BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Saturday, July 26, 2014

PUISI DAN SASTERA

Tak sempat bersahabat dgn seekor semut yg tak pernah kena penyakit kencing manis
Posted on Wednesday, November 08 @ 03:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36534


 
 Yesterday I saw sekor semut in the parit depan rumah. Parit tu cuma kurang tiga kaki lebar.  Saya keluarkan dia and suddenly the ant said something.


Thank you for selamatkan aku from this Terusan Panama."

Saya tanya dia kenapa dia ada dalam Terusan Panama. That semut said dia terjatuh semasa menyelamatkan diri dari burung. Saya tanya lagi, "Why didn't you run away from Terusan Panama?"

Semut tu jawab,"Semut can't run. We all merangkak." Selamba sungguh dia jawab.

Saya rasa seronok pulak bercakap dengan semut. Dia boleh bertutur dalam dua bahasa. Saya ingin tau lagi cerita dia. Saya kata semut suka makan yang manis-manis kenapa semut tak dpt penyakit kencing manis.

Kata dia manusia jahat itu sebab dapat macam-macam penyakit.

Saya minta dia buktikan manusia jahat. "Manusia suka kencing kawan," katanya. Saya minta dia beri contoh yang lain.

"Manusia ingat dia malaikat. Manusia menghina manusia lain. Manusia kalau jumpa aku dia pijaknya. Kalau jumpa banyak semut macam aku dia spray dgn gas. Bila jumpa sarang aku dia bakar."

Saya beri tau semut itu yang saya ni ingin jadi se ekor semut untuk membuktikan yang tidak semua manusia jahat.

"Jangan, kalau jadi semut kamu tak boleh berguling-guling," jawabnya.

Hello readers. Demikian cerita saya bercakap dengan se ekor semut. I thank you for reading this nonsense but there are plenty of sense in nonsense sometimes. It's only if you wish to look for them.

........
http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.my/


Sumber TKO - 8-11-20117


Pengganas dunia nombor wahid

Inilah pengganas!
Inilah keganasan!
Untuk siapa yang masih belum tahu
Atau belum sedar.
Rumah ibadah ditutup
Orang hendak solat dihalang
Ditembak dengan peluru getah, peluru hidup dan bom asap
Beberapa orang sudah syahid
Beratus lagi yang cedera.
Hospital pun diceroboh dan dicabuli
Tidak peduli hak asasi beragama
Tidak peduli hak asasi mendapat rawatan.
...
Tapi ada tak segan-segan
Menuduh pejuang mujahidin di Palestin sebagai pengganas.
HAMAS pengganas.
Israel pula adalah mangsanya.  
Aduss!
Ada juga berkata,
"Tak perlu pertahankan masjid, Islam tekankan perlu jaga nyawa."
"Jika yahudi mahukan al-Masjid al-Aqsa, serahkan saja. Syariat kita boleh solat di mana-mana." 
... tiada istilah jihad dalam benak mereka.
Berjihad adalah jahat kepada mereka.
Berjihad terus sengaja dikhianati makna dan tujuannya.
Kerana ada pihak yang berjihad bukan pada tempatnya.
Akhirnya, semua yang berjihad.
Walaupun kena pada tempatnya.
Kena dengan fiqhnya ... 
Pun...
Dituduh sebagai pengganas juga.
Jadilah ummat yang meninggalkan jihad.
Tidaklah meninggalkan jihad oleh satu kaum...
... melainkan mereka akan dihina oleh Allah.
...
Dibomnya Ghazzah pada hari raya
Ditutupnya Al-Masjid al-Aqsa
Diganasi orang yang mempertahankan hak untuk solat di Al-Masjid al-Aqsa
Ditembak kejam sebahagian mereka
Syahid, cedera
Dan menggelupur. 
Ummat Islam Palestin adalah anak yatim
Teriakan dan tangisan mereka...
Hanya hilang di angin lalu
Tiada hati tersentuh
Tiada saudara membela
Atau mempertahan. 
Setelah itu...
Pada Jumaat yang berikutnya...
Yahudi masih meneruskan keganasannya
Menembak lebih ramai
Mencederakan lebih ramai
Memenjarakan lebih ramai
Semakin kuat menghalang ummat Islam ke al-Aqsa.
Dan berlagak lebih sombong
Bertindak lebih biadab
Benarlah sabda Rasulullah SAW, "... Allah SWT mencabut rasa gerun kepada kamu daripada musuh-musuh kamu..." 
Satu lagi...
Soalan di dalam benak hamba Allah yang dhoif ini
Masih adakah secebis doa
Untuk Ummat Islam di Palestin
Di Masjid al-Aqsa
Dan sekelilingnya 
Daripada...
Imam-imam
Al-Masjid al-Haram
Dan Masjid Nabi
SAW? 
Harapan al-faqir...
Akan terus ada doa pada permulaan musim haji ini
Setelah tiada bantuan senjata dititip
Bagi menangkis senjata-senjata zionis
Allahu al-Musta'an... 
Zakaria Ismail
29 Syawal 1438H
23 Julai 2017
Sumber HD - 23-7-2017 



Puisi Sayyid Qutb ketika jatuh cinta

Eramuslim.com | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/terbaik-dari-blog/95-terbaik-dari-blog/43915-puisi-sayyid-qutb-ketika-jatuh-cinta

Ya Allah, jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu,
agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu.
Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta,
jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu

Ya Allah, jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semu.

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada hati-Mu.

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah, jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu.

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.

Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.

Ya Allah Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu,
telah berjumpa pada taat pada-Mu,
telah bersatu dalam dakwah pada-MU,
telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya.
Kekalkanlah cintanya.
Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini dengan Nur-Mu yang tiada pernah pudar.
Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu.

(As-Syahid Sayyid Qutb)

Sumber HD - 15-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Puisi Khas Untuk Facebookers
Posted on Tuesday, January 10 @ 06:44:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33149

"PUISI KHAS UNTUK FACEBOOKERS
- Oleh Salam Muhammad @ BayangDiAir

Hati-hati bila berkomunikasi di Facebook
Kerana kita tak pasti siapa di hadapan sebenarnya
ketika kita mempercayai kata-katanya
Mungkin dia seorang pemfitnah dan pendusta
Ketika kita berbahas dengannya
Mungkin dia seorang ilmuan yang hebat bicara

Ketika kita teruja dengan tawaran bisnesnya
Mungkin dialah perompak di gedung maya
Ketika kita memaki dan menghina
Mungkin dia seorang alim jujur lagi mulia
Ketika kita berkasar bahasa
Mungkin dia seorang tua sebaya ayahanda
Ketika kita meninggalkan tanpa peduli segala coretannya
Mungkin dia seorang anak muda
Yang sebenarnya memerlukan bimbingan dari yang alim dan lebih dewasa
Dan ketika kita terpesona dengan picture profile-nya
Itulah foto curi dari Google.                       
Ada yang berfacebook
Untuk mempromosi produk niaga
Ada yang berfacebook
Untuk menjejak kawan dan kekasih  lama
Ada yang berfacebook
Untuk berkongsi cerita dan picture dengan saudara dan rakan karibnya
Ada yang berfacebook
Untuk kerja dakwah dan politiknya
Ada yang berfacebook
Dengan pelbagai sebab dan maksudnya.

Agak melucukan sahabat Facebook
Apabila boring diberitahunya kita
Gambar sarapan dikongsi bersama
Nak tidur dulu diminta izin kita
Entah-entah bila nak kahwin
Dia offer kita jadi pengapitnya.

Yang duda pula berlagak jejaka
Yang janda pura-pura bertanya
Yang bersuami mengaku single
Yang beristeri update foto manja  menggoda
Berjuta lelaki seolah suaminya.
Jangan marah kepada mereka
Kita yang add dan confirm pun rambang belaka
Melalui facebook
Mungkin di suatu hari
Mereka menjadi usahawan berjaya
Melalui facebook
Suatu hari mereka tidak lagi
Bergelar bujang, perawan, duda atau janda.
Dan mungkin si isteri akan ringan kerja dapurnya
Kerana dapat rakan kongsi bernama madunya.
Melalui facebook
Mungkin mereka yang sesat dan jahil dapat kembali
ke jalan benarnya.

Walau siapapun kita
Berhati-hatilah dengan facebook
Baik buruknya ada pada kita
Ilmu, iman dan taqwalah
Menyelamatkan kita
Dan menjadikan tulisan kita
Berpahala.

Sumber TKO - 10-1-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Kediaman Yang Telah Sebati Dengan Bumi Negara ini
Posted on Saturday, October 29 @ 19:10:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32162

Image result for ANIS CHOUCHENE,

Puisi (syair) yang membuatkan ramai menitiskan air mata

KEDAMAIAN YANG TELAH SEBATI DENGAN BUMI NEGARA INI
Sejahtera ke atas kamu
Dan sejahtera ke atas kami
Sejahtera bagi sesiapa yang menjawab salam
Dan sejahtera juga bagi yang tidak menjawab salam


KEDAMAIAN YANG TELAH SEBATI DENGAN BUMI NEGARA INI
Sejahtera ke atas kamu
Dan sejahtera ke atas kami
Sejahtera bagi sesiapa yang menjawab salam
Dan sejahtera juga bagi yang tidak menjawab salam
Sejahtera dengan nama Tuhan kesejahteraan
Tuhan bagi hamba- hamba
Allah tempat meminta segala sesuatu
Kesejahteraan yang kita telah membesar dengannya
Kedamaian yang sejati dengan bumi ini
Kedamaian yang tidak lagi hidup dengannya
Kedamaian yang tidak lagi kembali kepada kita
Kedamaian yang sentiasa kita awasinya
Sedangkan ia sedang membungkus bagasinya
Untuk meninggalkan bumi secara perlahan-lahan
dan menggantikan tempatnya
Pemberian dan penyerahan untuk membebaskan diri
daripada tempat yang tiada Islam padanya
Seolah-olah Islamnya nenek moyang kita
Tidak memberi apa-apa makna
Kamu tahu kenapa kedamaian meninggalkan kita?
Kamu tahu kenapa kegelapan menyelubungi kita?
Ringkasnya , kerana kita adalah
masyarakat yang penakut
Kita adalah masyarakat yang takut
dengan kepelbagaian
Mungkin ucapan aku ini tidak menarik minat
Sebahagian dari kalian atau semua daripada kalian
Aku tahu
Tapi aku akan katakan juga kerana aku
Tidak mahu menjadi seperti “bebiri”
Kita masyarakat yang tidak mahu mengakui
Bahawa kita adalah masyarakat yang sedang mundur
Kita adalah masyarakat yang berteriak bangga
dan mendakwa bahawa kita adalah masyarakat yang terbuka
Kita adalah masyarakat yang meninggi diri
Sedangkan tiada apa-apa
Dan mendakwa bahawa kita adalah
Masyarakat yang berilmu
Penipuan apakah ini???
Penerimaan kepelbagaian di sisi kita tidak ada apa- apa
Melainkan hanyalah omong kosong
Kepelbagaian warna menyakitkan kita
Kepelbagaian rupa menyakitkan kita
Kepelbagaian pemikiran menyakitkan kita
Kepelbagaian agama menyakitkan kita
Sehinggakan perbezaan jantina pun
menyakitkan kita
Oleh sebab itu kita cuba untuk
Menghancurkan segala perbezaan di antara kita
Kita telah menjadi racun sesama kita
Kita telah menjadi masyarakat yang bodoh
sebodoh-bodohnya
Kita berbalah pada perkara yang
remeh, keterlaluan dan mengarut
dan kita sering menolak untuk
menyelam dengan lebih dalam
Ucapan saya ini tidak terlepas daripada siapa-siapa
Tidak pada orang awam dan tidak juga pada ahli politik
Tidak juga pada mereka yang tetap diam di negaranya
Tidak juga pada orang yang menganggap dirirnya betul
Tidak juga pada orang yang mengikut barat seperti orang buta
Tidak juga pada orang yang ingin mengembalikan
Kegemilangan khilafah dan zaman abdi
Dan mereka yang ingin
Mengembalikan hukum islam
Marilah kita cuba untuk
Memahami sesama kita
Marilah cuba untuk memahami antara satu sama lain
Lihatlah aku di hadapan kamu ini
Warna aku, rambut aku, puisi aku, idea aku
Aku tidak takut pada kalian
Aku tidak takut perbezaan di antara kita
Kerana kita adalah sama
Marilah kita mencipta seni
Marilah kita menyelami impian kita
Untuk mengukuhkan keilmuan tanpa perbalahan
Supaya ketinggian bagi kita
Adalah kegemilangan Khilafah
Marilah kita cairkan ketaksuban budaya
Kaum, jantina, idea, warna dan agama
Dan kita tidak lihat ( kepada semua orang)
melainkan hanyalah manusia seperti kita
PENYAIR TUNISIA : ANIS CHOUCHENE,

Sumber TKO - 29-10-2016

---------------------------------------------------------------------------------------









Di Tempat Rendah

IRFAN ES | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/lain-lain/42981-di-tempat-rendah

Di tempat yang rendah
mereka letakkan urusan Allah
dalam strategi, dalam falsafah
saat bergelut di medan siasah.

Ketika Tuhan berfirman:
“Janganlah kamu mendahului Allah dan Rasul-Nya!”
tetap mereka lambakkan
pelbagai usul pelbagai cadangan pelbagai alasan
bagi mencari jalan jauh
agar hukum syariat terus ditangguh.

Selama mana ia ingin ditunda?
seorang tok guru, hampir haus hayatnya
tetap diwakaf untuk agama
namun ramai pula, di sini sana
sepanjang masa hanya mengata.

IRFAN ES

Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mendahului Allah dan Rasul-Nya; dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

(Surah Al-Hujurat ayat 1)

Sumber HD - 26-10-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------










Malam Pesta

IRFAN ES | .

Malam Pesta

Malam ini, seperti dijanji
mereka berpesta sampai pagi
dengan segala keriangan
dengan pelbagai minuman memabukkan
bukan kerana menang pilihanraya
tapi cukuplah sekadar memandang
parti Islam gugur kecundang.

Ketika Ramadhan terus berangkat
waktu yang tinggal terasa singkat
untuk mengumpul ibadat
dan bermunajat
agar Islam kembali berdaulat.


IRFAN ES
Jun 2016 – HARAKAHDAILY 19/6/2016

Sumber HD - 19-6-2016


The Audacity of Faith

Posted on Thursday, June 16 @ 03:45:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

"The Audacity of Faith 
This is politics by the book.
A form of politics based on principles.
It is colourless but transparent.
It is bounded, and yet free.
It is the root that the supports the trunk.

And the trunk that nourishes the branches and the leaves to gather sunlight.

This is the politics of faith.
FAITH.
Welcome to the era of faith. The era of mu’minun (the faithful)
Thank you PAS for bringing Malaysians to this era.
An era of faith. The faith that has been foundation of many Great Civilisations before. It is The Empire of Faith.
May Allah bless this ummah.
For the revival of The Sunnah.
And the teachings of our beloved prophet peace be upon him.

And from it shall we gather strength
To strike down Al Bathil (Falsehood- Lewdness and Inequity)
And to uphold Truth and Justice.
For All Malaysians.
May Allah bestow peace and prosperity to the Land of Malaysia.
So long as we stand tall against oppression and worldly desires
So long Allah shall make Muslims firm on their feet.
Oh Muslims and Malaysians,
Support PAS. Vote for PAS. Vote for truth.
Vote for Peace and Tolerance. For Love and Kindness.
Reject Corruption. Reject Hate.
Choose respect. Choose harmony.
But above all, choose FAITH.
Mr. KAMA


Sumber TKO - 16-6-2016 














Pesan Ayah Ibu: Sesat Di Hujung Jalan Balik Ke Pangkal Jalan

Posted on Wednesday, February 17 @ 08:11:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


"

Molek-molek berjuang Islam
kerana DAP sanggup tubuh parti PAN
Molek-molek bersama ulama
kerana DAP ulama haraki sanggup dihina
Molek-molek pimpin jamaah
kerana DAP dengan jamaah sanggup berpisah

Molek-molek ikut kuliah
kerana DAP ke mana kitab ke mana kopiah
Molek-molek pimpin Pasti
kerana DAP tinggal budak sedang mengaji
Molek-molek jasa diberi
kerana DAP markaz sebesar itu pun sanggup dicuri.

Itulah asal-usulnya kejadian
tetapi lemas dalam sindrom penafian
kerana kalah pemilihan katanya bukan
kerana kecewa hiba katanya bukan
kerana dendam membara katanya bukan
kerana termakan fitnah katanya bukan.
Katanya tok guru sudah tak betul bawanya
Katanya PAS telah keluar dari landasannya
Katanya ulama PAS tidak bersifat inklusif
Katanya sebenarnya kata hati
yang sakit
tersepit.
Beginilah kalau Allah membolak-balikkan hati
perkara orang beriman paling takuti
semak timbanglah haluan diri
masuk PAN sokong PAN cenderung PAN
adakah kalian lebih baik di hari ini?
Ingat ayah dan ibu berpesan;
kalau sesat di hujung jalan
kembalilah ke pangkal jalan
sebelum terbaring di dua nesan.

Sumber TKO - 17-2-2016

Dadah itu bala

IDANRADZI | .



Dadah itu bala

Dadah itu sebenarnya adalah bala
amat berbisa membakari rahang dada
sejak lama menghancuri anak bangsa
hilang etika serta budaya hampa.

Dadah itu sebenarnya adalah dosa
amat kontras mencorak ruang minda
sampai bila mahu dijaja era bencana
kabur luntur potret pusaka mulia.

Dadah itu sebenarnya adalah kiamat
amat sesat menyulam arah kurafat
terhenti rahmat tertutup kiblat
terkubur jasad terkapar kudrat.

Dadah itu sebenarnya adalah nanah
teramat pekat hitam memamah parah
tak kenal bangsa memerangkap ummah
terpenjara ihsan sakit berjiwa parah.

Dadah itu sesungguhnya adalah parasit
asalnya sekadar ubat menyembuh sakit
digeruni masyarakat teramat ralit
katakan tidak jangan sekali terbabit.

(Ya Rabb sampai bilakah akan bersihnya
dadah ini di dunia-Mu yang murni ini)

IDANRADZI
Kota Bharu Perak. – HARAKAHDAILY 5/2/2016

Sumber HD -5-2-2016

















Neo-kolonialisme
















Irfan ES | .

Neo-kolonialisme
(Parlimen meluluskan TPPA – 27 Januari 2016)


Tempoh 446 tahun nampaknya belum cukup
untuk mengajar kita
tentang pahit penjajahan.

Hari ini
orang-orang yang kita pilih sendiri
mengulangi
kesilapan pemerintah dahulukala
menandatangani perjanjian bahaya
yang merobek maruah bangsa.

Sampai nanti kita saksikan
perlahan-lahan,
leher kita bakal terikat
oleh undang-undang Amerika Syarikat
ekonomi kita terjual
ke tangan firma multinasional.

Kedaulatan hanya tinggal nama
akibat cetusan minda
para pemimpin yang menggadai negara.

Irfan ES

Sumber HD - 29-1-2016

Tiada Siapa Bersalah

















IRFAN ES | .

Tiada Siapa Bersalah
(Mengimbau penghakiman skandal Perwaja Steel, PKFZ, NFC dan sebagainya)

Akhirnya, keputusan pun diucap:
tiada siapa didapati bersalah
berjuta berbilion wang rakyat lesap
tapi tetap, tiada siapa yang bersalah.

Pendakwa raya tidak lagi membuat rayuan
hingga sampai ke Mahkamah Persekutuan;
tidak seperti gigihnya mereka ketika
mahu menghumban Anwar ke penjara.

Dunia di mana tiada siapa yang bersalah
dunia eksklusif milik mereka
kumpulan politikus, kroni dan hartawan
yang kebal dari segala hukuman.


IRFAN ES
November 2015 – HARAKAHDAILY 28/11/2015

Sumber HD - 28-11-2015

Belut Negara

IDANRADZI | .

Belut Negara

Aku selalu berkata: di lubuk itu ada belut
yang amat licik & pandai berlakon lagut
tapi awak tak pernah mahu mengerti
malahan awak kata aku ni dengki
suka ambil tahu masalah peribadi
kenapa tak jaga tepi kain sendiri.

Akhirnya hari ini awak mengadu
awak makin keliru & rasa tertipu
telah lama berkubang di lubuk itu
telah sakit terbelit juga tersepit
baru awak tahu apa itu belut
yang aku uar-uarkan kemelut.

Alahai bukan belut boleh dimakan melibas
awak ni macamlah tak pandai berkias
tanpa awak mahu mengerti lagi culas
nilai keintiman yang aku jalinkan
nilai keprihatinan yang aku hulurkan
seringkali disyak wasangkakan.

Mungkin awak tak pernah mahu
menatap dalam-dalam mata hatiku
atau sengaja tak serasi fahaman jitu.

Lagak belut itu semakin belot
Komplot; membolot harta negara.

IDANRADZI
Kota Bharu Perak

Sumber HD - 24-11-2015



















Engkau Tetap Akan Dituduh



















IRFAN ES | .


Engkau Tetap Akan Dituduh

Engkau tetap akan dituduh
mahukan UG bersama Umno
walau terus engkau menafi
walau kaubentangkan seribu bukti.

Engkau tetap akan dituduh
mahukan UG bersama Umno
meski dengan mereka, engkau hanya bertegur sapa
meski dengan mereka, engkau hanya berbincang hal negara
meski dengan mereka, engkau hanya bergambar bersama
– nasib baik tidak selfie berdua – (rujuk gambar)
namun semuanya bakal jadi modal serangan
para penjaja khabar picisan.

Engkau, Parti Islam Semalaysia
sasaran tembakan fitnah peluru dusta
oleh opportunis dan soldadu upahan
yang terus bermain politik murahan.

IRFAN ES,
November 2015

 - HARAKAHDAILY 11/11/2015

Sumber HD - 11-11-2015




















Kota Asing

IDANRADZI | .


KOTA ASING

Kota ini telah amat asing bagiku
tanpa duit aku tak boleh lagi
jejak ke taman temanya
jejak ke kolam mandinya
jejak ke parkirnya
jejak ke taman temanya
jejak ke taman burungnya
mampu jejak ke tandasnya saja.

Apatah lagi semuanya urusan
pun barangan telah berganda
cukai pintu enam bulan RM120
Indah Water enam bulan RM45
insuran kapcai dah naik RM150
nak tengok wayang RM15
nak makan nasi ayam RM5
nak rasa ABC RM3
sebiji kelapa parut RM3
sehelai pucuk gelugur 10sen
ish! tayar kapcai pancit
tukar tiub dah naik RM11.
Dikelirukan lagi dengan GST.

Kota ini telah amat asing bagiku
apatah rakan sekerjaku semakin mengejar duit
sebab hutang bertambah-tambah keliling pinggang
semakin tersangat sibuk urusan masing-masing
tak lagi berani mendail nombor telefon bimbitku
kut berbual panjang hatta kredit habis hangus
tak sempat bersapa pekena teh tarik mamak
semua harga barangan naik mendadak.

Kota ini semakin asing teramat asing
tak siapa nak temankan aku di desa sana
lantaran isteri & anak-anak pun leka
berprasarana di kota puspawarna.

IDANRADZI
Alamanda Putrajaya

- HARAKAHDAILY 12/10/2015

Sumber HD - 12-10-2015

Membeli Bendera Sempena Merdeka

IRFAN ES | .


Membeli Bendera Sempena Merdeka

Sempena bulan merdeka
aku singgah di pasar raya
untuk membeli bendera
negara tercinta.

Namun alangkah malang bila kudapati
jalur gemilang pun kena GST
cukai zalim yang kini dibenci.

Sambil mengibar panji-panji
aku terkenang janji-janji
para menteri -
harga barang yang akan turun
kemakmuran sepanjang tahun.

Dan sambil mengibar panji-panji
aku terus tercari-cari
erti merdeka
di mata rakyat jelata
yang mesti menanggung beban sengsara.

IRFAN ES, Ogos 2015

Sumber HD - 25-8-2015




















Hudud umpama sungai mengalir

KAMARUDDIN HASSAN | .

Hudud umpama sungai mengalir

Sejarah tercipta di Kelantan lagi
Hudud diluluskan Dewan Undangan Negeri
Usahlah alasan kita mencari-cari
Untuk menggagalkan perlaksanaannya nanti

Penentangan hudud sudahlah pasti
Dari kumpulan yang iri hati
Sesetengah bercakap amat kurang teliti
Kononnya dialah tahu serba serbi

Hudud dipersendakan umat Islam sendiri
Mereka ini kurang jati diri
Ilmu agama belum tahap universiti
Memberi pandangan mengalahkan mufti

Usah dilayan yang kurang berfikir
Dari golongan munafik dan kafir
Hudud laksana sungai mengalir
Membersihkan kotoran batu kerikil

Umat Islam sokonglah hukum ini
Di akhirat nanti kita bersenang hati
Allah SWT bertanya kita ada bukti
Menyokong hudud tanpa henti

KAMARUDDIN HASSAN
Shah Alam, Selangor

Sumber HD - 1-7-2015
























Kekalkan Nakhoda, Pilih Kelasi Yang Serasi
Posted on Tuesday, June 02 @ 20:43:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

"bimbang tiada org di belakang

Bahtera PAS sedang diuji
Dengan sedikit ombak, gelombang yang tinggi
Dalam menuju matlamat tentunya redha Ilahi
Kerana perjuangan mahu lihat Islam tegak dan tinggi

Nakhoda bahtera PAS adalah tok guru
Bukan Nabi, tetapi dada penuh ilmu
Sepak terajang politik bukan baharu
Semenjak awal usianya sudah tahu

Muktamar kali ini muktamar pemilihan
Nama yang dicalon lihatlah majoriti perwakilan kawasan
Seingat saya: DSTG HH, TITM, Ust IA, Dato MA, YB I adalah pilihan
Undi yang didapati banyak, itulah hasrat dari pimpinan bawahan

Saya tahu orang lain juga berjasa
Dalam parti tak terkira
Semenjak muda dan remaja
Hanya Allah yang tahu niat dan beri pahala

Tapi kali ini nakhoda perlu pembantu
mengharung lautan luas di depan ada batu
di kiri kanan ombak ganas menghempas memalu
Justeru, pilihlah kelasi tanpa kerenah, yang boleh memacu

Bahtera PAS bahtera Islam
Cahaya yang dibawa tak boleh dipadam
DAP, PKR, UMNO jangan masuk campur urusan dalaman
Kami berjuang kerana Allah, bukan kerana dunia dan habuan.
"

................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
ustaznik
Posted on Tuesday, June 02 @ 20:43:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Sumber TKO - 2-6-2015

Kau Obor Pembawa Sinar

MNH BK9 | .

Kau Obor Pembawa Sinar

Guru,
kaulah obor,
pembawa sinar,
dalam gelap dikala gentar,
meluluh diri tampil sedar,

Guru,
harapan menggunung kau junjung,
beban dipundak tak berganjak,
herdik seranah kau mamah,
tangga bertingkat tiada ralat,
banyak nista tak apa,

Asal,
anak-anak terdidik sedar,
biar tiada si kurang ajar,
agar sekelas pintar terpelajar,
supaya bangsanya sedar,
jadi pelopor penentu dasar,

Guru,
walau apa kemaruk gusarmu,
walau sekelumit kantung bulanmu,
walau dihadiah misi apa itu,
walau perit tekak dek jeritmu,
walau kekadang gugur air matamu,
namun..

Guru,
Kaulah...
Penambat hati penuh tersirat,
Ucapmu rahmat katamu terpahat,
Tinggi suaramu penuh hikmat,
Hidupmu berkat penuh manafaat,
Sanjungan umat pautan masyarakat.

Selamat hari Guru!

MNH BK9
16 Mei 2015

Sumber HD - 18-5-2015



























Nota Demonstrasi





















































SHAHRIL ANUAR | .

Nota  Demonstrasi

Kami  mengais  sesuap  rezeki,
melanjutkan  hidup  anak  dan  bini,
ditabung  sekupang  dua
andai  berbaki.

Tetapi,
rezeki  kami  harus  dicatu  lagi
atas  nama  GST.

Kami  tak  mengerti
tipu  PRU,  fitnah  lucah,  TPPA,
jet  peribadi,
siapa  main  golf,  siapa  jadi  kedi.

Tidak  juga  memahami
skandal  NFC,  kapal  selam,  Mahkamah  Peranchis,
C4,  cincin  permata
dan  1MDB.

Apatah  lagi  kisah  filem  Hollywod,
duit  pencen,  dana  KWSP,
jet  peribadi,
siapa  bercuti,  siapa  berkenduri.

Lalu,
di  atas  aspal  ini,
kami  ingin  bertanya:
mengapa  setelah  lelah  berebut,
rezeki  yang  sejemput
harus  juga  diregut?

SHAHRIL  ANUAR
Rawang

Sumber HD - 12-5-2015

Jalan Kuantan - Segamat

majdan | .

Jalan Kuantan - Segamat

Dua kali pilihan raya umum
pinggir jalan dibersihkan
katanya, untuk membina dua laluan.

Tamat pilihan raya,
terbengkalai segala
ruang yang dibersih naik belukar
jalan sempit tidak bertukar.

Ingatan-ingatan ini muncul di fikiran
sepanjang pemanduan
dalam perbarisan
di belakang lori-lori berat
– dengan kelajuan 60 km sejam –
di Jalan Kuantan – Muadzam - Segamat.

Sambil hati memanjat doa
agar kemalangan jiwa
tidak menimpa.

IRFAN ES
April 2015
Rompin, Pahang

Sumber - HARAKAHDAILY 28/4/2015





























Hari Malapetaka (1 April 2015)

IRFAN ES | .


Hari Malapetaka
(1 April 2015)

Hari malapetaka pun tiba
apabila penguasa merampas dari rakyat jelata
untuk menutup lubang-lubang
skandal dan korupsi
pembaziran tiada henti.

Sang tirani tidak peduli 6 peratus tambahan
cukai barangan dan perkhidmatan
kerana baginya setiap harga sekecil kuman
seperti nilai janji pilihan raya
yang sampai kini tidak terkota.

Ingatilah, ingati hari ini
waktu segala janji dimungkiri
waktu penguasa jadi pencuri
dan sengsara yang kita alami
bertambah lagi.

Irfan ES, Mac 2015


Sumber HD - 31-3-2015


SKANDAL 1MDB - IRFAN ES



http://www.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/34319-skandal-1mdb

Sumber HD - 13-3-2015


KETIKA HATI MERINDUI TOK GURU - ASRI ED-DEWANIE



http://www.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/33922-ketika-hati-merindui-tok-guru

Sumber HD - 17-2-2015


LEGASI TGNA - FUZAIL 


Sumber HD  - 13-2-2015



Penebuk Bahtera PAS Tetap Tumpas

Posted on Thursday, February 12 @ 13:30:00 MYT

Dilulus untuk paparan oleh memo

"bahtera PAS

Heboh apabila tersebar berita tentang sekumpulan orang

Berada dalam bahtera PAS, tetapi sedang menyerang

Presiden PAS dihalakan muncung senapang

Dengan matlamat dia ditumbang



Benarkah berita itu? Hanya Allah Yang Tahu

Tapi kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang bertalu-talu

Mereka yang terlibat mungkin membaca sambil malu-malu

Mulut membisu tetapi tangan tangkas memalu


Penebuk Bahtera PAS insyaAllah akan tumpas

Kerana niat yang tidak ikhlas

Dalam perjuangan, hanya pandai mengilas

Berlindung di sebalik baju jawatan, fikrah tidak jelas


Kami dokong kepimpinan Tok Guru

Benar, tanpa segan dan silu

Di mana mahu dicari kepimpinan seperti itu

Di hujung zaman yang tidak menentu


Saya hanya mahu menasihat

Batalkan segala perancangan yang jahat

Kerana ia adalah usaha tidak berkat

Bimbang nanti Allah melaknat"


................................

Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)

Oleh: ustaznik
Posted on Thursday, February 12 @ 13:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo


Sumber TK - 12-2-2015


































keadilan - puisi oleh irfan es.

http://www.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/33268-keadilan


Sumber HD - 15-1-2015

Golf dan banjir

IRFAN ES | .
Semoga semua pukulanmu, tuan
tepat mencapai sasaran
biar di bawah par setiap pusingan
malah ada hole-in-one

dan usah bersedih andainya
bolamu tersangkut di bunker sana,

seperti kami yang tidak mungkin kecewa
ketika terkandas di tengah bah
atau terputus hubungan, atau kehabisan bekalan
atau kerugian harta milikan
menyabung nyawa dalam kesejukan.

Senyum lebarlah, tuan
di bawah suam matahari Hawaii
seperti kami yang senyum, pahit
berteman letih dan sakit
bersama mendung bersama hujan
di bumi yang tuan laungkan kecintaan.

Banjir dan golf
mengajar kami mengenal hati budi penguasa
melalui tindak-tanduknya
bukan slogan
bukan retoriknya di himpunan agung tahunan.

Sumber HD - 26-12-2014

Kembalikanlah II

IDANRADZI | .

KEMBALIKANLAH II

Akar usia semakin runcing merapuh
ia bagaikan lemas di kolam usia
tak larat lagi menyedut debu kota
atau percikan haba dan panahan sengketa.

Pohon iman semakin rapuh merenggeh
ia bagaikan layu di taman noda
tak mampu lagi membara api nista
atau silauan rawan dan penjara sengsara.

Kelopak maknawi tak berputik lagi
bagaimana unggas rasa nak bercumbu ria.

Benih insani tak bercambah lagi
bagaimana beburung rindu nak bercanda mesra.

(Bumi ini perlu diselamatkan agar rimbun abadi kembali ke benua lestari tanpa tergugat lagi)

IDANRADZI
Kota Bharu Perak

Sumber HD - 16-12-2014




































Karya Novel Pak Hamka: Rakaman sosial untuk teladan

Dan akan tercapai juga kemuliaan bangsaku, persatuan tanah airku. Hilang perasaan perbezaan dan kebencian dan tercapai keadilan dan bahagia’’– Pak Hamka, Tenggelamnya kapal van der wijck (1937)

Mukadimah

Aku mula mengetahui novel epik karya Pak Hamka, ‘Tenggelamnya Kapal Van Der Wijk’ sewaktu di Tingkatan Dua. Tetapi bukan daripada pembacaan novelnya. Aku mengetahuinya melalui drama radio yang diadaptasi daripada novel karya Pak Hamka. Waktu itu, memiliki televisyen dianggap sebagai harta mewah bagi orang kampong seperti kami. Aku menjadi pendengar segmen drama radio yang setia ketika itu.

Nama Pak Hamka lebih awalku kenali kerana sewaktu kecil, nama ulama hebat Nusantara itu sering disebut oleh arwah bapaku. Arwah bapa menyimpan beberapa buku karya Pak Hamka. Yang masih ada dalam simpanan khutub khanah arwah bapa adalah ‘Merantau Ke Deli’. Sehingga kini, kukira karya Pak Hamka yang benar-benar terkesan pada aku adalah ‘Falsafah Hidup’, ‘Tenggelamnya Kapal Van der Wijk’ dan ‘Di Bawah Lindungan Kaabah’. Karya terbesar Pak Hamka adalah ‘Tafsir al Azhar’ yang ditulisnya sewaktu merengkuk dalam tahanan regim Sukarno. Inilah harta warisan Pak Hamka yang sentiasa membasahi tanah hijau ini.

Susuk ulama besar Nusantara ini tidak sekadar seorang ulama yang terkurung dalam lingkungan madrasah atau masjid sahaja. Inilah susuk ulama yang melibatkan seluruh hidupnya pada Islam yang praktis. Dari segi politiknya, Pak Hamka seawal usianya menjadi ahli Sarekat Islam, berjuang kemerdekaan dan terpilih sebagai anggota Dewan Perundangan Jawa Tengah di bawah Parti Mahsyumi. Dipilih sebagai Ketua Umum pertama Majlis Ulama Indonesia. Pak Hamka juga menulis pelbagai bentuk penulisan yang mengupas banyak aspek kehidupan dari tafsir hingga ke novel.
Bagaimana seorang ulama besar menghasilkan novel cinta?

Rakaman Sosial: Kritikan Yang Membangkitkan

Kebelakangan ini, aku tidak begitu mengikuti sangat perkembangan novel popular di tanahair. Sesekali hujung bola mataku mencuri deretan novel-novel cinta pada rak kedai buku ternama. 

Tajuknya sudah cukup memualkan. Betapa banyak agama dan cinta digunakan sebagai perencah novel popular. Ia seperti filem dan drama di televisyen. Inilah satu siri pembebalan masyarakat yang berpanjangan dan kukira adalah episod doktrinisasi yang paling menyeksakan bagi sang pintar. Untuk perbincangan ringkas ini, aku memilih karya dua novel Pak Hamka (Tenggelamnya Kapal Van der Wijk dan Di Bawah Lindungan Kaabah) sebagai satu perkongsian sama dalam mengkaji rakaman sosial semasa untuk memahami peranan kita sebagai manusia di bumi Allah s.w.t. ini.

Kedua-dua novel Pak Hamka berkisar usaha mewujudkan kemerdekaan dalam diri dan memperjuangkan keadilan untuk masyarakat. Kritikannya terhadap masyarakat yang mewujudkan dua darjat berdasarkan perbezaan kekeluargaan, pangkat dan harta benda. Pak Hamka menulis novelnya dalam tahun-tahun akhir 1939. Ketika itu Nusantara masih dalam naungan dan penjajahan. Novel ‘Tenggelamnya Kapal Van der Wijk’ diterbitkan oleh Balai Pustaka dan terlepas daripada penapisan kerana dianggap sebagai karya agama. Seperti disebut oleh pengkritik sastera Indonesia, H.B. Yassin, penulisan Pak Hamka sederhana tetapi berjiwa.

Sentuhan kata-kata Pak Hamka menjadikan novelnya sentiasa ‘hidup’ dan memberi jiwa pada pembaca. Ia menyedarkan bahawa peri pentingnya pemilihan isu, kata, bahasa dan tema persoalan dalam berkarya. Ia bukan karya syok sendiri tetapi satu karya yang mengangkat isu biasa sebagai satu persoalan penting untuk diinsafi oleh masyarakat.

Pak Hamka memilih pendekatan ‘pengakhiran yang menyedihkan’ dilihat seperti pasif. Namun kesedihan itulah titik tolak kebangkitan pada jiwa pembaca. Watak utama dalam novel-novelnya berakhir dengan tragedi. Novel ‘Tenggelamnya Kapal Van der Wijk’, adalah kisah tentang watak utama Zainuddin dan Hayati yang tidak dapat berkahwin kerana perbezaan darjat dan keturunan. 

Hayati meninggal selepas kapalnya tenggelam dalam pelayaran. Zainuddin juga akhirnya meninggal kerana kesedihan kehilangan kekasihnya itu.

Begitu juga dalam novel ‘Di Bawah Lindungan Ka’abah’ watak utama Hamid yang meninggal di hadapan kaabah setelah mengetahui kekasihnya Zainab meninggal dunia. Kedua-dua kekasih tidak dapat berkahwin kerana perbezaan darjat dan sistem pemikiran masyarakat semasa ketika itu. Aku tidak berhasrat untuk berkongsi sinopsis novel tersebut. Memadai untuk kunukilkan tentang keupayaan Pak Hamka mengkritik ketidakadilan masyarakat ketika itu terhadap masa hadapan anak muda. Corak pemikiran dan sistem sosial yang sedemikian telah membunuh potensi anak muda untuk membangunkan masyarakat dan negara.

Zainuddin dan Hamid adalah watak anak muda yang milik kekuatan berkarya bagi membebaskan negara dari cengkaman penjajah dan seterusnya membangunkan negara baru yang merdeka. Watak Zainuddin sebagai seorang penulis terkenal tetapi kecundang dalam bercinta. Begitulah juga watak Hamid yang merupakan seorang ilmuan dan memiliki peribadi untuk dicontohi dalam masyarakat juga gagal dalam menguasai cinta yang terhalang.

Kedua-dua anak muda adalah lambang mangsa kezaliman sosial yang diterima sebagai norma dalam masyarakat. Begitu juga watak Zainab dan Hayati yang mewakili kelompok lemah, mangsa dalam sebuah sistem nilai masyarakat yang tidak mengikuti syariat agama. Melalui novel ini, Pak Hamka cuba menggarap potensi anak muda untuk masa hadapan negara yang akan merdeka. Mereka harus berani menongkah arus, berkerat rotan, berpangkal arang jika mahu mencapai keadilan dan kebahagian sejati.

Sebenarnya masyarakat di Malaya ketika itu mengalami situasi yang sama. Ia diterjemahkan oleh karya Seniman Agung P. Ramlee dalam filem epiknya ‘Penarik Beca (1955)’, ‘Antara Dua Darjat (1960)’ dan ‘Ibu Mertuaku (1962). Bezanya P.Ramlee bukanlah ulama seperti Pak Hamka. Namun, kedua-dua sang pengkarya ini telah menterjemahkan sosio semasa untuk dinilai secara halus melalui seni – filem dan novel. Sayangnya ramai asyik dengan kejelitaan seniwati Saadiah, Sarimah dan Zaiton dan kesyahduan lagu P. Ramlee daripada memahami tema filem tersebut.

Ada yang menyebutkan bahawa ‘Tenggelamnya Kapal Van der Wijk’ adalahi ‘merayakan cinta, membangkitkan kesedaran berbangsa.

Sumber HD - 11-10-2014

Pencuri Royalti

IRFAN ES | .

Akta Petroleum 1974, disiat-siat
lalu mereka
memulangkan sebahagian kecil hasil rompakan
dengan nama wang ihsan
rakyat dilayan seperti pengemis
dihina didusta tanpa habis.

Mana nilai jujur setia
bila mereka lebih rela
menaikkan minyak ikut Songkhla
bukan di Kelantan yang lebih dekat jaraknya
biar kerajaan negeri hilang pendapatan
biar rakyatnya terlepas peluang pekerjaan
asalkan dendam dapat dilunaskan.

Jika ini bukan khianat, aku tidak tahu
perkataan apa lagi boleh digunakan.

Kini mereka datang semula
menagih simpati bermanis bicara
tanpa segan tanpa malu tanpa secalit rasa berdosa
dan setiap undi yang diberi, seakan merestui
kecurangan ini
satu lagi janji dimungkiri.

Irfan ES, September 2014

Sumber HD - 15-9-2014






































Puisi Usman Awang dan ‘teater atas pokok’

DINSMAN | .
ADA sebuah pokok yang agak besar di belakang surau Madrasah Tarbiyah, Kampung Banda Dalam, Jalan Gombak. (Madrasah Seni). Belum pasti apa namanya, (sebab belum berjumpa dengan orang yang tahu). Pokok biasa sahaja. Hanya saya dan kawan-kawan saya yang jahil mengenai pokok, maka tidak tahu namanya.

Saya pergi melihat lagi pokok itu bersama dengan dua orang kawan yang selalu bersama-sama dengan saya apabila membuat teater.

Sudah lama saya tertarik dengan pokok besar. Sejak muda-muda dulu lagi. Saya melihatnya sebagai suatu tumbuhan yang cantik, teguh, memberi keteduhan kepada makhluk-makhluk di bawahnya, selain tempat untuk burung-burung di ranting dan daun-daunnya, dan ia melambangkan kehijauan alam yang kuat dan dapat bertahan hingga tumbuh menjadi pohon yang besar, tinggi dan cantik.

Kewujudannya sahaja sudah cukup untuk mempesonakan. Duduk di bawah keteduhannya akan memberikan semacam rasa tenang, indah dan damai. Tetapi saya bukan hendak duduk berehat sahaja di bawahnya. Saya mengajak Zali dan Nizam pergi melihatnya kerana hendak berbincang beberapa perkara.

Zali selalu menyediakan lampu dan pencahayaan kepada teater saya. Maka apabila dia melihat pokok besar itu dan saya menceritakan sekurang-kurangnya ada 10 orang akan bergerak ke sana ke mari dengan pelbagai gaya di atas dahan-dahan pokok itu, tahulah dia bahawa lampu yang diperlukan adalah yang besar kuasanya, beberapa buah. Bukan sekadar lampu biasa yang selalu digunakan untuk pencahayaan teater saya selama ini.

Dan paling penting ialah keselamatan para ‘pelakon’ yang akan memanjat pokok itu dan bergerak di atas dahan-dahannya. Tingginya setinggi bangunan dua tingkat. Kalau tergelincir dan jatuh, memang sangat bahaya. Maka perlu ada langkah-langkah keselamatan.

“Skripnya mengenai apa?” Tanya Nizam.

Asasnya ialah dua buah puisi Usman Awang – saya menjelaskan. “Surat Dari Masyarakat Burung Kepada Datuk Bandar” dan “Balada Terbunuhnya Beringin Tua di Pinggir Sebuah Bandaraya.” Mengenai alam sekitar – perlunya dipelihara, dijaga dan dikekalkan.

Pokok besar itu bukan sahaja lambang kepada alam sekitar, tetapi ia juga lambang sesuatu yang perlu dijaga, dipelihara, disayangi, dihormati haknya dan juga kewujudan-kewujudan lain yang sepertinya, yang selama ini wujud bersama-sama dengannya, dalam suatu keharmonian hidup. Di sini ia mungkin melambangkan Kampung Melayu warisan itu sendiri.

Sepuluh orang (atau lebih) yang akan beraksi di atas pokok itu tidak semestinya berlakon membawa watak-watak tertentu. Yang pentingnya mereka membawa pergerakan yang menunjukkan kehidupan. Bahawa mereka hidup – bergerak, bergayut, melompat, berlari, berbuai di atas buaian dan sebagainya. Mungkin menari dan menyanyi juga.

Zali menjadi teruja apabila dia menggambarkan apa-apa yang saya jelaskan itu. “Tengok filem Ong Bak 1?” Tanya saya, dan dia menyambut, “Tengok.”

“Intro filem itu ‘kan orang-orang bergerak di atas pokok dari dahan ke dahan, seperti dalam suatu rekatari yang cantik dan mempesona. Tetapi itu filem, boleh dikoreograf cantik-cantik dan dirakam. Bezanya kita membuat teater, di hadapan penonton.”

“Tak nak shoot video?” Tanya Zali.

Itu kemudian, sampingan – saya menjelaskan. Yang nak kita fikirkan sekarang ini ialah teaternya.

“Orang tak pernah buat lagi teater atas pokok macam ini, ‘kan, Nizam?” Tanya Zali lagi. Dia memang sangat teruja, dan dia meminta kepastian bahawa teater ini mesti dirakamkan dalam video.

“Eh, sayang kalau tak rakam. Habis macam itu sajalah. Bukan senang nak buat lagi.” Zali mahu kepastian.

“Dua buah puisi Usman Awang itu dibaca oleh pelakon-pelakon di atas pokok. Selain puisi itu dibaca?” Nizam ingin mengetahui perjalanan aksi-aksi di atas pokok itu.

Puisi tidak semestinya dibaca di atas pokok. Kita lihat bagaimana keadaannya nanti. Siapa pelakon-pelakonnya. Yang pentingnya sekarang ini saya nak pastikan kita ada sekurang-kurangnya 10 orang yang boleh panjat dan bergerak di atas pokok. Ada atau tidak 10 orang itu? Dan siapa mereka? Apakah mereka tidak takut pada ketinggian?

“Ada dialog lain selain daripada puisi Usman Awang itu?” Nizam bertanya lagi.

“Ya ada beberapa dialog lain. Mesej kita ialah kita menolak pembangunan yang memusnahkan warisan Kampung Melayu. Kita tidak menolak pembangunan. Tetapi pembangunan yang memusnahkan keindahan dan keharmonian hidup – itu kita tolak.”

“Pakaian tak boleh pakai hitam, Bang Din. Tak nampak jelas, sebab malam, dengan bayang lampu lagi. Elok pakai putih atau merah.” Dan Zali juga bertanya: “Ada muzik?”

Tanpa menjawab ada atau tidak, saya bertanya sambil menunjuk ke suatu dahan, “Agak-agak Sani Sudin boleh tak gesek biola dia di atas dahan yang bercabang itu?”

Dan saya teringat pada kumpulan pesilat seramai 40 orang yang akan dibawa oleh Ibrahim Ghaffar pada Himpunan Budayawan 1Muharam itu, bersama dengan muzik gamelan.

Kita akan mulakan teater ini dengan persembahan silat oleh 40 orang pesilat. Mereka akan bersilat di bawah pokok, di sekitar perdu pokok. Dan sambil itu yang akan memanjat pokok pun akan memanjatlah. – HARAKAHDAILY 5/9/2014

Sumber HD - 5-9-2014

Aku Merdeka Tetapi…

IRFAN ES | .

Aku merdeka tetapi aku takut
dengan pelbagai kes bunuh, rompak dan ragut
di negara ini aku gentar berjalan sendiri
menjelang gelap atau di tempat sunyi
aku bimbang membiarkan isteri,
adik-beradik perempuan dan puteriku keseorangan
zaman ini cabul dan rogol sudah jadi kebiasaan.

Aku merdeka tetapi aku gusar
jika dizalimi orang-orang besar
adakah hukum dapat membela?
aku teringat pada seorang wanita
yang dulu dibunuh lalu diletupkan
sampai sekarang kisahnya meninggalkan persoalan
bahkan motif pembunuhan pun belum dijelaskan.

Aku merdeka tetapi aku gelisah
memikirkan hidup yang kian susah
tahun depan cukai baru bakal ditambah
sedang gajiku tidak berubah
harga barangan terus meningkat
hutang dan cagar terus mengikat.

Aku merdeka tetapi khuatir sekali
bumi dan nusa ini suatu hari bukan milikku lagi
tanah dijual kepada pemodal asing
pintu dibuka kepada pekerja asing
seluasnya, sehingga jumlahnya berjuta
senyap-senyap nanti jadi warganegara.

Aku merdeka tetapi aku
terus dipanah resah yang memburu
dari kekurangan integriti dan transparensi
mereka yang menduduki jawatan tertinggi
dan juga dari pudarnya nilai-nilai keluhuran
di kalangan kami rakyat bawahan.

Irfan ES, Ogos 2014

Sumber HD - 28-8-2014









































Putik Kasih II

IDANRADZI | .
Dari ranting kering bertaut embun
tersorok harapan di rimba rimbun
menyelimuti debu rindu penuh keliru
sang kekasih bagaikan pujangga bisu
saling cemburu akan tipuan dunia
sampaikan tidak ketara cinta melata
awak tak pernah faham mahu bicara
tentang janji setia tautan rasa.

Sebarkan resah dalam dedebu murni
sebarkan sepi dalam haruman abadi
serbarkan impi dalam impian hati
sebarkan janji dalam taman sakti.

Alangkah meriahnya jika putik kasih
tumbuh melata di jambangan iman
harum semerbak doa junjungan
saling berbajakan ukhuwah serta aman
tak pernah kenal dendam serta rawan

Putik kasih ini tumbuh di hujung usia
bagaikan sukar berkembang aulia.

IDANRADZI
Kota Bharu, Perak.

Sumber HD - 24-8-2014

Perjalanan kita bersama masih jauh tetapi dekat

. | .
Perjalanan kita bersama masih jauh, tetapi dekat.
Hujung perjalanan yang kita semua tujui adalah
mardhatillah. Nun di dunia satu lagi. Tetapi ajal kita
tiba dulu sebelum dunia satu lagi dibentangkan.

Dalam perjalanan singkat berpenghujungkan
kehidupan yang kekal, terlalu banyak ujian dan tipu
daya yang akan menggoncang jati diri kita, kecuali
yang benar-benar beriman dan bertaqwa.

Andai kata kita terpedaya, kecewalah kita.
Andaikata kita terus istiqamah dan mendahulukan
Redha Allah dalam apa jua keadaan, berjayalah
kita.

Untuk itu kita menempatkan diri dalam jamaa'ah -
untuk dibimbing dan membimbing. Untuk ditongkat
ketika lemah, dibalut ketika luka, dihiburkan ketika
duka, dibangunkan ketika rebah. Aib kita diselimuti
ukhuwah dan kasih sayang. Kekuatan kita sama
dikongsi. Untuk kejayaan perjuangan. Lelah sama
dirasai. Kejayaan sama dirai.

Teluk Kemang Pasir Mendi
Patah hati tiba di kota
Jika iman penuh sekendi
Jujur kiranya ketika bicara
Bersimpuh kita berusrah.

Hati-hati kita diikat
dengan beban dakwah. Doa menjadi penyimpul
antara jiwa-jiwa kita. Yang jauh mendoakan. Yang
dekat bertambah erat.
Jika saya dikira abang, kerana lebih sedikit usia
perjuangan, apakah pesan saya pada kalian?

Saya berpesan dengan pesan Al Qur'an, ada surah
Al Anfal:

وَتَذْهَبَ فَتَفْشَلُواْ تَنَازَعُواْ وَلاَ وَرَسُولَهُ للهَّ وَأَطِيعُواْ
8:46 ) الصَّابِرِينَ مَعَ للهَّ إِنَّ وَاصْبِرُواْ رِيحُكُمْ )


8:46 Dan taatlah kepada Allah dan
Rasul-Nya dan janganlah kamu
berbantah-bantahan, yang menyebabkan
kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu
dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta
orang-orang yang sabar.
Janganlah kita berpecah. Janganlah ditempuh jalan
perpecahan. Nanti hilang kekuatan kita.

Selain itu, bersifat mukminahlah anda semua.

Anda akan memimpin perubahan.

Perubahan yang membawa rahmat yang dinantikan.

Tulisan Datuk Husam Musa menerusi facebooknya.

Sumber HD - 18-8-2014











































Eid-ul-Fitri Pemberani Gaza

HJARIB | .

Ramadan ini
Kau berpuasa selesa
Kau berpuasa gembira
Kau berpuasa aman
Sebulan berbuka sedih
Bersahur hampa
Terawih sambil berlari
Qiamullail berhampar bumi
Tadarus berlatar siren
Kini Syawal menjelma
Tiba masanya berduka
Tiada keluarga hendak diziarahi
Tiada rumah untuk dihiasi
Tiada juadah hendak disaji
Tiada baju raya hendak dibeli
Hanya kain putih yang membaluti
Dek peluru yang menusuk hati
Menyembah bumi sujud abadi
Darah hitam menyimbah bumi
Tubuh berkecai ngeri
Kanak-kanak menjerit sepi
Syahidnya anak bongsu
Si-ibu tua meratapi
Dek tiada lagi yang boleh diganti
Untuk jihad-fi-sabilillah
Wahai pemberani Gaza
Sungguh jasad kita berjauhan
Tetapi kita dekat secara hakiki
Kerana ikatan imani
Dek doa yang tak henti-henti
Derita menggigit satu hati
Jauh hanyalah geografi
Musuh kita sejati
Bersabarlah wahai pemberani Gaza
Eid-ul-fitrimu akan menjelang tiba
Jika tidak di dunia
Di syurga insya-Allah pasti
Bahagia yang abadi

“Eid Mubarak, Taqabbalallahuminna-waminkum”
Teruskan berdoa untuk Gaza

HJARIB
Kubang Kerian
28 Ramadhan 1435
26 Julai 2014

Sumber HD - 26-7-2014

No comments:

Post a Comment