BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Wednesday, July 16, 2014

HALEHWAL DAP




Dulu DAP Tak Tentang Hudud, Tapi Bila Berkawan Dengan GHB (PAN) DAP Mula Tentang Hudud
Posted on Saturday, June 25 @ 20:15:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah




http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30724



27 Jun 2012 Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng 'dihujani' pelbagai persoalan berkaitan pendirian dan sikap parti itu terhadap isu hudud yang menjadi perjuangan parti rakannya PAS dalam Pakatan Rakyat pada Majlis Wacana II "Benarkan Dasar DAP Mengacam Islam" anjuran akhbar web berbahasa Melayu DAP Roketkini .

Dalam program wacana itu, sesi soal-jawab menjadi panas apabila peserta Melayu yang rata-rata muda bangkit bertanyakan isu hudud kepadanya.


"PAS ada pendirian, DAP ada pendirian. Tetapi ia tidak menghalang kerjasama dalam isu yang lebih besar," katanya.


"Kita berdasarkan kerjasama atau prinsip musyawarah. Kalau kita bersetuju, mari kita cari kata putus. (Perkara) yang tidak boleh bersetuju, kita terima pandangan yang berbeza," katanya.


Video:

https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=TPvyYjm7aNA

Cina DAP pada itu tidak kisah hudud yang dibawa oleh PAS kerana hudud adalah untuk orang Islam dan untuk menghukum mereka yang jahat sahaja. Lihat keadaan pada masa itu. Gambar tidak berbohong.

Gambar daripada laman Helen Ang
 Malah pada masa itu ada Cina DAP mahukan Hudud untuk membenteras kemungkaran yang UMNO lakukan. Semasa Bersih 2.0 pun ada kempen untuk hudud oleh Cina DAP.



Jika kita tinjau pandangan Ahli-Ahli Parlimen DAP pada masa itu mereka tidak menolak dan menetang hudud. Mereka pernah menyokong hudud, Ong Kian Ming (YB Serdang) dan Thomas Su (YB Ipoh Timor), terang-terang menyokong dan boleh dibaca di Twitter mereka.

Kelab Penyokong PAS terdiri daripada orang Cina juga menyokong hudud. Mereka pernah membuat kenyataan terbuka dalam hal ini.


Buka itu sahaja anda dikalangan Cina DAP berkempen untuk hudud.


Malah Hannah Yeoh syor usul hudud dibahaskan dengan bebas di DUN Selangor dalam satu kenyataannya semasa itu. Kenyataan ini masih ada pada Youtube. 


Video:

https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=bfQ3luKgCGA


Malah ada juga Cina DAP buat kempen "Hudud In Penang 2020"



Anthony Loke juga mempertahankan Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Tapi kenapa kini berubah?



Kenapa kini berubah dan bila perubahan ini berlaku?

Bila wujud pengeseran pendekatan dalam PAS, ada yang ingin ke Putrajaya dengan cepat menolak pendekatan menjulang syariat Islam. Mereka berkata dapat Putrajaya dulu baru kita laksanakan syariat Islam (hudud). Ramai orang miskin, basmi rasuah itu lebih penting daripada hudud.

Maka mereka mendekati DAP dan PKR sehingga jurang perbezaan dalam PAS makin besar kerana pengeseran kecil dibesarkan di akhbar pro-pembangkan seperti Malaysiakini dan The Malaysian Insider.

Cina DAP lebih suka kumpulan ini kerana mereka tidak memperjuangan hudud sebagai dasar perjuangan mereka. Kumpulan ini GHB (sekarang parti PAN) telah membuka ruang untuk orang bukan Islam mendapat manafaat. Sikap DAP makin berubah kerana mereka menyangka kumpulan ini akan menguasai PAS kerana pada masa itu hampir 2/3 ahli majlis tertinggi PAS terdiri daripada kumpulan ini.

Untuk mendominasi PAS, Cina DAP mengambil sikap menyokong kumpulan ini untuk menjatuhkan Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Itu saham yang dilaburkan oleh parti PAN dan ahli-ahlinya. Merekalah yang menyebabkan sikap Cina DAP makin keras dengan hudud sebab ada orang Islam sendiri merasakan hudud belum sesuai lagi kerana keutamaan 'fiqh alawiyyat' kononnya.


Haji Hassan Omar 

Sumber TKO - 25-6-2016


Cina DAP Setiap Hari Berbuka Puasa Berjamaah Mengalah Pimpinan Islam Lain

Posted on Saturday, June 25 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30709



Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng diiringi Lim Hock Seng serta Abdul Malik Abul Kassim berkongsi juadah berbuka puasa dengan Jawatankuasa Kariah Masjid Jamek Telaga Air. Sebelum itu Lim Guan Eng berbuka puasa dengan pimpinan PAN/IKRAM.

Sekarang setiap hari jadual Lim Guan Eng dan pimpinan Cina DAP lain akan berbuka puasa dengan umat Islam. Maka tersebarkan Lim Guan Eng seorang pimpinan DAP yang CINTAI ISLAM dia tu nak masuk Islam hanya tunggu bapaknya Lim Kit Siang mati aje, kononnya cerita ini pernah disebut oleh Mat Sabu bos besar parti PAN.

Penulis cybertropper parti PAN seperti ZAINULFAQAR YAACOB pun apa lagi menulislah artikel memuja dan memuji kehabatan Lim Guan Eng dan Cina DAP ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Jermal, Lim Hock Seng yang juga Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Utiliti turut menyerahkan sejumlah wang tunai kepada Pengerusi Jawatankuasa Masjid Jamek Telaga Air, Amin Jaafar.

Dalam perkembangan berkaitan, Amin sekali lagi merakamkan penghargaan atas inisiatif pentadbiran Guan Eng pada bulan Mei tahun lalu menyumbangkan RM54,000 bagi projek naik taraf Masjid Jamek Telaga Air.
Untuk menghebatkan sumbangan ini, maka digemburkan zaman UMNO mana ada sumbangan macam ini? Apa lagi PAS nak dengan DAP?? Kononnya sikap PAS yang menentang DAP kerana DAP menentang hudud malah menentang memperkasakan Mahkamah Syariah itu tak betul!

DAP sebenarnya bukan sahaja memberikan sumbangan kepada masjid malah penulis-penulis cybertropper pun dapat sumbangan (baca dibayar). Bukan penulis malah jurugambar pun dapat juga sumbangan daripada Cina DAP... kan baik tu, apa lagi PAS nak. Kalau tak percaya tanyalah jurugambar AHMAD ADIL MUHAMAD.

Cina DAP sanggup buat apa apa sahaja. Cina DAP sangat suka jika ada yang imej Islam menyertai mereka kerana mereka ini akan dijadikan 'bahan pertunjukkan DAP' untuk menunjukkan mereka sebenarnya Islam. Kita tidak lupa majlis berbuka puasa anjuran DAP tahun lalu.


Macam mana Rara dan Melati boleh makan setalang dengan bukan mahram cina DAP Ini Islam yang kononnya nak ditonjolkan oleh DAP. Yang sanggap pelik dimana pimpinan Islam PAN/IKRAM pada majlis ini. Adakah mereka pun buta, bisu dan pekak kerana mata, telinga dan mulut mereka telah disumbat dengan 'kebandaan' DAP?

DAP sekarang cuba mengatasi "imej Islam"nya yang makin tercalar, sikap dan tabiat asalnya telah dicium bau oleh sesetengah orang Islam di Malaysia yang tidak buta mata hatinya terhadap musuh Islam. Mereka sedar Cina DAP sanggup buat apa sahaja untuk mengaburi umat Islam.


Lim Guan Eng pernah merasmikan Forum Maqasid Syariah Dalam Demokrasi Perlembagaan anjuran bersama G25 dengan badan pemikir Penang Institute pada 31 Oktober 2015 di Olive Tree Hotel, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Dua-dua badan ini adalah antara yang menentang undang-undang Islam Hudud. Siapa tak kena kumpulan G25 yang mencadangkan Pemansuhan Undang-Undang Khalwat di Malaysia? Apatah lagi Badan Pemikir Penang Institute yang sepenuhnya tajaan DAP.


Kita juga ditonjolkan Lim Kit Siang, Zairil Khir Johari dan Syed Azman Syed Nawawi yang membawa DAP untuk berjumpa pelajar Islam di Timur Tengah. Ini nak tunjukkan bahawa DAP adalah parti yang bukannya seteru Islam.


 Sejarah tidak boleh dipinda. Yang berlalu tetap berlalu kita akan ambil sebagai pengajaran. Umat Islam banyak kali tertipu dnegan muslihat mereka yang anti-Islam, yang tentang Islam. Tapi sejarah juga menunjukkan kejatuhan Islam kerana ada sikap sesetengah pimpinan Islam yang merosakkannya. Kita tidak lupa bagaiman hebatnya ibadat ahli-ahli Khawarij yang dikatakan mereka ini zuhud sentiasa qialmullail malah ada yang mempunya tanda air mata kerana menangis diwaktu ibadat malam. Tapi sejarah mencatat khawarij lah yang membunuh pimpinan Islam.

Oleh kerana itu saya tidak hairan kalau ada orang menyebut kepada saya, hebatnya agama kumpulan IRC/IKRAM dalam parti PAN @ AMANAH kerana sejarah akan mencatat merekalah yang 'membunuh' gerakan Islam di Malaysia.

Gambar di atas juga merupakan sejarah yang tak boleh dipadam bahawa itu asas-asa penubuhan parti PAN @ AMANAH yang akan menikam GERAKAN ISLAM di Malaysia.


Sumber TKO - 25-6-2016



DAP Cuba Mempengaruhi Minda Supaya Parti PAN (Baca Cawangan DAP) Boleh Bertanding di Pantai Barat

Posted on Thursday, June 23 @ 14:02:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30676


JIKA berdasarkan keputusan PRK kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Pas bakal kalah semua kerusi Dun di Perak dan Selangor pada PRU akan datang.
Demikian kata Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam satu kenyataannya kepada Sin Chew Jit Poh.

Beliau berkata, dalam PRU lalu, Pas Selangor dan Perak masih boleh berbangga dengan masing-masing memenangi 15 dan lima kerusi Dun.

“Tetapi jika melihat trend pengundi di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Pas akan terus kehilangan pengaruh di Selangor dan Perak dalam PRU14, bahkan boleh kalah dalam semua kerusi Dun yang ditandingi mereka,” kata pemimpin veteran DAP itu.

Menurut Kit Siang lagi, apa yang menyedihkan ialah walaupun telah melalui selama 65 tahun dalam perjuangan politik di negara kita, Pas kini berperanan sebagai ‘pengacau’ dalam politik tanah air.

“Saya mencadangkan agar Pas menumpukan perhatian mereka dengan bertanding di empat negeri sahaja dalam PRU akan datang bagi mengelak pertembungan tiga penjuru seperti apa yang telah berlaku dalam dua PRK baru-baru ini.

“Pas sepatutnya hanya tanding di empat negeri ini iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis, manakala Amanah boleh tanding di negeri-negeri lain. Terpulanglah bagaimana kata sepakat boleh dicapai antara kedua-dua parti ini,” katanya.

Kit Siang berkata, dalam PRU lalu, Pas hanya kalah 399 undi kepada BN di kerusi Parlimen Sungai Besar, manakala di kerusi Parlimen Kuala Kangsar, Pas kalah 1,082 undi.

“Undi-undi yang diperoleh oleh Pas adalah hasil kerjasama ketika bersama dalam Pakatan Rakyat dan bukan usaha Pas secara bersendirian,” terang Kit Siang.

Sementara itu, China Press melaporkan, Pakatan Harapan berharap akan membuat keputusan menentukan hubungan dengan Pas sedikit masa lagi.

Presidennya, Mohamad Sabu berkata, dalam PRK Sungai Besar baru-baru ini telah mewujudkan satu hubungan yang agak rumit antara Amanah dengan Pas.

“Pas dan Amanah adalah parti yang menganggotai pentadbiran kerajaan Selangor. Namun, jentera Pas kata mereka dan PKR adalah kerajaan Pakatan Rakyat dalam kerajaan Selangor, manakala jentera Amanah pula kata mereka dan PKR adalah kerajaan Pakatan Harapan dalam kerajaan Selangor.

“Pada PRK Sungai Besar, parti pembangkang seperti lawan sesama sendiri sehingga pengundi pun sakit kepala. Oleh itu, masalah ini perlu diselesaikan segera,” kata Mohamad ketika dalam satu forum Pasca PRK di Bukit Mertajam, malam kelmarin.

Kata Presiden Amanah itu lagi, sama ada mahu atau tidak mahu kerjasama, ataupun terikat dalam apa bentuk kerjasama sekalipun, hubungan antara Amanah dan Pas perlu dijelaskan. Setelah persetujuan dicapai, maka senanglah bagi Pakatan Harapan mara ke hadapan.
“Amanah melakukan kesilapan lebih besar berbanding dengan pihak lawan. Pucuk pimpinan Pakatan Harapan tidak dapat membuat keputusan lebih awal bagi menentukan calon parti mana yang patut bertanding. Ini akhirnya menyebabkan jentera pilihan raya tidak dapat bergerak dengan lebih awal,” kata Mohamad.

  Beliau secara peribadinya turut setuju semua parti komponen dalam Pakatan Harapan dapat menggunakan satu lambang yang sama ketika bertanding dalam PRU akan datang. Bagaimanapun perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat akan datang.




DAP Mungkiri Perjanjian Yang Ditandatangani Dengan PAS - Pendedahan PMSP

Posted on Tuesday, June 21 @ 20:29:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30644

SIDANG MEDIA DI IBU PEJABAT PMSP

https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=54KsBRYC4wM

ISU: DAP [LIM GUAN ENG] MUNGKIRI PERJANJIAN YANG DITANDATANGANI DENGAN PAS-"...Bersetuju Dan Menyokong Penuh Perjuangan Pas Untuk Menegakkan Konsep Negara Islam Malahan Tidak Akan Bantah Sebarang Usaha Pas..." 


"Kini Tidak Wajar/ Adil Menuduh Pas Sebagai Penghianat Dalam Pelaksanaan Hudud," Kata Ramesh Rao, Presiden PMSP


Video fotmat besar


Sumber TKO - 21-6-2016


DAP Main Api Perkauman dan Rasis

Posted on Tuesday, June 14 @ 16:57:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Pengundi Cina yang dianggarkan 40% di Sungai Besar akan membantu calon PAN menguasai pilihanraya kecil Sungai Besar. Terdesar DAP memainkan api perkauman dan sikap rasis ini jelas dalam ceramah-ceramah mereka. Anthony Loke telah mengatakan Melayu sebenarnya BABI. Tapi bagi mereka itu tak apa.

Malangnya siapa Melayu babi? Adakah Melayu bersama dengan DAP untuk merosakkan agama sendiri?

Jawapan ada pada anda

Kredit
Norazniza Abdul Karim

Sumber TKO - 14-6-2016



Lim Kit Siang Kalau Tak Nyanyuk Mesti Mabuk!

Posted on Monday, June 13 @ 22:06:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Ketua ahli-ahli parlimen DAP, Lim Kit Siang hari ini mendakwa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu menjadi Perdana Menteri tatkala Pakatan Rakyat menuju pilihan raya umum tahun 2013.

Justeru, apabila DAP dan PKR tidak menyokong keinginan beliau itu, adalah tidak mengejutkan apabila Abdul Hadi menyebelahi Umno walaupun jika itu bermakna menutup mata kepada salah laku yang didakwa Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak, katanya.

"Dalam keadaan ini, bukahlah suatu kejutan apabila Hadi tidak berminat untuk menggasak Najib walaupun bekas Perdana Menteri, (Tun Dr) Mahathir (Mohamad) bertemu beliau tiga bulan lalu untuk menjelaskan mengenai 'salah laku' Najib," kata Lim dalam kenyataan, hari ini.

Aku malas nak ulang panjang pasal kenyataan Lim Kit Siang ni. Rasa terlebih makan DEDAK Tun Matahir jadi macam ni.

Kalau Hadi nak jadi PM memang dia layak pasal dia Melayu Islam. Entah engkau nak jadi PM ada pasang niat nak jadi PM. Itu engkau boleh usahakan dengan parti PAN agar bila boleh tawan Putrajaya nanti engkau pinda pelembangaan Malaysia bersama Mat Sabu engakau jadi PM Mat Sabu dia selalu cakap nak jadi Menteri Dalam negeri aje.

Belum lagi undi PAN mengatasi undi PAS dalam PRK, DAP dah pesta arak sehingga Lim Kit Siang mabuk-mabuk buat kenyataan.




Sumber TKO - 13-6-2016



DAP Pun Macam UMNO Main Wayang Apabila Ada Pilihanraya

Posted on Wednesday, June 08 @ 19:14:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini mengumumkan rancangan pembesaran Pusat Pendidikan Al- Itqan di Teluk Kumbar bernilai RM15 juta.

Lim berkata, projek yang melibatkan para pelajar sekolah rendah dan menengah itu adalah langkah yang tepat pada masanya, sejajar bulan suci Ramadhan.

Projek ini akan dijalankan menerusi kerjasama antara firma pemaju, Ideal Property Group dan kerajaan negeri Pulau Pinang.

"Kerajaan negeri akan membiayai projek itu dengan peruntukan sebanyak RM15 juta bagi membina bangunan baru yang akan menempatkan 20 bilik darjah, sebuah surau, bilik komputer dan rumah pelbagai guna," kata Lim yang juga setiausaha agung DAP.

"Oleh kerana kita telah mendapat pemaju untuk membina bilik darjah tambahan, sekolah tidak perlu lagi mencari arkitek, kontraktor atau memohon kepada majlis tempatan untuk kebenaran merancang," jelas Lim semasa sidang akhbar di Komtar, hari ini.

Pembesaran itu dijalankan di tanah seluas 2.98 ekar dengan empat blok bangunan akan dibina untuk menempatkan kira-kira 1,000 hingga 1,200 pelajar menjelang 2018.

Buat masa sekarang, bahagian sekolah rendah yang mempunyai 250 pelajar beroperasi dalam ruang yang disewa manakala bahagian sekolah menengah dengan 70 pelajar pula beroperasi di premis lain yang terletak lebih kurang 300 meter jauhnya.

.........

NANTI PUAK-PUAK MAKAN DEDAK DAP, SPEERTI PAN AKAN KATA HAH DAP LEBIH ISLAM DARIPADA UMNO.


KALAU DULUNYA UMNO UMUM BANTUAN PUAK MAKAN DEDAK UMNO AKAN KATA HAH UMNO LEBIH ISLAM DARIPADA PAS.

Sumber TKO - 8-6-2016




Aktivis DAP tinggalkan DAP dan simpati PAS

Posted on Tuesday, June 07 @ 20:41:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Bekas aktivis DAP, Shen Yee Aun (SYA) mendedahkan bagaimana strategi licik DAP menguasai PKR dan PAS sebagai modus operandi untuk memecahkan undi Melayu/Islam di Malaysia.

Menurutnya, dengan perpecahan undi Melayu/Islam kepada UMNO, PAS, PKR dan parti Islam baharu, ia bakal menguntungkan DAP sebagai ‘King Maker’ politik di negara ini.

SAYA adalah bekas Setiusaha DAP, Taman Gembira, Klang, Ketua Pemuda DAP Klang dan Setiausaha Pemuda DAP Kebangsaan.

Agenda DAP Menguasai PKR dan PAS

1. Lim Guan Eng tidak bersetuju dengan protes membebaskan Anwar Ibrahim ketika Anwar disabitkan secara sah dan benar bersalah oleh mahkamah. Keadaan ini melenyapkan perjuangan aura dan karisma Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum dan jambatan dalam Pakatan Pembangkang. Tiada sambutan dalam beberapa protes yang dianjurkan untuk menyokong Anwar Ibrahim.

2. DAP memberi sokongan penuh terhadap Wan Azizah dalam PKR untuk menjadi MB (Selangor) dalam pertembungan MB Selangor pada suatu ketika dahulu. Hal ini disebabkan Wan Azizah dilihat sebagai seorang individu yang mudah untuk dikawal. DAP tidak perlu lagi berhadapan dengan Anwar Ibrahim. Mereka hanya perlu berhadapan dengan seorang pemimpin patung yang lemah dan lembab.

3. Kekayaan, kekuatan dan pengaruh DAP semakin kuat selepas mereka menguasai negeri Pulau Pinang yang kaya selama 2 penggal. Kekuatan ini memberi banyak ruang dan peluang untuk mereka untuk meluaskan kuasa dan pengaruh mereka.

4. DAP sangat marah terhadap PAS dan Hadi Awang kerana mengagalkan rancangan mereka untuk meletakkan Wan Azizah sebagai MB Selangor. Tanpa PAS dan Hadi Awang, Azmin Ali tidak akan sesekali menjadi MB Selangor. Peliknya, Azmin Ali tidak mengenang budi PAS dan ibaratkan kacang lupakan kulit apabila tidak berani berhadapan dengan DAP untuk memberi sokongan kepada Hadi Awang dan PAS yang suatu ketika dahulu menjadi kunci utama beliau menjadi MB. Keadaan ini hanya menandakan DAP begitu kuat sehingga Azmin Ali yang hebat juga tidak berani berhadapan dengan mereka.

5. Menurut Ketua Pemuda PAS Kuantan DAP telah memberi dana sokongan sebanyak RM 1.5 juta setahun kepada PASMA untuk memecahbelahkan PAS. Perjudian politik DAP adalah sekirannya PASMA mampu menggulingkan kesemua ulama dalam PAS maka DAP akan mampu menguasai parti PAS. Malangnya, rancangan DAP tidak kesampaian apabila kesemua mereka yang ditaja oleh DAP disingkirkan dalam pemilihan PAS yang terbaharu.

6. Namun begitu, LGE dan DAP bukanlah calang – calang orang. Mereka sudah menyedari bahawa perjudian ini bukanlah merupakan satu perjudian yang mudah. Oleh itu, semasa kempen dan pemilihan PAS, LGE dan DAP sengaja menyerang Hadi Awang dan kepimpinan ulama dalam PAS. Hal ini disebabkan Lim Guan Eng (LGE) dan DAP sememangnya mahu kesemua pemimpin dan kumpulan yang ditaja oleh mereka ditewaskan dalam pemilihan tersebut. Serangan terhadap ulama hanya akan menyatukan ahli PAS untuk menyingkirkan pemimpin – pemimpin tajaan DAP.

7. Mengapa DAP/LGE mahu mereka disingkirkan ? Keadaan ini akan memberi peluang untuk mereka untuk menamatkan kerjasaman dengan PAS dan menyingkirkan PAS daripada Pakatan pembangkang.

Seterusnya , individu dan kumpulan yang ditaja oleh mereka akan terus disuntik dana untuk menubuhkan parti dan blok politik baharu untuk menjadi rakan komponen mereka. Dengan ini, DAP akan dapat menguasai dan mengawal kepimpinan Melayu dalam Pakatan Pembangkang.

8. Sekirannya Pembangkang berjaya merampas Putrajaya dan calon Perdana Menteri Melayu daripada Pakatan tersebut juga adalah alat kawalan dan boneka DAP. Dengan ini DAP akan menjadi lebih berkuasa seperti mana pihak Yahudi menguasai kesemua Presiden Amerika Syarikat.

9. Keadaan ini juga membuka ruang untuk memecahbelahkan undi masyarakat Melayu. Sekirannya terhadap parti politik Melayu/Islam baharu dalam Pakatan Rakyat maka kebarangkalian untuk pertembungan 3 pihak akan berlaku ( PAS VS UMNO VS Parti Baharu Melayu/Islam Pembangkang ). Keadaan ini akan memberi kelebihan lebih kepada DAP untuk terus memenangi kerusi terbanyak dan selepas ini mungkin lebih banyak dalam pakatan pembangkang mereka.

10. Ketika PAS vs UMNO undi Melayu sudah berpecah kepada 50% 50%. Bayangkan kini ada puak ketiga ?

Berapakah lagi peratusan pengaruh Melayu dalam arena politik di negara kita ?

Sumber TKO - 7-6-2016



Agenda sulit DAP terhadap orang Melayu, eksploitasi politik oleh DAP

Posted on Tuesday, June 07 @ 11:20:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=1-topsIKGuA

DAP ialah parti perkauman Cina. Kita tak tolak bangsa Cina tetapi politik DAP adalah politik untuk memperkudakan Melayu. Sikap DAP ini perlu dihati-hati. Jangan kita tersilap hari ini akan merana di zaman akan datang. SEBELUM DAP BERKUASA TOLAK DAP DAN PARTI AMANAH.



DAP sanggup buat apa sahaja untuk memastikan hasrat dan cita-citanya tercapai.

JIKA ANDA MENGUNDI PAN!@AMANAH anda sebenar telah menyokong 2 undi untuk menolak RUU Memperkasakan Mahkamah Syariah. Anda akan dipersoalkan oleh Allah. 


Sumber TKO - 7-6-2016




DAP Jadikan Orang Jahil Agama Sebagai Rujukan Hudud, Kan Bodoh Tu!!

Posted on Saturday, June 04 @ 20:35:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak sepatutnya menuduh DAP cuba menyibuk dalam urusan umat Islam negara ini berhubung cadangan melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahahtir Mohamad sendiri menegaskan bahawa rang undang-undang yang dibentangkan oleh Abdul Hadi tersebut tidak adil dan tidak Islamik.

“Adalah salah bagi Abdul Hadi mengkritik DAP “busybody” kerana menentang rang undang-undang beliau yang hanya untuk umat Islam, malah Mahathir menyifatkannya sebagai tidak adil dan tidak Islamik.

“Abdul Hadi perlu memahami perasaan takut orang bukan Islam berhubung hakisan pada hak-hak Perlembagaan mereka pada masa akan datang dan mereka mungkin kehilangan dalam apa-apa percanggahan atau pertikaian antara undang-undang agama di bawah syariah dan undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Guan Eng berkata, sebarang usaha untuk melaksanakan hukum hudud di Malaysia dengan memperkasakan kuasa Mahkamah Syariah perlu mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen.

“DAP mengulangi pendirian menentang pelaksanaan hudud kerana sesebuah negara tidak boleh mempunyai dua sistem undang-undang jenayah,” tegasnya. – mynewshub.cc

Sumber TKO - 4-6-2016


DAP Pandai Berbelit dan Pandai Putar Belit, Hanya PAN@IKRAM Tertipu!

Posted on Monday, May 30 @ 13:09:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



DAP desak MCA keluar BN atau RUU Persendirian oleh Presiden PAS. Kononnya UMNO bersama PAS bergerak membenarkan usul menaik taraf Mahkamah Syariah. Tapi dalam isu DAP sendiri mereka bersikap lain. Contoh dalam isu Kerajaan Selangor, kenapa tak keluar?



Mereka yang berfikiran tajam dan mendalam dalam isu politik dapat membaca pergerakan politik DAP yang licik dalam memanipulasi isu-isu yang berlaku.

Kredit
Muhamad Harris Nasril 


Sumber TKO - 30-5-2016



Propaganda DAP Menipu Umat Islam Didedah..

Posted on Monday, May 23 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

lge-tahfiz

”Akhirnya terbongkar juga,” dedah Che Murad Abdullah sambil melampirkan poster dan keterangan di atas berkenaan propaganda DAP menipu umat Islam di Malaysia.

Dalam poster di atas, media DAP sengaja memilih untuk menghebahkan peruntukan Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Tahfiz yang berjumlah RM40,500.

Tetapi tidak menghebahkan peruntukan untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Mubaligh yang berjumlah RM328.00 dan peruntukan untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil berjumlah RM289,00.

“Bagus dan bijaknya DAP bodohkan umat Islam..

“DAP merancang tapi Allah jua merancang. Terbongkar jua dengan izin Allah..

“Moga tiada lagi yang terpedaya dengan tipu muslihat DAP, ” ulas Zubaidi Udin
Pendapat yang sama turut dikongsi Abu Hanzalah.

“Bagus ni bagi puak-puak cai yang suka sangat backup DAP yang terang-terang anti-Islam yang suka guna gambar tahfiz ni sekeping.


“Padahal memang patut pun dia bagi duit untuk bantu Islam yang merupakan Agama Persekutuan. Memang KEWAJIPAN dia,”katanya. - AIDCNews

Sumber TKO - 23-5-2016


Abdul Hadi Awang nafi keluarkan kata kesat terhadap DAP

Posted on Saturday, May 21 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng diminta mengemukakan bukti bahawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah mengeluarkan perkataan kesat terhadap DAP.

Abdul Hadi turut menyarankan Guan Eng merujuk kenyataan media atau ceramahnya sebelum ini bagi menentukan kesahihan dakwaan terbabit.

Sumber TKO - 21-5-2016



DAP dan Malaysiakini Cuba Menujukkan Persepsi Buruk Kepada PAS

Posted on Friday, May 20 @ 15:56:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



eknik yang sama DAP guna untuk timbulkan fitnah dan kebencian terhadap Parti Islam.Kalau perhatikan teknik yang sama digunakan ketika PRN Sarawak.Cuba untuk timbulkan persepsi buruk supaya masyarakat cina lihat PAS seperti sebuah parti yang 'Racist' pada bangsa / agama lain.

Semakin dekat PRK kita akan nampak seribu macam fitnah.Inilah sunnah perjuangan sahabat yang dirahmati Allah semua.Jangan kita rasa tergugat atau sedih..yakinlah..selagi mana kita berpegang teguh dengan apa yang Allah tetapkan..kita tidak akan kalah selama-lamanya!

#TerusBeristiqamahHinggaKemenangan
#akupemudapas


Sumber TKO - 20-5-2016



Adun DAP dedah had tempoh jawatan KM 18 Mei 2016

Posted on Wednesday, May 18 @ 19:28:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



GEORGETOWN - Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bungah Teh Yee Cheu mendakwa cadangan mengehadkan tempoh jawatan ketua menteri dipersetujui kepimpinan parti dan terkandung dalam ikrar DAP sebelum pilihan raya umum 2008.

Teh semasa mendedahkan salinan ikrar dalam bahasa Cina itu kepada pemberita, berkata bagaimanapun tempoh yang disebut dalam ikrar berkenaan adalah selama tiga penggal.

"Dalam ikrar itu menyebut jika DAP membentuk kerajaan di Pulau Pinang tempoh jawatan ketua menteri harus dihadkan kepada tiga penggal sahaja bagi mengelakkan salah guna kuasa," katanya kepada pemberita di luar persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang di sini hari ini.

Katanya, beliau berpegang kepada ikrar itu dan berpandangan pelaksanaan had tempoh jawatan ketua menteri wajar dipertimbangkan kerana ia memang sudah sedia ada dalam ikrar DAP.

Minggu lepas, usul mengehadkan jawatan ketua menteri kepada hanya dua penggal yang dibawa Teh pada sidang DUN ditolak atas alasan terdapat masalah teknikal.

Ini merupakan kali kedua Teh cuba membawa usul yang sama, selepas kali pertama pada persidangan Dun November 2015.

Sementara itu Setiausaha Organisasi DAP negeri Wong Hon Wai ketika mengulas dakwaan itu berkata salinan yang ada pada Teh itu hanyalah draf semata-mata.

"Ia (mengehadkan tempoh jawatan ketua menteri) tidak diluluskan kepimpinan DAP selepas mendapat pandangan pelbagai pihak termasuk peguam.

"Teh tidak hadir pada hari ikrar tersebut dibaca pada 6 Mac 2008 di Esplanade (Padang Kota) dan tiada klausa dalam ikrar itu menyebut tentang penggal (khidmat ketua menteri)," katanya.

Wong turut menyifatkan Teh membuat tuduhan itu semata-mata untuk meraih publisiti terhadap isu berkenaan. - Bernama

Sumber TKO - 18-5-2016



DAP terus bersama Dr M, walaupun tanpa 'restu' Anwar

Posted on Tuesday, May 17 @ 17:35:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



DAP hari ini menegaskan untuk terus bekerjasama dengan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad walaupun selepas terdedahnya 'warkah dari penjara' hasil nukilan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam respons pertama dari DAP sejurus tersebarnya surat tersebut semalam, Tony Pua berkata, keprihatinan yang ditunjukkan Anwar itu adalah perkara biasa.

"Ia adalah reaksi yang biasa. Selain Anwar, masih ramai di luar sana yang sangsi dengan Mahathir. Sama seperti mereka meragui ketika Anwar menyertai pembangkang banyak tahun yang lalu.

"Kebimbangan beliau itu ada rasionalnya seperti kami jua. Kami juga takut dipergunakan (oleh Mahathir demi agenda peribadi)," kata Pua (kiri) yang juga Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP itu.

Dalam surat dengan lapan halaman itu, Anwar mengejutkan banyak pihak dengan kritikan terbuka terhadap Mahathir dan Deklarasi Rakyat selain menyentuh pelbagai isu, daripada masalah keteguhan perjuangan dalam PKR kepada kelicikan dalam politik Malaysia.

Selain Mahathir, Tun Daim Zainuddin yang dilihat 'orang kanan' perdana menteri keempat itu serta Tengku Razaleigh Hamzah tidak terlepas daripada kritikan Anwar.

Antara inti pati amanat Anwar itu ialah terdapat pemimpin PKR bersekongkol dengan Mahathir dan Tun Daim melalui Deklarasi Rakyat sehingga menggugat perjuangan parti itu.

Deklarasi Rakyat turut menafikan kepentingan moral untuk “reformasi terhadap demokrasi yang beramanah” dengan hanya menumpukan kepada pengunduran Najib dan jauh terpesong daripada asas perjuangan PKR untuk kebebasan dan keadilan, kedaulatan undang-undang dan melawan salah guna kuasa serta rasuah, kata Anwar lagi.

Mahathir juga disifatkan sebagai pemimpin zalim dan paling korup sebagai mantan menteri kewangan sambil memetik memetik ungkapan oleh penyair Inggeris terkenal, William Shakespeare : “ular yang dulu mematuk kini memakai mahkota”.

Mengulas lanjut, Pua menambah, selepas menimbang buruk baiknya dalam kerjasama dengan Mahathir, DAP merasakan boleh meraih manfaat dalam kerjasama itu, terutama penyokong BN yang dibawa olehnya.

"Titik utama ialah kita mampu mendekati penyokong BN menerusi Mahathir. Kami boleh menggunakan pengaruh beliau untuk mendekati lebih ramai penyokong," ujarnya.


"Peluang ini akan digunakan untuk menerangkan kepada penyokong BN tentang pendirian kami supaya mereka lebih mengenali Pakatan Harapan dengan lebih baik. Dan, kita mendapat lebih banyak sokongan," katanya.

Sumber TKO - 17-5-2016




‘Screw’ Melayu: Zairil harap DAP lebih berhati-hati

Posted on Wednesday, May 11 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



KUCHING: Seorang pemimpin DAP mengesali perkataan-perkataan yang digunakan oleh Hew Kuan Yau semasa berkempen untuk Abdul Aziz Isa dalam pilihan raya negeri Sarawak kerana DAP tidak berniat membakar sentimen perkauman.

Bercakap kepada FMT, Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari berkata beliau faham mesej yang cuba disampaikan oleh aktivis Roket itu, cuma tidak bersetuju dengan bagaimana ia disampaikan.

“Walaupun dia tidak bermaksud untuk mengatakan yang Aziz akan ‘screw’ (henjut) semua Melayu, sepatutnya dia lebih cerdik bila berucap.

“Di masa hadapan, saya harap semua pimpinan kita lebih berhati-hati bila mengeluarkan kenyataan, terutamanya pada zaman teknologi hari ini.”

Kuan Yau, yang lebih dikenali dengan gelaran “Superman” kerana sering dilihat mengayakan lambang adiwira itu, mengundang kecaman orang-ramai selepas video ucapannya yang disifatkan sebagai rasis tersebar di ruang maya.

Aktivis DAP itu dilihat berucap dalam bahasa Mandarin. Ia disiarkan melalui Skype untuk kemudahan pengundi Sarawak.

Sari kata yang dipaparkan bagaimanapun memetik beliau sebagai menyeru pengundi supaya mengundi calon DAP Batu Kitang, iaitu Aziz supaya dia boleh ‘screw’ (henjut) orang Melayu.

Kuan Yau telah menafikan pernah mengucapkan perkataan-perkataan seperti itu dan menuduh askar siber UMNO memutarbelitkan sari kata ucapan itu supaya dia kelihatan seperti seorang rasis.

Dia turut mendakwa askar siber UMNO menggantikan “PBB” dengan “Melayu”.

Aziz bingkas pertahan Kuan Yau, dengan mendakwa ucapan itu telah disalahtafsir dan menjelaskan bahawa Kuan Yau sebenarnya membidas pemimpin-pemimpin Melayu yang korup.

“Dia tidak kata saya akan ‘screw’ orang Melayu. Dia kata saya akan ‘screw’ pemimpin-pemimpin Melayu yang korup.

“Mereka (penyokong BN) menjadikan video ini viral bagi menutup isu seperti 1MDB, GST (cukai barangan dan perkhidmatan) dan memainkan sentimen perkauman menuju pilihan raya kecil akan datang,” katanya ketika dihubungi.

Petikan daripada kenyataan Kuan Yau disiarkan kepada umum melalui Facebook milik “Lim Sian See”.

Ia kemudiannya dimuatnaik oleh Raja Petra Kamaruddin, yang menghebahkannya melalui makalah bertajuk “Undi DAP supaya kita boleh ‘screw’ orang Melayu”.

Sumber TKO - 11-5-2016


Kit Siang Cuma Berkempen Untuk DAP Sahaja, Tak ada Untuk PKR dan PAN @ ANAMAH

Posted on Friday, May 06 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Penasihat DAP, Lim Kit Siang seolah-olah tidak lagi memandang kepada Pakatan Harapan apabila cuma menyeru rakyat Sarawak supaya mengundi partinya, DAP sahaja dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Beliau langsung tidak menyeru atau menyebut tentang parti lain dalam Pakatan Harapan yang hakikatnya turut dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN).

Sikap beliau ini menimbulkan desas-desus kuat mengenai perpecahan yang sedang berlaku dalam Pakatan Harapan ekoran daripada perasaan tamak dan perebutan antara ahli PH dan para pemimpinnya untuk memegang kuasa.

“Saya menyeru pengundi di Sarawak untuk solid mengundi 31 calon DAP dalam PRN Sarawak Ke-11,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Krisis diantara DAP, PKR, dan PAN berlaku disebabkan sikap tamak ketiga-tiga parti mahu bertanding di kebanyakan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sarawak.

Situasi itu menyebabkan PKR dan DAP akan bertarung sesama sendiri di enam kerusi DUN dalam PRN Sarawak kali ini.


PKR dan DAP mencapai persetujuan sementara untuk mengarahkan semua pemimpin dan penyokongnya mendiamkan kemelut tersebut hingga PRN Sarawak selesai. – Sumber Mynewshub.cc

Sumber TKO - 6-5-2016




Mejar Zaidi keluar AMANAH sertai DAP

Posted on Saturday, April 30 @ 15:18:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



DAP Pulau Pinang mengumumkan kemasukan lapan anggota Melayu baru, dua sebelum ini daripada PAS dan seorang daripada Parti Amanah Negara (AMANAH), yang merupakan sekutu parti dalam Pakatan Harapan (HARAPAN).

Pengerusi DAP negeri Chow Kon Yeow dan setiausaha politik kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng, Wong Hon Wai membuat pengumuman itu hari ini.

Paling menonjol daripada lapan individu itu ialah bekas anggota Tentera Udara Malaysia Mejar Zaidi Ahmad yang sebelum ini menyertai PAS dan Amanah.

Zaidi, yang berasal dari Kepala Batas, Pulau Pinang, mula dikenali selepas membuat laporan polis terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung isu dakwat kekal semasa pilihan raya umum ke-13 pada tahun 2013.

Beliau dipecat daripada tentera udara oleh mahkamah tentera pada tahun 2014 dan selepas itu menyertai PAS. Beliau kemudian meninggalkan PAS untuk menyertai AMANAH tahun lepas, selepas hilang keyakinan terhadap kepimpinan PAS.

Zaidi berkata beliau merasakan DAP adalah parti yang lebih sesuai untuknya, sambil menambah "yang paling penting, saya masih dalam HARAPAN".

"Jika penyertaan saya dalam DAP boleh membantu memecahkan persepsi anti-Melayu dan anti-Islam terhadap parti itu, akhirnya ia juga akan memberi manfaat kepada AMANAH, PKR dan HARAPAN secara keseluruhan," katanya.

'Ini adalah sebuah negara yang bebas'

Ditanya sama ada beliau telah memaklumkan kepada pemimpin partinya, iaitu Naib Presiden AMANAH, Mujahid Yusof Rawa, Zaidi berkata:

"Di negara ini, setiap orang mempunyai hak dan kebebasan untuk menyertai mana-mana parti.

"Pemimpin-pemimpin AMANAH juga melakukannya selepas berhenti dari PAS," katanya berseloroh.

Zaidi berkata bagaimanapun, keahliannya di dalam AMANAH akan ditamatkan apabila menandatangani perjanjian dengan DAP.

Ketika dihubungi, Mujahid hanya berkata "Ini adalah sebuah negara yang bebas, AMANAH percaya dalam pilihan bebas.

Sumber TKO - 30-4-2016




Malaysiakini Dakwa Kehadiran Khalayak Ceramah DAP Merudum Berbanding PRN 2011

Posted on Saturday, April 30 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Portal Malaysiakini mendakwa kehadiran khalayak dalam ceramah DAP di kawasan bandar merudum berbanding dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak 2011, meskipun parti itu membariskan penceramah utama, penasihat parti Lim Kit Siang dan anaknya yang juga Setiausaha Agung parti, Lim Guan Eng.

Menurut laporan itu, pada hari pertama kempen PRN 2011, kira-kira orang ramai 7,000 orang hadir dengan kutipan derma sebanyak RM10, 000 pada sesi ceramah DAP di kawasan bandar yang majoritinya pengundi Cina iaitu Kuching, Sibu dan Miri.

“Kali ini, ceramah yang dihadiri oleh veteran DAP Lim Kit Siang di Kota Sentosa menyaksikan kehadiran orang ramai sekitar 2,000 hingga 3,000 hadir sahaja. Dan parti hanya mampu mengumpulkan RM6,000 daripada penyokong pada malam pertama.

“Orang ramai dan sumbangan yang dikutip dalam sesi ceremah sering digunakan untuk mengukur tindak balas dan sokongan rakyat kepada parti atau calon,” ulas team Malaysiakini dalam artikel bertajuk “Lacklustre response to opposition’s urban ceramah

DUN Kota Sentosa merupakan kawasan majoriti pengundi Cina yang dimenangi oleh Chong Chieng Jen, Pengerusi DAP Sarawak pada PRN 2011.

“Begitu juga dengan sesi ceramah DAP di Sibu dan Miri juga menghadapi masalah yang sama.

“DAP mendakwa 1,000 orang telah menghadiri ceramah malam pertama parti mereka di Pelawan. Walau bagaimanapun, pemeriksaan di lapangan menunjukkan anggaran orang ramai yang hadir sekitar 450 orang.

“Di Miri, ceramah malam pertama diadakan di Centre Point menyaksikan 1,000 orang pada majlis itu di mana Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng telah hadir, manakala hanya 300 dan 500 menghadiri ceramah di tempat yang sama pada dua hari kemudiannya,” ulas portal itu lagi

Sibu dan Miri merupakan kawasan bandar yang merupakan majoriti pengundi Cina.
Oscar Ling Chai Yew (DAP) merupakan Ahli Parlimen Sibu, manakala Dr Michael Teo Yu Kheng (PKR) merupakan Ahli Parlimen Miri.

Begitu juga dengan DUN Palawan telah dimenangi oleh calon DAP, Wong Kee Woan pada PRN 2011.

Sumber TKO - 30-4-2016



PRN: Pintu rundingan sudah tertutup, kata DAP

Posted on Wednesday, April 27 @ 16:23:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


PRN: Pintu rundingan sudah tertutup, kata DAP
Tony Pua, Anthony Loke dan Ong Kian Ming menunjukkan dapatan kaji selidik Merdeka Centre antara DAP dan PKR di enam kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak di ibu pejabat DAP, Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Sinar Harian oleh NIZAM ZAIN.


KUALA LUMPUR - Pintu rundingan antara DAP dengan PKR  mengenai pembahagian kerusi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11 Sarawak sudah tertutup dan tiada lagi perbincangan mengenainya perlu dibuat.


Demikian kata Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua yang menganggap sudah terlambat untuk meneruskan rundingan itu selepas proses penamaan calon tamat semalam.

Sebaliknya Tony menegaskan, rakan sekutunya itu perlu bertindak dengan menarik balik kesemua calonnya yang bertanding di lima kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) yang berlaku pertindihan itu.

"Tiada lagi rundingan. Mereka (PKR) perlu datang balik dan beritahu kami bahawa mereka tarik balik lima calonnya dan kami juga akan tarik balik seorang calon kami (daripada bertanding)," katanya kepada pemberita di ibu pejabat DAP, di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa belum terlambat untuk PKR dan DAP berunding mengenai pertembungan calon kedua parti itu dalam PRN Sarawak.

Anwar juga melahirkan kekesalannya apabila calon sekutu Pakatan Harapan terbabit dalam pertembungan sesama sendiri menjelang hari pengundian pada 7 Mei ini.

Terdahulu, calon PKR dan DAP akan bertembung di kerusi Mulu, Murum, Simanggang, Mambong, Ngemah dan Batu Kitang selepas proses rundingan yang berjalan sejak Februari lalu gagal disepakati.

Sementara itu, Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke pula berkata, pihaknya sanggup tidak berkempen di kerusi Batu Kitang sekiranya PKR sedia melakukan perkara sama di lima kerusi bertindih di antara mereka.

Anthony berkata, pertindihan lima kerusi itu hanya dapat diselesaikan sekiranya PKR setuju dengan cadangan DAP itu.

"Sebelum 2013, tiga hari selepas penanamaan calon, boleh tarik diri. Sekarang tiada lagi (kecuali) kedua-dua pihak umumkan (tarik diri) secara terbuka, walaupun nama atas kertas undi, mereka tarik diri dan tidak kempen.

"Kalau mereka boleh buat begitu, kita juga akan arahkan calon di Batu Kitang buat perkara sama untuk beri sokongan penuh kepada calon PKR di Batu Kitang," katanya.

Beliau juga berkata, tindakan itu bagi menghormati perjanjian yang dimuktamadkan dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan pada 11 April lalu bahawa bersetuju pertandingan satu lawan satu.

Katanya lagi, sebagai balasan, DAP meminta kerjasam PKR untuk berkempen bagi pihak DAP di lima kerusi yang bertindih itu.

"Mereka perlu beri sokongan penuh kepada lima calon DAP. Ini bagi menghormati perjanjian yang kita telah capai," ujarnya.

Dalam pada itu,  DAP juga melahirkan kekecewaannya dengan tindakan PKR itu yang tidak berpegang kepada perjanjian di lima kerusi yang dipersetujui sebelum ini, iaitu Batu Kitang, Muru, Simanggang, Mambong dan Murum.

Anthony turut berkata, tindakan itu jelas melanggar perjanjian Pakatan Harapan yang ditandatangani antara DAP dengan PKR pada 7 April lalu.

Bagaimanapun Anthony menambah, segala perbincangan mengenai pertindihan kerusi tersebut akan dibincangkan selepas PRN Sarawak.

"Itu kita akan bincang lepas PRN Sarawak, soal itu tidak timbul sekarang" jelasnya.
Ketika ditanya tentang kedudukan DAP dalam Pakatan Harapan selepas insiden tersebut, beliau bagaimanapun berkata, ia tidak menjejaskan parti itu dan kerjasama dengan parti pembangkang lain

"Buat masa ini, tidak jejas hubungan Pakatan Harapan," katanya lagi.

Sumber TKO - 127-4-2016



Rakaman DAP Rasis Jadi Viral Di Media Sosial

Posted on Monday, April 18 @ 18:43:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=BINn9lqw1fo

Rakaman di atas yang membuktikan DAP sebuah parti rasis sedang viral di media sosial, lapor Hazwan Faisal

Ia merujuk rakaman ucapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Pending, Violet Yong yang berkempen dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.
“Terbukti DAP rasis!

“Adun DAP Violet Yong berkata, “Di sini, di Sarawak orang Cina tidak, boleh bentuk kerajaan (negeri).

“Awal-awal tu siap sebut dengan bangganya kat Penang, Cina boleh bentuk kerajaan negeri
“Jadi, Penang tu kerajaan Cina ke macam mana tu? DAP rasis chauvinis,” ulasnya.

Sementara itu, Abu Hanzalah turut melampirkan rakaman video di bawah yang turut membuktikan DAP sebuah parti rasis.

Rakaman itu merujuk berkenaan suasana mesyuarat cawangan DAP.

https://www.youtube.com/watch?v=YVblusTM0bs&feature=player_embedded


Sumber TKO - 18-4-2016



Kantoi, Setiausaha Agung DAP Cuba Edit Postingnya Pasal Setan Zakir Naik!!!

Posted on Monday, April 11 @ 19:46:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Setiausaha Agung parti rasis dan cauvinis DAP, P Ramasamy menggelar pendakwah terkenal antarabangsa Dr Zakir Naik sebagai ‘setan’ telah mengubah postingnya difacebook dengan membuang perkataan THE "SATAN".

Kredit
Hazwan Faisal

Sumber TKO - 11-4-2016




Gelar Dr Zakir Naik ‘setan’, DAP serlah wajah sebenar musuhi Islam

Posted on Monday, April 11 @ 17:29:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu




BANGI, Isnin – Tindakan Setiausaha Agung parti rasis dan cauvinis DAP, P Ramasamy menggelar pendakwah terkenal antarabangsa Dr Zakir Naik sebagai ‘setan’ telah menunjukkan sikap dan wajah sebenar parti itu yang sangat memusuhi Islam.


Menyifatkannya sebagai terlalu keterlaluan, Pengerusi Biro Dakwah Isma, Ustaz Omar Kassim berkata, beliau pelik dengan tindakan orang bukan Islam termasuk Ramasamy yang beria-ia menghalang Dr Zakir Naik untuk menyampaikan ceramahnya di negara ini.

"Seperti Ramasamy, dalam status Facebooknya mengatakan ‘peace loving Malaysian'. Mana yang ‘peace loving'nya. Apa hak dia nak panggil orang ‘setan'. Nampak tak ada agenda jahat di situ. Bila tidak mengganggu kepentingan mereka, mereka sanggup berpeluk mesra dan tertawa bersama.

"Tapi bila bertembung, mereka menampilkan wajah sebenar. Orang seperti ini tak layak dapat satu undi dari mana-mana Muslim, bahkan tak layak dapat sokongan dari mana-mana kumpulan," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian mengulas tulisan Ramasamy di Facebooknya dengan ayat ‘Let us get "Satan" Zakir Naik out of this country!'.

Ramasamy juga turut menyifatkan Dr Zakir Naik hanya menyebarkan kebencian di kalangan bukan Islam. Ini berikutan Dr Zakir dijadualkan berada di Terengganu selama lima hari untuk menyampaikan ceramah di pelbagai tempat termasuk di universiti berkaitan perpaduan dan kekuatan Islam.

Susulan itu Ustaz Omar berkata, sepatutnya kita semua orang Islam tidak lagi boleh mempercayai dan memberi muka kepada orang seperti itu, termasuk konco-konco dalam parti mereka.

"Dia telah mencampuri urusan umat Islam. Siapa dia mahu halang pendakwah Islam masuk ke negara ini?

"Hakikatnya, mereka sebenarnya takut dengan hujah kuat Dr Zakir tentang kebenaran Islam, sebagaimana takutnya Quraisy kepada Rasulullah," katanya.

Sementara itu, Presiden Multiracial Reverted Muslims (MRM), Firdaus Wong Wai pula menyeru kepada semua pihak termasuk ahli pilitik Islam untuk sama-sama mempertahankan Dr Zakir Naik.

"Apakah para politikus Muslim sanggup melihat saudara seIslam seperti Dr Zakir Naik dihina sebegini?

"Adakah ini apa yang anda sebagai seorang ahli akademik anjurkan dan ajarkan dengan mengelar orang lain sebagai "Satan" dan kemudian edit status anda?

"Baling batu sembunyi tangan... Akan adakah ahli partinya yang beragama Islam berani menegur keceluparan beliau secara terbuka dan mempertahankan maruah saudara Muslim yang lain?," soalnya. - Ismaweb

Sumber TKO - 11-4-2016



Kit Siang Kesal Tony Pua Mengaku 80% Puas Hati Laporan 1MDB (bersama video)

Posted on Monday, April 11 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUALA LUMPUR – DAP kesal dengan anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) daripada partinya sendiri, Tony Pua kerana menyatakan beliau 80 peratus berpuas hati dengan hasil siasatan ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, pengakuan Tony Pua itu secara tidak langsung memberi peluang untuk menunjukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak terlibat dalam isu membabitkan syarikat pelaburan strategik negara tersebut.

https://www.youtube.com/watch?v=FqIUrmhmfEY&feature=player_embedded


“Tony Pua terlampau murah hati untuk memberi 80 markah kepada laporan PAC berhubung 1MDB kerana saya akan memberikan paling banyak 60 markah,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Media pada 8 April lalu melaporkan Tony Pua yang juga Pengerusi DAP Selangor secara terbuka mengakui beliau 80 peratus berpuas hati dengan Laporan PAC berhubung 1MDB yang dibentangkan di Parlimen.

Beliau berdolak-dalik kononnya masih 20 peratus tidak berpuas hati kerana ada perkara belum diselesaikan termasuk dokumen penting yang masih belum dikemukakan pihak 1MDB sepanjang mesyuarat jawatankuasa itu dijalankan.

Laporan Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1MDB setebal 106 muka surat yang dibentang di Dewan Rakyat pada Khamis lalu menyatakan dengan jelas Najib tidak terlibat secara langsung dengan isu membabitkan syarikat berkenaan.

Keputusan siasatan oleh anggota PAC yang turut disertai wakil pemimpin pembangkang itu dibentangkan di Dewan Rakyat bagi memenuhi desakan parti pembangkang yang mahu ia dibentangkan di Parlimen sebelum ini demi ketelusan.


Parti pembangkang bagaimanapun masih tidak berpuas hati dengan hasil laporan siasatan itu walaupun ia telah dibentangkan secara terbuka dan PAC dianggotai wakil mereka kerana keputusan siasatan tidak memenuhi agenda mereka untuk menjatuhkan Perdana Menteri dan kerajaan. – mynewshub.cc

Sumber TKO - 11-4-2016



Pembelian Rumah Mewah Dan Kereta Import Seorang Adun DAP Diragui

Posted on Saturday, April 09 @ 21:43:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Selepas pembelian rumah banglo mewah oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dengan harga murah hangat diperkatakan… Kini timbul pula keraguan pembelian rumah oleh seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP Pulau Pinang.

Menurut Setiausaha Gerakan Oh Teong Keong, pembelian rumah oleh Adun DAP ini amat diragui apabila Adun terbabit baru sahaja dilantik dan dipilih sebagai Adun di negeri itu tetapi mampu membeli rumah mewah teres tiga tingkat berharga RM800,000 yang terletak di kawasan pulau.

Teong berkata, Adun terbabit sebelum dipilih menjadi wakil rakyat hanya tinggal bersama ahli keluarganya dan tidak mampu menjelaskan pinjaman pendidikan.

Namun selepas dilantik beberapa bulan, Adun terbabit mampu membeli rumah seperti yang dinyatakan.

Selain itu, Teong turut mendedah Adun terbabit bukan sahaja mampu membeli rumah mewah teres tiga tingkat, tetapi mampu membeli sebuah kereta import selepas dilantik menjadi Adun di negeri itu

“Selepas jadi Adun, beliau juga mampu membeli sebuah kereta import,” kata Teong.
Oleh disebabkan kemewahan yang ditunjukkan oleh Adun DAP tersebut diluar jangkaan, Teong hari ini mencabar Adun DAP terbabit untuk tampil menjelaskan mengenai pembelian rumah mewah dan juga kereta mewah.

Pembelian rumah mewah dan kereta import oleh Adun terbabit amat diragui, memandangkan beliau baru sahaja dilantik menjadi Adun dan tidak mempunyai kewangan yang kukuh sebelum menjadi Adun.

“Saya tidak persoalkan beliau hendak beli rumah tetapi selama ini mereka sering dakwa DAP sangat bersih, jadi wakil rakyat berkenaan perlu tampil mendedahkan prosuder pembelian rumah berkenaan yang terletak di bahagian pulau,” katanya.

Pendedahan yang dibuat Teong ini jelas menunjukkan bahawa pemimpin-pemimpin DAP yang kononnya berjiwa rakyat dan zuhud, sebenarnya rakus mengaut keuntungan dengan jawatan yang disandang.

Lihat sajalah seperti Ketua Menteri Pulau Pinang… Beliau begitu rakus mengaut keuntungan dengan menjual rumah mampu ‘milik’ dengan harga yang tidak masuk akal….

Sedangkan beliau dapat membeli rumah banglo mewah dengan diskaun hampir 4 juta.
Tindakan pemimpin-pemimpin DAP amat mengecewakan kerana mereka sanggup menipu rakyat demi kepentingan mereka sendiri.

Justeru, dengan pendedahan ini semua, rakyat dapat membuka mata bagi menamatkan perjuangan DAP pada pilihan raya umum akan datang. - UtaraNews

Sumber TKO - 9-4-2016


Jawatan Ketua Menteri 2 Penggal Sahaja : ADUN DAP Serah Notis Usul

Posted on Friday, April 01 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



GEORGE TOWN – Wakil rakyat DAP hari ini menyerahkan surat usul bagi pindaan Perlembagaan Undang-undang negeri Pulau Pinang untuk mengehadkan tempoh jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang kepada dua penggal sahaja.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Bungah Teh Yee Cheu berkata usul itu diserah kepada pejabat Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk diteliti dan dikaji oleh Jawatankuasa Perlembagaan sebelum dibentangkan dalam persidangan DUN akan datang.

“Ini adalah surat rasmi. Sebelum ini (usul) semua perbahasan awal, bertukar-tukar maklumat dan saling memahami pandangan setiap orang sama ada bersetuju atau menentang.

“Hari ini, saya percaya, adalah masa untuk mengemukakan usul ini memandangkan kami sudah membahaskan isu ini sejak dua atau tiga tahun lepas di dalam DUN. Masa yang cukup bagi semua orang untuk mempertimbangkannya.

“Saya percaya bahawa kita perlu menggalakkan tadbir urus yang baik, malah kewibawaan, kebertanggungjawaban dan ketelusan,” katanya pada sidang akhbar selepas menyerahkan usul itu, di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini.

Pada persidangan DUN 10 Nov 2014, Teh mencadangkan penggiliran jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang dengan mengehadkan jawatan itu kepada dua penggal sahaja bagi memberi peluang kepada pemimpin lain yang berkebolehan memegang jawatan itu.

Namun, usul itu ditolak selepas mendapat pelbagai reaksi daripada wakil rakyat.

Teh berkata usul itu tidak bermotifkan politik, sebaliknya demi kepentingan rakyat dalam proses reformasi dan pendemokrasian, bagi memberi peluang kepada pemimpin yang berkebolehan untuk menerajui tampuk pemerintahan.

Malah katanya telah terbukti negara-negara yang mempraktikkan sistem penggiliran itu seperti Thailand serta Trinidad and Tobago lebih membangun dan berjaya.

Justeru, beliau berharap Jawatankuasa Perlembagaan dapat mempertimbangkan usul pindaan berkenaan untuk dibawa ke sidang DUN, seterusnya diterima dan diluluskan.

“Dengan adanya pindaan ini Perlembagan Negeri Pulau Pinang akan lebih sempurna dari segi pendemokrasian,” katanya – BERNAMA

Sumber TKO - 1-4-2016


Guan Eng Tertekan Lagi, Laporan Polis & ‘Serangan’ Akhbar Cina Isu Skandal Banglo

Posted on Wednesday, March 30 @ 19:46:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Media telah melaporkan beberapa artikel yang disiarkan di dalam akhbar-akhbar bahasa Cina yang mendesak Lim Guan Eng supaya ikhlas memberi penjelasan dan tidak berdolak-dalik dalam isu banglo No Swimming Pool Below Market Price miliknya di Jalan Pinhorn, Pulau Pinang.

Akhbar Sinchew Daily menyiarkan artikel oleh penulis bebas, Chong Shaw Min bertajuk ‘Kenapa Tidak Boleh Hindari Duit’ mempersoal integriti Guan Eng yang sepatutnya sedar peranannya sebagai ketua kerajaan, beliau sepatutnya tidak terlibat dengan urusan pembelian yang meragukan.

“Sebagai seorang ahli politik, apa yang dihadiahkan di depan mata itu memang bukan perkara rumit baginya, tetapi kerana semua itu adalah disebabkan kuasa dan kedudukan kita, barulah kita dapat menikmatinya.

“Walaupun anda kata itu bukan kerana ada kepentingan kepada pihak penjual, ini tidak memberi jaminan jika satu hari ia tidak menjadi alasan untuk mendapatkan kepentingan yang lain atau pun menjadi bahan dan peluang serangan pihak musuh,” katanya dalam artikel itu.

Kenyataan di atas ada benarnya kerana jika kita merujuk kepada Surat Bersumpah Miss P, beliau (atau peguam yang menulis surat itu) begitu mengagung-agungkan Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri dan beliau begitu bangga kerana dapat menjual banglo beliau kepada seorang Ketua Menteri.

Maka, jika Guan Eng DAP bukan Ketua Menteri, apakah Miss P akan tetap menjual banglo beliau sebegitu murah dan sanggup rugi jutaan ringgit?

Logiknya, tidak ada manusia yang sanggup rugi jutaan ringgit apabila menjual hartanah sendiri.

Akhbar Nanyang Siangpau pula menyiarkan artikel bertajuk ‘Jual Beli Yang Kamu Sanggup Aku Pun Rela’ oleh Wang Jek Ying yang menganggap pembelian tersebut menimbulkan banyak keraguan berikutan jawatan Guan Eng.
Menurut Jek Ying, masalah itu tidak akan timbul jika urus niaga berjalan antara dua individu biasa serta kedua-dua pihak menyatakan kesanggupan terhadap harga yang ditawarkan walaupun lebih murah berbanding nilai sebenar.
“Ada orang kata isu itu merupakan sebahagian pemberian hadiah sehingga menimbulkan keraguan. Jual beli seperti itu agak luar biasa, di dalamnya mungkin ada sesuatu yang tersorok yang tidak diketahui oleh orang luar, jika dikesan dan dicari bukti, pasti kita tidak akan terlepas walaupun sehalus tali benang sawang labah-labah,” katanya.

Dalam hal ini, rakyat dan pihak media tidak boleh dipersalahkan untuk memikirkan wujudnya keraguan di dalam proses jual beli banglo No Swimming Pool itu. Malah yang lebih mengejutkan apabila didakwa wujud unsur-unsur pembohongan di dalam Surat Bersumpah Miss P hinggakan beberapa laporan polis telah dibuat terhadap surat bersumpah beliau.
Yang terbaru ialah satu lagi laporan polis telah dibuat tentang Surat Bersumpah Miss P. Lihat video:


Sehingga ke hari, Miss P dan syarikatnya belum lagi tampil menjawab persoalan yang ditimbulkan tentang hubungan syarikatnya dengan kerajaan DAP negeri. Kenapa?

Akhbar Kwong Wah pula menyiarkan artikel bertajuk ‘Rakyat Cemburu Beliau Boleh Membeli Banglo Mewah Terlalu Murah’ oleh Oh Tong Keong yang mempersoalkan tindakan Guan Eng kerana cuba mengalih isu tersebut daripada pengetahuan rakyat.

Menurut Tong Keong, lebih mengecewakan apabila pembinaan rumah mampu milik seluas 60.38 meter persegi yang dilancarkan Guan Eng pada harga RM400,000 seunit adalah lebih mahal iaitu kira-kira RM616 bagi setiap 0.09 meter persegi berbanding hanya RM275 untuk rumah banglo itu.

“Orang biasa tidak mampu membeli apa yang dikatakan rumah mampu milik dengan harga RM400,000. Tetapi kerajaan negeri telah menjual tanah yang dikhaskan untuk projek rumah rakyat. Syarikat besar membuat duit ketika rakyat Pulau Pinang merana.

“Ketua Menteri cuba mengalih tumpuan dengan menjemput media ke rumahnya. Walau bagaimanapun, perkara penting adalah bukan sama ada beliau mampu membeli banglo itu atau kemewahan hiasan dalamannya. Perkara penting adalah kenapa dia boleh bayar harga yang terlalu murah untuk banglo itu?” soalnya.

http://www.utusan.com.my/berita/politik/akhbar-cina-persoal-integriti-guan-eng-1.206494#sthash.5RGzKIVQ.dpuf
Persoalan yang ditimbulkan oleh akhbar-akhbar bahasa Cina (yang biasanya GuanEng-friendly) ini ada asasnya dan ianya melibatkan perkara utama seseorang yang bergelar pemimpin iaitu integriti. Dan biasanya, isu integriti ini tidak mungkin akan tenggelam begitu mudah dek peredaran masa.

Lebih malang lagi apabila Guan Eng DAP menunjukkan sikap defensif tidak mahu berdepan dengan skandal diri sendiri apabila mula menolak soalan-soalan pihak media. Kita tunggu dan lihat berapa hari Setiausaha Agung DAP ini tidak berani berdepan dengan pihak media.

Dalam masa yang sama, terdapat pendedahan yang membongkar hubungan Miss P dengan Betty Chew dan Guan Eng yang bukan hanya sekadar pemilik dan penyewa sahaja?

Malah, terdapat beberapa dokumen kerajaan negeri tahun 2007 dan memo tahun 2009 yang membuktikan bahawa tanah lapang Taman Manggis adalah sebahagian daripada projek Perumahan Rakyat!

Kerajaan DAP sebelum ini memperbodohkan diri mereka sendiri apabila mendakwa mereka ‘tidak tahu tanah lapang Taman Manggis adalah untuk projek perumahan rakyat’.

Sumber TKO - 30-3-2016

Adun dari DAP Malaka diisytihar wakil Bebas

Posted on Monday, March 28 @ 14:25:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



SHAH ALAM - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong dari DAP, Goh Leong San diisytihar sebagai wakil Bebas, berkuat kuasa hari ini.

Perkara itu diumumkan Speaker Dun, Datuk Wira Othman Muhammad, dalam ucapan pembukaannya pada Persidangan Pertama, Penggal Keempat, Dewan Undangan Negeri (Dun) Melaka Ke-13, di Seri Negeri, di sini, sebentar tadi.

Leong San sebelum ini berkata, beliau tidak akan merayu kepada parti selepas Jawatankuasa Pusat DAP memutuskan untuk menggantung keahliannya selama setahun.

Konflik dalaman DAP Melaka bukan lagi perkara baru kerana sebelum ini juga ia telah menyebabkan wujudnya dua kem dalam kalangan kepimpinan negeri, di mana satu kem dikatakan diwakili Leong San, Tong Him dan Adun Bachang, Lim Jak Wong.


  Sementara satu lagi kem yang diwakili Pengerusi DAP negeri, Tey Kok Kiew; Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong dan Adun Kota Laksamana, Lai Kuen Ban dikatakan lebih cenderung kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Sumber TKO - 28-3-2016



Surat Kegunaan Tanah Di Taman Manggis Diubah Selepas Dijual Pula Tersebar

Posted on Saturday, March 26 @ 23:15:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Sepucuk surat bertarikh 7 Dis 2011 berkenaan perubahan kegunaan tanah di Taman Manggis dari daripada kemudahan rawatan kepada hotel dan kamar servis (serviced suites) pula tersebar di media sosial

surat
surat1
Sebelum ini, Naib Pengerusi Gerakan Bahagian Tanjong, H’ng Khoon Leng meminta kerajaan Pulau Pinang menjelaskan mengapa 1.1 ekar plot tanah di Taman Manggis ditukar kepada 70 peratus untuk hotel dan 30 peratus untuk kemudahan rawatan yang bertentangan dengan syarat awal tanah itu ditender.

Beliau berkata penggunaan tanah itu ditukar selepas ia dijualkan kepada Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC) Sdn Bhd pada 2011.

“Langkah ini akan memberi kelebihan komersial kepada syarikat itu kerana tanah itu kini boleh dinilaikan lebih tinggi,” kata H’ng kepada pemberita selepas beliau dan beberapa pimpinan BN membuat laporan polis berhubung perkara itu di ibu pejabat polis bandar George Town.

Beliau berkata nilai tanah itu akan naik dengan membenarkan pemilik membina sebuah hotel diatas tapak itu, dan menambah penukaran guna tanah itu “luar biasa dan mengejutkan”.

“Seolah-olah selepas kamu menang membida sebuah Proton Saga, kamu tukarnya kepada Mercedes-Benz. Adakah ini adil kepada rakyat Pulau Pinang?” soalnya.

Beliau berkata urusniaga tanah itu telah menipu (shortchange) rakyat Pulau Pinang, terutamnya golongan miskin bandar, yang dinafikan rumah kos rendah di dalam bandar.

Dalam laporan mereka, H’ng dan beberapa yang lain mendakwa terdapat unsur-unsur penipuan dalam urusniaga Taman Manggis dan mengesa polis menyiasat perkara itu.

sya

Sumber TKO - 26-3-2016



Anggota baling telur pada pemimpin DAP

Posted on Tuesday, March 22 @ 15:24:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Pengerusi DAP Pahang Leong Ngah Ngah mengesahkan kejadian beberapa individu pada sesi ceramah kedai kopi di Jerantut semalam membaling telur kepadanya dan veteran DAP Lim Kit Siang.

iKit Siang duduk di belakang saya. Mereka kemudian serbu masuk dan bersorak pada kami berdua. Mereka jadi agresif jadi saya bangun.

"Mereka baling telur pada saya, tapi ceramah kami tetap berlangsung selepas itu.
"Saya mengenali salah seorang daripada mereka sebagai ahli DAP.

"Saya rasa masalah yang besar adalah hanya beberapa orang itu. Mereka jangka bahawa calon mereka boleh bertanding dalam pilihan raya," kata beliau sambil menambah bahawa kumpulan itu turut menurunkan sepanduk DAP di kawasan itu.

Leong berkata sangat sukar bagi parti itu menuntut semula kerusi yang telah diberikan kepada rakan sekutunya, PKR.

Beliau memberitahu Malaysiakini bahawa DAP telah melepaskan kerusi DUN Damak, Pahang kepada PKR pada pilihan raya umum ke-12 pada tahun 2008.

"DAP bertanding di Damak pada tahun 2004. Pada tahun 2008, kita tidak mempunyai calon jadi PKR bertanding di kerusi itu.

"Untuk mengambil semula kerusi itu adalah sangat sukar," kata Adun Tanah Rata, sambil menambah bahawa beberapa ahli-ahli akar umbi tidak berpuas hati kerana mereka mahu calon kegemaran mereka bertanding di kerusi itu.

The Star Online sebelum ini melaporkan bahawa ahli-ahli akar umbi mahu parti itu meletakkan Koh Boon Heng sebagai calonnya untuk Damak.

Koh bertanding sebagai calon bebas dalam pertempuran empat penjuru menentang penyandang Lau Lee dari BN, PKR Jamaluddin Abd Rahim dan seorang calon bebas Mohd Nor Jaafar. Koh dilapor tewas tipis 64 undi berbanding Lau, yang berjaya mempertahankan kerusinya dengan 7905 undi.

Sumber TKO - 22-3-2016




Ambiga: KM harus pertimbangkan pilihan, termasuk bercuti
Posted on Tuesday, March 22 @ 15:22:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng perlu mempertimbangkan pilihannya, termasuk pergi bercuti, kata bekas Presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan.

"Beliau harus pertimbangkan pilihannya. Perkara yang baik adalah bahawa beliau menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat dengan segera dan saya menyokongnya kerana ini adalah sesuatu yang boleh disiasat dengan segera," katanya kepada Malaysiakini.

Beliau ditanya sama ada Lim perlu mengambil cuti daripada jawatannya sementara menunggu siasatan SPRM ke atas pembelian sebuah banglo.
\
Ketika diminta mengulas lanjut, beliau berkata terdapat banyak pilihan, antaranya adalah untuk mengambil cuti.

Katanya Lim harus mempertimbangkanya tetapi berharap bahawa siasatan akan dipercepatkan supaya penjelasan dapat dibuat.

Lim kini di bawah penelitian selepas Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahya menuduh beliau membeli sebuah banglo pada harga RM2.8 juta yang didakwa jauh di bawah harga pasaran.

Ketua menteri menafikan sebarang salah laku. - MK

Sumber TKO - 22-3-2016


Skandal Lim Guan Eng : Lagi Dokumen Didedah..

Posted on Monday, March 21 @ 06:41:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Dokumen di atas berkaitan dengan dua syarikat yang berjaya membida tanah di Taman Manggis, Pulau Pinang.

Tanah yang asalnya digazetkan oleh kerajaan BN untuk projek perumahan rakyat termiskin telah dibatalkan apabila kerajaan DAP mengambil alih Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum 2008.

Kerajaan DAP Pulau Pinang kemudian menender tanah tersebut kepada projek komersial yang dimenangi oleh syarikat Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn Bhd (KLIDC) yang mempunyai kaitan rapat dengan dua syarikat lain iaitu Winbond Dental Sdn Bhd dan Winbond Management & Consultand Sdn Bhd dan.

“Lihat siapakah Phang Li Koon pemilik banglo di dalam syarikat yang berhubung kait dan berkepentingan mendapatkan tanah di Taman Manggis,” dedah Pisau dotnet.

Nama Phang Li Koon tersenarai sebagai pemegang saham 20 peratus dalam syarikat Winbond Management & Consultand Sdn Bhd, syarikat yang dimonopoli oleh Tang Yong Chew yang memegang saham sebanyak 80 peratus.

Tang Yong Chew juga merupakan pemegang saham 60 peratus dalam syarikat KLIDC yang mendapat tender membida lot tanah di Taman Manggis Fasa 2, Georgetown dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi tujuan pembinaan hospital swasta dan hotel.

Pisau dotnet juga turut melampirkan dokumen-dokumen berkaitan dengan sebuah rumah banglo di Jalan Pinhorn, milik Phang Li Koon yang disewakan kepada Guan Eng dan kemudiannya dibeli oleh Ketua Menteri Pulau Pinang itu.





Sumber AIDCNews

Sumber TKO - 21-3-2016

Guan Eng Pertahan Transaksi Pembelian Hartanahnya

Posted on Saturday, March 19 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



GEORGE TOWN: Walaupun dituduh membeli hartanah di bawah nilaian sebenar, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tetap mempertahankan transaksi tersebut.

Katanya, pembelian rumah banglo itu dibuat secara bebas dan rela hati di antara pembeli dan penjual.


Jelas Guan Eng, hartanah itu dibeli pada harga RM2.8 juta pada 28 Julai tahun lalu daripada individu persendirian, bukannya dari pemaju.

"Shabudin membuat tuduhan bahawa nilai rumah saya sepatutnya lebih tinggi. Walau bagaimanapun ini adalah transaksi ‘bebas dan rela hati' antara saya dan penjual berasaskan dasar kesanggupan secara rela hati pembeli dan penjual (willing buyer-willing seller).

"Penjual merupakan individu persendirian melalui sub-jualan, dan bukan merupakan pemaju perumahan. Selagi tidak ada paksaan atau pengaruh yang tidak wajar, kontrak penjualan rumah ini umpama seperti perkahwinan - ia terpulang kepada kedua-dua pihak masing-masing secara rela hati untuk memutuskan harga yang sesuai, atau teman yang sesuai," jelasnya.

Kesal dengan dakwaan tersebut Guan Eng mencabar Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahya untuk bertemu dengannya secara terbuka bersama pihak media bagi membincangkan isu pembelian banglo kediamannya Ahad ini.

Ujarnya, Shabudin juga perlu mengemukakan bukti berhubung dakwaan yang mengaitkan pembelian rumahnya itu dengan tanah kerajaan negeri di Taman Manggis yang telah dijual kepada pemaju swasta untuk pembinaan hospital swasta dan hotel yang disifatkannya sebagai tidak benar.

Malah isu tersebut disifatkan Guan Eng sebagai isu lama yang dimainkan Barisan Nasional sebelum pilihan raya umum 2013 lalu.

--Astro Awani

Sumber TKO - 19-3-2016



LGE cabar Shabudin tunjuk fakta depan media

Posted on Friday, March 18 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



PETALING JAYA: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mahu melihat semua fakta yang ada dalam tangan Datuk Shabuddin Yahaya berhubung isu pembelian rumah bawah harga pasaran miliknya.

Lantas, pemimpin DAP itu mencabar Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu supaya menghadiri satu pertemuan terbuka bersama media di pejabatnya di tingkat 28, Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), Ahad ini jam 11 pagi.

“Saya cabar beliau (Shabudin) bersemuka untuk berbincang mengenai isu ini di depan pihak media.

“Saya mahu lihat fakta yang mendorong beliau membuat tuduhan seperti ini dan saya tiada apa-apa untuk disembunyikan,” katanya pada sidang media di pejabatnya, lapor portal Harian Metro.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya semalam di Dewan Rakyat mendakwa rumah yang dibeli Guan Eng pada RM2.8 juta di Jalan Pinhorn, George Town adalah di bawah harga pasaran.

Beliau khuatir pembelian itu berkait dengan penjualan tanah seluas 1.1 ekar di Taman Manggis pada harga RM11 juta, yang dimaksudkan untuk pembinaan rumah kos rendah.

Shabudin sekali lagi mengulangi dakwaan itu di luar Dewan, seraya mendedahkan dirinya kepada tindakan undang-undang.

Sementara itu, Guan Eng dilaporkan membayar RM700,000 dalam bentuk tunai dan RM2.1 juta melalui pinjaman bank untuk membeli rumah berkeluasan 10,000 kaki persegi itu pada 28 Julai 2015.

Dalam pada itu, beliau juga mendakwa penjualan tanah Taman Manggis – yang dikaitkan pada pembelian rumah di Jalan Pinhorn itu – dilakukan secara tender terbuka, dan dijual kepada pembida tertinggi.

Guan Eng mendakwa pentadbirannya tidak tahu tanah itu dimaksudkan untuk pembinaan rumah kos rendah.

Pemimpin DAP itu enggan mengambil soalan tambahan daripada pemberita kerana beliau mahu menangani isu dengan Shabudin.

Sumber TKO - 18-3-2016





Laporan polis dibuat isu rumah 'terlalu murah' LGE
Posted on Friday, March 18 @ 14:53:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Satu laporan polis dibuat ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng kerana didakwa membeli membeli sebuah rumah - yang sebelum itu disewanya - pada harga yang luar biasa rendah.

Ia ekoran dalam perbahasan di Dewan Rakyat semalam, anggota Parlimen Tasek Gelogor Datuk Shabudin Yahaya mendakwa Lim terlibat dengan rasuah.

Laporan dibuat oleh pengerusi NGO Pemantau Media Sosial Pasukan Semut Malaysia, Zaparudin Abdul Rahim di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi hari ini.

“Saya baru sahaja buat satu laporan polis dan mohon pihak polis siasat pendedahan dibuat oleh Datuk Shabudin Yahaya Ahli parlimen Tasek Gelugor yang mendakwa Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang terlibat dalam rasuah.

“Banglo yang terletak di Georgetown itu bernilai RM2.5 juta pada 2008 dan ia sudah menjalani proses ubah suai yang besar.

“Berdasarkan semakan rambang, dan disebut ramai orang, nilai semasa banglo berkenaan adalah sekitar RM6.5 juta. Kemudian banglo tersebut di beli oleh Lim Guan Eng pada harga hanya RM2.8 juta. Berapa juta beza itu? ” katanya kepada pemberita.

Beliau meminta rakyat membuka mata terhadap DAP yang sering memburukkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai isu skandal RM2.6 bilion.

“Saya nak tanya, adakah DAP dan kerajaan negeri Pulau Pinang telus dan bersih dari rasuah?

“Saya harap rakyat buka mata, dan dapat menilai. Inilah wajah sebenar DAP. Setiap hari mereka fitnah kerajaan, fitnah Datuk Seri Najib dan memburukkan perdana menteri dengan isu RM2.6 bilion yang isunya dah selesai pun,” katanya.

Justeru, pihaknya mendesak agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan dan mengambil tindakan terhadap Lim.

“Saya juga mendesak pihak berkuasa seperti SPRM ambil tindakan tegas, bertindak secara adil dan profesional.

“Siasat segala dakwaan terhadap ketua menteri Pulau Pinang ini,” katanya.

Sumber TKO - 18-3-2016




Kit Siang: Saya juga sedia kerjasama dengan Najib untuk selamatkan M'sia

Posted on Sunday, March 13 @ 15:06:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Veteran DAP, Lim Kit Siang yang dikritik hebat minggu ini kerana muncul bersama musuh ketatnya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata beliau juga malah bersedia untuk bekerjasama dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak jika itu perlu dilakukan untuk menyelamatkan negara.

"Saya bersedia untuk bekerja dengan mana-mana rakyat Malaysia untuk selamatkan Malaysia, bukan sahaja Mahathir dan (bekas Timbalan Perdana Menteri) Tan Sri Muhyiddin Yassin, tetapi malah dengan Najib sekali pun," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.
Ini, katanya, jika perdana menteri bersedia untuk "mengakui dia telah salah membawa halatuju negara " dan mengakui perlunya “kepada pembaharuan demokrasi dan institusi".
Katanya, beliau percaya kebanyakan rakyat Malaysia boleh mengenepikan kepentingan diri dan mengutama kepentingan negara dan menyokong kempen untuk "menghalang negara daripada menuju ke arah menjadi sebuah negara yang gagal".

Beliau berkata Deklarasi Rakyat yang menggesa Najib meletak jawatan, yang ditandatanganinya Jumaat lepas bersama dengan penentang dari Umno, termasuk Dr Mahathir, hanya merupakan langkah pertama dalam satu perjalanan yang jauh ke arah pemulihan.

"Adalah satu kejahilan yang paling besar bagi sesiapa sahaja untuk berfikir bahawa ada di kalangan 45 orang yang menandatangani Deklarasi Rakyat untuk menyelamatkan Malaysia itu, percaya bahawa sehari selepas menandatangani [...] bahaa Najib Razak ditukar dari jawatan perdana menteri.

"Jalan ke arah perubahan asas politik di Malaysia adalah panjang dan sukar, dengan Deklarasi Rakyat (yang ditandangani ) pada 4 Mac lalu, hanyalah merupakan langkah pertamanya," kata Lim.

Lim berkata segala cabaran selepas perisytiharan itu ditandatangani, hanya boleh dilakukan "satu langkah pada satu masa".

Bagaimanapun, beliau berkata mereka yang menandatanganinya sedar bahawa perubahan kepimpinan perlu disertakan dengan perubahan demokratik dan institusi" atau negara akan balik seperti asalnya".


"Deklarasi Rakyat Simpan Malaysia tidak harus menjadi dokumen oportunis tetapi mesti menjadi pelopor kepada program untuk perubahan demokratik dan institusi untuk menjadikan Malaysia hebat semula di mana semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, kawasan atau politik, boleh semula dapat merasa bangga menjadi warganegara Malaysia, "kata Lim. - MK

Sumber TKO - 13-3-2016




Ni apa pula cerita? LGE atau PAN cuba jawab!

Posted on Friday, February 26 @ 14:56:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Assalamualaikum,,, LGE kata “Khalid dipecat selepas beliau tidak melaksanakan keputusan yang dibuat PKR, dan DAP menghormati keputusan mereka mengenai perkara itu.Maknanya  DAP yang ikut PKR, DAP tidak ada agenda dalam pemecatan TSKI dari jawatannya dan dari PKR.LGE mahu menjustifikasikan tindakannya menamatkan jawatan 2 adun PKR dari GLC Penang dan mahu Azmin Ali menghormati keputusannya seperti dia dan DAP menghormati PKR dalam urusan pemecatan TSKI.

Bodoh betullah kepada yang percaya kepada LGE terutama pencacai PAN kerana seingat saya, yang lantang menentang TGHH dan PAS semasa krisis pemecatan TSKI dulu adalah DAP dan antara yang kuat bersuara ialah LGE!

Kenapa begitu,kalau DAP hanya mengikut PKR kenapa DAP yang lebih lebih  mencanggahi pendirian PAS dan TGHH? Sedangkan PKR sebagai parti yang bertanggungjawab penuh dalam langkah Kajang tidak mengambil tindakan itu.PKR tetap mahu berbaik baik dengan PAS dan yang tampil memutuskan hubungan dengan TGHH ialah DAP.

Kenapa macam tu LGE? Kalau DAP tak ada kepentingan tersembunyi kenapa lebih lebih? Kita juga tahu yang menentang TGHH dalam PAS ialah kumpulan progresif yang kemudiannya jadi jebon mahu merampas kuasa dari TGHH.Ketika inilah terserlahnya hubungan rapat jebon dengan DAP hanya mahu memenangkan DSWA sebagai MB Selangor.Kenapa? Agenda PKR disokong seperti agenda sendiri?

Ni apa pula cerita? LGE atau PAN cuba jawab!

Sumber TKO - 26-2-2016


DAP serlahkan kepimpinan diktator buang dua adun PKR

Posted on Tuesday, February 23 @ 06:46:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


KOTA BHARU – Tindakan Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menamatkan kontrak dua Adun PKR dari jawatan GLC Pulau Pinang menunjukkan ciri diktator dan dua muka (double standard) dalam kepimpinan beliau dan DAP.

Felo Kanan Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM), Dr Kamarul Zaman Yusof berkata, berdasarkan apa yang berlaku di antara Lim Guan Eng dan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini, keberanian Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengkritik Lim Guan Eng dalam isu ini memungkinkan kedudukan Azmin akan tergugat.

“DAP ini nama sahaja Parti Tindakan Demokratik dan dalam perlembagaan saja kata dia mengamalkan demokrasi, tetapi tindak-tanduk pemimpin DAP khususnya Lim Guan Eng jelas membuktikan bahawa ia bukanlah sebuah parti yang menjunjung nilai-nilai demokrasi,” katanya.
Beliau mengulas tindakan Lim Guan Eng yang mendakwa tidak menyangka Mohamed Azmin Ali masuk campur dalam pentadbiran kerajaan Pulau Pinang selepas menyelar tindakannya memecat dua adun PKR dalam agensi dan syarikat berkaitan negeri.

Menurutnya, dalam isu-isu yang mempunyai kepentingan negara seperti National Security Council Bill dan perjanjian perkongsian Trans-pasifik (TPP) sebelum ini para pemimpin tinggi DAP termasuk Lim Kit Siang sendiri berdegar-degar meminta Ahli Parlimen BN menggunakan conscience vote (mengundi mengikut pertimbangan sendiri) kononnya bagi menghormati demokrasi.

“Mengapa pula dalam isu yang menyentuh kepentingan negeri, Guan Eng menyifatkan Adun-adun PKR yang mengundi mengikut conscience vote sebagai mereka yang menikam dari belakang? Tidakkah ini double standard namanya?

“Dan apabila Lim Kit Siang tidak berani menegur tingkah laku melampau anaknya sedangkan ia bertentangan dengan prinsipnya sendiri maka nyatalah Lim Kit Siang juga bukan pemimpin yang benar-benar berpegang kepada prinsip (berpegang kepada prinsip hanya bila prinsip ini menguntungkan DAP sahaja),”katanya.

Dr Kamarul yang juga Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan), Universiti Utara Malaysia turut memberitahu, berdasarkan kepada apa yang berlaku kepada Datuk Seri Abdul Hadi maka tidak mustahil jika akan ada gerakan untuk menjatuhkan kedudukan Mohamed Azmin sama ada sebagai Timbalan Presiden PKR atau Menteri Besar Selangor disebabkan keberanian beliau melawan kehendak Lim Guan Eng ini.

“Pada masa yang sama, apa yang berlaku di Pulau Pinang sehari dua ini menjadi bukti nyata bahawa Perjanjian Pakatan Harapan yang ditandatangani oleh pemimpin tertinggi PKR, DAP dan PAN baru-baru ini hanya indah khabar dari rupa sahaja.

“Perjanjian tersebut hanya wujud di atas kertas sahaja, di mana mekanisme dalaman bagi mengawal pertikaian antara parti-parti komponen yang diwarwarkan dulu? Jika ia berfungsi mengapa pemimpin PKR dan DAP masih bertikai secara terbuka tanpa dikenakan apa-apa tindakan?,”katanya.


  Menurutnya, semua ini tidak syak lagi akan menghilangkan keyakinan rakyat Malaysia kepada kemampuan DAP untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara dalam PRU 14 nanti. - Sinar Harian

Sumber TKO - 23-2-2016


Zairil Kena Jawab: Siapa Zairil Mahu Fitnah Nasruddin Hassan ?

Posted on Monday, February 22 @ 19:04:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Siapa Zairil Khir Johari yang berjawatan Penolong Setiausaha Publisiti DAP pusat mahu memfitnah Ketua Penerangan PAS, Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi, soal facebooker pro PAS, Roslan Abdullah.

Ia merujuk kepada cubaan terbaharu DAP melalui Zairil yang memfitnah Nasruddin dengan menuduh Ketua Penerangan PAS itu menonton filem lucah semasa lawatan kerja ahli Parlimen ke Jerman pada 2014.

“Dalam kes porn yang difitnahkan kepada Ketua Penerangan PAS pusat, Zaril Khir Johari dipergunakan oleh DAP untuk merekayasa cerita yang mengaitkan porno dengan PAS dan kepimpinan PAS.


“Sebaliknya, Allah swt telah memaparkan kejelikan Ahli Parlimen DAP (Zairil) itu yang telahpun beristeri tetapi bermain kayu tiga dengan perempuan lain yang menunjukan sebenarnya si penuduh Zairil Khir Johari adalah akhlaknya adalah telah rosak yang ceritanya tidak boleh diterima pakai,” dedahnya sambil melampirkan gambar-gambar Zairil bersama Dyana Sofya Mohd Daud (di bawah) yang menjadi viral pada tahun lepas


Roslan Abdullah membangkitkan semula isu Zairil dan Dyana sebagai membalas tuduhan terhadap Nasruddin menonton filem lucah di Jerman sejak akhir bulan lalu.

Walau bagaimanapun, tuduhan terhadap Nasruddin hanya bersifat ‘hearsay’ semata-mata berdasarkan sumber Zairil tanpa sebagai bukti sokongan yang kukuh.

Menjawab isu berkenaan, Nasrudin menyatakan tindakan menyebarkan kenyataan di media sosial dengan mendakwa beliau menonton filem lucah satu fitnah keji.

“Tahun lalu (2015) saya menerima fitnah hampir serupa, kononnya saya minum arak di bilik hotel sewaktu lawatan ke Jerman.

“Tahun ini (2016) telah bertukar plotnya kepada menonton filem lucah,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, beliau tidak tahu motif pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah sedemikian rupa.

“Tegasnya saya enggan melayan permainan ‘pihak tertentu’ ini dan ingin saya nyatakan bahawa ini adalah fitnah keji lagi tidak bertanggungjawab yang dilemparkan kepada saya,” katanya.
Zairil yang dijadikan sandaran bukti itu merupakan tokoh kontroversi sejak tiga tahun lepas terutamanya berkaitan dengan biologi keturunan.

Tunku Abdul Aziz Ibrahim

“Zairil Abdullah adalah bukan Melayu. Kedua-dua ibu bapa (biologi) adalah Cina,”kata Bekas Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim yang menambah beliau mengenali Allahyarham Tan Sri Mohd Khir Johari, yang mengambil Zairil sebagai anak angkat.

Tunku Abdul Aziz berkata demikian untuk mengukuhkan hujahnya bahawa tiada seorang pun wakil Melayu dipilih (bukan dilantik) perwakilan DAP dalam pemilihan Jawatankuasa Tertinggi parti itu pada 2012.

Walaupun Zairil kemudian ‘dimenangkan’ kononnya selepas ‘memperbaiki kesilapan teknikal’,
namun Tunku Abdul Aziz tetap menganggap Zairil bukan mewakili Melayu dalam parti tersebut.



“Nama sebenar Zairil adalah Christopher Howard Lim. Lahir di Hawaii, USA. Bapanya bernama Howard Lim, seorang rakyat Singapura. Ibunya juga warga Singapura bernama Christine Lim. Tarikh daftar nama Christopher Howard Lim kepada Zairil adalah pada 21 April 1997 dan pindaan dibuat pada 23 Jun tahun yang sama.

“Zairil atau Christopher adalah anak Howard Lim dengan Christine Lim. Bila Howard dan Christine bercerai, Khir Johari kahwin dengan Christine pada Februari 1996. Christine dan anaknya, Christopher masuk Islam. Christine tukar nama kepada Rose Christine Abdullah, anaknya pula dari Christopher kepada Zairil,” dedah blog Santau Berapi.

Pada tahun 2013, salah seorang anak kandung Khir Johari, Roselina Khir pernah menghantar komen kepada AIDC menasihati Zairil berdiri atas kaki sendiri dan bukannya menumpang populariti arwah Khir dalam membina karier politiknya.

“Benar, dia (Zairil) sepatutnya berdiri di atas platform sendiri, dengan tidak perlu menggunakan nama Pak Khir. Kami tidak pun mengenalinya, sebab ibunya Christine Lim adalah mak tiri yang sejahat ibu tiri ‘Snowwhite’,” katanya.

Allahyarham Khir mempunyai tujuh anak hasil perkahwinan dengan isteri pertamanya, Puan Sri Kalsom Abdul Rahman iaitu Rosita, Amir Sharifuddin, Roselina, Juanita, Nazli, Mazita dan Haizan.

Menurut Roselina, selepas bapanya mengahwini Christine, dia dan enam orang adik beradiknya yang lain tidak dibenarkan berjumpa dengan bapanya lagi.

“Pada ketika itu kami mohon UMNO bantu kami menyelesaikan masalah wanita itu, tapi tak ada bantuan. Dia telah merampas segalanya dari kami.

“Pak Khir masa hidup kita tak dapat berjumpa, habis wang EPF dikeluarkan untuk membeli condominium di KL Sentral dan Seri Kembangan atas nama anak-anak Christine,” katanya lagi.  - AIDCNews

Sumber TKO - 22-2-2016




DAP bertanding di Terengganu? Nak Ambil Kawasan PKR?

Posted on Sunday, February 07 @ 12:17:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUALA TERENGGANU – Senario politik di Terengganu bakal memperlihatkan perubahan pada PRU14 apabila buat pertama kalinya DAP berkemungkinan bertanding di negeri ini.

Walaupun belum ada sebarang pengesahan mengenai perkara itu, gambaran awal dibuat Pengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Hing yang mengakui pihaknya mempunyai peluang bertanding melalui kerjasama dalam Pakatan Harapan di negeri ini.

Gambaran ini seolah-olah membayangkan DAP akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Lebih jelas lagi apabila Chai Hing turut memberitahu keadaan itu berbeza ketika DAP menjalinkan kerjasama politik dengan Pas melalui PR apabila peluang untuk bertanding seolah-olah tertutup buat DAP di Terengganu sebelum ini.

“Masa PR dulu, Pas kata (DAP) tidak boleh (bertanding) sebab dia dominasi. Dia kata kita tidak boleh tanding... tetapi kini melalui Pakatan Harapan, kita ada peluang bertanding,” katanya, di sini.

Mengulas lanjut, Chai Hing mengakui bahawa mana-mana parti sudah tentu mempunyai hasrat untuk bertanding termasuk DAP.

“Ya, memang mana-mana parti mempunyai harapan untuk bertanding dalam pilihan raya (umum) dan menang,” katanya kepada Sinar Harian ketika program Chinese New Year 2016 Pakatan Harapan di Kampung Tiong, di sini.

Chai Hing berkata, setakat ini DAP negeri belum ada perbincangan mengenai perkara itu dan tidak menolak soal pembahagian kerusi memerlukan perbincangan bersama rakan-rakan Pakatan Harapan melibatkan PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Sekiranya kuota kerusi diberikan kepada DAP, beliau memberitahu bahawa ia memerlukan penelitian secara kolektif untuk mengelak sebarang masalah termasuk pertindihan kerusi.

Sumber TKO - 7-2-2016

DAP gantung keahlian MP Kota Melaka dan pengerusi Melaka

Posted on Sunday, February 07 @ 07:10:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



DAP hari ini menggantung keahlian selama setahun terhadap Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him, dan pengerusi DAP Melaka yang juga ADUN Duyong, Goh Leong San.

Setiausaha jawatankuasa tatatertib DAP, Tai Xing Piao berkata dalam satu kenyataan bahawa kedua-duanya digantung keahlian mereka kerana berulangkali membuat kenyataan yang merosakkan reputasi parti.

Beliau berkata penggantungan keahlian mereka berkuat kuasa hari ini dan keahlian mereka dalam DAP hanya akan dipulihkan selepas tempoh tersebut.

"Sim dan Wong, sebagai pemimpin kanan parti, sepatutnya menunjukkan teladan yang baik, terutamanya pada masa rakyat perlu DAP untuk menyediakan kepimpinan.

"Tetapi bukan sahaja gagal berbuat demikian, mereka juga telah membuat tuduhan palsu terhadap kepimpinan parti di media dan di majlis-majlis awam," kata Tai.

Beliau berkata kedua-dua mereka boleh merayu terhadap penggantungan mereka kepada jawatankuasa eksekutif pusat dalam tempoh 14 hari.

Tindakan Sim dan Wong berpunca dari pertikaian undang-undang dengan ahli parti Wong Fort Ping.

Tai berkata, selepas kedua-duanya kalah dalam pertikaian undang-undang terhadap Wong pada 15 September tahun lepas, mereka menyalahkan kepimpinan DAP dan mendakwa parti itu membalas dendam terhadap mereka.

Beliau berkata ekoran kejadian ini, Sim dan Goh membentuk kumpulan yang digelar 'Justice League' dan pada 1 November tahun tersebut, mengadakan majlis makan malam untuk mengumpul dana untuk bayaran guaman mereka, di mana seorang bekas ahli parti telah dijemput untuk berucap dan mengecam parti itu.

"Dalam pendengaran tatatertib pada 18 Disember tahun lalu, mereka diminta untuk menjelaskan tindakan mereka tetapi kedua-duanya gagal memberi jawapan yang memuaskan," katanya.

Tai berkata, walaupun DAP mengakui bahawa Sim dan Goh telah banyak menyumbang kepada parti, tetapi jawatankuasa disiplin merasakan adalah perlu tindakan drastik diambil terhadap mereka.

DAP Melaka terbabit dengan kemelut dalaman sejak sebelum pilihan raya umum lepas apabila pemimpin negeri yang tidak sehaluan dengan Setiausaha Agung Lim Guan Eng bertelagah dengan penyokongnya.

Kepimpinan DAP negeri Melaka telah, dalam pilihan raya umum 2013, menyekat Wong, yang dilihat sebagai memihak kepada Lim, daripada dicalonkan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri Kota Laksamana.

Berikutan itu, seorang calon kompromi, Lai Kuen Ban, yang juga dilihat sebagai memihak kepada Lim, telah dipilih.

Dalam responnya, Sim, yang mempertahankan kerusi Parlimen Kota Melaka di bawah tiket DAP, turut bertanding sebagai calon Bebas menentang Lai di DUN Kota Laksamana, dan mencetuskan krisis dalam parti.

Sim kemudiannya menarik diri daripada bertanding di DUN Kota Laksamana selepas dipujuk oleh pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang dan tidak dikenakan tindakan disiplin.

Tidak lama selepas pilihan raya umum, Goh juga meletak jawatan sebagai ketua pembangkang Melaka kerana membantah kepimpinan pusat yang didakwa campur tangan di negeri ini. Jawatan itu masih kosong hingga sekarang.

Sumber TKO - 7-2-2016


DAP Sarawak Singkirkan PKR?

Posted on Sunday, January 24 @ 11:54:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Pilihan Raya Sarawak semakin dekat tetapi Pakatan Harapan di negeri itu masih terperangkap dalam proses pengagihan kerusi dengan pengerusi DAP negeri Chong Chieng Jen secara terbuka mengakui yang parti itu sedang "bersaing" dengan PKR.

Chong menggambarkan situasi itu di antara DAP negeri Sarawak dan PKR, apabila ditanya mengenai hubungan 2 parti dalam Pakatan Harapan yang sedang bertarung dalam perebutan kerusi menjelang pilihan raya negeri bakal diadakan sama ada pada akhir Mac atau April.

"Kami sedang bekerjasama tetapi juga bersaing. Kami bekerjasama untuk cuba mendapatkan perlawanan satu lawan satu di kerusi negeri," katanya.

"Tetapi kami juga tidak boleh hanya berdiam diri dan selesa sedangkan kami tahu tidak banyak usaha politik yang dilakukan di kawasan pedalaman.

"Adakah kami perlu menunggu dalam zon selesa kami sehingga PKR benar-benar pergi ke kawasan pedalaman untuk membawa kesedaran berpolitik?

"Sangat tidak bertanggungjawab untuk kami terus menunggu," kata Chong kepada The Malaysian Insider dalam sebuah wawancara eksklusif di Kuching.

PKR dan DAP di Sarawak mempunyai hubungan yang mengelirukan dan walaupun banyak usaha sudah dilakukan untuk perundingan mengenai 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), tidak banyak kejayaan dicapai.

Tambahan pula PKR menuduh DAP cuba merampas kerusi di kawasan pedalaman yang sudah didekati mereka.

DAP mempunyai prestasi menakjubkan dalam pilihan raya negeri 2011, memenangi 12 buah kerusi DUN- semuanya di kawasan bandar- daripada peruntukan 15 kerusi yang diletakkan calon.
PKR mempunyai 3 kerusi daripada 49 kerusi DUN - kerusi pedalaman Ba Kelalan diduduki pengerusi negeri Baru Bian, kawasan bandar majoriti kaum Cina Batu Lintang disandang naib pengerusi parti negeri See Chee How dan kawasan pedalaman majoriti kaum Dayak di Krian yang dipegang Ali Biju.

DAP mahu 30-45 kerusi DUN

DAP kini meminta "30-45 kerusi", kata Chong, termasuk 12 kerusi yang dipegangnya sekarang.
Pada Mac tahun lepas, beliau berkata yang partinya berminat kepada 30 kerusi.

Pendirian PKR pula dalam perundingan peruntukan kerusi dipertandingkan ialah meminta jumlah kerusi yang sama diberikan kepada mereka semasa pilihan raya lepas.

Chong berkata, kedua belah pihak sudah mengeluarkan senarai kerusi yang dimahukan dan mendakwa, "akan ada perbincangan".

Beliau enggan mendedahkan lebih lanjut, kecuali menambah perjanjian itu sudah tentu perlu dicapai sebelum hari penamaan calon.

Pengundian perlu dilakukan sebelum atau pada Jun ketika penggal DUN Sarawak akan dibubarkan.

DUN Sarawak kini mempunyai 82 kerusi, peningkatan 11 buah kerusi selepas proses persempadanan semula dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dipenuhi kontroversi.

Jangka masa singkat tidak memberikan ruang banyak untuk kedua-dua parti menyelesaikan pertikaian mengenai calon yang sepatutnya diletakkan di kerusi tertentu, terutama di kerusi Orang Asal atau Dayak di mana PKR mendakwa sudah bekerja keras untuk meraih sokongan penduduk setempat.

Pertelingkahan ini mencerminkan sambutan baik kepada usaha pembangunan infrastruktur kawasan pedalaman dilakukan DAP dikenali sebagai Impian Sarawak, yang digerakkan untuk menyebarkan pengaruhnya di kawasan pedalaman negeri itu.

DAP nafi PKR lakukan kerja akar umbi

Chong menafikan dakwaan PKR yang mereka sudah melakukan kerja akar umbi di kerusi pedalaman lama sebelum DAP memulakan usaha dan berkata Impian Sarawak mencapai lebih banyak kejayaan jika dibandingkan dengan usaha dilakukan PKR.

"Usaha kami lebih meluas melibatkan bidang pendidikan dan pusat perubatan, di samping membantu pembinaan infrastruktur.

"Usaha mereka pula dilakukan di bawah badan bukan kerajaan seperti Light Up Borneo dan Barefoot Mercy. Ok, anda boleh buat semua itu, tetapi di mana mesej politik?

"Kerana pada akhirnya perkara yang paling penting ialah mesej politik kepada penduduk kampung, kerana hanya dengan itu kita boleh melakukan perubahan politik. Apabila kami melakukan projek di kawasan pedalaman, kami juga menimbulkan persoalan yang semua ini ialah tanggungjawab kerajaan Barisan Nasional (BN) dan mereka gagal melakukannya.

"Ini ialah mesej yang perlu dihantar secara berterusan dalam jangka masa tertentu, dan hanya ketika itulah perubahan politik akan berlaku perlahan-lahan di kawasan pedalaman," kata Chong, yang juga merupakan ahli Parlimen Kuching dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Sentosa.

Ketika ditanya jumlah capaian Impian Sarawak, Chong berkata mereka sudah pergi melawat 30 sehingga 40 buah kampung dan menambah cawangan parti itu di Sarawak, terdiri daripada "beberapa ribu ahli", kini mempunyai lebih ramai ahli kaum Dayak berbanding Cina.

Oktober tahun lepas, Abun Sui Anyit dari PKR Sarawak berkata yang parti itu "bimbang akan DAP negeri kerana mereka tidak boleh dipercayai".

Tetapi Chong menimbulkan kegagalan PKR yang hanya mampu memenangi 3 kerusi semasa pilihan raya negeri 2011 sedangkan sudah diperuntukkan banyak kerusi untuk bertanding.

"Jawapan saya ialah tiada kawasan menjadi milik parti tertentu, terutama sekali apabila anda tidak memenangi kerusi kawasan tersebut," katanya.

"Falsafah kami ialah sekiranya anda mahu bertanding di kawasan itu, anda perlu mula bekerja di kawasan tersebut dan bukan hanya turun sewaktu kempen pilihan raya.

"Jadi kami mula bekerja (di kawasan Dayak) sebaik sahaja selepas pilihan raya umum 2013 ketika orang lain masih lagi tertekan dengan kegagalan pembangkang menakluki Putrajaya.
"Ketika itulah kami memulakan Impian Sarawak."

Sumber TKO - 24-1-2016

Mustahil DAP beri kerusi kepada PAN, kata bekas ahli DAP

Posted on Wednesday, January 20 @ 08:43:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



KAJANG: DAP tidak akan memberikan kerusi kepada Parti Amanah Negara (PAN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 demikian pendapat bekas Setiausaha Publisiti DAP Selangor, Tan Tuan Tat.

Beliau juga menggesa DAP supaya memberikan separuh daripada kerusi mereka kepada PAN jika ingin membuktikan DAP adalah sebuah parti yang demokratik.


Bekas Pengerusi DAP Taman Seri Sungai Pelek itu berkata, adalah mustahil untuk DAP memberikan kerusi kepada PAN kerena beliau menyifatkan DAP adalah sebuah parti yang autokratik.

"Soalan saya DAP boleh bagi ke tidak? Bagi saya jika mereka betul-betul amalkan demokrasi mereka harus penuhi permintaan itu dan berikan kerusi kepada PAN.

"Pandangan saya setakat satu ke dua kerusi DAP boleh berikan kepada PAN. Kalau separuh itu tidak mungkin DAP akan berikan. DAP pun ada calon Melayu yang bertanding di beberapa kerusi.

DAP hanya sandiwara sahaja, mereka hanya bermain politik sahaja," katanya kepada pemberita hari ini.

Dalam pada itu, ketika ditanya tentang hasrat DAP untuk meramaikan calon mereka daripada kaum Melayu bagi mendapatkan sokongan Melayu, Tan berpandangan DAP tidak akan berjaya melakukan itu tanpa musuh mereka, iaitu PAS.

"Kita tengok apa yang mereka buat dengan PAS, itu adalah jawapannya kerana tanpa PAS, DAP tidak boleh menang begitu besar. Mereka tidak akan menang.

"Walaupun saya seorang Cina saya sanjungi agama PAS, ini bererti mereka ini kuat. Apa yang dulu mereka ceritakan memang mereka akan lakukan. Pimpinan DAP sekarang ini tidak demokratik," ujarnya.

Terdahulu, Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), Chang Lih Kang mencadangkan agar sebahagian kerusi majoriti Cina milik DAP diserahkan kepada PAN.

Chang yang juga ADUN Teja yang dipetik sebuah portal mencadangkan perkara berkenaan sebagai usaha untuk meyakinkan bahawa DAP sebuah parti berbilang kaum.

Menurutnya, sebagai pertukarannya, DAP boleh bertanding di kerusi majoriti campuran atau majoriti Melayu yang dijangka diperuntukkan kepada PAN.


Katanya, punca DAP menghadapi masalah persepsi di kalangan pengundi Melayu walaupun cuba berusaha keras memenangi hati bangsa itu adalah disebabkan modus operandi parti berkenaan yang aktif dalam politik di kawasan majoriti Cina sahaja. - FMT

Sumber TKO - 20-1-2016


Lim nafi dakwa PAS dapat derma RM2.6 bilion Najib

Posted on Saturday, December 19 @ 08:10:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menafikan beliau menulis tweet yang mengulas hubungan intim di antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, baru-baru ini.

Sehubungan itu, beliau juga menafikan tweet yang menuduh PAS mendapat manfaat daripada
sumbangan derma RM2.6 bilion yang didakwa disalurkan ke akaun bank peribadi Najib.

"Saya tidak pernah mengulas mengenai isu itu sejak Mesyuarat Agung Tahunan Umno
(yang berakhir) minggu lalu. Saya rasa itu adalah hal mereka dan masalah keluarga mereka, bukan
hal kami.

"Ia tiada kaitan dengan saya atau DAP, jangan cuba untuk mengaitkan saya dengan mereka
(Najib atau Hadi), ini adalah kerja-kerja orang jahat dan berniat jahat," kata Lim pada sidang media
hari ini.

Tweet tersebut mendakwa PAS adalah antara pihak yang mendapat tempias daripada wang yang
dimasukkan ke akaun peribadi Najib sebelum pilihan raya 2013.

Satu laporan polis terhadap tweet itu dibuat di Jalan Pattani pada kira-kira pukul 11 pagi ini oleh
pentadbir twitter beliau, Yap Lee Ling.

Walaupun Lim adalah pemegang Twitter @cmlimguaneng, tweet mengenai kerjasama PAS-Umno
itu diposkan menggunakan @DairyYB kira-kira jam 5.50 petang semalam.





Tweet itu berbunyi "PAS antara yang terima bahagian daripada dana RM2.6b. Jadi memang layak
mereka berkawan baik".

Semalam, Najib selaku presiden Umno dan Abdul Hadi berkongsi pentas pada Multaqa Serantau
Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 di Kuala Lumpur.

Bagi penyokong mereka, pasangan itu bukan sahaja mesra tetapi mengenakan berpakaian baju Melayu merah jambu dan duduk bersebelahan antara satu sama lain yang memberi harapan kepada kerjasama di antara kedua-dua parti Melayu terbesar
di negara ini. - MK

Sumber TKO - 19-12-12015


Isu Air di Raub

Posted on Wednesday, December 16 @ 17:33:54 MYT by Reformis

Oleh Mohd.Ariff Sabri

Sejak saya jadi ahli parlimen Raub, masaalah bekalan air merupakan salah satu isiu pokok. Kampung2 di Sega Tat, ulu atok, kuala atok tidak mendaat pembakalan air sejak lama dahulu. Bahkan orang2 dikapung2 ini bergurau dengan saya dengan berkata sejak merdeka, orang2 Sega tidak menikmati bekalan air.
Keadaan ini tidak dibetulkan walapun MCA mewakli Raub sejaka tahun 1970an. Raub tidak peranah ada MP melayu sejak 40 tahun lebih.


Di bandar Raub, setiap 2 hari tidak ada bekalan air. Iniah yang menjadi kelaziman kepada penduduk Raub samada yang diam di bandar atau di kampung2. Kampung seperti kampung SC hanya mendapat pembelaan sejak tahun ini. Pihak JBA telah membekalkan tangki air dalam kampong tersebut.

Jika tidak, ibu bapa lebih rela menyuruh anak dan menantu meraikan hari raya di tempat lain daripada kembali ke kampong SC dan tidak berair.

Ada satu isiu yang saya fikirkan sekitar isiu bekalan air di Raub ini. Ianya ialah respons bangsa Cina dan respons bangsa Melayu.

Orang Melayu yang saya temui redha tidak ada bekalan air. Kadang2 seminggu takde air pun masih berdiam diri. Menerima putus bekalan sebagai suatu kejadian alam dan takdir Tuhan. Mungkin mereka ada perigi atau sumber air yang lain. Atau mereka pergi tumpang rumah saudara mara. Atau rela bersakitan menunggu bekalan air yang dihantar denga lori pihak JBA( sekarang PAIP).

Demikian lah kesabaran orang Melayu, melihat masaalah air di raub sebagai suatu kejadian semua ladi. Sifat da fiil seperti inilah yang di eksploitasi oleh UMNO.

Tidak pernah terlintas dalam fikiran orang melayu bahawa masaalah ini mungkin akibat dari kesilapan manusia. Pump yang ada substandard, paip saluran yang dibekalakan lama dan mungkin bawah standard, atau peruntukan dikurangkan. JBA di perbadankan tapi pemperbadanan itu tidak disertai dengan dana yang mencukupi.

Sehingga saya tidak sampai hati untuk menyerang dan menyalahkan pengurus PAIP daerah. Dia telah berusaha sehabis kuat untuk meringankan beban dan rasa sakit hati masyarakat Raub.

Saya menegah ahli DAP bersihat confrontational dengan pihak PAIP. Saya memilih untuk accommodate dan memahami masaalah. Lagi pun, sebagai pihak yang meminta bantuan, saya merasakan kita harus bersopan.

Respons masyarakat Cina amat berbeza sekali. Putus air sehari pun, mereka akan mencari ahli parilmen dan pejabat saya untuk menyelesaikan masaalah ini.
Sikap combative seperti ini saya harap di minimakan. Saya rasa kita harus memahami dan berkerjasama dengan pihak pembekal air untuk kesentosaaan hidup bermasyarakat.

Jalan tengah mesti kita ambil. Janganlah kita mebiasakan diri kita menerima ini sebagai suatu kebiasaan dan kejadian alam. Kita mesti memikirkan kemungkinan masaalah ditimbulkan oleh kesilapan manusia.

Pada masa yang sama, janganlah kita terlalu mendesak dan kombatif. Saya khuatir, isiu ini akan mendapa dimensi perkauman. Jagan kita merasakan kita ada hak mendesak dengan keras tanpa peka kepada perasaan orang lain.

Saya telah membangkitkan perkara bekalan air di Raub sejak 2013 ketika pertama kasli masuk parlimen. Saya telah diberitahu bahawa bajet untuk membaiki keadaan sudah pun ada.

Saya lihat tangki air atau reservoir di Keloi sudah di bangunkan. Pada masa yang sama, saya melhat proses mengganti paip yang lama sedang dijalankan.

Saya berharap pihak berwajib jagan lupa menggantikan pam2 yang melancarkan bekalan air. Dan pastikan bila pembelian dilakukan, asset yang dibeli itu senilai dengan belanja yang dikeluarkan.


Sumber DD - 16-12-2015


Lim Guan Eng Dalang Kumpulan G25 & Gagasan ‘Maqasid Syariah’ II ?

Posted on Friday, December 11 @ 16:35:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



AIDCNews - Kenapa kumpulan yang kononnya mendakwa mewakili 25 tokoh Melayu profesional atau G25 memilih Kerajaan DAP Pulau Pinang untuk menganjurkan program pertama mereka bertajuk “Forum G25 : Maqasid Syariah Dalam Demokrasi Perlembagaan” ?

Forum itu dianjurkan bersama oleh G25 dengan kerjasama badan pemikir kerajaan negeri, Penang Institute, diadakan di Olive Tree Hotel, Bayan Lepas, Pulau Pinang, pada 31 Oktober.
Ia dirasmikan oleh Ketua Menteri yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

g251“Forum G25 : Maqasid Syariah Dalam Demokrasi Perlembagaan,” anjuran bersama G25 dengan badan pemikir Penang Institute, 31 Oktober di Olive Tree Hotel, Pulau Pinang. Dari kiri Datuk Latifah Merican Cheong (G25), Tan Sri Mohd. Sheriff Mohd. Kassim (Penasihat G25), Datuk Saifuddin Abdullah (PKR/ketua setiausaha sekretariat Pakatan Harapan), Lim Guan Eng (DAP/Ketua Menteri), Zairil Khir Johari, (DAP/Pengarah Eksekutif Penang Institute), Dato’ Abdul Malik Kassim (PKR/Exco Agama Islam kerajaan negeri), Dr. Afif Bahardin (PKR/Exco Pertanian kerajaan negeri), Dato’ Noor Farida Mohd Ariffin (jurucakap G25), dan Dato’ Dr Anwar Fazal (G25/ Perancang Interfaith Council-IFC)

Forum G25 itu yang menggunakan elemen Islam -Maqasid Syariah-untuk melindungi gagasan agenda liberal dianggap janggal apabila majoriti pembentang bukan ahli G25, tetapi di kalangan pemikir-pemikir liberal dari Majlis Peguam Malaysia dan pensyarah dari Universiti Singapura.

fkyers-maqasid.jpg
penang instituteSesi Panel 1- Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Syariah. Dari kiri; Nizam Bashir Abdul Kariem Bashir (Majlis Peguam Malaysia), Dato’Noor Farida Ariffin (moderator), Aston Philip Paiva (Majlis Peguam Malaysia) dan Lim Heng Seng (Majlis Peguam Malaysia)

g252Sesi Panel 2 – Isu-isu konflik dalam sistem undang-undang majmuk. Dari kiri; Dr Nawab Osman (Universiti Teknologi Nanyang Singapura), Dato ‘Anwar Fazal (moderator), Dr Syed Farid Alatas (Universiti Kebangsaan Singapura) dan Dr Maznah Mohamad (Universiti Kebangsaan Singapura) Mengapa G25 yang mendakwa diri mereka bekas penjawat awam kanan yang mempunyai rangkaian di pelbagai sektor awam dan swasta, akhirnya memilih memilih badan pemikir DAP, Penang Institute sebagai rakan kongsi mereka untuk menganjurkan program itu.

Kenapa tidak dipilih badan pemikir yang tidak dilihat berkecendrungan elemen politiknya, serta lokasi penganjuran di universiti awam atau swasta atau mana-mana bangunan institusi yang berkecuali untuk membuktikan G25 tidak berpihak.

organisation-chart2015 penang institute

Organisasi badan pemikir Penang Institute. board pi
g253Datuk Latifah Merican Cheong ( G25) bersama Ketua Menteri Lim Guan Eng Keputusan G25 memilih Penang Institute sebagai rakan kongsi dan Lim Guan Eng sebagai perasmi forum mengsahkan lagi bahawa DAP adalah dalang di sebalik agenda penubuhan kumpulan tersebut.

Apatah lagi dengan penglibatan Dato sebagai salah seorang inner circle G25.

Dr Sharom yang berkelulusan dari Universiti Singapura, pernah menjadi Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar/ Akademik/ Pembangunan Penyelidikan) Universiti Sains Malaysia adalah salah seorang pemikir kerajaan DAP Pulau Pinang.

SONY DSC

Dato Dr Sharom Ahmat (bertanda bulat) adalah salah seorang proksi nama Melayu yang dianggap pemain di belakang tabir Penang Institute. Dr Sharom juga adalah pengerusi badan pemikir kepada SERI (Socio-economic and Environmental Research Institute). SERI ditubuhkan pada tahun 1997, merupakan badan pemikir kerajaan negeri pada waktu itu, namun apabila DAP memerintah negeri itu, peranan SERI dijenamakan dalam nama baharu yang dikenali sebagai Penang Institute. Dr Sharom sebenarnya proksi kepada Liew Chin Tong, Pengarah Eksekutif SERI (di sebelah kiri). Liew pula pemikir utama kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng
maqasiq
Lim Guan Eng Dalang Kumpulan G25 & Gagasan ‘Maqasid Syariah’ ?

Sumber TKO - 11-12-2015


Bolehkah kita percaya pembangkang?

Posted on Saturday, December 05 @ 15:13:12 MYT by paktam

Oleh Mahadzir Ibrahim 

Berdepan dengan politik kuasa di peringkat nasional, nyata sekali masih banyak kelemahan dalam gabungan politik pembangkang, dan ia menimbulkan kemusykilan rakyat.Maka penganalisis dan penggemar politik merasakan wujudnya ketidaksediaan pembangkang mengambilalih kuasa kerajaan Barisan Nasional (BN).

Sehingga hari ini, kerajaan Umno/BN pada setiap sesi perbahasan di Parlimen mahu pun Dewan Negeri, terus menerus menerima tekanan kuat dari sebelah pembangkang, baik dalam perbahasan bajet mahu pun perbahasan rang undang-undang (RUU) dan sebagainya.


Sungguhpun begitu, hubungan politik antara parti pembangkang ketika ini haru-biru (termasuk baru-baru ini sebahagian wakil rakyat PAS tidak bersama dengan wakil DAP dan PKR menolak bajet BN di Parlimen).

Namun momentum penentangan, iaitu perbahasan dasar di Dewan Rakyat oleh wakil rakyat pembangkang, tetap ampuh ketika berdepan dengan kerajaan BN di setiap negeri dan di Parlimen.
Di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor sahaja, wakil rakyat BN sendiri merasa lelah dengan perdebatan dewan.

Suhu ini tidak akan surut sehinggalah penggal kerajaan BN tamat, malah kita percaya keadaan ini akan lebih hangat dan kritikal lagi menjelang PRU14.

Ini penting kerana, kekuatan pembangkang hari ini bukan lagi bergantung pada hubungan gabungan antara parti, tetapi kekuatan itu hari ini lebih nyata dalam aspek hubungan tugas sebagai wakil rakyat, baik di DUN mahupun Parlimen.

Ekosistem ini berubah kerana momentum keresahan rakyat terhadap isu utama dalam aspek ekonomi dan sosial. Hal kepartian sudah tidak begitu menjadi agendanya.

Jika diukur hebat atau utuh sekali pun hubungan gabungan politik antara parti pembangkang, ia belum tentu dapat menggugah hagemoni kuasa politik BN di Dewan Rakyat, malah ia juga belum tentu dapat mengolah gelombang penentangan rakyat terhadap dasar pemerintahan BN.

Perkara kedua, sekali pun gabungan pembangkang ini retak seribu, kerajaan negeri seperti di Selangor dan Pulau Pinang kekal stabil pada dasarnya, baik dalam urus tadbir dan juga dalam aspek pertumbuhan ekonomi dan urusan kebajikan sosialnya.

Tidakkah kita merasa satu perkara yang agak unik apabila keadaan politik kepartian meliar dan meribut, tetapi tugas hakiki sebagai wakil rakyat dan kerajaan dapat terus berjalan dengan teratur malah cekap?

Indikasi ini sangat penting apabila kita rujuk kembali visi pakatan pembangkang yang berhasrat membawa satu budaya politik yang baharu menolak kuasa politik BN.

Kita sering menggambarkan menerusi kekuatan gabungan antara parti, barulah ia boleh membawa kejayaan politik menukar kerajaan BN. Saya fikir gambaran itu, hari ini, boleh menipu kita kembali.

Dalam politik baharu seperti mana hasrat pembangkang, kekuatan sebenar yang boleh menumbangkan BN bukan semestinya terletak di situ (parti).

Tidak bermakna parti tidak penting, tetapi dalam senario kebencian rakyat terhadap BN pada masa ini, kekuatan itu sebenarnya banyak bergantung di peringkat pembuat atau merangka dasar ekonomi, sosial, pendidikan, kebudayaan dan sebagainya.

Gabungan berkepentingan rakyat ini mungkin bentuknya belum dapat dizahirkan sebagai satu entiti mudah difahami oleh rakyat biasa, macam "alien". Kerana kita semua berazam membentuk sistem dwiparti iaitu BN dan Pakatan. Maka bentuk lain selain BN atau Pakatan, sukar muncul atau tak dapat difahami.

Imaginasi itu terhenti setakat di sini sahaja, ini kelemahannya.

Dalam merangka dasar, baik di peringkat DUN atau Parlimen, kefahaman dan kerjasama antara wakil rakyat pelbagai parti amat penting untuk mengundi sesuatu dasar atau undang-undang, berbeza dengan identiti parti yang sering memisah dan menjarakkan kerjasama.

Sebagai contoh, Bersih. Kempen ini menjadi massa dan berpengaruh bukan kerana kekuatan politik kepartian, sebaliknya kerana semua pihak telah bersetuju dengan perjuangan Bersih baik di peringkat awam dan wakil rakyat di Parlimen, termasuk sebahagian daripada kerajaan BN.

Oleh itu, Bersih berjaya membawa mesejnya walaupun ada parti politik yang tidak menyokong atau menyertainya.

Contoh kedua, kempen PAS untuk hudud. Ia gagal di peringkat pembuat dasar (Parlimen). Ini kerana dasar tersebut tidak mendapat sokongan majoriti wakil rakyat daripada pelbagai parti politik hatta Umno yang kononnya sanggup menerima pembentangan RUU itu.

Jadi nyata sekali, gabungan parti politik bukan lagi menjadi kekuatan utama menjana kemenangan, sebaliknya kekuatan itu terletak pada para pembuat dasar termasuk mereka di kalangan NGO politik dan sosial.

Cuma, bagaimana hal ini dapat dipermudahkan untuk kefahaman dan penerimaan rakyat.
Kepercayaan tidak boleh dipaksa, tetapi boleh dibina. Jadi adakah kita boleh percaya pada pembangkang?

* Mahadzir Ibrahim merupakan pengarah pendidikan politik DAP Johor.

Sumber DD - 5-12-2015


BN jangan guna alasan 'keselamatan'

Posted on Friday, December 04 @ 17:50:41 MYT by paktam

Oleh WONG KAH WOH

Adakah kerajaan BN cuba merampas sistem perundangan dan demokrasi yang sedia ada dengan membentangkan Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara 2015?
DAPSY mendesak supaya kerajaan menarik balik rang undang-undang ini dengan segera supaya ahli parlimen, pengamal undang-undang dan rakyat berpeluang untuk meneliti, mengkaji dan berunding tentang perkara ini.

Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara 2015 memberikan kuasa yang amat luas dan besar kepada Majlis Keselamatan Negara dan perdana menteri.

PM akan berkuasa mengisytiharkan mana-mana kawasan sebagai kawasan keselamatan sekiranya kawasan tersebut didapati “diganggu atau diancam dengan serius oleh mana-mana pihak yang menyebabkan bahaya kepada orang ramai” dan juga berkuasa mengeluarkan perintah berkurung.

Kita harus mengambil iktibar bahawa kerajaan pernah memberikan jaminan semasa pembentangan Rang Undang-Undang pada tahun 1960 bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak akan digunakan terhadap ahli pembangkang.

Kita sedia maklum, hakikatnya berbeza selepas ISA diluluskan. Mereka yang memegang kuasa menterjemahkan istilah “ancaman terhadap keselamatan negara” dengan sebegitu luas.

Kita juga sedia maklum lebih daripada 30 ahli politik, ahli akademik, aktivis telah dituduh di bawah Akta Hasutan sejak 2014 sedangkan perdana menteri telah memberikan janji untuk menghapuskan akta tersebut pada tahun 2011.

Cara untuk mengisytihar sesuatu kawasan sebagai satu kawasan keselamatan adalah terbuka kepada tafsiran yang luas. Hal ini membuka ruang untuk penyalahgunaan, sekiranya akta ini diluluskan. Lebih-lebih lagi memandangkan kredibiliti perdana menteri juga dipersoal pada masa ini.

Satu lagi perkara yang perlu dijelaskan adalah sama ada perisytiharan tersebut akan menyebabkan berlaku darurat, di mana sistem pilihan raya ditangguhkan.

Kita boleh melihat bahawa Datuk Seri Najib Razak boleh melumpuhkan institusi yang terlibat dalam penyiasatan skandal 1MDB hanya dengan melantik seorang peguam negara baru.

Untuk tujuan sama, beliau juga melantik empat orang anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang negara ke dalam Kabinet.

Maka, kita boleh bayangkan betapa besar kesannya sekiranya perdana menteri diberikan kuasa yang sebegitu luas dan muktamad dalam Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara 2015.

Sehari sebelum Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara 2015 dibentangkan, Menteri Pertahanan Dato’ Seri Hishammuddin Hussein memberikan amaran bahawa IS bercadang untuk menculik tiga orang pemimpin utama negara.

Persoalan yang timbul sekarang, adakah ia sekadar merupakan satu wayang kulit oleh pihak kerajaan untuk menjustifikasi pembentangan Rang Undang-Undang ini dengan melulu? Adakah ini satu usaha kerajaan untuk merampas sistem demokrasi yang sedia ada?

Kami meragui niat kerajaan BN memperkenalkan rang undang-undang ini, yang membawa bayang-bayang POTA, SOSMA dan Akta Hasutan. Perdana menteri pernah berjanji untuk memansuhkan undang-undang tersebut.

Undang-undang sebegini kononnya berniat untuk melindungi keselamatan negara tetapi digunakan untuk melindungi kepentingan peribadi pihak tertentu untuk menindas pengkritik kerajaan.

Janganlah kerajaan BN sekali-kali cuba menggunakan alasan keselamatan untuk mencapai tujuan politik yang tersirat.

WONG KAH WOH ketua DAPSY Kebangsaan dan ADUN Canning.

Sumber DD - 4-12-2015



Benarkah DAP ada perjanjian sulit P. Pinang 2008?

Posted on Monday, November 30 @ 11:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu




GEORGE TOWN: Lim Guan Eng dicabar supaya menerangkan adakah benar wujudnya perjanjian sulit dalam DAP pada 2008 untuk jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Huan Cheng Guan membuat desakan itu susulan risalah yang mendakwa wujudnya perjanjian itu yang disebarkan pada Konvensyen DAP Pulau Pinang.

Katanya, Setiausaha Agung DAP itu perlu menjawab dakwaan tersebut bagi menjaga kepentingan rakyat.

“Apakah sebenarnya perjanjian itu? Pengundi DAP ada hak untuk tahu,” katanya kepada FMT.

Risalah itu menyebut “Lim Guan Eng adakah awak masih ingat? 8 Mac 2008 Hotel Hard Rock Café, Pulau Pinang. Awak rompak jawatan Ketua Menteri seseorang. Tetapi ok dan kita buat perjanjian. Tetapi sekarang awak mengkhianati perjanjian itu”.

Risalah itu diedarkan kepada perwakilan yang menghadiri konvensyen itu di Bukit Jambul pada pagi Ahad.

Beberapa ahli parti kanan percaya perjanjian itu membolehkan Guan Eng menjadi Ketua Menteri hanya satu penggal sebelum diserahkan kepada Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow.

“Penting untuk rakyat tahu apakah perjanjian itu. Guan Eng tidak boleh melarikan diri seperti lazimnya apabila ditanya soalan.

“Jika risalah sebegini boleh diedar oleh ahli DAP sendiri, ada sesuatu yang tidak kena di sini. Hanya Guan Eng sahaja boleh memberikan penjelasan perjanjian itu,” kata Huan.

Dia mendakwa, Guan Eng tidak pernah diuji sama ada diterima oleh ahli DAP di Pulau Pinang dan kerana itu dia mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang bertanding dalam permilihan DAP negeri untuk membuktikan pengaruhnya lebih kuat berbanding Chow.


Dalam demonstrasi bantahan di pusat konvensyen, beberapa ahli DAP mendesak Guan Eng memberi laluan kepada Chow sebagai Ketua Menteri yang baharu. - FMT

Sumber TKO - 30-11-2015


Mesyuarat DAP Pulau Pinang berdebat tentang penukaran ketua menteri

Posted on Monday, November 30 @ 07:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Seorang perwakilan di konvensyen DAP Pulau Pinang hari ini berkata jawatan ketua menteri perlu dipikul pengerusi negeri jika jawatan itu dikhaskan untuk parti.

Shamsher Singh Thind dari cawangan Taman Chai Leng berkata, jawatan ketua menteri Pulau Pinang patut diberikan kepada pengerusi DAP negeri yang mempunyai sokongan akar umbi.Seorang lagi perwakilan, K Kristan pula berkata, seorang ketua menteri wajar diberikan hanya 2 penggal untuk berkhidmat.

Pagi ini, pengerusi negeri Chow Koon Yeow berkata perpaduan dalam parti kekal utuh dan sokongan perlu diberikan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Pagi ini sebelum konvensyen bermula, sekumpulan individu dengan kain rentang menyokong Chow sebagai ketua menteri muncul di tempat konvensyen, sebuah hotel di Bukit Jambul.

Lim bagaimana pun enggan mengulas berkenaan kejadian itu sewaktu disoal pemberita dan menyuruh mereka mengajukan soalan itu kepada Chow.

Perbahasan mengenai jawatan ketua menteri bermula apabila DAP Pulau Pinang berhadapan insiden enam Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang menentang kelaziman berkaitan satu usul daripada pembangkang Barisan Nasional (BN) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) lebih seminggu lalu.

Usul BN itu mencetuskan kontroversi apabila seorang Adun DAP mengundi menyokongnya,
sementara 5 lagi wakil rakyat PKR tidak mengundi atas dasar mendengar suara hati mereka.
Lim yang berang dengan insiden ini menuduh 5 Adun PKR itu sebagai pengkhianat kerana dianggap berpihak kepada BN apabila tidak mengundi.

Menurut Shamser, jika wakil rakyat Pakatan Harapan dikehendaki membangkang semua usul BN dan tidak boleh mengundi berdasarkan suara hati, maka mereka sepatutnya dahulu menolak usul gabungan pemerintah itu di Dewan Rakyat bagi menaikkan gaji ahli Parlimen.

Cakap-cakap berkenaan ketidakpuasan hati di peringkat ahli akar umbi di Pulau Pinang bermula dengan cara DAP mengendalikan Adun Tanjung Bungah Teh Yee Cheu, yang mengundi menyokong usul BN berkenaan penambakan tanah.

Teh merupakan satu-satunya wakil DAP yang menyokong usul itu namun selepas sidang ditangguhkan, beliau meminta maaf pada sidang media yang dianjurkan Lim.

Minggu lepas, beliau meletak jawatan sebagai setiausaha organisasi DAP negeri dan berkata tidak menyesal dengan keputusan itu.

Teh juga konsisten mendesak agar jawatan ketua menteri dihadkan kepada 2 penggal sahaja.
Teh hari ini juga bertanding dalam pemilihan parti di peringkat negeri.

Seorang lagi perwakilan, Lim Cheng Hoe dari cawangan Sri Tanjung Bungah menggesa agar calon dengan jumlah undi tertinggi dilantik menjadi pengerusi negeri.

"Tidak perlu lagi calon dengan 15 undi tertinggi berbincang sesama mereka siapa dapat jawatan apa. Ahli-ahli di luar tak akan tahu perkara yang berlaku dalam mesyuarat," katanya.

Menurut tradisi sistem pengkaderan DAP, 15 orang dengan undi tertinggi akan berbincang tentang lantikan jawatan eksekutif dan melantik 5 orang lagi ke dalam jawatankuasa negeri.

Hari ini, 48 pemimpin negeri dan akar umbi bertanding merebut 15 jawatan tersebut. Mereka terdiri daripada Adun, ahli Parlimen serta ahli majlis.

Sumber TKO - 30-11-2015


Perwakilan DAP dakwa pemilihan tidak telus

Posted on Sunday, November 29 @ 21:32:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar




GEORGETOWN - Perwakilan ke Konvensyen Biasa DAP Pulau Pinang 2015 hari ini membidas sistem pemilihan jawatankuasa parti DAP negeri yang didakwa tidak telus dan saksama.  

Perwakilan dari Taman Chai Leng Shamsher Singh Thind berkata sistem pemilihan anggota jawatankuasa DAP negeri harus diubah kerana tidak memberi kuasa sepenuhnya kepada akar umbi memilih pemimpin mereka.


"Sistem pemilihan jawatankuasa DAP Pulau Pinang harus diubah supaya menjadi lebih telus kepada mereka yang mendapat undi yang tinggi dan diberi jawatan pengerusi," katanya ketika sesi perbahasan konvensyen itu di sini hari ini.



Beliau turut menggesa Jawatankuasa Pusat (CEC) dan Jawatankuasa DAP negeri mensyaratkan jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang, sekiranya diberi kepada DAP, harus diserahkan kepada pengerusi DAP negeri dan bukan kepada yang lain.



Terdahulu, perwakilan Sri Tanjung Bungah Lim Cheng Hoe turut membangkitkan perkara sama supaya kepimpinan parti dapat membuat perubahan dalam sistem pemilihan jawatankuasa negeri.



Katanya mana-mana pemimpin yang mendapat undi yang tertinggi dalam pemilihan jawatankuasa negeri seharusnya diberi peluang memimpin parti sebagai pengerusi.



"Dalam sistem lama, 15 pemimpin yang terpilih akan diundi sekali lagi untuk menentukan jawatan masing-masing dan sistem ini tidak memberi kelebihan kepada pemimpin yang mendapat undi tertinggi," katanya. -Bernama
Sumber TKO - 29-11-2015



‘Jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang patut disandang anak
tempatan’

Posted on Sunday, November 29 @ 18:59:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang sepatutnya dipegang Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow,
bukannya Setiausaha Agung parti, Lim Guan Eng yang tidak mempunyai sebarang jawatan dalam
parti pemerintah Pulau Mutiara itu.

Seorang perwakilan parti, Shamser Singh Thind dari Taman Chai Peng berkata, mandat untuk 

menjadi Ketua Menteri perlu diberikan kepada individu berasal dari Pulau Pinang, sebaik-baiknya 

pemimpin akar umbi, bukannya orang luar.



Lim yang merupakan wakil rakyat di Melaka sebelum ini, dilahirkan di Johor.



“Ia hanya adil kepada seseorang yang berasal dari Pulau Pinang untuk memimpin rakyat Pulau 

Pinang dan untuk warga Pulau Pinang memutuskan siapa yang patut memimpin mereka,” katanya 

yang mendapat sorakan gemuruh daripada perwakilan dalam dewan di Hotel Equatorial, ketika sesi 

perbahasan sempena Konvensyen DAP Pulau Pinang, hari ini.



Beliau turut mencadangkan proses pemilihan ahli jawatankuasa ditukar, memandangkan ia tidak memberi kuasa penuh kepada akar umbi untuk memilih pemimpin mereka seperti dalam pemilihan Pemuda Sosialis DAP, baru-baru ini.



“Sebagai contoh, majoriti telah memilih (Ahli Parlimen Puchong) Gobind Singh Deo di Selangor, 

tetapi (Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara) Tony Pua yang berada di tempat kelapan, dipilih sebagai 

Pengerusi DAP negeri.



“Perkara sama berlaku di Perak,” kata Shamser yang memetik mendiang Karpal Singh sebagai 

berkata, tiada kawan atau musuh kekal dalam politik.



Beliau turut mempersoalkan tindakan DAP berpaut kepada PAS di Selangor, apabila Pulau Pinang 

sudah membentuk kerajaan Pakatan Harapan yang terdiri daripada Parti Amanah Negara (Amanah), 

DAP dan PKR.



“Sekarang ia kelihatan seperti ada empat parti dalam Pakatan Harapan. Adakah ia sukar untuk DAP 

melepaskan ‘kekasih lama’?” soalnya.



Beliau berkata, kerajaan negeri di Selangor terdiri daripada empat parti, iaitu DAP yang mempunyai 

15 kerusi, PKR 13 kerusi, PAS 13 kerusi dan Amanah dua kerusi.



“Bukan itu sahaja, tiga daripada exco negeri adalah pemimpin PAS.



“Mengapa DAP masih berdampingan dengan musuh terbaru, PAS selepas perceraian itu?” soal 

Shamser yang turut membangkitkan isu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, baru-baru

ini.



Beliau mempertikaikan kerajaan negeri pimpinan DAP, khasnya Lim, menegur wakil rakyat yang 

menyokong usul dikemukakan BN itu.



“Setahu saya, di Pulau Pinang, wakil rakyat Pakatan Harapan tidak boleh menyokong atau undi 

berkecuali usul pembangkang.



“Tetapi Pakatan Harapan masih mengharapkan Ahli Parlimen Barisan Nasional menyokong undi 

tidak percaya terhadap (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib Razak.



“Jika ia adalah kewajipan wakil rakyat Pakatan Harapan untuk membantah semua usul Barisan 

Nasional, saya mahu tanya kenapa tidak ada seorang pun Ahli Parlimen Pakatan yang membantah 

kenaikan gaji bulanan Ahli Parlimen di Parlimen?” soalnya.


Pada persidangan DUN Pulau Pinang lalu, Muhamad Farid Saad (BN-Pulau Betong) mengemukakan
usul yang mencadangkan semua projek penambakan tanah di laut bagi pembangunan, tertakluk
 kepada perdebatan umum.

Susulan itu, Speaker DUN, Datuk Law Choo Kiang menolak usul Muhamad Farid, selepas 23 Adun
membantah, 10 menyokong dan lima berkecuali, pada dua minggu lalu.

Mereka termasuk Ong Chin Wen (PKR-Bukit Tengah), Dr Norlela Ariffin (PKR-Penanti), Lee Khai
Loon (PKR-Machang Bubuk), Cheah Kah Peng (PKR-Kebun Bunga) dan Dr T. Jayabalan (PKR-
Batu Uban).

Ahli Dewan Undangan Negeri DAP-Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu yang menyokong usul BN itu,
bertindak meletak jawatan sebagai Setiausaha Organisasi DAP Pulau Pinang berkuat kuasa 23
 November lalu.

Ingin menambah sesuatu pada laporan ini? Sila maklumkan melalui komen di bawah.




Sumber TKO - 29-11-2015

Kroni-Kroni Ketua Menteri Lim Guan Eng Didedah…

Posted on Sunday, November 29 @ 14:30:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

Sekurang-kurang terdapat empat tokoh rangkaian kroni Lim Guan Eng, semasa memegang kuasa 
sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, dedah BBCD.
Empat tokoh rangkaian kroni Lim sepertimana yang ditunjukkan dalam gambar rajah di atas adalah
melalui adiknya, Lim Hooi Eng (Setiausaha DAP Pulau Pinang), Tan Kok Peng (ketua projek
menarah bukit), Miss P (Pemilik rumah banglow yang disewa Lim) dan Lim Kean Seng (penyelia
 akhbar Cina).

Tan Kok Peng merupakan individu paling dominan apabila dia juga mempunyai hubungan dengan
Miss P dan Lim Kean Seng.

Dia juga mempunyai hubungan dengan Hong Yeam Wah, Pengarah Urusan tan Wah Group yang
turut mempunyai hubungan dengan adik perempuan Lim melalui tunangnya, Tan Khai Chong.

Tan Kok Peng juga mempunyai tiga tokoh rangkaiannya sendiri iaitu Ewe Swee Kheng, CEO
IDEAL PROPETY (tidak dinamakan) dan Ong Seng Soon.

Dalam gambar rajah itu Lim juga mempunyai hubungan dengan Cheah Cheng Hye, namun
peranannya tidak dijelaskan.

Gambar rajah sama juga turut disiarkan Pemikir Kota.

Selama dua penggal Lim memegang tampuk pemerintahan Pulau Pinang, dalam senyap Lim giat
mengumpul kekayaan yang dikutip dari hasil-hasil kerajaan negeri melalui kroni-kroni yang telah
dilantik untuk menerajui sektor-sektor dalam kerajaan negeri. - Sumber

Sumber TKO - 29-11-2015



Bagi KM kepada Kon Yeow, Guan Eng balik Melaka

Posted on Sunday, November 29 @ 00:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



GEORGETOWN - Lebih 40 orang berkumpul di hadapan Komtar menyatakan bantahan terhadap 

kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng, tengah hari ini.
Mereka berkumpul kira-kira setengah jam itu sambil memegang sepanduk menyatakan sokongan
terhadap Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow untuk menggantikannya sebagai ketua
menteri.

Mereka turut meminta Guan Eng meletak jawatan dan menyerahkan jawatan itu kepada Kon
Yeow.

Difahamkan, mereka turut membawa sepanduk meminta Guan Eng pulang ke Melaka dan
membiarkan jawatannya di pegang oleh wakil rakyat yang berasal dari negeri ini.

Jurucakap kumpulan itu yang enggan dikenali berkata, mereka mahu Kon Yeow yang berasal dari
Selangor dan sudah menjadi penduduk Pulau Pinang sejak 1986 mengambil alih jawatan
berkenaan.

Beliau berkata, negeri ini semakin menjadi bandar raya yang mengandungi bangunan dan
kediaman mewah untuk orang berpendapatan tinggi terutama warga asing.

Untuk orang yang berpendapatan rendah sememangnya tidak mempunyai peluang tinggal di sini.
Ini kerana, tiada perumahan mampu milik dibina.

"Ramai rakyat keluar dari Pulau Pinang. Kita bimbang penjualan tanah yang tidak terkawal,
masalah kesesakan, banjir, penarahan bukit tanpa kelulusan serta kemusnahan alam sekitar.

Sepanjang Guan Eng menjadi ketua menteri, tiada apa yang dilakukan di sini. Dia tidak
memahami apa yang rakyat Pulau Pinang mahu kerana bukan berasal dari sini," katanya.

Tinjauan mendapati, mereka berkumpul sambil memegang sepanduk tertulis antaranya "Chow
Kon Yeow, kami mahu anda", "Chow Kon Yeow ketua menteri, kami mahukan anda", "Lim Guan
Eng balik Melaka".

Guan Eng yang berasal dari Melaka mula memegang jawatannya itu pada 2008 selepas PR
memenangi PRU12 dengan mengalahkan BN.

PR berjaya mengekalkan kuasa pada PRU13 dan membolehkan Guan Eng kekal sebagai ketua ,
enteri.

Bagaimanapun, perbalahan yang berlaku tahun ini menyebabkan Kerajaan Pulau Pinang pimpinan
DAP memutuskan hubungan dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Tindakan DAP itu menyebabkan Pas negeri mengambil keputusan memutuskan hubungan dengan
Kerajaan Pulau Pinang.

Sehubungan itu, pakatan baru ditubuhkan dengan nama Pakatan Harapan yang dianggotai Parti 
Amanah Negara (Amanah), DAP dan PKR. 

Sumber TKO - 29-11-2015


Lim akui wujud masalah DAP dengan PKR

Posted on Friday, November 27 @ 05:52:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang, hari ini mengakui wujudnya masalah parti itu dengan PKR
dalam beberapa perkara.

Namun katanya, masalah itu adalah biasa sahaja dan tidak akan menjejaskan hubungan dalam
Pakatan Harapan serta percaya gabungan itu mampu kekal sehingga pilihan raya umum ke-14.

“Kami ada sedikit masalah, itu biasa. Walaupun ada masalah, saya percaya dan yakin Pakatan
Harapan akan terus kekal berbanding Pakatan Rakyat,” katanya di Alor Setar yang dipetik oleh
portal Sinar Harian.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hari ini menolak alasan PKR berhubung tindakan lima
ADUN parti itu yang memutuskan untuk berkecuali berhubung usul Umno mengenai projek
penambakan laut pada sidang DUN Pulau Pinang baru-baru ini sebagai "mengikut suara hati".

Malah, Lim menyifatkan membayangkan tindakan mereka itu sebagai rampasan kuasa dalam PKR
Pulau Pinang.

Pada program melawat Pasar Koboi di Alor Setar, yang bermula kira-kira jam 9 pagi tadi, Sinar 
Harian melaporkan tiada wakil PKR yang hadir.

Lim hanya diiringi pemimpin DAP, termasuk
Penolong Setiausaha Kebangsaan Wanita DAP,
Young Syefura Othman; Pengerusi DAP Kedah, Tan
Kok Yew dan Pengerusi Parti Amanah Negara
(AMANAH), Dr Ismail Salleh.

“Mereka tidak hadir bukan sebab masalah komunikasi
tetapi wakil PKR hadiri sidang Parlimen. Mereka akan
hadir program ceramah pada waktu malam.

“Program anjuran Pakatan Harapan ini adalah bagi menunjukkan kepada rakyat bahawa kita kuat
dan sentiasa bersama untuk lebih berjaya dalam PRU14,” katanya dipetik portal itu.

Menurut Lim, penubuhan Pakatan Harapan adalah sebagai persiapan awal membentuk gabungan
lebih mantap untuk menghadapi pilihan raya selepas PR terbubar.

“Pakatan Rakyat hancur kerana PAS tidak mahu ikut dasar-dasar bersama dan prinsip konsenses
yang kita persetujui.

“Kita yakin Pakatan Harapan boleh mengisi kekosongan politik yang ada khasnya selepas pilihan
raya untuk menggantikan BN,” katanya lagi.

Mengulas ketidakhadiran Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam majlis
pelancaran Pakatan Harapan peringkat negeri Perlis baru-baru ini, Lim mengakui berlaku sedikit
masalah.

“Saya rasa itu hanya disebabkan masalah komunikasi, tiada sebab lain,” katanya lagi. - MK

Sumber TKO - 27-11-2015



Sokong usul Umno, wakil rakyat DAP letak jawatan parti

Posted on Wednesday, November 25 @ 16:08:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



ADUN Tanjung Bungah Teh Yee Cheu yang mengundi menyokong usul Umno menuntut lebih
ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam urusan projek penambakan laut di Pulau Pinang tetapi
kemudian memohon maaf, telah melepaskan semua jawatan parti.

Setiausaha DAP Pulau Pinang Lim Hui Ying berkata, Teh melepaskan jawatan setiausaha
penganjur berkuatkuasa hari ini.

"Peletakan jawatan melalui e-mel itu dialamatkan kepada Pengerusi Dap negeri Chow Kon Yeow
dan setiausaha," kata Lim.

Dalam surat peletakan jawatannya, Teh
memaklumkan bahawa beliau telah membuat
 keputusan untuk melepaskan jawatannya kerana
mengundi menyokong usul Umno pada sidang
DUN Pulau Pinang pada 20 November lalu.

Usul mengenai penambakan laut itu difailkan oleh
Muhammad Farid Saad (BN - Pulau Betong) yang
mahu kerajaan negeri menjalankan kajian
menyeluruh, mengadakan rundingan awam, dan
membatalkan projek-projek baru yang belum diluluskan dan tidak memberi manfaat kepada rakyat.

Lima wakil rakyat PKR berkecuali semasa pengundian usul itu yang menyebabkan Ketua Menteri
Lim Guan Eng menuduh ada pihak yang sedang merancang untuk merampas jawatan timbalan
ketua menteri itu yang dikhususkan kepada parti itu.


Sumber TKO - 25-11-2015


DAP: Demokratik yang tidak demokratik

Posted on Tuesday, November 24 @ 16:07:13 MYT by paktam

Oleh IRFAN ES

PADA Jun 2013, Partai Keadilan Sejahtera (PKS) mengundi menolak usul kenaikan harga bahan
api di Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia. Walaupun PKS merupakan
sebahagian dari gabungan parti yang membentuk kerajaan Indonesia – parti
lain ialah Partai Demokrat, PPP, PKB dan PAN (Partai Amanat Nasional,
bukan Parti Amanah Negara) – mereka tetap membantah rancangan
penarikan subsidi tersebut kerana ia dianggap membebankan rakyat.

Seperti yang dijangka, keputusan PKS itu menerima cemuhan hebat daripada
rakan-rakan sepakatan. Bahkan ada yang menyuruhnya segera keluar dari gabungan pendukung
kerajaan. Tiga menteri kabinet daripada PKS pula didesak supaya meletak jawatan.

Fungsi parlimen

Parlimen dan Dewan Undangan Negeri merupakan satu cabang kerajaan yang dipilih rakyat,
berfungsi untuk menyuarakan kepentingan rakyat di kawasan yang diwakili, menggubal
undang-undang-undang serta memantau urus tadbir pihak eksekutif (Perdana Menteri, Menteri
Besar, Ketua Menteri).

Sepatutnya setiap wakil rakyat mempunyai hak untuk meluahkan pandangan masing-masing demi
kebaikan orang ramai yang diwakilinya.

Namun dalam politik Malaysia, yang biasa kita saksikan ialah wakil rakyat mengundi mengikut
ketua masing-masing. Meskipun dalam keadaan tertentu bersatu hati sebulat suara dalam sesuatu
isu merupakan suatu yang baik, tetapi dalam beberapa situasi lain, ia menyekat kebebasan dan
kreativiti wakil rakyat bagi mengutarakan buah fikiran mereka secara telus.

Lebih menyedihkan, wakil rakyat yang mengemukakan pendapat bertentangan dengan ketua/
sekutu mereka sering pula dilabel dengan bermacam gelaran malah dituduh mahu bersatu padu
dengan parti lawan.

Bajet 2016

Apabila PAS membuat keputusan untuk berkecuali dalam usul Bajet 2016 baru-baru ini, PAS
dilemparkan dengan pelbagai cercaan dari setiap penjuru. Ia dituduh mahu bergabung dengan
Umno/BN – tuduhan yang diulang-ulang sejak 2008 tapi sampai kini tidak pernah terjadi.

PAS memiliki pendirian tersendiri dalam hal ini, iaitu Belanjawan 2016 ada baik dan ada buruknya. Yang baik perlu diteruskan sementara yang buruk perlu dibaiki.

PAS mengambil iktibar dari peristiwa government shutdown di Amerika Syarikat selepas perbahasan belanjawan 2014 negara tersebut di Kongres menemui jalan buntu. Akibatnya, dari 1 sehingga 16 Oktober 2013, 800 ribu kakitangan awam Amerika
Syarikat dihentikan kerja buat sementara, manakala 1.3 juta lagi diarah bekerja tanpa jaminan bila
gaji akan dibayar.

Walaupun telah mengambil pendirian rasmi sebegini, PAS tidak pula menghukum tiga ahli
parlimennya yang memilih untuk mengundi menolak Bajet 2016. Pandangan mereka tetap
dihormati.

Isu tambak laut Pulau Pinang

Di Sidang DUN Pulau Pinang pada 20 November 2015, ADUN Pulau Betong, Muhammad Farid
Saad daripada BN membangkitkan isu tebus guna tanah seluas 2,600 hektar berhampiran muara
Sungai Pinang. Ia mengakibatkan hidupan laut terancam dan menjejaskan kehidupan 500 nelayan
di kawasan itu. Beliau mencadangkan supaya semua projek penambakan tanah di laut bagi
pembangunan hendaklah tertakluk kepada perdebatan umum.

Usul beliau telah disokong oleh seorang ADUN DAP, Teh Yee Cheu (DAP-Tanjung Bungah),
sementara 5 ADUN PKR memilih untuk berkecuali. Mereka ialah Ong Chin Wen (PKR-Bukit
Tengah), Dr Norlela Ariffin (PKR-Penanti), Lee Khai Loon (PKR-Machang Bubuk), Cheah Kah
Peng (PKR-Kebun Bunga) dan Dr T. Jayabalan (PKR-Batu Uban).

Reaksi yang diberikan oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng ialah, Adun PKR itu bersama Umno.

Ini merupakan satu komen yang kurang matang dalam konteks demokrasi, yang menitikberatkan
kemaslahatan rakyat sebagai tumpuan utama, bukan hanya sekadar pak angguk kepada ketua/
abang besar pakatan masing-masing.

Reaksi Lim Guan Eng itu kemudiannya ditegur oleh Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang,
sambil menyifatkan tuduhan bahawa PKR memihak kepada Umno sebagai tidak wajar.

Sebenarnya isu serupa sudah pun dibangkitkan awal November ini oleh Persatuan Pengguna Pulau
Pinang (CAP), yang meminta penjelasan kerajaan negeri berhubung aktiviti penambakan laut di
Permatang Damar Laut yang dibimbangi menjejaskan alam sekitar dan kehidupan 300 nelayan
pantai yang bergantung pada sumber laut di situ.

Memanfaatkan demokrasi untuk rakyat

Pilihanraya Umum 13 telah lama berlalu, manakala Pilihanraya Umum 14 masih jauh. Sebaiknya
ruang yang ada ini dimanfaatkan semaksima mungkin oleh para pemimpin untuk memakmurkan rakyat marhaen.

Berlebih-lebihan dalam bermain politik sebenarnya amat merugikan kita semua. Bayangkan
perasaan rakyat Selangor ketika melihat kumpulan politikus tertentu yang tidak habis-habis mahu
menyingkirkan PAS dari kerajaan negeri Selangor. Bukankah lebih baik masa yang terluang
digunakan untuk bekerja memajukan negeri dan menyenangkan rakyat?

Bayangkan perasaan rakyat Kelantan apabila menyaksikan  golongan opportunis tertentu
mengumumkan mahu menjatuhkan kerajaan Islam Kelantan – satu misi yang turut dimiliki oleh
Umno sejak tahun 1990 lagi.

Cukup-cukuplah main politik. Marilah bekerja untuk rakyat

Sumber DD - 24-11-2015


Sikap Guan Eng buktikan wujud keretakan DAP-PKR
Posted on Monday, November 23 @ 21:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Berita

KUALA LUMPUR - Tindakan ‎Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang menuduh lima
wakil rakyat PKR 'bersama Umno' menunjukkan berlakunya keretakan hubungan antara DAP dan
PKR di Pulau Pinang.

Ketua Pemuda MCA, Senator Chong Sin Woon berkata, keretakan ini berlaku kerana lima wakil
rakyat tersebut bertindak berkecuali ‎daripada mengundi usul tebus guna tanah di Pulau Pinang.

‎"Kita nampak sangat keretakan dan perpecahan di pakatan selepas pergaduhan di antara  DAP dan
Pas.

"Sekarang PKR juga menunjukkan ketidakpuasan hati mereka," katanya sewaktu ditemui
pemberita di Parlimen, hari ini.

Mengulas lanjut, Sin Woon menjelaskan bahawa Guan Eng kini semakin angkuh dan langsung
tidak boleh menerima sebarang komen dan kritikan.

"Sudah ada di depan mata kita bagaimana keangkuhan Guan Eng dan menjadikan dia seorang yang
tidak boleh menerima sebarang komen termasuk di Pulau Pinang," katanya lagi.

Sebelum ini, Pemuda PKR Pulau Pinang mendesak Guan Eng menarik balik dan memohon maaf
secara terbuka atas keterlanjuran membuat tuduhan melulu terhadap lima wakil rakyat PKR
berikutan isu usul tambakan laut.

Ia ekoran tindakan lima wakil PKR tidak mengundi di dalam usul isu tebus guna tanah seluas lebih
2,600 hektar. -SH

Sumber TKO - 23-11-2015


Bukti hansard menunjukkan YB Chong berbohong?

Posted on Monday, November 23 @ 15:17:04 MYT by paktam

Oleh Harris Nasril

Berikut adalah kenyataan ahli parlimen Bandar Kuching, Chong Chieng
Jen di akaun Facebook beliau, mempertahankan kejadian huru hara
tempoh hari di dewan rakyat ketika beliau menggunakan bahasa Inggeris:

"Apabila saya cuba mempertahankan hak istimewa Sarawak, contohnya
hak ahli parlimen Sarawak untuk berbahasa Inggeris di parlimen, 
cybertroopers Umno semua keluar dan menyerang (di akaun Facebook)
saya.


"Saya yakin majoriti besar rakyat Sarawak menyokong pandangan dan pendirian saya. Daripada
rakyat biasa Sarawak ini saya membina kekuatan"


"Semakin ganas a serangan Umno pada saya untuk mempertahankan hak Sarawak, lebih banyak
mudah untuk kita rakyat Sarawak untuk menolak Umno dan BN.

"Untuk BN Sarawak, kini adalah masa untuk anda memutuskan hubungan dengan Umno dan
keluar dari BN. Selagi anda kekal dalam BN, anda akan tunduk kepada telunjuk Umno dan
memudahkan penjajahan Umno di Sarawak ."

Agak lucu saya membacanya,  kerana terlalu ketara inilah yang YB Chong  inginkan, political
miliage di atas isu sensitif yang beliau sengaja mulakan sendiri.  Di media sosial, video beliau
gagap berbahasa Inggeris menjadi viral dan menjadi bahan lawak. Malah ada juga video parodi
 "Tututu Hulu Hala" disebarkan

Malahan di Facebook beliau, komen "tutu hulu hala" facebookers penuh sehingga beratus, itu
yang beliau anggap adalah cybertrooper Umno.

Adakah benar huru-hara tempoh hari adalah kerana Chong mempertahankan hak berbahasa
Inggerisdi dalam Dewan Rakyat?

Saya meneliti hansard pada 17 November 2015 untuk memahami konteks apa sebenarnya yang
berlaku. Adakah beliau dihalang speaker untuk bercakap dalam bahasa Inggeris?

Berikut adalah petikan dari hansard Dewan Rakyat:

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada
Bekalan 1010200 - Pengurusan Dewan. Mr. Chairman, since the formation of Malaysia in 1963,
the rights and privileges of Sabah and Sarawak have often been neglected, forgotten and brushed
 aside. That is what I’m trying to bring up today. I wish to set the record straight, that in particular
in respect of the rights of MP for Sabah and Sarawak we are entitled to use English language in t
his House.

Tuan Pengerusi [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Dia kena dengan izin Speaker Yang berhormat.

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]:  Mr. Speaker, that is a difference. Dengan izin ada as
of  right.

Tuan Pengerusi [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]:  Penampang menggunakan bahasa Inggeris
dengan izin Speaker. Tetapi pada ketika itu juga Speaker bagi tahu dia tidak ingin jadikan itu
sebagai kebiasaan.

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]:  Mr. Chairman, Mr. Chairman, Mr. Chairman. The
use of English is guaranteed under Article 161?

Tuan Pengerusi [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Kita ada peraturan mesyuarat, dengan izin
speaker dalam Dewan.

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Dengan izin. Under Article 161(1) “No act of
Parliamenterminating or restricting the use of the English language for any purpose mentioned in
clause (2) to  (5) of articles.

Tuan Pengerusi [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Saya yakin Yang Berhormat boleh berucap
dalam bahasa Malaysia.

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Ini, no it is a different matter, it is not whether I can
speak in bahasa or I cannot speak in bahasa Malaysia.

Tuan Pengerusi [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: I can also speak in English Yang Berhormat.

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: But the whole thing is that, this is our rights here. Mr.
Chairman you are also from Sabah. This is our right, we should not...

Tuan Pengerusi [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Saya tahu tetapi tempoh hari itu kita bagi
keputusan  kita tidak inginkan itu jadi kebiasaan dalam Dewan.

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: We should not unnecessarily restrict our rights as
guaranteed under the constitution, sub clause. There is a specific reference in the constitution to the
use of English language in either House of Parliament by a member for or from the state of Sabah and Sarawak. What do you want Yang Berhormat Bintulu? What do you want?

Daripada hansard di atas, jelas menunjukkan YB Chong tidak mematuhi Peraturan Mesyuarat 8
Dewan Rakyat, di mana peraturan tersebut menyatakan dengan jelas bahasa rasmi di Dewan
Rakyat adalah bahasa Malaysia tetapi bahasa Inggeris boleh digunakan dengan meminta izin
speaker.

Ini memang  menjadi kebiasaan, malah ahli Parlimen pembangkang yang lain juga akur dengar
peraturan tersebut.

Walau bagaimanapun, Chong dengan sengaja secara angkuh terus berucap menggunakan bahasa
Inggeris, tanpa menghiraukan peraturan mesyuarat tersebut. Beliau hanya berbuat demikian setelah
diingatkan sebanyak 3 kali.

Beliau tahu ini akan menyebabkan huru hara di dalam Dewan, kerana itulah yang beliau inginkan
kerana pilihanraya negeri Sarawak semakin hampir. Apabila kejadian ini kecoh dan menjadi tajuk
berita, beliau kemudian menggunakannya konon hak beliau dirampas.

(Untuk rekod, Chong merupakan wakil rakyat Bandar Kuching selama 3 penggal sejak 2004,
beliau memang selama ini menggunakan bahasa kebangsaan ketika berucap.)

Apa yang berlaku di dalam Dewan Rakyat adalah sebaliknya, malah timbalan speaker
membenarkan beliau bercakap dalam bahasa Inggeris selama 10 minit sehinggalah masa beliau
tamat. Perhatikan ansard seterusnya:

Tuan Pengerusi [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: For the time being, for the time being I will
allow him, that’s it.

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Thank you Mr. Chairman for allowing me to use
English language and I hope after much research you will concur with what I have said today and
shut the mouth of those who objected. Thank you Mr. Chairman.

Tuan Pengerusi [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Ya, terima kasih. Habis sudah.

Dato’ Seri Tiong King Sing. [Bintulu]: Tuan Pengerusi, ini mana boleh...

Tuan Pengerusi [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Bandar Kuching sudah habis.

Dato’ Seri Tiong King Sing. [Bintulu]: Ini tidak cakap perpaduan. Keharmonian dalam negara kita...
[Dewan riuh]

Tuan Pengerusi [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Cukuplah Yang Berhormat. Tidak apalah Yang
Berhormat. [Dewan riuh] Bangunlah Yang Berhormat Penampang. Yang Berhormat Penampang
pada peringkat dasar hari ini pun diberi kebenaran  Tuan Pengerusi untuk berucap dalam Bahasa
 Inggeris. [Dewan riuh]

Apa yang dapat disimpulkan adalah, Dewan Rakyat tidak pernah menghalang YB Chong dari
berucap dalam bahasa Inggeris, cuma ia perlulah dilakukan mengikut peraturan mesyuarat, ada adab
dan susilanya tanpa menunjukkan bahasa kebangsaan dianak tirikan.

Apa tidak cukupkan 60 tahun kita merdeka, kenapa kita masih mengagungkan bahasa penjajah?
Tidak dapat dinafikan bahasa Inggeris itu penting, tapi kepentingannya tidak harus menjadikan
bahasa kebangsaan yang kita banggakan sebagai kelas ke-2
.
Kepada YB Chong, anda tidak perlu melakukan political stunt murahan sebegini untuk melonjakkan
nama dan parti kamu. Secara khusus, anda mungkin memperoleh sedikir miliage untuk pilihanraya
negeri Sarawak yang akan dilakukan pada bila-bila masa.

Tetapi pada negara amnya, apa yang anda lakukan adalah “damage” yang teruk kepada DAP, di
mana kini ia dilihat sebagai parti yang tidak menghormati bahasa kebangsaan, yang akan
mengakibatkan undi melayu hilang.

Menang sorak kampung tergadai. Projek Impian Sarawak yang sedang dilakukan DAP adalah satu
kempen politik yang bagus, bukan apa yang anda lakukan.

Akhir sekali, tidak pula terdengar suara tokoh pejuang bahasa yang saya segani A Samad Said
(yang menyertai DAP), bercakap dalam isu ini?

Sumber DD - 23-11-2015 


AMK PP gesa Lim Guan Eng tarik tuduhan 'memihak
kepada Umno'


Posted on Sunday, November 22 @ 14:53:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

Respon

Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menarik balik tuduhan bahawa lima ADUN PKR di negeri itu "memihak kepada Umno".

Ia ekoran sikap berkecuali wakil rakyat PKR itu berhubung isu tebus guna tanah seluas lebih 2,600 hektar di muara Sungai Pinang.
Dalam satu kenyataan, sayap PKR itu turut mendesak Lim yang juga setiausaha agung DAP supaya memohon maaf kepada lima wakil PKR itu di atas ketelanjuran membuat tuduhan terbabit.

Mereka juga menyuarakan kecewa dengan tuduhan yang "tidak wajar dan tidak berasas" yang dikeluarkan oleh ketua kerajaan kepada ADUN yang menyokong kepimpinan beliau sejak 2008.

"Keputusan untuk tidak mengundi pada usul isu tebus guna tanah seluas lebih 2,600 hektar itu tidak boleh dijadikan kayu ukuran untuk sewenang- wenangnya menuduh ADUN PKR memihak kepada Umno.

"Lima ADUN PKR yang mempunyai pandangan berbeza dan menyatakan pendirian untuk berkecuali sewaktu undian dijalankan perlu dihormati.
"Mereka juga bukan semata-mata perlu menjadi boneka DAP walaupun ADUN PKR adalah sebahagian daripada organisasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang," kata AMK Pulau Pinang.

Semalam dilaporkan Lim berkata PKR mesti "menilai dengan teliti" keputusan lima ADUN parti itu yang berkecuali dalam proses pengundian dalam usul dikemukakan pembangkang di DUN kelmarin.

Sidang DUN Pulau Pinang membincangkan usul kontroversi yang dikemukakan Muhammad Farid Saad (BN-Pulau Betong) mengenai isu tebus guna tanah itu berhampiran muara Sungai Pinang yang akan menyebabkan hidupan laut terancam dan menjejaskan kehidupan nelayan.
Selepas dibahaskan, usul itu diundi dan akhirnya ditolak apabila ia hanya mendapat lapan undi sokongan, manakala 22 lagi menolak. Lima Adun PKR pula bersikap berkecuali.

Sementara itu Ketua AMK Nik Nazmi Nik Ahmad bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu dan akan mengulasnya selepas ini.
"Saya pun baru saja dapat maklum tentang komen itu. Mungkin lepas ini saya akan keluarkan
apa-apa ulasan lanjut," kata beliau yang juga exco Selangor.

Sumber TKO 22-11-2015


DAP mula menunjukkan sikap sebenar terhadap Bahasa
Kebangsaan

Posted on Wednesday, November 18 @ 23:06:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

Pendapat

Ahli Parlimen DAP dari Bandar Kuching berkeras mahu berbahas dalam bahasa Inggeris di dalam 

Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia. Beliau berpandangan perlembagaan negara membenarkan 
ahli-ahli parlimen dari Sarawak menggunakannya.

Sikap DAP dalam banyak perkara yang telah menjadi dasar bersama Pakatan Rakyat sebelum ini 

dan PAKATAN HARAPAN yang kononnya mengganti PR amat meragukan. Misalnya Islam 
sebagai agama rasmi, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan hak keistimewaan Melayu.



Sebelum ini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim telah menukar nama 

perkampungan Bagan Nakhoda Omar kepada nama Cina.

Rakyat Malaysia sepatutnya bertanya dan mendapatkan pengesahan sama ada penggunaan bahasa 

Inggeris dalam parlimen adalah pendirian rasmi PAKATAN HARAPAN atau hanya pendirian Ahli 
Parlimen DAP dari Bandar Kuching?

Sangat penting untuk PAKATAN HARAPAN untuk menjelaskan sama ada mereka bersetuju 

dengan pandangan DAP bahawa Bahasa Inggeris boleh digunakan dalam Parlimen atau tidak.

Mereka yang menyertai AMANAH dan berjinak-jinak dengan AMANAH harus sedar dan insaf 

tentang tipu muslihat DAP dalam banyak perkara berkenaan isu-isu negara termasuk 3 perkara yang 
telah disepakati bersama,

Jangan kita menyesal kemudian hari setelah tanah tumpah dan agama kita tergadai. Masa itu tidak 

berguna lagi akibat kebodohan kita memahaami isu-isu sekarang.


Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/


Sumber TKO - 18-11-2015



Pua: DAP memang berhasrat Rampas Dun Taman Templer
Daripada PAS

Posted on Monday, November 16 @ 20:14:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

Berita

Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua berkata, parti itu memang berhasrat untuk bertanding di DUN
Taman Templer yang kini dikuasai PAS.

Menurutnya lagi, pihaknya serius untuk bertanding di kawasan itu dengan turut menubuhkan
sebuah pusat khidmat komuniti DAP Taman Templer.

Bagaimanapun, katanya, keputusan untuk bertanding di kawasan tersebut belum muktamad
 memandangkan pihaknya akan berbincang terlebih dahulu dengan rakan mereka dalam Pakatan
Harapan.

"Kami memang berhasrat untuk bertanding di DUN Templer. Tapi ini bukan keputusan muktamad
Pakatan Harapan.

"Kita akan berbincang macam adik-beradik bersama rakan seperjuangan kami dalam Pakatan
Harapan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis perasmian Pusat Khidmat Komuniti DAP
Taman Templer.

Pua yang juga MP Petaling Jaya Utara berkata DAP ingin bertanding di kawasan itu kerana jumlah
peratusan pengundi Melayu dan Cina tidak mempunyai perbezaan yang ketara.

Di DUN Taman Templer, katanya, sebanyak 50.4 peratus terdiri daripada pengundi Melayu, 34.6
peratus pengundi Cina dan 12.8 peratus pengundi India.

"Pembangkang berjaya tawan DUN (Taman)
Templer buat kali pertama pada pilihan raya
 2013. PAS mendapat undi sebab ada Pakatan
Rakyat bukannya parti PAS itu.

"Oleh sebab itu penting bagi kita sekarang ada
gabungan politik baru, Pakatan Harapan, untuk
kekalkan kerusi ini.

"Saya percaya majoriti dari pengundi yang di
Taman Templer dan Parlimen Selayang beri undi
pada gabungan politik dan bukan parti individu,"
 katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pula berkata, beliau memberi sepenuh
kepercayaan terhadap DAP Selangor untuk menentukan sama ada parti itu ingin bertanding di
kawasan berkenaan atau tidak.

"Apa-apa berkaitan Selangor ia diuruskan Tony Pua. Kita akan sokong apa-apa pendirian oleh DAP
Selangor," kata Guan Eng.



Sumber TKO - 16-11-2015

Guan Eng kata Exco Pas 'buat jahat'

Posted on Sunday, November 15 @ 20:39:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

Respon

SHAH ALAM - Ketua Menteri Pulau Pinang, ‎ Lim Guan Eng telah menunjukkan sikap kebencian 
melampaunya terhadap Pas apabila menuduh Exco Pas Selangor sebagai 'buat jahat' berhubung isu‎ 
kenaikan elaun guru guru Kafa, kata  Setiausaha Pas Selangor, Mohd Khairuddin Othman.

Mohd Khairuddin berkata, kata-kata Guan Eng itu boleh dinilai ‎sendiri oleh rakyat sama ada Pas
'buat jahat' atau sebaliknya.

"Kalau usaha Pas Selangor semenjak 2008 ini (memperjuangkan kenaikkan elaun guru Kafa
daripada RM1,300 kepada RM1,500) dianggap jahat oleh Lim Guan Eng, maka rakyat sendiri boleh
 menilai.

"Apakah Pas Selangor dianggap jahat kerana telah memperkasakan institusi masjid serta
memperjuangkan kewujudan Kolej Intergrasi Tahfiz Selangor?," katanya dalam satu kenyataan
medianya hari ini.

Mohd Khairuddin berkata demikian bagi mengulas kenyataan Guan Eng hari ini yang menyatakan
DAP perlu terus berada dalam kerajaan Selangor untuk memastikan Pas 'tidak buat jahat'.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, DAP perlu berada dalam kerajaan negeri itu bagi
menghalang Pas melaksanakan dasar yang tidak baik kepada rakyat negeri itu.

Dalam pada itu, Mohd Khairuddin berkata, pihaknya percaya ramai ahli DAP di Selangor masih
rasional dan tidak bersetuju dengan pandangan tersebut. - SH
Sumber TKO - 15-11-2015


Guan Eng cuba tutup kesalahan sendiri

Posted on Friday, November 13 @ 11:21:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

Berita

GEORGETOWN - Ketua Menteri, Lim Guan Eng dilihat tidak boleh duduk senang apabila 
seringkali menyalahkan kerajaan negeri terdahulu yang dipimpin BN dalam pelbagai isu.

Adun Pulau Betong, Muhammad Farid Saad berkata, Guan Eng juga dilihat cuba menutup
perbuatannya terutama dalam isu tebus guna tanah dengan menuding jari kepada kerajaan negeri
terdahulu.

“Beliau sering menyalahkan BN apabila mengeluarkan kenyataan bahawa BN lebih banyak
menambak laut sepanjang 50 tahun memerintah Pulau Pinang. Ingin saya nyatakan disini, projek
penambakan yang diluluskan BN telah memberi manfaat kepada rakyat.

“Ketua Menteri sekali lagi dengan mudah menyalahkan pentadbiran negeri sebelum ini (BN) dengan
mendakwa BN lebih banyak tambak laut.

Apa yang saya lihat, Guan Eng seolah-olah tidak boleh hidup tanpa menyalahkan pentadbiran
sebelum ini, sedangkan beliau sudah berkuasa lebih daripada tujuh tahun di sini,” katanya, kelmarin.

Muhammad Farid berkata demikian ketika mengulas kenyataan Guan Eng yang mendakwa hanya
24.3 hektar kawasan tambak laut yang diluluskan kerajaan negeri Pakatan Harapan sepanjang lapan
tahun memerintah.

Guan Eng berkata, ia berbeza berbanding kerajaan negeri BN yang meluluskan 1,311 hektar tanah
untuk tambakan laut sepanjang 50 tahun parti itu memerintah negeri ini.

Katanya lagi, 24.3 hektar ekar tanah kawasan tambak laut itu diluluskan untuk dua projek
pembangunan bercampur  termasuk pembinaan Velodrom pertama di Pulau Pinang. - Sinar

Sumber TKO - 13-11-2015


Cabaran Dap di Dun Templer (Siri 3)

Posted on Friday, November 13 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

Analisis Isu



1. Tiba-tiba Dun Taman Templer menjadi terkenal. Dun ini dulu menjadi percaturan pimpinan 

Umno untuk memenangi kerusi Ketua Bahagian. Siapa jadi Ketua Bahagia, hadiahnya lumayan. 

Di Dun Templer ada 400 ekar penempatan setinggan Bukit Botak dengan 5000 pengundi, yang 

menerima hujan duit setiap 5 tahun sekali. Ini salah satu bukti rasuah susah dipisahkan dari Umno.



2. Ada cadangan untuk memalayakan nama Dun Taman Templer sebab ia nama penjajah. Mungkin 

nama yang lebih melayu ialah Dun Sri Selayang, macam Dun Sri Gombak, Dun Sri Petaling dan Dun

Sri Kembangan. Nama melambangkan jatidiri dan nama menzahirkan identiti. Mungkin perlu dipilih 

nama yang lebih islamik kerana Dun ini dimenangi oleh Parti Islam.



3.  Dun Taman Templer terletak di dalam PBT Majlis Perbandaran Selayang (MPS). Pihak Berkuasa

Tempatan (PBT) yang diserbu SPRM bulan bulan lepas akibat kakitangan penguatkuasanya terima 

habuan dari rumah urut dan mesin kuda. Ia adalah kes yang biasa di zaman Umno sebelum Pru13, 

tapi bukan di zaman Pakatan selepas Pru13. Mungkin kerana budaya rasuah Umno meresap ke PBT.



4. Hal ehwal PBT di bawah Exco PBT yang dipegang oleh Adun Dap sejak Pakatan memerintah. 

Mula-mula Ronnie Lieu, kemudian Teng Chai Kim, dan kini oleh Ean Yong Hian. Polisi Dap 

seolah-olah dilihat lebih mesra rumah urut dan mesin kuda yang berlindung di sebalik pusat hiburan 

keluarga. Polisi Dap menyuburkan budaya rasuah. Pusat-pusat ini makin membiak macam cendawan tumbuh di atas roti gardenia kebelakangan ini. Cuma di zaman Ronnie cendawan gardenia tak sesubur sekarang. Nampaknya budaya rasuah Umno diwarisi 

oleh Dap.



5. Dap Selangor baru selesai pemilihan peringkat Negeri. Semua orang besar Dap Selangor 

bertanding. Team Ronnie Liu menang banyak berbanding Tony Phua. Malahan pencapaian Gana 

dan Eng Su Lim lebih baik dari Hannah Yeoh dan Eric. Tony yang kalah masih diangkat oleh Lim 

Guan Eng untuk jawatan kanan. Lim Guan Eng ada standard tersendiri memilih orang kanan. Tak 

pasti budaya rasuah juga ujud dalam pemilihan Dap Selangor atau pemilihan kekananan pemimpin 

Dap.



6. Ada baiknya potfolio PBT diserah ke Exco Pas. Pas katanya ada halatuju jelas termasuk 

jawatankuasa patuh syariah peringkat parti. Pas juga katanya sukakan cabaran. Potfolio yang susah 

ini patut dijenamakan semula dan pakar jenama ni ada pada Pas. Buktinya, sewaktu Pas memegang 

potfolio pendidikan, jenama Spies sangat menyengat. Nik Nazmi (Pkr) yang sekarang memegang 

potfolio pendidikan masih tercari-cari Spies versi baru, masih belum dapat mengatasi Spies Halimah. 

Apa kata Dap? Ada berani?



Haji Harun Sheikh Malik

Pemikir Strategik Muda



Sumber TKO - 13-11-2015



DAP jangan besar kepala

Posted on Wednesday, November 11 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Walaupun PAS tidak lagi bersama DAP dalam satu pakatan kerjasama politik sebagaimana dahulu 
ketika bersama-sama PKR membentuk Pakatan Rakyat, PAS tetap membentuk dan menguasai 
kerajaan negeri Selangor bersama-sama DAP dan PKR.

Hubungan ini nampak agak unik dan aneh malah tidak ada dalam sejarah Malaysia sebuah kerajaan 
dapat dibentuk sedemikian rupa.

Walaubagaimanapun dalam keanehan itulah terserlah satu bentuk politik yang matang dan
bertanggungjawab yang sesungguhnya mendahulukan rakyat. Pengkiritk mungkin mempertikaikan
kerajaan ini akan tetapi hakikatnya ia mencerminkan bagaimana bagi PAS contohnya, walaupun
tiada lagi hubungan politik apa sekalipun dengan DAP tetap meletakkan amanah dan mandat rakyat
di hadapan dan terus mendukung kerajaan ini walaupun DAP bukan lagi rakan politik seperti dahulu.

Bagi PAS dan saya percaya bagi PKR juga, rakyat telah memberi mandat kepada kerajaan ini,
kerajaan tiga parti iaitu PAS, PKR dan DAP. Memutuskan hubungan apalagi mencetuskan
kegawatan politik di tengah-tengah kerajaan ini disanjung dan disenangi rakyat bermakna
mengkhianti kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap ketiga-tiga parti.

Bukan senang mendapat kepercayaan dan keyakinan rakyat. Mengkhianatinya mudah-mudah akan
memberi isyarat kepada rakyat bahawa kerajaan ini tidak meletakkan kepentingan rakyat di hadapan
tetapi sebaliknya kepentingan dan nafsu politik masing-masing diutamakan. Rakyat akan merasa
seolah-olah sokongan mereka selama ini dipermain dan dilacurkan.

Akibatnya tidak mustahil rakyat akan naik muak dan hilang kepercayaan lalu beralih kembali
kepada BN lantas tamatlah riwayat kerajaan ini.

PAS sangat menghargai kemenangan bersamanya di Selangor yang kini masuk penggal kedua. Jika
pada penggal pertama bermula 2008 PAS memenangi 8 kerusi, pada penggal kedua bermula 2013
prestasi PAS melonjak hampir dua kali ganda apabila berjaya memenangi 15 kerusi DUN.

PAS yang telah lebih 60 tahun berkecimpung dalam politik Malaysia sedar bahawa kepercayaan
rakyat ini merupakan satu elemen yang sangat berharga buat mana-mana parti politik yang
bertanggungjawab. Ia perlu dihargai, dipelihara dan dibalas dengan jasa dan pengorbanan yang
setimpal tambah-tambah pula PAS mengamal dan memperjuangkan politik Islam.

Kerana itu sejak putus hubungan dengan DAP, PAS tidak banyak menghabaiskan masanya
menyerang atau mensasarkan DAP. Meraih sokongan dan kepercayaan rakyat lebih utama dari
bermain politik dengan DAP yang tiada membawa apa-apa faedah pun buat rakyat dan masa depan
negara.

Walaubagaimanapun berlainan dengan PAS, DAP kelihatan secara terbuka menganggap PAS
sebagai musuh. Sikap dan tindak-tanduknya menampakkan seolah-olah mereka bukan sekadar telah
bercerai dengan PAS tetapi mahu memusuhi dan menyerang PAS pula.DAP yang sebelum ini
banyak masuk campur dalam urusan rumah-tangga PAS kerana mahu menaikkan tokoh-tokoh
tertentu satu ketika dahulu hari ini tidak segan-silu mahu PAS ditamatkan terus riwayatnya.

Desakkan kepada Menteri Besar Selangor Azmin Ali agar menendang PAS keluar dari kerajaan
Selangor semakin lantang kedengaran. Mujurlah Azmin memiliki bacaan politik yang jauh dan
matang berbanding DAP yang terlalu obses dan bernafsu itu. Mujurlah juga PAS memiliki
pemimpin yang tinggi tahap kesabaran mereka dan tidak mudah melatah dengan asakkan dan
kerja-kerja jahat DAP itu.

Sampai ke peringkat ini saya difahamkan tindak-tanduk DAP kebelakangan ini dilihat sangat
keterlaluan dan melampau sehingga memual dan melemaskan rakyat jelata termasuk para pengundi
Cina yang merupakan tulang belakang mereka.

Pengundi Melayu melihat DAP sedang menggasak dan menyerang PAS iaitu sebuah parti Islam
yang selama ini ikhlas memperjuangakn Islam dalam tanahair dan sentiasa terbuka terhadap
masyarakat berbilang kaum dalam negara.

Saya terlalu yakin pengundi yang mahukan perubahan sudah faham dan menerima kombinasai PKR,
PAS dan DAP ini. Pada mereka gandingan ini punya prospek merebahkan BN. Mencipta dan
mencuba sesuatu yang baru apatah lagi memotong dan menerjang keluar sahabat yang selama ini
setia dan konsisten tidak akan diterima malah dilihat sebagai usaha untuk mencetuskan huru-hara.

Terbaru Pengerusi DAP Selangor Tony Pua dengan bongkak telah mengisytiharkan bahawa DAP
akan bertanding dan merampas sekurang-kuranya 8 kerusi negeri milik PAS di Selangor. Antara
kerusinya yang kononnya mereka punya peluang termasuklah kerusi-kerusi yang diwakili EXCO
PAS dan pimpinan kanan negeri dan Pusat.

Bagi Tony harapan DAP untuk menang di kerusi-kerusi ini besar kerana kononnya apabila berlaku
pertandingan tiga penjuru antara Umno, PAS dan DAP, maka undi Melayu akan berpecah manakala
pengundi bukan Melayu akan "solid"pada mereka sahaja.

Tidakkah ini menghantar isyarat kepada pengundi-pengundi Melayu dan penyokong-penyokong
PAS bahawa DAP sedang menyerlahkan agenda mereka untuk mencengkam kuasa dan pada waktu
yang sama melemahkan kuasa politik orang-orang Melayu?

Tidakkah ini juga menceminkan betapa rakus dan sombongnya DAP, sedang mereka berada dalam
kerajaan bersama PAS di Selangor tetapi dalam waktu yang sama mereka secara terang-terangan
mengisytiharkan mahu "membunuh" PAS.

Tidakkah melalui pengumuman seumpama ini DAP memberikan isyarat bahawa mereka mahu
melenyapkan PAS, yang memberi maksud mahu melenyapkan juga satu-satu parti yang
memperjuangkan Islam dalam negara sejak negara Merdeka lagi.

Persepsi seumpama ini sedang hangat bermain diminda rakyat dan ia sudah pasti akan memuncak
menjadi satu peristiwa yang merugikan banyak pihak khususnya DAP sendiri.

Jika Tony sudah kenal pasti 8 kerusi DUN untuk mereka rampas dari PAS, beliau sesungguhnya
lupa bahawa formula yang sama sebenarnya boleh digunakan oleh PAS terhadap mereka pula. Bagi
mereka kiranya berlaku pertembungan tiga penjuru contohnya di Taman Templer, undi Melayu PAS
dan Unno akan berpecah, dan calon DAP akan menongkah arus membawa pulang undi bukan
Melayu yang kononnya akan solid buat mereka.

Bagaimana pula kiranya PAS bertanding di kerusi DAP contohnya di DUN Sekinchan. Jika berlaku
tiga penjuru di sini DAP akan berhadapan dengan calon MCA dari BN bermakna berlaku perebutan
undi bukan Melayu antara DAP dan BN. Tidakkah PAS punya harapan mencungkil sokongan dari
lebih 40% pengundi Melayu di sana dalam keadaan Umno tidak bertanding?

Banyak kerusi yang DAP menangi di dalam situasi yang sama di Selangor, tidakkah PAS juga
punya peluang di kerusi-kerusi ini?

DAP perlu sedar dan segera memperbaiki sikap besar kepala dan bongkak mereka itu. PAS tidak
pernah bercita-cita untuk mencari musuh tetapi kiranya musuh datang kita sekali-kali tidak akan
lari. Jika benar DAP bersedia untuk melawan kita, PAS juga saya yakin bersedia menghadapinya.

Oleh ROSLAN SMS
roslansms@gmail.com
Sumber TKO - 11-11-2015


Siapakah Pemula Fitnah UG?

Posted on Tuesday, November 10 @ 19:53:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

"Pada satu klimaks serangan DAP terhadap PAS, isu UG-lah dibangkitkan 
oleh Lim Guan Eng.Bila Lim Guan Eng bercakap tentang PAS nak ber-UG 
dengan UMNO, semua kenyataan disiarkan oleh akhbar-akhbar Cina. 

Masyarakat Cina percaya benar bahawa TGHH hendak bawa PAS ber-UG 
dengan UMNO. Dari manakah mulanya Lim Guan Eng dibekalkan peluru 
fitnah ini?
Sebelum DAP berkonfrantasi dengan PAS atas isu  UG, PASMA terlebih 

dahulu menyebarkan fitnah dalam ceramah dan media mereka tentang isu ini.



Sila rujuk kenyataan PASMA sebelum ini. Sebelum PASMA melalui 

Presidennya Pahrolrazi menjaja fitnah ini, blogger dan penulis Mohd Sayuti 

Omar, Aduka Taruna dan Tulang Besi dan cybertrooper anti-ulama PAS telah memainkan isu ini. 

Bencinya mereka terhadap TGHH hingga ada operasi dinamakan Langgar Hadi. Untuk 

memusnahkan karektor TGHH, UG-lah diangkat sebagai modal. UG yang telah diputarbelitkan 

daripada maksud asal. Sesiapa yang ingin tahu apa versi asal UG, buatlah sedikit rujukan.



UG yang diputarbelitkan sejak 2008 hingga kini tidak menjadi kenyataan. Kalaulah benar UG itu 

bermaksud PAS hendak bergabung dengan UMNO, sudah lama  wujud gabungan itu. Tetapi tidak. 

Sebaliknya yang wujud ialah Pakatan Rakyat. Kepada golongan baru main politik pembangkang, 

sila rujuk Siasah bilangan 138. Besar tajuknya, Negara Tanpa Pembangkang. Itu tajuk besar intipati

idea UG. Alih-alih golongan anti-ulama bermula 2008 lagi menabur racun fitnah dengan dakwaan 

TGHH nak gabungkan PAS dengan UMNO.



Asal mulanya mengapa geng Langgar Hadi menfitnah TGHH dengan isu UG ini. Kekalahan PAS 

di Terengganu pada PRU2004 menjadi bahan cercaan mereka. Mereka menyalahkan TGHH 

sedangkan telah dibentangkan satu post-mortem kekalahan PAS. Sekali lagi aku menyeru golongan 

penyebar fitnah UG membuat sedikit kajian. Malah Khalid Samad juga memperli kekalahan PAS 

di Terengganu tanpa menjadikan  post-mortem yang rasmi sebagai sandarannya. Maknanya, 

puak-puak ini sudah benci akan TGHH sekian lama.



Apa hubungan Husam Musa dengan Mohd Sayuti Omar dan Kicikdefella, blogger yang cukup 

sensasi suatu waktu dahulu? Siapa yang mengadu domba TGHH dengan TGNA dengan meberi 

maklumat yang tidak tepat tentang UG? Mujur akhirnya TGNA  faham duduk perkara sehinggalah 

akhit hayat TGNA menghormati dan bersama-sama TGHH dalam setiap keputusan.



Kenapa Mujahid Yusof Rawa tidak menceritakan hal sebenar idea UG sedangkan dia maksud  

sebenar UG berdasarkan  Siasah 2009 itu?  Kenapa Mujahid membiarkan fitnah ini bermaharajalela?



Dari mulut siapa mula fitnah ini? Mohd Sayuti Omar? Husam Musa? Khalid Samad? Aduka Taruna?

Tulang Besi? Kemudian fitnah itu disebarkan pula oleh beberapa kerat  orang muda yang baru 

belajar politik melalui blog-blog, facebook dan media social yang lain. Hari ini mungkin sudah 

berjuta rakyat Malaysia yang mengikuti politik semasa  termakan fitnah ini. Siapa yang nak 

menanggung timbunan dosa yang dikatakan lebih tajam daripada mata pedang ini?  Yang difitnah 

bukan sembarangan orang;  seorang ulama yang diiktiraf oleh dunia; sayangnya dihina oleh 

bangsanya sendiri.



Husam Musa, Pahrolrazi, Khalid Samad pukul TGHH dengan UG yang telah diputarbelitkan tadi. 

Disambung fitnah itu oleh penjaja-penjaja kecil facebooker. Soalan saya untuk semua yang 

memviralkan fitnah ini. Kenapa kalian tidak pernah menyerang dan mengutuk DS Anwar Ibrahim 

dengan Konsesus Nasional dan Lim Kit Siang dengan versi UG-nya sendiri?  Kenapa tidak pernah 

menyeranah  DS Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang? Kenapa semua terdiam apabila idea itu 

dilontarkan? Dan kenapa kini semua cuba menyembunyikan? Kamu berpolitik dengan hati busuk 

atau apa sebenarnya?



Sumber TKO - 10-11-2015


Tidak munasabah bubar DUN untuk ‘tendang’ PAS

Posted on Monday, November 09 @ 08:47:37 MYT by paktam

Oleh SAIDAH HAIRAN SHAH ALAM: Membubarkan Dewan Undangan Negeri Selangor (DUN)
semata-mata mahu menendang PAS keluar daripada pentadbiran kerajaan
negeri adalah suatu perbuatan yang tidak bertanggungjawab.Naib Presiden
DAP Selangor, Dato’ Teng Chang Kim menegaskan DAP Selangor setuju
PAS dikekalkan dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor buat masa ini.

Katanya, membubarkan DUN hanya mahu menendang PAS keluar akan
mengundang kemarahan rakyat.

Beliau menegaskan untuk menguruskan keadaan di Selangor memerlukan kematangan politik dan
harus menggunakan pendekatan yang pragmatik.

“Tidak ada sebab mana- mana parti perlu keluar sekarang ini sebab ketiga-tiga parti terikat dengan
manifesto masing-masing dan janji-janji pilihan raya umum tahun 2013,” tegasnya ketika ditemui di
Dewan Annex, sidang DUN, Shah Alam.

Beliau berkata, melainkan kalau kerajaan hendak bertindak dengan cara yang tidak
bertanggungjawab dengan membubarkan DUN.

“Saya rasa ini bukan hasrat rakyat untuk melihat dewan ini dibubarkan pada masa ini,” katanya.

Pada masa ini tambah beliau kerajaan masih ditadbir dengan baik dan keadaan politik negeri masih
stabil begitu juga keyakinan kerajaan masih kuat.

Katanya, tidak ada sebab yang munasabah untuk melakukan tindakan yang mendadak.

Beliau menegaskan gesaan perwakilan dalam Konvensyen DAP Selangor untuk menendang PAS
keluar tidak mencerminkan pendirian parti.

“Parti DAP ini satu parti demokratik. Semua perwakilan boleh cakap. Itu pandangan satu perwakilan dan itu tidak mencerminkan pendirian pimpinan DAP Pusat dan pimpinan

Sumber DD - 9-11-2015



Politik Kit Siang 6 Bulan Ketinggalan Belakang Abdul Hadi

Posted on Monday, November 09 @ 09:17:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Aku bukan sebenarnya nk memuji/memuja sangat TGHH.. Kalau aku puji TGHH adala suara suara 
sumbang dan meluat berbunyi.. "woiii... ularmak tak maksum woii.."

Tetapi apa pun jelas lagi terbukti apa apa yg dibuat oleh TGHH sebenarnya tak pernah terfikir oleh 
orang lain dan sehingga satu masa barulah tahap fikiran orang itu sampai sebagaimana fikirnya 
TGHH.....

Masa TGHH luahkan apa yg ada dalam fikirannya maka menyalaklah para pembenci..

"Ulama sakai...."

"Jila kerr... nak berUG lah tu.."

"Ug..ug..ug..ug..."

Tetapi bila para pemimpin mereka baru nak mengerti sebagaimana fikirnya TGHH..

"Wah.. inilah progresif, hebat, politik bijak.."

Susah sembang politik dengan orang kurang daya fikir.. disaat kita fikir sudah jauh dia baru mula nk 
berfikir.. bila dia baru sampai tempat kita berfikir mulalah dia JILAT,RATAH,SEDUT balik kahak 
ludah yg dia keluarkan...

Kasihan....

Kredit
Rizky Ibrahim Abdillah 

Sumber TKO - 9-11-2015


Antara DAP yang mentah dan matang

Posted on Monday, November 09 @ 08:22:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


Akhirnya terserlah bahawa bukan semua yang keras hati dan keras kepala dalam DAP.



Walaupun pimpinan tertingginya seperti Lim anak beranak dan Pengerusi DAP Selangor Tony 

Pua bersungguh mahu mehambat keluar PAS dari kerajaan negeri Selangor kerana inginkan anak 

asuhan  mereka PAN masuk dalam kerajaan negeri, ada juga pimpinan DAP yang berfikiran matang 

dan rasional.

Di lobi Dewan Negeri Selangor siang tadi EXCO Selangor Datuk Teng Chang Khim yang juga 

AJK Pusat DAP menyatakan bahawa desakkan perwakilan dalam Mesyuarat Agung DAP Negeri 

Selangor baru-baru ini agar PAS disingkir dari kerajaan negeri Selangor bukanlah pendirian DAP 

Pusat.



Beliau dipetik sebagai berkata: “Itu pandangan perwakilan dan tidak mencerminkan pandangan 

kepimpinan pusat dan kepimpinan DAP Selangor”.



Beliau menambah tidak ada sebab untuk PAS disingkirkan dari kerajaan Selangor kerana 

ketiga-tiga parti PAS. DAP dan PKR terikat dengan manifesto dan janji PR dalam pilihanraya 

umum lalu.



Dan Teng menambah: “Semua pihak perlu matang dalam berpolitik menggunakan pendekatan 

pragmatik. Sekarang mandat itu masih dengan kita, melainkan kita mahu bertindak secara tidak 

bertanggungjawab dengan membubarkan dewan.



Saya yakin rakyat juga tidak berhasrat melihat dewan ini dibubarkan.”



Begitulah juga sebenarnya pandangan Dato MB Selangor dan anggota EXCO mewakili PAS.



Teng langsung tidak mengambil sikap Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng yang dengan 

bongkak sebelum ini menyatakan bahawa DAP kekal di dalam kerajaan Selangor bersama PKR 

dan PAS kerana mahu mengawal dan memastikan yang PAS tidak melaksanakan program dan dasar 

Islam sewenang-wenangnya.



Saya percaya ramai lagi seperti Teng dalam DAP, dan ramai lagi yang lebih rasional dan matang 

dari kalangan pengundi masyarakat Cina khasnya di negeri Selangor.



Ini bukan masanya untuk bertelagah dan mencantas sesama sendiri. Selangor perlukan kerajaan 

negeri yang kukuh dan stabil dari kalangan parti-parti yang telah tebukti berkhidmat dan berjasa 

kepada rakyat dan negeri.



Rakyat Selangor terima dan mahukan PAS, bermusuhan dan menyerang PAS yang terbukti 

merupakan satu-satunya parti yang istiqamah membawa dan memperjuangkan Islam akan 

mencetuskan ketegangan dan kegusaran malahan kemarahan di hati rakyat.



DAP sekadar ghairah dan terpesona dengan sokongan luar biasa masyarakat bukan Melayu 

khasnya masyarakat Cina terhadap mereka sebelum ini. Namun DAP jangan sekali-kali 

menganggap bahawa masyarakat Cina selama-lamanya akan bersama mereka. Masyarakat Cina 

yang celik politik dan cintakan keamanan dan kestabilan tahu bahawa Selangor yang stabil adalah 

Selangor yang mewakili ketiga-tiga kaum dan menghormati istana, agama Islam, masyarakat 

majoriti Melayu.



Selangor bukan Pulau Pinang. Selangor terbina atas kesapaduan dan keharmonian ketiga-tiga 

kaum Dahulu melalui BN yang diwakili Umno, MCA, Gerakan dan MIC. Hari ini sejak 2008 

melalui PR yang diwakili PAS, PKR dan DAP.



Menendang keluar PAS adalah satu kesilapan dan DAP bakal menerima padah akibat 

keghairahan dan nafsu memuncak mereka untuk berkuasa ikut cara mereka.

Oleh Roslan SMS



Sumber TKO - 9-11-2015


Why is Najib Razak still the prime minister?

Posted on Sunday, November 08 @ 21:21:15 MYT by tokdalang

By Dyana Sofya

Recently, our social media timelines were flooded with complaints about
massive toll increases, following the announcement that toll rates for 18
highways would be raised by significant amounts, with some going up by
more than 100%!

Some have tried to rationalise the tolls by linking them to an overall
effort to reduce traffic congestion in urban areas, yet this is not reflected by the fact that many of the
increases affect highways that provide critical links to suburban areas with no proper public
 transport system.

 At the same time, the existing public transport infrastructure is hardly an efficient alternative,
especially with the MRT and LRT extensions still under construction.

Worse, the Prime Minister even warned that if the toll rates are not raised, there would be less funds
for other things, including the BR1M welfare payments. Is the Prime Minister effectively saying
that highway-users are subsidising BR1M? What about those ineligible for BR1M but punished
with the rising cost of living? I suppose they should just tighten their belts, wake up earlier or take
alternative roads, going by our cabinet ministers’ logic.

If rising fuel costs, higher toll rates and the implementation of the 6% GST this year is not bad
enough, the icing on the cake must surely be the performance of the ringgit, from just over 3.0 to
the US Dollar two years ago to about 4.5 today and performed badly against many other currencies.
This is one of the main reasons that petrol prices continue to increase – because we buy our oil in
US dollars.

Yet instead of taking responsibility for our economic misfortunes, which many analysts including
Bank Negara have attributed to the loss of public confidence following the multi-billion-ringgit
1MDB scandal and the Prime Minister’s suspicious personal financial transactions, the government
continues to pull the wool over the rakyat’s eyes.

In the recent Budget 2016 presentation, the Prime Minister sang praises about how the GST will
save the country from bankruptcy with an estimated RM39 billion worth of collections next year.
Has he forgotten where this RM39 billion will actually come from? It’s not money out of thin air,
it is from a tax on the rakyat. If GST did not exist, the RM39 billion would in fact be circulating
within the economy and being productive instead being channelled to the government, which does
not seem to be doing a good job keeping finances in order.

When the Mahathir era ended more than 10 years ago, many thought we had seen the end of crude
and oppressive politics. Unfortunately, we have fallen deeper into the abyss.

This year, we have seen the suspension of The Edge and Sarawak Report, both of which have been
unrelenting in their exposés of 1MDB.

Not too long ago, the government amended the Sedition Act to sharpen its claws, extending the
maximum jail sentence to 20 years from three years and to establish a minimum three-year jail
term. Laws have also been passed to allow the authorities the detain people without trial.

Last September, Dr Azmi Sharom lost his constitutional challenge against the Sedition Act. It
baffles the mind to think that a law lecturer is facing criminal prosecution for comments he made
about a constitutional crisis. If academics cannot even comment on areas that they are supposed to
be experts in, then our nation is facing a serious crisis that goes all the way down to our roots.

Bersih organiser Maria Chin Abdullah was charged under the Peaceful Assembly Act, despite the
fact that the Bersih 4.0 Rally was, for all intents and purposes, a peaceful demonstration.

To make matters worse, DAP parliamentary leader Lim Kit Siang has been suspended for six
months for questioning the Speaker’s role in preventing the Public Accounts Committee from
holding its meetings to investigate 1MDB. Kit Siang is merely the latest in a line of victims that
includes the former Deputy Prime Minister and former Attorney-General. Tony Pua has now been
officially warned not to partake in a public debate on the 1MDB issue, or risk his place in the PAC.

Malaysia is in a state of unprecedented flux. The economy is struggling, investor confidence is low,
academics, civil society leaders and politicians are being silenced, and even the Conference of
Rulers have found it necessary to voice their concerns.

Questions are being asked by all and sundry, yet answers remain scarce. Meanwhile, the one person
who is supposed to answer them continues to remain silent, fiddling while Rome burns.

So tell me again… why is Dato’ Sri Najib Razak still the Prime Minister?

Dyana Sofya is a DAP member 


Sumber DD - 8-11-2015



DAP dan PAN di Taman Templer (Siri 1)

Posted on Saturday, November 07 @ 07:18:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

Analisis Isu "

1. N15 Dun Taman Templer dimenangi oleh Umno/BN sejak penubuhannya. Hanya pada Pru13 

sahaja Pas dapat merampas dari BN dengan majoriti bergaya 7475 undi.
2. Undi Melayu pecah dua Umno dan Pas. Undi bukan Melayu pula berpihak ke Pas. Sokongan 78% 
undi bukan Melayu adalah angka yang tinggi dan Pas dilihat sukar mempertahankannya pada Pru14.

3. Pan telah bersedia lebih awal dengan calonnya, Wan Anwar Wan Ibrahim, Naib Ketua Pemuda 
Pan Nasional.  Peguam muda ini sudah turun berkempen ke flat-flat menyampaikan sumbangan 
Deepavali. Teamnya bergerak serba oren macam Belanda menang world cup.

4. Tiba-tiba, Dap mengumumkan pada minggu berikutnya untuk bertanding di N15. Calon telah 
dikenal pasti, Endry Faizal. Tidak banyak diketahui calon Dap ini tetapi kelebihannya menggiurkan, 
boleh berbahasa Kantonis dan Mandarin. Boleh jadi jurujual yang bagus.

5. Belum pun Dun bubar, Pan dan Dap dah mula berebut tempat. Masing-masing dah pasang 
angan-angan untuk merebut market 78%. Pas tolak tepi walaupun Adun sekarang masih muda dan 
sihat. Tenaga pun masih banyak.

6. Pakatan Harapan (PH) ada Majlis
Sekrerariat  Setiausaha. Kerap bermesyuarat untuk menyelaras pergerakan PH. Mungkin isu 
bertanding di kawasan Pas ni tidak dibincangkan. Tak masuk dalam agenda. Nampaknya PH perlu 
bermesyuarat lebih lama untuk membahagi-bahagikan kerusi Pas ni. Kalau masing- masing berdegil,
biar sahaja semua bertanding,  bahagi sama banyak 78% tu.

Haji Harun Shaikh Malik
Pemikir Strategik Muda

Sumber TKO - 6-11-2015



DAP Minta Tukar Nama Perkampungan Melayu Kepada
Nama Cina


Posted on Friday, November 06 @ 20:13:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


Isu Semasa

SHAH ALAM: DAP Selangor mempersoalkan kelewatan kerajaan negeri menukar nama
perkampungan Bagan Nakhoda Omar kepada nama Cina.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim berkata selain mengambil kira 
penghuninya yang terdiri 100 peratus penduduk Cina, penukaran itu dibuat bagi mengelak mereka 
memperingati Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Noh Omar.

“Omar tak payah, sebab kita akan ingat Noh Omar. Macam Nakhoda Noh Omar. Tak elok. Itu 
pemimpin politik yang rakyat tidak suka. Jadi, Bagan Nakhoda Omar kita tukarkan Nakhoda 
Chong. Itu lebih baiklah,” katanya sambil berseloroh di Sidang Dewan Undangan Negeri.

Sementara itu, Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, kerajaan negeri akan melakukan 
semakan sebelum melakukan sebarang tindakan.

“Kita boleh laksanakan soal tanah rizab Melayu seperti sedia maklum kita boleh batalkan dan 
mengantikan tapak lain,” katanya –FMT

bagan

Sumber TKO -6-11-2015




Awas ancaman politik DAP

Posted on Friday, November 06 @ 20:07:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

Artikel
Pada Pilihanraya Umum 1999, salah satu parti pembangkang yang memperolehi kemenangan 

yang terbesar adalah PAS. Selain mempertahankan kerajaan negeri Kelantan, PAS juga turut 

merampas negeri Terengganu.


Selain itu di Parlimen PAS menguasai 27 kerusi iaitu peningkatan 20 kerusi berbanding PRU 1995 

manakala DAP menang 10 dan Parti Keadilan 5.



Kejutan terbesar dalam PRU itu bukannya kemenangan PAS termasuklah menguasai Terengganu. 

Kejutan terbesar ketika itu sesungguhnya adalah kekalahan dua tokoh besar pembangkang yang 

selama ini menguasai Dewan Rakyat iaitu Lim Kit Siang dan Karpal Singh di Pulau Pinang.



Lim umpamanya tidak pernah tewas dalam PRU sejak mula bertanding pada tahun 1969 kecuali 

pada tahun 1999.



Ketika melihatkan kemenangan besar PAS itu, Lim Kit Siang telah menulis dalam blognya: 



“The danger of the  historic electoral setback for UMNO in the 1999 general election and the 

emergence of PAS as the dominant Opposition in Parliament with 27 seats and a very marginalised 

DAP with ten seats  is that  Parliament in the next five years will principally become the 

battleground between UMNO and PAS for the hearts and minds of the Malays in the Malay 

heartland, resulting in a spiral of Islamisation and Malay-isation policies - threatening not only a 

democratic secular Malaysia but even  Vision 2020 and  the concept of Bangsa Malaysia.”



(Bahaya yang muncul dari kekalahan Umno tahun PRU 1999 ini dan kemunculan PAS dengan 27 

kerusi sebagai parti pembangkang yang paling dominan (sebelum ini DAP) serta penguncupan 

kuasa politik DAP dengan hanya 10 kerusi di parlimen dalam tempoh 5 tahun mendatang akan 

melihat pertembungan untuk menguasai hati dan fikiran orang-orang Melayu di kawasan-kawasan 

Melayu, yang akan mengakibatkan kebangkitan usaha-usaha Islamisasi dan “Memelayu” kan 

dasar-dasar yang nanti bukan hanya akan mengancam Malaysia yang demokratik dan sekular ini t

etapi juga menggugat Wawasan 2020 dan konsep Bangsa Malaysia.)



Itu tulisan Kit Siang 16 tahun lalu, ketika beliau kalah dan ketika PAS menang besar. Barangkali 

ketika itu dengan kemenangan kita di Kelantan dan Terengganu serta 27 kerusi Parlimen, kita tidak 

berapa beri perhatian pada pandangan Kit Siang itu.



Tetapi ternyata Kit Siang memang tidak senang apabila kuasa politik dalam negara beralih tangan 

ke orang-orang Melayu Islam sebagaimana pada PRU 1999.



Pada Kit Siang jika kuasa politik negara beralih ke tangan orang-orang Melayu maka ketika itu ia 

menjadi ancaman kepada negara, kononnya menggugat kewujudan Malaysia sebagai sebuah negara 

sekular dan akan beralih menjadi negara yang lebih Islam dan lebih Melayu.



Adakah ini sebagai bukti bahawa Kit Siang bimbang pada politik Islam dan Melayu?



Kita orang Melayu Islam dididik menghormati hak dan kebebasan rakan-rakan kita masyarakat 

bukan Melayu Islam. Kita dididik menghormati kepercayaan, adat dan budaya serta hak 

mengamalkan Bahasa ibunda rakan –rakan kita. Dalam erti kata lain rakan-rakan bukan Melayu dan 

Islam merupakan sebahagian dari kita warga Malaysia.



Tiba-tiba Kit Siang menzahirkan dirinya sebagai seorang yang tidak boleh terima sekiranya hak 

demokrasi memberi penguasaan dan tunggak kuasa politik kepada orang-orang Melayu Islam.

Tidakkah ini rasis dan chauvinis?



Seakan tanpa kuasa politik ditangan orang bukan Melayu dan bukan Islam sebagaimana pada tahun 

1999, hak dan kebebasan masyarakat bukan Melayu dan Islam terancam, benarkah demikian?

Itu 16 tahun lalu.



Hari ini Kit Siang dan partinya DAP semakin berani. Dari tindak-tanduk partinya contohnya di 

Selangor DAP sudah bercita-cita mahu mengambil alih sepenuhnya kuasa politik negeri. 

Pertembungan antara PAS dan Umno mahu diambil kesempatan olehnya dengan meletakkan calon 

DAP di kawasan-kawasan ini.



DAP percaya bahawa sudah ada segolongan orang-orang Melayu yang boleh mendakap 

perjuangannya dengan menolak perjuangan Islam PAS. Mereka yang liberal dan fikiran kononnya 

terbuka sudah tidak kesahkan sangat perjuangan agama atau bangsa. Ditambah dengan kononnya 

sokongan maksima pengundi bukan Melayu, DAP menjangkakan kemenangan besar buatnya.



DAP Selangor mengisytiharkan akan bertanding di 8 kerusi DUN yang dikuasai PAS hari ini 

antaranya kerusi Cempaka yang diwakili oleh kerusi Peseuruhjaya PAS Selangor dan Naib Presiden 

PAS.



Apakah rasional tindakan ini?



Anggaplah melalui penyertaan ini, DAP ditakdirkan menang dan PAS kalah. 8 kemenangan 

tambahan akan memberi DAP 23 kerusi dengan menganggap ia kekal menang di 15 kerusi yang ia 

kuasai hari ini. Ini bermakna dalam PRU akan datang DAP menjangkakan ia boleh menguasai 23 
kerusi DUN di Selangor. Dengan tambahan 6 kerusi dari rakan pakatannya DAP lah kuasa dominan 
di Selangor kerana itu sudah ada “pakar perlemabgaan” dalam partinya yang mengatakan tiada 
halangan sebenarnya untuk bukan Melayu menjadi Menteri Besar.

Itu baru Selangor, bagaimana dengan Perak, Malaysia?

DAP sedang menuju ke arah penguasaan total politik Malaysia dengan sedikit sebanyak bantuan 
dari rakan-rakannya. Menghapuskan kuasa dan dominan politik Melayu nanti akan membolehkan 
DAP merobah negara ini menuju ke wawasan sekular yang ia perjuangankan selama ini.

Jika kita mahu melihat Malaysia menjadi negara sekular, dimana agama tidak lagi menjadi 
keutamaan dan sandaran, merobah dasar yang telah dipersetujui dan diamalkan bersama sejak 
Merdeka, bolehlah kita menimbang-nimbang untuk menolak parti-parti lain khasnya PAS dan 
gantikan dengan DAP.

Cita-cita DAP ini suatu ancaman yang serius buat kuasa politik Melayu Islam sebagaimana Kit 
Siang melihat lonjakkan penguasaan kuasa poilitik Melayu dalam Parlimen 1999 itu suatu ancaman 
buat beliau dan partinya.

Semoga kita semua tidak lalai dan terlepas pandang ancaman besar ini.

Sumber LINK

Sumber TKO - 6-11-2015



Lim Kit Siang Tidak Komen Bila ditanya Pasal Keperluan
PAS dalam PH


Posted on Monday, November 02 @ 22:40:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Analisis Isu

Gabungan pembangkang dengan PAS yang hanya semata-mata demi untuk keselesaan bersama, 
tidak akan bertahan, kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.
Lim berkata ia merupakan satu formula yang buruk jika mana-mana pihak dalam gabungan itu tidak 

boleh bergerak di luar politik berasaskan agama atau kaum.

"Jika kita akan mempunyai politik untuk keselesaan seperti itu, di mana kita juga bermain politik 

perkauman dan agama, saya tidak fikir kita menawarkan penyelesaian yang kekal," katanya kepada 

Malaysiakini dalam satu temu bual di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur Jumaat lalu.

Lim berkata demikian ketika diminta mengulas kekecewaan dengan pembangkang selepas pilihan 

raya umum 2013, terutamanya selepas PAS dan DAP memutuskan hubungan antara mereka.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata perpecahan bekas gabungan pembangkang, Pakatan Rakyat, 

telah mengecewakan ramai rakyat Malaysia, termasuk dirinya sendiri, tetapi beliau percaya ada 

hikmahnya.

"Nasib baik perpecahan Pakatan Rakyat berlaku sebelum pilihan raya umum yang akan datang. 

Kerana, jika kita telah memenangi pilihan raya umum ke-13, maka kita akan berdepan dengan 

perpecahan dalaman ini sebagai kerajaan," katanya sambil menambah ia mungkin satu kebaikan 

yang perkara itu berlaku sekarang.

Beliau enggan mengulas ketika ditanya sama ada pembangkang, kini bersatu di bawah Pakatan 

Harapan, memerlukan PAS dalam pilihan raya umum akan datang.

Pakatan Harapan terdiri daripada PKR, DAP dan AMANAH, yang merupakan parti serpihan PAS. 

Gabungan baru itu, kata Lim, dibina atas dasar bersama yang sama seperti Pakatan Rakyat sebelum 

ia dibubarkan.

Sementara itu, Lim juga menolak sebarang tanggapan bahawa DAP mendominasi pakatan 

pembangkang.

"Kami telah biasa dengan semua tuduhan ini," kata Lim.

"Ia bukan persoalan mengenai satu parti menguasai yang lainnya, tetapi ialah konsensus. Begitu 

jugalah dalam Pakatan Rakyat, sehinggalah prinsip konsensus itu dirosakkan," katanya.







Temubual ini dikendalikan oleh Zikri Kamarulzaman, Norman Goh dan Prasadh Michael.



Sumber TKO - 2-11-2015


Dap Dari Sosialis Ke Evangelis

Posted on Monday, November 02 @ 22:31:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Analisis Isu



1. Dunia berubah dengan pantas. Semua pihak perlu berubah mengikut perubahan dunia. Mana- mana

yang gagal berubah akan ketinggalan zaman dan tempat.

2. Era Perang Dingin adalah pertembungan Blok Barat dan Blok Komunis. Barat kapitalis dan 

Komunis pula sosialis. Masing-masing akan memasang proksi mereka di seantero dunia termasuk 

tanah Melayu.



3. Dap dan Pap mewakili proksi sosialis di Malaysia dan Singapura. Tapi dulu sosialis adalah haprak,

sekarang sosialis dah berubah dan lebih maju dari kapitalis. Cuba lihat China dan Singapura. Tentu 

kita tak dapat bezakan mana sosialis mana kapitalis.



4. Dap perjuangkan hak samarata dan tidak mengaku mempunyai hubungan darah dan dna dengan 

China. Semua yang tinggal di Malaysia adalah Malaysian. Pelbagai slogan dicipta bagi menzahirkan 

bahawa Cina Dap tiada kaitan dengan Cina China. Mereka ingin nyatakan bahawa mereka telah 

berubah. Sesuai dengan slogan Dap iaitu "UBAH".



5. Ramai pimpinan Dap berubah beragama Kristian. Tidak pasti samada ia bertujuan untuk 

memisahkan diri dari Cina China atau memang mereka trend berubah beragama baru. Kristian 

banyak mazhab. Dan pilihan kebanyakan pimpinan Dap ialah Evangelis.



6. Antara pegangan Evangelis yang popular ialah mereka yakin kristian akan membantu Yahudi 

semasa ketibaan Jesus nanti. Oleh itu Evangelis menyokong Yahudi untuk balik dan berkumpul 

(berhijrah) ke Palestin atau Israel.



7. Aliran ini agak sensitif di Malaysia. Semua orang islam di Malaysia memperjuangkan nasib orang 

islam Palestin. Pas, Umno, Abim, Perkasa, Haluan, Isma, ikram dan lain-lain lagi. Mereka tidak akan berkompromi dengan Israel dan juga proksi Israel. 



8. Tak pasti samada orang Melayu Dap tahu akan hal ini. Mungkin mereka tahu cuma perlu bukti 

didepan mata. Nak bukti nyata tunggu saja Nabi Isa datang nanti. Nak bukti maya, google sahaja 

kumpulan kristian mana yang melobi untuk kepentingan yahudi dan israel di kongres Amerika. 



9. Belum terlambat untuk mengkaji. Belum terlewat untuk belajar. Dunia belum lagi nak kiamat. 

Sebenarnya tak perlu tunggu Nabi Isa datang. Buka sahaja Al Quran atau dengar sahaja kuliah-kuliah.

Hj Zakir Naik dan Haji Imran Hosein banyak sentuh isu ini.



Haji Harun Sheikh Malik

Pemikir Strategik Muda



Sumber TKO - 2-11-2015



Warna sebenar DAP?

Posted on Monday, November 02 @ 14:55:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

"Assalamualaikum,

Ketika MP PKR hantar usul undi tak percaya kepada Najib, DAP bantah
sebab bukan ketua pembangkang yang hantar, sehingga memaksa MP
tersebut menarik balik usul tersebut bagi memberi laluan kepada ketua
pembangkang menghantar semula.Ketika kes LKS yang dibicarakan oleh
Parlimen, PAS memberi sokongan penuh kepadanya, DAP tidak kata
apa apa sebab PAS menyokong boss mereka tetapi apabila PAS menyatakan
pendirian berkecualinya kepada penolakan bajet 2016, tiba tiba muncul
LGE menuduh PAS bekerjasama rapat dengan BN.Apa ke jadahnya semuanya ini?

LGE mendakwa PAS tidak mahu bersama pembangkang sedangkan dia cukup sedar dan waras
untuk mengetahui bahawa PAS  ialah parti pembangkang yang tidak lagi terikat dengan DAP atau
mana mana parti pembangkang lain.Sebagai parti pembangkang solo, PAS berhak sepenuhnya
untuk membuat keputusan dan seharusnya apa jua keputusan PAS perlu dihormati walaupun tidak
disenangi.

DAP sudah jelas sekarang mahu jadi ketua di mana segala kehendaknya mesti diikuti oleh parti
lain.DAP sudahpun jadi ketua kepada PKR dan PAN dan mahukan PAS juga ikut telunjuknya.Apa
saja keputusan PAS yang tidak disenangi DAP akan diikuti satu tuduhan bahawa PAS mahu
BerUG dengan BN, apa saja kenyataan yang keluar dari mulut pemimpin PAS yang bertentangan
dengan kehendak DAP akan ditafsirkan sebagai percubaan untuk berUG dengan BN.

Sekarang  warna sebenar DAP sudah kelihatan.Belumpun tawan Putrajaya DAP sudah
menunjukkan warnanya, bayangkan  kalau Putrajaya dapat ditawan, apa akan jadi kepada presiden
PKR dan PAN?"



Sumber TKO - 2-11-2015




Tony Pua Cuba Memberi Alasan Kenapa DAP Selangor
Tolak Melayu Untuk Terajui AJK


Posted on Monday, November 02 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



PETALING JAYA: Jawatankuasa DAP Selangor akhirnya menyaksikan penyertaan beberapa ahli 

di kalangan orang Melayu, seiring dengan matlamat untuk menjadikannya sebagai parti berbilang 
kaum.

Peguam, Dr Abdul Aziz Bari, penyelaras Roketkini, Edry Eddy Yusof dan Young Syefura Othman 

dilantik dalam jawatankuasa parti negeri.

Jawatankuasa berkenaan terus diterajui oleh pengerusi, Tony Pua dan timbalan pengerusi, Gobind
Singh Deo, masing-masing menerima 495 dan 736 undi dalam pemilihan parti negeri pada Ahad.


Ditanya mengenai tiada calon kaum Melayu yang dipilih, Pua berkata, kebanyakan calon Melayu masih baharu kepada parti.

"Saya hanya boleh membuat spekulasi. Kebanyakan
anggota di sekitar negeri tidak cukup mengenali mereka
(ahli Melayu)," katanya.

Beliau menegaskan bahawa keputusan itu tidak
bermaksud ahli parti mengundi berdasarkan kaum
tetapi mengikut calon mana yang lebih dikenali mereka.

Pua bagaimanapun berjanji untuk berusaha membantu
ahli DAP di kalangan orang Melayu supaya lebih
dikenali dalam beberapa tahun akan datang.

"Kita mempunyai lebih ramai ahli Melayu dalam
jawatankuasa negeri hari ini dan kita akan meneruskan usaha untuk membawa lebih ramai ahli
Melayu dalam masyarakat," katanya.

Sumber TKO - 2-11-2015



Guan Eng Selar PAS Pada Konvensyen DAP Selangor

Posted on Monday, November 02 @ 07:43:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



PETALING JAYA: PAS menjadi topik hangat dalam perbincangan pada konvensyen DAP
Selangor, dengan Lim Guan Eng menyelar parti Islam itu kerana tidak mahu menyokong usul
penolakan Bajet 2016.

Setiausaha Agung DAP itu berkata, tindakan PAS tersebut begitu mengecewakan, 

menunjukkan parti berkenaan tidak bersama-sama dengan parti pembangkang lain.

"Ia menunjukkan bahawa mereka sebenarnya bekerjasama rapat dengan Barisan Nasional,"

dakwa Guan Eng dalam ucapannya pada perasmian konvensyen itu, Ahad.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberitahu sebuah akhbar harian berbahasa

Melayu bahawa parti Islam tersebut tidak akan menyertai parti-parti pembangkang lain dalam

usul menolak Bajet 2016.


Guan Eng mendakwa bahawa kenyataan Abdul Hadi itu menunjukkan PAS lebih memilih 

untuk bersama dengan Barisan Nasional. - Mstar

Sumber TKO - 2-11-2015


Dilema Dap terhadap istana


Posted on Monday, November 02 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

"

1. Dap ada cita-cita besar untuk memjadi MB di Selangor. Azmin menjadi MB atas pilihan Pas. Dap 
mahukan Wan Azizah supaya senang dipegang.
2. Dap gagal menobatkan Wan Azizah sebagai MB proksi. Semua orang tahu termasuk istana. Dap 

juga gagal mendekati istana kerana sikap jeuvanismenya. Yang itu pun semua orang tahu termasuk 

yang diluar istana.



3. Dap tahu hanya orang Melayu Islam sahaja boleh menjadi MB di Selangor. Tugas ini bukan susah 

selepas ramai orang melayu bertaraf celebriti menjadi ahli Dap. 



4. Langkah seterusnya ialah menobatkan ahli Melayu Dap tadi agar menjadi Adun di mana-mana 

bumi Selangor. Jika bertanding di kawasan majoriti Cina, tentu menang. 



5. Untuk lebih dramatik, mereka akan bertanding di 8 kerusi Pas sekarang. Ada ahli Dap itu bekas 

ahli Pas. Tentu dia teruja melawan partinya kembali bagi menunjukkan kesetiaannya kepada Dap.



6. Selepas ahli melayu Dap menjadi Adun maka hajat Dap menjadi MB sangatllah cerah. Tinggal lagi halangannya ialah pintu pagar istana. Buat masa sekarang tiada mana-mana pihak berani berdemonstrasi depan pintu istana.



7. Dap mungkin berani kerana mendapat kerusi majoriti selepas bertanding 3 penjuru di 8 kerusi Pas. Dulu pun Dap pernah masuk istana tanpa bersongkok. Itu waktu menang tak berapa banyak kerusi. Tapi situasi tentu berbeza bila menang majoriti.



8. Istana tidak berpolitik. Mana yang rakyat pilih itu yang istana berkenan. Cuma peribadi yang 

menang tu perlu dilihat mesra istana. Jadinya, mana-mana ahli Melayu Dap yang nak jadi MB 

perlulah dilihat Melayu tulen iaitu Melayu bersunat bukan Melayu proksi atau Melayu kulup, 

Melayu yang tak cukup Melayu.



Haji Harun Sheikh Malik

Pemikir Strategik Muda
Sumber TKO - 2-11-2015


Awas: gabungan DAP-PAN!


Posted on Monday, November 02 @ 05:41:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

"

Assalamualaikum

Jangan pandang rendah pada PAN! sebabnya parti ini penuh strategi,PAN sudah mengerakkan 
strategi mempelam harum manisnya denga DHM sedang beragenda untuk menjatuhkan kerajaan 
Kelantan dan di Selangor, PAN sedang berstrategi untuk merampas semua kerusi PAS.PAN 
mendapat kerjasama rapat dari DAP dan sedang mengarahkan PAS kearah perangkapnya, Nampak 
macam PJ Selangor sudah termakan umpannya.

PJ yang mengatakan PAS Selangor akan memastikan tidak ada pertadingan 3 penjuru boleh makan
diri.Sebabnya, DAP yang membayangkan akan bertanding di 8 kawasan PAS dipercayai sedang
menyusun strategi untuk meletakkan calon PAN di kawasan PAS yang lain, ini bermakna kalau PAS
Selangor tidak mahu bertanding 3 penjuru maka sebenarnya PAS Selangor tidak akan bertanding.

Kenapa cepat sangat melatah dengan mainan bilik perang PAN? PAN tahu mereka masih belum
mendapat sambutan kerana itu mereka start awal, mengorak langkah mengatur strategi dengan
harapan PAS akan terjerumus dalam perangkap mereka.DHM sedang giat untuk menjadi hero
menurunkan kerajaan Kelantan sambil menumpukan perhatian kepada mempelam harum manis yang
masih ada dalam PAS, berita yang baru kita terima menyatakan isteri DHM sudahpun menyertai
PAN boleh dijadikan panduan bagaimana harus kita menangani DHM.Jangan pandang rendah
strategi PAN ini, masa untuk PAS bertindak sudah tiba.

Surat terbuka DHM mesti dibawa ke Dewan Undangan Negeri sebagai satu usul yang perlu
dibahaskan, biar semuanya jelas,Di samping itu lapuran rasuah ke SPRM  seharusnya dilihat sebagai
strategi PAN juga, bukan mudah lapuran yang dibuat itu apatah lagi cukup dengan dokumen bukti.

Laporan ini harus juga djadikan usul Dewan dan mesti dibahaskan sehingga ke akar umbi kerana
besar kemungkinan SPRM tidak akan mengambil apa apa tindakan dan jika ini berlaku, satu lagi
peluru tersedia kepada PAN, SPRM sudah dikawtim oleh UG antara PAS-UMNO.

PAS Selangor tak perlu persoalkan keinginan DAP nak bertanding a di kawasan PAS kerana
semuanya sudah dirancang oleh bilik perang PAN/DAP, yang penting bagi PAS Selangor ialah
memperkuatkan saf dan jangan terjebak dengan perangkap seperti baru ditunjukkan oleh PJnya.Tak
perlu untuk memastikan tiada pertandingan 3 penjuru kerana situasi sekarang sudah maklum,
pertandingan 3 penjuru mungkin tak dapat dielakkan, jadi lebih penting bagi PAS Selangor untuk
berusaha tidak menjadi parti lembu matador!

Sumber TKO - 2-11-2015


Dap Mula Menggerak Pemikiran Strategik Merbahaya

Posted on Friday, October 30 @ 23:26:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar



1. Hari ini Tony Phua mengumumkan Dap mungkin akan bertanding di 8 kerusi 

Pas. Tony Phua yang digambarkan pakar strategik Dap, sudah tentu cadangannya 

bukan kosong dan sia-sia.



2. Dalam pemikiran strateginya,  Dap bertanding di 8 Dun Pas. Dap akan 

meletakkan calon-calon Melayu. Ini bertujuan mendapatkan  undian pengundi 

Melayu dan bukan Melayu. 8 kerusi Pas ini adalah kerusi marginal yang diketahui

undian bukan Melayu kepada Pas sangat tinggi. Ini lah kerusi yang paling kurang 

risiko di zaman Pakatan Rakyat. Dap memang lama teringin kerusi ini

3. Dalam masa yang sama Dap beri laluan kepada Pan untuk bertanding di 12 kerusi ultra tradisi Pas. Dap tidak berani bertanding disini sebab risiko yang sangat tinggi. Kerusi berisiko ini di beri kepada Pan. Sebenarnya mengganggu Pas disini bermakna 

menyerahkan kerusi kepada UMNO.



4. Dap menggunakan PRU untuk membunuh Pas dan Pan sekali gus. Membunuh Pas di 8 Dun dan 

membunuh Pan di 12 Dun. 20 Dun yang Pas tandingi akan diagih-agih sebagai harta perang antara 

Dap dan UMNO.



5. Dap telah berulang-ulang kali memaklumkan baik di semua peringkat untuk bekerjasama dengan 

UMNO. Dengan tindakan Dap dan Pan ini, UMNO akan kembali berkuasa dan Dap akan menjadi 

rakan memerintah Selangor. 



6. Bagaimana dengan PKR?  Wan Azizah ada perkiraan lain untuk menjamin DSAI dibebaskan. 

Selangor terbuka untuk sebarang Pakatan termasuk dengan UMNO.



7. Situasi Pas adalah seperti tahun 2004 dan kembali menjadi pembangkang. Begitulah liciknya Dap 

membunuh kawan dan lawan tanpa sedar. Dan bekerjasama dengan musuh tegar secara gerakan 

strategik.



8. Rakyat Selangor berhak memprotes tindakan Dap ini dan menafikan dominasi Dap dalam politik 

negeri Selangor. Gaya pemikiran Tony ini amat bahaya menaja proksi (Pan) untuk bertempur bagi 

pihaknya untuk menjamin survival politiknya sendiri. Sekolah pemikiran ini banyak di Israel dan ia 

memang menjadi anutan sebahagian besar Kristian Evangelis.



Haji Harun Seikh Malik

Pemikir Strategik Muda



Sumber TKO - 30-10-2015

POCA jadi akta zalim tanpa dipantau KDN

Posted on Wednesday, October 28 @ 23:12:03 MYT by tokdalang

PendapatOleh V Sivakumar

Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) itu undang-undang zalim.
Kerajaan harus meminda semula undang-undang ini supaya kes-kes yang
disiasat di bawah akta ini diberi peluang pembelaan kepada orang kena
tangkap.

Apa guna kita ada Kanun Keseksaan dan undang-undang lain jika polis 
menggunakan jalan pintas untuk menangkap seseorang di bawah POCA.


Seseorang yang ditahan bawah POCA tidak akan didakwa di mahkamah. Orang yang kena tangkap
boleh direman sehingga 60 hari. Siasatan akan dibuat oleh pegawai penyiasat dalam tempoh tahanan
itu. Satu laporan disediakan oleh pegawai penyiasat.

Pendakwa raya akan mengadakan temubual dengan orang kena tangkap berdasarkan laporan yang
disediakan oleh pegawai penyiasat. Orang kena tangkap tidak boleh diwakili oleh peguam untuk
pembelaan. Cara ini tidak adil kerana nasib orang kena tangkap itu terletak di tangan pegawai
 penyiasat.

Saya cukup bimbang kerana polis boleh menyalahgunakan kuasa apabila menangkap seseorang
di bawah undang-undang yang zalim ini. Saya juga risau pegawai-pegawai polis akan didorong
oleh undang-undang ini untuk terlibat dengan gejala rasuah.

Saya telah bertanya soalan lisan kepada menteri dalam negeri berhubung perkara ini. Soalan saya
berbunyi seperti berikut:
“...menyatakan jumlah kes yang ditangkap dan disiasat bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959
(POCA) sejak undang-undang itu dipinda pada 2013. Nyatakan juga jenis-jenis jenayah berat yang 
telah disiasat bawah akta ini dan tindakan-tindakan yang telah diambil.”

Jawapan Kementerian Dalam Negeri (pada 27 Oktober 2015):

“Berdasarkan rekod Polis Diraja Malaysia, semenjak pindaan Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) dikuatkuasakan mulai 2 April 2014 hingga 1 Oktober 2015, seramai 975 orang telah ditangkap dan disiasat bawah POCA.

“Di antara jenayah berat yang telah disiasat bawah Akta ini adalah jenayah kongsi gelap, jenayah
kekerasan, jenayah harta benda, dadah, pelacuran, perjudian dan penyeludupan migran.

“Seterusnya, tindakan-tindakan yang telah diambil terhadap mereka yang ditangkap adalah seramai
143 orang dikenakan Perintah Tahanan, 480 orang dikenakan Perintah Pengawasan Polis dengan 68
orang daripadanya dikenakan syarat pemakaian peranti pengawasan elektronik (EMD) yang mula
 digunapakai mulai 3 Ogos 2015, 28 orang telah dituduh di mahkamah, 131 orang telah dibebaskan
selepas siasatan dijalankan, manakala baki seramai 193 orang masih lagi ditahan untuk siasatan lanjut.”

Daripada jawapan yang diberikan oleh timbalan menteri dalam negeri didapati seramai 975 orang
telah ditangkap dan disiasat di bawah POCA.

Kerajaan telah menjanjikan bahawa hanya kes-kes yang berat akan disiasat bawah POCA. Tetapi,
saya ada bukti bahawa kes-kes kecurian kecil juga ditangkap, disiasat dan diambil tindakan oleh polis.

Sebagai contoh, pada 2 Ogos 2015, seramai lapan orang ditangkap kerana terlibat dalam kes curi ikan
dari kolam. Sama ada mereka benar-benar terlibat dalam kes ini tidak ada kepastian.

Enam orang ditangkap kerana mencuri ikan dari kolam milik orang lain.  Dua orang lagi ditangkap
kerana membeli ikan untuk dijual di pasar. Saya difahamkan tidak ada apa-apa laporan polis dibuat
oleh mana-mana pihak berhubung dengan kes ini.

Bagaimanapun, lapan orang itu ditahan reman untuk 21 hari dan kemudiannya ditambah lagi 38 hari.

Selepas siasatan dan temubual dengan pendakwaraya tanpa diberi ruangan untuk membela diri, tujuh
orang yang kena tangkap itu dibuang daerah dan seorang dibuang negeri.

Kononnya, tindakan diambil berdasarkan risikan polis. Saya juga tidak faham kenapa polis begitu
bersemangat untuk menyiasat kes curi ikan yang tidak ada sebarang laporan polis.

Sedangkan, terdapat banyak aduan dan laporan polis yang tidak diambil apa-apa tindakan. Kenapa kes
curi ikan ini tidak disiasat bawah Kanun Keseksaan? Bukankah Kanun Keseksaan lebih relevan dan
patut digunapakai bagi kes-kes seperti ini?

 Saya berasa kasihan dan bersimpati terhadap keluarga orang-orang yang telah dihukum bawah
POCA tanpa diberi peluang untuk membela diri.

Saya telah memohon jasa baik menteri dalam negeri untuk menyiasat kes yang saya bangkitkan secara teliti supaya orang yang tidak bersalah dihukum sewenang-wenangnya.

Jika bersalah pun, biarlah mahkamah mendengar kes tersebut dan menjatuhkan hukuman. Langkah ini penting untuk menjamin hak asasi dan berkeperimanusiaan.

* V Sivakumar adalah ahli parlimen DAP bagi Batu Gajah

Sumber DD - 28-10-2015


Lagi Kisah Perebutan Kuasa Dalam DAP

Posted on Tuesday, October 27 @ 21:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penggaram, Gan Peck Cheng dilantik menggantikan Dr Boo 
Cheng Hau sebagai Ketua Pembangkang Johor.

Pelantikan itu dibuat oleh Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP dalam mesyuaratnya malam tadi, 
berikutan keputusan Dr Boo awal bulan ini untuk melepaskan jawatannya kerana kegagalan untuk 
mempertahankan kedudukannya dalam Jawatankuasa DAP negeri di Batu Pahat

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini mengucapkan tahniah terhadap lantikan baru itu dan
mengucapkan terima kasih terhadap perkhidmatan Boo selama tujuh tahun sebagai ketua
pembangkang di negeri ini

"Ketua Pembangkang memimpin Adun DAP untuk mempromosikan dasar-dasar parti dan
menyelaras jawapan politik dengan Adun Pakatan Harapan di Dewan Undangan Negeri Johor.

"Saya harap kedua-dua Gan dan Tan Chen Choon akan cemerlang dalam menjadikan suara DAP
lebih kuat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, dengan sokongan semua wakil rakyat DAP di
Johor," kata Lim merujuk kepada whip DAP, Tan yang dalam mesyuarat sama malam tadi telah
dilantik sebagai Timbalan Ketua Pembangkang di negeri ini.

Adun DAP-DAP, Dr Boo semasa pengumuman perletakan jawatan itu, mendakwa terdapat usaha
oleh beberapa individu dalam parti yang mahu memusnahkan kerjaya politiknya.

Dr Boo berkata, perbuatan tikam belakang itu telah menyebabkan dia hilang peluang untuk
disenarai dalam 15 ahli Jawatankuasa DAP negeri dalam pemilihan parti yang diadakan sehari
sebelum beliau meletakkan jawatan.

Doktor perubatan berusia 51 tahun itu, dikenali dengan kebebasan bersuara di dalam parti, sudah
menjadi Ketua Pembangkang, mewakili Pakatan Rakyat di Persidangan DUN sejak 2008. -
The Rakyat POST

Sumber TKO - 27-10-2015


Pemilihan DAP Dah Masuk Era Gangster

Posted on Tuesday, October 27 @ 16:30:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

Berita

TEMERLOH – Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji tetap akan bertanding pada 
pemilihan DAP negeri kerana namanya telah dicalonkan walaupun menerima ugutan dan ancaman 
supaya menarik diri untuk pemilihan itu.

Zulpuri berkata, beliau sememangnya terkesan dengan ancaman itu apatah lagi membabitkan karier
politiknya dengan keluarga namun negara ini mempunyai undang-undang.

Menurutnya, pihak berkuasa ada, jadi sebaiknya serahkan sahaja kepada polis untuk menyiasat
mereka yang membuat ancaman itu.

“Saya telah buat laporan polis semalam dan berharap pihak berkuasa dapat menyelesaikan isu
tersebut,” katanya kepada Sinar Harian mengulas isu kain rentang mengancamnya supaya menarik
diri dari pemilihan DAP Pahang kelmarin.

Zulpuri yang juga Adun Mentakab berkata, namanya telah dicalonkan sejak awal lagi untuk
bersama 32 senarai nama lain yang akan bertanding merebut 15 tempat sebelum pemilihan jawatan
dalam jawatankuasa DAP Pahang.

Beliau berkata, ancaman tersebut memang memberi kesan kepadanya terutama sekali dari segi
keselamatan tetapi itulah hakikat yang terpaksa ditanggung apabila terlibat dalam politik.

Akhbar ini Selasa lalu melaporkan, Pembantu Khas Zulpuri, Peter Ong membuat laporan polis
selepas kehadiran satu kain rentang di luar bangunan pejabat Zulpuri yang mengancam keselamatan
wakil rakyat itu dan keluarga sekiranya bertanding jawatan Pengerusi DAP negeri.

Peter Ong juga memaklumkan terdapat bangkai seekor ayam yang digantung di pintu masuk pejabat
wakil rakyat itu selain nota tulisan tangan yang mengancam keselamatan Zulpuri dan keluarga. - SH

Sumber TKO - 27-10-2015


Kini DAP Cakar PKR Pula

Posted on Monday, October 19 @ 22:08:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

Selongkar

Sebab itulah aku tak mahu jadi macai dap ni, biar PAN and the geng sudah ...

Dulu dok mengata kat TGHH sebab taknak sokong undi tidak percaya terhadap Najib walaupun
berita fitnah ...

Hari ini LGE pula minta MP PKR tarik balik undi tidak percaya terhadap Najib di Parlimen ...


Ini cina dah pening agaknya, habis semua lu orang mau control, PAS pun mahu control PKR pun
mahu control ...

Control Mat Sabu and the geng sudahlah, berlagak macam parti dominon, PAS tidak rela dicucuk
hidung, tak sedar ke diri ...

Dari FB
Tikaq Buloh


Sumber TKO - 19-10-2015

Nasihat Chin Tong pada Dr Boo buat saya tersenyum

Posted on Wednesday, October 14 @ 13:17:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


Saya tersenyum seorang bila terbaca berita terkini dalam TheStarOnline. Ianya berkenaan kes 

perletakkan jawatan Dr Boo Cheng Hau, ADUN DAP Skudai sebagai Ketua Pembangkang DUN 

Johor ekoran tewas dalam pemilihan DAP peringkat negeri Johor baru-baru ini.

Portal berita berkenaan melaporkan betapa Pengerusi DAP Johor yang baru, Liew Chin Tong yang 

juga ahli parlimen DAP Kluang dan AJK Pusat DAP, merayu agar Dr Boo menimbangkan semula 

tindakan beliau itu.



Chin Tong dilaporkan berkata:



“We should not take it too personally, as there are winners and losers in any election,"



(Kita sepatutnya tidak menganggap (kekalahan) ini sebagai satu perkara peribadi, (adat) pertandingan

ada yang menang dan ada yang kalah)



"Let's not burn the house down just because of internal differences. The wisdoms and wishes of the 

delegates should be respected.’



(Janganlah kita membakar rumah sendiri semata-mata kerana perbezaan dalaman. Kebijaksanaan dan

hasrat para perwakilan sewajarnya dihormati)



Mengapa saya tersenyum seorang?



Sebagaimana Dr Boo, malah begitulah kawan-kawan Chin Tong yang tewas dalam pemilihan PAS 

dulu. Sekurang-kurangmya Dr Boo tidak keluar DAP dan tidak pula bertindak menubuhkan parti 

baru.



Kawan-kawan Chin Tong dalam PAS dahulu menganggap kekalahan mereka dalam pemilihan PAS 

sebagai sesuatu yang muktamad buat mereka. Mereka serang kawan-kawan yang menang dan 

kemudiannya mereka bertindak keluar parti, lari mencuri kerusi-kerusi yang menang atas tiket PAS 

dulu dan kini menubuhkan parti baru.



Rumah telah cuba mereka bakar dan kini mereka membina rumah baru.



Anehnya kawan-kawannya yang bertindak demikian ia raikan tetapi Dr Boo bertindak letak jawatan 

Ketua Pembangkang, Chin Tong kesali pula.



Agak-agak kemanalah Dr Boo selepas ini?

Oleh ROSLAN SMS



Sumber TKO - 14-10-2015


Kenyataan Raja-raja – kukuhkan rancangan undi tidak percaya
terhadap PM?


Posted on Tuesday, October 13 @ 14:10:20 MYT by paktam

Penulis TamuOleh Aziz Bari

Sehinggalah Majlis Raja-raja mengeluarkan kenyataan mendesak isu 1MDB diselesaikan secepat
mungkin pada 6 Oktober lalu, ramai di kalangan kita yang kian
merasakan kemungkinan untuk Perdana Menteri Najib Razak disingkirkan
melalui undi tidak percaya di Parlimen semakin surut.

Walaupun ada yang merasakan kenyataan tegas Penyimpan Mohor Besar
Raja-raja Syed Danial tidak membawa sebarang kesan - memandangkan 
penglibatan besar majoriti keluarga diraja kita dalam perniagaan dan kewangan, apa yang berlaku 
 selepas itu agak signifikan.


Perkembangan yang menarik perhatian itu adalah arahan untuk mengembalikan RM7.5 bilion
pemindahan yang dibuat 1MDB kembali ke dalam negara. Arahan tersebut dibuat Bank Negara
Malaysia dan dikeluarkan selepas Pejabat Peguam Negara sekali lagi membersihkan 1MDB
daripada apa-apa kesalahan.

Kembali kepada kenyataan Raja-raja - bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, DAP dan 
bekas TPM Muhyiddin Yassin memberikan sokongan mereka. Malah kerajaan sendiri, melalui 
jurucakapnya Abdul Rahman Dahlan, berhadapan kesukaran untuk mengabaikan kebimbangan 
yang disuarakan Raja-raja ini.

Tidak kurang menarik juga apabila kenyataan tersebut turut dilaporkan media asing, termasuk 
New York Times.

Perlu disebut bahawa TPM Ahmad Zahid Hamidi tidak lagi menghentam usul tersebut, selepas 
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis tidak akan mengambil sebarang 
tindakan selagi rancangan itu tidak melibatkan jenayah.

Khalid berkata demikian pada 24 Ogos lalu, tidak lama selepas Zahid mendakwa ada rancangan 
yang didalangi seorang “tua yang bercita-cita tinggi”.

Pemerhati politik percaya yang Zahid mensasarkan tokoh veteran Umno Tengku Razaleigh

Hamzah, yang mengaku beliau ada berjumpa dengan Mahathir. Apa-apa pun, kerabat diraja Kelantan itu kemudiannya berkata beliau tiada masalah dengan Najib.

Semua orang kini sudah menerima hakikat bahawa Najib tidak boleh 
lagi disingkirkan melalui Umno, memandangkan pemilihan parti itu 
sudah ditangguhkan. Harapan untuk menyingkirkannya melalui undi 
tidak percaya pula berhadapan halangan apabila Speaker Dewan 
Rakyat Pandikar Amin Mulia berkata usul tersebut bergantung 
kepadanya selaku “penjaga” bagi setiap usul yang ingin dibentangkan.

Ia menyebabkan kebuntuan kerana kita tentunya masih ingat 
bagaimana Pandikar memainkan peranannya untuk menghalang 
usaha menjatuhkan kerajaan Abdullah Ahmad Badawi melalui cara 
 yang sama pada tahun 2008.

Namun senario sekarang berbeza. Walaupun tanpa Anwar Ibrahim untuk memimpin pembangkang, keadaan Umno sekarang tidak lagi bersatu; terutama selepas pemecatan 
pemimpin yang bersuara terhadap Najib, seperti Muhyiddin dan Shafie Apdal.

Malah Mahathir sudah banyak kali menggesa ahli parlimen Umno-BN untuk menjatuhkan Najib 
demi menyelamatkan negara.

Kita perlu ingat, berbeza dengan 2008, birokrasi hari ini tidak lagi kukuh di belakang kerajaan. 
 Pemindahan secara tiba-tiba yang melibatkan pegawai kanan polis dan SPRM serta pelepasan 
jawatan Abdul Gani Patail sebagai peguam negara telah menjejaskan pentadbiran Najib.

Maka di situlah terletaknya kepentingan kenyataan tegas oleh Majlis Raja-raja. Dari satu sisi, ia 
 boleh dilihat sebagai undi tidak percaya Raja-raja Melayu terhadap pentadbiran Najib.

Mungkin ada yang mengatakan ia hanyalah kejadian terpencil. Namun kerana ia jarang berlakulah 
kenyataan tersebut dianggap signifikan. Jika Raja-raja sering mengeluarkan kenyataan seperti ahli 
parlimen pembangkang, tiada siapa yang akan memberikan perhatian.

Dengan tindakan Bank Negara yang secara bersopan mengatakan 1MDB tidak bertindak 
dengan betul, kini hanya peguam negara yang tinggal untuk mempertahankan Najib. Ini juga akan 
 meletakkan Speaker dalam keadaan berbelah bahagi.

Beliau tentunya akan terus menggunakan kuasanya untuk mematahkan apa-apa usul yang cuba 
dibawa.

Namun dengan mengambil kira perkembangan terbaru, tentu sukar bagi Pandikar untuk 
menjustifikasikan tindakannya. Beliau akan dilihat menyalahgunakan kuasa – untuk membela 
 sesuatu yang tidak lagi boleh dipertahankan.

Apatah lagi apabila apa yang beliau perlu lakukan sekarang hanya membenarkan sahaja proses 
pencarian kebenaran ini untuk berjalan. Ini adalah pertimbangan yang membuatkan hari-hari 
menjelang sidang Dewan Rakyat yang akan bermula pada 19 Oktober ini penuh dengan debaran.

 Dr Abdul Aziz Bari pernah menjadi pensyarah undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa 
(UIAM) selama lebih 22 tahun. 

Sumber DD - 13-10-2015


ADUN Skudai umum letak jawatan ketua pembangkang DUN
Johor


Posted on Monday, October 12 @ 17:00:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



JOHOR BAHRU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Dr Boo Cheng Hau 
mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) 
Johor berkuatkuasa serta-merta.

Cheng Hau yang menyandang jawatan itu sejak tahun 2008, berkata beliau membuat keputusan 
berkenaan kerana terdapat kempen dalam kalangan kepemimpinan DAP Johor ketika ini untuk 
memburukkan namanya.

"Bukan sahaja segelintir pemimpin ini memburukkan nama saya, malah mereka juga melemparkan 
pelbagai fitnah dan sering mengenepikan saya daripada sebarang aktiviti parti di peringkat Johor.

"Kumpulan ini sudah melupakan sumbangan dan bantuan yang diberikan kepada mereka selama ini 
ketika saya memegang jawatan sebagai Pengerusi DAP Johor selama sembilan tahun dari 2005," 
katanya pada sidang media di Pusat Komuniti Kawasan DUN Skudai di sini.

Cheng Hau berkata, beliau sudah memaklumkan keputusan itu kepada Speaker DUN Johor, Tan Sri 
Mohamed Aziz dan Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, 
pagi tadi menerusi kiriman e-mail. Bagaimanapun, katanya beliau masih kekal sebagai ADUN 
Skudai dan Ahli Jawatankuasa Pusat (CC) DAP. - Berita Harian
Sumber TKO - 12-10-2015


DAP Iktiraf Liong Sik Sekutu Untuk Jatuhkan Najib
Posted on Thursday, October 08 @ 18:00:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUALA LUMPUR – DAP mengiktiraf bekas Presiden MCA, Tun Dr. Ling Liong Sik sebagai 
sekutu parti itu bagi menentang UMNO dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang membayangkan perkara itu menerusi satu kenyataan medianya
mengenai bekas Presiden MCA itu hari ini.

Kata Kit Siang, Liong Sik kini mendapat penghormatan DAP kerana berusaha menjatuhkan Najib
melalui kenyataan yang dibuat kepada pihak media secara terbuka.

“Liong Sik mendapat penghormatan saya kerana meminta Najib meletakkan jawatan. Sangat 
sedih kerana beliau telah dipinggirkan oleh pemimpin MCA sedia ada,” katanya dalam
kenyataan itu.

Liong Sik yang pernah dituduh berhubung skandal projek pembangunan Zon Bebas Pelabuhan
Klang (PKFZ) baru-baru ini, menggesa Najib meletak jawatan.

Umum turut mengetahui, Liong Sik merupakan rakan baik kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr.
Mahathir Mohamad yang sedang giat menyerang kredibiliti Najib.

Beliau berada bersama-sama dengan Mahathir sewaktu bekas Perdana Menteri itu menyarankan
orang ramai supaya menjatuhkan Najib melalui demonstrasi jalanan.
– MYNEWSHUB.CC
Sumber TKO - 8-10-2015


DAP: Tanpa PAS sekalipun, Pakatan Harapan tetap menang
PRU14

Posted on Thursday, October 08 @ 09:24:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

Berita

PAS yang membuat keputusan tidak menyertai gabungan baharu pembangkang terus diserang DAP 
malam tadi pada majlis makan malam mengutip dana bagi parti serpihan mereka, Parti Amanah 
Negara (Amanah).

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, PAS sebenarnya sudah mula tidak mempamerkan 
prestasi yang baik di kubu kuat mereka Kelantan sejak kematian bekas mursyidul am Datuk Nik 
Abdul Aziz Nik Mat.

Justeru katanya, gabungan baharu pembangkang yang kini dikenali sebagai Pakatan Harapan akan
memenangi Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) akan datang tanpa PAS sekalipun.

"Jadi tanpa PAS adakah kita akan mampu menang? Biar saya beritahu anda, kita boleh. Ia tidak
mudah ataupun percuma tetapi kita boleh.

"PAS semakin hilang kawalan di Kelantan. Kekurangan kerajaan negeri Kelantan tidak begitu jelas
semasa Nik Aziz ada tetapi sekarang orang Kelantan tidak perlu lagi menaruh kepercayaan mereka
terhadap kerajaan negeri," katanya di Kuala Lumpur malam tadi.


Menurutnya, perkara itu jelas kelihatan sewaktu bencana banjir besar di Kelantan hujung tahun lalu
yang menyaksikan seolah-olah kerajaan negeri "langsung tidak ada".

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu merujuk kepada kontroversi bantuan kepada mangsa banjir
di Kelantan hujung tahun lalu apabila kerajaan negeri dan persekutuan dilihat sama-sama lambat
menghulurkan bantuan.

Malah, DAP sendiri mengusahakan projek pembinaan semula rumah di negeri itu yang dikenali
sebagai Impian Kelantan.

Hubungan DAP dan PAS putus secara rasmi apabila muktamar PAS yang lalu meluluskan usul
memutuskan hubungan dengan parti itu selepas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang
dikritik bertali arus.

Hadi dikritik atas dakwaan culas menghadiri mesyuarat majlis presiden Pakatan Rakyat (PR).
Beliau juga sering menggunakan kuasa vetonya dalam parti dengan membangkang keputusan
yang dibuat timbalannya pada masa itu, Mohamad Sabu dalam mesyuarat majlis presiden PR.

Bercakap dalam majlis makan malam meraih dana Amanah semalam, Pua turut mengungkit
bangkangan Hadi terhadap keputusan persetujuan DAP dan PKR mencalonkan Datuk Seri Dr Wan
Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid
Ibrahim.

Menurutnya, jika PAS menyertai gabungan baharu pembangkang sekalipun, mereka tidak akan
mempercayai parti itu yang semakin merosot pentadbirannya.

"Jika bersama kita sekali pun, belum tentu prestasi mereka baik," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata partinya tidak akan memutuskan
hubungan dengan PAS walau apa cara sekali pun.

"Kita tak boleh bakar jambatan dengan mereka, kita tetap perlu bercakap dengan mereka. Jika tidak,
kita akan bertanding dalam suasana pilihan raya yang sama-sama merugikan semua pihak.

"Ia mungkin OK buat DAP dan PAS (tidak bertegur sapa) tetapi kami perlu mengemudi ruangan ini
dan menjadi jambatan di antara mereka," katanya sewaktu berada sepentas dengan Pua sewaktu sesi
soal jawab selepas makan malam.
Sumber TKO - 8-10-2015


Guan Eng Berbelit Pasal Bantuan Sekolah Agama

Posted on Monday, October 05 @ 07:04:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng telah mengeluar kenyataan kononnya bantuan kepada 
sekolah agama tak kurang sekupang pun (10 sen). DAP kata PAS berbohong dan membuat fitnah 
dalam isu ini bila tak bersama Pakatan Rakyat.

Memang bantuan itu tidak kurang, yang dipersoalkan bukan bantuan itu kurang atau tidak tetapi 
kenyataan PAS ialah ada sekolah yang milik ahli PAS tidak disenaraikan menerima bantuan.

Dua buah sekolah iaitu Sekolah Rendah Islam Al-Ansar (SRIA) dan Sekolah Rendah Islam Bahrul 
Ulum (SRIBU) tidak disenaraikan sebagai penerima bantuan. Kenapa??

Adakah kerana kedua-dua sekolah yang ditadbir urus oleh ahli PAS Pulau Pinang??

Kita bukan mempersoalkan berapa peruntukan itu zaman UMNO dan zaman PR, yang dipertikaikan 
ialah kenapa sekolah milik ahli PAS diketepikan??

Guan Eng sangat licik dalam hal ini dan membuatkan seolah-olah Pak Lebai suka berbohong dan 
fitnah sedangkan dia mengalih isu daripada ketepikan 2 sekolah milik ahli PAS kepada isu 
kononnya tak kurangkan peruntukan.

Manusia yang jahil tentang isu ini akan mengganggap PAS membuat fitnah sedangkan isu sebenar 
telah diputat belit.

Sumber TKO - 5-10-2015


DAP tak jadi saman isu khutbah Aidiladha
Posted on Sunday, October 04 @ 18:01:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUALA LUMPUR 2 Okt. - Bantahan keras berserta perpaduan utuh umat Islam terbukti berjaya 
menggentarkan DAP sehingga parti itu tidak meneruskan hasratnya untuk menyaman Jabatan Mufti 
dan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).

Malah, DAP yang seolah-olah terkejut dengan tindak balas tegas umat Islam itu, dilihat cuba 
mengendurkan suasana apabila menyuarakan hasrat mahu isu khutbah Aidiladha diselesaikan 
melalui perbincangan secara berhemah.

Selain itu, tiada lagi nada ‘kata dua' seperti yang dilaungkan DAP pada 26 September lalu, apabila
dengan penuh lagak menuntut Jabatan Mufti Pahang memohon maaf secara terbuka dalam masa
lima hari atau berdepan saman.

Bukan itu sahaja, Penasihat DAP, Lim Kit Siang juga tidak hadir dalam sidang akhbar bagi
memaklumkan pendirian terbaharu DAP tersebut, berbeza dengan ‘sokongannya' ketika ‘kata dua'
diberikan kepada JAIP minggu lalu.

Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji berkata, keputusan parti itu mahu
menyelesaikan isu khutbah Aidiladha melalui perbincangan dibuat selepas pihaknya mengambil
maklum mengenai pandangan semua pihak.

"Selepas meneliti dan mengambil pandangan peguam, ilmuan Islam dan rakan-rakan, saya
berpendapat isu khutbah tidak perlu melalui saluran undang-undang secara tergesa-gesa," katanya
dalam sidang akhbar tanpa ditemani pemimpin tertinggi DAP di ibu pejabat parti itu di sini hari ini.
Minggu lalu, Tengku Zulpuri yang ditemani Kit Siang, bekas Exco DAP Selangor, Ronnie Liu dan
dua ahli DAP, Datuk A. Samad Said serta Dr. Abdul Aziz Bari menuntut Jabatan Mufti Pahang
menarik balik teks khutbah AidilAdha.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mentakab itu juga mahu Jabatan Mufti dan JAIP memohon
maaf secara terbuka dalam tempoh lima hari atau DAP akan mengambil tindakan undang-undang
jika institusi yang memelihara kesucian Islam itu gagal berbuat demikian.

Berikutan tindak-tanduk DAP yang dilihat semakin biadab kerana cuba mencampuri urusan agama
Islam dengan mengancam institusi Islam, pelbagai pihak termasuk Pas tampil mempertahankan
JAIP dan menyelar parti berkenaan.

Dalam pada itu, ditanya mengapa DAP tidak meneruskan saman biarpun sebelum ini begitu lantang
mengugut JAIP, Tengku Zulpuri berdalih dengan berkata kononnya DAP tidak pernah memberi ‘
kata dua', sebaliknya hanya mengeluarkan kenyataan umum.

"Bagi peringkat sekarang adalah lebih baik untuk pihak kami untuk mengadakan pertemuan dengan
Mufti Pahang untuk menyelesaikan isu ini secara bersemuka tentang apa yang dinyatakan dalam
khutbah, itu yang terbaik setakat ini," katanya.

Sumber Link
Sumber TKO - 4-10-2015

Jamin Kuasa Politik Melayu – Boleh Percayakah DAP?

Posted on Sunday, October 04 @ 14:45:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

Semasa

KUALA LUMPUR – DAP memberi jaminan Perdana Menteri Malaysia akan tetap dipilih daripada
kaum Melayu andai Pakatan Harapan berjaya merampas Kerajaan Persekutuan.

Penasihatnya, Lim Kit Siang turut memberi jaminan kuasa politik Melayu tidak akan terancam jika
DAP dan parti-parti pembangkang mentadbir negara.

“Kuasa politik kaum Melayu tidak akan terancam kerana Perdana Menteri baharu adalah Melayu.

“Gabungan baharu pembangkang akan dikuasai Melayu yang mencerminkan demografi Malaysia,”
dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kit Siang turut memetik kenyataan seorang tokoh politik yang yakin kaum Melayu sama sekali
tidak akan tertindas kerana kakitangan kerajaan dan anggota tentera terdiri daripada orang Melayu. –
MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 4-10-2015


Empat Individu Saman Hj Hadi Didalangi DAP?

Posted on Saturday, October 03 @ 14:38:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat, Ahmad Amzad Hashim mempersoalkan siapakah dalang 
di sebalik empat individu yang bertindak memfailkan permohonan untuk mencabar rang undang-
undang persendirian terhadap Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“Sudahkah empat orang berkenaan mendapatkan deklarasi bahawa Private Bill (PB) itu salah? 

Setakat ini melalui kenyataan awam yang dibuat oleh Ketua Hakim Negara dan juga Bekas Ketua 

Hakim Negara, tidak membayangkan apa-apa pelanggaran perlembagaan atau undang-undang.

“Mengapa tidak dapatkan dulu tafsiran, pengisytiharan mahkamah bahawa PB itu melanggar 

perlembagaan. Jika benar salah, barulah munasabah tindakan saman berkenaan,” katanya kepada 

Harakahdaily semalam.

Justeru katanya, rakyat sudah mula mempersoalkan siapa di sebalik empat individu berkenaan dan 

profil mereka mempunyai hubung kait dengan beberapa parti politik seperti Amanah dan DAP mula 

tersebar di alam maya.

Empat individu yang dimaksudkan itu adalah Mansoor Saat, Azira Aziz, Hazwany Jamaluddin dan 

Hasbeemaputra Abu Bakar.

Dua daripada mereka adalah peguam dari Majlis Peguam Malaysia, Mansoor Saat dan Azira Aziz, 

manakala dua lagi adalah aktivis masyarakat sivil.

Namun keempat-empat mereka mempunyai persamaan iaitu menyokong BERSIH 4.0 dan hak asasi 

manusia.


Selain peguam, Mansoor Saat pernah menjawat jawatan Gabenor Daerah Kelab Antarabangsa 


Rotary adalah sebuah pertubuhan pimpinan profesional yang mendakwa mereka menyediakan 

perkhidmatan kemanusiaan untuk memperbaiki hubungan manusia, standard etika menggalakkan 

tinggi dalam semua kerjaya dan keamanan di dunia.



Kelab Retory Bangsar juga pernah menjemput Hannah Yeoh, Speaker Dewan Undangan Negeri 

(DUN) Selangor sebagai tetamu kehormatnya.


Dalam masa sama, Hannah Yeoh, ADUN DAP Subang Jaya juga merupakan aktif dalam National 

Evangelical Christian Fellowship (NECF).

Ini membuktikan Kelab Retory Malaysia ada hubung kaitnya dengan gerakan Kristian Malaysia.


Azira Aziz juga seorang peguam dari Majlis Peguam Malaysia.

Selain peguam, Azira juga turut aktif dalam pergerakan BERSIH 2.0 dan 4.0.

Gambar-gambar Konsert BERSIH 8T 2012 (sila klik di sini) menunjukkan lingkaran Azira berkait 

rapat antara Majlis Peguam, BERSIH, Mohamad Sabu dan DAP.


Azira dan Young Safura (DAP) mengaku hadir semasa majlis perasmian Parti Pekerja Malaysia @ 

Parti Amanah Negara pada 16 September.

Mereka hadir atas tiket NGO ‘Demi Malaysia’

‘Demi Malaysia’ adalah tagline yang selalu digunakan Lim Kit Siang.

Jika singkatan ‘Demi Malaysia’ dipanjangkan menjadi ‘Demi Rakyat Malaysia’ ia akan membawa 

persamaan konotasi dengan lagu rasmi DAP.

Azira juga aktif dalam LoyarBurok dalam UndiMsia.

UndiMsia mempunyai rangkaian yang sama dengan SUARAM (Suara Rakyat Malaysia), REFSA 

(Pemikir DAP), KOMAS, Sinar Project, Amnesty International Malaysia iaitu rangkaian yang sama 

yang menggerakkan BERSIH. Klik di sini

Dua lagi aktivis masyrakat sivil, Hazwany Jamaluddin dan Hasbeemaputra Abu Bakar juga datang 

dari kelompok ini.

Hasbeemaputra adalah bekas ahli jawatankuasa sekretariat SUARAM, manakala Hazwany adalah 

pegawai program Sinar Project.

Sumber TKO - 3-10-2015


Tidak Sokong Polisi Guan Eng, Anak Saudara Karpal Singh
Dipecat Serta Merta


Posted on Tuesday, September 22 @ 22:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Anak saudara mendiang Karpal Singh dipecat serta merta penyumbang kepada portal The Malaysian
Insider (TMI) kerana tidak menyokong polisi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkaitan
dengan pembunuhan anjing liar di negeri itu.

Dalbinder Singh Gill dipecat serta merta menjadi penyumbang TMI setelah beliau secara terbuka
menyokong badan bukan Kerajaan (NGO) yang membantah pembunuhan secara kejam anjing liar
di negeri itu.

“Ini adalah untuk memberitahu anda bahawa kami tidak lagi memerlukan perkhidmatan anda
sebagai penyumbang untuk The Malaysian Insider berkuatkuasa serta merta.

“Tindakan anda telah mencemarkan reputasi kita. Anda juga gagal untuk mematuhi arahan untuk
beberapa tugasan anda.

“Terdapat konflik kepentingan dalam perlindungan anda terhadap penyakit anjing gila yang
menakutkan di Pulau Pinang seperti yang anda telah terlibat secara aktif dalam protes oleh NGO.
Sebagai seorang wartawan, anda perlukan untuk kekal saksama supaya anda boleh melaporkan
 berita secara objektif,”kenyataan TMI dipetik.



Kenyataan TMI itu dianggap Malaysian Patriots sebagai portal yang tidak profesional kerana secara
jelas menyokong satu pihak iaitu Setiausaha Agung DAP, Guan Eng.

“TMI amat melindungi dan menyokong Tokong Lim. Anda tidak boleh bekerja dengan TMI dan
menulis perkara yang buruk tentang dia … atau perkhidmatan anda akan ditamatkan.

“Di manakah kebebasan akhbar? Atau sikap berkecuali daripada syarikat-syarikat/pemilik media ?,
”soalnya.

Pada Ahad, sekumpulan aktivis haiwan bebas dan NGO menggesa Guan Eng menghentikan segera 
aktiviti membunuh anjing yang dijalankan secara meluas di negeri itu.

Seorang anggota jawatankuasa gabungan NGO ‘Stop Killing, Start Vaccinating‘, Joel Gurprit Singh
berkata, membunuh anjing bukan penyelesaian kekal terhadap isu wabak penyakit anjing gila.




Beliau berkata, Lim tidak mengamalkan dasar telus ketika menangani wabak anjing gila dan NGO
tidak dirundingi sebelum negeri ini memutuskan untuk membunuh anjing-anjing terbiar dalam usaha
menyekat penyakit itu dari merebak.

Lebih 60 wakil dari pelbagai NGO berhimpun di Sudut Penceramah di Padang Kota Lama dan
membawa kad board “Stop killing” (Hentikan Pembunuhan).









Sumber Link



Sumber TKO - 22-9-2015


Jika Akhirnya DAP Minta Maaf...

Posted on Tuesday, September 22 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Berita

SHAH ALAM - Pas bersedia menerima DAP jika parti itu meminta maaf dan menerima dasar-dasar
Islam yang diperjuangkan selama ini setelah ikatan tahaluf siyasi antara mereka terbatal, sebelum ini
gara-gara DAP didakwa melanggar syarat kerjasama tersebut.

Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr Nik Zawawi Nik Salleh berkata, meskipun ikatan itu
pernah putus, namun Pas akan mengikut lunas-lunas yang telah digariskan dalam agama.

"Jika dia (DAP) minta maaf dan terima dasar kita, hukum dah jadi wajib dah...kita akan terima (maaf).
 Tiada masalah

"Apabila dia (DAP) minta maaf nak rujuk balik...nikah kahwin pun boleh rujuk balik. Insya-ALLAH
tahaluf siyasi tiada masalah," katanya pada forum Diskusi 3.0: Integriti dan Kenegaraan, di sini,
malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika dikemukakan soalan oleh penonton tentang prinsip Pas sekiranya DAP
meminta maaf.

Mengulas lanjut, beliau menegaskan keputusan Pas mengadakan hubungan tahaluf siyasi dengan mana
-mana pihak adalah berasaskan kepada tuntutan hukum.

"DAP wujud di Malaysia puluhan tahun. Mengapa dulu, kita tidak bertahaluf dengan DAP? Kerana
hukum dan syarat bertahaluf siyasi yang digariskan di dalam Islam masih belum mencukup syarat
menyebabkan kita tidak mengadakan hubungan tahalif siyasi dengan DAP.

"Apabila syarat yang ditetapkan dalam kitab-kitab Fekah yang utama menggariskan kepada kita
bahawa syarat dan peraturan tahaluf yang membabitkan Pas ini sudah melangkah ke peringkat wajib,
maka kita mengadakan hubungan tahaluf siyasi kerana hukumnya telah menjadi wajib.

"Saya nak tegaskan, kita nak rujuk balik, Pas berpegang dengan kaedah syarak. Kalau syarak
mewajibkan, kita akan buat. Bukan sahaja dengan DAP, dengan orang lain pun," katanya.

Menurutnya lagi, sekiranya mana-mana pihak yang bertahaluf siyasi melanggar syarat yang ditetapkan
Pas, secara langsung perjanjian itu terbatal.

"Apabila kita bertahaluf dengan DAP, syarat tahaluf siyasi kita lengkap. Apabila syarat tahaluf terbatal
...sebab itu apabila dalam kenyataan MSU, saya sebut tahaluf siyasi terbatal bukan MSU yang
membatalkan, bukan Pas yang membatalkan.

"Tapi apabila DAP ini melanggar syarat dan peraturan yang kita tetapkan itu, maka dengan sendirinya
tahaluf terbatal. Apabila tahaluf terbatal, walaupun manis, mesti buang," katanya.

Nik Zawawi yang juga Timbalan Ketua Dewan Ulama Pusat berpendapat, bermusuh dalam politik
tidak sepatutnya berterusan sampai bila-bila.

"Berpolitik kita mesti berpandangan jauh. Jangan sampai kita berpolitik ini, kita bermusuh dengan satu
-satu kumpulan menyebabkan kita meletakkan mereka ini sebagai musuh kepada kita sampai bila-bila.
Tidak. Kita silap. Kita bermusuh ketika mereka menjadi musuh.

"Kita mesti bertahaluf, bergabung apabila syarat dalam Islam mewajibkan kita bergabung dengan siapa
sahaja. Ini kita kena ingat. Sebab itu dalam Islam kita kena banyak sabar. Kadang-kadang kita kena
bergabung dengan musuh. Sabar, itu kehendak Islam bukan kehendak kita," katanya.

-Sinar Harian
Sumber TKO - 22-9-2015


Kluk Kik DAP
Posted on Wednesday, September 16 @ 06:49:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

Analisis Isu

Assalamualaikum,,,  

Pertama sekali DAP memberi kata dua kepada Azmin, pilih PAS atau DAP! tetapi mengubah ugutan 
itu apabila Azmin bertegas tetap mahukan PAS berada dalam kerajaan negeri Selangor.DAP 
mengubah pendirian dengan menyatakan akan terus bersama kerajaan Selsngor untuk mengawal PAS agar tidak akan berbuat sesuka hati mereka.Apa ke jadahnya DAP ni?

LGE yang mahu meniru gaya pemerintahan khalifah Umar Abdul Aziz nampaknya sudah
menyerlahkann kaler sebenarnya.Contohnya agar PAS tidak sesuka hati mengharamkan penjualan
arak menyerlahkan satu perkara; kecintaannya dan DAP kepada arak yang tidak bolih dipisahkan
sehingga sanggup kluk klik dalam perjuangannya.Kluk klik ini sebenarnya menjadi dasar UMNO
sejak dulu, kini dan selamanya,nampaknya sekarang DAP sudah bertukar kaler, dari malaysia
malaysian kepada kluk klik! maknanya DAP sanggup berbuat apa saja untuk berkuasa!

Sebelum ini LKS menawarkan UG dengan UMNO atas alasan menyelamatkan Malaysia dari PAS
atau secara tersiratnya menyelamatkan Malaysia dari Islam.Sekali lagi arak menjadi penyebabnya
kerana mereka ada satu kerisauan mengenai pengharaman arak kalau PAS berkuasa.Kemudian dia
menawarkan  kerjasama kepada Mahathir dengan nama bersih 4.0 untuk menggulingkan Najib
dengan syarat tiada Najib kedua, dia berkata UMNO bolih terus berkuasa mungkin dengan harapan
untuk membentuk UG dengan UMNO.

Tapi kluk klik DAP amat nyata dalam kes kerajaan Selangor.Setelah mengugut Azmin, DAP tak
sanggup mengotakan ugutannya sebaliknya mengubah dengan menjadikan PAS sebagai punching
begnya.Mereka seolah olah menjadi pengawal dan pengimbang PAS kepada PKR, mereka seolah
tidak yakin dengan Azmin dan PKR  yang pada mereka akan memberi kebebasan tanpa had kepada
PAS.Itulah DAP, kluk klik yang sepatutnya diberi perhatian olih semua umat Islam kerana yang
tersirat, DAP adalah musuh sebenar kepada terlaksananya carahidup Islam.DAP sangup menjadi kluk
klik untuk mengelirukan umat Islam dan akan mengajar kita cara berugama kalau diberi ruang.

Banyak contoh tindakan DAP yang bolih dilihat.Satu masa dulu, ada pemimpinnya yang membaca
ayat quran, ada pemimpinya yang bersama sama umat Isam berbuka puasa dan baru baru ini LKS
bertindak sebagai tok guru mengajar umat Islam tentang betapa tidak bertamaddunnya hukum
hudud.Begitu juga menggunakan seorang muslimat yang berjilbat untuk makan setalam dengan
jantan ajnabi berugama bukan Islam.Dan selepas ini mungkin banyak lagi acara acara yang bakal
dianjurkan DAP dengan kerjasama orang orang Islam yang dicucuk hidung oleh
mereka untuk mengajar umat Islam cara berugama!

Sumber TKO - 16-9-2015


Masa untuk halang DAP!
Posted on Monday, September 14 @ 13:54:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh penjualcendol


Assalamualaikum,,,

DAP menyatakan akan terus berada dalam kerajaan Selangor sekalipun PKR
berkeras mahukan PAS bersama memerintah negeri.Laungan garang DAP sedikit
kendur tetapi dalam kekenduran itu tetap terdengar suara mahu menghalang PAS
berbuat sesuka hati di Selangor tanpa kehadiran DAP, angkuhnya tetap sama.
Apakah maksud  DAP bila mendakwa PAS berbuat sesuka hati?

Apakah DAP ingat PAS ialah parti exstreem yang akan berbuat sesuka hatinya
tanpa diimbangi olih DAP.Sebenarnya kenyataan DAP ini sudah cukup untuk
semua umat Islam menolaknya.PAS bukan parti yang akan berbuat sesuka hati. PAS akan berbuat
menurut apa yang diperintah ugama yang pada DAP adalah extreem dan menidakkan nilai sejagat
yang diperjuangkan DAP.DAP sudah menjadi terlalu angkuh dengan nilai sejagatnya sehingga lupa
untuk menghormati ugama Islam.

Contoh yang diberi LGE cukup menjelaskan keangkuhan DAP.Bimbang PAS akan mengharamkan
penjualan arak menunjukkan DAP lebih suka arak diminum olih rakyat Selangor tanpa mengambil
kira ugama.Itulah nilai sejagat yang dimahukan DAP.DAP sampai lupa bahawa kalau pengharaman
arak dikuatkuasakan, ianya hanya keatas orang Islam, undang undang syariah yang sudah lama
dikanunkan.

Olih kerana itu, masanya sudah tiba untuk kita umat Islam untuk halang DAP.DAP hanya mahukan
kuasa pemerintahan dan mahu menafikan carahidup Islam untuk orang Islam, mereka mahu umat
Islam mengamalkan carahidup sejagat yang bolih bebas minum arak, bolih mengamalkan carahidup
gay, lesbian dan seumpamanya.

Wahai umat Islam yang masih bersama DAP baik sebagai ahli atau rakan politiknya, tinggalkan DAP
demi Islam.

Sumber TKO - 14-9-2015

DAP kekal dalam k'jaan S'gor walau PKR, PAS bekerjasama

Posted on Monday, September 14 @ 05:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



DAP akan terus mengekalkan kedudukannya dalam kerajaan negeri Selangor, meskipun PKR tetap 

berkeras mahu bekerjasama dengan PAS, kata Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng.
Lim berkata langkah itu bagi menghalang PAS daripada memperkenalkan dasar pentadbiran yang
tidak sesuai kepada rakyat Selangor.

Katanya, jika DAP berundur daripada kerajaan negeri Selangor, PAS dibimbangi akan berbuat apa
sahaja, sebagai contoh, memperkenalkan larangan menjual arak.

"Pendirian kita jelas. Walaupun PKR mahu bekerjasama dengan PAS, itu ialah hak dan keputusan
mereka.

"Bagaimanapun, kita mengakui ia akan sedikit menjejaskan (kedudukan) DAP dalam kerajaan
Selangor," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Forum Kedai Kopi dan Pendaftaran
Pengundi Baru anjuran Pusat Komuniti Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Jaya di Taman
Molek, di Johor Bahru hari ini.

Lim berkata demikian ketika diminta mengulas pendirian PKR yang tetap mahukan PAS berada
dalam pakatan pembangkang dan bagaimana kedudukan DAP dalam kerajaan Selangor dengan
pendirian PKR itu.

Turut hadir Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong dan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN)
Johor Jaya, Liow Cai Tung.
-Bernama

Sumber TKO - 14-9-2015


Azmin Perlu Pilih PAS Atau DAP - Ramkarpal
Posted on Thursday, September 10 @ 15:40:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



PETALING JAYA: Ahli Parlimen DAP meminta Menteri Besar Selangor, Azmin Ali menyatakan

pendirian sama ada Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan bekerjasama dengan PAS jika pakatan 
Pembangkang baru diwujudkan.
Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh berkata, Azmin perlu membuat pilihan sama ada
bekerjasama dengan DAP atau PAS kerana hubungan kedua-dua parti itu tidak lagi sehaluan.

"Azmin perlu pilih untuk bekerja dengan yang mana satu pada masa akan datang, kerana tidak lagi
realistik untuk pakatan antara DAP dengan PAS," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Kenyataan tersebut dikeluarkan selepas berlaku 'perang' di media sosial antara Azmin dengan
Penolong Setiausaha Publisiti DAP, Teo Nie Ching berikutan kesediaan Azmin untuk bekerjsama dengan PAS.

Ramkarpal berkata, kenyataan Azmin itu tidak tepat kerana ketegangan dalam Pakatan Rakyat yang
membawa kepada perpecahan pakatan rakyat berpunca daripada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul
Hadi Awang.


Beliau berkata, tindakan Hadi bukan sahaja mencetuskan kontroversi dengan DAP tetapi juga
dengan ahli-ahli partinya sendiri yang bertindak membentuk Parti Amanah Negara (PAN).

Sumber Link

Sumber TKO - 10-9-2015


DAP tolak penyertaan PAS dalam pakatan baharu
pembangkang

Posted on Tuesday, September 08 @ 07:42:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar



DAP tidak akan menerima penyertaan PAS dalam gabungan baharu Pakatan Rakyat 2.0.

Menegaskan demikian, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata DAP dan PAS kini berada
di tahap tidak mungkin dapat "rujuk" kembali kerana PAS sudah mengisytiharkan DAP sebagai
musuhnya.

"Bagaimana kami boleh menyertai pakatan itu bila PAS hendak bertanding menentang kami,"
katanya kepada pemberita di George Town hari ini.

Katanya, PAS mengisytiharkan DAP sebagai musuh nombor satunya - dan bukan Barisan Nasional
atau Umno - maka kini jelas ia akan bertanding di kerusi DAP.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini dilaporkan berkata bahawa parti itu sedang
mempertimbang untuk bertanding di kerusi-kerusi DAP pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14
nanti.

"Saya tidak terkejut dengan kenyataan presiden PAS itu. Ia selari dengan dasar baharu PAS yang
menganggap DAP musuhnya," kata Lim.

Lim, yang juga ketua menteri Pulau Pinang, berkata beliau menerima cabaran PAS itu dan
mempelawa bekas sekutunya itu bertanding di kerusi negerinya Air Putih.

Ketika diminta mengulas cadangan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali supaya
membenarkan PAS menyertai pakatan baharu pembangkang, Lim berkata, adalah mustahil bagi
DAP berada dalam gabungan yang sama dengan PAS. - Bernama

Sumber TKO - 8-9-2015

Guan Eng pelawa PAS cabarnya di Air Putih
Posted on Monday, September 07 @ 19:47:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

Berita

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mempelawa PAS bertanding di kerusi yang diwakilinya - 

DUN Air Putih di Pulau Pinang.
Lim merujuk kepada kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berkata PAS
bercadang meletakkan ahli bukan Melayu dari Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) di kerusi
yang ditandingi DAP dalam pilihan raya umum akan datang.
Lim berkata beliau tidak terkejut dengan kenyataan Hadi itu, kerana pandangan ini seolah-olah
selaras dengan dasar baru PAS terhadap DAP.

"Kenyataan Hadi sudah dijangka. Tetapi ini adalah demokrasi di mana semua pihak mempunyai
hak untuk bertanding," kata Lim dalam sidang media di Komtar hari ini.

"Jika PAS yakin, DAP akan menerima cabaran itu dengan rendah diri, kerana kita menjangka untuk
meraih undi berdasarkan prestasi kami, urus tadbir yang baik dan pentadbiran yang bersih,"
katanya

"Kami tidak bankrap, seperti sesetengah negeri," kata ketua menteri Pulau Pinang itu.

Lim berpendapat PAS mungkin mempunyai rancangan kemenangan dalam pilihan raya umum
akan datang menjelang 2018.

Bagaimanapun, Lim berkata, beliau tidak pasti sama ada PAS benar-benar mahu menang atau
menjadi "pengacau" supaya BN dan Umno boleh menang dalam pilihan raya.

"Kami akan serahkan kepada rakyat menjadi hakim. Jika PAS benar-benar mahu bertanding di
kerusi kami, saya mengalu-alukan mereka ke DUN saya di Air Putih, "katanya.

"Kita akan menghadapi mereka dengan rendah diri. Kami tidak akan ambil mudah," kata Lim.

Sumber Link


Sumber TKO - 7-9-2015


Melayu Sertai Bersih 4.0 Bukan Islam! – DAP
Posted on Saturday, September 05 @ 00:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUALA LUMPUR – DAP menegaskan segelintir orang Melayu yang menyertai perhimpunan
haram Bersih 4.0 baru-baru ini tidak hadir ke perhimpunan itu sebagai umat Islam.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebaliknya berkata, Melayu yang menyertai perhimpunan itu datang
tanpa identiti agama mahupun bangsa kerana pada mereka semua peserta Bersih 4.0 adalah sama.

“Bersih 4.0 adalah batu loncatan dalam bina negara bangsa kerana peserta datang bukan sebagai
Muslim, Buddha, Kristian, Hindu, Sikh atau Taoists. Mereka hadir sebagai patriot negara,”
dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.

Perhimpunan yang dianjurkan oleh PKR, DAP dan beberapa NGO yang memperjuangkan hak
kebebasan secara melampau termasuk lesbian dan gay pada 29 dan 30 Ogos lalu gagal meraih
sokongan ramai rakyat Malaysia.

Perhimpunan jalanan tanpa permit itu turut didominasi oleh kaum Cina, jauh berbeza berbanding
tiga edisi perhimpunan Bersih yang dianjurkan sebelum ini.

Peserta perhimpunan itu yang majoritinya penyokong parti pembangkang turut bertindak biadap
dengan memijak-mijak gambar Presiden PAS yang juga Timbalan Ketua Kesatuan Ulama (Islam)
Sedunia dalam satu upacara semasa perhimpunan haram itu berlangsung. – MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 4-9-2015

Lim Kit Siang Kata Dia Tak Pernah Pijak Gambar Pemimpin
Politik

Posted on Friday, September 04 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Saya terbaca Roketkini akhbar rasmi DAP. Dalam tulisan terbaru Roketkini.com dalam artikel 

"DAP kutuk perbuatan pijak gambar Najib, Hadi" 2 September 2015 Lim Kit Siang ada 
menyatakan “Sepanjang 50 tahun penglibatan saya dalam politik, saya tidak pernah memijak 
gambar mana-mana pemimpin politik,”

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah menjelaskan, memang ada orang yang menuduh 

beliau dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memijak gambar bekas Adun-Adun Pakatan 
Rakyat yang belot kepada parti sehingga menyebabkan Pakatan kehilangan kuasa di Perak pada 
2009, merupakan pembohongan.

“Ini tidak benar dan ia adalah putar belit kebenaran. (Pada masa itu) memang penganjur 

konvensyen DAP Perak meletakkan gambar Adun-Adun pembelot tersebut di ruang masuk untuk 
 dipijak, tetapi saya dan Guan Eng enggan memijaknya.

“Malah gambar-gambar yang diambil oleh jurugambar menunjukkan sedaya-upaya mengelak diri 

daripada memijak gambar tersebut,” jelas Lim Kit Siang.

Kata Lim Kit Siang lagi, politik bukan sesuatu untuk memijak gambar pihak lawan, walau betapa 

bencinya kita kepada mereka, tetapi ia adalah tentang dasar dan program untuk kebaikan rakyat 
tanpa mengira kaum, agama, gender atau parti politik.

Entah boleh berpercaya ke kata-kata Lim Kit Siang ni?

Banyak perkara mengenai PAS dan Abdul Hadi Awang yang diperkatakan oleh DAP sebenarnya 

lari daripada perkara sebenarnya. Isu hudud contohnya dan bagaimana perkara ini telah dibahaskan 
pada pertemuan pimpinan Pakatan Rakyat telah dinafikan seolah-olah hudud tak pernah 
dibincangkan.

Kita dalam perjuangan Islam kena sabar, Insya-Allah kebenaran akan terbongkar satu persatu 

sehingga kita akan jelas siapa sebenarnya yang suka berbohong dan siapa yang benar.



Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/
 


Sumber TKO - 4-9-2015


Amoi DAP Pijak Gambar Presiden PAS Semasa BERSIH 4
(Bukti Video)


Posted on Monday, August 31 @ 18:27:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
https://www.youtube.com/watch?v=xq-jgv81Oes&feature=player_
embedded

Selongkar

Amoi DAP telah memijak dan menghina gambar Presiden PAS, Tuan Guru Haji ABdul Hadi Awang semasa BERSIH 4. Tindakan ini adalah biadap. Setakat ini tiada kenyataan maaf daripada pihak DAP.

Kredit:
Abdullah Othman

Sumber TKO - 31-8-2015


Pembangkang sedia berbincang dengan BN bentuk kerajaan
baharu

Posted on Thursday, August 27 @ 21:17:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Analisis Isu

Ahli Parlimen pembangkang daripada DAP, PKR dan Gerakan Harapan Baru (GHB) sedia 
berbincang dengan Barisan Nasional (BN) untuk membentuk kerajaan baharu selepas desakan untuk 
menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semakin kuat.

Dalam kenyataan bersama hari ini mereka berkata, agenda teras pembentukan kerajaan baru tanpa 
Najib adalah perubahan politik dengan salah satunya adalah membebaskan bekas ketua pembangkang
Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar kini menjalani hukuman lima tahun penjara di Sungai Buloh.

"Ahli Parlimen daripada DAP, PKR dan GHB bersedia untuk membincangkan cadangan oleh ahli Parlimen BN untuk membentuk satu majoriti menggantikan kerjaan Najib dengan perubahan politik sebagai teras agenda kerajaan baru.

"Pembebasan Anwar sepatutnya menjadi salah satu tugas sebagai usaha membentuk majoriti baru.
Semua pendakwaa politik juga perlu dibatalkan," katanya.

Kenyataan bersama itu ditandatangani DAP Lim Kit Siang (Gelang Patah), Anthony Loke Siew Fook
(Seremban), Teresa Kok (Seputih), Liew Chin Tong (Kluang) dan Teo Kok Seong (Rasah).

Daripada PKR adalah Rafizi Ramli (Pandan), Datuk Johari Abdul (Sg Petani), Wong Chen (Kelana Jaya), Sim Tze Tzin (Bayan Baru), dan S Manikavasagam (Kapar).

Ahli Parlimen mewakili GHB adalah Datuk Kamaruddin Jaafar (Tumpat), Dr Hatta Ramli (Kuala
Krai) dan Khalid Samad (Shah Alam).

Katanya, mereka juga mencapai beberapa resolusi ketika mengadakan pertemuan di Parlimen
semalam.

Mereka bersetuju menyokong Bersih 4
hujung minggu ini dan menggesa Najib
serta timbalannya Datuk Seri Ahmad Zahid
Hamidi memberi jaminan tidak ada tindakan
 keras sepanjang himpunan.

Mereka juga akan mengambil bahagian dan
Jawatankuasa Perunding Dana Politik jika
isu derma RM2.6 bilion yang dimasukkan
ke akaun peribadi Najib secara misteri oleh
pihak luar didedahkan.

Syarat lain adalah bidang majlis itu akan diperluaskan kepada perubahan sistem pilihan raya dan
jaminan kebebasan perlu diberikan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Awal bulan ini, Najib mengumumkan jawatankuasa konsultatif nasional tangani isu pembiayaan
politik bagi memastikan dana disalurkan secara integriti.

Namun pengumumannya dipandang skeptikal kerana dibuat ketika dirinya sendiri hebat dikritik dan
dipersoalkan tentang derma RM2.6 bilion yang disalurkan daripada negara Timur Tengah. - TMI

Sumber TKO -27-8-2015


Satu Fakta Perlu Diingat Kembali Uncle Lim Yang
Berpenyakit ‘Amnesia’

Posted on Wednesday, August 26 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

Analisis Isu

Bekas ahli DAP, Shen Yee Aun mengingatkan kembali satu fakta kepada pemimpin seumur hidup 
parti itu yang mengalami penyakit amnesia (ingatan terpilih).

Fakta itu berkaitan dengan penglibatan badan pemikir DAP, REFSA (Research for Social
Advancement) dalam menggerakkan Revolusi Warna (Kuning) yang dinamakan BERSIH di
Malaysia pada tahun 2005.

Ia sebagai menjawab dakwaan Kit Siang yang menafikan parti itu menerima tajaan asing untuk
melaksanakan operasinya di Malaysia :

Hello Uncle Lim,

NDI (National Endowment for Democracy) mengakui bahawa mereka telah mengadakan beberapa
bengkel dengan kerjasama sebuah NGO Malaysia, REFSA, yang terlibat dalam latihan kepimpinan
dan pengurusan organisasi untuk BERSIH.

REFSA (Think Tank DAP), yang menjalankan Penyelidikan Untuk Kemajuan Masyarakat
beroperasi dari 4A, Jalan Sepadu, Taman Bersatu, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.


Ia diketuai oleh bekas Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera, Liew Chin Tong (sekarang beliau
merupakan Ahli Parlimen DAP Kluang).

Selain REFSA, NGO lain yang menjadi anggota BERSIH termasuklah Amnesty International
Malaysia (AIM), Semua Persatuan Aksi Wanita (AWAM), Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ),
Komuniti Masyarakat (KOMAS), Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER), Suara
Rakyat Malaysia (SUARAM), Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), Persatuan Penulis untuk
 Media Independence (WAMI), Majlis Peguam dan lain-lain.

Kebanyakan daripada NGO di atas ditaja oleh dana Yahudi, NED (National Endowment for
Democracy) dan Open Society Institute (OSI), yang dimiliki oleh perompak pedagang matawang
Yahudi George Soros.

Pada Julai 2005, NDI bersama REFSA menganjurkan satu bengkel pilihan raya peringkat
kebangsaan untuk pemimpin-pemimpin parti, sebagai sebahagian daripada satu siri usaha yang
gigih dan bersepadu untuk menggalakkan reformasi pilihan raya di Malaysia.

REFSA adalah antara sekretariat di BERSIH.



Program NDI di Malaysia dibiayai oleh National Endowment for Democracy (NED). Ditulis oleh
laman web NDI sendiri


Sumber TKO - 26-8-2015


Derma RM2.6 bilion :Apa dah jadi dengan pemimpin UMNO?

Posted on Monday, August 24 @ 11:45:56 MYT by paklang

BeritaKUALA LUMPUR, Adakah pemimpin-pemimpin UMNO sedar atau tidak bahawa mereka menunjukkan tahap kebodohan yang tiada batasannya dalam perlumbaan mereka untuk menyelamat dan mempertahankan Datuk Seri Najib Razak dalam skandal RM2.6 bilion yang dimasukkan dalam akaun peribadinya?
Soalan itu dilontarkan oleh Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan, Anthony Loke Siew Fook kepada pimpinan UMNO berikutan beberapa kenyataan mereka yang semakin terdesak dan tidak masuk akal berhubung skandal tersebut.


Beliau berkata, pagi tadi semasa mesyuarat UMNO Bahagian Sri Gading, ketua bahagiannya Datuk Abdul Aziz Kaprawi mendakwa bahawa penderma dari Timur Tengah memberi sumbangan dana sebanyak RM2.6 bilion kepada Najib supaya UMNO boleh melawan DAP dalam pilihanraya umum ke-13 kerana kononnya DAP dibiayai oleh Yahudi.

Katanya, Abdul Aziz membuat cerita kononnya penderma tersebut khuatir pengaruh Yahudi akan meresap di Malaysia melalui DAP dan memusnahkan “Kerajaan Islam” yang diketuai Barisan Nasional.

Sedangkan, beliau berkata, minggu lalu Ketua Bahagian UMNO Kuantan, Wan Adnan Wan Mamat, pula mendakwa sumbangan RM2.6 bilion kepada Najib adalah dari Arab Saudi kerana menghargai peranan Perdana Menteri melawan kumpulan militan ISIS atau ISIL atau IS (Islamic State).
“Saya tidak kisah sekiranya pemimpin UMNO mahu menunjukkan kebodohan mereka tetapi janganlah sampai memperbodohkan rakyat Malaysia dan menganggap rakyat tidak ada akal untuk berfikir.

“Lebih-lebih lagi, pemimpin-pemimpin UMNO nampaknya tidak malu menyalahgunakan nama agama Islam dan kononnya untuk mempertahankan Islam untuk “menghalalkan” wang RM2.6 billion dalam akaun Najib.

“Adakah mereka langsung tidak mempedulikan nilai kebenaran semata-mata untuk mempertahankan sesuatu yang jelas tidak amanah dan menyelamatkan karier politik mereka sendiri?

“Kalaulah betul DAP menerima sumbangan daripada Yahudi ataupun mana-mana sumber asing, sudah tentu seluruh jentera propaganda UMNO dan kerajaan membongkarkan “agenda jahat” ini dalam kempen PRU13 yang lalu dan “memusnahkan” DAP pada ketika itu juga, dan bukannya membuat “pendedahan besar” ini hanya 27 bulan selepas PRU 13!” jelas beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Anthony yang juga Ahli Parlimen Seremban berkata, DAP berdepan dengan UMNO di dua kerusi Parlimen sahaja, iaitu Gelang Patah di Johor dan Sepanggar di Sabah dalam PRU13.

Persoalannya, soal beliau, adakah UMNO memerlukan RM2.6 bilion untuk melawan DAP di dua kerusi Parlimen tersebut?
Malah, ujar beliau, secara keseluruhan, DAP hanya bertanding 51 daripada 222 kerusi dalam PRU 13.
Jika DAP menang kesemua 51 kerusi pun, katanya, tidak mungkin DAP boleh membentuk kerajaan secara bersendirian kerana tidak cukup majoriti mudah.
“Mungkin bekas Menteri Besar Johor, Tan Sri Ghani Othman yang melawan Lim Kit Siang di kerusi Parlimen Gelang Patah boleh mengesahkan sama ada dana tersebut ditaburkan di Gelang Patah untuk menewaskan Kit Siang yang kononnya “ditaja oleh Yahudi”, ataupun beliau (Ghani) tidak mendapat sebarang bantuan daripada Najib sehingga UMNO ditewaskan oleh DAP di Gelang Patah,” tambah beliau.

Anthony mengulangi penjelasan bahawa DAP tidak pernah mendapat sumbangan kewangan daripada mana-mana sumber asing untuk bertanding pilihanraya.
Beliau juga mengingatkan pemimpin-pemimpin UMNO bahawa apapun usaha mereka untuk mengalihkan perhatian rakyat, isu RM2.6 bilion akan terus menghantui Najib dan UMNO, “kini dan selama-lamanya”. – Roketkini.com

Sumber DD - 24-8-2015

Undi tidak percaya: Kit Siang perlu sokongan Hadi
Posted on Sunday, August 23 @ 12:24:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Analisis Isu

Usul itu boleh selamat jika sekurang-kurangnya 78 Ahli Parlimen pembangkang termasuk
21 daripada Pas bersatu.

PETALING JAYA:
DAP memerlukan sokongan Pas, bagi meluluskan usul undi tidak percaya
kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, Oktober depan.

Dalam erti kata lain, Penasihat DAP Lim Kit Siang perlu meminta jaminan dan kerjasama dengan
bekas seterunya dalam Pakatan Rakyat (PR), iaitu Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Dalam kenyataannya, Kit Siang menegaskan usul itu boleh selamat jika sekurang-kurangnya 78
Ahli Parlimen pembangkang bersatu untuk menyokongnya dan selebihnya daripada Ahli Parlimen
Umno dan BN.

“Walaupun bekas PR (DAP, PKR dan Pas) mempunyai sejumlah 88 Ahli Parlimen, adalah kurang
bijak untuk sesiapa sahaja menyangka bahawa kesemua 21 Ahli Parlimen Pas akan menyokong
usul itu kecuali ia dengan jelas disebut oleh Abdul Hadi sendiri.

“Kita juga tidak boleh menjangka sekurang-kurangnya 35 Ahli Parlimen UMNO dan BN bersedia
menyertai (bergabung) pembangkang untuk menyokong usul itu,” katanya.

Usaha untuk mendapat sokongan daripada parti kerajaan dilihat berisiko selepas Timbalan Perdana
Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mendakwa
mempunyai bukti mengenai komplot menggulingkan kerajaan iaitu dokumen Akuan Bersumpah
yang menyasarkan 37 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).

Dokumen itu dikatakan telah disiapkan untuk ditandatangani oleh 87 Ahli Parlimen pembangkang
dan satu daripada Bebas.

sumber

Sumber TKO - 23-8-2015
Pesanan buat DAP : Berhati-hatilah keluar kenyataan

Posted on Saturday, August 22 @ 21:34:32 MYT by paktam

PendapatOleh Mohd Azhar Abd Rahman

Sejak dari awal penubuhan Pakatan Rakyat selepas gabungan parti PAS,
DAP dan PKR mendapat kemenangan untuk menubuhkan kerajaan di
beberapa buah negeri yang dimenangi, rata-rata masyarakat melayu
tertanya-tanya bagaimana PAS dan DAP yang berbeza ideologi dapat
memperbaharui hubungan mereka yang menemui kegagalan semasa barisan
alternatif menjadi penyatu mereka suatu ketika dahulu.

Paling ketara adalah di negeri Perak. Dalam PRU ke-12, PR berjaya memenangi 31 daripada 59
kerusi DUN dan berjaya mendapat majoriti untuk membentuk kerajaan. Walaupun majoriti Adun
PR adalah daripada DAP,  namun ADUN Pasir Panjang daripada PAS, Datuk Seri Ir. Mohamad
Nizar Jamaludin dipilih dan disepakati untuk diangkat sebagai Menteri Besar manakala DAP pula
memegang 6 jawatan exco. Ketika itu, Umno memainkan sentimen MB adalah boneka DAP.
Persepsi itu dicanang di seluruh negeri Perak.

PAS melalui Nizar terpaksa bekerja keras menangkis persepsi tersebut. DAP melalui
pimpinanannya juga memainkan peranan aktif meyakinkan rakyat Perak kerajaan yang ada adalah
kerajaan untuk semua. Sehinggakan wakil rakyat mereka mengeluarkan petikan ayat-ayat Al-Quran
dalam siri-siri ceramah mereka supaya masyarakat melayu boleh menerima kerajaan yang 
ditubuhkan. Paling popular ayat yang dipetik adalah dari Surah Al-Imran ayat-54


 ÙˆَÙ…َÙƒَرُوا ÙˆَÙ…َÙƒَرَ اللَّÙ‡ُ ۖ ÙˆَاللَّÙ‡ُ Ø®َÙŠْرُ الْÙ…َاكِرِينَ yang bermaksud

"Kita merancang, Allah juga merancang, tetapi Allah adalah sebaik-baik perancang”
merujuk kepada kemenangan yang tidak disangka-sangka PR Perak.

Pendekatan itu sedikit sebanyak membuatkan gundah gulana yang melanda pengundi melayu pada
ketika itu kian reda. Persepsi Nizar sebagai boneka bertukar menjadi Nizar berjaya menyampaikan 
mesej Islam kepada DAP.

Hubungan DAP dan Islam yang dibawa PAS pada ketika itu semakin harmoni. Adun-adun DAP
masuk ke kampung-kampung berpakaian baju melayu dan bersongkok manakala wakil rakyat PAS
pula mengunjungi rumah-rumah ibadat masyarakat Hindu dan Buddha membawa mesej perpaduan.

Kesepakatan tersebut berterusan sehinggalah terjadinya peristiwa keluar parti. Tiga ADUN daripada PR memusnahkan Kerajaan PR apabila mereka mengisytiharkan menyokong Barisan Nasional sekali gus mengembalikan majoriti mudah kepada
BN.

Insiden ini memberi kesan yang cukup besar kepada seluruh rakyat negeri Perak tetapi tiada pula
fatwa haram menjatuhkan kerajaan daripada mufti negeri pada waktu itu seperti mana pantasnya
fatwa dikeluarkan beliau pada hari ini.

Namun dari tahun ke tahun keharmonian ini semakin terhakis terutamanya di peringkat nasional.
Sesekali kelihatan PAS membidas kenyataan DAP dan tidak kurang juga lancangnya DAP
membidas PAS. Kenyataan-kenyataan DAP kadang kala kelihatan terlalu mementing diri dan tidak
hiraukan perasaan orang melayu. Bagi masyarakat melayu umumnya, perkara ini membawa mesej
DAP memang besar kepala dan berpura-pura lunak dengan Islam selama ini.

Seringkali juga pimpinan DAP mengeluarkan ulasan-ulasan yang memberi peluru kepada Umno
untuk menembak rakan sekutu dalam PR. Sentimen melayu Islam jika tidak diurus dengan baik
memang akan merugikan rakan mereka terutamanya PAS. Inilah yang membawa kepada bibit-bibit
perpecahan dalam PR. Sehinggalah berlaku perpecahan secara rasmi PAS dan DAP selepas usul
muktamar PAS memutuskan hubungan dengan DAP diterima tanpa bahas Jun lalu.

Saranan dan nasihat ini dikemukakan adalah bagi memastikan kesepakatan yang bakal dicapai
dalam pembentukan PR 2.0 dapat melestari sokongan semua pihak dan bukan hanya sekadar
mengekalkan kerusi-kerusi tradisi DAP dalam PRU akan datang.

Secara sedar atau tidak, dalam suasana hari ini, ramai ahli-ahli PAS, mereka yang berkeinginan
untuk berpartisipasi dalam GHB dan mereka yang berada di atas pagar terutamanya orang melayu,
memerhatikan tindak tanduk GHB dan DAP sebelum mereka membuat keputusan sama ada untuk
bersama GHB ataupun tidak. Mereka bimbang apabila timbul isu berkaitan melayu Islam, mereka
tidak dapat menjelaskannya kepada orang lain terutamanya rakan-rakan mereka yang masih berada
di dalam PAS. Janganlah nanti dek kerana perangai DAP, GHB terpaksa menanggung defisit sokongan dari kalangan orang melayu.

DAP seharusnya mencontohi kebijaksanaan pimpinan-pimpinan GHB dalam menyelesaikan isu-isu
yang berbangkit. Setiap perkara yang timbul, meskipun melibatkan isu masyarakat bukan melayu,
mereka tetap dengan prinsip menjaga hati semua pihak. Mereka harus bersyukur kerana adanya
 pimpinan seperti Khalid Samad dan Mujahid Yusof Rawa yang seringkali menjadi penyelamat
kepada DAP.

Berbeza dengan DAP, pimpinan-pimpinannya terlalu vokal untuk mengeluarkan kenyataan tanpa memikirkan untung rugi rakan-rakan yang lain. Sebaiknya mereka mengambil langkah cermat dan berhati-hati supaya susunan patah perkataan yang dikeluarkan menjurus kepada penyelesaian bukan provokasi ataupun keegoan. Belajarlah dari Pak Samad untuk memilih tutur kata yang sesuai bagi menyatakan pandangan.

DAP seharusnya memikirkan satu pelan jangka panjang bagi menarik semula sokongan pengundi
melayu. Mereka tidak boleh hanya bergantung kepada Dyana Sofea ataupun Rara untuk memberi
mesej “undilah DAP, DAP ada melayu”. Mereka seharusnya mengatur strategi bersama rakan yang
lain untuk menanam keyakinan terhadap masyarakat melayu DAP dan rakan sekutunya boleh
menjaga semua masyarakat di Malaysia. Tetapi janganlah selepas usaha dibuat, terdapat kenyataan-
kenyataan liar dan mengguris hati orang melayu. Mungkin Sheikh Omar, anak muda hasil tarbiyah
PAS dapat membantu DAP dalam memahami sentimen orang melayu Islam.

Justeru, DAP harus membuat pengislahan. Diharapkan Lim Kit Siang dan rakan-rakannya dapat
memperbaharui tindakan dan pendekatan DAP sekembalinya mereka dari Tunisia nanti.

Sumber DD - 22-8-2015


Pemimpin politik disaran bertemu, bincang saranan Dr Mahathir

Posted on Saturday, August 22 @ 21:24:18 MYT by paktam

Penulis TamuOleh Lim Kit Siang

Pada Mac tahun ini, saya menyarankan rakyat Malaysia mengumpul keberanian
 untuk memikirkan perkara-perkara yang tidak terfikir termasuk membayangkan
kemunculan seorang perdana menteri dan gabungan kerajaan baharu sebelum
Pilihan Raya Umum ke-14 dalam tempoh 3 tahun ini bagi "menyelamatkan”
Malaysia, mempertahankan Perlembagaan, kedaulatan undang-undang dan
membentuk urus tadbir yang baik.


Menerusi beberapa kenyataan media dan ucapan sepanjang Mac dan April, saya membincangkan
kemungkinan wujudnya satu pakatan besar "Menyelamatkan Malaysia" pasca-Barisan Nasional
(BN) dan pasca-Pakatan Rakyat (PR).

Saya juga menyatakan dengan jelas jika pakatan besar "Menyelamatkan Malaysia" dibentuk, ia
mestilah tidak terhad kepada kaum atau agama tertentu tetapi meliputi semua kaum, agama dan
daerah serta warga Malaysia dari Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Sabah.

Gabungan itu juga mesti melampaui pakatan dan parti politik sedia ada, merangkumi ahli-ahli
Parlimen daripada kedua-dua kubu politik dan juga kedua-dua sisi Laut Cina Selatan, iaitu
meliputi Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia, bagi mempertahankan Perlembagaan dan
kedaulatan undang-undang dengan seorang perdana menteri dan sebuah kerajaan Malaysia yang
baharu.

Saya juga melakar satu senario, iaitu berasaskan kedudukan di Parlimen sekarang, perdana menteri
baharu boleh dilantik daripada kalangan ahli Parlimen dari Sarawak, Sabah atau Semenanjung
Malaysia, dari mana-mana parti politik, lelaki atau wanita, yang mendapat sokongan majoriti 
daripada 222 ahli Parlimen – dan beliau mesti komited untuk menyelamatkan Malaysia serta
mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan kedaulatan undang-undang.

Saya malah menyebut nama beberapa ahli Parlimen yang boleh dilantik untuk menjadi Perdana
Menteri – antara nama yang saya sebut ialah Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah dan Datuk Nur
Jazlan Mohamed.

Saya juga menegaskan bahasa pakatan besar "Menyelamatkan Malaysia" tidak harus menjadi satu
gabungan yang oportunistik, sebaliknya ia mesti diasaskan atas satu program yang berasaskan
prinsip dan kepentingan negara, misalnya untuk mempertahankan ciri-ciri asasi Perlembagaan
 Persekutuan, memulihkan kebebasan institusi negara, serta meningkatkan integriti, kebebasan,
keadilan, dan harga diri rakyat negara ini.

Gabungan besar "Menyelamatkan Malaysia" pasca-BN dan pasca-PR harus menjadi satu gabungan
berwawasan dan berpandangan jauh, dengan matlamat mengembalikan keagungan negara Malaysia
dan membolehkan Malaysia melonjak naik dalam pelbagai bidang, termasuk bidang politik,
ekonomi, pendidikan, teknologi dan alam sekitar, selain membentuk sebuah kerajaan yang bersih
daripada rasuah, cemerlang dan menjunjung kedaulatan undang-undang dan hak asasi manusia –
bukannya terjerumus ke dalam jurang dan menjadi sebuah negara gagal.

Dalam ucapan kepada para pelajar di Iskandariah, Mesir, pada bulan April lalu, saya menyebut
salah satu agenda utama gabungan besar "Menyelamatkan Malaysia" pasca-BN dan pasca-PR
ialah membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara Sungai Buloh untuk kembali
menyertai arus perdana politik Malaysia.

Saya bertanya ketika itu sama ada gagasan gabungan besar ini, melampaui pakatan dan parti
politik sedia ada, adalah sesuatu yang praktikal dan mampu dicapai?

Sudah tentu ia cabaran terbesar yang sedang dihadapi rakyat Malaysia kini dan hanya masa akan
menentukan sama ada gagasan itu mampu dicapai atau tidak.

Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan agar pembangkang menyokong undi tidak percaya di Parlimen terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sambil mengekalkan BN sebagai kerajaan.

Para pemimpin politik boleh bertemu dan membincangkan cadangan menarik itu bagi melihat
sejauh mana ia boleh membawa kita kepada matlamat "Menyelamatkan Malaysia".

* Penulis adalah ketua Parlimen DAP dan ahli Parlimen Gelang Patah.

Sumber DD - 22-8-2015
        

Rangkaian Ahmad Awang Atau IRC Bekalkan Peluru
Kepada DAP Tembak PAS ?

Posted on Thursday, August 20 @ 20:05:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

Artikel

19/8/15 – Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang akan mengadakan satu lagi rombongan ke negara
Islam bagi mengkaji sistem politik dan pelaksanaan syariah khasnya hudud selepas berpisah
dengan PAS disebabkan isu tersebut, Zulkifli Sulong, pengarang analisis dan rencana
The Malaysia Insider.

Bekas Ketua Pengarang Harakahdaily itu turut mempamerkan gambar pertemuan Pemimpin An
Nahdah, parti Islam di Tunisia, Sheikh Sayyid Muhammad Ferjani bersama Kit Siang di Ibu Pejabat
DAP di Kuala Lumpur, semalam. (gambar di atas).

“Lim memberitahu media semalam selepas menerima kunjungan hormat wakil pemimpin utama
An Nahdah Rachid Ghanouchi iaitu Sheikh Sayyid Muhammad Ferjani ke Ibu Pejabat DAP di
Kuala Lumpur semalam.

“Sebelum ini, Lim mengetuai rombongan pemimpin DAP ke Mesir dan Jordan bagi bertemu dan
berbincang dengan pemimpin Islam dan pelajar Malaysia yang sedang belajar bidang agama di 2
negara Timur Tengah itu.

“An Nahdah pimpinan Ghanouchi kini menyertai kerajaan melalui kerjasama politik yang diadakan
ketika Tunisia berada dalam transisi perpindahan daripada negara autokratik kepada negara
demokrasi,”lapor Zulkifli.

Lim dilaporkan berkata, An Nahdah sebagai parti dan gerakan Islam adalah yang pertama di dunia
menerima sistem demokrasi dengan sepenuhnya apabila bersedia menerima keputusan rakyat,
inklusif dan terbuka dalam pendekatannya.

“Saya yakin, di samping Tunisia, negara seperti Malaysia, Indonesia, Morocco dan Turki boleh
menjadi negara contoh di dunia walaupun kita belajar dari Timur Tengah,” kata Lim.

Ferjani dalam pertemuan dengan DAP semalam berkata, Nabi Muhammad tidak melaksanakan
hudud dalam tempoh 13 tahun beliau memperkenalkan Islam di Mekah.


Menurut The Malaysian Insider kunjungan Ferjani ke Ibu Pejabat DAP susulan beliau dijemput
menghadiri Nadwah Ulama 2015 (Nunji’15) anjuran Gerakan Harapan Baru (GHB), 15 Ogos lalu.

Penganjuran Nunji’15 dipengerusikan oleh Dato’ Dr Mujahid Yusuf Rawa, Ahli Parlimen PAS
Parit Buntar yang juga Pengerusi GHB Pulau Pinang.

Dr Mujahid disebut-sebut mewakili fraksi IRC (Islamic Representative Council) dalam GHB.



Semalam, Penasihat GHB, Ustaz Ahmad Awang dan Ustaz Ghani Shamsudin dilaporkan turut
berdialog dengan Ferjani di pejabat Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).

Status jawatan Ahmad Awang sebagai Penasihat GHB seumpama jawatan Mursyidul Am dalam
PAS, lapor Malaysiakini.

Menurut Ahmad, walaupun jawatan penasihat umum itu dilihat menyerupai mursyidul am PAS,
namun terdapat perbezaan bagi dua jawatan tersebut.

Katanya, sebagai penasihat umum, beliau tidak akan campur tangan dalam urusan eksekutif parti
dan hanya fokus dalam Majlis Penasihat yang terdiri daripada pakar-pakar dalam bidang tertentu
bagi memberi nasihat kepada parti Islam baru itu.

Ahmad berkata lagi, Majlis Penasihat untuk parti Islam baru itu juga akan terdiri daripada golongan
ulama serta profesional.

“Kita punya Majlis Penasihat pakar ini tak macam Majlis Syura (PAS). Majlis Syura itu, dia juga
dalam Majlis Syura, dia juga (orang sama) di eksekutif. Kita tidak.

“Biar betul-betul duduk dalam Majlis Penasihat dengan kepakaran yang ada dan tak campur tangan
urusan eksekutif.

“Baru nanti tak timbul isu, dialah (anggota) Majlis Syura dialah presiden.

“Majlis penasihat pakar itu terdiri daripada golongan ulama dan juga mereka yang pakar dalam
bidang lain seperti kemasyarakatan, ekonomi, perbankan,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.



Pada 17 lalu, Ferjani turut mengunjungi Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di
kediaman rasminya, Bukit Segambut.

Hadir bersama Ferjani ke rumah Wan Azizah itu adalah YB Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi,
ADUN PAS Batu Burok, Terengganu.

Dr. Syed Azman juga disebut-sebut aktivis IRC yang bertanggungjawab mengatur pergerakan
tokoh-tokoh Islam antarabangsa ke Malaysia.

Pada 23 Mac lalu, Syed Azman ketika itu berjawatan Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat
menafikan beliau terlibat mensabotaj program PAS.

Dalam satu kenyataan, orang kanan Syed Azman, Faiz Mat Nawi menafikan bosnya itu mensabotaj
PAS sebaliknya menjelaskan tuduhan melulu itu adalah tidak berasas, berbentuk fitnah jahat serta
cuba memecah-belahkan keharmonian dan keutuhan PAS.

Syed Azman dikatakan mensabotaj, mengkhianati dan “menghijack” peserta program Ijtimak
Alami di Rusila, Terengganu baru-baru ini.

Menurut dakwaan itu, Syed Azman didakwa “menculik” peserta IAPU ke-3 itu dengan membawa
ke Kuala Lumpur dan menyertai program anjuran badan bukan kerajaan (NGO) Pertubuhan Ikram
Malaysia (Ikram).

Pada Muktamar PAS ke-61 baru-baru ini, Syed Azman tidak bertanding untuk mempertahankan
jawatannya sebagai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.



Awal Ogos lalu, Syed Azman bersama Ahli Parlimen PAS Kuala Terengganu YB Datuk Raja
Kamarul Bahrin Raja Ahmad menganjurkan Majlis Rumah Terbuka bersama.

Dalam majlis itu, YB Datuk Raja Kamarul mengumumkan beliau telah dilantik sebagai Pengerusi
GHB Terengganu.




Sumber TKO - 21-8-2015

Guan Eng tarik balik saman ke atas Shaik Hussein
Posted on Wednesday, August 19 @ 17:51:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



GEORGETOWN - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menarik balik kes saman terhadap
bekas Timbalan Ketua Pemuda BN Pulau Pinang, Datuk Dr Shaik Hussein Mydin tanpa sebarang
syarat yang dibuat pada 5 Oktober 2012 lalu.

Persetujuan itu dibuat dengan penuh kerelaan hati di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Nordin
Hassan terhadap kes melibatkan isu Taman Manggis.

Mengikut jadual, kes ini sepatutnya menjalani perbicaraan namun Guan Eng bertindak menarik
balik tuntutan beliau di mana kedua-dua pihak tidak akan membuat sebarang tuntutan atau
memulakan sebaranf tindakan baru antara satu sama lain berhubung perkara-perkara yang
berkaitan dengan kes ini.

Penarikkan itu melibatkan dua penyataan tuntutan terpinda  yang dibuat defendan yang
mengeluarkan kenyataan 'dan saya berasakan dan saya tidak menuduh, saya tidak menuduh, saya
berasakan bahawa dia telah mengambil rasuah daripada Dental, Kuala Lumpur International Dental
Hospital'.

Sementara itu, defendan juga menarik balik penyataan tuntutan kedua iaitu 'to Chief Minister of
Penang, please don't waste our time. We are busy untuk menepati janji. Dia busy untuk menipu.
Dia memang tipu'.

Guan Eng diwakili peguam, Simon Murali manakala Dr Shaik Hussein diwakili Simon Tan Hong
Jin.

Sebelum ini, Guan Eng  memfailkan saman ke atas Dr Shaik di Mahkamah Tinggi kerana
mendakwa memfitnahnya melalui satu artikel yang disiarkan sebuah portal berita Malaysiakini
pada 5 Oktober 2012.

Guan Eng mendakwa Shaik Hussein secara tidak bertanggungjawab dan berniat jahat  mengatakan
beliau menerima rasuah daripada Pusat Pergigian Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIDC).  - SInar

Sumber TKO - 19-8-2015

Politik sesumpah DAP
Posted on Sunday, August 16 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

Artikel


Oleh Roslan SMS

Banyak telah diperkatakan berkenaan DAP dan sumbangannya dalam mencetuskan krisis dalam PAS
sehingga mendorong mereka yag kecewa dalam pemilihan PAS baru-baru ini untuk angkat kaki dan
menubuhkan parti baru.

DAP bukan hanya telah memutuskan hubungan dengan PAS malah tidak cukup dengan itu, 

setelah membidankan kelahiran GHB, yang dipenuhi oleh gerombolan kecewa tadi dan pengikut-

pengikut mereka, DAP mahu memastikan agar GHB itu nanti berperanan memusnahkan PAS sama

sekali.



Politik Islam yang dibawa PAS, yang selama ini diterima dengan senang oleh sebahagian besar 

masyarakat Melayu Islam Malaysia, dilihat DAP sebagai satu ancaman. DAP mahu membentuk 

politik Islam yang sesuai dengan seleranya, kerana itu DAP berjaya mendapatkan khidmat 

gerombolan kecewa dalam PAS agar membantunya membentuk satu parti Islam “ala” DAP.



Kalau selama ini kita sahaja yang membicarakan darihal penglibatan DAP dan agendanya itu, hari 

ini saya sempat membaca satu ulasan berkenaan DAP oleh seorang yang pernah tidur sebantal 

dengan mereka.




with-pas-undone/ bekas pemimpin DAP dan bekas ahli Parlimennya yang pernah bergiat 5 tahun 

dalam DAP iaitu Dr Kua Kia Soong mengulas isu PAS dan DAP ini dan pengalamnnya duduk 

sebumbung dengan parti yang beliau tinggalkan itu.



Dr Kua sekarang merupakan Penasihat kepada sebuah NGO bernama SUARAM.



Kata Dr Kua setelah memutuskan hubungan dengan PAS, DAP hari ini lebih senang bersekongkol 

dengan Tun Dr Mahathir:



….the man who has been responsible for privatising practically all of Malaysian industry and 

destroying whatever semblance of democracy we had in his 22 years in office…all because of the 

stated need to “save Malaysia”.



Orang (Mahathir) yang bertanggungjawab menswastakan hampir keseluruhan industri dalam 

negara dan yang telah bertanggungjawab memusnahkan apa sahaja demokrasi yang kita 

punya selama 22 tahun beliau sebagai PM…semuanya kerana (kononnya) kita perlu “selamatkan 

Malaysia”



Menurut Dr Kua lagi:



This is a significant political turnaround for the DAP. We used to have to be saved from Mahathir

. Now we are told we need to ally with Mahathir to save Malaysia?



Perkembangan ini jelas menampakkan sikap “patah-balik” DAP. Dahulunya (DAP) mahu kita 

semua diselamatkan dari Mahathir. Hari ini kita diberitahu kita perlu bersekongkol pula dengan 

Mahathir untuk menyelamatkan Malaysia?



Keterangan Dr Kua ini jelas mencerminkan sikap berubah-ubah DAP yang sangat mengelirukan.



Seterusnya Dr Kua dengan panjang lebar menyentuh berkenaan sejarah perkembangan politik PAS 

dan keterlibatan NGO dan persatuan-persatuan Cina dalam mendekati PAS dan membawa PAS 

untuk berkerjasama dengan DAP.



Dr Kua merupakan salah seorang tokoh yang turut terlibat.



Apa yang ketara DAP akan menyanjung PAS apabila kerjasamanya dengan PAS memberikan 

keuntungan politik buatnya. Akan tetapi jika kerjasama itu merugikan, DAP akan bangkit menyerang

PAS.



Menurut Dr Kua hasil dari kerjasama antara PAS dengan DAP, masyarakat Melayu telah mula 

senang dan berubah sikap terhadap DAP. Ini merupakan satu pengakuan bahawa kerjasama PAS

dan DAP sesungguhnya banyak membantu DAP dalam menembusi tembok masyarakat Melayu 

yang sebelum ini merupakan batu penghalang buat mereka.



Tetapi menurut Dr Kua lagi sikap DAP terhadap PAS sentiasa berubah-ubah dalam ertikata 

lain DAP bukanlah ikhlas mana pun khasnya berkaitan hubungannya dengan PAS. 



Pernah kata Dr Kua sebelum DAP memutuskan hubungan dengan PAS dalam tahun 1995 dahulu 

semasa era Gagasan Rakyat, seorang pemimpin kanan DAP dalam satu majlis persidangan tertutup 

menyatakan dengan lantang:



PAS is our main political enemy



(PAS adalah musuh politik kita yang utama)



Namun selepas tercetusnya kebangkitan rakyat melalui Reformasi 1998 dan kemudiannya terbentuk 

Barisan Alternatif, DAP berbaik semula dengan PAS.



Itulah DAP, oleh itu tidak mustahil, apabila melihat PAS sudah tidak lagi ada guna buatnya, sekali 

lagi hari ini DAP mencampak keluar PAS.



Dalam krisis terbaru PAS-DAP ini Dr Kua lebih menyalahkan pimpinan DAP. Kata beliau 

bermula dari “Langkah Kajang” DAP lah puncanya apabila PAS tidak diberitahu atau dibawa 

berbincang tentang projek ini terlebih dahulu. Kemudiannya DAP melancarkan serangan demi 

serangan terhadap PAS terutama ke atas Presiden PAS sendiri yang bagi Dr Kua perbuatan itu 

sangat tidak beradab.



Begitulah DAP pada pandangan bekas orang kuatnya sendiri.Kalau seorang intelek dan bekas aktivis

nya, Dr Kua sendiri boleh menyatakan demikian terhadap DAP, tiada apalah yang mahu kita 

hairankan.



Hari in DAP telah berkerat rotan berpatah arang dengan PAS dan sebaliknya memeluk erat Dr 

Mahathir dan kumpulan kecewa dalam PAS. Esok lusa dengan sikap berubah-ubah DAP itu tidak 

mustahil Mahathir dan GHB pula ditendangnya.



Sumber TKO - 16-8-2015

Kalau Sum Cheok Leng Ahli Pas kelas Kedua Agaknya GHB
tu rakan DAP ada kelas atau tidak?

Posted on Friday, August 14 @ 22:33:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

Komentar

Pengerusi DAP negeri Nga Kor Ming berkata bekas wakil rakyat Bercham Sum Cheok Leng 
menyertai PAS hari ini adalah ahli PAS kelas kedua. Dia juga kata Sum Cheok Leng itu tak aktif 
sedangkan dalam akhbar roketkini sendiri menyiarkan Sum Cheok Leng ni jenis orang rajin kurang 
tidur untuk buat kerja parti.

Kenapa Nga Kor Ming tak cerita bahawa Sum disingkirkan kerana mengkritik kekayaan
Nga Kor Ming?

Bagi DAP tak boleh ahli mereka mengkritik kepimpinan dan ini secucuk dengan tulisan Raja Petra 
bahawa DAP ada dua kumpulan iaitu kempulan hitam dan putih, makna ada kumpulan baik dan 
kumpulan jahat. Manakalah kumpulan yang dianggap jahat akan disingkirkan.
Hebat kekayaan Ahli Parlimen DAP Taiping, YB Nga Kor Ming. Mungkin akibat tabiat semulajadi 
beliau yang suka menabung dari kecil membolehkan beliau untuk memiliki sekurang-kurangnya 3 
kereta mewah dan sebuah rumah bertaraf Istana. Dua daripada kereta mewah beliau afalah Toyota 
Estima dan Volvo 4WD yang bernombor pendaftaran 1123.


Kenapa sesetengah pemimpin DAP begitu kaya di Perak dan sesetengah mereka papa? Kena wujud 
kroni dalam DAP. Semuanya akan terdedah nanti setelah seorang demi sorang pimpinan DAP 
keluar daripada DAP dan menyertai DHPP.

Masa itu kita akan lihat pekung yang berulat dalam DAP yang selama ini ditutup.



Masih ingat calon DAP di Teluk Intan?

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng membuat pengumuman itu di pusat gerakan pilihan raya kecil DAP di Bandar Baru Teluk Intan bahawa calon DAP ialah Dyana Sofya Mohd Daud. Semasa pengumuman itu DAP Perak memboikot. Masih ada sentimen 
kaum di sana.



Mungkin akibat sudah terbiasa dengan tabiat menyalahkan orang lain itulah agaknya maka Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengaitkan kekalahan calonnya di Teluk Intan berpunca dari sikap penyokong Cina DAP yang enggan keluar mengundi Dyana Sofya yang berbangsa Melayu.
Satu pengakuan yang menarik yang penulis rasa ia mungkin terlanjur diluahkan sementelah lagi tika itu Guan Eng berada dalam keadaan moyok dilanda kekecewaan yang teramat sangat.

Walaupun tidak disebutnya perkataan rasis tapi maksudnya jelas menjurus kepada sikap perkauman orang Cina totok DAP yang sukar untuk menerima hakikat bagaimana seorang wanita muda yang masih mentah, keturunan Melayu Islam tiba-tiba sahaja diangkat menjadi calon parti itu.

Saya ingin bertanya apakah kedudukan GHB pada mata DAP?

Sekadar kelas ke berapa?

Boleh tolong jawab

Sumber TKO -14-8-2015


Kit Siang....you tanya Ustaz Mat Awang
Posted on Friday, August 14 @ 15:22:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

"

Sejak
kematian Karpal Singh dan TGNik Aziz,perbezaan dan penentangan PAS-DAP semakin 
melebar.

Semasa hidup TG Nik Aziz dan Karpal,ada juga perbezaan dan "bertikam lidah" terutama isu 
Hudud.Tetapi kendur semula.TG Nik Aziz bijak bermain psiko apabila duduk sepentas dengan 
Karpal,arwah bergurau dengan maksud tersirat,"aku melihat bulan di dada Karpal".Bahkan arwah 
bawa kek sempena harijadi Karpal ke rumahnya di Pulau Pinang.

Soal Karpal maupun DAP tolak hudud,itu soal kedua.Hidayah di bawah kuasa Tuhan.

Kini sejak keduanya tiada lagi di dunia ini,semuanya jauh melangit.

DAP semakin "kurang ajar" dengan PAS.Amat jarang PAS menghina pimpinan DAP.Kita 
melihat PAS mengambil jalan "cermat,hemat,professional" apabila menyentuh rakan-rakan 
dalam PR.

Selepas menyakiti PAS dalam isu meraikan ADUN PAS Hulu Kelang dan Morib kemudian 
menghina Presiden PAS,menghuru hara kan PAS berpecah dua,DAP terutama Lim Kit Siang dan 
anaknya belum puas hati lagi dengan Presiden PAS.

Terkini,Kit Siang dakwa TG Haji Hadi bela PMNajib dalam isu 1MDB.Apa motif Kit Siang dan 
DAP ?

Kerja jahat Kit Siang dan DAP sedang berjalan :
1) mempengaruhi orang Cina dan non Muslim agar benci TGHaji Hadi,PAS,ulamak.
2) mempengaruhi golongan liberal Melayu Islam agar benci ulamak dan PAS dengan membuat 
 persepsi ulamak dalam PAS khianat untuk bergabung dengan UMNO.
3) membentuk "Tentera Ahzab" bersama BN untuk menyekat hudud di Kelantan.
4) memecah belahkan orang Islam dari sudut politik.Usaha mereka berjaya dengan terbentuknya 
GHP.

Isu 1MDB adalah satu "bonus" buat DAP untuk melihat undi umat Islam berpecah lagi.

DAP semakin gembira apabila :
i) PAS berpecah jadi 2 team iaitu PAS dan GHP.
ii) UMNO berpecah  jadi 2 team iaitu team Najib dan team Muhyiddin.
iii) PKR berpecah  jadi  2 team iaitu team Azmin dan team Saifuddin/Rafizi.

Tetapi DAP tidak sedar,wajahnya semakin lama semakin menyerlah.Dulu,sejak berkawan dengan 
PAS,parti Islam untuk berjaya mengubah sangkaan orang Melayu terhadap DAP.Daripada parti 
chauvinis dan anti Islam kepada parti sederhana.

Kini,permainan jahat DAP telah di hidu oleh umat Islam.DAP kembali kepada wajah lama.Wajah 
hodohnya.Tambah satu lagi,macam perangai Yahudi.Mengadu dombakan sesama Islam/Melayu.

DAP tidak sedar semakin galak menyerang PAS dan Presidennya,semakin terbongkar dan terserlah 
wajah sebenarnya.

DAP perlu tahu,orang Islam mempunyai sirahnya untuk memahami politik.Antara pengajaran dalam
Sirah ialah satu golongan Yahudi yang suka adu domba demi kepentingan sendiri.

Jika Yahudi zaman Rasulullah suka orang Arab bergaduh sesama sendiri demi perniagaan senjatanya,apakah DAP juga suka jika umat Islam meletakkan DAP di kandang yang sama dengan Yahudi?

Lim Kit Siang cuba tanya Ustaz Ahmad Awang ?

Kesilapan besar DAP....."

Sumber TKO - 14-8-2015

Banggakah Kita, P.Pinang Berdiri Teguh Di Belakang
Serpihan PAS?

Posted on Thursday, August 13 @ 09:26:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Komentar

Kerajaan Pulau Pinang sebulat suara berdiri teguh di belakang kumpulan serpihan PAS, Gerakan
Harapan Baru (GHB), kata Ketua Menteri, Lim Guan Eng malam tadi. Lim berkata beliau sebagai
ketua menteri, timbalan beliau Rashid Hasnon dan P Ramasamy, dan semua anggota exco kerajaan
negeri menyokong gerakan itu.

Dibentuk oleh 18 pemimpin PAS progresif yang kalah dalam pemilihan parti mereka Jun lalu, GHB
bersedia untuk menjadi sebuah parti politik bagi menggantikan PAS dalam pakatan pembangkang
baru yang akan ditubuhkan tidak lama lagi selepas GHB didaftarkan.

Ucapan Lim disambut tepukan gemuruh hadirin di majlis Aidilfitri bersama ketua menteri di
Seberang Jaya malam tadi. Menurutnya, ia adalah pendirian kerajaan Pulau Pinang dan tiada siapa
yang menentang keputusan kerajaan negeri itu. Tegasnya, jika ada yang menentang keputusan itu,
mereka bukan dari kerajaan negeri.

"Tanpa sebarang keraguan, kerajaan Pulau Pinang menyokong penuh Gerakan Harapan Baru,"
katanya disambut tepukan gemuruh.

Turut hadir ialah ketua Parlimen DAP yang juga MP Gelang Patah, Lim Kit Siang, dan pemimpin
utama GHB termasuk Mohamad Sabu, Datuk Mujahid Yusof Rawa (MP Parit Buntar) dan Khalid
Samad (MP Shah Alam).

Di majlis itu, pemimpin DAP, PKR dan pemimpin GHB memotong kek besar sebagai 

menandakan "perpaduan" dalam gerakan baru itu. (MK)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sekadar membuka minda..

Banggakah kita bila kerajaan Pulau Pinang berdiri teguh di belakang serpihan PAS 

selaku parti Islam di Malaysia? Sejak bila perjuangan PAS mewujudkan negara Islam 

ditarik balik atau dibatalkan perjuangan Islamnya, sehingga Presidennya tidak layak 

lagi diiktiraf sebagai pemimpin Islam, dan partinya sudah tidak Islamik lagi sehingga 

perlu ditubuhkan parti baru (mungkin parti Islam baru yang tidak disebut Islamnya?)

Adakah perjuangan Nabi SAW semasa menegakkan Islam di Mekah dan Madinah tidak mahu dilebelkan perjuangan 'Islam' kerana strategi untuk menawan masyarakat majmuk kepelbagaian kaum di Mekah/Madinah 

seperti Malaysia ini, supaya menyokong perjuangan beliau? Terdapatkah dua jamaah 

semasa perjuangan Nabi tersebut? Dan ada pula jamaah yang disokong oleh kelumpuk

Abu Lahab dan Abu Jahal?

Mari kita sama-sama menbuka minda melihatnya..

.....
http://www.ibnuhasyim.com

Sumber TKO - 13-8-2015


Lim Kit Siang Mengalami Penyakit ‘Amnesia’ ?
Posted on Wednesday, August 12 @ 14:05:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

Artikel

Kenyataan terbaharu Lim Kit Siang berkenaan Anwar Ibrahim menimbulkan satu persoalan adakah 
pemimpin seumur hidup DAP itu kini mengalami penyakit amnesia (ingatan terpilih).

Kit Siang dalam kenyataan pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Pulau Pinang pada 9
Ogos berandaian jika Anwar adalah Perdana Menteri Malaysia, ekonomi negara tidak seteruk
sekarang.

“Jika Anwar yang menjadi Perdana Menteri Malaysia sekarang, negara tidak akan dilanda krisis 
politik, ekonomi dan kepimpinan seperti yang berlaku pada masa ini,” kenyataan Kit Siang dipetik.


Pada tahun 1993, ketika Kit Siang menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen menuduh Anwar 
sebagai seorang yang tidak berpengetahuan dalam bidang ekonomi, malah lebih teruk daripada
pelajar sekolah.

Ia berkaitan dengan kerugian berbilion-bilion ringgit oleh Bank Negara ketika Anwar menjadi Menteri
Kewangan Malaysia.

Satu rencana yang ditulis oleh Ahmad Lutfi Othman, Ketua Pengarang Harakah bertajuk “Kerugian 
Bank Negara : Siapa pula kaki judi ?” memetik kata-kata Ketua Pembangkang, Kit Siang di
Parlimen, Selasa, 27 April 1993 :

“Selaku Menteri Kewangan, Anwar Ibrahim mesti menerima tanggungjawab persendirian sepenuhnya 
kerana kerugian pertukaran asing Bank Negara ini. Rakyat berhak mengetahui sebab dan saiz 
berbagai kerugian pertukaran asing yang dialami oleh Bank Negara, berkenaan jumlah kerugian yang
disebabkan oleh pembendungan inflasi dalam menyerap liquiditi, penilaian semula pegangan mata 
wang asing dan kenaikan nilai ringgit dan kerugian hasil daripada perniagaan dan spekulasi mata 
wang asing.”

Bayangan yang dibuat oleh Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang, yang menganggarkan kerugian Bank
Negara boleh mencapai RM16,000 juta. Ketika berceramah di Kuching, pada 29 Mei 1993 beliau
berkata:

“Jika seseorang itu memenangi loteri yang menawarkan hadiah RM2 juta sehari, untuk mendapat wang sebanyak RM16 bilion, dia perlu menang loteri tersebut setiap hari selama 8,000 hari berturut-turut ataupun selama 22 tahun! ”

Walaupun Anwar menafikan dakwaan bahawa
Bank Negara telah terlibat dalam aktiviti
spekulasi dalam pasaran pertukaran asing,
kenyataan itu ditolak oleh Kit Siang. Pada 1989,
dilaporkan Bank Negara telahpun dikritik oleh
pegawai kewangan Barat kerana spekulasi dalam
mata wang yen dan dollar Amerika pada masa
Kumpulan Tujuh negara industri cuba
 menstabilkan pasaran mata wang.

“Yang Berhormat Menteri Kewangan telah 
menyatakan sokongan beliau kepada prinsip 
akautabiliti, pertanggungjawaban dan 
transparensi pegawai-pegawai sektor awam. 
Dan ini adalah satu kes ujian sama ada beliau benar-benar berkepercayaan dalam prinsip-prinsp ini, 
dengan meminta kabinet menubuhkan suatu Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat kerugian 
pertukaran asing Bank Negara,” tegas Kit Siang.

Dalam jawapan balasnya, Anwar mempersoalkan jumlah kerugian yang diberikan oleh Kit Siang,
Anwar mendakwa Kit Siang mengira dua kali. Mengenai pertanyaan Kit Siang bahawa kenapa bila
rugi dikatakan rugi atas kertas, tetapi bila untung, memang sebenarnya untung, Anwar berkata :

“Bila untung, untung itu dipulihkan sebagai cash dipindahkan ke dalam negara, dibayar kepada 
kerajaan. Sebab itu untung ini in cash terms. Rugi yang disebut oleh Gabenor Bank Negara sebagai 
paper loss itu, rugi masih atas kemerosotan nilai yang masih dirizab.”

Anwar seterusnya memberi contoh : “Umpamanya kalau Ahli Yang Berhormat dari Tanjong ada 
US$1 juta, mungkin lebih, disimpan di New York, rugi itu in ringgit terms, sebab nilai ringgit 
bertambah. Jadi, US$1 juta masih kekal US$1 juta, tetapi apabila dari segi ringgit sudah merosot 
lapan peratus atau sembilan peratus, tengok kepada tempohnya. Ini basic economic, saya hendak beri 
kuliah sedikit. “

Dalam jawapannya itu, Anwar sempat juga menyerang Harakah : “Saya tahu, Harakah pun banyak isu, saya sekarang popular kerana front page headline, every week, every issue.

Bagaimanapun jawapan panjang lebar Anwar itu memerangkap dirinya. Esoknya, tepat jam 3.38 petang Lim Kit Siang – setelah merakamkan penghargaan kepada jawapan Anwar – berkata :

“Saya juga mesti mencatatkan kehampaan saya yang amat sangat dengan kenyataan beliau (Anwar) 
yang bukan merupakan jawapan kepada ucapan saya. Kita boleh sebut ia sebagai non-reply….. Yang 
Berhormat Menteri Kewangan bersungguh-sungguh mengelakkan diri dari memberi jawapan 
 sehingga habis tempoh 30 minit yang diperuntukkan untuk beliau. Kenyataan itu…..hanya 
memperkukuhkan kesangsian bahawa kerajaan mempunyai banyak perkara yang terpaksa 
disembunyikan atau dengan izin swept under the carpet…..Hakikat yang sebenarnya ialah beliau 
(Anwar) telah membangkitkan lebih banyak soalan daripada menjawab.”

Selanjutnya Kit Siang membidas gaya Anwar yang tidak bersedia membaca teks ucapan yang
disediakan supaya dapat gambaran beliau membuat pembentangan dengan spontan bagi
mempamerkan kehebatannya dalam perkara tersebut.

“Tetapi malang sekali, terdapat kesilapan-kesilapan dalam perhubungan dengan pihak dan akibatnya 
ialah, pemberitaan yang panjang lebar kepada ucapan Yang Berhormat Menteri di Parlimen kelmarin 
sebagaimana yang tersiar dalam sebuah akhbar tempatan – yang ada disebut berkait rapat dengan 
beliau – amat berbeza dengan ucapan spontan yang disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri 
Kewangan yang disampaikan di Dewan Rakyat,” ujar Kit Siang.

“Saya tidak ada bantahan jika Yang Berhormat Menteri ingin memberi ucapan spontan yang telah 
disediakan terlebih dahulu tetapi dengan syarat beliau dapat membuat pengubahsuaian berdasarkan 
apa yang telah saya katakan sebelum beliau berucap. Malang sekali Yang Berhormat Menteri tidak 
dapat berbuat demikian dan inilah sebabnya beliau terpaksa membuat kenyataan dan andaian dan 
tuduhan yang tidak akan beliau lakukan sekiranya beliau mengikuti dan memahami ucapan saya 
terlebih dahulu.

“Misalnya, dalam ucapan Yang Berhormat Menteri, beliau mengejek saya kerana meminta butir-butir 
terperinci rizab Bank Negara dalam berbagai mata wang asing dengan mengatakan bahawa ia 
bukanlah “skim kutu kampung” untuk diketahui umum. Sebenarnya saya tidak pernah meminta butir-
butir terperinci komposisi rizab asing Bank Negara. Apa yang saya minta ialah butir-butir terperinci 
kerugian pertukaran asing. Saya berharap Yang Berhormat Menteri faham bahawa terdapat 
perbezaan di antara dua jenis butiran ini,” tambah Kit Siang.

Mengenai tuduhan Anwar bahawa beliau menghitung dua kali mengenai jumlah kerugian lain-lain
rizab Bank Negara sebanyak RM10.1 bilion, Kit Siang berkata :

“Saya tidak dapat memahami logik Yang Berhormat Menteri Kewangan dan saya akan berasa amat 
terkejut jika Gabenor Bank Negara masih menegaskan bahawa lain-lain rizab pada tahun lalu ialah 
RM9.3 bilion dan bukan RM10.1 bilion.”

Seterusnya Kit Siang merumuskan : “Malah seorang murid sekolah pun dapat memerhati bahawa 
lain-lain rizab Bank Negara telah kerugian RM10.1 bilion.”

Kit Siang juga menolak hujah Anwar bahawa oleh kerana kedudukan ekonomi negara kukuh, maka
kita tidak harus khuatir akan kerugian pertukaran asing Bank Negara. Mengulas suatu jawapan yang
diberikan oleh Anwar, Kit Siang berkata :

“Imaginasi yang karut ini tidak boleh diterima langsung disebabkan ia adalah serupa dengan 
membandingkan seekor ayam dengan seekor itik. Yang Berhormat Menteri tidak memahami bahawa 
rizab asing adalah disebabkan oleh imbangan bayaran yang positif akibat pertumbuhan ekonomi 
negara sedangkan kenaikan atau kejatuhan lain-lain rizab adalah bergantung kepada prestasi Bank 
Negara. Kedua-dua ini tidak ada kaitan langsung.”

Ketua Pembangkang itu kemudiannya menasihatkan Anwar supaya mendapat pendidikan dalam
bidang ekonomi antarabangsa daripada Setiausaha Parlimen ataupun Timbalan Menteri :

“Tetapi Setiausaha Parlimen (Kementerian Kewangan) yang merupakan seorang ahli ekonomi yang 
terlatih dan rujuklah kepada rencananya dalam Berita Harian, 24 April 1993. Dalam rencana ini, 
beliau telah menghiraukan dengan tepatnya bahawa tambahan dalam rizab bergantung kepada sama 
ada kita mempunyai pertimbangan bayaran yang positif yang bergantung kepada pertumbuhan 
ekonomi.”

Anwar yang tidak pernah terlatih dalam bidang ekonomi tentunya mendapat pengajaran yang
bermakna dalam isu, apatah lagi bila Kit Siang menegaskan :

“Adakah amat mengejutkan bahawa Yang Berhormat Menteri Kewangan nampaknya tidak memahami
ekonomi antarabangsa yang asas ini sehingga saya bimbang bahawa Yang Berhormat Menteri 
sedang teraba-raba dalam kegelapan dan Malaysia memang mujur kerana tiada bencana kewangan 
besar yang berlaku sehingga kini. Yang Berhormat Menteri sepatutnya berhenti daripada mengelirukan
orang ramai dengan mengatakan kerugian dalam rizab-rizab lain sebanyak RM10.1 bilion oleh Bank 
Negara tidak penting disebabkan ia boleh dioffset oleh lebihan sebanyak RM16.5 bilion dalam rizab 
asing.”

“Ingin saya mencadangkan, demi kepentingan negara, agar beliau menukar penasihat-penasihat 
ekonomi dan perakaunannya. Saya juga berharap Yang Berhormat Menteri akan memberi penjelasan 
awam yang penuh dengan merujuk kepada semua perkara teknikal yang dibangkitkan secara 
bertanggungjawab dan janganlah ghairah berpolemik politik,” tegas Kit Siang menutup ucapannya
mengenai kerugian Bank Negara.

Ahmad Shabery Chik bekas pensyarah ekonomi Universiti Malaya yang ketika itu Setiausaha Politik
Tengku Razaleigh Hamzah turut menyalahkan ketidakcekapan Anwar sebagai Menteri Kewangan
sebagai punca kerugian Bank Negara tersebut.

“Anwar mesti mengakui punca terbesar kerugian adalah akibat permainan spekulasi mata wang 
asing yang gagal. Jelas, kerugian ini bukanlah atas kertas sahaja tetapi kerugian nyata yang 
ditanggung oleh rakyat jelata.

“Umat Islam terperanjat bagaimana Menteri Kewangan yang banyak bercakap tentang Islam boleh 
merestui permainan spekulasi seperti ini. Sedangkan secara jelas ia memperjudikan wang rakyat 
sebegitu banyak.”

Dipetik dari buku PAS zaman Anwar : Memo untuk bakal PM, Ahmad Lutfi Othman, Penerbitan 
Pemuda, 1993.



..........
Sumber LinK

Sumber TKO - 12-8-2015

Setiap hari, 30 hari, Lim Guan Eng DAP serang PAS
Posted on Tuesday, August 11 @ 21:25:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

Analisis Isu
Saya sebenarnya tidak faham apakah dendam Lim Guan Eng terhadap Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau mungkin dia ada penyakit sehingga kerjanya tak lain serang PAS dan Hadi.







Ada orang tanya jika jumpa DAP, UMNO dan Ular. Mana satu nak pukul dulu? Saya lebih suka 
pukul DAP dulu. Pasal ular biasa patuk depan tapi DAP suka patuk belakang.

......
https://albangikuching.wordpress.com/

Sumber TKO - 11-8-2015


DAP Mengecewakan GHB Dalam Isu Perdana Menteri?
Posted on Sunday, August 09 @ 16:53:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

Komentar

Hari ini Lim Kit Siang menegaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap menjadi calon perdana menteri 
pembangkang sekiranya mereka berjaya menawan Putrajaya.
Lim Kit Siang menegaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap menjadi calon perdana menteri pembangkang sekiranya mereka berjaya menawan Putrajaya - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/anwar-tetap-calon-perdana-menteri-kami-kata-dap#sthash.dyHDkpQ9.dpuf


Kata Lim meskipun Pakatan Rakyat (PR) sudah berkubur, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah calon 
terbaik.

"Amat mustahak untuk beliau menjadi perdana menteri supaya boleh melonjakkan lagi keadaan, 
Malaysia dalam keadaan tidak pernah begitu teruk sama ada dari segi ekonomi, politik dan mata 
wang ringgit yang jatuh merundum terburuk dalam sejarah," katanya dalam ucapan di majlis Hari 
Raya dan sambutan kelahiran Anwar yang ke-68 tahun di Penjara Sungai Buloh, Selangor hari ini.

Kenyataan Lim Kit Siang dikatakan bercanggah dengan kenyataan sebelum ini yang diwar-warkan 
oleh kumpulan GHB bahawa Mohamad Sabu calon Perdana Menteri.



Timbul persoalan di sini adakah Hj. Mohamad Sabu sekadar di'perkuda'kan oleh DAP untuk menarik golongan intelek Melayu memberikan sokongan kepada DAP bagi melicinkan perjalanan DAP menawan kawasan bandar dan pekan.

Atau mungkin perkara ini dibesarkan oleh kumpulan GHB bahawa mereka bukan proxy DAP dengan menyabar maklumat tidak benar bahawa DAP telah bersetuju Hj Mohamad Sabu sebagai Perdana Menteri jika Pakatan 2.0 menawan Putrajaya.

Tapi saya lebih berpendapat bahawa ini semua adalah politik murahan untuk mendapatkan Putrajaya 
sahaja.


Sumber TKO - 9-8-2015


Pakatan Sengaja Di Rosakan Kerana DAP Bimbang PAS

Posted on Friday, August 07 @ 08:51:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



KUALA KRAI 5 Ogos - Pelaksanaan hukum hudud di Kelantan ha­nyalah alasan untuk DAP 
melancarkan serangan terhadap Pas kerana isu itu bukan perkara utama yang menjadi kebimbangan 
parti ber­kenaan selama ini.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa, DAP sebenarnya khuatir 
terhadap kekuatan Pas yang mampu menjadi parti utama yang mendominasi pakatan pembangkang.

Menurut beliau, calon Perdana Menteri,
Datuk Seri Anwar Ibrahim kini berada
di dalam penjara dan jika pakatan
pembangkang berjaya menumbangkan
Barisan Nasional (BN), calon terbaik bagi
mengisi jawatan nombor satu itu ialah
wakil daripada Pas.

"Kalau kita menang dalam pilihan raya
ketika Anwar masih dalam penjara, siapa
akan jadi Perdana Menteri? Tidak ada
orang lain ke­cuali Pas. DAP tak boleh jadi Perdana Menteri sebab ada halangan Perlembagaan.
"Itu yang dia takut sangat, bukan pasal
hudud. Masa itu hudud tak berbunyi dah,"
katanya ketika berceramah di Markas Pas
Kuala Krai di sini malam tadi.

Yang turut hadir Timbalan Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob;
Naib Presiden, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah serta Ketua Penerangan Pas negeri, Datuk Mohd.
Nassuruddin Daud.

Tuan Ibrahim dalam pada itu berkata, dakwaan beliau mempunyai asas kerana DAP dengan Pas tidak
pernah bertembung dalam mana-mana isu, namun DAP kini menganggap Pas sebagai seteru utama.

"Tengok sejarah, kita tidak pernah bertembung dalam pilihan raya. Isu Menteri Besar Selangor dan
Langkah Kajang pula antara Pas dengan PKR. Jadi apa nak marah sangat dengan Pas?" katanya.

Beliau turut menyangkal dakwaan bahawa Pas tidak mampu berjuang bersendirian tanpa bergabung
dengan mana-mana parti politik yang lain.

"Jangan kata begitu sebab kalau ada gabungan parti politik besar menang pilihan raya, mungkin
masih tidak dapat membentuk kerajaan kecuali disertai parti kecil yang bersendirian.

"Masa itu, parti kecil ini mahal harganya," ujar beliau.

Dalam perkembangan lain, Tuan Ibrahim mempersoalkan kewujudan Gerakan Harapan Baru (GHB)
yang disifatkan tidak ada nilai tambah kerana strategi kumpulan serpihan itu yang berterusan
memecahbelahkan Pas dan sekadar berkempen di Kelantan hanya menguntungkan pihak lawan.

Sumber TKO - 7-8-2015


DAP: Parti Perosak Negara dan Islam

Posted on Friday, August 07 @ 07:25:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

"

DAP sebuah parti tajaan PAP Singapura merupakan antara musuh besar dan utama Rakyat Malaysia 
dan negara. Dengan bantuan dan sokongan daripada PKR dan yang terbaru geng yang tewas dalam 
pemilihan PAS yang telah membentuk GHB (JEBARUA), DAP makin ke depan mencatur permainan
dan hala tuju politik dan kenegaraan.
Kita semua yg celik hati dan ada iman telah sedar bahawa percaturan kapir Lim Kit Siang DAP untuk 

menaikkan boneka mereka dalam PAS seperti Mat Sabu, dan kekawan jahiliyahnya telah gagal malah 

hampir kesemua boneka mereka kalah kecuali seorang sahaja yang menang. DAP bernafsu 

menurunkan kepimpinan Ulama malah Ulama dan Pro Ulama baik peringkat atas mahupun akar umbi 

makin kuat memberi sokongan kepada kepimpinan ulama yang di terajui TGHH. Perancangan dan 

percaturan DAP kapir ini gagal walapun mereka sangat yakin boneka mereka akan berjaya 

menewaskan kepimpinan ulama. 



Apabila kapir Lim Kit Siang gagal menguasai PAS, maka bermual lagi adegan yang menjijik dan keji 

tetapi disambut baik oleh boneka boneka mereka. Mereka mula menfitnah PAS dan terutamanya 

TGHH. Mereka cuba merosakkan Imej TGHH. Semakin hari TGHH di serang dengan menggunakan 

peluru tomahawk dari segenap penjuru oleh askar askar upahan mereka (GHB). Serangan demi 

serangan ini di tujukan tetapi pencinta gerakan Islam bukan semudah itu menyerahkan dan 

membiarkan murrabi umat TGHH diserang sedemikian rupa..Pertahanan, kesabaran ada batasnya. 

Sewaktu TGHH diserang, dalam masa yang sama kapir Lim Kit Siang menyatakan 'tidak perlu 

di turunkan Najib Razak dan ia di sambut pula oleh rakan selimut DAP iaitu PKR melalui Nurul Izah. 

Maaf, PAS dan TGHH sudah sampai ke destinasi, kalian baru ingin membina kapal..memualkan... 



Tuduhan kepada TGHH dan PAS berterusan sejak bertahun lamanya ('UG' dengan UMNO)..tiap detik 

mereka mencanang dengan pemain-pemain upahan internet mereka meyerang dan terus menyerang 

'UG' Ug... Tiba-tiba Kapir ini membuat kenyataan DAP sedia bekerjasama dengan UMNO. PKR pula

menyambung bahawa PKR juga bersedia bekerjasama dengan UMNO. Inilah mainan dan cara Yahudi

yang digunapakai. (Sememangnya DAP dan PKR ini agen syaiton/tentera syaiton). Tetapi pendokong 

mereka baik dalam PKR/GHB dan atas pagar tetap percaya akan fitnah. Hati sudah dikuasai nafsu / 

syaiton.



DAP dan boneka mereka juga menerjah di alam maya dan serata pelosok mencanang PAS akan 

tewas dan berkubur PRU14. Mereka juga mencanang kelantan juga akan jatuh. Sebenarnya Husam 

Musa setelah tidak di pilih menjadi EXCO/TMB/MB telah menyerang PAS Kelantan. Merata rata 

mengatakan PAS akan tewas kepada UMNO PRU 14..Maknyanya rancangan DAP telah lama dan DAP

telah lama menguasai boneka mereka. 



Sejarah telah membukti, PAS tidak pernah hancur malah berterusan secara istiqmah melawan UMNO 

(walapun pernah bersama atas kesatuan umat Islam /melayu). Dan sejarah juga membuktikan 

serpihan PAS hanya tinggal angan angan dan debu atau buih sahaja. Lemah tak bermaya malah 

berkubur.



Malah banyak lagi fitnah di tujukan kepada PAS. Antaranya PAS dan TGHH tidak pandai merancang 

strategi,  tidak memperjuangkan rakyat, mesra dengan UMNO, memberi talian hayat kepada Najib 

dan sebagainya. Lawak apakah ini..tuduhan dan fitnah. Sepertinya boneka mereka tidak tkaut kepada 

api neraka. Bila kita tanya apa strategi ampuh untuk menewaskan umno?..tentera dajal ini tidak 

mampu memberi jawapan. 



Najib tidak perlu talian hayat PAS. Dalam UMNO , siapa yang menjadi Presiden dan Perdana Menteri, 

dia berkuasa penuh. Dia seperti raja yang mempunyai kuasa mutlak. Sesiapa yang melawan, dia akan

terkeluar. Sejarah telah membuktikannya. Adakah DAP dan barua GHB dan PRK tidak sedar akan 

perkara ini..OPPPP mereka sengaja citpa isu ini bangi memburukan PAS di mata rakyat. Itulah objektif 

mereka sebenarnya.



Fitnah adalah mainan puak Kapir / musuh Islam. Yang paling pelik adalah ahli PAS juga suka kepada 

fitnah dan boneka DAP juga tidor dengan fitnah. Fitnah menjadi senjata mereka. Fitnah adalah 

makanan harian mereka. Kaedah sudah menghalalkan semuanya demi merosakkan perjuangan 

gerakan Islam PAS. Jalan neraka mereka ikuti walaupun mereka tahu semua itu. Demi habuan yang 

tidak pasti iaitu Putrajaya, pangkat, kuasa, kekayaan mereka tewas kepada Kapir DAP...



Maka, mari kita istiqamah bersama ulama, PAS tidak kira apa yang berlaku walaupun terpaksa nyawa 

jadi gantian..



QuthubZaman

6 Ogos 2015 



Sumber TKO - 7-8-2015

Aziz Bari Ketepikan PKR Sertai DAP
Posted on Thursday, July 30 @ 16:19:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Dr Abdul Aziz Bari yang bertanding Parlimen Sabak Bernam di bawah PKR dalam pilihan raya 
umum ke-13 tetapi kalah hari ini diumum menyertai DAP.


Abdul Aziz sebelum ini dilaporkan pernah membuat penafian akan menganggotai pertubuhan 
berkenaan yang selama ini dikaitkan sebagai parti cauvinis Cina.

Bagaimanapun Abdul Aziz berkata tidak pernah mengeluarkan kenyataan tersebut.

"Saya tidak pernah membuat apa-apa kenyataan. Wartawan itu membuat kesimpulan sendiri,"
katanya.

Dalam sidang media di Ibu Pejabat DAP di Kuala Lumpur hari ini, Abdul Aziz berkata, dia kagum 
dengan amalan sistem meritokrasi parti berkenaan.

Tak harap imbuhan

Pada Oktober 2014 bekas pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa itu pernah 
disiasat di bawah Akta Hasutan kerana mengeluarkan kenyataan menyentuh institusi raja ketika 
Selangor menghadapi krisis menteri besar.

Beliau disiasat selepas hampir 100 laporan polis 
dibuat terhadap beliau.

Dalam pilihan raya umum 2013, Abdul Aziz 
bertanding di Sabak Bernam tetapi kalah kepada 
calon BN, Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh, dengan  
majoriti 1,644 undi.

Abdul Aziz memperoleh 14,743 undi berbanding 
Mohd Fasiah, 16,387.

Kata Abdul Aziz, dia tidak mengharapkan  sebarang 
imbuhan atau kedudukan dalam DAP, sebaliknya 
cuma mahu memberi sumbangan.

Ditanya mengapa memilih DAP, Abdul Aziz berkata beliau mencari ruang lebih besar bagi 
membolehkan bakat dan kepakarannya dimanfaatkan sepenuhnya.

Abdul Aziz berkata beliau memaklumkan penyertaannya ke dalam DAP kepada Setiausaha Agung 
PKR, Rafizi Ramli, namun enggan mengulas lanjut apabila ditanya reaksi Ahli Parlimen Pandan itu.

Turut hadir dalam sidang media di Ibu Pejabat DAP itu, Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang, 
Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua dan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said. 

Sumber TKO - 30-7-2015
 

Semua Sedang Serang UMNO. Lim Guang Eng Serang PAS
Posted on Wednesday, July 29 @ 21:27:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

Berita

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini berkata tindakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul 
Hadi Awang yang enggan mengulas mengenai barisan Kabinet baharu jelas menunjukkan hala tuju 
parti itu yang cenderung kepada Umno.

Sambil menyatakan rasa kesal dengan tindakan Hadi itu, Lim berkata beliau juga terkejut dengan 
tindakan pemimpin PAS itu yang menyifatkan rombakan kabinet kerajaan persekutuan yang 
diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam sebagai perkara biasa.

"Itu jelas menunjukkan hala tuju PAS di mana beliau (Hadi) cenderung kepada perdana menteri dan
Umno," katanya yang menyifatkan rombakan Kabinet semalam sebagai satu "gempa bumi".

Pada sidang akhbar di George Town, Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang berkata mesyuarat
exco kerajaan negeri hari ini amat prihatin dengan perkara itu dan berharap Najib dapat memperjelas
pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Kabinet baharu itu.

Najib melantik Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai timbalan perdana menteri menggantikan
Muhyiddin.Hadi berkata terlalu awal bagi PAS untuk menyatakan pendapat berhubung barisan 
Kabinet itu. - Bernama

Sumber TKO - 29-7-2015


DAP Halang Usaha Pencegahan Mungkar Walaupun Kecil
Posted on Friday, July 24 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

Berita

DAP adalah parti politik yang memperjuangkan hak individu dan masyarakat yang merangkumi semua
kaum, gender dan agama, dan bukan demi pihak tertentu sahaja.

Sehubungan itu, DAP melalui sayap pemudanya (DAPSY) Perak membantah perbuatan pengurusan
pawagam Lotus Five Star Cinemas (LFS) di Seri Iskandar, Perak yang melarang pasangan yang tidak
berkahwin daripada menggunakan kerusi berkembar atau “couple seat”.

DAPSY Perak difahamkan bahawa larangan itu dibuat atas nasihat Majlis Daerah Perak Tengah.

DAPSY Perak tidak pasti mengapa larangan itu dibuat tetapi jika alasannya ialah untuk mengatasi
“gejala sosial”, ia adalah keputusan yang tidak tepat kerana mengabaikan gambaran keseluruhan yang
lebih kompleks.

Terutamanya sekali, Akta Kerajaan Tempatan 1976 sama sekali tidak memberi sebarang kuasa kepada
mana mana kerajaan tempatan untuk mengawal dan menguatkuasakan moral dan akhlak. Maka,
Majlis Daerah Perak Tengah tidak berhak mengeluarkan arahan mahupun nasihat sebegitu, dan ia
jelas telah merentasi bidang kuasa dan bidang kerjanya.

DAPSY beranggapan sekatan dan larangan bukan cara terbaik mendidik anak muda. Sekatan dan
larangan hanya memberi alasan untuk mereka memberontak.

Memilih pawagam sebagai sasaran, malah menjadikan “couple seat” sebagai punca masalah sosial
adalah sesuatu yang dangkal.

Mengunjungi pawagam merupakan aktiviti berhibur biasa anak muda, walau apa pun kaum, agama
dan pegangan hidup mereka.

Jika “maksiat” yang dibimbangkan, mengapa larangan itu simplistik dan hanya “couple seat”?

Jika “gejala sosial” dibimbangkan, adakah pawagam tempat anak muda belajar rasuah dan korupsi, mengenali perkauman dan politik benci dan mahu mencuba salah guna kuasa?

Jangan bantutkan minda anak muda, jangan layan anak muda seperti haiwan peliharaan. Setiap
generasi muda punya aspirasi, cita-cita dan matlamat sendiri. Pihak atasan atau yang lebih tua
mungkin lupa bahawa ketika mereka muda dulu, mereka juga turut berhibur bersama kawan-kawan.

DAPSY Perak memohon pihak pengurusan pawagam supaya menarik balik larangan itu. Ada banyak
cara lain yang lebih munasabah untuk mengatasi “gejala sosial”.

Malah, lebih baik ditanya sendiri dengan anak-anak muda tentang apa yang mereka mahu. – Roketkini.
com

Sumber TKO - 24-7-2015

Akhirnya Lim Kit Siang Mengaku Akan Salur Dana Kepada
GHB Untuk Tubuh Parti Baru


Posted on Wednesday, July 22 @ 19:48:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



DAP tidak menolak dakwaan parti itu akan menyalurkan dana kepada Gerakan Harapan Baharu 

(GHB) untuk menubuhkan parti baru bagi menggantikan Pas.


Ini kerana, DAP menyokong perjuangannya yang berpaksi kepada Islam sederhana dan inklusif 

(Islam ala DAP/UMNO) di samping pemimpin yang terlibat dalam GHB adalah kumpulan progresif 
bukannya ulama.

Bagaimanapun, penasihat DAP, Lim Kit Siang memberitahu, isu itu tidak perlu diperbesarkan.
"Kita sendiri perlu dana, siapa yang hulur tangan untuk menderma kita terima. Kita beri dana
kepada sesiapa itu tidak perlu dibangkit," kata Pengerusi DAP, Lim Kit Siang pada majlis Rumah
Terbuka Parlimen di perkarangan Bangunan Parlimen pada Rabu.

Sebelum ini, Pengerusi GHB, Mohamad Sabu menegaskan GHB tidak menerima sumbangan dana
daripada DAP.


Mengulas pembentukan muafakat pembangkang yang baru bagi menggantikan Pakatan Rakyat, Kit
Siang berkata, ia masih di peringkat perbincangan yang akan menggabungkan PKR, DAP dan GHB.

Sekarang terbukti bahawa GHB adalah proxy DAP.
Sebelum ini GHB pernah menafikan juga
DAP menyalur sumbangan membantu dalam kempen pemilihan muktamar baru lepas.

Sumber Link

Sumber TKO - 22-7-2015


Tembak Hadi Bunuh Azmin
Posted on Wednesday, July 22 @ 22:51:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

Artikel Pilihan

DAP sakit hati dengan Hadi disebabkan Presiden PAS itu tidak menyokong ‘Kajang Move' dan
penyingkiran Menteri Besar, Khalid Ibrahim. Hadi juga kemudiannya tidak menyokong perlantikan
Dr Wan Azizah Wan Ismail.untuk menggantikan Khalid.

DAP dan PKR menginginkan Wan Azizah sebagai pengganti Khalid, namun Hadi memilih Azmin.
Sementara DAP dan PKR menyerahkan hanya satu nama untuk pengganti Khalid sebagai Menteri Besar, Hadi pula mengusulkan dua nama, Azmin dan Wan Azizah.

Yang sebenarnya, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor ada calon ketiga, Iskandar Samad. Jika
Hadi mengusulkan tiga nama seperti diingini Sultan Selangor, sudah pastilah Selangor kini
mempunyai Menteri Besar daripada ‘orang' PAS.

Tetapi, Hadi tidak melakukannya, beliau hanya mengusulkan dua nama, kedua-duanya dari PKR,
tiada satu pun dari PAS, jadi keputusannya, Azmin lah yang dipilih menjadi Menteri Besar.

Pastilah, PAS, DAP dan PKR sudah mengetahui tentang perkara ini. Semua pihak tertanya-tanya
mengapa Hadi tidak mencalonkan nama ketiga, Iskandar seperti yang Sultan Selangor mahukan.
Kalau Hadi menurut titah Sultan masa itu, sudah tentulah Iskandar yang akan dipilih sebagai
Menteri Besar, bukan Azmin.

Jawapannya mudah saja, Walaupun PAS boleh ‘merampas' kerusi Menteri Besar Selangor dari
PKR, tapi Hadi tak mahu melakukan perkara itu. Jika diimbas kembali, sekitar Hari Raya tahun
lepas, Hadi dipanggil bersemuka secara peribadi dengan Sultan dan tindakan itu telah mencetuskan
spekulasi pelbagai pihak.

Tambahan pula Wan Azizah juga telah menghantar surat kepada Sultan untuk memohon mengadap,
namun permohonan Wan Azizah itu ditolak. Dalam masa yang sama, Sultan Selangor menitahkan
Hadi ke istana untuk perjumpaan secara tertutup.

Pada asasnya, perjumpaan secara tertutup Hadi dengan Sultan Selangor itu diadakan untuk
membincangkan soal PAS yang bakal mengambil alih kerusi Menteri Besar Selangor.

Posisi Menteri Besar itu sebenarnya sudah berada di tangan PAS, namun Hadi menolak dan
memberikannya kepada Azmin. Isu ini adalah satu fakta yang tidak pernah dibincangkan.
Sebaliknya, mereka membincangkan bagaimana Hadi mengkhianati Pakatan Rakyat.

Jikalau Hadi benar-benar ingin mengkhianati Pakatan Rakyat, sudah pastilah beliau akan
mengusulkan nama ketiga, Iskandar Samad kepada Sultan. Tapi Hadi tidak melakukannya, malah
beliau hanya menyerahkan dua nama, kedua-duanya daripada PKR.

Isu Hudud pula merupakan isu (lama) iaitu sejak dari tahun 1993. Dewan Undangan Negeri (DUN)
Kelantan (baru-baru ini) telah meluluskan pindaan undang-undang Syariah negeri itu yang telah
diluluskan pada 1993 iaitu kira-kira 15 tahun sebelum Pakatan Rakyat ditubuhkan.

Apabila Pakatan Rakyat ditubuhkan pada tahun 2008, Kerajaan Negeri Kelantan tidak pernah
menarik balik Rang Undang-Undang (hudud) itu. Ia masih kekal di dalam rekod.

Oleh itu, ketika DAP dan PKR telah menandatangani pakatan dengan PAS pada tahun 2008, mereka
sudah mengetahui bahawa hudud masih dalam rekod di Kelantan dan Terengganu dan jika PAS
menang Terengganu sama ada pada 2008 atau 2013, hudud akan masih kekal di dalam rekod
tersebut.

PAS tidak pernah menarik balik pindaan Rang Undang-Undang Syariah Kelantan sejak Pakatan
Rakyat ditubuhkan tujuh tahun yang lalu dan tidak akan berbuat demikian jika mereka memenangi
semula Terengganu pada tahun 2008 atau 2013.

Perjanjian dalam pembentukan Pakatan Rakyat pada tahun 2008 tidak memasukkan syarat bahawa
PAS mesti menarik balik Rang Undang-Undang Pindaan Syariah di Kelantan atau di Terengganu
jika PAS berjaya memenangi semula negeri-negeri itu. Oleh itu, hudud akan tetap ada dalam rekod
di Kelantan dan Terengganu.

Apa yang Kerajaan Negeri Kelantan (saya ulangi, Kerajaan Negeri Kelantan dan bukannya Presiden
PAS Abdul Hadi Awang) kini lakukan adalah untuk mencadangkan pindaan terhadap hudud 1993.
Ya, pindaan kepada Rang Undang-undang Syariah yang telah diluluskan pada tahun 1993 dan
diluluskan kembali dengan pindaan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan.

Hadi bukan berada dalam DUN Kelantan atau Menteri Besar Kelantan dan mereka yang tahu
struktur PAS juga akan mengetahui bahawa PAS Kelantan mempunyai kuasa autonominya sendiri.

Malah, PAS di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Johor, Selangor, dan sebagainya, mempunyai lebih atau kurang autonominya.
Mereka akan memutuskan sesuatu pekara yang mereka sendiri mahu lakukan di negeri masing-
masing.

Adakah anda masih ingat apa yang PAS Kedah telah lakukan, menentang kehendak PAS Pusat,
di mana akhirnya kerajaan negeri kembali jatuh semula ke tangan Barisan Nasional ?

Bukankah DAP di Sabah dan Sarawak juga mempunyai kuasa autonomi ? Adakah anda akan
mengkritik Lim Kit Siang berkaitan dengan keputusan DAP Sabah dan Sarawak lakukan walaupun
apa yang mereka lakukan bertentangan dengan dasar atau keputusan DAP Pusat ?

Bagaimanapun, isu hudud hanya sekadar untuk mengalihkan perhatian. Isu sebenar adalah Azmin
Ali. DAP mahu menggulingkan Azmin kerana dia enggan tunduk kepada DAP atau puak Wan
Azizah dalam PKR.

Tetapi, mereka tidak boleh menyingkirkan Azmin sepertimana yang mereka telah lakukan terhadap
Khalid Ibrahim. Mereka tidak boleh menuduh Azmin dengan pelbagai isu seperti mana yang mereka lakukan kepada Khalid kerana ia akan nampak terlalu ketara? Jadi mereka telah membunuh ‘Pakatan Rakyat' dengan harapan bahawa ia akan mencetuskan
krisis di Selangor.

Di Kelantan tidak akan ada perubahan sejak PAS menguasai negeri itu dengan majoriti yang jelas.
Di Pulau Pinang, DAP dan PKR mengawal 29 daripada 40 kerusi negeri juga akan selamat.

Bagaimanapun, Di Selangor, PKR hanya mengawal 13 daripada 56 kerusi. Jadi ini meletakkan PKR
dalam minoriti tidak seperti PAS di Kelantan atau DAP-PKR di Pulau Pinang. Oleh itu tanpa 15 kerusi DAP dan dua ADUN lompat parti dari PAS, Azmin perlu melepaskan jawatannya itu.

DAP ada 15 kerusi, dan 2 kerusi (lompat) daripada PAS, ditambah pula dengan 13 kerusi daripada
PKR akan menjadikan kesemuanya berjumlah 30 kerusi. Azmin pula memerlukan 29 kerusi untuk
menjadikannya majoriti satu kerusi. Tetapi untuk mendapatkan 15 kerusi dari DAP dan 2 kerusi
(lompat) daripada PAS, Azmin terpaksa memilih untuk meletakkan jawatan dan menyerahkan kuasa
kepada Wan Azizah.

Azmin akan bertemu DYMM Sultan untuk menerangkan isu ini. Jikalau DYMM tidak bersetuju
dengan tindakan Azmin berundur untuk memeberi laluan kepada Wan Azizah, ianya pasti akan
menimbulkan krisis Menteri Besar kedua di Selangor dalam masa singkat - hanya setahun dari krisis yang pertama.

Azmin tidak boleh memerintah Selangor sebagai Menteri Besar dengan hanya memiliki 13 kerusi.
Azmin memerlukan sekurang-kurangnya 16 kerusi lagi. Sudah tentulah Azmin boleh sentiasa
bercakap dengan PAS tetapi dia tidak akan mendapatkan 15 kerusi penuh. Mungkin yang terbaik
dia mampu mendapatkan 12 atau 13 kerusi. Jadi dia masih kekurangan empat atau lima kerusi lagi.

Jika Khalid Ibrahim menarik sokongannya terhadap Azmin, ini akan membuatkan Azmin semakin
kehilangan kerusi lagi. Dan ini bermakna dia perlu bercakap dengan Umno pula.

Masalahnya, jika dia bercakap dengan Umno maka dia tidak akan mendapat 13 kerusi penuh
daripada PKR, mungkin dia hanya mendapat 6 atau 7 kerusi sahaja. Dan itu bermakna, walaupun
dengan bantuan Umno pun Azmin masih kekurangan kerusi untuk memerintah Di Selangor.

Azmin kini semakin tersepit, bagai ditelan mati emak, diluah mati bapak. Parti mana yang akan
beliau pilih? Jika Azmin mahu terus berhubungan baik dengan PKR dan DAP, dia perlu bersara.
Namun, jika Azmin masih mahu kekal sebagai Menteri Besar lagi, dia mesti meminta bantuan dari
PAS dan Umno untuk mendapatkan 29 kerusi itu.

Jadi, beginilah taktik DAP untuk membunuh Azmin hanya dalam masa setahun sahaja.

Baru-baru ini Perkasa Selangor telah memberi amaran kepada Pakatan Rakyat supaya tidak
mengheret Sultan dalam krisis ini. Ini kerana Perkasa sudah dapat menduga akhirnya Azmin akan
memerlukan bantuan Sultan Selangor untuk terus kekal dalam jawatannya itu.

Oleh itu, jelaslah di sini bahawa DAP memang lebih bijak daripada apa yang kita sangkakan.
Target utama mereka adalah untuk menyingkirkan Azmin. Tetapi mereka tidak menyatakan perkara
ini secara terus terang.

Sebaliknya, mereka membangkitkan isu Hudud dan menyalahkan Hadi dengan perpecahan Pakatan
Rakyat - dan apa yang sebaliknya berlaku ialah Azmin akan ditendang keluar dan diganti dengan
Wan Azizah.

Lim Kit Siang hampir sama bijak seperti Tun Dr Mahathir Mohamad. Strateginya adalah
menembak Hadi tetapi membunuh Azmin.

Sumber Link

Sumber TKO -22-7-2015


DAP Memang Anti-Islam
Posted on Wednesday, July 22 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


Mengikut perkembangan sikap DAP terhadap Islam, kita akan DAP sentiasa menyerang, 
menindakkan usaha untuk perkembangan Islam walaupun usaha perkembangan Islam tiada kaitan 
dengan bukan Islam. Misal sebelum ini DAP menyerang rakan sekutu BN dalam usaha kerajaan 
meningkatkan kuasa Mahkamah Syariah.

Jika diteliti hujah kumpulan Gerakan Harapan Baru yang menyerang PAS sekarang kononnya 
HUDUD akan dijalankan setelah mendapat kuasa dengan menjatuhkan kerajaan dan menawan 
putrajaya bersama dengan DAP.

Apakah DAP akan membiarkan sahaja GHB ini membuat hukum hudud?

Kenyataan GHB dalam isu hudud sama seperti UMNO untuk menarik pengundi Islam kononnya 
mereka juga nak buat Islam sedangkan matlamat mereka hanya sekadar nak Putrajaya. Kata-kata 
kononnya DAP bertanding 50 kerusi takkan DAP berkuasa.

Habis sekarang ni DAP bertanding berapa? 50 juga tak boleh Putrajaya sudah lantang dan merang 
PAS dan Presiden PAS macam orang gila sehingga sangguh pecahkan Pakatan Rakyat.

Adalah mustahil Lim Guan Eng akan kata GHB laksanalah Islam dan hukum hudud, tunggu apa lagi 
Putrajaya kita dah dapat, Najib dan BN dan tumbang. Macam tu aje?

Umat Islam jangan percaya DAP sebab sejarah DAP termasuk langkah mayat belum lagi terpadam 
dan sikap ini sekarang terserlah memang DAP ANTI ISLAM. 
Sumber TKO - 22-7-2015


Mana pejuang demokrasi?

Posted on Monday, July 20 @ 07:41:18 MYT by paktam

PendapatOleh Timmy Say

Pada 1 November 2012, kerajaan Pulau Pinang meluluskan undang-undang 
anti-lompat parti.

Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga setiausaha agung DAP Lim Guan Eng
ketika itu berhujah enakmen itu bertujuan untuk menangani budaya melompat parti politik untuk keuntungan peribadi dan mengembalikan kepada rakyat kuasa untuk memilih Adun.

Perkara terpenting dalam enakmen tersebut ialah keperluan untuk wakil rakyat yang dipilih untuk
mengosongkan kerusinya jika melompat parti.


Seksyen 14A Enakmen tersebut berbunyi sedemikian: “Ahli yang menukar parti politik”, yang
mengkehendaki seseorang Adun dari parti tertentu yang dipilih oleh rakyat, untuk mengosongkan
kerusinya jika dia bertukar parti atau berhenti menjadi ahli parti atas apa jua alasan.
Ingat kata kunci: “apa jua alasan.”

Meskipun penguatkuasaan enakmen dipercayai terhalang kerana bercanggah dengan Perlembagaan 
Persekutuan, namun dipercayai DAP yang sering melaungkan dirinya sebagai parti berprinsip masih
mempertahankan apa yang dicanangkannya.

PAS kini berdepan dengan krisis dengan kemunculan Gerakan Harapan Baru (GHB) yang terdiri 
daripada sebilangan wakil-wakil rakyat PAS yang berniat menubuhkan parti baru.

Umum diketahui DAP menyatakan sokongan penuh kepada GHB.

Umum juga diketahui reputasi DAP yang cekap dalam memberikan reaksi atau membuat keputusan 
dalam isu-isu yang melibat demokrasi dan parti – contohnya DAP cukup laju untuk memutuskan 
kerjasama dengan PAS dan bertubi-tubi menuntut wakil-wakil PAS berundur dari kerajaan Pulau 
 Pinang meskipun usul Dewan Ulama mencadangkan agar tahaluf siyasi dengan DAP dibatalkan 
belum diperkenan oleh Majlis Syura.

Malah, ada ahli PAS yang mengikuti stail ini dengan meletak jawatan serta-merta sejurus selepas 
muktamar berakhir.

Golongan ini diangkat dan dipuji DAP sebagai bermoral dan berprinsip. Mereka yang tidak 
mengikuti jejak mereka ini dilanyak dan dilabel sebagai tamak jawatan, tak bermoral dan tak 
berprinsip.

Dalam kes GHB ini, timbul pertanyaan mengapa DAP tidak secekap untuk memberikan pandangan 
demokrasinya mengenai prinsip anti-lompat parti.

DAP bukan jenis parti main-main apabila mencanangkan prinsip anti-lompat parti di Pulau Pinang.

Biasanya, DAP sudahpun bertubi-tubi mendesak wakil-wakil rakyat yang berniat melompat ke parti 
baru untuk mengosongkan kerusi apabila mereka menyatakan niat mereka untuk menyertai parti 
baru, meskipun ia belum tertubuh.

Malangnya dalam isu GHB ini, DAP tidak bertindak sedemikian. Malah timbul pertanyaan, apakah 
DAP akan menyerang mereka yang tidak mahu mengosongkan kerusi ini akan dilanyak dan dilabel 
tamak jawatan, tak bermoral dan tak berprinsip?

Manakala mereka yang mendesak golongan ini untuk mengosongkan kerusi akan dipuji dan 
diangkat, selari dengan prinsip yang dicanangkan mereka?

Atau prinsip anti-lompat parti hanya sekadar wayang di mana ia hanya dilaksana bergantung kepada
untung-rugi politik, ia dicanang apabila merugikan dan didokong secara senyap apabila 
menguntungkan?

Biarlah masa dan rakyat menjadi hakim.

Cuma tertanya, prinsip demokrasi ala-apakah ini? Dan mana perginya suara pejuang demokrasi dan 
rakyat?

Oleh itu, ada satu nasihat penting orang tua buat ahli politik – janganlah dok ambil kesempatan 
tuduh orang lain tak lakukan ini, tak lakukan itu untuk menaikkan nama sendiri sedangkan diri 
sendiri tidak tahu sama ada boleh melakukan atau melepasi ujian apabila giliran diri diuji tiba.

Di dalam perjuangan pula, memang mudah menyuruh orang lain beristiqamah tatkala kamu 
berjawatan tapi orang lain tidak.

Yang payah ialah menyuruh diri beristiqamah apabila orang lain yang tidak berkuasa itu sudah 
berjaya mengharungi ujian istiqamah dan kini berkuasa manakala sendiri pula menjadi ahli biasa.

Jika diri sendiri memerlukan wadah baru yang memberikan jawatan untuk bergerak, buatlah apa 
yang patut dan diniati, tanpa perlu memburukkan wadah lama yang sudah memberikan peluang 
kepada orang lain.

Fikiran yang wajar ialah – tanyalah siapalah diri kalau tiada wadah lama ini. Apakah jasa wadah 
lama kepada diri ini tidak cukup bagi diri untuk tidak menyerangnya?

Pendek kata, wadah lama tidak bersalah (innocent) meskipun ia kini dipandu mereka yang tidak 
disukai diri. Kritiklah mereka yang tidak sukai itu, namun ia tetap tiada keperluan untuk diri 
memburukkan wadah lama ini.

Jangan pula terfikir – “tanpa saya, apalah ada pada wadah lama ini“. Lebih dahsyat kalau diri terfikir sebaliknya di mana wadah lama ini yang perlu mengingati jasa dan pengorbanan diri.

Jika begitu, renunglah pesanan As Syahid Hassan Al Banna yang dikirimkan oleh seorang sahabat 
saya ketika menulis artikel ini:

"Jika kamu membuat sesuatu kebaikan kepada manusia maka itu adalah sesuatu kejayaan yang besar
bagi kamu.
Tetapi kalau kamu merasakan kamu sahaja yang boleh melakukannya dan orang lain tidak boleh... 
maka itu adalah satu kesilapan yang besar bagi kamu."

Sekian hujah kali ini untuk melanggar persepsi yang ada.

Sumber DD - 20-7-2015


GHB belumpun didaftar, terlalu awal mahu bincang
kerjasama - DAP

Posted on Tuesday, July 14 @ 19:03:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



SHAH ALAM: Gerakan Harapan Baru (GHB) belum pun didaftarkan sebagai sebuah parti politik
justeru masih terlalu awal untuk DAP membuka meja rundingan, kata Naib Pengerusi DAP
Selangor, Datuk Teng Chang Khim.

"Ia masih terlalu awal untuk dibincangkan. Mereka belum menubuhkan sebuah parti politik lagi, 

bagaimana untuk bekerjasama?


"Mereka tidak boleh menjadi sebahagian daripada gabungan itu lagi. Oleh itu, kita tidak boleh 

terlalu teruja dengannya," katanya ketika ditemui selepas mengadakan majlis berbuka puasa di sini 

pada Isnin malam.


Teng berkata cadangan untuk menubuhkan GHB adalah perkembangan positif.


Bagaimanapun, Teng tidak mengulas kenyataan Pengerusi GHB bahawa parti politik baru itu akan 

meneruskan agenda hudud.


DAP sebelum ini bertindak memutuskan hubungan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi 

Awang kerana isu hudud.


Tindakan DAP itu membawa kepada Majlis Syura Ulamak PAS pula membuat timbal balas dengan 

memutuskan hubungan tahaluf siyasi dengan DAP, namun kekal komited dengan PKR dalam 

Pakatan Rakyat.


Teng dalam pada itu berkata parti politik baru yang bakal ditubuhkan selepas Hari Raya Aidilfitri 

itu tidak akan mempunyai banyak masalah lantaran kesemua individu yang dijangka menyertainya 

adalah kalangan mereka yang berpengalaman dalam berpolitik. 


Gerakan ini dianggotai pemimpin progresif PAS seperti Mohamad Sabu, Khalid Samad, Dr 

Dzulkefly Ahmad, Dr Hatta Ramli dan Hanipah Maidin.


Mereka tewas dalam pemilihan PAS pada awal Jun lalu.


Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib juga merupakan sebahagian 

daripada pergerakan itu.  - AntaraPos



Sumber TKO - 14-7-2015

DAP Pulau Pinang cuba singkir wakil PKR, lapor akhbar
Posted on Thursday, July 02 @ 13:24:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



DAP kini dalam usaha menyingkirkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR daripada 
pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang selepas Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali 
enggan menyingkirkan 3 ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (exco) daripada PAS, lapor akhbar 
Berita Harian.

Sumber berkata kepada akhbar kawalan Umno itu, DAP bertambah kecewa apabila Azmin enggan 
melayan permintaan mereka untuk diberikan jawatan yang dipertua Majlis Perbandaran Petaling Jaya, Shah Alam dan Subang Jaya untuk kekal di Selangor."PKR sudah tahu perancangan DAP untuk menendang mereka (wakil PKR) keluar daripada
pentadbiran kerajaan Pulau Pinang. Jadi kemungkinan untuk PKR ‘kawtim' (bertolak ansur) dengan
DAP masih ada," kata sumber kepada akhbar itu.

Bagi memperkukuh majoriti kerusi di Pulau Pinang, 2 Adun PKR iaitu Datuk Abdul Malik Kassim
(Batu Maung) dan Cheah Kah Peng (Kebun Bunga) akan ditarik menyertai DAP, lapor akhbar itu.

DAP kini memiliki 19 daripada 40 kerusi DUN di Pulau Pinang, diikuti PKR (10), PAS (1) dan
Barisan Nasional (10).

DAP Selangor mengadakan pertemuan bersama Azmin pada Selasa namun tiada keputusan dicapai
membabitkan PAS dalam pentadbiran di negeri itu.

Pengerusinya, Tony Pua berkata mereka akan bertemu semula dengan Azmin selepas raya bagi
membincangkan mengenai masa depan kerajaan negeri.

Pertemuan antara DAP dan Azmin, yang juga timbalan presiden PKR itu berlangsung kira-kira
selama 30 minit.

Pua berkata, perbincangan pada hari itu tiada kena mengena dengan status jawatan exco, tapi lebih
memfokuskan kepada kerajaan negeri.

Sumber TKO - 2-7-2015


Kami bukan lagi kerajaan Pakatan Pulau Pinang - Lim Guan
Eng

Posted on Thursday, July 02 @ 13:19:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini mengisytiharkan bahawa kerajaan pimpinannya 
tidak lagi dikenali sebagai kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

Sebaliknya, kata setiausaha agung DAP itu, mereka hanya akan menggelarkannya sebagai kerajaan 
negeri Pulau Pinang sahaja.

Lim mengumumkan perkara itu dalam kenyataannya daripada George Town hari ini, susulan 
keputusan mesyuarat exco kerajaan negeri semalam.

Beliau juga berkata mesyuarat exco juga memutuskan menentang usul muktamar PAS memutuskan 
hubungan dengan DAP tetapi menerima hakikat bahawa Pakatan tidak wujud lagi susulan itu.

Lim juga berkata kerajaan negeri juga mengekalkan urus tadbir berdasarkan dasar bersama Pakatan 
dan manifesto bersama dalam pilihan raya sebelum ini yang memberikan mereka penguasaan besar 
68 peratus.

Sementara itu, Lim juga berkata mesyuarat semalam turut dihadiri exco daripada PKR Dr Afif 
Bahardin.

ADUN PAS sokong?

Menurut Lim lagi perkara itu disokong kesemua 30 anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN), 
termasuk daripada PAS Datuk Mohd Salleh Man.

“Kesemua 30 penyokong kerajaan negeri Pulau Pinang bersetuju dan menyokong ketiga-tiga 
ketetapan exco ini,” katanya.

Lim berkata, ADUN yang telah dipilih dalam pilihan raya 
umum lalu itu tidak pernah berubah atau berkurang.

“Ini bermakna sokongan 30 ADUN kepada kerajaan negeri Pulau 
Pinang tidak berubah dan tidak kurang serta tetap berkekalan 
seperti biasa.

“Pihak pembangkang Umno menguasai baki 10 kerusi DUN,” 
katanya.

Tambahnya, kerajaan negeri akan berfungsi seperti biasa demi 
memberikan tumpuan untuk menambah baik penyampaian 
perkhidmatan, urus tadbir dan ketelusan demi membangunkan 
ekonomi untuk semua.

Dalam muktamar lalu, PAS mengambil keputusan untuk 
memutuskan hubungan dengan DAP mengakibatkan DAP 
mengumumkan bahawa Pakatan Rakyat berpecah.

Susulan itu beberapa ahli majlis tempatan daripada PAS telah dipecat dan bekas pemimpin kanan 
parti itu termasuk Mohamad Sabu turut meletakkan jawatan daripada kerajaan negeri.

Majlis Syura PAS masih belum bermesyuarat bagi memutuskan bagaimana mengendalikan usul 
yang diluluskan dalam muktamar itu.

Malaysiakini sedang mendapatkan maklum balas Salleh Man berhubung sokongannya ketika badan 
tertinggi dalam PAS itu belum pun bersidang.- MK

Sumber TKO - 2-7-2015


DAP Melampau Pertikai Kewujudan JAKIM
Posted on Thursday, July 02 @ 05:40:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Kenyataan Media Oleh Qamarul Nazrin Harun


Tindakan Ahli Parlimen DAP, Zairil Khir Johari, mempersoal kewujudan JAKIM yang disifatkan
sebagai bertentangan dengan Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan merupakan satu tindakan yang
melampau. Malah menampakkan lebih jelas wajah DAP sebagai pihak yang konsisten menentang
badan agama Islam yang berautoriti di Malaysia.


Hujah teknikal yang sering mereka kemukakan ialah bidang kuasa agama Islam adalah hak negeri
bukan persekutuan dan kadang kala hujah mereka sebaliknya, yang penting ia memberi manfaat
kepada agenda mereka dalam mengheret Islam ke ruang tanpa kuasa di Malaysia.

Proses penubuhan JAKIM bermula dengan sebuah urus setia kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal
Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) pada tahun 1969 selepas MKI ditubuhkan oleh Majlis Raja-
Raja pada tahun 1968.

Pada tahun 1974, urus setia MKI telah dinaik taraf kepada Bahagian Agama di Jabatan Perdana
Menteri yang kemudiannya pada tahun 1985 dijenamakan semula sebagai Bahagian Hal Ehwal Islam
(Baheis), Jabatan Perdana Menteri.

Baheis dinaik taraf menjadi sebuah Jabatan berkuat kuasa pada 1 Januari 1997 yang dinamakan
sebagai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Penubuhan Jakim dilihat sebagai salah satu
landasan dalam memenuhi keperluan masyarakat Islam.

Penglibatan Majlis Raja-raja serta kerajaan persekutuan dalam penubuhan JAKIM menunjukkan
tuduhan DAP tersebut tidak benar. Malah penubuhan JAKIM menepati semangat Perkara 3
Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam agama persekutuan dan mengikut undang-undang
perlembagaan, pihak eksekutif bertanggungjawab mempertahan kakitangan perkhidmatan awam dan
bukan sebaliknya.

Juga kenyataan pemimpin DAP itu yang mencadangkan agar perkara melibatkan agama menjadi
amalan individu bukan perlu dikawal oleh mana-mana kuasa merupakan cadangan yang amat
menyalahi siyasah syariah atau maslahah yang amat penting dalam Islam.

Aksi konsisten DAP mempertikai badan agama Islam berautoriti boleh menimbulkan kesulitan dan
DAP perlu berhenti dari pendekatan melampau sedemikian kerana ia jelas bertentangan dengan
semangat demokrasi serta akan membangkitkan lagi suasana tegang dalam masyarakat.


Sharifah Abdul Samad
JK Kajian PEMBINA

Sumber TKO - 2-7-2015


DAP - PKR Bertemu Untuk Masa Depan Selangor
Posted on Tuesday, June 30 @ 15:15:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Sejak berakhirnya kerjasama parti dalam Pakatan Rakyat (PR), pimpinan DAP Selangor akan 
mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Mohamed Azmin Ali, yang juga timbalan presiden 
PKR, buat kali pertama hari ini.

Ia disahkan Pengerusi DAP Selangor Tony Pua (gambar, kiri) yang mengatakan fokus utama 
pertemuan mereka adalah mengenai masa depan kerajaan negeri memandangkan pentadbiran PR 
perlu diteruskan walaupun dalam keadaan berkonflik dengan PAS.

"Ia tentang masa depan kerajaan
negeri Selangor," kata Pua ringkas
kepada The Malaysian Insider
mengenai pertemuan hari ini.

The Malaysian Insider difahamkan,
pertemuan akan diadakan di Pejabat
Menteri Besar dan antara yang
dijangka hadir selain Pua ialah
Timbalan Pengerusi DAP Selangor
Gobind Singh Deo (gambar, kanan)
dan Naib Pengerusi Teng Chang
Khim.

Beberapa isu lain yang dijangka
dibincangkan adalah mengenai hubungan antara DAP dan PKR, di samping mengenai status PAS
dalam kerajaan negeri itu susulan keputusan muktamar parti Islam itu bersetuju memutuskan
hubungan dan kerjasama dengan DAP.

DAP secara rasmi mengisytiharkan gabungan tersebut berakhir manakala PKR mengatakan ia tidak
lagi berfungsi selepas usul yang dibawa Dewan Ulama itu diterima tanpa bahas pada Muktamar
Tahunan PAS ke-61 awal bulan ini.

Dalam pada itu, Penolong Setiausaha DAP Selangor Ng Suee Lim berkata, mereka masih lagi
mengekalkan semangat sama seperti pada awal pembentukan PR, namun kerangka kerjasama
dahulu tidak lagi bermakna kerana pengkhianatan oleh PAS.

"Kita DAP masih tetap dengan semangat asal pembentukan PR dahulu.

"Tapi oleh kerana ada parti mengkhianati polisi bersama, jadi kita akur yang kerangka kerjasama
dahulu tidak bermakna, seperti diumumkan pimpinan pusat, maknanya ia sudah berlalu," kata Ng.

Ng berkata harapan di peringkat akar umbi adalah supaya dicari satu titik pertemuan semula dengan
kerangka bentuk kerjasama baru demi kebaikan rakyat di Selangor.

"Kita sedang merangka formula bentuk kerjasama baru. Ada ubah dan sebagainya.

"Tapi kita ke arah kebaikan untuk rakyat," katanya.

Sementara itu, Gobind memberitahu, satu mesyuarat peringkat DAP Selangor diadakan malam tadi
sebelum pertemuan dengan Azmin hari ini.

Azmin ketika ini dilihat berada dalam keadaan serba salah membuat keputusan sama ada memilih
PAS atau DAP untuk bekerjasama dalam pentadbirannya sejak berlaku krisis antara kedua-dua parti
tersebut.

Hal ini disebabkan Azmin berjaya menjadi menteri besar Selangor selepas Presiden PAS Datuk Seri
Abdul Hadi Awang bertindak membantah keputusan DAP dan PKR menamakan Datuk Seri Dr Wan
Azizah Wan Ismail bagi jawatan itu.

DAP sebelum ini membuat keputusan memutuskan sebarang kerjasama dengan Hadi susulan
beberapa kenyataan kontroversinya dan disusuli dengan isu hudud yang dibawa tanpa perbincangan
bersama pimpinan PR.

Dengan hanya 13 kerusi, PKR tidak memiliki majoriti tertinggi dalam Dewan Undangan Negeri
(DUN) Selangor, sementara DAP dan PAS masing-masing memiliki 15 kerusi.
Sumber TKO - 40-6-2015


DAP....apa moral anda? SIRI 2
Posted on Friday, June 26 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Berita " Wajah sebenar DAP mula jelas apabila dua perkara berlaku iaitu :
1) PAS mahu bawa hudud di Kelantan untuk orang Islam sahaja.
2) Presiden PAS TGHaji Hadi dilantik sebagai Timbalan Majlis Ulamak Dunia 
berketuakan Dr Yusof Qaradawi.

DAP mula gelabah.Mengapa ?
Jika difikirkan apa kaitan hudud untuk orang Islam dengan DAP.DAP boleh 
masuk masjid buka puasa.Wanita DAP boleh pakai selendang sampaikan bantuan 
untuk masjid dan surau.Pemuda DAP senang hati baca petika Al Quran.

Apa yang peliknya untuk menentang hudud yang hanya untuk orang Islam?Mesti ada motif.Ianya 
juga berkaitan dengan perlantikan Presiden PAS sebagai orang no 2 selepas Dr Yusof Qaradawi.

DAP bimbang jika hudud dilaksanakan di Kelantan,rakyat Malaysia terutama non muslim akan 
 melihat keadilan Islam dan mula mengkaji tentang hudud.Ini akan berlaku perbandingan hukum 
Allah dengan hukum manusia oleh rakyat Malaysia.

Manakala perlantikan TG Haji Hadi satu pengiktirafan ilmu dan kepimpinan beliau oleh dunia Islam.
Lebih-lebih lagi Dr Yusof adalah pernah dipilih Tokoh Maal Hijrah kerajaan Malaysia dahulu. 
Kebimbangan DAP seperti kebimbangan Amerika terhadap perlaksanaan hukum syariat di seluruh 
dunia.

Cumanya Amerika ada bala tentera dan CIAnya.DAP hanya ada roket yang hampir "lupus tarikh".
Tunggu masa untuk meletup!

Amerika gunakan hujah "pengganas,Al Qaeda,Usamah bin Laden,Taliban,ISIS dan bom kimia "
untuk serang secara ketenteraan terhadap negara Islam.

DAP pula gunakan taktik :
1) Musnahkan peribadi TG Haji Hadi dengan label pengkhianat,penipu dan berkuasa besar.
2) Musnahkan title ulamak(bukan ulamak PAS sahaja!) dengan gelaran gila kuasa,tidak boleh 
dipercayai,buruk perangai.Ini untuk bentuk persepsi masyarakat agar membenci ulamak.

3) Lagakan golongan ulamak dengan professional dengan cara menyokong cara pemikiran 
professional.Lihat cara DAP raikan serpihan PAS PasMA dan ADUN Hulu Kelang dan Morib 
ketika mereka dikenakan tindakan tatatertib.

Cuba anda cari dalam sejarah politik BN,tiada satupun parti kompenan BN meraikan mana-mana 
anggota BN yang dihukum oleh parti mereka.Pelik perangai DAP ?

DAP dan akhbar talian Malaysiakini mempunyai agenda yang sama.Pecah belahkan kesatuan umat 
Islam.

Jika UMNO terkenal dengan meniupkan perkauman jika terdesak,maka DAP pula hidupkan 
momokan," PAS ingin bersatu dengan UMNO" jika setiap kali PAS ingin tegakkan hukum Allah.
DAP menyalak demikian agar PKR dan anggota PAS meragui kepimpinan ulamak terutama TGHaji 
Hadi.

Sebenar DAP lupa bahawa "game is over "bagi PAS jika mana-mana parti lawan PAS menyokong 
hudud walaupun ianya UMNO,MIC,MCA,PBB hatta Partai Komunis Malaya(PKM) ! PAS 
sendirinya akan terbubar.

Hari ini DAP suka sakan melihat PAS berpecah dua.Ingat...langit tidak semestinya selalu mendung.

DAP ......apa mahu lagi? SIRI 2"

Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
tokpepijat
Posted on Friday, June 26 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Sumber TKO - 26-6-2015

DAP....apa moral anda? SIRI 1

Posted on Friday, June 26 @ 11:25:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Analisis Isu

Dulunya DAP dikenali sebagai partai chaunis,perkauman Cina ,ada "bau bacang "pengaruh 
Komunis dan juga kembar Parti Tindakan Rakyat(PAP) Singapura.Sekian lama juga label itu 
dikenali dikalangan rakyat Malaysia terutama Melayu.

Walaupun DAP cuba tonjolkan orang Melayu dalam partinya menerusi calon pilihanraya seperti 
Ahmad ton tetapi ianya kuat untuk mempengaruhi pengundi Melayu Islam.

Selepas menyedari taktik itu gagal,maka pimpinan DAP mencuba dengan cara yang lain iaitu 
 bersahabat dengan parti pimpinan Melayu.Percubaan pertama dengan Parti S46 pimpinan Tengku 
Razalegh.Ketika itu hubungan dengan PAS umpama hubungan Malaysia-Singapura-Israel.

Barisan Alternatif adalah hubungan pertama PAS secara rasmi dengan DAP.Tetapi tidak lama 
sehingga tahun 2000 kerana DAP bantah isu Negara Islam yang dibawa oleh PAS.

Apabila Anwar bebas dari penjara era Pak Lah,menerusi usaha diplomatik Anwar,DAP kembali 
bergabung dengan PAS dan PKR dengan nama Pakatan Rakyat dengan slogan longgar," Bersetuju 
untuk tidak bersetuju".

Bermula tahun 2008,iklim politik Malaysia ceria kembali dengan kemenangan DAP di Pulau Pinang,
PKR di Selangor dan PAS di Kedah dan kekal di Kelantan.Keuntungan DAP berkawan dengan PAS 
ialah dapat undi dari Melayu Islam dan menarik ramai Melayu sertai DAP tanpa ragu-ragu lagi.
Orang Melayu senang hati mengundi DAP kerana PAS bersama DAP.

Bagi PAS pula,berkawan dengan DAP secara langsung medan dakwah dapat diperluaskan lagi.Bagi 
PAS yang penting masyarakat non Muslim dapat memahami Islam secara dekat dan tidak anggap 
Islam sebagai keras dan ganas.Juga kesempatan itu PAS dapat wujudkan Dewan Penyokong PAS 
khas untuk non muslim.

DAP dapat faedah bersahabat dengan PAS dan PAS dapat manfaat berkawan dengan DAP.Sama-
sama untung.

Tetapi langit tidak selalunya cerah.Awan mendung mula berarak saat beberapa peristiwa terjadi iaitu :

1) Langkah PAS mahu ketengahkan hudud untuk muslim di Kelantan.

2) Perlantikan TG Haji Hadi sebagai orang no 2 Majlis Ulamak Sedunia selepas Dr Yusof Qaradawi.

Bertambah "parah" apabila Langkah Kajang masuk tong sampah dan kematian TG Nik Aziz.

DAP....apa moral anda? SIRI 1"

Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
 tokpepijat
Posted on Friday, June 26 @ 11:25:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Sumber TKO - 26-6-2015

An open letter to withdraw from DAP

Posted on Thursday, June 25 @ 23:33:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


writer: Lin Han Long To DAP


I have decided to quit DAP. The content of the letter has been emailed to DAP but I have yet to
receive any reply. In order for the party higher-up to read my view, I have decided to publish this
letter of withdrawal.


I have initially influenced by the political speech of Tony Pua to join DAP. During the 505 general
election I have volunteered to be a supervisor of PACABA.


During that time I felt that DAP leaders are great, the party’s ideology can rule the country and I
give my full support.

After the rocket vs moon controversy, I am deeply disappointed by the political wisdom of DAP.
The party is no longer the one that I supported initially. Not everyone is the Tony Pua whom I
respect and admire.

My reasons of quitting the party are listed below:

1.Bad political image
I do not rule out the one-sided report by media. But front-liner leaders like Lim Kit Siang and Lim
Guan Eng are getting more arrogant. The news is not without basis.

For instance in the recent case of splitting with PAS, I do not agree with DAP’s stance of adding
fuel to the fire. Co-operating and splitting are normal in politics. Consolidating Pakatan Rakyat
with political wisdom to have an integrated Malaysia should be the priority.

Unfortunately at this critical time, regardless of performance of DAP leaders from East Malaysia or
West Malaysia, I only see the sea of fire but not the maturity of careful consideration. How such
leaders can rule a country?

2.Poor political EQ
Hadi Awang said three leaders of Pakatan Rakyat each has his agenda. This is common knowledge.
The common objective of Pakatan Rakyat is to oppose hegemony and corruption. Seeking common
points in differences is the best platform proposed by PAS. But DAP is of the view that you are
either my friend or my enemy for having different dreams and opt to lash out against PAS before its
muktamar without any reservation. Such hostile and unfriendly acts are equivalent to using action to severe ties. At PAS muktamar, if the conservative group can stomach such humiliation then they are useless. Hence PAS announced to severe ties with DAP.
One can’t be a lone ranger. This does not happen overnight.

DAP is accountable for causing Pakatan Rakyat to collapse. How does such party handle greater
national issues and conflicts in future?

3.Low political capability
I agree with DAP’s strong opposition on implementation of hudud law. But after opposition, are
there any negotiation, accommodation and understanding? Prior to the collaboration of Pakatan
Rakyat everyone is clear about PAS’ agenda. This is a time bomb out in open. Now that the bomb
has exploded. DAP does not find an alternative solution. This let me suspect that: 1. Right from
beginning DAP has known it but proceeded to the collaboration to fish votes.

2. I am disappointed by DAP’s political capabilities. It is undisputable that Hadi and Umno are
eyeing at each other. While the relationship is strained, DAP proposes new Pakatan Rakyat concept.

This does not only end the hope and future of Pakatan Rakyat but may even merge Umno and PAS.
I can’t believe such short-sighted remarks come from higher-up of DAP.

4. Bad political culture
The culture of fighter type of fierce criticism and blunt remarks are deep-rooted among DAP senior
leaders. This leads to increasing number of DAP supporters behaving like political rioters on
cyberspace, telling off those who criticise DAP. If you sit in a coffee shop in a small town, you
would discover many down to earth uncles are unhappy with the behaviour of DAP leaders. I am of
the view that DAP leaders at the front line do not have good model of political culture and some of
the party leaders and members are arrogant and carry bad attitude. Take a famous quote of MCA:
the fish head is rotten. Where is the path to change government?

As the momentum of 505 has frizzled out, that would be the real challenge of Pakatan Rakyat. I
wish that when you delete my name from the member’s list you would also take a serious view on
the four points that I have raised.

Thank you.

Sumber TKO - 25-6-2015


Bubar DUN Selangor usaha terakhir yang mahu dielak, kata Tony Pua
Posted on Saturday, June 20 @ 11:10:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



DAP Selangor menafikan pihaknya mendesak Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali memecat tiga exco PAS dan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) seperti yang dilaporkan sebuah akhbar berbahasa Cina.

Pengerusi DAP Selangor Tony Pua berkata, laporan yang diterbitkan akhbar Sin Chew Daily mengenai mesyuarat parti peringkat negeri itu pada Selasa lalu tidak tepat dan langsung tidak mencerminkan semangat dan pandangan yang dihujahkan ahli jawatankuasa.

"DAP Selangor dengan sebulat suara mengambil keputusan supaya tidak berniat menjejaskan kerajaan negeri Selangor dan pembubaran DUN Selangor adalah usaha terakhir yang langsung tidak diingini," katanya dalam kenyataan hari ini.


Sin Chew Daily pada Khamis melaporkan hasil mesyuarat tergempar DAP Selangor memutuskan supaya mendesak Azmin memecat tiga exco PAS ekoran pengisytiharan Pakatan Rakyat (PR) sudah berkubur.

Tiga exco PAS terbabit adalah Datuk Iskandar Samad (Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar), Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi (Exco Hal Ehwal Agama, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi), serta Zaidy Abdul Talib (Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani).

Laporan itu juga berkata, DAP Selangor membincangkan beberapa penyelesaian, termasuk menarik diri daripada kerajaan negeri dan meminta Azmin membubarkan DUN supaya pilihan raya negeri diadakan.

Memetik sumber dalaman, laporan itu berkata jika Azmin masih ragu-ragu untuk mengambil tindakan tersebut, DAP akan menarik diri daripada kerajaan Selangor.

Namun Pua berkata, mesyuarat DAP Selangor mengemukakan beberapa cadangan penyelesaian untuk dibincang dengan Azmin dan sedia mendengar cadangan daripada beliau.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata, dengan tidak wujud lagi kerajaan Pakatan Rakyat, DAP mengalu-alukan sebuah “Kerajaan Gabungan Negeri Selangor” yang baru.

Katanya, gabungan ini perlulah berasaskan secara menyeluruh kepada kerangka Dasar Bersama dan manifesto kerajaan Selangor yang diberikan mandat oleh rakyat pada pilihanraya yang lalu.

Beliau juga mengalu-alukan Kerajaan Gabungan ini bersama dengan PKR dan mana-mana pihak lain yang sedia untuk bekerjasama politik secara rasmi untuk mencapai matlamat tersebut.

"Oleh sebab itu, perjumpaan antara DAP Selangor dengan menteri besar amat penting dan perlu disegerakan untuk menyelesaikan kemelut politik ini secepat mungkin.

"Selagi mesyuarat ini belum diadakan, tidak hairanlah jika ada pihak yang ingin mencetuskan sangkaan buruk di dalam media massa arus perdana.

"Permintaan ini disampaikan kepada menteri besar pada hari Khamis yang lalu dan kami kini menunggu penetapan tarikh dan masa daripada pejabat beliau," katanya. 

Sumber TKO - 20-6-2015

 
Bubar DUN Atau Buang Exco Pas: DAP ‘Ugut’ Azmin
Posted on Friday, June 19 @ 21:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



NAMPAKNYA seperti kaduk sudah naik junjung. DAP Selangor dilaporkan ‘mengugut’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali agar membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jika enggan membuang semua exco Pas.

Pilihanraya Negeri Selangor dilihat satu penyelesaian terakhir bagi mengakhiri kemelut dalam keretakan pakatan pembangkang di negeri tersebut dan ia juga merupakan pilihan terbaik yang amat dipersetujui DAP setakat ini.

Parti itu nekad telah membuat keputusan untuk ‘menghapuskan’ Pas dengan mendesak Azmin supaya segera menggugurkan tiga exco atau ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri daripada kalangan ADUN Pas yang dilantik.

DAP malah dengan angkuh memberi tempoh akhir sehingga selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri dan sebelum September untuk Menteri Besar itu membuat keputusan tersebut, lapor portal berita AgendaDaily.

Sekiranya Azmin gagal mengambil tindakan, DAP tidak teragak-agak akan bertindak keluar daripada pentadbiran negeri termaju di Malaysia itu, sekali gus menjadikan kerajaan Selangor hanya disertai dua parti: PKR dan Pas.


Desakan untuk memilih tawaran dua pilihan secara drastik itu diputuskan dalam satu mesyuarat tergempar DAP Selangor yang diadakan baru-baru ini, lapor akhbar berbahasa Cina paling laris di Malaysia, Sin Chew Daily.

Buat masa ini Pas diwakili 3 exco iaitu Datuk Iskandar Samad, Datuk Ahmad Yunus Hairi dan Zaidi Abdul Talib berbanding 4 ketika zaman pentadbiran menteri besar paling cemerlang dalam sejarah, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Pada masa sama, DAP penuh yakin tidak menolak kemungkinan DUN Selangor akan dibubarkan berikutan kemelut yang berlaku dalam Pakatan Rakyat susulan krisis terburuk antara parti itu dengan Pas sejak bulan lalu.

Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dilaporkan berkata, pembubaran DUN negeri itu adalah jalan terakhir yang akan dipilih jika masih lagi tiada penyelesaian secara muktamad.

“DAP akan berjumpa Menteri Besar bagi membincangkan pilihan yang ada untuk menyelesaikan masalah. Namun, saya tidak boleh beritahu pilihan itu. Biar ditetapkan terlebih dahulu sebelum diumumkan,” katanya.

Beliau berkata, sebarang keputusan diambil tidak akan meminggirkan hak rakyat Selangor. “Kami akan dengar pilihan yang diutarakan Azmin, jika sesuai, kami akan ikut. Kami memang mahu selesaikan secara baik,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR, Mohd. Rafizi Ramli berkata, tidak ada sebab membubarkan Dun Selangor bahkan PKR dan DAP sepakat pentadbiran Selangor perlu diteruskan walaupun PR tidak dapat diselamatkan lagi.

“DAP dan PKR bersetuju Mohamed Azmin Ali kekal sebagai Menteri Besar untuk menerajui pentadbiran negeri ini dalam bentuk loose government (kerajaan yang longgar) dan masih lagi boleh memerintah,” katanya.

Mengulas cabaran bekas Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menggesa PKR memilih antara Pas atau DAP bagi meneruskan kerjasama di Selangor, Rafizi berkata:

“Itu pendirian dia, dan tertakluk kepada keputusan Pas. Tetapi dalam soal kerajaan baik di Kelantan, Selangor atau Pulau Pinang, ia tertakluk kepada peraturan demokrasi untuk menubuhkan kerajaan iaitu perlembagaan negeri.

“Sesiapa yang dapat majoriti daripada ahli dewan lain boleh menubuhkan kerajaan.” - Agensi/Mynewshub/HAA

Sumber TKO - 19-6-2015


PR tidak wujud lagi, habis cerita - Lim Kit SIang
Posted on Tuesday, June 16 @ 16:48:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUALA LUMPUR - Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang hari ini menegaskan partinya tidak perlu menunggu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengumumkan 'pembubaran' PR.

Beliau berkata, PR sudah tidak wujud lagi susulan keputusan Pas dalam muktamar lalu yang meluluskan usul Dewan Ulama untuk memutuskan hubungan dengan DAP.

"Dia (Lim Guan Eng) tidak kata pembubaran... kita kata tidak wujud lagi oleh kerana apa yang berlaku, khasnya usul muktamar Pas. Kita kena terima itu dan teruskan perjalanan.

"(Tak tunggu Wan Azizah umum?) Tidak (tunggu)... sudah tidak wujud. Jika satu parti telah luluskan usul, jadi kena hadapilah," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Dewan Rakyat, hari ini.

Hari ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengumumkan parti itu menerima keputusan Pas dalam muktamar lalu sekali gus menyatakan bahawa PR sudah tidak wujud lagi.

Namun, sehingga hari ini, Majlis Syura Ulama Pas masih belum membuat keputusan berhubung usul muktamar tersebut.

Dalam pada itu, ketika ditanya kemungkinan DAP bersikap terburu-buru dalam membuat keputusan, Kit Siang segera menafikannya dan enggan mengulas lanjut.

"Saya tak rasa begitu. Saya tidak mahu komen tentang itu.

"(Tidak ada lagi perkataan PR?) PR sudah tidak wujud lagi kerana ketetapan usul muktamar Pas yang diluluskan," katanya.

Ketika diminta mengulas lanjut berkaitan Pas, Kit Siang segera menangkis soalan yang dibangkitkan pemberita dan menganggap kisah PR itu sudah tamat.

"Saya tak akan bazirkan masa dengan polemik begitu. PR sudah tidak wujud...habis cerita. Kita kena teruskan (perjuangan) dan tidak bazir masa dengan polemik.

"Harapan yang diberi rakyat telah musnah, jadi, kita kena beri harapan baharu. Inspirasi pada PRU13 untuk membawa perubahan itu masih relevan," katanya.  - Sinar Harian 

Sumber TKO - 16-6-2015

Tidak Wajar DAP Beri Kata Dua Kepada Azmin – Tan Sri 

Muhammad Taib

Adalah tidak sayugia Pengerusi DAP Selangor Tony Pua memberi kata dua kepada Menteri Besar negeri Selangor Mohamed Azmin Ali.

Mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib menasihatkan DAP supaya tidak memberikan tekanan kepada Azmin supaya memilih, samada DAP atau PAS.

“Merujuk kepada kenyataan Pengerusi DAP Selangor YB Tony Pua berdasarkan laporan akhbar Sinar Harian hari ini, saya ingin menasihatkan beliau supaya tidak memberi tekanan kepada YAB Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali supaya memilih antara DAP dengan PAS.

“Ini kerana kenyataan tesebut tidak mencerminkan semangat Pakatan Rakyat yang telah diberi mandat besar oleh rakyat negeri Selangor dalam Pilihanraya Umum ke 13 yang lalu,”ujarnya dalam satu kenyataan.

mat taib masuk pas

Beliau juga memberikan pandangan agar pemimpin kedua-dua parti mencari penyelesaian terbaik menangani krisis yang berlaku sekarang.

“Saya juga ingin memberikan pandangan kepada pimpinan tertinggi PAS dan DAP supaya mencari jalan penyelesaian terbaik bagi menangani konflik yang berlaku sekarang ini.

“Buat permulaan, saya ingin mencadangkan DAP supaya menarik balik kenyataan untuk memutuskan kerjasama dengan Presiden PAS, Datok Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang.

“Saya juga memohon Ahli Majlis Syura Ulamak dan pimpinan tertinggi PAS supaya dapat mengambil satu sikap yang dapat menyelamatkan hubungan sesama parti dalam Pakatan Rakyat,”tambah bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, yang menyertai PAS sejurus selepas PRU13.

Menurutnya Umno dalam keadaan lemah sekarang dan Pakatan Rakyat harus tidak mensia-siakan harapan 52% rakyat Malaysia.

“Jangan disia-siakan harapan rakyat Malaysia yang telah memberi undi 52% kepada Pakatan Rakyat, khususnya harapan rakyat negeri Selangor yang telah memberi mandat kepada Kerajaan Pakatan Rakyat.

“Dalam keadaan Umno BN sedang lemah dengan pelbagai isu yang melanda mereka, Pakatan Rakyat perlu menunjukkan contoh alternatif terbaik kepada rakyat bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke 14 nanti,”jelas beliau.

Sumber BO - 11-6-2015


DAP Tak Bimbang PAS Keluar Pakatan – Lim Guan Eng
Posted on Tuesday, June 02 @ 12:48:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUALA LUMPUR – DAP dan PKR akan tetap meneruskan perjuangan dalam pakatan pembangkang walaupun Pas mengambil keputusan menarik diri pada pemilihan parti itu, Khamis ini.

Setiausaha Agung DAP yang masih belum disahkan, Lim Guan Eng berkata, beliau tidak dapat menghalang perkara tersebut berlaku jika itu yang dimahukan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Kalau Abdul Hadi mahu bawa Pas keluar daripada pakatan pembangkang, beliau boleh berbuat demikian. Kami tidak bimbang.

“Jika kita terpaksa berjuang sendirian, maka kita akan lakukannya. Kita boleh berdiri di atas kaki sendiri,” katanya seperti yang dipetik dalam sebuah portal hari ini.

Menurut Guan Eng, selain terdapat kemungkinan menarik diri daripada pakatan pembangkang, pemilihan Pas nanti akan turut menyaksikan berlakunya perpecahan dalam parti itu sendiri.

Beliau bagaimanapun mengaku dan menyedari bahawa terdapat sebahagian pemimpin Pas yang masih mahu bekerjasama dengan DAP dan terus ingin kekal dalam pakatan pembangkang.  - UM

Sumber TKO - 2-6-2015


DAP sah 'boikot' muktamar PAS
Posted on Tuesday, June 02 @ 17:48:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



DAP mengesahkan parti itu 'memboikot' muktamar PAS tahun ini

Setiausaha organisasinya Anthony Loke berkata pemimpin DAP tidak akan menghadiri ke Muktamar Pemuda PAS di Shah Alam hari ini, dan juga Muktamar PAS pusat di Kuala Selangor Khamis ini.

"Ya, kami tidak hadir. Kami juga tidak akan hadir pada muktamar penuh," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Ditanya sama ada ketidakhadiran mereka disebabkan isu pelaksanaan hukum hudud, Loke berkata: "Bukan alasan".

Pemuda DAP memutuskan hubungan dengan rakan Pemuda PAS pada Mac kerana tidak bersetuju berhubung isu hudud.

Kepimpinan DAP pusat turut memutuskan hubungan dengan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetapi masih bekerjasama dengan PAS.

Ketua AMK Nik Nazmi Nik Ahmad bagaimanapun hadir pada muktamar Pemuda itu. - MK


Sumber TKO - 2-6-2015

Stigma Broker Dan Barua Kekal Melekat Pada Lim Guan Eng
Posted on Monday, June 01 @ 12:45:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

"

Hari ini terbukti Lim Guan Eng dan bapanya,Lim Kit Siang adalah anjing tersepit. Tindakan PAS selama ini yang bekerjasama dengan DAP sehingga DAP dapat menguasai Pulau Pinang adalah bagai melepaskan anjing yang tersepit itu. Ada peribahasa lain iaitu bagai anjing menyalak bukit.

Ternyata setelah anjing tadi terlepas, bukit pula disalaknya. Begitulah durjananya sifat si anjing dalam budaya Melayu.

Ternyata juga stigma broker dan barua kekal melekat pada batang tubuh Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang. Selama ini kita tercari-cari siapa yang dimaksudkan broker dan barua itu. Kini barulah kita faham siapa yang dimaksudkan oleh Presiden kita. Orang yang dimaksudkan sebagai broker dan barua itu tidak dapat berselindung lagi di balik lalang sehelai. Watak dan perwatakannya ditonjolkan sendiri tanpa dipinta. Mungkin kerana kepanasan agaknya, maka mereka berdua ini terpaksa keluar dari berlindung di balik lalang yang sehelai tadi.



Kini orang itu cuba mencatur strategi untuk menjatuhkan orang yang pertama menyedari kebrokeran dan kebaruaan mereka. Yang ini rasanya kita boleh terima kerana sudah menjadi adat, barua tinggi sifat dendamnya lebih-lebih lagi terhadap sosok yang berjaya menelanjangkan identitinya. Ini jelas apabila Lim Guan Eng berkata bahawa tiada siapa yang dapat menghalangnya daripada terus menyerang Presiden PAS.



Konklusinya, Lim Guan Eng dan bapanya akan diberhentikan oleh Allah, insha Allah, akan kelucaparan mulut mereka. Mereka berdua ini tidak faham kalau dikatakan daging ulama itu beracun. Hanya tunggu masa dan ketikanya untuk rakyat Malaysia menyaksikannya. Saya juga menunggu bagaimana Allah memberhentikan kata-kata manusia durjana yang menghina ulamanya.
"

................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
BayangDiAir
Posted on Monday, June 01 @ 12:45:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

Sumber TKO - 1-6-2015


Apa salah Kit Siang?
Posted on Sunday, May 24 @ 08:39:02 MYT by paktam

Oleh AMRAN AHMAD

Kemelut DAP - PAS memasuki fasa terbaru apabila ahli politik veteran Lim Kit Siang didesak meminta maaf setelah dikatakan menyinggung perasaan pimpinan parti itu dalam ceramahnya di Kelantan pada 10 Mei yang lalu.

Apakah menjadi satu kesalahan jika orang bukan Islam bercakap atau boleh disifatkan sebagai menjelaskan pemahaman beliau mengenai hukum hudud dengan isi kandungan ucapannya yang tidak langsung menjurus kepada antihudud atau anti-Islam?



Sebenarnya, bertitik tolak dari pendirian DAP yang jelas menolak pelaksanaan hudud itu, Lim dalam semangat untuk menjaga keharmonian hubungan antara parti gabungan Pakatan Rakyat itu  tidak terlalu ekstrem menempelak PAS.

Sebaliknya Lim mengetengahkan apa yang bakal berlaku jika hudud dilaksanakan tanpa infrastruktur yang kukuh.
Sambil menjadikan Jordan dan Mesir sebagai contoh, Lim berkata, ada beberapa isu atau prasyarat perlu diselesaikan sebelum hukum hudud boleh dilaksanakan. Antaranya, pelaksanaan semua undang-undang syariah selain banyak isu asasi lain diselesaikan.

Masalah seperti peluang pekerjaan, perumahan dan kesihatan harus didahulukan bagi memastikan rakyat tidak ada peluang atau mencari helah dan alasan melakukan jenayah seperti mencuri, merompak dan sebagainya semata-mata demi sesuap nasi.

Menambah derita rakyat

Lihat sahaja apa yang berlaku kepada pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang kini menyebabkan harga barangan melambung naik, sekaligus membuak-buakkan perasaan benci lagi marah di kalangan kebanyakan rakyat Malaysia kepada kerajaan.

Walaupun ianya pernah diakui beberapa pimpinan Pakatan Rakyat bahawa GST suatu sistem percukaian yang baik, namun pelaksanaan yang penuh agenda tersirat, tidak jelas lagi kurang pemantauan membuatkan rakyat menderita.

Sebelum ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri pernah mengakui GST adalah sistem percukaian yang cekap namun perlulah disertai dengan prasyarat atau infrastruktur tertentu, seperti pendapatan rakyat yang tinggi dan negara memiliki struktur percukaian yang baik.

Namun, walaupun dihebahkan kepada umum dua tahun sebelum pelaksanaannya, GST yang dilaksanakan di Malaysia sejak April lalu telah menambah derita rakyat ketika warga Malaysia masih ramai yang berhempas-pulas untuk memenuhi keperluan asas.

Pengenalan GST ini - akibat kegagalan persediaan kerajaan untuk memantau pelaksanaannya - membuka ruang kepada peniaga mengenakan caj berlebihan kepada pelanggan yang akhirnya menyebabkan pendapatan boleh belanja rakyat Malaysia kian menyusut.

Akibat kelemahan dalam sistem pentadbiran kerajaan, setakat ini tidak sampai 10 pun kedai yang diambil tindakan undang-undang kerana mengeksploitasi GST itu untuk menaikkan keuntungan mereka semata-mata sekaligus melonjakkan 'keberanian' kedai lain untuk terus menaikkan harga sesuka hati dengan alasan GST.

Turun kecil sangat

Ketika Malaysia di bawah teraju Tun Abdullah Ahmad Badawi, rakyat dikemudiankan dengan beberapa siri kenaikan harga minyak di kadar tidak masuk akal sehingga harga barangan asas seperti beras turut meningkat sekali ganda, kini Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri 'mendahulukan' rakyat dalam usaha "menambah" pendapatan negara.
Lebih memeritkan keadaan apabila ketika kebanyakan rakyat semakin resah gelisah dengan kenaikan harga barang, terpacul pula cerita-cerita pembelian jet baru dan perbelanjaan mewah pemimpin UMNO yang akhirnya memberi kelebihan kepada pembangkang.

Terima kasih BN.

Jika kerajaan sendiri tidak bersedia untuk melaksanakan GST dengan menaikkan pendapatan rakyat dan menjalankan aktiviti penguat kuasaan serta pemantauan yang lebih effisien bagi memastikan ianya tidak disalah guna oleh golongan peniaga, apakah kesediaan kebanyakan rakyat Malaysia untuk menerima GST ini yang pada mulanya dijanjikan penurunan harga tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Walaupun rakyat dijanjikan penurunan harga apabila sistem cukai jualan dan perkhidmatan 10 peratus digantikan 6 peratus GST, secara logiknya ia membuatkan barangan menjadi semakin murah.

Namun penurunan ini sangat kecil berbanding kenaikan barangan dan perkhidmatan lain akibat GST yang akhirnya menambah beban rakyat Malaysia.

Justeru, jika sesuatu dasar yang melibatkan kepentingan awam itu hendak dilaksanakan tanpa persediaan yang cukup kuat, maka sewajarnya ditangguhkan dahulu sehingga semua pihak bersedia untuk menjalankannya dan menerimanya, oleh kerajaan dan rakyat sendiri.


AMRAN AHMAD merupakan ahli Melayu dalam DAP sejak 2009 dan kini menyambung pengajian peringkat sarjana di sebuah universiti terkemuka United Kingdom tanpa ehsan MARA walaupun sesudah merayu. Terima kasih MARA...

Sumber DD - 24-5-2015


DAP 'keras kepala' dan mahu jadikan Hadi Awang sebagai alasan?
Posted on Sunday, May 24 @ 09:10:20 MYT by paktam

Oleh Hazlan ZakariaDi dalam langkah yang boleh dlihat sebagai bersifat gopoh, hipokrit dan mampu membawa keburukan bagi Pakatan Rakyat, DAP secara sendirian mengumumkan kabinet bayangan pada 19 Mei lalu, selepas mendakwa presiden PAS Abdul Hadi Awang tidak akan memberi kerjasama bagi kepimpinan pakatan pembangkang.


Parti tersebut mengumumkan 34 dari ahli parlimennya dibahagikan kepada 18 portfolio kementerian bayangan, dengan seorang ahli parlimen menerajui setiap portfolio dibantu beberapa timbalan.


Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng telah menamakan Hadi sebagai batu penghalang pembentukan kabinet bayangan sebenar Pakatan dan tentunya beliau dianggap pihak yang menggugat konsensus Pakatan dengan penasihatnya membuat keputusan sendiri serta membelakangi kepimpinan pembangkang.



Lim diberitakan berkata tidak akan ada konsensus di kalangan parti Pakatan Rakyat kerana tiada usaha melakukan usaha bersama di dalam membentuk kabinet bayangan. Setiap parti mampu melakukannya secara sendirian, jelas beliau.


Keputusan parti sosialis demokratik itu bagaimanapun seakan dibuat tanpa merujuk Ketua Pembangkang Wan Azizah terlebih dahulu, yang berkata pada 18 Mei akan memastikan Pakatan membentuk kabinet bayangan sebagai komitmen utama beliau.

Lim berkata bahawa Wan Azizah telah diberitahu perkara tersebut, tetapi kenyataan tersebut dibuat selepas pengumumannya.

Apa yang nyata ialah tindakan Lim seumpama menyerang hendap Pakatan Rakyat sebelum ia memutuskan apa-apa perkara.

Dengan mengumumkan kabinet bayangan DAP, Lim seakan telah melupakan hasrat perlunya kerjasama di antara Pakatan Rakyat sendiri.

Ketika Pakatan dilihat sibuk bergeseran, ini bukanlah masa sesuai bagi DAP mengeruhkan suasana dengan kabinet bayangannya serta berterusan mengasak Hadi secara terbuka.

Lim juga dilihat gopoh di dalam mengumumkan keputusan partinya itu.

Pemimpin DAP itu kini dilihat bertindak sendirian tanpa berunding dengan rakan-rakan pembangkang di dalam perkara tersebut kerana berpendapat Hadi tidak akan bersetuju dengannya.

Dan di dalam melemparkan tuduhan terhadap Hadi, DAP seperti tidak perlu meminta konsensus daripada Pakatan Rakyat.

Adakah DAP menggunakan PAS hanya sebagai alasan bagi menutup sikap keras kepalanya, sepertimana tuduhan yang dibuat ke atas Hadi? 

Laporan awal beberapa portal berita menyebut Wan Azizah menjelaskan bahawa pembentukan kabinet bayangan Pakatan Rakyat perlu diperkemas bagi membayangi semua kementerian. 

Setiap jawatankuasa dianggotai pasukan yang diterajui seorang Ahli Parlimen. 

Suatu ketika dahulu, hubungan di kalangan pemimpin pembangkang dikatakan semakin renggang dengan mereka tidak mampu mencapai persetujuan bagi membayangi setiap kementerian. 

Wan Azizah kemudian menyalahkan kerajaan sebagai punca kabinet bayangan tidak dapat berfungsi berikutan kurangnya dana bagi penubuhannya, tanpa mengetahui bahawa sebenarnya memang tiada dana bagi tujuan tersebut. 

Kita faham aduan yang dibuat beliau tentang kuasa eksekutif di pihak BN namun kegagalan Pakatan Rakyat membentuk kabinet bayangan sememangnya kegagalan sendiri tanpa mengambilkira samada wujud dana untuk tujuan itu. 

PAS kini telah bertindak balas terhadap dakwaan Lim bahawa Hadi tidak memberi kerjasama dengan menggesa pemimpin DAP menghentikan serangan terhadap Hadi. 

"Ketua whip DAP, PKR dan PAS telah menemui Ketua Pembangkang dan berjaya menemui penyelesaian bahawa isu kabinet bayangan PR tidak timbul kerana keutamaan ialah bagi proses reformasi institusi Parlimen," ujar naib presiden PAS Mahfuz Omar, yang dipetik laman sesawang Astro Awani. 

Mahfuz menggesa Lim merujuk ketua whip DAP Loke Siew Fook tentang kabinet bayangan sebelum beliau menyerang sesiapa. 

Pergeseran berterusan terhadap Hadi hanya memburukkan lagi suasana, maka DAP perlu menumpukan perhatian terhadap kerjasama di dalam Pakatan, sekiranya masih wujud. 

Namun pada masa yang sama, PAS dilaporkan turut sibuk melakukan usaha seakan serupa, walaupun tidak jelas bahawa ia sedang membentuk kabinet bayangan. 

Apapun kisahnya, kedua-dua DAP dan PAS perlu berusaha menjayakan cadangan Ketua Pembangkang dan tidak bergerak sendirian. 

Samada terdapat dana yang dibiayai Parlimen atau sebaliknya, usaha bersepadu Pakatan lebih diperlukan berbanding tindakan gopoh yang mampu memusnahkan Pakatan. 

Hazlan Zakaria merupakan ahli pasukan Semut Harian yang gemar membaca, menulis dan memerhati dunia yang telanjang

Sumber DD - 24-5-2015

DAP tolak kabinet bayangan PR, umum portfolio bersendirian
Posted on Tuesday, May 19 @ 19:33:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



KUALA LUMPUR: DAP mengambil ketetapan bersendirian apabila mengumumkan kabinet bayangan parti itu, hari ini.

Setiausah Agungnya, Lim Guan Eng berkata jawatankuasa itu akan merangkumi 18 portfolio dengan melibatkan kesemua ahli parlimennya, kecuali dirinya, Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang dan juga Ahli Parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw.

"Keputusan ini diambil setelah perbincangan panjang lebar pada Ahad lalu bersama 37 ahli parlimen DAP, dan inisiatif baru ini bagi maju ke depan untuk meningkatkan mutu dan kualiti perbahasan serta penggubalan dasar di dalam atau di luar Parlimen," demikian menurut Guan Eng ketika mengumumkan kabinet bayangan di dalam satu sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Pengumuman DAP itu sekali gus bertentangan dengan apa yang dinyatakan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semalam bahawa Kabinet Bayangan akan merangkumi keseluruhan Pakatan Rakyat (PR).

DAP menggunakan hujah konflik berterusan di dalam gabungan pembangkang itu sehingga menyukarkan mereka mencapai persetujuan, selain menyifatkan cadangan Wan Azizah semalam sebagai tidak praktikal.

Guan Eng kemudiannya mengambil contoh tindakan bersendirian Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam menghantar usul pembentangan rang undang-undang persendirian berkenaan hudud ke Dewan Rakyat.

"Tetapi selepas pengalaman kita dengan Datuk Seri Abdul Hadi bahawa beliau boleh veto, dia boleh tolak (keputusan) sama sekali, beliau boleh buat keputusan diri sendiri seperti kes hudud yang tiada perbincangan langsung dengan mana-mana pihak saya rasa cadangan (kabinet bayangan PR) adalah tidak praktikal.

"Oleh itu, cadangan tersebut saya rasa susah untuk dilaksanakan, oleh itu pihak kami rasa lebih baik kita ada satu kabinet bayangan untuk setiap parti dan setiap parti akan adakan perbincangan.

"Jadi mekanisme ini telah berubah dan saya rasa benda ini juga akan dipersetujui oleh Ketua Pembangkang," katanya di dalam sidang media berkenaan.

Meskipun tidak menolak ketetapan jawatankuasa kabinet bersama yang diwakili DAP-PKR-PAS, namun tegas Guan Eng, DAP 'selesa' dengan ketetapan mereka setakat ini.

"Untuk adakan kabinet bayangan bersama DAP dan PKR saya rasa tiada masalah, tetapi jika melibatkan PAS saya tidak pasti dan saya tidak tahu," tambahnya.

Guan Eng kemudiannya ditanya mengapa beliau dan dua yang lain tidak ada peranan di dalam jawatankuasa itu.

"Saya sudah sedia ada mempunyai tugas sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, tetapi dalam isu nasional yang penting saya akan masuk campur bila perlu."

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua Kiam Wee dibantu oleh Ahli Parlimen Sibu, Osar Ling Chai Yew dan Ahli Parlimen Sandakan, Wong Tien Fatt akan memegang portfolio Kewangan dan Ekonomi.

Bagi portfolio Kementerian Dalam Negeri dan Undang-undang pula diwakili Ahli Parlimen Puchong, Gobind Sigh Deo dibantu oleh Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ram Karpal Singh, Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham dan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Thomas Su Keng Siong.

Kementerian Luar Negara dan Pertahanan pula dipegang oleh  Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran dan dibantu oleh Ahli Parlimen Stampin, Julian Tan Kok Ping dan Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuriraani Patto.   - AntaraPos


Sumber HD - 19-5-2015


























































































































































Najib bertemu pemimpin Umno cetus ledakan politik?

LIM KIT SIANG | .


Kedudukan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno tidak pernah kelihatan begitu goyah dan genting sepertimana sekarang ini, dan persoalan yang berada di hujung lidah ramai pihak ialah sama ada mampukah Najib meleraikan skandal bailout 1MDB-Tabung Haji dalam masa 48 jam lagi, atau adakah pertemuan beliau dengan pemimpin bahagian Umno hari Isnin nanti bakal berakhir dengan ledakan politik.

Najib terdesak dalam skandal RM42 bilion 1MDB sehingga sanggup meluluskan operasi mendapatkan dana Tabung Haji telah membawa kepada kita sebuah persembahan politik di mana sang Perdana Menteri kini terhimpit antara serangan mantan Perdana Menteri Tun Mahathir serta Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mahathir mendesak supaya perjanjian bailout antara Lembaga Tabung Haji dan 1MDB dibatalkan segera, sementara Muhyiddin pula memberi amaran dari Milan, bahawa skandal 1MDB akan meletup di muka Umno!

Muhyiddin mengakui bahawa 1MDB yang sarat hutang merupakan faktor terbesar kekalahan Barisan Nasional di pilihan raya kecil Permatang Pauh memandangkan beliau sendiri tidak tahu bagaimana untuk menjelaskan skandal tersebut ketika berkempen kerana, “Saya sendiri pun tak tahu apa nak cakap”.

Beliau berkata: “Rakyat mahu tahu, bukan sahaja Tun Dr Mahathir Mohamad. Rakyat mahu tahu mengapa tidak ada seorang pun didakwa, mengapa lembaga 1MDB tidak dipecat, dan status CEO serta perdana menteri sebagai penasihat.”

Malah sebenarnya jika skandal bailout 1MDB-Tabung Haji ini didedahkan lebih awal, BN bukan sahaja akan tewas dengan majoriti yang lebih besar di PRK Permatang Pauh, malah ia boleh sahaja tewas di kubu kuatnya di Rompin.

Bekas Peguam Negara Tan Sri Abu Talib telah melontarkan soalan yang baik tentang sama ada dokumen bailout 1MDB-Tabung Haji tertakluk rahsia di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA), dan siapa yang menyatakan ia rahsia, sambil merujuk kepada kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa siasatan akan mempertimbang menggunakan OSA terhadap pihak yang membocorkan urusniaga berkenaan.

Adakah Ketua Polis Negara seterusnya akan berkata bahawa semua dokumen berhubung skandal RM42 bilion 1MDB turut dilindungi OSA?

Kredibiliti dan integriti polis akan terus dilanyak di bawah Ketua Polis Negara sekarang sekiranya pihak polis dilihat cuba melindungi dalang skandal RM42 bilion 1MDB dan tidak berpihak kepada orang ramai dan juga kepentingan negara.

Sumber HD - 9-5-2015

Hudud: Guan Eng tersepit dengan perjanjian sendiri
Posted on Thursday, April 30 @ 18:07:44 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



SHAH ALAM: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kini tersepit dengan perjanjiannya sendiri apabila bersetuju mengenai polisi PAS untuk menubuhkan Negara Islam yang tanda tangani sebelum Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13) lalu.

Justeru, Pengerusi Biro Undang-undang dan Hak Asasi Gerakan Baljit Singh berkata adalah tidak mustahil mengapa kini Guan Eng menukar pendiriannya dengan terus menerus menentang PAS untuk melaksanakan hukum hudud.
"Sekarang ini beliau (Guan Eng) tersangkut (tersepit) dan tersilap sendiri. Jadi, untuk berdalih tentang perkara itu dia kata PAS tidak boleh laksanakan.
"Tapi memang dia sudah janji dengan PAS yang parti itu boleh memperjuangkan hudud. 
   
"Jadi, dia (Guan Eng) memang hipokrit sebab dia sendiri tak boleh menjawab kepada pengundi Cina kenapa dia sokong PAS walaupun dia tahu bahawa PAS akan laksanakan hukum hudud," katanya memberitahu Antarapos.
Malah, menurut Baljit pihaknya telah lama meminta agar Guan Eng memberi penjelasan berhubung perjanjian yang dimeterai oleh Ketua Menteri Pulau Pinang itu dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini.
Bagaimanapun, jawapan yang diberikan Guan Eng mengecewakan.
"Kami dah lama minta dia (Lim Guan Eng) dijelaskan tapi dia enggan jelaskan dan hanya beri komen bahawa 'bersetuju untuk tidak bersetuju'," jelasnya.
Namun, Baljit berkata perkara tersebut hanyalah mainan politik Guan Eng untuk terus mengekalkan sokongan pengundi Cina kepada parti itu.
"Ini semua permainan politik beliau sahaja untuk menampakkan beliau hero bagi kaum Cina. Itu sahaja.
"Dia (Guan Eng) telah berjanji dengan kaum Cina bahawa ia tidak akan dilaksanakan tapi dalam masa yang sama telah berjumpa dengan PAS untuk bersetuju agar PAS boleh terus berjuang bagi hukum hudud.
"Oleh itu, nampak ketidakjujuran pihak DAP," tegasnya.
Pergeseran antara Guan Eng dan Hadi semakin memuncak selepas parti majoriti Cina itu bertindak memulau kerjasama dengan PAS.
Tindakan itu berpunca daripada PAS Kelantan yang mahu melaksanakan hukuman hudud, di mana Hadi mewakili parti untuk membawa usul Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian ke Parlimen.
PRK Parlimen Permatang Pauh diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon ahli parlimen kawasan itu Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui anggota keluarganya sekali gus menyebabkan Anwar hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 7 Mei, penamaan calon 25 April manakala pengundian awal 3 Mei. - ANtaraPOS 

Sumber TKO - 30-4-2015






























































































































































PRU14: Tolak BN untuk rakyat perbetul yang tidak betul

HARAKAHDAILY | .

KEYAKINAN rakyat terhadap Kerajaan Barisan Nasional semakin luntur apabila undang-undang zalim Akta Hasutan dipinda di Dewan Rakyat pada 9 April 2015.

Tarikh ini sekali lagi mencatatkan sejarah hitam apabila amalan demokrasi negara dihanyutkan kerana ketamakkan kuasa dan kepentingan politik pemimpin-pemimpin politik Barisan Nasional.

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak telah hilang kredibiliti apabila beliau memungkiri janji pilihanraya untuk memansuhkan Akta Hasutan ini.

Beliau telah membuat pengumuman ini dalam satu Jamuan Makan Malam Jabatan Peguam Negara pada 10 Julai 2012. Beliau juga pernah mengulangi kenyataan itu dalam temuramah dengan media antarabangsa BBC.

Datuk Seri Najib Tun Razak mahu memperkenalkan Akta Harmoni Nasional yang boleh menjamin kebebasan suara dan pada masa yang sama dapat mengekalkan keharmorian rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan ideologi.

Beliau telah meyakinkan rakyat bahawa akan lebih prihatin dan mengambil usaha-usaha yang mantap untuk menyuburkan proses demokrasi dalam negara.

Tetapi, keyakinan rakyat itu terkecai apabila kerajaannya telah meminda Akta Hasutan dengan memasukkan perkara-perkara yang lebih kejam dan mengekang kebebasan suara rakyat.

Lantaran itu, negara kita telah mengorak langkah ke belakang dalam soal hak Asasi Malaysia. Ditambah lagi, Undang-undang Pota (Prevention of Terrorism Act) yang diluluskan beberapa hari sebelum itu pula menjadi penjelmaan roh ISA (Internal Security Act) dalam jasad yang baru.

Walaupun Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu memberi amaran kepada negara supaya tidak membuat pindaan kepada undang-undang kuno seperti ini tetapi kerajaan masih berdegil untuk meluluskannya di Parlimen.

Walaupun ditentang oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Majlis Peguam Malaysia, pelbagai NGO, mahasiswa dan parti-parti politik pembangkang tetapi kerajaan Barisan Nasional tetap mahu meneruskan agenda jahat itu.

Kenapa Barisan Nasional mahu berbuat demikian? Adakah kerana demi kesejahteraan rakyat? Sudah tentu tidak. Akta Hasutan dipinda dan Pota diluluskan semata-mata untuk menyekat kemaraan Pakatan Rakyat menuju ke Putrajaya.

Kerajaan bimbang apabila pengaruhnya semakin berkurangan dalam keadaan ekonomi yang semakin merudum, peningkatan dalam kadar inflasi dan pelaksanaan GST yang tidak popular.

Tambahan pula, Pakatan Rakyat telah meluaskan pengaruhnya di kalangan rakyat Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Undi popular yang diterima oleh Pakatan Rakyat dalam PRU13 telah menggetarkan lagi kedudukan Barisan Nasional.

Oleh yang demikian, undang-undang zalim yang bertentangan dengan hak asasi manusia dan bercanggah dengan semangat Perlembagaan Persekutuan diluluskan di dewan yang mulia.

Walaupun janji-janji diberikan oleh kerajaan bahawa undang-undang kejam seperti ini tidak bertujuan untuk menghalang kebebasan bersuara dan tingkah laku parti-parti pembangkang, tetapi pada hakikatnya itulah akan berlaku di negara kita sebelum PRU14.

Kerajaan akan menggunakan undang-undang zalim ini untuk menakutkan pemimpin-pemimpin politik, mahasiswa-mahasiwa dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang bercorak reformis. Pihak media juga tidak akan terlepas daripada ancaman dan kekangan ini.

Malaysia adalah sebuah negara demokrasi yang disusun atur corak pemerintahannya berdasarkan Perlembagaan Persekutuan. Prinsip  Rukun Negara dijunjung demi menjaga keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

Malaysia juga berhasrat untuk mencapai taraf negara maju menjelang tahun 2020. Semua ini tidak boleh direalisasikan di bawah sebuah rejim yang tidak menghormati hak-hak asasi  dan amalan demokrasi berparlimen yang dijamin oleh undang-undang tertinggi negara.

Oleh yang demikian, rakyat daripada semua lapisan masyarakat harus menolak kerajaan hari ini dalam PRU14. Apabila kerajaan gagal menegakkan keadilan, adalah menjadi tanggungjawab rakyat untuk membetulkan yang tidak betul. - HARAKAHDAILY 16/4/2015

V SIVAKUMAR
Ahli Parlimen Batu Gajah

Sumber HD - 16-4-2015

GST: Ahmad Maslan berada jauh dari realiti

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Malaysia bakal menuju ke arah kemelesetan ekonomi berikutan ketidakwarasan dan ketergesaan kerajaan mengenakan sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tanpa mempedulikan kesannya terhadap rakyat.

Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong berkata, ketidakwarasan tersebut dengan jelas dapat dilihat apabila Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan sendiri seolah-olah keliru tentang GST dan kesannya terhadap rakyat apabila mengeluarkan kenyataan yang jauh dari realiti.

Sebagai contoh, ujarnya Ahmad Maslan ketika menjelaskan mengenai GST di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam baru-baru ini telah menggesa pelajar untuk memasak sendiri bagi menjimatkan wang jika mereka merasakan harga makanan terlalu mahal.

“Para pelajar kecewa, Ahmad Maslan jelas telah menghina intelek mereka dan dengan pantas menjawab bahawa memasak dilarang di asrama UiTM.

“Sekurang-kurang mereka berjaya mendedahkan seorang pemimpin Umno yang berada jauh dari realiti,” katanya dipetik Roketkini.

Katanya, apa yang lebih penting, pemikiran Ahmad Maslan juga memperlihatkan bagaimana pemimpin kerajaan termasuk dirinya langsung tidak mempunyai pemahaman makroekonomi.

Tambahnya, pengenalan GST berkuatkuasa 1 April lalu sebenarnya lebih banyak memerah duit rakyat terutamanya rakyat miskin.

Sumber HD - 13-4-2015
































































































































































Dedah nama pegawai polis bertemu Sirul di Australia

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar perlu mendedahkan nama pegawai polis yang dikatakan dihantar ke Sydney untuk menemui Sirul Azhar Umar bagi membuktikan bekas komando polis itu salah dan berbohong.

Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang berkata, ini kerana Khalid dalam kenyataannya hanya menepis pendedahan dengan mengatakan bahawa Sirul yang kini telah disabitkan dijatuhi hukuman mati dan menjadi tahanan imigresen di Australia sebagai ‘terdesak’.

“Itu tidak bermakna bahawa Sirul tidak bercakap benar, bahawa dia bertindak bersama Azilah Hadri mengikut arahan membunuh Altantuya dan meletupkan tubuhnya dengan bahan letupan C4.

“Tambahan pula, Khalid tidak menyangkal dakwaan Sirul bahawa wujudnya pegawai polis menyoal siasat Sirul selepas bekas komando polis itu melarikan diri ke Australia,” katanya dipetik Roketkini.

Sirul Azhar dalam wawancara bersama Malaysiakini kelmarin menyangkal kenyataan Khalid yang kononnya telah menghantar pegawai polis ke Australia untuk bertemu dengannya.

Kata Sirul, beliau sukar tidur berikutan kenyataan IGP itu yang disifatkannya sebagai tidak bertanggungjawab.

Manakala Khalid dalam reaksinya menafikan dakwaan Sirul, dan menuduhnya berbohong mengenai siasatan kes pembunuhan warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Sebaliknya, Khalid menganggap Sirul seorang yang terdesak dan mencabar SIrul yang mendakwa dia diarahkan untuk membunuh Altantuya agar mendedahkan segala-galanya.

Khalid menambah, Sirul bertindak demikian bagi menyelamatkan nyawanya untuk tidak dibawa pulang ke Malaysia di mana dia akan menghadapi hukuman mati.

Justeru itu, Kit Siang mencadangkan Khalid mengukuhkan hujahnya dengan menamakan pegawai polis, dan tarikh pertemuan dengan Sirul di pusat tahanan imigresen Villawood, Sydney.


Sumber HD - 6-4-2015

SAJAK 1 ARIL 2015 - YB NGA KOR MING



https://www.youtube.com/watch?v=hwVi37ZpNZc&feature=youtu.be

Sumber FB - 3-4-2015

Bekerjasama Dengan Musuh ‘Ayah’ Adalah Kurang Ajar!


KUALA NERUS – PAS Kawasan Kuala Nerus merasa amat kesal dan dukacita terhadap kenyataan Pengerusi DAP Terengganu Ng Chai Hing yang mengambil sikap untuk memutuskan hubungan dengan Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Oleh itu, Yang DiPertuanya Hj. M.Shukrimun Shamsuddin menyatakan hasrat, PAS Kawasan Kuala Nerus tidak lagi berhasrat untuk bekerjasama dengan DAP Pusat dan Negeri.

“DAP Terengganu mengambil sikap untuk memutuskan hubungan dengan Presiden PAS dengan menyebut Bil Persendirian yang bakal dibentang di Parlimen sebagai alasan.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita6/shukrimun.png

“memutuskan hubungan dengan Presiden PAS dalam masa yang sama meneruskan kerjasama dengan Parti PAS dan ahli-ahlinya adalah tidak ubah seperti mengajak ahli-ahli Pas untuk memutuskan juga hubungan dengan Presidennya,”ujarnya dalam satu kenyataan semalam, Rabu 1 April.

Penegasan Shukrimun, yang juga Bendahari Badan Perhubungan PAS negeri Terengganu, adalah ekoran kenyataan Ng Chai Hing yang disiarkan di dalam Sinar Harian berhubung status hubungannya dengan PAS Terengganu.

Beliau turut memberi ingatan, adalah ‘haram’ bagi PAS Kawasan Kuala Nerus untuk tidak menyokong sebarang usaha bagi meninggikan Syari’at Allah di muka bumi ini.

Oleh yang demikian, katanya, PAS Kawasan Kuala Nerus menyokong penuh usaha Yang

Berhormat Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang, untuk meneruskan hasrat membentangkan Bil Persendirian tersebut di Parlimen apabila tiba masanya.

Beliau memberi perumpamaan, Presiden PAS adalah ‘ayah’ dan menyifatkan mana-mana pihak dalam PAS yang memutuskan hubungan dengan ‘ayah’ adalah bersikap kurang ajar.

“PAS Kawasan Kuala Nerus menganggap, sekiranya mana-mana anggota keluarga yang meneruskan kerjasama dengan musuh ayah yang menentang pendirian ayah yang didokong oleh semua anggota keluarga adalah bersikap kurang ajar dengan ayahnya,

“Maka dengan ini dimaklumkan bahawa PAS Kawasan Kuala Nerus tidak lagi berhasrat untuk bekerjasama dengan DAP Pusat dan Negeri,”tambahnya

Sumber BO - 2-4-2015


DAP Terengganu tetap bersama Pas

Posted on Wednesday, April 01 @ 13:00:00 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


KUALA TERENGGANU – DAP Terengganu akur dengan pendirian DAP Pusat memutuskan hubungan dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, namun akan meneruskan hubungan dengan Pas sebagai rakan komponen PR.

Pengerusinya, Ng Chai Hing berkata, hubungan dua hala antara DAP dan Pas diteruskan di negeri ini, tidak sebagaimana pendirian DAP di Sabah dan Sarawak.

"Hubungan dengan Pas kekal seperti sediakala, namun pada masa sama, kita akur dengan arahan DAP Pusat.

"Kita tidak akan ikut sebagaimana di Sabah dan Sarawak yang memutuskan hubungan dengan Pas di peringkat negeri, kerana perkara itu tidak diputuskan pada peringkat pusat," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan DAP melalui Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng bahawa DAP memutuskan hubungan dengan Abdul Hadi.

DAP mengambil keputusan itu berikutan bantahan keras parti itu terhadap tindakan Pas ingin membawa satu rang undang-undang persendirian berkenaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan ke Parlimen bagi membolehkan undang-undang hudud dilaksanakan. - Sinar Harian

Sumber TKO - 1-4-2015


PAS ada hak bentang hudud di Parlimen – DAP Kedah
Posted on Sunday, March 29 @ 11:00:00 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



DAP Kedah menyifatkan keputusan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memutuskan hubungan dan kerjasama dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung isu hudud, sebagai tidak mengamalkan demokrasi.

Pengerusinya, Tan Yen Chai berkata negara ini mengamalkan demokrasi dan dengan itu PAS mempunyai hak untuk mengemukakan usul Rang Undang-Undang Persendirian berhubung pelaksanaan hukum hudud di Dewan Rakyat.

“DAP kena kalau betul-betul nak tolak hudud, tolak dalam Parlimen (Dewan Rakyat) melalui undi barulah demokrasi,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Setiausaha Organisasi DAP Kedah, Law Theng Hooi pula berpendapat tindakan Lim itu sebagai terburu-buru.

Beliau bimbang keadaan itu akan menyebabkan timbul persepsi buruk dalam kalangan pengundi, selain menyebabkan kemelut PR bertambah buruk.


“Dia (Lim) patut ada semangat Pakatan Rakyat (PR), jangan terburu-buru sebab dia perlu ambil kira penyokong PR pelbagai kaum yang banyak beri sumbangan,” kata Law.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dalam satu kenyataan baru-baru ini berkata DAP tidak boleh lagi bekerjasama dengan Abdul Hadi kerana didakwa tidak jujur dan tidak bermaruah.

Ini susulan tindakan Abdul Hadi mengemukakan usul Rang Undang-Undang Persendirian berhubung pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) atau hudud di Dewan Rakyat.

Jawatankuasa DAP Kedah yang diterajui Tan tidak diiktiraf Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP kebangsaan, apabila pada Mei 2013, Lim melantik Zairil Khir Johari sebagai Pengerusi Interim DAP Kedah.

Pada Konvensyen Biasa DAP Kedah 2014, ADUN Derga Tan Kok Yew dipilih sebagai Pengerusi DAP Kedah.

Bagaimanapun, Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengiktiraf jawatankuasa dipengerusikan Lee Guan Aik ketika itu sebagai sah, menyebabkan wujud dua kumpulan dalam DAP Kedah.

Tan Chun Ping dipilih menggantikan Guan Aik pada Konvensyen Biasa DAP Kedah 2014, sebelum diterajui Tan Yen Chai.

Sumber TKO - 29-3-2015

Benarlah DAP Tidak Boleh Dibuat Kawan

Posted on Thursday, March 26 @ 02:00:00 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Assalamu'alaikum dan salam sejahtera,
Saya teringat ketika DAP berhadapan dengan saat genting apabila terdapat ura-ura bahawa Pendaftar Pertubuhan (ROS) akan membatalkan pendaftaran DAP sebelum PRU yang ke 13 akibat kesilapan semasa pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP.


Terasa ketika itu bagai ada 'tangan-tangan ghaib' yang berusaha untuk memastikan DAP diharamkan sehinggakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyuarakan hasrat untuk menggunakan lambang PAS sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya DAP dibatalkan.

Hasrat LKS itu disambut dengan hati yang terbuka oleh Presiden PAS kerana mahu melihat rakan sekutunya di dalam PR dapat bertanding bagi mengalahkan BN. Ia adalah satu keputusan yang sangat besar ertinya kepada seluruh pendokong dan penyokong PR pada ketika itu.

Mungkin peristiwa itu sudah menjadi kenangan namun kenangan itulah yang membuktikan sifat keterbukaan Presiden PAS.

Sebagai mengingatkan mereka, Presiden PAS ketika itu adalah Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS sama pada ketika ini yang telah diputuskan hubungan oleh DAP.

Saya memberi sokongan penuh kepada Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang kerana TGHA adalah Presiden saya. Saya percaya TGHA tidak berkecil hati dengan keputusan ini cuma saya bimbang ia akan merugikan DAP.

Terus berjuang!

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Kluang, Johor Darul Takzim.
24 Mac 2015, 5.33 petang.

Sumber TKO - 26-3-2015


DAP jangan cuba tusuk jarum beracun

Posted on Wednesday, March 25 @ 17:12:35 MYT

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Oleh Elaine Abdullah Pecah dan perintah

pas_dap_300

Sejak pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Hudud di Dewan Undangan Negeri Kelantan, ramai pemimpin PAS sama ada jawatan atasan mahupun yang berjawatan bawahan, masing-masing meluahkan rasa tidak puas hati terhadap DAP. Pelbagai nada yang kita dengar, ada yang masih mengharapkan DAP namun ada yang tidak pedulikan jika PAS tidak bersama DAP di bawah Pakatan Rakyat.


Lebih-lebih lagi sejak Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng semalam yang bertindak memutuskan hubungan dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Bukan sahaja Pesuruhjaya-pesuruhjaya Negeri malah Pengerusi Lajnah-lajnah turut menyatakan pendapat masing-masing.

Isu PAS yang sebelum ini terang-terang berpecah kepada dua kumpulan bagaikan sudah tenggelam terus berikutan tindakan Guan Eng semalam. Cuma masih ada segelintir yang bagaikan “merayu” mengharapkan kerjasama DAP.

Tanpa DAP, PAS tetap kukuh di Kelantan. Sama ada mahu atau tidak mengakuinya, itulah hakikatnya. Ulamak PAS tidak goyah.

Hari ini, Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat Datuk Dr Mahfodz Mohamed pula menulis di Harakahdaily dengan mengingatkan DAP supaya tidak cuba menusukkan jarum beracun memecah-belah kesatuan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menerusi kaedah ‘pecah dan perintah’ apabila membuat keputusan memutuskan hubungan dengan Presiden PAS tetapi tidak dengan PAS.

Dengan nada memberi amaran, beliau meminta, “DAP jangan memisahkan Datuk Seri Tuan Guru Presiden daripada PAS sedangkan PAS diketuai dan dipandu oleh Presiden sebagai ketua parti. “

Beliau turut menegaskan bahawa keputusan Presiden adalah keputusan bersama parti termasuk dalam usaha melaksanakan undang-undang jenayah Islam menerusi Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan 1993 (Pindaan 2015).

Malah, Mahfodz yang jarang membuat kenyataan dan hanya membuat kenyataan-kenyataan yang boleh diterima akal turut mengakui kebenaran kata-kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali bahawa tindakan DAP itu adalah kebudak-budakan.

Jangan mimpi di siang hari

Selain itu, beliau juga menyokong penegasan Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan juga Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kayat bahawa memutuskan hubungan dengan Presiden PAS bererti memutuskan hubungan dengan PAS.

Justeru itu, Mahfodz menegaskan bahawa Dewan Ulamak PAS Pusat menasihatkan DAP agar “jangan memberi peluru kepada musuh bertepuk tangan melihat pertembungan dalam Pakatan Rakyat.”

Sebagai individu yang dihormati di kalangan pemimpin dan ahli parti, pastinya ramai yang akur dengan setiap kenyataan Mahfodz terutama di kalangan ahli PAS.

Namun agak mustahil rasanya bagi pihak-pihak yang tidak sehaluan dengan PAS akan mempedulikan permintaan beliau supaya menghormati pendirian PAS untuk memperjuangkan Undang-undang Jenayah Islam kerana ia bukan dasar bersama Pakatan Rakyat tetapi dasar bersendiri PAS.

Ini jelas kerana ternyata, DAP dan pihak-pihak lain yang membantah RUU Hudud bukan sekadar tidak bersetuju, malah “pembantah tegar.” Jika tidak masakan, sehingga ke tahap memutuskan hubungan dengan Presiden parti Islam tersebut!

Mahfodz juga mengingatkan DAP bahawa, tindakan memutuskan hubungan dengan Tuan Guru Presiden, pimpinan DAP jangan bermimpi di siang hari bahawa ahli-ahli PAS akan menggugurkan hasrat untuk melaksanakan undang-undang jenayah Islam.

Ini kerana, tegasnya, ia adalah perjuangan untuk mendaulatkan Islam bukan sahaja perjuangan Tuan Guru Presiden tetapi perjuangan yang didukung oleh seluruh pimpinan dan ahli-ahli PAS di semua peringkat.

“Kita perlu teruskan konsep ‘bersetuju untuk tidak bersetuju’ dalam Pakatan Rakyat dalam isu undang-undang jenayah Islam.

“Dewan Ulamak PAS Pusat menyatakan pendirian sokongan tidak berbelah bahagi kepada Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang selaku Presiden kami.,” katanya.

Tarik balik tuduhan

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan menggesa DAP menarik balik semua tuduhan melampau yang dikeluarkan.

“PAS melahirkan kekecewaan yang amat sangat terhadap tuduhan liar dan penghinaan ke atas batang tubuh Presiden dan PAS oleh pimpinan tertinggi DAP.”

Tuan Ibrahim, yang juga dikenali sebagai seorang yang tidak banyak bercakap, dan hanya bersuara apabila ada keperluan mendesak menegaskan, kenyataan biadab dan menghina bertubi-tubi yang dilakukan DAP terhadap Presiden dan PAS telah melampaui adab dan budaya yang tidak dapat diterima rakyat Malaysia, apatah lagi dalam satu gabungan pakatan.

“Tiada erti mesyuarat Pakatan Rakyat diadakan jika DAP meneruskan sikap sombong biadap dengan enggan menarik balik tuduhan liar melampau mereka terhadap Presiden,” tambah Tuan Ibrahim yang nyata tegas dengan pendiriannya itu. - FMT

Sumber TKO - 25-3-2015

DAP Terang-Terangan Nak Singkirkan Hadi Awang


Posted on Tuesday, March 24 @ 21:00:00 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



SETIAUSAHA Agung DAP, Lim Guan Eng terang-terangan mendesak agar PAS disingkirkan daripada Pakatan Rakyat (PR) kerana menyifatkan Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang seorang yang tidak bermaruah.

Dalam kenyataan dilaporkan Agenda Daily, pelbagai penghinaan dilemparkan Guan Eng terhadap Hadi yang turut dituduh bekerjasama dengan UMNO.

“Pengkhianatan Hadi terhadap keputusan bersama yang dibuat dalam Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat atas pencalonan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal Pakatan Rakyat untuk jawatan Menteri Besar Selangor, sehingga mengakibatkan krisis besar yang berlarutan dan hampir menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

“Kegagalan Hadi untuk menepati kata-kata sendiri semasa Majlis Pimpinan PR pada 8 Februari 2015 bahawa Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan 2015 akan dibincangkan pada Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada masa depan;

“Pembentangan Rang Undang-undang Persendirian oleh Hadi pada 18 Mac 2015 tanpa terlebih dahulu membentangkan kepada Jawatankuasa Pusat PAS serta Majlis Pimpinan PR.

“DAP tidak boleh berkerjasama dengan Presiden PAS seperti Hadi Awang yang tetap bertindak secara tidak jujur dan tidak bermaruah. DAP hilang kepercayaan dan keyakinan pada Hadi dan akan memutuskan hubungan serta menghentikan kerjasama dengan beliau,” kata Guan Eng yang diketahui umum, berkawan baik dengan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Kemelut dalam kepimpinan PR semakin memuncak apabila DAP dengan angkuh mengkritik PAS kerana tetap mahu meneruskan pelaksanaan Hudud di Kelantan walaupun tidak dipersetujui rakan komponen DAP dan PKR.

- MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 24-3-2015

DAP Jangan Angkuh Dan Cuba Berlagak Macam Abang Besar Dalam Pakatan Rakyat

Posted on Tuesday, March 24 @ 20:00:00 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dinasihat agar tidak terlalu angkuh dengan kenyataan parti itu yang menolak pelaksanaan hudud selain meminta PAS keluar daripada Pakatan Rakyat.

Tiada sebab DAP dan PKR menolak agenda hudud PAS, yang sedia diketahui dan difahami sebelum pembentukan Pakatan Rakyat itu sendiri.


Lim Guan Eng dan beberapa pemimpin DAP buat kenyataan angkuh dan lupa diri kerana asasnya semasa mula-mula bergabung dahulu, semua sudah tahu hudud merupakan agenda utama PAS.

Walaupun tidak diangkat secara terang, tetapi semua rakyat di negara ini tidak kira apa keturunan dan fahaman agama tahu itu asas perjuangan PAS.

Jadi mengapa mereka mengeluarkan kenyataan kurang bijak apabila PAS kata mahu melaksanakan hudud???????

Kenyataan angkuh Lim Guan Eng yang memaklumkan kesemua 37 Ahli Parlimen DAP mengumumkan keputusan menolak pelaksanaan undang-undang hudud oleh PAS kerana ia disifatkan bercanggah dengan Perlembagaan.

Guan Eng berkata lagi, rakyat negara ini yang menyokong PAS dalam Pilihan Raya Umum yang lalu mengundi untuk dasar bersama, bukan untuk pelaksanaan hudud.

Kena terima hakikat betapa hudud disifatkan isu yang mendapat perhatian masyarakat Islam terutama di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Malahan tidak nampak ada penolakan daripada Parti KeADILan dan UMNO sendiri.

Iklimnya sekarang rata-rata menerima pelaksanaan hudud melainkan hanya satu dua yang menolak.
Jelas juga mereka yang menolak hanya sedikit dan mereka tidak mempunyai alasan kukuh untuk itu.

Ketika PAS membentangkan usul pindaan Enakmen Syariah, parti itu sedia maklum tidak akan mendapat sokongan DAP kerana ia adalah perjuangan parti mereka sejak awal lagi.

Bagi DAP, mereka harus melihat bahawa yang meluluskan rang ini adalah DUN Kelantan yang turut mendapat sokongan penuh ADUN PAS di negeri itu termasuk UMNO selain seorang daripada PKR.

Maka, langkah untuk masih mahu bekerjasama dengan PAS menunjukkan, dengan bersyarat bukan dengan Abdul Hadi, membuktikan betapa DAP masih memerlukan PAS untuk sokongan orang Melayu/Islam.

Tetapi apakah keputusan DAP untuk tidak keluar daripada PR akan diterima oleh ahli-ahli akar umbi DAP????

Jawapannya ialah berbelah bahagi, kerana ia masih akan dilihat memilih untuk kerjasama dengan PAS dan keputusannya tetap, lebih bersifat keputusan politik.

Sebelum ini, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dilapor turut menyatakan sokongan terhadap pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

Perkara tersebut dinyatakan baginda ketika bertitah dalam ucapan sempena Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Dewan Negeri (DUN) Kelantan ke-13.


Sumber TKO - 24-3-2015










































































































































































Isu hudud: Empat soalan untuk DAP jawab

Posted on Wednesday, March 18 @ 12:57:04 MYT by paktam

Oleh Timmy Say

SERANGAN berterusan pimpinan DAP terhadap PAS di atas isu Enakmen Kanun Jenayah Syariah (EKJS) atau hudud menimbulkan tanda tanya dalam kalangan umat Islam mengenai apakah yang tersirat di sebalik tekanan ini. PAS telahpun menjelaskan dan mengikuti apa yang diingini dalam Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

PAS telah memperjuangkan EKJS sebelum wujudnya Barisan Alternatif mahupun PR. PAS yang ada hari ini adalah PAS yang sama yang ingin melihat Islam didaulatkan.


Pembentangan semula enakman ini pada 18 Mac di Dewan Undangan Negeri Kelantan hanyalah 'pindaan' bagi menambah kebaikan dan menjelaskan kekeliruan. Hal ini telah dijelaskan dalam mesyuarat PR.

Selepas mesyuarat, DAP memperbesarkan isu ini kononnya PAS hendak membentangkan sesuatu yang baru dan sebab itulah mereka membantah.

Soalan pertama: Apakah kalau tak ada sebarang pindaan, apakah DAP akan sokong EKJS?

DAP juga mendakwa bahawa kerjasama antara kerajaan Kelantan di bawah PAS dan Kerajaan Pusat di bawah BN adalah petanda 'adanya usaha penyatuan PAS dan Umno.’

Pelbagai penjelasan telah dibuat, bahawa pelaksanaan enakmen ini memerlukan sokongan kerajaan Pusat kerana polis, lokap, penjara dan sebagainya masih di bawah kawalan kerajaan Pusat.

Soalan kedua: Apakah kalau Kerajaan Pusat tidak bagi kerjasama, maka DAP akan sokong EKJS?

Kemudian, ada yang mencadangkan utamakan penyelesaian isu banjir daripada EKJS. Bantuan banjir dan proses pembangunan semula mangsa banjir terus berjalan dan tidak terhenti dengan pembentangan enakmen Jenayah Syariah ini.

Bagaimana pembentangan enakmen ini boleh mengganggu usaha pembangunan semula banjir?

Logik soalan ini kena diajukan pada mereka yang bertanya.

Soalan ketiga: Apakah kalau selesai isu banjir, maka DAP akan sokong EKJS?

Sebenarnya, rakyat Malaysia, termasuklah PAS sudah tahu DAP ini memang menentang perlaksanaan EKJS. Mesej sudah sampai ke rakyat. PAS pun tidak harapkan sokongan DAP. PAS cuba melaksanakan EKJS melalui jalan demokrasi, dan itupun kini ditentang oleh parti yang dikatakan menjunjung demokrasi.

Soalan keempat: Oleh itu, apa lagi yang DAP mahu? Apakah DAP mahu Pakatan Rakyat berpecah dan Umno-BN terus berkuasa?

Kalau BN tidak berpecah kerana isu 1MDB, serangan Dr Mahathir dan isu rasuah yang menyelubungi Umno, apakah wajar Pakatan Rakyat pecah kerana EKJS?

PAS tidak mahu Pakatan Rakyat berpecah. PAS cuma harapkan penjenayah beragama Islam untuk diadili oleh hukum jenayah Islam. Salahkah ini? Oleh itu, jangan salahkan PAS kalau Pakatan Rakyat pecah

Sumber DD - 18-3-2015

#KitaLawan: Ketua Pemuda DAP pula ditahan polis

HARAKAHDAILY | .



KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda DAP, Teo Kok Seong telah ditahan pihak polis, hari ini setelah hadir di IPD Dang Wangi untuk memberi keterangan berhubung penyertaan dalam Himpunan #KitaLawan pada 7 Mac lalu.

Ahli Parlimen Rasah itu tiba di IPD pada jam 11 pagi tadi ditemani peguamnya Wong Kah Woh dan pimpinan DAP lain.

Menurut Wong Kah Woh, polis telah mengesahkan penahanan Teo.

“Teo telah ditahan di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan dan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012,” katanya dipetik Roketkini.

Pada 11 Mac lepas, Bendahari Pemuda PAS Malaysia, Fakhrul Razi Mokhtar juga ditahan polis kerana menyertai himpunan #KitaLawan.

Sumber HD - 14-3-2015


I WILL NOT BE SHACKLED BY THE DEFAMATION SUIT - TONY PUA


YB TONY PUA - PENGERUSI DAP SELANGOR / AP PJ SELATAN

http://www.harakahdaily.net/index.php/headline-english/34200-i-will-not-be-shackled-by-the-defamation-suit

Sumber HD - 7-3-2015


MAMPUKAH NAJIB BERTAHAN SELEPAS 8 MAC? - LIM KIT SIANG


YAB DATUK SERI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK - PERDANA MENTERI . PRESIDEN UMNO

http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/34124-mampukah-najib-bertahan-selepas-8-mac

Sumber HD - 2-3-2015

UMNO BN BERHEMPAS PULAS SETELAH 50-50 PRU 2008, 2013 - LIEW CHIN TONG



http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/34091-umno-bn-berhempas-pulas-setelah-50-50-pru-2008-2013

Sumber HD - 28-2-2015


JPM CEMAR NAMA TUN RAZAK NAJIB PERLU BUAT PENJELASAN - LIM KIT SIANG


YAB DATUK SERI MOHD NAJIB TUN RAZAK DAN YB LIM KIT SIANG


http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/34070-jpm-cemar-nama-tun-razak-najib-perlu-buat-penjelasan

Sumber HD - 26-2-2015

















































































































































































BERAPA RAMAI ANAK MENTERI BELAJAR DI LUAR NEGARA - LIM LIP ENG 


YB LIM LIP ENG - AP SEGAMBUT 

Sumber HD - 22-2-2015

Jika Sirul Azhar ‘kambing hitam’, siapa gembalanya?

ALTANTUYA
KUALA LUMPUR, 22 FEB – Pembunuh Altantuya Shaariibuu yang kini dalam pelarian di Australia, Sirul Azhar Umar, digesa menyatakan kebenaran tentang apa yang telah terjadi di sebalik kes pembunuhan tersebut.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dalam kenyatannya menggesa Sirul untuk benar-benar menyesali apa yang telah berlaku serta membantah hukuman mati terhadapnya dalam keadaan dalang pembunuhan tersebut masih bebas.

“Sirul patut berhenti bersembunyi dan melarikan diri seperti yang dibuatnya sepanjang sembilan tahun lalu dan menyatakan pendirian secara jujur dan benar mengenai pembunuhan pada tahun 2006 itu,” ujar Kit Siang.

“Masanya telah tiba untuk Sirul membuat pengakuan awam mengenai akuan salahnya kepada pihak polis pada 9 November 2006,” tambah Ahli Parlimen Gelang Patah itu lagi.

Pengakuan salah Sirul dalam percakapan beramaran yang dirakamkan ketika siasatan tidak dikemukakan sebagai bukti dalam perbicaraan Sirul pada Julai 2007.

“Sirul mesti mendedahkan sekarang sama ada pengakuannya itu adalah benar atau sebaliknya,” kata Kit Siang lagi.

Pada 3 Februari 2009, Sirul memberitahu mahkamah bahawa beliau merupakan ‘kambing hitam’ yang perlu dikorbankan demi melindungi pihak-pihak tertentu yang tidak dihadapkan ke mahkamah untuk memberi keterangan.

Pada 9 November 2006, dalam percakapan beramarannya kepada polis, Sirul menyatakan bahawa rakannya Azilah Hadri yang turut didapati bersalah membunuh Altantuya pernah menyebut tentang ganjaran antara RM50,000 ke RM100,000 sekiranya kes tersebut selesai.

Sirul juga memberikan gambaran terperinci bagaimana Altantuya dibunuh sebelum mayatnya diletupkan dengan bahan letupan C4.

“Sekiranya pengakuan ini tidak benar, Sirul mesti jelaskan bagaimana dia boleh memberikan gambaran yang begitu terperinci mengenai kejadian terbabit,” tambah Kit Siang.

Bukan itu sahaja, Sirul juga wajar mendedahkan semua yang terjadi sepanjang sembilan tahun lalu, terutamanya sama ada beliau pernah dijanjikan kebebasan atas tindakannya mematuhi arahan untuk membunuh Altantuya.

“Sirul jelas tidak mempunyai motif membunuh Altantuya, kerana dia tidak kenal Altantuya, dan dia juga tidak kenal Abdul Razak Baginda,” jelas Kit Siang lagi.

Dalam pengakuannya, Sirul merujuk Altantuya sebagai ‘perempuan Cina’, dan tidak pernah tahu bahawa mangsa merupakan seorang warga Mongolia. – Roketkini.com

Sumber RK - 22-2-2015

KIT SIANG TERSEDU-SEDU DEWAN MENJADI SUNYI - LKS


YB LIM KIT SIANG - AP GELANG PATAH

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33886-kit-siang-tersedu-sedu-dewan-menjadi-sunyi

Sumber HD - 16-2-2015


KENANG JASA TOK GURU, ANWAR KEKALKAN PAKATAN - DAP


http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33869-kenang-jasa-tok-guru-anwar-kekalkan-pakatan-dap

Sumber HD - 14-2-2015


ORANG BUKAN ISLAM SEPERTI SAYA SENANG DENGANYA - ADUN SEKINCHAN



http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/33859-orang-bukan-islam-seperti-saya-senang-dengannya

Sumber HD - 14-2-2015


SAYA TIDAK MAHU TUDUH MAHATHIR NYANYUK - KIT SIANG


TUN DR MAHATHIR MOHAMED - YB LIM KIT SIANG 

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33821-saya-tidak-mahu-tuduh-mahathir-nyanyuk-kit-siang

Sumber HD - 12-2-2015

TUNKU BANTU HILANGKAN GAGAP SAYA - PAK SAMAD


http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33722-tunku-bantu-hilangkan-gagap-saya-pak-samad

Sumber HD - 13-2-2015


SAYA BOLEH KE SELURUH DUNIA TAPI SABAH - SARAWAK TAK BOLEH - TERESA


YB TERESA KOK NAIB PENGERUSI DAP DILARANG MASUK KE SABAH

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33733-saya-boleh-ke-seluruh-dunia-tapi-sabah-sarawak-tak-boleh

Sumber HD - 8-2-2015


TUDUH ANTI-ISLAM, NGEH AKAN ISMAIL SABRI - AP BERUAS


YB NGEH KOO HAM - AP BERUAS / PENGERUSI DAP PERAK

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33697-tuduh-anti-islam-ngeh-akan-saman-ismail-sabri

Sumber HD - 6-2-2015





























































































































































































BOIKOT : MENGAPA MCA SOKONG ISMAIL - LKS


YB LIM KIT SIANG - AP GELANG PATAH


Sumber HD - 5-2-2015

Gabungan Impian Kelantan inisiatif kemanusiaan, melangkau politik

ik4
KOTA BHARU, 1 FEB: Hikmah banjir Pantai Timur Semenanjung telah membina semula perpaduan rakyat Malaysia.

“Masalah rakyat Kelantan adalah masalah kita semua,” kata Pengarah Misi Bantuan Bencana DAP Anthony Loke yang berkongsi pengalaman menguruskan misi menyelamat dan membantu mangsa bencana banjir.

Beliau berkata demikian sewaktu majlis pelancaran Gabungan Impian Kelantan di sini malam semalam yang dihadiri rakyat Kelantan pelbagai kaum.

Menurutnya, DAP serta rangkaian NGO dan sukarelawan yang terlibat dalam usaha membantu serta memulihkan semula keadaan tidak mempunyai sebarang agenda politik.

“Impian Kelantan tidak menggunakan logo roket yang menjadi lambang parti DAP, kerana inisiatif tersebut digerakkan bersama-sama rakyat Malaysia, menjangkaui parti politik,” tambah beliau.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa pula menjelaskan bahawa pihak kerajaan negeri Kelantan tidak mempunyai sebarang masalah dengan Gabungan Impian Kelantan.

Menurutnya, pihak kerajaan negeri Kelantan telah meraikan rombongan Gabungan Impian Kelantan bersama dengan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang serta tetamu Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan bekas Pengerusi Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan dalam satu majlis makan malam di kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan.

Walaupun Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob tidak dapat hadir, beberapa Exco Kerajaan Negeri telah sudi makan malam bersama dengan pimpinan Gabungan Impian Kelantan tersebut yang dianjurkan sebelum majlis pelancaran tersebut.

“Itu tandanya restu kerajaan negeri kepada Gabungan Impian Kelantan,” tambah Husam yang juga gigih berusaha dalam usaha membantu mangsa banjir sejak akhir tahun lalu.

Impian Kelantan mengambil semangat Impian Malaysia yang berkongsi usaha dan bergerak bersama rakyat melalui kegiatan membantu rakyat miskin, menolong mangsa bencana, membina projek prasarana di pedalaman, mengusahakan program pendidikan dan mengambil bahagian dalam inisiatif mengupayakan anak muda.

Ia adalah usaha meneruskan semangat sukarelawan rakyat pelbagai kaum dan agama yang telah menghulur bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di negeri tersebut baru-baru ini.

Wakil-wakil yang mewakili DAP bagi jawatankuasa Gabungan Impian Kelantan adalah Anthony Loke yang juga Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan, Naib Pengerusi DAP Teresa Kok, Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong, Vincent Wu dan Syefura Othman.

Gabungan tersebut juga telah mencadangkan agar Ambiga serta Pak Samad menjadi jurucakap bagi mereka dalam usaha menarik lebih ramai rakyat Malaysia menghulur bantuan, khususnya dari segi derma kewangan.

Turut hadir di majlis malam semalam adalah bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah yang lebih dikenali dengan nama Cikgu Rahim yang menjadi salah seorang penggerak utama membantu mangsa banjir negeri itu serta wakil-wakil NGO dari seluruh negara yang menjayakan usaha tersebut. – Roketkini.com

ADAKAH NAJIB JADI MANGSA KEENAM MAHATHIR - LIM KIT SIANG


TUN DR MAHATHIR - DS NAJIB TUN RAZAK

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33431-adakah-najib-jadi-mangsa-keenam-mahathir

Sumber HD - 23-1-2015


DOKTOR DIBULI, ALAMI TEKANAN PERASAAN - SIVAKUMAR


YB V. SIVAKUMAR - AP BATU GAJAH (DAP)

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33394-doktor-dibuli-alami-tekanan-perasaan

Sumber HD - 21-1-2015


KERAJAAN TANGGUH BUKTI BENAR PR KATA PLKN MEMBAZIR - KETUA DAPSY


PLKN


YB TEO KOK SEONG -  KETUA PEMUDA DAPSY / AP RASAH

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33388-kerajaan-tangguh-bukti-benar-pr-kata-plkn-membazir

Sumber HD - 21-1-2015


ZAHID JANGAN SANGKA RAKYAT BODOH - LIM KIT SIANG


YB LIM KIT SIANG - KETUA HLI-AHLI PARLIMEN DAP

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33300-zahid-jangan-sangka-rakyat-bodoh-kit-siang

Sumber HD - 16-1-2015


BENARKAH BANTUAN BANJIR CECAH RM800 JUTA - LIM KIT SIANG


YB LIM KIT SIANG - KETUA WHIP AHLI PARLIMEN DAP

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33254-benarkah-bantuan-banjir-cecah-rm800-juta

Sumber HD - 14-1-2015


NILAI RINGGIT JATUH, TARF HIDUP RAKYAT MEROSOT LAGI - SIVAKUMAR


YB A. SIVAKUMAR - AHLI PARLIMEN BATU GAJAH


http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33242-nilai-ringgit-jatuh-taraf-hidup-rakyat-merosot-lagi

Sumber HD - 14-1-2015

MINYAK SUDAH TURUN,TARIF ELEKTRIK BILA LAGI? PENGARAH DASAR DAP JOHOR:


WONG SHI QI - PENGARAH DASAR DAP JOHOR

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33172-minyak-sudah-turun-tarif-elektrik-bila-lagi

Sumber HD - 10-1-2015

CARI JALAN TERBAIK JADIKAN 2015 BEBAS KEMALANGAN BAS - SIVAKUMAR:



YB V. SIVAKUMAR - AHLI PARLIMEN (DAP) BATU GAJAH


Sumber HD - 9-1-2015


KENAPA SURAT ZAHID DITARIK BALIK: 


DATUK SERI DR ZAHID HAMIDI - MENTERI DALAM NEGERI


Sumber HD - 8-1-2015







































































































































































































Jangan terpedaya andaian ekonomi kosmetik Najib

V SIVAKUMAR | .
KITA sudah melangkah masuk ke tahun 2015 setelah mengharungi pelbagai malapetaka, rintangan dan cabaran pada tahun 2014. Walaupun kita sudah memasuki tahun baru tetapi calar-calar dugaan yang telah kita lalui pada tahun lepas masih segar dalam ingatan dan sanubari rakyat Malaysia.


Kita berdoa supaya tahun ini tidak digeruni dengan malapetaka luar jangkaan seperti peristiwa MH370 dan MH17.

Kita menjejak tahun 2015 dengan suasana kemurungan dan kegembiraan yang dicampur aduk. Banjir tenat yang melanda beberapa negeri dengan puluhan ribu rakyat merana hilang harta benda merupakan suasana murung yang dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia.

Pada masa yang sama, semangat dan harapan baru bagi tahun 2015 pula mendorong sebilangan rakyat Malaysia menyambut tahun baru dengan penuh kegembiraan.

Tahun ini bukanlah tahun yang mudah untuk kita. Saya sememangnya tidak suka untuk memberi gambaran hitam tentang masa hadapan negara ini. Tetapi, pada masa yang sama, saya juga tidak mahu menutup realiti yang bakal kita menempuh pada hari-hari yang di hadapan.

Saya amat tidak bersetuju dengan pandangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam perutusan tahun baru yang penuh dengan kata-kata kosmetik yang sengaja menghijaukan yang kuning.

Pada pandangan saya adalah lebih baik untuk menceritakan suasana yang sebenar supaya rakyat lebih bersedia.

Pemimpin negara yang baik adalah orang yang membantu rakyat 'menyediakan payung sebelum hujan'. Memberi gambaran palsu semata-mata akan melenakan rakyat dan akan dikejutkan dengan liku-liku yang tidak dijangka.

Perdana Menteri dalam blognya www.najibrazak.com berkata, bagi bulan-bulan dan tahun-tahun akan datang, tumpuannya adalah kepada 'rakyat'.

Adakah ini bermakna satu pengakuan dibuat bahawa selama ini beliau dan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional tidak memberi fokus kepada rakyat, walaupun slogan yang diwar-warkan ialah 'rakyat didahulukan'?

Kenyataan beliau ini amat kontradiksi dengan Wawasan 1Malaysia yang kononnya berteraskan prinsip 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'. Kalau baru mahu memberi fokus kepada rakyat, apakah yang difokuskan oleh kerajaan Barisan Nasional selama ini?

Najib juga berkata, kerajaan akan mengurangkan ketidakseimbangan pendapatan antara kaya dan miskin di negara ini. Usaha-usaha akan diambil untuk merapatkan jurang pendapatan kedua-dua golongan tersebut.

Saya agak keliru dengan kenyataan Perdana Menteri yang secara tiba-tiba menceritakan hal jurang pendapatan kaya dan miskin di ambang tahun baru.

Adakah beliau tidak sedar bahawa punca kepada fenomena ini adalah kerakusan kerajaan Barisan Nasional sendiri yang melahirkan jutawan-jutawan kilat dari kalangan kroni-kroni yang menyokong mereka?

Adakah Perdana Menteri berani untuk berhenti menyokong dan membantu kroni-kroni yang kaya raya ini? Adakah beliau sanggup berkorban demi rakyat miskin?

Dalam percaturan ini, saya pasti Perdana Menteri tidak akan memilih untuk membantu rakyat terbanyak. Selagi kroni-kroni ini wujud, hasrat merapatkan jurang pendapatan antara kaya dan miskin ini adalah 'angan-angan Mat Jenin'.

Perdana Menteri juga berkata ekonomi negara kita akan terus meningkat, membawa banyak peluang-peluang pekerjaan dan taraf hidup yang lebih tinggi.

Beliau menjangka ekonomi negara kita akan meningkat 4.7% pada tahun 2015 berbanding dengan 5.7% pada tahun 2014. Beliau bertegas ekonomi negara kita adalah kukuh dan bertahan untuk menghadapi apa jua ribut yang melanda.

Saya mempunyai pandangan yang berbeza dengan kenyataan Perdana Menteri yang terlalu longgar dan tiada pedoman ekonomi yang berasas.

Pada hakikatnya, suasana ekonomi negara kita adalah tidak kukuh malah semakin menjunam setelah harga minyak petroleum jatuh mendadak di pasaran dunia.

Dalam pada itu, komoditi-komoditi lain yang menjadi sumber pendapatan negara seperti kelapa sawit dan getah juga menghadapi masalah keruntuhan harga yang mungkin tidak boleh dipulih dalam jangka terdekat.

Pasaran saham yang tidak stabil dan penurunan nilai Ringgit Malaysia juga akan memberi kesan atau implikasi negatif yang amat mendalam.

Kadar inflasi yang semakin meningkat juga akan dimangkinkan lagi dengan perlaksanaan GST pada 1 April 2015. Cukai baru dan rasionalisasi subsidi oleh kerajaan akan pasti membebankan rakyat jelata.

Tambahan pula, tragedi banjir yang melanda negara kita juga akan menelan belanja besar yang pastinya akan meningkatkan defisit fiskal dan hutang negara.

Semua ini adalah fakta-fakta asas untuk menjangka bahawa ekonomi negara kita akan semakin merudum pada tahun ini.

Kenyataan Perdana Menteri bahawa ekonomi negara adalah kukuh dan bersedia menghadapi apa jua ribut adalah tidak rasional malah hanya memberi harapan palsu kepada rakyat.

Rakyat perlu lebih berwaspada dalam segala urusan dan pertimbangan ekonomi termasuk ekonomi rumahtangga supaya tidak terjerat dalam kekangan kewangan yang melampau. - HARAKAHDAILY 2/1/2015

Penulis ialah Ahli Parlimen Batu Gajah yang juga Timbalan Pengerusi DAP Perak.

Sumber HD - 2-1-2015









































































































































































































Syor sidang khas Parlimen khusus bantu mangsa banjir

LOKE SIEW FOOK | .



Pada hari Ahad, 28 Disember 2014 yang lalu, saya bersama-sama Ahli Parlimen Rasah Teo Kok Seong, Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng, Adun Selangor kawasan Balakong Ng Tien Chee, Adun Pahang kawasan Ketari Lee Chin Chen dan para sukarelawan telah menjalankan satu misi kemanusiaan untuk menghantar sumber air minuman dan makanan kepada mangsa-mangsa banjir di Gua Musang dan Kuala Krai, Kelantan.

Misi kami ialah untuk menghantar 2 kontena sumber makanan dan minuman dan stok tersebut sedang diurus dan diagihkan oleh PAS Kawasan Gua Musang dan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Krai masing-masing kepada mangsa-mangsa di 2 kawasan tersebut yang terjejas teruk.

Memandangkan keadaan yang sangat teruk di Kuala Krai, kami akan menjalankan 2 misi lagi ke Kuala Krai pada 31 Disember 2014 dan 1 Januari 2015. Pada 31 Disember 2014, satu kontena barangan makanan yang telah dikumpulkan daripada orang ramai oleh DAP Selangor akan dihantar ke Bandar Kuala Krai untuk disampaikan kepada beberapa pertubuhan dan persatuan setempat dan seterusnya diagihkan oleh mereka kepada mangsa-mangsa di sana.

Pada 1 Januari 2015 pula, satu lagi misi bantuan akan dihantar ke Kuala Krai bersama dengan konvoi 4WD dari Pulau Pinang yang akan membawa banyak muatan barangan yang dikutip daripada orang ramai di Wisma DAP Pulau Pinang beberapa hari ini. Misi ini juga akan dihadiri oleh Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dan beberapa pemimpin kanan parti serta beberapa Ahli Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Dalam misi saya ke Kuala Krai pada tempoh hari, saya melihat dengan mata sendiri kemusnahan yang begitu teruk yang dialami di seluruh kawasan Parlimen Kuala Krai, dari Manek Urai sampailah ke Bandar Kuala Krai. Di sepanjang jalan dari Manek Urai ke Kuala Krai, ratusan kalau bukan ribuan rumah kampung yang musnah. Keadaan di sana seolah-olah Kuala Krai telah dilanda tsunami yang besar, bukannya banjir.

Saya dimaklumkan oleh mangsa-mangsa di sana bahawa bekalan elektrik, air dan talian telekomunikasi telah terputus selama seminggu. Ramai yang terpaksa bergantung kepada air hujan untuk terus hidup. Saya menyeru pihak Tenaga Nasional Berhad untuk memberikan laporan terkini berkenaan status bekalan elektrik di Kelantan dan bilakah bekalan dapat disambung semula di seluruh negeri.

Saya sempat meninjau Bandar Kuala Krai sebelum pukul 8 malam pada hari Ahad yang lepas dan keadaan di bandar tersebut seolah-olah ia sebuah bandar terbengkalai yang telah ditinggalkan dan lumpuh sepenuhnya. Ada sebahagian kawasan di bandar yang masih ditenggalami air. Banyak struktur jambatan pula mengalami kerosakan teruk. Seluruh bandar gelap gelita dan di seluruh Kuala Krai, hanya terdapat sebuah stesen minyak yang masih dapat beroperasi.

Semasa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melawat Kelantan selepas pulang dari luar negara pada hari Sabtu lepas, beliau hanya sempat meninjau keadaan di Kelantan dari pandangan udara. Saya menyeru Perdana Menteri untuk turun ke Kuala Krai melalui jalan darat untuk melihat sendiri keadaan kemusnahan yang begitu teruk sekali.

Perdana Menteri telah mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM500 juta untuk membantu mangsa-mangsa banjir namun mekanisme pengagihan masih belum dimuktamadkan. Sekiranya RM500 juta ini diagihkan kepada lebih 220,000 mangsa banjir yang terpaksa dipindahkan, secara puratanya seorang mangsa hanya mendapat bantuan sebanyak RM2 ribu. Sudah tentunya, bantuan ini tidak mencukupi untuk membantu mangsa yang menghadapi kemusnahan rumah kediaman mereka.

Ini tidak mengambil kira lagi peruntukan kewangan yang diperlukan untuk membina semula jambatan yang runtuh, jalan raya yang rosak dan membaiki cerun-cerun yang menghadapi tanah runtuh. Sudah tentu, kos pembinaan semula memakan perbelanjaan ratusan juta ringgit. RM500 juta pun mungkin tidak mencukupi untuk menampung kos pembinaan semula di negeri Kelantan sahaja.

Justeru itu, di atas kapasiti saya sebagai Ketua Whip DAP, saya menggesa Perdana Menteri untuk mengadakan satu Sidang Khas Parlimen pada awal bulan Januari 2015 supaya Dewan Rakyat dapat membincangkan langkah-langkah khusus untuk membantu mangsa-mangsa banjir dan meluluskan Bajet Tambahan sekiranya perlu. Satu skim bantuan khas dan mekanisma untuk membantu mangsa untuk membina semula rumah kediaman mereka perlu dikaji dan dibincangkan oleh Ahli-ahli Parlimen.

Sidang khas ini juga dapat memberikan ruang kepada Ahli-ahli Parlimen terutamanya mereka yang mewakili kawasan-kawasan yang dibanjiri untuk menyuarakan pandangan dan pemasalahan di kawasan masing-masing. Walaupun kebanyakan kawasan yang terjejas dengan banjir kali ini tidak melibatkan kawasan-kawasan Parlimen yang diwakili oleh DAP, kami tetap prihatin dan memberikan sokongan penuh dan solidariti bersama semua mangsa yang terjejas.

Selain itu, Sidang Khas Parlimen akan memberikan satu peluang kepada kedua-dua pihak Kerajaan dan Pembangkang untuk menunjukkan bahawa kami Ahli-ahli Parlimen boleh mengenepikan sebarang perbezaan politik dan rakyat Malaysia yang kami wakili boleh bersolidariti dan bersatu-padu dalam menghadapi malapetaka ini seperti mana yang Parlimen Malaysia pernah tunjukkan dalam menangani krisis MH17 pada 23 Julai 2014. - HARAKAHDAILY 30/12/2014

Penulis ialah Ketua Whip DAP merangkap Ahli Parlimen Seremban.

Sumber HD - 30-12-2014

DAP lancar Tabung Bencana Banjir bantu mangsa

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: DAP melancarkan Tabung Bencana Banjir untuk membantu mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur dan negeri-negeri yang terjejas.

Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke berkata, ia sebagai tanda solidariti bersama ratusan ribu mangsa banjir di Pantai Timur dan negeri-negeri yang terjejas.

Katanya, tabung itu untuk mengutip derma daripada rakyat Malaysia untuk disalurkan kepada kawasan-kawasan yang terjejas teruk akibat daripada bencana banjir tahun ini yang merupakan antara yang paling serius dalam sejarah negara.

Sebagai permulaan, ujarnya DAP Pusat telah memutuskan untuk memperuntukkan RM10,000 untuk tabung tersebut.

"Semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri DAP di seluruh negara telah diarahkan untuk melancarkan kutipan derma daripada orang ramai di kawasan masing-masing pada hujung minggu ini juga," ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, semua wang yang dikutip melalui tabung itu akan disalurkan kepada kawasan-kawasan yang paling teruk terjejas mengikut keperluan.

Selain itu, ujar beliau sebuah trak dengan muatan satu kontena air mineral dan roti akan dikerahkan ke Gua Musang dan Kuala Krai pada hari Isnin, 29 Disember untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa di kawasan tersebut.

"Saya sendiri akan mengetuai misi tersebut ke Kelantan," katanya.

Beliau menambah, usaha berterusan sedang dijalankan untuk mendapatkan lebih banyak kontena untuk dikerahkan ke kawasan-kawasan yang serius terutamanya di negeri Kelantan. - HARAKAHDAILY 26/12/2014












































































































































































































Bekas Pengerusi SPR tahu ‘benda’ yang Zahid sebut?

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman harus membantu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya mempunyai maklumat dalaman mengenai rasuah peringkat tertinggi Umno.

Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang berkata Abdul Rashid pasti mempunyai maklumat tersebut, berikutan reaksi Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kepadanya bahawa ‘ada benda bekas Pengerusi SPR tidak dapat’, lapor Roketkini.

Abdul Rashid sebelum ini menggesa Datuk Seri Najib Razak berhenti berbohong kepada rakyat tentang keadaan sebenar kedudukan negara dan berlaku jujur kepada pemimpin Melayu.

Dalam kenyataannya minggu lalu Abdul Rashid menolak kepimpinan

Najib yang disifatkannya sebagai ‘rasuah’ dan menegaskan bahawa Umno BN berada di ‘ambang kematian’.

Malah dia turut mencadangkan Perkasa untuk ‘mengukuhkan usaha untuk menjadi sebuah badan politik yang akan memerintah negara ini’.

Zahid dalam reaksi kemudiannya menempelak Rashid, bahawa bekas Pengerusi SPR itu seharusnya membangkitkan pandangannya ketika masih berkhidmat dan bukannya selepas bersara daripada perkhidmatannya.

Namun tidak ada susulan penjelasan sama ada dari Rashid atau Zahid mengenai perkara yang dimaksudkan.

Lim berkata melihatkan ‘serangan’ terhadap Perdana Menteri, Abdul Rashid seolah-olah menunjukkan bahawa dia tahu mengenai rasuah peringkat tinggi kepimpinan Umno.

Justeru itu katanya, bekas Pengerusi SPR itu harus membantu SPRM dengan maklumat dalaman yang diketahuinya mengenai rasuah dalam kepimpinan tertinggi Umno, agar Malaysia boleh menyertai China dan Indonesia menangkap ‘harimau’ dan ‘buaya’ dalam perang melawan rasuah.

Sumber HD - 19-12-2014













































































































































































































Apa sebenarnya kerja yang DBKL buat?

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) nampaknya telah menjadi agensi penyumber luar (outsourcing agency) terbesar di Malaysia.

Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata, sama ada benar atau tidak, Datuk Bandar dan juga Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor.

"Mula-mula kita lihat pengurusan sampah disumberluarkan kepada Alam Flora. Kemudian kontrak pembetungan pula diberi kepada Indah Water," ujarnya dalam satu kenyataan.

Tandas awam pula, katanya dikawalselia oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Tambahnya, pembersihan sungai pula menjadi urusan syarikat swasta di bawah arahan Jabatan Perdana Menteri, kontrak Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu (ITIS) memantau aliran kesesakan dan kesalahan trafik pula didapat oleh Telekom Malaysia Bhd.

"Hal ehwal bil dan kutipan hasil pungutan daripada pengiklanan, serta lesen perniagaan dan komersial pula dipantau dan disimpan rekodnya oleh Oracle Synergy Sdn Bhd.
"Jadi apa sebenarnya kerja yang DBKL buat?" tanya beliau.

Justeru, katanya tidak hairanlah kenapa RM1.044 bilion yang merupakan 64.2% daripada belanjawan pengurusan DBKL berjumlah RM1.63 bilion bagi tahun hadapan akan dibelanjakan untuk perkhidmatan dan bekalan bermacam-macam kontraktor dan sub-kontraktor itu semua.

Selain daripada aktiviti berbasikal sebulan sekali pada hari tanpa kereta setiap pagi Ahad pertama setiap bulan, beliau ingin menggesa Tengku Adnan untuk menjelaskan kepada warga kota apa sebenarnya kerja DBKL setelah demikian banyak tugas-tugasnya disumberluarkan.

"Adakah tugas DBKL begitu picisan tarafnya setakat menukar nama jalan dan mengambil tindakan terhadap gelandangan?" soalnya lagi.

Bagi beliau, tidak masuk akal bagi DBKL mempunyai belanjawan RM2.44 bilion bagi tahun 2015 yang lebih tinggi sedikit berbanding belanjawan Selangor yang bernilai RM2.42 bilion walhal Selangor mesti melayani populasi 3.2 kali ganda lebih besar daripada Kuala Lumpur, dan kawasan perkhidmatannya pula meliputi seluas 33 kali ganda keluasan ibu kota. - HARAKAHDAILY 19/12/2014

RCI Sabah: Zahid hilang hak jadi pengerusi bersama

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak layak untuk menjadi pengerusi bersama Jawatankuasa Tetap seperti disyorkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai masalah pendatang asing tanpa izin di Sabah.

Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang berkata, ini kerana Zahid menyatakan bahawa ‘projek IC’ yang menjadi punca masalah 40 tahun di negeri itu tidak wujud.

Katanya, bagaimana Zahid boleh menjadi pengerusi bersama jawatankuasa tetap untuk bertindak terhadap dapatan RCI Sabah, padahal beliau bersikap berat sebelah dan menolak penemuan RCI paling penting mengenai ‘Projek IC’.

Lim dalam satu kenyataan berkata, dengan menegaskan ‘Projek IC’ tidak pernah wujud, Zahid menolak dapatan RCI Sabah dalam hal salah satu terma rujukannya yang paling penting.

Beliau mendedahkan bukti ‘Projek IC’ itu jelas dalam kandungan laporan tersebut, antaranya kenyataan Kee Dulkifli Kee Abdul Jalil seorang kerani pendaftaran yang bekerja dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Kota Kinabali pada tahun1994.

Difahamkan sekitar 40,000 kad pengenalan diproses dan ditandatangani empat orang pegawai dalam masa satu bulan, dan dilamina sebelum dibawa pulang ke Sabah untuk diambil pemegang yang sepatutnya.

Kata Lim lagi, pengakuan puluhan saksi dalam sisatan RCI Sabah menunjukkan wujud motif ‘Projek IC’ yang cuba dinafikan Zahid.

Tambahnya, laporan RCI turut mendapati pengakuan ramai bekas pegawai JPN itu yang menyokong keterangan masing-masing dalam butir-butir material dan mengakui keterlibatan mereka secara kolektif dalam sesetengah perincian, serta membuat tuduhan serius terhadap beberapa tokoh politik yang berpengaruh.

“Dalam hal ini, (Zahid) kehilangan hak untuk menjadi Pengerusi Bersama Jawatankuasa Tetap untuk bertindak ke atas dapatan RCI Sabah,” tegas Lim.

Sumber HD - 18-12-2014 















































































































































































































Umno berhak untuk kalah seperti Parti Kongres India

HARAKAHDAILY | .




SUBANG JAYA: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, Umno berhak untuk kalah seperti Parti Kongres India.

"Oleh itu, kita mesti menunjukkan urus tadbir yang baik dan bersih berbanding BN serta memberi faedah kepada rakyat," katanya dalam Ucapan Dasar Persidangan DAP, hari ini. (Foto atas oleh Roketkini.com)

Katanya, koalisi PR yang boleh menang mestilah mempunyai dasar jelas yang memenangi semua kumpulan etnik, terutamanya majoriti orang Melayu, seluruh Sabah dan Sarawak.

Justeru, beliau menyeru kepada semua pemimpin PR untuk menyahut cabaran bagi mewujudkan satu gabungan yang boleh menang.

Katanya, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri mengakui Umno akan kalah pada Pilihan raya Umum akan datang dengan hanya peralihan dua peratus undi.

“Dua peratus ini akan menyebabkan BN hilang kuasa dengan hanya memenangi 103 kerusi Parlimen,” katanya. - HARAKAHDAILY 14/12/2014


















































































































































































































LKS persoal Zahid lambat bertindak atas Mashitah

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Ekoran dakwaan Dr. Mashitah bahawa kononnya orang Cina di Kedah telah melakukan perbuatan membakar al-Quran ‘helai demi helai dalam satu upacara sembahyang’, DAP melalui beberapa ahli parlimennya telah membuat laporan polis bahawa dakwaan itu suatu fitnah.

Lim Kit Siang dalam satu kenyataan medianya mempersoalkan kenapa pihak Menteri Dalam Negeri telah gagal menepati janjinya bahawa pihak polis akan memulakan siasatan dalam jangka masa 24 jam sesuatu laporan dibuat terhadap seseorang individu berkaitan isu sensitif.

Lim juga menyatakan bahawa beliau telah melawat tempat kejadian dan telah bertemu dengan pemilik gerai dan orang ramai di kawasan untuk mendapatkan maklumat sebenar.

Berikut kenyataan penuh Lim Kit Siang.

Saya mahu bertemu dengan Zahid menjelang tamat tempoh 480 jam pada 18 Disember untuk mengetahui kenapa Menteri Dalam Negeri telah gagal menepati janjinya bahawa pihak polis akan memulakan siasatan dalam jangka masa 24 jam sesuatu laporan dibuat terhadap seseorang individu berkaitan isu sensitif.

Pemimpin dan perwakilan Umno bukan sahaja sudah hilang akal waras sepanjang berlangsungnya Perhimpunan Agung Umno minggu lalu, tetapi juga selepas ia selesai, sehinggakan menteri-menteri Umno tidak mampu menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan baik bukan hanya kepada Umno malah lebih penting lagi kepada negara dan rakyat Malaysia.

Saya mahu bertemu dengan Zahid menjelang tamat tempoh 480 jam pada 18 Disember untuk mengetahui kenapa Menteri Dalam Negeri telah gagal menepati janjinya bahawa pihak polis akan memulakan siasatan dalam jangka masa 24 jam sesuatu laporan dibuat terhadap seseorang individu berkaitan isu sensitif.

Sudah lebih seminggu sejak dua Ahli Parlimen DAP, Teo Nie Ching (Kulai) dan Kasthuri Patto (Batu Kawan), bersama setiausaha politik saya Dyana Sofya Mohd Daud dan aktivis DAP Syefura Othman membuat laporan polis terhadap bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim mengenai ucapan penuh kebenciannya di persidangan Wanita Umno yang boleh dikira berniat membangkitkan ketakutan antara kaum dan agama, ketegangan dan konflik dengan pembohongan besar kononnya orang Cina di Kedah telah melakukan perbuatan cemar membkar Al-Quran ‘helai demi helai dalam satu upacara sembahyang’.

Semalam, bersama-sama Ahli Parlimen DAP Zairil Khir Johari (Bukit Bendera), Steven Sim (Bukit Mertajam) dan Vincent Wu (Penolong Setiausaha Organisasi Kebangsaan), setiausaha politik saya Dyana Sofya beserta dua Adun DAP dari Kedah, Tan Kok Yew (Derga) dan Teoh Boon Kok @ Teoh Kai Kok (Kota Darul Aman) dan juga Adun PAS Kubang Rotan, Mohd Naasir Mustafa; saya telah melawat medan selera Taman Anggerik di Alor Setar, tempat di mana menurut Mashitah, perbuatan cela oleh masyarakat Cina itu kononnya dilakukan.

Dalam perbualan kami bersama pemilik gerai dan orang ramai di tempat tersebut, telah disahkan bahawa Mashitah benar-benar bersalah kerana telah mengeluarkan ucapan berbaur kebencian dengan mengada-adakan penipuan yang begitu berbahaya dalam sebuah masyarakat yang berbilang kaum dan agama kononnya orang Cina di tempat tersebut telah membakar Al-Quran ‘helai demi helai dalam satu upacara sembahyang’.

Insiden yang sedemikian itu tidak pernah berlaku, dan penemuan kami dalam misi pencarian fakta tersebut menyokong kenyataan yang dikeluarkan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir pada 24 November bahawa insiden di kawasan tersebut pada 20 November melibatkan seorang lelaki Melayu tidak siuman yang telah mengoyak-ngoyakkan Al-Quran. Beliau kini dirawat di wad psikiatrik. Tidak ada insiden orang Cina membakar Al-Quran ‘helai demi helai dalam satu upacara sembahyang’.

Sekiranya Zahid tidak senang hati dengan kenyataan Mukhriz dan juga penemuan kami dalam misi mencari kebenaran semalam, saya cadangkan beliau melawat medan selera Taman Anggerik dan mencari tahu tentang fakta kejadian tersebut.

Amat mengejutkan bahawa seorang bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri boleh menjadi begitu tidak bertanggungjawab menyebarkan ucapan kebencian sedemikian demi membangkitkan rasa tidak senang antara kaum dan agama, rasa tegang dan konflik; dan walaupun didepani fakta menggunung, Mashitah tetap tidak bersedia menarik balik penipuannya dan meminta maaf secara terbuka di atas ucapannya yang begitu tidak bertanggungjawab.

Tetapi apa yang lebih memeranjatkan ialah sikap membisu dan tidak bertindak para pemimpin Umno menunjukkan bahawa mereka bersedia bersekongkol dengan kesalahan Mashitah itu.

Mashitah bukanlah satu-satunya perwakilan Umno yang bersalah mengeluarkan ucapan berbaur kebencian dengan niat membangkitkan ketakutan sesama kaum dan agama, serta ketegangan dan konflik; kerana perwakilan Pulau Pinang Datuk Mohd Zaidi Mohd Said juga adalah seorang lagi yang telah secara serius menjejaskan keamanan dan keharmonian antara kaum dan agama di negara ini dengan ucapan kononnya kejayaan Pulau Pinang adalah disebabkan aktiviti haram dan jenayah secara terbuka yang dilakukan oleh orang Cina di negeri tersebut.

Berapa lama lagi Zahid perlukan sebelum pihak polis akan bertindak terhadap demikian banyak laporan polis yang telah dibuat terhadap Mashitah dan Zaidi? 48 jam, 96 jam, 240 jam atau 480 jam?

Saya akan memberi Zahid 480 jam, atau 20 hari sehingga 18 Disember sebelum saya meminta untuk bertemu dengannya untuk mengenalpasti apa sebabnya beliau gagal menunaikan janji bahawa pihak polis akan memulakan siasatan dalam masa 24 jam sesuatu laporan dibuat terhadap mana-mana individu yang bermain dengan isu sensitif. – HARAKAHDAILY 5/12/2014

Sumber HD - 5-12-2014

DAP pertimbang pinda perlembagaan parti

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Persidangan Kebangsaan DAP 2014 akan diadakan pada 14 Disember ini dan menimbang untuk meminda Perlembagaan parti.

Menurut Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Loke Siew Fook persidangan itu bertemakan 'Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing'.

"Intipati tema tersebut ialah solidariti bersama rakyat memandangkan masalah yang paling besar yang membelenggu rakyat Malaysia pada ketika ini ialah kos sara hidup yang semakin meningkat dan ketidakseimbangan pengagihan kekayaan negara hasil daripada dasar kerajaan Barisan Nasional," ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan DAP yang dipengerusikan beliau telah mengemukakan cadangan-cadangan pindaan kepada CEC dan CEC telah meluluskan cadangan-cadangan tersebut untuk dibentangkan dalam persidangan supaya dapat dipertimbangkan oleh para perwakilan.

Antara cadangan yang akan dibentangkan:

1) Keanggotaan Jawatankuasa Tatatertib ditambah dari 5 orang ke sekurang-kurangnya 10 orang (had maksimum 20 orang). Setiap prosiding tatatertib boleh dijalankan oleh sebuah panel yang terdiri daripada 3 ahli Jawatankuasa Tatatertib.

2) Pemilihan dalam Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) dinaikkan dari 20 orang ke 30 orang. Untuk menggalakkan lebih ramai penyertaan wanita dalam politik, kuota 30% dalam pemilihan tersebut diwajibkan untuk calon wanita. Dalam erti kata lain, CEC yang baru mesti mempunyai sekurang-kurangnya 9 pemimpin wanita. Selain itu, semua Pengerusi Negeri, Ketua DAPSY dan Ketua Wanita yang bukan ahli CEC akan dijadikan sebagai ex-officio dalam CEC.

3) Tempoh jawatan untuk semua Jawatankuasa Negeri dilanjutkan dari 2 tahun ke 3 tahun. Seseorang Pengerusi Negeri tidak boleh memegang jawatan lebih dari 3 penggal.

4) Struktur Jawatankuasa Perhubungan Kawasan Parlimen dirombak semula untuk memastikan keberkesanan fungsinya.

5) Tempoh jawatan untuk semua jawatankuasa cawangan dilanjutkan dari satu tahun ke dua tahun. - HARAKAHDAILY 4/12/2014

Sumber HD - 4-12-2014





















































































































































































































Who is actually giving false hope?

Dyana Sofya | .
UMNO Youth Chief Khairy Jamaluddin said on Saturday that DAP had given me false hope. He also said that I was a nobody who was made a somebody by the party, and that I was not chosen because I was “great”. He ended by saying that Puteri UMNO was far greater than me.

First of all, I am flattered by all the attention given to me at the UMNO General Assembly, despite the fact that I am not as “great” as Puteri UMNO.

Secondly, I think Khairy is simply living in denial if he thinks that the DAP is a party that gives “false hope” to young aspiring politicians. If anything, DAP has been extremely consistent in recognising young talents and giving them opportunities to participate in the mainstream of politics.

For example, the MP for Kulai, Teo Nie Ching, was first elected in 2008 when she was 27 years old. At present, the two youngest MPs in Parliament are from the DAP, Steven Sim Chee Keong and Zairil Khir Johari, both aged 32. We also have a number of state assemblymen in their 20s, such as Liow Cai Tung in Johor and Christina Chew in Sarawak. Even our senior leaders such as Lim Kit Siang, Lim Guan Eng and Teresa Kok had all contested when they were in their 20s.

Therefore, I fail to grasp the idea of “false hope” that the Minister of Youth and Sports is referring to. If anything, the DAP gives real opportunities to young talents who are capable and deserving. Hence, what Khairy calls “false hope” is actually true recognition by the party.

In contrast, did UMNO even field anyone under the age of 35 in the last General Election? With over 300,000 Puteri UMNO members who are supposedly greater than me, how many were actually given an opportunity to contest?

Instead of taking potshots and obsessing over DAP at their General Assembly, UMNO should instead ask themselves why they are unable to rejuvenate. Perhaps they should also be reminded of the fact that Tunku Abdul Rahman’s first Cabinet actually had a few ministers below the age of 35. What has happened to UMNO since then? The answer is obvious, none of their leaders are interested in relinquishing their grip on power.

Lastly, I would like to add that it is UMNO that has been giving false hope to the Malays by pretending to be their protector and torchbearer for over 50 years. While they claim that the survival of the Malay race is dependant on UMNO, the truth is that it is UMNO who cannot survive without the Malays and not the other way around.

Sumber HD - 2-12-2014

Masih kurang 30% beras bagi keperluan dalam negara

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Kerajaan sepatutnya memberi tumpuan yang lebih dalam menghasilkan makanan yang secukupnya supaya tidak terlalu bergantung dengan negara-negara lain.

Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar berkata, pergantungan yang keterlaluan terutamanya untuk mengimport makanan adalah tidak baik untuk masa hadapan negara.

"Lebih banyak kawasan pertanian padi harus dibuka di negeri-negeri potensi tinggi menghasilkan sumber makanan ini," ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, kerajaan juga harus mendorong anak-anak muda tanpa mengira agama dan bangsa untuk menceburi bidang pertanian terutamanya dalam menghasilkan makanan ruji.

Tambahnya, dalam mengejar arus pembangunan ke arah teknologi dan perindustrian dengan niat mencapai taraf negara maju pada tahun 2020, kita tidak boleh membelakangkan sektor pertanian yang menjadi tulang belakang negara kita sehingga hari ini.

Menurutnya, kalau dibandingkan dengan anggaran perbelanjaan tahun 2014, anggaran perbelanjaan mengurus untuk Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani telah berkurangan sedikit iaitu daripada RM4.36b kepada RM4.28b pada tahun 2015.

'Manakala perbelanjaan pembanguanan pula ditambahkan dari RM1.66b kepada RM1.78b pada tahun 2015. Ini merupakan satu trend yang baik dan perlu dikekalkan," ujarnya.

Katanya lagi, peruntukan untuk sektor ekonomi terutamanya untuk mengembangkan usaha-usaha pertanian dalam negara harus ditingkatkan lagi pada tahun-tahun hadapan kerana pertanian merupakan sektor utama pembekal makanan.

"Saya berpendapat Tahap Sara Diri (SSL) beras negara tidak patut dikekalkan pada 70%. Kementerian harus mengambil langkah-langkah yang berpatutan untuk meningkatkan SSL lebih daripada 70%," kata beliau.

Untuk itu, beliau merasakan peruntukan harus ditambahkan untuk melaksanakan segala usaha dan tindakan yang diambil untuk meningkatkan produktiviti beras negara.

Ini juga, tamba beliau akan mengurangkan kadar pengantungan negara kita kepada beras yang diimport.

Pada hari ini, katanya 2.16b tan metrik beras dikeluarkan oleh negara kita setiap tahun.
Justeru beliau bertanya apakah rancangan-rancangan kerajaan untuk meningkatkan produktiviti padi dalam jangka pendek dan jangka panjang.

Beliau telah membangkitkan isu itu dalam perbahasan Dewan Rakyat peringkat Jawatankuasa menimbangkan Rang Undang-undang Perbekalan Tahun 2015 berhubung dengan Kementerian Pertanian dan Industri Tani.

"Kerajaan patut memberi tumpuan yang lebih dalam menghasilkan makanan yang secukupnya supaya tidak terlalu bergantung dengan negara-negara lain," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 1/12/2014

Sumber HD - 1-12-2014























































































































































































































Telus perlu jadi asas utama penstrukturan semula MAS

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming berkata, prinsip ketelusan harus menjadi asas utama dalam penstrukturan semula Malaysia Airlines System (MAS) bagi memastikan ia mampu menamatkan kerugian.

Kelmarin, Parlimen meluluskan Rang Undang-undang Malaysia Airlines System Berhad (Pentadbiran) 2014 bagi melaksanakan penstrukturan semula syarikat itu.

RUU itu antaranya memberi kuasa meluas kepada pentadbiran baru atau ‘NewCo’ yang akan menggantikan MAS.

Mengulas isu itu kata beliau, kerajaan antaranya perlu membentangkan terma penstrukturan kewangannya kepada rakyat.

“Oleh kerana kedua-dua Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Pengarah Urusan Khazanah Tan Sri Azman Mokhtar mengatakan suntikan kewangan RM6 bilion dari kerajaan bukan ‘bail out’, namun terma penstrukturan kewangannya perlu dibentangkan.

“Contohnya pembayaran MAS kepada tiga syarikat; Assets Global Network Sdn Bhd, Penerbangan Malaysia Berhad dan Turus Pesawat Sdn Bhd yang berperanan membeli aset (kapal terbang dan bangunan) dan menyewanya kembali kepada MAS,” katanya dipetik Roketkini.

Ketiga-tiga syarikat itu menanggung hutang terkumpul berjumlah RM12.1 bilion yang dijamin kerajaan.

“Sebarang perubahan pembayaran oleh ‘NewCo’ akan memberi kesan kepada kewangan kerajaan, maka kerajaan perlu telus dan memaklumkan terma itu kepada rakyat,” katanya.

Selain itu, ujar beliau lagi, pentadbiran baru juga perlu memastikan rundingan semula terhadap kontrak sebelumnya diadakan dengan adil dan saksama.

Sumber HD - 29-11-2014

























































































































































































































Tak molek Khairy jadi macam samseng Kampung Dusun

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Pemuda DAPSY menyifatkan kenyataan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang mendakwa kaum bukan Melayu tidak menghormati perjanjian hanyalah retorik politik atas kelemahan diri sendiri.

Ketuanya, Teo Kok Seong berkata, jika benar kenyataan Khairy itu, beliau mencabar Menteri Belia dan Sukan itu menamakan secara terbuka pihak yang dikatakan ‘tidak menghormati perjanjian’.

“Amat memalukan jika beliau dengan mudah membuat dakwaan secara pukal kepada mana-mana pihak, hanya kerana mahu dilihat sebagai seorang hero Melayu,” kata Teo dalam satu kenyataan, semalam.

Dalam ucapan dasar pada persidangan Pemuda Umno kelmarin, Khairy berkata orang Melayu berkorban dengan memberi kerakyatan kepada bukan Melayu sewaktu negara mencapai kemerdekaan.

Kata Teo, apa jua isu yang berkaitan persoalan atau pertikaian, seharusnya tidak dianggap sebagai ‘tidak menghormati’ mana-mana pihak.

“Adalah lumrah bagi sesiapa pun untuk mempunyai perbezaan pendapat dan ia tidak harus dianggap sebagai sesuatu yang melanggar prinsip keadilan dan perlembagaan apatah lagi dilihat sebagai suatu ancaman,” katanya yang juga Ahli Parlimen Rasah.

Kata Teo, Pemuda DAPSY menjunjung dan menghormati prinsip keadilan dan Perlembagaan Persekutuan sebagai asas pembentukan Malaysia.

Tambahnya, Khairy seharusnya menghormati perjanjian di antara Kerajaan Persekutuan dengan negeri Sabah dan Sarawak dalam aspek pembangunan ekonomi dan sosial.

“Negeri-negeri ini seharusnya dilayan dengan adil dan penuh hormat. Namun sehingga kini, kedua-dua negeri yang kaya sumber alam ini tetapi lebih miskin berbanding negeri-negeri lain," katanya.

Baginya, tidak molek bagi Khairy untuk menjadi jaguh seakan-akan Shariff Dol samseng Kampung Dusun yang hanya tahu bertempik dan mencari salah pihak lain.

Sumber HD - 27-11-2014

Najib didesak jawab skandal 1MDB di parlimen esok

HARAKAHDAILY | .

KUALALUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak digesa membuktikan kewibawaannya dengan membuat kenyataan menteri di Parlimen, esok berhubung skandal 1MDB.

Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang berkata, tindakan Najib mengancam untuk mengenakan tindakan undang-undang terhadap Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dalam isu terbabit jelas bertujuan untuk mengelakkan diri, sekaligus menunjukkan kepada umum sikapnya yang tidak bertanggungjawab.

Katanya, Najib tidak harus memberikan contoh yang buruk kepada menteri lain dengan melarikan diri dari melaksanakan tanggungjawabnya.

"Beliau harus membuat kenyataan menteri di Parlimen bagi persoalan mengenai skandal 1MDB.

“Beliau wajar menjawab 11 persoalan yang masih kekal menjadi misteri dalam skandal berbilion ringgit ini,” katanya dipetik Roketkini.

Kit Siang membangkitkan 11 persoalan, antaranya merangkumi persoalan mengapa kerajaan mengeluarkan ‘surat sokongan’ bagi bon 1MDB bernilai USD3.0 bilion yang dikeluarkan pada Mac 2013, pembayaran purata lebih 10 peratus sebagai ‘komisen tertentu, bayaran dan perbelanjaan’ untuk mendapatkan pinjaman berjumlah USD3 bilion dan USD1.75 bilion pada Mei 2012.
Beliau juga menggesa Najib mengatur perdebatan penuh di Parlimen dalam isu terbabit.

“Walaupun sidang belanjawan parlimen berakhir 27 November ini, ia menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab Najib sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Pengerusi dan Lembaga Penasihat 1MDB apabila lari dan mengelak dari menjawab soalan yang begitu banyak,” ujarnya.

Sumber HD - 23-11-2014




























































































































































































































1BRIS: YTL untung, rakyat rugi

ZAIRIL KHIR JOHARI | .



SALAH satu perkara kontroversi yang dibangkitkan oleh Laporan Ketua Audit Negara adalah pemasangan 1BestariNet Receiver Integrated System, atau 1BRIS.

Bagi sekolah tanpa struktur LAN yang sesuai untuk jalur lebar berkelajuan tinggi, menara 1BRIS dipasang di premis itu untuk menerima dan menyampaikan isyarat tanpa wayar berkelajuan tinggi.

Sebagai sebahagian daripada proses ini, Kementerian telah mendapatkan input daripada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) berkenaan dengan kadar sewa yang sesuai untuk kontraktor, YTL. JPPH dalam surat bertarikh 14 Januari 2013
telah mengesyorkan sewa bulanan sebanyak RM1,200 bagi setiap tapak 1BRIS.

Walau bagaimanapun, YTL enggan membayar jumlah ini, malah menyatakan sebaliknya bahawa syarat-syarat kontrak membenarkan mereka untuk memasang menara secara percuma.

Selepas itu, pada 14 Februari 2014, Kementerian telah memutuskan untuk mengenakan sewa token sebanyak RM1,000 setahun bagi setiap tapak 1BRIS.

Berdasarkan jumlah yang baru ini, YTL membayar jumlah yang tertunggak, iaitu RM2,416.67 bagi setiap tapak dari 1 Mei 2012 hingga 30 Jun 2014, termasuk deposit tiga bulan.

Namun demikian, RM1,000 setahun adalah jauh berbeza daripada RM1,200 sebulan yang disyorkan oleh JPPH. Malah, Laporan Ketua Audit Negara menyatakan kadar tersebut adalah 'tidak munasabah'.

Dengan sebanyak 3,203 menara 1BRIS dipasang di seluruh negara ini, pendapatan sewa pada harga RM1,200 sebulan atau RM14,400 setahun adalah RM46.12 juta setahun. Pada masa ini, YTL hanya membayar RM3.2 juta setahun. Ini bersamaan dengan kerugian pendapatan sebanyak RM42.92 juta setahun bagi Kementerian.

Selain itu, Laporan Ketua Audit Negara juga mendapati berdasarkan kontrak yang dipersetujui antara Kementerian dan YTL, semua caj utiliti yang berkaitan dengan 1BestariNet dan 1BRIS adalah ditanggung oleh Kerajaan sepanjang tempoh kontrak,
sementara kontraktor hanya bertanggungjawab untuk kos yang berkaitan dengan pemasangan, penyelenggaraan dan pengurusan 1BRIS.

Ini adalah suatu kecuaian yang serius dalam perjanjian kontrak, seperti diakui pihak Kementerian dalam jawapannya kepada Pejabat Ketua Audit Negara bahawa pemasangan menara 1BRIS telah meningkatkan kos elektrik sekolah daripada RM150
hingga RM180 sebulan.

Bagi 3,203 tapak 1BRIS di seluruh negara, peningkatan caj elektrik adalah antara RM5.77 juta hingga RM6.92 juta setahun. Dengan kata lain, jumlah ini merupakan subsidi oleh Kerajaan untuk kepentingan YTL.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara, Kerajaan hanya melanggan perkhidmatan YTL dan tidak seharusnya dibebani dengan caj utiliti, yang sepatutnya menjadi sebahagian daripada kos operasi penyedia perkhidmatan.

Akibat kelemahan dalam kontrak 1BestariNet yang jelas berat sebelah, YTL akan memperolehi keuntungan hampir RM50 juta setahun. Selama tempoh masa 15 tahun projek ini, YTL bakal mendapat keuntungan tambahan sebanyak RM750 juta. Ini tidak termasuk keuntungan daripada penggunaan komersil menara 1BRIS.

Menurut laporan portal berita yang kini tidak berfungsi iaitu fz.com pada 10 Mei 2013, Pengarah YTL Yeoh Seok Hong dipetik sebagai berkata, "menara di sekolah-sekolah bukan sahaja akan menyediakan sambungan Internet tanpa wayar di sekolah, tetapi di sekitar kawasannya juga".

Dengan kata lain, menara 1BRIS juga akan menyediakan perkhidmatan komersial jalur lebar YES 4G kepada penduduk sekitarnya, sekaligus memungkinkan YTL untuk meraih keuntungan tambahan.

Kecuaian atau kronisme?

Adalah jelas bahawa YTL mendapat faedah yang ketara sementara pembayar cukai Malaysia akan kerugian.

Hanya ada dua penjelasan bagi kontrak yang berat sebelah ini. Sama ada Kerajaan dan peguamnya berlaku cuai kerana bersetuju dengan perjanjian tersebut, atau perjanjian itu telah dibentuk sedemikian rupa untuk menguntungkan syarikat kroni.

Bagaimana pun jawapannya, ia merupakan kebimbangan besar.

Dalam konteks ini, denda RM2.4 juta yang dikenakan Kementerian ke atas YTL kerana ketidakpatuhan jadual pemasangan infrastruktur sebenarnya tidak bermakna berbanding ratusan juta ringgit keuntungan yang bakal diperolehi YTL akibat kelemahan kontrak serta perkhidmatan Internet komersil, di samping apa-apa keuntungan daripada projek tersebut. - HARAKAHDAILY, 13/11/2014
_________________
Zairil Khir Johari ialah Ahli Parlimen Bukit Bendera dan Penolong Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan.

Sumber HD - 13-11-2014

Universiti jangan jadi tempat 'cuci otak’ mahasiswa

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Pentadbiran Universiti Malaya (UM) perlu menggugurkan dakwaan ke atas Fahmi Zainol jika tidak mahu dilihat sebagai cerminan kepada sikap Barisan Nasional yang hanya mahu mengawal dan ‘mencuci otak’ mahasiswa.

“Sedangkan sebagai mahasiswa dan generasi baru, mereka seharusnya dipupuk dan dibimbing untuk berfikiran kritikal agar berdiri sama tinggi seiring negara maju dalam usaha pencarian ilmu pengetahuan,” kata Lim Kit Siang dipetik Roketkini.

Sehubungan itu, Lim selaku Ketua Parlimen DAP melahirkan rasa kesal dengan pihak universiti yang mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Fahmi Zainol selaku Presiden Persatuan Mahasiswa UM dan lapan pelajar lain, kelmarin.

Mereka berdepan sembilan pertuduhan berhubung himpunan bersama Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, di hadapan Dewan Tunku Canselor pada 27 Oktober lalu.

Antara pertuduhan dikenakan ke atas Fahmi ialah menganjurkan perhimpunan melebihi lima orang tanpa kebenaran naib canselor dan menjalankan urusan yang ‘merosakkan atau memudaratkan kepentingan, kesejahteraan atau nama baik universiti’ di kampus.

Kit Siang dalam satu kenyataan sebelum ini berkata, pentadbiran UM seolah-olah ‘berdendam’ dengan pelajar dan ahli akademik yang mempunyai pandangan tidak sealiran, melalui tindakan mengunci pagar dan menghalang pengucapan awam di dalam kampus.

Tegas Ahli Parlimen Gelang Patah itu, langkah tersebut bukan sahaja tidak meningkatkan kedudukan universiti, ia malah mencemarkan reputasi Malaysia di mata masyarakat akademik dan pemerhati antarabangsa.

“Sistem pendidikan kita telah gagal untuk menghasilkan pelajar yang mempunyai pemikiran yang kritis. Maka, sudah tiba masanya untuk kita menggalakkan aktivisme mahasiswa yang cakna hal ehwal negara," ujarnya.

Menurut Lim, mahasiswa adalah golongan yang idealistik, dan generasi muda seperti itu wajar didorong untuk sentiasa prihatin terhadap urusan negara tanpa perlu pengaruh politik kepartian.

Sumber HD - 2-11-2014






























































































































































































































Who did 1MDB pay commission to?

Tony Pua | .

The 1Malaysia Development Berhad (1MDB) is infamous for its massive debt in excess of RM36 billion accumulated over a short span of only 4 years. Despite the sheer size of the debt, the company which is a wholly-owned subsidiary of the Ministry of Finance has been perpetually late in the submission of its financial accounts and has changed auditors twice since its inception in 2009.

What is lesser known is the fact 1MDB has also consistently overpaid financiers and unnamed intermediaries to raise these funds.

In the latest issue of The Edge, the weekly highlighted “1MDB’s habit of overpaying to raise money.”

In May 2012 and March 2013, 1MDB raised a 10-year loan of US$1.75 billion (RM5.6 billion) and a US$3 billion (RM9.6 billion) respectively.

What was shocking was the fact US$196 million (RM630 million) and US$283 million (RM906 million) were deducted for “certain commissions, fees and expenses”. These amounts worked out to a staggering 11.2% and 9.4% of the funds raised.

As demonstrated in the story, the standard fees payable to investment bankers for other entities and governments ranges only between 0.1% and 2%. Tenaga Nasional, for example, raised US$350 million by paying only 2% in fees and expenses. For larger fund-raising exercises such as by Penerbangan Malaysia Bhd, US$1 billion was raised with only 0.5% in fees and expenses. The Mexican and Uruguayan governments on the other hand, issued bonds amounting to US$3.9 billion and US$2.0 billion by deducting only 0.2% and 0.1% for fees and expenses respectively.

How is it that 1MDB, a wholly-owned Government subsidiary, chaired by none other than the Prime Minister, Dato’ Seri Najib Razak himself, have to incur such scandalous cost to raise these funds?

What was interesting was the fact that Goldman Sachs was the sole arranger for both the fund-raising exercises. A quick look at other fund-raising exercises for Equisar International Inc, Apple Inc and the Mexico Government where Goldman Sachs was involved showed that the fees and expenses amounted to 1.3%, 0.3% and 0.2% respectively.

Hence was 1MDB so idiotic then to be paying fees of 11.2% and 9.4%? Or was Goldman Sachs so unethical that it was charging 1MDB more than 10 times its average market rates? I would certainly like to think that 1MDB cannot be so idiotic, and neither could Goldman Sachs be so unethical.

Hence the question then arises, who where paid these “certain commissions” as stated in the fund-raising document?

Malaysians deserves to know the truth of the matter as these hundreds of millions of ringgit in commissions paid were from 1MDB which is wholly-owned by the Government. Dato’ Seri Najib Razak, who is also the Finance Minister must certainly come clean and be accountable for these “certain commissions” and not hide behind a veil of secrecy and evasive language.
In fact, we would like to challenge Dato’ Seri Najib Razak to prove the critics like us wrong, by fully disclosing the detailed breakdown of the specific receipients of the combined RM1.536 billion of “certain commission, fees and expenses” to prove that the above transactions are entirely above board.

Sumber HD - 27-10-2014

Awang Selamat: DAP akan heret Utusan ke mahkamah

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: DAP tidak akan teragak-agak untuk mengheret Utusan Malaysia ke mahkamah sekali lagi sekiranya meneruskan fitnah terhadap kredibiliti pimpinan pusat, tegas Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Loke Siew Fook.

Ini, ujarnya kerana Utusan Malaysia melalui ruang “Awang Selamat” meneruskan siri pembohongan dan fitnah berterusan terhadap DAP khasnya mengenai status pemilihan semula DAP pada 29 September 2013 lalu.

"Perlu ditegaskan bahawa Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang sedang menyaman Utusan Malaysia di atas fitnah yang dilemparkan dalam laporan Utusan kononnya Kit Siang memanipulasi pemilihan semula DAP," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Katanya, kes tersebut masih dalam pertimbangan mahkamah dan akan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada bulan Disember depan.

Katanya, dalam kolum “Awang Selamat” di Mingguan Malaysia hari ini, sekali lagi fitnah yang tidak berasas dilemparkan kononnya 120 cawangan yang belum mendaftar telah hadir dan mengundi dalam pemilihan semula CEC DAP pada 29 September 2013.

"Selaku Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, saya ingin menafikan sekeras-kerasnya tuduhan liar tersebut," tegasnya.

Beliau telah menyatakan berkali-kali bahawa senarai perwakilan yang layak untuk mengundi dalam pemilihan semula CEC DAP yang dijalankan dalam Kongres Khas pada 29 September 2013 adalah senarai yang sama yang digunapakai dalam pemilihan Kongres Kebangsaan DAP pada 15 Disember 2012.

Tambahnya, tidak ada sebarang perubahan dalam senarai perwakilan tersebut dalam pemilihan semula pada 29 September 2013 yang diarahkan oleh ROS.

"Malah, semua persoalan ini dan semua laporan yang dikehendaki oleh ROS telah pun dihantar kepada pegawai penyiasat ROS yang bertanggungjawab dalam kes ini," ujarnya lagi.

Katanya, angka 120 cawangan yang belum mendaftar yang dilemparkan oleh beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab sebenarnya adalah jumlah permohonan cawangan baru yang telah dihantar kepada ROS secara berperingkat sejak bulan Mei 2013 yang masih belum diluluskan oleh ROS.

"Cawangan-cawangan ini langsung tidak terlibat dengan pemilihan semula yang telah dijalankan pada 29 September 2013!" jelasnya yang juga Ahli Parlimen Seremban.

Beliau berkata, taktik Utusan Malaysia ialah mengulangi pembohongan dan fitnah mereka secara berterusan dengan mengharapkan apabila sesuatu pembohongan diulangi 100 kali, maka ada orang yang akan mempercayai bahawa tuduhan liar tersebut adalah benar.

"DAP tidak akan teragak-agak untuk mengheret Utusan Malaysia ke mahkamah sekali lagi sekiranya mereka meneruskan pembohongan dan fitnah terhadap kredibiliti pimpinan pusat DAP," tegas beliau. - HARAKAHDAILY 19/10/2014

Sumber HD - 19-10-2014


























































































































































































































Menghapuskan ketirisan, mengamalkan ketelusan

LOKE SIEW FOOK | .

DALAM pembentangan Bajet 2015 pada hari Jumaat yang lalu, YAB Perdana Menteri dengan megah mangatakan bahawa Malaysia ini terbina atas usaha Barisan Nasional dan walaupun mengalami pelbagai krisis dan dugaan mutahir ini, Malaysia melangkah gagah dengan banyak catatan pencapaian di peringkat global, antaranya:

Memperbaiki kedudukan dalam Laporan World Competitiveness Index 2014, menduduki tangga ke-12 daripada tangga ke-15 pada tahun sebelumnya. Kedudukan tersebut menunjukkan kita lebih kompetitif berbanding United Kingdom, Australia dan Finland;

Menduduki tangga ke-3 terbaik daripada 22 buah negara bagi penilaian Best Emerging Markets yang dikeluarkan oleh Blomberg;

Menduduki tangga ke-6 daripada 189 buah negara, dalam Laporan Ease of Doing Business oleh Bank Dunia, di mana kita menduduki tangga pertama dalam aspek mendapatkan kemudahan pembiayaan.

Apa yang menarik ialah, nampaknya YAB Perdana Menteri hanya berani menyatakan laporan-laporan atau indeks-indeks antarabangsa yang menunjukkan betapa Malaysia adalah sebuah negara yang “business-friendly” tetapi langsung mengenepikan dan mendiamkan diri dalam laporan-laporan dan indeks-indeks yang menunjukkan kedudukan Malaysia di persada antarabangsa dalam isu-isu integriti, kebebasan media, ketelusan, perang terhadap rasuah dan akauntabiliti.

Masalah kita pada hari ini bukannya Malaysia ini tidak “business-friendly” tetapi masalahnya ialah Malaysia dilihat sebagai “corruption-friendly”. Kalau YAB Perdana Menteri menggunakan 3 indeks untuk menunjukkan betapa hebatnya Malaysia di bawah pentadbiran BarisanNasional, saya juga ingin menggunakan 3 contoh indeks antarabangsa untuk membuktikan betapa teruknya pemerintahan Barisan Nasional, antaranya:

Dalam Indeks Perspesi Rasuah atau Corruption Perception Index yang dijalankan Transparency International, Malaysia menduduki tangga ke-53 daripada 177 buah negara. Kedudukan ini lebih teruk dari zaman Tun Dr Mahathir di mana pada tahun terakhir pentadbiran Tun Mahathir iaitu tahun 2003, Malaysia masih berada di kedudukan ke-37. Bukan itu sahaja, malah persepsi rasuah di Malaysia pada hari ini lebih teruk daripada negara-negara seperti Rwanda, Estonia dan Botswana yang mempunyai ranking yang lebih baik daripada Malaysia.
Dalam Laporan Global Financial Integrity, Malaysia menduduki tempat ke-4 dari segi jumlah kumulatif pengaliran keluar dana secara haram atau (illicit financial outflows) yang berjumlah USD370.38 billion di antara tahun 2002-2011.Ini bermakna aliran keluar wang haram dari Malaysia lebih hebat daripada negara-negara seperti Filipina, Nigeria dan Venezuela.
Dalam Laporan World Press Freedom Index 2014 yang dikeluarkan oleh Reporters Without Borders, Malaysia mendapat tempat ke-147 daripada 180 negara yang diselidik dari segi tahap kebebasan media mereka. Ini bermakna tahap kebebasan media di Malaysia lebih teruk daripada negara-negara seperti Myanmar, Ehthiopia, Burundi, Cameroon dan Mozambique.

Hasil Kerajaan

Masalah terbesar dalam Bajet Kerajaan Persekutuan bukannya kita kekurangan hasil tetapi pertambahan hasil yang sebesar mana pun tidak akan dapat menampung perbelanjaan yang tidak terkawal sekiranya tidak ada usaha untuk menutup lubang kebocoran kewangan negara akibat daripada ketirisan, pembaziran dan rasuah yang berleluasa dalam perbelanjaan sektor awam.

Hakikatnya, jumlah hasil yang dipungut oleh Kerajaan Persekutuan sentiasa meningkat dari tahun ke tahun walaupun sebelum GST dilaksanakan. Pada tahun 2000 semasa era pentadbiran Tun Dr Mahathir, jumlah hasil negara hanya RM61.8 billion. Pada tahun 2008, semasa era Tun Abdullah Badawi, hasil negara meningkat ke tahap RM159.8 billion. Pada tahun 2013, dalam era YAB Pekan, jumlah hasil negara mencecah RM213.3 billion! Tahun 2015, anggaran hasil Negara mencecah RM235.2 billion.

Kalau dilihat dalam tempoh 15 tahun ini, hasil negara telah meningkat lebih 3 kali ganda walauipun tanpa pelaksanaan GST. Tetapi dalam tempoh tersebut juga, kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan tidak pernah berimbang dan sentiasa mengalami defisit.

Hutang Negara

Perbelanjaan kerajaan yang tidak terkawal ini yang disebabkan oleh ketirisan, pembaziran dan rasuah menyebabkan hutang negara memuncak sehingga 54.7% KDNK atau RM540 billion pada tahun 2013 tanpa mengambil kira hutang yang dipinjam secara tidak langsung oleh Kerajaan atau “contingent liability” dan pinjaman-pinjaman yang dijamin oleh Kerajaan seperti hutang IMBD dan sebagainya.

Disebabkan pengurusan kewangan yang tidak berhemah selama ini dan perbelanjaan kerajaan yang tidak terkawal, setiap tahun kerajaan terpaksa meminjam untuk menampung defisit bajet Negara.Perbelanjaan untuk menampung hutang negara pula, terutamanya kos membayar faedah pinjaman dan lain-lain semakin meningkat.

Daripada RM10.92 billion pada tahun 2004, perbelanjaan kerana hutang negara telah mencecah RM24.4 billion pada tahun 2015. Bayangkan, kalau RM24 billion ini disalurkan untuk tujuan pembangunan, sudah tentu ramai rakyat di bawah yang menerima tempiasnya.

Ketirisan dalam Perbelanjaan

Sekiranya tidak ada usaha bersungguh-sungguh dan serius untuk menghapuskan ketirisan dan pembaziran daripada perbelanjaan kerajaan terutamanya untuk pembelian perkhidmatan dan perbekalan seperti yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara saban tahun, pengenalan GST dan pertambahan hasil daripada GST tidak akan sesekali menyelesaikan masalah defisit yang dihadapi oleh Kerajaan Persekutuan.

Pokoknya, kerajaan perlu mengamalkan dasar ketelusan, kebertanggungjawaban dan akauntabiliti dalam pengurusan kewangan negara dalam semua bentuk perbelanjaan yang melibatkan wang awam. Namun, janji-janji manis ini yang termaktub dalam GTP dan ETP tidak diterjemahkan dalam pelaksanaan dasar kerajaan.

Apakah kerajaan mengamalkan ketelusan dengan menggunakan pendekatan tender terbuka dalam semua pelaksanaan projek-projek mega kerajaan? Dalam pembentangan Jumaat lepas, YAB Perdana Menteri mengumumkan 7 projek pembinaan mega yang merangkumi 4 lebuh raya baru, projek MRT jajaran kedua, projek LRT fasa 3 dan menaik taraf landasan keretapi Pantai Timur. Nilai 7 projek ini sahaja mencecah RM48.25 billion.

Saya ingin bertanya kepada YAB, adakah projek-projek ini dianugerahkan melalui proses tender terbuka ataupun proses rundingan terus? Istilah “direct-nego” memang sinonim dengan Barisan Nasional. Mengapakah projek-projek yang memakan belanja yang begitu besar ini tidak ditender supaya memaksimakan nilai setiap ringgit yang dibelanjakan dan mengurangkan kos projek tersebut. Saya meminta pihak kerajaan menjawab satu persatu syarikat mana yang mendapat setiap projek yang diumumkan tersebut, butiran kosnya dan justifikasi mengapa syarikat tersebut dipilih?

Jabatan Perdana Menteri

Bukan sahaja tidak ada ketelusan dalam penganugerahan dalam projek-projek mega, malah banyak perbelanjaan dalam Jabatan Perdana Menteri yang bersifat “mengikut budi bicara” Perdana Menteri ataupun “discretionary spending” yang tidak ada unsur “check and balance” dan mudah disalahgunakan.

Saya mengambil beberapa contoh perbelanjaan dalam Jabatan Perdana Menteri yang tidak telus yang perlu dipersoalkan dalam Dewan yang mulia ini:

- Projek khas yang diperuntukkan RM1.61 billion
- Program pembangunan yang diperuntukkan RM1.1 billion
- Penyusunan semula masyarakat yang diperuntukan RM750 juta
- Projek Mesra Rakyat yang diperuntukkan RM670 juta
- Projek-projek kecil yang diperuntukkan RM300 juta

5 contoh ini sahaja memberikan satu “blank cheque” kepada Perdana Menteri yang bernilai RM4.43 billion. Apakah projek khas yang dimaksudkan, apakah program pembangunan yang disasarkan, bagaimanakah penyusunan semula masyarakat dijalankan, apakah projek yang memesrakan rakyat dan apakah projek-projek kecil yang akan dilaksanakan? Semua persoalan-persoalan ini dan butir-butir perancangan projek ini tidak dapat dipantau oleh Ahli-ahli Parlimen kerana kekurangan “political will” Barisan Nasional untuk mengamalkan ketelusan.

Bukankah pendekatan yang tidak telus seumpama ini yang akan mewujudkan ruang ketirisan, kebocoran dan rasuah? Mengapakah semua “kuasa perbelanjaan” atau “spending power” ini terletak dalam tangan Perdana Menteri? Saya menggesa supaya tujuan-tujuan perbelanjaan ini perlu dinyatakan secara telus dan perlu ada mekanisme untuk memantau semua perbelanjaan kerajaan dengan efektif.

Di Amerika Syarikat pun, Presiden Obama mewujudkan sebuah Suruhanjaya yang bernama National Commission on Fiscal Responsibility and Reform yang terdiri daripada Ahli-ahli Kongres secara bi-partisan untuk merangka strategi fiskal dan dasar baru untuk mengurangkan defisit bajet Kerajaan Amerika Syarikat dan hutang negaranya.

Select Committee untuk setiap Kementerian

Justeru itu, saya mengulangi pendirian kami bahawa sepatutnya Parlimen menubuhkan Jawatankuasa Terpilih secara tetap (Select Committee) untuk setiap kementerian supaya Ahli-ahli Parlimen dapat memainkan peranan “check and balance” yang lebih efektif untuk menghapuskan ketirisan dan rasuah dalam setiap Kementerian. Langkah ini sudah pasti mendapat sokongan padu daripada Pakatan Rakyat sekiranya YAB Perdana Menteri mempunyai “political will” untuk melaksanakannya.

Namun, apa yang berlaku sekarang dalam Parlimen adalah sebaliknya. Bukan sahaja Parlimen Malaysia tidak ada mekanisme “select committee” untuk memantau setiap kementerian, malah soalan-soalan Ahli-ahli Parlimen tidak dijawab secara serius.

Pada minggu lepas, saya telah mengemukakan beberapa soalan lisan kepada Jabatan Perdana Menteri mengenai butiran penerbangan dan kos yang terlibat dalam beberapa penerbangan yang melibatkan Perdana Menteri dan isterinya yang menggunakan pesawat khas milik kerajaan. Soalan-soalan ini ditanya kerana penerbangan-penerbangan ini melibatkan lawatan bukan rasmi seperti percutian Perdana Menteri di Eropoh pada awal bulan Ogos dan penerbangan isteri Perdana Menteri ke Padang, Indonesia untuk menerima anugerah darjah kebesaran.

Persoalan yang timbul ialah kewajaran dan kelayakan Perdana Menteri dan isterinya menggunakan pesawat kerajaan untuk lawatan peribadi. Dan lebih teruk lagi, kos yang terlibat dirahsiakan oleh YB Arau. Apakah peranan YB Arau dalam Parlimen ialah untuk melindungi Perdana Menteri dan isterinya daripada dipersoalkan?

Semasa kerajaan meminta rakyat supaya memahami perlunya tindakan kerajaan untuk merasionalisasikan subsidi dan menaikkan harga minyak, Putrajaya membelanjakan RM180 juta setahun untuk kos minyak dan penyelenggaraan beberapa pesawat khas untuk kegunaan Perdana Menteri dan beberapa VVIP kerajaan. Ini tidak termasuk lagi kos sewaan untuk pesawat-pesawat ini yang memakan berpuluh juta setiap tahun.

Bagaimana pemimpin negara boleh memahami masalah kesempitan hidup yang dialami oleh rakyat jelata akibat daripada kenaikan harga minyak dan cukai GST sekiranya mereka hidup secara begitu mewah dengan khazanah kekayaan negara sehingga bil elektrik di Seri Perdana pun mencecah RM2.5 juta setahun yang dibayar oleh pembayar cukai.

Kos Sara Hidup Rakyat

YAB Perdana Menteri mengatakan bahawa Kerajaan begitu prihatin dan memastikan pelaksanaan GST tidak membebankan rakyat. Maka penjualan runcit minyak RON95, diesel dan LPG diberikan pelepasan GST yang bernilai 6%. Cakap-cakap ini cukup indah tetapi rakyat Malaysia pada hari ini tidaklah mudah diperdaya dengan dakyah dan propaganda kerajaan kerana mereka sedar pada hakikatnya harga runcit RON95 telah pun dinaikkan sebanyak 10% seminggu sebelum pembentangan Bajet 2015. Ini taktik baru Barisan Nasional untuk memperdayakan rakyat. Percayalah….tak ada sesiapa yang percaya dengan dakyah kononnya kerajaan BN ni prihatin dengan rakyat.

YAB Pekan juga menyatakan 532 jenis barangan dalam basket of goods akan mengalami penurunan harga sehingga 4%. Peniaga-peniaga di Seremban mengatakan ini “angan-angan kosong” Jangan harap ia akan berlaku.

Hakikatnya, pengenaan cukai GST pada kadar 6% ditambah pula dengan kenaikan harga minyak merupakan faktor berkembar yang akan menyumbang kepada kadar inflasi yang tinggi. Kesimpulan ini tidak perlu dinyatakan oleh pakar ekonomi, peniaga warung kopi pun tahu jawapannya.

Kita tak perlu pergi ke jauh. Kafeteria untuk Ahli Parlimen di sebelah Dewan ini pun telah menaikkan harga sejak bermulanya sidang pada minggu lepas. Dulu, harga teh tarik, nescafe dan milo semuanya RM2 secawan. Sekarang, cawan yang sama besarnya telah dinaikkan harga sehingga RM3 secawan. Kenaikan harga 50%. Mengapakah YB Kuala Pilah tidak mengambil tindakan terhadap operator tersebut iaitu PWTC Catering? Siapa yang memiliki syarikat tersebut?

Tuntutan rakyat

Kos sara hidup rakyat Malaysia pada hari ini memang tinggi dan rata-rata kebanyakan pekerja yang berpendapatan sederhana dan rendah menuntut supaya kerajaan memainkan peranan dengan memastikan harga minyak tidak dinaikkan pada ketika harga minyak di pasaran global turun.

Janganlah pula Perdana Menteri memberitahu kepada rakyat “kalau nak buat tuntutan kepada kerajaan, janganlah sokong Pakatan Rakyat”.

Saya cukup kecewa dengan ucapan YAB Perdana Menteri di Perhimpunan Agung MCA pada pagi semalam di mana beliau berkata masyarakat Cina tidak boleh terus membuat tuntutan terhadap Barisan Nasional sekiranya mereka masih menyokong Pakatan Rakyat. Kenyataan tersebut sangat tidak bertanggungjawab dan tidak seharusnya keluar dari mulut pemimpin tertinggi negara.

Apakah Perdana Menteri tidak faham konsep utama dalam demokrasi ialah membenarkan rakyat untuk membuat pilihan mereka dalam pilihanraya? Hak dan kebebasan untuk memilih parti mana dan calon mana untuk mewakili mereka adalah sesuatu yang tidak boleh dipersoalkan dalam demokrasi.

Maka, adalah menjadi tanggungjawab parti yang membentuk kerajaan selepas pilihanraya untuk mentadbir negara dan berkhidmat untuk semua rakyat tanpa membalas dendam terhadap pengundi yang tidak menyokong mereka.

Sekiranya beliau tidak faham perkara yang begitu asas ini dalam demokrasi, janganlah memalukan diri sendiri dengan mengatakan beliau ingin menjadikan “Malaysia the best democracy in the world”!

Tambahan pula, saya ingin mengingatkan YAB Perdana Menteri bahawa yang tidak menyokong Barisan Nasional bukan sahaja di kalangan masyarakat Cina tetapi dalam Pilihanraya Umum ke-13, 52% pengundi Malaysia telah menolak Barisan Nasional. Sudah tentu jumlah pengundi masyarakat Cina tidak mencecah 52% dan jumlah ini melambangkan rakyat Malaysia dari pelbagai kaum dan agama yang bersatu menolak pentadbiran Barisan Nasional!

Saya nak tanya YAB Perdana Menteri apakah 52% rakyat Malaysia yang tidak menyokong Barisan Nasional ini juga tidak boleh membuat tuntutan daripada kerajaan? Kalau rakyat tidak boleh membuat tuntutan daripada kerajaan, apakah 52% rakyat ini dikecualikan daripada membayar sebarang cukai termasuk cukai GST?

Masyarakat Cina sama seperti dengan semua rakyat Malaysia bukannya meminta sedekah daripada kerajaan. Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk melaksanakan dasar yang adil kepada semua seperti memberikan peruntukan yang sama rata kepada semua aliran sekolah. Peruntukan RM50 juta untuk dibahagikan kepada lebih 1,200 SJKC yang puratanya tak sampai RM40,000 untuk sebuah sekolah seolah-olah “melepaskan batuk di tangga”.

Namun, yang lebih memalukan ialah parti komponen BN yang mengatakan dirinya mewakili masyarakat Cina iaitu Presiden MCA sendiri mengucapkan ribuan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri.

Orang putih kata, “It’s peanuts” ….”SHAME ON YOU, MCA!”

Pelancongan

Industri pelancongan memang memainkan peranan yang sangat penting dalam proses pembangunan negara. Industri tersebut bukan sahaja dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dalam pelbagai sector perkhidmatan malah ia merupakan satu penjana peluang pekerjaan yang cukup besar di kalangan rakyat Malaysia.

Saya mengucapkan syabas kepada YB Menteri Pelancongan dan Kebudayaan kerana kementeriannya diperuntukkan RM316 juta untuk melaksanakan pelbagai program bersempena dengan “Malaysia – Year of Festivals 2015”. Kami memang mengakui bahawa Menteri Pelancongan sekarang lebih mesra dan adil kepada negeri-negeri Pakatan Rakyat khasnya Pulau Pinang memandangkan Pulau Pinang merupakan sebuah negeri yang cukup penting dan strategik dalam pembangunan industri pelancongan negara.

Sikap yang adil, professional dan mesra merupakan ciri-ciri yang sangat penting untuk kita bersama-sama membawa industri pelancongan negara ke persada yang lebih tinggi. Marilah kita sama-sama “Think Tourism”.

Justeru itu, sukacita saya mencadangkan kepada YB Menteri supaya memperuntukkan RM22 juta daripada RM316 juta tersebut untuk mengadakan festival di setiap daripada 222 kawasan Parlimen di seluruh Malaysia. Saya mencadangkan setiap kawasan Parlimen diperuntukkan RM100 ribu dan Ahli Parlimen masing-masing dipertanggungjawabkan untuk menganjurkan Festival bersama masyarakat tempatan pada tahun 2015 untuk merakyatkan “Year of Festival”.

Setiap kawasan Parlimen ada keunikannya dari segi budaya dan warisan sejarahnya. Saya yakin keunikan dan penyertaan masyarakat di peringkat akar umbi dalam penganjuran sesuatu festival ini akan memberikan pengalaman yang berbeza dan menjadi tarikan kepada pelancong. Ia juga dapat menghidupkan semula pekan-pekan kecil di seluruh negara dan memberi impak ekonomi kepada masyarakat setempat. Jangan kita mewujudkan persepsi kepada pelancong asing bahawa Malaysia hanyalah berkenaan dengan Kuala Lumpur. Kita perlu menunjukkan kekayaan dalam kepelbagaian kita seiring dengan tagline “Malaysia truly Asia”.

Rakan saya YB Kluang telah menganjurkan Festival Kluang baru-baru ini dengan mempromosikan keindahan semula jadi di Gunung Lambak dan menghidupkan semula warisan-warisan lama di Bandar Kluang dengan melibatkan penyertaan komuniti setempat. Dengan adanya dana peruntukan, saya yakin Seremban boleh menganjurkan Festival Seremban dengan mempromosikan “siew pao halal”, Kuching boleh buat Festival Kuching dan lain-lain.

Untuk memajukan lagi sektor pelancongan negara, kerajaan perlu memberikan fokus untuk membangunkan sektor cruise tourism yang merupakan salah satu sektor yang telah dikenalpasti dalam Economic Transformation Program sebagai salah satu Entry Point Project (EPP). Walaupun Malaysia Cruise Council telah ditubuhkan untuk mengariskan dasar pembangunan sektor tersebut, namun masih belum ada tindakan yang holistik dan bersepadu di antara stakeholders terutamanya di antara Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Kementerian Pengangkutan dan kerajaan-kerajaan negeri yang terbabit.

Saya difahamkan bahawa Syarikat Perkapalan Royal Caribbean telah pun melabur untuk membina sebuah cruise terminal yang baru di Melaka dalam projek Melaka Gateway.

Namun, kerajaan persekutuan belum lagi memutuskan pelan pembangunan untuk Swettenham Pier yang mempunyai potensi untuk menjadi sebuah cruise terminal yang dapat menarik kemasukan ramai pelancong asing. Saya ingin bertanya kepada Kementerian Pengangkutan sama ada Penang Port Commission telah menyerahkan operasi Swettenham Pier kepada Seaport Terminal?

Saya mendapat maklumat bahawa sebuah konsortium antarabangsa mempunyai minat untuk melabur dalam pembangunan semula Swettenham Pier tetapi terdapat banyak halangan daripada pihak-pihak yang berkepentingan.

Memandangkan Swettenham Pier merupakan sebuah terminal yang strategik untuk pembangunan cruise tourism di Malaysia, saya menyeru Kerajaan supaya memangil tender untuk projek tersebut dalam kadar yang segera dan menganugerahkan projek tersebut kepada syarikat yang mempunyai pengalaman dan perancangan yang paling baik untuk memaksimakan pulangan kepada industri pelancongan negara.

Rencana di atas adalah ucapan Ahli Parlimen Seremban Loke Siew Fook dalam perbahasan Bajet 2015 di Dewan Rakyat pada Isnin, 13 Oktober 2014.

Sumber HD - 13-10-2014

Sebuah percintaan yang meragut nyawa

LIEW CHIN TONG | .

DI SINI lahirnya sebuah cinta. Percintaan kerajaan, bank, pemaju perumahan dan kelas pertengahan dengan budaya otomobil (kereta) kini dibayar dengan kenaikan harga minyak. Kita jugalah yang menderita lantaran kegagalan dasar awam ini, apabila kewujudan motorsikal di merata-rata tempat, dengan catatan rekod kematian jalan raya perkapita yang tertinggi di dunia.

Saya masih ingat satu kes di pusat perkhidmatan saya ketika baru terpilih sebagai ahli parlimen Bukit Bendera pada tahun 2008. Kes ini terpahat kemas dalam ingatan saya, sentiasa mengingatkan saya tentang betapa tingginya harga dan betapa deritanya psikologi yang perlu ditanggung lantaran kematian jalan raya.

Saya duduk di tengah-tengah, antara dua keluarga, untuk meredakan ketegangan emosi mereka. Salah satu keluarga kehilangan seorang anak dalam satu kemalangan jalan raya; dan keluarga yang satu lagi, anaknya adalah pemandu kereta yang melanggar anak keluarga tadi. Sesi tiga jam itu amat menyeksa dari segi emosi.

Sehingga 31 Disember 2013, terdapat 11.03 juta unit motorsikal berdaftar dan 10.48 juta unit kereta peribadi berdaftar. Seandainya kenderaan komersial dirangkumi, maka Malaysia mencatat sejumlah 23.71 juta unit kenderaan berdaftar.

Tahap pemilikan kereta peribadi telah mengatasi negara Eropah Barat yang lebih kaya, semakin dekat dengan Amerika Syarikat, Australia dan Kanada, negara besar yang lebih lama sejarah budaya keretanya.

Kesesakan trafik bukan sahaja berlaku di pusat bandar kapital. Malah bandar kecil seperti Kluang, kawasan parlimen saya sekarang - kini juga sarat dengan jumlah kereta peribadi yang meningkat. Pada tahun lalu, sejumlah 655,793 unit kereta baru didaftarkan, dengan 576,657 unit dimiliki secara peribadi dan selebihnya dimiliki secara komersial.

Pada peringkat nasional, terdapat peningkatan 35% kenderaan berdaftar di antara tahun 2007 dengan 2012. Dalam tempoh lima tahun yang sama, kenderaan berdaftar di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatat peningkatan setinggi 42%. Pada masa yang sama, angka unit motorsikal berdaftar yang lebih besar menunjukkan bahawa budaya kereta di Malaysia tidak memenuhi keperluan pengangkutan daripada golongan yang lebih miskin dalam negara.

Menurut laporan Keselamatan Jalan Raya tahun 2013 oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Malaysia mencatat kematian tertinggi di jalan raya setiap populasi 100,000 orang di dunia (India-18.9; Rusia-18.6; China-20.5; Malaysia-25). Penunggang motorsikal mencakupi 60% daripada kematian di jalan raya.


Wujudnya satu percintaan di antara penggubal dasar dengan industri kereta yang kompleks.

Kerajaan Malaysia telah memperuntukkan subsidi untuk minyak dan pembinaan lebuh raya, tetapi mengandaikan bahawa pengangkutan awam harus ditanggung oleh pengguna. Kerajaan masih tidak memahami idea bahawa pengangkutan awam seharusnya ditanggung oleh sektor awam.

Sehingga kini, lesen pengangkutan awam dilayan sebagai alat polisi untuk mengimplementasikan Dasar Ekonomi Baru, tetapi ia sering berakhir sebagai habitat yang menyuburkan kronisme.

Sejak Dr. Mahathir Mohamad mengambil alih kuasa pada tahun 1981, kerajaan telah menjadi watak utama dalam industri kereta. Kita mempunyai Dasar Otomotif Nasional, tetapi kita tidak mempunyai Dasar Pengangkutan Awam Nasional. Dengan angka kereta yang disasarkan Dasar Otomotif Nasional, iaitu penghasilan 1 juta unit setiap tahun, semua jalan raya akan menjadi ruang parking, memandangkan tiada lagi ruang untuk kereta bergerak.

"Pengurusan keperluan" tidak wujud dalam kamus mereka. Kesemua ini adalah pembekalan jalan raya dan lebuh raya, menyaksikan kepesatan pembinaan lebuh raya untuk memenuhi budaya otomobil.

Apabila pengangkutan awam dikemukakan, dengan cepat vendor menukarkannya kepada kontrak pembinaan yang besar-besaran, misalnya MRT Lembah Klang. Tiada orang yang secara serius, melihat bas itu sebagai pilihan.

Sektor bank pula sedang menunggu-nunggu untuk menawarkan lebih pinjaman untuk pembelian otomotif (yang dilihat sebagai selamat, konservatif, aset "baik"), yang akan saya ulas dalam artikel yang lain kelak.

Pelobi pemaju, kebanyakannya dimiliki syarikat GLC dan koporat pelaburan GLC, tidak sabar-sabar untuk mengembangkan bandar ke luar bandar tanpa kawalan, di mana konsep pembangunan sedemikian hanya boleh berjaya dengan syarat harga minyak yang murah, lebuh raya dan budaya otomobil.

Tiada orang yang bersungguh-sungguh untuk meneliti cadangan bahawa bas sebagai opsyen. Ini bukan sahaja kerana kita jatuh cinta dengan kereta, tetapi juga kerana ia tidak menawarkan kontrak pembinaan besar seperti MRT atau LRT. Tetapi MRT dan LRT tanpa sistem bas sebagai pelengkap juga gagal menyelesaikan masalah pengangkutan awam.

Masanya tiba untuk kita memikirkan sesuatu melangkaui budaya kereta apabila berdepan dengan pembinaan pengangkutan awam. Namun meleraikan industri yang berkenaan dengan kereta adalah sesuatu yang rumit - di mana tekad politik diperlukan - sesuatu yang paling kurang pada masa ini. - HARAKAHDAILY 10/10/2014

Liew Chin Tong ialah ahli parlimen Kluang, merangkap Pengarah Biro Pendidikan Politik DAP.

Sumber HD - 10-10-2014


























































































































































































































Is our education system producing top scorers who are mere bookworms?

Teresa Kok | .

It was reported in today’s media that the Deputy Education Minister Datuk Mary Yap said at a Kuching function yesterday that many top students including those with all As result had failed to gain admission into universalities because they had failed in their oral interviews.

She said that she had received a case report where a 10 A scorer, who wished to take up A level programme and applied for scholarship, did not even know the name of Malaysian Prime Minister when asked at the oral interview.

She further said that when the student was asked if he was prepared to return to serve in Malaysia upon graduation if scholarship was granted to him, the answer was no.

She said that oral interview is a very important part of the selection process and advised applicants to be well prepared for interview.

Top students failing to gain admission into their preferred courses at public universities has been a perennial issue. Although poor oral interview performance has always been cited by the authorities as a reason for this phenomenon, there has always been much public skepticism towards such an explanation.

As such, if the Education Ministry wants the public and students to accept the explanation, it should be more transparent and reveal more details how applicants have failed in their interview, rather than citing an extreme and isolated case.

However, if many top scores have failed their oral interviews just like the case cited by Mary Yap, where it is obvious that the student is a mere bookworm , then the Ministry must look into the bigger question of the weakness that exists in our education system—why is our education system producing top scorers who are bookworms?

The Education Minister Tan Sri Muhyiddin has said before about improving our education system and raising it to world class standard. How could this be achieved if many of our top scorers lack the basic general knowledge to do well in oral interview?

It has to be noted that Malaysia’s education weakness is not confined to just the secondary school level.

In a news report published two years ago, the following was reported:

“ Graduates emerging from the Malaysian education system fail to meet the expectations of prospective employers due to a lack of critical thinking skills and poor communication.

This has resulted in employers having to provide additional training to fit them into their respective job scopes. Many graduates also have to accept employment that does not correspond with their qualifications.

Malaysian-based education, human resource and recruitment consultants feel that there should be a sound foundation in critical thinking to be incorporated into the education system to prepare future generations for the employment market.”

Sufficient quality human power is necessary for a developed nation and the government must therefore ensure that the weaknesses in our education system, at both the secondary school and university levels, are effectively addressed and resolved.

Sumber HD - 4-10-2014  

Melayu mundur kerana Cina?

LIEW CHIN TONG | .

KEPADA semua ahli PAS yang bermuktamar di Johor, sekali lagi saya ucapkan selamat datang ke Johor Darul Takzim. Pada minggu lalu, saya telah menulis tentang betapa pentingnya untuk PAS memahami realiti politik di pantai barat Semenanjung Malaysia, terutamanya Johor. Matlamat menawan Putrajaya hanya boleh dicapai dengan memenangi kerusi-kerusi campuran (pelbagai kaum) di Johor secara khususnya, dan "middle ground" Melayu di pantai barat secara umumnya.

PAS mengadakan muktamarnya di Parit Raja, Batu Pahat, hanya 40 minit dari kawasan saya, iaitu Kluang. Maka saya mengambil kesempatan untuk menjemput rakan-rakan PAS untuk hadir ke program Pesta Kluang pada malam 19 dan 20 September.

Muktamar PAS kali ini semestinya menjadi tumpuan, lebih-lebih lagi dengan pertikaian yang tercetus lantaran krisis Selangor. Kocakan yang berlaku sekarang padahalnya pertembungan dua paradigma, satu situasi yang juga dialami DAP sekarang, apabila kita berada di persimpangan antara politik lama dengan politik baru.

Kita tersepit di antara perjuangan untuk kaum masing-masing dengan perjuangan untuk semua rakyat Malaysia. Kalau "agenda Melayu" tidak cukup untuk memikat PAS, maka disogok pula dengan "agenda Melayu-Islam". Namun kita perlu meneliti isu-isu ini secara lebih mendalam, sebelum menari mengikut rentak Umno.

Apa itu agenda Melayu? Untuk siapa? Matlamatnya apa? Barangkali ada juga yang mempersoalkan, bolehkah seorang bukan Melayu memperjuangkan nasib Melayu?

Namun kita perlu mengupas lagi, adakah perjuangan untuk peluang pekerjaan dan gaji itu agenda Melayu? Adakah penentangan GST itu agenda Melayu? Adakah penambahbaikan sistem pengangkutan awam itu agenda Melayu? Adakah perkhidmatan kesihatan awam juga agenda Melayu?

Saya hanya membincangkan isu peluang pekerjaan dan gaji dalam ruang yang terbatas ini. Isu seperti GST, kesihatan awam dan pengangkutan awam akan saya bincangkan pada masa akan datang.

Secara ringkasnya, seandainya kaum digunakan sebagai unit untuk perbincangan, maka Melayu menerima impak paling ketara lantaran pelaksanaan GST; anak muda Melayu adalah majoriti mangsa kemalangan motosikal (meninggal mahupun cedera parah) kerana tiadanya sistem pengangkutan awam yang baik; dan kebanyakan mereka yang berdepan dengan masalah perkhidmatan yang kurang berkesan (seperti ambulan yang datang lambat ketika kecemasan) adalah orang Melayu.

Ironinya, isu-isu ini tidak dianggap sebagai isu utama dalam politik Malaysia.

Dan pengamatan saya mendapati peluang pekerjaan untuk anak muda Melayu telah berkurang, malah gajinya pun rendah. Apakah sebabnya?

Faktor yang paling penting adalah kewujudan pekerja asing tanpa kemahiran. Statistik baru-baru ini menunjukkan bahawa negara kita mempunyai pekerja asing dengan izin seramai 2.4 juta orang. Tuhan sahaja yang tahu angka sebenar pekerja asing tanpa izin di Malaysia.

Saya bukan menentang kemasukan pekerja warga asing. Dari segi ekonomi, pakar-pakar luar atau pekerja asing yang berkemahiran biasanya boleh bantu "jump-start" sesuatu sektor yang tiada kemahiran tempatan. Tetapi seandainya McDonald’s, 7-eleven dan KFC pun mula mengupah pekerja asing, saya risau satu hari nanti semua anak muda Melayu terpaksa menjual burger di tepi jalan.

Anak Malaysia dididik sejak awal bahawa Tun Dr. Mahathir pun pernah menjual pisang goreng, dan Melayu yang paling hebat adalah Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary. Anak Malaysia dibuai dengan khayalan bahawa semua berpeluang menjadi kaya-raya seperti Tan Sri Syed Mokhtar dengan "bisnes". Apa yang tidak dimaklumkan kepada umum adalah beliau memperoleh kontrak besar-besaran daripada kerajaan dan boleh berhutang besar dengan bank tanpa diusik oleh bank - nasib yang tidak dikongsi dengan kita semua.

Kalau semua anak Melayu menjual burger atau nasi lemak, negara tidak akan maju ke mana-mana.

Kerajaan mengimport pekerja asing tanpa kemahiran dengan alasan bahawa pekerja tempatan tidak ingin bekerja di suasana 3D (dirty, dangerous, demeaning) - kotor, bahaya dan keji. Sudah tentu rakyat Malaysia enggan bekerja di kilang jikalau gajinya RM600 sebulan. Tetapi semestinya ramai yang akan bertimbang semula jikalau gaji bulanannya RM2000. Persoalannya bolehkah majikan membayar gaji RM2000 tanpa mengundang muflis? Memang ada kemungkinan itu. Tetapi, ekonomi yang sihat akan memperlihatkan petanda-petanda seperti kenaikan gaji, kemahiran dan produktiviti.

Seandainya pekerja asing tidak membanjiri pasaran, maka majikan terpaksa melabur dalam teknologi dan automasi yang memerlukan lebih ramai pekerja berkemahiran (dan bukan pekerja tanpa kemahiran). Lebih ramai pekerja terlatih dalam suasana yang lebih bergantung kepada teknologi, kemahiran dan automasi, sudah tentunya produktivitinya melonjak dan gaji yang lebih tinggi boleh ditanggung oleh majikan.

Soalan selanjutnya, mengapa kerajaan tidak mengambil pendekatan dasar sedemikian? Kerana pendekatan ini tidak menguntungkan kroni-kroni yang mendapat permit untuk membawa masuk pekerja asing. Itu sahaja. Siapakah kroni yang memegang permit-permit ini? Ramainya kroni Umno yang berketurunan Melayu.

Jadi, mengapa peluang pekerjaan dan gaji bukan agenda Melayu? Kerana agenda Melayu kita ini tertumpu kepada isu identiti sahaja. Mengikut hujah agenda Melayu sekarang, musuh Melayu itu Cina. Cinalah yang menjadi dalang di sebalik apa yang berlaku sekarang.

Sedar atau tidak, agenda ini terikut-ikut dengan rentak propaganda Umno, yang didendangkan Utusan Malaysia dan TV3 saban hari. Bagaimana kita mendapat jawapan yang betul untuk memperjuangkan nasib Melayu sedangkan kita terikut-ikut untuk menjawab soalan salah yang sengaja ditimbulkan musuh untuk mengelirukan keadaan? – HARAKAHDAILY 15/9/2014

*Liew Chin Tong ialah ahli parlimen Kluang, merangkap Pengarah Biro Pendidikan Politik DAP. Beliau oleh dihubungi dengan

Sumber HD - 15-9-2014


























































































































































































































Pendapatan RM5,900 sebulan: Kita tahu ia mengarut

STEVEN SIM | .
Lazim dikatakan bahawa ahli politik kerap menipu. Sebenarnya, ahli politik lebih kerap memberi kita statistik. Apa perbezaannya? Mark Twain memberitahu: “Terdapat tiga jenis penipuan; penipuan, penipuan celaka, dan statistik.”

Statistik terbaru yang ditayangkan dengan bangga oleh kerajaan Malaysia ialah laporan bahawa pendapatan isi rumah di negara kita telah melepasi RM5,900 sebulan. Perkara ini disebut oleh Datuk Seri Abdul Wahid Omar, bekas taukeh Maybank yang dilantik ke dalam Kabinet sebagai “Menteri Ekonomi”. (http://www.bernama.com/bernama/v7/newsindex.php?id=1066627)

Gerak hati kita tahu kenyataan tersebut mengarut. Kenapa?

Ini kerana ramai keluarga yang kita kenali, mungkin termasuk keluarga kita sendiri, tidak mempunyai pendapatan RM5,900 sebulan.

Ini kerana kerajaan sendiri telah mewar-war bahawa program BR1M telah memanfaatkan sebanyak 80% isi rumah di Malaysia. Berdasarkan syarat untuk menerima BR1M, iaitu pendapatan bulanan isi rumah mesti kurang daripada RM3,000 sebulan, maka bagaimana pula Menteri Ekonomi kata pendapat isi rumah sudah lebih RM5,900 sebulan sedangkan majoriti besar isi rumah menjadi penerima BR1M?

Ini kerana dalam sidang Parlimen yang lepas di September 2013, kerajaan dalam menjawab soalan saya menyatakan bahawa 82.5% orang muda Malaysia yang berumur 30 ke bawah, bergaji kurang daripada RM3,000 sebulan. Golongan ini merupakan satu pertiga daripada jumlah tenaga kerja di Malaysia.

Ini kerana mengikut laporan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2012 (PPRI/KA 2012), 40% terbawah (“bottom 40%) isi rumah Malaysia hanya berpendapatan kira-kira RM1,800 sebulan.

Tambahan pula, walaupun PPRI/KA 2012 melaporkan isi rumah Malaysia sudahpun berpendapatan RM5,000 sebulan pada tahun 2012, 50% daripada isi rumah Malaysia sebenarnya berpendapatan kurang daripada RM3,626 sebulan.

Bagaimana ini boleh terjadi?

Statistik, seni “putar belit” rasmi

(Kaveat: saya sebenarnya suka akan statistik kerana dengan penggunaan yang bertanggungjawab ia memberi perspektif berguna bagi memahami realiti)

Menteri Ekonomi menggunakan laporan PPRI/KA 2014 terbaru, yang masih tidak dimuatatas ke laman web Jabatan Statistik Malaysia. Maka, saya akan menggunakan laporan PPRI/KA 2012 untuk menunjukkan bagaimana pak menteri mempergunakan statistik bagi melakar gambaran yang “indah khabar dari rupa” tentang pendapatan kita.

Abdul Wahid menggunakan min pendapatan isi rumah untuk menunjukkan pendapatan isi rumah sudah mencapai RM5,900 sebulan. Sebenarnya dalam PPRI/KA 2012 yang saya sebut di atas, min pendapatan isi rumah sudah mencecah RM5,000 sebulan. Ini diperoleh daripada membahagikan jumlah keseluruhan pendapatan semua isi rumah dengan jumlah isi rumah tersebut; iaitu mengambil puratanya.

Kita sedia maklum cara ini berkesan sekiranya nilai-nilai dalam suatu set data cukup dekat dengan satu sama lain; dalam erti lain, cara ini berkesan sekiranya semua isi rumah yang dibanci mempunyai pendapatan yang lebih kurang sama. Sebaliknya, jika wujud satu atau dua nilai yang tinggi dalam set data tersebut, purata akan menjadi tidak tepat. Sebagai contoh: Jika diambil purata gaji Bill Gates dan beberapa orang pekerja bawahan yang lain, maka setiap satunya akan menjadi jutawan.

PPRI/KA 2012 juga melaporkan bahawa median pendapatan isi rumah di Malaysia hanya RM3,626. Median memberikan gambaran yang lebih tepat sekiranya set data mengandungi nilai-nilai yang amat berbeza antara satu sama lain. Set data tersebut dibahagikan kepada dua, nilai-nilai atas dan nilai-nilai bawah, dengan nilai median di tengah. Justeru, menurut laporan PPRI/KA 2012, separuh daripada isi rumah Malaysia sebenarnya berpendapatan kurang daripada RM3,626 sebulan, walaupun secara puratanya pendapatan adalah RM5,000 sebulan.

Kedua-dua merupakan statistik yang sah, jadi di mana masalahnya?

Masalah dengan “ketidakjujuran” ini bukannya kerajaan menipu kita, tapi kerajaan menipu diri sendiri. Apabila kerajaan telah berbangga dengan “pencapaian” tersebut, maka ia sekali gus gagal melihat keadaan seadanya dan usaha-usaha yang masih perlu dilaksanakan.

Dalam sidang parlimen pertama saya pada tahun 2013, Menteri Ekonomi yang sama dengan megahnya memaklumkan Dewan Rakyat, kerana kadar pengangguran berada di bawah paras 4%, maka mengikut ahli ekonomi John Maynard Keynes, Malaysia boleh dianggap mencapai penggajian penuh (“full employment”).

Sejak masa itu, saya telah berkali-kali menunjukkan bahawa perspektif “syok sendiri” sebegini telah membutakan kerajaan terhadap situasi penggajian yang benar dalam negara ini dan masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat Malaysia dalam sektor pekerjaan termasuk kadar pengangguran tinggi dalam kalangan anak muda, isu “underemployment”, amalan industri yang tidak adil, diskriminasi jantina di tempat kerja, kebergantungan tinggi Malaysia kepada pekerja migran berkemahiran rendah dan penghijrahan cerdik pandai (“brain drain”).

Justeru, dalam kes ini juga, sekiranya seorang pemimpin bertaraf Menteri Ekonomi mengatakan bahawa kita sudahpun berpendapatan RM5,900 sebulan, besar risikonya kerajaan akan terlepas pandang masalah sebenar: gaji rendah, kos hidup yang tinggi, hutang isi rumah dan hutang individu yang tinggi dan jurang pendapatan yang semakin melebar.

Biarpun banyak laporan menunjukkan pertumbuhan ekonomi, kita telah gagal dalam tempoh 20 tahun ini untuk mengecilkan jurang ketidaksamarataan.

Menurut Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni, Indeks Gini Coefficient Malaysia, yang mengukur ketidaksamarataan (0 bermaksud sama rata sempurna, 1 bermaksud tidak sama rata sempurna), adalah 0.431 pada tahun 2012 dan merupakan antara yang tertinggi di rantau ini, berbanding negara-negara seperti Thailand (0.4) dan Indonesia (0.37).

(http://www.thestar.com.my/business/business-news/2013/08/03/malaysias-income-distribution-inequality-still-high/)

Maka, masalah paling besar bercakap bohong bukannya orang lain akan percaya, tapi pembohong sendiri mempercayai bohong-bohongnya itu.

*Penulis merupakan Ahli Parlimen Bukit Mertajam

Sumber HD - 11-9-2014

DAP mohon maaf kepada Sultan Selangor

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: DAP hari ini membuat permohonan maaf kepada Sultan Selangor ekoran penzahiran rasa dukacita baginda terhadap parti itu yang hanya menghantar satu nama calon Menteri Besar Selangor yang baharu.

Dalam satu kenyataan, Setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng (gambar) berkata pihaknya memohon ampun kepada Tuanku kerana telah menyebabkan Tuanku merasa dukacita dengan tindakan DAP itu.

"Bagi pihak DAP, saya ingin memohon ampun kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor Daru Ehsan kerana telah menyebabkan Tuanku merasa dukacita terhadap keputusan parti DAP mengemukakan nama ADUN Kajang YB Datuk Seri Wan Azizah binti Wan Ismail sahaja sebagai calon YAB Menteri Besar Selangor yang baru," katanya.

Semalam, Istana Selangor menyifatkan tindakan PKR dan DAP yang hanya mengemukakan satu nama berhubung calon Menteri Besar Selangor yang baharu sebagai 'engkar' kepada arahan Sultan.

Dalam satu kenyataan, Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata tindakan kedua-dua pati itu yang menghantar hanya satu nama sama menggambarkan kebiadapan kepada institusi raja dan perbuatan derhaka kepada baginda.

Kenyataan itu menyebut, hanya parti PAS yang akur dengan titath DYMM Sultan Selangor dengan menyenaraikan tiga nama calon Menteri Besar Selangor.

Menurut Lim, keputusan DAP mengemukakan hanya nama Wan Azizah telah dicapai selepas rundingan dengan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa ia mengikut konvensyen yang dituruti sebelum ini berkaitan dengan lantikan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor pada 2013.

Ianya juga disertakan dengan sokongan bertulis daripada majoriti 30 daripada 56 Adun Selangor kepada Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor, dan kata sepakat (consensus) Pakatan Rakyat bahawa calon Menteri Besar Selangor adalah daripada PKR.

"DAP mengulangi kesetiaan kepada institusi Raja Berperlembagaan yang tidak berbelah bagi dan akan berunding dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang titah Tuanku DYMM Sultan Selangor yang terkandung dalam kenyataan akhbar oleh Setiausaha Sulit Tuanku," katanya. - HARAKAHDAILY 9/9/2014

Sumber HD - 9-9-2014
























































































































































































































Tunda kelulusan Pesta Kluang atas alasan politik

HARAKAHDAILY | .

KLUANG: Pesta Kluang dianjur oleh parti politik, demikianlah alasan yang diberikan oleh Majlis Perbandaran Kluang (MPK) untuk melengah-lengahkan proses kelulusan permohonan tapak Pesta Kluang, anjuran Pusat Komuniti Kluang (KCC).

Perkara tersebut telah menyulitkan kerja-kerja persediaan awal KCC dalam menjayakan Pesta Kluang yang akan berlangsung tidak sampai 10 hari lagi dari sekarang.

Walaupun KCC telah menyerahkan surat pemohonan kepada MPK dan telah melakukan pelbagai susulan sepanjang tiga bulan terakhir ini, namun masih gagal mendapat kelulusan.

Adun Mengkibol, Tan Hong Pin berkata, pihak penganjur telah menyerah pemohonan kelulusan kepada MPK pada 24 Jun 2014 yang lalu, tetapi permohonan tersebut tidak mendapat respons yang positif.

“Keadaan ini ternyata telah mensia-siakan masa kami. Walaupun saya telah hadir untuk berunding dengan MPK, pegawai MPK mencadangkan agar kami tidak menggunakan premis MPK dengan alasan kami adalah dari organisasi parti politik pembangkang.

“Selepas itu, pegawai MPK meminta saya berjumpa dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (SUK) tetapi tetap tidak membuahkan hasil. Malahan SUK menyatakan bahawa tiada kelulusan akan diberikan kepada sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh parti politik pembangkang.

“Tiga bulan telah berlalu dan segala usaha telah kami lakukan. Namun tiada perkembangan positif tentang permohonan kami. Ia benar-benar telah membazirkan masa yang kami ada. Apakah sebenarnya garis panduan MPK?” tanya Hong Pin pada satu sidang media di Pusat Komuniti Kluang.

Turut hadir dalam sidang media tersebut adalah Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong, Penyelaras Aktiviti Pesta Kluang, Sheikh Omar Ali dan Pow Chiao Yee.

Hong Pin berkata, kelewatan kelulusan MPK telah menyulitkan kerja-kerja persiapan Jawatankuasa Pesta Kluang.

“Pesta Kluang bertujuan untuk mempromosikan bakat kesenian dan membina kreativiti komuniti tempatan. Ia bakal disertai oleh penduduk Kluang sendiri secara sukarela.

“Aktiviti Pesta Kluang meliputi kebudayaan dan pensejarahan Kluang, kraftangan tradisional dan pembinaan komuniti. KCC hanya menyediakan platform untuk aktiviti-aktiviti tersebut.

“Kita bukan ingin menyusun program ceramah. MPK tidak seharusnya menggunakan alasan 'anjuran parti politik' untuk melengah-lengah permohonan kami,” ujarnya.

Justeru, Hong Pin berharap agar MPK dapat meluluskan permohonan dengan kadar segera kerana pihak penganjur telah menurut segala prosedur pemohonan.

Memandangkan kebanyakan aktiviti yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat di Johor telah mengalami kesulitan daripada pihak berkuasa tempatan, Chin Tong pula berharap Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dapat tampil untuk memberikan penjelasan.

“Pelbagai insiden seperti penangguhan kelulusan permit kepada program Pesta Kluang, perpindahan lokasi Muktamar PAS ke tempat lain serta Pemohonan Pesta Tanglung daripada Pusat Komuniti Johor Jaya tidak mendapat respons yang positif daripada pihak berkuasa tempatan.

“Kerajaan negeri mempunyai tanggungjawab dalam menyelia kerajaan tempatan. Justeru itu, saya meminta MB menjelaskan perkara tersebut,” katanya. - HARAKAHDAILY 6/9/2014

Sumber HD - 6-9-2014

'The year of living dangerously'

LIEW CHIN TONG | .

SEMPENA Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia, soalan yang ingin saya lontarkan kepada semua rakyat Malaysia adalah, benarkah Malaysia kini berada di ambang 'The Year of Living Dangerously' (Hidup penuh bahaya)?

Persoalan ini saya bangkitkan kerana kita sedar bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak lagi dapat mempertahankan populariti beliau di dalam parti serta dalam kalangan rakyat, terutamanya orang Malayu, manakala pencabar utama Barisan Nasional, iaitu Pakatan Rakyat dilihat seolah-olah kehilangan hala tuju.

Saya sengaja memilih tajuk bahasa Inggeris ini untuk mengaitkan keadaan di Indonesia dengan politik Malaysia masa kini. Biar saya jelaskan di sini.

Pertamanya, tentang sebuah buku, iaitu karya Adam Schwarz, “A nation in waiting” yang diterbitkan pertama kali pada awal tahun 1990-an. Walaupun ditulis sewaktu Presiden Suharto berkuasa mutlak, karya itu mendedahkan tentang kontradiksi politik yang serius. Indonesia pada masa itu semacam bom yang menanti untuk meletup.

Sedekad sebelum Pak Suharto ditumbangkan melalui gerakan reformasi pada 21 Mei 1998, Indonesia gagal dimajukan dari segi pendemokrasian dan pertumbuhan ekonomi. Ini adalah kerana kerangka kepimpinan regim Suharto sudah tidak lagi relevan tetapi kuasa yang dipegangnya menghalang penerokaan idea-idea baru untuk membaikpulih Indonesia.

Keduanya, sebuah filem yang bertajuk 'The Year of Living Dangerously' terbitan tahun 1982 yang dibintangi oleh Mel Gibson yang berasaskan novel dengan tajuk yang sama oleh Christopher Koch. Novel tersebut mengunakan sejarah kejatuhan Presiden Sukarno dari tampuk kuasa pada tahun 1965 sebagai latar belakang.

Tajuk The Year of Living Dangerously dipetik daripada ayat bahasa Itali yang digunakan oleh Sukarno “vivere pericoloso”, yang bermakna hidup dalam bahaya, yang menjadi tajuk ucapan Hari Kebangsaan Indonesia pada 1964. Pada tahun itu Indonesia sudah setahun melancarkan konfrontasi terhadap Malaysia kerana membantah apa yang didakwa sebagai komplot neo-kolonialisme Barat untuk menghancurkan Indonesia.

Kita di Malaysia perlu bertanya pada diri sendiri: Adakah setahun dari sekarang kita akan mengimbas balik dan berkata bahawa tahun ini tahun yang paling berbahaya kerana gagal mengendalikan kontradiksi yang menyebabkan kita terpaksa berdepan dengan kesannya sekarang?

Kenapa Khalid Samad, N. Surenden, Rafizi Ramli, RSN Rayer dan ahli-ahli politik Pakatan Rakyat lain didakwa di mahkamah atas Akta Hasutan yang sebelum ini Najib pernah memberi jaminan ia akan dihapuskan?

Sehingga Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menyatakan bahawa sewaktu pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad yang dikatakan lebih zalim, hanya Lim Guan Eng sahaja seorang Ahli Parlimen yang didakwa di bawah Akta Hasutan dan dijatuhkan hukuman. Kit Siang menggelar apa yang berlaku sekarang sebagai “era kuku besi baru Najib”.

Apa yang sedang berlaku sekarang mengingatkan kita kepada Ops Lalang pada 27 Oktober 1987 di mana ramai ahli politik pembangkang ditangkap dan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Ops Lalang berlaku selepas Dr Mahathir sebagai Presiden Umno hampir kalah dalam pemilihan parti pada April 1987 kepada Tengku Razaleigh Hamzah dengan majoriti 43 undi sahaja. Walaupun Dr. Mahathir menang, beliau hilang legitimasi. Beliau dianggap tidak kuat dan boleh dilontarkan pelbagai kritikan.

Kini kita berada di situasi yang sama. Najib agak lemah. Najib lebih lemah selepas “penarikan sokongan” oleh Dr. Mahathir. Sekarang, sesiapa pun dalam Umno boleh lontarkan kritikan terhadap Najib. Lebih parah kalau kritikan dilontarkan terhadap isteri beliau.

Untuk menghalang sesiapa dalam Umno melemahkan Najib, maka pentadbiran beliau kini mahu mengajar mereka yang berani. Maksudnya, ada harga yang perlu dibayar jika berani mengkritik dirinya atau kepimpinannya. Sesiapa yang membuat kritikan boleh diheret ke mahkamah atas dakwaan menghasut.

Dengan mendakwa para pemimpin Pakatan di mahkamah, Najib menghantar mesej kepada Umno bahawa beliau seorang yang tegas dan bukan pemimpin lemah seperti apa yang didakwa oleh Dr Mahathir.

Malangnya, dalam usaha untuk menunjukkan “kejantanan” beliau, Najib bukan sahaja menghapuskan apa sahaja ruang demokrasi yang sedia ada untuk pihak pembangkang tetapi juga membohongi rakyat yang dijanjikannya Malaysia yang lebih demokratik dan adil.

Najib telah mencari jalan yang sempit supaya untuk mengekal di tampuk kuasa. Beliau tidak bersedia menghadapi cabaran-cabaran dan kontradiksi yang sekian lama diabai, apa lagi mengubahnya. Beliau memilih jalan singkat untuk terus bergayut dengan kuasa.

Pihak Pakatan Rakyat pula mesti sedar bahawa walaupun Umno masih di tampuk kuasa, parti itu sebenarnya sudah lemah, malah parah di dalamnya. Janganlah kita pula yang memberi nafas baru kepada Umno. Kita dalam Pakatan Rakyat mesti faham Umnolah musuh kita bersama.

Kalau kita tidak tahu siapanya musuh kita, maka kita semua akan dimusnahkan oleh kezaliman, kekejaman dan kuku besi. Ingatlah, 27 tahun yang lalu pada 1987, ahli-ahli pembangkang dan aktivis sosial tidak ada agenda bersama, hanya pengalaman yang sama dalam Kamunting.

Hampir 30 tahun selepas itu, kita mesti mangambil ikhtibar bahawa kita perlu mempunyai agenda bersama untuk membawa negara kita mara ke arah kebaikan supaya ia lebih demokratik, lebih adil untuk semua.

Kita memang berada dalam The Year of Living Dangerously yang memerlukan kebijaksanaan semua, dan bukan dikalahkan oleh Umno dengan kezaliman dan kekejaman walaupun ia semakin lemah hati budinya.

Saya tetap berpegang kepada kata-kata bersatu teguh bercerai roboh. Inilah harapan kita semua rakyat Malaysia. – HARAKAHDAILY 5/9/2014

Sumber HD - 5-9-2014


























































































































































































































Attack on academic freedom should be condemned

Dr Ong Kian Ming, MP for Serdang | .
Yesterday, Professor Azmi Sharom, law professor at the University of Malaya was formally charged under Section 4(1)(b) and (c) of the Sedition Act 1948 for his comments in a Malay Mail online news article on the 14th of August, 2014. This is the section of the article in which he was quoted:
Citing the Perak case, law lecturer Assoc Prof Dr Azmi Sharom cautioned against such action outside the state assembly, and insisted the lawmakers wait until next sitting to indicate their lack of confidence.

“You don’t want a repeat of that, where a secret meeting took place,” the University of Malaya lecturer said, referring to the Perak crisis.

“I think what happened in Perak was legally wrong. The best thing to do is do it as legally and transparently as possible.”

Azmi said the open spectacle of a no-confidence motion would leave Khalid no choice but to resign from his post and possibly call for the dissolution of the state assembly,

“A vote by the house of representative should be done in the house of representative,” said Azmi.
(His quotes are in bold italics)

Professor Azmi was merely stating his academic opinion on what had transpired in Perak in 2009 which led to the fall of the then Pakatan Raykat state government. Many other stronger statements have been made by other academics, lawyers and former judges on the Perak episode and the High Court, Court of Appeal and Federal Court decisions which followed.

For example, distinguished constitutional scholar, Professor Andrew Harding, wrote the following:

But the decision that came down from the Federal Court on the contrary endorses the idea that the fate of the people’s Government can be settled behind the scenes according to who-knows-what secret communications and extraneous considerations which would prevent the voter (or even, in this case, the MB himself) from understanding what had happened and why, and what attitude he or she should take towards the events and the standing of the Government)

Emeritus Professor Shad Saleem Faruqi wrote the following:

The Judiciary has not come out of the Perak crisis well. When the case first reached the courts, a Judicial Commissioner gave judgements that deft understanding.

Constitutional Professor Kevin YL Tan wrote the following:

In my comment “The Perak Crisis: Keep Focused on the Real Issues”, I could not help but note the willingness with which the Court of Appeal Judges were prepared to overturn a trial judge’s findings of fact. The recounting of acts went on for pages on end, and lamentably, the Federal Court did the same thing… The Federal Court castigated the High Court Judge for being perverse in refusing to believe the evidence of the State Legal Adviser and the documentary evidence before him even though they were not present at the trial.

Former Court of Appeal judge, NH Chan, wrote the following:

The unconstitutional appointment of Zambry to the post makes him an imposter. This is a blatant unconstitutional exercise of a non-existent executive power by a pretentious constitutional monarch. Are we back to the days of the pretensions of King Charles I?
Lawyer, Amer Hamzah Arshad, wrote the following:

The difference in treatment between Zambry’s and Nizar’s applications are like heaven and hell. The delay on the part of the Court of Appeal to hear Nizar’s setting aside application, deliberate or otherwise, also provokes one to wonder whether there were hidden hands hell-bent on preventing Nizar from continuing to perform his duties as MB despite the High Court decision which was made a day earlier?

Lawyer, Art Harun, wrote the following:

In my humble view, and I say this with the greatest of respect to HRH the Sultan of Perak, the crisis in Perak was not caused by a lack of power. It was driven by a departure from conventions in the exercise of HRH’s discretion.

(All of the quotes above are taken from “Perak: A State of Crisis, Loyarburok Publications, Petaling Jaya, 2010”)

The quotes above illustrate the fact that lawyers, judges and former judges, and law professors can and will have very strong opinions on a constitutional issue that is as controversial as the events which transpired in Perak in February 2009 and the associated legal cases which occurred in its aftermath. The decisions made to allow the change in government in Perak were heavily criticized as were the basis of the judgements of the Court of Appeal and the Federal Court.

To charge Professor Azmi for expressing his academic opinion on the Perak issue in relation to the current political crisis in Selangor is mind boggling and a direct assault on academic freedom. If academics in Malaysia were to be targeted for expressing their academic opinions on controversial issues in the country, it would be akin to putting a muzzle on academia. This is a cowardly act and I condemn it in the strongest possible terms. I call on all others who value academic freedom, in and outside Malaysia, to do the same.

Sumber HD - 3-9-2014

IGP cannot treat Penang govt like an NGO, deny the state of its power

Steven Sim Chee Keong, MP for Bukit Mertajam | .

The Penang state executive council (EXCO), chaired by Chief Minister Lim Guan Eng had on 8 April 2009 approved the formation of the Pasukan Peronda Sukarela (PPS). EXCO members include ex officios such as the State Legal Advisor, appointed by the Attorney-General’s Office, who advises the Chief Minister on the legality of state actions. No question on the legality of PPS was raised from the time of its establishment until now.
The Penang state government is a government with the rights and power to make public policies which affect the local community. Hence, the EXCO being the executive branch of the state government has the rights and power to set up committees, bodies and groups which in its view may assist in the smooth running of the state and local authority. Thus, the Inspector General of Police (IGP) cannot treat the Penang state government like an NGO or a political party without such rights and power.
If the IGP views PPS as being illegal, then he is essentially stripping the Penang state government off its executive and public policy-making rights and power.
This is a dangerous precedence which will further render state governments in Malaysia powerless in the already imbalanced federation where power is highly centralised in the federal government.
PPS is already five years old, all its activities are public, why action now?
Secondly, PPS has been working well with PDRM all this while together with other voluntary patrol groups as part of the concept of community policing adopted by PDRM. There was no problem in the last five years, why such high-handed action on PPS now?
PPS is not a secret society, its activities are public and its community patrolling activities were notified to and acknowledged by PDRM, they are easily recognisable through their uniform, the state government has records of them, they are not authorised to carry weapons, and everything was done above board. If there was a problem, why didn’t PDRM inform the state government? Is there now a new campaign by the police to shut down and arrest all voluntary patrol groups not registered with ROS? Or is PPS the specific target because it was established by the state government of Penang?
Establish IPCMC to make officers like IGP accountable
Finally I want to reiterate here the urgent need to establish an Independent Police Complaints and Misconduct Commission (IPCMC) as proposed by the 2005 Tun Dzaiddin Royal Commission Report.
From Tan Sri Abdul Rahim Noor in the Dato Seri Anwar Ibrahim black eye incident, to Tan Sri Musa Hassan’s confession of Ministerial and political intervention in police operation, and now the various charges of abuse of power against Tan Sri Khalid Abu Bakar, It is high time we put senior police officers like the IGP accountable for his actions.
While the public should be accountable to the law of the land, PDRM especially senior officers should be accountable to the people being the taxpayers of this country.

Sumber HD - 3-9-2014


























































































































































































































Rakyat nak tahu, adakah kabinet Najib masih waras?

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia ingin mengetahui sama ada barisan kabinet pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih waras untuk mentadbir negara ini.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, mesyuarat kabinet menteri esok sangat penting, lebih-lebih lagi merupakan pertemuan pertama selepas sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-57 dan rakyat wajar berasa bimbang tentang hala tuju dan masa depan Malaysia.

Beliau merujuk ucapan tiga pemimpin Umno iaitu Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan, Menteri Pertanian & Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi sepanjang minggu lalu yang dengan dasar 1Malaysia yang diajukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Mohamad Hassan dilaporkan berkata dalam mesyuarat Umno bahagian Rembau dengan rekayasa pembohongan bahawa kononnya ‘tiga hari selepas pembangkang (Pakatan Rakyat) membentuk Kerajaan Persekutuan, agenda utama mesyuarat kabinet pertama adalah penyatuan semula Singapura dengan Malaysia.

Menurut Kit Siang, ucapan Mohamad Hassan ditambah dakwaan tidak masuk akal sama sekali bahawa kononnya penambahan 89 kerusi parlimen bukan Melayu aka dibuat tanpa meminda Perlembagaan Persekutuan di Parlimen.

Manakala kenyataan Ismail Sabri dalam ucapannya dalam mesyuarat Umno bahagian Gopeng bahawa orang Melayu di negara ini ‘sedang diserang’ dengan pemisahan ‘Melayu Umno’, ‘Melayu PAS ‘, ‘Melayu PKR’ dan ‘Melayu DAP’ justeru penting bahawa orang Melayu perlu bersatu semula seperti ketika negara hendak mencapai kemerdekaan.

Bagi Kit Siang, mengejutkan dan sukar dipercayai apabila Ismail mengucapkan kata-kata sedemikian yang bercanggah dengan dasar 1Malaysia Najib Razak untuk membina Malaysia di mana setiap rakyat perlu mengakui bahawa dirinya pertama sebagai rakyat Malaysia manakala bangsa, agama, wilayah dan status sosio-ekonomi kedua.

Manakala Zahid Hamidi dua hari selepas mesej merdeka Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan tidak bertanggungjawab ketila berucap di mesyuarat Umno bahagian Segambut apabila berkata bahawa ‘orang Melayu perlu membayar harga kerana berlaku baik kepada bukan Melayu’.

“Tidakkah Perdana Menteri memberi taklimat kepada barisan menteri tentang tema dan makna mesej merdekanya, supaya mereka tidak mengeluarkan kenyataan bercanggah dan meminggirkan Najib dengan perkara yang bertentangan?" tanya Kit Siang dalam satu kenyataan.

Katanya, ketiga-tiga ucapan di mesyuarat Umno bahagian oleh Menteri Besar Negeri Sembilan dan dua Menteri Kabinet adalah menghasut.

"Adakah Peguam Negara akan mendakwa mereka di bawah Akta Hasutan?" tanya Ahli Parlimen Gelang Patah itu lagi. - HARAKAHDAILY 2/9/2014

Sumber HD - 2-9-2014

Perubatan: Had ke IPTA kerana kolej swasta?

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Tindakan Kementerian Pendidikan membenarkan kolej perubatan swasta tumbuh terlalu banyak punca sebenar kurang tempat latihan di hospital sehingga tawaran jurusan itu di institut pengajian tinggi awam (IPTA) terpaksa dihadkan.

Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching berkata demikian menyangkal cadangan Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Wee Ka Siong untuk menambah tempat yang ditawarkan di IPTA, dengan harapan tiada pelajar cemerlang yang gagal menyambung pelajaran ke jurusan itu, lapor Roketkini.

Beliau berkata, cadangan itu sahaja tidak memadai untuk menyelesaikan masalah berkaitan, iaitu kurangnya tempat graduan perubatan menjalani latihan.

“Jika kita menambah jumlah pengambilan di IPTA untuk pelajar yang layak, bagaimana pula kita dapat beri jaminan bahawa mereka akan mendapat latihan mencukupi ketika menjadi doktor pelatih nanti,” katanya.

Beliau merujuk kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan P Kamalanathan bahawa jumlah tawaran dikurangkan untuk tahun ini kerana doktor pelatih sedia ada di hospital terlalu ramai sehingga ada yang ‘tidak diberikan apa-apa tugasan’.

Pada masa sama katanya, statistik “World Development Indicators: Health Systems” oleh Bank Dunia menunjukkan julat purata doktor per 1,000 orang bagi Malaysia hanyalah 1.2, berbanding 1.5 bagi seluruh dunia dan 1.8 bagi negara pendapatan sederhana.

Lebih buruk, julat purata katil hospital per 1,000 orang di Malaysia adalah 1.9, jauh lebih rendah berbanding di negara berpendapatan sederhana, iaitu 3.4.

“Maka kita perlu tanya diri sendiri, adakah terlalu ramai doktor di Malaysia, jawapannya tidak.

“Kita memang memerlukan lebih ramai doktor dan juga hospital,” katanya.

Maka katanya lagi, punca sebenar masalah yang berlaku adalah akibat kurangnya penyelarasan antara Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan.

“Sejak dari awal, Kementerian Pendidikan tidak sepatutnya membenarkan kolej perubatan tumbuh terlalu banyak tanpa menimbangkan keperluan Kementerian Kesihatan.

Kata Nie Ching akhirnya yang menjadi mangsa adalah pelajar cemerlang yang datang daripada keluarga berpendapatan rendah ekoran kekurangan tempat di IPTA.

Menurut jawapan Parlimen, terdapat sebelas institusi pengajian tinggi awam menawarkan ijazah perubatan dengan jumlah pelajar sebanyak 7,271 orang berbanding 10,558 pelajar di 22 institusi pengajian tinggi swasta.

Sumber HD - 29-8-2014


























































































































































































































Tol CIQ: PM, MB Johor mesti jawab tuduhan Nur Jazlan

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Sejak kenaikan mendadak tol sebanyak 480% pada 1 Ogos, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Besar Johor Datuk Seri Khaled Nordin belum lagi menjelaskan rasional keputusan tersebut kepada rakyat.

Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong berkata, Keputusan yang begitu penting tidak boleh dianggap sebagai keputusan pentadbiran tetapi keputusan politik yang memerlukan kepimpinan politik.

"Perdana Menteri dan Menteri Besar Johor tidak boleh mendiamkan diri dalam isu yang melibatkan kepentingan awam dan begitu serius sekali," ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, dalam rencana Datuk Nur Jazlan, Ahli Parlimen Pulai dan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara, berjudul “Putrajaya salah strategi isu kenaikan tol Tambak Johor” dalam The Malaysian Insider pada 4 dan 8 Ogos 2014, beliau membuat dua tuduhan:-

1. “Namun tanpa disangka, kenaikan tol di Tambak Johor dan Lebuhraya Penyuraian Timur (EDL) bertukar menjadi isu perkauman kerana ia dilihat lebih terkesan kepada masyarakat Cina yang lebih ramai bekerja di Singapura berbanding kaum lain termasuk orang Melayu.”

2. “Sebagai ahli Parlimen untuk semua kaum, saya berpendapat keputusan kerajaan menaikkan kadar tol berkenaan tanpa mengadakan rundingan dengan pihak berkepentingan termasuk saya sendiri selaku ahli Parlimen amat tidak menggambarkan konsep 'rakyat didahulukan'.”

"Dengan kata lain, Nur Jazlan menuduh bahawa keputusan untuk menaikkan tol CIQ oleh Kerajaan Pusat dan Kerajaan Johor dibuat dengan pemikiran dan penghitungan perkauman dan juga mendedahkan bahawa tiada rundingan dengan wakil rakyat Barisan Nasional mahupun wakil rakyat Umno sebelum keputusan dibuat," ujar Liew yang juga Ahli Parlimen Kluang.

Tambahnya, tuduhan tersebut adalah tuduhan serius dan sudah tiba masanya Perdana Menteri dan Menteri Besar Johor memberikan penjelasan dan mengambil tanggungjawab sebagai pemimpin negara dan negeri.

"Mendiamkan diri bukan sifat seorang pemimpin yang bertanggungjawab," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 9/8/2014

Sumber HD - 9-8-2014

FORUM : KRISIS SELANGOR - PR BERPPECAH?

https://www.youtube.com/watch?v=djAQ--K5Ltw


























































































































































































































Nak masuk..., “mana surat”?

LIEW CHIN TONG | .
RAKAN-RAKAN daripada Pakatan Rakyat di seluruh negara memaklumkan kepada saya bahawa mereka ditanya secara bergurau ‎ketika melawat bazar Ramadan di kawasan masing-masing, "Mana surat?" Tanpa kami sedari, lawatan ‎saya ke bazar Ramadan Kluang telah menjadi medan pertembungan antara politik lama dengan politik baru.

Insiden "mana surat" di bazar Ramadan Kluang menunjukkan bahawa sebahagian besar orang dalam Umno masih terkongkong dalam kerangka minda lama, iaitu "Umno itu kerajaan, kerajaan itu Umno" - tanpa mengambil kira hakikat bahawa Umno hanyalah salah satu parti politik seperti semua parti politik lain.


Dalam kerangka politik lama, ‎atas nama mempertahankan Melayu, "rent-seeking" (habuan tanpa perlu kerja) bukan sahaja berlaku di peringkat projek kroni secara besar-besaran, tetapi sewaan gerai bulan Ramadan juga sebahagian "rent" atau habuan yang enggan dilepaskan.

Bagaimanapun, pada masa yang sama, kita mengalu-alukan pemimpin Umno seperti Ketua Pemuda Umno Kluang, Dato' Khairul Anwar Rahmat yang bersedia berusaha menuju ke arah "politik baru".

Saya terpilih sebagai ahli Parlimen sejak tahun 2008, sudah tentu ini bukan kali pertama saya terlibat dalam upacara dan program ‎Ramadan. Tetapi apa yang berlaku pada tahun ini sememangnya paling "menarik" untuk saya. Bersama dengan Tan Hong Pin (Adun Mengkibol) dan Sheikh Omar Sheikh Ali, anak Kluang yang dahulunya bertugas sebagai pembantu di Sekretariat Pakatan Rakyat Pusat dan sekarangnya membantu saya di Pusat Komuniti Kluang, kami mengadakan lawatan ke bazar Ramadan pertama pada Isnin, 30 Jun di bandar Kluang.

Sebelum PRU13, Kluang, dan secara keseluruhan Johor, terutamanya kawasan separa bandar, adalah negeri dan kawasan-kawasan "deposit tetap" BN tanpa saingan sengit daripada pihak pembangkang.

Di kawasan separa bandar seperti Kluang, Umno dan parti-parti komponen BN menganggap mereka "parti kerajaan" dan menguruskan ‎pentadbiran seolah-olah pihak berkuasa tempatan dan agensi kerajaan lain adalah sebahagian daripada parti mereka.

Sehari sebelum Deepavali pada tahun 2013, saya telah dihalang masuk ke bazar Deepavali oleh pemimpin MIC Kluang atas sebab yang sama: bazaar tersebut ‎diuruskan oleh mereka dan saya tidak dibenarkan masuk walaupun saya tidak datang dengan sebarang bahan publisiti politik.

Kehadiran saya walaupun hanya untuk bersalam dengan penjaja dan pengunjung bazar tersebut cukup "gerun" buat parti MIC di Kluang, kerana mereka tidak pernah menghadapi parti lawan sebagai kawan di luar gelanggang politik. Dalam pengalaman mereka, MIC tidak boleh dicabar dan pembangkang adalah musuh yang mesti dimusnahkan. Hatta senyuman dan salam pemimpin politik Pakatan Rakyat tidak boleh disampaikan kepada orang ramai walaupun di tempat awam.

Tidak hairan apabila saya dan rakan-rakan dihalang dari bazar Ramadan Kluang kerana kami "sudah biasa!"

Psikologi ketakutan ahli Umno/MIC bahawa ‎ahli Pakatan Rakyat akan mendapat sokongan daripada kalangan pengundi Melayu dengan kunjungan semacam ini adalah tidak matang dalam pemahaman politik mereka. Padahal pengundi kita lebih "canggih" dan matang pemikiran mereka daripada tanggapan itu. Mereka tidak akan mengundi DAP hanya kerana ahli politik DAP melawat ‎bazar Ramadan.

Saya ingin merakamkan penghargaan saya kepada Khairul Anwar yang mengecam insiden tersebut dan menjemput YDP PAS Kawasan Kluang, Khairul Faizi Ahmad Kamil, Hong Pin dan rakan-rakan lain untuk mengedar buah kurma dan bubur lambuk bersama pada Ahad 6 Julai.

Dalam politik baru, parti lawan bukan musuh tetapi sahabat seperjuangan untuk Malaysia yang lebih baik, walaupun berbeza pandangan‎. Lantaran perbezaan pandangan, apa yang diperlukan adalah dialog dan pembahasan, bukan aksi halang-menghalang.

Saya mengalu-alukan tindakan Khairul Anwar dan harap lebih ramai ahli politik dalam Umno-BN berpolitik secara matang dan sebagai demokrat yang berebut-rebut untuk membawa dasar-dasar baik kepada rakyat dan bukan memonopoli kuasa (dan jalan awam) untuk parti sendiri.

Selepas lawatan bersama Khairul Anwar dan selepas kami berpisah, ahli Pemuda Umno si "mana surat" itu muncul sekali lagi dan meludah di hadapan saya. Saya juga dimaklumkan bahawa Khairul Anwar dikecam dalam partinya. Dua hari selepas lawatan bersama, pada 8 Julai, cat merah dilontar ke kereta Sheikh Omar.

Rasanya politik lama tidak bersedia berundur dari pentas walaupun majoriti rakyat Malaysia mendukung politik baru. Salah satu sebab politik lama tidak berundur kerana habuan dibawa oleh amalan politik mereka.

Di Johor dan di seluruh negara, amalan "rent-seeking" bukan sahaja berlaku di peringkat paling tinggi. Keuntungan penjaja gerai bazar Ramadan pun diintai ahli politik Umno di peringkat bawahan.

Di Kluang, bazar Ramadan yang terbesar diuruskan oleh "Yayasan Perbandaran Kluang" yang dipengerusikan oleh Exco Kanan Kerajaan Johor, Jais Sarday. Setiap majlis PBT di Johor diarah untuk menubuhkan ‎satu "yayasan" yang diuruskan oleh ahli politik Umno dan setiap majlis PBT diarah untuk menyumbang 1 peratus pendapatan tahunan kepada "yayasan" tersebut.

Sekiranya Majlis Perbandaran Kluang mendapat pendapatan daripada cukai pintu dan pendapatan lain sebanyak RM40 juta setahun, maka yayasan dipegang oleh ahli politik Umno itu akan mendapat dana sebanyak RM400,000 (selain daripada pendapatan daripada sewaan gerai bazar Ramadan).

Amalan semacam ini sebenarnya menghalalkan dana politik untuk pemimpin Umno dan juga menindas penjaja gerai yang berusaha untuk mendapat keuntungan yang halal dan agak sederhana. Politik lama kronisme dan "rent-seeking" perlu diakhiri bukan sahaja di peringkat atas tetapi juga peringkat perbandaran. – HARAKAHDAILY 21/7/2014

* Liew Chin Tong adalah ahli Parlimen Kluang, merangkap Pengarah Biro Pendidikan Politik DAP. Beliau oleh dihubungi di supportlct@liewchintong.com 

Sumber HD - 21-7-2014 

Minister should fulfil promise and allow MPs to visit halfway homes

Dr Ong Kian Ming | .

Last Sunday, on the 13th of July, Minister for Women, Family and Community Development, Dato Seri’ Rohani Abdul Karim said that “The perception spun is that we are about to catch them and put them in cells. That is not true. We don’t do that. Now we have the opposition parties wanting to go to Desa Bina Diri (centre for the homeless) in Sungai Buloh to see our facilities there because they think it is a cell. They are welcome to have a look.”

I had written to the Minister almost a month ago, on the 23rd of June, asking for an official visit for interested Members of Parliament. On the 7th of July, I got in touch with the Minister’s private secretary, Encik Reza-Rizvy Ahmad, and repeated this request. Until today, despite the Minister’s promise in the Star newspaper to welcome us – the opposition parties - to have a look, I have not receive any positive response from either the Minister or her private secretary.

The purpose of our visit is to ascertain the following:

(i) Whether the residents are being held against their will

(ii) Whether the residents are being given the necessary care to help them transition from homelessness. This would include access to mental health care professionals and proper medical treatment where necessary.

(iii) Whether the residents are being matched with suitable training and jobs, if they are able to work in the first place

(iv) Whether the residents have help to obtain proper documentation such as Identity Cards
(v) Whether the facilities at this DBD is adequate to house the residents

This visit is all the more necessary after it was reported that some of the residents at the Sungai Buloh DBD are being held against their will.Will the Minister live up to her promise of allowing opposition MPs to visit the Sungai Buloh DBD or will this be another example of a failed promise or janji tidak ditepati by the BN government?

Sumber HD - 17-7-2014


























































































































































































































Siapa lagi mahu masuk DAP?

HAMBALI AKRAM | .
SEBELUM fenomena Dyana, calon Melayu yang bertanding mewakili DAP dalam pilihan raya di Teluk Intan baru-baru lalu, telah ada wakil rakyat Melayu dalam DAP.

Cuma, penyertaan Dyana yang mewakili orang muda dan generasi baru anak Malaysia membuka lembaran baru dalam suasana politik di Malaysia. Terkini, seorang lagi sicantik manis menempa nama sebagai ahli baru Melayu DAP iaitu Young Syefura Othman, atau lebih mesra dipanggil Rara.

Tindakan mereka boleh dinilai daripada pelbagai sudut, namun penyertaan mereka ke dalam mana-mana parti politik bukanlah suatu perkara yang bertentangan dengan perlembagaan dan demokrasi kecuali dasar pasti tersebut hanya untuk kaum tertentu sahaja seperti Umno, MCA dan MIC.

Selain mereka, ramai lagi anak muda Melayu telah menyertai DAP – walaupun propaganda hebat Umno-BN yang menggelar DAP sebagai parti chauvinis Cina!

Dari sudut yang lain, dalam kerangka demokrasi, saya melihat perkembangan ini mungkin mengubah persepsi dan landskap politik tanah air.

Jika suatu hari nanti, parti DAP dikuasai oleh orang Melayu dan majoritinya orang Melayu, maka dengan sendirinya gelaran “parti chauvinis Cina” akan hilang.

Masa terus berputar dan fikiran manusia pastinya tidak statik. Siapa tahu apakah yang akan berlaku dalam politik Malaysia 50 tahun akan datang. HARAKAHDAILY 17/7/2014

Sumber HD - 17-7-2014

Maafkan kami

ZAIRIL KHIR JOHARI | .

Khas buat anggota pasukan keselamatan yang terkorban semasa menjalankan tugas di Sabah, termasuk di Pulau Mabul, Lahad Datu dan lain-lain lagi.

Maafkan kami

Pagi lebaran ini,
Ada anak tidak lagi bersalam dengan bapanya,
Ada isteri tidak dapat bermaafan dengan suaminya,
Ada ibu yang menangisi kehilangan,
Ada kekasih meratapi pemergian.

Pada anak yang menjadi yatim,
Isteri yang kini balu,
Ibu yang walang,
Kekasih luluh jiwa,
Sesungguhnya ayah,
suami
anak
dan cintamu
gugur sebagai bunga bangsa,
Demi pertahan tanah air dari dinoda.

Pada anak, isteri, ibu dan kekasih yang derita,

Kami pohon maaf,
Kerana ada antara kami,
Yang mengaku kononnya pejuang bangsa,
Tetapi mengkhianati pejuang negara.

Kami pohon maaf,
Kerana ada antara kami,
Atas nama rahsia negara,
Menggadai senjata semata demi harta.

Kami pohon maaf,
Kerana ada antara kami,
Menjadikan musuh sebagai sekutu,
Hingga derita anak semua bangsa.

Sesungguhnya,
Ada anak tidak kehilangan ayah,
Ada isteri tiada kematian suami,
Ada ibu tetap bersenang hati,
Ada kekasih yang sentiasa bahagia,
Andainya antara kami tiada mengkhianati amanah,
Andainya antara kami tiada rakus haloba,
Andainya antara kami tiada menjual pertiwi demi kerusi.

Maafkan kami.

ZAIRIL KHIR JOHARI
Ahli Parlimen Bukit Bendera
Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP

Sumber HD - 17-7-2014


























































































































































































































Ulang tahun ke-5 pemergian Beng Hock

LIM HONG SIANG | .

IBARAT buku dikoyakkan beberapa muka surat terakhirnya, kita gagal mengetahui kesudahannya meskipun berulang-kali menelaahnya. Tragedi kematian Teoh Beng Hock kekal sebagai misteri tanpa jawapan. Puas keluarga mendiang menyelak kepiluan sepanjang lima tahun ini, namun gagal dipertemukan dengan kebenaran.

Kes Beng Hock kini memasuki pusingan terakhir untuk menunggu keputusan Mahkamah Rayuan. Untuk media, sesuatu berita tidak bernilai seandainya hanya mengulangi kisah lama. Namun, apa yang kita tidak sedari, bahawa kepedihan yang sama diulangi keluarga mendiang sejak lima tahun lalu. Setiap kali perbicaraan berlangsung, setiap kali upacara peringatan diadakan, malah setiap kali wawancara dijalankan - keluarga Teoh terpaksa mengimbas semula kesedihan pemergian Beng Hock, ditusuk kezaliman yang dilakukan rejim ini.

Dengan mudah kita sebagai orang luar menasihati agar keluarganya "reda" dengan apa yang berlaku. Namun apakah ia semudah begitu? Kematian tanpa jawapan, tanpa kebenaran, malah tiada seorang pun yang memohon maaf ke atas kehilangan nyawa seseorang manusia. Dengan tegas adik Beng Hock, Teoh Lee Lan berkata, "Selagi tiada jawapan daripada kerajaan ini, kami tetap tidak akan reda!"

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Kita gagal membayangkan ketabahan keluarga Teoh sepanjang lima tahun ini. Lee Lan terharu apabila orang yang tidak dikenalinya sebelum ini datang menghulurkan bantuan tanpa syarat, terluka apabila sesetengah datang untuk mencemuh dan mencacinya. Atas helaian petisyen, mereka menulis ayat-ayat yang mengguris hati, seperti "Padan muka Beng Hock ditimpa mala petaka". Ada pula yang bertanya, "Berapa pampasan kau dapat?"

Dengan nada yang sebak, Lee Lan membalas, "Anda tidak tanya apakah pembunuh telah ditangkap, sebaliknya ditanya wang pampasan. Anda tidak terfikir, apakah keluarga saya mahu wang pampasan sebegini, seolah-olah wang adalah segala-galanya? Jika wang adalah segala-galanya, bolehkah saya membeli nyawa anak kau dengan wang?"

Demikianlah adegan-adegan yang tidak kita ketahui di sebalik tabir. Lee Lan tetap yakin bahawa kebenaran akan terbongkar suatu hari nanti, meskipun sedar bahawa kita sedang berdepan dengan sistem negara yang cukup bobrok. Daripada mana beliau memperoleh kekuatannya, sedangkan semakin lama semakin sukar kita temui contoh yang berjaya menegakkan keadilan. Daripada kes bunuh Altantuya hinggalah kes rogol-bunuh Chee Gaik Yap, Malaysia telah menjadi negara yang sarat dengan jenayah tanpa penjenayah.

Namun Lee Lan tetap menanam keyakinan dalam dirinya. Beliau terharu dengan apa yang diperkatakan mendiang Karpal Singh kepada anaknya. Ketika ditanya anaknya, apakah Karpal masih menaruh harapan sedangkan institusi kehakiman kita sudah bobrok sebegini rupa? Karpal sekadar menjawab, anda boleh menyatakan ketidakpuasan terhadap apa yang sedang berlaku, tetapi jangan sesekali hilang keyakinan anda.

Malah Lee Lan sendiri pernah bertanya kepada Gobind Singh, tidakkah anda kecewa apabila perlu berdepan dengan penghakiman yang tidak adil? Ringkas sahaja jawapan Gobind, meskipun kecewa, kena ada orang yang usahakannya juga.

Ketabahan Lee Lan menjadi "kedegilan" dari kaca mata masyarakat yang semakin leka. Namun Lee Lan mengambil iktibar daripada pengajaran lima tahun yang lalu. Beliau kesal sehingga hari ini, kerana ketidaksampaian untuk melakukan sesuatu bagi mengelakkan kematian Beng Hock. Seandainya sesiapa di sisi Beng Hock peka dengan risiko yang ada ketika Beng Hock dinafikan hak untuk bertemu dengan peguam, mungkin tragedi ini boleh dielakkan. Mereka mungkin memantau perkembangannya dengan lebih rapi, tidak memberi ruang untuk tragedi ini mengambil tempatnya.

Maka Lee Lan enggan pasrah sehingga dirinya melakukan segala yang terbaik untuk mencari kebenaran. Beliau pantang apabila dikatakan "sia-sia sahaja usaha anda, kerana mustahil anda menemui kebenaran".

Beliau menolak sokongan moral. Yang diperlukan adalah sokongan berbentuk tindakan. Lee Lan sedar dengan wujudnya andaian ini dan itu. Tetapi sebelum andaian bertukar menjadi kesimpulan, apa yang dipersoalkan adalah, "Anda boleh mengandaikan ini dan itu. Tetapi soalnya, adakah anda telah bertindak untuk menegakkan kebenaran?"

Lee Lan berterus-terang, bahawa masyarakat kita mudah lupa. Masyarakat ini hanya mampu mengkritik ini dan itu, tetapi merasakan dirinya tidak kesampaian untuk melakukan sesuatu yang lebih daripada mengkritik.

"Padahal kehadiran anda di mahkamah bukan untuk keluarga Teoh. Meskipun kebenaran ditemui suatu hari nanti, ia gagal mengembalikan nyawa abang saya. Kehadiran anda adalah sebagai tekanan untuk mendesak kerajaan, bahawa rakyat masih mengingati kes ini. Dan tekanan ini adalah untuk kebaikan kita yang masih hidup, kerana kitalah yang berpotensi untuk menjadi mangsa seterusnya seandainya kes sebegini tidak dipandang berat."

Kata-kata Lee Lan berasas. Masyarakat ini padahal menyedari taktik kerajaan untuk mengheret kes ini sebegitu lamanya. Taktiknya supaya kes ini menjadi dingin dan akhirnya hilang dari ingatan masyarakat. Namun masyarakat kita jugalah yang menjayakan taktik kerajaan, kerana sememangnya kita memilih untuk mudah lupa dan tidak lagi mendesak agar kematian dalam tahanan tidak berulang.

Tanggal 16 Julai 2014 menandakan ulang tahun kelima kematian misteri Beng Hock. Berapa lama lagi sanggup kita menunggu untuk keadilan ditegakkan? HARAKAHDAILY 16/7/2014

Sumber HD - 16-7-2014

MENDIANG YB WONG HO LENG (ARKITEK PERUBAHAN SARAWAK): MANTAN AP SIBU: 

https://www.youtube.com/watch?v=rOK2JnGMWOM

No comments:

Post a Comment