BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Friday, July 11, 2014

PAS DAN HALEHWAL JOHOR DARUL TAKZIM



Kemalangan maut: PAS Johor Bahru rakam takziah

HARAKAHDAILY | .



Awal pagi semalam, penduduk Johor Bahru khususnya dan negara umumnya dikejutkan dengan berita kemalangan maut yang melibatkan 8 orang kanak-kanak di Bandaraya Johor Bahru. PAS Johor Bahru ingin merakamkan ucapan takziah kepada ibu bapa dan keluarga yang terlibat serta didoakan agar ahli keluarga diberikan ketabahan dalam menghadapi peristiwa sedih ini.

Kemalangan yang berlaku ini perlulah diambil pengajaran oleh semua pihak agar ianya tidak berulang di masa hadapan. Ianya bukan untuk menuding jari mencari siapa yang bersalah tetapi mencari jalan dan nasihat agar ianya tidak berulang. PAS melihat bagaimana institusi kekeluargaan sudah semakin longgar di kalangan ahli masyarakat. Anak-anak dibiar berada di jalan-jalan raya selepas jam 12 malam. Dibiarkan oleh ibu bapa dan dibiarkan juga oleh masyarakat.

Justeru, PAS Johor merasakan sudah sampai masanya kerajaan merangka undang-undang menghalang kanak-kanak di bawah 15 tahun daripada berada di jalan-jalan raya atau premis- premis tertentu tanpa ditemani oleh penjaga selepas jam 9 malam. Akta perlindungan kanak-kanak perlu dipinda supaya golongan ini sentiasa mendapat perlindungan di tempat-tempat awam tersebut.

PAS Johor juga merasakan sudah sampai masanya Kerajaan Negeri Johor melaksanakan secara serius pembinaan lorong-lorong basikal di jalan-jalan sekitar bandaraya Johor Bahru. Ini bukan sahaja memberi kebaikan keselamatan malah merupakan satu usaha menggalakkan penduduk negeri ini mengamalkan budaya cara hidup yang sihat.

Apapun, sekali lagi PAS Johor ingin mengucapkan salam takziah kepada keluarga yang terlibat. Peristiwa kemalangan yang berlaku itu turut dirasai kesedihannya oleh kita semua.

“INILAH PENYELESAIAN KITA”

Dr Mohd Mazri Yahya
Yang Dipertua PAS Johor Bahru
Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor

Sumber HD - 19-2-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Mengapa zionis mahu menguasai dunia?

Adlan Mokhtaruddin | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kesatuan-fikrah/43714-mengapa-zionis-mahu-menguasai-dunia

Soalan ini tidak akan terjawab hanya dengan kajian fakta dan geopolitik semata, bahkan mesti mengkaji hadis akhir zaman yang disebut Ilmu Eskatalogi.

Terlalu bergantung pada info realistik depan mata khuatir kita menyangka hadis akhir zaman tidak relevan dan perancangan yahudi adalah retorik.

Begitu pula perihal membaca hadis akhir zaman, namun gagal membaca geopolitik semasa dan dapatan fakta sokongan, akan menjadikannya terawang-awang bahkan sampai peringkat paranoid. Tengok nasi lemak pun terbayang Dajjal.

Baca hadis akhir zaman, diserasikan dengan peristiwa zaman ini sepatutnya;

1. Menambah keinsafan bahawa Qiamat terlalu dekat.

2. Cuba mengelakkan dan mencegah kerosakan semampu kita.

3. Menambah keimanan perkara ghaib yang diwahyukan Allah dan sabdaan Baginda SAW bahawa ia akan berlaku pada bila-bila masa.

4. Menjadikan kita menambah amal soleh, melihat kekurangan untuk diperbaiki bersama.

5. Memahami bahawa musuh tidak akan berhenti merosakkan umat Islam dengan tipu daya yang dahysat.

6. Tidak memandang rendah kekuatan musuh, apatah lagi menambah parah kelemahan umat Islam.

Dan macam-macam lagi yang kita boleh hayati bersama. Setakat pembacaan dan perkongsian singkat bersama teman-teman yang dimuliakan Allah. (ulamasedunia.org)

Penulis merupakan tenaga pengajar di Maahad Tanwiriah, Johor dan juga merupakan bekas penuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir.

Sumber hD- 29-12-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

MAIJ sokong usul RUU355
Posted on Friday, November 25 @ 12:20:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32574&mode=thread&order=0&thold=0



JOHOR BAHRU - Majlis Agama Islam Johor (Maij) menyokong sepenuhnya usul RUU 355 bagi tujuan kemaslahatan dan kesejahteraan ummah.
Penasihatnya, Datuk Noh Gadut berkata, ia bukan sahaja dapat memartabatkan Islam, tetapi turut memberi keinsafan supaya mengawal umat Islam lebih istiqamah.

Menurutnya, RUU 355 juga beri manfaat kepada orang bukan Islam dalam soal menjaga ketenteraman.

“Saya sokong perkara ini kerana ia menegakkan keadilan, yang mana kelakuan jenayah dihukum setimpal, sekali gus mengawal orang Islam supaya berpegang teguh kepada agama.

“Ia juga memperkasa undang-undang syariah dan turut jamin hak kepada bukan Islam yang mana Islam tidak pernah memaksa kepada orang Islam sebaliknya ia dapat memberi keinsafan kepada umat Islam.

“Bukan setakat perkara enakmen sahaja, tetapi bangunan mahkamah syariah juga perlu diperkasa dan diberi keistimewaannya supaya setanding dengan mahkamah sivil. Pada pandangan saya, ia tidak memberi kerugian kerana orang bukan Islam boleh mendapat nikmatnya,” katanya sempena Majlis Ijtima’ Amil Agihan Zakat Maij yang disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif Maij, Md Rofiki A Shamsudin.

Hadir sama, Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin.

Justeru, Noh menggesa agar ahli parlimen menyokong usul tersebut tanpa mengira pegangan parti politik masing-masing.

“Kepada ahli parlimen khususnya yang beragama Islam, janganlah fikir soal politik, yang penting perkasakan agama Islam.

“Bagi yang bukan Islam pula perlulah memberi sokongan kerana ia menjamin dari segi ketenteraman,” katanya.

Sumber TKO - 25-11-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------







Kunjungan Pemuda PAS Johor ke pejabat mufti

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42760-kunjungan-pemuda-pas-johor-ke-pejabat-mufti

Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana telah mempermudah urusan delegasi Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) ke Pejabat Mufti Negeri Johor pada pagi tadi, 9 Oktober 2016.

Pertemuan yang berlangsung selama 2 jam itu, yang bermula dari 9 pagi telah berlangsung dengan penuh kemesraan dan ukhuwah yang baik. Delegasi DPPNJ diketuai oleh Ust Juwahir Amin selaku Ketua DPPNJ, bersama TKP DPPNJ, Ust Ahmad Nawfal Mahfodz yang bertindak sebagai Pengarah Task Force RUU355 DPPNJ, Faizal Rizal Abd Hamid (Setiausaha DPPNJ), Ust Abdul Hadi Harun (Penerangan) dan Ust Zarul Salleh (Dakwah).

Kami amat berbesar hati dan merakamkan jutaan penghargaan atas kesudian pihak Pejabat Mufti menerima kunjungan DPPNJ. Perbincangan dua hala ini tertumpu kepada lontaran pandangan dan cadangan berkenaan pindaan RUU355. Pihak Pejabat Mufti menerima baik pindaan tersebut atas dasar keperluan bagi memperkasakan Mahkamah Syariah.

DPPNJ menerima baik segala sumbang saran yang diberikan, terutama oleh Datuk Mufti sendiri; Sohibus Samahah Datuk Tahrir yang berpendirian "sekiranya terlaksa pindaan tersebut, tiada masalah untuk ia dilaksanakan di Negeri Johor".

Pejabat Mufti Negeri Johor diwakili oleh YB Datuk Mufti Negeri Johor sendiri; Sohibus Samahah Al-Fadhil Datuk Tahrir Kiyai Shamsudin. Turut bersama dalam pertemuan tersebut Timbalan Datuk Mufti, Kadi Besar, dan penolong pegawai yang berkenaan.

Semoga ia menjadi permulaan yang baik untuk kita terus bekerjasama seperti kenyataan Datuk Mufti dipetik berkata "Hati kita sama. Semoga kita akan terus bersama terutama dalam soal kedaulatan Islam".

AHMAD NAWFAL MAHFODZ
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
9 Oktober 2016 / 8 Muharram 1438 - HARAKAHDAILY 9/10/2016

Sumber HD - 9-10-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sejarah Sultan Johor dan Johor Military Force (JMF)
Posted on Friday, September 23 @ 15:26:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31783



Pada 11 Julai 2012 yang lalu, artikel CD bertajuk Polis diraja Johor mempersoalkan kewujudan Polis diraja Johor yang tidak diketahui tujuan penubuhannya - adakah di bawah Askar Timbalan Setia Negeri Johor atau dikenali sebagai Johor Military Force (JMF) atau adakah ditubuhkan sebagai polis bantuan yang dibenarkan di bawah penubuhan Akta Polis 1967 atau adakah hanya sebagai security guard?

Blog entry kali ini cuba membuat ulasan mengenai salah satu tulisan Uncleseekers bertajuk Sultan Johor Atau Kerabatnya? (Part 62) - Johor Military Force (JMF) Relevan atau Tidak? Ditegaskan sekali lagi, semua dakwaan Uncleseekers melalui artikel-artikel di blognya bukan semuanya benar dan bukan semuanya salah. Di dalam artikel berkenaan (yang ditulis melalui e-mail oleh Kamal Hisham mengenai JMF), dinyatakan JMF diwujudkan ekoran daripada kes Mighell v. the Sultan of Johore.

“Adakah betul JMF ditubuh hanya untuk menyelamatkan Sultan Johor yang telah disaman di England kerana melakukan pecah janji atau tak jujur pada janji nya kepada seorang wanita ? Ini berkaitan kes Mighell vs The Sultan of Johor? Adakah benar dari fakta kes itu, sudah pasti Sultan akan kalah kes , jadi dia cuba mengguna taktik berbelit sedikit iaitu mengunakan alasan ‘raja berkedaulatan atau sovereign’ sebagai cara lepaskan diri dari tindakan mahkamah - E-mail Kamal Hisham yang disiarkan dalam blog Unclessekers  image

Petikan akhbar Straits Times, 12 Disember 1893
Itu tidak benar! Kes tersebut dibicarakan pada tahun 1894, sedangkan JMF ditubuhkan pada tahun 1886 oleh Sultan Abu Bakar. Bermakna JMF ditubuhkan bukan disebabkan oleh kes Mighell v. Sultan of Johore (1894) 1 QB.

Mengikut akhbar Straits Times Weekly Issue, 12 December 1893 (muka surat 5), Albert Baker dan Jenny Mighell berkenalan pada bulan Ogos 1885. Walaupun kemudiannya Jenny Mighell mengetahui Albert Baker adalah seorang Maharaja, wanita itu masih menantikan Albert Baker selama 5 tahun. Hanya pada 30 Ogos 1893 Mighell membawa kes ini ke mahkamah. Akhirnya pada tahun 1894, Albert Baker terlepas daripada pengadilan kerana sebagai seorang Raja negeri-negeri Melayu, baginda adalah kebal dari sudut undang-undang.

Melihat daripada tarikh-tarikh tersebut jelas menunjukkan penubuhan JMF tiada kena-mengena dengan kes Mighell v. the Sultan of Johore seperti yang didakwa di dalam blog Uncleseekers.

Jadi, apakah alasannya JMF ditubuhkan?
Umum mengetahui keturunan Kesultanan Johor yang memerintah negeri Johor pada hari ini bukanlah waris kesultanan Johor yang sah. Mereka hanya berketurunan Temenggong, bermula dari Temenggung Daeng Ibrahim yang menggunakan tipu-helah dan muslihat untuk memerintah negeri Johor.
image

Si katik cuba mengingatkan rakyat Johor belajar sejarah. Harap dia pun tahu sejarah asal-usul nenek moyangnya hanyalah Temenggung Johor yang merampas takhta dengan tipu-helah dan muslihat bersama British
Temenggung Daeng Ibrahim dan kemudian anaknya Temenggung Abu Bakar merupakan pemerintah Johor de facto bukan bertaraf raja atau Sultan.

Untuk menjadi Sultan perlu mendapat pengikhtirafan dari Sultan-sultan yang berdaulat seperti Perak, Siak dan Lingga. Sebagai contoh Daeng Lumu ditabalkan menjadi Sultan Selangor yang pertama oleh Sultan Perak dan dihadiahkan sebahagian alat nobat Perak yang diwarisi dari Kesultanan Melayu Melaka untuk dijadikan alat kebesaran diraja Selangor. Begitu juga Bendahara Tun Zainal Abidin bin Tun Habib Abdul Majid diikhtiraf menjadi Sultan oleh Raja Pattani. Alat-alat kebesaran diraja Johor Lama semuanya disimpan di Pulau Penyengat oleh Engku Hamidah (isteri Sultan Mahmud Shah III) kerana tidak mahu ianya terlepas ke tangan lanun iaitu Temenggung yang ingin menjadi raja. Untuk menampakkan Temenggung Abu Bakar setaraf raja-raja di negeri Melayu yang lain, British menyarankan Temenggung Abu Bakar menggunakan gelaran Maharaja seperti raja-raja di India.

image
Nobat Kesultanan Johor Lama yang diberikan kepada Kesultanan Terengganu apabila Kesultanan Riau-Lingga runtuh. Nobat ini tidak diserahkan kepada keturunan Temenggong yang merajakan diri di Johor
Umum juga mengetahui JMF ditubuhkan ekoran daripada perjanjian Anglo-Johor Treaty 1885. British menasihati Sultan Johor untuk memiliki sebuah kekuatan tentera sendiri bagi melindungi institusi diraja dan juga negeri Johor. Selepas ini juga lah iaitu pada 1 Julai 1886, Maharaja Abu Bakar mula memakai gelaran Sultan.

Persoalannya, mengapakah British menasihati Maharaja Abu Bakar untuk memiliki tentera sendiri?
1. Serangan Si Bongkok terhadap Temenggung dan British 
Lagu rakyat negeri Johor "Tanjung Puteri” dikatakan dicipta sekitar tahun 1950an bukan sahaja menceritakan mengenai keindahan negeri Johor, tetapi terdapat perkara yang perlu dikaji sejarahnya. Dalam lirik lagu tersebut ada disebut “Pusara Si Bongkok di lereng bukit, di tepi pantai Tanjung Puteri”.
image
Pusara Si Bongkok yang hanya bernesankan sekeping papan diletakkan seorang lelaki pada 23 Januari 1981 selepas dia bermimpi didatangi Si Bongkok yang menyuruhnya menanda pusara berkenaan. Penulis novel sejarah, Abdul Latip Talib mengambil inisiatif sendiri untuk meletakkan nesan batu di pusara tersebut. Mana pergi kerajaan negeri?

Siapa Si Bongkok yang dimaksudkan? Si Bongkok memang nama asalnya manakala nama bapanya adalah Damak. Si Bongkok adalah merupakan seorang pahlawan Melayu yang menentang campur tangan British dalam pentadbiran dan ekonomi Johor dan juga menentang Temenggung Johor yang menjadi pemerintah de-facto Johor. Si Bongkok juga inginkan takhta kesultanan Johor yang ketika itu dikuasai Temenggung Daeng Ibrahim dikembalikan kepada pewaris asal iaitu Sultan Ali.

Si Bongkok dan pengikutnya menyerang kapal-kapal yang melalui perairan Johor untuk berdagang di pelabuhan Tanjung Puteri dan Singapura. Tindakan itu menyebabkan aktiviti perdagangan dan ekonomi di Tanjung Puteri dan Singapura semakin merosot. British dan Temenggung Ibrahim menghantar angkatan laut Johor diketuai Laksamana Daeng Alek untuk menyerang Si Bongkok.

Serangan demi serangan gagal untuk mengalahkan Si Bongkok. Paglima Putih yang merupakan adik Si Bongkok adalah pengikut kepada Temenggung Ibrahim. Dikatakan Si Bongkok dan Palima Putih mencintai gadis yang sama iaitu Tanjung, anak kepada Datuk Penggawa Timur. Berlaku pergelutan antara mereka berdua dan Si Bongkok terbunuh.

Ada sumber mengatakan dalam pergelutan tersebut Si Bongkok membunuh diri dengan menggunakan senjatanya kerana tidak sanggup untuk bergaduh dengan adiknya sendiri. Persoalannya benarkah Si Bongkok membunuh diri? Mungkin sengaja direka-reka oleh mereka yang membenci perjuangan Si Bongkok yang menentang British dan Temenggung Ibrahim.

Kisah Si Bongkok yang menentang Temenggung Ibrahim dan British ini kemungkinan berlaku sekitar tahun 1855 hingga 1877. Mengapa 1855? Kerana ini adalah tahun dimana pusat pentadbiran Johor dipindahkan dari Teluk Belanga, Singapura ke Tanjung Puteri. Dan 1877 adalah tahun dimana Sultan Ali mangkat. Penentangan Si Bongkok mungkin berlaku di dalam tempoh tersebut.

Si Bongkok seakan dilupakan sejarahnya tidak seperti pahlawan menentang penjajah yang lain seperti Dol Said, Tok Janggut, Datuk Bahaman dan lain-lain adalah keranaSi Bongkok bukan sahaja membenci penjajah tetapi turut membenci Temenggung yang merampas hak Kesultanan Johor yang sah. Dan keturunan Temenggung yang dibenci itu lah merupakan keturunan Kesultanan Johor pada hari ini.
image
2. Perang Jementah 

Perang Jementah berlaku disebabkan sikap imperialis Temenggung Ibrahim dan anaknya Temenggung Abu Bakar yang ingin meluaskan lagi kekuasaannya ke atas Muar-Kesang yang menjadi hak Sultan Ali dan keturunannya di bawah Perjanjian 10 Mac 1855. ***** sangat kah Sultan Ali yang hanya menerima Muar-Kesang sedangkan lain-lain daerah dikuasai Temenggung Ibrahim? Ini lah muslihat Temenggung Ibrahim dan British yang kononnya akan menjadikan Melaka sebagai kota pemerintahan baginda. Itu sebabnya Sultan Ali dibenarkan tinggal di Melaka dan mangkat di Umbai, Melaka.
image

Tengku Mahkota Muar jauh lebih handsome dari TMJ katik
Sejak itu Sultan Ali dikenali sebagai Sultan Muar. Sultan Ali meneruskan tradisi dengan mewakilkan Raja Temenggung Muar sebagai wakil Sultan dalam pemerintahan. Muar diberikan kuasa autonomi dan diperintah oleh Raja Temenggung Muar sejak zaman Sultan Ibrahim (1677–1685). Muar adalah anugerah Sultan Ibrahim kepada Sayyid Ibrahim sebagai mas kahwin semasa perkahwinan Sultan Ibrahim (ayahanda kepada Sultan Mahmud Mangkat Dijulang) dan adinda Sayyid Ibrahim. Keturunan Raja Temenggung Muar inilah yang memerintah Muar sehingga Maharaja Abu Bakar menjajah Muar-Kesang.

Sultan Ali mangkat di Umbai, Melaka pada tahun 1877. Bermula lah pertikaian diantara 2 putera - Tengku Mahmood dan Tengku Alam. Pembesar Muar-Kesang termasuk Raja Temenggung Muar memberi sokongan kepada Tengku Alam kerana beliau adalah putera sulung Sultan Ali dari isterinya bernama Daeng Siti iaitu anak pembesar Bugis. Disebabkan pertikaian ini, British menawarkan Maharaja Abu Bakar sebagai pemerintah sementara Muar-Kesang sehingga krisis diantara 2 putera itu berakhir.

Untuk mendapat persetujuan pembesar-pembesar di Muar-Kesang, satu undian di Kuala Kesang dibuat. Maharaja Abu Bakar dan British menggunakan tipu muslihat sekali lagi dengan membeli dan mengugut pembesar-pembesar Muar-Kesang supaya mengundi Maharaja Abu Bakar. Jadi, British pun menyerahkan pentadbiran wilayah Muar-Kesang kepada Maharaja Abu Bakar.

Ini menyebabkan Tengku Alam tidak berpuas hati dan akhirnya tercetuslah Perang Jementah pada 25 Oktober 1879. Dengan sokongan British, Maharaja Abu Bakar telah menang dalam Perang Jementah. Muar-Kesang jatuh sebagai wilayah jajahan Maharaja Abu Bakar dan sekaligus menghapuskan kekuasan Raja Temenggung Muar yang akhirnya dihapuskan oleh British pada 1902.
image
Jadi, penentangan yang berterusan terhadap keturunan Temenggung yang merajakan diri sendiri dan menjadi penjilat tegar penjajah British adalah sebenarnya faktor mengapa JMF ditubuhkan. Ini adalah fakta yang tidak berani disentuh oleh mana-mana buku sejarah yang kebanyakannya dikarang oleh pihak yang menang.

Berbalik kepada persoalan yang dikemukakan oleh Uncle Seekers, masih relevan atau tidak JMF? Jawapannya adalah YA!

1. Kebencian terhadap keturunan Temenggung yang semakin melebarkan empayar dan menjadi penjilat tegar British menyebabkan berlakunya pemberontakan dan peperangan di Johor. Oleh sebab itu, British menasihati Sultan Johor untuk memiliki sebuah kekuatan tentera sendiri bagi melindungi institusi diraja dan juga negeri Johor. Tanpa kekuatan ketenteraan, penentangan dari waris yang sah bagi Kesultanan Johor mungkin boleh berlaku sama ada dari keturunan Tengku Alam ibni Sultan Ali atau dari Tengku Mahmood ibni Sultan Ali. Tidak mustahil juga waris Raja Temenggung Muar yang selama ini memerintah Muar sebagai sebuah negeri yang merdeka turut akan membuat serangan.

Hingga kini tiada lagi kedengaran tuntutan takhta daripada Sultan Johor oleh waris-waris Kesultanan Melayu Melaka kerana tiada yang berani. Semua pergi kacau negeri Melaka yang tidak bersultan seperti kes Raja Norjan Shah atau Raja Ahmad Nasir yang menuntut takhta Kesultanan Perak. Umum mengetahui selepas jatuhkan Kesultanan Melayu Melaka, warisnya menjadi Sultan Johor dan Perak.

Jadi, adalah relevan penubuhan JMF disini bagi melindungi Sultan-sultan dari keturunan Temenggung yang bukan berasal dari susur-galur raja yang sah bagi Kesultanan Johor daripada sebarang penentangan dan tuntutan takhta daripada waris yang sah. Dan kini JMF terus menjadi bodyguard anak-cucu Sultan Johor dan dibayar gaji oleh kerajaan menggunakan duit rakyat.
image
JMF berbangga kerana berjaya mematahkan pemberontakan oleh askar-askar India Muslim dari pasukan 5th Light Infantry di Singapura pada tahun 1915. Peristiwa yang dinamakan 1915 Singapore Mutiny (atau 1915 Sepoy Mutiny) juga dinamakan 1915 Dahagi Singapura bermula apabila British bercadang untuk menghantar pasukan tentera India Muslim dan Melayu untuk menentang Turki Uthmaniyyah.

Seorang ulama tempatan bernama Nurul Alam Syah dan seorang saudagar Gujerat bernama Kassim Ali telah meniup semangat jihad di kalangan tentera Islam supaya tidak patuh kepada arahan British, ditambah pula dengan fatwa berjihad yang dikeluarkan oleh kerajaan Uthmaniyyah. Pada 15 February 1915, seramai 815 askar India Muslim dan 100 askar Melayu telah menyerang British menyebabkan 33 orang askar British terkorban.

British telah memohon bantuan dari JMF untuk mematahkan pemberontakan ini. Akhirnya JMF berjaya menangkap askar-askar yang memberontak yang menyeberang ke Johor merentasi Selat Johor semasa melarikan diri daripada buruan pihak British. Askar-askar India Muslim yang ditangkap oleh JMF ini akhirnya dijatuhkan hukuman bunuh dengan firing squad (rujuk gambar) manakala Nurul Alam Syah dan Kassim Ali di hukum gantung.

Boleh baca tulisan Prof. Madya Dr. Hafidzi Md Noor di link ini. Sejarah JMF menjadi tali barut British dan sanggup menyebabkan saudara sesama Islam terbunuh mungkin membanggakan mereka. Itulah relevannya penubuhan JMF sebagai sekutu British yang sanggup melebihkan British dari umat Islam.
image
3. Mengikut tulisan Dato’ Onn Jaafar bertajuk “Tyranny in Johore” semasa menjadi wartawan Sunday Mirror (boleh dibaca buku bertajuk One Man’s Will - A Portrait of Dato’ Sir Onn Bin Jaa'afar di mukasurat 264, semasa pemerintahan Sultan Ibrahim, askar-askar JMF dikerah sebagai buruh paksa untuk membina padang lumba kuda dan juga membuka ladang di Pagoh, Tasek Utara dan Pasir Pelangi untuk Sultan. Ini boleh dikatakan sebagai antara sumbangan terpenting askar-askar JMF di dalam sejarah negeri Johor kerana berkhidmat sebagai buruh paksa untuk Sultan Johor.
image
4. Apabila pasukan tentera Jepun dibawah Jeneral Tomoyuki Yamashita memasuki negeri Johor, khususnya bandar Johor Bahru, pasukan JMF tidak langsung memberikan sebarang tentangan atau terlibat dalam pertempuran menentang tentera Jepun. Sultan Ibrahim terpaksa meninggalkan istana dan berpindah ke Batu Pahat. Jeneral Yamashita dan tentera Jepun menjadikan Istana Bukit Serene, Johor Bahru sebagai markas tentera. Persoalannya, mengapa askar-askar JMF tidak berani melawan Jepun?

Begitu juga semasa Konfrontasi Indonesia-Malaysia (1962-1966), askar-askar dari Singapore Infantry Regiment seramai 25 orang telah diserang hendap oleh sekumpulan pengganas Indonesia pada 28 Februari 1965. Dalam kejadian itu, 8 orang askar telah terkorban manakala 5 orang tercedera. Sekai lagi, di mana askar-askar JMF dibawah pemerintahan Sultan Ismail pada masa itu yang hebat-hebat kononnya ditubuhkan untuk mempertahankan negeri Johor?

Masih relevan kah JMF? Ya, masih relevan sebagai bodyguard Sultan dan kerabatnya. Biar lah negara kena serang dengan musuh, yang penting Sultan dan kerabatnya selamat. Apa terjadi kepada rakyat jelata tidak penting.

5. JMF juga memainkan peranan penting bagi kes-kes yang rakyat secara umumnya sudah pun tahu. Sebagai contoh rujuk kes-kes Public Prosecutor v. Tengku Mahmood Iskandar & Anor., (1973) Public Prosecutor v. Tengku Mahmood Iskandar & Anor., (1977), Peristiwa Gomez 1992 dan lain-lain lagi. Peristiwa Gomez 1992 sudah cukup menceritakan tugas JMF.

Menurut kisahnya, Douglas Gomez dipanggil mengadap di Istana Bukit Serene pada 30 November 1992. Sultan Johor yang memukulnya dikelilingi 6 lelaki berseluar jeans dan berbaju-T serta antara 10-12 orang askar JMF. Itu satu contoh penglibatan JMF memukul rakyat, banyak lagi kes yang rakyat pun tahu. Begitu banyak jasa dan bakti JMF kepada rakyat jelata yang membayar gaji mereka.
image

Contoh jadual gaji askar JMF berpangkat Kapten
Jadi, berbalik kepada soalan Uncleseekers sama ada JMF masih relevan atau tidak - jawapannya mudah, YA!

JMF adalah perlu untuk memastikan keselamatan Sultan dan kerabatnya yang takut dengan bayang-bayang sendiri, juga penting sebagai kuli batak dan bodyguard. Mungkin itu saja yang mampu dibuat kerana sejarah menunjukkan betapa pengecutnya mereka sewaktu negara betul-betul memerlukan mereka.
image

Kem baru JMF seluas 20.71 hektar dijangka siap 2014
Kerajaan Johor memperuntukkan RM118.7 juta untuk membina kem baru JMF di Jalan Datin Halimah, Johor Baharu harus dipuji. Biarlah rakyat menanggung perbelanjaan askar-askar yang menjaga Sultan Johor dan kerabatnya. Sebagai balasan kepada rakyat yang memberi askar-askar dan anak isteri mereka makan dan minum - mungkin akan ada lagi rakyat yang ditumbuk dan disepak terajang. Persetankan dengan rakyat, yang penting bayangan tuhan dimuka bumi ini dijaga dengan sebaik-baiknya.

Sejarah di sekolah ditulis oleh orang-orang yang menang.

…FIN..

Sumber asal LINK

Sumber TKO - 23-9-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tanah Runtuh Di Kulai, Tiada Kemalangan Jiwa Dilaporkan
Posted on Sunday, September 18 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31704



JOHOR BAHRU - Penghuni di Jalan Berlian 2, Bandar Putra dekat Kulai, dikejutkan dengan kejadian tanah runtuh yang berlaku kira-kira satu meter dari rumah penduduk, pagi ini.
Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Bandar Putra Pegawai Bomba Kanan II Mohd Nasib Mohd Sam berkata runtuhan berukuran kira-kira 30 meter panjang dengan ketinggian 10 meter itu tidak membabitkan kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda.

"Bomba menerima panggilan daripada orang awam di perumahan itu pada pukul 7.41 pagi tadi dan seramai 11 anggota bomba bersama dua jentera bergegas ke tempat kejadian bagi melakukan pemantauan," katanya yang dihubungi di sini hari ini.

Mohd. Nasib berkata, kejadian tanah runtuh itu berkemungkinan berlaku ekoran hujan pada kira-kira pukul 3 pagi tadi.

Beliau berkata, beberapa penduduk turut mendakwa terdapat kesan rekahan berlaku di jalan tersebut beberapa hari sebelum ini.

- Bernama

Sumber TKO - 18-9-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------













Dr Mujahid tidak mencari "Rahmatan Lil Alamin"

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42407-dr-mujahid-tidak-mencari-rahmatan-lil-alamin
ADALAH suatu perkara yang biadab apabila Ahli Parlimen Parit Buntar membuat kenyataan menempelak pandangan Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri mengenai RUU355.

Saya mengucapkan terima kasih kepada Dr. Mujahid Yusof kerana meninggalkan PAS lebih awal. Sifat gopoh dan gelojoh yang ditunjukkan beliau kini menjadi bukti mengapa beliau tidak mampu kekal dalam perjuangan Islam yang suci bersama PAS.

Kita meletakkan keyakinan yang tinggi kepada pejabat mufti, khususnya Datuk Mufti itu sendiri memberikan pandangan hasil daripada informasi yang digarap daripada pelbagai aspek.

Melalui penulisan Risalah Bayan Linnas, Datuk mufti tidaklah mengeluarkan fatwa. Beliau sekadar memberi saranan akan kewajiban juga kewajipan Ahli Parlimen Islam memberi sokongan terhadap pindaan RUU355 yang kali terakhir dipinda pada tahun 1984.

Ini bukan soal politik, jauh sekali kepartian. Tetapi ia adalah hasrat umat Islam seluruhnya untuk memperkasakan Mahkamah Syari’ah di Malaysia sepertimana yang dititahkan baginda Yang di-Pertuan Agong.

Tanpa merujuk kepada aspek legislatif pun, sekurang-kurangnya menyokong tekad untuk mentaqninkan Syari’ah di Malaysia adalah satu kewajiban bagi mereka yang beriman.

Jangan jadi hamba politik yang hanya memikirkan untung rugi politik parti semata-mata. Dari arah mana kan kau tagih Rahmatan Lil Alamin jika Ulama' diperlekeh, Mufti ditempelak lagi. Asasnya kita semua wajib menyokong dan bersama-sama memperbaiki jika terdapat kekurangan teknikal dan prosedural.

Jika YB Parit Buntar boleh menempelak dengan paranoid terhadap tubuh intelek agama Islam, izinkan kami anak muda memberi sedikit nasihat ikhlas, bertaubatlah.

ABDUL HADI BIN HARUN
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor – HARAKAHDAILY 5/9/2016

Sumber HD - 5-9-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Tarik balik gelaran dato’ jika tidak hadir Hari Hol Sultan Iskandar
Posted on Friday, August 05 @ 06:53:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah                                                                                                      

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31251

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memberi amaran untuk menarik balik darjah kebesaran Dato’ yang dikurniakan Almarhum ayahandanya kepada penerima pingat yang gagal hadir ke upacara Hari Hol Sultan Iskandar.

Sultan Ibrahim bertitah, penerima yang gagal hadir ke upacara memperingati kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar tanpa sebab dianggap tidak berminat untuk terus menjunjung darjah kebesaran tersebut.                                                                                        
“Suka saya beri peringatan kepada Dato’ Johor yang mendapat darjah kebesaran daripada Almarhum ayahanda saya supaya hadir pada majlis tahlil dan istiadat menziarahi makam sempena Hari Hol pada 6 Safar setiap tahun.                                                              
“Sekiranya ada penerima yang tidak sanggup berkorban masa untuk memperingati Almarhum, maka saya rasa lebih baik darjah kebesaran itu dikorbankan,” titahnya.                                    
Titah Sultan Ibrahim, penerima yang gagal hadir ke Hari Hol Sultan Iskandar perlu memulangkan semula darjah kehormat itu sebagaimana mereka menerimanya dahulu atau baginda akan mengumumkan nama penerima yang telah ditarik balik darjah kebesaran tersebut.                                                                                                                                      
Sultan Ibrahim yang juga Kolonel Komandan Rejimen Gerak Khas bertitah pada majlis ulang tahun Rejimen Gerak Khas ke-51 di Kem Iskandar di sini hari ini.

Sumber   TKO - 5-8-2016                                                                                                                                                                                                                                                                        ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                          
Lagi Cerita Pasal Tanjung Piai
Posted on Thursday, July 07 @ 13:03:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30929

Saya ada menulis berkenaan Tanjung Piai sebelum ini. Dalam cerita berkenaan saya ada menyebut tentang sebaran dalam parti PAN berkenaan Salahudin Ayub akan kembali kepada PAS. Seperti dalam artikel itu saya masih samar dengan maklumat berkenaan walaupun datang daripada kumpulan 'think tank' Salahudin sendiri.

Antara isi maklumat berkenaan ialah;

1. PAN kini berpecah. Perpecahan dalam PAN makin melebar dimana ada usaha-usaha mencengkam pimpinan lain selain daripada kumpulan IKRAM (IRC). Perkara ini tidak disenangi oleh Salahuddin Ayub yang merasakan penubuhan PAN telah lari daripada asasnya seperti yang dibincangkan dan dimaklumkan kepadanya.

2. Halatuju PAN makin tersasar daripada membetulkan PAS kepada menyerang PAS tanpa sebarang hujah yang nyata dan jitu.

3. Mereka yang yang sepatutnya masuk PAN untuk peringkat kedua dan ketiga telah menukar fikiran sebahagian daripada mereka masih kekal dalam PAS dan sebahagian pula masuk PKR dan DAP dan ini mengganggu perancangan PAN seperti yang dipersetujui. PAN tidak mempunyai kekuatan orang bawahan dan sangat terkesan jika berlaku PRU-14 nanti PAN tidak mempunyai tenaga kerja yang cukup.

4. Sokongan bawahan ahli PAS untuk menyertai PAN @ AMANAH sangat meleset daripada jangkaan asal. Dianggarkan tidak lebih daripada 5000 seluruh Malaysia. Malah ahli PAN berdaftar pun hanya sekitar 15,000 orang sahaja. Negeri yang dikhabarkan agak rancak seperti Kelantan hanya mampu menarik ahli hanya sekitar 700 orang sahaja, malah ada negeri yang keahliannya bawah daripada 400 orang seperti Terengganu, Pahang, Perlis, Melaka dan Negeri Sembilan.

5. PKR dan DAP tidak akan memberikan kerusi mereka untuk PRU-14 walaupun sebelum ini ada janji untuk pengagihan kerusi jika PAN ditubuhkan.

Antara faktor-faktor di atas dikatakan kepada saya bahawa Salahuddin dan beberapa pimpinan lain untuk kembali kepada PAS. Kata mereka daripada memecah dan melemahkan PAS adalah lebih baik bersama PAS walaupun itu pilihan yang sangat perit kata mereka.

Kita tinggallah perkara yang 'mungkin' ini dan kembali kepada yang sedang berlaku.

PAS Tanjung Piai ada sedikit pergolakan kerana tanah bangunan PAS telah diwakafkan oleh tuan tanah dan bila tuan tanah itu menyertai PAN dia tak nak berikan tanahnya kepada PAS. Timbul persoalan bangunan di atas tanah berkenaan?

Yang peliknya dia menggangap tanah itu pun hak milik mereka dan cuba merampas daripada PAS. PAS cuba untuk buat penyelesaian tetapi mereka berkeras. Akhirnya oleh kerana tiada jalan penyelesaian maka pemangku YDP PAS Tanjung Piai, Talib Hassan, membuat laporan di Balai Polis Pontian, 30 Jun lalu.

Dalam Islam bila kita wakaf tanah, tanah itu bukan lagi milik kita lagi. Memang apabila wakaf ada pewakaf tidak menukar milik tanah kepada wakaf kerana mereka tidak mahu kerajaan mengambil tanah berkenaan sebagai tanah wakaf. Geran tanah masih ada nama pewakaf.

Satu lagi sebab ialah proses pertukaran nama kepada pemengang amanah mengambil masa atau kadang-kala dilengah (abaikan) menjadi tanah masih milik pewakaf.

Bila berbalah, memanglah mereka akan menggunakan nama di geran. PAS Tanjung Piai akur, tapi takkan nak kebas bangunan atas tanah itu juga sedangkan bangunan itu hasil derma orang ramai. Jangan kerana berbalah kita tolak aturan agama yang kita anuti.




Sumber TKO - 7-7-2016

----------------------------------------------------------------------------


Ini nama kera dihutan disusukan anak sendiri kelaparan

Posted on Tuesday, June 07 @ 20:18:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Ini nama kera dihutan disusukan anak sendiri kelaparan, kera siap boleh jual susu lagi. Ayam di kepuk kelaparan, itik di air kehausan. Di mana Umno kuat di situ Melayu melarat. Yang ditenggelami oleh banjir rakyat Malaysia, yang jual air, Singapore. - Alias

Johor terima 6 juta gelen air bersih dari Singapura
ISKANDAR PUTERI: Kerajaan Johor mengalu-alukan keputusan Singapura untuk menyalurkan bekalan air bersih tambahan sebanyak enam juta gelen sehari selama sebulan kepada negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata bagaimanapun bantuan itu tidak akan membuat kerajaan negeri berhenti dan berusaha mencari sumber air baharu dan alternatif lain bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan air mentah.

Katanya, kerajaan negeri melihat langkah Singapura memberi bantuan itu adalah tindakan baik sebagai jiran kepada Johor.

"Johor juga perlu terima hakikat dalam terus memberi fokus berhubung soal pembangunan air dan meneroka sumber air baharu menerusi pelan jangka panjang 50 tahun pengurusan air yang diwujudkan baru-baru ini.

"Apa yang dipersetujui Singapura (bantuan bekalkan air mentah) dialu-alukan, tetapi itu tidak akan membuat kerajaan negeri tidak menumpukan dan meletakkan fokus dalam soal membangunkan sumber air," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri majlis penyerahan zakat antara Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) di pejabatnya di sini, hari ini. Yang turut hadir, Pengurus Besar Negeri Bahagian Pembahagian TNB, Mohd Yusof Ibrahim dan Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ, Mohd Rofiki Shamsudin.

Semalam, agensi air republik itu, PUB dalam satu kenyataannya bersetuju membekalkan enam juta gelen air bersih sehari selama sebulan sejak Sabtu lalu sebagai memenuhi permintaan Badan Kawal Selia Air Johor (BAKAJ).


Sumber TKO - 7-6-2016






















Hanya salah faham, kata IGP lepas mengadap TMJ

Posted on Thursday, May 12 @ 19:24:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu




Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar telah mengadap Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim di Istana Bukit Pelangi, pagi tadi.

Pertemuan tersebut diadakan ekoran dakwaan Tunku Ismail bahawa telefon miliknya dicuri dengar dan segala pergerakannya dipantau oleh anggota polis cawangan khas (SB).

Bercakap kepada Malaysiakini, Khalid berkata, semua itu adalah tidak lebih daripada salah faham.

“Saya telah mengadap Tunku Ismail. Ia adalah salah faham, isu tersebut telah diselesaikan,” tambah beliau.

Bagaimanapun, Khalid tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara itu.

“Isu tersebut telah selesai, perkara itu telah diperjelaskan kepada Tunku Ismail,” ujarnya.

Turut mengiringi Khalid ialah Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd.

Semalam, Tunku Ismail mendakwa beliau dan ayahandanya dipantau SB dalam kenyataan yang dibuat melalui akaun Johor Southern Tigers.

Tanpa mengetahui alasan di sebalik tindakan itu, Tunku Ismail berkata, beliau juga tidak faham mengapa polis juga "perlukan fail" mengenai beliau dan ayahandanya di Bukit Aman.

"Saya tidak faham mengapa telefon saya dicuri dengar. Saya tidak faham mengapa mereka perlukan fail mengenai saya dan ayahanda saya di (Ibu Pejabat Polis) Bukit Aman," katanya melalui kemas kini di Facebook.

Menafikan sebagai seseorang yang boleh dianggap berbahaya atau pengganas, Tunku Ismail berkata beliau adalah seorang pemimpin yang prihatin terhadap rakyat Johor.

"Saya tidak berbahaya. Saya tidak pernah membunuh sesiapa kecuali bola sepak Malaysia," jelasnya dalam nada sinis.
Sumber TKO - 12-5-2016

Ayuh bantu ringan beban kos petisyen Dun Mahkota

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: PAS Kawasan Kluang memohon sumbangan orang ramai khasnya ahli PAS bagi membantu pihaknya menyelesaikan kes Petisyen Dewan Undangan Negeri (Dun) Mahkota semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu

Yang DiPertua PAS Kawasan Kluang, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, ia berikutan sebelum ini pihaknya ada memfailkan petisyen meminta supaya satu pengisytiharan dari mahkamah bahawa pilihan raya di DUN Mahkota pada 5 Mei 2013 sebagai tidak sah dan terbatal.

Menurut beliau, antara sebab utama petisyen itu dibuat adalah kerana penemuan beberapa kertas undi dari kawasan Dun Nusa Jaya dalam peti undi kawasan Dun Mahkota.

Perkara ini berlaku dalam keadaan tong-tong undi tersebut disimpan di bawah jagaan pihak keselamatan di Balai Polis Kluang, katanya kepada Harakah pada 7 April lalu

Katanya lagi tujuan petisyen itu dibuat bagi membuktikan bahawa Undi Awal tidak telus, bukan sahaja di Dun Mahkota atau Dun Nusajaya tetapi diseluruh negara.

Malangnya kata Khairul Faizi, petisyen telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada tarikh  30 Julai 2013 dengan kos RM60,000.00.

"Pendahuluan dibayar sebanyak RM20,000.00 sebelum atau pada 30 Mei 2016 dan ansuran sebanyak RM10,000.00 dibayar sebelum atau pada 30 Jun 2016 sehingga penyelesaian penuh," katanya.

Pempetisyen adalah Mohd Nor Mohamad yang merupakan Pengarah Jabatan Praya PAS Kawasan Kluang.

Beliau terlibat secara langsung dalam PAS kawasan Kluang sejak dari awal lagi.

Komitmen masa, tenaga dan wang ringgit beliau curahkan kepada PAS Kluang cukup tinggi dan sangat dirasai oleh PAS Kluang.

"Saya mewakili seluruh jawatankuasa dan ahli PAS Kluang merayu agar seluruh para penyokong perjuangan PAS untuk tampil membantu kami membayar kos petisyen ini.

"Jika gagal berbuat demikian maka Pempetisyen yang juga merupakan penggerak utama PAS Kawasan Kluang akan diisytihar muflis," katanya lagi.

Sehubungan dengan itu, PAS Kluang merayu orang ramai dan ahli PAS seluruh negara menghulurkan sedikit bantuan bagi menyelesaikan isu ini.

Bantuan kewangan boleh disalur terus kepada PAS KAWASAN PARLIMEN KLUANG
No akaun : 01050010001722
Bank Islam Malaysia Berhad.

Atau hubungi nama-nama berikut :

Haji Mohd Ali bin Shabani
Timbalan Yang Di Pertua PAS kawasan Kluang.
No tel : 0137003732

Khairul Anuar Ahmad Kamil
Bendahari Kawasan Kluang.

No tel : 0197762766 – HARAKAHDAILY 7/4/2016

Sumber HD - 7-4-2016














Peranan PAS sebagai peneraju Melayu Islam

HARAKAHDAILY | .




BATU PAHAT: PAS negeri Johor mengadakan taklimat Khas dalam usaha memantapkan parti itu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 yang akan datang.

Program yang berlangsung di Sertik, Air Hitam itu bertemakan “PAS Menerajui Politik Matang Dan Sejahtera.”

Antara pembentang dalam taklimat sehari itu ialah Pegawai Khas Presiden PAS, Kamaruzaman Mohamad, AJK PAS Pusat merangkap Pengerusi Lajnah Hubungan NGO PAS Pusat, Prof. Madya Zainal Abidin Kidam dan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat merangkap Pesuruh Jaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohammad.

Kamaruzaman membentangkan tentang hala tuju politik PAS PRU14, sementara Prof Zainal membicarakan tentang program pemerkasaan parti dan tranformasi imej ke arah pas menerajui budaya politik matang dan sejahtera.

Dr Mahfodz dalam ucapannya menjelaskan senario terkini dan kehadiran yang sangat memberangsangkan yang membuktikan pengukuhan organisasi PAS Johor. Beliau turut menekankan peranan PAS sebagai penasihat dan peneraju umat Islam Melayu. Juga memahamkan bahawa PAS tidak memusuhi ahli Umno tetapi memusuhi institusi Umno itu sendiri.

“Sebagai ahli, kita semula perlu patuh (wala’) dan bersedia dengan sebarang  langkah  taktikal yang ada, Isya-Allah Islam pasti akan menang suatu hari nanti. Jika tidak pada zaman kita, mungkin zaman anak cucu kita,” ujar beliau.

Dr Mahfodz juga menyeru agar ahli memberi keyakinan kepada rakyat bahawa PAS boleh dan layak memerintah. – HARAKAHDAILY 23/3/2016

Sumber HD - 23-3-2016


Muhyiddin takut, kata PAS Johor

Posted on Friday, March 04 @ 09:48:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Langkah Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal dalam Umno menunjukkan timbalan presiden Umno yang digantung tugas itu takut, kata PAS Johor.


“Jika Muhyiddin mahu melihat Malaysia kembali menjadi sebuah negara yang dihormati dan rakyat menikmati kehidupan yang lebih sejahtera, maka beliau mestilah bersedia untuk bersama-sama menuntut perubahan.

“Dengan hanya berjuang dalam Umno untuk membuat perubahan maka ia menunjukkan beliau takut dan tidak yakin,” kata Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr Mahfodz Mohamed.

Muhyiddin dalam sidang media pertama selepas digantung tugas sebagai pemimpin nombor dua Umno hari ini berkata beliau akan terus kekal dalam parti itu.

Berikrar tidak akan berdiam diri, Muhyddin berkata masalah negara berpunca daripada Najib, bukan Umno.

Muhyiddin digantung tugas selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno Jumaat lepas selepas perbezaan pandangan dan pendirian berpanjangan, terutamanya dalam isu syarikat sarat hutang 1MDB.
Dalam kenyataan hari ini, Mahfodz berkata pengumuman Muhyiddin hari ini sudah dijangkakan.

Mahfodz berkata Muhuiddin tidak berani melakukan perubahan walaupun telah merasai sendiri “kezaliman dan ketidakadilan” terhadap beliau.

Mahfodz juga berkata Umno telah hilang integriti dan maruah sebagai parti yang mampu membela nasib dan masa hadapan rakyat Malaysia.

“Seperti mana yang disebut oleh presiden PAS, iaitu PAS tidak anti kepada ahli Umno, maka PAS Johor bersedia untuk bertemu dengan beliau bagi membincangkan perkara- perkara yang berkaitan dengan masa hadapan politik negara dengan syarat untuk menjatuhkan Umno dalam pilihan raya umum yang akan datang jika beliau benar-benar ingin membuat perubahan dan menyelamatkan Malaysia,” katanya. - MK


Sumber TKO - 4-3-2016



Paru-paru paus dipenuhi lumpur


Posted on Thursday, February 11 @ 19:58:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



BATU PAHAT: Bedah siasat awal terhadap bangkai paus yang ditemui mati di muara Sungai Sarang Buaya, Semerah, kelmarin mendapati saluran pernafasan terutama bahagian paru-paru mamalia itu dipenuhi lumpur.

Penemuan lumpur dalam jumlah yang besar pada paru-paru haiwan seberat 15,000 kilogram itu mendedahkan antara punca kematian paus jantan dewasa daripada spesies Sei atau nama saintifiknya Balaenoptera Borealis yang pada awalnya terdampar di Pantai Rambah di Pontian, Isnin lalu.

Pengarah Perikanan Johor, Munir Mohd Nawi, berkata selepas beberapa jam bedah siasat dilakukan, pihaknya mendapati terdapat sisa lumpur memenuhi hampir keseluruhan saluran pernafasan termasuk bahagian paru-paru mamalia berkenaan.

"Kita percaya saluran pernafasan paus ini dimasuki lumpur ketika berada di perairan Pontian sejak Isnin lalu. Pakar serta penyelidik dari Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) juga yakin sisa lumpur berkenaan menyebabkan paus ini hilang keseimbangan untuk berenang, sekali gus terpaksa menuju ke arah darat di muara Sungai Sarang Buaya.

"Selepas ini pakar FRI akan melakukan ujian histopatologi bagi mengesan sebarang penyakit atau kecederaan dalaman paus ini pula yang dijangka mengambil masa lebih kurang dua hingga tiga minggu," katanya selepas memantau proses bedah siasat awal di jeti Pejabat Perikanan Daerah Batu Pahat, hari ini.

Munir berkata, ujian terhadap tisu ikan paus itu pula akan dilakukan di makmal FRI bagi mengenal pasti faktor lain yang mungkin menyebabkan paus itu mati.

Sumber TKO - 11-2-2016



Terima kasih ajar saya, Lamborghini, duit tiada makna

Posted on Thursday, February 11 @ 08:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu




SHAH ALAM - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini meluahkan rasa rindu kepada adindanya, Tunku Laksamana Johor, Allahyarham Tunku Abdul Jalil yang mangkat sejak Disember lalu.

Beliau akui masih sukar untuk menerima hakikat bahawa Tunku Abdul Jalil kini sudah tidak lagi bersamanya.

“Di sebalik kebahagiaan, kemegahan, pertaruhan, terdapat kesedihan yang kami perlu lalui setiap hari tanpa anda ada bersama kami. Saya akui ianya amat sukar bagi saya menerima hakikat bahawa anda telah tiada,” antara kata-kata yang dimuatnaik di laman Facebook, Johor Southern Tigers, semalam.

Almarhum Tunku Abdul Jalil disifatkan seorang putera raja berjiwa rakyat mangkat 5 Disember lalu akibat kanser hati tahap empat.

Dalam pada itu, Tunku Ismail mengucapkan terima kasih kepada Allahyarham kerana mengajarnya banyak perkara termasuk ALLAH SWT dan kasih sayang adalah segala-galanya.

“Tetapi saya amat memahami mengapa ALLAH SWT mahu anda berada disisi-NYA. Ianya kerana anda seumpama 'Malaikat' di bumi ini.

“Terima kasih untuk panduan yang anda berikan, terima kasih kerana menjadi kekuatan saya, terima kasih kerana menunjukkan kepada saya bahawa sebuah Lamborghini atau duit tidak bermakna apa-apa.

“Terima kasih kerana menunjukkan saya bahawa dalam kehidupan, ALLAH dan kasih sayang adalah segala-galanya. Saya sayangkan anda. Saya rindukan anda,” katanya.

Sumber TKO - 11-2-2016



Saya Panik Apabila Air Naik Begitu Deras

Posted on Monday, February 08 @ 23:52:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



TANGKAK: “Saya panik apabila air naik dengan begitu deras sehingga ada beberapa barang yang tak sempat diselamatkan,” kata mangsa banjir, Juriah Sumarthi, 40.

Menurutnya, dia tidak menyangka hujan lebat sejak malam tadi (kelmarin) menyebabkan kediamannya dinaiki air dengan cepat.

“Saya terjaga dalam jam 6.30 pagi dan lihat air mulai melimpah dalam rumah. Saya bersama suami segera menyelamatkan barang dan dokumen penting. Lebih kurang 8.30 pagi, air telah sampai ke paras lutut,” katanya.

Cerita Juriah, ketika kejadian kesemua anaknya sedang tidur dan dia bersyukur keadaan terkawal selain semua keluarganya selamat.

Bagi penduduk, Mariati Othman, 38, banjir di situ adalah perkara biasa baginya dan dia sudah lali berhadapan dengan kejadian tersebut.

“Persediaan memang dah buat dari awal kerana setiap kali banjir pastinya rumah saya yang akan sering dinaiki air dahulu berbanding penduduk lain.

“Walaupun agak terkejut kerana air melimpah dengan cepat tapi saya dapat kawal seperti tahun-tahun yang lalu. Bagaimanapun, ada beberapa perkakas elektrik tak sempat diselamatkan,” katanya.

Kelmarin, banjir di Tangkak telah menjejaskan Kampung Seberang Gajah, Kampung Sialang Dalam dan Kampung Sri Makmur.

Sehingga jam 1 tengah hari semalam, seramai 59 penduduk dari 12 keluarga diarah berpindah ke pusat pemindahan banjir Sekolah Kebangsaan (SK) Sialang, di sini selepas kediaman mereka dinaiki air.

Pegawai JPAM Daerah Ledang, Mohd Shahrizan Abd Aziz berkata, 59 mangsa tersebut terdiri daripada 34 dewasa, kanak-kanak (15), warga emas (5), OKU (1) dan bayi (4).

“Semua keluarga tersebut mula berpindah sejak jam 6 petang semalam (kelmarin). Mereka berada dalam keadaan selamat dan sihat.

“Cuma seorang mangsa warga emas dirujuk ke Hospital Tangkak untuk menjalani pemeriksaan kesihatan kerana mempunyai rekod sakit jantung, namun dia berada dalam keadaan sihat,” katanya.

Beliau berkata, semua bekalan makanan serta keperluan asas untuk mangsa mencukupi selain beberapa kelengkapan sudah disediakan.

“Kami sudah menyediakan pelbagai kelengkapan dan mendapat kerjasama semua pihak termasuk JPAM yang memindahkan mangsa,” katanya.

“Pihak terlibat sedang memantau kejadian itu termasuk membuat rondaan di kawasan sekitar sekiranya berlaku banjir kerana cuaca masih hujan,” ujarnya.

--Sinar Harian

Sumber TKO - 8-2-2016



Ikan Paus Terdampar Di Pontian
Posted on Monday, February 08 @ 23:50:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



PONTIAN: Penduduk Rambah dekat sini gempar dengan kehadiran seekor ikan paus di tepi pantai Taman Rekreasi Pantai Rambah petang Isnin.

Kehadiran ikan paus sepanjang kira-kira 20 meter (40 kaki) dan seberat tiga tan itu dikatakan berada di sekitar kawasan itu sejak awal pagi Isnin dan telah menarik perhatian pengunjung di situ yang membawa keluarga mereka beriadah sempena cuti Tahun Baru Cina.

Komander Operasi dari Balai Bomba Pontian Baru, Jumaat Sailan berkata, pihaknya mendapat panggilan mengenai perkara itu dari orang awam pada pukul 1.15 tengah hari.

"Kami dapati ikan paus itu tidak dapat bergerak kerana tersangkut disebabkan air surut. Kemungkinan paus itu sesat setelah mengikut arus air pasang," katanya.

Beliau berkata, dengan bantuan orang ramai dan anggota bomba, ikan paus itu kemudiannya diikat kepada bot nelayan untuk ditarik ke tengah laut.

"Ini merupakan kali pertama kes ikan paus dilaporkan terdampar di Pontian," kata Jumaat.
Seorang nelayan Ariss Karim, 54, berkata, ikan paus itu dilihat berlegar-legar di tengah laut berdekatan pantai sejak awal pagi Isnin.

"Ikan paus itu mungkin mengikut arus sehingga terdampar ke tepi pantai. Pada sebelah pagi tadi, fenomena air pasang berlaku.

"Ini kali pertama saya melihat ikan paus di kawasan pantai di sini. Memang pelik kerana ikan sebegini hanya boleh ditemui di kawasan beriklim sejuk," katanya. - Bernama
Sumber TKO - 8-2-2016

Dr Asri, Fathul Bari antara dilarang berceramah di Johor
















BERNAMA | .

JOHOR BAHARU: Kerajaan Johor melarang 16 penceramah bebas yang didakwa tidak sealiran dengan Ahli Sunnah Wal-Jamaah untuk berceramah atau mengajar agama Islam di negeri ini, berkuat kuasa 31 Dis lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Abd Mutalip Abd Rahim berkata, selain 16 penceramah bebas itu, akan menyusul beberapa nama lain yang bakal dikenakan tindakan sama.

"Larangan tersebut dibuat berlandaskan Undang-Undang Tubuh Negeri Johor dan enakmen sedia ada bagi menjaga kesucian agama Islam.

"Kita bukan mengambil tindakan tersebut sesuka hati tetapi ia dilakukan bersebab, malah penceramah dari Johor sekali pun kalau ada yang berbuat seperti itu, kita juga tetap ambil tindakan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Abd Mutalip mengulas mengenai satu dokumen yang tersebar di laman sosial yang mengandungi senarai 16 penceramah bebas yang dilarang berceramah atau mengajar agama Islam di Johor.

Menurut dokumen itu, terdapat sebilangan penceramah yang datang dari luar Johor untuk berceramah atau mengajar agama Islam di masjid, surau atau di tempat awam lain, yang boleh menimbulkan kekeliruan dan membibitkan perpecahan masyarakat khususnya umat Islam.

Antara penceramah yang tersenarai dalam dokumen itu adalah Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, dan Exco Pemuda Umno Dr Fathul Bari Mat Jahaya. - Bernama

Sumber HD - 2-2-2016


Negara perlu menteri bijak, bukan bahan jenaka

Posted on Sunday, January 31 @ 22:41:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Tunku Mahkota Johor berkata, langkah terpenting untuk kerajaan menambah baik sistem dalam negara ini adalah mengetepikan beberapa menteri yang menjadi "bahan jenaka".

Katanya, Malaysia perlukan "menteri bijak" yang boleh berkhidmat kepada rakyat dan bukan menampung poket sendiri.

Kenyataan Tengku Ismail Sultan Ibrahim itu dibuat ketika ada beberapa pihak didakwa "sedaya upaya untuk mendiamkan" beliau.

"Saya amat menjaga kebajikan rakyat Johor dan juga rakyat Malaysia lain.
"Terdapat beberapa pihak yang cuba sedaya upaya untuk mendiamkan saya.

Tetapi berada di kedudukan saya, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk menyuarakan pendapat ikhlas saya untuk kebaikan negeri tercinta dan juga negara," katanya dalam kenyataan disiarkan di Facebook.

Bagaimanapun Tengku Ismail tidak menamakan siapakah menteri yang dimaksudkan, atau pihak yang cuba mendiamkan beliau.

Kenyataan itu dibuat hanya beberapa hari selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan langkah pengubahsuaian belanjawan 2016 ekoran kesan kejatuhan harga minyak dunia serta kemerosotan nilai ringgit.
Ada bahagian masih lemah

Katanya, apabila ada isu politik diperkatakan, ia bukan untuk beliau atau bersifat peribadi sebaliknya dilakukan demi rakyat.

Menurut Tengku Ismail beliau kini amat mengambil berat tentang keadaan politik di negara ini.

Rakyat juga, katanya, perlu turut serta untuk menjadikan negara ini tempat yang lebih baik untuk generasi akan datang.

"Apabila saya menyuarakan pendapat, ia tidak bertujuan mencetuskan ketegangan dengan kerajaan Persekutuan tetapi dengan niat untuk bekerja bersama-sama menjadikan negara ini tempat yang lebih baik.

"Saya bukan seorang ahli politik dan saya tidak perlukan sebarang undi.

"Saya hanya seorang putera yang sayangkan rakyat dan apa yang saya katakan atau lakukan, adalah untuk kesejahteraan mereka.

"Dengan rendah diri, saya ingin memberi nasihat untuk kerajaan, langkah pertama dalam usaha menambah baik sistem adalah dengan mengeluarkan beberapa menteri yang dianggap sebagai bahan jenaka," katanya.

Tengku Ismail juga berjanji untuk terus bersuara untuk "memperbaiki bahagian-bahagian tertentu yang masih lemah" demi kepentingan rakyat.

"Ia adalah tugas dan tanggungjawab saya sebagai Tunku Mahkota (Johor) untuk berkhidmat kepada rakyat Johor," katanya.

Sumber TKO - 31-2-2016

Kemangkatan putera raja berjiwa rakyat dirasai
















BERNAMA | .


JOHOR BAHARU: Kemangkatan putera Johor berjiwa rakyat Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim begitu dirasai ribuan rakyat Johor dari pelbagai kaum yang hadir memberi penghormatan terakhir ke atas Almarhum.

Mereka berbaris sepanjang Jalan Ayer Molek, di luar Istana Besar sehingga ke Makam Diraja Mahmoodiah.

Cuaca mendung yang diselangi hujan lebat seketika pagi tadi tidak menghalang ribuan rakyat untuk keluar memberi penghormatan.

Mereka jelas kelihatan sedih atas pemergian putera keempat Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah.

Ramai menitiskan air mata ketika memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Almarhum Tunku Laksamana Johor itu di Bilik Singgahsana, Istana Besar.

Suasana semakin pilu bila Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah berangkat tiba.

Baginda mengesat air mata ketika disambut Sultan Ibrahim.

Beberapa pemimpin negara turut hadir memberi penghormatan terakhir termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Selesai penghormatan terakhir oleh orang awam dan orang kenamaan, jenazah kemudiannya disembahyangkan di bilik yang sama yang turut disertai Perdana Menteri.

Turut hadir ialah Putera Mahkota Brunei, Pengiran Muda al-Muhtadee Billah Sultan Hassanal Bolkiah.

Juga hadir pemimpin Singapura termasuk Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Penyelaras Keselamatan Nasional Teo Chee Hean dan Menteri Luar merangkap Undang-undang K. Shanmugam.

Setelah selesai disembahyangkan, jenazah kemudiannya diangkat turun melalui tangga utama Istana Besar sebelum diletakkan ke atas pedati yang ditarik Askar Timbalan Setia Negeri Johor.

Sultan Johor, yang turut ditemani bekas Ketua Polis Johor, yang juga Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff dan Ketua Polis Johor Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd, mendahului mengiringi jenazah yang diusung sejauh tiga kilometer.

Kira-kira 30 Askar Timbalan Setia Negeri Johor dan ratusan penjawat awam dan kakitangan Istana Johor mengikuti di belakang Sultan Johor mengiringi jenazah.

Putera sulung, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail; dan putera ketiga, Tunku Temenggong Johor Tunku Idris berada di atas pedati mengiringi jenazah.

Tunku Ismail bersama Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman kemudiannya mengusung keranda Almarhum bersama beberapa anggota Askar Timbalan Setia kira-kira 50 meter ke makam.

Hujan lebat yang menyirami istiadat pemakaman Tunku Abdul Jalil seolah-olah berhiba menangisi pemergian putera Johor itu.

Tunku Abdul Jalil, yang mangkat pada usia 25 tahun, akhirnya selamat dimakamkan pada pukul 3.20 petang, disaksikan seluruh kerabat diraja Johor dan sekalian rakyat yang menyayangi Almarhum. - Bernama

Sumber HD - 6-12-2015

Pilu: Penghormatan terakhir jenazah Tunku Abdul Jalil
















BERNAMA | .


JOHOR BAHARU: Suasana pilu menyelubungi Bilik Singgahsana, Istana Besar di sini, apabila orang ramai mula berkumpul untuk memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim.

Rakyat Johor dan orang ramai mula berbaris di luar perkarangan Istana Besar sejak 9 pagi tadi bagi upacara berkenaan.

Orang awam dibenarkan melawat jenazah dari pukul 9 pagi sehingga 11.30 pagi, sementara orang kenamaan dibenarkan melawat dari pukul 11.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari.

Mereka yang hadir dilihat mematuhi kod etika berpakaian dengan wanita Islam mengenakan baju kurung putih dan kain batik serta bertudung putih sementara lelaki Islam, mereka mengenakan baju Melayu teluk belanga berdagang luar putih, kain samping hitam dan songkok lilitan jalur putih.

Sementara lelaki bukan Islam mengenakan pakaian baju dan seluar hitam, tali leher dan toha hitam di lengan kiri manakala wanita bukan Islam memakai baju dan seluar sopan dan toha hitam di lengan kiri atau tudung hitam.

Pegawai istana dan Askar Timbalan Setia Negeri Johor ditugaskan di perkarangan istana bagi mengawasi tingkah laku, ketertiban dan etika pemakaian orang ramai.

Orang ramai diberikan tempoh kira-kira seminit untuk memberikan penghormatan terakhir serta mensedekahkan Al-Fatihah.

Keranda baginda yang dilitupi bendera Jalur Gemilang dengan topi polis dan pedang di atasnya diletakkan di tengah-tengah Bilik Singgahsana.

Bersebelahan keranda itu, sekumpulan lelaki dari Jabatan Agama Islam Johor membacakan ayat-ayat suci al-Quran.

Sementara itu, seorang warga emas, Fatimahzahrah Abdul Ghani, 69, antara rakyat negeri ini yang turut tidak ketinggalan menziarahi jenazah Tunku Abdul Jalil.

Fatimahzahrah yang menaiki bas seorang diri, berkata Almarhum merupakan kerabat raja yang berjiwa rakyat dan kali terakhir dia bertemu Tunku Abdul Jalil ialah pada sambutan rumah terbuka Aidilfitri tahun lepas di Istana Pasir Pelangi dan sempat bersalam-salaman dengan Almarhum.

"Saya berkunjung ke rumah terbuka di Istana Pasir Pelangi setiap tahun sejak 1997. Tetapi, kunjungan tahun ini paling bermakna dan memberi kenangan kerana itu adalah pertemuan terakhir dengan Almarhum," katanya.

Sementara itu, bendera Johor dikibarkan separuh tiang di setiap bangunan kerajaan sebagai menghormati kemangkatan Tunku Laksamana Johor. - Bernama

Sumber HD - 6-12-2015

Johor PAS to contest in PKR, DAP seats in GE14

Johor PAS wants to contest in all 82 state and parliamentary seats in the general election if PKR does not get back to them on seat allocation. It will also contest in DAP-held seats.

State commissioner Datuk Dr Mahfodz Mohamed (pic) said they have have tried to contact PKR about the seat allocations but have yet to get any response.

He said that PAS was willing to go to the polls alone and cooperate with smaller parties or non-governmental organisations.

“I know it will be difficult if we go in alone but nothing is impossible,” he told a press conference here.

Dr Mahfodz added that in the last election, PAS contested in nine parliment and 21 state seats. They only won four state seats but none of their candidates lost their deposits.

Asked if there would be a last minute compromise with Johor DAP to avoid three-cornered fights, he said that was impossible.

He added that PAS planned to contest in seats won by DAP including Tangkak, Yong Peng, Stulang, Johor Jaya, Pekan Nenas, Pengkalan Rinting, Labis, Bakri and Tanjong Piai.

Sumber BO - 2-12-2015














Vape: PAS Johor sokong titah Sultan Ibrahim
















HARAKAHDAILY | .


Menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan dan Yang Dipertuan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim, berkaitan pengharaman 'vape' di negeri Johor yang di arahkan berkuatkuasa 1 Januari 2016, kami dari Badan Perhubungan PAS Negeri Johor bersama-sama Dewan Ulamak, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS Negeri Johor serta seluruh kepimpinan dan ahli di pelbagai peringkat, menyokong dan menjunjung titah Tuanku.

Keprihatinan Tuanku terhadap kesan penggunaan vape yang mengandungi nikotin, terutamanya oleh generasi muda amat disanjung tinggi. Tuanku telah menolak sebarang sentimen politik dan perkauman berkaitan isu ini, telah menyerlahkan lagi kepimpinan Tuanku sebagai penaung kepada rakyat negeri Johor Darul Ta’zim.

Sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Kementerian Kesihatan, bahawa vape yang mengandungi racun Nikotin akan dirampas kerana menyalahi Akta Racun 1952, di mana nikotin adalah racun di bawah kelas C di dalam jadual racun yang terlarang. Kandungan nikotin di dalam cecair vape berbentuk Nikotin tulen adalah sebanyak 4mg/ml, berbanding dengan 1mg/ml yang terkandung di dalam sebatang rokok, di mana ianya dikawal di bawah Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004. Manakala, bagi penjualan vape masih belum ada sebarang akta yang mengawalnya kecuali Akta Racun 1952.

Menurut pakar perubatan, racun nikotin tulen vape boleh mendatangkan mudarat segera kepada penggunanya. Kajian daripada Pusat Racun Negara menyatakan racun nikotin akan menyebabkan gangguan perut dan usus jika diambil serendah 2mg. Dos yang lebih tinggi boleh menyebabkan kesan yang lebih teruk, di antaranya sawan dan kegagalan pernafasan. Nikotin pada paras 4mg boleh menyebabkan kematian kepada kanak-kanak, manakala 40mg boleh menyebabkan kematian di kalangan orang dewasa.

PAS Johor juga merasakan bahawa budaya vape ini akan membawa lebih kerosakan kepada nilai budaya masyarakat. Bukan hanya orang dewasa sahaja yang terlibat, tetapi kanak-kanak, wanita dan yang  bergelar ibu juga terlibat. Sekiranya ini tidak dibendung, ia akan merebak dan membarah dan akan merosakkan lagi generasi bangsa Johor di masa hadapan.

Allahu Akbar. Daulat Tuanku.

Badan Perhubungan PAS Negeri Johor
Dewan Ulamak PAS Negeri Johor
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
Dewan Muslimat PAS Negeri Johor - HARAKAHDAILY 1/12/2015

Sumber HD - 1-12-2015

Tidak perlu tunggu kematian baru nak larang vape

BERNAMA | .


JOHOR BAHARU: Tidak perlu menunggu sehingga berlaku kematian tragik baru mahu melaksanakan larangan penggunaan dan penjualan rokok elektronik atau vape, kata Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Mohd Khairi Yakub.

Beliau berkata kerajaan negeri tidak sewenang-wenangnya melakukan larangan itu kerana sebelum ini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyarankan negara anggota termasuk Malaysia untuk menghentikan penjualan dan penggunaan vape.

Menurutnya, WHO membuat saranan itu dibuat rentetan daripada laporan 3,000 kes keracunan yang dicatat berhubung vape yang mengandungi nikotin di Amerika Syarikat sejak tahun 2003.

"Mereka mempunyai alasan untuk kita percaya bahawa vape itu berbahaya. Sebab itu mereka keluarkan saranan tersebut.

"Kita sebagai anggota WHO perlu mengikutinya dan berdasarkan undang-undang, adalah logik untuk kita melindungi rakyat kita," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Sidang media itu diadakan bagi mengulas titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar semalam yang mahu penjualan produk vape di Johor dihentikan dan semua premis berkenaan ditutup berkuat kuasa 1 Januari depan.

Dilapor setakat ini Argentina, Brazil, Singapura, Brunei, Oman, Qatar dan Thailand adalah antara 14 negara yang mengharamkan sepenuhnya penjualan dan pengimportan peranti vape.

Negara seperti Australia, Belgium, Kanada, Finland dan New Zealand pula melarang sama sekali peranti elektronik yang mengandungi nikotin.

Dr Mohd Khairi berkata orang ramai perlu menerima keputusan Sultan Johor dengan mengambil kira vape boleh mengakibatkan pelbagai komplikasi kesihatan termasuk pembekuan darah dalam otak, menjejaskan perkembangan bayi dalam kandungan, sawan, kegagalan sistem pernafasan, iritasi terhadap mata, tekak dan asma. - Bernama

Sumber HD - 30-11-2015















Sultan Johor Haram Vape, Arah Tutup Premis Mulai 1 Januari 2016

Posted on Sunday, November 29 @ 16:37:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Sultan Johor mengharamkan penggunaan vape di seluruh negeri itu dan memberi tempoh sebulan kepada pengusaha premis peranti berkenaan untuk menamatkan operasi.

"Saya mahu premis vap ditutup pada 1 Januari 2016 dan saya tidak mahu dengar sebarang alasan.

"Ia ada kaitan dengan isu kesihatan dan kesannya kepada golongan muda, bukan melibatkan perniagaan atau perkauman.

"Saya benar-benar kecewa apabila ada pihak menimbulkan isu ancaman perkauman dan politik melibatkan vape," titah baginda menerusi temubual khas baru-baru ini.


Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskkandar bertitah, negeri mempunyai hak untuk menguatkuasa undang-undang mengikut peruntukan kerajaan tempatan bagi menutup perniagaan pengusaha vape.

Baginda juga mengarahkan supaya kerajaan negeri bersidang minggu depan untuk merangka perancangan untuk memudahkan proses itu.

Titah baginda lagi, ahli politik juga seharusnya berhenti memenuhi kehendak ahli perniagaan yang terlibat dalam industri vape ini.

"Kenapa ada ahli politik yang mengalah terhadap ancaman ini? Saya mahu tahu jika ahli perniagaan ini membenarkan anak-anak mereka untuk menggunakan vape jika ia benar-benar selamat dan tidak mengganggu kesihatan seperti yang didakwa.

"Apakah kamu mahu melihat anak-anak terus menggunakannya.

"Ia perniagaan baharu tetapi apa pula bentuk perniagaan yang mereka lakukan sebelum ini? Berpatah balik kepada pekerjaan anda sebelum ini," katanya.

Awal bulan ini, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Industri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan Kementerian Kesihatan menguatkuasakan penjualan vape yang perisannya mengandungi nikotin boleh membunuh industri yang dikuasai peniaga Melayu.

Menteri berkenaan juga memberi maklumbalas berkenaan susulan laporan polis yang dibuat sekumpulan peniaga Bumiputera mengenai tindakan penguatkuasaan terhadap industri vape boleh mengakibatkan sokongan terhadap Barisan Nasional menurun pada pilihan raya umum akan datang.

Sultan Johor bertitah, kesan jangka panjang kesihatan kerana penggunaan vape di mana pembayar cukai perlu menanggung untuk membiayai rawatan.

Beliau bertitah lagi, pengharaman vape di negeri itu meliputi penjualan produk berkaitan peranti itu.

"Adalah jelas mengikut undang-undang, premis vape tidak boleh menjual nikotin, jadi kenapa perlu menutup sebelah mata dan mengetepikan undang-undang?

"Jika kita biarkan ia berlaku, akan ada golongan muda yang ketagih untuk menggunakannya," titah baginda.

Sultan Johor juga memberi amaran kepada mana-mana pihak yang tidak mematuhi undang-undang pada 1 Januari depan akan dikenakan tindakan.
Sumber TKO - 29-10-2015

Sultan Johor berkecil hati penyebaran berita palsu

BERNAMA | .


JOHOR BAHARU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkecil hati dengan tindakan sesetengah pengamal media sosial yang menyasarkan anakanda baginda, Tunku Abdul Jalil, sebagai mangsa penyebaran berita palsu di laman media sosial baru-baru ini.

Menegaskan penyebaran berita seperti itu patut dihentikan segera, baginda bertitah Tunku Abdul Jalil berada dalam keadaan baik, namun baru-baru ini beliau mengadu sakit belakang hingga memaksanya mendapatkan rawatan di hospital.

"Tunku Laksamana dimasukkan ke wad kerana fasiliti (rawatan) di istana tidak mencukupi.

"Jadi, orang ramai tolonglah jangan menghebah-hebahkan berita palsu. Saya berasa kecil kerana keadaan Tunku Laksamana tidak tenat seperti yang diuar-uarkan dan berharap orang ramai terus mendoakan kesihatan anakanda, " titah baginda kepada pemberita selepas menghadiri majlis perjumpaan bersama Lembaga Pengampunan Johor di Bangunan Sultan Ibrahim di sini Isnin.

Sultan Ibrahim bertitah demikian sebagai mengulas laporan tentang Tunku Abdu Jalil yang dikatakan sedang sakit tenat akibat kanser dan kini menjadi viral di laman media sosial.

Sultan Ibrahim turut menegaskan, di Johor, baginda tidak mahu perbuatan penyebaran berita palsu itu terus berleluasa kerana kerajaan negeri yang ada sekarang dilantik oleh baginda.

"Kerajaan tahu di mana tujuan (penyebaran), jadi tidak payah sebar-sebarkan berita yang kurang senonoh terutama blogger, yang kononnya macam mereka tahu dulu (semua perkara) sebelum kejadian berlaku," titah baginda.

Terdahulu, baginda memaklumkan sekurang-kurangnya 30 kes jenayah melibatkan banduan di seluruh negeri dipertimbangkan untuk diampunkan bersempena Hari Keputeraan baginda pada 22 Nov ini.

Titah baginda, keputusan muktamad untuk pertimbangan itu akan diumumkan menerusi media massa tidak lama lagi.- Bernama

Sumber HD - 16-11-2015


Sejarah Temenggong dan Luaskan Kuasamu

Posted on Wednesday, November 04 @ 21:42:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

"

Pada 11 Julai 2012 yang lalu, artikel CD bertajuk Polis diraja Johor mempersoalkan kewujudan Polis diraja Johor yang tidak diketahui tujuan penubuhannya - adakah di bawah Askar Timbalan Setia Negeri Johor atau dikenali sebagai Johor Military Force (JMF) atau adakah ditubuhkan sebagai polis bantuan yang dibenarkan di bawah penubuhan Akta Polis 1967 atau adakah hanya sebagai security guard?

Blog entry kali ini cuba membuat ulasan mengenai salah satu tulisan Uncleseekers bertajuk Sultan Johor Atau Kerabatnya? (Part 62) - Johor Military Force (JMF) Relevan atau Tidak? 

Ditegaskan sekali lagi, semua dakwaan Uncleseekers melalui artikel-artikel di blognya bukan semuanya benar dan bukan semuanya salah. Di dalam artikel berkenaan (yang ditulis melalui e-mail oleh Kamal Hisham mengenai JMF), dinyatakan JMF diwujudkan ekoran daripada kes Mighell v. the Sultan of Johore.

"Adakah betul JMF ditubuh hanya untuk menyelamatkan Sultan Johor yang telah disaman di England kerana melakukan pecah janji atau tak jujur pada janji nya kepada seorang wanita ?

Ini berkaitan kes Mighell vs The Sultan of Johor? Adakah benar dari fakta kes itu, sudah pasti Sultan akan kalah kes , jadi dia cuba mengguna taktik berbelit sedikit iaitu mengunakan alasan ‘raja berkedaulatan atau sovereign' sebagai cara lepaskan diri dari tindakan mahkamah - E-mail Kamal Hisham yang disiarkan dalam blog Unclessekers

Petikan akhbar Straits Times, 12 Disember 1893

Itu tidak benar! Kes tersebut dibicarakan pada tahun 1894, sedangkan JMF ditubuhkan pada tahun 1886 oleh Sultan Abu Bakar. Bermakna JMF ditubuhkan bukan disebabkan oleh kes Mighell v. Sultan of Johore (1894) 1 QB.


Mengikut akhbar Straits Times Weekly Issue, 12 December 1893 (muka surat 5), Albert Baker dan Jenny Mighell berkenalan pada bulan Ogos 1885. Walaupun kemudiannya Jenny Mighell mengetahui Albert Baker adalah seorang Maharaja, wanita itu masih menantikan Albert Baker selama 5 tahun. Hanya pada 30 Ogos 1893 Mighell membawa kes ini ke mahkamah. Akhirnya pada tahun 1894, Albert Baker terlepas daripada pengadilan kerana sebagai seorang Raja negeri-negeri Melayu, baginda adalah kebal dari sudut undang-undang. 

Melihat daripada tarikh-tarikh tersebut jelas menunjukkan penubuhan JMF tiada kena-mengena dengan kes Mighell v. the Sultan of Johore seperti yang didakwa di dalam blog Uncleseekers. 


Jadi, apakah alasannya JMF ditubuhkan?

Umum mengetahui keturunan Kesultanan Johor yang memerintah negeri Johor pada hari ini bukanlah waris kesultanan Johor yang sah. Mereka hanya berketurunan Temenggong, bermula dari Temenggung Daeng Ibrahim yang menggunakan tipu-helah dan muslihat untuk memerintah negeri Johor. 
 
Si dia cuba mengingatkan rakyat Johor belajar sejarah. Harap dia pun tahu sejarah asal-usul nenek moyangnya hanyalah Temenggung Johor yang merampas takhta dengan tipu-helah dan muslihat bersama British

Temenggung Daeng Ibrahim dan kemudian anaknya Temenggung Abu Bakar merupakan pemerintah Johor de facto bukan bertaraf raja atau Sultan.

Untuk menjadi Sultan perlu mendapat pengikhtirafan dari Sultan-sultan yang berdaulat seperti Perak, Siak dan Lingga. Sebagai contoh Daeng Lumu ditabalkan menjadi Sultan Selangor yang pertama oleh Sultan Perak dan dihadiahkan sebahagian alat nobat Perak yang diwarisi dari Kesultanan Melayu Melaka untuk dijadikan alat kebesaran diraja Selangor. Begitu juga Bendahara Tun Zainal Abidin bin Tun Habib Abdul Majid diikhtiraf menjadi Sultan oleh Raja Pattani. Alat-alat kebesaran diraja Johor Lama semuanya disimpan di Pulau Penyengat oleh Engku Hamidah (isteri Sultan Mahmud Shah III) kerana tidak mahu ianya terlepas ke tangan lan*n iaitu Temenggung yang ingin menjadi raja. Untuk menampakkan Temenggung Abu Bakar setaraf raja-raja di negeri Melayu yang lain, British menyarankan Temenggung Abu Bakar menggunakan gelaran Maharaja seperti raja-raja di India.
 
Nobat Kesultanan Johor Lama yang diberikan kepada Kesultanan Terengganu apabila Kesultanan Riau-Lingga runtuh. Nobat ini tidak diserahkan kepada keturunan Temenggong yang merajakan diri di Johor.Umum juga mengetahui JMF ditubuhkan ekoran daripada perjanjian Anglo-Johor Treaty 1885. British menasihati Sultan Johor untuk memiliki sebuah kekuatan tentera sendiri bagi melindungi institusi diraja dan juga negeri Johor. Selepas ini juga lah iaitu pada 1 Julai 1886, Maharaja Abu Bakar mula memakai gelaran Sultan.


Persoalannya, mengapakah British menasihati Maharaja Abu Bakar untuk memiliki tentera sendiri?

1. Serangan Si Bongkok terhadap Temenggung dan British 

Lagu rakyat negeri Johor "Tanjung Puteri” dikatakan dicipta sekitar tahun 1950an bukan sahaja menceritakan mengenai keindahan negeri Johor, tetapi terdapat perkara yang perlu dikaji sejarahnya. Dalam lirik lagu tersebut ada disebut “Pusara Si Bongkok di lereng bukit, di tepi pantai Tanjung Puteri”.
 
Pusara Si Bongkok yang hanya bernesankan sekeping papan diletakkan seorang lelaki pada 23 Januari 1981 selepas dia bermimpi didatangi Si Bongkok yang menyuruhnya menanda pusara berkenaan. Penulis novel sejarah, Abdul Latip Talib mengambil inisiatif sendiri untuk meletakkan nesan batu di pusara tersebut. Mana pergi kerajaan negeri?


Siapa Si Bongkok yang dimaksudkan? Si Bongkok memang nama asalnya manakala nama bapanya adalah Damak. Si Bongkok adalah merupakan seorang pahlawan Melayu yang menentang campur tangan British dalam pentadbiran dan ekonomi Johor dan juga menentang Temenggung Johor yang menjadi pemerintah de-facto Johor. Si Bongkok juga inginkan takhta kesultanan Johor yang ketika itu dikuasai Temenggung Daeng Ibrahim dikembalikan kepada pewaris asal iaitu Sultan Ali.

Si Bongkok dan pengikutnya menyerang kapal-kapal yang melalui perairan Johor untuk berdagang di pelabuhan Tanjung Puteri dan Singapura. Tindakan itu menyebabkan aktiviti perdagangan dan ekonomi di Tanjung Puteri dan Singapura semakin merosot. British dan Temenggung Ibrahim menghantar angkatan laut Johor diketuai Laksamana Daeng Alek untuk menyerang Si Bongkok.

Serangan demi serangan gagal untuk mengalahkan Si Bongkok. Paglima Putih yang merupakan adik Si Bongkok adalah pengikut kepada Temenggung Ibrahim. Dikatakan Si Bongkok dan Palima Putih mencintai gadis yang sama iaitu Tanjung, anak kepada Datuk Penggawa Timur. Berlaku pergelutan antara mereka berdua dan Si Bongkok terbunuh.

Ada sumber mengatakan dalam pergelutan tersebut Si Bongkok membunuh diri dengan menggunakan senjatanya kerana tidak sanggup untuk bergaduh dengan adiknya sendiri. Persoalannya benarkah Si Bongkok membunuh diri? Mungkin sengaja direka-reka oleh mereka yang membenci perjuangan Si Bongkok yang menentang British dan Temenggung Ibrahim.

Kisah Si Bongkok yang menentang Temenggung Ibrahim dan British ini kemungkinan berlaku sekitar tahun 1855 hingga 1877. Mengapa 1855? Kerana ini adalah tahun dimana pusat pentadbiran Johor dipindahkan dari Teluk Belanga, Singapura ke Tanjung Puteri. Dan 1877 adalah tahun dimana Sultan Ali mangkat. Penentangan Si Bongkok mungkin berlaku di dalam tempoh tersebut.

Si Bongkok seakan dilupakan sejarahnya tidak seperti pahlawan menentang penjajah yang lain seperti Dol Said, Tok Janggut, Datuk Bahaman dan lain-lain adalah keranaSi Bongkok bukan sahaja membenci penjajah tetapi turut membenci Temenggung yang merampas hak Kesultanan Johor yang sah. Dan keturunan Temenggung yang dibenci itu lah merupakan keturunan Kesultanan Johor pada hari ini.
 
2. Perang Jementah 

Perang Jementah berlaku disebabkan sikap imperialis Temenggung Ibrahim dan anaknya Temenggung Abu Bakar yang ingin meluaskan lagi kekuasaannya ke atas Muar-Kesang yang menjadi hak Sultan Ali dan keturunannya di bawah Perjanjian 10 Mac 1855. ***** sangat kah Sultan Ali yang hanya menerima Muar-Kesang sedangkan lain-lain daerah dikuasai Temenggung Ibrahim? Ini lah muslihat Temenggung Ibrahim dan British yang kononnya akan menjadikan Melaka sebagai kota pemerintahan baginda. Itu sebabnya Sultan Ali dibenarkan tinggal di Melaka dan mangkat di Umbai, Melaka.
 
Tengku Mahkota Muar jauh lebih handsome dari TMJ 
Sejak itu Sultan Ali dikenali sebagai Sultan Muar. Sultan Ali meneruskan tradisi dengan mewakilkan Raja Temenggung Muar sebagai wakil Sultan dalam pemerintahan. Muar diberikan kuasa autonomi dan diperintah oleh Raja Temenggung Muar sejak zaman Sultan Ibrahim (1677–1685). Muar adalah anugerah Sultan Ibrahim kepada Sayyid Ibrahim sebagai mas kahwin semasa perkahwinan Sultan Ibrahim (ayahanda kepada Sultan Mahmud Mangkat Dijulang) dan adinda Sayyid Ibrahim. Keturunan Raja Temenggung Muar inilah yang memerintah Muar sehingga Maharaja Abu Bakar menjajah Muar-Kesang.

Sultan Ali mangkat di Umbai, Melaka pada tahun 1877. Bermula lah pertikaian diantara 2 putera - Tengku Mahmood dan Tengku Alam. Pembesar Muar-Kesang termasuk Raja Temenggung Muar memberi sokongan kepada Tengku Alam kerana beliau adalah putera sulung Sultan Ali dari isterinya bernama Daeng Siti iaitu anak pembesar Bugis. Disebabkan pertikaian ini, British menawarkan Maharaja Abu Bakar sebagai pemerintah sementara Muar-Kesang sehingga krisis diantara 2 putera itu berakhir. 

Untuk mendapat persetujuan pembesar-pembesar di Muar-Kesang, satu undian di Kuala Kesang dibuat. Maharaja Abu Bakar dan British menggunakan tipu muslihat sekali lagi dengan membeli dan mengugut pembesar-pembesar Muar-Kesang supaya mengundi Maharaja Abu Bakar. Jadi, British pun menyerahkan pentadbiran wilayah Muar-Kesang kepada Maharaja Abu Bakar. 

Ini menyebabkan Tengku Alam tidak berpuas hati dan akhirnya tercetuslah Perang Jementah pada 25 Oktober 1879. Dengan sokongan British, Maharaja Abu Bakar telah menang dalam Perang Jementah. Muar-Kesang jatuh sebagai wilayah jajahan Maharaja Abu Bakar dan sekaligus menghapuskan kekuasan Raja Temenggung Muar yang akhirnya dihapuskan oleh British pada 1902.
 
Jadi, penentangan yang berterusan terhadap keturunan Temenggung yang merajakan diri sendiri dan menjadi penjilat tegar penjajah British adalah sebenarnya faktor mengapa JMF ditubuhkan. Ini adalah fakta yang tidak berani disentuh oleh mana-mana buku sejarah yang kebanyakannya dikarang oleh pihak yang menang.

Berbalik kepada persoalan yang dikemukakan oleh Uncle Seekers, masih relevan atau tidak JMF? Jawapannya adalah YA! 



1. Kebencian terhadap keturunan Temenggung yang semakin melebarkan empayar dan menjadi penjilat tegar British menyebabkan berlakunya pemberontakan dan peperangan di Johor. Oleh sebab itu, British menasihati Sultan Johor untuk memiliki sebuah kekuatan tentera sendiri bagi melindungi institusi diraja dan juga negeri Johor. Tanpa kekuatan ketenteraan, penentangan dari waris yang sah bagi Kesultanan Johor mungkin boleh berlaku sama ada dari keturunan Tengku Alam ibni Sultan Ali atau dari Tengku Mahmood ibni Sultan Ali. Tidak mustahil juga waris Raja Temenggung Muar yang selama ini memerintah Muar sebagai sebuah negeri yang merdeka turut akan membuat serangan. 

Hingga kini tiada lagi kedengaran tuntutan takhta daripada Sultan Johor oleh waris-waris Kesultanan Melayu Melaka kerana tiada yang berani. Semua pergi kacau negeri Melaka yang tidak bersultan seperti kes Raja Norjan Shah atau Raja Ahmad Nasir yang menuntut takhta Kesultanan Perak. Umum mengetahui selepas jatuhkan Kesultanan Melayu Melaka, warisnya menjadi Sultan Johor dan Perak. 

Jadi, adalah relevan penubuhan JMF disini bagi melindungi Sultan-sultan dari keturunan Temenggung yang bukan berasal dari susur-galur raja yang sah bagi Kesultanan Johor daripada sebarang penentangan dan tuntutan takhta daripada waris yang sah. Dan kini JMF terus menjadi bodyguard anak-cucu Sultan Johor dan dibayar gaji oleh kerajaan menggunakan duit rakyat. 
 
JMF berbangga kerana berjaya mematahkan pemberontakan oleh askar-askar India Muslim dari pasukan 5th Light Infantry di Singapura pada tahun 1915. Peristiwa yang dinamakan 1915 Singapore Mutiny (atau 1915 Sepoy Mutiny) juga dinamakan 1915 Dahagi Singapura bermula apabila British bercadang untuk menghantar pasukan tentera India Muslim dan Melayu untuk menentang Turki Uthmaniyyah. Seorang ulama tempatan bernama Nurul Alam Syah dan seorang saudagar Gujerat bernama Kassim Ali telah meniup semangat jihad di kalangan tentera Islam supaya tidak patuh kepada arahan British, ditambah pula dengan fatwa berjihad yang dikeluarkan oleh kerajaan Uthmaniyyah. Pada 15 February 1915, seramai 815 askar India Muslim dan 100 askar Melayu telah menyerang British menyebabkan 33 orang askar British terkorban. 

British telah memohon bantuan dari JMF untuk mematahkan pemberontakan ini. Akhirnya JMF berjaya menangkap askar-askar yang memberontak yang menyeberang ke Johor merentasi Selat Johor semasa melarikan diri daripada buruan pihak British. Askar-askar India Muslim yang ditangkap oleh JMF ini akhirnya dijatuhkan hukuman bunuh dengan firing squad (rujuk gambar) manakala Nurul Alam Syah dan Kassim Ali di hukum gantung. 

Boleh baca tulisan Prof. Madya Dr. Hafidzi Md Noor di link ini. Sejarah JMF menjadi tali barut British dan sanggup menyebabkan saudara sesama Islam terbunuh mungkin membanggakan mereka. Itulah relevannya penubuhan JMF sebagai sekutu British yang sanggup melebihkan British dari umat Islam.
 
 3. Mengikut tulisan Dato’ Onn Jaafar bertajuk “Tyranny in Johore” semasa menjadi wartawan Sunday Mirror (boleh dibaca buku bertajuk One Man’s Will - A Portrait of Dato’ Sir Onn Bin Jaa'afar di mukasurat 264, semasa pemerintahan Sultan Ibrahim, askar-askar JMF dikerah sebagai buruh paksa untuk membina padang lumba kuda dan juga membuka ladang di Pagoh, Tasek Utara dan Pasir Pelangi untuk Sultan. Ini boleh dikatakan sebagai antara sumbangan terpenting askar-askar JMF di dalam sejarah negeri Johor kerana berkhidmat sebagai buruh paksa untuk Sultan Johor.
 
4. Apabila pasukan tentera Jepun dibawah Jeneral Tomoyuki Yamashita memasuki negeri Johor, khususnya bandar Johor Bahru, pasukan JMF tidak langsung memberikan sebarang tentangan atau terlibat dalam pertempuran menentang tentera Jepun. Sultan Ibrahim terpaksa meninggalkan istana dan berpindah ke Batu Pahat. Jeneral Yamashita dan tentera Jepun menjadikan Istana Bukit Serene, Johor Bahru sebagai markas tentera. Persoalannya, mengapa askar-askar JMF tidak berani melawan Jepun? 

Begitu juga semasa Konfrontasi Indonesia-Malaysia (1962-1966), askar-askar dari Singapore Infantry Regiment seramai 25 orang telah diserang hendap oleh sekumpulan pengganas Indonesia pada 28 Februari 1965. Dalam kejadian itu, 8 orang askar telah terkorban manakala 5 orang tercedera. Sekai lagi, di mana askar-askar JMF dibawah pemerintahan Sultan Ismail pada masa itu yang hebat-hebat kononnya ditubuhkan untuk mempertahankan negeri Johor? 

Masih relevan kah JMF? Ya, masih relevan sebagai bodyguard Sultan dan kerabatnya. Biar lah negara kena serang dengan musuh, yang penting Sultan dan kerabatnya selamat. Apa terjadi kepada rakyat jelata tidak penting. 



5. JMF juga memainkan peranan penting bagi kes-kes yang rakyat secara umumnya sudah pun tahu. Sebagai contoh rujuk kes-kes Public Prosecutor v. Tengku Mahmood Iskandar & Anor., (1973) Public Prosecutor v. Tengku Mahmood Iskandar & Anor., (1977), Peristiwa Gomez 1992 dan lain-lain lagi. Peristiwa Gomez 1992 sudah cukup menceritakan tugas JMF. 

Menurut kisahnya, Douglas Gomez dipanggil mengadap di Istana Bukit Serene pada 30 November 1992. Sultan Johor yang memukulnya dikelilingi 6 lelaki berseluar jeans dan berbaju-T serta antara 10-12 orang askar JMF. Itu satu contoh penglibatan JMF memukul rakyat, banyak lagi kes yang rakyat pun tahu. Begitu banyak jasa dan bakti JMF kepada rakyat jelata yang membayar gaji mereka.
Contoh jadual gaji askar JMF berpangkat Kapten
Jadi, berbalik kepada soalan Uncleseekers sama ada JMF masih relevan atau tidak - jawapannya mudah, YA! 

JMF adalah perlu untuk memastikan keselamatan Sultan dan kerabatnya yang takut dengan bayang-bayang sendiri, juga penting sebagai kuli batak dan bodyguard. Mungkin itu saja yang mampu dibuat kerana sejarah menunjukkan betapa pengecutnya mereka sewaktu negara betul-betul memerlukan mereka.
 
Kem baru JMF seluas 20.71 hektar dijangka siap 2014

Kerajaan Johor memperuntukkan RM118.7 juta untuk membina kem baru JMF di Jalan Datin Halimah, Johor Baharu harus dipuji. Biarlah rakyat menanggung perbelanjaan askar-askar yang menjaga Sultan Johor dan kerabatnya. Sebagai balasan kepada rakyat yang memberi askar-askar dan anak isteri mereka makan dan minum - mungkin akan ada lagi rakyat yang ditumbuk dan disepak terajang. Persetankan dengan rakyat, yang penting bayangan tuhan dimuka bumi ini dijaga dengan sebaik-baiknya. 


Sejarah di sekolah ditulis oleh orang-orang yang menang.
Sumber:- JDT Luaskan Kuasamu 


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
cipanda
Posted on Wednesday, November 04 @ 21:42:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


Sumber TKO - 4-11-2015


Jom kita bantu keluarga ini, “Luaskan Kuasamu”

Posted on Monday, November 02 @ 20:48:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

"Saya dihubungi oleh satu keluarga di Johor Bharu, yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Pendapatan bulanan tidak cukup untuk menampung keperluan keluarga, walaupun isteri membantu menambah pendapatan belanja dapur, dengan sewa rumah, duit motosikal, perubatan anak ulang alik ke hospital dan sebagainya, itu pun masih ada perbelanjaan keperluan yang tertunggak atau tertangguh.

Baru-baru ini, satu-satunya kenderaan iaitu motosikal yang digunakan untuk mencari rezeki telah ditarik kerana tunggakan bayaran sekitar RM700 untuk 5 bulan. Tidak pasti lagi berapa perlu bayar untuk ambil semula motosikal ini.

Untuk guna basikal di bandaraya besar, adalah tidak sesuai dengan pekerjaannya.

Kepada mereka yang ingin membantu keluarga ini sila hubungi saya 0122267406 (Rozmal)

“Luaskan Kuasamu” "


Sumber TKO - 2-11-2015


Pau 50 Sen Jadi Fenomena, Ini Baru Ikhlas Nak Berniaga
Posted on Sunday, October 18 @ 22:27:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KISAH seorang pakcik yang menjual pau pada harga amat murah di Johor kini menjadi sensasi di media sosial.

Dikatakan pau yang dijual oleh pakcik ini adalah sangat sedap, besar dan jangan tidak percaya kalau harga bagi sebiji pau ini hanyalah RM0.50.

Gambar beserta maklumat tentang pau ini dikongsikan oleh saudari Engku Sofea, atas dasar rasa terima kasih setelah membelinya.

Ini perkongsian Engku Sofea:

engku
Salam, maaf lari tajuk.. Minta tolong viralkan .. Pakcik ni jual pau terlalu murah pastu besar pulak tu . Sebiji pon dh kenyng . Nak tahu berapa sebiji ? Just rm0.50 sahaja .

Jum pakat2 beli . Kita membeli sama mcm kita bersedekah :) area Tangkak, Ledang . 

Ape2 boleh pm sy :) Pau kaya, pau kacang,pau kelapa , pau choc rm0.50 .. Pau Ayam n pau daging rm0.80

Location : Kampung Padang Lerek,
Tangkak, Ledang, Johor.

12107166_1510022135986981_5152392388051727675_n

10947322_1510022242653637_4231741997831436393_n


12072742_1510022289320299_1717850473304928513_n
Difahamkan setelah kisah pau murah ini tersebar, gerai pakcik tersebut senantiasa dipenuhi penggunjung yang datang dari dalam dan luar Johor.
12118769_1510769345912260_8545776367091571586_n

12118969_1510769125912282_8786170630430975971_n
Syabas pakcik, orang yang tidak kedekut sememangnya Tuhan pasti melipat kali gandakan rezekinya.

Apa-apa pun, mungkin lepas ini pakcik itu boleh perbesarkan sedikit papan tanda ke gerainya dan letakkan info menarik terutama harga paunya yang cuma 50 sen sebiji untuk lebih memudahkan orang ramai berkunjung. – MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 19-10-2015

Johor Ada Hak Untuk Keluar Daripada Malaysia – TMJ

Posted on Sunday, October 18 @ 10:49:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



JOHOR BAHRU – Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah bahawa pandangannya mungkin dilihat bertujuan untuk mencetuskan sentimen kenegerian, namun sebenarnya perhatian baginda hanyalah khusus pada rakyat Johor.

“Beta bakal mewarisi takhta negeri Johor dan tanggungjawab utama beta semestinya terhadap rakyat jelata. Malaysia sangat penting, tetapi negeri Johor dan JDT akan sentiasa menjadi prioriti utama beta,” titah baginda.

Dalam satu wawancara bersama portal berita bola sepak tempatanFourthOfficial.com, baginda bertitah: “Rakyat berhak untuk mengetahui bahawa segala masalah yang berlaku dalam negara kita pada hari ini, tiada kena-mengena dengan institusi DiRaja negeri Johor.

“Selama ini, ternyata kami telah berjaya berdiri teguh atas kaki sendiri serta berdaya usaha. Malah, kami hanya menyertai Persekutuan Malaya selepas persetujuan antara dua pihak tercapai berdasarkan beberapa terma asas.

“Dan jika salah satu daripada syarat tersebut dilanggar, maka kami ada hak untuk menarik diri daripada negara ini. Masyarakat di luar sana mungkin boleh menuduh beta sengaja mengeluarkan kenyataan provokasi.

“Tapi pada beta, beta hanya melakukan tugas sebagai bakal Sultan negeri Johor, serta mengingatkan mereka tentang sejarah dan warisan yang ditinggalkan bumi bertuah ini,” titah baginda lagi, panjang lebar.

Pada Jun lalu, adinda Tunku Ismail, Tunku Idris Sultan Ibrahim telah mencetuskan kontroversi apabila baginda memuat naik tulisan berunsur amaran bahawa Johor mungkin akan menarik diri daripada Malaysia, menerusi akaun Instragram miliknya.

Dalam kiriman yang kini telah dipadamkan, putera itu bertitah bahawa negeri tersebut telah bersetuju untuk menyertai Persekutuan Malaysia pada tahun 1946 dengan beberapa syarat.

Ini termasuklah menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi negeri Johor, hak mutlak negeri terhadap isu air dan darat, serta kerabat negeri dibenarkan untuk mempunyai angkatan tenteranya sendiri. – MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 18-10-2015


Program Jelas 3.0: Muslimat PAS Johor
Posted on Saturday, October 17 @ 07:58:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



PAS Johor terus mengorak langkah ke mercu kejayaan. Program JELAS 13.0 DMPNJ di SERTIK, AYER HITAM .....  Satu lagi tanda PAS Johor "TIDAK LUMPUH" sepeti yang diwar-warkan parti baru, bahkan semakin semarak dan berkembang pesat.





Kalau program Muslimat sudah macam ini punya sambutan ... bukan nak cakap besar berdegar-degar dan mendabik dada tetapi ikut hukum akal logik sudah pasti yang melibatkan kaum Adam pasti lagi jauh hebat dan meriah.

Walaupun dicemuk dan dicemek cibir oleh Setiausaha Agung Parti Amanah Negara @ PAN Sdr Annuar Tahir betapa PAS Johor sudah lumpuh namun hakikatnya adalah sebaliknya ... lagi diperlekeh dan dihina lagi bersemangat dan bertambah kuat sokongan diberikan rakyat.

Sumber Link 


Sumber TKO - 17-10-2015














Unta Dan Trak

Posted on Friday, October 16 @ 23:32:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


"

Begitu takutnya Umar bin Khattab dengan amanah yang dipegang sehingga beliau pernah berkata : “ Seandainya ada seekor unta yang masuk ke suatu lubang di tengah jalan kota Baghdad , maka aku akan bertangungjawab dan akan ditanya oleh Allah Taala pada hari Kiamat nanti “.

Bayangkan , khalifah Umar bin Khattab mengurus pemerintahannya dari kota Madinah, tetapi kekhalifahannya sampai ke kota Baghdad, dan dia merasa jika ada seekor unta yang terjatuh ke dalam lubang di jalan-jalan kota Baghdad, walaupun dia berada di Madinah, Allah juga akan mempertanyakan tugasnya dan menghukum kecuaiannya sebab tidak mengetahuii ada lubang di kota Baghdad yang telah mencederakan seekor unta.

Daku berharap di bumi Johor tiada seorangpun insan yang bertaraf fakir miskin,semua rakyatnya ada rumah,tiada yang duduk di bawah jambatan,tiada yang setinggan,tiada yang gelandangan, tiada yang tidak mampu menghantar anak ke sekolah,semuanya kenyang-kenyangan tiada kebuluran,tiada yang cuma makan ubi kayu dan duit zakat tiada seorangpun yang layak menerimanya.......


Maka di saat itu,bolehlah pemimpin tidur dengan lena di dalam trak yang harganya termahal di dunia kerana rakyatnya tidur dalam kekenyangan.


UNTA DAN TRAK"

Sumber TKO - 16-10-2015

Ketua Pembangkang: PAS Johor kesal terima berita

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: PAS Johor menerima berita peletakan jawatan Dr Boo Cheng Hau sebagai Ketua Pembangkang Dewan Negeri Johor dengan penuh kekesalan.

"Walaupun berbeza dalam pendekatan politik, Johor memerlukan pemimpin seperti Dr Boo yang boleh berbincang dan memberi pendapat bagi kebaikan rakyat di negeri ini," ujar Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Abdullah Husin.

Katanya, PAS Johor juga menghormati hak DAP untuk mengisi jawatan Ketua Pembangkang Dun Johor kerana parti itulah yang mempunyai wakil paling besar dalam blok pembangkang.

Namun, tambah beliau PAS merasakan peranan yang diambil oleh Dr Boo perlu dihargai.

Katanya, keghairahan untuk menang di Johor, menyebabkan DAP dilihat kurang menghargai peranan pemimpin tempatan di kalangan mereka.

"PAS Johor juga menyokong sepenuhnya konsep 'Bangsa Johor' yang disarankan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bahawa Johor adalah hak orang Johor," ujarnya yang juga Ketua Dewan Ulamak PAS negeri.

Menurutnya, perjuangan bagi meletakkan keadilan kepada semua tidak kira apa bangsa dan agama mereka.

Beliau yang juga Adun Puteri Wangsa berkata, hanya orang Johor yang mengetahui dan memahami masalah di Johor.

"Pada masa yang sama ia bukanlah bermakna kita meninggalkan semangat patriotisma kepada negara Malaysia.

"Atas konsep Bangsa Johor inilah, maka PAS Johor merasakan apa-apa jawatan utama politik sama ada kerajaan atau pembangkang di negeri ini perlulah diisi oleh anak Johor sendiri," katanya lagi.

Justeru, tambah beliau PAS Johor merasakan DAP perlu mengambil kira  sentimen ini untuk kelangsungan konsep Bangsa Johor yang disarankan oleh Yang Mulia TMJ tersebut.

"Akhir sekali, PAS Johor mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr Boo atas peranan dan tanggungjawab yang beliau mainkan sebagai Ketua Pembangkang di Negeri Johor," ujarnya. - HARAKAHDAILY 14/10/2015

Sumber HD - 14-10-2015


Operasi PAS lumpuh di Johor - ILHAM Centre

Posted on Thursday, October 08 @ 08:39:27 MYT by paktam

Oleh Hilal Azmi 

KUALA LUMPUR: Penubuhan Parti Amanah, terutamanya di Johor, menyebabkan pergerakan parti PAS lumpuh. Kajian Ilham Centre mendapati pemimpin pengganti PAS di Johor tiada pengalaman untuk menerajui parti berkenaan.

"Kedudukan PAS goyah biarpun mereka mendakwa tidak terkesan (dengan penubuhan Amanah) kerana semua perjawatan diganti dengan individu lain.

"Menyedari hakikat itu, individu yang jadi pengganti tiada pengalaman, tidak pernah berorganisasi malah tidak pernah menggerakkan PAS di peringkat negeri mahupun cawangan," kata Pegawai Eksekutif Ilham Centre, Hisomudin Bakar dalam temu bual bersama Astro AWANI pada Rabu.

Tambah beliau, PAS dilihat tidak mampu beroperasi secara formal sepertimana pilihan raya sebelum ini memandangkan tokoh yang menggerakkan parti itu kini sudah tiada.

Hasil daripada kelemahan yang ada pada pembangkang ketika ini, UMNO dianggap mempunyai peluang baik untuk mengukukuhkan kedudukan di selatan Semenanjung.

"Biarpun wujud parti baharu dengan jenama baharu dan pola pengundian orang Melayu yang sukar berubah, keadaan ini memberi kelebihan pada UMNO walaupun UMNO sendiri kini dibebani pelbagai isu," katanya.

Malah, pemikir strategi UMNO dinasihat agar terus berusaha untuk memenangi hati rakyat.

"Kalau UMNO gagal yakini pengundi, mungkin berlaku undi protes yang menjadi bonus buat pembangkang.
"Dari situ, kejayaan parti pembangkang bukanlah hasil kekuatan mereka, tetapi akibat kegagalan UMNO untuk mengurus krisis dan juga apa yang berlaku pada parti pemerintah sekarang," tambahnya.~astroawani.com

Sumber DD - 8-10-2015


Gambar Wang Dinar Johor Jadi Viral Di Media Sosial

Posted on Sunday, October 04 @ 23:41:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



SEKEPING gambar rekaan wang Dinar Johor yang mempamerkan wajah pemerintah Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah menimbulkan persoalan orang ramai di laman sosial.

Gambar tersebut dimuat naik di Laman Facebook milik TMJ Supporters dengan kapsyen, “Saw in Facebook. Just a share”  dilihat dengan sengaja mahu mewujudkan persepsi kononnya negeri itu bersedia keluar dari Malaysia.

dinar2

Gambar wang kertas terbabit turut memaparkan cop Bank Johor Darul Takzim dan tandatangan Saifuddin Ali sebagai Gabenor Bank.

Meninjau komen diberikan, ada yang menyifatkan tindakan itu sebagai gurauan, namun ada juga yang mendakwa ia sebagai keterlaluan dan tidak seharusnya dibiarkan kerana boleh mengganggu ketenteraman masyarakat sekaligus mewujudkan pergolakan dalaman.

“Kiamat makin hampir…..Perpecahan akan menyeronokkan bangse asing yg memang teramat suka dgn apa yg bakal terjadi….Melayu mudah lupe….penyatuan yg susah payah diperjuangkan olih anak Melayu telah mula hancur olih propaganda musoh Melayu…..kesiannye kat bangse Melayu niiii….,” tulis Ajoi.

“Kebodohan tahap maksimum!! Saya maksudkan nota tersebut bukan orang di dalamnya. Jangan pecahkan negara ini. Satukan rakyat dan negara bukan dengan propaganda tetapi dengan keikhlasan dan kerja keras,” kata Pravin pula.

Bagaimanapun, ramai juga dilihat menyokong idea yang tersirat di sebalik gambar Dinar tersebut.

Godwin Addren memberikan komennya, “sangat baik, kami akan menyokong” manakala pengguna Facebook lain, Kentz Wayne dan Mohd Asyraf juga bersependapat dengan komen itu.
Malah beberapa pengikut lain menyatakan minat untuk berpindah ke Johor sekiranya negeri itu berpisah dengan Kerajaan Persekutuan.

Raj Appoi berkata, “idea yang baik. Bolehkah saya berhijrah ke JB? Undi dan sokongan saya akan bersama TMJ selama-lamanya!”

Beberapa minggu lalu, kontroversi turut tercetus apabila Johor dikatakan mengeluarkan arahan berkaitan penggantian bendera Jalur Gemilang dengan bendera daerah selepas berakhirnya sambutan kemerdekaan Malaysia.
-MYNEWSHUB.CC 

Sumber TKO - 4-10-2015

Kes mati mengejut : PEMUDA PAS Ucap Takziah

Posted on Monday, September 28 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Mangsa Suharto Bin Meodjib Dimjati
(48 thn) yang menetap di Taman Cahaya Baru, Yong Peng.

Pada 24/9/15 lebih kurang jam 1100 pagi, bertempat di Surau Tmn BCB Yong Peng. Sebanyak 4 ekor lembu akan disembelih. Tiba giliran ke lembu kedua untuk disembelih semua proses mengikat dan membaringkan lembu telah selesai sehingga proses penyembelihan.

Setelah lembu itu selesai disembelih, lembu itu telah mengelupur dengan kuat sehingga menyebabkan simati dan imam yang menyembelih tercapak kebelakang dan pada masa yang sama parang yang digunakan oleh imam untuk menyembelih lembu itu tadi telah terkena pada lengan sebelah kiri si mati. Orang ramai membantu si mati dengan membalut luka dan terus membawa si mati ke Klinik Kesihatan Yong Peng Untuk mendapatkan Rawatan. Oleh kerana kecederaan terlalu serius si mati di bawa ke Hospital Batu pahat untuk rawatan lanjut. Semasa sampai di wad kecemasan dapati si.mati telah meninggal dunia.

Si mati bersama beberapa orang jemaah Surau Tmn BCB Yong Peng menjalankan ibadah qurban dan secara tidak sengaja si mati telah tercedera dan mengakibatkan kehilangan banyak darah dan meninggal dunia. Semasa kejadian simati ditugaskan memegang bahagian kepala lembu dan berkedudukan berhampiran imam yang menyembelih.

Post Mortem telah dijalankan pada 24/9/2015 lebih kurang jam 4.00 petang di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat. Sebab Kematian SLASH INJURY TO LEFT FOREARM. ( KECEDERAAN TERPOTONG DI BAHAGIAN LENGAN SEBELAH KIRI )

Dewan Pemuda PAS AYER HITAM mengucapkan Takziah KEPADA keluarga beliau. Semoga Allahyarham dirahmati ALLAH SWT.

Al-Fatihah...

BERISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN

ABDUL HADI BIN HARUN
Ketua Dewan Pemuda PAS Ayer Hitam
Johor 


Sumber TKO - 28-9-2015


Semalam Presiden PAS di Johor
Posted on Sunday, September 06 @ 21:43:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



PAS kena pukulan hebat kerana 80 lagi ahli PAS keluar PAS di Johor sertai AMANAH.

Semalam PAS di Jophor menerima keahlian baru 650 orang. Alhamdulillah. Jika kita kekal dan istiqamah perjuangan dengan bertawakal kepada Allah walaupun orang kapir benci Insya-Allah kita parti akan mendapat keredhaanNya.


Sumber TKO - 6-9-2015
Selepas bersendirian, PAS mahu bertanding 40 kerusi DUN Johor - PJ
Posted on Friday, September 04 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Selepas bersendirian dalam politik tanpa DAP dan PKR, PAS merancang untuk menambah calon sehingga 40 kerusi dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang di Johor, kata Datuk Dr Mahfodz Mohamed.

Pesuruhjaya Johor itu dilapor akhbar Sinar Harian sebagai berkata, walaupun parti Islam itu kini bersendirian, PAS tetap akan bertanding di mana-mana kerusi yang dirasakannya boleh mendapat sokongan rakyat terutamanya di Johor.


"Kalau dulu kita hanya bertanding 29 kawasan (di Johor), akan datang mungkin lebih... mungkin sampai maksimum... mungkin 40.

"Kita akan bertanding di mana-mana mereka (musuh PAS) bertanding. Walaupun tidak ada komponen (parti) daripada bangsa lain, tetapi PAS akan memberikan peluang kepada Dewan Himpunan Penyokong PAS untuk bersama bertanding pada PRU akan datang," katanya.

Johor mempunyai 26 kerusi Parlimen dan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sumber TKO - 4-9-2015














Semoga episod ini tidak berulang di bumi Malaysia

HARAKAHDAILY | .


Seusai peristiwa Bersih 4, negara digemparkan dengan peristiwa pemijakan foto yang diedit melibatkan pimpinan utama PAS, Datuk Seri Tuan Gurui Abdul Hadi Awang dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak oleh sebahagian kecil peserta-peserta Bersih 4.

Peristiwa yang kita rasa tidak wajar berlaku di negara merdeka yang kita cintai ini.

PAS merasa sedih atas apa yang berlaku kerana ia melibatkan pimpinan utama parti ini.

Namun, PAS merasakan ia dilakukan mungkin kerana pelaku mendapat informasi yang salah tentang pendirian Presiden PAS, khususnya dan Parti PAS umumnya dalam masalah politik negara.

Walaupun begitu, tindakan memijak foto tidak sepatutnya berlaku kepada mana-mana individu di dalam negara ini terutamanya para pemimpin sama ada kerajaan atau pembangkang.

PAS tegaskan sekali lagi bahawa PAS tetap berpendirian tidak akan bersama dengan Umno dalam masalah politik dan ekonomi yang melanda negara sekarang ini.

Pintu PAS sentiasa terbuka kepada semua pihak sama ada Islam dan bukan Islam yang ingin mendapat gambaran sebenar pendirian PAS ini.

PAS berpendapat peristiwa memijak foto tersebut boleh menjadi punca ketegangan yang lebih parah di masa hadapan.

Ia mungkin akan disabotaj oleh pihak-pihak tertentu dan berkemungkinan berlakunya acara pijak-memijak foto yang tidak berkesudahan dan ini sudah tentunya akan mencetuskan ketegangan yang berpanjangan.

Justeru PAS memaafkan pelaku tersebut dan mendoakan semoga mereka diberi hidayah dengan kebaikan Islam dan semoga negara ini tetap terpelihara dengan kerahmatan Allah SWT.

Semoga episod ini tidak berulang di bumi Malaysia tercinta ini. - HARAKAHDAILY 1/9/2015

Datuk Dr Mahfodz Mohamed
Pesuruhjaya PAS Negeri Johor
1 September 2015

Sumber HD - 1-9-2015


Jangan Perbodohkan Rakyat - Sultan Johor
Posted on Wednesday, August 26 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



MERSING: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar menasihatkan kerajaan supaya tidak memperbodohkan rakyat dengan membuat kenyataan yang hanya sedap didengar bagi menutup keadaan sebenar.

Baginda menggesa kerajaan untuk menyelesaikan segera masalah negara terutamanya kejatuhan nilai ringgit yang semakin teruk.

"Sebagai Sultan, saya tidak boleh mencampuri urusan politik tetapi sebagai Sultan, saya bertanggungjawab untuk memastikan suasana kehidupan rakyat dalam keadaan baik, maju dan makmur," katanya pada Selasa.

Sultan Ibrahim berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena Hari Ulang Tahun Rejimen Gerak Khas Ke-50 di Kem Iskandar di sini.

Sultan Ibrahim juga mengingatkan kepada pemimpin pemimpin kerajaan yang telah dipilih oleh rakyat supaya memikul tanggung jawab dengan penuh amanah untuk kepentingan umum dan jangan mengutamakan kepentingan peribadi.

Baginda juga menegur pemimpin yang memperbodohkan rakyat dengan membuat kenyataan yang hanya sedap untuk didengar bagi menutup keadaan sebenar.

“Rakyat pada hari ini adalah generasi yang berilmu dan bijak menilai maklumat yang diterima, janganlah cuba memperbodohkan rakyat dengan memberikan berita dan maklumat yang hanya sedap untuk didengar bagi menutup keadaan sebenar.


"Selesaikanlah masalah masalah yang timbul dengan segera,” titah baginda. - Mstar

Sumber TKO - 26-8-2015

Hanya enam kawasan Pas di Johor sokong GHB
Posted on Monday, August 03 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



KUALA LUMPUR - Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed memaklumkan bahawa hanya tinggal enam kawasan sahaja yang setakat ini memihak kepada gerakan Harapan Baru setelah pihaknya berusaha keras menarik kembali kawasan yang sebelum ini berpaling tadah

Menurutnya, kawasan-kawasan tersebut sebelum ini berpaling tadah kerana hanya mendengar ‘cerita’ daripada sebelah pihak sahaja.


“Sebelum ini, kita panggil Pas kawasan untuk hadiri mesyuarat, 12 kawasan tidak datang. Dewan-dewan yang datang hanya Dewan Ulama sahaja. Setelah kita berusaha sungguh-sungguh, Alhamdulillah, sekarang ini tinggal enam kawasan yang ‘bersama’ Harapan Baru. Daripada 26 kawasan, kita (Pas) dapat 20 kawasan.


“Kerana sebelum ini mereka hanya mendapat penjelasan sebelah pihak…daripada Harapan Baru sahaja. Maka sekarang ini kita ada peluang, kena kerja keras. Sebab itulah, kita tak boleh tinggal Johor lama-lama. Selepas ceramah saya terpaksa balik…nak jaga (Johor). Jika tidak nanti, dia (GHB) kacau lagi,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada Perhimpunan Istiqamah Hingga Kemenangan Pas Wilayah Persekutuan (Pihak 4.0), di sini, malam tadi.


Menurutnya, selepas Muktamar Pas ke-61 awal Jun lalu, terbukti bahawa parti itu masih mendapat sokongan kawasan-kawasan di seluruh Negara apabila kepimpinan ulama yang diterajui Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menang dalam pemilihan tersebut.


“Orang selalu kata Harapan Baru kuat pengaruhnya di Johor. Itu dulu tuan-tuan, sebelum muktamar (Muktamar Pas ke-61). Puak-puak G18 yang dakwa bukan saya. Golongan ini dakwa Pas Johor sudah habis (berpaling tadah dengan menyokong Harapan Baru)…tinggal 20 peratus (%) (yang bersama Pas)…yang menyebelahinya sudah 80%.


“Kita sebagai Dewan Ulama tidak akan berdiam diri. Kita tidak bodoh. Kita bawa bekas-bekas Pesuruhjaya Pas ke Johor untuk kempen. Pada Mei 2015, kita berjaya meraih sokongan dengan 65 peratus bersama-sama menyokong kepimpinan ulama,”


Beliau yang juga Ketua Dewan Ulama Pas Pusat menegaskan bahawa gerakan itu tiada matlamat sebaliknya hanya mengidamkan jawatan.


“Kenapa kita nak tinggalkan Pas? Sedangkan kita ada dasar,matlamat yang jelas. Gerakan ini tidak ada apa-apa. Matlamatnya nak cari jawatan. Sebab jawatannya (sudah) hilang semua sekali…kecewa.


Macam budak-budak bermain kemudian kalah, mereka main lain-lain (berasingan). Nanti kalau begitulah sikapnya, dalam Harapan Baru ada lawan juga, kalah, dia buka Harapan Baru 2 pula.


“Maka, sebab itulah jangan percaya selagi tidak ada hitam putih, mereka sebenarnya tidak ada matlamat, tiada hala tuju. Yang dibuat kata dasar Islam syumul itu hanya khayalan sahaja kerana nak buat matlamat Islam mesti kena minta kebenaran daripada ‘mursyidul amnya’, Lim Guan Eng,” katanya.



Sumber TKO - 3-8-2015

Muhyiddin dititah menghadap sultan Johor
Posted on Sunday, August 02 @ 16:34:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dilapor menitahkan bekas timbalan perdana nenteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadap baginda, hari ini.

Perjumpaan itu dikatakan akan membincangkan isu penggugurannya daripada jawatan nombor dua dalam kerajaan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Memetik sumber, Astro AWANI melaporkan Muhyiddin dijangka menghadap sultan pada 3.30 petang di Istana Bukit Serene di Johor Bahru.

Suara tidak puas hati terhadap pengguguran Muhyiddin, yang lantang bersuara dalam isu 1MDB, banyak datang daripada Johor, kubu kuat beliau.

Sultan Ibrahim terkenal sebagai seorang sultan yang banyak terlibat memberi ulasan dalam perjalanan politik negara ini.

Muhyiddin pernah menjadi menteri besar Johor pada 1986.


Sumber TKO - 2-8-2015

PAS Kawasan Johor Bahru Tolak GHB
Posted on Monday, July 27 @ 01:36:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Alhamdulillah...semoga pas di bawah pimpinan ulamak semakin kukuh dan tidak terpedaya dengan cerita2 yg saja 2 diadakan..

Kredit:
Tok Tenang Tenang Heritage

Sumber TKO - 27-7-2015

Saya tidak ikut mereka tinggalkan Pas - Normala
Posted on Sunday, July 26 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



AHLI Pas diseru agar terus istiqamah dengan kelangsungan perjuangan walaupun cabaran yang mendatang dalam menongkah arus perjuangan semakin hebat.

Di saat 'sinar kemenangan' di hadapan mata , janganlah ada yang tidak sabar dan bersifat gopoh hingga 'menebuk' bahtera kerana tidak yakin dengan wadah parti Pas yang telah diperjuangkan selama 60 tahun lamanya.
Saya ingin melahirkan rasa sedih dan dukacita atas tindakan segelintir pimpinan tertinggi parti sesi 2013-2015 yang kini menggerakkan usaha ke arah penubuhan Harapan Baru meskipun, masih bergelar ahli Pas dan AJK Pas di peringkat cawangan, kawasan, negeri atau pusat.
Ada sebahagian daripada mereka merupakan 'idola' saya dalam perjuangan tetapi keputusan mereka berpindah ke wadah parti baharu dan meninggalkan Pas tidak akan saya turuti. 
Walaupun begitu, keputusan mereka saya hormati kerana itu hak masing -masing walaupun jauh di sudut hati, saya cukup kecewa.
Berundurlah secara terhormat dan meletakkan jawatan secara berprosedur tanpa menunggu penajaan  parti baharu diluluskan oleh ROS.
Bagi ahli Pas di Negeri Johor khususnya, saya ingin beri ingatan agar jangan menjadi 'gunting dalam lipatan' dengan menarik ahli keluar parti dengan menggunakan jawatan yang diamanahkan dalam muktamar, dalam pada masa yang sama masih kekal sebagai ahli Pas. 
Itu sikap hipokrit dan sikap tidak berintegriti dalam parti.
Adalah lebih baik, berundur secara baik secepat mungkin supaya segala gerakerja Pas tidak direncatkan dengan sikap segelintir dari mereka yang tidak bertanggungjawab.
Saya juga ingin melahirkan rasa kesal dengan sikap segelintir pemimpin tertinggi negeri dalam parti yang menggunakan aplikasi WhatsApp AJK Parti Pas, dengan menyebarkan maklumat tentang kewujudan parti baru untuk mempengaruhi pemikiran dan pendirian YDP dan Ketua Muslimat Kawasan, agar berpindah ke wadah parti baru.
Ada juga mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan sehingga menjejaskan matlamat whatsApp rasmi parti itu diwujudkan.
Kemungkinan juga suatu 'Muktamar Khas' bakal berlaku sekiranya sebahagian besar AJK  Dewan Muslimat Negeri Johor dan Dewan Pemuda Pas Johor meletak jawatan beramai-ramai untuk berpindah ke parti baharu.
Seboleh-bolehnya kita tidak mahu situasi ini berlaku . Apa pun, kita akan bersedia atas segala kemungkinan.

NORMALA SUDIRMAN

Sumber TKO - 26-7-2015

Pesanan TG Presiden Pas Buat Seluruh Pendukung Pas Negeri Johor

Posted on Sunday, July 12 @ 22:47:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



1. Allah, Rasul-Nya dan orang2 Beriman menyaksikan apa yang kita amalkan. Amalan tersebut bukan hanya ibadat, malah politik yang di dalamnya juga terdapat tahaluf.

2. Al-Quran menyatakan manusia merupakan satu keluarga berasal dari Adam dan Hawa.

Kemudiannya berpecah kepada pelbagai bangsa dan agama. Namun asal manusia hakikatnya sama.

Imam Ibnu Khaldun berkata manusia itu hakikatnya merupakan masyarakat Madani. Maka manusia tidak mampu bersendirian.

3. Banyak pihak menubuhkan kumpulan Islam. Tetapi kumpulan Islam yang sebenar hendaklah berpaksikan rahmat untuk semua.

Perjalanan Rasulullah bersusah di Mekah sehinggalah mentadbir dunia melalui Madinah, semuanya telah disusun di dalam al-Quran dan ia berpaksi atas konsep 'وتعاونوا علي البر والتقوي'.

4. Allah Taala telah menetapkan garis panduan ke atas orang2 yang beriman, perjalanan mentaati Allah, Rasul dan pemimpin Islam perlu dimatlamatkan sampai akhirat, bukan sekadar ke Putrajaya.

5. Sebelum kenabian Rasulullah, baginda pernah menyaksikan 2 pendekatan tahaluf kaum jahiliyyah:

i. Halful Fudhul (persefahaman Bani Hasyim dan Bani Mutalib bersama kabilah2 di Mekah untuk membela golongan yang dizalimi), Rasulullah menyokong pendekatan ini.

ii. Halful Mutthayyabin (persefahaman yang sama namun bertujuan untuk menindas), maka baginda menentang perjanjian ini.

6. Setelah menjadi Rasul, baginda mengadakan tahaluf bersama ahli keluarganya agar mampu melindungi diri.

Sungguhpun Rasulullah dan ahli keluarga yang menyokongnya dihidangkan dengan pelbagai ugutan dan janji manis untuk menghentikan usaha dakwah, baginda menolak kerana matlamat menyampaikan Islam tiada tolak ansur padanya.

7. Ketika Rasulullah mengadakan tahaluf bersama kaum Yahudi dan Nasrani, sebahagian mereka sanggup menerima hukum Islam dan sebahagiannya menolak.

Setelah kaum tersebut melanggar isi tahaluf dan menyanggah dasar Islam, maka baginda membatalkannya.

8. Pada Tahun 1978, pertembungan PAS berlaku apabila pimpinan PAS berpecah kepada dua pihak yang mahukan PAS kembali kepada Islam yang sebenar dan sebahagiannya mahukan sebaliknya.

Tahun 1982 menyaksikan kepimpinan ulamak kembali mengambil peranan utama dalam mengemudi bahtera PAS.

9. DAP pernah meminta agar PAS mendiamkan matlamat melaksanakan EKJS (Enakmen Kanun Jenayah Syariah) sebelum keluar Barisan Alternatif pada tahun 2001 setelah PAS bertegas mengenainya.

DAP pernah menyatakan persetujuan untuk berdiam ketika PAS menyuarakan akta 355 di Parlimen. Namun setelah PAS membawakannya, DAP sebaliknya lantang membantah.

Lebih parah, sebahagian umat Islam turut menyokong tindakan DAP atas dasar persahabatan dan simpati.

10. Kita mesti tegas pada perkara dasar, akidah dan matlamat. PAS pernah bertegas terhadap DAP dalam isu2 seperti penggunaan kalimah Allah, isu Bible dan isu Pilihanraya Perbandaran Pulau Pinang.

(Lajnah Tarbiah Pas Bagan Serai)

25 Ramadhan 1436H/11 Julai 2015
# Tulisan di atas dicatat oleh:
Lajnah Tarbiah & Perkaderan BPPNJ.



Sumber TKO - 12-7-2015

Taklimat Tertutup Dengan PAS Johor
Posted on Saturday, July 11 @ 20:37:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Presiden PAS membuat pertemuan tertutup dengan pimpinan PAS Johor. Sesi soal jawab dan penerangan isu semasa.




Kredit:
Mohd Razain Mohd Noor


Sumber TKO - 11-7-2015















Isu 1MDB: Siasat, tegakkan prinsip keadilan Islam

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: PAS Johor memandang serius apa yang berlaku kepada negara dan kepimpinannya mutakhir ini.

Pesuruhjayanya, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, terlalu banyak isu yang menunjukkan kepimpinan negara yang tidak kompeten, didakwa tidak amanah dan tidak boleh dipercayai.

Menurut beliau, sejak daripada PRU13, musibah demi musibah berlaku sehingga imej Malaysia jatuh di mata dunia.

Tambahnya, terkini ialah dakwaan penglibatan akaun peribadi Perdana Menteri dalam isu kehilangan berbilion wang rakyat dalam isu 1MDB.

"PAS Johor merasakan, demi kepentingan rakyat dan negara, satu siasatan segera perlu dilakukan," ujarnya dalam satu kenyataan.

Justeru, kata beliau PAS Johor menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Peguam Negara untuk membuka kertas siasatan ke atas isu itu.

PAS Johor juga, ujarnya ingin menggesa Ambank dan Bank Negara Malaysia membuat kenyataan rasmi menafikan semua transaksi yang telah dilaporkan bersama segala bukti yang tersebar di laman-laman sosial.

"Kami juga bersetuju dengan pendapat Presiden PAS bahawa Datuk Seri Najib Razak masih perlu kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia dan tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah sesuai dengan prinsip-prinsip perundangan Islam.

"Namun beliau perlu bertanggungjawab atas segala tuduhan tersebut dengan memberi ruang seluas-luasnya supaya penyiasatan dapat dilakukan," ujarnya yang juga Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat.

Beliau berpandangan, Najib juga perlu bertindak menyaman Wall Street Journal di atas laporan artikel yang mendedahkan penglibatan beliau.

"Penafian sahaja tidak mencukupi apabila tuduhan melibatkan maruah negara dan rakyatnya," katanya lagi. - HARAKAHDAILY 7/7/2015
















Sumber HD - 7-7-2015

Tanah runtuh musnahkan 6 rumah setinggan


Enam buah rumah setinggan musnah dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Tahana, Jalan Padu, Larkin di Johor Bahru tengah malam tadi membabitkan kerugian kira-kira RM30,000.

Timbalan Ketua Polis Daerah (I) Johor Baharu Selatan Supt Abdul Wahib Musa berkata, kejadian pada 12.30 tengah malam itu melibatkan 24 mangsa warga Indonesia, terdiri daripada 11 lelaki, sembilan wanita dan empat kanak-kanak.

Bagaimanapun, kesemua mereka terselamat dalam kejadian yang berlaku di kawasan tapak pembinaan yang dipercayai untuk dijadikan kedai dan restoran bersebelahan kampung berkenaan, katanya kepada pemberita selepas melawat tempat kejadian awal pagi ini.

"Pemeriksaan awal mendapati tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku dan kerugian dianggarkan sebanyak RM30,000 melibatkan enam buah rumah dan tiga buah motosikal yang tertimbus," katanya.

Abdul Wahib, yang turut diiringi Timbalan Ketua Polis Daerah (II) Johor Baharu Selatan Supt Mohd Nadzir Gulam Kadir, berkata ketika kejadian, lima rumahberpenghuni manakala satu tiada penghuni.

Buat sementara waktu, kesemua mangsa dipercayai tinggal dan mendapat perlindungan bersama saudara terdekat, katanya.

Menurut Abdul Wahid pihaknya akan menghubungi pejabat tanah pagi ini bagi memastikan tindakan selanjutnya diambil, selain meminta Syarikat Air Johor Sdn Bhd dan Tenaga Nasional Bhd menyambung semula bekalan air dan elektrik ke kawasan terjejas akibat kejadian itu.

Abdul Wahib berkata kajian awal pihak bomba mendapati struktur tanah di kawasan berkenaan masih berisiko berlaku runtuhan, terutama jika hujan.

"Pihak polis akan menjalankan siasatan lanjut dan akan menghubungi pihak kontraktor serta menasihatkan mereka agar memberhentikan kerja-kerja pembinaan buat sementara waktu untuk menilai risiko keruntuhan tanah," katanya.

Kawasan Kampung Tahana, yang dipercayai didiami lebih 20 tahun lalu, mempunyai 31 buah rumah dengan kira-kira 200 penduduk.

Sementara itu, jurucakap bomba dan penyelamat Negeri berkata 10 buah rumah di kawasan berdekatan disarankan berpindah kerana tidak selamat.

Sementara itu, tanah runtuh di Kampung Tahana itu dikatakan merupakan kejadian kali keempat.

Ia dikatakan menimbus enam buah rumah setinggan dan tiga buah motosikal serta nyaris mengorbankan 24 orang penduduk.

Seorang penduduk Nasrullah Sukriadi, 22, berkata kejadian kali ketiga berlaku semasa bulan puasa ini, tapi kali ini ia adalah yang paling buruk.

"Ini satu-satunya laluan keluar masuk penduduk. Yang paling merisaukan ialah bagi budak-budak sekolah kerana kawasan ini kini agak berbahaya untuk dilalui," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata sejak pembinaan dijalankan di kawasan berhampiran, kawasan perkampungan itu bukan sahaja sentiasa terputus bekalan eletrik dan air, malah bertukar menjadi kotor akibat kerja-kerja pembinaan.

Menceritakan kejadian itu, Nasrullah berkata beliau sedang menonton televisyen apabila terdengar bunyi seperti puting beliung, sebelum bergegas keluar dari rumahnya.

"Pada masa yang sama, saya dengar orang jerit tanah runtuh. Kemudiannya saya lihat rumah mak cik saya telah ditimbus tanah. Mujur mak cik bersama sepupu saya sempat keluar," katanya.

Beliau berkata tanah runtuh berlaku kira-kira 20 minit sebelum berhenti.

Saiful Arif Rudi, 20, pula berkata beliau sedang memasak apabila terdengar bunyi kuat dari arah belakang rumahnya.

"Saya terpaksa menendang pintu dapur untuk keluar kerana ia telah tersekat. Bila saya keluar saya dapati tanah telah menimbus sebahagian belakang rumah saya," katanya yang telah membuat laporan polis mengenai kejadian itu.

Ansari Najib, 24, berkata beberapa aduan telah dibuat termasuk yang terbaru seminggu sebelum bulan puasa menerusi 'Aduan Rakyat Online', tetapi masih belum ada tindakan susulan.

"Saya kini cuba meraih sokongan penduduk lain untuk membuat laporan kepada Majlis Bandaraya Johor Baharu," katanya.

Beliau berkata setiap kali berlaku kejadian tanah runtuh, bekalan air dan elektrik akan terputus.

- Bernama / MK / HD - 29-6-2015

14 hilang, kapal korek karam di Pengerang
















BERNAMA | .

JOHOR BAHARU: Sebuah kapal korek membawa muatan pasir dari Teluk Ramunia, Pengerang dekat sini karam dipukul ombak awal pagi ini di kedudukan 8.6 batu nautika timur Tanjung Punggai, menurut Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Ketua Penguat Kuasa Maritim Daerah Tanjung Sedili, Kapten Maritim Amran Daud berkata dalam kejadian kira-kira 4.20 pagi itu, 14 kru kapal dilaporkan hilang manakala seorang berjaya diselamatkan.

Kapal itu sedang menuju ke perairan Pengerang dekat sini apabila dipukul ombak menyebabkannya terbalik lalu karam, katanya dalam kenyataan di sini Rabu.

"Berikutan itu, kesemua kru kapal yang terdiri daripada 14 warga China dan seorang warga tempatan terjatuh ke dalam laut.

"Namun seorang daripadanya telah berjaya diselamatkan oleh kapal yang kebetulan melalui kawasan itu, manakala 14 lagi kru masih hilang," katanya.

Beliau berkata usaha mencari dan menyelamat kesemua mangsa hilang oleh Pasukan Gerakan Marin sedang giat dilakukan membabitkan sebuah kapal, tiga bot APMM Daerah Tanjung Sedili dan pesawat udara APMM. - Bernama

Sumber HD - 20-5-2015

Cadangan PR selesai masalah pengangkutan di Johor

HARAKAHDAILY | .


Kertas Dasar Pakatan Rakyat Johor berkenaan Pengangkutan:
Cadangan Jangka Pendek untuk Menyelesaikan Masalah Pengangkutan di Negeri Johor

Ringkasan Eksekutif

Memandangkan perkembangan pesat di Wilayah Iskandar Malaysia serta hubungan yang kian rapat dengan Singapura, Pakatan Rakyat Johor berpendapat bahawa satu Pelan Induk Pengangkutan Negeri Johor (Johor Transport Masterplan) yang menyeluruh perlu dilaksanakan segera bagi menyelesaikan masalah pengangkutan yang kian serius di bandaraya Johor Bahru dan juga sebagai persediaan untuk menampung peningkatan trafik akibat pembangunan pesat di negeri Johor.

Pada tahun 2012 sahaja, terdapat 173,000 buah kenderaan bermotor baru didaftarkan di negeri Johor. 95% daripada jumlah tersebut merupakan kereta dan motosikal. Johor merupakan negeri yang mempunyai jumlah kenderaan bermotor terbanyak di Malaysia (selain jumlah ketiga-tiga Wilayah Persekutuan) iaitu, kira-kira 3.1 juta. Daripada jumlah tersebut, 1.3 juta merupakan kereta dan 1.6 juta merupakan motorsikal. Populasi Johor adalah seramai 3.5 juta orang. Bandingkan negeri Selangor yang mempunyai populasi kira-kira 5.4 juta tetapi hanya mempunyai 2.5 juta buah kenderaan bermotor.

Keadaan begini, dan lokasi negeri kita sebagai pintu keluar-masuk ke negara jiran Singapura menjadikan isu pengangkutan sebagai isu penting dalam perancangan pembangunan negeri.

Pelan Induk Pengangkutan Awam yang dicadangkan oleh kerajaan negeri Johor tidak memadai sebagai peta laluan (routemap) untuk pembangunan Johor dalam tempoh sepuluh tahun yang akan datang. Kerajaan negeri tidak boleh hanya menumpu kepada aspek pengangkutan awam sahaja dalam perancangan pengangkutan tanpa mengambil kira faktor-faktor lain yang akan diterangkan dalam kertas dasar pengangkutan ini.
Pakatan Rakyat Johor membentangkan kertas dasar pengangkutan ini sebagai asas kepada perbincangan yang lebih menyeluruh tentang sistem pengangkutan di negeri Johor.

Cadangan-cadangan dalam kertas dasar pengangkutan negeri Johor ini adalah seperti berikut:

1. Menubuhkan Dana Pengangkutan Negeri Johor daripada perkongsian hasil VEP 50-50 antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri Johor. Dana tersebut harus digunakan untuk membangunkan infrastruktur pengangkutan termasuk pengangkutan awam, merangkumi keseluruhan negeri Johor.

2. Memansuhkan tembok tol di Selat Tebrau bermula dengan pengurangan kadar tol di kedua-dua laluan penghubungan Johor-Singapura.

3. Mengurangkan kadar tol bagi kenderaan kelas 2 dan 3 di Linkedua sebagai memberi insentif kepada kenderaan kategori tersebut menggunakan Linkedua dan seterusnya menyuraikan trafik daripada Tambak Johor.

4. Perancangan pengangkutan negeri Johor perlu mengambil kira trafik Johor-Singapura.

5. Kadar tol di Woodlands dan Tuas perlu diturunkan selaras dengan kadar tol di sebelah Malaysia.

6. Kaunter imigresen di Tuas perlu ditambah bagi mengendalikan peningkatan trafik kenderaan berat di situ.

7. Pakatan Rakyat Johor menyokong pembinaan laluan ketiga Johor-Singapura tetapi projek tersebut haruslah dilaksanakan melalui kaedah tender terbuka berasaskan prinsip CAT.

8. Tambak Johor patut dijadikan laluan pengangkutan awam setelah jambatan ketiga siap dibina.

9. Projek Landasan Kereta Api Berkembar perlu disiapkan terlebih dahulu sebelum kerajaan melancarkan projek HSR yang baru.

10. Rangkaian bas awam perlu dirancang secara serentak dan selaras dengan RTS dan HSR bagi memastikan masalah jurang batu pertama dan batu terakhir (first and last mile gap) sistem transit dapat diatasi.

11. Negeri Johor perlu mempunyai suatu Pelan Induk Pengangkutan (Johor Transport Masterplan) yang merangkumi aspek trafik, infrastruktur pengangkutan termasuk pengangkutan awam, penggunaan tanah (land use), perjalanan antara bandar dan wilayah termasuk Singapura, aspek kewangan serta perancangan masa depan.

Dibentangkan oleh:
WONG SHU QI
Ahli Dewan Negeri Johor
Kawasan Senai

Kenyataan media disahkan oleh:

LIEW CHIN TONG
Pengerusi DAP Johor

HJ AMINOLHUDA HASSAN
Pesuruhjaya PAS Johor

HASSAN KARIM
Pengerusi KeADILan Johor

Sumber HD - 13-5-2015














‘GST tak masuk akal’, PR Johor junjung titah Sultan

















HARAKAHDAILY | .


JOHOR BAHRU: Pakatan Rakyat Johor menjunjung titah Sultan Johor baru-baru ini yang menyifatkan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebagai ‘tidak masuk akal’.

Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong dalam satu kenyataan menegaskan bahawa kerajaan negeri perlu menangani isu yang dibangkitkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail dengan lebih serius dan penuh tanggungjawab.

“Kerajaan Johor telah mengambil jalan pintas apabila mengambil keputusan menyerap sejumlah lebih kurang RM3.19 juta dari peruntukan negeri bagi menampung kos GST yang dikenakan ke atas pihak berkuasa tempatan (PBT)," ujarnya dipetik Roketkini.

Ahli Parlimen Kluang itu juga mencadangkan agar kerajaan negeri menggembleng usaha bersama kerajaan-kerajaan negeri yang lain bagi menyatakan pendirian bersama seterusnya diajukan kepada Majlis Kewangan Nasional berhubung isu GST yang membebankan rakyat itu.

“Jangan ambil jalan pintas. Jangan mengelak dari isu sebenar. Isu sebenarnya ialah, sistem GST perlu dihentikan segera. Rakyat menerima bebanan besar dari GST. Rakyat menjadi mangsa!” ujarnya.

Dalam satu sidang media di lobi Dewan Undangan Negeri Johor pula, Adun Bukit Batu, Jimmy Puah pula berkata, beliau amat yakin bahawa semua rakyat Johor juga pasti menyokong titah Tuanku dan amat berterima kasih atas keprihatinan Tuanku dan kepekaan terhadap kesusahan yang ditanggung oleh rakyat akibat cukai tersebut.

“Sewa gerai kena GST, sewa rumah dari pihak negeri kena GST malah untuk proses tukar nama untuk cukai harta di PBT pun kena GST juga. Dahulu satu borang I untuk tukar nama perlu bayar RM50. Sekarang sudah jadi RM53,″ ujarnya.

Turut hadir dalam sidang media tersebut adalah Adun Skudai Dr Boo Cheng Hau, Adun Parit Yaani, Aminolhuda Hassan serta wakil-wakil rakyat yang lain.

Dalam sidang media yang sama, Pakatan Rakyat Johor turut mengambil maklum ucapan Menteri Besar, Datuk Seri Khaled Nordin pada 8 Mei lalu yang telah meminta pihak Kastam memandang serius dan mengambil tindakan segera terhadap intipati titah Tuanku berhubung isu GST.

Menurut mereka, Khaled tidak boleh sekadar memindahkan tanggungjawab menyelesaikan isu GST kepada pihak Kastam semata-mata.

Malah, sebagai ketua eksekutif dalam pentadbiran kerajaan negeri dan dengan peruntukan kuasa yang ada, Khaled sewajarnya bertindak lebih tegas dan berkesan.

Sumber HD - 10-5-2015

Sultan Johor tegur PBT kenakan GST

BERNAMA | .


JOHOR BAHARU: Sultan Johor Sultan Ibrahim menegur kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana mengenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) ke atas perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat.
  
"Saya minta kerajaan negeri dan PBT supaya tidak mengenakan CBP terhadap perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat dan meminta pengecualian daripada kerajaan persekutuan," titah baginda ketika merasmikan pembukaan penggal persidangan ketiga Dewan Undangan Negeri Johor ke-13, di sini hari ini.
  
Baginda bertitah adalah tidak masuk akal untuk mengenakan CBP ke atas perkhidmatan sedemikian memandangkan perkhidmatan kerajaan adalah tanggungjawab asas kepada rakyat dan tidak wajar ia menjadi beban kepada rakyat.
  
Pelaksanaan CBP yang bermula sebulan lepas juga harus sentiasa diteliti dan dikaji mengikut kesesuaian keadaan, titah baginda.
  
Mengenai pelaksanaannya, baginda bertitah kajian mendalam telah pun dibuat oleh kerajaan persekutuan sebelum sistem percukaian itu diluluskan, demi kepentingan kerajaan dan rakyat juga.
  
Semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hasan Malek dilaporkan sebagai berkata sebanyak 2,405 pegawai dan anggota penguat kuasa kementerian itu dibekukan cuti sejak sebulan lepas bagi memastikan setiap aduan mengenai pelaksanaan CBP diambil tindakan.
  
KPDNKK turut melantik 427 orang anggota penguat kuasa baru-baru ini untuk memantau aduan orang ramai.
  
Setakat 30 April, KPDNKK telah mengeluarkan 1,026 notis menerusi Ops Catut membabitkan kesalahan menaikkan harga barang.
  
Persidangan DUN akan bermula Ahad ini hingga 18 Mei.
  
Turut berangkat ke majlis perasmian ialah Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim. - BERNAMA

Sumber HD - 7-5-2015
















Sempoi Je.. Sultan Johor Makan Bihun Goreng Di Gerai

Posted on Sunday, April 12 @ 22:50:00 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



SATU gambar menunjukkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar sedang menjamu selera di sebuah gerai kini menjadi viral di laman sosial.

Gambar berkenaan menunjukkan Baginda sedang menikmati sebungkus bihun bersendirian.

Perkara ini boleh dikatakan mengejutkan juga sebab bukan senang seseorang yang berstatus sultan nak makan kat gerai makan yang biasa, apatah lagi cuma bihun bungkus kan?

Perlakuan baginda itu mendapat perhatian bukan sahaja rakyat negeri Johor malah satu Malaysia.
komen kepada sultan Johor

Walaupun riak wajah sering kelihatan serius dan garang namun di hati rakyat Johor Baginda sebenarnya seorang yang baik hati dan mudah didampingi.

Itulah kelebihan Sultan Ibrahim Ismail, walaupun dikatakan antara Sultan yang terkaya di Malaysia, Baginda tetap sempoi dengan gayanya yang tak ubah seperti ‘orang biasa’.
-MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 13-4-2015

Sultan Ibrahim dimahkota Sultan Kelima Johor Moden

BERNAMA | .


JOHOR BAHARU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini dimahkotakan sebagai Sultan Johor kelima dalam sejarah Johor moden pada satu istiadat gilang gemilang di Istana Besar, pagi ini.

Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah turut dimahkotakan sebagai Permaisuri Johor, gelaran yang pertama kali digunakan di negeri ini.

Istiadat yang dipancarkan secara langsung melalui RTM, TV3 dan layar besar di Dataran Bandaraya, turut disaksikan ribuan rakyat bukan sahaja di Johor malah seluruh Malaysia.

Dalam masa yang sama, ia turut disaksikan bonda Sultan Ibrahim, Enche' Besar Hajah Khalsom Abdullah, kekanda dan adinda Sultan Ibrahim, Tunku Puteri Johor Tunku Kamariah Sultan Iskandar dan Tunku Besar Zabedah Sultan Iskandar.

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Che' Puan Khaleeda Bustamam, beserta anakanda-anakanda Sultan Ibrahim yang lain turut hadir menyaksikan istiadat bersejarah itu.

Sultan Brunei Sultan Hasanal Bolkiah dan isteri Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Raja-Raja Melayu turut menyaksikan istiadat kemahkotaan itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta timbalanya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman turut hadir.

Istiadat dimulakan kira-kira pukul 10 pagi dengan keberangkatan masuk Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah ke Bilik Singgahsana diikuti Lagu Bangsa Johor.

Mufti Johor Datuk Mohd Tahrir Samsudin kemudiannya memakaikan Mahkota Kerajaan di kepala Sultan Ibrahim bersama lafaz selawat dan Bismillah diikuti dengan pemakaian mahkota permaisuri di kepala Raja Zarith Sofiah. - Bernama

Sumber HD - 23-3-2015














ZAHID DIMINTA JAWAB PROJEK IPK JOHOR RM103 JUTA TERBENGKALAI - PKR



PROJEK IPK YANG TERGENDALA


AKMAL NASIR - PENGARAH STRATEGI PKR


Sumber HD - 31-1-2015

250 anggota polis Johor dikenakan tindakan tatatertib

BERNAMA | .

KULAIJAYA: Sebanyak 250 pegawai kanan dan anggota polis di Johor dikenakan tindakan tatatertib atas pelbagai kesalahan sejak Januari sehingga Oktober tahun ini, kata Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff.

Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 47 pegawai dan anggota masih ditahan kerja dan 24 orang digantung kerja.

"Sebanyak 245 kertas siasatan tatatertib telah dibuka melibatkan sebanyak 290 orang terdiri daripada 24 pegawai kanan, 261 anggota lain-lain pangkat dan lima pegawai awam," katanya dalam sidang media selepas merasmikan majlis Kempen Tolak Rasuah Peringkat Kontinjen Johor 2014 di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulaijaya, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata satu jabatan baharu iaitu Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) telah ditubuhkan pada Julai tahun ini bagi tujuan mempertingkat keberkesanan tindakan penyeliaan, penguatkuasaan, pemulihan dalam menangani salah laku disiplin dalam kalangan pegawai, anggota dan pegawai awam.

"Saya menyeru semua pegawai dan anggota supaya sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni ketika bertugas terutamanya menolak dan terus membenci rasuah," katanya.

Pada majlis itu, 20 pegawai dan anggota yang menolak pemberian rasuah bagi tempoh Januari hingga Jun lepas menerima surat penghargaan daripada Ketua Polis Negara yang disampaikan Mohd Mokhtar.

Beliau berkata kempen berkenaan amat bermanfaat kepada anggota polis dalam melaksanakan fokus utama Polis Diraja Malaysia sebagai landasan pembentukan perancangan strategik pasukan untuk memantapkan integriti serta pematuhan standard.

Justeru, beliau menyeru semua pegawai dan anggota agar bermuhasabah diri membenci dan menolak amalan rasuah. - BERNAMA

Sumber HD - 20-11-2014














JDT kalah kepada Pahang, luahan hati TMJ

http://www.ekeleh.com | .

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada pasukan Pahang kerana telah berjaya memenangi Piala Malaysia dua tahun berturut-turut.

Saya juga ingin mengucapkan syabas kepada para pemain pasukan Johor Darul Ta’zim kerana telah berusaha sedaya upaya mereka. 

Dan tidak dilupakan juga, setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh rakyat Johor kerana sentiasa setia bersama pasukan walau apa rintangan mendatang. Terima kasih kerana bersatu sebagai rakyat Johor dan memberi sokongan kepada pasukan kebanggaan dan kesayangan kita.
Kepada rakyat Johor sekalian,

Peristiwa yang lalu tidak dapat diubah, tetapi kita mampu mempengaruhi masa depan. Kejayaan bukan diukur dengan kedudukan seseorang itu, tetapi dengan segala rintangan yang diatasi untuk mencapainya.

Musim ini merupakan satu musim yang baik untuk JDT. Tentunya ia lebih hebat sekiranya kita menang pada malam ini, tetapi kita perlu terima keputusan ini dan terus maju kehadapan, kerana hidup mesti diteruskan. Kita telah berusaha terlalu gigih dan terlalu lama untuk membiarkan sesuatu menjadi penghalang bagi mencapai matlamat yang kita idamkan. Kita mestilah sentiasa kekal bermotivasi dengan dorongan untuk mencapai sesuatu, dan bukannya keinginan untuk menjatuhkan orang lain.

Janganlah bersedih, dan janganlah hampa, kerana kita masih bernafas. Dunia belum berakhir, ianya cuma sedikit halangan dalam perjalanan kita. Jangan berputus asa, pandang ke hadapan, dan seperti yang saya selalu katakan, apabila beluncas menyangkakan dunianya telah berakhir, ianya bertukar menjadi rama-rama. Marilah kita terus bersyukur dan kekal positif. Jangan dinilai hari kita dengan apa yang dituai, tetapi dengan benih yang disemai.

Sayangilah orang yang tersayang, hargai apa yang kita miliki, dan teruskan hidup.

Hidup Johor Demi Johor

Jumpa lagi di musim hadapan.

-DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor. – Johor Southern Tigers.

Sumber HD - 2-11-2014














Johor tidak isytihar cuti esok sekalipun JDT menang

BERNAMA | .
JOHOR BAHARU: Johor tidak akan mengisytiharkan esok sebagai hari cuti sekalipun pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) berjaya menumbangkan Pahang dalam perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Bukit Jalil malam ini.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata keputusan itu dibuat memandangkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan bermula Isnin ini.

"Saya difahamkan guru-guru akan berhadapan masalah melakukan persediaan sekiranya Ahad cuti kerana peperiksaan SPM akan bermula pada Isnin," katanya ketika ditanya tentang kemungkinan Ahad diisytiharkan sebagai cuti di Johor sekiranya Harimau Selatan menjuarai Piala Malaysia.

Bermula awal tahun ini, cuti hujung minggu di Johor telah diubah kepada Jumaat dan Sabtu, berbanding Sabtu dan Ahad sebelum ini.

Mohamed Khaled ditanya tentang isu terbabit selepas merasmikan fasa pertama Laman Sukan Ekstreme Pasir Gudang bernilai RM300,000 yang dibina oleh Majlis Perbandaran Pasir Gudang hari ini.

Ramai kalangan peminat bola sepak di Johor menaruh harapan tinggi agar kerajaan negeri melakukan perkara sama ketika JDT menjuarai Liga Super tahun ini dengan mengisytiharkan cuti.

Pasukan bimbingan jurulatih kelahiran Croatia Bojan Hodak berjaya mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia selepas menumbangkan pasukan kelab Felda United pada perlawanan separuh akhir. - Bernama

Sumber HD - 1-11-2014

5 rumah rosak kecil dilempar bom botol

BERNAMA | .

JOHOR BAHARU: Lima rumah di sekitar bandar raya ini dan Kulaijaya mengalami kerosakan kecil akibat dilempar bom botol atau 'molotov cocktail' dalam kejadian dua hari lepas.

Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Ismail Yatim berkata kejadian terbabit dipercayai dilakukan oleh along dan berlaku antara 12 tengah malam dan 4 pagi.

"Kejadian melibatkan rumah di kawasan Johor Baharu Selatan, Nusajaya dan Kulaijaya. Ia dipercayai dilakukan along untuk menakutkan para peminjam yang dipercayai gagal membayar pinjaman mereka," katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, hari ini.

Ismail berkata kejadian itu, bagaimanapun, tidak melibatkan sebarang kecederaan kepada mangsa.

Beliau berkata sehubungan itu pihaknya kini sedang melakukan siasatan terperinci bagi mengenal pasti suspek yang terlibat.

"Kita memberi amaran kepada para peminjam wang bahawa tindakan tegas akan diambil sekiranya mereka menggunakan kaedah yang melanggar undang-undang," katanya.

Orang ramai dalam masa yang sama juga dinasihatkan supaya tidak meminjam wang daripada along bagi mengelakkan implikasi buruk, katanya. - Bernama

Sumber HD - 14-10-2014














Johor mahu pemaju projek Forest City patuhi EIA

BERNAMA | .
PASIR GUDANG: Kerajaan Johor meminta Country Garden Pacific View (CGPV) Sdn Bhd, pemaju Forest City supaya mematuhi Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) sebelum membangunkan projek di Tanjung Kupang, Gelang Patah itu.

Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ini penting bagi memastikan isu seperti alam sekitar diberi perhatian sepenuhnya dan peraturan yang ditetapkan di negara ini dipatuhi.

"Kita berharap pemaju mematuhi kehendak supaya mengemukakan laporan EIA. Ini sangat penting bagi kita menentukan segala kebimbangan sama ada dari sudut alam sekitar dan sebagainya diberi perhatian," katanya.

Mohamed Khaled berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Taman Perindustrian Seri Albion yang dimajukan oleh United Malayan Land Bhd (UMLand), di Cahaya Baru, Jalan Kong Kong di sini hari ini.

Pada 2 Sept lalu sesi Dialog Umum Kajian Impak Alam Sekitar Terperinci (DEIA) projek tersebut kecoh apabila penduduk Kampung Pok yang terkesan daripada projek tersebut mengasak pemaju dengan pelbagai soalan.

Rata-rata penduduk menyatakan rasa tidak puas hati apabila tidak dibawa berbincang sebelum perlaksanaan projek tersebut yang melibatkan pembinaan pulau buatan manusia lebih 1,600 hektar yang dilihat mencemarkan alam sekitar selain menjejaskan ekologi laut yang menjadi tempat mereka mencari rezeki.

Sebelum itu kerja-kerja penambakan laut bagi membina pulau tersebut yang sudah siap 30 peratus dihentikan pada 15 Jun lalu atas kerelaan pemaju walaupun tidak pernah menerima sebarang notis arahan henti kerja daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Projek tersebut telah mendapat perhatian ramai pihak yang mana ada yang mendakwa tanah-tanah penduduk kampung akan diambil bagi pembinaan 10 padang golf untuk melengkapi pembangunan projek Forest City.

"Ada segelintir pihak berniat jahat menyebarkan khabar angin tidak berasas kononnya sebanyak 10 padang golf akan dibina di atas tanah penduduk bagi memenuhi pembangunan Forest City. Ini tidak benar dan kerajaan negeri tidak membenarkan perkara ini daripada berlaku," kata Mohamed Khaled.

Malahan katanya, kerajaan akan mengelak daripada mengambil tanah penduduk kampung bagi pembinaan jalan ke Forest City dan sekiranya dibuat ia akan dimaklumkan kepada mereka.

Projek Forest City yang mempunyai nilai pembangunan kasar (GDV) dianggarkan RM600 bilion di atas tanah tambak itu adalah kerjasama di antara Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) yang merupakan anak syarikat kerajaan negeri Johor dan pemaju dari China, Country Garden Holdings Co Ltd. - Bernama

Sumber HD - 29-9-2014

Tambak laut sukarkan nelayan Gelang Patah

MOHD HAIKAL MOHD ISA | .

JOHOR BAHARU: Sejak dahulu lagi, kawasan beting Tanjung Adang di Selat Johor menjadi lokasi yang amat popular bagi golongan nelayan tradisi di Gelang Patah untuk mencari rezeki.

Ini kerana beting yang kaya dengan mikroorganisme marin termasuk plankton terbabit disifatkan sebagai 'lubuk' bagi pelbagai jenis ikan, udang serta ketam yang menjadi sumber tangkapan utama nelayan tempatan.

"Tetapi sejak kebelakangan ini, tangkapan ikan, udang dan ketam kami jatuh merudum. Dahulu, tangkapan kami boleh mencecah sehingga 20 hingga 40 kilogram, tetapi sekarang ini hendak dapat sekilogram pun susah.

"Beting Tanjung Adang yang menjadi lubuk kami selama ini telah hampir ditambak sepenuhnya, menyukarkan kehidupan kami," kata Abu Talib Khamis, 56, kepada Bernama di Tanjung Kupang, Gelang Patah.

Beliau yang menjadi nelayan sejak berusia 12 tahun itu berkata penambakan laut secara besar-besaran di bawah projek Forest City di Selat Johor memberikan kesan mendalam terhadap kehidupan nelayan.

Projek Forest City adalah hasil kerjasama antara sebuah syarikat hartanah China dengan agensi kerajaan negeri melibatkan penambakan laut yang akan mewujudkan empat buah pulau buatan manusia di Selat Johor.

Nilai Pembangunan Kasar (GDV) projek itu dijangka mencecah RM600 bilion dalam tempoh 30 tahun.

Pengerusi Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) cawangan Johor Vincent Chow dilaporkan berkata sebelum ini, terdapat dua kawasan sensitif marin yang kaya dengan khazanah laut dikenali Beting Tanjung Adang dan Beting Merambong.

"Kedua-dua kawasan habitat marin yang sensitif itu bukan saja kaya dengan rumpai laut, tetapi juga pelbagai hidupan marin yang lain seperti ikan, udang, kerang, kuda laut, ketam, plankton dan mikroorganisme marin lain," katanya kepada Bernama Julai lepas.

Seorang lagi nelayan, Zulkifli Hassan, 49, pula berkata nelayan tempatan terpaksa beroperasi di lokasi yang lebih jauh selepas beting itu tidak lagi menawarkan hasil tangkapan yang menarik akibat kerja-kerja penambakan laut.

"Nelayan tempatan kini perlu pergi lebih jauh untuk menangkap ikan, menggunakan minyak yang lebih banyak kerana bot kami terpaksa berpusing untuk mengelak daripada melalui kawasan penambakan laut," katanya.

Zulkifli juga berkata penambakan laut itu telah menyebabkan perubahan yang mendadak terhadap arus laut sehingga membahayakan keselamatan nelayan-nelayan yang menggunakan bot-bot kecil untuk menangkap ikan.

"Kami terpaksa menggunakan lebih banyak minyak untuk ke lokasi penangkapan baharu dan kami juga terpaksa membawa bot lebih besar berikutan arus laut yang lebih kuat," kata beliau.

Zulkifli juga mendakwa pemaju projek penambakan laut itu gagal meletakkan boya atau lampu di kawasan penambakan terbabit bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini ketika nelayan menangkap ikan pada waktu malam.

"Ada beberapa bot nelayan rakan kami yang terlanggar pasir ditambak ketika waktu malam kerana tiada boya atau lampu menandakan kawasan penambakan laut itu," kata beliau. - Bernama

Sumber HD - 26-9-2014














Wanita warga emas rentung rumah terbakar

BERNAMA | .
JOHOR BAHARU: Seorang wanita warga emas rentung setelah terperangkap dalam kebakaran rumahnya di Jalan Masjid, Taman Pantai Baru, Batu Pahat, tengah malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Mohd Khalid merangkap Komander Operasi Saif Ab Rahim berkata Asmah Taib, 88 tahun, dipercayai berada seorang diri di rumah papan setingkat itu kira-kira 12 tengah malam.

"Mangsa ditemui terbaring di atas katil dalam rumah itu kira-kira 45 minit selepas api dipadamkan. Anak lelaki mangsa yang berusia 40-an ketika itu dipercayai keluar makan ketika kejadian itu berlaku," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Tujuh anggota dari balai bomba itu dapat memadamkan kebakaran pada 1.49 pagi.

Siasatan awal bomba mendapati kebakaran dipercayai berpunca daripada dua pelita minyak tanah di rumah itu, yang tiada bekalan elektrik, dengan satu dari pelita tersebut terletak berdekatan dengan mangsa, kata Saif. - Bernama

Sumber HD - 14-9-2014

Pulau Batu Putih mampu angkat imej nasional PAS

MOHD ARIF JUHANI | .

BUAT pertama kalinya, PAS bakal mencipta sejarah tersendiri apabila mengadakan Muktamar PAS ke-60 tahun ini di Johor yang sebelum ini cukup dikenali sebagai negeri 'Tembok Besar Umno' yang sukar ditembusi oleh mana-mana parti politik bukan kerajaan.


Namun landskap politik negeri selatan itu banyak yang sudah berubah khususnya PAS yang menerima kelebihan paling besar dalam kebangkitan rakyat. PAS berjaya mencipta sejarah awal dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-11, apabila untuk julung-julung kalinya menang tanpa bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Senggarang melalui calonnya, Dr Mohd Ramli Md Kari.

Biarpun gagal mengekalkan kerusi itu dalam PRU ke-12, bagaimanapun kesedihan itu segera terubat dengan kemenangan PAS di DUN Maharani dan Sungai Abong melalui calonnya Dr Mohammad Taslim serta Dr Sheikh Ibrahim Salleh.

Langkah kukuh PAS jelas terpampang dalam PRU ke-13 apabila parti Islam itu mengembangkan pengaruhnya dengan menyumbangkan lagi dua buah kerusi di Dun Puteri Wangsa diwakili Ustaz Abdullah Husin manakala Aminolhuda Hasan di Parit Ya'ani.

Bagi membesarkan lagi penguasaan politik di Johor, ternyata menuntut komitmen yang bukan alang kepalang khususnya oleh PAS bagi memastikan sokongan orang Melayu terus utuh kepada mereka.

Johor mempunyai banyak kepentingan strategik yang mesti diberi perhatian besar dan khusus sekaligus dimanfaatkan oleh PAS dalam usaha memastikan imejnya sebagai parti nasional yang membela kepentingan rakyat terbanyak mampu dicapai.

Kenal Pasti Tonggak Utama Johor

Beberapa tonggak utama Johor mesti dikuasai oleh PAS supaya kestabilan mampu dikekalkan manakala pergolakan dalaman boleh dihentikan dan contoh tonggaknya adalah institusi kesultanan Johor yang kini diwarisi oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Tuanku ternyata mempunyai pengaruh yang besar dalam kalangan rakyat jelata apatah lagi dengan sikap mesra rakyat Tuanku yang sering turun padang untuk bertemu dan mendengar masalah yang dihadapi oleh rakyat. Dari sudut ini sahaja, cukup menggambarkan betapa besarnya pengaruh institusi itu dalam hati rakyat jelata.

Jika PAS mampu membuktikan hubungannya dengan Sultan Johor terjalin dengan baiknya, tidak mustahil rakyat jelata yakin dengan kemampuan PAS untuk menggantikan Umno dalam kuasa eksekutif peringkat negeri.

Laluannya sudah terbentang luas kepada PAS ketika ini. Hasrat Sultan Ibrahim sebelum ini yang bertitah untuk menubuhkan pasukan khas bagi merayu pembatalan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung kes Pulau Batu Putih wajib disambut tegas dan bersungguh oleh PAS ketika Umno-BN gagal menunjukkan sikap yang jelas.

Maka Muktamar Tahunan di Batu Pahat yang sebelum itu dijadualkan akan berlangsung di Sutera Mall nanti mesti dijadikan pelonjak kepada kesungguhan ini untuk membuka mata lebih banyak pihak terhadap PAS.

Di Johor juga, banyak isu lain yang boleh dimanfaatkan oleh perwakilan nanti bagi menghangatkan persidangan seperti Tambak Laut di Tanjung Kupang, pembinaan projek Kompleks Bersepadu Pengerang (PICC) dan sebagainya.

Tonjol Kebijaksaan Perwakilan

Sebelum ini, Harakah (Harakah versi cetak) melalui ruangan Fokus Fikrah (Bil 1954) ada menyiarkan panjang lebar usaha oleh PAS Pusat dan Johor bagi memastikan hasrat baginda itu mampu dilaksanakan. Rata-rata pimpinan yakin keupayaan dimiliki sementelah fakta sejarah banyak menyebelahi Malaysia.

Isu Pulau Batu Putih bukan hanya berlegar mengenai sebuah pulau yang terdiri atasnya sebuah rumah api semata-mata, sebaliknya mengandungi lebih besar kepentingan khususnya apabila menyentuh soal kedaulatan perairan antarabangsa.

Kebijaksaan PAS membesarkan isu ini selain daripada mengecilkan apa yang melanda Selangor, pemerhati yang hadir juga akan mendapati kesungguhan PAS memelihara kedaulatan negara yang selama ini dianggap enteng oleh Umno-BN.

Ruang seluasnya melalui ucapan dasar, usul dan kempen luar dewan secara berterusan bagi memastikan kes antara negara ini dibuka semula akan diberi perhatian besar oleh banyak pihak termasuklah Singapura.

Sebagai pihak yang menang dalam isu Pulau Batu Putih, Singapura tentunya mendapat laba lebih besar manakala Johor sebagai negeri paling hampir terpaksa berputih mata menanggung malu kerana wilayah yang selama ini dikuasai zaman-berzaman terlepas ke tangan pihak lain.

Maka Johor memerlukan sokongan dalaman untuk berhadapan dengan republik itu dengan menampilkan imej majunya seiring dengan Singapura dan PAS berpotensi membantu ke arah itu. Selepas PAS penat menyelesaikan konflik di Selangor, ada baiknya pada masa ini, medan pertempuran dialihkan segera ke Johor untuk membuka pertarungan politik terbaharu.

PAS sendiri perlu mengambil inisiatif untuk memastikan para pemerhati dan peminat politik terus ternanti-nanti dan teruja untuk menyaksikan 'buah silat' baharu dan segar di Johor pula. – HARAKAHDAILY 12/9/2014

Sumber HD - 12-9-2014














Ah Chai lelaki Tionghua membela Melayu

http://www.detikdaily.net | .

TUHAN sudah jatuhkan tugas kepada saya. Saya yakin dan sebab itulah saya nekad untuk mencapai matlamat saya.”

Demikian jawapan Chua Peng Sian, 49, apabila ditanya faktor yang mendorong beliau nekad berjalan kaki sejauh 500 kilometer dari Pengerang ke Kuala Lumpur Convention Center (KLCC) pada Jun lalu.

Chua atau mesra dipanggil Ah Chai merupakan anak jati Pengerang yang sedang berjuang mempertahankan kubur nenek moyangnya daripada dialihkan bagi membangunkan Projek Pembangunan Kompleks Bersepadu Petroleum Pengerang (PIPC).

Lelaki berbadan kurus dan tinggi itu berjaya berjalan kaki ke Kuala Lumpur selama 11 hari dan menyerahkan memorandum kepada ahli Parlimen Pakatan Rakyat di Parlimen dan kepada pihak Petronas di KLCC.

Menceritakan detik-detik sukar menyudahkan perjalanan, beliau berkata, beliau berazam meneruskan perjalanan walaupun diserang demam dan mengalami sakit belakang.

Katanya sepanjang perjalanan, beliau sangat menjaga disiplin kerana mahu mencapai misinya mengikut waktu yang ditetapkan.

Beliau memulakan perjalanan awal pagi setiap hari dan berhenti untuk makan tengah hari dan meneruskan perjalanan hingga malam dan tiba ke sesuatu destinasi mengikut jadual.

“Saya ambil vitamin dan makan pun makanan biasabiasa sahaja. Tempat tidur pun biasa-biasa sahaja kerana saya tidak mementingkan semua itu asalkan saya berjaya sampai ke Kuala Lumpur,” katanya sambil menambah ramai polis cawangan khas (SB) yang ‘menjaga kebajikan’ beliau sepanjang perjalanan.

Bersama 40 orang yang lain, hanya beliau yang berjaya berjalan kaki tanpa sehari pun menaiki kenderaan.

Semuanya dilakukan kera na perasaan kecewa dan marah dengan tindakan Kerajaan Negeri dan Petronas yang membangunkan projek gergasi di kampung mereka dan merampas tanah penduduk kampung termasuk mengalihkan kubur.

“Saya memang anak kelahiran kampung ini, ti dak pernah keluar dari kampung. Saya bersekolah, bekerja, berkahwin dan men dapat dua orang anak di kampung ini. Saya betul-betul sayangkan kampung saya,” ceritanya yang ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Buloh, berdekatan Pekan Sungai Rengit, 3 September lalu.

Kubur Islam dan bukan Islam sama diperjuang

Dengan penuh semangat beliau bercerita, bukan sahaja kubur bukan Islam yang diperjuangkan malah beliau turut memperjuangkan kubur orang Islam yang juga menerima nasib yang sama.

Pengerusi Kumpulan Save Pengerang NGO Alliance itu berkata, perjuangannya bukan untuk kaum Tionghoa sahaja malah untuk semua penduduk Pengerang yang terumbang-ambing kehidupan mereka selepas projek projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) dan PIPC dimulakan.

“Jangan cakap saya hanya mempertahankan kubur Cina sahaja tetapi saya juga cuba pertahankan kubur Orang Islam. Saya hairan kenapa Orang Islam dengan senang sahaja membiarkan kubur waris mereka dipindahkan walaupun tidak mengikut prosedur yang betul,” katanya dengan kesalahan Bahasa Melayu yang minima, tanda beliau sudah biasa bertutur dalam Bahasa Melayu dan bergaul dengan Orang Melayu.

Beliau bagaikan tidak mengenal erti takut dan lelah apabila berazam akan terus berjuang mempertahankan kampung tradisi dan kubur nenek moyang mereka daripada diusik.

“Bagi orang Cina, usik orang yang sudah meninggal adalah sangat menjadi pantang larang kami. Dan saya yakin bagi orang Islam pun, kerja-kerja alih kubur perlu mengikut prosedur dan Mufti Johor sendiri ada kata, pengalihan mayat perlu dilakukan mengikut tertib,” katanya kesal.

Sumber HD - 11-9-2014














Penggerang: Janji tinggal janji, penduduk 'gigit jari'

HAZAYANI ZAKARIA, WAN NORDIN Foto WAN ZAHARI WAN SALLEH |
.

SELEPAS tiga tahun berlalu, janji Umno-BN kepada penduduk Sungai Rengit, Pengerang hanya tinggal serpihan harapan. (Gambar atas: 50 tangki loji untuk penapisan minyak telah disediakan, tambakan laut menyebabkan pencemaran makin teruk di Kg Sungai Kapal)

Penduduk Sungai Rengit kini berhadapan dengan kesukaran apabila kampung mereka semakin rakus dihapuskan bagi memberi laluan kepada Projek Pusat Penapisan Minyak dan Gas Petroleum (RAPID).

Penduduk yang rata-ratanya bekerja sebagai nelayan, petani, peniaga kecil, dan pengusaha produk kampung yang mula hilang mata pencarian seolah-oleh dipermainkan.

Penempatan baru atas tanah seluas 474.8 hektar di Teluk Ramunia belum siap sepenuhnya malah ada rumah yang sudah condong akibat tanah yang mendap kerana proses yang tergesa-tergesa.

Sebahagian mereka yang rumahnya sudah dirobohkan kini berpindah ke Punggai dan Kampung Datuk Abdul Ghani Othman.

Namun perpindahan ini menimbulkan masalah kepada anak-anak yang bersekolah. Jarak antara Punggai dengan sekolah di Sungai Rengit melebihi 10 kilometer dan anak-anak terpaksa keluar seawal jam enam pagi untuk menaiki bas ke sekolah.

Mereka berada di sekolah hingga petang dan hanya dapat pulang ke rumah selepas jam enam petang.

Suasana ini bukanlah suasana yang baik bagi kanak-kanak sebaliknya memberi tekanan kepada mereka sekaligus memberi kesan kepada prestasi pelajaran mereka.

Namun kerajaan dan Petronas tidak peduli dengan kesukaran yang dihadapi penduduk kampung dan tiada tanda-tanda projek ini dihentikan walaupun menghadapi bantahan penduduk.

Tinjauan Harakah pada 3 September lalu mendapati, kerja-kerja pembinaan di tapak projek sedang giat dijalankan.

Pembakaran terbuka juga berlaku di Kampung Sungai Kapal yang menyebabkan pencemaran udara yang teruk.

Kini, masjid lama di Pengerang menunggu masa untuk dirobohkan dan satu persatu warisan di kawasan itu akan dihapuskan.

Yang dikesalkan, penduduk kampung yang terkesan dengan keadaan ini tidak bangkit membantah dan seolah-olah pasrah dengan apa yang berlaku meskipun penempatan tradisi mereka sudah diganggu gugat.

Terdapat dua projek besar di sini iaitu Projek RAPID PETRONAS dan Projek Terminal Petroleum DIALOG-Vopak yang melibatkan populasi sebanyak 28,050 orang yakni 10 kampung tradisi dan membabitkan kawasan 22,500 ekar

Projek RAPID PETRONAS diumumkan pada 13 Mei 2011 dan membabitkan pelaburan RM 60.0 Billion. Projek ini dijangka memberi peluang pekerjaan kepada 25,000 semasa fasa pembinaan dan 6,000 tenaga mahir ketika beroperasi yang dijangkan pada tahun 2016.

Sementara itu projek Terminal Petroleum DIALOG-Vopak pula diumumkan pada 20 Julai 2009 lagi dan melibatkan kos RM 5.0 Billion, membuka peluang pekerjaan kepada 1,000 tenaga mahir ketika beroperasi. Projek ini dijadualkan beroperasi pada Tahun 2014 ini.

Pelancongan Terjejas, Alam Sekitar Kian Tercemar

Sungai Rengit dan beberapa kampung tradisi lain di Pengerang, yang berpotensi sebagai pusat pelancongan tanpa meminggirkan nilai tradisinya nampaknya semakin suram.

Antara kampung yang terlibat dengan pengambilaihan tanah ialah Kampung Sungai Kapal, Kampung Teluk Empang, Kampung Langkah Baik, Kampung Jawa, Kampung Sungai Buntu, Kampung Sebong dan Kampung Batu Mas.

Semuanya berubah gara-gara Projek Pusat Penapisan Minyak dan Gas Petroleum (RAPID) yang bermula sejak tiga tahun lalu.

Kampung yang damai dengan cara hidup masyarakatnya yang dekat dengan alam semulajadi mula serabut dengan kemasukan lori pasir, jentolak dan kenderaan-kenderaan pacuan empat roda yang terlibat dengan projek RAPID.

Jalan raya mula berlubang dan tidak rata, debu dan habuk berterbangan mencemari suasana kampung di tepi laut itu.

Memandang ke laut pula, tiada lagi keindahan gelombang airnya dan jeti yang riuh dengan nelayan yang membawa naik hasil tangkapan mereka.

Yang terpapar di pandangan hanyalah laut yang ditambak dengan pasir dan loji-loji pemyimpanan minyak mentah.

Tiada lagi perahu-perahu nelayan yang tersusun cantik di tepi jeti. Bukan sahaja keindahan alam semulajadi sudah hilang, sumber pendapatan penduduk pula terjejas.

Mereka yang dahulu dapat menyara kehidupan dengan hasil laut dan kebun terpaksa memikirkan sumber pendapatan lain apabila diarahkan berpindah dan rumah pun mahu dorobohkan.

Dengan pampasan yang tidak seberapa, sangat tida berbaloi jika dibandingkan dengan pendapatan yang diperoleh sebelum ini.

Namun suara rakyat hanya tersekat di kerongkong mereka kerana kerana kerakusan pihak berkepentingan termasuk kerajaan negeri yang hanya mementingkan isi poket sendiri.

Mereka sebenarnya punya pilihan iaitu membangunkan projek diTeluk Ramunia, kira-kira 10 kilometer dari kawasan kampung penduduk.

Teluk Ramunia lebih luas dan sesuai untuk dibangunkan projek. Tetapi tanah penduduk juga yang digilai mereka.

Kubur Ditolak, Tapak Warisan Hilang Identitinya

Dalam pada negara lain berusaha memelihara tapak warisan mereka, kerajaan Malaysia nampaknya masih belum mempunyai sensitiviti terhadap warisan negeri bahkan nilai sensitiviti terhadap agama dan adat resam turut menimbulkan persoalan. 



(Gambar kanan: Pesuruhjaya PAS Johor, Aminolhuda Hassan (kiri) bersama Mazlan Aliman dan Ah Chai (kanan) melihat kubur yang digali pemaju)

Antara yang terjejas termasuklah Kubur Cina di Pengerang yang kebanyakannya terdiri daripada nenek moyang penduduk asal di kawasan itu mula dipindahkan sejak 14 April lalu.

Walaupun ada penduduk yang membuat permohonan injunksi mahkamah untuk menghentikan penggalian dan pemindahan kubur nenek moyangnya namun permohonan itu ditolak.

Mahkamah Tinggi Sivil di sini Khamis menolak permohonan injunksi seorang penduduk di Pengerang untuk menghentikan penggalian dan pemindahan kubur nenek moyangnya bagi membolehkan pembangunan Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC) di kawasan itu.

Walau bagaimanapun, Naib Pengerusi gabungan NGO Pengerang, Chua Peng Sian atau lebih mesra dipanggil Ah Chai masih terus memperjuangkan kubur nenek moyangnya daripada dipindahkan.

Beliau bukan sahaja mempertahankan kubur Cina malah turut berjuang untuk kubur Islam yang turut dipindahkan. Beliau berkata, kubur nenek moyangnya mesti dipertahankan kerana ia menunjukkan warisan bangsa mereka.

Jika dipindahkan, warisan asal tidak dikekalkan dan mereka tidak dapat lagi membezakan antara suku dalam bangsa mereka.

Katanya, setiap tulisan di kubur Cina menunjukkan mereka dari suku mana dan ini merupakan warisan yang harus dikekalkan untuk pengetahuan generasi akan datang.

Malah katanya, terdapat kubur waris Sultan Brunei yang akan dipindahkan dan ini sudah tentu menjejaskan warisan bangsa.

Seharusnya kubur tersebut digazetkan dalam peta muzium sebagai tempat bersejarah untuk tatapan orang ramai.

Februari lalu, pihak polis membantu kontraktor yang diupah untuk membuat bancian kubur Cina di Sungai Kapal sebelum kerja pemindahan dijalankan.

Hal ini mengundang kemarahan penduduk kampung yang mahu kubur tersebut kekal di kawasan itu.

Hari ini, penduduk yang terbabit hanya menggigit jari kerana janji kerajaan Umno-BN untuk membela nasib mereka tinggal janji. Masa depan mereka masih belum jelas terbela. – HARAKAHDAILY 11/9/2014

Sumber HD - 11-9-2014

'Rumah Mampu Tengok' pesat dibina di JB



Di kala kerajaan negeri Johor di bawah pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sibuk merangka program untuk membina lebih banyak rumah mampu milik, namun apa yang sedang berlaku di Iskandar Malaysia ketika ini adalah sebaliknya.

Perkembangan di Iskandar Malaysia kini terutamanya di Johor Bahru dan Nusajaya menyaksikan kepesatan pembinaan satu lagi kategori perumahan khusus untuk golongan berkemampuan yang dipanggil oleh segelintir warga Johor Bahru "rumah mampu tengok".

Baca lagi

Sumber HD - 28-8-2014














PAS gesa tubuh JK Khas siasat punca rusuhan di Kulai

HARAKAHDAILY | .




KULAI: PAS mendesak satu Jawatankuasa Khas ditubuhkan bagi menyiasat punca rusuhan 800 pekerja asing di sebuah kilang di Kulai semalam.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor Mazlan Aliman berkata, jawatankuasa itu mestilah membabitkan Kementerian Sumber Manusia, kesatuan sekerja, majikan dan wakil pekerja kilang terbabit.

"Ia mesti ditubuhkan segera bagi mewujudkan mekanisme penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang," katanya pada sidang media ketika melawat kawasan rusuhan di kilang JCY HDD Technology Sdn Bhd, Desa Perindustrian Kulai 2, di sini pagi ini.

Menurut beliau, PAS melahirkan rasa amat dukacita dengan tindakan merusuh pekerja asing yang memusnahkan harta benda seperti premis bangunan dan kenderaan.

Kejadian sekitar jam 8-10 pagi semalam itu, bermula apabila pekerja tersebut melontar batu sehingga tingkap bangunan pecah dan membakar sebuah kereta.

Ia disusuli lebih agresif, apabila ada pekerja membakar aset kilang di sebelah belakang bangunan di sebelah malam.

Mazlan yang juga AJK PAS Pusat berkata, PAS mengucapkan setinggi penghargaan dengan tindakan pantas polis termasuk pasukan FRU serta bomba yang berjaya mengawal suasana dan memadam kebakaran.

Jelasnya, tindakan penahanan yang dilakukan terhadap 13 orang pekerja asing yang dipercayai dalang rusuhan amat wajar.

Mazlan berkata, beliau dimaklumkan tindakan pekerja dibuat ekoran tidak puas hati mereka dengan gaji yang diberikan.

Menurutnya, pihak pengurusan kilang dikatakan sesuka hati memotong gaji pekerja, memaki hamun dan memukul pekerja.

Selain dari faktor gaji, tindakan lewat pihak pengurusan kilang menghantar seorang rakan pekerja ke hospital sehingga meninggal dunia juga turut mengundang kemarahan pekerja asing tersebut.

Katanya, isu kebajikan pekerja telah lama berkumandang separti isu gaji yang tertunggak dan rendah, kediaman yang daif dan berbagai isu yang berkaitan selalunya menjadi ribut yang akhirnya tidak terkawal.


Golongan pekerja ujarnya selalunya menjadi mangsa ketidakadilan majikan malah kadangkala menjadi sentimen perkauman apabila majikan dengan pekerja berlainan agama dan bangsa.

Ianya termasuk kes pekerja tidak dibenarkan solat jumaat, skim gaji yang berbeza dan proses kenaikan pangkat menjadi isu yang turut menimbulkan suasana tidak harmoni.

"Harus di ingat, sumbangan pekerja asing sebagai guna tenaga di negara ini sangat tinggi. Jangan diremehkan soal kebajikan mereka.

"Insiden terbaru ini bukan sahaja merosakkan hubungan pekerja dengan majikan yang tentu sahaja menjejaskan produktiviti, nama baik Malaysia di mata dunia juga dipersoalkan," jelasnya.

- HARAKAHDAILY 27/8/2014

Sumber HD - 27-8-2014














Rumah Anis Afida dibakar, Bukit Aman digesa siasat

MUHAMMAD FAIZAL | .

KUALA LUMPUR: PAS menggesa agar satu Jawatankuasa Khas (Task Force) ditubuhkan di peringkat Bukit Aman bagi menyiasat perbuatan khianat terhadap Pengerusi Gabungan NGO Pengerang, Cik Anis Afida Mohd Azli yang menyebabkan kebakaran di rumah kediamannya.

Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar dan Hal Ehwal Orang Asal, Mazlan Aliman memberitahu laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat membuktikan ia adalah berpunca daripada perbuatan yang disengajakan.

"Kita gesa pihak polis agar melakukan siasatan segera terhadap beberapa siri kejadian yang berlaku, ia jelas dibukti adalah perbuatan khianat oleh pihak tidak bertanggungjawab.

"Kebakaran yang menimpa rumah Cik Anis Afida adalah kes terbaru dari kes-kes sebelum ini dan secara terang menunjukkan bahawa berpunca dari 'molotov cocktail' yang sememangnya sengaja dibakar," jelasnya pada sidang media di hadapan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sejurus menyerahkan memorandum sebentar tadi.

Menurut beliau lagi, PAS menggesa agar siasatan dilakukan terhadap seluruhan kes-kes yang menimpa Anis termasuk ancaman batu nisan dan juga kenderaan yang disimbah dengan cat.

"Kita melihat kes ini adalah berprofil tinggi dan memohon agar tindakan yang lebih profesional tanpa tolak ansur diambil kepada mereka yang terlibat dalam kerja-kerja khianat dan provokasi.

"Syabas kepada Jabatan Bomba atas siasatan mereka, saya yakin ia memudahkan jabatan polis utk mengheret mereka yang bertanggunghjawab," sambung beliau lagi.

Sementara itu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub yang turut hadir pada penyerahan memorandum itu berharap pihak polis memandang serius kejadian ini kerana ia membabitkan ancaman nyawa kepada mangsa.

"Perlu disegerakan siasatan kerana ia melibatkan ancaman nyawa kepada mangsa, kejadian kebakaran itu disengajakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Kita akui pegawai-pegawai polis sibuk bagi menyambut jenazah MH17 esok, tetapi kita mengharapkan akan ada pertemuan selepas selesai MH17," katanya yang telah menyerahkan memorandum kepada Ketua Unit Radio/TV, ASP Mohd Fadzil Ismail.

Dalam pada itu, Anis Afida turut mengucapkan terima kasih kepada pimpinan PAS yang mengambil serius insiden tersebut serta meminta pihak polis mengheret pihak tidak bertanggungjawab ke muka pengadilan.

- HARAKAHDAILY 21/8/2014

Hj MA,HjSA & AMA - http://www.youtube.com/watch?v=-e8BS4-MKHI&list=UUFznwgrJ0SorgTbQlpOKOaQ

Sumber HD - 21-8-2014

Gajah mati kaki tersepit di celah pokok cempedak

BERNAMA | .

KOTA TINGGI: Seekor gajah dewasa dilaporkan mati akibat sebelah kakinya tersepit di celah dahan sebatang pokok cempedak di Felcra Dusun Panti, Kota Tinggi pada Khamis lepas.

Haiwan berkenaan dipercayai cuba memanjat pokok tersebut untuk mendapatkan buahnya.

Seorang peneroka Mohd Nasir Hashim, 57, berkata gajah itu ditemui terbaring pada pangkal pokok tersebut oleh seorang pekerja di dusun itu.

“Melihat pada kesannya, saya percaya semalaman gajah itu cuba melepaskan dirinya namun ia gagal dan mati di situ,” katanya.

Beliau berkata Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara Negeri Johor Bandar Penawar telah diberitahu mengenai perkara tersebut dan menanam bangkai gajah itu di kebun berkenaan.

Difahamkan memang banyak terdapat gajah di tanah rancangan tersebut. - Bernama

Sumber HD - 11-8-2014














Tinjau potensi Parit Jerman sebagai tarikan pelancongan

BERNAMA | .

JOHOR BAHARU: Kerajaan Negeri Johor akan meninjau potensi yang ada di Kampung Parit Jerman di Pontian untuk dipromosikan sebagai tarikan pelancongan baharu di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Johor Datuk Tee Siew Kiong berkata usaha itu bagi meningkatkan kedatangan pelancong ke Pontian dan negeri ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis berbuka puasa bersama-sama media dan agensi pelancongan anjuran Jabatan Pelancongan Johor, Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Johor dan Tourism Malaysia di sini malam tadi.

Kampung Parit Jerman kini menjadi bualan ramai termasuk di laman sosial ekoran kemenangan pasukan Jerman mengalahkan Brazil 7-1 pada saingan separuh akhir Piala Dunia 2014 baru-baru ini dan muncul juara Piala Dunia semalam.

Asal-usul nama Parit Jerman dikatakan bermula apabila terdapat penempatan satu kelompok bangsa Jerman yang mengusahakan ladang pertanian dan mengeluarkan hasil pertanian melalui sungai di kawasan itu.

Dikatakan terdapat kesan batu bata dan tangga batu yang dianggap penduduk setempat terutama generasi tua sebagai bukti adanya aktiviti perdagangan dan peninggalan askar Jerman pada Perang Dunia Kedua.

Sementara itu, berucap pada majlis berkenaan, Tee meminta semua pihak menjalin kerjasama berterusan bagi merealisasikan Johor sebagai destinasi pelancongan yang unggul.

Beliau berkata Johor kini semakin dikenali ramai apabila kedatangan pelancong ke negeri ini direkodkan seramai 5.7 juta tahun lepas berbanding 3.9 juta pada tahun sebelumnya.

Katanya, daripada 5.7 juta itu, seramai 2.6 juta merupakan pelancong antarabangsa.

"Jumlah peningkatan pelancong ini meletakkan Johor berada pada kedudukan ketiga bagi jumlah keseluruhan kemasukan pelancong di negara ini. Jumlah kedatangan pelancong antarabangsa seramai 2.6 juta orang itu pula meletakkan Johor berada pada kedudukan kedua selepas Kuala Lumpur," katanya. - Bernama

Sumber HD - 15-7-2014

Risau Iskandar Malaysia, Mahathir perlu dedah bukti

MUHAMMAD FAIZAL | .

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menyambut baik kerisauan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kedudukan Wilayah Iskandar Malaysia yang bakal dikuasai warga asing jika tiada pengawalan yang sewajarnya.

Menurut beliau, walaupun kerisauan Mahathir itu sudah terlewat, bekas Perdana Menteri itu perlu membuat lebih penjelasan tentang apa yang berlaku di Wilayah Iskandar sekarang.

"Besarnya harapan kita kepada bekas Perdana Menteri supaya beliau dapat memberikan penjelasan yang lebih lanjut tentang isu Iskandar Malaysia yang dikata tidak memberi masa depan yang lebih baik baik kepada rakyat malaysia khususnya di Johor.

"Adalah wajar untuk beliau terus suarakan dan kebimbangan beliau mengenai masa depan keselamatan negara yang dilanggari dalam membangunkan Wilayah Iskandar serta menyertakan bukti-bukti kepada pihak yang bertanggungjawab," jelas beliau.

Menurut beliau, Dr Mahathir merupakan individu yang paling layak untuk bercakap tentang soal pencabulan serta pelanggaran hak yang berlaku di Wilayah Iskandar.

"Saya tidak keberatan untuk menyokong jika beliau diberikan pengiktirafan sebagai negarawan ulung selaras dengan kedudukan beliau sebelum ini, tetapi beliau perlu tampil memberi pendedahan sekiranya terdapat bukti-bukti apa yang didakwanya.

"Beliau perlu memberi penjelasan kepada umum tentang penyelewengan yang berlaku menyebabkan pasaran tanah mewah di wilayah ini terus dikuasai bangsa asing menyebabkan kita rakyat Malaysia terus terpinggir dari pembangunan yang dibuat," sambung beliau

Salahuddin berharap pendedahan Dr Mahathir itu tidak hanya terhenti setakat itu sahaja, sebaliknya terus membuat pendedahan baharu sama ada secara wacana ataupun di khalayak ramai agar rakyat negara ini mengetahui dengan lebih lanjut. - HARAKAHDAILY 14/7/2014

Sumber HD - 14-7-2014














Johor: Kerisauan Tun Mahathir sudah terlambat

MUHAMMAD FAIZAL | .

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayuh menyifatkan ramalan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Johor bakal menjadi seperti Singapura sebagai 'kerisauan yang terlambat'.

Jelasnya, Dr Mahathir sepatutnya melahirkan kerisauan sewaktu beliau masih menjadi Perdana Menteri lagi.

"Ramalan Dr Mahathir sudah terlambat dan ia sudah pun berlaku, sepatutnya beliau bertindak dari dulu lagi bukan hanya mendiamkan diri.

"Harga hartanah di Johor memang sudah tidak dapat dikawal lagi sekarang ini, peningkatan harga yang mendadak menyukarkan rakyat Johor memilikinya.

"Atas faktor itu menyebabkan warga asing dapat memiliki tanah di negeri itu dengan lebih mudah," katanya kepada Harakahdaily.

Menurut beliau, statistik sekarang menunjukkan hampir 70 peratus tanah di Johor dimiliki warga asing.

"Apa rakyat Johor dapat dan apa yang tinggal.

"Ini menunjukkan ketidak perihatinan kerajaan pusat mahupun kerajaan negeri dalam menjaminkan masa depan rakyat di negeri itu dalam memelihara hak mereka," sambung beliau.

Dalam pada itu beliau turut menggesa agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengambil tindakan segera kerisauan Dr Mahathir itu walaupun ia sudah terlambat untuk diperbaiki.

Dr Mahathir Mohamad dalam blognya meramalkan bahawa negeri Johor tak mustahil untuk menjadi seperti Singapura pada masa akan datang.

Menurut beliau, kebanjiran pendatang asing di Johor serta kenaikan harga keperluan asas akan menyebabkan penduduk asal di tempat Johor ini akan hilang suara dan hak mereka. - HARAKAHDAILY 11/7/2014

SA - http://www.youtube.com/watch?v=h9ofBjCFf-Y

Sumber HD - 11-7-2014

No comments:

Post a Comment