BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Tuesday, July 22, 2014

LAJNAH ASAS TANI DAN ALAM SEKITAR PAS PUSAT (LATAS) - TN HJ SANUSI MOHAMAD NOR

SESI 2017 - 2019 :

Pengerusi: Tuan Haji Mohd Sanusi Md Nor
Timbalan Pengerusi: YB Ustaz Saiful Bahri Mamat



SESI 2015 - 2017 :

Pengerusi : YBhg. Sanusi Mohamad Nor
Timbalan :  Hj Mohamad Hussain


a

PAS sasar pertanian makanan jadi pengeluaran utama

KUALA LUMPUR: Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar PAS Pusat (LATAS) menyasarkan untuk menjadikan pertanian makanan sebagai pengeluaran utama bagi negara Malaysia 
Hal ini diutarakan oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Muhammad Sanusi Mohd Nor dalam program Bicara Malaysia Sejahtera, malam tadi. 
"Kita lihat negara kita akhir-akhir ini bergantung sumber makanannya kepada import dan kita mungkin menghadapi masalah pada masa akan datang apabila banyak tanah-tanah kita lebih bertumpu pada komoditi yang tidak boleh dimakan, hanya untuk dieksport seperti sawit dan getah tapi kita mengabaikan aspek tanaman pertanian makanan," ujar beliau. 
Beliau juga menjelaskan bahawa LATAS mengadakan kempen kepada masyarakat bagi memasarkan produk tanaman ubi keledek variety sweet LATAS yang telah diusahakan oleh LATAS Negeri Terengganu. 
Katanya, usaha yang dijalankan oleh LATAS adalah demi menjamin keselamatan makanan (food security) bagi seluruh rakyat Malaysia. 
Dalam manifesto peringkat pertama, PAS meletakkan beberapa janji dalam hal pertanian seperti mewujudkan mekanisme yang lebih berkesan untuk membantu petani, penternak dan nelayan perseorangan memasarkan terus hasil keluaran mereka ke bandar-bandar besar yang diletakkan di dalam teras keempat. – HARAKAHDAILY 18/4/2018
Sumber HD - 18-4-2018 



Harga Ikan Mahal ‘Ditangan’ Nelayan

Oleh KAM

KUALA TERENGGANU – Kenaikan harga ikan yang mahal terutama di Terengganu adalah ditentukan sendiri oleh para nelayan hingga membebankan rakyat umumnya.

Malah, warga nelayan juga dikatakan telah terkeluar dari garis kemiskinan tegar di negeri ini kerana pendapatan golongan itu hari ini minimanya antara 1,900 hingga RM2,000 sebulan.

Jika benar dakwaan itu, kata Pengerusi Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar (Latas) Terengganu, Ustaz Shaharizukirnain Abdul Kadir, suatu kesedaran perlu diberikan kepada para nelayan terbabit.

Menurutnya, kunjungan hormat pihak Latas Terengganu kepada agensi kerajaan di Jabatan Perikanan negeri cukup positif.

Ini, katanya termasuklah isu kenaikan harga ikan yang mahal terutama di Terengganu hingga membebankan pengguna dan rakyat umum.

“Kita (Latas) juga bangkitkan isu kenaikan harga ikan yang tinggi terutamanya di negeri ini. Tapi, ‘respon’ yang kita terima ini (kenaikan) harga yang ditentukan oleh para nelayan sendiri.

“Walaupun harga ikan itu naik tetapi ikan itu (tetap) habis juga dijual di pasaran. Turun naik harga ikan itu, nelayan itu sendiri yang tetapkan. Sebab apa jual mahal? kerana walaupun harga mahal tetapi jualan ikan tetap akan habis.

“Terengganu ini harga ikan paling tinggi berbanding dengan Kuantan dan lain-lain tempat di negara ini. Ada dimaklumkan kepada kita (Latas) oleh pihak Jabatan Perikanan bahawa harga udang yang sama di Kertih, Kemaman (Terengganu) RM40.00 sekilogram tetapi di Kuantan harganya RM18.00 sahaja,” jelasnya.
.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Pegawai di Jabatan Perikanan Negeri Terengganu di Chendering, Kuala Terengganu, pada Selasa 20 Februari.

Menurut Ustaz Shaharizukirnain tujuan kunjungan hormat pihak Latas kepada agensi terbabit bagi saling bertukar-tukar pandangan serta mendapat taklimat berkait isu nelayan.

Bahkan, katanya pihak Latas Terengganu pernah mengadakan kunjungan hormat kepada agensi-agensi kerajaan yang lain sebelum ini.

“Kunjungan hormat Latas Terengganu kali ini kepada Pengarah Jabatan Perikanan negeri Terengganu. Ini merupakan kunjungan hormat kita (Latas) kali keempat ke agensi kerajaan.

“Sebelum ini, kita (Latas) pernah pergi ke Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kuala Terengganu, JAS Kemaman dan Jabatan Pertanian negeri Terengganu, Alhamdulillah, kami diterima.

“Tujuan kunjungan ini untuk kita saling bertukar pandangan dan mendengar taklimat daripada pihak Jabatan Perikanan Terengganu berkait dengan isu nelayan, penguatkuasaan maritim dan lain-lain,” ujarnya.

Beliau selaku Yang Dipertua PAS Kawasan Setiu turut dimaklumkan oleh pihak agensi berkenaan bahawa pendapatan golongan nelayan hari ini telah melepasi garis kemiskinan tegar.

“Walaupun sebelum ini digambarkan warga nelayan ini miskin tetapi hari ini mereka dikatakan sifar miskin itu. Pendapatan mereka (nelayan) antara RM1,900 hingga RM2,000 paling minima dan mereka sudah keluar dari miskin tegar,” katanya ketika dimaklumkan oleh pegawai perikanan tersebut.

Hadir sama dalam pertemuan itu, Pengarah Perikanan Terengganu, Tuan Zawawi Ali, Timbalannya Tuan Rosman Rosdi dan beberapa orang pegawai Jabaan Perikanan Terengganu.

Delegasi Latas Terengganu disertai oleh Timbalan Latas Terengganu, Muhammad Said, Setiausaha Latas, Abdul Rauf Muhamad dan beberapa orang Jawatankuasanya, Encik Alias Salleh, Zainal Abdul Samad dan Puan Salmah Ghazali.

Sumber BO - 22-2-2018


Pertanian gagal di kawasan Menteri Pertanian?

KEMAMAN: Ahli Parlimen Kemaman, Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek yang mengetuai Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani perlu serius terhadap isu-isu pertanian dan penternakan di kawasan beliau sendiri untuk tidak dilihat sebagai lemah dan gagal.
Demikian gesaan Pengerusi Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar (LATAS) PAS Pusat, Muhammad Sanusi Md Nor ketika membuat lawatan kerja dan meninjau aktiviti pertanian di sini kelmarin.
"LATAS berkunjung ke sini untuk meninjau kawasan padang ragut yang pernah diwartakan di zaman PAS memerintah Terengganu sebanyak 100 ekar, kini hanya berbaki lima ekar sahaja yang boleh diusahakan penternak.
"Lima ekar itu tidak mencukupi untuk 30 peserta (kerana) setiap seorang perlu diberikan sekurang-kurangnya satu ekar kawasan padang ragut untuk mencukupkan bekalan rumput makanan ternakan mereka," kata beliau.
Sanusi juga memberitahu, penternak di sini juga berdepan dengan risiko haiwan ternakan terkorban akibat dilanggar oleh kenderaan kerana bolos melepasi pagar Lebuh Raya Pantai Timur (LPT2).
Ujarnya, pagar di LPT2 begitu mudah roboh akibat pemasangan serta pembinaan tidak mengikut spesifikasi di mana kelihatan sana sini tiangnya telah tercabut.
"Tidak mungkin penternak sengaja mengambil risiko memotong pagar untuk melepaskan ternakan untuk dilanggar di LPT2.
"LATAS menyeru semua pihak, khususnya Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) yang menyelia LPT2 untuk mengambil tindakan segera membaiki pagar yang telah roboh," tambah beliau.
Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat turut dibawa oleh Yang DiPertua PAS Kawasan Kemaman, Ustaz Alias Hamid melawat projek tanaman jagung berkelompok Jabatan Pertanian Terengganu yang disifatkan beliau 'mahal rantai dari beruk'.
"Telaga tiub berharga hampir RM200,000 dibina, namun peserta hanya diberi suku ekar, berapa pokok boleh ditanam?" soal beliau. - HARAKAHDAILY 12/11/2017
Sumber HD -12-11-2017 





Muslimat Sedia Promosi ‘Sweet Latas’


Oleh : Azizah Mahmood

KUALA NERUS – Muslimat PAS Negeri Terengganu bersedia mempromosikan ‘Sweet Latas’, produk baru hasil keluaran Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar (LATAS) PAS Negeri Terengganu.
Ketuanya Hajah Zarani Othman berkata, beliau yakin muslimat boleh pergi lebih jauh untuk mengedarkan benih ubi keledek itu.

“boleh dijadikan satu sumber untuk sara diri, mahupun secara komersial…….(dan) penanaman ubi yang kita beri nama ‘Sweet Latas’ dilihat mampu menembusi pasaran,

“jika ditanam secara komersial bahkan boleh menjana ekonomi,” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas mendengar taklimat tentang usaha pembiakan beih baharu itu oleh Ahli Jawatankuasa LATAS Negeri, Tuan Hj Mohamad Said di Kampung Pusu Tiga, Wakaf Tembesu di sini, pada Khamis 26 Oktober.

Menurutnya, ‘Sweet Latas’ boleh bersaing dalam pasaran kerana masa penghasilannya yang pendek.
“Ini kerana, ianya satu tanaman yang boleh bersaing dengan jenama-jenama ubi lain dan hanya mengambil masa lebih kurang tiga bulan untuk menikmati hasilnya,” jelasnya.

Sehubunga itu, Pengerusi LATAS Muslimat Terengganu, Puan Rohani Awang berkata, pihaknya merasa bertuah kerana mendapat tunjuk ajar daripada Haji Mohamad, selaku mantan Timbalan Pengarah Pertanian Negeri Terengganu.

“dan hari ini juga kita sendiri berpeluang turun ke kebun, dan menggali sendiri untuk melihat hasilnya,
“saya amat berharap ilmu ini dapat kita kembangkan di kawasan masing-masing, dan kita harap akan terus dibimbing sehingga mampu untuk mempunyai kebun sendiri di peringkat kawasan masing-masing,” tegasnya.

Program lawatan sambil belajar itu turut dihadiri oleh Setiausaha LATAS Terengganu, Raof Mohd dan Timbalan Ketua Muslimat,YM Raja Endun Raja Abdul Rahman.






Sumber BO - 28-10-2017







Kuari: LATAS bimbang keselamatan penduduk


LAJNAH Asas Tani dan Alam Sekitar (LATAS) melahirkan kebimbangan berhubung keselamatan penduduk kesan daripada keadaan kuari yang terletak di Kampung Bukit Nenasi, Batu Rakit.
Pengerusi LATAS Pusat, Muhammad Sanusi Md Noor berharap pihak yang bertanggungjawab segera mengambil tindakan berkaitan kuari yang boleh mengundang musibah kepada penduduk sekitar. 
“Kita harap pihak berkuasa Kerajaan Negeri Terengganu, pejabat tanah dan galian khususnya, Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan sebagainya yang bertanggungjawab di atas kelulusan dan juga operasi kuari ini dapat memastikan operasi kuari ini mematuhi peraturan-peraturan ‘mining’ ataupun perlombongan yang terlalu hampir dengan jalan utama dan kawasan kediaman,” ujarnya yang meninjau sekitar kuari tersebut, kelmarin. 
Menurutnya, keadaan ‘timbunan stok’ (stock pile) kuari yang menggunung tinggi terlalu hampir dengan jalan raya yang amat menggusarkan jika berlaku runtuhan. 
“Kita lihat tidak ada ‘buffer zone’ (zon keselamatan) untuk kawasan melindungi orang ramai dari bahaya. 
“Kuari ini walaupun kawasan letupan di bahagian dalam tetapi risiko pecahan batu itu tetap mengundang risiko kepada orang ramai,” ujarnya dipetik Buletin Online
Beliau juga mempersoalkan kelulusan dari sudut Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) terhadap kuari itu dan peraturan-peraturan asas berkaitan kuari. 
Sementara itu, Pengerusi LATAS Terengganu, Ustaz Shahrizukirnain Abdul Kadir juga berharap Adun Batu Rakit dapat memainkan peranan dalam menjaga keselamatan penduduk. 
“Kebimbangan penduduk Kampung Bukit Nenasi ini dan kampung sekitarnya perlu diberi perhatian oleh wakil rakyat Batu Rakit. 
“Kita tidak mahu setelah berlaku kemalangan jiwa, baru hendak ditangani dan bertindak sepertimana yang berlaku baru-baru ini,” ujarnya yang mengimbau kejadian rekahan pokok besar menimpa kenderaan dan mengorbankan dua nyawa pada 7 Oktober lalu di Kampung Mengabang Lekar. 
Seorang penduduk, Ahmad Zaini Busu pula berharap masaalah bau dan ‘gangguan bunyi’ dari kuari terbabit dapat diatasi segera. 
“Terima kasih kepada LATAS yang datang melihat sendiri keadaan kuari ini dan kami berharap masalah yang kami hadapi ini dapat diselesaikan segera,” katanya.
Sumber HD- 26-10-2017 









LATAS Harap Bajet 2018 Tumpu Pengeluaran Makanan

Oleh : DMS

KUALA TERENGGANU – Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar (LATAS) berharap pembentangan Belanjawan 2018 akan memberi tumpuan dan penekanan penuh kepada usaha kerajaan bagi pengeluaran produk makanan.

Pengerusi LATAS Pusat Haji Sanusi Mohd Noor berkata, cuaca di Malaysia yang sesuai untuk tanaman sepanjang tahun, mempunyai tanah yang subur serta juga menerima hujan sepanjang tahun.

“adalah penting bagi negara untuk menjamin ‘food security’ yang menjadi keutamaan dunia pada hari ini.
“rekod makanan yang di impot negara negara kita) telah mencecah lebih RM 45 Billion setiap tahun dengan perdagangan cili sahaja yang bukan merupakan makanan utama mencecah RM150 Juta setahun,”tegasnya.
Beliau berkata demikian ketika di temui setelah mengadakan beberapa lawatan berkait Lajnahnya di Batu Rakit dan Gong Badak, dekat sini pada Isnin 23 Oktober.

Menurutnya, krisis makanan dunia yang berlaku di beberapa benua di sebabkan perubahan cuaca juga perlu menjadi pengajaran yang baik bagi kepada Malaysia dalam menghadapinya dengan langkah-langkah tertentu.

“mutakhir ini dunia yang berhadapan dengan keadaan cuaca yang tidak menentu amat penting sekali bagi negara memastikan bekalan makanan yang cukup untuk keperluan rakyat,

“dan kita tidak boleh selamanya bergantung pada bekalan makanan yang di import…..ini sangat membimbangkan,” jelasnya.

Oleh itu, beliau juga berharap agar kerajaan tidak ‘bermain api’ berkait ‘isu benih padi’ kerana ia merupakan satu sektor yang paling mustahak.

Katanya, LATAS mendapati sebahagian besar daripada petani di utara, khususnya di Kedah dan Perlis tidak mendapat bekalan benih yang cukup untuk musim menanam padi tahun ini.

“ini satu kemalangan buat negara dalam tempoh 60 tahun kita merdeka apabila kerajaan cuba menarik balik subsidi benih padi daripada 80 ribu tan benih bersubsidi kepada 47 ribu tan,

“inilah kita (LATAS) dapati apabila tiada benih, tiadalah padi, apabila kita kekurangan benih padi maka kita menghadapi masaalah pengeluaran padi tempatan,
“dan kita akan bergantung sepenuhnya pada beras yang diimport,” ujar beliau dan menambah, beras itu akan mendedahkan Malaysia kepada isu manipulasi harga,isu keselamatan makanan dan juga isu bekalan.

Justeru manta Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah itu benar-benar berharap agar belanjawan yang akan dibentangkan nanti akan mengambilkira pelbagai isu yang dibangkitkan termasuk nasib petani yang akan menghasilkan pengeluaran makanan

Sumber BO - 24-10-2017










Insentif khas Najib bercanggah Akta GSA 1960

INSENTIF kedua untuk warga Felda yang diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini ialah berupa kebenaran untuk membina lebih dari satu unit rumah atas satu tapak rumah, tidak akan memberi apa-apa makna serta tidak melestarikan keharmonian keluarga peneroka," demikian menurut Lujnah Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar Dan Hal Ehwal Orang Asal, PAS Pusat. 
Ini kerana menurut Pengerusinya, Wan Rohimi Wan Daud tanpa Kerajaan menunjukkan keseriusan untuk menyemak semula konteks pendudukan dalam jangkaan hakmilik dan pemilikan dalam konteks Akta Tanah (Kawasan Petempatan Berkelompok) 1960 (Akta GSA). 
Menurut Wan Rohimi lagi pada masakini, berdasarkan peruntukan-peruntukan Akta Tanah (Kawasan Petempatan Berkelompok) 1960 (“Akta GSA”) khususnya Seksyen 7 dan Seksyen 14, dan Perjanjian Peneroka dengan Felda, hanya memperuntukan bahawa seorang individu sahaja yang dibenarkan pendudukan dalam jangkaan hakmilik (occupation in expectation of title) dan selanjutnya akan diberimilikan penuh melalui dokumen Hakmilik yang dikeluarkan kemudian dari itu. 
Melalui Seksyen 15 Akta yang sama, pemilikan maksimum kepada dua orang pemilik boleh diberikan sebagai “pemilik bersama” tanpa pecah bahagi, atas permohonan pemilik sedia ada untuk diberikan sebahagiannya kepada isteri, bekas isteri atau waris-waris ATAU melalui apa-apa perintah Mahkamah dibawah mana-mana Enakmen Keluarga Islam Negeri-Negeri atau Law Reform (Marriage & Divorce) 1976. 
"Apatah lagi dalam keadaan Akta GSA pada masakini tidak mengiktiraf hak waris di bawah Hukum Faraid dan Perintah Pembahagian Pusaka untuk didaftarkan sebagai pemilik bersama bagi tanah-tanah yang tertakluk kepada Akta GSA," katanya kepada Harakahdaily. 
Datuk Seri Najib Tun Razak  mengumumkan enam Insentif Khas untuk  peneroka Felda ketika dalam majlis Sambutan Hari Peneroka Kebangsaan 2017 pada 23 Julai 2017 yang lalu. – HARAKAHDAILY 1/8/2017 
Laporan penuh menyusul dalam Harakah edisi Jumaat bilangan 2269
Sumber HD - 1-8-2017 











Peneroka Felda dibantu, penoreh terbiar

DALAM aspek tanggungjawab kerajaan yang telah mendapat manfaat besar daripada sektor sawit dan getah sejak penubuhan Felda pada 1956, Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar PAS (LATAS) merakamkan terima kasih di atas pengumuman Perdana Menteri bagi meringankan beban kewangan, perumahan dan pelupusan sebahagian hutang 95,000 peneroka Felda. 
LATAS berharap ia segera dilaksanakan, walaupun  disedari bahawa ia adalah sebahagian daripada inisiatif berkaitan pilihan raya yang semakin hampir. 
Sejak beberapa tahun lepas, PAS telah mendesak kerajaan mewujudkan mekanisme harga lantai getah beku di ladang (farmgate price) pada kadar RM4 sekilogram, bagi mengimbangi beban kos hidup penoreh dan pekebun kecil. 
Namun ia tidak dilaksanakan, malahan skim Insentif Pengeluaran Getah (IPG) yang diluluskan dalam belanjawan negara juga tidak dilaksanakan. Sebaliknya kerajaan terus memilih bantuan secara one-off (3 kali) sejak 5 tahun lalu, dengan motif yang berlegar tentang politik dan pilihan raya. 
Untuk rekod, Malaysia menghasilkan 670,000 tan getah asli pada 2016, berbanding 720,000 tan pada 2015. Kekal di tangga ke-5 pengeluar getah asli dunia. 
Nilai eksport getah dan produk berasaskan getah melepasi paras RM18 bilion pada 2016.
Sebanyak 92 peratus getah asli dihasilkan oleh pekebun kecil di luar bandar yang menerima pendapatan RM2.70 sekilogram pada hari ini. 
Berdasarkan rekod agensi kerajaan, terdapat 590,000 ketua keluarga bekerja sebagai penoreh getah, 307,770 orang daripada angka ini memiliki kebun kurang 2.5 hektar (8.6 relong) dan 101,889 penoreh memiliki kebun melebihi 2.5 hektar. Sejumlah 80,341 orang lagi tidak memiliki kebuh getah, mengambil upah menoreh di kebun orang lain.
Pada harga pasaran antara RM2.40 hingga RM2.80 sekilogram di ladang pada waktu ini, kerajaan hanya perlu sediakan dana khas RM1.20 - RM1.60 setiap kilo bagi menstabilkan getah pada harga lantai RM4.00. 
Pada kadar keluaran tahunan 670,000 tan (670 juta kilogram), kerajaan hanya perlukan peruntukkan RM804 juta hingga RM1.07 bilion setahun untuk manfaat 590,000 keluarga penoreh seluruh negara. 
Berbanding jumlah peneroka Felda (94,596 orang) yang menerima manfaat berjumlah RM3.8 bilion, jumlah penoreh dan pekebun kecil jauh (590,000) jauh lebih besar dan peruntukan yang diperlukan lebih rendah. 
Kos untuk mewujudkan mekanisme harga lantai RM4.00 sekilogram itu lebih rendah jika dibandingkan peruntukan hangus kepada peneroka yang diumumkan semalam berjumlah RM993.7 juta (RM474 juta bantuan khas dan RM519 juta untuk bantuan tanaman semula). 
Dengan demikian, LATAS berharap pihak kerajaan dapat melaksanakan mekanisme harga lantai getah di ladang supaya seluruh rakyat negara ini mendapat layanan yang adil dan saksama. 
Kestabilan harga getah pada harga RM4 sekilogram akan turut meransang pertumbuhan dan membantu banyak kegiatan ekonomi di luar bandar. Ia dapat dilihat dengan jelas pada bulan Januari tahun ini apabila harga pasaran getah di ladang mencecah RM4.40 sekilogram. Kelegaan sementara itu sedikit sebanyak turut meningkatkan indeks kebahagiaan rumahtangga penoreh di negara ini. 
Adalah munasabah jika dikatakan bantuan kepada peneroka yang diumumkan oleh PM semalam adalah gula-gula pilihan raya untuk menjamin kerusi-kerusi BN di kawasan Felda, sekiranya kerajaan tidak mengumumkan sebarang insentif kepada 590,000 keluarga penoreh getah yang bertebaran di seluruh negara. 
MUHAMMAD SANUSI MD NOR
Pengerusi LATAS
PAS Pusat – HARAKAHDAILY 24/7/2017
Sumber HD - 24-7-2017 











Karbon kredit: Seminar rungkai pelbagai persoalan

TELAH selesai Seminar Alam Sekitar-Carbon Credit di Kota Bharu Kelantan semalam anjuran Institut Pemikiran Tok Guru Dato' Bentara Setia (IPTG). 
Kelantan sedang menerajui satu inisiatif besar dalam cabaran pemuliharaan hutan untuk kekalkan manfaatnya kepada dunia dan kehidupan. Mendahului semua kerajaan negeri, kerajaan pusat sekalipun, malah semua negara yang tidak tersenarai dalam  Anex 1 lanjutan dari Kyoto Protocol. 
Saya berkeyakinan, semua langkah penting bagi melindungi Kerajaan Negeri, tanah, hutan dan rakyat Kelantan sudah diperhalusi dalam perjanjian pelantikan pihak yang terbabit dalam usaha meneroka inisiatif carbon credit sebagai hasil baru kepada negeri daripada hutan, keluar daripada  pergantungan kepada aktiviti pembalakan. 
Sejak Sidang Kemuncak  Bumi di Rio De Janeiro 1992 dan Kyoto Protocol 1997, malah yang terkini di Paris 2016, dunia mengakui pertembungan antara pembangunan dan kesannya kepada alam sekitar sudah tiba di kemuncak yang membahayakan atmosfera. Dunia sedang berhadapan dengan ancaman kesan perubahan iklim yang makin gawat. Kita pun sedang melihatnya setiap hari. 
Sejak itu, puluhan persetujuan bi-litarel dan uni-literal, penubuhan jawatankuasa antarabangsa melalui agensi PBB, deklarasi,  inisiatif dan kerjasama diadakan untuk mengawal kesan pelepasan gas rumah hijau, mengelak pemanasan global, menangani climate change dan mengelak kemusnahan kehidupan. 
Malaysia yang semakin hilang suara dan pengaruh di arena antarabangsa dalam perdebatan dan rundingan isu alam sekitar diharap dapat menemui semula sentuhannya untuk menjayakan inisiatif carbon credit,  REDD,  REDD+, PES dan lain-lain kaedah pembiayaan tempatan dan antarabangsa sebagai ikhtiar mengelak kehilangan anugerah hutan akibat pembalakan, perlombongan, perladangan dan eksploitasi. 
Melalui penjelasan dalam seminar ini, saya yakin Kerajaan Negeri telah mengambil semua langkah undang-undang yang sangat ketat dalam MoU yang dimeterai. Isu-isu yang dibangkitkan berkaitan pihak kedua dan ketiga adalah isu berasingan, di luar penglibatan Kerajaan Kelantan, dan tidak menjejaskan Kelantan secara langsung maupun tidak langsung. Tuduhan liar kepada Kelantan daripada sesetengah pihak adalah berdasarkan andaian sendiri. Ia hanya usaha menenggelamkan perkara baik, menempel imej buruk kepada usaha murni kerajaan negeri. 
Kerajaan Malaysia, kerajaan negeri, masyarakat sivil, NGO, syarikat swasta, multinational company, pakar alam sekitar, penggerak pembangunan lestari dan ahli politik wajar menyokong usaha Kerajaan Kelantan menerokai usaha ini tanpa prejudis, apalagi mencipta isu-isu politik yang 'bodoh' untuk menghalang usaha baik ini.
Saya mencadangkan Kelantan turut meneroka semua laluan untuk membentuk mekanisme yang strategik bagi merealisasikan usaha ini, termasuk melalui kaedah waqaf carbon credit.   
Semoga usaha ini mendapat keberkatan daripada Allah SWT. – HARAKAHDAILY 11/7/2017










Sumber HD- 11-7-2017 











Sampah lebuh raya: Tahniah Unit Amal Pahang, Kelantan

LAJNAH Asas Tani dan Alam  Sekitar PAS Pusat (LATAS) merakamkan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Anggota Jabatan Amal Kelantan dan Pahang yang mengambil inisiatif mengutip sampah di lebuh raya Lipis- Merapoh-Gua Musang hari ini. 
Sampah yang dibuang pengguna jalan raya yang melalui jalan tersebut menjelang sambutan Aidilfitri baru-baru ini telah mencemarkan persekitaran dan menyakitkan mata yang memandang. 
Sikap ini amat dikesali dan tidak boleh dibiarkan berulang lagi. LATAS ingin menasihati pengguna jalan raya supaya menyediakan beg sampah di dalam kenderaan masing-masing dan dibuang ke dalam tong sampah bila tiba ke destinasi masing-masing. 
Tindakan membuang sampah di jalan raya ini seolah-olah cuba menghambakan orang lain yang terpaksa memungut sisa yang dibuang  dari kenderaan sesuka hati. Ini bukan dari ajaran Islam dan nilai mulia masyarakat bertamaddun. Tabiat ini harus dihentikan.
Sikap ini boleh diubah dengan kesedaran diri, keluarga dan masyarakat untuk beramal dengan tuntutan Islam yang mementingkan kebersihan dan tidak menyusahkan orang lain. 
Tindakan anggota Jabatan Amal Kelantan dan Pahang ini wajar adalah sikap terpuji dan salah satu proses mendidik masyarakat supaya ringan tulang, sentiasa membantu orang ramai dan mementingkan kebersihan. 
MUHAMMAD SANUSI MD NOR
Pengerusi LATAS – HARAKAHDAILY 28/6/2017
Sumber HD - 28-6-2017 











Harga getah turun: Aidil Fitri penoreh suram

LAMA juga tidak menulis pasal sekerap, apabila kawan-kawan motong berasa lega sikit sejak awal tahun ini. Pada 17 Januari 2017, harga sekerap mencecah RM4. 50 sekilo.
Namun seperti dijangka, harga itu tidak mampu bertahan. Kira-kira sebulan sahaja, harga sekerap mula jatuh hari demi hari. Kelegaan tidak berpanjangan. 
Semalam, 8 Jun 2017, kira-kira 6 bulan selepas itu, harga sekerap tinggal RM2.15 sekilo, kembali kepada harga sebelum bulan Oktober 2016. 
Penoreh mula ditolak masuk semula ke petak lama, susah dan sempit.
Dekat-dekat nak raya ini, janganlah sampai tinggal RM1.70 pula sekilo. 
Untuk makluman, bantuan khas RM200 sebulan selama tiga bulan yang Perdana Menteri umum dalam bajet 2017 tidak tahu hilang ke mana. 
Tiga empat kali pengumuman kerajaan tentang duit sekerap dalam bajet didapati hilang lesap, macam sekerap dalam pot dikebas 'taik pit' juga. Duit untuk orang susah janganlah dibuat macam tu. – HARAKAHDAILY 9/6/2017
Sumber HD - 9-6-2017 











LATAS sambut Hari Bumi 22 April











MENJELANG 22 April ini, Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar PAS Pusat (LATAS) ingin menyeru seluruh Rakyat Malaysia untuk sama-sama menyambut Hari Bumi atau ‘Earth Day’ yang disambut di seluruh dunia sebagai tanda sokongan kita kepada pemuliharaan alam sekitar di negara ini. 
Sebagai tanda sokongan kepada tema Hari Bumi pada tahun ini iaitu ‘Celik Alam Sekitar dan Cuaca’, LATAS ingin mengambil peluang dan kesempatan ini untuk berkongsi masalah perubahan cuaca dunia dan kesan secara langsung kepada Rakyat dan generasi seterusnya di negara ini. 
Untuk makluman semua, suhu dunia telah meningkat sebanyak 1.7 Fahrenheit semenjak tahun 1880.
suhu
Perbandingan Suhu Dunia semenjak tahun 1883 dan 2015 seperti di bawah (biru menandakan kawasan yang sejuk dan oren/merah menandakan kawasan yang panas)
suhu2
suhu3
Antara penyumbang dan kesan daripada pemanasan global ini adalah:
1.Peningkatan pelepasan gas Karbon Dioksida (CO2) sebanyak 150 kali ganda pada hari ini (33 ribu tan metrik) jika dibandingkan pada tahun 1850 (198 tan metrik) atau 280ppm ke 400ppm. 
2.Penerokaan tanah untuk pertanian, industri serta aktiviti manusia (lebih 95% penyumbang kepada pemanasan global adalah akibat aktiviti manusia). 
3.Perubahan cuaca. Peningkatan suhu global sebanyak 1.7 Fahrenheit semenjak 1 abad yang lalu. Dijangka suhu global akan meningkat dari 2.5 ke 10 Fahrenheit di abad yang seterusnya. 
4.Glasier dan ais mencair khususnya di Artik iaitu kadar pengurangan sebanyak 13.3% setiap 10 tahun. Kehilangan 118 gigatan ais setiap tahun semenjak 2002 di Antartika manakala kehilangan 281 gigatan ais setiap tahun di Greenland. 
5.Peningkatan paras air laut (1 hingga 4 kaki menjelang tahun 2100 pada kadar 3.4mm setiap tahun). 
6.Kemarau dan gelombang haba. 
7.Peningkatan kekerapan banjir kilat dan kebakaran hutan. 
8.Ribut Taufan semakin kuat dan kerap (kategori 4 dan 5 khususnya). 
9.Kesan pada ekosistem dan pertanian. 
Oleh sebab keadaan yang semakin mendesak, LATAS ingin merayu kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri agar dapat menjadikan subjek Alam Sekitar sebagai subjek utama dari peringkat pra-sekolah sehingga ke peringkat pengajian tinggi sebagai langkah awal melalui sistem pendidikan yang sedia ada  untuk membentuk satu generasi yang betul-betul mencintai alam sekitar. 
Sebagai langkah awal dalam membentuk satu generasi yang cintakan alam sekitar, LATAS bersama-sama Kerajaan Negeri Kelantan telah mengambil langkah pertama dalam merangka satu pelan tindakan untuk menubuh dan menggerakkan Kelab Rakan Alam di setiap sekolah di negeri itu. Semoga usaha murni ini akan dapat melahirkan aktivis alam sekitar yang lebih ramai untuk menyokong dan membantu usaha pemuliharaan alam sekitar oleh kerajaan negeri di negeri itu. – HARAKAHDAILY 17/4/2017 
(Penulis adalah Setiausaha Lajnah Asas Tani & Alam Sekitar PAS Pusat (LATAS))
Sumber HD - 17-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ 












Hari Bersama Nelayan Bermula 2 & 3hb Februari Depan










BPPNT melalui Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar (LATAS) akan menganjurkan program “Hari Bersama Nelayan” di DUN terpilih bermula pada 2 dan 3 Februari ini.

Keadaan musim hujan yang masih belum berakhir memaksa golongan Nelayan sukar mencari pendapatan seperti sebelumnya.Dalam meringankan dan merasai nasib mereka program “Hari Bersama Nelayan” akan di adakan di Kampung Tanjung, Batu Rakit sebagai lokasi pertama.










Pelbagai aktiviti telah di atur seperti bantuan khidmat perubatan syifa dan moden,meraikan mereka dengan aktiviti sukaneka kekeluargaan membabitkan semua golongan,gotong royong membaiki wakaf tempat istirehat mereka setelah pulang ke laut,santapan rohani melalui program kuliah bagi mengisi masa yang ada di saat mereka tidak dapat turun ke laut serta program bantuan ziarah kesinambungan dari program yang sering di adakan.

Sehubungan itu semua golongan masyarakat dan media di jemput untuk hadir memeriahkan program ini yang akan di rasmikan oleh Yang Berbahagia Dato Tuan Ibrahim Tuan Man,Timbalan Presiden PAS pada Khamis malam Jumaat dan program penuh pada keesokan harinya.

ABDUL RAOF MOHAMAD
Setiausaha LATAS
30 Januari 2017

Sumber BO - 30-1-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------











Siapa yang mewakili orang asli?

HUZIR SULAIMAN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43554-siapa-yang-mewakili-orang-asli

RAMAI juga yang semakin keliru dengan kenyataan beberapa NGO Orang Asli dan parti politik pembangkang di Kelantan. Izinkan saya jelaskan sedikit sisi pemahaman saya berkenaan isu ini.

Ramai NGO yang mengaku mewakili Orang Asli

Untuk makluman semua, Hanya Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) sahaja yang secara sah mewakili Orang Asli di seluruh negara. Sah pada maksud saya adalah sah di sisi Undang-undang seperti yang tertera dalam Akta 134 @ Akta Orang Asli 1954. JAKOA adalah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, bermakna JAKOA adalah agensi persekutuan dan bukanlah agensi negeri seperti yang didakwa. Malah peruntukan belanjawan dari Kerajaan Persekutuan untuk pembangunan Orang Asli juga disalurkan melalui JAKOA.

Secara umumnya, yang jaga Orang Asli ini adalah JAKOA. Jadi yang lantik Tok Batin dan Penghulu adalah JAKOA juga melalui kuasa Menteri yang sedia ada. Oleh sebab itu Kerajaan Negeri Kelantan hanya berurusan secara rasmi dengan JAKOA sahaja kerana Tok Batin dan Penghulu yang dilantik itulah yang mewakili majoriti Orang Asli di seluruh negara.

Jadi banyak juga program pembangunan Orang Asli yang sudah dilaksanakan Kerajaan Pusat dengan kerjasama Kerajaan Negeri di sepanjang Rancangan Malaysia Ke-9 (2006-2010) dan RMK Ke-10 (2011-2015). Malah program pembangunan Orang Asli sedang dirancang dan akan diteruskan juga dalam RMK Ke-11 (2016-2020).

Yang saya boleh petik sebahagiannya adalah dari Rancangan Malaysia Ke-9 (2008) khususnya di Kelantan, antaranya ialah:
1. 3 Projek Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) dari peruntukan kepada JAKOA sebanyak RM14.4 Juta.
2. Rancangan Kampung Baru (RKB) di Sungai Rual Kelantan.
3. Pembangunan Tanah Fasa II dengan kerjasama RISDA dan FELCRA dari peruntukan RM5.75 Juta.
4. Pembinaan Ruang Niaga dari peruntukan sebanyak RM320 ribu.
5. Perkhidmatan Doktor Udara sebanyak 2-4 kali sebulan di kawasan pendalaman Orang Asli di Gua Musang.
6. Klinik Desa dan Pusat Transit di Gua Musang dari peruntukan RM4.7 Juta.

JAKOA juga diberi peruntukan RM58.54 Juta untuk program pembangunan sosial Orang Asli di seluruh Negara, antaranya ialah:
1. Program Perumahan Rakyat Termiskin.
2. Perumahan Ketua Masyarakat.
3. Infrastruktur dan Kemudahan Awam.
4. Kesihatan dan Perubatan.
5. Pembangunan Keluarga dan Masyarakat.
6. Kemudahan Pentadbiran JAKOA.
7. Program Pembangunan Minda.

Panjang pulak artikel ini jika saya senaraikan program yang telah dibuat dalam RMK-10 (2011-2015) dan senarai program yang sedang dirancang dan bakal dilaksanakan dalam RMK-11(2016-2020). Cukuplah di atas sebagai contoh, insya-Allah kita akan kongsikan lagi program yang telah dilaksanakan untuk Orang Asli oleh Yayasan Amanah Tok Kenali (YTK) juga semenjak zaman Almarhum Tok Guru lagi.

Malah Kerajaan Negeri Kelantan pun telah memberi geran hak milik Tanah pada sebahagian masyarakat Orang Asli di Kuala Betis dan Pos Sendrop di Gua Musang. Termasuk mewartakan 606.6 ekar atau 245 hektar tanah di Pos Jedip. Insya-Allah 2,403 ekar atau 973 hektar lagi akan diwartakan sebagai tanah rizab Orang Asli selepas ini.

Apabila ada orang kata PAS nafikan hak Orang Asli untuk memiliki tanah di Negara ini, itu tidak betullah. Malah tidak adil juga apabila tuduhan itu dikaitkan pula dengan RUU355.

Isu tanah dan wilayah adat Orang Asli adalah isu nasional, bukan di Kelantan sahaja. Isu yang pernah berlaku juga di Sarawak, Pahang, malah di Selangor juga.

Yang peliknya, kenapa Kelantan sahaja yang dimangsakan? faham-faham sahajalah. – HARAKAHDAILY 12/12/2016

(Penulis adalah Setiausaha Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar PAS Pusat)

Sumber HD - 12-12-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


LATAS Kunjungi Pengarah Pertanian Negeri Terengganu

KUALA TERENGGANU – PAS terus meletakkan agenda membela nasib rakyat perlu diberi keutamaan dalam segala hal melalui pelbagai usaha termasuk berbincang dengan rakyat, pihak lawan dan jua kerajaan.

Sehubungan itu Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar (LATAS) terus mengorak langkah ke hadapan dalam merealisasikan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) dengan berkunjung ke pejabat Pertanian Negeri Terengganu.

Pengerusinya Ustaz Shaharizukirnain Abdul Kadir berkata, perjumpaan dengan Pengarah Pertanian negeri Haji Mohd Nasir Warris itu dalah usaha membela nasib Petani, Penternak dan Nelayan.
“perjumpaan, perbincangan menjurus kepada bagaimana kita dapat membantu golongan berkenaan,
“seterusnya mencadangkan keperluan mereka agar tidak di pinggirkan sesuai dengan arus kehidupan masa sekarang yang kian mencabar,”katanya.


Turut serta dalam kunjungan tersebut ialah Setiausaha dan Ahli Jawatankuasa LATAS, Abdul Raof b Mohamed dan Haji Mohamad Said.

Menurutnya, pertemuan yang berlansung hampir dua jam itu turut dihadiri Timbalan Pengarah Encik Abd Rasyid Abd Ghani.

Beliau berkata, pertemuan ini cukup bermakna dan beliau mengucapkan terima kasih kepada Haji Mohd Nasir Warris yang sudi mendengar pandangan dari LATAS berkenaan isu yang di bangkitkan dan dialami oleh golongan terbabit.

“ini adalah kunjungan pertama kami terima dan ianya membolehkan kita mendengar sendiri apa yang dibangkitkan oleh LATAS,”jelasnya.

Mengulas lanjut, Ustaz Shaharizukirnain berkata, LATAS bercadang untuk menubuhkan pusat Aduan Tani di setiap DUN sebagai tempat bagi para Petani, Penternak dan Nelayan menyalurkan aduan dan pandangan mereka.

“in sha Allah kita akan cuba tubuhkan pusat aduan ini dan seterusnya akan mengadakan kunjungan ke jabatan-jabatan lain yang berkaitan dengan fungsi LATAS.” tegasnya selepas mengakhiri pertemuan julung kali itu.

Sumber BO - 23-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------











Sungai tercemar: PAS desak batal perlombongan bauksit

SALMIYAH HARUN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43299-sungai-tercemar-pas-desak-batal-perlombongan-bauksit

KUALA LUMPUR: PAS dan Gagasan Sejahtera melalui Lajnah Asas Tani & Alam Sekitar PAS Pusat (Latas) mendesak Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam menunaikan janjinya untuk membatalkan perlombongan Bauksit di Kuantan jika didapati mengancam kesihatan.

Hal ini kerana menurut Setiausaha Latas Huzir Sulaiman berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2015 Siri 2 membuktikan bahawa beberapa sungai dari sembilan buah sungai yang diambil sampel airnya dikenalpasti mengandungi logam besi berat dan aluminium.

Terdahulu, Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan kualiti air sungai di kawasan aktiviti perlombongan bauksit, dikesan terdapat kandungan logam berat yang tinggi mengikut analisis audit terhadap laporan pensampelan kualiti air dilakukan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Pensampelan itu dilaksanakan berdasarkan tiga jenis parameter termasuklah logam berat iron dan aluminium di Sungai Riau, Mabok, Pinang, Kuantan dan Kuala Sungai Karang.

Analisis audit terhadap laporan pensampelan itu juga mendapati kebanyakan sungai berkenaan melebihi Standard Kualiti Air Kebangsaan untuk Malaysia.

Sebelum ini S Subramaniam berkata, satu-satunya cara untuk mengelakkan risiko kesihatan dari perlombongan bauksit adalah dengan menghentikannya walaupun kesannya akan berlaku dalam tempoh jangka panjang.

"Jika sungai tercemar, maka pandangan saya ialah kementerian tidak perlu membenarkan perlombongan bauksit sama sekali," katanya. – HARAKAHDAILY 22/11/2016

Audit: High Concentration Of Heavy Metals In River Water At Bauxite Mining Area
(Sumber: http://www.bernama.com/bernama/v8/ge/newsgeneral.php?id=1304629)
Subramaniam wants bauxite mining scrapped if it threatens health
(Sumber: http://www.thesundaily.my/node/345213)

Sumber HD - 22-11-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------











Selamat menyambut Hari Perikanan Sedunia

MUHAMMAD SANUSI MD NOR | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43274-selamat-menyambut-hari-perikanan-sedunia
Pada hari ini, seluruh warga perikanan di seluruh dunia akan bersama-sama menyambut Hari Perikanan Sedunia. Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar PAS Pusat (LATAS) ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih serta titipan doa agar dilimpahkan ganjaran pahala yang berlipat ganda kepada seluruh warga perikanan termasuk kakitangan jabatan serta agensi yang berkaitan kerana telah sekian lama berkorban untuk memenuhi keperluan sumber makanan rakyat termasuk pertumbuhan ekonomi negara.

Allah SWT berfirman, yang bermaksud: “Katakanlah hai hamba-hamba-Ku yang beriman, bertakwalah kepada Tuhanmu. Orang-orang yang berbuat baik di dunia ini memperoleh kebaikan. Dan bumi Allah itu luas. Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabar yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.” (Surah Az-Zumar: 10)

Sektor perikanan tidaklah asing buat PAS dalam tempoh 60 tahun di persada politik negara. Lebih-lebih lagi dengan ikatan kuat dunia nelayan dengan Tuan Guru Presiden PAS.

Di sebalik kegagalan Kerajaan Umno BN selepas 59 tahun kemerdekaan negara untuk memartabatkan komuniti ini, PAS dan GAGASAN akan terus bertekad untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara selepas PRU ke-14 nanti agar kedudukan sosio-ekonomi nelayan khususnya dapat diperbaiki termasuk memastikan sumber bekalan ikan yang stabil, kompetitif dan mapan dalam jangka masa yang panjang kepada Rakyat dan Industri. Jangan pinggirkan lagi nasib ratusan ribu nelayan di seluruh negara khususnya nelayan pesisir pantai dalam sektor yang menyumbang pulangan melebihi RM10 billion setiap tahun kepada negara.

Antara fokus dan komitmen berterusan PAS dan GAGASAN adalah:

1. Mendesak Kerajaan Pusat dan negeri agar dasar, polisi dan akta yang berkaitan dapat digubal untuk melindungi kepentingan dan keperluan warga perikanan khususnya.

2. Gaji minimum, elaun tetap, pakej perubatan, polisi insuran, SOCSO, bantuan perumahan dan bantuan pendidikan kepada warga perikanan serta ahli keluarga mereka kerana penglibatan ahli keluarga dalam aktiviti berisiko tinggi untuk memenuhi keperluan rakyat dan negara.

3. Mengeluarkan warga perikanan dari garis kemiskinan.

4. Bekalan ikan yang berterusan pada harga yang munasabah.

5. Menghapuskan manipulasi orang tengah atau peraih ikan yang tidak adil.

6. Pembangunan sektor perikanan yang mampan melalui pembangunan biomass sumber perairan pantai yang dilihat sudah berkurangan termasuk meningkatkan jumlah kepadatan ikan.

7. Pertambahan bekalan ikan negara yang berterusan dari pembangunan akuakultur.

8. Bantuan logistik, dana yang berterusan termasuk subsidi yang lebih tinggi dari kerajaan.

9. Pasaran yang lebih luas untuk tujuan eksport, seterusnya meningkatkan hasil pendapatan.

10. Kepelbagaian sumber pendapatan sampingan khususnya ketika musim tengkujuh.

Insya Allah, antara aktiviti terdekat LATAS adalah pertemuan mahabbah dengan wakil Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani termasuk perlancaran program Hari Bersama Nelayan di seluruh negara.

Sama-sama kita meriahkan sambutan ini. Semoga ia dijadikan program tetap tahunan dalam menghargai sumbangan warga perikanan kepada negara.

Selamat Menyambut Hari Perikanan Sedunia dari PAS dan GAGASAN SEJAHTERA. - HARAKAHDAILY 21/11/2016

Penulis adalah AJK PAS Pusat merangkap Pengerusi Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar PAS Pusat (LATAS).

Sumber HD - 21-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------











Harga sekerap naik, tanda PRU makin hampir?

MUHAMMAD SANUSI MD NOR | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/42618-harga-sekerap-naik-tanda-pru-makin-hampir

JIKA harga sekerap naik, itu alamat besar pilihan raya semakin hampir. Sudah jadi trend politik Malaysia, BN akan guna apa saja hasil mahsul negara untuk membeli undi, dalam pilihan raya kecil apatah lagi pilihan raya umum.

Dana IPG RM200 juta yang dighaibkan, dana khas RM194 juta yang 'diselinap' menjadi kecil penerimanya, boleh digunakan untuk menampung belanja untuk menaikkan sementara harga sekerap sehingga selesai pilihan raya.

Pada harga pasaran semasa cuplump (sekerap) RM2.50 sekilo, dana itu boleh digunakan untuk menampung harga RM3 sekilo sehingga selesai Pilihan Raya Umum ke-14.

Orang motong akan merasa lega bukan kepalang, boleh hilang derita yang ditanggung bertahun-tahun. kenaikan harga sekerap boleh dilakukan kerana sesuatu yang berharga ditangan orang motong mahu disambar...UNDI! Ia boleh dibeli sekali lagi?

Orang BN akan berkata, apa la hang ni, dasar pembangkang... naik harga pun tak kena, turun harga pun hang bising. Kita beri alasan...

Menaikkan harga sekerap tidak boleh ambil kira masa nak piliha raya saja, kemudian menjunam semula, derita lagi. Orang motong tidak membeli beras dan anak-anak mereka tak ke sekolah menjelang pilihan raya saja. Sakit demam orang motong tak tentu hari. Ramai yang terlantar sekarang ini pun.

Undi orang motong tak boleh dijual beli begitu. Tanggungjawab kerajaan dengan amanah rakyat terpikul setiap detik, bukan bermusim. Kerajaan jenis apa kalau hanya buat baik untuk menagih balasan menjelang pilihan raya? Gaji semua menteri itu kan dibayar tiap-tiap bulan sepanjang tahun?

Berikan peruntukkan RM1.6 bilion dalam bajet negara 2017, ia boleh menstabilkan harga sekerap pada kadar cukup makan, persekolahan dan perubatan sepanjang tahun. Langkah ini lebih mulia dan beramanah. Orang motong lega, kerajaan ada maruah. – HARAKAHDAILY 26/9/2016

Sumber HD - 26-9-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------











Bukti bantuan pekebun getah gula-gula pilihan raya

MUHAMMAD SANUSI MD NOR | .


                                                                                                                                                                       http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41836-bukti-bantuan-pekebun-getah-gula-gula-pilihan-raya                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                      TERLEBIH dahulu LATAS ingin ucapkan terima kasih kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di atas maklum balas beliau kepada kenyataan LATAS sebelum ini berkaitan BKKH Getah (one-off) kelmarin.

Sesungguhnya, kenyataan beliau itu menimbulkan lebih banyak persoalan, yang secara tidak langsung mengesahkan bahawa one-off itu adalah gula-gula pilihan raya BN untuk membeli undi pilihan raya kecil menggunakan dana awam.

Perdana Menteri telah mengumumkan pada 10 Jun 2016 di Kuala Kangsar bahawa peruntukan khas sebanyak RM194 juta disediakan dan sejumlah 388,000 penerima akan mendapat RM500 setiap orang.

Semalam Menteri KLBW mengumumkan jumlah permohonan yang diterima oleh RISDA ialah 190,583. Selepas diperiksa, hanya 84,754 orang pemohon layak menerima BKKH, dan hanya 47,418 orang daripada jumlah itu sudah menerima bayaran. Selebihnya masih dalam proses semakan, sama ada memenuhi syarat atau tidak.

Persoalan pertama ialah apakah asas peruntukan  RM194 juta itu diumumkan jika penerima yang layak hanya 84,754 orang sahaja, iaitu 44.4% daripada jumlah pemohon (190,583 orang)?

Dari mana pula datangnya angka 388,000 orang yang akan menerima manfaat BKKH yang diumumkan oleh PM tempoh hari?

Berdasarkan pengumuman Menteri semalam, pemohon yang layak hanyalah 21.8% dan telah menerima bayaran hanyalah 12.2% berbanding jumlah yang diumumkan oleh PM (388,000 orang).

Bukankah ini satu gambaran bahawa kerajaan tidak ada perancangan sama sekali untuk melaksanakan BKKH ini, undi pilihan raya kecil itulah yang menjadi sebab utama ia diumumkan.

Berdasarkan maklumbalas Menteri juga, kami mendapati setakat ini RISDA berjaya menyelesaikan bayaran kepada hanya 25% daripada jumlah pemohon. Ini kerana pemohon gagal memenuhi syarat-syarat ketat yang ditetapkan. Bukankah RISDA sebelum ini pernah membuat bayaran BKKH sebanyak dua kali pada 2014 dan 2013? Apakah kumpulan penerima, proses dan syarat-syaratnya telah berubah?

Kakitangan RISDA dimaklumkan terpaksa bekerja lebih masa dan pada hari cuti untuk memproses BKKH ini. Selepas kelmarin, barulah poster makluman akan ditampal di pokok-pokok dan tempat-tempat tumpuan untuk makluman syarat layak kepada orang ramai.

Pegawai-pegawai seranta baru diarahkan turun ke kampung-kampung untuk memberi penjelasan syarat-syarat kelayakan dan cara mengisi borang permohonan.

Persoalan besarnya ialah, bagaimana pula penoreh dan pekebun kecil yang telah menerima BKKH di Kuala Kangsar dan Sungai Besar sebelum hari pengundian? Adakah mereka melepasi syarat-syarat yang ditetapkan? Siapa yang memeriksa, memproses dan menentukan kelayakan mereka? Berapakah jumlah penerima di dua kawasan pilihan raya kecil itu? Adakah 47,418 orang?

Bukankah inipun satu lagi petunjuk bahawa kerajaan tidak ada perancangan teliti untuk melaksanakan BKKH ini, pilihan raya kecil itulah yang menjadi sebab utama ia diumumkan. Kakitangan awam di agensi pula dipergunakan untuk misi membeli undi untuk BN.

Perkembangan ini menunjukkan angka 388,000  orang 'yang bakal' menerima manfaat daripada BKKH, (dengan pecahan 307,770 adalah pemilik pengusaha dan 80,341 penoreh getah), yang diumumkan oleh PM di Kuala Kangsar adalah  tidak benar dan tidak terpakai. Ia hanya manis mulut untuk mempengaruhi undi.

Jika kerajaan sudah mengumumkan peruntukan sebanyak itu, bolehkah kerajaan mempertimbangkan jumlah RM500 itu dinaikkan kepada RM2,288 seorang (RM194 juta dibahagi 84,754 orang)?

Persoalan lain ialah sekiranya angka penerima yang diumumkan oleh PM (388,000 orang) adalah diperolehi daripada bancian RISDA dan berasaskan pembayaran BKKH 2.0 pada 2014, apakah kedudukan angka ini kepada agensi, kepada kerajaan dan kesannya kepada penoreh.

Adakah Menteri mengarahkan agensi  memberi maklumat palsu kepada PM ataupun  kerajaan telah membuat bayaran BKKH 2.0 (pada 2014) itu kepada pihak yang tidak layak sebum ini?

Jika data BKKH 2014 ini sahih, adakah jumlah penoreh dan pekebun kecil di negara ini telah menurun secara mendadak sebegitu sekali? Adakah mereka sebenarnya memiliki kebuh getah sendiri melebihi 2.5 hektar?

Kesimpulan kami kepada penjelasan Menteri semalam adalah pandangan LATAS sebelum ini adalah benar, bahawa one-off adalah projek membeli undi di pilihan raya kecil. Kelam kabut kerja memproses, pembayaran tertangguh,  jumlah penerima, penetapan syarat ketat, kelayakan dan pelanjutan tempoh memohon adalah akibat daripada ketiadaan perancangan pihak kerajaan utuk melaksanakan BKKH, matlamat asal mereka hanyalah menggunakan dana dan agensi awam untuk meraih undi kepada BN.

Kami ingin menegaskan bahawa kaedah terbaik untuk kerajaan membantu penoreh getah ialah menyediakan dana khas seperti itu untuk menaikkan harga getah di pasaran dan boleh bertahan selama beberapa bulan.

Inilah keedah yang lebih adil kepada penoreh dan pemilik kebun, yang mampu mengelak manipulasi, salah bayar, pertindihan permohonan dan lain-lain masalah yang sedang dihadapi oleh pihak agensi pembayar. Penilaian pengundi tetap akan berlaku, dan cara ini adalah bersih daripada menyalahgunakan dana awam untuk kepentingan parti politik. – HARAKAHDAILY 15/7/2016

Penulis ialah Pengerusi Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar PAS Pusat (LATAS).                                                                                                                                                                                                     Sumber HD - 15-7-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                                  ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------











One-off RM500: Kenapa berdalih lagi?

HARAKAHDAILY | .

                                           


















 http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41775-one-off-rm500-kenapa-berdalih-lagi                                                                                                                                                                     
One-off RM500: Naikkan harga getah dengan dana khas, kenapa berdalih lagi?

Sehingga kini, selepas hampir sebulan diumumkan, kerajaan ternyata masih gagal melunaskan janji memberi bantuan khas (one-off RM500) kepada penoreh dan pekebun kecil getah. Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar PAS (LATAS) telah menyatakan sebaik sahaja bantuan khas ini diumumkan oleh Perdana Menteri bahawa pengumuman PM berkaitan hal tersebut adalah rasuah politik menjelang PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Selain gagal membayar one-off RM500 ini, terdapat juga aduan pekebun getah bahawa bantuan tanaman semula getah yang telah diluluskan selepas pemeriksaan juga tidak dibayar oleh Risda. Kerajaan juga masih gagal membayar Insentif Pengeluaran Getah (IPG) melalui LGM selepas 7 bulan tuntutan dibuat oleh penoreh.

Pengerusi Risda yang juga Ahli Parlimen Padang Besar (BN) memaklumkan dalam akhbar semalam bahawa Risda sedang mencari jalan penyelesaian akibat kelewatan ini kerana berlaku masalah dalam tuntutan one-off antara pekebun dan penoreh.

Beliau mendakwa kononnya ada cubaan menipu oleh penoreh yang membuat tuntutan beberapa kali.

Alasan ini hanyalah dalih terbaru kerajaan kerana borang tuntutan antara pekebun dan penoreh adalah berasingan, berlainan warna dengan syarat-syarat yang ketat.

Tambahan pula, Risda memiliki rekod berhubung hal itu kerana bayaran seumpama ini pernah dilakukan pada tahun 2014. Risda juga memiliki data-data daripada bancian yang dijalankan tahun yang sama.

Tuduhan yang dibuat kepada penoreh ini sangat serius, seolah-olah pihak kerajaan sentiasa betul, cekap dan efisyen, rakyat yang menjadi penoreh sentiasa bermasalah dan tidak jujur.

Berdasarkan trend kegagalan kerajaan membuat bayaran-bayaran yang diumumkan dalam belanjawan negara (IPG), yang dijanjikan oleh Perdana Menteri (one-off), dan bantuan tanam semula yang termaktub dalam Akta Risda Bil. 85/1972, ternyata masalah sebenar bukan datangnya daripada penoreh.

Ia berpunca daripada pemimpin politik BN Umno yang hanya pandai berjanji atas matlamat meraih undi dan sokongan.

Kelemahan agensi kerajaan yang menguruskan hal itu juga berpunca daripada pemimpin politik yang memperkudakan agensi untuk kepentingan politik kepartian mereka, tanpa persiapan yang munasabah.

Adakah kerajaan sekarang sebenarnya tidak memiliki dana yang cukup untuk melunaskan janji dan tanggungjawab mereka? Kalau benar, mengapa penoreh pula yang dipersalahkan?

Sejak awal lagi LATAS telah mendesak supaya kerajaan menggunakan dana khas tersebut untuk menaikkan harga getah, dengan demikian pihak pekebun dan penoreh akan menerima lebihan bahagian masing-masing dengan harga getah yang lebih baik. Kaedah ini telah berjalan berpuluh tahun tanpa masalah.

LATAS mendesak pihak kerajaan segera melunaskan ketiga-tiga kategori bayaran tersebut kepada penoreh tanpa sebarang dalih dan alasan lagi.

Kerajaan tidak wajar sama sekali meletakkan rakyat miskin dari kalangan penoreh dalam situasi bersalah untuk menutup kegagalan pihak kerajaan, sambil memusnahkan harapan mereka yang telah lama menanti bayaran yang dijanjikan kepada mereka.

Muhammad Sanusi Md Nor
Pengerusi LATAS PAS Pusat
10 Julai 2016 - HARAKAHDAILY 10/7/2016
                                                                                                                                                              Sumber HD - 10-7-2016











----------------------------------------------------                                                            

Sambutan Hari Raya: Insafi kemelut petani-penoreh

HARAKAHDAILY | .


http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41750-sambutan-hari-raya-insafi-kemelut-petani-penoreh


LAJNAH Asas Tani dan Alam Sekitar PAS (LATAS) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh muslimin dan muslimat yang sedang menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadhan ini.

Meskipun hari raya adalah saat untuk kita bergembira, suasana itu wajib dijalani dengan pedoman syariat. Harus disedari bahawa kita menyambut hari raya pada tahun ini dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, harga komoditi pertanian terlalu murah, dan kegiatan perniagaan berjalan suram mungkin berlarutan beberapa tahun mendatang.

Raya tahun ini, para petani, khususnya penoreh dan keluarga mereka tentunya menghadapi suasana yang sukar, menambahkan jumlah rakyat miskin yang menjadi dhaif di negara kita.

Walaupun kerajaan memberikan pelbagai alasan dan jaminan kepada masa depan sektor pertanian, mengumumkan bantuan one-off dan mengumumkan insentif khas dalam belanjawan negara, keadaan petani terutama penoreh tidak bertambah baik.

Semakin lama, jaminan dan program kerajaan kelihatan mempunyai tujuan lain, bukannya bermaksud memperbaiki kedudukan harga dan meningkatkan taraf sektor pertanian. Warga petani kian terhimpit.

Suasana seperti ini haruslah menjadikan kita warga Malaysia sentiasa berwaspada dan peka dengan masyarakat di persekitaran kita. Apakah kegembiraan berhari raya tahun ini dapat dinikmati oleh semua, ataupun sebahagian daripada kita sedang terasing dalam kesempitan.

Berhari raya secara berlebihan dalam semua aspek harus dihentikan. Persediaan hari raya sama ada jamuan, pakaian, hiburan dalam acara-acara individu, pertubuhan, jabatan kerajaan dan pemimpin negara patut mengambilkira Aidilfitri ini turut disambut oleh warga petani yang serba kekurangan. Keinsafan menjalani Ramadhan sewajarnya membuahkan perubahan, natijahnya adalah taqwa.

Perlu diinsafi bahawa, Aidilfitri adalah satu ibadat ummat Islam yang dipandu oleh syariat, bukanlah satu acara komersial atau pesta kebudayaan.

Pihak media terutama stesen TV tidak patut menghidangkan candu hiburan berlebihan untuk rakyat melupakan maksud sebenar hari raya.

LATAS mengajak semua pihak yang terbabit dan bertanggungjawab dalam sektor pertanian- Menteri, pegawai kementerian, agensi kerajaan, badan berkanun, GLC, pengilang dan penguasa dalam industri, supaya menyedari dan bertindak menghasilkan penyelesaian memperbaiki kesuraman hidup rakyat yang bergantung kepada komoditi pertanian.

Senario ini dikatakan berpunca daripada kemerosotan harga di pasaran antarabangsa, tetapi mungkin juga turut disumbangkan oleh faktor lain - kepincangan keputusan pemimpin negara, kesilapan meletakkan keutamaan kerajaan, kehilangan kecekapan pelaksana dasar, kemerosotan prestasi pihak berkuasa dalam melaksanakan tanggungjawab dan ketamakan taukeh-taukeh besar dalam industri.

Sepanjang krisis harga getah dan komoditi pertanian ini terjadi, belum ada pengilang dan pengeksport terpaksa gulung tikar, belum ada agensi kerajaan maupun GLC yang terbabit dengan pertanian komoditi tidak bergaji, malah mendapat bonus tahunan dan bonus raya.

Sedangkan di medan sebenar, kehidupan rakyat sebagai pengeluar semakin hari semakin dhaif dan terperosok. Bukankah ini satu petunjuk yang jelas untuk kita semua pertimbangkan semasak-masaknya.

Kepada jutaan warga petani, penoreh dan pekebun kecil, marilah kita menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini dengan penuh kesederhanaan, hari raya yang menyuburkan kesedaran dan keinsafan.

Negara kita ini perlukan perubahan, masa depan kita dalam sektor ini juga boleh diubah. Kitalah agen perubahan itu. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

MUHAMMAD SANUSI MD NOR
Pengerusi Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar PAS  - HARAKAHDAILY 1/7/2016

Sumber HD - 1-7-2016











‘Pertanian Adalah Perniagaan’ - Slogan untuk siapa?

HARAKAHDAILY | .


SLOGAN ini terbit daripada pemimpin negara dan agensi kerajaan untuk menjinakkan hati rakyat yang menjadi petani. Petani juga boleh maju dan bersenang jika menyertai kelompok bisnes dengan hasil tani mereka.

Selepas 60 tahun merdeka, sektor pertanian diharapkan tidak lagi menjadi aktiviti sara diri, tetapi berubah dan berkembang menjadi aktiviti bisnes. Tetapi, hakikatnya bisnes kekal di tangan orang bisnes, petani kekal menjadi pengeluar yang terkeluar dari lingkungan kegiatan bisnes yang menghasilkan untung.

Komoditi getah dan semua yang berkaitan dengan pokok getah (hevea brasiliensis) adalah sektor pertanian bukan makanan. Ia adalah bahan mentah industri. Oleh sebab getah tidak boleh dimakan, ia sewajarnya paling releven untuk terangkum dalam slogan pertanian adalah perniagaan. Produk getah adalah barang dagangan, bukan makanan.

Pekebun kecil di kampung dan desa menghasilkan 94 peratus bekalan komoditi getah negara, 6 peratus lagi melalui pemilik ladang dan estet.

Menghasilkan sekilogram getah sekerap perlukan modal wang dan keringat. Dalam bidang ekonomi, tanah, wang, upah dan keringat usahawan adalah modal (kapital). Membelanjakan wang dan memerah keringat dalam perniagaan adalah pelaburan, matlamatnya adalah keuntungan,  proses asasnya seperti berikut:
1.Tanah - dibeli, diteroka atau dipusakai
2.Benih getah - dibeli atau disemai sendiri
3.Penanaman - diupah atau dibuat sendiri
4.Penjagaan awal (5 - 7 tahun) - diupah atau dibuat sendiri
5.Baja dan racun tanaman – dibeli
6.Menoreh dan mengumpul sekerap - diupah atau dibuat sendiri

Perbelanjaan yang dikeluarkan bagi menghasilkan getah sekerap berupa perbelanjaan modal (capex) dan perbelanjaan operasi (opex). Membaja, mencuci dan meracun, menyulam, menoreh dan memungut adalah opex yang berulang-ulang.

Setelah 100 tahun tanaman ini diperkenalkan dan menjadi kegiatan ekonomi yang membangunkan negara ini, penoreh dan pekebun kecil getah kekal menjadi pengeluar serba daif, miskin dan terpinggir dalam kitaran bisnes.

Hasil getah mereka dibeli di bawah paras kos modal dan kos operasi. Kos modal penoreh ialah RM2.80 - 3.20 sekilo, tetapi sekerap hanya terjual pada kadar RM1.90 - 2.20 pada waktu ini.

Kegiatan yang mendatangkan kerugian lebih banyak daripada keuntungan bukanlah satu pelaburan bijak.

Kerajaan mengesyorkan sektor Industri Kecil Sederhana (IKS) wajar mencapai margin 30 peratus untuk menentukan aliran tunai (cash flow) dan aktiviti mereka releven dalam pasaran. Pada kadar margin  keuntungan bisnes sekerap adalah negatif (-RM1.00 sekilo), pekebun wajar mengubah pelan bisnes mereka.

Pengilang-pengilang dan pengeksport getah menjana keuntungan dengan selamat dan terkawal, dijamin oleh agensi-agensi kerajaan – di atas kesempitan dan kerugian petani dan penoreh yang berterusan. Menjerit kelaparan pun tidak diendahkan. Inilah maksud slogan “Pertanian Adalah Perniagaan”.

Kayu Getah Pula Dikawal Dengan Kuota Eksport

Selain sekerap, kayu getah adalah bahan industri yang semakin berkembang. Permintaan dunia untuk gayu getah bergergaji ialah 600,000 meter padu setahun. Ia berkembang sebagai bahan bernilai dalam industri perabut dan pembinaan.

Thailand, Malaysia, Indonesia, Veatnam, Kemboja adalah antara pengeluar getah dan kayu getah. Ketika negara-negara jiran kita berkejaran memenuhi permintaan untuk kayu getah bergergaji, Malaysia pula mengenakan kuota eksport bahan itu melalui Malaysian Timber Industry Board (MTIB).

Harga kayu getah di ladang-ladang Thailand meningkat sehingga RM25,000 hingga RM35,000 sehektar. Di Malaysia harga kayu kekal rendah antara RM2,000 hingga RM7,000 sehektar. Apakah rahsia yang diselindung disebalik sekatan eksport itu? Tauke-tauke perabot mahu harga bahan mentah industri mereka kekal murah untuk menjana untung yang maksimum.

Pekebun dan penoreh Malaysia terpaksa menyimpan pokok yang telah matang dan terus menoreh dalam bisnes rugi terus-menerus untuk menjamin untung tauke-tauke. Bisnes bidang ini sebetulnya untuk mereka, bukan untuk kita semua, warga penoreh.

Agensi Berbisnes-Merekalah Yang Kaya

Sektor getah 'bertuah' kerana berpuluh agensi kerajaan ditubuhkan untuk 'membantu' dan membabitkan diri, menyelia bagi memajukan petani dan perniagaan ini. Lembaga Getah Malaysia (LGM), RISDA, Kementerian Perladangan Industri dan komoditi (MPIC), juga terdapat lagi kementerian lain seperti MITI, agensinya MIDA dan lain-lain untuk menguruskan urusan bisnes ini ke luar negara.

Diwujudkan juga agensi besar seperti Felda (dibawah Jabatan Perdana Menteri), Pihak Berkuasa Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) - dibawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah. Mereka terbabit terus dan langsung dalam sektor getah.

Agensi-agensi besar ini pula menubuhkan berpuluh-puluh syarikat perniagaan di bawah mereka, sebahagiannya telah menjadi gergasi dalam bisnes berkaitan getah dan kebun getah. Mereka juga memiliki ladang mereka sendiri.

Agensi-agensi kerajaan ini terus berkembang menjadi gergasi dalam bisnes berkaitan getah. Kerja mereka ialah membekal membuat dan menguatkuasakan undang-undang, memonopoli bekalan benih dan baja, menyedia khidmat penyelidikan dan menjualnya.

Mereka mengutip cukai ses, mengumpul caruman penoreh untuk tanaman semula kebun, memulangkan caruman pekebun selepas 25 tahun dalam bentuk benih dan baja dari anak syarikat mereka, mengumumkan pemulangan itu sebagai bantuan tanaman semula oleh kerajaan.

Mereka juga menguruskan ladang milik agensi, mengadakan seminar, mesyuarat, dan menyampaikan anugerah tahunan. Mereka menerima peruntukan tahunan daripada bajet negara RM800 juta setahun, pejabat mereka berhawa dingin di menara-menara tinggi, pegawai mereka bergaji tetap. Mereka juga bertugas untuk mengumumkan harga getah sebagai bahan mentah bagi pihak kapitalis pengilang dan industri berasaskan getah tempatan dan dunia. Dua kali sehari.

Harga bahan mentah industri mestilah sentiasa murah dan bekalan harus sentiasa mencukupi untuk kilang beroperasi. Mereka dikawal oleh Ahli Lembaga Pengarah mewakili menteri, pengilang dan pemain industri. Agensi-agensi telah menjalani transformasi - daripada agensi diwujudkan untuk rakyat menjadi agensi korporat untuk memelihara industri.

MTIB kini menyertai agensi-agensi lain sebagai ‘bodyguard’ kepada  pengilang perabut dan bahan binaan berasaskan kayu getah. Mereka ikut memayungi kapitalis dan orang kaya.

Jika pekebun memiliki 4 hektar (15 relong) tanah kebun getah, mereka boleh menjana minimum RM100,000 pada tahun ke 15 - usia pokok getah matang dan boleh dibuat tanaman semula. Jika 7.5 relong, mereka boleh dapat sekurang-kurang RM50,000 daripada jualan kayu getah jika harga kayu kita menyamai Thailand.

Bagi mencapai tahap itu, kuota sekatan eksport ini harus dibatalkan. Sekerap murah boleh menjadi by-product (produk sampingan) dalam perniagaan kayu getah yang mendapat permintaan tinggi dunia.

Pelan bisnes pekebun kecil dan penoreh boleh diubah untuk menjana pendapatan yang lebih baik berbanding kerugian dialami sekarang. Ini boleh berlaku dengan meruntuhkan kawalan kapitalis pengilang terhadap dasar-dasar kerajaan yang dikuatkuasakan oleh agensi kerajaan.

Reformasi terhadap dasar dan undang-undang perlu dilaksanakan. Kerajaan jangan menjadi 'suruhan' kapitalis.  Dalam istilah pasar - Jangan jadi barua orang kaya-kaya.

Kalau ia sudah berakar tunjang berpuluh tahun dan tidak boleh diubah lagi, kita wajib menukar kerajaan ini.

MUHAMMAD SANUSI MD NOR
Pengerusi
Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar PAS Pusat – HARAKAHDAILY 29/3/2016

Sumber HD - 29-3-2016











Harga getah jatuh, kesan buruk pada 590,000 isi rumah

HARAKAHDAILY | .


Sejak tahun 2014, saya telah membangkitkan isu kejatuhan harga getah dan kesan buruknya kepada kehidupan 590,000 ketua isirumah yang menoreh getah. Anak isteri mereka bakal sengsara. PAS Kedah mengarahkan saya mengepalai usaha menganjurkan Himpunan Derita Rakyat 2.0 di Baling pada 5 April 2014, dan himpunan itu menghasilkan Deklarasi Baling 2014.

Sumber HD - 10-3-2016











PTMP: Wajarkah Projek Terowong Laut di P.Pinang?

HUZIR SULAIMAN | .


RAMAI yang tertanya-tanya kenapa Kerajaan Negeri Pulau Pinang memilih terowong laut di bahagian utara pulau sebagai laluan penghubung baru di antara pulau dan tanah besar sedangkan laluan pertama dan kedua adalah melalui jambatan laut? Apa perlunya laluan ketiga itu dan kenapa tidak dibina jambatan ketiga sahaja di lokasi itu?

Sejauhmanakah juga implikasi daripada projek terowong laut ini terhadap alam sekitar serta ancamannya terhadap kedudukan sosioekonomi rakyat terdekat?

Sejauhmanakah tahap keselamatan kepada pengguna ketika menggunakan terowong laut itu?

Bagaimanakah projek terowong laut ini dibiayai?

Faktor Kos

Jambatan pertama mengambil masa 3 tahun untuk dibina. Kos pembinaannya adalah sebanyak RM850 juta. Jarak keseluruhannya adalah sejauh 13.5km. Jambatan kedua pula mengambil masa 6 tahun untuk dibina. Kos pembinaannya adalah sebanyak RM4.5 billion manakala jarak keseluruhannya adalah sejauh 24km. Manakala Terowong Laut seperti yang dilaporkan, akan mengambil masa tempoh 5 tahun untuk dibina, manakala kos anggarannya adalah sebanyak RM3.5 billion serta jarak keseluruhannya adalah sejauh 6.5km.

Secara kiraan kasar, kos sekilometer jambatan pertama adalah RM62 juta/km (Tahun 1982-1985). Kos sekilometer jambatan kedua adalah RM187 juta/km (Tahun 2008-2014) manakala anggaran kos sekilometer untuk Terowong Laut adalah sebanyak RM538 juta/km (Tahun 2016) iaitu hampir 3 kali ganda dari kos jambatan kedua dan 9 kali ganda dari kos jambatan pertama di pulau itu, itupun jika tiada perubahan kos kepada bahan binaan serta kos pengurusan projek menjelang jangkaan tarikh pembinaannya pada tahun 2020.

Kenapa Terowong Laut yang dianggarkan lebih 3 kali ganda kosnya dari jambatan kedua dan 9 kali ganda dari jambatan pertama Pulau Pinang dijadikan pilihan untuk laluan ke-3 di pulau itu oleh Kerajaan Negeri DAP?

PAS dimaklumkan antara sebab-sebab utama perlunya laluan ke-3 di utara pulau itu adalah untuk melegakan kesesakan lalulintas di bulatan BKE/NSE khususnya di sekitar GeorgeTown.

Faktor Alam Sekitar dan Sosioekonomi

Memandangkan laluan Terowong Laut itu dilihat melalui Persiaran Gurney di antara Jalan Kelawei dan Jalan Sultan Ahmad Shah sehingga ke Bagan Ajam Butterworth, termasuk beberapa lebuh raya yang akan bercantum dengan Terowong Laut itu, PAS ingin mempersoalkan implikasi dari projek Terowong Laut itu terhadap pantai terdekat, ribuan penduduk, ratusan rumah kediaman, pusat perniagaan serta kesannya terhadap hampir 1 ribu nelayan pesisir pantai yang terlibat khususnya di Tanjung Bungah, Tanjung Tokong dan Persiaran Gurney di bahagian pulau serta Bagan Ajam di tanah besar.

Faktor Keselamatan

Pelbagai persoalan perlu dibangkitkan Rakyat berkenaan langkah-langkah keselamatan yang akan diambil Kerajaan Negeri serta pemaju ketika Konsultansi/Pendengaran Awam melalui EIA nanti untuk memastikan tahap serta langkah-langkah keselamatan yang tinggi sudah diambil kira oleh pemaju Terowong Laut itu.

PAS tidak mahu beberapa insiden kemalangan seperti  di bawah berulang lagi kepada Rakyat di Negara ini. Antaranya ialah:

1.Julai 2015 - Kebocoran air laut ke dalam terowong di barat Norway selepas lori tangki minyak yang membawa muatan 16 ribu liter petrol melanggar dinding terowong.

2.Dec 2012 – 9 kematian, 2 cedera selepas 150 kepingan panel atap konkrit  terowong seberat 1.2 tan jatuh di atas 3 kenderaan di Sasago Jepun. Terowong ditutup selama 27 hari.

3.Okt 2001 - 10 kematian serta 128 orang dilaporkan hilang akibat kebakaran yang tercetus selepas 2 lori terlibat di dalam kemalangan di terowong Gotthard di Switzerland. Suhu di dalam terowong meningkat sehingga 1000 darjah celcius serta menyebabkan sebahagian dinding terowong runtuh.
4.Mac 1999 – 41 kematian, 52 jam kebakaran di terowong Mont Blanc Eropah selepas sebuah lori yang membawa muatan tepung dan marjerin terbakar.

Kaedah Pembiayaan

PAS dimaklumkan pembiayaan adalah melalui tanah tambakan laut seluas 100 ekar di Tanjung Pinang. – HARAKAHDAILY 25/2/2016

(Penulis adalah Setiausaha Lajnah Asas Tani & Alam Sekitar PAS Pusat Sesi 2015-2017)

Sumber HD - 25-2-2016











PTMP: Perlukah Pulau Pinang adakan perkhidmatan LRT?

HUZIR SULAIMAN | .


PAS dimaklumkan terdapat satu projek LRT yang sedang dinilai untuk dilaksanakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dari Komtar di Georgetown sehingga ke Lapangan Terbang Bayan Lepas sejauh 17.5KM yang dianggarkan bernilai RM4.5 Billion.

Hampir separuh daripada keseluruhan anggaran kos sebanyak RM9 Billion yang dilaporkan bakal diperuntukkan untuk sektor Pengangkutan Awam di bawah Plan Induk Integrasi Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP).

Kos projek LRT itu juga dilaporkan akan ditampung daripada jualan atau lelongan tanah tambakan laut seluas 1698 hektar yang terletak di hadapan pantai Gertak Sanggul, Teluk Kumbar, Sungai Batu dan Permatang Damar Laut di bahagian selatan pulau itu, lokasi hampir 1700 Nelayan yang sudah sekian lama sejak turun-temurun mencari rezeki daripada hasil tangkapan ikan di lokasi itu.

Perlukah tambakan laut seluas itu di kawasan nelayan untuk menampung kos pembinaan LRT yang jauh lebih tinggi jika terdapat penyelesaian yang lebih murah dan mudah untuk dibina dan diurus selia seperti Sistem Pengangkutan Bus Rapid Transit (BRT) untuk rakyat di Pulau Pinang?

Satu kajian yang dibuat Pejabat Akaun Awam di Washington Amerika Syarikat menunjukkan kos pembinaan BRT hampir 3 - 4 kali lebih murah untuk dibina dan dijaga daripada kos pembinaan LRT.

Malah kebaikan BRT selain kos adalah laluan bas yang boleh diubah dan ditambah apabila perlu, laluan bas yang boleh meliputi lokasi kediaman dan kerja yang lebih hampir dan luas, infrastruktur yang lebih mudah dan cepat untuk dibina, boleh menampung frekuensi operasi yang lebih tinggi serta kos tambang yang lebih murah kepada rakyat.

Malah kedudukan LRT di lokasi pulau yang dikelilingi air laut boleh mempengaruhi kos penyelenggaraan yang lebih tinggi akibat kesan karat akibat garam laut kepada infrastruktur elektrikal, struktur besi dan aluminium yang akan digunakan untuk menampung operasi LRT sejauh itu khususnya di sepanjang Persiaran Tun Dr Lim Chong Eu.

Kenapa tidak dilaksanakan BRT terlebih dahulu sebagai langkah percubaan sebelum perlaksanaan LRT yang boleh dipertimbangkan kemudian di beberapa lokasi tertentu? lebih-lebih lagi dalam keadaan cabaran ekonomi, defisit belanjawan negeri serta kos sara hidup yang tinggi?

PAS juga ingin mendesak Kerajaan DAP Pulau Pinang agar menyediakan laluan basikal yang lebih banyak di pulau itu untuk dijadikan salah satu alternatif pengangkutan yang lebih mesra alam dan sihat kepada rakyat di Pulau Pinang. Khususnya untuk perjalanan jarak dekat. Secara tidak langsung membantu mengurangkan masalah trafik di pulau itu, seperti yang sudah dilakukan bandar-bandar utama di seluruh dunia, antaranya di Bogota, Conpenhagen dan Paris.

Tahukah anda, jumlah kenderaan bermotor di Asia sudah meningkat lebih tiga kali ganda dalam tempoh 30 tahun ini. Tidak henti-henti membina lebih banyak jalan, lebuh raya malah LRT sekalipun di Pulau Pinang ibarat melonggarkan ikatan tali pinggang untuk mengatasi masalah obesiti.

Oleh sebab itu, pelaksanakan sistem pengangkutan bandar yang mampan seharusnya dijadikan keutamaan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam memastikan keperluan alam sekitar sentiasa diambil kira di dalam urus tadbir serta perancangan bandar di pulau itu.

Malah  Kerajaan Negeri juga perlu menggalakkan penggunaan sumber tenaga yang boleh diperbaharui serta mewujudkan bandar yang rendah pelepasan karbonnya @ ‘CO2 emission’ agar alam sekitar serta rakyat di pulau itu dapat hidup bersama dengan harmoni.

Melaksanakan projek Tambak Laut seluas ribuan hektar untuk menampung kos projek LRT pada pandangan PAS bukanlah satu sistem perancangan pengangkutan bandar yang mampan. Oleh sebab itu, solusi masalah trafik di Pulau Pinang melalui kaedah itu perlulah ditolak rakyat. – HARAKAHDAILY 24/2/2016

(Penulis adalah Setiausaha Lajnah Asas Tani & Alam Sekitar PAS Pusat Sesi 2015-2017)

Sumber HD  - 24-2-2016











PTMP: 3 pakej projek lebuh raya dan terowong laut

HUZIR SULAIMAN | .



PAS telah dimaklumkan bahawa 3 daripada 4 pakej projek lebuh raya di bawah Penang Transportation Master Plan (PTMP) bernilai RM6.3 Billion akan dilaksanakan pertengahan tahun ini selepas Kajian Impak Alam Sekitar (EIA) diluluskan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam tempoh terdekat.

PAS melalui Lajnah Asas Tani & Alam Sekitar Pusat (LATAS) telah mengemukakan bantahan rasmi kepada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar serta Jabatan Alam Sekitar di Putrajaya pada 22 Januari yang lalu untuk membatalkan kebenaran untuk melaksanakan Kajian Awal Impak Alam Sekitar (PEIA) atas alasan ia bercanggah dengan Perintah Kualiti Alam Sekeliling yang sudah digazetkan pada bulan Ogos tahun yang lalu.

PEIA yang PAS sedia maklum tidak akan melibatkan Konsultansi Awam dan ia mirip Jadual 1 di bawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling 2015 yang baru itu. Oleh kerana itu, PAS melalui LATAS ingin terus mendesak satu Konsultansi Awam untuk segera dilaksanakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Konsortium yang terlibat serta dipantau wakil Kerajaan Persekutuan khususnya untuk ketiga-tiga projek lebuhraya di bawah, antaranya ialah:

1.Persiaran Gurney ke Persiaran Tun Dr Lim Chong Eu sejauh 4.2km.
2.Tun Dr Lim Chong Eu ke Bandar Baru Air Itam sejauh 4.6km dan,
3.Tanjung Bungah ke Teluk Bahang sejauh 12km.

Ketiga-tiga lebuh raya ini juga akan dihubungkan dengan projek kontroversi Terowong Laut sejauh 6.5km dari Persiaran Gurney di pulau ke Bagan Ajam di Butterworth di tanah besar.

Bukankah kepadatan penduduk Pulau Pinang antara tertinggi di Negara ini? Wujudkah ancaman dari ketiga-tiga pakej projek lebuhraya serta Terowong Laut itu terhadap alam sekitar, industri pelancongan, perikanan, kesihatan dan keselamatan penduduk terdekat, bukit bukau, sungai serta laut?

Adakah Rakyat Pulau Pinang bakal dibebani dengan konsesi lebuh raya melalui Tol selama 30 tahun di Pulau itu? Adakah kaedah bayaran kepada konsortium atau pemaju yang terlibat melalui tambakan/tebusguna laut seluas 100 ekar di Tanjung Pinang itu satu kaedah yang baik kepada Alam Sekitar serta tidak menggadaikan kedaulatan Negeri itu?

Lebih-lebih lagi dengan adanya 2 syarikat asing dari China di dalam konsortium 5 pemaju itu. Adakah perbelanjaan yang dianggarkan melebihi RM27 billion dari projek PTMP itu sesuatu yang baik dalam keadaan kemelesetan ekonomi yang sedia ada?

Lebih-lebih lagi selepas pengumuman belanjawan defisit Kerajaan Negeri? Bukankah dana melebihi RM27 billion itu lebih wajar digunakan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat yang semakin tinggi di Pulau itu?

Apakah nasib golongan nelayan di utara pulau itu khususnya kesan dari projek ini terhadap ekologi hidupan laut serta akibatnya terhadap hasil tangkapan laut mereka? Bukankah Persiaran Gurney Paired Road akan dibina di atas laut di sepanjang Persiaran Gurney dan hampir dengan lokasi Nelayan?

Adakah pembangunan yang bakal dibina di atas tanah tambakan/tebusguna laut itu akan menyebabkan kenaikan kos sara hidup dan seterusnya melebarkan jurang kemiskinan penduduk di kawasan itu?

Adakah impak sosio-ekonomi  dari pembangunan di kawasan itu akan mempengaruhi golongan miskin khususnya untuk berhijrah keluar dari pulau itu ke tanah besar sehingga mewujudkan ketidakseimbangan ketara komposisi kaum atau demografi penduduk di pulau itu?

Apakah yang akan berlaku kepada bukit bukau di sepanjang laluan Batu Feringgi yang merupakan salah satu pusat pelancongan utama di Negeri itu?

Adakah Kerajaan DAP dan Pakatan Harapan di Pulau Pinang betul-betul komited untuk tidak mengikuti jejak langkah Kerajaan Gerakan Barisan Nasional sebelum ini untuk menebusguna/ menambak ribuan ekar kawasan laut di sepanjang pulau itu?

Sudahkah Kerajaan Negeri Pulau Pinang merujuk Majlis Pembangunan Fizikal Negara (MPFN @ NPPC) untuk menebusguna/menambak laut melebihi 100 ekar? Adakah pembangunan yang bakal dilaksanakan mematuhi Rancangan Struktur Negeri yang sudah diwartakan semenjak 2007?

Kenapakah laluan ke-3 di bahagian utara pulau itu ingin dibina Terowong Laut walaupun laluan pertama dan kedua antara pulau dan tanah besar adalah melalui jambatan di atas laut?.

Bukankah terbukti wujudnya begitu banyak persoalan dan kebimbangan yang ingin dibangkitkan seluruh lapisan Rakyat terhadap Kerajaan Negeri Pulau Pinang serta Konsortium yang terlibat melalui Konsultansi@Pendengaran Awam EIA?.

Satu keputusan yang tidak adil pada pandangan PAS jika seluruh lapisan Rakyat di Pulau Pinang tidak diberi peluang untuk mendapatkan penjelasan secara langsung sebelum JAS meluluskan permohonan Kajian Impak Alam Sekitar(EIA) itu khususnya terhadap ketiga-tiga projek lebuhraya dan Terowong Laut.

Walaupun spesifikasi projek di bawah PTMP ini terletak di bawah Jadual 1 Perintah Kualiti Alam Sekeliling 2015 yang tidak memerlukan Konsultansi@Pendengaran Awam dilaksanakan Kerajaan Negeri dan Konsortium yang terlibat, masih terdapat klausa yang boleh digunakan Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar untuk menguatkuasakan Konsultansi@Pendengaran Awam seperti yang tercatat dalam Perintah 3(2) Kualiti Alam Sekeliling 2015.

Pelbagai pesoalan serta kebimbangan yang dibangkitkan di atas sudah memadai buat Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar untuk mempertimbangkan serta meluluskan keperluan Konsultansi Awam@Pendengaran Awam untuk kesemua projek di bawah PTMP.

PAS juga ingin mencadangkan agar spesifikasi teknikal ketiga-tiga projek lebuh raya itu serta Terowong Laut disatukan atau digabungkan melalui satu permohonan Kajian Impak Alam Sekitar(EIA) sahaja dan tidak diasing-asingkan kepada 3 permohonan EIA yang berbeza agar syarat-syarat dari Jadual 2 Perintah Kualiti Alam Sekeliling 2015 dapat dikuatkuasakan.

Dan diantara syarat-syarat itu adalah mewajibkan Konsultansi@Pendengaran Awam dengan seluruh lapisan Rakyat di Pulau Pinang. – HARAKAHDAILY 22/2/2016

(Penulis adalah Setiausaha Lajnah Asas Tani & Alam Sekitar PAS Pusat Sesi 2015-2017)

Sumber HD - 22-2-2016











PAS ucap syabas pada 5 Adun PKR

HARAKAHDAILY | .


PENGERUSI Lajnah Asas Tani & Alam Sekitar PAS Pusat (LATAS), Muhammad Sanusi Md Nor ketika ditemui semalam mengucapkan syabas kepada 5 Adun PKR dari Pulau Pinang yang mengambil sikap mengutamakan kepentingan Rakyat dalam isu tambakan laut berbanding kepentingan pemaju.

Malah beliau berharap 2 Adun PKR yang dipecat dari Syarikat GLC Kerajaan Negeri itu tidak berganjak dari sikap serta pendirian itu.

"Kita tidak terkejut dengan keputusan Ketua Menteri itu. Tindakan beliau memecat Iszuree selaku Ahli Majlis kerana bercakap soal Tanah dan Kampung di Pulau Pinang juga mengundang tindakan yang sama. Kini beliau memecat pula dua Adun PKR kerana isu tambak laut."

"PAS sentiasa konsisten menentang projek tambakan laut ini lebih-lebih lagi jika ia bakal menjejaskan sumber  pendapatan Nelayan di pulau itu. Malah bersama-sama Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) hari ini, kami secara prinsipnya menentang projek tambakan laut ini, lebih-lebih lagi jika ia digunakan sebagai bayaran kepada konsortium projek yang terlibat di bawah Pelan Integrasi Pengangkutan Pulau Pinang(PTMP)," ujarnya sebaik sahaja selesai bermesyuarat dengan Presiden CAP/SAM, S.M Mohamed Idris serta kakitangan beliau di pejabat CAP hari ini.

LATAS Pusat bersama-sama Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang telah beberapa kali melawat tapak projek di bawah Pelan Integrasi Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) yang dikatakan bakal menelan kos melebihi RM27 billion di pulau itu.

Malah perbincangan dan surat tindakan susulan kepada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) serta Jabatan Alam Sekitar(JAS) Putrajaya telah pun dihantar untuk mendesak Kajian Impak Alam Sekitar di bawah Jadual 2 Perintah Kualiti Alam Sekeliling 2015 yang bakal mewajibkan Kerajaan Negeri serta Konsortium yang terlibat untuk mengadakan Konsultansi/Pendengaran Awam sebelum projek ini mula dibina dan diluluskan JAS.

"Rakyat sangat-sangat berharap agar Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar yang baru dilantik dapat mewajibkan Konsultansi/Pendengaran Awam terhadap ke semua projek di bawah Pelan Integrasi Pengangkutan Pulau Pinang(PTMP) khususnya projek tambakan laut seluas 2 - 4 ribu ekar di selatan pulau itu serta 100 ekar di bahagian utara pulau. PAS akan gerakkan satu usaha kesedaran serta kebangkitan Rakyat untuk sama-sama membantah projek di bawah PTMP oleh Kerajaan DAP ini khususnya projek tambak laut," ujar Sanusi. – HARAKAHDAILY 21/2/2016

Sumber HD - 21-2-2016











Ada IPG pun hidup penoreh tetap susah

MUHAMMAD SANUSI MD NOR | .


DALAM bajet 2016 yang dibentangkan pada Oktober 2015, PM mengumumkan IPG akan teraktif apabila harga getah sekerap (50% DRC/kandungan getah kering) turun dibawah paras RM2.20 sekilo. Pada tahun sebelumnya, IPG teraktif pada kadar RM1.70 sekilo.

Saya menjangkakan dengan aktifnya IPG pada 2016, kerajaan akan memperuntukkan dana khas IPG itu supaya penoreh tetap menerima RM2.20 sekilo - RM1.70 semasa jualan sekerap dan RM0.50 sewaktu mengemukakan tuntutan IPG.

Hari ini harga getah di semua daerah di Kedah berada di bawah paras RM1.70 sekilo. Ada kawasan seperti di Sik dan Baling, cuma RM1.50 sekilo. Adakah IPG memperuntukkan RM0.70?

Jawabnya TIDAK!!! Malahan...

Seorang penoreh perlu mengisi borang tuntutan IPG, dikemukakan bersama resit jualan getah, Kad Permit Authoriti Transaksi Getah (PAT-G) dan salinan geran kebun getah. Penoreh atau pemilik mestilah memiliki kebun kurang daripada 100 ekar (40 hektar).

Borang dan dokumen tersebut hendaklah dikemukakan di pejabat LGM terdekat dan IPG yang akan dibayar hanyalah RM0.10 sekilo.

Saya ulang!... SEKUPANG saja sekilo.

Tuntutan hanya boleh dibuat sekali dalam sebulan. Bermaksud, jika dalam tempoh sebulan, penoreh dapat penjual sekerap 4 kali, empat resit itu dikumpul dan dibawa ke LGM.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang mengendalikan IPG dan hal ehwal orang motong sekelian...

Bagi yang motong 5 relong kebun getah milik sendiri (120 pokok serelong), purata hasil sekerapnya ialah 45 kilo sehari (13 pokok sekilo), kalau tidak ditimpa hujan. Purata hari tanpa hujan (hari boleh motong) hanyalah 15-18 hari sebulan - ambil maksimum 18 hari.

Orang kampung yang memiliki kebun getah seluas 5 relong hanya boleh dibilang dengan jari. Yang memiliki 100 ekar kebun getah, tak payahlah buang masa mencarinya...

5 relong- dalam tempoh sebulan hasil sekerapnya ialah 810 kilo. Pada kadar harga RM1.50 sekilo, pendapatan meksimum mereka sebulan ialah RM1,215. Jika kebun itu milik orang lain, pendapatan maksimum mereka ialah RM607.50.

Jika kebun getah milik sendiri hanya seluas 2.5 relong, hasilnya 405 kilo dan pendapatannya RM607.50, jika kebun sekangkang kera itu milik orang, pendapatan mereka hanya RM303.70... MAKSIMUM tanpa hujan berterusan, tanpa kecurian, tanpa keuzuran. Nak makan apa dengan RM303.70 sebulan? Anak-anak sekolah, beras, minyak, gula kopi, ikan masin, bil-bil, minyak motor....

Pejabat LGM paling dekat tersergam di Sungai Petani. Dari Belantek, Kota Aur, Chepir, Sik, Charok Padang, Nami, Sg Pau, Jeneri, Kg Betong, Changhai, Cemara, Berona... ke Sungai Petani kos minyak kenderaan sekitar RM50. Dengan motosikal lebih jimat, tapi terlalu jauh untuk menunggang. Itupun kalau motorsikal itu boleh sampai. Dengan bas atau teksi juga jimat tetapi memakan masa sehari.

Tuntutan IPG dalam sebulan untuk kebun 5 relong milik sendiri ialah RM81.00

Tuntutan IPG untuk kebun 5 relong milik orang lain ialah RM40.50 sebulan!

Tuntutan IPG untuk kebun 2.5 relong milik sendiri ialah RM40.50 sebulan!

Kalau kebun sekangkang kera itu milik orang...dapatlah IPG RM20.25 sebulan!

Dengan kos pergi balik dan masa, mereka sebetulnya tak dapat apa-apa daripada IPG, malahan tidak berbaloi sama sekali. Hanya kerajaan dapat menayangkan papan tanda 'keprihatinan' kepada orang motong yang tak dapat apa-apa. Sebetulnya IPG SEKUPANG tidak memberi sebarang makna.

Saya mencadangkan, Tuan-Tuan tinggalkan pejabat berhawa dingin itu barang seminggu dua dalam sebulan, merantau ke kampung di pedalaman, menemui mak ayah pak cik mak cik yang motong getah... uruskan IPG dan PAT-G mereka.

Stesenkan staff LGM di kedai sekerap atau tempat orang motong  bertemu pembeli sekerap di bangsal atau bawah pokok kabu. Walaupun tempat itu harum dan dingin, orang motong akan terasa nikmat SEKUPANG IPG itu dengan ketinggian budi dan jasa tuan-tuan. Sebulan sekali saja satu kampung.

Saya yakin, dengan kejauhan, kepayahan, 'keciputan' untuk mendapatkan IPG, orang motong terpaksa mengabaikan saja insentif itu. Biar tak dapat IPG daripada dapat secupak tapi rugi segantang.

Hanya pekebun yang lebih senang dan lebih kaya, memiliki kebun lebih luas daripada 5 relong hingga 100 ekar, akan terasa nikmat IPG SEKUPANG itu. IPG ini untuk orang miskin atau orang kaya? Apakah kaya jika hidup di Malaysia hari ini jika miliki tanah kebun 5 relong tapi hanya dapat menjana RM1,200 sebulan? HAH! Nak ke kedai pun susah, bagaimana mau ke LGM di Sungai Petani? – HARAKAHDAILY 16/2/2016

Sumber HD - 16-2-2016











Isu Bauksit: Wajibkan penyertaan awam

HUZIR SULAIMAN | .


LAJNAH Asas Tani & Alam Sekitar PAS Pusat (LATAS) ketika mengadakan pertemuan dengan pegawai Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar serta Jabatan Alam Sekitar di Putrajaya pada 14 Januari sebulan yang lalu telah mendesak agar PAS serta NGO Gerakan Rakyat Hentikan Pencemaran Bauksit (GERAM) dilibatkan sama di dalam Sekretariat bersama Agensi dan Jabatan yang berkaitan dalam merangka pelan tindakan sepanjang tempoh moratorium tiga bulan itu yang sudah bermula semenjak 15 Januari yang lalu.

Kenyataan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang dipetik baru-baru ini berkenaan keputusan membenarkan penggunaan lori Paka untuk mengangkut Bauksit, laluan pengangkutan khusus serta pematuhan kepada had simpanan Bauksit di Pelabuhan Kuantan perlulah dirujuk kepada semua pihak yang berkepentingan terlebih dahulu khususnya penduduk yang terdekat.

Keputusan Menteri Pengangkutan itu pada pandangan PAS bakal mencetuskan pelbagai persoalan baru serta keraguan tambahan dari Rakyat, lebih-lebih lagi masalah yang berlaku sebelum ini berpunca daripada garis panduan serta kawalan yang kurang jelas.

Persoalannya, Adakah garis panduan serta langkah kawalan baru yang dirangka sepanjang tempoh tiga bulan moratorium itu betul-betul kukuh untuk memastikan masalah sama daripada perlombongan serta pengangkutan Bauksit itu tidak berulang lagi?

Setelah Rakyat ditimpa pelbagai kesusahan serta ancaman keselamatan dan kesihatan daripada perlombongan Bauksit sekian lamanya, adalah tidak wajar bagi pihak kerajaan untuk mengenepikan permintaan PAS serta NGO GERAM untuk terlibat sama dalam merangka pelan tindakan serta garis panduan itu.

Malah PAS dan NGO GERAM juga ingin mendesak agar keputusan analisa sumber air sungai yang terlibat didedahkan kepada pengetahuan umum dan jika terbukti berlakunya pencemaran terhadap sumber air serta hidupan sungai dan laut seperti yang pernah dilaporkan NST, PAS serta NGO GERAM ingin mendesak agar Sekretariat yang terlibat mengambil kira cadangan Menteri Kesihatan sendiri untuk menghentikan terus aktiviti perlombongan Bauksit di Kuantan.

PAS sehingga ke hari ini masih konsisten dengan pendirian awal bahawa tempoh tiga bulan moratorium tidak memadai untuk menyediakan garis panduan serta langkah kawalan yang konkrit, malah tempoh tiga tahun yang pernah dicadangkan PAS sebelum ini adalah satu tempoh yang realistik lebih-lebih lagi beberapa persoalan berkenaan isu terlepas pandang banyak bidang utama yang melibatkan aktiviti perlombongan, tiada kriteria tertentu kepada pemohon lesen perlombongan, tiada keperluan penerima lesen untuk menyediakan laporan teknikal serta ketiadaan tender terbuka masih belum terjawab lagi.

Benarkan PAS serta NGO GERAM untuk mewakili penduduk yang terlibat dalam Sekretariat bersama Agensi dan Jabatan sepanjang tempoh moratorium tiga bulan ini agar garis panduan serta langkah-langkah kawalan yang dirangka dapat memenuhi keperluan semua pihak yang berkepentingan khususnya keperluan keselamatan serta kesihatan penduduk yang terkesan dari industri perlombongan Bauksit ini di Kuantan. – HARAKAHDAILY 15/2/2016

(Penulis adalah Setiausaha Lajnah Asas Tani & Alam Sekitar PAS Pusat)

Sumber HD - 15-2-2016











Wajibkan konsultansi awam untuk Penang TMP

HUZIR SULAIMAN | .


LAJNAH Asas Tani dan Alam Sekitar PAS Pusat (LATAS) memandang berat beberapa projek yang sedang dirancang Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Pelan Induk Integrasi Pengangkutannya (2014-2030) yang dianggarkan nilainya sebanyak RM27 billion, khususnya kesan terhadap Alam Sekitar.

Antara lokasi kebimbangan LATAS Pusat adalah:
1.Fasa 1A yang dilaporkan akan melibatkan pembinaan jalan sejauh 12km dari Tanjung Bungah ke Teluk Bahang yang bakal merentasi lokasi pelancongan di Batu Feringgi.
2.Fasa 1B yang dilaporkan akan melibatkan sebahagian pembinaan di kawasan bukit sejauh 5KM di antara Air Hitam dan Gelugor.
3.Fasa 2 yang melibatkan pembinaan jalan sejauh 4-4.2KM yang akan merentasi Sungai Pinang, kawasan penempatan penduduk dan sekolah.
4.Gurney Expressway dan Line 6 yang mungkin akan melibatkan penambakan laut atau pembinaan di atas laut berdekatan pantai di sepanjang Persiaran Gurney termasuk kesan dari pembinaan jalan itu kepada para peniaga makanan dan pasar, pengusaha hotel serta penduduk berdekatan lokasi itu.
5.Terowong Bawah Laut sejauh 6.5-7.2km dari Persiaran Gurney (Pulau) sehingga Bagan Ajam di Seberang Perai yang akan melibatkan pembangunan di laut serta pantai berhampiran termasuk kesannya kepada Nelayan serta kapal dan bot yang menggunakan laluan itu.
6.Cadangan laluan Air Itam ke Tanjung Bungah berhampiran Bukit Bendera, Kuil Kek lok Si serta Tanah Perkuburan Batu Gantung serta beberapa buah Taman Perumahan dan Kampung seperti Kampung lembah Ria, Kampung Melayu, Kampung Melayu Lama, dan Kampung Pisang.
7.Cadangan laluan Air Itam ke Bayan Baru yang berhampiran dengan Tanah Perkuburan United Hokkien, Taman Awam Metropolitan Relau serta Bukit Jambul.
8.Cadangan laluan di bahagian selatan Pulau di sepanjang Gertak Sanggul, Tanjung Asam, Kampung Nelayan, Teluk Kumbar termasuk di Permatang Damar Laut yang mungkin akan melibatkan pembinaan melalui tambakan tanah di kawasan laut serta pantai berhampiran serta kesannya terhadap sumber pendapatan Nelayan.
9.Cadangan aktiviti penebusgunaan tanah atau ‘reclaimation’ di laut yang melibatkan 3 lokasi ‘pulau baru’ di bahagian selatan pulau itu khususnya kesan terhadap ekosistem hidupan laut yang sedia ada.

Oleh sebab cadangan lokasi pembinaan dilihat berhampiran dengan kawasan penempatan penduduk, lokasi perniagaan, perikanan, perkapalan, perkuburan, taman awam, rumah ibadat, bukit-bukau, sungai, pantai serta laut, LATAS PAS Pusat ingin mendesak agensi serta kementerian yang berkaitan agar mewajibkan konsultansi awam yang berasingan mengikut 9 fasa serta cadangan laluan di atas sebelum Kajian Impak Alam Sekitar (EIA) diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar(JAS) kepada pemaju.

Berdasarkan petikan artikel “Penang undersea tunnel work sees slight delay” oleh The Edge Property bertarikh 11 Januari 2016, LATAS PAS Pusat ingin mendesak satu penjelasan rasmi daripada Jabatan Alam Sekitar(JAS) berkenaan laporan dari The Edge Property bahawa Konsortium Zenith BUCG Sdn Bhd (CZBUCG) telah pun diberikan kebenaran oleh JAS untuk melaksanakan PEIA (Preliminary Environmental Impact Assessment) atau Kajian Awal Impak Alam Sekitar terhadap tiga projek lebuh raya yang dipohon mereka. Tiga projek lebuh raya yang dimaksudkan itu adalah dari jalan Tanjung Bungah ke Teluk Bahang, Air Itam ke bypass EU Expressway serta bypass Gurney Drive ke Tun Dr Lim Chong Eu Expressway sejauh 21.2km.

Menjadi satu keraguan dari pihak LATAS PAS Pusat berkenaan laporan The Edge Property itu kerana PEIA seperti yang LATAS PAS Pusat sedia maklum TIDAK AKAN MELIBATKAN KONSULTANSI AWAM malah konsep atau peraturan berasaskan PEIA dan DEIA SUDAH TIDAK LAGI DIGUNAKAN JAS berdasarkan Perintah Kualiti Alam Sekeliling yang sudah digazetkan pada 28 Ogos 2015 tahun yang lalu.

Oleh sebab itu, LATAS PAS Pusat berharap permohonan EIA melalui PEIA terhadap ketiga-tiga projek lebuh raya itu dapat dibekukan serta dinilai semula oleh JAS.

Memandangkan kebimbangan terhadap alam sekitar lebih tinggi untuk projek terowong laut malah diakui pengerusi Konsortium CZBUCG seperti yang dipetik The Edge Property, konsultansi awam sudah semestinya dijadikan satu keperluan WAJIB oleh JAS kepada pemaju.

Walaupun spesifikasi teknikal kesemua projek yang akan dilaksanakan melalui Pelan Induk Integrasi Pengangkutan Pulau Pinang itu, jika ia terletak di bawah syarat-syarat yang telah dicatatkan di dalam Jadual 1 Perintah Kualiti Alam Sekeliling 2015 dan bukannya di bawah Jadual 2 untuk TIDAK DIWAJIBKAN KONSULTANSI AWAM, masih terdapat klausa yang membenarkan Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar untuk menguatkuasakan konsultansi awam seperti yang tercatat dalam perintah 3(2) sebelum permohonan EIA itu diluluskan.

LATAS PAS Pusat juga berharap keluasan penebusgunaan tanah yang terlibat daripada kesemua projek yang terdapat di bawah Pelan Induk Integrasi Pengangkutan Pulau Pinang itu dapat disatukan dan diletakkan di bawah satu EIA sahaja oleh JAS. Malah pembangunan di lereng bukit atau di kawasan bukit juga mesti dielakkan walaupun tahap kecerunan adalah kurang dari 25%.

Begitu juga dengan pembinaan yang melibatkan sungai, pantai dan laut, walaupun tidak diwartakan sebagai taman laut atau rizab laut di bawah Akta Perikanan 1985 (Akta 317), kerja-kerja pembinaan dilokasi yang berkenaan mestilah dielakkan.

Kebimbangan serta cadangan ini adalah berdasarkan kemungkinan pencemaran terhadap alam sekitar dari projek-projek yang terdapat di bawah Pelan Induk Integrasi Pengangkutan itu jika langkah-langkah pencegahan awal tidak disediakan dan tidak diseliakan dengan baik oleh pihak pemaju.

Dengan mengambilkira kedudukan Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan utama negara termasuk faktor kepadatan penduduk yang tinggi khususnya di bahagian pulau itu sebanyak 2031.74 penduduk sekilometer persegi, keputusan Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk mewajibkan konsultansi awam terhadap kesemua projek yang terlibat di bawah Pelan Induk Integrasi Pengangkutan itu amatlah diharapkan.

Penglibatan pihak ketiga khususnya dari penduduk yang terlibat, NGO, ahli akademik serta pakar bebas melalui konsultansi awam itu akan memastikan aspek keselamatan, kesihatan Rakyat serta alam sekitar dapat dipelihara dengan baik di pulau itu. – HARAKAHDAILY 22/1/2016

(Penulis adalah Setiausaha Lajnah Asas Tani & Alam Sekitar PAS Pusat dan juga bekas pelajar Penang Free School)

Sumber HD - 22-1-2016











Wajibkan konsultansi awam untuk Penang TMP

HUZIR SULAIMAN | .


LAJNAH Asas Tani dan Alam Sekitar PAS Pusat (LATAS) memandang berat beberapa projek yang sedang dirancang Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Pelan Induk Integrasi Pengangkutannya (2014-2030) yang dianggarkan nilainya sebanyak RM27 billion, khususnya kesan terhadap Alam Sekitar.

Antara lokasi kebimbangan LATAS Pusat adalah:
1.Fasa 1A yang dilaporkan akan melibatkan pembinaan jalan sejauh 12km dari Tanjung Bungah ke Teluk Bahang yang bakal merentasi lokasi pelancongan di Batu Feringgi.
2.Fasa 1B yang dilaporkan akan melibatkan sebahagian pembinaan di kawasan bukit sejauh 5KM di antara Air Hitam dan Gelugor.
3.Fasa 2 yang melibatkan pembinaan jalan sejauh 4-4.2KM yang akan merentasi Sungai Pinang, kawasan penempatan penduduk dan sekolah.
4.Gurney Expressway dan Line 6 yang mungkin akan melibatkan penambakan laut atau pembinaan di atas laut berdekatan pantai di sepanjang Persiaran Gurney termasuk kesan dari pembinaan jalan itu kepada para peniaga makanan dan pasar, pengusaha hotel serta penduduk berdekatan lokasi itu.
5.Terowong Bawah Laut sejauh 6.5-7.2km dari Persiaran Gurney (Pulau) sehingga Bagan Ajam di Seberang Perai yang akan melibatkan pembangunan di laut serta pantai berhampiran termasuk kesannya kepada Nelayan serta kapal dan bot yang menggunakan laluan itu.
6.Cadangan laluan Air Itam ke Tanjung Bungah berhampiran Bukit Bendera, Kuil Kek lok Si serta Tanah Perkuburan Batu Gantung serta beberapa buah Taman Perumahan dan Kampung seperti Kampung lembah Ria, Kampung Melayu, Kampung Melayu Lama, dan Kampung Pisang.
7.Cadangan laluan Air Itam ke Bayan Baru yang berhampiran dengan Tanah Perkuburan United Hokkien, Taman Awam Metropolitan Relau serta Bukit Jambul.
8.Cadangan laluan di bahagian selatan Pulau di sepanjang Gertak Sanggul, Tanjung Asam, Kampung Nelayan, Teluk Kumbar termasuk di Permatang Damar Laut yang mungkin akan melibatkan pembinaan melalui tambakan tanah di kawasan laut serta pantai berhampiran serta kesannya terhadap sumber pendapatan Nelayan.
9.Cadangan aktiviti penebusgunaan tanah atau ‘reclaimation’ di laut yang melibatkan 3 lokasi ‘pulau baru’ di bahagian selatan pulau itu khususnya kesan terhadap ekosistem hidupan laut yang sedia ada.

Oleh sebab cadangan lokasi pembinaan dilihat berhampiran dengan kawasan penempatan penduduk, lokasi perniagaan, perikanan, perkapalan, perkuburan, taman awam, rumah ibadat, bukit-bukau, sungai, pantai serta laut, LATAS PAS Pusat ingin mendesak agensi serta kementerian yang berkaitan agar mewajibkan konsultansi awam yang berasingan mengikut 9 fasa serta cadangan laluan di atas sebelum Kajian Impak Alam Sekitar (EIA) diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar(JAS) kepada pemaju.

Berdasarkan petikan artikel “Penang undersea tunnel work sees slight delay” oleh The Edge Property bertarikh 11 Januari 2016, LATAS PAS Pusat ingin mendesak satu penjelasan rasmi daripada Jabatan Alam Sekitar(JAS) berkenaan laporan dari The Edge Property bahawa Konsortium Zenith BUCG Sdn Bhd (CZBUCG) telah pun diberikan kebenaran oleh JAS untuk melaksanakan PEIA (Preliminary Environmental Impact Assessment) atau Kajian Awal Impak Alam Sekitar terhadap tiga projek lebuh raya yang dipohon mereka. Tiga projek lebuh raya yang dimaksudkan itu adalah dari jalan Tanjung Bungah ke Teluk Bahang, Air Itam ke bypass EU Expressway serta bypass Gurney Drive ke Tun Dr Lim Chong Eu Expressway sejauh 21.2km.

Menjadi satu keraguan dari pihak LATAS PAS Pusat berkenaan laporan The Edge Property itu kerana PEIA seperti yang LATAS PAS Pusat sedia maklum TIDAK AKAN MELIBATKAN KONSULTANSI AWAM malah konsep atau peraturan berasaskan PEIA dan DEIA SUDAH TIDAK LAGI DIGUNAKAN JAS berdasarkan Perintah Kualiti Alam Sekeliling yang sudah digazetkan pada 28 Ogos 2015 tahun yang lalu.

Oleh sebab itu, LATAS PAS Pusat berharap permohonan EIA melalui PEIA terhadap ketiga-tiga projek lebuh raya itu dapat dibekukan serta dinilai semula oleh JAS.

Memandangkan kebimbangan terhadap alam sekitar lebih tinggi untuk projek terowong laut malah diakui pengerusi Konsortium CZBUCG seperti yang dipetik The Edge Property, konsultansi awam sudah semestinya dijadikan satu keperluan WAJIB oleh JAS kepada pemaju.

Walaupun spesifikasi teknikal kesemua projek yang akan dilaksanakan melalui Pelan Induk Integrasi Pengangkutan Pulau Pinang itu, jika ia terletak di bawah syarat-syarat yang telah dicatatkan di dalam Jadual 1 Perintah Kualiti Alam Sekeliling 2015 dan bukannya di bawah Jadual 2 untuk TIDAK DIWAJIBKAN KONSULTANSI AWAM, masih terdapat klausa yang membenarkan Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar untuk menguatkuasakan konsultansi awam seperti yang tercatat dalam perintah 3(2) sebelum permohonan EIA itu diluluskan.

LATAS PAS Pusat juga berharap keluasan penebusgunaan tanah yang terlibat daripada kesemua projek yang terdapat di bawah Pelan Induk Integrasi Pengangkutan Pulau Pinang itu dapat disatukan dan diletakkan di bawah satu EIA sahaja oleh JAS. Malah pembangunan di lereng bukit atau di kawasan bukit juga mesti dielakkan walaupun tahap kecerunan adalah kurang dari 25%.

Begitu juga dengan pembinaan yang melibatkan sungai, pantai dan laut, walaupun tidak diwartakan sebagai taman laut atau rizab laut di bawah Akta Perikanan 1985 (Akta 317), kerja-kerja pembinaan dilokasi yang berkenaan mestilah dielakkan.

Kebimbangan serta cadangan ini adalah berdasarkan kemungkinan pencemaran terhadap alam sekitar dari projek-projek yang terdapat di bawah Pelan Induk Integrasi Pengangkutan itu jika langkah-langkah pencegahan awal tidak disediakan dan tidak diseliakan dengan baik oleh pihak pemaju.

Dengan mengambilkira kedudukan Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan utama negara termasuk faktor kepadatan penduduk yang tinggi khususnya di bahagian pulau itu sebanyak 2031.74 penduduk sekilometer persegi, keputusan Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk mewajibkan konsultansi awam terhadap kesemua projek yang terlibat di bawah Pelan Induk Integrasi Pengangkutan itu amatlah diharapkan.

Penglibatan pihak ketiga khususnya dari penduduk yang terlibat, NGO, ahli akademik serta pakar bebas melalui konsultansi awam itu akan memastikan aspek keselamatan, kesihatan Rakyat serta alam sekitar dapat dipelihara dengan baik di pulau itu. – HARAKAHDAILY 22/1/2016

(Penulis adalah Setiausaha Lajnah Asas Tani & Alam Sekitar PAS Pusat dan juga bekas pelajar Penang Free School)

Sumber HD - 22-2-2016











Bauksit: Beku terus operasi selepas henti 3 bulan

MUHAMMAD SANUSI MD NOR | .

Pengumuman Kabinet melalui Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar untuk menghentikan operasi perlombongan bauksit buat sementara waktu selama 3 bulan bermula 15 Januari ini merupakan satu kejayaan buat seluruh rakyat di negara ini.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh aktivis, NGO/NGI anti-bauksit khususnya NGO Geram yang telah berhempas pulas siang dan malam tanpa mengenal erti penat dan lelah demi keselamatan dan kesihatan rakyat.

Walaupun pengumuman seperti ini agak lewat serta menggambarkan sikap pentadbiran Kerajaan Umno BN yang reaktif, PAS berharap tempoh 3 bulan yang ada dapat digunakan semaksimum yang mungkin oleh semua pihak yang terlibat dengan aktiviti perlombongan serta pengangkutan bauksit untuk memperbaiki proses operasi agar sifar pencemaran serta mengambil tindakan drastik membersihkan segala pencemaran yang telah berlaku.

Mereka juga perlu menyerahkan pelan perlindungan atau pelan pencegahan pencemaran kepada agensi serta kementerian yang berkaitan, termasuk juga kepada pihak awam untuk dinilai sebelum kelulusan serta lesen dikeluarkan.

PAS juga ingin mendesak agar segala peraturan atau peruntukan undang-undang dipinda di peringkat persekutuan dan negeri untuk memastikan kelemahan yang sama tidak berulang lagi selepas ini.

Pengakuan SPRM bahawa terdapat pihak berkuasa negeri yang terlepas pandang banyak bidang utama yang melibatkan aktiviti perlombongan, tiada kriteria tertentu kepada pemohon lesen perlombongan, tiada keperluan penerima lesen untuk menyediakan laporan teknikal serta ketiadaan tender terbuka merupakan bukti jelas kegagalan sistem kawalan kerajaan yang sedia ada.

Kegagalan semua pihak yang berkaitan untuk mengambil langkah-langkah yang dicadangkan di atas, PAS ingin mengambil pendirian agar operasi perlombongan serta pengangkutan bauksit dibekukan terus walaupun sudah melepasi tempoh 3 bulan yang telah diperuntukkan.

Malah PAS ingin mencadangkan tempoh penangguhan yang lebih panjang sehingga 3 tahun agar sungai dan laut yang sudah dicemari bauksit khususnya dapat dipulihkan.

Selagi perubahan sikap tidak berlaku khususnya kepada mereka yang memimpin negara, perubahan sikap juga tidak akan berlaku kepada mereka yang berada di bawah. Selagi itu, negara akan dihantui dengan masalah pencemaran alam sekitar.

Jika pemimpin di atas memiliki sikap proaktif, berintegriti tinggi, tidak terlibat dengan rasuah serta sentiasa meletakkan keselamatan dan kesihatan Rakyat lebih tinggi dari kepentingan ekonomi khususnya, insya Allah tragedi seperti ini tidak akan berlaku dan berulang lagi di negara ini.

PAS ingin menyeru semua peringkat kepimpinan negara malah diperingkat negeri agar menjadikan Islam sepenuhnya sebagai panduan hidup. Contohilah sifat siddiq, amanah, tabligh dan fathonah junjungan Baginda SAW dalam urusan harian pentadbiran negara, insya Allah negara akan dilimpahkan rahmat serta diletakkan di bawah lindunganNya. - HARAKAHDAILY 8/1/2016

Penulis ialah Pengerusi Asas Tani dan Alam Sekitar PAS Pusat.

Sumber HD - 8-1-2016











Kenapa harga getah Malaysia amat rendah berbanding Thai?

MUHAMMAD SANUSI MD NOR | .


KADAR tukaran semasa matawang Thailand dan Malaysia ialah RM1.00 bersamaan THB8.30. Kadar tukaran biasa sebelum nilai ringgit menjunam ialah RM1.00 bersamaan THB10.0

Minggu ini, purata harga sekilo getah sekerap (Cup Lump) di Thailand ialah THB36.0 bersamaan dengan RM4.30.

Di Malaysia, minggu ini LGM menerbitkan harga ladang getah sekerap di ladang seluruh Malaysia (farm gate price) pada kadar RM2.20 dan RM1.50 bagi gred sekerap terendah.  (RM2.20 bersamaan dengan THB18.0 sahaja)

Daripada lima (5) pengeluar getah utama dunia pada tahun 2013, Thailand menghasilkan 3.9 juta tan metrik getah, diikuti oleh Indonesia pada 2.8 juta tan metrik. India menghasilkan 888,000 tan metrik diikuti oleh Vietnam pada 854,000 tan metrik. Malaysia yang merupakan pengeluar kelima terbesar getah asli menghasilkan 845,000 tan metrik. Selama beberapa dekad sebelum ini, Malaysia berada di tangga pertama sebagai pengeluar utama getah asli dunia. Kini tidak lagi.

Alasan lazim pihak kerajaan Malaysia tentang kejatuhan harga getah ialah stok getah dunia yang berlebihan - pengeluaran 11.5 juta tan berbanding  penggunaan 10.99 juta tan. Terdapat kira-kira 523,000 tan overhanging stock yang menyebabkan harga getah kekal rendah.

Soalan yang payah untuk dijawab ialah mengapa Thailand (3.9 juta tan) yang mengeluarkan getah 4.5 kali ganda melebihi kadar pengeluaran Malaysia (854,000 tan) boleh membayar harga 1.95 kali ganda lebih tinggi (hampir 2 kali ganda) kepada penoreh dan pekebun mereka?

Jika harga getah bergantung kepada harga pasaran dunia (FOB) yang sama, apakah yang menentukan perbezaan harga di ladang-ladang negara berjiran Malaysia-Thailand? Adakah dried rubber content (DRC) getah sekerap (cup lump) di Malaysia jauh lebih rendah daripada sekerap Thailand? Apakah penentu DRC getah sekerap antara dua negara ini.

DRC getah sekerap di Malaysia ditentukan oleh LGM pada kadar 50% secara andaian/anggaran sahaja. Tolok pengukur DRC yang dihasilkan daripada penyelidikan LGM tidak pernah digunakan.

Kos R&D di LGM disumbangkan oleh penoreh dan pekebun dari setiap kilogram getah yang dikeluarkan sebanyak 4 sen/kilo. Pemotongan ini dibuat bersama cukai ses 10 sen/kilo kepada Risda sebagai kos tanaman semula - menjadikan potongan wajib 14 sen/kilo.

Penoreh dan pekebun getah di Malaysia menanggung sendiri semua kos dalam industri getah termasuk kos pengeluaran, R&D dan tanaman semula pokok getah. Dalam pengiraan kos sebenar (modal) untuk menghasilkan sekilogram getah di Malaysia, pekebun terpaksa menanggung RM3.20/kilo, tetapi hanya dibayar RM2.20 sekilogram sebagai harga pasaran (Abdul Halim Majid, 2013).

Terdapat 590,000 keluarga di Malaysia (purata 3.1 ahli keluarga) menjadikan jumlah seramai 1.829 juta orang bergantung kehidupan kepada sektor ini.

Mengikut bangsa: Melayu - 77%, Cina -  20%, India -  1%, Org Asli - 0.4 % dan lain-lain -  0.9%  - Bancian Risda dlm Utusan Malaysia 23 Disember 2103.

Pada kadar keluaran 845,000 tan (845 juta kilogram) setahun, kerajaan boleh memperuntukkan RM1.52 bilion (RM1.80/kilo) sebagai skim khas penstabilan harga getah untuk menjadikan harga sekerap berada pada paras RM4 sekilogram.

Jumlah itu tidak terlalu besar berbanding jumlah penerima manfaat seramai 1.829 juta orang - yang pasti semua mereka itu adalah kumpulan rakyat miskin yang terdesak sangat sekarang ini. – HARAKAHDAILY 18/12/2015

Penulis ialah Pengerusi Lajnah Asas Tani & Alam Sekitar PAS Pusat dan YDP PAS Kawasan Sik, Kedah.

Sumber HD - 18-12-2015











Jerebu: Kerajaan dilihat masih gagal cari jalan keluar

HARAKAHDAILY | .


PAS kecewa dengan kegagalan Kerajaan Umno BN dalam menangani isu jerebu yang sudah menghantui negara ini sekian lamanya.

Bacaan indeks Pencemaran (IPU) tidak sihat yang dicatatkan melebihi 100 di tujuh buah kawasan di empat buah negeri semalam adalah satu penanda aras kepada prestasi Kerajaan Pusat yang masih dilihat gagal untuk mencari jalan keluar dari kemelut ini khususnya dengan negara jiran terdekat Indonesia.

Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar PAS Pusat ingin mendesak Kerajaan Pusat agar mengambil tindakan drastik untuk membantu Kerajaan Indonesia agar masalah jerebu dapat dihentikan dengan seberapa segera.

PAS tidak mahu masalah jerebu berterusan sehingga mencecah tahap IPU yang sangat tidak sihat (201-300) dan berbahaya (> 300) sehingga mengancam keselamatan dan kesihatan rakyat serta menjejaskan aktiviti Ekonomi seperti yang pernah berlaku di Muar Johor satu ketika dahulu.

Bacaan IPU di Muar pernah mencatatkan kenaikan dari IPU 157 sehingga 383 hanya dalam tempoh 20 jam dan seterusnya meningkat sehingga mencecah tahap kritikal pada bacaan IPU 746.

Kegagalan Kerajaan Pusat untuk bertindak dengan cepat dikhuatiri juga boleh menyebabkan darurat diisytiharkan seperti yang pernah berlaku di Sarawak pada tahun 1997 pada tahap bacaan IPU 800 malah sekali lagi pada tahun 2005 di Kuala Selangor dan Pelabuhan Klang pada bacaan IPU 531 dan 529.

Selain mengawal serta memulihkan situasi jerebu, Kerajaan Pusat melalui kementerian yang berkaitan juga didesak untuk mewawarkan langkah-langkah perlindungan kepada rakyat melalui media massa dengan lebih agresif termasuk menyediakan topeng @ ‘mask’ kepada Rakyat dengan percuma khususnya kepada pelajar-pelajar yang sedang menduduki peperiksaan UPSR.

PAS melalui Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar ingin menasihati seluruh lapisan Rakyat agar mengambil langkah-langkah perlindungan yang sewajarnya, antaranya adalah:

1. Mengurangkan aktiviti fizikal di luar rumah.
2. Menggunakan penutup hidung dan mulut jenis 3 ply.
3. Kurangkan merokok.
4. Menggunakan penghawa dingin ketika memandu.
5. Banyakkan minum air.
6. Basuh tangan serta muka dengan sabun dan air bersih selepas melakukan/menghadiri aktiviti luar.

Pesakit asthma dan jantung khususnya juga dinasihati agar mengambil langkah-langkah yang lebih ketat untuk melindungi diri dari ancaman jerebu.

Semoga ancaman jerebu dapat beransur pulih dengan seberapa segera insya Allah. Sama-sama kita berdoa agar Allah jauhkan diri, keluarga dan negara kita dari segala bentuk ancaman khususnya dari ancaman jerebu ini. - HARAKAHDAILY 9/9/2015

MUHAMMAD SANUSI MD NOR
Pengerusi Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar PAS Pusat

Sumber HD - 9-9-2015











Pencemaran bauksit, bacaan arsenik 100 kali ganda

MUHAMMAD SANUSI MD NOR | .








SIKAP Kerajaan Negeri Pahang yang masih gagal dalam menangani isu pencemaran bauksit yang menghantui penduduk di Kuantan Pahang selama ini amat dikesali.

Pemimpin PAS Negeri telah menggunakan segala saluran yang ada khususnya dengan agensi yang berkaitan, Kerajaan Negeri sehingga ke sidang Dewan Undangan Negeri untuk mendesak satu tindakan yang drastik demi keselamatan dan kesihatan Rakyat.

Saya kecewa kerana pandangan dan teguran PAS dibakulsampahkan seolah-olah pemimpin Umno/BN sanggup mempertaruhkan keselamatan dan kesihatan Rakyat malah para Pelancong yang selalu berkunjung ke daerah itu demi kepentingan pelombong semata-mata.

PAS Pusat juga ingin mendesak Kerajaan Negeri malah Perdana Menteri untuk mendedahkan laporan siasatan oleh Jabatan Alam Sekitar (DOE) dengan seberapa segera ke pengetahuan umum termasuk langkah-langkah perlindungan segera yang perlu diambil oleh Rakyat.

Kenapa hasil laporan siasatan DOE itu masih tidak didedahkan sehingga ke hari ini? lebih-lebih lagi selepas pendedahan New Strait Times (NST) pada 5 Ogos yang lalu berkenaan kandungan Arsenik yang tinggi dari sampel ikan yang diambil dari Sungai dan Pantai Pengorak.

Bukankah pendedahan berterusan kepada Arsenik boleh menyebabkan penyakit kanser kepada kulit, salur pernafasan, dan buah pinggang? Selain masalah kepada penghidap lelah, kandungan bayi serta pesakit jantung lebih-lebih lagi kandungan Arsenik daripada sampel yang diambil mencatatkan bacaan 100 kali ganda dari had yang dibenarkan Akta Makanan 1985.

Isu perlombongan Bauksit bukanlah isu politik tetapi adalah isu kemanusiaan dan PAS Pusat melalui Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitarnya amat bersetuju malah menyokong NGO Geram (Gerakan Hentikan Pencemaran Bauksit) untuk terus menganjurkan Himpunan Rakyat pada 22 Ogos ini di Kuantan Pahang.

Selepas isu Lynas, Cameron Highlands, perlombongan emas di Raub, pembalakan, pencemaran sungai, perlombongan bijih besi termasuk pusat insinerator di Blue Valley, kini isu Bauksit pula di Gebeng Kuantan, kenapa isu alam sekitar masih tidak henti-henti menghantui rakyat di negeri ini?

Demi keselamatan dan kesihatan rakyat di Pahang khususnya, PAS ingin merayu kepada seluruh lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama untuk menguburkan Umno/BN dalam PRU ke-14 nanti. – HARAKAHDAILY 14/8/2015

Sumber HD - 14-8-2015


Isu air UKM: Iktibar daripada UUM

TANGGUNGJAWAB menyediakan infrastruktur bekalan air dalam kompaun universiti adalah tanggungjawab pihak universiti, khususnya Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Kerja Raya. Bekalan air yang mencukupi hanya boleh disalurkan melalui rangkaian infrastruktur yang sesuai dengan kapasiti permintaan.

Pada 2011, krisis yang sama telah melanda Universiti Utara Malaysia-UUM. Infrastruktur bekalan air (meliputi saluran paip dan tangki simpanan sedia) adalah untuk menampung kapasiti 10 ribu penghuninya - pelajar, pensyarah dan kakitangan. Rekabentuk infrastruktur itu dibuat sewaktu kampus itu mula dibangunkan.

Selepas 20 tahun, berlaku peningkatan jumlah pelajar dan kakitangan di UUM hingga mencecah 34 ribu orang. Pertambahan itu membawa implikasi peningkatan penggunaan air, tetapi infrastruktur bekalan air tidak pernah dinaik taraf seiring dengan pertambahan pengguna.

Pihak Kerajaan Negeri Kedah khususnya operator bekalan air negeri - SADA- dipersalahkan oleh pihak UUM kerana gagal menyediakan bekalan yang mencukupi iaitu 13 juta liter sehari. Pihak UUM diberi ingatan bahawa mereka harus menaiktaraf infrastruktur sedia ada untuk menerima bekalan yang mencukupi, tetapi tidak dipedulikan.

UUM juga dikesan menghadapi keuzuran saluran paip bekalan air yang mengakibatkan kadar kehilangan air (NRW) setinggi 43%. Air terbazir di IPTA itu membawa implikasi lebih buruk kepada kadar bekalan dan penggunaan.

Analisis mendapati purata kegunaan air individu di Kedah ialah 250 liter sehari, tetapi di UUM, dengan keuzuran sistem salurannya, menyebabkan puratanya penggunaan adalah 302 liter sehari.

Sebagai alternatif bagi menangani krisis itu, SADA menghantar air secara manual melalui lori-lori tangki untuk kegunaan pelajar dan kakitangan UUM, tetapi pihak kementerian dan UUM memilih untuk menyembunyikan kegagalan besar mereka membangunkan infrastruktur seiring dengan keperluan semasa.

Bagi menjawab kenyataan pihak UUM yang terus mempertahankan keupayaan infrastrukturnya, SADA telah melepaskan 12.5 hingga 14 juta liter sehari seperti yang diminta oleh mereka melalui saluran paip domestik UUM. Akibatnya saluran paip bekalan air UUM  telah pecah dan bocor di beberapa lokasi dalam kampus, mencetuskan implikasi baru pula.

Setelah itu barulah pihak UUM mengakui bahawa terdapat keperluan segera untuk menaiktaraf infra sedia ada seiring dengan pembangunan universiti.

Dalam Akujanji PRU13  BN Kedah, telah dimasukkan projek pembinaan tangki simpanan air baru di kampus UUM, sebagai pengakuan secara tidak langsung bahawa terdapat kelemahan ketara terhadap perancangan pembangunan di kampus itu.

Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Kerja Raya dan semua IPTA di negara ini sepatutnya telah mengambil pengajaran daripada pengalaman UUM itu. Apatah lagi UKM jauh lebih 'tua' daripada UUM.

Sebelum menuding jari kepada Kerajaan Negeri Selangor ataupun pihak Syabas sebagai operator bekalan air di Selangor terhadap isu yang sedang melanda UKM, lihat dulu persekitaran infra sedia ada. Mendakwa para pelajar yang memberi reaksi kepada kesulitan yang mereka hadapi, tanpa mempedulikan kelemahan asas yang menyebabkan reaksi itu amatlah dikesali. Berlaku adillah! –HARAKAHDAILY 26/6/2015

Penulis ialah Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat merangkap Pengerusi Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar.

Sumber PP - 26-6-2015

Projek Waqaf telekung Dewan Muslimat PAS Kawasan Tenggara

Posted on Saturday, May 30 @ 10:27:15 MYT by paktam
Oleh Mazlan Aliman

Seminggu sekali saya akan menemani isteri ke Surau Medan Selera Bandar Tenggara menukar telekung untuk dibasuh. Ianya merupakan salah satu surau dalam projek Waqaf telekung Dewan Muslimat PAS Kawasan Tenggara. Inisiatif ini dilakukan khususnya di surau2 awam seperti medan selera, pusat membeli belah, surau stesyen minyak dan kawasan rekreasi.

Berbeza dengan Masjid dan Surau di kawasan perumahan yang diselenggara dengan baik oleh Jawatankuasa yang di wujudkan, sesetengah premis, telekungnya tidak dibasuh dalam tempoh yang lama hingga berbau dan kurang selesa bagi pemakainya.

Menjelang ramadhan tahun ini, Dewan Muslimat mensasarkan 100 helai telekung baru untuk disumbangkan ke beberapa lagi surau awam sekitar Parlimen Tenggara. Harga anggaran RM 50 sehelai, tebal dan berkualiti. Ia bukan sekadar sumbangan semata mata, lebih utama membasuh dan menukarnya setiap minggu.

Usaha yang baik mesti dikongsi dengan orang lain. Walaupun isteri saya bersama team beliau telah melakukannya hampir setahun; ia harus di kembangkan atas dasar ' berlumba lumba melakukan kebaikan'. Sesungguhnya, saya sangat tertarik dengan kreativiti Dewan Muslimat ini dan harus dikembangkan kepada orang lain samada perseorangan atau Ngo.

Justeru, kepada dermawan yang ingin menyumbang bagi projek waqaf telekung, boleh bank in ke ac BIMB 01069010041023 atas nama Dewan Muslimat PAS Kawasan Tenggara. Maklumat lanjut boleh hubungi Puan Hatijah 0137802013.

" Dan belanjakanlah(dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka dia(pada saat itu) akan merayu dengan katanya: " Wahai Tuhan ku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal mati ku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang Soleh'.

Surah Al- Munafiqun.

Sumber DD - 30-5-2015












Krisis berterusan Mahathir-Najib penamat BN

ARIF ATAN | .


KUALA LUMPUR: Kritikan berterusan yang dilemparkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun  Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak menggambarkan kepincangan kerajaan Umno BN sudah tidak dapat disembunyikan lagi.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman berkata, kepincangan pentadbiran di bawah rejim Umno BN dalam hampir semua segi yang kerap dibangkitkan Mahathir sekali gus membenarkan pendedahan dilakukan pihak Pakatan Rakyat sebelum ini termasuk daripada NGO dan penganalisis politik.

“Kepincangan Najib sangat ketara. Saya lihat sebahagian fakta dan isu yang lantang disebut oleh Mahathir sebenarnya sekadar mengulang apa Pakatan Rakyat perjuangkan," ujarnya.

Beliau yang yang juga Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar dan Hal Ehwal Orang Asal PAS Pusat berkata, Najib terus membisu apabila ‘bos’ beliau sendiri tanpa berselindung lagi terus menghentam dirinya.

"Sama ada apa dilakukan Mahathir sekarang ini ada agenda tersembunyi, itu satu isu lain tapi yang jelas kita semua yakin kepimpinan Najib sama sekali sudah membawa banyak masalah kepada rakyat dan negara ini,” ujarnya.

Menurutnya lagi, kenyataan keras Mahathir berhubung kontroversi hukuman mati ke atas Sirul Azhar Umar yang terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya serta skandal hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang menelan berbilion ringgit dana awam menggambarkan pengakhiran Najib sebagai Perdana Menteri akan berlaku dalam jangka masa terdekat.

Beliau menambah, sepatutnya Mahathir puas hati dengan Najib selepas menolak Pak Lah tetapi apa yang berlaku di sebaliknya selepas menyaksikan rekod ekonomi negara yang makin menjunam selain pelbagai perkara pelik di bawah pentadbiran Najib sejak tahun 2009.

“Ramai sebenarnya pimpinan Umno saya rasakan sependapat dengan Mahathir tetapi mereka tidak punya keberanian untuk berterus terang.

"Kedudukan Najib sudah kritikal sama seperti pentadbiran kerajaan Umno BN yang penuh korup,” ujarnya lagi.

Sumber HD - 18-4-2015











Ambil tanah: 25 kampung jadi korban di Pulau Pinang

ARIF ATAN | FOTO NASIR SUDIN | .



Mukadimah
Pemilikan hartanah di tangan Melayu Islam di Pulau Pinang terus menyusut sejak negeri di utara tanah air itu dikuasai pemerintahan BN. Perlunya polisi khas dan undang-undang tanah digubal bagi melindungi tanah serta kampung warisan Melayu merupakan antara resolusi dicapai dalam Seminar Meja Bulat Pulau Pinang: Halatuju dan Masa Depan Melayu Islam Pulau Pinang, 23 November lalu. Ikuti temubual Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar & Hal Ehwal Orang Asal PAS Pusat, MAZLAN ALIMAN bersama wartawan Harakah, baru-baru ini mengupas lebih lanjut tentang usaha menyelamatkan tanah warisan Melayu ini.

Harakah: Apa kemelut sebenar membabitkan penyusutan tanah warisan Melayu khususnya di Pulau Pinang?

MAZLAN ALIMAN: Dalam konteks Pulau Pinang sebenarnya isu ini bermula sejak dari zaman BN. Apa yang berlaku kebobrokan yang ditinggalkan pemimpin lama.

Dalam erti kata lain walaupun Umno selalu mendakwa menjadi tonggak kepada orang Melayu tetapi dalam kes yang berlaku di Pulau Pinang bukan sahaja mengabaikan kepentingan Melayu bahkan banyak isu berkaitan kepentingan orang Melayu di seluruh negara hari ini menjadi igauan mengerikan.

Saya ada laporan tentang keadaan di Pulau Pinang. Dalam tempoh 50 tahun mutakhir ini dianggarkan 25 kampung telah menjadi korban dengan pengambilan tanah sepanjang zaman pemerintahan BN.

Di Pulau Pinang, tiada tanah rizab Melayu. Yang ada tanah persendirian dan tanah wakaf. Bagi tanah persendirian, tiada akta menghalang pengambilan tanah.

Satu lagi situasi yang berlaku di Pulau Pinang ialah ancaman ke atas tanah wakaf, apabila pengurusan di zaman BN begitu lemah hingga dimanipulasi pihak yang tiada berautoriti. Saya ada butiran mengenainya yang diperolehi sejak zaman mantan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Almarhum Datuk Hamdan yang juga bekas Adun Permatang Pasir.

Jadi, seminar meja bulat 23 November lalu bertujuan untuk itu?

Ya. Kita mengadakan persidangan meja bulat sebagai satu usaha Lajnah Tanah bagi mendapatkan input daripada setiap negeri. Pulau Pinang negeri pertama kita adakan sidang meja bulat ini yang akan disusuli negeri lain terutama bagi negeri kritikal menghadapi isu tanah contohnya Johor, Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Dalam dasar baru ini kita harus memikirkan agar kerajaan negeri mempunyai kawalan ketat ke atas tanah walaupun persendirian.

Cadangan kita supaya syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) seperti Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA), Permodalan Nasional Berhad (PNB), bahkan yang bersifat dana seperti KWSP, Kumpulan Wang Amanah Pencen, Tabung Haji dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang mempunyai rizab cukup besar ambil peranan.

Apa salahnya institusi yang diwujudkan untuk membantu survival sosio-ekonomi Melayu membeli tanah-tanah persendirian milik Melayu yang hendak dijual daripada jatuh ke tangan asing.

Contohnya, kes di Kampung Mutiara. Kemelutnya puluhan tahun. Mengapa tidak pelbagai syarikat milik kerajaan ini membeli dari pemiliknya sama ada untuk aset, dibangunkan semula atau dikekalkan kepada penduduk?

Ini penting supaya tidak terlepas pada pihak lain. Malang sekali, jika penduduk Kampung Mutiara yang sebahagian besarnya Melayu dihalau keluar. Akhirnya, tanah tersebut terlepas pihak lain.

Kita menyarankan kalau ada syarikat-syarikat kerajaan ini membeli sama ada untuk aset atau dibangunkan semula atau serah kembali pada penduduk. Ini penting supaya tidak terlepas pada pihak lain.

Kalau kita tidak pertahankan, kita bimbang lambat-laun kampung tradisi ini lenyap. Mekanisme di pihak kerajaan melalui usul yang pernah dibawa ke Parlimen sebelum ini oleh Ketua Whip Parlimen PAS, Datuk Mahfuz Omar, malangnya usul tersebut ditolak oleh Timbalan Speaker.

Saya tidak faham logik apa usul yang begitu bermakna mengenai Tanah Rizab Melayu dan masa depan kampung tradisi Melayu di bandar ditolak begitu sahaja.

Saya masih ingat pertemuan rasmi Lajnah Tanah dengan Datuk Seri Nazri Aziz sebelum ini yang menyokong usaha jika ada akta diwujudkan di Parlimen bagi memulihara kampung tradisi sebagai warisan bangsa.

Namun, bila dibawa oleh Ahli Parlimen Pokok Sena, ditolak, dengan alasan, tanah di bawah bidang kuasa Negeri. Saya amat setuju dengan hujah Datuk Mahfuz, apa gunanya Perdana Menteri mempengerusikan Majlis Tanah Negara, ada Kanun Tanah Negara dan Akta Pengambilan Tanah yang berada di bawah Kerajaan Pusat?

Sedihnya, tidak ada MP Umno yang sepatutnya bangun menyokong ketika Dato' Mahfuz mempersoalkan kenapa usulnya ditolak.

Saya hendak menyatakan yang pentingnya dari sudut tanah rizab Melayu dan keduanya supaya Majlis Lembaga Amanah diwujudkan dengan diberikan hak melalui Parlimen untuk memantau bagi memelihara tanah-tanah tradisi milik Melayu.

Bila ada mekanisme yang diwartakan maka tanah ini akan terpelihara sampai bila-bila. Kalau tidak, tiada jaminan terhadap masa depan tanah-tanah persendirian.

Modus operandi sehingga tanah perkampungan diduduki puluhan tahun berpindah tangan begitu saja pada pemaju...

Kalau kita buat perbandingan dengan Kampung Chubadak Tambahan di Sentul mereka peneroka asal kerana telah meneroka sekian lama tanah didiami.

Sepatutnya, mereka ini mendapat hak milik tetapi kedudukan tanah mereka yang strategik terdedah pada keghairahan kapitalis atau golongan pemodal.

Mereka akan gunakan kabel dengan pihak berkuasa pada kerajaan pemerintah untuk mendapatkan tanah tersebut. Caranya mudah apabila tanah-tanah itu sekalipun ada lesen pendudukan sementara (TOL), bila ada pelan pembangunan, status tanah diduduki akan ditukar status kepada setinggan bagi membolehkan mereka dihalau dari penempatan mereka.

Tentulah ini tidak adil kepada rakyat yang tinggal sekian lama tetapi syarikat yang baru muncul beberapa tahun mempunyai modal besar untuk halau penduduk.

Sebab itu melalui akta yang cuba kita lakukan di Parlimen ada satu jaminan kedudukan tanah-tanah warisan ini dalam bentuk Majlis Lembaga Amanah.

Mengapa tanah diduduki Melayu begitu mudah terancam sedangkan Umno diuar-uarkan menjaga kepentingan Melayu?

Betapa khianatnya Umno BN, pada ketika mereka bercakap soal bangsa, saya lihat kain pemidang Konvensyen Umno Wilayah Persekutuan bertemakan "Ke Mana Arah Melayu Bandar?"

Ini hanya sandiwara Umno sebab pemimpin merekalah sebahagian daripada pihak yang melindungi pemaju dan kapitalis ini untuk menghalalkan rampasan tanah orang Melayu di seluruh negara.
Tiba-tiba mereka bangkit bercakap tentang agenda bangsa sedangkan mereka pengkhianat kepentingan dan hak Melayu.

Inisiatif pihak Lajnah Tanah selepas ini...

Saya nak sebut kegembiraan saya dalam persidangan meja bulat yang lalu. Selepas pembentangan ahli panel, kita buat bengkel. Kita benar peserta suarakan apa juga pandangan termasuk menyentuh Pakatan Rakyat.

Kita catat untuk dijadikan resolusi yang akan dipanjangkan pada komponen pimpinan Pakatan Rakyat dan akan menghadap Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang.

Ekoran daripada kebimbangan peserta, salah satu resolusi kita ialah menubuhkan badan pemikir dan penggerak kepada hal ehwal warisan kebudayaan dan pembangunan Melayu.

Badan pemikir ini terdiri daripada pelbagai latar belakang politik dan kerjaya. Kita akan salurkan pandangan mereka.

Selain itu, kita akan wujudkan badan gabungan NGO. Daripada kedua-dua entiti ini kita akan angkat isu dan agenda bertindak memantau pembangunan tanah orang Melayu dan wakaf serta mendesak pertanggungjawaban GLC kerajaan.

Kita akan mengatur pertemuan dengan CEO UDA misalnya. Dasar dan imejnya sudah jadi korporat. Kita cabar pemimpin Umno yang yang ada kuasa supaya kembalikan dasar dan matlamat asal penubuhan GLC terbabit yang awalnya bertujuan untuk membantu Bumiputera

GLC mesti berperanan bukan hanya berfikir soal untung rugi. Rakyat mesti menuntut amanah dan kepercayaan kepada mereka. Kita minta kerajaan kembali pada matlamat asal penubuhan GLC terbabit.

Tidakkah isu tanah yang diperjuangkan di Pulau Pinang akan menjejaskan kedudukan kerajaan negeri Pakatan Rakyat?

Sekali lagi saya tegaskan, ini soal amanah. Tindakan kita ini tidak bercanggah dengan kerajaan negeri seolah-olah agenda Melayu dipinggirkan dalam kerajaan negeri.

Di sinilah letaknya kewibawaan dan kredibiliti PAS dalam lanskap politik Pakatan Rakyat.

Program seperti persidangan, wacana seperti ini untuk memperkukuh Pakatan Rakyat. Sebelum ini PAS dituduh kuda tunggangan DAP. Kita membuktikan PAS tidak sekali-kali begitu. Kita mandiri bahkan kita jadi semak dan imbang dalam kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Tidak timbul soal kita hendak menyerang kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Usaha Lajnah Tanah negeri tidaklah menyerang bahkan kita semak dan imbang daripada kebobrokan sejak zaman kerajaan BN lagi. Pakatan Rakyat ambil alih kuasa ketika sudah banyak tanah Melayu hancur dikerjakan kerajaan BN.

Isu seperti Kampung Mutiara dan Kampung Selut misalnya. Kita juga bincang Kampung Tanjung

Tokong. Apa bentuk pembangunan di situ agar tidak merugikan orang Melayu manakala Kampung Batu Uban yang hanya tinggal masjid sahaja.

Kalau boleh kita kembalikan penduduk itu untuk mereka kekal mengimarahkan masjid tertua sebelum kehadiran Francis Light lagi.

Orang Melayu peneroka awal sebelum kedatangan Francis Light pada tahun 1786 sedangkan masjid itu wujud 1734 bukti orang Melayu Islam ada di situ lebih awal lagi daripada Inggeris.

Kita sanggah tanggapan kononnya Francis Light yang buka Pulau Pinang. Saya difahamkan oleh beberapa NGO ancaman-ancaman ke atas kampung Melayu.

Banyak tanah milik persendirian sebab itu kita perlukan satu polisi. Resolusi yang kita ada akan diperincikan dengan segala fakta sebelum diangkat kepada kerajaan negeri.

Kita kena lakukan penambahbaikkan serta memperkukuhkan kerajaan Pakatan Rakyat yang dikongsi bersama agar tidak dilihat longgar dalam menjaga kepentingan orang Islam di Pulau Pinang. Ini sedang kita lakukan dan yakin difahami oleh rakan-rakan Pakatan Rakyat kita. - HARAKAHDAILY 3/12/2014






















Sumber HD - 3-12-2014











Hanya mampu beli sekilo beras sehari - Mazlan

SALMIYAH HARUN | .




KUALA LUMPUR: Lajnah Pembangunan Tanah dan Wilayah PAS Pusat mula mengagihkan sumbangan mereka bagi program 'Ramadan datang lagi penoreh getah mohon simpati' yang dilancar 8 Jun lalu.

Menurut Pengerusinya Mazlan Aliman, sehingga hari ini beberapa tempat di Jerantut, Baling, Padang Rengas, Ulu Selangor dan beberapa destinasi telah menerima sumbangan daripada Lajnahnya.

"Projek ini bukan setakat bulan Ramadan sahaja dan ianya akan diteruskan lagi selepas hari raya nanti.

"Derita ini tidak akan berakhir selagi harga getah tidak naik. Dan nasib penoreh getah terus dihimpit kemiskinan," katanya.

Pihaknya juga turut memberi sumbangan berupa makanan dan pakaian bukan sahaja kepada peneroh bahkan disalurkan juga kepada kaum ibu tunggal, warga emas dan anak yatim.

Mazlan turut berterima kasih kepada para penyumbang sama ada individu dan syarikat korporat serta NGO bagi menjayakan program ini.

"Hasil sumbangan orang ramai ini juga kita salurkan kepada miskin bandar yang ramai tidak sedar mereka pun begitu terhimpit dengan kos kenaikan harga barang dan juga rumah sewa.

"Sangat gembira, tahun ini cukup banyak sumbangan yang diberikan oleh mereka yang bermurah hati dan prihatin dengan nasib golongan ini," katanya.


Kempen julung kali ini diadakan bagi melahirkan rasa simpati dan meringankan beban penoreh getah yang kini terhimpit ekoran harga getah merudum sehingga RM1.80 sekilogram.

Mereka akan mengumpul sumbangan orang ramai dan kemudian mengagihkannya kepada golongan sasar secara berperingkat.

Rombongan dari lajnah tanah PAS ini akan turun sendiri menyelami nasib warga penoreh getah yang kini sangat terhimpit kesan kejatuhan harga komoditi itu.

"Saya saksikan sendiri bagaimana kehidupan seharian para penoreh getah yang tidak mampu untuk membeli beras sekampit walaupun hanya lima kilogram sahaja.

"Apa yang menyedihkan, ada di kalangan mereka yang hanya mampu membeli sekilo beras tiap-tiap hari," katanya. - HARAKAHDAILY 22/7/2014

Sumber HD - 22-7-2014

No comments:

Post a Comment