BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Monday, July 14, 2014

HALEHWAL DAN PAS SARAWAK NEGERI KENYALANG





Sentimen perbezaan DAP boleh cetus provokasi, diskriminasi

DAP Sarawak sebenarnya mahu dilihat sebagai jaguh sentimen kenegerian apabila mengapi-apikan perbezaan hubungan sosial, interaksi dan budaya, di mana secara tidak langsung turut melemparkan persepsi negatif kepada agama Islam. 
Sedangkan pengambilan 433 guru Pendidikan Islam dari Semenanjung Malaysia hanyalah urusan pentadbiran yang boleh diselesaikan dengan mengemukakan pandangan dan cadangan kepada pihak terbabit khususnya Jabatan Pelajaran Negeri. 
Malah, kami turut menyokong agar inisiatif dan keutamaan diberikan kepada guru tempatan yang berada dalam senarai permohonan serta berkelayakan supaya proses pembelajaran, serta hal pentadbiran berkaitan menjadi lebih mudah. 
Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen tidak perlu merumitkan keadaan dengan skeptikal yang sangat keterlaluan. Sebenarnya beliaulah yang prejudis dan membakar unsur fobia serta melampau dari gambaran diberikan. 
Momokannya adalah tohmahan tidak berasas dan melulu, malah beliau telah memberi label politik ke atas para guru yang telah mengikuti kursus standard perguruan. Jika terdapat bukti kukuh dakwaannya, beliau harus ajukan aduan kepada pihak terbabit. Jika tidak, Chieng Jen sebenarnya menghina profesion mulia para guru yang ikhlas mendidik anak bangsa. 
Sewajarnya DAP Sarawak menjadikan keunikan dan keharmonian segala perbezaan yang ada di negeri ini sebagai kebanggaan tersendiri. Bukan memperleceh dan memandang pihak lain dengan tanggapan pecah belah lebih-lebih lagi perkara melibatkan sensitiviti dan sempadan agama. 
MOHAMMAD ARIFIRIAZUL PAIJO
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak – HARAKAHDAILY 15/3/2017

Sumber HD - 15-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ 

Penduduk tanah NCR hilang keyakinan terhadap hakim

KES tanah adat atau NCR Kampung Haji Wahed mengambil masa bertahun-tahun untuk diselesaikan menyebabkan penduduk kampung dan orang-orang yang menuntut hak tanah nenek moyang mereka memutuskan bahawa hakim yang mengendalikan kes itu perlu ditukar.

Alasan mereka kerana peguam yang mereka lantik sukar untuk mengemukakan bahan bukti yang mereka telah kemukakan. Setiap kali ada persidangan mahkamah hakim seolah-olah lebih memihak kepada peguam bela pihak pemaju dan pihak jabatan tanah dan ukur.

Ini menyebabkan mereka hilang keyakinan terhadap hakim yang mengendalikan kes tanah tersebut dan akhirnya mereka mengumpulkan lebih dari seribu tandatangan petisyen dari penduduk kampung yang hilang keyakinan terhadap hakim itu. Petisyen itu telah diserahkan kepada pejabat Ketua Hakim Sabah dan Sarawak untuk tindakan lanjut.

Esok Selasa (07/03/2017) hakim yang mengendalikan kes tanah tersebut akan memberi keputusan sama ada untuk meneruskan atau memberi peluang kepada hakim lain untuk mendengar kes tersebut.

Masalah tanah yang dihadapi oleh penduduk Melayu dan penduduk asal Bumiputera Sarawak memang sudah lama berlaku. Ramai yang mengadu masalah tanah mereka telah diceroboh oleh pihak pemaju tanpa pengetahuan mereka. Mereka juga sudah banyak kali menuntut hak tanah mereka agar pihak kerajaan memberi mereka geran tanah tetapi sukar untuk mendapatkannya. Penduduk asal yang sudah lama menetap di tanah datuk moyang mereka sebelum kedatangan penjajah British lagi sepatutnya diberi keutamaan untuk mendapatkan geran tanah.

PAS mengesa pihak kerajaan memberi perhatian serius terhadap isu yang dihadapi oleh penduduk asal Sarawak ini dengan memberi keutamaan kepada mereka dari pemaju kerana tanpa tanah maka sukar bagi mereka untuk bercucuk tanam dan membina tempat tinggal.

Jangan biarkan penduduk asal kehilangan tanah tempat mereka tinggal dan menjadikan mereka setinggan dan menjadi pelarian di tanah air sendiri. Utamakan penduduk asal dari orang yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata. – HARAKAHDAILY 6/3/2017
Sumber HD - 6-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 



Remaja perempuan disambar buaya
Posted on Wednesday, February 22 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33691



Miri: Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun disambar seekor buaya ketika sedang mandi di sungai berdekatan Rumah Panjang Japang, Sungai Tapang Peking Baram, Marudi, hari ini.

Ketua Polis Marudi Deputi Superintendan Gabriel Risut berkata, Agnes Luang yang sedang menunggu keputusan SPM sedang mandi bersama ibunya di tebing sungai apabila tiba-tiba disambar buaya pada 6.30 petang.

“Balai Polis Marudi menerima panggilan pada 7.15 malam dan pasukan operasi mencari dan menyelamatkan sudah bergerak ke lokasi kejadian," katanya yang dihubungi malam ini.

Gabriel berkata, pasukan mencari dan menyelamat terdiri daripada pasukan polis dari Ibu pejabat Polis Daerah Marudi, Balai Polis Long Lama dan Bomba Marudi.


Sebagai rekod, jarak perjalanan dari pekan Marudi ke lokasi kejadian ialah dua jam menggunakan sungai.

Sumber TKO - 22-2-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------







Henti kekeliruan, beri penerangan dan sokongan

ZHARUDIN NARUDIN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44354-henti-kekeliruan-beri-penerangan-dan-sokongan

Cadangan pindaan Akta 355 tidak sepatutnya menjadi polemik yang mengheret kepada ketegangan antara agama atau bangsa di Malaysia.

Pindaan ini hendaklah diberi ruang dan ternyata ianya tidak menjejaskan kontrak sosial antara kaum dan agama. Malah, jaminan keatas hak individu untuk terus bebas mengamalkan agama masing-masing dan pindaan ini hanya melibatkan institusi kehakiman syariah sahaja.

Jaminan kebebasan ini meluas sehingga Sabah dan Sarawak. Jika benar ianya mengancam hak individu beragama di Sarawak, mari kita lihat bagaimana perkembangan institusi kehakiman syariah di Sarawak dari awal sehinggalah ke hari ini. Adakah kewujudannya selama ini menjejaskan hak beragama di Sarawak?

1. 1976 - Kerajaan negeri meluluskan dan memasukan Peruntukan Islam  di dalam  Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri sebagai "The Yang Dipertuan Agong shall be the Head of the religion of Islam in Sarawak". Walaupun ianya tidak menyebut jelas bahawa Islam sebagai agama rasmi negeri, namun ianya cukup untuk memberi ruang kepada DUN meluluskan apa-apa ordinan berkaitan dengan hal ehwal Islam. Jelas sehingga kini ianya untuk hal ehwal orang Islam Sarawak sahaja.

2. Disember 1978 - Kerajaan negeri mewujudkan Mahkamah Syariah melalui pindaan rang undang-undang Majlis Islam. Pada asalnya semua perkara berkaitan nikah, kahwin, cerai dan tuntutan cerai adalah di bawah bidang kuasa Udang-undang Mahkamah Melayu 1915. Rang undang-undang Majlis Islam 1978 diberi kuasa untuk memindahkan kuasa Mahkamah Melayu kepada Mahkamah Syariah, Mahkamah Rayuan, dan beberapa Mahkamah Kadi. Mahkamah Syariah ini diberi bidang kuasa untuk menyelia pertunangan, perkahwinan, hak penjagaan anak, harta pusaka dan kes jenayah yang boleh dihukum di bawah ordinan dan Mahkamah Melayu Sarawak.

3. 1 Mac 1985 - Undang-undang Order 1985 telah dikuatkuasakan. Atas keprihatinan kerajaan negeri dalam usaha untuk mempertingkatkan kedudukan dan martabat Islam, Mahkamah Syariah telah dipisahkan pentadbirannya daripada Majlis Islam.

4. 2 Oktober 1990 - tertubuhlah Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak. Pada 14 Mei 1991, kerajaan negeri telah meluluskan 6 rang Undang-undang iaitu:

Ordinan Mahkamah Syariah
Ordinan Acara Jenayah
Ordinan Acara Mal
Ordinan Kesalahan Jenayah Syariah
Ordinan Undang-undang Keluarga Islam
Ordinan Undang-undang Keterangan Islam

5. 1 September 1992 - keenam-enam ordinan tersebut telah diwartakan pelaksanaannya. Ordinan-ordinan 1991 telah dipinda pada 27 Disember 2001 dan telah dikuatkuasakan mulai 1 Disember 2004.

Jika Akta 355 ini diluluskan untuk dipinda, ianya tertakluk kembali kepada kerajaan negeri masing-masing untuk melaksanakannya.

Jelas, pemerkasaannya dari masa ke semasa tidak menjejaskan amalan beragama di negeri ini. Realiti ini perlulah dibawa bersama dan dijelaskan terutama oleh ahli-ahli politik dan pemimpin lain masyarakat agar rakyat tidak terkeliru. Selain itu, sokongan dari anda yang bukan Islam juga amat perlu bersesuaian dengan semangat Malaysia yang dibawa bersama setiap daripada rakyat seluruh negara. Mengeksploitasi untuk tunjuan politik hanya akan merugikan semua pihak terutama umat Islam. - HARAKAHDAILY 21/2/2017

Penulis ialah Timbalan Ketua Pemuda PAS Sarawak.

Sumber HD - 21-2-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------










Kembalikan subsidi bahan api kepada pengguna

JOFRI JARAIEE | .


http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44134-kembalikan-subsidi-bahan-api-kepada-pengguna

KENAIKAN harga minyak berturut-turut sepanjang tahun ini menyebabkan kos kehidupan harian semakin bertambah dan membebankan rakyat.
Mereka yang berpendapatan sederhana dan rendah hidup dalam tekanan memandangkan semua harga keperluan harian mereka juga turut naik akibat kenaikkan kos pengangkutan.
Harga minyak mentah akan mempunyai saiz purata $53/tong pada 2017 dan $56/tong pada 2018.
Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) AS memberi amaran bahawa ketidakstabilan akan berterusan. Komoditi peniaga meramalkan harga boleh berada di mana saja dari $35/tong untuk $93/tong pada akhir tahun. Itulah julat yang lebih tinggi daripada ramalan bulan lalu. Peniaga rasa harga akan sama ada jauh lebih rendah atau lebih tinggi daripada Ramalan EIA. (Sumber: "Jangka Pendek Tenaga Outlook," EIA, January 10, 2017.
Kalau mengikut kajian tersebut harga minyak yang tidak stabil serta kemungkinan akan terus meningkat akan menyebabkan pengguna yang berpendapatan rendah terpaksa membayar lebih sekiranya nilai mata wang ringgit terus jatuh.
Kita mengesa pihak kerajaan mengkaji semula subsidi bahan api untuk pengguna yang berpendapatan sederhana dan rendah. Pihak kerajaan boleh menggunakan berbagai keadah untuk memastikan para pengguna yang layak untuk mendapat subsidi diberi keutamaan.
Kita mencadangkan kepada kerajaan mengenakan bayaran tanpa subsidi kepada kereta jenis Sedan Mewah dan yang mempunyai CC besar. Kereta ini biasanya bersaiz besar dengan beberapa gadget mewah dan memberi subsidi kepada kenderaan biasa yang bukan jenis mewah dengan menggunakan kad prabayar dan sebagainya untuk membuktikan mereka layak untuk mendapatkan subsidi bahan api.
Sekiranya harga minyak terus naik setiap bulan kita mengesa pihak kerajaan perlu memberi semula subsidi kepada mereka yang layak. Jangan bebankan rakyat dengan kenaikan harga barang keperluan harian mereka.  GST juga antara bebanan yang perlu dihapuskan untuk golongan miskin.
Harap pihak kerajaan memberi perhatian serius tentang masalah rakyat ini kerana sekarang keadaan kehidupan rakyat semakin tertekan dengan masalah ini. – HARAKAHDAILY 2/2/2017

Sumber HD - 2-2-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------










Year of the Fire Rooster is Challenging Year













2017 is the Year of the Fire Rooster, which started from January 28, 2017 (Chinese Lunar New Year or the Spring Festival China) and lasts until February 15, 2018. According to their beliefs, the element of fire (Yin) to be the dominant element of this year’s show warmth and peace of mind in the relationship between the individual and family.

According to their beliefs and those born in the Fire Rooster Year are trustworthy, punctuality and responsibilities in the workplace.

In the current economic situation that weakens and prices of daily necessities rising of course it’s a challenge for everyone when celebrating their beliefs.

People of all races in Malaysia are very fortunate to be free to do their religious duties and their beliefs without any interference. This is what we need in order to keep the lives of people of different races and religions in the country can live in peace and harmony.

Attitudes of respect and tolerance between races and religions in this country should serve as an example so that no untoward happens. If one does not interfere with the affairs of other races and beliefs then the population in these countries will be able to live in peace and harmony.

In conjunction with the Chinese New Year this year Sarawak PAS would like to congratulate happy celebrate the Year of Fire Rooster to the Chinese community in this country. Hopefully unity among races and religions in the country will continue to be well-maintained. Be careful when driving hopefully safely reach to their destinations.

Gong Xi Fa Cai and have a nice day

Yours faithfully
Jofri Jaraiee
Sarawak PAS Commissioner cum Miri PAS Chief

VersiBM

Tahun Ayam Api adalah tahun yang mencabar

Tahun 2017 adalah Tahun Ayam Api, yang dimulai dari tanggal 28 Januari 2017 (Tahun Baru Lunar Cina atau Festival Musim Semi Cina) dan berlangsung sampai dengan tanggal 15 Februari 2018. Menurut kepercayaan mereka, elemen api (Yin) menjadi unsur dominan tahun ini yang menunjukkan kehangatan serta ketenangan batin di dalam menjalin hubungan antara pribadi dan keluarga.

Menurut kepercayaan mereka dan mereka yang lahir dalam Tahun Ayam Api boleh dipercayai, menepati masa dan tanggungjawab di tempat kerja.

Dalam keadaan ekonomi semasa yang merundum dan harga barang keperluan harian yang semakin meningkat sudah tentu ia satu cabaran bagi semua orang ketika meraikan perayaan kepercayaan masing-masing.

Masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia sangat beruntung kerana bebas melakukan amal ibadat dan kepercayaan mereka tanpa sebarang gangguan. Inilah yang perlu kita kekalkan agar kehidupan rakyat berbilang bangsa dan agama di negara ini dapat hidup aman dan damai.

Sikap menghormati dan tolenrasi antara kaum dan agama ini negara ini patut dijadikan contoh agar tiada berlaku perkara yang tidak diingini. Bila seseorang tidak menganggu hal ehwal dan kepercayaan sesuatu kaum lain maka penduduk dalam negara ini akan dapat hidup aman dan damai.

Sempena sambutan Tahun Baru Cina tahun ini PAS Sarawak ingin mengucapkan selamat meraikan Tahun Ayam Api kepada kaum Cina di negara ini. Semoga perpaduan antara kaum dan agama di negara akan terus terpelihara dengan baik. Hati-hati ketika memandu semoga selamat sampai ke destinasi masing-masing.
Gong Xi Fa Cai dan semoga hari anda indah

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

Sumber  BO - 28-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 












Don’t Take Our Land And Give It To Developers















Since the reign of Rajah in 1841, Rajah was aware of the sensitivity of customary law relating to native customary rights. Thus, native customary rights land according to the customs of a people was first recognized by the Rajah Brooke since 1841. This was proven when Rajah James Brooke wrote in the Journal of Bills. One that states: “The fruit trees about the kampung, and as far as the jungle wound, are private property.”

Land issue is still a major issue of Sarawakians and need to be addressed by the state government under the leadership of new Chief Minister Datuk Amar Dato ‘Sri Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg. Many indigenous land issues and Temuda land of Sarawak natives have yet been alienated by the government and ultimately became the property of the private sector and developers.

The question is why this has happened while they had many times applied to obtain ownership of the government and wait too long their application to be processed suddenly get to know their land is already owned by the developer the private sector.












Of course they are frustrated and angry and tried to prevent the developer from entering and invading the land of their forefather’s heritage. The Sarawak Land and Survey Department must give a valid reason why they easily release the land owned by local people with a reason to developers for construction. An average of house prices that developed by the developers only affordable to those with high incomes rather than those who are middle and low income. The villagers could only see it as not being able to have a luxurious home.

Most of the original inhabitants who own the land do not have anywhere else to support their daily life besides being a farmer and also where they set up a house. Why is it so difficult for the parties concerned give ownership to them as if they were discriminated and their problems not even given attention by the government with the excuse that the land they had occupied it is state land to be developed.

Some villagers complained that their house was built in the land that is recognized as a village zone demolished by the enforcement authorities of the Land and Survey Department. There is an enforcement officer of Land and Survey Department is demolished and prohibits local residents who have set up their booths in farm lands and they are also prohibited from farming by reason of the state land.

Residents who live mostly in rural areas and suburbs become a victim of mainstream development because many of their inherited land have been granted to developers for development because they do not have a land titles. Finally they become squatters in their own country after the land of their inheritance was given to developers while developers from outside given the privilege to dominate and take profit of their land.

The new Sarawak Chief Minister should listen to groaning and take appropriate action on the problems faced by the people, especially indigenous and customary land acquisition problems of Malay Bumiputera in the suburbs for development purposes. They livelihood depended on the income from agricultural sources if their land is taken by the developers how they want to cultivate and support their daily life. Many of these cases occurred in the area of Lusut, Tukau Jaya, Pujut Padang Kerbau and Kuala Baram Land District. The area was once occupied and explored by the natives in Sarawak during the reign of Rajah Brooke before.












They appealed to the government not to take their land and give it to developers for development purposes because they also need the land to live on and earn a living by farming. An economic condition is getting more difficult they need to support their daily life by selling agricultural produce. If the source of their income is blocked what they can do to support their daily life? Is the government like to see them become homeless and begging because they have lost their source of income?

We urge the relevant authorities to investigate what is the real causes that led to the native land (NCR Land and Temuda Land) falling into the hands of the developers and the private sector. What about with their application process which has long been applied until now still no answer. There are applicants who have already died and inherited by their children still have not been alienated. Why are their rights is blocked by the government solely cater to the desires of developers?

The government should encourage the owners of this land conducting the activities earn extra income by performing the activities of food production such as planting vegetables, fruits, cash crops, livestock and aquaculture. At least they can be independent and reduce their burden of continues expect government assistance alone.

The relevant authorities should think the plight of the homeless and where they earn a living. The government should give priority to the people first before giving facilities to the developers who are only concerned with profit alone without thinking of the fate of people who need basic needs.
Don’t just give the land title to developers solely for profit while the fate of the local population continues to be marginalized from the mainstream of development that is not balanced. Cooperation with the authorities to resolve this land issue in a transparent and equitable is highly appreciated.
“Anyone who inhabit (undertake) land that is not owned by anyone, then he is entitled to it.”
(Narrated by Al-Bukhari).

Yours faithfully
Jofri Jaraiee
Sarawak PAS Commissioner cum Miri PAS Chief

Sumber BO - 25-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


















PAS Sarawak ucap tahniah atas perlantikan Abang Johari

JOFRI JARAIEE | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43897-pas-sarawak-ucap-tahniah-atas-perlantikan-abang-johari

PAS SARAWAK UCAP TAHNIAH ATAS PERLANTIKAN DATUK AMAR ABANG JOHARI TUN OPENG SEBAGAI KETUA MENTERI SARAWAK KE-6

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Sarawak mengucapkan tahniah kepada Datuk Amar Abang Johari Tun Openg yang telah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak yang keenam di Astana Negeri di hadapan Yang Dipertua Negeri (TYT) Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada Jumaat, 13 Januari 2017.

PAS Sarawak mendoakan beliau diberi kekuatan dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab memimpin rakyat Sarawak ke mercu tanda kecemerlangan. PAS juga berharap beliau dapat meneruskan legasi Allahyarham Tan Sri Adenan Satem khususnya dalam polisi-polisi mesra rakyat dan keputusan-keputusan yang mengutamakan kepentingan umum.

Selaku Menteri yang memegang portolio Hal Ehwal Islam kini, PAS Sarawak secara khusus berharap agar Ketua Menteri dapat terus memastikan agenda umat Islam terus diperkasakan tanpa mengetepikan hak dan kepentingan masyarakat majmuk Bumi Kenyalang. Semoga rakyat Sarawak mengekalkan kehidupan yang mesra, bahagia dan damai muhibbah sentiasa.

PAS Sarawak yakin dengan pengalaman kepimpinan beliau yang telah memegang pelbagai portfolio dalam Kabinet Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Abang Johari akan dapat membawa Sarawak terus aman, maju dan kekal makmur di bawah lembayung rahmat Allah. Ini sesuai dengan lirik lagu Negeri Sarawak “Kekallah Sarawak bertuah, teras perjuangan rakyat, berjaya berdaulat”.

Haji Jofri Jaraiee
Pesuruhjaya PAS Sarawak
14 Rabi’ul Akhir 1438 / 13 Januari 2017 - HARAKAHDAILY 13/1/2017

Sumber HD - 13-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------































PAS cadang nama lebuh raya hargai jasa Adenan Satem

HARAKAHDAILY | .

Pemergian Datuk Patinggi Tan Sri Datuk Amar Haji Adenan bin Satem merupakan suatu kehilangan yang besar serta dirasai oleh seluruh rakyat negeri Sarawak. Banyak perubahan positif yang telah dilakukan di bawah kepimpinan beliau. Keterbukaan beliau dalam mendengar pandangan daripada pelbagai pihak juga wajar dicontohi oleh pimpinan politik yang ada sekarang ini.

Sebagai memperingati jasa besar Allahyarham, saya mencadangkan agar pihak kerajaan boleh mempertimbangkan untuk menamakan Lebuh raya Pan Borneo Sarawak dinamakan sebagai Lebuh raya Datuk Patinggi Adenan Satem.

Saya mewakili Pemuda PAS Sarawak mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham serta seluruh rakyat Sarawak atas pemergian Ketua Menteri kita. Semoga Allah menerima segala amal soleh beliau dan ditempatkan bersama para solihin.

“Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan.” (Al-Ankabut: 57)

Mohammad Arifiriazul Paijo
Ketua Pemuda PAS Sarawak - HARAKAHDAILY 13/1/2017

Sumber HD - 13-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pemergian Adenan: Kerajaan Kelantan rakam takziah

ASLANI M | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43871-pemergian-adenan-kerajaan-kelantan-rakam-takziah

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan turut merakam ucapan takziah kepada keluarga Ketua Menteri Sarawak di atas kematian Tan Sri Adenan Satem.

Menteri Besar Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob merakam ucapan itu kepada Puan Sri Jamilah Anu dan seluruh anggota keluarganya serta rakyat Sarawak.

“Daripada Allah kita datang, kepada-Nya jualah kita kembali. Saya mendapat berita pemergian mengadap Ilahi buat selamanya sekejap tadi di IJN Samarahan.

“Sesungguhnya beliau telah menabur jasa yang terlalu besar buat rakyat Sarawak dan negara ini.

Semoga Allah mengampuni beliau dan menempatkannya bersama para solehin,” katanya pada satu kenyataan di sini.

Allahyarham dilapor menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara, Kota Samarahan di Sarawak kira-kira jam 1.20 petang tadi.

Adenan, 72 menduduki kerusi Ketua Menteri Sarawak tahun lepas selepas Barisan Nasional menang pilihan raya negeri ke-11 pada Mei tahun lepas.

Beliau mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri pada 8 Mei 2016 bagi menggantikan Tun Abdul Rahman Taib yang dilantik Yang Dipertua Negeri Sarawak. – HARAKAHDAILY 11/1/2017

Sumber HD - 11-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

















Sarawak kehilangan Ketua Menteri berjiwa rakyat

SALMIYAH HARUN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43869-sarawak-kehilangan-ketua-menteri-berjiwa-rakyat

KUALA LUMPUR: PAS Sarawak merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem yang telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 1.20 tengah hari tadi.

Pesuruhjaya PAS Sarawak Jofri Jaraiee ketika dihubungi berharap ahli keluarga beliau tabah dalam menghadapi ujian ini.

Beliau berkata Allahyarham merupakan pemimpin yang berjiwa rakyat dan banyak menyuarakan hak-hak peribumi Sarawak.

"Mungkin ramai yang terkilan khususnya rakyat di luar bandar yang masih memerlukan perkhidmatan beliau sebagai Ketua Menteri. Walaupun beliau tidak lama jadi Ketua Menteri tetapi banyak benda yang beliau buat untuk rakyat negeri ini," katanya kepada Harakahdaily.

Justeru katanya, pemergian Allahyarham satu kehilangan besar bagi seluruh rakyat Negeri Sarawak yang masih memerlukan kepimpinan beliau.

Allahyarham dilaporkan menghembuskan nafas terakhirnya di Institut Jantung Negara, Kota Samarahan di Sarawak pada usia 72 tahun. – HARAKAHDAILY 11/1/2017

Sumber HD- 11-1-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

SPDP tidak bantah pindaan Akta 355
Posted on Saturday, November 26 @ 10:19:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32593



Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) yang merupakan parti komponen Barisan Nasional (BN) di Sarawak menyatakan sokongan kepada pindaan Akta 355 jika ia tidak membabitkan kepentingan kaum bukan Islam.


Presidennya, Datuk Seri Tiong King Sing menyatakan perkara itu kepada Sinchew Daily pada ketika kebanyakan parti komponen berasaskan kaum bukan Islam membantah pindaan Akta 355.

King Sing berkata, Akta 355 bukan undang-undang hudud dan pindaannya hanya membabitkan kepentingan Muslim yakni tidak menyentuh bukan Islam.

Katanya, Empat Ahli Parlimen SPDP tidak akan membantah jika pindaan itu dimahukan oleh orang Islam.

"Kenapa kami mahu campur tangan, kami bukannya tahu sangat tentang agama orang Islam," katanya.


King Sing bagaimanapun berkata, kajian teliti perlu dilakukan jika ia menyentuh kepentingan orang bukan Islam.

Sumber TKO - 26-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




















Apa lebihnya ECRL daripada lebuh raya Pan Borneo?

JOFRI JARAIEE | .


http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43221-apa-lebihnya-ecrl-daripada-lebuh-raya-pan-borneo

MALAYSIA telah memeterai perjanjian untuk membina Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dengan China Communication Construction Company Ltd (CCCC) dengan pembiayaan melalui pinjaman mudah daripada Export-Import (Exim) Bank of China. Projek yang dianggarkan bernilai RM55 bilion itu adalah salah satu daripada projek berimpak tinggi di bawah Rancangan Malaysia ke-11.

Persoalannya mengapa projek yang menelan belanja berbilion ringgit ini diberi keutamaan di Semenanjung Malaysia sedangkan rakyat Sarawak dan Sabah amat memerlukan laluan lebuh raya Pan Borneo Sarawak - Sabah sepanjang 1,089 kilometer ini perlu diberi keutamaan daripada keperluan projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL). Mengapa Perdana Menteri Malaysia masih sanggup berhutang semata-mata untuk membina ECRL ini dalam keadaan kegawatan ekonomi negara masa kini.

ECRL ini merupakan jaringan perkhidmatan tren baru itu yang bakal merentasi Banjaran Titiwangsa yang melibatkan laluan sepanjang kira-kira 600 kilometer (KM) melalui beberapa bandar seperti Gombak, Mentakab, Jengka, Kuantan, Kuala Terengganu, Kota Bharu dan berakhir di Tumpat Kelantan.

Pantai Timur sudah memiliki jaringan Lebuhraya Pantai Timur yang cukup baik malahan mempunyai rangkaian penerbangan dari Kuala Lumpur, Subang dan Pulau Pinang melalui Lapangan Terbang Kota Bharu, Kuala Terengganu dan Kuantan. Sedangkan Sarawak masih jauh ketinggalan dan tidak mempunyai rangkaian pengangkutan jalan darat yang baik malah rangkaian penerbangan juga agak terhad terutama di pekan-pekan kecil seperti Lawas, Mukah dan di pedalaman Baram.

Malah kawasan ekonomi impak tinggi seperti Miri, Bintulu dan Sibu pun masih mempunyai jaringan penerbangan yang terhad dan keadaan jalan yang masih teruk disebabkan jalan laluan lori balak dan kenderaan berat yang menyebabkan jalan beralun dan rosak. Sepatutnya lapangan terbang Miri dinaik taraf sebagai lapangan antarabangsa yang mempunyai rangkaian penerbangan terus ke luar negara.

Mungkinkah Najib terdesak sekarang untuk mengekalkan kuasa dengan memberi tumpuan di kawasan yang kuat pembangkang seperti di Pantai Timur seperti negeri yang dikuasai oleh PAS berbanding dengan pengundi tegar Barisan Nasional di Sarawak. Bagaikan habis madu, sepah dibuang, begitulah nasib rakyat Sarawak yang setia dengan kerajaan BN tetapi nasib mereka terus terpinggir.

Walaupun Ketua Menteri Sarawak pernah menuntut berbagai peruntukan untuk pembangunan di Sarawak tetapi Perdana Menteri seperti tidak ambil kesah dengan pemohonan Ketua Menteri Sarawak itu.

Rakyat Sarawak harus bangkit menentang ketidakadilan ini kerana mereka sering mengabaikan keperluan asas rakyat Sarawak. Fokus yang jelas mereka memberi keutamaan dan pembangunan di Semenanjung Malaysia tatkala Sarawak terus menjadi simpanan tetap BN pusat yang jelas mengabaikan keperluan rakyat Sarawak. Sampai bila hendak melihat Sarawak maju kalau terus terpinggir begini.

Kerajaan Sarawak juga perlu memberi keutamaan kepada anak negeri Sarawak yang tidak mempunyai tempat tinggal tetap dan tempat mereka mencari rezeki.  Kerajaan Sarawak juga perlu ingat yang sumber hasil utama datang dari Sarawak dan sepatutnya Sarawak sudah boleh jadi negara maju setanding dengan negara maju lain seperti Singapura sekiranya ditadbir dengan baik dan adil.

Kerajaan yang adil adalah kerajaan yang tidak menyalahgunakan kuasa dan tidak merampas hak rakyat dengan memberi kemudahan kepada korporat dan pelabur asing untuk mengaut keuntungan semata-mata. – HARAKAHDAILY 16/11/2016

Sumber HD -16-11-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Native Courts Should Be Implemented In accordance with their respective faiths

Native Court was established and operated for over 141 years in Sarawak now. Sarawak Native Courts established under the Native Courts Ordinance, 1992 as the judicial institutions of the State.
Native Courts function as the Unit under the Chief Minister’s Department. The main functions of the Native Court is to hear and decide any dispute over any matter or cause between the natives to be subject to any system of personal law and the determination of the dispute is based on the Customary Law or custom.

Another function is to hear and determine any application from any native who apply to be identified as natives for the purpose of obtaining native land or native customary rights land through inheritance.

This is a special enactment applies only in the State of Sarawak. These enactments have been gazetted and amended in 1992. This Act is specified in the Constitution, which in Article 161 A of the special position of Sabah and Sarawak, particularly in clause 5.

Many scholars of the Dayak want to see the Native Court (or Bumiputera Court) to be upgraded in terms of its functions so that it can be on a par with civil and Syariah courts.

They agreed that many of the Dayaks still depends on the Native Courts on various matters on traditional or customary justice; thus justifying the Native Courts to play a greater role and relevance.
They repeat what the Chief Judge of Sabah and Sarawak, Tan Sri Datuk Seri Panglima Richard Malanjum said in a keynote address at a workshop on issues surrounding Native Court held at a hotel in Kuching last Saturday, which was organized by the Sarawak Dayak Graduates Association (SDGA).

Freedom of religion is enshrined in the Constitution of Malaysia. First, Article 11 provides that everyone has the right to profess and practice their religion and second, the Constitution also stipulates that Islam is the religion of the federation but other religions may be practiced in peace and harmony (Article 3).

We respect and not oppose any proposals for the Dayaks empower Native Courts as well as the desire of Muslims who want to strengthen legislation Syariah Court. Even now Syariah Court is lower than the Sessions Court. Syariah court cannot impose the death penalty and the Sessions Court also cannot hear the appeal cases. The Muslims also want the Syariah Court on a par with Civil High Court as proposed amendments Bill (RUU) Act 355.

We urge the state government and the federal government can give freedom to every believer to implement legislation according to the customs and culture of each without any restrictions. If these things can be done well so no problems arise between the believers and their culture that has nothing to do with the legislative of Native Courts because it is subject to enactment of the Sarawak Native Courts.

No problem for us to accept the proposal of the Dayaks in Sarawak to strengthen Native Courts as they desire. Together we respect the culture and each other customs legislation in order to avoid misunderstandings between each other so that we can live in peace and harmony.



















Sarawak PAS Commissioner cum Miri PAS Chief

Mahkamah Anak Negeri Wajar Dilaksanakan Mengikut Kepercayaan Masing-Masing
Mahkamah Anak Negeri telah ditubuhkan dan beroperasi selama lebih 141 tahun di Sarawak sekarang. Mahkamah Anak Negeri Sarawak ditubuhkan di bawah Ordinan Mahkamah Anak Negeri, 1992 sebagai institusi kehakiman Negeri.

Mahkamah Anak Negeri berfungsi sebagai Unit di bawah Jabatan Ketua Menteri. Fungsi utama Mahkamah Anak Negeri adalah untuk mendengar dan memutuskan apa-apa pertikaian ke atas apa-apa perkara atau mengakibatkan antara anak negeri yang tertakluk kepada mana-mana sistem undang-undang peribadi dan penentuan pertikaian itu adalah berdasarkan kepada undang-undang Adat atau adat.

Fungsi lain adalah untuk mendengar dan memutuskan apa-apa permohonan daripada mana-mana bukan anak negeri yang memohon untuk dikenal pasti sebagai anak negeri bagi tujuan memperoleh tanah anak negeri atau tanah adat Bumiputera melalui warisan.

Enakmen ini adalah khas terpakai hanya di Negeri Sarawak sahaja. Enakmen ini telahpun diwartakan dan dipinda pada tahun 1992. Enakmen ini ada dinyatakan di dalam Perlembagaan Malaysia iaitu di dalam Perkara 161 A mengenai kedudukan istimewa anak Negeri Sabah dan Sarawak terutamanya di dalam fasal 5.

Ramai cendekiawan Dayak mahu melihat Mahkamah Anak Negeri (atau Mahkamah Bumiputera) untuk dinaik taraf dari segi fungsinya supaya ia boleh menjadi setaraf dengan Mahkamah Sivil dan Syariah.

Mereka bersetuju bahawa ramai orang Dayak masih bergantung kepada Mahkamah Anak Negeri mengenai pelbagai perkara pada adat tradisional atau keadilan; dengan itu mewajarkan Mahkamah Anak Negeri untuk memainkan peranan yang lebih besar dan relevan.

Mereka mengulangi apa yang Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Datuk Seri Panglima Richard Malanjum berkata dalam ucaptama pada bengkel mengenai isu-isu sekitar Mahkamah Anak Negeri yang diadakan di sebuah hotel di Kuching pada hari Sabtu lalu, yang telah dianjurkan oleh Persatuan Graduan Dayak Sarawak (SDGA ).

Kebebasan agama diabadikan dalam Perlembagaan Malaysia. Pertama, Fasal 11 menetapkan bahawa setiap orang mempunyai hak untuk menyatakan dan menjalankan agamanya dan kedua, Perlembagaan juga menetapkan bahawa Islam adalah agama persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh dipraktikkan dalam damai dan harmoni (Perkara 3).

Kita menghormati dan tidak menentang sebarang cadangan untuk kaum Dayak memperkasakan Mahkamah Anak Negeri begitu juga hasrat Umat Islam yang ingin memperkasakan perundangan Mahkamah Syariah. Sekarang ini pun kuasa Mahkamah Syariah lebih rendah dari Mahkamah Sesyen. Mahkamah Syariah tidak boleh menjatuhkan hukuman mati dan Mahkamah Sesyen juga tidak boleh mendengar kes-kes rayuan. Umat Islam juga mahu Mahkamah Syariah setaraf dengan Mahkamah Tinggi Sivil seperti cadangan pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Akta 355.

Kita mengesa agar kerajaan Sarawak dan kerajaan Persekutuan boleh memberi kebebasan kepada setiap penganut untuk melaksanakan perundangan mengikut adat dan budaya masing-masing tanpa ada sekatan. Kalau perkara ini dapat dilaksanakan dengan baik maka tiada timbul masalah antara penganut and adat budaya masing-masing yang tiada kaitan dengan perundangan Mahkamah Anak Negeri kerana ianya tertakluk dengan enakmen Mahkamah Anak Negeri Sarawak.

Tiada masalah untuk kita menerima cadangan dari kaum Dayak di Sarawak untuk memperkasakan Mahkamah Anak Negeri seperti mana mereka ingini. Sama-sama kita menghormati budaya dan adat perundangan masing-masing agar tidak timbul perselisihan faham antara satu sama lain supaya kita dapat hidup aman dan harmoni.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

Sumber BO - 14-11-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
























Mahkamah Anak Negeri wajar dinaik taraf juga

JOFRI JARAIEE | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43195-mahkamah-anak-negeri-wajar-dinaik-taraf-juga

MAHKAMAH Anak Negeri telah ditubuhkan dan beroperasi selama lebih 141 tahun di Sarawak sekarang. Mahkamah Anak Negeri Sarawak ditubuhkan di bawah Ordinan Mahkamah Anak Negeri, 1992 sebagai institusi kehakiman negeri.

Mahkamah Anak Negeri berfungsi sebagai Unit di bawah Jabatan Ketua Menteri. Fungsi utama Mahkamah Anak Negeri adalah untuk mendengar dan memutuskan apa-apa pertikaian ke atas apa-apa perkara atau mengakibatkan antara anak negeri yang tertakluk kepada mana-mana sistem undang-undang peribadi dan penentuan pertikaian itu adalah berdasarkan kepada undang-undang Adat atau adat.

Fungsi lain adalah untuk mendengar dan memutuskan apa-apa permohonan daripada mana-mana bukan anak negeri yang memohon untuk dikenal pasti sebagai anak negeri bagi tujuan memperoleh tanah anak negeri atau tanah adat Bumiputera melalui warisan.

Enakmen ini adalah khas terpakai hanya di Negeri Sarawak sahaja. Enakmen ini telahpun diwartakan dan dipinda pada tahun 1992. Enakmen ini ada dinyatakan di dalam Perlembagaan Malaysia iaitu di dalam Perkara 161 A mengenai kedudukan istimewa anak Negeri Sabah dan Sarawak terutamanya di dalam fasal 5.

Ramai cendekiawan Dayak mahu melihat Mahkamah Anak Negeri (atau Mahkamah Bumiputera) untuk dinaik taraf dari segi fungsinya supaya ia boleh menjadi setaraf dengan Mahkamah Sivil dan Syariah.

Mereka bersetuju bahawa ramai orang Dayak masih bergantung kepada Mahkamah Anak Negeri mengenai pelbagai perkara pada adat tradisional atau keadilan; dengan itu mewajarkan Mahkamah Anak Negeri untuk memainkan peranan yang lebih besar dan relevan.

Mereka mengulangi apa yang Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Datuk Seri Panglima Richard Malanjum berkata dalam ucaptama pada bengkel mengenai isu-isu sekitar Mahkamah Anak Negeri yang diadakan di sebuah hotel di Kuching pada hari Sabtu lalu, yang telah dianjurkan oleh Persatuan Graduan Dayak Sarawak (SDGA ).

Kebebasan agama diabadikan dalam Perlembagaan Malaysia. Pertama, Fasal 11 menetapkan bahawa setiap orang mempunyai hak untuk menyatakan dan menjalankan agamanya dan kedua, Perlembagaan juga menetapkan bahawa Islam adalah agama persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh dipraktikkan dalam damai dan harmoni (Perkara 3).

Kita menghormati dan tidak menentang sebarang cadangan untuk kaum Dayak memperkasakan Mahkamah Anak Negeri begitu juga hasrat Umat Islam yang ingin memperkasakan perundangan Mahkamah Syariah. Sekarang ini pun kuasa Mahkamah Syariah lebih rendah dari Mahkamah Sesyen.

Mahkamah Syariah tidak boleh menjatuhkan hukuman mati dan Mahkamah Sesyen juga tidak boleh mendengar kes-kes rayuan. Umat Islam juga mahu Mahkamah Syariah setaraf dengan Mahkamah Tinggi Sivil seperti cadangan pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Akta 355.

Kita mengesa agar kerajaan Sarawak dan kerajaan Persekutuan boleh memberi kebebasan kepada setiap penganut untuk melaksanakan perundangan mengikut adat dan budaya masing-masing tanpa ada sekatan. Kalau perkara ini dapat dilaksanakan dengan baik maka tiada timbul masalah antara penganut dan adat budaya masing-masing yang tiada kaitan dengan perundangan Mahkamah Anak Negeri kerana ia tertakluk dengan enakmen Mahkamah Anak Negeri Sarawak.

Tiada masalah untuk kita menerima cadangan dari kaum Dayak di Sarawak untuk memperkasakan Mahkamah Anak Negeri seperti mana mereka ingini. Sama-sama kita menghormati budaya dan adat perundangan masing-masing agar tidak timbul perselisihan faham antara satu sama lain supaya kita dapat hidup aman dan harmoni. – HARAKAHDAILY 14/11/2016

Sumber HD - 14-11-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



















































Penduduk Kg Tukau Jaya pertahan hak tanah mereka

JOFRI JARAIEE | .





http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43130-penduduk-kg-tukau-jaya-pertahan-hak-tanah-mereka

KES tanah adat atau (NCR land) semakin hangat diperkatakan di Sarawak. Ada penduduk asal Sarawak yang sudah lama menetap di tanah datuk nenek moyang mereka sejak turun temurun sehingga kini masih lagi tidak diberi hak milik sepenuhnya.

Pada tahun 2014 dalam satu kenyataan akhbar, Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata kerajaan telah melaksanakan fasa kedua program itu, yang melibatkan pengukuran lot individu dalam kawasan yang diwartakan di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri. Kaji selidik tanah perimeter di bawah 'Inisiatif Baru NCR' kerajaan dijangka siap pada akhir tahun 2015 tetapi sehingga kini masih belum selesai lagi.

Penduduk kampung sudah berpuluh kali memohon tanah untuk tempat kediaman serta tempat mereka bercucuk tanam tetapi sebaliknya pihak koperat atau Syarikat Pembangunan Hartanah dan lain-lain syarikat pula yang dengan mudah memiliki tanah mereka. Kebanyakan penduduk kampung adalah petani dan juga nelayan. Dari hasil pertanian dan menangkap ikan mereka dapat menyara kehidupan harian mereka sekeluarga.

Penduduk kampung sudah mengadu masalah ini kepada pihak SPR (Suruhanjaya Pencegah Rasuah) Malaysia untuk menyiasat bagaimana tanah mereka boleh dimiliki oleh pihak syarikat sedangkan mereka lebih awal menetap disitu sebelum syarikat terbabit memohon tanah tersebut.

Kes tuntutan tanah di Kampung Tukau Jaya sehingga kini semakin meruncing apabila syarikat Parabena Sdn Bhd menyaman dan cuba untuk mengusir atau meminta penduduk kampung mengosongkan tempat kediaman mereka yang sudah berpuluh-puluh tahun mereka tinggal disitu.

Ada 3 orang penduduk di kampung tersebut yang disaman oleh Parabena Sdn Bhd. Mereka ialah Yahya bin Timbon pengerusi Kampung Tukau Jaya, Haslan bin Abu Bakar setiausaha dan Mahari bin Lamat timbalan setiausaha. Mereka telah hadir untuk mendengar saman di Mahkamah Tinggi Miri pada 7 November 2016 pada jam 9 pagi. Tapi malangnya pihak yang mendakwa tidak hadir ke mahkamah.

Menurut pihak terdakwa, pihak pendakwa cuma hadir melalui persidangan video dari Kuching. Mereka yang dikena saman telah dibicara secara bergilir-gilir. Mula-mula mereka memanggil Haslan selepas itu Mahari dan seterusnya Yahya. Mereka sepatutnya dipanggil serentak tetapi persoalannya mengapa mereka dipanggil secara individu dan penduduk kampung tidak dibenar masuk sebagai saksi bersama mereka. Harap kes tanah ini dapat diselesaikan secara baik dan tidak berlaku sebarang unsur yang boleh menjejaskan keharmonian penduduk disitu.

Kalau mengikut perundangan kata Hazlan, keputusan mereka untuk menghalang mahkamah memihak Parabena berjaya sebab pihak pendakwa yang sepatutnya hadir di Mahkamah Tinggi Miri bukan hanya melalui persidangan video dari Kuching. Pada waktu itu ramai penduduk Kampung Tukau Jaya hadir bersama-sama memberi sokongan moral kepada ketiga-tiga terdakwa di Mahkamah Tinggi Miri.

Penduduk kampung Tukau Jaya tidak bersetuju dengan saman Parabena dan akan melantik peguam bagi mewakili penduduk kampung. Perbicaraan selanjutnya ialah pada 12 Disember 2016 di Mahkamah Tinggi di Miri.

Walaupun kes ini masih dalam kes mahkamah, kita mengesa pihak kerajaan di bawah pimpinan Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Bin Haji Satem, Ketua Menteri Sarawak mengambil tindakan sewajarnya dengan masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung yang masih belum memiliki hak milik tanah supaya kes semacam ini tidak berulang lagi.

Cuba bayangkan kalau penduduk kampung dihalau dari tempat kediaman mereka yang sudah berpuluh tahun mereka duduki, dimana mereka hendak tinggal dan bagaimana dengan nasib anak-anak mereka yang masih memerlukan tempat kediaman yang selesa dan selamat.

Adakah kerajaan mahu mereka jadi setinggan dan hidup merempat di tanah air sendiri? Mereka perlu tempat tinggal yang selesa dan ada tempat untuk mereka menyara kehidupan harian mereka.

Kalau pun pihak syarikat memberi ganti rugi belum tentu kehidupan mereka selesa dengan keadaan ekonomi sekarang yang tidak stabil dan dengan harga rumah yang terlalu mahal serta harga barang keperluan yang tinggi sudah tentu nasib mereka lebih teruk lagi.

Apa yang penduduk kampung perlu adalah tempat tinggal serta tempat mereka boleh bercucuk tanam supaya mereka dapat menyara kehidupan harian mereka.

Pihak pemerintah sekarang perlu memikir nasib rakyat peribumi yang tidak memiliki tanah sendiri bukan hanya memikir kepentingan syarikat-syarikat yang hanya mementingkan keuntungan semata.

Seperti mana kerajaan Sarawak menuntut kuasa atonomi dan hak-hak yang termaktub dalam perjanjian penubuhan Malaysia dari kerajaan pusat begitu jugalah rakyat peribumi yang memohon tanah adat dan Tanah Temuda datuk nenek moyang mereka juga diberi hak yang sama dan sewajarnya.

Sekali lagi kita memohon pihak kerajaan Sarawak mengambil serius masalah tanah rakyat yang diambil secara tidak sah oleh syarikat-syarikat ini agar dikembalikan semula kepada penduduk peribumi Sarawak. Jangan gadaikan tanah peribumi kepada pelabur asing semata-mata untuk mendapat keuntungan kerana kita tidak mahu dijajah semula seperti apa yang berlaku sebelum kedatangan penjajah ke Borneo dulu.

Harap pihak yang berkenaan dapat menyelesaikan masalah tanah penduduk kampung yang sudah lama memohon. Sepatutnya pemohonan penduduk kampung diberi keutamaan dan jangan membiarkan penduduk kampung hidup dalam ketakutan disebabkan status tanah mereka masih tergantung akibat proses terlalu lama untuk mendapatkan hak milik tanpa sebarang jawaban terutama dari pihak Jabatan Tanah dan Ukur.

Mereka yang bertanggungjawab dalam hal tanah seharusnya tahu siapa pemilik tanah asal dan jangan serahkan kepada mana-mana syarikat tanpa pengetahuan penduduk yang sudah lama menetap disitu.

Rakyat Sarawak sangat mengharapkan Ketua Menteri Sarawak menunaikan janji untuk memberi keutamaan kepada rakyat luar bandar agar mereka tidak tersingkir dari arus pembangunan dan mereka juga dapat memiliki tanah sendiri dengan kehidupan yang lebih selesa.

Kita mencadangkan agar kerajaan dapat memberi hak milik pemohon tanah terutama kepada peribumi Sarawak yang sudah lama memohon tanah sepatutnya diberi kelulusan segera dengan syarat-syarat yang ketat seperti jangan menjual tanah kepada orang asing atau yang bukan peribumi Sarawak. Mereka ini memerlukan tanah untuk tempat kediaman serta tempat bercucuk tanam.

Kerjasama dengan pihak yang berkenaan untuk menyelesaikan masalah tanah rakyat dengan sewajarnya amat dihargai. – HARAKAHDAILY 8/11/2016

Sumber HD -8-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




























20 tahun memperkasa siasah, tarbiah & dakwah di Sarawak

MUHTAR SUHAILI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43085-20-tahun-memperkasa-siasah-tarbiah-dakwah-di-sarawak


SEJARAH PAS SARAWAK: 20 TAHUN MEMPERKASA TARBIAH, DAKWAH DAN SIASAH DI BUMI KENYALANG

ALHAMDULILLAH, puji dan sanjungan adalah hak Allah SWT yang Maha Mengetahui dan Maha Melihat hamba-hambaNya. Selawat dan salam semoga dilimpahkan kepada Rasulullah SAW, manusia yang diutus Rabbnya sebagai pemberi dan penunjuk arah, pembawa berita gembira, pemberi peringatan dan penyeru kepada agama Allah dengan izinNya.

“Andai perjuangan ini mudah pasti ramai yang menyertainya. Andai perjuangan ini singkat pasti ramai yang istiqamah. Andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia pasti ramai yang tertarik padanya. Akan tetapi hakikat perjuangan bukan begitu. Turun naiknya, sakit pedihnya, umpama kemanisan yang tidak terhingga,” demikianlah cebisan kata Imam Hassan Al-Banna sebagai pedoman dan motivasi perjuangan.

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) adalah sebuah Gerakan Islam yang mengambil pendekatan muwajahah silmiyah dengan menyertai senario demokrasi negara dalam bentuk parti politik. Matlamatnya ialah untuk memperbaiki susunan serta institusi masyarakat, budaya politik, keadilan ekonomi, kesaksamaan sosial dan sistem bernegara bersesuaian dengan dasar Islam. Dasar PAS ialah ISLAM, Seruan PAS ialah ALLAHU AKBAR dan tujuannya ialah untuk memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah serta mempertahan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara sepertimana yang termaktub di dalam Perlembagaannya.

Kerajaan Islam pernah wujud dan berkuasa di tanah air Bumi Kenyalang tercinta ini. Kerajaan Brunei Darussalam dan Kerajaan Sarawak Darul Hana pernah memerintah negeri ini. Kemudiannya ia dijajah oleh Rajah Putih generasi Keluarga Brooke selama 100 tahun dari 1841-1941. Jepun menyerang Sarawak pada 1941 dan menguasainya sepanjang Perang Dunia Kedua. Selepas itu Jepun dikalahkan pada tahun 1945 dan Sarawak diserahkan kepada Kerajaan British pada 1 Julai 1946. Sarawak kemudiannya menyertai Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara (Sabah) dan Singapura membentuk Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

Allah SWT berfirman di dalam Surah Ali Imran, ayat 104: “Hendaklah ada satu golongan daripada kamu yang menyuruh kepada kebajikan, menegakkan yang makruf dan mencegah kemungkaran. Itulah golongan yang mencapai kemenangan.” Mengambil semangat dan atas faktor motivasi ayat Al-Qur’an inilah, maka lebih 20 tahun yang lepas PAS berusaha bersungguh-sungguh untuk memulakan langkah, menanam benih dan melebarkan sayapnya ke Bumi Kenyalang.

PAS adalah sebuah wadah yang percaya kepada syura dan musyawarah yang mana hala tuju dan jalan ke hadapannya ditentukan oleh keputusan kolektif jamaah. Antara tarikh-tarikh penting bagaimana PAS berkembang ke Sarawak ialah pada 25 Mei 1990 pada Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-36 di Taman Melewar telah bersetuju dengan usul PAS kawasan Tawau supaya PAS berkembang ke Sarawak. Pada 31 Disember 1994 pula, Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat telah memutuskan untuk berkembang ke Sarawak dan mengarahkan penubuhan Jawatankuasa Protem PAS Sarawak.

Pelbagai perbincangan dan brainstorming telah diadakan dalam kalangan pencinta Islam yang berkhidmat dan berada di bumi Sarawak pada masa tersebut. Sebahagiannya melihat perlunya PAS tidak dizahirkan dan bergerak hanya sebagai gerakan dakwah sahaja di Sarawak. Manakala sebahagian lagi melihat perlunya PAS untuk dipersada dan ditonjolkan sebagai gerakan massa memperjuangkan 3 serangkai iaitu tarbiyah, dakwah dan siasah (politik). Apa yang pasti, kesemuanya ingin melihat gerakan Islam bertapak di bumi Sarawak.

Jawatankuasa Protem PAS Sarawak kemudiannya dibentuk yang terdiri dari gabungan Muhajirin dari Semenanjung Malaysia (orang Sarawak sebut orang Melaya) dan Ansar yakni anak tempatan. Allahyarham Ustaz Mansur Haji Din yang lebih dikenali dengan panggilan Pak Sheikh telah diamanahkan sebagai Penasihat dan Pesuruhjaya Penaja, manakala Cikgu Mohamad Shokri Ahmad Fauzi dan Haji Morshidi Haji Sebli masing-masing telah diamanahkan sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1 dan 2 Penaja. Ahli Majlis Tertinggi Penaja termasuklah Saudara Wan Kamri Wan Kamaldin (Setiausaha), Ustaz Mohd Aidil (Bendahari), Saudara Abdul Malik Haji Moshidi (Ketua Penerangan) serta 6 orang Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) iaitu Puan Rokiah Daud, Ustaz Awang Abdul Rahman, Ustazah Sharifah Hanim Omar, Ustaz Dzulfakor Ali Mustapha, Saudara Mohamad Han dan Saudari Siti Marwan Mohd Latif.

Seterusnya, pada 22 September 1996, PAS Sarawak secara rasminya telah ditubuhkan dengan perlantikan Cikgu Mohamad Shokri Ahmad Fauzi sebagai Pesuruhjaya PAS Sarawak yang pertama. Beliau merupakan anak tempatan yang pertama diberi amanah untuk memimpin PAS di Sarawak.

Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Negeri Sarawak (BPPNS) pada tahun 1996 terdiri daripada Saudara Wan Kamri Wan Kamaldin (Timbalan Pesuruhjaya 1 merangkap Setiausaha), Saudara Ali Abdul Fata Khalid (Timbalan Pesuruhjaya 2), Saudara Azman Sebli (Bendahari), Saudara Abdul Malik Haji Morshidi (Ketua Penerangan) serta 6 orang AJK termasuklah Saudara Hamid Ahmad, Saudara Khalik Abdul Hamid, Saudara Abdul Karim Abdul Rahman, Ustazah Wan Fatimah Safiya, Saudari Morniatie Jamie dan Ustazah Sharifah Hanim Omar yang mana majoritinya merupakan anak tempatan.

Selain itu, Haji Hasan Salleh, Ustaz Mohamad Zain dan Dato’ Zakaria Abdul Rahman antara nama yang sinonim di Sarawak pada ketika tersebut. Antara penggerak PAS Sarawak yang awal juga termasuklah Ustaz Abi Hurairah, Ustaz Ishak Abdul Rahman, Saudara Abang Abdul Raini, Saudara Arbi Mahdi, Saudara Rashidi Hassan, Ustaz Salman Hisham, Saudara Jafer Sadiq, Ustaz Rahmat, Ustaz Ahmad Ramli, Saudari Azalina Azam serta ramai lagi pejuang PAS tanpa nama yang ikhlas di sebalik tabir turut menyumbang kepada perkembangan PAS di Sarawak.

Demikianlah PAS terus bertatih dan berkembang dengan pimpinan yang silih berganti, gabungan tua dan muda, profesioanal dan agamawan, lelaki dan wanita serta anak tempatan dan perantau. Ia merentas masa dengan 4 orang Pesuruhjaya sehingga kini iaitu Cikgu Mohamad Shokri Ahmad Fauzi (1996-2003), Allahyarham Tuan Haji Adam Ahid (2003-2009, 2010-2015), Ustaz Othman Mustapha (2009-2010) dan kini Tuan Haji Jofri Jaraiee (bermula September 2015).

Tidak dilupakan juga jasa pimpinan tertinggi PAS Pusat yang turut bersama-sama dalam memberi tunjuk ajar dan nasihat ke arah penubuhan PAS Sarawak termasuklah Almarhum Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, Almarhum Tuan Guru Dato' Fadzil Muhammad Noor, Almarhum Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din, YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Almarhum Ustaz Dato’ Abu Bakar Chik, Ustaz Dato’ Hj. Hussen Awang, Ustaz Abdul Halim Arshat, Dr. Hatta Ramli, Pak Subky Latif dan ramai lagi. Semoga Allah menerima segala amal jaariah mereka, taqabbalallahu minna wa minkum. Allahumma Aamiin.

“Islam datang dalam keadaan asing, dan ia akan kembali asing sebagaimana kedatangannya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing (ghuraba’) itu.” Hadith Riwayat Imam Muslim ini adalah seperkara yang sangat relevan untuk dihayati dan diambil sebagai motivasi dalam perjuangan menegakkan syiar Islam khususnya di bumi Sarawak.

Jika kejayaan PAS hanya diukur berdasarkan kemenangan kerusi Pilihanraya, maka PAS Sarawak dikira belum berjaya. Meski telah menyertai tanpa putus asa 4 kali Pilihanraya Umum (PRU) bermula tahun 1999 (P.174 Batang Sadong), 2004 (P.200 Batang Sadong), 2008 (P.201 Batang Lupar) dan 2013 (P.197 Kota Samarahan, P.200 Batang Sadong, P.206 Tanjung Manis, P.207 Igan dan P.218 Sibuti) serta 4 kali Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak bermula tahun 2001 (N.07 Samariang, N.18 Sadong Jaya dan N.21 Beting Maro), 2006 (N.24 Beting Maro), 2011 (N.03 Tanjung Datu, N.15 Muara Tuang, N.20 Sadong Jaya, N22 Sebuyau dan N.24 Beting Maro) dan tentunya terkini di 11 kerusi DUN dalam PRN Ke-11 2016 yang lalu (N.4 Pantai Damai, N.7 Samariang, N.16 Muara Tuang, N.24 Sadong Jaya, N.27 Sebuyau, N.29 Beting Maro, N.60 Kakus, N.67 Jepak, N.70 Samalaju, N.72 Lambir, N.74 Pujut).

“Bergeraklah ke gerbang jasa, Kalah menang bukan alasannya, Sucikanlah niat dihati, Hingga nyata benarnya janji Rabbi!” Ini adalah salah satu rangkap dalam Lagu Rasmi PAS - Berjihadlah. Sesungguhnya inilah uniknya PAS, ia bukan parti politik semata-mata sepertimana parti-parti politik yang lain yang ada dalam negara ini.

Ia adalah Gerakan Islam yang komprehensif dan menyeluruh. Ini jelas sebagaimana dinyatakan di bahagian muqaddimah (pendahuluan) dalam Perlembagaan PAS, seperti berikut: “Bahawa dengan sesungguhnya adalah diisytiharkan, demi untuk menyempurnakan taqwa kepada Allah dan kebaktian kepada sesama manusia, yang dijadikan bagi menegakkan Al-Amru bil Ma'ruf wan Nahyu 'anil Munkar dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara, maka inilah diisyiharkan sebuah pertubuhan yang dinamakan "PARTI ISLAM SE-MALAYSIA (PAS)".

Allahyarham Ustaz Haji Hassan Shukri semasa hayatnya kerap menerangkan di dalam ceramah atau kuliyyah beliau bahawa PAS juga merangkumi sebuah gerakan dakwah, gerakan massa dan gerakan kebajikan selain parti politik. Di dalam buku “Ke Arah Memahami Perlembagaan PAS”, beliau telah menegaskan bahawa;

“Terdapat sebahagian ahli PAS dan orang ramai yang keliru dengan penubuhan Parti Islam Se-Malaysia (PAS). PAS telah ditubuhkan atas tuntutan Islam. Selain daripada tuntutan dakwah dan tuntutan menegakkan yang makruf dan mencegah kemungkaran, para alim ulamak dan cendekiawan Islam yang awal telah bersependapat dalam memutuskan perlunya wujud sebuah Harakah Islam di negara yang tidak menjalankan hukum Islam dan negara yang tidak menjamin keselamatan aqidah serta kebajikan umat Islam. Walaubagaimanapun, PAS tidak menjadikan medan politik sebagai satu-satunya wasilah semata-mata untuk menyampaikan risalah Islam. PAS bukan sahaja terlibat dengan politik tetapi juga dalam ekonomi, pendidikan, kebajikan, hubungan antarabangsa dan kemasyarakatan.”

Bertitik-tolak dari sinilah, maka aktivis PAS Sarawak dari masa ke semasa terus berusaha memahamkan masyarakat dan memandaikan anak watan tentang agenda Islam yang syumul. Antara kejayaan yang telah berjaya dilaksanakan oleh PAS di Sarawak melalui pelbagai sarana termasuklah:

1.PAS KAWASAN: Kini sudah terdapat 11 PAS Kawasan berdaftar dari 31 Kawasan Parlimen di Sarawak berbanding hanya satu PAS Kawasan sepuluh tahun yang lepas. 11 PAS Kawasan yang telah didaftarkan tersebut ialah Petra Jaya, Santubong, Kota Samarahan, Batang Sadong, Batang Lupar, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri, Sibuti dan Limbang. Hampir kesemua PAS Kawasan ini memiliki Markaz dan/ atau Pusat Khidmat.

2.TARBIYAH: Jika pada awalnya PAS Sarawak diasaskan oleh amilin dari Semenanjung, kini semakin ramai anak-anak tempatan dikaderkan dan ditarbiyah menjadi Ahli PAS. Bahkan pimpinan utama negeri, dewan-dewan dan kawasan-kawasan kini dianggotai oleh majoriti anak-anak Sarawak yagn terdiri dari golongan professional muda, agamawan, ahli perniagaan, aktivis dan sebagainya. Semoga lebih ramai nembiak Sarawak akan menyertai perjuangan PAS.

3.PENDIDIKAN: Antara produk pendidikan PAS di Sarawak yang semakin mendapat tempat ialah kewujudan 34 buah Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) di seantero negeri dan terus berkembang. Selain itu, antara ikhtiar pendidikan lain termasuklah usaha mewujudkan Sekolah Rendah Intergrasi Teras Islam (SRITI), Pusat Pengajian Islam, Pusat Iqra’, Maahad Tahfiz dan lain sebagainya. PAS komited untuk menyediakan pendidikan berteraskan Islam bermula dari awal kanak-kanak sehingga dewasa. Semoga Allah permudahkan dalam menggapai cita-cita membangunkan pendidikan bersepadu dari PASTI hingga Universiti.

4.DAKWAH, KEBAJIKAN DAN KEMASYARAKATAN: Sementara di bidang dakwah, kebajikan dan kemasyarakatan, PAS terus mengorak langkah melalui pelbagai wasilah termasuk usaha islah dalam kalangan masyarakat Islam dan usaha dakwah kepada masyarakat yang belum Islam. Ini termasuklah program-program dakwah bil lisan (ceramah-ceramah), dakwah bil hal (dakwah dengan sikap dan tauladan), program turun padang bersama masyarakat, program mesra anak muda selain pembangunan infrastruktur seperti Surau, Pusat Dakwah dan sebagainya.

Atas segalanya, semoga kita semua terus thabat dalam melaksana dan melangsungkan matlamat perjuangan. Sama-samalah kita menghayati firman Allah SWT di dalam Surah Ali ‘Imran, ayat 200 khususnya dalam menghadapi ranjau, mehnah dan tribulasi:

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh (di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai  kemenangan).”

Buat akhirnya, marilah kita hayati motto hidup sahabat yang hebat ini. Beliau sentiasa membawa motto yang mana sepanjang hari Abu Ayyub al-Anshari radhiyallahu ‘anhu sering mengulang-ulang suatu ungkapan yang diangkat menjadi motto kepada dirinya. Bersamalah kita menjadikan kata-kata ini sebagai salah satu motto hidup dan mengaplikasikannya dalam kehidupan. Pasti ada kebaikannya dunia dan Akhirat, in shaa Allah.

Inilah motto hidup beliau yang sangat tinggi nilainya: Infiru khifafan wa tsiqalan (انـفـروا خـفـافـا و ثـقـالا) Berjuanglah kamu, sama ada senang mahupun susah… (Surah At-Taubah, ayat 41).

Ayuh jadikan solat, ibadah, hidup dan mati kita semata-mata kerana DIA Yang Maha Segala-galanya. Allahu Akbar! – HARAKAHDAILY 4/11/2016

Penulis merupakan AJK PAS Pusat dan Setiausaha PAS Negeri Sarawak.

Sumber HD - 4-11-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





























Tiga tokoh istiqamah Sarawak

MUHTAR SUHAILI | .



PAS Sarawak Anugerahkan 3 Tokoh, Anugerah Tokoh Istiqamah Sempena Sambutan 20 Tahun

SEMPENA Sambutan 20 Tahun Penubuhan PAS Sarawak pada 29 Oktober 2016 bersamaan 28 Muharram 1438H yang lepas, PAS Sarawak telah menganugerahkan kepada 3 tokoh Anugerah Tokoh Istiqamah.

Presiden PAS, YB Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan diiringi oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man dan Pesuruhjaya PAS Sarawak, Jofri Jaraiee telah menyampaikan anugerah khas tersebut.

Tiga tokoh tersebut adalah seperti berikut:

1. Allahyarham Tuan Haji Adam Ahid

Beliau merupakan mantan Pesuruhjaya PAS Sarawak yang paling lama berkhidmat dan terus istiqamah bersama PAS sehingga akhir hayat beliau. Beliau telah diamanahkan sebagai Pesuruhjaya PAS Sarawak dari 2003-2009 dan dari 2010 sehingga beliau meninggal dunia pada Ogos 2015 iaitu selama 12 tahun.

Beliau juga pernah diberi kepercayaan bertanding mewakili PAS dalam beberapa pilihan raya termasuk di kerusi N.18 Sadong Jaya (Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-8, 2001), P.200 Batang Sadong (Pilihan Raya Umum (PRU) Malaysia Ke-11, 2004) dan N.22 Sebuyau (PRN Sarawak Ke-10, 2011).

Temubual terakhir bersama beliau ada dimuat-naik di laman web rasmi pas.org.my dan Allahyarham Haji Adam antaranya menyebut "Tidak Menang Di Dunia, Janji Menang Di Akhirat"! Boleh baca lanjut di sini: http://www.pas.org.my/kenyataan-pesuruhjaya-pas-sarawak/5375-tidak-menang-di-dunia-janji-menang-di-akhirat.

2. Cikgu Mohamad Shokri Ahmad Fauzi

Beliau merupakan salah seorang daripada 4 Tokoh yang telah menerima Anugerah Tokoh Istiqamah sempena Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-62 di PUTIK, Kelantan Darul Naim. Beliau mula terlibat dengan PAS sejak tahun 1990. Antara jawatan yang pernah disandang dalam PAS Sarawak termasuklah Ketua Pemuda Protem PAS Sarawak, Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Petra Jaya dan merupakan Pesuruhjaya PAS Sarawak pertama yang dilantik pada 22 September 1996 dan berkhidmat sehingga tahun 2003.

Sementara itu, dari segi pengalaman dalam politik dan pilihan raya, beliau mewarisi arwah ayah beliau yang merupakan pengasas Parti Anak Jati Rakyat Sarawak (PAJAR) sebelum menyertai PAS. Beliau juga pernah diamanahkan menjadi Calon PAS pada PRN Sarawak Ke-8 pada tahun 2001 di DUN N.07 Samariang. Meskipun kini terpaksa bertongkat selepas terlibat dengan kemalangan suatu masa dahulu, beliau terus istiqamah dan aktif menghadiri program-program PAS yang dianjurkan.

3. Tuan Haji Alem Din

Beliau merupakan antara pengasas PAS Kawasan Batang Lupar dan terus beristiqamah bersama PAS meskipun beberapa kali dipujuk oleh sebuah parti untuk meninggalkan PAS. Menjelang PRN Sarawak ke-9 pada tahun 2006, PAS telah membuat keputusan untuk bertanding dan memfokuskan hanya satu kerusi DUN sahaja iaitu di DUN N.24 Beting Maro.

Alhamdulillah, penyertaan kali ini membuktikan PAS semakin diterima di Bumi Kenyalang. Calon PAS Tuan Haji Alem Din berjaya mendapat 40.47% undi menentang calon BN dari PBB yang merupakan penyandang iaitu Bolhassan Di @ Ahmad Di (sekarang Datuk). Keputusan calon PAS di Beting Maro yang hanya tewas dengan majoriti 895 undi sahaja mengejutkan banyak pihak berhubung  dengan kemampuan PAS di Sarawak.

Selain itu, satu lagi anugerah yang telah disampaikan sempena Sambutan 20 Tahun PAS Sarawak ini ialah kepada PAS Kawasan dengan Ahli PAS teramai. Anugerah ini telah dimenangi oleh PAS Kawasan Batang Lupar dan Ustaz Wan Abdillah Ahmad, Pemangku YDP PAS Kawasan Batang Lupar telah hadir bagi menerima anugerah tersebut.

Ayuh, marilah kita terus istiqamah bersama perjuangan Islam. Allah SWT banyak memberi motivasi dan berita gembira kepada mereka yang istiqamah pada jalanNya melalui firmanNya di dalam Kitab Suci Al-Qur'an.

Allah Ta'ala berfirman:

“Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah taubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan” (Surah Hud, ayat 112).

“Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: “Tuhan kami ialah Allah” kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan): “Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih; dan bergembiralah kamu dengan (memperoleh) Syurga yang telah dijanjikan Allah kepadamu”” (Surah Fushshilat, ayat 30).

“Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: “Rabb kami ialah Allah”, kemudian mereka tetap istiqamah maka tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan mereka tiada (pula) berdukacita. Mereka itulah penghuni-penghuni Syurga, mereka kekal di dalamnya; sebagai balasan atas apa yang telah mereka kerjakan” (Surah Al-Ahqaf, ayat 13-14).

Siiru 'ala barakatillah, teruskan perjuangan kerana Allah! – HARAKAHDAILY 3/11/2016

Sumber HD - 3-11-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






























PAS Sarawak makin diterima oleh rakyat tempatan

JOFRI JARAIEE | .






http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43040-pas-sarawak-makin-diterima-oleh-rakyat-tempatan

PAS Sarawak telah mengadakan Karnival Sambutan PAS Sarawak ke-20 tahun di perkarangan ibu pejabat PAS Sarawak di Matang Jaya, Kuching pada 29 Oktober 2016.

Antara aktiviti sepanjang program sambutan PAS ke20 tahun adalah pameran Jabatan / Lajnah / NGO PAS, jualan makanan / Pakaian, aktiviti bersama Hadi & Huda, pertandingan Street Soccer Piala Pesuruhjaya PAS Sarawak (terbuka untuk setiap kawasan), pertandingan gubahan / mewarna / Shawl / gusti lengan / kopi Amal tarik (terbuka untuk setiap kawasan), cabutan bertuah dan lain-lain.

Pada sebelah petangnya diadakan perbarisan Jabatan Amal Malaysia dipimpin oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, dan pada sebelah malamnya penyampaian hadiah oleh Presiden Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Slot Solat Hajat Perdana Selamatkan Palestin diimamkan oleh Tuan Guru Zulkifli Ismail, Mudir Pondok Baitul Quro' and Ustaz Yusuf Assiddiq Ahmad Sharqowi.

Majlis Pidato Khas bersama Presiden PAS merupakan majlis kemuncak karnival sambutan PAS Sarawak ke-20 tahun.

Antara yang turut hadir ialah AJK PAS Pusat, Dr. Ustaz Riduan Mohamad Nor dan Muhtar Suhaili; Ketua Penerangan DMPM, Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan, Exco DPPM dan Ketua Pemuda PAS Sarawak, Mohamad Arifiriazul Paijo; dan ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Sarawak Clement Bayang.

Antara tarikh penting sejarah PAS berkembang ke Sarawak ialah pada 25 Mei 1990 Muktamar Tahunan PAS kali ke-36 di Taman Melewar telah bersetuju dengan usul PAS kawasan Tawau supaya PAS berkembang ke Sarawak.

Pada 31 Disember 1994, mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat memutuskan untuk berkembang ke Sarawak dan mengarahkan penubuhan Jawatankuasa pro-tem PAS Sarawak.

Pada 22 September 1996, PAS Sarawak secara rasminya ditubuhkan dengan perlantikan Cikgu Mohd Shokri Mohd Fauzi sebagai Pesuruhjaya PAS Sarawak yang pertama. Beliau merupakan anak tempatan yang pertama diberi amanah untuk memimpin PAS di Sarawak.

Antara intipati kandungan ucapan Tuan Guru Presiden PAS ialah tentang sejarah pembebasan negara ini dari penjajah. Dulu Islam yang memerintah negara di rantau Asia Tenggara ini tetapi setelah penjajah Portugis, British, Belanda dan Sepanyol datang maka sosio ekonomi, sistem perundangan sudah berubah mengikut cara sistem penjajah.

Antara isu semasa yang di sentuh ialah Rang Undang-Undang (RUU) Akta 355 sebelum ini pernah diusulkan di Parlimen oleh Menteri Tanah dan Galian pada ketika itu, YB Abdul Rahman Yaakub (Allahyarham Tun Datuk Patinggi, mantan Ketua Menteri Sarawak), seorang anak jati Sarawak.

Pada masa itu tiada masalah untuk non Muslim memberi sokongan pada RUU Akta 355. Sekarang ini keadaan sudah berubah iaitu non Muslim berani menentang secara terbuka RUU Akta 355 walaupun
sudah diberi penjelasan yang RUU Akta 355 hanya untuk Muslim.

Selepas ucapan, Tuan Guru Presiden PAS ditanya tentang sama ada PAS masih terbuka untuk berunding dengan Pakatan Pembangkang lain seperti sebelum ini. Jawapan Presiden PAS adalah PAS sentiasa terbuka dan tidak pernah menutup pintu perundingan dengan mana-mana parti pembangkang atau NGO yang ingin bekerjasama dengan PAS.

PAS tidak mahu lagi jadi pengikut@ khadam parti lain tetapi memimpin bersama parti-parti lain. PAS tidak mahu dijadikan alat ketika waktu diperlukan saja seperti menggunakan jentera PAS untuk memenangi sesuatu pilihan raya tetapi apabila rakan seperjuangan sudah menang, mereka menyingkirkan PAS begitu saja apabila tidak sehaluan dengan PAS.

Kesimpulannya, PAS bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana parti pembangkang khususnya parti pembangkang tempatan di Sarawak tanpa mengira bangsa dan agama.

PAS sudah diterima oleh rakyat tempatan di Sarawak walaupun pada mulanya sukar untuk menarik sokongan khususnya penduduk asal Sarawak kerana pada mulanya mereka menyangka PAS hanya untuk Islam tetapi sebenarnya perjuangan PAS adalah untuk semua tanpa mengira bangsa dan agama. PAS berjuang berdasarkan al-Quran dan Sunnah sebab ianya adil untuk semua. – HARAKAHDAILY 31/10/2016

Sumber HD  - 31-10-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saman trafik perlu dikaji semula ikut kategori

JOFRI JARAIEE | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42994-saman-trafik-perlu-dikaji-semula-ikut-kategori

DALAM keadaan ekonomi yang semakin gawat dan membebankan pengguna sepatutnya pihak kerajaan dapat membantu rakyat bukannya menyusahkan rakyat dengan saman yang melampau seperti saman trafik atas kesalahan yang tidak menyumbang kepada kemalangan, kesesakan, dan perkhidmatan pengangkutan awam.

Sekarang tiada lagi diskuan ke atas kompuan saman yang diterima oleh pesalah trafik seperti sebelum ini boleh dikurang ke caj yang minima. Ramai pemandu mengadu masalah ini kerana ada diantara mereka merasa tidak berbaloi saman ke atas kesalahan yang kecil seperti meletak kenderaan di kawasan tempat parkir teksi yang terbiar dan tidak
menganggu lalulintas.

Sekarang ini tidak dapat l
agi membuat sebarang rayuan kerana mulai dari 01/12/2010 kadar kompaun telah ditetapkan dan diseragamkan. Pengurangan saman dilakukan secara automasi berdasarkan prinsip 'The more you delay, the more you pay". Kompuan saman sehingga RM300 dan hanya boleh dikurang separuh sekiranya dibayar dalam tempoh notis tujuh hari memang tetap tidak berbaloi dengan kesalahan yang dilakukan. Bukan semua pemandu yang mampu membayar saman sebanyak itu.

Memang tidak dinafikan pesalah trafik patut diambil tindakan sekiranya mereka melakukan kesalahan berkaitan tingkah laku negatif pemandu dan kesalahan teknikal pada kenderaan yang menyumbang secara aktif kepada kemalangan, kesesakan dan perkhidmatan pengangkutan awam.

Tetapi bagi lain-lain kesalahan selain daripada di atas yang tidak menyumbang kepada kemalangan, kesesakan, dan perkhidmatan pengangkutan awam sepatutnya diberi pertimbangan yang sewajarnya seperti memberi mereka amaran sekiranya mereka masih melakukan kesalahan yang berulang kali selama tiga kali berturut-turut barulah tindakan saman diambil keatas pesalah itu.

Kita mengesa pihak berkuasa perlu mengkaji semula tindakan serta kadar saman yang dikenakan ke atas kesalahan kecil seperti yang tersebut diatas. Kadang-kadang ada tempat parkir yang terbiar dan tidak digunakan sepenuhnya maka tempat itu perlu diberi kelonggaran daripada tindakan saman kerana ia bukan menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Apa yang perlu dilakukan sekiranya ada pihak yang membuat aduan ialah pihak polis trafik jangan terus menyaman tetapi memberi amaran agar pemandu yang meletak kenderaan di kawasan tersebut  jangan parkir kenderaan lagi disitu kerana ada aduan dari pihak tertentu. Mereka sepatutnya tidak hanya 'touch and go' dan meletakkan kompaun saman tanpa sebarang notis amaran.

Kita harap masalah ini perlu diberi perhatian kerana bukan semua pemandu sengaja membuat kesalahan tetapi disebabkan masalah kesukaran untuk meletak kenderaan dan juga ketika kecemasan menyebabkan mereka terpaksa meletakkan kenderaan mereka ditempat yang tidak sepatutnya. Tempat letak kenderaan perlu diperbanyakkan di kawasan tumpuan orang ramai seperti di kawasan persekolahan, hospital, pasar ikan/sayur, lapangan terbang dan sebagainya supaya memudahkan pengguna meletakkan kenderaan mereka di tempat yang betul.

Cara terbaik adalah dengan memberi amaran serta tindakan sewajarnya diambil sekiranya mereka masih berdegil dan tetap melakukan kesalahan yang berulang berturut-turut selama tiga kali maka saman boleh dikenakan. Pengguna perlu diberi didikan dan bukan hanya didenda kerana ia tidak akan dapat menyelesaikan masalah. Kerjasama dengan pihak berkuasa untuk mengkaji semula cara terbaik untuk mengatasi masalah ini amat dihargai. – HARAKAHDAILY 27/10/2016

Sumber HD - 27-10-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


































Penduduk lapor SPRM tanah diambil pemaju

IZWAN ABDUL HALIM | .





http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42958-penduduk-lapor-sprm-tanah-diambil-pemaju

MIRI: Permohonan penduduk agar kawasan kediaman mereka diwartakan sebagai tanah kampung tradisional sejak 23 tahun lalu bukan sahaja tidak dilaksanakan, tetapi kini diserah kepada pihak lain untuk dimajukan.

Menyedari berlaku kecurangan dalam tindakan tersebut, penduduk kampung tampil membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diketuai Pengerusi Kampung, Yahya Timbon.

Laporan itu menggesa agar SPRM membuka kertas siasatan kemungkinan wujud salah guna kuasa oleh pihak berautoriti sehingga tanah mereka diserahkan kepada pemaju.

Surat arahan atau saman oleh pemaju dan surat arahan daripada Penghulu Bakam, Adam Bujang turut diajukan dalam laporan tersebut.

Menurut Penyelaras PAS Dun Lambir, Mohammad Arifiriazul Paijo, beliau dikhabarkan tanah yang didiami seramai 200 penduduk telah diserahkan kepada pemaju iaitu Parabena.

Turut dipersoalkannya apabila Surau Tukau Jaya yang telah diluluskan kerajaan negeri dengan jumlah peruntukan RM300,000 juga tidak diteruskan.

Perkara tersebut turut disahkan oleh wakil penduduk yang telah bertemu pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) mengenai perkembangan projek tersebut.

Bagaimanapun penduduk dimaklumkan ia ditangguhkan atas sebab-sebab tertentu yang difahami sebagai arahan politik.

Hadir sama pada laporan ke SPRM itu ialah Pesuruhjaya PAS Sarawak, Jofri Jaraiee dan Pengerusi Penaja PAS Kawasan Sibuti, Butir Bakar. – HARAKAHDAILY 25/10/2016

Sumber HD - 25-10-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bajet 2017, PAS kemuka Dokumen Hijau

MAZWANI ABD RANI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42892-bajet-2017-pas-kemuka-dokumen-hijau

SEMUA pihak sedar masalah ekonomi yang melanda dunia. Bahkan di Malaysia, impak kemerosotan harga minyak, peningkatan pengangguran khasnya dalam segmen kerja minyak dan gas, ringgit menjunam, hilang subsidi, rasuah 2.6 Billion, menekan terus-terusan rakyat negara ini. Berlumba-lumba semua pihak menampilkan solusi masing.

Sementara menanti pembentangan Bajet 2017 oleh kerajaan Barisan Nasional, Pakatan Harapan turut menampilkan penyelesaian ekonomi. PAS terlebih dahulu telah mengeluarkan Dokumen Hijau: Gagasan PAS Dalam Menyelesaikan Permasalahan Ekonomi Negara.

Dalam mana-mana dokumen penyelesaian, semua lebih gemar menggunakan kerangka asas sistem ekonomi berdasar akal manusia. Penyelesaian masih tidak mahu meletakkan dasar asas panduannya pada agama. Kenapa sentimen agama harus diasing daripada sudut kehidupan terus diamalkan?  Bukankah Islam itu cara hidup yang sempurna? Malah  lebih malang lagi, ada pihak merasakan sistem sekular atau liberal lebih baik dari Islam.

Di Malaysia, PAS terus istiqamah, dalam setiap aspek kehidupan masyarakat majmuk ini, dengan asas dan dasar perjuangannya ialah Islam sebagai cara hidup. Ramai orang menyindir PAS, terlalu taksub pada RUU355 dan Hudud. Benarkah sebegitu rupa?

Carilah seluruh ceruk rantau di Malaysia, anda pasti bertemu sistem pendidikan berteraskan Islam. Di sana sini, ada PASTI, ditambah SRITI, Maahad Tahfiz Sains dan Kolej Universiti Islam. Semuanya kelolaan PAS.

Sementara itu fenomena air pasang besar menjadi kebimbangan semua pihak, malah geng Baju Merah Pak Jamal pun terus bertindak mempertahankan restorannya. Banjir di sana sini, pastinya, antara wira tidak didendang ialah Unit Amal yang dioperasikan oleh Pemuda PAS.

Malah, tahniah buat PAS Pahang yang terus membantu program Nikah Perdana yang kini diikuti ramai pihak. Bimbang saya jika ikut kata pihak yang mahu PAS Pahang keluar negeri, kemana lagi pasangan baru hendak memilih cara pernikahan secara Islamik lagi. Itu belum lagi ditambah program Lajnah Ekonomi dan Lajnah Kebajikan yang berterusan ke ceruk pendalaman sama ada dalam konteks Siasah atau Dakwah.

Bukankah dari contoh yang sebegini banyak, ia menjadi bukti kerja buat PAS bukan sekadar RUU 355 malah lebih luas dan banyak atas kerangka Islam. Semua contoh perlaksanaan PAS itu asasnya  adalah dari kerangka Islam yang amat sempurna. PAS mahu memberikan maklumat bahawa Islam itu sempurna dan wajib menjadi panduan semua. Jangan takut mempromosi Islam sebagai cara hidup.

Untuk belanjawan negara kelak, pilihlah cara Islam. Laksanakan Islam, yakinlah Islam penyelesaian masalah rasuah negara.

Dokumen Hijau PAS berlandaskan Islam boleh dijadikan panduan. Jangan tinggalkan Islam di luar pagar Putrajaya semata-mata ingin  berkuasa.

Penulis ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Sarawak – 

HARAKAHDAILY 20/10/2016

Sumber HD - 20-10-2016

---------------------------------------------------------------------------------

TPJ PAS Sarawak Kunjungi Presiden

MARANG – Timbalan Pesuruhjaya (TPJ) III PAS Sarawak selaku Yang Dipertua PAS Kawasan Batang Sadong, Asan Singkro dan keluarganya teruja apabila pertama kali berkunjung ke rumah kediaman Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Rusila, Marang.

Beliau yang juga bekas calon PAS, N24 Sadong Jaya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11, April lalu lebih dikenali sebagai Cikgu Asan datang ke Terengganu bersama isteri dan anak perempuannya.

Hadir sama menemani Cikgu Asan sekeluarga adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Wakaf Mempelam, Mohd Abdul Wahid Endut dan isterinya.

“Saya sangat terujalah melihat, terutamanya pengisian untuk memberi pemahaman kepada masyarakat Islam. Saya fikir ini susah kita hendak dapat (wujud) di Sarawak.

“Pada saya, ini satu kegiatan yang perlu juga ada di sana (Sadong jaya) supaya masyarakat lebih faham tentang Islam.


“Saya cukup yakin jika mereka (rakyat) faham tentang Islam, mereka akan dapat bersama-sama dengan jemaah PAS ini, Insya’Allah,” ujarnya yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Batang Sadong pada semalam 14 Oktober.

Beliau mahu Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi terus memimpin parti kerana ketokohan Naib Ketua Kesatuan Ulamak Islam Sedunia tidak boleh dipertikaikan.

“Kita sentiasa mendoakan supaya Tuan Guru (Abdul Hadi) akan terus memimpin kita (PAS) sebagai pemimpin yang bagi saya memang kita tidak dapat mempertikaikan kewibawaannya.

“Beliau (Ustaz Hadi) Naib Ketua Kesatuan Ulamak Sedunia dan Presiden PAS. Mudah-mudahan kita akan terus dipimpin oleh beliau, Insya’Allah,” jelasnya.

Cikgu Asan turut memaklumkan aktiviti parti selepas PRN ke-11, April lalu kini lebih baik dan PAS semakin aktif di beberapa kawasan di Sarawak.

Bahkan, katanya PAS Sarawak akan menyambut ulang tahun ke-20 penubuhan parti itu di negeri berkenaan pada 29 Oktober ini.

“Dalam masa terdekat ini, kita di Sarawak akan menyambut ulang tahun PAS Sarawak ke-20 tahun. Pihak PAS Sarawak telah merancang beberapa aktiviti dan diharap Tuan Guru Preiden PAS juga akan dapat bersama dengan kita, Insya’Allah.

“Setakat ini, aktiviti di peringkat kawasan berjalan dengan baik seperti di Miri, Bintulu dan beberapa tempat lagi yang aktif dengan pengisian dan program parti.

“PAS Sadong Jaya juga ada aktiviti seperti program korban baru-baru ini dan saya ucap terima kasihlah kepada PAS Terengganu yang menyumbang seekor lembu korban itu.

“Pemuda PAS agak aktif di sana (Sadong Jaya) dan masa depan PAS semakin cerah di Sarawak,” ujarnya

Sumber BO - 15-10-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

The Difficulty To Remove Trash Causes Clogged Drains

Kampung residents of Batu Satu complained of difficulty to throw garbage from their homes because only one large trash found at the entrance to their village. We find some of them had to throw garbage into the ditch close their homes this can lead to clogged drains with garbage.

According to the villagers who do not want to be named said they had complained the matter to local authorities but their reasons garbage truck is difficult to enter the village because the road is too narrow for garbage truck.

Local authorities should look for alternative ways to help residents dispose of garbage at the strategic as large bins placed near the road to the residential housing or small dump trucks used to pick up trash at residential population.

Besides, the problem of clogged drainage channels also noteworthy as to prevent the breeding of mosquitoes occurs if water is difficult to flow out. Although there are some concrete trench but it’s only half-way. Concrete trench must be completed in full along the driveway of the village so that the water can flow smoothly.

We urge local authorities to take note of this population problem immediately by providing bins in each residence and also for the safety and health of the population there to secure from the threat of pollution and illness. Cooperation with local authorities to resolve this issue is greatly appreciated.

Yours faithfully

Jofri Jaraiee
Sarawak PAS Commissioner cum Miri PAS Chief

VERSI BM

Kesukaran untuk membuang sampah punca parit tersumbat

Penduduk Kampung Batu Satu mengadu masalah kesukaran untuk membuang sampah dari tempat kediaman mereka kerana hanya satu tong sampah besar terdapat di jalan masuk ke kampung mereka. Kita dapati ada diantara mereka terpaksa membuang sampah kedalam parit yang berdekat dengan kediaman mereka ini boleh menyebabkan parit tersumbat dengan sampah.

Menurut penduduk kampung yang tidak mahu namanya disiarkan mengatakan mereka pernah mengadu masalah ini kepada pihak berkuasa tempatan tapi alasan mereka lori angkut sampah sukar untuk masuk kerana jalan kampung terlalu sempit untuk lori angkut sampah.

Pihak berkuasa tempatan seharusnya mencari jalan alternatif untuk memudahkan penduduk kampung membuang sampah ditempat yang strategik seperti tong sampah besar diletakkan berdekatan dengan kediaman perumahan atau jalan untuk lori sampah yang kecil digunakan untuk mengambil sampah ditempat kediaman penduduk.

Disamping itu masalah saluran peparitan tersumbat juga perlu diberi perhatian kerana untuk mengelak pembiakan nyamuk berlaku sekiranya air sukar untuk mengalir keluar. Walaupun terdapat sebahagian parit kongkrit tetapi ianya separuh jalan saja. Parit kongkrit perlu disiapkan sepenuhnya sepanjang jalan masuk kampung tersebut supaya pengaliran air dapat berjalan lancar.

Kita mengesa pihak berkuasa tempatan mengambil perhatian masalah penduduk ini dengan segera dengan menyediakan tong sampah disetiap kediaman dan juga demi keselamatan dan kesihatan penduduk disitu agar terjamin dari ancaman pencemaran dan penyakit. Kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan mengatasi masalah ini amat dihargai.

Sumber BO - 4-10-206

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------










































RUU 355: Hormati hak orang Islam laksana agamanya

JOFRI JARAIEE | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42654-ruu-355-hormati-hak-orang-islam-laksana-agamanya

KENYATAAN beberapa pemimpin Melayu dan Bukan Islam yang tidak bersetuju dengan RUU (Rang Undang-Undang) 355, yang bertujuan untuk meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah adalah dikesali.

Apabila RUU 355 dibawa ke sidang parlimen untuk dibahaskan maka ia bukanlah melanggar Perlembagaan Persekutuan seperti yang dituduh oleh sesetengah pemimpin. Kalau bercanggah dengan perlembangaan maka ia tidak perlu dibahas dan hanya perlu dilaksanakan tanpa dibawa ke sidang parlimen.

RUU 355 hanya untuk menaik taraf undang-undang syariah selari dengan undang-undang sivil dan khas untuk Muslim yang melakukan kesalahan jenayah mengikut perundangan Islam.

Mengapa masih ada orang mempertikaikan undang-undang Islam sedangkan ia bertujuan untuk mencegah penjenayah daripada melakukan kekacauan dan keharmonian di negara ini. Alasan mereka sebab mengapa perlu ada dua hukuman yang berlainan sedangkan mereka melakukan jenayah yang sama.

Kalau hanya ikut satu set undang-undang saja maka mengapa perlu ada mahkamah syariah dan juga Undang-Undang pada Tanah Adat Bumiputera di Sarawak sebagai contoh. Mengapa tidak selaraskan saja satu rang undang-undang negara, biar sama-sama menerima hukuman yang sama tanpa mengira bangsa dan agama.

Tentu ramai yang tidak setuju disebabkan berlainan fahaman dan kepercayaan, jadi sebaiknya bagi mereka yang tidak tahu hak dan adat budaya sesuatu kaum sepatutnya jangan mencampuri urusan agama dan adat sesuatu kaum kalau mahu melihat rakyat dalam negara ini hidup bersatu dan harmoni.

PAS juga mengesa kepada Mufti Sarawak agar dapat memberi nasihat dan teguran kepada umat Muslim yang jahil dengan agama Islam agar jangan bercakap sesuatu perkara yang boleh merosakkan akidah mereka.

PAS Sarawak menyokong penuh RUU 355 ini agar dapat diberi peluang dibahaskan di sidang parlimen agar mereka yang tidak faham atau tidak puas hati dengan RUU 355 ini diberi peluang untuk berdebat.

Kepada yang bukan Islam tolong hormati hak umat Muslim dan jangan cuba mencampuri urusan agama Islam seperti mereka juga tidak suka kita mencampuri urusan agama mereka. Kita perlu sering hormat menghormati antara satu sama lain walaupun kita mempunyai kepercayaan yang berlainan .

Negara ini mengamalkan sistem demokrasi, mengapa mesti menyekat hak sesuatu kaum dan agama
daripada mengamal ajaran agama mereka. Ini adalah hak umat Muslim untuk melaksanakan tuntutan agama mereka dan kita juga menyeru pemimpin umat Muslim tanpa mengira bangsa dan fahaman politik sama-sama memberi sokongan pada RUU355 ini.

Sebagai seorang penganut agama Islam sepatutnya mereka tahu hak mereka sebagai penganut agama Islam tanpa perlu takut akan kedudukan mereka kerana jawatan dan kuasa itu boleh hilang bila-bila masa. Mereka tidak sepatutnya ikut arahan manusia  tanpa memikir kesan dari perbuatan mereka di akhirat kelak. – HARAKAHDAILY 29/9/2016

Sumber HD - 29-9-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------













































PAS sentiasa hormati adat budaya berbagai kaum

JOFRI JARAIEE | .





http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42538-pas-sentiasa-hormati-adat-budaya-berbagai-kaum

PERAYAAN pertengahan musim luruh atau perayaan Kuih Bulan disambut pada hari ke-15 bulan ke-8 kalendar Cina, yang pada akhir bulan Ogos hingga akhir September. Ia selalunya hampir dengan ekuinoks musim luruh. Perayaan Kuih Bulan merupakan salah satu perayaan terpenting selain Tahun Baru Cina.

PAS Miri bersama dengan AJK PAS Pusat Dr Mohd Zuhdi Marzuki baru-baru ini telah mengedar kuih bulan kepada masyarakat Cina di kawasan bandaraya Miri dan sekitar kawasan perumahan di Taman Tunku di Lambir.

Sambutan yang diterima oleh masyarakat Cina di Miri amat mengalakkan kerana PAS sudah biasa mengedarkan kuih bulan pada setiap tahun di musim perayaan Kuih Bulan. Ini membuktikan PAS bukan sebuah parti yang ekstremis seperti digambarkan oleh sesetengah pihak.

PAS akan sentiasa mendekati masyarakat berbilang kaum di negara ini tanpa mengira bangsa dan agama. PAS sentiasa menghormati adat budaya dan kepercayaan masing-masing supaya rakyat dapat menerima PAS dengan baik walaupun ditohmah dengan berbagai-bagai fitnah tetapi semua itu tidak menghalang PAS untuk terus berdakwah dan memberi sumbangan kebajikan kepada masyarakat yang berbilang kaum dan agama dalam negara ini.

Apabila kita sudah mengenali adat budaya dan kepercayaan masing-masing ini akan memudahkan kita saling menghormati antara satu sama lain tanpa rasa prajudis. Inilah cara PAS mendekati rakyat dan cara penyelesaian terbaik untuk rakyat berbilang kaum dan agama dapat bersatu dengan hidup aman dan harmoni dalam negara ini. – HARAKAHDAILY 19/9/2016

Sumber HD -19-9-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS Is Increasingly Accepted By Local Residents

Although many accusations and slander thrown upon Sarawak PAS but the local population is increasingly accept PAS coming to Sarawak. Local residents can observation the activities that PAS is more to charity and keep moving with the local community.

Recently PAS Miri and PAS Sibuti has been to Bekenu to meet some local residents who are interested to jointly fought with PAS. They have been watching the movement of PAS working with local communities. They are very interested in the welfare activities organized by PAS with local communities even though the election is over, but PAS community activities continued.

According to one of the villagers who wished to remain anonymous said that many promises of Barisan Nasional (BN) which has not been fulfilled. He gave examples such as village roads are partially completed and some are still not fully paved even during the last general election there are MPs who promised to tar all village roads with tar but until today there is still a village road that has not been fully completed.

They are fed up with promises of elected representatives during the election that have not been able fulfilled. They are convinced by joining opposition parties like PAS they can convey their concerns to the attention of the government. With the participation of local residents, PAS convinced that one day, PAS can bring local people’s problems more effectively in the assembly / parliament. This is expectations of the people and PAS solution for the people.

PAS will always be with the people, regardless of time and will continue to fight for the welfare of the people regardless of race and religion.

Yours faithfully
Jofri Jaraiee
Sarawak PAS Commissioner cum Miri PAS Chief

VERSI BM

PAS semakin diterima oleh penduduk tempatan
MIRI – Walaupun berbagai tohmahan dan fitnah dilemparkan keatas PAS Sarawak namun penduduk tempatan semakin menerima kedatangan PAS ke Sarawak. Penduduk tempatan dapat melihat sendiri aktiviti PAS yang lebih kepada kebajikan dan terus bergerak bersama masyarakat setempat.

Baru-baru ini PAS Miri dan PAS Sibuti telah berkunjung ke Bekenu untuk berjumpa dengan beberapa penduduk tempatan yang berminat untuk bersama-sama berjuang bersama PAS. Mereka sudah lama memerhati gerak kerja PAS bersama masyarakat tempatan. Mereka amat tertarik dengan aktiviti kebajikan yang dianjurkan oleh PAS bersama masyarakat tempatan walaupun pilihan raya sudah berlalu tetapi aktiviti PAS bersama masyarakat tetap diteruskan.

Menurut salah seorang penduduk kampung yang tidak mahu namanya disebut menyatakan banyak janji-janji wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang masih belum ditunaikan. Dia memberi contoh seperti jalan kampung yang separuh siap dan ada yang masih belum berturap sepenuhnya walaupun semasa pilihan raya umum lalu ada Ahli Parlimen yang berjanji akan menurapkan semua jalan kampung dengan tar tetapi sehingga hari ini masih lagi terdapat jalan kampung yang belum siap sepenuhnya.

Mereka sudah bosan dengan janji-janji wakil rakyat semasa pilihan raya yang belum dapat tunaikan. Mereka yakin dengan menyertai parti pembangkang seperti PAS mereka dapat menyuarakan masalah ini kepada perhatian pihak pemerintah. Dengan penyertaan penduduk tempatan ini, PAS yakin suatu hari nanti, PAS boleh membawa masalah rakyat tempatan dengan lebih berkesan lagi dalam sidang DUN/Parlimen. Ini harapan rakyat dan penyelesaian PAS untuk rakyat.

PAS akan sentiasa bersama rakyat tanpa mengira waktu dan akan terus berjuang untuk kebajikan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

Sumber BO - 11-9-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------















































Zika: Antara 400 miskin tegar dan RM650 juta taman tugu

M AZWANI ABD RANI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/lain-lain/42421-zika-antara-400-miskin-tegar-dan-rm650-juta-taman-tugu

KHAZANAH Nasional adalah merupakan institusi dana pelaburan strategik Kerajaan Malaysia, peranan yang hampir sama dimainkan 1MDB. Baru-baru ini, Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) telah mengeluarkan laporan keadaan isi rumah berkaitan pendapatan isi rumah, tenaga kerja, pemilikan hartanah dan lain lain yang berkaitan.

Antara perkara yang terdapat dalam laporan ini adalah pendapatan isi rumah Malaysia bagi tahun 2014 meningkat sebanyak RM1,141 kepada RM6,141 sebulan berbanding RM 5,000 pada 2012, hasil peningkatan sumbangan pemindahan tunai seperti pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) serta hartanah dan pelaburan.

Mengikut Laporan Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) bertajuk Keadaan Isi Rumah II, kadar peningkatan kelompok kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah adalah yang paling pantas. Lebih menakjubkan lagi jumlah isi rumah yang tergolong dari kelompok miskin tegar hanyalah 400. Ya, 400 sahaja!!!

Jumlah ini agak berbeza berbanding dengan jumlah miskin tegar, sebagaimana dilapor oleh Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga, Datuk Fatimah Abdullah, di Sarawak sahaja jumlah miskin tegar adalah seramai 110,292 isi rumah (pada 2014). Malahan kerajaan Perak sendiri mempersoalkan angka dalam laporan ini, yang meletakkan negeri itu kedua termiskin dengan pendapatan 81% adalah dibawah RM6K.

 Rujukan:
http://www.hmetro.com.my/node/162771 ( Harian Metro-Hanya 400 masih miskin tegar)
http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/utara/perak-negeri-kedua-termiskin-laporan-kri-tidak-logik-1.559252
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Sabah_&_Sarawak/20140929/wb_03/110292-isi-rumah-miskin-tegar-di-Sarawak---Fatimah
http://www.utusansarawakonline.com/news/35573/2500-miskin-tegar-miskin/

Tatkala kredibiliti laporan KRI dipersoal, rakyat dikejutkan pula dengan laporan projek Taman Tugu bernilai RM650 juta, hasil sumbangan sosial korporat Khazanah. Maka persoalan bermain diminda rakyat, adakah laporan Khazanah melalui KRI telah digunapakai sebagai justifikasi untuk pelaburan Tama Tugu ini?

Adalah lebih elok, dalam keadaan ekonomi kian buruk ini, jumlah pelaburan projek ini digunakan untuk membantu rakyat miskin dalam negara. Bayangkan jika 400 isi rumah ini diberi RM1 juta (400 x RM1 juta), secara automatik jumlah miskin tegar negara, kalau mengikut data KRI, akan menjadi sifar. 400 isi rumah ini akan terus berdiri sebaris dengan jutawan sukan negara yang berjaya di Olimpik lalu.

Di Sarawak, tatkala UPSR baru bermula, sebuah sekolah SK Bario hangus dijilat api. Kalaulah peruntukan CSR Khazanah sebanyak 2 juta mampu disalurkan, pasti fasiliti baru bakal dinikmati penduduk di sana.

Khazanah Nasional perlulah melihat sekali lagi keperluan pelaburan Taman Tugu ini dan projek ini harus dibatalkan serta merta dan kewangan ini disalur ke arah membantu keperluan rakyat Malaysia yang memerlukan.

Jangan nanti, hanya mengenyangkan kontraktor-kontraktor yang dekat dengan Umno/BN, menyapu bersih dari tender pembinaan dan tender membekal buruh PATI 1.5 juta yang dibekalkan agen lantikan kroni, tatkala rakyat dihimpit masalah ekonomi yang amat mendesak.

Jangan nanti disaat rakyat bimbang dengan virus Zika, rakyat kebanyakan menganggap pula, pemimpin dalam Khazanah Nasional kini sudah hilang akal dan iman. Sesuai diberi nama virus “ZIKHA” - ZERO IMAN/INTELLIGENCE KHAZANAH. – HARAKAHDAILY 6/9/2016

Penulis ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Sarawak dan Pengerusi Lajnah Ekonomi PAS Sarawak

Sumber HD - 6-9-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

















































Tahniah Sharbini, kini giliran Gani Patail diganti?

HARAKAHDAILY | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42274-tahniah-sharbini-kini-giliran-gani-patail-diganti

Polemik isu penamatan khidmat pengurusan Petronas anak Sarawak menimbulkan kebimbangan dan refleksi pantas Ketua Menteri dan komen keras pembangkang dan NGO Sarawak.

Untuk rekod, Pesuruhjaya PAS Sarawak dan Ketua Pemuda PAS Sarawak merupakan mantan pekerja syarikat konglomerat terkemuka kebanggaan Malaysia ini. Tindakan keras dan pantas melalui moratorium harus dihormati kerana ia kuasa autonomi kerajaan negeri.

Namun, seperti penegasan Pesuruhjaya PAS Sarawak, tindakan yang diambil perlu memastikan hak anak tempatan seimbang dengan pertumbuhan dan operasi perniagaan syarikat.

Selain isu ramai pekerja bukan rakyat Sarawak diambil dalam syarikat minyak dan gas, kita juga dapati terdapat juga ramai tenaga mahir dan separa mahir dari luar diambil bekerja di sektor peladangan dan perindustrian.

Pelantikan Sharbini Suhaili, kini Naib Presiden Kumpulan Petronas bagi Kesihatan, Keselamatan, Sekuriti & Alam Sekitar (HSSE), sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Kumpulan Sarawak Energy mengambil alih jawatan daripada Datuk Torstein Dale Sjotveit berikutan penamatan kontrak, amatlah dialu-alukan bagi membuktikan keupayaan anak Sarawak mengetuai konglomerat besar dalam negeri. Tahniah!

Namun, semakan di laman web, masih ada beberapa jawatan peringkat tinggi di beberapa GLC Sarawak masih diisi warga luar Sarawak. Sewajarnya usaha memberi peluang anak tempatan di posisi lebih baik harus menjadi keutamaan bagi memajukan negeri Sarawak,
http://www.cmsb.com.my/y-d-h-dato-richard-alexander-john-curtis/ (Datuk Richard Alexander John Curtis)
http://www.sarawak-hidro.com/Pages/boardOfDirectors.aspx (Tan Sri Gani Patail)

Malahan dengan isu terkini berkait dengan Pengerusi Sarawak Hidro, Kerajaan Sarawak harus bijak membuat keputusan segera bagi mengelakkan kredibiliti terhakis.

Masa untuk semua NGO dan rakyat Sarawak terus bergerak.

MOHD AZWANI ABDUL RANI
Timbalan Pesuruhjaya PAS Sarawak - HARAKAHDAILY 25/8/2016

Sumber HD - 25-8-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Single Mothers Need Monthly Assistance And Permanent Residence

A single mother Mrs. Butet Ahmad who lives with her 6 children dire need a monthly assistance as well as a permanent home to resume their daily lives.

She lives with her children, aged from 7 years to 18 years in dire need of help and permanent residence and comfortable. Since she lost her husband three years ago she had to rent a dilapidated house in Jalan Tanjung Batu Kampung Pujut Padang Kerbau with her children. She has three sons and three daughters.

Her eldest daughter secondary school leavers had to work in a shoe store to earn a living for their families. Ms. Butet only sells the fish and helps deliver goods sold in the market. Her income is certainly not sufficient to cover the needs of her children’s school and their daily needs.

Now she rented in an old house in the village of Pujut Padang Kerbau and of course at any time be moved if she is unable to pay the monthly rent and other bills.

Her 7-year-old son is out of school because there are still problems with the registration of births, while his sisters and his brothers there are no problems with the birth registration. His case is still in the process of regaining their citizenship rights because of his father died three years ago. His father is a Malaysian and his son should directly recognize as a Malaysian.

We urge the Sarawak Welfare Department and the Baitulmal can provide monthly assistance to this family, especially his children who are still in school. They also have the right to be given assistance because the children of late Mansur Japal are a Malaysian citizen.

The authorities should pay attention to the plight of the orphans so that they can continue their lives better even if they’ve lost a dependent. They also need a permanent residence because they can be told to get out of their rented house if they fail to pay their rent.

We hope that the parties responsible for the affairs of the community can pay a visit to the residence of Mrs. Butet in Kampung of Pujut Padang Kerbau to get more information about the fate of this family.

Cooperation with the authorities to solve these family problems is greatly appreciated.

Yours faithfully

Jofri Jaraiee
Sarawak PAS Commissioner cum Miri PAS Chief

Puan Butet Ahmad no. 2 ditengah dari sebalah kanan bersama anak-anaknya.

VERSI BM

Ibu Tunggal Memerlukan Bantuan Bulanan Dan Tempat Tinggal Tetap
Seorang ibu tunggal Puan Butet Ahmad yang tinggal bersama 6 orang anaknya amat memerlukan bantuan bulanan serta tempat tinggal tetap untuk meneruskan kehidupan harian mereka.
Beliau tinggal bersama dengan anaknya yang berumur dari 7 tahun hingga 18 tahun amat memerlukan bantuan dan tempat tinggal yang tetap dan selesa. Sejak beliau kehilangan suaminya 3 tahun yang lalu dia terpaksa menyewa rumah usang di Jalan Tanjung Batu Kampung Pujut Padang Kerbau bersama anak-anaknya. Beliau memiliki 3 orang anak lelaki dan 3 orang anak perempuan.
Anak sulung beliau seorang gadis lepasan sekolah menengah terpaksa bekerja di sebuah kedai kasut untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga. Pn Butet hanya menjual ikan serta membantu menghantarkan barang jualan di pasar. Pendapatan beliau sudah tentu tidak mencukupi untuk menampung keperluan sekolah anak-anaknya dan keperluan harian mereka.

Sekarang beliau menyewa di sebuah rumah usang di kampung Pujut Padang Kerbau dan sudah tentu pada bila-bila masa akan dipindahkan sekiranya beliau tidak mampu membayar sewa bulanan dan lain-lain bil.

Seorang anaknya yang berumur 7 tahun masih tidak bersekolah disebabkan ada masalah dengan pendaftaran kelahiran sedangkan kakak-kakaknya dan abang-abangnya tiada masalah dengan pendaftaran kelahiran. Kes anaknya ini masih dalam proses untuk mendapatkan semula hak kerakyatan disebabkan ayahnya telah meninggal 3 tahun lalu. Ayahnya adalah rakyat Malaysia dan sepatutnya anaknya secara langsung diiktiraf sebagai rakyat Malaysia.

Kita mengesa pihak Jabatan Kebajikan dan Baitulmal Sarawak boleh memberi bantuan bulanan kepada keluarga ini terutama sekali kepada anak-anaknya yang masih bersekolah. Mereka juga ada hak untuk diberi bantuan sebab anak-anak arwah Mansur Japal adalah warganegara Malaysia.

Pihak yang berwajib perlu memberi perhatian dengan nasib yang menimpa anak-anak yatim ini agar mereka dapat meneruskan kehidupan mereka dengan lebih baik lagi walaupun mereka sudah kehilangan tempat bergantung. Mereka juga perlu tempat tinggal yang tetap kerana mereka boleh disuruh keluar dari rumah sewa mereka sekiranya mereka gagal menjelaskan sewaan mereka.

Pihak kami mengharap agar pihak yang bertanggungjawab dalam hal ehwal kemasyarakatan boleh berkunjung ke tempat kediaman Pn Butet di Kampung Pujut Padang Kerbau untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang nasib yang menimpa keluarga ini.Kerjasama dengan pihak berwajib untuk menyelesaikan masalah keluarga ini amat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

Sumber BO - 20-8-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mahkamah tolak rayuan 3 individu untuk keluar Islam
Posted on Thursday, August 18 @ 07:50:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah                                                                                                                                                                                                                                                      

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31382

Mahkamah Rayuan di Kuching, Sarawak hari ini menolak rayuan oleh tiga individu berasal negeri ini yang ingin keluar dari Islam.

Mereka ialah Jenny Peter@Nur Muzdhalifah Abdullah, Tiong Choo Ting@Mohd Syafiq Abdullah dan Salina Jau Abdullah. Kesemua mereka diwakili oleh peguam yang juga Ketua PKR Sarawak, Baru Bian.

Mereka menamakan pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak, Majlis Islam Sarawak dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sebagai responden.
Ketiga-tiga mereka mahu Jabatan Agama Islam Sarawak dan majlis berkenaan untuk mengeluarkan surat murtad kepada para pemohon yang mahu keluar dari Islam.
Mereka turut memohon agar Ketua Pengarah JPN menukar nama-nama Islam pemohon kepada nama-nama asal mereka.
Panel tiga anggota yang diketuai oleh Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat memutuskan persoalan sama ada mereka boleh meninggalkan Islam atau sebaliknya dibawa ke Mahkamah Syariah.
Hakim ialah Datuk Dr Badariah Sahamid dan Hakim Datuk Kamardin Hashim.
Nasib mereka adalah berbeza dengan Rooney Rebit dengan Mahkamah Tinggi di Kuching pada 24 Mac yang lalu menganugerahkan semakan kehakiman itu dan memutuskan beliau mempunyai hak perlembagaan untuk memilih agamanya. Keputusan itu dibuat sebelum pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini.
Mahkamah Tinggi kemudiannya tidak bersetuju dengan penegasan JPN bahawa Rooney @ Azmi Mohamad Azam memerlukan surat murtad dari Mahkamah Syariah untuk menukar agamanya.
Dalam kes Rooney, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak turut campur tangan dan memberi jaminan kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem bahawa JPN akan menggugurkan rayuannya terhadap lelaki Bidayuh tersebut.
Halangan kebebasan beragama
Peguam Baru menyifatkan keputusan dalam kes tiga individu tersebut sebagai halangan kepada kebebasan beragama di Sarawak.
Baru berkata, para pemohon yang pada asalnya bukan Islam telah keluar dari Islam selepas bercerai atau kematian pasangan.
"Ketiga-tiga telah bersumpah dalam akuan bersumpah bahawa mereka tidak lagi mengamalkan ajaram agama Islam," kata Baru dalam kenyataan hari ini.
"Isu utama di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan adalah sama ada Mahkamah Syariah atau Mahkamah Sivil mempunyai bidang kuasa dalam kes sedemikian.

"Hujah kami ialah memandangkan para pemohon bukan lagi beragama Islam, seperti yang tertera dalam akuan bersumpah, Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa ke atas mereka."                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                     Sumber TKO - 18-8-2016                  
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















































Beri tanah Sarawak kepada rakyat, bukan pelabur asing

HARAKAHDAILY | .


 http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42135-beri-tanah-sarawak-pada-rakyat-bukan-pelabur-asing                                                                                                                                                                                                                                                                                                   PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) mengikuti dengan dekat isu pengambilan pekerja asing dan ramai pekerja bukan rakyat Sarawak diambil bekerja dalam syarikat minyak dan gas yang semakin hangat dibincangkan.

Pada dasarnya PAS Sarawak bersetuju Kerajaan Sarawak menuntut hak diberi sama rata kepada rakyat Sarawak untuk diberi keutamaan bekerja di syarikat itu.

Perkara ini perlu dibincang secara profesional antara syarikat berkenaan dengan Kerajaan Sarawak dalam situasi menang-menang agar operasi syarikat tidak terganggu. Jutaan ringgit akan hilang disebabkan operasi terhenti dalam sehari.

PAS merasakan bahawa isu ini perlu dilihat secara holistik. Selain isu ramai pekerja bukan rakyat Sarawak diambil dalam syarikat minyak dan gas, kita juga dapati terdapat juga ramai tenaga mahir dan separa mahir dari luar diambil bekerja di sektor peladangan dan perindustrian termasuk juga profesional asing dalam GLC Kerajaan Negeri seperti Sarawak Energy dan CMS.

Kerajaan juga memberi keutamaan kepada pelabur asing untuk menggunakan buruh asing bekerja di syarikat mereka kerana mereka sanggup diberi gaji yang rendah daripada penduduk tempatan.

Isu pemilikan tanah untuk rakyat Sarawak terutama peribumi dan penduduk asal Sarawak juga perlu diberi perhatian oleh kerajaan Sarawak selain permit pekerja asing. Sehingga kini banyak tanah NCR yang bertukar status menjadi tanah zon campuran atau tanah kerajaan digunakan oleh pemaju dan pelabur asing menerokai tanah penduduk tempatan.

Kerajaan Sarawak sepatutnya memberi keutamaan kepada rakyat tempatan dan bumiputera Sarawak dahulu sebelum diberi kepada pemaju dan pelabur asing untuk dimajukan. PAS khuatir suatu hari nanti tanah dan hak milik rakyat Sarawak akan bertukar tangan kepada pemaju @ kapitalis dan pelabur asing yang menguasai ekonomi Sarawak.

Walaupun Kerajaan Sarawak mempunyai tanah yang luas tetapi berapa ramai rakyat Sarawak diberi hak milik oleh kerajaan Sarawak sehingga kini?

Mengapa sehingga kini masih ramai rakyat Sarawak tidak memiliki tempat kediaman sendiri dan tempat bercucuk tanam sendiri tanpa bergantung kepada kerajaan dan syarikat swasta untuk dibangunkan.

Masih ramai penduduk asal Sarawak yang masih menumpang dan menjadi penduduk setinggan di tanah air sendiri. Apa yang kerajaan lakukan untuk mereka ini?

Perkara inilah yang perlu diberi perhatian kerana tanah dan hutan adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Sarawak bukannya di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan maka inilah masanya kerajaan Sarawak menggunakan hak mereka untuk membantu membangunkan rakyat Sarawak tanpa perlu campur tangan asing.

Begitu juga dengan isu pendidikan pengajian tinggi. Berapa ramai rakyat tempatan Sarawak yang mampu belajar di kampus atau universiti swasta di Sarawak dengan kos yang tinggi.

Walaupun universiti itu didirikan di Sarawak oleh syarikat swasta tetapi rakyat Sarawak yang kurang berkemampuan hanya mampu tengok dari luar saja dan hanya segelintir saja rakyat Sarawak yang mampu belajar di universiti swasta tersebut.

Kerajaan Sarawak sepatutnya memberi keutamaan kepada rakyat Sarawak terlebih dahulu dengan kuasa yang mereka miliki dengan memberi peluang kepada pelajar Sarawak yang kurang berkemampuan belajar di universiti swasta tempatan.

PAS menggesa kerajaan Sarawak di bawah kepimpinan Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem menyelesaikan dulu isu rakyat Sarawak yang masih belum memiliki hak milik tanah dan tempat untuk bercucuk tanam daripada menggunakan tanah rakyat peribumi untuk dibangunkan oleh pihak pemaju dan pelabur asing.

Kita berhak menuntut hak kita tetapi jangan lupa apa yang ada di tangan kita sekarang sepatutnya dijaga sepenuhnya bukan menggunakan peluang untuk menindas rakyat yang masih memerlukan tempat tinggal dan tempat mereka mencari rezeki dengan memberi keutamaan kepada pelabur asing.

Kalau sekarang ini hak milik rakyat peribumi sendiri masih gagal dijaga oleh kerajaan Sarawak bagaimana pula apabila sudah diberi kuasa sepenuhnya nanti?

Apakah jaminan rakyat Sarawak terbela sekiranya berlaku salahguna kuasa dan hak milik peribumi Sarawak masih dikuasai oleh orang asing yang ada kepentingan dalam negara ini.

Jangan kita cuba lari dari mulut harimau tapi masuk ke dalam mulut buaya, tanpa kita sedari pemainan pihak kapitalis untuk menguasai tanah air Sarawak dengan mengguna isu autonomi sedangkan kerajaan sekarang adalah diperintah oleh rakyat Sarawak sendiri bukannya orang luar.

PAS bersetuju bahawa kerajaan diberi kebebasan untuk mentadbir dengan cara mereka sendiri tetapi jangan biarkan sesiapa menyalahguna kuasa di masa akan datang jika ia terlalu lama memerintah sehingga hak-hak orang asal, hak-hak Islam akan dipinggirkan akibat daripada dasar yang tidak saksama dengan budaya rakyat Sarawak.

Siapa yang yang akan berkuasa nanti sekiranya hak milik rakyat peribumi Sarawak terlepas ke tangan pelabur asing @ kapitalis? Fikir-fikirlah.

JOFRI JARAIEE
Pesuruhjaya PAS Sarawak – HARAKAHDAILY 11/8/2016                                                                                                                                                                                                                                       Sumber HD - 11-8-2016                                                                                                                            -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                    

The House Is Almost Dilapidated Waiting For Help Of Housing Assistance Program (PBR)

There are still many people in Miri city had problems getting a place to stay a comfy and safe. The unfavorable economic conditions and house prices are too expensive and not affordable then the problem continues to be a burden to the less fortunate.
Although the government have the Housing Assistance Program (PBR) to provide financial assistance and management to enable the target groups live in the house a more secure and comfortable than their dwellings in the past but the goal of this program has not yet reached the target to improve the quality of life of those who are in need of help.
One of the residents in Tudan Phase 5 Lutong, Jalan Kuala Baram Miri complains that their homes had almost obsolete and collapsed. Mr Maru Timin 60 years and his wife Mrs. Maliah Dris 62 years in dire need of immediate assistance to repair their houses that is dilapidated. Maru worked as a security guard and his wife Maliah is not working just take care of their grandchildren who are still small.
According to Maru they ever applied for assistance to rebuild their dilapidated house, but to date, no answer is received from the relevant authorities. Maliah his wife also begged the Welfare Department and the Baitulmal can provide monthly assistance to their families because they also take care of their grandsons aged 8 years that is still not going to school.
They hope that their problem is given attention by the authorities so that the burden of daily life in their families can be reduced.
Besides, the problems that are clogged drains and ditch that are not fully completed causes the flash floods happen in their neighborhood. They apply the relevant authorities to immediately address this problem.
We urge the authorities and welfare organizations can see the condition of their homes in dire need of help. We also hope that their grandchildren aged 8 years old can learn in school like other children of his age.
Cooperation with the authorities and those concerned to resolve the people’s problems is greatly                  
Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak                                                                                                                                                                                                                                                    
VERSI BM                                                                                                                                                                                                                                                 
Masih ramai lagi penduduk di bandaraya Miri menghadapi masalah untuk mendapatkan tempat tinggal yang selesa dan selamat. Dalam keadaan ekonomi yang kurang baik serta harga rumah yang terlalu mahal dan tidak mampu dimiliki maka masalah ini terus menjadi bebanan kepada golongan yang kurang berkemampuan.                                                                                                                              
Walaupun kerajaan ada Program Bantuan Rumah (PBR) dengan menyediakan bantuan kewangan dan pengurusan bagi membolehkan kumpulan sasar mendiami rumah yang lebih selamat dan selesa berbanding tempat kediaman mereka yang lalu tetapi matlamat program ini masih belum mencapai sasaran untuk meningkatkan kualiti kehidupan mereka yang amat memerlu bantuan.                                                                
Salah seorang penduduk di Tudan Phasa 5 Lutong Jalan Kuala Baram Miri mengadu masalah tempat tinggal mereka yang hampir usang dan roboh. En Maru Timin 60 tahun dan isterinya Pn Maliah Dris 62 tahun amat memerlukan bantuan segera membaiki rumah mereka yang usang itu. Maru bekerja sebagai pengawal keselamatan dan isterinya Maliah tidak bekerja hanya menjaga cucu mereka yang masih kecil                                                                                                              
Menurut Maru mereka pernah memohon bantuan untuk membina semula rumah mereka yang usang itu tetapi sehingga kini tiada sebarang jawaban diterima dari pihak yang berkenaan. Isterinya Maliah juga merayu agar pihak Jabatan Kebajikan dan Baitulmal dapat memberi bantuan bulanan kepada keluarga mereka kerana mereka juga menjaga cucu lelaki mereka yang berumur 8 tahun yang masih belum bersekolah.                                                                                      
Mereka amat berharap masalah mereka ini diberi perhatian oleh pihak berkuasa agar bebanan kehidupan harian mereka sekeluarga dapat dikurangkan.                                                                                                            
Disamping itu masalah peparitan yang tersumbat dan parit yang tidak disiap sepenuhnya menyebabkan banjir kilat berlaku di kawasan perumahan mereka. Mereka memohon pihak yang berkenaan agar segera mengatasi masalah ini.                                                                                                          
Kita mengesa pihak berkuasa dan badan kebajikan dapat melihat sendiri keadaan rumah mereka yang amat memerlukan bantuan. Kita juga berharap cucu mereka yang berumur 8 tahun dapat belajar di sekolah seperti kanak-kanak lain yang seusia dengannya.                                                                                                             
Kerjasama dengan pihak berkuasa dan mereka yang berkenaan untuk mengatasi masalah rakyat ini amat dihargai.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                  Sumber BO - 28-7-2016                                                                                                                             ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                                                            

Congestion At Tudan Clinic Tudan Needs Attention

Congestion and difficulty of parking at Tudan clinics causes people had to wait that long to get treatment.
Parking problems in the area of Tudan clinic during peak hours causing many patients had to walk long distances and wait for long to get treatment.
Many patients who complain of this problem, especially those who had fasted before receiving treatment had to wait for a place to park their vehicles before treatment.
Disabled patients who had to walk and this can cause harm to the patient if they also had to wait for an opportunity to find a parking place near the clinic. Some are forced to park on the roadside which of course can cause traffic congestion.
To avoid congestion and parking difficulties we recommend that the government can provide free shuttle bus to the patient in need of treatment from Permy Mall area or the area around Lutong or around residential Tudan as a place to take patients seeking treatment to Tudan clinic.
This may be the best way to reduce congestion in Tudan clinic. With the availability of free bus shuttle this can indirectly reduce the burden on the patient wants to get treatment in the clinic.
People are not only facing a slowdown of the economy weakens even now they are forced to pay high costs to cover daily expenses. The government should be concerned about the problems faced by the people, especially the less fortunate.
We urge the government and those concerned can give serious attention on this issue because it has long been raised, but so far there has been no solution.
Cooperation with the government and those concerned to overcome congestion at Tudan clinics promptly is highly appreciated.
Yours faithfully
Jofri Jaraiee
Sarawak PAS Commissioner cum Miri PAS Chief
VERSI BM
Kesesakan di Klinik Tudan perlu diberi perhatian
Kesesakan dan kesukaran untuk meletak kenderaan di klinik Tudan menyebabkan orang ramai terpaksa menunggu giliran yang panjang untuk mendapatkan rawatan.
Masalah meletak kenderaan di kawasan klinik Tudan ketika waktu kemuncak menyebabkan ramai pesakit terpaksa berjalan jauh dan menunggu lama untuk mendapatkan rawatan.
Ramai pesakit yang mengadu masalah ini terutama mereka yang terpaksa berpuasa sebelum diberi rawatan terpaksa pula menunggu tempat untuk letak kenderaan mereka sebelum mendapatkan rawatan.
Pesakit yang kurang upaya yang terpaksa berjalan kaki dan ini boleh mendatangkan kemudaratan kepada pesakit tersebut sekiranya mereka juga terpaksa menunggu peluang untuk mencari tempat letak kereta ditempat yang berdekatan dengan klinik. Ada yang terpaksa meletak kenderaan di tepi jalan yang sudah tentu boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas.
Untuk mengelak kesesakan dan kesukaran untuk meletak kenderaan kita sarankan agar pihak kerajaan boleh menyediakan bas pengangkutan ulang alik percuma kepada pesakit yang memerlukan rawatan dari kawasan Permy Mall atau kawasan sekitar Lutong atau sekitar perumahan Tudan sebagai tempat mengambil pesakit yang ingin mendapatkan rawatan ke klinik Tudan.
Mungkin ini cara yang terbaik untuk mengurangkan kesesakan di kawasan klinik Tudan. Dengan adanya kemudahan bas pengangkutan ulang alik percuma ini secara tidak langsung dapat mengurangkan bebanan kepada pesakit yang ingin mendapat rawatan di klinik tersebut.
Rakyat bukan saja menghadapi masalah kegawatan ekonomi yang semakin merundum sekarang bahkan mereka terpaksa membayar kos yang tinggi untuk menampung pembelanjaan harian. Kerajaan perlu perihatin akan masalah yang dihadapi oleh rakyat terutama golongan yang kurang berkemampuan.
Kita mengesa pihak kerajaan dan mereka yang berkenaan dapat memberi perhatian yang serius tentang masalah ini kerana perkara ini sudah lama dibangkitkan tetapi sehingga kini belum ada jalan penyelesaian.
Kerjasama dengan pihak kerajaan dan mereka yang berkenaan untuk mengatasi masalah kesesakan di klinik Tudan dengan segera amat dihargai.                                                                                                                                                                                                                                                                                                 Sumber BO - 24-7-2016                                                                                                                                        --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



























































PAS ucap selamat menyambut Hari Sarawak

HARAKAHDAILY | .


  http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41924-pas-ucap-selamat-menyambut-hari-sarawak                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                              PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) ingin     mengucapkan Selamat Menyambut Hari Sarawak   yang telah digazetkan pada 22 Julai setiap tahun       oleh Kerajaan Negeri Sarawak. Tarikh 22 Julai         juga telah diisytiharkan sebagai cuti umum di       Bumi Kenyalang.

PAS Sarawak konsisten dan komited dalam  mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan Sarawak dalam Malaysia. PAS Sarawak juga menyokong agar hak-hak istimewa Sarawak yang terjamin dalam perjanjian dan dipersetujui         sebagaimana termaktub dalam perlembagaan terus dipelihara.

Sejarah menyaksikan bahawa Sarawak pernah berada di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei Darussalam dari tahun 1599 hingga 1842 sebelum diserahkan kepada pentadbiran Rajah Brooke dari     1842 hingga 1941.

Sarawak seterusnya sempat diperintah oleh Jepun dari 1941 hingga 1945 sebelum berada di bawah penjajahan Kolonial British dari 1946 hingga 22 Julai 1963.

Pada tarikh 22 Julai 1963, British telah menyerahkan pentadbiran kepada anak Sarawak dan tarikh             inilah diambil sebagai Hari Sarawak yang disambut pada hari ini. Seterusnya pada 16 September 1963, Sarawak telah bergabung bersama Persekutuan Tanah Melayu, Singapura (menarik diri pada 1965)           dan Borneo Utara (Sabah) untuk membentuk Persekutuan Malaysia.

PAS Sarawak juga menyeru dan menegaskan agar kestabilan, kemakmuran dan kehidupan aman           damai masyarakat majmuk di Sarawak akan dapat kekal dipelihara.

Kepelbagaian agama, bangsa dan rumpun etnik sewajarnya menjadikan rakyat Sarawak terus saling menghormati, saling menghargai dan saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain.

Selari dengan Perkara 3 dan Perkara 11 Perlembagaan Malaysia yang menyatakan bahawa Islam ialah agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di                            mana-mana Bahagian Persekutuan, maka PAS menegaskan bahawa perkara ini perlu terus dihormati       dan menjadi dasar dan pegangan bersama dalam kehidupan harmoni di Sarawak.

PAS juga ingin mengambil kesempatan menyeru agar Kerajaan Sarawak akan terus mentadbir negeri         ini dengan baik dan harus berganding bahu, bergerak bersama penuh dedikasi bersama seluruh lapisan rakyat termasuk parti-parti politik pembangkang.

Ini penting untuk memastikan Sarawak membangun dengan pesat, maju dan progresif seterusnya                          mencapai status ekonomi berpendapatan tinggi yang diimpikan dan dicita-citakan.

PAS Sarawak sekali lagi mengucapkan Selamat Menyambut Hari Sarawak 2016 dan bersama kita                 hayati lirik lagu rasmi kebesaran Sarawak 'Ibu Pertiwiku' berikut:

Sarawak Tanah Airku
Negeri Ku Tanah Air Ku Sarawak
Engkaulah Tanah Pusaka Ku
Tanah Tumpah Darah Ku
Ibu Pertiwi Ku

Rakyat Hidup Mesra dan Bahagia
Damai Muhibbah Sentiasa
Bersatu Berusaha Berbakti
Untuk Sarawak Ku Cintai

Sarawak Dalam Malaysia
Aman Makmur Rahmat Tuhan Maha Esa
Kekallah Sarawak Bertuah
Teras Perjuangan Rakyat
Berjaya Berdaulat.

MUKHTAR SUHAILI
(AJK PAS Pusat - mewakili Sarawak)

HJ JOFRI JARAIEE
(Pesuruhjaya PAS Sarawak)

22 Julai 2016 | 17 Syawal 1437H – HARAKAHDAILY 22/7/2016                                                                                                                                                                                                                                               Sumber HD - 22-7-2016                                                                                                                                     --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





























































PAS sampai mesej perpaduan, kesejahteraan Islam

JOFRI JARAIEE | .























http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41754-pas-sampai-mesej-perpaduan-kesejahteraan-islam


MIRI: Baru-baru ini PAS Miri telah melakukan lawatan bersama Aktivis Cina Muslim Dr Ann Wan
Seng  ke tokong-tokong Cina di sekitar kawasan Krokop Miri.

Tujuan lawatan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan antara kaum dan agama di samping menyampaikan mesej tentang Islam kepada Non-Muslim.

Kedatangan kami disambut baik oleh ahli persatuan tokong dan mereka sangat gembira dengan
kedatangan kami yang melawat tokong mereka.

Pihak kami juga menyampai terjemahan al-Quran dalam bahasa Mandarin kepada ahli persatuan untuk mereka memahami tentang ajaran Islam yang sebenarnya.

Pihak tokong juga memberi beberapa risalah tentang ajaran mereka kepada pihak kami. Apabila kita mengenal antara satu sama lain tentang budaya serta kefahaman antara agama masing-masing ianya
akan merapatkan lagi hubungan antara kaum dan agama dalam negara ini.

Semua ajaran agama mengajar manusia jadi baik dan kita perlu saling menghormati antara satu sama
lain supaya tidak berlaku salah faham antara agama.

Semoga dengan kunjungan hormat antara agama dan kaum ini akan dapat merapatkan lagi hubungan
antara kaum dan agama dalam negera ini.

PAS akan sentiasa terbuka dan sedia memberi penerangan tentang ajaran Islam kepada penganut
agama lain supaya tidak berlaku salah faham tentang ajaran Islam yang telah disalah tafsir oleh pihak tertentu selama ini.

PAS ingin menyampaikan mesej perpaduan dan kesejahteraan tentang Islam kepada semua penganut
agama lain agar mereka faham yang selama ini PAS bukanlah parti ekstrem seperti tuduhan pihak
yang tidak suka melihat PAS bertapak dalam negara ini.

Negara akan aman dan sejahtera apabila rakyat yang berbilang kaum dan agama saling menghormati
dan memahami ajaran agama dan kepercayaan masing-masing.

Pada kesempatan ini juga PAS Sarawak ingin sampaikan ucapan selamat berpuasa dan menyambut
Hari Raya Idul Fitri kepada semua kaum Muslim dan kepada yang non Muslim juga boleh meraikan bersama Hari Raya Idul Fitri dengan kunjung mengunjung sahabat Muslim yang meraikannya. – HARAKAHDAILY 3/7/2016

Sumber HD - 3-7-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Occupants Of Dilapidated Houses Need Help


The problem of the poor and the less fortunate to live in a comfortable and safe home is still a major
issue in Miri. Although the Barisan Nasional (BN) won big in the last general election but still cannot
solve the problem of people who need help.

According to residents interviewed there are BN representatives who came to their house to take
pictures and family information, but so far no action has been taken to help families who need help.

One of the villagers in Pujut Padang Kerbau complain they have long been waiting for the promise of
the parties concerned to restore the ancestral home of their father, who has more than 40 years.

Puan Noraini Hassan complains their problems to PAS so that their problems can be addressed by the authorities. They complain that their home had been somewhat obsolete and need to be repaired,
especially in the kitchen. Condition of their kitchen was badly damaged where the floor and wall and
roof is leaking.

She lives with her husband and 6 children together with in-law and two grandchildren. Two of her
children still do not attend school because her husband has no regular income. Because they do not
have a steady income they are expecting their house problems can be repaired completely.

They hope the authorities can help repairing their homes immediately. Eid are around the corner and
their home situation is not very safe if too many visitors come during the festive season.

We urge the welfare department and the Baitulmal could help ease the burden of the family, especially
when they also want to celebrate Idul Fitri soon.

We will always down to the ground and try to help solve the problems of the people, regardless of
time.

Cooperation with the parties concerned to resolve the people’s problems immediately is much
appreciated.

Yours faithfully
Jofri Jaraiee
Sarawak PAS Commissioner cum Miri PAS Chief

VERSI BM

Penghuni Rumah Usang Memerlukan Bantuan
Masalah penduduk miskin dan mereka yang kurang berkemampuan untuk tinggal di rumah selesa dan selamat masih lagi jadi isu utama di bandaraya Miri. Walaupun Barisan Nasional (BN) Sarawak
menang besar dalam pilihan raya umum yang lalu tapi masih lagi tidak dapat menyelesaikan masalah
rakyat yang memerlukan bantuan.

Menurut penduduk yang ditemui ada wakil rakyat BN yang datang ke rumah mereka mengambil
gambar serta maklumat keluarga tetapi sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil untuk
membantu keluarga yang memerlukan bantuan.

Salah seorang penduduk kampung di Pujut Padang Kerbau mengadu mereka sudah lama menanti
janji pihak yang berkenaan untuk membaik pulih rumah pusaka ayah mereka yang sudah lebih 40
tahun.

Puan Noraini Hassan mengadu masalah mereka kepada pihak PAS agar masalah mereka dapat diberi perhatian oleh pihak berkuasa. Mereka mengadu masalah rumah mereka yang sudah agak usang dan
perlu dibaik pulih terutama dibahagian dapur. Keadaan dapur mereka sudah rosak teruk dimana lantai
serta dinding dan atap sudah bocor.

Beliau tinggal bersama suami dan 6 orang anak berserta menantu dan 2 orang cucu. Dua daripada
anaknya masih belum bersekolah sebab suaminya tiada mempunyai pendapatan tetap. Disebabkan
mereka tidak mempunyai pendapatan tetap mereka amat mengharap masalah rumah mereka ini dapat dibaiki sepenuhnya.

Mereka berharap pihak berkuasa dapat memberi bantuan membaik pulih rumah mereka itu dengan
segera. Hari Raya Idul Fitri sudah hampir tiba dan keadaan rumah mereka juga tidak begitu selamat sekiranya terlalu ramai pengunjung datang pada musim perayaan ini.

Kita mengesa pihak jabatan kebajikan serta Baitulmal dapat membantu meringankan bebanan yang ditanggung oleh keluarga tersebut terutama disaat mereka juga ingin merayakan hari raya Idul fitri
tidak lama lagi.

Kita akan sentiasa turun padang dan cuba membantu mengatasi masalah rakyat tanpa mengira waktu.
Kerjasama dengan pihak yang berkenaan untuk mengatasi masalah rakyat ini dengan segera amat
dihargai.

Jofri Jaraiee

PAS Miri, Sarawak

Sumber BO - 23-6-2016



Pembunuhan kejam ahli politik perlu diambil tindakan tegas

Posted on Thursday, June 23 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30673


MIRI – Pembunuhan seorang ahli PKR di Miri amat mengejutkan ramai pihak. Bill Kayong, 

setiausaha politik kepada Ahli Parlimen Miri Dr Michael Teo, telah ditembak pada kira-kira 9 pagi
tadi ketika beliau berhenti di persimpangan yang sibuk di hadapan pusat komersial E-Mart di Senadin.
PAS mengesa pihak polis dapat menyiasat apa punca kes pembunuhan ini berlaku keatas ahli politik. 
Kes tembak dan lari pernah berlaku sebelum ini di bandaraya Miri dan sehingga ini belum ada 
sebarang tangkapan dibuat.

Tindakan tegas seharusnya diambil keatas mereka yang melakukan dan mereka yang mengupah pembunuhan kejam ini.

Sebelum ini mangsa pernah membantu PAS dalam pilihan raya umum ke13 lalu di parlimen Sibuti. 
Beliau merupakan seorang pejuang yang komited untuk memperjuangkan hak bumiputera di Sarawak. 
Kita kehilangan seorang rakan seperjuangan yang komited dalam memperjuangkan hak bumiputera Sarawak.
PAS Sarawak merakamkan ucapan takziah dan simpati keatas keluarga mangsa. Semoga mereka sabar menghadapi ujian yang berat ini dengan tabah.  Kita harap pembunuh tersebut berjaya ditangkap dan dibawa ke muka keadailan untuk dihukum dengan sewajarnya.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

Sumber TKO - 23-6-2016































































































































PAS gesa polis segera siasat pembunuhan Bill Kayong

JOFRI JARAIEE | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41645-pas-gesa-polis-segera-siasat-
pembunuhan-bill-kayong

Pembunuhan seorang ahli PKR di Miri amat mengejutkan ramai pihak. Bill Kayong, setiausaha politik kepada Ahli Parlimen Miri Dr Michael Teo, telah ditembak pada kira-kira 9 pagi tadi ketika beliau
berhenti di persimpangan yang sibuk di hadapan pusat komersial E-Mart di Senadin.

PAS menggesa pihak polis dapat menyiasat apa punca kes pembunuhan ini berlaku ke atas ahli politik.
Kes tembak dan lari pernah berlaku sebelum ini di bandaraya Miri dan sehingga ini belum ada
sebarang tangkapan dibuat.

Tindakan tegas seharusnya diambil ke atas mereka yang melakukan dan mereka yang mengupah pembunuhan kejam ini.

Sebelum ini mangsa pernah membantu PAS dalam pilihan raya umum ke-13 lalu di Parlimen Sibuti.
Beliau merupakan seorang pejuang yang komited untuk memperjuangkan hak bumiputera di Sarawak.
Kita kehilangan seorang rakan seperjuangan yang komited dalam memperjuangkan hak bumiputera Sarawak.

PAS Sarawak merakamkan ucapan takziah dan simpati keatas keluarga mangsa. Semoga mereka sabar menghadapi ujian yang berat ini dengan tabah.

Kita harap pembunuh tersebut berjaya ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan untuk dihukum
dengan sewajarnya. – HARAKAHDAILY 21/6/2016

Sumber HD - 21-6-2016

Pelantikan datuk bandar perlu bebas 

pengaruh politik






















































JOFRI JARAIEE | .


MIRI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Mohd Chee Kadir mahu dan berharap untuk melihat lebih banyak golongan profesional dilantik sebagai kaunselor dalam Majlis Bandaraya Miri (MBM). Beliau yang juga Timbalan Datuk Bandar Miri mengulas mengenai pelantikan datuk bandar
baru dan timbalannya yang akan tamat pada 30 Jun ini.

Kita bersetuju dengan cadangan tersebut termasuk lantikan datuk bandar dan timbalannya serta
kaunselor patut dilantik daripada kalangan profesional dan bukan daripada kalangan ahli politik. Ia
perlu bebas daripada pengaruh ahli politik dan dilantik daripada berbagai-bagai etnik tanpa mengira
bangsa, agama dan fahaman politik.

Pelantikan tersebut sudah pasti menimbulkan masalah apabila ada campur tangan ahli politik.
Baru-baru ini pun terdapat beberapa pertubuhuan bukan kerajaan serta ahli Parti Pesaka Bumiputera
Bersatu (PBB) mahu jawatan datuk bandar itu diisi oleh PBB ekoran parti itu telah banyak membantu kemenangan SUPP di bandaraya Miri dan Barisan Nasional dalam pilihan raya lalu.

Pelantikan ahli MBM sememangnya menjadi tanggungjawab kerajaan negeri tetapi yang menjadi persoalannya apabila kerajaan negeri cenderung melantik mereka yang mewakili parti masing-masing
maka timbul permasalahan sama ada mereka yang dilantik itu mewakili parti ataupun mewakili
penduduk setempat.

Perkara ini jelas membawa pelbagai masalah bahkan telah menyusahkan penduduk dikawasan
tersebut sekiranya mereka tidak menyokong parti yang diwakili oleh ahli majlis yang dilantik oleh
parti politik yang berkenaan.

Apabila ahli majlis yang dilantik mewakili parti masing-masing ia dianggap  bertentangan dengan
syarat lantikan kerana pelantikan ahli majlis seharusnya mewakili penduduk setempat agar masalah penduduk dapat disampaikan terus kepada kerajaan yang memerintah dan bukannya menjadikan
MBM sebagai agenda politik masing-masing.

Sepatutnya mereka ini bebas daripada mana-mana anggota parti politik sebab apabila waktu pilihan
raya mereka akan menggunakan kuasa MBM untuk mempengaruhi pengundi untuk mengundi calon
mereka dan parti politik yang mereka anggotai.

Kita mencadangkan agar golongan profesional yang dilantik terdiri dari mereka yang tidak terlibat
dengan mana-mana ahli parti politik agar mereka dapat menjalankan tugas dengan baik dan bebas
dari cengkaman ahli politik.

Lantikan datuk bandar dan ahli MBM perlu dilakukan 5 tahun sekali dan mereka perlu menjalankan
tugas mereka secara profesional dan tidak menyalahguna kuasa untuk agenda politik masing-masing.
Tugas mereka sama juga macam wakil rakyat dimana mereka seharusnya menjalankan tugas secara
telus dan adil tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.

Harap pelantikan datuk bandar dan ahli MBM boleh dikaji semula untuk menjadikan bandaraya Miri
lebih maju dengan cemerlang di masa akan datang. – HARAKAHDAILY 13/6/2016

Sumber HD - 13-6-2016

Walau kalah PRN, PAS teruskan bantu ibu tunggal

JOFRI JARAIEE | .


MIRI: Masalah penduduk yang tinggal di lereng bukit yang kurang diberi perhatian oleh pihak
kerajaan perlu ditangani segera. Ramai antara mereka sudah berpuluh tahun tinggal disitu tetapi ada
yang masih belum diberi hak milik tanah oleh pihak pemerintah dan mereka sukar untuk mendapatkan bantuan untuk membina rumah yang lebih selesa dan selamat untuk tempat tinggal.

Sebuah rumah usang yang terletak di pinggir lereng bukit memerlukan bantuan pihak kerajaan tetapi
tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak berkenaan sehingga berita ini sampai ke pengetahuan PAS
Miri.

Puan Rosia Usop seorang ibu tunggal tinggal bersama dengan dua orang anak lelakinya Azman dan
Ariz. Ayah mereka sudah lama meninggal dunia lebih kurang lima tahun yang lalu. Mereka sudah
tinggal dirumah peninggalan arwah ayah mereka lebih dari 15 tahun. Mereka pernah memohon
bantuan dari badan kebajikan untuk membina rumah baru tetapi tiada sebarang tindakan diambil memandangkan mereka hanya menumpang di tanah peninggalan arwah datuk mereka.

Keadaan rumah mereka sebelum ini amat teruk iaitu lantai rumah sudah reput, atap bocor dan beranda
di luar rumah pun hampir reput.  Pernah suatu ketika mereka terjatuh dari tangga akibat tangga licin.

Mereka mengadu masalah ini kepada pihak PAS kerana harapan mereka untuk mendapatkan bantuan
dari pihak kerajaan terlalu sukar dan penuh dengan birokrasi. Mereka masih memerlukan bantuan
untuk membina sebuah rumah baru yang selesa dan selamat untuk tempat tinggal.

PAS Miri dengan insiatif bersama NGO Khidmat Malaysia telah menyumbang sedikit bantuan
membaiki lantai, atap yang bocor serta membuat tangga beranda baru untuk rumah beliau.

Walaupun PAS gagal memenangi sebarang kerusi DUN semasa pilihan raya yang lalu ini bukan
bermakna PAS berhenti memberi bantuan khidmat masyarakat kepada mereka yang memerlukan.
Dengan sumbangan yang tidak seberapa ini, PAS tetap memberi bantuan semaksima mungkin kepada mereka yang memerlukan bantuan. PAS akan sentiasa turun padang bersama dengan masyarakat
setempat demi untuk memberi khidmat kepada mereka yang memerlukan bantuan kebajikan.

PAS mengesa kepada pihak kerajaan dan wakil rakyat yang sudah terpilih rajin-rajinlah turun padang
dan berjumpa dengan rakyat seperti mana mereka sibuk masa berkempen bertemu rakyat semasa
pilihan raya tempoh hari.

Mereka ada peruntukan dan elaun sebagai wakil rakyat maka sewajarnya mereka datang membantu
rakyat yang memerlukan khidmat mereka sebagai wakil rakyat. Janji mereka semasa kempen
seharusnya ditepati dan jangan setelah dipilih adalah sukar untuk dilihat selepas memenangi pilihan
raya.

Kita juga mengesa pihak kerajaan dan pihak yang berkaitan boleh membantu keluarga Puan Rosia
membina semula rumah mereka agar mereka dapat hidup aman dan selesa kerana rumah mereka
sekarang perlu dibina semula di tempat yang lebih selamat.

Seharusnya pihak kerajaan yang telah diberi mandat oleh rakyat dapat melaksanakan tugas dengan
adil tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. Kerjasama dengan pihak yang berkaitan
untuk menyelesaikan masalah ini amat dihargai. – HARAKAHDAILY 19/5/2016

Sumber HD - 19-5-2016




















































Village Roads Are Not Built Entirely Due To Different Political Ideologies

‘Adenan Team’ has been brilliantly successful at the last Sarawak General Election and Pehin Sri Haji Adenan bin Satem promises to be the Chief Minister of Sarawak to all people regardless of race and religion.

He also promised to focus on basic facilities in the rural areas such as building the road, electricity and clean water supply. Among the amenities are still the issues of the rural population is the road.

Although there are provisions to build roads in the villages has been carried out but there is still a
village road that partially completed or not provided to the residents of different political ideologies.

As a party who have been entrusted and the mandate by the people this problem should not happen
because all the people have the right given basic facilities even if they do not support a particular party during the last election. As a country that practices constitutional democracy where the people have the right to choose the party or anyone else as a government should not happen oppression on the people
of different political ideologies.

Mr. Ayup Kabul one of the villagers in Satap under Lambir constituency complained to the PAS a road
to his house is not built whereas the road to a neighbor’s house is paved till to their courtyard.

When he asked the contractor who built the road said they received instructions from village Headman
that the road to his house cannot be built up to his home courtyard because he supported the opposition.

He also met with village Headman for clarification but responses received is the direction of a
particular party. He was very disappointed with the undemocratic attitude practiced by the government
led by BN (Barisan Nasional) for not being able to do justice to its own people despite different
political ideology.

Now we want to ask the newly appointed Chief Minister of Sarawak why this should happen to the
people of Sarawak? He was given the opportunity to another term in power to rule Sarawak but why
his subordinates did not carry out their duties fairly and trust to the people? Not less than a term
already shows injustice in government.

Why Sarawakians themselves are persecuted due to he supported the opposition? Is it a crime for the
people to choose the party of their choice other than BN? If it is an offense, why should be held the elections? Where are the rights of Sarawak natives to elect a new government in the last general
election when its own people were denied basic amenities while when the government collects neither
taxes nor are there an exception to the supporters or the opposition?

We urge Tan Sri Datuk Adenan Satem as Sarawak Chief Minister can take action and reprove the
attitude of the newly elected representatives and community leaders who do not do justice to the
people who live in their own areas. Adenan Satem new government must be fair to all Sarawakians
even if they did not vote the BN but their rights as the people should be respected.

We also urge the relevant ministries to investigate this matter why occur injustice in the provision and
basic facilities to the people. Cooperation with relevant parties is highly appreciated.

Jofri Jaraiee

Sarawak PAS Commissioner cum Miri PAS Chief

VERSI BM

‘Tim Adenan’ telah berjaya dengan cemerlang pada Pilihan Raya Umum Sarawak yang lalu dan
Tan Sri Datuk Patinggi Haji Adenan Satem berjanji akan menjadi Ketua Menteri untuk semua rakyat Sarawak tanpa mengira bangsa dan agama.

Beliau juga berjanji akan memberi tumpuan kemudahan asas kepada penduduk luar bandar seperti
membina jalanraya, elektrik dan bekalan air bersih. Antara kemudahan asas yang masih jadi isu
penduduk luar bandar adalah jalan raya.

Walaupun ada peruntukan untuk membina jalan raya di kampung-kampung telah dilaksanakan tetapi
masih lagi terdapat jalan kampung yang separuh siap atau tidak diberikan kepada penduduk kampung
yang berlainan ideologi politik.

Sebagai sebuah parti yang telah diberi amanah dan mandat oleh rakyat sepatutnya masalah ini tidak
berlaku kerana semua rakyat berhak diberi kemudahan asas walaupun mereka tidak menyokong parti tertentu semasa pilihan raya yang lalu. Sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi berperlembagaan dimana rakyat berhak memilih parti atau sesiapa saja sebagai sebuah kerajaan
seharusnya tidak berlaku penindasan keatas rakyat yang berlainan ideologi politik.

Encik Ayup Kabul salah seorang penduduk kampung di Satap di DUN Lambir mengadu kepada pihak
PAS yang jalan ke rumahnya tidak dibina sedangkan jalan ke rumah jirannya siap diturap hingga ke halaman rumah mereka.

Apabila beliau bertanya kepada kontraktor yang membina jalan itu, katanya mereka menerima arahan
dari ketua kampung agar jalan ke rumahnya tidak boleh dibina sampai halaman rumah beliau sebab
beliau menyokong pihak pembangkang.

Beliau juga berjumpa dengan ketua kampung untuk mendapatkan penjelasan tetapi jawaban yang
diterima adalah atas arahan pihak tertentu. Beliau amat kecewa dengan sikap yang tidak demokratik
yang diamalkan oleh pihak pemerintah yang diketuai oleh BN (Barisan Nasional) kerana tidak dapat berlaku adil kepada rakyat sendiri walaupun berlainan ideologi politik.

Sekarang kita ingin bertanya kepada Ketua Menteri Sarawak yang baru dilantik mengapa perkara ini
harus terjadi kepada rakyat Sarawak? Dia telah diberi peluang sepenggal lagi kuasa untuk memerintah Sarawak tetapi mengapa orang bawahannya tidak melaksanakan tugas dengan adil dan amanah kepada rakyat? Belum sampai sepenggal sudah menunjukkan ketidakadilan dalam pemerintahan.

Mengapa rakyat Sarawak sendiri dianiaya disebabkan beliau menyokong pembangkang? Adakah
menjadi satu kesalahan untuk rakyat untuk memilih parti pilihan mereka selain daripada BN? Jika ia menjadi satu kesalahan, mengapa perlu diadakan pilihan raya? Dimanakah hak anak jati Sarawak untuk memilih kerajaan baru dalam pilihan raya umum lalu kalau rakyat sendiri pun tidak diberi kemudahan
asas sedangkan apabila kerajaan mengutip cukai tidak pula ada pengecualian terhadap penyokong atau pembangkang?

Kita mengesa Tan Sri Datuk Adenan Satem sebagai Ketua Menteri Sarawak boleh mengambil tindakan dan menegur sikap wakil rakyat yang baru dipilih dan ketua kaum yang tidak berlaku adil terhadap rakyat
yang tinggal dalam kawasan mereka sendiri. Kerajaan baru Adenan Satem perlu berlaku adil kepada
semua rakyat Sarawak walaupun mereka tidak memilih parti BN tetapi hak mereka sebagai rakyat
perlu dihormati.

Kita juga mengesa pihak kementerian yang berkaitan menyiasat perkara ini mengapa berlaku
ketidakadilan dalam memberi peruntukan dan kemudahan asas kepada rakyat. Kerjasama dengan
pihak yang berkaitan amat dihargai.

Sumber BO - 14-5-2016


Pasca PRN S’wak; belajarlah berpolitik dari kaum Cina

ALANG IBN SHUKRIMUN | .


WALAUPUN politik negeri Sarawak amat berbeza dari dengan semenanjung dari sudut
sosiopolitiknya, tetapi ia tidak banyak berbeza dari sudut sosioekonomi seterusnya eko-politik.
Justeru, melalui persamaan yang ada, sedikit sebanyak ia boleh menjadi petunjuk tentang beberapa perkembangan nasional yang berlaku dalam negara kita hari ini.

Secara ringkasnya, saya mengira bahawa kemenangan PRN kali ini bukan milik BN, jauh sekali
bukan milik pembangkang, tetapi ia adalah kemenangan buat kaum Cina. Sememangnya mereka
adalah kaum yang handal dalam berpolitik.

Kaum Cina merupakan antara kaum terbesar di Sarawak. Selain itu, mereka menguasai kawasan
bandar yang menjadi pusat kepada kegiatan ekonomi dan pentadbiran masyarakat seluruhnya. Jika dibandingkan dengan semenanjung, taburan sosioekonomi ini boleh dikira sekata dengan kebanyakan negeri di Semenanjung. Mana-mana negeripun, Cina yang menguasai bandar.

PRN kali ini menunjukkan angin perubahan telah melanda kemahuan masyarakat Cina. Mereka yang kebelakangan ini menyokong penuh DAP telah mula berbalik kepada kerajaan. Kerusi-kerusi yang dimenangi DAP sebelum ini berjaya dirampas oleh BN.

Sebenarnya ia bukan sekadar faktor isu penyelewengan yang digembar-gembur melibatkan pimpinan
atasan DAP semata-mata. Kalau dikira penyelewengan, mustahil mereka kembali menyokong BN
yang dua kali lima sahaja. Sebaliknya, ia boleh difahami melalui faktor-faktor berikut:

1. Kebimbangan terhadap kestabilan ekonomi negara.
Rata-rata kaum Cina adalah tauke-tauke besar. Pergolakan politik dan serangan tidak sihat yang dibuat
parti pembangkang terutama DAP menyebabkan kelembapan ekonomi akibat kepercayaan pelabur
terhadap masa depan negara. Ini menjejaskan perolehan tauke-tauke besar Cina. Sekiranya berlarutan,
tidak mustahil mereka akan gulung tikar.

Lim Kit Siang, strategis DAP sebenarnya memahami hakikat ini. Kerana itulah dia mengambil sikap
agresif dalam mendekati Mahathir. Sebelum ini juga cuba berbaik dengan Najib atas nama Save
Malaysia. Tujuan sebenarnya adalah supaya sokongan Cina tauke-tauke besar yang tidak mahukan kegawatan, tidak berbalik ke arah kerajaan semula.

2. Demand orang-orang Cina.
Sejarah menunjukkan orang-orang cina tidak pernah setia dengan mana-mana parti sebelum ini.
Sokongan mereka terhadap mana-mana parti bukan sokongan kosong. Agenda dan perancangan
mereka sangat rapi. Kerana itulah, sehingga hari ini mereka mendapat keistimewaan tersendiri
walaupun negara diperintah oleh parti yang kuat fahaman nasionalisme kemelayuannya.

Sekiranya diamati, awal abad ke-20 sebenarnya bukan kali pertama DAP berjaya meraih sokongan
Cina. Cina telah menyokong DAP beberapa kali sebelum ini. BN menerusi MCA dan Gerakan juga
turut sama mengalami pasang surut sokongan.

Politik orang-orang Cina tidak berteraskan agenda parti, sebaliknya di kawal oleh persatuan-persatuan
dan NGO di antara mereka. NGO-NGO mereka seperti persatuan peniaga, persatuan pendidikan,
kebajikan dan sebagainya sangat kuat mempengaruhi sokongan orang-orang Cina. NGO ini memiliki matlamat tersendiri walaupun kebanyakannya bukan untuk kuasa politik dan jawatan.

Jika dilihat trend di Sarawak, kemungkinan besar PRU14 nanti sokongan Cina terutama tauke-tauke
besar akan beralih kepada kerajaan semula. Jika ditambah dengan faktor ketidakstabilan politik
dalaman pembangkang, mungkin kaum Cina pertengahan juga akan berbalik ke arah sana.

3. Ketidakstabilan pembangkang.
Salah satu faktor kemerosotan sokongan Cina kepada pembangkang secara umum dalam PRN
Sarawak lepas adalah kerana kekacauan dalaman PH sendiri. Orang-orang Cina buka mudah-mudah
boleh dicucuk hidung. Mereka menilai penuh teliti siapa yang akan diundi.

Walaupun kerajaan yang ada tidak memuaskan hati, tetapi mereka tidak nampak DAP boleh
menggantikan kerajaan sedia ada dengan lebih baik. Justeru adalah terlebih baik mereka kekalkan
sahaja yang sedia ada kerana Cina pertengahan tidak terkesan secara langsung dengan masalah cara pentadbiran kerajaan.

4. Sentimen agama
Sentimen keagamaan masih menebal di kalangan orang Cina Malaysia. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan Cina Malaysia majoritinya masih berpegang kuat dengan ajaran budhha melebihi orang
Cina dari tanah besar sendiri. Antara faktor Cina lebih berani bersama Umno sejak dahulu kerana
melihat lemahnya Umno membawa agenda Islam berbanding PAS.

DAP pula, hampir kesemua penguasanya adalah penganut Kristian sedangkan majoriti Cina adalah penganut Budhha. DAP dilihat memiliki agenda tersendiri dalam membawa pengaruh Kristianisasi
terhadap negara. Beberapa pimpinan utamanya memiliki hubungan yang amat rapat dengan gereja
dan gerakan kristian antarabangsa.

Walaupun faktor ini tidaklah terlalu besar, tetapi ia tetap membawa kebimbangan sebahagian orang
Cina terutama golongan veteran dan anak-anak muda yang berpegang pada agama.

Konklusinya, kejayaan kaum Cina ini adalah kerana perpaduan yang mereka miliki sangat kuat. Ia
adalah perkara biasa bagi sesebuah kaum minoriti di mana-mana negara. Kaum Melayu pula
walaupun majoriti, tetapi berpecah kepada berbagai fahaman dan agenda. Masing-masing bermusuh
dan cuba menjatuhkan antara satu sama lain.

Pesanan kepada orang melayu, belajarlah berpolitik dari kaum Cina! –
HARAKAHDAILY 11/5/2016

Sumber HD - 11-5-2016
Petugas Pas tunjukkan komitmen luar biasa

Posted on Sunday, May 08 @ 22:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



SHAH ALAM –. Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengucapkan penghargaan ke atas 

usaha seluruh petugas Pas yang bekerja di sepanjang tempoh Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Katanya, meskipun peluang bagi Pas memenangi sebarang kerusi agak kecil, namun komitmen dan 

dedikasi luar biasa yang diberikan disepanjang tempoh kempen amat mengagumkan.

“Sesungguhnya Constantinople, Andalusia dan kota-kota besar lain tidak dibuka dalam masa sehari, 

bahkan melalui perjuangan yang panjang dengan segala kesulitan dan pengorbanan akhirnya berjaya mengibar megah bendera Islam.

“Saya mewakili saf kepimpinan Pas Pusat merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh petugas 

PAS yang telah bertungkus lumus bekerja siang dan malam tanpa mengenal erti penat dan lelah,” 
katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Katanya lagi, meskipun Pas masih belum berjaya memenangi sebarang kerusi di Sarawak, namun dari 

sudut dakwah beliau yakin wadah politik Islam Pas telah berjaya menyemai benih dakwah Islam 
kepada rakyat Sarawak merentas kaum.

“Sambutan baik yang ditunjukkan oleh rakyat Sarawak menjanjikan masa depan dakwah yang sangat 

cerah untuk bumi Sarawak khasnya dan bumi Borneo amnya.

“Kepada seluruh petugas dan penyokong Pas, semoga firman Allah SWT ini menjadi motivasi untuk 

kita meneruskan komitmen yang terbaik untuk Islam,” ujarnya lagi.

Sumber TKO - 8-5-2016



Ucapan Akhir Calon N24 Sadong Jaya, Cg Asan Sinkro. Terus Beristiqamah!!

Posted on Sunday, May 08 @ 17:21:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Assalamualaikum semua, pertamanya saya ucapkan setinggi² terima kasih atas semua bantuan dlm 
apa jua bentuk yg diberikan sejak oktober 2014. Begitu jugalah kpd semua individu yg menghulurkan bantuan peribadi kepada saya sama ada secara langsung atau tak langsung.

Hanya Allah yg akan memberikan ganjarannya. Saya juga mengucapkan terima kasih kpd pimpinan 
PAS Sarawak dan PAS Pusat kr memberi peluang kpd saya mewakili PAS dlm PRN Ke 11 ini.
 Maafkan saya kr pencapaian PAS di N24 merosot dan hilang deposit. Saya juga mohon maaf kpd 
semua petugas dr Trg & Sadong jaya atas apa saja kesilapan saya dlm mengurus PAS di Sadong. 
 Insha Allah saya akan teruskan perjuangan ini hingga ke akhir hayat. Allahuakbar!

Sumber TKO - 8-5-2016





Apa Akan Berlaku Kepada Pembangkang Di Sarawak?
Posted on Sunday, May 08 @ 16:30:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUCHING: Apakah yang akan berlaku kepada pembangkang di Sarawak selepas kalah teruk dalam 
Pilihan Raya Negeri (PRN)?

Pertelingkahan tentang pembahagian kerusi akhirnya menjauhkan mereka daripada penyokong, 
khususnya pengundi muda.

Ramai daripada pengundi ini memilih untuk berkecuali dengan menghukum DAP dan PKR kerana 
gagal membentuk satu barisan bersatu bagi menentang Barisan Nasional (BN).

Ini diterjemahkan dengan peratusan keluar mengundi yang rendah pada Sabtu, dengan hanya 52 
peratus daripada kira-kira 1.1 juta pengundi sahaja yang telah keluar membuang undi satu jam 
sebelum pengundian ditutup.
Penganalisis politik Profesor Madya Dr Mohd Faisal Hazis percaya PKR dan DAP telah 
menghabiskan terlalu banyak masa pada awal tempoh berkempen untuk cuba menyelesaikan isu 
pertindihan kerusi di beberapa kawasan.

Hasilnya, pembangkang gagal untuk membina sebarang momentum dalam pilihan raya ini berbanding 
pada tahun 2011.

"Pada hari pertama kempen mereka telah cuba untuk menjelaskan kepada pengundi mengapa mereka bertanding di kerusi yang sama.

"Apabila anda mempunyai tempoh yang singkat, kempen anda adalah untuk memenangi pengundi atas pagar kerana majoriti pengundi telah membuat keputusan untuk mengundi siapa," kata pensyarah 
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini, Ahad.

Katanya, pembangkang juga gagal untuk membina mesej yang kuat untuk rakyat Sarawak seperti 
mana yang pernah dilakukan pada era Tun Abdul Taib Mahmud.

Taib, yang kini menjadi Yang Dipertua Negeri adalah ketua menteri pada PRN lalu, tahun 2011.

"Anda gagal membina momentum berterusan ke arah pilihan raya, jadi orang ramai tidak bersedia 
untuk keluar mengundi," katanya, sambil menambah perbalahan dalaman dalam BN tidak 
memberikan banyak kesan negatif.

Tambahnya permainan politik pembangkang adalah jauh berbeza berbanding 2011, apabila ia turun 
ke akar umbi, dengan memanfaatkan rasa tidak puas hati rakyat terhadap kerajaan negeri.

"Peralihan utama (kepada pembangkang) pada tahun 2011 adalah disebabkan oleh Taib Mahmud. 
Pada pilihan raya ini, perasaan marah itu sudah tiada lagi."

Jumlah yang keluar mengundi pada Sabtu juga mencerminkan pembentukan protes senyap oleh 
rakyat Sarawak, yang mungkin tidak berpuas hati dengan beberapa pilihan calon oleh Ketua Menteri 
Tan Sri Adenan Satem dan juga pertelingkahan dalaman pembangkang.

Menurut penyelidik pilihan raya Sarawak Prof Dr Awang Azman Awang Pawi, menahan diri 
daripada mengundi adalah pilihan neutral dan lebih selamat bagi kebanyakan pengundi.

"Sesetengah penyokong BN tidak berpuas hati dengan pemilihan calon, tetapi masih sayangkan parti 
dan tidak mahu menyertai pembangkang, yang tidak mempunyai rekod prestasi yang baik di negeri 
ini.

"Oleh itu, keputusan mereka untuk tidak mengundi dianggap sebagai langkah neutral, dan pilihan 
terbaik untuk pihak mereka," kata Dr Awang, seorang pensyarah di Universiti Malaya.

'Faktor Adenan' telah membawa penyokong untuk percaya bahawa mereka sedang berada di zon 
selamat. Ini boleh dilihat dalam kemenangan di beberapa kerusi panas BN seperti Bawang Assan 
dan Marudi.

"Tanpa faktor Adenan, mustahil untuk BN menang besar seperti ini," katanya. 
Sumber TKO 9-5-2016



Ada yang perli Pas lepas tewas PRN Sarawak
Posted on Sunday, May 08 @ 16:20:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



SHAH ALAM - Pas mendakwa ada pihak menyindir parti itu selepas melihat keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, semalam yang menyaksikan parti Islam itu masih gagal melahirkan anak sulung di negeri itu.

Naib Presidennya, Idris Ahmad berkata, kalah menang dalam pilihanraya bukan perkara baharu dalam Pas dan tewas dalam PRN Sarawak langsung tidak melemahkan parti itu.

“Mereka ingat, Pas hanya parti pilihanraya. Pada tahun 1978 dalam pilihanraya negeri Kelantan, Pas hanya mendapat dua kerusi setelah memerintah selama 18 tahun. Musuh-musuh Pas membuat andaian Pas akan berkubur. Alhamdulillah, tahun 1990 Pas memerintah kembali Kelantan hingga kini.

“Begitu juga di Terengganu, Pas pernah kalah di semua kerusi pada tahun 1978 setelah Pas dipecat daripada BN. Kebetulan Terengganu pula baru mendapat telaga minyak sehingga digelar Kuwait Malaysia. Penganalisis politik menganggap Pas akan berkubur, tetapi Alhamdulillah tahun 1999, Pas menang sehingga 2004, dan bangkit semula selepas kalah 2004 hingga kini,” katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, keputusan PRN Sarawak menyaksikan BN menang bergaya di Sarawak apabila mendapat 72 kerusi daripada 82 kerusi Dun dipertandingkan manakala DAP hanya menang 7 kerusi, PKR 3 kerusi sementara Pas dan Amanah masing-masing gagal di semua kerusi yang ditandingi.

Menurut Idris, kekalahan itu tidak melemahkan daya juang Pas dan banya banyak lagi kerja yang perlu dilakukan mereka di Sarawak.

“Insya-ALLAH, Sarawak buminya subur untuk dakwah. Penduduknya berbudi pekerti dan berbahasa boleh menerima kedatangan Pas ke rumah mereka walaupun mereka bukan beragama Islam.

“Insya-ALLAH Pas akan mengatur langkah untuk kejayaan dakwah dan perjuangan politik Pas di Sarawak. Pas akan terus melawan kemungkaran dan ketidakadilan. Semuanya tidak melemahkan Pas untuk bergerak di Sarawak sebagai sebuah parti politik dan gerakan dakwah. Pas tidak akan menyerah kalah dan semput dada selagi Pas tidak meninggalkan Islam sebagai dasar,” katanya.

Menurutnya lagi, sekiranya Pas sebuah parti pilihanraya, sudah tentu parti itu sudah lama berkubur.
“Mereka yang hanya beriman dengan pilihanraya semata-mata, tidak tahan lama dengan Pas. Mereka yang beriman dengan fikrah perjuangan yang tulen akan terus mara bersama Pas, walaupun beribu-ribu kali tewas di dalam pilihanraya.

“Mereka yakin apabila sampai waktunya perjuangan Islam akan menang. Insya-ALLAH,” katanya.



Sumber TKO - 8-5-2016





















































Pencemaran sungai: Masih tiada tindakan dari MBM






















































JOFRI JARAIEE | .


MIRI: Penyelaras PAS DUN Lambir dan juga merangkap Ketua Pemuda PAS Sarawak Mohammad Arifiriazul Paijo telah melakukan lawatan susulan ke kawasan anak sungai di Kampung Subak,
Bekenu baru-baru ini bagi melihat perkembangan laporan berkenaan dengan pencemaran sisa kotoran
di pelupusan sampah yang telah dilakukan pada Ogos tahun lepas.

Hasil dari tinjauan itu, keadaan air di sungai tersebut masih lagi dalam keadaan kualiti yang tercemar
dan membimbangkan penduduk di sekitar kerana bila dilihat pada sampel air dalam botol nampak
keruh.

Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa pihak Majlis Bandaraya Miri (MBM) yang bertanggungjawab menguruskan fasiliti itu masih belum mengambil langkah pembaikan terhadap sistem pembentungan
di tapak perlupusan sampah tersebut.

Dalam masa yang sama, pihak penduduk di sekitar Kampung Subak dan beberapa kampung
berhampiran masih lagi terganggu akibat daripada bau busuk yang terhasil daripada tapak perlupusan sampah tersebut.

Oleh hal yang demikian PAS Lambir mengesa pihak Jabatan Alam Sekitar untuk melakukan siasatan terperinci terhadap pencemaran air sungai akibat daripada sisa cecair yang terhasil daripada tapak perlupusan sampah tersebut.

Sekali lagi PAS Lambir meminta penjelasan daripada pihak MBM berkenaan dengan perancangan
untuk memindahkan tapak perlupusan tersebut ke lokasi yang lebih selamat dan jauh daripada penempatan penduduk di sekitar Kampung Subak.

PAS sentiasa memperjuangkan nasib rakyat agar terjamin dari pencemaran akibat dari sisa kotoran pelupusan sampah yang boleh mengakibatkan kesihatan penduduk di situ terganggu.

Kerjasama dengan pihak yang berkaitan untuk mengatasi masalah ini dengan segera amat dihargai. – HARAKAHDAILY 30/3/2016

Sumber HD - 30-3-2016

Mangsa banjir di Sarawak meningkat 2,869 

pagi ini

BERNAMA | .

KUCHING: Hujan lebat sekali-sekala di beberapa tempat sekitar sini sepanjang malam tadi mengakibatkan keadaan banjir sejak semalam berlarutan dan sehingga pagi ini, jumlah mangsa yang berada di pusat-pusat pemindahan melonjak kepada 2,869 orang, berbanding 486 malam tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Sarawak Siti Huzaimah Ibrahim berkata sebanyak 22 pusat pemindahan banjir dibuka pagi ini bagi menempatkan 2,869 mangsa daripada 779 keluarga itu.

Beliau berkata selain beberapa tempat di bahagian Kuching dan Serian, pagi ini turut menyaksikan satu lagi tempat di bahagian Samarahan terjejas akibat banjir.

Katanya setakat ini, lapan pusat pemindahan dibuka di kawasan sekitar daerah Kuching dan sembilan
di daerah Bau, manakala dua di daerah Serian dan satu di Padawan.

Beliau yang dihubungi pagi ini memberitahu di bahagian Samarahan pula, satu pusat pemindahan
banjir dibuka di Masjid Darul Ibadah, yang terletak di daerah Kota Samarahan, dan menempatkan 68 mangsa daripada 13 keluarga.

Menurutnya di kebanyakan tempat, air sungai kekal tinggi sebagaimana semalam. - Bernama

Sumber HD - 21-2-2016







































































































Bebaskan KWSP dari pelaburan tidak patuh syariah

JOFRI JARAIEE | .


Menurut laporan akhbar harian baru-baru ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka
akan melancarkan dana patuh syariah sepenuhnya pada Januari 2017 sebagai pilihan kepada
pencarum yang berminat menukarkan simpanan mereka kepada status patuh Syariah sepenuhnya.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya (Pelaburan), Datuk Mohamad Nasir Abd Latif, berkata saiz
awal dana itu dijangkakan antara RM100 bilion dan RM120 bilion. "Dana itu akan berasaskan 'siapa
cepat dia dapat' kerana saya tidak rasa kami boleh menampung semua orang.  "Kami menyasar
kurang daripada RM120 bilion. Ia hanya anggaran," katanya kepada pemberita pada taklimat media
baru-baru ini.

Memang ini satu berita yang baik bagi pencarum Muslim yang ada simpanan dalam KWSP tetapi masalahnya sekarang ini mengapa ianya terhad dan tidak secara menyeluruh. Umat Islam yang
sudah sekian lama mencarum dan melabur dalam KWSP amat terkejut mengetahui statistik pelaburan
aset KWSP setakat 31 Disember 2014 yang 60% tidak patuh syariah.

Umat Islam amat bimbang hasil pendapatan mereka bercampur dengan pelaburan yang tidak patuh syariah. Selama ini mereka fikir pelaburan KWSP bebas dari unsur-unsur pelaburan yang tidak patuh syariah.

Baru-baru ini juga kerajaan telah memberi pilihan kepada pencarum untuk memilih samaada mengekalkan 11% atau mengurangkannya kepada 8% caruman kepada KWSP. Ada yang
berpandangan bahawa haram dan berdosa memilih caruman 11% setelah KWSP membuat
penawaran pilihan antara mengekalkan 11% atau mengurangkannya kepada 8%, maka ruang untuk memilih wujud pada setiap pencarum Muslim.

Di sini kita siarkan pandangan pihak tersebut yang mengatakan ada dua implikasi:

Pertama: Jika kita sebagai pencarum Muslim memilih untuk mengekalkan caruman kepada 11%,
maka ruang pelaburan dana caruman terhadap instrumen yang tidak patuh syariah adalah lebih besar
dan dibuat atas dasar pilihan kita sendiri. Maka, pilihan sebegini dianggap kurang menepati sifat
warak dan taqwa seorang Muslim kerana membiarkan ruang pelaburan kepada instrumen tidak patuh syariah lebih besar.

Kedua: Jika pencarum memilih untuk menukar kepada jumlah caruman 8%, maka ruang pelaburan
di instrumen tidak patuh syariah secara amnya telah berkurangan sebanyak 3% (11%-8% = 3%). Ini adalah kerana kita berkuasa dan dibenarkan untuk memilih jumlah caruman. Maka pilihan menukar kepada 8% adalah lebih menepati kepada Maqasid Syariah (antaranya menjaga harta dari kebinasaan
dan sumber haram) dan mengurangi risiko pelaburan lebih banyak dibuat menerusi instrumen tidak
patuh syariah.

Justeru, pilihan ini adalah lebih aslam (selamat) dan sesuai dengan kedudukan individu Muslim yang mementingkan urusan kewangannya sentiasa menepati atau menghampiri kepatuhan terhadap syariah.

Jadi lebihan 3% dari gaji bulanan telah terselamat dari pelaburan yang berisiko haram di KWSP dan
kita berpeluang menggunakannya (kerana ia akan kekal dalam gaji bulanan yang diterima setiap
bulan) sama ada untuk disimpan atau dilaburkan ke instrumen lain yang patuh syariah atas pilihan masing-masing.

Itu menurut pandangan seorang Eksekutif Kanan Unit Dakwah dan Pemasaran Khas AJK Teknikal Syariah PPZ MAIWP.

Kalau ianya haram, mengapa Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan tidak bersuara melarang umat Islam
dari terus menyimpan dan melabur ke dalam KWSP. Mereka harus berani mengeluarkan fatwa
melarang umat Islam dari terus terjerumus dalam perkara yang jelas Haram di sisi syariat Islam.

Persoalan: Adakah KWSP dapat memberi jaminan bahawa pelaburan patuh syariah 100% apabila pencarum memilih 8%? Pandangan yang mengatakan menukar kepada 8% adalah lebih menepati
kepada Maqasid Syariah hujahnya kurang kuat kerana ianya masih lagi bercampur dengan pelaburan
tidak patuh syariah. Mengapa tidak mendesak KWSP melabur 100% patuh syariah agar tiada lagi
unsur riba?

Ramai pencarum Muslim musykil dengan masalah pelaburan KWSP yang tidak patuh syariah
sehingga menyebabkan hasil pendapatan mereka dalam KWSP bercampur dengan perkara syubhah
(tidak jelas halal atau haramnya).

Kami menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa mengenai peraturan mencarum dan menerima dividen daripada keuntungan pelaburan di KWSP. Bolehkah dikatakan bahawa keadaan
darurat bagi umat Islam untuk mencarum dalam KWSP sedangkan majoriti pengurusan atasan terdiri daripada orang Islam?

Sebagai seorang Muslim sepatutnya perkara ini diberi perhatian sewajarnya oleh pihak pengurusan
KWSP untuk membersihkan unsur-unsur riba dari hasil pelaburan KWSP agar pendapatan pencarum umat Islam tidak dicemari oleh unsur-unsur yang dilarang dalam syariat Islam.

Majoriti pencarum sangat berharap dapat mengekalkan 11% kerana  hasil dividen dan juga simpanan pencarum akan meningkat kalau dibandingkan hanya 8%. Walaupun dipotong 3% untuk menambah pendapatan bulanan tetapi pada setiap tahun pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan mengenakan cukai pendapatan yang lebih keatas pencarum. Ini bermakna adalah lebih baik
mengekalkan caruman 11% dalam KWSP dari mengurangkan 3% untuk bayaran cukai pendapatan.

Kita juga menggesa pihak KWSP mengasingkan pelaburan pencarum Muslim dengan bukan Muslim untuk mengelak dari termakan hasil riba yang dilarang dalam agama Islam. Dengan mengambil pendekatan “pengasingan” ini, tidak akan timbul isu 11% atau 8%, kerana pelaburan pencarum
Muslim akan dilabur mengikut instrumen patuh syariah 100%.  Bagi yang bukan Islam juga tidak
perlu bimbang kerana mereka bebas memilih pelaburan yang mereka yakini boleh memberi
keuntungan kepada pelaburan mereka.

Dengan pengasingan pelaburan itu nanti sekurang-kurangnya simpanan umat Islam dalam pelaburan KWSP bebas dari pelaburan tidak patuh syariah. Mereka boleh membayar zakat pendapatan setelah mereka mengeluarkan semua simpanan dari caruman mereka setelah mencapai usia 55 tahun.

Bagi umat Islam yang telah mencarum sekian lama sudah tentu mereka mahu hasil pendapatan
mereka bersih dari riba. Sekiranya simpanan umat Islam  dalam KWSP terpaksa dipotong dari hasil
riba sudah tentu simpanan mereka selama ini akan berkurangan untuk membersihkan pendapatan dari riba. Sedang yang bukan Islam mendapat hasil simpanan yang penuh berbanding dengan umat Islam melainkan umat Islam tersebut tidak ambil peduli tentang hasil pelaburan mereka. Pihak KWSP seharusnya memikirkan masalah ini sekiranya mereka ingin umat Islam patuh dengan syariah dan
bebas dari riba.

Harap masalah ini dapat diberi perhatian oleh pihak KWSP dan juga pihak berkuasa untuk
mengelakkan pencarum Muslim terlibat dengan riba. Kerjasama dengan pihak berkenaan untuk
mengatasi masalah ini dengan segera amat dihargai. - HARAKAHDAILY 20/2/2016

Penulis ialah Pesuruhjaya PAS Sarawak.

Sumber HD  - 20-2-2016

Terlalu ramai buruh asing boleh ancam keselamatan

JOFRI JARAIEE | .


INDUSTRI pembinaan dan juga sektor pertanian di Malaysia amat memerlukan ramai tenaga buruh
yang mahir dan separa mahir untuk menjanakan ekonomi negara. Permintaan guna tenaga yang tinggi amat diperlukan dalam semua sektor ekonomi negara.

Memang tidak dinafikan masalah tenaga buruh dalam negara ini amat diperlukan kerana kebanyakan orang tempatan terutama graduan lepasan pendidikan tinggi lebih suka bekerja di tempat yang
berhawa dingin dibanding dengan bekerja di bawah terik matahari.

Ini adalah antara masalah yang menyebabkan mereka kurang berminat untuk bekerja sebagai tenaga
buruh walaupun sekarang ini untuk mendapatkan pekerjaan di syarikat swasta dalam bidang
pentadbiran pun susah kerana kebanyakan syarikat memerlukan tenaga mahir dalam bidang industri.

Mungkin disebabkan industri pembinaan dan sektor pertanian amat memerlukan tenaga buruh maka kerajaan Malaysia mengambil tenaga buruh asing dari Bangladesh seramai 1.5 juta orang untuk memenuhi permintaan tersebut.

Sarawak juga tidak terlepas dari masalah kekurangan tenaga buruh terutama dalam sektor pertanian
dan juga industri pembinaan. Banyak projek baru yang memerlukan tenaga buruh yang mahir dan
separa mahir dalam bidang tersebut. Walaupun ada juga penduduk tempatan yang bekerja dalam
bidang tersebut tapi ia amat sedikit kerana ramai yang bekerja di luar negara seperti negara jiran yang menawarkan gaji yang lumayan dibanding tawaran bekerja di negara sendiri.

Lebih-lebih lagi sekarang ini nilai mata wang Malaysia jatuh kalau dibandingkan dengan nilai mata
wang asing yang tinggi. Kebanyakan penduduk tempatan yang bekerja di luar negara adalah yang
mahir dalam bidang industri. Mereka lebih suka bekerja di luar negara kerana pendapatan mereka
yang tinggi yang dapat menampung pembelanjaan hidup yang semakin meningkat di dalam negara.

Pengambilan tenaga buruh asing yang terlalu ramai boleh menjejaskan keselamatan negara
terutamanya apabila mereka datang beramai-ramai dan menjejaskan peluang pekerjaan untuk
penduduk tempatan.

Mereka yang datang beramai-ramai boleh menubuhkan kumpulan atau persatuan diantara mereka
yang boleh menyebabkan mereka jadi berani dan boleh bertindak sekiranya permintaan mereka tidak dipenuhi suatu hari nanti.

Apabila perkara ini tidak dikawal dengan baik menyebabkan penduduk tempatan yang sukar
mendapatkan pekerjaan akan ramai jadi pengangur dan boleh menyebabkan berlaku pergaduhan
antara penduduk tempatan dengan buruh asing.

Mungkin buruh asing itu sanggup menerima gaji yang rendah berbanding dengan penduduk tempatan maka akan berlaku ketidakpuasan hati diantara penduduk tempatan dengan buruh asing boleh mencetuskan rusuhan antara kaum.

Buruh asing yang terlalu ramai datang ke negara ini juga boleh menyebabkan gejala sosial yang tidak terkawal. Apabila mereka ini bebas bergerak dan tidak dikawal  dengan baik maka mereka akan bebas melakukan jenayah sekiranya mereka menghadapi tekanan jiwa akibat tekanan hidup dan sebagainya.

Kita mengesa kerajaan Sarawak perlu menggunakan kuasa autonomi imigrasi untuk menghalang
perkara ini terjadi kerana masih ramai lagi penduduk tempatan di Sarawak terutama di luar bandar
yang ke bandar mencari pekerjaan. Mereka ini juga sanggup bekerja sebagai buruh sekiranya
kerajaan memberi insiatif dan juga latihan tenaga buruh yang mahir dalam bidang yang diceburi.

Kerajaan Sarawak perlu mengawal buruh asing mengawal sektor pertanian dan juga industri
pembinaan di Sarawak kerana ramai lagi penduduk Sarawak yang boleh dilatih sebagai pekerja
mahir dalam bidang berkaitan dengan diberi gaji yang berpatutan dengan kemahiran mereka.

Kita yakin apabila kerajaan Sarawak dapat memberi kemudahan asas serta latihan yang sewajarnya kepada penduduk tempatan yang memerlukan pekerjaan maka kerajaan Sarawak tidak memerlukan
terlalu ramai tenaga buruh asing untuk bekerja di Sarawak apabila penduduk tempatan sendiri dapat memenuhi pemintaan dalam bidang tersebut.

Kita menggesa kerajaan pusat mengkaji semula pengambilan buruh asing datang ke Malaysia dengan pengambilan yang terhad agar peluang rakyat Malaysia untuk bekerja tidak terjejas dengan
kedatangan mereka yang terlalu ramai.

Kesimpulannya pengambilan tenaga buruh asing yang terlalu ramai dari Bangladesh tidak diperlukan bekerja di negara ini sekiranya kerajaan dapat memberi peluang serta latihan kemahiran yang
sewajarnya kepada penduduk tempatan yang masih ramai menganggur dengan gaji yang berpatutan
agar mereka inilah yang boleh digunakan sebagai menjanakan ekonomi negara. –
HARAKAHDAILY 15/2/2016

Sumber HD - 15-2-2016




















































Mangsa banjir cedera di paha diserang buaya

BERNAMA | .

KUCHING: Seorang mangsa banjir di Kampung Tupong Ulu cedera di paha kanannya selepas
digigit buaya malam tadi.

Shakawi Suhaili, 55, berkata ketika kejadian dia mengalihkan kayu di bawah rumah sebelum reptilia
itu tiba-tiba muncul menyerang.

"Dalam 10.30 malam selepas mengalih kayu buaya itu menyerang dan terkam bahagian paha saya," katanya kepada pemberita di kediamannya hari ini.

Shakawi berkata serangan buaya malam tadi merupakan pengalaman pertamanya dan tidak
menjangka kawasan sekitar rumah di tepi Sungai Sarawak itu turut didiami buaya.

Sementara itu anak Shakawi, Muhd Ikhmal berkata dia tidak menyedari bila bapanya turun ke bawah rumah mengalih kayu.

Namun terkejut melihat bapanya dibantu jiran-jiran dan abangnya naik ke atas rumah selepas
serangan itu.

Shakawi yang diserang buaya dibawa ke Hospital Umum Sarawak malam tadi dan dibenarkan keluar
hari ini. - Bernama

Sumber HD - 10-2-2016

Hapuskan kegiatan perjudian keseluruhannya

Posted on Tuesday, February 09 @ 16:41:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



MIRI – Kegiatan perjudian siber dan lain-lain bentuk perjudian semakin menular sekiranya tiada
tindakan tegas diambil oleh pihak berkuasa khususnya pihak keselamatan dalam negeri.

Judi boleh membuatkan seseorang itu ketagih. Ia juga membuatkan seseorang lupa tentang tanggungjawabnya terhadap keluarganya akibat suka berjudi. Ianya juga membawa masalah sosial
kepada masyarakat. Bukan sedikit masalah yang berlaku akibat dari kegilaan terhadap perjudian ini sehingga kehidupan penagih judi ini hidup melarat dan tidak terurus.

Berapa ramai keluarga menjadi berantakan akibat dari bapa yang kalah judi sehingga sanggup
merompak harta isteri dan anak-anak sendiri. Bukan sedikit kes ragut, bunuh dari kaki judi yang
terpaksa mengambil jalan mudah dengan melakukan jenayah untuk mendapatkan duit untuk
dilaburkan ke meja judi.

Judi bukan saja boleh merosakan hubungan kekeluargaan tapi ianya boleh merosakkan masa depan
remaja terutama sekali mereka yang suka melepak di pusat perjudian.

Dalam Al Quran sendiri ada menjelaskan bahawa judi itu adalah sesuatu yang haram. Haram
bermaksud perkara yang dilakukan pasti membawa kesan keburukan didalam kehidupan. Firman
Allah dalam surah Al-Baqarah: 219 "Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai
arak dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi
manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu:

Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: "Dermakanlah - apa-apa) yang
berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya
(keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir." (Al-Baqarah 2:219) |

Kita mengesa pihak kerajaan mengharamkan terus apa saja bentuk perjudian dalam negara ini agar
 rakyat tidak hidup dalam khayalan semata-mata ingin mendapat kekayaan sekelip mata tanpa bekerja keras untuk menyara kehidupan diri dan keluarga mereka. Judi juga boleh membebankan kehidupan
serta menyebabkan kaki judi menanggung hutang yang berpanjangan sekiranya mereka kalah dalam perjudian.

Pihak kerajaan sepatutnya mengharamkan semua bentuk kegiatan perjudian dengan tidak memberi sebarang lesen kepada mana-mana premis kerana ianya lebih banyak memberi kerosakan dari
kebaikan kepada masyarakat.

Kejayaan pihak Polis di bandaraya Miri memerangi habis-habisan sarang kegiatan perjudian siber
amat dihargai. Kita yakin sekiranya perkara ini terus dibanteras dari awal ianya boleh membendung kegiatan perjudian siber secara berleluasan terutama dikalangan remaja dan juga orang dewasa yang
kaki judi sebagai kegiatan mereka.

Pihak Polis juga perlu memperhebatkan operasi terhadap aktiviti-aktiviti perjudian di bandaraya ini
dari terus merebak terutama judi dalam bentuk siber. Kita mahu menjadikan bandaraya Miri
betul-betul bebas dari sebarang bentuk pusat perjudian.

Negara dan rakyat akan aman dan selamat tanpa judi. Judi boleh merosakkan masa depan anak-anak
muda dan juga generasi akan datang. Mencegah lebih baik dari mengubati kalau bukan sekarang bila?

Jofri Jaraiee
PAS Sarawak

Sumber TKO - 9-2-2016



Pupukkan perpaduan antara kaum dan agama dalam sambutan Tahun Baru Cina

Posted on Tuesday, February 09 @ 16:29:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Tahun Baru Cina pada tahun ini disambut ketika keadaan ekonomi seluruh negara menghadapi 

keadaan yang gawat. Menurut kalendar lunar Cina pada tahun ini adalah tahun monyet. Monyet atau 
Kera ialah bintang haiwan yang kesembilan dalam kitaran 12 haiwan zodiak Cina.

Malaysia sentiasa memberi peluang kepada setiap penganutnya merayakan setiap perayaan 

keagamaan dan kebudayaan masing-masing setiap tahun tanpa sebaranga halangan.

Adalah harapan setiap lapisan masyarakat yang berbilang bangsa dan agama di dalam negara ini
dapat menyambut perayaan Tahun Baru dalam keadaan harmoni disamping hormat menghormati
antara satu sama lain.

Dengan adanya kefahaman kebudayaan serta adat resam sesuatu bangsa dan agama dapat memberi
peluang kepada setiap masyarakat yang berbilang bangsa dan agama dalam negara ini dapat mengenal antara satu sama lain dengan lebih baik lagi.

Di Sarawak masyarakat yang berbilang bangsa dan suku kaum serta yang berbilang agama dapat
hidup dalam harmoni tanpa sebarang masalah. Perkara ini patut dikekalkan agar rakyat Malaysia
sentiasa menghormati adat dan budaya masing-masing tanpa ada sebarang perasaan prajudis.

Negara akan aman apabila kita dapat mengenal budaya dan adat resam sesuatu kaum dengan baik.
Ianya juga dapat mengelak kita dari salah faham dan ini akan dapat memupuk perpaduan antara kaum
dan agama.

Semoga hubungan antara kaum dan agama dalam negara kita akan terus dipelihara. Kita dapat hidup
aman dan harmoni dari segala perasaan buruk sangka dan ancaman dari anasir jahat dari luar yang
ingin merosakkan perhubungan antara kaum dan agama dalam negara ini.

Dalam Islam sendiri kita diajar menghormati kepercayaan penganut agama masing-masing dan
dilarang menceroboh atau merosakkan tempat peribadatan agama lain. Islam adalah agama
kesejahteraan dan melarang umatnya bersikap melampau.

Kepada mereka yang bercuti dan balik kampung, berhati-hati ketika memandu semoga selamat sampai
ke destinasi masing-masing.

PAS Sarawak ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Tahun Baru terutama kepada
seluruh masyarakat Cina dalam negara ini agar hubungan antara kaum dan agama dapat dipupuk
dengan lebih rapat dan harmoni lagi tanpa mengira fahaman politik masing-masing.

Selamat Tahun Baru Cina.
Gong Xi Fa Chai

Jofri Jaraiee
PAS Sarawak


Sumber TKO - 9-2-2016




















































PAS Sarawak ucap Selamat Tahun Baru Cina

HARAKAHDAILY | .


TAHUN Baru Cina pada tahun ini disambut ketika keadaan ekonomi seluruh negara menghadapi
keadaan yang gawat. Menurut kalendar lunar Cina pada tahun ini adalah tahun monyet. Monyet atau
Kera ialah bintang haiwan yang kesembilan dalam kitaran 12 haiwan zodiak Cina.

Malaysia sentiasa memberi peluang kepada setiap penganutnya merayakan setiap perayaan
keagamaan dan kebudayaan masing-masing setiap tahun tanpa sebarang halangan.

Adalah harapan setiap lapisan masyarakat yang berbilang bangsa dan agama di dalam negara ini
dapat menyambut perayaan Tahun Baru dalam keadaan harmoni di samping hormat-menghormati
antara satu sama lain.

Dengan adanya kefahaman kebudayaan serta adat resam sesuatu bangsa dan agama dapat memberi
peluang kepada setiap masyarakat yang berbilang bangsa dan agama dalam negara ini dapat
mengenal antara satu sama lain dengan lebih baik lagi.

Di Sarawak masyarakat yang berbilang bangsa dan suku kaum serta yang berbilang agama dapat
hidup dalam harmoni tanpa sebarang masalah. Perkara ini patut dikekalkan agar rakyat Malaysia
sentiasa menghormati adat dan budaya masing-masing tanpa ada sebarang perasaan prejudis.

Negara akan aman apabila kita dapat mengenal budaya dan adat resam sesuatu kaum dengan baik. Ia
juga dapat mengelak kita dari salah faham dan ini akan dapat memupuk perpaduan antara kaum dan
agama.

Semoga hubungan antara kaum dan agama dalam negara kita akan terus dipelihara. Kita dapat hidup
aman dan harmoni dari segala perasaan buruk sangka dan ancaman dari anasir jahat dari luar yang
ingin merosakkan perhubungan antara kaum dan agama dalam negara ini.

Dalam Islam sendiri kita diajar menghormati kepercayaan penganut agama masing-masing dan
dilarang menceroboh atau merosakkan tempat peribadatan agama lain.  Islam adalah agama
kesejahteraan dan melarang umatnya bersikap melampau.

Kepada mereka yang bercuti dan balik kampung, berhati-hati ketika memandu semoga selamat
sampai ke destinasi masing-masing.

PAS Sarawak ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Tahun Baru terutama kepada
seluruh masyarakat Cina dalam negara ini agar hubungan antara kaum dan agama dapat dipupuk
dengan lebih rapat dan harmoni lagi tanpa mengira fahaman politik masing-masing.

Selamat Tahun Baru Cina.
Gong Xi Fa Chai

JOFRI JARAIEE
PAS Sarawak – HARAKAHDAILY 5/2/2016

Sumber HD - 5-2-2016



Adakan dialog antara agama untuk selesaikan isu sensitif

Posted on Saturday, January 30 @ 11:20:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Isu agama dan bangsa adalah isu yang sensitif bagi sesetengah pihak dan sering dimainkan oleh pihak tertentu dalam media untuk tujuan tertentu. Pihak Media tidak seharusnya menyebarkan isu-isu sensitif yang boleh menyebabkan rakyat berbilang kaum dan agama di negara kita dalam konflik dan pesimis antara satu sama lain.

Kita mengesa semua pihak jangan terlalu percaya dengan berita yang keluar dari media yang ingin melihat perselisihan faham berlaku antara bangsa dan agama dalam negara ini.

Sebelum percaya dengan berita yang diterima dari punca yang belum jelas dan melibatkan isu-isu sensitif, umat Muslim khususnya perlu meneliti dulu berita-berita yang disampaikan oleh pihak tertentu agar ianya tidak merosakan hubungan antara kaum dan agama.

Islam mengajar umatnya agar berhati-hati dalam menerima sebarang berita yang tidak jelas asal-usulnya. Kadang kadang isu kecil diperbesarkan dalam berita yang diedarkan untuk melariskan jualan atau untuk tujuan kepentingan pihak tertentu. Sebagaimana Allah berfirman dalam Al Quran, maksudnya: - "Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu". [Al Hujurat: 6].

Dalam ayat ini jelas Allah melarang mereka beriman terus percaya kepada berita angin. Allah menyuruh kaum Muslimin memastikan kebenaran berita yang sampai kepada mereka sebelum menerima tanpa usul periksa. Tidak semua berita itu benar, dan juga tidak semua berita yang disampaikan ada faktanya.
Ingatlah, musuh-musuh kamu sentiasa mencari kesempatan untuk menjatuhkan kamu. Maka wajib atas kamu untuk selalu berwaspada, hingga kamu boleh kenal pasti orang yang hendak menyebarkan berita yang tidak benar.

Kadang kadang berita itu berkait dengan kehormatan seseorang Muslim. Bagaimanakah sikap kita terhadap berita yang belum tentu ada kebenarannya dan bersumber dari orang yang belum kita ketahui kejujurannya? Mungkin apa yang disampaikan tidak sama seperti yang dilaporkan.

Sepatutnya pihak media memainkan peranan menyatukan kaum yang berbilang bangsa dan agama dalam negara ini. Jangan terlalu suka memainkan isu sensitif yang menyebabkan rakyat berpecah belah. Isu-isu rakyat dan masalah yang dihadapi oleh rakyat sekarang ini perlu diselesaikan dan jangan memainkan isu-isu bangsa dan agama yang boleh menjejaskan perpaduan antara kaum dan agama dalam negara ini.

Baru-baru ini ada pihak yang mencadangkan menyekat atau melarang sesorang dari masuk ke negeri ini sebab mengeluarkan kenyataan yang menyentuh isu penyebaran agama. Mungkin ada salah faham tentang maksud yang hendak disampaikan oleh penceramah tersebut tetapi telah diputar belit oleh pihak tertentu untuk tujuan politik dan sebagainya.

Isu ini tidak perlu diperbesarkan oleh pihak media tetapi boleh ditangani secara berhikmah. Adakah dengan menghalang atau melarangkan seseorang dari memasuki negara atau negeri ini boleh menyelesaikan masalah?

Sekarang zaman langit terbuka dimana sebarang maklumat tidak mudah disekat. Kalau zaman dulu sebelum ada internet mungkin mudah pihak kerajaan menyekat sebarang maklumat kepada orang ramai kerana mereka hanya bergantung kepada maklumat dari akbar, radio dan Televisyen yang dikuasai oleh pihak pemerintah. Sekarang walaupun disekat seseorang itu memasuki mana-mana negara ianya tetap dapat menyampaikan pesanannya melalui medium langit terbuka seperti SMS, FaceBook, Whatsapp, Telegram, Blogs dan sebagainya.

Mereka menyangka dengan menyekat seseorang itu dari memasuki negara/negeri ini boleh menyelesai sebarang masalah tidak akan berjaya kecuali yang disekat itu betul-betul mengancam keselamatan negara seperti membawa senjata api, bahan letupan, dadah dan sebagainya yang boleh dikategori sebagai bahan larangan.

Kalau menyekat sesorang yang tidak sefahaman atau yang berbeda fahaman politik lebih-lebih lagi dia adalah rakyat atau warganegara Malaysia, rasanya tidak relevan dengan dasar demokrasi berpelembagaan yang dibenarkan dalam negara ini.

Kalau sesorang itu dapati bersalah kerana menghasut atau menyebabkan rakyat negara ini hura-hara memang patut diambil tindakan bukan hanya menyekat beliau dari menyampaikan maklumat kepada rakyat. Kalau ada berlaku salah faham atau mendapat maklumat yang tidak sahih lebih baik bertanya terus kepada orang yang menyampaikan maklumat tersebut.

Mungkin maklumat yang diterima tidak lengkap atau diputar belit oleh pihak tertentu sehingga apa yang hendak disampaikan kepada orang ramai tidak tepat dan mengelirukan. Setiap masalah boleh diselesaikan bila diadakan pertemuan atau diadakan dialog secara tertutup atau terbuka.

Banyak lagi masalah rakyat yang perlu dihebahkan bukannya isu-isu sensitif yang tidak memberi manfaat kepada negara dan rakyat.

Harap masalah perselisihan pendapat antara agama dan bangsa dapat diselesaikan secara harmoni dan kekeluargaan. Adakan dialog antara agama adalah jalan terbaik untuk semua. Dengan adanya pertemuan atau bersemuka antara pihak yang berbalah boleh meredakan masalah ini dari berlarutan.

Jofri Jaraiee
PAS Sarawak

Sumber TKO - 30-1-2016


Jalan perumahan rosak akibat lori muatan berat

Posted on Saturday, January 30 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu











































































































Miri – Lori muatan berat yang membawa tanah dan batu di sepanjang jalan Miri – Bintulu 
menyebabkan jalan perumahan di Taman Da Sing rosak teruk. Lori yang membawa tanah untuk 
proses penambakan tanah untuk membina bangunan di kawasan pembangunan baru melalui jalan perumahanan di Taman Da Sing Jalan Miri-Bintulu dalam kawasan Lambir itu menyebabkan 
penduduk hidup dalam keadaan tidak selesa.

Penduduk perumahan di kawasan tersebut mengadu kepada pihak kami yang jalan perumahan mereka 
rosak dan berdebu akibat lori membawa tanah tersebut. Dianggarkan antara 70 hingga 100 perjalanan 
sehari lori membawa tanah di kawasan perumahan mereka menurut penduduk perumahan di sana. 

Kawasan penempatan penduduk berdebu akibat tanah yang melimpah keluar serta faktor keselematan penduduk juga tidak terjamin terutama anak-anak kecil yang bermain di kawasan perumahan itu.

Penduduk perumahan pernah mengutarakan masalah ini kepada pihak Majlis Bandaraya Miri (MBM)
tetapi belum ada sebarang tindakan setakat ini. Pihak yang berkenaan sepatutnya segera bertindak
untuk mengatasi masalah ini dari berlarutan demi keselamatan penduduk di situ.

PAS mencadangkan agar jalan yang rosak itu diturap segera dan pihak pemaju yang menjalankan
aktiviti penambakan tanah harus menggunakan jalan utama dan tidak menggunakan jalan dalam
kawasan perumahan untuk sebarang aktiviti membawa tanah.

Kita juga mengesa pihak yang berkuasa seharusnya mementingkan keselamatan penduduk di kawasan perumahan dan juga kesihatan penduduk yang menghadapi masalah akibat dari isu lori muatan berat
yang melalui jalan mereka.

Kita harap masalah ini dapat diatasi dengan segera supaya penduduk di kawasan perumahan di situ
dapat hidup aman damai dari pencemaran debu, bising dan juga jalan rosak. Kerjasama dengan pihak
yang berkenaan mengatasi masalah ini dengan segera amat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS Sarawak

Sumber TKO - 30-1-2016

Dialog antara agama untuk selesaikan isu 

sensitif

JOFRI JARAIEE | .


Isu agama dan bangsa adalah isu yang sensitif bagi sesetengah pihak dan sering dimainkan oleh pihak tertentu dalam media untuk tujuan tertentu.

Pihak media tidak seharusnya menyebarkan isu-isu sensitif yang boleh menyebabkan rakyat berbilang
kaum dan agama di negara kita dalam konflik dan pesimis antara satu sama lain.

Kita menggesa semua pihak jangan terlalu percaya dengan berita yang keluar dari media yang ingin
melihat perselisihan faham berlaku antara bangsa dan agama dalam negara ini.

Sebelum percaya dengan berita yang diterima dari punca yang belum jelas
dan melibatkan isu-isu sensitif, umat Muslim khususnya perlu meneliti dulu berita-berita yang disampaikan oleh pihak tertentu agar ianya tidak
merosakkan hubungan antara kaum dan agama.

Islam mengajar umatnya agar berhati-hati dalam menerima sebarang berita
yang tidak jelas asal-usulnya. Kadang kadang isu kecil diperbesarkan dalam berita yang diedarkan untuk melariskan jualan atau untuk tujuan kepentingan pihak tertentu.

Sebagaimana Allah berfirman dalam Al Quran, maksudnya: “Hai orang-orang yang beriman, jika
datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan
kamu menyesal atas perbuatanmu itu”. [Al Hujurat: 6]

Dalam ayat ini jelas Allah melarang mereka beriman terus percaya kepada berita angin. Allah
menyuruh kaum Muslimin memastikan kebenaran berita yang sampai kepada mereka sebelum
menerima tanpa usul periksa.

Tidak semua berita itu benar, dan juga tidak semua berita yang disampaikan ada faktanya. Ingatlah,
musuh-musuh kamu sentiasa mencari kesempatan untuk menjatuhkan kamu.

Maka wajib atas kamu untuk selalu berwaspada, hingga kamu boleh kenal pasti orang yang hendak menyebarkan berita yang tidak benar.

Kadang-kadang berita itu berkait dengan kehormatan seseorang Muslim. Bagaimanakah sikap kita
terhadap berita yang belum tentu ada kebenarannya dan bersumber dari orang yang belum kita ketahui kejujurannya? Mungkin apa yang disampaikan tidak sama seperti yang dilaporkan.

Sepatutnya pihak media memainkan peranan menyatukan kaum yang berbilang bangsa dan agama
dalam negara ini. Jangan terlalu suka memainkan isu sensitif yang menyebabkan rakyat berpecah
belah.

Isu-isu rakyat dan masalah yang dihadapi oleh rakyat sekarang ini perlu diselesaikan dan jangan
memainkan isu-isu bangsa dan agama yang boleh menjejaskan perpaduan antara kaum dan agama
dalam negara ini.

Baru-baru ini ada pihak yang mencadangkan menyekat atau melarang seseorang dari masuk ke negeri
ini sebab mengeluarkan kenyataan yang menyentuh isu penyebaran agama.

Mungkin ada salah faham tentang maksud yang hendak disampaikan oleh penceramah tersebut tetapi
telah diputar belit oleh pihak tertentu untuk tujuan politik dan sebagainya.

Isu ini tidak perlu diperbesarkan oleh pihak media tetapi boleh ditangani secara berhikmah. Adakah
dengan menghalang atau melarangkan seseorang dari memasuki negara atau negeri ini boleh
menyelesaikan masalah?

Sekarang zaman langit terbuka di mana sebarang maklumat tidak mudah disekat. Kalau zaman dulu sebelum ada internet mungkin mudah pihak kerajaan menyekat sebarang maklumat kepada orang
ramai kerana mereka hanya bergantung kepada maklumat dari akbar, radio dan televisyen yang
dikuasai oleh pihak pemerintah.

Sekarang walaupun disekat seseorang itu memasuki mana-mana negara ianya tetap dapat
menyampaikan pesanannya melalui medium langit terbuka seperti SMS, Facebook, WhatsApp, blog
dan sebagainya.

Mereka menyangka dengan menyekat seseorang itu dari memasuki negara/negeri ini boleh menyelesai sebarang masalah tidak akan berjaya kecuali yang disekat itu betul-betul mengancam keselamatan
negara seperti membawa senjata api, bahan letupan, dadah dan sebagainya yang boleh dikategori
sebagai bahan larangan.

Kalau menyekat sesorang yang tidak sefahaman atau yang berbeda fahaman politik lebih-lebih lagi dia adalah rakyat atau warganegara Malaysia, rasanya tidak relevan dengan dasar demokrasi
berperlembagaan yang dibenarkan dalam negara ini.

Kalau sesorang itu dapati bersalah kerana menghasut atau menyebabkan rakyat negara ini hura-hara memang patut diambil tindakan bukan hanya menyekat beliau dari menyampaikan maklumat kepada
rakyat.

Kalau ada berlaku salah faham atau mendapat maklumat yang tidak sahih lebih baik bertanya terus
kepada orang yang menyampaikan maklumat tersebut.

Mungkin maklumat yang diterima tidak lengkap atau diputar belit oleh pihak tertentu sehingga apa
yang hendak disampaikan kepada orang ramai tidak tepat dan mengelirukan.

Setiap masalah boleh diselesaikan bila diadakan pertemuan atau diadakan dialog secara tertutup atau terbuka.

Banyak lagi masalah rakyat yang perlu dihebahkan bukannya isu-isu sensitif yang tidak memberi
manfaat kepada negara dan rakyat.

Harap masalah perselisihan pendapat antara agama dan bangsa dapat diselesaikan secara harmoni
dan kekeluargaan.

Adakan dialog antara agama adalah jalan terbaik untuk semua. Dengan adanya pertemuan atau
bersemuka antara pihak yang berbalah boleh meredakan masalah ini dari berlarutan. -
HARAKAHDAILY 25/1/2016

Penulis ialah Pesuruhjaya PAS Sarawak.

Sumber HD - 25-1-2016



Kuching, Sibu, Sarikei Terputus Bekalan Elektrik

Posted on Saturday, January 23 @ 22:44:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



KUCHING: Beberapa bandar utama di Sarawak terputus bekalan elektrik sejak jam 6.40 petang tadi hingga melumpuhkan sebahagian besar operasi perniagaan, selain menyebabkan kesesakan lalulintas.

Selain Kuching, bandar utama lain yang dilaporkan terputus bekalan elektrik ialah Sibu dan Sarikei
atas sebab-sebab tidak diketahui.

Pusat Panggilan Sarawak Energy Berhad (SEB) gagal dihubungi bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung insiden berkenaan.
-Berita Harian

Sumber TKO - 23-1-2016

Adenan Satem bertemu Najib di Putrajaya

BERNAMA | .

PUTRAJAYA: Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem pada Rabu bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan Sarawak.

Kenderaan rasmi Ketua Menteri itu dilihat memasuki Bangunan Perdana Putra pada pukul 4 petang sebelum keluar dua jam kemudian.

Usaha sekumpulan wartawan yang menunggu di luar pagar kawasan bangunan itu untuk mendapatkan kenyataan Adenan gagal apabila kenderaan yang membawanya tidak berhenti
walaupun dikerumuni.

Adenan pada Sabtu lepas dilaporkan berkata akan berjumpa Najib bagi menyelesaikan perkara
berkaitan penurunan kuasa kepada kerajaan negeri Sarawak.

Adenan berkata Sarawak mahu agar dikembalikan kuasa pentadbiran yang pernah dimilikinya dan
diambil kerajaan pusat memandangkan ia penting bagi pembangunan negeri itu khasnya kepada
penduduk di luar bandar.

Katanya beliau juga akan membangkitkan lagi isu peningkatan royalti minyak kepada Sarawak memandangkan kadar lima peratus sekarang dianggap terlalu kecil. - Bernama

Sumber HD - 10-1- 2016




















































2016: Tahun cabaran dan dugaan bagi semua






















































HARAKAHDAILY | .


TAHUN baru 2016 merupakan tahun yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Dengan keadaan ekonomi negara dan juga ekonomi dunia yang semakin tidak menentu merupakan suatu cabaran untuk semua.

Dengan kos kehidupan yang semakin meningkat dan juga keadaan politik negara yang  tidak beberapa stabil iaitu berbagai-bagai isu semasa dengan berbagai skandal yang masih menjadi misteri yang masih belum terungkai.

Sarawak akan menghadapi Pilihan Raya Umum yang ke-11 yang dijangka pada suku tahun yang pertama pada tahun 2016. PAS Sarawak juga telah bersedia menghadapi bukan saja pilihan raya tetapi apa juga cabaran kehidupan yang akan dihadapi oleh semua golongan tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.

Dengan harga pasaran minyak dunia yang semakin tidak menentu dan hasil petroleum negara tidak mendatangkan banyak hasil menyebabkan keadaan ekonomi negara semakin merundum. Harga barang keperluan semakin meningkat dengan adanya GST telah membebankan kehidupan harian rakyat.

Kerajaan perlu perihatin dengan masalah dan keadaan yang pasti akan membebankan kehidupan rakyat dengan berusaha mengurangkan kos bebanan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat terutama golongan yang berpendapatan kurang atau sederhana.

Contohnya, walaupun tarif elektrik di Sarawak diturunkan tetapi dengan adanya GST harga elektrik masih lagi membebankan kerana harganya masih tidak rendah seperti yang didakwakan.

Dan banyak lagi keperluan asas rakyat yang masih belum ditunaikan dan diberikan kepada rakyat yang memerlukan walaupun diumumkan dalam media berjuta-juta ringgit peruntukan disediakan untuk rakyat.

Tetapi hakikatnya masih ramai rakyat yang memerlukan keperluan asas masih hidup seperti dulu tiada banyak perubahan.

Kita harap tahun baru 2016 ini banyak janji kerajaan dan peruntukan bajet untuk rakyat yang lalu dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.

Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, mereka perlu ambil perhatian masalah rakyat ini dengan bersikap adil untuk semua.

Selamat menyambut tahun baru 2016 semoga rakyat dapat menikmati kehidupan yang baik dan melihat perubahan yang terbaik untuk semua dengan kerajaan baru yang adil untuk semua.

JOFRI JARAIEE
Pesuruhjaya PAS Sarawak – HARAKAHDAILY 31/12/2015

Sumber HD - 31-12-2015

Tahniah Sarawak: Tiada lagi tol mulai 1 Jan

ROBERT KENNETH ANAK HENRY | .


KUCHING: Kerajaan negeri Sarawak akan mengadakan majlis khas sambutan Tahun Baharu 2016 di jambatan Tun Abang Muhammad Salahuddin, Petra Jaya Khamis ini, kata Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Datu Misnu Taha.
  
Beliau berkata majlis yang dijangka dihadiri lebih 10,000 itu diadakan di jambatan itu bersempena pemansuhan bayaran tol di jambatan itu berkuat kuasa 1 Jan depan.  
  
Katanya, majlis dijadualkan bermula pukul 9 malam dan akan dimeriahkan dengan persembahan artis terkenal tanah air seperti Dayang Nurfaizah dan Datuk Jamal Abdillah serta pertunjukan bunga api.
  
"Ini merupakan pemansuhan tol terakhir di Sarawak selepas pemansuhan bayaran tol di Jambatan Lanang di Sibu dan Jambatan ASEAN Baram, Miri," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
  
Menurut Misnu, rakyat Sarawak menyifatkan tindakan kerajaan negeri Sarawak di bawah pimpinan ketua menteri Tan Sri Adenan Satem memansuhkan bayaran tol sebagai tindakan yang baik dalam usaha meringankan beban hidup rakyat.
  
Sementara itu, Walikota Kota Samarahan Datuk Peter Minos berkata pemansuhan tol jambatan di seluruh negeri ini merupakan hadiah bernilai kepada seluruh penduduk negeri Sarawak.
  
“Ia amat bermakna bagi golongan berpendapatan rendah dan mencerminkan keprihatinan Adenan dan kerajaan negeri Sarawak,” katanya.
  
Katanya, selain pemansuhan tol jambatan itu, penduduk negeri Sarawak juga berasa lega dengan pengurangan kadar bayaran elektrik serta pengurangan tambang feri kepada RM1 untuk setiap perjalanan.
  
“Apa-apa yang mampu mengurangkan beban kewangan rakyat sangat dialu-alukan dan dihargai rakyat malah Adenan wajar dipuji atas keputusan bijak mengurangkan beban rakyat,” katanya.
  
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Sarawak, Nor Hisham Mohammad berkata tindakan Adenan itu memperlihatkan bahawa kerajaan mampu melaksanakan sesuatu perkara positif untuk kepentingan rakyat.
  
“Adenan tidak menggunakan alasan tidak dapat dilaksanakan berikutan perjanjian terdahulu. Beliau juga mempunyai tekad politik dan perancangan strategik,” katanya.
  
Senada dengan Minos, Nor Hisham menyifatkan tindakan itu bukan sahaja dapat mengurangkan beban kewangan rakyat malah dapat meningkatkan kadar pusingan tunai.
  
"Ketiadaan tol membolehkan jentera bomba bergerak lancar dan tidak lagi menghadapi risiko kesesakan di kaunter pembayaran tol, " katanya.
  
Pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Roznie Mazlan, 51, berkata pemansuhan tol di jambatan itu melegakan beliau yang sejak tahun 2009 terpaksa membayar RM6 setiap hari untuk berulang alih ke tempat kerja.
  
"Pemansuhan tol di semua jambatan dan jalan raya di negeri ini  jelas membuktikan kerajaan negeri dan Adenan mengotakan janji yang dibuatnya sejak mengambil alih tampuk kepimpinan kerajaan negeri," katanya.
  
Beberapa pengguna jalan raya yang ditemui menyatakan pemansuhan tol di jambatan itu merupakan salah satu pencapaian cemerlang kerajaan negeri di bawah kepimpinan Adenan.
  
Sebelum ini Adenan mengumumkan penurunan tarif elektrik, tambang feri serta kenaikan bantuan kebajikan kepada rakyat Sarawak yang layak. - BERNAMA

Sumber HD - 29-12-2015




















































Imigresen Sarawak perlu guna sistem talian sepenuhnya






















































JOFRI JARAIEE | .


MIRI: Setiap tahun pemohon Pas Lawatan (Sosial) mesti mendapat pengesahan atau cop dari pegawai kerajaan yang telah dilantik untuk mendapatkan tandatangan, cop Mahkamah Seksyen / Majistret / Pesuruhjaya Sumpah yang membenarkan seseorang warganegara asing yang bukan bertaraf
warganegara Malaysia untuk masuk dan berada di Malaysia.

Pihak pemohon atau penaja akan mengisi borang yang telah disediakan dan setelah diisi pemohon
perlu mendapatkan Surat Akuan pengesahan dengan tandatangan, cop Mahkamah Seksyen / Majistret / Pesuruhjaya Sumpah daripada pegawai yang berkenaan.

Untuk mendapatkan surat pengesahan berkenaan, pemohon kena pergi ke Pejabat Residen atau Mahkamah Seksyen. Sudah pasti ia menyusahkan pemohon yang terpaksa keluar semula daripada jabatan
imigresen semata-mata untuk mendapatkan surat pengesahan tersebut.

Kadang-kadang pemohon terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan surat pengesahan dari pegawai yang berkenaan terutama dari Pejabat Residen kerana pegawai bercuti tanpa ada pegawai lain yang boleh
diberi kuasa untuk mengesahkan surat berkenaan.

PAS Sarawak mengesa pihak Imigresen Sarawak di Miri boleh melantik seorang pegawai dalam
jabatan Imigresen yang diberi kuasa mengesahkan Surat Akuan dengan tandatangan, cop Mahkamah Seksyen / Majistret / Pesuruhjaya Sumpah tanpa perlu pergi ke Jabatan yang berkenaan.

Pihak Imigresen Sarawak juga perlu menggunakan sistem dalam talian sepenuhnya untuk memudahkan orang ramai yang ingin memohon Pasport Malaysia antarabangsa dan mengurangkan kesesakan di jabatan Imigresen seluruh negeri.

Pihak Imigresen boleh mengurangkan kesesakan dan memudahkan orang ramai dengan menggunakan sistem dalam talian apabila memohon Visa, Pasport Antarabangsa, Permit Masuk dan sebagainya.

Pemohon hanya datang ke pejabat Imigresen selepas permohonan itu diluluskan oleh pegawai
Imigresen tanpa perlu menunggu dalam barisan panjang di pejabat imigresen.

Mungkin sistem ini sudah ada tapi tidak digunakan sepenuhnya tanpa pengetahuan orang ramai dan
pihak Imigresen perlu memberi penerangan atau menempatkan sistem dalam talian di jabatan
berkenaan untuk orang ramai menggunakannya terutama mereka yang tidak mempunyai kemudahan tersebut.

Kita harap pihak Imigresen dapat membaik pulih sistem berkenaan dengan lebih mesra pengguna. Ini
bukan saja memudahkan pengguna tetapi akan mengurangkan bebanan tugas pegawai Imigresen
dalam menguruskan pemohonan orang ramai dengan lebih cekap dan lancar. – HARAKAHDAILY 22/12/2015

Sumber HD - 22-12-2015

Gesaan KM Sarawak tanda beliau orang yang berani

A KADIR JASIN | .


HANYA orang yang tidak ada apa-apa untuk disembunyikan aka “nothing2hide” berani menggesa
media massa supaya mendedahkan ketidakadilan dan salah guna kuasa demi kebenaran.

Atau orang itu memang hebat merahsiakan kerja kotor sehingga mustahil boleh dikorek oleh media
massa.

Itulah yang dilakukan oleh Ketua Menteri Sarawak, (Tan Sri) Adenan Satem pada 18 Disember baru
lalu.

Berucap di majlis anugerah kewartawanan Kenyalang di Kuching, beliau menggesa pengamal media
agar tidak berdiam diri.

Kebetulan waktu itu saya berada di Kuching dalam rangka tinjauan peribadi ke Sabah dan Sarawak.

Saya yakin Adenan berani membuat gesaan itu kerana beliau tidak ada apa-apa yang hendak
disembunyikan atau beliau bersedia berterus terang jika ada sesuatu yang dibangkitkan mengenai
beliau dan pentadbiran beliau.

Sejak menjadi Ketua Menteri pada 1 Mac lalu, Adenan telah memecah acuan dengan mengamalkan
dasar terbuka dan terus terang.

Di majlis yang sama, beliau dilaporkan berkata bahawa kerajaan pusat enggan memahami betapa
buruknya rasuah yang melanda negara.

“Saya dengar banyak tahun lalu dakwaan bahawa tahap rasuah di Malaysia tidak terlalu teruk; tidak
banyak kes rasuah dan salah guna kuasa berlaku, tidak seperti di sebuah negara jiran di mana rasuah
dan salah guna kuasa dilakukan secara terbuka.

“Tetapi tidak lagi macam itu. Kita telah menyalah-tafsir keadaan sebenar (di Malaysia),” katanya.

Antara tindakan terawal Adenan sebagai Ketua Menteri adalah mendedahkan rasuah dan
penyalahgunaan kuasa dalam industri pembalakan Sarawak.

Kuasa Kerajaan Tidak Mutlak Lagi

Di dalam membuat gesaan itu, beliau tentu sedar bahawa pada dalam era media berpaksikan Internet
ini, kemampuan pihak berkuasa mengawal dan menentukan arah tuju laporan media semakin luntur dan terhad.

Jadi, walaupun mungkin ada media di Sarawak yang pro-Kerajaan, adalah mustahil bagi Adenan atau sesiapa juga mengawal keseluruhan media.

Kesimpulannya seruan beliau itu adalah ikhlas dan keberanian beliau itu berlandaskan peribahasa
berani kerana benar.

Pendirian tegas beliau itu tambah bermakna menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang perlu diadakan tahun hadapan.

Sebarang tanda yang beliau terlalu tunduk atau taasub menyokong kepemimpinan bermasalah Perdana Menteri (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib Abdul Razak
akan menjejaskan sokongan pengundi Sarawak terhadap Barisan Nasional negeri.

BN Sarawak adalah istimewa kerana ia dianggotai eksklusif oleh parti-parti anak negeri dan, dengan itu, kurang dicemarkan oleh politik BN pusat.

Ini menjadikan autonomi Sarawak dalam Persekutuan Malaysia lebih bermakna.

Sebaliknya kalau Adenan memilih untuk tidur sebantal dan berkongsi mimpi dengan Mohd Najib,
beliau mungkin akan dihukum oleh pengundi Sarawak. - kadirjasin.blogspot.my/

Sumber HD - 21-12-2015




















































The State Budget Of 2016 And RM 2.6 Billion ‘Donation’ For Najib

Chairman of the Sarawak PAS committee for Economic cum Bintulu PAS Chief Ir. Mohd Azwani
Abdul Rani congratulated on the presentation of the State Budget 2016 by the Honourable Tan Sri
Adenan Satem, Chief Minister of Sarawak recently.

With the presentation of the assembly this time is considered to be the last before the state elections expected in March 2016, increasing the budget for the development of the people of Sarawak,

especially in rural areas continues to increase is not surprising.

Tan Sri Adenan said the government has allocated a larger amount to RM2.65 billion for rural
development, higher than the RM2.35 billion allocated last year and RM2.19 billion in 2014.

Regarding 2016 earnings prospects of revenue, he emphasized that estimated at around RM5.55
billion, with RM544 million is from forest royalties and premium. In summary, the Sarawak
Government had allocated a total of RM5.97 billion, representing about 74 percent of the country’s
2016 budget to cover administrative expenses.

Sarawak Chief Minister added that Budget 2016 is based on the rural development in order to
achieve greater progress as well as balanced in the country. These efforts should be applauded if the
goal achieving the target. Adenan Satem some bold steps, such as state toll-free; different views with
the federal government should be commended for daring to change something for the good of the
people.

Azwani personally say that, this is the smarter and braver Chief Minister than the current Prime
Minister of Malaysia. A leader who gave a 2.6 Billion for rural areas in Sarawak whiles someone
received a “donation” of 2.6 Billion, but did not know where the outcome to the people.

Sarawak PAS view of Sarawak BN to Reconsider the loyalty if Najib guilty in the scandal of 1MDB
Chief Minister Tan Sri Adenan Satem and Barisan Nasional (BN) will reconsider their loyalty to
Datuk Seri Najib Razak when he was found guilty in the scandal 1Malaysia Development Berhad
(1MDB).

Adenan also said Najib so far not been found guilty of all the charges leveled against him of 1MDB.

He told the opposition that equate his allegiance to prime minister with the act in support of policies
of racial and religious Umno as well as allegations of the role played by Najib in the debt-laden
company, including the question of “donations” which RM2.6 billion was channeled into his
personal account.

Although Adenan trying to avoid being involved with the issue of “donations” of RM2.6 billion that channeled into Najib personal accounts, he should take the opportunity to demand more rights and allocation for development in Sarawak like royalty and also does not support the Bill of National
Security Council (NSC) approved by the House of Commons on last December 3, 2015.

The Bill of National Security Council are taking power of the Yang di-Pertuan Agong under Article
150 of the Federal Constitution, it is not only question the power of King but it’s more than
questioning his authority and discretion which seized power entirely of the Heads of State.

If it enforced the Sarawak autonomy can also be affected and the interests of Sarawak the power can
be taken over by the federal government.

This must be taken into consideration by the Chief Minister of Sarawak before giving any support to
Najib as head of the National Front at the national level.

This is the best time as a Chief Minister of Sarawak dare to speak out to defend the rights of the
people of Sarawak from violated by those who have an interest and abuse of power.

Yours faithfully
Jofri Jaraiee
Sarawak PAS Commissioner cum Miri PAS Chief

Belanjawan Sarawak 2016 dan Nilai RM 2.6 Bilion “Derma” untuk Najib

Pengerusi Lajnah Ekonomi PAS Sarawak merangkap YDP PAS Bintulu Ir Mohd Azwani Abdul Rani merakamkan tahniah atas pembentangan Bajet 2016 Negeri Sarawak oleh Yang Amat Berhormat Tan
Sri Adenan Satem,Ketua Menteri Sarawak baru baru ini.

Dengan pembentangan sidang DUN kali ini adalah yang dianggap paling akhir sebelum Pilihanraya
Negeri yang dijangka Mac 2016, penambahan belanjawan untuk pembangunan rakyat Sarawak,
khasnya luarbandar terus meningkat tidaklah mengejutkan.

Tan Sri Adenan berkata kerajaan menyediakan peruntukan yang lebih besar berjumlah RM2.65 bilion,
bagi pembangunan luar bandar, lebih tinggi berbanding RM2.35 bilion yang diperuntukkan pada
tahun lepas dan RM2.19 bilion pada 2014.

Mengenai prospek pendapatan 2016 hasil negeri, Adenan berkata dianggarkan sekitar RM5.55 bilion, dengan RM544 juta adalah daripada royalti hutan dan premium. Secara ringkasnya, Kerajaan Sarawak memperuntukkan perbelanjaan sebanyak RM5.97 bilion iaitu kira-kira 74 peratus daripada Bajet 2016 negeri itu bagi menampung perbelanjaan pengurusan.

Ketua Menteri menambah Bajet Sarawak 2016 adalah berasaskan pembangunan luar bandar dalam
usaha untuk mencapai kemajuan yang lebih besar serta seimbang di negeri ini. Usaha ini harus diberi
pujian sekiranya matlamat mencapai sasaran.

Beberapa langkah berani Adenan Satem, seperti Sarawak bebas tol, pandangan berbeza dengan
kerajaan pusat haruslah diberi pujian kerana berani mengubah sesuatu untuk kebaikan rakyat.

Azwani secara peribadi mengatakan bahawa, ini adalah Ketua Menteri yang lebih bijak dan berani dibandingkan dengan seorang Perdana Menteri Malaysia terkini.

Seorang pemimpin yang memberi 2.6 Bilion untuk pembangunan luar bandar Sarawak, manakala
seorang pemimpin lagi menerima “derma” 2.6 Bilion, tapi tidak diketahui kemana hasilnya pada
rakyat.

Pandangan PAS Sarawak terhadap BN Sarawak timbang semula kesetiaan jika Najib bersalah dalam skandal 1MDB

Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem dan Barisan Nasional (BN) Sarawak akan menimbang semula kesetiaan mereka kepada Datuk Seri Najib Razak jika beliau didapati bersalah dalam skandal 1
Malaysia Development Berhad (1MDB). Adenan juga berkata, Najib setakat ini tidak pernah
didapati bersalah dalam semua tuduhan berkaitan 1MDB yang dilemparkan terhadapnya.

Beliau berkata demikian kepada wakil rakyat pembangkang yang menyamakan sokongannya kepada perdana menteri dengan perbuatan menyokong dasar perkauman dan agama Umno serta dakwaan
peranan yang dimainkan Najib dalam syarikat sarat hutang itu, termasuk persoalan “derma” RM2.6
bilion yang disalurkan ke dalam akaun peribadi beliau.

Walaupun Adenan cuba hendak mengelak diri dari terbabit dengan isu “derma” RM2.6 bilion yang disalurkan ke dalam akaun peribadi Najib, beliau sepatutnya mengambil peluang untuk menuntut
 lebih banyak lagi hak dan peruntukan untuk pembangunan di Sarawak seperti tuntutan royalti dan
juga tidak menyokong Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara (MKN) diluluskan oleh
Dewan Rakyat pada 3 Disember 2015 lalu.

Rang Undang-undang MKN tersebut antara lain mengambil kuasa Yang di-Pertuan Agong di bawah
Artikel 150 Perlembagaan Persekutuan, maka ia bukan sahaja mempersoalkan kuasa Agong tapi ia
lebih daripada mempersoalkan kuasa dan budi bicara baginda iaitu merampas sama sekali kuasa ketua negara itu.

Kalau ianya dikuatkuasa maka kuasa autonomi Sarawak juga boleh terjejas dan segala kepentingan
Sarawak boleh diambil alih kuasa oleh kerajaan persekutuan.

Perkara ini perlu diambil pertimbangan oleh Ketua Menteri Sarawak sebelum memberi sebarang
sokongan kepada Najib sebagai ketua Barisan Nasional di peringkat pusat.

Inilah masa yang paling sesuai sebagai seorang Ketua Menteri Sarawak berani bersuara untuk mempertahankan hak rakyat Sarawak dari dicabul oleh mereka yang ada kepentingan dan juga menyalahgunakan kuasa.

Jofri Jaraiee
PAS Sarawak

Sumber BO - 17-12-2015

RM2.6b: Antara ‘derma’ Najib dan 

pembangunan Sarawak

HARAKAHDAILY | .


KUCHING: PAS merakamkan ucapan tahniah atas pembentangan Bajet 2016 Negeri Sarawak oleh
Yang Berhormat Tan Sri Adenan Satem, Ketua Menteri Sarawak baru baru ini, demikian ujar
Pengerusi Lajnah Ekonomi PAS Sarawak Mohd Azwani Abdul Rani.

“Pembentangan sidang DUN kali ini adalah yang dianggap paling akhir sebelum Pilihan Raya Negeri
yang dijangka Mac 2016, penambahan belanjawan untuk pembangunan rakyat Sarawak, khasnya luar bandar terus meningkat tidaklah mengejutkan.” Kata beliau yang juga YDP PAS Bintulu

Dalam pembentangannya Tan Sri Adenan berkata kerajaan menyediakan peruntukan yang lebih besar berjumlah RM2.65 bilion, bagi pembangunan luar bandar, lebih tinggi berbanding RM2.35 bilion
yang diperuntukkan tahun lepas dan RM2.19 bilion pada 2014.

Mengenai prospek pendapatan 2016 hasil negeri, Adenan berkata dianggarkan s
ekitar RM5.55 bilion, dengan RM544 juta adalah daripada royalti hutan dan
premium. Secara ringkas, Kerajaan Sarawak memperuntukkan perbelanjaan
sebanyak RM5.97 bilion iaitu kira-kira 74 peratus daripada Bajet 2016 negeri itu
bagi menampung perbelanjaan pengurusan.

“Ketua Menteri menambah Bajet Sarawak 2016 adalah berasaskan pembangunan
luar bandar dalam usaha untuk mencapai kemajuan yang lebih besar serta seimbang di negeri ini.
Usaha ini harus dipuji.

“Beberapa langkah berani Adenan Satem, seperti Sarawak tanpa tol, pandangan berbeza dengan
kerajaan pusat haruslah dipuji.

“Secara peribadi inilah Ketua Menteri yang lebih bijak dari seorang Perdana Menteri kini di Malaysia. Seorang pemimpin yang memberi 2.6 Billion untuk pembangunan luar bandar Sarawak, manakala
seorang lagi, yang menerima "derma" 2.6 Billion, tapi tidak diketahui kemana hasilnya pada rakyat.
” Kata beliau lagi. – HARAKAHDAILY 17/12/2015

Sumber HD - 17-12-2015

Adenan padamkan Taib Mahmud

Posted on Tuesday, December 15 @ 07:38:13 MYT by Reformis

Oleh Timmy Say

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem melalui tindakannya
memberikan rakyat negeri Sarawak jawapan mengapa mereka perlu
menyokong beliau.

Adenan sudah tentu menyedari kelemahan Barisan Nasional (BN) di Sarawak
ialah SUPP, yang menyumbang 13 daripada 19 kerusi yang ditandinginya
kepada pembangkang di pilihan raya negeri 2011. Bukan itu sahaja, 12 daripada
13 kerusi SUPP itu disumbangkan ke DAP, dan 1 ke tangan PKR.


Untuk mengatasi kelemahan ini, dan menyedari kempen pembangkang,
terutamanya DAP yang sudah menguar-uarkan satu undi untuk Adenan bererti
satu undi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Adenan mengambil sikap menjadi pembangkang tidak rasmi di dalam BN terhadap Putrajaya.

Adenan menembak Putrajaya di sidang DUN Bajet 2016 dari segi peruntukan kepada Sarawak.
Beliau juga mengambil posisi berlainan daripada Putrajaya di dalam kepentingan menguasai Bahasa Inggeris. Malah, Adenan melangkah lebih jauh apabila memutuskan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) berkuat kuasa serta merta.

Untuk menghentikan elemen agama dipolitikkan sejurus selepas PKR menuntut penjelasan daripada kerajaan negeri mengapa Islam dinyatakan sebagai agama rasmi dalam laman web negeri, laman
tersebut membuang ayat Islam sebagai agama rasmi di Sarawak secara diam-diam ketika
perhimpunan agung Umno sedang berlangsung.

Sekiranya pembangkang membesarkan isu ini lagi, ia akan menjejaskan undi pembangkang di Semenanjung manakala Adenan terus mengukuhkan kedudukannya di Sarawak.

Keberanian Adenan mengambil sikap tidak berdolak-dalik dalam isu sensitif kepada kaum bukan
Islam, terutamanya Cina amat mengagumkan. Adenan menunjukkan beliau lain daripada ahli politik
BN yang lain. Adenan menunjukkan beliau bebas, tidak kow-tow (tunduk) dan berdikari daripada Putrajaya. Dan ini menjadi tarikan utama beliau dalam menawan hati rakyat Sarawak.

Bukan itu sahaja, Adenan juga berjaya menawan pengkritiknya. Sarawak Report yang dulu terkenal dengan pendedahan pembalakan haram dan kes "rogol" hutan di Sarawak kini tidak lagi melaporkan sebarang isu mengenainya sebaliknya menumpukan perhatian kepada isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Cynthia Gabriel, pengarah C4, yang dilarang masuk ke Sarawak diberikan lampu hijau berjumpa
Adenan di Sarawak. Di perjumpaan itu, Adenan berjanji akan menyemak semula larangan-larangan terhadap ahli politik Semenanjung Malaysia ke negeri tersebut mengikut kes masing-masing.

Siapa ketua menteri Sarawak? Di minda rakyat Sarawak kini cuma ada nama Adenan. Tiada lagi
Tun Abdul Taib Mahmud. Tiada Najib di mana-mana bayangan tepi Adenan.

Adenan is his own man.

Sumber DD - 15-12-2015





















































The Agreement Between Customers and Business Corporations Should Be Reviewed

When passengers arrive a bit late to check-in counter or departure hall, they were not allowed to
enter the plane but when the airline delay or postpone the flights, passengers are told to be patient to continue with the next flight. If a passenger is late had to pay and reimburse costs more to get the
next flight because of delays.

On December 12, 2015 AirAsia plane has postponed its flights from Kuala Lumpur International
Airport 2 (KLIA 2) to Miri. At first aircraft is due to depart within at 8:30 pm which was due to
leave at 7:35 pm if in accordance with the actual schedule.

After an hour of waiting, suddenly the airlines announced the aircraft could not take off that time and
next will depart within at 9:40 pm. Approximately in 9:30 pm, the passengers were allowed to enter
the aircraft, after a long wait in the aircraft, the captain suddenly announced there is a change of
aircraft personnel.

Because there is a change of staff resulting in all other passengers of the flight were told to get off the aircraft back to the departure hall. The next schedule time postponed until 12 midnight. The aircraft
was supposed depart at 7:35 pm has been deferred for more than 4 hours and depart at about 12:15
am on 13th December 2015.

Arrive at Miri Airport is at about 2:50 am. Passengers from Miri Airport to the KLIA 2 had to wait
until 3 o’clock in the morning for the next flight. Arriving at KLIA 2 of course within at 5 am
because of the flight takes more than 2 hours to reach the destination.

Because of this delay are not only troublesome the passengers, especially passengers with small
children and the elderly but those staying on business are affected by these flight delays. Many
passengers complained that they had suffered loss as a result of this delay

Sadly the airlines do not treat or reimburse losses incurred by passengers who are forced to pay
higher costs as a result of the delay.

This proves that the agreement between the customers and the airline is lopsided and unfair
towards customers or users.

We urge the government to review the agreement between the business corporations and consumers because the profits is only favorable to the business corporations, while the losses are users without
able to claim their rights as consumers.

This matter should be taken seriously by the government because we as consumers incur more losses
if compared with the business corporations. Not only with the airlines but also with other businesses
that pursue profits without taking into account the problems faced by customers.

Cooperation with the authorities to tackle the problem of injustice in this agreement is greatly
appreciated.

Yours faithfully
Jofri Jaraiee
Sarawak PAS Commissioner cum Miri PAS Chief

VERSI BM

Perjanjian antara pelanggan dan syarikat perniagaan perlu dikaji semula

Apabila penumpang lewat sedikit sampai ke kaunter daftar masuk atau ke dewan perlepasan, mereka
tidak dibenar masuk pesawat tetapi apabila pihak syarikat penerbangan lewat atau menangguhkan penerbangan, penumpang hanya disuruh bersabar untuk meneruskan penerbangan seterusnya.

Kalau penumpang yang lewat terpaksa menanggung kos dan membayar semula kos yang lebih untuk mendapatkan pesawat seterusnya akibat kelewatan.

Pada 12 Disember, 2015 pesawat AirAsia telah menangguhkan penerbangannya dari Kuala Lumpur International Airport 2 (KLIA2) ke Miri. Pada mulanya pesawat dijangka berlepas dalam jam 8:30
malam yang sepatutnya berlepas jam 7:35pm kalau mengikut jadual sebenarnya.

Selepas satu jam menunggu, tiba-tiba pihak syarikat mengumumkan pesawat tidak dapat berlepas
waktu tersebut dan seterusnya akan berangkat dalam jam 9:40pm. Lebih kurang dalam jam 9:30pm, penumpang dibenar masuk dalam pesawat, setelah sekian lama menunggu dalam pesawat, tiba-tiba
kapten mengumumkan berlaku pertukaran kakitangan pesawat.

Oleh sebab berlaku pertukaran kakitangan pesawat menyebabkan sekali lagi penumpung disuruh
turun semula dari pesawat untuk ke dewan perlepasan. Waktu jadual seterusnya ditangguh sehingga waktu 12 tengah malam. Pesawat yang sepatutnya berangkat jam 7:35pm telah bertangguh lebih dari
4 jam dan berlepas lebih kurang jam 12:15am pada 13hb Disember 2015.

Sampai ke Lapangan Terbang Miri sudah jam lebih kurang 2:50 pagi. Penumpang dari Miri ke KLIA
2 terpaksa menunggu sehingga jam 3 pagi untuk penerbangan seterusnya. Sampai di KLIA 2 sudah
tentu dalam jam 5 pagi lebih kerana mengambil masa penerbangan 2 jam lebih untuk sampai ke
destinasi.

Disebabkan kelewatan ini bukan saja menyusahkan penumpang terutama penumpang yang membawa anak-anak kecil dan orang tua tetapi mereka yang mempunyai urusan juga terjejas akibat kelewatan penerbangan ini. Ramai penumpang merungut kerana mereka terpaksa menanggung kerugian akibat kelewatan ini

Apa yang menyedihkan pihak syarikat penerbangan tidak melayan atau membayar balik kerugian
yang terpaksa ditanggung oleh penumpang yang terpaksa membayar kos yang lebih akibat kelewatan tersebut.

Disinilah membuktikan yang perjanjian antara pelanggan dan syarikat penerbangan adalah berat
sebelah dan tidak adil terhadap pelanggan atau pengguna.

Kita mengesa pihak kerajaan mengkaji semula perjanjian antara syarikat perniagaan dengan
pengguna kerana keuntungan hanya berpihak kepada pihak syarikat perniagaan sedangkan yang menanggung kerugian adalah pengguna tanpa dapat menuntut hak mereka sebagai pengguna.

Perkara ini perlu dipandang serius oleh pihak pemerintah kerana kita sebagai pengguna menanggung
lebih banyak kerugian kalau dibanding dengan pihak syarikat perniagaan. Bukan saja dengan
syarikat penerbangan tetapi juga dengan lain-lain syarikat perniagaan yang hanya mementingkan keuntungan tanpa mengambil kira masalah yang dihadapi oleh pelanggan.

Kerjasama dengan pihak berkuasa untuk mengatasi masalah ketidakadilan dalam perjanjian ini amat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS Sarawak

Sumber BO - 13-12-2015

Penerbangan lewat penumpang tanggung rugi

JOFRI JARAIEE | .


Perjanjian antara pelanggan dan syarikat perniagaan perlu dikaji semula

Apabila penumpang lewat sedikit sampai ke kaunter daftar masuk atau ke dewan perlepasan, mereka
tidak dibenar masuk pesawat tetapi apabila pihak syarikat penerbangan lewat atau menangguhkan penerbangan, penumpang hanya disuruh bersabar untuk meneruskan penerbangan seterusnya.

Kalau penumpang yang lewat terpaksa menanggung kos dan membayar semula kos yang lebih untuk mendapatkan pesawat seterusnya akibat kelewatan.

Pada 12 Disember 2015, pesawat AirAsia telah menangguhkan penerbangannya dari Kuala Lumpur International Airport 2 (KLIA2) ke Miri.

Pada mulanya pesawat dijangka berlepas dalam jam 8.30 malam yang sepatutnya berlepas jam 7.35 malam kalau mengikut jadual sebenarnya.

Selepas satu jam menunggu, tiba-tiba pihak syarikat mengumumkan pesawat tidak dapat berlepas
waktu tersebut dan seterusnya akan berangkat dalam jam 9:40 malam. Lebih kurang dalam jam 9.30 malam, penumpang dibenar masuk dalam pesawat, setelah sekian lama menunggu dalam pesawat,
tiba-tiba kapten mengumumkan berlaku pertukaran kakitangan pesawat.

Oleh sebab berlaku pertukaran kakitangan pesawat menyebabkan sekali lagi penumpung disuruh t
urun semula dari pesawat untuk ke dewan perlepasan.

Waktu jadual seterusnya ditangguh sehingga waktu 12 tengah malam. Pesawat yang sepatutnya
berangkat jam 7.35 malam telah bertangguh lebih dari 4 jam dan berlepas lebih kurang jam 12.15
pagi pada 13 Disember 2015.

Sampai di Lapangan Terbang Miri sudah jam lebih kurang 2.50 pagi. Penumpang dari Miri ke
KLIA 2 terpaksa menunggu sehingga jam 3 pagi untuk penerbangan seterusnya.

Sampai di KLIA 2 sudah tentu dalam jam 5 pagi lebih kerana mengambil masa penerbangan 2 jam
lebih untuk sampai ke destinasi.

Disebabkan kelewatan ini bukan saja menyusahkan penumpang terutama penumpang yang membawa anak-anak kecil dan orang tua tetapi mereka yang mempunyai urusan juga terjejas akibat kelewatan penerbangan ini. Ramai penumpang merungut kerana mereka terpaksa menanggung kerugian akibat kelewatan ini

Apa yang menyedihkan pihak syarikat penerbangan tidak melayan atau membayar balik kerugian
yang terpaksa ditanggung oleh penumpang yang terpaksa membayar kos yang lebih akibat kelewatan tersebut.

Di sinilah membuktikan yang perjanjian antara pelanggan dan syarikat penerbangan adalah berat
sebelah dan tidak adil terhadap pelanggan atau pengguna.

Kita menggesa pihak kerajaan mengkaji semula perjanjian antara syarikat perniagaan dengan
pengguna kerana keuntungan hanya berpihak kepada pihak syarikat perniagaan sedangkan yang menanggung kerugian adalah pengguna tanpa dapat menuntut hak mereka sebagai pengguna.

Perkara ini perlu dipandang serius oleh pihak pemerintah kerana kita sebagai pengguna menanggung
lebih banyak kerugian kalau dibanding dengan pihak syarikat perniagaan. Bukan saja dengan
syarikat penerbangan tetapi juga dengan lain-lain syarikat perniagaan yang hanya mementingkan keuntungan tanpa mengambil kira masalah yang dihadapi oleh pelanggan.

Kerjasama dengan pihak berkuasa untuk mengatasi masalah ketidakadilan dalam perjanjian ini
amat dihargai. - HARAKAHDAILY 13/12/2015

Penulis ialah Pesuruhjaya PAS Sarawak juga YangDipertua PAS Miri.

Sumber HD - 132-12-2015



Islam agama rasmi dibuang dari laman web S'wak

Posted on Saturday, December 12 @ 15:59:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOm

























































 PKR menuntut penjelasan daripada kerajaan negeri mengapa Islam dinyatakan sebagai agama rasmi dalam laman web negeri, walaupun sebentar sahaja.




PKR menuntut penjelasan daripada kerajaan negeri mengapa Islam dinyatakan sebagai agama rasmi dalam laman web negeri, walaupun sebentar sahaja.



Ketua Penerangan PKR Sarawak Vernon Aji Kedit berkata Islam dinyatakan masih dikesan sebagai agama rasmi pada 10 Disember tetapi dipinda keesokan harinya (semalam).





“Perlembagaan negeri Sarawak adalah jelas - Sarawak tidak mempunyai agama rasmi, tetapi laman web negeri (sebelum ini) menyatakan sebaliknya,” katanya.



Vernon berkata walaupun pemimpin pembangkang Baru Bian sudah memaklumkan perkara itu kepada kerajaan negeri pada Julai lalu, tiada tindakan diambil, sehinggalah media melaporkan dan isu itu tersebar meluas di Internet.



“Hari ini, kita perhatikan bahawa seksyen itu sudah dipinda di laman web tanpa apa-apa penjelasan,” kata Vernom lagi dalam kenyataannya.



Beliau justeru menuntut penjelasan kenapa kesilapan besar itu boleh berlaku dan kenapa tiada tindakan awal diambil.



PKR juga menuntut sebuah deklarasi dibuat berhubung status agama rasmi di Sarawak supaya rakyat negeri itu tidak tertanya-tanya berkaitan perkara itu.



Vernon juga membangkitkan sama ada terdapat pakatan parti pemerintah negeri dengan Putrajaya untuk mengambil langkah tersembunyi mengislamkan Sarawak dengan halus.



“Isunya kita bukan menentang Islam tetapi kita mempertahankan hak kebebasan beragama tanpa apa apa agama rasmi sebagai termaktub dalam perlembagaan Sarawak,” katanya.


 


Sumber TKO - 121-12-2015

Sarawak: Ke mana pergi peruntukan jalan kampung?






















































JOFRI JARAIEE, PAS SARAWAK | .


BAJET 2016 Sarawak lebih fokus kepada pembangunan infrastruktur yang mapan, terutamanya di
luar bandar Sarawak.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem pada Persidangan Dewan Undangan Negeri
telah memberi penekanan kepada pembangunan di luar bandar terutama dari segi kemudahan asas
seperti jalan raya, bekalan air dan elektrik.

Setiap kali Persidangan Dewan Undangan Negeri, kerajaan akan memberi berjuta-juta ringgit
peruntukan pembangunan infrastruktur untuk luar bandar tetapi masalahnya masih terdapat lagi jalan kampung berlubang dan teruk berlaku terutama di kawasan luar bandar Sarawak yang perlu diberi perhatian.

Abdul Kamil Saimon salah seorang penduduk di Kampung Bakam di Dun Lambir mengadu bahawa
jalan ke arah rumah beliau masih teruk dan kawasan rumahnya juga sering dilanda banjir kilat apabila hujan lebat.

Jalan ke rumahnya menuruni anak bukit dan berhampiran dengan Sungai Bakam sering dilanda banjir kilat.

Beliau pernah mengadu masalah ini dengan wakil rakyat di kawasan tersebut tetapi tiada sebarang tindakan diambil.

Beliau amat kecewa dengan sikap sambil lewa wakil rakyat yang tidak mengambil perhatian masalah penduduk kampung yang amat memerlukan bantuan terutama yang berkaitan dengan masalah jalan
dan kawasan perumahan yang mudah dilanda banjir.

Beliau harap pihak berkuasa dan mereka yang berkenaan dapat meninjau keadaan dan masalah yang dihadapi oleh penduduk di Kampung Bakam kerana masih banyak lagi masalah rakyat yang perlu
diberi perhatian oleh pihak berkuasa.

Kita menggesa pihak berkuasa serta mereka yang berkenaan dapat menggunakan peruntukan bajet
untuk jalan dan kemudahan asas luar bandar digunakan untuk menaik taraf keperluan penduduk
di situ.

Kita yakin dengan peruntukan sedia ada yang berjumlah berjuta-juta ringgit itu kalau digunakan sepenuhnya, sudah pasti banyak masalah rakyat dapat diselesaikan.

Jangan hanya waktu pilihan raya, barulah nak tunjuk muka kononnya nak bagi bantuan kepada
penduduk kampung dengan tujuan untuk memancing undi. Tugas seorang wakil rakyat adalah
menangani masalah rakyat bukannya untuk kepentingan diri sendiri.

Kita menggesa kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Adenan Satem dapat menilai semula wakil
rakyat yang telah dipilih agar berlaku adil kepada semua rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.

Layan semua rakyat dengan adil dan jangan mengganggu tugas agensi kerajaan yang terlibat dalam memberi kebajikan rakyat dengan sikap pilih kasih dalam memberi peruntukan untuk kemudahan
rakyat dalam sesuatu kawasan.

Rakyat amat mengharapkan kemudahan asas serta kebajikan mereka terjaga tanpa ada perasaan
ditakut-takutkan dengan ancaman tidak diberi peruntukan oleh pihak tertentu sekiranya mereka menyuarakan masalah mereka kepada pihak yang berkenaan.

Kita harap masalah jalan di Kampung Bakam dan kawasan sekitarnya dapat diatasi dengan segera.

Harapan kami adalah tiada lagi aduan bahawa hanya jalan-jalan tertentu diturap dengan tar dan
bahagian lain yang tidak berturap sepenuhnya dengan tar seperti yang berlaku dengan jalan yang
menuju ke rumah Abdul Kamil.

Kerjasama dengan pihak berkuasa dan mereka yang berkenaan untuk sama-sama menyelesaikan
masalah rakyat ini tanpa ada perasaan pilih kasih amat dihargai. - HARAKAHDAILY 9/12/2015

Sumber HD - 9-12-2015

Penduduk miskin sukar dapat bantuan rumah

JOFRI JARAIEE | .


Kerajaan telah menyediakan program bantuan kewangan dan pengurusan bagi membolehkan
kumpulan sasar mendiami rumah yang lebih selamat dan selesa berbanding tempat kediaman
mereka terdahulu.

Matlamat program ini ialah untuk meningkatkan taraf dan kualiti hidup golongan sasar.

Masalahnya sekarang ini adakah program ini mencapai matlamat untuk golongan sasar yang amat memerlukan rumah yang selesa untuk kehidupan mereka sekeluarga.

Kita dapati masih ramai golongan miskin dan kurang berkemampuan tidak memiliki rumah sendiri
yang selesa terutama di kawasan luar bandar.

Rumah adalah tempat tinggal yang amat diperlukan oleh setiap insan, tanpa rumah yang selesa dan selamat boleh menimbulkan masalah sosial dalam kalangan rakyat terutama mereka yang kurang mendapat pendidikan dan perhatian dari pihak berkuasa.

Salah seorang penduduk di Kampung Bakam, Miri mengadu kepada pihak kami yang beliau sudah beberapa kali memohon bantuan rumah tetapi sehingga kini masih belum diluluskan lagi.

Apabila beliau bertanya dengan pihak yang berkenaan alasan yang diberikan adalah tunggu giliran,
tetapi yang peliknya ialah mengapa pemohon baru boleh mendapatkan lebih cepat manakala dia
telah memohon awal dari itu tidak dilayan oleh pihak yang berkenaan.

Johan Raup salah seorang penduduk di Kampung Bakam yang memiliki 6 orang anak terpaksa
tinggal dalam pondok atau rumah papan yang sempit untuk meneruskan kehidupan seharian bersama keluarganya.

Beliau merasakan sesuatu yang tidak kena dengan cara pihak yang berkenaan mengendalikan
program tersebut seolah-olah ada pilih kasih terhadap keluarga yang amat memerlukan tempat
tinggal yang selesa.

Beliau yang bekerja sendiri dengan pendapatan yang sekadar cukup untuk menampung kehidupan seharian keluarga beliau.

Rumah papan beliau yang kecil itu menempatkan 8 orang dengan menggunakan kayu papan dan
zink untuk dinding dan bumbung juga bocor.

Beliau amat memerlukan sebuah rumah baru yang selesa dan selamat untuk menempatkan
keluarganya yang semakin ramai dan membesar itu.

Beliau juga mengharapkan masalah beliau mendapat perhatian dari pihak berkuasa untuk
mengambil tindakan segera membuat rumah baru untuk beliau sekeluarga.

Kita menggesa pihak berkuasa dan mereka yang diamanah oleh rakyat supaya dapat memberi
bantuan segera keatas keluarga Johan dan mereka yang amat memerlukan bantuan tanpa mengira
bangsa, agama dan fahaman politik.

Sebagai sebuah kerajaan yang dipilih oleh rakyat sepatutnya masalah ini dapat diatasi dengan segera kerana semua peruntukan untuk program bantuan rumah untuk rakyat, kita yakin sudah diluluskan
oleh kerajaan persekutuan.

Kita harap pihak yang berkenaan boleh menyemak semula pemohonan Johan dan perlu diberi
perhatian segera kerana keadaan rumah beliau memang kurang selamat untuk tempat tinggal
keluarga yang ramai.

Kerjasama dengan pihak yang berkenaan untuk mengatasi masalah rakyat ini amat dihargai. - HARAKAHDAILY 7/12/2015

Penulis ialah Pesuruhjaya PAS Sarawak juga Yang Dipertua PAS Miri.

Sumber HD - 7-12-2015




















































The Problems of Rural Roads in Sarawak Need Attention

Although the provisions of millions of ringgit was approved by the federal government to build roads
in Sarawak but the problem of severe road still existing in rural areas.

The problems of roads in the rural areas of Sarawak are still an issue that needs to be addressed by
the authorities. The poor road and perforated is widely existing in rural areas and among them is the village of Bulau at Peninjau in Sibuti parliamentary.

The road along 6.5 kilometers from the main road junction from Miri to Bintulu has long been in perforated condition. The potholes road and difficult for small vehicles through the road during
heavy rain.

The majority of the population in Bulau village are Malays and other ethnic groups are also there.
Most of them are farmers. They hope the government can pave the perforated roads to facilitate them
send their children to school and also make it easier for them to commute to their home.

We urge the authorities to use the budget allocation for rural roads fully utilized. Do not just wait for election time then the certain parties use it for the purpose of votes. We believe that the existing provisions are enough to tar all the roads in Sarawak rural if the parties concerned monitor every
project that has been approved.

Cooperation with the relevant authorities to address this issue to tar the road immediately is highly appreciated so that the villagers of the village able to pass through the road safely and comfortably.

Yours faithfully
Jofri Jaraiee
Sarawak PAS Commissioner cum Miri PAS Chief



Malay Version

Masalah jalan di luar bandar Sarawak perlu perhatian
Walaupun peruntukan berjuta-juta ringgit telah diluluskan oleh kerajaan persekutuan untuk membina
jalan perhubungan di Sarawak tetapi masalah jalan teruk masih lagi wujud di kawasan luar bandar.

Masalah jalan di kawasan luar bandar Sarawak masih lagi jadi isu yang perlu diberi perhatian oleh
pihak berkuasa. Jalan yang teruk dan berlobang banyak terdapat di kawasan luar bandar dan
diantaranya ialah perkampungan Bulau di Peninjau dalam parlimen Sibuti.

Jalan yang sepanjang 6.5 KM dari jalan simpang utama dari Miri ke Bintulu telah lama dalam
keadaan berlobang. Keadaan jalan bertambah teruk terutama waktu musim hujan. Jalan berlopak dan sukar untuk kenderaan kecil melalui jalan tersebut ketika hujan lebat.

Majoriti penduduk di kampung Bulau adalah kaum Melayu dan terdapat juga kaum etnik lain di situ. Kebanyakan mereka adalah petani. Mereka berharap pihak kerajaan dapat menurap jalan berlobang tersebut untuk memudahkan mereka menghantar anak mereka ke sekolah dan juga memudahkan
mereka berulang alik ke tempat kediaman mereka.

Kita mengesa pihak yang berkuasa menggunakan peruntukan bajet untuk jalan luar bandar digunakan sepenuhnya. Jangan hanya menunggu waktu pilihan raya barulah pihak tertentu menggunakannya
untuk tujuan memancing undi. Kita yakin peruntukkan yang sedia ada sudah cukup untuk
menurapkan semua jalan di luar bandar Sarawak sekiranya pihak yang berkenaan memantau setiap
projek yang sudah mendapat kelulusan.

Kerjasama dengan pihak berkenaan untuk mengatasi masalah ini dengan menurapkan jalan tersebut dengan segera amat dihargai agar penduduk di kampung tersebut dapat melalui jalan tersebut dengan selamat dan selesa.

Jofri Jaraiee
PAS Sarawak

Sumber BO - 30-11-2015

Gagal kuasai bahasa Inggeris graduan sukar dapat kerja?






















































JOFRI JARAIEE | .


Bahasa Melayu digunakan sejak abad ke-7 Masihi dan telah menjadi bahasa pengantara pemerintah, bahasa perdagangan, bahasa pengajian agama dan lingua franca bagi rantau kepulauan Melayu di
bawah kerajaan Srivijaya. Ianya juga meliputi kepulauan Borneo dan persekitarannya.

Bahasa Melayu juga mencapai puncak kegemilangan sebagai bahasa tamadun Melayu baharu, dengan
menjadi bahasa pentadbiran, bahasa diplomasi, bahasa undang-undang, bahasa ilmu dan falsafah,
bahasa perdagangan, bahasa ketatanegaraan dan bahasa sastera tinggi pada zaman kesultanan Melayu sekitar abad ke-13 hingga abad ke-19.

Seorang sarjana Belanda Francois Valentijn pernah mengungkapkan kebitaraan bahasa Melayu pada
abad ke-16 sebagai bahasa mereka, bahasa Melayu, bukan saja dituturkan di daerah pinggir laut,
tetapi juga digunakan di seluruh kepulauan Melayu dan di negeri-negeri Timur, sebagai suatu bahasa
yang mudah difahami dan digunakan di merata tempat oleh setiap orang, tidak ubah seperti bahasa Perancis atau Latin di Eropah, atau sebagai bahasa lingua franca di Itali dan di Levant.

Semasa zaman penjajahan Inggeris, bahasa Melayu disetarafkan dengan bahasa keturunan yang
dibawa oleh Inggeris untuk kepentingan ekonomi, iaitu keturunan Cina dan India dengan
menjadikannya bahasa penghantar di sekolah vernakular Melayu, sama halnya dengan bahasa Cina
di sekolah vernakular Cina dan bahasa Tamil di sekolah vernakular India.

Terdapat sebahagian daripada kita apabila menyatakan sesuatu dalam bahasa Inggeris merasakan
dirinya berpendidikan, yang sangat dihormati dan punya daya tarik.

Apabila mereka bercakap dalam bahasa ibunda mereka dianggap sebagai tidak berpendidikan dan
kurang daya tarikan.

Ini menyebabkan pandangan orang ramai kepada bahasa Inggeris jauh lebih utama dan dikaitkan
bahasa Inggeris sebagai bahasa kemajuan dan kemodenan.

Penggunaan dan mempelajari bahasa ibunda dianggap membawa kepada kemunduran, ketinggalan
zaman dan rendah diri.

Tidak dinafikan bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa komunikasi peringkat antarabangsa tetapi
bahasa ibunda sesuatu kaum bukanlah punca sesebuah negara menjadi mundur.

Kita lihat Perancis jiran United Kingdom menggunakan bahasa Perancis untuk memajukan negara mereka. Hal yang sama berlaku di Jerman, Belanda, Sweden, mereka maju dengan menggunakan
bahasa ibunda masing-masing.

Bahasa Inggeris hanya digunakan sebagai bahasa perhubungan di peringkat antarabangsa dan negara
mereka tetap maju walaupun mereka tidak menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi negara mereka.

Perkara yang sama berlaku di Jepun, Korea Selatan dan China. Kekuatan bahasa ibunda mereka menyebabkan bangsa ini menjadi maju dengan tidak menolak kepentingan bahasa Inggeris untuk dipelajari dan juga bahasa lain.

Filipina dan India sejak kemerdekaan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama mereka,
tetapi tidak pula maju seperti negara lain yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing.

Persoalannya sekarang ialah mengapa mesti mengambil bahasa penjajah@Inggeris sebagai bahasa
rasmi manakala bahasa Melayu boleh dimartabatkan lebih tinggi atau setaraf dengan bahasa lain di
dunia sekiranya kerajaan yang memerintah sekarang menaiktaraf bahasa ibunda masing-masing ke peringkat antarabangsa.

Adakah dengan menggunakan bahasa penjajah boleh memberi pekerjaan kepada graduan yang menganggur?

Ia membuktikan isu bahasa Inggeris bukan menjadi persoalan sama ada negara boleh maju atau sebaliknya, tetapi ia menyangkut tentang budaya berfikir dan cara mengambil ilmu dari negara maju
dan dalam masa sama berpegang teguh dengan prinsip dan kukuh dengan jati diri seseorang itu.

Mempelajari bahasa Al-Quran juga penting kerana terdapat banyak ilmu sains yang terdapat dalam
Al-Quran yang masih belum diterokai.

Bahasa Al-Quran juga merupakan bahasa yang banyak digunakan di  dunia dan ramai para ilmuwan Muslim yang menjadikan ayat Al-Quran sebagai dasar, sandaran, dan kerangka berfikir mereka dalam mengembangkan ilmu pengetahuan dan berhasil memberikan berbagai penemuan penting dalam
bidang sains dan teknologi.

Bahkan jauh sebelum para ilmuwan barat menemukan penemuan baru, para ilmuwan Muslim sudah
lebih dulu menemukannya dalam Al-Quran.

Memang tidak dinafikan bahasa Inggeris memudahkan kita berkomunikasi dengan orang asing dan kalau dapat mempelajari semua bahasa dunia memanglah satu kelebihan tetapi jangan lupa bahasa ibunda masing-masing juga perlu dipertahankan.

Kita mengesa pihak kerajaan mengkaji semula dasar pendidikan negara agar pelajaran yang diajar di sekolah sekarang dapat memberi tekanan kepada keperluan semasa.

Apabila pelajar keluar dari alam persekolahan mereka boleh berdikari sekiranya mereka gagal dapat pekerjaan di sektor kerajaan atau swasta dengan menggunakan kemahiran mereka pelajari semasa di
alam persekolahan.

Menurut laporan sebuah portal, maklum balas sektor industri, masih ramai graduan yang menganggur disebabkan kursus yang mereka ambil di universiti tidak sesuai dengan keperluan dan permintaan
pasaran semasa.

Pensyarah Sains Kemanusiaan Amien Iskandar berkata, satu daripada faktor graduan sukar mendapat kerja ialah kelulusan yang ada pada mereka tidak sesuai dengan keperluan pasaran  lalu menjadikan mereka tidak diperlukan. Ada juga graduan yang fasih berbahasa Inggeris tidak mempunyai pekerjaan disebabkan sektor industri memerlukan tenaga mahir untuk diisi.

Pihak kerajaan harus memberi peluang perniagaan atau skim pekerjaan yang sesuai dengan keperluan semasa kepada pelajar yang mempunyai kemahiran masing-masing dalam sesuatu bidang untuk digunakan sebagai aset untuk membangunkan negara ini.

Bahasa Inggeris hanya bahasa komunikasi yang perlu dipelajari oleh semua pihak bukan bermakna mereka yang tidak fasih berbahasa Inggeris mereka tidak mampu bersaing dalam bidang pekerjaan
atau perniagaan.

Ianya bergantung kepada sikap dan cara mereka berfikir untuk memajukan diri masing-masing dalam keadaan ekonomi yang semakin gawat dan mencabar sekarang ini. - HARAKAHDAILY 25/11/2015

Penulis ialah Pesuruhjaya PAS Sarawak.

Sumber HD - 25-11-2015

PAS kutuk pembunuhan kejam rakyat 

Sarawak

JOFRI JARAIEE | .

SATU kepala terpenggal dipercayai milik Bernard Then Ted Fen tebusan dari Malaysia dijumpai berhampiran bangunan majlis perbandaran di Pulau Jolo pada petang Selasa, menurut pegawai polis selatan Filipina.

Menurut 'The Star' Ketua Polis Jolo Major Junpikar Sitin diberitahu bahawa penyapu jalan
menjumpai kepala di dalam sebuah karung dengan perkataan "Bernard Then Ted Fen"  di Marina
Street di Barangay Chat City di Jolo pukul 8.30 malam Selasa lalu. Kepala tersebut dipercayai milik Bernard Then Ted Fen 39, seorang jurutera elektrik rakyat Sarawak, yang dipercayai dibunuh oleh kumpulan penculik dari Selatan Filipina.

Laporan perisikan dari Jolo menunjukkan bahawa Then telah dipancung oleh puak Abu Sayyaf
yang diketuai oleh Idang Susukan di Indanan berikutan tarikh akhir diberikan selama seminggu
untuk memenuhi permintaan untuk mendapatkan wang tebusan yang lebih tinggi yang telah dibuat semasa pembebasan pemilik restoran Sabah Thien Nyuk Fun pada 9 November.

Laporan juga menyatakan bahawa pemotongan kepala itu berlaku apabila tentera Filipina
mempergiatkan operasinya terhadap Abu Sayyaf di kawasan Indanan itu. Brigadier Jeneral Alan Arrojado, komander Pasukan Petugas Bersama Kumpulan Sulu, yang telah mengesahkan bahawa
Then dipancung, juga menyatakan bahawa badan itu segera dikebumikan di persekitaran di mana pemotongan kepala itu berlaku.

Beliau juga berkata pemotongan kepala itu berlaku ketika tentera melancarkan serangan meriam
pada  kedudukan tahanan tebusan di Jolo.  Arrojado berkata usaha kini sedang dibuat untuk
mencari mayat Then. Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pihak polis masih
cuba mengesahkan maklumat tersebut dengan sumber rasmi.

Pembunuhan kejam yang dilakukan oleh penganas terhadap para tebusan di Selatan Filipina
baru-baru ini keatas rakyat Sarawak amat dikesali. Islam melarang umatnya membunuh sesama
insan tanpa mengira bangsa dan agama.

Perbuatan mereka yang melakukan keganasan dan kekejaman terhadap orang awam ini sebenarnya
bukan ajaran Islam. Mereka yang mengaku sebagai seorang Muslim dilarang melakukan perkara t
ersebut dan ini bukannya sikap mereka yang mengikut ajaran Islam yang sebenar yang dibawa dan
diajar oleh Rasullullah.

Sebarang kegiatan keganasan dilakukan oleh puak pelampau yang berlaku sekarang, jangan dikaitkan dengan ajaran Islam kerana Islam adalah agama pendamaian bukan seperti yang digambarkan oleh media yang anti Islam.

Kita mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan keatas orang awam dan kita juga ingin mengucapkan takziah dan simpati ke atas keluarga mangsa. Pasukan keselamatan harus meningkatkan lagi kawalan
dan keselamatan di kawasan yang sering menjadi sasaran penculikan.

Kita mahu hubungan harmoni sesama bangsa dan agama di Malaysia dan khususnya di Sarawak
akan terus dikekalkan dan kita menentang sebarang bentuk keganasan terhadap sesama insan. – HARAKAHDAILY 20/11/2015

Sumber HD - 20-11-1915



Warga emas perlu perhatian kebajikan

Posted on Wednesday, November 11 @ 19:29:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



MIRI – Seorang warga emas di Kampung Gatas di Bungai, Bekenu memerlukan perhatian dari pihak kebajikan disebabkan beliau menghadapi masalah untuk bergerak akibat terkena strok @ angin ahmar beberapa bulan yang lalu. Beliau yang semakin berusia dan juga mempunyai penyakit menyebabkan beliau merasa kesakitan ketika beliau cuba untuk bergerak.

Puan Tamah Bt Khair seorang warga emas yang berusia lewat 60an dijaga oleh menantunya bersama 

anak lelaki dan cucu tinggal di Kampung Gatas sebuah perkampungan di Bungai. Beliau juga 

merupakan ibu saudara kepada salah seorang wakil rakyat dalam Dun Parlimen Sibuti. Menurut 

Makcik Tamah, beliau terkena strok sewaktu melawat anaknya di sebuah ladang tempat anaknya 

bekerja. Sejak beliau terkena strok, separuh dari anggota badannya sukar untuk bergerak dan beliau 

hanya berbaring dikamarnya.



Baru-baru ini PAS Miri telah melawat dan menyumbangkan kerusi roda untuk memudahkan beliau bergerak dan keluar dari kamar tidurnya dengan mengambil angin segar di luar rumah. Pada 

permulaan terkena strok separuh badan beliau lumpuh dan terlalu sukar untuk bergerak dan sekarang Alhamdullillah ada sedikit perubahan.



Dengan adanya kerusi roda tersebut sekurang-kurangnya mudah bagi ahli keluarganya membawa 

beliau keluar bersiar-siar sambil mengambil angin segar di luar pantai yang berdekatan dengan rumah beliau di pantai Bungai.



Kita mengesa pihak kerajaan dan badan kebajikan agar dapat terus membantu beliau dalam menyara 

dan menanggung kos kehidupan harian beliau untuk membeli ubat dan sebagainya. Kesihatan beliau 

perlu diberi perhatian agar beliau cepat sembuh dan dapat berjalan semula seperti biasa.



Adalah menjadi tanggungjawab pihak yang berkenaan membantu warga emas yang memerlukan 

bantuan kebajikan dan kesihatan. Mereka inilah yang amat memerlukan bantuan dan kita harap bajet 

yang diperuntukan untuk golongan sasaran ini dapat dinikmati oleh mereka yang sepatutnya.



Kita harap masalah rakyat yang memerlukan bantuan kebajikan dan kesihatan perlu diberi keutamaan

oleh pihak pemerintah yang telah diberi mandat oleh rakyat.



Jofri Jaraiee

PAS Sarawak



Sumber TKO - 11-11-2015


PAS Bintulu bersiap sedia dalam menghadapi Pilihanraya DUN

Posted on Monday, November 09 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

Menurut YDP PAS Bintulu Ir Azwani, fokus utama adalah DUN Jepak dan Samalaju. Empat nama telah disenarai pendek untuk dicalonkan untuk 
membawa misi kemenangan DUN pertama PAS Sarawak dalam Pilihan Raya umum Sarawak nanti.
Tiga calon adalah terdiri calon lelaki, manakala seorang wanita merupakan 
Anak Jati Bintulu dan terdiri daripada pelbagai profession,antaranya bekas Pegawai Kanan Bintulu Development Authority (BDA) , Jurutera Kanan PETRONAS dan Usahawan PKS tempatan. Nama-nama calon akan 
diumumkan setelah DUN Sarawak dibubarkan nanti.

PAS Bintuu akan memberi tumpuan kepada isu-isu tempatan seperti harga perumahan yang melampau, kos sewa rumah yang tinggi di Bintulu, pencemaran alam sekitar Industri, peluang pekerjaan berkaitan SCORE dan Projek PAN Borneo yang berdekatan di kedua-dua DUN bagi menarik perhatian pengundi.

Disamping itu PAS Bintulu terus giat dengan program kebajikan bersama rakyat tanpa mengira masa. Walau apa pun pandangan orang ramai terhadap usaha PAS, kerja kebajikan tetap diberi keutamaan 
tanpa mengira bangsa yang berbagai etnik dan agama di Sarawak.

Sumber Berita dari PAS Bintulu

M Azwani Abdul Rani
Sumber TKO - 9-11-2015


Penduduk Kampung Subak kesal wakil rakyat tidak tunaikan janji
Posted on Monday, November 09 @ 14:22:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

MIRI - Penduduk Kampung Subak, Bekenu yang kebanyakan bekerja sebagai petani telah beberapa kali memohon bantuan dari agensi kerajaan yang
berkaitan untuk membaik pulih serta menurap jalan batu ke kebun mereka.
Mereka juga pernah memohon bantuan dengan wakil rakyat tetapi sehingga
kini tiada sebarang tindakan diambil.

Menurut penduduk kampung, keadaan jalan masuk ke kebun mereka 

mengalami kerosakan teruk terutama musim hujan dan mereka telah berusaha

meminta bantuan dengan berbagai cara tetapi permohonan mereka tidak 

mendapat perhatian dari pihak yang berkenaan.



Walaupun ada wakil rakyat berjanji untuk membantu dan membaik pulih jalan kebun mereka setiap kali musim Pilihanraya namum sehingga kini janji tinggal janji.



Mereka sudah bosan dengan janji dan amat kecewa dengan sikap wakil rakyat di kawasan tersebut 

yang tidak mengambil peduli akan nasib yang mereka hadapi selama ini. Mereka telah memohon 

bantuan pihak PAS Miri agar dapat membantu mereka meringankan sedikit masalah yang mereka 

hadapi selama ini.

 

Baru-baru pihak PAS telah menyumbangkan pembentung@culvert  dan batu 3 inci untuk menutup 

jalan berlobang yang rosak teruk di kebun penduduk kampung Subak. Mereka menghargai usaha PAS

walaupun sepatutnya pihak pemerintah yang melaksanakan tugas dan tanggungjawab untuk 

menunaikan amanah rakyat.



Kita mengesa pihak kerajaan agar dapat menggunakan peruntukan bajet yang lalu harus diguna sepenuhnya untuk kemudahan penduduk kampung.



Penduduk kampung berharap masalah ini dapat diatasi dengan segera kerana jalan kebun ini adalah 

untuk kegunaan penduduk kampung membawa hasil ladang mereka keluar dan ianya bukannya jalan persendirian. Penduduk kampung berhak untuk mendapat peruntukan bajet jalan kampung seperti yang telah dijanji oleh pihak pemerintah.



Kemana perginya peruntukan yang sedia ada? Sepatutnya masalah penduduk kampung ini sudah lama dapat diatasi sekiranya peruntukan yang sedia ada digunakan sepenuhnya kepada penduduk kampung 

yang memerlukannya.



Kita memohon kerjasama dengan pihak kerajaan agar masalah penduduk kampung ini mendapat 

perhatian yang sewajarnya dari pihak agensi kerajaan yang berkaitan dan masalah ini dapat diatasi 

dengan segera.



Jofri Jaraiee

PAS Sarawak



Sumber TKO - 9-11-2015


Apa Erti Istilah Ngayau
Posted on Friday, November 06 @ 10:15:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Ngayau ialah salah satu daripada ekspedisi serangan yang dilakukan dalam Adat Tradisi Suku Kaum 
Dayak Iban pada suatu masa dahulu. Pada mula nya Ngayau dilakukan atau dimulakan daripada asal 
usul Suku Kaum Dayak Mengayau, iaitu salah satu daripada suku kuam yang tinggal di Kalimantan 
Barat, Indonesia.
Erti istilah perkataan Ngayau ialah bermaksud : Satu ekspedisi sekumpulan manusia yang pergi 

menyerang perkampungan atau rumah panjang orang lain yang mana ia dikenali sebagai “Kayau 

Serang”. Dan satu lagi jenis serangan yang dilakukan yang mempunyai jumlah pengikut nya yang 

kecil dan ia dikenali sebagai “Kayau Anak”. Kayau Anak ini ialah satu serangan yang sangat ditakuti 

oleh semua orang pada zaman dahulu kala.


Maka erti “Kayau Serang” ialah sekumpulan besar manusia berhimpun dan berkumpul menjadikan 

satu kelompok yang besar setelah dipanggil oleh seorang ketua dan merancang untuk mengatur satu serangan terhadap pihak musuh yang mana mereka adalah datang beramai-ramai daripada rumah 

 panjang yang berlainan untuk menyerang musuh mengikut kata-kata perintah daripada ketua mereka 

yang dikenali sebagai “Tuai Kayau” atau “Tuai Serang”.



Maka erti “Kayau Anak” ialah satu ekspedisi serangan terhadap musuh yang diatur oleh sekumpulan 

kecil penduduk yang terdiri daripada lebih kurang dua puluh orang pahlawan perang yang cukup 

berani menentang pihak musuh atau lebih kecil daripada itu. Mereka pergi menyerang musuh ketika 

 musuh itu dalam perjalanan ke sawah bendang, dalam perjalanan mandi ke sungai, atau sedang 

mencari paku pakis didalam hutan, atau sedang berburu atau berikan didalam hutan.




Mereka melakukan serangan ini tanpa sebarang perancangan rapi atau boleh dikatakan ia dilakukan 

secara sepontan akibat hati yang memberontak terhadap pihak musuh. Sebab itulah kita pernah 

mendengar cerita orang Iban dahulu yang pergi ke sawah bendang mesti dijaga oleh sekumpulan 

 pahlawan yang cukup gagah dan berani mentang musuh kerana takut mereka akan menjadi mangsa serangan  kayau anak. Sila baca dalam cerita “Peturun Iban” dalam babak  “Bangsa Seru” yang mana 

ia ada menceritakan cucu seorang Pahlawan Iban yang bernama Demong, yang menjadi ketua suku 

kaum Iban di kawasan Batang Paku, Betong yang dikenali dengan nama Belaki,  telah mati kena 

serang kayau anak oleh suku kaum Seru ketika mereka sedang mengerjakan sawah bendang 

di kawasan yang dikenali sebagai Tanjung Kundong, Batang Paku, Betong. Turut mati bersama nya 

ialah isterinya yang bernama Beremas (adek kepada seorang Ketua Serang Iban yang bernama Uyut 

atau dikenali dengan panggilan Bedilang Besi). Bedilang dalam bahasa Iban ialah satu tempat dimana 

orang Iban menyalai kepala musuh yang telah dipenggal dirumah panjang pada masa dahulu. Juga t

urut terbunuh ialah ipar Belaki yang bernama Kadir.




Tetapi suku kaum Seru yang telah melakukan kayau anak itu Berjaya dikejar dan ditawan oleh 

pahlawan mereka yang bernama Jimbai, Umar, Jelema dan Buma. Kaum Seru itu mati dibunoh 

ketika mereka sedang berehat sambil menunggu rakan mereka memanjat pokok keranji setelah 

melarikan diri sambil membawa bersama mereka kepala Belaki yang telah dipenggal. Kaum Seru 

itu



dibunoh di kawasan yang dikenali sebagai Bukit Tampak Panas diantara benua Batang Paku dan 

Batang Rimbas.

Semasa eksepedisi ngayau ini pahlawan yang telah berjaya mengalahkan musuh mereka mestilah memenggal kepala musuh yang telah mereka bunuh sebagai satu tanda keberanian mereka dalam 
serangan tersebut. Mereka juga akan merampas semua harta benda musuh yang mereka suka, sesuka 
hati dan juga menangkap semua musuh yang masih hidup untuk dibawa pulang ke kampung halaman supaya musuh itu nanti akan dijadikan sebagai hamba abadi mereka. Ada juga mereka yang berjaya mengalahkan musuh ini menangkap anak putri Ketua Kayau musuh dan dijadikan sebagai isteri 
mereka.


Sebab utama mereka mesti memenggal kepala musuh dan membawa nya balik ke rumah panjang 

mereka ialah sebagai satu tanda keberanian, ketangkasan dan kegagahan mereka ketika menentang 

pihak musuh.semasa eksepidi ngayau itu tadi. Dan mereka yang telah berjaya memenggal kepala 

musuh itu tadi atau berjaya membunuh musuh mereka dikenali oleh suku kuam Dayak Iban sebagai “Bedengah” dan juga mereka ini dikenali oleh orang ramai sebagai “Bujang Berani” atau sama erti 

dengan pahlawan oleh suku kaum Melayu.




Cerita mengenai Ngayau ini pernah ditulis dalam buku oleh Karya Bock dalam tahun 1881 yang 

berjudul “The Head Hunters Of Borneo” yang menceritakan suku kaum Dayak Iban ialah satu suku 

kaum yang tinggal di kepulauan Borneo yang dikenali ramai kerana berani berkorban nyawa hingga 

ke titisan darah yang terakhir kerana hendak mendapatkan seberapa banyak kepala musuh yang 

berjaya dipenggal yang berjaya ditawan ketika mereka pergi Ngayau, yang mana ia boleh menaikkan 

nama mereka sebagai orang yang dikenali ramai dan dilantik sebagai seorang ketua dikalangan kaum mereka.




Sebab lain Ngayau ini dilakukan ialah kerana berakhir nya tempoh berkabung oleh suku kaum Dayak 

Iban sewaktu masa dahulu di rumah panjang berkenaan. Sebelum tempoh berkabung itu tamat tempoh, maka semua suku sakat orang yang telah meninggal dunia itu akan memanggil semua penghuni di 

rumah panjang mereka untuk bermesyuarat membincangkan bagaimana mereka hendak pergi 

menamatkan tempoh berkabung itu ke kawasan yang lain, yang lebih jauh supaya ia lebih bersejarah 

bagi mereka.


Mengikut adat tradisi suku kaum Dayak Iban dahulu mereka yang pergi itu ialah bertujuan untuk 

“Ngayau Anak” mendapatkan kepala manusia untuk menamatkan tempoh mereka berkabung di rumah panjang berkenaan sebagai ganti kepada ahli keluarga mereka yang telah meninggal dunia itu. Setelah mereka berjaya mendapatkan kepala manusia itu mereka akan balik secepat mungkin dan apabila 

mereka telah sampai di rumah panjang, mereka akan disambut dengan meriah sekali yang mana ia dinamakan sebagai “Mangka Ka Selaing” yang bermaksud berdoa kesyukuran.




Setiba nya mereka di pintu masuk utama rumah panjang berkenaan, mereka akan berteriak 

sekuat-kuat hati sebagai satu amaran menandakan mereka telah sampai, dan ia juga akan dibalas 

dengan pukulan gong daripada penduduk rumah panjang tersebut. Ketibaan mereka akan disambut 

seperti mana adat menerima ketibaan seorang pahlawan perang. Kepala manusia yang dibawa balik 

itu akan disambut oleh seorang perempuan yang terpilih atau isteri pahlawan itu sendiri menggunakan 

nyiru yang digunakan sebagai tampi oleh mereka. Atau ia akan disambut menggunakan satu pinggan seramik yang besar sais nya, diseliputi menggunakan satu kain tenunan suku kaum Dayak Iban yang dikenali seabagai “Pua Kumbu” iaitu sejenis kain yang dibuat khas secara tradisi oleh suku kaum 

Dayak Iban untuk sesuatu upacara yang besar-besaran. Ia juga disambut mengunakan sampi serapah 

 bahasa yang simbolik digunakan oleh suku kaum Dayak Iban untuk menyambut kepala musuh.


Setelah kepala musuh itu dibawa masuk ke dalam rumah panjang barulah orang lain di rumah panjang 

itu secara bergilir-gilir membawa bersama mereka kepala musuh itu dengan cara tarian yang simbolik sepanjang rumah panjang tersebut yang dikenali sebagai “Naku Antu Pala” sehinggalah kepala musuh 

itu sampai ditengah-tengah ruang tamu orang yang berkabung itu. Selepas kepala musuh itu tiba di 

ruang tamu orang yang berkabung itu baru upacara berkabung tersebut ditamatkan.


Mengikut adat tradisi suku kaum Dayak Iban dahulu sepanjang tempoh berkabung tersebut ahli 

keluarga si mati tidak dibenarkan memotong rambut, penduduk di rumah panjang tersebut tidak boleh mengadakan sebarang upacara keramaian, tiada pelawat dari rumah panjang lain dibenarkan 

 bertandang ke rumah panjang mereka dan banyak lagi pantang larang lain yang menandakan suasana 

sedih dan pilu akibat kematian itu tadi.




Selesai sehaja upacara berkabung itu tadi ditamatkan, maka kepala musuh itu akan dibawa ke ruang 

tamu ketua di rumah panjang berkenaan. Kepala musuh itu akan ditempatkan di tempat khas yang 

dikenali sebagai”Bedilang Tampun”, ia itu tempat dimana kepala musuh itu akan disalai didalam 

 rumah panjang tersebut. Kepala musuh itu akan menjadi sebagai tanda harta pusaka pahlawan perang 

di rumah panjang berkenaan. Selepas itu barulah orang yang tinggal di rumah panjang itu mengadakan uapacara keramaian yang dinamakan “Gawai Enchaboh Arong”, iaitu sebagai tanda kesyukuran keatas kemenangan pahlawan perang menewaskan musuh mereka.

Maka atas sebab keberanian, kekuatan, ketangkasan dan pengorbanan jiwa, maka mulailah suku kaum Dayak Iban pada zaman dahulu berasa bangga dan terus melakukan espedisi serang “Ngayau” untuk membalas dendam keatas kematian ahli keluarga mereka yang terkorban di tangan pihak musuh tanpa sebarang sebab yang tidak diketahui. Mereka juga melakaukan “Ngayau” ini kerana hendak merampas tanah pusaka orang lain, berebut kuasa untuk menjadi pemimpin, dan juga hendak mengambil 
kesempatan merampas harta benda orang lain. Maka sesiapa yang berjaya menewaskan pihak lawan 
dalam ekspidisi “Ngayau” ini akan mendai terkenal, terbilang sebagai pahlawan perang dan dihormati 
ramai di kawasan berkenaan.



Lelaki itu tadi apabila dia telah dikenali ramai sebagai pahlawan perang setelah dia balik daripada 

ekspedisi “Ngayau”, maka dia akan membuat sesuatu tanda di tubuh badan nya yang dikenali sebagai 

tattoo badan yang becorak hitam bemotifkan manusia, binatang atau tumbuh-tumbuhan. Tatto ini 

dikenali sebagai “Ukir” atau”Kelingai”. Mereka juga boleh menggunakan topi yang dikenali sebagai “Ketapu” atau “Selapok Betunjang” yang mana topi tersebut akan dikepilkan dengan bulu burung 

merak atau kenyalang. Mereka juga boleh menggunakan baju yang diperbuat daripada kulit binatang 

buas seperti harimau dahan, harimau bintang dan beruang yang dikenali sebagai “Gagong”.


Pahlawan perang yang hendak pergi mengikuti ekspedisi “Ngayau” ini mestilah ada memiliki petanda 

yang baik melalui mimpi dan juga bunyi burong yang mereka pecayai boleh membantu mereka 

menentukan nasib sebelum mereka pergi “Ngayau”.atau membuat perahu besar untuk espedisi 

berkenaan. Dalam semua perkara yang mereka hendak lakukan akan didahului dengan upacara 

 “Miring”, iaitu satu upacara sembahan kepada tuhan yang mereka percayai boleh membantu mereka semasa melakukan serangan “Ngayau” itu nanti. “Miring” mesti dilakukan kerana mereka percaya 

bahawa dewa atau “Tua” mereka akan pergi bersama dalam serangan itu dan menolong mereka 

 menjayakan serangan tersebut.


Mengikut buku yang ditulis seorang pengarang novel yang bernama Miller dalam tahun 1946 yang 

berjudul “Black Borneo”. Dia ada mengatakan bahawa semua pahlawan perang suku kaum Dayak Iban yang pergi “Ngayau” itu ada mempunyai kekuatan, ketangkasan dan keberanian yang luar biasa
daripada manusia biasa yang lain. Dan apa yang berlaku ke atas pahlawan tersebut ialah mereka 

mempunyai kuasa yang luar biasa, yang tidak diketahui dari mana punca nya ketika berlawan dengan 

pihak musuh, lebih-lebih lagi apabila mereka telah berjaya memenggal kepala musuh mereka.
Dan juga mengikut kepercayaan suku kaum Dayak Iban, tengkorak manusia yang mati dibunuh itu mempunyaui banyak kuasa yang boleh membantu mereka pada zaman dahulu sekira nya ia dijaga dengan baik dan dihormati oleh pemilik nya. Tengkorak manusia itu juga dikenali sebagai “Antu Pala” boleh digunakan untuk merawat pesakit yang sakit tenat apabila diadakan upacara “Gawai Burong”, iaitu upacara keramaian untuk memohon restu mengubat pesakit secara tradisional menggunakan kuasa roh orang yang telah di penggal kepala tersebut. “Antu Pala” juga boleh digunakan oleh petani untuk memohon hujan turun ketika musim kemarau panjang yang kering kontang. Dan apabila kuasa pada “Antu Pala” itu telah habis atau berkurangan, maka sebab itulah salah satu daripada punca nya mengapa mereka pergi “Ngayau” semula untuk mendapatkan ganti supaya mereka berkekalan memilki “Antu Pala” yang boleh membantu hidup mereka sepanjang masa. “Antu Pala” juag boleh digunakan untuk menjaga rumah atau sawah daripada dibinasakan oleh binatang liar sekira nya ada orang yang berilmu boleh  menjadikan kuasa nya ujud seperti dikehendaki oleh pemiliki itu.


Mengikut buku yang ditulis Mc Kinley dalam tahun 1976, dia ada bertanyakan kenapa suku kaum Dayak Iban apabila mereka selamat balik daripada ekspidisi. “Ngayau” zaman dahulu mesti membawa balik kepala musuh yang telah dipenggal dan tidak membawa bahagian badan yang lain sebagai tanda keberanian mereka sekalu seorang pahlawan perang. Dan dalam pendapat beliau bahawa suku kaum Dayak Iban merasa bangga apabila bailik daripada eksepidisi “Ngayau” dan membawa bersama mereka kepala musuh yang telah berjaya dibunuh sebagai tanda kemenangan kerana suku kaum Dayak Iban percaya bahawa kepala musuh itu adalah sama seperti sebatang tubuh badan musuh berkenaan. Kerana daripada gaya rupa muka manusia di kepala tersebut kita boleh dengan mudah mengenali siapakah orang itu dan juga ia membolehkan mereka mengetahui siapakah suku sakat mangsa pembunuhan semasa serangan “Ngayau” itu.

Dalam ekspedisi “Ngayau”, semua pahlawan perang suiku kaum Dayak Iban boleh menunjukkan keberanian, kekuatan dan juga ketangkasan mereka ketika menyerang pihak musuh, yang membolehkan mereka berusaha mendapatkan gelaran sebagai “Bujang Berani”. Bujang Berani juga adalah menjadi rebutan dikalangan semua gadis pada zaman dahulu untuk dijadikan sebagai suami atau mereka juga dengan mudah akan diterima oleh Ketuai Kayau, atau orang kenamaan yang kaya raya untuk menjadi menantu ketika mereka mencari calon menantu ketika upacara meminang dilakukan.

Mengikut cerita orang dahulu kala iaitu “Ngayau” ini dimulakan oleh seorang dewa suku kaum Dayak Iban yang bernama Keling yang berasal dari benua Panggau Libau Lendat Di Biau Takang Isang dimana dia mendapat gelaran  Keling Gerasi Nading, Bujang Berani Kempang, Maioh Rambang. Dan perbuatan memenggal kepala musuh itu pada mula nya dilakukan oleh seorang dewa yang bernama Lang Sengalang Burong ketika mereka berperang menentang suku kaum Inggeris di lautan belantara. Maka kerana terlalu marah ketika menyertai ekspedisi “Ngayau” itu tiba-tiba Lang Sengalang Burong terus memotong kesemua bangkai musuh yang telah berjaya dibunuh, dan seterusnya dipotong nya dibahagian kepala yang mana ia memisahkan kepala dan badan tersebut,dan terus dibawa nya kesemua kepala musuh itu balik ke rumah panjang mereka di Gelong Batu Nakong sebagai bukti bahawa dia adalah “Bujang Berani” atau seorang pahlawan perang sebenar.

Oleh John Adam Gilbert 


Sumber TKO - 6-11-2015


Iban jangan ditipu DAP seperti Melayu ditipu PAP Singapura

Posted on Friday, November 06 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

"


Ketika Singapura berpisah dari Malaysia, PAP melantik seorang Melayu yang berasal usul dari Perak sebagai President Singapura pertama bagi tahun 1965 ke 1970.



Ketika itu Perdana Menteri adalah Lee Kuan Yew dan Melayu ada hanya satu Menteri Kabinet, iaitu Menteri Kesihatan Ahmad Ibrahim. Cina ada 5 ahli kabinet dan India seorang iaitu Rajaratnam. Baca 


Komposisi orang Melayu di Singapura adalah dalam 15% ketika itu. Kini rakyat Singapura adalah 3.7

juta dengan Cina 74%, Melayu 13.4% dan India 9.2%. Baca SINI



Hari ini, Singapura ada 18 ahli Kebinet tetapi Melayu tetap hanya satu. Kaum India yang hanya 9% 

pun ada tiga Menteri penuh dengan salah satu dari dua jawatan Timbalan Perdana Menteri. Baca SINI




DAP sedang meletakkan umpan perkauman untuk mendapatan kuasa di DAP. Jika kaum Iban 

terperdaya kerana mereka akan terjerat dalam perangkap perkauman DAP. .



Mereka akan guna pelbagai kata-kata untuk membakar rasa marah di kalangan orang Iban 

sebagaimana selama ini DAP gunakan taknik subversif ala komunis untuk sentiasa membakar rasa 

benci kaum cina khususnya di kalangan anak muda untuk mendapatkan undi.



Sayang sekali, kerana rasa muhibbah dan timbang rasa sesama kaum begitu baik sekali di Sarawak 

seperti tertulis berikut:


 



Umpan yang diguna adalah janji kepada kaum Iban untukmendapat jawatan Ketua Menteri Sarawak.




 

Isunya yang orang Iban harus sedar bahawa DAP yang akan lantik Ketua Menteri dari kalangan orang Dayak. Situ saja sudah jelas orang Iban akan dipermainkan.



Pertama, kata-kata itu angkuh sebenarnya. Bukan rakyat tapi DAP yang tentukan dan lantik Ketua 

Menteri Dayak.



Kedua, DAP tak janjikan untuk orang Iban tapi orang Dayang, suatu istilah yang kurang jelas,




DAP hanya letakkan Ketua Menteri dari orang Dayak tapi kuasa pastinya mereka masih pegang. 

Seandai DAP betul ikhlas mahu kongsi kuasa dengan orang Dayak, kenapa tidak letak Pengerusi 

DAP orang Dayak?



Kenapa tidak undi oorang Dayak dalam JK DAP negeri dan bukan hanya dilantik oleh JK DAP 

Sarawak?



DAP hanya mahu exploitasi sentimen orang Iban dna janji ini hanya untuk mereka ambil kuasa. Bila 

sudah dapat kuasa, mereka akan kekal berkuasa lebih dari Ketua Menteri yang hanya boneka atau 

mudah dirasuah.



Tidak hairan DAP akan menipu sebagaimana mereka menipu ahli-ahli dalam pemilihan CEC DAP 

dua kali! 



Sedikit demi sedikit mereka akan kuatkan kuasa secara menipu atau tidak mempeduli rakan dan 

undang-undang. Akhirnya jangan hairan jadi seperti singapura di mana Melayu hanya ada satu saja perwakilan berbanding dengan kaum India yang lebih kecil jumlah.



Jawatan KM hanya satu tapi yang penting semua pihak ada bersama dalam perkongsian kuasa yang 

mana semua pihak diwakili dan ada suara masing-masing. 


Jelas agenda DAP bercita2 nak take over semuanya dari peribumi di Malaysia termasuk syiar Islam...

bukan sahaja Melayu bahkan kaum peribumi di Sabah Sarawak ditaburkan janji yang sama...contoh 

jelas sepertimana negara Singapura sekarang...





Sumber TKO - 6-11-2015

Bintulu Old Mosque Should be Preserved as a National 

Heritage

Among the Old Mosque which still exist in Sarawak is the mosque in Kampung Masjid, Bintulu. The
first mosque constructed by local Muslims in Bintulu was built in 1917 in the Kampung Masjid on the
same site as it is today. According to local historians, the late Datu Abang Haji Abdullah bin Ishak,
better known name as “Suvau”, a “Native Officer” during the reign Brooke, has led local residents
together to build the mosque. He was also appointed as the first Imam of the mosque.

In the 1950s, the first mosque was demolished and replaced with a new building on the same site as
still available today.

Recently we had the opportunity to visit and pray in the historic mosque that was located in the
middle of Bintulu town. According to local residents, the new mosque will be built for the Kampung
Masjid and most likely the Old Mosque will be demolished soon. This is certainly a great loss for the Muslims who had long stayed there who still love the Old Mosque which is full of memories and
nostalgia. If possible the old mosque is restored and gazetted as a heritage site of the old mosque in
Bintulu.



We urge the government of Sarawak need for conservation of historic buildings as national heritage so
that it not extinct just like that of the passage of time. Though development is needed but the historic building site should be preserved. Many historic buildings have been destroyed in this country for development purposes. To ensure the heritage monuments is not lost and it can be viewed by future generations, the government need to maintain and refurbish the building.

Many tourists from outside and domestic may be interested to visit and see the design features and a
unique cultural elements of the historic building. Indirectly, the historic building that is still retains
the characteristics of bygone era heritage can still be seen by future generations if the government concerned to preserve the heritage of the age.

We hope the government will pay attention to the matter and immediately proclaim the historic
building as a National Heritage. Save our historic building from the destruction of development.

Jofri Jaraiee
Sarawak PAS Commissioner cum Miri PAS Chief

MALAY VERSION

Masjid Lama Bintulu perlu dikekalkan sebagai Warisan Negara

Antara Masjid Lama yang masih wujud di Sarawak adalah Masjid di Kampung Masjid, Bintulu.
Masjid yang pertama dibangunkan oleh kaum Muslimin tempatan di Bintulu telah dibina pada tahun
1917 di Kampung Masjid di tapak yang sama seperti yang terdapat pada hari ini. Menurut sejarah
tempatan,

Almarhum Datu Abang Haji Abdullah bin Ishak atau lebih dikenali dengan nama “Suvau”, seorang
“Native Officer” semasa pemerintahan Brooke, telah memimpin penduduk tempatan bersama-sama membina masjid tersebut. Beliau juga telah dilantik menjadi Imam pertama di masjid itu.



Pada tahun 1950-an, masjid yang pertama itu telah dirobohkan dan diganti dengan bangunan baru
di tapak yang sama seperti yang masih terdapat hari ini.

Baru-baru ini kita sempat melawat dan bersolat dalam masjid yang bersejarah tersebut yang berada ditengah-tengah bandar Bintulu. Menurut penduduk tempatan, Masjid baru akan dibina untuk
kampung tersebut dan kemungkinan besar Masjid lama ini akan dirobohkan. Ini sudah tentu satu
kehilangan besar bagi umat Muslim yang sudah lama menetap di situ yang masih sayangkan Masjid
Lama yang penuh dengan kenangan dan nostalgia. Kalau dapat masjid lama tersebut dibaik pulih
dan diwartakan sebagai tempat bersejarah untuk masjid lama di Bintulu.

Kita mengesa kerajaan Sarawak perlu untuk pemuliharaan bangunan bersejarah sebagai warisan negara
agar ianya tidak pupus begitu saja ditelan zaman. Walaupun pembangunan amat diperlukan tetapi
tapak bangunan bersejarah perlu dikekalkan. Banyak bangunan bersejarah di negara ini telah
dimusnahkan untuk tujuan pembangunan. Bagi memastikan monumen warisan tidak hilang dan ianya
dapat dilihat oleh generasi akan datang, pihak kerajaan perlu mengekalkan dan membaik pulih
bangunan tersebut.

Ramai pelancong dari luar dan dalam negeri boleh tertarik untuk melawat dan melihat ciri-ciri reka
bentuk dan unsur kebudayaan yang unik pada bangunan bersejarah itu. Secara tidak langsung
bangunan bersejarah yang masih mengekalkan ciri-ciri warisan zaman dulu masih lagi dapat dilihat
oleh generasi akan datang sekiranya pihak kerajaan perihatin untuk memulihara khazanah warisan
zaman.

Kita harap pihak kerajaan dapat memberi perhatian akan perkara tersebut dan segera mewartakan
bangunan bersejarah sebagai Warisan Negara. Selamatkan bangunan bersejarah dari kemusnahan dari
arus pembangunan.

Jofri Jaraie
PAS Sarawak

Sumber BO - 4-11-2015

The Canopy Roof of Night Market is Damaged Should be 

Changed Immediately

Night Market in Commercial Centre, Saberkas Miri become one of the attractions visitors from
domestic and overseas when it visited Miri city. Saberkas Night Market began operating as early as Wednesday evening until Saturday.



After many years the hawkers apply a permanent sites, the authorities finally agreed to give
permanent site for hawkers to do business there. Miri City Council (MCC) has allocated RM400, 000
to build a permanent place of business for the night market hawkers there.

Although the council has allocated RM400, 000 to install a canopy, but now after more than two years,
the canopy that installed is torn and leaking when it rained recently. The existing roof is non-durable
and can be easily damaged when exposed to rain and heat.

Many visitors complain when it rains the Night Market condition there is wet causing vendible also
wet due to the canopy roof leaks when it rains.



Not only are visitors who are less comfortable but the hawkers there was disgruntled because than they
used to be they want the MBM install a stronger roofs and durable like dining areas at Seroja where its structure stronger by using a durable roof instead of using a canopy as the Night Market in Saberkas.

We urge the council need to change the roof the Night Market with a stronger structure immediately so
that it will ensure the comfort and safety of visitors and the hawkers there.

The night market that is organized, comfortable and safe for the hawkers and visitors will give a good image to tourists who visit Miri city.

Hope this gets immediate attention and action from the parties concerned. Cooperation with the
relevant authorities to tackle the problem of the Night Market hawkers is very much appreciated.

Yours faithfully
Jofri Jaraiee
Sarawak PAS Commissioner cum Miri PAS Chief

Sumber BO - 31-10-2015

PAS Kakus and Bintulu Help Tatau Storm Victims

PAS Bintulu and PAS Kakus was present during reconnaissance the incident of storm in Tatau which happened on last 26 October.

A total of 10 families are still stayed at Tatau Hall has received aid delivered by Bintulu PAS information chief, cum Jepak Dun Supervisor, Haji Kiprawi Aman.

Donations received by the supervisor of Civil Defence Department (CDD) on behalf of the families of the victims.



Haji Kiprawi in a brief speech, urged all parties to come forward to help the victims.

For PAS, charity work must be the primary mission of ensuring sustainable livelihood for all victims regardless of race and religion.

Coincidence during the visit, Haji Kiprawi met his good friend, YB Haji Talip Zulpilip (Jepak DUN), together sympathize the storm victims at the scene.

Despite their different political ideologies, the issues of welfare of the people become the main mission of consolidation in delivering sustainable services to all segments of society.

Donations can be channelled into Islamic Bank account 11031010021654 PAS Bintulu.

Donations can be channelled into Islamic Bank Accounts Bintulu 11031010021654. Please SMS to the Treasurer (Mr. Faiz) 0197551332 for the record.

Thanks to contributors which concerned on the welfare of the citizens problems.
PAS Bintulu Information



Malay Version

PAS Kakus dan Bintulu Bantu Mangsa Ribut Tatau

BINTULU – PAS Bintulu dan PAS Kakus telah menyampaikan sumbangan ketika meninjau kawasan kejadian ribut di Tatau yang berlaku pada 26 Oktober yang lalu.

Seramai 10 keluarga yang masih tinggal di Dewan Tatau telah menerima bantuan yang disampaikan oleh Ketua Penerangan PAS Bintulu, merangkap Penyelia DUN Jepak,Haji Kiprawi Aman.

Sumbangan diterima oleh penyelia Jabatan Pertahanan Awam(JPAM) bagi pihak keluarga mangsa.
Haji Kiprawi dalam ucapan ringkas,menyeru semua pihak tampil membantu mangsa terlibat.

Bagi PAS, kerja kebajikan wajib menjadi misi utama bagi memastikan kelangsungan kehidupan bagi semua mangsa yang terlibat tanpa mengira bangsa dan agama.

Kebetulan semasa sesi lawatan, Haji Kiprawi telah bertemu rakan baik beliau,YB Haji Talip Zulpilip (DUN Jepak),bersama-sama menyantuni mangsa ribut di kawasan kejadian.

Biarpun berbeza ideologi politik, isu kebajikan rakyat menjadi misi utama penyatuan dalam menyampaikan khidmat berterusan kepada semua lapisan masyarakat.

Sumbangan boleh disalurkan kedalam Akaun Bank Islam PAS Bintulu 11031010021654. SMS kepada Bendahari En Faiz 0197551332 untuk rekod. Terima kasih kepada penyumbang yang perihatin keatas masalah kebajikan rakyat.

Penerangan PAS Kawasan Bintulu

Sumber BO - 28-10-2015




















































Six Year Waiting For The Road Reconditioned Until The Water Drainage Tributary Blocked

The villagers of Traditional Pujut Tanjung Batu has applied for state aid for refurbish and paving
roads to their farms since 6 years ago. They requested and wrote a letter to the Ministry of Planning
and Resource Management, Sarawak, dated December 30, 2008, to date, no action was taken.

According to representatives of the villagers Mr. Armin Hj Salim, the main road situation is badly
damaged headed down the road of “Warisan Pekebun Kampung Pujut Padang Kerbau”, Miri and they
have tried to ask for help in various ways but their application is not getting the attention of the parties concerned.

According to the villagers, there are also representatives of the government party that promised to
help refurbish the road but so far remain as promises.

They complained this issue with the PAS Miri and we have been trying to ease their burden by
contributing pebble stone to cover the potholes that is quite bad.

Sarawak PAS urge the government to use the 2015 budget allocation for rural roads along the 635
kilometer including former logging roads in Sabah and Sarawak with an allocation of 943 million
ringgit to refurbish the farm roads at the Kampung Pujut Tanjung Batu.

We also want to know why the village road projects which should be refurbished and be included in
the 2009 planning for Miri Division is not implemented successively this road was used by a total of 13
8 farmers that cultivating their respective crops in the area since before independence. Where does the
provision of the road project use?

Why this issue is too long to be resolved and so is the problem of water drainage tributaries blocked
or clogged due to weed plants which may cause the area hit by flash floods if prolonged rains.

We urge the parties concerned go down to the field and could see the condition of the road and
tributary stream which is blocked and immediately refurbished. We do not want the residents continue
to wait for the promises that were not fulfilled throughout the year despite the provisions of the 2016
budget there are also millions of ringgit allocation for infrastructure and rural roads in Sarawak.

Sarawak PAS also urged the state government should provide grants of land to the indigenous
inhabitants there as that is where they make a living to support their family life.

Nowadays the land for indigenous inhabitants to build dwellings and cultivate the land around Miri
city is increasingly expensive and difficult for the villagers to have it if their farms were taken by the developer to build a luxury home.

The Government should gazette the land of indigenous inhabitants of Sarawak from continue to be
explored and invaded by outsiders who pursue profits alone without regard to the fate that will be
faced by indigenous inhabitants which owns the land from their forefathers but no permanent
ownership over their own lands.

Cooperation with the relevant authorities immediately addresses the problems of the road and
drainage of this tributary which is blocked is very much appreciated.

Jofri Jaraiee
Sarawak PAS Commissioner cum Miri PAS Chief



VERSI BM
Enam Tahun menunggu jalan dibaikpulih sehingga saliran air anak sungai pun tersekat

Penduduk Kampung Tradisional Pujut Tanjung Batu telah memohon bantuan kerajaan untuk
membaik pulih serta menurap jalan ke kebun mereka sejak 6 tahun yang lalu. Mereka telah memohon
dan menulis surat kepada Kementerian Perancangan dan Pengurusan Sumber, Sarawak bertarikh 30 Disember 2008 lagi sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil.

Menurut wakil penduduk kampung En Armin Hj Salim, keadaan jalan utama yang rosak teruk menuju
ke jalan “Warisan Pekebun Kampung Pujut Padang Kerbau”, Miri dan mereka telah berusaha meminta bantuan dengan berbagai cara tetapi permohonan mereka tidak mendapat perhatian dari pihak
berkenaan. Menurut penduduk kampung, ada juga wakil parti dari pihak kerajaan yang berjanji untuk menolong membaik pulih jalan tersebut tetapi sehingga kini janji tinggal janji.

Mereka mengadu masalah ini dengan pihak PAS Miri dan pihak kami telah berusaha untuk
meringankan beban mereka dengan menyumbang batu kerikil untuk menutup jalan berlobang yang
agak teruk itu.

PAS Sarawak mengesa pihak kerajaan agar dapat menggunakan peruntukan bajet 2015 yang lalu untuk
projek jalan luar bandar sepanjang 635 kilometer termasuk bekas jalan-jalan balak di Sabah dan
Sarawak dengan peruntukan sebanyak 943 juta ringgit untuk membaik pulih jalan pertanian di
Kampung Pujut Tanjung Batu.

Kami juga ingin tahu mengapa projek-projek jalan kampung yang perlu dibaik pulih dan dimasukkan
dalam perancangan 2009 bagi Bahagian Miri tidak dilaksanakan kerana jalan ini telah digunakan oleh seramai 138 para petani yang mengusahakan tanaman masing-masing di kawasan itu sejak sebelum merdeka lagi. Kemana perginya peruntukan projek jalan tersebut digunakan?

Mengapa masalah ini terlalu lama untuk diselesaikan dan begitu juga dengan masalah saliran air anak
sungai yang tersekat atau tersumbat akibat tumbuhan rumpai yang boleh menyebabkan kawasan
tersebut dilanda banjir kilat sekiranya hujan turun berpanjangan.

Kami mengesa pihak yang berkenaan turun padang dan boleh melihat sendiri keadaan jalan dan aliran
anak sungai yang tersekat itu dan segera dibaik pulih. Kami tidak mahu penduduk di situ terus menanti janji-janji yang tidak ditepati sepanjang tahun walaupun peruntukan bajet 2016 juga ada peruntukan
jutaan ringgit untuk infrastuktur dan jalan-jalan luar bandar di Sarawak.

PAS Sarawak juga mengesa kerajaan Sarawak perlu memberi geran tanah kepada penduduk asal di situ kerana disitulah tempat mereka mencari rezeki untuk menyara kehidupan harian mereka sekeluarga.
Pada masa kini tanah untuk penduduk asal untuk membina tempat tinggal dan mengusahakan tanah di sekitar bandaraya Miri semakin mahal dan sukar bagi penduduk kampung untuk memilikinya jika
tanah kebun mereka diambil oleh pemaju untuk membina rumah mewah.

Pihak kerajaan perlu mewarta tanah penduduk asal Sarawak dari terus diterokai dan dicerobohi oleh
pihak luar yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata tanpa mempedulikan nasib yang bakal dihadapi oleh penduduk asal yang memiliki tanah dari datuk nenek moyang mereka tapi tidak ada hak
milik kekal keatas tanah mereka sendiri.

Kerjasama dengan pihak yang berkenaan mengatasi segera masalah jalan dan saliran anak sungai yang
tersumbat ini amat dihargai.

Sumber BO - 27-10-2015

Enam tahun menunggu jalan dibaikpulih

JOFRI JARAIEE | .

 
Penduduk Kampung Pujut gotong-royong menutup lubang jalan kebun dengan batu kerikil sumbangan PAS.


Armin menunjukkan aliran anak sungai tersekat.

MIRI: Penduduk Kampung Tradisional Pujut Tanjung Batu telah memohon bantuan kerajaan untuk membaik pulih serta menurap jalan ke kebun mereka sejak 6 tahun yang lalu.  Mereka telah memohon
dan menulis surat kepada Kementerian Perancangan dan Pengurusan Sumber, Sarawak bertarikh 30 Disember 2008 lagi sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil.

Menurut wakil penduduk kampung Armin Salim, keadaan jalan utama yang rosak teruk menuju ke
jalan "Warisan Pekebun Kampung Pujut Padang Kerbau", Miri dan mereka telah berusaha meminta
bantuan dengan berbagai cara tetapi permohonan mereka tidak mendapat perhatian dari pihak
berkenaan.

Menurut penduduk kampung, ada juga wakil parti daripada pihak kerajaan yang berjanji untuk
menolong membaik pulih jalan tersebut tetapi sehingga kini janji tinggal janji.

Mereka mengadu masalah ini dengan pihak PAS Miri dan pihak kami telah berusaha untuk
meringankan beban mereka dengan menyumbang batu kerikil untuk menutup jalan berlobang yang
agak teruk itu.

PAS Sarawak mengesa pihak kerajaan agar dapat menggunakan peruntukan bajet 2015 yang lalu untuk projek jalan luar bandar sepanjang 635 kilometer termasuk bekas jalan-jalan balak di Sabah dan
Sarawak dengan peruntukan sebanyak 943 juta ringgit untuk membaik pulih jalan pertanian di
Kampung Pujut Tanjung Batu.

Kami juga ingin tahu mengapa projek-projek jalan kampung yang perlu dibaik pulih dan dimasukkan
dalam perancangan 2009 bagi Bahagian Miri tidak dilaksanakan kerana jalan ini telah digunakan oleh seramai 138 para petani yang mengusahakan tanaman masing-masing di kawasan itu sejak sebelum merdeka lagi. Kemana perginya peruntukan projek jalan tersebut digunakan?

Mengapa masalah ini terlalu lama untuk diselesaikan dan begitu juga dengan masalah saliran air anak sungai yang tersekat atau tersumbat akibat tumbuhan rumpai yang boleh menyebabkan kawasan
tersebut dilanda banjir kilat sekiranya hujan turun berpanjangan.

Kami mengesa pihak yang berkenaan turun padang dan boleh melihat sendiri keadaan jalan dan aliran
anak sungai yang tersekat itu dan segera dibaik pulih. Kami tidak mahu penduduk di situ terus menanti
janji-janji yang tidak ditepati sepanjang tahun walaupun peruntukan bajet 2016 juga ada peruntukan
jutaan ringgit untuk infrastuktur dan jalan-jalan luar bandar di Sarawak.

PAS Sarawak juga mengesa kerajaan Sarawak perlu memberi geran tanah kepada penduduk asal di situ kerana di situlah tempat mereka mencari rezeki untuk menyara kehidupan harian mereka sekeluarga.

Pada masa kini tanah untuk penduduk asal untuk membina tempat tinggal dan mengusahakan tanah di sekitar bandaraya Miri semakin mahal dan sukar bagi penduduk kampung untuk memilikinya jika tanah kebun mereka diambil oleh pemaju untuk membina rumah mewah.

Pihak kerajaan perlu mewarta tanah penduduk asal Sarawak dari terus diterokai dan dicerobohi oleh
pihak luar yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata tanpa mempedulikan nasib yang bakal dihadapi oleh penduduk asal yang memiliki tanah dari datuk nenek moyang mereka tapi tidak ada hak
milik kekal keatas tanah mereka sendiri.

Kerjasama dengan pihak yang berkenaan mengatasi segera masalah jalan dan saliran anak sungai yang tersumbat ini amat dihargai. – HARAKAHDAILY 27/10/2015

Sumber HD - 27-10-2015


Menyemai Benih Kemenangan Di Sarawak

Oleh : Azizah Mahmood

KUCHING – Bagi PAS sebagai sebuah gerakan Islam, perjuangan dakwah menyeru manusia kepada ‘makruf’, menegakkan agama Allah dan mencegah kemungkaran, tiada batas sempadan dan waktu.

Dalam kontek itu, PAS negeri Terengganu mengambil pendekatan melebarkan usahanya, membantu
PAS negeri Sarawak dalam usaha siyasah.



Menurut Penolong Setiausaha PAS Terengganu Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, hasrat pencinta
Islam di bumi Kenyalang untuk melahirkan ‘anak sulong’ seorang wakil rakyat yang membawa suara
Islam ke dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, diteruskan.

“kita memberi fokus di DUN Sadong Jaya yang terletak dalam Parlimen Batang Sadong . Pengundi
di sini seramai 8636 orang memerlukan sentuhan untuk kita sasarkan sebagai DUN yang berpotensi
menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang,”katanya

Wan Sukairi berkata, dengan usaha berterusan dari petugas negeri, in sha Allah, ia akan dapat meningkatkan undi dan seterusnya memberi kemenangan kepada calon PAS yang akan bertanding.
“kita berusaha…..Allah yang menentukan…….harapan dan doa kita (agar) pengundi Sadong Jaya akan memilih PAS dalam pilihanraya akan datang,



“Kita mahu menginfaqkan betul-betul tenaga negeri pembantu dari Terengganu untuk kita melahirkan ‘putera sulong’ PAS di DUN Sarawak,”ujar Yang DiPertua PAS Kuala Terengganu.

Sehubungan itu, PAS kawasan Batang Sadong mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan usaha
Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, sejak dahulu sehingga sekarang.

Yang DiPertuanya Haji Hassan Sangkro berkata aktivis PAS kawasan itu sentiasa istiqamah, akan meneruskan usaha dakwah dan kempen sehingga mendapat kejayaan dan kemenangan.

“PAS Sadong Jaya akan terus berusaha sehingga beroleh kemenangan…….in sha Allah dengan
bantuan dari kawan-kawan dari Terengganu,

“pengundi perlu sedikit lonjakan dan usaha akan dibuat berterusan sehingga masa terakhir sebelum menjelang pilihanraya,”ujarnya.



Sementara itu, Setiausaha Jabatan Pilihanraya PAS Terengganu Al-Ghazali Abu Bakar berkata, antara program yang dirangka dan akan dilaksanakan dalam masa lima hari keunjungan petugas Terengganu adalah ziarah kebajikan penduduk yang melibattkan 35 buah rumah.

“kita in saha Allah akan mengadakan ziarah kebajikan sebanyak 35 buah rumah, demo masakan
terengganu iaitunasi dagang dan nasi minyak, ziarah kepimpinan setempat,

“Kuliah awal muharam oleh Ustaz wan sukairi, bengkel gerak kerja, selain Program dalaman seperti
usrah dan motivasi para petugas tempatan,”ujarnya.

Seramai 10 orang petugas dari PAS negeri Terengganu, kata beliau, khususnya dari Kawasan Kuala Terengganu, merupakan petugas ‘gelombang ke lima’, yang melaksana pelbagai usaha bermula 21hb sehingga 25hb Oktober.

Sumber BO - 22-10-2015

Provision of Roads in Sarawak is Still Not Fully Utilized

Every time close to the election season, we always listen to the BN (Barisan Nasional) promised to
allocate billions of ringgit to upgrade roads in Sarawak

Recently the Federal Government under the 10th Malaysia Plan (10MP) approves a development
grant of about RM3.46 million for the three areas of Legislative Assembly (DUN) Piasau N.63, N.64
Pujut and N.65 Senadin. According Legislative Assembly (DUN) Senadin, Datuk Lee Kim Shin said
that provision approved by the Miri City Council is to implement the project improving and
construction of village roads and residential areas around Miri all this year round.

We found that there is still a village road around Miri that still bad and not entirely paved although it is
many times the budget allocation provided for projects to improve and construction of village roads
and residential areas.

Jalan Pujut Padang Kerbau

There are some rural roads or residential areas paved half-way. Why the parties concerned are only
choose certain places to paved roads with tar while the road which should be paved not fully paved
with tar. Many villagers and housing residents who are dissatisfied with the way of the relevant
authorities manage the provision of the road projects by selecting a particular place where as many
other bad road and need to be improved until now have not been upgraded.

Many villagers and residents of housing that is not satisfied with the way the relevant authorities
manage the provision of roads projects by selecting a particular place where as many other bad roads
and needs to be repaired until now has not been upgraded.

We urge the relevant authorities immediately repairing roads that should be upgraded such as the farm
roads in the village of Pujut Padang Kerbau, Tukau Jaya village road and around housing in Tudan as
well as rural roads around Miri city in dire need a good road should be given priority. The provision of
village roads and housing is to be used solely for the convenience of the villagers so that they can enjoy
the provisions that have been approved without the need to wait for the promise of the next election.

This is all for the benefit of the people, not for the sake of political parties that only use that provision
as a decoy to attract the support of the people alone. Such provisions are citizens’ rights regardless of
race, religion and political affiliation as the government requires all citizens to pay taxes and GST, regardless of political affiliation.

The task of the government and those concerned only perform the tasks entrusted by the people not
doing the job of a certain political party. Any parties that were chosen to be the government are
responsible for implementing the mandate of the people, not in the interests of certain political parties.

We hope that the above problems can be addressed immediately, regardless of time because of people’s
rights should be given priority. Cooperation with the relevant authorities to address the problems of the
people with immediate effect is greatly appreciated.

Jofri Jaraiee
Sarawak PAS Commissioner cum Miri PAS Chief

Sumber BO - 19-10-2015




















































PAS terus konsisten perjuang nasib dan hak rakyat Sarawak

Posted on Wednesday, October 07 @ 10:45:19 MYT by paktam

Oleh Jofri Jaraiee

PAS Sarawak akan terus istiqamah hingga kemenangan dan terus konsisten memperjuangkan nasib dan hak rakyat Sarawak. Projek-projek untuk rakyat yang bertemakan kebajikan dan kemasyarakatan di bawah inisiatif Untukmu Sarawak (UMS) akan diteruskan.

Kenyataan Chong Chieng Jen, Pengerusi DAP Sarawak baru-baru ini menolak PAS dalam Pakatan di Sarawak dengan angkuh sememangnya sudah dijangka. Sejak beliau memegang jawatan Pengerusi DAP Sarawak dari mendiang Wong Ho Leng, DAP Sarawak semakin sukar dibawa ke meja rundingan.


Hakikatnya DAP di bawah kepimpinan Chonglah yang memutuskan keluar Pakatan Rakyat Sarawak dan memutuskan hubungan dengan PAS dan PKR pada Mac 2015 dengan alasan Rang Undang-undang (RUU) berkaitan Hudud di Kelantan yang sebenarnya tidak berkaitan pun dengan Sarawak. Antara kenyataan melampau yang menunjukkan keegoan Chong lagi ialah apabila beliau menyatakan PAS tidak relevan di Sarawak.

Adakah Chong mempunyai agenda tersendiri untuk kepentingan peribadi beliau dan beliau juga suka memaksa rakan PR lain seperti PKR untuk patuh dan tunduk dengan kehendak beliau. Tindakan DAP di bawah pemimpin seperti Chong menyukarkan untuk blok pembangkang bersatu dan ianya akan menyukarkan lagi hasrat rakyat untuk mengubah kerajaan yang ada sekarang.

PAS Sarawak tetap dengan pendirian tegas dan tidak akan tunduk dengan kehendak Chong supaya mengikut kehendak beliau untuk PAS tidak melaksanakan hudud dalam negara meskipun RUU tersebut diusahakan melalui jalan demokrasi.
Hudud bukan isu yang perlu dibangkitkan di Sarawak kerana dimaklumi semua, Sarawak belum mampu daripada pelbagai aspek utk pelaksanaan hudud waima dalam kalangan orang Islam Sarawak. Justeru, isu hudud hanyalah propaganda politik murahan Chong yang tidak rasional untuk menjustifikasi agenda tersirat yang beliau ingini termasuk mendapatkan lebih banyak kerusi dalam Pilihan Raya Negeri akan datang.

PAS mengingatkan DAP, musuh politik kita adalah Barisan Nasional. Pastikan peluru kita dihala kepada BN dan bukannya sesama blok pembangkang. PAS juga mengingatkan DAP agar matang dan bijak dalam berpolitik. Jika DAP Sarawak terus dengan cara kepemimpinan Chong mungkin DAP Sarawak akan terus ketinggalan dan sukar untuk mendapatkan sokongan rakyat terutama dari Muslim dan Bumiputera lain di Sarawak.

Kita serah kepada ahli DAP sendiri untuk menilai dan memilih pemimpin mereka untuk masa depan Sarawak. Kita tidak mahu mencampuri urusan DAP dalam memilih pimpinan mereka seperti mana pemimpin mereka mencampuri urusan pemilihan pemimpin PAS masa Muktamar dulu.

Pendirian seperti DAP ini suatu perkara yang merugikan blok pembangkang dalam usaha kita untuk merealisasikan hasrat menjadi kerajaan baru di Sarawak atau setidaknya pembangkang yang kuat di Sarawak. Semua kena mengakui, Sarawak sebuah negeri yang harmoni. Keegoan DAP untuk meminta semua pihak mengikut kehendak mereka suatu perkara yang bertentangan dengan keharmonian rakyat Sarawak.

Rakyat negara ini akan hidup lebih harmoni dan aman sekiranya semua pihak menghormati kepercayaan dan adat budaya antara satu sama lain dan tidak mencampuri urusan agama lain. Ada masa untuk kita bersetuju untuk tidak bersetuju dalam sesuatu perkara yang melibatkan dasar negara tetapi ianya tidak menyentuh sensitiviti kepercayaan penganut agama Islam dan lain-lain agama.

Kita masih menjalinkan hubungan dengan PKR sebagaimana diputuskan dalam Muktamar PAS Pusat dan mereka yang mahu bergabung bersama untuk kebaikan rakyat Sarawak.

Sumber DD - 7-10-2015

DAP Sarawak diingatkan jangan angkuh

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: PAS Sarawak mendakwa Pengerusi DAP Chong Cheing Jen terlalu angkuh apabila menyatakan parti Islam itu tidak lagi relevan di negeri Sarawak.

Pesuruhjaya PAS Sarawak Jofri Jaraiee berkata, sejak Chong memegang jawatan pegerusi 

daripada mendiang Wong Ho Leng, DAP negeri itu semakin sukar untuk dibawa ke meja perundingan.

"Hakikatnya DAP di bawah kepimpinan Chonglah yang memutuskan keluar Pakatan Rakyat Sarawak dan memutuskan hubungan dengan PAS dan PKR pada Mac 2015 dengan alasan Rang Undang-undang (RUU) berkaitan Hudud di Kelantan yang sebenarnya tidak berkaitan pun 

dengan Sarawak," katanya kepada Harakahdaily.

Soalnya, adakah Chong mempunyai agenda tersendiri untuk kepentingan peribadi beliau dan 

beliau juga suka memaksa rakan Pakatan lain seperti PKR untuk patuh dan tunduk dengan kehendak beliau?

Katanya, tindakan DAP di bawah pemimpin seperti Chong menyukarkan untuk blok 

pembangkang bersatu dan ia akan menyukarkan lagi hasrat rakyat untuk mengubah kerajaan
yang ada sekarang.

Katanya, PAS Sarawak tetap dengan pendirian tegas dan tidak akan tunduk dengan kehendak Chong supaya mengikut kehendak beliau untuk PAS tidak melaksanakan Hudud dalam negara meskipun RUU tersebut diusahakan melalui jalan demokrasi.

"Hudud bukan isu yang perlu dibangkitkan di Sarawak kerana dimaklumi oleh semua bahawa Sarawak belum mampu daripada pelbagai aspek utk pelaksanaan hudud waima dalam kalangan orang Islam Sarawak.

"Justeru, isu hudud hanyalah propaganda politik murahan Chong yang tidak rasional untuk menjustifikasi agenda tersirat yang beliau ingini termasuk mendapatkan lebih banyak kerusi 

dalam Pilihanraya Negeri akan datang.

"PAS mengingatkan DAP bahawa musuh politik adalah BN dan pastikan peluru kita dihala 

kepada BN dan bukannya sesama blok pembangkang,"katanya.

Beliau tidak menolak, jika DAP Sarawak terus dengan cara kepemimpinan Chong mungkin Dap Sarawak akan terus ketinggalan dan sukar untuk mendapatkan sokongan rakyat terutama dari Muslim dan Bumiputera lain di Sarawak.

"Kita serah kepada ahli DAP sendiri untuk menilai dan memilih pemimpin mereka untuk masa depan Sarawak.

"Kita tidak mahu mencampuri urusan DAP dalam memilih pimpinan mereka seperti mana pemimpin mereka mencampuri urusan pemilihan pemimpin PAS masa Muktamar dulu," 

ujarnya.

Jelasnya, rakyat negara ini akan hidup lebih harmoni dan aman sekiranya semua pihak menghormati kepercayaan dan adat budaya antara satu sama lain dan tidak mencampuri urusan agama lain.

Justeru, PAS Sarawak akan terus istiqamah hingga kemenangan dan terus konsisten memperjuangkan nasib dan hak rakyat Sarawak.

"Projek-projek untuk rakyat yang bertemakan kebajikan dan kemasyarakatan di bawah 

inisiatif Untukmu Sarawak (UMS) akan diteruskan," katanya. – HARAKAHDAILY 7/10/2015

Sumber HD - 7-10-2015



Hanya Islam mampu satukan masyarakat majmuk


IZWAN ABDUL HALIM | .


MIRI: Kemajmukan manusia hanya dapat diharmonikan oleh Islam, sedangkan penguasaan agama-agama dan kuasa besar lain sering menyebabkan pertembungan yang mendatangkan penderitaan kepada manusia.

Maka perutusan Nabi Muhammad SAW kepada umat akhir zaman adalah membawa mesej baharu iaitulah rahmat untuk sekalian alam dengan membangunkan manusia menurut wahyu Allah SWT.


Demikian intipati utama ucapan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada Himpunan Istiqamah Hingga Kemenangan (Pihak 15.0) di Hotel Mega, di sini semalam.

“Sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW, sudah berlaku pertembungan yang sangat dahsyat di alam dunia ini. Walaupun sudah ada agama-agama, sama ada warisan agama Samawi, agama langit yang dibawa oleh para Rasul; Yahudi dan Kristian, ataupun agama yang sudah menjadi ciptaan manusia, walaupun asalnya Samawi; Hindu, Majusi, Buddha dan lain-lain.

“Walaupun di masa itu sudah ada dua kuasa besar dunia; Parsi dan Rom, disamping kerajaan-kerajaan besar; China, India, Mesir, Habsyah dan Yaman, yang dianggap negara bertamadun, namun manusia menderita, kerana berlakunya pertembungan dan peperangan di antara agama dan kuasa-kuasa besar.

“Berlakunya pertembungan, bila penganut agama Yahudi menang, mereka musnahkan gereja Kristian.

Penganut Hindu menang, mereka bunuh penganut Buddha. Penganut Buddha menang menindas penganut Hindu. Di samping peperangan di antara Parsi dan Rom kuasa besar dunia, China dan lain-lain,” ujarnya menghurai ayat 40 dan 41 surah al-Hajj.

Menurutnya, hal tersebut berbeza ketika Nabi Muhammad SAW memasuki Yathrib yang terdiri dari penduduk pelbagai kabilah Arab serta aliran mazhab Yahudi dan Nasrani dengan masing-masing mempunyai semangat perkauman tinggi.

Terang Tuan Guru, Baginda Nabi SAW telah mengajak semua mereka untuk bergabung dan bersefahaman bagi mendirikan negara Madinah di mana hubungan itu telah menjadikan Madinah bandar dan masyarakatnya bertamadun.

“Dengan makna manusia tak boleh hidup bersendirian. Orang Melayu tak boleh bersendiri, orang Cina tak boleh bersendiri, orang India tak boleh bersendiri, orang Iban tak boleh bersendiri, Kadazan tak boleh bersendiri, Arab Inggeris tak boleh bersendiri.

“Mengapa? Kerana mereka memerlukan bermadani, bermasyarakat madani. Manusia memerlukan pakaian, memerlukan makanan. Contohnya sehelai pakaian yang dipakai manusia, orang Islam atau bukan Islam, tak kira apa bangsa, pakaian mesti dibuat daripada kain.

“Kain daripada apa? Daripada benang. Benang daripada apa? Kapas. Kapas daripada apa? Pertanian, mesti ditanam. Nak tanam kapas mesti ada cangkul. Cangkul daripada apa? Besi, besi daripada apa? Mesti dilombong.

“Tak mungkin satu bangsa yang buat kerja semua, seorang buat kerja semua. Kerana mahu sehelai kain, dia yang lombong besi, dia yang buat benang, dia yang tanam kapas, dia yang jahit baju, semua dia semua, tak mungkin,” terangnya.

Begitulah katanya, Allah SWT menjadikan negeri ada memiliki besi, punyai minyak, tanah subur pertanian, serta bermacam-macam lagi di mana memerlukan manusia itu berkumpul dan mengumpulkan bahan di satu tempat yang dinamakan bandar.

Maka terang beliau, Nabi SAW membina masjid dan pasar sebagai pusat kegiatan, pendidikan, politik, hubungan, sosial serta ekonomi masyarakat.

Oleh itu tegasnya, dunia pada realiti hari ini adalah dihuni oleh masyarakat yang majmuk dan Islam dalam hubungan antarabangsa dan kaum telahpun mendahulukan perdamaian sebagai keutamaan dalam bermasyarakat. HARAKAHDAILY 5/10/2015

Sumber HD - 5-10-2015


Lawatan Muhibah Presiden Pas Ke Gereja St. Columba Miri
Posted on Saturday, October 03 @ 20:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Presiden PAS merangkap Naib Presiden Kesatuan Ulamak Sedunia, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul
Hadi Awang dan rombongan hari ini melakukan lawatan muhibah ke Gereja Anglikan St. Columba
Miri.

Encik Augustine (Naib Pengerusi Majlis Gereja), Rev. Father Alfred dan Bishop Warden Edwin
Dundang mengalu-alukan kehadiran rombongan dan amat gembira dengan lawatan tersebut.


Perbincangan dua hala dan saling bertukar-tukar fikiran ini amat menarik sebagai sebahagian daripada
usaha mendekatkan percambahan minda antara agama Islam dan Kristian serta mengeratkan hubungan
dalam masyarakat majmuk khususnya di Sarawak.

Islam adalah agama perdamaian dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sebagai sebuah parti yang terbuka, mengambil pendekatan aman sejahtera dan mengamalkan politik matang.

Turut bersama dalam rombongan ialah Sdr Mukhtar Suhaili (AJK PAS Pusat dan Setiausaha PAS Sarawak), Sdr Mohammad Arifiriazul Paijo (Ketua Pemuda PAS Sarawak) dan beberapa ahli PAS.

Presiden PAS dan rombongan melakukan lawatan tersebut sempena program PAS Sarawak di Miri
iaitu Munaqasyah (Konvensyen) Ucapan Dasar Presiden PAS dan Perhimpunan Istiqamah Hingga Kemenangan (PIHAK).

Sumber TKO -3-10-2015


Penduduk Kg Tanjung Belipat, Niah mengadu mereka dipinggirkan
Posted on Saturday, October 03 @ 10:28:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



MIRI - Kg Tanjung Belipat, Niah terletak dalam Parlimen Sibuti lebih kurang 1 jam perjalanan dari bandaraya Miri. Majoriti penduduk kampung berbangsa Melayu, Penan Muslim dan kebanyakan 

mereka bekerja sendiri sebagai petani.
Baru-baru kita buat lawatan ke Kg Tanjung Belipat dan menerima banyak aduan dari penduduk tentang
masalah yang mereka hadapi selama ini. Antara isu yang dihadapi oleh penduduk Kg Tanjung Belipat 
ialah masalah kebajikan mereka diabaikan, tidak layak menerima BR1M, Orang Kurang Upaya (OKU)
tidak mendapat bantuan yang sewajarnya dan masalah tidak diberi rumah dibawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT). PPRT adalah di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Willayah.

Antara penduduk yang mengadu masalah yang dia hadapi untuk mendapatkan bantuan ialah Mosekil 
Bin Langajang. Beberapa bulan yang lalu dia ditimpa kemalangan sehingga menyebabkan kaki beliau 
patah dan sukar untuk bekerja. Akibat kejadian itu dia telah memohon bantuan dari badan kebajikan 
dan dia telah diberi Kad OKU.  Masalahnya ialah walaupun dia memiliki kad OKU tetapi dia masih 
tidak mendapat bantuan yang sewajarnya dari pihak yang berkenaan dan dia pula disuruh mencari 
pekerjaan sebelum diberi bantuan. Menurut dia lagi mengapa pihak yang berkenaan menyuruh dia 
mencari pekerjaan dulu sedangkan dia sukar untuk bekerja akibat kejadian tersebut.

Dia merayu kepada pihak kami agar masalah dia dapat diberi perhatian oleh pihak berkuasa untuk 
diambil tindakan. Mengapa golongan OKU macam beliau dianaktirikan oleh pihak berkenaan 
sedangkan beliau terpaksa menyara hidup bersama dengan anaknya? Dia juga merayu agar pihak 
berkuasa dapat membantu membaiki rumah beliau yang agak usang dan menukar atap bocor. Kalau 
boleh beliau mahu pihak kerajaan dapat membina rumah baru melalui PPRT.

Begitu juga dengan seorang ibu tunggal Patimah Binti Umar juga memohon agar pihak kerajaan dapat membina semula rumah beliau yang agak usang dan menukar atap bocor melalui PPRT.

Masalah rumah usang dan sukar untuk mendapat bantuan kebajikan juga dihadapi oleh Ismail Bin 
Johan. Beliau sudah banyak kali memohon bantuan dari pihak agensi kerajaan untuk membina semula rumah beliau yang usang dan perlu dibina semula. Memang ada pihak yang berkenaan datang 
mengambil maklumat serta gambar rumah beliau tetapi sudah beberapa tahun beliau menunggu 
sehingga kini belum ada sebarang tindakan diambil oleh pihak berkenaan untuk membina rumah beliau.

Masalah tiada bekalan elektrik juga dihadapi oleh sebahagian penduduk diseberang sungai Niah yang 
masih menggunakan generator. Selama ini mereka mengharap masalah mereka boleh diselesaikan 
dengan baik tetapi setelah berpuluh tahun mereka memberi sokongan kepada kerajaan Barisan 
Nasional nasib mereka masih belum berubah.

Ramai lagi yang mengadu masalah yang sama seperti yang tersebut dan kita juga ada senarai nama-
nama mereka yang menghadapi masalah tidak mendapat BR1M, sukar mendapat bantuan kebajikan termasuk seorang nenek tua yang berusia lebih kurang 110 tahun Ramdiah Binti Dudo yang dijaga 
oleh seorang anak perempuan beliau.

Menurut anak perempuannya beliau juga pernah memohon bantuan kebajikan dan BR1M tapi tidak layak disebabkan beliau tinggal serumah dengan ibu tua beliau sedangkan ada sesetengah keluarga mendapat BR1M walaupun tinggal serumah. Beliau seorang ibu tunggal memerlukan bantuan untuk menjaga ibu tua dan anak-anak beliau.

 Kita mengesa pihak yang berkenaan supaya berlaku adil kepada semua tanpa mengira bangsa, agama 
dan fahaman politik demi kesejahtaraan rakyat. Kita akan sentiasa memantau dan menyuarakan 
masalah rakyat tanpa mengira samada mereka penyokong BN, pembangkang atau sesiapa saja yang memerlukan bantuan.

Kita mengesa pihak kerajaan sentiasa turun padang dan memantau setiap peruntukan yang telah 
disalur kepada pihak yang berkenaan agar ianya benar-benar sampai kepada golongan sasaran. Kita 
juga dapati ramai anak-anak penduduk kampung yang tidak dapat menamatkan persekolahan mereka  disebabkan masalah kesukaran untuk mendapatkan bantuan. Ada diantara wakil rakyat yang berjanji 
untuk memberi bantuan tetapi ianya tidak pernah ditunaikan menurut penduduk kampung di situ.

Kita harap masalah penduduk yang tidak dapat bantuan BR1M, Kebajikan serta perumahan PPRT ini 
diberi keutamaan terutama golongan yang kurang upaya serta kurang bernasib baik seperti ibu tunggal 
yang memerlukan bantuan kebajikan setiap bulan untuk menampung kehidupan harian mereka.

Kerjasama dengan pihak agensi kerajaan yang berkenaan untuk mengatasi masalah ini amat dihargai 
kerana kita yakin mereka boleh menyelesaikan masalah ini dengan pihak terbabit setelah sekian lama mereka menanti.


Jofri Jaraiee
PAS Sarawak

Sumber TKO - 3-10-2015




















































Residents Of Kg. Tanjung Belipat, Complain 

They Are Marginalized



Malay Version Inside

Kampung Tanjung Belipat, Niah is located in Sibuti parliamentary is approximately 1 hour drive from

Miri city. The majority of the villagers are Malays, Penan Muslim and most of them are self-employed
as a farmer.

Recently we were visit Kg Tanjung Belipat and has received many complaints from residents about the problems they faced all this while. Among the issues faced by the residents of Kg Tanjung Belipat is their welfare issues are disregarded, are not eligible for BR1M, Persons with Disabilities (PWDs) did not get appropriate assistance and had not given houses under the Housing Project for the Hardcore Poor
(PPRT). PPRT is under the Ministry of Rural and Territories.



Among residents who complained that he faced problems for assistance is Mosekil Bin Langajang. A
few months ago he had an accident that caused his legs fracture and hard to work. As a result of the
incident he had sought help from charitable organizations and he has been given the disabled (OKU)
card. The problem is that although he has the OKU card but he still did not get appropriate assistance
from the relevant authorities, and he was told to find a job before being given assistance.

According to him again why the parties concerned told him looking for a job first whereas he was difficult to work due to the incident.

He appealed to us so that his problem can be addressed by the authorities for action. Why are disabled people like him ilk discriminated against by the authorities whereas he had to earn a living with his children? He also appealed to the authorities to help repair his house that is quite dilapidated and change a leaking roof. If possible, he wants the government to build a new home through the PPRT.

Similarly, a single mother Patimah Binti Umar also urged the government to rebuild her house which was a bit dilapidated and change a leaking roof through the PPRT.

The problem of dilapidated houses and difficult to obtain welfare assistance is also faced by Ismail Bin Johan. He had many times requested help from government agencies to rebuild his dilapidated house
and needs to be rebuilt. Indeed there are parties concerned came take information as well as pictures of
his house but already several years he waited until now there has not been any action taken by the authorities to build his house.



No Electricity Supply is also a problem faced by most of residents across the river of Niah that still uses generators. All this while they hope their problems could be resolved amicably, but after so many years
they gave support to the Barisan Nasional their fate remains unchanged.

Many more complained of the same problem as that mentioned, and we also have a list of names of those who faced problems getting BR1M, difficult to receive welfare assistant including an elderly grandmother who was about 110 years old Ramdiah Binti Dudo which is taking care by her daughter.

According to her daughter, she had applied for welfare assistance and BR1M but not eligible because she was living with her elderly mother while there are some families get BR1M even stay in the same house. She is a single mother needs help to take care of her elderly mother and her children.

We urge the parties concerned to be fair to all without regard to race, religion and political affiliation for the sake of people’s welfare. We will continue to monitor and voicing the people’s problems regardless of whether they support BN, opposition or anyone who needs help.



We urge the government always go down to the field and monitor any provisions that have been channeled to the relevant authorities so that they actually reach the target group. We also find that many residents children who cannot complete their schooling due to the difficulty for assistance. There are some of the elected representatives who promised to provide assistance, but it was never fulfilled according to the villagers.

We hope this issue of people who do not get assistance of BR1M, Welfare and PPRT housing are given priority especially those who are disabled and less fortunate such as single mothers who need welfare assistance each month to cover their daily life.

Cooperation with the relevant government agencies to address this issue is highly appreciated because
we believe they can solve the problem with the parties concerned after so long they waited.
Jofri Jaraiee
Sarawak PAS Commissioner cum Miri PAS Chief

MALAY VERSION

Penduduk Kg Tanjung Belipat, Niah mengadu mereka dipinggirkan

Kampung Tanjung Belipat, Niah terletak dalam Parlimen Sibuti lebih kurang 1 jam perjalanan dari bandaraya Miri. Majoriti penduduk kampung berbangsa Melayu, Penan Muslim dan kebanyakan mereka bekerja sendiri sebagai petani.


Baru-baru kita buat lawatan ke Kg Tanjung Belipat dan menerima banyak aduan dari penduduk tentang masalah yang mereka hadapi selama ini. Antara isu yang dihadapi oleh penduduk Kg Tanjung Belipat ialah masalah kebajikan mereka diabaikan, tidak layak menerima BR1M, Orang Kurang Upaya (OKU) tidak mendapat bantuan yang sewajarnya dan masalah tidak diberi rumah dibawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT). PPRT adalah di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Willayah.

Antara penduduk yang mengadu masalah yang dia hadapi untuk mendapatkan bantuan ialah Mosekil
Bin Langajang. Beberapa bulan yang lalu dia ditimpa kemalangan sehingga menyebabkan kaki beliau
patah dan sukar untuk bekerja. Akibat kejadian itu dia telah memohon bantuan dari badan kebajikan dan
dia telah diberi Kad OKU. Masalahnya ialah walaupun dia memiliki kad OKU tetapi dia masih tidak mendapat bantuan yang sewajarnya dari pihak yang berkenaan dan dia pula disuruh mencari pekerjaan sebelum diberi bantuan. Menurut dia lagi mengapa pihak yang berkenaan menyuruh dia mencari pekerjaan dulu sedangkan dia sukar untuk bekerja akibat kejadian tersebut.



Dia merayu kepada pihak kami agar masalah dia dapat diberi perhatian oleh pihak berkuasa untuk diambil tindakan. Mengapa golongan OKU macam beliau dianaktirikan oleh pihak berkenaan sedangkan beliau terpaksa menyara hidup bersama dengan anaknya

Dia juga merayu agar pihak berkuasa dapat membantu membaiki rumah beliau yang agak usang dan menukar atap bocor. Kalau boleh beliau mahu pihak kerajaan dapat membina rumah baru melalui PPRT

.
Begitu juga dengan seorang ibu tunggal Patimah Binti Umar juga memohon agar pihak kerajaan dapat membina semula rumah beliau yang agak usang dan menukar atap bocor melalui PPRT.

Masalah rumah usang dan sukar untuk mendapat bantuan kebajikan juga dihadapi oleh Ismail Bin Johan. Beliau sudah banyak kali memohon bantuan dari pihak agensi kerajaan untuk membina semula rumah beliau yang usang dan perlu dibina semula. Memang ada pihak yang berkenaan datang mengambil maklumat serta gambar rumah beliau tetapi sudah beberapa tahun beliau menunggu sehingga kini belum ada sebarang tindakan diambil oleh pihak berkenaan untuk membina rumah beliau.

Masalah tiada bekalan elektrik juga dihadapi oleh sebahagian penduduk diseberang sungai Niah yang masih menggunakan generator. Selama ini mereka mengharap masalah mereka boleh diselesaikan dengan baik tetapi setelah berpuluh tahun mereka memberi sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional nasib mereka masih belum berubah.

Ramai lagi yang mengadu masalah yang sama seperti yang tersebut dan kita juga ada senarai nama-nama mereka yang menghadapi masalah tidak mendapat BR1M, sukar mendapat bantuan kebajikan termasuk seorang nenek tua yang berusia lebih kurang 110 tahun Ramdiah Binti Dudo yang dijaga oleh seorang anak perempuan beliau.



Menurut anak perempuannya beliau juga pernah memohon bantuan kebajikan dan BR1M tapi tidak layak disebabkan beliau tinggal serumah dengan ibu tua beliau sedangkan ada sesetengah keluarga mendapat BR1M walaupun tinggal serumah. Beliau seorang ibu tunggal memerlukan bantuan untuk menjaga ibu tua dan anak-anak beliau.

Kita mengesa pihak yang berkenaan supaya berlaku adil kepada semua tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik demi kesejahtaraan rakyat. Kita akan sentiasa memantau dan menyuarakan masalah rakyat tanpa mengira samada mereka penyokong BN, pembangkang atau sesiapa saja yang memerlukan bantuan.
Kita mengesa pihak kerajaan sentiasa turun padang dan memantau setiap peruntukan yang telah disalur kepada pihak yang berkenaan agar ianya benar-benar sampai kepada golongan sasaran. Kita juga dapati ramai anak-anak penduduk kampung yang tidak dapat menamatkan persekolahan mereka disebabkan masalah kesukaran untuk mendapatkan bantuan. Ada diantara wakil rakyat yang berjanji untuk memberi bantuan tetapi ianya tidak pernah ditunaikan menurut penduduk kampung di situ.

Kita harap masalah penduduk yang tidak dapat bantuan BR1M, Kebajikan serta perumahan PPRT ini diberi keutamaan terutama golongan yang kurang upaya serta kurang bernasib baik seperti ibu tunggal yang memerlukan bantuan kebajikan setiap bulan untuk menampung kehidupan harian mereka.

Kerjasama dengan pihak agensi kerajaan yang berkenaan untuk mengatasi masalah ini amat dihargai kerana kita yakin mereka boleh menyelesaikan masalah ini dengan pihak terbabit setelah sekian lama mereka menanti.

Sumber BO - 28-9-2015

Pendidikan: Kembalikan “Perkara 15” di Sarawak

JOFRI JARAIEE | .

KERAJAAN Persekutuan (Kementerian Pelajaran) sepatutnya mengembalikan ‘Kuasa Autonomi’ berhubung Pelajaran kepada Sarawak seperti yang tersebut dalam perkara asas Pembentukan Malaysia dalam Perkara 15: Pelajaran “Sistem pendidikan yang sedia ada perlu dikekalkan di bawah kawalan kerajaan negeri”.

Sarawak perlu diberi kuasa autonomi dalam bidang pelajaran dimana kerajaan Sarawak boleh meningkatkan lagi prestasi pelajar dalam bidang pelbagai kemahiran. Pelajar zaman sekarang perlu menyiapkan diri mereka dengan
berbagai bidang kemahiran atau kepakaran untuk masa depan mereka.

Seperti yang dinyatakan oleh Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem apabila terdapat pertukaran Menteri atau polisi yang berkaitan dengan
pendidikan dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan, ia dilihat menjejaskan pelaksanaan pendidikan di negeri ini. “Setiap kali Menteri tukar, polisi pun bertukar dan akhirnya menjejaskan pelaksanaan pendidikan di Sarawak. Dasar pendidikan harus sesuai dengan generasi yang akan datang, banyak janji telah dibuat (Kerajaan Persekutuan) tetapi tidak
dipenuhi sepenuhnya,” ujarnya.

Kerajaan Sarawak perlu wujudkan lebih banyak pusat pengajian tinggi yang boleh mengeluarkan
tenaga mahir dalam berbagai bidang kemahiran untuk industri dan pertanian.

Sarawak mempunyai keluasan tanah sebesar Semananjung Malaysia dan mampu menampung lebih
banyak lagi pusat pengajian tinggi yang dapat dimanfaatkan untuk rakyat Sarawak yang masih jauh ketinggalan dalam arus pembangunan.  Sarawak memang sesuai untuk dijadikan sebuah negara perindustrian dan pertanian secara moden untuk meningkatkan ekonomi dan pendapatan rakyat dan
negara pada masa hadapan.

Dengan wujudnya pusat pengajian tinggi dalam berbagai bidang kemahiran untuk industri dan petanian ia boleh memberi peluang kepada pelajar yang tercicir dalam bidang akademi diserapkan kedalam bidang tersebut untuk memberi mereka peluang mendapatkan pekerjaan dalam bidang industri dan pertanian apabila mereka tamat belajar nanti.

Pelajar boleh memilih bidang kemahiran yang mereka minati dan apabila mereka tamat nanti mereka
boleh keluar mencari pekerjaan atau bekerja sendiri dengan menggunakan kemahiran yang ada pada mereka.

Maka tidak timbul masalah pelajar atau graduan yang tidak fasih berbahasa Inggeris sukar untuk
mendapat pekerjaan sebab kebanyakan syarikat swasta memerlukan pekerja mahir dalam berbagai
bidang.

Walapun ada Menteri yang mengatakan Bahasa Inggeris adalah relevan, bukan Bahasa Malaysia
tetapi dari sudut pekerjaan yang melibatkan kemahiran dalam perindustrian dan pertanian pengggunaan
bahasa kebangsaan dan juga bahasa Inggeris kurang diambil perhatian. Mereka hanya perlu faham kehendak serta keperluan pihak syarikat untuk menyiapkan projek mereka dalam masa yang ditetapkan.

Memang tidak dinafikan mereka yang graduan dalam bidang akademik seperti bidang pengurusan
memang perlu mahir dalam kedua-dua bahasa tetapi jawatan pengurusan dan pentadbiran amat terhad
untuk diisi lebih-lebih lagi pada saat kegawatan ekonomi sekarang yang memerlukan lebih banyak kepakaran dan kemahiran dalam perindustrian dan pertanian.

Walaupun tidak dinafikan Bahasa Inggeris diguna secara meluas diperingkat global tetapi ada juga
negara maju lain seperti Jepun tidak mengutamakan Bahasa Inggeris sebaliknya bahasa ibunda mereka
tetap diberi keutamaan dalam bidang teknologi.

Ini sebenarnya bukan masalah bahasa tetapi cara pendekatan yang diambil oleh pihak kerajaan dalam
sistem pendidikan negara sekarang yang kurang memberi keutamaan dalam bahagian Kemahiran dan Teknikal (BKT) yang merupakan salah satu bahagian yang diperlukan masakini.

Dengan perkembangan teknologi semasa serta keperluan tenaga kerja mahir dan separa mahir, maka pelbagai bidang dan program perlu diberi keutamaan bagi memastikan latihan kemahiran yang kini
dikenali sebagai Pendidikan Teknikal dan Vokasional (PTV), dapat mengisi dan menyumbang
keperluan tenaga kerja yang diperlukan oleh industri dan negara.

Pihak kerajaan juga perlu memperkenalkan skim pelbagai kemahiran baru untuk menyediakan satu
laluan alternatif bagi industri untuk meningkatkan kemahiran pekerja berpengalaman.

Skim berbilang kemahiran dapat memenuhi keperluan pekerja khusus dalam pengurusan projek
pembinaan utama. Ia bertujuan untuk membina satu kumpulan pekerja yang berketerampilan dalam
bidang pengurusan projek pelbagai pembinaan untuk menjalankan lebih daripada satu jenis tugas kerja
di lokasi. Majikan akan mempunyai fleksibiliti yang lebih besar dalam menggerakkan pekerja pelbagai
kemahiran di tempat ini, dengan itu mengurangkan masa henti dan meningkatkan produktiviti mereka.

Kita juga ingin mencadangkan kepada Kementerian Pelajaran agar waktu belajar di sekolah
diselaraskan dengan waktu kerja di pejabat untuk memudahkan para pelajar dan ibubapa yang bekerja
dapat mengambil anak sekolah mereka tepat pada waktunya selepas waktu pejabat. Sekolah satu sesi pembelajaran dari pukul 8 pagi hingga 4 petang memberikan masa yang panjang kepada pelajar untuk belajar dan berinteraksi dengan guru mereka.

Di negara kita masih terdapat banyak sekolah yang tidak melaksanakan sekolah satu sesi kerana
kekurangan bilik darjah dan kemudahan untuk belajar.  Sekolah satu sesi secara umum dipersetujui
oleh banyak pihak kerana memberikan kemudahan kepada ibubapa serta kebaikan kepada pelajar.
Gunakan masa sesi sebelah petang tersebut untuk mendidik mereka supaya jadi pelajar yang
bermotivasi serta taat kepada perintah agama mengikut kepercayaan agama masing-masing.

Kerajaan Sarawak perlu mempunyai peruntukan bajet untuk menambahkan lebih banyak bilik darjah
supaya memudahkan semua pelajar belajar dalam satu sesi persekolahan sekiranya mahu kuasa
autonomi pelajaran diberi kepada kerajaan Sarawak. Mampukah kerajaan Sarawak memenuhi
keperluan rakyat Sarawak nanti sekiranya kuasa autonomi diberi oleh kerajaan persekutuan dengan menggunakan peruntukan sendiri?

Kita amat bersetuju sekiranya kuasa autonomi Pelajaran bagi Sarawak dimanfaat sepenuhnya untuk kepentingan rakyat Sarawak tetapi jangan mengambil kesempatan untuk kepentingan pihak tertentu.
Beri pelajaran percuma kepada rakyat yang miskin dan kurang berkemampuan agar mereka tidak ketinggalan dalam ilmu pengetahuan. Bina lebih banyak pusat pengajian tinggi yang mampu untuk
rakyat Sarawak belajar tanpa perlu membayar kos yang terlalu tinggi seperti belajar di luar negara.

Satu perkara lagi yang perlu diberi perhatian oleh Kementerian Pelajaran ialah pendidikan agama Islam dikalangan pelajar Muslim supaya mereka tidak menyimpang dari ajaran Islam akibat terlalu
terpengaruh dengan kebudayaan barat yang mementingkan materialistik yang tidak sesuai dengan ajaran
Islam. Jadilah pelajar yang berguna untuk negara yang lebih seimbang antara dunia dan akhirat.

Perkara asas ini perlu diberi perhatian oleh pihak pemerintah supaya Sarawak mampu berdikari dalam sistem pelajaran yang setaraf dengan peringkat antarabangsa. Beri tumpuan kepada masalah rakyat
terutama rakyat miskin yang kurang berpelajaran agar rakyat Sarawak menjadi insan yang berilmu dan
berguna untuk agama dan negara. – HARAKAHDAILY 23/9/2015

Penulis ialah Pesuruh Jaya PAS Sarawak

Sumber HD - 23-9-2015




















































Masyarakat Iban semakin yakin dengan PAS






















































IZWAN ABDUL HALIM | .




PETRA JAYA: Masyarakat bukan Islam termasuk kaum peribumi semakin yakin untuk menzahirkan sokongan mereka kepada PAS yang selama ini terhalang dan ditakutkan oleh pelbagai momokan palsu.

Ternyata segala kegusaran semakin sirna, sebaliknya PAS dilihat sebagai rakan penting kehidupan yang sedia mendengar, membantu serta bersama memperjuangkan kesejahteraan dan kehidupan bernegara.

Perasaan itulah ditunjukkan oleh masyarakat Iban yang memberikan kepercayaan kepada PAS pada pertemuan ramah mesra bersama PAS Kawasan Petra Jaya di Kampung Siol Kandis, Samariang, dekat
sini baru-baru ini.

Pada majlis anjuran bersama PAS Cawangan Samariang dan Lajnah Penerangan PAS Kawasan Petra
Jaya itu, mereka menyatakan hasrat mendaftar sebagai ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

Pengarah Pilihan Raya PAS Negeri Sarawak, Zharudin Narudin ketika berucap dalam pertemuan itu menyatakan bahawa PAS relevan untuk semua penganut pelbagai agama di mana PAS bukan semata-
mata parti politik, tetapi juga platform rakyat.

“PAS mengalu-alukan dan menyediakan ruang untuk masyarakat Iban bersama dalam DHPP
meneruskan agenda berkebajikan untuk rakyat Sarawak. PAS akan membantu masyarakat dan
membawa rakyat negeri ini kepada satu perubahan yang adil dan perpaduan,” ujarnya.

Turut serta pada pertemuan tersebut adalah Yang Dipertua PAS kawasan, Rosidi Harun dan Ketua Muslimat PAS kawasan, Ummi Habsah Abdullah. - HARAKAHDAILY 16/9/2015

Sumber HD - 16-9-2015

Kuasa autonomi dan hak rakyat Sarawak

HARAKAHDAILY | .


NAMA asal sebenar Sarawak tidak dapat dibuktikan secara saintifik dan mutlak. Walau bagaimanapun, menurut beberapa pendapat nama Sarawak diperoleh seperti berikut:

Nama Sarawak berasal daripada nama Sungai Sarawak. Sungai Sarawak meliputi kawasan yang
digelar sebagai "Sarawak Prosper" menganjur dari pedalaman Kuching di Bau sehingga ke Samarahan.

Nama Sungai Sarawak adalah diambil dari nama sejenis galian batu bijih iaitu
"serawak" yang mengandungi belerang dan antimoni (Rujuk Kamus Dewan
edisi 3). Ini bertepatan sekali dengan sejarahnya iaitu semasa Sarawak
dibawah pemerintahan Kesultanan Brunei, wilayah Sarawak ketika itu kaya dengan antimoni.

Sarawak dikatakan berada dibawah kekuasaan kerajaan Sriwijaya pada
kurun-10 hingga kurun-13. Orang Melayu telah membuka penempatan
mereka di Santubong yang merupakan antara pelabuhan entrepot terpenting
di Nusantara.

Apa yang dikenal pasti, Sarawak terletak dibawah penguasaan Kesultanan Brunei pada awal abad
ke-19.

Sarawak adalah sebuah wilayah yang tidak dikawal rapi oleh Kesultanan Brunei pada awal abad ke-19. Kemudian pada tahun 1839, Gabenor Sarawak, Raja Muda Hashim menghantar surat kepada James
Brooke.

Beliau meminta bantuan dari James Brooke untuk membantu menenangkan keadaan Sarawak yang
kacau bilau ketika itu. Pejuangan Dayak menentang penjajah Brunei terbukti hebat manakala James
Brooke yang mempunyai angkatan perang yang lengkap dan beberapa kali cuba menenangkan pejuang
Dayak. Sebagai balasan, James Brooke dilantik menjadi Gabenor Sarawak pada 24 September 1841,
dan seterusnya menjadi Rajah pada 18 Ogos tahun berikutnya.

Dinasti Brooke memerintah Sarawak selama seratus tahun dan mencapai kemasyhuran sebagai “Raja
Putih” (White Rajahs). Walaupun demikian, tarafnya sebagai Raja di dalam protokol kerajaan England
adalah di lapisan kedua selepas Raja-raja India.

Mereka memerintah dengan bantuan pemimpin tempatan dan menggaji pahlawan Dayak sebagai
askarnya. Mereka juga menggalakkan imigrasi kelas perdagangan Cina datang ke Sarawak.

Jepun menyerang Sarawak pada 1941 dan menguasainya sepanjang Perang Dunia Kedua. Pada masa kekalahan Jepun pada 1945, Sarawak ditadbir oleh British Borneo Civil Affairs Unit yang dikawal
selia oleh tentera Australia.

Ia kemudian diserahkan kepada kerajaan British pada 1 Julai 1946. Sepanjang pemerintahan British
tersebut Sarawak ditadbir oleh Pejabat Tanah Jajahan di London.

Pengambilan Sarawak sebagai Tanah Jajahan British di Timur telah menimbulkan pelbagai reaksi
daripada penduduk tempatan mahupun antarabangsa kerana British telah memungkiri janji mereka
semasa menandatangni Piagam Atlantik 1941 iaitu tiada perluasan wilayah; perubahan wilayah adalah
atas kehendak rakyat; pemulihan pemerintahan sendiri yang telah dinafikan sebelum ini; hak dalam memperoleh bahan mentah dan pengurangan sekatan perdagangan; kerjasama global untuk menjamin keadaan ekonomi dan sosial yang lebih baik untuk semua; kebebasan dari rasa takut dan berkeinginan; kebebasan di laut; menghentikan amalan keganasan serta pelucutan senjata di seluruh dunia.

Sepanjang tiga tahun pertama rakyat Sarawak hanya diikitiraf sebagai Subjek British, penentangan
demi penentangan dilakukan oleh rakyat Sarawak yang mahukan sama ada berkerajaan sendiri dengan
Merdeka ataupun mahukan Rejim Brooke memerintah semula.

Peristiwa terbesar yang berlaku pada masa itu ialah pembunuhan Duncan Steward, Gabenor Sarawak
yang kedua di Sibu oleh seorang anak muda belasan tahun bernama Rosli Dhoby. Pembunuhan ini
berlaku pada 3 Disember 1949.

Pada 22 Julai 1963 rakyat Sarawak telah diberi taraf berpemerintahan sendiri dengan Stephen Kalong Ningkan dilantik sebagai Ketua Menteri Pertama bagi negeri Sarawak. Taraf berpemerintahan sendiri
ini ialah setaraf dengan negeri-negeri naungan British yang lainnya kerana Sir Alexander Waddell
masih lagi menjawat jawatan Gabenor sehingga 15 September 1963.

Pada 16 September 1963, sebuah persekutuan baru diwujudkan di bawah nama Malaysia yang terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara (kemudian dinamakan Sabah) dan
Sarawak walaupun dibantah sebahagian penduduk pada mulanya. Kesultanan Brunei yang pada
mulanya menyatakan hasrat untuk menyertai Malaysia akan tetapi telah menarik diri akibat tentangan sebahagian rakyat Brunei.

Begitulah sedikit gambaran sejarah tentang Sarawak yang telah membentuk Malaysia dimana masih
lagi jauh ketinggalan dari segi pembangunan dan infrastuktur berbanding dengan semenanjung
Malaysia akibat keadaan bentuk muka bumi serta keluasan tanah Sarawak yang sebesar Semananjung Malaysia.

Penduduknya yang terdiri dari berbagai kaum, etnik serta berbilang agama dan kepercayaan tetapi
hidup bertaburan serta ramai yang masih belum memiliki tanah sendiri walaupun mereka ini mewarisi
tanah dari datuk nenek moyang mereka.

Ada sesetengah pihak mahu referendum atau pungutan suara dari penduduk Sarawak untuk membentuk kerajaan sendiri dan kuasa autonomi agar Sarawak dapat ditadbir sepenuhnya oleh rakyat Sarawak
tanpa campur tangan dari kerajaan persekutuan. Buat masa ini kuasa autonomi Sarawak hanya meliputi pengurusan tanah, sumber hutan dan imigresen menurut Perjanjian Persekutuan Malaysia yang ditandatangani pada 13 September 1963.

Persoalannya sekarang adakah dengan adanya referendum dan kuasa autonomi Sarawak dapat mengambalikan semula hak tanah adat penduduk asal Sarawak yang telah dikuasai oleh golongan
kapitalis selama ini. Mampukah kerajaan Sarawak menggunakan kuasa autonomi yang ada sekarang memberi pembangunan dan kebajikan kepada penduduk Sarawak terutama di kawasan luar bandar dan
pedalaman Sarawak?

Sudah berpuluh-puluh billion ringgit peruntukan telah disalurkan oleh kerajaan persekutuan kepada kerajaan Sarawak tetapi kemana perginya peruntukan tersebut sehingga menyebabkan Sarawak masih
lagi dikategori miskin dalam Malaysia. Kuasa autonomi dan hak rakyat Sarawak perlu digunakan untuk manfaat rakyat Sarawak terutama kepada penduduk asal Sarawak yang masih mundur dan miskin
walaupun mereka memiliki harta pusaka seperti tanah dari datuk nenek moyang mereka dulu tetapi
sudah banyak tanah pusaka mereka yang telah diambil oleh pihak kapitalis@pemaju yang mendapat
lesen dari pihak pemerintah kononnya untuk pembangunan.

Memang Sarawak perlu kuasa autonomi tapi ianya perlu digunakan sebaik mungkin untuk kebajikan penduduk Sarawak bukannya untuk kepentingan pihak tertentu untuk terus menopoli ekonomi serta menguasai tanah pusaka penduduk Sarawak untuk tujuan pembangunan sedangkan rakyat tempatan
terus hidup dalam kemiskinan.

Kita mencadangkan kepada Kerajaan Sarawak agar dapat memberi setiap penduduk asal Sarawak
tempat tinggal yang selesa serta tempat untuk mereka bercucuk tanam supaya memudahkan mereka berdikari dan menyara kehidupan harian mereka tanpa bergantung sangat dengan bantuan kerajaan.

Bagi golongan rakyat miskin pihak kerajaan perlu menyediakan tempat tinggal yang selesa dan
pekerjaan untuk menyara kehidupan harian mereka. Dengan adanya tempat tinggal yang selesa,
kemudahan infrastuktur dan mudah bagi mereka mendapat pekerjaan, masalah sosial dikalangan
penduduk Sarawak dapat dikurangkan. Banyak masalah sosial berpunca dari masalah tiada tempat
tinggal yang selesa serta tiada pekerjaan yang sesuai dengan golongan terbabit.

Jangan benarkan pelabur asing memiliki aset negara dan tanah penduduk Sarawak kerana dalam
keadaan ekonomi serta mata wang Malaysia yang semakin teruk sekarang ini ianya boleh menyebabkan
pelabur asing menguasai sepenuhnya ekonomi Sarawak dan rakyat Sarawak akan hidup tertekan.

Kita menggesa pihak pemerintah menggunakan kuasa autonomi sebagai kuasa untuk memberi hak
kepada penduduk asal Sarawak untuk mengembalikan hak mereka yang dirampas selama ini. 
Kembalikan hak milik asal kepada penduduk Sarawak dengan memberi keutamaan kepada mereka dulu
sebelum membenarkan pelabur asing datang di Sarawak.

Jangan salahgunakan kuasa autonomi yang sedia ada untuk kepentingan sendiri dan menyusahkan kehidupan rakyat. Beri kuasa autonomi untuk kepentingan rakyat Sarawak bukan untuk kepentingan
mereka yang berkuasa dan mereka yang ada kepentingan. - HARAKAHDAILY 16/9/2015

JOFRI JARAIEE
Pesuruhjaya PAS Sarawak

Sumber HD - 16 - 9- 2015

Villagers Await The Promise Of Uncompleted Road Project



Whenever the rainy season it is definitely the farmers at Pujut Tanjung Batu having trouble to get into
their farm. The road to the farm in Pujut Tanjung Batu and Padang Kerbau is severely damaged and difficult for small vehicles entered through the road during the rainy season.

It also muddy and potholes here and there and made it difficult for the farmers to carry out their
agricultural produce out.

They have long been seeking assistance from the relevant authorities to help refurbishment the
damaged roads at the bypass routes leading to the village of Tanjung Batu and the road of Pujut Padang Kerbau.

According to one of the residents there and also the complainant of this road problems said among the
villagers who complained of the problem is the imam of Masjid of Kampung Pujut Tanjung Batu,
Haji Salam Ahmad, Haji Maydan @ Bujang and others smallholders there also complained of the
same problem to us.

According to them if the government can tar the gravel path to the area that was already presumed
good rather than continuing to wait for the promise that never arrived.

The complainant has long been applying to the elected representatives and there was also a
representative who promised to help solve this problem since 2009 until now, but the road has not been
changed even more severely damaged.

Until when they had to wait for the promise of the project through their farm completed after so long
they waited. They do not want the parties concerned only good at making promises but do not keep.
Where did go the provisions of the road projects was spent.

We urge the parties concerned and the relevant government agencies fulfill its promise and
immediately paving the road with stone to ease the villagers and the farmers go into their farm.

The land they farming now should also be given ownership since this is one source of their livelihood
to support their family’s daily life. Most of the residents there are small-scale farmers and the land is a
legacy of their forefathers used to.

We hope that the issue of land and the conditions of village roads in Sarawak can be solved
immediately because we believe the provisions of the road to the village and farm road project is still
not fully utilized.This matter should be addressed by the authorities by monitor each expenditure in the
budget allocations that have been approved by the federal government.

Cooperation with the relevant parties to resolve this issue immediately to ease the villagers concerned
is greatly appreciated.

Yours faithfully

Jofri Jaraiee
Sarawak PAS Commissioner cum Miri PAS Chief



Malay Version

Penduduk kampung menanti janji projek jalan kebun yang belum siap

Setiap kali musim hujan sudah pasti para pekebun di Pujut Tanjung Batu menghadapi masalah untuk

masuk ke dalam kebun mereka. Jalan ke kebun di Pujut Tanjung Batu dan Padang Kerbau rosak teruk
dan sukar untuk kenderaan kecil masuk melalui jalan tersebut ketika musim hujan.

Ianya juga berlumpur dan berlopak disana sini sehingga menyukarkan pekebun membawa keluar
hasil petanian mereka keluar.

Mereka sudah lama memohon bantuan dari pihak yang berkenaan untuk membantu membaik pulih
jalan yang rosak dilaluan jalan pintas menuju ke kampung Pujut Tanjung Batu dan jalan Padang
Kerbau.

Menurut salah seorang penduduk di situ dan juga pengadu dalam masalah jalan ini berkata, antara
penduduk kampung yang mengadu masalah ini ialah imam Masjid Kampung Pujut Tanjung Batu, T
uan Haji Salam Ahmad , Tuan Haji Maydan@bujang serta pekebun-pekebun kecil yang lain di situ
juga mengadu masalah yang sama kepada pihak kami.

Menurut mereka kalau pihak kerajaan dapat menurapkan jalan batu dikawasan itu pun sudah dikirakan
bagus daripada terus menunggu janji yang tidak kunjung tiba.

Pihak pengadu pernah sudah lama memohon kepada wakil rakyat dan pernah juga ada wakil rakyat
yang berjanji untuk membantu menyelesaikan masalah ini sejak tahun 2009 sehingga kini tetapi
keadaan jalan masih belum berubah bahkan semakin rosak teruk.

Sampai bila mereka terpaksa menunggu janji projek jalan kebun mereka siap setelah sekian lama
mereka menanti. Mereka tidak mahu pihak berkenaan hanya pandai berjanji tetapi tidak tepati.
Kemana tuju peruntukan projek jalan kebun itu dibelanjakan.

Kita mengesa agar pihak yang berkenaan serta agensi kerajaan yang berkaitan segera menunaikan
janji dan menurapkan jalan tersebut dengan batu untuk kemudahaan penduduk kampung dan pekebun masuk ke kebun mereka.

Tanah tempat mereka berkebun sekarang ini juga perlu diberi hak milik memandangkan inilah salah
satu punca mata pencarian mereka untuk menyara kehidupan harian keluarga mereka. Kebanyakan penduduk di situ adalah petani kecil-kecilan dan tanah tersebut adalah warisan dari datuk nenek
moyang mereka dulu.

Kita harap masalah tanah dan juga keadaan jalan kampung di Sarawak dapat diselesaikan dengan
segera sebab kita yakin peruntukan jalan untuk kampung dan projek jalan kebun ini masih belum
digunakan sepenuhnya. Perkara ini perlu diberi perhatian oleh pihak berkuasa dengan memantau
setiap perbelanjaan dalam peruntukan bajet yang sudah diluluskan oleh pihak kerajaan persekutuan.

Kerjasama dengan pihak yang berkaitan mengatasi masalah ini dengan segera untuk kemudahan
penduduk kampung terbabit amat dihargai.

Sumber BO - 14-9-2015




















































Jofri dilantik Pesuruhjaya PAS Sarawak yang baharu

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Jofri Jaraiee dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Sarawak yang baharu menggantikan Haji Adam Ahid yang meninggal dunia pada 17 Ogos lalu.

Demikian dimaklumkan oleh Setiausaha PAS Negeri Sarawak, Mukhtar Suhaili dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.

Alhamdulillah, sukacita dimaklumkan bahawa Parti Islam Se-Malaysia (PAS) telah melantik Tuan
Haji Jofri Jaraiee sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Sarawak yang baharu. Beliau menggantikan
Almarhum Tuan Haji Adam Ahid yang meninggal dunia baru-baru ini.

Tuan Haji Jofri Jaraiee, berusia 50 tahun dan merupakan Ahli PAS sejak 1989, merupakan Yang
Dipertua (YDP) PAS Kawasan Miri sejak penubuhannya pada tahun 2009 sehingga kini.

Sebelum dilantik menjadi Pesuruhjaya PAS Sarawak, beliau merupakan Timbalan Pesuruhjaya 1
serta juga pernah diamanahkan sebagai Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Sarawak sejak tahun 2011.

Beliau merupakan anak tempatan Sarawak berasal dari Miri dan berketurunan Melanau Baiee. Beliau
telah berkahwin dan dikurniakan 4 orang cahaya mata. Berlatarbelakang pendidikan Pengurusan Pengangkutan dan Logistik, beliau kini berkhidmat sebagai penyelia di sebuah syarikat minyak dan
gas.

Tuan Haji Jofri Jaraiee ketika dimaklumkan tentang perlantikan beliau sebagai Pesuruhjaya, berharap
agar seluruh ahli PAS Sarawak akan bersatu fikiran dan gerak kerja dalam melaksanakan agenda
jamaah serta terus beristiqamah berjuang Islam bersama PAS sehingga mencapai kemenangan.

Beliau juga memohon kerjasama dari semua pihak khususnya dalam memacu impian PAS Sarawak melahirkan Adun sulung dalam Pilihan raya Negeri Sarawak akan datang.

PAS Sarawak akan bertanding di sekurang-kurangnya 8 kerusi Dun yang telah dikenal pasti, insya
Allah.

PAS Sarawak juga akan terus komited dalam melaksanakan agenda negara berkebajikan melalui
program-program dan projek-projek Untukmu Sarawak yang telah dan akan dilaksanakan.

Sempena 16 September minggu depan, PAS Sarawak juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan
Selamat Menyambut Hari Malaysia Ke-52 dengan harapan semoga tanah air yang disayangi akan terus sejahtera.

Rakyat Sarawak diharap memberi sokongan serta peluang kepada PAS Sarawak dalam pilihan raya
akan datang ke arah membentuk sistem semak dan imbang (check and balance) yang berkesan.

Semoga Tuan Haji Jofri Jaraiee diberikan taufik dan hidayah dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan.

Sama-sama membantu beliau menjayakan agenda siasah (politik), dakwah dan tarbiyah melalui
wasilah PAS di negeri Sarawak tercinta. - HARAKAHDAILY 11/9/2015

Sumber HD - 11-9-2015

Sarawak akan tarik balik larangan masuk terhadap Ibrahim Ali,
Ridhuan Tee

Posted on Friday, September 04 @ 07:14:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Kumpulan anti rasuah dan organisasi masyarakat yang dilarang daripada memasuki Sarawak akan dibenarkan masuk, kata ketua menterinya Tan Sri Adenan Satem, asalkan mereka bukan "fanatik 
agama dan kaum".

Adenan berkata demikian selepas menghadiri sesi dialog di Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa 
(IACC) 2015 di Putrajaya, hari ini.

Beliau ditanya oleh hadirin sama ada akan menarik balik atau tidak larangan yang dilaksanakan pendahulunya Tan Sri Taib Mahmud ke atas beberapa kumpulan dan individu.

Pada zaman pentadbiran Taib, pegawai imigresen Sarawak melarang aktivis seperti Cynthia Gabriel
dan Datuk Ambiga Sreevenasan daripada memasuki Sarawak.

Kedua-duanya dilarang masuk ketika tiba di lapangan terbang di Kuching, pada hari berasingan ketika mereka cuba memasuki negeri itu.

"Asalkan mereka bukan fanatik perkauman dan agama dalam apa juga bentuk," kata Adenan sekali lagi
ketika ditanya sama ada beliau akan menarik balik larangan terhadap kumpulan masyarakat sivil bukan perkauman atau tidak.

Di bawah pentadbiran Adenan, Sarawak melarang supremasi Melayu Datuk Ibrahim Ali dan pensyarah
kontroversi Dr Ridhuan Tee Abdullah masuk ke negeri itu atas alasan bimbang kedua-duanya
mengancam keharmonian masyarakat.

Adenan berkata beliau juga akan membenarkan kumpulan pemantau pembaharuan pilihan raya
Bersih 2.0 masuk ke Sarawak "dengan syarat mereka tidak bersama pembangkang".

Katanya, desakan Bersih 2.0 berhubung pilihan raya negeri Sarawak, yang perlu diadakan
selewat-lewatnya tahun depan, mesti bebas dan adil akan dibawa kepada Suruhanjaya Pilihan Raya.

Gabriel, yang kini pengerusi Centre to Combat Corruption and Cronyism (C4) dilarang masuk ke
Sarawak pada 2006 dan 2009, ketika beliau mengetuai kumpulan hak asasi manusia Suaram.

Ambiga juga dihalang memasuki negeri itu pada 2011 ketika menjadi pengerusi Bersih 2.0.

Gabriel dalam responsnya terhadap janji Adenan berkata, beliau berharap ketua menteri itu memberi
komitmen terhadap kenyataannya dan membatalkan larangan terhadap kumpulan dari Semenanjung
yang berjuang untuk hak asasi manusia, rampasan tanah dan isu rasuah.

Ambiga, yang juga salah seorang hadirin pada sesi itu berkata beliau akan mencadangkan kepada kepimpinan Bersih 2.0 sekarang untuk menulis surat kepada Adenan bagi membuat susulan terhadap tawarannya itu.

"Bersih 2.0 tidak ada kaitan dengan pembangkang tetapi beliau sepatutnya terbuka untuk berjumpa
dengan pembangkang kerana beliau ketua menteri," katanya ketika memberi respons terhadap
pandangan Adenan terhadap kumpulan itu.

Sumber TKO - 4-9-2015

Bubarkan Parlimen dapatkan mandat baru dari rakyat
Posted on Monday, August 31 @ 20:10:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh Jofri Jaraiee

Parlimen merupakan badan perundangan tertinggi di Malaysia. Ianya terdiri daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

Mengikut Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan, hanya Seri Paduka Baginda 
Yang di-Pertuan Agong sahaja boleh memanggil Parlimen untuk bersidang. Baginda juga mempunyai kuasa mutlak untuk menghenti atau pun 
membubarkan Parlimen.

Justeru, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong diperuntukkan oleh Perlembagaan untuk menetapkan persidangan Parlimen dalam tempoh masa enam (6) bulan di antara persidangan yang lepas dalam penggal  terakhir dan tarikh mesyuarat pertama dalam persidangan 
penggal akan datang.

Parlimen akan terus bersidang selama lima (5) tahun dari tarikh pertama persidangan diadakan selepas pilihan raya umum kecuali ianya dibubarkan terlebih dahulu. Setelah genap tempoh masa lima (5) 
tahun, Parlimen dengan sendirinya terbubar. Dalam tempoh masa enam puluh (60) hari, pilihan raya 
umum bagi memilih wakil-wakil Dewan Rakyat mestilah diadakan. Selepas itu persidangan Parlimen hendaklah dtetapkan pada satu tarikh yang tidak melebihi seratus dua puluh (120) hari dari tarikh pembubarannya.

Oleh sebab keadaan kegawatan ekonomi, isu 1MDB (1Malaysia Development Berhad) , isu derma 2.6 billion, GST, harga minyak pasaran dunia jatuh tapi harga minyak pengguna di Malaysia tidak setabil 
dan meningkat disebabkan nilai mata wang Malaysia merundum dan lain-lain isu yang menyusahkan kehidupan rakyat, maka rakyat Malaysia memerlukan sebuah kerajaan yang lebih baik dan stabil untuk
menyelesaikan masalah tersebut.

Dengan pemintaan rakyat dalam himpunan BERSIH baru-baru ini yang mahu Perdana Menteri 
Malaysia Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan sebaiknya PM membubarkan parlimen untuk mendapatkan semula mandat baru dari rakyat.

Walaupun secara umumnya parlimen dengan sendirinya terbubar setelah genap tempoh masa lima (5) tahun, tetapi akibat masalah yang gawat yang berlaku dalam Malaysia sekarang ini maka sebaiknya PM
Najib membubarkan parlimen selepas membentangkan bajet 2016 nanti. Sebaik-baiknya pilihan raya 
umum diadakan pada hujung tahun ini untuk memudahkan rakyat memilih pemimpin dan kerajaan 
baru yang boleh memberi kesejahteraan dan keadilan kepada rakyat.

Tempoh DUN (Dewan Undangan Negeri) Sarawak akan tamat pada 20 Jun 2016 tetapi ianya boleh dibubarkan lebih awal dari tarikh tersebut sekiranya kerajaan yang memerintah Sarawak ingin 
mendapatkan mandat baru dari rakyat. Masalahnya kebanyakan pemerintah di Malaysia jarang mengumumkan tarikh awal pilihan raya selalu penuh dengan teka teki dalam menentukan tarikh 
pilihan raya.

Di negara-negara maju atau negara ketiga yang mengamalkan sistem demokrasi masing-masing 
berani membuat pengumuman lebih awal tarikh awal pilihan raya sehingga ada yang mengambil 
tempoh setahun sebelum tarikh pilihan raya umum sebenar diadakan.

Di Malaysia ianya penuh dengan teka teki sehingga menyebabkan rakyat dan parti politik terus bermain
politik sepanjang masa dari memberi tumpuan terhadap masalah kebajikan rakyat dan juga 
pembangunan negara. Kerajaan Malaysia boleh menetapkan tarikh pilihan raya sehingga tarikh tamat
tempoh atau kalau mereka hendak menetapkan awal dari tarikh tamat tempoh, mereka boleh buat pengumuman lebih awal seperti 6 bulan dari tarikh pembubaran supaya parti politik bersedia dan rakyat
dapat memilih pemimpin dan kerajaan yang lebih baik dari sebelumnya.

Kami mencadangkan bahawa kerajaan Malaysia membubarkan parlimen dan Dewan Undangan Negeri
Sarawak serentak untuk memudahkan rakyat memilih pemimpin terbaik dan mengurangkan kos 
mengurus perbelanjaan dalam pilihan raya umum. Sistem pengurusan pilihan raya perlu dikaji semula 
agar ianya benar-benar telus, adil dan bebas dari sebarang bentuk penipuan yang boleh menyebabkan 
rakyat hilang keyakinan terhadap SPR.

Persempadanan semula yang berlaku di DUN Sarawak juga dipertikaikan kerana ianya lebih memihak kepada kerajaan yang memerintah seperti kebanyakan DUN baru lebih tertumpu di kawasan luar bandar
sedangkan dalam kawasan bandar yang padat penduduk tidak ada banyak perubahan atau penambahan kerusi DUN baru.

Perkara seperti ini perlu diberi perhatian oleh pihak SPR dan pemerintah sekiranya mereka mahu rakyat
menerima keputusan pilihan raya dengan hati terbuka. Harap perkara ini mendapat perhatian sewajarnya
dari pihak pemerintah dan bebaskan SPR dari sebarang pengaruh parti politik agar mereka bebas menjalankan tugas tanpa sebarang tekanan dari pihak tertentu.

Jofri Jaraiee
PAS, Sarawak

sumber 
Sumber TKO - 31-8-2015

Ijtimak menggapai kemenangan ‘Untukmu Sarawak’

Posted on Monday, August 31 @ 10:01:59 MYT by paklang

Oleh WAN NIK WAN YUSSOF

PADA minggu lepas PAS Sarawak telah mengadakan Ijtimak Pilihan Raya sebagai persiapan menghadapi pilihan raya ke-11 bagi Dewan Negeri. Kehadiran yang memberangsangkan kalangan pimpinan dan petugas dari Dun-dun yang menjadi tumpuan bertanding. Berbekalkan misi “Ke arah Kemenangan Sulung PAS” ia cukup membayangkan daya juang kental untuk memastikan “Adun Sulung PAS” dapat menyambung suara perjuangan Islam di Dewan Negeri nanti.


Sudah tentu, misi itu cukup mesra dengan motonya “Untukmu Sarawak” yang telah diuar-uarkan oleh PAS Sarawak. Seimbas pemerhatian, ijtimak yang dirasmikan oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man cukup mengalunkan semangat kebangkitan para pimpinan dan petugas yang kebanyakannya kalangan generasi muda.

Ia diperkasakan lagi oleh pembentangan Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali yang bertemakan “Stratagi PAS Menghadapi Pilihan Raya Negeri Sarawak.”

Apa yang pasti, ijtimak julung kali bagi menyatukan fikrah dan tindakan menjelang pilihan raya umum Negeri Sarawak.

Di samping ia juga berjaya merumuskan pelan tindakan ke arah memastikan PAS terus isitiqamah di dalam menyumbang perkongsian semangat politik rakyat di Bumi Kenyalang itu.

Idea tuntas lagi realistik Di sebalik semangat tersebut, realitinya semenjak PAS bertapak di Sarawak belum lagi memenangi sebarang kerusi. Pada pilihan raya kali ini, terbuka peluang yang harus dimanfaatkan untuk melangkah menuju kemenangan.

Apa yang penting, kandungan pembentangan Dato’ Mustafa Ali harus dijadikan panduan bagi menyusun gerak kerja ke arah membangkitkan kekuatan jentera pilihan raya di Dun yang ditandingi. Malah boleh dijadikan titik-titik muhasabah bagi memperbaiki dan memperkuatkan pasukan kempen dan sebagainya.
Sehubungan itu, penulis menukilkan di sini longgakan idea tuntas Datuk Mustafa yang pastinya boleh direalisasikan bagi rakan-rakan seperjuangan dalam rangka mencipta kemenangan di Sarawak.

Pembentangannya menghuraikan tiga persoalan besar bagi PAS di Sarawak menyusun gerakan kesedaran dan seterusnya merangka gerak kerja pilihan raya.

Pertamanya, asas kesedaran politik bagi memahami dan menguasai sistem demokrasi dan pilihan raya di Malaysia.

Kedua, mempertimbangkan pendekatan terbaik untuk menang melalui pelbagai cara tahaluf siasi, dan ketiganya membina dan menguruskan strategi untuk menang.

Bagi persoalan pertama, Datuk Mustafa mengajak untuk memahami perbezaan sistem pilihan raya Malaysia yang berasaskan first past the post seumpama sistem westminister di United Kingdom, bukan proportional representation seperti di Turki, Indonesia dan beberapa negara lain. Oleh sebab itu, dalam pilihan raya umum lalu, partiparti oposisi menguasai undi popular sebanyak 52 peratus, tetapi pihak Barisan Nasional kekal sebagai penguasa meskipun dengan undi popular 48 peratus.

Ini bermakna nilai menang majoriti walau satu undi amat penting di setiap kawasan pilihan raya (Dun atau Parlimen).

Oleh kerana itu, matlamat PAS hendaklah bekerja untuk menang di kerusi Dun atau Parlimen bukannya untuk menang melalui undi kumulatif yang bersifat popular. Dalam konteks ini, tumpuan gerak kerja di Sarawak hendaklah memastikan kemenangan di Dun, bukan sekadar untuk menambah undi sahaja.

Sementara bagi persoalan kedua, perjuangan PAS adalah berasaskan dasar Islam sebagai cara hidup. Tujuan menyertai demokrasi secara komited, sejak pilihan raya awal tahun 1955 ialah bagi mencapai matlamatnya untuk menegakkan amar maaruf, menentang mungkar bagi melaksanakan kebajikan.
Justeru pilihan raya merupakan wasilah mendapat kuasa. Maka sistem demokrasi dalam negara menetapkan saluran mendapat kuasa ialah melalui pilihan raya.

Atas asas ini ia memerlukan strategi yang bersifat akidah dan kaedah yang boleh mencipta kemenangan di mana tempat PAS bertanding. Oleh kerana itu, PAS sentiasa mengambil pendekatan tahaluf siasi. Ia satu strategi yang terpaksa dilakukan bagi menyesuaikan dengan senario politik dan masyarakat Malaysia yang majmuk.
Sejarah PAS bertahaluf berlaku dari awal lagi. Pada tahun 1959 dengan Parti Negara di Terengganu, merupakan pendekatan awal yang diikuti dengan banyak parti melalui Angkatan (1990), Barisan Alternatif (1999) dan dengan PKR serta DAP pada pilihan raya 2008 dan 2013. Walau bagaimanapun, sejarah bekerjasama dengan DAP telah tercipta sejarah yang tertentu, apabila DAP mengambil sikap menjalin dan kemudian memutuskan kerjasama.
Dalam konteks Sarawak pun, PAS menghadapi tindakan DAP yang sedemikian. Maka pada kali ini, secara rasmi DAP dan PAS sudah saling memutus hubungan.
Maka nilai tahaluf dengan DAP mungkin tidak berlaku dalam menghadapi pilihan raya Sarawak nanti. Oleh sebab itu, PAS harus memilih strategi politik yang realistik agar dilihat terbuka dengan mana-mana pihak atau parti dan boleh bekerjasama (mungkin dengan PKR atau manamana parti) untuk menentang BN. Atas asas ini pendirian PAS di Sarawak juga sama, iaitu sedia berunding dengan mana-mana parti demi mengelak daripada pertandingan pelbagai penjuru dengan BN.
Selanjutnya berkaitan persoalan ketiga, ke arah membina dan menguruskan strategi untuk menang, maka PAS Sarawak diminta untuk melaksana gerak kerja yang berpandukan dasar Islam, kemudian menguruskan sebaik mungkin sumber tenaga manusia yang ada (pimpinan dan ahli), menyusun jentera pilihan raya secara kemas dan diikuti dengan langkah menggunakan segala kemahiran teknikal berasaskan strategi berkesan. Justeru ruang ijtimak adalah medan terbaik bagi PAS Sarawak menentukan strategi untuk menang. Ini kerana memahami strategi mencapai kemenangan hendaklah disokong dengan usaha bagi menguasai pengundi.

Maka usaha menjalin hubungan dengan rakyat harus diutamakan kerana rakyatlah yang menentukan (mengundi) kemenangan. Bagi maksud ini, ia memerlukan gerak kerja yang bersungguh-sungguh bagi memenangi hati dan pemikiran pengundi (to win the heart and mind of voters). Meskipun di sananya pihak BN memiliki strategi yang berlapis-lapis, khususnya dari segi kekuatan 3M – money, media and machinery.

Bertolak dari asas ini, jentera PAS perlu melakukan SWOT Analysis (sesi brainstorming) bertujuan mengenalpasti kekuatan dan kelemahan untuk berhadapan Barisan Nasional.

Mungkin di sebalik analisis itu, PAS memerlukan langkah-langkah yang lebih berstrategik untuk mencapai kemenangan. Misalnya PAS perlu menghadapi Barisan Nasional secara bersendirian atau meneruskan kerjasama dengan mana-mana parti atau mungkin memberi tumpuan khusus kepada Dun berpotensi dan melakukan permuafakatan (consociationalism) dengan sesiapa sahaja.

Ini kerana pendekatan tahaluf siyasi tetap relevan dalam strategi PAS. Walaupun di sananya ada Gerakan Harapan Baru yang bergerak bersama-sama DAP untuk menafikan hak politik PAS, termasuk di Sarawak.
Justeru bagi memastikan kemenangan, PAS tidak boleh tidak, hendaklah istiqamah dengan formula politik tradisi, iaitu bagaimana untuk menang dengan strategi yang khusus.

Strategi itu, ialah memperkuatkan sokong rakyat (power based), diikuti dengan keutuhan jentera dan logistik (resources) serta dapat menamakan calon-calon berwibawa yang memiliki kelebihan dari segi capability, acceptability dan winnability.

» Penulis ialah Timbalan Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat.

Sumber DD - 31-8-2015

PAS Remain Relevant In Sarawak



In conjunction with the independence months, PAS Bintulu continue to move closer to the people and it gets overwhelming response in longhouses around Bintulu.

Program in Rh. Dunggat, Bima and Rh Rh. Saging well received and good hospitality from the majority of the population iban.

PAS Chief Information Bintulu, Hj Kiprawi and PAS Bintulu Chief Azwani expressed confidence that PAS will continue to gain support from various communities in Sarawak. This proves that PAS will remain relevant for all.



Malay Version PAS Terus Relevan di Sarawak

Bersempena Sambutan bulan kemerdekaan, PAS Kawasan Bintulu meneruskan langkah merapati rakyat dan ianya mendapat sambutan yang memerangsangkan di rumah-rumah panjang sekitar Bintulu.
Program di Rh. Dunggat, Rh Bima dan Rh. Saging mendapat sambutan dan layanan yang baik daripada penduduk yang majoritinya berbangsa iban.

Ketua Penerangan PAS Bintulu, Hj Kiprawi dan YDP PAS Bintulu Saudara Azwani menyatakan keyakinan bahawa PAS akan terus mendapat sambutan daripada berbagai masyarakat di Sarawak. Ini membuktikan bahawa PAS untuk semua tetap relevan.

Sumber BO - 24-8-2015




















































Bangsal Sebuyau, Ustaz Nasa & Almarhum 

Adam Ahid

WAN NORDIN WAN YAACOB | .


KETIKA nukilan ini dititipkan Haji Adam Ahid telah selamat dikebumikan di Sarawak iaitu pada
tanggal 17 Ogos 2015.

Persuruhjaya PAS Sarawak itu cukup cekal orangnya. Wajah dan nada suaranya yang lembut
mengingatkan kita kepada watak Saidina Abu Bakar yang lemah lembut dalam menasihatkan para
pengikut ketika menjadi Khalifah selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW.

Haji Adam  penulis kenali semasa membuat liputan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak pada tahun
2011.

Sebaik gendang PRN Sarawak dipalu penulis dan rakan setugas Wan Zahari Wan Salleh segera
membuat persiapan awal untuk ke Negeri Bumi Kenyalang itu.

Walaupun ia bukan kali pertama penulis ke sana, namun perasaan teruja dengan perkembangan
berlakunya peningkatan sokongan masyarakat di Sarawak kepada PAS amat menarik perhatian.

Kebetulan pula pada bulan sebelumnya penulis terlibat dengan program seminar Tanah Adat Sarawak
yang diadakan di sebuah dewan perhimpunan Cina di Kuching.

Nama Haji Adam telah meniti dibibir penulis kerana semasa seminar Tanah Adat Sarawak beliau juga antara pimpinan yang bersama dalam majlis itu.

Cuma penulis tidak dapat mengenalinya dengan lebih dekat ketika itu.

PRN Sarawak menjadi tempat kami secara rasmi bertemu. Selepas pengumuman calon bertanding, Haji Adam diletakkan sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebuyau.

Pertama kali bersua dan berbual dengan Haji Adam adalah pengalaman yang sangat mengujakan.
Seorang yang sangat lemah lembut dan begitu ramah malah cukup meraikan tetamu.

Bangsal kebunnya menjadi lokasi pertemuan untuk penulis mewawancara tokoh PAS di Bumi
Kenyalang itu.

Namun, sebelum menjejaki bangsalnya itu penulis terlebih dahulu bertemu bekas Timbalan Presiden
PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa di jeti Muara Tuang kebetulan beliau menghubungi penulis untuk mengadakan pertemuan dan wawancara khas bersama beliau selaku Pengarah Pilihan Raya PAS bagi
PRN Sarawak pada ketika itu.

Ustaz Nasharudin telah menaiki feri menyeberangi Sungai Sebuyau semasa menghubungi penulis dan beliau menunggu penulis di seberang setelah sampai di Sebuyau.

Juga suatu kebetulan Ustaz Nasharudin mahu bertemu dengan Haji Adam ditempat yang sama. Kami menaiki dua buah kereta untuk ke lokasi yang dijanjikan iaitu di bangsal kebun Haji Adam.

Sampai di bangsalnya itu, Haji Adam sedang sibuk untuk mempersiapkan hujah-hujah sebagai bahan
untuk wawancara. Kata beliau janggal rasanya kali pertama diwawancara wartawan dari Kuala Lumpur.

Penulis dan Ustaz Nasharudin tersenyum dan memandang sesama sendiri aksi Haji Adam yang nyata
teruja dengan kesempatan diwawancara.

Haji Adam begitu gembira wajahnya terpampang di dada akhbar rasmi PAS iaitu Harakah tiga hari
selepas wawancara berlangsung di bangsalnya di Sebuyau.

Sebaik ditunjukkan akhbar yang dibawa khas melalui kapal terbang oleh beberapa pimpinan yang
datang pada fasa akhir kempen PRN Sarawak, Haji Adam tersenyum puas, memeluk penulis dan
memohon kami semua mendoakan kejayaan beliau.

Walaupun Haji Adam tewas di Dun Sebuyau di hari pembuangan undi, namun beliau tidak patah
semangat dan meneruskan kerja-kerja dakwah di negeri kelahirannya itu demi membawa PAS sebagai
parti pilihan di Bumi Kenyalang.

Kali terakhir penulis bersama beliau di Sarawak adalah pada awal tahun 2015 samasa penulis menjadi moderator bagi slot pembentangan kertas kerja oleh Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi selaku Timbalan Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Pusat di Seminar Nadwah Pemerkasaan Duat 7.0 di Hotel Grand Continentals.

Kemudiannya bertemu di Pejabat Agung PAS Pusat di Jalan Raja Laut pada mesyuarat kedua AJK
PAS Pusat selepas muktamar dan di situlah kali terakhir memeluk erat batang tubuh Haji Adam
sebelum beliau menghembuskan nafas terakhirnya di Sarawak 17 Ogos lalu.

Al-Faatihah buat Murabbi di Bumi Kenyalang ini. Jihadmu..., dakwah mu..., Allah akan ganjari pahala
dan moga rohmu damai di negeri abadi. – HARAKAHDAILY 18/8/2015

Sumber HD -18-8-2015




















































Pemergian Seorang Pejuang Yang Istiqamah



قَالَ النَّبِيُّ صَلّى الله عليه وسلم ( إِنَّ لِلَّهِ مَا أَخَذَ وَلَهُ مَا أَعْطَى وَكُلُّ شَيْءٍ عِنْدَهُ بِأَجَلٍ مُسَمَّى )

Sabda Nabi saw; “Sesungguhnya menjadi milik Allah apa yang diambil oleh-Nya dan menjadi milik-Nya apa yang diberikan oleh-Nya. Setiap sesuatu di sisi-Nya adalah dengan tempoh yang telah dinamakan”
(Hadis Sahih Muslim)

1. Dewan Ulamak PAS Pusat mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Tuan Hj Adam Ahid atas pemergian Allahyarham awal pagi tadi. Juga diucapkan takziah kepada seluruh ahli-ahli PAS khususnya kepada seluruh jentera PAS di Sarawak atas kehilangan Pesuruhjaya Negeri mereka.

2. Sesungguhnya pemergian beliau adalah lambang Istiqamah seorang pejuang Islam menerusi wadah Parti Islam Semalaysia PAS.



3. Kata-kata terakhir beliau dalam wawacara pada 9 Ogos 2015 sebagaimana dilaporkan oleh Wartawan Harakah boleh dijadikan ikutan dan tauladan;

“Itulah pengalaman dan harap kita dalam PAS ini istiqamanah dalam perjuangan walaupun tak menang di dunia ini janji Allah kita akan menang di akhirat nanti insya-Allah.”

4. Moga Allah tempatkan Allahyarham di kalangan para Nabi, Siddiqin, Syuhada’ dan Solihin. Merekalah sebaik-baik teman di alam abadi.

5. Moga segala amal perjuangan Allahyarham sepanjang diamanahkan sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Sarawak sejak tahun 2010, menjadi calon PAS untuk pilihanraya di DUN Sadong Jaya pada tahun 2001, Parlimen Batang Sadong pada tahun 2004 dan di DUN Sebuyau pada tahun 2011 menjadi sebahagian amalan di neraca amal kebajikan Allahyarham.

Moga kita semua juga dikurniakan nikmat Istiqamah tersebut.

Sekian.

Istiqamah Hingga Kemenangan

Dato’ Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat
Isnin 2 Zulkaedah 1436H bersamaan 17 Ogos 2015

Sumber BO - 17-8-2015

Belasungkawa: Tidak menang di dunia, janji menang di akhirat

Muhtar Suhaili | .



إنا لله وإنا إليه راجعون

اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه واكرم نزله ووسع قبره وابدله دارا خيرا من داره واهلا خيرا من اهله واجعل قبره روضة من رياض الجنة

Kali terakhir sama bertemu mata dan bersalaman dengan Allahyarham Tuan Haji Adam Ahid ialah pada tengah malam 9 Ogos 2015 (atau lebih tepat awal pagi 10 Ogos 2015) yang lepas di Grand Continental Hotel.

Pada malam tersebut selepas Retreat Pemuda PAS Malaysia, PAS Sarawak mengadakan mesyuarat
khas untuk membentuk AJK PAS Kawasan Santubong yang baru selepas YDPnya meletak jawatan dan mengisytiharkan menyertai GHB. Selain Pesuruhjaya, saya selaku Setiausaha PAS Sarawak, Sdr Mohammad Arifiriazul selalu Ketua Pemuda PAS Sarawak dan lebih kurang 20 orang penggerak PAS Santubong turut hadir dalam mesyuarat tersebut.

Sehari sebelumnya pada 8 Ogos 2015, saya dan Tuan Haji Adam telah menghadiri Mesyuarat Penuh
AJK PAS Pusat Kali Ke-3 dan meraikan tetamu di Majlis Rumah Terbuka PAS Pusat sempena 'Eidul
Fitri 1436H di Taman Melewar, Kuala Lumpur.

Gambar kenangan boleh rujuk di sini: https://m.facebook.com/photo.php

Tuan Haji Adam memaklumkan kepada saya sebelum mesyuarat bermula pada malam tersebut bahawa beliau sebenarnya kurang sihat namun tetap menggagahkan diri untuk hadir ke mesyuarat tersebut sebagai komitmen memastikan PAS Sarawak terus mara ke hadapan!

Selesai mesyuarat beliau juga mengingatkan saya untuk menguruskan tiket penerbangan ke Miri dan menyediakan draft teks Ucapan Alu-aluan beliau untuk Ijtima' Pilihanraya PAS Sarawak pada 15-16 Ogos 2015. Namun taqdir Allah mendahului, beliau telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak (HUS) Kota Samarahan pada 12 Ogos 2015 dan semenjak itu berada dalam keadaan koma sehingga disahkan meninggal dunia awal pagi tadi. Sesungguhnya semangat beliau memberi motivasi kepada kita semua!

Selesai mesyuarat pada 9 Ogos 2015 tersebut yang berakhir sekitar jam 11.45 malam, kami terus ke Bilik 605 untuk temubual khas bersama Wartawan Harakah, Ustaz Izwan Abdul Halim. Turut bersama dalam temubual tersebut ialah Ustaz Kamal Ashaari. Temubual khas bersama Pesuruhjaya PAS Sarawak tersebut tamat sekitar jam 1.00 pagi dan itulah kali terakhir saya bertemu beliau.

Temubual tersebut ada dimuat-turut di laman rasmi pas.org.my dan Allahyarham Haji Adam antaranya menyebut ""TIDAK MENANG DI DUNIA, JANJI MENANG DI AKHIRAT"!

Boleh baca lanjut di sini: http://www.pas.org.my/…/5375-tidak-menang-di-dunia-janji-me…

Sedutan temuramah tersebut:

Wartawan Harakah: "Mungkin haji boleh kongsikan terutamanya untuk ahli PAS di Semenanjung dan di tempat-tempat lain cabaran, halangan yang PAS Sarawak tempuh untuk menyampaikan Islam di Sarawak ini?"

Tuan Haji Adam Ahid: "Sekarang ini cabaran kita tidaklah begitu mencabar macam di zaman Rasulullah berdakwah dulu. Baginda berdakwah ada gangguan, halangan, ada pergaduhan. Cuma kita sekarang, kita berdakwah dari segi ahli kita kurang tenaga dan mungkin kita di segi kebendaan. Parti lain dia berkempen guna tenaga jentera Malaysia. Kita apabila memasuki pilihanraya ataupun gerak kerja ini, kita guna duit sendiri. Itu bezanya, tapi orang Barisan Nasional dia guna duit kerajaan dengan peruntukan, itu nampak dia ketengah sikit, nampak mendahului kita.

Tapi oleh kerana kita ini yang ada pada kita keikhlasan untuk berjuang. Kita guna duit sendiri untuk membawa PAS ini ke Sarawak. Kadang-kadang kita guna gaji yang sedikit itu untuk kita sumbang kepada jemaah bangunkan markas kadang-kadang adakan ‘collection’antara kita. Tapi dalam kerajaan memang guna bajet, peralatan, gunakan benda, guna semahunya jentera kerajaan Malaysia. Jadi itu sahaja perbezaan. Tapi dari segi kentalnya, istiqamahnya dan dari segi keikhlasan, kita memiliki itu.

Sebab itulah saya selalu pesan kepada sahabat-sahabat supaya kita menunjukkan peribadi yang baik pada masyarakat. Biar nanti kita tak menang pun, tetapi kita nak lawan dengan duit, kita tak banyak duit, kita nak lawan pakai jentera, kita tak cukup jentera. Tapi kalau kita lawan dengan budaya kita, dengan peribadi yang baik, akhir-akhirnya insya-Allah, orang akan terima kita. Kalau pun tak masa sekarang, insya-Allah akan datang orang akan nilai maruah ahli orang PAS kita. Kita orang baik tak melakukan rasuah, tak terima rasuah, orang akan sedar, akan faham, orang akan nilai dari baik.

Saya dulu pun sebelum masuk PAS beza dari segi pakaian, beza dari segi pemikiran, beza dari segi kesabaran kita. Itu beza kita dalam jemaah Islam, makna dari PAS ini banyak perkara yang kita berubah sehingga hilang yang buruk-buruk. Sebelum saya menyokong PAS, saya menjadi Setiausaha Sulit kepada Yang Berhormat BN. Pengalaman jadi pembantu YB itulah saya dapat pengalaman macam mana bergaul dengan masyarakat di luar, dengan pengundi layanan jika datang ke pejabat macam mana. Itulah pengalaman dan harap kita dalam PAS ini istiqamanah dalam perjuangan walaupun tak menang di dunia ini janji Allah kita akan menang di akhirat nanti insya-Allah."

Takziah buat keluarga Allahyarham dan semoga tabah serta redha menghadapi ujianNya. Mudah-mudahan roh ayahanda Pesuruhjaya ditempatkan bersama para solihin. Jua takziah kepada seluruh ahli PAS Sarawak, semoga tetap istiqamah meneruskan perjuangan beliau.

Semoga dipermudahkan Allah in shaa Allah buat jenazah ini, dipermudahkan urusan kubur dan semoga dimasukkan ke dalam Syurga Allah. Allahumma Aamiin.

‪#‎BeristiqamahHinggaKemenangan‬

Catatan Oleh:
Muhtar Suhaili As-Sarawaki
Setiausaha, Badan Perhubungan PAS Sarawak.

Sumber HD - 17-8-2015





















































PAS kehilangan sebutir permata di Bumi Kenyalang























































DATUK SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG | .




Assalamualaikum  warahmatullahi wabarakatuh.

PAS mengucapkan takziah kepada keluarga  almarhum Tuan Hj Adam bin Ahid, Pesuruhjaya PAS Sarawak  telah kembali ke rahmatullah pada jam 3.20 minit pagi ini.

Mewakili seluruh ahli PAS saya mendoakan semoga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya dan
ditempatkan bersama para syuhada'.

إنا لله وإنا إليه راجعون

اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه واكرم نزله ووسع قبره وابدله دارا خيرا من داره واهلا خيرا من اهله واجعل قبره روضة من رياض الجنة

PAS amat merasai kehilangan beliau yang merupakan permata di Bumi Kenyalang.

Almarhum menabur jasa baktinya kepada PAS di Sarawak hingga kini PAS sangat dikenali di sana.

PRESIDEN PAS
- HARAKAHDAILY 17/8/2015

Sumber HD - 17-8-2015

PAS Sarawak hilang pemimpin istiqamah dalam perjuangan

JOFRI JARAIEE, PAS SARAWAK | .


PAS Sarawak kehilangan seorang pemimpin berjiwa kental dan istiqamah dalam perjuangan sehingga akhir hayatnya.

Haji Adam Ahid, 64, Pesuruhjaya PAS Sarawak meninggal dunia di Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak pada jam 3.10 pagi Isnin 17 Ogos 2015.

Pada 12 Ogos yang lalu beliau telah koma dan dimasukan ke unit rawatan rapi (ICU) Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak di Kota Samarahan.

Beliau merupakan seorang Pesuruhjaya PAS Sarawak yang sentiasa murah dengan senyuman walaupun beliau kurang sihat sejak beberapa minggu yang lalu tapi beliau tetap juga hadir dalam majlis dan juga mesyuarat PAS.

Beliau pernah beberapa kali bertanding dalam Pilihan raya Dun dan Parlimen Sarawak tetapi gagal mencapai kemenangan tetapi beliau tidak pernah putus asa dan tetap istiqamah dalam memperjuangkan nasib rakyat Sarawak.

Beliau selalu menasihati ahli PAS Sarawak agar terus istiqamah walaupun tidak menang di dunia
mungkin akan menang di akhirat kelak.

PAS Sarawak kehilangan seorang tokoh yang berjiwa kental dan sukar untuk dicari ganti.

Walau bagaimanapun ahli PAS Sarawak perlu tabah menghadapi ujian ini setelah kita kehilangan Tok
Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam beberapa bulan yang lepas.

PAS Sarawak juga merakamkan takziah kepada keluarga Allahyarham Haji Adam Ahid semoga tabah
dan sabar menghadapi ujian ini.

Semoga Allah meletakkan rohnya dan ditempatkan bersama-sama dengan roh-roh orang yang soleh. - HARAKAHDAILY 17/8/2015

Sumber HD - 17-8-2015

Adam Ahid ikon dakwah Bumi Kenyalang






















































HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Almarhum Adam Ahid disifatkan ikon dakwah di Bumi Kenyalang. Hal ini kerana cukup gigih menjalankan kerja kerja dakwah sejak usia mudanya.

Demikia ditegaskan oleh Ustaz Mohammad Ibrahim atau UMC, Setiausaha Lajnah
Dakwah PAS Pusat sesi 2015-2017 dalam satu kenyataannya hari ini.

“Meskipun sebelum menyertai PAS Almarhum telah memiliki darah pejuang agama Allah yang sejati.

“Sebaik menyertai PAS dan bertatih dengan gerakan Islam ini, walaupun sibuk dengan komitmen
selaku pemimpin namun Allahyarham tidak pernah leka meneruskan usaha dakwah di bumi Kenyalang.

“Selaku Setiausaha Lajnah Dakwah PAS Pusat (LDPP) saya amat kagum dengan kegigihan beliau
melayari usaha dakwah tanpa kenal jemu di negeri kelahirannya itu,” ujar Ustaz Mohammad.

NEKAD 7.0 antara program lajnah dakwah yang dijayakan bersama dengan kepimpinan Almarhum
selaku Pesuruhjaya PAS Sarawak pada tahun 2015.

Ustaz Mohammad mewakili sekretriat LDPP kami mengucapkan takziah dan rasa sedih yang mendalam kepada keluarga Almarhum Adam Ahid yang telah kembali mengadap penciptanya tengah malam tadi.

Moga dia diperhitung Allah didalam golongan "Assaniqunal Awwalun" dlm pembangunan Islam dan dakwah d Sarawak .

“Moga Allah menghimpunkan rohnya bersama para Ambia', shuhada dan solihin. Kami amat merasai kehilangan tokoh dakwah di Bumi Kenyalang ini,” ujar Ustaz Mohammad lagi. – HARAKAHDAILY 17/8/2015

Sumber HD - 17-8-2015

Pesuruhjaya PAS Sarawak Tuan Haji Adam Ahid Meninggal Dunia


Assalamualaikum  warahmatullahi wabarakatuh.

Dengan rasa dukacita dimaklumkan bahawa Tuan Hj Adam bin Ahid, Pesuruhjaya PAS Sarawak  telah kembali ke rahmatullah pada jam 3.20 minit pagi ini.

Semoga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan bersama para syuhada'.



Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
Kuching, Sarawak
17hb Ogos 2015.

Sumber PP - 17-5-2015

500 hadiri Berambeh Raya PAS Bintulu






















































HARAKAHDAILY | .






BINTULU: PAS Kawasan Bintulu telah menganjurkan program Berambeh Raya di Dun Jepak, kelmarin yang dihadiri AJK PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

Ketua Penerangan PAS Sarawak Kiprawi Aman dan Yang Dipertua PAS kawasan, Ir M Azwani serta pimpinan kawasan lain turut hadir.

Program bermula seawal jam 10.00 pagi dengan beberapa acara seperti cabutan bertuah, sumbangan duit raya dan tazkirah Zohor bertajuk Keindahan Idul Fitri yang disampaikan oleh Dr Khairuddin.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus menegaskan peri penting ikatan silaturrahim sesama insan khasnya sesama Muslim dipereratkan sepanjang masa dan mengambil waktu berhari raya untuk saling bermaaf-maafan.

”Biarpun ada yang dari etnik Melanau, Kedayan, Vaie dan saya sendiri dari Terengganu, namun semuanya disatukan atas akidah Islam yang satu,” pesannya.

Pada sebelah petang, beliau sempat melawat dan menyampaikan bantuan segera kepada mangsa kebakaran pekerja kilang papan di Jabatan Sungai Kemena.

Malamnya pula, beliau melancarkan Jentera Pilihan raya PAS Kawasan Bintulu di Restoran Aaliya Maju Café.

PAS Kawasan Bintulu kini telah bersiap sedia menampilkan calonnya bagi merampas kerusi Jepak dan Kakus dari Barisan Nasional dalam pilihan raya negeri yang akan datang.

Turut hadir adalah Pengarah Pilihan raya PAS Sarawak, Zharudin Naruddin dan Setiausaha PKR Cabang PKR Bintulu, Haji Jalil.

Berambeh Raya turut diadakan di restoran tersebut dengan kehadiran hampir 500 tetamu. - HARAKAHDAILY 3/8/2015

Sumber HD - 3-8-2015

Warga Emas Hidup Terpinggir Dalam Rumah Usang

MIRI – Walaupun bandaraya Miri pesat membangun tetapi masih ada lagi rakyat miskin seperti golongan warga emas yang hidup terpinggir dari arus pembangunan.

Akibat harga rumah yang terlalu mahal dan sukar dimiliki oleh golongan yang berpendapatan rendah maka mereka ini terus hidup dalam keadaan yang agak daif.



Seorang warga emas yang lebih dikenali sebagai Pakcik Dol Seman berumur 87 tahun yang tinggal di Pangkalan Lutong masih hidup dalam keadaan yang agak daif.

Rumah beliau sudah agak usang, lantai rumah sudah reput dan atap pun banyak yang sudah bocor. Keadaan dalam rumah beliau juga amat menyedihkan di mana bahagian dapur rumah beliau perlu dibaiki dengan segera.

Beliau tinggal bersama dengan adik perempuan beliau yang masih belum bersuami. Pakcik Dol tiada punya pendapatan tetap hanya mengharap bantuan dari badan kebajikan untuk meneruskan kehidupan harian beliau.

Mereka sudah berpuluh tahun tinggal di situ dan beliau pernah memohon bantuan dari agensi kerajaan untuk membina semula lantai dan atap rumah beliau yang bocor tetapi sehingga kini masih lagi belum mendapat bantuan dari agensi kerajaan yang berkaitan.

Walapun ramai orang mengenali beliau sebab beliau masih sihat dan selalu bergaul dengan orang ramai tetapi keadaan rumah beliau tiada siapa yang ambil perhatian. Bekalan elektrik pun tidak ada dan mereka juga terpaksa mengunakan kayu api untuk memasak kerana tiada bekalan gas untuk mereka memasak.



Kita telah melawat rumah Pakcik Dol di Pangkalan Lutong baru-baru ini dan melihat sendiri keadaan rumah usang beliau. Sungguh menyedihkan kerana katanya memang ada wakil rakyat berjanji hendak menolong beliau tetapi janji hanya tinggal janji.

Walaupun ada pihak dari badan kebajikan seperti Baitulmal memberi bantuan bulanan tetapi ianya sekadar cukup makan untuk mereka adik beradik. Mereka ini boleh di kategori sebagai rakyat termiskin pinggir bandar.

Apa yang mereka perlu adalah sebuah rumah yang lebih selesa dan selamat untuk tempat tinggal. Pihak PPRT (Projek Perumahan Rakyat Miskin Tegar) boleh membantu membina semula rumah baru untuk mereka sekeluarga.

Sekali lagi kita mengesa pihak agensi kerajaan yang berkaitan perlu segera datang melawat serta membantu membina semula rumah tersebut demi keselamatan warga emas yang tinggal dalam rumah itu.

Pihak kerajaan juga perlu memberi bantuan khas kepada warga emas yang tidak mempunyai pewaris serta membina rumah yang sesuai dengan keadaan mereka. Kerjasama dengan semua pihak yang berkaitan untuk mengatasi masalah ini dengan segera amat dihargai.

Sumber BO - 31-7-2015





















































GHB sedia bertanding di Sarawak

Posted on Saturday, July 25 @ 13:05:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



KUCHING: Gerakan Harapan Baru (GHB) Sarawak bersedia meletakkan calon pada pilihan raya negeri akan datang.

Jurucakap gerakan itu yang juga bekas Ketua Penerangan PAS Sarawak, Andri Zulkarnaen Hamden berkata, sama ada GHB akan bertanding atas tiket parti baharu, parti lain atau Bebas masih belum diputuskan.

“GHB Sarawak akan melantik jawatankuasa dalam masa terdekat. Setakat ini kami telah mengenal pasti figura-figura yang berpotensi dan berpengalaman bagi menerajui GHB Sarawak.

“Kami yakin DAP dan PKR Sarawak bersedia untuk bekerjasama dengan kami sebagaimana pendirian DAP dan PKR di peringkat pusat yang secara terbuka telah menyatakan sokongan padu kepada penubuhan GHB dan parti politik baharu nanti,” katanya.

Tempoh penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ketika ini adalah sehingga Jun 2016.
Andri berkata, sehubungan itu GHB Sarawak sedia bertemu dan berbincang dengan DAP dan PKR Sarawak pada bila-bila masa.

Pada Mac lepas, Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen mengumumkan keputusan DAP negeri untuk keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) negeri kerana kecewa dengan tindakan PAS yang mahu melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

Beliau mendakwa PAS menyeleweng daripada dasar bersama PR apabila berhasrat melaksanakan undang-undang berkenaan.

DAP memiliki 12 daripada 71 kerusi DUN, manakala PAS tidak pernah memenangi sebarang kerusi pada mana-mana pilihan raya negeri Sarawak.  - FMT
Sumber TKO - 25-7-2015

Tahaluf: PAS Sarawak terus perjuang hak rakyat

IZWAN ABDUL HALIM | .


KUALA LUMPUR: PAS Negeri Sarawak mengambil maklum dan menyokong penuh keputusan Majlis Syura Ulamak berkenaan terbatalnya hubungan tahaluf siyasi antara PAS dan DAP, tetapi kekal dengan PKR.

Pesuruhjaya PAS Negeri Sarawak, Adam Ahid berkata, umum mengetahui DAP Sarawak sudah lama mengambil keputusan memutuskan hubungan dengan PAS sejak setahun yang lalu.

Tetapi katanya, PAS Negeri Sarawak mengambil sikap terbuka dan rasional serta terus mendepani masa depan politiknya di Sarawak tanpa tergugat dengan keputusan sedia ada oleh DAP bagi memberikan fokus penuh terhadap isu-isu rakyat di negeri itu.

“PAS Sarawak akan terus komited terhadap dasar bersama Pakatan Rakyat dan menghormati prinsip parti lain dalam gabungan ini. PAS Sarawak juga akan terus menjadi ‘check and balance’ kepada Kerajaan BN Sarawak.

“Idea-idea PAS Sarawak seperti Royalti 20 peratus, penghapusan tol-tol jambatan, pendidikan yang sempurna serta menyeluruh, penambahbaikan ekonomi sosial rakyat diangkat menjadi perjuangan PAS Sarawak dan telah pun diterima sebagai perjuangan rakyat Sarawak.

PAS Sarawak akan terus menjadi parti yang memberi idea-idea segar bagi membela nasib rakyat Sarawak tanpa mengira bangsa dan agama,” ujarnya.

Menurut beliau, kejayaan Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Negeri yang lepas ialah kejayaan untuk bertanding semua kerusi, satu lawan satu berdepan BN.

PAS Sarawak katanya, menyeru kesefahaman satu lawan satu akan terus menjadi muafakat bersama walaupun tanpa koalasi formal.

Parti-parti pembangkang ujarnya, diseru untuk tidak hilang fokus dan meneruskan perjuangan membela rakyat Sarawak. – HARAKAHDAILY 13/7/2015

Sumber HD - 13-7-2015


Penghuni pondok usang mohon bina rumah baru
Posted on Thursday, July 09 @ 05:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



MIRI – Masih terdapat ramai penduduk yang tinggal di bandaraya Miri tinggal di tempat perlindungan yang boleh dianggap sebagai usang. Kebanyakan mereka ini tidak memiliki pekerjaan tetap. Mereka terpaksa tinggal dimana saja demi untuk meneruskan kehidupan harian mereka yang semakin mencabar. Mereka tidak mampu hendak membeli rumah walaupun banyak rumah baru dibina di bandaraya Miri tetapi ianya terlalu mahal untuk penduduk yang berpendapatan rendah untuk memilikinya.

Terdapat sebuah rumah atau pondok yang usang di perumahan Tudan yang hampir rebah ke bawah memerlukan bantuan segera daripada kerajaan.Keadaan struktur pondok tersebut sudah hampir reput dan hanya menunggu masa saja untuk roboh. Pondok tersebut perlu dibina semula dan dijadikan sebuah rumah supaya keluarga yang tinggal dalamnya boleh hidup lebih selesa dan selamat.


Penghuni pondok tersebut kepunyaan puan Raba’ah Bujang seorang ibu tunggal tinggal bersama dengan 6 orang anaknya memerlukan bantuan segera untuk membina pondoknya yang hampir roboh dan tidak selamat untuk tinggal. Mereka tinggal di Tudan phasa 5 di Lot 471 dan mereka sudah lama menetap disitu dan sekarang hanya mampu tinggal sementara di pondok itu disebabkan mereka tidak mampu menyewa di tempat lain.

Beliau pernah melapor perkara ini kepada pihak polis di balai polis Lutong berkenaan dengan keadaan pondok beliau yang tidak selamat untuk tempat tinggal. Beliau juga memberitahu yang pihak Baitulmal cawangan Miri pernah datang dan berjanji untuk membaiki pondok beliau itu tetapi sehingga kini belum ada sebarang tindakan diambil oleh pihak berkenaan.  Pihak Baitulmal memang ada memberi bantuan zakat setiap bulan kepada keluarga beliau tetapi ianya tidak mencukupi untuk menampung pembelanjaan harian mereka sekeluarga. Mereka ini boleh di kategori sebagai rakyat termiskin pinggir bandar.

Sebelum ini PAS Miri pernah beri bantuan basikal kepada anak beliau yang masih bersekolah dan juga sedikit sumbangan untuk mengurang beban keluarga beliau. Harapan beliau kalau dapat pihak yang berkuasa dapat membina rumah baru untuk keluarga beliau memandangkan keadaan pondok mereka tidak begitu selamat untuk mereka sekeluarga tinggal.

Beliau sangat berharap agar pondok usang beliau yang hampir roboh itu dapat dibina semula atau kalau dapat pihak PPRT (Program Pembangunan Rakyat Termiskin)  dapat membantu membina sebuah rumah baru untuk mereka sekeluarga.

Hari raya Idul Fitri hampir menjelang tiba maka sudah tentu mereka sekeluarga juga ingin bergembira bersama dengan umat Muslim lain. Sekiranya ada sesiapa yang sudi untuk menderma dan membantu keluarga beliau bolehlah terus menyumbang kepada keluarga berkenaan di alamat Lot 471 di Tudan phasa 5, Miri.

Sekali lagi kita mengesa pihak agensi kerajaan yang berkaitan perlu segera datang melawat serta membantu membina semula rumah tersebut demi keselamatan penghuni yang tinggal dalam pondok itu.

Kita ingin memberi cadangan kepada pihak berkuasa agar dapat memberi tempat tinggal yang lebih selesa untuk rakyat yang memerlukannya. Pihak kerajaan juga perlu mengawal harga rumah yang terlalu tinggi yang sukar untuk dimiliki oleh penduduk tempatan yang rata-rata berpendapatan rendah. Kerjasama dengan semua pihak yang berkaitan amat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS, Sarawak 

Sumber TKO - 9-7-2015

Kabinet Baharu PAS Sarawak fokus PRN






















































       | .

 
KUALA LUMPUR: PAS Sarawak selesai membentuk kabinet baharunya dengan misi menghantar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) sulung ke Dun Sarawak pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Pesuruhjayanya, Adam Ahid berkata, pimpinan negeri yang baharu ini adalah kombinasi profesional, lulusan agama dan aktivis serta mengetengahkan gabungan pemimpin berpengalaman dan anak muda selain menonjolkan majoriti anak tempatan Sarawak.

"PAS akan terus memberikan penekanan terhadap agenda politik, dakwah, pendidikan, kebajikan dan kemasyarakatan.

"Program-program memasyarakatkan PAS melalui Projek UntukMu Sarawak (UMS) akan diteruskan bagi menarik sokongan rakyat kepada PAS," kata beliau dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurut Adam, PAS akan bertanding sekurang-kurangnya tujuh kerusi Dun dengan tambahan kerusi masih dalam perundingan.

"Misi PAS dalam PRN akan datang ialah untuk menghantar Adun Sulung PAS ke Dun Sarawak. Ini bagi memastikan PAS mampu untuk bersama-sama berpartisipasi dalam dewan pembuat dasar dan sekaligus menyumbang kepada kemajuan dan pembangunan Rakyat Sarawak," katanya.

Tegas beliau juga, meskipun DAP Sarawak telah memutuskan hubungannya dengan PAS Sarawak, PAS kekal komited dengan keberadaan Pakatan Rakyat untuk mewujudkan blok pembangkang yang kuat dalam berhadapan BN.

"Ini bagi mewujudkan sistem semak dan imbang (check and balance) yang akan menatijahkan sistem kerajaan yang lebih baik, telus dan efisien," katanya lagi.

Pilihan raya Negeri (PRN) Sarawak Kali Ke-11 akan tamat tempoh matangnya dan pilihan raya perlu diadakan selewat-lewatnya pada 22 Jun 2016.

Berikut merupakan senarai ahli jawatankuasa yang memegang portfolio lajnah dan jabatan PAS Sarawak sesi 2015-2017:

Pesuruhjaya
Haji Adam Bin Ahid
(Pengerusi Lajnah Politik & Pilihanraya)

Timbalan Pesuruhjaya 1 (Zon Utara)
Haji Jofri Bin Jaraiee
(Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar & Hal Ehwal Orang Asal serta Asas Tani & Alam Sekitar)
(Yang DiPertua PAS Kawasan Miri)

Timbalan Pesuruhjaya 2 (Zon Tengah)
Ir. Mohd Azwani Bin Abdul Rani
(Pengerusi Lajnah Ekonomi & Pengurusan Harta PAS)
(Yang DiPertua PAS Kawasan Bintulu)

Timbalan Pesuruhjaya 3 (Zon Selatan)
Ustaz Salman Bin Hisham
(Pengerusi Lajnah Dakwah)

Setiausaha
Engr. Mukhtar Bin Suhaili
(Juga merupakan AJK PAS Pusat)

Bendahari
En. Zulkipli Bin Ramzi
(Timbalan Pengerusi Lajnah Ekonomi & Pembangunan Harta PAS)
(Yang DiPertua PAS Kawasan Kota Samarahan)
(Setiausaha Kerja BPPNS)

Ketua Penerangan
Haji Kiprawi Bin Aman

Pengarah Pilihanraya
En. Zharudin Bin Narudin
(Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS)

Ketua Dewan 'Ulamak
Ustaz Abdul Halim Bin Abdul Kadir

Ketua Dewan Pemuda
En. Mohammad Arifiriazul Bin Paijo

Ketua Dewan Muslimat
Ustazah Juliani Binti Adini

Penolong Setiausaha 1
En. Muhammad Nizar Bin Ahmad
(Setiausaha PAS Kawasan Kota Samarahan)

Penolong Setiausaha 2
En. Abang Abdul Raini Abang Abdullah
(Setiausaha PAS Kawasan Petra Jaya)

Penolong Setiausaha 3
Cik Dayangku Huda Binti Ahmad

AJK Lantikan
Pengerusi Lajnah Pendidikan
Dr. Azman Bin Faiz

Timbalan Pengerusi Lajnah Dakwah
Ustaz Mohd Arsyad Bin Ariffin

Pengerusi Lajnah Penerangan & Hubungan Media
Cikgu Mohamad Shokri Haji Ahmad Fauzi

Pengarah Pusat Pengurusan Kecemasan & Bencana
En. Mohd Syah Bin Anuar

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional & Hubungan NGO
En. Syamsul Bahrie Bin Mohamad

Pengerusi Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan
En. Abang Eddy Allyanni Abang Fauzi

Pengerusi Lajnah Tarbiyah & Pengkaderan
Ustaz Nur Islam Bin Abdul Rahman

Pengarah Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi
En. Fata Bin Walid
Yang DiPertua PAS Kawasan Petra Jaya

En. Rashidi Bin Hassan
Yang DiPertua PAS Kawasan Batang Lupar

En. Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus
Yang DiPertua PAS Kawasan Batang Sadong

Cikgu Asan Bin Singkro
Yang DiPertua PAS Kawasan Sibu

Ustaz Isa Daud Al-Maranji
Yang DiPertua PAS Kawasan Mukah

En. Awang Adenan Bin Awang Wasli
Yang DiPertua PAS Kawasan Santubong

En. Andri Zulkarnaen Bin Hamden
Setiausaha Dewan Ulamak PAS Sarawak

Ustaz Shakir Bin Hashim
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Sarawak

En. Hamdan Bin Sani
Setiausaha Dewan Muslimat PAS Sarawak
Cik Hamidah Binti Mokhtar

Setiausaha PAS Kawasan Batang Lupar
En. Asri Bin Mostapha

Setiausaha PAS Kawasan Batang Sadong
En. Abdul Rahim Bin Haji Omar

Setiausaha PAS Kawasan Miri
En. Abdul Hadi Bin Alias

Setiausaha PAS Kawasan Bintulu
En. Kamarul Ariffin Bin Abdullah Zauaui

Setiausaha PAS Kawasan Sibu
En. Fadhil Bin Omar

Setiausaha PAS Kawasan Mukah
Ustaz Nizar Bin Mahzir

Setiausaha PAS Kawasan Santubong
En. Hisham Bin Adam

Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP)
Mr. Yeo Kian Leong - HARAKAHDAILY 6/7/2015


Sumber FBHD - 6-7-2015


Mana janji bina jalan ke tanah kebun?


Posted on Wednesday, July 01 @ 17:01:25 MYT by paktam

Oleh Jofri Jaraiee

Harga minyak naik lagi sudah tentu menyukarkan lagi kehidupan harian penduduk b
erpendapatan rendah terutama penduduk kampung yang banyak bergantung dengan hasil petanian.

Penduduk di Kampung Satap dan juga penduduk di Kampung Subak di Bekenu Sibuti, Sarawak mengadu masalah jalan ke kebun mereka yang teruk sehingga kini masih lagi belum bertar atau sekurang-kurangnya jalan batu.

Kebanyakan penduduk di Kampung Satap dan Kampung Subak bekerja sebagai petani. Mereka hanya bergantung dengan hasil petanian mereka untuk menyara kehidupan harian mereka. Kehidupan mereka agak sederhana dan banyak bergantung hasil petanian. Masalah mereka ialah jalan masuk ke kebun mereka yang agar teruk menyukarkan kenderaan ringan masuk ke dalam. Hanya kenderaan berat saja yang boleh digunakan mengangkut hasil petanian mereka. Kebanyakan mereka tidak mampu membeli kenderaan berat disebabkan faktor kewangan.

Menurut penduduk di Kampung Subak, masalah utama ialah jalan ke kebun mereka yang berlumpur, jalan sempit dan berlopak ketika musim hujan menyebabkan mereka sukar memunggah hasil petanian mereka keluar dari kebun mereka.

Sudah banyak kali mereka memohon kerajaan agar jalan kebun mereka ditar atau sekurang-kurang jalan batu bagi memudahkan perjalanan ke kebun, tetapi sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak yang berkenaan.

Mereka juga pernah dijanji oleh wakil rakyat mereka yang jalan kebun akan diberi peruntukan jalan batu setiap kali ada pilihan raya, tetapi sehingga kini janji tinggal janji.

Mereka merayu agar pihak kerajaan segera menunaikan janji yang pernah mereka janjikan kepada penduduk kampung semasa musim pilihan raya yang lalu.

Mereka sudah bosan dengan janji pilihanraya sebab keadaan kehidupan mereka semakin sukar akibat GST dan kenaikan harga minyak.

Kita mengesa pihak kerajaan menunaikan janji mereka dan kita yakin peruntukan jalan kampung masih boleh digunakan untuk memberi keselesaan kepada petani di kampung memunggah hasil petanian mereka ke pekan yang berdekatan.

Kita harap perkara ini mendapat perhatian yang sewajarnya dari pihak yang berkenaan untuk tindakan segera.


* Jofri Jaraiee ialah timbalan pesuruhjaya PAS Sarawak.

Sumber DD - 1-7-2015





















































Adenan Satem akan terus perjuang 20% royalti minyak

BERNAMA | .


BAU: Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem berkata kerajaan negeri akan terus berusaha untuk mendapatkan 20 peratus royalti minyak daripada kerajaan persekutuan.

"Kami mahu 20 peratus dan bukan 5 peratus (seperti sekarang). Kami masih belum berjaya mendapatkan 20 peratus itu tetapi kami akan dapatkannya," katanya.

Beliau berkata setakat ini, kerajaan negeri telah berjaya meyakinkan Petronas untuk memberikan kontrak bernilai RM2.1 bilion kepada syarikat-syarikat Sarawak.

Adenan berkata usaha juga sedang dilakukan untuk membangunkan Sarawak agar setara dengan kemajuan negeri-negeri lain di Semenanjung.

"Kita (Sarawak) masih ketinggalan berbanding negeri-negeri di Semenanjung. Anda yang pernah pergi ke Kuala Lumpur dan negeri-negeri di Semenanjung, anda dapat lihat betapa majunya mereka berbanding dengan kita," katanya dalam ucapan pada Karnival Gawai Tahunan Ke-10 Pertubuhan Pergerakan Penyelidikan dan Pembangunan Singai Sarawak (Redeems) di Pusat Redeems di sini Sabtu malam.

Turut hadir pada majlis itu ialah Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud dan isterinya.

Menyentuh tentang kebebasan beragama, Adenan berkata penganut Kristian di negeri ini boleh menggunakan kalimah Allah.

"Anda boleh guna kalimah Allah pada bila-bila masa kerana ia memang dibenarkan di Sarawak," katanya.

Dalam pada itu, Adenan menggesa rakyat untuk memberikannya satu penggal (lima tahun) lagi untuk beliau menerajui pentadbiran negeri ini.

"Semua tahu apa yang telah saya lakukan dalam tempoh setahun ini tetapi satu tahun tidak cukup untuk saya melakukan lebih banyak lagi untuk Sarawak. Jadi saya perlukan lima tahun lagi dan anda boleh bayangkan apa yang saya dapat lakukan," katanya.

Pada majlis itu, Adenan turut mengumumkan peruntukan RM2 juta daripada kerajaan negeri bagi pembinaan Pusat Redeems. Redeems telah memperoleh RM4 juta daripada kerajaan persekutuan bagi projek itu.

Sementara itu, Presiden Redeems Datuk Peter Nansian Ngusie berkata rakyat Sarawak berpuas hati dengan kepimpinan Adenan susulan kejayaan beliau dalam menyelesaikan beberapa isu dihadapi negeri ini.

Ini termasuk membanteras kegiatan pembalakan haram, memansuhkan tol, mendesak 20 peratus royalti minyak serta dasar pembangunan luar bandar beliau yang telah membantu meringankan beban rakyat, katanya. - Bernama

Sumber HD - 14-6-2015


DAP TIDAK SEKUAT MANA TANPA PR DI SARAWAK - JOFRI JARAIEE



http://www.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/35845-dap-tidak-sekuat-mana-tanpa-pr-di-sarawak

Sumber HD - 8-6-2015

Pemintaan Dap Sarawak Tidak Rasional


Sebelum kewujudan gabungan tiga parti dalam Pakatan Rakyat setiap parti mempunyai dasar perjuangan masing-masing. Dasar yang diperjuangkan oleh PAS ialah lslam dengan seruannya ialah Allahu Akbar. Hukum tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah Kitabullah (al-Quran) dan Sunnah Rasul serta ljmak dan Qias yang terang dan nyata.

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) pula berdasarkan komitmen mereka yang sama terhadap Reformasi, menentang ketidakadilan dan penyalahgunaan kuasa. DAP terkenal dengan konsep “Malaysian Malaysia” (Malaysia untuk semua rakyat Malaysia). Parti ini komited kepada perjuangan untuk sebuah Malaysian Malaysia yang bebas, berunsur sosialisme demokratik, berdasarkan prinsip-prinsip hak asasi manusia, kesamarataan, keadilan sosial dan ekonomi, dan berasaskan institusi demokrasi parlimen.

Pakatan Rakyat merupakan gabungan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Islam SeMalaysia (PAS). Penubuhan Pakatan Rakyat bermula pada 1 April 2008 berikutan gelombang refomasi rakyat pada Pilihan Raya Umum ke12 pada 8 Mac 2008.

PKR, DAP dan PAS mencipta sejarah dengan memenangi empat kerajaan negeri selain Kelantan yang dipimpin PAS sejak 1990 dan turut menafikan Barisan Nasional majoriti dua pertiga di dalam Parlimen Malaysia. Konvensyen Pakatan Rakyat yang pertama telah diadakan pada 19 Disember 2009 di Shah Alam. Pada acara ini, Dasar Bersama Pakatan Rakyat dilancarkan dengan menyentuh 4 elemen utama:

•Demokrasi Telus dan Tulen, •Memacu Ekonomi Berprestasi Tinggi, Mapan dan Adil, •Keadilan Sosial dan Pembangunan Insan, •Hubungan Persekutuan-Negeri dan Dasar Luar Negara
Dengan dasar sepakatan itu, setiap parti masih berhak untuk memperjuangkan dasar perjuangan masing-masing tanpa perlu meninggalkan dasar utama parti masing-masing.

Maka perjanjian persefahaman dibuat agar setiap perkara yang melibatkan dasar parti masing-masing boleh terus dipertahankan. Setuju untuk tidak bersetuju dalam sesuatu perkara perlu dihormati oleh setiap parti dalam PR agar matlamat utama untuk menjatuhkan kerajaan BN tercapai tanpa menjejaskan dasar perjuangan masing-masing.

Tujuan utama gabungan tiga parti dalam PR (Pakatan Rakyat) adalah untuk mengantikan kerajaan Umno dan BN (Barisan National) yang memerintah Malaysia selama ini.

Antara isu hangat yang menyebabkan Dap meninggalkan PR di Sarawak adalah isu Hudud. Isu hudud telah dijadikan sebab utama mengapa Dap menolak kerjasama dengan PAS di Sarawak sedangkan mereka tahu bahawa Islam adalah minorti di Sarawak maka tidak timbul isu tentang perlaksanaan hukum Hudud di Sarawak. Mengapa pemimpin utama Dap Sarawak perlu mendesak rakan pakatan dari PKR untuk bersama-sama mereka meninggalkan PAS sebab Hudud.

Dalam kontek Sarawak memang sukar hendak melaksanakan perlaksanaan hukum Hudud walaupun PR menang di Sarawak sebab PAS dan umat Muslim di Sarawak adalah minoriti. Yang menjadi kemusykilan, mengapa mesti Dap Sarawak mendesak PAS Sarawak supaya tidak menyokong hudud? Mereka sepatutnya lebih tahu realiti kedudukan umat Muslim di Sarawak tanpa perlu mengeluarkan isu yang tidak releven dengan penduduk Sarawak.

Apa sebenarnya agenda utama Dap Sarawak? Kalau mereka merasa sudah kuat, mereka tidak perlu bergabung dengan mana-mana parti dan mereka boleh bertanding di semua kerusi di Sarawak tanpa perlu berunding dengan mana-mana parti komponen di Sarawak. Buktikan yang mereka mampu menguasai setiap kerusi yang mereka tandingi tanpa kerjasama dalam PR seperti sebelum ini.

Sekarang pemimpin Dap Sarawak pula mendesak PKR sama-sama meninggalkan PAS dalam PR semata-mata ingin memenuhi hasrat Dap. Adakah pemimpin Dap merasa diri mereka berkuasa boleh mengarah sesiapa saja ikut kehendak mereka sehingga boleh menjejaskan dasar perjuangan parti masing-masing?

Dap perlu sedar mereka baru berjaya memerintah Pulau Pinang dalam sepenggal lebih, janganlah mereka menunjukkan kuasa mereka dengan mengarahkan rakan-rakan dalam PR untuk ikut arahan dan kehendak mereka saja. Setiap parti dalam gabungan PR berhak untuk melaksana dasar perjuangan masing-masing tanpa menjejaskan hasrat rakyat untuk menukar kerajaan BN sekarang kepada yang lebih baik.

Tanpa gabungan dalam PR belum pasti Dap dapat memerintah semula Pulau Pinang sebab mereka juga yang akan rugi atas keangkuhan dan kesombongan mereka. Sepatutnya masalah Hudud bukan isu utama yang boleh jadi punca perpecahan dalam PR tetapi kita perlu menghormati dasar perjuangan masing-masing kalau mahu PR dilihat sebagai alternatif kerajaan Malaysia baru pada masa akan datang.

Desakan Dap Sarawak terhadap PKR dan PAS Sarawak memang tidak rasional. Kita harap PKR boleh menilai sendiri pemintaan Dap Sarawak kalau masih mahu melihat PR Sarawak maju kehadapan sebagai alternatif kerajaan masa depan di Sarawak. PR akan dapat bersatu semula dengan syarat semua pihak dalam PR dapat menerima dasar perjuangan masing-masing serta menghormati pandangan antara satu sama lain, bersetuju untuk tidak bersetuju dalam sesuatu perkara dan tidak menyerang antara satu sama lain.

Kita serah pada penilaian parti masing-masing untuk menentukan nasib PR kerana rakyat mahu melihat sebuah kerajaan yang kukuh sebagai alternatif yang dapat memberi kesejahteraan dan keadilan pada semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama. Ingat musuh utama politik PR adalah Umno BN.

Jofri Jaraiee
PAS, Sarawak

Sumber BO - 8-6-2015

PAS semakin diterima di Sarawak

Posted on Sunday, June 07 @ 15:17:09 MYT by paktam 

Oleh Jofri Jaraiee

PAS Miri telah lama bergerak aktif di bahagian utara Sarawak lebih dari 7 tahun yang lalu. Sekarang PAS Miri telah berjaya menubuhkan 4 cawangan berdaftar dan akan menubuhkan lebih banyak lagi cawangan baru dalam masa terdekat.

Antara cawangan PAS yang sudah berdaftar adalah cawangan Senadin, Pujut, Piasau dan Luak. Antara DUN yang sudah lama PAS bergerak aktif ialah di DUN Senadin dan Lambir. Setiap minggu aktiviti bersama masyarakat tempatan sentiasa diadakan untuk merapatkan hubungan antara PAS dengan penduduk tempatan.

Baru-baru ini PAS Miri telah buat lawatan di DUN Senadin dan memberi sumbangan serta bantuan kepada masyarakat tempatan yang kurang bernasib baik. PAS juga memberi bantuan membina semula rumah untuk mangsa rumah terbakar di Sibuti baru-baru ini dalam kawasan DUN Lambir.

Lawatan ke rumah-rumah panjang sempena hari Gawai juga diadakan untuk merapatkan hubungan antara PAS dengan penduduk tempatan yang terdiri dari berbagai kaum dan agama di Sarawak.

PAS juga telah menerima ramai ahli baru dan mereka telah pun disahkan sebagai ahli PAS dengan penyerahan sijil serta kad ahli. Seramai lebih dari 42 orang ahli baru yang berdaftar telah menerima sijil serta kad ahli PAS di DUN Senadin dan Lambir baru-baru ini.

Ini menujukkan bahawa PAS semakin diterima di Sarawak walaupun berbagai isu berbangkit sepanjang tahun ini. Mereka yakin PAS dapat membantu mereka dalam menyelesaikan masalah mereka selama ini walaupun PAS belum berkuasa tapi mereka yakin kesungguhan PAS dalam membantu mereka sepanjang tahun membuktikan PAS bukan parti hanya timbul semasa waktu pilihan raya.

Sudah tiba masanya PAS pusat serta Pakatan Rakyat memberi laluan kepada PAS bahagian utara Sarawak khususnya PAS kawasan Miri untuk mewakili suara rakyat yang perlu bantuan melalui seorang wakil rakyat dari PAS.

PAS Miri juga ada Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang boleh memberi penerangan serta merapatkan hubungan antara kaum dan agama di Sarawak. Kerjasama PAS dengan Pakatan Rakyat di Sarawak perlu dipertingkatkan untuk meraih sokongan dalam Pilihanraya Umum Sarawak nanti.

Kita yakin dengan sokongan rakyat yang berbilang kaum dan agama di Sarawak dapat memberi sokongan kepada PAS di bahagian utara Sarawak kerana mereka sudah lama mengenali PAS sejak ianya ditubuhkan 7 tahun yang lalu. Ini terbukti semasa PRU13 di parlimen Sibuti yang lalu dimana PAS mampu meraih undi yang banyak dari masyarakat berbilang kaum dan agama walaupun belum menang.

Pakatan Rakyat perlu kembali kepada tujuan asal untuk bersatu menentang musuh yang sama dengan menghormati dasar perjuangan masing-masing. Seperti kita menghormati kepercayaan agama dan adat sesuatu kaum tanpa mengorbankan prinsip dan kepercayaan masing-masing.

Ada masa kita bersetuju untuk tidak bersetuju dalam sesuatu perkara tapi jangan sampai berbalah sehingga berpecah disebabkan sesuatu perkara yang sepatutnya boleh dielakkan. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Berpakat bawa berkat.
Jofri Jaraiee
PAS, Miri Sarawak


Sumber DD - 7-6-2015





















































Nenek lumpuh keseorangan terpinggir di pondok usang





















































WANMAN | .


MIRI: Hidup bersendirian tanpa ditemani gelak tawa cucu dan anak-anak semestinya bukan pilihan sesiapa.
Dalam keriuhan dan kemeriahan umat Islam bersiap sedia untuk menyambut ketibaan bulan Ramadhan yang mulia, seorang nenek tua yang tinggal berseorangan di Kampung Satap, Miri hanya mampu pasrah dan redha dengan ketentuan Ilahi.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul, begitulah nasib yang terpaksa dilalui oleh nenek tua ini yang sekian lama tinggal keseorangan.

Atiah Duhak, 80, berkata beliau hidup sebatang kara di rumah yang usang dan uzur itu dan tidak pernah berkahwin dan mempunyai keluarga atau saudara mara yang terdekat.

Beliau dilahirkan dalam keadaan cacat kaki dan tidak dapat bergerak seperti manusia normal yang lain.

Setiap hari beliau hanya dapat menguruskan dirinya secara perlahan-lahan tanpa bantuan sesiapa.

Semasa muda, nenek Atiah melakukan pelbagai pekerjaan seperti berkebun dan menoreh getah untuk menyara kehidupan hariannya.

“Mak cik tidak larat untuk bekerja lagi memandangkan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan dan penyakit kaki yang dihidapi sejak lahir lagi, ini membuatkan pergerakan mak cik terbatas,” katanya kepada wakil PAS Miri yang berkunjung ke rumahnya untuk menyampaikan bantuan kebajikan, baru-baru ini.

Nenek Atiah berkata beliau tidak suka merayu simpati orang lain sebaliknya cuba sedaya upaya menguruskan hidup secara bersendirian.

Walau bagaimanapun, beliau bersyukur kerana terdapat jiran-jiran sekeliling yang prihatin dan kerap memberikan pertolongan kepadanya termasuk memberi makanan dan keperluan harian yang lain.

Katanya lagi, pihak kerajaan pernah datang menziarahi beliau dan berjanji untuk memberikan bantuan membina rumah kepadanya, namun sehingga kini beliau masih belum menerima apa-apa bentuk bantuan.

Tambahnya, walaupun keadaan dirinya dikategorikan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU), beliau tidak pernah mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sejak dahulu lagi.

“Pihak PAS Kawasan Miri sentiasa komited untuk membantu insan-insan yang kurang berkemampuan termasuk golongan kurang upaya dan warga emas yang terpinggir seperti kes nenek Atiah,” ujar Timbalan Yang Di-Pertua PAS Kawasan Miri, Mohd Arifiriazul Paijo.

Ini, katanya selari dengan slogan PAS yang ingin menjadikan Malaysia sebuah Negara Berkebajikan.

Beliau mengharapkan kerjasama daripada pihak berwajib untuk melakukan siri-siri ziarah berkala bagi mengenal pasti golongan sasaran yang memerlukan bantuan agar semua rakyat di Sarawak khususnya di Miri dapat merasai kehidupan yang lebih baik sepertimana yang diperolehi oleh rakyat yang lain.

"Sungguh sedih melihat keadaan nenek Atiah yang tinggal keseorangan dan tiada ahli keluarga yang boleh dijadikan tempat bergantung harapan.

"Mudah-mudahan dengan sumbangan yang diberikan oleh pihak PAS Kawasan Miri ini, sedikit sebanyak dapat menceriakan hati nenek Atiah untuk menyambut bulan Ramadhan tidak lama lagi,” kata Mohd Arifiriazul.

Beliau berkata pihak PAS Miri akan cuba untuk memanjangkan perkara tersebut kepada pihak Baitulmal Miri dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam masa terdekat.

“Kami dari pihak PAS Miri berharap nenek Atiah mendapat sokongan dan bantuan segera daripada pihak Baitulmal, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pihak yang bertanggungjawab yang lain supaya nasib nenek Atiah lebih terbela di akhir usianya,” katanya mengakhiri ziarah kebajikan yang dianjurkan oleh PAS Miri pada hari itu.

Kepada mana-mana pihak yang ingin menghulurkan bantuan kepada nenek Atiah bolehlah disalurkan ke Akaun Bank Islam “Tabung Prihatin Sarawak” -11022010039807. Sila sms transaksi pemindahan kepada 0105939293 untuk tujuan rekod. - HARAKAHDAILY 2/6/2015


Sumber HD - 2-6-2015

KERAJAAN SERAP GST BUKTI GST BEBANKAN RAKYAT - PEMUDA PAS




Sumber HD - 1-6-2015

Harga minyak naik: Sabah, Sarawak perlu dikecualikan

JOFRI JARAIEE | .


KUCHING: Pada awal bulan Jun tahun ini merupakan hari perayaan Gawai bagi masyarakat Dayak di Sarawak dan disambut dengan kenaikan harga minyak sebanyak 10 sen. Kedua-dua RON95 dan diesel naik pada RM2.05 per liter manakala RON97 naik pada RM2.35 per liter.

Sudah tentu sedikit sebanyak pasti memberi impak kepada masyarakat Dayak yang pulang bercuti ke kampung dan rumah panjang mereka dengan kenaikan kos harga bahan api pada tambang pengangkutan.

Walaupun pihak kerajaan memberi amaran supaya jangan ada pihak peniaga menaikan harga barang tapi disebabkan kos pengangkutan naik mereka terpaksa juga menaikkan harga tambang untuk menampung kos harga bahan api yang naik.

Apabila kos tambang pengangkutan naik, pasti para peniaga juga akan menaikan harga barang jualan mereka disamping GST yang akhirnya pengguna juga yang akan menangung beban keatas kenaikan harga minyak ini.

Sabah dan Sarawak selain Terengganu adalah penyumbang terbesar minyak negara dan sudah tentu pertimbangan untuk menaikkan royalti bagi memberi banyak kebaikan kepada rakyat Sabah dan Sarawak perlu diberi keutamaan.

Sekiranya sukar bagi pihak kerajaan persekutuan memberi 20 peratus royalti kepada Sabah dan Sarawak ia boleh memberi keistimewaan dengan menetapkan harga minyak di Sabah dan Sarawak selaras dengan harga minyak di Brunei. Ini boleh diibaratkan sebagai ganti royalti yang masih sukar diperoleh.

Harga gasolin atau minyak di Brunei dalam bulan Mei 2015 seliter RM1.41, kalau di banding dengan harga RON97 di Malaysia sudah tentu jauh beza iaitu pada RM2.25 seliter pada bulan Mei yang lalu. Kita buat perbandingan dengan negara Brunei Darussalam sebab ia negara jiran terdekat bagi Sabah dan Sarawak maka sepatutnya rakyat Sabah dan Sarawak pun menikmati harga petrol yang sama dengan Brunei.

Penduduk Sabah dan Sarawak sepatutnya diberi pengecualian daripada kenaikan harga minyak setiap bulan kerana negeri ini penyumbang terbesar kepada pendapatan negara daripada hasil petroleum.

Kenaikan harga minyak setiap bulan sudah pasti menyebabkan rakyat di negara ini terbeban dengan kos kehidupan yang semakin meningkat lebih-lebih lagi dengan adanya GST yang menambah lagi beban kepada rakyat terutama golongan pendapatan kecil dan sederhana.

Kenaikan harga minyak ini pasti akan lebih dirasai oleh penduduk di luar bandar dan pedalaman Sarawak kerana mereka terpaksa membeli harga minyak ini lebih tinggi dari harga di bandar tanpa pengawasan pihak kerajaan.

Kami mengesa pihak kerajaan persekutuan dapat memberi kelonggaran kepada Sabah dan Sarawak dalam menentukan kenaikan harga minyak mengikut harga pasaran negara Brunei memandangkan mutu dan hasil minyak dari Sabah dan Sarawak adalah sama seperti di Brunei.

PAS khususnya PAS Sarawak harap perkara ini mendapat perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya daripada kerajaan persekutuan dalam menentukan nasib penduduk Sabah dan Sarawak yang masih terpinggir dari arus pembangunan. – HARAKAHDAILY 1/6/2015

Sumber HD - 1-6-2015




















































Hari Gawai ; PAS Bintulu Santuni Masyarakat Iban

Oleh : Lokman Abdul Rahim

Bintulu- Kehangatan perayaan Gawai Dayak yang hanya berbaki seminggu sahaja lagi kian terasa apabila, rata-rata rumah panjang telah melakukan persiapan awal untuk menyambut perayaan terbesar kaum Dayak di Sarawak.

PAS Bintulu (PKB) tampil dengan program pra Gawai dengan menyampaikan barangan hamper makanan sebagai ingatan kasih atau jalinan antara PKB dan masyarakat iban di sini.

Dalam program yang dijalankan dalam tempoh dua hari ini, pihak Pihak PAS telah menelusuri  rumah-rumah panjang di sekitar Dun Jepak. Program ini diketuai oleh Tuan Hj Kiprawi Aman, Ketua Penerangan PAS Bintulu.



“keharmonian serta kerukunan antara kaum di Sarawak ini perlu dikekalkan, dan inilah usaha kami(PKB) untuk memastikan PAS mendapat tempat dimata rakyat termasuk dikalangan bukan Islam,” kata Hj Kiprawi Aman.

Masyarakat iban yang terkenal dengan adat budaya yang menghormati tetamu itu akan terus memberi sokongan demi perubahan kepada mereka di Sarawak.

“PKB juga mahu membuang persepsi buruk sesetengah pihak yang mengaitkan Islam ini ganas, memaksa untuk memeluk Islam dan lain-lain persepsi buruk,” tambah Hj Kiprawi Aman.

Masyarakat iban merupakan sebahagian daripada 59% pengundi bukan Islam di Dun Jepak, hak mereka sebagai pengundi perlu dijaga dan inilah konsep “Tanah Airku Sejahtera” melalui program Untukmu Sarawak (UMS).

Menurut Ketua Penerangan PKB Tuan Hj.Kiprawi Aman, tiada ruang untuk politik pemisahan dan pilih kasih di Sarawak kerana inilah peluang untuk PAS menonjolkan kekuatannya dalam mengurus masyarakat majmuk dengan mensejahterakan negeri ini.

Harapan PKB, melalui program UMS yang kian memdapat sambutan ini, kekuatan PAS yang nyata berbeza dengan parti lain dalam memerintah akan dilihat dan menjadi pilihan rakyat Sarawak.

Sumber BO - 27-5-2015

PAS lebarkan sayap ke Santubong

AHMAD DANIAL | .


KUCHING: PAS Sarawak terus mengukuhkan kedudukannya apabila sebuah lagi kawasan PAS ditubuhkan dan diluluskan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan baru-baru ini.

Kawasan tersebut ialah Kawasan Parlimen Santubong yang terletak tidak jauh dari Bandaraya Kuching.

Sehubungan itu kepimpinan Kawasan Santubong telah mengorak langkah dengan membukan Pejabat PAS Kawasan yang terletak di Bandar Baru komersial Samariang.
Pejabat tersebut telah dirasmikan oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pada majlis ringkas yang diadakan semalam.

Salahuddin dalam ucapan perasmian berkata perjuangan PAS menegakkan Islam adalah sesuatu yang sukar dan perlu pengorbanan yang tinggi.

"Perjuangan PAS tidak menjanjikan kesenangan dan bukan medan untuk mencari kekayaan. Sesiapa yang ingin mencari kekayaan dan kesenangan hidup tidak sesuai untuk bersama PAS," kata beliau.

Sementara itu Yang Dipertua PAS Kawasan Santubong, Andri Zulkarnaen Hamden dalam ucapan alu-aluannya menegaskan bahawa PAS Kawasan Santubong bukan sahaja akan menumpukan kerja-kerja politik malah berusaha untuk melaksanakan kerja-kerja kebajikan dan dakwah terutama membawa setiap lapisan masyarakat di kawasan santubong mengenali dan memahami Islam dengan lebih dekat.

"Tugas kami amat berat kerana kami bukannya hanya menjalankan kerja-kerja untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri Sarawak tetapi juga untuk memberi kefahaman kepada rakyat Islam dan bukan Islam tentang kesyumulan dan kebaikan Islam," ujar beliau.

Turut hadir dalam majlis perasmian ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Sarawak, Adam Ahit dan Pengarah Pilihan Raya PAS Sarawak yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Santubong Fidzuan Zaidi.

PAS kawasan Santubong adalah kawasan PAS ke-9 yang berjaya ditubuhkan dan telah mendapat kelulusan pendaftar pertubuhan (ROS) baru-baru ini. – HARAKAHDAILY 19/5/2015

Sumber HD - 19-5-2015



BANTULAH KAMI BINA SEMULA KEHIDUPAN - JOFRI JARAIEE




http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/35417-bantulah-kami-bina-semula-kehidupan

Sumber HD - 16-5-2015


Umat Islam Sarawak wajib dilindungi

Posted on Tuesday, May 12 @ 07:00:00 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Meskipun isu 1MDB mungkin hanya sebagai modal menjatuhkan Barisan Nasional(BN) di Malaya dan tidak di Sarawak, namun isu wang Tabung Haji(TH) perlu dipandang oleh Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem.

Strategi menangani isu TH tidak semudah menangani isu 1MDB yang di diamkan sahaja di Sarawak, kerana itulah gula-gula penting yang "disapik" atau disuap oleh BN kepada rakyat Sarawak yang menjadikan UMNO terus berkuasa di Malaysia.


CM Adenan perlu menyedari bahawa sebahagian wang yang digunakan untuk membeli tanah yang dijual oleh 1MDB adalah daripada sebahagian wang simpanan Umat Islam di negeri ini!
Kepentingan menjaga hak dan keselamatan harta dan jiwa seperti yang dinyatakan oleh CM Adenan ketika pertemuan kami (PAS Sarawak) bulan lepas perlu di zahirkan dan dibuktikan.

CM Adenan perlu segera ke Kuala Lumpur bagi mendapat penjelasan terus daripada Lembaga Tabung Haji tentang kedudukan wang kami umat Islam Sarawak yang telah menyimpan sekian lama di TH. Jika benar wang kami digunakan, urusakanlah agar wang kami umat Islam Sarawak tidak digunakan dalam penyelewengan jijik BN itu.

CM Adenan terkenal dengan sikap tegas dan berani berdepan, jika beliau sanggup ke London bertemu dengan NGO Alam Sekitar di sana dan berdialog, apalah sangat untuk berjumpa rakan sekutunya Dato Seri Najib di Kuala Lumpur?

Umat Islam Sarawak perlu pembelaan dan kita dari kalangan pemimpin Islam negeri inilah bertanggungjawab untuk membantu mereka jika dizalimi. Ingatlah CM Adenan , umat Islam Sarawak sedang menunggu jawaban anda untuk penyelesaian isu ini dan banyak lagi cadangan "pembaharuan" yang dicanangkan oleh kepimpinan anda masih lagi bersifat "akan datang".

Saya mengaharap, keberanian CM Adenan terbukti dengan keberaniannya mempertahankan wang hasil titik peluh umat Islam Sarawak yang berniat untuk menunaikan rukun Islam ke lima ini dari di seleweng oleh BN melalui 1MDB. Usaha ini juga akhirnya akan menjadi contoh kepada Ketua Menteri atau Menteri Besar lain untuk bersungguh-sungguh membela nasib rakyat negerinya.

Zharudin Narudin
Tim.Ketua Pemuda PAS Sarawak

Sumber TKO - 12-5-2015


Persatuan Dayak Mahu Pertandingan Ratu Cantik Pondan Diharamkan Di Sarawak


MIRI, 7 Mei (Bernama) -- Pertandingan ratu cantik yang menampilkan golongan pondan memakai pakaian tradisional kaum Iban atau tema harus diharamkan serta-merta kerana ia mencemarkan kebudayaan, sejarah dan kesucian tradisi lama masyarakat Iban di Sarawak.

Desakan itu disuarakan oleh Presiden Persatuan Dayak Miri (DAM) Serawa Budol yang menganggap pertandingan seperti itu atau lebih dikenali 'Drag Queen Competition' tidak harus dianjurkan sama sekali kerana ia menghina budaya kaum Iban, bangsa, agama, legenda, tradisi, imej dan sensitiviti.

"Pondan, terutamanya tidak diterima dalam budaya Iban," katanya kepada Bernama di sini pada Khamis dan menambah apa jua istilah yang digunakan oleh pihak penganjur tidak harus ada kaitan dengan tradisi Iban.

Serawa membangkitkan perkara itu selepas masyarakat Iban di sini mengkritik hebat penganjuran pertandingan Drag Queen anjuran sebuah kafe tempatan yang memaparkan golongan pondan memakai pakaian adat wanita Iban sempena sambutan perayaan Gawai yang disambut pada 1 dan 2 Jun.

Pertandingan itu dijadual diadakan pada 22 Mei, mengetengahkan tema 'gaun malam bermotifkan Pua Kumbu' dan ia disebar secara meluas di media sosial.

"Pihak penganjur boleh menamakan pertandingan itu dengan apa sahaja nama tetapi jangan gunakan istilah Kumang dan sudah semestinya tidak boleh guna pakaian tradisional Iban," katanya dan menambah 'Kumang' sering dirujuk sebagai wanita dan tidak pernah menjadi pondan.

'Kumang' yang bermaksud 'dewi ibu' dalam mitos Iban sinonim dengan pertandingan ratu cantik etnik Iban kerana kecantikan dan sifat-sifatnya yang lembut.

Malah Serawa berkata pihak penganjur tidak boleh menggunakan tema Pua Kumbu kerana ia adalah warisan budaya Iban dan mesti dihormati.

Pertandingan itu menjadi viral di laman media apabila banyak pihak yang membantah termasuk bekas pelari pecut negara dan pemegang rekod 100 meter, Watson Nyambek yang paling kuat mengkritik.

Watson apabila dihubungi Bernama berkata pertandingan itu akan memalukan komuniti Iban keseluruhannya dan menyokong cadangan pengharaman pertandingan itu.

Sementara itu, Bernama ketika menghubungi penganjur pertandingan yang enggan dikenali berkata, acara itu telah dibatalkan.

-- BERNAMA

Sumber Bernama / HD - 7-5-2015



MAKLUMAN, KAJI SELIDIK TAMBAH BAIK KWSP TERLALU SINGKAT - JOFRI JARAIEE



http://www.harakahdaily.net/index.php/surat-pembaca/35055-makluman-kaji-selidik-tambah-baik-kwsp-terlalu-singkat

Sumber HD - 26-4-2015





















































PAS Jumpa Ketua Menteri Sarawak Hari Ini
Posted on Friday, April 24 @ 22:38:34 MYT

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Rombongan PAS yang diketuai Abang Ahmad Kerdee bakal berjumpa Ketua Menteri Sarawak hari ini (Jumaat) di Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Walau apa pun, khabarnya PAS yang sudah lama ingin berjumpa dengan pimpinan Negeri Sarawak itu amat bersyukur kerana diberi ruang dikala kesibukan DUN bersidang.

‎Agenda tersirat PAS Sarawak pastinya menjadikan DAP dan PKR resah akan pertemuan itu.‎

Isu Hudud semestinya menjadi sasaran utama DAP dan PKR untuk menyerang ‎dan menabur persepsi buruk ke atas perjumpaan tersebut esok. - SK

Sumber TKO - 24-4-2015

Penduduk asal Sarawak tanpa MyKad perlu bantuan

JOFRI JARAIEE | .



Janggau bersama anak lelakinya

Borang APBL (L) Akuan Penerimaan Borang Permohonan Sijil Kelahiran (Lewat)
MIRI: Seorang penduduk di Sungai Dalam di kawasan Lambir, Miri mengadu yang beliau sudah beberapa kali memohon dokumen pengenalan diri dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tetapi gagal kerana tidak mendapat surat sokongan dari Tuai rumah panjang tempat asal kedua orang tua beliau.

Janggau salah seorang wanita yang sudah mempunyai keluarga sehingga kini masih belum memiliki MyKad disebabkan ibubapa beliau tidak mendaftar atau lewat mendaftar kelahiran beliau. Beliau berasal dari Rh Chabu , Sungai Liam Lepong Ajai, Bakong, Baram.

Sebelum ini beliau pernah mengadu masalah ini kepada JPN tetapi disebabkan beliau tidak mendapat surat sokongan daripada rumah panjang tempat kelahiran beliau menyebabkan proses pendaftaran untuk mendapatkan MyKad beliau menghadapi masalah untuk kelulusan dari pihak JPN.

Walaupun beliau sudah mengisi Borang APBL (L) Akuan Penerimaan Borang Permohonan Sijil Kelahiran (Lewat) yang ditandatangani oleh pihak Pendaftar Wilayah Kelahiran dan kematian Sarawak tetapi JPN masih belum lagi dapat memproses MyKad beliau. Menurut beliau, JPN mahu surat sokongan dan pengesahan daripada pihak berkenaan untuk mendapatkan kelulusan memproses MyKad baru.

Persoalan beliau ialah mengapa pihak JPN tidak dapat memproses pemohonan beliau sedangkan kedua orang tua beliau memang asal penduduk Sarawak. Beliau juga memiliki surat nikah dan memiliki 3 orang anak, hanya beliau seorang saja yang tidak memiliki MyKad sedangkan anak-anaknya dan suaminya ada Mykad.

Inilah masalah yang selalu dihadapi oleh penduduk asal Sarawak yang tinggal jauh di pedalaman yang sukar untuk mendaftar kelahiran serta memilki dokumen pengenalan diri disebabkan jalan perhubungan yang sukar dilalui pada masa lalu.

Kebanyakan mereka ini adalah penduduk miskin serta sukar untuk keluar ke bandar-bandar berdekatan untuk mendaftar kelahiran anak mereka.

Beliau merayu kepada pihak kami agar masalah beliau mendapat perhatian yang sewajarnya dari pihak kerajaan Sarawak serta JPN untuk dapat membantu beliau  mendapatkan dokumen pengenalan diri yang sah sebagai warga negara Malaysia kerana selama ini pemohonan beliau ditolak disebabkan tidak miliki dokumen pengenalan diri serta tidak mendapat sokongan sepenuhnya dari pihak yang berkenaan.

PAS mengesa pihak JPN dapat mempertimbangkan permohonan beliau dengan segera kerana beliau memang penduduk asal Sarawak.

Pihak JPN juga perlu aktif membuat pendaftaran penduduk asal di Sarawak yang tinggal jauh di pedalaman yang kurang kemudahan Infrastruktur seperti jalan raya, jambatan, bekalan air, elektrik, telekomunikasi, dan sebagainya.

PAS juga mengharapkan pihak kerajaan Sarawak dibawah pimpinan Tan Sri Datuk Patinggi Adenan Satem dapat menunaikan janji mereka untuk memberi tumpuan kepada penduduk luar bandar yang kurang bernasib baik ini agar kehidupan mereka lebih terjamin serta tidak ketinggalan dalam arus pembangunan.

Kami berharap  kerjasama dengan pihak kerajaan serta JPN untuk mengatasi masalah penduduk asal tanpa dokumen pengenalan diri dapat ditangani dengan segera amat dihargai. – HARAKAHDAILY 21/4/2015

Sumber HD - 21-4-2015





















































PAS Sarawak bersedia memberi khidmat kepada rakyat

Posted on Wednesday, April 15 @ 11:00:00 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Sambutan luar biasa sepanjang 3 hari program sempena lawatan ahli Dewan Harian PAS Pusat baru-baru ini ke Bintulu dan Miri antara lain adalah untuk menjelaskan isu-isu semasa serta persediaan menghadapi pilihan raya umum Sarawak akan datang.

Antara yang hadir ialah Presiden PAS Datuk Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PAS Haji Muhammad Sabu@Mat Sabu, Setiausaha Agung PAS Pusat Datuk Mustapha Ali, Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Mahfuz Omar, Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Dr Hatta Ramli dan lain-lain rombongan sampai ke Bintulu pada 3 hingga 4 April dan seterusnya pada 5hb April rombongan yang terdiri daripada YB Dr Hatta Ramli, YB Mahfuz Omar serta YB Hajjah Siti Zailah bte Mohd Yusoff Ketua Dewan Muslimat PAS turun ke Miri.



Program bermula dengan pelancaran Dewan Himpunan Penyokong PAS Bintulu di Rumah Panjang Jalan Airport – Tatau dan sebanyak 30  bungkusan bantuan kebajikan telah disampaikan kepada penduduk berkenaan.  Pada sebelah petangnya, program Santai bersama Tuan Guru Haji Abdul Hadi di Pantai Tanjung Batu.

Program pada hari sabtu bergerak di 3 buah rumah panjang di DUN Jepak dan DUN Samalaju dengan acara sukaneka rakyat, bantuan kebajikan dan program ini mendapat sambutan yang luarbiasa dari penduduk tempatan. Selepas itu ziarah ke Institusi Pendidikan di sekitar Bintulu. Ini membuktikan kesediaan PAS Bintulu untuk bertanding di kedua-dua DUN tersebut. PAS Bintulu juga telah menyenarai pendek dua nama calon terbaik bagi setiap DUN untuk ditonjolkan sebagai calon boleh menang.

Selain untuk bertemu dengan ahli, mereka juga meninjau persediaan PAS Sarawak untuk menghadapi pilihan raya umum nanti. Antara akitiviti sepanjang lawatan mereka ke Sarawak adalah berjumpa dengan masyarakat tempatan yang terdiri dari penduduk rumah panjang dan penduduk kampung.

Antara Pusat Khidmat yang dirasmi baru-baru ini ialah Pusat Khidmat masyarakat di DUN Lambir. Beberapa DUN yang masih dalam perbincangan juga diberi tumpuan oleh PAS Sarawak ialah DUN Lambir, Senadin di Miri dan DUN Jepak dan Samalaju di Bintulu.
Walaupun masih lagi dalam peringkat perbincangan dengan rakan dalam Pakatan Rakyat Sarawak, kita sudah lama mengerakkan jentera kita ke DUN tersebut selain daripada 6 DUN yang telah dipersetujui sebelum ini diantara rakan dalam Pakatan Rakyat (PR).

Kita harap rakan kita dalam PR akan memberi kerjasama untuk menghadapi BN Sarawak satu lawan satu walaupun DAP sudah menarik diri dari PR Sarawak.

Harapan rakyat Sarawak adalah melihat sebuah Pakatan yang kuat untuk menganti BN Sarawak yang terlalu lama memerintah. Walaupun Ketua Menteri Sarawak ada menyatakan beri dia peluang sekali lagi untuk meneruskan usaha beliau membangunkan Sarawak tetapi kalau beliau seorang saja tanpa mendapat kerjasama dari pihak yang berkenaan dan masih mengekalkan muka-muka lama maka hasrat beliau mungkin terbantut.

Biar apa pun orang kata terhadap PAS, kita akan terus istiqamah dalam perjuang sehingga kita mencapai kejayaan. Untuk mencapai kejayaan memang penuh dengan cabaran dan dugaan sebelum dapat menikmati hasilnya di kemudian hari. Orang yang putus asa pasti gagal mencapai kejayaan tapi bagi yang terus istiqamah dalam perjuangan pasti akan beroleh kejayaan.

Perjuang PAS adalah untuk menegakkan keadilan serta membela nasib rakyat yang terpinggir dari arus pembangunan tanpa mengira bangsa dan agama. Insha'Allah

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

Sumber TKO - 15-4-2015

KWSP 60: Apakah nasib rakyat terbela?

JOFRI JARAIEE | .


BARU-baru ini kita dihebohkan dengan kenyataan dari Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Datuk Shahril Ridza Ridzuan yang mengatakan akan menimbang penyelarasan umur pengeluaran simpanan persaraan ahlinya kepada usia persaraan 60 tahun.

Beliau berkata, negara perlu menangani isu pengeluaran simpanan pada usia 55 tahun berbanding usia persaraan baharu pada 60 tahun, jika tidak ia akan menjadi bebanan kepada masyarakat untuk menguruskan orang-orang yang bersara tanpa wang yang mencukupi dalam akaun mereka.

Shahril memetik kaji selidik bebas yang dijalankan oleh pakar ekonomi serta penyelidikan dalaman KWSP yang menunjukkan rata-rata orang cenderung untuk menghabiskan simpanan persaraan mereka dalam tempoh tiga hingga lima tahun selepas membuat pengeluaran penuh.

Kita amat tidak setuju dengan cara pihak KWSP menguruskan wang pekerja yang akan bersara kerana bukan semua daripada kalangan pesara akan menghabiskan wang mereka seperti dalam tempoh yang tersebut.  Ada dalam kalangan mereka amat memerlukan wang KWSP untuk pembelanjaan harian dan juga untuk tujuan perubatan dan sebagainya setelah mereka bersara seawal umur 55 tahun.

Setelah mereka menamatkan perkhidmatan dengan sebuah syarikat, pihak syarikat tidak akan menanggung lagi bayaran perubatan mereka maka kalau ada dalam kalangan mereka yang bersara awal atau ketika berumur 55 tahun sudah tentu akan jadi masalah sekiranya KWSP menyekat pengeluaran wang mereka dalam KWSP.

Antara lain, kalau pihak kerajaan meluluskan cadangan KWSP kemungkinan besar ada yang akan bersara dalam usia 55 tahun terpaksa menunggu lagi untuk pengeluaran wang mereka.

Apakah jaminan dari pihak KWSP atau kerajaan hendak menyara kehidupan harian mereka setelah mereka bersara seawal umur 55 tahun sekiranya mereka tidak mempunyai pekerjaan dan tidak dibenarkan mengeluarkan wang simpanan mereka sehingga berumur 60 tahun?

Pihak KWSP perlu ingat bukan semua syarikat swasta akan menyambung semula perkhidmatan pekerjanya sehingga berumur 60 tahun kecuali mereka yang mempunyai kepakaran dalam sesuatu bidang.

Pihak KWSP juga perlu memikir mereka yang bersara awal sebelum 55 tahun juga perlukan wang setelah mereka tidak bekerja. Pihak KWSP sudah tentu tidak akan dapat memberi jaminan yang pesara berumur 60 tahun dapat menikmati hasil simpanan mereka sekiranya mereka meninggal dunia lebih awal sebelum berumur 60 tahun.

Umur 50 dan 55 tahun memang sudah dianggap sesuai untuk bersara dan mengeluarkan simpanan mereka sekiranya mereka amat memerlukannya. Seperti kegunaan membayar yuran persekolahan anak-anak mereka ke pengajian tinggi, untuk perubatan dan sebagainya.

Berilah peluang kepada golongan muda yang masih ramai menganggur bekerja kerana sekiranya terlalu ramai golongan yang berumur  masih  bekerja sampai umur 60 tahun maka peluang untuk genarasi muda untuk mendapat pekerjaan semakin sukar.

Memandangkan kos kehidupan yang semakin meningkat dengan adanya GST serta kenaikan harga minyak yang tidak menentu, nasib para pesara yang belum sampai umur 60 tahun akan bertambah sukar sekiranya mereka tidak bekerja serta tidak dapat mengeluarkan wang simpanan mereka dalam KWSP. Mereka perlu memikirkan masa depan anak-anak mereka yang masih bersekolah, kesihatan mereka juga perlu diberi perhatian.

Adakah pihak kerajaan hanya tahu menyuruh mereka berbelanja secara berhemat sedangkan wang simpanan mereka hanya cukup-cukup makan dan untuk bayar bil, belanja harian serta membeli lain-lain barang keperluan yang semakin meningkat.

Persoalannya mengapa tiba-tiba saja pihak KWSP hendak menyekat hak pengeluaran para penyimpan dalam KWSP yang sepatutnya mereka yang berhak untuk menyimpan atau hendak mengeluarkan wang KWSP pada bila-bila masa tanpa perlu menunggu sampai umur 60 tahun.

Adakah KWSP sudah kekurangan wang untuk membayar balik wang simpanan pekerja atau untuk kegunaan sesuatu atau ada lain-lain agenda yang rakyat dan pekerja perlu tahu?

Kita ingin memberi cadangan kepada pihak KWSP untuk  memberi skim pelaburan khas kepada pesara agar wang caruman mereka akan terus meningkat dan hasilnya akan terus mereka nikmati selepas mereka bersara awal.

Dengan pendapatan hasil pelaburan tersebut mereka boleh gunakan sepenuhnya atau separuh daripada keuntungan pelaburan mereka sehingga mereka mencapai umur yang ditetapkan oleh pihak KWSP tanpa menganggu caruman mereka. Pencarum juga boleh diberi pilihan sama ada mengeluarkan sepenuhnya atau sebahagian dari caruman mereka setelah mencapai umur 55 tahun.

Kita sekali lagi mengesa pihak kerajaan meneliti benar-benar akan cadangan pihak KWSP ini agar ia tidak akan membebankan para pesara awal dari umur 60 tahun seperti yang dicadangkan. Kerjasama dengan pihak kerajaan dan KWSP untuk mengkaji semula serta meniliti cadangan ini dengan sewajarnya amat dihargai. – HARAKAHDAILY 15/4/2015

Sumber HD - 15-4-2015




















































Jangan Buat Spekulasi Insiden Letupan Di Sibu Jaya, Kata Polis

SIBU, 13 April (Bernama) -- Polis meminta kerjasama orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung insiden letupan yang mengakibatkan kerosakan di sebuah pangsapuri empat tingkat di Sibu Jaya dekat sini, awal Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Mohd Kamal Kordi berkata orang ramai tidak harus mencetuskan ketakutan dalam kalangan penduduk tetapi membiarkan polis dan pihak berkuasa relevan menyiasat insiden itu.

"Kami tidak akan menyembunyikan sebarang fakta dan maklumat berhubung insiden ini dan biarkan kami menjalankan tugas," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Spekulasi timbul dalam kalangan orang awam selepas kehadiran pasukan penyiasat diketuai oleh Timbalan Pengarah, Jabatan Sumber Strategik dan Teknoloji, Bukit Aman, ACP Muhammad Koey Abdullah.

Adalah dispekulasikan bahawa kejadian itu disebabkan oleh bahan letupan.

"Kes ini di bawah siasatan Bahagian Siasatan Jenayah Sibu. Kami meminta bantuan Bahagian Persenjataan Bukit Aman (Unit Pemusnah Bom) untuk menyiasat dari sudut lain.

"Kami turut meminta bantuan Jabatan Kimia supaya tidak ada apa-apa yang tertinggal dalam siasatan ini," kata Mohd Kamal.

Menurut siasatan awal, punca kejadian dipercayai akibat kebocoran gas.

Kejadian pada pukul 2.48 pagi itu menyebabkan bumbung sebuah unit rumah dan enam dinding di dua tingkat HDC Terrace Garden itu runtuh, menyebabkan lebih 12 penghuni mengalami kecederaan.

Atas soal keselamatan, Majlis Daerah Luar Bandar Sibu telah menutup pangsapuri itu buat sementara, menyebabkan sejumlah 38 keluarga ditempatkan di Dewan Serbaguna Sibu Jaya manakala sembilan lagi keluarga tinggal bersama saudara masing-masing.

-- BERNAMA

Sumber HD - 14-4-2015

PAS Sarawak terus istiqamah untuk capai kejayaan

JOFRI JARAIEE PAS SARAWAK | .




Sambutan luar biasa sepanjang 3 hari program sempena lawatan ahli Dewan Harian PAS Pusat baru-baru ini ke Bintulu dan Miri antara lain adalah untuk menjelaskan isu-isu semasa serta persediaan menghadapi pilihan raya umum Sarawak akan datang.

Antara yang hadir ialah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PAS, Muhammad Sabu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar, Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli dan lain-lain.

Rombongan sampai ke Bintulu pada 3 hingga 4 April dan seterusnya pada 5 April rombongan yang terdiri daripada Dr Hatta, Mahfuz serta Ketua Dewan Muslimat PAS, Siti Zailah Mohd Yusoff turun ke Miri.

Program bermula dengan pelancaran Dewan Himpunan Penyokong PAS Bintulu di Rumah Panjang Jalan Airport – Tatau dan sebanyak 30  bungkusan bantuan kebajikan telah disampaikan kepada penduduk berkenaan.

Pada sebelah petangnya, program Santai Bersama Tuan Guru Abdul Hadi di Pantai Tanjung Batu.

Program pada hari sabtu bergerak di 3 buah rumah panjang di Dun Jepak dan Dun Samalaju dengan acara sukaneka rakyat, bantuan kebajikan dan program ini mendapat sambutan yang luar biasa dari penduduk tempatan.

Selepas itu ziarah ke institusi pendidikan di sekitar Bintulu. Ini membuktikan kesediaan PAS Bintulu untuk bertanding di kedua-dua Dun tersebut. PAS Bintulu juga telah menyenarai pendek dua nama calon terbaik bagi setiap Dun untuk ditonjolkan sebagai calon boleh menang.

Selain untuk bertemu dengan ahli, mereka juga meninjau persediaan PAS Sarawak untuk menghadapi pilihan raya umum nanti. Antara akitiviti sepanjang lawatan mereka ke Sarawak adalah berjumpa dengan masyarakat tempatan yang terdiri dari penduduk rumah panjang dan penduduk kampung.

Antara Pusat Khidmat yang dirasmi baru-baru ini ialah Pusat Khidmat masyarakat di Dun Lambir. Beberapa Dun yang masih dalam perbincangan juga diberi tumpuan oleh PAS Sarawak ialah Dun Lambir, Senadin di Miri dan Dun Jepak dan Samalaju di Bintulu.

Walaupun masih lagi dalam peringkat perbincangan dengan rakan dalam Pakatan Rakyat Sarawak, PAS Sarawak sudah lama mengerakkan jentera kita ke Dun tersebut selain daripada 6 Dun yang telah dipersetujui sebelum ini di antara rakan dalam Pakatan Rakyat (PR).

Kita harap rakan kita dalam PR akan memberi kerjasama untuk menghadapi BN Sarawak satu lawan satu walaupun DAP sudah menarik diri dari PR Sarawak.

Harapan rakyat Sarawak adalah melihat sebuah Pakatan yang kuat untuk mengganti BN Sarawak yang terlalu lama memerintah.

Walaupun Ketua Menteri Sarawak ada menyatakan beri dia peluang sekali lagi untuk meneruskan usaha beliau membangunkan Sarawak tetapi kalau beliau seorang saja tanpa mendapat kerjasama dari pihak yang berkenaan dan masih mengekalkan muka-muka lama maka hasrat beliau mungkin terbantut.

Biar apa pun orang kata terhadap PAS, kita akan terus istiqamah dalam perjuang sehingga kita mencapai kejayaan. Untuk mencapai kejayaan memang penuh dengan cabaran dan dugaan sebelum dapat menikmati hasilnya di kemudian hari. Orang yang putus asa pasti gagal mencapai kejayaan tapi bagi yang terus istiqamah dalam perjuangan pasti akan beroleh kejayaan.

Perjuang PAS adalah untuk menegakkan keadilan serta membela nasib rakyat yang terpinggir dari arus pembangunan tanpa mengira bangsa dan agama. Insya Allah. - HARAKAHDAILY 11/4/2015







Sumber HD - 11-4-2015



GELOMBANG PERUBAHAN DARI BETING MARO - JPR/PPM



http://www.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/34665-gelombang-perubahan-dari-beting-maro

Sumber HD - 1-4-2015


PENDUDUK ASAL TANPA DOKUMEN DITUDUH PATI - JOFRI JARAIEE


YAHYA ABDULLAH PENDUDUK ASAL DIKATAKAN PATI


http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/34630-penduduk-asal-tanpa-dokumen-dituduh-pati

Sumber HD - 31-3-2015


PENGHUNI RUMAH USANG PERLU BANTUAN SEGERA - JOFRI JARAIEE



http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/34490-penghuni-rumah-usang-perlu-bantuan-segera

Sumber HD - 23-3-2015


Rumah Setinggan Diroboh Tanpa Notis

Posted on Saturday, March 21 @ 15:00:00 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



MIRI - Penduduk setinggan di Pujut 5 amat kecewa dengan sikap pihak berkuasa yang secara tiba-tiba merobohkan rumah mereka seawal jam 3 pagi pada 19hb Mac 2015 ketika mereka masih tidur.

Ada lebih kurang 13 buah rumah yang diroboh semasa operasi tersebut.


Menurut salah seorang penduduk yang tinggal di kawasan tersebut memberitahu pihak kami, sebelum operasi meroboh rumah berlaku, pihak imigresen dengan kerjasama pihak Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan keluarga yang berada dalam rumah terlebih dahulu sebelum operasi meroboh rumah dimulakan.



Mereka yang ditahan telah dihantar ke pusat Depot tahanan Imigresen di Bekenu. Seramai lebih kurang 80 orang yang ditahan tidak memiliki dokumen pengenalan diri termasuk kanak-kanak dan bayi. Menurut penduduk dan keluarga yang masih tinggal disitu memberitahu pihak kami, ada juga diantara keluarga mereka yang memiliki kad pengenalan ditahan bersama dalam Operasi penangkapan PATI (Pendatang Asing Tanpa Izin) secara besar-besaran itu.

Kebanyakan penduduk setinggan disitu berasal dari Sabah dan kebanyakan mereka bekerja sebagai buruh pembinaan di kawasan perumahan. Mereka sudah menetap disitu hampir 20 tahun dan selama ini tiada tanda-tanda yang tempat tinggal mereka akan diroboh atau mereka diarah pindah. Menurut penduduk yang ditemui mengatakan sebelum ini ada pegawai dari Jabatan Tanah dan Ukur datang memberitahu mereka yang kawasan tempat mereka tinggal sekarang akan dikekalkan sebagai penempatan dan tiada arahan untuk berpindah.

Menurut mereka lagi kalau pun pihak berkuasa hendak meroboh rumah mereka sekurang-kurangnya beri notis amaran untuk mereka bersiap sedia untuk pindah atau sekurang-kurangnya pakaian, barang dapur serta peralatan rumah mereka tidak rosak akibat diroboh. Banyak perkakas rumah mereka rosak akibat tiang rumah mereka dipotong menggunakan gergaji rantai.

Setelah bertahun-tahun mereka menetap disitu, mengapa sekarang pihak berkuasa hendak menahan mereka? Kalau pun ada diantara mereka pendatang tanpa izin, pihak berkuasa janganlah meroboh rumah mereka yang sudah lama menetap disitu yang juga memiliki kad pengenalan diri.

Ada diantara mereka yang ditahan adalah penduduk asal Sarawak yang tidak memiliki kad pengenalan diri disebabkan orang tua mereka dulu tidak mendaftar kelahiran mereka dengan Jabatan Pendaftaran Negara. Mereka juga pernah memohon Kad Pengenalan diri di Jabatan Pendaftaran Negara tetapi sehingga kini tiada sebarang jawaban diterima samada pemohonan mereka lulus atau sebaliknya.

Mereka amat kesal cara pihak berkuasa menangani masalah mereka yang dianggap pendatang asing tanpa izin sedangkan sebahagian daripada mereka ada memiliki pasport dan kad pengenalan.

Walaupun ada wakil rakyat yang mengatakan bahawa dalam Operasi penangkapan PATI (Pendatang Asing Tanpa Izin) secara besar-besaran ini tidak perlu diberi notis tapi kebanyakan mereka yang ditahan adalah penduduk setinggan yang sudah lama menetap disitu. Pihak berkuasa tidak perlu meroboh tempat tinggal mereka secara tidak berperikemanusiaan kerana dalam rumah tersebut ada kanak-kanak kecil dan bayi yang perlu tempat tinggal.

Mereka yang disahkan sebagai PATI hanya perlu ditahan tanpa perlu meroboh tempat tinggal mereka. Selepas rumah mereka diroboh, sebahagian dari keluarga mereka tinggal dalam keadaan tidak menentu seperti penduduk ditimpa bencana alam kerana tiada lagi tempat untuk mereka berteduh.

Sekarang mereka hanya tinggal sementara di bawah runtuhan rumah mereka yang sudah diroboh dalam keadaan yang agak bahaya sekiranya ada tiang-tiang yang terjatuh atau runtuh pada bila-bila masa.
Mereka juga mengadu yang peralatan elektrik serta generator mereka dirosakkan semasa operasi meroboh dijalankan. Ada juga yang tinggal dalam khemah atas sumbangan orang ramai yang simpati dengan nasib mereka.

Sampai bila mereka tinggal dalam keadaan begini sekiranya pihak berkuasa tidak mengambil tindakan susulan atas kejadian perobohan rumah mereka. Bagaimana dengan nasib anak-anak kecil dan bayi yang perlu tempat tinggal? Adakah pihak berkuasa akan menyediakan tempat tinggal sementara untuk mereka atau membiarkan mereka hidup tanpa haluan setelah rumah mereka diroboh?

Mereka menuntut pihak berkuasa agar bersikap adil keatas mereka sebab mereka juga manusia bukannya haiwan yang dilayan sebegitu rupa tanpa ada perasaan belas kasihan terutama keatas anak-anak kecil dan bayi yang perlu tempat perlindungan dan ada juga yang masih dalam tahanan di Depot Imigresen.

Walaupun Operasi penangkapan PATI dilakukan secara besar-besaran ini adalah baik untuk keselamatan negara, tapi ini bukan bermakna penduduk setinggan tanpa kad pengenalan juga ditahan seolah-olah mereka ini penjenayah yang mengancam keselamatan negara. Kebanyakan mereka yang ditahan dalam operasi itu adalah mereka yang sudah berkeluarga dan sudah lama menetap di Sarawak.

Kita mengesa pihak berkuasa bertindak secara profesional dalam menghadapi PATI dan setinggan tanpa dokumen pengenalan diri yang kebanyakannya adalah penduduk asal Sarawak agar mereka juga diberi peluang untuk mereka mencari tempat tinggal agar mereka tidak terbiar begitu saja dan akan menjadi masalah sosial setelah rumah mereka dirobohkan.

Kerjasama dengan pihak berkuasa amat dihargai untuk mengatasi masalah setinggan dan mereka yang tidak memiliki Kad Pengenalan ini sepatutnya ditangani secara adil tanpa perlu bertindak diluar sikap perikemanusiaan. Sediakan tempat tinggal sementara buat mereka supaya kehidupan mereka tidak terbiar.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak
http://pas-miri.blogspot.com/








KG PUJUT 5, MIRI

http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/34446-rumah-setinggan-diroboh-tanpa-notis

Sumber HD - 20-3-2015 / TKO - 21-3-2015


TOLONG SIAPKAN JALAN PERHUBUNGAN KE DESA INI - JAFRI JARAIEE



http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/34285-tolong-siapkan-jalan-perhubungan-desa-ini

Sumber HD - 11-3-2015


SPR HARUS HENTI SIASATAN PERSEMPADAN SARAWAK - BERSIH 2.0



http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33981-spr-harus-henti-siasatan-persempadanan-sarawak

Sumber HD - 22-2-2015


PAS, PR RAI SAMBUTAN TAHUN BARU CINA DI MIRI - PJ SARAWAK


TN HJ MUHAMAD SABU - TIMBALAN PRESIDEN PAS


TN HJ ADAM AHID - PESURUHJAYA PAS SABAH


YEO KIAN LEONG - PENGERUSI DHPP SARAWAK

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33974-pas-pr-rai-sambutan-tahun-baru-cina-di-miri

Sumber HD - 21-2-2015

1 MINGGU 1 WAKIL RAKYAT PAS SELANGOR KE SARAWAK - PJ SELANGOR


YB IR ISKANDAR ABDUL SAMAD - PESURUHJAYA PAS NEGERI SELANGOR

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33967-1-minggu-1-wakil-rakyat-pas-selangor-ke-sarawak

Sumber HD - 21-2-2015



PAS BINTULU RAYU SUMBANGAN MANGSA KEBAKARAN - JOFRI JARAIEE


JOFRI JARAIEE - TIMBALAN PESURUHJAYA PAS SARAWAK

http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/33933-pas-bintulu-rayu-sumbangan-mangsa-kebakaran

Sumber HD - 18-2-2015

Belasungkawa: Tok Guru pemimpin semua kaum

Posted on Saturday, February 14 @ 22:20:53 MYT by paktam

Oleh JOFRI JARAIEE


Datuk Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat (10 Januari 1931-12 Februari 2015) adalah seorang ahli politik Malaysia dan seorang ulama Islam yang dihormati. Beliau merupakan menteri besar Kelantan dari 1990-2013 dan mursyidul am atau pemimpin tertinggi PAS dari 1991 sehingga kematiannya pada 2015.


Tok Guru Nik Aziz bersara sebagai menteri besar pada pilihan raya 2013. PAS telah dipilih semula dan timbalan Nik Aziz, Ahmad Yaakob, mengambil tempatnya.

Dalam tempoh dua tahun berikutnya, Tok Guru Nik Aziz menjadi semakin sakit dengan kanser prostat, dan meninggal dunia pada 12 Februari 2015 di kediamannya di Pulau Melaka, Kota Bharu.

Kematiannya mencetuskan kesedihan yang amat sangat kepada ahli PAS dan seluruh rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian.

Beliau merupakan seorang pemimpin yang berjiwa rakyat dan ramai yang senang dengan cara beliau melayan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.

Tok guru Nik Aziz mendapat sokongan daripada sebilangan besar orang bukan Islam di Malaysia dan memainkan peranan penting dalam peningkatan sokongan pada  PAS di kalangan orang bukan Islam.

Seorang pemimpin yang jujur, amanah serta sukar dicari ganti. Kematian beliau merupakan satu kehilangan yang amat besar bagi ahli PAS serta rakyat Malaysia amnya.

PAS Sarawak ingin merakamkan ucapan takziah atas kematiannya, Semoga Allah ampunkan beliau dan meletakkan rohnya bersama dengan roh orang-orang soleh.


JOFRI JARAIEE timbalan pesuruhjaya III PAS Sarawak.

Sumber DD - 14-2-2015         

PERSEMPADANAN DUN SARAWAK KELIRU, SPR PERLU KAJI SEMULA - JOFRI


JOFRI JARAIEE - TIMBALAN PESURUHJAYA 

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33665-persempadanan-dun-sarawak-keliru-spr-perlu-kaji

Sumber HD - 5-2-2015


PAS BANTU MANGSA BANJIR ULU SEGAN - BPPNS

http://untukmusarawak.com/

http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/33659-pas-bantu-mangsa-banjir-ulu-segan

Sumber HD - 5-2-2015


MINTA PIHAK BERKUASA BAIKI SEGERA JALAN BERLUBANG - JOFRI JARAIEE


TUDAN FASA 6

http://www.harakahdaily.net/index.php/surat-pembaca/33510-minta-pihak-berkuasa-baiki-segera-jalan-berlubang

Sumber HD - 28-1-2015


PAS MIRI HADIRI PENGEBUMIAN ANAK LELAKI KHO - JOFRI JARAIEE


PEMIMPIN PAS MIRI DAN DHPP MENZIARAHI RUMAH KHO YANG KEMATIAN ANAK LELAKINYA

http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/33458-pas-miri-hadiri-pengebumian-anak-lelaki-kho

Sumber HD - 27-1-2015


PENDUDUK RUMAH PANJANG GEMBIRA TERIMA SUMBANGAN BACK TO SCHOOL- PENGARAH PROGRAM UNTUKMU SARAWAK


KG TANJUNG KIDURONG, BINTULU, SARAWAK

http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/33272-penduduk-rumah-panjang-gembira-terima-sumbangan-back-to-school





















































Sumber HD - 15-1-2015

Tuan Ibrahim rasmi pembukaan pejabat PAS Bintulu

IR MOHD AZWANI | .

BINTULU: Bersempena lawatan kerja Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man ke bahagian utara Sarawak baru-baru ini, beliau telah merasmikan pembukaan Pejabat PAS Kawasan Bintulu. Pejabat yang terletak di lokasi strategik di Pusat Komersil Medan Jaya, Bintulu membuktikan kesediaan PAS Kawasan Bintulu untuk sama-sama berada di medan demokrasi di bumi kenyalang. Antara yang hadir termasuklah pimpinan negeri, Saudara Andri Zulkarnaen@Hud, Ketua Penerangan PAS Sarawak,Tuan Haji Kiprawi Aman, Ketua Penerangan PAS Bintulu merangkap Penyelia DUN Jepak, Tuan Haji Jalil Bujang, Setiausaha PKR Cabang Bintulu.

Antara intipati ucapan Tuan Ibrahim ialah menyeru kerjasama Pakatan Rakyat Sarawak dimantapkan, khususnya dalam menyiapkan pasukan mantap menjelang Pilihan Raya Negeri DUN Sarawak. Dengan pertambahan kerusi yang diwujudkan dalam proses persempadanan semula, yang diyakini bakal memberi kelebihan kepada BN, maka sewajarnya; komponen Pakatan Rakyat meneruskan kerjasama yang utuh bagi memastikan mesej keadilan dan kebajikan dapat disampaikan kesemua penduduk Sarawak.

Sementara itu, Tuan Haji Kiprawi Aman dalam ucapan aluannya, menyatakan pembukaan pejabat baru PAS Bintulu ini yang juga berperanan sebagai Pusat Khidmat Rakyat DUN Jepak/ Kemena/ Samalaju/ Tanjung Batu merupakan bukti kesungguhan PAS Kawasan Bintulu bagi membantu rakyat Sarawak khasnya di Bintulu. Tambahnya lagi, PAS Bintulu siap sedia meletakkan calon di DUN Bintulu, sama ada Jepak ataupun Samalaju, di samping membantu rakan-rakan daripada PKR dan DAP di DUN lain bagi memastikan kemenangan DAP di DUN Kidurong lalu dikekalkan dan menambah kerusi kemenangan baru bagi kesemua tiga kerusi yang lain. Semasa program perasmian itu juga, PAS Kawasan bintulu telah menyampaikan Sumbangan basikal UntukMu Sarawak kepada penerima Adik NorAsyikin, pelajar dari SK Assyakirin, Bintulu. – HARAKAHDAILY 6/1/2014

Sumber HD - 6-1-2014




















































"Program Back to school" ke rumah panjang

JOFRI JARAIEE | .


PROGRAM Back to school Untukmu Sarawak (BTSUMS) diteruskan lagi di kawasan pesisir Jalan Kuala Tatau dekat Dun Jepak, Bintulu.

Team UMS kali ini mengagihkan “BTS kit” kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah di beberapa buah rumah panjang yang memerlukan bantuan tersebut.

Rata-rata mereka begitu teruja kerana inilah kunjungan pertama seumpama itu yang memberi penekanan aspek kebajikan dan keperluan asas terutama sekali keperluan kembali ke sekolah. Kit BTS ini sedikit sebanyak melengkapkan keperluan tersebut sebelum musim persekolahan tiba.

Tinjaun semasa Team UMS juga mendapati keperluan elektrik di beberapa buah rumah panjang juga belum disambung walaupun rumah panjang tersebut terletak berdekatan dengan jalan utama pesisir ke Kuala Tatau.

Suasana ini amat memilukan apatah lagi ia adalah keperluan asas terutama sekali bagi anak-anak sekolah untuk mengulangkaji pelajaran.

Selain itu, jalan utama di laluan masuk ke rumah-rumah panjang masih tidak berturap.

UMS bertekad meneruskan misi bantuan kebajikan keperluan asas ini dan diharap pihak berwajib juga turun padang melihat sendiri keadaan rakyat dekat situ dan segera memberi keperluan asas dan infrastruktur kepada kawasan yang memerlukan.

Untuk keterangan lanjut tentang aktiviti dan perancangan kami, sila layari laman web di www.untukmusarawak.com atau like FB kami Untukmu Sarawak-PAS Sarawak Official. – HARAKAHDAILY 3/1/2014

Bantuan Kembali ke Sekolah di DUN Jepak

M AZWANI ABD RANI | .


BINTULU: PAS Kawasan Bintulu dan Team Untukmu Sarawak Zon Utara telah menjalankan program bantuan persekolahan "Kembali ke Sekolah 2014" di sekitar DUN Jepak bermula awal DIsember ini.

Jumlah penerima adalah seramai 220 pelajar Sekolah Rendah dan Menengah disekitar DUN Jepak termasuk Kuala Tatau, Kg Sebuan, Kg Sebiew, Sungai Nyigu dan Segan.

Barangan keperluan sekolah seperti alat tulis dan beg diedarkan ke setiap pelajar terpilih dan sambutan amatlah memberangsangkan. Sumbangan diharap dapat dijadikan program berkala setiap tahun bagi meringankan beban keluarga yang kebanyakkannya berkerja sendiri melalui pertanian dan buruh kasar.

Ada antara ibu bapa yang ditemui menyatakan kesyukuran dan terima kasih kepada PAS Kawasan Bintulu serta Team Untukmu Sarawak atas sumbangan diberikan.

Mereka menyatakan ini kali pertama mereka menerima bantuan sebegini dan tidak pernah menerima sebarang bentuk bantuan persekolahan daripada mana-mana pihak.

Terdapat juga beberapa rumah panjang mengeluh; selain dari tidak mendapat peruntukan bantuan yang setimpal, kemudahan air dan elektrik masih amat menyedihkan. Beberapa penduduk ditemui, memberitahu rombongan PAS Kawasan, beberapa janji kerajaan Barisan Nasional untuk menyambung meter bagi bekalan elektrik bermula sebelum pilihan raya negeri 2011 dan PRU 2013 masih tidak dilaksanakan. Meter masih belum dipasang dan bekalan air masih menggunakan air hujan dan sungai.

Insyaa-Allah komitmen PAS Kawasan Bintulu akan berusaha sedaya upaya membantu menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan dan amat berharap pihak bertanggungjawab khasnya Yang Berhormat memastikan janji untuk menyediakan kemuadahan asas elektrik dan air di Rumah panjang sekitar DUN jepak ini dilaksanakan segera.

Kepada penderma budiman bolehlah menyalurkan bantuan melalui PAS Kawasan Bintulu - Bank Islam Account 11031010021654, Bendahari Faiz 019-7551332. Untuk keterangan lanjut, layari laman web kami di www.untukmusarawak.comatau LIKE Facebooke Page kami: Untukmu Sarawak-PAS Sarawak Official. – HARAKAHDAILY 23/12/2014

sUMBER hd - 23-12-2014





















































Setiap daerah luar bandar sarawak perlu ada balai bomba

JOFRI JARAIEE | .


MIRI: Pada petang sabtu minggu lepas kira-kira jam 1 petang empat buah rumah di Kampung Masjid Sepupok Niah musnah sama sekali dalam kebakaran yang mengakibatkan 15 penduduk hilang tempat tinggal serta kerugian harta benda. Namun tiada kemalangan jiwa dan tiada sebarang kecederaan serius dilaporkan dalam insiden yang mengejutkan penduduk kampung berkenaan.

Dua jentera bomba dari Miri dan Lopeng membawa 15 anggota bomba bergegas ke tempat kejadian, kira-kira 100km dari Miri, selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira 1.16 petang. Turut membantu mengawal dan memadamkan api ialah lima anggota RELA. Api berjaya dikawal pada jam 1.50 dan bomba berjaya memadamkan sepenuhnya kebakaran pada jam 4.05 petang.

Masalah kesukaran jentera bomba untuk sampai ke tempat kejadian telah menyebabkan banyak harta benda musnah dalam kejadian kebakaran dalam daerah Niah dan juga di kawasan luar bandar di Sarawak. Perkara ini pernah dibangkitkan kepada pihak berkuasa yang berkaitan agar sebuah balai bomba dibina di daerah Niah tetapi sehingga kini belum ada tanda-tanda ianya akan dibina dalam masa yang terdekat.

Antara faktor utama yang menyebabkan jentera bomba sukar untuk sampai ke tempat kejadian pada masa yang tepat adalah disebabkan ianya terlalu jauh serta mengambil masa perjalanan yang panjang untuk sampai ke tempat kejadian.

Pihak kerajaan perlu menyediakan kemudahan asas serta pusat khidmat masyarakat dalam sesebuah kampung atau kawasan penempatan bagi kegunaan masyarakat setempat ketika berlaku kecemasan. Balai Bomba, balai Polis dan hospital atau klinik kesihatan amat penting untuk membantu masyarakat setempat yang memerlukan bantuan kecemasan.

Balai bomba amat penting dibina di setiap daerah atau kawasan luar bandar di Sarawak memandangkan jarak perjalanan dan kesukaran jentera bomba dari bandar untuk sampai dan masuk ke kawasan kampung dan rumah panjang dengan segera amat diperlukan. Seperti kes kebakaran yang berlaku di Niah baru-baru ini, jarak perjalanan dari bandaraya Miri ke pekan Niah mengambil masa lebih dari satu jam sudah tentu mereka tidak dapat membuat apa-apa selain hanya memadamkan sisa-sisa kebakaran yang sudah musnah dijilat api.

Kita mengesa pihak kerajaan perlu segera memberi kemudahan asas serta membina infrastruktur di luar bandar untuk mengurangkan masalah kelewatan dalam memberi bantuan kecemasan kepada penduduk kampung atau penduduk yang tinggal di rumah panjang yang memerlukan bantuan kecemasan. Kebanyakan kes kebakaran yang tidak dapat diselamatkan berlaku di kawasan Niah dan sekitarnya disebabkan tiada balai bomba. Pili bomba serta alat pemadam api juga perlu disediakan di kawasan perumahan sebagai pencegahan awal untuk memadam api dari merebak.

Sekurang-kurangnya dengan adanya balai bomba di Niah ia dapat memberi bantuan kecemasan serta sampai ke tempat kejadian dengan cepat untuk mengurangkan kerugian yang besar berlaku keatas mangsa.

Pihak bomba juga boleh memberi penerangan serta latihan kepada setiap warga masyarakat tahu tentang pencegahan dan keselamatan kebakaran khususnya di rumah. Dengan mengadakan kempen-kempen kesedaran keselamatan kebakaran kepada penduduk luar bandar bagaimana cara menyelamatkan diri sendiri dan mengawal api dari merebak. Kerjasama dengan pihak yang berkaitan untuk mengatasi masalah kebakaran sering berlaku di kawasan luar bandar yang boleh mengancam nyawa dan harta ini amat dihargai. – HARAKAHDAILY 18/12/2014

SUMBER HD - 18-12-2014




















































Terminal Bas Tudan jadi projek gajah putih?

JOFRI JARAIEE | .

MIRI: Terminal Bas Tudan dalam kawasan Senadin yang sudah lama dibina dan menelan belanja jutaan ringgit sehingga kini masih belum beroperasi sepenuhnya. Ia sudah jadi projek gajah putih dan membazirkan wang pembayar cukai.

Tujuan utama terminal itu sepatutnya berfungsi sebagai hentian sementara untuk bas ekspres interlokal daripada Sabah dan Brunei. Kawasannya agak jauh dari pusat bandar lantas menyebabkan penumpang tidak ramai menggunakan perkhidmatan bas ekspres ke terminal itu. Mungkin juga kawasan Terminal Bas Tudan tidak memberi kemudahan untuk orang ramai singgah ke pusat bandar dan jauh dari tempat kediaman menyebabkan ia mendapat kurang sambutan orang ramai.

Antara lain mungkin juga disebabkan ramai pengusaha bas ekspres di negeri akan menghentikan operasi tidak lama lagi sekiranya kerajaan tidak campur tangan untuk membantu mereka dalam menghadapi kegawatan ekonomi dan persaingan sengit.

Seperti yang dilaporkan dalam akhbar tempatan, Pengurus Besar Miri Transport Company Sdn Bhd, Yeo Yow Shun berkata mereka dan lain-lain pengusaha telah mengalami penurunan sebanyak 20 hingga 25 peratus dalam jumlah penumpang dan jika ini berpanjangan mereka perlu “menutup kedai”.

"Kami akan menghadapi nasib yang sama sebagai pengusaha bas berhenti-henti, jika kerajaan tidak campur tangan untuk membantu dengan meningkatkan subsidi diesel dan kuota," katanya.

Miri Transport Company Sdn Bhd terpaksa menarik diri daripada enam laluannya pada awal tahun ini. Dua pengusaha bas adalah Miri Belait Transport dan Miri City Bus.

Masalah pengangkutan di bandaraya Miri juga semakin teruk disebabkan kurang penumpang dan banyak tempat laluan operasi telah dihentikan. Akibat mengalami kerugian dari penurunan muatan penumpang dan peningkatan kos operasi telah menyebabkan mereka menamatkan perkhidmatan bas di sepanjang laluan untuk Maktab Perguruan Sarawak (11), Riam-Lapangan Terbang (22, 28), Lambir (24), Pujut Corner / Hospital (33A, 20), Piasau Link / Piasau Garden / Piasau Utara (42) dan Krokop (44).

Kami mengesa pihak pengusaha bas boleh meneruskan perkhidmatan pengangkutan awam dengan menggunakan bas mini sebagai ganti untuk memenuhi pemintaan pengguna yang masih memerlukan pengangkutan awam dalam kawasan perumahan yang tiada perkhidmatan pengangkutan awam.

Walaupun satu cadangan telah diutarakan untuk menubuhkan pasar lambak baru di Terminal Bas Tudan bagi menempatkan sementara waktu sekumpulan penjaja yang telah berdagang secara haram di E-mart dan kawasan Senadin namun ia mendapat kurang sambutan orang ramai.

Juga dicadangkan bagi penduduk yang tinggal di bahagian utara bandar berikutan kejayaan pasar lambak yang pertama di perkarangan tempat letak kereta pusat sivik di sini setiap hari Ahad tapi masih tidak menarik perhatian orang ramai.

Oleh sebab masalah pengangkutan awam di Miri juga semakin gawat, maka pihak kerajaan sepatutnya menggunakan bas terminal itu sebagai kawasan perhentian bas ekspres interlokal dengan membina infrastruktur bagi memudahkan penumpang singgah untuk makan, solat, membeli buah-buahan, kraftangan dan barangan buatan tempatan sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing. Mungkin ini akan menarik pelancong dari dalam dan luar negara untuk menikmati cita rasa makanan tempatan apabila mereka singgah sementara sebelum meneruskan perjalanan.

Ini secara tidak langsung boleh memberi sumber pendapatan kepada penduduk setempat daripada terus membiarkan terminal bas itu terbiar begitu saja. Dengan caj yang murah serta berpatutan sudah pasti ramai yang akan menjual barang dagangan mereka di situ.

Kami mengesa pihak berkuasa tempatan mengkaji semula tujuan sebenar pembinaan Terminal Bas Tudan itu agar ia boleh memberi manfaat kepada pengguna dan juga penduduk di sekitar kawasan Tudan dan Senadin. Kita tidak mahu ia terbiar begitu saja dan menjadi projek gajah putih yang hanya merugikan wang pembayar cukai. – HARAKAHDAILY 12/12/2014

Sumber HD - 12-12-2014




















































Kebanjiran pekerja asing ancam penduduk tempatan

JOFRI JARAIEE PAS SARAWAK | .
Baru-baru ini Malaysia dan Bangladesh telah bersedia untuk meningkatkan lagi hubungan dua hala ke tahap lebih tinggi dengan perjanjian yang ditandatangani dalam empat bidang kerjasama.

Antara bidang kerjasama berkenaan ialah mengenai pengecualian visa untuk pegawai dan pemegang pasport diplomatik, dua memorandum persefahaman (MoU) dalam bidang kebudayaan dan pelancongan, serta protokol untuk memudahkan pengambilan pekerja Bangladesh di Sarawak.

Dalam sidang itu Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak berkata protokol untuk memudahkan pengambilan pekerja Bangladesh itu akan melihat penambahan 12,000 pekerja negara berkenaan tiba di Sarawak pada awal tahun hadapan untuk menampung keperluan 62,000 pekerja yang diperlukan bagi sektor peladangan.

Kata beliau: Sekiranya mereka dapat menyesuaikan diri, maka boleh pertimbangkan penambahan pekerja-pekerja Bangladesh pada masa akan datang. Menurut Perdana Menteri pada masa ini, terdapat kira-kira 299,000 pekerja Bangladesh secara sah, khususnya dalam sektor pembinaan dan pembuatan di Malaysia.

Mengapa perlu mengambil terlalu ramai pekerja asing masuk ke Sarawak pada tahun hadapan? Sekiranya terlalu ramai pekerja asing datang dan bekerja dalam sektor perladangan dan pembinaan maka penduduk tempatan akan sukar untuk mendapatkan kerja dalam bidang tersebut.

Walaupun tujuan kerajaan untuk mengambil pekerja asing sebagai memenuhi keperluan pekerjaan dalam sektor peladangan, sektor pembinaan dan pembuatan tapi penduduk tempatan juga perlu diberi peluang yang sama dengan memberi sedikit kelebihan agar penduduk tempatan berminat untuk bekerja dalam sektor tersebut.

Kalau terlalu ramai pekerja asing bekerja dalam sektor tersebut, ini secara tidak langsung boleh mengancam pendapatan penduduk tempatan sebab apabila ramai pekerja asing menguasai dalam sektor tersebut lama-kelamaan penduduk tempatan akan terpinggir dan juga sukar mendapatkan pekerjaan.

Bukan saja dalam sektor peladangan dan pembinaan bahkan terdapat juga pekerja asing yang datang ke negara ini mengambil kesempatan menjual barangan mereka secara terbuka sehingga menjejaskan peniagaan penduduk tempatan.

Kami juga menerima aduan dari penduduk tempatan yang tidak mahu namanya disebut mengatakan ada pekerja asing Muslim yang bekerja dengan non Muslim di restoran yang tidak memiliki sijil halal.

Menurut pengadu lagi, ada juga di antara mereka ini terpaksa bekerja di restoran dan kedai makanan yang tidak memiliki sijil halal dengan pakaian bertudung seolah-olah restoran tersebut memiliki sijil halal.

Perkara ini boleh mengelirukan umat Muslim yang hendak makan di restoran atau kedai makan tersebut sebab mereka mungkin menyangka yang restoran tersebut menyediakan makanan Islam. Kebanyakan umat Muslim yang makan di restoran tersebut datang dari luar disebabkan mereka menyangka pelayan Muslim yang bekerja di situ sudah pasti makanan yang dihidang adalah halal.

Kita harap perkara ini mendapat perhatian dari pihak berkuasa agar pekerja Muslim dari negara jiran tidak dipaksa bekerja di tempat kerja yang bercanggah dengan amalan agama masing-masing. Pihak berkuasa jangan memandang remeh masalah ini kerana ianya melibatkan akidah pekerja asing Muslim yang terpaksa mencari makan di negara ini.

Masalah sosial dan juga masalah penempatan pekerja asing akan menyebabkan sewa dan harga rumah akan meningkat naik tanpa kawalan sebab untuk menampung keperluan kebanjiran pekerja asing yang terlalu ramai datang ke negara ini.

Mungkin dari segi ekonomi yang ianya baik untuk merancakkan pembangunan negara tetapi apabila ianya tidak dikawal maka ianya boleh mengancam keselamatan negara.

Kita tidak mahu pekerja asing ini disalahgunakan oleh pihak tertentu untuk kepentingan pihak yang tidak bertanggungjawab seperti apa yang berlaku di Sabah di mana mereka ini digunakan untuk tujuan tertentu yang boleh mengancam keselamatan negara.

Kita menggesa pihak berkuasa sentiasa memantau pekerja asing yang datang ke negara ini agar ianya tidak menyalahgunakan permit mereka untuk bekerja di tempat yang bukan sepatutnya atau berniaga tanpa kebenaran dari pihak berkuasa tempatan.

Kerjasama dengan pihak berkuasa mengatasi masalah kebanjiran pekerja asing tanpa kawalan yang boleh mengancam penduduk tempatan dan keselamatan negara ini amat dihargai. - HARAKAHDAILY 6/12/2014

Sumber HD - 6-12-2014

Malaysia bawa masuk pekerja asing lagi?

HAMBALI AKRAM | .

KECOH isu pendatang asing di Cameron Highlands masih belum kebah, tiba-tiba Malaysia dan Bangladesh menandatangani suatu memorandum persefahaman (MoU) semalam bagi membawa masuk 12,000 pekerja Bangladesh ke Sarawak.

Menurut Perdana Menteri, sektor perladangan di Sarawak kini memerlukan 60,000 pekerja dan keperluan itu akan dipenuhi secara berperingkat.

Bagi saya, tidak perlulah ada memorandum baru. Jumlah pekerja asing di negara kita juga sudah terlalu banyak sehingga menyekat peluang kerja warga negara sendiri.

Saya mencadangkan agar mana-mana PATI yang ditahan khususnya dari Bangladesh diberi pilihan sama ada dihantar pulang atau dihantar bekerja di sektor perladangan di Sarawak. Sudah tentu tidak banyak beza kerja di ladang di Cameron Highland dengan Sarawak.

Jika ini dapat dilakukan, kerajaan dapat menjimatkan kos untuk menanggung makan minum dan sebagainya PATI di pusat tahanan.

Yang membimbangkan saya ialah di sebalik operasi penahanan PATI ini hanyalah “wayang” kepada isu lain. Hal ini kerana, ketika operasi menagkap PATI, kita mengadakan perjanjian baru untuk membawa pekerja asing masuk. Jadikan sahaja PATI itu sebagai pekerja yang sah dan tidak perlu lagi apa-apa perjanjian baru. – HARAKAHDAILY 4/12/2014

Sumber HD - 4-12-2014




















































Banjir kilat: PAS Bintulu gesa k'jaan serius

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: PAS Kawasan Bintulu menggesa pihak kerajaan agar serias dalam menangani masalah banjir kilat yang sering kali berlaku di kawasan itu.

Yang Dipertua PAS Bintulu, Ir Mohd Azwani Abdul Rani berkata, kejadian terbaru minggu lalu dibeberapa kawasan sekitar RPR Sebiew dan Kampung Kamunting benar-benar mengecewakan penduduk.

"Dengan musim hujan akhir tahun kian menghampiri, penduduk amat bimbang dengan kejadian sebegini berulang lagi," katanya sambil menambah kerajaan perlu segera menangani masalah ini.

Dalam pada itu beliau turut merakamkan penghargaan kepada ahli Parlimen Bintulu Tiong King Sing, yang terus mendesak pihak berwajib menangani masalah itu.

Tiong dalam perbahasannya di Dewan Rakyat minggu lalu menyifatkan kerajaan pusat sebagai 'kong kali kong' kerana sehingga sekarang masih tidak serius menyelesaikan masalah itu.

Beliau berkata, tindakan kerajaan yang hanya berjanji apabila tiba pilihan raya, dan tidak menunaikannya selepas menang, hanya memberi 'peluru' kepada pembangkang.

Beliau juga berkata, tidak tahan lagi dimaki oleh penduduk yang marah dengan sikap kerajaan yang lembab dalam menangani masalah itu.

Sementara itu, PAS Bintulu juga memohon jasabaik para penderma budiman untuk membantu adik Ainul Hayat Mohammad yang menghidap penyakit buah pinggang.

Beliau kini terpaksa mendpatkan rawatan susulan sejak lebih 5 tahun dan terpaksa berulang alik dari rumahnya di Kg Jepak, Bintulu dan mengikut rekod dia juga terpaksa melalui proses rawatan di Hospital Umum Kuching.
"Keadaan ibubapanya yang bekerja sendiri dan terpaksa menemani budak ini sewaktu menerima rawatan amatlah menghibakan," kata Mohd Azwani.

Kepada yang berhajat membantu boleh hubungi ayah beliau Mohamad Junis di talian 013-8314124.

Sumbangan juga boleh disalurkan ke PAS Kawasan Bintulu - Bank Islam di nombor akaun 11031010021654 dan boleh hubungi Bendahari PAS Kawasan Bintulu, Wan Faiz di talian 019-5511332.-HARAKAHDAILY 15/11/2014

Sumber HD - 15-11-2014

Kampung tanpa wayar: Indah khabar dari rupa

JOFRI JARAIEE | .

MIRI: Inisiatif Kampung Tanpa Wayar yang bermula sejak 2010, dibangunkan kerajaan bagi menyediakan kemudahan perkhidmatan akses Internet tanpa wayar secara kolektif kepada masyarakat di kampung, terutama penerima netbook 1Malaysia di beberapa kawasan yang kurang liputan perkhidmatan terpilih.


Usaha kerajaan bagi menyediakan kemudahan perkhidmatan akses Internet tanpa wayar dalam kalangan penduduk luar bandar dengan bandar adalah usaha yang baik untuk rakyat, namun pelaksanaannya kurang memuaskan kerana ianya tidak mampu menyelenggarakan kemudahan itu dengan baik.

Antara kampung yang terpilih dalam projek Kampung Tanpa Wayar adalah Kampung Luak, tapi masalahnya perkhidmatan akses Internet tanpa wayar agak terhad dan juga kurang memuaskan.

Bukan semua penduduk kampung dapat menggunakan perkhidmatan akses Internet tanpa wayar walaupun terteranya papan tanda di kawasan itu seolah-olah menunjukkan penduduk di sana tidak terlepas pandang oleh kerajaan dari menerima kemudahan secara percuma ini, sedangkan kemudahan itu langsung tidak boleh dinikmati rakyat sepenuhnya.

Papan tanda Kampung Tanpa Wayar itu seolah-olah memberi gambaran yang seluruh penduduk kampung boleh mendapat kemudahan itu tetapi sebenarnya isyarat gelombang Wi-Fi hanya boleh diterima kira-kira seluas 250 meter dari pusat pemancar yang di pasang dalam kawasan tersebut.

Kawasan Kampung Luak yang agar luas itu mana mungkin semua penduduk dapat menerima isyarat gelombang Wi-Fi yang terletak jauh dari tempat kediaman mereka.

Isyarat gelombang Wi-Fi juga lemah dan tidak begitu kuat. Kebiasaannya, jarak liputan KTW1M (Kampung Tanpa Wayar 1Malaysia) adalah terhad kepada 250 meter dari ‘hotspot’. Mungkin ramai pengguna tidak dapat menikmati perkhidmatan KTW1M dan mereka lebih selesa menggunakan internet persendirian secara talian yang lebih baik daripada menggunakan KTW1M yang tidak begitu berfungsi sepenuhnya.

Hasrat kerajaan untuk memberi kemudahan kepada pengguna secara percuma atau dengan kos yang minimum terutama kepada rakyat yang memerlukan perkhidmatan akses Internet tanpa wayar tidak mencapai tujuan sebenar serta ia hanya memberi keuntungan kepada pihak-pihak tertentu yang mendapat projek yang menelan belanja berjuta-juta ringgit tersebut.

Kami mengesa pihak kerajaan agar meluaskan lagi isyarat gelombang Wi-Fi dalam kampung itu supaya boleh dinikmati oleh seluruh penduduk kampung yang telah dipilih sebagai KTW1M. Tiada gunanya ada papan tanda KTW1M tetapi tidak berfungsi sepenuhnya. Kerjasama dengan pihak yang berkenaan untuk menaiktaraf serta meningkatkan perkhidmatan Wi-Fi di kawasan yang terbabit amat dihargai. – HARAKAHDAILY 13/11/2014

Sumber HD - 13-11-2014




















































Rang undang-undang tambah Adun Sarawak lulus

BERNAMA | .

KUCHING: Kedudukan Sarawak sebagai negeri mempunyai paling banyak kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) di negara ini diperkukuhkan lagi apabila rang undang-undang untuk menambah jumlah anggota Dun diluluskan hari ini.

Semasa membentangkan Rang Undang-Undang Dewan Undangan Negeri (Komposisi Keanggotaan) 2014 pada sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini, Menteri Perumahan dan Pelancongan negeri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata rang undang itu bertujuan menambah jumlah anggota Dun daripada 71 ketika ini kepada 82.

Beliau berkata pertambahan itu pada prinsipnya disebabkan peningkatan populasi yang boleh mengundi, berikutan kepesatan pembangunan dan aktiviti ekonomi di negeri ini sejak semakan semula kawasan pilihan raya pada 2005.

"Dari segi perlembagaan, kawasan pilihan raya disemak selang tidak kurang lapan tahun," katanya.

Beliau berkata sebaik sahaja rang undang-undang itu diluluskan, ordinan baharu akan dikuatkuasakan pada tarikh yang akan ditetapkan Yang Dipertua Negeri, sebelum pilihan raya negeri akan datang.

Abang Johari berkata pertambahan itu mencerminkan kadar peningkatan jumlah pengundi di negeri ini.

Beliau berkata 82 kawasan Dun adalah jumlah munasabah dari segi menyediakan perwakilan demokrasi yang mencukupi dan efektif untuk rakyat.

Menurutnya, Sarawak hanya mempunyai 48 kawasan Dun sebelum pilihan raya langsung pertamanya pada 1969 dan meningkat kepada 56 pada 1985, 62 (1985) dan 71 (2005). - Bernama

Sumber HD - 11-11-2014

Guan Eng tutup mata, telinga tindakan DAP Sarawak

ANDRI ZULKARNAEN | .




Penulis berdiri di belakang sebelah kiri sekali bersama pemimpin PAS Sarawak dan PKR semasa mesyuarat PR Sarawak baru-baru ini. Pemimpin DAP dijemput tetapi tidak hadir.


BERUCAP dalam konvensyen Tahunan DAP Wilayah Persekutuan pada 2 November yang lepas, seperti mana yang dirakam oleh KiniTV,Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyifatkan dalam PR, ada parti yang ‘cakap tak serupa bikin’. Menurut beliau lagi parti itu bukan sahaja tidak menunaikan janji malah tidak menunjukkan komitmen kepada Pakatan.

Walaupun Guan Eng tidak menyebut nama parti itu namun yang jelas dan nyata sindiran itu merujuk kepada PAS berhubung krisis Menteri Besar Selangor baru-baru ini.

Apa yang lebih menarik intipati ucapan beliau ialah beliau dengan tegas berkata mana-mana pihak yang ingin bekerjasama dengan DAP perlu memiliki prinsip dan amalan yang sama dengan parti itu. Malah katanya lagi DAP berjuang kerana prinsip dan tidak takut berjuang bersendirian kalau perlu.

Teguran Guan Eng tidak terhenti di situ, beliau mengulangi ucapannya di Majlis Fund-Raising Dinner DAP Petaling Jaya keesokan harinya di Kelana Jaya, kali ini terang-terangan menyebut nama PAS dan lebih ditujukan kepada Presiden PAS.

Saya menjadi terkaku kehairanan bila mendengar ucapan berapi Guan Eng ini yang juga merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang. Saya juga terfikir adakah beliau sebagai Ketua Menteri dan Setiausaha Agung DAP kini tinggal dan berkelana di luar negara.

Ucapan serta pendirian yang dinyatakan oleh Guan Eng amat mengelirukan sebenarnya. Hairan pun ada di hati saya dengan kata-kata yang keluar dari mulutnya. Mungkin juga beliau jenis spesies yang tidak boleh mendapat mikrofon terus berucap mengikut selera atau syok sendiri.

Adakah Guan Eng sedar atau tidak akan tindakan buruk yang telah dilakukan oleh DAP Sarawak sehingga menimbulkan kemelut dalam PR Sarawak?

Tindakan memutuskan segala hubungan komunikasi bukan sahaja dengan PAS Sarawak malah dengan PKR yang kononnya tidak bersama mereka mendesak PAS Sarawak menyatakan pendirian mengenai isu hudud di Sarawak, bukan setakat itu sahaja, alasan yang diberi oleh DAP Sarawak bahawa mereka tidak setuju dan menentang pelaksanaan enakmen hudud di Kelantan yang boleh menjejaskan kerusi sedia ada mereka dan peluang mereka untuk mencapai kemenangan pada Pilihan raya Negeri (PRN) Sarawak akan datang.

DAP Sarawak seperti mana dalam kenyataan baru-baru ini berkata mereka masih kekal dalam gabungan Pakatan Rakyat, namun tindakan yang diambil oleh mereka memboikot semua program melibatkan PR Sarawak sehingga ke hari ini amat menghairankan.

Apakah ertinya memboikot program tetapi masih kekal dalam Pakatan? Pelik sungguh tingkah laku serta tindakannya. Kalau sudah boikot semua program PR serta sudah mencemuh rakan dalam Pakatan adalah lebih baik keluar sahaja secara terhormat dari Pakatan.

Pengerusi DAP Sarawak YB Chong Chieng Jen dalam kenyataan medianya berkata DAP Sarawak bersikap tunggu dan lihat sementara menunggu pemilihan kepimpinan PAS yang bakal diadakan tahun depan. Sekiranya kepimpinan PAS yang baru masih didukung oleh pemimpin yang menyokong hudud maka mereka akan bertindak menarik diri dari PR. Tindakan DAP Sarawak ini adalah keterlaluan dan cuba mencampuri urusan dalam dan mempengaruhi pemilihan kepimpinan PAS.

Mengapa Guan Eng tidak menyatakan pendirian DAP Pusat ke atas tindakan melampau DAP Sarawak dalam Pakatan Rakyat yang ternyata jelas tidak menunjukkan komitmen kepada Pakatan.

Adakah tindakan DAP Sarawak itu adalah contoh prinsip dan amalan DAP yang dimaksudkan oleh Guan Eng? Guan Eng harus sedar bahawa langkah yang diambil oleh DAP Sarawak ini boleh menjejaskan persiapan PRN rakan-rakan dalam PR. Guan Eng juga seharusnya mencerminkan DAP itu sendiri terlebih dahulu sebelum membuat segala macam kenyataan yang boleh memburukkan keadaan.

Alangkah baiknya Guan Eng segera menyelesaikannya isu DAP Sarawak ini dari menanggung "biawak hidup" kepada rakan-rakan dalam PR Sarawak. Kenyataan Guan Eng ini seperti tulisan saya yang lalu umpama "meludah ke langit terkena muka sendiri".

Yang pasti DAP Sarawak hanya berminat untuk menang dan tiada sedikit pun di hati sanubari mempunyai perasaan setiakawan dalam PR. Jangan-jangan apa yang dikatakan dan dicemuh oleh pemimpin dan macai BN terhadap DAP benar belaka.

Adakah DAP sedar yang mereka sekarang jadi alat atau wakil kepada suara Gerakan, MCA dan SUPP dalam usaha menentang PAS? Adakah DAP Sarawak hendak menggantikan SUPP setelah mereka berjaya menumbang SUPP dan seterusnya menjadi mesra BN Sarawak satu hari nanti setelah SUPP terendam dalam politik Sarawak?

Sedarkah DAP Sarawak bahawa mereka sebenarnya telah terperangkap dalam jerat parti kompenan BN apabila mereka secara tidak sedar telah menjadi alat SUPP? SUPP telah berjaya memecahkan perpaduan dalam PR Sarawak. Matlamat SUPP hanya ingin melihat DAP Sarawak keluar dari PR dan usaha mereka hampir berjaya. Sekarang terserah kepada DAP Sarawak untuk memikirkan masa depan parti mereka.

Penulis adalah Ketua Penerangan PAS Sarawak yang juga anggota Majlis Pakatan Rakyat Sarawak.

Sumber HD - 7-11-2014




















































Ke mana pergi peruntukan membina masjid baru Senadin

HARAKAHDAILY | .



Surau Abu Bakar As-Siddiq, Desa Senadin.
MIRI: Masjid baru Senadin yang dirancang dalam kawasan perumahan Senadin sejak beberapa tahun yang lalu sehingga kini masih belum ada sebarang perkembangan.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Sarawak, Jofri Jaraiee berkata, penduduk Muslim di Senadin memohon agar pihak kerajaan segera membina masjid dalam kawasan perumahan mereka.

Menurutnya, setelah sekian lama mereka menunggu pembinaan masjid baru Senadin sehingga kini belum ada sebarang tanda yang masjid baru Senadin dibina di tapak yang dirancangkan.

Katanya, ramai yang masih tertanya-tanya kemana perginya duit sumbangan dan derma orang ramai yang sudah lama dikutip tetapi hasilnya tiada.

"Sepatutnya hasil kutipan dan sumbangan orang ramai telah digunakan untuk pembinaan masjid baru Senadin," ujarnya yang juga Yang Dipertua PAS Miri.

Katanya, persoalan orang ramai ialah kemana peruntukan untuk pembinaan masjid baru telah digunakan.

Menurut beliau lagi, pihak yang bertanggungjawab dalam urusan pembinaan masjid juga tidak memberi sebarang tindak balas terhadap pembinaan masjid baru Senadin.

Kata beliau, kepadatan penduduk Muslim di Senadin dan juga pelajar Muslim yang belajar di Curtin universiti juga terpaksa pergi jauh dari tempat kediaman mereka untuk menunaikan solat fardu Jumaat.

Walaupun ada surau di kawasan perumahan Senadin tetapi ianya terlalu kecil untuk memuatkan jamaah yang terlalu ramai, ujarnya.

Justeru, kata beliau penduduk Muslim Senadin memerlukan seorang wakil Muslim untuk menyuarakan masalah mereka terutama yang berkaitan dengan hal ehwal Islam.

Beliau menambah, bajet tahun lalu pun masih belum digunakan sepenuhnya untuk membantu pembinaan rumah ibadat sehingga kini masalah pembinaan masjid baru belum bermula dan bila agaknya masalah itu akan berakhir.

"Kami menggesa pihak berkuasa segera membina masjid baru Senadin yang sudah sekian lama tergendala.

"Kami juga ingin mengetahui ke mana perginya peruntukan untuk pembinaan masjid baru Senadin dan apa statusnya sekarang," ujar beliau.

Katanya, sekurang-kurang tapak pembinaan sudah ada dan proses pembinaan sepatutnya sudah bermula, jangan tunggu musim pilihanraya barulah nampak pihak berkuasa datang melawat tapak yang sehingga kini jadi mistri.

"Kita menggesa pihak yang diamanahkan untuk membina masjid baru Senadin segera mengeluarkan kenyataan tentang jumlah hasil kutipan dan kos pembinaan serta bila pembinaan masjid baru itu dapat dimulakan," katanya.

Jofri berkata, kerjasama dengan semua pihak yang berkaitan dalam projek pembinaan masjid baru Senadin amat dihargai agar segera menunaikan hajat penduduk Muslim di kawasan perumahan Senadin menjadi kenyataan. - HARAKAHDAILY 6/11/2014

Sumber HD - 6-11-2014

UntukMu Sarawak: Projek kebajikan PAS negeri

HARAKAHDAILY | .




KUCHING: PAS Sarawak terus komited melalui program UntukMu Sarawak (UMS) di mana pengagihan beberapa unit basikal kepada penerima yang layak telah berjaya diagihkan di Dun Beting Maro dan Sebuyau.

Agihan tersebut telah diketuai oleh Project Team UMS Wilayah Selatan dan disertai oleh rombongan daripada Jabatan Pilihanraya Pemuda PAS Pusat.

Penerima bantuan basikal ialah Dayang Rafithah Awang Idrus dan Muhd Fathi Asym Hayatullah Abdullah dari Beting Maro sementara Dyana anak Jimmy Star di Sebuyau.

"Agihan seterusnya akan diberikan ke Dun Sadong Jaya dan Dun Tupong," kata Pengurus Projek UMS Wilayah Selatan, Syamsul Bahri.

Katanya, keperluan basikal bagi penerima yang layak itu amat penting untuk memudahkan mereka ke sekolah bagi terus berusaha menuntut ilmu dan sekali gus pemangkin semangat untuk berjaya.

"Kita mahu rakyat Sarawak mendapat pendidikan yang baik walaupun wakil rakyat yang berkenaan tidak mengendahkan kesusahan anak-anak ini dan UMS tampil untuk memberi bantuan keperluan asas kepada mereka yang memerlukan," ujarnya.

Beliau berkata, PAS Sarawak akan konsisten untuk meneruskan khidmat kebajikannya untuk rakyat melalui projek-projek Untukmu Sarawak. - HARAKAHDAILY 3/11/2014

Sumber HD - 3-11-2014




















































Bajet 2014 belum guna untuk lapangan terbang Miri?

JOFRI JARAIEE PAS SARAWAK | .


BAJET 2014 yang lalu seperti menaik taraf lapangan terbang di Kota Kinabalu, Sandakan, Miri, Sibu dan Mukah dengan peruntukan RM312 juta masih belum digunakan sepenuhnya terutama di Miri.

Lapangan terbang Miri masih belum ada banyak perubahan yang sepatutnya dinaik taraf sebagai lapangan terbang antarabangsa dengan diberi kemudahan yang setaraf dengan standard lapangan antarabangsa.

Antara masalah yang perlu diberi perhatian oleh pihak pentadbiran lapangan terbang Miri ialah memudahkan penumpang tempatan untuk masuk tanpa perlu melalui pemeriksaan imigresen.

Sepatutnya pihak lapangan terbang Miri memberi kemudahan dan lorong khas untuk penumpang tempatan yang balik dari Kuala Lumpur atau dari luar Sarawak untuk memudahkan pemeriksaan MyKad tanpa perlu beratur panjang bersama penumpang yang bukan penduduk tempatan.

Dengan adanya lorong khas untuk penumpang tempatan akan memudahkan proses pemeriksaan tanpa perlu beratur terlalu panjang sehingga menyusahkan penumpang yang membawa keluarga yang ramai terutama yang mempunyai anak-anak kecil dan juga warga tua.

Pihak pentadbiran lapangan terbang Miri dan juga pihak Imigresen sepatutnya menaikkan taraf sistem pemeriksaan penumpang dengan menggunakan sistem yang lebih canggih lagi memandangkan peruntukan untuk lapangan terbang Miri masih belum digunakan sepenuhnya.

Standard keselamatan dan kecekapan yang perlu dipatuhi oleh pemilik lapangan terbang dan/atau pengendali diletakkan sebagai Piawaian dan Amalan Disyorkan [SARPS] Lampiran 14 kepada Konvensyen tentang Penerbangan Awam Antarabangsa dan Arahan Aerodrome diterbitkan oleh Jabatan Penerbangan Awam.

Peranan utama Bahagian Piawaian Lapangan Terbang adalah untuk mengatur aktiviti lapangan terbang dalam memastikan keselamatan dan kecekapan operasi untuk keselamatan awam di kawasan aerodrom.

Di antara nasihat dari operasi lapangan terbang @ Aerodrome adalah untuk memberikan panduan dan nasihat tentang perkara-perkara operasi lapangan terbang selaras dengan piawaian antarabangsa dan amalan yang disyorkan, dan keperluan keselamatan yang lain.

Kita menggesa agar pihak kerajaan segera menaikkan taraf lapangan terbang Miri menjadi lapangan terbang antarabangsa selaras dengan piawaian antarabangsa seperti yang disyorkan oleh Jabatan Penerbangan Awam (JPA).

Peruntukan Bajet 2014 yang lalu sepatutnya digunakan sepenuhnya untuk menaik taraf lapangan terbang Miri agar bandaraya Miri menjadi antara sebuah pusat pelancongan bertaraf antarabangsa di utara Sarawak.

Kita berharap perkara ini mendapat perhatian yang sewajar dari pihak kerajaan kerana lapangan terbang Miri masih lagi kekurangan dari segi kemudahan asas yang setaraf dengan standard lapangan terbang antarabangsa.

Kerjasama dengan pihak yang berkenaan untuk menaikkan taraf lapangan terbang Miri amat dihargai. - HARAKAHDAILY 19/10/2014

Sumber HD - 19-10-2014




















































Kaji semula cara pengagihan BR1M di Sarawak

JOFRI JARAIEE | .
PAS Sarawak telah menerima aduan daripada penduduk di Baram yang menghadapi kesukaran untuk mengambil BR1M kerana perjalanan yang panjang dan lokasi yang tidak begitu strategik. Salah seorang penduduk Baram yang tidak mahu namanya disebut mengatakan masalah ini kepada pihak kami. Katanya ada antara mereka tidak dapat mengambil BR1M seperti tahun sebelumnya disebabkan lokasi sudah berubah dan jauh dari tempat tinggal mereka. Kebanyakannya mereka ini adalah orang-orang tua yang miskin dan tidak mempunyai duit untuk menanggung perbelanjaan serta tambang pengangkutan untuk ke lokasi yang telah ditetapkan.


Menurutnya lagi, sistem pengagihan berdasarkan lokasi perlu dikaji semula pada masa hadapan agar memudahkan penduduk dari jauh sampai ke pusat pengagihan pada waktu yang telah ditetapkan dengan cara memberi notis lebih awal dan lokasi yang telah ditetapkan agar mereka tidak perlu berulang alik sekiranya nama mereka tidak ada dalam senarai di lokasi tersebut.

Bagi kes golongan miskin di Ulu Baram yang telah dikenal pasti untuk mendapat BR1M ini, majoriti daripada mereka tidak mampu untuk datang ke Miri dan kemudian mereka terpaksa pula menempuh jarak perjalanan tambahan untuk pergi ke Marudi semata-mata untuk mengambil wang mereka.

Ini semuanya memerlukan kos pengangkutan dan memakan masa untuk sampai ke destinasi. Kos pengangkutan serta lain-lain pembelanjaan untuk sampai ke lokasi sebenarnya lebih tinggi daripada wang BR1M itu sendiri dan ini tidak ekonomi kepada mereka yang berkenaan. Majoriti penduduk kampung ini adalah orang-orang tua dan ada yang mempunyai masalah kesihatan yang sukar untuk menempuh perjalanan yang jauh serta menyakitkan.

Untuk meminta ahli keluarga atau saudara mereka mengambil bagi pihak mereka juga sangat menyusahkan kerana terpaksa melalui proses birokrasi yang berpanjangan. Untuk menjadikan perkara ini lebih teruk lagi apabila kebanyakan daripada mereka tidak mempunyai mana-mana akaun bank untuk mendepositkan wang jika mereka perlu memilih pilihan ini.

Berdasarkan kepada cara pengagihan BR1M kebelakangan ini kebanyakan mereka yang tidak dapat mengambil disebabkan tiada menerima notis atau susulan notis atau apa saja yang patut diberi oleh pihak berkuasa yang berkaitan untuk memaklumkan kepada mereka mengenainya.

Pada suatu ketika ia dihantar terus ke Long San dan semua orang gembira mengenainya kerana ia dalam jangkauan mereka. Ia tidak perlu terlalu sukar untuk melakukannya kerana anda hanya perlu mengikut alamat dalam Kad Pengenalan (MyKad) hanya cukup baik untuk mengenal pasti mereka yang tinggal di kawasan Baram.

Di sini PAS Sarawak, ingin mencadangkan bahawa bagi penduduk di Ulu Baram, sila hantar baucar mereka / tunai ke lokasi yang paling hampir dengan mereka, sebaik-baiknya di Long San atau hanya di Miri sendiri.

Oleh sebab kos bahan api sudah naik, bagi penduduk di pedalaman Baram untuk mendapatkan BR1M sebanyak 3 kali setahun sebanyak RM300 tidak berbaloi dengan kos pengangkutan mereka untuk ke bandar atau pekan yang berdekatan kerana ia sudah melebihi wang BR1M yang mereka peroleh.

PAS Sarawak menggesa kerajaan dapat mengagihkan BR1M tahun depan dengan cara yang lebih sistematik supaya ia dapat memenuhi hasrat kerajaan untuk membantu golongan sasaran terutamanya kepada penduduk di kawasan luar bandar dan terpencil di Sarawak. – HARAKAHDAILY 15/10/2014

Sumber HD - 15-10-2014

Filem pahlawan negara jangan terhalang

RAYUSA | .



LIBAU (kiri) adalah ketua pahlawan Iban di Skrang dan Saribas. Gelaran Rentap yang bermaksud 'ensumbar' dalam bahasa Iban atau membuat dunia bergegar diberikan kepada Libau selepas beliau memenggal kepala musuh dalam perang pertamanya.

Rentap membenci James Brooke (Gambar bawah, kanan), penjajah Inggeris kerana menganggapnya sebagai orang luar dari Barat yang berniat jahat ingin menguasai Sarawak dan menghapuskan cara hidup masyarakat tempatan ketika itu. Beliau menggelarkan Brooke sebagai lanun yang mahu merampas tanah penduduk tempatan.

Penduduk Sarawak masih mengingati semangat penentangan Rentap terhadap penjajah Inggeris yang diketuai Brooke ketika melebarkan kuasanya ke Borneo pada abad ke-19.

Bagaimanapun, Brooke turut memanggil Rentap sebagai lanun kerana menentang kuasa Inggeris. Rentap berpengaruh di kawasan yang berada di bawah pentadbiran Bahagian Betong. Sebenarnya, beliau seorang pejuang yang mempertahankan negeri daripada penjajahan Inggeris, bukan lanun seperti anggapan penjajah.

Menurut pengkaji sejarah tempatan, Dr Chang Pat Foh, lantaran sikap Rentap itu, Brooke cuba mengambil alih pemerintahan Sarawak menerusi helah dengan menggelarkannya lanun. Penjajah merancang menghapuskan kegiatan lanun yang berleluasa di perairan sekitar Saribas dan Skrang.

Chang dalam dialog 'Sejarah Wira Iban Sarawak- Panglima Rentap' di Pustaka Negeri, Kuching tidak lama dulu berkata, kisah penentangan Rentap adalah berdasarkan penjelasan keturunan generasi keenam pahlawan itu, Subang Anak Dunggau yang turut ditulis oleh beliau dalam bukunya, History of Iban Settlements Around Kuching City Sarawak.

Berbanding pahlawan tanah air lain seperti Tok Janggut, Datuk Maharajalela, Datuk Bahaman, dan Mat Kilau yang dikenali seluruh negara, Rentap lebih terkenal dalam sejarah Sarawak.

Walaupun tidak diketahui mengapa penerbit berminat mengangkat Rentap ke filem, usaha tersebut tetap wajar dan menarik.

Cuma yang dikesali dan tidak menarik ialah berlaku kekecohan pula dalam pembikinannya. Filem Rentap mendapat tajaan RM3.5 juta daripada kerajaan, tetapi selepas sekian lama, ia masih belum siap. Bayaran penuh juga belum dilunaskan kepada pihak-pihak yang terbabit.

Pada 24 September lalu, pelakon, agensi lakonan dan agensi yang mengurus penginapan semasa proses penggambaran filem mengenai seorang pejuang Sarawak sebelum kemerdekaan itu tampil menuntutnya atas alasan merugikan mereka.

Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) turut membawa pihak yang terlibat untuk menuntut baki bayaran kira-kira RM75,000 daripada penerbit Rentap yang juga seorang pelakon drama televisyen.

Pelakon Azliyuszaini Mohd Noor atau lebih dikenali sebagai Yuzz menuntut baki bayaran RM5,000 yang belum dijelaskan untuk lakonanya yang dirakamkan pada Jun lalu.

Menurut Yuzz, penangguhan penggambaran bukan kerana faktor lain, tetapi pihak produksi sendiri yang telah menyebabkan kerugian kepadanya.

Sementara itu, agensi pembekal para pelakon warga asing, Fretwork Production memberitahu mereka terpaksa menanggung kerugian jika bayaran lambat dijelaskan.

Ini kerana, kata pengarahnya, Nabilah Ibrahim, mereka terpaksa membayar pelakon dengan wang sendiri. Untuk agensi yang membekalkan pelakon 'mat saleh', pihaknya terpaksa menanggung kerugian RM20,000.

Pihak yang mengurus penginapan sepanjang penggambaran, Lake Tembeling Travel Sdn Bhd pula menuntut RM50,000 daripada penerbit. Pegawai syarikat itu, Abdullah Chik juga menjelaskan, selain penginapan, mereka juga mengurus makanan untuk kru penggambaran.

Tambah Abdullah, pada mulanya, pihak pengurusan produksi memberitahu hanya 40 kru yang terlibat dan mereka membayar RM7,000. Namun, apabila hari sepatutnya (penggambaran), kru yang hadiir sehingga 120 orang. Tempat penginapan mereka juga masih terhutang RM20,000.

Sementara itu, Persatuan Karyawan Malaysia mengingatkan penerbit Rentap agar melunaskan bayaran tertunggak yang dituntut. Presidennya, Dato' Freddie Fernandez juga meminta masalah itu diselesaikan secara baik dan mengadakan pertemuan dengan semua pihak bagi menjelaskan perkara sebenar.

Beliau mahu penerbit tampil kerana 'mangsa' ingin berbincang secara baik. Produksi tersebut juga menerima dana daripada kerajaan dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia untuk Rentap.

Bagaimanapun, pelakon Diana Johar sebagai pemilik Unique Twins Sdn Bhd mempersoalkan mengapa perkara itu tidak dibincangkan dengan baik. Katanya, alasan mereka mengatakan dia tidak menjawab panggilan adalah satu pembohongan.

Diana mendakwa telefonnya sentiasa “on” untuk melayan panggilan. Katanya, dia tidak menyangka mereka boleh mengambil jalan sedemikian. Karyawan sendiri ada menghubungi Diana, tetapi mereka mengatakan tidak dapat.

Menurut Diana, dia menerima mesej daripada Karyawan memintanya menghubungi 'mangsa' semula. Namun, mereka tidak menghubunginya dan menjelaskan apa yang terjadi. Diana menganggap itu tidak profesional.

Diana menjelaskan, penggambaran filem epik itu diadakan sejak Jun lalu di Kuala Tahan, Pahang selama dua minggu. Bagaimanapun, tambahnya, penggambaran filem itu ditangguhkan atas beberapa sebab dan dijangka diteruskan pada November depan.

Rentap menampilkan 80 adegan. Namun, selama dua minggu penggambaran berlangsung, hanya 20 adegan dapat disiapkan. Seperti yang diberitahu oleh pihak produksi, sepatutnya dalam sehari empat adegan disiapkan, tetapi hanya satu sahaja yang dapat diselesaikan.

Tegas Diana, sedikit sebanyak itu merugikan pihaknya. Katanya lagi, ada perkara yang tidak perlu, tetapi diadakan juga. Tambahnya, pelakon tambahan yang perlu datang sehari sebelum penggambaran sudah berada 10 hari di Kuala Tahan.

Justeru, timbul kekalutan dan penggambaran terpaksa ditangguhkan kerana penerbit perlu menyelidik apa yang perlu dan sebaliknya.

Mengenai tuntutan Yuzz, jelas Diana, baki 50 peratus lagi tidak dapat dilunaskan buat masa ini kerana tugas pelakon itu belum selesai. Mustahil baki bayaran boleh dijelaskan kerana banyak lagi adegan membabitkan Yuzz belum selesai.

Diana turut meminta bukti daripada Abdullah yang mendakwa telah dilantik sebagai penyelaras lokasi. Katanya, Unique Twins Sdn Bhd tidak pernah melantik Abdullah secara rasmi untuk tugas tersebut.

Rentap diarahkan oleh Hashim Rejap dan dibintangi oleh Zachery Francis, Livonia Ricky dan Jasmine Chin sebagai antara pemegang watak utama.

Kekecohan sebegini tidak wajar berlaku. Malang sekali Rentap yang tidak begitu terkenal menghadapi masalah pula apabila cuba diangkat ke media popular.

Nampaknya, pembikinan filem tersebut belum 'merdeka'. Semua pihak yang terbabit saling menuding jari. Diharap segala masalah dapat diselesaikan dan ia menemui penonton di pawagam tahun depan. – HARAKAHDAILY 10/10/2014

Sumber HD - 10-10-2014




















































Pemuda PR Sarawak patut jadi contoh, berjiwa besar

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Sarawak menasihatkan semua pihak untuk terus memberikan fokus terhadap kebajikan rakyat dan pemerkasaan Pakatan Rakyat (PR).

Ketuanya, M Arifiriazul Paijo berkata PAS melalui program Untukmu Sarawak akan terus menjuarai isu-isu kebajikan rakyat di seluruh negeri.

Tambahnya, Pemuda PAS Sarawak juga berharap agar program Impian Sarawak yang dianjurkan DAP juga perlu terus dipergiatkan bagi meneruskan agenda membela rakyat.

"Rakyat ialah pelanggan utama Pakatan Rakyat, dan semua pihak hendaklah berlumba-lumba menjadi ‘juara rakyat’ bagi memastikan masa depan yang lebih cerah untuk Sarawak," ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau merujuk kepada firman Allah swt di dalam Surah Al-Baqarah yang bermaksud, "Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya; oleh itu, berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan); sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."

Menurutnya, dengan pengenalan GST tahun hadapan yang pastinya membawa kepada kenaikan kos sara hidup, Pakatan Rakyat hendaklah menjadi benteng pelindung rakyat dan bukannya bercakaran sesama sendiri.

Beliau berkata, hak-hak Sarawak seperti royalti yang diperjuangkan Pemuda PAS sejak 2012 hendaklah menjadi agenda Pakatan Rakyat.

Katanya lagi, Sarawak akan menghadapi Pilihan Raya Negeri tidak lama lagi dan pemerkasaan Pakatan Rakyat amat perlu bagi menghadapi BN sebagai satu pasukan yang mantap.

Beliau menekankan Pemuda PAS Sarawak mengulangi pendirian PAS untuk bersama Pakatan Rakyat seperti mana yang dipertegaskan oleh Presiden PAS dalam Muktamar PAS tahun ini dan komitmen terhadap kesatuan Pakatan Rakyat untuk mewujudkan sistem dua parti di Malaysia amnya dan Sarawak khususnya.

"Alangkah malang jika usaha yang dijalankan selama ini hancur begitu sahaja dengan salah faham yang sepatutnya boleh dielakkan dengan perbincangan dan menghormati perbezaan dan bekerja ke arah perkara yang dipersetujui," katanya.

Tegasnya, Pemuda PAS Sarawak ingin mengingatkan kepimpinan parti semua peringkat untuk menyelesaikan apa jua perbezaan pendapat secara tertutup dan bukan di media terbuka.

Beliau menambah, Pemuda Pakatan Rakyat Sarawak sepatutnya menjadi contoh sebuah pasukan yang berwibawa, mantap dan maju.

"Anak muda sepatutnya lebih rasional dan berjiwa besar.

"Janganlah kita terleka dengan isu-isu sampingan, yang hanya merugikan dan memusnahkan Pakatan Rakyat. - HARAKAHDAILY 29/9/2014

Sumber HD - 29-9-2014

Basikal untuk rakyat daripada projek UMS

Media UMS | .



BINTULU: Projek Team Untukmu Sarawak Wilayah Tengah yang diketuai oleh Pengurus Projeknya Fiderus Husaini hari ini telah menyampaikan dua buah basikal kepada dua pelajar sekolah rendah di Kampung Sebuan Besar dan Kampung Jepak Hulu. Turut hadir ialah Pengarah Projek Untukmu Sarawak Zharudin Narudin, Ketua Penerangan PAS Kawasan Bintulu Kiprawi Aman dan Yang Dipertua PAS Bintulu Mohd Azwani Rani.

Dua Pelajar tersebut ialah Ammar Abdullah (gambar atas) dan Abbiyierra Niriasya Nurulshazeqa (gambar bawah).

"Ini adalah agihan pertama kita dalam Sarawak, dan kita akan teruskan ke daerah lain selepas ini. Bulan Oktober nanti kita akan agihkan basikal ini ke kawasan Wilayah Selatan (Kuching-kota Samarahan) dan Wilayah Utara(Miri-Lawas).


“Kriteria pemilihan kita adalah untuk pelajar-pelajar miskin, anak yatim piatu, ibu bapa yang berpendapatan dibawah RM500 atau tidak berpendapatan tetap, serta pelajar tersebut tidak memiliki apa-apa kenderaan ke sekolah serta jarak antara rumah dan sekolah adalah lebih 800 meter-1km." jelas Zharudin Narudin.

Projek Basikal Rakyat ini adalah sebuah projek baru I-Care Komuniti dibawah Rancangan Projek Untuk Mu Sarawak Ke2 atau Rancak 2. Tempoh perlaksanaan Rancak 2 ini adalah dari September - Desember 2014.

"PAS Sarawak akan terus maju kedepan menyantuni masyarakat melalui kebajikan, kerana politik masa kini adalah politik penilaian dan persepsi oleh masyarakat. Masyarakat Sarawak sebenarnya mahu kebajikan mereka dijaga," kata Kiprawi Aman.

Oleh itu, biarlah PAS Sarawak dikenali oleh masyarakat sebagai penjaga kebajikan masyarakat Sarawak kerana persepsi inilah yang akan memperkuatkan PAS di arena politik Sarawak. Kita juga akan meneruskan bantuan ini ke seluruh kawasan kediaman dan kampung-kampung termasuk kawasan bukan Islam, kerana semua kita adalah rakyat Sarawak dan PAS komited dengan usaha untuk mengharmonikan masyarakat majmuk di Sarawak.

Kekuatan kita begitu ketara di Sarawak ini adalah kerana sokongan yang kuat oleh masyarakat bukan Islam, buktinya di Sibuti dahulu ketika kita bertanding di PRU13 dan semakin kukuh dengan adanya DHPP (Dewan Himpunan Penyokong PAS Sarawak).

"Kami mengalu-alukan penyertaan daripada bukan Islam dalam PAS, dan anda di luar sana usah risau kerana selama DHPP ini tertubuh di dalam PAS, ahli-ahlinya setia menyokong perjuangan PAS dan mereka merasa PAS tidak pernah menindas kaum yang menganuti agama selain dari Islam.” terang Zharudin yang juga merupakan Timbalan Ketua Pemuda PAS Sarawak.

Slogan 'PAS For All' itu sangat relevan dan PAS Sarawak akan terus bekerja mendepani masalah rakyat." kata Mohd Azwani Rani yang juga Bendahari PAS Negeri Sarawak. – HARAKAHDAILY 29/9/2014


Untuk Maklumat lanjut sila like FB Page kami: Untukmu Sarawak-PAS Sarawak Official atau layari laman web kami di: www.untukmusarawak.com

Sumber HD - 29-9-2014




















































Penduduk Tukau Jaya antara termiskin di Sarawak

JOFRI JARAIEE | .


MENURUT kenyataan Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah dalam Utusan Borneo baru-baru ini sehingga kini jumlah ketua isi rumah (KIR) berdaftar dalam e-Kasih adalah 102,549 orang. Sarawak masih lagi mencatat jumlah kemiskinan tertinggi di Malaysia, dedah Datuk Fatimah Abdullah. Beliau memberitahu, sehingga 22 September 2014, jumlah keseluruhan ketua isi rumah (KIR) yang berdaftar dalam e-Kasih adalah seramai 102,549 orang. Jelasnya daripada jumlah itu, seramai 26,335 KIR berpendapatan kurang daripada RM600 sebulan dan dikategorikan sebagai miskin tegar, 31,441 KIR berpendapatan RM920 sebulan pula dikategorikan sebagai miskin dan seramai 9,633 KIR berpendapatan RM1,500 pula mudah miskin. Menurutnya, seramai 35,140 KIR daripada jumlah itu pula dikategorikan sebagai terkeluar setelah mengikuti program yang dilaksanakan dalam e-Kasih.

Daripada fakta serta statistik yang didedahkan oleh Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah jelas menujukkan penduduk Sarawak ramai lagi hidup dalam kemiskinan. Kebanyakan mereka ini tinggal di luar bandar dan juga di pedalaman Sarawak. Antara puncanya ialah tiada kemudahan asas serta jalan perhubungan yang sukar dilalui untuk menjualkan hasil pengeluaran mereka. Begitu juga dengan masalah mereka yang tidak mempunyai tempat tinggal serta kawasan untuk mereka bercucuk tanam.

Masalah inilah dihadapi oleh penduduk di Tukau Jaya, di mana mereka sekarang menghadapi dilemma kerana kawasan tempat mereka tinggal serta tempat mereka bercucuk tanam akan diambil alih oleh syarikat-syarikat yang mempunyai kepentingan yang akan mengusahakan tanah mereka setelah mendapatkan pajakan sementara (PL) dari pihak kerajaan. Penduduk kampung hanya bergantung pendapatan daripada hasil pertanian dan tangkapan ikan untuk menampung pembelanjaan harian mereka. Mereka juga boleh dikategorikan dalam golongan termiskin di Sarawak kerana purata penduduk di situ bekerja sebagai petani dan nelayan.

Menurut seorang penduduk yang dikenali sebagai Sibutir, kehidupan penduduk di kampung Tukau Jaya akan terjejas sekiranya pihak pemaju atau syarikat yang mendapat PL mengusir mereka dari tempat kediaman mereka sekarang. Disebabkan mereka tidak memiliki geran tanah dan kebanyakan mereka hanya bergantung dengan hasil pendapatan dari pertanian dan hasil tangkapan ikan sudah tentu harapan mereka untuk mempertahankan hak mereka agak sukar.


Mereka sudah menetap di situ lebih daripada 50 tahun yang lalu yakni datuk nenek mereka meneroka tanah temuda sebagai tempat kediaman dan bercucuk tanam. Mereka juga telah beberapa kali memohon dan merayu kepada pihak berkuasa agar mereka diberikan geran tanah untuk kediaman dan tempat bercucuk tanam tetapi sehingga kini pemohonan mereka tidak diberi perhatian oleh pihak berkuasa sedangkan pihak syarikat yang baru memohon dengan mudah mendapat PL dari pihak berkuasa.
(Gambar kiri: Majlis penyerahan dokumen tanah Tukau Jaya)

Kita dengan tegas mengesa agar pihak kerajaan segera mengatasi masalah ini dengan memberi mereka geran tanah serta tempat mereka bercucuk tanam untuk menampung kehidupan harian mereka. Sekiranya pihak kerajaan mengabaikan nasib mereka ini, sudah pasti mereka ini juga akan tergolong dalam kategori miskin tegar dalam Sarawak. Sekiranya perkara ini tidak dapat diselesaikan dengan baik, sudah pasti Sarawak akan terus menjuarai negara termiskin dalam Malaysia. Walaupun Sarawak mempunyai banyak sumber hasil bumi tetapi apabila rakyat Sarawak hanya bergantung kepada subsidi kerajaan dan mereka tidak diberi peluang untuk mencebur diri dalam bidang pertanian secara komersial maka rakyat yang miskin akan terus hidup dalam kemiskinan. Hanya golongan kapitalis dan kroni yang akan terus menguasai dan pemilikan tanah di Sarawak disebabkan mereka mudah mendapatkan keistimewaan dari pihak berkuasa.

Kita mengesa agar kerajaan Sarawak berlaku adil kepada setiap rakyat yang memerlukan tanah untuk tempat kediaman dan juga tempat untuk mereka bercucuk tanam dengan memberi mereka geran tanah serta memberi peruntukan serta tunjuk ajar cara-cara komersial untuk menambah hasil pendapatan mereka. Dengan cara ini, sekurang-kurangnya rakyat boleh berdikari setelah mereka mendapat tunjuk ajar yang terbaik dari pihak yang berkenaan. Jangan jadikan rakyat hanya bergantung kepada subsidi kerajaan semata-mata tanpa diberi tunjuk ajar bagaimana untuk hidup berdikari daripada hasil usaha sendiri.

Masalah kemiskinan rakyat Sarawak hanya dapat dikurangkan sekiranya pihak kerajaan dapat membina lebih banyak rumah kos rendah dan mampu milik untuk rakyat yang berpendapatan rendah serta memberi geran tanah kepada penduduk kampung yang sudah lama menetap di kampung mereka. Kerjasama dengan pihak kerajaan untuk mengatasi masalah kemiskinan rakyat Sarawak amat dihargai.

Dalam satu majlis pemimpin PAS bersama rakyat yang diadakan di kampung Tukau Jaya baru-baru ini, seorang wakil penduduk telah menyerahkan dokumen berkenaan dengan masalah tanah mereka kepada pihak kami. Dalam majlis yang sama, seramai 46 penduduk kampung Tukau Jaya telah mengisi borang keahlian PAS dan DHPP (Dewan Himpunan Penyokong PAS). Penyerahan borang diketuai oleh En. Butir kepada Tan Sri Muhamad Haji Mohd Taib yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan dan Hubungan Media PAS Pusat disaksi oleh YDP PAS Miri.

Mereka menyatakan kesesalan mereka selama ini kerana segala aduan dan masalah mereka tidak diambil tindakan oleh pihak berkuasa terutama dalam masalah tanah di mana mereka tinggal sekarang. Mereka merayu dan berharap masalah mereka mendapat perhatian dari pihak berkuasa terutama dalam hal-hal yang berkaitan dengan geran tanah tempat kediaman kerana sekiranya dihalau keluar dimana mereka hendak mencari tempat tinggal baru, sedangkan sekarang ini untuk mendapatkan tapak tinggal baru amat sukar terutama dalam kawasan bandaraya Miri.

Mereka juga merayu agar pihak berkuasa memberi mereka geran tanah pada tempat mereka tinggal sekarang. Di samping itu kemudahan asas seperti bekalan air bersih, letrik juga amat diperlukan begitu juga jalan kampung yang teruk perlu diperbaiki dengan segera. Semoga kampung Tukau Jaya dapat diwartakan dan dinaik taraf menjadi sebuah kampung oleh pihak kerajaan. – HARAKAHDAILY 25/9/2014

Sumber HD - 25- 9-2014

DHPP Miri raikan pesta kuih bulan

JOFRI JARAIEE | .




MIRI - Kuih bulan adalah sejenis kuih tradisional Cina. Menurut kepercayaan masyarakat Cina, ia dimakan semasa Perayaan Pertengahan Musim Luruh. Pesta itu adalah bagi sembahyang qamari dan memerhati bulan; kuih bulan dianggap sebagai satu makanan istimewa penting pada peristiwa ini. Kuih bulan adalah ditawar antara rakan-rakan atau kepada perhimpunan keluarga sementara meraikan pesta, satu daripada tiga perayaan Cina yang paling penting.

Sempena sambutan perayaan kuih bulan yang akan diadakan pada 8hb September tahun ini, PAS Miri bersama dengan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Miri telah mengedarkan kuih bulan kepada masyarakat Cina di sekitar kawasan Senadin dan juga di bandaraya Miri. Pengagihan kuih bulan ini telah diketuai oleh Pengerusi DHPP Sarawak, Yeo Kian Leong bersama pimpinan PAS Miri. (Gambar atas: Yeo Kian Leong kiri sekali berbaju putih)



Yeo Kian Leong, merupakan seorang Cina yang komited dengan perjuangan PAS, beliau yang banyak membantu PAS memberi penerangan tentang perjuangan PAS kepada masyarakat Cina dan non-Muslim. Dengan adanya penyertaan masyarakat Cina dan non-Muslim bersama PAS membuktikan yang PAS dapat diterima dengan baik oleh masyarakat tempatan. DHPP amat mengalu-alukan penyertaan masyarakat Cina dan non-Muslim bersama PAS untuk mengukuhkan lagi hubungan antara kaum dan agama di Sarawak khususnya.

Tujuan utama DHPP ditubuhkan adalah sebagai jalan perhubungan dan penyatuan antara kaum dan agama dalam negara ini agar mereka tahu tentang perjuangan PAS yang sebenarnya. PAS bukan parti ekstremis tapi parti Islam yang menyatukan semua masyarakat tanpa mengira warna kulit dan kepercayaan.

Apabila masyarakat Cina dan non-Muslim mengenali PAS dengan lebih dekat lagi maka segala tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh pihak musuh politik PAS selama ini akan terjawab apabila mereka tahu apa sebenar perjuangan PAS.

PAS berharap lebih ramai lagi penyertaan masyarakat Cina dan Non-Muslim bersama parti ini melalui penyertaan mereka dalam DHPP. Banyak aktiviti kemasyarakatan dan kebajikan akan diadakan apabila lebih ramai lagi masyarakat Cina dan non-Muslim bersama PAS.

PAS akan terus bekerjasama dengan semua lapisan masyarakat yang berbagai etnik dan agama di Sarawak untuk membuktikan yang PAS adalah sebuah parti berjuang untuk semua tanpa mengira bangsa dan agama.

Harapan PAS agar seluruh masyarakat di Sarawak khasnya dapat menerima baik kedatangan PAS di Sarawak tanpa ada sikap prejudis dan takut. – HARAKAHDAILY 4/9/2014

Sumber HD - 4-9-2014




















































5 disyaki merusuh di Stadium Negeri ditahan reman

BERNAMA | .
KUCHING: Kesemua lima lelaki termasuk empat remaja yang ditahan kerana disyaksi terbabit dalam rusuhan di Stadium Negeri malam tadi ditahan reman empat hari, bermula hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching (Operasi) Supt Fauzilan Abdul Aziz hari berkata kesemua lelaki itu yang masing-masing dua dari Petra Jaya dan tiga dari Kota Samarahan ditahan bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian rusuhan itu, lima anggota polis turut mengalami kecederaan ketika menghalang perusuh yang cuba merempuh pagar pintu utama stadium.

Sekumpulan lelaki bertindak merosakkan tujuh buah kenderaan termasuk membakar sebuah lagi kenderaan jenis Kembara, kesemuanya milik polis.

Sekumpulan penonton menyerbu masuk ke dalam stadium sebaik tamat perlawanan Piala Malaysia antara Perak dan Sarawak malam tadi dan berterusan di luar stadium.

Polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata untuk meleraikan para perusuh. - Bernama

Sumber HD - 31-8-2014

PAS Sarawak mahu kerusi Dun dan Parlimen ditambah

JOFRI JARAIEE | .



PAS Sarawak ingin memberikan pandangan mengenai kenyataan Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri, Datu Takun Sunggah untuk memulakan pelaksanaan persempadanan pada bulan Disember, yang terakhir pada tahun 2001 menghasilkan 9 kerusi tambahan. "Kali ini, mungkin ada lebih daripada sembilan (kerusi), atau ia boleh menjadi kurang. Ia semua bergantung kepada SPR," katanya kepada Utusan Borneo baru-baru ini. Sarawak mempunyai 31 Kawasan Parlimen dan 71 Kawasan (DUN) Dewan Undangan Negeri dan luas kawasan Sarawak ialah 124,449 Kilometer Persegi hampir sebesar semenanjung Malaysia.

SPR akan memulakan persempadanan semula kawasan pilihan raya bagi parlimen dan DUN di seluruh Malaysia bermula awal tahun 2014. Ia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu persempadanan bahagian pilihan raya perlu dilakukan setiap 10 tahun sekali berlandaskan kepada keadaan geografi dan topografi sesuatu kawasan, tahap pembangunan, demografi, kemudahan asas dan komunikasi serta kemampuan Kerajaan (Negeri dan Persekutuan) untuk menampung kos yang terlibat dengan penambahan kerusi DUN dan parlimen

Kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya parlimen dan negeri adalah merupakan salah satu daripada tanggungjawab Suruhanjaya Pilihan Raya seperti yang ditetapkan di bawah Perkara 113, Perlembagaan Persekutuan. Setiap bahagian pilihan raya harus mengandungi sebilangan pemilih yang tinggal di kawasan yang boleh dikenal pasti.

[Persempadanan semula bahagian-bahagian Negeri Sarawak seperti yang dicatit oleh SPR]

Tahun 1968 P 24 N 48
Tahun 1977 P 24 N 48
Tahun 1987 P 27 N 56 Tambahan P 3 N 8
Tahun 1996 P 28 N 62 Tambahan P 1 N 6
Tahun 2005 P 31 N 71 Tambahan P 3 N 9

Kalau mengikut rujukan diatas, Sarawak memang memerlukan lebih banyak kawasan Parlimen dan kawasan (DUN) Dewan Undangan Negeri yang baru untuk memudahkan pentadbiran dijalankan dengan baik dan lancar. Walaupun penduduk Sarawak tinggal secara bertaburan dan jauh dari kawasan bandar, perkara ini perlu dikaji semula untuk memenuhi keperluan penduduk tersebut agar mereka juga dapat menunaikan hak mereka sebagai pemilih.

Kita ambil contoh kawasan DUN Senadin yang mempunyai penduduk yang padat dan pengundi melebihi 30 ribu orang perlu dipisah menjadi dua kawasan DUN. DUN Senadin yang meliputi kawasan lokaliti Kuala Baram, Senadin, Tudan, Permyjaya termasuk juga kawasan Lopeng, Tanjung Lobang, Luak dan Riam sepatutnya dipisahkan mengikut lokaliti kawasan masing-masing. Lokaliti kawasan Lopeng, Riam dan Luak adalah terpisah oleh DUN Piasau dan DUN Pujut. Kepadatan penduduk di kawasan Lopeng, Riam, Luak termasuk kawasan perumahan baru di jalan lapangan terbang Miri sudah cukup untuk menjadi ianya sebuah DUN baru bagi Sarawak.

Perkara ini perlu diberi perhatian oleh pihak SPR untuk menjadikan kawasan yang ramai penduduk dipecahkan mengikut lokaliti dalam kawasan yang padat dengan penduduk agar memudahkan pihak berkuasa memberi kemudahan asas kepada kawasan tersebut. Mungkin banyak lagi kawasan-kawasan baru bagi DUN dan Parlimen untuk Sarawak dikaji semula sebelum Pilihanraya umum ke-11 yang akan tamat tempohnya dalam bulan Jun 2016.

Dengan penambahan kerusi untuk DUN dan Parlimen akan menjadikan Sarawak mempunyai DUN dan Parlimen terbanyak dalam Malaysia sekiranya perkara ini menjadi kenyataan. Kita mengesa pihak SPR dapat menjalankan tugas dengan amanah dan adil tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik agar rakyat dapat memilih wakil rakyat tanpa sebarang unsur yang boleh memecah belahkan perpaduan dalam negara ini. Kerjasama dengan pihak yang berkenaan untuk melaksanakan tugas ini dengan berkesan amat dihargai. – HARAKAHDAILY 28/8/2014

Sumber HD - 28-8-2014




















































Mohon bantuan mangsa rumah terbakar di Sarawak

JOFRI JARAIEE | .


MIRI - PAS Miri telah menyampaikan bantuan kebajikan kepada mangsa kebakaran di Kampung Muhibbah Kuala Baram baru-baru ini. Seramai 22 penduduk Kampung Muhibbah, Kuala Baram tinggal sehelai sepinggang selepas tempat kediaman mereka musnah dalam kebakaran awal pagi beberapa hari yang lalu. Kebakaran yang berlaku seawal jam 3.30 pagi itu melibatkan sebanyak enam buah rumah papan yang didirikan lebih dari 20 tahun lalu telah musnah sama sekali. Kebanyakan mangsa merupakan pekerja di kilang-kilang papan dan syarikat perkapalan di Kuala Baram.

Selepas kejadian itu PAS Miri datang melawat mangsa kebakaran dan inilah kali kedua PAS menghulurkan bantuan kepada keluarga mangsa dengan memberi bekalan makanan serta pakaian dan lain-lain barang-barang keperluan harian untuk meringankan sedikit bebanan yang mereka tanggung.

Menurut penduduk di situ mereka dilarang membina semula rumah di atas tapak yang asal setelah rumah mereka terbakar. Sepatutnya penduduk di Kuala Baram diberi kemudahan asas serta diberi lot tanah agar mereka dapat membina kehidupan yang lebih terjamin dan aman tanpa perlu bersusah payah mencari tapak baru setelah rumah mereka terbakar.

Untuk memiliki dan membina rumah baru memang sukar bagi penduduk di situ memandangkan harga rumah sekarang terlalu mahal dan pendapatan mereka hanya cukup untuk menampung pembelanjaan harian.

Harga rumah yang terlalu mahal buat penduduk yang berpendapatan rendah di Miri menyukarkan lagi hasrat mereka untuk memiliki rumah yang selesa untuk keluarga yang besar.

Kita mengesa pihak berkuasa agar dapat memberi bantuan serta dapat membina semula rumah mereka yang terbakar tersebut di tapak yang sama memandangkan mereka sudah lama tinggal di situ.

Di samping itu, PAS juga bergerak aktif dalam memberi bantuan seperti menukar atap dan lain-lain keperluan dalam projek ‘UntukMu Sarawak'. Ramai rakyat yang kurang berkemampuan mendapat manfaat hasil dari projek ini.


(Ketua Pemuda PAS Sarawak, Arif bersama mangsa kebakaran Kampung Muhibbah)

Walaupun PAS bukan parti pemerintah tetapi dengan kerjasama mereka yang perihatin akan masalah penduduk Sarawak yang miskin sekurang-kurangnya dapat membantu meringankan bebanan rakyat yang memerlukannya.

Program PAS bersama rakyat akan terus diadakan sepanjang masa tanpa memilih waktu demi untuk kebajikan rakyat Sarawak. Kita amat mengalu-alukan sumbangan tenaga, wang ringgit dan idea dari kalangan rakyat Sarawak dan orang ramai yang prihatin bagi sama-sama menjayakan projek kebajikan rakyat.

Setiap sumbangan boleh disalurkan terus ke Akaun Maybank 5611 1805 4521 (Tabung UntukMu Sarawak) No Telefon: +6013 310 1577 (Zulfikar) atau +6013390529 (Zharuddin Narudin)

Dana yang disumbangkan oleh orang ramai akan disalurkan kepada rakyat yang memerlukan. Kerjasama dengan semua pihak dalam menjayakan projek 'UntukMu Sarawak' amat dihargai. – HARAKAHDAILY 23/8/2014

Sumber HD - 23-8-2014

Tembakan dilepaskan ke arah kediaman Menteri Sarawak

BERNAMA | .



SIBU: Beberapa das tembakan dilepaskan ke arah kediaman Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti Sarawak Datuk Sri Wong Soon Koh, yang terletak di Jalan Ipoh di sini, antara 8.15 hingga 8.30 malam semalam.

Isteri Wong, Datin Sri Leong Poh Ling berkata tembakan itu mengenai tingkap sebuah bilik tidur di tingkat satu yang menghadap jalan.

Sungguhpun semua anggota keluarga kecuali Wong, berada di rumah, tiada siapapun yang tercedera.

Leong berkata insiden itu hanya disedari pagi ini apabila anak lelakinya ternampak serpihan cermin tingkap di atas lantai bawah langsir.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, Leong berkata beliau ada mendengar bunyi letupan yang sangat kuat antara 8.15 hingga 8.30 malam semalam.

"Saya melihat ke luar tingkap tapi tak nampak apa-apa pun. Saya sangkakan tayar kereta atau komputer riba seseorang yang meletup," kata pesara guru berusia lingkungan 60-an itu.

Sebaik mendapati serpihan cermin tingkap dan lubang yang menembusi satu lagi cermin tingkap, beliau segera memaklumkan kejadian itu kepada polis.

Anak lelaki Wong, Datuk Andrew Wong Kee Yee berkata beliau tidak pasti siapa yang menjadi sasaran orang yang melepaskan tembakan itu.

Andrew Wong, timbalan pengerusi Majlis Perbandaran Sibu, berkata beliau percaya kejadian itu mempunyai kaitan dengan tugasnya yang termasuk menyelesaikan masalah penjaja di bandar ini.

"Walau apapun sebabnya, ini tidak betul. Kami menyerahkan kepada polis untuk menyiasat," katanya.

Beliau berkata pemilihan masa untuk melakukan perbuatan itu menimbulkan tanda tanya memandangkan Soon Koh akan melancarkan Parti Rakyat Bersatu (UPP), parti politik terbaharu Sarawak, di Kuching pada Sabtu.

Soon Koh akan mengetuai parti itu berikutan pertelagahan dengan pemimpin parti yang disertainya sebelum ini, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), dan keluar daripada SUPP pada Mei tahun ini untuk menyertai satu lagi parti politik baharu dikenali sebagai Teras (Parti Tenaga Rakyat Sarawak) namun keluar pada Julai untuk menubuhkan UPP.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Sibu Supt Martin Koo ketika ditemui di tempat kejadian mengesahkan tembakan itu dilepaskan ke arah rumah berkenaan menggunakan selaras senapang patah.

"Kami menjumpai satu kelongsong peluru dan sembilan peluru penabur di beberapa tempat di perkarangan rumah, betul-betul di bawah bilik tidur. Kami masih menyiasat," katanya. - Bernama

Sumber HD - 14-8-2014




















































Prof Reg Jordan bawa pulang mayat 2 pelajar ke UK

BERNAMA | .

KUALA LUMPUR: Seorang kakitangan Newcastle University, United Kingdom (UK) Prof Reg Jordan berkata beliau bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk membawa pulang mayat kedua-dua pelajar warga Britain yang mati ditikam pada awal pagi Selasa ke UK.

Beliau berkata keutamaan sekarang ialah membantu keluarga mangsa dan memastikan mayat kedua-dua pelajar dibawa pulang ke UK dengan secepat mungkin.

"Kami memberi apa sahaja bantuan yang boleh dalam menghadapi keadaan yang tragik ini," kata beliau dalam kenyataan di sini semalam.

Jordan berkata Aidan Brunger dan Neil Dalton, melakukan apa yang beribu-ribu pelajar perubatan lakukan setiap tahun dengan menimba pengalaman dan ilmu perubatan yang berharga di seberang laut.

"Kedua-dua mereka merupakan pelajar cemerlang dan komited serta mempunyai potensi dan kehilangan mereka akan dirasai oleh semua orang di sekolah perubatan. Seluruh universiti berkabung atas kematian mereka," kata beliau.

Mangsa, berumur 22 dan 23 tahun, dijumpai terbaring di atas jalan raya dengan jarak kira-kira 20 meter antara satu sama lain di Jalan Abell, Padungan di sini pada 4 pagi, Selasa.

Mayat kedua-dua pelajar telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak.

Setakat ini, empat suspek ditahan untuk membantu siasatan terhadap kejadian berkenaan. - Bernama

Sumber HD - 8-8-2014




















































PAS harap pelajar Britain dibunuh tidak berulang

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Kejadian dua pelajar jurusan perubatan warganegara Britain dipercayai dibunuh sekumpulan lelaki warga tempatan semalam benar-benar menggemparkan penduduk Sarawak.

Kejadian itu sudah pasti menjejaskan reputasi Bumi Kenyalang khasnya dalam kalangan warga asing yang banyak terlibat dalam sektor pendidikan dan pelaburan ekonomi.

“Tindakan pantas pihak berkuasa dalam menangkap segera suspek amatlah dipuji dan wajar diberi ucapan tahniah.

“Kita berharap satu tindakan pencegahan konkrit hendaklah dilaksanakan segera bagi memastikan kejadiaan sebegini tidak berulang lagi,” ujar Bendahari PAS Sarawak, Mohd Azwani Abd Rani (gambar) kepada Harakahdaily.

Justeru, katanya dasar untuk menarik pelancong asing sewajarnya bukan dengan mempromosi Sarawak sebagai pusat hiburan tetapi dengan keindahan pantai dan alam sekitar, bahan kraftangan dan keunikan penduduk serta pusat pendidikan bertaraf dunia.

Ini, ujar beliau kerana sudah semestinya pelancong asing yang hadir mahukan kelainan di Sarawak .

Beliau berkata, sekiranya hiburan kelab malam menjadi tujuan utama mereka ke negeri itu, adalah lebih baik pelancong ini pergi ke Las Vegas atau negara asal mereka sendiri.

Menurutnya, masa operasi kelab malam melebihi 12 tengah malam bakal menimbulkan lebih banyak masalah keselamatan, khasnya kepada pekerja dan penduduk sekitar dua kawasan tersebut.

Katanya, kebanyakan pengunjung pastinya akan pulang dalam keadaan mabuk kerana pengambilan alkohol yang pasti mengundang kecelakaan jalan raya dan permasalahan lain seperti gangsterism dan seks bebas.

Beliau juga menggesa supaya penambahan lesen berkaitan haruslah diberhentikan.

“Kesedaran bahaya penggunan alkohol dan arak secara tidak baik dalam kalangan masyarakat harus dipergiat sebagaimana kempen pencegahan merokok dijalankan,” ujarnya yang juga Yang Dipertua PAS Bintulu.

Menurut Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Polis negeri, Datuk Dr Chai Khin Chung mangsa berusia 22 dan 23 tahun yang mabuk itu terdahulu singgah di sebuah kafe di Padungan selepas berhibur di sebuah kelab malam di Travilion, sekitar jam 4 pagi.

Difahamkan, berlaku pertengkaran antara mereka menyebabkan empat lelaki yang berada di kafe tersebut cuba meleraikan tetapi mencetuskan pergaduhan. – HARAKAHDAILY 7/8/2014

Sumber HD - 7-8-2014

Ramadan dekatkan PAS Bintulu dengan masyarakat

ZHARUDIN NARUDIN | .




LEBIH 60 peratus UPU di seluruh Dun Jepak telah dijelajahi melalui “Program Untukmu Sarawak” yang tampil dengan imej kebajikan untuk seluruh rakyat. Siri jelajah khas ini dibuat sempena bulan Ramadan al-Mubarak. Dalam siri jelajah ini, PAS) Kawasan Bintulu telah menyampaikan sumbangan dan bantuan khasnya kepada golonga fakir miskin, kurang upaya dan yang memerlukan. Di samping itu, program ini bertujuan membantu golongan terbabit sekaligus memperkenalkan PAS sebagai sebuah parti yang mementingkan kebajikan rakyat.

“Seluruh jentera Jawatan kuasa Pilihan raya Pas Kawasan Bintulu bertungkus lumus menyediakan sumbangan dan Alhamdulillah, ia telah selamat diberikan kepada mereka yang memerlukan,” kata Haji Kiprawi Aman selaku Ketua Penerangan Pas kawasan Bintulu dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi dan sosial (JEPES) masyarakat Bintulu.

Program berbuka Puasa atau JOM SUNGKEI bersama PAS turut diadakan dan dihadiri oleh masyarakat non-muslim PAS juga. PAS kawasan Bintulu komited untuk menonjolkan imej Islam yang perlu diamalkan oleh masyarakat khususnya masyarakat Islam di Bintulu atau Vae yang sinonim dengan kehidupan dan imej Islam.

Masyarakat bukan Islam yang hadir mengganggap ini salah satu platform untuk mereka memahami kehidupan orang-orang Islam dan sekaligus menempis segala salah faham tentang Islam.

Pas kawasan Bintulu juga akan meneruskan program jelajah ini sehingga akhir Ramadan untuk menyampaikan sumbangan dan mendekati masyarakat khususnya di Dun Jepak yang menjadi Sasaran untuk PAS letakkan calon.

Bagi yang ingin turut menyumbang boleh menyalurkannya terus ke akaun Maybank 5611 1805 4521 (TabungUntukMu Sarawak) Telefon: +6013 310 1577 (Zulfikar) atau +6013390529 (Zharuddin Narudin)

Dana yang disumbangkan oleh orang ramai akan disalurkan kepada rakyat yang memerlukan.

Untuk maklumat lanjut sila layari website dibawah.

http://untukmusarawak.com/

- HARAKAHDAILY 16/7/2014

Sumber HD - 16-7-2014




















































Sarawak perlu lebih banyak rumah kos rendah

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: PAS Sarawak menggesa kerajaan membina lebih banyak rumah kos rendah dan rumah mampu milik di negeri itu memandangkan majoriti daripada lebih dua juta rakyat negeri itu dikategorikan sebagai miskin dan berpendapatan rendah.

Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Jofri Jaraiee berkata Jabatan Perumahan Negara sepatutnya membina sekurang-kurangnya 15,000 unit perumahan awam di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) setahun dan bukannya setakat 1,500 unit saja seperti yang diumumkan.

Menurutnya, projek perumahan awam sederhana dan murah boleh mengatasi masalah setinggan dan mereka yang tidak memiliki rumah sendiri.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan dilaporkan berkata, Jabatan Perumahan Negara akan membina 1,500 unit perumahan awam di bawah PPR di lapan lokasi seluruh Sarawak tahun ini.

"Kita menyokong hasrat kerajaan untuk membina lebih banyak unit perumahan kos rendah dan mampu milik untuk rakyat, tetapi Sarawak mempunyai penduduk lebih dari 2 juta dan masih ramai lagi rakyat Sarawak yang berada dalam kategori miskin dan kurang berkemampuan untuk memiliki rumah sendiri disebabkan kos dan harga rumah sekarang di Sarawak terlalu tinggi dan mahal," ujarnya.

Jofri menambah, semasa kempen pilihan raya umum (PRU) tahun lalu, BN berjanji untuk menyediakan 1 juta rumah mampu milik untuk rakyat Malaysia namun gagal melaksanakannya.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan pusat menambah peruntukan perumahan kos rendah dan mampu milik untuk rakyat Sarawak terutama di bandar utama seperti Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri.

Keperluan rumah kos murah dan mampu milik di bandar-bandar utama, katanya perlu ekoran pertumbuhan kawasan industri dan persaingan antara rakyat tempatan dan warga asing dalam mendapatkan rumah kediaman.

"Kita menggesa kerajaan supaya mengatasi masalah ini dengan segera agar rakyat Sarawak khususnya, tidak ketinggalan dalam arus pembangunan.

"Dengan adanya rumah mampu milik, kita yakin rakyat akan hidup dalam keadaan aman dan selesa dan masalah setinggan, gelandangan dan golongan miskin tegar di Sarawak dapat diatasi," katanya. - HARAKAHDAILY, 14/7/2014

Sumber HD - 14-7-2014

No comments:

Post a Comment