BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Friday, July 11, 2014

KUPASAN PENGERUSI JK OKU PAS - MOHAMMD FAIZAL CHE YUSOF



Hari OKU Antarabangsa, bersungguhkah kerajaan?

MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43451-hari-oku-antarabangsa-bersungguhkah-kerajaan

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB) telah mengiktiraf 3 Disember setiap tahun sebagai Hari OKU Antarabangsa. Penetapan ini bukanlah bermakna OKU itu hanya perlu diakui kewujudannya pada 3 Disember sahaja. Adanya Hari OKU Antarabangsa ini setidak-tidaknya pada hari itu masyarakat akan dikejutkan betapa di tengah-tengah mereka adanya satu kelompok komuniti yang disebut OKU.

Telah banyak pihak yang mengenengahkan penghargaan dan ucapan bagi meraikan Hari OKU Antarabangsa setiap tahun. Persoalanya apakah penghargaan dan ucapan itu terhenti di situ sahaja atau telah disusuli dengan satu tindakan progresif ke arah mencapai matlamat diwujudkan Hari OKU Antarabangsa itu sendiri?

Dalam keghairahan pelbagai pihak meraikan Hari OKU Antarabangsa pada hari ini, mengapa tidak diberi perhatian kepada pelbagai komitmen yang diperakui pihak kerajaan berkaitan OKU?

Sangat jarang masyarakat bahkan komuniti OKU itu sendiri memberi kecaknaan kepada pelbagai komitmen yang telah diperakui. Pelbagai komitmen yang sangat penting untuk kemaslahatan OKU pelbagai katagori itu hanya akan jadi indah atas kertas tanpa digarap oleh masyarakat umum dan OKU khususnya.

Memadai saya ulangi di sini salah satu dari komitmen yang telah diperakui kerajaan tersebut iaitu suatu perakuan peringkat Menteri bagi rantau Asia Timur dan Pasifik yang dinamai Incheon Strategy.

Memasuki 2017, Insheon Strategy yang turut ditandantangani Malaysia tersebut akan cukuplah separuh usianya sebelum memasuki separuh kedua pada 2018. Apa yang nyata, matlamat dan gagasan yang ditetapkan melalui Incheon Strategy ini masih berhadapan dengan pelbagai cabaran yang bila dibiarkan akan menjadi rintangan pelaksanaan.

Salah satu matlamat yang disasarkan melalui Incheon Strategy adalah penyertaan OKU dalam proses membuat keputusan dan politik. Matlamat kedua dalam Incheon Strategy ini telah dipersetujui bahawa ia sangat penting dan mustahak bagi menjadikan slogan Incheon Strategy suatu kenyataan.

“Make Right Real For The Disable” atau Jadikan Hak-hak OKU Suatu Kenyataan yang disasarkan hanya mampu dicapai bila matlamat kedua ini dilaksanakan. Ia telah disifatkan sebagai satu batu loncatan dan garis mula bagi menyempurnakan hak-hak OKU yang diperakui dan dijamin oleh undang-undang.

Bagi memastikan matlamat kedua ini berjaya, komuniti OKU hingga kini masih berhadapan dengan satu cabaran yang perlu diatasi demi memastikan matlamat ini mampu dicapai. Cabaran itu termasuklah dari kesiapsiagaan komuniti OKU itu sendiri dan keterbukaan mereka yang berada dalam lingkungan yang disasarkan.

Matlamat penyertaan OKU dalam proses membuat keputusan dan politik sekurang-kurangnya memerlukan keterbukaan dari dua kumpulan utama masyarakat. Mereka termasuklah dari kalangan birokrat dan ahli-ahli politik. Tidak kurang pentingnya juga, keterbukaan masyarakat umum dalam mencapai matlamat ini punyai siknifikan yang tersendiri.
Keterbukaan kumpulan utama ini pula harus disertai dengan kesiapsagaan komuniti OKU. Kumpulan OKU yang bersedia akan mampu memastikan suara OKU punya kedudukan dalam proses membuat keputusan dan politik di pelbagai peringkat dan waktu.

Saya berpandangan sebagai pihak yang mempunyai locus standi khusus dalam Incheon Strategy, pihak kerajaan punyai tanggungjawab yang mesti fokus bagi mendepani cabaran ini. Sekadar membiarkan komuniti OKU dan kumpulan yang terlibat menjayakan matlamat ini tanpa tindakan agresif dari dari yang berwajib, Incheon Strategy yang berakhir 2022 akan melahirkan pula Incheon Strategy 2.

Mudahan kita diberi ruang waktu untuk menyambung pembicaraan sempena Hari OKU Antarabangsa ini pada penulisan akan datang. Memperakui Hari OKU Antarabangsa bermakna masyarakat harus komited dengan pembangunan OKU yang lebih menyeluruh. - HARAKAHDAILY 3/12/2016

Sumber HD - 3-12-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


OKU, dukungan masyarakat amat kami perlukan

MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/lain-lain/42234-oku-dukungan-masyarakat-amat-kami-perlukan

TEPAT jam 7:25 pagi, 15 Ogos lalu, pesawat Malaysia Airline yang saya naiki mula meninggalkan Lapangan Terbang Kuala Lumpur KLIA menuju Tawau. Pemergian saya ke Tawau kali ini  adalah khusus bagi meneruskan program pengajian AlQuran Braille bagi tenaga sukarelawan kami di Bandar Timur Sabah itu.

Sebaik tiba di Tawau, program kami terus dimulakan dengan sesi pertama pada 2:30 petang, hari yang sama. Apa yang ingin saya nukilkan kali ini adalah penglaman istimewa yang Allah SWT kurniakan pada keesokan hari harinya.

Sebaik dimulakan sesi pagi sekitar jam 8:30, kami telah didatangi seorang anak OKU penglihatan yang menjadi salah seorang pelajar di pusat pengajian Kafa yang kami jalankan.

Sebaik anak kecil ini duduk di sebelah saya, tiba-tiba saya rasa cukup terharu. Pelbagai rasa mula menyelubungi perasaan di waktu itu.

Anak perempuan yang Allah kurniakan mata yang tidak melihat itu pada awalnya begitu sipu bila bersama kami. “Mungkin malu kat kamu tu…”. Nyata seorang sukarelawan yang merupakan bakal tenaga pengajar kami kepada saya.

Pergerakan anak perempuan ini yang selayaknya sebagai seorang yang tidak berpenglihatan tiba-tiba amat menyentuh hati saya. “Ya Allah, kau kurniakan aku anak yang pada sisi manusia sempurna, tiada kecacatan. Tidak seperti anak ini, dan tidak seperti diriku sendiri.”.

Pada tika itulah, saya terfikir dan terlintas perasaan ibu bapa saya pada ketika saat-saat mereka tahu bahawa mereka dikurniakan Allah anak yang buta sebagai membuktikan kekuasaan-Nya. Kian bercampur perasaan saya ketika itu. Betapa berat tanggungan perasaan seorang ibu bapa yang Allah uji dengan anak yang ditakirkan cacat.

Perasaan saya diberatkan lagi bila anak kecil itu begitu menunjukkan minat dan impiannya untuk bersekolah. Luluh hati saya sebaik ia bermalam bersama para sukarelawan dan ingin terus bersama kami sebaik tiba waktu pulang.

“Alia tak mahu pulang. Alia nak belajar lagi di sini”. Rintih Alia. “Alia balik dulu ya. Esok datang lagi. Kita beljar banyak lagi,” pujuk sukarelawan kami.

Setelah reda, anak kecil ini meninggalkan kami dengan membawa semangat yang tidak pernah luntur. Apa yang saya rasai dan impian yang membara pada Alia bukanlah asing pada keluarga OKU.

Itulah yang ingin saya sampaikan kepada sekalian pembaca. Sememangnya ibu bapa yang dikurniakan anak-anak OKU amat memerlukan sokongan masyarakat sekeliling bagi membantu mereka membesarkan anak tersebut bersama potensi yang ada dalam diri.

Apa yang amat mendukacitakan, masih ramai ibu bapa yang dikurniakan Allah anak-anak OKU begitu bersendiri dalam menempuh ujian yang berat ini. Rata-ratanya mereka tidak ketahuan ke mana mahu dituju apabila dikurniakan anak OKU.

Ia diberatkan lagi apabila masyarakat di sekeliling banyak tidak membantu meringankan apa yang ditanggung oleh ibu bapa anak-anak OKU. Lebih malang, hal sebegini jarang sekali diambil perhatian oleh pimpinan masyarakat setempat.

Kelazimannya ibu bapa inilah yang terpaksa mencari ke sana ke mari berkaitan maklumat yang diperlukan bagi membantu anak-anak OKU mereka. Menyedari kekosongan inilah, melalui gabungan usaha pelbagai pihak, program pembangunan OKU kami usahakan.

Dalam kesempatan inilah, saya merakamkan setinggi rasaa syukur dengan adanya kumpulan sukarelawan yang begitu kuat iltizamnya di Tawau. Lebih menarik, antara penggerak utama kumpulan sukarelawan ini adalah pimpinan utama Parti Islam Se-Malaysia PAS kawasan Tawau.

Apa yang dilakukan oleh pimpinan PAS Tawau wajar menjadi ikutan dan contoh kepada kawasan-kawasan dan pihak-pihak lain.

Bahkan kecaknaan kepada keperluan pembangunan OKU ini wajar disertai oleh setiap parti siasah di Malaysia. Setidak-tidaknya sebagai pimpinan politik kalian akan lebih memahami keperluan dan cabaran yang didepani oleh individu OKU dan keluarga mereka.

Kecaknaan itulah kelak akan menjadi perangsang utama ke arah perencanaan dan perlaksanaan dasar yang lebih menyeluruh bagi memenuhi keperluan OKU yang pelbagai kategori.

Kepada seluruh masyarakat, kebersamaan anda amatlah kami dambakan. Selain sokongan berupa kewangan, anda boleh juga bersama kami dengan menyumbangkan kepakaran dan tenaga untuk memperhebatkan lagi program yang kami jalankan.

Kepada yang ingin bersama, teruslah hubungi saya melalui talian tangan 0129376539 atau email ke mfcy76@gmail.com This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. . – HARAKAHDAILY 22/8/2016

Sumber HD - 22-8-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






Ke arah negara mesra OKU

MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF | .


  http://m.harakahdaily.net/index.php/lain-lain/42131-ke-arah-negara-mesra-oku                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                      SAYA merakamkan setinggi terima kasih kepada pihak Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Kebajikan Masyarakat KPWKM yang telah melancarkan Pelan Tindakan OKU Kebangsaan 2016-2022 pada 9 Ogos 2016.

Yang ketara, pelan jangka sederhana yang dilancarkan ini adalah bertitiktolak daripada komitmen-komitmen kerajaan di peringkat antarabangsa umumnya dan serantau, khususnya dalam menandatangani Incheon Strategy.

Antara teras dalam Incheon Strategy bagi menjadikan hak-hak kepada OKU suatu realiti termasuklah penyertaan OKU dalam proses membuat keputusan dan politik. Saya penuh yakin, Pelan jangka sederhana ini telah mengambilkira hal-hal tersebut.

Apa yang perlu diberi perhatian, sejauhmanakah seluruh pihak sama ada kerajaan, badan-badan siasah, badan-badan bukan kerajaan dan seluruh Masyarakat bersedia memenuhi tanggungjawab dalam pelan yang dirangka ini?

Dalam memenuhi aspirasi yang termaktub dalam pelan jangka sederhana ini, peranan kerajaan selaku pemudahcara dan pencetus kepada perencanaan jangka sederhana tersebut amatlah diperlukan bagi memastikan pelan yang dirangka benar-benar berkesan.

Justeru, saya mencadangkan hal-hal berikut diambilkira:

i.Memperkasa fungsi dan kewujudan Majlis Kebangsaan OKU yang ditubuhkan di bawah Akta OKU 2008.
ii.Memastikan Majlis Kebangsaan OKU benar-benar mewakili suara OKU pelbagai kategori.
iii.Menzahirkan peranan yang lebih berkesan yang boleh dimainkan oleh Senator OKU agar dapat menjadi penghubung berkesan antara komuniti OKU dan pihak berkuasa.
iv.Mengadakan jalinan hubungan yang lebih akrab dengan badan-badan siasah agar kefahaman berkaitan isu-isu OKU itu lebih menyeluruh dan tersebar.
v.Mengadakan sidang NGO OKU agar kepelbagaian NGO OKU yang ada dapat diselaras dan disepadukan.

Dengan pelancaran Pelan Tindakan OKU Kebangsaan 2016-2022, amatlah saya berharap agar penggerak-penggerak OKU lebih bersedia untuk menggarap suatu usaha yang berpadu ke arah suatu perubahan bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara “Mesra OKU”. – HARAKAHDAILY 11/8/2016                                                                                                                                                                                                                                                                              Sumber   HD  - 11-8-2016                                                                                                                    ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                    






Muhasabah perjuangan buat sekalian pencinta Islam

MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF | .




http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41608-muhasabah-perjuangan-buat-sekalian-pencinta-islam

SAYA kira keputusan kedua-dua Pilihan Raya Kecil  PRK adalah peluang muhasabah terbaik buat sekalian pencinta Islam.

Secara lebih khusus saya panjatkan harapan ini kepada para penggiat Parti Islam Se-Malaysia PAS. Insya-Allah, sama-sama kita jadikan peluang ini bagi menyusun gerak kerja lebih baik demi sebuah perjuangan.

Kalau dapat diumpamakan, PAS itu harus berfungsi umpama sepohon pokok yang rendang dan berbuah. Ayuh kita sama-sama muhasabah, di mana kita?

Tunjang kepada pepohon ini adalah tarbiah. Tanpa tarbiah yang sempurna, pohon ini akan hilang akar tunjangnya hingga rebah menyembah bumi.

Rendangnya pepohon ini dengan rimbunan  dedaunan adalah dakwah. Dengan dakwah yang baik, umat manusia mampu menunpang teduh dari kepanasan duniawi yang sifatnya sementara. Biarkan ia menjadi tempat singgah  bagi memenuhi kelangsungan sebuah kehidupan.

Pohon rendang bertunjangkan akar banir ini biarlah juga mengeluarkan buah ranum buat mereka yang menumpang teduh. Buah ranum inilah jelmaan kepada gerak kerja berkebajikan yang mesti disempurnakan.

Pada saya, inilah model asas siasah Islamiah yang telah diterjemahkan melalui contoh baginda Rasul Allah SAW dan para sahabat.

Insaflah, jika ingin jadikan PAS itu wadah perjuangan Islam untuk rakyat, kitalah yang bertanggungjawab kepada suburnya pepohon rendang berbuah ranum ini. – HARAKAHDAILY 19/6/2016

Sumber HD - 19-6-2016











Wujudnya PAS hanya untuk Islam









MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF | .


SUATU masa bila diperdebatkan apa perlunya Parti Islam Se-Malaysia PAS wujud bagi menentang parti United Malay National Organisation (Umno), jawapannya adalah pendekatan dan cara pemikiran yang berbeza. Jawapan akademik ini timbul apabila kedua-duanya mendakwa masing-masing memperjuangkan Islam bagi didaulatkan di Malaysia.

Kini bila timbul pula Parti Amanah Negara Amanah (PAN) menentang PAS, jawapan hampir sama juga diberikan. Oleh sebab PAN juga ditubuhkan atas dakwaan mendaulatkan Islam, bezanya dengan PAS adalah cara dan pendekatan perlaksanaan.

Apakah benar ketiga-tiga parti ini wujud dalam suasana berbeza pendapat dan pendekatan semata-mata? Pelbagai persoalan yang berbangkit dari apa yang dinyatakan di atas akan menemui pelbagai versi jawapan dan pernyataan.

Bagaimana persoalan itu dan di mana ia dibangkitkan, jawapan yang berbeza akan diperoleh. Namun bagi saya, apabila kita ingin mendaulatkan Islam dalam negara ini, mahu tidak mahu perlu kita meneliti kembali kepada sistem kenegaraan dan perundangan semasa.

Sejarah silam telah menunjukkan akar umbi perundangan tanah leluhur ini adalah Islam. Sebaik kemasukan pendakwah-pendakwah dari pelbagai ceruk rantau ke tanah ini, Islam telah mula berkembang sebagai agama bumi ini menggantikan pelbagai kepercayaan yang ada pada waktu itu.

Dari situ Islam terus menguasai setiap cabang kehidupan Masyarakat dan pemerintah hinggalah Islam itu menjadi panduan hidup dan juga sumber rujukan pemerintah. Timbulnya batu bersurat Terengganu, catatan-catatan sejarah lama Malaka dan pelbagai sumber menjelaskan Islam telah bertapak di bumi ini sebagai sumber perundangan dan tata tadbir pemerintahan.

Hinggalah penjajahan berlaku, Islam yang menjadi akar umbi atau disebut “Grundnorm” dalam istilah juris pruden moden telah dicabut satu persatu hinggalah ia menjadi seperti hari ini. Islam tidak lagi berkuasa seperti catatan sejarah lalu. Islam tidak lagi menjadi sumber rujukan utama pemerintahan seperti pemerintahan kesultanan lama Tanah Melayu.

Apakah salah apabila umat Islam bernostalgia untuk kembalikan keagongan Islam di bumi ini sebagaimana catatan sejarah lalu? Ia bukan sekadar mampu bernostalgia, bahkan ia sebenarnya menjadi kewajipan setiap umat Islam untuk kembalikan keagongan Islam dengan apa cara jua sekalipun.

Apabila negara ini menganuti ideologi demokrasi berparlimen demi sebuah kemerdekaan daripada penjajahan barat, perjuangan mendaulatkan Islam dalam sistem kenegaraan dan perundangan wajib diteruskan oleh umat Islam seluruhnya. Demokrasi berparlimen telah melahirkan ahli-ahli politik sebagai mereka yang diperakui membentuk dan mewarnai sistem kenegaraan dan perundangan Malaysia.

Di celah-celah suburnya demokrasi berparlimen inilah PAS dibentuk hanya dengan satu tujuan iaitu mendaulatkan Islam dalam sistem kenegaraan dan perundangan negara. Tentunya perjuangan PAS ini akan melalui pelbagai ranjau dan liku. Dan PAS telahpun diuji dengan pelbagai tribulasi dan rialiti semasa.

Mendepani cabaran demokrasi berparlimen inilah PAS perlu akur kepada corak dan perlaksanaan semasa. Hasrat mendaulatkan Islam tidak mungkin berlaku dalam masa yang singkat. Ia telahpun melalui tempoh lebih setengah abad. Berapa lama lagi perjuangan ini perlu ditempuhi, kita serahkan jawapan itu kepada sang yang Agong, Allah SWT.

Dalam pelbagai kesempatan, tegas saya nyatakan betapa mendaulatkan Islam sebagai akar umbi atau grundnorm di Malaysia meruntun suatu iltizam yang amat tinggi di kalangan ahli-ahli politik Islam. Keiltizaman ini melangkaui kepentingan politik kepartian atau pakatan siasah.

Atas prinsip dan keyakinan itulah PAS menempatkan dirinya dalam sistem demokrasi berparlimen hari ini. Menempuhi cabaran kontemporari PAS pernah bersendirian dan PAS juga pernah punyai rakan dalam suatu pakatan.

Apa yang dilalui PAS pada hari ini bukanlah baru. Bersendirian tanpa rakan pakatan hanyalah atas satu asbab iaitu kewujudan PAS untuk mendaulatkan Islam sebagai akar umbi sistem kenegaraan dan perundangan negara tidak dapat diterima oleh parti-parti rakan.

Begitulah bila PAS terus bersikap menentang Umno walaupun Umno itu punyai kuasa. Alasannya hanya satu iaitu Umno tidak punyai kesungguhan dan komitmen yang sewajarnya sebagai pemerintah dalam mendaulatkan dan mengangkat Islam sebagai sistem pemerintahan negara seluruhnya.

Jika ada mana-mana pihak yang juga impikan Islam berdaulat di bumi ini, apakah rasionalnya pertentangan itu wujud walhal PAS telah lama di persada dengan tujuan yang sama? Dengan perkataan lain, rakyat tiada pilihan lain selain memberikan sokongan padu dan kepercayaan penuh untuk PAS menguasai seberapa banyak kerusi dalam dewan perundangan negara.

Apa jua alasan atas nama demokrasi untuk mewujudkan perseteruan dengan PAS hanyalah akan merencatkan usaha meninggikan Islam sebagai sumber hukum dalam pemerintahan di Malaysia. Buat saudara-saudara di Kuala Kangsar dan Sungai Besar, jadikanlah ruang Pilihan Raya Kecil (PRK) ini sebagai medan untuk kita tegas dengan cita-cita mendaulatkan Islam melalui sistem demokrasi yang sedang kita amalkan. – HARAKAHDAILY 13/6/2016

Sumber HD - 13-6-2016

Akta 355: Tanggungjawab umat Islam seluruhnya

MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF | .


PEMBENTANGAN usul persendirian oleh Yang Berhormat Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) seharusnya didukung padu oleh seluruh umat Islam. Kesempatan ini wajar menjadi peluang untuk umat Islam menunjukkan solidariti demi memastikan usaha mendaulatkan Islam di bumi Malaysia ini terus mara.

Sebagaimana sejarah membuktikan, Islam telah menjadi akar umbi dan nadi bumi ini sejak dulu. Penjajahan ke atas bumi ini telah menjadikan akar tunjang ini dileraikan satu demi satu hinggalah keutuhan Islam di Malaysia seolah-olah hanya di atas kertas. Mendaulatkan Islam di Malaysia seperti yang tercdatat dalam lipatan sejarah amat meruntun kesungguhan umat Islam secara total.

Telah banyak saya nyatakan pada pelbagai kesempatan dan penulisan, memperkasakan Islam dalam system perundangan negara amat menagih komitmen dan iltizam padu dari seluruh ahli-ahli politik dan ahli-ahli parlimen muslim. Demikianlah apa yang sedang kita depani hari ini.

Secara seimbas lalu, saya cuba membawa perhatian sekalian pembaca berkaitan perkara-perkara yang perlu kita ketahui di sebalik usul persendirian yang dikemukan oleh MP Marang lalu. Perlu diinsafi, wajar kita meneliti apa yang akan saya kemukakan bebas dari ketaksuban kita kepada parti semata-mata tetapi melihat dari kelangsungan mendaulatkan Islam itu yang paling utama.

Pertamanya ramai yang mempersoalkan kenapa tidak pihak pemerintah yang diterajui parti United Malay National Organisation (Umno) mengemukakan usul pindaan tersebut? Bagi memahami persoalan ini, saya lebih suka meneliti perihal kesungguhan kerajaan dalam memperkasakan Islam itu sendiri.

Dalam ruang kesempatan forum dan wacana yang dianjurkan oleh pelbagai pihak, apa yang boleh saya simpulkan ia lebih kepada perbincangan yang berbentuk akademik. Tiada suatu kata muafakat dari pihak yang berkuasa untuk tegas memperkasakan undang-undang Islam, khususnya dalam bidangkuasa jenayah mahkamah syariah.

Pihak pemerintah dilihat amat berhati-hati dalam membawa sebarang usaha untuk memperkasakan Islam dalam sistem perundangan Negara. Apa yang sering ditekankan hanyalah pengharmonian sistem perundangan sedia ada dengan sistem perundangan Islam. Ia tidak pula dituruti dengan suatu resolusi yang jelas sebagaimana yang ramai dari kita harapkan.

Dalam kelompongan inilah, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mempunyai tanggungjawab tersendiri dalam memastikan cita-cita mendaulatkan Islam dalam perundangan negara tidak terbengkalai. Apatah lagi PAS sebagai badan siasah berteraskan Islam telahpun mempunyai wakil-wakilnya di dewan-dewan perundangan termasuklah di Dewan Rakyat, Dewan Negara dan Dewan-dewan Undangan Negeri.

Dengan tiadanya kesungguhan di pihak kerajaan yang diketuai Umno, PAS hadir untuk berani mengemukakan usul yang telah dibawa dan hanya diangkat mutakhir ini. Seterusnya perlu kita faham isi kandungan usul tersebut secara ringkas.

Usul yang dikemukan oleh YB TG Haji Abdul Hadi Awang adalah bertujuan menzahirkan peruntukan-peruntukan di dalam Jadual Kesembilan, Senarai II, iaini Senarai-senarai bidang kuasa negeri. Dalam perenggan 1, Senarai II Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan, inti yang utama diperturunkan di bawah ini:-

Senarai II—Senarai Negeri, Perenggan 1,

"Kecuali mengenai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, hukum Syarak dan undang-undang diri dan keluarga bagi orang yang menganut agama Islam, termasuk hukum Syarak yang berhubungan dengan pewarisan,......... pewujudan dan penghukuman kesalahan yang dilakukan oleh orang yang menganut agama Islam terhadap perintah agama itu, kecuali berkenaan dengan perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan; keanggotaan, susunan dan tatacara mahkamah Syariah,...."

beberapa perkara asas dari peruntukan di atas termasuklah:

1.   Islam yang terletak di bawah bidang kuasa negeri bolehlah dijadikan sumber undang-undang khususnya berkaitan hal-ehwal individu dan keluarga, setakat mana tidak berlawanan dengan bidang kuasa persekutuan.

2.   Dalam hal-ehwal jenayah, ia adalah terhad berkaitan peribadi individu yang menganuti dan mempercayai Islam sahaja dan tidak berlawanan dengan bidang kuasa persekutuan

Dalam memberi makna bahawa Mahkamah Syariah berbidangkuasa dalam hal-ehwal jenayah yang berkaitan individu muslim, perlu ada suatu perundangan jelas yang digubal. Dalam pertimbangan inilah usul persendirian ini amat diperlukan. Peruntukan sedia ada dalam Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 (Akta 355), seksyen 2 memperuntukkan:

Seksyen 2. Bidang kuasa Jenayah Mahkamah Syariah.

“Mahkamah Syariah yang ditubuhkan dengan sempurnanya di bawah mana-mana undang-undang dalam sesuatu Negeri dan diberi bidang kuasa ke atas orang-orang yang menganuti agama Islam dan berkenaan dengan mana-mana perkara yang disebut satu persatu dalam Senarai II bagi Senarai Negeri dalam Jadual Kesembilan kepada Perlembagaan Persekutuan adalah dengan ini diberi bidang kuasa berkenaan dengan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam oleh orang-orang yang menganuti agama tersebut yang boleh ditetapkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis:

Dengan syarat bahawa bidang kuasa sedemikian tidaklah boleh dijalankan berkenaan dengan apa-apa kesalahan yang boleh dihukum penjara selama tempoh melebihi tiga tahun atau denda melebihi lima ribu ringgit atau sebatan melebihi enam kali atau apa-apa gabungan hukuman-hukuman tersebut….”

Sehingga usul persendirian ini diluluskan, dalam bidang kuasa jenayah, Mahkamah Syariah di Malaysia hanya mempunyai kuasa untuk menjatuhkan hukuman sebagaimana yang dinyatakan di atas. Kuasa yang biasa disebut 356 ini sudah tentunya tidak mampu menggambarkan perundangan jenayah Islam yang lebih baik.

Justeru, pindaan yang dicadangkan melalui usul persendirian YB Marang adalah memberi kuasa kepada badan-badan perundangan negeri-negeri mengubal suatu enakmen yang lebih menepati kehendak syarak dan tidak hanya tertakluk kepada hukuman 356.

Dengan perkataan lain, pindaan Akta 355 bukan suatu usaha muktamat. Ia perlu dituruti pula oleh Dewan-dewan Undangan Negeri untuk memastikan enakmen di negeri-negeri lebih bertepatan dengan hokum syara’ dalam hal-ehwal jenayah.

Kesimpulannya, usul persendirian yang dibawa oleh TG Presiden PAS bukanlah suatu yang asing dalam perundangan Islam. Amat tidak wajar ia ditohmah dengan pelbagai tuduhan politik yang mampu mencacatkan usaha mendaulatkan Islam dalam perundangan negara.

Saya berpandangan ahli-ahli parlimen muslim tiada pilihan lain selain berusaha memastikan usul persendirian ini berjaya diluluskan agar pindaan kepada Akta 355 berjaya direalisasikan. Dalam mendepani cabaran ini, kepentingan Islam wajib menjadi keutamaan mengatasi kepentingan-kepentingan lain.

Buat seluruh umat Islam, berusahalah memahami situasi penting ini agar kita mampu berganding bahu, dalam mengumpul kekuatan mendaulatkan islam di tanah air ini. Langkah ini hanyalah suatu kesinambungan yang penhujungnya masih jauh di hadapan. - HARAKAHDAILY 1/6/2016

Sumber HD - 1-6-2016













Teguhkan pendirian biarpun lawannya kawan











MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF | .


SUASANA pasca Pilihan Raya Negeri PRN Sarawak dan Pilihan Raya Kecil (PRK) yang dijangka berlaku terdekat ini menyaksikan perbahasan dua penyokong utama parti yang meletakkan Islam sebagai agenda perjuangan. Izinkan saya memberi pandangan kerdil saya berasaskan kefahaman saya dalam bidang perundangan dan perlembagaan negara.

Asas kepada perjuangan siasah Islam di dalam mana-mana sistem kenagaraan pun adalah berusaha meletakkan Islam itu pada tempat yang teratas agar Islam itu berdaulat.

Begitulah juga halnya di dalam negara ini. Adanya Parti Islam Se-Malaysia PAS dalam sistem politik demokrasi di Malaysia tidak lain tidak bukan berusaha sedaya mampu menjadikan Islam sebagai (gaya hidup) yang menguasai seluruh kehidupan, termasuk sistem pentadbiran dan perundangan negara.

Penyertaan PAS dalam pilihan raya selain mensasarkan kemenangan, turut menjadi keutamaan di situlah terbentangnya medan dakwah bagi menyerlahkan Islam kepada rakyat.

Dalam menempuh perjalanan mendaulatkan Islam dalam sistem pentadbiran dan perundangan negara, sejak awal saya berpendapat ia amat memerlukan iltizam bukan calang-calang daripada ahli-ahli politik Islam. Ia bukan sekadar memeiliki kuasa pemerintahan pusat atau negeri. Ia lebih dari itu.

Kekuatan ketumbukan siasah Islam itu amatlah penting dan tidak boleh dikompromi. Dengan perkataan lain, para pemain politik Islam wajib bersikap “kamu ikut kami, atau kami yang meninggalkan kamu”. Islam itu perlu bersifat dituruti dan bukannya menuruti.

Berbalik kepada apa yang berlaku mutakhir ini, iltizam dalam kalangan pemain politik Islam itu pada pandangan saya perlu diperhalusi. Apakah kewajarannya berlaku kewujudan dua badan siasah yang mendakwa perjuangannya Islam?

Sebagaimana yang saya nyatakan di atas, mendaulatkan Islam di Malaysia meruntun suatu keiltizaman yang benar-benar bulat dan kuat dari seluruh pemain siasah Islam. Dengan wujudnya dua badan siasah Islam, pada saya ia adalah suatu ketirisan dalam memahami perjuangan mendaulatkan Islam di Malaysia.

Kewujudan PAS dan Parti Amanah Negara Amanah pada pandangan saya bukanlah memperhebatkan perjuangan mendaulatkan Islam di Malaysia bahkan ia merencatkan perjuangan itu sendiri.

Melihat bagaimana perpecahan dalam Pakatan Rakyat PR, seluruh pencinta Islam seharusnya berani memegang satu pendirian bahawa Islam adalah perjuangan kami.

Mempelawa kami untuk berpadu menentang United Malay National Organisation UMNO atau Barisan Nasional BN bermakna menerima iltizam kami dalam mendaualatkan Islam di Malaysia. Malang, penyatuan pendirian ini tidak berlaku bahkan laungan perjuangan Islam itu menjadi celaru hingga tertubuhnya parti baru.

Benar, sistem demokrasi memungkinkan tertubuhnya lebih daripada satu parti atau boleh saja berbilang parti. Mahu tidak mahu, kayu ukur yang mesti digunapakai bukanlah prinsip asas demokrasi itu sendiri tetapi apakah pandangan Islam yang disumberkan dari Quran dan Sunnah.

Justeru saya berpandangan suatu yang amat malang apabila PAS terpaksa berhadapan bukan hanya musuh tradisinya, tetapi terpaksa juga berhadapan dengan parti yang meletakkan Islam sebagai perjuangan.

Dalam hal ini, harapan saya buat pencinta Islam, bersatulah dalam satu wadah dan insaflah akan apa yang berlaku sehingga ke hari ini. Pengakhiran kita bukannya di dunia bahkan kita ada hari pembalasan untuk menghadap Ilahi.

Sayangkan sahabat yang punyai pandangan berbeza tidak boleh dijadikan alas an untuk meninggalkan perjuangan yang telah sekian lama diasaskan PAS. Susah untuk mengenali sahabat baru tidak boleh dijadikan alasan untuk membentuk dan bersama jemaah yang pada wajahnya mempunyai jalur perjuangan yang sama.

Sayangi perjuangan mendaulatkan Islam bermakna sedia untuk memperbaiki setiap kelemahan PAS dan berusaha memperteguhkan PAS. Ingatlah, pengorbanan itu termasuklah mengkesampingkan pendirian peribadi kita bila telah ada ketetapan dari jemaah yang kita berada di dalamnya.

Moga Allah terus beri kekuatan buat pencinta Islam untuk bersatu dalam satu siasah, memelihara Quran dan sunnah agar kemuliaannya dapat diserlahkan. – HARAKAHDAILY 10/5/2016

Sumber HD - 10-5-2016

Musuh PAS tetap Umno

MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF | .

POLITIK itu adalah suatu seni yang serba kemungkinan. Jika kita tanya orang politik, jawapannya semua boleh. Sebab itu politik juga disebut sebagai “arts of possibilities”.

Jika hari ini kawan, belum tentu esok tak jadi lawan. Jika hari ini musuh, boleh jadi esok yang disuluh bukan lagi musuh.

Itulah serba ringkas karenah politik dalam bahasa yang paling mudah dapat saya coretkan. Justeru, apakah sikap yang sama harus diiktiqadkan oleh Parti Islam Se-Malaysia, PAS? Bagi PAS sebagai badan siasah Islam, tentu sekali tidak.

Namun PAS tertakluk kepada pelakunya juga. Mungkin saja dari kalangan pelaku-pelaku dalam PAS sama ada hari ini atau semalam mengambil sikap untuk mengutamakan kepada sifir politik semata-mata. Suasana inilah yang harus difahami oleh setiap ahli, penyokong atau pendokong PAS.

Mahu tidak mahu, PAS perlu diterajui oleh mereka yang benar-benar faqeh dan faham hukum dan mampu memahami helah gendang dalam politik. Pada pengamatan saya, itulah yang sedang berlaku hari ini. Jika tanggapan saya ini salah, ahli-ahli PAS bebas saja membuat perubahan dalam pemilihan sewaktu tiba muktamar kelak.

Saya cuba berlaku adil kepada penyokong-penyokong PAS yang masih menyimpan rasa gundah bila PAS tidak lagi menjadi anggota pakatan dalam gagasan Pakatan Rakyat, PR. Diakui betapa sejarah telah memaparkan PR adalah satu-satunya gabungan politik yang mampu memecahkan penguasaan Barisan Nasional BN di Malaysia. Itu fakta sejarah yang tidak boleh dinafikan.

Pun begitu, sejarah itu boleh saja berulang dalam suasana yang berbeza. BN mungkin saja lumpuh sebagaimana lumpuhnya mereka di tangan PR. Dalam suasana tiada lagi PR, fakta ini tidak mustahil berlaku dalam suasana yang berlainan.

Mengambil kira politik itu serba kemungkinan, senario ini harus juga diambilkira oleh para penyokong PAS dengan apa yang sedang diusahakan oleh pimpinan PAS hari ini. Jika dapat saya ulangi dalam penulisan ini, lawan PAS tetap parti United Malay National Organisation - Umno dan BN.

PAS memusuhi Umno dan BN bukan sekadar kerana penyelewengan dan kedurjanaan yang dilakukan. PAS menentang mereka kerana PAS yakin, kita ada alternatif lebih baik dari apa yang dilaksanakan Umno dan BN hari ini. Apa yang PAS sedia tawarkan adalah apa yang ditetapkan dalam al-Quran dan Sunnah.

Jika ada kelemahan pada PAS, itu bukan kerana al-Quran dan Sunnah itu yang lemah. Yang lemah dan yang kurang itu adalah individu dalam PAS itu sendiri. Itulah yang sedang diperbaiki semasa ke semasa oleh PAS.

Jika ada yang menganggap PAS lah yang memecahkan PR sekaligus memberi hayat kepada Umno dan BN, saranan saya halusilah setiap fakta dan situasi lalu dengan penuh cermat dan keterbukaan.

PAS menentang Umno dan BN bukan setahun dua atau sepuluh dua puluh tahun ini saja. PAS menentang Umno dan BN bukan saja atas faktor isu dan hal-ehwal semasa semata-mata. Itulah pendirian PAS yang harus difahami oleh rakyat. Agenda kita tetap menggantikan Umno dan BN. – HARAKAHDAILY 23/3/2016

Sumber HD - 23-3-2016















Nasib warga emas OKU yang tidak diberi bantuan













JOFRI JARAIEE | .




MIRI: Masalah setinggan dan sukar memiliki tanah sendiri di Bandaraya Miri semakin gawat disebabkan harga rumah yang terlalu mahal dan tidak mampu dimiliki orang yang pendapatan rendah dan sederhana.

Seorang penduduk yang sudah lebih 40 tahun menetap di Jalan Pujut @ ‘Pujut Rail’ Tanjung Batu mengadu kepada pihak PAS kerana tidak dapat bantuan kebajikan daripada pihak agensi yang berkaitan.

Going Bin Derman yang berumur 70 mempunyai 6 orang anak terdiri dari 3 orang anak perempuan dan 3 orang anak lelaki. Isteri beliau bekerja sebagai pembantu tukang masak di Pasar Malam Seberkas. Beliau sendiri tidak bekerja disebabkan beliau telah hilang penglihatan akibat kemalangan.

Going menerima nasib malang apabila terkena paku pada salah satu matanya ketika pulang dari kerja di rumahnya pada tahun 2010. Beliau telah terlantar selama lebih sebulan di Hospital Umum Miri dan telah diberikan rawatan percuma kerana beliau telah disahkan sebagai OKU (orang kurang upaya)  akibat kemalangan itu.

Beliau telah diberi kad OKU oleh pihak badan kebajikan tetapi sampai sekarang beliau tidak mendapat sebarang bantuan bulanan daripada badan kebajikan. Alasan pihak badan kebajikan ialah anak beliau mampu menanggung beliau sekeluarga.

Anak perempuan sulung beliau sudah berumahtangga dan mempuyai seorang anak. Anak lelaki kedua beliau pula bekerja sebagai askar di Semananjung. Tiga orang anak beliau masih lagi belajar di SMK Baru dan juga di SK Pujut.

Menurut isteri beliau anak mereka yang masih belajar itupun tidak mendapat bantuan persekolahan seperti anak murid yang lain. Ketiga-tiga anak beliau pergi ke sekolah menggunakan van sekolah dan bayaran bulanan sebanyak RM135.00.

Menurut beliau lagi hanya sekali saja pihak Baitulmal Sarawak memberi sumbangan kepada keluarga beliau tetapi selepas itu tiada lagi sumbangan yang diterima oleh keluarga beliau.

Going yang tidak dapat bekerja hanya bergantung nasib pada isteri dan anak beliau, ia sudah tentu tidak mencukupi untuk menanggung pembelanjaan harian mereka sekeluarga.

Mereka amat mengharap agar masalah yang mereka hadapi selama ini mendapat perhatian daripada pihak berkuasa dan pihak yang berkaitan. Keadaan rumah mereka juga usang dan perlu dibaik pulih sebab mereka tidak mampu untuk membaiki rumah mereka.

Kita mengesa pihak badan kebajikan serta pihak Baitulmal Sarawak dapat memberi bantuan bulanan kepada Going Derman sebab beliau selayaknya menerima bantuan bulanan disebabkan beliau tidak dapat bekerja dan boleh dikategori sebagai golongan miskin di bandar.

Pihak yang berkenaan boleh datang sendiri melihat keadaan serta nasib yang menimpa Going setelah beliau tidak mampu untuk menanggung keluarga beliau. Kerjasama dengan pihak berkaitan untuk mengatasi masalah Going Derman sekeluarga amat dihargai. – HARAKAHDAILY 7/3/2016

Sumber HD - 7-3-2016

Tumbangkan kerakusan dan kezaliman

MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF | .


HIMPUNAN bantah TPPA telahpun berlangsung dengan jayanya pada sabtu lepas, 23 Januari 2016. Tentunya ukuran kejayaan itu bergantung dari mana kita menilai sudut pandang.

Dari sudut Parti Islam Se-Malaysia PAS sendiri, himpunan itu telah cukup untuk memberi kepuasan kepada para penyokong dan pendokong PAS dari seluruh Negara. Bukan sekadar dari semenanjung, bahkan ada yang datang dari kepulauan Borneo, semata-mata ingin menyatakan kebersamaan mereka dengan PAS membantah TPPA.

Biarpun pada impian saya ingin lebih ramai badan-badan Masyarakat sivil yang menyertai himpunan yang menolak kerakusan TPPA itu turut serta, dari sudut pandang lain telah ada kekuatan yang terbina. Himpunan itu cukup jelas memberi suatu gambaran betapa pendokong PAS masih ada kekuatan tersendiri.

Kekuatan inilah yang ingin saya fokuskan dalam tulisan ini bagi memperkuatkan usaha kita menumbangkan kerakusan pemerintahan yang ada pada hari ini. Saya ketepikan segala cerita suka duka di sebalik kejayaan himpunan ini untuk membawa sekalian pendokong PAS fokus dengan gerak kerja mendatang.

Dalam menilai pelbagai kenyataan dan komitmen kerajaan Barisan Nasional hari ini, hampir pasti kerajaan 47% ini akan menandatangani perjanjian yang sebenarnya penjajahan terhormat dalam TPPA. Peringkat pertama iaitu menandatangani TPPA hampir pasti akan berlaku.

Sebaik negara menandatangani TPPA, akan ada satu proses lagi iaitu meratifikasikan penjajahan rakus Amerika melalui TPPA ini. Sebaik meratifikasikan TPPA, kerajaan Malaysia pada waktu itu tiada pilihan lagi selain akur dengan penjajahan terhormat ciptaan Amerika. Pada waktu itu, kita hanya mampu berputih mata dan menadah telinga derita daripada TPPA.

Justeru, usaha kita pada hari ini tidak mudah. Usaha kita untuk menghapuskan kerakusan pemerintahan hari ini cukup sukar dan mencabar. TPPA akan menjadi rangsangan paling ampuh untuk BN mempertahankan kerajaan yang ada dengan apa cara sekalipun.

Suasana geopolitik hari ini bukan lagi rahsia untuk sesebuah kerajaan mempertahankan parti pemerintah di sesebuah negara lain demi kelangsungan agenda mereka. Apa yang berlaku dengan skandal aliran dana 2.6b cukup untuk memberi kefahaman kepada kita permainan geopolitik hari ini.

Memandangkan medan yang kita sertai ialah medan pilihan raya, undi setiap pemilih berdaftar itu amat bernilai. Mahu tidak mahu, medan permainan ini perlu kita kuasai sehabis daya yang mampu.

Tingkatkanlah usaha mendekati rakyat dengan agenda berkebajikan. Fahamilah nilai negara berkebajikan yang sedang PAS pelopori sebelum dan sebaik pemerintahan dikurniakan Ilahi.

Cukupkanlah setiap jentera, petugas dan penggerak dengan ilmu yang mampu memahamkan rakyat agenda yang dibawa.

Itulah sebabnya pada waktu ini, kami di Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat giat menjelajah ke seluruh negara untuk memahamkan setiap penggerak lajnah peri penting memahami agenda negara berkebajikan yang PAS cetuskan sejak 2011 lalu. Buktikan betapa Islam itu bukan suatu retorik semata-mata bahkan ia benar-benar rahmat untuk kelangsungan kehidupan.

Jadikan himpunan bantah TPPA baru-baru ini sebagai pemanas badan untuk kita turun ke medan tempur yang menentukan jatuh bangun negara dalam pilihan raya yang akan datang. Rapatkan ukhuwah, giatkan usaha untuk mendaulatkan syariat Tuhan. – HARAKAHDAILY 27/1/2016

Sumber  HD - 27-1-2016



























Bohong, PAS bukan tongkat kepada Umno

MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF | .


SAYA mulakan bicara hujung minggu ini dengan satu potong ayat Al-Quran dari surah An-Nur yang bermaksud: “Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak ke pada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: Kami dengar dan kami taat: dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan.” [An-Nuur:51]

Dari pengajaran ayat di atas, sifat orang beriman itu senantiasa patuh dan taat bila diajak kepada Allah dan Rasul. Tidak ada dalih, dan tidak ada alasan untuk mereka mengelak diri dari patuh sepenuhnya kepada tuntutan Allah dan Rasul.

Itulah kejayaan hakiki seorang yang beriman, mampu patuh dan taat kepada setiap suruhan syariat. Moga kita digolongkan dalam kumpulan orang-orang yang dianugerahi kejayaan.

Demikianlah tugas yang dipikul oleh pendukung dan penyokong Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Pada setiap masa dan saat, tugas kita adalah mengajak setiap umat manusia untuk patuh kepada arahan dan tegahan dari Allah S.W.T dan Rasul SAW.

Tugas kita ini tidak dibatasi masa dan sempadan. Tugas kita ini melangkaui fahaman dan kepelbagaian kumpulan. Justeru, tugas kita ini perlu juga dibawa kepada mereka yang dalam politiknya memusuhi kita.

Inilah yang sedang dibawa oleh pimpinan dalam mendepani parti melayu dalam negara, United Malay National Organisation (Umno). Lebih tepat lagi, gagasan menyeru kepada Allah dan Rasul ini sedang digerakkan agar mampu diterima oleh ahli-ahli, pendukung dan penyokong Umno.

Natijah yang disasarkan kepada gagasan ini adalah sokongan sebulat padu seluruh umat Islam kepada usaha mendaulatkan syariat secara sebenar di Negara ini. Bukan soal tongkat kepada Umno atau penasihat murahan sebagaimana yang dimainkan media.

Menggerakkan gagasan ini dalam suasana semasa tentu sekali meruntun suatu komitmen dan iltizam yang amat. Tidak kurang risiko diperlekeh, dihina dan dipersenda sudah pasti beriringan dengan apa yang diusahakan.

Sewajarnya kita lebih jelas dalam mendepani situasi ini secara kolektif atau berjemaah. Bagi memahamkan lagi gerak kerja yang berlaku, beberapa penegasan dari pucuk pimpinan molek saya ulangi di sini secara umum.

Selagi mana Umno dengan dasar kebangsaan yang tidak berteraskan Islam, selagi itulah PAS sebagai sebuah badan siasah berpaksikan Islam akan menentang Umno untuk tunduk kepada Islam. Penentangan boleh berlaku secara halus, lembut dan pada waktunya berbentuk agresif.

Mana-mana pimpinan atau ahli PAS yang condong kepada Umno, mereka boleh terus bersama menyertai Umno dan tinggalkan PAS (Ustaz Idris Ahmad, Naib Presiden). Tidak ada keperluan untuk PAS bersama Umno dalam satu wadah atas apa jua alas an seumpama minyak yang tidak akan bercampur air.

Tiada kerjasama politik antara PAS dan Umno. Apa yang berlaku hanyalah tanggungjawab selaku kerajaan memerintah di peringkat negeri dan persekutuan (Ustaz Datuk Ahmad Yakob, Timbalan Dewan Ulamak). Justeru, hebahan PAS yang akan bergabung dengan Umno adalah karut dan merapu (Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali, Ketua Penerangan Dewan Ulamak).

Kerosakan yang dilakukan oleh Umno hingga membawa penderitaan kepada rakyat terlalu ketara dan perlu dipulihkan oleh PAS (Iskandar Samad, Naib Presiden). PAS hanya perlu berkerja kuat untuk pastikan Umno tumbang dan digantikan dengan PAS.

Nah, tidak timbul buat masa ini PAS nak bergabung dengan Umno dalam satu pentas politik. Selagi mana Umno dengan dasarnya, biarlah kita menjadi penentangnya hingga syariat mampu didaulatkan.

Bagaimana caranya untuk berhadapan dengan Umno dalam pilihan raya umum akan datang, tidak perlulah kita fikirkan kerana itu tanggungjawab pimpinan yang diberi amanah untuk merencanakannya. Fokus kita hari ini adalah memahamkan seluruh masyarakat termasuklah ahli-ahli dan penyokong Umno tentang apa yang dibawa oleh PAS.

Begitu juga kita ada tanggungjawab kepada mereka yang berada dalam jentera  dan pentadbiran kerajaan. Selainn mendekati mereka untuk menjelaskan tentang apa yang kita bawa, bantulah seadanya untuk mereka melunasi tanggungjawab mereka kepada rakyat dan Negara melalui pelbagai saluran dan aktiviti yang ada.

Media-media utama yang bukan mendukung aspirasi PAS sudah tentu akan menyiarkan apa sahaja yang dirasai menguntungkan mereka termasuklah paparan berkaitan gabungan PAS Umno walaupun bukan suatu kebenaran. Begitu juga ungkapan yang menggambarkan gabungan PAS Umno perlu diabaikan bilamana ia mungkin saja mengganggu focus utama kita memperkasakan PAS.

Selamanya PAS tindak mungkin menjadi pembantu atau tongkat kepada Umno melainkan PASlah yang akan menggantikan Umno menerajui pemerintahan bila diizinkan Allah SWT sentiasalah berpaut kepada Allah kerana gerak kerja ini berteraskan syariat yang telah ditetapkan di dalam Al-Quran dan sunnah Rasul-Nya. - HARAKAHDAILY 3/1/2016

Sumber HD - 3-1-2016















Kenapa masyarakat perlu terima OKU berpolitik?

MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF | .

TAHUN 2015 tidak beberapa hari lagi akan meninggalkan kita. Memasuki tahun 2016, bermakna Malaysia akan memasuki tempoh suku kedua dalam kerangka memenuhi persetujuan Incheon Strategy, suatu pakatan serantau.

Incheon Strategy adalah satu komitmen Negara rantau Asia Pasifik ke arah menjadikan hak-hak Orang Kurang Upaya OKU di rantau ini suatu realiti. Justeru, beriringan dengan Incheon Strategy ini adalah selogan (Make right real for the disable) atau jadikan hak OKU suatu kenyataan.

Incheon Strategy menggariskan 10 matlamat untuk dicapai bagi memastikan apa yang diperakui berkaitan hak seorang OKU suatu kenyataan. Dengan lain perkataan, Incheon Strategy mensasarkan perakuan pembangunan OKU dari pendekatan kebajikan kepada pendekatan hak benar-benar terlaksana.

Suatu hal yang menarik dalam Incheon Strategy, ia telah meletakkan penyertaan OKU dalam proses politik dan pembuat keputusan antara matlamat yang disasarkan. Sebagai sebuah Negara yang memperakui Incheon Strategy, Malaysia tidak terkecuali perlu memastikan penyertaan OKU dalam proses politik dan pembuat keputusan.

Jika sebelum ini Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu PBB telah menjadikan selogan “nothing about us with out us” dalam sambutan hari OKU antarabangsa, matlamat kedua dalam Incheon Strategy kini meletakkan satu aras yang perlu dicapai oleh Negara dalam mengiktiraf penyertaan OKU.

Satu yang perlu difahami oleh seluruh masyarakat, pemerintah dan OKU sendiri, tanpa pembabitan OKU dalam apa jua proses politik dan pembuat keputusan, hak dan pembelaan OKU yang selama ini dilaungkan hanya akan tinggal atas kertas.

Dengan yang demikian, bagi memenuhi matlamat kedua Incheon Strategy ini, kesediaan OKU dan seluruh badan terlibat termasuk badan-badan siasah, agensi pentadbiran dan birokrat, perlu bersedia memenuhi matlamat ini secara kolektif. Di samping itu, sokongan dan dokongan masyarakat dalam menjayakan matlamat ini menjadi faktor pemangkin kepada kecapaian sasaran yang ditetapkan.

Dalam penulisan berikutnya, saya akan memperincikan secara lebih khusus berkaitan penyertaan OKU dalam proses politik dan pembuat keputusan yang ditetapkan dalam matlamat kedua Incheon Strategy. – HARAKAHDAILY 26/12/2015

Sumber HD - 26-12-2015

Jelas, inklusifnya PAS memacu negara mesra OKU

MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF | .


SEBAGAIMANA biasa saya nyatakan dalam pelbagai forum atau wacana, adanya Sekretariat Prihatin OKU dalam Parti Islam Se-Malaysia PAS bukanlah mengulangi gerak kerja pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang sedia ada. Adanya sekretariat ini bertujuan khusus menjelmakan hebatnya Islam dalam membangunkan OKU melalui wadah politik.

Saya meyakini betapa pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara mesra OKU mampu dicapai melalui kesungguhan badan-badan siasah dalam hal yang sama. Justeru, PAS adalah badan terplilih sebagai pemangkin kepada matlamat tersebut.

Sejak tertubuhnya sekretariat ini, Dewan Muslimat PAS Pusat “DMPP” adalah antara sayap utama PAS yang menyambut dan menyahut agenda pengupayaan OKU melalui parti. Syukur ke hadrat Ilahi, kelangsungan itu kini diteruskan dalam kepimpinan sesi yang telah pun bermula.

Kurang seminggu sebelum berlangsungnya kemuncak konvensyen Jelajah Saidatina Khadijah “Jelas” di Shah Alam 15 November lalu, saya dimaklumkan ruang untuk disertai OKU telah tersedia. Segera saya menghubungi sahabat-sahabat penggiat OKU untuk turut hadir dalam hi_tea yang diadakan yang mana turut diraikan oleh Tuan Guru Presiden.

Bagi memastikan PAS sebagai badan siasah yang mampu membawa perubahan ke arah Malaysia mesra OKU, apa yang mampu kami laksanakan termasuklah menjadikan jentera parti itu bersedia melaksanakan gagasan besar ini. Bagi tujuan itu, kemuncak konvensyen Jelas adalah satu lagi medan terbaik bagi menampilkan inklusifnya Islam.

Inklusifnya PAS untuk semua mesti dijelmakan dalam rupa yang dapat dirasai. Ia bukan sekadar laungan slogan tanpa disusuli suatu tindakan. Jika selama ini komuniti OKU sering merasai ragu-ragu untuk menyertai program politik bukan kerajaan secara terbuka, kami bertanggungjawab untuk memecahkan tembok pemisah itu.

Banyak faktor sebenarnya yang menjauhkan komuniti OKU daripada program atau aktiviti politik. Apatah lagi bila ia melibatkan parti di luar kerajaan. Selain pelbagai momokan dan ugutan, suasana program yang diadakan mewujudkan satu jurang tanpa disedari antara OKU dan hadirin yang lain.

Meminimumkan faktor halangan inilah suatu tugasan yang bukan mudah dan calang-calang. Alhamdulillah setinggi syukur bila usaha kami ini didokong sama oleh sayap utama parti sebagaimana ditunjukkan oleh DMPP melalui Jelas.

Kesedaran DMPP untuk mengenengahkan isu-isu OKU melalui Jelas adalah satu titik awal yang harus dicontohi oleh setiap jentera di dalam parti. Membuka ruang bagi mengenengahkan isu-isu komuniti rentan sering terabai oleh massa tanpa disedari. Itulah antara keistimewaan DMPP yang sedia peka kepada isu yang dipencil.

Lebih daripada itu, sikap petugas program yang langsung tidak kekok memenuhi keperluan sahabat-sahabat OKU yang hadir menambahkan keyakinan saya betapa PAS mampu menjadi agen pemangkin perubahan ke arah membentuk Malaysia mesra OKU. Mungkin ada yang beranggapan layanan sempurna dan istimewa yang diberikan hanyalah berupa suatu protokol program.

Namun pada pengamatan langsung saya, ia bukan sekadar memenuhi protokol program. Itulah suatu hasil tarbiah Islamiah yang membawa natijah inklusifnya PAS untuk semua komuniti termasuk daripada kumpulan rentan.

Bagi pembaca yang baru membaca tulisan saya, mungkin saja memandang biasa-biasa saja apa yang dibangkitkan. Ketahuilah, kesediaan para petugas memenuhi keperluan komuniti OKU dalam program-program sebegini amat besar maknanya buat OKU. Bukan mudah untuk mewujudkan suasana tidak terasing buat OKU yang menghadiri program besar seumpama hi_tea anjuran Jelas baru-baru ini.

Apatah lagi Jelas bukanlah suatu program meraikan komuniti yang biasa diadakan oleh badan-badan kebajikan. Sekadar mengadakan majlis keraian dengan hidangan-hidangan khusus dengan layanan istimewa, ia bukan lagi asing buat komuniti OKU.

Namun apabila program berorientasikan siasah mampu menjelmakan inklusifnya PAS untuk semua, ia adalah usaha yang perlu terus diperkasa.

Melalui usaha sedemikianlah akan membawa Islam kian dilebarkan sayapnya supaya teduhannya mampu memayungi seluruh umat. Kerangka Islam telah tersedia untuk dilaksanakan. Jelmakanlah ia untuk dirasai agar indahnya Islam bukan lagi sekadar di dalam kitab. – HARAKAHDAILY 17/11/2015

Sumber HD - 17-11-2015

Firdaus sudah tiada, sengsaranya masih terasa

Posted on Saturday, October 17 @ 11:10:21 MYT by paktam

Oleh Ainol Amriz Ismail 

KISAH suram remaja orang kurang upaya (OKU), Muhammad Firdaus Dullah, 16, yang terbongkar pada tarikh 21 Jun tahun lalu, cukup menyentap pe­rasaan dan hati setiap insan yang membaca dan menatap wajahnya pada waktu itu.

Dia ditemukan oleh anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen Negeri Sembilan dalam satu operasi membanteras pendatang asing tanpa izin (PATI) di Nilai.


Pada waktu itu, seperti ledakan yang tidak tertahan-tahan, pelbagai pihak menyalahkan pelaku yang meninggalkan Muhammad Firdaus keseorangan tidak terurus, kurus-kering, tinggal rangka, berbaju T compang-camping dan berlumuran najis. Hampir seluruh rakyat menangis apabila video rakaman penemuan itu menjadi viral dalam laman sosial, Facebook, sehinggalah pelaku itu ditahan dan dihadapkan ke mahkamah.

Susulan itu, remaja yang tubuh­nya bak kanak-kanak baru berusia lima tahun itu ditempatkan di Taman Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah di Seremban. Di situ tubuhnya semakin berisi. Keadaannya terurus dengan baik, makan dan minum terjaga oleh kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Kelmarin, tanpa angin yang menggoyang, tak semena-mena rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita pemergian remaja ini. Muhammad Firdaus telah kembali ke Rahmatullah pada pukul 1.15 petang dan disahkan oleh Pengarah Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Dr. Ariffin Mohamad disebabkan tersedak makanan sewaktu diserang penyakit sawan.

Semalam, jenazah remaja itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Makam Tuan Haji Mohd. Said, di Seremban.

Muhammad Firdaus sudah tiada tetapi bekas sengsara yang dide­ritainya selama beberapa tahun sebelum ditemui pihak penguat kuasa Imigresen tahun lalu masih berbuku dalam hati kita.

Memang amat wajar kisah Muhammad Firdaus menjadi rujukan akademik dan kemasyarakatan supaya istilah ‘sayang sesama manusia’ tidak dialpakan.

Apa pun yang berlaku di sebalik kisah Muhammad Firdaus, si pelaku sudah pun menerima hukuman oleh Mahkamah Sesyen Seremban dan sebenarnya, kisah kanak-kanak, OKU mahupun warga emas yang didera mental dan fizikal sering terpapar dalam dada media.

Benarlah kata pemikir moden, ‘dalam dunia binatang tiada manusia tetapi di dalam dunia manusia ada binatang’. Kadang-kala, perkara yang berlaku itu ibarat satu aliran kehidupan, sebagaimana musim bola sepak, musim perubahan fe­syen, musim orang suka itu dan ini.

Umpamanya satu ketika, kita mendengar kisah pembuangan bayi yang bermusim, kemudian kita dengar kisah kanak-kanak atau OKU didera dan pada satu musim yang lain, kita dengar pula kisah ibu, warga emas ditinggalkan oleh anak-anak.

Dalam hal ini, kita berbalik kepada sifat manusia itu, pertamanya dalam konteks anak - iaitu seorang yang lemah dan bergantung sepenuhnya kepada orang yang lebih dewasa serta amat berisiko tinggi sebagai mangsa penderaan. Apatah lagi kepada anak yang dilahirkan sebagai insan istimewa, OKU dari segi mental dan fizikal.

Hal lain yang mungkin menjadi dorongan kepada kajian kes ini ialah masalah kewangan dan tekanan hidup - kedua-dua faktor ini dikatakan menyumbang kepada peningkatan dalam kes penderaan. Akibat tekanan hidup itulah yang boleh menjadi penyebab pelaku gagal mengawal tekanan dan menjadikan anak sebagai punching bag untuk melepaskan tekanan.
Paling menyedihkan dalam kes ini adalah peranan masyarakat.

Maka kisah suram dan derita Muhammad Firdaus hendaklah dijadikan model kajian tertentu terma­suklah soal kemerosotan harga diri.

Ini juga ada hubungan dalam soal al-Karamah al-Insaniah atau satu prinsip menghormati martabat keinsanan dan maruah manusia. Hanya apabila wujud penghargaan terhadap karamah insaniah itu bermakna adanya tanda keinsanan manusia berkenaan yang membezakannya daripada haiwan.
Begitu halnya dalam soal OKU. Mereka insan istimewa yang hadir sebagai ujian Allah SWT terhadap ibu bapanya dan kita sebagai masyarakat.

Mereka perlu dilayan dengan saksama dan tidak boleh dinafikan hak dalam urusan agama, ilmu dan seumpamanya, apatah lagi jika berkaitan dengan urusan menyambung kehidupan. Insan OKU juga berhak untuk hidup secara sihat. Mereka berhak dilayan secara adil dan mereka juga berhak belajar, berkerjaya dan berkeluarga, sama seperti individu lain.

Justeru, menjadi asas kepada semua pihak, apatah lagi dalam keluarga yang mempunyai insan istimewa ini untuk menerima dan menyayangi mereka.

Jika masyarakat jujur dan ikhlas, pastinya kita semua dapat mengelak kes penderaan dan pengabaian terhadap individu OKU daripada terus berlaku.

Muhammad Firdaus sudah tiada. Senyuman manisnya tinggal kenangan.

Arwah pergi meninggalkan kita dengan kisah pembuka mata manusia. Jangan zalimi OKU, jangan sisihkan mereka sebaliknya dakap dan lindungilah mereka.

Al-Fatihah.

Sumber DD - 17-10-2015


















Dedikasi Untuk Muhammad Firdaus Dullah, insan meruntun jiwa.

Posted on Thursday, October 15 @ 21:45:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Selamat berjumpa dengan Tuhanmu, Firdaus. Berakhirlah sudah nasib malangmu di dunia ini. Akan terganti segalanya itu dengan jannah. Sedang kami yang diulit kemewahan di dunia ini belum tentu seindah hidupmu di alam sana.

Firdaus,

Di dunia kau ditinggalkan kesepian dan kesakitan.  Selimutmu adalah kehinaan. Sarapanmu najis sendiri kerana kau tidak memiliki lagi walau sebutir nasi. Kau kelainan upaya ditinggalkan oleh segala manusia. Kau dikurung dan terpenjara. Baju koyakmu adalah luka kemanusiaan. Kau tak pernah tanya di mana bapamu. Kau tak pernah tanya ke mana ibumu. Kau kehilangan segala-gala. Malah turut hilang segala kata dan airmata.



Sayu kulihat renungan matamu yang kosong. Sekosong daging di kulit belulangmu. Sedang di luar sana, anak kecil dan remaja seusiamu, berkaca mata mereka. Menonton wajah ayah ibu setiap ketika. Ada hilaitawa adik kakak sepanjang masa. Di depan ada tv, komputer, smartphone dan segala gajet yang jauh menerawangkan mereka.



Selamat berjumpa dengan Tuhanmu, Firdaus. Buku suratanmu telah tertutup. Kami yang tinggal entah ke mana syukur kami. Setiap detik sibuk memunggah rezeki. Saban hari berhias indah. Sihat dan gagah menjadi payah ke rumah Allah. Di sekelilingi kami sejuta manusia. Tempat kami bertelingkah, berhasad dan bermasam muka. Sedang buku suratan kami masih terbuka. Untuk mencatat dosa demi dosa.



Baruku sedar, hidupmu Firdaus lebih mulia. Di sisi Allah, kau peroleh ibu segala cinta. Kami, dengan pemergianmu, harapnya ada rasa syukur dan kembali tekun, sujud kepada yang Maha Esa.
Sumber TKO - 15-10-2015

Adik Firdaus Dullah: PAS rakam takziah

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Pengerusi Sekretariat Prihatin OKU Malaysia, Mohammad Faizal Che Yusof merakamkan rasa dukacita atas musibah yang telah menimpa Allahyarham adik Firdaus Dullah yang telah dipanggil Ilahi semalam.

“Harus diingat, apa yang menimpa Allahyarham adik Firdaus Dullah bukanlah suatu yang terpencil di kalangan anak-anak OKU terlantar. Pengabaian terhadap anak-anak ini bukanlah cerita baru bahkan ia terus berleluasa,” ujar beliau yang juga Ahli Jawatankuasa, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat.

Oleh itu, Sekretariat Prihatin OKU Malaysia mengesa agar beberepa perkara diberi perhatian.

1. Sikap masyarakat termasuklah pihak berkuasa yang meletakkan kesalahan kepada ibu bapa penjaga anak-anak OKU terlantar sebegini hingga menyebabkan pengabaian perlu dihentikan.

2. Dalam mendepani cabaran dianugerahi anak-anak oku terlantar khususnya dan OKU umumnya, ibu/bapa/penjaga anak-anak OKU amat memerlukan sokongan moral dan material dari seluruh pihak.

3. Dalam menyediakan sokongan material dan moral kepada ibu/bapa/penjaga, Malaysia masih punya ruang yang amat banyak yang perlu diperbaiki dan diberi penambahbaikan.

4. Sistem sokongan yang lebih bersifat menyeluruh dalam memenuhi keperluan OKU terlantar khususnya dan OKU umumnya mesti diberi penumpuan khusus dan usaha yang lebih focus.

“Dalam memenuhi gesaan-gesaan ini, kami penuh yakin akan kemampuan tenaga-tenaga pakar yang masih belum dimanfaatkan sepenuhnya. Kami juga bersedia untuk membantu merangka dan melaksanakan system sokongan agar lebih sempurna pada masa akan datang.

“Adalah amat tidak adil untuk kita sekadar meluahkan rasa simpati dan belas terhadap apa yang menimpa Allahyarham adik Firdaus tanpa diiringi suatu usaha pembaharuan pembangunan OKU terlantar khususnya dan OKU umumnya,” ujar beliau lagi. – HARAKAHDAILY 15/10/2015

Sumber HD - 15-10-2015






















Kenyataan media Sekretariat Prihatin OKU Malaysia
Posted on Saturday, October 03 @ 10:56:24 MYT

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

Dukacita ingin kami menarik perhatian seluruh pihak berkaitan kepada suatu luahan rasa seorang OKU penglihatan saudara Mohd Shahir melalui laman Facebook beliau di alamat linkDari apa yang disampaikan, ternyata sikap mendiskriminasi pengguna-pengguna perkhidmatan kewangan yang merupakan OKU penglihatan terus berlaku dan masih diamalkan di institusi-institusi perbankan di Malaysia.
Pelbagai halangan dan prosedur yang tidak munasabah terus dikenakan kepada pengguna-pengguna OKU penglihatan dengan alas an yang amat tidak munasabah dan tidak boleh diterima akal.



Dalam hal ini, kami amat merasa kesal atas kejadian yang menimpa saudara Mohd Shahir dan rakan-rakan senasib atas beberapa faktor dan pertimbangan:



i)                    Sikap diskriminasi terhadap OKU penglihatan oleh institusi-institusi perbankan dan insuran ini tidak harus berlarutan disebabkan telah banyak perbincangan dua hala antara wakil-wakil NGO berkaitan dengan pihak bank dan insuran.



ii)                   Seharusnya pihak penyedia perkhidmatan perbankan dan insuran telah sedia maklum situasi dan keupayaan pengguna-pengguna OKU penglihatan pada masa kini.



iii)                 Harus diingat pada masa kini Malaysia telahpun menguatkuasakan Akta Orang Kurang Upaya 2008 (Akta 685( yang secara jelas menyatakan hak kesamarataan antara OKU dan warga Negara sebagaimana yang dinyatakan dalam fasal-fasal muqadimah Akta tersebut.



iv)                 Peruntukan Akta tersebut yang memberi jaminan hak kesamarataan kepada OKU selaku warga Negara adalah disandarkan kepada peruntukan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak samarata kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa ada diskriminasi.


Justeru, kami menggesa untuk perkara-perkara berikut diberi perhatian oleh pihak-pihak berkaitan:



i)                    Penyediaan suatu garis panduan yang menyeluruh oleh Bank Negara Malaysia kepada seluruh penyedia perkhidmatan perbankan dan insuran agar amalan diskriminasi terhadap OKU penglihatan khususnya dan OKU umumnya dapat diatasi pada masa-masa hadapan.



ii)                   Kami juga menggesa agar seluruh pihak mengambil maklum perihal hak dan pembelaan kepada warga OKU umumnya dan OKU penglihatan khususnya yang telah sedia dijamin di sisi perundangan Negara.



Sedaya mampu, selaku mewakili suara OKU di Malaysia, kami akan terus mengusahakan apa jua yang termampu demi menjelmakan hak-hak pembangunan OKU yang telah diperakui secara sejagat.

Sekian untuk siaran.

Mohammad Faizal Che Yusof
Pengerusi Sekretariat Prihatin OKU MALAYSIA

....
SEKRETARIAT PRIHATIN OKU MALAYSIA
LUJNAH KEBAJIKAN DAN KEMASYARAKATAN
PARTI ISLAM SEMALAYSIA.

Sumber TKO - 3-10-2015

OKU penglihatan kesal tindakan Bank

HARAKAHDAILY | .



DUKACITA ingin kami menarik perhatian seluruh pihak berkaitan kepada suatu luahan rasa seorang OKU penglihatan saudara Mohd Shahir melalui laman Facebook beliau di alamat https://m.facebook.com/story.php?

story_fbid=816906151762127&id=100003282493809&comment_id=817182568401152&_rdr.

Dari apa yang disampaikan, ternyata sikap mendiskriminasi pengguna perkhidmatan kewangan yang merupakan OKU penglihatan terus berlaku dan masih diamalkan di institusi perbankan di Malaysia.

Pelbagai halangan dan prosedur yang tidak munasabah terus dikenakan kepada pengguna OKU penglihatan dengan alasan yang amat tidak munasabah dan tidak boleh diterima akal.

Dalam hal ini, kami amat merasa kesal atas kejadian yang menimpa saudara Mohd Shahir dan rakan-rakan senasib atas beberapa faktor dan pertimbangan:

i. Sikap diskriminasi terhadap OKU penglihatan oleh institusi-institusi perbankan dan insuran ini tidak harus berlarutan disebabkan telah banyak perbincangan dua hala antara wakil-wakil NGO berkaitan dengan pihak bank dan insuran.

ii. Seharusnya pihak penyedia perkhidmatan perbankan dan insuran telah sedia maklum situasi dan keupayaan pengguna OKU penglihatan pada masa kini.

iii. Harus diingat pada masa kini Malaysia telahpun menguatkuasakan Akta Orang Kurang Upaya 2008 (Akta 685) yang secara jelas menyatakan hak kesamarataan antara OKU dan warganegara sebagaimana yang dinyatakan dalam fasal-fasal muqadimah Akta tersebut.

iv. Peruntukan Akta tersebut yang memberi jaminan hak kesamarataan kepada OKU selaku warganegara adalah disandarkan kepada peruntukan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak sama rata kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa ada diskriminasi.

Justeru, kami menggesa untuk perkara-perkara berikut diberi perhatian oleh pihak-pihak berkaitan:

i. Penyediaan suatu garis panduan yang menyeluruh oleh Bank Negara Malaysia kepada seluruh penyedia perkhidmatan perbankan dan insuran agar amalan diskriminasi terhadap OKU penglihatan khususnya dan OKU umumnya dapat diatasi pada masa-masa hadapan.

ii. Kami juga menggesa agar seluruh pihak mengambil maklum perihal hak dan pembelaan kepada warga OKU umumnya dan OKU penglihatan khususnya yang telah sedia dijamin di sisi perundangan negara.

Sedaya mampu, selaku mewakili suara OKU di Malaysia, kami akan terus mengusahakan apa jua yang termampu demi menjelmakan hak-hak pembangunan OKU yang telah diperakui secara sejagat. – HARAKAHDAILY 23/9/2015

MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF
Pengerusi Sekretariat Prihatin OKU Malaysia

Sumber HD - 23-9-2015


Kisah Makcik Hendon, Warga Emas Buta Yang Gigih

Posted on Sunday, August 23 @ 11:49:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh zarul zulkifli
imej - YT hmetro

Pengguna Facebook Simpati Dengan Nasib Warga Emas Ini Yang Masih Lagi Bekerja Walaupun Kehilangan Penglihatan

Kisah seorang warga emas yang masih lagi gigih bekerja siang dan malam demi mencari sesuap nasi menjadi viral di laman sosial Facebook. Tambah menyedihkan lagi apabila warga emas ini kehilangan penglihatannya semenjak kecil lagi.

Salah seorang pengguna Facebook dengan nama akaun Nasir Runner terserempak dengan mak cik ini yang sedang menjual makanan ringan di bawah cahaya terik matahari.

Pemuda bernama Nasir ini telah berkongsi pengalaman berjumpa dengan warga emas ini di laman Facebook miliknya. Ianya turut mendapat simpati ramai pengguna laman sosial yang kemudiannya ingin tampil menghulurkan bantuan.



“Tengah dok merunner dkt kawasan klang,ternampak 1mak cik ni dok niagaa tengah jalan,panas terik plak tu…..dalam hati aku dah rasa kesian sbb tengok langsung xde orang beli..aku p singgah la buat2 nak beli…

Dok borak pong pang pong pang,rupa ye makcik ni buta sejak umur 3tahun…sekarang umur dah 75….dok dgn anak sorang..suami dah meninggal…aku time ni punya nak menangis,sedih laa wehh,sape xsedih,tengok org kurang upaya mcm ni,tambh plak warga emas….







ok la cik,saya beli asam ni,bpe 1…20sen je nak,,20sen makcik jual pun xde org nak beli..sedih makcik….

Ye cik,sini saya beli 5..sambil hulur duit lebih niat nak sedekah…..punya seronok makcik ni aku beli…

Kesian kan…..kau bayangkan,buta + tua dok menolak gerai kecik ni dari rumah…amacam??sedih x??meh hulurkan bantuan…



Mak cik Hendon binti Satari…( 012-397 9505)

Lot 2177 sungai udang,klang…

Tu je detail yg dia bagi,minx no akaun dia xingat,buku bank ada dkt rumah…yg kelakar aku kena marah sbb sebut nama ayah dia x betul….aku mula2 ingat nama ayah dia sapari,sbb mula2 dia bgtau xbpe jelas

Selepas kisah mak cik ini dikongsikan oleh pengguna Facebook yang bernama Nasir, ramai yang bersimpati dengan mak cik ini dan tidak putus-putus menawarkan bantuan agar dapat meringankan sedikit beban dan kesusahan yang dialami oleh mak cik ini.

Saudari Dahlia Darul juga berkongsikan pengalamannya berjumpa dengan warga emas ini. Menurutnya mak cik ini bukan hendak menagih simpati dari orang ramai tetapi dia masih lagi bekerja kerana tidak ingin menyusahkan anaknya.

Screen Shot 2015-08-21 at 4.28.27 PM

“As salam Geng, Sy baru Je Balik Dri Gerai Makcik HIndon yg Semalam Nasir Runner Bagitau tu.

No acc BSN 10100-29-00010519-5

Hindon Binti Satari@suradi

Alamat Rumah Makcik ni

Lot 2177 Kg Sg Udang Klang selangor. Siapa Dok Area Sg udang,Kg Delek rumah Makcik Ni kt Lorong Surau Al Shukiriah yg Bln puasa selalu bgi Bubur Lambuk.

Waktu Meniaga Makcik ni

Dri kul 7pgi kalau dia smpt naik Bas atau ade yg sudi tumpang kan,kalau x dia jln kaki lewat sikit smpainya. Dia akan blk kul 12-1tgh hari mcm tu. Gerai Dia kt Jalan Hassan,belah Kiri sblm Sekolah Agama. Tak Dapat Sembang lama2 sbb Sy nak masuk kje, cuma Makcik ni ade cerita,dia bkn Tagih simpati org,cuma dia xnk Ssh kn ank2 dia. Katanya lgi,kalau ade yg nk bntu dia nk mtk Buatkn Gerai bertutup,So kalau Hujan Panas,dia blh berteduh. Esok maybe nk G lagi.syok Sembang makcik ni.Mata hati Dia terang sgt. Mata x nmpk,tpi dia tahu waktu sy dtg tu,awan Gelap nk hujan. Kita Bantu termampu kita ya”

Muhamad Nur Nasrullah turut membantu dan memberi informasi yang terbaru.

“Saya baru lepas jumpa nenek dan hantar nenek balik ke rumah. Nenek ucapkan terima kasih kpd pederma, cuma nenek mohon kalau boleh dapatkan balang2 kosong yang baru untuk letak gula-gula dan barang jualan dan pondok untuk berniaga. Nenek mengadu basah kuyup kalau selalu hujan dekat pondok sedia ada. Seronok berbual dengan nenek. Peramah. Lokasi sama seperti info sebelum ni. Mohon sebarkan untuk bantu nenek ni. Terima kasih siakap keli.” — Muhamad Nur Nasrullah

Sebentar tadi, pengguna Facebook dengan nama akaun Sofea Ilias mengambil kesempatan untuk melawat mak cik ini dirumahnya di Sungai Udang, Klang.

Screen Shot 2015-08-21 at 4.34.42 PM

Walaupun kurang upaya tetapi Mak Cik Hendon gigih berusaha mencari rezeki walaupun dirinya di mamah usia. Mak Cik ini bukan mahu menagih simpati orang ramai tetapi dia tidak mahu menyusahkan keluarganya kerana kekurangan diri bukan alasan untuk dia tidak mencari rezeki demi mendapatkan sesuap nasi.

Rakyat Malaysia juga amat prihatin dengan nasib warga emas ini dan tidak putus-putus menawarkan bantuan sedaya yang mampu dan semoga bantuan yang dihulurkan sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung oleh mak cik yang mempunyai hati yang cekal dan tabah walaupun dia kehilangan penglihatan.

Sumber dari Facebook Nassir Runner, Facebook Dahlia Darul, Muhammad Nur Nasrullah dan Facebook Sofea Illias.

hmetroTV 



sumber 


Sumber TKO - 23-8-2015

























Jangan leka dari tanggungjawab

























MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF | .


SELAGI seratus hari belum berakhir, tidak salah rasanya untuk saya menumpukan penulisan di ruangan ini bagi mengusahakan agar hanya satu parti politik berteraskan Islam di Malaysia. Sebabnya mudah, biarpun ada pendapat yang mengharuskannya, kepincangan demokrasi di Malaysia pada pandangan saya menjadikan pendapat ini kurang tepat.

Sehari dua ini telah dihebahkan parti politik Islam kedua itu diberi nama Parti Amanah Rakyat. Saranan saya kepada setiap ahli, penyokong dan pendukung Parti Islam Se-Malaysia (PAS) jangan sekali-kali bersikap mengejek atau seumpamanya kepada kemungkinan pelancaran parti tersebut. Segalanya mungkin.

Apa yang perlu dilakukan sekarang adalah memastikan sesiapa sahaja yang telah berhasrat atau punyai hasrat untuk ke sana, berfikir dan mengolah secukupnya hasrat tersebut dari pelbagai sudut dan sumber maklumat. Jangan apa yang berlaku dalam PAS ditempuhi dan dialami lagi di sana yang akhirnya merencatkan perjuangan Islam itu sendiri.

Pada waktu ini setiap dari pimpinan dan pendukung PAS perlu memastikan seberapa minimum sahaja pendukung-pendukung PAS yang sedia ada melangkah ke sana. Elakkan sikap latah yang membawa lebih ramai kita kehilangan mereka yang dedikasi dalam perjuangan.

Dalam pada itu, kekosongan gerak kerja yang cukup hebat yang telah ditinggalkan oleh sahabat-sahabat  kita yang mencuba parti baru, jangan ianya dibiarkan kosong terlalu lama. Segerakanlah kekosongan itu diisi dan diberi penambahbaikan agar aspirasi rakyat berteraskan Islam akan mampu dijelmakan oleh PAS. Usah kita ralit dan leka memperkatakan sahabat-sahabat yang meninggalkan kita hingga kekosongan yang ada terus diisi dengan cemuhan mereka di luar parti.

Harus juga kita sedari kepimpinan yang berdiri teguh di belakang Tuan Guru Presiden kini adalah muka-muka baru dalam kepimpinan utama. Dalam sesi yang baru bermula, ini, segerakanlah bersatu hati memberi input yang terbaik agar kepimpinan yang ada mampu menongkah cabaran membawa pembaharuan dalam suasana politik hari ini.

Pastikan perubahan besar-besaran dalam kepimpinan utama parti yang ditentukan oleh muktamar lalu mampu menarik hati rakyat untuk bersama mendukung perjuangan yang dipimpin oleh PAS.

Dalam suasana semasa, jangan usaha ini dipandang enteng. Cabarannya cukup besar dan jurangnya cukup lebar.

Ingatan Timbalan Presiden agar setiap jentera di pelbagai peringkat bersiap siaga memperkukuhkan parti perlu diberi perhatian khusus. Jangan nanti gendang perang dipalu, kita masih terkial-kial mengatur gerak tari.

Penderitaan rakyat yang kian dirasai memerlukan suatu perubahan dijelmakan di peringkat pemerintahan tertinggi negara. jangan sangka tanggungjawab ini mudah sebagaimana mudahnya kita berkata-kata. Halangannya tidak kecil dan mengisi kemenangan itu lebih getir.

Kita tiada pilihan selain perkuatkan tautan hati sesama kita, giatkan usaha dengan ilmu dan akui setiap kelemahan agar segera dibaiki. Usaha sehabis daya agar pertolongan yang dijanjikan Allah akan mengiringi setiap usaha. - HARAKAHDAILY 18/8/2015

Sumber HD - 18-8-2015

Meneropong kemenangan di medan demokrasi


























MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF | .


PERSOALAN bila lagi pertolongan dan kemenangan dari Allah itu akan tiba bukanlah suatu persoalan baru. Bahkan pada setiap tempoh perjuangan yang dilalui para Rasul Allah, itulah juga persoalan yang ditanyakan kepada utusan-utusan Allah itu.

Dari tamadun-tamadun terdahulu, kita telah menyaksikan betapa pertolongan Allah itu terlalu mudah bila setiap rukun dan kewajipan telah dipenuhi. Lebih dari itu, pertolongan Allah itu tidak mampu diterjemah oleh akal fikir biasa. Satu hal yang harus sentiasa kita insafi, sebagai hambanya, sempadan kita hanyalah usaha sehabis daya. Kita akan sampai ke wilayah pertolongan Allah sebaik ikhtiar terbaik dilunasi.

Itulah gambaran awal bila kita faham tentang pertolongan dan kemenangan dari Allah pada setiap medan perjuangan. Kita renungi seketika pengajaran di sebalik perang Badar kubra yang antara lain Allah berfirman yang bermaksud: “Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu)”. [Aali Imran:123]

Dari ayat di atas dan pengalaman sirah, kemenangan mujahidin Islam di medan Badar dianugerahi Allah dalam keadaan cukup menakjubkan. Pada saat kaum muslimin itu disifatkan lemah, kecil bilangan dan kurang alatan persenjataan, Allah anugerahkan mereka kemenangan yang cukup gilang gemilang.

Kekuatan musuh yang berlipat kali ganda nyata tidak memberi kelebihan kepada mereka tatkala berhadapan dengan kebenaran. Apakah selamanya kebatilan itu akan hancur walau dengan berhadapan kebenaran yang selalu dilihat lemah dan tertindas?

Hal inilah yang ingin saya fokuskan dalam penulisan ini sebagai membuka kotak fikir kita di hujung minggu. Sering kita bicara dan dengar tentang kehebatan perjuangan Islam yang dianugerahi kemenangan pada saat mereka lemah. Wajarkah kita terus diulik dengan situasi ini hanya pada keyakinan tanpa usaha?

Perjuangan mendaulatkan Islam itu teramat rencam dalam politik moden sebagaimana hari ini. Dewasa ini persenjataan konvensional bukan lagi menjadi taruhan utama musuh-musuh Islam terhadap Islam.

Kita dikelilingi dengan pelbagai ciptaan instrumen yang mana tanpa kita kuasai, perjuangan Islam mudah saja tenggelam. Sistem demokrasi pilihan raya, demokrasi berparlimen, pelbagai triti moden di pelbagai peringkat dan sektor, dan bermacam lagi medan ciptaan moden akan sentiasa dikemukakan oleh pemikir moden sehingga dunia berakhir.

Mahu tidak mahu para pendokong perjuangan Tauhid wajib menguasai permainan dan selok belok pelbagai sistem dan ciptaan moden yang ada. Kemenangan dan pertolongan anugerah Allah harus kita fahami dan mampu diterjemah secukupnya.

Tidak memadai kita hanya yakin bahawa pertolongan dan kemenangan dari Allah akan tiba hanya dengan keyakinan semata-mata. Sejak dulu lagi sirah telah membuktikan kemenangan dan pertolongan Allah hanya akan menjelma pada waktu yang mana setiap pendukung Islam telah menyempurnakan segala tanggungjawab mengatasi kepentingan duniawi.

Dalam peperangan Badar Kubra misalnya, kecilnya bilangan tentera Islam dengan persenjataan yang serba kekurangan bukan sengaja diadakan kerana yakin akan pertolongan dan kemenangan dari Allah semata-mata. Kecilnya bilangan tentera dan kurangnya persenjataan pada ketika itu disebabkan itulah saja yang ada pada umat Islam ketika itu.

Dengan kerahan yang sepenuhnya, baginda Rasul Allah S.A.W dan umat Islam hanya mampu mengadakan kelengkapan yang cukup minimum. Bukan mereka sengaja mengadakan yang sedikit. Selepas berusaha sehabis daya, hanya itu sahaja yang dapat dikumpulkan untuk mendepani tentera Qurisy. Dengan kata-kata lain, tiada lagi usaha yang dapat diberikan kerana segalanya telah diinfakkan ke jalan jihad.

Berbalik pada perjuangan kita hari ini, mari kita tanya pada diri kita sendiri, apakah kita telah lakukan sehabis daya dan infakkan segala yang termampu untuk perjuangan ini? Dengan sifat pertarungan yang didasari pelbagai ilmu moden, cuba kita tanyakan pada diri kita apakah telah kita siapkan perjuangan ini dengan bekalan ilmu yang mencukupi untuk kita mampu berhujah dan bersiapsiaga bagi meletakkan Islam itu pada tempatnya?

Atau apakah kita hanya berusaha alah kadar kerana yakin akan kebenaran perjuangan dan terus mengharap pertolongan dan anugerah kemenangan dari Allah S.W.T semata-mata? pertarungan di medan demokrasi hari ini cukup kompleks. Dengan pelbagai rupa helah dan penipuan, tanpa kelengkapan ilmu dan usaha yang bermati-matian dan berterusan, kita hanya akan menyaksikan penghujung perjuangan tanpa keberhasilan.

Tentu bukan itu yang kita mahu. Bukan kegagalan yang kita impikan. Justeru, kita tiada pilihan lain melainkan menyiapkan segala kelengkapan sehabis daya dan mampu untuk terus mara dalam memenangi medan demokrasi hari ini. - HARAKAHDAILY 15/8/2015

Sumber HD - 15-8-2015

100 hari yang cukup genting

MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF | .



KEBEJATAN yang dilakukan oleh kerajaan pimpinan parti United Malay National Organisation (Umno) tidak lagi dibicarakan secara tertutup oleh ahli-ahlinya dan penyokongnya. Jika sebelum ini hanya parti-parti pembangkang melalui pendukung dan penyokongnya menyuarakan gagalnya parti Umno menerajui kerajaan, kini tidak lagi.

Kepincangan parti Umno dalam memimpin Barisan Nasional (BN) kini dibicarakan secara terbuka oleh pendokong dan penyokong mereka sendiri. Tidak lain tidak bukan, ia menggambarkan betapa kepincangan hari ini yang dilakukan oleh pimpinan Umno amat keterlaluan dan tidak lagi boleh dikompromi untuk diberi pengampunan.

Demikianlah senario yang difahami oleh kebanyakan rakyat hatta mereka yang sebelum ini tidak mengambil berat hal-ehwal politik negara. di tengah kepincangan parti Umno yang kian terserlah inilah, cabaran unik sebagai muhasabah dan hisab menimpa Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Saya hanya mengambil manfaat tempoh 100 hari sebaik Muktamar PAS ke-61 melabuh tirainya agar berlalunya 100 hari ini, PAS kian utuh dan mampu mengisi kekosongan Umno yang ditolak mejoriti rakyat. Tempoh ini sebetulnya amat penting.

Kebijaksanaan setiap dari pendukung PAS memanfaatkan ruang dan kesempatan yang ada mampu meletakkan PAS sebagai badan siasah yang mampu menjuarai isu-isu rakyat sebagaimana tuntutan sistem demokrasi atas prinsip-prinsip Islam. Sebaliknya, tiada kesungguhan setiap dari pendukung PAS dalam tempoh ini hanya akan merugikan PAS sebagai antara badan siasah terbesar di Malaysia.

Antara cabaran utama mendepani PAS pada masa kini tidak lain tidak bukan ialah kemungkinan tertubuhnya parti Islam baru di Malaysia yang dipelopori oleh kumpulan Gerakan Harapan Baru (GHB). Pertamanya saya suka untuk tidak menjauhkan kumpulan-kumpulan GHB dari PAS.

Apa jua alasan dan helah, mereka adalah sebahagian daripada PAS. Lebih dari itu, mereka adalah sebahagian dari kekuatan-kekuatan Islam yang saya sifatkan mangsa kepada pelbagai kekeliruan dan mehnah.

Dari apa yang disuarakan oleh kebanyakan penyokong-penyokong PAS, mereka belum bersedia ada parti baru sebagai pengganti mahupun pelengkap kepada PAS. Biarpun ada yang berhujah dengan fakta dan alasan kuat merasionalkan penubuhan parti Islam baru, secara keseluruhannya pendukung-pendukung Islam masih belum mampu mengolah keberadaan dua parti Islam di Malaysia. Keadaan ini pada tanggapan saya amat merugikan perjuangan mendaulatkan Islam itu sendiri.

Kewujudan dua parti Islam atas alasan sebagai pelengkap atau seumpamanya, ia tetap dilihat sebagai suatu persaingan kuasa oleh majoriti pendokong dan umat Islam itu sendiri. Saya penuh yakin, setiap dari pimpinan PAS dan kumpulan GHB amat menyedari betapa kecelikan demokrasi di kalangan rakyat di negara ini masih banyak ruang yang perlu diperbaiki. Ia akan kian rumit dengan penubuhan dua parti Islam tersebut.

Cukuplah dalam ruang ini saya mengajak setiap dari kita bermuhasabah dengan apa yang telah kita tempuhi dan perancangan yang akan kita mulai pada masa mendatang. Perjuangan mendaulatkan Islam di Malaysia bukan sekadar memerangi kejahatan dan kemusnahan yang dicipta oleh Umno, lebih dari itu kita berhadapan dengan satu kepincangan sistem yang cukup berakar umbi sekian lama.

Tidak juga perjuangan Islam itu sekadar laungan slogan-slogan mengasyikkan jiwa dan menyedapkan telinga. Ia adalah suatu persoalan mengatur kebijaksanaan bertindak dalam kemajmukan masyarakat yang punyai perlembagaan dan perundangan negara yang sama.

Kepada sahabat-sahabat pembaca yang menelusuri coretan ini, berusahalah dengan sekadar kemampuan yang ada agar kesatuan para pendukung Islam dapat ditampilkan tanpa perpecahan sebagaimana hari ini. Setidak-tidaknya perbanyakkan munajat dan berdoa moga Allah memberi petunjuk kepada setiap dari kita dalam usaha menzahirkan Islam sebagai rahmatulil’alamin buat seluruh manusia. - HARAKAHDAILY 12/8/2015

Sumber HD - 12-8-2015


























Perkukuhkan saf, hancurkan kecurangan




























MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF | .


SAYA berkongsi rasa sebagaimana tulisan Pak Subky, betapa bagusnya kalau hasrat pimpinan PAS lalu dalam gagasan Gerakan Harapan Baru “GHB” menarik balik hasrat untuk menubuhkan parti Islam baru di Malaysia. Sememangnya diakui impian itu tidak mudah. Usahkan mengharapkan ianya jadi nyata, mungkin sesetengah pemerhati tidak berani untuk menidakkan tertubuhnya parti Islam baru tersebut.

Apa tidaknya, gelombang ke arah penubuhan parti baru itu diperkata di mana-mana sahaja. Usahkan di darat, lautan dan di udara, bahkan ia cukup giat sebagaimana digambarkan di media-media maya.

Pun begitu, selagi ianya belum dizahirkan, saya berpandangan tidak salah untuk sesiapa sahaja meletakkan harapan agar ianya dikaji dan ditarik balik. Satu perkara yang harus disedari, tercetusnya hasrat tersebut tentu bertitiktolak dari faktor penarik dan faktor penolak.

Asal faktor penarik dan penolak itu mampu diatasi, segalanya berkemungkinan. Biarlah kita tinggalkan harapan yang saya kongsikan bersama Pak Subky itu ditangani oleh mereka yang lebih layak dan berpatutan.

Apa yang lebih utama, suasana semasa cukup mendesak untuk setiap pencinta Islam itu berada dalam satu ketumbukan yang kuat bagi menepis setiap kedurjanaan yang berlaku dalam negara.

Sebagaimana firman Allah S.W.T. dalam surah As-Saff yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh". [As-Saff:5]

Harapan saya agar setiap pendukung Islam bersungguh dalam mentadabur dan memahami pesanan penting dari apa yang difirmankan. Tidak mudah untuk memulihkan sistem kenegaraan yang dipunahkan sepanjang pemerintahan yang diterajui Umno tanpa satu benteng perjuangan yang kukuh dan utuh.

Satu persatu institusi dalam negara seolah-olah telah tiada wibawa dan tidak lagi mampu berjalan sendiri. Dalam penulisan lalu, telah saya kemukakan bagaimana pemecatan Peguam Negara dilakukan dengan terlalu rakus dan di luar jangka.

Kita memerhati setiap apa yang berlaku bukan hanya dengan perasaan bencikan Umno semata-mata, bahkan setiap penentangan yang kita kemukakan haruslah didasari hujah dan nas yang cukup telah kuat.

Beriringan dengan pemecatan Peguam Negara tersebut, cuba kita perhatikan bagaimana penangguhan perjalanan dan fungsi Public Accounts Committee (PAC) yang diumumkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Haji Mulia.

Pengumuman yang dibuat pada 30 Julai 2015 tersebut cukup meragukan memandangkan alasan yang dikemukakan begitu bersahaja. Hanya kerana perlantikan beberapa ahli PAC ke dalam jemaah kabinet, tugas PAC yang begitu penting dan utama dalam membongkar isu 1MDB terpaksa ditangguh.

Keputusan penangguhan tersebut dibuat berdasarkan Peraturan 77 (4), Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat yang menghalang seseorang menteri dan timbalan menteri sebagai Pengerusi PAC.

Pelantikan Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed sebagai timbalan menteri Dalam Negeri pada 28 Julai oleh YAB Perdana Menteri dikatakan menjadi punca kepada penangguhan PAC.

Selain Pengerusi PAC, tiga anggota PAC turut dilantik sebagai jemaah kabinet baru. Mereka termasuklah Datuk Wilfred Madius Tangau sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Mas Ermieyati Samsudin sebagai Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, serta Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican sebagai Timbalan Menteri Luar Negeri.

Dengan meneliti peraturan-peraturan lain termasuklah Peraturan 77(3), 82(1), 83(3) dan 83(7), saya berpandangan perjalanan dan operasi PAC tidak seharusnya ditangguhkan dan boleh berjalan sebagaimana dijadualkan.

Perlu sentiasa diingat, PAC adalah satu badan yang diletakkan di bawah Parlimen yang merupakan satu badan penting dalam (ceck and balance) periksa dan imbang dalam sistem pengasingan kuasa yang diamalkan di Malaysia. Tidak cukup dari itu, Parlimen adalah badan penting dalam amalan demokrasi berparlimen yang sekian lama dihormati rakyat selama ini.

Dengan pelbagai kecelaruan mutakhir ini yang melibatkan institusi-institusi utama lain termasuklah siasatan polis ke atas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), wajarlah ingatan Yang Amat Arif Almarhum Raja Azlan Shah, Ketua Hakim Negara pada ketika itu diberi perhatian sedalam-dalamnya.

Isu yang mendasari 1MDB ini adalah berkisar kepada penyelewengan kuasa, rasuah dan politiking yang amat berlebihan. Dalam suatu kes yang membabitkan Menteri Besar Selangor iaitu PUBLIC PROSECUTOR v DATUK HAJI HARUN BIN HAJI IDRIS, [1977] 1 MLJ 15, beberapa peringatan penting telah dibangkitkan oleh beliau dalam penghakimannya.

Antaranya termasuklah kata-kata masyhur Lord Acton’s “power tends to corrupt, and absolute power corrupts absolutely”. Dengan kata-kata lain, beliau memperingatkan betapa kuasa dan kecurangan itu amat beriringan antara satu sama lain. Bahkan kuasa yang mutlak itu akan membuka ruang amalan kecurangan yang seluas-luasnya.

Apakah situasi semasa menggambarkan apa yang diperingatkan beliau di atas? Tiada lagi badan atau insititusi yang berperanan sebagai periksa dan imbang antara institusi sesama institusi lain? Apakah situasi semasa menampilkan seseorang yang memegang kuasa memusatkan seluruh kuasa dalam genggamannya agar tiada lagi yang mampu menahan sebarang kehendak dan kemahuan?

Dengan apa yang dikemukakan, saya percaya hanya kesatuan pejuang Islam yang didasari iltizam kebenaran mampu membetulkan kepincangan yang berlaku. Kecurangan kuasa hanya dapat diruntuhkan dengan keazaman yang bulat dari setiap jiwa yang bencikan kemunkaran dan cintakan kebenaran.

Moga berbaki masa yang ada menjadi ruang yang cukup ampuh untuk setiap dari kita bermuhasabah apakah tindakan kita ini membantu mencegah kemunkaran atau ia hanya menghalang suatu kebaikan disuburkan. - HARAKAHDAILY 7/8/2015

Sumber HD - 7-8-2015

Meniti kejayaan di jalan demokrasi

MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF | .


FIRMAN Allah SWT dalam Surah An-Nur 52 yang bermaksud:

“Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya dan takut melanggar perintah Allah serta, menjaga dirinya jangan terdedah kepada azab Allah, maka merekalah orang-orang yang beroleh kemenangan”. (An-Nuur: 52)

Tiadalah kemenangan yang dicari bagi setiap muslim melainkan kemenangan di sisi Allah, dunia dan akhirat. Penilaian kemenangan seorang muslim bukan diukur dari kaca mata duniawi, bahkan diukur dari kaca mata yang ditetapkan oleh Allah dan Rasul-Nya.

Apakah dengan itu kita menolak dunia? Sekali-kali tidak. Dunia sebagai jambatan ke akhirat merupakan pentas utama bagi kita memastikan kemenangan diperoleh pada hari akhirat kelak.

Ketaatan kepada Allah dan Rasul secara mutlak, patuh kepada setiap perintah dan hindari setiap larangan adalah rencah utama menuju kemenangan. Apakah setiap dari kita telah sedia faham dan maklum tentang itu?

Hanya melalui jalan ilmu, kita mampu faham apa yang diperintahkan Allah, apa yang dikehendaki Rasul dalam destinasi menuju kemenangan yang diredhai.

Apatah lagi dalam melibatkan diri bersama gerakan siyasah Islamiah dalam ruang demokrasi berparlimen seperti hari ini. Cabarannya cukup getir. Likunya cukup mencabar. Tiada janji hamparan permaidani merah, melainkan komitmen yang tiada kenal erti penat dan lelah ditagih daripada setiap pendokong.

Bukan sekadar faham dan mengerti tuntutan ukhrawi, tuntutan duniawi jangan ditinggal sama sekali. Tektikal dan teknikal dalam pencak demokrasi berparlimen harus dipelajari oleh setiap pendokong yang ingin meletakkan Islam sebagai yang didaulatkan.

Sekadar untuk berkata-kata “Ayuh, kita kembali kepada Islam!” memang terlalu mudah. Semua muslim tentu sekali sedia melakukannya. Namun apakah laungan kata-kata itu mampu kita fahami untuk kita terjemahkan agar diterima oleh setiap jiwa insan?

Di sinilah cabaran antara yang kita hadapi dan depani. Biarpun ilmu menjadi teras dalam memperjuangkan Islam, fakta betapa ramai dari kita enggan berfikir berdasarkan ilmu bukan sentiment semata-mata telah sedia dibicara dan dibincang di mana-mana.

Sedang masyarakat sekliling penuh memerhati apakah terjemah yang mampu kita jelmakan dengan “Kembali kepada Islam itu”. Bahkan kalimah ini kadangkala masih kabur di kalangan pendokong apatah umat Islam itu sendiri.

Justeru, apakah yang harus kita lakukan dalam waktu-waktu sebegini? Tidak lain tidak bukan, tanamkan tekad untuk kembali kepada Allah SWT.

Perbanyakkanlah amal soleh yang menepati kehendak Ilahi. Peliharalah hubungan kita dengan sang pencipta dengan menunaikan setiap kewajipan dan berusaha meninggalkan setiap larangan sehabis daya.

Perbanyakkanlah doa, bermunajat bermohon taufiq dan petunjuk agar Allah SWT membimbing kita ke jalan yang diredhai-Nya. Jalan yang diredhai Allah itu belum tentu jalan yang kita sukai. Cukup sukar untuk difahami, tapi itulah liku-liku dalam perjuangan ini.

Perbaikilah hubungan kita sesama sahabat, dan rakan di sekeliling. Bersedialah untuk menyampaikan risalah dan berlapang dada untuk mendepani pelbagai perbezaan dan khilaf dalam setiap keadaan.

Sesungguhnya kita telah diajar, Allah tidak akan mempersoalkan apakah kejayaan kita sebaliknya kita akan dipersoal apakah usaha dan sumbangan kita untuk agama.

Allah itu terlalu hamper dengan kita, dampingilah Ia agar kita tenang di jalan yang pedih dan jerih ini. – HARAKAHDAILY 31/7/2015

Sumber HD - 31-7-2015






























Pemecatan Gani satu bencana perundangan

MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF | .


PEMECATAN Tan Sri Abdul Gani Patail, pada 27 Julai 2015 pada pandangan saya adalah satu perlanggaran kepada peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan sekaligus merupakan satu pencabulan perundangan yang amat serius oleh pentadbiran tertinggi negara.

Apatah lagi pemecatan beliau tersebut amat tidak munasabah bila mana tarikh penamatan perkhidmatan beliau terlalu hampir iaitu pada 5 Oktober 2015.

 Dengan fakta-fakta Perlembagaan Persekutuan  yang jelas di samping pelbagai fakta perundangan yang menyelubungi pemecatan Tan Sri Abdul Gani, pada pengamatan saya, kita sekali lagi akan berhadapan dengan satu krisis perundangan dan krisis perlembagaan yang amat serius.

Pada penulisan ini, saya akan kemukakan fakta-fakta berkaitan perlembagaan yang akan dituruti beberapa fakta perundangan yang perlu diberi perhatian.

Dalam memastikan keutuhan institusi perundangan negara sekurang-kurangnya Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan dua kaedah penting pada waktu dirasakan perlu Peguam Negara dilucutkan atau dipecat dari jawatan.

Pertama dalam hal pemecatan kakitangan awam secara umum dan penjawat institusi perundangan secara khusus, setiap pemecatan wajiblah melalui proses pendengaran.

Peguam Negara adalah salah seorang penjawat awam dan beliau turut menduduki rang tertinggi dalam institusi perundangan Negara.

Apakah salah laku dan kesalahan yang dilakukan oleh Peguam Negara secara khusus yang membawa kepada pemecatan tesebut? Justeru satu hak untuk dibicarakan sebelum dipecat wajib diberikan kepada Tan Sri Gani.

Hal ini jelas dinyatakan dalam Perkara 135 (2) yang dibaca bersama Perkara 145 (5) Perlembagaan Persekutuan.

Bahkan dalam pemecatan Tan Sri Gani, selain tiada salah laku dinyatakan, telah juga didakwa bahawa kesihatan beliau yang tidak mengizinkan perkhidmatan beliau diteruskan yang kemudiannya telah dinafikan oleh beliau melalui pelbagai laporan media.

Dalam kaedah pertama ini, pemecatan Tan Sri Gani amat bertentangan dengan keadilan yang menjadi asas kepada amalan perundangan.

Dalam kaedah kedua pula, Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan satu representasi kepada Yang Dipertuan Agong wajib dikemukakan apabila seseorang Peguam Negara berhadapan dengan pemecatan atau pelucutan jawatan.

Ini sesuai dengan ketetapan Perkara 145 (6) Perlembagaan Persekutuan tentang kedudukan seorang Peguam Negara setara dengan kedudukan Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan.

Justeru melalui peruntukan Perkara 125 (2) perlembagaan Persekutuan, satu representasi khusus kepada Yang Dipertuan Agong adalah wajib dikemukakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bagi memulakan prosedur pemecatan seorang Peguam Negara.

Hanya dengan penerimaan representasi itulah, baru yang Dipertuan Agong punyai kuasa atas nasihat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk satu tribunal khusus dibentuk bagi menilai keperluan melucutkan jawatan Peguam Negara.

Begitu jelas kedua-dua kaedah asas ini telah tidak dipedulikan oleh pentadbiran tertinggi negara dalam isu pemecatan Tan Sri Gani sebagai Peguam Negara.

Dengan kedudukan Tan Sri Gani sebagai watak penting bagi menyiasat dakwaan penyelewengan yang berlaku dalam 1MDB, pemecatan tersebut dilihat sebagai rantaian krisis perundangan yang telah berlaku sebelumnya.

Berikut kita tumpukan kepada isu-isu perundangan yang berkait rapat dengan dakwaan penyelewengan 1MDB sehingga membawa kepada pemecatan Peguam Negara.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimeda “SKMM” melalui Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 telah secara rakus, tanpa alasan jelas menyekat paparan Sarawak Report.

Sarawak Report adalah antara laman web yang terkehadapan dalam mendedahkan dakwaan penyelewengan 1MDB yang membabitkan pucuk pimpinan tertinggi negara.

Seterusnya arahan pentadbiran Ketua Pengarah Imigresen yang dibuat melalui peruntukan Akta Imigresen 1959-63 mengehadkan perjalanan keluar ke luar negara terhadap Ahli Parlimen Mohd Rafizi Ramli (Pandan), Tony Pua (Petaling Jaya Utara), dan pemilik Kumpulan Media Edge, Datuk Tong Kooi Ong, adalah suatu perlanggaran hak asasi yang dijamin perlembagaan negara.

Mengehadkan perjalanan mereka ke luar negara telah dibuat tanpa alasan dan fakta yang munasabah. Ketiga-tiga mereka adalah individu yang dilihat lantang mendedahkan dakwaan penyelengan 1MDB yang membabitkan pucuk pimpinan tertinggi negara.

Siri penggunaan undang-undang yang sewenang-wenang terus diamalkan bila mana Menteri Dalam Negeri melalui peruntukan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 menggantung tiga bulan penerbitan Edge, dan Edge Financial Daily.

Penggantungan tiga bulan tersebut hanyalah dilihat sebagai satu tindakan menghalang kebebasan bersuara dan kebebasan media dalam mendedahkan dakwaan penyelewengan dana 1MDB.

Persoalan yang bermain di minda rakyat betapa mereka yang didakwa terlibat dalam dakwaan penyelewengan 1MDB bebas sebaliknya mereka yang mendedahkan dakwaan penyelewengan tersebut berhadapan tindakan undang-undang perlu dileraikan seberapa segera.

Apatah lagi dalam mendokong keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang, setiap institusi undang-undang dan keadilan negara tidak boleh sekali-kali diperguna untuk melindungi kepentingan individu-individu tertentu.

Keutuhan institusi perundangan dan keadilan yang selama ini sedia tercalar tentu sekali berhadapan dengan tanggapan negatif rakyat betapa ia begitu mudah disalahguna untuk melindungi pelbagai kepincangan dan salah laku yang berlaku dalam pentadbiran.

Suka ataupun tidak, rakyat sekali lagi terpaksa berhadapan dengan kerakusan penguasa yang dilihat begitu sewenang-wenang memperguna dan memperalat undang-undang negara bagi kepentingan kelompok-kelompok kecil. Dalam mendepani situasi gawat kini, tiada pilihan bagi setiap rakyat untuk menyiapkan diri dengan maklumat dan pengetahuan yang tepat dan sahih bagi mendepani apa jua kemungkinan. – HARAKAHDAILY 29/7/2015

Sumber HD - 29-7-2015

Hebat! Wanita Tanpa Tangan Jadi Juruterbang
Posted on Friday, July 10 @ 22:22:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


HENDAK seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Itulah peribahasa yang sangat sinonim dengan kecekalan serta ketabahan seorang wanita ini untuk mencapai segala keinginan walaupun tidak mempunyai tangan seperti manusia normal.

Jessica Cox, 32, dari Arizona dilahirkan tanpa kedua-dua belah tangannya namun itu tidak digunakan sebagai alasan untuknya menjadi seorang juruterbang.

arms4

Kebolehannya ternyata mengatasi kemampuan sesetengah individu sempurna, pada tahun 2008 dia berjaya memiliki lesen yang sah untuk mengendalikan pesawat.

Melalui laman webnya, selepas menimba pengalaman di tiga buah negara, empat kapal terbang, dua orang jurulatih pesawat dan mencari pesawat yang sesuai, dia akhirnya berjaya menerima Guinness World Record kerana menjadi individu pertama yang boleh membawa pesawat menggunakan kaki.

arms2

arms3
Jessica bukan sahaja mampu terbang tinggi di udara, dia juga mampu melakukan pelbagai lagi aktiviti hanya dengan menggunakan kakinya.

Jelas wanita ini layak dijadikan inspirasi serta idola kepada semua orang dan kejayaannya juga boleh menangkis segala persepsi orang ramai yang suka memandang rendah pada golongan seperti ini. – Agensi/MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 10-7-2015
































Kisah sepatu Datin Seri dan sekretariat OKU
































MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF | .


HARI-hari kebelakangan ini dipaparkan video bagaimana isteri Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Datin Seri Hajah Rosmah Mansor sedikit sukar memakai kasutnya lantas dibantu oleh pembantu beliau.

Sama ada mereka yang mengedarkan video itu dengan niat-niat tertentu, itu bukan fokus saya dalam penulisan ini. Saya juga tidak berminat untuk menilai sebarang komen-komen, apatah lagi komen negatif yang dilemparkan terhadap Datin Seri Hajah Rosmah Mansor.

Yang menarik minat saya untuk mengajak semua dari kita berfikir, itulah apa yang dikatakan sesiapa sahaja dalam kehidupan ini perlukan suatu sistem sokongan. Sama ada ia sedar atau tidak, keperluan itu boleh timbul di mana-mana sahaja. Ia mungkin juga boleh timbul pada bila-bila masa, meskipun tidak sepanjang waktu dan saat.

Bagaimana Datin Seri Rosmah memerlukan perhatian pembantunya pada waktu-waktu beliau berhadapan dengan kesulitan walaupun sekejap, demikianlah keperluan rakyat yang amat-amat memerlukan perhatian pemerintah pada waktu-waktu sukar.

Apatah lagi waktu-waktu sukar itu bukan sekejap atau sebentar, bahkan ia didepani rakyat saban waktu dan saban masa. Justeru, pemerintah yang dipertanggungjawabkan amanah kepada mereka, begitu sekali perlu memahami apakah kesulitan dan kesusahan rakyat banyak agar mereka dapat diberi perhatian dan dibantu sewajarnya.

Yang dialami oleh Datin Seri itu hanyalah sebahagian contoh kecil ketidakupayaan dan halangan yang boleh terjadi dalam kehidupan. Nah, di sini para pembaca mungkin telah punyai sedikit kefahaman tentang ketidakupayaan dan halangan yang boleh berlaku dalam kehidupan.

Begitulah apa yang didepani oleh mana-mana individu yang ditakdirkan kurang upaya atas pelbagai faktor kecacatan yang telah dikenalpasti. Setiap inividu orang kurang upaya bukanlah ciptaan Allah SWT yang tidak sempurna atau cacat. Ketidaksempurnaan atau kecacatan itu adalah pandangan terbatas di sisi manusia sahaja.

Bahkan di sisi Allah SWT, kurang upaya disebabkan pelbagai faktor atau kecacatan itu adalah satu petanda kekuasaan-Nya sebagai ujian buat individu itu sendiri dan seluruh umat manusia. Disebut ujian kepada individu kurang upaya itu mudah untuk difahami. Apakah pula maknanya ujian buat umat manusia dengan kurang upaya individu tersebut?

Di sinilah ingin saya fokuskan apa yang diistilahkan sebagai ketidakupayaan, halangan dan sistem sokongan. Ketiga-tiga elemen tersebut terdapat pada seseorang individu kurang upaya.

Berbeza dengan insiden yang dialami oleh Yang Amat Berbahagia isteri Perdana Menteri, seseorang individu kurang upaya secara umumnya berhadapan dengan ketidakupayaan, halangan dan keperluan kepada sistem sokongan sepanjang waktu dan masa, tidak pada masa-masa tertentu sahaja.

Kurang upaya yang disebabkan pelbagai kecacatan itu telah membataskan keupayaan seseorang kurang upaya sekaligus menjadi halangan kepada beliau untuk berinteraksi dengan masyarakat dan suasana persekitaran secara biasa.

Dalam keadaan inilah, seseorang kurang upaya memerlukan suatu system sokongan yang membolehkan penyertaan beliau dalam masyarakat dan persekitarannya sebagaimana insan-insan lain.

Tanpa suatu sistem sokongan yang bersesuaian dengan ketidakupayaan yang dialaminya, tentunya seseorang kurang upaya itu akan terbatas dalam tindakan dan ikhtiarnya bagi mengoptimumkan potensi yang tersedia dalam dirinya.

Secara sepintas lalu dan serba ringkas, itulah dilema setiap orang kurang upaya yang ingin terus menonjol namun terhalang dengan ketiadaan satu sistem sokongan yang baik. Di sinilah timbul persoalan, siapakah yang berkewajipan menyediakan sistem sokongan tersebut?

Jika diizinkan Allah SWT, saya akan mengulas peranan ini dalam penulisan akan datang. Harapan saya pada saat tahun ketiga penubuhan Sekretariat Prihatin Orang Kurang Upaya Malaysia dalam bulan Ramadan yang diberkati ini, moga-moga tulisan ini dapat difahami dan dihayati oleh sekalian pembaca bagi menjana sebuah masyarakat yang faham dan cakna keperluan orang kurang upaya.

Sebagaimana saya nyatakan dalam penulisan Ramadan 1435H sempena tahun kedua penubuhan sekretariat, fokus kami pada masa mendatang adalah ikhtiar advokasi ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara mesra orang kurang upaya pada suatu masa kelak. Tanpa dokongan seluruh rakyat dari pelbagai lapisan dan tempat, tentunya impian ini tidak akan jadi suatu kenyataan. – HARAKAHDAILY 6/7/2015

Sumber HD - 6-7-2015

Amukan kami tidak di sini sahaja

MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF | .


SAYA pernah menulis suatu artikel bagaimana pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan atau NGO berteraskan orang kurang upaya OKU diperguna oleh pihak-pihak tertentu bagi kepentingan peribadi mereka. tidak lain tidak bukan, kepentingan peribadi tersebut adalah disebabkan peluang perolehan pendapatan yang tiada batas.

Selain apa yang diistilah “money hunter”, mereka juga dilihat menggunakan kedudukan pihak-pihak tertentu terutama dalam pengurusan sesuatu NGO berteraskan OKU untuk meraih sesuatu pendapatan. Apa yang dilakukan kumpulan ini bukan suatu kesalahan mutlak 7 Jun 2015 yang lalu.

Apa yang menjadi persoalan, sering terjadi kesempatan dalam NGO-NGO tersebut disalah guna hanya untuk kepentingan peribadi mengatasi kepentingan-kepentingan khusus kumpulan sasar NGO yang berkaitan, iaitu OKU. Hal inilah yang menjadikan warga OKU penglihatan mengadakan siri-siri demonstrasi sehinggalah ke Parlimen pada 17 Jun 2015 yang lalu.

Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia “MAB” yang telah ditubuhkan mulai 1951 telah dilihat tidak mampu menangani pelbagai isu yang didepani oleh golongan OKU penglihatan di Malaysia. Lebih malang lagi, MAB yang asalnya ditubuhkan oleh seorang bekas pegawai tentera British telah dilihat disalah guna oleh individu-individu tertentu mengatasi kepentingan OKU penglihatan itu sendiri.

Ketidakpuasan hati golongan OKU penglihatan terhadap MAB bukanlah suatu yang baru. Bahkan ia telah mulai berputik sejak tahun-tahun 90-an. Demonstrasi yang dimulai 18 Mac hanyalah satu menifestasi betapa kepincangan yang berlaku dalam MAB tidak boleh lagi dikompromi oleh OKU penglihatan.

Ketidakpedulian organisasi yang diterajui oleh mereka yang berpenglihatan terhadap suara OKU penglihatan tersebut mendorong untuk kami mengadakan demonstrasi seterusnya pada 18 Mei 2015 dengan jumlah penyertaan yang lebih ramai dan terbuka. Sikap kurang responsif dari pimpinan MAB yang dikuasai oleh mereka yang bukan OKU penglihatan ditambah pula ketidakyakinan mereka kepada keupayaan OKU penglihatan nyatanya menaikkan semangat OKU penglihatan untuk mengatur langkah lebih jauh.

Berikutan itulah satu kumpulan lebih kurang 80 orang OKU penglihatan dengan dua buah bas telah bertolak ke Parlimen pada 17 Jun 2015. Hasrat kami hanya satu iaitu bagi memastikan isu MAB secara khusus dan delema kehidupan OKU di Malaysia disampaikan kepada 222 orang Ahli-ahli Dewan Rakyat.

Isu MAB dan isu OKU secara umumnya bukanlah isu parti-parti tertentu sahaja. Ia perlu dipertanggungjawabkan kepada seluruh pihak. Apatah lagi dari jumlah 222 orang Ahli-ahli Dewan Rakyat, kami tidak mempunyai seorang ahli dewan yang benar-benar fokus kepada isu OKU yang kian pelbagai dan kian kompleks.

Langkahan kami tidak terhenti di situ saja. Pada 18 Jun 2015, dengan komitmen dari pihak-pihak tertentu, satu pertemuan bersama YB Menteri KPWKM diatur di tingkat 38, Bangunan KPWKM di Putrajaya.

Pertemuan yang pada awalnya dijadualkan 30 minit berlangsung hamper tiga jam. Kesimpulan dari pertemuan tersebut, kami mengutarakan usul-usul berikut untuk diberi perhatian oleh pihak kerajaan:
1. Penyertaan OKU atau mereka yang berkepentingan seperti ibu bapa atau ahli keluarga dalam mana-mana NGO berkaitan OKU mestilah melebihi 50%. Selain 50% keahlian, ia mestilah juga merangkumi kepimpinan dan pengurusan atasan NGO berkaitan OKU.

Isu penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan sebagaimana berlaku dalam Persatuan Bagi ORang Buta Malaysia (MAB) perlu dibendung agar tidak berulang.

2. Suatu Jawatankuasa penyiasatan bebas mesti diwujudkan bagi menyiasat dakwaan dan keterangan berkaitan salah guna kuasa dan penyelewengan yang berlaku dalam MAB.

3. Elaun Pekerja Cacat (EPC):

i) Kenaikan dari RM350.00 kepada RM550.00.

ii. Had kelayakan pendapatan penerima EPC dari RM1,200 kepada RM3,000.

iii. Kaedah membaharui data penerima EPC yang perlu tidak membebankan dan menyusahkan penerima EPC.

4. Penubuhan sebuah unit/jawatankuasa/jabatan berkaitan OKU bagi menangani isu-isu OKU secara langsung dan sepenuh masa yang diletakkan terus di bawah YB Menteri.

5. Unit/jawatankausa/jabatan tersebut mestilah diketuai oleh seorang OKU atau mereka yang benar-benar memahami isu-isu yang didepani oleh OKU yang pelbagai katagori.

Apa yang pasti, suara OKU penglihatan khususnya dan OKU umumnya tidak akan terhenti di sini sahaja selagi keadaan konvensional berlarutan. Pembelaan OKU yang diasaskan kepada hak mesti dijelmakan bukan sekadar catatan di atas kertas.

Seluruh OKU penglihatan khususnya dan OKU umumnya harus menanam azam betapa tanpa penglibatan OKU dalam proses membuat keputusan di pelbagai peringkat dan kegagalan kita dalam proses politik hanya akan meminggirkan keperluan OKU yang sebenar. - HARAKAHDAILY 27/6/2015

Sumber HD - 27-6-2015





































































Hargailah suara kami

MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF | .

TANPA dirancang, semalam saya diajak oleh rakan yang juga penggiat Sekretariat Prihatin OKU Malaysia bagi negeri Kelantan saudara Othman Omar untuk ke Rantau Panjang. “Zal, mari ke Rantau Panjang! Ceramah Mad Sabu”.

Begitu gesaannya kepada saya sebaik kami bertemu yang pada awalnya hanya untuk minum-minum sambil berbincang perkara-perkara berkaitan OKU. Sepanjang perjalanan dia memberikan pandangannya tentang apa yang dirasainya perlu dilakukan parti terutamanya dalam memahamkan orang-orang kampong tentang perjuangan Islam dan pemahaman kenapa perlunya Umno ditumbangkan.

Beliau mengulangi dalam perbualan kami betapa perjuangan Parti Islam Se-Malaysia PAS perlu didokong meskipun berhadapan dengan pelbagai cabaran dan ujian. Sungguh saya teruja dengan semangat yang diceritakan sepanjang perjalanan kami ke Rantau Panjang dari Kubang Kerian.

Dalam suasana hari ini, kita pada pengamatannya seolah-olah telah leka dan merasa cukup dengan media-media sosial seperti whatsapp, facebook, youtube dan sebagainya dalam menyampaikan agenda dan misi perjuangan PAS. Dia menyebut bagaimana sikap dan pendirian orang kampung kepada media-media baru ini.

Yang jelas, paparan media baru tidak akan sama dengan media konvensional, radio dan televisyen. Penyampaian media konvensional lebih mudah dicapai, lebih menyeluruh dan lebih tepat menyampaikan agenda yang diingini oleh pemerintah atau lebih tepatnya Barisan Nasional, BN. Dalam berhadapan cabaran inilah, sahabat saya ini mengharapkan parti terus turun hingga ke bawah sebagaimana gerak kerja sebelum meletupnya penggunaan media-media baru.

Penyampaian melalui media baru sebetulnya tidak serupa media konvensional atau ceramah umum secara bersemuka. Ceramah secara bersemuka lebih mendekatkan parti kepada rakyat. Rakyat lebih menghargai perjuangan payah jerih pimpinan parti melalui ceramah-ceramah langsung.

Penahanan Mad Sabu pada 27 Mac 2015 oleh sekumpulan polis yang menutup muka di bawah Akta Hasutan 1948 misalnya lebih difahami rakyat melalui ceramah-ceramah umum. Bagaimana mungkin seorang timbalan presiden sebuah parti utama diperlakukan seumpama penjenayah berbahaya akan menyentuh hati rakyat melalui majlis-majlis bersemuka. Rakyat akan lebih faham tentang kebobrokan Umno dan BN mempergunakan undang-undang untuk kepentingan mereka.

Demikian juga rakyat akan lebih faham dengan penerangan-penerangan seumpama perlaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang sebenarnya menggambarkan kegagalan parti Umno dan BN mengurus tadbir kewangan dan sumber ekonomi negara. Melalui ceramah-ceramah sebeginilah rakyat akan faham apa itu ketirisan dan apa itu penyelewengan yang berlaku.

Melalui majlis bersemuka ini juga rakyat akan lebih menghargai apa perlunya tahaluf dan gabungan parti-parti dalam Pakatan Rakyat. Propaganda media Umno dan BN secara berterusan sebetulnya masih belum mampu ditandingi media-media baru yang hanya melata di kalangan anak-anak muda.

Suara hati sahabat saya yang berlatarbelakangkan suara hati orang desa ini cukup menginsafkan saya dengan apa yang biasa dipaparkan al-Quran perihal tugas seorang Rasul. Antaranya firman Allah SWT yang bermaksud:

“Tidak ada kewajipan yang ditugaskan kepada Rasulullah selain daripada menyampaikan (perintah-perintah Allah) sahaja dan Allah sentiasa mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan.” (Al-Maaidah: 99)

Tugas menyampaikan visi dan misi perjuangan sememangnya mencabar. Ia hanya mampu dipenuhi dengan sikap kesungguhan dan iltizam yang tinggi sepertimana yang pernah dipaparkan dalam sirah-sirah perjuangan para rasul terdahulu.

Yang nyata, biarpun kita didatangkan dengan pelbagai ledakan teknologi, nilai kemanusiaan yang suka disantuni dan dirai tetap mesti diambilkira dalam usaha meraih sokongan kepada visi dan misi perjuangan. Biar apa kemajuan yang dihidangkan, fitrah insani tetap sama sejak dulu, kini dan selamanya. – HARAKAHDAILY 12/5/2015

Sumber HD - 12-5-2015

Pengajaran sirah untuk perkukuh perjuangan

MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF | .

SESEKALI kita mendalami pengajaran di sebalik beberapa peristiwa sirah semasa zaman baginda Rasul Allah SAW, sungguh ia bukan suatu yang mudah untuk diterima dan difahami secara analisa sepontan. Apabila saya menyebut tidak mudah untuk diterima atau difahami secara analisis sepontan, ia merujuk kepada para pelaku dan individu yang berada pada situasi atau waktu tersebut.

Tentunya bagi kita yang telah melepasi masa dan waktu peristiwa berlaku, senang dan tidak susah untuk kita memahami di sebalik setiap peristiwa. Saya suka menarik perhatian para pembaca kepada setiap pengalaman suka dan duka yang kita lalui.

Kita hanya akan lebih memahami setiap suka dan duka itu sebaik pengalaman tersebut kita lalui dan tempuhi. Setelah kita melalui pengalaman dalam sesuatu peristiwa, barulah kita menyedari di mana lebih atau kurangnya sesuatu tindakan dalam setiap pengalaman yang kita tempuhi tersebut.

Demikianlah betapa pentingnya sirah perjuangan yang telah dilalui oleh para anbia’, dan para sahabat baginda Rasul Allah SAW. Setiap sirah dan peristiwa yang pernah berlaku pasti akan berulang kembali. Hanya pelaku dan waktu peristiwa sahaja yang berbeza. Keupayaan kita menaakul setiap pengalaman dan peristiwa yang sedang dilalui amatlah penting untuk kita menilainya dari aspek sirah dan pengajaran perjalanan perjuangan.

Menyingkap kembali beberapa peristiwa sirah di zaman baginda Rasul Allah SAW, ia terlalu besar dan amat berkait rapat dengan apa yang sedang berlaku dalam rentetan cabaran parti-parti dalam Pakatan Rakyat dewasa ini. Apatah lagi bagi Parti Islam Se-Malaysia, PAS itu sendiri.

Gerak kerja yang ditampilkan oleh Rasul Allah SAW dan para sahabat demi mendaulatkan Islam terlalu banyak yang tersirat di sebalik peristiwa yang tersurat. Cukup kita perhatikan dalam dua peristiwa yang cukup masyhur, iaitu peperangan Uhud dan perjanjian Hudaibiyah.

Dalam peperangan Uhud, antara peristiwa penting untuk diperhatikan tidak lain dan tidak bukan detik-detik getir tentera berpanah meninggalkan tempat di atas bukit. Bagi kita yang menilai sirah setelah peristiwa berlaku, tentu mudah untuk kita memahami krisis tersebut. Ketidakpatuhan tentera-tentera Islam terhadap perintah Rasul Allah SAW telah memberi kesan langsung kepada ketumbukan tentera Islam pada waktu itu.

Pandangan mudah yang dinilai oleh tentera berpanah pada waktu itu hanyalah satu. Mereka meyakini tentera Islam di bawah panji-panji yang diketuai oleh baginda Rasul Allah SAW telah pun mencapai kemenangan dan pertempuran telah pun selesai. Pengunduran tentera-tentera musyrikin pada sesi pertama pertempuran cukup meyakinkan mereka sehingga mereka bertindak melanggar arahan baginda nabi, SAW.

Panjangnya bukit Uhud enam kilometer dan lebarnya tiga kilometer menambahkan keyakinan mereka tidak mungkin tentera musyrikin mampu berpatah balik untuk mengambil tempat yang ditinggalkan di atas bukit. Kegembiraan mereka akan limpahan harta ghanimah langsung melupakan mereka kepada pesanan dan arahan baginda Rasul Allah SAW dan kebijaksanaan dan ketangkasan yang dimiliki oleh Khalid al-Walid, yang memimpin tentera musyrikin ketika itu.

Antara pengajaran tersirat di sebalik peristiwa tersebut termasuklah betapa kita mudah hilang fokus apabila berhadapan dengan sesuatu yang amat mengembirakan atau yang amat mendukacitakan. Apatah lagi dalam cabaran berpolitik yang beriringan dengannya limpahan atau kehilangan jawatan, pangkat dan harta. Bayangan kepada ketiga-tiga umpanan duniawi tersebut terlalu menjadikan fokus kita rapuh apabila bayangan ujian itu sangat menghampiri kita.

Begitu juga dalam peristiwa perjanjian Hudaibiyah. Perjanjian yang dianggap berat sebelah oleh kebanyakan para sahabat nyatanya telah memberi laba yang cukup hebat kepada Islam. Peristiwa ini cukup mengajar kita dalam langkahan politik, sesuatu yang dilihat dari satu segi akan berbeza natijahnya apabila dilihat dari satu segi yang berlainan.

Hudaibiyah mengajar kita bahawa penaakulan seseorang itu tidak akan mungkin sama dengan penilaian seorang yang lain. Apatah lagi bila berlaku keperluan untuk membuat sesuatu keputusan pada masa-masa yang cukup genting.

Bertitik tolak daripada huraian serba ringkas di atas, suka saya mengajak para pembaca membuat penilaian kepada suasana politik semasa yang dialami oleh parti-parti Pakatan Rakyat yang sedang berhadapan dengan kekuasaan Barisan Nasional.

Tentunya ruang yang ada dalam penulisan ini tidak mungkin mampu menghuraikan segalanya. Pun begitu, sekurang-kurangnya ia dapat membantu kita memahami suasana yang ada bagi mendepani cabaran sebenar iaitu menguasai pemerintahan peringkat persekutuan.

Semua dari kita telah dapat meneka bahawa perpecahan Pakatan adalah harapan untuk Barisan Nasional terus bertahan. Justeru dengan apa cara sekali pun, parti-parti Pakatan Rakyat mesti dipisahkan dan dipecahkan hingga tiada lagi kesatuan.

Isu hudud misalnya telah cukup buat Barisan Nasional menjayakan agenda pemisahan kesatuan parti-parti Pakatan Rakyat. Ia telah cukup untuk melaga-lagakan setiap pimpinan dalam Pakatan Rakyat di pelbagai peringkat.

Sebagaimana yang telah saya tegaskan di atas, kita hanya akan jelas terhadap sesuatu peristiwa sebaik pengalaman itu berlalu. Demikianlah situasi yang sedang dialami pada masa kini. Kita akan faham dan jelas bagaimana manipulasi isu ini berjaya atau gagal buat Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional, hanya masa yang menentukan.

Dalam isu ini umpamanya, parti-parti Pakatan Rakyat akan dipaparkan berselisihan sesama sendiri agar kesatuan mampu dinafikan. Kita jadi terlupa bahawa Hudud bukanlah agenda Pakatan Rakyat. Hudud hanyalah satu juzuk daripada perjuangan PAS. Justeru, tidak harus timbul sama ada parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat menyokong atau menolaknya.

Apatah lagi secara individu, tentunya setiap daripada parti-parti Pakatan Rakyat akan membuat penilaian masing-masing kepada isu yang tidak disepakati bagi tujuan mengekalkan sokongan para penyokong masing-masing. Dalam suasana sebeginilah kita diuji apa maknanya “bersetuju untuk tidak bersetuju”.

Melihat apa yang berlaku inilah, pengajaran dari sirah lalu amat berharga untuk kita teladani.

Keupayaan kita mengendalikan krisis ini bukan kecil ganjarannya. Berjayanya parti-parti Pakatan Rakyat dalam menguruskan krisis semasa akan memberi bukti dan keyakinan kepada rakyat betapa Pakatan Rakyat pilihan terbaik untuk menggantikan Barisan Nasional di tampuk pemerintahan pusat.

Apa jua krisis, ia tidak seharusnya menghilangkan dan menggangu fokus sebenar kita. Bahkan kejayaan kita memimpin ke arah kelestarian krisis akan mampu menampilkan kita sebagai peneraju perubahan politik di Malaysia.

Sebagaimana pengajaran tentera berpanah yang meninggalkan benteng pertahanan, umpanan jawatan, kuasa dan kekayaan adalah senjata ampuh untuk kita ditewaskan oleh sang musuh yang sentiasa bersikap pertualang.

Parti-parti dalam Pakatan Rakyat tiada pilihan selain terus perkukuhkan pakatan untuk berpadu mendepani kedurjanaan Barisan Nasional yang hari demi hari tiada lagi segan dan silu. Sikap Barisan Nasional yang beraja di mata dan bersultan di hati hanya dapat ditundukkan dengan keutuhan ketiga-tiga parti dalam pakatan harapan rakyat. – HARAKAHDAILY 28/4/2015

Sumber HD - 28-4-2015




































GST: Siapa nak bela nasib kami? - OKU

HARAKAHDAILY | .

PIHAK Sekretariat Prihatin OKU Malaysia di bawah Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat amat terkilan dengan beberapa kenyataan yang dibuat oleh pimpinan kerajaan Barisan Nasional berkaitan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang pada tanggapan kami menyimpang dari hakikat sebenar.

Melalui hebahan media massa, digambarkan kenaikan harga barang dan perlaksanaan GST mulai 1 April lalu telah mengambilkira keperluan OKU dan keluarga.

Antaranya dihebahkan bahawa perlaksaan GST akan memberi keuntungan kepada OKU dan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia telah mengambilkira situasi kenaikan barang akibat dari perlaksaan GST.

Dalam membantah perlaksaan GST sekaligus menyangkal kenyataan-kenyataan pimpinan kerajaan tersebut, kami kemukakan beberapa perkara yang perlu diketahui oleh pihak kerajaan dan orang awam:

i)  Kesan perlaksanaan GST telah memberi tekanan kepada keluarga OKU khususnya OKU yang terpaksa bergantung kepada beberapa barangan keperluan termasuklah cawat pakai buang yang mengalami kenaikan harga yang mendadak.

ii) Kenaikan harga hampir kesemua barangan keperluan harian terus memberi tekanan langsung termasuklah kepada OKU dan ibu bapa anak-anak OKU yang berpendapatan rendah atau pertengahan.

iii) Bahkan juga kami tegaskan kenaikan tambang pengangkutan awam termasuklah teksi sejurus sebelum 1 April di Lembah Klang telah memberi kesan langsung kepada kebanyakan OKU yang bergantung kepada pengangkutan awam dengan kenaikan kos antara 30 peratus hingga 50 peratus.

iv) Kami menegaskan bahawa pemberian wang BRIM dan kadar kenaikan Elaun Pekerja Cacat (EPC) di luar persetujuan komuniti OKU tidak mampu menampung kenaikan kos hidup bahkan ia hanya memberi kesan keringanan yang amat minimum.

Justeru, sebagai mewakili suara OKU dan ibu bapa anak-anak OKU, kami menggesa agar perlaksanaan GST yang terbukti membebankan OKU dan ahli keluarga dikaji agar dibatalkan.

Kami juga mendesak suatu mekanisme yang lebih dinamik dan sesuai dilaksanakan oleh pihak yang berkuasa bagi menangani pelbagai isu yang didepani oleh OKU dan ahli keluarga kesan dari kenaikan harga hamper kesemua barangan keperluan pada hari ini. – HARAKAHDAILY 16/4/2015

MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF
Pengerusi Sekretariat Prihatin OKU MALAYSIA

Sumber HD - 16-4-2015

Mendukung gagasan untuk PAS kekal relevan

MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF | .


TIADA dalam perencanaan kehadiran saya dan sahabat-sahabat ke Parlimen 8 April lalu untuk bertemu Tuan Guru Presiden. Namun, sebaik memasuki bilik rehat di tingkat 14 menara utama, saya dijemput untuk duduk bersebelahan dengan Tuan Guru Presiden.

Kesempatan yang ada tidak saya dan sahabat-sahabat biarkan begitu saja. Apatah lagi kelihatan Tuan Guru sedia untuk berbual dan melayan kami. Perbualan kami hampir saja berlarutan selama satu jam. Dapat saya rasakan di sebalik kata-kata penuh ilmiah dan gurau senda dari Tuan Guru, beliau cukup tabah dan penuh sedia berhadapan dengan cabaran semasa.

Saya mula menanyakan isu-isu semasa umat Islam di peringkat antarabangsa. Tuan Guru seperti biasa memang menyukai topik tersebut. Bermula dengan bagaimana musuh-musuh Islam menjadikan umat Islam umpama buat catur, pertikaian dan pelbagai hikmah di Yaman menjadi perhatian utama Tuan Guru.

Perbualan kami seterusnya menyentuh perihal rang undang-undang persendirian yang akan dibentangkan di Palrimen bagi membolehkan undang-undang jenayah Islam lebih sempurna dilaksanakan di Malaysia. Saya cuba menduga beberapa pendirian Tuan Guru dalam isu tersebut. Nyatanya Tuan Guru yakin dengan apa yang sedang dilakukan dan harapannya begitu berpaut pada Allah SWT.

Jelas Tuan Guru hasrat Parti Islam Se-malaysia PAS dalam perlaksanaan Islam di Malaysia termasuklah hudud bukan suatu yang baru. Bahkan ia telah sebati dengan perjuangan PAS itu sendiri. Bahkan Tuan Guru turut menyorot kembali bagaimana peranan PAS sekitar 1974 semasa berada dalam kerajaan. Ada juga disebut Tuan Guru bagaimana telah ada persetujuan peringkat tertinggi pada ketika itu untuk meletakkan hudud sebagai perundangan Malaysia.

Dalam kesempatan itu juga, saya menarik perhatian Tuan Guru tentang gagasan negara berkebajikan yang telah PAS gagaskan mulai 2011. Tuan Guru berpendirian bahawa gagasan negara berkebajikan akan diteruskan.

Sebelum saya meneruskan perbincangan berkaitan hasrat Tuan Guru dalam gagasan negara berkebajikan ini, saya perturunkan beberapa perenggan dari ucapan beliau pada 2011 buat perhatian pembaca.

“...Inilah yang kita sentiasa pertegaskan, bahawa PAS bukannya sebuah parti politik semata-mata, tetapi kita adalah sebuah gerakan Islam yang bercirikan tarbiyah dan dakwah, yang mempunyai perkiraan dengan ibadah dan amanah dari Allah SWT.

...Kita percaya bahawa penglibatan kita dengan PAS adalah bagi mengisi hidup kita dengan amal yang soleh, penuh kebajikan yang berpanjangan dan mengharapkan keampunan Allah dan pertolongan-Nya, kerana menyahut seruan Allah SWT dan meneruskan perjuangan Rasulullah SAW dan al-salaf al-soleh, yang dinyatakan oleh firman Allah : Maksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman, sukakah kamu, Aku tunjukkan kepada kamu suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa kamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. Nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam jannah 'Adn. Itulah kemenangan yang besar. Dan (ada lagi) kurnia yang lain yang kamu sukai, (iaitu) pertolongan daripada Allah dan kemenangan yang dekat (di dunia). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman”.

...Setiap ahli PAS mestilah berpegang teguh dengan Islam, beriman, melaksanakan kebajikan secara berterusan, dan kita berpolitik pula mestilah mengikut panduan al-Quran, kerana itulah perintah dalam al-Quran yang menjadi pedoman kita semua. Kita tetapkan dalam undang-undang tubuh PAS, bahawa yang memandu kita ialah al-Quran, al-Sunnah, Ijmak para ulamak dan Qiyas yang nyata. Bagi menjamin kewibawaan PAS dengan Islam yang bersumberkan perkara tersebut, maka diwujudkan Majlis Syura Ulamak bagi mengawal perjalanan PAS, supaya sentiasa di atas landasannya dengan istiqamah.

...Peranan kita ialah membawa mesej Islam secara praktikal kepada seluruh manusia, berdakwah dan berpolitik bagi menterjemahkan keadilan syariat Allah kepada seluruh alam dan manusia tanpa mengira bangsa, agama dan asal usul mereka, dengan berwawasan dunia hingga akhirat. Inilah yang dinyatakan oleh firman Allah SWT :

“Dan tidaklah kami utuskan mu melainkan menjadi rahmat kepada seluruh alam”

...Negara berkebajikan yang ingin kita capai ialah bukan hanya hebat pencapaian ekonominya semata-mata, kerana kita juga tidak mahu melahirkan masyarakat yang hanya melihat pembangunan material yang bertaburan di sana-sini tetapi jiwa mereka kosong sehingga melahirkan berbagai penyakit kemanusiaan dalam masyarakat kita ini.

...Negara yang kita mahu ialah yang juga menumpukan kepada kesejahteraan spiritual dan akhlak serta pembangunan rohani, yang dihubungkan dengan pegangan agama yang mampu untuk memandu kehidupan rakyat di bawah jagaan kita. Indeks kesejahteraan yang ingin kita capai juga perlu mengambil kira persekitaran masyarakat beragama berbagai kaum dan fahaman yang wujud dalam negara kita ini, apatah lagi ia mungkin berbeza dengan pentafsiran kesejahteraan di negara-negara lain. Kita inginkan kerukunan sebuah keluarga, yang mampu untuk berdepan dengan krisis moral dan akhlak yang semakin berleluasa di zaman yang serba moden ini.

...Setiap Lajnah dalam PAS berperanan melaksanakan agenda parti yang berteras, berjiwa dan bermatlamat Islam. Melaksanakan apa yang dapat dilaksanakan tanpa tangguh dan menjadi jentera menuju ke arah memperkenalkan Islam kepada masyarakat mengikut bidang masing-masing, serta melengkapkan parti walau pun tidak menjadi kerajaan dan mengisi kemenangan apabila tiba masanya menjadi kerajaan.

...Peranan tenaga kalangan pakar dalam berbagai bidang dalam PAS sentiasa bersama perjuangan kita sejak penubuhan PAS, menunjukkan kita tidak sekali-kali memisahkan kalangan ulamak dengan mereka. Inilah sejarah PAS bersama sejarah Islam di zaman keemasan dan mempunyai ketahanan di zaman penjajahan dan kezaliman.

...Ada Lajnah yang lebih bersifat dalaman seperti Lajnah Tarbiyyah, bagi meningkatkan ketahanan ahli menghadapi cabaran, meningkatkan daya juang dan ilmu yang diamalkan sehingga PAS menjadi parti contoh terbaik. Lajnah Tarbiyah juga perlulah merangka modul-modul baru yang boleh mendidik ahli dalam uslub mendekati masyarakat berbagai agama dan kaum di luar sana.

...Ada Lajnah yang bersifat terbuka bagi melaksanakan agenda PAS ke dalam masyarakat bagi memasyarakatkan PAS seperti Lajnah Penerangan, Kebajikan, Guaman, Pekerja, Kebudayaan, Tanah dan Peneroka dan lain-lain, sehinggalah ke peringkat antara bangsa. Semua Lajnah hendaklah mengambil segala kepakaran yang ada di kalangan ahli PAS yang ramai jumlahnya sekarang. Mereka laksana batu bata yang perlu disusun dengan rapi dan diikat dengan teguh. Firman Allah: Maksudnya:

“Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berjuang dijalan-Nya dalam saf yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh (daripada bata yang disusun dengan rapi dan diikat dengan teguh)”

...Saya juga mahu Lajnah-lajnah dalam PAS, melalui aktivis parti untuk turun ke gelanggang, memahami budaya setempat, perihatin terhadap masalah rakyat, menjadi penggerak sebenar di medan, dan seterusnya menyelesaikan konflik dan masalah yang membarah dalam masyarakat. Sekiranya kita mahukan perubahan ke arah politik yang lebih bermaklumat, maka semua di antara kita adalah bertanggungjawab untuk bertindak sebagai agen perubahan yang menyampaikan maklumat ke dalam masyarakat.

...Demi mencapai tujuan ini, maka setiap Lajnah di peringkat Pusat hinggalah ke peringkat negeri dan kawasan perlulah menetapkan matlamat yang ingin dicapai, melaksanakan perancangan strategik dan memantau pencapaian dari masa ke semasa. Semua ini direncanakan di awal sesi, dibentang kepada semua jawatankuasa untuk penyelarasan gerakerja supaya kita tidak hanya mewujudkan program ad-hoc yang bertujuan untuk mengisi laporan tahunan apabila hampir tiba mesyuarat agung masing-masing...”

Dalam perbualan tersebutlah, saya menyelitkan hasrat saya dan sahabat-sahabat melalui Sekretariat Prihatin OKU Malaysia bagi menggiatkan usaha pengupayaan OKU di Malaysia. Sungguh teruja dan bersyukur saya apabila Tuan Guru memahami apa yang kamiimpikan dan usahakan.

Pada penulisan ini, suka saya kongsikan beberapa kesimpulan dalam usaha kita menggarap dan mencapai gagasan yang dicita-citakan tersebut:

1. Gerak kerja bagi membentuk negara berkebajikan haruslah dimulai sekarang dan bukannya sewaktu PAS diberi kuasa pemerintahan.

2. Gerak kerja ini perlu didokong secara sistematik antara lajnah-lajnah dan entiti dalam PAS agar ia mampu menghasilkan satu natijah yang jauh lebih baik dari apa yang ada pada hari ini.

3. Setiap ahli dalam PAS mampu menyumbang dengan pelbagai cara mengikut kemampuan masing-masing dalam menjayakan gagasan yang cukup besar ini.

4. Setiap kepakaran yang ada di kalangan ahli-ahli dan penyokong PAS perlu digembeling secara tersusun agar gerak kerja hari ini telah cukup mantap untuk digunapakai dalam masyarakat. Lebih dari itu, ia mampu disesuaikan dengan sistem pemerintahan sebaik PAS dikurniakan kemenangan kelak.

5. PAS perlu bergerak secara lebih komprehensif dan menyeluruh. Dengan perkataan lain, PAS tidak harus dilihat hanya relevan pada musim pilihan raya atau situasi tertentu sahaja. PAS harus ada dalam setiap denyut nadi masyarakat demi membawa obor-obor Islam.

6. Keberadaan PAS pada masa sekarang apatah lagi pada waktu memerintah perlu lebih dari sekadar ganti fizikal parti United Malay National Organisation, Umno. Setiap pendokong dan penggiat PAS perlu mampu tampil dengan aspirasi berkebajikan dalam menyempurnakan gagasan ini.

7. Hanya iltizam yang kuat dan niat yang ikhlas mampu melonjakkan PAS dengan gagasan ini pada masa-masa mendatang bagi membolehkan kita relevan dalam sistem kenegaraan yang telah pun punah ini.

Sokongan kepada Tuan Guru bukan sekadar laungan atau teriakan. Beliau amat memerlukan dokongan yang sebenar-benarnya dalam bentuk usaha dan gerak kerja dari setiap penggiat dan pendokong PAS.

Dalam mengharungi cabaran semasa, terpulanglah kepada kita untuk sama ada melihat gagasan ini berjaya pada masa hadapan atau sekadar membiarkan ia menjadi sebut-sebutan sebagai satu kenangan semata-mata. Medan telah sedia terbentang di hadapan kita untuk kita penuhi dengan tugasan yang telah digagaskan. – HARAKAHDAILY 12/4/2015

Sumber HD - 12-4-2015








































GST dan EKJS: Berhati-hatilah kelicikan Umno!

MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF | .


TAHNIAH kita ucapkan kepada kerajaan Barisan Nasional yang diterajui parti kebangsaan Melayu Umno yang telah berjaya menyempurnakan misinya dalam perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan yang ringkasnya dikenali sebagai GST. Meskipun dalam suasana kerajaan ini ditolak oleh 53 peratus pengundi pada Pilihan Raya Umum PRU 13 lalu, GST telah melabuhkan layarnya di bumi Malaysia tanpa ada sebarang kekacauan.

Dengan hanya majoriti mudah tanpa penguasaan dua pertiga Dewan Rakyat, kerajaan terajuan Umno tetap yakin dengan percaturan yang dibuatnya. Apakah kerajaan ini yang ingin kita taruhkan keyakinan bagi menerajui Malaysia pada masa-masa mendatang?

Daripada nas-nas yang jelas sebagaimana diterangkan oleh para alim ulama, sistem percukaian yang diamalkan hari ini bukanlah suatu sistem yang dibenarkan menurut syarak. Apatah lagi sistem percukaian GST yang pada masa kini ditolak hebat oleh jelata rakyat.

Apa yang jelas, GST adalah satu langkah menzahirkan sikap ketidakadilan dan kezaliman pemerintah terhadap rakyat. Percukaian GST seumpama perniagaan yang amat menguntungkan oleh pemerintah terhadap rakyat sebagaimana disebut oleh Ibnu Khaldun dalam kitab Muqadimahnya.

Namun, bukan itu yang ingin saya lontarkan dalam penulisan ini. Apa yang ingin saya tegaskan di sini, kerajaan yang ada hari ini telah dilihat terus mengepikan nilai-nilai keadilan sebenar dan kesejahteraan yang sebenar dalam sistem pemerintahannya.

Persoalan utama yang ingin saya lontarkan di sini, apakah kita bersedia untuk terus bertahan untuk menjalinkan sebarang kerjasama politik atau bernaung di bawah pemerintahan yang ada? Saya ingin memfokuskan perhatian kita kepada beberapa jawatankuasa bersama yang dihulurkan kepada kita khususnya kepada kerajaan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di Kelantan.

Pada tahap ini, wajar kita muhasabah diri di manakah rasional atau kewajaran ketiga-tiga jawatankausa bersama tersebut? Apakah ia terbina atas satu semangat kerjasama yang tulus atau pancingan semata-mata?

Hebatnya Islam bila segalanya telah Allah firmankan dalam kitab suci-Nya, al-Quranul Karim sebagaimana maksud surah Al-Anfal:

“Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Dan jika mereka bertujuan hendak menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjaga dan memberikan perlindungan) kepadamu. Dialah yang menguatkanmu dengan pertolongan-Nya dan dengan (sokongan) orang-orang yang beriman.

Dan (Dialah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Al-Anfaal 61-63)

Maksud ayat di atas cukup terang dan nyata. Kita dikehendaki untuk sedia berlapang dada bila ada usaha perdamaian dihulurkan oleh pihak musuh. Dengan lain perkataan, tidak selamanya kita perlu berada dalam situasi menentang bila mana peluang keamanan itu terbentang di hadapan mata.

Pergantungan kepada Allah wajiblah beriringan dengan setiap usaha yang dijalankan. Waspada dalam setiap tindakan perlulah ada agar kesan kemusnahan atau kecederaan dapat diminimumkan. Ingatan Tuan Guru Presiden, sama ada atau tidak kerajaan Umno ikhlas dalam usaha kerjasama yang dihulurkan, bukanlah urusan kita.

Dalam pada itu, sirah para sahabat telah juga memberi kita satu pengajaran yang cukup hebat sebagaimana ditunjukkan dalam peristiwa perang Sifin antara Saidina Ali Abi Talib Karamallahu wajha dan Saidina Mua’wiyah Abu Sufian RA. Perdamaian yang dihulurkan oleh tentera Mua’wiah atas percaturan Amru al-A’s kepada tentera Saidina Ali telah disedari sejak awal oleh baginda Saidina Ali.

Pengajaran dari perang Sifin seharusnya memberi satu periksa dan imbang antara kedamaian sebenar ataupun kedamaian atas muslihat politik. Kemungkinan kepada kedua-dua situasi akan sentiasa ada pada setiap masa dan setiap zaman.

Apakah kerjasama yang dilaungkan oleh kerajaan BN melalui ketiga-tiga jawatankausa iaitu royalti, hudud dan banjir itu suatu ketulusan atau umpanan politik semata-mata? Tentunya bagi pihak pimpinan telah mengambilkira setiap inci ruang risiko dan peluang dalam setiap situasi.

Pun begitu, bagi pihak rakyat khususnya para penggiat masyarakat yang inginkan PAS terus menang dan menguasai dalam percaturan politik tanah air, muhasabah semula terhadap kerjasama melalui ketiga-tiga jawatankausa tersebut wajar dilakukan.

Dalam isu royalti, dolak dalih kerajaan pusat terhadap kerajaan Kelantan berlarutan sejak 2011 lagi sebaik isu royalti berada di medan perjuangan rakyat. Sehingga ke hari ini, Kelantan terus dinafikan pembayaran tunai sebagaimana perjanjian 1975.

Begitu juga dalam isu banjir yang turut melahirkan satu jawatankuasa bersama antara kerajaan pusat dan negeri. Bagi rakyat yang saban waktu menantikan kediaman yang sempurna, bukan lagi janji demi janji yang mereka harapkan. Kesejukan malam hari dan kehangatan siang hari di bawah khemah sementera terus menimbulkan persoalan entahkan bila akan berakhir. Apa yang nyata kerajaan terajuan Umno hanya mampu mengemukakan alasan demi alasan kepada desakan janji-janji yang telah dimetri.

Mutakhir dapat kita lihat bagaimana isu hudud yang turut melahirkan satu jawatankuasa teknikal bersama. Dolak dalih kerajaan Umno umpama bangkai yang tidak dapat lagi disembunyikan. Jawapan Menteri yang berkaitan bila ditanya oleh Yang Berhormat Ahli Parlimen Pokok Sena menyerlahkan sikap mereka yang sebenar.

Apabila kita singkap sedikit masa kebelakang, kesungguhan kerajaan Umno membawa agenda Islam ke dalam sistem perundangan negara telah boleh dipertikai. Ia terserlah bila mana berlakunya penarikan balik Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2013 daripada dibentangkan untuk bacaan kali kedua pada sesi Dewan Rakyat tahun 2013 lalu.

Saya penuh yakin setiap dari pendukung dan penyokong PAS sedia berdiri teguh bersama ketegasan kepimpinan yang ada untuk mengkaji semula setiap kerjasama yang dijanjikan oleh kerajaan terajuan Umno. Atas sikap bersama mendokong kepimpinan yang ada, setiap dari pendokong dan penyokong PAS tentunya mengharapkan suatu sikap tegas dinyatakan dalam mendepani setiap kezaliman dan ketidakadilan yang berlaku.

Apatah lagi bila mengenangkan firman Allah yang bermaksud:

“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api Neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan”. (Hud 1113)

Cukup ironi sekali, amalan diskriminasi kerajaan pusat terhadap Kelantan bukanlah suatu yang baru. Bagi majoriti rakyat yang telah memilih PAS di Kelantan, mereka tetap sedia dan setia mendokong kepimpinan yang ada meskipun berhadapan dengan tindakan tidak bertamadun dari Umno.

Justeru, sedaya yang mungkin setiap ketidakadilan dan kezaliman wajar ditentang dan terus-terusanlah kuatkan pergantungan kepada Ilahi. – HARAKAHDAILY 3/4/2015


Sumber HD - 3-4-2015













































Perkemaskan langkah dalam apa jua keadaan

Posted on Friday, March 27 @ 16:29:32 MYT by paktam

Oleh MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF

RAMAI sahabat di luar sana mengatakan ini tempoh untuk setiap pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat bermuhasabah diri. Apa yang boleh saya katakan, Pakatan Rakyat adalah impian pembaharuan buat rakyat Malaysia ke arah pembentukan sebuah negara bangsa yang lebih terbuka dan dinamik. Pun begitu, bagi kebanyakan orang-orang kampung, penyatuan Parti Islam Se-Malaysia PAS bersama-sama dalam Pakatan Rakyat bukanlah suatu yang mudah untuk diterima.

Itulah kesimpulan yang dapat saya rasakan dalam banyak bicara dan lepak dengan pak tani, pesawah  dan mereka yang senang menghirup udara desa. Pada mereka apa perlunya PAS dalam Pakatan Rakyat apabila matlamat perjuangan PAS itu cukup jelas iaitu Islam?

“Tak boleh ke PAS berjuang sendirian tanpa ada pakatan sini dan situ?” Itu persoalan yang biasa dilontarkan. Ia ditambah lagi dengan kelicikan media-media propaganda Umno dan Barisan Nasional dalam membentuk pemikiran rakyat betapa rakan-rakan PAS dalam Pakatan Rakyat tidak sehaluan ideologi perjuangan.

Namun atas semangat kebersamaan dalam satu pakatan ditambah pula itulah keputusan muktamar (badan tertinggi dalam PAS), mereka kita yakinkan dengan sehabis mampu untuk sama-sama mendokong aspirasi Pakatan Rakyat. Mengapa tiba-tiba suasana bagai lembu gila terputus talinya?

Hemburan demi hemburan kini dilempar terhadap tubuh badan Tuan Guru Presiden secara terang-terangan, tidak lagi berselindung. Syukur sekali ke hadrat Allah, Islam itu sempurna dengan segala macam pentunjuk atas setiap permasalahan. Al-Quran dan Sunnah serta ijmak telah cukup sebagai rujukan termasuklah pada waktu-waktu sebegini.

Suatu firman Allah SWT dari surah Mariam yang bermaksud:

“Nabi Zakaria bertanya: Wahai Tuhanku! Bagaimanakah caranya aku akan beroleh seorang anak, sedang isteriku adalah seorang yang mandul dan aku sendiri pula telah sampai had umur yang setua-tuanya?

Penyeru itu menjawab: Demikian keadaannya janganlah dihairankan; Tuhanmu berfirman; Hal itu mudah bagi-Ku kerana sesungguhnya Aku telah menciptakanmu dahulu, sedang engkau pada masa itu belum ada sebarang apapun”. (Surah Maryam: Ayat 8 -  9)

Ketentuan Allah itu adalah suatu yang telah ditakdir. Pada setiap masa dan waktu, tadbir manusia tidak akan mengatasi apa yang ditakdirkan oleh Ilahi. Pengajaran daripada kisah Nabi Zakaria antara lainnya cukup jelas. Sesuatu hal yang pada mata manusia mustahil berlaku, ia tidak mustahil di sisi Allah SWT.

Rahmat Allah itu sentiasa beriringan dengan apa jua yang dilakukan oleh manusia itu. Pertolongan Allah kepada umat Islam dan para pejuang agamanya sentiasa berlaku, apatah lagi bilamana usaha yang paling baik dan optimum telah dilakukan oleh umat Islam dan para pendokong di jalan jihad.

Berbalik kepada suasana semasa yang berlaku, tentu sekali buat masa ini perkiraan kita adalah bersatu dalam Pakatan Rakyat bersama rakan-rakan yang lain. Sebagaimana disebut oleh Tuan Guru Presiden, apa yang berlaku pada masa hadapan adalah semata-mata dalam pengetahuan Ilahi.

Sebagai manusia, kewajipan kita hanyalah merencana gerak kerja dan melaksanakan apa yang direncana dengan sehabis daya. Sama ada PAS terus bersama dalam Pakatan Rakyat atau bersendirian, kita seharusnya telah lebih bersedia untuk mendepani sebarang cabaran pada masa hadapan tanpa rasa gundah gulana.

Bukan kita tidak pernah berjuang tanpa rakan. Bukan kita tidak pernah berjuang tanpa ada sokongan yang ramai. Pada masa yang sama, bukan juga kita tidak menghargai rakan-rakan sepanjang perjuangan ini. Namun suasana hari esok mungkin saja berbeza dengan hari ini dan hari semalam.

Sejak dulu kita punya agenda dalam jejak di medan perjuangan. Kita punyai panduan untuk dizahirkan. Agenda Negara berkebajikan misalnya masih amat memerlukan pengisian.

Dalam mendepani cabaran semasa, kesediaan kita memikul agenda ini dalam apa jua keadaan harus dipersiap. Persoalan sama ada terus berada di dalam atau luar pakatan tidak harus mengendurkan fokus kita pada agenda yang telah digagaskan oleh Tuan Guru Presiden.

Setiap saat harus kita ingat bahawa Allah itu amat kasihan belas dan maha pemberi rahmat kepada setiap jiwa yang melakukan kebaikan. Terus-terusanlah bermunajat dan bergantung kepada Allah di sebalik tiap gerak kerja yang dilakukan. Perkemaskanlah tapak pada setiap langkah perjuangan.
Sumber DD - 27-3-2015

Semarakkan jihad dalam Ijtimak Antarabangsa ketiga

MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF | .




PERNAH Imam Shafie berkata betapa beliau sukakan sesuatu kebenaran itu datangnya dari orang lain walaupun telah beliau ketahui berkaitan kebenaran itu. Demikianlah setiap sesuatu kata-kata dan nasihat dari mereka yang tulus dan ikhlas berjuang di jalan Allah itu punyai kekuatan tersendiri. Kekuatan itulah yang akan melahirkan keberkatan sebagai bekalan dalam perjuangan.

Sekali lagi himpunan para ulama dan pimpinan gerakan Islam dalam Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah yang berlangsung di pekarangan Masjid Rusila ketika ini menyajikan pelbagai mutiara kata-kata dan nasihat agar setiap pendukung Islam berupaya istiqamah dalam perjuangan.

Di sinilah suka saya kongsikan beberapa siri ingatan pimpinan-pimpinan gerakan dari Islam di Tunisia, Pakistan dan Hamas yang berlangsung pada malam 21 Mac 2015. Nyatanya kelangsungan perjuangan gerakan Islam yang diterajui Parti Islam Se-Malaysia, PAS amat diikuti rapat oleh seluruh gerakan Islam dari seluruh dunia.

Bahkan kemenangan mutakhir yang dicapai oleh PAS menjadi pembakar semangat buat mereka dalam menempuh liku-liku jihad yang jauh lebih getir dari apa yang kita depani di sini. Justeru, setiap anugerah kemenangan dari Allah kepada kita sehrusnya menjadikan kita lebih akrab kepada Allah dan dijauhkan kita dari sifat riak dan takabur.

Lihat saja sekecil-kecil penderitaan yang ditanggung oleh anak-anak Palestin yang berhadapan langsung dengan kejahatan tentera-tentera Yahudi. Telah menjadi kelaziman dalam tika-tika tertentu para pemuda berumur belasan tahun dicolek dan dicurahkan minyak gas ke dalam mulut mereka. Pertalian perjuangan dan persaudaraan antara umat Islam di Malaysia dan Palestin begitu sekali menjadi pembakar semangat kepada mereka dalam mempertahankan kesucian Islam dan kedaulatan bumi dari kejahatan penjajahan.

DALAM usaha mempertahankan setiap kemenangan dan mencipta kemenangan inilah, para pimpinan ini melontarkan nasihat yang cukup berguna buat tatapan setiap pencinta Islam di Malaysia.

Umat Islam itu hanya ada satu kesatuan biarpun kita punyai latar belakang berbeza. Perbezaan bangsa dan bahasa hanyalah wasilah dan cara yang dicipta Allah S.W.T untuk kita saling mengenali antara satu sama lain.

Justeru kesatuan itulah seharusnya menjadikan kita tidak terpecah dengan perbezaan fizikal dan sempadan. Apatah lagi kesatuan itu jugalah seharusnya menjadi ikatan kuat meskipun di sana ada ketika kita punyai perselisihan dalam perkara-perkara yang dibenarkan.

Dari kesatuan itulah kita mampu untuk memikul satu tanggungjawab bersama. Tanggungjawab yang telah diwarisi dari Rasul ke Rasul iaitu mentauhidkan Allah S.W.T dan menafikan taghut. Sebagaimana ingatan Ibnu Taimiyah bila ditanya apakah sasaran dalam menunaikan tanggungjawab itu, beliau menjawab bahawa kasih sayang dan redha Allahlah keutamaan matlamat dalam memikul tanggungjawab tersebut.

Dengan kasih sayang dan redha Allah itulah kemenangan akan dimiliki sama ada di dunia mahupun di akhirat kelak. Bagi memastikan tanggungjawab tersebut terlaksana, beberapa nasihat turut dilontarkan.

Menyedari Islam itu suatu agama yang teguh, sempurna dan rahmat untuk seluruh alam, kebijaksanaan dan cara yang berhemah wajib menjadi rencah dalam setiap gerak kerja. Setiap pendukung Islam haruslah menjadikan Islam itu senang untuk didekati dan difahami. Jangan sekali-kali kita berbicara dan bertindak hingga masyarakat begitu sukar untuk memahami dan mendekati Islam.

Antara kaedah yang harus menjadi keutamaan termasuklah apa yang diperingatkan oleh Ketua Kesatuan Ulama Sedunia, Sheikh Prof. Dr. Yusof AlQardhawi dalam perbincangan tentang Fiqhul Aulawiyat. Mengatur gerak kerja mengikut keutamaan adalah kemestian. Antaranya termasuklah utamakan yang fardhu atas yang wajib dan dahulukan yang lebih ringan dari yang lebih berat tanggungannya. Setiap urusan agama haruslah dipermudahkan dan jangan dipersulitkan.

Pendukung Islam turut digesa agar lazimi dan perbanyakkan dialog. Sikap ingin tahu masyarakat kepada apa jua isu berkaitan Islam mesti disantuni seadanya. Bahkan kita harus sentiasa peka dengan apa jua isu di sekeliling agar mampu menawarkan penyelesaian yang bersesuaian dengan kehendak syarak.

Demikian pula dalam menunaikan tanggungjawab di atas, haruslah sentiasa kita memelihara niat agar setiap perbuatan itu dilakukan hanya kerana Allah S.W.T. kebijaksanaan dalam mengatur gerak kerja mesti beriringan dengannya sikap pergantungan kita kepada Allah S.W.T. tiadalah kekuatan selain dari apa yang diberikan oleh Allah S.W.T kepada kita.

Dari masa ke semasa wajar setiap pendukung Islam itu memperbaiki ibadat dan amalannya ke hadrat Allah S.W.T. selain solat fardhu, sedaya mungkin kita diingatkan agar berusaha untuk melazimi solat jemaah. Selain itu, santunilah setiap mereka yang lemah dari kalangan kita termasuk kanak-kanak dan wanita sebaiknya.

Dalam kebijaksanaan berpolitik pula, kita telah diperingatkan bagaimana sikap teratur dan bijaksana seorang sahabat baginda Rasul Allah S.A.W iaitu Saidina Abu Bakar R.A. Saidina Abu Bakar r.a. yang diketahui seorang sahabat baginda yang terbaik tidak bertindak mengangkat dirinya sendiri sebagai khalifah selepas kewafatan baginda Rasul Allah S.A.W.

Beliau hanya memegang jawatan khalifah setelah melalui proses pemilihan dan pengiktirafan dari sahabat-sahabat dan seluruh mukminin pada ketika itu. Apatah lagi dalam ucapan pembukaannya yang disifatkan sebagai polisi pemerintahan beliau, ketaatan kepada beliau adalah terbatas selagi beliau mentaati Allah dan Rasul-Nya.

Meneliti setiap nasihat dari pimpinan-pimpinan gerakan Islam seluruh pelosok dunia cukup menginsafkan kita bahawa perjuangan ini bukan suatu yang indah pada mata kasar. Dunia yang menjadi pentas ujian tidak seharusnya menjadikan kita alpa. Moga lembaran nasihat dan kata-kata para pimpinan dan ulama sedunia ini akan menyemarakkan semangat jihad sambil sekali sekala dihembus bayu pantai sebagai kerehatan sebentar anugerah Ilahi. - HARAKAHDAILY 21/3/2015

Sumber HD - 21-3-2015

Mufaraqah: Ingat kembali pesan TG Presiden

Posted on Wednesday, March 18 @ 11:00:00 MYT

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



MUNGKIN
sekali sekala kita alpa dengan pelbagai peringatan Allah dalam kitab suci al-Quran. Mengapa tidaknya? Pertikaian sesama pendokong Islam itu kadangkala melangkaui batas kesopanan dan adab ketatasusilaan. Lebih malang lagi apabila ia dilihat oleh mata awam, apatah lagi musuh kepada perjuangan Islam.

Musuh-musuh Islam tidak lihat pertikaian itu sebagai sifat gelojoh dan gopoh manusia. Bahkan ia dilihat pada misi perjuangan itu sendiri. Maka berlegarlah tohmahan “Apakah ini Islam yang diperjuangkan mereka?”.

Dalam hal inilah suka saya membawa perhatian kita kepada satu firman Allah yang bermaksud:

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. [At-Taubah: 71]

Pengajaran dari ayat di atas cukup jelas. Orang beriman itu sifatnya saling memperkuat antara satu sama lain. Mereka mendirikan solat, menunaikan zakat berserta menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemunkaran. Semua itu sebagai tanda ketaatan kepada Allah SWT dan Rasul Allah SAW.

Tiadalah ganjaran yang diharapkan oleh seorang yang beriman melainkan rahmat dari Tuhannya. Saya mendoakan agar kita tergolong dalam golongan yang dirahmati Allah SWT dalam menempuh pelbagai ujian hidup sebelum dijemput ke dunia yang kekal abadi.

Dalam silang waktu inilah pelbagai ujian ditimpakan kepada kita sebagai kayu ukur akan keikhlasan kita kepada Allah. Saya tertarik apabila berlakunya perletakan jawatan 17 ahli Jawatankuasa dari kawasan Batu. Harapan saya kita sama-sama ingat akan pesan Tuan Guru Presiden.

Antara ingatan beliau yang sesuai ketika ini bahawa kita boleh saja berbeza pendapat seumpama air yang berkocak di dalam sebutir cawan. Namun perbezaan kita itu janganlah hendaknya berpecah belah seumpama air yang tadinya berkocak tumpah keluar kerana terlalu kuat kocakannya.

Saya mengikuti pelbagai pendapat berkaitan apa yang berlaku di Batu. Pun begitu, suka saya menyingkap beberapa perkara yang boleh dikaitkan dengan kawasan Batu ini untuk direnungi.

Apabila Tuan Guru Presiden menegaskan bahawa PAS akan terus memperkukuhkan Pakatan Rakyat, antara contoh terbaik yang boleh dilihat bagaimana PAS boleh memperkuatkan Pakatan Rakyat telah ada di kawasan Batu. Pada kesempatan ini suka saya berkongsi sedikit pengalaman saya bersama sahabat-sahabat di kawasan Batu.

Sejak sebelum Pilihan Raya Umum PRU13 sehinggalah beberapa bulan lalu, program saya bersama sahabat-sahabat di kawasan ini tidak pernah putus. Sahabat-sahabat penggerak di kawasan Batu bukan terdiri dari satu parti atau kaum sahaja. Mereka cukup utuh bergerak bersama dengan gabungan ketiga-tiga parti dan pelbagai kaum.

Setiap kali saya diminta untuk membuat pengisian bersama mereka, sering saya tanyakan, “Ni program siapa? PAS, PKR atau DAP?”. Dengan sepakat mereka menyebut, “Kami di Batu bergerak bawah Pakatan.” Setiap kali program, itulah jawapan yang saya terima.

Apabila situasi ini terbina, terlalu banyak keuntungan yang dapat diraih demi menyebarkan risalah Islam. Ada program yang saya hadiri dijalankan di surau-surau. Ada juga program yang dijalankan di tempat-tempat terbuka seperti di perkarangan flat mahupun di kedai-kedai tomyam.

Menariknya para pendengar bukan hanya dari penyokong Pakatan Rakyat. Bahkan ramai antara hadirin yang bukan beragama Islam.

Tidak hairanlah apabila Pakatan Rakyat melalui YB Tien Chua mampu meraih kemenangan meskipun di kawasan-kawasan Projek Perumahan Rakyat PPR yang asal pengundinya penyokong Umno tegar. Bukankah situasi-situasi tersebut memberi ruang yang cukup luas untuk kita sebarkan sayap kerahmatan Islam pada setiap jiwa?

Tidak sukar sebenarnya untuk menjadikan PAS agen memperkukuhkan Pakatan Rakyat. Tidak sukar untuk menterjemahkan gagasan Tuan Guru Presiden meskipun beliau hanya membuat panduan-panduan umum untuk kita laksanakan visi dan misi.

Justeru, peluang yang ada janganlah dipersia untuk kita berlumba-lumba membuat kebaikan. Rahmat Allah itu sesungguhnya terlalu hampir dengan mereka yang sentiasa dalam amalan kebaikan. Segera pulihkan kekeruhan dan jangan dibiarkan kejernihan itu hanya sekadar impian - HARAKAHDAILY 17/3/2015 


Sumber TKO  - 18-3-2015

















































'Right to play' semarakkan sukan OKU

| .



Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia (GEMA), sebuah pertubuhan yang prihatin terhadap setiap aktiviti yang memberi manfaat kepada belia, ingin menarik perhatian seluruh masyarakat terhadap sukan bagi orang kurang upaya di Malaysia.

Sukan orang kurang upaya seperti juga sukan orang normal, diwakili majoriti golongan belia.

Sukan orang kurang upaya di Malaysia sejak awal penyertaannya dalam pertandingan antarabangsa telah membawa kejayaan yang membanggakan Malaysia. Walaupun kekurangan dana dan kemudahan, pasukan orang kurang upaya negara mampu memberikan persaingan yang setanding dengan negara lain.

Jaguh seperti Allahyarham Mohd Azlan Mohd Lazim, Hasihin Sanawi, Siaw Lee Chan, Perumal Marippan dan pasukan futsal orang buta kebangsaan membuka mata dunia apabila merangkul pingat kejayaan.

Pengorbanan mereka menggunakan kewangan sendiri bagi menampung kos untuk hadir ke latihan, membeli peralatan dan sebagainya amat dikagumi.

Atas kesedaran ini, GEMA melalui Kempen 'Right To Play’ ingin mengajak semua pihak korporat, institusi kewangan, badan berkanun dan masyarakat Malaysia menjalankan khidmat sosial dengan memberikan sumbangan dalam pelbagai bentuk kepada sukan kurang upaya ini.

Objektif kempen ini adalah untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat khususnya golongan normal berkenaan kewujudan sukan untuk orang kurang upaya, melobi lebih banyak fasiliti sukan sedia ada menjadi mesra OKU dan menjalankan aktiviti kempen yang boleh mendapatkan dana samada kewangan atau kemudahan yang disalurkan terus kepada Persatuan Sukan Orang Buta Malaysia.

Antara aktiviti kempen Right To Play adalah:

1. Pelancaran ketika Perhimpunan Perwakilan Nasional (PPN) GEMA 2015 pada 14 Mac 2015.

2. Penyediaan kenyataan rasmi.

3. Menghantar surat memohon dana dan sumbangan kepada badan-badan korporat, masyarakat umum, syarikat swasta, GLC, agensi kerajaan dan lain-lain.

4. Menghantar surat lobi kepada syarikat penyedia fasiliti sukan swasta supaya menyediakan ruang dan masa untuk atlit sukan OKU menggunakan fasiliti tersebut.

5. Menganjurkan satu perlawanan amal Futsal bersama pasukan Futsal Orang Cacat Penglihatan Kebangsaan pada 28 Mac 2015.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Pertubuhan Pemuda Gema Malaysia (No Akaun : 5622 0962 4095, Maybank Islamic Berhad). Kesemua sumbangan yang diperolehi akan disalurkan kepada Persatuan Sukan Orang Buta Malaysia. - HARAKAHDAILY 16/3/2015

Penulisialah Pengarah Kempen Right To Play.

Sumber HD - 16-3-2015


PASTIKAN TUAN GURU TIDAK BERSENDIRIAN - FAIZAL


YB DS TG HJ ABDUL HADI HJ AWANG - PRESIDEN PAS

http://www.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/34283-pastikan-tuan-guru-tidak-bersendirian

Sumber HD - 11-3-2015



SKIMPAS : PELAN TAKAFUL BERKELOMPOK UNTUK AHLI PAS - FAIZAL



http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/34152-skimpas-pelan-takaful-berkelompok-untuk-ahli-pas

Sumber HD - 4-3-2015


TINGKAH LAKU KITALAH YANG MENGGAGALKAN PERJUANGAN - FAIZAL YUSOF


BATU BERSURAT DI KUALA BERANG

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33979-tingkah-laku-kitalah-yang-menggagalkan-perjuangan

Sumber HD - 22-2-2015


JOM BERDAMAI, JANGAN TUNGGU MUKTAMAR - FAIZAL


MOHD FAIZAL CHE YUSOF - PENGERUSI JK OKU PAS PUSAT

http://www.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/33641-jom-berdamai-jangan-tunggu-muktamar

Sumber HD - 4-2-2015


AL QURAN BRAILLE, SOKONGAN ANDA KAMI PERLUKAN - FAIZAL:


MOHD FAIZAL CHE YUSOF - PENGERUSI JK OKU PAS PUSAT

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33197-al-quran-braille-sokongan-anda-kami-perlukan

Sumber HD - 12-1-2015























































Laporan MstarOnline guris perasaan komuniti OKU

MUHAMMAD FAIZAL | .


KUALA LUMPUR: Sekretariat Prihatin OKU Malaysia menggesa agar MstarOnline memohon maaf kepada komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) khususnya orang buta berhubung laporan yang bertajuk 'Orang Buta Jual Tisu Paket Pakai Pemandu & Perolehi Pendapatan Sehingga RM2,500 Sebulan'.

Pengerusinya, Mohammad Faizal Che Yusof berkata kenyatan yang disiarkan pada laman web media tersebut telah mengguris perasaan komuniti OKU.

"Kita amat tersentuh dengan kenyataan yang disiarkan itu, sebagai mewakili suara OKU umumnya, kami berpandangan ianya boleh mendatangkan salah anggap masyarakat terhadap isu sebenar yang dihadapi OKU.

"Kajian yang diketengahkan dalam penyiaran tersebut tidak mendalami apa yang sebenarnya dihadapi oleh golongan OKU yang menyara kehidupan sebagai penjaja bebas," katanya dalam satu kenyataan.

Selain pemohonan maaf secara terbuka, beliau yang turut menggesa agar kenyataan tesebut ditarik balik dengan segera agar masyarakat tidak memandang serong kepada golongan itu.

"Kami mengusulkan adalah lebih sesuai agar satu platform disediakan bagi membolehkan kami menjelaskan isu sebenar dan perlu diberi perhatian.

"Sekali lagi kami menyeru mana-mana pengamal media untuk lebih berhati-hati dan menghalusi secukupnya isu berkaitan OKU sebelum membuat sebarang penyiaran," jelas beliau lagi.
Mohammad Faizal juga berterima kasih dengan peranan yang dimainkan media dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara mesra OKU.

MStar dalam laporan menatakan kebanyakan orang buta yang memilih menjalankan aktiviti itu mampu memperoleh pendapatan bersih lebih RM2,500 sebulan sedangkan lain-lain pekerjaan golongan cacat penglihatan seperti tukang urut, penjual kerepek atau bakul mahupun mereka yang menyanyi di kaki lima sekitar RM1,500 hingga RM1,800 sebulan. - HARAKAHDAILY 12/12/2014


























































Menggamit perjuangan di puncak Banjaran Crocker

MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF | .
MENERUSKAN gagasan negara berkebajikan, saya bersama rombongan Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat, LKKP Pusat yang diketuai sendiri oleh YB Dr. Siti Mariah Mahmud, Pengerusi LKKP Pusat telah bertolak ke Sabah, Negeri Di Bawah Bayu pada malam 13 November 2014. Rombongan kami yang turut disertai oleh wakil-wakil dari LKKP Dewan Muslimat, Nisa’ dan Amirah telah sampai di bumi Sabah pada tengah malamnya yang disambut sendiri oleh Pengerusi LKKP Sabah, saudara Abdul Hisham Othman.

Sebaik menjejakkan kaki ke sana, kami telah dibawa ke surau Taman Astrul untuk jamuan ringkas dan taklimat program sepanjang kami di bumi Sabah. Tekad para pendukung PAS di Sabah nyata sekali dengan program yang diatur cukup padat.

Menyedari peluang interaksi antara penggerak dan pimpinan negeri dan pusat yang ada cukup berharga, program-program yang dirangka turut membabitkan seluruh kawasan di Sabah. Menjelang awal pagi 14 November 2014, rombongan kami terus bertolak ke Keningau yang jarak perjalanannya lebih kurang 120 kilometer. Rombongan kami selamat sampai di Keningau sejam sebelum masuknya waktu subuh.

Setiba di Keningau, kami hanya ada beberapa jam sahaja untuk bersiap diri sebelum bermulanya jadual yang cukup padat. Program pertama kami ialah Majlis Ramah Mesra bersama Persatuan Ibu Teratai bermula jam 3.00 petang. Peluang berdialog bersama YB Dr. Siti Mariah Mahmud begitu sekali dihargai dan disenangi oleh ahli-ahli persatuan yang terdiri dari kaum ibu berdikari.

Program yang diadakan di Pasti As-Syarif tersebut memberi peluang kepada mereka membentangkan pelbagai permasalahan dan kesulitan yang timbul selama ini. Apa yang nyata, mereka begitu terpisah dan terasing dari setiap kemudahan dan program yang disediakan oleh pelbagai pihak khususnya kepada ibu-ibu tunggal.

Dari sesi perkongsian yang diadakan, hampir saja setiap kemudahan dan program yang disediakan oleh pihak berwajib tidak mereka nikmati. Bahkan ada permohonan-permohonan kepada pihak kerajaan yang telah dikemukakan bertahun lamanya, masih tiada jawapan apatah lagi hasil yang diharapkan.

Meskipun Keningau adalah kawasan yang diwakili oleh Barisan Nasional, jelas sekali program-program khusus buat rakyat bawahan sukar untuk diperolehi mereka yang rata-ratanya tiada tempat bergantung.

Pada sebelah malamnya pula, bermulalah pertemuan kami bersama wakil-wakil seluruh kawasan dalam makan malam Tautan Kasih. Program yang julung-julung kalinya dianjurkan oleh LKKP Sabah ini telah diadakan di salah sebuah hotel di pekan Keningau. Buat penggerak-penggerak PAS Sabah, program Tautan Kasih tersebut cukup istimewa dengan kehadiran beberapa pimpinan utama PAS Pusat.

Selain kehadiran Pesuruhjaya PAS Sabah Mohd Aminuddin Aling, selaku tuan rumah dan YB Dr. Siti Mariah Mahmud selaku Pengerusi LKKP Pusat, program ramah mesra tersebut turut dihadiri oleh Ketua Lujnah Penerangan PAS Pusat, YB Datuk Mahfuz Omar. Dalam program tersebut yang juga dihadiri oleh ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohd Hussin, dalam ucapannya, YB Dr. Siti Mariah Mahmud telah menyatakan satu penegasan bahawa fokus LKKP Pusat pada masa kini tetap membawa aspirasi negara berkebajikan ke setiap pelusuk negara.

Penganjuran program utama oleh LKKP Sabah cukup signifikan pada umur PAS yang telahpun melepasi 26 tahun di bumi tersebut. Biarpun terlalu muda usianya berbanding negeri lain, kejituan para pendukung begitu terserlah. Pada keesokan harinya, bermulalah program utama LKKP Pusat bersama LKKP Sabah di Crocker Range Park yang jauhnya 15 minit jarak perjalanan dari pekan Keningau.

Retreat LKKP Sabah yang diadakan di kemuncak Banjaran Crocker telah mengumpulkan seluruh pengerusi-pengerusi LKKP kawasan dari seluruh Sabah. Cukup saya teruja dengan gerak kerja para penggiat PAS di Keningau yang cukup beriltizam biarpun umur PAS di Keningau baru saja berusia 12 tahun.

Selain menganjurkan Retreat LKKP negeri selama dua hari, mereka turut bertungkus lumus menjayakan Program Munaqasyah Ucapan Presiden peringkat negeri Sabah yang turut diadakan di Keningau.

Pada sebelah malamya pula, jadual kami diteruskan pula dengan kenduri rakyat bersama pimpinan utama PAS Pusat yang ada. Program yang diadakan di Pasti Al-Falah turut menampilkan seorang lagi ahli jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Muhaimin Sulam. Pasti Al-Falah merupakan pasti kedua di pekan Keningau yang baru saja memulakan operasinya.

Dalam dialog yang diadakan di Pasti Al-Falah tersebut, aspirasi yang dilontarkan oleh ketiga-tiga pimpinan PAS terdiri dari YB Dr. Siti Mariah Mahmud, YB Datuk Mahfuz Omar dan Dr. Muhaimin Sulam cukup jelas dan bermakna untuk dibawa pulang oleh setiap penggiat-penggiat parti di seluruh kawasan Sabah bagi menyerlahkan PAS untuk semua.

Setiap pendukung parti haruslah menjadikan agenda negara berkebajikan yang digagaskan oleh Tuan Guru Presiden melalui Muktamar 2011 sebagai fokus utama. Setiap pendokong harus menyebar luas aspirasi berkebajikan yang sekali-kali tidak terpisah dengan pimbinaan sebuah daulah Islamiah.

Sikap prihatin kepada keperluan rakyat yang bersifat kepelbagaian harus menjadi denyut nadi setiap pendukung parti. Harus sentiasa disedari setiap waktu, PAS bukan sekadar badan politik, bukan sekadar badan dakwah atau bukan juga terhad sebagai badan kebajikan.

Elemen dakwah dan tarbiah, sikap prihatin dan kebajikan serta berpolitik harus digabung jalin bagi meletakkan Islam pada tempat yang sepatutnya. Saling melengkapi antara satu sama lain harus menjadi rencah dalam setiap langkahan perjuangan.

Setiap pendukung PAS juga harus insaf betapa suasana semasa tidak lagi sama seperti suasana terdahulu. Setiap gerak kerja mesti mengambil kira keperluan dan situasi semasa.

Jika dulu suatu tindakan itu terasing atau disebut “daghat ulu banad”, ia tidak lagi hari ini. Justeru setiap pencinta Islam harus faham setiap langkahan budaya setempat dan situasi bagi menjadikan PAS dominan dalam masyarakat.

Sama ada golongan ulama, profesional atau penggiat, keupayaan bertindak sesuai dengan zaman dan berfikir mendahului zaman adalah keperluan asas yang mesti diperkemas.

Pada Ahad pula, hari terakhir kami di Keningau, sebagai acara penutup Retreat LKKP Sabah, satu bengkel menyusun gerak kerja peringkat negeri diadakan. Ianya disudahi dengan sidang media dari Pengerusi LKKP Pusat dan Pesuruhjaya PAS Sabah.

Kesungguhan para pendokong PAS yang ingin melihat berdaulatnya Islam di bumi di Bawah Bayu ini cukup dirasai. Pada hari inilah Munaqasyah Ucapan Presiden Peringkat Negeri Sabah turut diadakan. Penganjuran dua program utama negeri pada masa yang sama dengan bilangan kakitangan yang cukup terbatas harus menginsafi setiap mereka yang memerhati betapa mendalamnya kecintaan setiap penggiat parti di Sabah kepada Islam.

Mereka cukup insaf betapa Sabah terlalu dahagakan sentuhan Islam. Mereka cukup faham setiap posisi ada peranan yang wajip dimainkan. Mereka cukup sedar bagaimana kabusnya pandangan di kemuncak Banjaran Crocker, hingga membataskan pandangan, demikianlah batasan keupayaan yang ada pada setiap insan. Justeru setiap jiwa umpama sebatang lidi yang diikat untuk dijadikan penyapu. Sikap saling menumpang dan menampung antara satu sama lain adalah kemestian bagi menyucikan bumi ini dari segala macam kedurjanaan duniawi.

Gandingan tenaga baru dan tenaga lama mesti sentiasa diperkukuh. Tautan antara pimpinan dan pengikut bawahan harus sentiasa diikat erat agar langkahan sentiasa seiring dan tidak bersanggahan.

Pulangnya kami meninggalkan pekan Keningau sekali lagi membawa kami merentasi kemuncak Banjaran Crocker. Angin bayu yang cukup nyaman atas banjaran yang menempatkan Gunung Kinabalu ini cukup menginsafkan saya betapa dalam perjuangan ini perlu sentiasa dinaungi dengan rasa ukhuwah dan persaudaraan. Perjuangan getir ini hanya akan terasa manis dengan nyamannya ikatan persaudaraan di celah-celah keringat di tengah medan. - HARAKAHDAILY 18/11/2014

Sumber HD - 18-11-2014

Intipati ucapan TG Presiden bagi yang terlupa

MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF | .

SAYA terkadang rasa terkilan dengan pelbagai ketidakselesaan dilontarkan oleh pimpinan parti di pelbagai peringkat antara satu sama yang lain secara terbuka. Seharusnya setiap kritikan, teguran atau ketidakpuashatian sesama pimpinan disalurkan secara dalaman, tidak secara terbuka umpama membuka pekung di dada.

Lebih mendukacitakan apabila ada yang berpandangan bahawa ucapan penangguhan Tuan Guru Presiden dalam Muktamar ke-60 di Batu Pahat, Johor yang lalu tidak disertai dengan satu arahan yang jelas.

Saya berpandangan sejak beberapa muktamar lalu telah banyak arahan-arahan yang dikeluarkan oleh pimpinan parti termasuklah daripada Tuan Guru Presiden yang sebenarnya masih tidak dilaksanakan.

Justeru, sesuai dengan suasana semasa, Muktamar ke-60 wajarlah ia dijadikan sebagai penegasan semula terutama melibatkan perkara-perkara prinsip dan pokok.

Sekadar catatan untuk dikongsi, saya perturunkan antara perkara penting yang menjadi intipati ucapan penangguhan Tuan Guru Presiden untuk dihadam bagi dilaksanakan.

Catatan daripada ucapan penangguhan Tuan Guru Presiden dalam Muktamar ke-60.

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang Neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu daripada Neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayat-Nya.” [Ali-Imran: 102-103]

1. Perbahasan dan kocakan dalam muktamar adalah perkara biasa. Kebimbangan TG Presiden kepada setiap sokongan dan kebersamaan, apabila berpaling belakang tiada orang di belakangnya meskipun sokongan diluahkan. Seharusnya sindiran ini diinsafi oleh setiap pendokong dan penyokong PAS.

2. Kerana bertahaluf, Aus-Khazraj hampir berpecah natijah gangguan daripada rakan tahaluf semasa awal Islam di Madinah.

3. Pergolakan semasa adalah berkaitan isu luar. Kelemahan adalah jelas pada kita sendiri (dalaman parti).

4. Setiap umat Islam, terutamanya para pendokong dan penyokong PAS biarlah mati bersama Islam, bukan tokoh, bukan PAS atau lain-lain.

5. Kekuatan di Malaysia, boleh bergerak langsung atas nama Islam. Ia satu kelebihan untuk PAS

6. PAS bergerak atas dasar mencari redha Allah. Perjuangan yang berasaskan dosa dan pahala.

7. PAS tidak bergerak atas majoriti semata-mata.

8. Menyorot peranan PAS dalam meletakkan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan.

9. Menegaskan rujukan PAS ialah al-Quran dan Sunnah.

10. Majlis Syura Ulamak berperanan memastikan setiap pendokong PAS berpegang pada pendirian ini. Keahlian Majlis Syura Ulamak adalah dari kalangan mereka yang dalam ilmu Islamnya. Mereka dilantik secara majoriti melalui jawatankuasa pusat.

11. Akal tidak boleh mengatasi hukum syaria’h.

12. Masalah semasa, perlu penglibatan profesional. Prinsip asas khilafah iaitu mendaulatkan Islam dan mentadbir dunia.

13. Penegasan orang bukan Islam menjadi anggota bersama dalam perjuangan. Mendokong demokrasi untuk Islam.

14. Majlis Syura Ulamak tiada kuasa mutlak.

15. Kepimpinan PAS wajib bermesyuarat. Kekuatan jawatankuasa pusat adalah pada syuranya.

16. Hudaibiah, majoriti menentang. Adakalanya majoriti bukan suatu ketepatan berbanding apa yang ditentukan Allah.

17. Pendekatan damai, hubungan dengan semua kaum. Hubungan dengan sesiapa sahaja.

18. Muamalah dengan pihak lain untuk undi. Hakikat demokrasi semasa mesti diambilkira. Lapan kaedah muamalah perlu diperhatikan.

19. PAS bukan hotel atau jambatan pendek. PAS perlu disokong, perlu beristiqamah.

20. Tahaluf pada perkara-perkara yang sama. Tak akan berpecah, sebab ada persamaan perjuangan.

21. Hormat perbezaan, sebagai contoh dalam isu antarabangsa-Palestin dan nama Allah.

22. PAS tidak merebut jawatan MB Selangor.

23. Percanggahan akal dan agama. PAS bersikap tidak diam diri. Tidak boleh lantik sesuka hati.

(memetik hadith berkaitan lantikan mengendalikan urusan orang Islam. Perlu ada kelayakan dan bukannya kecenderungan. Allah tidak terima tebusan hingga di heret ke neraka)

24. Tiada etika bertahaluf apabila ada tindakan seolah-olah curi wakil rakyat. Boleh timbul suasana jadi broker dan barua. Di sebalik aku janji, setiap pendokong PAS Ada bai’ah yang wajib diutamakan.

25. Penerangan tahaluf, istia’nah, taa’wun. Perkara-perkara prinsip boleh bertindak atas keupayaan parti.

26. Antara rakan-rakan tahaluf, boleh berbeza dalam hal-hal masing-masing.

27. Tolak pilihan ahli majlis, ketegangan kaum. Tolak perlantikan bukan Islam sebagai ketua menteri Sarawak.

28. Wala’, hanya ada pada parti/jemaah. Tidak pada yang lain.

29. Jati diri kita, Islam.

30. Sikap memaaf lebih baik kepada mereka yang khilaf. Contoh ahli badar yang membocorkan rahsia.

31. Tolak kerjasama bersama BN.

32. PAS wajib bersikap terbuka pada semua pihak. Banyakkan kawan, bukan musuh. Jangan kekal pada ketegangan. Beristiqamah pada prinsip dan perjuangan.

33. Istiqamah dalam tahaluf.

34. Tidak berpecah walau berbeza pendapat. Jangan bersikap keras, walaupun benar.

35. Jangan tubuh jemaah dalam jemaah dan parti dalam parti.

36. Jangan kacau parti rakan. Rakan jangan kacau kita.

37. Batalkan tahaluf apabila rugikan Islam.

38. Perjalanan yang dekat, akan ramai yang ikuti. Tapi kerana jauh perjalanan, ia tidak mudah.

39. Masa depan tetap ada untuk Islam. Bersabarlah hadapi dalam dan luar. Bertugaslah pada tempat masing-masing. Bertakwa untuk kemenangan dunia dan akhirat. Moga himpunan Muktamar ini menjadi amal yang dikira sebagai amal soleh. – HARAKAHDAILY 11/11/2014

Sumber HD - 11-11-2014




























































Saman Presiden tidak untungkan PR

MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF | .
KRISIS yang dialami oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mutakhir ini sering disebut-sebut betapa ia boleh membawa kehancuran pada parti memperjuangkan Islam itu. Apakah sampai ke tahap itu?

Dengan penubuhan PAS sejak sebelum merdeka sehingga ke hari ini, biarpun ia bukan suatu yang mustahil, tidaklah semudah itu PAS akan hancur. Apatah lagi tertubuh dan berjalannya PAS dipandukan oleh perlembagaannya yang tersendiri.

Yang perlu diberi perhatian oleh pencinta perubahan melalu gabungan-gabungan parti dalam Pakatan Rakyat hari ini hanyalah satu. Apakah kesepakatan ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat hari ini mampu bertahan atau menuju kehancuran?

Tidakkah kita dapat perhatikan hari-hari yang dilalui lebih menampakkan cabaran yang kian menyerlahkan tiadanya kesepakatan yang padu antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat? Krisis yang melanda parti-parti dalam Pakatan Rakyat atau antara pimpinan bagai membuktikan telahan sebahagian pendokong-pendokong Pakatan Rakyat.

Perhatikan saja apa yang berlaku sehari dua ini. Pada waktu pemimpin utama Pakatan Rakyat YB Datuk Seri Anwar Ibrahim berhadapan dengan prosiding akhir di Mahkamah Persekutuan yang disifatkan sebagai konspirasi politik tertinggi Negara, senario cukup berbeza pula di Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.

Pada hari yang sama, Presiden PAS YB Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang perlu berhadapan dengan satu tindakan saman fitnah yang difailkan bekas calon PKR Dun Bukit Besi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu, Mohd Shamsul Mat Amin.

Lebih tidak menyeronokkan bila mana Pengerusi PKR Terengganu yang juga Adun Bandar, YB Azan Ismail ialah saksi utama dalam saman yang dikemukakan terhadap Tuan Guru Hadi Awang.

Tidak mudah untuk kita katakan itu bukan krisis Pakatan Rakyat. Tidak mudah untuk kita katakan bahawa ia hanyalah sekadar krisis peribadi antara Tuan Guru Presiden dengan individu-individu tertentu.

Pendokong dan penyokong bawahan tetap menaruh curiga bagaimana krisis yang seumpama ini tidak mampu ditangani daripada berlaku oleh pimpinan-pimpinan Pakatan Rakyat atau lebih spesifiknya pimpinan dari PKR. Harus diingat, Tuan Guru Hadi Awang tetap pada hari ini seorang Presiden parti yang punyai sokongan padu daripada pendokong dan penyokong bawahan. Biar apa yang dikaitkan dengan Tuan Guru Hadi Awang, beliau masih disanjung dan dihargai oleh majoriti pendokong dan penyokong akar umbi.

Pendokong dan penyokong akar umbi tidak kisah jika tiada lagi Pakatan Rakyat. Mereka tidak kisah selamanya PAS menjadi pembangkang. Mereka tidak kisah Putrajaya tidak berada dalam genggaman.

Bagi mereka perjuangan Islam yang didokong oleh PAS selama ini adalah segala-galanya. Selagi PAS mendokong perjuangan Islam, penyokong dan pendokong tegar ini sedia mempertahankan PAS biarpun nyawa melayang.

Fakta dan hakikat ini perlu disedari oleh setiap pimpinan dalam Pakatan Rakyat. Jika ingin bicara perkukuhkan Pakatan Rakyat, jangan sekali-kali alpa dan leka dengan fakta dan hakikat yang menjadi azimat para pendokong dan penyokong PAS ini. Jangan sekali-kali terlepas pandang keyakinan dan pegangan mereka kerana ia cukup kuat mempengaruhi keputusan PAS dalam politik tanah air.

Berbalik kepada saman fitnah yang dikenakan terhadap Tuan Guru Presiden, pelbagai telahan dan andaian bermain di fikiran. Bagi yang menyebelahi Tuan Guru Presiden, tentunya ada alasan dan rasional mereka sendiri. Begitu juga yang menyokong saman tersebut, tentunya ada alasan dan pandangan sendiri.

Pandangan yang berbeza itu pula diolah kadangkala melampaui apa yang dimaksudkan dengan tindakan fitnah atau saman malu dalam undang-undang semasa. Di sini sukalah saya menarik perhatian semua pihak kedudukan undang-undang fitnah itu sendiri.

Dalam amalan di negara kita sehingga ke hari ini, ada beberapa perkara yang perlu diketahui darihal tindakan fitnah atau saman malu. Sesuatu kenyataan atau percakapan itu tidaklah sewenang-wenang disebut fitnah atau memalukan asal saja kita berasa tidak senang dengan kata-kata yang dikata atau rasa tidak senang dengan sipenutur.

Ujian yang diiktiraf oleh undang-undang terhadap sesuatu kata-kata atau tulisan adalah ujian imbangan kebarangkalian dan diukur dari kaca mata seorang orang awam.

Ujiannya apakah kata-kata atau tulisan yang terbit itu suatu pernyataan fitnah atau disebut “defamatory statement in nature”, sehingga ia menjatuhkan dan mengakibatkan terjejasnya reputasi seseorang (secara khusus) dengan pernyataan berbentuk kata-kata atau tulisan tersebut?

Dengan perkataan lain, selain pernyataan itu bersifat menjatuhkan seseorang pada kaca mata seorang orang awam, perlulah ditentukan adakah kata-kata itu ditujukan pada individu yang terkilan atau dirasa difitnah dan dimalukan itu?

Undang-undang tidak mengiktiraf kata-kata yang bersifat umum dan tidak spesifik mengenai seseorang meskipun kadangkala ia boleh membawa pernyataan itu sebagai fitnah atau memalukan.

Itu adalah kedudukan umum undang-undang fitnah dalam sesuatu tindakan saman malu yang digunapakai hari ini. Persoalannya apakah keperluan asas tersebut ada dalam kes yang sedang dihadapi oleh Tuan Guru Presiden sekarang?

Apakah Tuan Guru Presiden secara spesifik atau ada ungkapan yang boleh dikaitkan dengan individu yang memulakan tindakan tersebut? Persoalan ini haruslah diteliti secara sehalus-halusnya sebelum kesimpulan dibuat dalam kes yang sedang berlaku.

Pada pandangan dan pengamatan saya secara peribadi, tiada sebarang ungkapan khusus atau yang bersifat umum yang boleh menentukan bahawa ceramah Presiden PAS di Kampung Tebakang, Alor Limbat, Marang semasa kempen PRU lalu mengaitkan individu-individu tertentu secara khusus.

Justeru, dalam suasana Pakatan Rakyat berhadapan dengan krisis yang tidak menyeronokkan ini, penyelesaian yang lebih bersifat harmoni harus diusahakan oleh pimpinan Pakatan Rakyat itu sendiri.

Penyelesaian dalam semangat Pakatan Rakyat amat perlu dalam kes yang membabitkan Tuan Guru Presiden agar keyakinan para pendokong dan penyokong PAS kepada Pakatan Rakyat mampu dipulihkan. – HARAKAHDAILY 29/10/2014

Sumber HD - 29-10-2014

Bajet 2015: Elaun untuk OKU tidak ditepati

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Sekretariat Prihatin OKU di bawah Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat selain memanjat syukur, turut amat kecewa dengan pengumuman kenaikan Elaun Pekerja Cacat (EPC) dan tidak bekerja yang hanya berjumlah RM50 sebulan yang diumumkan oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan di Parlimen semalam.

"Kami menarik perhatian pihak kerajaan dengan pengumuman sejak Ogos lalu tentang kenaikan EPC sehingga RM550 dan yang tidak bekerja sehingga RM300 sebulan," ujar Pengerusinya, Mohammad Faizal Che Yusof kepada Harakahdaily.

Justeru, katanya amatlah memeranjatkan bila mana hebahan yang dibuat lebih kurang dua bulan yang lalu tidak ditepati dalam pembentangan semalam.

"Kami penuh percaya, dengan kekayaan yang dikurniakan kepada Malaysia, ia adalah dalam keupayaan kerajaan Malaysia, sebagaimana yang mampu ditawarkan oleh Pakatan Rakyat dalam manifestonya," ujarnya lagi.

Selain itu, kata beliau Bajet 2015 yang dibentangkan terus tidak menampakkan usaha bersungguh pihak kerajaan dalam meningkatkan pengupayaan OKU dan meningkatkan kesedaran masyarakat kepada keperluan dan potensi OKU pelbagai katagori.

Demikian juga, tambahnya tiada sebarang petunjuk jelas untuk kerajaan bersungguh-sungguh memperkasakan aspek-aspek kritikal dalam pembangunan OKU di Malaysia termasuklah dalam hal-ehwal pendidikan untuk semua kategori OKU, pekerjaan dan sara diri, pengangkutan, aksesibiliti serta pengesanan dan pendaftaran awal kecacatan.

"Kami turut menggesa agar kenaikan peruntukan yang diberikan kepada Majlis Kebangsaan OKU sehingga RM1 juta diperkasakan termasuklah menubuhkan suatu badan khusus melaksana dan memantau setiap perancangan berkaitan pengupayaan OKU selari dengan Konvensyen Antarabangsa Berkaitan Hak-hak OKU dan Akta Orang Kurang Upaya 2008," katanya.

Beliau berkata, badan yang juga disebut oleh Senator Bathmavathi Krishnan pada 2 Oktober lalu perlulah diterajui oleh OKU sendiri bagi memastikan fungsinya mampu memperkasakan kewujudan Majlis Kebangsaan OKU.

"Kami iltizam untuk terus membawa aspirasi OKU ini melalui ahli-ahli parlimen PAS yang sedapat mungkin terlibat dalam perbahasan bermula minggu hadapan," katanya lagi. - HARAKAHDAILY 11/10/2014

Sumber HD - 11-10-2014






























































Kami bukan pengemis

MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF | .

TIAP kali tibanya Hari Raya Aidil Adha atau juga disebut Hari Raya Korban, telah menjadi kebiasaan seruan untuk umat Islam berkorban. Bagi mereka yang tulus meletakkan perjuangan Tauhid, berkorban bermakna kesiapsiagaan mengutamakan syariat Ilahi mengatasi kepentingan lain.

Demikian juga bagi mereka yang punyai kepentingan duniawi, seruan pengorbanan diambil kesempatan untuk menyebelahi cita-cita dunianya. Itu telah jadi lumrah dalam kehidupan. Setiap manusia akan mengambil kesempatan apa saja di sekeliling asal impian dan angan-angan dilunasi.

Sekadar mencuri masa sekalian pembaca, ingin saya kongsikan betapa sirah Nabi Allah Ibrahim a.s. dan Ismail a.s. sebenarnya telah cukup untuk membawa keinsafan pada setiap jiwa. Hanya jiwa yang buta sahaja terlepas dari ingatan tersebut sekaligus pengorbanan agong itu langsung tidak meninggalkan kesan pada dirinya.

Apa tidaknya, seluruh keluarga yang terdiri daripada seorang ayah, anak dan ibu rela mengorbankan nyawa seorang insan yang amat dikasihi, Nabi Allah Ismail a.s. semuanya kerana rasa yakin dan perhambaan terhadap keagongan Allah SWT yang ada dalam diri mereka.

Pada hari-hari tasyrik yang kita lalui kini, kadang kala saya tertanya apakah sebenarnya ruh pengorbanan agong itu telah benar-benar dihayati oleh seluruh umat Islam di sekeliling kita? Sebagai seorang rakyat yang dinaungi pucuk pimpinan, persoalan ini jugalah bermain dalam kotak fikir saya.

Apakah seluruh kepimpinan yang menaungi seluruh rakyat telah cukup mengambil ibrah dan pengajaran dari kisah pengorbanan yang cukup hebat itu?

Dalam ruang ini sekali lagi ingin saya menyorot laluan kehidupan seorang Orang Kurang Upaya bagi tatapan sekalian pembaca. Harapan saya hanya satu. Dengan kesedaran yang ada, kalian mampu berusaha, sekurang-kurangnya sama-sama menyokong dan berdoa agar nikmat dari syariat Allah SWT dalam ibadah korban ini mampu dikecapi oleh setiap OKU yang bergelar rakyat jelata.

Pada awal Ramadan yang lalu, seorang ahli jemaah menteri Malaysia telah mengisytiharkan tindakan menghapuskan kegiatan-kegiatan pengemisan di Ibu Kota. Dengan pelbagai tekanan dan desakan, arahan tersebut telah diharmonikan dan dibuat penambahbaikan.

Ekoran daripada arahan tersebut jugalah, suatu badan mewakili OKU penglihatan mengorak langkah meyuarakan kebimbangan yang didepani oleh OKU penglihatan yang berkerja sendiri. Pada 9 September yang lalu, Persatuan Kebajikan OKU Penglihatan Bekerja Sendiri Kuala Lumpur (PKB) telah menyerahkan satu memorandum "Kami Bukan Pengemis" kepada Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.

Bagi masyarakat umum, apa yang dibawa dan disuarakan oleh PKB mungkin tidak ada apa-apa makna. Tidak salah untuk masyarakat berpendirian begitu. Setiap waktu dan masa yang ada, sememangnya masyarakat di negara ini lebih diberi pendedahan tentang kehebatan dan keselesaan hidup seorang OKU.

OKU dihebahkan telah diberi pelbagai kemudahan, bantuan dan pelbagai kemewahan oleh pihak yang berkuasa. Sama ada kefahaman itu benar atau sebaliknya, hanya kami , OKU sendiri yang merasai dan menempuhinya.

Memorandum “Kami Bukan Pengemis” adalah suatu cetusan rasa mewakili kebanyakan OKU penglihatan yang berkerja sendiri yang sering dikaitkan dengan aktiviti meminta sedekah dan pengemisan. Amat malang bilamana media arus perdana yang disandarkan harapan mengutarakan delema yang dialami kebanyakan OKU penglihatan ini berdiam diri tidak mengenengahkan isi hati kami untuk diketahui umum.

Tatkala kebimbangan ini belum reda, negara dikejutkan pula dengan pengurangan subsidi yang mengakibatkan harga runcit petroleum dan diesel dinaikkan sebanyak 20 sen. Semuanya berlaku di ambang seluruh umat Islam bersiap sedia menyambut kedatangan hari mulia.

Memang saya akui, tidak ramai OKU penglihatan khususnya yang berkenderaan sendiri. Namun telah diketahui umum, kenaikan 20 sen tersebut akan dituruti pelbagai kenaikan barangan keperluan lain akibat dari kesan berantai.

Sekali lagi apa yang dilaung dalam pelbagai perutusan sempena Aidil Adha oleh pucuk pimpinan negara terlalu sukar untuk dimengerti. Kenapakah laungan yang disandarkan kepada sirah agong Nabi Allah Ibrahim a.s. yang seharusnya dirasai nikmatnya tidak dapat kami kecapi? Dalam suasana negara dikurniai pelbagai kekayaan, majoriti OKU penglihatan masih bertarung dengan kehidupan yang amat sukar.

Harus diketahui, bukan kami OKU penglihatan khususnya dan OKU umumnya malas dan tidak mahu berkerja. Bukan kami sekadar ingin goyang kaki dan mengharapkan bantuan itu dan ini. Yang mesti kalian fahami, persekitaran yang tidak mesra OKU telah menyulitkan kami menggilap potensi diri kurniaan Ilahi. Halangan persekitaran telah mengurung kami tanpa disedari oleh seluruh masyarakat dan pimpinan negara.

Menjelang pembentangan belanjawan 2015 minggu hadapan, jika diizinkan Allah, saya ketengahkan apa yang boleh dilakukan sekurang-kurangnya untuk meningkatkan keupayaan OKU pelbagai katagori dalam suasana yang ada. – HARAKAHDAILY 7/10/2014

Sumber HD - 7-10-2014































































Wahai rakyat, bangkitlah daripada lena

MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF | .

PILIHAN Raya Kecil Pengkalan Kubur N01 muncul tika pelbagai kemelut melanda negara. Biarpun kocakan dalam Pakatan Rakyat dilihat begitu ketara, namun ia tidak mungkin memadamkan kemelut yang dirasai rakyat di bawah pimpinan Umno dan Barisan Nasional.

Tatkala rakyat masih tertanya-tanya apa jadi pada MH370, kedukaan kita bertambah dengan tragedi MH17. Biarpun MH17 kita mampu tampil sebagai keluarga besar mampu menangani situasi cukup getir, luka kerana gagal mengesan “air turn back” MH370 melalui radar di Gong Kedak amat sukar untuk disembuh.

Masa berlalu, hari silih berganti, syarikat penerbangan kebanggaan negara, Malaysia Airline (MAS) terus dicanang terpaksa terima hakikat kerugian bertimpa-timpa. 6,000 pekerja mesti diberhentikan dengan seluruh rakyat terpaksa menanggung sejumlah RM6 Bilion yang mudah disebut subsidi melalui suntikan oleh kerajaan. Semuanya itu di bawah aturan dan percaturan kerajaan yang diterajui Umno dan Barisan Nasional.

Jangan pula kita lupa pada pasangan panda yang telah dan akan memakan jutaan ringgit. Beberapa tahun terdahulu, seorang pensyarah dari universiti tempatan ada beri ingatan. Malaysia tidak harus sekali-kali membawa pasangan panda dari China ke sini.

“Apa perlunya pasangan yang habitatnya hanya di Tanah Besar China dibawa ke mari? Kos yang amat tinggi perlu ditanggung oleh Malaysia jika berbuat demikian”. Ramai yang mendengar ungkapan pensyarah tersebut pada ketika itu berfikir tentulah pasangan panda tersebut tidak dibawa ke sini kerana tiada rasional berbuat demikian.

Tak semena-mena kerajaan mengumumkan projek kemasukan panda China ke Malaysia atas alasan 40 tahun hubungan Malaysia-China. Meskipun ia tidak disangka sebagaimana dinyatakan di atas, ia tidak pula mengejutkan kerana itulah gaya dan lenggok kerajaan Umno dan Barisan Nasional.

Sekian banyak NGO mewakili rakyat bawah termasuklah daripada rakyat termiskin, OKU dan sebagainya menuntut pembaharuan dalam membangunkan rakyat semuanya dilayan sekadarnya kerana kekangan bajet. Sungguh sukar diterima akal, antara rakyat dan panda, rupa-rupanya panda lebih diutama.

Datang pula kisah Cukai Barangan dan Perkhidmatan atau lebih mudah disebut GST. Rakyat mana yang tidak suka dan senang hati kalau kerajaannya bersungguh-sungguh memajukan negara untuk kesejahteraan semua? Soalnya apakah kesungguhan itu untuk semua atau untuk mereka yang tertentu mendapat laba?

Cukup kita renung dengan mata hati dan akal yang waras. Apa yang tidak ada di Malaysia pada sumber bumi dan alamnya? Kita ada minyak di dasar laut, pelbagai bijih di perut bumi, pelbagai khazanah hutan yang amat berharga, tanah subur untuk ditanami apa sahaja dan pelbagai kekayaan kurniaan Ilahi. Rupa-rupanya itu semua tidak menjana kekayaan untuk negara di mata kerajaan Umno dan Barisan Nasional.

Kenapa saya sebut begitu? Antara alasan penggubalan undang-undang GST termasuklah bertujuan mempertingkatkan pendapatan dan sumber kewangan kerajaan. Kerajaan apakah yang sedang kita bernaung pada hari ini?

Kerajaan sering melaung selogan janji ditepati. Apabila ada menyebut janji dicapati ada pula yang marah dan naik angin. Apa janji kerajaan ke arah mentransformasikan negara?

Pemansuhan undang-undang tinggalan zaman penjajah dan komunis katanya akan diusul. Kita terima ISA telah pun tiada. Namun apa cerita pada undang-undang yang lain? Sehari dua ini Akta Hasutan pula terus muncul diperguna termasuklah terhadap para ilmuwan.

Kita boleh setuju bukan ramai puluhan, ratusan atau ribuan rakyat yang didakwa di bawah Akta Hasutan ini. Namun demikian ia telah cukup untuk menghalang seluruh rakyat meneroka pelbagai pendapat ke arah transformasi minda yang dipalu oleh kerajaan ke setiap pelusuk negara.

Sukar untuk dirasionalkan bagaimana seorang pensyarah undang-undang yang menyatakan pandangannya berasaskan kepada pemakaian undang-undang dan realiti dituduh menghasut. Tidak kurang juga bagaimana sukar untuk diterima apabila seorang yang telah disiasat beberapa tahun lalu hanya didakwa baru-baru ini sebagaimana berlaku kepada anak muda Wan Ji.

Nyata, negara terus kecoh di bawah pemerintahan yang ada. Jangan sekali-kali kita pandang enteng pada apa yang berlaku dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Harus diingat, kebocoran soalan UPSR bukan cerita baru.

Sistem pendidikan yang telah diindustrikan telah meletakkan sesiapa sahaja di dalamnya mementingkan kecemerlangan atas kertas. Bermula daripada pendidikan paling asas hinggalah peringkat tertinggi, pendidikan kita telah dijadikan tempat menjana keuntungan.

Justeru, apa nak dihairankan dengan kebocoran soalan yang berlaku? Meskipun ada dakwaan dan siasatan terhadap warga Lembaga Peperiksaan, ia sebenarnya lebih dilihat sebagai melindungi kelemahan yang ada.

Sekurang-kurangnya inilah senario semasa di kala proses Pilihan Raya Kecil Pengkalan Kubur N01 berlangsung. Mesej kepincangan yang berlaku mahu tidak mahu mesti disampaikan kepada setiap rakyat yang layak untuk membuat pilihan.

Kemenangan kepada calon Parti Islam Semalaysia (PAS) bukan bermakna tumbangnya Umno pada malam keputusan diumumkan. Ia sebagai petunjuk kepada seluruh negara bahawa apa yang sedang berlaku amat tidak disenangi oleh rakyat jelata. Perubahan mesti diikhtiarkan tanpa jemu agar kesejahteraan sebenar mampu dijelmakan. – HARAKAHDAILY 15/9/2014

Sumber HD - 15-9-2014
































































Jangan kita hancur kerananya

MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF | .
PADA waktu iklim politik dalaman yang dilanda gelora, sedar tidak sedar kita sebenarnya sedang berhadapan dengan perubahan iklim global yang kesannya terlalu dahsyat. Bukan saja kebanyakan daripada pimpinan politik Pakatan Rakyat, bahkan kebanyakan daripada masyarakat ambil sikap acuh tidak acuh sahaja berkenaan perubahan iklim sebenar ini.

Pemanasan global, pencemaran air di sana sini dan pelbagai kerosakan yang melanda dunia hari ini begitu sekali meruntun perhatian seluruh pimpinan masyarakat dan orang awam. Namun amat mendukacitakan bila mana isu ini lebih dilihat sebagai isu terpencil dan hanya ditangani oleh kelompok-kelompok yang dilabel pencinta alam.

Buat permulaan dalam ruangan ini, ingin saya mengutarakan kebimbangan pelbagai pihak terhadap adanya kecenderungan negara-negara sedang membangun membina dan meluaskan penggunaan neuklear. Hal ini tidak terkecuali kepada Malaysia.

Teknologi neuklear yang dikatakan begitu menjimatkan sedang diusahakan untuk dibangunkan oleh negara-negara terbabit. Bahkan pada waktu penulisan ini dibuat, Jepun yang telah menjadi mangsa kepada teknologi ini turut mengaktifkan semula reaktor-reaktor yang selama ini dibiarkan.

Bagi orang awam, yang perlu difahami tentang penjimatan yang dikatakan tersebut yang sebenarnya mengorbankan kelestarian alam? Mari kita umpamakan tenaga neuklear dalam pelbagai bidang kepada fungsi makanan kepada manusia itu sendiri.

Setiap dari kita memerlukan makanan untuk menghasilkan tenaga. Saban masa kita akan terasa lapar dan perlukan makan dan minum untuk memulihkan tenaga yang hilang. Apa kata kalau ada satu teknologi yang membolehkan kita makan sekali dan bertahan untuk tempoh masa yang lama, mungkin sehari atau seminggu?

Bukankah itu suatu penjimatan? Kita tak perlukan masa untuk memproses makanan, tidak perlukan banyak masa untuk makan dan begitu juga tidak perlukan banyak masa untuk berulang-alik ke tandas selepas makan atau kenyang.

Itulah perumpamaan tenaga neuklear jika dipadankan dengan tubuh badan manusia. Sikit tenaga yang digunakan mampu menghasilkan tenaga yang begitu hebat. Dalam misalan yang diberi, cukup seseorang itu makan sekali dan bertahan dalam tempoh yang masa mengikut teknologi yang dihasilkan.

Namun kehebatan teknologi ini dituruti dengan hambatan yang lain pula, terdapat dua proses yang perlu diambil perhatian. Pertama apakah yang berlaku dalam proses penyediaan tenaga (makanan dalam contoh yang diberi) dan keduanya apa yang berlaku sebaik tenaga dihasilkan (peringkat perkumuhan sebaik tenaga dalam badan hilang dalam contoh yang diberikan)?

Berbalik kepada penghasilan dan penggunaan neuklear, bahan bakar yang mengurai uranium dan sisa-sisa penguraian selepas tenaga dihasilkan memerlukan pengorbanan alam. Ia juga membabitkan kos yang amat tinggi meskipun ia menghasilkan kekuatan tenaga yang amat hebat.

Dalam contoh manusia yang diberi tenaga yang boleh bertahan tanpa makan, pengorbanan alam ditagih bagi menghasilkan makanan tersebut dan najis yang dikeluarkan kemudian dari itu.

Sisa-sisa neuklear ini terlalu lama untuk dilupuskan. Ia menjangkau 100 tahun sebelum dilepaskan ke perut bumi. Apakah kita rela untuk menanggung kos yang terlalu tinggi dan pengorbanan yang amat besar untuk itu?

Apatah lagi pada ketika ini telah banyak penghasilan tenaga-tenaga yang boleh diperbaharui. Kita masih belum sepenuhnya menerokai keupayaan tenaga air atau hidro bagi menghasilkan tenaga yang diperlukan.

Seperkara yang perlu diingat, Malaysia adalah tanah semenanjung. Kedudukan ia yang terletak di penghujung jajaran Titiwangsa mesti diberi perhatian.

Kita tidak punyai tanah yang luas seperti negara-negara di benua Eropah atau India. Dengan keadaan bumi yang dikelilingi air, Malaysia harus mengkaji manfaat yang boleh diambil sambil mengelak kemudaratan yang mungkin terhasil bila bumi yang kecil ini dirosakkan.

Bagi pendokong Islam yang berada dalam Parti Islam Semalaysia, perkara ini tidak harus dipandang sepi. Terlalu banyak ingatan dalam al-Quran dan baginda Rasul Allah SAW untuk bumi ini dipelihara. Islam telah cukup memperingatkan manusia supaya tidak melakukan kerosakan di bumi ini.

Demikianlah janji-janji Allah SWT bahawa Rasul Allah SAW adalah rahmat kepada seluruh alam. Terpulanglah kepada kita untuk beramanah atau khianat kepada intipati al-Quran dan Sunnah tersebut. – HARAKAHDAILY 11/9/2014

Sumber HD - 11-9-2014

Poligami pun ada fiqhnya, inikan pula berpolitik

MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF | .
DALAM sesuatu permohonan poligami di Mahkamah Syariah, seringkali para hakim membawa perhatian mereka yang terlibat kepada kaedah-kaedah fiqh yang cukup lunak. Ia dilakukan sebagai menjustifikasikan sesuatu kebenaran wajar diberi atau sebaliknya.

Bukan setakat kes poligami, kaedah fiqh ini amat sesuai digunapakai dalam kehidupan sehari-harian termasuklah dalam hal-ehwal politik dan kenegaraan. Dalam pada kita mendepani sebarang kebuntuan atau hilang kekuatan untuk memantapkan keputusan, ia amat membantu agar sipemutus tenang dan bersedia melaksanakan keputusan yang dibuat.

Meneliti pelbagai kaedah fiqh ini, saya berpandangan wajar untuk dibiasakan dalam kemelut semasa mahupun yang mendatang. Sebagai pendokong agama yang maha sempurna, kita telah cukup rempah ratus untuk mengungkai setiap persoalan dan permasalahan.

Krisis yang mendatang wajar dijadikan peluang untuk kita menjadi hamba Allah yang lebih baik. Begitu juga dalam arena politik semasa.

Pertelagahan pendapat dalam menangani kemelut pertukaran Menteri Besar Selangor misalnya seharusnya diambil kesempatan untuk semua dari kita meningkatkan keupayaan diri agar momentum kesepakatan yang terbina lebih bersepadu. Berfikir ke arah suatu yang melemahkan hanya akan merugikan semua dari kita.

Tika ini telah tersebar pandangan-pandangan liar agar kesepakatan yang terbina pasca Pilihan Raya Umum ke-12 2008 lalu dirungkai. Apakah wajar keputusan tersebut diambil?

Dengan keputusan muktamar sejak 2008, kita sebenarnya tiada pilihan selain daripada memperkukuhkan kesepakatan yang sedia terbentuk. Telah banyak alasan yang diberikan ke arah pengukuhan tersebut dan ia cukup diketahui oleh seluruh ahli, pendokong dan penyokong PAS.

Yang ingin saya utarakan dalam penulisan ini hanyalah beberapa kaedah fiqh yang boleh diperhati dalam memperkukuhkan pendirian. Antara terus kekal atau keluar dari Pakatan Rakyat, sekurang-kurangnya dua kaedah fiqh yang saling berkait boleh diberi perhatian.

Mengelak kemudaratan adalah lebih baik daripada mengambil manfaat.

Apakah mudarat dan manfaat di sebalik keputusan yang boleh dilihat? Kita perhatikan situasi bila mana PAS membuat keputusan untuk bersendirian tanpa mengadakan pakatan politik atau “Tahalluf”.

Kepada mereka yang berpandangan PAS wajar bersendiri, PAS dilihat bebas membuat keputusan politik tanpa terikat dengan mana-mana pihak. Apatah lagi keputusan-keputusan tersebut dikaitkan dengan prinsip perjuangan PAS, iaitu Islam. Nyatanya ini adalah manfaat yang mungkin diperoleh PAS apabila bersendiri.

Dalam sudut pandang lain, bagi yang tidak bersetuju dengan situasi PAS bersendirian pengalaman-pengalaman lalu telah cukup menceritakan segalanya. PAS kehilangan banyak kerusi dan undi sewaktu PAS bersendirian berbanding sewaktu bersama dalam pakatan politik atau “Tahalluf”.

Banyak sudah fakta-fakta tersebut dikemukakan dan ia telahpun menjadi pengetahuan umum.

Dalam situasi ini, bersendirian tanpa menyertai mana-mana pakatan adalah suatu kemudaratan kepada PAS. Dalam keadaan sebeginilah kaedah fiqh yang dinyatakan relevan iaitu mengelak kemudaratan adalah lebih baik dan afdhal dari mengambil manfaat.

Mengelak kemudaratan iaitu mengelak dari kesan-kesan buruk bila PAS bersendiri adalah lebih baik dari mengambil manfaat ketika PAS bersendiri. Dengan kata-kata lain, mengenepikan manfaat yang boleh dicapai jika PAS bersendiri adalah lebih wajar berbanding menanggung risiko (kalah banyak kerusi dan hilang undi) ketika PAS bersendiri. Justeru, tiada keputusan yang lebih baik selain dari terus kekal dalam Pakatan Rakyat dalam tahalluf yang diputuskan.

Menanggung mudarat yang lebih kecil dari mudarat yang lebih besar.

Kekal dalam Pakatan Rakyat bermakna kita akan sentiasa berhadapan dengan pelbagai kerenah dalaman sesama parti dalam Pakatan Rakyat. Itu adalah suatu kemudaratan yang perlu ditanggung oleh PAS dalam tahalluf ini.

Seterusnya wajarlah kita tanya, apakah kemudaratan itu lebih besar dari kemudaratan bila PAS bersendiri?

Sebagaimana yang telah saya nyatakan di atas, umum mengetahui betapa pengalaman membuktikan kita kerugian peluang dakwah dan membawa perubahan banyak setiap kali bersendiri. Justeru, menanggung mudarat yang lebih kecil iaitu kekal dalam Pakatan Rakyat adalah lebih baik dari menanggung kemudaratan yang lebih besar bila kita bersendiri.

Mahu tidak mahu kita tiada punyai banyak pilihan. Percaturan kita hanya satu iaitu perkukuhkan PAS dalam tahalluf yang sedia ada. Baiki setiap kelemahan agar kehebatan perjuangan yang dipertahankan dapat kita tampilkan. Manfaatkan setiap ruang agar PAS terserlah dan diiktiraf sebagai abang yang paling berwibawa dalam Pakatan Rakyat. – HARAKAHDAILY 4/9/2014

Sumber HD - 4-9-2014

Penyuburan demokrasi, jangan PAS disingkir

MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF | .

BANYAK laporan yang dikeluarkan oleh badan-badan antarabangsa hari ini sama ada dari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mahupun badan-badan bebas lain kian memperhebatkan gesaan people participation atau penyertaan rakyat dalam sesebuah Negara. Dalam mengutarakan cadangan tersebut, ia adalah antara langkah penyuburan demokrasi terutamanya dalam negara-negara ketiga.

Malaysia adalah antara kelompok negara-negara ketiga. Kelompok negara yang sedang membangun ini dilihat masih jauh dari keterlibatan rakyat dalam mempengaruhi keputusan politik dan pembuatan dasar.

Prinsip demokrasi yang menekankan dari rakyat kepada rakyat untuk rakyat adalah jelas mempromosikan penyertaan rakyat secara langsung bagi menentukan halatuju dan perjalanan sesebuah pemerintahan. Penyuburan demokrasi secara besar-besaran termasuklah di Malaysia harus disedari lambat laun bukanlah suatu yang mustahil.

Dengan perkembangan teknologi hari ini, ia bukan juga sesuatu yang amat sukar. Ledakan maklumat melalui perkembangan teknologi telah mewujudkan sekurang-kurangnya dua dimensi.

Dimensi pertama menjadikan maklumat terlalu terbuka untuk dimiliki. Sesiapa saja punyai peluang untuk mencapai sebarang maklumat termasuklah hal-ehwal politik pemerintahan dan kenegaraan. Ia terus terbuka melangkaui batasan usia dan sempadan geografi.

Dalam dimensi kedua pula, teknologi maklumat dan sebaran hari ini membolehkan rakyat amat terbuka dalam melontarkan pandangan atau pendirian masing-masing. Dalam dimensi ini, rakyat walau di mana berada hamper tidak lagi memerlukan kepada sebarang saluran rasmi atau badan untuk mereka menyatakan pendirian dan pandangan sendiri.

Rakyat yang terdedah dengan maklumat secara meluas sekaligus menjadikan mereka punyai banyak input untuk meluahkan sebarang pandangan dan pendirian sebagai output. Hal ini kian pesat dan ia bukan lagi tertakluk kepada sebarang sekatan atau halangan.

Meskipun di sana ada jua cadangan-cadangan bagi menghad atau membendung perkembangan ledakan teknologi ini, ia tidak mudah untuk dilakukan. Mengadakan beteng-benteng fizikal sebagai halangan kepada ledakan teknologi ini akan menjadikan kita ditertawakan dunia dan menyerlahkan kegagalan dan ketidakupayaan kita sendiri.

Berbalik kepada proses penyuburan demokrasi, ledakan teknologi hari ini tentunya member kesan cukup besar. Dari semasa ke semasa rakyat kian inginkan kehendak dan pandangan mereka dihargai kalaupun tidak diterima untuk dilaksana. Rakyat kian inginkan pimpinan-pimpinan politik tahu dan faham apa yang mereka perlukan dan sedia bersatu suara untuk menyahkan pengaruh sesuatu pimpinan politik bila mereka tidak berkenan.

Situasi ini biarpun masih baru di negara ini, ia tidak memerlukan masa yang lama untuk menular secara terbuka. Dengan peningkatan taraf kesihatan, generasi muda yang terdedah kepada maklumat kian mendominasi populasi.

Penyuburan demokrasi juga memperlihatkan penyatuan suara-suara rakyat agar pandangan dan pendirian secara individu dikongsi dan diperkuat. Jika tahun-tahun kebelakangan kita hanya menyaksikan wujudnya badan-badan politik dan bukan kerajaan, ia tidak lagi hari ini.

Pembentukan kumpulan-kumpulan individu dalam masyarakat sivil kian popular. Individu yang punyai kepentingan bersama dan kehendak bersama rela berkongsi pentas asalkan pendirian dan pandangan mereka dapat disuarakan. Mereka sekali-kali tidak mengendahkan kuasa atau sebarang jawatan dalam menyatakan pendirian dan pandangan.

Kelahiran kumpulan-kumpulan yang dikenali civil society organization (CSO) pada hari ini jangan sekali-kali dipandang sepi. Lebih dari itu, perundangan tidak menghalang kewujudan kumpulan-kumpulan individu yang berkongsi pendirian dan pandangan tersebut.

Sebagai sebuah gerakan Islam yang meletakkan dirinya atas pentas politik, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) harus peka dengan gelombang penyuburan demokrasi yang berlaku. Setiap pimpinan dan pendokong PAS tidak boleh tersilap dalam meletakkan dan menentukan peranan PAS di tengah-tengah masyarakat.

Dengan perkataan lain, setiap pimpinan dan pendukung PAS harus mampu membezakan dirinya dengan badan-badan lain termasuklah pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan “NGO” atau CSO yang dinyatakan di atas. Dalam usaha mendaulatkan Islam khususnya di negara ini, PAS bukan sakadar badan dakwah dan tarbiah yang pada hari ini sebenarnya telah mampu didominasi dan diambilalih oleh kumpulan-kumpulan NGO dan CSO.

Penyuburan demokrasi hari ini telah mewujudkan pilihan pelbagai kepada setiap rakyat. Bagi yang tidak menaruh minat kepada kuasa dan pemerintahan, mereka akan hanya berkisar fokusnya dalam badan-badan NGO atau CSO. Justeru, mereka yang terlibat dengan badan-badan politik termasuklah PAS harus pisahkan diri dari fokus yang dinyatakan.

Sebagai pimpinan dan pendukung PAS, ia wajip meluaskan fokus dari badan-badan NGO dan CSO yang ada. Mahu tidak mahu, PAS harus mampu menerokai lebih dari satu serampang. Jika sebelum ini masyhur disebut dakwah dan kebajikan menjadi tunjang, fokus kita harus mampu diperluas.

PAS bukan hanya punyai serampang-serampang terbatas termasuk dakwah dan kebajikan, mengatasi yang lain juga adalah bagaimana ia ingin menjadikan apa yang dicanang sebagai satu rialiti. Dalam erti kata lain, setiap pimpinan dan pendukung PAS harus bersedia menjadikan setiap intipati Al-Quran, as-Sunnah dan Ijmak itu suatu yang dapat dilihat dan dirasai oleh seluruh rakyat.

Di sinilah sekurang-kurangnya fokus yang mesti dimiliki setiap dari mereka yang digelar pimpinan dan pendukung parti. Tentunya apa yang saya lontarkan ini bukan baru, bahkan ia telah lama disedari oleh pimpinan-pimpinan utama.

Namun dalam mengharungi cabaran-cabaran semasa termasuk pelbagai karenah organisasi dalaman dan luaran, ada dari kita yang bagai hilang fokus dan hala tuju yang jelas. Ada kalanya kita meluahkan pandangan dan pendirian yang tidak lagi sesuai pada waktu-waktu semasa.

Saya ulangi lagi, peranan PAS hari ini adalah memastikan intipati Al-Quran, as-Sunnah dan Ijmak para ulama dapat dilihat dan dirasai oleh jelata rakyat. Justeru, penyuburan demokrasi hari ini harus difahami secukupnya. Peka dengan suasana semasa mampu meletakkan PAS terus relevan sebagai pencetus dan peneraju perubahan di Malaysia.

PAS sejak dari awal penubuhannya bukan sekadar badan dakwah dan kebajikan semata-mata. Jangan kerana sikap sebahagian dari kita, PAS hanya relevan di kampung dan di desa. Berbekalkan Al-Quran dan as-Sunnah, PAS harus diperkasa agar mampu menaungi rakyat berbilang bangsa dan mempimpin negara dengan kuasa. - HARAKAHDAILY 1/9/2014

Sumbere HD - 1-9-2014



































































Kenapa kita berkabung?

MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF | .
KEMATIAN adalah suatu yang pasti kepada setiap kehidupan. Itu janji Allah SWT yang telah dimuktamadkan.

Siapa pun kita, di mana pun kita berada, pada tiba masa dan saatnya, kematian pasti tiba. Ia tidak sekali-kali akan dilambatkan, atau dipercepatkan.

Apakah yang mampu kita lakukan hanyalah bermohon dan berdoa ke hadrat Ilahi moga-moga kematian kita ditentukan dalam iman dan dalam keadaan pengakhiran yang baik.

Saban waktu kita dikhabarkan dengan berita-berita kematian. Ada yang kita kenali dan banyak yang tiba ajalnya tidak kita kenali.

Bermula jumaat 22 Ogos 2014 bersamaan 26 Syawal 1435H, buat pertama kalinya Negara berkabung untuk suatu pemergian orang awam. Mereka bukannya anggota keselamatan yang mempertahankan kedaulatan negara atau pemimpin negara yang terkorban.

Mereka adalah sebahagian daripada 43 orang rakyat Malaysia yang terkorban dalam tragedy MH17. Usah dibicara sama ada wajar atau tidak upacara berkabung yang diberikan kepada mereka buat pertama kali di Malaysia.

Yang lebih utama, mereka adalah rakyat negara ini yang menjadi mangsa pada satu konflik kemanusiaan dan peperangan. Konvensyen Geneva 1949 berkaitan perlindungan kepada orang awam yang lebih dikenali sebagai Konvensyen Geneva 4 memberi jaminan kepada keselamatan orang awam dalam setiap konflik persenjataan dan peperangan.

Tidak pernah kita duga dan terbayang pada satu masa rakyat Negara Malaysia yang sepatutnya dilindungi oleh perundangan dunia telah menjadi mangsa kepada perlanggaran perundangan antarabangsa.

Dunia hari ini mengiktiraf kuat kuasa keempat-empat Konvensyen Geneva termasuklah perlindungan kepada rakyat orang awam. Meskipun pihak yang bertanggungjawab masih menjadi teka teki, apa yang jelas 43 orang rakyat kita telah dicabuli hak mereka yang dijamin peraturan yang telah dipersetujui.

Di sinilah pemergian 43 rakyat Malaysia yang pada hari jumaat 22 Ogos, negara berkabung menjadi perhatian sekaligus menjadikannya bukan kematian biasa. Yang jelas, kesedihan keluarga rakan-rakan, dan rakyat Malaysia atas pemergian tragis mereka wajar diterjemahkan secara lebih nyata.

Sebagai sebuah negara umat Islam yang meletakkan Islam itu sebagai agama persekutuan, Malaysia harus lebih tekad dalam mempertahankan nilai-nilai kemanusiaan di peringkat sejagat. Bagi tujuan itu, tentunya selaku umat Islam kita mahukan kerajaan bergerak atas landasan Islam yang telah sempurna.

Bersuara dengan nada yang tegas bagi mempertahankan nilai-nilai keadilan dan kemanusiaan di tengah-tengah kuasa yang lebih besar dan gah tentunya suatu yang bukan mudah. Namun, kita harus percaya dan yakin bahawa di atas setiap kekuasaan itu ada kuasa yang paling agong iaini Allah SWT.

Justeru, bermohon kepada Allah SWT bagi mendepani tugasan ini tentunya perlu diiringi dengan ketaatan yang tidak berbelah bahagi. Apakah lagi yang perlu dinantikan dan ditunggu oleh kerajaan Malaysia untuk sehabis daya meletakkan syariat Allah SWT dalam setiap urusan rasmi dan tidak rasmi dalam negara?

Kita tahu ruang-ruang yang masih kosong daripada pelaksanaan syariat di sekeliling. Bermula daripada hal-hal paling kecil, hinggalah dalam hal-hal kenegaraan.

Harus diinsaf, sekadar meratap dan berkabung atas kematian 43 warga negara, ia tidak akan membawa kita ke mana-mana. Hanya kesedihan dan ratap hiba yang akan kita dengari dari semasa ke semasa. Yang lebih utama, Malaysia harus berani tampil menyatakan kebenaran dan keadilan dengan sikap yang bergantung penuh kepada kekuasaan Allah SWT.

Tidak perlu ada rasa ragu dan gundah pada sesiapa dalam memacu misi. Selagi kita dan mereka itu makhluk Tuhan, kematian adalah pengakhiran buat kita dan mereka. – HARAKAHDAILY 26/8/2014

Sumber HD - 26-8-2014

Tahniah untuk ahli dan penyokong PAS juga

MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF | .

TIADALAH ucapan lain selain dari puji-pujian ke hadrat Ilahi dengan kalimah selayaknya sebagai tanda kesyukuran kepada perlantikan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang selaku Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia. Ucapan tahniah buat Tuan Guru Presiden hanyalah ungkapan kecil yang mampu diluahkan sebagai adab dan akhlak sesama insan dan penghargaan seorang ahli jemaah yang dipimpini Tuan Guru.

Mahu tidak mahu, suka atau pun tidak, dunia Islam hari ini telah mengiktiraf peranan Tuan Guru dalam menerajui usaha-usaha pengislahan umat berlandaskan Islam. Lebih bermakna lagi, pengiktirafan tersebut diberikan ketika Tuan Guru sedang dipertanggungjawabkan sebagai Presiden kepada Parti Islam Semalaysia, PAS.

Dengan kata-kata lain, dunia Islam hari ini secara nyata meletakkan harapan yang bukan calang-calang kepada PAS selaku badan politik yang memperjuangkan Islam. Dunia amat dahagakan sebuah pemerintahan dan kuasa yang benar-benar mampu menzahirkan Islam sebagai suatu cara hidup yang sempurna buat umat manusia seluruhnya. Tahniah saya ucapkan kepada seluruh ahli, pendokong dan penyokong PAS.

Tidak keterlaluan untuk kita menyahut cabaran bahawa PAS mampu berusaha ke arah impian dan cita-cita tersebut. Semuanya di tangan dan keupayaan kita dengan iringan doa moga Allah sentiasa bersama-sama memberikan petunjuk dan kekuatan.

Dengan kekuatan kerohanian yang ada pada Tuan Guru, seluruh pendokong dan ahli-ahli PAS seharusnya kini lebih bersedia merealisasikan harapan umat. Keupayaan Tuan Guru memahami ilmu al-Quran dan Sunnah adalah aset paling berharga dalam menterjemahkan cita-cita perjuangan.

Sepatah ayat yang pernah diungkapkan oleh Tuan Guru kepada saya semasa dalam Himpunan Perpaduan Ummah pada Februari 2013 lalu cukup memberi kefahaman kepada saya bahawa Tuan Guru adalah seorang yang amat praktikal dalam membuat sesuatu penilaian. Dengan anugerah ilmu yang dikurniakan Allah kepada beliau, beliau amat tajam dalam pemerhatian terhadap sesuatu hujah yang dikemukakan berlandaskan al-Quran dan Sunnah.

Justeru, keupayaan yang ada pada Tuan Guru meruntun suatu kesiapsagaan seluruh jemaah agar indahnya Islam mampu diterjemah. Ia tidak mungkin dicapai dengan kehebatan Tuan Guru semata-mata tanpa dokongan dari seluruh jentera. Kepimpinan yang baik hanya mampu dihasilkan dengan dokongan dan input yang mantap diberikan kepada Tuan Guru selaku Presiden parti yang diamanahkan.

Dalam membuat pemerhatian usaha-usaha antarabangsa bagi membangunkan golongan rakyat bawah yang terdedah kepada penindasan misalnya, Islam amat memerlukan umat dan tamadun yang cukup jitu menawarkan penyelesaian. Penindasan yang dimaksudkan di sini bukanlah penindasan kezaliman semata-mata, bahkan ia membawa makna penindasan yang lebih luas.

Penindasan dalam makna yang lebih meluas termasuklah penindasan akibat himpitan kehidupan, penindasan akibat jurang sosioekonomi yang melebar, penindasan akibat kecacatan, penindasan akibat dasar-dasar yang bersifat diskriminasi dan pelbagai belenggu yang banyak ditafsirkan oleh para fuqaha semasa sebagai “Al-Riqab”. Dalam menawarkan penyelesaian kemelut penindasan hari inilah justeru PAS perlu tampil lebih dari sekadar retorik di pentas-pentas ceramah.

Harus kita sedari usaha-usaha antarabangsa seumpama program 2015 Millenium Development Goals MDGS dan program-program kemanusiaan di bawah pelbagai konvensyen antarabangsa digerakkan oleh mereka yang bukan datang dari kumpulan-kumppulan Islam. Bahkan dalam hal ehwal OKU dapat dilihat bagaimana negara haram Israel direkodkan sebagai pencetus utama kepada Convention on the Rights of Persons with Disabilities (CRPD).

Semuanya itu adalah cabaran yang cukup besar untuk dipikul oleh umat Islam umumnya dan PAS secara khususnya. Tentu sekali Kesatuan Ulama Sedunia yang dipimpin oleh Dr. Yusof Al-Qardhawi cukup sedar dan arif cabaran getir yang didepani oleh umat Islam dewasa ini.

Dalam mendepani cabaran inilah, Tuan Guru telah dilantik bagi membantu gerakan ke arah langkahan yang lebih bersepadu. Wajarlah untuk kita bertanya pada diri sendiri, dalam menampilkan Islam sebagai yang terbaik, apa yang boleh kita lakukan?

Mahu tidak mahu selogan “PAS untuk semua, PAS for all” mesti dijelmakan. Tidak sekadar itu, biarlah usaha-usaha dan kesungguhan kita meletakkan Islam sebagai cara hidup terbaik diperakui rakyat sendiri. Jadikanlah matlamat untuk rakyat memberi akuan setiap kali mereka bersama PAS mereka mampu akui “pasti aku sejahtera”. – HARAKAHDAILY 24/8/2014

Sumber HD - 24-8-2014





































































Terus perkasa PAS dalam demokrasi semasa

MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF | .
SEKITAR tahun 1918, terus-terusan dibangkitkan perdebatan tentang apa yang disebut sebagai demokrasi moden. Ia kian hangat dalam usaha masyarakat antabangsa mengakhiri Peperangan Dunia Pertama pada ketika itu.

Seorang tokoh bernama Woodrow Wilson telah menampilkan satu tambahan kepada nilai-nilai demokrasi yang seharusnya diterapkan dalam amalan moden. Saranan Wilson banyak mendapat sambutan hingga timbul satu fenomenon Wilsonian.

Wilsonian adalah gelaran kepada pejuang demokrasi yang menerima saranan Wilson. Prinsip demokrasi yang dikemukakan oleh Wilson adalah diasaskan kepada satu prinsip lain dalam pelbagai tiori hubungan antarabangsa.

Prinsip yang disebut sebagai Idealisme adalah satu prinsip yang berlawanan dengan amalan Realisme. Sekaligus apa yang dikemukakan oleh Wilson yang didokong oleh Wilsonian berlawanan dengan prinsip-prinsip yang dikemukakan oleh teori Machiavelli.

Saranan Machiavelli dalam pembinaan sesuatu unit sama ada badan politik, negara bangsa, pertubuhan-pertubuhan serantau atau antarabangsa yang berasaskan matlamat semata-mata ditolak oleh kelompok Wilsonian. Wilsonian tidak mempercayai demokrasi terbina atas apa yang dikemukakan oleh Machiavelli iaitu lakukan apa sahaja asalkan matlamat dicapai meskipun ia jijik dan tidak bermoral.

Wilsonian berpegang kepada demokrasi mestilah mampu mempertahankan nilai-nilai moral, keperluan golongan sedikit atas kelompok yang ramai dan nilai-nilai asasi yang diterima sejagat. Bagi mencapai saranan Wilsonian, setiap pelaku dalam memperkasa demokrasi adalah saling memperkuat dan bukan saling bersaing untuk menyerlahkan unit masing-masing semata-mata.

Sememangnya perbahasan antara golongan Realisme dan Idealisme cukup menarik untuk diperhati, apatah lagi dalam suasana konflik yang pelbagai pada hari ini. Saya akan cuba perkecilkan lagi perbincangan berkaitan prinsip Wilsonian dalam mempelopori demokrasi moden.

Mengaplikasikan nilai yang disaran Wilsonian dalam konteks Pakatan Rakyat hari ini, setiap parti adalah bertanggungjawab bagi memastikan Pakatan Rakyat mampu menerajui satu nilai demokrasi yang tidak lagi bersifat menindas. Setiap parti dalam Pakatan Rakyat mempunyai peranan yang cukup penting dan setara.

Di manakah peranan Parti Islam Semalaysia PAS selaku badan memperjuangkan Islam dalam situasi ini? Untuk mudah faham, mari kita umpamakan sistem demokrasi yang disertai PAS hari ini sebagai wasilah ataupun sebuah kenderaan untuk ke suatu destinasi.

Destinasi PAS dalam menyertai demokrasi hari ini tidak lain tidak bukan ialah Islam. Matlamat tertinggi setiap pendokong PAS hanyalah satu iaitu meraih redha Allah SWT. Destinasi dan matlamat ini mestilah digenggam sehabis daya tanpa ada kompromi.

Bagi menuju destinasi tersebut, PAS telah memilih untuk bersama-sama dua parti lain dalam Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat adalah self-determination kepada PAS dalam prinsip demokrasi yang dipelopori Wilsonian.

Di sinilah perlu difahami baawa setiap keputusan yang ingin ditetapkan oleh PAS mesti mengambilkira parti-parti dalam Pakatan Rakyat. Asas ini mesti didokong oleh seluruh ketumbukan parti di bawah kepimpinan yang ada. Ia bukan tanggungjawab kepimpinan utama semata-mata.

Selain itu, PAS juga telah bersedia sejak awal untuk menjadikan demokrasi sebagai kenderaan. Apakah nadi kepada sebuah kenderaan?

Segala keperluan enjin seperti minyak hitam, air, minyak giar dan seumpamanya adalah elemen-elemen yang saling memerlukan antara satu sama lain. Bagaimana elemen-elemen tersebut penting kepada sesebuah kenderaan, demikianlah kewujudan parti-parti dalam Pakatan Rakyat bilamana demokrasi menjadi pilihan.

Saling memperkuat, dan saling melengkapi adalah enjin penting dalam kenderaan demokrasi yang PAS berada di dalamnya kini. Justeru, bagi memastikan PAS sampai ke distinasi yang dituju, PAS perlu mampu tambil sebagai pemandu yang menentukan hala tuju kenderaan demokrasi ini.

Bagaimana ia mungkin berlaku? Itu terpulanglah kepada seluruh pimpinan, pendokong, ahli-ahli dan penyokong PAS yang ada. Tugas ini tidak mudah. Namun ia tidak mustahil untuk dicapai dengan sikap yang penuh bijaksana dan ketegasan dalam berhikmah.

Selain itu, setiap kepakaran dalam PAS wajip digembeling. Tiada istilah aku yang lebih, kau yang kurang dalam menuju distinasi dan matlamat perjuangan.

Kenderaan ini cukup besar dan setiap keperluan mekanikalnya tidak boleh dikesampingkan. Yang perlu diketahui, PAS cukup semua itu. Jangan sekali-kali memperkecilkan sebatang skru dalam sebuah kenderaan demokrasi ini. – HARAKAHDAILY 18/8/2014

Sumber HD - 18-8-2014

Hentikan pertelagahan, buang keangkuhan, perkukuhkan pakatan!

MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF | .

SAYA kira catatan saya ini adalah luahan hati rakyat bawahan dan aktivis Pakatan Rakyat yang terlalu mengimpikan Malaysia baru bersama Pakatan Rakyat. Sesungguhnya kami hanya mampu melakukan suatu yang amat terbatas dalam mengharapkan penyelesaian krisis yang ada pada hari ini.

Kadang kala kami merasakan bahawa harapan kami kepada Pakatan Rakyat tidak pernah didengari dan difahami oleh sekian pimpinan yang bertelagah. Kiranya tidak salah untuk saya mengungkapkan pertelagahan yang berlaku kini kerana ia telah terlalu terbuka dan terdedah kepada pengetahuan awam.

Tidak dapat kami bayangkan kesiapsiagaan musuh-musuh Pakatan Rakyat merencana sesuatu bagai perumpamaan “menangguk di air yang keruh” dengan apa yang berlaku hari ini. Mereka tentunya bersenang-senangan dan menyusun langkah untuk meranapkan sama sekali pakatan tiga parti, PAS, DAP dan PKR.

Perlu disedari bahawa krisis yang berlaku akan meletakkan sama ada Pakatan Rakyat pada tahap dilemahkan atau menjadikan musuh-musuh Pakatan Rakyat diperkuatkan. Ia amat bergantung kepada keupayaan pimpinan Pakatan Rakyat menguruskan krisis secara bijaksana dalam masa yang cukup kritikal.

Apatah lagi krisis ini sama ada diakui atau tidak telah mencalarkan kepercayaan rakyat kepada parti-parti gabungan dalam pakatan. Mungkin agaknya pimpinan yang bertelagah lupa derita kebanyakan rakyat pada hari ini.

Bagaimana kami aktivis berhadapan dengan pelbagai aduan rakyat dalam suasana fokus pimpinan terlalu terarah kepada krisis yang belum tentu penghujung dan jatuhnya di mana?

Saban masa kami diajukan persoalan tentang kemiskinan rakyat yang bagai tiada kesudahan. Rumah kecil yang didiami lebih dari satu keluarga yang selalu bocor di kala hujan. Siapa yang sedia membina dasar yang lebih tuntas untuk pembangunan OKU yang menyeluruh? Dan pelbagai lagi persoalan rakyat yang perlu kami dengari sebagai aktivis yang tidak putus-putus mencanang bahawa Pakatan Rakyatlah tempat disandarkan harapan untuk suatu perubahan.

Sehingga ke saat ini, kami terus tercari-cari di mana lagi kebijaksanaan pimpinan yang bertelagah mencari titik penyelesaian. Apakah kita bersedia membuang keangkuhan diri yang ada untuk duduk lendik bersama, bersepakat kembalikan kestabilan untuk meraih keyakinan rakyat?

Pesanan akhir saya kepada seluruh pimpinan Pakatan Rakyat, kalaupun kalian tidak merasai lukanya rakyat, kami yang mendokong ketiga-tiga parti dalam pakatan kini telah cukup terguris dengan pertelagahan yang dicipta. – HARAKAHDAILY 12/8/2014

Sumber HD - 12-8-2014






































































Apakah kekayaan negara hari ini dinikmati rakyat?

MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF | .
DALAM laporan United Nations Development Programme (UNDP) bagi tahun 2014 yang diterbitkan di Tokyo baru-baru ini, Malaysia dicatatkan berada pada rangking ke 62 dari 168 buah negara. Kedudukan ini menjadikan Malaysia berada dalam kumpulan negara-negara yang dikatagorikan sebagai negara yang pesat membangun “high development country”.

Bersama-sama Malaysia dari rantau Asian ialah Thailand yang berada dalam tangga ke 89. Turut diletakkan dalam kumpulan negara-negara pesat membangun ialah Libya, Oman, Turki, Kazakhstan, Iran, Jordan, Brazil, Ukraine, dan China.

Manakala negara jiran Singapura berada bersama-sama kumpulan negara-negara yang amat pesat membangun termasuklah Norway, Australia, Switzerland, Belanda, Amerika Syarikat, Hong Kong, China, Korea, United Kingdom dan negara matahari terbit, Jepun.

Meneliti data-data yang dikeluarkan dalam laporan tersebut, ia seharusnya meletakkan Malaysia bukan pada tahap yang cukup selesa. Banyak penambahbaikan pada agihan kekayaan negara mesti dilakukan.

Malaysia dikatakan berada pada jurang perbezaan kekayaan dan kemiskinan yang disifatkan sebagai kritikal. Ia tidak seharusnya dibiarkan tanpa mengambil satu langkah yang benar-benar proaktif dan lebih agresif.

Sebagai contoh, pertubuhan kepada 40 peratus rakyat yang dikategorikan sebagai golongan miskin amat perlahan berbanding pertumbuhan umum populasi keseluruhannya.

Antara 2005 hingga 2010, 40 peratus rakyat miskin dalam negara hanya mencatatkan pertumbuhan kepada capaian pembangunan sebanyak 8 peratus berbanding 14 pertus pertumbuhan pembangunan yang dicatatkan di kalangan populasi umum dalam negara. Keadaan ini begitu ketara dengan negara China yang mencatatkan pertumbuhan seimbang antara kedua-dua kumpulan iaitu sebanyak 8 peratus.

Bahkan laporan ini mengemukakan Malaysia ketinggalan kepada Uganda yang berada pada ketiga tercorot dalam pembangunan rakyat miskin tegar.

Bagi menangani isu tersebut, sememangnya Malaysia dilaporkan telah mengadakan program khusus ke arah pemulihan jurang yang ada. Namun ia disifatkan kurang berkesan atas pelbagai faktor dan halangan.

Dalam menyediakan laporan tersebut, saya pernah juga berpeluang menyertai dialog yang dianjurkan oleh pejabat UNDP di Malaysia. Kesimpulan yang boleh disebutkan kepada pemerhatian yang dilaporkan termasuklah system penyampaian yang masih banyak perlu diperbaiki.

Bukan kerajaan tidak mengadakan program khusus bagi mengatasi jurang yang kian ketara. Namun sistem penyampaian yang tidak cekap dikenalpasti antara faktor kegagalan yang akhirnya menjadikan jurang yang ada kian melebar.

Selain itu, Malaysia juga dikatakan banyak kehilangan tenaga mahir. Tenaga mahir ini lebih cenderung untuk berhijrah ke luar negara meskipun pelbagai tawaran dibuat oleh kerajaan.

Dicatatkan jutaan tenaga mahir berhijrah meninggalkan Malaysia. Daripada kajian yang dibuat, 60 peratus yang meninggalkan negara berpendapat kemahiran yang ada pada mereka tidak dapat dimanfaatkan di Malaysia. Cabaran ketidakadilan sosial adalah antara punca penghijrahan secara besar-besaran tenaga mahir tersebut.

Berlawanan dengan penghijrahan tenaga mahir ini, Malaysia sehingga kini menerima lebih daripada dua juta pendatang asing yang berdokumen dan dua juta tanpa dokumen yang sah yang menjadikan keseluruhannya lebih daripada empat juta.

Pada pandangan saya, sesiapa sahaja boleh menerima dan menolak laporan UNDP 2014 yang disediakan tersebut. Apa jua kayu pengukur yang digunakan, realiti sekeliling tidak sukar untuk kita bermuhasabah diri dalam setiap inci laporan yang dibentangkan.

Begitu juga tidaklah perlu mana-mana pihak menuding jari menyalahkan sesiapa demi penambahbaikan kepada pembangunan dalam negara. Berdasarkan laporan yang dibuat, Malaysia sebenarnya cukup sumber untuk menjadikan negara ini pada tahap yang lebih baik. Bahkan, tidak keterlaluan untuk kita katakan kita mempunyai peluang berada dalam kelompok 50 negara yang amat pesat membangun.

Urustadbir yang baik diyakini mampu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang lebih seimbang dalam usaha memastikan seluruh rakyat menikmati kekayaan negara. Pemulihan sistem kenegaraan terletak atas bahu semua pihak. Terlalu berpolitik sebagaimana hari ini amat merugikan negara dan rakyat. – HARAKAHDAILY 7/8/2014

Sumber HD - 7-8-2014

Terang bulan di lorong belakang

Mohammad Faizal Che Yusof | .

SAYA gagahi semangat pada hari terakhir Ramadhan 1435H untuk mencatatkan sesuatu bagi dikongsi bersama pembaca yang budiman. Fokus untuk melihat berdaulatnya Islam di bumi ini harus terus diperkukuh biarpun tatkala Syawal mengundang tiba.

Dukanya jiwa tatkala Ramadhan kian melonggarkan dakapannya wajib diubati segera demi menzahirkan benarnya Allah SWT dalam setiap inci firmannya dalam Al-Quran. Rahmatnya Islam untuk seluruh alam wajib dijelmakan biarpun tidak mampu menandingi gerak kerja baginda Rasul Allah SAW yang tercinta.

Terlalu banyak ayat-ayat Al-Quran yang menyarankan gerak kerja berkebajikan untuk didukung oleh umat Islam. Bahkan berkebajikan itulah antara pintu-pintu membawa umat manusia untuk dekat kepada Islam seterusnya mengabdi diri kepada Allah, Tuhan sekalian alam.

Contoh yang ditampilkan oleh Rasul Allah SAW dan para sahabat baginda mengajar kita peri perlunya gerak kerja berkebajikan itu melangkaui batasan masa, tempat dan kepentingan peribadi. Lihat saja bagaimana Rssul Allah SAW berterusan memberi makan kepada seorang yahudi buta yang tidak henti-henti mencaci baginda. Begitu juga bagaimana Saidina Abu Bakr RA setiap hari membekalkan makanan di sebuah rumah si miskin hingga ke akhir hayatnya.

Apa yang jelas kerja-kerja ini bukan mudah tanpa diiringi satu iltizam bersama yang cukup padu. Banyak kisah bagaimana Rasul Allah SAW sentiasa memberi motivasi dan dorongan untuk sahabat-sahabat baginda terus menerus dengan gerak kerja berkebajikan meskipun pada waktu-waktu sukar.

Demikianlah perlu kita sedari terbinanya Islam itu antara lainnya melalui jalan-jalan kasih sayang, saling cakna dan prihatin sesame insan. Berakhirnya Ramadhan 1435H pada hari ini, genaplah tahun keenam usaha-usaha menyantuni mereka yang masyhur disebut penghuni lorong-lorong belakang di sekitar Pejabat Agung Parti Islam Se-Malaysia (PAS) setiap kali datangnya Ramadhan.

Tidak sukar untuk kita fahami gerak kerja ini mudah mengundang fitnah. Kadangkala tidak kita jangka bentuk dan rupa tohmah yang datang. Perhati sahajalah pada awal Ramadhan bagaimana seorang ahli jemaah kabinet negara tergamak membuat saranan untuk masyarakat tidak lagi bersedekah dan menderma.

Tidakkah beliau sedar pada ketika ini kita berhadapan dengan himpitan kehidupan yang amat terasa? Apatah lagi pada mereka yang tidak punyai punca pendapatan, hidup melarat yang hanya berbumbungkan langit berlantaikan bumi?

Bukankah kita sering diperingat bahawa kemiskinan itu terlalu hampir dengan kekufuran? Manusia yang merasai himpitan kehidupan sanggup berbuat apa saja demi menyabung nyawa. Bagi yang longgar ikatan iman, pegangan aqidah mudah saja terbang demi menghilangkan kelaparan yang sementara.

Bahkan kesempatan mengenali mereka secara lebih dekat akan lebih memeranjatkan kita. Masalah mereka bukan satu atau dua. Himpitan kehidupan telah menjerumus mereka dalam rantaian masalah dan kecamukan kehidupan yang kadangkala sukar dirungkai.

Justeru, kehadiran kita amat-amatlah dinantikan. Usah tunggu untuk mereka mendatangi kita. Dekatilah mereka dengan perasaan keinsanan sesama manusia dengan sikap tulus kepada Allah SWT.

Mengenangkan apa yang diusahakan oleh wakil-wakil Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan pusat di sekitar Pejabat Agung PAS seharusnya cukup menginsafkan kita. Dengan usaha tanpa henti, mereka yang dulunya terlalu jauh dengan solat kini hadir bersama untuk berjemaah bersama.

Dulu mereka terlalu malu untuk solat bersama kerana tidak pernah miliki pakaian sempurna, kini cukup gembira untuk menyahut seruan bila azan berkemundang di udara.

Bahkan ada anak-anak yang dulunya terbiar di lorong-lorong belakang kini bersama kita membantu melicinkan setiap gerak kerja. Terasa kegembiraan mereka setiap kali bersama atas tali persaudaraan Islam yang suci dan murni.

Pada mereka PAS telah membuka satu sinar baru dalam kehidupan mereka. Apa perasaan kita bila melihat mereka membawa bungkusan makanan yang dihiasi bulan pada setiap petang? Apakah kita mahu berhenti di sini dan membiarkan mereka terus mengharap tanpa ada yang datang?

Usaha-usaha ini sesungguhnya cukup manis meskipun pelbagai kesulitan dan kesukaran perlu ditempuh. Namun kita yakin dengan apa yang disarankan dalam Al-Quran, dengan bahu membahu saling bertolongan, bantuan dari Allah pasti datang. Terima kasih kepada semua yang memungkinkan kami meneruskan usaha-usaha ini.

Selamat hari raya Idul Fitri, maaf zahir dan batin dari kami, Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat. Semoga Allah menerima setiap amalan kita sebagai amal soleh.

Sumber HD - 27-7-2014







































































Apa maknanya Advokasi OKU dalam Islam?

MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF | .
TIDAK lengkap rasanya pada penghujung Ramadan ini apabila saya tidak menitipkan sesuatu untuk direnung hasil dari penubuhan Sekretariat Prihatin OKU bersama Parti Islam Semalaysia, PAS. Apa tidaknya, pada bulan Ramadan inilah PAS melakar sejarah tersendiri sebaik tertubuhnya Sekretariat Prihatin OKU pada 22 Ramadhan 1433H bersamaan 11 Ogos 2012.

Sepanjang penubuhan sekretariat yang kini baru saja berumur dua tahun, sungguh saya dan rakan-rakan seperjuangan berasa bersyukur dengan apa yang dilalui. Bukanlah sekadar hasil material yang menjadi ukuran, lebih dari itu melalui sekretariat ini kami kian berpeluang membawa agenda pembangunan golongan Orang Kurang Upaya OKU yang telah diajari oleh Rasul Allah SAW dan ditunjukkan oleh para sahabat RA.

Sungguh kami meyakini betapa Islam itu telah cukup segala macam model dan prinsip-prinsip asas kepada pembinaan insan termasuk golongan OKU. Melalui sekretariat ini kami punyai cukup ruang untuk berkongsi rasa dan keyakinan yang didasari Al-Quran dan Sunnah bersama seluruh umat Islam umumnya dan para pendokong serta penyokong parti yang berteraskan Islam.

Pada ruang yang ada kali ini, ingin saya tumpukan kepada cabaran-cabaran yang bakal ditempuh pada masa-masa mendatang. Sebetulnya kami tidak mampu sekadar bersendirian dalam mencetus perubahan ini melainkan didokong dan disokong bersama oleh seluruh umat Islam.

Cabaran paling utama dalam mencetus suatu anjakan perubahan dalam membangunkan OKU di negara ini ialah kesedaran masyarakat dan OKU itu sendiri kepada potensi dan keupayaan yang ada pada setiap individu OKU. Bahkan cabaran ini turut dipikul oleh para penggiat OKU di tempat-tempat lain. Yang berbeza hanyalah suasana dan bentuk cabaran yang dihadapi.

Justeru, suatu istilah yang disebut “advokasi” bagi menggambarkan keperluan usaha ini telah sedia terbina dalam kalangan penggiat-penggiat masyarakat terutamanya mereka yang terlibat dalam usaha-usaha memelihara hak asasi manusia. Apakah advokasi itu suatu yang baru kepada Islam?

Dalam Surah Aali Imran, Allah SWT telah berfirman yang maksudnya:

“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya”. (Aali Imran: 104)

Sememangnya tiada ungkapan yang menyamai advokasi daripada makna ayat di atas. Namun prinsip-prinsip advokasi jelas dijelmakan dari nilai dan penekanan firman Allah SWT tersebut. Apatah lagi baginda Rasulullah SAW telah menunjukkan satu teladan yang cukup hebat dalam memperkenalkan apa yang disebut advokasi.

Dalam istilah persuratan Melayu, advokasi adalah perkataan yang berasal dari “advocacy” dalam Bahasa Inggeris. Advocacy pula adalah kata terbitan dari perkataan asal iaitu “advocate”.

Secara mudahnya, advokasi adalah satu tindakan memberi kesedaran atas sesuatu perkara yang bersandarkan kepada nas atau dalil-dalil yang tertentu. Justeru kerja-kerja advokasi dan dakwah dalam istilah biasa difahami adalah saling berkait.

Mengambil pengajaran dari apa yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW terdahululah boleh disimpulkan bahawa baginda sebenarnya adalah bapa kepada usaha advokasi manusia yang ada pada hari ini.

Ia mungkin sukar untuk difahami dan dihadamkan. Namun setidak-tidaknya kita telah ada gambaran paling asas tentang istilah advokasi dalam usaha-usaha pembinaan insaniah moden seperti hari ini.

Menyentuh perihal pembangunan OKU misalnya, kita tidak lagi menyebut betapa OKU itu perlu diberi simpati atau kasihan belas. Yang lebih utama ialah sikap empati yang menjadikan seluruh masyarakat sedar tentang keperluan dan keupayaan individu-individu OKU.

Sebagai tambahan, sikap empati tersebut diperkuatkan pula dengan aspek perundangan yang memperuntukkan hak-hak khusus kepada OKU. Adanya dokumen-dokumen seperti Convention on the Rights of Persons with Disabilities (CRPD) di peringkat antarabangsa, Perlembagaan Persekutuan dan Akta Orang Kurang Upaya 2008 di peringkat domestik adalah peranti-peranti asas dan khusus kepada usaha-usaha advokasi bagi memperhebatkan pembangunan OKU yang menyeluruh di Malaysia.

Cabaran inilah yang perlu kami depani dalam suasana semasa di Malaysia. Namun kami cukup yakin kepada apa yang dinukilkan di dalam al-Quran dan Sunnah betapa setiap insan itu telah dibekalkan dengan keunikan dan keupayaan yang tersendiri oleh Sang Pencipta yang Maha Bijaksana dan Maha Berkuasa.

Pada hari-hari yang masih berbaki, amatlah tinggi harapan kami untuk seluruh umat Islam mendoakan kami moga Allah SWT memberi kekuatan dan petunjuknya untuk kami istiqamah dalam usaha-usaha menzahirkan betapa benarnya al-Quran dan Sunnah baginda Rasulullah SAW yang tercinta dalam membangunkan Orang Kurang Upaya. – HARAKAHDAILY 24/7/2014

Sumber HD - 24-7-2014

Rakyat mesti pastikan Petronas tidak disalahguna

MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF | .

DENGAN terbentuknya Petroleum Nasional Berhad yang ringkasnya disebut Petronas di bawah Akta Pembangunan Petroleum 1974 Akta 144, selain merupakan suatu institusi yang disebut “parliamentary enacted”, sekaligus menjadikan ia suatu institusi berkepentingan negara.

Sebagai sebuah entiti yang dibentuk melalui perundangan atau statut, ia akan sentiasa tertakluk kepada seluruh perundangan utama negara termasuklah Perlembagaan Persekutuan itu sendiri. Apatah lagi sebagai sebuah entiti perundangan “creature of the statute”, ia adalah menjadi hak seluruh rakyat.

Biar siapa pun yang berkuasa ke atas Petronas, kepentingan rakyat adalah kewajipan yang mesti didahului melangkaui kepentingan parti atau blok politik yang terhad. Itu adalah prinsip paling asas yang mesti diketahui oleh setiap rakyat jelata di negara ini.

Apatah lagi selain menjadi institusi negara, Petronas adalah antara sumber kantung perbendaharan tertinggi di Malaysia. Dengan semangat yang didokong itulah perjanjian antara Petronas dan negeri-negeri di Malaysia termasuklah Kelantan yang bertarikh 9 Mei 1975 ditandatangani.

Penolakan dalam suatu sidang rayuan Mahkamah Persekutuan 2 Julai lalu terhadap rayuan kerajaan Kelantan bukanlah pengakhiran kepada perjuangan rakyat menuntut hak yang termaktub dalam perjanjian 9 Mei 1975. Keputusan yang diketuai oleh Hakim Abdul Hamid yang mempengerusikan panel lima hakim dengan Hakim Tan Sri Suriyadi Halim Omar, Datuk Ahmad Maarop, Datuk Hasan Lah dan Datuk Zainun Ali hanyalah berkisar kepada bagaimana perbicaraan kes tersebut perlu dijalankan.

Biarpun pelbagai tanggapan dan kebimbangan timbul, ia masih belum menyentuh inti utama kepada tuntutan Kelantan. Keputusan yang selari dengan pendirian Mahkamah Rayuan yang dipaneli tiga hakim Datuk Ramly Ali yang bersidang bersama Datuk Clement Allan Skinner dan Datuk Lim Yee Lan tersebut perlu menjadikan kita lebih fokus pada tahap-tahap prosiding yang akan datang.

Buat seketika kita tinggalkan inti tuntutan dalam kes yang sedang dibicarakan. Yang ingin saya utarakan di sini adalah betapa Petronas merupakan suatu institusi yang sangat terdedah kepada penyalahgunaan. Dalam memahami kemelut inilah, perlunya rakyat faham walau apa ingin dicatur kepada insitusi negara ini, ia masih terikat kepada prinsip dan semangat perlembagaan “constitutional spirit”.

Di bawah peruntukan Seksyen 3 (2) Akta 144, Petronas adalah wajip untuk sentiasa patuh dan akur kepada arahan dan kawalan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Mahu atau tidak, setuju atau sebaliknya, Petronas tiada pilihan dalam menerima arahan dan kawalan yang diberikan.

Di sinilah bermulanya kemungkinan Petronas disalahgunakan. Siapa yang boleh nafi bahawa Perdana Menteri adalah elemen politik dalam sebuah sistem demokrasi? Meskipun Perdana Menteri itu lahir dari undang-undang tertinggi negara yakni Perlembagaan Persekutuan, ia tetap seorang pemain dalam sistem politik. Justeru, arahan dan kawalan Perdana Menteri ke atas Petronas boleh saja didorong oleh kepentingan politik yang condong kepada parti didokongnya.

Bagi mengimbangi situasi inilah rakyat masih ada perlindungan melalui peruntukan-peruntukan nyata dan tersirat di bawah Perlembagaan Persekutuan. Sebagaimana dinyatakan dalam Perkara 4 Perlembagaan Persekutuan, perlembagaan adalah undang-undang tertinggi Negara.

Apa jua yang ingin diputuskan oleh mana-mana pihak dalam pentadbiran, ia sekali-kali tidak boleh melanggari prinsip-prinsip utama perlembagaan itu sendiri. Demikian juga dalam hal-hal arahan dan kawalan yang ingin diputuskan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri terhadap Petronas.

Sejak tahun 1990 hingga ke hari ini, rakyat telah memilih Parti Islam Semalaysia PAS sebagai peneraju kerajaan di negeri Kelantan. Dalam membuat pemilihan tersebut, rakyat telah akur dan patuh kepada Perlembagaan Persekutuan dengan membuat keputusan secara sah dalam pilihan raya umum yang dijalankan.

Pemilihan PAS sebagai peneraju kerajaan di Kelantan adalah kehendak rakyat yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Mana-mana keputusan pentadbiran khususnya dari kerajaan pusat dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang berlawanan dengan kehendak mejoriti rakyat di Kelantan adalah satu perlembagaan kepada prinsip-prinsip perlembagaan dan boleh diisytiharkan tidak sah atau disebut “Unconstitutional”.

Begitulah halnya dalam pertikaian bayaran royalti petroleum di Kelantan. Tindakan pentadbiran pusat mengalihkan bayaran royalti daripada kerajaan negeri yang dipilih rakyat kepada badan-badan lain termasuk Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) adalah suatu percanggahan dan ketidakpatuhan kepada Perlembagaan Persekutuan.

Harus kita bezakan antara tuntutan kerajaan negeri dalam kes yang sedang dibicarakan dan hak rakyat yang dijamin oleh perlembagaan negara. Tulisan ini adalah khusus untuk rakyat mengetahui bahawa dalam isu pembayaran royalti, rakyat mempunyai hak tersendiri yang sah menurut Perlembagaan Persekutuan.

Lebih dari itu, hak tersebut bukan saja diberikan kepada rakyat di Kelantan. Ia akan terpakai kepada seluruh rakyat yang bernaung di mana-mana negeri pengeluar minyak dan gas di Malaysia. Rakyat yang faham tentang hak-hak mereka yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan, sesungguhnya mampu menjadi pengimbang dan pemeriksa yang berkesan kepada setiap keputusan yang diboleh oleh pentadbir-pentadbir politik. – HARAKAHDAILY 14/7/2014

Sumber HD - 14-7-2014







































































Gelandangan: Antara warga asing dan rakyat sendiri

MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF | .

KETIKA seluruh tumpuan masyarakat dihalakan kepada kisah mereka yang dikatakan pengemis, gelandangan warga asing kian mendatangi Malaysia yang disifatkan sebagai lombong emas. Biarpun maksud undang-undang dicipta turut bertujuan memerangi pengemis asing, yang jelas rakyat dari golongan miskin kota amat terasa dengan ungkapan “pengemis” yang dipalu oleh pemerintah peneraju kuasa.

Kamus Dewan Edisi 4 mentakrifkan gelandangan antara lainnya sebagai “orang yang pekerjaannya atau tempat tinggalnya tidak tetap” dan sanggup berbuat apa sahaja untuk keperluan diri.

Macam kebiasaan, telah menjadi corak pemerintahan negara bertindak secara responsif atas setiap apa yang disifatkan masalah. Dalam tempoh enam tahun Malaysia dicita-citakan sebagai sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi, setiap unsur yang berlawanan mesti dihapuskan dari pandangan, lebih-lebih lagi di pusat bandar, ibu kota nadi negara.

Senario “gelandangan” meskipun itu bukanlah istilah tepat untuk menggambarkan kelompok miskin kota, amat tidak enak pada kaca mata pemerintah menjelang Malaysia dicanang sebagai negara berpendapatan tinggi. Justeru, langkah terbaik yang terlintas di fikiran adalah memerangi golongan ini biarpun mereka rakyat negara sendiri.

Pada mereka yang berkelapangan dan punyai ruang, cubalah selami derita golongan ini yang mudah ditemui sekitar ibu kota. Apatah lagi kepada elit politik yang menerajui negara. Sekitar bangunan PWTC mudah saja mereka diziarahi.

Sesekali saya menuruti sahabat-sahabat dalam Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Pusat sekitar Jalan Raja Laut menyantuni golongan ini, nyatanya mereka terlalu ingin untuk keluar daripada dilema kehidupan yang kian menghimpit hari ke hari. Di celah-celah derita mereka, terlalu berlawanan dengan apa yang dikata, Malaysia negara lombong emas.

Apa tidaknya, cuba kita keluar pada malam hari di tengah-tengah kota raya. Menaiki LRT atau Monorail, kadang kala gerabak dipenuhi oleh warga asing seolah-olah kita berada di luar negera. Tidak cukup dari itu, cubalah pula berjalan di hentian utama sekitar ibu kota, kelihatan senario yang sama.

Apabila kita bersiar di sekitar Hentian Putera misalnya, distinasi bas ke Pantai Timur, kadangkala bukan lagi loghat Kelantan atau Terengganu yang hinggap ke telinga. Aduhai tanah airku, warga asing melata di mana-mana.

Sesungguhnya senario ini cukup memberi gambaran betapa tiada keseimbangan dalam pengagihan kekayaan dan sumber negara. Dalam suatu situasi, rakyat sendiri hidup merempat dengan hanya berbumbungkan langit dan berlantaikan bumi. Pada situasi lain, warga asing punyai kediaman cukup selesa, damai dan enak sekali.

Tilik punya tilik, benarlah apa yang dilapor dalam satu laporan yang diterbitkan oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat. Mengikut penilaian suatu perundangan yang disebut Trafficking Victims Protection Authorization Act (TVPA), Malaysia berada pada tahap tercorot, TIER 3 dalam menangani isu-isu berkaitan pemerdagangan manusia.

Malaysia dikatakan antara negara yang menjadi tumpuan rakyat negara Asia sebagai tempat persinggahan dan pemerdagangan manusia. Ia termasuklah dari Indonesia, Bangladesh, Filipina, Nepal, Burma, Kemboja, Vietnam, India, Thailand, and Laos. Antara yang dilaporkan, sejumlah dua juta warga asing yang berdokumen sedang mendiami Malaysia manakala dua juta atau lebih mendiami negara tanpa dokumen dan rekod perjalanan yang sah.

Lebih memeritkan lagi, Malaysia dikatakan terlalu sedikit usaha-usaha yang dilakukan dalam memerangi jenayah pemerdagangan manusia. Dilaporkan juga bagaimana wujudnya firma-firma yang beroperasi sebagai penyedia tenaga-tenaga buruh dari negara asing untuk dibawa masuk ke dalam negara secara sistematik dan teratur.

Dengan apa yang diterbitkan, apakah ia menggabarkan lambakan warga asing dalam negara suatu yang memang disengajakan? Jika demikian, di manakah tempat untuk golongan miskin kota bergantung harap dan menaruh keyakinan untuk membantu mereka keluar dari himpitan kehidupan semasa?

Persoalan yang lebih menyentuh aspek keselamatan dan kepentingan negara wajip diberi perhatian oleh pihak kerajaan. Apakah pergantungan negara kepada 4,000,000 atau lebih kepada warga asing pada ketika ini tiada kesudahan? Sungguh tepat pepatah lama, kera di hutan di susukan, anak di ribaan mati kelaparan.

Apa maknanya Malaysia maju bersama rekaan wawasan 2020 dengan rakyat yang terus hidup melarat di tanah air sendiri? Kita tiada masa lagi selain bertindak segera dengan langkah-langkah praktikal agar kemakmuran bumi ini dapat dinikmati oleh rakyat dan bukan lagi sekadar diratah untuk dibawa lari. Pembentukan jawatankuasa tertinggi sebagaimana diumumkan Yang Berhormat Menteri mesti disusuli dengan suatu tindakan yang bukan hanya omong-omongan. - HARAKAHDAILY 11/7/2014

Sumber HD - 11-7-2014

No comments:

Post a Comment