BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Thursday, July 10, 2014

PAS DAN HALEHWAL SELANGOR


















DUPNS harap program TV penuhi inspirasi 

Syawal

HARAKAHDAILY | .




http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41700-dupns-harap-program-tv-penuhi-
inspirasi-syawal

KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor (DUPNS) menyeru semua masyarakat
untuk menjadikan sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang agar mematuhi syariat Islam.

Ketuanya, Ustaz Rizuan Rahmat berkata adat dan kebiasaan yang bercanggah dengan hukum Islam
harap dapat ditinggalkan seperti bersalam dan bersentuhan dengan bukan mahram, hiburan yang
melampau, tidak menutup aurat dan sebagainya.

DUPNS juga, ujarnya mengajak stesen TV yang menyediakan program sambutan Aidilfitri agar
dapat menyajikan program hiburan yang memenuhi inspirasi Syawal sebagai bulan menyambut
kejayaan ibadah Ramadan.

Tambahnya, kepada stesen TV yang telah menyediakan program yang sesuai dengan Islam, terlebih
dahulu DUPNS mengucapkan tahniah.

"Sesungguhnya, peranan stesen TV sangat besar untuk membimbing masyarakat ke arah
penghayatan Syawal yang lebih bermakna," ujarnya menerusi laman facebook DUPNS.

Di samping itu, kata beliau jangan lupa untuk menghulurkan sumbangan kepada mereka yang
kurang bernasib baik agar kemeriahan Syawal dapat disambut bersama.

"Dalam membuat persiapan untuk berhadapan dengan Syawal, marilah sama-sama kita memastikan
semua persiapan itu mengikut acuan Islam.

"Semoga Syawal yang menjelma nanti akan memberikan erti Ramadan yang sebenar kepada kita
umat Islam," ujarnya. - HARAKAHDAILY 26/6/2016

Sumber HD - 26-6-2016




PAS: Kita ada Allah

HARAKAHDAILY | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/41643-pas-kita-ada-allah

Firman Allah dalam surah Al Maidah ayat 104:

وَلَا تَهِنُوا فِي ابْتِغَاءِ الْقَوْمِ ۖ إِنْ تَكُونُوا تَأْلَمُونَ فَإِنَّهُمْ يَأْلَمُونَ
 كَمَا تَأْلَمُونَ ۖ وَتَرْجُونَ مِنَ اللَّهِ مَا لَا يَرْجُونَ ۗ وَكَانَ اللَّهُ عَلِيمًا
 حَكِيمًا
"Dan janganlah kamu lemah (hilang semangat) dalam memburu musuh (yang menceroboh) itu;
kerana kalau kamu menderita sakit (luka atau mati) maka sesungguhnya mereka pun menderita
sakitnya seperti penderitaan kamu; sedang kamu mengharapkan dari Allah apa yang mereka tidak
harapkan (iaitu balasan yang baik pada hari akhirat kelak). Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui,
lagi Maha Bijaksana."

PAS menelusuri perjalanan politik dan dakwah penuh kesabaran. Jatuh bangun, kalah menang,
dibuang, diboikot, diketepikan dan dikhianati dan ditikam oleh lawan dan kawan dari belakang,
dituduh dengan pelbagai ungkapan negatif seperti pengganas, ortodoks, konservatif, ketinggalan,
parti lebai dan bermacam lagi adalah merupakan rencah yang pernah dilalui PAS.

Sepanjang 60 tahun lebih, PAS berada di lapangan perjuangan politik dan pilihan raya tidak pernah
mengecewakan. PAS dan seluruh kepimpinan dan jenteranya menjadikan setiap saat, setiap peluh
dan wang ringgit hatta jiwa raga yang diletakkan atas perjuangan suci ini adalah dianggap
kemuncak ibadah diperhambakan kepada Allah azza wa jalla.

PAS pernah melalui zaman lebih getir dalam perjuangan ini dan tidak segetir yang dialami
sekarang. Para pimpinan dan jentera PAS pada satu ketika dahulu, serba dhaif dan kekurangan telah
berhadapan dengan Umno BN yang lebih jauh terkedepan dari pelbagai sudut wang ringgit, jentera,
kemudahan dan segala-galanya ditambahlagi berpilihan raya di padang yang tidak sama. Mereka
telah membuktikan ketabahan dan kesabaran berada di medan politik sekalipun mengalami
kekalahan demi kekalahan malah selepas daripada kalah, ada sebahagian mereka terpaksa pula
berdepan tindakan daripada pihak kerajaan, seperti dipindah tempat kerja, ada yang dinafikan hak
mendapat bantuan, anak mereka dinafikan biasiswa dan pinjaman dan juga diejek dan dihina oleh
masyarakat.

PAS satu ketika dahulu pernah hanya didukung dan disokong oleh golongan kampung, petani,
pesawah, nelayan dan para ustaz dan ilmuwan agama dari luar bandar. Mereka berjuang dengan
gigih tanpa rasa rendah diri. Mereka sentiasa optimis dengan janji Allah s.w.t. bahawa setiap usaha
mereka adalah ibadah dan pasti tidak disia-siakan. Mereka inilah sebenarnya backbone kepada PAS
sejak sekian lama. Benarlah apa yang sudah disebut oleh Al Quran, firmanNya dalam surah Hud
ayat 27:

فَقَالَ الْمَلَأُ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ قَوْمِهِ مَا نَرَاكَ إِلَّا بَشَرًا مِثْلَنَا وَمَا نَرَاكَ اتَّبَعَكَ إِلَّا الَّذِينَ هُمْ
أَرَاذِلُنَا بَادِيَ الرَّأْيِ وَمَا نَرَىٰ لَكُمْ عَلَيْنَا مِنْ فَضْلٍ بَلْ نَظُنُّكُمْ كَاذِبِينَ
"Maka berkatalah ketua-ketua yang kafir dari kaumnya: "Kami tidak memandangmu (wahai Nuh)
melainkan sebagai seorang manusia seperti kami; dan kami tidak nampak golongan yang
mengikutmu melainkan orang-orang kami yang miskin hina, lagi berfikiran singkat; dan kami juga
tidak memandang kamu (semua) mempunyai sebarang kelebihan yang mengatasi kami, bahkan
kami menganggap kamu orang-orang pendusta."

Namun, perjuangan ini sememangnya dijanjikan oleh Allah s.w.t. bukan sesuatu yang
menyenangkan dan mudah. Perjuangan Islam asasnya adalah perjuangan melawan nafsu syahwat
yang selalu mendorong manusia untuk tidak bersama perjuangan Islam. Ini adalah kerana
perjuangan Islam lambat mendapat kemenangan, tidak beroleh laluan mudah, jauh perjalanan dan
memakan masa yang panjang.

Semua ciri-ciri ini merupakan faktor yang berlawanan dengan naluri syahwat manusia. Bahkan
seruan perjuangan Islam yang janji yang ditawarkan kepada manusia adalah sesuatu yang amat
susah diterima masyarakat dunia pada hari ini yang dihambat dengan sifat materialisme dan
kejahilan yang terlalu mendalam. Sifat materialisme dan kejahilan yang menebal dalam masyarakat
Islam kesan daripada penjajahan barat dan juga serangan pemikiran yang ampuh oleh musuh Islam
bertahun-tahun lamanya sudah tentu sesuatu yang bukan mudah untuk dihakiskan.

Kejahilan kefahaman Islam yang sebenar terkesan daripada benih sekularisme dan terbaru
liberalisme adalah satu cabaran kepada perjuangan Islam yang menuntut kepada PAS untuk tidak
hanya berpolitiking sahaja malah berdakwah bagi mengembalikan masyarakat muslim dan manusia
ke jalan yang lurus.

PAS hendaklah menjadikan medan politik berpilihan raya dalam lapangan demokrasi ini
benar-benar medan dakwah. PAS tidak perlu merasakan bahawa PAS kalah dan tewas. Kerana
tanggungjawab sebenar adalah dakwah iaitu menyampaikan risalah Islam dan keindahannya.
Selama PAS mampu dan berdaya untuk berdakwah atau mengajar dan menyampaikan mesej ini,
itulah kemenangan hakiki.

PAS tidak perlu berasa bersendirian, kerana Allah yang senantiasa bersama. Sekalipun seluruh
masyarakat dalam negara ini masih dan akan menolak PAS, Allah s.w.t. tetap ada disamping PAS.
PAS tetap dipelihara Allah sekalipun kejahatan daripada tangan yang cuba menikam PAS dan
meruntuhkannya selama PAS menjadikan matlamatnya selari dengan kehendak Allah.

Para petugas dan jentera PAS, ingatlah bahawa janji Allah adalah sesuatu yang pasti. Jangan kita
lupa bahawa harapan Islam akan memancarkan sinarnya satu hati nanti. Walaupun ia tidak berlaku
pada zaman kita, InsyaAllah ia tetap berlaku pada zaman cucu cicit kita. Jadilah golongan yang
disebut oleh Nabi s.a.w. dalam satu hadis diriwayatkan oleh Suhaib r.a.

عجبًا لأمر المؤمن إنَّ أمره كله خير، وليس ذلك لأحد إلا للمؤمن،
إن أصابته سرَّاء شكر فكان خيرًا له، وإن أصابته ضرَّاء صبر
 فكان خيرًا له
Maksudnya: "..menakjubkan hal keadaan orang beriman itu. Sesungguhnya setiap perkara berlaku
ke atas dirinya adalah baik. Dan tiadalah sedemikian rupa hanyasanya kepada orang beriman. Iaitu
sekiranya dia diberikan kesenangan, dia bersyukur ( dengan mentaati Allah ) dan itulah kebaikan
buatnya. Sekiranya dia ditimpakan kesusahan, dia bersabar (redho dan tabah) dan itulah kebaikan
buatnya...".

Renungilah firman Allah s.w.t. yang pernah dinyatakan olehNya kepada Nabi Muhammad s.a.w.
yang juga telah melalui kepayahan dan kesukaran dalam perjuangan.

Surah al Nahl ayat 127:

وَاصْبِرْ وَمَا صَبْرُكَ إِلَّا بِاللَّهِ ۚ وَلَا تَحْزَنْ عَلَيْهِمْ وَلَا تَكُ فِي ضَيْقٍ
 مِمَّا يَمْكُرُونَ
Dan bersabarlah (wahai Muhammad terhadap perbuatan dan telatah golongan yang ingkar itu);
dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan (memohon pertolongan) Allah; dan janganlah
engkau berdukacita terhadap kedegilan mereka, dan janganlah engkau bersempit dada disebabkan
tipu daya yang mereka lakukan.

Ayuh, wahai Ansorullah, teruskanlah perjuanganmu, perjalanan ini terlalu jauh. Persiapkan diri
dengan sifat iman dan tawakkal yang tinggi. Tiada masa untuk kita kecewa, tidak ada ruang bagi
mereka yang berputus asa. Kuatkan kebergantungan kita kepada Allah s.w.t. kerana kalah dan
menang pastinya dalam pengetahuanNya jua.

Nukilan:
Alfaqir Ila Robbihi
Ustaz Muhammad Najhan Halim
Setiausaha Dewan Ulamak PAS Selangor - HARAKAHDAILY 21/6/2016

Sumber HD - 21-6-2016





Pas tidak akan tagih simpati

Posted on Wednesday, June 22 @ 15:13:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30660



SHAH ALAM - Pas tidak akan berundur walau selangkah untuk menagih simpati daripada blok 
parti pembangkang (Pakatan Harapan).
Timbalan Pesuruhjaya Pas 1 Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, walaupun kecewa
dengan keputusan PRK kawasan Parlimen Sungai Besar, Pas tetap istiqamah meneruskan agenda
memperbaiki kerosakan negara dengan pendekatan 'Budaya Politik Matang Sejahtera' (BPMS)
 sepertimana digagaskan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurutnya, Pas menghormati keputusan rakyat mengekalkan penguasaan BN di kerusi tersebut
namun dalam masa sama, Pas akan tetap sentiasa berusaha memenangi semula hati pengundi secara
berhemah dan profesional pada PRU14.

"Pas memasuki PRK Sungai Besar secara ‘underdog’, tetapi Pas ditohmah tidak mempunyai
semangat setia kawan, tidak boleh dibawa berunding dan segala macam tohmahan negatif
dilemparkan sedangkan parti hanya ingin meneruskan kesinambungan perjuangan di kerusi yang
pernah ditandingi sebelum ini.

"Malah Pas mempunyai sejarah perjuangan politik dalam negara ini selama lebih 62 tahun dan
selayaknya Pas mendapat sewajarnya daripada blok parti pembangkang di dalam usaha jatuhkan
Umno/BN," katanya

Ahmad Yunus yang juga Exco Selangor berkata, beliau kecewa apabila kalangan pimpinan yang
sebelum ini pernah bersusah payah berjuang di dalam Pas, memburukkan parti di atas pentas
ceramah Parti Amanah Negara (Amanah) dengan hasrat untuk menarik undi ahli-ahli tegar Pas.

Katanya, betapa rasa terhinanya apabila orang-orang yang pernah berjasa ini akhirnya ditempelak
dan dicemuh kerana meninggalkan perjuangan gerakan Islam yang diterajui Pas.

Menurutnya, Pas Selangor akan mengaplikasikan gagasan BPMS secara bersungguh-sungguh
di dalam gerak kerja dan tindakan bersepadu semua jentera parti Pas Selangor di semua peringkat.

"Inilah penyelesaian kita kepada rakyat supaya dapat berikan sokongan yang padu dan tidak
berbelah bahagi kepada Pas dan Kuasa Ketiga bagi menjatuhkan BN daripada tampuk pemerintahan
negara ,"katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Yunus berterima kasih kepada calon Pas, Dr Abdul Rani Osman yang
memikul tanggungjawab berat sebagai calon Pas untuk PRK Sungai Besar.

Walaupun dicemuh dan difitnah, namun beliau tetap dengan politik matang sejahtera menyantuni
masyarakat setempat dan pimpinan parti lawan.


  "Terima kasih juga kepada pimpinan Pas Pusat dan juga petugas serta sukarelawan Pas yang hadir
membantu," katanya.

Sumber TKO - 22-6-2016









Tahniah KWSP, DUPNS gesa pilih persaraan 







patuh syariah

HARAKAHDAILY | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41656-tahniah-kwsp-dupns-gesa-pilih-
persaraan-patuh-syariah

KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Selangor (DUPNS) berbesar hati dengan keputusan yang
dibuat oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hasil desakan para sarjana Islam dan
permintaan masyarakat Islam agar simpanan persaraan pekerja diurus mengikut prinsip Islam.

"Keputusan ini dapat mengelak dari orang terlibat dengan perkara riba dan amalan yang tidak patuh
syariah," ujar Ketua DUPNS, Ustaz Rizuan Rahmat dalam satu kenyataan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Shahtil Ridza Ridzuan, keputusan ini melibatkan
RM100 bilion atau 15% dari keseluruhan dana KWSP yang bernilai RM681 bilion dan ia adalah
langkah awal untuk usaha mengembangkan lagi simpanan yang yang berteraskan syariah ini.

Justeru, kata Ustaz Rizuan, DUPNS berharap usaha dapat ditingkatkan lagi agar pada masa akan
datang dana KWSP ini diurus hampir sepenuhnya berdasarkan kepada prinsip syariah.

Rentetan dari itu, katanya DUPNS menggesa para pekerja dan penyimpan wang dalam KWSP agar
mengubah opsyen simpanan mereka ke Simpanan Syariah dengan pergi sendiri ke kaunter KWSP
berhampiran dengan membawa kad pengenalan.

Sekali lagi, kata beliau DUPNS mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pihak yang terlibat
dalam menjayakan usaha yang murni ini.

"Semoga ia dimasukkan dalam amal kebajikan, apatah lagi dalam bulan Ramadan ini," ujar beliau
lagi. - HARAKAHDAILY 22/6/2016

Sumber HD - 22-6-2016

Tewas PRK: PAS tidak undur walau selangkah

DR AHMAD YUNUS HAIRI | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41648-tewas-prk-pas-tidak-undur-walau-selangkah


FIRMAN Allah SWT di dalam Surah Ali-Imran ayat ke 160:

إِنْ يَنْصُرْكُمُ اللَّهُ فَلَا غَالِبَ لَكُمْ ۖ وَإِنْ يَخْذُلْكُمْ فَمَنْ ذَا الَّذِي
 يَنْصُرُكُمْ مِنْ بَهِ ۗعْدِ وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ

“Jika Allah menolong kamu, maka tak adalah orang yang dapat mengalahkan kamu; jika Allah 
membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapakah gerangan yang dapat menolong 
kamu (selain) dari Allah sesudah itu? Karena itu hendaklah kepada Allah saja orang-orang mukmin
bertawakkal.”

Bahang Pilihan Raya Kecil Parlimen 093 Sungai Besar, Selangor telah berakhir pada tanggal 18 Jun
2016 lalu dengan kemenangan kerusi yang direbutkan itu kekal kepada parti Umno yang mewakili
Barisan Nasional yang mengenepikan calon parti PAS dan Amanah.

Parti PAS menghormati keputusan rakyat untuk mengekalkan penguasaan Barisan Nasional di
kerusi tersebut namun dalam masa yang sama PAS akan tetap sentiasa berusaha untuk memenangi
semula hati pengundi-pengundi Parlimen Sungai Besar secara berhemah dan profesional supaya
dapat menyokong calon PAS di dalam Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.

Sedia maklum, PAS memasuki PRK Sungai Besar secara ‘underdog’, parti yang bukan pilihan
kerana berseorangan, PAS ditohmah tidak mempunyai semangat setiakawan, tidak boleh dibawa
berunding dan segala macam tohmahan negatif dilemparkan kepada PAS sedangkan PAS hanya
ingin meneruskan kesinambungan perjuangan PAS di kerusi yang pernah PAS tandingi sebelum
daripada PRK kali ini.

PAS telah mempunyai sejarah perjuangan politik di dalam negara ini selama lebih 62 tahun dan
selayaknya PAS mendapat sewajarnya daripada blok parti-parti pembangkang di dalam usaha untuk
menjatuhkan Umno Barisan Nasional daripada tampuk pemerintahan Negara.

Saya berasa sangat kecewa apabila kalangan pimpinan yang sebelum ini pernah bersusah payah
berjuang di dalam PAS akhirnya terpaksa bersilat lidah dengan ucapan-ucapan mereka bagi
memburuk-burukkan PAS di atas pentas ceramah Amanah dengan hasrat untuk menarik undi
ahli-ahli ‘hardcore’ PAS bagi mengundi calon mereka.

Betapa rasa terhinanya apabila orang-orang yang pernah berjasa ini akhirnya ditempelak dan
dicemuh kerana meninggalkan perjuangan gerakan Islam yang diterajui olah PAS.

Walaupun keputusan PRK Sungai Besar ini sedikit mengecewakan namun PAS sebagai sebuah parti
politik yang ‘senior’ di dalam negara ini tidak akan berundur ke belakang walau selangkah untuk
menagih simpati daripada blok parti pembangkang yang diberi nama baru ‘Pakatan Harapan’.

PAS akan tetap istiqamah meneruskan agenda memperbaiki kerosakan negara ini dengan
pendekatan yang lebih menarik dan menyakinkan iaitulah “Budaya Politik Matang Sejahtera
(BPMS)” sepertimana yang digagaskan oleh Datuk Seri Tuan Guru Presiden PAS pada Muktamar
PAS yang lalu.

PAS Selangor akan mengaplikasikan gagasan ini secara bersungguh-sungguh di dalam gerakerja
dan tindakan bersepadu semua jentera parti PAS Selangor di semua peringkat.

Inilah penyelesaian kita kepada rakyat supaya dapat memberikan sokongan yang padu dan tidak
berbelah bahagi kepada PAS dan Kuasa Ketiga bagi menjatuhkan Barisan Nasional daripada
tampuk pemerintahan negara.

Saya mengambil kesempatan ini bagi pihak Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor untuk
merakamkan ucapan terima kasih kepada pimpinan PAS Pusat yang telah memberikan kerjasama
kepada kami di dalam mengharungi kecelaruan politik di negeri Selangor dan juga di dalam PRK
Sungai Besar.

Tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada Dr. Abdul Rani Osman, Adun Meru yang memikul
tanggungjawab berat sebagai calon PAS untuk PRK Sungai Besar walaupun dicemuh, difitnah dan
dimehnah, beliau tetap dengan politik matang sejahtera menyantuni masyarakat setempat dan
pimpinan parti lawan.

Akhirnya saya merakamkan jutaan terima kasih kepada petugas-petugas serta sukarelawan PAS
yang telah hadir dari seluruh kawasan di dalam negeri Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor
dan Pahang yang telah berkorban usaha, tenaga, keringat dan juga nyawa bagi mempastikan
kemenangan PAS di dalam PRK Sungai Besar.

Jasa pengorbanan tuan-puan amatlah dihargai dan didoakan semoga semuanya diganjari dengan
ganjaran yang selayaknya daripada Allah SWT Insya-Allah. – HARAKAHDAILY 21/6/2016

Penulis ialah Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Selangor merangkap Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri 
Selangor

Sumber HD - 21-6-2016

PAS raih undi dengan dakwah, tidak janji 

habuan dunia

HARAKAHDAILY | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41633-pas-raih-undi-dengan-dakwah-
tidak-janji-habuan-dunia

KUALA LUMPUR: Tagline PAS ialah "menyokong dan menegakkan Islam".

Justeru, PAS mengajak menunaikan solat, membayar zakat, menjauhkan zina, meninggalkan
minum arak, menghadiri kuliah agama, menguatkuasakan hukum hudud dan qisas, ketelusan dalam
pemerintahan, memerangi rasuah dan lain-lain.

"Semua kerja di atas adalah kerja mulia. Pada lojiknya semua kerja itu mesti orang suka dan boleh
dapat sokongan ramai. Tetapi lojik ini meleset," kata Ketua Dewan Ulamak PAS Selangor, Ustaz
Rizuan Rahmat.

Ini, katanya kerana tidak semua orang suka perkara baik.

Buktinya, kata beliau biarpun Rasulullah SAW digelar al-amin, tetapi apabila baginda mengajak
kepada perkara baik, ramai yang tidak suka.

Malahan, jelas beliau pemimpin Quraisy merancang membunuh baginda.

"Para rasul yang lain pun menerima cabaran yang sama. Ada para rasul yang berjaya mengalahkan
pemerintah di zamannya, dan ramai yang tidak," katanya lagi.

Ini, ujarnya bermakna usaha itu lebih penting kerana hidayah adalah milik Allah.

PAS, kata beliau menjalankan usaha dakwah dalam jalur politik dan PAS tidak menyogok pengundi
dengan kebendaan dan menjanjikan habuan dunia.

"Adalah bagi sikit-sikit, tetapi itu diambil dari poket ahli-ahli PAS. Tak percaya, tanyalah ahli PAS
dan lihatlah laporan kewangan cawangan PAS," katanya.

Menurutnya, PAS mendekati pengundi dengan cara mengajak mereka kepada mengikut ajaran Islam,
bukan dengan menjamu mereka dengan habuan kebendaan.

"Ini usaha dakwah dan kerja ini sangat mencabar. Jangankan nak ubah orang lain, nak ubah diri
sendiri pun berat.

"Sewaktu sedap tidur, tiba-tiba azan Subuh berbunyi, 'nak bangun solat berjemaah, berat ke mudah
aja'.

"Inilah usaha dakwah yang PAS usahakan," ujar beliau.

Justeru, beliau menggesa supaya terus menjalankan usaha dakwah itu.

"Allah menilai hasil kerjamu. Semoga berjaya," katanya. - HARAKAHDAILY 20/6/2016

Sumber HD - 20-6-2016
























Menjauhi fitnah dan memfitnah

HARAKAHDAILY | .


http://m.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/41573-menjauhi-fitnah-dan-memfitnah

Situasi, keadaan dan kedudukan. Di manakah Anda?
Contoh Situasi Yang Mencetuskan Fitnah

1. Pihak Pertama:
Anda seorang ahli mesyuarat yang sah. Memberi pandangan, peringatan dan teguran dengan
keizinan pengerusi untuk berucap, di tempat yang betul. Setelah itu jika ada kesilapan sudah
diperbetulkan dan diberi teguran dalam mesyuarat. Agenda mesyuarat bukan membincangkan
perkara tentang satu dua hari tetapi perjalanan selama setahun. Mesyuarat telah selesai. Siru ala
barakatillah.

قوله تعالى:
وأمرهم شورى بينهم

2. Pihak Pembuat Fitnah
Anda berada dalam mesyuarat mungkin sebagai ahli mesyuarat atau sebahagian pihak media atau
musuh parti Islam atau cybertrooper yang berperanan mengambil sebahagian isi mesyuarat dengan
niat (spin) untuk membuat fitnah dan lain-lain. Atau sememang fitnah adalah kerja anda maka
ingatlah. Allah Ta'ala melaknat pembangkit fitnah

قال الرسول (ص )
الفتنة نائمة لعن الله من أيقظها

3. Pihak Pengulas
Sekiranya pengetahuan anda tentang mesyuarat menyeluruh sama ada anda ahli mesyuarat atau
anda mendapat maklumat yang tepat dari sumber yang benar dan anda membuat ulasan tersebut
dengan niat yang baik untuk memberi nasihat maka alhamdulillah dan terima kasih. Namun
pastikan ulasan itu pada tempat dan orang yang betul. Bukan di tempat yang salah kerana akan
membawa kepada fitnah.

قال الرسول (ص)
الدين النصيحة

Sekiranya pengetahuan anda tidak menyeluruh tentang mesyuarat dan anda tidak mendapat
maklumat dari sumber yang benar apatah lagi dari sumber fitnah kemudian anda mengulas dan
ulasan tersebut bukan pada tempat dan yang berkenaan maka ingatlah.

قوله تعالى:
فويل لكل همزة لمزة

قال الرسول (ص)
سباب المسلم فسوق

4. Pihak Musuh
Sekiranya anda adalah pihak musuh sama ada musuh politik Islam, musuh dalam kumpulan-
kumpulan atau golongan fahaman dalam Islam seperti syiah, wahabi, liberal dan lain-lain maka
sememang itu kerja anda. Tidak ada ungkapan yang lebih baik kecuali berdoa kepada Allah.

اللهم رد كيدهم على نحوركم ولا حول ولا قوة إلا بالله
 العلي العظيم.
5. Pihak Awam Yang Terpengaruh

Anda turut menyebar fitnah atau turut mencela atau turut mengulas tanpa bersandarkan sumber
yang benar yang mana perbuatan itu tanpa sedar kerana terpengaruh maka diharapkan Allah
mengampunkan dosa-dosa anda.

Ini adalah gambaran dalam dunia media tanpa sempadan. Membawa satu contoh situasi. Begitulah
situasi yang lain.

Semoga bermanfaat.

"POLITIK MATANG & SEJAHTERA"

Al Faqir Nik Bakri Nik Mat
Lajnah Tarbiyah Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor

Sumber HD - 16-6-2016

PAS Selangor Tidak Sertai Program Bersama Tun Dr
Mahathir Malam Ini


Posted on Sunday, May 15 @ 19:45:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

Berita

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor di dalam mesyuaratnya yang diadakan pada 10hb Mei 

telah bersetuju sebulat suara bahawa PAS Selangor tidak akan bersama di dalam program yang 
melibatkan Tun Dr Mahathir di Stadium Malawati pada 14hb Mei ini.
Sehubungan itu, Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor juga memutuskan agar Pesuruhjaya PAS
Selangor tidak dibenarkan hadir dan ahli tidak dikerah ke program tersebut.

PAS Selangor mengingatkan rakyat bahawa kebejatan dan kemudharatan yang berlaku pada hari ini
terjadi kerana pemusatan kuasa kepada Perdana Menteri, hasil warisan daripada pentadbiran Tun Dr
Mahathir.

Selain itu, PAS Selangor mengingatkan juga bahawa agenda Tun Dr Mahathir adalah menjatuhkan
Datuk Seri Najib Tun Razak dan bukannya pemulihan keseluruhan sistem dan keadaan negara.

Tun Dr Mahathir, melalui kenyataan-kenyataannya, telah menegaskan bahawa beliau mahu UMNO
kekal berkuasa.

PAS Selangor percaya bahawa rakyat Malaysia prihatin dan faham akan keadaan negara.

PAS Selangor juga yakin bahawa Malaysia dapat diselamatkan tanpa Tun Dr Mahathir.

Infiruu!

Bakti Untuk Semua

Mohd Prasad bin Hanif

Ketua Penerangan
PAS Selangor

mahfuz
mah1


Sumber TKO - 15 - 5 - 2016
















PAS Selangor tetap bertanding PRK Sungai 

Besar















HARAKAHDAILY | .


Beberapa pihak mengajak PAS kembali ke meja rundingan dan ada juga yang mengajak kembali ke
Pakatan Harapan.

PAS Selangor ingin menegaskan beberapa perkara:

1. PAS tidak akan kembali ke Pakatan Harapan kerana PAS tidak pernah berada di dalam Pakatan
Harapan. PAS masih berada di dalam Pakatan Rakyat dan masih bertahaluf siyasi bersama PKR.

2. PAS Selangor melihat keikhlasan pada tindakan, bukan sekadar ucapan politik dan retorik. Maka,
sekiranya pelawaan rundingan tersebut ikhlas, maka pihak-pihak tersebut perlu membuktikannya.

Pilihan raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar akan mendedahkan lawan dan kawan PAS. PRK ini
akan meletakkan batu asas pertandingan di dalam PRU14.

Sikap DAP terhadap Melayu dan Islam akan terlihat dan kawan serta lawan di dalam PKR juga akan
zahir.

Parlimen Sungai Besar adalah kerusi PAS. Di sini, PAS telah berdepan dengan Barisan Nasional
sejak berdekad lamanya.

PAS Sungai Besar dengan kekuatan 40 cawangannya disertai dengan kekuatan jentera dari seluruh
negeri telah bersedia untuk menumbangkan Barisan Nasional.

Walau sesiapa pun meletakkan calon melawan PAS, PAS Selangor akan terus mara.

MOHD PRASAD HANIF
Ketua Penerangan PAS Selangor - HARAKAHDAILY 12/5/2016

Sumber HD - 12-5-2016

Pelawaan Azmin: Ini jawapan Iskandar Samad

HARAKAHDAILY | .


MEDIA telah meminta komen saya tentang pelawaan Timbalan Presiden PKR, Dato' Seri Mohd
Azmin Ali agar PAS kembali bekerjasama dengan PKR dan DAP.

Komen saya adalah perkara seperti ini hanya boleh diputuskan oleh PAS Pusat.

PAS Selangor tidak boleh membuat apa-apa keputusan walaupun berhak menyatakan pandangan.

PAS Selangor yakin dengan kebijaksanaan dan pandangan jauh PAS Pusat yang akan mengambil
kira situasi di negeri-negeri.

Walau bagaimanapun bagi kami di Selangor, kerjasama di antara ketiga-tiga parti masih terus
berjalan di dalam kerajaan.

DATO' ISKANDAR ABDUL SAMAD
Pesuruhjaya PAS
Negeri Selangor
9 Mei 2016 – HARAKAHDAILY 9/5/2016

Sumber HD - 9-5-2016



















PAS Bantah Pesta Arak Selangor

Posted on Sunday, May 01 @ 23:50:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu




Pada hari ini, Dewan Ulamak, Dewan Pemuda, Muslimat PAS Negeri Selangor dan Geng Ustaz 
membuat laporan polis secara serentak terhadap pesta arak bersempena dengan ‘Emma Hewitt 
Forever Summer Beach Festival 2016’ yang akan diadakan di Sunway Lagoon Subang Jaya 
Selangor pada 30 April.

Konsert Emma Hewitt, artis dari Australia yang ditaja oleh syarikat arak Asahi dan Summerby
dikhuatiri mengundang implikasi buruk kepada masyarakat khasnya di Selangor.

Laporan dibuat di Balai Polis Bandar Sunway Subang Jaya pada jam 3.00 petang tadi.
pas selangor
“Geng Ustaz diwakili oleh Ustaz Norazli Musa selaku Presiden yang juga merupakan AJK Kerja
PAS Pusat.

“Dewan Pemuda dan Muslimat masing-masing diwakili oleh Ustaz Hanafi Zukapli, Naib Ketua
Pemuda PAS Selangor dan Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan selaku Ketua Dewan Muslimat PAS
Selangor,” lapor Ustaz Muhammad Najhan Halim, Setiausaha Dewan Ulamak PAS Selangor.
emma hewit
Sementara itu, aktivis Bangkit, Eddy Casmady, turut membantah program tersebut.

“Menteri Besar Selangor (Datuk Seri Mohamad) Azmin Ali dan Kerajaan Negeri Selangor harap
jangan tidur dan pentingkan kredit politik semata-mata. Buatlah kerja sikit dalam menjaga maruah
agama Islam. Maruah agama Islam bukan dijaga dengan membina kubah masjid jutaan ringgit
semata-mata.

“Ketua Polis Subang Jaya diharap bertegas jika benar ingin menjaga keharmonian kaum dan
masyarakat di kawasan ini. 100 peratus penduduk Melayu dan Bumiputera MEMBANTAH
DENGAN KERAS penganjuran program ini.

“Begitu juga dengan YDP Majlis Perbandaran Subang Jaya yang bertanggungjawab beri permit
penganjuran kepada penganjur. Pesan saya janganlah kita nak jaga hati minoriti, kita sanggup ‘
tendang’ kepentingan majoriti,” katanya.

Sumber TKO - 1-5-2016


Peranan alimat perkukuh kepimpinan ulamak

HARAKAHDAILY | .


MUQADDIMAH
Allah s.w.t. berfirman dalam Surah Taubah ayat 122,

وَمَا كَانَ الْمُؤْمِنُونَ لِيَنْفِرُوا كَافَّةً ۚ فَلَوْلَا نَفَرَ مِنْ كُلِّ فِرْقَةٍ مِنْهُمْ طَائِفَةٌ لِيَتَفَقَّهُوا فِي الدِّينِ وَلِيُنْذِرُوا قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُوا إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ

Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang
dituntut di dalam ugama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang)
apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari
melakukan larangan Allah).

Islam adalah agama ilmu dan menekankan kepentingan ilmu kepada setiap muslim. Kejahilan
adalah berlawanan dengan sifat Islam yang diturunkan oleh Allah s.w.t. kepada ummat manusia
untuk mengeluarkan mereka daripada kejahilan kepada cahaya ilmu Allah.

Kewajiban menuntut ilmu bagi setiap muslim dan muslimah adalah perkara yang dilihat oleh Islam
sebagai tanggungjawab untuk melahirkan ahli ilmu dalam masyarakat.

Ayat dalam surah At Taubah di atas menyatakan betapa pentingnya golongan ulamak dan alimat
yang haraki dilahirkan dalam sesebuah masyarakat untuk menyampaikan ilmu dan menyedarkan
mereka daripada kejahilan dan memberi peringatan kepada mereka dalam urusan dunia dan akhirat.

Ayat di atas menerangkan tentang bagaimana kepentingan golongan para ulamak dan alimat dan
menjadi satu kemestian dilahirkan di tengah-tengah perjuangan Islam. Mereka merupakan nukleus
dalam perjuangan dan menjadi satu tanggungjawab jihad ilmu yang mesti diusahakan oleh PAS.
Jihad bukan sekadar berada di medan perang dan pertembungan dengan pihak musuh, malah jihad
ilmu dari satu sudut memberikan kesan lebih baik dan efektif iaitu dengan mewujudkan satu
golongan cendekiawan dalam perjuangan.

MUSLIMAH DAN ILMU

Diriwayatkan oleh Anas bin Mali bahawa Nabi s.a.w. bersabda,

طلبُ العلمِ فريضةٌ على كلِّ مسلم

"..menuntut ilmu adalah fardu ke atas setiap muslim."

Tidak dikecualikan bahawa tuntutan mempelajari ilmu dalam Islam adalah sebahagian daripada
tuntutan agama. Muslimah juga diwajibkan untuk menuntut ilmu agama khasnya dan ini adalah
merupakan satu penghormatan tinggi Islam terhadap golongan muslimah yang pada satu ketika
dahulu pada zaman jahiliyyah mereka didiskriminasikan daripada mendapatkan ilmu.

Wanita hanya dianggap sebagai hamba kepada golongan lelaki dan ditugaskan hanya sebagai dalam
urusan berkait soal wanita sahaja. Mereka dibiarkan jahil ilmu pengetahuan dan daripada pelbagai
bidang.

Dengan kedatangan Islam, Islam mengangkat kemuliaan martabat wanita dengan diberikan hak
sama dengan lelaki dalam kewajiban menuntut ilmu dan hak untuk mendapatkan ilmu. Pada zaman
Islam, terdapat sahabiyyah yang bertaraf Fuqaha' seperti Saidatina Aisyah r.a.h. isteri Nabi s.a.w.
sendiri. Beliau juga merupakan perawi hadis-hadis Baginda. Beliau tersenarai di antara orang yang
paling banyak meriwayatkan hadis dan juga menjadi rujukan para sahabat dalam perkara hukum dan
Ilmu Islam. Aisyah r.a.h. dalam usia masih muda beliau adalah pakar feqah pertama dalam Islam.

Ini membuktikan betapa besarnya pengiktirafan Islam kepada muslimah dalam bidang ilmu
pengetahuan. Tanggungjawab fardu kifayah mendalami ilmu agama ke umat Islam juga disahut dari
kalangan muslimah yang turut dalam mempelajari pelbagai cabang dalam agama Islam dan ilmunya.
Ada diantara mereka yang memiliki ijazah sarjana muda dan bahkan tidak kurang yang memiliki
taraf kedoktoran

PAS DAN ALIMAT

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang ditubuhkan pada tahun 1951 adalah sinonim dengan para
ulamak. Sekumpulan ulamak yang bangkit atas kesedaran dengan menubuhkan PAS membawa
risalah perjuangan politik Islam di lapangan demokrasi dalam negara ini.

Para alim ulamak yang pulang dari negara luar dan tamat pengajian dalam bidang masing-masing
menjadikan PAS sebagai wadah perjuangan Islam. Mereka mendapat pendidikan agama dan juga
secara tidak langsung mendapat pendedahan tentang ilmu perjuangan Islam dan politik Islam dari
tempat mereka belajar seperti dari Mesir, Jordan, Syria, lain-lain negara dan bahkan dari tanahair
Malaysia sendiri. Mereka memahami dan merasai kepertanggungjawaban untuk memperjuangkan
Islam maka PAS sahajalah wadah yang paling tepat dan benar bagi merealisasikan hasrat itu.

PAS dijadikan wadah dan platform para alim ulamak malah juga dan juga tidak dikecualikan para
alimat yang turut mendepani perjuangan PAS. Muslimat kini juga telah ramai yang menyertai PAS
yang ada dari kalangan mereka yang memiliki keilmuan yang cukup tinggi dalam pelbagai bidang
profesional dan agama. Mereka ini terdiri dari kalangan para Ustazah yang memiliki keupayaan
dalam bidang agama Islam setanding dengan ustaz dan muslimin.

Para ustazah ini walaupun memiliki tanggungjawab dalam pekerjaan masing-masing dalam bidang
perguruan, pekerjaan, keluarga tetapi mereka juga melibatkan diri dalam perjuangan PAS. Mereka
memimpin usrah-usrah muslimat cawangan, kawasan dan negeri. Mereka juga memimpin
kerohanian dan fikrah muslimat PAS serta menjadi rujukan dan pemimp dalam program-program
anjuran parti seperti tamrin, daurah, nadwah dan berbagai lagi. Keberadaan para ustazah ini
memberi impak cukup besar kepada pembentukan fikrah dan melengkap kepimpinan muslimat
dalam perjuangan PAS.

ALIMAT DAN KEPIMPINAN ULAMAK

Alimat dan para asatizah adalah merupakan elemen penting dalam organisasi parti PAS. Mereka
tidak lagi hanya sekadar mengisi ruang-ruanh kosong dalam aktiviti dan program parti. Malah
mereka yang sudah memiliki kemampuan ilmu dan pendidikan yang tinggi perlu menyedari bahawa
PAS sangat berhajat kepada sumbangan mereka disamping sumbangan para aktivis dan profesional
dalam parti. Alimat dan para ustazah sewajibnya mengetahui bahawa mereka adalah golongan yang
dipilih oleh Allah s.w.t. yang diberikan ilmu dan kefaqehan dalam urusan agama. Bahkan mereka
wajib mempraktiskan ilmu dan juga disampaikan kepada pihak yang lain dengan memimpin ke jalan
yang benar diredhai Allah.

PAS amat bertuah kerana para ustazah dan alimat yang telah berjaya di lapangan ilmu mereka
sekembalinya mereka di tengah masyarakat dan dakwah, merrka tetap memilih PAS sebagai wadah
perjuangan Islam. PAS yang didokongi dengan konsep kepimpinan ulamak menjadikan penyertaan
alimat dan para ustazah selari dengan keperluan PAS bagi mengisi dan memantapkan kepimpinan
berteraskan ulamak.

Para ustazah dan alimat hendaklah mengambil aspirasi PAS dengan mendokong dan menyokong
kepimpinan Ulamak dengan memberikan peranan dan sumbang efektif sebagai ilmuwan dan rujukan
dalam PAS khasnya di kalangan Muslimat dalam PAS.

Keilmuwan dan kafaqehan mereka dalam cabang ilmu Islam mestilah dianggap sebagai
tanggungjawab dan amanah yang dipikulkan oleh agama agar disumbangkan bagi memantapkan dan
memperkukuhkan PAS di persada politik tanah air.

Aspirasi kepimpinan ulamak bukan bermakna menolak golongan profesional dan aktivis parti tetapi
ianya bermaksud bahawa semua penyokong dan pendokong PAS hendaklah ulamak dan kepimpinan
ulamak nadi penting dalam perjuangan PAS. Para ulamak adalah mereka yang begitu banyak jasa
dalam menyedarkan masyarakat dan ahli PAS khasnya dalam Islam dan perjuangan Islam. Peranan
Alim Ulamak PAS dan juga Alimat adalah merupakan golongan yang menggerakkan kefahaman
politik Islam pada ketika masyarakat beranggapan bahawa tiada politik dalam Islam dan juga
menganggap politik adalah kotor yang tidak patut disertai oleh golongan agamawan. Allah s.w.t.
sendiri memuliakan para ulamak dan alimat dengan menyatakan bahawa disebabkan keilmuwan
mereka adalah merupakan hamba yang menggeruni dan takut kepada Allah berbanding hamba yang
lain. FirmanNya dalam surah Fatir ayat 28,

إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ

Maksudnya, "...Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari
kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa,
lagi Maha Pengampun.."

Berkata Imam Sufyan al Sauri bahawa, Ulamak itu ada tiga jenis

عالم بلله عالم بأمر الله وعالم بلله ليس بعالم بأمر الله وعالم بأمر الله ليس بعالم بلله ;
فالعالم بلله وبأمر الله الذي يخشى الله تعالى ويعلم الحدود والفرائض والعالم بلله ليس بعالم بأمر الله الذي يخشى الله ولا يعلم الحدود والفرئض والعالم بأمر الله ليس بعالم بلله الذي يعلم الحدود والفرائض ولا يخشى الله عز وجل.

Maksudnya, Alim yang mengenal Allah dan mengetahui perintahNya, alim yang mengenal Allah
tetapi tidak mengetahui perintah Allah dan Alim yang mengetahui perintahNya tetapi tidak
mengenalNya.

Adapun alim yang mengenal Allah dan mengetahui perintahNya adalah mereka yang takut Allah
azzawajalla serta memelihara sempadan dan kewajibannya.

Alim yang mengenal Allah tetapi tidak mengetahui perintahNya iaitu mereka yang takut akan Allah
akan tetapi tidak mengetahui sempadan perintahNya dan alim yang mengetahui perintah Allah dan
tidak mengenaliNya adalah alim yang tidak takut kepada Allah.."

PAS secara langsung mengakui dan mengambilkira peranan yang dimainkan oleh golongan alimat
sehingga Ahli Majlis Syura PAS turut dianggotai oleh dua orang tokoh Alimat sebagai dari lapangan
yang diiktiraf kemahiran mereka iaitu Dr Wahibah Tahir dan Dr Nazirah Mohamad.

PENGHARGAAN PAS KEPADA ALIMAT

PAS menghargai kewujudan para alimat dan ustazah dalam perjuangan Islam. PAS memberi
pengiktirafan terhadap keilmuwan dan idea mereka dan sangat dialu-alukan melalui terutamanya
sumbangan ilmu dan fikrah di kalangan ahli dan pendukung PAS. Maka di atas sebab itu, PAS
mewujudkan Jabatan Alimat di bawah selian Dewan Ulamak sebagai bukti keseriusan PAS
menerima kehadiran ramai dari kalangan para ustazah dan alimat dalam perjuangan Islam PAS.

Kemunculan Jabatan Alimat Dewan Ulamak PAS ini signal jelas telah wujud satu lagi sayap
perjuangan PAS yang tidak kurang pentingnya dengan sayap parti yang lain seperti Dewan Ulamak,
Pemuda dan Muslimat. Bahkan sekiranya Jabatan Alimat ini semakin membesar dan keahliannya
bertambah, keupayaannya meningkat dengan fungsinya yang begitu dinamik, tidak musthail bahawa
Jabatan Alimat ini akan bertukar menjadi Dewan Alimat PAS setanding dengan yang lain.

Mudah-mudahan Insya Allah. Amiinn

Tahniah ke Jabatan Alimat PAS Selangor atas penganjuran Ijtimak Alimat pada kali ini, didoakan
agar Jabatan Alimat terus maju dan istiqamah dengan perjuangan Islam dan menyumbang kepada
keutuhan PAS di arena politik dan dakwah di tanah air.

Salam daripada ana Ustaz Muhammad Najhan, Dublin Ireland. Misi program Dewan Ulamak PAS
Selangor bersama pelajar.

Ustaz Muhammad Najhan Halim
Setiausaha Dewan Ulamak PAS Selangor - HARAKAHDAILY 1/5/2016

Sumber HD - 1-5-2016





















Bantah serentak konsert Emma Hewitt

HARAKAHDAILY | .




PADA hari ini, Khamis 28 April 2016, Dewan Ulamak, Dewan Pemuda, Muslimat PAS Negeri
Selangor dan Geng Ustaz membuat laporan polis secara serentak terhadap penganjuran Konsert
Emma Hewitt dari Australia yang akan diadakan di Sunway Lagoon Subang Jaya Selangor.

Konsert ini ditaja oleh syarikat arak Asahi dan Summerby yang dikhuatiri menjadikan konsert satu
bentuk pesta arak yang mengundang implikasi buruk kepada masyarakat khasnya di Selangor.

Laporan dibuat di Balai Polis Bandar Sunway Subang Jaya pada jam 3.00 petang.

Geng Ustaz diwakili oleh Ustaz Norazli Musa selaku Presiden yang juga merupakan AJK Kerja PAS
Pusat.

Dewan Pemuda dan Muslimat masing-masing diwakili oleh Ustaz Hanafi Zukapli, Naib Ketua
Pemuda PAS Selangor dan Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan selaku Ketua Dewan Muslimat PAS
Selangor.

Kehadiran para penyokong daripada mewakili Dewan-Dewan PAS Selangor dan Geng Ustaz
seramai 50 orang memenuhi ruang legar Balai Polis Bandar Sunway dan disambut mesra dan penuh
ukhuwwah daripada pegawai polis yang bertugas.

Pihak kami difahamkan oleh ketua balai, Sulaiman bahawa Konsert Emma Hewit tidak akan
dibenarkan disebabkan bantahan pelbagai pihak termasuk PAS dan Geng Ustaz.

Pembatalan konsert ini disambut rasa syukur kerana usaha mencegah mungkar adalah
tanggungjawab kita semua.

Ustaz Muhammad Najhan Halim
Setiausaha Dewan Ulamak PAS Selangor
28 April 2016 / 20 Rejab 1437 - HARAKAHDAILY 28/4/2016

Sumber HD - 28-4-2016























Penduduk tidak lagi takut sertai program PAS





















HARAKAHDAILY | .


PAS Negeri Selangor telah ditugaskan untuk membantu DUN (N.27) Sebuyau dan DUN (N.70)
Samalaju pada Pilihan Raya Negeri Sarawak yang akan datang.

Kami telah turun sejak 2015 untuk membantu PAS di Sarawak merampas kerusi-kerusi tersebut
daripada Barisan Nasional.

PAS Sarawak juga telah melaksanakan banyak program untuk membantu rakyat seperti projek
ekonomi, projek kebajikan dan projek kemudahan rakyat.

PAS Sarawak telah berperanan di dalam masyarakat sebelum memiliki seorang wakil rakyat.

Berdasarkan kesungguhan PAS, ingin ditegaskan bahawa PAS meletakkan calon-calon untuk
memenangi pilihan raya.

PAS telah mengerahkan ahli-ahli dan membelanjakan wang ringgit bukan sekadar untuk bercuti
tetapi untuk menawarkan pembelaan kepada rakyat Sarawak.

Bagi kedua-dua DUN yang akan ditandingi, PAS Selangor bersyukur dengan penerimaan penduduk
yang amat menggalakkan terhadap PAS.

Penduduk tempatan tidak lagi takut untuk bersama-sama di dalam program PAS malah tidak sabar
menunggu program-program kami.

Program-program pula digerakkan oleh ahli-ahli PAS tempatan. Cawangan PAS yang baru telah
juga berjaya ditubuhkan.

Oleh hal yang demikian, PAS Selangor optimis dengan peluang PAS untuk merampas kerusi-kerusi
tersebut.

Berdasarkan pemerhatian kami, rakyat Sarawak memerlukan pembelaan dari PAS kerana
pembangunan di negeri tersebut adalah tidak seimbang.

Adun PAS akan membawa suara rakyat ke Dewan Undangan Negeri agar mereka dapat menikmati
kemudahan dan pembangunan seperti rakyat Malaysia yang lain.

Kami berharap hak PAS untuk bertanding sepertimana di dalam sebuah negara yang mengamalkan
sistem demokrasi akan dihormati dan bukan dimusuhi dengan tindakan-tindakan ganas.

DATUK ISKANDAR ABDUL SAMAD
Pesuruhjaya PAS
Negeri Selangor
19 April 2016 – HARAKAHDAILY 19/4/2016

Sumber HD - 19-4-2016

Jangan berselindung di sebalik OSA, beri 

penjelasan

HARAKAHDAILY | .


Kerajaan Umno BN sepatutnya memberi penjelasan kepada pendedahan-pendedahan yang
dilakukan oleh YB Rafizi Ramli dan tidak berselindungan di sebalik Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Sepatutnya pendedahan Ahli Parlimen Pandan itu dialu-alukan agar sebarang kepincangan dapat
dibetulkan demi kepentingan negara dan rakyat.

Walau bagaimanapun beliau telah ditahan seperti seorang penjenayah yang merbahaya.

Penahanan ini terus menghakis keyakinan rakyat terhadap pentadbiran Umno BN dan memburukkan
lagi imej negara di mata dunia.

Ia juga akan menyuburkan budaya berdiam diri apabila berlaku penyelewengan.

Tidak ada siapa yang akan berani bersuara kerana mereka yang melakukan pendedahan berhadapan
dengan pendakwaan.

Ini sudah tentu bertentangan dengan konsep mencegah kemungkaran di dalam Islam.

DATUK ISKANDAR A SAMAD
Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor
6 April 2016 - HARAKAHDAILY 6/4/2016

Sumber HD - 6-4-2016

























Tudung bukan sekadar bungkus kepala tetapi 























akhlak

HARAKAHDAILY | .


Bertudung merupakan suatu kewajipan ke atas seorang wanita muslimah. Ia patut untuk mendidik
pemakainya dan penjualnya berakhlak mulia kerana ia bukan sekadar masalah hukum, tetapi lebih
dari itu ia melibatkan persoalan akhlak.

Lagi mulia seseorang itu, lagilah ia perlu untuk menjaga penampilannya dengan baik dan sempurna.

Baru-baru ini, kita digemparkan dengan video pergaduhan sesama pelanggan di sebuah tempat
jualan tudung yang berfesyen yang disebarkan di dalam media baru.

Ia tidak sepatutnya berlaku kerana semua pihak yang terlibat dengan jualan beli tudung patut
mengambil berat soal akhlak.

Kepada pembeli tudung, pemikihan jenis tudung amat penting agar tidak sekadar membungkus
kepala tetapi ialah menjaga aurat sebagai seorang muslimah.

Janganlah ada yang menutup kepala tetapi pada hakikatnya masih jauh dengan perintah Allah.

Selain itu, perlu ingat bahawa matlamat menutup aurat bukan sekadar untuk menjaga zahir sahaja,
tetapi ialah untuk menjaga hati agar hilang sifat menunjuk-nunjuk, sombong, berasa lawa sangat dan
sebagainya.

Kepada penjual tudung, kita bertanggung jawab di hadapan Allah apabila kita menyediakan tudung
yang tidak patuh syariah.

Mungkin itu adalah salah pembeli yang membeli tudung berkenaan, tetapi penjual juga turut
menyumbang saham dengan menyediakan tudung yang tidak patuh syariah.

Selain itu, jangan pula ada penjual tudung, tetapi dia sendiri tidak bertudung, seolah-olah ia
merupakan suatu produk budaya sahaja.

Panduan umum tentang tudung patuh syariah telah diberikan oleh ulama, yang tidak susah untuk
kita mematuhinya.

Sekiranya para penjual dapat menyediakan tudung yang patuh syariah sehingga dapat membuat
gelombang besar kepada masyarakat, pahalanya sungguh besar.

Saya mengajak semua pihak yang berkaitan dengan jual beli tudung, sama ada penjual, pembeli,
pereka fesyen, penjahit dan sebagainya agar menjadikannya sebagai suatu tuntutan Islam, bukan
sekadar produk budaya dan apatah lagi semata-mata untuk mengaut keuntungan sahaja.

USTAZ RIZUAN RAHMAT
Ketua Dewan Ulamak PAS Selangor
27 Jamadil Akhir 1437 / 5 April 2016 - HARAKAHDAILY 5/4/2016

Sumber HD -5-4-2016

Syabas, Khairul Idham tunjuk contoh 

pelumba Muslim

HARAKAHDAILY | .


Tahniah kepada pelumba motor muda negara Khairul Idham Pawi.

DACS Selangor merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada pelumba motor muda negara,
Saudara Khairul Idham Pawi, 17 tahun kerana telah menjuarai siri kejohanan Moto GP Dunia di
Litar Termas de Rio Hondo dalam kategori Moto3, Grand Prix Motorsikal Argentina.

Khairul Idham Pawi mengatasi rakan sepasukan Honda, Jorge Navarro dari Sepanyol dan pelumba
Afrika Selatan mewakili KTM, Brad Binder. Ia sekali gus mencipta sejarah sukan negara apabila
menjadi anak muda tempatan pertama menjuarai Moto GP.

DACS Selangor turut mengucapkan tahniah kepada seorang lagi pelumba negara yang turut
bersaing dalam perlumbaan yang sama iaitu Saudara Adam Norrodin. Walaupun mengalami
kemalangan, Adam tetap berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ke-11.

Kejayaan ini membuktikan pelumba motor negara mampu untuk menempa kejayaan di pentas
permotoran dunia sebaris dengan negara-negara yang terkenal melahirkan jaguh motosikal dunia
seperti Sepanyol, Itali, USA dan lain-lain lagi.

Dengan latihan yang terkini dan pendedahan awal untuk berlumba di pentas antarabangsa, ia
mampu untuk mematangkan pelumba-pelumba negara sekaligus dapat bersaing dengan jaguh dunia
yang lain.

Pendedahan awal Khairul Idham Pawi dan Adam Norrodin dalam Moto3 adalah amat baik kerana ia
dapat menjadi batu loncatan kepada mereka berdua untuk bersaing ke kategori yang lebih tinggi lagi
iaitu Moto2 dan MotoGP.

Sudah tiba masanya pelumba negara untuk bersaing dengan jaguh motosikal dunia seperti Valentino
Rossi, Jorge Lorenzo, Marc Marquez dan lain-lain.

Akhir kalam, DACS Selangor turut berbangga dengan Khairul Idham Pawi apabila menunjukkan
contoh yang baik sebagai pelumba Muslim.

Beliau tidak meraikan kejayaannya di atas podium dengan menyembur minuman keras seperti
kebiasaannya bagi para pemenang. Ini adalah contoh terbaik kepada seluruh anak muda agar tidak
meninggalkan tuntutan Islam meskipun ketika bersukan.

DACS Selangor berharap pihak KBS memandang kejayaan yang dicapai oleh Khairul Idham Pawi
ini sebagai alasan untuk menyalurkan lebih banyak lagi peruntukan bagi melahirkan lebih ramai
jaguh-jaguh lumba motorsikal dari Malaysia.

Perbanyakkan litar lumba kos rendah di peringkat akar umbi di seluruh negara untuk memberi
ruang yang lebih luas kepada anak muda menunjukkan bakat masing-masing.

Contoh terbaik yang ada ialah di Selangor. Di Selangor, kami ada Litar Lumba Rakyat, Stadium
Kuala Selangor. DACS Selangor turut sama menggalakkan anak muda untuk berlumba di sini.

Dengan bayaran rendah, para pelumba di kalangan anak muda boleh mengasah bakat
masing-masing sekali gus mengurangkan kadar lumba haram. Mungkin dari litar rakyat inilah akan
melahirkan jaguh dunia satu hari nanti.

Tahniah Khairul Idham Pawi! Anda memberi inspirasi kepada seluruh anak muda di Malaysia.

MUHAMMAD FADZLI ABU BAKAR
Pengarah Department of Arts, Culture and Sports (DACS) Selangor
Dewan Pemuda PAS Selangor - HARAKAHDAILY 5/4/2016

Symber HD -3-4-2016



























Umno tawar duit, terdesak cari sokongan

























JUHANI RAHMAN | .


KUALA LUMPUR: Tawaran pemimpin Umno untuk memberi ganjaran puluhan ribu kepada
cawangan Umno yang berjaya mendaftarkan ahli baharu paling ramai menunjukkan parti itu
semakin terdesak mencari sokongan rakyat.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, Umno ketika ini hilang kredibeliti
dengan pelbagai dakwaan yang masih gagal dijawab sepenuhnya sehingga sekarang.

Keadaan itu, tambah Iskandar yang juga Naib Presiden PAS, menyebabkan usaha Umno untuk
mencari ahli baharu menjadi satu tugas yang hampir mustahil untuk dilaksanakan.

"Saya melihat bahawa Umno di Selangor telah gagal untuk menarik minat rakyat sehingga terpaksa
menawarkan ganjaran kewangan.

"Kami memahami masalah yang dihadapi oleh mereka kerana kredibliti Umno di mata rakyat telah
teruk tercalar. Sudah tentu untuk menarik ahli-ahli baru adalah satu tugas yang hampir mustahil,"
katanya.

Tawaran yang diumumkan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu dalam
mesyuarat agung tahunan ketua cawangan Umno Selangor di Dewan MAEPS, Serdang minggu lalu
bertujuan untuk merampas negeri paling maju itu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Zahid menaikkan imbuhan itu sebanyak sepuluh kali ganda berbanding ganjaran asal yang
ditawarkan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang mengakui tidak mempunyai
peruntukan yang banyak.

Ketika dihubungi Harakahdaily, Exco Kanan Kerajaan Negeri Selangor itu menambah, prestasi
kerajaan negeri yang cemerlang dengan pelbagai tawaran program kebajikan turut mendapat
sokongan padu dari rakyat.

Keadaan ini, katanya, menyebabkan ruang Umno untuk berperanan sebagai pembangkang semakin
sukar kerana ketandusan isu.

Katanya, perkara paling penting adalah PAS tidak gentar untuk terus berhadapan dengan Umno
dalam pilihan raya walaupun tiada sumber kewangan yang besar.

"PAS Selangor tidak bimbang dengan perkembangan ini kerana cawangan-Cawangan PAS dapat
menarik ahli-ahli baru tanpa ganjaran kewangan ini.

"Ahli-ahli PAS tidak meletakkan ganjaran kewangan sebagai matlamat perjuangan mereka," kata
Adun Chempaka itu.

Menurutnya, perbezaaan perjuangan ini jelas menunjukkan bahawa Umno tidak mampu mencontohi
PAS dalam menetapkan matlamat perjuangan.

"Matlamat mereka bukan hanya di dunia tetapi di akhirat. Mencari keredhaan Allah adalah
matlamat utama aktivis-aktivis PAS agar selamat di dunia dan akhirat.

"Pengumuman yang dibuat dengan jelas menunjukkan bahawa matlamat Umno adalah hanya untuk
dunia sahaja," katanya.- HARAKAHDAILY 25/3/2016

Sumber HD - 25-3-2016

Siasat menyeluruh seleweng dana KBS RM100

 juta

HARAKAHDAILY | .


DACS Selangor melahirkan rasa kecewa dengan isu penyelewengan dana kerajaan mencecah lebih
100 juta yang berlaku di dalam Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Khairy Jamaludin Abu Bakar selaku Menteri Belia dan Sukan telah mengesahkan bahawa pegawai
kanan di bawah kementeriannya telah disoal siasat oleh SPRM beberapa minggu yang lalu dan
disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dana kerajaan.

Pegawai kanan tersebut menurut Khairy telah lama melakukan perbuatan terbabit yang tidak
memerlukan lampu hijau Menteri atau Ketua Setiausaha untuk meluluskan sesuatu projek.

DACS Selangor memuji tindakan segera pihak SPRM menyiasat penyelewengan dana yang berlaku
di dalam Kementerian Belia dan Sukan ini serta keterbukaan Khairy membuka ruang seluas-luasnya
kepada SPRM untuk menyiasat tanpa gangguan, tidak seperti dalam kes-kes sebelum ini yang mana
SPRM sering kali diganggu oleh pihak-pihak tertentu.

Walaupun masih dalam peringkat siasatan oleh pihak SPRM tetapi ia telah memberi gambaran buruk
terhadap kementerian yang menguruskan hal ehwal sukan di dalam negara ini berdasarkan hasil
dapatan siasatan SPRM yang telah menyita beberapa barangan mewah termasuk 12 kenderaan
antaranya Audi, Mercedes Benz, Nissan GTR dan Toyota Vellfire.

Antara barang mewah lain ialah jam berjenama Richard Mille (RM400,000), 40 beg tangan
berjenama termasuk jenama Hermes (RM400,000), set cadar mewah (RM300,000), dan barang
kemas termasuk cincin mutiara Cartier bernilai RM600,000.

Barangan yang disita berjumlah RM20 juta, sementara wang di dalam 69 akaun bank berjumlah
RM8.33 juta dibekukan.

Ia ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Sudahlah kita semua maklum bahawa pencapaian sukan negara
kita tidaklah begitu hebat berbanding negara lain, kini individu yang menguruskan sukan pula
terpalit dengan pelbagai skandal salah guna kuasa, rasuah dan lain-lain lagi.

Sampai bila sukan kita hendak maju jika perkara seperti ini pun masih lagi teruk. Individu yang
menguruskan sukan ini sepatutnya berusaha bersungguh-sungguh memartabatkan sukan kita ke
peringkat dunia bukannya mengambil kesempatan di atas dana kerajaan berikan. Ibarat harapkan
pegar, pegar makan padi. Sedih melihat apa yang berlaku kini.

Justeru itu, DACS Selangor mendesak agar siasatan lebih menyeluruh dilakukan oleh pihak SPRM
supaya jangan ada seorang pun yang terlepas daripada perbuatan terkutuk ini. Benarlah sabda nabi
Muhammad (SAW), "Jika urusan diserahkan bukan kepada ahlinya, maka tunggulah saat
kehancuran itu."

MUHAMMAD FADZLI BIN ABU BAKAR
Pengarah,
Department of Arts, Culture and Sports (DACS) Selangor.
Dewan Pemuda PAS Selangor. – HARAKAHDAILY 22/3/2016

Sumber HD - 22-3-2016




























Sekampit beras, inilah sumbangan kami



























HARAKAHDAILY | .








وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَىٰٓ ءَامَنُوا۟ وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكٰتٍ مِّنَ السَّمَآءِ وَالْأَرْضِ وَلٰكِن كَذَّبُوا۟ فَأَخَذْنٰهُم بِمَا
كَانُوا۟ يَكْسِبُونَ
Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah kami akan limpahkan
kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat kami) itu,
maka kami siksa mereka disebabkan perbuatannya. (Surah Al A'raf 96)

Menyedari kedudukan ekonomi negara pada hari ini dengan kenaikan kos sara hidup yang tinggi,
rakyat berada di dalam dilema yang berpanjangan. Sikap kerajaan yang tidak memikirkan serta
membela nasib rakyat bagi menyelamatkan rakyat dari terus dibelenggu kehimpitan hidup amat
mengecewakan.

Di kota metropolitan ibu negara Kuala Lumpur, rakyat berdepan dengan kos urusan harian yang
tinggi. Bermula dari kesusahan mendapat kerja, peningkatan mendadak kos kehidupan dari segi
sewa rumah, bahan keperluan dapur sehingga kepada isu pengangkutan awam.

Dengan keadaan yang demikian, Dewan Pemuda PAS Selangor tampil dengan beberapa siri "flash
mob" untuk menyedarkan rakyat akan kezaliman kerajaan serta ruang yang terhad itu untuk
memberi signal pada pihak berkuasa agar lebih cakna akan kesempitan hidup rakyat.

Terkini kehimpitan hidup menjalar ke kawasan desa. Pemuda PAS Selangor terpanggil untuk
sama-sama mengerakkan bantuan kepada rakyat yang berada di desa. Terutama mereka yang
berkerja sebagai penoreh getah. Rakyat di kawasan Baling, Padang Terap dan Sik di Kedah yang
rata-rata adalah seorang penoreh berdepan dengan harga getah yang terlalu rendah iaitu RM2.05
Sekilo.

Senario kejatuhan harga getah yang melampau tersebut menyebabkan masyarakat yang
mengharapkan pendapatan sepenuhnya sebagai penoreh getah terpaksa menerima kenyataan bahawa
mereka kini berdepan dengan masa depan tidak menentu dan tergolong dalam kategori miskin tegar
dalam masyarakat.

Justeru Pemuda PAS Selangor melancarkan "Kempen Sekampit Beras" khusus kepada penoreh
getah yang berada di Kedah. Walaupun hanya dengan sekampit beras dan beberapa bahan dapur
yang dikira tidak besar nilainya, namun objektif kempen ini berasaskan beberapa perkara.

i. Meringankan beban yang ditanggung oleh para penoreh getah
ii. Menyedarkan rakyat akan penindasan dan ketidakpedulian pihak kerajaan terhadap nasib rakyat
iii. Memberi isyarat kepada kerajaan agar melihat dan serta melaksanakan peranan sebagai sebuah
kerajaan untuk mengeluarkan rakyat dari keperitan hidup ini

Melalui Lajnah Kebajikan Dewan Pemuda PAS Selangor, Pengerusinya Saudara Zahrizan Jamaludin
amat komited bersama bantuan sokongan daripada semua entiti anak muda yang turut bekerjasama
dalam merealisasikan bantuan "Sekampit Beras" ini.

Serahan dibuat secara berperingkat. Peringkat pertama telah pun disampaikan pada 14 Mac 2016
yang lalu sebanyak 60 set bahan dapur bersamaan dengan nilai RM3,000.00 kepada Ustaz Mohd
Azam Abd Samad, Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Kedah.

Serahan kedua dibuat melalui Naib Ketua Pemuda PAS Selangor Ustaz Hanafi Zulkafli kepada
penduduk di Baling. Serahan peringkat ketiga dengan nilai sebanyak RM2,000.00 akan dibuat tidak
lama lagi.

Dewan Pemuda PAS Selangor berharap dengan sumbangan ini dapatlah membantu sedikit sebanyak
keperitan nasib hidup para penoreh getah dan meringankan beban bagi menghadapi hari-hari yang
mendatang.

SYARHAN HUMAIZI HALIM
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Selangor – HARAKAHDAILY 22/3/2016

Sumber HD - 22-3-2016

Awasi kemunculan sekular generasi baharu




























ABDUL MU’IZZ MUHAMMAD | .

SENARIO hari ini, gerakan Islam semakin mendapat tempat manakala gerakan sekular semakin
dipandang jijik terutamanya oleh masyarakat muslim. Maka Barat melalui anak-anak muridnya
mula menjenamakan semula ajaran sekular agar terus diterima oleh masyarakat muslim.

Bahkan proksi sekular di medan politik pun dilihat turut mengalami perubahan penstrukturan semula
terutamanya sejak akhir-akhir 90-an dan menjelma meraih perhatian ramai di pertengahan
millennium.

Antara tulisan popular kritikan Barat terhadap Islam adalah ‘The Failure Of Political Islam’ tulisan
Olivier Roy. Buku tersebut sekaligus menjadi signal arahan polisi perubahan Islam tajaan Barat yang
disambut oleh agen-agen mereka. Roy membidas golongan Islamis yang beliau labelkan sebagai
neo-fundamentalis yang dilihat konsisten membawa agenda perlaksanaan undang-undang Islam.

Secara berterus terang Olivier Roy mengungkapkan tentang golongan Islamis yang diwujudkan
untuk menentang golongan neo-fundamentalis. Islamis yang Barat maksudkan perlu mengamalkan
Islamisasi bermodelkan Barat;

“Yang lain, mereka boleh berkompromi mereka kemodenan Barat. Membawa ulama menerima
kemodenan di mana pada asalnya Islam menolaknya, termasuklah menerima konsep pemisahan
agama dan politik, yang semestinya membawa kepada sekularisasi”

Kini ancaman umat Islam berhadapan dengan proksi-proksi Barat di kalangan umat Islam sendiri.
Mereka menjalankan tugas Barat menentang agenda perlaksanaan Islam secara syumul. Pada masa
yang sama mendabik dada kononnya menjadi pejuang kepada nilai-nilai baik Islam yang dakwa
mereka mempunyai titik temu antara anutan-anutan lain. Akhirnya dinobatkan perjuangan nilai,
ditinggalkan perjuangan perlaksanaan Islam.

SEKULAR YANG BAIK?

Pemuka Liberal Indonesia, Nurcholis Madjid telah memperkenalkan bid’ah kononnya ajaran sekular
merupakan akar kepada ajaran Islam. Di dalam ucapannya pada 2 Januari 1970 yang bertajuk
‘Keharusan Pembaharuan Pemikiran Islam dan Masalah Integrasi Umat’, begitu juga dalam
artikelnya yang lain bertajuk ‘Sekali Lagi Tentang Sekularisasi’, beliau telah memperkenalkan
istilah ‘sekularisasi’ kepada masyarakat Islam Indonesia dengan mendakwa bahawa sekularisasi
tidaklah dimaksudkan penerapan sekularisme.

Bahkan menurutnya proses sekularisasi itu merupakan proses Islami seperti tertuang dalam
permulaan kalimah syahadah (La Ilaha..) itu sendiri. Beliau secara terang-terangan mengatakan
bahawa;

“Agama Islam bila diteliti benar-benar dimulai dengan proses sekularisasi lebih dahulu. Justeru 
ajaran tauhid itu pangkal tolak proses sekularisasi besar-besaran.” (Dr. Ugi Suharto, Pemikiran
Islam Liberal, m/s 7-8)

Yang telah berlaku di Indonesia pada era 70-an, kini melanda Malaysia. Jika diamati kebelakangan
ini, sudah ada ucapan-ucapan yang bersahaja mengatakan bahawa sekular merupakan ajaran yang
baik bahkan ada kaitan dengan konsep syahadah.

NEO-MU’ATTILAH

Dalam menyentuh soal sekular generasi baharu, penulis suka melampirkan beberapa pendedahan
dan ingatan dari Syeikh Yusuf al-Qaradhawi di dalam kitab-kitabnya.

Walaupun beliau tidak menggunakan istilah ‘sekular generasi baharu’, penerangan beliau jelas
menyingkap pemikiran bahaya yang semakin menular di kalangan umat Islam yang dibahasakannya
sebagai golongan ‘al-Mu’attilah al-Judud’.

“Mereka menyangka bahawa mereka berpegang dengan Maqasid al-Syariah dan ruh (nilai) agama. 
Sehingga melupakan nas al-Quran dan Hadis Sahih. Mereka mendakwa bahawa agama itu 
hanyalah pada nilai isinya bukan pada luarannya. Apabila kamu berhadapan dengan mereka 
berbekalkan nas-nas yang muhkamat, pasti mereka berdolak-dalih dan menyeleweng dari konteks 
sebenar. Mereka gemar berpegang dengan perkara mutasyabihat dan menolak perkara yang 
muhkamat. Mereka mendakwa diri mereka sebagai agen perubahan, realitinya mereka adalah agen 
pembaratan.” (Dr. Yusuf al-Qaradhawi, al-Siyasah a-Syar’iyyah, m/s 228)

Dalam tulisan yang lain, Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi mendedahkan asal usul mereka;

“Antara pemuka pemikiran ini adalah Muhammad Arkun yang berasal dari Algeria. Dia 
mengemukakan pemikiran yang kononnya fokus kepada maqasid syariah.” (Dr. Yusuf al-Qaradhawi,
Dirasah Fi Feqh Maqasid al-Syariah, m/s 87)

Mereka mengalami masalah pemahaman terhadap syariat Islam. Namun ghairah mengungkapkan
istilah-istilah syarak serta konsepnya walaupun apa yang disebutkan itu sama sekali bercanggah
dengan konteks sebenar. Rasional mengatasi autoriti nas.

Lebih menghairankan mereka cukup mengagungkan konsep-konsep dan nilai Barat. Bagi mereka
nas bukanlah rujukan yang absah untuk zaman ini, sehingga Dr. Yusuf al-Qaradhawi menyindir
pemikiran mereka;

“Apa yang dilihat oleh Barat sebagai baik, maka bagi mereka ia baik di sisi Allah”

SEMUA YANG DIRASAKAN MASLAHAT ADALAH ISLAM?

Golongan al-Mu’attilah al-Judud cuba membawa fahaman baru kononnya konsep syariat perlu
didefinisikan semula.  Mereka mula memperkenalkan doktrin;

“Di mana didapati kebaikan, maka itu adalah syariat Allah”

Usaha mereka demi merubah cara berfikir umat Islam bahawa unsur-unsur yang baik tidak
semestinya datang dari Islam secara tetap. Bahkan bagi mereka, mana-mana perkara yang dirasakan
baik maka ia adalah Islam walaupun dilihat bercanggah dengan Islam.

Konflik pemikiran ini bermula seawal cara mereka mengiktiraf kebaikan yang semata-mata
berdasarkan rasional. Ini sama sekali bercanggah dengan pendirian Ahli Sunnah yang meletakkan
penilaian baik dan buruk adalah berdasarkan syarak.

Dr. Yusuf al-Qaradhawi membidas, sewajibnya perlu diungkapkan konsep;

“Di mana didapati syariat Allah, maka itulah kebaikan untuk manusia”

Keberanian mereka bermain-main dengan autoriti nas turut dibahas panjang oleh Ustaz Ismail
al-Kailani yang turut melabelkan mereka sebagai Mu’attilah. Mereka berpegang dengan kaedah
songsang;

“Sesungguhnya jika nas al-Quran tidak berpotensi menghasilkan maslahat maka kami akan
tinggalkannya. Sebaliknya kami akan menerokai kebijaksanaan idea pemikiran manusia” (Ustaz
Ismail al-Kailani, Faslu al-Adin Wa al-Daulah, m/s 206)

Golongan tersebut berhujah bahawa hukum berubah seiring dengan perubahan zaman. Apa yang
perlu ditekankan, konsep tersebut tidak terpakai pada hukum syariat yang telah digazetkan secara
jelas oleh al-Quran dan Hadith.

MASLAHAT YANG HAKIKATNYA MUSLIHAT

Jika sekular terdahulu, mereka vokal menolak Islam secara terang-terangan kerana ia Islam. Mereka
beranggapan Islam adalah simbol kegagalan dan kemunduran.

Kelicikan sekular generasi baharu, mereka bijak memanipulasi istilah-istilah syarak dan dipadankan
dengan nafsu mereka. Antara istilah yang sering dimanipulasi adalah maslahat yang bermaksud
kebaikan.

Dr. Yusuf al-Qaradhawi meletakkan beberapa tumpuan isu Islam yang ditentang oleh mereka.
Golongan al-Mu’attilah al-Judud menyambung lidah sekular terdahulu yang bermati-matian
menentang perlaksanaan undang-undang Islam.

Bezanya dahulu mereka menolak keras tanpa alasan-alasan yang kelihatan syar’ie. Kini mereka
menolak perlaksanaan undang-undang Islam dengan alasan-alasan yang dilihat seolah-olah syar’ie.

Berikut adalah contoh-contoh laras bahasa mereka beserta sanggahan serba ringkas:

• Mereka kononya mahukan keadilan Islam tanpa undang-undang Islam. Ibarat mahu kenyang tanpa
makan.

• Mereka meminta untuk menunggu hingga keadaan kondusif baru boleh laksanakan undang-undang
Islam. Ibarat tunggu sembuh baru berubat.

• Mereka beralasan perlu pastikan rakyat semua faham Islam terlebih dahulu baru boleh laksanakan
undang-undang Islam. Bagaimana dapat dipenuhi tuntutan tersebut sedangkan orang jahil lahir
setiap minit.

• Mereka mendakwa bahawa hudud, qisas dan ta'zir bukan satu-satunya fokus Islam. Ya, itu semua
bukan semata-mata fokus Islam. Bahkan ia merupakan mekanisma yang diperintahkan oleh Allah
untuk memperbaiki negara dan rakyat. Maka ia adalah tuntutan agama dan isu nasional.

• Mereka melaungkan yang penting kita laksanakan maqasid. Hakikatnya maqasid bukanlah
perlaksanaan. Sebaliknya ia adalah kesan yang terhasil setelah melaksanakan syariat. Oleh kerana
itu ia dinamakan Maqasid al-Syariah.

• Menolak dan mencipta pelbagai alasan untuk tidak bersetuju dengan kanun jenayah syariah adalah
antara ciri masyarakat yang rosak. Masing-masing menolak seolah-olah mereka semua pernah
terlibat dengan kesalahan-kesalahan tersebut.

Sepatutnya logik kita memikirkan semakin rosaknya masyarakat, bermakna semakin mereka
memerlukan Islam. Ibarat pesakit yang sedang tenat amat memerlukan ubat dengan kadar segera.

Bukan setakat menolak perlaksanaan undang-undang islam, bahkan sampai ke satu tahap mereka
sanggup menolak rukun Islam atas nama masalahat.

“Kami telah menyaksikan mereka yang menolak nas atas nama maslahat sehinggakan mereka 
menolak rukun Islam, solat, puasa, zakat dan haji. Mereka mendakwa bahawa kononnya solat akan 
mengganggu kualiti masa bekerja, zakat akan menggalakkan kemalasan bekerja, puasa akan 
merosotkan produktiviti dan haji adalah amalan yang sengaja mencari susah sedangkan kita 
dicipta untuk mencari susah.” (Dr. Yusuf al-Qaradhawi, al-Siyasah al-Syar’iyyah, m/s 248)

Usaha-usaha mereka hanya membenarkan amanat Nabi SAW;

"Akan terungkai ikatan Islam satu persatu, setiap kali terungkai satu ikatan, manusia akan berpaut pada ikatan yang seterusnya. Ikatan pertama yang terungkai adalah perundangan dan akhirnya adalah solat" (Hadith riwayat Ahmad, Ibnu Hibban, al-Hakim.)

ISTIQAMAH

Kita selaku umat Islam perlu sentiasa peka dan berwaspada dengan perkembangan musuh. Mereka
tidak akan berputus asa memastikan kita tetap jauh dari berpegang teguh dengan ajaran islam.

“Saya wajib beriman dengan penuh yakin bahawa masa depan pasti milik Islam. Ia datang dari 
Allah, sudah pastilah ia merupakan satu-satunya ajaran yang paling berkesan dan mampu 
menguruskan seluruh urusan dan memimpin manusia.” (Fathi Yakan, Maza Ya’ni Intima’I Li
al-Islam, m/s 63)

Kita jangan sesekali berputus asa dari menghadapi musuh Islam yang ramai. Sememangnya menjadi
idaman mereka melihat umat Islam sudah tidak optimis dengan masa depan Islam. Dr. Imaduddin
Khalil dalam tulisannya Lu’bah al-Yamin Wa al-Yasar menyatakan;

“Oleh itu menjadi tugas mereka memburuk-burukkan cara hidup ini (Islam) dan mengugurkannya 
dari jiwa pendukung-pendukungnya. Sehingga mereka berjaya mencipta satu jenis perasaan 
mengalah dalam jiwa orang-orang Islam agar mereka tidak ada keinginan lagi untuk kembali 
kepada agama mereka.” (Dr. Sa’aduddin Sayyid Saleh, Strategi Musuh Menentang Islam, m/s 73).
 – HARAKAHDAILY 15/3/2016

Penulis ialah Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Selangor

Sumber HD - 15-3-2016

Pemuda PAS Klang perkenal 'survivor series'

SHAHRIL RIZAL SAIDON | .


KLANG: Dewan Pemuda PAS Kawasan Klang meluaskan lagi inisiatif pembangunan insan
khususnya di kalangan remaja dengan memperkenalkan 'Survivor Series'.

Program sebanyak tiga siri itu akan diadakan pada setiap cuti persekolahan dan siri pertama bermula
pada cuti sekolah Mac ini.

Menurut Ketua Pemudanya, Ustaz Saiful Rizal Saidon, 'Survivor Series'
merupakan kem cuti sekolah, tetapi kelainannya adalah pada modul yang
diterapkan pada peserta.

Ujarnya, hanya 70 peserta terpilih akan mengikuti kem ini secara khusus
di mana aspek pencapaian tarbiyah yang digariskan akan diberi penekanan
utama kelayakan untuk mendapat kedudukan terbaik.

Jelasnya, lanjutan dari kedudukan 5 terbaik akan memenangi tiket penerbangan
dan penginapan ke Sabah untuk bersama Lajnah Tarbiyah PAS Kawasan mempraktikkan teori dan
latihan sepanjang kem tersebut.

Terang beliau, kem selama tiga hari pada setiap siri itu memerlukan peserta mengikuti modul di
Tanjung Piai yang dahulunya lebih dikenali sebagai 'Fantasy Island'.

"Antaranya peserta dilatih cara mengurus pasukan. Menyiapkan keperluan termasuk menyembelih
ayam untuk bekalan makanan.

"Fasilitator terdiri daripada pimpinan PAS Kawasan, Dewan-dewan, juga dibantu NGO. Tujuh
pasukan akan bersaing dan dinilai tahap pencapaian tarbiyah dan dakwah mereka," maklumnya.

Menurut Ustaz Saiful, pelbagai pendekatan dalam perspektif dakwah yang luas akan didedah dan
diuji ke atas peserta dalam menilai pencapaian dan kelayakan mereka.

Ujarnya, usaha itu selaras dengan pendekatan PAS yang mahu membudayakan politik matang dan
sejahtera sebagaimana disegarkan gagasannya oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul
Hadi Awang.

Tambahnya, melalui program ini juga dapat melahirkan kader-kader dakwah yang akan
mengadaptasikan moto "PAS Untuk Semua" pada penglibatan dalam parti kelak. –
HARAKAHDAILY 15/3/2016

Sumber HD - 15-3-2016




Majlis Sambutan Tahun Baru Cina 12 Mac 2016 Pasar
Selayang Jaya


Posted on Monday, March 14 @ 00:32:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Lensa/Galeri

Mereka yang meninggalkan PAS sentiasa memfitnah seolah PAS tak ambil berat sampaikan dakwah 

pada Non-Muslim.. Mungkin mereka keliru dengan peranan mereka antara "dakwah" dan 
"didakwah". Tahniah PAS masih utuh menyampaikan Dakwah.

















Sumber TKO - 14-3-2016

































Maslahat: Dewan Ulamak PAS Selangor 































sokong Kelantan

HARAKAHDAILY | .


Baru-baru ini, Menteri Besar Kelantan, Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob telah
mencadangkan kajian khusus untuk meminda Undang-Undang Kecil Taman Majlis Perbandaran
Kota Bharu (MPKB) 1986.

Cadangan ini bertujuan untuk menangani masalah anak muda yang berkeliaran di kawasan taman
khususnya pada waktu Maghrib.

Ini selaras dengan penubuhan Jabatan Pembangunan Islam (JPI) yang ditubuhkan di Majlis
Perbandaran Kota Bharu sahaja dan akan diperluaskan ke seluruh PBT di Kelantan pada tahun ini.

Dewan Ulamak PAS Selangor menyokong penuh cadangan Menteri Besar ini dan sebarang usaha
untuk membimbing masyarakat Islam kepada kebaikan termasuklah dengan cara menguatkuasakan
undang-undang yang lebih kepada mendidik masyarakat.

Ini sesuai dengan matlamat perundangan Islam yang bukan bertujuan untuk mengongkong manusia, t
etapi lebih untuk menjaga kemaslahatan kehidupan manusia itu sendiri.

Dewan Ulamak PAS Selangor juga mengucapkan syabas kepada Kerajaan Kelantan dalam
meluaskan penubuhan Jabatan Pembangunan Islam (JPI) yang bukan setakat di Majlis Perbandaran
Kota Bharu sahaja, tetapi di seluruh negeri Kelantan pada tahun ini.

Ia diharapkan sebagai langkah positif dalam ke arah melaksanakan undang-undang hudud di Negeri
Kelantan.

Ustaz Rizuan Rahmat
Ketua Dewan Ulamak PAS Selangor - HARAKAHDAILY 6/3/2016

Sumber HD - 6-3-2016

Saya baik saja, segala puji milik Allah - Aidh 

al-Qarni

HARAKAHDAILY | .


Ulama dan penulis buku international best seller Laa Tahzan, Syeikh Aidh al-Qarni, dilaporkan
ditembak selepas mengisi ceramah di bandar Zamboanga, Filipina, Selasa (1 Mac).

Syeikh diketahui datang ke Filipina dalam agenda dakwah atas undangan salah satu yayasan Islam di
Filipina.

Setelah mengalami penembakan, Syeikh dibawa ke hospital terdekat yang kemudian dibawa dengan
pesawat menuju bandar Manila untuk rawatan lebih lanjut.

Akibat tembakan tersebut, beliau mengalami beberapa luka serius. Namun, Syeikh al-Qarni
menjelaskan kini keadaannya baik-baik saja.

"Saya sampaikan khabar gembira buat kalian semua, bahawa saya dalam keadaan baik-baik saja, dan
segala puji hanya milik Allah," ujar Syeikh Aidh al-Qarni dalam akaun rasminya di twitter, Rabu.

Masih dalam akaun rasminya, Syeikh berkata dia telah menjalani pembedahan. Pihak perubatan telah
berjaya mengeluarkan dua butir peluru dari tubuhnya.

"Saya ditembak sebanyak 6 kali dari jarak satu meter, dan Allah telah menyelamatkan aku, Allah
berfirman: Katakanlah: sekali-kali tidak akan menimpa kami, melainkan apa yang telah ditetapkan
Allah kepada kami," katanya melalui akaun twitternya pada Jumaat pagi (4 Mac).

Dilaporkan, dalam insiden itu, pelaku penembakan berjaya ditembak mati. Sedangkan sejumlah
pelaku lain berjaya ditahan. [Islampos]

Sumber HD - 4-3-2016


































Ulamak PAS Selangor kesal cubaan bunuh 

Aidh Al-Qarni

































HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor kesal dengan cubaan bunuh terhadap
pendakwah yang terkenal dengan buku 'La Tahzan' dari Arab Saudi, Sheikh Aidh Al-Qarni dalam
misi ziarahnya di Filipina.

"Walau bagaimanapun alhamdulillah beliau selamat dengan sedikit kecederaan di tangan dan
menerima rawatan di hospital di Manila.

"Mudah-mudahan beliau dan semua pendakwah yang lain selamat dari tangan-tangan jahat," ujar
ketuanya, Ustaz Rizuan Rahmat dalam satu kenyataan ringkas.

Dalam kejadian berkenaan, Sheikh Aidh Al-Qarni dan beberapa pengawalnya terkena tembakan
selepas menyampaikan ceramah di Western Mindanao State University, semalam. -
HARAKAHDAILY 2/3/2016

Sumber HD - 3-2-2016

PAS Selangor tidak sertai himpunan anti Najib

HARAKAHDAILY | .


Pendirian PAS Selangor adalah sama dan selari dengan pendirian Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul
Hadi Awang. PAS Selangor tidak akan turut serta dan tidak akan mengerahkan ahli untuk menyertai
himpunan tersebut.

Sebagaimana yang ditegaskan berulang kali, masalah yang dihadapi oleh negara pada hari ini adalah
masalah endemik yang berpunca daripada penyalahgunaan kuasa di setiap peringkat dan institusi
kerajaan.

Penyakit Kronik yang menular di setiap peringkat pentadbiran ini hanya boleh diatasi dengan
kepimpinan ulama dan professional yang tekad, menekankan perkiraan dosa dan pahala serta
meletakkan syariat Islam sebagai agenda utama.

Oleh itu, Umno dan Barisan Nasional perlu disingkirkan daripada pentadbiran negara secara total.

Pada masa yang sama, PAS Selangor juga memahami hakikat bahawa ramai ahli Umno kini
menolak Datuk Seri Najib Tun Razak dan seluruh barisan kepimpinan Umno.

Majoriti ahli Umno kecewa dan tidak redha dengan tindakan korup dan otokratik beliau.

Oleh itu, PAS menawarkan sebuah wadah yang syumul berteraskan Islam dan menyeru seluruh ahli
Umno untuk berhijrah ke PAS.

Untuk menjamin masa depan negara, PAS Selangor akan mempertingkatkan agenda penerangan
agar rakyat memahami isu korupsi, integriti dan kebobrokan ekonomi serta mengajak seluruh rakyat
Selangor untuk menolak Umno dan Barisan Nasional di dalam PRU14 secara total.

Mohd Prasad Hanif
Ketua Penerangan PAS Negeri Selangor - HARAKAHDAILY 29/2/2016

Sumber HD - 29-2-2016




































Keluarga Guru Besar Mula Terima Kehilangan Jashiah Rabu

Posted on Wednesday, February 24 @ 21:29:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Berita

KUALA LUMPUR: Keluarga guru besar Sekolah Kebangsaan Taman Keramat Satu, Jashiah Rabu, 
53, yang hilang sejak empat bulan lepas sudah boleh menerima kehilangannya.

Namun, di sudut hati masih tersemat harapan agar si ibu akhirnya kembali ke pangkuan keluarga
dengan selamat.

Suami mangsa, Ruzilan Omar, 58, berkata beliau serta anak-anaknya tidak pernah putus berdoa
supaya Jashiah ditemui.

"Saya amat sunyi tanpa dia (Jashiah) di rumah, apabila tinggal berseorangan kerana anak-anak tidak
menetap bersama saya.

"Mereka melanjutkan pelajaran di negeri lain," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata kesemua empat anaknya sudah boleh menerima kenyataan mengenai kehilangan itu,
namun anak bongsunya, perempuan, yang paling rapat dengan Jashiah terus mengharapkan
kepulangan ibunya.

Anak gadis itu bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.

"Saya berharap ibunya pulang segera dan akan menjadi penyuntik semangat baginya menduduki
peperiksaan," kata bekas anggota tentera itu.

Ruzilan berkata beliau sentiasa berhubung dengan pegawai penyiasat polis bagi mengetahui
perkembangan kes berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt R. Supramaniam berkata pihaknya masih
tidak menemui sebarang petunjuk baharu, namun siasatan kes diteruskan walaupun operasi mencari
dan menyelamat telah dihentikan pada 10 Nov lepas.

"Saya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya melaporkan kepada balai polis
berdekatan," katanya.

Ditanya tentang kemungkinan Jashiah diculik, Supramaniam menafikannya kerana tidak nampak
sebarang motif.

Kes tetap diklasifikasikan sebagai kes orang hilang, katanya.

Jashiah kali terakhir dilihat jiran keluar dari rumahnya di Taman Seri Seruling, Kuala Kubu Bharu
pada 23 Okt lepas.

Dia dikatakan menghala ke kawasan Hutan Simpan Bukit Kutu dengan berjalan kaki dan
menumpang sebuah kereta.
- AstroAwani

Sumber TKO - 24-2-2016

Dewan Ulamak PAS Selangor alu-alukan 

pinda Akta 355




































HARAKAHDAILY | .



Berdasarkan kepada laporan akhbar pada 18 Februari 2016, Menteri di Jabatan Perdana Menteri,
Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyatakan bahawa Akta 355 akan dipinda bagi memperkasakan
lagi Mahkamah Syariah.

Pindaan itu akan meningkatkan lagi kuasa Mahkamah Syariah yang sekarang ini hanya boleh
menjatuhkan hukuman terhadap kesalahan syarak terhad kepada 3 tahun penjara, 6 sebatan dan
RM5,000 denda.

Dengan pindaan ini, kuasa yang lebih besar akan diberikan kepada Mahkmah Syariah yang sekali
gus memberikan laluan kepada pelaksanaan undang-undang hudud.

Dewan Ulamak PAS Selangor melihat perkembangan ini sebagai suatu perkembangan yang positif
bagi membolehkan Undang-undang Hudud dilaksanakan di Malaysia.

Biarpun sesetengah pihak memandang kecil pindaan ini, tetapi ia telah memberikan perkembangan
yang baik untuk memperkasakan Mahkamah Syariah yang merupakan salah satu aspek yang penting
dalam pelaksanaan hukum hudud.

Dewan Ulamak PAS Selangor sentiasa menyokong sebarang usaha untuk memperkasakan lagi
pelaksanaan undang-undang Islam di Malaysia.

Dalam masa yang sama, Dewan Ulamak PAS Selangor turut menggesa pihak yang berkaitan untuk
membincangkan hukum pampasan (diyat) yang jarang sekali diutarakan kerana masyarakat akan
lebih nampak keindahan Islam dalam memberikan jaminan dan ganti rugi kepada mangsa atau
keluarga mangsa apabila sesuatu kesalahan dijatuhkan.

USTAZ RIZUAN RAHMAT
Ketua Dewan Ulamak PAS Selangor - HARAKAHDAILY 21/2/2016

Sumber HD - 21-2-2016

Ahli majlis: Bukti PAS iktiraf pemimpin 

wanita di Selangor

HARAKAHDAILY | .


Perlantikan ahli majlis bagi mengisi pentadbiran di seluruh pihak berkuasa tempatan (PBT) di
Selangor sesi 2016-2017 telah pun selesai.

Sebahagian besar ahli majlis seluruh PBT telah mengangkat sumpah dan mula menjalankan tugas di
PBT yang diamanahkan.

PAS secara khususnya telah menamakan seramai 67 ahli majlis PAS di mana 15 daripadanya terdiri
daripada muslimat dan wanita DHPP.

Ahli majlis wanita yang dilantik adalah seperti berikut:

1. Noraini Hussin - MBSA
2. Siti Rohaya Ahad - MBSA
3. Wan Hasrina Wan Hassan - MPAJ
4. Sharifah Haslizah Syed Ariffin - MPAJ
5. Norzaihan Ismail - MPSJ
6. Azimah Bt Muda - MPK
7. Norazlin Md Samsudin - MPS
8. Rohaya Mohd Shahir - MPSP
9. Norzanalila Mohd Fadzil - MPKj
10. Hamsatulazura Hamzah - MPKj
11. Siti Hajar Min - MDSB
12. Norhidayah Parmin - MDKS
13. Rogayah Ibrahim - MDKL
14. Rozlinah Hashim - MDHS
15. Rajeshwari a/p Palakrishnan - MDHS

Peningkatan jumlah kaum wanita yang dilantik sebagai ahli majlis sejak tahun 2008 amat ketara dan
ini jelas menunjukkan penghormatan dan keyakinan PAS terhadap komitmen kaum wanita dalam
sama-sama menyumbang tenaga dan idea untuk mentadbir Negeri Selangor.

Ini membuktikan bahawa wanita turut diberi pengiktirafan oleh PAS dalam pentadbiran terutama di
peringkat PBT.

Sehubungan itu, Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor (DMPNS) merakamkan ucapan tahniah dan
syabas kepada semua ahli majlis wanita yang baru dilantik.

DMPNS juga mengucapkan terima kasih kepada PAS Selangor yang memberikan kepercayaan yang
tinggi kepada mereka khususnya ahli majlis di kalangan muslimat dan wanita Dewan Himpunan
Penyokong PAS.

Dengan perlantikan ini, DMPNS mengharapkan seluruh ahli majlis yang dilantik dapat
melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi, adil dan berintegriti.

Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan
Ketua
Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor
15 Februari 2016 - HARAKAHDAILY 16/2/2016

Sumber HD - 16-2-2016








































Lagi 1.5 Juta pekerja asing, agenda BN kekal 

berkuasa?

MOHD PRASAD HANIF | .

PAS Selangor melihat tindakan Kerajaan Pusat untuk membawa masuk pekerja asing sebagai
tindakan bermotifkan politik.

Ekonomi negara kini berada di ambang kehancuran di mana keyakinan pelabur asing berada di tahap
terendah dan sistem kerajaan yang dilihat sebagai korup dan bermasalah. Di dalam keadaan negara
memerlukan “net inflow of investment”, membawa masuk 1.5 juta pekerja asing hanya akan
menyebabkan aliran keluar mata wang ringgit daripada negara ini.

Tambahan pula, sehingga kini, kerajaan belum mengenalpasti industri-industri dan syarikat-syarikat
yang akan mengambil pekerja-pekerja tersebut.

Dengan terlaksananya Perjanjian TPP, keadaan akan lebih mudharat di mana pekerja tempatan
kemungkinan akan diganti oleh pekerja asing.

Kadar pengangguran akan meningkat dan akhirnya rakyat yang akan menderita. PAS Selangor amat
bimbang bahawa impak terbesar akan dirasai oleh pekerja tempatan di Selangor kerana banyak
industri perkilangan serta projek-projek infrastruktur tertumpu di Lembah Klang.

Selain kehilangan pekerjaan, PAS Selangor bimbang bahawa kehidupan rakyat Selangor terjejas
dengan peningkatan kadar jenayah dan masalah sosial yang dilakukan oleh warga asing.

Kehidupan rakyat Selangor sudah kian dihimpit kos kenaikan harga barang dan pengurusan ekonomi
yang celaru, kini mereka bakal berhadapan dengan masalah-masalah social yang akan mengganggu
ketenteraman mereka.

Melihat kepada kesemua unsur ini, PAS Selangor merasakan bahawa agenda sebenar Kerajaan
Umno/BN adalah untuk menjadikan pekerja-pekerja asing ini sebagai pengundi hantu dan seterusnya
mengekalkan kuasa mereka di dalam pilihan raya akan datang.

Sekiranya inilah perancangan mereka, PAS Selangor mencela sikap “menjual negara” ini demi
kerakusan kuasa politik dan wang.

PAS Selangor menyeru seluruh rakyat Selangor dan Malaysia amnya, untuk bangkit dan menentang
polisi ini. Sekiranya Umno/BN meneruskan agenda ini, maka kami menyeru seluruh rakyat Malaysia
agar menolak Umno/BN secara total di dalam Pilihanraya Umum ke-14. –
HARAKAHDAILY 14/2/2016

Penulis ialah Ketua Penerangan PAS Negeri Selangor

Sumber HD - 14-2-2016



Pas Kelana Jaya lapor polis wang tabung parti lesap

Posted on Friday, February 12 @ 20:45:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



SUBANG JAYA - Pas Kelana Jaya membuat satu laporan polis terhadap bekas anggotanya berikutan 

kehilangan sejumlah wang daripada tabung simpanan parti itu.
Yang Dipertua Pas Kelana Jaya, Mohd Ghazali Daud berkata, mereka menyedari kehilangan wang
berjumlah RM80,000 tersebut pada bulan Ogos lalu selepas penstrukturan semula Pas kawasan.

Menurutnya kehilangan berlaku apabila terdapat pengeluaran wang tanpa kebenaran dilakukan.

"Duit itu adalah wang tabung simpanan parti dan ia tidak boleh bertindak secara sesuka hati,"
katanya kepada Sinar Harian selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Subang Jaya, hari ini.

Mohd Ghazali yang enggan mendedahkan identiti individu terbabit turut memaklumkan bahawa
pimpinan Pas juga sebelum ini telah memanjangkan tuntutan sebanyak empat kali secara peribadi.

"Tetapi tiada sebarang respon dan maklum balas diterima daripada individu terbabit berhubung isu
kehilangan wang tersebut.

"Saya tidak pasti sama ada wujud unsur pecah amanah atau tidak namun kita serahkan kepada polis
untuk menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara ini," katanya.


  Ghazali berkata, Pas Kelana Jaya hanya mahukan agar wang berkenaan dapat dikembalikan semula
bagi memudahkan segala perancangan parti selepas ini.

.....
Buat lari untuk parti baru atau diri sendiri??

Sumber TKO - 12-2-2016










































PAN tanding kerusi PAS kerana ditolak PKR, 









































DAP

SAIDAH HAIRAN | .


KUALA LUMPUR: Hasrat PAN Selangor untuk bertanding di semua kerusi DUN dan Parlimen
PAS kerana parti itu tidak mendapat laluan bertanding di kerusi milik PKR dan DAP.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad menegaskan, rayuan PAN ditolak oleh
DAP dan PKR untuk bertanding di kerusi milik parti itu.

Katanya, disebabkan rayuan itu ditolak, PAN Selangor akan bertanding di semua kerusi milik PAS
pada pilihan raya umum ke-14.

“Saya faham kenapa PAN terpaksa bertanding di semua kerusi PAS. Saya telah membaca kenyataan
keras dan menghina oleh DAP dan PKR apabila PAN merayu untuk mendapatkan kerusi bertanding
pada PRU nanti," katanya.

Menurutnya, PKR dan DAP telah menghina PAN dengan mengeluarkan kenyataan keras supaya
kerusi kedua-dua parti itu tidak terlepas kepada parti baru itu.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Pengerusi PAN Selangor, Izham Hashim yang
akan mengenal pasti calon-calon PAN  menjelang Ramadan nanti.

PAS Selangor bersedia berhadapan dengan mana-mana parti yang akan bertanding di kerusi milik
PAS dan menganggap PAN bukan ancaman yang serius kepada PAS.

"PAS Selangor bersedia dan kami akan mempertahankan semua kerusi kami," tegasnya.

Beliau melahirkan rasa simpati dengan nasib PAN yang telah dilayan  dengan buruk oleh rakan-rakan
 parti dalam Pakatan Harapan. – HARAKAHDAILY 8/2/2016

Sumber HD - 8-2-2016

Pakaian Cina: Khairuddin akur keputusan 

Majlis Syura

SAIDAH HAIRAN | .


KUALA LUMPUR: Adun Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman bersedia dan terbuka untuk
menerima apa sahaja pandangan dan keputusan daripada Majlis Syura Ulamak (MSU) terhadap
tindakannya yang megenakan pakaian ala Maharaja China ketika menghadiri majlis perayaan Tahun
Baru Cina.

Beliau mengakui kesilapannya dan menyerahkan segala keputusan terhadap tindakan itu kepada
kebijaksanaan pimpinan PAS Pusat dan Majlis Syura Ulamak.

Ketika menghadiri majlis perayaan Tahun Baru Cina bersama masyarakat Tionghua di Wangsa
Permai, Kepong beliau memakai pakaian Maharaja China kerana ia adalah pakaian budaya
masyarakat Cina dan tidak ada kena mengena dengan agama kaum tersebut.

Beliau tidak tahu menahu pakaian yang dikenakannya itu menyerupai Dewa Cao Guo Jiu.

Katanya, persatuan penduduk Wangsa Permai memaklumkan ia adalah pakaian ala Maharaja China.

“Keyakinan saya bahawa perayaan Chinese New Year adalah berbentuk perayaan masyarakat Cina
sebab itu saya percaya pakaian itu adalah budaya dan ia tidak ada kena mengena dengan agama
mereka," katanya.

Bagi menghormati majlis dan budaya bangsa lain beliau tidak menolak permintaan daripada
persatuan penduduk Wangsa Permai.

Sebagai Setiausaha PAS Selangor beliau menyerahkan isu itu kepada kepimpinan PAS Pusat serta
Majlis Syura Ulamak untuk memutuskan kedudukannya dalam parti di Negeri Selangor.

"Saya serahkan isu ini kepada kepimpinan pusat untuk putuskan kedudukan saya. Sekiranya saya
tersalah dari segi hukum, saya mohon keampunan dari Allah SWT dan saya mohon maaf kepada
seluruh ahli dan pimpinan PAS khususnya di Selangor atas kesilapan saya ini," katanya.

Beliau bersedia dan terbuka untuk menerima apa sahaja pandangan dan tindakan selanjutnya
daripada kepimpinan ulama yang diterajui Majlis Syura Ulamak.

"Saya yakin dan percaya PAS dipimpin oleh Kepimpinan ulama dan mereka lebih maklum dari segi
hukum dalam masyarakat majmuk seperti Selangor. Apa pun pandangan nanti, saya terima, insya
Allah," katanya. - HARAKAHDAILY 8/2/2016

Sumber HD - 8-2-2016





















































































Santai Honda Day tarik minat pemilik 

motosikal Honda

MUHAMMAD FADZLI ABU BAKAR | .





Department of Arts, Culture and Sports (DACS) Dewan Pemuda PAS Selangor melalui DACS
Motosport Club (DMC) telah berjaya menganjur satu program khusus untuk para pemilik motosikal
Honda pelbagai jenis semalam, Ahad, 7hb Februari 2016 iaitu Santai Honda Day di Dataran Stadium
Kuala Selangor, Selangor.

Sebanyak 300 buah motosikal Honda pelbagai jenis yang turut serta pada program ini.

Para pemilik motorsikal Honda ini bukan hanya dari Selangor malah mereka datang dari seluruh
pelosok negara seperti dari Terengganu, Kelantan, Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Johor dan
Pahang semata-mata untuk berkumpul beramai-ramai di atas minat yang sama.

Terdapat 12 jenis motorsikal Honda yang menyertai Santai Honda Day kali ini seperti C70, Fame,
Street Cup, EX5, Dash, Wave, Future, Spicy, Hurricane, MBX, Raider, NSR dan CBX.

Peminat motosikal Honda ini bukan hanya daripada kaum lelaki sahaja malah terdapat juga
penunggang wanita yang turut hadir dengan motosikal Honda masing-masing.

Program bermula pada pukul 8.00 pagi dan tamat pada pukul 4.00 petang. Pelbagai acara
dipertandingkan sepanjang program berlangsung seperti exzos bingit, motorsikal lambat, motorcub
tercantik, motor paling tua, motor custom, MBX tercantik, klasik cub, retro open, klasik klac, raider
tercantik, NSR tercantik, moden open, klac tercantik dan standard original.

Pertandingan khas turut dibuat untuk motosikal paling kemas, rider wanita dan motosikal paling rare.
Pihak urusetia program turut menitikberatkan solat dalam program kali ini apabila semua peserta
diminta untuk solat zohor berjamaah.

Menurut Saudara Salam Sujak, Pengarah Santai Honda Day, objektif program kali ini adalah untuk
mengumpulkan seramai mungkin pemilik motosikal Honda yang ada di seluruh Selangor dan seluruh
Malaysia di dalam satu program.

Ini kerana, jarang para pemilik motosikal Honda pelbagai jenis ini dapat berkumpul bersama dan
bertukar-tukar fikiran di samping dapat berkenalan antara satu sama lain di atas minat yang sama
iaitu Honda.

Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat mengeratkan lagi tali persaudaraan dan dapat
berkongsi idea bagaimana untuk mencantikkan lagi motor masing-masing.

Santai Honda Day kali ini dihadiri oleh tetamu kehormat iaitu Ketua Pemuda PAS Selangor, Ustaz
Syarhan Humaizi, Saudara Muhammad Fadzli Abu Bakar (Pengarah DACS Selangor) dan Saudara
Jafarudin Sheikh Daud (Ketua Pemuda Tanjong Karang).

Ustaz Syarhan Humaizi dan Fadzli turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Program ini
juga disertai oleh pelbagai bangsa, agama dan golongan umur. Inilah sebenarnya yang telah
memeriahkan Santai Honda Day 2016.

Melihat kepada sambutan yang amat menggalakkan daripada anak muda dan respons yang baik
daripada para peserta, DACS Selangor insya Allah akan memperbanyakkan program seperti ini dan
akan menjadikan himpunan para peminat motosikal Honda ini sebagai acara tahunan kami.

Ini komitmen kami selaku jabatan yang bertanggung jawab dalam bidang permotoran untuk
menganjurkan lebih banyak program yang bermanfaat kepada anak muda yang cintakan bidang
motosikal. - HARAKAHDAILY 8/2/2016

Penulis ialah Pengarah Department of Arts, Culture and Sports (DACS) Selangor Dewan 
Pemuda PAS Selangor.

Sumber HD - 8-2-2016

Kalian pernah tak melalui saat ini?

USTAZ AHMAD DUSUKI ABD RANI | .


Kalian pernah tak melalui saat ini?

Saya pernah!! Gotong royong memindah mengusung rumah ke tempat yang baru pula, satu kampung
akan datang, sama sama mengangkat rumah ke tempat yang lebih selamat, sewaktu mengusung rumah sebegini, jangan ada yang buat 'lawak antarabangsa' bergayut di lantai!!.. di saat orang lain bersusah payah mengusungnya..

Demikianlah kita kala berjemaah, jangan ada di kalangan kita membuat 'onar' dalam berjemaah,
di saat orang lain dalam jemaah bersusah payah membina ikatan dan mengukuhkan jemaah.. jangan
kita!!! biarkan mereka.. yang memilih untuk khianat.. kita pula teguh dengan agama berjemaah.. -
HARAKAHDAILY 8/2/2016

Tulisan di atas dipetik daripada facebook Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor.

Sumber HD - 8-2-2016

























































































Apakah kewujudan PAN jadi ancaman kepada 

PAS?

HARAKAHDAILY | .


DALAM konteks demokraksi, siapa juga warga negara mempunyai hak untnk menubuhkn parti dan
bertanding dalam pilihan raya.

Dalam pilihan raya, matlamatnya adalah untuk meraih dan mendapatkan undi sebanyak mungkin
daripada pendokong, penyokong mahupun simpati. Maka, oleh sebab itu mereka yang berjaya
memposisikan diri dan memberi keyakinan kepada rakyat akan berjaya sebagai parti yang menang
mungkin memerintah.

Untnk menukar kerajaan yang sedia memerintah, pastinya strategi harus fokus untuk menjurus
menumbangkn pemerintah sedia ada melalui lunas undang-undang dan demokrasi. Amat mustahil
bagi kumpulan pembangkang untuk menang, andainya strategi tumbangkn BN diburukkan dengan
menambah kerumitan untuk bertarung di medan pilihan raya menentang BN yang merupakan musuh
politik tapi dalam waktu sama penentang BN pula bermusuhan .

PAN dakwa  diri mereka kuat, tapi apakah yang membuktikan mereka gagah? Sekiranya mereka
gagah, sepatutnya ahli parlimen dan adun mereka yang dikatakan sebagai panglima sewajarnya
mengosongkan kerusi yang dimenangi atas tiket PAS. PAN wajar buktikan dengan berlawan di
gelanggang sekarang tanpa tunggu PRU sebab kemenangan mereka atas sebab PAS juga.

Dlm mengatur strategi menumbangkan BN, PAS ambilkira tentang SWOT Analisis berkaitan
kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman. Walaupun PAN salah satu ancaman, tetapi bagi PAS
Selangor, mereka umpama kudis buta yang tidak boleh membunuh melainkan sebagai agen pengalih
tumpuan dan fokus kerja PAS utk menumbangkan BN.

Insya-Allah PAS Selangor terus komited untuk memastikan, mempertahan dan melebarkan
kemenangan pilihan raya. Tugas kami sebagai jentera parti untuk kerja secara berstrategi dengan
penuh kesedaran melaksanakan tanggungjawab parti.

MOHD HASLIN HASAN
Pengarah Pilihan Raya PAS SelangorHARAKAHDAILY 30/1/2016

Sumber HD - 30-1-2016

Tahniah Datuk Ong Kim Swee

HARAKAHDAILY | .


DACS Selangor mengucapkan syabas dan tahniah kepada Datuk Ong Kim Swee yang telah dilantik
sebagai ketua jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan yang baharu dengan tempoh kontrak selama
dua tahun oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Ia sekaligus mengenepikan dua orang lagi calon iaitu bekas jurulatih Johor Darul Takzim Bojan
Hodak dan bekas jurulatih Sarawak Robert Alberts.

Panel pemilihan bagi melantik ketua jurulatih bola sepak kebangsaan ini adalah daripada Institut
Sukan Negara (ISN), Majlis Sukan Negara (MSN), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Persatuan
Jurulatih dan beberapa anggota yang lain.

Datuk Ong Kim Swee sebelum ini menggalas tugas sebagai jurulatih sementara skuad bola sepak
kebangsaan yang telah dikosongkan oleh Dollah Salleh.

Pemilihan beliau sebagai jurulatih merupakan pilihan yang tepat bagi menggalas tugas yang berat ini.
Berdasarkan pengalaman beliau yang pernah membimbing pasukan bola sepak Melaka pada 2005,
skuad Harimau Muda A dari 2009-2014, skuad bawah 23 tahun kebangsaan pada 2011-2015 dan
membimbing skuad Harimau Malaya buat sementara waktu sebanyak dua kali selepas pengendali,
Datuk K Rajagobal dan Dollah Salleh melepaskan jawatan masing-masing pada 2013 dan 2015.

Pelbagai kejayaan yang telah dikecapi oleh Datuk Ong Kim Swee sebelum ini dalam membimbing
pasukan muda negara seperti memenangi Liga Perdana Malaysia pada tahun 2009, pingat emas
Sukan SEA 2011, juara ACTV Cup di Indonesia, juara Newspaper Cup di Vietnam dan juara
Pestabola Merdeka di Malaysia.

Inilah antara faktor besar kenapa beliau layak disamping mempunyai pengalaman yang lebih baik
dalam membimbing skuad kebangsaan berbanding calon lain.

Menurut Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Abdul Mokhtar Ahmad,
tugas utama yang menanti Datuk Ong Kim Swee selepas ini ialah beliau perlu memperbaiki
kedudukan pasukan Harimau Malaya dalam ranking dunia yang kini menghuni tangga ke-171
kepada 140, mempersiapkan skuad kebangsaan menghadapi Kejohanan Piala AFF Suzuki 2016 dari
28 November hingga 18 Disember, membantu Frank Bernhardt untuk mempersiapkan pasukan
Bawah 23 Tahun sebelum menghadapi Sukan SEA di Kuala Lumpur pada 2017 dan yang terakhir
mempersiapkan pasukan bagi beberapa perlawanan playoff Kelayakan Piala Asia 2019 pada 2 Jun,
7 Jun dan 11 Oktober.

DACS Selangor berharap dengan terlantiknya Datuk Ong Kim Swee dapat membawa sinar baru
dalam bola sepak senior kebangsaan.

Jangan diulangi kekalahan yang memalukan seperti 10-0 kepada UAE dan 6-0 kepada Palestin. Ia
wajib dihindarkan sejauh-jauhnya daripada radar pasukan bola sepak kita. Taktikal yang tidak sesuai
seperti long ball dari bawah ke atas yang dibuat secara membabi buta juga wajib dielakkan.

Kaedah latihan juga harus berubah ke arah "modern football" jika ingin melihat perubahan kepada
skuad senior ini.

Penerapan ilmu "sports science" wajib kepada setiap pemain dan seluruh pasukan. InsyaAllah dengan
perancangan rapi daripada semua golongan yang terlibat di dalam skuad bola sepak kebangsaan ini
akan menghasilkan keputusan yang baik kepada negara. Sekali gus merancakkan lagi semangat para
penyokong untuk menyokong pasukan bola sepak kebangsaan.

DACS Selangor sentiasa mendoakan agar pasukan bola sepak kita dapat kembali menjadi pasukan
yang digeruni di peringkat Asia seperti zaman dahulu.

Majulah sukan untuk negara

MUHAMMAD FADZLI ABU BAKAR
Pengarah Deparment of Arts, Culture and Sports (DACS) Selangor
Dewan Pemuda PAS Selangor - HARAKAHDAILY 20/1/2016

Sumber HD - 20-1-2016

Kepentingan kefaqihan dalam siasah
















































HARAKAHDAILY | .


Cabaran Gerakan Islam: Kepentingan Kefaqihan Dalam Siasah (Siri 2)
Sekularisme pernah dianggap oleh sebahagian besar umat Islam sebagai kaedah terbaik untuk
memajukan Islam dan umat Islam. Ini adalah kerana bagi mereka ajaran Islam dianggap sebagai
penghalang kepada kemajuan dan kemodenan negara kerana Islam amat mementingkan prinsipnya
berdasarkan hukum syarak dan aqidah yang sudah pasti tidak boleh diketepikan dengan mudah.

Doktrin sekularisme yang mengambil Islam sebahagian yang hanya menguntungkan hal duniawi
semata-mata serta menolak Islam sebahagian yang lain yang dianggap tidak memberikan
keuntungan dan habuan segera di dunia. Doktrin sekularisme ini juga menolak peranan Islam
dalam politik dan sikap ini masih berkekalan dalam pemikiran dan amalan sebahagian umat Islam
sehingga kini.

Walaupun Islam teguh dengan prinsip dan anjal dengan tindakan, namun Islam apabila berada
ditangan mereka yang tidak faqih dengannya dan apatahlagi Islam ditangan mereka yang memiliki
niat yang jahat, sudah pasti prinsip Islam dan syaraknya akan diletakkan dikedudukan yang tidak
sepatutnya dan dimudah-mudahkan dengan pelbagai rekaan alasan.

Saidina Ali r.a. pernah menyatakan kepada golonga Khawarij yang menggunakan hujah Islam
yang diseleweng menurut nafsu duniawi bagi mencapai matlamat mereka dengan berbunyi:

"...قول الحق واراد بها الباطل..."

"..Kata-kata yang benar dan menginginkan kebatilan.."

Alasan golongan sekularisme nasionalis terhadap para pendokong perjuangan Islam ialah
pemecahbelah masyarakat yang ianya adalah alasan lapuk yang dikitar semula oleh musuh-musuh
sepanjang zaman terhadap kebangkitan Islam pada zaman kini. Baginda Nabi s.a.w. sendiri pernah
dituduh pemecahbelah masyarakat apabila Baginda s.a.w. membawa risalah Islam dalam
masyarakat Arab Quraisy Mekah. Hakikatnya perpecahan yang berlaku di kalangan masyarakat
Islam adalah berpunca daripada penyelewengan ajaran Agama Islam dan juga penerapan doktrin
sekularisme dan prinsip sekular dalam pemikiran dan amalan masyarakat Islam. Sekularisme cuba
hendak meletakkan Islam seperti amalan agama-agama lain yang memisahkan Islam daripada
menjadi pengatur hidup masyarakat dan negara. Perbezaan inilah menjadikan jurang hubungan
antara umat Islam semakin luas.

PAS dan gerakan Islam yang lain menghadapi serangan sekularisme dengan penuh bijaksana dan
hikmah di samping diteguhkan dengan kesabaran yang tinggi menghadapi kesan buruk
pembawakan idea sekular ini. "Muwajahah Silmiyyah" atau Pertembungan Politik dan Demokrasi
digunakan sebaik mungkin oleh PAS khasnya sebagai gerakan Islam yang pertama di dunia yang
yang terlibat dalam lapangan demokrasi berbanding parti dan gerakan Islam yang lain. PAS
mengambil posisi dalam pilihanraya dalam negara sebelum dan selepas kemerdekaan walaupun
masyarakat Islam masih dibelenggu pemikiran sekular yang meminggirkan peranan agama
daripada lapangan pemerintahan dan politik.

PAS mengemukakan hujah ilmu dan kebijaksanaan dalam lapangan demokrasi dan politik
sehingga PAS berjaya memainkan peranan besar sebagai sebuah parti Islam apabila berada dalam
kerajaan campuran dengan kerajaan Perikatan. Keberadaan PAS dalam kerajaan setelah kejadian
13 Mei yang menuntut PAS untuk bersama menyelamatkan rakyat dengan penyatuan dan
perpaduan daripada berterusan persengketaan yang mampu membawa kepada keruntuhan negara.
Inilah sikap dan jiwa besar PAS dalam politik apabila negara dan rakyat adalah keutamaan PAS
daripada hanya mementingkan cita-cita politik sempit dan kuasa peribadi.

Dalam kesempatan PAS dalam kerajaan, idea Islamik dan ciri-ciri ajaran Islam berjaya diterapkan
dalam pemerintahan kerajaan negara ini.

Idea kepimpinan Ulamak yang dilontarkan dalam PAS melonjakkan PAS ke tahap yang baru
dalam gerakan Islam. PAS sebagai sebuah gerakan Islam diperkukuh dengan benteng ilmuan dan
ulamak di samping adanya aktivis dan profesional yang sama-sama berganding bahu di atas paksi
wehdatul fikri dan amal yang menerima prinsip kesyumulan Islam. Majlis Syura Ulamak dijadikan
badan tertinggi dalam PAS adalah untuk mempastikan PAS berjalan dalam landasan syarak dan
hukum. Walaupun PAS aktif dalam bidang politik demokrasi yang sepanjang masa hanya
dimonopoli oleh sekularis dan pragmatis, keberadaan PAS sentiasa dipandu dengan kompas
syarak untuk mempastikan PAS tidak tergelincir mengikut arus dan aliran kesongsangan aqidah
dan tindakan.

Sesetengah gerakan Islam di dunia yang ditubuhkan pada asalnya dengan cita-cita murni untuk
menegakkan Islam telah tergelincir dan lari daripada perjuangan bahkan bertukar prinsip daripada
Islamis kepada sekularis dan liberalis kerana gagal mempertahankan dasar dan landasan
perjuangan dek termakan umpan musuh Islam sehingga dilunakkan perjuangan Islam kepada t
elunjuk musuh. Ini dilihat berpunca daripada kegagalan gerakan Islam bersedia dengan serba
kemungkinan yang mampu melumpuhkan perjuangan termasuk termakan pemikiran hasil
kelicikan dakyah musuh.

Oleh kerana itu, PAS yang bersiyasah di arena politik demokrasi tetap memilih kepimpinan
ulamak sebagai asas kemantapan kepimpinan disamping seiring sejalan dengan golongan
profesional dan aktivitis yang tetap dihargai sebagai penggerak utama gerak kerja parti.

Kefaqihan dalam siyasah Islam inilah terbentuk daripada konsep kepimpinan ulamak dalam PAS
yang mampu memahami sumber-sumber syarak Al Quran dan As Sunnah serta merujuk kepada
kaedah Ijmak dan Qiyas sekaligus mampu mengintergrasikan situasi politik dan isu semasa dengan
sumber syarak. Inilah yang menjadikan PAS sentiasa berada dihadapan dalam segenap langkah
politik walaupun dilihat oleh mereka yang tidak faham Islam sebagai ketinggalan dan kemunduran.

Sebagai contoh, pendekatan "Tahaluf Siyasi" atau Persefahaman Politik antara PAS dengan
parti-parti yang berlainan dasar dan aqidah perjuangan berjaya dimerterai dengan asas menentang
kezaliman dan kepincangan urustadbir negara sehingga menatijahkan kemenangan dalam
pilihanraya. Antara lain, Unity Government (UG) yang dicadangkan oleh Tuan Guru Presiden PAS
telah diperakui dan ditiru dengan "Konsensus Nasional" dan "Save Malaysia" oleh pelbagai pihak
sebagai langkah terbaik meredakan keadaan politik tanahair. Begitu juga idea dicetuskan oleh Tuan
Guru Presiden sendiri dengan mengemukakan gagasan "Kerajaan Teknokrat" iaitu kerajaan yang
dipimpin dari kalangan tokoh akademik dan ilmuan dan bukannya daripada pihak ahli politik.
Walaupun kedua-dua idea ini tidak menjadi realiti, namun kebijaksanaan serta keberanian
memgemukakan idea matang dalam politik ini adalah daripada kefaqihan PAS dalam politik
Islam.

PAS yang berpegang kepada prinsip Eksklusif dalam Aqidah perjuangan dan Inklusif atau anjal
dalam tindakan dan strategi membawa PAS ke era "Politik Matang dan Sejahtera" sesuai dengan
usia PAS yang mencecah 64 tahun yang memiliki sejarah perjuangan serta lautan pengalaman.
Perkara Thawabit yakni tetap seperti Aqidah perjuangan yang tidak terdorong kepada mengejar
duniawi dan habuan kebendaan menjadikan PAS sentiasa kukuh dengan dasar perjuangan Islam
disamping perkara yang bersifat mutghoiyirat atau berubah-ubah dalam strategi dan tindakan
sentiasa diambil peluang oleh PAS untuk memenangkan perjuangan Islam.

Yang terbaru, PAS yang memulakan langkah pendekatan "Politik Matang dan Sejahtera" telah
menyatakan kesudian PAS untuk memberikan khidmat nasihat kepada Kerajaan Persekutuan
pimpinan UMNO BN dalam mengangani bersama masalah yang sedang ditanggung oleh negara
dan rakyat. PAS tidak lagi hanya ingin berada di posisi membangkang semata-mata sahaja tetapi
tidak membawa cadangan membina untuk sama-sama berganding bahu menyelamatkan negara dan
rakyat dalam negara ini. PAS dalam "Buku Hijau"nya telah memberikan pandangan dan cadangan
membina serta alternatif yang lunak kepada kesejahteraan rakyat dan negara. Sebagai contoh PAS
yang tidak menyokong dan membantah dengan tegas akan perlaksanaan GST atau Cukai Servis dan Perkhidmatan, telah mengemukakan cadangan alternatif iaitu "Cukai Lebihan Simpanan" sebanyak 2.5% sahaja yang mengambil prinsip
semangat sistem zakat dalam Islam.

Inilah pendekatan baru PAS berasaskan kepada Kefaqihan dalam Politik Islam yang mengutamakan jalan perdamaian daripada pertembungan dan perbalahan.

Renungilah firman Allah s.w.t. dalam surah ali Imran ayat 159:

فَبِمَا رَحْمَةٍ مِنَ اللَّهِ لِنْتَ لَهُمْ ۖ وَلَوْ كُنْتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لَانْفَضُّوا مِنْ حَوْلِكَ ۖ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الْأَمْرِ ۖ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ
"Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad),
engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan
kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu
maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah
ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan
hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk
membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang
yang bertawakal kepadaNya."

Perkara "Thawabit" atau tetap seperti perjuangan memartabatkan hukum Syariah Islam yakni Hudud, Qisas dan Takzir serta lelain peraturan Islam, PAS tidak pernah dan tidak sama sekali pada masa depan akan melonggarkannya. Akan tetapi perkara yang melibatkan hal "Mutaghoiyirat" atau strategi dan tindakan yang berubah-ubah sentiasa menjadi pilihan PAS untuk dieksploitasikan sebaik mungkin. Umpamanya kaedah "Tahaluf Siyasi" iaitu Persefahaman Politik atau "Taawun Siyasi" iaitu Kerjasama Politik akan tetap diambil sebagai strategi penting dalam menghadapi resam dan rencah politik yang beraneka ragam.

Justeru itu, para pejuang Islam dan juga ahli politik amatlah dituntut agar memiliki KeFaqihan yang mendalam ilmu Politik Islam dan hukum hakamnya. Ini adalah kerana politik dalam Islam juga tertakluk kepada 5 hukum dan prinsip syariah sepertimana dalam jurusan agama yang lain iaitu, wajib, haram, harus, sunat dan makruh. Begitulah juga politik Islam sewajibnya mengambil tauladan yang begitu banyak yang diwariskan oleh Baginda Nabi s.a.w. dalam sirahnya dan juga kisah pengajaran daripada Al Quran.

BERISTIQAMAH SEHINGGA KEMENANGAN

Disediakan oleh:
Ustaz Muhammad Najhan Shahir Halim
Setiausaha Dewan Ulamak PAS Selangor
Pengarah Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat - HARAKAHDAILY 18/1/2016

Sumber HD - 18-1-2016

















































Selangor, medan sengit dalam PRU14?

ROSLAN SMS | .


DUNIA politik Malaysia semakin rancak kebelakangan ini. Minggu lalu sahaja Konvensyen
Pakatan Harapan yang diadakan di Shah Alam jelas telah memperkukuhkan lagi hubungan politik
tiga parti iaitu PKR, DAP dan Pan yang berhasrat menonjolkan diri sebagai satu pakatan politik
yang baru bagi menghadapi BN.

Jika dahulu dalam PRU 2008 dan 2013, pakatan pembangkang yang diberi nama Pakatan Rakyat
yang terdiri dari PKR, PAS dan DAP telah hampir menumbangkan BN, kini masa depan pakatan
yang baru ini belum pasti kerana ia masih belum diuji.

Tambahan ketiadaan PAS yang merupakan rakan komponan yang paling lama dan berpengalaman
dalam politik dengan memiliki kekuatan akar-umbi menjangkau seluruh negara, dijangka
memberi kesan terhadap prestasi pakatan yang baru itu.

PAS terang-terang menyatakan mereka tidak sekali-kali akan menjalin sebarang hubungan dengan
Pan, parti yang memuatkan bekas pimpinan yang telah mengkhianati perjuangannya. Begitu juga
PAS tiada lagi hubungan dengan DAP setelah parti itu menendang keluarnya dari Pakatan Rakyat
yang lama.

Kini tinggal PKR sahaja yang PAS pegang dan iktiraf sebagai rakan kerjasama politiknya.

Dengan perkembangan terbaru dalam Pakatan Harapan ini tidaklah diketahui bagaimana nasib dan
masa depan PAS bersama PKR?

Setakat ini PKR masih menghargai hubungannya dengan PAS, dan kelangsungan kerajaan negeri
di Selangor adalah bukit betapa masing-masing parti perlu-memerlu antara satu dengan yang lain.
Jentera kedua-dua parti beroperasi sepenuhnya bagi memastikan kerajaan negeri berjalan
sebagaimana yang dikehendaki rakyat. Namun uniknya bagi kerajaan Selangor ini, DAP juga
merupakan rakan di dalam kerajaan.

Setakat ini perbedaan politik tidaklah sampai menganggu perjalanan dan kelancaran kerajaan
negeri, dan diharapkan begitulah sampai PRU akan datang.

Jika tidak adalah dikhuatiri rakyat akan mempertikaikan amanah yang telah mereka berikan kepada
ketiga-tiga parti. Rakyat benci pada BN kerana itu mereka mengangkat dan memberi kepercayaan
kepada PR di Selangor. Kiranya konflik dan pertikaian sesama sendiri mendominasi tumpuan
masing-masing, tidak mustahil rakyat akan menarik balik kepercayaan mereka.

Janganlah sokongan “solid” pengundi bukan Melayu contohnya dikira sebagai satu lesen besar
untuk terus menguasai Selangor, tanpa memperdulikan kesatuan dan perpaduan di dalam kerajaan,
kerana ia sesungguhnya tidak kekal dan boleh sahaja berubah.

Dan terbaru dengan penyertaan Pan pula dalam kerajaan, khasnya dengan perlantikkan wakil
mereka dalam PBT sebagai ahli-ahli majlis di Selangor, walaupun mereka tiada memenangi
sebarang kerusi melainkan yang “dicuri” dari PAS dilihat sebagai membuka ruang bagi konflik
tercetus dalam kerajaan khasnya antara wakil PAS dan Pan oleh kerana kedua-dua parti bukan
sekadar tiada hubungan tetapi bermusuhan antara satu dengan lain.

Sesungguhnya keputusan membenarkan Pan duduk dalam PBT ini dikira suatu keputusan yang
sangat tidak bijak dan bakal menganggu kestabilan politik kerajaan ini.

PAS memang mahu dipinggirkan oleh DAP oleh sebab mereka mensasarkan Pan bangkit
menggantikan pengaruh dan peranan PAS walaupun parti itu masih gagal membuktikan
kekuatannya dimana-mana negeri pun setakat ini

Kejayaan PAS Selangor menganjurkan ijtimak pilihan rayanya di Kuala Selangor dengan
kehadiran “luar biasa” sehari selepas Konvensyen PH itu sewajarnya membuka mata semua pihak
khasnya PKR dan DAP betapa PAS masih memiliki kekuatan di negeri ini dan tidak mustahil ia
semakin membesar sejak PRU 2013 lalu.

Kehadiran lebih 7,000 jentera pilihan raya PAS seluruh Selangor itu memberi semangat bukan
hanya kepada PAS Selangor, yang teruk dilanda serangan oleh Pan sebelum ini, malah kepada
ahli-ahli PAS seluruh negara untuk bangkit mempertahankan parti Islam ini dan terus
menggerakkan perjuangannya secara besar-besaran terutama setelah DAP bertindak
memusuhinya.

Pan bukan ancaman buat PAS sebagaimana ditegaskan oleh Presiden PAS dalam Ijtimak
berkenaan. Ia terlalu kecil berbanding kekuatan yang PAS miliki.

PAS khasnya di negeri Selangor malah begitu yakin untuk bukan sekadar bertanding di 20 kerusi
DUN sebagaimana yang lepas-lepas, kali ini menurut Pesuruhjayanya Datuk Iskandar Abd Samad
PAS akan meningkatkan bilangan sehingga 25 kerusi demi mengemukakan alternatif kepada
rakyat Selangor.

Ini bermakna rata-rata jentera pilihan raya PAS seluruh negara sebagaimana di Selangor, sudah
bersedia memikul amanah, mengatur langkah menghadapi siapa sahaja yang mengisytiharkan
dirinya sebagai seteru politik PAS dalam pilihan raya umum nanti. Sebelum ini seteru tradisi PAS
adalah Umno, kini DAP dan Pan berdiri setaraf Umno dan PAS sentiasa bersedia menghadapi
sesiapa sahaja.

Dari tindak-tanduk PAS kebelakangan ini ternyata ia masih menghormati PKR dan mengharapkan
PKR akan kekal bersamanya melakar lanskap politik yang baru buat Malaysia dalam PRU yang
akan datang.

Pendekatan politik matang dan sejahtera PAS dijangka membuka dan menambat hati lebih ramai
pengundi rakyat Malaysia khasnya dalam kalangan pengundi Melayu Islam yang merupakan teras
pengundi di Malaysia.

Politik matang dan sejahtera ini semakin meyakinkan rakyat akan kebolehan dan kemampuan PAS
khasnya apabila PAS telah membuktikan yang dalam aspek dasar dan prinsip Islam ia sekali-kali
tidak akan bertolak-ansur ataupun berlunak tidak kiralah sama ada dengan kawan lebih-lebih lagi
musuhnya.

PAS dilihat sebagai parti yang isitiqamah dan berprinsip.

Beruntunglah mereka yang mahu berkawan dan berkerjasama dengan PAS. –
HARAKAHDAILY 12/1/2016

Sumber HD - 12-1-2016


PAS Selangor ucap tahniah 7,000 hadir ijtimak p'raya
















































HARAKAHDAILY |
.



Jabatan Pilihan raya PAS Selangor mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada seluruh
ahli dan Jentera Pilihan raya PAS kawasan-kawasan yang telah memberikan sokongan padu hadir
ke Ijtimak Pilihanraya PAS Selangor yang telah berlangsung pada 10 Januari 2016.

Dengan kehadiran melebihi 7,000 peserta membuktikan kepada semua bahawa Jentera Pilihan raya
PAS Selangor kini bersedia mendepani cabaran PRU14 nanti.

Visi Jabatan Pilihanraya PAS Selangor menempuhi PRU14 nanti adalah untuk mempertahan dan
melebarkan kemenangan di 20 Dun yang ditandingi semasa PRU13 lalu.

Momentum kesatuan fikrah dan tindakan gerak kerja yang telah ditunjukkan itu perlu ditingkatkan
ke tahap maksimum dengan menggabungkan pelbagai teknik dan kemahiran di kalangan ahli dan
jentera.

Kepada urusetia ijtimak, syabas dan tahniah di atas kejayaan penganjuran program. Jutaan terima
kasih kepada semua. Tanpa anda, siapa kita.

Terus bergerak dan bekerjalah sepertimana ikrar yang dilafaz, janji diucap, dan bai'ah diangkat
demi untuk Islam.

Mohon kemaafan atas segala kekurangan dan kelemahan.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar.

YB Ir Mohd Haslin Hassan
Pengarah
Jabatan Pilihan raya PAS Selangor.
11 Januari 2016 - HARAKAHDAILY 11/1/2016

Sumber HD - 11-1-2016















































PAS berpotensi menang lima kawasan 

tambahan

JUHANI RAHMAN | .



KUALA SELANGOR: PAS Selangor mengumumkan akan menambah bilangan kerusi DUN yang
pernah ditandingi sebelum ini sekurang-kurangnya lima kawasan.

Pesuruhjaya, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, keputusan itu diambil melalui perbincangan
di peringkat perhubungan selepas meneliti satu kajian.

"Kita sudah berbincang di peringkat perhubungan, dulu 15 kerusi yang kita menang, lima kerusi
belum menang.

"Setakat ini kita sedang mempertimbangkan daripada 20 kerusi, insya-Allah kita akan bertanding
sekurang-kurangnya lima kerusi lagi. Di mana kerusi itu? Tunggu dan lihat," katanya di Ijtimak
PAS Selangor di Kuala Selangor.

Beliau menambah, berdasarkan sebuah kajian yang dibuat menunjukkan perkembangan positif
apabila PAS berpotensi menang di kawasan terbabit.

Iskandar yang menjangkangkan Pilihan Raya Umum (PRU) akan berlaku lebih awal
sekurang-kurangnya pada bulan Mac tahun hadapan meminta para petugas supaya lebih aktif
dalam bahagian penerangan.

Naib Presiden PAS itu menggesa supaya petugas merangka strategi dan formula yang mahu
ditawarkan kepada pengundi berdasarkan keadaan dan tuntutan setempat.

Katanya, perkembangan politik hari ini dengan penggunaan media sosial yang meluas
menyebabkan masyarakat semakin celik isu baik peringkat nasional atau tempatan.

Keadaan itu, katanya, menyebabkan PAS tidak boleh hanya bergantung kepada satu isu seperti
dahulu.

"Dulu kita kerja dengan formula sama untuk semua pengundi. Sekarang sudah ada pelbagai
segmen masyarakat.

"Sudah tentu formula di kampung dan elit adalah berbeza. Kadang kala kita malas nak fikir, kita
guna satu formula untuk semua," katanya.

Beliau itu mengingatkan, jika pendekatan berkempen demikian tidak berubah, tidak mustahil PAS
terpaksa menanggung akibat buruk.

"Bukan satu isu boleh digunakan untuk semua orang, ada isu boleh, ada isu kalau kita guna akan
makan tuan, makan diri kita sendiri," kata Adun Chempaka itu.

Dalam pada itu, Iskandar turut mengulangi pendirian supaya kekal dalam Kerajaan Negeri
Selangor adalah untuk menjaga kesucian agama Islam daripada diganggu-gugat.

"Bukan sebab jawatan tuan-tuan. Kita jaga Islam. Kalau kita tidak berada dalam kerajaan, siapa
yang akan jaga Islam?" soalnya. – HARAKAHDAILY 11/1/2016

Sumber HD - 11-1-2016




















































Suami guru besar hilang harap isteri selamat

BERNAMA | .


KUALA LUMPUR: "Tiada apa lagi yang saya harapkan pada tahun ini melainkan isteri saya
ditemui dengan selamat," kata Ruzilan Omar, 58, suami kepada Jashiah Rabu, 54, yang hilang
hampir tiga bulan lepas.

Jashiah yang merupakan guru besar Sekolah Kebangsaan Taman Keramat Satu di sini yang juga
ibu kepada empat orang anak, kali terakhir dilihat jirannya keluar dari rumahnya di Taman Seri
Seruling pada 23 Okt tahun lepas.

Beliau dikatakan menghala ke kawasan Hutan Simpan Bukit Kutu dengan berjalan kaki dan
menumpang kereta orang sejauh kira-kira 10 kilometer.

Ruzilan berkata beliau sekeluarga tidak putus harapan dan sentiasa mendoakan agar isterinya
sentiasa selamat.

"Saya dan keluarga sentiasa melakukan solat hajat dan berharap isteri saya sentiasa sihat dan baik.

"Kami juga amat merinduinya dan berharap dia akan kembali ke pangkuan keluarga dalam masa
terdekat," kata Ruzilan kepada Bernama.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt R. Supramaniam berkata pihaknya masih
melakukan siasatan dan pencarian berkala di sekitar kawasan Kuala Kubu Baru bagi mengesan
wanita berkenaan.

"Sehingga kini tiada petunjuk baru yang ditemui," katanya yang meminta orang awam yang
mempunyai maklumat berkenaan Jashiah supaya tampil memberi maklumat di balai polis
berdekatan. - Bernama

Sumber HD - 10-1-2016


Penerangan isu terkini pada Ijtimak P'raya PAS Selangor
















































HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: PAS Selangor akan menghimpunkan jentera pilihan raya kami pada Ijtimak
Pilihan Raya, 10 Januari ini di Stadium Tertutup Kuala Selangor.

Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata tujuan himpunan tersebut adalah
untuk memberi taklimat tentang gerak kerja pilihan raya terkini yang perlu dilaksanakan di semua
peringkat.

"Taklimat ini penting kerana pilihan raya umum yang akan datang dijangka berlangsung dalam
masa kurang dari 2 tahun," ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, penerangan tentang isu-isu terkini juga akan diadakan pada perhimpunan tersebut.

Menurutnya lagi, memandangkan Selangor adalah negeri yang penting, Presiden PAS dan timbalan
akan hadir.

Katanya, perasmian akan dilakukan oleh Timbalan Presiden PAS sementara penutup oleh Presiden
PAS.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS berkata, Pelan Tindakan Pilihan Raya PAS Selangor juga
akan dilancarkan pada perhimpunan itu.

Katanya, dianggarkan seramai 5,000 orang wakil cawangan-cawangan PAS dari seluruh negeri
akan hadir pada program yang dikendalikan oleh Jabatan Pilihan Raya PAS negeri itu. -
HARAKAHDAILY 7/1/2016

Sumber HD - 7-1-2016


















































Mendepani Islam Acuan Barat: Cabaran 

Gerakan Islam (siri 1)

USTAZ MUHAMMAD NAJHAN HALIM | .


Allah s.w.t. berfirman dalam surah al Kahfi ayat 103:
قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُمْ بِالْأَخْسَرِينَ أَعْمَالًا * الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا * أُولَٰئِكَ الَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِ رَبِّهِمْ وَلِقَائِهِ فَحَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فَلَا نُقِيمُ لَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَزْنًا * ذَٰلِكَ جَزَاؤُهُمْ جَهَنَّمُ بِمَا كَفَرُوا وَاتَّخَذُوا آيَاتِي وَرُسُلِي هُزُوًا *
"...Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang
yang paling rugi amal-amal perbuatannya?"

"..(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka
menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan".

"..Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan
denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatya Kami tidak akan memberi
sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak.."

"..(Mereka yang bersifat) demikian, balasannya neraka Jahannam, disebabkan mereka kufur
ingkar, dan mereka pula menjadikan ayat-ayatKu dan Rasul-rasulKu sebagai ejek-ejekan.."

Idea serangan pemikiran "Ghazwatul Fikri" dilancarkan terhadap umat Islam bermula kurun
ke-19M. Pengalaman Eropah sehingga tercetusnya pemikiran sekularisme dijadikan modal untuk
memesongkan umat Islam daripada ajaran agama mereka.

Sekularisme adalah pemikiran bukan menolak agama keseluruhannya tetapi pemikiran menerima
sebahagian agama dan menolak sebahagian yang lainnya. Idea sekularisme inilah diserapkan ke
dalam pemikiran umat Islam yang akhirnya empayar Islam berjaya diruntuhkan dan umat Islam
berjaya dijauhkan daripada ajaran Islam yang sebenar.

Kesan daripada dakyah sekularisme ini maka kedengaran kata-kata dan ucapan daripada mulut
orang Islam dan juga penulisan mereka sendiri seperti " tiada kaitan Islam dan urusan duniawi",
"tiada campur urusan Islam dan politik", "undang-undang tidak bertamadun dan barbarik" , dan
pelbagai lagi ungkapan-ungkapan yang mengecilkan fungsi agama Islam. Kejayaan terbesar
serangan pemikiran terhadap umat Islam ialah runtuhnya empayar Islam terakhir iaitu Kerajaan
Islam Turki Uthmaniyyah pada tahun 1917 dan kejayaan memesongkan aqidah umat Islam dengan
penerimaan idea sekular dalam kehidupan mereka.

Kini idea sekularisme tidak dapat lagi menjadi senjata ampuh musuh Islam, umat Islam kembali
sedar akan bahaya sekularisme yang merosakan aqidah dan ajaran Islam. Gerakan Islam muncul
satu persatu di setiap negara umat Islam bagi menyedarkan dan membangkitkan semula Umat
Islam yang berada dalam kebingungan serta kealpaan disebabkan peninggalan mereka daripada
ajaran Islam sebenar.

Kemunculan parti-parti dan gerakan Islam di medan siyasah dan dakwah membawa mesej jelas
bahawa Islam bukan sekadar ajaran yang terperap dalam masjid dan ibadah semata-mata tetapi
merangkumi keseluruhan aspek kehidupan manusia. Umat Islam mula disedarkan bahawa Islam
adalah agama yang syumul dan memiliki sistem yang lengkap dalam aspek ekonomi, sosial dan
ekonomi. Maka mulai kedengaran suara dan pandangan umat Islam untuk mengembalikan sistem
perundangan Islam dan juga aspek lain daripada Islam.

Strategi sekularisme perlu ditukar dengan satu lagi idea yang lebih halus dan licik. Terhasil satu
lagi serangan yang baru iaitu Liberalisme atau Islam Liberal. Islam Liberal atau Liberlisme adalah
idea bukan penolakan agama tetapi idea pembebasan daripada sumber agama iaitu wahyu dan akal
serta lojik menjadi panduan muktamad dalam penentuan sesuatu hukum dan keputusan.

Idea liberalisme atau Islam Liberal adalah lebih beracun daripada sekularisme. Ini adalah kerana
Sekularisme adalah prinsip yang jelas difahami bercanggah dengan Islam. Adapun liberal dan I
slam Liberal adalah prinsip yang tidak menolak Islam tetapi ia adalah prinsip yang membebaskan
Islam daripada hanya terikat kepada al Quran dan As Sunnah dengan menjadikan sumber nas akal
dan lojik mengatasi kedua-duanya.

Lantaran daripada idea liberalisme inilah lahirnya pandangan seperti penafsiran semula agama,
penafsiran semula kitab-kitab tafsir, penolakan fungsi dan peranan hadis, penolakan pandangan
para alim ulamak, pengkajian semula hukum-hukum Islam yang qati'e seperti arak, judi, hukum
menutup aurat dan selainnya.

Begitu juga pandangan dibolehkan penangguhan hukum hudud dengan alasan masalah ekonomi,
tidak kondusif dan pelbagai hujah lagi yang bersifat lojik semata-mata untuk mengikiskan peranan
agama Islam daripada dimartabatkan dalam masyarakat dan negara. Mereka yang berfikiran
liberalisme ini menafikan bahawa mereka menolak hukum agama, tetapi mereka mencipta pelbagai
 hujah dan alasan lojik untuk menolak segala hukum agama sedaya mereka mampu. Pandangan
mereka seperti menolak perlaksanaan hukum hudud sebagai contoh dikemukan hujah oleh mereka
dengan mengambil kisah penangguhan hukum hudud pada zaman Saidina Umar r.a. dijadikan
sandaran mereka. Ini adalah sikap ketidaktanggungjawaban mereka dalam ilmu Islam sehingga
sanggup menyelewengkan fakta sebenar.

Liberalisme menjadikan asas kepada prinsip Islam yang mereka gunakannya bagi menggantikan
Sekularisme yang sudah tidak lagi relevan bagi menghadapi kebangkitan Islam dan umatnya.
Liberalisme yang berpaksikan hujah lojik akal semata-mata tetapi berlapikkan agama adalah
senjata terkini musuh Islam yang disuntik dalam pemikiran umat Islam melalui penulisan
orientalis, syarahan atas nama intelektual mencari kelemahan Islam, pengkaderan tokoh Islam
Liberal dan lain-lain lagi. Hasilnya umat Islam semakin berpecah dan tidak sehaluan fikrah
sekaligus mewujudkan lagi musuh penghalang kepada kebangkitan Islam.

Mutakhirnya seperti isu undang-undang khalwat yang dipertikaikan oleh sebahagian pihak atas
kepentingan hak peribadi adalah rentetan kesan pemikiran liberalisme Islam. Sebahagian daripada
orang Islam sendiri termakan dengan hujah liberalisasi agama barat dan mengambil prinsip barat
dalam beragama. Apabila menganggap bahawa agama hanyalah urusan peribadi yang tiada kena
mengena dengan maslahah masyarakat dan negara.

Prinsip perjuangan hak asasi barat diambil mentah-mentah tanpa tapisan dan nilaian mengikut
acuan Islam. Sejarah mencatatkan bahawa perjuangan hak asasi barat sebenarnya adalah
ditimbulkan oleh golongan orang kaya yang hidup bermewah-mewahan tanpa batasan
undang-undang dan agama. Cetusan idea ini ialah semata-mata untuk mempertahankan cara hidup
mereka daripada dirampas dek kerana kerisauan perubahan sistem kerajaan dan dasar negara yang
boleh bertukar-tukar.

Liberalisme Islam turut meresapi parti politik di Malaysia apatahlagi parti berkenaan mendakwa
bahawa dia juga parti Islam. Mereka turut menyokong idea-idea liberalisasi agama ini dan yang
terbarunya menyokong usaha melucutkan undang-undang khalwat dalam sistem perundangan
Mahkamah Syariah. Bahkan sebahagian gerakan Islam di dunia tidak terkecuali daripada diresapi
dengan pemikiran liberalisme Islam atas hambatan untuk mendapatkan kemenangan dengan segera
dan memperolehi sokongan politik serta demi menjaga kepentingan kuasa-kuasa besar dunia
seperti Amerika dan sekutunya.

Berhati-hatilah kita dengan kepandaian dan kepintaran musuh-musuh Islam. Mereka mengkaji dan
meneliti ilmu-ilmu dan sejarah Islam lalu diekploitasikan dengan tujuan menyesatkan dan
merosakan pegangan Umat Islam daripada ajaran Islam.

Catatan
Alfaqir Ila Robbihi
Ustaz Muhammad Najhan Halim
Setiausaha Dewan Ulamak Pas Selangor
Pengarah Penerangan Dewan Ulamak PAS Selangor - HARAKAHDAILY 2/1/2016

Sumber HD - 2-1-2016















































Apa perubahan dalam politik baru PAS?

HARAKAHDAILY | .


APA perubahan dalam politik baru PAS yang ingin dibawa oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (TGHH)?

Untuk memahami pendekatan baru ini. Kita perlu meneliti 5 realiiti yang wujud dalam politik Malaysia.

Realiti 1- DAP telah menunjukkan sikap menentang Islam yang kuat yang terdiri dari kelompok Kristian dan juga kelompok liberal. Mereka tidak suka kepada Islam sebagai cara hidup dan menentang habis-habisan usaha kepada negara Islam.

Realiti 2 - Geng Liberal seperti Bar Council, SIS dan G25 pun ramai juga. Mereka juga terdiri dari golongan kelas menengah yang hidup dengan gaya bebas. Mereka tidak suka kepada Islam sebagai cara hidup dan menentang habis-habisan usaha kepada negara Islam.

Realiti 3 - Barat tidak mahukan Islam bangkit sebagai sebuah kuasa yang dapat memerintah di dunia ini amnya, dan Malaysia khasnya. Mereka tidak suka kepada Islam dan menentang habis-habisan usaha kepada negara Islam. Mereka berperanan dari luar untuk memastikan kegagalan PAS dan mana-mana usaha gerakan Islam.

Realiti 4 - Umno yang semakin lemah dan korup. PAS tidak boleh bergabung dengan Umno kerana akan terpalit dengan kezaliman mereka. Ramai masyarakat Melayu yang hilang keyakinan terhadap Umno dan mereka sedang meneliti adakah PAS mampu untuk menggantikan Umno?

Realiti 5 - Orang melayu ialah orang yang paling susah untuk berubah. Namun PAS perlukan juga undi mereka kerana core bisnes PAS ialah orang Melayu.

Dalam mengahadapi 5 realiti ini, apa yang perlu PAS buat bagi memastikan kuasa Islam teruma memerintah Malaysia?

Sekiranya orang bukan Islam yang memerintah Malaysia nanti, kedudukan Islam dan orang Melayu akan semakin lemah dan terancam. Dalam keadaan ini pun, mereka menentang hudud, ingin menghapuskan Jakim, menentang undang-undang khalwat, menghina pakaian menutup aurat, dan lain-lain. Kalau mereka menang, tak tahulah macam mana nanti.

Apa yang pasti, PAS kena tinggalkan DAP biarpun mereka boleh membawa undi Cina kepada PAS tetapi ia tidak menguntungkan PAS kerana PAS bertanding di kawasan banyak Melayu. Yang akan untung ialah DAP dan juga PKR yang ramai juga terdiri dari orang bukan Islam. Sekiranya mereka menang besar, ia tidak akan menguntungkan Islam dan PAS.

Oleh kerana tumpuan PAS di tempat Melayu, maka PAS perlu mensasarkan undi Melayu, bukan undi Cina/India. PAS perlu menjaga kepentingan Islam dan juga kepentingan Melayu bagi menarik sokongan Melayu. Gabung dengan Umno, oh tidak juga, TGHH telah tegaskan bahawa perpaduan ke apa ke, mesti ikut syariat Islam, bukan main perpaduan saja. Kalau perpaduan saja, ini tidak menguntungkan Islam dan juga PAS.

Bagi meyakinkan rakyat kepada PAS, politik PAS tidak cukup dengan hanya ceramah kutuk Umno sahaja, hentam Umno kerana orang tidak nampak rentak PAS sebagai parti yang memerintah dan tidak nampak jasa PAS kepada rakyat.

Lebih 50 tahun PAS menguna kaedah hantam, nampaknya rakyat masih mengekalkan Umno sebagai pemerintah di peringkat nasional. Apatah lagi dalam masyarakat yang semakin celik ini, mereka ingin melihat kemampuan PAS memberikan tawaran yang realistik dan rasional berlandaskan agama.

Dalam berhadapan dengan Umno yang semakin lemah dan semua realiti di atas, PAS sedang mengubah pendekatan ini utk rakyat melihat PAS bukan hanya bercakap soal keburukan Umno tetapi bercakap soal negara yang ingin ditadbir. Sebagai contoh, telitilah ucapan TGHH dalam Multaqa Alumni Azhar.

Dalam masa yang sama, yakinlah bahawa perjuangan Islam akan diberikan kemenangan oleh Allah apabila ramai yang menyangka bahawa Islam takkan menang. PAS perlu mengadakan pendekatan baru bagi berhadapan dengan realiti semasa yang semakin berubah. Ia diharapkan akan memberi sinar baru kepada perjuangan Islam di Malaysia.

Dewan Ulamak PAS Selangor mengajak ahli PAS di semua peringkat agar bekerja dengan lebih gigih menguasasi semua institusi masyarakat menggantikan Umno yang semakin lemah. Umno telah gagal membawa keadilan dan kesejahteraan kepada masyarakat, ahli PAS perlu membuktikan kewibawaan mereka dalam memimpin masyarakat.

Istiqamah Hingga Kemenangan

USTAZ RIZUAN RAHMAT
Ketua Dewan Ulamak PAS Selangor
30 Disember 2015 / 18 Rabiul Awwal 1437 - HARAKAHDAILY 30/12/2015

Sumber HD - 30-12-2015

Siapa boleh memaafkan kesalahan Umno?
















































DATUK ISKANDAR A SAMAD | .


Siapa yang boleh memaafkan kesalahan-kesalahan Umno?
Sudah tentu bukan keputusan mana-mana pimpinan.

Tetapi mangsa-mangsa kezaliman dan penindasan Umno itu sendiri.

Mungkin juga keluarga-keluarga mereka jika mereka tiada lagi di dunia ini.

Siapakah mereka? Ramai sekali.

Bekas tahanan-tahanan ISA.

Mangsa peristiwa Memali.

Peneroka bandar yang dirobohkan rumah mereka.

Penjaja dan peniaga yang dirobohkan gerai dan warung mereka kerana menyokong pembangkang.

Pelajar-pelajar yang dinafikan biasiswa kerana datang dari keluarga yang menyokong pembangkang.

Petani dan peladang yang ditahan subsidi dan bantuan kerana menyokong pembangkang.

Seluruh rakyat negeri Kelantan dan negeri Terengganu yang tidak mendapat royalti petroleum.

Penduduk kampung yang tidak mendapat jalan berturap dan lampu jalan kerana menyokong
pembangkang.

Penjawat awam yang dipindahkan atau ditahan kenaikan gaji kerana menyokong pembangkang.

Rakyat yang dinafikan hak membeli rumah kos rendah kerana bukan ahli Umno.

Senarainya terlalu panjang untuk dinyatakan di sini.

Tanya mereka terlebih dahulu sebelum mahu memaafkan kesalahan-kesalahan Umno. -
HARAKAHDAILY 24/12/2015

Sumber HD - 24-12-2015



Iskandar salahkan media isu Umno 'meminang' PAS

Posted on Wednesday, December 23 @ 22:28:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

Berita
Ahli-ahli PAS diminta berhati-hati kerana perkembangan politik terkini mungkin menunjukkan 
satu perancangan secara halus untuk memecahbelahkan parti itu, kata Pesuruhjaya PAS Negeri 
Selangor Datuk Iskandar Samad. 


Katanya, media mencanangkan seolah-olah PAS akan bersatu dengan Umno berikutan pertemuan 

antara Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak 
dalam program Multaqa Al-Azhar minggu lalu.

“Presiden PAS hanya sekadar menghadiri Multaqa Al-Azhar tetapi terdapat media yang 
mencanangkan seolah-olah PAS akan bersatu dengan Umno atau PAS akan menubuhkan kerajaan 
perpaduan bersama Umno.

"Pimpinan Umno pula kelihatan bersungguh-sungguh untuk "meminang" PAS.

“Media-media yang selama ini memusuhi PAS atau sentiasa memburuk-burukkan pimpinan PAS 
telah menjadikan isu ini berita utama mereka.

“Kononnya pelbagai inisiatif sedang dirancang bersama oleh kedua-dua parti,” kata Iskandar 
dalam kenyataannya hari ini.

Ada udang sebalik batu

Sementara itu, Iskandar berkata media turut mendakwa terdapat kumpulan yang menyokong dan 
menentang perpaduan bersama Umno bagi memungkinkan ahli-ahli PAS bergaduh sesama 
sendiri.

“Maka ahli-ahli perlu berwaspada dengan taktik seperti ini. Berhati-hati kerana "political move" 
dari Umno ini mungkin terdapat "udang di sebalik batu".

“Umat Islam juga sentiasa diingatkan agar tidak digigit dari lubang yang sama,” katanya.

Dalam pertemuan di Multaqa Al Azhar, Najib dan Hadi tampil di pentas yang sama, bahkan berpakaian sedondon merah jambu dengan memberikan ucapan senada ke arah kerjasama politik.

Multaqa tersebut turut memuktamadkan tujuh resolusi yang antaranya menyeru kerjasama politik antara PAS dan Umno.

Najib dalam ucapan perasmian multaqa itu menawarkan kerjasama bagi membentuk hubungan rapat bersama PAS dengan memetik ayat al-Quran tentang kepentingan perpaduan.

Sumber TKO - 23-12-2015














































Hati-hati dengan usaha untuk pecah belah 

PAS

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Ahli-ahli PAS perlu berhati-hati kerana kemungkinan perkembangan politik
terkini adalah satu perancangan secara halus untuk memecahbelahkan PAS, kata Naib Presiden
PAS, Datuk Iskandar A Samad.

Menurutnya, Presiden PAS hanya sekadar menghadiri Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar
Malaysia 2015 tetapi terdapat media yang mencanangkan seolah-olah PAS akan bersatu dengan
Umno atau PAS akan menubuhkan kerajaan perpaduan bersama Umno.

Pimpinan Umno pula, ujar beliau kelihatan bersungguh-sungguh untuk 'meminang' PAS.

"Media-media yang selama ini memusuhi PAS atau sentiasa memburuk-burukkan pimpinan PAS
telah menjadikan isu ini berita utama mereka, kononnya pelbagai inisiatif sedang dirancang bersama oleh kedua-dua parti," ujarnya yang juga Persuruhjaya PAS Selangor dalam satu kenyataan.

Menurutnya lagi, mereka mendakwa terdapat kumpulan yang menyokong perpaduan bersama
Umno dan terdapat kumpulan yang menentang, mungkin agar ahli-ahli PAS bergaduh sesama
sendiri.

"Maka ahli-ahli perlu berwaspada dengan taktik seperti ini. Berhati-hati kerana political move dari
Umno ini mungkin terdapat 'udang di sebalik batu'," ujarnya.

Teasnya, umat Islam juga sentiasa diingatkan agar tidak digigit dari lubang yang sama. -
HARAKAHDAILY 23/12/2015

Sumber HD - 23-12-2015

Wehdatul Ummah : MENYANGGAH SEKULARISME

Wehdatul Ummah :  MENYANGGAH SEKULARISME

Risalah Penerangan ( Siri 4 )
Lajnah Penerangan
Dewan Ulamak PAS Pusat

WEHDATUL UMMAH : MENYANGGAH SEKULARISME
Pengalaman Eropah semenjak Revolusi Perindustrian pada kurun ke 17 Masihi sehingga
melahirkan pemikiran Sekularisme yang menjadi teras kepada kebangkitan Eropah telah diresapi
masuk ke dalam benak fikiran orang Islam.

Sekularisme adalah satu fahaman yang lahir daripada kekecewaan penganut agama Kristian
terhadap agama mereka yang pada pandangan mereka agamalah punca kepada kemunduran
Eropah sepanjang zaman kegelapan.

Kebangkitan Eropah selepas Revolusi Perindustrian membawa kepada penyebaran idealisme
sekular ke seluruh dunia khasnya dunia Islam yang dianggap senjata paling ampuh bagi
mengalahkan Islam yang pada ketika itu menguasai hampir 2/3 dunia.

 Peperangan Salib yang berlangsung hampir seribu tahun mengajar Eropah bahawa Islam hampir
tidak boleh dikalahkan dengan senjata dan peralatan moden. Hanya dengan memesongkan Umat
Islam daripada Islam atau dengan kata lain dipisahkan Umat Islam daripada pegangan Islam
adalah cara untuk menumpaskan Islam dan umatnya. Maka idea serangan pemikiran atau
Ghazwatul Fikri serta penerapan pemikiran sekularisme dibawa ke dalam dunia Islam dengan cara
yang licik dan strategik.

Penjajahan Barat dan Eropah di negara-negara Umat Islam bukan sekadar untuk menguasai hasil
bumi dan tanah umat Islam tetapi ialah untuk menyesatkan dan memesongkan Aqidah Umat Islam
dan menjauhkan mereka daripada pegangan Islam yang sebenar.

Liciknya idea serangan Pemikiran Sekularisme ini ialah ia bukan satu bentuk fahaman menolak
agama sepenuhnya akan tetapi ia adalah fahaman yang menyempitkan dan menolak fungsi agama
dalam sistem kehidupan manusia sebagai cara hidup. Hujjah-hujjah yang penuh dengan tipudaya
direka untuk menyatakan bahawa Agama Islam tidak boleh berperanan dalam beberapa aspek
kehidupan manusia kononnya agama menjadi batu penghalang kepada kemajuan dan
pembangunan. Pengalaman Eropah sebelum revolusi didendangkan kepada dunia Islam bahawa
Eropah pada satu ketika dahulu dikuasai oleh gereja yang menjadi punca kepada kegelapan atau
kemunduran Eropah dalam pelbagai bidang.

Fahaman dan idea sekularisme ini berjaya memikat hati sebahagian umat Islam dan meresapi dan
menguasai pemikiran mereka lebih-lebih lagi dikala umat Islam pada waktu itu mula menjauhi
daripada pegangan ajaran Islam dan alim ulamak. Ditambahkan lagi dengan pelbagai masalah
dalaman negara dan umat Islam sendiri seperti peperangan, kemewahan sebahagian pemimpin,
penjajahan negara Islam oleh Eropah dan Barat dan juga ramai dari kalangan ulamak dan ilmuwan
Islam mati dibunuh.

Negara Islam dan umat Islam dipecahkan dan difaraidkan di antara negara penjajah antara Perancis
di Afrika, Inggeris di Semenanjung Arab, Itali di selatan Afrika, Belanda di Asia dan lain-lain lagi.
Dunia Islam dipetakan semula oleh penjajah-penjajah mengikut selera mereka. Pemetaan semula
negara umat Islam dengan tujuan supaya Islam dan Umat tidak bersatu padu sebagaimana yang
berlaku sebelumnya pada zaman kegemilangan Islam sehingga berakhirnya Kerajaan Islam Turki
Uthmaniyyah. Tidak cukup sekadar itu, empayar Islam bukan sekadar dipisahkan dengan sebab
faktor tanah, tetapi juga faktor bangsa, puak suku kaum malah juga mengikut pegangan mazhab.
Pada masa yang sama juga semangat pemikiran nasionalisme yang berasaskan perkauman
ditiupkan semula agar umat Islam tidak lagi menjadi satu ummat yang dibina sejak Zaman
Rasulullah s.a.w. lagi.

Inilah natijah daripada serangan pemikiran sekularisme yang membawa kepada perpecahan umat
dan negara Islam.

Baru-baru ini kedengaran seruan perpaduan dan penyatuan umat Islam yang didendangkan serta
dilaungkan ini bertambah rancak selepas Perhimpunan Agung Umno yang lalu hendaklah dilihat
melalui sudut pandangan Islam.

Renungilah ayat dalam Al Quran dalam surah Ali Imran ayat 103,

"..Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu
bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan
(semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu
bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang
Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran
kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam
juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu
mendapat petunjuk hidayahNya..."

Ayat ini menegaskan bahawa Allah s.w.t. menyeru dan memerintahkan kepada penyatuan Umat
Islam di bawah payung Al Quran yang ditafsirkan oleh para mufassirin daripada perkataan ???
( hablun ).

Penyatuan Umat Islam hendaklah berlandaskan kepada asas Islam yang syumul mengikut syariat
bukannya sekadar seruan dengan nama penyatuan. Oleh sebab itu Allah juga dalam ayat yang sama
mengingatkan tentang sikap jahiliyyah yang pernah diamalkan oleh masyarakat Arab sebelum
Islam yang berpegang fahaman asobiyyah yang tinggi yang akhirnya dipecahkan oleh Baginda
s.a.w.

Ini bermakna bahawa selagi mana Umat Islam masih lagi berpegang dan bersikap jahiliiyah serta
tidak merujuk kepada al Quran sebagai petunjuk, selama itulah perpaduan dan penyatuan Umat
Islam tidak akan berhasil.
Hadis Nabi s.a.w.,

"...Kitabullah ( Al Quran ) ia adalah tali Allah yang kukuh daripada langit hingga ke bumi.."
(Sahih)

Hadis ini secara jelas menegaskan bahawa prinsip penyatuan dan perpaduan umat Islam adalah
daripada pegangan teguh kepada Al Quran Al Karim yang menjadi sumber utama syariat dan dasar
beragama (sistem kehidupan yang lengkap) memandukan manusia bagaimana tatacara hidup
di dunia ini. Tetapi apabila Al Quran dikesampingkan daripada panduan hidup digantikan dengan
akal yang terbatas dan nafsu serakah, maka kecelaruan umat manusia tidak dapat dijernihkan.

Ini ditambah lagi dengan hadis yang lain yang menyatakan bahawa kepentingan Al Quran sebagai
sumber penyelesaian dan pertikaian umat manusia. Tanpa Al Quran, umat manusia tidak dapat
menangkis segala bentuk godaan dan pujukan daripada syahwat dan syaitan.

Sabda Baginda s.a.w. lagi,
Daripada Abdullah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda, ".. al Quran itu adalah tali
Allah yang kuat, dan ia adalah juga cahaya yang menerangi, ia penawar yang memberi kebaikan,
pelindung kepada sesiapa yang berpegangnya dan penyelamat untuk sesiapa yang mentaatinya..."

Oleh itu, seruan dan ajakan perpaduan dan penyatuan yang sememangnya merupakan seruan Islam
yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. dengan asas syarak dan ketundukan hanya kepada Allah
azzawajalla. Lihatlah bagaimana persaudaraan antara Aus dan Khazraj (Al Ansar ) dipertautkan
oleh Baginda s.a.w. serta dengan golongan Muhajirin menghasilkan sebaik-baik umat yang pernah
dizahirkan di kalangan manusia sehingga dipuji oleh Allah dalam Al Quran.

Firmannya dalam surah al Hasr ayat 9,
"..Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka,
mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka
perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu; dan mereka juga
mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun
mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta
memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang
berjaya..."

Sekularisme yang meletakkan syariat Islam di kedudukan yang hina serta menjadikan Al Quran
dan as Sunnah bukan sumber utama, sudah tentu tanpa asas ini maka perpaduan dan penyatuan
ummat Islam tidak dapat dibina. Ini kerana bentuk Islam yang dikehendaki oleh sekularisme
adalah ditafsirkan sebagai relegion (agama mengikut tafsiran Barat), Islam tanpa roh dan syariat
tanpa Al Quran dan as Sunnah, bersikap memusuhi agama, meletakkan agama dalam peranan yang
dan menjadikan agama sebagai hak kebebasan individu serta berfahaman materialisme dan
duniawi semata-mata.

Prinsip sekularisme inilah menjadikan umat Islam sentiasa bermusuhan dan berpecah belah kerana
asas fitrah yang dilandaskan oleh Allah s.w.t. buat manusia yang ciptakan daripada insan satu iaitu
Adam a.s. serta agama Islam sebagai panduan hidup dinyahkan daripada berperanan dan berfungsi
dengan sewajarnya.

Sudah pasti rentetan daripada kepincangan ini menatijahkan pertembungan di antara ideologi
antara yang menolak Islam sebahagian mahupun keseluruhannya dengan yang menerima Islam
sebagai cara hidup dengan sistem yang lengkap.

Oleh kerana itu, Islam hendaklah dikembalikan penafsirannya secara syumul dan serta dipraktikan
dalam segenap aspek kehidupan oleh setiap muslim dan itulah sahaja landasan kepada penyatuan
dan perpaduan di kalangan umat Islam. Perkara-perkara dasar Islam seperti Aqidah dan Syariat
perlu dipertahankan dan dijadikan sandaran perjuangan untuk ditegakkan dan direalisasikan bukan
sekadar retorik mahupun teori semata-mata.

Kembali kepada Islam dan kesyumulannya adalah teras perpaduan dan penyatuan umat Islam serta
membawa keharmonian masyarakat seluruhnya.

Catatan

Al Faqir Ila Robbihi
Ustaz Muhammad Najhan Halim
Setiausaha Dewan Ulamak PAS Selangor
Pengarah Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat
18 Disember 2015 / 6 Rabiul Awwal 1437h.

Sumber PP - 18-12-2015

Guru besar hilang masuk hari ke-56, tiada petunjuk baharu
















































BERNAMA | .


KUALA LUMPUR: Kehilangan guru besar Sekolah Kebangsaan Taman Keramat Satu, Jashiah
Rabu, 53, memasuki hari ke-56 hari ini namun masih tiada petunjuk baharu berkenaan lokasi beliau berada.

Ketua Balai Polis Kuala Kubu Bharu ASP Mohd Razip Md Tahir berkata polis telah melakukan
pelbagai usaha tetapi Jashiah masih gagal dikesan malah anggota keluarganya turut menemui jalan
buntu.

"Kita masih menyiasat kes ini dan risikan juga dijalankan bagi mengesan mangsa walaupun
operasi mencari dan menyelamat (SAR) dihentikan pada 10 Nov lepas," katanya ketika dihubungi
Bernama di sini, hari Jumaat.

Beliau meminta orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan Jashiah supaya tampil
memberi maklumat di balai polis berdekatan.

Ibu kepada empat anak itu kali terakhir dilihat jirannya keluar dari rumahnya di Taman Seri
Seruling pada 23 Okt lepas dan difahamkan menghala ke kawasan Hutan Simpan Bukit Kutu
dengan berjalan kaki dan menumpang kereta orang lain sejauh kira-kira 10 kilometer. - Bernama

Sumber HD - 18-12-2015


Parti PAN kini kehabisan modal politik - PAS

Posted on Thursday, December 17 @ 08:59:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar




SHAH ALAM: Kenyataan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu bahawa parti 

itu sedia untuk mengambil alih tempat PAS di Kelantan, hanyalah mahu menarik perhatian 

pengundi. 



"Parti Amanah melakukannya kerana mahu menarik perhatian rakyat yang pada hakikatnya 
mereka telah kehabisan modal politik", kata Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Samad dalam 
satu kenyataan.

Beliau merujuk kepada kenyataan Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu bahawa 

Amanah bersedia untuk mengambil alih kerajaan negeri Kelantan daripada PAS bagi mengelakkan 

ia jatuh ke tangan Barisan Nasional (BN).


Mat Sabu yang juga bekas Timbalan Presiden PAS  dalam temubual bersama sebuah portal selain 

itu turut mendakwa wujud ramai penyokong dalam diam kepada parti serpihan yang diterajuinya.


Katanya, negeri Kelantan mempunyai paling ramai golongan berkenaan yang disifatkan sebagai '

harumanis', bagi merujuk kepada ahli PAS yang menyokong Amanah.


"Biarlah mereka membuat apa saja spekulasi", kata Iskandar sebagai maklum balas kepada 

dakwaan Mat Sabu itu.


Menurut Iskandar yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor, parti itu kini enggan membuat sebarang 

kenyataan berhubung tindakan Amanah yang dianggap tidak berpijak di bumi yang nyata.


Dalam pada itu, seorang lagi Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata hanya 

Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14) sahaja yang boleh menentukan penerimaan pengundi Kelantan 

terhadap parti Amanah.


Jelasnya PAS hanya akan menunggu Pilihanraya Umum (PRU) akan datang kerana pengundi yang 



berhak menentukan samada kenyataan Mat Sabu itu boleh diterima atau tidak.


Realitinya, kata Mohd Amar, PAS sudah lama diterima oleh pengundi Kelantan sementara 

Amanah adalah parti baru yang belum tentu diterima masyarakat negeri berkenaan.


"Kita tunggu Pilihanraya Umum. Kalau dia rasa yakin kita tunggu dan tengok Pilihanraya Umum 

(PRU14) nanti," katanya.


Enggan mengulas lanjut, Timbalan Menteri Besar Kelantan itu turut ketawa sinis dengan dakwaan 

Mat Sabu itu.


"Tidak tahu nak komen macam mana lagi sebab pelik sangat (kenyataan Mat Sabu). Orang baca 

pun ketawa nanti," ujarnya. 


Mat Sabu sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan yang sama pada awal November lalu dalam 

satu ceramah di Kampung Padang Embun di Pasir Mas.


Langkah itu kata Mat Sabu, diambil Amanah bagi 'menyelamatkan' kerajaan Islam yang ditubuhkan

mantan Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Sumber TKO - 17-12-2015


PAS Selangor bakal lancar 100 cawangan baru
















































SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: PAS Selangor akan melancarkan 100 cawangan baru pada program Semarak
Hijau 2.0 yang dijadualkan pada Februari hingga Mei tahun hadapan.

Menurut  Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Samad 100 cawangan yang bakal dilancarkan
itu  adalah termasuk cawangan-cawangan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

Semarak Hijau 1.0 telah dilancarkan di kawasan Parlimen Sepang pada 3 Oktober lepas dan akan
berakhir di Kawasan Parlimen Petaling Jaya Selatan pada bulan Januari hadapan.

Sementara itu katanya, Semarak Hijau 2.0 pula akan dilancarkan di kawasan Parlimen Pandan pada
Februari hadapan.

PAS Selangor yakin Semarak Hijau 1.0 dan 2.0 akan menjadikan PAS terus kukuh di Selangor di
samping menyumbang tenaga kepada rakyat.

Semarak Hijau adalah program turun padang ke setiap kawasan Parlimen di Selangor yang mana
kawasan-kawasan ini akan menganjurkan program khidmat masyarakat seperti gotong-royong,
pemeriksaan kesihatan percuma dan ziarah warga emas.

Turut dianjurkan adalah ceramah penerangan, jamuan rakyat, pelbagai pertandingan dan
permainan untuk semua peringkat umur dan program-program khusus untuk kaum wanita.

"Semarak Hijau adalah bertujuan untuk merapatkan hubungan di antara pimpinan dan aktivis PAS
dengan masyarakat. Ia juga selari dengan tema PAS Selangor "BAKTI UNTUK SEMUA" dan
Islam sebagai rahmat untuk sekelian alam," katanya kepada Harakahdaily. –
HARAKAHDAILY 15/12/2015

Sumber HD - 15-12-2015

Piala Malaysia: Tahniah Selangor 'Misi 33' tercapai
















































HARAKAHDAILY | .


DACS Selangor merakamkan setinggi tahniah kepada pasukan bola sepak Selangor kerana telah
menjuarai Piala Malaysia tahun ini dengan mengalahkan pasukan bola sepak Kedah malam tadi
di Stadium Shah Alam dengan jaringan 2-0.

Dua gol jaringan penyerang Selangor, Ahmad Hazwan Bakri telah membawa pasukannya
menggapai "Misi 33" Selangor untuk menjuarai Piala Malaysia buat kali ke-33. Kali terakhir
Selangor menjadi juara pada tahun 2005 dengan mengalahkan pasukan Perlis.

Penantian selama 10 tahun berakhir malam tadi apabila sekali lagi Piala Malaysia milik Selangor.
Kemenangan ini juga sebagai hadiah istimewa kepada Sultan Selangor sempena Hari Keputeraan
Baginda pada 11 Disember, dua hari lepas.

Keadaan padang agak sedikit teruk malam tadi di Stadium Shah Alam kerana hujan sejak petang
hingga ke malam. Ia sedikit sebanyak mengganggu rentak permainan kedua-dua pasukan di atas
padang. Selangor bijak mengambil kesempatan di atas padang becak yang kebetulannya "home
ground" kepada mereka.

Selangor telah bersedia dalam pelbagai cuaca untuk bermain di stadium ini. Penjaga gol Selangor,
Norazlan Razali sekali lagi beraksi cemerlang malam tadi sambil menafikan rembatan kencang
para pemain Kedah. "Ball possession" Selangor agak baik kali ini dengan barisan hadapannya
bijak menembusi benteng pertahanan Kedah dengan hantaran-hantaran mudah oleh para pemain
sehingga menghasilkan dua gol cantik.

DACS Selangor juga mengucapkan tahniah kepada pasukan Kedah kerana telah menunjukkan
permainan yang baik. Memegang status juara Liga Perdana 2015, berjaya sampai ke final Piala
Malaysia adalah satu pencapaian yang cemerlang. Cuma mungkin malam ini Kedah kurang
bernasib baik apabila bolos dengan jaringan mudah yang tidak sepatutnya berlaku.

Akhir kalam, DACS Selangor turut mengucapkan tahniah kepada semua penyokong Kedah
mahupun Selangor kerana dapat menjaga akhlak masing-masing dan saling hormat-menghormati.
Tiada insiden buruk berlaku sepanjang perlawanan berlangsung seperti istilahnya "hooligan",
vandalism dan lain-lain. - HARAKAHDAILY 13/12/2015

MUHAMMAD FADZLI BIN ABU BAKAR
Pengarah Department of Arts, Culture and Sports (DACS) Selangor
Dewan Pemuda PAS Selangor

Sumber HD - 13-12-2015

PAS kekal dalam kerajaan Selangor demi rakyat





























































































BASIRON WAHAB | .

MARAN: Naib Presiden PAS, Datuk Islandar Samad berkata PAS menafikan kononya PAS sudah
disingkirkan daripada kerajaan Selangor sebaliknya masih kekal berada di dalam kerajaan di
Selangor.

Katanya pada masa sama PAS tiada hubungan politik  dengan DAP atau PAN disudut parti tapi
ada dalam hubungan pentadbiran kerajaan negeri.

Menurutnya ketiga-tiga iaitu PAS, DAP dan Keadilan kena memberikan yang terbaik kepada
rakyat.

Jelasnya beliau, ada 5,000 jawatan dalam pentadbiran kerajaan Selangor dipegang oleh ahli PAS
bermula daripada Exco hinggalah kepada Jawatan Kuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung
(JKKK).

Menurutnya, peranan PAS dalam pentadbiran negeri dapat dilihat apabila gaji guru Kafa dinaikkan
daripada RM1300 kepada RM 1500  sebulan.

“Di Selangor juga PAS berperanan di masjid dan surau serta banyak lagi agenda Islam yang boleh
dibuat oleh PAS untuk kepentingan rakyat.

“Itu antara sebab PAS masih kekal didalam kerajaan negeri Selangor walaupun berbagai provokasi
dibuat oleh pihak tertentu,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Khidmat banjir bagi
parlimen Maran.

Baru-baru ini heboh di media sosial kononya Exco PAS disingkir dari pentadbran kerajaan
Selangor dan diganti dengan anggota PAN mengambil alih jawatan exco.

PAS mempunyai Tiga orang Exco di negeri Selangor dan seorang Timbalan Speker. Sebelum
pertukaran menteri besar berlaku PAS mempunyai empat anggota Exco di bawah pentadbrian
bekas menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim. – HARAKAHDAILY 4/12/2015

Sumber HD - 4-12-2015














































PAS Selangor tidak akan lepas kerusi ditandingi
















































DATUK ISKANDAR A SAMAD | .


SEBAGAI sebuah parti politik, pilihan raya adalah salah satu agenda utama PAS. Walaupun PAS
juga adalah sebuah badan kebajikan, dakwah dan tarbiyyah namun persiapan menghadapi pilihan
raya digerakkan sepanjang masa.

Oleh yang demikian, pada lazimnya jentera pilihan raya PAS di setiap kawasan Parlimen malah
hampir di setiap Dun akan digerakkan.

Ini bermakna PAS mempunyai persiapan dan kelengkapan untuk menghadapi pilihan raya
di mana-mana kerusi.

Walau bagaimanapun ini tidak bermakna PAS akan bertanding di semua tempat di mana jentera
pilihan raya kami telah digerakkan.

Berdasarkan pengalaman pada PRU13, jentera itu sama ada akan membantu parti rakan (ketika itu
parti Pakatan Rakyat yang lain) di tempat mereka atau di tempat-tempat lain di mana PAS
meletakkan calon.

Buat masa ini PAS Selangor belum lagi menetapkan kerusi-kerusi yang akan ditandingi kecuali
kerusi-kerusi di mana PAS telah bertanding pada PRU13.

Walau bagaimanapun PAS Selangor tidak akan melepaskan mana-mana kerusi yang pernah
ditandingi kami.

Pilihan raya akan datang perlu diadakan pada 2018, bermakna ada lebih dua tahun sebelum pilihan
raya wajib diadakan. Dalam tempoh yang lama itu, tidak dapat diramalkan bentuk landskap politik
ketika itu.

Pendek kata belum masanya lagi bagi PAS Selangor untuk membuat apa-apa pengumuman. Walau
bagaimanapun sebarang usaha hendaklah ke arah memastikan Barisan Nasional dapat
ditumbangkan pada pilihan raya umum tersebut. Rakyat telah terlalu lama menderita di dalam
cengkaman mereka. – HARAKAHDAILY 3/12/2015

Sumber HD - 3-12-2015


Ceramah PAS Di Taman Indah
Posted on Thursday, December 03 @ 11:10:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Ceramah pelbagai bangsa malam ini - YB Ustaz Sallehen Mukhyi (ADUN Sabak), Sdra Sum 

Cheok Leng (Bekas ADUN DAP), Sdra Asokan Perumal (SU DHPP Pusat) dan Iskandar di Tmn 
Cahaya Indah.





 

Sumber TKO - 3-12-2015

PAS Selangor Tetap Pertahan Kerusi Dimenangi Pada 

PRU-13

Iskandar Samad
Meskipun belum lagi membuat sebarang keputusan berhubung calon untuk menghadapi Pilihan
Raya Umum ke-14, PAS Selangor tetap akan bertanding di kerusi yang dimenanginya, demikian
tegas Pesuruhjaya Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad.

“Saya ingin menegaskan di sini bahawa PAS Selangor belum lagi membuat sebarang keputusan
tentang calon-calon pilihan raya umum yang akan datang.

“Begitu juga keputusan belum dibuat tentang kerusi-kerusi tambahan, sama ada Dewan Negeri
atau Parlimen, yang mungkin ditandingi.

“Setakat ini PAS Selangor hanya membuat keputusan untuk bertanding di semua kerusi yang
ditandingi pada pilihan raya umum 2013.

“Oleh yang demikian, saya berharap tidak ada pihak yang akan membuat sebarang spekulasi,”
ujarnya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Sebelum ini DAP Selangor menyatakan kesediaannya untuk bertanding di lapan kerusi DUN milik
PAS di negeri itu dalam pilihan raya umum akan datang.

Kerusi-kerusi tersebut adalah Taman Templer, Lembah Jaya, Paya Jaras, Sri Serdang, Meru,
Cempaka, Dusun Tua dan Tanjung Sepat.

Menurut Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua, parti itu yakin akan menang jika berlakunya
pertandingan tiga penjuru.

Iskandar, yang merupakan ADUN Cempaka juga menggesa pihak luar tidak mudah mempercayai
sebarang khabar angin yang mengaitkan beliau akan bertanding di kerusi-kerusi lain.

“Baru-baru ini terdapat khabar angin bahawa saya akan juga bertanding di kerusi Parlimen
Tanjung Karang atau Kota Raja selain dari kerusi Dewan Negeri.

“Mungkin ini terjadi kerana saya kerap ke kedua-dua kawasan tersebut,” tegasnya.

Sumber BO - 26-11-2015














































Siasatan guru besar hilang masih diteruskan

BERNAMA | .


KUALA LUMPUR: Siasatan kes kehilangan guru besar Sekolah Kebangsaan Taman Keramat
Satu, Jashiah Rabu, 53, yang hilang sejak 34 hari lepas masih diteruskan walaupun operasi mencari
dan menyelamat (SAR) dihentikan pada 10 Nov lepas.

Ketua Balai Polis Kuala Kubu Bharu ASP Mohd Razip Md Tahir berkata operasi SAR di Kampung
Buluh Telur yang dikatakan lokasi terakhir Jashiah dilihat, dihentikan selepas 16 hari gagal
menemui sebarang petunjuk.

"Bagaimanapun siasatan masih diteruskan dan risikan juga dijalankan bagi mengesan mangsa,"
katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Pada 29 Okt lepas, pencarian yang turut melibatkan Unit Anjing Pengesan (K9) Polis Diraja
Malaysia (PDRM) menunjukkan Jashiah pernah menjejakkan kaki di dalam hutan Buluh Telur
namun jejak kaki mangsa terhapus setakat kawasan itu.

Pada 31 Okt, seramai 70 anggota pasukan veteran komando diketuai Penasihat Veteran Komando
Malaysia, Datuk Shamsudin Abas menyertai operasi meliputi hutan Bukit Kutu, air terjun
berhampiran Taman Milenium, pencarian dari rumah ke rumah penduduk kampung, kebun getah
serta anak sungai berhampiran pusat operasi.

Ibu kepada empat anak itu kali terakhir dilihat jirannya keluar dari rumahnya di Taman Seri
Seruling pada 23 Okt lepas dan difahamkan menghala ke kawasan Hutan Simpan Bukit Kutu
dengan berjalan kaki dan menumpang kereta orang lain sejauh kira-kira 10 kilometer. - Bernama

Sumber HD - 25-11-2015


85,000 jentera Pas Selangor sedia pertahan PKR, Azmin

Posted on Wednesday, November 25 @ 09:16:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



PETALING JAYA: Pas Selangor sedia mengerahkan 85,000 jentera pilihanrayanya bagi membantu 
PKR mempertahankan kerusi pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14).

Bantuan itu termasuk memastikan Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali mempertahankan kerusi
Parlimen Gombak.

Perkara itu ditegaskan, Setiausaha Pas Selangor, Mohd Khairuddin Othman susulan kenyataan
Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim bahawa Timbalan Pengerusi Amanah
Selangor, Shaari Shuib akan bertanding di kerusi Parlimen Gombak milik PKR.

“Pas bertahaluf dengan PKR maka jentera Pas dan jentera PKR akan bekerjasama dalam
pilihanraya nanti,” katanya.

Mengulas lanjut, ADUN Paya Jaras itu berkata, tindakan mempertahankan kerjasama dengan PKR
selaras dengan kenyataan Azmin sebelum ini bahawa kerajaan Selangor merupakan kerajaan
Pakatan Rakyat (PR) hasil gabungan Pas, PKR dan DAP, bukannya Pakatan Harapan.

“Menteri Besar Selangor telah beberapa kali mengulangi pendirian bahawa Selangor adalah negeri
Pakatan Rakyat dengan itu Pakatan Harapan tidak wujud di Selangor,” katanya.

Katanya, dengan pengistiharan Amanah untuk merampas kerusi milik PKR di Gombak
menyaksikan bakal berlaku pertandingan tiga penjuru selain PKR dan Barisan Nasional (BN). -
FMT

Sumber TKO - 25-11-2015














































PAN mahu bertanding, PAS Selangor 

pertahan kerusi PR

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: PAS Selangor menyatakan kesediaan mengerahkan 85,000 jentera pilihan
rayanya untuk mempertahankan kerusi PAS serta PKR dalam pilihan raya umum akan datang.

"PAS bertahaluf dengan PKR, maka jentera PAS dan jentera PKR akan bekerjasama dalam pilihan
raya nanti," tegas Setiausaha PAS negeri, Mohd Khairuddin Othman dalam satu kenyataan.

Beliau menyatakan demikian susulan kenyataan Pengerusi PAN Kelantan, Datuk Wan Abdul
Rahim Abdullah menerusi media sosial semalam tentang pengisytiharan Timbalan Pengerusi PAN
Selangor, Shaari Shuib bahawa parti itu akan bertanding di kerusi Parlimen Gombak yang diwakili
Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.

Menurutnya, Menteri Besar Selangor itu telah beberapa kali mengulangi pendirian bahawa
Selangor adalah negeri Pakatan Rakyat.

Dengan itu, kata beliau Pakatan Harapan tidak wujud di Selangor. -
HARAKAHDAILY 24/11/2015

Sumber HD - 24-11-2015

Perjanjian Damai : Method Dakwah Efektif

Perjanjian Damai : Method Dakwah Efektif
Perjanjian Damai : Method Dakwah Efektif

Allah s.w.t. berfirman dalam Surah al Anfal ayat 61-62,
"..Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah
cenderung kepadanya serta bertawakalah kepada Allah. Sesungguhnya Ia Maha Mendengar, lagi
Maha Mengetahui..."

"..Dan jika mereka bertujuan hendak menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjaga dan
memberikan perlindungan) kepadamu. Dia lah yang menguatkanmu dengan pertolonganNya dan
dengan (sokongan) orang-orang yang beriman..."

1. Ayat diatas berkisar berkenaan peristiwa Perjanjian Damai Hudaibiyyah pada tahun ke 6 Hijrah
yang meredakan pertembungan antara musyrikin Mekah dan Rasulullah s.a.w. selama 9 tahun yang
diterima oleh Baginda s.a.w. dengan ikatan syarat yang ketat.

2. Kisah ini bermula dengan hasrat 1400 muslimin pimpinan Rasulullah s.a.w. bergerak menuju ke
Mekah untuk menunaikan umrah. Apabila Musyrikin Mekah mengetahui kedatangan Rasulullah
s.a.w., maka mereka terus mengutuskan seorang wakil bernama Suhail Ibn Amr untuk berunding
dengan Nabi s.a.w. bagi menyekat kemasukan pihak Muslimin.

3. Akhirnya berlakulah Perjanjian Hudaibiyyah yang dimerterai bersama Rasulullah s.a.w. dengan
Musyrikin Mekah. Walaupun perjanjian ini sangat dikhuatiri oleh para sahabat yang dianggap
merugikan perjuangan Islam, namun mereka tetap akur dengan keputusan Rasulullah s.a.w.
Sebagaimana yang diriwayatkan berkenaan ketidakpuasan hati Saidina Umar Al Khattab.

Diriwayatkan dari Abu Wail, ia berkata: “Kami berada dalam Shiffin, ada seseorang berkata: 
Apakah kamu melihat orang-orang yang diajak kembali ke al-Quran. Lalu Ali menjawab: Ya”. 

Sahal bin Hunaif berkata: “Berprasangkalah pada diri kalian. Sungguh saya melihat diri kami 
dalam perjanjian Hudaibiyah yang dilakukan oleh Nabi Saw dan orang musyrikin. 

Jika kami berpendapat perang maka kami akan berperang. Kemudian Umar berkata: Bukankah 
kita berada diatas kebenaran dan mereka di jalan yang salah? Bukankah orang yang terbunuh 
diantara kami ada di surga dan yang terbunuh dari mereka ada di neraka? Nabi menjawab: “Ya”.

Umar berkata: “Dimanakah saya meletakkan kehinaan dalam agama kita? Dan kita kembali 
sebelum Allah memberi keputusan diantara kita”. 

Nabi Saw bersabda: “Wahai Anak Khattab. Saya adalah utusan Allah. Allah tidak akan 
menyia-nyiakan saya selamanya”. 

Umar lalu kembali dengan perasaan marah dan tidak sabar hingga ia datang kepada Abu Bakar, 
Umar berkata: “Wahai Abu Bakar, Bukankah kita berada diatas kebenaran dan mereka di jalan 
yang salah?” 

Abu Bakar berkata: “Wahai Anak Khattab. Muhammad adalah utusan Allah. Allah tidak akan 
menyia-nyiakan Muhammad selamanya”. Maka turunlah surat al-Fath”
(HR al-Bukhari)

4. Ayat ini juga mendidik kita sebagai pejuang agama Allah s.w.t. akan betapa Islam itu sangat
menginginkan perdamaian dan keamanan yang dianggap bukan satu bentuk kegagalan dan
kekalahan mahupun tindakan si penakut. Akan tetapi ia adalah satu strategi berharga, peluang dan
juga salah satu bentuk kemajuan yang dicapai apabila pihak lawan dan musuh cenderung untuk
mengajak perdamaian.

5. Ada yang menganggap bahawa perdamaian antara Islam dan musuhnya adalah simbol kepada
kekalahan dan pengunduran, ia adalah salah sama sekali. Malah perdamaian merupakan satu
perintah Allah, kalau tidak mana mungkin Allah sendiri memerintahkan Nabi s.a.w. sebagaimana
di dalam Al Quran.

6. Ayat di atas, iaitu "Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian.." disebut oleh
para mufassirin bahawa bukan sekadar musuh mengajak secara terang untuk berdamai, bahkan
sekiranya musuh menunjukkan kecenderungan atau  ? yaitu cenderung maka Allah memerintahkan
agar menerima kecenderungan itu dengan berdamai.

7. Allah juga memerintahkan selepas daripada inisiatif perdamaian supaya bertawakkal kepadaNya
iaitu hendaklah meletakkan kebergantungan kepada Allah atas apa sahaja perancangan yang dibuat
samada di pihak Islam mahupun di pihak musuh.

8. Sekiranya pihak musuh merencanakan tipu muslihat dan berniat jahat menerusi inisiatif
perdamaian itu, maka ingatlah Allah s.w.t. adalah memadai dan cukup bagi kita untuk berharap dan
memohon pertolongan.

9. Adalah perlu difahami bahawa dalam ayat ini Allah s.w.t. meletakkan setiap Ketaatan
kepadaNya dan PertolonganNya berkait rapat dengan KeImanan kepadaNya.

10. Perjanjian Damai Hudaibiyyah walaupun dilihat dengan mata kasar menampakkan kerugian
pada pihak Islam dan keuntungan kepada musuh. Namun peluang dan kejayaan dicapai tanpa
difahami para peringkat awalnya. Hakikatnya langkah demi selangkah Islam dapat mengambil
peluang yang ada untuk memperolehi kemenangan yang lebih besar iaitu Pembukaan Kota Mekah
beberapa tahun sesudah itu.

11. Ini dinyatakan secara jelas oleh para ulamak dalam Kitab Shahih Muslim dalam Bab Perjanjian
Hudaibiyyah.

Ulama berkata: Maslahat yang timbul atas perjanjian damai ini adalah sesuatu yang jelas dari 
buahnya yang indah dan manfaat yang nyata, yang kemuncak kepada penaklukan kota Makkah, 
dan semua penduduknya memeluk Islam dan orang-orang masuk ke dalam Islam secara 
berbondong-bondong.

Sebab sebelum terjadinya perjanjian damai para penduduk Makkah tidak pernah bercampur dan 
bergaul dengan umat Islam dan tidak dilertontonkan kepada mereka perilaku-perilaku Nabi Saw 
yang nyata, serta tiada sebarang penjelasan kepada mereka tentang Islam secara terperinci.

Ketika terjadi perjanjian Hudaibiyah, mereka bergaul dengan umat Islam, mereka datang ke 
Madinah dan umat Islam berkunjung ke Mekah. Mereka berkumpul bersama keluarga, kawan dan 
lainnya. Mereka mendengar dari para sahabat tentang perilaku Nabi secara dekat, melihat 
mukjizat yang berlaku dengan jelas, dapat menyaksikan tanda kenabian, keperibadian Nabi yang 
menunjukkan perilaku yang indah dan mereka sering menyaksikan secara langsung.

Maka hati mereka mulai cenderung kepada Iman sehingga ramai dari kalangan mereka 
berpusu-pusu memeluk Islam sebelum penaklukan kota Mekah. Maka mereka telah memeluk Islam 
di antara berlakunya Perjanjian Damai Hudaibiyah dan Pembukaan Mekkah.

Orang yang lain yang cenderung kepada Islam juga bertambah. Ketika hari penaklukan kota 
Mekah, maka mereka ini telah memeluk Islam kesemuanya, disebabkan mereka telah memiliki 
sedikit maklumat tentang Islam. 

Sementara orang Arab yang di pedalaman selain Quraisy, mereka hanya menanti kaum Quraisy 
masuk Islam. Dan ketika kaum Quraisy memeluk Islam, maka orang-orang Arab pedalaman turut 
memeluk Islam. 

Allah berfirman: “Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan kamu lihat 
manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong”

(Syarah Muslim, Imam Nawawi 6/241)

12. PAS yang telah dan masih berada dalam lapangan siyasah berprinsipkan "Muwajahah
Silmiyyah" atau jalan demokrasi sejak dari tahun sebelum merdeka iaitu 1951 lagi tetap istiqamah
untuk menggunakan setiap inci peluang yang ada untuk menyampaikan mesej Islam dalam negara
ini.

13. PAS memiliki pengalaman liku-liku politik pelbagai seperti menentang penjajah, pejuangan
menuntut kemerdekaan, memerintah kerajaan negeri Kelantan 1959-1978, bersama dalam kerajaan
campuran dengan Perikatan 1970-1978, memerintah kelantan semula tahun 1990 sehingga kini,
memerintah Terengganu pada tahun 2000-2004, memerintah Kedah pada tahun 2008-2013,
bersama PR memerintah Selangor 2008 sehingga kini.

14. Sewaktu PAS dalam Perikatan, PAS mengambil peluang yang ada menyampaikan mesej Islam
dan melaksanakan Islam dalam lapangan autoriti yang ada. Banyak kementerian dan jabatan
kerajaan berjaya diserapkan unsur Islamik dan diperbetulkan operasi kerajaan supaya patuhi
Syariat. PAS dalam PR ketika mentadbir Selangor telah berjaya mengambil peluang yang dimiliki
untuk membawa mesej Islam dalam lapangan yang diamanahkan. Masjid dan surau telah
dihidupkan fungsinya yang sebenar apabila dimakmurkan dengan majlis ilmu serta pengajian.

Sehingga Selangor berjaya menjadi hub majlis ilmu dan kuliah-kuliah agama di negara ini.

15. PAS sewaktu permulaan langkah dalam lapangan demokrasi berhadapan tohmahan dan
kutukan masyarakat berfikiran sekular bahawa tiada politik dalam Islam. Sehingga terdapat usaha
untuk membuang perkataan Islam dari PAS. Begitu juga apabila PAS mengemukakan cadangan
Enakmen Jenayah Syariah Islam atau Hudud di negeri Kelantan, PAS menghadapi pelbagai bentuk
kesukaran seperti kekeliruan yang sengaja ditimbulkan kepada masyarakat dengan dakwaan hudud
akan dikenakan ke atas orang bukan Islam. Ditambah lagi dengan usaha kerajaan persekutuan
pimpinan Tun Dr Mahathir Mohammad yang membuat pelbagai kritikan dan ugutan untuk
menggagalkan perlaksanaan enakmen ini. PAS berdepan dengan kejahilan masyarakat termasuk
bersaing dengan serangan pemikiran yang merosakkan aqidah ummah seperti sekularisme,
liberalisme, nasionalisme, tuduhan dikaitkan dengan pengganas, anarkin ortodoks, ektrimis,
fundamentalis dan lain-lain lagi.

16. PAS menghadapi kepelbagaian kesukaran tersebut dengan sabar dan istiqamah melalui
penghayatan dan pengiktibaran yang dicungkil daripada Sunnah dan Sirah Nabi s.a.w. sebagai poin
dan hujjah dalam setiap langkah yang diambil oleh PAS seperti kerjasama politik (Taawun Siyasi),
persefahaman politik (Tahaluf Siyasi) dan kerjasama kerajaan dengan kerajaan (G to G).

17. Melalui pendekatan yang diambil oleh PAS ini, maka sedikit demi sedikit halangan, kekeliruan,
kejahilan malah penentangan kepada perjuangan Islam dan PAS secara khususnya semakin
berkurangan. Malah, musuu yang dulu kuat menentang PAS kini menampakan mulai kendur dan
cenderung menunjukkan minat terhadap perjuangan Islam.

18. PAS sebagai parti dan gerakan Islam yang tidak mengenepikan aspek dakwah selain politik,
menggunakan pelbagai method yang ada di hadapannya untuk menyebarluaskan Islam,
memahamkan masyarakat serta mengemukakan hujjah untuk mengembalikan mereka semula
kepada kesyumulan Islam.

19. Peluang perdamaian yang dinikmati oleh PAS adalah satu kelebihan yang sangat penting dan
esential. Ini adalah kerana perdamaian itu dituntut oleh fitrah setiap manusia yang sihat, membawa
keharmonian dalam persekitaran dan bersifat manusiawi (berperikemanusiaan). Bahkan dengan
wujudnya perdamaian, faedah yang diperolehi akan mewujudkan suasana keramahan, kelembutan,
persaudaraan dan keadilan.

20. PAS pastinya tidak akan membiarkan peluang sebegini berlalu sahaja. PAS sudah tentu akan
memanfaatkan kelebihan ini dengan menasihat dan menegur secara lebih efektif sebagai satu
bentuk dakwah kepada pihak lawannya agar dilihat bahawa PAS benar-benar mahukan kebaikan
kepada semua pihak dan bukannya semata-mata inginkan kuasa.

21. Beberapa cadangan PAS mutakhir ini adalah manifestasi daripada suasana perdamaian dengan
pelbagai pihak demi memastikan kepentingan Islam dan rakyat terbanyak menjadi agenda paling
utama dan diberikan perhatian. Sebagai contoh, apabila kerajaan persekutuan menyatakan
kesediaan untuk mempertimbangkan bantuan dalam usaha memartabatkan Undang-Undang
Syariah Kelantan, maka PAS langsung menerima peluang ini. Begitu juga PAS ingin berperanan
dalam memberi khidmat nasihat dan bantuan kepada kerajaan dalam isu-isu berkait soal
pembentangan bajet serta turut memberikan idea penyelesaian kepada masalah ekonomi negara.

22. Semua ini adalah sebahagian daripada kelebihan suasana perdamaian yang wujud antara PAS
dengan musuh politiknya yang bakal menyumbang kepada kemenangan Islam dan perjuangan PAS.

23. Ingatlah, kejayaan PAS bukan dilihat sekadar memenangi pilihanraya semata-mata sahaja, atau
apabila berjaya memerintah negara, ataupun dengan memegang jawatan dan kuasa kerajaan. Akan
tetapi kejayaan PAS yang sebenar adalah apabila mesej Islam dapat disampaikan dan ditegakkan
serta diterapkan dalam kehidupan masyarakat dan negara.

Semoga langkah bijak PAS menerusi pimpinan Sunnah Kenabian ini, diberikan keberkatan Allah
s.w.t. dan kemenangan kepada perjuangan Islam.

Wallahua'alam

Catatan


Ustaz Muhammad Najhan Halim
Setiausaha Dewan Ulamak PAS Selangor 
Pengarah Penerangan
Dewan Ulamak PAS Pusat.
24 November 2015 / 11 Safar 1437h.

Sumber PP - 24-11-2015



DAP: Politik orang gila

Posted on Tuesday, November 17 @ 15:59:19 MYT by paklang

Oleh SYARHAN HUMAIZI HALIM

1. Satu persatu dilihat tindakan DAP makin menggila. Ibarat orang gila yang bercakap seorang,
mengancam orang ramai bahkan dia akan beritahu bahawa dia bukan
orang gila. Tidak ada orang gila yang mengaku dia gila bahkan dia akan
kata orang lain gila. Begitu jugak orang jahat tidak akan mengaku dia
jahat bahkan dia akan menunding jari ke arah orang lain mengatakan jahat. Ini politik DAP.


2. Tuduhan DAP ibarat orang gila yang bercakap tiada asas dan tidak
memandang realiti kehidupan akibat akal sudah menjadi tidak waras.
Atas sikap apa DAP mengatakan Exco-Exco PAS dalam Kerajaan Selangor "berbuat jahat"
apabila memperjuangkan hak-hak rakyat. DAP melaluiSetiausaha Agungnya Lim Guan Eng
mengeluarkan kenyataan demikian akibat "tidak puas hati"
apabila desakan mereka untuk keluarkan PAS dari Kerajaan Selangor tidak berjaya.
Hasilnya dengan tekanan demikian mereka menjadi umpama "orang gila".

3. PAS mendukung usaha dan dasar yang dibuat oleh Kerajaan Selangor. Apatah lagi
pembentangan bajet oleh YAB Dato Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali bertemakan
"Membangun Smart Selangor Yang Peduli" amat menitik beratkan soal kebajikan rakyat. Justeru
atas dasar inilah Exco-Exco dan seluruh ahli PAS akan menggembleng tenaga bersama-sama
menjayakan agenda Kerajaan Selangor ini.

4. Realitinya rakyat Selangor sendiri boleh melihat kesungguhan dan khidmat bakti yang dilakukan
oleh Exco-Exco PAS bahkan khidmat bakti itu bukan sahaja dilakukan melalui saluran kerajaan
semata-mata bahkan PAS di Selangor itu sendiri melalui ahli-ahlinya sentiasa menyantuni dan
mendahului untuk gerak kerja memberi kebajikan kepada rakyat. Apatah lagi sikap "menggila"
DAP itu jugak mengaitkan dengan Kerajaan Kelantan yang sudah sememangnya dikenali sebagai
Kerajaan yang bersih sejak zaman Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz sendiri. Tuduhan DAP
mengatakan hendak menghalang PAS dari buat jahat sebenarnya memakan diri DAP sendiri
kerana rakyat Selangor boleh menilainya dengan baik.

5. Dewan Pemuda PAS Selangor menasihat dan menegur agar DAP di Selangor mengambil sikap
untuk sama-sama berusaha membangunkan Kerajaan Selangor. Peduli rakyat menjadi agenda utama
bukan mengizinkan sikap prejudis sebahagian pimpinan DAP mengganggu gerak kerja serta
khidmat bakti untuk rakyat Selangor. –

SYARHAN HUMAIZI HALIM
Ketua Pemuda PAS Selangor

Sumber DD - 17-11-2015        

'Jika ini dianggap jahat, Guan Eng terlalu angkuh'









































HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng telah menunjukkan sikap
kebenciannya apabila menuduh Exco- exco PAS di Selangor sebagai ‘buat jahat’ kerana berjaya
berjuang menaikkan elaun guru-guru kelas agama dan fardu ain (Kafa) sekolah agama di negeri itu
menjadi RM1,500 bermula tahun 2016.

"Kalau usaha PAS Selangor semenjak 2008 ini dianggap jahat oleh Lim Guan Eng, maka rakyat
sendiri boleh menilai.

"Apakah PAS Selangor dianggap jahat kerana telah memperkasakan institusi masjid serta
memperjuangkan kewujudan Kolej Intergrasi Tahfiz Selangor?" tanya Setiausaha PAS negeri,
Mohd Khairuddin Othman.

Menurutnya, dalam persidangan Dewan Negeri Selangor baru-baru ini dan atas perbincangan
dengan Menteri Besar, kesemua 13 Adun PAS telah menyokong cadangan calon Senator Dewan
Negara yang dikemukakan oleh PKR dan DAP.

“Jika ini juga dianggap jahat oleh Lim Guan Eng, maka kita anggap beliau terlalu angkuh dan
sengaja mengundang masalah.

“Kita percaya ramai ahli DAP di Selangor masih rasional dan tidak bersetuju dengan pandangan
tersebut,” ujarnya yang juga Adun Paya Jaras. – HARAKAHDAILY 16/11/2015

Sumber HD - 16-11-2015

Azam PAS S'gor perancangan Belanjawan 2016 tercapai









































HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: PAS Selangor berpuas hati dengan penerimaan rakyat terhadap Belanjawan
Negeri 2016 yang dibentangkan oleh Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali di Dewan Negeri
Selangor pada 30 Oktober lepas.

"Ianya satu belanjawan yang lengkap, syumul dan memenuhi keperluan rakyat," kata Pesuruhjaya
PAS negeri, Datuk Iskandar A Samad dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, belanjawan itu telah menerima pelbagai pujian kerana prihatin terhadap nasib
rakyat yang semakin tertekan akibat dari suasana ekonomi yang tidak menentu.

Selain itu, katanya belanjawan itu juga mempersiapkan kerajaan negeri untuk berhadapan dengan '
suasana tersebut.

Menurutnya lagi, belanjawan merupakan perancangan perbelanjaan sebuah kerajaan untuk jangka
masa 12 bulan.

Beliau berkata, perbelanjaan yang selari dengan polisi-polisi yang telah dipersetujui oleh parti-parti
yang membentuk kerajaan.

"Maka ia mengikat mereka agar sentiasa berada di atas landasan yang telah dipersetujui bersama,"
ujarnya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan
Kehidupan Bandar negeri.

Sehubungan itu, ujar beliau PAS Selangor berazam untuk memastikan perancangan belanjawan
tersebut akan tercapai.

Tambahnya, Selangor perlu terus cemerlang dengan pembangunan negeri dipacu kehadapan tanpa
mengabaikan kebajikan rakyat. - HARAKAHDAILY 11/11/2015

Sumber HD - 11-11-2015

Tangguh cari guru besar hilang, tiada petunjuk positif

BERNAMA | .


KUALA LUMPUR: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) guru besar Sekolah Kebangsaan
Taman Keramat Satu, Jashiah Rabu, 53, ditangguhkan bermula hari ini berikutan tiada sebarang
petunjuk positif.
  
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Abdul Rahman Yahya Zikri berkata pusat
operasi di Kampung Buluh Telur, Kuala Kubu Baharu telah ditutup kira-kira 9 pagi tadi dan akan
dibuka semula sekiranya terdapat petunjuk baharu.

"Polis meminta orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan Jashiah untuk tampil ke balai
polis berhampiran," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
  
Selain polis, operasi berkenaan turut disertai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan
Pertahanan Awam Malaysia, Veteran Komando Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia, Pasukan
Gerakan Am, Renjer Hutan, malim gunung dan penduduk kampung berhampiran.
  
Jashiah kali terakhir dilihat jirannya keluar dari rumahnya pada petang 23 Okt lepas dan apabila
suaminya Ruzilan Omar, 57, pulang didapati pintu rumah mereka terbuka dan Jashiah tiada di
rumah.
  
Difahamkan, Jashiah menghala ke kawasan Hutan Simpan Bukit Kutu selepas keluar dari
rumahnya di Taman Seri Seruling dengan berjalan kaki dan menumpang kereta orang lain sejauh
kira-kira 10 kilometer. - Bernama

Sumber HD - 10-11-2015


Lagenda Taman Templer (Siri 2)

Posted on Monday, November 09 @ 07:53:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



1. DUN Taman Templer adalah unik kerana namanya bukan dari sukukata Melayu dan ia juga tiada 
kaitan dengan Cina dan India.  Masyarakat Malaysia lebih mengenali tempe dari Templer. Templer 
sebenarnya adalah nama bekas Jeneral yang menjadi wakil British di Malaya bagi memerangi 
komunis
2. Di Malaysia, nama Templer lebih sinonim kepada watak tv ala-ala James Bond, Simon Templer. 

Maksud lain yang lebih diketahui melalui buku sejarah ialah Knight Templer, 6 orang pahlawan 

salib yang melawan Salahudin Ayub (bukan Pan) di abad ke11 dulu. 



3. Rupa-rupanya ada kesamaan antara Jeneral Templer, Simon Templer dan Knight Templer. 

Kesemua mereka beragama kristian dan kecuali Simon, kedua-dua Jeneral Templer dan Knight 

Templer ni berperang dengan orang Islam di bumi yang sama tapi berlainan masa dan zaman. Itu 

yang orang ramai tahu dan yang diberitahu. 



4.  Tapi yang orang ramai tak tahu ialah Knight Templer sebenarnya bukanlah beragama kristian. 

Mereka telah berjumpa dengan harta rampasan maha lejen iaitu buku syaitan yang telah memberi 

kuasa kepada mereka. Mereka mengamalkan ilmu hitam dan ajaran sesat itu yang masih kekal 

hingga ke saat ini.



5.  Antara ajaran buku syaitan yang diamalkan oleh Knight Templer ialah akhir zaman nanti The 

One Eye Messiah akan memerintah dunia dan pusat pemerintahan di Jurusalem. Knight Templer 

wajib menyediakan tentera dan jentera untuk misi suci itu. Sebagai balasan mereka menjadi majis 

umpama Merlin.



6. Kesemua Knight Templer telah ditangkap dan dibakar oleh raja-raja Kristian kerana mereka telah

murtad mengamalkan ritual pelik. Bukan susah nak cungkil maklumat ini sebenarnya. Hollywood 

membongkar rahsia ini melalui cerita pecah panggung, National Treasure dan Da Vinci Code yang 

diheronya Nicolas Cage dan Tom Hanks.



7. Templer yang menjadi topik asal penulisan,  juga bakal menyaksikan satu lagi lejen. Umno dan 

Pas adalah musuh tradisi di Taman Templer. 2 pesaing baru telah mendaftar masuk untuk mencuba 

nasib, iaitu Dap dan Pan. Pertandingan 4 penjuru seolah-olah tidak dapat dielakkan. Masing-masing 

umpama hendak menjadi lejen seperti namanya Templer.



Haji Harun Sheikh Malik

Pemikir Strategik Muda



Sumber TKO - 9-11-2015














































Apa perlu wujud kerajaan perpaduan dengan 

Umno

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad menegaskan tiada
keperluan untuk mengadakan kerjasama politik dengan Umno iaitu sebuah parti yang semakin
ditolak rakyat.

Beliau berkata, kerjasama erat antara PAS, PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat Selangor ketika
ini menyebabkan mereka dapat menerajui kerajaan negeri dengan selesa.

“Masa krisis Menteri Besar dulu juga kita tak pernah bincang nak kerjasama dengan Umno dan
saya lihat tidak ada keperluan kerjasama dengan mereka sekarang.

“Apa perlu kita wujudkan kerajaan perpaduan dengan Umno yang tertekan dan Pakatan yang
mengawal sekarang ini. Apa perlunya?" tanya beliau dipetik Selangor Kini.

Iskandar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan
Kehidupan Bandar negeri menambah orang Umno sendiri pun sudah tidak mahu dengan parti itu
lagi.

Beliau turut menegaskan PAS Selangor akan menolak cadangan itu jika ditimbulkan sebarang
pihak pada masa akan datang.

Sumber HD - 6-11-2015

Fokus bela rakyat, bukan bermain politik - PAS S'gor
















































HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: PAS Selangor terus menumpukan usaha memberi perkhidmatan kepada
rakyat dan mengelakkan desakan parti politik lain.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad, berkata isu politik perlu diketepikan
ketika ini dengan memberi fokus kepada persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS).

“PAS berada dalam kerajaan dan tugas kita jalankan tanggungjawab sebagai sebahagian daripada
kerajaan," ujarnya dipetik Selangor Kini.

Beliau berkata, sepatutnya fokus kepada kerajaan dan membela rakyat serta memberikan
perkhidmatan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar negeri itu
berkata demikian kepada media di lobi Bangunan Annex, Shah Alam semalam

Tambahnya, dalam keadaan sekarang semua pihak perlu fokus menyelesaikan masalah rakyat.

“Bukan untuk bermain politik sebab rakyat pun jemu dengan permainan politik serta mahukan
sesuatu perbezaan,” tegasnya. - HARAKAHDAILY 3/11/2015

Sumber HD - 3-11-2015


PAS Ignores DAP Calls

Iskandar Samad
PAS members in the Selangor state government will continue their work in spite of calls by the
DAP to remove them.

Selangor PAS commissioner Datuk Iskandar Abdul Samad said he and his colleagues will continue
with their duties as members of the state government.

“PAS is in the state government and our responsibility is continue working as we have a lot to do.

“Our core focus is serving the people and political issues such as these must be put aside,” Iskandar
told reporters at the sidelines of the Selangor legislative assembly Monday.

Besides Iskandar, the other PAS representatives are Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi and Zaidy
Abdul Talib.

There are also about 5,000 PAS members in various positions under the state government.

PAS was the one of the main topics of discussion at the Selangor DAP convention on Sunday with
many braying for the removal of PAS representatives from the state government.

One of the delegates Kajang Baru division chairman Chiong Yoke Kong even went as far as telling
the DAP leadership to give Mentri Besar Azmin Ali a time frame to remove PAS representatives
from the executive council.

Iskandar said Selangor PAS did not discuss the DAP’s attacks.

“The main discussions are on how best to serve the people in line with the 2016 budget that was
tabled by the Mentri Besar,” said Iskandar.

Asked if he felt it was unfair for Selangor DAP to pummel PAS in their state convention, Iskandar
said it was the delegates’ right to do so.

“It is their convention and they can say what they like,” he said.

Iskandar said the victory in Selangor in the 2013 general election was from the collaborative effort
of PKR, PAS and DAP.

Ng Suee Lim

Meanwhile, DAP’s Sekinchan assemblyman Ng Suee Lim told reporters this was not the time to
discuss the the PAS-DAP matter in Selangor.

“We will continue with our original agenda in Selangor to serve the people in line with the mandate
given to us in the 2013 polls,” said Ng.

He said in terms of politics, DAP has severed ties with PAS and has a new coalition at the national
level but that need not necessarily apply to Selangor.

“Selangor is unique because when we won in the general election it was together (with PAS and
PKR) with a common manifesto under former mentri besar Tan Sri Khalid,” said Ng.

He said the people had accepted the common manifesto and the right and responsible thing to do
would be to continue with it.

He added everyone who won under the common manifesto had a role to play in the state
government.-thestaronline

Sumber BO - 3-11-2015

DAP Jangan Angkuh

DAP Jangan Angkuh








Butiran


KENYATAAN MEDIA RASMI (14)
DEWAN ULAMAK PAS NEGERI SELANGOR (DUPNS)

DAP JANGAN ANGKUH.

Merujuk kepada tulisan Wani Muthiah dan Adrian Chan di dalam newsdesk@thestar. com.my
bertarikh 2 November 2015 dengan tajuk "PAS a punching bag at Selangor DAP Convention "
antara ucapan pembukaan konvensyen tersebut Lim Guan Eng telah mengkritik PAS sebagai tidak
sepakat dengan parti pembangkang kerana tidak bersetuju menolak Pembentangan Belanjawan
2016 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia baru-baru ini.Antara lainnya seorang
perwakilan yang bernama Pengerusi DAP Kajang Baru , Chiong Yoke Kong mendesak agar YB
Azmin Ali , Menteri Besar Selangor supaya menggugurkan barisan exco PAS dari kerajaan negeri
Selangor .DUPNS menyifatkan tindakan DAP itu sebagai parti politik tidak matang dan
kebudak-budakan kerana :

1.Menafikan hak rakyat yang telah memilih Pakatan Rakyat di dalam PRU yang ke 13 di atas
persetujuan bersama dengan manifesto yang dipersetujui bersama bukan dengan Pakatan Harapan
yang baru ditubuhkan.

2.Bersengkokol dengan bekas ADUN dan MP PAS yang melompat parti dengan tidak bermaruah
melarikan kerusi mereka tanpa mengosongkan kerusi masing-masing sedangkan kemenangan yang
diperolehi mereka dahulu atas tiket PAS juga satu pengkhianatan terancang yang menjelekkan bila
DAP gagal menguasai kepimpinan PAS yang membawa aspirasi DAP .

3.DAP buta sejarah tamadun dan politik apabila memilih untuk menyerang PAS sebagai parti
politik yang memegang dasar Islam .Sejarah telah membuktikan keadilan dan keunggulan Islam
dalam mengatur urus hidup manusia yang "multi- religious" dan "multi-racial" yang berjaya tidak
bersifat perkauman dan nasionalisme yang sempit. Bernard Shaw meramalkan bahawa pada suatu
ketika nanti, agama Islam akan menjadi pilihan orang-orang terpelajar ( The furure religion of the
learned,cultured and enlightened people will be Islam.)

4.Akhir kata DUPNS sekali lagi menegaskan agar DAP agar lebih berhati-hati dalam langkah
politiknya agar tidak mencetuskan perasaan tidak senang di kalangan orang Melayu yang
beragama Islam sehingga menzahirkan sikap perkauman,ideologi politik pragmatis sempit dan anti
Islam sehingga boleh mencetuskan permusuhan dan hubungan dingin antara kaum.

Kita orang Melayu Islam dididik menghormati hak dan kebebasan rakan-rakan kita masyarakat
bukan Melayu Islam. Kita dididik menghormati kepercayaan, adat dan budaya serta hak
mengamalkan Bahasa ibunda rakan –rakan kita. Dalam erti kata lain rakan-rakan bukan Melayu
dan Islam merupakan sebahagian dari kita warga Malaysia.Ingatlah pesan orang-orang tua sebab
pulut santan binasa,sebab mulut badan merasa.Langit tidak selalunya cerah, beringat sebelum
terkena jangan pula dah terhantuk baru nak tergadah.Terlajak perahu boleh diundur ,terlajak kata
membawa padah binasa.

Sekian, wassalam.

Yang benar,
Ustaz Rizwan Rahmat
Ketua DUPNS
19 Muharam 1437/2 November 2015

Sumber PP - 2-11-2015

Operasi cari guru besar hilang dipecah 7 kumpulan





























































































BERNAMA | .

KUALA KUBU BHARU: Operasi mencari dan menyelamat guru besar yang hilang sejak sembilan
hari lepas di Taman Seri Seruling di sini, kini turut disertai pasukan veteran komando.

Pasukan veteran komando itu diketuai Penasihat Veteran Komando Malaysia, Datuk Shamsudin
Abas bagi mencari guru besar Sekolah Kebangsaan Taman Keramat Satu, Jashiah Rabu.

Pegawai Bomba Kanan 2 Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu Razi Hasan berkata,
seramai 70 orang veteran komando itu menyertai pasukan mencari dan menyelamat lain yang
terdiri daripada pihak polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia,
Renjer Hutan dan penduduk kampung.

"Pasukan mencari dan menyelamat kini seramai 167 anggota termasuk 70 anggota veteran komando
itu yang akan menggunakan pengalaman mereka di hutan bagi membantu pencarian itu," katanya
ketika ditemui pemberita di pusat operasi, Kampung Buluh Telur, hari ini.

Beliau berkata pasukan mencari dan menyelamat itu kini juga dibahagikan kepada tujuh kumpulan
kecil.

"Tujuh kumpulan itu melakukan operasi mencari meliputi hutan Bukit Kutu, air terjun berhampiran
Taman Milenium, pencarian dari rumah ke rumah penduduk kampung, kebun getah serta anak
sungai berhampiran pusat operasi," kata Razi.

Jashiah, 53, kali terakhir dilihat jirannya keluar dari rumahnya pada petang Jumaat dan apabila
suaminya Ruzilan Omar, 57, pulang didapati pintu rumah mereka terbuka dan guru besar itu tiada
di rumah.

Difahamkan, Jashiah menghala ke kawasan hutan simpan Bukit Kutu selepas keluar daripada
rumahnya di Taman Seri Seruling dengan berjalan kaki dan menumpang kereta orang lain sejauh
kira-kira 10 kilometer. - Bernama

Sumber HD - 31-10-2015

Kemenangan daripada Allah
















































USTAZ MUHAMMAD NAJHAN HALIM | .


Allah s.w.t. berfirman dalam surah Ali Imran ayat 160:

إِنْ يَنْصُرْكُمُ اللَّهُ فَلَا غَالِبَ لَكُمْ ۖ وَإِنْ يَخْذُلْكُمْ فَمَنْ ذَا الَّذِي يَنْصُرُكُمْ مِنْ بَعْدِهِ ۗ وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ

"Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat
mengalahkan kamu; dan jika Ia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong
kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya
orang-orang yang beriman itu berserah diri..."

Wahai sekalian pejuang agama Allah...

Kita mesti memiliki satu sifat yang tiada pada lawan, "Kebergantungan kepada Allah".

Sebelum kita menang Selangor dan negeri-negeri lain, yakni sebelum 2008, kita pun tak pasti pada
kemampuan kemenangan kita, lalu kita tatkala itu memang meletakkan pengharapan tinggi pada
Allah.

Walaupun di atas kertas, analisa dan lain-lain kita tiada keupayaan untuk menang. Maka Allah
berikan kemenangan.

Rupa-rupanya harus kita sedari, adalah kemenangan itu pada kala kita yakin dan bergantung
kepada Allah, tetapi apabila kita tiada sifat ini, maka tiadalah kemenangan.

Marilah kita memiliki sifat keyakinan ini dan jangan dihilangkan kekuatan ini daripada jiwa dan
aqidah kita. - HARAKAHDAILY 31/10/2015

Penulis ialah Setiausaha Dewan Ulamak PAS Selangor.

Sumber HD - 31-10-2015


Pas Selangor akan pastikan tiada pertandingan tiga penjuru

Posted on Saturday, October 31 @ 09:35:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar




SHAH ALAM: Pas Selangor akan memastikan tiada pertandingan tiga penjuru pada Pilihan Raya 

Umum ke 14 (PRU14) untuk mengelak kemenangan kepada Barisan Nasional (BN). 


Janji itu diberikan ekoran kenyataan DAP yang mahu bertanding di lapan kawasan milik Pas.



Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, ini kerana musuh utama Pas ialah 

BN.



“Kita melihat bahawa pertandingan tiga penjuru hanya akan menguntungkan BN



“Kita tidak mahu beri keuntungan kepada BN sebab BN adalah musuh kita. Kalau bertanding tiga 

penjuru itu akan mengakibatkan keuntungan kepada BN, sudah tentu Pas tidak akan bertanding tiga 

penjuru” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri pembentangkan Belanjawan 
Selangor 2016 di Dewan Negeri Selangor (DNS), pada Jumaat.



Katanya, Pas bagaimanapun tidak akan membenarkan DAP untuk merampas kerusi yang sudah 

dimilikinya sekiranya parti itu tetap berhasrat untuk bertanding di kawasan mereka.



“Saya tidak tahu (kenapa DAP isytihar untuk bertanding di kerusi Pas), sebelum ini kita pun ada 

dengar bahawa ada ura-ura bahawa mereka (DAP) akan masuk dalam kawasan Pas, ini bukan kali 

pertama sebelum ini pun ada kenyataan yang sama.



“Jadi pendirian kita akan terus bertanding di situ, tidak ada masalah.”, katanya



Sumber TKO - 31-10-2015

Pas Selangor pertikai hasrat DAP

Posted on Saturday, October 31 @ 00:05:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar




SHAH ALAM - Pas Selangor hari ini mempertikaikan hasrat DAP yang mahu bertanding di lapan 

kerusi DUN yang disandang oleh parti itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14. 

Pemimpin Pas Selangor memutuskan untuk mempertahankan kesemua lapan kerusi tersebut pada 
PRU akan datang kerana melihat tindakan DAP itu lebih kepada usaha bersama sekutunya iaitu 
Parti Amanah Negara (Amanah), yang merupakan parti serpihan Pas.


Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, Pas sedia maklum bahawa DAP 

mahu merebut kerusi parti itu, namun pihaknya berpendirian untuk mempertahankan kerusi 

berkenaan.



"Sebelum ini kita telah dengar ada ura-ura mereka akan masuk kawasan Pas...kita akan terus 

bertanding di situ dan akan pertahankan kerusi kita," katanya kepada pemberita di lobi Dewan 

Undangan Negeri di sini.



Sementara itu, Setiausaha Pas Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata Pas negeri tidak akan 

berundur dan memberi laluan kepada DAP dalam pilihan raya umum itu.



"Apa rasionalnya DAP nak bertanding di kerusi yang dalamnya 70 peratus pengundi Melayu? Ini 

bukti suara DAP adalah suara parti Amanah kerana kedua-dua parti ini berminat untuk bertanding 

di kerusi yang dimenangi Pas," katanya yang juga Adun Paya Jaras.



Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua dilaporkan sebagai berkata parti itu mungkin akan bertanding 

di lapan kerusi Pas dalam pilihan raya umum akan datang dan sudah bersedia ke arah itu.



Kerusi-kerusi itu ialah Taman Templer, Lembah Jaya, Sri Serdang, Meru, Cempaka, Dusun Tua, 

Tanjung Sepat dan Paya Jaras.



Bagaimanapun, Pua berkata keputusan itu akan diputuskan setelah perbincangan dibuat bersama 

Pakatan Harapan Selangor yang melibatkan DAP, PKR dan Amanah.  - Bernama



Sumber TKO - 31-10-2015








































Jejak guru besar ditemui - polis

ROZAINAH ABDUL RAHIM | .


KUALA KUBU BHARU: Pencarian dengan turut melibatkan Unit Anjing Pengesan (K9) Polis
Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan Guru Besar Jashiah Rabu yang dilapor hilang sejak Jumaat
lepas pernah menjejakkan kaki di dalam hutan Buluh Telur di sini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt R Supramaniam berkata anjing pengesan mengesan jejak
guru besar Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Keramat I itu di sebuah pondok, kira-kira dua
kilometer dari pusat gerakan operasi mencari dan menyelamat.

"Namun jejak kaki mangsa terhapus setakat kawasan terbabit," katanya ketika ditemui Bernama di
lokasi pencarian di Kampung Orang Asli Hutan Buluh Telur hari ini.

Beliau berkata operasi pencarian yang memasuki hari kelima hari ini melibatkan kawasan
berkeluasan tiga kilometer radius pada pagi tadi dan diperluaskan kepada enam kilometer radius
petang ini.

"Selain hutan tebal, kita mengalami kesukaran mengesan mangsa kerana terdapat maklumat yang
bercanggah daripada orang kampung," katanya.

Namun Supramaniam percaya pergerakan Jashiah berkemungkinan semakin terbatas kerana
keletihan dan ini boleh mempercepatkan proses mengesannya.

Beliau berkata seramai 71 anggota terdiri daripada PDRM, Jabatan Bomba dan Penyelamat,
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Renjer Hutan, Pegawai Pendidikan Daerah dan penduduk
kampung terlibat dalam operasi pencarian yang bermula 9 pagi tadi.

Menurut beliau, operasi turut dibantu Pasukan Gerakan Am Sungai Perak Bidor, Perak, serta lapan
orang Tok Batin dari Kampung Buluh Telur.

Sementara itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Kamil Hamadan berkata
pasukan operasi dibahagikan kepada empat kumpulan bagi meluaskan kawasan pencarian.

Ini menurutnya meliputi hutan Bukit Kutu, air terjun berhampiran Taman Milenium, pencarian dari
rumah ke rumah penduduk kampung, kebun getah serta anak sungai.

Jashiah kali terakhir dilihat jirannya keluar dari rumah pada petang Jumaat lalu dan dikatakan
berjalan kaki dan menumpang kereta sejauh kira-kira 10 kilometer ke sebuah perkampungan Orang
Asli, sebelum dilihat menghala ke hutan simpan berkenaan. - Bernama

Sumber HD - 30-10-2015








































PAS Selangor pertahan kerusi, tidak timbul 

beri laluan DAP

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: PAS Selangor meneliti kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi DAP negeri,
Tony Pua yang sama mirip dengan kenyataan Parti Amanah Selangor sebelum ini.

Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata, kedua-duanya 'berminat' untuk
bertanding di beberapa kerusi yang telah dimenangi oleh PAS dalam pilihan raya yang lalu.

"Kita menghormati demokrasi dan kita akan mengekalkan kerusi kita yang kita tandingi dalam
pilihan raya yang lalu," ujarnya dalam satu kenyataan.

Justeru, kata beliau tidak timbul soal berundur atau memberi laluan kepada DAP.

"Biar rakyat yang tentukan parti mana pilihan mereka kelak," kata Adun Paya Jaras itu lagi.

Beliau juga mempersoalkan apa rasional DAP hendak bertanding di kerusi yang di dalamnya 70%
pengundi Melayu.

"Ini bukti suara DAP adalah suara Parti Amanah yang mahukan kerusi PAS," ujar beliau.

Ini, kata beliau kerana kehadiran Pakatan Harapan di Selangor telah ditolak oleh Menteri Besar
baru-baru ini.

Beliau menegaskan, pendirian PAS Selangor adalah tetap mempertahankan kerusi yang ada walau
apapun keputusan yang bakal diterima kelak. - HARAKAHDAILY 30/10/2015

Sumber HD - 30-10-2015


Guru Besar Hilang Ketuk Pintu Rumah Orang Asli Minta
Makanan


Posted on Thursday, October 29 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



KUALA KUBU BHARU – Selepas enam hari dilaporkan hilang, guru besar Sekolah Kebangsaan 
Taman Keramat Satu, Jashiah Rabu, dikatakan pernah beberapa kali meminta makanan daripada 
penduduk Kampung Orang Asli Buluh Telur di sini.
Anak ketiga mangsa Mohamad Irfan Ruzilan, 20, yang turut menyertai operasi 

mencari dan menyelamat, berkata beberapa penduduk kampung menyatakan 

ibunya mengetuk pintu rumah penduduk untuk meminta makanan.

“Mereka kata ibu pernah ketuk pintu rumah pada sebelah malam meminta 

makanan…malangnya mereka hanya memberikan makanan tetapi tidak tahu 

ibu sebenarnya hilang dan tidak sihat,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Jashiah, 53, kali terakhir dilihat jiran keluar dari rumahnya petang Jumaat lepas, dan 

apabila suaminya Ruzilan Omar, 57, pulang didapati pintu rumah terbuka dan 

Jashiah tiada di rumah.

Difahamkan, Jashiah menghala ke kawasan hutan simpan Bukit Kutu selepas keluar 

daripada rumahnya di Taman Seri Seruling dengan berjalan kaki dan menumpang 

kereta orang lain kira-kira 10km.

Mohamad Irfan berkata selepas mengetahui ibunya hilang, dia segera pulang ke 

rumah pada Ahad lepas.

“Saya sepatutnya mengambil bahagian dalam Karnival Sukan Mahasiswa 

UiTM di Kedah tetapi saya tarik diri sebab nak cari ibu,” katanya.

Beliau berkata sejak ibunya menjalani rawatan kimoterapi Mac lepas akibat barah 

payudara yang dihidapinya sejak dua tahun lepas, ibunya kelihatan murung dan 

pernah menghilangkan diri pada Ogos lepas, dan ditemui di Seremban.

“Ibu memang sedikit emosi selepas menjalani rawatan kimoterapi apatah lagi 

apabila kami adik-beradik masing-masing sudah bekerja dan belajar, dan 

hanya pulang sekali sekala.

“Ibu pernah hilang sehari dan ditemui di Seremban dengan memandu 

keretanya,” kata Mohamad Irfan yang kali terakhir berbual dengan ibunya menerusi 

telefon, sehari sebelum Jashiah dilaporkan hilang.

Mohamad Irfan berkata ibunya sudah tidak ke sekolah sejak Mei lepas, dan perkara 

berkaitan tugasan, guru lain akan datang ke rumah.

“Ibu bertugas di Sekolah Kebangsaan Taman Keramat Satu dan tinggal di 

kuarters bersama ayah yang merupakan pesara tentera…seminggu sekali ibu 

dan ayah akan pulang ke rumah kami di Taman Seri Seruling,” katanya.

Menceritakan mengenai sifat Jashiah, Mohamad Irfan berkata ibunya merupakan 

seorang yang ceria dan suka berbual serta berkongsi cerita dengan mereka empat 

beradik.

“Kalau kami balik rumah bawa makanan, ibu kelihatan berselera menjamah 

makanan yang kami bawa,” katanya.

Anak sulung mangsa Mohamad Syahidzul Izuan Ruzilan, 22, pula berkata kali 

terakhir dia bertemu ibunya sebulan lepas, sebelum bertolak ke Pulau Pangkor, 

Perak memulakan tugas di tempat baharu.

“Ibu beri saya duit untuk beli barang dan pakaian. Sebelum ini saya bekerja di 

Kajang dan tinggal di Kajang,” katanya.

Seorang penduduk kampung yang hanya mahu dikenali sebagai Zamri yang turut 

menyertai operasi berkata pada Sabtu lepas, iparnya ada memberikan makanan 

kepada mangsa.

“Ipar saya kata Jashiah meminta makanan dan kemudian meminta untuk 

dihantar ke kawasan berhampiran hutan simpan (Bukit Kutu),” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt R. Supramaniam berkata 

lokasi pencarian dibahagikan kepada utara, selatan, timur dan barat.

“Untuk semalam, kita sudah buat pencarian di bahagian utara serta selatan 

dan hari ini, kita buat pencarian di bahagian timur dan barat.

“Tetapi setakat ini, tiada lagi sebarang petunjuk yang diperoleh. Saksi kejadian 

ada yang kata mangsa memberitahu ingin ke hutan simpan Bukit Kutu.

“Kita telah kumpulkan maklumat daripada tiga saksi di kawasan sekitar yang 

dipercayai dapat membantu kita dalam usaha pencarian,” katanya.

Beliau berkata kes berkenaan setakat ini, diklasifikasikan sebagai orang hilang dan 

operasi pencarian masih diteruskan. – BERNAMA

Sumber TKO - 29-10-2015


Memorandum Bantahan Kenaikan Tol Kepada Menteri 

Kerja Raya

IMG_20151014_175608
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) melahirkan rasa kekesalan di atas pengumuman
kenaikan kadar tol bagi beberapa lebuhraya utama yang berkuatkuasa pada 15 Oktober 2015 yang
lepas.

Kenaikan kadar tol ini merupakan satu malapetaka dahsyat kepada pengguna lebuhraya tatkala
negara dirundung dengan krisis kejatuhan mata wang.

Setelah dihimpit dengan bebanan kenaikan harga barang, harga minyak yang tidak menentu turun
naik dan ditambah dengan cukai GST, rakyat sekali lagi telah dizalimi dengan kenaikan kadar tol
yang tidak munasabah.

Janji pengurangan kadar tol secara berperingkat oleh kerajaan BN dalam manifestonya pada
PRU-13 yang lepas rupanya hanya satu sandiwara poltik meraih undi.

2.0 Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor melihat keadaan ini sebagai satu musibah besar yang
melanda rakyat Malaysia. Pengurus dan pemilik konsesi tol perlu merasai dan menjiwai hidup
sebagai rakyat biasa dan bukannya memikirkan keuntungan poket sendiri.

Perlu memahami bahawa bukan semua pengguna lebuhraya sama taraf hidup mereka, bukan s
ekadar tol yang mereka perlu bayar untuk menggerakkan sebuah pacuan, bahkan minyak, cukai j
alan, lesen dan pelbagai lagi pengeluaran duit perlu dilaburkan untuk sebuah kenderaan layak
digunakan di Malaysia ini.

Kebimbangan yang kami khuatiri adalah kemarahan rakyat Malaysia yang tidak terkawal akibat
tekanan dan bebanan kewangan yang mereka terpaksa tanggung akibat kenaikan mendadak dan
akan mengakibatkan ketidakstabilan kehidupan rakyat Malaysia dan paling menakutkan sekiranya
ada yang merusuh tanpa hala kepada individu yang tidak bersalah.

3.0 Marilah sama-sama kita menginsafi bahawa disamping kenaikan kadar tol yangterkini, rakyat
Malaysia silih berganti terbeban dengan kenaikan cukai-cukai yang melampau seakan Malaysia
tiada sumber pendapatan melainkan cukai.

Sedangkan Negara kita memiliki hasil bumi yang banyak sepatutnya menjadi pendapatan yang
mampu menampung segala kos tersebut. Amaran Allah di dalam Al-Quran sepatutnya menjadi
kegerunan pada pihak kerajaan.

Ketetapan yang demikian supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya di
kalangan kamu. Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah SAW kepada kamu maka
terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangnya kamu melakukannya maka patuhilah
larangannya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah sesungguhnya Allah amatlah berat azab
seksanya bagi orang yang melanggari perintahnya”.

4.0 Oleh itu, kami Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mendesak pihak Kerajaan Persekutuan
agar
:
Syarhan-Humaizi-Abd.-Halim

i. menyemak semula terma perjanjian di antara syarikat konsesi tol dan pihak kerajaan dengan
mengambil kira aspek tempoh perjanjian dan penstrukturan semula konsesi tol berdasarkan
pulangan kos dan keuntungan;

ii. mengamalkan dasar berbelanja secara berhemah supaya mempunyai lebihan (surplus) bagi
menampung kos pampasan kepada syarikat konsesi tol di atas penangguhan kenaikan kadar tol
yang dianggarkan pada kadar purata inflasi 3%-5% setahun; dan

iii. menubuhkan sebuah Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat, menekuni dan meneliti setiap
perjanjian konsesi tol yang berat sebelah dan membebankan rakyat.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,
Syarhan Humaizi Abdul Halim
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Tarikh : 28 Oktober 2015

Sumber BO - 28-10-2015


PAS Konsisten Memperjuangan Hak Rakyat

IMG_20151014_175608
PAS Selangor, khususnya para pemudanya, telah menngadakan bantahan secara aman dibeberapa
buah lebuh raya di negeri itu, ekoran kenaikan kadar tol yang diumumkan kerajaan Umno-BN
semalam.

demo tol selangor1
Turut sama ‘turun padang’, menyertai ‘demo’ tersebut ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr.
Ustaz Riduan Mohd Nor.

Beliau berkata, PAS konsisten dalam membela hak rakyat negara ini, dalam suasana kondisi
ekonomi yang semakin memburuk.
“Kenaikan tol, kenaikan harga minyak, inflasi, kejatuhan nilai ringgit, salahurus tadbir, rasuah yang
semakin menggebu adalah mercutanda kegilaan regim Umno-BN,

“PAS akan terus menjuarai isu rakyat, menjadi jurubicara ummah serta siap menggalang peranan
sebagai parti dan gerakan yang paling berdisiplin dalam menyusun kekuatan massa,”ujarnya yang
bersama dengan kumpulan bantahan di Plaza Tol Guthrie, Shah Alam.

demo tol selangor

Beliau menyeru rakyat supaya membuka mata dan minda dan mengubah pemerintahan negara
bersama PAS pada pilihan raya kali ke-14 akan datang.

“Rakyat wajib membuka minda dan mata mereka seluasnya, melihat kebejatan dan kebobrokan
regim BN yang seakan hilang punca dalam mengurus amanah .

“PAS dengan kepelbagaian ahli dan konpetensi yang ada pada pimpinannya, bersiap untuk
mengambil alih pemerintahan negara ini, apatah lagi didokong dengan ratusan jaringan sivil yang
mempunyai pelbagai kepakaran,”jelasnya.

Beliau yakin, BN semakin nazak dan semakin hilang fokus, maka rakyat sewajarnya mendokong
aspirasi PAS untuk mengurangkan bebanan hidup mereka.

PAS Selangor, khususnya para pemudanya, telah menngadakan bantahan secara aman dibeberapa
buah lebuh raya di negeri itu, ekoran kenaikan kadar tol yang diumumkan kerajaan Umno-BN
semalam.

demo tol selangor1

Turut sama ‘turun padang’, menyertai ‘demo’ tersebut ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr.
Ustaz Riduan Mohd Nor.

Beliau berkata, PAS konsisten dalam membela hak rakyat negara ini, dalam suasana kondisi
ekonomi yang semakin memburuk.

“Kenaikan tol, kenaikan harga minyak, inflasi, kejatuhan nilai ringgit, salahurus tadbir, rasuah
yang semakin menggebu adalah mercutanda kegilaan regim Umno-BN,

“PAS akan terus menjuarai isu rakyat, menjadi jurubicara ummah serta siap menggalang peranan
sebagai parti dan gerakan yang paling berdisiplin dalam menyusun kekuatan massa,”ujarnya yang
bersama dengan kumpulan bantahan di Plaza Tol Guthrie, Shah Alam.

demo tol selangor

Beliau menyeru rakyat supaya membuka mata dan minda dan mengubah pemerintahan negara
bersama PAS pada pilihan raya kali ke-14 akan datang.

“Rakyat wajib membuka minda dan mata mereka seluasnya, melihat kebejatan dan kebobrokan
regim BN yang seakan hilang punca dalam mengurus amanah .

“PAS dengan kepelbagaian ahli dan konpetensi yang ada pada pimpinannya, bersiap untuk
mengambil alih pemerintahan negara ini, apatah lagi didokong dengan ratusan jaringan sivil yang
mempunyai pelbagai kepakaran,”jelasnya.

Beliau yakin, BN semakin nazak dan semakin hilang fokus, maka rakyat sewajarnya mendokong
aspirasi PAS untuk mengurangkan bebanan hidup mereka.

Sumber BO - 14-10-2015















































Bukan jalin kerjasama dengan Perkasa, PAS cuma terima
kunjungan hormat - Iskandar


Posted on Wednesday, October 14 @ 13:36:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, PAS Selangor telah menerima 
penjelasan daripada PAS Pusat bahawa pimpinan tertinggi parti itu hanya menerima kunjung 
hormat daripada Perkasa semalam.
"Mereka telah membincangkan tiga perkara, iaitu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), 

Security Offences (Special Measures) Act 2012 (Sosma) dan Trans-Pacific Partnership Agreement 

(TPPA). Tidak ada persetujuan untuk mewujudkan sebarang kerjasama seperti yang dilaporkan 

oleh media.


"Sehubungan itu, ingin ditegaskan di sini bahawa PAS Selangor tidak bersetuju dengan sebarang 

bentuk kerjasama dengan Perkasa," kata beliau yang juga naib presiden parti itu.


Dalam satu kenyataan, Iskandar berkata walaupun PAS Selangor bersedia mewujudkan kerjasama 

dengan mana-mana pihak yang menghormati prinsip-prinsip dan dasar perjuangan PAS "kami 

menolak sama sekali mana-mana pihak yang membawa sentimen perkauman."


Perkasa sering dituduh pembangkang sebagai sebuah NGO yang membakar sentimen perkauman 

di kalangan rakyat. 


Pimpinan Perkasa menafi tuduhan itu.


Semalam, PAS dan Perkasa dilapor mengumumkan persetujuan untuk bermuafakat dalam isu-isu 

nasional, namun tidak menjurus ke tahap kerjasama politik.


Selain Ibrahim, pertemuan semalam itu dihadiri oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang 

dan Setiausaha Agung PAS parti, Datuk Takiyuddin Hassan.


"Kita setuju untuk mengadakan hubungan dua hala antara Pejabat Setiausaha Agung PAS dan 

Pejabat Setiausaha Agung Perkasa. Kita akan aturkan perkembangan terkini dan program bersama," 

kata Takiyuddin.


"PAS bersetuju untuk mengadakan pertemuan ramah mesra bersama Perkasa hari ini buat pertama 

kalinya secara rasmi. Dan ini menunjukkan bahawa PAS terbuka kepada sesiapa sahaja," kata 

beliau kepada pemberita.



Sumber TKO - 14-10-2015

Perutusan 1437H: Hijrah dan keberkatan

HARAKAHDAILY | .

وَمَن يُهَاجِرْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يَجِدْ فِي


الْأَرْضِ مُرَاغَمًا كَثِيرًا وَسَعَةً وَمَن يَخْرُجْ مِن بَيْتِهِ مُهَاجِرًا إِلَى اللَّهِ 
وَرَسُولِهِ
 ثُمَّ يُدْرِكْهُ الْمَوْتُ فَقَدْ وَقَعَ أَجْرُهُ عَلَى اللَّهِ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَّحِيمًا

Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia
akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur; dan sesiapa
yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati
(dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan (ingatlah)
Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (An-Nisa': 100)

Alhamdulilah diberikan kesempatan oleh Allah SWT untuk melangkah ke tahun baru 1437 Hijrah
sebagai golongan yang istiqamah dan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh berjuang untuk
menghijrahkan diri kepada jalan keredhaan Allah SWT dengan meninggikan kalimah-Nya di atas
bumi Malaysia yang tercinta.

Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor (DUPNS) sentiasa optimistik bahawa keberkatan hidup
manusia di dunia dan akhirat akan jadi tuntas dan bermatlamat, bila mendapat sentuhan wahyu
yang qudus.Hanya Allah yang mengetahui keperluan hamba-hambaNya dan Islam sebagai
alternatif terbaik di dalam mencapai penghijrahan yang hakiki tersebut.

Suntikan roh Hijrah Rasulullah SAW dalam jiwa ummah yang lemah dan mandul wajib
diperkasakan. Asas tamadun Islam ialah bermula dari sifat penghijrahan jiwa nafsu kepada
mengabdi diri kepada Allah SWT dan dari sistem jahiliyah yang rapuh kepada sistem hidup Islam
yang komprehensif.

Kebobrokan pegangan tauhid, ketidakadilan undang-undang manusia, kepincangan urus tadbir
negara, sistem ekonomi yang hanya mementingkan keuntungan dan menindas, polisi cukai yang
membebankan rakyat, masyarakat yang hedonistik dan materialistik, kesopanan budaya bangsa
yang semakin terhakis dan lemah, bukti bahawa betapa perlunya penghijrahan yang menyeluruh
dan bersepadu diperlukan agar pemimpin dan rakyat memiliki jatidiri hamba yang bertaqwa.

Justeru itu, DUPNS menyeru seluruh rakyat negeri Selangor khususnya agar dapat bersama-sama
berhijrah dengan Islam sebagai penyelesaian yang terbaik bagi meraih kesejahteraan dan sistem
nilai yang mampu menjamin agama, nyawa, harta benda, keturunan yang mulia dan kewarasan akal
fikiran.

USTAZ RIZWAN RAHMAT
Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor
1 Muharam 1437/14 Oktober 2015 - HARAKAHDAILY 14/10/2015

Sumber HD - 14-10-2015



























































































PAS Selangor tolak kerjasama dengan 

Perkasa

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: PAS Selangor telah menerima penjelasan daripada PAS Pusat bahawa PAS
Pusat hanya menerima kunjung hormat daripada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Iskandar A Samad berkata mereka telah membincangkan 3 perkara
iaitu 1MDB, SOSMA dan TPPA.

Tambahnya, tidak ada persetujuan untuk mewujudkan sebarang kerjasama seperti yang dilaporkan
oleh media.

"Sehubungan itu, ingin ditegaskan di sini bahawa PAS Selangor tidak bersetuju dengan sebarang
kerjasama dengan Perkasa.

"Walaupun PAS Selangor bersedia mewujudkan kerjasama untuk menentang Barisan Nasional
dengan mereka yang menghormati prinsip-prinsip dan dasar perjuangan PAS tetapi kami menolak
sama sekali mana-mana pihak yang membawa sentimen perkauman," katanya yang juga Naib
Presiden PAS dalam satu kenyataan.

Menurutnya, seluruh tenaga rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan kedudukan sosial
perlu digemblengkan untuk berhadapan dengan penyelewengan dan salahguna kuasa Barisan
Nasional. - HARAKAHDAILY 13/10/2015

Sumber HD - 13-120-2015

Selamat Hari Sukan Negara 2015 - DACS 

Selangor

HARAKAHDAILY | .


Pelaksanaan Hari Sukan Malaysia 2015 pada 10 Oktober 2015 esok dengan tema "Fit Malaysia"
harus disambut baik oleh rakyat dengan semangat kesukanan dan muhibbah yang tinggi.

DACS Selangor berharap dengan adanya program sebegini, ia akan merancakkan lagi aktiviti
bersukan, beriadah dan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat, baik bagi mereka yang berusia
muda mahu pun tua.

DACS Selangor berpendapat perpaduan dalam kalangan rakyat harus terus dipupuk tanpa mengira
perbezaan keturunan, bangsa dan had umur menerusi sukan dan riadah.

Bagi mewujudkan sebuah negara yang mengeluarkan hasil produktiviti yang tinggi, amalan hidup
sihat mesti diamalkan oleh setiap rakyat.

Keadaan tubuh badan yang sihat dan gaya hidup penuh tatakelola akan memandu pencapaian
ekonomi negara menerusi amalan kerja yang produktif.

Teladan baginda Rasulullah (sallallahualaihiwasalam) dalam bidang sukan dan riadah harus
dijadikan contoh. Baginda Rasulullah (sallallahualaihiwasalam) pernah dicabar bergusti dengan
seorang lelaki yahudi dan akhirnya baginda Rasulullah (sallallahualaihiwasalam) menang serta
lelaki yahudi itu menganut agama Islam kemudiannya.

Malah baginda Rasulullah (sallallahualaihiwasalam) menggalakkan umat Islam untuk belajar
memanah, berenang dan menunggang kuda.

Natijahnya, sukan bukan sahaja menjadikan tubuh badan yang sihat, ia melatih umat Islam untuk
mempunyai kemahiran mental yang tinggi dan fokus dalam pekerjaan yang dilakukan selain
menjauhi perkara yang sia-sia dan tidak berfaedah seperti melepak dan minum arak.

Baginda Rasulullah (sallallahualaihiwasalam) pernah bersabda mafhumnya "mukmin yang kuat
lebih disukai Allah dari mukmin yang lemah". Sementara itu, dalam mafhum sabda baginda
Rasulullah (sallallahualaihiwasalam) yang lain, baginda menyatakan Allah mencintai mukmin yang
melakukan sesuatu pekerjaan secara "itqan" iaitu ketekunan yang membuahkan hasil kerja yang
produktif.

Banyak aktiviti menarik yang akan dianjurkan oleh DACS Selangor sempena Hari Sukan Negara
tahun ini seperti Ampang Fun Ride, Kejohanan Bola Sepak Belia, Kejohanan Futsal, Mendaki
Bukit Broga, Pertandingan Boling 2015 dan lain-lain di seluruh negeri Selangor.

DACS Selangor berharap rakyat dari segenap lapisan akan dapat menyertai pelbagai program yang
diadakan dan menunjukkan semangat perpaduan yang tinggi.

Hal ini kerana perpaduan dalam kalangan rakyat mutakhir ini dilihat semakin rapuh lantaran
tindakan, singgungan dan kecaman berunsur politik yang dimuntahkan oleh barisan ahli politik
yang tidak matang dan rasional.

DACS Selangor juga sebelum ini telah mengadakan banyak program yang mengajak rakyat
khususnya belia mendekati aktiviti sukan dan kegiatan luar.

Kewujudan Alternative Riding Club (ARC), Alternative Cycling Club (ACC), perlumbaan
motorsikal di Litar Lumba Rakyat, Alternative Photography Club (APC), DACS Motorsport Club
(DMC) dan pelbagai lagi aktivti luar anjuran DACS Selangor harus dimanfaatkan oleh rakyat.

Akhir kalam, dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat, ia dapat menghindarkan diri kita
daripada penyakit, merapatkan jalinan ukhwah antara ahli keluarga dan menghasilkan produktiviti
kerja yang baik serta dapat melahirkan budaya kerja yang baik dan cemerlang.

Sekaligus ia akan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat malah diisi pula dengan
pertukaran pendapat dan ilmu antara rakyat. Sekian, terima kasih.

Majulah sukan untuk negara.

MUHAMMAD FADZLI ABU BAKAR
Pengarah Department of Arts, Culture and Sports (DACS) Selangor
Dewan Pemuda PAS Selangor. - HARAKAHDAILY 9/10/2015

Sumber HD - 9-10-2015


Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden Peringkat Kawasan
Kota Raja


Posted on Thursday, October 08 @ 19:46:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden Peringkat Kawasan Kota Raja pada 7 Oktober 2015. Tahniah 

kepada ahli-ahli PAS Kota Raja di semua peringkat yang menyedari peranan dan tugas besar 
masing-masing bagi memastikan kelangsungan perjuangan Islam PAS



Sumber TKO - 8-10-2015

Pusat khidmat masyarakat Adun bangi di buka di Pasar
awam

Posted on Monday, October 05 @ 19:37:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Pusat khidmat masyarakat Adun bangi di buka di Pasar awam B.B.Bangi dan taman Jasmin pada
4/10/15(Ahad). Yb Adun Bangi turut serta bertemu masyarakat..

Kredit :
Penerangan PAS Serdang

Sumber TKO - 5-10-2015


Pas tak akan tarik diri

Posted on Saturday, October 03 @ 17:13:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Artikel
SHAH ALAM – “Pas Selangor tidak akan menarik diri daripada kerajaan Selangor,” demikian
pendirian Timbalan Pesuruhjaya 2 Pas Selangor, Shafie Ngah yang dinyatakan kepada Sinar Harian
semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kenyataan Menteri Besar, Mohamed
Azmin Ali yang menyerahkan kepada Pas untuk menentukan pendirian sama ada mahu keluar atau
kekal dalam pakatan kerajaan Selangor.

Beliau yang juga Adun Bangi berkata, Pas tidak boleh menarik diri memandangkan wakil rakyat
Pas mempunyai tanggungjawab besar melaksanakan mandat rakyat.

“Kami dipilih rakyat pada pilihan raya lalu sehingga kami berjaya membentuk sebuah kerajaan
yang baik dalam Pakatan Rakyat (PR) sekali gus memberi kebajikan kepada semua rakyat.

“Pas Selangor percaya mana-mana parti di negeri ini tidak boleh mentadbir secara bersendirian
kecuali menerusi kerjasama antara satu sama lain,” katanya.

Mengulas kenyataan Ketua Dewan Ulama, Datuk Dr Mahfodz Mohamed yang bersedia untuk
mempertimbangkan keputusan keluar dari pakatan kerajaan Selangor, Shafei berkata, keputusan
perlu dibuat secara kolektif dan pandangan Pas Selangor biasanya turut diambil kira.

“Buat masa ini Dewan belum buat sebarang keputusan, jadi saya tak boleh nak ulas lebih lanjut
perkara itu,” katanya.

Dalam pada itu, Setiausaha Pas Selangor, Mohd Khairuddin Othman turut menegaskan yang Pas
Selangor tidak akan goyah dengan Pakatan Harapan.

Menurutnya, PR masih terpakai di Selangor sepertimana yang dinyatakan Menteri Besar, Mohamed
Azmin Ali sebelum ini.

“Kami terima baik pandangan beliau (Mohamed Azmin) yang mengatakan hanya PR terpakai di
Selangor, bukannya Pakatan Harapan.

“Justeru itu, Pas Selangor akan terus menjalankan tugas seperti biasa termasuk berbincang dengan
rakan PKR dan DAP dalam urusan hal ehwal kerajaan di negeri ini,” katanya.  - Sinar Harian

Sumber TKO - 3-10-2015

DAP masih ‘rakan sepasukan’ Pas di Selangor
Posted on Wednesday, September 30 @ 12:17:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

SHAH ALAM – Pas Selangor masih menganggap DAP sebagai rakan 
politik dalam kerajaan negeri Selangor dan tiada keperluan parti Islam itu 
untuk berundur dari pentadbiran negeri itu berdasarkan kemenangan PR 
pada PRU13 lalu.

Setiausahanya, Mohd Khairuddin Othman berkata, walaupun parti Islam itu 

sudah memutuskan hubungan dengan DAP pada muktamar lalu, namun 
kerjasama sebagai sebuah pasukan dalam kerajaan negeri masih berjalan 
seperti biasa.

“Tidak timbul soal tahaluf siyasi, sebab kita dalam kerajaan, bermakna kita masih bekerjasama 

dengan PKR, malah DAP juga kita anggap rakan kita dalam kerajaan dalam semua peringkat.

“Pendirian kita adalah kekal dalam kerajaan, tiada isu lagi, kerajaan Selangor hari ini adalah 

kerajaan yang menang pada pilihan raya dulu,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan bekas aktivis Pas, Mohd Riza Kamaruddin semalam yang menggesa 

parti Islam itu meninggalkan kerajaan negeri Selangor sekiranya masih enggan bekerjasama dalam 
Pakatan Harapan.

Mohd Riza berkata, sekiranya Pas berkeras tidak mahu menyertai pakatan pembangkang baharu 

yang ditubuhkan PKR, Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP, maka parti Islam itu harus 
memutuskan segala hubungan dan keluar dari Selangor.

Dalam pada itu, Khairuddin juga berkata setakat ini tiada sebarang perbincangan antara Menteri 

Besar, Mohamed Azmin Ali dengan kepimpinan Pas Selangor tentang kedudukan parti Islam itu 
dalam kerajaan negeri Selangor.

“Siapa pun boleh cakap suruh (Pas) keluar Selangor, biar realistik, jangan nak main politik. Tiada 

isu (Pas) keluar kerajaan negeri Selangor.

“Tiada perbincangan (kedudukan Pas dalam kerajaan) kerana urusan berjalan seperti biasa dan kita 

masih Exco dalam kerajaan Selangor,” ujarnya.

Beliau turut mempersoalkan kewujudan Pakatan Harapan di Selangor untuk mengambil alih 

peranan Pas, sedangkan kerajaan negeri Selangor tertubuh berdasarkan kemenangan pakatan 
pembangkang yang lama.

“Soalnya Pakatan Harapan duduk di mana di Selangor? Soalnya Pakatan Harapan ada ke di 

Selangor ini?” soalnya lagi.

sumber


Sumber TKO - 30-9-2015














































Slogan 'Islam adalah penyelesaian' belum 

cukup
















































JUHANI RAHMAN | .


AMPANG: Perjuangan yang bersandarkan kepada slogan 'Islam adalah penyelesaian' tanpa
kerangka pelaksanaan yang tepat dan menyeluruh masih belum cukup untuk mempengaruhi rakyat
supaya menyokong PAS.

Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, sebaliknya rakyat sekarang ini mahu
penjelasan yang tuntas bagi setiap masalah yang berlaku meliputi pelbagai bidang seperti ekonomi,
pendidikan, perancangan bandar, perundangan dan sebagainya.

"Adakah sampai bila-bila kita hanya mahu cakap Islam adalah penyelesaian bila ada masalah yang
berlaku. Masa Kongres Rakyat pun masih sebut slogan ini.

"Kalau orang tanya macam mana Islam menyelesaikan masalah, adakah kita pula mahu jawab
tunggulah bila tiba masanya?" ujarnya semasa membentangkan kertas kerja Peranan Profesional
Pasca Muktamar PAS 2015 dalam Wacana Golongan Profesional & Landskap Politik Terkini.

Sehubungan itu, beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor, menggesa parti itu segera membuat
perubahan termasuklah menguruskan persoalan baharu seperti alam sekitar, pengurusan dan tidak
berpaut kepada isu agama sahaja.

"Kita tidak mahu pimpinan buat kenyataan media yang tidak berpijak dengan realiti atau
menumpang isu yang dibawa pihak lain. Kita kena cari dan gali isu baharu.

"Maka di sinilah perlunya golongan profesional dalam PAS bagi membentuk polisi yang lebih detil
untuk ditawarkan kepada rakyat," ujarnya.

Tambahnya lagi, PAS juga perlu segera mencari nilai tambah untuk memastikan parti itu relevan
bagi menghadapi cabaran politik yang lebih rencam apabila wujud sebuah parti politik yang baharu.

Bagi memastikan hasrat itu boleh dicapai, Iskandar menyarankan PAS menubuhkan institut
penyelidikan yang lebih bersifat terbuka bagi memudahkan pihak lain menyumbangkan pendapat
atau hasil kajian yang boleh dimanfaatkan.

Katanya, keperluan itu adalah mendesak memandangkan parti politik lain juga mempunyai badan
penyelidikan masing-masing untuk merangka polisi.

"PKR ada Institut Rakyat, DAP ada Penang Institute, Kerajaan Negeri Selangor ada Institut Darul
Ehsan, jadi kita juga perlukan sebuah badan penyelidik yang lebih terbuka. Kalau Pusat Penyelidikan
PAS (PPP) mungkin agak tertutup," katanya. - HARAKAHDAILY 20/9/2015

Sumber HD - 20-9-2015

GHB dicabar bentuk kerajaan sendiri

| .


KUALA LUMPUR: PAS Selangor mencabar pimpinan GHB supaya membentuk kerajaan sendiri jika parti itu ditubuhkan untuk 
menumbangkan Umno-BN.

Setiausaha PAS, Mohd Khairudin Othman berkata GHB perlu membentuk kerajaan sendiri di
negeri-negeri yang Pakatan Rakyat belum menang dalam pilihan raya.

Jika matlamat menubuhkan parti untuk menumbangkan Umno-BN soalnya kenapa hendak
bertanding di kerusi yang sama dengan PAS terutama di Selangor dan Kelantan.

"Kenapa tidak tumpu negeri yang belum menang? Bertandinglah di Johor tubuhkan kerajaan GHB
di Johor; tubuhkan kerajaan GHB di negeri Sembilan; Sabah dan Sarawak....silakan," tegasnya.

Beliau yang juga Adun Paya Jaras mencabar pimpinan GHB jika `gentlemen' jangan bertanding di
Selangor; Kelantan dan Pulau Pinang.

"Jika menubuhkan parti GHB untuk menumbangkan Umno-BN tubuhkan kerajaan di negeri yang
belum menang," tegasnya.

Di Selangor katanya, tidak ada rundingan langsung untuk GHB mengambil kerusi PAS.

Selain itu beliau turut mengingatkan pimpinan dan ahli GHB supaya tidak menggunakan taktik
`memancing' atau mencuri ahli PAS ke parti baru mereka.

Beliau mempersoalkan kenapa ketika berada dalam PAS tidak menggunakan kempen menarik ahli
Umno masuk PAS.

"Tariklah orang Umno masuk PAS kalau betul-betul hendak berdakwah. Ini bila masuk GHB tarik
orang PAS," tegasnya.

Menurut beliau jika ahli PAS memilih sendiri untuk berada dalam GHB itu terpulang mereka tetapi
jangan paksa orang lain dengan mengambil gambar mengatakan orang tersebut masuk GHB.
HARAKAHDAILY 18/9/ 2015

Sumber HD - 18-9-2015













































PAS Kapar tambah 3 cawangan baharu

SAIDAH HAIRAN | .


KAPAR: PAS Kawasan Kapar telah menubuhkan tiga cawangan PAS dengan penambahan keahlian
dalam tempoh tiga minggu kempen menambah ahli.

Pengarah Pilihan raya PAS Selangor, Mohd Haslin Hassan berkata PAS perlu membuktikan
kekuatan sebagai parti Melayu terbesar yang mampu menguasai pengundi Melayu pada pilihan raya
umum nanti.

Katanya, memandangkan keadaan Umno yang semakin lemah PAS akan menjadi tonggak politik
bagi menggantikan Umno yang selama ini menjadi teras BN.

Menurut beliau, PAS perlu membuktikan kekuatannya sebagai parti Melayu terbesar.

"PAS memang kuat, tegas dengan prinsip dan kita tidak perlu lain untuk menjatuhkan Umno dalam
keadaan Umno sekarang yang semakin lemah," katanya pada Ijtimak PAS Kawasan Kapar, semalam.


Tambah beliau, masyarakat memang mengakui kekuatan PAS tetapi daripada aspek pengurusan dan
strategi tidak tersusun.

Beliau yang juga Adun Tanjung Sepat berharap pimpinan dan ahli di semua peringkat perlu
menambah keahlian dan membuka cawangan di kawasan masing-masing.

"Tambah cawangan dan keahlian sangat penting bagi menjamin kekuatan PAS," katanya.

Tiga cawangan PAS yang ditubuhkan ialah Simpang Tiga Jalan Yadi, Kampung Delek Tengah dan
Kampung Delek Selatan.

Turut hadir pada ijtimak itu ialah Ketua Pengarah Pilihan raya PAS, Datuk Mustafa Ali; Yang
Dipertua PAS Kawasan Kapar, Ustaz Mohamad Noor Najihan; Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali;
Adun Meru, Dr Abdul Rani Othman.

Mustafa menyampaikan anugerah kepada PAS cawangan yang dapat menambah keahlian. -
HARAKAHDAILY 17/9/2015

Sumber HD - 17-9-2015


















































Iskandar: Azmin berpijak di bumi yang nyata

Posted on Wednesday, September 16 @ 15:03:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

Komentar

KUALA LUMPUR - ‎ Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad menyifatkan 
tindakan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali yang menyatakan pendirian untuk terus 
menjalinkan kerjasama politik bersama Pas adalah satu langkah yang bijak.‎

Iskandar yang juga merupakan Exco Jawatankuasa Tetap Pengurusan Perumahan, Bangunan dan 
Setinggan berkata, tindakan itu memperlihatkan Azmin sebagai orang yang celik politik serta 
memahami realiti kehendak politik kini.‎

‎“Saya melihat bahawa Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berpijak dibumi yang nyata.

‎“Bersih 4.0 walaupun diwar-warkan satu negara, namun tidak lebih daripada 10 peratus orang 
Melayu. Ini berlaku kerana Pas tidak terlibat.

“Ini bermakna pengaruh Pas dalam kalangan orang Melayu berdasarkan Bersih 4.0 adalah sungguh 
besar sekali.‎ Oleh itu bagi saya, hanya orang tidak faham realiti politik yang tidak mempedulikan 
Pas,“ katanya kepada media ketika ditanya respons Pas terhadap pendirian Azmin berkaitan 
kerjasama politik antara Pas dan PKR di Selangor.

Semalam, ‎Azmin Ali dalam satu kenyataan menegaskan PKR akan terus menggunapakai pendirian 
asal untuk terus menjalin kerjasama dengan Pas dan beberapa parti lain demi menjaga kepentingan 
rakyat.

‎Dalam pada itu ketika menyentuh mengenai kerjasama Pas dan DAP di Selangor, Iskandar berkata, 
mereka tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama buat masa ini, kerana kedua-dua parti itu lebih
mengutamakan rakyat.

‎“Kita bekerjasama seperti biasa‎, masih bertemu dan bercakap,” katanya.

Sumber Link 
Sumber HD - 16-9-2015

Piala AFC: DACS Selangor ucap tahniah 















































kepada JDT

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: DACS Selangor mengucapkan syabas dan tahniah kepada pasukan Johor Darul
Takzim (JDT) di atas kemenangan menumpaskan pasukan South China lantas melayakkan diri ke
gelanggang separuh akhir Piala Asia (AFC).

"Ia sekaligus menjadi wakil negara ke Piala Asia," ujar Pengarah Department of Arts, Culture and
Sports (DACS) Selangor, Muhammad Fadzli Abu Bakar menerusi laman facebook.

Katanya, pertembungan yang berlaku malam tadi di Stadium Mok Kong Hong Kong telah
menunjukkan prestasi cemerlang Mahalli Jasuli dan Safee Sali.

Tambahnya, ledakan tiga gol oleh mereka malam tadi telah melayakkan mereka beroleh agregat 4-2
untuk perlawanan akan datang.

"Sekali lagi DACS Selangor mengucapkan syabas dan tahniah kepada pasukan JDT.

"Semoga permainan yang lebih cemerlang dapat dipamerkan lagi selepas ini kerana mereka akan
menentang pasukan seterusnya, sama ada kelab Al-Qadsia atau Al-Jaish," ujarnya lagi.

Dengan pencapaian cemerlang ini, tambahnya ia sedikit sebanyak dapat memperbaiki imej negara
yang jatuh merudum baru-baru ni apabila dibelasah teruk oleh pasukan UAE. - HARAKAHDAILY
 16/9/2015

Sumber HD - 16-9-2015

Kita jumpa DAP dalam urusan kerajaan - 

Iskandar

MUHAMMAD FAIZAL | .


KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad menyifatkan PAS
adalah parti tunjang utama orang Melayu selain Umno.

Tegasnya atas kekuatan tersebut PKR ingin terus bekerjasama dengan PAS dalam Pakatan Rakyat
2.0.

"Saya melihat kenyataan Timbalan Presiden PKR, Mohamad Azmin Ali adalah kenyataan yang di
bumi nyata.

"Pengaruh PAS dalam kalangan Melayu cukup ketara dan ia terbukti apabila PAS tidak mengarahkan
ahli turun himpunan Bersih 4.0 yang lalu menyebabkan penyertaan orang Melayu hanya 5 hingga 10
peratus sahaja," katanya sebagai panel Bicara Harakah hari ini.

Menurut beliau lagi, walaupun terdapat krisis antara PAS dengan DAP, namun parti itu ada hubungan
dalam urusan kerajaan di Selangor.

"Sekarang ini kita hari-hari jumpa DAP, tetapi dalam konteks urusan kerajaan negeri,” ujarnya.

Beliau yang merupakan Naib Presiden PAS turut berkata, krisis keluar parti mahupun krisis dengan
DAP tidak mengugat aktiviti PAS di Selangor.

Turut menjadi panel pada program Bicara Harakah yang membincangkan isu-isu semasa Selangor
adalah Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman, Adun Tanjung Sepat, Ir Mohd Haslin
Hassan dan Ketua DHPP Negeri Selangor, Datuk K. Derpakaran. – HARAKAHDAILY 
15/9/2015

Sumber HD - 15-9-2015














































Lompat parti: Rakyat menilai, terpulang 

kepada individu

MUHAMMAD FAIZAL | .


KUALA LUMPUR: Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman menyifatkan individu
yang lompat parti sebagai tidak bertanggungjawab.

Menurut beliau, walaupun tiada tindakan boleh diambil dari sudut perundangan tetapi rakyat menilai
apa yang berlaku terutamanya mereka yang lompat parti.

"Lompat parti mungkin tidak boleh diambil dari sudut perundangan tetapi ia merupakan keburukan
moral seseorang individu, malah perbuatan yang tidak bertanggungjawab.

"Rakyat menilai dan terpulang kepada individu yang terlibat," katanya pada porgram Bicara Harakah
di MyHarakah Bazar hari ini.

Menurut beliau, walaupun ada alasan tersendiri tentang lompat parti yang mengatakan mereka
menang atas nama Pakatan Rakyat.

Namum, mereka harus faham untuk menjadi calon dari mana-mana parti ia harus mendapat watikah
perlantikan daripada Presiden atau Setiausaha Agung.

"PAS adalah parti terbesar orang Melayu selain Umno, kekuatan kita dari akar umbi dan kita tidak
tergugat apabila ada yang meninggalkan kita.

"Walaupun dua Adun lompat parti, PAS tidak tergugat dan boleh meneruskan tugas seperti biasa,"
katanya lagi.

Adun Paya Jaras itu juga menggesa setiap parti perlu menghormati dasar parti masing-masing dan
bukannya turut sama mengganggu perjalanan parti lain.

"Hormati dasar parti masing-masing dan jangan nak masuk dalam kain parti lain.

"Rasanya sudah sampai masanya perkara ini dibincang bagi memastikan setiap parti itu menghormati
hak parti lain," sambung beliau lagi.

Turut menjadi panel adalah Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad (Pesuruhjaya PAS
Selangor), Adun Tanjung Sepat, Ir Mohd Haslin Hassan dan Ketua DHPP Negeri Selangor, Datuk
K. Derpakaran. – HARAKAHDAILY 15/9/2015

Sumber HD - 15-9-2015


Sertai PKR bukti Kamaruddin tak yakin dengan Amanah -
PAS Selangor

Posted on Tuesday, July 14 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



SHAH ALAM: Tindakan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar yang mengumumkan 

untuk menyertai PKR dan bukan Parti Amanah Negara (Amanah) seperti yang dijangka pelbagai 
pihak jelas membuktikannya yang tidak yakin akan parti baharu itu.
Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor, Shafie Ngah berkata penyertaan Kamaruddin ke dalam parti 
pimpinan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail itu juga mengejutkan pimpinan tertinggi parti Islam
berkenaan. 
"Tapi mereka tak masuk (parti baru), sebaliknya mereka sertai PKR. Ia menunjukkan mereka tidak 
percaya dan yakin kepada Harapan Baru (Amanah)," katanya dipetik Sinar Harian. 
Jumaat lalu, Kamaruddin mengumumkan untuk menyertai PKR sekaligus keahliannya di dalam PAS
terbatal secara automatik. 
Turut sama menyertai PKR bersama Kamaruddin adalah mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri 
Muhammad Muhd Taib.
Bagaimanapun ujar Shafie, penyertaan Muhammad itu tidak memberi sebarang kesan kerana bekas 
ahli PAS itu tidak memegang apa-apa jawatan sama ada di peringkat DUN mahupun parlimen. 
"Berbeza dengan Kamaruddin yang diberi amanah untuk jaga parlimen atas tiket PAS, dia patut 
bersama dengan parti. Tindakan mereka yang keluar dari PAS setelah membuat bai'ah memang 
mengkhianati parti. Bai'ah yang ikat ahli parlimen dan ADUN PAS,"
ujarnya.

   
Sumber TKO - 14-9-2015



























































































6,000 ahli baru, harga dibayar kepada PAS 

Selangor

SAIDAH HAIRAN | .






PETALING JAYA: PAS Selangor menerima keahlian tertinggi seramai 6,000 orang dalam tempoh
tiga minggu berkempen mencari keahlian baru.

Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Iskandar Abd Samad berkata, ini adalah harga yang dibayar kepada
PAS Selangor yang merupakan negeri yang teramat panas setiap tahun dengan pelbagai krisis.

“Semua orang hendak negeri ini. Negeri Selangor ini bagaikan anak dara, semua orang hendak
pinang,” katanya ketika dalam ucapatama Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden di dewan sivik,
di sini hari ini.

Menurut beliau, tahun lalu Selangor menghadapi krisis Menteri Besar manakala tahun ini `Selangor
move’ dan PAS Selangor sangat terkesan kerana berada dalam kerajaan negeri.

Katanya, krisis demi krisis menjadikan pimpinan dan PAS Selangor menjadi lebih matang dan akan
menyerlahkan kepimpinan yang boleh kehadapan dan berperanan dengan lebih baik.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS menegaskan, krisis menyerlahkan pimpinan PAS untuk
menyelesaikan masalah.

“Alhamdulillah, kita dapat selesaikan masalah ini. Ahli dan kepimpinan PAS Selangor menunjukkan
satu komitmen yang tinggi. Ada larangan kita ikut,” katanya.

Katanya, dalam menghadapi ribut taufan PAS Selangor tetap bersatu dan tidak ada sebarang
kenyataan yang dikeluarkan dan merugikan PAS negeri.

Selama ini kata beliau, banyak kenyataan yang keluar tetapi bukan daripada pimpinan PAS negeri
semua kenyataan tersebut daripada pimpinan luar Selangor.

Iskandar telah menyerahkan borang keahlian baru itu kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru
Abdul Hadi Awang.

PAS Kawasan Kapar mencatat penyertaan tertinggi melebihi 700 orang sementara Sepang kedua
telah menerima cenderhati.

Tuan Guru diiringi Iskandar turut melancarkan logo dengan motto PAS Selangor `Bakti Untuk
Semua’.

Kehadiran ahli mengikuti munaqasyah seramai 1,700 orang iaitu melebihi jangkaan. -
HARAKAHDAILY 13/9/2015

Sumber HD - 13-9-2015

Khianat apabila tinggal parti selepas menang

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: PAS Kuala Langat mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli yang
menyumbang kepada persiapan Perhimpunan Istiqamah Hingga Kemenangan (Pihak) 13 Selangor
di dataran pekan Banting malam tadi sama ada dalam bentuk kewangan dan tenaga kerja.

Yang Dipertuanya, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata sumbangan tenaga pemuda menggantung
kain rentang, bendera dan persiapan lain mengingatkan kembali bagaimana tenaga kerja parti
digunakan semasa PRU13 yang lalu bagi memenangkan PAS di dua kawasan dewan negeri
Sijangkang dan Morib.

Katanya, ahli yang diberi mandat bertanding yang mendapat watikah kebenaran dari PAS dan
menggunakan sumber kewangan parti yang datangnya dari ahli cukup terasa apabila ada ahli dewan
negeri yang apabila mendapat kemenangan sudah tidak lagi mematuhi tatacara dan perlembagaan
parti walaupun telah berbaiah sebagai calon sebelum pilihan raya.

"PAS Kuala Langat menganggap ini suatu pengkhianatan apabila mereka meninggalkan parti selepas
kemenangan," ujarnya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri.

Menurutnya, menggunakan peruntukan kerajaan negeri atas kapasiti parti yang diwakili semasa
bertanding hingga mendapat kemenangan juga dianggap sebagai sesuatu yang tidak beretika apabila
digunakan untuk mempromosikan NGO atau parti yang akan wakili olehnya kerana itu bukan parti
yang diberi mandat oleh pengundi dalam PRU13.

"Ingat baiah sebelum PRU13 yang lalu. Semoga Allah memberi balasan yang setimpal dengan
tindak-tanduknya," katanya yang juga Exco Kerajaan Selangor menerusi laman facebook.

Beliau berharap semoga diberi keberkatan di dunia hingga ke akhirat dan tetap bersama hingga
kemenangan kepada ahli-ahli yang terus beristiqamah dalam perjuangan PAS

Tegasnya, perjuangan PAS adalah perjuangan yang berlandaskan akidah, dakwah dan bukan siasah
 semata-mata. - HARAKAHDAILY 13/9/2015

Sumber HD - 13-9-2015














































Lebih baik masuk PKR, AMANAH nak hancur PAS -
Iskandar


Posted on Friday, September 11 @ 15:01:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



"Lebih baik masuk PKR dari GHB (Gerakan Harapan Baru) atau Parti Amanah Negara (AMANAH)," kata Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad.

Iskandar berkata demikian ketika diminta mengulas penyertaan ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaffar dan mantan menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib ke dalam PKR.

"Lebih baik masuk PKR dari GHB atau Amanah kerana GHB dan AMANAH umumnya hendak hancurkan PAS," katanya kepada Malaysiakini.
Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sendiri hari ini mengumumkan penyertaan Kamaruddin dan Muhammad ke partinya.

Baru-baru ini, ketika pergolakan dalaman parti Islam itu, beliau dilihat rapat dengan kumpulan serpihan PAS Gerakan Harapan Baru (GHB), yang kemudiannya membentuk AMANAH.
Sementara Kamaruddin juga dikaitkan dengan AMANAH, sehingga menimbulkan kesangsian Pemuda PAS Kelantan yang semalam mendesak beliau menyatakan pendirian sebenar.
Penyertaan kedua-dua tokoh itu sukar difahami dalam perkembangan politik pembangkang ketika mereka cuba membentuk gabungan baru melibatkan PKR, DAP, PAS dan AMANAH.
Pemimpin AMANAH Khalid Samad turut hadir dalam sidang media itu.
AMANAH digerakkan bekas pemimpin kanan PAS yang tewas dalam pemilihan parti itu Jun lalu susulan trend pengundian blok.
Ia pada mulanya dilihat bakal menggantikan PAS dalam gabungan baru pembangkang bersama PKR dan DAP.

Bagaimanapun, PKR kini mahukan PAS bersama dalam gabungan itu. DAP antara yang paling lantang menentangnya atas dakwaan PAS sudah tersasar daripada dasar mereka.

Perpecahan Pakatan Rakyat sebelum ini juga berpunca daripada perbalahan berpanjangan PAS-DAP, terutamanya dalam isu pelaksanaan hudud di Kelantan.

Sumber Link

Sumber TKO - 11-9-2015

Harakah menyumbang kemenangan PAS

HARAKAHDAILY | .


SHAH ALAM: Pengarah Urusan Harakah, Dr Rosli Yaakop menegaskan akhbar Harakah telah
memberi sumbangan besar kepada kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat Selangor pada Pilihan
raya Umum ke-13 lalu.

Katanya, sumbangan kemenangan itu berdasarkan pada edaran Harakah yang paling tinggi di
Selangor iaitu di Lembah Klang.

Beliau berkata, Harakah sebagai organ parti tentu lebih memahami, peka dan sensitif dengan tuntutan
akar umbi dan isu-isu setempat.

"Saya melihat PAS ada kekuatan di Selangor. Jadi, Harakah sebagai media ada peranan untuk
membantu mengekalkan kemenangan PAS di Selangor," katanya ketika pertemuan dengan anggota
harian Badan Perhubungan PAS Selangor, di sini petang semalam.

Pemimpin PAS negeri diketuai Timbalan Pesuruhjaya 1, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi; Setiausaha,
Mohd Khairudin Othman dan Pengarah Pilihan Raya, Mohd Haslin Hassan.

Turut serta Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Taufek Yahya; Pengurus Pemasaran,
Ahmad Faisal Tawang dan Ketua Biro Harakah Selangor, Saidah Hairan.

Dalam perbincangan tersebut, mereka memberi cadangan dan teguran supaya Harakah lebih maju
dan berdaya saing selaras dengan senario politik terkini. - HARAKAHDAILY 10/9/2015

Sumber HD - 10-9-2015














































PAS Kuang tambah empat cawangan baru
















































MUHAMMAD ARIF ISMAIL | .



SUNGAI BULOH: PAS di Selangor terus mendapat sokongan rakyat negeri itu apabila empat lagi
cawangan baru ditubuhkan dalam Dun Kuang.

Empat cawangan baru itu seperti PAS Cawangan Tasik Biru, PAS Cawangan Kundang Jaya, PAS
Cawangan Taman Bersatu dan PAS Cawangan Indah Height BTP.

Selain itu, 20 ahli baru turut menyerahkan borang PAS kepada Pesuruhjaya PAS Selangor merangkap
Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad.

Turut hadir pada majlis yang diadakan di Dewan JKK Kampung Permata Kundang, Yang Dipertua
PAS Kawasan merangkap Exco Kerajaan Negeri, Zaidy Abdul Talib.

Penyerahan itu diwakili oleh Abas Abdul Manaf yang merupakan Ketua PAS Cawangan Kampung
Melayu Seri Kundang Blok C yang terletak di bawah PAS Kawasan Selayang.

Ditanya mengenai inisiatif itu, katanya, beliau tidak melakukan sebarang usaha untuk mendaftarkan
keahlian, melainkan bercakap tentang perjuangan Islam.

"Kita sering bertemu dan bercakap mengenai perkara untuk menegakan perjuangan Islam sahaja,
bukan kerana habuan dan imbuhan kewangan.

"Oleh sebab itulah, penduduk yang mempunyai kesedaran tinggi terhadap agama, mereka akan
menyertai PAS," kata beliau ketika ditemui pada majlis itu.

PAS Kawasan Selayang mempunyai 40 cawangan dan dengan perkembangan itu menjadikan
kekuatannya bertambah menjadi 44 buah kawasan. – HARAKAHDAILY 10/9/2015

Sumber HD - 10-9-2015

PAS Selangor larang ahli sertai Himpunan 

Baju Merah

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: PAS Selangor melarang mana-mana ahlinya dari hadir atau terlibat dengan
Himpunan Baju Merah yang dijadualkan di ibu negara pada 16 September ini.

"Kita menentang sebarang himpunan berbau perkauman yang boleh mencetuskan ketegangan dalam
kalangan kaum," ujar Setiausaha PAS negeri, Mohd Khairuddin Othman kepada Harakahdaily.

Tegasnya, ahli PAS di Selangor adalah dilarang untuk hadir atau terlibat dengan apa cara sekalipun.

"Kita tidak bersetuju dan tidak berkompromi dalam hal perkauman kerana asas perjuangan PAS
bukan perkauman," ujarnya yang juga Adun Paya Jaras.

Sehubungan itu, PAS negeri meminta agar pasukan keselamatan memantau Himpunan Baju Merah,
sebagaimana mereka memantau himpunan Bersih dahulu.

Beliau berkata, sebarang bentuk perhimpunan perkauman harus dibanteras dengan segera. -
HARAKAHDAILY 10/9/2015

Sumber HD - 10-9-2015


Bai'ah: Pas Selangor harap kafarah dua YB diterima

Posted on Monday, September 07 @ 14:53:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar



SHAH ALAM - Pas Selangor berharap bayaran kafarah yang dibuat dua ahli parlimen negeri itu
diterima dan mereka dijauhkan daripada laknat ALLAH.



Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi mengambil pendirian enggan 

memanjangkan kritikan terhadap perbuatan kafarah sebagai tebusan berikutan melanggar sumpah 

bai’ah kerana bertindak keluar Pas.



“Pas negeri (Selangor) pun tak mahu memanjangkan isu ini, terpulang kepada mereka. Berbai’ah 

dengan menyebut nama ALLAH sebagai satu jaminan untuk tetap bersama dalam Pas untuk 

memperjuangkan Islam.



“Saya pun tidak pasti sama ada mereka ini turut berbai’ah sebab sumpah ini dilakukan secara 

beramai-ramai. Semoga kafarah mereka diterima ALLAH,” katanya, semalam.



Beliau yang juga Exco Hal Ehwal Agama Islam, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa 

dan Kampung Tradisi berpendapat, kafarah yang dilakukan bekas ahli Pas berkenaan  memberi 

gambaran kesan yang tidak baik kepada parti dan juga Islam itu sendiri.



Terdahulu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah 

Mahmud termasuk dua ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang dilantik atas tiket Pas iaitu 

bekas Yang Dipertua Pas Shah Alam, Azli Yusof dan bekas Naib Yang Dipertua, Mohamad Jamil 

Abd Rahim bertindak keluar Pas bagi menyertai Parti Pekerja Malaysia menebus sumpah bai’ah 

dengan membayar kafarah.



Khalid mengingatkan ulama Pas agar tidak masuk campur dalam isu bai’ah yang dibuat dengan 

nama ALLAH ketika mereka berada dalam parti Islam itu.

Sumber Link



Sumber TKO - 7-9-2015


Program Jelas 8.0 di Subang Jaya
Posted on Monday, September 07 @ 04:23:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

Berita

Himpunan muslimat Pas Selangor di Subang Jaya. Istiqamah hingga kemenangan dengan b

erazam untuk mencapai kemenangan.

Sumber TKO - 7-9-2015














































PAS Sepang sifatkan Hanipa gopoh
















































HARAKAHDAILY | .


PAS Sepang melihat kegopohan beberapa pimpinan GHB dalam mengeluarkan kenyataan yang
tidak masuk akal, bersifat ego dan hipokrit amat merugikan pakatan pembangkang.

Kenyataan terbaru Ahli Parlimen Sepang yang menolak PAS dari bersama Pakatan Pembangkang
sebagaimana yang disuarakan oleh DSAI ternyata pra matang dan nampak "'ebih sudu dari kuah'.

Mungkin sebenarnya beliau amat khuatir kerusi Ahli Parlimen Sepang yang disandangnya akan
hilang, maka sebab itulah beliau berkokok seperti 'seekor ayam yang ekornya bergelumang najis'.

Bagi PAS Sepang, kami sentiasa berusaha mengukuhkan hubungan baik dan saling membantu
menyelesaikan isu-isu rakyat. Kami beranggapan kemenangan PAS dan PR dalam PRU ke-13 yang
lalu adalah kerana gabungan sokongan semua pengundi, bukan disebabkan populariti dan bakti
Hanipa Maidin kepada warga Sepang.

Kami menghormati pendirian YB Hanipa Maidin yang ternyata amat bimbang akan hilang undi
disebabkan berkawan dengan PAS dan orang Melayu. Atas kepercayaan ini, kami boleh
merumuskan bahawa Hanipa Maidin memang tidak memerlukan ahli-ahli PAS mencampuri urusan
beliau khususnya di Sepang.

Buat rakan-rakan politik PAS di Sepang, kami menyeru marilah kita teruskan bakti kepada
masyarakat dan pengundi tanpa mengira kaum dan warna kulit. Kami yakin dengan kerjasama erat
yang sedia terjalin, rakyat akan terus menyokong Pakatan Pembangkang untuk menerajui Negeri
Selangor.

YB MOHD HASLIN HASSAN
Yang Dipertua PAS Sepang
 – HARAKAHDAILY 3/9/2015

Sumber HD - 3-9-2015

Pijak gambar: Tidak wajar imej ulama dunia 

diaibkan

JUHANI RAHMAN | .


SHAH ALAM: Insiden gambar yang dikatakan menyerupai Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru
Abdul Hadi Awang yang dipijak beberapa peserta Bersih 4.0 minggu lalu disifatkan tidak wajar dan
memalukan.

Presiden Geng Ustaz, Ustaz Nor Azli Musa berkata, tindakan itu perlu ditolak oleh semua pihak
apatah lagi imej yang dipijak itu adalah seorang tokoh yang diiktiraf dunia.

"Beliau seorang ulama yang diiktiraf dan dihormati seluruh dunia, jadi perbuatan provokasi seperti
memijak gambar beliau itu tidak patut dan perlu dihentikan daripada menjadi budaya masyarakat kita,
" ujarnya kepada pemberita di hadapan IPD, dekat sini, petang ini.

Beliau berkata demikian selepas seluruh sayap PAS Selangor membuat laporan polis bagi mendesak
pihak berkuasa menyiasat perbuatan itu dan membawa pelakunya ke muka pengadilan.

Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Selangor, Datuk K Deepakaran yang mengetuai
kumpulan untuk membuat laporan itu pula berkata, insiden itu seperti mempunyai niat dengan
sengaja untuk menghina dan mengaibkan kehormatan Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Dalam pada itu, beliau juga menyelar sikap penganjur Bersih 4.0 yang dikatakan sengaja memberi
peluang kepada peserta untuk bertindak demikian.

"Saya minta polis membuat siasatan terhadap penganjur dan peserta Bersih 4.0 yang memijak gambar
itu dibawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan," ujarnya membaca laporan dibuat.

Sementara itu, Dewan Ulamak PAS Selangor yang turut hadir mengecam perbuatan itu menuntut agar
pihak yang bertanggungjawab memijak gambar itu meminta maaf.

Setiausaha, Ustaz Muhammad Najhan Halim berkata, segelintir pihak pula masih mengapi-apikan isu
berkaitan PAS dan Umno sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

"Tuan Guru Presiden PAS langsung tidak layak diperlakukan sedemikian rupa tanpa sebarang
kesalahan berat dan kezaliman.

"Kami berharap agar perbuatan sebegini tidak berulang pada masa akan datang," ujarnya.

Turut hadir, Ketua Pemuda PAS Selangor, Ustaz Syarhan Humaizi Abdul Halim; Ketua Muslimat
PAS Selangor, Wan Hasrina Wan Hassan; pimpinan serta ahli PAS. - HARAKAHDAILY 2/9/2015

Sumber HD - 2-9-2015














































PAS Selangor tidak akan serah kerusi kepada 

GHB

JUHANI RAHMAN | .


SHAH ALAM: PAS Selangor menegaskan tidak akan menyerahkan sebarang kerusi parlimen dan
Dewan Undangan Negeri (Dun) yang dimiliki atau pernah ditandinginya kepada Gerakan Harapan
Baru (GHB) dalam pilihan raya akan datang.

Setiausaha, Mohd Khairuddin Othman sebaliknya, menasihatkan parti serpihan itu supaya mencuba
nasib dengan bertanding di Sabah, Sarawak atau mana-mana kawasan yang tidak ditandingi oleh PAS.

"Saya minta kalaulah GHB ini benar-benar menganggap PAS ini bukan musuh, kita minta mereka
bertanding di kawasan Sabah, Sarawak yang kita tidak bertanding.

"Bertanding sana dahulu, baru datang ke mari," ujarnya dalam sidang media di pejabat Perhubungan
PAS Selangor, petang tadi.

Bagaimanapun, katanya yang juga Adun Paya Jaras, sekiranya GHB masih berdegil untuk
bertembung tiga penjuru dengan PAS, sejarah akan mengingatinya sebagai punca kemenangan
Barisan Nasional.

"Saya nak bagitahu kepada GHB, dalam 30 tahun akan datang, sejarah akan mengingati GHB ini
sebagai parti yang memenangkan BN dalam pilihan raya akan datang.

"Kalau GHB mahu dikenangi cara itu, silakan tapi kalau dia menganggap kita akan beri laluan
dalam pilihan raya akan datang, kita tidak akan beri laluan sebab itu kerusi kita," ujarnya.

Mengulas perkembangan semasa PAS, katanya, parti Islam itu terus menerima keahlian baharu
secara besar-besaran dari seluruh negara manakala di Selangor pula, sebanyak 10,000 borang
keahlian sedang dikumpulkan. - HARAKAHDAILY 24/8/2015

Sumber HD - 24-8-2015















































PAS Selangor Tubuh Jawatankuasa Ambil Alih AJK Tiga
Kawasan


Posted on Monday, August 24 @ 16:47:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

Berita

SHAH ALAM: PAS Selangor pada Isnin mengumumkan Jawatankuasa Tadbir Sementara bagi 
mengambil alih pentadbiran parti itu bagi kawasan Kota Raja, Shah Alam dan Kelana Jaya susulan 
tindakan ahli jawatankuasa (AJK) bagi tiga kawasan berkenaan meletakkan jawatan mereka minggu 
lalu.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, pihaknya diberi
mandat oleh PAS Pusat sebagaimana yang diperuntukkan oleh Fasal 26(9)(j) Perlembagaan PAS
(Pindaan 2011) telah mengambil alih pentadbiran tiga kawasan tersebut.

"Sehubungan itu, Jawatankuasa Tadbir Sementara ini berkuatkuasa untuk melaksanakan fungsi-
fungsi dan tugas-tugas Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan.

"Tujuan  pengambilalihan ini untuk melicinkan proses mengisi kekosongan jawatan berdasarkan
kaedah-kaedah yang diperuntukkan oleh Perlembagaan PAS (Pindaan 2011)," katanya pada sidang
media di ibu pejabat PAS Selangor di sini, Isnin.


Minggu lalu, barisan kepimpinan AJK PAS Kota Raja, Shah Alam dan Kelana Jaya mengosongkan
jawatan jawatan masing-masing bagi menyertai parti baharu yang diasaskan oleh Gerakan Harapan
Baru (GHB) iaitu Parti Amanah Rakyat.

Ahmad Yunus berkata, menerusi jawatankuasa itu, ia menunjukkan bahawa perletakan jawatan
ahli-ahli PAS tidak menjejaskan urusan pentadbiran dan pengurusan parti di peringkat kawasan
tersebut.

"Ia juga tidak memberi kesan terhadap status pembubaran kawasan dan cawangan kerana kuasa
untuk membubarkan cawangan adalah di bawah kuasa Jawatankuasa Kerja PAS Pusat," katanya.

Bagaimanapun katanya, bagi pentadbiran PAS Kawasan Kota Raja dan Shah Alam, proses
perlantikan jawatan-jawatan pemangkuan dan ahli jawatankuasa kerja kawasan tersebut telah
disahkan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.

"Pemangku Yang Dipertua PAS Kota Raja ialah Mohamed Diah Baharun dan Yang Dipertua PAS
Shah Alam, Abdul Halim Omar. Jawatankuasa bagi PAS Kelana Jaya sedang dilakukan dan
dijangka diputuskan pada minggu ini," kata Ahmad Yunus.

Mohamed Diah merupakan Ketua Penerangan PAS Kawasan Kota Raja manakala Abdul Halim
adalah Ketua PAS Cawangan Seksyen 18, Shah Alam.  - Mstar

Sumber TKO - 24-8-2015

PAS Selangor lulus senarai AJK Kawasan 

Shah Alam

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: PAS Selangor, semalam telah meluluskan senarai ahli jawatankuasa PAS
Kawasan Shah Alam yang berkuatkuasa 19 Ogos 2015.

"Saf pimpinan ini akan dikemaskini lagi dalam mesyuarat AJK PAS Shah Alam awal minggu depan,
insya Allah," ujar Setiausaha PAS kawasan, Mohd Shah Sapiei menerusi laman facebook PAS
kawasan itu, semalam sebagaimana di bawah.

Dengan sukacita dimaklumkan senarai berikut adalah AJK PAS Shah Alam yang telah diluluskan
oleh BPPNS pada 20 Ogos 2015.

Saf pimpinan ini akan dikemaskini lagi dalam mesyuarat AJK PAS Shah Alam awal minggu depan,
insyaallah.

1. YDP - Haji Abdul Halim Omar
2. TYDP - Ustaz Zawawi Yusof
3. NYDP - Syed Mohd Syed Baharudin
4. Ketua Urusan Ulamak - Ustaz Mohd Fairus Shuaib
5. Setiausaha - Mohd Shah Sapiei
6. Bendahari - Ishak Dollah
7. Timb K. Lajnah Dakwah - Azman M Nor
8. Timb K. LPN - Rushdan Rusmi
9. PSU 1 - Rosli M Dani
10. PSU 3 - Kamarul Arifin A Manap
11. Ketua Lajnah Sukan & Kebudayaan - A Aziz A Rahman
12. Ketua Lajnah Dakwah - Husni Zaim Muhamadan
13. AJK - Haji Jailani Hashim
14. AJK - Fakhrul Azman Khalidin
15. AJK - M Najib A Khairani
16. AJK - Noor Azman Idris
17. AJK - Hj Taib Hashim
18. AJK - Mohd Ariff Ariffin
19. AJK - Hajah Rahilah Arshad
20. AJK - Noor Syuhada Selamat
21. AJK - Hj Khamis A Kadir
22. AJK - Muhammad Zaini - HARAKAHDAILY 21/8/2015

Sumber HD - 21-8-2015














































Isu peletakan jawatan Muslimat PAS Shah 

Alam















































HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Ahli PAS khususnya Dewan Muslimat PAS Shah Alam (DMPSA) diharap
tidak mudah goyah dengan kemelut yang berlaku dan meneruskan perjuangan yang dibawa oleh
PAS.

Demikian dinyatakan Ketua Penerangan DMPSA, Nur Syuhada Selamat menerusi laman facebook
PAS kawasan, semalam seperti di bawah.

Kemelut dalam jemaah yang berlaku kini menimbulkan kegundahan, keresahan bahkan kesedihan
di kalangan mereka yang merasai kemanisan serta nikmat berjuang bersama jemaah PAS yang
dicintai.

Firman Allah swt dalam Surah Al-Imran ayat 106 yang bermaksud: "Jika Allah menolong kamu
mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika Ia
mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan
yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu
berserah diri."

Al-Nasr dalam ayat ini memberi pengertian pertolongan dan kemenangan di dalam perjuangan.
Allah Taala mengaitkan persoalan kemenangan dalam ayat ini dengan pernyataan bahawa Allah
Yang Maha Perkasa untuk menunjukkan bahawa Dia-lah yang berkuasa memberi kemenangan
kepada orang-orang beriman sekalipun mereka diuji dengan ancaman mahupun serangan dari
pelbagai pihak yang cuba untuk memadamkan cahaya Allah, hatta yang cuba untuk memecah
belahkan jemaah PAS ini.

Berhubung dengan perkara yang berlaku di dalam DMPSA kini diharapkan agar semua ahli PAS
khususnya Muslimat PAS Shah Alam agar tidak mudah goyah dengan kemelutan ini dan
meneruskan perjuangan yang dibawa oleh PAS.

Justeru itu, DMPSA dengan penuh pengharapan bahawa ahli muslimat PAS dapat bersabar dengan
keadaan kini.

Akhir kalam, teruskan berjuang menyebarkan syiar Allah. Moga syahid di jalan Allah adalah
penghujung riwayat kita.

Sementara itu, Setiausaha Dewan Muslimat PAS kawasan, Zahra' Al-Walihah Saliman
memaklumkan Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor telah meluluskan senarai AJK Dewan
Muslimat PAS Shah Alam, semalam.

Sukacitanya, dimaklumkan senarai baru tanzim pimpinan DMPSA.

Ketua: Pn Nurul Atiqah Bt Mohd Ariffin
Timb Ketua: Cik Syarifah Azirah Sayed Othman
Naib Ketua: Pn Azlinda Abu Hanifah
Bendahari: Hajah Rahilah Bt Arshad
Setiausaha: Cik Zahra' Al-Walihah Bt Saliman
Ketua Penerangan: Pn Nur Syuhada Bt Selamat
PSU1: Pn Noor Hidayah Md. Roselan
PSU2: Cik Wan Hafizah Wan Ishak
PSU3: Cik Nurul Aniza Binti Shazali
1. Tarbiyyah/Kepimpinan: Pn Mazni Othman
2. Kebajikan: Puan Maimoon Bt Saidan Ahmad
3. Perpaduan Nasional: Pn Azizah Bt Yusof
4. Dakwah & IT: Pn Wan Sawiyah Bt Wan Nik
5. Ekonomi: Pn Faridatuakmar Bt Muhammad Saupi
6. Gen 3: Cik Syahidah Ghazali (Nisa'), Cik Shahfira Mohd Azman (Bridget) -
HARAKAHDAILY 21/8/2015

Sumber HD - 21-8-2015

Pentadbiran Kawasan Dan Cawangan Diteruskan

pas selangor
Oleh : YB Dato’ Iskandar Abdul Samad

Sukacita dimaklumkan Badan Perhubungan Negeri Selangor sedia mengambil alih mana-mana
Kawasan atau Cawangan demi kelancaran pentabiran Parti.

iskandar samad

Pihak kami telah berbincang dengan YB Dato’ Setiausaha  Agung PAS dan bersetuju bahawa 
sebarang pengambilalihan adalah selari dengan Perlembagaan PAS seperti berikut,

FASAL 26 (9) j – Menyelesaikan perselisihan yang berlaku dalam parti, dan berkuasa menggantung
dan membubarkan serta mengambil alih mana-mana Badan Perhubungan PAS Negeri/Wilayah
Persekutuan, Kawasan-kawasan dan Cawangan-cawangan dengan melantik satu Jawatankuasa
Tadbir sementara yang akan mempunyai kuasa sebagaimana sesebuah Jawatankuasa yang diambil
menurut Perlembagaan ini untuk tempoh masa yang ditentukan.

Pihak kami telah turut melakukan perbincangan-perbincangan di peringkat akar umbi dan tidak akan
menghadapi sebarang masalah untuk mengenalpasti pemimpin dan penggerak tempatan untuk
mentadbir dan menggerakkan mana-mana Kawasan atau Cawangan yang terlibat.

Terdapat hampir 1,000 cawangan PAS dan hampir 100,000 ahli PAS di Selangor.

*** Kenyataan Media YB Dato’ Iskandar Abdul Samad Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS 

Negeri Selangor Pada 19 Ogos 2015

Sumber BO - 20-8-2015

PAS Shah Alam teruskan perjuangan

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Perletakan jawatan beramai-ramai Ahli Jawatankuasa peringkat kawasan dan
dewan-dewan di Shah Alam adalah sesuatu yang sudah dijangkakan berdasarkan situasi politik semasa.

Berikutan dengan itu, menurut Setiausah PAS Shah Alam Mohd Shah Sapiei semua ahli
Jawatankuasa dan ahli PAS Shah Alam yang telah beriltizam untuk terus istiqamah meneruskan
agenda perjuangan PAS telah membuat persiapan rapi sejak beberapa minggu yang lalu bagi
memastikan pentadbiran parti serta kesinambungan aktiviti dan perjuangan parti dapat terus berjalan
seperti biasa tanpa sebarang gangguan.

Beliau juga mengumumkan senarai pemangku jawatan yang dikosongkan di PAS Shah Alam telah
pun diserahkan kepada Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor (BPPNS) sebaik sahaja
perbincangan berkenaannya bersama ahli jawatankuasa yang tidak meletakan jawatan dan ketua
cawangan dari seluruh Shah Alam selesai malam tadi.

"Mesyuarat mengambil ketetapan secara konsensus untuk penama-penama tersebut dicadangkan
kepada BPPNS untuk kelulusan. Kami menjangkakan kelulusan daripada BPPNS akan diperoleh
pada awal pagi ini," katanya kepada Harakahdaily.

Justeru beliau menegaskan tidak ada apa-apa kelompangan dalam kesinambungan pentadbiran parti
di semua peringkat di Shah Alam pada bila-bila masa pun sama ada sekarang atau pada masa akan
datang.

"Proses yang sama juga sedang berlaku diperingkat Dewan Muslimat PAS Shah Alam. Manakala di
Dewan Pemuda pula, pengambilalihan pimpinan pemuda sudah berlaku lebih awal dan dewan
tersebut berjalan seperti biasa," tambahnya.

Katanya, semua ahli dan penyokong PAS di Shah Alam dinasihatkan supaya tidak perlu khuatir atau
bimbang kerana keadaan terkawal dan diurus dengan cara yang terbaik di semua peringkat, insya-
Allah.

Semalam ahli dan pemimpin PAS dari tiga kawasan PAS di Selangor mengumumkan  perletakan
jawatan sama ada dalam parti atau jawatan yang mereka sandang, sementara menunggu untuk
berpindah menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB).

Ia termasuk 183 ahli dari kawasan Kota Raja, 227 ahli kawasan Kapar dan tiga orang dari kawasan
Klang. – HARAKAHDAILY 20/8/2015

Sumber HD - 20-8-2015



























































































Pemuda PAS Shah Alam terus berfungsi 

seperti biasa

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Shah Alam (DPPSA) terus berfungsi
seperti biasa selepas 13 jawatan yang dikosongkan sebelum ini diisi semula bagi meneruskan
tanggungjawab dan amanah parti sepenuhnya.

Pemangku Ketua DPPSA, Rizal Samadi Mohd Rodzi berkata, mereka sentiasa komited dalam
hubungan dengan pimpinan negeri dan pusat bagi menjalankan agenda parti.

Malah katanya, tindakan meletak jawatan oleh jawatankuasa terdahulu turut dipuji kerana semangat
demokrasi dan tidak bercanggah dengan perlembagaan parti.

"Berhubung dengan perletakan jawatan oleh Exco DPPSA seramai 13 orang pada pertengahan Julai
sehingga yang terbaru pada 11 Ogos yang lalu, kami AJK yang masih berbaki telah bermesyuarat
sebanyak dua kali bagi memastikan jawatan kosong diisi sepenuhnya.

"9 jawatan yang dikosongkan pada Julai telah dipenuhi pada mesyuarat penuh exco bertarikh 29 Julai
lalu," katanya kepada Harakahdaily.

Tambahnya, DPPSA sekali lagi mengadakan  mesyuarat pada 12 Ogos bagi mengisi lima lagi
kekosongan jawatan yang ditinggalkan oleh exco terdahulu.

Justeru beliau menyeru seluruh ahli Pemuda PAS Kawasan Shah Alam agar meneruskan gerak kerja
dengan ikhlas dan beristiqamah selari dengan kepimpinan di peringkat negeri dan pusat.

Sebelum ini, seramai 13 AJK Pemuda PAS Shah Alam mengumumkan perletakan jawatan kerana
mendakwa kepimpinan baharu bersifat eksklusif dan tidak terbuka menyukarkan mereka
menjalankan amanah menerajui kepimpinan muda. - HARAKAHDAILY 19/8/2015

Sumber HD - 19-8-2015

Kenyataan Dr Fathul Bari menyeleweng

USTAZ NAZMI ABD KARIM | .


Kenyataan yang dikeluarkan oleh Dr Fathul Bari iaitu kewajipan mentaati pemimpin biarpun fasiq
merupakan kenyataan yang tidak tepat pada masanya. Malahan kenyataan itu menyeleweng daripada
kebenaran.

Ia merujuk kepada kewajipan kepada rakyat untuk patuh kepada kepimpinan Datuk Seri Najib Tun
Razak yang telah terlibat dengan pelbagai skandal. Rakyat Malaysia bukanlah ingin mengangkat
senjata, tetapi menuntut agar dia berundur termasuklah Umno dari memerintah negara.

Perbahasan tentang kewajipan mentaati pemimpin yang fasiq telah dibincangkan oleh para ulama
yang terdahulu dalam sistem khalifah yang tidak sama seperti masa kini. Kewajipan mentaati itu pula
merujuk kepada pengharaman mengangkat senjata bagi menggulingkan kerajaan yang disebut sebagai
bughah.

Dalam sistem pilihan raya berperlembagaan sebagai mana yang diamalkan pada hari ini, kenyataan
yang sepatutnya dibuat ialah kewajipan dalam menegur pemimpin yang melakukan kesalahan.

Ini sesuai dengan banyak hadis yang menyebutkan tentang kewajipan melaksanakan amar makruf
dan nahi mungkar. Tidak wajar hanya membaca hadis mentaati pemimpin sahaja sedangkan hadis
berkaitan menegur pemimpin yang zalim disenyapkan sahaja.

Tindakannya yang menyalahgunakan nas hadis dan membacanya secara literal serta tidak melihat
hadis-hadis yang lain amat dikesalkan sebagai seorang yang mendapat PhD dalam bidang Hadis. -
HARAKAHDAILY 12/8/2015

Penulis ialah Ketua Lajnah Penyelidikan Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor.

Sumber HD - 12-8-2015

PAS puji 13 AJK Pemuda Selangor letak jawatan

Posted on Wednesday, August 12 @ 03:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Respon
SHAH ALAM: PAS Selangor memuji sikap 13 ahli jawatankuasa (AJK) Pemuda PAS Shah Alam 

meletakkan jawatan hari ini kerana tindakan itu memudahkan parti menstrukturkan semula PAS 

kawasan berkenaan.

Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata, parti menghargai keikhlasan 13 AJK 

itu yang berani mendedahkan pendirian berbanding beberapa pemimpin PAS yang masih bermuka-

muka walaupun sudah jelas ingin menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB).


"Saya memandang tinggi sebab mereka ini berani. Ada di kawasan-kawasan kita, pemegang-

pemegang jawatan di peringkat kawasan dan cawangan yang masih berdolak-dalik, berselindung 

disebalik jawatan, jadi mengapa perlu tunggu lama?


"Jadi saya tegaskan, kalau mereka sudah ada berniat hendak masuk parti (GHB) teruskan, tidak 

perlu pegang jawatan lagi," katanya kepada Antarapos ketika dihubungi tadi.


Beliau mengulas kenyataan bekas Naib Ketua Pemuda PAS Shah Alam, Abbas Salimmi Adzmi 

yang mengumumkan peletakan jawatan 13 AJK itu bermula semalam dan menegaskan lebih ramai 

Pemuda Shah Alam akan mengambil tindakan sama.


Khairuddin dalam pada itu berkata, tidak akan menghalang kesemua mereka yang mahu menyertai 

GHB sebaliknya menegaskan apa yang dibuat oleh pemuda tersebut tidak menyalahi perlembagaan 

parti.


"Kita menghormati pandangan pemuda-pemuda ini. Perlembagaan kita tidak melarang mereka 

meletak jawatan.


"Mereka-mereka ini saya ucapkan syabas kerana sekurang-kurangnya mereka berani membuat 

tindakan daripada duduk berselindung disebalik jawatan yang ada," katanya.


Mohd Khairuddin yang juga ADUN Paya Jaras turut mempelawa mana-mana ahli PAS yang sudah 

memilih haluan untuk bersama GHB turut digalakkan berterus terang daripada menjadi talam dua 

muka dan memegang jawatan dalam PAS.


"Jadi saya tegaskan bahawa kalau ada kalangan kita yang sudah mula berkempen untuk GHB, jadi 

lebih baik dia mengikuti jejak langkah pemuda ini daripada berselindung sebalik jawatan.


"Apa pun kita ucapkan syabas kepada mereka yang berani letak jawatan, saya kira pentadbiran kita 

di Selangor tidak akan terjejas dengan isu ini," katanya.


"Lebih senang untuk kita gerakkan program-program lain, malah kita akan mengisi jawatan-jawatan 

kosong ini mengikut perlembagaan kita," katanya lagi.


Katanya, PAS Selangor akan mengadakan satu mesyuarat bagi melantik AJK baru menggantikan 

mereka yang meletakkan jawatan itu.


"Saya sudah dapat laporan daripada setiausaha kawasan dan dia kata semua sudah berjalan dan 

tiada masalah," katanya. - AntaraPOS



Sumber TKO - 12-9-2015


13 AJK Pemuda Pas Shah Alam letak jawatan

Posted on Wednesday, August 12 @ 02:27:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

13-ajk
SHAH ALAM: Seramai 13 ahli jawatankuasa (AJK) Pemuda Pas Shah Alam mengumumkan secara 

rasmi melepaskan jawatan kerana bosan kemelut dalaman parti itu.

Keputusan itu juga kerana kecewa dengan kemelut dalaman parti itu yang tiada kesudahan selepas 

pemilihan pada Muktamar lalu.

Bekas Naib Ketua Pemuda Pas kawasan, Abbas Salimmi Adzmi berkata, peletakan jawatan tersebut 

kerana tidak lagi mampu untuk bekerjasama selain parti itu yang kini didominasi oleh golongan 
ulama.

Katanya, peletakan jawatan mereka telah berkuatkuasa Isnin lalu.

“Kami mengambil keputusan ini berdasarkan suara di peringkat cawangan dan kami lihat kami 

menang pemilihan lalu pun dengan undi yang agak besar.

“Yang keluar ini pun dapat undi besar dan agak selesa. Jadi kita beranggapan akan berlaku lagi 

peletakan jawatan atau mungkin pembubaran Pemuda Pas Cawangan di sekitar Shah Alam,” 
katanya pada sidang media di Pejabat Ahli Parlimen Shah Alam pada Selasa.

Dia juga tidak menolak kemungkinan ramai lagi Pemuda Pas Kawasan Shah Alam kan mengikuti 

jejak mereka.

Sementara itu, bekas Ketua Pemuda Pas Melaka, Jauhar Mohd Dawi turut mengisytiharkan keluar 

daripada Pas dan menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB).

Timbalan Koordinator GHB Negeri Melaka itu berkata, tindakannya itu kerana hilang kepercayaan 

terhadap kepimpinan parti yang tersasar daripada perjuangan asal pakatan pembangkang.

“Banyak isu dalam Pas terutama dalam fitnah memfitnah dan melabel serta pemilihan baru-baru ini 

bukan pemilihan yang tidak begitu baik. Politik di bawah pimpinan baharu ini lari daripada 
muktamar untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat,” katanya.  - FMT

Sumber TKO - 12-8-2015


Pemuda PAS Selangor yakin ahli istiqamah

Posted on Sunday, August 09 @ 08:02:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Pemuda PAS Selangor kelihatan sangat yakin ahli parti itu tidak akan terpengaruh dengan hasutan 

dan dakyah pihak lain yang didakwa mahu "memusnahkan" pertubuhan berkenaan.

Ketuanya, Syarhan Humaizi Abdul Halim, tidak kira apa parti sekali pun yang datang mengajak 

menyertai mereka, ahli akar umbi tetap akan setia kepada PAS.

“PAS Pusat telah keluarkan arahan agar ahli terus istiqamah dengan parti.

"Apa pun seruan mahupun dakyah pihak di luar sana, kita tetap istiqamah kepada parti,” katanya 

ketika ditemui pemberita selepas menyerahkan memorandum sokongan kepada Suruhanjaya 
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Shah Alam, semalam.

Kata Syarhan Humaizi, tanpa mempedulikan siapa pun yang datang 'merisik' ahli parti itu, mereka 

tetap mendengar arahan daripada pemimpin untuk "terus istiqamah dengan PAS".

Syarhan Humaizi juga turut meminta ahli akar umbi memahami dasar perjuangan PAS agar tidak 

mudah terpedaya dengan hasutan pihak luar.

“Sehingga hari ini tidak ada satu perkara dilakukan kepimpinan PAS melanggar dasar atau 

perlembagaan parti.

“Dalam perlembagaan parti kita memperjuangkan Islam. Jadi, tidak ada satu pun yang kita lihat 

menyanggahi dasar itu. Maka kita minta dan nasihat ahli berdiri teguh serta berpendirian tegas dalam 
perkara ini,” jelasnya.

Mengulas perkembangan hubungan dalam Pakatan Rakyat, Syarhan berkata, PAS masih menjalin 

kerjasama baik dengan PKR tetapi tidak dengan DAP.

Malah, beliau turut menafikan kewujudan Gerakan Harapan Baru menggugat perjalanan PAS ketika i

ni.

“Bahkan program anjuran kami masih mendapat sambutan menggalakkan,” ujarnya.  - MK


Sumber TKO - 9-8-2015














































PAS Selangor arahkan ahlinya solat hajat
















































SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: PAS Selangor mengarahkan ahli-ahlinya menunaikan solat hajat sama ada
berjemaah atau bersendirian bagi mendoakan keselamatan rakyat dan negara.

Pesuruhjayanya Datuk Iskandar Abdul Samad dalam kenyataannya hari ini melahirkan rasa bimbang
dengan perkembangan yang berlaku terhadap rakyat dan negara tanpa mengira kaum, agama dan latar
belakang.

"Sempena hari Jumaat yang mulia dan penuh barakah ini, saya mengarahkan ahli-ahli PAS Negeri
Selangor menunaikan solat hajat.

"Perkembangan ini sudah tentu akan memberi kesan bukan sahaja kepada generasi hari ini tetapi
generasi akan datang.

"Marilah kita berdoa agar rakyat dan negara ini sentiasa dilindungi dan dirahmati oleh Allah SWT.
Agar kita sentiasa diberikan petunjuk dan panduan supaya sentiasa berada pada jalan yang diredhai
olehNya," tegas beliau.

Justeru beliau yang juga Naib Presiden PAS meminta agar diberikan kekuatan dan ketabahan kepada
mereka yang berusaha untuk menentang penyelewengan, salahguna kuasa dan kezaliman.

Negara yang kini sedang menghadapi pelbagai isu yang mengundang kebimbangan seluruh rakyat
termasuklah isu 1MDB dan terkini adalah isu MH370. – HARAKAHDAILY 7/8/2015

Sumber HD - 7-8-2015

Pelajar kelolaan Ilmam S'gor ke Al-Azhar 

cemerlang

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Seramai 1,009 orang pelajar Malaysia telah menduduki Imtihan Qabul Universiti Al-Azhar, Kaherah bagi sesi kemasukan 2015/2016 yang merupakan ujian penilaian Bahasa Arab bagi menentukan tahap kelayakan setiap pelajar.

Hanya tiga orang paling cemerlang daripada jumlah itu berjaya menempatkan diri ke tahun satu pengajian di fakulti yang dipilih mereka dan selebihnya akan ditempatkan di Pusat Bahasa Universiti Al-Azhar dalam tempoh beberapa bulan mengikut tahap pencapaian masing-masing sebelum diambil belajar di tahun satu pengajian di universiti tersebut.

Nor Fasehah Najihah Saari dan Izzah Zamhari, pelajar Malaysia paling cemerlang dalam ujian tersebut merupakan pelajar di bawah Pertubuhan Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (Ilmam) Cawangan Selangor.

"Mereka telah mengharumkan nama Ilmam dan Malaysia serta telah membuktikan bahawa pelajar persendirian juga mampu untuk berjaya cemerlang," ujar Pengerusi Ilmam Selangor, Mohd Farhan Madzlan.

Katanya, kejayaan mereka juga diikuti rakan-rakan Ilmam Selangor yang lain apabila majoriti mereka hanya memerlukan beberapa bulan pengajian di Pusat Bahasa sebelum diserap masuk ke tahun pertama pengajian fakulti.

Menurutnya, perkra itu telah dimaklumkan melalui Pegawai Hal Ehwal Pelajar Selangor di Mesir, Ustaz Farid Zainal.

Sebelum itu, jelasnya Ilmam Selangor telah berjaya menguruskan seramai 120 orang pelajar ke Mesir untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar.

Tambahnya, penghantaran kali ini adalah penghantaran teramai dalam siri-siri pengurusan penghantaran pelajar dalam tahun-tahun lepas. - HARAKAHDAILY 7/8/2015

Sumber HD - 7-8-2015














































Keutuhan PAS, bai'ah untuk Islam









































MUHAMMAD NAJHAN HALIM | .



لَقَدْ رَضِيَ اللَّهُ عَنِ الْمُؤْمِنِينَ إِذْ يُبَايِعُونَكَ تَحْتَ الشَّجَرَةِ فَعَلِمَ مَا فِي قُلُوبِهِمْ فَأَنْزَلَ السَّكِينَةَ عَلَيْهِمْ وَأَثَابَهُمْ فَتْحًا قَرِيبًا
Demi sesungguhnya! Allah reda akan orang-orang yang beriman, ketika mereka memberikan
pengakuan taat setia kepadamu (wahai Muhammad) di bawah naungan pohon (yang termaklum di
Hudaibiyah); maka (dengan itu) ternyata apa yang sedia diketahuiNya tentang (kebenaran iman dan
taat setia) yang ada dalam hati mereka, lalu Ia menurunkan semangat tenang tenteram kepada mereka, dan membalas mereka dengan kemenangan yang dekat masa datangnya.

PAS yang sedang menyelurusi jalan-jalan menuju kemenangan dengan izin Allah s.w.t. dalam
persada politik tanah air memperlihat kedudukannya semakin teguh dan utuh melalui kepimpinannya
yang digabungkan daripada kepelbagaian kepakaran dan profesionalisme yang sangat diperlukan
oleh parti dan masyarakat dalam negara ini dalam mendepani konflik negara Malaysia yang bergitu
mencabar dan kabur.

Negara Malaysia kini amat memerlukan kemunculan satu bentuk penyelamat "the savior" buat rakyat
untuk berpaut dan berpegang agar negara Malaysia tidak terus hanyut dan lemas dengan
bermacam-macam isu yang mampu meruntuhkan negara ini.

PAS bersedia ke arah itu kerana PAS membawa mesej Islam berteraskan Al-Quran, As-Sunnah,
Ijmak Ulamak dan Qiyas yang dijanjikan Allah s.w.t. sebagai wadah penyelamat ummat manusia
sejagat.

PAS kini juga sudah mendapat perhatian umum dan masyarakat dalam negara ini begitu juga di
dunia antarabangsa apabila Presidennya Tuan Guru Abd Hadi Awang dilantik sebagai Naib Ketua
Kesatuan Ulamak Sedunia bersama dengan para alim ulama yang disegani di peringkat antarabangsa
adalah satu bukti bahawa dunia islam memerlukan pengalaman dan kepakaran daripada PAS untuk
memimpin ummat Islam.

Walaupun begitu PAS yang sedang bertarung dengan krisis dalamannya, namun ingatlah kata
hikmah ada yang menyebut bahawa "...air yang keruh adakalanya membawa kebaikan daripada air
yang terlalu jernih..."

Justeru itu, terdapat sebilangan pimpinan PAS yang tewas dalam pemilihan ahli jawatankuasa kerja
pusat dalam muktamar yang lalu telah menyatakan hasrat untuk menubuhkan parti baharu kononnya
sebagai alternatif kepada PAS sebenarnya memberi ruang dan peluang kepada masyarakat untuk
lebih mengenali dan mendekati PAS.

Masyarakat melihat PAS sedang melalui proses ke arah lebih matang dan untuk mendewasakannya
apabila diuji sebegini.

PAS yang berusia lebih 60 tahun sebenarnya sebuah bahtera yang sangat kukuh dalam melayari
lautan dakwah dan harakah di negara ini serta memiliki pengalaman seluas lautan di arena politik
tanah air.

Sejarah yang telah berlaku melakarkan bahawa PAS pernah berada pada zaman pemerintahan
British, pernah pada zaman awal perjuangan kemerdekaan Malaysia, memimpin negara dalam
kerajaan bersama Perikatan (nama sekarang Barisan Nasional), pada zaman darurat, pernah
memenangi pilihan raya dan kalah berkali-kali dalam pilihan raya, pernah memerintah beberapa
negeri, pernah juga bekerjasama atau tahaluf dengan pelbagai parti yang berlatarbelakangkan idea
fahaman sekular, sosiolis, nasionalis serta pragmatis.

Semua bahan ini adalah rencah dan rempah yang sebenarnya diperlukan oleh mana-mana parti dan
gerakan politik dalam negara ini tetapi ia dimiliki oleh PAS.

Isu dan perkembangan politik mutakhir negara yang sedang berlaku memberikan input bermakna dan
nilai tambah kepada PAS sekaligus menjadikan PAS menjadikan parti yang lebih berdaya maju dan
berpengalaman berbanding dengan kewujudan parti-parti yang lain di negara ini.

Isu penubuhan Gerakan Harapan Baru atau GHB yang digerakkan di kalangan sebahagian pimpinan
PAS dan ahlinya bukan satu perkara yang ganjil kepada PAS. Dalam sejarah kemunculan parti
Hamim dan Berjasa satu ketika dahulu adalah satu pengalaman bagi PAS, atas sebab itu PAS mampu
bertahan dan insya Allah, PAS akan dapat mengharungi dan melepasinya.

Begitu juga dengan terkeluarnya beberapa pimpinan dan ahli PAS menyertai GHB tidak akan
menjejaskan PAS sebaliknya dilihat sebagai positif apabila pemimpin PAS dan ahlinya yang lain kini
terus beristiqamah dan lebih bersemangat untuk menerajui dan mempertahankan jamaah yang amat
disayangi ini. Tambahan pula, PAS telah menerima keahlian baru yang ramai dan semakin hari
semakin minat masyarakat terhadap PAS.

Adapun krisis PAS-DAP juga sebenarnya adalah satu isu yang langsung tidak merubah kedudukan
dan haluan PAS yang mana PAS dilihat sebuah parti yang sangat konsisten dan berprinsip walaupun
kesannya pemutusan tahaluf siyasi atau pakatan politik antara keduanya.

Masyarakat Islam khasnya dalam negara ini akan lebih meyakini PAS sebagai wadah yang
berpendirian teguh pada prinsip tetapi pada masa yang sama anjal dalam tindakan demi Islam buat
mereka jadikan sebagai penyelamat.

Pergolakan dan krisis dalam Umno serta kerajaan pimpinan Umno BN sedang melonjakkan PAS ke
persada yang lebih tinggi. Kebijaksanaan Tuan Guru Presiden apabila membuat kenyataan berkaitan
dengan kedudukan Perdana Menteri Malaysia baru-baru ini membuktikan kematangan PAS bahawa
PAS bersedia untuk menggantikan Umno menerajui negara ini.

PAS tidak mahu individu pemimpin kerajaan sahaja bertukar tetapi PAS ingin menukar sistem yang
merugikan negara ini dan rakyatnya.

PAS bersedia kepada pilihan raya untuk ke arah itu. Bukan PAS yang akan menentukan perubahan
negara ini tetapi PAS akan serah kepada rakyat untuk menentukannya di samping PAS bersedia untuk dijadikan wadah buat mereka.

Ahli Umno yang sudah kecewa dan muak dengan pemimpinnya dan kerajaan negara ini telah hilang
tempat bergantung mereka, maka PAS lah tempat mereka bakal tuju kerana PAS telah membuktikan
sikapnya yang telus dipercayai, berprinsip, adil kepada semua dan terutamanya sekali agama Islam
yang menjadi sandaran dan rujukannya.

Oleh itu, yakinilah wahai rakan-rakan sekalian bahawa PAS pasti dipelihara oleh Allah s.w.t. tatkala
kita telah mengisi borang dan berbai'ah bersama jamaah ini. Apabila kita telah berjanji setia dan taat
kepada jamaah ini sebenarnya adalah setia kita kepada Allah azzawajalla selama jamaah ini tidak
melanggari Al-Quran dan As-Sunnah.

Allah s.w.t. pasti akan memberikan ketenangan dan kesejahteraan di samping berita kemenangan
kepada perjuangan ini sebagaimana janji Allah kepada Nabi s.a.w. dalam kisah pembukaan Kota
Mekah selepas berlakunya Bai'ah Hudaibiyyah ataupun dikenali juga dengan Bai'ah ar Ridhwan.

Mereka yang melanggari bai'ah ini, Allah juga menjanjikan keburukan buat mereka di dunia dan
juga akhirat. FirmanNya dalam surah Al Fath ayat 11

إِنَّ الَّذِينَ يُبَايِعُونَكَ إِنَّمَا يُبَايِعُونَ اللَّهَ يَدُ اللَّهِ فَوْقَ أَيْدِيهِمْ ۚ فَمَنْ نَكَثَ فَإِنَّمَا يَنْكُثُ عَلَىٰ نَفْسِهِ ۖ وَمَنْ أَوْفَىٰ بِمَا عَاهَدَ عَلَيْهُ اللَّهَ فَسَيُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا

Sesungguhnya orang-orang yang memberi pengakuan taat setia kepadamu (wahai Muhammad - untuk berjuang menentang musuh), mereka hanyasanya memberikan pengakuan taat setia kepada Allah; Allah mengawasi keadaan mereka memberikan taat
setia itu (untuk membalasnya). Oleh itu, sesiapa yang tidak menyempurnakan janji setianya maka
bahaya tidak menyempurnakan itu hanya menimpa dirinya; dan sesiapa yang menyempurnakan apa
yang telah dijanjikannya kepada Allah, maka Allah akan memberi kepadanya pahala yang besar. -
HARAKAHDAILY 4/8/2015

Penulis ialah Setiausaha Dewan Ulamak PAS Selangor.

Sumber HD - 4-8-2015

Rombakan kabinet demi kepentingan individu?

HARAKAHDAILY | .


PAS Selangor melahirkan kerisauan di atas rombakan kabinet yang dilaksanakan pada hari ini. Pada
hari ini, Timbalan Perdana Menteri bersama beberapa menteri yang mempersoalkan isu 1MDB telah
digugurkan.

Ini merupakan isyarat jelas bahawa mereka digugurkan agar kepentingan Presiden Umno terpelihara
dan perhatian rakyat dialihkan daripada isu-isu besar yang melanda negara seperti 1MDB, Felda dan
sebagainya.

Selain itu, ini juga memaparkan tindakan-tindakan agresif yang mungkin membawa negara ke arah
pemerintahan diktator.

Ini adalah bukti paling jelas bahawa Umno kini sudah hilang arah dan tidak lagi berjuang demi
agama dan bangsa.

Umno kini akan bergerak untuk memelihara kepentingan pemimpin tertentu dan menggerakkan
jenteranya agar mengalihkan perhatian rakyat daripada isu-isu 1MDB dan pengurusan kewangan
negara kepada isu-isu remeh.

Namun, rakyat sudah sedar bahawa Umno sudah tidak relevan dan telah dikotori oleh ketamakan
kuasa dan kekayaan.

Pertanyaan rakyat berkenaan isu 1MDB, pembelian tanah oleh Tabung Haji, saham Felda yang
merudum dan korupsi di dalam Mara masih belum terjawab.

Harapan PAS adalah agar kuasa politik berlandaskan Al-Quran dan as-Sunnah serta meneladani
amalan salafussoleh dimartabatkan.

PAS kekal di atas dakwah Islam dan terus istiqamah berjuang menegakkan Islam. PAS Selangor
akan terus menentang kebatilan Umno dan terus memperjuangkan hak rakyat.

Persoalannya sekarang, apakah tindakan ahli-ahli Umno? Adakah mereka akan berjuang
menegakkan kebatilan dan kepentingan Presiden Umno? - HARAKAHDAILY 28/7/2015


MOHD PRASAD HANIF
Ketua Penerangan PAS Negeri Selangor

28 Julai 2015

Sumber HD - 28-7-2015

13 Adun Pas Selangor setia dengan parti
Posted on Monday, July 27 @ 22:34:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


SHAH ALAM - Pas Selangor hari ini menyatakan 13 daripada 15 Adunnya tetap bersama Pas dan 
menyokong penuh kerajaan negeri tersebut.


Walaupun sebelum ini ada desas-desus menyatakan tiga daripada 13 Adun parti itu turut dipujuk 
menyertai gerakan Harapan Baru, namun mereka tetap menyokong Pas, kata Pesuruhjaya Pas 
Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad.  



"Dalam satu mesyuarat hari ini, 10 daripada 13 Adun hadir bagi berbincang isu-isu harian selain 
mengesahkan berapa ramai lagi masih bersama kita (Pas).



"Tiga Adun yang tidak hadir iaitu bagi Sabak, Bangi dan Paya Jaras saya dah berjumpa sebelum ini 
dan kesemua mereka menyatakan sokongan kepada parti. Hanya dua Adun yang sertai Harapan 
Baru," katanya kepada pemberita di sini hari ini.



Dilaporkan Adun Morib Hasnul Baharuddin dan Adun Hulu Kelang, Saari Sungib serta Anggota 
Parlimen Kota, Raja Siti Mariah Mahmud akan menyertai Harapan Baru.     


Ketika ini Pas memiliki 15 kerusi Dun Selangor, DAP 15 dan PKR 13 manakala BN mempunyai 12.
 Terdapat seorang Bebas. 



Iskandar berkata, sebarang tindakan disiplin terhadap Hasnul dan Saari terserah kepada Pas Pusat 
kerana ia melibatkan polisi parti bagi menentukan keperluan mereka untuk mengosongkan kerusi 
yang dimenangi atas tiket Pas itu. - Bernama



Sumber TKO - 27-7-2015














































Belajar beradab dengan Allah

SYARHAN HUMAIZI HALIM | .


1. Jawapan spontan Tok Guru Abdul Hadi Awang dalam menjawab pertanyaan berhubung dengan 
Gerakan Harapan Baru dengan memetik firman Allah dari surah al Nisa ayat 104 menjadi perbahasan 
dan polemik banyak pihak bahkan dipanjangkan untuk dibahaskan.

2. Ketajaman politik Tok Guru dalam berdepan dengan pelbagai respons terhadap GHB ini dan 
pastinya akan di manipulasi oleh sebahagian pihak untuk tujuan keuntungan perjuangan mereka. 
Kalau diamati sebenarnya Tok Guru mengajar kita erti beradap kepada Allah. Letaklah pengharapan 
pada Allah dalam apa sahaja situasi.

وَتَرْجُونَ مِنَ اللَّهِ مَا لَا يَرْجُونَ

3. Penggunaan istilah Harapan Baru seakan mensandarkan harapan politik dan masa depan negara 

kepada mereka. Walaupun pelaksanaannya memang akan diuruskan oleh sesebuah parti. Namun 
berlapiklah dalam berkata-kata. Jangan kata-kata kita menggambarkan seolah-olah Allah tidak wujud, 
tidak memerhati, tidak mengetahui dan Allah tidak ada perancangan. Inilah adab.

4. Allah SWT mengajar Nabi SAW dan para sahabat agar sentiasa beradap dengan Allah. Siri 
peperangan menyaksikan proses peradaban ini berlaku. Dua senario peperangan yang berlaku menjadi 
contoh dan ukuran kepada proses ta'dib dari Allah.

5. Perang Badar yang berlaku pada tahun kedua Hijrah menyaksikan pertembungan yang dimaklumi 
semua dengan angka kekuatan kuffar Quraisy jauh lebih besar daripada tentera Islam yang dipimpin 
oleh Nabi.

وَلَقَدْ نَصَرَكُمُ اللَّهُ بِبَدْرٍ وَأَنتُمْ أَذِلَّةٌ فَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ. ال عمران ١٢٣

Senario Badar membuktikan bahawa adabnya ialah jangan lupa Allah dan pengharapan padanya 
tatkala berdepan dengan jumlah dan kekuatan yang besar.

6. Dalam ayat yang lain Allah SWT gambarkan kisah Perang Hunain yang berlaku pada tahun ke 8 
Hijrah yang amat menggemparkan.

لَقَدْ نَصَرَكُمُ اللَّهُ فِي مَوَاطِنَ كَثِيرَةٍ وَيَوْمَ حُنَيْنٍ إِذْ أَعْجَبَتْكُمْ كَثْرَتُكُمْ فَلَمْ تُغْنِ عَنكُمْ شَيْئًا وَضَاقَتْ عَلَيْكُمُ الْأَرْضُ بِمَا رَحُبَتْ ثُمَّ وَلَّيْتُم مُّدْبِرِين.
التوبة ٢٥


Hunain menyaksikan ketika tentera umat Islam jumlahnya mencecah angka belasan ribu orang yang 
hampir menyamai jumlah kuffar ketika itu. Adabnya Allah mengajar sekalipun bilangan kamu besar 
tapi jangan sekali melupakan Allah dan meletakkan pengharapan kepada jumlah kekuatan yang ramai 
tersebut.

7. Inilah adab kita dengan Allah lebih-lebih lagi sebagai para perjuang agama Allah SWT.

8. Sudah pasti isu adab ini akan disamakan setengah pihak dengan isu berjuang untuk mendapat redha 
Allah. Ramai dalam kalangan kita yang mempersendakan istilah "berjuang untuk mendapat redha 
Allah" walaupun kalah seperti penegasan yang dibuat oleh TGHH. Tok Guru tak mahu menang hanya 
nak redha sahaja. Namun sedikit pun tidak merunsingkan Tok Guru apabila dipersendakan begitu. 
Kerana Islam mengajar begitu dan PAS berpegang dengan Islam.

9. Justeru hati-hatilah dalam berkata-kata, jangan kesampingkan kata-kata dan perbuatan dari Allah. 
Letaklah semua sandaran hanya kepada Allah.

10. Jadilah diri mudah diajar, hormatilah keilmuan para ulama, jangan menjadi golongan yang jahil 
susah diajar dan ego menguasai diri dan akhirnya tenggelam dengan sifat i'jab binnafsi. - 
HARAKAHDAILY 22/7/2015

Syarhan Humaizi Halim

Ketua Pemuda PAS Selangor

Sumber HD - 22-7-2015

Kenyataan Rafizi beri kesan kepada imej sendiri, kata 
Iskandar

Posted on Monday, July 20 @ 08:28:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



SHAH ALAM: Sokongan terbuka Rafizi Ramli kepada Gerakan Harapan Baru (GHB) sebuah parti 

yang dibentuk pemimpin progresif PAS, akan memberi kesan kepada imej Setiausaha Agung PKR itu 
sendiri, demikian menurut Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad.


Ujar Iskandar yang juga Naib Presiden PAS, parti Islam itu tidak akan terjejas dalam apa jua segi pun
hasil daripada kenyataan Rafizi itu.

"Saya rasa masalah dari segi kesan kepada PAS sama ada dia hendak menyokong GHB atau tidak,
saya rasa tiada kesan yang minima, hanya reputasi dia sebagai seorang pemimpin nasional bahawa dia
seorang pemimpin kebangsaan, apabila dia lakukan sedemikian, dia sedikit sebanyak telah
menghakiskan reputasi dia," kata Iskandar ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Hari raya Aidilfitri
Peringkat Negeri Selangor 2015, sebentar tadi.

Iskandar yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cempaka berkata, sewajarnya
kenyataan yang dikeluarkan oleh Rafizi perlu mencerminkan kredebiliti sebagai pemimpin rakyat dan
tidak semata-mata atas kapasiti sebagai ahli politik.

"Saya rasa kita di dalam menjadi pemimpin politik, kita perlu jadi seorang negarawan juga, bukan
hanya memikirkan politik tetapi perlu memikirkan kita sebagai pemimpin rakyat.

"Mungkin oleh kerana beliau tidak duduk di dalam mana-mana kerajaan, jadi mungkin beliau kurang f
aham akan perkara-perkara dari segi sensitiviti atau perjalanan pentadbiran," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung PKR itu baru-baru ini yang menyatakan sokongan
secara terbuka terhadap penubuhan parti baru itu sambil mengalukan iltizam GHB untuk terus berjuang
menentang Umno-BN.

Menurut Rafizi, sokongan tersebut dibuat berdasarkan rekod mereka yang menyertai GHB adalah
daripada Ahli-ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang teruji menentang
Umno-Barisan Nasional (BN).

Susulan kenyataan Rafizi itu, Iskandar meminta semua pemimpin Pakatan Rakyat agar bijak
mengeluarkan kenyataan sehingga tidak mencemarkan imej dan reputasi sendiri.

"Saya rasa pada PAS, kita tidak akan terkesan dengan dia punya kenyataan, cuma dia punya imej
kepada rakyat dan ahli PAS, kita ada sejuta ahli PAS dan penyokong-penyokong PAS akan tercalarlah.

"Saya rasa semua pemimpin, tidak kira siapalah Rafizi atau siapa sahaja, perlu menjaga imej
masing-masing," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau menegaskan tindakan pengasas bersama Kelab Penyokong PAS
(DHPP), Hu Pang Chow memutuskan hubungan dengan parti itu turut tidak akan memberi kesan
kepada parti itu.

"Dia bukan lagi ketua, jadi dia bukan Ketua DHPP, kita ada ketua yang lain, kita ada saf kepimpinan
yang lain dan jadi bermakna itu kita serahkan kepada dialah tetapi kita ada kepimpinan yang baru,"
katanya.

Iskandar sebaliknya berkata pelbagai lagi aktiviti akan dirancang selepas ini untuk memperkasakan
DHPP walaupun tanpa penglibatan bekas pengasasnya sudah meninggalkan kelab tersebut.

"Sebenarnya saya adalah penasihat kepada DHPP di peringkat pusat, jadi bermakna saya akan
memanggil semua ketua DHPP dalam minggu hadapan dan sebenarnya kita akan buat satu
perancangan baru.

"Sebelum ini di bawah penasihat lain, Datuk Tuan Ibrahim, jadi sekarang diserahkan kepada saya dan
Insha-Allah kita akan bincang bukan tentang peletakan jawatan dia tetapi tentang program kita untuk
perancangan dua tahun akan datang," katanya.

Kelmarin, Hu memberikan alasan telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan baru PAS dan
mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan parti itu.

Katanya, beliau sedih kerana selepas PAS berjuang keras untuk sampai ke mana ia berada hari ini -
selepas pilihan raya umum ke-12 dan ke-13 di mana ia membuktikan boleh mendapatkan sokongan
bukan Islam - para ulama melepaskan peluang itu dan didakwa memusnahkan parti itu sendiri.

Hu membantu menubuhkan Kelab Penyokong PAS pada 2004, dan kemudiannya menjadi Kongres
Penyokong PAS pada 2010 atas gesaan pemimpin progresif dalam parti itu untuk membuat PAS lebih
inklusif.  - AntaraPos



Sumber TKO - 20-7-2015














































Respon Kepada Tulisan YB Ahli Parlimen Sepang Berkaitan 
GHB

Posted on Thursday, July 16 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



PAS Sepang memandang serius terhadap perkembangan mutakkhir yang berlaku di dalam PAS. 

Kami amat mendokong kebebasan dalam menyatakan pendapat dan komentar. Tetapi komentar dan 
tulisan berbentuk memburuk dan menegakkan pendapat sendiri yang mesti diikuti adalah sesuatu yang 
tidak harus dilakukan. Lebih-lebih lagi seorang yang masih mengaku ahli PAS, yang pernah sebaris
dengan pimpinan utama sebelum Muktamar Kali Ke 61.

Tindakan setelah tidak terpilih sebagai pimpinan untuk sesi baru, kami PAS Sepang juga terasa 

terperanjat terhadap keputusan pemilihan tersebut. Dalam waktu yang sama perasaan kagum berada 
dalam diri kami kerana para perwakilan seluruh negara sebenarnya lebih bijak dalam menentukan 
pimpinan yang mereka mahu. Bagi PAS Sepang terpilih atau tersingkir dalam pemilihan PAS bukan 
soalnya, kerana kami sebagai orang kerdil di bawah akan sedaya mungkin melaksanakan amanah 
dalam ruang lingkup dan kawalan kami.

Sesungguhnya keputusan pemilihan muktamar sudah ditentukan. Apapun alasan untuk menafikan 

keputusan itu adalah sikap ego diri yang sentiasa memandang rendah kebolehan oran lain. Soal 
perancangan, memang bagi mereka yang ingin berkhidmat dan melakukan pembaikan dalam jamaah 
perancangan adalah kewajipan untuk mencapai cita-cita. Sama juga mereka yang merancang untuk 
menguasai kepimpinan tertinggi dan bercita-cita menidakkan kepimpinan ulamak, pastinya teknik 
perancangannya lebih licik sehingga meratibkan gelaran UG, jumud, mundur dsbnya.

Ketika ini adalah lebih wajar untuk semua pihak dalam kepimpinan dan mantan pemimpin 

bermuhasabah diri masing-masing. Ahli PAS yang hebat, sebenarnya mereka yang melaksanakan 
kerja-kerja di grass root walaupun mereka bergelar pimpinan. Mana mungkin nama hebat pemimpin 
PAS hanya hebat di pentas dan kelompok kepimpinan tanpa punyai cawangan ataupun kawasan? 
Jangan menidakkan sokongan dan pengorbanan ahli-ahli PAS Sepang ketika PRU13 lalu.

Ada yang mengatakankan bahawa GHB diwujudkan untuk menentang UMNO/BN, tetapi sedarkah 

mereka mewujudkan atau menyokong GHB juga telah merosakkan ukhuwah dan kesatuan gerakan 
dalam PAS?. Jika nak lawan UMNO/BN, PAS konsisten menentang kezaliman UMNO/BN malah 
apapun nama parti. Apakah kewajaran wujudnya GHB kalau tidak kerana jawatan dan kedudukan 
yang sekaligus usaha memecahkan PAS dan beri nafas kepada UMNO/BN?

Sedarkah YB Ahli Parlimen Sepang bahawa keberadaan YB di Sepang adalah atas tolak ansur PAS 

Sepang pada PRU13 lepas dalam soal meletakkan calon. PAS Sepang sentiasa akur kehendak dan 
arahan kepimpinan PAS Pusat walaupun pada ketika itu ramai pemimpin PAS Sepang rasa sedikit 
kecewa. Kami terima keputusan dan bergerak maju melaksanakan amanah untuk mencipta sejarah 
kemenangan PAS Sepang. Soal kedudukan kami ketepikan demi untuk maruah PAS dan kepimpinan 
parti ketika itu. Alhamdulillah, PAS berjaya letakkan title YB bagi kerusi Ahli Parlimen Sepang.

PAS Sepang ingin bertanya kepada YB Ahli Parlimen Sepang, berapa kali hadir bersama dalam 

mesyuarat Badan Perhubungan Pas Selangor dan Pas Kawasan Sepang?. Berapa banyak duit yang 
dikorbankan ketika kempen PRU13 lalu? Siapa yang mengurus dan merancang jentera kawasan 
PRU13 dan urusan kelengkapan pejabat? Kalau tidak semua oleh ahli-ahli PAS Sepang.

Oleh itu PAS Sepang, mohon agar YB Ahli Parlimen Sepang kembali kepada usaha perkukuhkan 

jamaah. Jangan disebabkan ego diri, mulut kata sayangkan PAS, sanggup mewujudkan atau 
menyokong penubuhan gerakan baru yang mengakibatkan PAS berpecah. Alangkah baiknya, 
walaupun tidak lagi duduk sebagai pemimpin PAS, tawarkan diri untuk berkhidmat sebagai agen 
memperkukuhkan jamaah. Kami lebih yakin YB akan lebih dihormati.

Tetapi sekiranya YB Ahli Parlimen Sepang masih lagi menongkah arus kepimpinan semasa PAS dan 

tidak selesa berada sebagai ahli PAS adalah lebih wajar untuk undur diri segera dari berada dalam 
jamaah ini dan dengan hormatnya dipohon meletakkan jawatan sebagai YB Ahli Parlimen Sepang.

Walau apapun, PAS Sepang akan tetap berdiri teguh bersama PAS dan kepimpinan parti yang telah 

dimuktamadkan dalam Muktamar Kali Ke 61 untuk sesi 2015-2017. Semoga Allah membantu seluruh 
barisan kepimpinan PAS mengemudi bahtera perjuangan ini dengan penuh keredhaanNya, Insya Allah.

Istiqamah Hingga Kemenangan.

YB. IR. MOHD HASLIN HASSAN
YDP PAS Kawasan Sepang
28 Ramadhan 1436H/15 Julai 2015M
Sumber TKO - 16-7-2015


PAS S'gor sediakan pengganti GHB
Posted on Wednesday, July 15 @ 09:19:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



PAS Selangor sudah menyiapkan pemangku bagi jawatan yang disandang oleh kumpulan progresif 

dalam PAS yang menubuhkan Gerakan Harapan Baru (GHB) untuk mengasaskan penubuhan satu parti 
 politik baru berteraskan Islam.

Setiausahanya Mohd Khairuddin Othman berkata, arahan untuk mengisi kekosongan itu telah 

dikeluarkan dan juga sudah ada pengganti bagi jawatan tersebut.

“Bila seseorang itu ketua cawangan dan dia dah tidak jadi ahli, orang lain kena ambil jawatan itu.

“Di Selangor kita sudah bersedia untuk itu semua, arahan telah kita keluarkan untuk kawasan dan 

cawangan mengisi kekosongan, kita sudah ada orang untuk isi kekosongan itu,” katanya ketika 
dihubungi Malaysiakini.

PAS Selangor sebelum ini berkata pendukung usaha menubuhkan parti Islam baru jatuh keahlian 

secara automatik, menurut peruntukan dalam perlembagaan parti.

Isnin lalu, kumpulan profesional yang kalah dalam pemilihan PAS bulan lepas mengumumkan 

 penubuhan GHB untuk mengasaskan penubuhan satu parti politik baru berteraskan Islam untuk 
memperjuang usaha penubuhan gabungan pembangkang “Pakatan Rakyat 2.0”.

Selepas tergugurnya keahlian, tegas Mohd Khairuddin, mereka tidak mempunyai jawatan dalam PAS.

“Dia gugur secara automatik dalam perlembagaan. Mana-mana orang dalaman, mana-mana parti politik kalau dia mengisytiharkan tubuh parti baru, keahlian yang ada itu tergugur,” katanya yang mengulas penubuhan parti itu semalam.

Mohd Khairuddin yang menggelarkan GHB sebagai “bekas ahli kita”, berkata PAS negeri juga 

mengarahkan semua jawatan yang pernah disandang mereka, akan dipangku dengan serta-merta 
menurut kaedah perlembagaan.

Manakala Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar 

Samad berkata pemangku bagi jawatan tersebut telah 
dikenal pasti supaya pentadbiran berjalan lancar selepas 
kumpulan progresif itu tidak lagi bersama PAS.

“Pemangku-pemangku dikenalpasti dari sekarang 

supaya pentadbiran parti berjalan lancar," katanya 
kepada Malaysiakini.










Sumber TKO - 15-7-2015

PAS: Antara konservatif dan progresif

MUHAMMAD NAJHAN HALIM | .


ALLAH SWT berfirman dalam Surah Hud ayat 27;

فَقَالَ الْمَلَأُ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ قَوْمِهِ مَا نَرَاكَ إِلَّا بَشَرًا مِثْلَنَا وَمَا نَرَاكَ اتَّبَعَكَ إِلَّا الَّذِينَ هُمْ أَرَاذِلُنَا بَادِيَ الرَّأْيِ وَمَا نَرَىٰ لَكُمْ عَلَيْنَا مِنْ فَضْلٍ بَلْ نَظُنُّكُمْ كَاذِبِين َ
“Maka berkatalah ketua-ketua yang kafir dari kaumnya: Kami tidak memandangmu (wahai Nuh) melainkan sebagai seorang manusia seperti kami; dan kami tidak nampak golongan yang mengikutmu melainkan orang-orang kami yang miskin hina, lagi berfikiran singkat; dan kami juga tidak memandang kamu (semua) mempunyai sebarang kelebihan yang mengatasi kami, bahkan kami menganggap kamu orang-orang pendusta".

Dalam ayat ini menjelaskan kisah antara Nabi Nuh a.s. dengan kaumnya. Begitu lama Nabi Nuh a.s.
berdakwah sehingga mengambil masa selama hampir 1000 tahun.

Kecekalan Nabi Nuh a.s. dalam mengajak dan menyeru kaumnya kepada Islam dan menyembah Allah
SWT merupakan satu teladan bahawa kerja dan usaha dakwah bukanlah perkara yang cepat keberhasilannya dan natijahnya amatlah jauh dan memakan masa yang sangat panjang.

Kemungkinan dalam berdakwah dan usaha menyeru masyarakat untuk berubah, kita sendiri tidak
sempat melihat natijah dan kesannya sekalipun telah sampai masanya kita meninggal dunia.

Sebabnya adalah kerana kita hanya ditugaskan oleh Allah untuk menyampaikan dan berusaha, hanya
Allah SWT sahajalah yang memberi habuan dan menatijahkannya sama ada kemenangan ataupun
sebaliknya.

Oleh itu, perjuangan dakwah dan menegakkan agama-Nya bukan sesuatu yang boleh menatijahkan
hasil yang segera dan kemenangan yang mudah dicapai. Ia memerlukan kesabaran dan ketabahan serta
hendaklah menyakini satu hari nanti bahawa Islam pasti diberikan kemenangan oleh Allah SWT
walaupun mengambil masa yang lama dan jauh perjalanannya.

Menegakkan Islam tidak dimenangi dengan cara segera dan mudah hanyalah kerana Allah SWT ingin
memberikan ganjaran yang besar kepada pejuang-Nya melalui kesabaran dan juga istiqamah dalam
gerak kerja. Apatah lagi kemenangan yang melanggari batasan syarak dan prinsip Islam pasti jauh dari
keredhaan-Nya.

Dalam ayat yang sama juga menceritakan antara lain cabaran yang dihadapi oleh Nabi Nuh a.s. iaitu
menerima celaan dan hinaan memperlekeh perjuangan Baginda a.s. serta pengikutnya oleh para
pembesar dari kalangan kaumnya.

Pembesar dan bangsawan kaum Nabi Nuh a.s. menempelak Nabi Nuh a.s. dan pengikut baginda
seperti dinyatakan dalam ayat berikut,

"... وَمَا نَرَاكَ اتَّبَعَكَ إِلَّا الَّذِينَ هُمْ أَرَاذِلُنَا بَادِيَ الرَّأْيِ وَمَا نَرَىٰ لَكُمْ عَلَيْنَا مِنْ فَضْل..."
"...kami tidak nampak golongan yang mengikutmu melainkan orang-orang kami yang miskin hina, lagi berfikiran singkat; dan kami juga tidak memandang kamu (semua) mempunyai sebarang kelebihan yang mengatasi kami.."

Pernyataan ini memperlihatkan kepada kita bahawa hakikat sebenarnya mereka yang beristiqamah dan
komited dengan perjuangan Islam sejak dari dahulu pada zaman nabi-nabi termasuk pada zaman Nabi
Muhammad SAW rata-rata adalah daripada kalangan orang kampung dan orang bawahan.

Merekalah yang sebenarnya pejuang yang tulen. Dengan bahasa mudah bahawa mereka bukan orang
kenamaan, selebriti, berkedudukan dan cerdik pandai. Jauh sekali golongan yang dikatakan dengan
gelaran kononnya progresif.

Bahkan pengikut Nabi Nuh a.s. ditempelak dengan tuduhan dan hinaan gelaran ".. هُمْ أَرَاذِلُنَا بَادِيَ الرَّأْيِ .." mereka itu berfikiran singkat atau dengan bahasa moden sekarang konservatif dan ketinggalan zaman.

Kedua-dua istilah walaupun sebenarnya tidak tepat dan salah dalam menggambarkan Islam yang
dibawa sama ada Progresif dan Konservatif, namun itulah istilah yang sering digunakan mutakhir ini
untuk memberikan gambaran Islam yang sepatutnya dibawa dengan cara Progresif dan tak sepatutnya
apabila bersifat Konservatif.

Mereka yang menggunakan istilah ini sebenarnya adalah mereka yang jahil tentang Islam itu sendiri
dan juga menampakkan kedangkalan pemikiran mereka. Sesungguhnya Islam dan kebenaran Islam itu
tidak sedikitpun tercela dan tercalar malah juga tidak memberi kehinaan kepada pengikutnya bahkan
diberikan kemuliaan disisi Allah Azzawajalla.

Kebenaran Islam itu berdiri dengan sendirinya mengikut kehendak Allah SWT dan tetap benar sama
ada pengikutnya adalah dari kalangan orang yang berkedudukan tinggi mahupun golongan miskin hina.

Realitinya dilihat bahawa Islam dan kebenarannya selalunya diikuti dan diperjuang oleh golongan
yang lemah (tiada pangkat dan harta) dan sebaliknya ia pada kebiasaannya  ditentang oleh mereka
yang berkedudukan mulia dalam masyarakat (seperti cerdik pandai, kaya raya, berpangkat tinggi).

Ini dibuktikan lagi dengan kisah soalan yang ditanya oleh Raja Rom kepada Abu Sufian Sakhr bin
Harb akan sifat Nabi Muhammad SAW apabila diceritakan oleh Abu Sufian bahawa Quraisy Mekah
sedang menghadapi seorang lelaki yang mendakwa nabi akhir zaman. Bertanya Raja Rom, adakah
pengikut lelaki yang mendakwa nabi ini dari kalangan golongan yang lemah atau golongan orang yang
berkedudukan?

Jawab Abu Sufian, bahkan pengikutnya dari golongan yang lemah.

Maka berkata Raja Rom, "..mereka itulah pengikut dan pendokong nabi-nabi..."

Oleh itu, fahamilah bahawa Islam itu adalah Islam, tiada Progresif mahupun Konservatif. Islam itu
sudah cukup sempurna dan lengkap dan barangsiapa yang mengikat dan beristiqamah dengan Islam,
maka dia mendapat habuan dan kemuliaan di sisi Allah SWT walaupun dibenci dan dihina.

Islam hendaklah diperjuangkan dengan kaedah Islam dan prinsip syarak. Kegopohan dan juga
kesilapan dengan mengenepikan Islam dalam tindakan perjuangan memberikan hasil natijah yang
buruk oleh Allah SWT di akhirat nanti.

Marilah sama-sama kita Istiqamah Dengan Islam Hingga Kemenangan diberikan oleh Allah di dunia
mahupun di akhirat. – HARAKAHDAILY 15/7/2015

Penulis ialah Setiausaha Dewan Ulamak, Pas Selangor

Sumber HD - 15-7-2015
















































Pas Selangor pecat ahli sertai Harapan Baru

Posted on Tuesday, July 14 @ 06:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



SHAH ALAM - Pas Selangor hari ini mengumumkan penamatan keanggotaan beberapa ahli parti itu 

kerana didapati terlibat dalam sebuah pergerakan dikenali sebagai Gerakan Harapan Baharu (Harapan 
Baru).

Setiausaha Pas Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata penamatan keanggotaan mereka adalah 

mengikut Fasal 13(1)(c) Perlembagaan Pas.

"Pas Selangor mengambil maklum tentang penubuhan parti politik baharu ini yang mana sebahagian 

besar daripada jawatankuasa mereka adalah bekas ahli kita di Selangor.

Kita hormati keputusan mereka dan ini sekali gus menamatkan keahlian mereka," katanya dalam satu 

kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, Mohd Khairuddin berkata kesemua jawatan yang dipegang bekas ahli berkenaan akan 
dipangku serta-merta oleh kepimpinan yang lain mengikut kaedah perlembagaan parti.

Antara yang dikatakan hadir pada majlis pelancaran pergerakan itu hari ini adalah Ahli Parlimen Shah 

Alam Khalid Abdul Samad, bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen 
Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud dan bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib. - Bernama
Sumber TKO - 14-7-2015

Tiada sebab PAS perlu keluar daripada 

kerajaan Selangor

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: PAS bertegas Kerajaan Negeri Selangor hari ini adalah masih kerajaan Pakatan
Rakyat (PR) kerana tidak pernah ada pengumuman daripada Menteri Besar bahawa kerajaan negeri
Pakatan Rakyat tidak lagi wujud.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Samad berkata, sehingga kini tidak ada sebarang
pengumuman bersama daripada pimpinan tertinggi ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat Selangor bahawa
pakatan ini tidak lagi wujud.

"PAS masih komited terhadap Pakatan Rakyat dan perkara ini ditegaskan pada Muktamar yang baru
lalu. Keputusan Majlis Syura Ulamak (MSU) baru-baru ini juga tidak memutuskan PAS keluar dari
Pakatan Rakyat," tegas beliau kepada Harakahdaily.

Bagaimanapun katanya, mungkin terdapat mereka yang tersilap membaca keputusan MSU sehingga
menyangka dan mempercayai MSU mahukan PAS keluar daripada pakatan ini maka perlu keluar dari
kerajaan.

Oleh yang demikian, tegas beliau, tidak ada sebab kenapa PAS perlu keluar daripada kerajaan di
Selangor, sekiranya PAS telah keluar dari pakatan maka ketika itu PAS mungkin perlu menarik diri
daripada sebarang kerajaan pakatan tersebut.

Dalam isu penubuhan parti baharu oleh kelompok yang kalah dalam muktamar baru-baru ini,
Setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman berkata, pihaknya mengambil maklum tentang
penubuhan parti politik yang baru yang mana sebahagian besar dari jawatankuasa mereka adalah di
kalangan bekas ahli PAS di Selangor.

"Kita menghormati keputusan mereka dan ini sekaligus menamatkan keahlian mereka menurut Fasal
13(1)(c) Perlembagaan Pas," katanya.

PAS Selangor mengarahkan agar semua jawatan yang pernah di sandang oleh bekas ahli PAS, akan
di pangku dengan serta merta  menurut kaedah perlembagaan.

"Berkuatkuasa serta merta semua kepimpinan Selangor di peringkat kawasan dan cawangan agar
mengambil dan memangku jawatan yang telah dikosongkan oleh mereka yang telah berpindah ke parti
baru. Ini selaras dengan perlembagaan PAS yang ada"

"PAS Selangor akan terus berperanan di dalam kerajaan Selangor. Dan kita yakin PAS akan tetap
menjadi parti teras di Selangor dan Malaysia ini, dan sebarang kelemahan yang ada akan kita perbaiki,"
tegas beliau. – HARAKAHDAILY 14/7/2015

Sumber HD - 14-7-2015



























































































Umno Selangor politik biar bermaruah

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Kenyataan Pengerusi Umno Selangor baru-baru ini agar Exco kerajaan negeri
daripada PAS meletak jawatan seolah-olah menangguk di air yang keruh.

"Sekali lagi Umno Selangor kelihatan terdesak dan kehabisan isu untuk diketengahkan," kata Ketua
Penerangan PAS negeri, Mohd Prasad Hanif

Beliau berkata, nampaknya Umno Selangor ingin menjadi kerajaan dengan bermain politik dan cuba
menumbangkan kerajaan negeri secara muslihat.

Tegasnya, PAS Selangor ingin mengingatkan Umno negeri bahawa parti itu tidak lagi relevan di
Selangor dan bakal menjadi sejarah lapuk di persada kebangsaan.

Katanya, sebelum membuat kenyataan berkenaan Pakatan Rakyat ataupun PAS, Umno Selangor perlu
menjawab kepada seluruh rakyat berkenaan:

- Isu dana 1MDB

- Isu Dana 1MDB telah digunakan ketika PRU13 oleh Umno dan Barisan Nasional

- Isu FGV dan sahamnya yang merudum serta implikasi kepada peneroka yang terdiri rata-rata dari
orang Melayu

- Isu tanah TRX yang dibeli oleh Tabung Haji daripada 1MDB - adakah ianya telah dijual?

Katanya, dengan begitu banyak isu moral, korupsi dan nepotisma yang melanda Umno, PAS Selangor
merasakan Umno Selangor tidak layak status "moral high ground".

"Pada masa ini, Umno Selangor harus menjawab isu-isu di atas kerana ini adalah amanah daripada
rakyat. Politik biar bermaruah," ujarnya. - HARAKAHDAILY 13/7/2015

Sumber HD - 13-7-2015

PAS Selangor tunggu arahan pusat

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: PAS Selangor dimaklumkan bahawa Majlis Syura Ulamak (MSU) telah 
memutuskan agar hubungan tahaluf siasi dengan DAP dibatalkan.

"Kami juga dimaklumkan bahawa pelaksanaan keputusan ini telah diserahkan kepada Jawatankuasa
Kerja PAS Pusat (JKPP) menurut kesesuaian dan keperluan politik semasa," ujar Pesuruhjaya PAS
negeri, Datuk Iskandar Abdul Samad.

Oleh yang demikian, katanya PAS Selangor akan meneruskan kerjasama dan hubungan sehingga
menerima arahan rasmi daripada JKPP.

"Kami juga ingin menjelaskan bahawa hubungan dan kerjasama di dalam kerajaan adalah berdasarkan
jawatan-jawatan kerajaan seperti exco, Ahli Dewan Negeri, ahli majlis dan ketua kampung, maka akan
diteruskan demi menjaga amanah rakyat yang diterima pada PRU13,"

jelasnya yang juga Naib Presiden PAS dalam satu kenyataan. - HARAKAHDAILY 12/7/2015

Sumber HD - 12-7-2015














































Pemalsuan dokumen jejas reputasi negara – Iskandar Samad

Posted on Friday, July 10 @ 12:35:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Sindiket pemalsuan dokumen pengenalan diri seperti pasport dan MyKad yang semakin berleluasa 

akan menyebabkan reputasi negara terjejas.

Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, isu warganegara ekspres dan salah guna 

kuasa di dalam pengeluaran MyKad bukaan perkara baru dan perlu ditangani segera.

Mengambil contoh di negeri Selangor, Iskandar yang juga merupakan exco kerajaan negeri berkata, 

terdapat flat diduduki hampir 80 peratus warga asing yang tidak diketahui status mereka.

“Ada flat sampai 80 peratus diduduki warga asing. Kita tidak tahu mereka ini masuk dengan sah atau 

secara haram.

“Lagi satu, apabila dokumen negara kita dipalsukan, bermakna kita punya reputasi di peringkat dunia 

akan terjejas.

“Kita bimbang orang akan mempertikaikan kita contohnya pasport, apabila kita keluar negara sebab 

mereka tahu di Malaysia ini terkenal dengan klon pasport dan MyKad,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum tuntutan siasatan 

ke atas dakwaan tersebut di Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini.

Pesuruhjaya PAS Selangor itu juga mahu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi 

memberi jaminan bentuk tindakan yang akan diambil oleh kementerian.

“Kita hendak jaminan daripada menteri apa yang dia akan lakukan.

“Kita minta siasatan dan pendakwaan kepada mereka yang terlibat tidak kira dalam peringkat mana 

mereka dalam kerajaan.

“Kita bagi 14 hari untuk Zahid respon kepada memorandum ini,” tegasnya.




Sumber TKO - 10-7-2015




Beri kata dua, Khalid Samad dibidas
Posted on Wednesday, July 08 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



DAMANSARA –  Tindakan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad memberi kata dua 

kepada kepimpinan tertinggi Pas disifatkan sebagai agenda tersendiri dan tidak ada kena mengena 
dengan kepimpinan Pas Selangor.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, kenyataan yang dibuat beliau 

kelmarin adalah kenyataan peribadi pemimpin itu.

“Kita tak mahu fikirkan tentang itu, fokus kita sekarang turun ke setiap negeri menyampaikan agenda 

yang kita perjuangkan selama ini dan kita juga nak tengok maklum balas dari akar umbi.

“Kita dah turun ke Pulau Pinang, minggu lepas ke Selangor, Kelantan dan Johor. Fokus ini lebih 

penting daripada kita membuat sebarang spekulasi,” katanya ketika ditemui pada majlis agihan zakat 
bersama Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn Bhd (PHSSB), di Projek Perumahan Rakyat (PPR) 
Kota Damansara, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Khalid yang memberi kata dua kepada kepimpinan tertinggi Pas supaya 

mengembalikan suasana serta hubungan dengan PKR dan DAP seperti sebelum ini atau berdepan 
risiko perpecahan dalaman dalam parti itu.

Iskandar turut mengkritik tindakan Khalid dan pihak-pihak terlibat mendedahkan agenda mereka.

“Kalau nak bagi kata dua macam polis bolehlah...kalau tak serah diri mereka akan tangkap. Dalam 

politik, saya rasa tak payahlah, tidak ada apa yang penting pun,” katanya.

Mengulas mengenai hubungan PR di negeri ini, katanya  di Selangor hubungan mereka tiada masalah.

“Saya harap hubungan PR di Selangor dapat jadi contoh kepada negeri-negeri lain supaya dapat 

diteruskan seperti sebelum ini,” katanya.

Terdahulu, PHSSB yang bertanggungjawab menguruskan PPR Kota Damansara dan PPR Kampung 

Baru Hicom, Shah Alam mengagihkan zakat berupa barang keperluan harian kepada 150 penghuni 
masing-masing 60 di PPR Kota Damansara dan 90 lagi di PPR Kampung Baru Hicom.  - Sinar 

Sumber TKO - 8-7-2015



Sumber BPPNS - 5-7-2015

Ahli-ahli PAS mesti 'terjun' ke dalam 

masyarakat

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS Datuk Iskandar A. Samad mengingatkan ahli-ahli PAS agar
tidak hanya menumpukan perhatian kepada program-program dalaman sahaja.

"Walaupun program-program pembinaan dan pengukuhan ahli teramat penting tetapi jangan pula
rakyat dilupakan," tulis beliau di laman Facebooknya.

Katanya, program-program yang khusus untuk rakyat perlu sentiasa dianjurkan seperti program yang
inklusif yang membolehkan masyarakat turut bersama.

"Mereka tidak seharusnya "syok sendiri" jika program-program dihadiri oleh begitu ramai ahli tetapi
kurang mendapat perhatian daripada masyarakat.

"Ahli-ahli mesti ‘terjun’ ke dalam masyarakat. Merasai keperitan yang dilalui mereka. Memahami
hasrat dan keperluan mereka," tegas beliau.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor  juga menasihati barisan baru pimpinan PAS agar tidak
hanya sekadar menganjurkan program-program "touch and go" yang semata-mata bertujuan untuk
mendapat political mileage.

Tambahnya, PAS adalah juga parti dakwah yang bukan hanya kepada ahli-ahli tetapi kepada seluruh
rakyat bertepatan agama Islam itu sendiri rahmat untuk semua.

Tegasnya lagi, PAS juga mesti menjadi rahmat untuk semua, bukan sahaja untuk orang PAS dan orang
Islam tetapi untuk seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.

"Terutamanya dalam bulan Ramadan yakni rahmat Islam mesti dirasai oleh semua. Sesuai dengan
Ramadan sebagai bulan yang penuh dengan keberkatan dan rahmat," ujarnya.

Justeru katanya,  PAS mesti menjadi parti inklusif bukan parti eksklusif dan ia mesti memberi peluang
kepada semua untuk beperanan.

"Mengambil kira pandangan semua dan bukan pandangan ahli-ahli dan kelompok tertentu sahaja.

Tidak hanya terpesona dengan pujian-pujian tetapi mengiktiraf realiti suasana politik masa kini.
Berusaha untuk menangani semua cabaran agar PAS terus unggul dalam persada politik tanah air,"
katanya. – HARAKAHDAILY 30/6/2015

Sumber HD - 30-6-2015














































Sokong Azmin sebagai MB, kerjasama dengan 

PR

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Hari ini, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di dalam satu
kenyataan telah menyatakan harapan agar Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor terus
dipertahankan kerana ia adalah kerajaan yang dibina bersama melalui kepercayaan rakyat.

"Sehubungan itu, ingin saya tegaskan di sini bahawa kami Exco-Exco PAS Selangor dan Ahli-Ahli
Dewan Negeri PAS Selangor menyokong penuh YAB Mohamed Azmin Ali, Datuk Menteri Besar
Selangor," ujar Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Iskandar A Samad.

Katanya, kerajaan negeri pimpinan Azmin mesti dipertahankan untuk memastikan segala agenda
pembangunan dan kebajikan negeri dapat diteruskan.

Tambahnya, Kerajaan Negeri Selangor yang dibina di atas Dasar Bersama Pakatan Rakyat telah
berjaya menjadi contoh kepada seluruh negara dan menjadi harapan kepada seluruh rakyat Malaysia.

"Kami juga akan terus menjalinkan kerjasama yang akrab dengan rakan-rakan komponen Pakatan
Rakyat agar amanah yang diberikan oleh rakyat tidak khianati dan tanggungjawab terhadap mereka
dapat ditunai," ujarnya dalam satu kenyataan. - HARAKAHDAILY 24/6/2015

Sumber HD - 24-6-2015



























































































PAS Selangor bentuk jawatankuasa sesi 2015-

2017

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Pengerusi Jawatankuasa Tetap Agama Islam, Adat Melayu, Pembangunan Desa 
dan Kampung Tradisi Negeri Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dilantik sebagai Timbalan 
Pesuruhjaya PAS negeri bagi sesi 2015-2017.

Beliau menggantikan Sallehen Mukhyi yang telah dipilih sebagai AJK PAS Pusat pada Muktamar
Tahunan PAS ke-61 yang berlangsung di Kuala Selangor, 4 hingga 6 Jun lalu.

Menurut Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Iskandar Abdul Samad, Timbalan Speaker Selangor, Shafei
Ngah kekal sebagai Timbalan Pesuruhjaya 2 sementara Ustaz Dusuki Abdul Rani dilantik Timbalan
Pesuruhjaya 3.

Adun Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman dikekalkan sebagai setiausaha manakala bendahari
diamanahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur & Kemudahan Awam, Pemodenan
Pertanian Dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib.

Adun Tanjung Sepat, Mohd Haslin Hassan pula dilantik Pengarah Pilihan raya dan Setiausaha PAS
Kawasan Klang, Mohamad Prasad Hanif sebagai Ketua Penerangan.

Ketua-ketua Dewan yang dipilih pada muktamar masing-masing sebelum ini terdiri daripada Ustaz
Rizuan Rahmat (Ulamak), Syarhan Humaizi Abdul Halim (Pemuda) dan Wan Hasrina Wan Hassan
(Muslimat). - HARAKAHDAILY 21/6/2015


Sumber HD - 21-6-2015

Adun PAS Selangor gesa kukuhkan Pakatan 

Rakyat

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Pertemuan Ahli-Ahli Dewan Negeri PAS dari Selangor hari ini menggesa agar
usaha-usaha dilakukan untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat.

Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata ia selaras dengan ucapan dasar
Presiden PAS pada Muktamar Tahunan PAS ke-61 lalu yang menegaskan bahawa PAS komited
terhadap Pakatan Rakyat.

"Di dalam satu pertemuan di Shah Alam, kami bersetuju agar semua pihak mesti berusaha untuk
memulihkan hubungan di dalam pakatan tersebut.

"Walaupun terdapat banyak cabaran tetapi kami yakin ketiga-tiga parti berupaya menangani sebarang
masalah yang timbul dengan bijaksana melalui perundingan," ujarnya dalam satu kenyataan.

PAS negeri juga, ujar beliau menggesa agar hubungan di peringkat akar umbi dijalin dan
diperkukuhkan.

"Negara kita sedang berhadapan dengan pelbagai krisis dan rakyat semakin tertekan akibat kos sara
hidup yang meningkat," katanya yang juga exco kerajaan negeri.

Tambahnya, Pakatan Rakyat merupakan sinar harapan bagi rakyat dan keyakinan yang telah diberikan
oleh mereka selama ini tidak seharusnya disia-siakan.

Di Selangor, ujar beliau rakyat telah dapat menikmati kualiti kehidupan yang lebih baik menerusi dasar
bersama Pakatan Rakyat yang menitikberatkan ketelusan, memerangi rasuah, peluang ekonomi yang
adil, kediaman mampu milik dan polisi-polisi baru yang lain.

Menurutnya, usaha-usaha di negeri itu di bawah kepimpinan Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali
perlu diteruskan agar Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor terus kukuh demi kebajikan dan masa
depan rakyat.

"Semoga kecemerlangan Pakatan Rakyat di Selangor akan menjadi contoh dan pendorong kepada
seluruh rakyat Malaysia membuat keputusan untuk menamatkan keangkuhan Barisan Nasional,"
ujarnya yang juga Naib Presiden PAS. - HARAKAHDAILY 15/6/2015


Sumber HD - 15-6-2015



Salam Takziah Buat Pelumba Motorsikal Negara.

DACS Selangor mengucapkan takziah dan melahirkan rasa simpati kepada atlet lumba motorsikal
Malaysia, Muhammad Zamri Baba yang mengalami kemalangan di Litar Lumba Antarabangsa Sentul,
Indonesia.

DACS Selangor menyeru semua rakyat Malaysia terus berdoa dan berharap agar Muhammad Zamri
Baba segera sedar dari koma dan cepat sembuh....

DACS Selangor menyuarakan sokongan moral kepada seluruh ahli keluarga Muhammad Zamri Baba. 

Sesunguhnya setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya dan semoga mendapat keampunan daripada 
Allah SWT. Insiden ini seharusnya menjadi medan refleksi melakar sokongan moral, talian ukhwah 
dan bantuan kepada pihak keluarga Muhammad Zamri Baba dan rakan sepasukan beliau.

Akhir sekali DACS Selangor mengucapkan jutaan terima kasih di atas perhatian dan bantuan yang 

disediakan oleh pihak Hospital Pertamedika Bandar Sentul dan kini Hospital Siloam Karawaci, Jakarta, Indonesia dalam merawat beliau.

MUHAMMAD FADZLI B. ABU BAKAR.

Pengarah,
Department of Arts, Culture and Sports (DACS) Selangor.

Dewan Pemuda PAS Selangor.

Sumber FB/DACS - 9-6-2015



PEMUDA PAS SELANGOR USAHA BANTU MANGSA GEMPA, BANJIR - KPPNS



SYARHAN HUMAIZI HALIM - KPPNS


http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/35830-
pemuda-pas-selangor-usaha-bantu-mangsa-gempa-banjir

Sumber HD - 8-6-2015

Pas tiada rancangan keluar PR
Posted on Wednesday, May 27 @ 19:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


AMPANG - Pas Selangor menangkis dakwaan kononnya dua minggu selepas Muktamar Tahunan
2015, PR akan berpecah.

Bendahari Pas Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, beliau optimis ketiga-tiga parti masih 
kekal bergabung di dalam PR bagi berdepan PRU14.


“Cakap- cakap kononnya selepas dua minggu selesai Muktamar Tahunan Pas kali ke-61 ini bahawa PR 

akan hancur hanyalah sekadar persepsi  memanaskan bahang yang tidak sepatutnya tercetus.

“Itu persepsi yang boleh diterbitkan sesiapa pun, cuma saya melihat daripada sudut pandang positif iaitu kesepakatan dalam PR,” katanya ketika sidang media selepas merasmikan penutup kursus kepimpinan dan pengurusan ketua kampung 

di Hotel De Palma Ampang, di sini, semalam

Adun Sijangkang itu menegaskan, Majlis Tertinggi PR adalah medan terbaik dan berkesan merungkai 

persepsi yang timbul.

“Fungsi Majlis Tertinggi PR selaku arena perbincangan masalah berbangkit, isu yang besar pun kalau 

kita bincang boleh selesai.

“Isu kecil jika kita biarkan, tidak dibawa berbincang secara baik akan timbulkan persepsi seperti ini 

kononnya PR akan berkubur dua minggu selepas muktamar,” katanya.

Beliau turut memberi keyakinan bahawa Pas Selangor kekal bersama PR.  - Sinar



Sumber TKO - 27-5-2015



DUN GOMBAK SETIA RAI JURURAWAT


Menyampaikan cenderahati sempena Hari Jururawat Sedunia kepada jururawat Pusat Dialisis Islah Sri 
Gombak dan melawat pesakit-pesakit buah pinggang.

Sempena HARI JURURAWAT SEDUNIA hari ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada
seluruh Jururawat terutama di Dun Gombak Setia atas khidmat bakti kepada masyarakat tanpa penat
dan lelah. Semoga segala jasa dan bakti itu dikurniakan pahala yang besar di sisi Allah.

"SELAMAT MENYAMBUT HARI JURURAWAT"


* Pagi tadi saya menyampaikan sedikit cenderahati tanda ingatan kepada Jururawat yang bertugas
di Hospital Orang Asli Batu 12, Klinik Kesihatan Gombak Utara, Klinik Kesihatan Gombak Setia,
Klinik Kesihatan Ibu dan Anak dan Gombak Medical Centre Sri Gombak


Sumber FB / Adun GS / HD - 12-5-2015

Tiada sebab PAS mahu bergabung dengan UMNO di Selangor - 
Iskandar Samad

Posted on Monday, April 20 @ 06:00:00 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


Tiada sebab PAS mahu bergabung dengan UMNO di Selangor - Iskandar Samad


Khabar angin PAS dan UMNO akan bergabung untuk membentuk kerajaan di Selangor dilihat usaha 
pihak tertentu untuk menjatuhkan imej Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjelang 
Muktamar parti itu pada bulan Jun ini.



Sehubungan itu, Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Samad meminta orang ramai tidak mempercayai 

berita palsu mengenai kerjasama berkenaan.

"Tidak ada sebab untuk PAS turut bekerjasama dengan UMNO dalam khabar angin menukar Menteri 

Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali.

"Selama ini kita bekerjasama baik dengan Azmin. Saya juga percaya ahli-ahli dapat membezakan 

di antara berita palsu dan yang sebenar," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pada Sabtu sebuah portal melaporkan, Tan Sri Khalid Ibrahim dijangka akan kembali menerajui 

Selangor dan menggantikan Azmin.

Jelas sumber portal berkenaan, satu perjumpaan rahsia telah dibuat di antara Khalid dan Abdul Hadi 

di Jakarta bagi membincangkan mengenai perkara berkenaan.

Kata sumber itu lagi, perbincangan itu turut mendapat sokongan lima Ahli Dewan Undangan Negeri 

(ADUN) Selangor dari PKR yang akan mengumumkan untuk 'melompat' sekali gus mengumumkan 
 sokongan kepada Khalid.

Pada Sabtu, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail terus 'mengunci mulut' apabila 

ditanya berhubung sokongan rakan sekutunya, PAS, terhadap PKR sepanjang pilihan raya kecil (PRK) 
Parlimen Permatang Pauh. 


Sumber  TKO - 20-4-2015


Hati-hati bila beli tanah lot

Posted on Thursday, April 02 @ 08:00:00 MYT by paktam

Oleh ISKANDAR A SAMAD


ORANG ramai mestilah berhati-hati apabila membeli tanah lot daripada syarikat swasta atau orang 
 perseorangan.Selalunya lot-lot ini adalah sebahagian dari satu lot yang besar yang 

dipecahpecahkan dan dijual dengan harga yang menarik. Pembeli kemudian boleh membina rumah mereka sendiri atau penjual akan turut menyediakan perkhidmatan tersebut.

Walau bagaimanapun orang ramai yang hendak membeli tanah lot seperti itu mesti memastikan bahawa harga jualan adalah termasuk semua kos berkaitan pembangunan tersebut.


Siapa akan tanggung kos infrastruktur?
Kadang kala pembeli terpaksa 
menanggung sendiri kos infrastruktur seperti jalan masuk dan sistem 
perparitan.

Kos untuk menyambung bekalan air dan elektrik juga mesti diputuskan siapa yang akan 
menanggungnya terutama jika pencawang elektrik perlu dibina atau bekalan air perlu disambung dari 
punca yang agak jauh jaraknya.

Siapa akan bayar Premium untuk dapatkan hak milik (geran) individu?

Selain daripada itu, untuk pembeli mendapatkan hak milik (geran) individu, permohonan perlu dibuat 
kepada Pentadbir Tanah Daerah untuk memecahkan hak milik asal dalam proses yang dinamakan 
pecah sempadan. Premium perlu dibayar untuk mendapatkan hak milik individu ini. 

Siapa yang akan menanggung bayaran premium ini? Penjual tanah atau pembeli tanah?

Adakah syarat guna tanah pertanian atau perumahan?

Pembeli juga perlu menyemak di Pejabat Tanah untuk memastikan syarat nyata tanah adalah untuk 
perumahan. Jika menurut syarat hak milik adalah pertanian maka beliau akan menghadapi masalah 
untuk mendapatkan kelulusan membina bangunan dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Malah masalah akan dihadapi untuk memecahkan hak milik utama kepada beberapa hak milik yang 
lebih kecil kerana untuk tanah pertanian, ada syarat keluasan minimum untuk tanah dipecahkan 
(kepada lotlot tanah yang lebih kecil).

Semak rancangan tempatan (RT) untuk pastikan tanah di dalam zon apa

Ada pula penjual yang menjanjikan status tanah boleh ditukar. Di dalam hal seperti ini, pembeli perlu 
menyemak Rancangan Tempatan (RT) PBT di dalam zon di mana lot tanah beliau berada.

Sekiranya tanah di dalam zon perumahan maka status tanah boleh ditukar walaupun menurut surat hak 
milik dinyatakan pertanian, namun jika ia di dalam zon pertanian, permohonan pertukaran zon perlu 
dilakukan terlebih dahulu. Proses ini panjang dan rumit. Ia perlu melalui pendengaran awam dan 
memakan masa. Mungkin juga permohonan ini tidak akan diluluskan.

Siapa yang akan bayar premium tukar syarat tanah?

Kalau boleh lulus, untuk menukar syarat guna tanah ada premium yang perlu dibayar. Pastikan siapa 
yang akan membayar premium ini. Penjual atau pembeli?

Pastikan berapa nama yang ada pada surat hak milik tanah.

Walau bagaimanapun, perkara paling penting yang perlu dilakukan adalah pembeli mesti memastikan 
penjual mempunyai hak atau kuasa ke atas tanah yang hendak dibeli.

Terdapat kes di mana penjual bukan pemilik mutlak tanah yang hendak dijual. Beliau berkongsi 
mungkin bersama adik beradik atau saudara mara. Mungkin ia tanah pesaka.

Untuk memindah milik kepada pembeli, ke semua pemilik mesti bersetuju. Jika ada yang tidak 
bersetuju maka pindah milik kepada pembeli tidak akan dapat dilakukan.

Oleh itu, sebelum membeli tanah dapatkan nasihat dari mereka yang pakar seperti seorang peguam. 
Jika tersilap langkah anda mungkin kerugian berpuluh malah beratus ribu ringgit.

>> Iskandar A. Samad ialah Pesuruhjaya PAS Selangor dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, 
Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar Negeri Selangor.

Sumber DD - 2-4-2015


PAS Kuala Selangor Bersama Presiden


Kami mewakili PAS Kawasan Kuala Selangor ingin menegaskan bahawa kami di Kuala Selangor
menyokong penuh tindakan Presiden PAS yang mengangkat Islam mengikut lunas lunas Demokrasi.

Presiden Kami tidak pernah khianat kepada sesiapa pun seperti yang dituduh Pemimpin DAP dan PKR.
Sejarah Perjalanan PAS dalam lanskap Politik Malaysia memperlihatkan bahwa sebenarnya orang lain
yang berbuat khianat dan buat buat tak faham kepada Perjuangan PAS. Mereka sengaja menolak PAS
kerana membawa ISLAM. Usaha PAS menegakkan syiar ISLAM bukan rahsia. Kenapa pula apabila
PAS memartabatkan ISLAM melalui demokrasi dituduh Khianat?

Mengistiharkan putus hubungan dengan Presiden PAS adalah memutuskan hubungan dengan kami.
Kami terbuka kepada ahli ahli Pakatan rakyat yang mahu mencari kebenaran. Namun , sesekali kami
tidak akan diam sekiranya ada Pimpinan PR sendiri yang mencari jalan mencampuri Urusan PAS
dalam memperjuangkan ISLAM dan dasarnya.

Kita perlu ingat, PAS, DAP dan PKR bersama dalam Pakatan Rakyat adalah untuk memelihara
kepentingan rakyat dari dirakus kebobrokan penyelewengan BN. Adapun Usaha PAS dengan
perjuangan ISLAM yang dibawa adalah Usaha yang sama yang akan menghapuskan penyelewengan
BN/UMNO dengan penyelesaian dari Allah yang Maha mengetahui dan maha menyelesaikan masalah
makhluknya.

Kepada Presiden PAS,
Kami teguh dan tetap perjuangkan ISLAM bersamamu dan menghayun langkah bersamamu sehingga
datang Janji ALLAH dan ketentuan ALLAH.

YDP PAS Kuala Selangor
Haji Mohd Rashid Mohd Kassim
AJK PAS Kawasan
Ketua Pemuda Pas Kaw
Mohd Azham Abd Rahim
Ketua Muslimat Pas Kaw
Puan Julaili Jailani
Ketua Urusan Ulama
Ustaz Mohd Nor Sahar

Sumber FB / PKKS - 26-3-2015

CORETAN SEBELUM TIDUR

Hidup di dalam jemaah bagaikan keretapi. Tanpa kepala keretapi, gerabak keretapi tidak akan sampai
ke destinasi.

Kepala keretapi duduk di hadapan dan gerabak keretapi duduk di belakang. Gerabak keretapi tidak
boleh mendahului kepala keretapi.

Kepala keretapi juga akan menentukan ke mana gerabak keretapi akan dibawa. Jika kepala ke selatan,
gerabak juga ke selatan. Jika kepala ke utara, gerabak juga ke utara.

Tetapi kepala keretapi juga tidak boleh bergerak sesuka hati. Ia berada di atas landasan keretapi dan
mesti menurut arah landasan tersebut.

Iskandar A Samad

25 Mac 2015

Sumber FB / BPPNS - 25-3-2015

Pas Selangor anggap tindakan DAP bukan pelik

Posted on Wednesday, March 25 @ 15:00:00 MYT

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



SHAH ALAM - Pas Selangor menyifatkan tindakan DAP menghentikan kerjasama dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang susulan isu hudud, bukan sesuatu yang pelik.

Setiausaha Pas Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata, tindakan itu adalah daripada ahli DAP dan bukan ahli Pas.

"Tidak pelik, yang pelik ialah kalau ada ahli Pas sendiri yang tidak taat pada Presiden, sedangkan presiden dipilih oleh ahli di dalam Muktamar Tahunan yang sah.  Walaupun DAP menolak presiden kita, tetapi ahli-ahli kita di Selangor tetap bersama Presiden Pas," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, Pas Selangor akan terus kekal bersama PR selagi parti itu belum menerima sebarang arahan daripada kepimpinan tertinggi berhubung kerjasama dalam pakatan itu.

"Pas Selangor tidak menerima sebarang arahan untuk meninggalkan PR dengan sebab itu kita kekal," katanya.

Beliau berkata, pihaknya berharap isu ini dapat diselesaikan secara baik dalam suasana hormat menghormati.

“Setiap parti mempunyai dasar mereka sendiri dan kita telah bersetuju untuk saling berbeza pandangan,” katanya. 


Sumber HD - 25-3-2015

Mustahil bersatu, PAS tak lupa kenangan pahit bersama Umno-BN

Oleh: NAZLI IBRAHIM
SHAH ALAM, 12 MAC: Pengalaman panjang PAS di pentas politik negara menjadikan parti itu mustahil menyertai Barisan Nasional (BN) seperti yang berlaku pada tahun 1973.

Dakwaan kononnya PAS adalah parti paling mudah diumpan untuk bekerjasama dengan Umno berbanding parti Pakatan Rakyat (PR) lain juga tidak berdasarkan fakta sebenar.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abd Samad berkata, pemimpin dan ahli PAS paling ramai dizalimi, ditindas dan ada yang dibunuh ketika bersama BN dari 1973 hingga 1977.

umno-dan-pas-565x376

“Antara tiga parti PR, pimpinan dan ahli PAS yang paling ramai ditindas dan dizalimi Umno-BN.

“Bukan sahaja pemimpin PAS pernah dipenjarakan dan dibunuh, tetapi ahli PAS di peringkat akar umbi turut dinafikan hak sebagai rakyat selain dihambat serta ditindas.

“Peristiwa Memali yang mengorbankan ahli PAS masih segar di dalam ingatan kita,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Katanya, golongan petani yang menyokong PAS juga kerap dinafikan bantuan seperti subsidi baja, manakala kampung yang kuat menyokong PAS pula tidak mendapat jalan berturap.

YB Iskandar 2

“Guru yang dikesan memberi sokongan kepada PAS ditukar ke Sabah dan Sarawak atau dipecat. Gerai dan warung yang menyokong PAS juga diroboh,” katanya.

Iskandar berkata, dakyah kononnya PAS mudah dipikat Umno sengaja disebarkan pihak tertentu sebagai sebahagian strategi menjatuhkan pemimpin tertentu di dalam parti itu.

Sumber SK - 12-3-2015



PAS SELANGOR ARAH TINGKAT KAWALAN KESELAMATAN - PJS


YB DATO' IR ISKANDAR SAMAD - PESURUHJAYA PAS SELANGOR

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/34184-pas-selangor-arah-tingkat-kawalan-keselamatan

Sumber HD - 5-3-2015


SAMBUNG PERJUANGAN TUAN GURU TEGAK ISLAM - KPPNS


http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33969-sambung-perjuangan-tuan-guru-tegak-islam

Sumber HD - 21-2-2015






PASMA: Hendak Lawan PAS Atau UMNO?
Posted on Wednesday, February 18 @ 12:28:43 MYT

Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh Dato' Iskandar A Samad

PASMA perlu nyatakan kepada rakyat siapa musuh mereka, PAS atau UMNO.

Setakat ini PASMA dilihat menumpukan serangan mereka terhadap PAS bukan UMNO.

Ianya dilihat sedang menjalankan usaha untuk memastikan PAS sebagai parti politik tidak lagi stabil.

Oleh yang demikian, terdapat yang bertanya adakah terdapat satu komplot di antara PASMA dan UMNO.

Di Selangor hubungan di dalam Pakatan Rakyat telah kembali pulih setelah berakhirnya krisis Menteri Besar. Sekiranya tidak ada hubungan yang baik di kalangan parti-parti Pakatan Rakyat maka sudah tentu agenda membangunkan negeri dan membela nasib rakyat tidak akan tercapai sepenuhnya.

PASMA perlu mengambil kira realiti politik berkerajaan sebelum mengambil keputusan untuk menggempur Selangor. Kecuali memang hasrat PASMA untuk melihat Pakatan Rakyat kucar-kacir di Selangor dan kerajaan negeri gagal mencapai sasaran-sasarannya.

Pakatan Rakyat perlu terus kukuh di Selangor dengan menjadikannya negeri contoh agar impian menawan Putrajaya menjadi realiti.

YB Dato' Iskandar A Samad
Pesuruhjaya PAS
Negeri Selangor
18 Februari 2015

Sumber TKO - 18-2-2015




Jangan jejas kerjasama PR Selangor angkara Pasma

Posted on Tuesday, February 17 @ 03:00:00 MYT

Dilulus untuk paparan oleh memo

SHAH ALAM - Pimpinan PR di negeri ini dinasihatkan tidak terlibat dengan mana-mana program anjuran Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) memandangkan kerjasama perikatan itu di Selangor adalah baik.

"PR Selangor mempunyai tugas untuk memacu pembangunan negeri ini ke hadapan di samping memberi pembelaan kepada seluruh rakyat dan hanyalah kerjasama yang erat di kalangan parti-parti Pas, PKR dan DAP dapat menjadikan hasrat ini satu realiti," ujar Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar A. Samad.

Tambah Iskandar, kerjasama baik itu diterjemahkan di kalangan menteri besar dan exco-exco termasuk Adun seperti di dalam Jawatankuasa-Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan.

"Juga di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan di kalangan Ahli-Ahli Majlis. Mesyuarat PR di peringkat negeri juga diadakan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 

Kenyataan terbaru ini dilihat selepas nama Pasma kembali hangat diperkatakan, terbaru dikaitkan dengan gerakan mahu menjatuhkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Presiden Pasma, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi bagaimanapun berkata, sudah lali dengan tuduhan itu, dan menganggapnya sebagai isu yang sengaja diperbesarkan untuk menarik perhatian umum menjelang pemilihan parti yang dijangka pada penghujung tahun ini.

Mengulas lanjut, Iskandar mengingatkan supaya PR di Selangor menumpukan kepada tanggungjawab yang diamanahkan rakyat Selangor.

"Persefahaman PR di Selangor adalah lebih penting. Kerajaan negeri mempunyai tanggungjawab yang besar. Tumpuan sepatutnya diberikan kepada usaha-usaha memenuhi harapan rakyat yang begitu tinggi," katanya.

"Walaupun adalah hak individu masing-masing sama ada untuk terlibat atau tidak tetapi biarlah isu Pasma ini diselesaikan oleh Pas secara dalaman," tambahnya lagi.-sh

Sumber TKO - 17-2-2015


P'RAYA PBT : PAS SELANGOR BELUM DAPAT GAMBARAN JELAS - KHAIRUDIN



YB KHAIRUDIN HJ OTHMAN - SETIAUSAHA BPPNS

http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/33658-p-raya-pbt-pas-selangor-belum-dapat-gambaran-jelas

Sumber HD - 5-2-2015


Bantuan banjir Pas Kawsan Sepang:
https://www.youtube.com/watch?v=e3tM7XyuLPA














































Banjir: Konvoi PAS Selangor hantar bantuan setiap hari

HARAKAHDAILY | .




KUALA LUMPUR: Orang ramai diminta untuk terus menghulurkan sumbangan dalam pelbagai bentuk bagi membantu puluhan ribu mangsa yang terlibat dengan bencana banjir di Pantai Timur.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad, berkata mereka yang ingin membuat sumbangan boleh menghubungi pejabat PAS kawasan, cawangan, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Penyelaras Kawasan Dewan Negeri.

Selain itu, katanya mereka juga boleh mengunjungi Pusat Pengumpulan PAS Selangor di Dewan Merbau, Jalan Senangin 17/2, Seksyen 17, Shah Alam, lapor Selangor Kini.

Katanya, untuk sumbangan kewangan, segala sumbangan boleh dimasukkan ke dalam akaun Bank Islam 12010010006093 di atas nama Perhubungan PAS Negeri Selangor dan hubungi Setiausaha Perhubungan, Mohd Khairuddin Osman di talian 0172245351 setelah menyumbang supaya dapat disalurkan sumbangan itu,

Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri berkata PAS Selangor masih menerima sumbangan daripada orang ramai berbentuk kewangan, makanan dan kelengkapan untuk membantu mangsa banjir di Pantai Timur.

PAS Selangor, katanya turut menyerahkan sumbangan RM100,000 kepada Kerajaan Kelantan yang diterima oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah, kelmarin.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang turut hadir pada majlis di Pusat Khidmat Adun Panchor, Pengkalan Chepa.

“Konvoi dari Selangor juga bertolak ke Pantai Timur membawa bahan makanan dan kelengkapan hampir setiap hari,” katanya lagi.

Sumber HD - 29-12-2014














































Beri perhatian penghakisan tanah rizab Melayu

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: PAS Selangor menggesa kerajaan negeri supaya menambahbaik sistem terhadap golongan kurang upaya (OKU) bagi memastikan mereka tidak ketinggalan dalam pembangunan negeri.

Adun Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman berkata, Selangor tidak mempunyai sistem mantap untuk golongan itu dan bantuan yang diberikan juga tidak mencukupi, lapor Selangor Kini.

“Kita tiada sistem mantap terhadap OKU sehingga mereka sering tertanya bila bantuan ini akan sampai," katanya ketika membahaskan Belanjawan Selangor 2015 pada persidangan Dewan Negeri Selangor di Shah Alam, semalam.

Sehubungan itu, beliau yang juga Setiausaha PAS negeri merayu Menteri Besar memasukkan dalam sistem kerajaan negeri dengan mewujudkan pusat sokongan OKU supaya mereka boleh bergerak sesama sendiri.

Selain itu, katanya isu penghakisan tanah rizab Melayu perlu diberikan perhatian memandangkan masalah itu semakin serius terutama di kawasan Sungai Buloh.

Beliau turut mencadangkan supaya hak milik sementara (TOL) diserahkan semua kepada pejabat daerah dan tanah supaya mereka boleh bekerjasama dengan Adun berhubung isu tanah.

“Saya juga mencadangkan supaya program pemberi milikan tanah diteruskan kerana ia memberi manfaat kepada rakyat,” katanya.

Pada masa sama, Khairuddin turut meminta supaya masalah perparitan di Kampung Melayu Sungai Buloh diselesaikan bagi mengelakkan masalah banjir daripada terus berulang.

Sumber HD - 27-11-2014














































Peguam, antara calon Timbalan Speaker DNS

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: PAS Selangor hari ini mengesahkan akan menghantar seorang calon bagi mengisi jawatan Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS).

Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad berkata calon berkenaan telah menerima pencalonannya dan bakal diundi ketika persidangan DNS pada 24 November depan, lapor Selangor Kini.

Bagaimanapun, beliau yang juga Exco kerajaan negeri enggan mendedahkan calon berkenaan dan hanya membayangkan seorang peguam.

Menurutnya, calon berkenaan telah menerima pencalonan itu dan beliau juga telah menandatangani pencalonan dan keputusannya terpulang kepada DNS.

“Pencalonan ditutup hari ini dan calonnya seorang peguam,” katanya kepada media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri Selangor di Bangunan SUK, hari ini.

Perkara tersebut turut disahkan Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali dan menyatakan pencalonan itu ditutup hari ini.

Kerusi Timbalan Speaker DNS kosong berikutan penyandangnya Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad, meletakkan jawatan kerana dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).

Sumber HD - 10-11-2014














































Pertikai fatwa bukan pendirian PAS Selangor

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: "Saya ingin menegaskan di sini bahawa tindakan beberapa orang ahli Parlimen PAS mempertikaikan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor berkenaan liberalisme dan pluralisme adalah bukan pendirian PAS Selangor," ujar Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar A Samad.

Sehubungan itu, tegasnya laporan bahawa terdapat di antara mereka adalah pimpinan PAS Selangor adalah tidak benar.

Ini, ujarnya kerana terdapat media yang melaporkan bahawa salah seorang dari mereka adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor.

Jelasnya, laporan itu adalah sama sekali tidak benar dan PAS Selangor kesal dengan tindakan tidak profesional media tersebut.

"Kami juga melihat tindakan mempertikaikan keputusan Jawatankuasa Fatwa secara terbuka adalah satu tindakan yang tidak wajar," ujarnya yang juga Exco Kerajaan Selangor dalam satu kenyataan.

Tambahnya, ia akan membuka ruang untuk semua fatwa-fatwa dipertikaikan.

Katanya lagi, keadaan yang sedemikian sudah tentu akan mewujudkan kekeliruan di kalangan umat Islam.

"Tindakan ahli-ahli parlimen PAS tersebut telah dibuat tanpa berbincang dengan PAS Selangor walaupun kami mengadakan pertemuan mingguan wakil-wakil rakyat iaitu pada setiap pagi Rabu," ujarnya yang juga Adun Chempaka.

Tambahnya, wakil-wakil rakyat tidak sepatutnya bertindak bersendirian kerana mereka bertanding di dalam piliharaya umum di atas tiket parti dan bukan tiket individu.

Oleh yang demikian, tegasnya lagi tindakan mereka akan dilaporkan kepada PAS Pusat untuk tindakan selanjutnya. - HARAKAHDAILY 7/11/2014

Pertikai fatwa bukan pendirian PAS Selangor

Sumber HD - 7-11-2014














































Multaqa: Pemuda PAS Selangor sokong usaha istana

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor ingin menjunjung tinggi serta merafak sembah tahniah dan kegembiraan serta memberi sokongan penuh kepada pihak istana dan Jabatan Mufti Negeri Selangor atas menjayakan Majlis Multaqa Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Seminar Kanun Jenayah Syariah yang berlangsung pada hari ini.

Program penerangan Kanun Syariah Jenayah ini menampilkan Pehin Datu Seri Maharaja Dato Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz Bin Juned selaku Mufti Kerajaan Brunei Darussalam sebagai pembentang utama.

"Patik dari Dewan Pemuda PAS Selangor amat mengalu-alukan program berbentuk ilmiah dan penerangan seperti ini apatah lagi melibatkan penganjuran dari pihak Istana Tuanku," ujar ketuanya, Syarhan Humaizi Halim dalam satu kenyataan.

Katanya, penglibatan Kesultanan Selangor dalam memartabatkan Islam telah mengimbau kenangan dari sejarah Kesultanan Selangor sendiri.

Dahulu, jelasnya Sultan Alauddin Sulaiman Syah adalah antara Sultan Selangor yang bertaraf ulama yang mampu mengarang kitab dan dibantu pula oleh seorang ulama besar Syeikhul Islam Selangor Tengku Mahmud Zuhdi Al-Fathani.

Tambanya, anakanda Sultan Alauddin Sulaiman Syah iaitu Sultan Hishamuddin Shah Al-Haj yang juga merupakan nenda kepada Sultan Sharafuddin pula turut menghadiahkan istananya di Kampung Jawa untuk dijadikan Kolej Islam Klang yang akhir diuruskan oleh Allahyarham Prof Dr Zulkifli Muhammad.

"Sebagai mewakili sebahagian Rakyat Selangor, patik sekali lagi merafak sembah tahniah kepada Baginda Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah dan pihak istana atas kejayaan menganjurkan multaqa ini," ujarnya lagi.

Tegas Syarhan, beliau bersama anak-anak muda rakyat Tuanku menyokong penuh usaha istana yang mahu memartabatkan Islam dan segala isi syariatnya.

"Semoga kepimpinan Tuanku Sultan mendapat petunjuk dan pertolongan daripada Allah SWT atas usaha yang murni ini," katanya. - HARAKAHDAILY 6/11/2014

Sumber HD - 6-11-2014

Jangan kacau Selangor dengan isu luar - Iskandar

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor Iskandar Abdul Samad membidas penganjuran program 'Bedah: Inside Story Buku Kejatuhan Kerajaan PAS Kedah' di Ampang malam ini.

Dalam satu kenyataan, beliau yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Pandan menegaskan, program tersebut tiada kena mengena dengan PAS Selangor atau PAS Kawasan Pandan.

Exco Kerajaan Negeri Selangor itu juga berkata adalah tidak perlu membawa isu luar ke negeri ini yang tentunya akan mengelirukan rakyat negeri ini yang baharu sahaja diredakan dengan isu perlantikan menteri besar sebelum ini.

"Kami di Selangor baru sahaja selesai melalui krisis Menteri Besar dan sekarang ini memandang ke hadapan berusaha untuk mendapatkan semula keyakinan rakyat yang telah sedikit sebanyak terhakis akibat dari krisis tersebut.

"Maka janganlah pula ada yang menjadi pengacau kepada usaha-usaha untuk memperkukuhkan sokongan rakyat kepada PAS dan Pakatan Rakyat di negeri Selangor.

"Kami di Selangor tidak perlu disibukkan dengan perkara tersebut," katanya.

Program malam ini dijadual berlangsung di Auditorium MPAJ Pandan Indah, Ampang bermula jam 8 hingga 11 malam.

Difahamkan, program malam ini bakal mempertemukan penulis buku kontroversi itu, Mohd Sayuti Omar dengan Razak M. Sanusi Md Nor iaitu mantan Setiausaha Politik kepada Allahyarham Tan Sri Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak.

Selain mereka, bekas pegawai khas kepada menteri besar, Musodak Ahmad turut akan menjadi pengulas.

Buku Kejatuhan Kerajaan PAS Kedah tulisan Mohd Sayuti atau lebih dikenali sebagai MSO, mengundang kritikan dari pihak yang dekat dengan Allahyarham Ustaz Azizan semasa pentadbiran beliau.

Ianya termasuk beberapa fakta yang didakwa tidak tepat dan diperoleh dari sumber yang lemah.

Forum malam ini bagaimanapun dijangka akan membahas beberapa pertikaian yang timbul itu. - HARAKAHDAILY 27/10/2014

Sumber HD - 27-10-2014














































Harapan baharu PAS di Selangor

http://www.detikdaily. | .
Oleh HAZAYANI ZAKARIA

KEMELUT dua bulan berhubung pelantikan Menteri Besar Selangor yang baharu ternyata mengundang rasa tidak senang yang luar biasa dalam kalangan parti komponen Pakatan Rakyat sehingga menjejaskan fungsi pentadbiran eksekutif dalam negeri itu.

Parti yang paling besar menerima kesan negatif dalam krisis itu adalah PAS sehingga mengheret perbalahan dalaman dan mendedahkan segalanya kepada rakyat Malaysia seperti yang berlaku dalam Muktamar Tahunan PAS Ke-60 di Batu Pahat, Johor baru-baru ini.

Bagaimanapun, krisis itu seperti sedang reda kepanasannya apabila Adun Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali dilantik oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai Menteri Besar yang baharu pada 23 September lalu.

PAS dilihat seperti teraniaya apabila jumlah kuota empat Exco yang dimiliki sebelum ini berkurang kepada tiga.

Dua exco PAS sebelum ini iaitu Dr Halimah Ali (Selat Klang) dan Sallehen Mukhyi (Sabak) tidak dikekalkan dalam kabinet baru Azmin.

Halimah memberikan komen ringkas dengan menyifatkan Pakatan Rakyat tiada semangat setiakawan apabila mengurangkan komposisi PAS dalam jawatan exco.

Bagaimanapun beliau tetap mengharapkan exco baharu yang dilantik dapat menjalankan amanah dengan lebih baik.

Bagaimanapun, Pakatan Rakyat Selangor harus memandang ke hadapan agar kepentingan rakyat tidak terabai dalam kemelut ini.

Melihat kemelut ini dari sudut positif, Adun Chempaka, Iskandar Abdul Samad mahu keyakinan rakyat terhadap Pakatan Rakyat dipulihkan sepenuhnya selepas melalui kemelut politik hampir sembilan bulan.

Beliau berpandangan, banyak agenda kebajikan harus diteruskan demi membela nasib rakyat yang telah memberi amanah kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir negeri itu.

Bagi beliau, masa sekarang harus digunakan untuk memandang ke hadapan selaras dengan prinsip kerajaan negeri untuk Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Beliau meluahkan hasrat itu selepas Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Exco di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang, 26 September lalu.

Pesuruhjaya PAS Selangor itu antara muka lama dari PAS yang dikekalkan sebagai Exco selain Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi manakala muka baru adalah Adun Taman Templer, Zaidy Abdul Talib.

Menyentuh mengenai kerusi Timbalan Speaker Selangor pula, Iskandar berkata, PAS Selangor belum membuat apa-apa keputusan berhubung tawaran itu dan akan memuktamadkan perkara tersebut sebelum sidang Dewan Negeri Undangan (DUN) Selangor pada November depan.

Jelasnya, jika PAS menolak kerusi Timbalan Speaker Selangor, keputusan itu adalah kerana tidak mahu Adun PAS yang dilantik sebagai exco disibukkan dengan tugas tersebut sehingga menjejaskan tugas asasi mereka.

Sebelum ini beliau menjelaskan, pertemuan exco dan mantan exco PAS dengan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang juga tidak membuat keputusan berhubung perkara itu.

Sementara itu, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dari PAS bertekad untuk terus bergerak ke hadapan bagi memastikan pentadbiran Selangor berjalan baik.

Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, isu pengurangan kerusi Exco PAS bukan perkara besar perlu diberi tumpuan sekarang, sebaliknya kelicinan pentadbiran negeri yang akan dijadikan fokus utama.

Beliau turut menganggap situasi yang menimpa PAS Selangor itu mungkin mempunyai hikmah.

Beliau berkata, PAS perlu bergerak ke hadapan untuk memastikan kerajaan negeri dapat meneruskan kesinambungan kebaikan dahulu malah lebih baik lagi supaya rakyat mendapat faedah daripada pentadbiran ini.

Ketika ditanya sama ada senarai nama Exco PAS Selangor yang dilantik itu sama seperti yang disenaraikan PAS Pusat, Yunus bagaimanapun berkata beliau tidak pasti tentang perkara itu.

Seolah-olah ingin meredakan suasana yang sedikit tidak menyenangkan hati sesetangah pihak dalam PAS ini, Ketua Umum KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim tampil meminta semua pihak menghormati keputusan Azmin berhubung jemaah Exco baharu.

Beliau menjelaskan isu itu telah ditentukan melalui perbincangan dalaman parti.

Dalam pada itu, Anwar enggan mengulas titah Sultan Sharafuddin yang menyalahkan KeADILan kerana menyebabkan kemelut Menteri Besar.

Beliau mengambil pendirian tidak mahu terlibat dengan kontroversi dengan titah Tuanku Sultan.

Sultan Sharafuddin Idris Shah sebelum ini menyatakan kesal dengan kebuntuan yang tercetus akibat Langkah Kajang yang diilhamkan KeADILan untuk menyingkir mantan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Senada dengan Anwar, Azmin juga menerima titah Sultan Sharafuddin dengan hati terbuka berhubung krisis jawatan Menteri Besar.

Beliau berkata titah baginda harus dilihat sebagai satu nasihat bagi membolehkan Selangor maju demi kebaikan semua pihak.

Selain menyentuh berhubung Langkah Kajang, Sultan Sharafuddin turut menegur KeADILan kerana meneruskan perbuatan menghina dan mencaci pada bulan Ramadan yang bertujuan menjatuhkan Abdul Khalid.

Sumber HD - 9-10-2014

Pesta arak tak hormat sensitiviti

HARAKAHDAILY | .



KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor menyelar tindakan penganjur dan pihak penyokong festival arak di Selangor sebagai tidak menghormati sensitiviti umat Islam.

Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor (DUPNS) memandang serius isu penganjuran pesta arak yang sedang hangat diperkatakan dan dilaporkan akan dianjurkan di beberapa tempat di Selangor.

DUPNS juga telah merujuk dan meneliti permohonan-permohonan lesen kebenaran pesta arak tersebut melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan mendapati sehingga kini pihak penganjur tidak mendapat apa-apa kebenaran atau kelulusan dari mana-mana PBT di Selangor sama ada untuk mengiklan atau menganjurkan pesta tersebut.

Dalam kenyataan medianya juga DUPNS tidak menafikan hak bukan Islam, tetapi pesta ini dilakukan secara terbuka dan tentunya melanggar juga undang-undang PBT.

“Tanpa menafikan hak bukan Islam untuk minum arak, DUPNS berpendirian bahawa dengan menjadikan ianya sebagai suatu pesta yang bersifat terbuka dan diiklankan kepada umum tanpa sebarang jaminan dari pihak penganjur bahawa tidak ada seorang pun orang Islam yang akan terlibat dalam apa-apa jua usaha ke arah penganjuran atau sebagai peserta dalam pesta tersebut adalah dianggap tidak menghormati sensitiviti masyarakat majmuk yang majoritinya tidak menganggap perbuatan meminum arak sebagai suatu perbuatan yang baik dan bermoral. Tindakan penganjur mengiklan dan menganjurkan pesta tersebut tanpa kelulusan PBT pula dilihat sebagai membelakangi serta mencabar kewibawaan PBT yang bertanggungjawab menguatkuasa & melaksanakan undang-undang serta peraturan-peraturan yang telah diperuntukkan oleh Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).”

DUPNS juga meminta pihak penganjur memahami dulu undang-undang yang sedia ada sebelum mempertahankan tindakan mereka.

“DUPNS juga dengan tegas mencadangkan kepada PBT dan Kerajaan Negeri Selangor di bawah kepimpinan Dato' Menteri Besar Selangor yang baru, berdasarkan peruntukan Bahagian XIII Akta Kerajaan Tempatan (Akta 171) khususnya Seksyen 102 dan Seksyen 103 akta tersebut dengan serius menjadikan peruntukan Seksyen 18 Enakmen 9 Tahun 1995, Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 sebagai syarat utama suatu kelulusan dan kebenaran di dalam Undang-Undang Kecil PBT khususnya Undang-Undang Kecil Perlesenan PBT bagi perkara-perkara yang melibatkan arak dan minuman keras.”

Ekoran penganjuran ini, umat Islam yang mewakili pelbagai peringkat sama ada parti politik, badan bukan kerajaan, mahu pun orang persendirian bangkit menngecam pihak penganjur. – HARAKAHDAILY 8/10/2014

Sumber HD - 8-10-2014














































PAS Selangor kesal tindakan Carlsberg

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: PAS Selangor dalam satu kenyataannya menyatakan kekesalan atas penganjuran Oktoberfest oleh Carlsberg Malaysia.

“PAS Selangor amat menyesali dengan Agenda Besar Carlsberg Malaysia dalam penganjuran Oktoberfest di beberapa tempat di negeri Selangor dan Grand Finalenya di 1 Utama yang disifatkan sebagai gagal memahami sosio budaya dan sensitif agama di Malaysia khususnya di Negeri Selangor.” Demikian kata Zaidy Abdul Talib, Adun Taman Templer, merangkap Ketua Penerangan PAS Selangor.

Menurut beliau lagi bahawa penganjur perlu sedar mengenai sensitiviti penganut beragama di negeri ini terutamanya penganut Agama Islam, yang juga merupakan agama rasmi persekutuan sebelum mengadakan sesuatu yang boleh mengugat ketenteraman dan keamanan awam.

“Agama Islam tiada berhalangan untuk selain penganut Islam meminum minuman keras kerana ia merupakan hak orang bukan Islam. Namun, jika ia diadakan secara besar besaran seperti festival, apatah lagi dengan mengwar-warkan secara terbuka seperti iklan di pasar raya dan billboard dan sebagainya, ianya jelas melanggar tata susila kehidupan masyarakat bahkan seluruh agama di dunia ini.

“Kerajaan Selangor dan PBT juga tidak pernah meluluskan apa-apa kelulusan berkaitan dengan program ini. Ia boleh digambarkan sebagai mencetus dan mencabar keharmonian yang sentiasa diterap dalam kerajaan Pakatan Rakyat Selangor,” nyata Zaidy lagi

Menurut Zaidy, PAS Selangor akan berusaha untuk mendesak melalui peruntukkan kuasa yang ada pada Kerajaan Negeri Selangor dan PBT yang terbabit supaya festival di kawasan terbuka seperti 'parking kereta' dan sebagainya yang jelas bercanggah dengan 'Akta 176' dapat dialihkan atau dibatalkan dan melarang penglibatan umat Islam serta mereka yang dibawah umur.

“PAS Selangor juga meminta pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengambil tindakan tegas kepada pihak yang bertanggung jawap mencetuskan kontroversi dengan menaikkan iklan billboard Octoberfest tanpa kebenaran di sekitar Saujana Hotel Subang, walau ianya diturunkan semula selepas 3 hari dinaikkan.

“Apa jua bentuk perlanggaran undang-undang berlaku, PAS Selangor tidak akan teragak-agak untuk membuat tindakan tegas selaras dengan mempertingkatkan nilai-nilai kehidupan harmoni yang diperjuangkan oleh seluruh lapisan masyarakat berbilang agama dan bangsa.” Kata Zaidy.

Oktoberfest juga dikenali sebagai “beer festival” di sesetengah negara Barat. Festival ini biasanya berlangsung selama dua minggu. – HARAKAHDAILY 7/10/2014

Sumber HD - 7-10-2014

Tidak timbul PAS tolak timbalan speaker - Iskandar

MUHAMMAD FAIZAL | .


SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali hari ini memberitahu akan mengkaji semula kadar kenaikan elaun dan gaji Menteri Besar, Speaker, Timbalan Speaker dan Exco yang diluluskan sebelum ini.

Jelasnya, kajian tersebut akan dibentangkan pada Sidang Dewan Negeri Selangor nanti.

"‎Kita akan mengkaji semula elaun dan kenaikan gaji yang diluluskan sebelum ini.

"Kita akan bincang pada sidang akan datang, kajian semula ini berdasarkan kepada tanggungjawab exco," jelasnya pada sidang media di pejabatnya hari ini.

Menurut beliau lagi, kajian semula itu tidak melibatkan gaji dan elaun yang diperolehi oleh Adun-Adun yang ada sekarang.

"Adun tidak terlibat, kita merasakan bersesuaian dengan tanggungjawab yang mereka ada sekarang," katanya lagi.

Sementara itu ketika ditanya mengenai jawatan Timbalan Speaker, beliau memberitahu perkara tersebut akan dibincangkan.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatan Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar negeri, Iskandar Abdul Samad memberitahu tidak timbul PAS menolak jawatan tersebut kerana ia belum dibincangkan. - HARAKAHDAILY 1/10/2014

Sumber HD - 1-10-2014














































Portfolio: PAS sudah beri pandangan kepada Azmin

SALMIYAH HARUN | .

KUALA LUMPUR: PAS Selangor telah menyatakan pandangan mereka kepada Menteri Besar Mohamed Azmin Ali berhubung portfolio exco kerajaan negeri.

Pesuruhjaya negeri, Iskandar Samad berkata, pandangan itu dinyatakan dalam pertemuan pihaknya dengan menteri besar, beberapa hari lalu.
Menteri Besar juga katanya, membuat pertemuan serupa dengan exco PKR dan DAP.

Bagaimanapun, Iskandar berkata pengesahan portfolio itu hanya akan dimaklumkan dalam mesyuarat exco, esok.

"Untuk portfolio ini MB sudah berbincang dengan semua exco yang terlibat di kalangan tiga parti," katanya kepada Hararakahdaily.

Menurutnya, mesyuarat exco esok akan menentukan portfolio bagi kesemua 10 exco yang dilantik dan satu sidang media dijangka diadakan selepas itu.

Terdahulu, perbincangan telah dilakukan antara Menteri Besar dengan ketiga-tiga parti untuk membincangkan pembahagian portfolio yang akan dipegang oleh setiap exco di kalangan mereka.
Selain Iskandar, dua lagi Adun PAS yang dilantik exco adalah Adun Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi dan Adun Taman Templer Zaidy Abdul Talib.

Sebelum ini, Iskandar yang juga Adun Chempaka memegang Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan negeri Selangor ketika dibawah pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim.

Manakala Ahmad Yunus memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam. - HARAKAHDAILY 30/9/2014

Sumber HD - 30-9-2014

Tak mahu Adun disibukkan tugas Timbalan Speaker

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad berkata, jika PAS menolak kerusi Timbalan Speaker Selangor, ia adalah kerana tidak mahu Adun PAS yang tidak dilantik sebagai exco, disibukkan dengan tugas itu sehingga menjejaskan tugas asasi mereka.


Bagaimanapun katanya, sehingga kini, PAS Selangor belum lagi membuat apa-apa keputusan berhubung tawaran itu dan akan memuktamadkan perkara tersebut sebelum Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) pada November akan datang.

"Satu keputusan akan dibuat sebelum sidang DNS bermula.

"Jika PAS menolak adalah kerana PAS mahukan kesemua Adun PAS yang tidak dilantik menjadi Exco dapat berperanan sepenuhnya sebagai Adun di dalam DNS dan tidak disibukkan dengan tugas sebagai Timbalan Speaker,” katanya dipetik Selangor Kini.

Semalam, Iskandar yang juga Adun Chempaka menulis di Facebokk bahawa PAS masih belum memutuskan sama ada menerima atau menolak tawaran tersebut.

Beliau berkata, pertemuan exco dan mantan exco PAS dengan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang malam semalam juga tidak membuat keputusan berhubung perkara itu.

Sebelum ini, Menteri Besar Mohamed Azmin Ali mengumumkan tiga Adun PAS dilantik sebagai Exco iaitu kurang satu kerusi berbanding empat sebelum ini.

Bagaimanapun menurut Azmin, PAS akan diberi jawatan Timbalan Speaker yang telah dikosongkan oleh Nik Nazmi Nik Ahmad yang dilantik sebagai salah seorang dari empat exco PKR.

Azmin membariskan pasukan exconya mengikut komposisi 4 PKR, 3 DAP dan 3 PAS.

Dua exco dari PAS yang dikekalkan adalah Iskandar Abdul Samad (Chempaka) dan Dr Ahmad Yunus Hairi (Sijangkang), manakala seorang lagi muka baru adalah Adun Taman Templer Zaidy Abdul Talib.

Dua exco PAS sebelum ini pula iaitu Dr Halimah Ali (Selat Klang) dan Sallehen Mukhyi (Sabak) bagaimanapun tidak dikekalkan dalam kabinet baru Azmin.

- HARAKAHDAILY 29/9/2014

Sumber HD - 29-9-2014














































PAS belum putus terima Timbalan Speaker S'gor

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: PAS belum memutuskan sama ada menerima atau tidak jawatan Timbalan Speaker Selangor seperti yang diumumkan Menteri Besar sebelum ini.

Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad berkata, pertemuan exco dan bekas exco PAS dengan Presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang malam tadi belum memutuskan pendirian berhubung perkara tersebut.

"Pada pertemuan Exco dan mantan Exco PAS dengan Presiden malam, tadi belum diputuskan sama ada PAS akan terima Timbalan Speaker," katanya dalam satu tulisan ringkas di Facebook.

Sebelum ini, Menteri Besar Mohamed Azmin Ali mengumumkan tiga Adun PAS dilantik sebagai Exco iaitu kurang satu kerusi berbanding empat sebelum ini.

Bagaimanapun menurut Azmin, PAS akan diberi jawatan Timbalan Speaker yang telah dikosongkan oleh Nik Nazmi Nik Ahmad yang dilantik sebagai salah seorang dari empat exco PKR.

Azmin membariskan pasukan exconya mengikut komposisi 4 PKR, 3 DAP dan 3 PAS.

Dua exco dari PAS yang dikekalkan adalah Iskandar Abdul Samad (Chempaka) dan Dr Ahmad Yunus Hairi.

Manakala seorang lagi muka baru adalah Adun Taman Templer Zaidy Abdul Talib.

- HARAKAHDAILY 28/9/2014

Sumber HD - 28-9-2014

Zaidy dapat motivasi Presiden PAS

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Biarpun dihimpit di segenap penjuru, bermula isu perlantikan Menteri Besar Selangor sehingga kepada pengurangan jumlah kuota exco, PAS tetap meletakkan komitmen tinggi demi sebuah amanah.

Adun PAS Taman Templer Zaidy Abdul Talib, muka baru yang dilantik sebagai exco berkata, beliau bersemangat untuk berkerja lebih-lebih lagi selepas mendapat motivasi dari Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

"Cukup terharu dan bersemangat bila mendapat doa dan kata-kata motivasi dari Tuan Guru Presiden atas takhlifan amanah ini.

"Terima kasih Tuan Guru," katanya dalam satu tulisan di Facebook yang turut memuat naik gambar beliau bersama Ustaz Abdul Hadi.

Kelmarin, Menteri Besar baharu Mohamed Azmin Ali mengumumkan kuota exco PAS dikurangkan dari empat ke tiga.

Selain Zaidy, dua lagi Adun PAS yang dilantik semula sebagai exco adalah Iskandar Abdul Samad (Chempaka) dan Dr Ahmad Yunus Hairi.

Sementara itu, tinjauan Harakahdaily mendapati laman Facebook Zaidy turut dihujani ucapan tahniah yang tidak putus-putus daripada kenalan mahupun rakyat Selangor.

Ada diantara mesej mereka antara lain mahu beliau menjalankan tugas dengan baik dan sentiasa diberi kekuatan untuk menunaikan amanah di negeri yang terkaya ini.

- HARAKAHDAILY 28/9/2014






Sumber HD - 28-9-2014














































3 exco PAS tiada masalah beri sumbangan maksimum

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: PAS Selangor yakin mampu memberikan sumbangan maksimum kepada kerajaan negeri di bawah kepimpinan menteri besar, Mohamed Azmin Ali walaupun bilangan dikurangkan kepada tiga berbanding empat orang sebelum ini.

Setiausahanya, Mohd Khairuddin Othman berkata, ini berikutan rekod prestasi exco daripada PAS sebelum ini membuktikan mereka mampu menggalas tanggungjawab yang diamanahkan bagi melicinkan pentadbiran kerajaan negeri dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat, lapor Selangor Kini.

“Dua muka lama dan termasuk seorang muka baru Exco PAS mampu menyumbang semaksimum mungkin dan berkerja bersama menteri besar yang baru dengan efektif.

“YB Iskandar dan Dr Ahmad Yunus khasnya sudah memiliki pengalaman menguruskan isu berkaitan portfolio masing-masing sebelum ini dengan prestasi yang cemerlang,” katanya yang juga Adun Paya Jaras ketika dihubungi Selangor Kini, hari ini.

Semalam, Azmin mengumumkan tiga Adun PAS dilantik sebagai exco iaitu Iskandar Abdul Samad (Chempaka), Dr Ahmad Yunus Hairi (Sijangkang) dan Zaidy Abdul Talib (Taman Templer).

Sumber HD - 27-9-2014














































PAS Selangor nafi setuju kurangkan exco

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: PAS Selangor menafikan sebarang dakwaan bahawa telah bersetuju agar bilangan exco PAS di dalam kerajaan negeri dikurangkan daripada empat kepada tiga.

"Kami telah juga dimaklumkan oleh PAS Pusat bahawa mereka juga tidak pernah bersetuju dengan pengurangan ini," ujar Setiausaha PAS negeri, Mohd Khairuddin Othman.

PAS negeri, jelasnya juga berpandangan pengguguran Dr Halimah Ali dan Ustaz Sallehen Mukhyi yang telah berkhidmat dengan cemerlang sebelum ini adalah tidak berasas.

"Kami merasakan bahawa tindakan ini bukanlah satu permulaan yang baik," katanya yang juga Adun Paya Jaras dalam satu kenyataan.

Walau bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa PAS mahu melihat Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor terus stabil dan dapat melaksanakan agenda-agenda rakyat.

Sebelum ini, katanya exco-exco PAS telah kekal di dalam kerajaan demi memastikan kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor tidak tumbang.

Oleh yang demikian, tegas beliau PAS akan tetap kekal mempertahankan kerajaan tersebut. - HARAKAHDAILY 26/9/2014



Sumber HD - 26-9-2014

Exco: PAS Selangor mesyuarat pagi ini

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: PAS Selangor mengadakan mesyuarat pagi ini dipercayai ada kaitan dengan pengumuman terbaru komposisi exco negeri Selangor oleh Menteri Besar Mohamed Azmin Ali.

Menteri Besar hari ini mengumumkan senarai 10 anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (exco) dengan komposisi 4 PKR, 3 PAS dan 3 DAP.

Ianya menyaksikan kuota PAS yang sebelum ini empat dikurangkan kepada tiga.

PKR yang mempunyai tiga kerusi sebelum ini pula mendapat tambahan satu kerusi menjadi empat, manakala DAP kekal tiga.

Adun PKR terdiri daripada Elizabeth Wong Keat Ping, Dr Daroyah Alwi, Nik Nazmi Nik Ahmad (baru) dan Amirudin Shari (baru), sementara DAP pula ialah Datuk Teng Chang Khim (kekal), Ean Yong Hian Wah dan V Ganabatirau.

Adun PAS ialah Iskandar Abdul Samad , Dr Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib (baru).

Dalam pada itu, Azmin turut memaklumkan Nik Nazmi telah meletakkan jawatan sebagai Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor.

Jawatan tersebut menurutnya akan diperuntukkan kepada PAS bagi mewakili Pakatan Rakyat.

Katanya, perbincangan berkenaan potfolio akan dibuat hujung minggu ini. - HARAKAHDAILY 26/9/2014

Sumber HD - 26-9-2014














































Senarai exco: PAS S'gor serah kepada Pusat secepat mungkin

SALMIYAH HARUN | .



KUALA LUMPUR: PAS Selangor akan bermesyuarat malam ini bagi menentukan nama-nama Adun yang akan disenaraikan sebagai exco kerajaan negeri untuk diserahkan kepada PAS Pusat.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad berkata, nama-nama itu akan diserahkan kepada PAS Pusat segera mungkin untuk mendapatkan kelulusan daripada pucuk pimpinan parti.

"Nama-nama exco secara verbal sudah dimaklumkan kepada PAS Pusat, tetapi secara rasmi belum lagi. Kita akan mesyuarat perhubungan malam ini, dan akan serah nama secepat mungkin," katanya kepada Harakahdaily.

Tambahnya, peletakkan jawatan empat Exco daripada PAS semalam berlaku secara automatik apabila Tan Sri Khalid Ibrahim meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.

"Kita tidak perlu buat surat letak jawatan, sudah jadi amalan MB letak jawatan exco pun automatik letak jawatan," katanya.

Menteri besar, Mohamed Azmin Ali akan menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah esok untuk memaklumkan barisan Exco Selangor yang baharu sebelum Majlis Angkat Sumpah pada Jumaat ini.

Empat Exco daripada PAS sebelum ini ialah Adun Chempaka, Iskandar Abdul Samad sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi (Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam), Adun Sabak, Sallehen Mukhyi (Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian, Pembangunan Desa) dan Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali (Pendidikan dan Pendidikan Tinggi, Pembangunan Modal Insan).- HARAKAHDAILY 24/9/2014

Sumber HD - 24-9-2014

PAS Selangor sedia bantu Azmin

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: PAS Selangor menyatakan kesediaan untuk bersama-sama membantu Mohamed Azmin Ali selaku Menteri Besar Selangor baharu.

Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata, pihaknya mahu kecemerlangan Negeri Selangor diteruskan dan kebajikan rakyat terus ditingkatkan di bawah pentadbiran menteri besar baru.

"PAS Selangor bersama seluruh ahlinya menyatakan kesediaan untuk sama-sama membantu Menteri Besar meneruskan kecemerlangan Negeri Selangor serta meningkatkan kebajikan rakyatnya"

"PAS merakamkam ucapkan setinggi tahniah kepada YB Mohamed Azmin Ali dan kita doakan supaya beliau dapat melaksanakan tugas dengan baik," katanya.

Dalam pada itu, beliau mengharapkan dengan perlantikan Mohamed Azmin ini maka berakhirnya episod krisis politik, yang telah menganggu pentadbiran negeri.

"Kepada rakan-rakan kita, mari kita akhiri krisis ini dan kita maju ke hadapan"

"Kita juga merakamkan jutaan terima kasih kepada YB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim atas usaha dan jasa yang telah ditinggalkan kepada rakyat Selangor," katanya. - HARAKAHDAILY 24/9/2014

Sumber HD - 24-9-2014














































Lim tak faham undang-undang tubuh S'gor

HARAKAHDAILY | .


SHAH ALAM: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mungkin tidak faham Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri apabila melabelkan empat exco PAS Selangor sebagai pengkhianat.

Salah seorang exco tersebut, Sallehen Mukhyi berkata beliau dan tiga lagi exco PAS kekal dalam kerajaan negeri bersama Tan Sri Khalid Ibrahim adalah kerana mahu mempertahan kerajaan negeri dari jatuh.

"Lim mungkin tak faham Undang-Undang Tubuh Negeri. Sejak awal saya sebut empat orang exco PAS menjadi benteng terakhir Pakatan Rakyat.

"Jangan label exco PAS sebagai pengkhianat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri upacara majlis angkat sumpah menteri besar Selangor baharu Mohamed Azmin Ali.

Adun Sabak itu mengulas kenyataan Lim semalam yang menganggap empat exco PAS Selangor sebagai pengkhianat kerana gagal menunjukkan kesetiaan bersama enam exco yang dipecat secara tidak adil oleh Khalid.

Selain beliau, tiga lagi exco PAS adalah Iskandar Samad (Chempaka), Dr Ahmad Yunus Hairi (Sijangkang) dan Dr Halimah Ali (Selat Klang).

"Sebab 4 exco PAS inilah maka kerajaan ini boleh bertahan, dan kita dah ikut peraturan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor," katanya. - HARAKAHDAILY 23/9/2014

Sumber HD - 23-9-2014














































Angkat sumpah: Saya sendiri tak tahu, kata Iskandar

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar A Samad berkata beliau sendiri tidak tahu kononnya beliau akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor Jumaat ini seperti dilapor media.

Beliau juga menafikan kononya beliau dipanggil menghadap Sultan Selangor semalam.

"Saya tak tahu pun yang saya kononnya akan angkat sumpah Jumaat ini.

"Saya tak menghadap Tuanku Sultan hari ini seperti yang dilaporkan media. Esok pun tak ada dalam jadual. Lusa pun tidak," katanya di Facebook semalam.

Sebelum ini beberapa portal melaporkan kononnya tiga exco Selangor dari PAS dipanggil menghadap Sultan berhubung isu perlantikan Menteri Besar yang baharu.

Dua lagi yang didakwa akan dipanggil menghadap adalah Exco Agama, Sallehen Mukhyi serta Exco Belia Dr Ahmad Yunus Hairi.

Mengulas lanjut, Iskandar berkata untuk masa dua hari ini beliau mahu memberikan tumpuan kepada anak beliau yang sedang menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

"Tumpuan saya hari ini dan esok adalah anak saya yang akan menduduki UPSR esok.

"Isu-isu lain diketepikan dulu," katanya. - HARAKAHDAILY 9/9/2014

Sumber HD - 9-9-2014



























































































'Lagi lama kemelut, lagi susah rakyat kita'

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: PAS Selangor ingin menzahirkan rasa sedih dan dukacita atas kemurkaan Tuanku Sultan Selangor di atas kejadian yang telah berlaku.

"PAS Selangor mohon rakan-rakan kita agar akur kepada titah Tuanku Sultan kerana kita tidak akan ke mana-mana apabila menentang institusi Raja ini.

"Kita yakin kemelut ini boleh diselesaikan dan kita harap ia diselesaikan segera. Lagi lama kemelut ini berlaku, maka lagi susah rakyat kita," kata Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman dalam satu kenyataan.

PAS Selangor, katanya menegaskan akan patuh kepada sebarang titah yang dibuat oleh Sultan Selangor untuk kebaikan rakyat di negeri itu seluruhnya.

"Cukuplah, mari kita fikir pulak masalah kebajikan rakyat yang dah lama tergendala," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 8/9/2014

Sumber HD - 8-9-2014

Calon MB: PAS Selangor perjelas laporan TV3

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Sebenarnya PAS Selangor tidak pernah menghantar sebarang nama calon menteri besar (MB) kepada PAS Pusat walaupun telah beberapa kali bermesyuarat dengan PAS Pusat.

"Sedikit penjelasan, TV3 sebentar tadi melaporkan PAS Selangor telah menghantar nama calon-calon MB kepada PAS Pusat untuk dimajukan kepada Tuanku Sultan.

"Nama-nama calon dihantar oleh PAS Pusat dan kami tidak tahu siapakah calon-calon tersebut," ujar Pesuruhjaya PAS Negeri, Iskandar Abdul Samad dalam satu tulisan yang dipetik dari facebook PAS Selangor malam ini.

Pada 27 Ogos lepas, Istana Selangor menghantar surat rasmi kepada PKR, PAS dan DAP yang menitahkan supaya menghantar lebih daripada dua nama calon menteri besar sebelum 3 September.

Surat itu dialamatkan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dengan salinan kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng turut mahukan calon yang dinamakan itu beragama Islam dan berketurunan Melayu menurut Perkara L1 (2), Undang-undang Tubuh Negeri Selangor. - HARAKAHDAILY 2/9/2014

Sumber HD - 2-9-2014














































PAS juga yang salah dalam kemelut MB?

DINSMAN | .
BANYAK yang kita boleh perhatikan perangai dan tingkah laku manusia, dan banyak yang kita boleh pelajari darinya, sewaktu berlakunya krisis dan kemelut perebutan dan permainan kuasa untuk menjadi Menteri Besar Selangor, yang masih belum berakhir hingga ke hari ini.

Sultan sudahpun bertitah pada 26 Ogos, mahu setiap parti dalam Pakatan Rakyat hantar dua nama sebagai calon masing-masing untuk memudahkan dia membuat pilihan siapa yang paling layak. Tak tahulah selepas ini bagaimanakah pula selanjutnya perkembangan kemelut tersebut.

Yang pastinya, seperti saya kata di atas, banyak perkara menarik mengenai perangai dan tingkah laku manusia boleh kita perhatikan dan ambil pelajaran. Yang selama ini tersembunyi pun kini jadi terserlah dan terdedah. Yang selama ini kabur dan kelabu pun kini jadi jelas dan terang.

Dari sudut itu, ada kebaikan jugalah krisis dan kemelut tersebut. Orang yang selama ini kita anggap kita sudah kenal dia rupa-rupanya tidak demikian. Rupa-rupanya dia tidaklah seperti yang kita anggap kita kenal itu. Rupa-rupanya watak dan peribadi dia berbeza sama sekali. Tak disangka-sangka pula.

Demikianlah, bukan sahaja di kalangan tokoh-tokoh pemimpin yang terlibat dalam kemelut itu, tetapi di kalangan yang bukan pemimpin juga, khasnya penyokong-penyokong pihak-pihak yang terlibat itu.

Dan entah macam mana PAS pula yang menjadi sasaran kepada agak ramai juga orang. Dituduh nak mengkhianati kawanlah, dituduh berfikiran mundur dan ketinggalan zamanlah, dituduh sanggup membelakangi nilai-nilai mulia agama kerana inginkan nikmat kuasalah, dan macam-macam.

Dalam PAS pun tak terkecuali juga apa yang saya sebut di atas itu. Ada perangai-perangai dan sikap-sikap yang tak elok pun sudah jadi terdedah, itu memang ada. Alhamdulillah, dapatlah kita cepat mengenali wajah dan hati mereka yang sebenar. Bolehlah kita perbaiki keadaan.

Tetapi selain itu saya melihat PAS tiba-tiba macam menjadi kambing hitam tempat orang mencampakkan kesalahan. Dan orang seperti terlupa bagaimana boleh terjadinya krisis dan kemelut itu. Apakah ia suatu proses biasa dari dinamika politik baru yang tak dapat dielakkan, ataupun ia sesuatu yang terjadi secara sengaja hasil suatu perancangan pihak tertentu yang kemudiannya tidak dapat mengawal keadaan seperti yang sepatutnya?

Yang jelasnya PAS tidak terlibat pun di peringkat awalnya. Ia adalah masalah dalaman pihak Parti Keadilan Rakyat. Mereka mencipta apa yang mereka namakan "Langkah Kajang” itu untuk mengatasi masalah tersebut. Mereka libatkan rakyat pengundi di kawasan Kajang dan beberapa pihak lagi, yang mahu tak mahu terpaksa terlibat apabila Adun Kajang yang dulu itu meletak jawatan dan pilihan raya kecil terpaksa diadakan.

Maka PAS pun mula terlibat, tak dapat tidak, kerana menjadi rakan kongsi dalam suatu pakatan politik. Hingga ke suatu peringkat ia seperti dipaksa supaya menyokong, dan tidak diberi pilihan, malah tidak diberi ruang untuk pertimbangan apakah ia selaras dengan prinsip dan batas-batas perjuangan parti ataupun tidak.

Keadaan itu meletakkan PAS dalam suatu dilema yang memang rumit untuk mereka membuat pilihan. Ia suatu cabaran dan ujian buat para pemimpinnya, terutama di peringkat atas. Ada yang berjaya melepasi ujian itu dan ada yang tidak berjaya. Wujud suatu kemelut tersendiri pula di kalangan pimpinan PAS, dan sempat jugalah terserlah beberapa wajah yang hodoh dan tidak menyenangkan.

Selain itu, baik dalam kalangan pimpinan politik mahupun di kalangan orang awam saya perhatikan satu perkara. Dalam keghairahan untuk menyatakan pendapat atau sokongan atau bantahan atau perasaan terhadap kemelut tersebut, bukan sahaja PAS dijadikan tempat longgokan kesalahan tetapi yang lebih parah daripada itu ialah menghina agama pun sudah menjadi suatu sikap yang dianggap rasional, wajar dan munasabah.

Menyalahkan orang agama bukanlah suatu kesalahan atau taboo. Islam tidak melarangnya. Saya pun beberapa kali mengkritik para mufti dan pendakwah kerana sebab-sebab tertentu. Tetapi menghina para agamawan secara umum (ekoran daripada kemelut MB itu) hingga kehinaan itu pun terkena juga kepada agama itu sendiri, dan itu dianggap wajar, itu adalah sesuatu yang berbeza.

Sama ada perkara ini disedari oleh orang ramai atau tidak, saya tak pasti. Namun saya menyedarinya dengan sangat jelas, terutamanya dalam media sosial dan internet. Ia sangat berleluasa. Cabarannya hadir serentak dengan cabaran dari golongan yang cuba membawa nilai baru melalui aksi bogel beramai-ramai di tempat terbuka (Pulau Pinang) dan beraksi separa bogel di khalayak umum (di Ipoh) itu.

Apa yang ingin saya katakan ialah - PAS perlu berhati-hati. Eloklah perbanyakkan dialog dalaman secara tertutup dalam kalangan ahli dan juga penyokong. Dan elakkanlah para ahli daripada membuat kenyataan-kenyataan umum yang bercanggah.

Dan apabila timbul sesuatu isu yang boleh mengelirukan fahaman orang ramai, pihak pimpinan PAS hendaklah berani dan rajin membuat penjelasannya secara jelas dan terang. Jangan biarkan orang ramai tertanya-tanya dan tidak faham dengan apa yang sebenarnya sedang berlaku.

Saya teringat sewaktu Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor dahulu, terjadi beberapa kali perkara yang agak mengelirukan orang ramai atau yang orang ramai kurang faham dengan tindakannya. Beliau secara tegas dan berani menjelaskannya melalui siri ceramahnya, sehinggalah para ahli peringkat akar umbi dan juga penyokong-penyokong PAS mendapat kefahaman yang jelas.

Hal seperti itu nampaknya seperti diabaikan atau tidak begitu diberi perhatian sekarang. Akibatnya itulah – seperti apa yang telah saya nyatakan di atas tadi. Telah timbul semacam penghinaan ke atas agama Islam, dan itu dianggap sebagai perkara yang wajar.

Itulah sebahagian implikasi daripada apa yang dikatakan kemelut MB Selangor itu. Atau apakah itu juga sebahagian implikasi daripada apa yang dikatakan Langkah Kajang itu? Jangan kita mengambil mudah implikasi tersebut. Bahayanya mungkin belum terserlah sekarang. – HARAKAHDAILY 30/8/2014

Sumber HD - 30-8-2014

Calon MB: PAS Selangor serah penuh kepada Pusat

MUHAMMAD FAIZAL | .


SHAH ALAM: PAS Selangor menyerahkan kepada PAS Pusat dalam menentukan keputusan mengenai calon menteri besar negeri itu.

Timbalan Pesuruhjaya I PAS Selangor, Sallehan Mukhyi ketika ditanya mengenai isu tersebut memberitahu ia diserahkan sepenuhnya kepada PAS Pusat.

"PAS Selangor memberikan PAS Pusat untuk membuat keputusan mengenai isu menteri besar.

"Kita tunggu apa yang akan diberitahu," katanya yang juga Exco kerajaan negeri dan juga Adun Sabak selepas program Wacana Kemerdekaan di Universiti Selangor (Unisel) sebentar tadi.

Sebelum ini, Istana Selangor menghantar surat kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Setiausaha DAP, Lim Guan Eng berhubung pelantikan mentri besar yang baharu.

Surat tersebut meminta agar parti-parti di dalam Pakatan Rakyat, PAS, PKR dan DAP mengemukakan lebih daripada dua nama untuk calon Menteri Besar bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim selewat-lewatnya 3 September ini. - HARAKAHDAILY 30/8/2014

Sumber HD - 30-8-2014














































Titah Sultan: PAS Selangor harap episod penyudah

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: PAS Selangor menjunjung tinggi titah Tuanku Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, semalam berkenaan isu menteri besar.

"PAS Selangor menjunjung tinggi titah DYMM Tuanku Sultan Selangor agar setiap parti PAS, PKR dan DAP menamakan lebih dari dua nama daripada Pakatan Rakyat untuk dicalonkan sebagai Menteri Besar Selangor," ujar Ketua Penerangan PAS negeri, Zaidy Abdul Talib dalam satu kenyataan.

Juga, katanya dengan perkenan Tuanku agar Tan Seri Abdul Khalid Ibrahim meneruskan urus tadbir Kerajaan Negeri Selangor sehingga dilantik Menteri Besar yang baru menggambarkan bahawa kemelut MB Selangor sudah sampai kepada episod penyudah yang bakal menggembirakan semua pihak khususnya seluruh rakyat Selangor dan rakyat Malaysia amnya.

Tambahnya, PAS Selangor yakin dengan pengalaman dan jiwa besar pimpinan-pimpinan Pakatan Rakyat, mereka mampu untuk duduk semeja dan bersepakat bagi menyembah ke bawah Tuanku Sultan nama calon-calon Menteri Besar dari Pakatan Rakyat yang disepakati secara bersama.

"Diharapkan episod penyudah ini dapat segera sampai ke penghujungnya supaya harapan rakyat kepada Pakatan Rakyat untuk memimpin negeri tercinta dan seterusnya negara berdaulat ini terus bersinar terang," ujarnya yang juga Adun Templer. - HARAKAHDAILY 27/8/2014

Sumber HD - 27-8-2014

Belajar berpolitik daripada Iskandar Samad

DR AZMAN IBRAHIM | .

KESABARAN dan ketenangan saat krisis adalah antara aset termahal yang dimiliki oleh seorang yang bergelar pemimpin dan ahli politik. Menceburi bidang politik bermakna kita telah meletakkan diri dalam risiko berhadapan situasi yang menyesakkan dada dan mencabar kemampuan berfikir serta bertindak tak kira masa.

Krisis Menteri Besar Selangor yang masih belum ke penghujung telah memperkenalkan kita dengan pelbagai watak kepimpinan. Dalam ramai-ramai pemimpin, selain dari dua pemimpin tertinggi parti, Tuan Guru Presiden dan Tuan Guru Mursyidul Am, saya amat menghargai ciri-ciri kepimpinan yang ada pada Pesuruhjaya PAS Selangor, YB Iskandar Samad. Bukan kerana isterinya, Puan Salasiah Zakaria adalah kawan satu sekolah rendah dan asal sekampung dengan saya di Kampung Bukit Tanah, Besut, tetapi kerana nilai kematangan bertindak yang ditunjukkan beliau disaat krisis yang menyesakkan dada ini.

Ketika terdapat segolongan pemimpin yang amat gopoh sehingga sanggup melangkau ke hadapan dahulu dan bercakap seakan ‘pantang ditanya oleh wartawan’ tanpa memikirkan perasaan dan perkiraan pemimpin serta ahli sendiri sendiri, Iskandar ternyata amat berhati-hati menjaga lidahnya. Teringat saya akan pesan Tuan Guru Mursyidul Am, “Saya nak orang PAS supaya jangan jadi panjang mulut dan panjang lidah…”

Nampak Pesuruhjaya PAS Selangor ini menghalusi perasaan semua pihak sama ada kepimpinan tertinggi parti di peringkat PAS Pusat, rakan-rakannya sendiri dari kepimpinan parti di negeri Selangor serta perasaan rakan-rakan Pakatan Rakyat PKR dan DAP termasuk juga pihak istana.

Meskipun diapi-apikan sejak krisis ini bermula dengan serangan panas dari pelbagai pihak yang panjang lidah dan panjang mulut, dituduh ada pakatan sulit dengan Umno, dituduh tidak pandai berpolitik dan bertahaluf, ditohmah tidak setia dengan Pakatan Rakyat dan pelbagai lagi, tampak Iskandar tetap tenang.

Kenyataannya tetap optimis bukannya pesimis akan jalan penyelesaian terbaik tanpa perlu menyerang sesiapa. Beliau kelihatan sedaya upaya memastikan tiada pihak yang terguris meskipun saya tidak mengetahui sejauh manakah tingkat kesabaran yang telah beliau dikorbankan. Berpolitik dengan meletakkan PAS dan kepimpinannya beserta rakan Pakatan Rakyat sebagai satu institusi yang perlu dihormati dan dihargai dalam kerangka tahaaluf siyasi adalah aset mahal yang tidak dimiliki oleh seorang lagi ‘anakanda Pak Samad’ di Selangor. Saya mencadangkan si abang yang berbinkan Samad perlu belajar dengan seorang lagi adik yang juga berbinkan Samad sekalipun berlainan ibu dan bapa.

Aset seterusnya yang dimiliki beliau ialah kepatuhan kepada kepimpinan tertinggi parti. Sikap mendengar kata, bertindak berdasarkan keputusan serta tidak mendahului parti dalam pertuturan dan tindakan adalah antara disiplin yang semakin luntur dan layu di kalangan kepimpinan parti termasuk juga mereka yang menduduki kerusi Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Iskandar tidak begitu. Gerak tarinya dengan nada dan melodi yang teratur. Arahan PAS Pusat dilaksanakan.

Mana-mana ketetapan yang belum diputuskan oleh kepimpinan tertinggi, dinantinya dengan sabar sehinggalah keputusan dibuat. Apabila PAS Pusat arahkan semua EXCO PAS mesti hadir mesyuarat EXCO dan teruskan bekerja untuk berkhidmat kepada rakyat yang telah memberikan amanah, umum boleh menyaksikan bagaimana barisan EXCO Selangor diketuai YB Iskandar terus menunaikan amanah tanpa mempedulikan bedilan hebat dari PKR dan DAP termasuk juga tembakan peluru sesat dari rakan-rakan sendiri yang mendesak mereka supaya berundur dan tamatkan kerjasama dengan MB yang masih sah walaupun sudah tidak berparti. Sehingga timbulnya teori politik sesat, Khalid – PAS – Umno yang memerintah Selangor sekarang!

Walaupun 17 Ogos telah berlalu, PAS dan Pakatan Rakyat telah membuat ketetapan berkaitan bakal penganti MB Selangor, ternyata masih ada pejuang yang belum puas bersengketa. Roadshow PKR di Selangor masih menghentam dan memburukkan PAS serta mendesak supaya 4 EXCO PAS meletakkan jawatan segera. Bagaikan tak sabar nak tengok Tan Sri Khalid Ibrahim dinyahkan terus dari kerusi MB!

Masih ada lagi pemimpin PAS sendiri yang sepentas dengan PKR gagal menghayati pesanan Tuan Guru Mursyidul Am. Lidahnya masih panjang sehingga ada sahabat yang bersuara, “Mungkin Dr Azman kena cabut gigi mereka baru nak berhenti bercakap.” - HARAKAHDAILY 20/8/2014

Sumber HD - 20-8-2014














































PAS sangat bertoleransi dalam Pakatan Rakyat

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: PAS telah mencapai tahap toleransi tertinggi dalam usaha memperkukuhkan hubungan Pakatan Rakyat melalui persetujuan sebulat suara mesyuarat Ahli Jaatankuasa PAS Pusat pada 17 Ogos lepas.

"Kemelut ini menjadi pengajaran sangat berguna kepada kita semua dalam mengemudi hubungan komponen Pakatan Rakyat supaya lebih terarah dalam memperkukuhkan Pakatan Rakyat dalam bentuk yang lebih harmoni dan rasional serta diputuskan secara bersama," ujar Ketua Penerangan PAS Selangor, Zaidy Abdul Talib.

Keputusan itu juga, katanya menyebabkan Umno BN terus terlopong sambil menggigit jari dalam penantian hampa mereka selama ini untuk melihat kemelut ini berakhir dengan perpecahan dalam Pakatan Rakyat.

Tambahnya, toleransi dan kebersamaan dalam tindakan ini menjadi asas utama dalam memperkukuhkan Pakatan Rakyat dalam memperjuangkan agenda murni rakyat Selangor khususnya.

Sehubungan itu, katanya PAS Selangor menyeru semua pihak agar lebih menumpukan kepada gerak kerja berkhidmat kepada rakyat daripada terlampau berpolitik.

Menurutnya, rakyat sudah semakin muak dengan permasalahan politik yang bagai tiada penghujungnya.

Tambahnya, sifat mendesak, mengutuk dan mempertikaikan komitmen PAS adalah suatu yang sepatutnya dijauhkan sedangkan dalam masa yang sama PAS sentiasa membuktikan setiakawan dan sokongan dalam memperkukuhkan Pakatan Rakyat.

Beliau juga menggesa agar dikurangkan ketegangan, merapatkan saf dan jangan terus menyalahkan dan mempertikaikan kesetiaan PAS dan rakan komponen PR yang lain apatah lagi melakukannya dalam keadaan yang terbuka.

"Oleh itu, kita menasihati semua pimpinan Pakatan Rakyat supaya lebih menghormati PAS dan sesama rakan Pakatan Rakyat dalam perbezaan pendapat sekaligus berusaha untuk mencapai persetujuan bersama," ujarnya yang juga Adun Templer.

PAS Selangor, ujar beliau mengharapkan agar rakan-rakan PR menghormati keputusan mesyuarat AJK PAS Pusat yang sebulat suara ingin mengekalkan empat orang Exco PAS di dalam Kerajaan Negeri Selangor ketika ini dan mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Mohamed Azmin Ali sebagai calon Menteri Besar Selangor.

"Semoga Selangor terus maju di bawah kepimpinan yang berjiwa besar serta fokus dalam melunaskan amanah dan harapan besar rakyat kepada PR," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 20/8/2014

Sumber HD - 20-8-2014

Setiausaha PAS S'gor nafi SMS, dakwa telefon digodam

HARAKAHDAILY | .


SHAH ALAM: Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman menafikan SMS yang menggunakan nombor telefon beliau yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab sejak semalam.

Kandungan mesej palsu itu antara lain cuba melagakan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan Ketua Umum PKR Selangor berhubung isu menteri besar Selangor.

SMS itu juga antara lain turut mengaitkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

“Nombor telefon bimbit saya telah digodam dan diguna untuk hantar SMS berikut yang bukan dari saya,” kata beliau di Facebook.

Isu pertukaran MB Selangor terus mendapat perhatian banyak pihak sehingga ada yang sanggup mengambil kesempatan di atas isu tersebut.

Sejak isu ini hangat diperdebatkan, beberapa lagi pimpinan PAS turut menjadi mangsa fitnah khususnya di media sosial yang menggunakan nama mereka.

- HARAKAHDAILY 18/8/2014

Sumber HD - 18-8-2014














































PAS Selangor beri tempoh 24 jam kepada 2 Adun

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: PAS Selangor memandang serius tindakan Adun Hulu Klang, Saari Sungib dan Morib, Hasnul Baharuddin yang telah mengambil pendirian dan sikap bersendiri tanpa menurut tatacara dan arahan yang telah ditetapkan oleh parti.

Mereka pada sidang media tengah hari tadi menyatakan sokongan terbuka kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi Menteri Besar Selangor.

"Tindakan 2 Adun PAS di Selangor yang membelakangi pendirian parti amatlah serius dan kita akan bertindak," ujar Setiausaha PAS negeri, Mohd Khairuddin Othman dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, katanya PAS negeri memberi tempoh 24 jam untuk mereka menarik balik pendirian dan tindakan yang dibuat atau menghadapi konsekuansi tindakan.

Beliau berkata, PAS mempunyai organisasi negeri, kepimpinan pusat dan Majlis Syura Ulamak yang harus dipatuhi.

"Mengapa terlalu gopoh dan terlalu taksub sehingga parti dibelakangkan? Bukankah PAS Pusat akan bermesyuarat pada 17 haribulan ini?"

"Kita akan patuh apa jua keputusan dan ketetapan yang akan dibuat oleh PAS Pusat pada 17 haribulan ini. Sebab itu sabar," katanya lagi.

Justeru, beliau menasihati kedua-dua Adun itu menarik balik tindakan mereka atau PAS Selangor akan mulakan tindakan disiplin termasuk melihat kepada kandungan baiah yang telah dilafazkan sewaktu menjadi calon pada PRU13 lalu.

Tegasya, arahan daripada Pesuruhjaya PAS negeri adalah tumpu kepada pentadbiran kerajaan negeri sebagaimana yang diarahkan oleh parti. - HARAKAHDAILY 14/8/2014

Sumber HD - 14-8-2014

Hadir mesyuarat exco kerana amanah rakyat - Sallehen

HARAKAHDAILY | .

SHAH ALAM: Exco daripada PAS, Ustaz Sallehen Mukhyi menolak kononnya parti itu tidak lagi menghiraukan Pakatan Rakyat apabila keempat-empat exconya hadir dalam mesyuarat minggu bersama Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pagi tadi.

Menurutnya, tidak sepatutnya timbul soal muafakat dalam hal itu kerana apa yang dilakukan adalah berdasarkan kepada amanah yang diberikan oleh rakyat.

Sebaliknya, kata Adun Sabak itu, segala persoalan berkaitan hubungan antara komponen Pakatan Rakyat adalah urusan pimpinan pusat.

"Soal muafakat ini kita serah kepada pimpinan pusat, saya tiada komen.

"Kerja saya adalah meneruskan arahan daripada PAS Pusat sendiri sehingga 17 haribulan ini. Kalau ada apa-apa keputusan baharu, akan dibuat pada hari itu," ujarnya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa negeri.

Tiga exco lain yang turut hadir ialah Iskandar Abdul Samad (Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar), Dr Halimah Ali (Pendidikan dan Pendidikan Tinggi, Pembangunan Modal Insan) dan Dr Ahmad Yunus Hairi (Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam). - HARAKAHDAILY 13/8/2014

Sumber HD - 13-8-2014














































Kemelut S'gor: PAS keluar jika Umno dilantik exco

SALMIYAH HARUN | .
KUALA LUMPUR: Semua exco PAS akan keluar dari Kerajaan Negeri Selangor sekiranya Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno dilantik sebagai exco.


Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad menegaskan, PAS masih berada di dalam Pakatan Rakyat dan akan terus menjaga kepentingan Pakatan Rakyat di dalam kerajaan.

Iskandar yang juga Pengerusi Perumahan Pengurusan dan Peneroka Bandar Negeri Selangor mengulangi pendirian bahawa mereka membawa semangat Pakatan Rakyat dan berpegang kepada prinsip-prinsipnya.

"PAS tidak akan menuntut Adun-Adunnya dilantik sebagai Exco. Kami juga mahu memastikan Umno tidak mengambil kesempatan di dalam keadaan sekarang. Tetapi kami menghadapi risiko dituduh telah mengkhianti Pakatan Rakyat," katanya dalam satu kenyataan hari ini di Facebook.

Justeru, katanya PAS telah membuat satu pengorbanan besar dengan terus berada di dalam kerajaan supaya perancangan dan program-program kerajaan dapat diteruskan dan rakyat tidak kerugian akibat dari kemelut ini.

Semalam Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim telah memecat lima exconya di kalangan PKR dan DAP yang dilihat tidak lagi menunjukkan sokongan kepada beliau, ekoran itu beliau yang kini masih mendapat sokongan daripada keempat-empat Exco daripada PAS.

- HARAKAHDAILY 13/8/2014

Sumber HD - 13-8-2014

PAS Selangor minta turunkan kain rentang provokatif

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: PAS Selangor meminta semua PAS kawasan di negeri itu menurunkan kain rentang dan apa jua bentuk sebaran yang bersifat provokatif.

"Mohon kepada semua PAS kawasan untuk menurunkan segera mana-mana banner (kain rentang) dan apa jua bentuk sebaran yang bersifat provokatif," ujar Ketua Penerangan PAS negeri, Zaidy Abdul Talib.

Katanya, tindakan segera daripada PAS kawasan dalam suasana genting sebegini amat-amat dihargai.

Beliau yang juga Adun Templer mengeluarkan kenyataan itu menerusi facebook PAS Selangor hari ini. - HARAKAHDAILY 13/8/2014

Sumber HD - 13-8-2014












































































Ahli PAS di Selangor jangan hilang tumpuan

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Ahli-ahli PAS di Selangor hendaklah meneruskan khidmat mereka kepada rakyat dan tidak menghiraukan perkembangan terkini di negeri itu.

"Sama ada sebagai Exco, Ahli Dewan Negeri, ahli majlis, ketua kampung, nazir masjid, pengerusi surau atau pemegang-pemegang jawatan lain, mereka hendaklah terus berkhidmat dengan tekun dan bersungguh-sungguh kepada rakyat," tegas Pesuruhjaya PAS selangor, Iskandar Abdul Samad.

Katanya, segala agenda yang dirancang hendaklah dilaksanakan dan segala program-program yang telah diatur hendaklah diteruskan.

Beliau yang juga Exco kerajaan negeri, mereka hendaklah memastikan agar mereka tidak hilang tumpuan sehingga kebajikan dan kepentingan rakyat menjadi terabai.

Adun Cempaka itu menambah, sesungguhnya rakyat mahukan perkhidmatan yang terbaik dan pembelaan yang sewajarnya di dalam apa saja suasana dan keadaan.

"Di saat-saat seperti ini ahli-ahli mestilah menzahirkan kepimpinan mereka dan tarbiyyah yang telah mereka lalui selama ini," ujarnya. - HARAKAHDAILY 23/7/2014

Sumber HD - 23-7-2014

Isu MB: PAS Selangor sudah bertemu PAS Pusat

HARAKAHDAILY | .



KUALA LUMPUR: PAS Selangor membidas pihak yang sengaja menggunakan dan mengaitkan nama PAS Selangor dalam kemelut kedudukan menteri besar negeri itu, lapor Selangor Kini.

Setiausahanya, Mohd Khairuddin Othman berkata, PAS Selangor tidak pernah menyatakan pendirian kepada mana-mana pihak kononnya menyokong menteri besar ditukar.

“PAS Selangor mendapati ada pihak yang menggunakan nama PAS Selangor berhubung suatu pendirian yang tidak benar," ujarnya kepada Selangor Kini.

Sehubungan itu, tegasnya, PAS Selangor memberi peringatan kepada sesiapa sahaja yang cuba mengeluarkan kenyataan atas nama PAS Selangor bagi mengaut keuntungan politik.

“Kita memberi peringatan kerana hanya Pesuruhjaya, Ketua Penerangan dan Setiausaha Perhubungan Negeri sahaja yang berkuasa membuat pendirian rasmi PAS Negeri Selangor,” katanya yang juga Adun Paya Jaras.

Menurutnya, PAS Selangor sudah mengadakan beberapa pertemuan dengan pemimpin PAS Pusat bagi menyatakan pandangan dan pendirian jelas berhubung isu itu.

Kata beliau lagi, polemik menukarkan menteri besar yang baru harus dihentikan kerana tindakan itu tidak mempunyai asas yang kukuh.

“Buat waktu ini kedudukan negeri sangat jelas iaitu Menteri Besar Selangor adalah Tan Sri Khalid Ibrahim dan kita harap dihentikan polemik yang boleh mengganggu pentadbiran kerajaan negeri,” katanya.

Sumber HD - 16-7-2014














































Terima teguran, tiada niat untuk biadab - Khalid Samad

SALMIYAH HARUN | .
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad menerima teguran Sultan Selangor dengan hati terbuka ekoran kenyataanya sebelum ini mencadangkan agar kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dihapuskan.

Bercakap kepada Harakahdaily, Khalid berkata, apa yang dicadangkannya adalah semata-mata mahu menjaga imej institusi Sultan daripada tercemar dengan tindakan Mais.

"Saya tidak ada niat untuk biadap dengan Sultan atau menimbulkan kemurkaan Sultan," katanya yang turut terkejut dengan teguran itu.

Bagaimanapun, beliau akan menulis surat kepada Sultan untuk memohon mengadap bagi menjelaskan isu berkenaan kepada baginda.

"Saya hanya mencadangkan untuk dikaji di peringkat Dewan Undangan negeri Selangor, demi menjaga nama baik Sultan,"katanya.

Semalam, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa kecewa terhadap pihak yang bertindak mempersoalkan institusi agama sehingga sanggup mencemarkan kedaulatan Islam dan istana.

Baginda bertitah demikian berikutan kenyataan Khalid pada 18 Jun lalu yang mencadangkan kuasa eksekutif Mais dalam menguatkuasakan hal ehwal agama Islam di negeri ini dihapuskan kerana kecewa dengan tindakan Mais yang tidak mahu memulangkan kitab Bible yang dirampas walaupun diarahkan berbuat demikian. - HARAKAHDAILY 16/7/2014

Sumber HD - 16-7-2014

Roti - IKlan raya PAS Gombak - 
https://www.youtube.com/watch?v=hOB_lbG_BO8

500 pek kurma diagih di pasar malam

RIDHUAN | .




GOMBAK: Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor Ustaz Hasbullah Mohd Ridzwan melalui Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Gombak Setia dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Kawasan Gombak (DPPG) telah mengagihkan sumbangan kurma kepada peniaga dan pengunjung Bazar Ramadhan di Pinggiran Batu Caves dan Taman Samudera, Gombak.

Menurut Hasbullah yang juga Ahli Dewan Negeri (ADUN) Gombak Setia, sumbangan ikhlas itu adalah untuk menyemarak dan mengimarahkan lagi sambutan bulan Ramadhan terutama kepada pengunjung-pengunjung Bazar Ramadhan.

“Pemberian itu sebagai tanda keprihatinan PAS dan Adun khasnya untuk masyarakat yang beragama Islam, penduduk dan peniaga tanpa pengira fahaman politik dan kaum.

“Ini juga merupakan peluang untuk kita mendekati, berinteraksi dan sama-sama menghayati bulan penuh kemuliaan ini,” katanya ketika ditemui setelah selesai mengagihkan kurma.

Hasbullah yang juga berkata, ia sudah menjadi tanggungjawab wakil rakyat untuk sentiasa peka dan menjaga keakraban bersama rakyat supaya mereka berasa lebih dihargai.

Turut hadir sama Ketua Pemuda PAS kawasan Gombak, Ustaz Syarhan Humaizi Halim, Pengurus PKM Gombak Setia, Ramli Talib, Ahli Majlis MPS Zon 11, Mohamad Azizul Abu Bakar dan AJK DPPG.

Sebanyak 500 pek kurma diagihkan berserta risalah Ramadan dan belon percuma yang telah menarik perhatian pengunjung terutama kanak-kanak dan ibu bapa sepanjang Ops Terjah Bazar selama 2 hari berturut-turut.

Pada sebelah malamnya, Hasbullah Ridzwan turut menyampaikan sumbangan berbuka puasa di KUIZM, Taman Melewar seterusnya berterawih dan menyampaikan tazkirah dan sumbangan wang untuk Surau Sunway Batu Caves. - HARAKAHDAILY 10/7/2014

Sumber HD - 10-7-2014

No comments:

Post a Comment