetusan benak kepala Guan Eng sendiri atau mungkin juga ia dibisikkan kepada beliau oleh orang tertentu dalam PAS yang turut mahu menukar Presidennya.Mana tahu melalui kenyatan sebegini orang PAS akan geletar lalu berlumba menjatuahkan Tuan Guru sebagai Presiden.”
Itulah bacaannya.
Ustaz Nasrudin Hassan, AJK PAS Pusat yang juga ahli Parlimen Temerloh mengulas dalam FB nya:
“Kesimpulan yang boleh saya rumuskan ialah, DAP tidak mahu pemimpin yang sukar mengikut rentak dan kehendak mereka seperti Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang. Sebaliknya DAP mahu pemimpin atau Presiden PAS yang boleh mengikut kemahuan dan telunjuk mereka. Tentu sahaja hasrat DAP itu tidak boleh ditunaikan sekarang, kerana Tuan Guru Hj Abdul Hadi masih memimpin PAS. Ertinya DAP mahukan Presiden PAS yang akan datang adalah Presiden yang boleh memenuhi citarasa DAP.”
Tiba-tiba hari ini sebagaimana dilaporkan oleh The Star Online, http://www.thestar.com.my/News/Nation/2015/03/25/DAP-ticks-off-nasrudin-over-dap-friendly-hadi/
pimpinan DAP melenting.

Ia menyebut:
“Several DAP leaders ticked off Temerloh MP Nasrudin Hassan for accusing the party of trying to influence members to install a "DAP-friendly president" in the June party elections.”
(Beberapa pimpinan DAP menegur AP Temerloh Nasrudin Hassan kerana menuduh parti itu cuba mempengaruhi ahli-ahlinya agar mengangkat “Presiden yang mesra DAP” dalam pemilihan parti itu Jun ini)

Kenapa melenting, bukankah itu jelas maksudnya?

Menyerang dan menghina peribadi Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, Presiden PAS dan memutuskan hubungan dengannya tetapi dalam waktu yang sama mahu berkawan terus dengan PAS, membawa hanya satu mesej, tukar Presiden anda kepada seorang yang lebih mesra DAP, itu sahaja.

Cuba lihat dan teliti kenyataan Dr Ong Kian Ming, ahli parlimen DAP Serdang dalam laporan yang sama:
“We can’t influence how PAS members vote. We have just declared that it is difficult for us to work with Hadi at this point of time. PAS members have to decide for themselves,”
(Kami tidak boleh mempengaruhi para perwakilan PAS. Kami hanya mengisytiharkan bahawa buat masa ini kami sukar mahu bekerjasama dengan Hadi. Ahli-ahli PAS perlu memutuskan sendiri.)

Sudah terang tak perlu bersuluh.
Rasa saya kami semua termasuk Ustaz Nasrudin Hassan, tidak silap lagi, begitulah gamaknya.
Kerana itu kami menyelar keputusan itu.
PAS dan ahli-ahlinya tetap yakin dan percaya dengan Pakatan Rakyat, tetapi tindakan DAP jelas mahu memaksa kami samada tukar Presiden untuk kekal dalam PR atau menerima padahnya. Itu satu ancaman.
Mesej jelas dari berbagai kenyataan pimpinan dan ahli-ahli PAS kebelakangan ini adalah bahawa jangan sentuh Presiden kami, jangan sentuh urusan parti kami.
PAS tidak syak lagi mahu kekal berkawan dengan semua dalam PR. Peliharalah adab dan sopan dalam berkawan. Kawan tidak campurtangan hal rumahtangga kawannya, dan kawan tidak sekali-kali akan gigit dan cederakan kawan sendiri.


ROSLAN SMS
ttp://n32.blogspot.com



Sumber TKO - 26-3-2015

Apa keputusan DAP ini? (24/3/15)

Tuesday, March 24, 2015

Setelah keluar dengan berbagai ancaman terutama mengatakan bahawa hari-hari PAS dalam Pakatan Rakyat bakal berkahir, tiba-tiba DAP terbit dengan suatu keputusan yang agak membingungkan.

Mesyuarat Jawatankuasa Pusat atau CEC DAP semalam memutuskan akan meneruskan hubungan bersama PKR dan PAS dalam Pakatan Rakyat. Akan tetapi ia turut memutuskan, sebagaimana dinyatakan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng : The Star Online:

“The DAP has lost trust and confidence in Hadi as a Pakatan Rakyat leader and will end ties and cease to work with him.”
(DAP telah hilang keyakinan dan kepercayaan pada Hadi sebagai pemimpin Pakatan Rakyat dan akan memutuskan hubungan dan kerjasama dengan beliau.)

Dan dalam TMI pula Guan Eng dilaporkan berkata:
“DAP tidak boleh bekerjasama dengan Presiden PAS seperti Hadi yang tetap bertindak secara tidak jujur dan tidak bermaruah”

Bermakna DAP mahu berkawan dengan PAS tetapi tidak mahu berkawan dengan Presiden PAS.
Sebagaimana ramai kita mengalu-alukan keputusan DAP untuk terus kekal dalam Pakatan Rakyat, namun demikian keputusan memotong Tuan Guru Presiden PAS begitu, ternyata merupakan satu “disrespect” atau penghinaan yang tidak sewajarnya dikenakan ke atas ahli-ahli PAS yang telah mengangkat Tuan Guru sebagai Presiden mereka.

Dan ada pemerhati yang menyatakan kenyataan Guan Eng ini sekaligus merupakan campurtangan terus DAP dalam urusan PAS apabila dilihat memberi isyarat kepada ahli-ahli PAS agar tukar Presiden dalam muktamar yang akan datang.
Mungkin idea ini cetusan benak kepala Guan Eng sendiri atau mungkin juga ia dibisikkan kepada beliau oleh orang tertentu dalam PAS yang turut mahu menukar Presidennya.Mana tahu melalui kenyatan sebegini orang PAS akan geletar lalu berlumba menjatuahkan Tuan Guru sebagai Presiden.

Apa pun ternyata setelah sekian lama berkawan Guan Eng tidak langsung mengenali peribadi dan personaliti Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang. Beliau tidak punya agenda peribadi, bukan mahu berebut jawatan atau tergila mahu menjadi PM. Beliau istiqamah dalam perjuangan menegakkan Islam sebagaimana ditegas dan digariskan oleh Perlembagaan PAS.
Segala yang diperjuangkan Tuan Guru, samada dalam krisis MB Selangor, mahupun isu perlaksanaan Hudud di Kelantan, segalanya menepati tuntutan perjuangan PAS, tidak lari dan terpesong beliau dari jalan lurus yang diterokai PAS zaman-berzaman.

Kiranya kerana perjuangan ini maka Guan Eng anggap Tuan Guru tidak jujur dan tidak bermaruah, maka tidak jujur dan tidak bermaruahlah seluruh kekuatan ahli dan penyokong PAS yang mendukung perjuangan ini.
Walaubagaimanapun keputusan Guan Eng dan DAP itu hak mereka, bagi kita ianya sesuatu yang “childish” atau keanak-anakkan dan lebih sebenarnya ke arah mahu campurtangan membantu menurunkan Presiden PAS dari jawatannya.

Kepimpinan Ulamak dalam PAS akan kekal samada Guan Eng setuju ataupun tidak.
Kenyataan beliau yang “childish” itu sesungguhnya akan membakar lagi semangat akar-umbi PAS untuk bangkit pertahankan Tuan Guru Presiden mereka yang mereka yakin berada atas landasan Islam yang sebenar.

Terima kasih Guan Eng.

Sumber RoslanSMSCorner - 24-3-2015

PENGGUNA MEDIA SOSIAL TERSENTUH DENGAN SI ISTERI INI


http://www.harakahdaily.net/index.php/terbaik-dari-blog/95-terbaik-dari-blog/34506-pengguna-media-sosial-tersentuh-dengan-si-isteri-ini

Sumber HD - 24-3-2015


ANDA PASTI TERKEJUT LIHAT SAHABAT LUAR BIASA LELAKI INI





http://www.harakahdaily.net/index.php/terbaik-dari-blog/95-terbaik-dari-blog/34491-anda-pasti-terkejut-lihat-sahabat-luar-biasa-lelaki-ini

Sumber HD - 23-3-2015



































Bahaya apabila PM hilang jalan cerita

A KADIR JASIN | .

PEMBAHAS “berasiam” dalam komen kepada tampalan bertajuk “A Cabinet Snub For 1MDB?” antara lain, berkata:

“Nampaknya telah disebut secara jelas siapa yang membiayai pengajian anak-anak almarhumTun Abdul Razak. Utusan Malaysia hari ini menyiarkan laporan bahawa arwah Tan Sri Mohamed Noah (Beirut) sebagai datuk (sebelah ibu) kepada merekalah yang menanggung semuanya. Disebut juga kaitannya dengan mendiang Tan Sri Lim Goh Tong dan Genting.

Beliau menambah: “....telah beberapa kali juga jasa baik DAKJ dipohon untuk mengulas mengenai yayasan berkenaan sebelum isu pewarisan ini menjadi hangat. Sebagai orang lama yang terlibat dalam kewartawanan DAKJ pasti mempunyai maklumat lebih banyak mengenai yayasan berkenaan. Dedah fakta takkan nak kena saman kot. Kalau saman pun gerenti yang kena saman tidak kalah. Boleh kan.”

Terima kasih. Selain “berasiam”, beberapa orang pembahas lain turut menyebut mengenai (Tan Sri) Mohamad Noah Omar. Sebagai jawapan, sila pertimbangkan hujah dan fakta berikut:

1. Siapa yang membiayai pendidikan Perdana Menteri, (Datuk Seri) Mohd Najib Abdul Razak bukanlah isunya. Tidak ada siapa pun yang bertanya atau mempersoalkan pembiayaan pendidikan Mohd Najib.

2. Yang menjadi isu dan pertikaian ialah dakwaan mengenai gaya hidup mewah yang dipamerkan oleh Mohd Najib, isterinya (Datin Seri Paduka) Rosmah Mansor dan anak tirinya, Riza Abdul Aziz – anak Rosmah dengan suami pertamanya.

3. Turut dipersoalkan adalah hubungan mereka bertiga dengan orang misteri Jho Taek Low dan dakwaan hubungan sulit Jho Low dengan 1Malaysia Development Berhad seperti yang dilaporkan oleh akhbar New York Times pada 8 Feb lalu.

4. Antara lain, NYT memetik seorang jurucakap Pejabat Perdana Menteri (PMO) sebagai berkata  “…neither any money spent on travel, nor any jewellery purchases, nor the alleged contents of any safes are unusual for a person of the prime minister’s position, responsibilities and legacy family assets.” (“…sama ada mana-mana wang yang digunakan untuk perjalanan atau barang kemas, atau dakwaan kandungan mana-mana peti besi adalah bukan luar biasa bagi mana-mana orang yang sama kedudukan dengan perdana menteri, tanggungjawab dan harta peninggalan keluarga.”

5. Media massa bebas dan atas talian terperanjat dengan kenyataan itu yang seolah-olah memberi gambaran bahawa bapa beliau, Allahyarham (Tun) Abdul Razak Hussein meninggalkan harta pusaka yang banyak.

6. Empat orang adik beradik Mohd Najib - (Datuk) Johari, (Datuk) Nizam, (Datuk) Nazim and (Datuk Seri) Nazir - mengeluarkan kenyataan pada 24 Feb menyesali hujah Pejabat Perdana Menteri itu. Mereka berkata: “Kami amat bimbang yang beberapa berita dan tampalan sejak akhir-akhir ini telah menimbulkan spekulasi mengenai bentuk dan jumlah harta yang ayahanda kami, Tun Abdul Razak, tinggalkan.

"Kami ingin menyatakan secara bertulis bahawa Tun Abdul Razak adalah seorang yang sangat berprinsip dan dikenali oleh semua orang yang akrab dengan beliau sebagai sangat berjimat cermat dan berintegriti tinggi, dan sebarang kenyataan atau kesimpulan yang bercanggah dengannya adalah bohong dan menyeleweng daripada memori, sumbangan beliau serta pengorbanan beliau kepada negara.

“Kami mengutuk sesiapa saja yang menodai memori beliau biar apa sekali pun motifnya.”

7. Kenyataan Pejabat Perdana Menteri itu telah menyebabkan sesetengah pihak, khususnya yang tidak mengenali Abdul Razak, mempersoalkan integriti beliau sebagai Perdana Menteri yang telus dan bebas rasuah.

8. Lima hari kemudian, pada 1 Mac, Berita Harian dan Utusan Malaysia sekonyong-konyong menyiarkan kenyataan Mohd Najib memuji sifat jimat-cermat dan integriti bapanya.

9. Sebelum itu boleh dikatakan semua anggota media arus perdana membakulsampahkan kenyataan empat adik-beradik Mohd Najib mengenai hal yang sama. Hanya media bebas dan media atas talian saja memberikan ruang kepada mereka.

10. Kata Mohd Najib, bapanya tidak pernah terlibat dengan amalan rasuah sama ada dalam politik atau ketika dalam perkhidmatan awam. Utusan juga melaporkan yang Mohamad Noah membiayai pendidikan Mohd Najib adik-beradik.

11. Malangnya, apabila nama Mohamad Noah diseret ke dalam isu harta pusaka peninggalan yang didakwa memanfaatkan Mohd Najib maka timbullah pula persoalan mengenai siapa Mohamad Noah dan apakah punca kekayaan beliau.

12. Orang yang mengenali Mohamad Noah, yang nama jolokannya Noah Beirut, akan mengingati beliau sebagai bapa kepada dua wanita yang mengahwini dua Perdana Menteri Malaysia – (Tun) Rahah mengahwini Abdul Razak dan Allahyarhamah (Tun) Suhaila mengahwini Allahyarham (Tun) Hussein Onn.

13. Dalam dunia politik, beliau diingati sebagai antara pengasas Umno dan Speaker Dewan Rakyat.

14. Tetapi pembabitan dalam perniagaanlah yang menjadikan beliau istimewa dan kontroversial. Beliau adalah rakan kongsi “Raja Judi” Malaysia, mendiang (Tan Sri) Lim Goh Tong. Mohamad Noah dan Lim mengasaskan projek kasino tunggal Malaysia di Genting Highlands pada tahun 1965.


Tiga Sahabat: Tunku Abdul Rahman, Noad dan Lim
15. Lim, dalam memoirnya “My Story” antara lain, berkata: “On April 27, 1965, Tan Sri Haji Mohd Noah and I set up a private company called Genting Highlands Sdn Berhad. Between the years 1965 and 1970, we made applications to the Pahang and Selangor Governments for 4,940 hectares and 1,110 hectares of freehold land respectively.” (Pada 27 April 1965, Tan Sri Haji Mohd Noah dan saya menubuhkan syarikat persendirian bernama Genting Highlands Sdn Bhd. Antara tahun 1965 dan 1970 kami memohon kepada kerajaan Pahang dan Selangor bagi mendapatkan masing-masing 4,940 hektar dan 1,110 hektar tanah pegangan bebas.)

16. Masalahnya, adakah perlu Mohd Najib dan media massa arus perdana yang menyokong beliau membangkitkan hal Mohamad Noah membiayai pendidikan cucu-cucunya kerana tidak dapat tidak orang yang mengetahui latar belakang Mohamad Noah akan mengaitkan beliau dengan lesen kasino?

17. Di manakah dan apakah peranan penasihat media, komunikasi, perang saraf dan pereka imej Mohd Najib yang begitu ramai dan tergolong di dalamnya seorang penasihat orang putih yang dicamkan sebagai Paul Stadlen.


18. Sejak akhir-akhir ini Stadlen menjadi bahan berita sensasi media atas talian kerana gaya hidupnya. Yang berminat boleh baca di sini.

19. Apakah semua ini ciri-ciri sokong membawa rebah dan harapkan pagar, pagar makan padi atau, lebih teruk daripada itu ia berupa petanda bahawa Perdana Menteri sedang kehilangan jalan cerita (plot)?

Wallahuaklam. - http://kadirjasin.blogspot.com/

Sumber HD - 3-3-2015

Mempertikai Petisyen Rayuan Anwar Samalah Seperti Menolak Kehadiran Agong

Posted on Thursday, February 26 @ 11:26:45 MYT by paktam

Oleh Shahbudin Husin
Ramai benar yang tidak senang dan gelabah bila Anwar Ibrahim akhirnya memutuskan untuk mengemukakan petisyen rayuan kepada Yang Dipertuan Agong atas hukuman penjara lima tahun yang sedang dijalaninya.

Kenapa marah dengan Anwar yang berbuat demikian sedangkan ia adalah peruntukan yang dibenarkan dan menjadi sebahagian amalan dalam sistem Raja Berperlembagaan yang kita amalkan?


Dua Ahli MT UMNO, Fuad Zarkashi dan Irmohizam Ibrahim seperti meroyan dan meraban tidak tentu arah apabila keluarga Anwar membuat kejutan di saat-saat akhir dengan mengemukakan petisyen itu petang semalam.
Fuad dilaporkan berkata, Anwar ternyata seorang yang bacul kerana biasanya hanya pesalah yang menerima hukuman gantung atau penjara seumur hidup saja yang memohon petisyen pengampunan.

Katanya, jika diampunkan oleh Agong, ia akan menjadi duluan yang buruk bagi pesalah rogol dan liwat yang lain.

Beliau lalu berfantasi, "bayangkan selepas ini ramai pesalah rogol dan liwat akan memohon pengampunan daripada Agong."

Irmohizam pula berkata, permohonan petisyen itu menunjukkan Anwar telah mencemarkan sistem keadilan dan kehakiman di negara ini.

"Bagaimana seorang peliwat boleh memohon pengampunan? Ia akan menjadi "bad precedent" terutama kalau diampunkan oleh Agong," katanya.

Sekali imbas memanglah nampak hujah mereka seolah-olah betul dan boleh diterima, tetapi jika diperhalusi ia juga menunjukkan ketidakfahaman dan kelompongan mereka dalam memahami sistem kerajaan yang sedang kita amalkan.

Mempertikaikan hak Anwar mengemukakan petisyen rayuan samalah seperti menolak apa yang dibenarkan dalam undang-undang dan Perlembagaan kerana ia adalah sebahagian daripada sistem kerajaan yang diamalkan sejak dulu lagi.

Anwar bukannya melakukan sesuatu yang baru, bahkan selari dengan peruntukan undang-undang dan hak yang diberikan oleh Perlembagaan kepada Agong. Beliau diberikan hak untuk mengemukakan petisyen rayuan, bahkan kedudukannya sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh juga tidak dapat diisytiharkan kosong sehingga keputusan rayuan itu diketahui.

Sebelum Anwar juga sudah ramai yang memohon pengampunan, tidak kira atas kesalahan apa sekali pun dan sama ada diberi pengampunan atau sebaliknya ia adalah hak Agong memutuskannya.

Kenapa harus bimbang dan cuba mendahului Agong dengan mengatakan jika diampunkan akan menjadi duluan yang buruk serta mencemarkan sistem keadilan dan kehakiman? Bukankah ini cuba mencampuri tugas Agong?

Mengemukakan petisyen tidak semestinya akan diperkenankan oleh Agong dan ia menjadi hak baginda untuk memberi pengampunan atau sebaliknya, tetapi kenapa perlu bimbang jika Anwar diberi pengampunan?

Kalau setakat jadi MT UMNO, Ahli Parlimen atau bekas Ahli Parlimen, janganlah merasakan diri seolah-olah lebih pandai dan bijak daripada Agong?

Dengan kedua-kedua pemimpin UMNO itu secara terbuka melahirkan kebimbangan jika Anwar diberi pengampunan, ia secara jelas menolak peranan dan keistimewaan yang diberikan oleh Perlembagaan kepada Agong atau secara tersiratnya bermaksud menolak kewujudan Agong itu sendiri.

Adakah Fuad dan Irmohizam bermaksud mahu menghapuskan sistem rayuan tersebut? Atau adakah ia juga menandakan percubaan mereka untuk menolak sesuatu yang memang menjadi hak Agong atau secara halus bertujuan mengatakan pengampuan itu tidak perlu lagi?

Sesiapa pun yang didapati bersalah akan berusaha sedaya upaya untuk memohon pembebasan berdasarkan ruang yang ada, lebih-lebih lagi dalam kes Anwar yang menjadi pengetahuan umum banyak terdapat cacat-celanya.

Adakah salah Anwar menggunakan saluran pengampunan itu sedangkan ia dibenarkan oleh undang-undang dan Perlembagaan?

Tidakkah dengan mengatakan bahawa mengemukakan petisyen rayuan sebagai mencemarkan sistem keadilan dan kehakiman adalah juga seperti menolak kewujudan Agong sebagai ketua negara?

Kalau mahu dikira menghasut, inilah sebenarnya penghasut paling besar sekali salah dan dosanya

Sumber DD - 26-2-2015


SELAMAT MENERIMA MENANTU BUAT NAJIB DAN ROSMAH - SHAHBUDIN


NOORDYANA NAJWA DAN DANIYAR KISSEKBAYEV 

http://www.harakahdaily.net/index.php/terbaik-dari-blog/95-terbaik-dari-blog/34014-selamat-menerima-menantu-buat-najib-dan-rosmah

Sumber HD - 24-2-2015

Sumber Asal - http://shahbudindotcom.blogspot.com/

PENGAMPUNAN AZILAH DAN SIRUL SEDANG DIUSAHAKAN - SHAHBUDIN


KOPERAL SIRUL AZHAR UMAR DAN INSPEKTOR AZILAH HADRI

http://www.harakahdaily.net/index.php/terbaik-dari-blog/95-terbaik-dari-blog/33997-pengampunan-azilah-dan-sirul-sedang-diusahakan

Sumber HD - 23-2-2015


UMNO Jangan Cepat Mimpi Kerjasama, Pas Tak Mungkin Khianati Nik Aziz




Posted on Monday, February 16 @ 10:45:31 MYT by paktam

Oleh Shahbudin Husin
UMNO nampaknya terdesak benar mahu berbaik dan bekerjasama dengan Pas. Perginya Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim menghuni penjara untuk tempoh lima tahun dan meninggal dunianya Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat cuba dijadikan batu loncatan ke arah mencapai tujuan itu.

UMNO ketika ini sedar kedudukannya sedang merudum. Pemenjaraan Anwar menjadikan semakin meluas golongan yang menyimpan simpati dalam diam.

Oleh itu, UMNO merasakan hanya menjalinkan kerjasama dengan Pas saja dapat memberi harapan kepada masa depannya, sekaligus juga menjadikan PR terus tempang. 


Bermula dengan pujian dan sanjungan sebahagian besar pemimpin UMNO sebaik tersebarnya berita kematian Nik Aziz sehinggalah pengkebumiannya sedangkan Tok Guru inilah yang dikata dan dicerca macam-macam semasa hidupnya, UMNO meneruskan lagi pengiktirafannya dengan kemungkinan tidak meletakkan calon dalam pilihanraya kecil DUN Cempaka pula.

DUN Cempaka sejak sekian lama diwakili oleh Nik Aziz dan berikutan kematiannya, pilihanraya kecil mesti diadakan dalam tempih 60 hari.

Selepas Pengerusi UMNO Kelantan, Mustapha Mohamad menyuarakan kemungkinan itu, beberapa pemimpin UMNO termasuk KJ, Shahrizat dan lain-lain turut berpandangan sama.

Selain banjir yang baru melanda Kelantan dijadikan alasan dan kini dikatakan tempoh untuk bekerja membantu mangsa-mangsa banjir, alasan lain ialah kononnya sebagai penghormatan kepada Nik Aziz yang baru meninggal dunia.

Hahaha...sejak bila UMNO berperangai sedemikian kepada pemimpin parti lain? Ikhlas dan dari hati yang jujur lagi suci kerana Allahkah semua perbuatan itu?

UMNO tidak perlu pura-pura bahawa mereka sebenarnya sangat terdesak ingin berpeluk cium dan "ya hanana" dengan Pas. Semua tindakan yang dilakukan oleh pemimpin UMNO ketika ini tidak lain ialah untuk menunjuk baik kepada Pas supaya lebih terbuka di ruang hati para pemimpinnya untuk menyambut kerjasama itu.

Sebelum ini, bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa ada menyatakan kematian Nik Aziz mungkin membuka ruang semula kepada kerjasama itu yang tertangguh sejak 2008 lagi. Tetapi belum ada pemimpin Pas yang bercakap secara terus-terang mengenainya, cuma kerenggangan hubungan Pas dalam PR dan dengan DAP dilihat memungkinkan ke arah kerjasama dengan UMNO itu.

Tetapi yang kuat menentang kerjasama Pas dengan UMNO sebelum ini ialah Nik Aziz sendiri, malah pernah membuat kenyataan akan meludah sesiapa yang berani bercakap dengannya mengenai perkara itu.

Nik Aziz juga berulangkali menyatakan Pas hanya sedia bekerjasama jika UMNO bersedia membuang perjuangan assabiyah atau kebangsaan yang didokongnya dan menukar seratus peratus kepada Islam.

Pendirian kukuh Nik Aziz dalam menentang UMNO ini secara umumnya dikongsi oleh majoriti ahli di seluruh negara serta pelbagai peringkat kepimpinannya. Nik Aziz juga berulangkali kecewa dengan UMNO dan kerajaan Pusat yang menafikan royalti minyak untuk rakyat Kelantan.

Yang terpana dengan silau dan sinar yang sesekali kelihatan di wajah UMNO dan para pemimpinnya hanyalah segelintir pemimpin Pas saja.

Walaupun golongan ini yang dipanggil "kelompok UG atau "Unity Goverment" cuba juga mengeluarkan kenyataan atau pendirian yang lebih condong kepada UMNO dan kerajaan Pusat, tetapi Nik Azizlah yang kuat membentengi usaha-usaha ke arah kerjasama itu.

Kadang-kadang disebabkan Nik Aziz yang begitu dihormati dan kukuh pendiriannya itu, kelompok dalam Pas yang terhegeh-hegeh mahu berbaik dengan UMNO turut malu sendiri untuk lebih kerap bercakap soal kerjasama dengan UMNO itu.

Begitulah kuatnya pengaruh Nik Aziz dalam Pas. Beliau bukan saja kukuh dengan pendirian Pas bersama PR, malah tidak pernah goyang keyakinan dengan Anwar Ibrahim sejak daripada awal lagi.

Kini Nik Aziz sudah meninggal dunia dan Anwar pula di dalam penjara. Apakah semudah itu Pas mahu bekerjasama dengan UMNO dan melupakan pendirian yang dipegang Nik Aziz semasa hayatnya?

Tidakkah jika Pas sedia bekerjasama dengan UMNO bererti parti Islam itu mengkhianati perjuangan Nik Aziz selama ini?

Memang UMNO terdesak untuk bekerjasama dengan Pas ketika ini, sebutlah atas nama Islam atau Melayu sekali pun, tetapi hakikatnya kerjasama itu tidak lain ialah menyelamatkan kuasanya yang semakin rapuh.

Pemenjaraan Anwar, selain pengundi muda semakin menjauhkan diri, pengundi bandar, separa bandar dan bukan Melayu juga menjadi semakin kukuh dengan PR atas nama perubahan.

Harapan UMNO yang tinggal hanyalah pengundi Melayu dan luar bandar yang boleh diperkukuhkan lagi jika kerjasama dengan Pas dapat dijadikan kenyataan.

Namun, UMNO janganlah terlalu cepat bermimpi. Walaupun Nik Aziz sudah tiada, pengaruh dan ajarannya tetap kukuh di hati majoriti ahli dan pimpinan Pas sendiri. Tidak semudah menukar baju bagi Pas untuk bercerai dengan PR dan bercanda-candaan dengan UMNO.

Memuji-memuji dan menyanjung pemergian Nik Aziz, termasuk tidak bertanding di DUN Cempaka tidak mungkin menjadikan kerjasama sebagai kenyataan. Lainlah jika UMNO serta-merta menukar perjuangannya kepada Islam dan sepantasnya juga melunaskan royalti minyak untuk Kelantan.-http://shahbudindotcom.blogspot.com

Sumber DD - 16-2-2015

Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat -Insan yang kaya

Posted on Sunday, February 15 @ 21:09:59 MYT by paktam

Oleh Aspan Alias

Allahyarham Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (TGNA) dihormati ramai sehingga akhir kalamnya. Sebabnya adalah ‘obvious’, iaitu kerana beliau seorang ulamak yang memainkan peranan membentuk dan landskap politik negara terutamanya sejaka 20 tahun terakhir dalam hidupnya. TGNA dianggap sebagai seorang yang merendah diri dan hidup begitu ‘simple’ dan beliau tidak memerlukan rumah yang besar seperti pemimpin-pemimpi  UMNO dan sesetengah pimimpin PAS sendiri.


Di mana beliau tinggal sebelum memegang jawatan Menteri Besar di situ jugalah beliau duduk dan tinggal semasa memegang jawatan Menteri Besar itu. Bagaimana beliau berpakaian sebelum menjadi Menteri Besar begitu jugalah pakaiannya semasa dan sesudah menjadi Menteri Besar. Beliau tidak berubah cara hidup beliau walaupun beliau merupakan salah seorang pemimpin besar negara ini.

Beliau tidak ke sana ke mari dengan jet-jet mewah dan mempunyai isteri yang memegang pelbagai jawatan serta mempunyai pengaruh terhadap pimpinan beliau setiap masa. Malahan ramai yang tidak mengetahui nama isteri beliau. Di Singapura dahulu tidak ada siapa yang mengetahui nama isteri Lee Kuan Yew sampailah isterinya meninggal dunia, barulah namanya timbul. Itu pun sekarang ramai yang sudah lupa nama mendiang isterinya termasuk diri saya sendiri.

TGNA tidak mempunyai kehidupan yang glamour tetapi beliau tetap pemimpin besar kerana beliau betul-betul memilih cara hidup yang wasatiyah seperti saranan Dato' Seri Najib. Akhirnya yang bercakap tentang wasatiyah membelanjakan wang rakyat dengan begitu boros dan TGNA yang tidak melaungkan istilah wasatiyah tetap hidup dengan wasatiyah yang sebenarnya wasatiyah.

Ramai di antara kita yang beranggapan TGNA adalah seorang yang tidak kaya-raya dan tidak pula miskin kerana beliau berbelanja mengikut keupayaaan beliau dan tidak banyak menggunakan wang rakyat untuk kepentingan keluarga dan peribadi beliau.

Tetapi akhirnya terbukti TGNA merupakan orang yang terkaya di antara pemimpin-pemimpin negara. Semasa kematian beliau dua hari lepas, terbukti yang TGNA merupakan pemimpin yang teramat kaya. Berita kematian beliau telah diterima dengan begitu terharu oleh rakyat tanpa mengira kefahaman politik dan bangsa dan budaya. Beliau dihormati oleh ramai manusia bukan sahaja dalam negara ini tetapi berita kematiannya diketahui umum di peringkat antarabangsa.

Inilah kekayaan yang sebenarnya yang setiap umat perlu cari. Mahu tidak mahu kita wajar menerima kenyataan yang TGNA merupakan pemimpin yang terkaya melebihi kekayaan yang ada pada pemimpin-pemimpin besar yang lain. TGNA telah menunjukan betapa fakirnya banyak pemimpin-pemimpin yang lain semasa kematiannya.

Saya begitu kagum melihat keramaian rakyat yang datang menziarahi jenazah beliau. Saya yang tidak berkesempatan untuk ke Kota Bharu hanya melihat lautan manusia yang membanjiri Kota Bharu di hari pengkebumian beliau. Inilah kekayaan pemimpin ini yang sangat terserlah dan boleh dilihat dengan mata kepala kita sendiri.

Dalam kehidupan ini, bagaimana kita memulakannya tidak begitu penting, tetapi yang paling penting ialah bagaimana kita mengakhiri kehidupan kita. Segala amal dan ibadah serta ubudiyah dan amal sedekah kita itu semata-mata untuk mencari kekayaan di dunia dan akhirat. Kita mahu mati dalam kalimah dan seterus berbahagia di alam yang kekal itu nanti. Bagi mereka yang berjaya untuk mencapai kekayaan ini, mereka adalah kekayaan yang sejati dan sebenarnya.

Kekayaan wang ringgit bukan lagi setaraf dengan kekayaan jiwa kita. Kita boleh menjadi orang yang kaya dengan wang ringgit tetapi jiwa mereka masih fakir dan tidak bernyawa. Bagi mereka yang kaya jiwanya boleh dianggap sebagai seekor ikan yang hidup bertahun-tahun dalam lautan masin yang dalam, tetapi tidak terpengaruh dengan keadaan masin persekitaran dalam lautan yang luas itu. Jika ikan yang hidup dan berjiwa ini dikeluarkan dari lautan yang dalam dan masin itu, ia akan tetap tidak masin dan terpengaruh dengan keadaan sekeliling yang mencabar itu.

Sebaliknya, jika kita kaya tetapi fakir jiwa, kita boleh dianggap sebagai ikan mati yang akan hanyut mengikut arus, atau dalam bahasa Inggerisnya ‘swimming with the flow’. Mereka ini ibarat ikan mati yang jika dimasukkan ke dalam air yang masin buat beberapa ketika dan dijemur, ikan itu akan menjadi ikan kering masin, kerana elemen masin itu telah meresap ke dalam ikan mati itu. Ikan masin kering ini selalunya akan terbuka matanya tetapi tidak bernyawa kerana sudah menjadi ikan masin yang akan digulai dan dimakan sebagai hidangan yang enak.

Kalau dilihat dari zahiriahnya ada tanda-tanda besar yang TGNA merupakan pemimpin yang sangat kaya, malahan lebih kaya daripada ramai pemimpin-pemimpin yang lain. Pembanjiran puluhan ribu manusia berbilang kaum dihari pengkebumian beliau tiga hari lepas jelas menampakkan bagaimana kayanya TGNA pemimpin politik dan masyarakat yang sangat popular itu.

Sesungguhnya TGNA adalah seorang yang paling kaya yang kita lihat dalam sejarah negara kita. Beliau kaya dalam erti hakikatnya yang sebenar.

Saya berdoa  agar rohnya sebaris dengan roh-roh aulia, ambia-ambia serta syuhada.

Sumber DD - 15-2-2015



TOK GURU BUKTIKAN PEMIMPIN TIDAK SEMESTINYA MEMBAZIR - ASPAN ALIAS


http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33868-tok-guru-buktikan-pemimpin-tidak-semestinya-membazir

Sumber HD - 14-2-2015


Selepas Anwar ke Penjara, Adakah Kedudukan Najib Makin Selamat?

Posted on Tuesday, February 10 @ 22:07:16 MYT by paktam

Oleh Shahbudin Husin
Setelah muktamad hukuman penjara lima tahun dijatuhkan keatas Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim oleh Mahkamah Persekutuan hari ini, kesedihan rakyat hampir dapat dirasai di mana-mana.

Jika sebelum ini, ramai seperti tak kisah mengenainya, barangkali kerana yakin beliau akan dibebaskan, tetapi suasana perbualan amat berbeza sekali selepas hukuman itu dijatuhkan.

Di sebuah cawangan bank yang dipunyai oleh adik Najib Razak, beberapa kakitangannya turut meluahkan kesedihan dengan nasib yang menimpa Anwar dan keluarganya. Mereka terbuka tumpang kasihan dan menyatakan tidak wajar hukuman itu dijatuhkan.

Di sebuah kedai buku yang terkenal di ibukota, hukuman yang diterima Anwar turut menjadi perbualan ramai dan rata-rata tidak menyangka hukuman itu bakal diterima oleh Anwar.

Di sebuah jabatan kerajaan pula, ramai kakitangannya menyatakan rasa sedih yang sama. Ketika berkunjung ke sebuah cafe kemudiannya, tajuk perbualan juga tertumpu kepada hukuman lima tahun penjara itu.

Adalah dipercayai, sejak tengahari tadi, meskipun ada kelompok lain bergembira dengan hukuman keatas Anwar itu, tetapi secara umumnya rakyat dan pengundi biasa di mana juga berkongsi perasaan yang sama.

Luahan rasa sedih dan kasihan atas nasib yang diterima oleh Anwar dan penanggungan oleh keluarganya boleh didengari hampir di mana saja. Kebanyakannya bukan saja menempelak Najib, UMNO dan kerajaan atas hukuman itu, bahkan seperti tidak ternampak tanda-tanda pemenjaraan Anwar menyebabkan kembalinya sokongan rakyat.

Meneliti sejak awal kes liwat ini yang terlalu banyak dicemari dengan unsur-unsur politik, ia akhirnya menutup tirainya dengan sesuatu yang bersifat politik juga.

Dengan dipenjara selama lima tahun, ia bukan saja menyebabkan Anwar hilang kelayakan 

sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh dan kedudukannya sebagai Ketua Pembangkang turut perlu diganti dengan calon lain, ia juga hampir menutup sama-sekali peluangnya untuk kembali aktif dalam politik.

Jika dalam PRU 14 akan datang beliau dijangka masih berada dalam penjara, tidak boleh bertanding selama lima tahun lagi selepas keluar penjara kerana sekatan undang-undang yang turut menyebabkan Anwar terlepas peluang bertanding dalam PRU 15 nanti.

Dengan usianya ketika ini 67 tahun, beliau hanya mungkin boleh bertanding semula dalam PRU 16 dan ketika itu usianya barangkali sudah tentu terlalu tua.

Dalam hal ini Najib dianggap berjaya "mengkafan" dan "menyemadikan" karier dan cita-cita politik Anwar yang sebelum ini tidak berjaya dilakukan oleh Mahathir Mohamad apabila ketika era kepimpinan Pak Lah, bekas Timbalan Perdana Menteri itu dibebaskan daripada penjara kemudiannya.

Tetapi persoalan yang masih menjadi tanda-tanya ialah apakah dengan pemenjaraan Anwar yang kini mengetuai PR dan dianggap sebagai musuhnya, kedudukan Najib, UMNO dan BN akan bertambah kukuh selepas ini?

Adakah sokongan rakyat, terutama generasi muda akan berarak berbondong-bondong kepada BN atau menyebabkan kebangkitan serta penolakan lebih gagah lagi?

Bagaimana pula dengan kedudukan PR dan PKR, apakah bakal berpecah atau bertambah kukuh?

Apakah ungkapan Anwar sebelum ini bahawa jika beliau dipenjara, undi popular rakyat kepada PR akan meningkat daripada 52 peratus dalam pilihanraya lalu kepada 60 peratus benar-benar menjadi kenyataan?

Lebih penting dari itu, apakah dengan memenjarakan Anwar ini juga menyebabkan bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad yang sebelum ini sudah menarik balik sokongannya kepada Najib, akan kembali menyokong atau terus mengasak dengan lebih kuat lagi?

Jika kembali menyokong, adakah ini bermakna Mahathir sanggup melupakan penentangannya mengenai 1MDB dan BR1M yang menjadi asasnya menarik balik sokongan kepada Najib itu?

Jika Mahathir terus mengasak pula, bagaimanakah nasib Najib seterusnya? Siapakah yang akan menyelamatkannya? Mampukah beliau terus bertahan untuk melawan Mahathir bersama barisan kabinetnya yang ada sekarang?

Atau adakah selepas ini Najib lebih mudah lagi disingkirkan oleh gerakan yang sudah dimulakan oleh Mahathir sebagaimana yang pernah berlaku kepada Pak Lah dahulu?

Sebenarnya begitu banyak persoalan mengenai "apa berlaku selepas ini" berikutan dengan hukuman penjara lima tahun yang diterima Anwar ini.

Pilihanraya kecil Permatang Pauh yang akan diadakan dalam tempoh terdekat dan siapa Ketua Pembangkang yang baru akan menentukan sejauh mana kebangkitan rakyat dapat dilihat dalam menuju PRU 14, manakala pendirian Mahathir selepas ini pula akan menjadi kayu pengukur sejauh mana Najib masih boleh bertahan lagi dalam UMNO.

Walaupun Anwar mungkin lebih "damai" dipenjara, Najib sebaliknya belum tentu "aman" juga.-http://shahbudindotcom.blogspot.com/

Ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan DetikDaily

Sumber DD - 10-2-2015

SAYA DIJEMPUT BERTEMU RAZAK BAGINDA - SHAHBUDIN


ABDUL RAZAK BAGINDA

http://www.harakahdaily.net/index.php/terbaik-dari-blog/95-terbaik-dari-blog/33629-saya-dijemput-bertemu-razak-baginda

Sumber HD - 3-2-2015


Ancaman Sistemik Hutang 1MDB

Posted on Tuesday, February 03 @ 00:04:48 MYT by paktam

Oleh A Kadir Jasin

BERITA terbaru mengatakan bilion-wan (billionaire) nombor dua terkaya di Malaysia, T. Ananda Krishnan atau lebih terkenal dengan singkatan AK bersedia memberi pinjaman RM2 bilion untuk atasi masalah hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sesiapa saja yang kenal atau tahu modus operandi perniagaan AK akan bertanya: Apakah 1MDB yang ditubuhkan sebagai tabung berdaulat (sovereign fund) negara akhirnya menjadi hak milik AK? 

Tidak banyak dilaporkan dan dibahaskan secara terperinci mengenai syarikat tabung berdaulat itu dalam media berbahasa Melayu berbanding media berbahasa Inggeris.


Jadi izinkan saya bercerita selengkap yang mungkin mengenainya agar orang Melayu khususnya dan pengguna bahasa Melayu amnya boleh memahami isu ini dengan lebih mendalam. Berikut adalah maklumat dan isu pokok mengenainya:-

1. 1MDB dilaporkan bertaraf  tabung berdaulat Malaysia. Ertinya ia milik negara. Sebarang kecelakaan yang berlaku ke atasnya menjadi tanggungan negara dan rakyat jelata.

2. Asal 1MDB adalah Terengganu Investment Authority (TIA atau Lembaga Pelaburan Terengganu) yang bertujuan menjamin pembangunan ekonomi Terengganu secara jangka panjang dan lestari sambil memelihara kebajikan ekonomi rakyat Terengganu.

3. Ia ditubuhkan pada tahun 2008 ketika pentadbiran (Tun) Abdullah Ahmad Badawi dan pada waktu (Datuk Seri) Mohd Najib Abdul Razak menjadi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan.

4. Diberitakan TIA mempunyai dana (modal) permulaan RM500 juta, tetapi tidak jelas apa yang terjadi dengan wang itu. Ada yang mengatakan ia hangus.

5. TIA diubahkan menjadi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada bulan Januari 2009. Pada 22 Julai tahun itu, Mohd Najib, sebagai Perdana Menteri, berkata keputusan menjadikan TIA badan kerajaan pusat bertujuan memperluaskan manfaatnya kepada seluruh rakyat Malaysia.

6. 1MDB bolehlah dianggap anak didik Mohd Najib. Beliau adalah Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB yang berupa badan pembuat dasar tertingginya.

7. Dalam temu ramah dengan TV3 pada 21 Januari lepas, Mohd Najib berkata kerajaan hanya memperuntukkan sebanyak RM1 juta sebagai modal kepada 1MDB.

8. Mohd Najib adalah ketua eksekutif de facto 1MDB dalam kapasiti beliau sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat.

9. Pada 30 September 2009, 1MDB dan rakan strategiknya, PetroSaudi International Limited mengumumkan penubuhan syarikat usaha sama AS$2.5 bilion yang bertujuan mempelopori pengaliran masuk pelaburan terus Arab ke Malaysia.

10. 1MDB berkembang pesat di Malaysia dan luar negara dengan membeli aset-aset prasarana seperti penjana elektrik, membeli konsesi perlombongan dan memajukan hartanah. Ia meminjam (berhutang) dengan banyak dengan menjual bon di dalam dan luar negara.

11. Bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2014 ia mempunyai harta bernilai RM51.4 bilion, hutang RM49.97 bilion dan menderita kerugian RM665.4 juta.

12. Ia menjadi kontroversi apabila parti-parti pembangkang, media atas talian, media ekonomi dan penganalisis pasaran mula melaporkan kegiatan luar biasa yang melibatkan seorang misteri bernama Jho Lo (Jho Taek Lo), anak seorang tauke Cina Pulau Pinang. Jho Lo dan beberapa orang rakan Arabnya dari PetroSaudi dikatakan menjadi“otak” (brain) di sebalik kegiatan luar biasa1MDB.
Jho Low anak tauke Cina Pulau Pinang berparti
13. Mereka ini pula menjalani kehidupan mewah (high life) di pusat-pusat hiburan Amerika dengan melibatkan tetamu-tetamu bintang filem, termasuk pelakon filem lucah, dan mendakwa akrab dengan “mogul” filem Hollywood.

14. Dakwaan ini menjadi lebih berwibawa apabila salah seorang daripada mereka, Riza Abdul Aziz, berkongsi menerbitkan filem berjudul “The Wolves of Wall Street” pada tahun 2013 dengan belanja AS$100 juta (kira-kira RM330 juta). Riza adalah anak (Datin Seri) Rosmah Mansor dengan suami pertamanya.
(Dari kiri): Jho Low dan Riza Aziz di pelancaran Wolves of Wall Street
15. 1MDB sekali lagi menarik minat orang ramai apabila ia dilaporkan berbelanja mewah menaja kempen Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum 2013, khususnya di Pulau Pinang.

16. Enam hari sebelum pengundian PRU 2013 ia membeli 234 ekar tanah pegangan bebas dengan harga RM1.38 bilion di negeri itu. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, dilaporkan berkata harga yang dibayar oleh 1MDB adalah 95% lebih tinggi daripada penilaian bagi tanah di sekitar kawasan itu pada tahun 2011. Tanah yang dibeli itu pula mempunyai ramai setinggan. Ini mencetuskan spekulasi yang Jho Lo, sebagai anak tauke Pulau Pinang, berperanan dalam urus niaga itu.

17. Satu lagi berita sensasi ialah beberapa hari sebelum hari mengundi PRU 2013, 1MDB membawa keluar wang sebanyak RM7.18 bilion untuk dilaburkan dalam bentuk Segregated Portfolio di pusat kewangan luar pantai Cayman Islands.

18. Soal yang kerap ditanya ialah mengapa 1MDB tidak melabur wang itu di Labuan yang setaraf dengan Pulau Cayman. Pengurusan 1MDB dilaporkan berkata Labuan tidak mempunyai instrumen kewangan yang mereka idamkan. Kerajaan mendakwa pelaburan itu telah dilunaskan dan hasilnya dibawa pulang. Tetapi pada 10 Januari lalu, Presiden dan Pengarah Eksekutif baru 1MDB, Arul Kanda Kandasamy, dilaporkan berkata 1MDB gagal memenuhi jadual membawa pulang kesemua wang tersebut.

19. Serentak itu, 1MDB juga gagal membayar balik hutang berjumlah RM5.5 bilion yang diperolehnya daripada konsortium bank tempatan yang dikenal pasti sebagai Maybank, AmBank dan RHB. [Rujukan kepada CIMB terpaksa dipadamkan kerana sebab-sebab tertentu. Sila ambil maklum.]

20. Saya juga menghantar SMS kepada seorang yang berkedudukan tinggi dalam kerajaan dan pakar dalam hal kewangan serta perbankan. Jawapan beliau berbunyi: “I think your info is inaccurate. You may want to refer to The Edge report. Lots of details there. I believed Edge mentioned about the RM5.5 billion loans from a consortium of five lenders. A portion of the long term debts is supported by cash flow. Another portion of short term loan is to be paid from IPO proceeds or capital injection. As part of credit risk management, banks will normally structure financing based on sources of payment i.e what is the first way out, second way out etc. Also the banks will rely on appropriate covenants and security. Anyway, being a former banker, I can attest that Malaysian banks are well capitalise, well managed with good risk management, has good asset quality and are well supervised and regulated by Bank Negara. 

Whatever risks they underwrite must be within their risk appetite and guidelines. On the RM5-billion bonds guaranteed by government, the last transacted price (January 26) was at a yield of 4.9% compared to 5.75% coupon, meaning to say that they are traded at a premium. Hope this helps. Regards.” [Saya fikir maklumat anda tidak tepat. Anda mungkin mahu merujuk kepada laporan The Edge. Ada banyak maklumat di situ. Saya percaya The Edge ada menyebut jumlah kira-kira RM5.5 bilion (yang diperoleh) daripada konsortium lima buah bank. Sebahagian daripada hutang jangka panjang itu disokong oleh pengaliran tunai.

Sebahagian lagi hutang jangka pendek akan dibayar balik daripada pendapatan IPO (keluaran awam permulaan) atau suntikan modal baru. Sebagai sebahagian daripada pengurusan risiko pinjaman, bank-bank lazimnya akan menyusun pembiayaan berdasarkan sumber pembayaran balik iaitu apakah jalan keluar pertama, kedua dan seterusnya. Bank-bank juga akan bergantung pada perjanjian dan jaminan yang bersesuaian. Apa pun, sebagai bekas eksekutif perbankan, saya boleh memberi jaminan bahawa bank-bank Malaysia mempunyai modal yang cukup besar dan diurus berasaskan amalan risiko yang baik, mempunyai aset bermutu dan dikawal selia serta diawasi dengan rapi oleh Bank Negara. Apa jua risiko yang mereka jamin haruslah dalam lingkungan selera dan garis panduan mereka. Mengenai bon RM5 bilion yang dijamin oleh kerajaan, harga urus niaga terakhir (Januari 26) membawa hasil 4.9% berbanding nilai kupon 5.75%. Ertinya, bon-bon itu diniagakan pada kadar harga tinggi (premium). Harap penjelasan ini membantu. Salam.”

21. Apa yang beliau katakan ialah lima buah bank tempatan telah memberi pinjaman RM5.5 bilion kepada 1MDB. Walaupun 1MDB gagal bayar balik hutang itu dalam jangka masa yang dijanjikan, ia mempunyai keupayaan untuk menjelaskannya.

22. Kalau 1MBD gagal membayar balik hutang itu, bebannya akan ditanggung oleh kerajaan kerana ia memberi jaminan berjumlah RM5 bilion. Kesimpulannya rakyat jelata dan pembayar cukailah yang akan tanggung bebannya.

23. 1MDB sudah beberapa kali dapat sambungan dan tarikh terakhir menjelaskan hutang itu adalah Jun ini. Kalau ia gagal juga, maka jadilah hutang lapuk (non-performing loan/NPL) dan bank-bank yang memberi pinjaman terpaksa membuat peruntukan dalam akaun untung-rugi mereka.

24. Bank yang paling teruk hadapi risiko itu adalah Maybank milik Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan RHB milik Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (EPF). Inilah yang saya ulangi berkali-kali. Kita tidak boleh membenarkan syarikat bersangkutan kerajaan (GLC) dan tabung pelaburan bersangkutan kerajaan (GLIC) dijadikan lubuk duit bagi membiayai 1MDB.

25. Selain itu, sistem kewangan dan perbankan negara terdedah kepada ancaman sistemik (systemic risk) kalau 1MDB gagal membayar balik hutangnya yang begitu besar. Ada sumber mengatakan keseluruhan hutang dan tanggungan 1MDB kini bersamaan 4% keluaran dalam negara kasar (GDP) – hampir serupa dengan konglomerat Renong-UEM ketika krisis kewangan Asia 1997/98 yang memaksa kerajaan melakukan operasi penyelamatan dengan mengambilnya balik daripada (Tan Sri) Abdul Halim Saad.

27. Kebimbangan mengenai kegagalan sistemik ini menjadi ketara apabila Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, berkata Bank Negara tidak akan sekali-kali membenarkan mana-mana syarikat menyebabkan wabak sistemik ke atas sistem perbankan negara. Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kegagalan 1MDB membayar balik hutang dalam masa yang dijanjikan.

28. Tanpa kegagalan sistemik pun, masalah hutang dan modus operandi perniagaan 1MDB berkemungkinan menyebabkan ancaman terhadap penarafan berdaulat (sovereign rating) Malaysia. Akhbar The Star melaporkan pada 13 Januari lalu yang agensi penarafan antarabangsa Fitch mengekalkan penarafan Malaysia sebagai “negatif” – setaraf dengan Mongolia (negara mendiang Altantuya Shaariibuu) – sedangkan lapan lagi negara pasaran membangun ditarafkan sebagai “stabil”.

29. Mana-mana orang yang faham ekonomi akan gementar apabila disebut “systemic failure”. Itulah yang hampir-hampir melanda kita ketika krisis 1997/98 tetapi, Alhamdulillah, berjaya disekat oleh Perdana Menteri ketika itu, (Tun) Dr Mahathir Mohamad.

30. Sama ada 1MDB mampu membayar faedah dan seterusnya melunaskan hutangnya bergantung kepada kejayaan menyenaraikan aset jana kuasa yang telah beberapa kali ditangguhkan.

31. Pada 16 Januari lalu, media massa melaporkan bahawa Tawaran Awam Permulaan (IPO) 1MDB yang pada mulanya dijadualkan April ini telah terpaksa ditangguhkan sehingga separuh kedua tahun ini. Ia dijangka menghasilkan AS$3 bilion (kira-kira RM10.74 bilion).

32. Kesimpulannya, sama ada kita suka atau tidak, isu 1MDB ini sudah menjadi isu yang melibatkan kita semua dan sekiranya gagal ditangani akan membebankan kita dan anak cucu kita untuk jangka masa yang lama. Jadi kita wajib faham dan mendesak agar tindakan terbaik diambil bagi mengelakkan sebarang kecelakaan. Inilah antara beban besar yang menguji kewibawaan Mohd Najib sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Wallahuaklam.

Nota Kaki: Penulis adalah juga Adjunct Professor, Othman Yeop Abdullah (OYA) Graduate School of Business, Universiti Utara Malaysia, Kedah.

Sumber DD -  3-2-2015


APA YANG ANDA TAHU TENTANG TAYAR:


TENTANG TAYAR 

http://www.harakahdaily.net/index.php/terbaik-dari-blog/95-terbaik-dari-blog/33618-apa-yang-anda-perlu-tahu-tentang-tayar

Sumber HD - 2-2-2015

Mengekalkan Najib dan kabinetnya; mahal rantai dari beruk

Posted on Saturday, January 31 @ 23:27:38 MYT by paktam

Oleh Aspan Alias

Ringgit jatuh lagi dan ringgit merupakan matawang yang paling lemah di Asia. Dalam pertengahan hari semalam ringgit pernah jatuh ketahap 3.6378 berbanding dengan USD. Ini merupakan kejatuhan yang paling teruk dalam enam tahun kebelakangan ini. Banyak penganalisa pasaran wang antarabangsa memberikan pendapat yang ringgit akan jatuh lagi sehingga tahap 3.6380 berbanding dengan dollar Amerika dan ini membawa makna negara kita sedang menyaksikan amaran jelas yang ekonomi negara kita akan berkecai dan yang terburuk dikalangan negara-negara di Asia ini. 



Ringgit juga jatuh dengan teruknya berbanding dengan banyak matawang lain seperti dollar Singapura yang sekarang ini berlegar dalam lengkongan 2.71 bagi setiap dollar Singapura. Ringgit Malaysia jatuh dengan teruknya berbanding dengan Yuan China dan ini merupakan ‘signal’ jelas yang negara kita telah gagal dalam membendung kejatuhan ekonomi negara kita.

Masalah yang kita hadapi begitu ‘compounding’ dengan kejatuhan harga minyak mentah WTI jatuh sehingga bawah dari paras USD 44 semasa pasaran AS dibuka semalam. Kita belum mendengar apa yang PM Najib hendak katakan kerana beliau terlalu sibuk dengan kegiatan yang beliau sukakan iaitu berada di luar negara untuk melakukan kerja yang lain dari menyelesaikan masalah negara yang beliau ketuai.

Yang selalu mengeluarkan kenyataan tentang ekonomi negara ialah seorang ‘court jester’ bernama Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kewangan yang baru sahaja mengeluarkan kenyataan yang harga minyak tidak akan turun dari USD 40. Lagi kerap ‘budak’ ini bercakap tentang ekonomi negara lagi cepat kita hancur dan mengalami kemelut ekonomi yang belum pernah kita lalui dan alami selama ini.

Pemimpin-pemimpin besar negara tidak ada yang mampu bersuara secara yang meyakinkan. Muhyiddin senyap sunyi tentang masalah negara. Ahli-ahli kabinet yang lain tidak mempunyai keupayaan untuk menjadi pelindung kepada kegawatan yang kita sedang hadapi.

Kita hendak juga mendengar kenyataan pemimpin-pemimpin besar negara. Hishamudin yang sedang menunggu giliran untuk menjadi Perdana Menteri tidak bercakap tentang masalah negara. Ahmad Zahid Hamidi sememangnya tidak mempunyai apa-apa kemampuan untuk bercakap tentang isu yang kita sedang hadapi. Beliau selama ini sibuk dengan perkara lain dan perkara lain itu diketahui ramai. Tidak usah kita bercakap tentang seorang lagi Naib Presiden UMNO dari Sabah itu, tidak lain dan tidak bukan Shafie Apdal.

Najib sudah lah lemah, yang berada dihiraki kepimpinan seperti nama yang saya sebutkan tadi serupa juga. Boleh kah mereka ini kita harapkan untuk menjaga rakyat dan generasi yang akan datang?

1MDB satu lagi ‘biawak hidup’ bagi rakyat. Ini semua ciptaan Najib dan kabinet beliau sekarang. 1MDB menangguhkan lagi pembayaran hutang kepada tiga bank utama negara sebanyak RM2 billion. 1MDB telah pergi kemerata tempat dan institusi kewangan antarabangsa di seluruh dunia dan semua yang berada dalam industri kewangan tahu yang tidak ada satu pun institusi kewangan dan ‘investment banker’ di dunia ini mahu memberikan pinjaman RM2 billion untuk membayar Maybank. CIMB dan RHB Malaysia.

Kita tahu juga kenyataan yang jika 1MDB tidak membayar hutang RM2 billion ini kepada tiga institusi kewangan ini sistem kewangan negara akan lebur. Bank Negara Malaysia jelas tidak dapat bertindak secara ‘professional’ kerana badan eksekutif negara mengambil semua kuasa termasuk badan legislatif dan judiciary negara.

Sekarang ini, 1MDB menunggu wang Anandakrishnan sebanyak RM2 billion bagi menyelesaikan jumlah yang dipinjam dari tiga bank-bank tempatan itu. Kita belum pasti apakah keuntungan Ananda yang melukah di tempat yang sempit ini. Itu juga akan menjadi perkara yang sangat ditunggu-tunggu rakyat.

Apakah 1MDB akan menyerahkan kepada Ananda penguasaan kepada asset tenaga yang akan disenarai kan dalam beberapa tahun ini dan mengambil keuntungan yang berlipat kali ganda dengan pinjaman yang diberikan kepada 1MDB yang ‘desperado’ itu. Itu juga perlu diberitahu kepada rakyat.

Tidak payah lagi kita bercakap dan memberikan komen tentang semua isu di negara ini, kerana ia sudah ‘conclusive’ negara kita sudah menjadi ‘a failed nation’. Dalam keadaan sekarang ini pun pemimpin utama negara masih berkeliaran diseantero dunia menikmati hidup sebagai pemimpin negara kita seolah-olah di negaranya tidak ada apa-apa masalah.

Najib sentiasa berada diluar sedangkan rumahnya sedang terbakar. Dalam keadaan kewangan negara kita sedang dalam krisis besar sekarang ini, jet mewah kerajaan masih berada diangkasa membawa Najib dan isterinya terbang keseluruh dunia sehinggakan tidak ada lagi tempat yang tidak dilawatinya. Najib masih cuba yang negara kita belum sampai ketahap krisis ekonomi yang membimbangkan.

Bukan sedikit belanja membawa ‘couple’ ini keseluruh dunia. Najib telah dipersepsikan sebagai seorang Perdana Menteri yang paling mahal untuk diselenggarakan oleh kerajaan dan rakyat. Mengekalkan Najib sebagai PM ibarat kata perbidalan, ‘mahal rantai dari beruknya’.

Perlakuan PM ini hanya disaksikan oleh jemaah menterinya tanpa melakukan apa-apa. Menteri-Menterinya diharapkan akan memahami hakikat tindakan Najib ini adalah tindakan secara ‘collective’ dengan ahli-ahli jemaah kabinetnya. Maka Menteri-Menteri kabinet sekarang mesti mengambil ‘accountability’ terhadap segala yang dilakukan oleh Najib itu.



Maka seluruh kabinet negara ini, tidak patut mengambil masa yang terlalu panjang untuk berundur. “The whole set of current hopeless cabinet should go as they are huge liability to the nation” kata seorang rakan, bekas Ahli Parlimen Malaysia yang sama juga seperti yang lain, tidak mahu namanya disebut dalam tulisan saya.-http://aspanaliasnet.blogspot.com

Sumber DD - 31-1-2015


(GAMBAR) KEADAAN SEGITIGA BERMUDA SETELAH KERING


SEGI TIGA BERMUDA

http://www.harakahdaily.net/index.php/terbaik-dari-blog/95-terbaik-dari-blog/33579-gambar-keadaan-segitiga-bermuda-setelah-kering

Sumber HD - 30-1-2015

Rotan itu penting, bukan sahaja untuk kanak-kanak, juga untuk orang dewasa

Posted on Tuesday, January 27 @ 23:40:47 MYT by paktam

Oleh Aspan Alias
Jika saya masih kecil (kanak-kanak) dan ibu saya masih muda membimbing dan membesarkan saya dengan cara yang betul pastinya ibu saya akan masuk penjara kerana kanak-kanak seperti saya tentunya akan dirotan kerana berbagai-bagai masalah kanak-kanak. Nasib baiklah saya dilahirkan lebih dari 60 tahun dahulu dan semasa itu merotan kanak-kanak bukan lagi menjadi kesalahan dan boleh dipenjarakan.


Undang-undang yang sedang digubal oleh pihak kerajaan sekarang melarang merotan kanak-kanak itu merupakan usaha yang sia-sia. Itu bukan caranya untuk membentuk nilai keibuan dan kebapaan dan nilai baik untuk seorang anak berhubung  dengan ibu bapa mereka. Agama kita memerintahkan kita mengajar dan membuatkan anak kita mendirikan solat dalam jangka usia kanak-kanak itu tujuh tahun dan jika dia enggan adalah diminta untuk ibu atau bapa merotan anak-anak kita itu secara yang betul.

Ibu bapa bukannya membelasah anak-anak mereka tetapi merotan anak-anak yang engkar mendirikan solat itu kerana adalah tanggungjawab ibu bapa yang menentukan samada anak-anak mereka itu yahudi atau nasrani. Cakap ini bukan cakap saya yang lemah ini, tetapi itu adalah cakap agama kita.

Jika anak-anak tidak takut pada sesiapa kepada siapakah mereka akan merasakan ketakutan untuk melakukan kesalahan?

Saya yang sudah berumur ini sentiasa ingat kepada ibu bapa saya yang kedua-duanya sudah tiada di dunia ini. Saya hanya mendoakan sentiasa tanpa henti-henti agar roh mereka berada dalam kumpulan roh yang terampun dan sentiasa berada sebaris dengan roh-roh aulia-aulia dan syuhada.

Salah satu dari perkara yang membuatkan ingatan kepada ibu bapa saya yang telah pergi itu ialah kerana teguran dan didikan mereka yang salah satunya ialah tindakan mereka merotan saya semasa saya dalam bimbingan mereka setiap kali saya melakukan kesalahan.

Ibu bapa dahulu kala, apabila menghantar anak-anak mereka kepada guru mengaji quran, akan membawa bersama anaknya itu sebatang rotan halus untuk diberikan kepada guru quran itu. Sekarang sudah diamalkan lagi. Semasa menyerahkan anak-anak mereka kepada guru quran, ibu bapa semasa itu akan berpesan kepada guru atau ustaz itu dengan berkata lebih kurang begini; “ sayo sorahkan anak sayo ni tuan haji. Bimbinglah anak sayo ini sehingga pandai mengaji. Kalau dio dogil inilah rotannya. Rotanlah asalkan jangan patah atau pun tiyek”

Begitulah keadaannya dalam mana rotan itu sememangnya tidak boleh jauh dari anak-anak yang sedang dibimbing itu. Saya sendiri bersama dengan rakan seangkatan dengan saya tidak pernah lari dari melakukan kesalahan dan tiada seorang pun yang terlepas dari kena rotan oleh guru-guru sekolah kami.

Merotan itu bukan sahaja dianggap sebagai proses pendidikan seseorang itu tetapi ianya telah menjadi budaya dalam proses pembesaran kanak semasa itu. Guru-guru sudah tidak boleh merotan lagi dan kita lihat perbezaan seorang kanak-kanak sekarang dengan kanak-kanak dahulu kala. Mungkin saya masih dianggap kuno tetapi itulah yang menjadikan ramai anak-anak seorang ‘menjadi orang’ apabila sudah dewasa.

Malahan sekarang ini orang dewasa pun memerlukan rotan itu. Jika dahulu kala anak-anak memerlukan rotan untuk memperbaiki diri mereka, sekarang ini orang dewasa pun memerlukannya terutamanya yang mempunyai kelakuan dan moral yang tidak baik seperti pemimpin politik yang menganiaya rakyatnya.

Pendeknya rotan ini sangat perlu untuk semua orang, baik yang masih kanak-kanak mahu pun yang sudah mempunyai anak-anak dan cucu. Rakyat kita tahu siapa yang sepatutnya dirotan kerana salah laku terhadap negara kita ini. Itu sebabnya masing-masing menuduh di antara satu dengan lain kerana hendak mengelakkan dirotan oleh rakyat.

Saya sarankan agar niat untuk menjadikan merotan anak-anak atau kanak-kanak itu satu kesalahan supaya dibatalkan sahaja. Banyak perkara lain yang perlu dilakukan sebelum kita fikirkan untuk menggubal undang-undang menjadikan merotan itu satu kesalahan.

Rotan orang dewasa yang melakukan kezaliman terhadap rakyat seperti perasuah dan penyalahguna undang-undang itu dahulu.

Sumber DD - 28-1-2015

GAMBAR-GAMBAR PENGORBANAN SEORANG ISTERI -

http://naimnikmat.blogspot.com

http://www.harakahdaily.net/index.php/terbaik-dari-blog/95-terbaik-dari-blog/33493-gambar-gambar-pengorbanan-seorang-isteri

Sumber HD - 27-1-2015

"Que Sera Sera" - Untuk Anwar Atau Najib?

Posted on Monday, January 26 @ 15:51:44 MYT by paktam

Oleh Shahbudin Husin
Mahkamah Persekutuan akhirnya menetapkan 10 Februari ini sebagai tarikh mengumumkan keputusan kes liwat kedua melibatkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang didakwa meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.

Mahkamah Tinggi sebelum ini membebaskannya atas tuduhan itu tetapi Mahkamah Rayuan kemudian menyabitkannya bersalah dan dijatuhkan hukuman lima tahun penjara.

Keputusan Mahkamah Persekutuan ini adalah proses yang terakhir dalam undang-undang dan akan menentukan sama ada Anwar akan menjadi manusia bebas atau bakal menjadi penghuni penjara sekali lagi.

Lebih dari itu, keputusan pada 10 Februari juga amat ditunggu-tunggu kerana ia turut menentukan hidup mati Anwar dalam politik dan sama ada cita-citanya menjadi Perdana Menteri dapat dicapai atau sebaliknya.

Jika dibebaskan, peluangnya bersama PR dalam PRU 14 menjadi terbuka semula, tetapi jika dipenjarakan, dalam usianya yang sudah menjangkau 64 tahun ketika ini, ramai yang mengandaikan semuanya sudah berakhir bagi Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Anwar sendiri menyedari hakikat itu. Lantaran itu reaksinya mengenai tarikh 10 Februari ini ringkas saja iaitu "que sera sera" atau "apa nak jadi, jadilah".

Selain sudah berusaha dan berdoa, apa yang mampu dilakukan oleh Anwar hanyalah berserah atau bertawakal saja. "Que sera sera" yang diucapkannya adalah petanda beliau sudah bersedia segala-galanya, sama ada dibebaskan atau dihumban ke penjara sekali lagi.
Apa nak jadi, jadilah. Tepat sekali ungkapan itu.

Tetapi dalam perkembangan politik semasa yang melibatkan Perdana Menteri, Najib Razak yang semakin diasak oleh bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin sehingga penilaian ahli UMNO terhadapnya sudah terbelah dua dan persepsi rakyat pula berpecah-pecah, ungkapan "que sera sera" itu lebih mendalam maksudnya.

Memang terlihat Anwar menujukan ungkapan itu kepada dirinya, tetapi secara tidak langsung seperti sedang melantunkannya kepada Najib juga.

 Sebarang hukuman yang bakal dijatuhkan pada 10 Februari nanti tidak saja melibatkan Anwar tetapi juga menentukan masa depan Najib sendiri.


Memenjarakan Anwar mungkin menyebabkan UMNO dan BN lebih selesa berhadapan dengan PR dalam pilihanraya umum akan datang tetapi ia barangkali juga menyebabkan kebangkitan rakyat yang lebih merata atas dasar simpati kepada Ketua Pembangkang itu.

Ditambah jika Azmin Ali yang kini menjadi Menteri Besar Selangor mengambil alih teraju PR bersama calon-calon muda daripada Pas, PKR dan DAP dalam pilihanraya nanti, penerimaan rakyat terhadap wajah baru PR ini mungkin juga lebih memberangsangkan dan mampu menenggelamkan BN.

Dengan dipenjarakan juga, memainkan isu Anwar dengan gambaran yang pelbagai seperti pro Cina, agen Amerika, tali barut Yahudi, plural agama dan sebagainya untuk tujuan menakut-nakutkan rakyat, secara automatik sudah menjadi tidak relevan lagi.

Dalam perseteruan yang makin memuncak antara Najib dengan Mahathir serta Daim juga, menyumbat Anwar ke penjara menyebabkan Perdana Menteri kehilangan sama-sekali talian hayat yang boleh menghulurkan tali kepadanya daripada dilemas dan ditenggelamkan.

Lebih mungkin lagi, dengan mendekapnya Anwar di penjara juga, Mahathir, Daim dan penentang Najib dalam UMNO semakin agresif lagi untuk menyingkirkannya sebagaimana paluan gendangnya sudah pun bermula sekarang.

Membebaskan Anwar pula, sekadar menjadikan Anwar insan suci daripada sebarang kaitan melibatkan seks dan liwat. Tetapi Najib hanya perlu menghadapi Anwar dan PR dalam pilihanraya ke 14 yang dijangka diadakan pada 2018 dan tempoh itu agak lama lagi.

Dalam tempoh itu, walaupun serangan, terutamanya daripada Mahathir yang tidak gembira kerana Anwar dibebaskan kian meningkat, tetapi Najib mempunyai beberapa pilihan untuk menyelamer atkan dirinya.

Anwar yang sudah terhutang budi dengan Najib tentu saja lebih senang untuk diajak berunding dan berpakat-pakat, lebih-lebih lagi Mahathir dah Daim sudah menjadi musuh bersama mereka.

Berbanding jika dipenjara, Najib hanya terkapai-kapai keseorangan. Hanya bercantum dengan Anwar dapat mengukuhkan kedudukan Najib daripada serangan Mahathir dan Daim sedangkan kelebihan itu tidak muncul jika bekerjasama dengan lain-lain kelompok, waima Pas sekali pun.

"Que sera sera" - diucapkan oleh Anwar dan ditujukan kepada dirinya sendiri, namun hakikatnya Najib harus memikir lebih mengenainya.

http://shahbudindotcom.blogspot.com

Sumber DD - 26-1-2015 

Lagi Najib Membisu, Lagi Ramai Yang Meluat

Posted on Wednesday, January 21 @ 14:46:58 MYT by paktam

Oleh Shahbudin Husin Walaupun sudah berhari-hari bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin diserang dan dimalukan oleh media arus perdana sehingga SPRM juga sudah terbuka untuk menyiasat kekayaannya, tetapi sampai hari ini Perdana Menteri, Najib Razak masih lagi berdiam diri mengenainya.

Belum ada sepatah perkataan pun keluar daripada mulutnya mengenai perkara ini, meski semua orang tahu media arus perdana adalah dibawah kawalannya.

Untuk itu, Najib perlu tampil untuk menjelaskan sekurang-kurangnya tiga persoalan ini:-
Pertama, beliau perlu menjelaskan apakah mengetahui permainan yang sedang dicatur oleh pegawai dan para penasihatnya, terutama oleh individu yang bernama HR mengenai serangan terhadap Daim melalui media arus perdana itu?

Kedua, jika mengetahui, apakah beliau merestui semua tindakan yang dilakukan oleh para pegawai dan penasihatnya itu, manakala kalau di luar pengetahuannya pula, kenapa setelah heboh diperkatakan, masih juga berdiam diri mengenainya?

Ketiga, apakah selepas Daim, bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad dan anak-anaknya pula merupakan sasaran seterusnya untuk dimalukan melalui media arus perdana atau turut diseret kepada siasatan SPRM?

Tiga persoalan ini penting untuk dijawab dan dijelaskan oleh Najib kerana ahli-ahli UMNO seluruh negara ingin mengetahui hakikat sebenar mengenainya.

Sekarang ini, sementara ramai yang keliru di sebalik sikap berdiam dirinya itu, dalam masa yang lebih ramai sebenarnya yang meluat dengan cara serangan yang dilakukan keatas Daim ini.
Mereka mengatakan ini bukan cara yang betul melayan bekas pemimpin yang cuba menegur dan memperbaiki keadaan dalam UMNO dalam negara.

Teguran kepada Najib, kata mereka, tidak dapat dielakkan kerana kepincangan dan kelemahan dalam mengurus parti dan negara begitu ketara sehingga kesannya dapat dirasai oleh rakyat jelata.

Mahathir pernah ditegur oleh Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein manakala Pak Lah pula ditegur oleh Mahathir tetapi kedua-dua bekas Perdana Menteri itu tidak pula melayan teguran dan kritikan itu seburuk seperti apa yang dilakukan oleh Najib ketika ini.

Sementara Mahathir dan Pak Lah tidak takut menjawab setiap kritikan dengan hujah, Najib sebaliknya hanya berdiam diri tetapi dalam masa yang sama melakukan tindakan lain yang lebih keras dan tidak berhemah terhadap pengkritiknya.

Apa yang dilakukan kepada Daim ini memberi gambaran bahawa Najib seorang pemimpin yang tidak boleh ditegur oleh ahli dan mereka yang berada dalam UMNO. Jika menegur dan mengkritik, bersedialah menghadapi tindak balasnya.

Selepas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Khairuddin Abu Hassan yang membuat laporan polis mengenai 1MDB tetapi kemudian dirinya "ditelanjang" dan "diselongkar" sehingga kes muflisnya didedahkan serta rumahnya terjual, serangan terbuka kepada Daim jelas memperlihatkan kecenderungan ke arah yang sama.

Melalui serangan berterusan, termasuk memberi publisiti kepada Anwar Ibrahim untuk turut sama menambah rencah melalui bukti yang sedia diserahkan kepada SPRM, matlamatnya tidak lain ialah untuk mencalar dan memperlekeh imej bekas Menteri Kewangan itu.

Tetapi oleh kerana serangan kepada pengkritik daripada UMNO ini melebihi berbanding apa yang dilakukan terhadap parti-parti pembangkang, kesan politiknya lebih dirasai oleh UMNO sendiri. Walaupun ada yang menyokong, tetapi yang keliru, benci dan meluat lebih besar bilangannya.

Di sinilah pentingnya Najib tampil dengan penjelasannya. Sebagai pemimpin, beranilah berkata benar dan jangan bersikap baling batu sembunyi tangan. Kalau mengetahui dan merestuinya, berdirilah dengan penuh tanggungjawab sebagai seorang yang berani.

Jika semua itu di luar pengetahuannya dan hanya kerja-kerja pegawai dan penasihatnya saja, segeralah menghentikannya sebelum ia memberi lebih banyak masalah kepada UMNO dan juga dirinya sendiri.

Namun, berdiam diri dan bisu seperti selalu bukan lagi pilihan ketika ini.

Sumber HD - 21-1-2015


Peluang Najib disanjung rakyat masih ada jika....

Posted on Wednesday, January 21 @ 14:43:44 MYT by paktam

Oleh Aspan Alias
“Najib has to immediately retire!” kata seorang pemimpin UMNO yang tidak mengizinkan saya menyebut namanya. Saya tidak faham kenapa pemimpin ini tidak mahu berkata secara terbuka. Saya sudah bersedia untuk menulis namanya tetapi oleh kerana menghormatinya sebagai seorang sahabat yang begitu lama saya mengambil sikap menghormati kemahuannya. 




Inilah yang menjadi masalahnya dikalangan pemimpin UMNO, takut berkata benar seolah-olah nyawanya akan melayang jika didapati beliau berkata demikian oleh orang ramai. Ini jugalah masalahnya yang menyebabkan pemimpin yang sepatutnya pergi dan bersara masih kekal memegang kuasa tanpa pegangan yang kuat.

Tetapi bukan rakan Dato’ saya ini sahaja yang bersikap demikian, ramai lagi yang terkemut-kemut untuk berkata benar sedangkan mereka sendiri sengsara melihat perlakuan Najib dan keluarganya melakukan jenayah politik dan moral kepada negara. Sesungguhnya yang membuat banyak masalah ialah Najib, kerana masalah dari orang ramai itu boleh diselesaikan apabila mendapat gantian kepada Najib itu adalah pemimpin yang benar-benar pemimpin.

Untuk membetulkan kerosakan yang dilakukan oleh Najib bukan setakat boleh membiarkan apa kemampuan yang ada kepada Muhyiddin atau sesiapa dikalangan Naib-Naib Presiden parti. Seperti yang selalu disebutkan oleh blog ini, kali ini negara perlu memulakan dan membentuk ‘ambience’ politik yang baru, jangan lagi terlekat dengan budaya politik yang kita sedang lalui sekarang. Ia sentiasa membuatkan kehidupan rasa tidak berkeyakinan terhadap negara. Kita tidak ada negara atau wilayah lain untuk tinggal. Dimana bumi di pijak di situ langit di junjung.

Najib patut merasakan yang beliau sudah tidak dapat lagi menguasai sebuah kerajaan yang ‘viable’ untuk rakyatnya hidup dalam aman dan makmur. Najib perlu buktikan yang beliau sebenar-benarnya sayangkan negara dan tidak mahu rakyatnya menderita. Tumpukan tenaga melihat ke dalam dan berilah rakyat peluang untuk hidup tenang dan mempunyai pemimpin yang boleh meyakinkan mereka.

“I hope PM Najib will give the rakyat a break” kata seorang guru yang sangat prihatin terhadap apa yang sedang berlaku di negara ini. Najib boleh menutupi kegagalannya dengan bersara bersama barisan yang beliau lantik. Tindakan bersara itu sendiri adalah bukti yang beliau benar dan serius dalam mengambil hati rakyat. Tindakan Najib bersara akan dikenang oleh rakyat sebagai pengorbanan besar terhadap mereka dan sekali gus Najib akan dikenang juga sebagai seorang pemimpin yang mengutamakan rakyat lebih dari dirinya sendiri.

Seperti yang selalu disebut oleh blog ini berkorban untuk rakyat bukan sahaja dengan memegang jawatan tetapi bersara dari jawatan pun adalah pengorbanan. Bagi setengah pemimpin mereka memberikan pengorbanan kepada rakyat dengan memegang jawatan dengan penuh tanggungjawab dan setengahnya pula ialah dengan berhenti dan memberikan laluan untuk rakyat membetulkan sendiri dengan memilih pemimpin yang boleh memperbaiki keadaan ekonomi dan politik negara, berserta dengan budaya dan cara hidup mereka.

Kata perbilangan, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan jasa. Jasa yang boleh ditinggalkan Najib ialah dengan bersara dan membantu mencari jalan untuk memperbetulkan apa yang tidak betul dalam negara ini.

Bersara dari jawatan itu merupakan tindakan lazim yang dilakukan oleh mana-mana pemimpin yang bertanggungjawab terutamanya pemimpin-pemimpin dari negara maju dan berbudaya. Jepun menghadapi tindakan ramai perdana menterinya yang bersara setelah gagal untuk membetulkan kesilapan yang mereka lakukan. Di Korea beberapa orang Perdana Menteri nya berhenti dan bersara semata-mata untuk menjaga kepentingan negara yang mereka sayangi.

Justeru itu, jika PM Najib bertindakan drastik dan bersara semata-mata untuk negara, maka itu merupakan jasa yang amat sukar dilupakan rakyat dan akan terpahat dihati semua penulis sejarah negara untuk dibaca dan dihormati oleh generasi yang akan datang.

Seperti yang disebutkan dalam posting saya yang lepas, Hussein Onn sanggup berhenti, semata-mata kerana sebilangan kecil ahli-ahli UMNO yang tidak bersetuju dengan beliau dalam beberapa isu. Beliau bukan tidak boleh meneruskan pimpinannya kerana yang tidak bersetuju hanya segelintiran dari perwakilan UMNO sahaja yang bertindak memberikan sokongan kepada pencabarnya, Sulaiman Palestin.

Semasa Dr Mahathir mengambil alih jawatan dari Hussein Onn beliau sendiri telah berjanji akan bersara secara terhormat dalam perhimpunan agung 1981, tetapi malangnya beliau tidak berdaya untuk memenuhi janji-janji beliau itu walaupun pada suatu ketika beliau hanya mempunyai sokongan yang tipis sahaja.

Beliau terus sahaja memerintah sehingga 22 tahun lamanya dan bermula dari masa itulah budaya mempertahankan jawatan ‘at all costs’ itu mula bersemi di dalam parti UMNO itu. Inilah hasil yang kita dapati dari perubahan sikap dan budaya dalam kepimpinan parti itu.

Tetapi Najib mungkin boleh kembali memperkayakan budaya berhenti untuk rakyat itu seperti apa yang dilakukan oleh Hussein Onn dan sebelumnya oleh Tunku Abdul Rahman Putra-Alhaj.

Dalam situasi sekarang, Najib lah pemimpin yang paling luas peluangnya untuk disanjung oleh rakyat dengan cara bersara, terutamanya kepada generasi yang akan datang.

Sumber DD - 21-1-2015

Najib dan Anwar Bakal 'Cium Mulut'?

Posted on Tuesday, January 20 @ 13:50:48 MYT by paktam

Oleh Shahbudin Husin
Ungkapan politik selalu mengingatkan, tiada musuh yang kekal dan tiada sahabat yang abadi. 

Yang kekal adalah kepentingan peribadi.Orang-orang lama juga ada berpesan, dunia politik ini untuk mereka yang tebal kulit mukanya. Ia hanya sesuai untuk mereka yang boleh berpura-pura, sanggup buang kawan dan sentiasa terbuka untuk berbaik dengan musuh.

Yang banyak pengalaman pula ada berkata, kalau dalam matematik, dua darab dua bersamaan empat, tetapi dalam politik jawapannya boleh jadi lain daripada angka itu.

Begitulah selalunya perjalanan politik. Paling kerap berlaku ialah kawan bertukar jadi lawan dan lawan bertukar jadi kawan. Dua orang yang bergaduh boleh berbaik bila musuh yang dihadapi adalah orang yang sama.

Dalam perseteruan antara Najib Razak dengan Anwar Ibrahim sejak bertahun-tahun sebelum ini serta berdasarkan rentetan peristiwa antara keduanya, barangkali di luar pemikiran semua orang tentang kemungkinan kedua-duanya boleh bersatu dan bekerjasama.

Apatah lagi penyokong Anwar dan Najib juga sama-sama agresif menyerang, mencerca dan memaki-hamun kedua-dua pemimpin itu. Jika penyokong Najib membuat serangan dengan antaranya berkaitan dakwaan liwat dan mengedarkan video seks, penyokong Anwar pula membalasnya dengan menuduh Najib sebagai "pembunuh" dalam kes Altantuya, dikawal Rosmah dan banyak lagi.

Tetapi perkembangan mutakhir ini semakin memperlihatkan Najib dan Anwar bakal bersatu dan saling "cium mulut" antara satu sama lain. Puncanya tidak lain kerana kedua-duanya sudah mempunyai musuh yang sama - Mahathir dan Daim.

Media arus perdana yang dulunya melanyak Anwar dan parti pembangkang habis-habisan, terutama dalam isu liwat dan video seks, kini tiba-tiba memberi ruang seluas-luasnya kepada PKR dan Ketua Pembangkang itu mengenai isu rasuah melibatkan Daim Zainuddin. Tindakan media arus perdana ini secara logiknya tentulah mendapat lampu hijau daripada Najib terlebih dahulu.

Dengan Anwar pantas menyambut sedia menyerahkan bukti yang dimilikinya mengenai kekayaan Daim dan sekali lagi publisiti meluas diberikan oleh media arus perdana, ia umpama salam dan "kenyit mata" Najib sudah pun disahut dengan mesra dan penuh makna oleh Ketua Pembangkang itu.

Beberapa pemimpin UMNO juga turut mengkritik Mahathir melalui akhbar arus perdana sedangkan selama ini mereka hanya diam mengenai kritikan bekas Perdana Menteri itu terhadap Najib.

Blog dan pengamal media sosial pro Najib kini lebih terbuka dan berani menyerang Mahathir serta Daim, termasuk mengungkit isu-isu lama semasa keduanya menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dahulu.

Dalam masa yang sama, serangan media pro Najib kepada Anwar agak reda dan berkurangan sejak kebelakangan ini. Mahathir dan Daim lebih dimusuhi berbanding Anwar.

Sementara Mahathir dan Daim saling bergilir menyerang Najib dengan pelbagai isu kelemahan dalam kerajaan, Anwar pula hanya berdiam saja. Meskipun ada juga pemimpin pembangkang lain turut bercakap soal 1MDB misalnya, tetapi Anwar nampaknya lebih berminat tumpang sekaki dalam isu melibatkan Daim daripada turut menyerang Najib.

Dalam percaturan kuasa dan kepentingan peribadi, walaupun bergasak bagai nak runtuh dunia, realitinya tidak mustahil Najib dan Anwar boleh berbaik dan menukar hubungan lawan menjadi kawan. Selain musuh yang sama, mereka juga ada kepentingan masing-masing yang boleh dijadikan tawar-menawar.

Musa Hitam dan Tengku Razaleigh pernah bersama untuk menentang Mahathir setelah bermusuh sekian lama dalam UMNO. Mahathir dan Ku Li yang bermusuh boleh berbaik dan Musa Hitam yang dipecat juga boleh kembali menyokong Mahathir. Anwar yang selama bertahun-tahun memusuhi Pas dan DAP, segera menggamit mereka sebagai rakannya sebaik dipecat daripada UMNO dan kerajaan.

Semuanya dengan mudah boleh berubah apabila kepentingan atau musuh menjadi sama. Dalam realiti sekarang, Najib hanya ingin terus berkuasa di Seri Perdana tetapi berdasarkan keputusan PRU 13 lalu, halangannya kini lebih sukar kerana tiada lagi sokongan daripada Mahathir dan Daim.

Anwar pula hidup mati politiknya bergantung kepada keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung kes liwatnya yang dijangka diketahui tidak lama lagi. Sementara Najib masih menghitung-hitung untung rugi antara membebas atau memenjara, Anwar tentulah lebih suka dibebaskan berbanding memimpin perjuangan daripada dalam penjara.

Di ketika yang sama, Anwar juga diketahui masih ghairah untuk kembali menggenggam kuasa. 

Jika Najib sedia berkongsi kuasa dan memastikannya tidak ke penjara, tambahan pula Mahathir dan Daim sudah jadi musuh bersama, membalasnya dengan sokongan bukanlah masalah besar bagi Anwar.

Dengan serangan Mahathir dan Daim yang kian berterusan ini, Najib juga mungkin terfikir beliau akan kehilangan sama-sekali talian hayatnya jika Anwar berada di dalam penjara. Najib juga tahu hanya Anwar yang sesuai untuk membantunya menghadapi serangan Mahathir dan Daim ini.

Jika kerjasama atau "cium mulut" itu dapat diwujudkan, mungkin dengan cara Anwar bersama penyokongnya menyertai UMNO atau bekerjasama antara parti dengan PKR, Najib tentunya berasakan peluangnya mengekalkan kuasa menjadi lebih cerah lagi. Ini kerana selain undi Melayu kekal dalam genggaman melalui UMNO, perolehan undi bukan Melayu, undi bandar, separa bandar dan golongan muda kepada kerajaan boleh diperbaiki lagi dengan bantuan Anwar dan PKR.

Selain dibebaskan daripada hukuman penjara, Anwar dan pasukannya juga akan diberikan beberapa jawatan penting dalam kerajaan. Anwar mungkin diberikan jawatan Timbalan Perdana Menteri semula manakala yang lain akan dijadikan menteri atau timbalan menteri dalam kerajaan baru itu nanti.

Meski tidak kesampaian untuk menjadi Perdana Menteri, tetapi kembali sebagai Timbalan Perdana Menteri dan kemudian berjaya meletakkan orang-orang kanannya dalam kerajaan, termasuk Nurul Izzah, Rafizi, Shamsul Iskandar dan lain-lain, ia tetap merupakan kejayaan besar bagi Anwar.

Lagi pula dengan PR yang kian berpecah, terutama hubungan Pas dengan DAP yang sentiasa berbalah, ditambah dengan golongan ulama dalam Pas juga sukar diramal kehendaknya, harapan Anwar untuk berkuasa melalui gabungan itu turut kian kabur kebelakangan ini.

Berbaik dan bergabung bukan saja pilihan terbaik untuk Anwar, tetapi juga sesuatu yang sukar ditolak oleh Najib demi masa depan politiknya.

Kawan jadi lawan, lawan jadi kawan dan dua darab dua tidak semestinya empat adalah antara hukum politik yang dihalalkan demi kepentingan masing-masing. Hukum yang sama juga, jika menjadi kenyataan, akan menyaksikan penyokong Najib mencium tangan Anwar dan penyokong Anwar mencium tangan Najib.

Sumber DD - 20-1-2015


Peperangan media antara puak Mahathir/Daim dengan Najib, peperangan terhadap dir

Posted on Tuesday, January 20 @ 13:37:33 MYT by paktam

Oleh Aspan Alias
Tidak ada siapa yang tidak bergaduh sekarang ini. Pergaduhan berlaku di antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat. DAP membangkang pengenalan hukum hudud di Kelantan kerana tidak pernah dipersetujui dalam manifesto bersama pakatan pembangkang itu.

Sekarang DAP pula mahu mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan yang tidak pernah dibawa berbincang dalam PR dan PAS tidak bersetuju tindakan DAP itu. Sekarang PAS menuduh DAP "cakap tidak serupa bikin".


Kini pakatan pembangkang seolah-olah sudah tidak wujud lagi pada hakikatnya dan masing-masing membuat kerja masing-masing dengan hala tujuan masing-masing. Dalam pihak kerajaan pula berlaku pergaduhan besar dalam MIC dan berlaku pergeseran di antara parti-parti dalam Barisan Nasional itu. Umno tidak lagi sekuat dahulu yang mampu menguasai hala tuju BN itu.
Umno kini bergaduh sesama sendiri. Puak bekas perdana menteri bergaduh dengan puak Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Najib Razak. Setelah menerima kritikan yang kuat dari pihak Tun Dr Mahathir, maka pihak Najib pula mendapat nasihat dari seorang yang hanya dikenali sebagai HR dalam usaha memberikan tentangan terhadap kritikan pihak Mahathir. Seorang yang bernama HR sebagai mana yang disebut A Kadir Jasin dikatakan begitu berpengaruh dan segala arahannya terhadap media-media massa perdana untuk mengkritik Mahathir, Tun Daim Zainduddin dan Kadir Jasin sendiri.


Sekarang di antara pemimpin dan mereka yang rapat dengan kuasa dalam Umno dan BN itu sedang bergaduh sesama sendiri dan masing-masing mengeluarkan kelemahan pihak yang berlawanan itu. Pertembungan di antara puak Mahathir/Daim dan Najib dikatakan setengah pihak sebagai "bontot kuali mengatakan bontot belanga hitam". Masing-masing mendiami rumah kaca dan elok jika masing-masing tidak melontar batu ke rumah kaca lawan.

Semuanya sudah terburai dan ingatlah, perlakuan buruk kita tidak akan dapat dipengapkan selama-lamanya. Tiba masanya ia akan terbongkar dan akan diketahui umum juga. Yang paling mengelirukan kita, kedua-dua belah pihak bercakap tentang kesejahteraan rakyat dan menentang semua bentuk kezaliman dalam kerajaan dan negara.

Sekarang kedua-dua belah pihak sedang bergaduh dikhalayak ramai seperti "janda tua bergaduh sambil menyinsing kain dikhalayak ramai dikampung-kampung dahulu". Masing-masing membontotkan pihak lawannya sebagai tanda benci dan dendam masing-masing terhadap pihak lawan. Sekarang ini kita mulai nampak apa yang ada disebalik kain mereka.

Kita lihat seterusnya apa yang berlaku di antara kedua-dua belah pihak ini dalam sehari dua ini. Kedua-dua belah pihak semakin hari semakin terbawa-bawa dengan amarah masing-masing dan mereka ini jugalah yang mengaku diri mereka sebagai pejuang kepada rakyat dan negara sedangkan sebenarnya mereka sedang mempertahankan "lopak dan laba" masing-masing itu.

Saya mengambil ini sebagai isu hari ini kerana saya sudah lama menulis tentangnya. Selalu saya perkatakan akhirnya masing-masing tidak akan mampu bertahan dengan ego masing-masing kerana masing-masing mempunyai saham dalam menjadikan negara kita dalam keadaan sekarang ini.

Jika ada walaupun sebelah pihak sahaja yang benar-benar jujur terhadap rakyat yang dipimpin mereka tidak akan berlaku bergaduh sambil "menyinsing kain" seperti sekarang ini. Tentulah pihak yang benar tidak akan memberikan respon yang sama seperti pihak yang lagi satu. Pendeknya apa yang dikatakan puak Kadir Jasin terhadap Najib itu semuanya benar, dan apa yang diperkatakan Najib terhadap pihak Mahathir, terutamanya Daim itu semuanya benar.

Dalam pergaduhan ini Najib nampaknya kesaorangan kerana tidak ada seorang menteri pun yang tampil secara terangan mempertahankan Najib, kerana mereka tahu jika Najib berundur akhirnya mereka secara "collective" mesti berundur sedangkan banyak laba yang akan hilang jika Najib berundur. Mereka bukan mahu berkorban untuk rakyat walaupun itulah yang mereka laungkan dalam politik ini.

Tidak ada juga pihak yang mengiyakan apa yang di sebut Mahathir terhadap Najib kerana rakyat yang berfikir akan mengakui, "there must be a cause for a cause". Kalau tidak kerana berlindung di bawah kuasa Mahathir dahulu masakan Najib akan wujud dan timbul sebagai pemimpin besar negara? Kalau tidak ada lonjakan Mahathir masakan Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Najib muncul di pesada kepimpinan negara dan melakukan kerja yang sangat tidak selari dengan kehendak Mahathir sendiri?

Inilah padah yang di perolehi Mahathir kerana terlalu kuat memelihara orang yang lemah untuk menggantikan beliau. Sekarang kerana Najib dan Pak Lah dahulu lemah maka mereka ini tidak mampu untuk menunjukan kepimpinan mereka untuk mempertahankan atau untuk menutupi tindakan dan salah laku Mahathir sendiri.

Dulu Mahathir tidak percaya kepada orang yang bernas dan cerdas untuk berada bersamanya dalam kepimpinan negara. Bagi beliau memilih orang yang cerdik dan bernas untuk mengiringi beliau itu merupakan satu tindakan "membela harimau" pada Mahathir. Mahathir memilih untuk bersama dengan pengampu dan pendokong membuta tuli mereka dan Mahathir sendiri tidak sedar apa kah "consequence" nya membela dan mewariskan kepimpinan kepada pengampu dan yang pandai menggeli pundi-pundinya sahaja.

Sekarang kita semua sudah mempelajari satu pelajaran yang sangat berguna kepada mereka yang mampu belajar dari kesalahan orang lain. Kita sekarang sudah belajar dengan jelas yang jika kita melonjakkan dan menaikan mereka yang lemah, kelemahan mereka itu tidak akan membantu untuk kita semasa kita bersara. Pemimpin yang lemah selalunya akan terbekal secara "natural" dalam diri mereka dengan tiga racun berbisa yang akan membinasakan mereka sendiri, iaitu "greed, anger and foolishness".

Bagi seseorang yang mempunyai tiga unsur ini di dalam diri mereka tidak akan terjumpa waktunya mereka akan mengambil tindakan yang betul terutamanya terhadap kepentingan rakyat dan negara. Unsur-unsur inilah yang menonjol sejak kepimpinan Mahathir.

Disebabkan kerana wujudnya tiga unsur beracun itulah yang menyebabkan sejak kepimpinan Mahathir, tidak ada pemimpin yang sesuai lagi untuk negara dan ini dibuktikan "frustrations" 

Mahathir terhadap mereka yang beliau lonjakan dari Musa Hitam kepada Najib yang memimpin pada hari ini. Bukannya kita yang menuduh Mahathir dalam isu ini, sebaliknya Mahathir sendiri yang menyerang semua mereka yang beliau sayangi yang beliau guna untuk beliau jadikan "pelapik" beliau seperti yang saya selalu sebutkan selama ini.

Seperkara yang kita mesti akui jika kita ada sedikit "spiritual value" dalam diri pemimpin kita, kehidupan mereka terutamanya semasa alam persaraannya akan aman dan tenteram. Tetapi kerana kita terlalu kosong dalam diri kita ini, maka malang datang menghimpit dan merasakan kehidupan tidak pernah merasakan kepuasan dan sentiasa berada dalam kemurungan dan sifat amarah itu tetap menguasai kehidupan kita.

Tetapi kita juga percaya, tidak akan datang kebaikan jika kita tidak lalui keperitan. Tidak akan datang yang enak jika tidak datang kepayahan terlebih dahulu. Tidak akan dapat menghargai hidup dalam kejujuran jika kita tidak melalui zaman kita hidup dengan bisikan khatir yang akan sentiasa menyesatkan kita terutamnya apabila kita sampai dan menghampiri akhir kalam.

Bak kata ulamak muktabar, jalan ke syurga itu "berduri-duri dan beronak, jalan ke neraka itu penuh dengan roti dan keju". Tetapi yang pastinya di pengakhir hidup kita biarlah kita dihormati dan disayangi orang setidak-tidaknya di kariah kita. Adalah amat menyedihkan kita dihimpit dengan banyak masalah dalam akhir-akhir dan sisa hidup kita, sedangkan waktu itu adalah waktu yang kita dahagakan ketenangan hidup.

Baik pihak Dr Mahathir mahu pun pihak Najib. Sesungguhnya mereka sedang berperang dengan diri mereka sendiri. Peperangan melawan nafsu sendiri itu adalah peperangan yang tidak berkesudahan. Ia bermula sejak kita lahir sampai lah ke akhir kalam kita. – aspanaliasnet.blogspot.com

Sumber DD - 20-1-2015

Jawi Yang Kena "Masuk Jawi"

Posted on Wednesday, January 14 @ 23:45:20 MYT by paktam

Oleh Shahbudin Husin

Dalam satu tindakan yang dianggap sangat efisien, proaktif dan sangat pantas, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan atau Jawi dilaporkan akan mengeluarkan waran tangkap kepada tiga gadis bertudung yang video mereka berpeluk dan bercium dengan artis K-Pop Korea Selatan tersebar luas, baru-baru ini.



Pengarah Jawi, Paimuzi Yahya dilaporkan berkata, pihaknya memberi tempoh selama tujuh hari kepada ketiga-tiga gadis remaja itu untuk menyerah diri untuk siasatan dan sekiranya gagal, waran tangkap akan dikeluarkan.


Katanya, kes melibatkan mereka itu akan disiasat di bawah Seksyen 29 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) Perbuatan Tidak Senonoh Di Tempat Awam.

Kes ini akan dibawa ke mahkamah dan apa saja hukuman atau denda akan diputuskan, tambahnya lagi.

Walaupun menghargai kecekapan, sikap proaktif dan kepantasan Jawi terhadap perbuatan tidak senonoh gadis-gadis remaja ini sebagai usaha mencegah amalan maksiat dalam masyarakat, rasanya pihak berkuasa agama itu agak keterlaluan dan berlebih-lebihan dalam hal ini.

Ternampak bahawa, mentang-mentang isu melibatkan remaja itu menjadi viral di media sosial dan topik perbualan dalam masyarakat, Jawi seolah-olah ingin "tumpang semangkuk" menunjuk-nunjuk kuasa dan keprihatinan mereka terhadap amalan maksiat dalam negara ini.

Walhal, banyak maksiat lain yang terang-terangan berlaku dalam masyarakat, tidak pula Jawi bersungguh mahu membanterasnya. Maksiat, pergaulan bebas, adegan tidak senonoh di tempat awam, berpeluk dan bercium sebenarnya bukanlah sukar untuk dihidu oleh Jawi jika mereka benar-benar ingin membanterasnya.

Di pusat hiburan, pusat urut, disko, refleksiologi dan banyak lagi bercambah-cambah gejala maksiat, peluk dan cium setiap hari. Pusat-pusat itu pula terletak di tempat terbuka dan di tepi-tepi jalan, bukannya tersorok dan tersembunyi. Di malam minggu, adegannya lebih panas dan menggiurkan lagi.

Begitu juga di taman-taman bunga, taman di sekitar pusat membeli-belah, bahkan di dalam pusat membeli-belah sendiri, adegan berpeluk dan bercium di kalangan remaja ini seperti perkara biasa saja.

Jika ada majlis hiburan, majlis hari jadi atau parti-parti sosial peribadi yang selalunya diadakan di hotel-hotel ternama, pergaulan bebas, berpeluk dan bercium ini lebih dahsyat lagi perlakuannya. Tambahan pula jika turut disertai minuman keras, semuanya bak "dunia ana yang punya".

Dalam masa yang sama, di tv pula, sepanjang masa adegan drama-drama tempatan bukan sekadar berpeluk, bercium, bahkan ada juga aksi mandi berkemban dan berselimut berdua-duaan dengan mesra di atas katil, turut bagaikan perkara biasa juga.

Jika mahu dihuraikan sebenarnya banyak lagi maksiat nyata dan terang-terangan yang sepatutnya lebih diambil peduli oleh Jawi berbanding perlakuan gadis-gadis remaja dengan artis K-Pop itu. Memang diakui tindakan remaja itu salah, tetapi janganlah Jawi hanya "nampak kuman di seberang laut, namun buat-buat buta dengan gajah di depan mata".

Dalam konteks maksiat dan perbuatan tidak senonoh di tempat awam, banyak lagi yang boleh diambil tindakan oleh Jawi. Malah, jika bercium dengan artis boleh dianggap salah, bagamana pula dengan isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor yang juga pernah melakukan perkara yang sama sebelum ini?

Panggillah Rosmah untuk disiasat dan jika enggan, keluarkanlah waran tangkap juga? Kenapa ketika itu Jawi diam saja?

Begitu juga dengan pelakon-pelakon yang menayangkan aksi berpeluk, bercium, berkemban dan bermesra di atas katil sepanjang masa di kaca tv, ambillah juga tindakan yang sama?

Adalah penting untuk Jawi bertindak berdasarkan keutamaan dalam masyarakat. Maksiat dan adegan tidak senonoh lain berlaku sepanjang masa dan berleluasa, manakala aksi remaja dengan bintang K-Pop itu hanyalah aksi terpencil saja. Ia boleh ditangani dalam bentuk yang lain atau secara diam-diam sahaja.

Mengeluarkan waran tangkap seolah-olah penjenayah besar adalah agak keterlaluan dan boleh menjejaskan masa depan mereka sedangkan pesalah lain yang sepatutnya hadir ke mahkamah pun masih boleh lepas bebas hingga ke luar negara.

Dengan menghebohkan tindakan dalam perkara yang kecil dan remeh, tetapi mengabaikan maksiat yang lebih besar dan terang dalam masyarakat, hanya mendedahkan Jawi kepada kecaman dan pensendaan masyarakat semata-mata. Dalam kes remaja dengan artis K-Pop ini, tidak perlulah juga Jawi muncul setiap hari di media dengan menunjuk kuasa seolah-olah begitu gila publisiti.

Perlakuan itu sebaliknya hanya memperlihatkan Jawi seolah-olah tidak matang, terangsang dengan perkara remeh, gagal melihat keutamaan dan seperti lagak budak-budak yang belum "masuk jawi" saja.

Makanya, eloklah Jawi "bersunat" dulu agar tindakannya tidak kekok di mata masyarakat.

Sumber DD - 14-1-2015


Kes Mejar Zaidi, Altantuya : Tunggu Di Mahkamah Akhirat


Walaupun berlainan agama dengan Altantuya Sharibu, keputusan Mahkamah Persekutuan semalam yang sekaligus menyebabkan Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar bakal menerima hukuman gantung sampai mati, ia sekurang-kurangnya memberi kelegaan kepada sesiapa jua yang cintakan keadilan sesama manusia.

Namun, jika diselusuri renteten kes itu sejak kejadiannya pada 2006, keputusan mahkamah ini hanya membawa separuh kelegaan saja.

Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan semalam menolak keputusan Mahkamah Rayuan yang membebaskan kedua-kedua anggota Unit Tindakan Khas itu sebelum ini, sebaliknya mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati mereka bersalah kerana membunuh model kelahiran Mongolia itu.

Dengan hukuman tersebut, Azilah dan Sirul bakal menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahan mereka. Hanya Rayuan Diraja saja satu-satunya peluang untuk kedua-dua pesalah ini menukar hukuman mati di tali gantung ini kepada penjara seumur hidup.

Bagaimanapun, dalam keputusan yang diumumkan semalam, hanya Azilah yang hadir di mahkamah manakala Sirul masih tidak dapat dikesan di mana beradanya. Mula-mula beliau dikatakan hilang dan tidak dapat dikesan, tetapi kemudian dilaporkan beliau sebenarnya berada di luar negara dan tidak mempunyai wang untuk pulang.

Namun demikian, mahkamah sudah pun mengeluarkan waran tangkap terhadapnya dan usaha-usaha mengesannya dipercayai sedang giat dijalankan.

Walaupun hukuman telah dijatuhkan, kes perbicaraan sudah berakhir dan bapa Altantuya juga nampaknya puas, beliau masih tercari-cari motif anaknya dibunuh. Sementara beliau tampak berpuas hati dengan keadilan yang ditegakkan, realitinya hanya separuh kelegaan menjelma dengan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Persekutuan ini.

Separuh lagi kelegaan hanya terjawab jika motif pembunuhan itu dapat dirungkai serta siapakah yang mengarahkan kedua-dua anggota polis UTK itu melakukan pembunuhan dengan meletupkannya menggunakan C4.

Tiada siapa tahu apakah motif mereka membunuh Altantuya yang merupakan penterjemah dalam pembelian kapal selam itu? Apakah mereka mengenali Altantuya atau melakukannya kerana diarahkan oleh seseorang yang lain?

Jika ada yang mengarahkan pembunuhan itu pula, siapakah orangnya?

Abdul Razak Baginda yang sebelum ini dibicarakan sudah pun dilepaskan dan kesnya tidak pula dirayu ke mahkamah yang lebih tinggi. Beberapa saksi yang relevan juga tidak dipanggil atau ditolak untuk diambil keterangannya menyebabkan motif dan siapa yang mengarahkan pembunuhan Altantuya ini mungkin kekal misteri untuk selama-lamanya,

Apakah dalam kes saman seterusnya oleh bapa Altantuya terhadap kerajaan Malaysia, semua persoalan mengenai motif dan siapa yang memberi arahan itu akan terjawab?

Apakah juga mereka yang tidak dipanggil sebelum ini seperti DSP Musa Safri, Razak Baginda yang sudah dibebaskan dan Najib Razak yang sudah dibersihkan kaitannya dengan pembunuhan Altantuya, akan dipanggil semula memberi keterangan nanti?

Hakikatnya, episod Altantuya ini tidak berakhir begitu saja dengan hukuman mati kepada Azilah dan Sirul. Selain ada lagi "cerita-cerita mahkamah" dalam kes saman seterusnya, pencarian kepada keadilan yang hakiki tentu juga lebih berpanjangan.

Hanya jika sudah dihukum siapa pelaku dan diketahui pula motif pembunuhan atau siapa yang mengarahkannya, barulah boleh dikira lengkap kelegaan orangramai dan keluarga mangsa dalam kes pembunuhan Altantuya ini. Dalam masa yang sama, barulah juga keadilan sudah tertegak sepenuhnya.

Sebagaimana ingatan alim ulama dan bijak pandai bahawa dunia ini tidak pernah adil dan keadilan yang sebenar-benarnya hanyalah di Mahkamah Allah nanti, pencarian mengenai motif dan siapakah yang mengarahkan pembunuhan Altantuya juga mungkin hanya terjawab "di sana" nanti.

Kiranya mahkamah dunia gagal memberi jawapan, di mahkamah akhiratlah tempat selayaknya untuk menuntut keadilan.

Ia bakal mengulangi sepertimana yang dialami oleh Mejar Zaidi Ahmad yang didapati bersalah kerana menyatakan kebenaran mengenai "dakwat kekal yang tidak kekal" semasa proses pilihanraya umum lalu.

Setelah melalui beberapa episod perbicaraan yang mengecewakan, termasuk komen seorang panel hakim yang tidak sewajarnya dalam laman sosial Facebook yang berbunyi, "klu tak nak jd tentera duk kampung motong getah je", Mejar Zaidi akhirnya menolak untuk melakukan sebarang pembelaan diri, sebaliknya hanya berkata, "kita jumpa di Mahkamah Allah nanti."

Tidak mampu melawan ketidakadilan di dunia, Mejar Zaidi hanya berserah kepada Tuhan menentukan segala-galanya.

Selain keluarga Altantuya yang tentunya juga mengharapkan keadilan sepenuhnya dapat ditegakkan dalam kes pembunuhan itu, kita sebagai manusia biasa yang cintakan keadilan juga turut berperasaan sama. Ini kerana keadilan tidak mengenal rupa bangsa, kaum, bahasa dan agama mana-mana manusia.

Jika tidak di dunia ini, pasti "di dunia yang lagi satu" nanti Tuhan akan menunjukkan siapa yang benar, siapa yang salah, siapa yang jujur dan siapa yang berbohong.

Tetapi kadang-kadang juga Keesaan dan Maha Kaya Tuhan tak terjangkau dek akal dan tipu muslihat manusia memikirkannya. Tidak sampai ke akhirat, di dunia pun Tuhan selalu menunjukkan balasan-Nya. (SH 14/01/2015)

Sumber SH / HD - 14-1-2015

PR Wajar Timbang Mejar Zaidi Calon PRU 14

http://shahbudindotcom.blogspot.com/

Posted on Tuesday, January 13 @ 14:18:30 MYT by paktam

Oleh Shahbudin Husin 


Dalam mengharungi hari-hari yang mencengkam kehidupannya sehinggalah keputusan diumumkan semalam, Mejar Zaidi Ahmad telah memperincikan kepada umum mengenai wataknya yang berani, jujur, ikhlas, amanah serta mempunya tawakal yang tinggi kepada Allah.

Dalam dunia yang semakin mencabar di mana kebendaan, wang ringgit dan pangkat sering menjadi kebanggaan, keperibadiaan seperti Mejar Zaidi adalah "intan terpilih" yang barangkali hanya ditemui "satu dalam sejuta".

Sebagai pegawai TUDM, beliau boleh saja memilih berdiam diri dan redha dengan isu "dakwat kekal yang tidak kekal", apatah lagi dengan rekod perkhidmatan selama 26 tahun, mustahil tidak mengetahui apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukannya sebagai anggota tentera.
Tetapi tindakannya membuat laporan polis dan bercakap mengenai dakwat kekal tentulah datang daripada nalurinya tinggi untuk melihat sistem dan perjalanan pilihanraya serta pentadbiran negara berjalan dengan baik dan adil.

Keyakinannya juga tentulah bersandarkan bahawa hanya melalui sistem dan perjalanan pilihanraya yang adil saja dapat melahirkan sebuah kerajaan yang adil juga.

Mungkin dengan jawatan serta pangkat yang dimilikinya, Mejar Zaidi merasakan suaranya mengenai isu dakwat kekal lebih berupaya mendapat tindak balas yang sewajarnya daripada SPR dan kerajaan, berbanding jika hanya pengundi biasa yang membuat laporan polis.

Malangnya, sementara SPR kemudiannya mengakui dakwat yang digunakan dalam PRU 13 itu memang "ada masalah" serta benar-benar tidak kekal, Mejar Zaidi terpaksa pula berhadapan tindakan yang memusnahkan karier dan masa depannya.

Kes beliau ini tidak lebih umpama pencuri tidak ditangkap tetapi orang yang melaporkan siapa pencuri pula yang dihukum. SPR, pembekal dakwat dan lain-lain pihak tidak pula dikenakan apa-apa tindakan walaupun beratus laporan dan rungutan mengenainya didedahkan.

Beliau didapati bersalah hanya kerana bersikap berani dan inginkan kebenaran. Kalaulah Mejar Saidi bercakap mengenai wajar dan layaknya isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor menggunakan jet TUDM, sudah tentu hari ni beliau akan disanjung dan dinaikkan pangkat, walaupun perkara itu tidak berasaskan kebenaran dan kejujuran.

Dalam hal ini, kerajaan seharusnya berbangga mempunyai kakitangan sepertinya yang terbukti berani, jujur, ikhlas dan amanah. Setelah dijatuhkan hukuman dan dibuang daripada TUDM pula, sambil meletakkan mahkamah Allah untuk pertimbangan keadilan yang hakiki untuknya, jelas beliau juga seorang yang mempunyai keyakinan tinggi terhadap konsep redha dan tawakal.

Secara umumnya, memang ramai yang bersimpati dengan nasib Mejar Zaidi. Tetapi yakinlah dunia belum kiamat untuknya. Walaupun dunia ini selalu memberi kemenangan dan kejayaan kepada mereka yang tidak jujur, pembelit, penipu, penjahat, peminum arak, malah pembunuh sekali pun, tetapi janji Tuhan mengenai doa mereka yang teraniaya juga kerapkali ditunjukkan kepada kita sebagai pengajaran.

Namun, kita tidak tahu bila doa Mejar Zaidi ini akan dimakbulkan Tuhan. Jika benar beliau teraniaya dan hukuman tidak adil dikenakan keatasnya, menjadi kewajipan kita sebagai umat Islam untuk turut sama mengangkat tangan berdoa menuntut keadilan diberikan kepadanya serta pihak yang menganiayanya pula diberikan balasan.

Tetapi, sementara banyak pihak bangun bersuara ingin membela nasib dan kedudukan keluarga Mejar Zaidi yang kini hilang punca pendapatan, kerajaan negeri yang ditadbir PR iaitu di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan wajar segera tampil menunjukkkan diri sebagai kerajaan yang bertanggungjawab.

Buatlah sesuatu untuk beliau meneruskan kehidupannya bersama keluarga dan anak-anaknya. 

Berikanlah pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan dan pengalamannya. Yang lebih penting, hargailah keberanian dan kejujurannya.

Dalam PRU 14 akan datang pula, PR juga wajar memilih Mejar Zaidi ini sebagai salah seorang calonnya. Letakkanlah di mana-mana kawasan DUN atau Parlimen kerana sifat berani, jujur, ikhlas, amanah serta mempunyai keyakinan yang tinggi kepada Allah yang dimilikinya adalah aset paling tinggi untuk menjadi pemimpin di negara kita yang semakin "rosak" ini.

Beliau bukan saja boleh menjadi pemimpin yang baik kepada rakyat melalui sifat-sifat yang dimilikinya itu, malah meletakkan sebagai calon juga memberi lebih harapan kepada rakyat akan kewujudan sebuah kerajaan baru yang lebih diyakini

Sumber DD - 13-1-2015

Akhirnya Azilah dan Sirul ke tali gantung juga

Posted on Tuesday, January 13 @ 14:21:06 MYT by paktam

Oleh Aspan Alias

Mahkamah Persekutuan telah mengekalkan ‘verdict’ gantung sampai mati kepada ketua inspector Azilah Hadari dan korporal Sirul, dalam kes pembunuhan Altantuya Shariibu seperti yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi empat tahun dahulu. Ini bermakna Mahkamah Persekutuan telah menolak keputusan membebaskan mereka oleh Mahkamah Rayuan pada 23 Ogos 2013 dahulu.




Akhirnya isu ini telah selesai kerana kedua-dua yang didapati bersalah kerana membunuh wanita Monggolia itu yang telah mendapat liputan yang begitu meluas diperingkat antarabangsa yang telah membabitkan nama Perdana Menteri Najib Razak dalam isu ini.

Undang-undang tetap undang-undang. Yang bersalah tetap bersalah tetapi apa yang memusykilkan dalam kes ini ialah dalam perbicaraan di setiap peringkat Mahkamah tidak timbul persoalan tentang motif pembunuhan itu. Motif pembunuhan itu amat perlu diketahui Mahkamah dan rakyat, kerana kita perlu mengetahui kenapa dua orang penguatkuasa undang-undang negara yang perpangkat rendah itu boleh membunuh seorang wanita yang mereka tidak pernah mengenalinya dan tidak mempunyai apa-apa perhubungan perniagaan atau sosial di antara mereka.

Baik dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi mahu pun di Mahkamah Rayuan tidak timbul persoalan kenapa mereka membunuh Altantuya ini dan siapa yang menyebabkan mereka melakukan pembunuhan itu. Pihak pendakwa seolah-olah mahu mengelak untuk membabitkan isu motif pembunuhan itu dan ini amat menyangsikan pihak yang meminati untuk mengikuti perbicaraan ini.

Kedua-dua penguatkuasa undang-undang negara ini tidak pernah mengenali sigadis Altantuya ini, tetapi mereka melakukan pembunuhan secara kejam sehingga menggunakan C4 dalam pembunuhan itu.

Tidak tahulah keadaan sebenar dibelakang tabir tetapi ia telah diputuskan oleh Mahkamah.

Mempersoalkan keputusan Mahakamh adalah salah tetapi yang nyata ramai yang tidak tahu kenapa dan mengapa kedua-dua orang anggota keselamatan ini melakukan pembunuhan terhadap orang yang mereka tidak pernah mengenalinya. Tetapi mungkin oleh kerana slogan 'Malaysia Boleh!' yang membolehkan seseorang itu membunuh orang yang mereka tidak kenali dan pernah berhubung secara sosialnya.

Itu persoalan yang tidak akan terjawab walaupun kedua-duanya mungkin sudah tiada nanti. Ramai memahami persoalan ini tidak akan ada yang menjawabnya kerana ‘avenue’ untuk mencari jawapannya sudah tiada lagi.

Hanya ‘universal law’ akan memberikan penghakimannya, tidak tahu bila, tetapi ia akan ia tetap akan sampai..

Sumber DD - 13-1-2015
































































TDM mewarisi pemimpin-pemimpin pelapik, bukan pimpinan pelapis

Posted on Thursday, January 08 @ 15:25:09 MYT by paktam

Oleh Aspan Alias

Najib adalah seorang Perdana Menteri yang paling tidak secocok dengan keadaan dan situasi di negara ini. Berbagai-bagai isu dilemparkan terhadap beliau termasuk lemparan yang dilakukan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir tentang perilaku Najib yang tidak sensitif dengan keadaan politik negara ini. Apa pun isu yang dibesarkan terhadap beliau tidak menampakkan yang beliau sedar yang beliau merupakan seorang pemimpin yang paling tidak bertanggungjawab dalam sejarah negara, tetapi beliau tetap dengan sikap bebalnya.


Beliau merasakan tidak ada siapa yang mampu menahan beliau dari apa yang beliau hendak lakukan atau yang dilakukan oleh isterinya. Beliau seperti seorang maharaja yang besar dan kesangsaraan rakyat tidak membuatkan beliau hari ini menjadi pemimpin yang lebih baik dari semalam. Malahan beliau bertambah bebal dan menganggap isu yang dimainkan rakyat itu tidak akan membawa apa-apa ‘consequence’ kepada beliau.

Diharapkan kepada sesiapa yang telah membentuk kepimpinan Najib pada hari ini akan merasakan kekesalannya kerana memberikan laluan kepada pemimpin yang sudah tidak sedar akan apa yang beliau lakukan setiap masa dan waktu itu. Beliau seolah-olah sedang mabuk dan tidak menyedari apa yang beliau lakukan terhadap negara. Seorang pemabuk selalunya akan melakukan apa yang beliau suka tanpa merasa bersalah.

Isu beliau sentiasa segar, silih berganti setiap minggu dan bulan. Kadangkala beberapa isu datang sekali gus terhadapnya. Dalam keadaan negara dilanda banjir beliau masih bermain golf dengan pemimpin dan mentornya Obama dan setelah sedar beliau kembali tetapi jet mewah kerajaan yang membawa beliau ke Hawaii itu tidak pulang bersamanya tetapi jet itu telah terbang mengelilingi dunia dari AS ke Dubai, Bangkok dan seterusnya kembali ke negara.

Siapakah yang menggunakan jet tersebut sudah diketahui umum dan perlakuan membelanjakan wang rakyat yang sedang sengsara sekarang masih dilakukan seolah-olah wang itu adalah wang emak atau bapanya serta datuk neneknya.

Najib merupakan seorang Perdana Menteri yang paling mahal untuk ditanggung oleh rakyat.dan jika beliau lebih lama duduk di kerusi Perdana Menteri itu kita akan menanggung bebanan besar untuk menurut kemahuan nafsu dan kehendak beliau.

Tetapi entah apa sebabnya tiada seorang pun yang berbunyi dan memberikan teguran dari kalangan ahli-ahli jemaah kabinet negara mahupun dari parti yang beliau ketuai. Selagi tiada tindakan dilakukan terhadap Perdana Menteri ini, selagi itulah negara akan dibebankan dengan masalah besar yang tidak akan dapat diselesaikan.

Sebagai Menteri Kewangan, kita juga mahu tahu apakah tindakan beliau dalam menghadapi penurunan nilai ringgit dipasaran wang antarabangsa. Semalam ringgit sudah mencecah ke peringkat RM3.55sen bagi setiap dollar Amerika, malahan dalam pertengahan dagangan semalam ia pernah mencecah ke peringkat RM3.59 bagi satu dollar Amerika.

Kejatuhan harga minyak mentah Brent telah turun ketahap USD 53 dan ini semua perlu pencerahan dari Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri yang tidak lekat di negara ini. Beliau berada luar negara tanpa hentinya. Apakah agenda beliau dengan kekerapan keluar negara sekarang ini, hanya beliau sahaja yang boleh menjawabnya.

Presiden AS pun tidak keluar negara sekerap Perdana Menteri Malaysia. Perdana Menteri China pun tidak keluar negara sekerap Najib. Sikap buruk Perdana Menteri sudah sampai ke tahap yang tidak boleh dibiarkan lagi dan mereka yang boleh melakukan apa-apa tindakan untuk menyekat sikap buruk Perdana Menteri ini harus melakukan sesuatu untuk kebaikan negara.

Berada di luar negara dengan alasan melakukan diplomasi melalui permainan golf ini merupakan satu alasan yang tidak boleh diterima. Jika golf itu menjadi tumpuan beliau beliau sepatutnya bersara sahaja dan berikan tumpuan terhadap golf sahaja. Moga-moga tidak berapa lama dari sekarang beliau boleh menjadi pemain golf professional dan boleh menyertai European PGA atau US PGA dan beliau akan tetap mendapat perhatian dunia dalam permainan golf professional itu.

Beliau seolah-olah mahu lari dari tanggungjawab membetulkan keadaan negara dalam situasi politik dan ekonomi dunia yang tidak menentu ini. Dimanakah slogan-slogan besar ciptaan beliau berada sekarang. Dimana slogan rakyat didahulukan itu? Dimana kah slogan pencapaian diutamakan itu. Dimanakah perginya ETP dan banyak lagi program yang beliau umumkan setiap bulan dahulu? Dimanakah pencapaiannya? Bagaimana dengan NKRA beliau sendiri dan bagaimana pula prestasi barisan kabinet beliau?

Setakat manakah pencapaian matlamat untuk menjadikan negara ini negara maju dengan penadapatan yang tinggi menjelang tahun 2020 itu? Sekarang kita sudah berada dalam tahun 2015. Rakyat masih susah dan apakah formula atau magik yang akan beliau lakukan untuk mencapai pendapatan purata rakyat sebanyak USD 15 ribu setahun itu?

Rakyat sudah terlalu kenyang dengan janji-janji Najib selama ini? Najib sudah hilang kawalan terhadap negara dan kini seolah-olah kita tidak mempunyai kerajaan yang mentadbir rakyat dan negara lagi.

Najib bertindak dan bercakap tidak berpijak kepada bumi yang nyata. Najib seolah-olah sudah menjadi ‘makhluk perosak’ kepada negara kerana setiap perlakuannya membuatkan rakyat tidak senang duduk dibuatnya. Sememangnya kita tahu yang Najib itu seorang yang lemah dari dulu. Tidak pula kita menyangka yang beliau begitu teruk dan tidak mempunyai apa-apa nilai kepimpinan bagi negara majmuk seperti negara kita ini.

Siapakah yang menjadikan Najib pemimpin dahulu sepatutnya merasakan yang sudah sampai waktunya untuk melakukan sesuatu bagi menolak ketepi Najib ini. Bagaimanakah pemimpin yang membina Najib sampai kehari ini boleh lelap dan nyenyak tidurnya, tidak dapat kita ketahui.

Dalam isu kelemahan kepimpinan hari ini mungkin Najib tidak bersalah keseluruhannya, mungkin yang paling bersalah ialah pemimpin yang membiarkan dan membantu Najib naik ketangga politik sampai tahap yang tertinggi ini.

Orang yang saya maksudkan itu ialah Tun Mahathir. Tidak pula diketahui samada TDM sedar yang beliau tidak mempunyai banyak waktu untuk membetulkan kesalahan beliau membina seorang demi seorang pemimpin yang tidak memberikan faedah kepada negara ini.

Malahan kepimpinan beliau telah mewarisi kepimpinan acuan beliau yang tidak mempunyai apa-apa nilai kepimpinan kerana mereka itu bukannya pemimpin tetapi hanyalah barisan pengampu dan pembodek semata-mata. Penulis-penulis sejarah akan mempunyai banyak modal untuk menulis tentang warisan Dr Mahathir kepada kita sekarang ini.

Masalahnya Dr Mahthir tidak membina kepimpinan pelapis untuk negara. Apa yang beliau lakukan ialah hanya membina pemimpin pelapiknya sahaja. Akhirnya barisan pelapik inilah yang menguasai negara, dan inilah yang kita rasai sekarang.

Sumber DD - 8-1-2015

Isu banjir: kita hanya mampu berdoa dan bermunajat sahaja

Posted on Wednesday, January 07 @ 23:12:39 MYT by paktam

Oleh Aspan Alias

Banjir telah berlaku dalam kadar yang sangat besar dan yang belum pernah kita alami sejak puluhan tahun dahulu. Hujan lebat telah mengakibatkan banjir yang sangat besar itu dan apa yang kita mahu tahu kenapa ia berlaku dengan begitu besar sehinggakan ia idak dapat mengawal kerosakan harta benda rakyat dan awam dan kos kerugian tentunya melibatkan puluhan billion ringgit.



Kenapa begitu. Bukankah hujan lebat terutamanya dipantai timor itu sememangnya merupakan fenomena tahunan dan tidak pernah ia tidak berlaku sejak dari dulu. Jika dahulu banjir dijadikan pesta untuk kanak-kanak dan dewasa bermain air, kini banjir telah menjadi ganas dan memusnahkan apa sahaja yang ada kepada rakyat yang terlibat, tidak kira mereka kaya atau pun miskin.

Sejak Adam dan Hawa lagi hujan sememangnya turun dengan kadar yang besar disetengah tempat tetapi kenapa kali ini ia turun tetapi memusnahkan harta benda rakyat dan harta awam dengan begitu besar? Kenapa air yang turun itu tidak terkawal lagi arusnya dan kenapa bumi tidak lagi dapat menampung hujan yang turun itu dan mengalir dengan deras ke lembah-lembah tempat kediaman manusia?

Jika dahulu air yang besar tidak mengalir dengan cepat ke lembah-lembah dan tanah yang rendah kenapa sekarang seolah-olah air itu tidak dapat menahan dari mengalir laju dan memusnahkan semua kehidupan dan ternakan serta harta benda umat yang berada dalam kawasan air bah itu?

Berbagai-bagai kenyataan kita dengari dari pihak kerajaan yang banjir itu adalah kerana jumlah air hujan yang turun itu terlalu besar dan itulah sebab utamanya kenapa banjir dan bah berlaku. Seperti yang disebutkan tadi hujan lebat itu bukannya datang kali ini sahaja. Hujan yang lebat itu datang sejak waktu Adam dan Hawa dijadikan Tuhan lagi dan sejak dunia ini wujud. Tetapi kenapa sekarang ini ia memberikan impak besar dan memusnahkan kehidupan orang ramai terutamanya dikawasan-kawasan yang terlibat.

Tuhan telah menyediakan tempat air yang jatuh melalui hujan itu dengan pasak-pasak bumi yang asli, iaitu pokok-pokok dan pohon yang rimbun untuk menampung jumlah air yang ditutunkan Tuhan itu. Itu sebabnya kita sejak dari dulu lagi telah memberikan peringatan yang kita tidak wajar melanggar kemahuan dan teguran Tuhan yang menebang serta menebas pokok-pokok dan pohon-pohon serta hutan rimba itu adalah salah dan berdosa besar.

Tetapi teguran dan pandangan pihak yang bertanggungjawab dan memahami sistem ekoloji bumi ini yang pembalakan yang terlalu berluas-luasa di negara ini akan akhirnya membawa padah yang tidak dapat diukur lagi jumlah kemusnahannya. Nyata sekali banjir ini adalah hasil dari kerja tangan manusia yang rakus dan menebang dan menebas pohon-pohon dan hutan belantara untuk mendapatkan laba besar hanya dengan menggunakan kekayaan sumber alam kita.

Pembalakan di negara kita ini dilakukan oleh semua pihak dan dari setiap lapisan sosial rakyat. Ia dilakukan oleh orang biasa sehingga kepada tahap sosial yang tertinggi iaitu yang mendiami Istana-Istana indah di negara ini. Tidak ada mana pihak yang mampu untuk menyekat mereka yang begitu berpengaruh ini dari menebang dan menebas hutan belantara, pasak bumi ciptaan Tuhan yang Maha Esa itu. Rakyat selama ini hanya melihat tanpa mampu berbuat apa-apa segala tindakan mereka yang berpengaruh dan berkuasa membotakkan hutan belantara di negara ini.

Jika rakyat biasa seperti kita ini membuat kenyataan yang membangkang tindakan mereka ini, kita juga yang akan menerima hukuman dan padah dari mereka yang berkuasa ini.

Bukan rakyat tidak tahu yang sebahagian dari hasil dari pembalakan ini dihabiskan ditempat-tempat dan pusat perjudian yang terkenal di dunia ini, tetapi apakan daya, kata orang 'kita ini mentimun mereka itu pisau'. Apa pun timun jugalah yang menerima padahnya jika cuba untuk menegur dan menahan dari mereka yang berkuasa ini membotakkan hutan belantara ini.

Sekarang ini berbagai-bagai pihak sedang berusaha untuk membantu ratusan ribu manusia yang terlibat dengan bah besar ini. Tidak dapat dipastikan samada pemulihan keadaan dari kehancuran akibat banjir ini akan selesai sebelum banjir akan kembali tiba pada musim tengkujuh yang akan tiba lagi setiap tahun.

Akibatnya sekarang ini rakyat biasa berperang untuk menyelamatkan kehidupan mereka tetapi manusia yang menjadi penyebab kepada banjir ini bersuka ria dan berjoli di atas kesengsaraan rakyat yang ramai-ramai dalam kesusahan ini.

Kedatangan banjir kali ini ibarat ‘sudah jatuh ditimpa tangga’. Sedang rakyat bergawat dengan kos sara hidup yang tinggi dengan kedatangan GST dan berbagai-bagai lagi datang pula banjir yang telah meragut banyak nyawa dan menanggung kesusahan hasil dari banjir pula.

Setelah ‘ditimpa tangga’, apa pula yang akan menimpa kita selepas ini. Yang pastinya banjir dan bah akan sampai lagi pada penghujung tahun ini. Dalam pada itu hutan belantara masih rakus di tebang dan ditebas dan akan menyumbang lagi kepada pengaliran air yang tidak terkawal dalam jumlah yang lebih besar lagi.

Hanya Tuhan sahaja yang boleh membantu kita selepas ini. Kita memerlukan rahmat dan syufaat dari junjungan besar kita sahaja untuk memperbetulkan keadaan ini. Bila rahmat dan syufaat itu akan tiba tidak siapa yang tahu.

Kita hanya mampu berdoa dan bermunajat sahaja.Samada kita dapat memulihkan keadaan sebelum sampainya musin tengkujuh yang akan datang, sama-samalah kita tunggu dan lihat
http://aspanaliasnet.blogspot.com/

Sumber DD -  7-1-2015 


Menangguk di Air Keruh; Menahan Lukah di Pergentingan


Posted on Monday, January 05 @ 16:21:54 MYT by paktam

Oleh Sakmongkol AK47
Kenapa kita tidak bercakap mengenai perpaduan nasional? Apa yang besar dan keramat sangat kita mahu bercakap mengenai perpaduan Melayu antara PAS dan UMNO? Idea kerajaan perpaduan antara PAS dan UMNO sedikit sangat melibatkan agama, bangsa dan raja Melayu. Perkara sebenarnya ialah UMNO sedang terdesak untuk kekalkan kuasa dan sekarang benar2 menangguk di air keruh dan menahan lukah di pergentingan.

Ini hanya cakap politik yang beragendakan pengekalan kuasa memerintah dan hak menguasai perbendaharaan negara. Bayangkan apa jadi kepada UMNO jika mereka tidak ada kuasa keatas perbendaharaan dan keatas sumber kewangan dari GLC2 yang jadi ATM UMNO? Parti itu akan gulung tikar.
UMNO itu Melayu bukan? Mengapa mereka sekat bayar royalty minyak atau bantuan lain kepada Kelantan yang bukan sahaja kerajaan nya kerajaan Melayu lagi Islam, bahkan majority rakyat nya pun Melayu.

Define win-win yang UMNO pakai; konsep menang-menang yang UMNO pakai ialah kita menang, kamu kalah.

Perpaduan antara rakyat berbilang kaum, agama dan budaya kenapa UMNO tidak mahu cakap? Ini suatu cabaran yang lagi besar yang mencukai kapasiti berfikir kita. Cakap mengenai perpaduan Melayu sebetulnya adalah cakap politik dan agenda nya ialah mengekalkan kuasa. Golongan yang mempunyai kepentingan terbesar dalam mengekalkan kuasa ialah UMNO.

Seperti yang kita tahu, dan puak UMNO enggan terima ialah fakta UMNO tewas dalam undi popular PRU13 yang bererti mereka tidak ada legitimasi moral.

Jadi apa yang mereka lakukan? Tidak berhenti menakutkan orang Melayu menggunakan bangsa, agama dan Raja Melayu. Cuba pembaca renungkan isiu yang paling akhir sekali; adakah kepentingan raja Melayu tergugat?

Siapa pun yang jadi kerajaan, kedudukan raja Melayu tetap terjamin oleh perlembagaan dan oleh kekuatan demografi orang Melayu. Jangan kita biar diri kita dibodohkan oleh UMNO. UMNO itu parti feudal yang ertinya, kedudukan seseorang ditentukan oleh eksiden keturunan. Kalau kita keturunan baik, maka kedudukan kita tejamin.

Orang Melayu itu majoriti bukan? Selagi mereka majority dan berkehendakkan raja2 mereka, maka raja Melayu tetap ujud. Maka Raja yang patut ambil hati rakyat. Kecintaan dan perasaan mahabbah terhadap raja bukan boleh dipaksa paksa. Tak perlulah UMNO menakutkan orang Melayu. UMNO sudah menakutkan orang Melayu sejak 1946 lagi.

Kemudian tanya lagi- adakah kepentingan bisnes raja Melayu yang buat bisness tergugat bila kerajaan selain dari UMNO memerintah? Kepentingan bisness keluarga diraja Kelantan- tidak terjejas sedikit pun walaupun PAS yang memerintah. Di Selangor, kepentingan bisnes Raja yang berbisnes sedikit pun tidak terjejas walaupun dulunya Khalid Ibrahim jadi MB dan sekarang Azmin Ali jadi MB. Raja2 Selangor masih dapat buat bisness juga. Kita tiak pernah dengar kerajaan bukan UMNO rampas atau sekat raja Melayu melakukan bisness.

Kemudian, Raja Melayu sebenarnya tidak memerlukan pembelaan dari mana2 pihak pun. Takkanlah Raja Melayu mahukan pembelaan dari Perkasa misalnya yang anggota nya terdiri dari watak2 kartun? Jatuhlah martabat Raja Melayu kalau ada terlintas fikiran mahukan pembelaaan dari kumpulan2 seperti ini.

Cuba kita ambil lagi satu isu orang Melayu. Ekonomi mereka. Dari semua sudut kedudukan orang Melayu semua orang tahu. Setakat ini strateji membaiki keadaan tersebut ialah melancarkan dasar affirmative dalam bentk DEB atau dasar2 yang mengandungi roh DEB. Apa sudah jadi? Memang secara umum keadaan orang Melayu bertambah baik tapi ia juga mengujudkan segelintir Melayu terpilih yang menguasai habuan dasar ekonomi tersebut.

stateji menyusun ekonomi orang Melayu mengikut bandingan dan perlumbaan bangsa gagal menyelesaikan masaalah kemunduran ekonomi orang Melayu kerana perjuangan itu bersifat isolasi dan menyendiri. Kenapa tidak menjadikan perjuangan membangunkan orang Melayu sebahagian dari pejuangan yang lebih besar yakni perjuangan mengukuhkan rakyat miskin? Jika perjuangan demikian jadi perjuangan yang dikongsi bersama, keadaan orang Melayu tetap terbela sebab majority yang mundur ekonomi ialah Melayu.

http://sakmongkol.blogspot.com 

Sumber DD - 5-1-2015

Tips barangan elektrik yang terendam banjir

http://tranungkite.net | .

Tips Kepada Mangsa Banjir Berkaitan Barangan Elektrik Dan Elektronik Yang Terendam Banjir

Oleh Saiful Nang

Ini juga adalah dari pengalaman saya menjadi mangsa banjir besar di Jitra Kedah pada tahun 2005.

Bila banjir surut, anda masuk rumah dan anda dapati TV, peti ais, mesin basuh, table fan, peralatan letrik dapor dan lain-lain perkakas letrik termasuk PC atau laptop berselerak lintang pukang macam sampah... jangan ingat itu semua dah jadi sampah yang perlu dikutip buang.

Ingatlah komponen barangan letrik itu bukanlah diperbuat daripada garam atau gula yang melarut bila kena air... ia sebenarnya diperbuat dari plastik dan logam yang tidak terjejas sikit pun bila kena air jika tiada arus letrik mengalir pada saat ia tenggelam dlm air. So berkemungkinan besar tak ada apa yang rosak pada peralatan2 itu. Cuma ia nampak kotor kerana diselaputi lumpor.

Apa harus anda buat ......

1. JANGAN SEKALI2 CUBA MENGHIDUPKAN UNTUK TEST IA MASIH OK ATAU TIDAK.

2. Kumpul semua peralatan letrik, kemudian tembak air untuk membersihkan lumpur disetiap bahagian.

3. Buka back cover atau sebarang penutup yang boleh dibuka sehingga menampakan komponen dlm peralatan, kemudian tembak air untuk membersihkan lumpur.

JANGAN MEMBERUS, JIKA PERLU GUNA BERUS CAT UNTUK MENYENTAL LUMPOR YG DEGIL

3. Bila dah rasa cukup bersih, jemur tengah panas 2-3 hari sehingga puas hati tiada air atau kelembapan pada komponen dalamnya.

4. Jika ada hair dryer tiupkan udara panas kebahagian yang sulit supaya betul2 kering.

5. Pasangkan balik back cover atau penutup.

6. Hidupkan untuk test OK atau TIDAK.

Percaya atau tidak sehingga hari ini saya masih menggunakan TV, peti sejuk, mesin basuh, kipas meja dan beberapa peralatan letrik yang tenggelam masa banjir tahun 2005. Kira2 90% barangan letrik yang tenggelam banjir dapat digunakan semula oleh saya dan keluarga.

YANG PENTING SABAR & TABAH MENGENDALI KERJA BAIK PULIH PERALATAN LETRIK YANG SEBENARNYA TIDAK ROSAK PUN KERANA BANJIR.
Untuk membantu mangsa2 banjir supaya mereka dapat mengurangkan belanja membeli peralatan letrik yang baru... TOLONG C&P POSTING INI DAN FORWARD KEPADA RAKAN/KENALAN YANG JADI MANGSA BANJIR.

Mudah2an kita membantu ......

(Dikongsikan dari pembaca FB ini melalui PM saya - PM tu private msg bukan Perdana Menteri)

P/s saya sendiri pernah kamera dan handphone masuk sungai dan selepas 2 hari dia berfungsi seperti biasa.

Facebook

Sumber HD - 30-12-2014


































































Akhiri pesta maksiat tahun baharu

http://lanh14.blogspot.com/ | .

************

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan

"Orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu dengan meninggalkan isteri-isteri (hendaklah para isteri itu) menangguhkan dirinya (beredah) empat bulan 10 hari." (Maksud ayat 234 Surah Al-Baqarah)

**************
BEBERAPA hari lagi kita akan melangkah tahun baharu 2015. Sekarang negara ditimpa banjir pula. Memasuki tahun baharu Masihi selalunya dikaitkan dengan majlis keramaian yang acaranya dipenuhi pesta-pestaan termasuklah konsert, pergaulan bebas lelaki perempuan dan mengambil minuman keras. Majlis ini tidak terbatas kepada orang bukan Islam tetapi juga orang Islam di negara kita yang acap kali didakwa sebagai negara Islam paling dinamik di dunia.

Adalah menjadi kebiasaan kepada rakyat, malah disuburkan oleh pemimpin untuk berhimpun beramai-ramai pada malam tahun baru di lokasi strategik seperti Dataran Merdeka, Bukit Bintang dan lapangan terbuka di negerinegeri, menunggu detik 12.00 tengah malam bagi menandakan permulaan tahun baharu.

Sambil menunggu, biasanya orang ramai dihidangkan dengan persembahan artis. Di majlis seperti inilah berlaku pergaulan bebas lelaki perempuan dan daripadanya membawa kepada pelbagai kemungkaran seperti menogok minuman keras, melakukan mukadimah zina seterusnya berzina, meragut, mencuri malah sampai membunuh sekalipun.

Di negara kita, adalah begitu mudah mendapatkan minuman keras. Ia dijual secara terbuka termasuk di kedai mesra 24 jam.

Sekali pun ditandai dengan perkataan kecil bahawa arak adalah haram kepada orang Islam dan penjualannya ditegah ke atas individu yang berusia kurang 18 tahun, penjualannya begitu berleluasa, anak-anak muda begitu bangga meneguk air syaitan itu. Buktinya, selepas tamatnya perhimpunan ramai itu, akan ditemui bekas tin minuman keras, malahan di tepi-tepi pantai penemuan bekas tin minuman keras adalah biasa, menunjukkan betapa hebatnya anak-anak muda berpesta sakan.

Bagi kita perkembangan ini ada kaitan dengan gelagat sesetengah pemimpin yang cenderung kepada kegiatan merugikan yang membuka ruang-ruang maksiat.

Contohnya pada malam tahun baru, pemimpin turut menyertai rakyat melakukan ‘countdown’ (mengira terbalik...3,2,1) dan balik hingga awal pagi. Pepatah Melayu ada menyebut, bapa borek anak rintik, bagaimana acuan begitulah kuihnya dan apa yang disemai itulah yang dituai. Jika pemimpin sebagai penyemai, menanam benih lalang, maka akan suburlah anak lalang di negara kita ini.

Sebagai negara Islam contoh, kita terasa malu apabila maksiat berlaku secara nyata. Lihatlah, kedai-kedai judi tumbuh bagaikan cendawan, manakala premis menjual arak dibuat secara terbuka manakala iklannya berleluasa pula.

Satu lagi perkara memualkan adalah eksploitasi wanita secara terang-terangan yang mendapat dukungan pihak berkuasa. Ambil contoh penggunaan gadis-gadis litar yang berpakaian seperti tidak cukup kain di pesta perlumbaan seperti F1. Tidak cukup dengan syarikat minyak antarabangsa yang mempamerkan gadis seksi, Petronas yang menjadi kebanggaan kita pun tidak kurang hebatnya. Kita mahu bertanya pemimpin termasuk peneraju Petronas ada apa kaitan antara lumba kereta dengan gadis seksi?

Apakah kehadiran gadis seksi akan membolehkan kereta atau motosikal dipecut lebih laju?

Kita nyatakan perkara ini kerana kita cinta dan sayangkan negara ini termasuk masyarakatnya. Kita tidak mahu Allah SWT turunkan bala kepada kita angkara maksiat yang semakin berleluasa termasuk yang disuburkan oleh sang penguasa.

Sesungguhnya kemusnahan bumi Aceh akibat tsunami dan gempa di Padang, sewajarnya menginsafkan kita bahawa Allah SWT boleh pada bila-bila masa saja menghukum kita.

Sekarang pun, bagi orang yang ada fikiran, mereka sudah merasakan bahana akibat daripada keterlanjuran kita menyuburkan maksiat. Tidak sedarkah kita bahawa kehidupan kita kini tidak seaman dulu walaupun pemimpin kerap menguar-uarkan negara kita paling aman dan makmur di dunia. Pembunuhan, perampokan, kejadian ragut, rogol dan aneka maksiat semakin berleluasa, seolah-olah tidak dapat dibendung lagi. Sementara itu kehidupan rakyat semakin tertekan sekali pun diuar-uarkan negara ini antara yang paling kaya di dunia!

Sempena pengakhiran tahun 2014 dan awal tahun 2015, sukacita diingatkan adalah haram hukumnya menyertai kegiatan (seperti berpakaian Santa Klaus), memasang pokok Krismas, memotong kek apatah lagi menyambut Hari Krismas (Hari Natal) dan Tahun Baharu Masihi. Sila rujuk kepada artikel di www.voa-islam.com bertajuk ‘Haram Merayakan Natal dan Tahun Baru’

Sumber HD - 27-12-2014




































































Shahidan mana? Shahidan?

Penduduk terperangkap, panik, bantuan diperlukan segera!!.. err.. Shahidan mana? Shahidan?


Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa merayu Menteri Kabinet segera turun ke Kelantan untuk membantu penduduk yang terperangkap dengan banjir paling buruk di negeri itu.

Beliau meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim mengerahkan semua jentera sukarelawan di negeri yang tidak dilanda banjir datang ke Kelantan menghulurkan bantuan dan pertolongan dari segi logistik.

Beliau turut meminta Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) membawa bersama kelengkapan yang ada bagi menyelamatkan ribuan penduduk yang terperangkap banjir.

Katanya, kawasan paling teruk terjejas banjir sejak semalam ialah Kuala Krai, apabila bandar itu lumpuh sama sekali setelah terputus hubungan darat di setiap jalan dan laluan.

"Manakala rumah penduduk dan sekolah juga hampir tenggelam berikutan air naik dengan cepat ke kawasan tinggi," katanya.

Menurutnya, beliau dimaklumkan antara kawasan terjejas teruk di Kuala Krai ialah Kampung Laloh, Manek Urai dan Kampung Karangan.

"Penduduk di situ dalam keadaan panik kerana terperangkap banjir. Kenderaan seperti bot dan trak pasukan keselamatan pula tidak mencukupi untuk memasuki ke kampung dan memindahkan penduduk.

"Malah ada juga mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan banjir dipindah sekali lagi ke kawasan lebih tinggi dan selamat kerana pusat berkenaan turut dinaiki air," katanya.

Sehingga jam 10.50 pagi ini, jumlah penduduk yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di Kelantan seramai 26,137 orang.

Paling ramai dipindahkan, jajahan Pasir Mas 7,776 orang, Gua Musang (6,947 orang), Kuala Krai (5,036 orang), Tumpat (3,863 orang), Tanah Merah (826 orang), Jeli (669 orang), Pasir Puteh (602 orang), Kota Bharu (276 orang) dan Machang 178 orang.

Paras air pula sehingga jam 12.30 tengah hari menunjukkan semakin naik melepasi paras bahaya.

Sungai Galas di Dabong 45.89 meter (bahaya 38 meter), Sungai Lebir di Tualang surut kepada paras amaran 32.07 meter (bahaya 35 meter), Tangga Krai di Kuala Krai naik 32.65 meter (bahaya 25 meter), Jambatan Guilemmard juga di Kuala Krai naik 20.41 meter (bahaya 16 meter),

Tambatan Diraja Kota Bharu turut naik sehingga 6.01 meter (bahaya 5 meter), Sungai Golok di Jenob makin naik sehingga 24.10 meter (bahaya 23.50 meter) dan Sungai Golok di Rantau Panjang juga air semakin naik sehingga 10.31 meter (bahaya 9 meter).

Kelantan bakal diisytiharkan darurat banjir sekiranya paras air terus naik sehingga malam ini.

Laluan masuk ke negeri ini juga turut terputus apabila laluan Gua Musang ke Kuala Krai di naiki air sehingga ditutup kepada semua lalu lintas dan berlaku runtuhan jalan kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Titiwangsa dari Gerik ke Jeli. - MalaysiaGazette

.... Aku tanya Shahidan kat mana tu bukannya pasal apa.. kan dia dah kata Malaysia terbaik urus banjir..

Sumber HD - 24-12-2014

Kalau jumpa saudara kita ini jual minyak wangi, belilah

http://rozmal.blogspot.com/ | .



Malam tadi Jumaat 19 Dis 2014 saya mengisi minyak di Stesen Petronas, Taman Matahari Height, Senawang. Nampak kelibat seorang lelaki, bertongkat, membawa beg. Fikiran saya mesti dia menjual sesuatu. Semasa saya mengisi minyak dia teragak-agak hendak menegur saya, saya beri salam dan tegur dia.

Tanya apa yang dia jual. Namanya Othman bin Akop dari Kg Terusan Seberang, Juasseh, Kuala Pilah. Dia mencari rezeki dengan menjual minyak wangi badan dan pewangi kereta. Dia akan datang ke Senawang, menetap 2-3 hari, bermalam menumpang di surau-surau, solat subuh biasanya di Masjid Bandar Baru Senawang. Kemudian dia akan pulang ke Juasseh, di rumah ibunya.

Dia menjadi OKU setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya pada tahun 2010. Dia tidak mampu untuk melakukan rawatan atau pembedahan lanjutan kerana masih menunggu permohonan tabung perubatan katanya.

Kepada sahabat-sahabat yang nampak Encik Othman ini menjual minyak wangi, belilah.

Sumber HD - 21-12-2014









































































Nilai ringgit dan minyak jatuh: Apa Najib nak buat?

ASPAN ALIAS | .

HARGA minyak mentah dunia jatuh begitu ketara. Harga WTI telah jatuh kebawah USD55 dan Brent telah jatuh sehingga USD60 semalam. Setiap negara dan kerajaan telah mengambil tindakan yang pantas dan setiap negara telah mengumumkan cara dan kaedah tindakan mereka dalam menghadapi masalah yang terbesar yang dihadapi dunia dalam isu ini.

Australia telah membuat ‘adjustments’ terhadap angka-angka belanjawannya mengikut situasi sekarang ini. Begitu juga Britain dan banyak negara lain yang juga bertindak pantas menghadapi masalah ekonomi yang begitu mendesak bagi dunia hari ini. Pendeknya banyak negara mengambil initiatif yang agresif untuk mengekang masalah yang mungkin dihadapi oleh negara masing-masing.

Menteri Kewangan masing-masing bersama dengan Gabenor Bank Pusat mereka telah mengumumkan berbagai-bagai initiatif untuk menghadapi ‘consequence’ buruk yang mempengaruhi ekonomi negara mereka.

Malaysia tidak terlepas daripada menghadapi masalah ini dan yang jelas kita mempunyai masalah yang ‘compounding’ dengan kejatuhan nilai ringgit berbanding dengan matawang negara asing termasuk dengan dollar Singapura dan Brunei. Beberapa hari yang lepas dalam pasaran wang antarabangsa harga ‘spot prices’ ringgit telah jatuh ke tahap melepasi 3.50 dollar bagi setiap ringgit kita.

Ringgit jatuh begitu mendadak berbanding dengan dollar Singapura dan ini amat menjejaskan ekonomi negara lebih-lebih lagi dalam perdagangan. Sebagai sebuah ‘trading nation’ Malaysia bakal menghadapi atau telah pun menghadapi masalah besar jika keadaan sebegini berterusan dalam beberapa bulan lagi.

Tetapi apa yang agak membimbangkan kita belum lagi mendengar atau diberitahu apakah perancangan kerajaan bagi menghadapi masalah yang begitu ‘imminent’ yang akan kita hadapi itu. Sama ada daripada Tan Sri Zetti, Gabenor Bank Negara mahu pun daripada Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, tiada apa-apa yang telah diumumkan kaedah menghadapi masalah besar negara kini.

Kita mahu mendengar apakah tindakan secara ‘organic’ dan ‘real’ serta praktikal dalam menghadapi masalah ekonomi sekarang ini. Ini merupakan cabaran kepada PM Najib yang selama ini begitu mengambil mudah dalam menguruskan kewangan dan ekonomi negara. “Najib is going through the mills now” kata seorang ahli akademik dari universiti tempatan dan beberapa pandangan daripada pemimpin ekonomi dunia yang kita baca akhir-akhir ini.

Yang kita dengar sekarang ini adalah kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan yang tidak dihiraukan oleh orang ramai. Kenyataannya bukan kenyataan yang menyenangkan melainkan kenyataan yang berunsurkan politik semata-mata. Kita tahu Ahmad Maslan bukan ahlinya untuk bercakap tentang isu ekonomi kerana beliau hanyalah dianggap ramai sebagai ‘conduit’ kepada pemimpin politik yang berkuasa sahaja.

PM Najib sepatutnya jangan membiarkan Ahmad Maslan bercakap tentang isu ekonomi kerana ia akan hanya membuatkan rakyat ramai bertambah berkurang keyakinan mereka terhadap kerajaan yang sudah tersedia dengan krisis keyakinan yang amat ketara itu.

Kita tunggu dan tunggu apakah perancangan yang sedang hendak dilakukan oleh pemimpin kita. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/

Sumber HD - 18-12-2014











































































Gurindam seloka penghibur lara

A KADIR JASIN | .

LAMA sudah kita tidak berseloka. Melepas rindu mengubat duka. Dalam Malaysia kita, Tanah Melayu tercinta, macam-macam ada.

Abdul Rashid Abdul Rahman orang terbuka. Kalau bercakap jelas dan nyata. Kepada pemerintah dia berkata, cakaplah benar jangan berdusta. Maka murkalah para pembesar. Kerana peluru terkena sasar.

Itulah juga yang saya katakan. Khabar baik jangan diada-adakan. Berita buruk jangan disembunyikan. Rakyat jelata tidak bangang. Merekalah yang rasa susah dan senang.

Harga getah jatuh merudum. Pekebun kelapa sawit pun dah lama tak senyum. Penanam padi lebih-lebihlah lagi.

Dari dulu sampai kini. Kais pagi makan pagi. Sampaikan Felda Global pun dah mula rugi.

Ramai dok kutuk Ibrahim Ali. Melayu Cina kepadanya tabur benci. Mengata mengumpat berguni-guni. Tapi nak jawab hujah dia, tak berapa mengerti.

Kalau Tok Him satu duit tak guna, pasal apa puluh ribu Melayu ikut dia? Dia bukan ada kuasa. Dia pun bukan orang kaya. Dia tak bagi Bantuan Rakyat 1Malaysia. Tapi orang totok serta profesor, berduyun-duyun ikut dia.

Cakap Tok Him orang ramai peduli. Sebab dah tak percaya YB dan Menteri. Jadi jangan dok asyik nak perli-perli. Silap-silap YB hilang kerusi sebab rakyat tak undi.

PM pun kenalah berhati-hati. Jangan dok asyik nak pergi bercuti. Sambut tahun baru di luar negeri. Ada orang dia kata, belum tentu PM bercuti di luar negara. Masih berfikir dan berkira-kira. Sebab blogger dah mula tanya.

Berkenaan Mukhriz saya tak terkejut. Jawatan dalam MKT dah kena lucut. Dengar cerita di Kedah serabut. Sesama Umno depa dok berebut. Tapi orang PM kata, cerita itu fitnah semata-mata. Dalam MKT Mukhriz masih ada.

Mukhriz rampas Kedah dari Pas. Takkanlah jawatan dia mereka nak rampas? Kalau Presiden buat juga, nampak dia cari bahaya. Silap-silap Kedah Pas tawan semula. Jadi fikirlah sebelum buat apa-
apa.

Di Selangor lain pula cerita. Dalam PRU BN menderita. Cakap besar tak terkata. PM percaya sangatlah “gumbira”. Bila bilang undi tinggal 12 kerusi saja. Mohd Najib kata dia malu tidak terkira.

Tapi kong kali kong sama saja. Noh Omar tetap ketua.

KLIA 2 berlopak-lopak. Semua yang tengok tentu nampak. Inilah akibat pilih kontraktor haprak. Tapi jangan buat apa-apa. Dalam lopak boleh bela keli dan tilapia. MAHB boleh buat untung segera. Extraordinary income kata jurukira. Semua orang bertepuk gembira. Itulah standard KPI kita.

Banyak lagi yang boleh dicerita. Tanah runtuh dan mala petaka. Yang kena tangkap pendatang dan pekerja. Tauke besar bebas juga. Pegawai kanan buat macam biasa. Rasuah dan salah guna kuasa tetap berleluasa. Tunjuk simpati di bibir saja.

Wallahuaklam, susah kita nak kata. - http://kadirjasin.blogspot.com/

Sumber HD - 18-12-2014

Cerita Datin Tapau di Putrajaya



Sesekali berkunjung ke kementerian atau jabatan kerajaan di Putrajaya memang membuatkan telinga sarat dengan cerita-cerita menarik yang kadangkala menjadikan kita geleng kepala dan tersenyum sendirian.

Ada pelbagai cerita gembira, sedih dan lucu yang melibatkan perangai atau kelakuan manusia yang boleh kita dengar jika rajin berbual dan berceloteh dengan mereka. Kadang-kadang pula, dengan rajin memasang telinga juga membolehkan kita mendengar bermacam-macam cerita.

Walaupun Putrajaya adalah sebuah bandar pentadbiran yang indah, moden, mengkagumkan dan bertaraf kelas pertama tetapi tanpa di sangka masih ada kakitangannya yang berminda lekeh umpama kelas ketiga, terutama berkaitan dengan makanan.

Jika selalu kita dengar yang membungkus makanan atau "tapau" selepas jamuan adalah kalangan kakitangan rendah seperti kerani dan setaraf dengannya, itupun untuk mengelakkan makanan itu terbuang begitu saja, rupa-rupanya fenomena "tapau" ini juga menjadi habit di kalangan bos-bos, orang atasan dan yang bergelar Datin sekali pun.

Di sebuah jabatan yang terkenal di Putrajaya di mana kerap mengadakan mesyuarat-mesyuarat penting melibatkan kepentingan negara, penyedia makanannya bukanlah syarikat katering biasa tetapi adalah daripada sebuah hotel yang berbintang-bintang tarafnya.

Setiap kali diadakan mesyuarat, bos di jabatan tersebut selalunya akan mengarahkan kakitangannya membuat tempahan yang lebih daripada jumlah kehadiran. Misalnya, jika yang hadir mesyuarat seramai 20 orang, maka akan diminta membuat tempahan makanan untuk 30 orang daripada hotel tersebut.

Maknanya, 20 hidangan untuk keperluan mesyuarat manakala yang 10 lagi itu ialah untuk keperluan peribadi bos bergelar Datin itu. Sudah tentu semua bil jamuan itu dibayar melalui peruntukan kerajaan.

Apa yang lebih menjengkelkan, bos yang popular dengan gelaran "Datin Tapau" itu juga mahukan bahagiannya itu dibungkus dalam bekas berasingan dan dihantar kepadanya lebih awal sebelum mesyuarat bermula.

Ini menyebabkan kakitangan jabatan berkenaan dan petugas katering seringkali kelam-kabut setiap kali menyediakan makanan di jabatan tersebut kerana terpaksa memenuhi dua keperluan dalam satu masa.

Tetapi oleh kerana Datin tersebut merupakan bos di jabatan itu, maka kehendaknya terpaksa dituruti tanpa banyak soal sama ada kakitangan bawahannya atau pun petugas katering.

Cerita "Datin Tapau" ini bukan saja sudah menjadi bualan di kalangan kakitangan jabatan berkenaan tetapi juga di antara sesama petugas hotel yang ditugaskan menyediakan makanan itu.

Mereka kadangkala hairan bila ketikanya "Datin Tapau" itu mahu menjamah makanan yang "disonglap secara licik" dengan menggunakan duit kerajaan itu dan adakah kesemua makanan itu untuk keperluannya bersama kawan-kawannya ataupun mahu dibawanya pulang untuk hidangan ahli-ahli keluarganya?

Apa yang merisaukan petugas hotel berkenaan juga ialah hidangan yang ditapau itu bukan saja hidangan makan tengahari atau minum petang, bahkan termasuk juga hidangan sarapan pagi.
Mereka bimbang, jika hidangan sarapan pagi misalnya jika dibawa pulang ke rumah oleh Datin tersebut setelah tamat waktu pejabat, ianya mungkin terdedah kepada keracunan makanan yang boleh memudaratkan kesihatan.

Sepertimana yang disebut tadi, cerita membungkus atau membawa balik makanan mungkin menjadi lumrah di kalangan kakitangan bawahan, tetapi tentulah agak luar biasa jika di kalangan bos-bos yang bergelar Datin juga berperangai sama.

Nafsu rupa-rupanya tidak mengenal rupa, darjat, kedudukan dan harta.

# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Sumber HD - 16-12-2014














































































Rakyat pemaaf sifatnya, boleh diperlakukan apa sahaja

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Di antara keunikan yang jelas terlihat ialah rakyat negara ini baik hati yang kadang kala dianggap sebagai rakyat yang lesu dan tidak bermaya, tulis Aspan Alias.



Menurutnya, mereka tidak mudah merasakan apa-apa yang dilakukan terhadap mereka walaupun banyak perkara yang tidak sepatutnya dilakukan terhadap mereka.

"Rakyat negara ini adalah rakyat yang boleh diperlakukan apa sahaja oleh pihak yang memerintah mereka. Mereka adalah rakyat yang pemaaf sifatnya," tulis beliau dalam blognya sebagaimana di bawah.

Malaysia sebuah negara berbilang kaum dan sebagai sebuah negara yang unik ia banyak perbezaannya dengan banyak negara dan wilayah yang berkerajaan lain di dunia ini. Malaysia mempunyai rakyat berbilang kaum dan telah merdeka sejak tahun 1957 lagi. Kini sudah 58 tahun kita merdeka dan dalam jangka masa yang agak panjang ini dunia dapat memahami keunikan yang ada kepada kita.

Di antara keunikan yang jelas terlihat ialah rakyat negara ini adalah rakyat yang baik hati yang kadang kala dianggap sebagai rakyat yang lesu dan tidak bermaya. Mereka tidak mudah merasakan apa-apa yang dilakukan terhadap mereka walaupun banyak perkara yang tidak sepatutnya dilakukan terhadap mereka. Rakyat negara ini adalah rakyat yang boleh diperlakukan apa sahaja oleh pihak yang memerintah mereka.

Mereka adalah rakyat yang pemaaf sifatnya. Walaupun berbagai-bagai skandal terhadap kewangan dan harta benda negara yang mereka punyai ini, yang memimpin mereka tetap berada di tampuk kuasa tanpa banyak masalah. Skandal kewangan yang dalam jumlah berpuluh-puluh billion jumlahnya boleh dilakukan oleh kerajaan yang memimpin mereka. Mereka tetap tidak merasai apa-apa kerana mungkin mereka mendapatkan negara merdeka mereka tanpa banyak pertumpahan darah dan mendapatnya dengan begitu senang secara ‘comparative’ nya dengan negara-negara lain yang mendapatkan kemerdekaan mereka.

Jika skandal seperti yang berlaku di negara ini berlaku di negara Jepun misalnya, kerajaan kita sudah sepatutnya bertukar tangan puluhan kali sejak merdeka. Negara Jepun pernah menukar Perdana Menterinya dua kali dalam setahun. Pertukaran itu terjadi hanya kerana kesilapan yang dianggap jauh lebih kecil berbanding dengan apa yang berlaku di negara kita. Negara itu tetap utuh walaupun Perdana Menterinya bertukar ganti dalam jangka masa yang singkat. Kerajaannya tetap berjalan kerana kerajaan dipandu oleh sistem yang baik dan bukannya oleh individu pemimpin yang boleh melakukan segala-galanya mengikut ‘whim and fancies’ mereka.

Di negara kita telah berlaku banyak kali kes pembunuhan yang tidak ada ‘criminal’nya. Pembunuhan itu berlaku seolah-olah berlaku tanpa pembunuhnya. Pada pertengah tahun lapan puluhan dahulu saya mengenali seorang wanita yang dibunuhnya dan sampai ke hari ini tidak tahu siapa yang membunuhnya. Mustakizah yang saya kenali dibunuh dan dalam proses siasatannya semua mereka yang dianggap sebagai saksi yang mersik telah sama-sama mati seorang demi seorang juga dengan pembunuhan.

Altantuya, gadis Mongolia mati dan jasadnya dihancurkan dengan menggunakan bom C4 dengan niat untuk menghilangkan bukti pembunuhan itu, tetapi sampai ke hari ini tidak tahu siapa yang membuatkan dua orang anggota keselamatan kita membunuhnya. Di mahkamah tidak pernah disoal dua anggota keselamatan itu siapa yang mengarahkan pembunuhan itu.

Pendeknya tidak ada usaha untuk mencari dan mengenal pasti motif pembunuhan itu. Semuanya ini dilakukan di hadapan mata dan kepala rakyat dan rakyat hidup seperti sedia kala tanpa merasakan rasa bersalah membiarkan keadaan sebegini berlaku.

Skandal pembunuhan ini diiringi oleh begitu banyak skandal kewangan dan jenayah yang besar yang tidak pernah berlaku di negara lain yang pemimpinnya masih kekal di tampuk kuasa. 1MDB sudah nyata begitu meragukan ketelusan cara pengendaliannya. Hutang yang hampir RM40 billion itu merupakan skandal yang terbesar bukan sahaja dalam sejarah negara tertapi juga dalam sejarah dunia modern ini. Ia lebih besar dari sejarah kerugian RM36 billion yang dialami oleh negara dalam ‘business’ yang dilakukan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dalam pertukaran wang asing pada tahun sembilan puluhan dahulu.

Dengan berlakunya skandal yang berskala puluhan billion ringgit ini maka kerugian dalam isu Maminco dahulu yang melibatkan kerugian RM600 juta itu sudah dianggap kerugian yang kecil ibarat sekecil tahi kuku sahaja kepada negara dan pemimpinnya. Banyak lagi kerugian yang disengajakan dilakukan yang melibatkan ratusan juta berlaku tetapi pimpinan tetap selamat berada di tampuk kuasa tanpa masalah tanpa sesiapa yang mengambil ‘accountability’ terhadap kejadian yang mengerikan itu.

Ratusan billion ringgit wang dan harta rakyat telah hilang ‘dilongkang’ kerana kerajaan yang tidak bertanggungjawab dan ‘accountable’. Tetapi oleh kerana rakyat begitu pemaaf maka perkara seperti ini berulang-ulang berlaku kerana kebaikan dan sifat pemaaf rakyat itu diambil sebagai kelemahan oleh pemimpin-pemimpin kita yang serong hati dan jiwanya itu. Perlakuan yang menjijikkan itu dilakukan tanpa segan dan silu seolah-olah tidak ada undang-undang atau syariat agama yang melarangnya.

Sudah menjadi budaya yang setiap pemimpin apabila berada di persada kuasa ‘mencari duit luar’ melalui jawatan dan kuasa yang dipegang mereka itu sudah menjadi sebati dalam jiwa mereka.

Budaya ‘Mencari duit luar’ ini sudah menjadi amalan yang dihalakan. Inilah yang menyebabkan pemimpin kita tidak dapat membuat keputusan yang betul walaupun dasar yang baik itu jelas wujud. Mengimplementasikan dasar yang baik itulah yang menjadi masalah kerana kepentingan ‘duit luar’ mereka itu mengganggu daya pertimbangan mereka dalam membuat keputusan yang betul.

Keadaan sekarang sudah terlalu lama ditanggung oleh rakyat dan rakyat juga ada had kesabaran mereka. Situasi buruk ini sekarang sudah sampai ke tahap yang tidak boleh diubatkan lagi, maka rakyat wajar membuat keputusan dan tindakan yang sepatuitnya mereka lakukan sejak lama dahulu.

Umno perlukan perubahan yang drastik kerana jika parti itu masih membiarkan ‘set’ pimpinan yang ada sekarang masih berkeliaran di Putrajaya itu maka riwayat parti pemerintah sekarang tidak akan boleh bertahan lagi.

Selepas ini rakyat mahu Umno yang dipimpin oleh ‘set’ yang baru atau memilih parti-parti alternatif yang boleh diyakini untuk mentadbir negara dengan wajar dan bertimbang rasa terhadap rakyat.

Ini sahajalah pilihan yang ada kepada pemimpin Umno jika mereka benar-benar mahu melihat Umno itu terus relevan. Yang Umno masih boleh berada di Putrajaya sekarang ini hanyalah perasaan curiga dan was-was terhadap kemampuan pembangkang kerana di antara mereka masih bercelaru seperti yang kita baca dan dengar melalui media-media masa sekarang ini.

Rakyat pun tidak mahu menggantikan dengan pihak yang akan menyumbang nasib yang sama kepada mereka. Pembangkang perlu menguatkan iltizam dan benar-benar melaksanakan apa yang mereka laungkan, bukan setakat beretorik dengan isu-isu yang lama dan basi sahaja.

Jika perjuangan mereka melaungkan keperbilangan kaum, perlaksanaannya perlu ‘real’ dan bukan hanya tipu helah dan muslihat yang mengelirukan ramai semata-mata untuk mendapatkan kuasa dan menangguk di air yang keruh.

Tetapi jika Umno dapat melakukan perubahan drastik sekarang ini maka ia merupakan keadaan yang sangat berfaedah kepada rakyat. Perubahan dan transformasi itu pun perlu benar dan real, bukan setakat berucap dengan gegaran suara yang lantang seperti halalintar yang kuat sahaja.

Rakyat sudah kenyang dengan tipu muslihat dan janji kosong semua pihak selama ini. Kali ini siapa yang boleh berubah dahulu dengan ‘real’ merekalah yang selayaknya mentadbir negara yang telah terabai sejak dua tiga dekad yang lalu.

Sumber HD - 16-12-2014

Pengalaman ngeri di pelantar minyak (gambar)

http://kachipemas.blogspot.com/ | .

12 Gambar Pengalaman Ngeri Yang Terpaksa Dilalui Ketika Bekerja Di Pelantar Minyak Perairan Sabah

Ramai yang sangka kerja "offshore" atau kerja oil and gas (minyak dan gas) di tengah-tengah laut adalah suatu yang menyeronokkan...tambahan lagi gaji yang diterima adalah sangat lumayan....difahamkan paling minima pun hampir RM50,000 setahun atau lebih kurang RM4,000 sebulan...

Dan ada juga yang pernah kata menerima gaji sebanyak hampir RM30,000 sebulan. Lumayan bukan? Tetapi setiap yang indah pasti ada risikonya. Dan di bawah merupakan gambar-gambar ngeri pengalaman seorang kawan admin yang bekerja "offshore". Anytime je nyawa boleh melayang.....!!!













Sumber HD - 12-12-2014
















































































Di antara 'genuine' dan 'faked leaders'


Selagi permainan politik dikuasai oleh pemimpin-pemimpin yang ‘non-talented’ selagi itulah Malaysia tidak akan berjaya kembali kepada keadaan yang pernah rakyat Malaysia alami semasa pemerintahan dua atau tiga Perdana Menteri selepas merdeka dahulu. Bagi pemimpin yang jenis ini mereka hanya pandai berpolitik tanpa memahami apa sebenarnya yang perlu ada dalam politik itu sendiri. Politik yang tidak berjiwa merupakan ‘attribute’ kepimpinan apabila negara dipimpin oleh mereka yang tidak mempunyai ‘talent’ kepimpinan seperti yang saya katakan itu.

Mereka-mereka ini selayaknya duduk dan bersembang kosong sambil menghisap rokok daun dengan orang-orang seperti kami dibawah ini yang tidak ‘talented’ ini. Itulah sebabnya kita memerlukan mereka yang berkebolehan untuk memimpin negara dengan pimpinan yang berjiwa dan mempunyai keupayaan untuk membuat perancangan yang terbaik untuk negara, apatah lagi bagi negara kita yang penuh ‘diversified’ dari segi kaum, agama dan cara hidup ini.

Sekarang ini nasi sudah hampir menjadi bubur. Dalam serba serbinya kita sudah kehilangan pedoman. Kepimpinan yang berpedoman itu adalah dari mereka yang mempunyai pemikiran yang tertumpu kepada membina jiwa negara itu. Bagi pimpinan sekarang mereka hanya bercakap tentang ekonomi semata-mata kerana mereka menganggap pembangunan ekonomi dan pembangunan fisikal itu merupakan satu-satunya elemen yang perlu diberikan perhatian dalam ‘nation building’ itu.

Unsur-unsur lain diketepikan sehinggakan negara dibangunkan dengan keadaan tempang dalam serba serbinya.

Mereka tidak percaya mengekalkan budaya bangsa-bangsa rakyat dalam negara itu merupakan satu kemestian bagi kita tidak menjejaskan pembangunan budaya bangsa-bangsa yang ada dalam negara kita untuk kita saling hormat menghormati di antara kaum-kaum yang berbeza itu. Malahan ramai di kalangan orang Melayu sendiri sudah terbentuk cara hidup Melayu itu menyekat pembangunan bangsanya. Kita boleh berjaya untuk menempa kemajuan tanpa meninggalkan budaya kita kerana budaya itu adalah lambang bangsa kita.

Orang Jepun tetap maju walaupun mereka mengekalkan budaya hidup menghormati dan tunduk menunduk bila bercakap dan berbicara sesama mereka dan orang lain. Begitu juga sifat dan ‘attribute’ bangsa Thai yang masih mengekalkan budaya asalnya tetapi tidak terhalang untuk maju mengikut peredaran zaman dan waktunya.

Kita di sini tidak mengakui yang asas dan budaya serta cara hidup kita itu boleh dikekalkan sambil membawa kemajuan kepada bangsa dan negara. Kini kita telah meninggalkan segala-galanya sehinggakan kita sudah mula kehilangan identiti kerana mengejar kemajuan seolah-olah ‘attribute’ yang diberikan Tuhan itu tidak memberikan ruang bagi menempa kemajuan.

Kita semuanya sibuk mencari kekayaan tanpa mengira moral yang sepatutnya bersama dengan kita dalam menuju kemajuan itu. Sikap materialistik bangsa kita telah menghilangkan sifat jiwa luhur bangsa kita sehingga kita boleh melakukan rasuah dan berbagai-bagai lagi tindakan buruk diatas nama mengejar kemajuan di dunia ini. Bagi pemimpin pula mereka merasakan pembinaan fisikal adalah komponen terbesar dalam pembangunan negara sedang pembangunan fisikal itu merupakan hanya sebahagian kecil komponen dalam proses membangunkan negara.

Kita tidak mempunyai ‘natural’ dan ‘talented leaders’ dan mereka tidak berpijak di atas bumi yang nyata. Maka pemimpin-pemimpin yang ‘unnatural’ dan ‘untalented’ ini telah membawa padah kepada rakyat dan negara kerana mereka dipimpin oleh mereka yang tidak berkepimpinan.

Mereka adalah di kalangan pelakon-pelakon yang berpura-pura memahami apa yang mereka hendak lakukan tetapi hakikatnya mereka tidak memahami apa yang mereka perlu lakukan. Mereka bercakap tentang ekonomi ‘which they know too little’ dan mereka tidak lebih pengetahuan mereka dari saya dan kami yang berada di bawah ini. Mereka bercakap tentang perpaduan nasional (national unity) tetapi segala tindakan mereka bertentangan dengan apa yang mereka perkatakan. Mereka sekali sekala bercakap tentang pembersihan negara dari budaya rasuah sedangkan intergriti mereka tentang isu ini amat diragui.

Selagi kita dipimpin oleh mereka yang meragukan integriti mereka, selagi itulah masalah dan kekalutan ini tidak akan selesai. Bagaimana mereka yang menyumbang kepada permasalahan negara boleh membetulkan keadaan kerana manusia ini mempunyai kebolehan masing-masing.

Jika kebolehan mereka ialah untuk memecah-belahkan negara bagaimana mereka boleh dan berkemampuan untuk menyatukan negara? Jika pemimpin mempunyai kepentingan peribadi dan keluarga yang besar bagaimana mereka hendak mengambil keputusan dengan betul kerana setiap keputusan penting untuk negara itu ditempelkan dengan kepentingan peribadi serta keluarga dan keturunan mereka.

Yang dikatakan ‘talented leaders’ bagi negara kita ialah mereka yang sejujurnya mendahulukan kepentingan negara bukannya menyelitkan kepentinagn keluarga bersama dengan slogan dan keputusan yang dibuat itu. ‘Untalented leaders’ selalunya menumpukan masa dan tenaga untuk menaikan imej dan ‘disposition’ mereka kerana mereka tidak ‘natural’ dan tidak berpijak di atas bumi yang nyata. ‘They are faked leaders stand-in like true and natural leaders’.

Terlalu banyak masa dan tenaga dibazirkan untuk menunjuk-nunjukkan yang mereka adalah pemimpin berwibawa sedangkan semua yang mereka tunjukkan itu merupakan kosmetik yang ditempelkan kepada diri mereka yang terlalu banyak kekurangan itu.

Mereka adalah dari golongan yang fakir jiwa dan kepimpinan. Kesilapan dan kerendahan akhlak kepimpinan mereka mudah terserlah kerana apa yang digambarkan hanya pada kulit itu tidak kekal lama dan mudah pudar, maka yang akan berlaku mengikut 'consequence' nya ialah apa yang kita sedang alami sekarang ini...sebuah negara yang seolah-olah tidak berkerajaan lagi.

Sumber HD - 12-12-2014

Isu kepemimpinan: Cakap benar mengenai ekonomi

A KADIR JASIN | .

DALAM siri isu kepemimpinan kali ini, marilah kita berbincang sedikit mengenai ekonomi semasa. Tajuk ini mungkin berat tetapi sangat afdal kepada kelangsungan (survival) negara kita.

Saya tidak menyalahkan pemerintah dan media massa kawalannya kerana menghebahkan berita baik dan menguar-uarkan prestasi ekonomi yang dikatakan baik sehingga mendapat pujian pemimpin dunia.

Saya akui bahawa angka kasar menunjukkan ekonomi kita sihat. Pertumbuhannya jika diukur daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK/GDP) adalah memuaskan.

Tetapi angka kasar boleh memesongkan. Misalnya, banyak rumah, kedai dan ruang pejabat didirikan. Pembinaan rumah, kedai dan pejabat yang banyak itu menyumbang kepada pertumbuhan KDNK.

Tauke simen, pasir dan keluli buat duit. Perunding dalam dan luar negara buat duit. Pekerja binaan Indonesia, Bangladesh, India dan Myanmar buat duit. Penjaja nasi lemak Melayu di bahu jalan pun buat duit.

Tetapi kita juga tahu dan lihat banyak rumah, kedai dan pejabat tidak dijual atau disewakan, tidak didiami dan digunakan. Ada yang ditenggelami lalang, ditumbuhi pokok jejawi atau roboh terus. Iklan untuk dijual dan disewa menyakitkan mata.

Inilah yang ahli ekonomi sebut sebagai pertumbuhan yang tidak berkualiti atau penyalahuntukan sumber (misallocation of resources). Bila rumah, kedai dan ruang pejabat tidak digunakan maka tidak berlakulah penokokan nilai (value added) dan kesan serapan (trickle down effect).

Kalau rumah dijual dan didiami, kedai disewa dan perniagaan dijalankan, pejabat dibuka dan kakitangan diambil barulah berlaku penokokan nilai dan kesan serapan.

Tidak salah Menteri Kewangan Kedua, Ahmad Husni Hazadlah, menyatakan keyakinan yang matlamat mengurangkan defisit belanjawan 2014 kepada 3.5% KDNK masih boleh dicapai walaupun harga minyak jatuh teruk. Begitu jugalah kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif CIMB, Tengku Zafrul Aziz bahawa asas ekonomi (economic fundamentals) negara terus kukuh dan Pengarah Eksekutif Institut Kajian Ekonomi Malaysia (MIER), Dr Zakariah Abdul Rashid melihat prospeks ekonomi sebagai bercampur (mixed).

Malangnya, bukan harga minyak mentah saja jatuh. Harga minyak kelapa sawit dan getah sudah lama merudum. Permintaan ke atas komponen elektronik masih kukuh. Tetapi dengan ekonomi dunia diramalkan beku tahun hadapan, permintaan mungkin tidak kekal.

Petronas telah pun mengurangkan perbelanjaan modal (capex) dan memberi amaran mungkin tidak boleh membayar dividen yang tinggi kepada kerajaan. Tetapi kalau dipaksa, Petronas akan tambah dividen dan kurangkan lagi capex.

Kredibiliti Maklumat Rasmi

Soalnya, bolehkah kita percaya kepada dakwaan bahawa fundamental ekonomi kita kukuh apabila bukan saja harga komoditi utama kita jatuh malah kadar tukaran mata wang kita pun jatuh juga?

Sangat mengelirukan apabila Gabenor Bank Negara, Zeti Aktar Aziz, berkata bagus apabila nilai ringgit naik dan bagus juga apabila ia jatuh.

Harga saham dan jumlah dagangan di Bursa Malaysia semakin menurun. Prestasi syarikat-syarikat yang disenaraikan dengannya lebih banyak yang negatif daripada positif. Boleh kata majoriti melaporkan penurunan keuntungan.

Pada 1 Disember, kadar tukaran ringgit jatuh paling banyak dalam sehari sejak Krisis Kewangan Asia 1997-98 kepada RM3.4320 bagi satu dolar Amerika.

Pada 3 Disember, akhbar The Star (milik MCA dan mewakili sentimen masyarakat perniagaan Cina) menyiarkan analisis pendapatan suku ketiga tahun ini (Julai-September) bagi syarikat-syarikat Bursa Malaysia.

Ia mendapati hanya dua daripada lima sektor utama ekonomi meningkat. Automotif naik 18.2% dan perbankan 1.6%, tetapi perkhidmatan jatuh 58.5%, komoditi jatuh 37.7% dan minyak & Gas jatuh 29.3%. Perkhidmatan menyumbang lebih daripada 50% kepada kegiatan ekonomi negara.

Pada 4 Disember, akhbar yang sama menyiarkan analisis prestasi mata wang ringgit. Ia mendapati ringgit jatuh berbanding kebanyakan mata wang rakan perdagangan utama kita.

Ringgit jatuh 5.61% berbanding dolar Amerika, 5.58% berbanding dolar Hong Kong, 3.93% berbanding Baht, 2.93% berbanding Rupee, 2.44% berbanding dolar Taiwan dan 0.95% berbanding dolar Singapura. Duit kita naik berbanding Yen (9.40%), Euro (5.91%), dolar Australia (4.32%), pound Inggeris (2.31%) dan Rupiah (0.73%).

The Star juga meramalkan yang kelembapan eksport mungkin mengakibatkan Malaysia mengalami defisit kembar (twin deficit), iaitu defisit akaun semasa dan defisit perdagangan. Ia memetik ketua ahli ekonomi AllianceDBS (bank), Manokaran Mottain.

Lebih Baik Terus Terang

Banyak lagi fakta dan ramalan ekonomi yang menjurus ke arah keadaan yang sukar dan mencabar bagi ekonomi negara tahun ini dan tahun hadapan. Ekonomi Eropah diramalkan menguncup tahun hadapan. Ekonomi Australia sudah mula menurun. Hatta ekonomi China yang perkasa itu pun sudah mula dingin.

Jadi, bukankah lebih elok bagi kerajaan mengakui realiti semasa dan berterus terang kepada rakyat jelata. Lebih baik membuatkan mereka kurang gembira dengan menyatakan kebenaran daripada membuatkan mereka marah apabila malapetaka ekonomi melanda mereka.

Sama ada ekonomi kita akan mengalami krisis atau tidak tahun hadapan, satu hal. Itulah yang sedang diramalkan oleh pembangkang pusat.

Yang utama sekarang adalah berkongsi maklumat secara rasional dan terbuka dengan rakyat jelata. Bukan berdolak-dalik dengan mereka apatah lagi memesongkan mereka dengan berita-berita baik yang sengaja diada-adakan.

Rakyat tidak “bangang”. Mereka tahu “practical economy.” Mereka sudah rasa kenaikan harga akibat pemansuhan subsidi. Mereka tahu harga petrol turun, tapi harga diesel naik. Mereka rasa pelik. GST belum dilaksanakan, tetapi sudah ada barang yang naik harga kononnya kerana cukai baru itu.

Mereka tahu harga getah dan kelapa sawit merudum kerana mereka yang mengeluarkannya. Mereka tahu ringgit Malaysia tidak bernilai seperti dulu lagi kerana hari-hari mereka beli-belah sendiri. Jangan tunggu mereka marah. Terus teranglah dengan mereka. Jangan sekali-kali anggap mereka bangang, bodoh, dungu, tongong dan bahlul.

Wallahuaklam.

http://kadirjasin.blogspot.com/2014/12/isu-kepemimpinan-cakap-benar-mengenai.html

Sumber HD -5-12-2014















































































Sempoi...'sarjana bidang penorehan'

http://pkrl.blogspot.com/ | .

SEMPOI....PENOREH PERTAMA MENERIMA IJAZAH SARJANA BIDANG PENOREHAN....

Walaupun harga getah jatuh merudum....tapi ada yang masih perhatin...semoga beliau dapat membuat transformasi terhadap produk-produk berkaitan dengan getah.....tambahan Kedah telah melancarkan kawasan industri berkaitan dengan getah.....

Tahniah pak long!! lpas ni leh la wat master plak..hehe

TAPI NAK TANYA HANGPA NAK PERLI SAPA.....???



Alhamdulillah..selepas 6 tahun belajar dan mempertaruhkan masa depan dalam IJAZAH SARJANA MUDA PENOREHAN DENGAN KEPUJIAN..akhirnya..majlis graduasi saya berlangsung dengan aman dan tenang.. walaupun tidak mendapat anugerah emas tapi saya mampu memberikan segulung ijazah kepada mak abah ..trima kasih. Muah3..

‪#‎berbangga‬ menerima ijazah daripada canselor yg mempunyai pengalaman selama 40 tahun dalam jurusan yg sama dengan jurusan yg saya ambill..

Lawak antara felda terbaik minggu ni... hehhehe..

sumber
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Sumber HD - 1-12-2014























































































Najib kata 'bangang', apa komen Kadir Jasin

HARAKAHDAILY | .



KUALA LUMPUR: "Maaf cakaplah kalau saya katakan istilah 'bangang' yang Mohd Najib gunakan itu adalah keterlaluan, kesat, kasar dan tidak membayangkan hemah dan ketokohan seorang pemimpin," tulis Datuk A Kadir Jasin.
Tokoh Wartawan Negara itu menyatakan demikian menerusi blognya sebagai respons kepada ucapan penggulungan Najib pada perhimpunan agung parti itu semalam yang menggelarkan blogger upahan Umno sebagai bangang.

Berikut tulisan penuh beliau.

PRESIDEN Umno, Mohd Najib Abdul Razak, semalam secara terbuka mendedahkan yang Umno mengupah blogger.

Inilah kali pertama seorang pemimpin atasan Umno dan kerajaan membuat pengakuan seperti itu.

Mohd Najib berkata, mereka ini makan gaji dengan Umno tetapi menyerang balik parti itu.

Kerana itu, beliau menyifatkan mereka sebagai bangang.

Merujuk kepada Naib Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, Mohd Najib berkata: “Saya setuju kata Datuk Zahid yang kata bloggers kita ni kadang-kadang tembak kita. Dalam istilah perang, friendly fire. Friendly fire is not friendly."

Tambah Mohd Najib lagi: “Bloggers kita ni cari makan dengan siapa? Pergilah tembak pembangkang. Itu cara kita nak menang dalam peperangan. Jangan perang sesama sendiri. Tak masuk akal. Bangang,” katanya dalam ucap penggulungan di Perhimpunan Agung Umno (PAU) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam. (Baca lanjut di sini)

Pendedahan dan herdikan Mohd Najib itu akan melemahkan lagi perang saraf Umno di alam siber.

Tanpa pendedahan dan kecaman itu pun keberkesanan blogger Umno sudah dipersoalkan.

Seperkara lagi, kalau benar blogger-blogger upahan Umno itu berperang sesama sendiri dan menyerang pemimpin parti, ia adalah cerminan perpecahan dan ketidaktentuan dalam Umno sendiri.

Namun Mohd Najib bukan orang pertama mencemuh dan melabelkan blogger.

Zainuddin Maidin (kini seorang blogger) ketika menjadi Menteri Penerangan melabelkan blogger “goblok”, Khairy Jamaluddin menanggil mereka “beruk” dan Shaziman Abu Mansor, waktu menjadi Timbalan Menteri Tenaga, Komunikasi dan Air, menyifatkan sesetengah blogger dan pengulas blog sebagai penembak curi.

Maaf cakaplah kalau saya katakan istilah “bangang” yang Mohd Najib gunakan itu adalah keterlaluan, kesat, kasar dan tidak membayangkan hemah dan ketokohan seorang pemimpin.

Pusat Rujukan Bahasa Melayu DBP mentakrifkan bangang sebagai bodoh, dungu, tongong dan bahlul. Teruk sungguh.

Kesian juga saya kalau selepas ini ada blogger Umno yang tertiarap periuk nasinya akibat herdikan Mohd Najib itu.

Wallahuaklam.

Sumber HD - 1-12-2014

























































































Bajet negara wang rakyat, bukan harta Umno

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Umno dicabar supaya melakukan perkara yang sama seperti yang dilakukan oleh MB Selangor, Azmin Ali yang mencadangkan pemberian peruntukan RM200 ribu setahun kepada Adun pembangkang, yakni Umno.

Demikian cabaran Ahli Parlimen Raub, Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz atau dikenali juga Sakmongkol AK47 di dalam blognya.

“Beranikah kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri yang dikuasai oleh Umno memberi peruntukan seperti itu kepada ahli parlimen dan adun pembangkang seperti yang diberi kepada Adun mereka?

“Peruntukan sebanyak itu sama dengan peruntukan yang diberi oleh kerajaan BN dalam sesetengah negeri yang mereka perintah - kepada Adun mereka. Adun pembangkang- yilek.” Tulis Sakmongkol AK47 dalam blognya.

Menurut beliau, tindakan Azmin amat saksama kerana wang yang diberi sebagai peruntukan itu bukanlah wang parti Pakatan - tapi wang rakyat. Walalupun jumlahnya tidak sama seperti peruntukan yang diberikan kepada Adun Pakatan – sekurang-kurang ada peruntukan untuk pembangkang.

“Rakyat tidak perlu khuatir sebab wang peruntukan tersebut bukannya dimasukkan dalam akaun peribadi wakil rakyat tapi diserahkan kepada pejabat tanah dan daerah. Kecuali saya rasa di Sarawak dimana peruntukan dimasukkan kedlaam akaun peribadi.” Tulisnya lagi.

Sebagai wakil rakyat pembangkang, tentunya beliau memahami situasi tersebut, yakni dinafikan hak menerima peruntukan sebagai wakil sah yang dipilih oleh rakya melalui pilihan raya.

“Berani atau tidak kerajaan Umno memberi peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang dalam negeri mereka? Tidak mengapa jika adun Umno dapat RM600 ribu - kita hanya perlu RM240 ribu setahun. Tidak mengapa ahli parlimen Umno dapat RM2 juta setahun- kita hanya perlukan Rm1 juta. Duit itu rakyat yang punya.” Tegasnya lagi.

Sakmongkol AK47 turut menekankan peri pentingnya rakyat faham bahawa semua duit dan peruntukan itu adalah hak dan milik rakyat. Bukan milik Umno.

Beliau menyentuh tentang sikap Umno yang sering mengugut rakyat termasuk anak muda. Mereka sering ditekankan tentang apakah sumbangan mereka kepada negara. Anak muda sering didoktrinkan bahawa kerajaan Umno lah yang memberi biasiswa dan kemudahan kepada mereka.

Suasana ini, menurut beliau mengakibatkan perasaan antara tuan dan hamba. Rakyat sebagai hamba mesti patuh kepada tuannya, iaitu kerajaan Umno.

“Ini masalah pokok penyokong pemerintah - hanya kerana mereka menyalurkan wang rakyat, mereka ingat mereka pemilik dan tuan dan kita ini kuli dan hamba. Selalu kita dengan orang menyebut- jangan tanya apa pemerintah boleh beri kamu, tanya apa kamu boleh sumbangkan kepada kerajaan.” Tegurnya.

Bagi beliau, perkara ini bertentang dengan piagam individu berjiwa merdeka. Rakyat yang berjiwa merdeka tidak anggap kerajaan atau pemerintah sesuatu yang menghimpit atau menekan mereka dari atas. Pemerintah itu adalah wasilah atau jalan untuk mencapai kepentingan bersama.

Golongan yang cerah pemikiran hari ini bertanya - apakah yang mereka boleh capai melalui kerajaan untuk kepentingan bersama. Apabila pelajar dan golongan progresif lain menentang kerajaan - mereka mendedahkan perihal keberadaan golongan yang terpinggir yang tidak menikmati kesejahteraan bersama.

Mereka memberitahu bahawa peranan kerajaan yang diujudkan oleh persetujuan rakyat jangan dijadikan jentera menekan dan menindas rakyat.

Kerajaan yang memerintah sekarang memegang semua duit rakyat yang bayar cukai memang bertanggung jawab mengurus dan mentadbir wang rakyat. Pihak pembangkang dan golongan yang menjaga kesedaran masyarakat memantau supaya wang rakyat dibelanjakan secara berhemah dan memantau supaya pemerintah jangan zalim dan mencabul hak rakyat.

“Jika mereka beri PTPTN atau bantuan lain, itu bukan wang diambil dari saku mereka sendiri - bahkan wang tersebut adalah daripada cukai yang diambil dari rakyat. Pelajar harus berterima kasih tapi mesti berdiri menentang salah laku dan rasuah dan pembulian keatas rakyat.” tegas beliau lagi.

Beliau dengan tegas menyatakan bahawa kalau kerajaan tidak cekap, korup, tidak adil, adalah menjadi tanggung jawab untuk semua warga negara yang prihatin, bangun bercakap. – HARAKAHDAILY 26/11/2014

Sumber HD - 26-11-2014

Perhimpunan Agung Umno hanya pentas 'teater'

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Pemimpin Umno sekarang ini terutama presidennya, Datuk Seri Najib Razak hanya petah bercakap dan melakukan ‘action’ di atas pentas dengan baik sahaja.

"Lakonan dan adegannya mudah difahami dan semua orang tahu jalan ceritanya dan bagaimana cerita dan filem lakonannya itu akan berakhir," tulis Aspan Alias dalam blognya.

Menurutnya, kalau mengikut contoh yang terdahulu perhimpunan agung itu hanya satu pementasan ‘teater’ yang hebat.

Ini, katanya kerana selepas pementasan itu pelakon-pelakonnya termasuk pelakon utamanya, Najib akan kembali dengan kehidupan dan cara yang biasa baginya.

"Jiwa dan sikapnya akan masih fakir dan akan melakukan apa yang beliau selama ini lakukan berbeza dengan peranan dan adegan lakonan beliau di pentas perhimpunan agung itu.

"Kita ada Istana Budaya di Jalan Tun Razak untuk menyaksikan pementasan teater seperti itu, tak perlu pentas yang lain," tulisnya lagi. (Baca di sini) - HARAKAHDAILY 26/11/2014

Sumber HD - 26-11-2014




























































































Tanya Najib, siapa pemimpin muda yang beliau cari

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Umno mungkin dipimpin oleh pemimpin-pemimpin yang muda dari segi umurnya, tetapi parti itu tetap sebuah parti yang mempunyai penyakit seperti penyakit orang tua.



Bagi Apan Alias, jika pun Hishammuddin Hussein diusahakan untuk mengambil alih kepimpinan parti sekali pun, adakah dia pasti Umno itu tidak menghidapi penyakit tua.

"Adakah persepsi rasuah yang melekat kuat kepada Umno itu akan hilang jika Hisham mengambil alih walaupun Hisham itu masih muda," tanya beliau menerusi blognya.

Beliau merasakan Azeez Rahim masih muda tetapi adakah negara akan selamat jika Azeez diberikan tempat utama untuk menjaga negara dan rakyat diserahkan masa depannya kepada Azeez, misalnya.

Menurutnya, ramai pemimpin dalam Majlis Tertinggi sekarang ini masih muda tetapi remajakah Umno itu jika diserahkan kepimpinan negara kepada mereka.

Baginya, Umno tetap akan menghidap penyakit tua jika di antara mereka yang muda-muda dalam Majlis Tertinggi Umno itu memimpin negara.

"Apakah yang tuanya dalam Umno itu? Tuanya Umno itu ialah dari segi penyakit terminal yang sedang mereka hadapi. Apakah penyakit tua yang sedang Umno hadapi itu?" tanya beliau lagi.

Penyakitnya, kata beliau ialah penyakit sudah lemah daya pemikiran dan lemah dalam mentadbir rakyat dan negara.

Jelasnya, rasuah itu merupakan penyakit ‘terminal’ yang tidak lepas dari Umno kerana rasuah sudah menjadi budaya yang tidak lagi salah untuk dilakukan oleh pemimpin Umno sekarang ini.

Tambahnya, sagi satu penyakit yang dihidapi oleh Umno sekarang ialah mereka sudah hilang ingatan tentang bagaimana pimpinan terdahulu membina parti itu.

Menurutnya lagi, mereka sudah tidak dapat membezakan di antara tangan kanan dan tangan kiri, yang mana satu yang baik dan yang buruk dilakukan oleh pimpinan dahulu pun sudah tidak mereka ketahui lagi.

Beliau berpandangan, fikiran pimpinan Umno dalam Majlis Tertinggi walaupun ada yang muda seolah-olah sudah mengidap penyakit terencat akal.

Menurut Aspan, lepas satu isu dan skandal timbul akan datang lagi satu isu dan skandal besar yang akan berlaku di hadapan mata rakyat.

Bagi beliau, pemimpin-pemimpin muda termasuk memainkan peranan dalam skandal-skandal besar yang dilakukan oleh Umno itu, setidak-tidaknya mendiamkan diri dan membiarkan ia berlaku kerana kepentingan masa depan peribadi mereka.

"Oleh itu kita bertanya kepada Najib, siapakah pemimpin muda yang beliau hendak cari itu?" soal beliau. - HARAKAHDAILY 25/11/2014

Sumber HD - 25-11-2014


























































































Awas panahan petir

Fakta Mengenai Petir/Kilat (Klik Untuk Besarkan Imej)

Doa ketika Terjadi Kilat Dan Petir
Sekarang ni dah masuk masuk musim tengkujuh. Bila sebut musim tengkujuh, mesti topik utama yang sering di bincangkan adalah banjir. Sana sini dah banjir sekarangkan. Semoga semuanya terkawal. Selain daripada banjir, pastinya musim tengkujuh datang dengan ribut dan petir.

Sejujurnya, dari kecil kita paling takut kalau ada ribut dan petir. Kalau dulu-dulu bila ada ribut dan petir, terus masuk tidur. Selimut sampai tutup kepala. he..he..Dan sekarang perasaan tu masih sama. cuma tak cari selimut aje. Dan yang paling kita risau kalau sedang memandu. Hmmm..memang mengucap ajelah..


Berdasarkan kajian, Malaysia adalah antara 10 negara yang mengalami ribut petir yang paling kerap. Secara purata, Malaysia mengalami sebanyak 180 hingga 200 ribut petir dalam setahun berbanding dengan negara-negara barat. hmm..boleh tahan banyak tu. So hati-hati semua. Elakkan diri dari dari melakukan perkara-perkara yang merbahaya serta berada di kawasan yang boleh mengundang maut. Berikut adalah fakta tentang petir/kilat yang kita semua perlu tau:

Klik Untuk Besarkan Imej


# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Sumber HD - 24-11-2014


























































































Rumah pasti milik

http://naimnikmat.blogspot.com/ | .

Suap makanan ke mulut ibu walaupun tangan cacat

http://idahsalam.blogspot.com | .

Kegigihan lelaki yang menyuapi ibunya meskipun kedua tangannya cacat

Photo copyright Youtube/ภาคภูมิ จิตต์โสภณ

Semua orang berjuang di muka bumi ini. Ada yang diberi kecukupan, tapi ada juga yang diberi keterbatasan. Hebatnya, semua jiwa yang ada di muka bumi ini diberi semangat yang tak terbatas.
Hal ini dibuktikan oleh Kvukthong Yoirurob. Beberapa waktu lalu ia sempat menjadi salah satu pembicaraan di social media. Apa yang sudah ia lakukan? Anda boleh baca di sini

Kvukthong adalah lelaki separuh umur yang memiliki tangan tak sempurna sejak lahir, meski begitu dia membesar dengan kasih sayang dan kegigihan yang luar biasa. Selain itu, Kvukthong merupakan anak yang bertanggung jawab dan berbakti pada orang tua.

Photo copyright Facebook/Kvukthong Yoirurob
Dalam video Facebook di atas, Kvukthong nampak sudah biasa menyuapi ibunya. Sang ibu sudah tak sekuat dulu dan semakin tua. Kalau dahulu sang ibu mendampinginya untuk boleh menerima kekurangan dan menemukan potensinya, kini balik Kvukthong yang membalas jasa ibunya. Meskipun seperti yang boleh kita lihat, kedua tangannya tidak sempurna.

Di negaranya, Thailand, Kvukthong mendapat perhatian ramai orang. Bukan kerana simpati, namun kerana salute dan beberapa di antara netizen merasa malu melihat semangat Kvukthong. Ia mungkin terbatas, tapi apa yang dia lakukan banyak menembus batas.

Photo copyright Facebook Kvukthong Yoirurob
Semangat itu mengetuk pintu hati mereka untuk menyumbangkan wang dan dukungan pada keluarga Kvukthong. Sejak ibunya sakit tua, Kvukthong memang tak lagi bekerja kerana harus menjaganya sepanjang hari. Namun pintu rejeki Tuhan memang ada di mana-mana, tak sedikit bantuan berdatangan pada ibu dan anak ini.

Ladies, semua orang punya masalah dan keluhannya masing-masing. Itu adalah hal yang manusiawi. Tapi, jangan lupa untuk bangkit lagi, yakin dan berusaha. Niscaya, akan ada banyak hal yang membantu dan melancarkan usaha anda sebagai jawaban atas doa dan kegigihan yang anda lakukan

sumber: Vemale.com

Sumber HD - 23-11-2014





























































































Najib mungkin pemimpin Umno terakhir dalam k'jaan

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Umno wajar mencari seorang yang boleh mencari penyelesaian kepada isu besar parti itu dan juga kepada masalah-masalah negara yang terlalu besar dan berat untuk diselesaikan.


"Penyelesaiannya hanya akan mampu dilakukan oleh seorang pemimpin yang tidak mempunyai kontroversi dan dihormati oleh semua pihak," tulis Aspan Alias dalam blognya.

Menurutnya, barisan pimpinan hari ini tidak akan membawa Umno kepada ‘lubang kubur’ yang dalam dan apabila ia terjadi, Umno tidak akan mampu bangun lagi.

Beliau berpandangan, pemimpin Umno hari ini sanggup dan merelakan partinya hancur semata-mata mahu mengekalkan kuasa dan rakusnya itu.

"Najib dan pimpinan hari ini mungkin merupakan pemimpin Umno yang terakhir dalam kerajaan jika tidak berani dan mempunyai kudrat untuk berundur dan berkorban untuk parti yang telah menaikkan beliau dan rakan-rakan mereka sekarang ini," tulisnya lagi.

Tambahnya, tidak ada siapa yang mengambil perhatian terhadap kata-kata dan tindakan Najib sekarang ini selain dari mereka yang mendapat laba yang masih menyokong beliau.

Katanya, Umno sedang menghadap penyakit tua, hanya pandai bengis dan marah-marah dengan semua pihak kerana pemikiran dan tubuh mereka sudah tidak lagi berfungsi seperti biasa.

"Sesungguhnya kepimpinan Najib sedang menghampiri ‘brain death’ yang hanya mampu kelu dan tidak berfungsi lagi walaupun masih belum diisytihar mati secara rasminya," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 17/11/2014

Sumber HD - 17-11-2014

Syahdu dan boleh mengalir air mata dengar ucapan Najib

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Mana penghargaan dan ruang menyediakan laluan kepada golongan muda melalui kuasa yang ada di tangannya sendiri?

Kenapa hanya pandai meminta orang lain memberi ruang kepada golongan muda sedangkan diri sendiri tidak melakukannya?

Begitulah pertanyaan yang dilontarkan Shahbudin Husin menerusi blognya sebagai respons kepada ucapan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak di Johor, semalam.

Ulasan penuh beliau sebagaimana di bawah.

Ketika berucap di majlis perasmian Konvensyen Umno Johor semalam, Perdana Menteri, Najib Razak meminta pimpinan senior dalam parti segera berubah dengan tidak lagi mengamalkan budaya cantas serta menyekat kemasukan golongan muda ke dalam Umno.

Katanya, mereka perlu segera berubah kerana amalan negatif mencantas dan menyekat golongan muda hanya akan menyebabkan mereka semakin menjauhi Umno.

"Kita perlu buang perangai bodoh ini. Kalau terpaksa beri laluan, berundurlah dan beri peluang kepada orang lain," katanya lagi.

Memang nampak cantik, syahdu dan boleh mengalir air mata mendengar apa yang diucapkan oleh Najib ini, tetapi persoalannya adakah beliau sendiri mengamalkannya?

Dalam kabinetnya sendiri, berapa ramai golongan muda berbanding mereka yang sudah berpenggal-penggal berada dalam kerajaan?

Lebih buruk lagi, di ketika menyedari pentingnya sokongan golongan muda itu, dalam pelantikan Senator yang dibuatnya baru-baru ini, semunya bukan saja terdiri daripada warga tua tetapi lebih merupakan kenalan rapatnya saja.

Tiga orang yang dilantiknya itu ialah Nallakaruppan, 68 tahun yang mulutnya hanya tahu memainkan isu mengenai peribadi Anwar Ibrahim semata-mata, Ibrahim Abu Shah, 64 tahun bekas Naib Canselor Uitm yang sebelumnya dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno serta bekas Setiausaha Sulitnya suatu ketika dahulu, Abdul Halim Samad yang sudah pun berusia 74 tahun.

Mana penghargaan dan ruang menyediakan laluan kepada golongan muda melalui kuasa yang ada di tangannya sendiri?

Kenapa hanya pandai meminta orang lain memberi ruang kepada golongan muda sedangkan diri sendiri tidak melakukannya?

"KITA PERLU BUANG PERANGAI BODOH INI. KALAU TERPAKSA BERI LALUAN, BERUNDURLAH DAN BERI PELUANG KEPADA ORANG LAIN."

Siapa yang bodoh? Dan siapa yang tak beri peluang?

Najib sepatutnya menujukan kata-katanya ini kepada dirinya sendiri, bukan orang lain.

Sumber HD - 15-11-2014





























































































Ketika Najib diasak, bodek, puji dan puja juga bermula



Tidak dinafikan kedudukan Perdana Menteri, Najib Razak ketika ini sedang diasak kiri kanan dan atas bawah oleh pelbagai pihak yang seolah-olah tidak boleh lagi menerima kepimpinannya.

Bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad yang sudah menarik balik sokongannya kepada Najib, telah beberapa kali mengkritik mengenai hutang 1MDB yang terlalu tinggi dan membebankan negara. Isu yang sama juga menjadi bahan bagi beberapa pemimpin pembangkang di Parlimen untuk menyerang lagi kerajaan.

Seorang pemimpin UMNO Sabah, Salleh Tun Said Keruak secara terbuka mengingatkan bahawa isu hutang 1MDB ini jika tidak diuruskan dengan baik, boleh menjadi punca kejatuhan Najib daripada tampuk kuasanya.

Mahathir dalam komen terbarunya pula mengatakan, "Malaysia jika tiada 1MDB pun tidak mengapa" sebagai suatu lagi kecaman bahawa badan pelaburan yang ditubuhkan oleh Najib pada 2009 itu langsung tidak memberi kebaikan, selain semata-mata menambah lagi beban hutang negara.

Mengiringi Mahathir, bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin dan bekas Menteri Penerangan, Zainuddin Maidin juga turut melancarkan "peluru berpandu" masing-masing. Daim mengkritik hasrat Najib untuk menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi dengah mengatakan ia tidak berguna jika masih ramai rakyat yang tidak mampu memiliki rumah sendiri.

Zainuddin Maidin atau Zam pula melancarkan serangan bak "pukul anak sindir menantu" apabila mengatakan adik Najib, Nazir Razak yang mengetuai Kumpulan CIMB lebih banyak menyalurkan peruntukan iklannya untuk akhbar bukan bahasa Melayu berbanding Utusan Melayu yang dimiliki oleh UMNO dan dipimpin oleh abangnya sendiri.

Kritikan yang mahukan Najib melepaskan jawatan Menteri Kewangan juga bergema kembali berikutan banyak kekalutan dalam dasar kewangan serta ekonomi negara ketika ini. Najib disarankan hanya menumpukan kepada jawatan Perdana Menterinya saja.

Dua pemimpin pembangkang, Liew Chin Tong dan Mahfuz Omar telah pun mengeluarkan gesaan itu semalam demi untuk kebaikan negara. Sebelum ini, Daim Zainuddin dan bekas Menteri Pelancongan, Sabbaruddin Chik turut membuat desakan yang sama.

Di dalam UMNO pula, isu pemansuhan Akta Hasutan yang pernah dijanjikan Najib untuk menunjukkan keterbukaannya, mulai mendapat tentangan yang makin meluas. Selain Muhyiddin Yassin dan kumpulan konservatif yang sudah beberapa kali berikrar untuk mempertahankan akta itu, kini Shahrizat Jalil yang suaminya bakal dikenakan tindakan saman oleh kerajaan untuk bayaran balik projek lembu NFC, turut menyatakan sokongan dengan ikrar untuk mengumpul sejuta tandatangan agar akta penjajah itu terus dikekalkan.

Isu cukai GST turut menjadi hambatan kepada Najib. Selain makin banyak perkara berkaitan kenaikan harga barang mula didedahkan apabila cukai itu dikenakan pada April tahun depan, pihak pembangkang pula giat mengadakan ciri ceramah di seluruh negara menentang pelaksanaan cukai itu.

Atas nama prihatin kepada nasib rakyat, pemimpin berpengalaman UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah juga menulis surat kepada semua Ahli Parlimen untuk mencadangkan agar cukai itu ditangguhkan perlaksanaannya serta kadar 6 peratus yang telah diterapkan dicongak semula supaya tidak membebankan.

Malangnya, cadangan Ku Li itu hanya mendapat reaksi positif daripada kalangan pemimpin pembangkang, sementara Ahli Parlimen UMNO dan BN membisu seribu bahasa.

Rakyat pula, rata-rata mulai terbuka meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan, terutama berikutan kenaikan harga petrol dan diesel baru-baru ini. Ahli UMNO sendiri sudah ramai yang tidak segan-silu lagi mengkritik, malah mencerca dan memaki hamun Najib berikutan beban kos hidup yang makin meningkat ini.

Di persada antarabangsa pula, selain mereka mengecam mengenai Akta Hasutan, kes perbicaraan Anwar Ibrahim yang sedang menunggu keputusan rayuannya diumumkan juga menarik perhatian banyak negara. Banyak negara Barat yang melihat pelbagai kecelaruan dalam kes itu tentunya akan memperhebatkan lagi kecaman mereka jika akhirnya Anwar didapati bersalah dan menghuni penjara sekali lagi.

Tetapi atas semua kecaman dan asakan itu, Najib tetap selesa dan relaks, bukan saja seolah-olah tiada apa yang mengancam kedudukannya, malah sentiasa terbang daripada satu negara kepada satu negara. Walaupun rakyat makin tidak bersamanya, Mahathir dan Daim yang banyak membantu kempen PRU13 sudah mengasingkan diri, pembangkang kian agresif dan dunia antarabangsa pula memerhati, Najib sedar kedudukannya sama-sekali tidak terancam sehinggalah PRU14 akan datang lantaran majoriti pimpinan UMNO sudah berda dalam "jagaan" dan "genggamannya".

UMNO pula, barangkali kerana memahami Najib lebih suka disanjung, dipuji dan dipuja, sudah pun memulakan projek ke arah itu menjelang dua minggu lagi berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO. Sepupu Najib, Hishammuddin Hussein yang mengetuai tapisan usul dan jurucakap negeri-negeri, hari ini mengadakan persidangan meja bulat ke arah menyelaraskan semua suara dalam perhimpunan itu nanti.

Dengan Hishammuddin membangkitkan kepada wakil setiap negeri mengenai pelbagai kejayaan - daripada menduduki kerusi tetap PBB dengan undi terbanyak, mengurus kehilangan MH370 walau belum ditemui, kejayaan berunding dengan militan dalam kes MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine sehinggalah kemampuan berhadapan dengan media antarabangsa mengenainya.

Semua yang dicapai itu, menurut Hishammuddin, tidak mungkin dapat dilakukan jika UMNO begitu teruk dipandang oleh dunia serta jika bukan kerana Najib yang melakukannya. Diulang sekali lagi, tidak mungkin dapat dilakukan jika UMNO begitu teruk dipandang oleh dunia serta jika bukan kerana Najib yang melakukannya.

Maka, dapatlah dijangka Perhimpunan Agung UMNO kali ini akan terus gegak-gempita dengan amalan puji, puja, bodek dan sanjungan terhadap Najib semata-mata. Akan bergemalah Dewan Merdeka bahawa tiadalah yang sehebat Najib memimpin negara ini. Najib akan dikompang semahu-mahunya dan Hishammuddin nampaknya sudah menyampaikan mesej itu kepada pemimpin UMNO setiap negeri untuk dijadikan garis panduan kepada setiap jurucakap nanti.

Rungutan dan keluhan pelbagai peringkat masyarakat, waima teguran bekas pemimpin sekali pun bukannya mahu diambil iktibar sebagai asas untuk memperbetulkan kesilapan, sebaliknya cuba ditutup dan dilindungi dengan lebih kuat suara pujian dan sanjungan yang diatur rapi.

Isu GST, kos hidup rakyat, kenaikan harga barang, harga rumah yang kian meningkat dan semakin jauh daripada jangkauan rakyat, pembaziran, kemewahan pemimpin dan seumpamanya, apatah lagi hutang 1MDB, akan terus disembunyikan daripada disuarakan. (SH 12/11/2014)

Sumber HD - 13-11-2014





























































































Melayu mana yang jual agama dan bangsa?

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Bayang-bayang pemimpin Umno sedang menakutkan mereka sendiri dan sekarang sedang merepek dan meroyan kerana ketakutan itu, tulis Aspan Alias dalam blognya semalam.

Beliau menulis demikian sebagai mengulas kenyataan Datuk Seri Hishammuddin Hussein kelmarin yang mengatakan Umno sedang menghadapi musuh dari segelintir pemimpin Melayu sendiri yang sanggup menggadaikan agama, bangsa serta raja semata-mata kerana kerakusan kuasa.

Bagi Aspan, menuduh mana-mana pihak menggadaikan agama, bangsa dan raja sendiri itu tidak sepatutnya diarahkan kepada mana-mana pihak kerana tuduhan-tuduhan Hishammuddin itu sepatutnya diarahkan kepada Umno sendiri, bukannya kepada pihak-pihak lain.

Bagaimanapun, dilaporkan Naib Presiden Umno itu tidak pula menyebut nama-nama yang beliau maksudkan itu.

Menurut Aspan lagi, tetapi kenyataan itu melambangkan keresahan Umno yang pimpinan mereka sedang berhadapan dengan permainan bayang-bayang mereka sendiri.

"Biar kita berterus terang, dan mari kita bertanya kepada Hishammuddin, apa yang tidak dilakukan oleh Umno dan pimpinan sekarang yang menafikan mereka tidak menggadaikan maruah bangsa, agamanya dan rajanya sendiri seperti tuduhan Hishammuddin terhadap pihak lain, yang beliau sahaja yang tahu siapa yang beliau maksudkan itu," tulisnya lagi.

Tambahnya, wajar diberitahu Hishammuddin yang membiarkan atau melakukan rasuah itu adalah menggadaikan agama.

Apa tidaknya, kata beliau kerana rasuah itu amat dibenci oleh agama, mana-mana agama sekali pun, tetapi itulah yang sedang berlaku dalam kerajaan seolah-olah tidak ada cara untuk mengawalnya lagi.

"Malahan inilah isunya yang telah membawa imej negara ini sebagai salah sebuah negara yang mana rasuah itu adalah berleluasa. Rasuah itu merupakan tindakan ‘head-on’ dengan kemahuan dan nilai agama suci Islam kita ini," ujarnya.

Menurut beliau, yang pentingnya negara mesti diperkemaskan dan moral pentadbiran mesti dipertingkat dan roh kepimpinan politik dan kerajaan wajar ditransformasikan secepat yang mungkin.

Ini, katanya kerana pimpinan hari ini telah mengumumkan berbagai-bagai dasar yang tidak difikirkan dengan teliti dan hampir kesemuanya yang diumumkan itu berakhir dengan kegagalan dan tidak membawa apa-apa kebaikan, sebaliknya ketirisan dan rasuah serta salah laku pimpinan dan kerajaan tetap berlaku tanpa ada pihak yang ingin memperbaikinya.

Tambah Aspan, skandal kewangan berulang-ulang dan setiap skandal yang berlaku itu lebih besar dari apa yang berlaku sebelumnya, dan pimpinan kita sentiasa memberikan alasan dan sebab yang lemah untuk menutup skandal yang melibatkan wang rakyat itu.

Katanya, rakyat telah membiarkan ia berlaku tanpa tindakan dan seolah-olah pimpinan kita telah mengambil kebaikan orang ramai itu sebagai kelemahan dan boleh dikotak-katikkan rakyat semahunya.

Maka jika ada pihak di kalangan pimpinan Melayu yang berusaha untuk membetulkan keadaan maka tindakan itu tentulah tindakan yang amat perlu mendapat sokongan, ujarnya.

"Memberikan kritikan untuk membetulkan kepimpinan hari ini tidak berupaya mengubah sikap dan nilai kepimpinan mereka, maka mengambil alih pimpinan dari mereka merupakan satu-satunya cara terakhir bagi menyelematkan negara dari terhumban ke lembah kehinaan yang mungkin tidak dapat diperbaiki lagi," tambahnya. - HARAKAHDAILY 13/11/2014

Sumber HD - 13-11-2014





























































































Perhimpunan Umno hentikan omong kosong - Kadir Jasin

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Adakah Perdana Menteri tahu punca sebenar beliau gagal dalam PRU tahun lalu dan apakah cara memperbaiki prestasi BN pada PRU akan datang?

"Yang kita tahu, prestasi Mohd Najib lebih teruk daripada (Tun) Abdullah Ahmad Badawi pada PRU 2008 dan tidak terdapat tanda-tanda sahih yang Umno dan BN telah bertambah kuat," tulis Datuk A Kadir Jasin dalam blognya semalam.

Malah, menurutnya Mohd Najib sendiri baru-baru merintih malu melihatkan ketidakberdayaan Umno Selangor yang beliau sendiri ketuai.

Berikut tulisan penuh beliau.

DALAM dunia “spinning” atau mengolah maklumat menjadi propaganda, perkataan kalah tidak wujud.

Misalnya, walaupun Mohd Najib Abdul Razak gagal mendapat kemenangan besar dalam pilihan raya umum (PRU) pertama beliau sebagai Perdana Menteri tahun lalu namun sampai hari ini pun beliau tidak mengaku kesilapan strateginya.

Sehinggalah giliran Mohd Najib, semua Presiden Umno dan Perdana Menteri menang besar pada PRU pertama mereka. Dengan itu mereka mendapat mandat mutakhir dan tulen yang mengesahkan kedudukan mereka sebagai ketua politik nombor satu negara.

Mohd Najib marah dan enggan terima hakikat bahawa strategi beliau silap dan para penasihat pilihan raya beliau perlu disingkirkan.

Sebaliknya beliau menyalahkan pengundi Cina kerana menyebabkan Tsunami Cina dan mencanangkan hakikat Umno menang lebih banyak kerusi dalam Dewan Rakyat berbanding PRU 2008.

Sahabat baik Mohd Najib, Barrack Obama pun lebih kurang sama. Apabila Parti Demokrat kalah dalam pilihan raya separuh penggal pada 4 Nov lalu, beliau tidak berkata partinya kalah.

Sebaliknya beliau menyifatkan keputusan yang buruk itu sebagai “shellacking”. Dalam slanga Amerika ia bererti kekalahan teruk. Katanya rakyat menolak Parti Demokrat kerana mereka tidak puas hati dengan ekonomi.

Tetapi tidak seperti Mohd Najib yang mengetuai Umno dan Barisan Nasional, Obama tidak mengetuai partinya. Dalam sistem Amerika, jawatan Presiden dan ketua parti diasingkan. Ketua Parti Demokrat sekarang adalah wanita bernama Debbie Wasseman Schultz. Dalam Dewan Perwakilan (The House) pula, Demokrat diketuai oleh seorang wanita juga bernama Nancy Pelosi.

Dengan keputusan itu, Parti Demokrat hilang kawalan ke atas Dewan Perwakilan tetapi mengekalkan Dewan Senat (The Senate). Kongres (Parlimen) Amerika mempunyai dua dewan – Dewan Perwakilan dan Dewan Senat.

Dan seperti mana-mana parti politik, Demokrat pun menjanjikan kajian menyeluruh mengapa ia kalah tahun ini dan 2010 serta mengapa kempen pilihan raya presiden berjaya tetapi kempen pilihan raya separuh penggal gagal.

Umno/BN Buat Kajian?

Kembali ke tanah air kita, persoalannya adakah Perdana Menteri tahu punca sebenar beliau gagal dalam PRU tahun lalu dan apakah cara memperbaiki prestasi BN pada PRU akan datang?

Yang kita tahu, prestasi Mohd Najib lebih teruk daripada (Tun) Abdullah Ahmad Badawi pada PRU 2008 dan tidak berdapat tanda-tanda sahih yang Umno dan BN telah bertambah kuat. Malah Mohd Najib sendiri baru-baru merintih malu melihatkan ketidakberdayaan Umno Selangor yang beliau sendiri ketuai.

Malah yang menjadi persoalan ialah sama ada Mohd Najib masih ingat bahawa orang Melayulah yang menyelamatkan beliau tahun lalu dan masih berterima kasih kepada mereka.

Kalau beliau masih ingat dan masih berterima kasih, beliau tentu akan menyatakan sesuatu yang penting seperti menarik balik cadangan beliau memansuhkan Akta Hasutan pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 25 hingga 29 Nov nanti.

Alhamdulillah, semakin ramai pemimpin Umno yang secara terbuka menolak cadangan sebelah pihak Mohd Najib memansuhkan Akta Hasutan. Timbul persoalan, adakah pandangan Umno diketepikan apabila Mohd Najib memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat pada tahun 2011.

Apakah ia adalah hasil cadangan dan desakan golongan liberal yang mengelilingi dan menasihati Perdana Menteri? Adakah suara Umno bukan lagi suara utama yang Mohd Najib dengari selain suara pengampu dan pemuji?

Kalau Mohd Najib masih mengutamakan parti beliau, maka wajiblah beliau menggariskan kepada ahli Umno khususnya dan orang Melayu amnya pelan besar beliau bagi memperbaiki ekonomi mereka, menyempitkan jurang ekonomi antara Melayu dengan bukan Melayu dan mencari penyelesaian kepada persoalan tanah rizab yang diambil alih oleh kerajaan.

Adakah beliau tahu bahawa ada keluarga nelayan yang makan sajian utama (main meal) hanya sehari sekali dan hadiah paling istimewa mereka janjikan kepada anak-anak mereka kalau cemerlang dalam peperiksaan adalah makan di McDonald?

Tetapi kalau PAU kali ini – macam yang sebelumnya – hanya sekadar memuji, memuja, mengampu dan berlawak jenaka, kemungkinan Umno kalah dalam PRU akan datang adalah besar. Umno dan BN sudah pun ibarat telur di hujung tanduk.

Presiden Umno dan keseluruhan kepemimpinan parti itu perlu membuktikan sama ada rakyat jelata masih didahulukan dan pencapaian masih diutamakan.

Kalau itulah pendirian mereka, maka mereka wajib digariskan pelan bertindak bagi mengatasi kemelut ekonomi Melayu/Bumiputera. Antaranya:-

1. Memperkuatkan ekonomi Melayu/Bumiputera selari dengan pertumbuhan ekonomi negara yang Mohd Najib uar-uarkan sebagai kukuh.

2. Mengatasi masalah kenaikan harga barang dan perkhidmatan akibat penarikan balik berperingkat subsidi petrol.

3. Mengatasi kemungkinan kenaikan harga barang dan perkhidmatan akibat pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tahun hadapan.

4. Mengatasi masalah pengangguran di kalangan graduan Melayu/Bumiputera.

5. Mengatasi masalah diskriminasi majikan bukan Melayu terhadap calon Melayu/Bumiputera.

Ekonomi Melayu tidak pernah kuat. Sebaliknya, akibat kenaikan harga barangan pengguna dan perkhidmatan serta kejatuhan harga kelapa sawit dan getah, ekonomi mereka semakin lemah.

Ekonomi Melayu/Bumiputera mustahil boleh diperkukuhkan tanpa penyertaan keseluruhan ekonomi. Kemampuan kewangan kerajaan dan agensi-agensi ekonominya (GLC dan GLIC) tidak cukup besar untuk tujuan itu.

Petunjuk Pembangunan Bank Dunia mendapati perbelanjaan kerajaan Malaysia bagi tahun 2013 menyumbangkan hanya 13.58% sahaja kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP).

Ertinya bagi setiap seringgit yang dijanakan oleh ekonomi Malaysia tidak sampai 14 sen disumbangkan oleh perbelanjaan kerajaan. Lagipun daripada jumlah itu bukan semua diperuntukkan kepada orang Melayu/Bumiputera. Ia adalah untuk semua rakyat Malaysia.

Tanpa penyertaan sektor swasta yang dikuasai orang Cina dan pelabur asing mustahil ekonomi Melayu/Bumiputera boleh diperkukuhkan. Ini adalah realiti kalau para pembesar dan perwakilan Umno faham ekonomi.

Semua pemilik modal, sama ada Melayu, Cina, India atau asing perlu digerakkan secara pujukan, galakan dan paksaan untuk berkongsi perniagaan dengan orang Melayu/Bumiputera serta mengambil dan melatih pekerja profesional dan teknikal Melayu/Bumiputera.

Umno wajib menggesa kerajaan supaya mengembalikan sesetengah unsur Akta Penyelarasan Perindustrian (ICA) yang telah dimansuhkan, khususnya mengenai guna tenaga.

PM wajib menyenaraikan untuk pengetahuan umum apakah kemajuan rancangan pemerkasaan ekonomi Bumiputera yang beliau hebah dan hebohkan di UiTM pada 14 Sept tahun lalu. (Baca di sini)

Beliau juga wajib membuat laporan kemajuan saranan guna tenaga sektor swasta yang merangkumi jantina, kaum dan usia yang beliau umumkan 10 April lalu. (Baca di sini)

Rasanya, Mohd Najib sebagai Perdana Menteri mengatasi semua pendahulunya (successors) dalam membuat slogan, janji, ikrar dan dasar tetapi, setakat ini, mungkin antara yang terkebelakang dalam menterjemahkannya menjadi realiti.

Mohd Najib terkenal dengan slogan “I hear you” (saya dengar anda). Atau apakah ini pun omong kosong juga? Kalau beliau benar-benar mendengar keluh kesah ahli parti dan orang Melayu, beliau perlu berubah atau menghadapi risiko diubah atau parti kalah pada PRU akan datang.

Wallahuaklam.

Sumber HD - 11-11-2014

Hentian bas lima bintang?

http://omakkau.blogspot.com | .

RAKYAT SRI LALANG, KLUANG, JOHOR TERHARU PERHENTIAN BAS KAMPUNGNYA BERTARAF 5 BINTANG????

"Terima kasih YB kerana naik taraf bus stop kami. 5 star gitu!" - Wakil penduduk Sri Lalang, Kluang.
Sepatutnya ucapan terima kasih ini dipanjangkan kepada Ahli Parlimen Kluang, mungkin dia ada campur tangan untuk menaik taraf perhentian bas yang kini sudah bertaraf 5 bintang.

Mana nak dapat macam ini punya perhentian bas.


# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.


Sumber HD - 9-11-2014






































































































Lakukan apa sahaja yang halal untuk selamatkan negara

ASPAN ALIAS | .
NEGARA kita bukan setakat memperbaiki keadaan politik, ekonomi, sosial dan apa-apa lagi yang perlu tetapi ia memerlukan transformasi yang drastik dengan memulakan sebuah negara yang berlandaskan kepada keadaan yang realistik dan nyata.

Kita sedang berada di ambang kehancuran dalam semua bidang dan kehidupan dan tidak ada siapa di kalangan yang sedang mentadbir untuk bertanggungjawab menunaikan mandat yang diberikan oleh rakyat dalam pilihan raya yang lepas-lepas.

Semua perlu meningkatkan tekad dan usaha untuk bersama-sama menjadikan transformasi dalam semua hal di negara ini menjadi kenyataan bagi kita keluar dari kepompong dan ‘ambience’ politik yang tidak menentu sekarang ini.

Ia memerlukan peralihan dan anjakan dari keadaan yang sentiasa mengelirukan sekarang ini kepada keadaan dan situasi yang boleh menambah keyakinan kita yang negara kita masih boleh diperbaiki. Sesungguhnya pimpinan kita sedang menghadapi krisis kepimpinan yng amat serius di kalangan rakyat biasa secara keseluruhannya.

Apa sebenarnya yang hendak diperbaiki bagi negara ini? Persoalan ini penting kerana kita wajar memahami segala masalah secara terperinci dahulu sebelum kita memulakan usaha untuk transformasi itu. Kita tidak mungkin dapat memperbaiki atau melakukan transformasi jika kita tidak tahu masalah sebenarnya yang kita hadapi.

Itulah menjadi masalah bagi kerajaan sekarang kerana negara dipimpin oleh mereka yang tidak tahu apakah masalah-masalah yang kita hadapi secara spesifik. Itulah sebabnya kita melihat pimpinan kita memberikan kesemuanya penyelesaian jangka pendek untuk rakyat tanpa mempunyai perancangan yang mantap untuk diguna pakai buat satu jangka masa yang berpanjangan.

Dulunya blog ini pernah memberikan anggapan yang penyelesaian yang diberikan oleh kerajaan kita hanyalah ibarat memberikan ubat tahan sakit sahaja tetapi tidak mempunyai keupayaan untuk mengubati penyakit sebenarnya. Maka kos memberikan ubat sakit itu terlalu tinggi sehinggakan kita terpaksa membayar semua kos dari tindakan penyelesaian secara adhoc dan tidak berpanjangan itu.

Beberapa hari yang lepas Tengku Razaleigh telah bersuara dengan jelas dan memberikan pandangan yang negara kita sedang menghadapi masalah yang terlalu besar dalam semua bidang pembangunan negara. Ahli Parlimen Gua Musang itu telah menulis surat kepada semua Ahli Parlimen negara termasuk Yang Dipertua Dewan Legislatif Persekutuan sambil memberikan kritikan yang sangat berharga untuk negara kita.

Tentunya beliau menulis surat itu sebagai cara yang terakhir untuk mencari penyelesaian yang negara sedang hadapi sekarang ini. Bukan mudah bagi beliau untuk melakukannya memandangkan beliau adalah Ahli Legislatif yang paling 'senior' dalam Parlimen Malaysia itu. Tindakan beliau menulis surat itu dengan menggariskan segala permasalahan kepada semua Ahli Dewan itu sahaja sudah cukup untuk kita fahami yang keadaan sekarang wajar diselesaikan secara deras dan cepat.

Tindakan TR itu sepatutnya isu yang paling utama untuk difahami oleh semua Ahli-Ahli Dewan Legislatif Persekutuan itu untuk melakukan sesuatu yang boleh menyelamatkan negara kita yang seolah-olah tidak berkerajaan lagi ini. Kritikan TR itu merupakan kritikan yang paling bertanggungjawab dan ianya amat menyentuh perasaan rakyat yang memerlukan perubahan yang drastik semata-mata untuk merasakan hidup dalam negara yang benar-benar tidak terabai.

TR telah memberikan teguran dalam banyak perkara dan kesemua perkara yang disentuh oleh beliau itu adalah isu-isu yang sangat besar yang kita hadapi dan memerlukan kepimpinan yang mempunyai kudrat untuk bertekad melakukan perubahan.

Rasuah merupakan isu yang paling utama yang beliau sentuh kerana rasuah sudah tidak dapat dibendung lagi dan budaya rasuah itu sudah sampai ke tahap tidak dapat diselesaikan oleh yang sedang memimpin kita ini. Isu rasuah sudah begitu lama dan bertambah serius dan kita tahu tidak ada sesiapa dalam barisan mereka yang berkuasa sekarang ini serius untuk memperbaiki keadaan ini. Rasuah merupakan penyebab besar kenapa kos kehidupan rakyat negara ini terlalu tinggi dan tidak dapat dicari penyelesaiannya oleh mereka yang membiarkan budaya itu berkembang.

Harga kontrak yang dinaikkan harganya untuk memenuhi kepentingan mereka yang makan untung diatas angin (rent seekers) merupakan penyebab utama yang membuatkan harga satu-satu kontrak pembangunan itu menjadi mahal dan yang akan membayar kos yang tinggi itu adalah kita rakyat biasa yang sudah terlalu terhimpit dengan kos kehidupan yang keterlaluan tinggi sekarang ini.

Tengku Razaleigh juga mencadangkan supaya perlaksanaan GST hanya dilaksanakan setelah sampai waktu yang sesuai untuk dilaksanakan sepenuhnya. Memandangkan keadaan ekonomi yang tidak menentu pada tahun-tahun yang mendatang ini, perlaksanaan GST itu mungkin menambah beratkan keadaan rakyat yang sudah tersedia dengan masalah kos himpitan yang tidak pernah dijangkakan akan sampai ketahap sekarang ini.

Kerajaan sepatutnya sedar yang pimpinan sekarang ini memperuntukkan bajet untuk pembangunan hanya setakat 15 peratus sahaja tetapi kita pernah merasakan peruntukan untuk pembangunan sebanyak 30 peratus atau pun lebih. Dalam Bajet bagi tahun 2015 hanya diperuntukkan sebanyak RM50 billion dari jumlah RM273 billion dan ini bermakna kerajaan menggunakan lebih dari 80 peratus peruntukan bajet itu untuk mengurus tadbir kerajaan.

Ini juga membayangkan dengan tepat yang ketirisan yang begitu jelas sedang dan akan berlaku dalam pengurusan kerajaan kita walaupun pemimpin kita mendengar keluhan rakyat tentang keborosan pentadbiran kerajaan pimpinan sekarang.

Persoalannya sekarang, bagaimanakah keadaah buruk ini dapat diperbetulkan selain dari semua Ahli-Ahli Dewan Legislatif kita mengambil tanggungjawab dan bertekad bagi pembetulannya? Banyak isu yang di sentuh oleh TR dalam surat beliau kepada semua Ahli-Ahli Parlimen itu. Pandangan beliau itu adalah pandangan seorang yang sarat dengan pengalaman dalam membentuk dan membina asas-asas ekonomi negara semasa beliau diberikan tanggungjawab itu dahulu.

Elok kita teliti kembali apa yang disentuh oleh Tengku Razaleigh dalam surat beliau itu kerana blog ini tidak dapat memuatkan semua pandangan beliau kerana kesuntukan ruang dan waktu yang blog ini hadapi.

Apabila beliau memahami apa masalah sebenar yang negara hadapi, maka adalah ‘natural’ bagi beliau mampu untuk memberikan penyelesaian terhadap isu-isu penting yang memerangkap negara kita ini.

Seperti yang sebutkan tadi hanya seseorang yang memahami masalah secara spesifik sahaja yang mampu memberikan penyelesaian dan pemulihan keadaan negara kita yang kian reput ini.

Kita mesti kembali kepada ‘drawing board’ bagi memulakan situasi baru yang boleh memastikan keadaan dan derita rakyat dan negara sekarang ini dapat disembuhkan kembali.

Jika pemulihan ini terpaksa dilakukan lain dari cara ‘conventional’ yang lazim kita lakukan, maka ia terpaksa dilakukan demi rakyat dan negara yang sedang dalam kegelapan ini. - http://aspanaliasnet.blogspot.com

Sumber HD - 5-11-2014

Cara kesan CCTV di hotel

http://btmmari.blogspot.com | .

1) Sebelum masuk tandas atau bilik persalinan sila bawa handphone yang ada aplikasi bluetooth.

2) Turn ON bluetooth dan 'search device' yang ada. Jika anda tidak faham bagaimana nak cari 'device', anda cuba 'send' gambar @ 'lagu' kepada kawan anda. Kemudian tekan via bluetooth dan anda boleh nampak 'device' yang ada di dalam bilik itu.

3) Jika anda jumpa 'device' yang namanya “WDX 2201, CAM 122″ atau apa-apa nama yang anda rasa sangat pelik bunyinya, sebaik-baiknya batalkan hajat anda untuk salin pakaian kerana berkemungkinan besar terdapat wireless CCTV.

Kenapa mesti kesan guna bluetooth handphone??

Sebabnya CCTV yang dipasang ialah jenis tanpa wayar yang digunakan secara ber’bluetooth’.

# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Sumber HD - 26-10-2014






































































































Gambar budak Melayu selamatkan anjing palsu

PEMBETULAN!!!!...GAMBAR KONONNYA BUDAK MELAYU SELAMATKAN ANJING DARI LEMAS SEBENARNYA ADALAH PALSU.


Rupa-rupanya kisah bergambar kononnya ada seorang budak Melayu/Islam berhati mulia dan berwatak wira menyelamatkan seekor anjing dari lemas semasa berlakunya banjir adalah palsu dan tipu belaka.

Gambar yang cuba diputar itu sebenarnya adalah seorang budak Filipino berlaku di Filipina sekitar bulan Ogos 2013 ...

Demi pencerahan dan kebenaran diperturunkan artikel berkenaan.


We're not going to be able to get this image out of our minds for a while.

Heavy rains lashed the Philippines last month. According to the Atlantic, the rain was compounded by Tropical Storm Trami, resulting in some of the Philippines' heaviest rains on record.

And then this photo happened.
boy saving dog
A boy carries his dog whilst wading in floodwaters brought by the monsoon rain, intensified by tropical storm Trami, in Paranaque city, metro Manila August 20, 2013. Heavy rains continue to batter the Philippine capital and nearby provinces, causing government offices, schools and some businesses to suspend work, and sending residents to flee their homes.

Sumber HD - 16-10-2014

Yang tidak berkepimpinan, jangan berkeliaran di Putrajaya

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Kerajaan sekarang tidak sepatutnya bertahan lagi kerana jika diteruskan juga dengan memaksa rakyat untuk berkorban terus-terusan, maka kita berada dalam sebuah negara yang akan lumpuh tidak berapa lama lagi.


Demikian ulasan Aspan Alias menerusi blognya ekoran penarikan balik subsidi minyak yang membawa kenaikan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter.

"Najib tidak berhenti-henti bercakap tentang ekonomi, satu subjek which he knows too little. Nampaknya beliau sama sahaja seperti kemampuan rakyat biasa seperti saya ini," tulisnya.

Baginya, takkanlah kerajaan sekarang hanya mempunyai satu kemahiran sahaja dalam kepimpinannya, iaitu untuk menarik subsidi sahaja untuk menyelesaikan masalah kewangan negara.

"Kita tidak tahu apakah peranan yang dimainkan oleh Ahli-Ahli Legislature Negara kerana membiarkan Ketua Kerajaan Persekutuan ini masih dibiarkan berkeliaran (loitering) di Putrajaya itu hanya untuk mengelirukan rakyat," tuisnya lagi.

Berikut tulisan penuh beliau.

Harga petrol dan diesel naik lagi hasil dari penarikan balik subsidi bahan api oleh kerajaan sebanyak RM0.20 dua hari yang lepas. Belum lagi kita dapat menerima pengenalan GST tidak berapa lama lagi kita dibebankan dengan kenaikan harga bahan api sebanyak 0.20 bagi setiap liter.

Kita bukan tidak menerima hakikat yang akhirnya nanti kita tidak akan dapat mengelak dari penarikan kembali subsidi bahan api ini, tetapi ia dilakukan di waktu subsidi ini perlu dikekalkan buat sementara waktu kerana rakyat sedang dalam kesusahan yang keterlaluan sekarang ini.

Dalam keadaan harga minyak dunia sedang dalam keadaan menurun sejak beberapa tahun yang lalu kita menaikan harga ‘retail’ bahan api ini tidak henti-henti. Ini bukan masalah kita mahu subsidi itu kekal, tetapi ia adalah masalah waktu dan cara harga bahan api ini dinaikkan.

Sejak 2009 begitu banyak subsidi telah ditarik balik. Nampaknya kerajaan tidak mempunyai keupayaan untuk menambah pendapatan untuk menyelenggarakan negara dengan kadar yang baik dan terpaksa menyelindungi kelemahannya dengan menarik balik subsidi bahan api ini.

Kini rakyat bukan meminta tambahan subsidi tetapi sekadar mengekalkan subsidi itu di peringkat yang ada kerana waktu dan ketika ini rakyat sedang berperang dan berjuang untuk mengendalikan kehidupan dalam keadaan yang tersangat sempit ini.

Kerajaan sepatutnya buat sementara ini menyelesaikan masalah rakyat yang terhimpit dengan kesempitan ini dahulu, bukannya menggunakan rakyat untuk menyelesaikan masalah kerajaan yang boros dan tidak berbelanja dengan telus seperti yang difahami oleh ramai sekarang ini.

Apabila kerajaan bermasalah sahaja, maka rakyat terpaksa menanggung kelemahan kerajaan menguruskan perbelanjaan negara sedangkan kerajaan tidak pernah menyedari yang rakyat telah berkorban dengan membenarkan subsidi bahan api ini ditarik balik beberapa kali dalam tempoh setahun dua ini.

Yang bermasalah sekarang ini bukannya rakyat, tetapi yang mempunyai masalah sekarang ialah kita mempunyai pemimpin yang bermasalah besar. Pemimpin kita semuanya adalah dari golongan yang keliru, tidak tahu bagaimana dan cara mana mereka berada di atas sana dan memimpin kita dan negara.

Kita tidak ada ‘planner’ yang baik untuk menyusun dan mengendalikan isu kekurangan pendapatan kerajaan dengan mencari sumber lain selain dari memberikan tumpuan menarik balik subsidi yang sudah begitu besar sejak beberapa tahun yang lepas ini.

Najib sepatutnya berhenti buat seketika bercakap bergegar-gegar hendak membawa negara ini kepada sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 sedangkan rakyat di bawah ini sedang bergelumang dengan kehidupan yang sempit dan memeritkan ini. Najib lebih mementingkan populariti peribadi beliau dari menangani masalah rakyat yang lebih dari 70 peratus yang berada dibawah purata pendapatan RM3,000 sebulan ini. Cerita hendak menaikkan tahap negara berpendapatan tinggi, buat sementara ini masih lagi cerita dongeng Najib ‘and geng’ yang begitu sarat dengan dongengan itu.

Najib sepatutnya bercakap mengikut kadar yang sepatutnya sahaja dan elakkan diri dari hanya berucap tanpa mempunyai asas kukuh untuk mengaku yang negara kita bakal menjadi negara maju menjelang tahun 2020 nanti. Najib nampaknya bukannya memimpin negara dengan bermodalkan kepada kebijaksanaan atau kemampuan untuk membuat perancangan baik untuik rakyat, tetapi hanya bersandarkan kepada populariti beliau di dalam UMNO sahaja.

Najib jelas mempunyai lidah yang terlalu pantas dari pemikirannya. Najib sepatutnya sekarang berdiri di atas pentas dan mengumumkan yang beliau tidak lagi berdaya untuk menguruskan negara dan mengaku sahaja yang beliau telah gagal dalam serba serbinya dan mengumumkan apa yang sepatutnya yang beliau perlu lakukan.

Jika beliau menyedari keadaan itu, dan mengambil keputusan untuk mengangkat bendera putih dan bersara, maka semua barisan kepimpinan di bawahnya juga sepatutnya turut serta bersara dan memberikan rakyat membuat pilihan yang lain.

Kerajaan sekarang tidak sepatutnya bertahan lagi kerana jika diteruskan juga bertahan dengan memaksa rakyat untuk berkorban terus-terusan, maka kita berada dalam sebuah negara yang akan lumpuh dalam tidak berapa lama lagi. Najib tidak berhenti-henti bercakap tentang ekonomi, satu subjek ‘which he knows too little’. Nampaknya beliau sama sahaja seperti kemampuan rakyat biasa seperti saya ini.

Takkanlah kerajaan sekarang hanya mempunyai satu kemahiran sahaja dalam kepimpinannya, iaitu untuk menarik subsidi sahaja untuk menyelesaikan masalah kewangan negara.

Kita tidak tahu apakah peranan yang dimainkan oleh Ahli-Ahli Legislature Negara kerana membiarkan Ketua Kerajaan Persekutuan ini masih dibiarkan berkeliaran (loitering) di Putrajaya itu hanya untuk mengelirukan rakyat. Tidak bolehkah mereka yang berada di peringkat Dewan Legislatif Negara melakukan sesuatu yang drastik dan berani untuk mencari kepimpinan yang mampu untuk memahami keadaan rakyat yang sangat terhimpit kehidupan mereka ini?

Tidak adakah di kalangan mereka ini mengenepikan sedikit masa untuk berfikir untuk membantu rakyat yang dalam keperitan ini? Bukankah berfikir sejenak itu lebih baik dari beramal sepanjang malam?

Najib, Muhyidin dan lain-lain di atas itu patut berkorban untuk rakyat. Berkorban bukan hanya dengan memegang jawatan. Meletakkan jawatan untuk kepentingan negara juga adalah pengorbanan.

Elok letak jawatan sekarang daripada diletakkan jawatan mereka ini oleh rakyat dalam pilihan raya yang akan datang. Pemimpin kerajaan (Umno) sekarang ini jangan mengekalkan kuasa semata-mata disebabkan kekalutan yang sedang berlaku di pihak pembangkang sekarang sahaja.

Sumber HD - 3-10-2014






































































































Kantoi: 'Mujahidin' sembelih wartawan dibuat dalam studio

Kantoi: Awas Tipu Daya Untuk Memburukkan Mujahidin Dan Menipu Umat Islam Seluruh Dunia Dengan Rakaman Studio



Cerita yang direka untuk memburukkan pejuang Islam. Berita palsu ini juga turut disiar media arus perdana.

Dipetik daripada blog pakat-pakatkalih.

# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Sumber HD - 1-10-2014

20 negara paling aman di dunia

http://omakkau.blogspot.com/ | .

Setiap tahun sejak 2007, Indeks Keamanan Global (GPI) yang dikeluarkan Institut Ekonomi dan Keamanan (IEP) menjadi kayu pengukur keamanan sesebuah negara berdasarkan ciri dalaman dan luaran negara berkenaan.

Walaupun dunia hari ini dilihat semakin kejam, menurut GPI terdapat 20 negara yang disenaraikan paling aman di dunia.

1. Denmark

Denmark mengungguli senarai memandangkan ia tempat paling selamat untuk didiami.

Walaupun ibu negara Denmark, Copenhagen pernah ditakluk Nazi pada Perang Dunia Kedua, mereka tidak melawan.

Ini disebabkan rakyat Denmark lebih memberi fokus kepada ekonomi daripada terbabit dalam pelbagai konflik bersenjata.

Rakyatnya sangat ramah, terbuka dan gemar membantu.

Mereka yang pernah berkunjung ke Denmark pasti merasai perkara yang sama.

2. Norway
Mungkin ramai yang tidak menyangka Norway akan tersenarai berikutan kes pembunuhan besar-besaran dilakukan Anders Behring Breivik yang mencemarkan nama negara itu.

Namun menurut GPI, Norway adalah satu daripada negara paling aman, peramah dan selamat didiami.

Dengan tahap pembangunan modal insan yang tinggi, keselamatan menjadi keutamaan negara berkenaan.

3. Singapura

Sebagai sebuah negara kecil yang aktif dalam komuniti antarabangsa, Singapura tidak pernah memandang remeh soal keselamatan.

Sejak pembentukan republik itu pada 1965, Singapura memberi fokus untuk meningkatkan kerjasama dengan negara serantau melalui pembinaan hubungan sosial, keamanan, ekonomi dan diplomatik dengan semua negara.

Justeru tidak hairanlah ia tersenarai dalam 20 negara paling aman di dunia.

4. Slovenia

Sebuah negara Eropah yang indah, Slovenia turut tersenarai sebagai negara paling aman.

Negara itu menjadi penyumbang terendah kepada dana keamanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Ia juga mempunyai jumlah anggota polis dan pasukan keselamatan yang sedikit, kadar jenayah dalam masyarakat yang rendah dan konflik dalaman terancang yang rendah.

Selain itu, tunjuk perasaan ganas serta peperangan juga sangat jarang berlaku.

5. Sweden

Ia antara negara Scandinavia yang indah dan terletak jauh ke utara Eropah.

Walaupun terkenal sebagai negara pengeksport senjata terbesar di Eropah, kadar jenayah yang berlaku di negara itu sangat rendah jika dibandingkan dengan Amerika Syarikat (AS).

6. Iceland

Dasarnya yang tidak mahu masuk campur dalam sebarang konflik utama dunia menjadikan Iceland tersenarai sebagai negara paling aman.

Ia jarang atau mungkin tidak pernah menjadi tajuk utama akhbar kecuali ketika runtuhan tebing ais di negara itu beberapa tahun lalu.

Negara itu mengekalkan persekitaran semulajadinya yang menakjubkan.

Pelancong dari seluruh dunia datang ke Iceland untuk melihat sendiri glasier besar dan gunung berapi di negara itu.

7. Belgium

Terletak di tengah Eropah, Belgium mempunyai tarikan tersendiri dengan lokasi menarik untuk dilawati.

Ibu negaranya, Brussels menjadi ibu pejabat kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Mereka yang melancong ke negara itu dapat melihat bandar zaman pertengahan yang tesergam indah, istana yang megah dan keindahan alam semulajadi yang mengasyikkan.

Walaupun kerajaannya pernah mengalami krisis pada 2008 hingga 2011, kadar kes pembunuhan dan penjaranya masih rendah.

8. Republik Czech
Republik Czech­ mencapai ke­mer­dekaannya dari Blok Soviet pada 1989 berikutan Revolusi Velvet dan pemisahannya dengan Slovakia.

Selepas Czechoslovakia berpecah, Republik Czech memberi lebih fokus kepada pembangunan ekonomi kapitalis yang mapan dan membentuk persekitaran yang stabil untuk pelaburan.

Negara itu juga disenaraikan sebagai sebuah negara dengan “Pembangunan Modal Insan yang Sangat Tinggi” oleh Indeks Pembangunan Modal Insan (HDI) pada 2009.

Terkenal dengan ibu negaranya, Prague yang menakjubkan serta alam semulajadi yang mendamaikan, Republik Czech menjadi antara tumpuan pelancong seluruh dunia.

9. Switzerland

Menurut IEP, Switzerland mengekalkan corak pentadbiran yang kukuh dan budaya politik terbuka di negaranya.

Ketidakstabilan politik pada kadar yang rendah memberikan gambaran jelas kualiti kerajaan negara itu.

Ia juga tersenarai sebagai antara negara paling aman di dunia dengan kadar jenayah ganas yang rendah.

Walaupun Switzerland sering mengambil pen­dekatan neutral dalam isu negara, antarabangsa dan politik dunia, ia tetap mengekalkan hubungan diplomatik yang erat dengan pelbagai negara di seluruh dunia.

10. Japan

Sebagai sebuah negara dengan budaya yang menakjubkan, Jepun menjadi kuasa ekonomi ketiga terbesar dunia.

Sejak Perang Dunia Kedua, Jepun mencorak suasana negara yang sangat aman, dengan konflik dalaman dan kadar jenayah yang rendah.

Ia adalah sebuah negara yang aman dan mempunyai keindahan mempersona untuk dilawati.

11. Ireland

Terkenal dengan pelbagai tempat bersejarah, dataran hijau yang mengagumkan serta rakyatnya yang peramah, tidak hairanlah jika ia disenaraikan sebagai antara negara paling aman di dunia.

Secara keseluruhannya, Ireland sebuah negara yang hebat dengan pelbagai tarikan pelancongan.

12. Finland
Finland dianggap sebagai antara negara paling aman dan jarang menghadapi sebarang konflik.

Ia masih lagi mengekalkan khidmat awam dan tentera mandatori buat generasi muda.
Pembabitannya dalam peperangan hanyalah melalui penyertaannya dalam pasukan tentera pengaman PBB.

Finland sangat menitikberatkan pendidikan dalam segala aspek dan sistem pendidikannya adalah yang kelima terbaik di dunia.

13. New Zealand
Negara ini sering tersenarai sebagai antara negara paling aman di dunia sejak 2007.

Dengan peratusan populasi di penjara yang rendah, kemampuan ke­tenteraan terhad, hu­bungan rapat denga Australia serta layanan yang baik, New Zealand adalah sebuah negara yang hebat untuk didiami.

Ia mempunyai keindahan dan keanehan tersendiri yang menjadikannya unik dan tidak tergambar dengan kata-kata sehinggalah anda merasainya sendiri.

14. Kanada

Kanada berada pada standard kehidupan rakyatnya yang tersendiri.

Walaupun dengan populasi hanya kira-kira 33 juta penduduk, ia adalah negara kedua terbesar di dunia.

Bandar yang bersih dan cantik, pemandangan mengagumkan serta warganya yang sangat peramah, Kanada adalah kediaman yang tepat buat mereka yang gemarkan suasana ketenangan.

15. Austria
Terletak di Eropah Te­ngah, Austria tersenarai sebagai negara paling aman di dunia berikutan pendiriannya berhubung isu politik antarabangsa.

Sejak pemisahan Empayar Austria-Hungary, Perang Dunia Pertama dan Kedua, negara itu memilih untuk lebih mengutamakan kehidupan yang damai dan tenang.

Ramai yang melabel ia sebagai negara yang hebat dengan resort terkenal di banjaran Alps serta pusat kebudayaan menakjubkan seperti Vienna.

16. Bhutan
GPI 2013 turut me­nyaksikan Bhutan tersenarai sebagai antara negara paling aman di muka bumi.

Ini berikutan peratusan yang tidak berubah berhubung konflik tempatan dan antarabangsa sejak 6 tahun lalu dengan markah yang diperoleh 1.6 daripada 5.1.

Laporan berkenaan menggunakan 22 penanda aras untuk mengukur keamanan dalaman termasuk jumlah anggota polis setiap 100,000 rakyat dan kadar jenayah.

Rakyat Bhutan disifatkan sebagai komuniti yang cintakan keamanan dan mempunyai budaya yang tertib.

Ditambah lagi dengan pelbagai tempat menarik untuk dilawati, Bhutan sememangnya destinasi pelancongan pilihan ramai.

17. Australia
Australia adalah sebuah negara yang aman dan indah serta menawarkan kepelbagaian budaya, pantai yang cantik, alam semulajadi yang memukau dan rakyatnya yang peramah.

Namun terdapat juga nilai tambah yang jarang didapati di negara lain.

Warga negara ini mempunyai sentuhan humor yang bakal membuatkan anda tidak kering gusi sepanjang berada di Australia.

Walaupun keluasan negaranya sama dengan Amerika Syarikat, populasi penduduknya hanya kira-kira 20 juta orang.

Negara ini juga mempunyai kadar jenayah yang rendah, sistem politik yang stabil, standard kesihatan yang tinggi serta jaringan jalan raya yang baik.

Justeru, penyenaraiannya sebagai antara 20 negara paling aman di dunia tidak boleh disanggah lagi.

18. Portugal
Mungkin anda terkejut melihat Portugal turut tersenarai bukan?

Negara anggota Kesatuan Eropah (EU) selama kira-kira 26 tahun ini juga adalah negara ke-43 penyumbang ekonomi terbesar dunia.

Dengan pemandangan menarik dan kadar jenayah yang rendah, ia sebuah negara yang selamat untuk diduduki.

19. Qatar

Menurut GPI, Qatar adalah negara paling aman di Timur Tengah dan antara yang paling aman di dunia.

Insiden keganasan sangat jarang berlaku di Qatar berbanding negara berasaskan industri lain.

Ia adalah antara negara paling fleksibel dan liberal di Timur Tengah.

Negara itu kini melalui fasa perubahan di bawah Visi Nasional 2030 untuk mencapai status ekonomi pelbagai, mampan dan maju.

20. Mauritius
Dengan status negara paling aman di Afrika yang diberikan GPI pada 2013, Mauritius menampilkan kelainan tersendiri dari sudut ekonomi, pembangunan dan masyarakat.

Ia sekaligus menjadikan negara itu sebagai platform kukuh untuk pengurusan kekayaan dan hartanah.

Dapat hidup disebuah negara paling aman di dunia menjadi impian setiap manusia dan memberi pelbagai kelebihan buat rakyatnya.

Ia menjadi satu ke­banggaan dan kemegahan jatidiri sebagai rakyat di sebuah negara yang stabil serta terhindar daripada konflik yang mampu menggugat keamanan dan keselamatan.

WALAUPUN NEGARA KITA TIDAK TERSENARAI NAMUN BERSYUKURLAH NEGARA KITA MASIH LAGI AMAN SEPERTIMANA YANG SERING DIUCAPKAN OLEH PARA PEMIMPIN UMNO/BN.

Sumber HD - 30-9-2014






































































































Papan tanda paling sempoi

http://tikaqbuloh.blogspot.com | .

"Papan Tanda Paling Sempoi Sekali. Kalau Tidak Ikut Memang Spesies Monyet"

Lokasi gambar di Miri Sarawak. Admin pernah lihat papan tanda siapa buang sampah anak luar nikah, ya Allah cabutlah nyawa orang yang buang sampah di sini.
Tetapi ianya nampak agak keterlaluan, tapi yang ini bagi admin memang sempoi, kalau baca masih buang juga memang spesies monyet atau binatang.

Sumber HD - 27-9-2014

Tertutuplah mulut yang kata PAS pelahap jawatan MB

http://tikaqbuloh.blogspot.com | .

"Maka Tertutup Rapatlah Mulut-Mulut Blogger Dan Individu Yang Mengatakan PAS Pelahap Jawatan MB"


Ini pandangan admin selaku penulis blog. Pembaca boleh bersetuju dan pembaca juga boleh untuk tidak bersetuju. Pandangan admin juga tidak semestinya benar.

Maka diamlah orang-orang yang mencerca PAS, tak kurangnya dengan blogger-blogger UMNO mahupun blogger PR itu sendiri. Admin terbaca ungkapan-ungkapan seperti PAS tamakkan jawatan MB, PAS nak pelahap jawatan MB Selangor.

Sedangkan mereka ini tidak duduk dalam jemaah PAS, mereka ini tidak faham apa percaturan PAS dan prinsip yang dipegang oleh PAS. Mereka ini hanya tahu menilai seolah-olah PAS kemaruk jawatan MB.

Pada pandangan admin, PAS hanyalah mengelak daripada beberapa perkara untuk kebaikan PR itu sendiri. PAS tidak mahu PKR mahupun PR itu dilabel sebagai parti nepotisma, parti anak beranak.

Alasan perempuan sebagai pemimpin juga sebenarnya diambil kira oleh pemimpin tertinggi PAS. Banyak yang menyalahkan PAS dalam kemelut Selangor ini sedangkan kisah ini bermula daripada Langkah Kajang yang pada awalnya juga tidak ada perbincangan yang dibuat oleh PKR kepada rakan partinya dalam PR.

Bila sudah begini keadaannya banyak yang menyalahkan PAS sebagai keras kepala termasuklah DAP dan PKR itu sendiri, walhal mereka lupa calon Wan Azizah yang dihantar oleh PKR ditolak oleh Sultan Selangor.

Kalau dari awal PKR hantar dua nama Wan Azizah dan juga Azmin, benda ini pun tidak akan jadi kelam kabut seperti hari ini, di sebalik kedegilan PAS, Sultan juga tahu kerusi MB Selangor adalah milik PKR, cuma mungkin Sultan kurang bersetuju dengan calon pilihan PKR Datuk Seri Wan Azizah.

Pemerhati pada awalnya berkata akan ada kemungkinan pertelingkahan dalaman PKR sejurus selepas perlantikan Azmin selaku MB yang baru kerana dalam PKR itu sendiri terdapat pihak yang tidak mahu Azmin jadi MB dan menganggap Azmin tidak layak jadi MB.

Dengan persetujuan dan restu saat akhir yang diberikan oleh DSAI diharap isu ini boleh selesai dan fokus PR boleh diteruskan kepada agenda memartabatkan kepentingan rakyat.

# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Sumber HD - 23-9-2014






































































































Tahniah Azmin, 'tautkan yang belah'

Tahniah Azmin, 'tautkan yang belah, sambung yang putus dan tampal yang koyak'

YAB Azmin, penyambung kerja baik TS Khalid
Sah, Ahli Dewan Undangan negeri Bukit Antarabangsa, yang juga Timbalan Presiden PKR Kebangsaan telah diperkenan Tuanku Sultan Selangor untuk menjadi Menteri Besar Selangor menggantikan TS Khalid Ibrahim yang dimangsakan oleh Anwar Ibrahim itu. Sekalung tahniah kepada saudara Azmin yang saudara akan memulakan tugasan sebagai Ketua Kerajaan Negeri Selangor berkuatkuasa besok, 23hb September.

Akhirnya terjawab sudah siapa yang telah ditentukan takdir untuk memikul tanggungjawab dan menyambung kerja baik yang telah diselenggarakan oleh TS Khalid Ibrahim sejak enam tahun yang lalu.

Dengan perlantikan Azmin Ali itu, maka jelas ia telah menggagalkan ‘Kajang Move’ yang diatur dan disusun oleh Anwar Ibrahim yang dinasihatkan oleh Penasihat Strategi PKR yang ‘famous’ itu.

Bagi Azmin perlantikan beliau itu tidak boleh diterima sebagai kemenangan peribadi tetapi di sebaliknya terimalah perlantikan itu sebagai satu tanggungjawab berat untuk meneruskan ketelusan pentadbiran negeri Selangor yang begitu baik di bawah TS Khalid Ibrahim dahulu.

Azmin, seorang yang berkelayakan dan mempunyai pengalaman yang luas dalam Dewan Legislatif Negeri Selangor dan begitu mahir dalam mengurus parti yang beliau sama-sama menubuhkannya pada tahun 1998 dahulu.

Walaupun beliau bukan pilihan PKR tetapi ahli-ahli biasa parti itu di Selangor kebanyakan menyokong perlantikan beliau dan dalam keadaan sekarang saya dapati ramai di antara penyokong Khalid Ibrahim pun bersetuju bagi Azmin menggantikan TS Khalid Ibrahim.

Saya berharap Azmin akan menjadi pemimpin negeri yang ‘magnanimous’ seperti yang saya sebutkan pagi tadi dalam posting yang sebelum ini. Jadilah seorang Menteri Besar yang tidak terlalu masuk campur dalam urusan pegawai kerajaan dan pelaksana yang melaksanakan tugas menyempurnakan dasar yang telah ditetapkan.

Jika terlalu banyak masuk campur dalam urusan pelaksana maka memerangani isu rasuah akan tidak tercapai. Parti hanya boleh membuat dan menggubal dasar, tetapi apabila dasar telah digubal, tugas seorang ahli politik termasuk Menteri Besar hanyalah untuk memastikan dasar yang digubal itu terlaksana dengan sempurna.

Saya secara peribadi bergembira dengan perlantikan Azmin ini kerana sememangnya beliau mempunyai sebab dan moral untuk menjadi Menteri Besar sejak dari tahun 2008 lagi. Tetapi apa yang telah dipahat oleh TS Khalid Ibrahim selama enam tahun sebelum ini menjadikan tekanan terhadap Azmin untuk menyamai ketelusan TS Khalid jika tidak melebihinya merupakan satu sasaran yang sangat tinggi bagi Azmin Ali.

Tetapi saya yakin Azmin mampu melakukannya, kerana Azmin sudah belajar banyak, bukan dari kesilapan beliau sendiri tetapi banyak belajar dari kesilapan orang lain khususnya mentor beliau sendiri Anwar Ibrahim.

Kepada Wan Azizah, kita berharap beliau tidak berkecil hati atas perlantikan Azmin, Timbalan beliau dalam PKR. Anggaplah perlantikan Azmin ini seperti perlantikan untuk parti yang tidak ada mana-mana pihak yang menentangnya.

Tentunya pemilihan Azmin ini sudah ditentukan di azali lagi kerana berbagai-bagai pihak yang selama enam tahun ini mahukan jawatan itu, tetapi dalam keadaan sekarang beliau menjadi pilihan dan diharap, beliau akan mampu bekerjasama dengan pihak Istana dan Legislatif, serta eksekutif dengan baik.

Ketiga-tiga teras sebuah negeri yang berdaulat seperti Selangor wajar ‘sehayun dan selenggang’ agar negeri tidak kacau-bilau oleh kerana politik sempit yang dibudayakan oleh politik baru sekarang ini.

Setakat ini sahaja komen saya dan akhirnya saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada saudara Azmin Ali, yang telah tepat dan kena masanya untuk dilantik sebagai Menteri Besar bagi menggantikan TS Khalid Ibrahim yang teraniaya itu.

Saya yakin Azmin akan berjaya ‘mentautkan yang belah, menyambung yang putus dan menampal yang koyak’.

Sekali lagi TAHNIAH setinggi-tingginya.

Sumber HD - 22-9-2014

Ustaz Azhar menadah kitab dengan TG Haji Salleh


Tinggi akhlak seorang yang cintakan ilmu agama.


Sumber HD - 12-9-2014






































































































Apakah hikmah wujudnya parti serpihan PAS?

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: PAS akan tetap teguh kerana berkali-kali telah terbukti sebagai parti yang tidak mudah untuk dihapuskan, tulis Aspan Alias.


Malah, menurutnya setelah beberapa kali kejadian wujudnya parti serpihan berlaku PAS telah menunjukkan yang ia adalah parti yang tetap di hati sebahagian besar rakyat yang beragama Islam dan Melayu.

Menurutnya lagi, malahan serpihan kepada PAS nyata telah kehilangan sokongan ramai dan parti-parti serpihan itu kini hanya tinggal pada nama sahaja.

"Tidak kita ketahui sama ada parti-parti serpihan itu telah menghantar laporan tahunan kepada pendaftar pertubuhan dengan sempurna.

"Apakah hikmah dari kejadian seperti ini?" tulis beliau di dalam blognya, semalam.

Hikmahnya, bagi beliau ialah semua mereka yang tergulung kepada pemimpin dan ahli-ahli yang tidak setia kepada parti akan keluar dari parti itu.

Ini, ujarnya merupakan pembersihan kepada PAS dan ia adalah biasa dalam mana-mana parti di negara ini.

"Seperti tubuh manusia, tubuh kita akan menjadi lemah dan tidak sihat jika dalam tubuh kita di penuhi dengan ‘toxic’ yang akan membuatkan tubuh kita tidak sihat dan menghadapi berbagai-bagai penyakit pada masa yang akan datang," tulisnya lagi. - HARAKAHDAILY 7/9/2014

Sumber HD - 7-9-2014

Kita perlu pemimpin 'planner' untuk majukan negara

HARAKAHDAILY | .



KUALA LUMPUR: Dalam situasi negara sekarang ini yang amat perlu bagi kita ialah seorang pemimpin yang mempunyai kemampuan sebagai ‘planner’ yang memberikan fokus untuk memajukan negara dan memahami sempadan di antara tanggungjawab kepada parti politik anutan mereka dan tanggungjawab terhadap rakyat yang ramai.

"Kita memerlukan pemimpin yang mempunyai tahap ‘magnanimity’ yang tertinggi di kalangan mereka yang memimpin negara sama ada dari pihak yang sedang menyandang kuasa mahu pun mereka yang sedang ‘soliciting’ kuasa dari rakyat itu," tulis Aspan Alias di dalam blognya.

Menurutnya, sekarang pemimpin yang sentiasa berperang mulut di antara mereka itu tidak akan mampu untuk memberikan keharmonian politik negara.

Tambahnya, masing-masing yang sedang berlumba untuk berkuasa atau mempertahankan kuasa tidak akan pergi ke mana-mana kerana setiap pihak itu mempunyai pengikut, sama ada pengikut yang membuta tuli atau mereka yang tidak berpuas hati kepada mana-mana satu pihak yang sedang berperang mulut itu.

Menurut Aspan lagi, tidak ada di kalangan yang sedang berada dalam pimpinan tertinggi Umno mahu pun dari pihak yang membangkang yang mempunyai sifat ‘magnanimous’ itu atau yang mempunyai kualiti sebagai seorang ‘planner’ bagi negara.

Bagi beliau, ia akan membawa keseimbangan kepada memberikan fokus kepada politik dan pembangunan negara. - HARAKAHDAILY 3/9/2014

Sumber HD - 3-9-2014






































































































Jihad seks: KPN sahkan maklumat bukan dari PDRM

KETUA POLIS NEGARA MENGESAHKAN BAHAWA LAPORAN MALAYSIAN INSIDER BERTAJUK "MALAYSIAN WOMEN JOIN MIDDLE EAST JIHADIST AS 'COMFORT WOMEN', MAKLUMAT DIPEROLEHI BUKAN DARI PDRM.


Diperturunkan artikel yang telah dialih bahasakan ke Bahasa Melayu yang dimaksudkan oleh KPN dalam kenyataannya BERHUBUNG LAPORAN MALAYSIAN INSIDER BERTAJUK" MALAYSIAN WOMEN JOIN MIDDLE EAST JIHADIST AS 'COMFORT WOMEN'


Baca di sini


Sumber HD - 28-8- 2024

Gambar sempoi...Selamat Hari Merdeka ke-57

Gambar Sempoii!!! Selamat Hari Merdeka Ke-57. Malaysiaku.. tahniah..ada masih berjalan kaki dalam lumpur

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 57 tahun.. Pada pemimpin Sabah dan Sarawak.. Selamat mengumpul harta BERBILION BILION..!!! Lihatlah anak anak negeri berjalan kaki ke sekolah dengan mengharungi hutan, serta meredah sungai manakala pemimpin..relaks di rumah mewah dan mengumpul harta

Sumber HD - 25-8-2014

Tips cantik dan menawan seperti wanita Arab

http://www.queachmad.com | .

[EKSKLUSIF] Tips Cantik Dan Menawan Seperti Wanita Arab | MESTI BACA!!!

Budaya dan kepercayaan membuat sebahagian besar wanita Arab tidak memperlihatkan kecantikan mereka.

Tetapi jangan salah sangka, kecantikan para wanita Arab salah satu yang dianggap eksotik dari seluruh bangsa di seluruh dunia.

Apa rahsia mereka? Menurut kajian yang dilakukan Clinique La Prairie di Switzerland, wanita Arab mempunyai kulit tersihat dan termuda berbanding wanita dari dunia lain. Ini beberapa sebabnya.

1. Kulit sihat sesuai tradisi berpakaian, wanita Arab berjaya melindungi kulit dari kerosakan. Mereka juga tidak memberi perhatian lebih pada proses pencoklatan kulit, kerana umumnya warna kulit wanita di kawasan ini berwarna kecoklatan. Bagi mereka, lebih baik tinggal dalam rumah ketika matahari bersinar terik berbanding beraktiviti.

2. Berpakaian sopan dan tudung, Sebahagian besar wanita Arab menggunakan hijab dan tudung dengan alasan agama, sebahagian lagi kerana alasan budaya. Cara ini terbukti berkesan melindungi kulit dari kekeringan akibat hawa panas dan sinar matahari.

3. Penjagaan kulit datang dari kalangan ekonomi yang paling kaya di dunia, para wanita Arab merupakan pelanggan yang bijak dalam memilih kosmetik. Bagi mereka, kualiti produk rawatan sangat menentukan meskipun harus mengeluarkan wang dalam jumlah yang besar. Wanita Arab tidak melindungi kecantikan kulit dengan prosedur seperti botox, laser, dan derma fillers.

4. Makanan-makanan di dunia Arab cenderung diproses dari bahan-bahan segar dan lebih alami daripada sebahagian besar dunia Barat. Peringkat wanita bekerja yang sedikit turut berpengaruh pada stres yang dialami wanita Arab. Umumnya, wanita Arab menjalani kehidupan dengan lebih santai, mereka mempunyai banyak teman dan cuba makan dengan perlahan. Inilah faktor lain kerutan dan penuaan lebih lambat dirasakan oleh para wanita Arab.

# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Sumber HD - 25-8-2014






































































































Negeri-negeri paling bahaya di Malaysia

http://www.queachmad.com | .

[TERKINI] Negeri-Negeri Paling BAHAYA di Malaysia Mengikut Ranking |INFO| Selangor, Johor dan Kuala Lumpur menduduki tempat tiga teratas dengan indeks jenayah tertinggi.

negeri paling bahaya malaysia

Namun dari segi indeks jenayah per 100k populasi, ternyata Kuala Lumpur di tangga pertama.
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Sumber HD - 21-8-2014







































































































Memang sentap kalau dapat kek hari jadi macam ni


Sumber HD - 19-8-2014

Tidak terfikir bomba lakukan kerja sebegini

Tidak Pernah Terfikir Abang Bomba Akan Lakukan Kerja Sebegini. Saksikan 6 Gambar


Selalu kita saksikan abang bomba dan penyelamat kita melakukan aksi memadam kebakaran.

Menyelamatkan orang yang tersepit dalam apa-apa kemalangan jalan raya mahupun kemalangan di premis-premis.

Kita juga biasa menyaksikan abang bomba dipanggil untuk menghalau atau menangkap binatang buas. Tapi kali ini lain pula kejadiannya.

Abang bomba terpaksa bertungkus lumus untuk membuka cincin di jari manusia yang tidak dapat dibuka akibat terlalu ketat, dengan teliti tanpa mencederakan mangsa abang bomba telah berhasil dengan kepakaran dan peralatan sedia ada. Apapun tahniah kepada abang bomba.

Sumber HD - 18-8-2014

Kisah kucing masih setia kepada tuannya yang telah meninggal

http://tikaqbuloh.blogspot.com | .

Kisah Sayu. Indahnya Ciptaan Allah, Kucing Ini Masih Setia Kepada Tuannya Yang Telah Meninggal Dunia



Heboh di alam maya apabila seekor kucing begitu setia dan mengenali tuannya sehinggakan sewaktu tuannya dikebumikan dia setia menunggu walaupun sebenarnya tuannya telah pergi untuk selamanya.

Setianya kucing ini kepada tuannya sehingga difahamkan selepas beberapa hari pun dia masih mengunjungi kubur tuannya. Walaupun dia tidak memahami erti kematian sebenar tetapi hubungan yang terjalin di antara simati dengan kucing ini terlalu menebal.

# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Sumber HD - 14-8-2014






































































































Gambar demo McDonald's paling ramai setakat ini

3 Gambar Demo MC Donald Yang Paling Mendapat Sambutan Hangat Dan Paling Ramai Setakat Ini


Semenjak dilancarkan secara sukarela melalui laman sosial agar rakyat Malaysia yang sokong perjuangan rakyat Palestin yang kini diserang teruk oleh rejim zionis laknatullah Israel agar boikot Restoran McDonald's inilah kali pertama demo ajak boikot begitu mendapat sambutan luar biasa sekali.

Beribu penduduk tempatan keluar berhimpun secara aman di salah sebuah Restoran McD di Dungun, Terengganu hari ini.

Sambutan begitu hebat sehingga berlaku kesesakan lalu lintas di bandar Dungun.

Apakah sambutan demo ini akan diterjemahkan dalam bentuk boikot? Sama-sama kita tunggu, hanya masa dan waktu akan menentukannya.

Sumber HD - 7-8-2014

Tiada kenaikan tol 2014: Kerajaan Umno BN mungkir janji lagi



Muhyiddin umum tiada kenaikan tol tahun ini

Putrajaya memutuskan untuk tidak menaikkan kadar tol tahun ini sebagai sebahagian daripada strategi menangani kos sara hidup yang meningkat, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Baca di sini

Sumber HD - 5-8-2014






































































































MH370: Iman dirujuk kaunselor, terlalu rindukan bapanya

MH370: Iman Terlalu Rindukan Bapanya... Terpaksa Dirujuk Kepada Kaunselor

27,Jul

Aidilfitri pasti membawa pelbagai dugaan bukan sahaja bagi anggota keluarga terdekat penumpang dan anak kapal MH17 yang terhempas baru-baru ini malah bagi waris pesawat malang MH370 yang hilang empat bulan sebelumnya.

Iman, 5, anak perempuan kepada pramugara penerbangan MH370 iaitu Mohd Hazrin Hasnan terpaksa mendapatkan khidmat kaunselor ekoran emosinya kerap terganggu kerana terlalu rindukan ayahnya.

Intan Maizura Othaman, 34, juga seorang pramugari dengan Malaysia Airlines, berkata beliau terpaksa merujuk Iman kepada kaunselor kerana bimbang dengan keadaan anaknya yang kerap menangis setiap malam sejak akhir-akhir ini.

"Setiap malam Iman akan tidur dengan baju papanya di sebelah bingkai gambar papa kerana mereka memang sangat rapat. Iman juga kerap mimpi papa, dan Iman beritahu dalam mimpi papa cakap 'I love you' serta memeluknya. Setiap kali Iman terjaga daripada tidur, dia akan menangis.

"Sebab itu saya putuskan untuk bawa dia jumpa kaunselor kerana saya tidak tahu nak buat macam mana lagi," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim di rumahnya di sini hari ini.

Penerbangan MH370, yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, hilang daripada imbasan radar ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan pada 8 Mac lalu setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL di Sepang pada 12.41 tengah malam.

Sehingga kini usaha mengesan pesawat itu di perairan barat Australia di selatan Lautan Hindi masih belum membuahkan sebarang hasil.

Ditanya mengenai Aidilfitri yang bakal disambut dua hari lagi, Intan Maizura yang bercuti tanpa gaji selama tiga bulan selepas melahirkan anak kedua, Muhammad, kini berusia dua bulan, hanya membuat sedikit persiapan untuk anak-anak.

"Raya tahun lepas, kami beraya bersama dan memakai baju raya sedondon berwarna biru tetapi tahun ini, tiada raya bagi saya, tiada ketupat dan tiada rendang ayam yang saya selalu masak (untuk suami). Saya akan berada di sini, lagipun keluarga saya duduk di kawasan berhampiran," katanya.

Ketika diminta mengulas nahas MH17 terhempas di timur Ukraine yang mengorbankan kesemua 298 anak kapal dan penumpang, Intan Maizura berkata pada awalnya, beliau bagaikan tidak percaya serta menyangka ia berita pesawat dinaiki suaminya telah berjaya ditemui.

Bagaimanapun, katanya, apabila mendapat tahu bahawa pesawat yang terhempas itu bukan MH370 sebaliknya MH17, beliau berasa amat sedih lebih-lebih lagi ramai rakannya turut menjadi mangsa.

"Ketika mula-mula tengok gambar, saya amat gembira kerana akhirnya pesawat dinaiki suami saya telah berjaya ditemui, tetapi apabila mengetahui ia MH17 dan bukan MH370, saya sangat sedih kerana satu kumpulan lagi rakan-rakan saya telah hilang," katanya.

Sementara itu, Rohani berkata beliau mengunjungi Intan Maizura untuk bertanya khabar selain memberi sokongan moral.

"Kita juga akan menziarahi keluarga penumpang dan anak kapal pesawat MH370 yang lain pada hari raya atau selepas Aidilfitri nanti," katanya.

Rohani sebelum itu memohon maaf kepada Intan Maizura dan pihak media atas kelewatannya kerana beliau terpaksa bergegas ke rumah keluarga pengawal peribadinya, Johari Mat Nor, 49, yang meninggal dunia secara mengejut tengah hari tadi.


Sumber HD - 27-7-2014 

Fakta peluru berpandu darat ke udara BUK

http://www.amenoworld.net | .

Fakta Mengenai Peluru Berpandu Darat Ke Udara BUK Yang Anda Perlu Tahu


Baru2 ini kita dikejutkan dengan kejadian #MH17 yang dipercayai ditembak menggunakan peluru berpandu dari kumpulan senjata BUK-missile. Apa itu BUK-Missile? Yang neh ramai yang kurang jelas. Apa kata kita ambil tahu dulu sedikit info mengenai teknologi senjata tersebut.

Apa itu BUK?

BUK ialah satu sistem peluru berpandu darat ke udara. Sistem ini juga dikenali sebagai SA6 ataupun ataupun SA-17s oleh pihak USA. Dan bagi NATO mereka mengelarnya sebagai GRIZZLYS.

Peluru berpandu-BUK (surface to air missile SAM) ialah sejenis kumpulan senjata berjarak serdahana yang bergerak sendiri (dengan sistem radar khusus) selepas sasaran ditetapkan oleh sistem sokongan. Bergerak sangat laju sehingga sukar dikesan dan mampu mengejar sasaran pada altitude sehingga 22,000 meter. Ataupun lebih kurang 72,000 kaki atas udara.


Bersaiz = 16'
Berat = 680.4 KG (kenderaan)
Kelajuan = 2684 MPH (Miles Per Hour)
Berat peluru berpandu = 70 KG

Nota ** Pesawat jenis komersil seperti #MH71 biasanya bergerak pada kelajuan 500-600 miles per hour.

Bagaimana rupa bentuk BUK-missile?



Siapakah yang layak mengendalikan BUK-Missile?


Sistem ini perlu dikendalikan oleh 4 orang yang mahir dan pakar dalam mengendalikan BUK-missile. Bagi mereka yang tidak terlatih, mereka tidak boleh mengoperasikan sistem ini disebabkan tidak tahu bagaimana pengoperasian sistem dijalankan.

Macam kita guna komputer la. Kalau tak pandai guna komputer, boleh ke kita menaip, buka email dan sebagainya? Maka sistem ini hanya boleh dikendalikan oleh mereka yang benar2 terlatih dan terbukti pakar.



Bagaimana ia beroperasi?

Sistem ini mempunyai 4 komponen utama (kenderaan yang berbeza).

Radar navigasi dan sasaran : bertugas mengenalpasti dan mengesan sasaran. Juga berperanan untuk menentukan pelbagai sasaran dan masa pelancaran misil.

Komponen perintah : Memberikan arahan berdasarkan kepada maklumat yang diterima dari radar sasaran. Menyampaikan arahan selanjutnya kepada pelancar peluru berpandu.

Pelancar peluru berpandu : Membawa peluru berpandu.

Komponen logistik : Membawa peluru berpandu tambahan dan alat-alatan perang yang berkaitan dengan tujuan melancarkan (menyokong) operasi perang.

Secara umumnya, sistem radar akan mengenalpasti sasaran yang berpotensi dan melaporkan kepada unit arahan. Unit arahan akan bertindak untuk meletakkan sasaran tertentu dan unit peluru berpandu akan melancarkan misil tepat ke arah sasaran yang telah dikenalpasti dan logistik akan membekalkan peralatan tambahan seperti peluru berpandu setelah ia habis dilancarkan.

Keupayaan radar peluru berpandu BUK membolehkan ia mensasarkan pelbagai sasaran dari sudut yang berbeza dalam satu masa yang sama. Maksudnya dia boleh mensasarkan sehingga 4 jenis sasaran yang berbeza sebelum lancarkan peluru berpandu pada sudut yang berbeza dengan jarak sasaran yang berbeza.

Siapa yang membangunkan sistem senjata ini?

Dibangunkan pada era Soviet Union pada tahun 1972 dan diterima masuk sebagai sebahagian dari alatan perang moden pada tahun 1980. Sistem ini sentiasa diperbaharui dari segi kapasiti, kelajuan, saiz dan keupayaan secara berterusan dan ia mempunyai lebih dari satu jenis model yang direka mengikut kesesuaian dan permintaan dari negara-negara lain.

Siapa yang memiliki sistem BUK ini?

Rusia sudah tentu. Sebagai pengeluar dan pencipta. Ia juga dijual kepada negara lain samada secara terbuka atau sulit. Namun Rusia hanya menjualnya kepada proksi yang mahu bersekutu dengannya seperti Syria. Ukraine juga memiliki peluru berpandu BUK ini. Ukraine adalah bekas Soviet Union. Maka tidak hairan la kenapa Ukraine memiliki sistem persenjataan ini.

Kenapa sistem ini dicipta?


Bertujuan untuk melancarkan (mengelak/mempertahankan) serangan dari jet pejuang pemandu atau tanpa pemandu dan juga bom pintar (bersasaran).


Jika, satu2 misil dilancarkan, ia akan mengeluarkan bunyi dan menghasilkan asap yang sangat tebal ketika pelancaran. Pelancaran bersasaran bermaksud sekali target sudah ditetapkan dia akan kejar sampai dapat. 3 kali lebih laju dari kelajuan udara dan setakat pesawat komersil, MAS bukan siapa2 untuk lawan peluru berpandu BUK ini. Apatah lagi radar MAS juga tidak boleh (tidak sempat) mengesan kehadiran misil itu disebabkan kelajuan peluru tersebut.

Jika ia terkena di hadapan pesawat, berbanding di bahagian ekor maka tidak aneh la kenapa tiada mana2 pilot mampu memberikan panggilan kecemasan kerana ianya telah termusnah dalam serangan tersebut.

BUK misil hanyalah salah satu dari keluarga kumpulan persenjataan darat ke udara. Selain dari BUK, Rusia juga membangunkan pelbagai lagi jenis persenjataan darat ke udara (SURFACE TO AIR MISSILE = SAM).

Rajah menunjukkan bahawa ;

1. Pesawat tentera Ukrainian AN-26 ditembak jatuh dengan misil pada Julai 14.

2. Sekali lagi pesawat tentera Ukrainian SU-25 (Sukhoi) ditembak, kali ini dengan menggunakan jet pejuang kumpulan pemisah. Pada 16 Julai.

3. Kehadiran pesawat ketenteraan di atas ruang udara di kawasan yang bergolak memberikan gambaran kepada kumpulan pemisah bahawa Ukraine mungkin mahu melancarkan serangan dan ini penyebab kenapa pesawat2 tersebut diserang.


4. Dan pada julai 17, #MH17 ditembak jatuh menggunakan misil jenis BUK. Misil ini dipercayai dilancarkan oleh kumpulan pemisah seperti yang diwar2kan oleh presiden Ukraine selepas berlakunya insiden. Namun pihak Rusia dan kumpulan pemisah menafikan penglibatan mereka dalam hal ini sebaliknya menuduh Ukraine adalah dalang.


5. Untuk rekod, ketiga2 kumpulan yang bertelagah dalam insiden ini (Rusia, Ukraine dan kumpulan pemisah pro Ukraine) mempunyai senjata jenis ini.


Rujukan : http://www.news.com.au/world/europe/what-is-a-buk-missile-that-reportedly-shot-down-malaysia-airlines-flight-17-over-ukraine/

http://www.mediaite.com/online/reports-say-buk-missile-shot-down-mh17-so-what-is-a-buk-missile/


http://www.stuff.co.nz/world/10289031/Operating-Buk-missile-system-took-training


http://www.youtube.com/watch?v=DDXScnEKaP0


# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Sumber HD - 21-7-2014






































































































Senjata paling kejam milik Israel dan Amerika

The White Phosphorussenjata
Fosforus putih bukanlah senjata baru, malah ia sudah digunakan sejak Perang Dunia lagi.
Bagaimana ia berfungsi?
Ia akan bereaksi (chemical reaction) dengan oksigen, dan akan terbakar apabila dengan sendirinya di udara
senjata

senjata

Maka apabila terkena manusia, mangsa seolah-olah dipanggang terus hingga ke tulang. Gas yang dilepaskannya juga beracun. Apabila bom tersebut dilepaskan, ia akan menghasilkan debu-debu putih yang berterbangan (jangan keliru antara asap dengan debu). Apabila kulit anda terkena debu putih tersebut, kulit anda akan melecur secara tiba-tiba. Fosforus putih mampu membakar kulit dan daging anda terus sehingga menampakkan tulang.
Depleted Uranium
Ini juga bukanlah senjata baru. Ia telah digunakan oleh Amerika puluhan tahun dahulu.Sebenarnya Depleted Uranium bukanlah sebuah bom atau peluru, sebaliknya ia adalah logam yang di”attach” sekali dengan mana-mana peluru dan bom yang sedia ada. Kesannya, peluru tersebut mampu menembusi besi-besi yang keras dan tembok-tembok yang kebal.
senjata
senjata Depleted Uranium diletakkan dimuncung sebuah mortar

Namun, Uranium yang digunakan itu tidak berhenti di situ sahaja. Ia mampu meninggalkan sisa berradioaktif yang mampu merosakkan tubuh manusia, sama ada mati atau cacat. Malah kesannya lebih teruk kepada janin yang masih berada di dalam perut ibunya (proses perkembangan janin terganggu akibat sinaran radioaktif menyebabkan bayi akan lahir dalam keadaan yang sangat teruk).Kesannya terhadap manusia boleh dilihat apabila kebanyakan bayi yang lahir di Iraq selepas pencerobohan Amerika lahir dengan kecacatan yang begitu teruk sekali. Kadar kecacatan adalah begitu tinggi.
Gambar-gambar di bawah adalah kesan apabila sel badan manusia berubah apabila terkena pancaran radioaktif daripada Uranium.

Inilah yang dilakukan oleh para pengganas dunia yang sebenar. Mereka menguji senjata-senjata mereka ke atas kaum muslimin yang mereka jajah. Bayangkan bagaimana senjata itu terkena ayah anda? atau ibu anda? atau anda sendiri?Bagaimana jika fosforus putih terkena kulit anda dan membakar daging anda terus ke tulang hidup-hidup?
Atau bagaimana jika adik atau anak anda lahir dalam keadaan cacat yang terlampau teruk?
sabda Nabi SAW yang bermaksud, barangsiapa yang tidak mengambil berat permasalahan orang Islam yang lain, maka dia bukan dari kalangan mereka.
* Sumber dari akuislam.com

Sumber HD - 20-7-2014

Inilah yang terjadi apabila video menjadi ‘viral’

http://muzir.wordpress.com | .





Saban waktu ada sahaja video-video yang menjadi viral di media-media sosial seperti Facebook dan Youtube. Itulah istilah yang digunakan oleh pengguna internet. Sesuatu video disebut viral video apabila ia menjadi begitu popular secara mendadak melalui perkongsian oleh pengguna-pengguna internet.

Tema viral video ada bermacam-macam jenis. Ada lucu, berita tergempar, aksi luar biasa, kontroversi, skandal dan lain-lain lagi. Ada yang sengaja disebarkan oleh si pelaku aksi sendiri dan ada juga yang disebarkan oleh si perakam tanpa kebenaran si pelaku aksi. Ada yang bertujuan menyebarkan maklumat, perkongsian, hiburan, iktibar. Dan ada juga yang secara sengaja mendedahkan aib orang lain.

Walau apapun tujuan dan niat si penyebar video, perkara berikut pasti akan berlaku. Iaitu video tersebut pasti ditonton oleh ribuan malah jutaan manusia kerana ia sudah menjadi viral.

Dosa Atau Pahala Turut Menjadi Viral

Kita mungkin terlalu mengikut perasaan tatkala menyebarkan video tersebut tanpa memikirkan akibatnya samada ke atas orang lain atau ke atas diri kita sendiri. Mungkin ia didorong oleh perasaan seronok, marah, dendam, teruja dan sebagainya. Kita terlupa tentang dosa dan pahala.

Apabila sesebuah video menjadi viral, samada kita sedar atau tidak, dosa dan pahala yang mungkin terbit dari perbuatan menyebarkan video berkenaan juga akan turut menjadi viral. Ya, inilah yang terjadi apabila sesuatu video menjadi viral. Justeru, kita mesti berhati-hati dan fikir berkali-kali sebelum menyebarkannya. Mesti pertimbangkannya dengan dosa dan pahala.

Jika ia video ceramah agama, dokumentari nasihat atau berita yang boleh membangkitkan kesedaran Islam, maka tidak syak lagi si penyebar video akan mendapat pahala yang banyak apabila orang lain mendapat manfaat daripada video tersebut, bahkan akan berganda-ganda pahalanya jika ia menjadi viral. Maka akan menjadi viral lah pahalanya. In shaa’ ALLAH.

Sebaliknya jika ia video yang mendedahkan aurat manusia lain atau mendedahkan kesilapan dan aib manusia lain, maka secara langsung atau tidak langsung dosa boleh terbit dari perbuatan kita yang menyebarkannya. Jika ia menjadi viral video, maka bayangkan pula dosa yang berlipat kali ganda yang bakal terbit darinya. Ratusan, ribuan malah mungkin jutaan orang akan menontonnya. Dan sebanyak itulah juga barangkali dosa kita. Na`udzu billahi min dzalik. Kita berlindung dengan ALLAH dari terlibat sama menyebarkan video sebegitu.

Aib Kita Banyak!

Kita ambil contoh video yang mendedahkan aib orang lain.

Cuba kita bayangkan jika aib kita dirakam oleh orang lain lalu disebarkan melalui internet dan media-media sosial lalu ia menjadi viral. Tentu bukan main kepalang lagi perasaan malu yang akan menerjah ke kulit muka kita. Usahkan media sosial; jika satu orang atau dua orang melihatnya pun sudah cukup menjadikan kita tersangat malu dan kecewa. Jadi sangat tidak patut kita mendedahkan dan menyebarkan aib orang lain jika kita fikir musibahnya ke atas diri sendiri.

Kita sendiri mempunyai aib yang banyak. Alhamdulillah, aib kita yang banyak itu tidak diketahui oleh orang lain. Ia tertutup kemas dari penglihatan, pendengaran dan pengetahuan orang lain. Dengan izin ALLAH, ia ditutup. Kalaulah aib-aib kita ditunjukkan ke khalayak ramai tentu tidak tertanggung rasa malu itu bukan?

Di dunia mungkin kita terlepas. Tapi ingatlah bahawa pada Hari Akhirat kita tidak akan terlepas. Semuanya telah dirakam dengan teliti dan jelas. Ia pasti akan ditayangkan. Tebal mana pun kulit muka kita pasti akan cair malu, kecewa dan menyesal kerana tidak dapat menanggung malu yang bersangatan. Tentu kita sangat-sangat mengharapkan agar aib yang banyak tersebut tidak dipaparkan di khalayak ramai!

Bagaimana caranya?

Caranya ialah jangan kita dedahkan aib orang lain ketika di dunia ini. Jika kita tutup aib orang lain, nanti ALLAH akan tutup aib kita, in shaa’ ALLAH. Hal ini ada disebut oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam di dalam sebuah hadith sahih.

Ù…َÙ† ستَرَ مسلمًا ستَرَÙ‡ اللهُ يومَ القيامةِ

“Barangsiapa yang menutup aib seseorang muslim, ALLAH akan menutup aibnya pada Hari Kiamat.”
(Sahih al-Bukhari. Dari `Abdullah bin `Umar radhiAllahu `anhuma)
Peringatan ini buat saya sendiri dan buat para pembaca yang sudi mengambil manfaat. Berhati-hatilah ketika di dunia ibarat kita sedang menjalani sebuah lorong yang penuh duri. Apa-apa yang bakal menyakitkan kita pada Hari Akhirat nanti maka jauhilah.

Viral kan pahala kita! Bukan dosa!

Allahu A`lam.

Sumber HD - 17-7-2014






































































































Mahathir, saksikan kerja kamu semasa berkuasa dahulu

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Penulis Aspan Alias mengucapkan Selamat hari jadi yang ke 89 kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad dan berhrap semoga dipanjangkan usia dan berada dalam kesihatan yang baik sentiasa, sambil menyaksikan hasil kerja beliau sendiri semasa berkuasa dahulu.

"Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya," tulis beliau di alam blognya ekoran keresahan Dr Mahathir terhadap kedudukan bangsa Melayu di dalam pembangunan Johor Baharu yang akan merupakan pembangunan fisikal yang begitu drastik seperti yang dirancang.

Berhubung pembangunan di Johor Baharu itu, beliau menyatakan kalau kata-kata semangat ‘Melayu tidak akan hilang di dunia’ itu sudah tidak boleh dipakai lagi, kerana ‘Melayu akan hilang dunianya’.

Berikut tulisan penuh beliau.

Saya terpanggil untuk memberikan pandangan tentang keresahan Dr Mahathir terhadap kedudukan bangsa Melayu di dalam pembangunan Johor Baharu yang akan merupakan pembangunan fisikal yang begitu drastik seperti yang dirancang. Pelan pembangunan Johor Baharu itu merupakan pelan pembangunan yang akan memberikan imej Johor Baharu sebagai New York dalam mana akan terdapat puluhan bangunan pencakar langit dengan ‘finishing’ struktur yang mahal-mahal dan akan membuatkan orang Melayu tertinggal ke belakang lebih jauh lagi.

Justeru ‘ultimate’ kita untuk melihat setiap bangsa duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi tidak akan tercapai dan Melayu akan berada dalam keadaan seperti 'itik kehausan dalam air' dan 'ayam mati dalam kepuk padi'. Bagi orang seperti saya tidak pula saya tahu pembangunan yang dirancang oleh kerajaan Johor itu mengambil kira isu ini kerana kestabilan politik negara kita besar penggantungannya kepada kedudukan bangsa Melayu yang merupakan bangsa yang terbesar di negara ini.

Najib yang secara tidak langsung telah mengaku dirinya sebagai seorang yang sangat berkepimpinan itu diharap berfikir panjang tentang apa yang hendak dilakukan itu, membuktikan kepimpinan beliau di sini. Pemimpin yang sebenarnya berkepimpinan akan berjaya mengimbangi kemajuan semua bangsa yang berada di dalam negara ini tetapi apa yang akan berlaku di Johor Baru adalah sebaliknya. Orang Melayu akan berundur jauh di sudut dunia nanti.

Saya ingin menarik perhatian ramai kepada kenyataan Allahyarham Tun Dr Ismail Abdul Rahman, Timbalan Perdana Menteri semasa berucap dalam ucapan penggulungan perhimpunan agung Umno pada tahun 1972 dahulu. Perhimpunan itu merupakan perhimpunan agung yang terakhir yang beliau hadir sebelum beliau meninggal pada tahun 1973 dahulu. Orang yang masih hidup dan sihat yang berada bersama dalam Majlis Tertinggi Umno semasa itu ialah Tengku Razaleigh Hamzah sahaja. Dr Mahathir belum lagi diterima kembali kedalam UMNO dan beliau semasa itu berada di luar Umno setelah dipecat oleh Tunku Abdul Rahman pada tahun 1969.

Tun Dr Ismail telah memberikan alasan kenapa kerajaan tidak mahu bertindak untuk membangunkan negara dengan cepat sedangkan semasa itu kata beliau, kita mampu mungkin untuk mencapai pembangunan pesat sehingga sepantas ‘double-digit growth’. Tetapi adalah dalam perancangan kerajaan untuk memperlahankan pembangunan untuk mempastikan sudah ada persediaan bagi kaum-kaum yang ketinggalan dari semua sudut untuk bersama-sama menikmati pembangunan yang bakal kita lalui nanti.

Tun Dr Ismail bercakap dengan penuh kesedaran betapa perancangan yang teliti dilakukan bagi mempastikan negara dibangunkan dengan mengendung sekali matlamat untuk menjadikan kesaimbangan kedudukan semua bangsa yang dikatakan 'berdiri sama tinggi duduk sama rendah itu'. Pimpinan semasa itu memikirkan banyak perkara dan isu sebelum merancang pembangunan negara agar tidak menghasilkan kecelaruan kepada rakyat yang berbilang kaum ini. Perancangan semasa itu penuh dengan ‘wisdom’. Segala perancangan untuk rakyat dan negara itu telah difikirkan betul-betul dengan matlamat yang jelas dan laluan ke matlamat itu jelas dan telus.

Itu sebabnya dalam era tujuh puluhan selepas kematian Tun Dr Ismail kerajaan sesungguhnya melaksanakan impian kerajaan itu dengan sepenuhnya tanpa banyak memikirkan untuk kepentingan keluarga dan peribadi. Itu sebabnya pimpinan semasa itu mudah melaksanakan segala dasar kerana sifat mereka yang jujur terhadap tanggungjawab mereka yang hanya untuk negara.

Mempertimbangkan cara dan kaedah serta kepantasan pembangunan pun ditentukan dengan semangat dan jiwa untuk rakyat. Di samping membangunkan negara pimpinan semasa itu mengendung sekali tanggungjawab untuk tidak meninggalkan tanggungjawab terhadap bangsa yang ketinggalan yang kebetulan adalah di kalangan bangsa Melayu dan bumiputera.

Semua syarikat ‘public companies by guarantee’ yang kini dipanggil GLC bertanggungjawab untuk membangunkan perniagaan dan memegang perniagaan itu sebagai 'trustee' terhadap orang Melayu dan bumiputera. Dalam hujung tahun tujuh puluhan dan awal lapan puluhan syarikat-syarikat GLC yang maju itu dipindahkan kepada bumiputra yang masih belum berkemampuan untuk melalui saham amanah dan berbagai-bagai cara lagi.

Tetapi kini GLC diperguna oleh mereka yang rapat dengan kuasa untuk kepentingan beberapa kerat yang diberikan tanggungjawab untuk menguruskan syarikat-syarikat tersebut. Malahan GLC tidak pun memberikan manfaat kepada bumiputera sampai ke hari ini sejak tahun lapan puluhan dahulu. GLC hanya membentuk dan membina ego sebahagian kecil beberapa kerat individu yang dianggap professional dan dasar untuk memberikan faedah kepada orang Melayu dan bumiputera itu diabaikan sama sekali.

Sampai sekarang matlamat penyertaan orang Melayu dan bumiputera untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi itu tidak tercapai dan ia tidak mungkin tercapai sampai bila-bila.

Pimpinan sedang menggila untuk melihat pembangunan sepesat negara-negara seperti AS dan Eropah tetapi anak watan tidak akan merasakan nikmatnya. Percayalah ia tidak akan membawa apa-apa faedah kepada kaum yang masih ketinggalan.

Sekarang Dr Mahathir yang perencana kepada pembangunan pesat yang telah mengabaikan nasib orang Melayu, merasa resah gelisah dan beliau harus mengakui yang sikap membangunkan negara tanpa perancangan untuk kepentingan rakyat itu bermula dari zaman beliau sendiri.

Sekarang beliau berkata benar dan menyalahkan beliau kerana membina sikap ini kepada beliau itu juga benar. Pembangunan di Johor itu tidak akan membawa orang Melayu dan anak watan kehadapan malahan ia akan mengundurkan Melayu dan bumiputra jauh ke belakang dalam jangka masa yang cepat dan tangkas.

Selepas ini orang Melayu akan hanya dapat berkata. Ooh! Ooh! Sahaja setiap hari. Orang Melayu apabila diberitahu ini pembangunan yang terpesat di rantau ini mereka akan hanya mampu berkata, ooh! Oh! sahaja.

Apabila diberitahu kepada orang Melayu yang melihat pembangunan itu hanya mampu dibeli dan didiami oleh orang kaya raya dari Singapura dan China sekali lagi orang Melayu akan hanya berkata, ooh! ooh! sahaja kerana itu sahaja yang mereka ada, iaitu 000.

Maka pembangunan pesat di Johor ini nanti merupakan permulaan kepada bangsa Melayu khususnya Melayu Johor untuk beransur-ansur masuk ke pinggiran hutan untuk memberikan laluan kepada mereka yang mendapat keistimewaan dari pihak pemerintah kita.

Kepada Dr Mahathir elok kita ingatkan satu perbilangan Melayu yang popular, ‘jika bapa kencing berdiri, anak akan kencing berlari’.

Selamat hari jadi yang ke 89 kepada Tun Dr Mahathir, semoga dipanjangkan usia dan berada dalam kesihatan yang baik sentiasa, sambil menyaksikan hasil kerja beliau sendiri semasa berkuasa dahulu. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya.

Kalau kata-kata semangat ‘Melayu tidak akan hilang di dunia’ itu sudah tidak boleh dipakai lagi, kerana ‘Melayu akan hilang dunianya’.

Sumber HD - 12-7-2014

No comments:

Post a Comment