BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Saturday, July 12, 2014

SAHIBUL SAMAHAH PROF MADYA DATO' SERI DR MAZA

Blog Terdahulu - http://pascawangantsr.blogspot.com


Apa Nasib Negara Jika Diperintah Ramasamy?
Posted on Friday, February 16 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38264



KUALA LUMPUR - ‘Kita tidak pasti apakah akan terjadi kepada masa depan keharmonian kaum dan agama jika individu seperti Timbalan Setiausaha DAP mempunyai kedudukan politik yang penting dalam Malaysia."

Mufti Perlis, Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin berkata, keharmonian antara rakyat di negara ini hendaklah dipelihara kerana tersilap langkah negara akan kehilangan segala keamanan yang telah dinikmati selama ini.

Tegas beliau, seluruh rakyat Malaysia termasuk bukan Islam wajib mengukuhkan hubungan antara mereka secara harmoni, santun dan memahami latar sejarah negara ini.

“Kita amat bimbang dengan sikap tegang dan permusuhan yang ditunjukkan oleh sebahagian kalangan rakyat berkaitan isu agama.

“Jangan yang dikejar tidak dapat, yang dikendung berciciran. Ya Allah! Selamat negara ini dari permusuhan antara rakyat tanpa sebab yang benar,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Beliau turut memuat naik gambar Timbalan Setiausaha Agung yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Prof. P.Ramasamy di laman Facebooknya.

Semalam, Mohd. Asri menyatakan rasa syukur kerana pendakwah Islam terkemuka, Dr. Zakir Naik menang semua kes mahkamah di peringkat antarabangsa dan di negara ini.

Tuduhan pengganas keatas beliau turut dinafikan oleh semua mahkamah dan pengadilan di Barat, di negara asalnya dan di Malaysia.

Beliau bagaimanapun mengingatkan kes dihadapi Zakir itu menunjukkan bahawa permusuhan terhadap Islam dan umatnya bukan sesuatu yang tersembunyi lagi.

Justeru, Mohd. Asri menyifatkan pihak yang mendokong Zakir dalam kes itu iaitu Kerajaan Persekutuan Malaysia telah melakukan tugas yang baik serta patut dipuji dan dibela.

“Sementara yang membawa kes Zakir dan semua yang bersekongkol dengan mereka, menzahirkan permusuhan yang jelas terhadap kaum muslimin tanpa alasan yang benar,” kata beliau semalam.

Ramasamy sebelum ini mengecam kehadiran Zakir di Malaysia malah menggelarnya sebagai ‘setan’ dan menuntut kerajaan menghalaunya keluar dari Malaysia.

Menerusi kenyataannya di Facebook, Ramasamy yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang menulis ‘Let us get “Satan” Zakir Naik out of this country!’. – MYNEWSHUB.CC
Sumber TKO - 16-2-2018

Dr. Asri beri peluru kepada UMNO (Najib) dan Penghina Rasulullah s.a.w. (Mahathir) untuk tembak Presiden PAS
Posted on Sunday, December 31 @ 23:37:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37522



PETALING JAYA: Majlis Fatwa Kebangsaan sudah melaksanakan tugasnya apabila mengisytiharkan “Amanat Hadi” sebagai sesat, kata Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin.


Beliau percaya “Amanat Hadi” memainkan peranan membaw kepada tragedi berdarah Peristiwa Memali 1985 dan menyebabkan perpecahan orang Islam di negara ini.

“Amanat itu nyata sekali mengisytiharkan perlembagaan negara ini sebagai kafir dan rakyat harus berjihad terhadap mana-mana orang yang berpegang pada Perlembagaan.

“Kandungan amanat itu, jika ia dilaksanakan, akan menjadi lebih berbahaya daripada kepercayaan pengikut Islam (IS) sekarang,” katanya lapor New Strais Times hari ini.

Komen Asri itu menyusuli ucapan Presiden PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad semalam yang berkata kegagalan mufti menyangkal fatwa ekstrem yang dikeluarkan Hadi membawa kepada tragedi Memali di Kedah.

Dalam tragedi itu, 4 anggota polis dan 13 penyokong seorang guru agama yang rapat dengan PAS, Ibrahim Mahmud, terkorban dalam operasi untuk menahannya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri, selepas beliau dituduh menyebarkan ajaran sesat.

Bekas perdana menteri itu berkata jika mufti mencabar dan menangkis “fatwa” politik itu, tragedi berdarah itu boleh dielakkan.

“Apabila PAS dakwa bahawa orang yang tidak menyertai PAS adalah kafir, kenapakah perlu mufti-mufti tidak membetulkan kenyataan mereka? Mereka berdiam seribu bahasa seolah-olah mereka setuju dengan pendapat PAS,: katanya dalam ucapan penggulungan mesyuarat agung tahunan pertama BPPM.

Dr Mahathir sebelum ini menuduh Hadi sebagai antara punca peristiwa di Memali, dengan merujuk sebahagian teks ucapan Hadi yang disebarkan pada 1980an dan dikenali sebagai “Amanat Hadi”.

Hadi dalam ucapan itu didakwa mengatakan PAS menentang Umno kerana ia mengekalkan perlembagaan penjajah, undang-undang kafir dan peraturan jahiliah.

Amanat itu dituduh sebagai punca orang Melayu berpecah kepada PAS dan Umno sehingga menyebabkan tuduhan kafir-mengkafir, solat 2 imam dan pemulauan aktiviti masyarakat.
NST turut mengambil reaksi Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang berkata sebagai pemimpin agama, mufti tidak mahu terlibat dalam politik.

“Peristiwa itu berlaku berdekad dulu. Apa lagi yang boleh kita katakan? Kita terpaksa terimanya sebagai hukuman dari Tuhan.

“Di samping itu, ini isu politik. Kami (mufti) tidak mahu terlibat kerana kami tidak mahu dituduh tidak berkecuali.”

Hadi hari ini berkata para mufti berdiam diri dalam isu Memali kerana kesan dihimpit campurtangan pentadbiran Dr Mahathir dalam pelbagai institusi negara, termasuk institusi agama.

“Mufti juga hendak dipaksa, daripada mereka bercakap, mereka berdiam diri pada masa itu. Itu lebih selamat,” katanya kepada wartawan di sidang media PAS hari ini.


GS - Dr. Asri ini adalah seorang Mufti yang suka komen terpilih, dia akan komen perkara yang boleh mendatangkan manafaat tapi tak banyak nak sentuh kepincangan kerajaan. Rasa pendapatnya sahaja betul orang lain semuanya salah.

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/
Sumber TKO - 1-1-2018


Talibanisasi dan pesanan penting Sultan Johor, kata salah seorang Mufti Malaysia yang selalu mengangguk penguasa
Posted on Sunday, October 15 @ 00:27:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=35905


Apabila Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dengan bahasa mudah bertitah 'Ini bukan negara Taliban', mungkin ada yang menganggapnya sebagai bahasa biasa yang menggambarkan baginda tidak berkenan dengan isu dobi tersebut.


Sebenarnya istilah talibanisasi telah dipakai dalam kamus antarabangsa bagi merujuk mereka yang bersikap seperti kumpulan Taliban.

Ia satu sikap yang begitu ekslusif, sempit, tidak menghormati hak pihak lain dan tidak mengambil konteks yang betul dalam pegangan agama.

Pada saya, idea mudah yang hendak disampaikan Sultan Johor ialah kita hendaklah mengambil cara yang rasional dan moderat (wasatiyyah) dalam pendekatan Islam yang kita pegang.

Sikap yang terlalu ekslusif dan tidak menghormati hak-hak kaum dan agama lain hanya akan membawa umat Islam jatuh dan musnah seperti Taliban.

Ia bukan sahaja merujuk kepada Taliban secara literal, tetapi termasuk juga golongan yang ingin meniru apa sahaja pendekatan Islam yang jumud dan sempit.

Aliran yang sempit itulah yang dinamakan masyarakat antarabangsa sebagai 'Wahabi'.

Pandangan pengasingan atas nama agama Islam seperti isu dobi, tempat awam, restoran dan selainnya ini jika tidak dibendung, ia akan merebak ke isu-isu lain.

  Akhirnya yang susah bukan orang lain, tetapi kehidupan orang muslim itu sendiri.

Sultan Johor menggunakan istilah Taliban bagi memberi ingatan kepada kita bahawa negara ini memerlukan pendekatan Islam yang moderat dan progresif.

Saya mencadangkan satu pendekatan pengajian Islam yang lebih progresif dan moderat dibuat dalam membentuk kefahaman Islam yang dapat menangani konteks yang dihadapi oleh masyarakat negara ini secara khusus dan dunia secara amnya.
\
Ini akan dapat menghalang pemikiran ekstremis berkembang dalam masyarakat kita, dan mampu membangkitkan semula Islam di persada antarabangsa.

DATUK DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN Mufti Perlis.
Sumber TKO - 15-10-2017

Isu Wanita Islam Bela Anjing, Ini Respon Mufti Perlis
Posted on Tuesday, July 11 @ 09:20:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35659



Isu Wanita Islam Bela Anjing, Ini Respon Mufti Perlis - Beberapa tahun yang lalu, Dr MAZA ada menulis berkaitan anjing dan masyarakat Malaysia. Di sini dinaikkan artikel berkenaan untuk bacaan awam;

Isu Wanita Islam Bela Anjing, Ini Respon Mufti PerlisANJING DAN ISU MASYARAKAT MALAYSIA
Dalam masyarakat yang rencam agama dan budaya, pelbagai perkara sensitive mudah timbul. Di zaman teknologi maklumat, bermacam sudut pandang akan muncul. Sememang inilah realiti masyarakat ‘era baru’ kini yang mempunyai pelbagai dimensi dan perspective baru yang tidak dimiliki oleh generasi yang hidup dalam era yang lepas. Umpamanya apabila isu video anjing yang dikaitkan dengan umat Islam, pelbagai reaksi lahir. Ada yang kata anjing binatang yang dimusuhi oleh Islam. Ada yang kata video itu hina umat Islam. Ada yang kata perbuatan memegang anjing diharamkan oleh Islam. Ada pula yang kata apa salahnya kita membela anjing macam orang lain. Macam-macam lagi yang ditimbulkan. Ada yang berdasar fakta, ada berdasar emosi.

Ramai yang meminta saya mencoretkan sesuatu tentang anjing pada pandangan muslim. Dalam ruang yang terbatas ini, saya ingin sebutkan secara ringkas isu-isu berikut;

Samakan Dengan Anjing

Walaupun manusia mempunyai pelbagai latar budaya dan agama, namun secara umumnya kesemua masyarakat menganggap menyamakan mana-mana individu dan pihak dengan anjing merupakan satu penghinaan. Sekalipun masyarakat Barat ramai yang menganggap ‘a dog is a man’s best friend’ namun jika kita berkata ‘you are like a dog’ ia merupakan satu penghinaan. Jika pun ada yang memahami dengan maksud kesetiaan ataupun loyalty namun ia bermaksud kesetiaan yang membuta tuli.

Al-Quran juga menjadikan anjing sebagai satu perumpamaan yang buruk bagi golongan ulama penjilat dunia yang menjual prinsip kebenaran demi kepentingan diri.
Firman Allah:

وَاتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ الَّذِي آتَيْنَاهُ آيَاتِنَا فَانسَلَخَ مِنْهَا فَأَتْبَعَهُ الشَّيْطَانُ فَكَانَ مِنَ الْغَاوِينَ ﴿١٧٥﴾ وَلَوْ شِئْنَا لَرَفَعْنَاهُ بِهَا وَلَـٰكِنَّهُ أَخْلَدَ إِلَى الْأَرْضِ وَاتَّبَعَ هَوَاهُ ۚ فَمَثَلُهُ كَمَثَلِ الْكَلْبِ إِن تَحْمِلْ عَلَيْهِ يَلْهَثْ أَوْ تَتْرُكْهُ يَلْهَث ۚ ذَّٰلِكَ مَثَلُ الْقَوْمِ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا ۚ فَاقْصُصِ الْقَصَصَ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ ﴿١٧٦﴾

(Maksudnya) “Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat Kami. Kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh syaitan, maka dia dari kalangan yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami angkat kedudukannya dengan (berpegang) ayat-ayat itu, tetapi dia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya, ia menghulurkan lidahnya, dan jika Engkau membiarkannya, ia juga menghulurkan lidahnya. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir (Surah al-’Araf: 175-176).

Jadi, jika masyarakat muslim sensitif apabila mereka ataupun amalan mereka dibandingkan dengan anjing, maka itu memang sepatutnya. Mereka yang membuat apa-apa provokasi dalam hal yang seperti itu memang membuat onar dan ingin menimbul permusuhan dengan masyarakat muslim tanpa sebab. Perbuatan itu merosakkan keharmonian masyarakat di negara ini.
Islam Benci Anjing?

Ada orang bertanya pula, jadi apakah Islam membenci anjing dan melarang muslim berbuat baik kepada binatang berkenaan?

Dalam al-Quran Allah menceritakan tentang anjing yang mengiring para pemuda al-Kahfi dan turut bersama mereka semasa berjuang menghadapi rejim yang zalim pada zaman mereka.
Firman Allah:

وَتَحْسَبُهُمْ أَيْقَاظًا وَهُمْ رُقُودٌ ۚ وَنُقَلِّبُهُمْ ذَاتَ الْيَمِينِ وَذَاتَ الشِّمَالِ ۖ وَكَلْبُهُم بَاسِطٌ ذِرَاعَيْهِ بِالْوَصِيدِ ۚ لَوِ اطَّلَعْتَ عَلَيْهِمْ لَوَلَّيْتَ مِنْهُمْ فِرَارًا وَلَمُلِئْتَ مِنْهُمْ رُعْبًا ﴿١٨﴾

(Maksudnya) “Dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedangkan anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa amat gerun takut kepada mereka.” (Surah al-Kahfi, ayat 18).

Anjing tersebut melambangkan binatang yang bersahabat dengan para pejuang kebenaran. Anjing itu lambang kemuliaan. Sesetengah riwayat yahudi menamakan anjing itu ‘qidmir’.
Sementara dalam hadis pula, Nabi s.a.w bersabda:

غُفِرَ لِامْرَأَةٍ مُومِسَةٍ، مَرَّتْ بِكَلْبٍ عَلَى رَأْسِ رَكِيٍّ يَلْهَثُ، قَالَ: كَادَ يَقْتُلُهُ العَطَشُ، فَنَزَعَتْ خُفَّهَا، فَأَوْثَقَتْهُ بِخِمَارِهَا، فَنَزَعَتْ لَهُ مِنَ المَاءِ، فَغُفِرَ لَهَا بِذَلِكَ

“Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu” (Riwayat al-Bukhari).

Betapa seorang pelacur yang buruk sekalipun diampuni dosanya oleh Allah kerana dengan ikhlas memberikan minum kepada seekor anjing. Bagaimana mungkin untuk kita menganggap bahawa Islam tidak menilai sebagai satu perbuatan yang baik jika muslim memberi makan dan minum kepada anjing?!! Jika ada orang muslim yang memberi makan kepada anjing patutlah dipuji.

Bolehkah muslim memiliki anjing?Dalam al-Quran, Allah menyebut:

يَسْأَلُونَكَ مَاذَا أُحِلَّ لَهُمْ ۖ قُلْ أُحِلَّ لَكُمُ الطَّيِّبَاتُ ۙ وَمَا عَلَّمْتُم مِّنَ الْجَوَارِحِ مُكَلِّبِينَ تُعَلِّمُونَهُنَّ مِمَّا عَلَّمَكُمُ اللَّـهُ ۖ فَكُلُوا مِمَّا أَمْسَكْنَ عَلَيْكُمْ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّـهِ عَلَيْهِ ۖ وَاتَّقُوا اللَّـهَ ۚ إِنَّ اللَّـهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ ﴿٤﴾

(Maksudnya) “Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad): "Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka?" bagi menjawabnya: "Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang baik-baik, dan (buruan ang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu. Kamu mengajar serta melatihnya (adab peraturan berburu) sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu, oleh itu makanlah dari apa yang mereka (binatang-binatang buruan) itu tangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah atasnya (ketika kamu melepaskannya berburu); dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha cepat hitungan hisabNya" (Surah al-Maidah, ayat 4)

Binatang pemburu yang biasa digunakan ialah anjing. Kitab-kitab tafsir seperti Tafsir Ibn Kathir dan selainnya akan menyebut anjing sebagai pemburu utama. Juga perkataan mukallibin dalam ayat ini boleh bermaksud tuan-tuan empunya anjing seperti yang disenarai oleh al-Imam Ibn al-Jauzi (meninggal 597H) dalam Zad al-Masir.

Ertinya, muslim boleh memiliki anjing buruan. Demikian dia boleh memiliki anjing yang menemaninya berjalan atau menjaga keselamatan rumah seperti anjing Ashab al-Kahfi yang disebutkan tadi.

Bolehkah Muslim Memegang Anjing?Ada yang menyatakan haram memegang anjing kerana najis. Dalam kalangan fuqaha ada yang membincangkan larangan memegang najis tanpa sebarang keperluan ataupun faedah. Jika ada keperluan ataupun faedah maka tidak mengapa. Kalau najis haram dipegang dalam semua keadaan, maka haram juga seseorang menyentuh najis dirinya, ataupun anaknya ataupun sesiapa di bawah jagaannya ketika membersihkannya. Haramlah juga mereka yang berkerja yang membabitkan bahan-bahan bernajis seperti mencuci tandas ataupun darah ataupun nanah dan lain-lain.

Begitu juga dengan doctor veterinar. Mengharamkan menyentuh najis secara mutlak adalah kesimpulan hukum yang cetek.

Najis boleh disentuh apabila ada keperluan tetapi hendaklah dibasuh apabila kita hendak beribadat ataupun berurusan dengan masyarakat. Menyentuh anjing yang kering sepakat ulama tidak najis. Menyentuh anjing basah khilaf pendapat dalam kalangan sarjana. Mazhab Syafie agak tegas dalam hal ini. Namun, pendapat-pendapat mazhab lain lebih luas dan mudah. Sebahagian fuqaha hanya membataskan najis anjing itu hanya jilatannya kerana itu sahaja yang disebut dalam hadis:

طَهُورُ إِنَاءِ أَحَدِكُمْ إِذَا وَلَغَ فِيهِ الْكَلْبُ، أَنْ يَغْسِلَهُ سَبْعَ مَرَّاتٍ أُولَاهُنَّ بِالتُّرَابِ

“Pembersihan bekas makanan seseorang kamu apabila anjing menjilat, hendaklah dia membasuh sebanyak tujuh kali. Salah satunya dengan tanah” (Riwayat Muslim).

Memelihara Anjing Dalam RumahAdapun memelihara anjing dalam rumah tanpa sebab adalah tidak digalakkan oleh Islam. Nabi s.a.w bersabda:

مَنْ أَمْسَكَ كَلْبًا، فَإِنَّهُ يَنْقُصُ كُلَّ يَوْمٍ مِنْ عَمَلِهِ قِيرَاطٌ، إِلَّا كَلْبَ حَرْثٍ أَوْ مَاشِيَةٍ

“Sesiapa yang memelihara anjing maka sesungguhnya berkurangan (pahala) amalannya setiap hari sebesar qirat (sebesar Bukit Uhud), kecuali anjing buruan ataupun ternakan (menjaga ternakan)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan hadis ini, maka sekurang-kurangnya memelihara anjing tanpa sebab yang disebutkan berada pada hukum makruh. Ada ulama yang mengharamkan. Namun hadis di atas tidak menyebut dosa, tetapi pengurang pahala sahaja. Maka, hukum makruh dipilih oleh sebahagian fuqaha. Hikmahnya, mungkin atas beberapa sebab yang berkaitan kerohanian dan kemasyarakat.

Islam menyuruh kita mengalukan tetamu. Bukan semua orang suka dengan anjing. Baunya dan juga salakannya boleh menakutkan sesetengah orang. Sesiapa yang pernah pergi ke rumah pemelihara anjing, atau menaiki kenderaan yang ada anjing dia akan tahu baunya yang bukan semua orang dapat bertahan. Salakan anjing dan bulu-bulu di sana-sini bagaikan tidak mengalu-alukan tetamu. Sedangkan Islam agama kemasyarakatan dan hubungan baik antara jiran, saudara-mara dan sahabat handai.

Dari segi keselamatan dan kesihatan juga mempunyai kemerbahayaannya. Gigitan anjing, najis serta jilatannya merbahaya. Banyak research yang telah dibuat tentang hal ini. Apabila Islam cuba mengelakkan bahaya anjing yang dipelihara dalam rumah dengan melarang penganutnya berbuat demikian, bukan itu bererti penindasan terhadap anjing. Betapa banyak binatang yang manusia elakkan dari menghampirinya kerana kemerbahayaannya. Itu semua bukan bererti penindasan atau kekejaman!

Dalam hadis tadi, Nabi s.a.w bersabda: “Apabila anjing menjilat bekas seseorang kamu, maka basuhlah sebanyak tujuh kali. Salah satunya dengan tanah” (Riwayat al-Bukhari).

Untuk mengelakkan jilatan anjing yang sentiasa menjelir lidah, yang dianggap najis dari segi agama dan juga bahaya dari segi scientific maka Islam melarang untuk kita memelihara anjing di dalam rumah tanpa alasan yang diizinkan. - Sehinggit.com

Sumber TKO - 11-7-2017

Asri buang ‘puisi Jumaat’ dari Facebook
Posted on Monday, April 24 @ 14:21:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34670



PETALING JAYA: Mufti Perlis Datuk Asri Zainul Abidin menurunkan “puisi Jumaat” menyelar apa yang dipanggilnya golongan “mempertuhankan lembu” daripada laman Facebook rasminya.

“Puisi” yang dimuatnaik Jumaat lepas mengkritik sebuah kerajaan yang menurutnya “menyembah api dan penganut sati, pembakar wanita janda, di benua sana” dan mempertahankan seorang pendakwah yang tidak dinamakan.

Asri hari ini mempertahankan “puisi” itu tetapi berkata beliau akan bertemu masyarakat India dan menjelaskan keadaan, mungkin minggu ini.

Menurut Asri, orang Hindu tempatan tidak perlu tersinggung kerana “puisi” tersebut menyerang pentadbiran Perdana Menteri India Narendra Modi yang “membiarkan saban hari Muslim dibunuh dengan kejam hanya kerana memakan daging lembu”.

“Bagi yang tidak mempertuhankan lembu di negara ini seperti yang sedang berlaku di India, harap jangan terasa. Puisi itu untuk suasana semasa di India,” kata Asri sebelum ini.


Lembu dianggap suci oleh penganut Hindu, walaupun terdapat kekeliruan sesetengah pihak yang mengatakan binatang itu dianggap tuhan oleh agama Hindu.

Semalam, beberapa kumpulan mewakili kaum Hindu dan India membuat laporan polis terhadap Asri, yang bimbang mufti Perlis dipengaruhi penceramah kontroversi, Zakir Naik.

Mufti Perlis sebelum ini mempertahankan Zakir, yang dikecam beberapa persatuan bukan Islam.
Penduduk tetap sejak 5 tahun lalu itu dikehendaki pihak berkuasa India untuk disoal siasat mengenai dakwaan pengubahan wang haram.

Sumber TKO - 24-4-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Selepas serang PAS, Asri kirim video Qaradawi mengenai hudud
Posted on Wednesday, February 15 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33619



PETALING JAYA: Selepas bertikam lidah dengan pimpinan PAS kerana berbeza pandangan dalam melaksanakan hukum hudud di Malaysia, Mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainul Abidin memuat naik video menampilkan pandangan sarjana Islam terkenal Dr Yusuf al-Qaradawi, mempersoalkan golongan yang memperjuangkan syariah tanpa menghiraukan kepentingan awam.

“Sebelum dilaksanakan hukum hudud, beri makan kepada orang lapar, sediakan pekerjaan kepada penganggur, ajarkan orang yang jahil dan latih pekerja…ini mesti dilakukan sebelum melaksanakan hudud,” kata Qaradawi dalam wawancara dengan Al Jazeera yang dimuat naik ke laman Facebook Asri.

Qaradawi, ulama kelahiran Mesir berpengkalan di Qatar, adalah antara tokoh kontemporari Islam yang menjadi sumber rujukan pelbagai isu semasa dari aspek syariah dan fiqh.

Video bertarikh Januari 2011 itu dimuat naik Asri ketika hangat perang mulut beliau dengan PAS, selepas Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali, menyerangnya kerana mempersoalkan usaha melaksanakan hukum hudud di Malaysia.

Asri ketika berucap pada sebuah forum mengenai hudud Ahad lalu mempertikaikan hujah sesetengah penyokong undang-undang syariah yang menganggap melaksanakan hukum hudud akan menunjukkan keindahan Islam.

Ia menerima jawapan keras daripada Khairuddin, yang mendakwa Asri mengelirukan umat Islam, di samping cuba mengambil pendekatan golongan “liberal” yang menentang pendirian PAS.

Semalam, Asri sekali lagi menyerang pengkritiknya, dan mengingatkan bagaimana agama diperalatkan bagi tujuan politik.

“Ketika anda memenangi beberapa negeri dahulu anda menyatakan hudud bukan keutamaan. Bahkan anda menyatakan ‘selesai masalah pengangguran dulu baru hudud’. Kemudian anda menyatakan sesat, liberal ataupun anti-Islam sesiapa yang mengungkapkan hal yang sama,” tulis Asri dalam kenyataan yang jelas ditujukan kepada PAS.

Dalam video yang dimuat naik hari ini, Qaradawi berkata hudud tidak boleh dilaksanakan selagi masyarakat Islam belum dibangunkan dengan nilai murni di samping lapangan lain.



Sumber TKO - 15-2-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dr Maza Marah Malaysiakini Musuhi Islam Tapi Dia Lupa Dia Guna Berita MK Serang PAS
Posted on Saturday, July 09 @ 08:11:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30950

Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainal Abidin (Dr MAZA) berkata, Lebih buruk lagi apabila Malaysiakini mengaitkan penceramah Dr Zakir Naik dan pelik mengapakah Malaysiakini begitu memusuhi para pendakwah seperti Dr Zakir Naik tanpa alasan yang kukuh.

"Saya rasa perasaan terpendam Malaysiakini ialah kebencian dan rasa permusuhan yang mendalam terhadap Islam itu sendiri" Katanya lagi.

Saya sangat setuju jika Dr Maza sudah tahu bahawa Malaysiakini sangat memusuhi Islam. Saya pernah menulis kakitangan Malaysiakini merayakan kejatuhan PAS di Terengganu. Saya tak pasti Dr Maza serang Malaysiakini kerana DZN sefikrah dengan DM? Atau memang MK memusuhi Islam.

Hanya saya hairan dan terkilan sebelum ini Dr Maza juga menjadikan berita Malaysiakini sebagai rujukan untuk menghentam PAS.

Sebagai satu contoh Dr Maza pernah mengulas kononnya penangguhan hudud dalam pembentukan block ketiga. Berita ini Dr Maza ambil bersumberkan berita daripada Malaysiakini sehingga Tuan Ibrahim Tuan Man membuat komen mengenai berita daripada orang fasik.

"Wahai orang-orang yang beriman ketika datang kepada kalian orang yang fasik dengan membawa suatu berita maka tabayyunlah (carilan kebenaran berita)".(QS. Al Hujurat : 6)
Sebagai Mufti sepatutnya Dr Maza perlu berhati-hati tidak terlalu gelojoh untuk menguarkan kenyataan. Ikut perpatah Melayu, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata-kata buruk padahnya.

Sikap gelojoh Dr Maza ini membantu musuh Islam yang sudah lama mencari kelemahan PAS terutama untuk "membunuh kreator" Presiden PAS.

Saya perhati banyak kali kenyataan-kenyataan kabur dan tidak jelas sumber telah dikeluarkan oleh Dr Maza berkenaan PAS membuatkan ramai orang salah anggap kepada PAS. PAS tidak menolak untuk ditegur atau dikritik tetapi kritikan dan teguran itu mestilah datang daripada sumber yang sahid dan jelas.

Kalau macam ini apa bezanya Dr Maza dengan Malaysiakini?




Sumber TKO - 9-6-2016



-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya Pelik Mengapa Malaysiakini Memusuhi Zakir Naik Dan Islam - Dr Maza

Posted on Friday, July 08 @ 21:59:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah










http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30946


KUALA LUMPUR: Cubaan Malaysiakini memalit imej pengganas terhadap pendakwah bebas Dr Zakir Naik (DZN) dengan imej pengganas disifatkan sebagai jelek dan tidak berasas.

Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainal Abidin (Dr MAZA) berkata, Lebih buruk lagi apabila Malaysiakini mengaitkan penceramah tersebut dengan pemimpin negara yang menyambut kehadirannya ke Malaysia sebelum ini.

"Saya pelik mengapakah Malaysiakini begitu memusuhi para pendakwah seperti DZN tanpa alasan yang kukuh. Saya kurang hairan jika HINDRAF ataupun ASWAJA tidak setuju dengan DZN kerana mereka memang demikian cara mereka.

"Saya rasa perasaan terpendam Malaysiakini ialah kebencian dan rasa permusuhan yang mendalam terhadap Islam itu sendiri.

"Jika benar Malaysiakini itu mewakili hati jiwa pihak yang ingin menukar kerajaan sedia ada, saya rela berdiri teguh memastikan kerajaan yang ada terus berkuasa.

"Itu lebih baik daripada suatu keadaan yang lebih buruk yang akan berlaku," katanya menerusi status Facebooknya, hari ini.

Dr MAZA mengeluarkan kenyataan demikian sebagai respon terhadap artikel Malaysiakini bertajuk 'Pengganas dalam serangan Dhaka Ikut Arahan Zakir Naik'.

Laporan tersebut turut menggunakan imej Dr Zakir bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu lawatan penceramah tersebut ke Malaysia sebelum ini.

Laporan Malaysiakini menyebut bahawa Dr Zakir mendapat pujian Najib serta timbalannya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sungguhpun kehadirannya mendapat tentangan.

Selain itu, lidah rasmi pembangkang itu juga mengaitkan Dr Zakir dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang 'berpelukan dengan Zakir dalam apa yang disifatkan sebagai "perjumpaan bersejarah,' tulis media berkenaan.

Dr MAZA berkata lebih baik mengekalkan kerajaan sedia ada dari mengikut ideologi Malaysiakini untuk mengubah kerajaan lain yang akibatnya akan bertukar kepada kebencian yang dibakar atas permusuhan terhadap satu agama, khususnya Islam.

"Saya akan berdri tegap mempertahankan apa yang ada dari mengubah kepada sesuatu yang saya rasa bersedia memusuhi agama tanpa sebab," tulisnya lagi.
- Malaysian Digest

Sumber TKO - 8-7-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Teguran Untuk Mufti Perlis & Pendakhwah Wahabi

Posted on Saturday, June 25 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah









http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30707

Saudaraku Mufti Perlis & Beberapa pendakhwah Wahabi, 
Terlebih dahulu saya memohon maaf kerana saya pasti Saudara kurang selesa dengan nickname "Wahabi" yang saya viralkan ini.

Saudaraku yang mulia,

Tujuan saya bukan untuk melabel tapi agar senang nak faham yang saya mention direct kepada anda semua.


Saya sebenarnya  segagan dengan tuan mufti & pernah menjadi murid & kawan tuan semasa bekerja di Pulau Pinang.Saya suka mendengar kuliah tuan meskipun ketika itu anak murid tuan tak ramai berbanding ustaz-ustaz lain. Sekiranya tuan banyak mewawarkan Tajdid...Dari kuliah tuan saya pasti tuan mendokong tajdid..Namun itu 15 tahun yang lalu.

Sejak tuan menjadi mufti kali pertama kenyataan tuan saya agak keliru.Namun selepas Tuan berkelana ke Oxford  maaf saya cakap agak berserabut.

Pernahkan Tuan membaca sejarah penubuhan Fakulti Islam di Universiti-universiti barat terutamnya di United Kingdom.Mengapa barat menubuhkan fakulti islam ? Saya juga mengesyorkan Tuan membaca tulisan Professor Amin Al Mishri berkenaan belajar Agama di negara Barat.Perlu Diingat Orang barat bukanlah bodoh menubuhkan fakulti tanpa agenda tertentu.Untuk makluman tuan saya pun pernah menuntut disana tapi bukan dalam bidang agama.Saya kagum dengan professor disana tapi syukur bila bekerjaya saya diberi Allah ruang bertatih menimba ilmu dari tuanguru&maulana jadi saya dapat membeza mana intan mana kaca.

Tuan mufti dan pendakhwah wahabi yang dimuliakan,

Terus terang saya berpendapat bahawa " Wahabi " bukanlah ajaran sesat seperti Syiah.Saya amat menghormati Syeikh Ibnu Tamiyyah,Ibnu Qayyim Al Jauzi,Syeikh Abdel Aziz Baz,Syeikh Al Sumaith,Pak Hamka dan banyak lagi ulamak besar yang sealiran dengan tuan.Pada saya nama-nama besar ini termasuk Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab banyak memberi sumbangan kepada islam.
Namun demikian perkara agak berbeza berlaku di Malaysia, Tuan-tuan banyak mengeluarkan statement yang menyebabkan orang awam confius bahkan kenyataan tuan-tuan yang tergantung seolah menabur api pepecahan di kalangan umat.Banyak isu yang sepatutnya dimuzakarahkan secara tertutup dikalangan orang berilmu diviral kepada orang awam.

Sekiranya anda bijak pasti anda faham realiti semasa dimana kebanyakkan orang awam Malaysia masih lemah dalam ilmu agama dan masih ramai yang belum lulus fardhu Ain.

Saya mengambil contoh isu terbaru kenyataan Tuan Mufti bahawa Parti Bukan Agama ? Setelah saya membaca tulisan tuan mufti, saya dapati kenyataan itu agak tergantung. Banyak permasalahan yang tak disentuh seperti manhaj jemaah islam,wala dsbnya.Apabila Tuan membuat kenyataan tergantung kepelbagaian kesimpulan akan dibuat oleh orang awam.Menyorot isu ini Adakah tuan  consider betapa undi umat islam Malaysia kurang dari 60% .Sepatutnya tuan mengambil inisiatif bermuzakarah dengan pimpinan parti politik untuk mendapat syor-syor yang dapat meningkatkan ruang Islam dimartabatkan melalui medium demokrasi.Mengapa tuan tidak fokuskan memberi targhib agar semua Ahli parlimen islam mengundi RUU 355.Kata Orang Tua kita " Pikiaq pakai Akai Jangan pakai kepala lutut" .

Saudaraku yang mulia,

Kita harus berlapang dada dalam isu khilafiyah namun janganlah rakyat marhein yang kurang ilmu diseret kepada perpecahan. Lontaran pendapat kita perlu direlevan dengan faktor tempatan.Orang-orang alim terdahulu seperti Syeikh Daud Marbawi mereka menulis kitab mengambil kira pelbagai faktor dan di istikarahkan sebelum diajarkan kepada muridnya.Ianya berkembang secara sanad yang teratur.Orang alim tedahulu kurang gemar berceramah atau mengulas kitab dengan panjang lebar namun mereka suka mengarang dan mengajar kitab.Mereka menulis bukan untuk dibayar royalti.Di India saya ambil contoh maulana Zakariya An kandahlawi menulis kitab Fadhail Amal.Bayangkan kalau dia dapat satu kitab RM1 pasti anak cucunya kini jadi jutawan.Fikir-fikirkan siapakah kita berbanding mereka ?

Tuan Mufti Perlis yang mulia,

Nasihat saya, sebagai tuan mufti, tuan mempunyai banyak ruang untuk muzakarah dengan para ulamak & umarak di Malaysia.Carilah jalan agar perpaduan & pengamalan agama meningkat di Malaysia.Janganlah asbab mulut & pena kita lahir Umat Malaysia yang gemar bercakap & berhujah namun solat jemaah dimasjid 5 waktu pun tak mampu dilaksanakan.Kedaan umat Islam di Malaysia hari ni kearah itu ..maaf cakap baik ustart @ baru nak start ...Orang kedah kata sembang deras amal apapun tarak...kita banyak berhujah & berceramah tetapi berapa persen amalan kita bebanding para sahabat rhum.Kita sebagai ustaz terutamanya orang melihat apa yang kita buat compare yg kita cakap  dan kita mudah diviral seantero dunia.Insaflah biarlah yang lepas berlalu pergi kita bina azam baru.
Mudahan Ramadhan yang mulia ini menjadi titik untuk kita  Mengubah diri dan menambah saham dakhwah agar umat ini kembali kepada Sunnah Nabi SAW.Elakkan provokasi tingkatkan kualiti diri sebagai mukmin sejati.

Sahabat Saya ketika Berkhidmat di Nizamuddin Menceritakan satu hari beliau bertanya kepada Maulana Saad AnKandahlawi " Tuan Umat Ini Terpecah 73 puak .Puak manakah yang tergolong sebagai golongan tunggal yang terselamat ? Jawab Maulana mereka adalah Orang ang bersungguh-sungguh mengamalkan sunnah Nabi SAW dan bersunguh-sungguh mendakhwahkan kepada 72 puak lagi.

Sumber TKO - 25-6-2016


Betul Wujud Hadis Nabi Pasal Puak Khawarij Zaman Ali dan Muawiyyah Sepeti Kata Dr Maza??

Posted on Thursday, June 23 @ 23:02:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30693

Saya dengan kuliah Dr Maza di facebook

https://www.facebook.com/ahmadzhafri.mdnoor/videos/1053382551365945/

Dia kata Nabi pernah sebut Khawarij ni solatnya hebat tapi tidak diterima. Dia juga sebut Khawarij Wujud antara Ali dan Muawiyyah. Soalan bila wujud puak khawrij? Setahu saya Khawarij ini selepas Nabi s.a.w. wafat. Adakah Dr Maza emosi dan membuat rujukan tidak betul? Siapa Mahir tolong jelaskan


Saya bukan nak besarkan isu ni tapi malangnya ramai puak parti AMANAH yang besarkan isu ini guna Dr Maza kononnya kutuk PAS.
Sumber TKO - 23-6-2016



Dr Maza kata PAS Bukan Agama, Rupanya Ustaz Harun Taib Dah Lama Jawab Perkara Ini
Posted on Thursday, June 23 @ 22:34:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30691

Dr. Maza ulas sebab kebelakangan ini memang pemimpin PAS dan ahlinya bertindak ibarat PAS itu agama. Siapa yang tidak bersama PAS dikira tidak berada dalam saf perjuangan Islam, siapa sahaja yang mengkritik PAS dianggap mengkritik agama. Katanya PAS BUKAN AGAMA.

"DR MAZA BUKAN ISLAM" (?)

Saat terbaca sahaja kenyataan Dr Maza bertajuk "parti bukan agama", saya sudah mula ketawa. Gelihati bila teringat kisah yang Ayah Chik pernah cerita sebelum ini berkenaan rakan karibnya al-Marhum Tok Guru Ust Haron Taib. Ceritanya berkaitan kehebatan Ustaz Harun yang mampu berbahas dengan guru-gurunya sejak di bangku sekolah lagi.


Nak dijadikan cerita, guru yang mengajar ilmu mantiq kepada Ust Haron masuk Umno. Ketika bertemu dengan Ust Harun, gurunya menggunakan hujah Mantiq untuk mempertikaikan perjuangan beliau dalam PAS. Beliau mengguna kaedah mukaddimah sughro, mukaddimah kubro dan natijah. Kaedah ini banyak diajar dalam ilmu kalam, ilmu akidah aliran khalaf. Ilmu ini juga adalah asas dalam pengajian falsafah moden hari ini.

Mukaddimah sughro contohnya ayat "alam semesta itu berubah". Mukaddimah kubro pula adalah ayat "tiap-tiap yang berubah itu adalah baharu." Maka natijah pula adalah dengan mengambil perkataan pertama dari mukaddimah sughro digabungkan dengan perkataan terakhir dalam mukaddimah kubro. Maka jadilah natijahnya "alam itu adalah baharu".

Lalu Guru kepada Ust Harun mengatakan: "PAS bukan agama. Tiap-tiap yang bukan agama adalah bukan Islam. Maka PAS bukan Islam."

Ust Haron Taib membalas: "Wahai tok guru, bukan semua perkara boleh pakai kaedah Mantiq. Ada juga yang tidak sesuai."

"Macamana kalau saya kata, tok guru bukan agama, tiap-tiap bukan agama itu bukan Islam. Maka adakah tok guru bukan Islam?"

Terus tok gurunya melarikan diri daripada Ust Harun Taib tanpa sebarang kata.

Hakikatnya benar sekali PAS bukan agama dan agama bukan PAS. Tetapi bak kata Ust Khalil Abdul Hadi, walaupun PAS bukan agama tapi PAS adalah parti yang membawa agama. Peranannya umpama masjid. Walaupun masjid bukan agama, tapi masjid adalah bangunan yang melambangkan Islam, yang didirikan syiar Islam di dalamnya.

Kata ayahandanya pula, Tuan Guru Ayah Chik, PAS bukan agama, manusia bukan agama, masjid juga bukan agama. Tetapi masjid didirikan atas tuntutan agama. Maka PAS juga didirikan atas tuntutan agama Islam.

Sebenarnya isu ini sudah lapuk. Dimainkan oleh ustaz-ustaz Umno dan sekutunya sejak sekian lama. Ulama kita juga sentiasa menjawab dengan berbagai uslub. Tak tahulah kenapa Dr Maza ulang balik perkara ini.

Ironinya isu-isu halal haram dalam batas politik kepartian yang menyentuh parti lain seperti keharusan tahaluf dengan parti yang melawan pemerkasaan syariah Islam, meraikan kemenangan 'parti Islam' dengan arak, selfie bersama amoi, hukum pembunuhan mangsa memali, ucapan hudud tiada dalam al-Quran dan seumpamanya tidak pula disebut. Tapi kalau ada saja kaitan dengan PAS, dialah hero paling laju kedepan!

(Alang Ibn Shukrimun)

Sumber TKO - 23-6-2016

Bicara Orang Berilmu Dengan Bicara Orang Yang Rosak Hati Kerana Dendam
Posted on Saturday, May 28 @ 07:15:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Allah telah mengajar kita bila terima berita bertanya kepada yang mengetahui. Membuat andaian dan menerima berita fitnah suatu yang salah. Orang berilmu akan bertanya maklumat yang tepat. Tapi mereka yang jahat rosak hati kerana dengki dan dendam akan membuat pelbagai andaian buruk untuk menjadikan sesuatu yang baik menjadi buruk kepada masyarakat.

 
Sumber TKO - 28-5-2016



Sila hadir, bantah Dr Zakir Naik secara intelek

Posted on Sunday, April 10 @ 12:25:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah




SHAH ALAM – Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyarankan mana-mana pihak yang membantah ceramah pendakwah terkenal, Dr Zakir Naik agar hadir ke ceramah umum itu minggu depan bagi membantahnya secara intelek ketika sesi soal jawab.


Menurut Mohd Asri, Dr Zakir Naik yang terkenal sebagai tokoh perbandingan agama di peringkat antarabangsa itu tidak pernah mengajak ke arah permusuhan agama.

"Saya belum pernah dengar ucapan beliau mengajak kepada permusuhan antara agama. Beliau hanya bercakap tajuk perbandingan antara agama. Bicara beliau bersifat ‘intelectual discourse'.

"Jika Hindraf (Barisan Bertindak Hak Penganut Hindu) ataupun kumpulan yang menamakan diri mereka Aswaja (Ahli Sunnah Wal Jamaah) tidak setuju, mereka mungkin boleh hadir dan bantah secara intelek semasa sesi soal-jawab," katanya melalui kemas kini status di Facebook.

Sebelum ini, Hindraf mendesak kerajaan segera membatalkan program yang melibatkan Dr Zakir Naik termasuk melarangnya memasuki negara ini.

Dr Zakir Naik dijadualkan tiba di Malaysia bulan ini bagi beberapa siri program di Terengganu dan Kuala Lumpur.
Sumber TKO - 10-4-2016



'Tidak Salah Tidak Setuju Orang 'Melayu Jadi Arab', Tapi Peliknya Tidak Pula Kritik Budaya Barat'
Posted on Saturday, March 26 @ 23:18:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



KUALA LUMPUR: Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyatakan Islam tidak menyuruh orang Melayu menjadi Arab mahupun (mengikut budaya) Barat, sebaliknya apa yang disuruh adalah seperti Surah al-Hujurat iaitu 'kenal-mengenal antara satu sama lain'.

Katanya, sudah pasti suruhan itu antaranya adalah bertujuan supaya orang Islam khususnya mengambil manfaat dari budaya yang baik dan menghindari budaya yang tidak baik.

Bagaimanapun, jelas Dr Asri, tidak salah sekiranya sesetengah pihak menyatakan pandangan tentang ketidak setujuan terhadap orang Melayu yang mengikut budaya Arab, namun peliknya tidak pula mengkritik budaya Barat yang menjadi ikutan dalam kalangan masyarakat.

“Isunya bukan Arab ataupun Barat, tapi menilai antara yang positif dan negatif.

“Namun, yang ganjilnya, jika kita tidak pernah pula mengkritik budaya Barat sehingga ia menjadi ikutan bukan sahaja dalam pakaian bahkan tingkah laku kita dalam semua perkara, baik dan buruk.
“Ada orang Melayu yang sudah tiada melayu lagi sekalipun pada upacara 'kemelayuan'.

“Hari diangkat menjadi 'ketua melayu' pun tiada pakaian melayu dan cara melayu. Budaya dan pakaian begitu Barat sekali. Tidak pula kita nilai dengan kritis.

“Tiada salahnya untuk kita kritik budaya yang tidak sesuai dengan identiti baik kita, tapi dengan sikap adil untuk setiap budaya bukan dengan mentaliti yang double-standard,” tulis Dr Asri dalam kemaskini terbaharu di laman Facebooknya.

Dr Asri juga menyatakan bahawa beliau menyedari ada pihak yang mengkritik Melayu yang meniru budaya Arab termasuk dalam penggunaan beberapa istilah seperti iftar (buka puasa), Eid al-Fit (Hari Raya) dan lain-lain.

“Ya, kita pun akui bahawa Islam pun tidak memerintahkan kita mengamalkan budaya atas dasar kearaban Arab. Islam itu bukan agama perkauman Arab.

“Namun perlu disedari bahawa sebahagian perkataan arab itu telah menjadi istilah yang dipakai dalam keilmuan Islam termasuk iftar, haji, masjid, sujud, rukuk dan seumpamanya.

“Tiada salahnya kita menggunakan istilah-istilah ini seperti mana banyak istilah Inggeris kita guna dalam bidang yang lain. Bahkan banyak istilah Arab itu lebih mendekati maksud syarak dalam kerangka istilah ilmu.

“Lebih daripada itu, al-Quran berbahasa Arab yang tidak boleh ditukar ganti dengan bahasa lain.
“Apa yang boleh, sekadar terjemahan maksud ayat-ayat al-Quran bagi yang gagal memahami teks Arabnya yang asal. Namun bacaan al-Quran kekal dalam bahasa Arab. Al-Quran bahasa Arab dan Nabi kita Muhammad s.a.w juga berbahasa Arab,” jelas Dr Asri lagi.

Selain penggunaan istilah dalam bahasa Arab, Dr Asri juga menyatakan bahawa Islam tidak memaksa atau mensyaratkan seseorang Muslim mesti memakai jubah.

“Tapi, tiada salah ataupun ganjil seseorang melayu memakai jubah. Apatah lagi di peringkat dunia, jubah telah sekian lama menjelma sebagai pakaian sarjana.

“Itu sebabnya, hasil dari tamadun ilmu yang umat Islam kembangkan di zaman kegemilangannya, sehingga hari ini, jubah telah menjadi pakaian graduan di seluruh dunia pada hari mereka menerima ijazah,” kata Dr Asri.

Terdahulu, Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar menzahirkan perasaan kurang senang terhadap segelintir masyarakat Melayu yang meminggirkan budaya mereka, selain cuba ‘menjadi seperti orang Arab’.

Sultan Johor bertitah bahawa baginda masih berpegang kepada adat dan tradisi orang Melayu kerana baginda dilahirkan sebagai orang Melayu.

"Jika ada sebahagian daripada anda mahu menjadi orang Arab dan mengamalkan budaya Arab, serta tidak mahu mengikut adat istiadat dan tradisi Melayu kita, itu terpulang kepada anda.

"Saya juga mengalu-alukan anda untuk tinggal di Arab Saudi,” titah baginda dipetik sebagai berkata.
 - mD

Sumber TKO - 26-3-2016


Dr Maza oh Dr. Maza

Posted on Friday, March 18 @ 16:28:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

"Assalamualaikum,,,

Awak tu mufti, satu jawatan yang penting untuk umat Islam, jawatan untuk menjaga peri urusan hidup umat Islam bukannya jawatan yang tangkap muat semua benda yang memenuhi selesa awak dan meminggirkan mana mana maslahah umat yang tidak awak sukai.Itu respon awal saya kepada Dr.Maza apabila membaca apa yang ditulisnya mengenai sebaran berita mengenai hudud yang begitu rancak disensasikan oleh macai macai PAN dan wartawan glamour.Berita yang disebarkan itu terlalu cepat malah sama cepat dengan kenyataan yang dikeluarkan ketika perlancaran blok ketiga oleh TGHH dan Kadir Syeik Fadhil.Kesahihan berita masih belum disahkan, sudah disebarkan secara fasik oleh kumpulan manusia yang tidak pernah bersetuju dengan apa jua yang dilakukan oleh TGHH dan PAS.Dr.Maza ikut sama.

Dr.Maza tidak mungkin lupa dengan ayat quran yang menyuruh kita semua orang beriman supaya menyelidik dulu berita yang disebarkan oleh orang fasik, mencari kesahihan berita itu dulu dan tidak mungkin juga Dr.Maza lupa ayat yang disebut oleh TTIM mengenai setiap berita itu akan perlu masa untuk ditentukan kesahihannya.

Dr.Maza boleh memberi komennya setelah mengesahkan bahawa berita yang diterimanya benar,tetapi kemen yang dibuat secepat kilat sebaik sahaja menerima berita itu yang agak menghairankan. Apatah lagi dibuat oleh seorang yang berjawatan mufti yang sepatutnya menjaga urusan harian umat Islam.komen dr.Maza nampak cantik dan menarik tetapi malangnya bersandar kepada sumber berita yang fasik.

Sepatutnya, kehidupan seorang mufti sentiasa dikawal selia oleh ayat ayat quran, sepatutnya Dr. Maza meneliti dulu, tunggu dulu dan lihat benarkan itu kenyataan yang dikeluarkan oleh TGHH.Bagi pihak saya. saya dapati bahawa TGHH lebih teliti dari Dr. Maza, TGHH tidak akan berkata apa apa sebelum kajian dan penelitian dibuat, tapi Dr. Maza lebih celupar apabila satu satu isu itu memenuhi seleranya, dan sudah tentu isu hudud yang melibatkan penangguhan yang dibuat oleh PAS akan sentiasa memenuhi seleranya.

Jadi apa lagi apabila mendengar berita fasik yang menyebut PAS sudah menangguhkan Hudud kerana nak berblok dengan Ikatan, tanpa fikir panjang Dr. Maza terus mengeluarkan komen.Sehingga TITM membacakan ayat yang sepatutnya diikuti oleh Dr.Maza.

Saya ingin bertanya apakah tujuan Dr. Maza? kalau tujuannya inginkan umat bersatu,rasanya tak perlu tunggu terbentuknya blok ketiga dengan menangguhkan hudud, malah tak perlu tunggu hudud ditangguhkan, Dr Maza sebagai mufti mempunyai ruang dan peluang yang luas untuk merancakkan aktiviti aktiviti kearah pematuhan hamba kepada Khalidnya, merancang semua urusan tarbiyah kearah menjadikan "Tali ALLAH" sebagai mekanisma penyatuan umat.

Dr. Maza tidak langsung menunjukkan kesan kehadirannya sebagai mufti kepada umat, sebaliknya petah menyeru umat yang berbeza fahaman poilitik kepartian untuk bersatu. Satu seruan yang tidak menepati seruan bersatu dengan "Tali ALLAH" sebagaimana  termaktub dalam quran.

Inilah yang amat mengelirukan mengenai Dr.Maza dan setiap apa yang dikomennya mengenai satu satu isu yang menarik minatnya.Apa sebenar minat Dr. Maza? Islam atau apa?

Akhir kata saya ingin menjelaskan kalimah fasik yang saya gunakan dalam artikal ini.Kalimah fasik ini seharusnya lebih difahami oleh Dr.Maza jadi tak perlulah saya perincikannya walaupun nanti mungkin ada yang kurang faham dengannya akan mengutuk saya kerana memggunakannya.

Umumnya, beza antara orang beriman dan fasik ialah, orang beriman tidak terburu buru menyebarkan satu satu berita yang didengarnya sementara orang fasik akan menjadi golongan yang gembira menjadi penyebar berita tersebut.

Sumber TKO - 18-3-2016


Sudahlah, ku hulur salam harmoni buatmu Zamihan - Dr Maza

Posted on Friday, February 19 @ 06:45:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



KUALA LUMPUR - Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin berkata beliau sudah menghulurkan salam harmoni kepada Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja), Zamihan Mat Zin berkaitan isu 'cabar-mencabar untuk berdebat'.

Katanya, oleh itu beliau berharap isu ini sudah terlerai dan fokus utama beliau kini adalah untuk menyatupadukan kembali umat Islam di negara ini, yang mungkin terkesan dengan isu ini.

"Kita akan bazirkan masa orang Islam kerana isu ini akan menjadi polemik jika ia berterusan. Oleh itu sudah-sudahlah, saya pun sudah hulurkan salam harmoni buatnya (Zamihan)," katanya kepada Sinar Harian selepas diskusi  ilmiah, Ektremisme Agama di Malaysia Anjuran Sinar Harian semalam.

Sebelum ini, debat bertajuk Ekstremisma Agama di-Malaysia: Satu Diskusi yang akan disertai kedua-dua tokoh agama itu pada 17 Februari di Dewan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Kuala Lumpur pada jam 9 malam dibatalkan.

Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim menerusi posting akaun Facebooknya.

Mengulas lanjut, Asri berkata semua pihak harus berlapang dada, kerana apa yang penting adalah mengenai kemaslahatan umat Islam yang harus dijaga dan dipelihara.

"Kita harus mengambil sikap yang baik, ambil masa semak balik perbuatan kita," katanya.
Sumber TKO - 19-2-2016



Ini bukan debat pasal qunut, tegas Asri

Posted on Thursday, February 11 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin menegaskan debat antara beliau dengan Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Waljamaah Malaysia (Aswaja), Zamihan Mat Zin bukan berkaitan isu teologi, mahupun mengenai hukum membaca qunut atau mengadakan kenduri arwah.

Sebaliknya, Asri berkata debat berkenaan berkisar mengenai persoalan ekstremisme agama di Malaysia.

“Mungkin sesetengah pihak kurang beri perhatian kepada tajuk diskusi iaitu "Ekstremisme agama di Malaysia: satu perbincangan".

“Ia bukan berkaitan isu teologi ataupun qunut dan kenduri arwah. Ia isu ekstremisme agama di Malaysia, bagaimana ia ditafsirkan,’ kata Asri dalam Facebook beliau hari ini bagi mengulas kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Harussani hari ini dilaporkan sebagai berkata tiada gunanya jika debat berkenaan hanya bertujuan menyalahkan pendapat orang, selain kedua-dua pihak tidak mahu mengaku kalah.

“Pada saya, kalau nak berdebat mesti akhirnya ada kebenaran.

“Imam Syafie pernah tidak baca qunut ketika bersolat di Masjid Imam Hanafi kerana menghormati Imam Hanafi bukan kerana kata Imam itu salah.

Dia (Imam Syafie) tak pernah menyalahkan Imam Hanafi dan begitu juga sebaliknya.

“Kita berguru dengan Imam Syafie, Imam Hambali, Imam Hanafi dan Imam Maliki diiktiraf ilmu pengetahuannya. Sebab itu orang ikut pendapat,” katanya lapor Sinar Harian.

Manakala, Naib Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa juga dilapor mempersoalkan sama ada berbaloi atau tidak pendebatan dua tokoh agamawan itu.

Menurut Mujahid, pendebatan seharusnya membincangkan perkara yang lebih besar seperti isu rasuah dan penyelewengan dalam kalangan pemimpin Islam di negara ini.

Bukan sembang kedai kopi

Sementara itu Sinar Harian melaporkan bahawa Zamihan mencadangkan agar ada resolusi bagi debat antaranya dengan Asri.

Katanya, resolusi itu perlu dibacakan pihak berkuasa agama seperti Pengerusi Majlis Fatwa atau Ketua Pengarah Jakim.
“Jika tiada resolusi, debat hanya tak ubah seperti sembang-sembang kedai kopi sahaja,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau juga mencadangkan debat tersebut tidak melibatkan penjawat awam kerana mereka bukan pemain utama urusan agama di negara ini.

Asri sebelum ini memutuskan beliau bersetuju untuk mengambil bahagian dalam debat dengan Zamihan.

Debat tersebut dianjurkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim dan dijadual berlangsung di Dewan Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya pada 17 Februari ini.

Sumber TKO - 11-2-2016

Wacana Zamihan, Asri ditetap 17 Februari ini

Posted on Tuesday, February 09 @ 16:00:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



SHAH ALAM - Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Waljamaah Malaysia (Aswaja),  Zamihan Mat Zin telah bersetuju untuk menyertai wacana ilmu bersama Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Perkara tersebut disahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim menerusi posting akaun Facebooknya, semalam.

Shahidan turut mengesahkan bahawa wacana tersebut akan diadakan pada 17 Februari ini di Dewan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Kuala Lumpur pada jam 9 malam.

Difahamkan lagi, wacana tersebut turut membawa tajuk Ekstremisma Agama di-Malaysia:Satu Diskusi.

“Saya akan jemput semua pihak yang berwajib. Zamihan dan Mohd Asri boleh menjemput 50 orang bagi pihak masing-masing. Ramai yang memohon untuk hadir bersama.

“Diskusi ini akan membuka ruang kepada umat Islam dan lain-lain pihak untuk memahami agama Islam dengan lebih dekat.. Agama yang mengamalkan kesederhanaan. Saya harap tidak ada mana2 pihak yang cuba menhentikan wacana ini,” katanya.

Sumber TKO - 9-2-2016



Asri kata Shahidan bagi 7 pilihan tarikh kepada Zamihan

Posted on Monday, February 08 @ 16:04:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar



SHAH ALAM - Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, beliau beberapa kali menyertai diskusi 'panas' sebelum ini, tetapi sejak memegang jawatan Mufti Perlis beliau cuba mengelak untuk diskusi seperti itu.

Katanya, penyertaan beliau dalam diskusi panas kurang sesuai selepas beliau memegang jawatan agama.

"Rasa kurang sesuai. Walaupun saya tahu Presiden Aswaja, Zamihan Mat Zin itu sering mencabar saya berdebat, bahkan menyatakan akan datang ke Perlis untuk berdebat. Di zaman teknologi ini rakyat Malaysia boleh menonton sendiri bahasa dan cara beliau.

"Namun, pada 4hb yang lepas, apabila Zamihan membuat cabaran lagi untuk berdebat dengan saya pada bila-bila masa, di mana sahaja, siapa sahaja peserta dan apa sahaja formatnya, saya rasa beliau sudah terlalu melampau mencari perbalahan.

"Beliau juga menyuruh saya letak jawatan mufti jika tewas dengan beliau. Apatah lagi beliau menggunakan tiket Kementerian Dalam Negeri untuk melabel pihak itu dan ini...kebetulan Datuk Seri Shahidan Kassim mengatur satu diskusi antara saya dengan beliau, maka saya membuat keputusan untuk setuju," katanya dalam entri terbaharu di Facebooknya hari ini.

Namun ujarnya, secara tiba tiba Zamihan pula tidak bersetuju. Kononnya ada program dengan banduan pada tarikh berkenaan.

"Saya tertanya; beliau yang sebut dahulu 24 jam, sepatutnya tiada alasan. Tidak bolehkah minta pihak banduan jangan ke mana-mana selepas 10hb untuk program gantian. Saya tidak fikir banduan terlalu sibuk dengan banyak urusan dalam penjara tersebut.

"Sekarang banyak pula syarat-syarat baru termasuk persetujuan pihak berkuasa agama tempatan dan seumpamanya. Saya bertambah hairan," katanya.

Katanya lagi, Shahidan nampaknya memberikan tarikh alternatif yang baru untuk Zamihan pilih iaitu 11, 12, 13, 14, 15, 16 dan 17hb.

"Walaupun sebenarnya pada 13 dan 14 saya dititahkan mengiringi DYTM Raja Muda Perlis (Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail) ke dua buah universiti di Thailand. Pun begitu, memandangkan Zamihan sering menuduh pelbagai pihak dengan isu keganasan ini, maka ingin menyatakan saya bersetuju dengan salah satu tarikh berkenaan.

"Saya akan memohon keuzuran dari DYTM Raja Muda Perlis jika ditakdirkan Zamihan pilih 13 ataupun 14. Apa yang penting, hasrat yang sekian lama beliau canangkan itu, saya tunaikan insha-ALLAH," katanya.

Asri berkata, namun selepas tarikh 17hb berkenaan, jika Zamihan masih tidak mahu, beliau anggap 'tutup kes'.

"Saya akan banyak ke luar negara selepas itu. Saya harap beliau berhentilah mencerca sesama Muslim seperti yang selalu kita saksikan dalam video-videonya. Jika beliau tidak mahu dialog, saya tidak memaksa. Beliau yang sebenarnya memulakan idea ini.

"Marilah kita hidup secara harmoni walaupun kita berbeza. Agama tidak menyuruh kita seragam dalam semua perkara tapi menyuruh kita tahu menguruskan perbezaan," katanya.

Terdahulu Zamihan dan Asri bakal disatukan di atas pentas diskusi bagi berdebat mengenai ekstrimism di Malaysia yang dijadualkan pada Rabu ini, namun mungkin ditunda selepas Zamihan memberitahu pada tarikh itu beliau mempunyai tugasan yang telah ditetapkan lebih awal di Penjara Machang, Kelantan untuk memulihkan penjenayah tegar.

Namun begitu, Zamihan berkata beliau akan berbincang dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri,

Datuk Seri Shahidan Kassim bagi menetapkan tarikh sesuai dalam minggu ketiga bulan Februari.

“Saya tidak pernah gentar untuk berdepan dengan sesiapa pun. Saya janji akan mengemukakan bukti-bukti autentik tentang esktremisme fahaman wahabi, Insya-ALLAH,” kata Zamihan.

Sumber TKO - 8-2-2016


Pendakwah sokong debat Asri-Zamihan diadakan

Posted on Saturday, February 06 @ 07:26:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



SHAH ALAM – Pendakwah terkenal, Syed Abd Kadir Syed Hussin Aljoofre menyokong debat di antara Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin bersama Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jammah(Aswaja), Zamihan Mat Zin diadakan.

Bagaimanapun, beliau berpendapat adalah lebih sesuai sekiranya sesi debat berkenaan dilaksanakan secara tertutup dan dihadiri ilmuwan agama.

“Debat ini lebih sesuai dibuat secara tertutup kerana kita bukannya mencari kemenangan tapi kebenaran.

“Kalau dibuat secara terbuka ia hanya bertujuan untuk menaikkan populariti masing-masing dan bukan untuk mencari kebenaran,”katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

Beliau berkata, sekiranya niat kedua-dua pihak adalah untuk mencari kebenaran, ia akan memberi kebaikan kepada umat Islam khususnya di negara ini.

Tambahnya, isu melibatkan umat adalah terlalu meluas dan sekiranya tidak diuruskan dengan sempurna, ia dibimbangkan akan menimbulkan kekeliruan khususnya kepada golongan muda.
Dalam pada itu, Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din memaklumkan bahawa setiap pihak perlu mengetahui terlebih dahulu tujuan penganjuran debat yang bakal diadakan pada Rabu Depan bagi menggelakkan berlakunya salah faham

Menurutnya, jika dalam sesi berkenaan setiap pihak hanya berdebat untuk mencari kemenangan, ia merupakan satu tindakan yang sia-sia memandangkan tiada istilah berkenaan dalam isu keagamaan.
“Kalau sekadar semata-mata nak nyatakan pendapat, tak perlu debat. Benda Khilaf ini takkan selesai kerana melalui debat mereka hanya nyatakan pandangan masing-masing,”katanya. - SH

Sumber TKO - 6-2-2016




Zamihan setuju hadir, tazkirah banduan dapat diganti

Posted on Saturday, February 06 @ 07:24:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



SHAH ALAM - Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Maza) bersyukur Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Waljamaah Malaysia (Aswaja),  Zamihan Mat Zin dapat menghadirkan diri dalam program debat bersama beliau pada 10 Februari ini.

Beliau berkata, Zamihan telah menyatakan persetujuan untuk hadir dan menangguhkan program motivasinya kepada banduan pada tarikah tersebut.

“Urusan Presiden Pertubuhan Aswaja,  Zamihan Mat Zin di Machang untuk memberikan motivasi kepada banduan Insya-ALLAH dapat diganti. Banduan rasanya Insya ALLAH tidak begitu sibuk dan tidak ke mana-mana.

“Alhamdulillah saya difahamkan bahawa pihak Zamihan telah bersetuju hadir. Tazkirah untuk banduan itu boleh dibuat hari sebelum ataupun selepas (hari debat) memandang beliau sendiri yang mencabar dengan menyatakan bila-bila masa, di mana-mana, apa-apa topik, sesiapapun peserta dan apapun format,” katanya menerusi posting Facebook hari ini.

Kelmarin, Zamihan dilaporkan tidak keberatan untuk mengambil tindakan undang-undang sivil dan mengadakan perdebatan dengan Dr Maza sekiranya Mufti Perlis itu terus mengaitkan dirinya dengan elemen pro syiah, ekstemis takfir dan sesat.

Beliau berkata, dakwaan Mohd Asri yang menuduh dirinya pro syiah, ekstremis takfir dan sesat merupakan tuduhan yang amat berat yang menjejaskan kredibilitinya.

Melihat keadaan kian meruncing, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim menerusi sebuah posting di Facebooknya hari ini mencadangkan keduanya hadir dalam satu program wacana bagi menjelaskan dan menjernihkan keadaan.

Dr Maza menerusi Facebooknya hari ini mengakui telah menerima surat jemputan rasmi berhubung wacana tersebut.

Memetik posting terbaharu Dr Maza, beliau telahpun menempah tiket pesawat pada tarikh wacana tersebut diadakan.

Wacana dirancang berlangsung pada Rabu depan di Auditorium ICU, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya yang akan menampilkan Pengarang Astro Awani, Nazri Kahar sebagai moderator. - SH

Sumber HD - 6-2-2016

Mufti sahut debat dengan Zamihan, harap siaran langsung
Posted on Friday, February 05 @ 14:48:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Saling serang menyerang, kias berkias, Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyahut cabaran ustaz kontroversi Zamihan Mat Zin untuk berdebat dalam isu ekstemisme agama di negara ini.

Asri dalam Facebook beliau berkata sedia berdebat secara terbuka dengan presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Waljamaah Malaysia (ASWAJA) itu dan berharap ia disiarkan langsung di TV dan Internet.


“Alhamdulillah saya sudah menerima jemputan dan beliau juga sudah menerima. Saya harap disiarkan secara langsung oleh stesen TV ataupun Internet.

“Dirakam agar semua pihak dapat menontonnya. Insya-Allah moga ada kebaikan,” tulis bekas felo di pusat pengajian tinggi terkemuka dunia Universiti Oxford itu.

Debat dirancang berlangsung pada Rabu depan di Auditorium ICU, Jabatan Perdana Menteri,
Putrajaya yang akan menampilkan Pengarang Astro Awani, Nazri Kahar sebagai moderator.

Dalam surat jemputan daripada setiausaha Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim, objektif penganjurannya dikatakan bertujuan menolak budaya label melabel dan menggalakkan perbincangan ilmiah.

Selain itu, ia bertujuan membersihkan salah faham termasuk menerangkan perkara sebenar agar tindakan selepas ini bukan berdasarkan sangkaan buruk.

Undangan itu dibuat setelah Zamihan, yang juga seorang pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Facebook belum sebelum ini menyatakan kesediaannya berdebat dengan Asri.

“Saya juga bersedia 24 jam untuk berdebat secara ilmiah dengan beliau atas apa saja topik sekalipun.

Beliau boleh memilih mana-mana tajuk berkaitan, lokasi, peserta dan format.

“Saya tidak pernah gentar untuk berhujah dengan mufti sepertinya. jika tewas, beliau perlu meletak jawatan sebagai seorang mufti dan berhenti memfitnah saya,” tulis Zamihan di Facebook.
Malaysiakini sedang cuba menghubungi Zamihan bagi mendapatkan reaksinya.

Zamihan dalam video-video dikongsi di Internet didakwa menyerang Asri yang dikaitkan dengan aliran Wahabi dan keganasan.

Asri menafikan perkara itu dan menyifatkan Wahabi sebagai sebuah istilah "misteri".

Beliau malah berikrar menentangnya jika Wahabi bermaksud “fanatik, rigid, keras, tidak boleh berunding dan seumpamanya”.

Zamihan pada 2010 mencetuskan kontroversi selepas didakwa mengaitkan beberapa tokoh tempatan, termasuk Asri, dengan Wahabi dan pengganas Jemaah Islamiah (JI).

Sumber TKO - 5-2-2016



Mufti Perlis Kecam Pihak Berkuasa Agama Johor
Posted on Wednesday, February 03 @ 06:47:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



KANGAR – Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menuduh pihak berkuasa agama Islam Johor terlibat dalam fitnah ke atas beliau apabila menyenaraikannya sebagai individu yang “mengelirukan” dan melarangnya daripada berceramah di negeri itu.

Beliau menuduh Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) termakan fitnah Presiden Persatuan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswaja), Zamihan Mat Zin Al-Ghari yang juga Penolong Setiausaha Kanan Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Kementerian Dalam Negeri (KDN) ke atas dirinya.

Antara bentuk pengeliruan yang didakwa dilakukan Mohd. Asri ialah memfitnah institusi mufti dan memperlekehkan ulama bermazhab Syafie.

“Maklumat daripada individu ini diambil oleh sesetengah pihak untuk memfitnah orang lain. Wajarkah pihak KDN menggunakan individu yang seperti ini,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook beliau hari ini.

Mohd. Asri yang sering menimbulkan kontroversi dalam isu akidah Islam memuat naik satu video ceramah agama Zamihan di laman Facebooknya yang mendakwa Mohd. Asri pernah menyatakan menziarahi kubur pada Hari Raya Aidilfitri merupakan satu perbuatan bidaah.

Video berdurasi kira-kira dua minit itu disusuli rakaman khutbah Mohd. Asri yang menyebut amalan menziarahi kubur semasa Hari Raya Aidilfitri tidak digalakkan oleh Islam kerana merosakkan suasana kegembiraan walaupun tidak menyatakan secara langsung ia satu amalan itu satu bidaah.

Mufti Perlis sebelum ini pernah menuduh Zamihan sebagai seorang pelampau agama kerana mudah mengkafirkan, menyesat dan mencerca individu lain.

Sementara itu, menjawab soalan dikemukan sebuah media propembangkang, Mohd. Asri mendakwa tindakan yang dilakukan oleh MAIJ ke atasnya sebagai memalukan.

“Ia adalah satu fitnah. Saya mencabar pihak pemfitnah itu membuktikannya. Saya rasa, mereka patut disaman fitnah,” katanya. – mynewshub.cc

Sumber TKO - 3-2-2016


Saya tak pernah sokong kumpulan G25 – Dr Maza

Posted on Monday, December 21 @ 21:29:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



PETALING JAYA: Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menafikan dakwaan beliau menyokong kumpulan pesara kerajaan Melayu (G25).

Menurutnya dakwaan tidak berasas itu dibuat oleh golongan Syiah Saqqaf dan Ahbash walaupun beliau sudah beberapa kali menyatakan ketidaksetujuannya terhadap kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh G25.

“Saya sendiri mengkritik terus kepada pihak mereka dalam beberapa isu termasuk sikap tidak professional apabila anggota mereka mendedahkan perjumpaan tertutup mereka dengan ‘beberapa tokoh politik yang mereka temui’.

“Itu tidak menggambarkan mereka sebagai kelompok professional. Saya telah nyatakan hal ini langsung kepada mereka.

“Juga anggapan salah seorang mereka bahawa minum arak sesuatu yang tidak perlu dibesarkan bahkan itu sesuatu yang normal. Itu juga tidak wajar,” tulis Dr Asri yang juga dikenali dengan panggilan Dr Maza dalam laman Facebook miliknya.

Malah, beliau juga menyatakan, isu khalwat bukan sesuatu yang baru diketengah olehnya malah beliau mengulas itu itu sejak 2007 lagi.

Jelasnya, kenyataan sebelum ini menyebut bahawa tidak boleh mana-mana pihak sewenang-wenangnya mengintip privasi orang lain dalam maksiat peribadi.

“Saya mengkritik pihak yang pihak sibuk mencari maksiat tertutup tapi membiarkan maksiat terbuka di atas pentas hiburan, rasuah, mungkir janji kepada rakyat, suami pukul isteri, suami tidak bayar nafkah isteri dan banyak lagi.

“Walaupun pelbagai aduan diangkat, hal-hal itu banyak yang didiamkan oleh pihak tertentu. Saya menyatakan bahawa perlu ada garis panduan yang kemas dan patuh prinsip syariah dalam operasi mencegah zina.

“Operasi boleh tetapi dengan syarat yang kemas dan benar-benar memelihara prinsip menjaga dosa tertutup.

Perbuatan mengupah intipan ataupun membawa wartawan adalah menyanggahi syariat. Saya telah tulis artikel mengenai hal itu sejak 2008. Pihak Ahbash sengaja menwujudkan pembohongan dan pihak G25 salah andaian,” ujarnya. - FMT

Sumber TKO - 21-12-2015


Jumud Kitab Dan Kegilaan Akidah

Posted on Thursday, December 03 @ 08:51:36 MYT by paktam

Oleh Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Dalam sejarah Islam, terdapat banyak perbalahan dalam kalangan para sarjana yang membawa kepada menghukum individu sarjana lain dengan kafir dan sesat. Kita sepatutnya tidak menyambung segala krisis yang berlaku pada zaman yang lalu.
Sekarang di Malaysia apabila muncul kelompok Ahbash yang menggunakan jenama Ahlus Sunnah wal Jamaah beraliran Ashairah, mereka ini mengkafirkan Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim dan jalur salafi yang beraliran Hanabilah (Hanbali).



Pelampau Ahbash ini mendakwa itulah pegangan Ahlus Sunnah aliran Ashairah. Di sebelah pihak salafi, muncul sekelompok golongan dari jalur keras seperti Madkhali yang menyesatkan Ashairah dan semua aliran sufi secara pukal. Maka, dunia Islam yang penuh dengan pepecahan ditambah dengan isu kafir-mengkafir dan sesat menyesat.

Sejarah Ihya

Jika kita hendak menelan bulat-bulat apa yang ulama dahulu hukum antara satu sama lain, maka sudah pasti sukar kita mendapat manfaat dari semua pihak. Umpamanya, pada zaman al-Imam al-Ghazali (meninggal 505H), Kerajaan Andalus di bawah pimpinan Ali bin Yusuf bin Tashfin (meninggal 537H) yang terkenal sebagai pemerintah yang sangat soleh yang memuliakan ulama fekah telah mengharamkan kitab Ihya ‘Ulum al-Din karangan al-Imam al-Ghazali. Bahkan kitab Ihya dibakar dengan arahan pemerintah secara rasmi di hadapan Masjid Cordova (Qurtubah). Ali bin Yusuf sangat cintakan ulama dan tidak akan mengambil tindakan melainkan dengan arahan ulama. Tokoh ulama ketika itu yang berpengaruh ialah al-Qadi Ibn Hamdin yang menjadi kadi besar Cordova masa itu. (lihat: Muhammad Abd Allah al-Misri, Daulat al-Islam fi al-Andalus, 3/78. Kaherah: Maktab al-Khaniji)

Para ulama Andalus bermazhab Maliki dan beraliran Ashairah dari segi ilmu kalam. Merekalah yang telah menggesa pemerintah yang soleh itu mengharamkan kitab Ihya ‘Ulum al-Din bahkan kitab itu diarahkan agar dibakar di seluruh Andalus dan Maghribi (Morocco). Mereka mendakwa kitab itu sesat dalam pelbagai isu termasuk dikatakan isu roh yang dibahaskan oleh al-Ghazali.

Jika kita lihat tindakan ulama Andalus ketika itu, tiada kaitan sama sekali dengan aliran Hanbali ataupun al-Imam Ibn Taimiyyah (meninggal 728H) yang muncul hampir dua ratus tahu kemudian.
Menarik selepas berakhir zaman tersebut, kitab Ihya mendapat tempatnya di Andalus. Apatahlagi anak murid al-Ghazali yang terbilang iaitu al-Qadi Abu Bakr ibn al-‘Arabi (meninggal 543H) di sana.

Ibn Jauzi

Demikian jika kita lihat tokoh yang sering dirujuk oleh aliran salafi iaitu al-Imam Ibn Jauzi (597H).

Beliau bukan al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H) yang merupakan anak murid al-Imam Ibn Taimiyyah. Beliau lebih awal dari mereka. Beliau dari segi fekah dari aliran Hanabilah (Hanbali). Tulisannya mengkritik golongan sufi sering digunakan dalam aliran salafi. Antara buku beliau yang terkenal Talbis Iblis. Dalam buku tersebut beliau mengkritik golongan sufi habis-habisan. Antara kenyataannya

“Kemudian datang Abu Hamid al-Ghazali menulis untuk golongan sufi kitab al-Ihya’ berdasarkan pegangan mereka. Dia memenuhi bukunya dengan hadis-hadis yang batil yang dia tidak tahu kebatilannya”. (Ibn Jauzi, Talbis Iblis, m.s. 190, Beirut : Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).
Namun dalam akidah, Ibn Jauzi tidak sealiran dengan aliran Hanbali yang tidak mentakwilkan ayat-ayat sifat. Ibn Jauzi mengikut jalan takwil yang diambil oleh aliran Ashairah. Beliau menganggap tafsiran seperti yang dipertahankan oleh Ibn Taimiyyah yang datang seratus tahun selepas beliau itu sebagai satu kesalahan. Namun, oleh kerana Ibn Taimiyyah belum wujud, beliau mengkritik tokoh lain di zaman itu. Beliau mengkritik tokoh besar hadis dalam Mazhab Malik di Andalus iaitu al-Imam Ibn ‘Abd al-Barr (meninggal 463H) yang merupakan ilmuwan agung di Andalus dan pengarang kitab yang terbilang iaitu al-Tamhid yang mensyarahkan Kitab Muwatta al-Imam Malik bin Anas.

Kata al-Imam Ibn Jauzi :

“Aku hairan dengan puak-puak yang mendakwa berilmu tapi cenderung kepada tasybih (menyamakan Allah) dengan cara memahami hadis-hadis secara zahir. Jika mereka sekadar membacanya sahaja seperti mana dalam asalnya, maka itu selamat…tapi puak-puak ini pendek ilmu mereka. Mereka kata memahami hadis tidak secara zahir itu merupakan ta’til (memandulkan sifat Allah). Jika mereka itu fahami keluasan bahasa tentu mereka tidak sangka begitu”. Kemudian beliau menyebut: “Aku sungguh hairan dengan seorang lelaki Andalus yang dipanggil Ibn ‘Abd al-Barr yang menulis kitab al-Tamhid. Dia menyebut hadis Allah turun ke langit, lalu dia berkata: “Ini menunjukkan bahwa Allah itu di atas Arasy, jika tidak masakan ada erti bagi perkataan turun”. Kenyataan ini satu kejahilan dalam mengenali Allah Azza wa jalla”. (Soid al-Khatir, 99. Damsyik: Dar al-Qalam).

Jika kita lihat, Ibn ‘Abd al-Barr bukan dari aliran Hanabilah bahkan jauh sekali untuk terpengaruh dengan Ibn Taimiyyah yang lahir dua ratus tahun kemudian. Beliau dari aliran ahli hadis yang bermazhab Malik bin Anas. Sementara Ibn Jauzi dari aliran Hanbali. Namun, perbezaan seperti itu berlaku.

Jadi, soal perbezaan bukan sahaja soal aliran yang seseorang dikaitkan dengannya, tetapi cara dan keputusan fikiran yang diambil. Di Malaysia, ramai yangmendakwa dari aliran Mazhab al-Syafi’i padahal banyak keputusan yang diambil itu tidak mewakili apa yang termaktub dalam kitab al-Imam al-Syafi’i ataupun tokoh-tokoh utama mazhab al-Syafi’i.
Tidak Selamat

Jika kita ambil kira hukuman ulama antara satu sama lain dalam perkara ijtihad, pasti tiada yang selamat.

Al-Imam al-Bukhari (194-256H) atau namanya Muhammad bin Ismail yang agung dalam hadis itu, semasa hayat dituduh menganut ajaran Muktaziah dan sesat, bahkan dikafirkan. Beliau terpaksa keluar meninggalkan negerinya Naisabur. Tuduhan bahawa beliau menyatakan al-Quran makhluk bukan sahaja mempengaruhi orang awam, bahkan mempengaruhi tokoh-tokoh ilmuwan hadis besar pada itu seperti Abu Hatim dan Abu Zur’ah.

Tuduhan ini datang dari gurunya sendiri Muhammad bin Yahya al-Zuhli. Apabila beliau berpindah ke Bukhara, beliau disambut hebat oleh penduduk negeri berkenaan. Malangnya, tokoh ilmuan yang hasad kepadanya itu menulis surat pula kepada Gabenor Bukhara: “Lelaki ini menonjolkan diri menyanggahi sunnah Nabi”.

Lalu al-Imam al-Bukhari dikeluarkan dari Bukhara. Menariknya, apabila ditanya al-Imam al-Bukhari tentang ujian itu, beliau menyatakan: “aku tidak peduli selagi agamaku selamat”. Kemudian sebahagian penduduk Samarkand menjemputnya ke negeri mereka. Namun berlaku perbalahan dan fitnah di kalangan penduduk, ada yang setuju beliau datang, ada yang membantah. Akhirnya bersetuju menerima kedatangan beliau, tapi ketika beliau menaiki kenderaannya itu menuju ke sana, beliau meninggal sebelum sempat ke Samarkand.

Demikian kisah sedih akibat hasad dengki yang menimpa seorang imam yang agung al-Imam al-Bukhari (lihat: al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala, 12/453-464, Beirut: Dar al-Fikr). Hidupnya dibuang orang, namun matinya tetap terbilang. Hari ini apabila orang membaca hadis, nama beliau disebut dan kekukuhan riwayat beliau dalam ‘Sahih al-Bukhari’ diakui oleh sekelian sarjana. Akidah al-Bukhari diakui sebagai akidah yang sahih dan benar, ilmunya diiktiraf dan jasanya dikenang. Namun siapa yang membaca sejarah perit perjuangan ilmu, tidaklah sangka demikian nasib yang menimpanya.

Kita mungkin boleh mengkritik, tetapi janganlah ‘copy and paste’ tulisan silam untuk menghukum pihak lain yang kita mungkin tidak memahami latar keadaan yang dilaluinya. Masalah ijtihad, sekalipun dalam akidah boleh terjadi dan mungkin berlaku kesilapan. Isu ayat sifat umpamanya ialah isu ijtihad yang terdedah kepada persepsi yang pelbagai. Jika orang menyesatkan dan mengkafirkan Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim dan mereka yang sealiran dengan itu kerana tidak takwil maka kena juga menyesatkan al-Imam Ibn ‘Abd al-Barr dan ramai lagi sebelum Ibn Taimiyyah yang mengambil pendirian yang sama. Maka, akhirnya kita bukan mengambil manfaat dari para ulama, sebaliknya asyik menyesatkan dan mengkafirkan si fulan dan si fulan seperti kelompok Ahbash tadi yang memakai gelaran Ahlus Sunnah wal Jamaah di Malaysia. Seakan mereka sahaja Ahlus Sunnah dan orang lain semuanya dalam neraka. Demikian kelompok segelintir kelompok yang sibuk menyesatkan semua yang tidak salafi dengan panggilan ikhwani, sufi, qaradawi dan lain-lain.
Padahal sifat kemaafan Allah terlalu luas. Ia merentasi apa yang difikirkan oleh akal insan yang cetek. Lebih dari segala kesilapan ijtihad, dalam hadis sahih riwayat al-Bukhari menceritakan Allah mengampuni kekufuran disebabkan kejahilan: Daripada Abu Hurairah r.a daripada Nabi s.a.w, sabda baginda:

“Dahulu ada seorang lelaki yang kecewa terhadap dirinya. Ketika dia hampir mati, dia berkata kepada anak-anaknya: “Jika aku mati kamu semua bakarlah aku, hancur debukan aku kemudian jadikan aku ditiup angin. Demi Allah! Jika tuhanku dapat menangkapku nescaya DIA akan mengazabku dengan azab yang DIA tidak pernah azab sesiapa pun”. Apabila dia mati, hasratnya dilakukan kepadanya. Maka Allah memerintahkan bumi: “Himpunkan dia”. Maka bumi lakukannya lalu dia pun berdiri (dibangkitkan). Allah berkata: “Apakah yang menyebabkan engkau lakukan tindakanmu itu?”. Dia menjawab: “Wahai Tuhanku, kerana takutkan Engkau”. Maka Allah pun mengampunkannya.

Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah (meninggal 728H) dalam karyanya al-Istiqamah mengulas hadis ini dengan menyebut:

“Lelaki ini percaya bahawa Allah tidak mempu menghimpunkannya jika dia berbuat demikian ataupun dia syak bahawa Allah tidak membangkitkannya. Kedua-dua iktikad ini kufur yang dihukum kafir sesiapa yang telah tertegak hujah untuknya (sampai kepadanya penerangan yang mencukupi). Namun lelaki ini jahil mengenai hal itu dan tidak sampai kepadanya ilmu yang mengeluarkannya dari kejahilannya. Pun begitu dia ada iman kepada Allah, suruhan dan laranganNYA, janji nikmat dan azabNYA maka dia takutkan balasannya maka dia pun diampunkan disebabkan ketakutannya itu”.

Ibn Taimiyyah menambah lebih dalam lagi:

“Maka sesiapa dalam kalangan ahli iman kepada Allah, rasulNYA, Hari Akhirat serta beramal soleh yang tersilap dalam sebahagian masalah akidah sudah pasti tidak lebih buruk dari lelaki tadi. Allah akan mengampuni kesilapannya (ahli iman tersebut), DIA akan mengazabkannya jika ada kecuaian dalam menuruti kebenaran dengan kadar pegangan agamanya. Adapun mengkafirkan individu yang diketahui imannya hanya semata kerana kesilapan tersebut maka itu satu kesalahan yang besar”. (Ibn Taimiyyah, al-Istiqamah, 1l168, Madinah Munawwarah: Univ al-Imam Sa’ud)

Sumber DD - 3-12-2015

Vape vs Rokok - Dr MAZA

Posted on Monday, November 02 @ 15:28:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh Dr MAZA
Ramai bertanya tentang vape. Di sini ada beberapa perkara yang ingin saya sentuh;

1. Menghisap vape pada asasnya bukan amalan yang baik, kerana ia mungkin mempunyai risiko yang tidak baik untuk kesihatan.

2. Sehingga setakat ini belum ada kajian yang putus tentang kesan vape, maka hukuman sehingga ke tahap 'haram' perlu menunggu kajian yang diyakini yang membuktikan mudaratnya.

3. Adalah menghairankan apabila ada pihak yang bertegas keras tentang vape tetapi tidak bertegas tentang pengharaman rokok. Lebih pelik lagi pada masa kini, apabila isu pengharaman rokok bagaikan dilupakan sedangkan fatwa tentang pengharamannya jelas dan hampir sepakat, sementara dalam masa yang sama hanya vape yang 'kelihatan' haram.

4. Kesan zahir vape di sudut bau busuk mulut, tidak seperti rokok yang jelas busuk yang menyebabkan penghisap rokok itu dilarang hadir berjamaah di masjid kerana bau busuknya. Demikian ketika pergaulan. Di sudut itu, vape lebih baik dibandingkan rokok yang busuk dan mudarat.

5. Rokok juga memudaratkan orang yang ada di sekeliling yang terhidu asapnya. Maka, dosa perokok boleh berlipat ganda atas sebab itu. Demikian perbuatan merokok telah merosakkan banyak harta awam. Ini dapat kita lihat kesan api rokok di tandas-tandas awam dan selainnya. Hal ini mungkin tidak terdapat pada penghisap vape.

6. Penentuan hukum vape sangat bergantung kepada kajian yang pasti pakar kesihatan, bukan sekadar fatwa ahli agama semata.

Facebook 
Sumber TKO - 2-11-2015


Tidak boleh mempercayai berita tanpa penyelidikan

Posted on Monday, September 28 @ 09:11:41 MYT by paktam


Oleh DrMAZA.com


..orang yang buruk akhlaknya itu terzahir pada perkataannya..samada lisan ataupun tulisan..dia cenderung memaki hamun, menggunakan bahasa yang kesat dan hodoh terhadap orang lain..orang seperti ini sebenarnya seorang fasik ataupun ahli pembuat dosa..al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w pernah hadir dalam suatu majlis orang Ansar.

Padanya ada seorang lelaki yang terkenal dengan suka memaki hamun.

Nabi s.a.w pun bersabda: “Memaki orang muslim itu perbuatan fasik dan memeranginya perbuatan kufur”

Maka, penceritaan atau berita yang dibawa oleh orang fasik seperti ini tidak boleh kita percayai, sebaliknya kita kena selidiki terlebih dahulu..firman Allah dalam Surah al-Hujurat:

(maksud) Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan"

..antara orang fasik zaman internet ini ialah mereka yang suka mencerca dan memaki hamun orang lain di dunia maya dengan perkataan-perkataan yang keji dan buruk..sesiapa yang berbuat demikian maka zahir padanya kefasikan..kita tidak boleh mempercayai berita golongan ini tanpa penyelidikan

Sumber DD - 28-9-2015

Menempat Hakikat Tawakkal

Posted on Thursday, September 10 @ 11:24:41 MYT by paktam

Oleh Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Jika kita sentiasa memohon pertolongan dan pilihan Allah dalam tindakan kita, Allah tidak akan meninggalkan kita. Dengan bertawakkal kepada Allah, peristiwa-peristiwa yang kita lalui dalam hidup akan dapat kita lihat satu susunan yang indah dan penuh hikmah.

Ada peristiwa yang mungkin kita kehairanan apakah rahsia di sebaliknya, namun apabila kita sedar bahawa Allah tidak akan meninggalkan kita jika kita sentiasa bergantungan kepadaNYA, maka kita yakin di sana ada kurniaan dan kebaikan.

Hidup ini menjadi pemandangan yang indah apabila kita menggabungkan segala anasir kehidupan. Indahnya sungai dengan ada pohon-pohon yang melambai. Indahnya air dengan dikelilingi oleh tebing yang cantik.

Awan, angin, air, kemanusiaan, hijauan, haiwan akan menjadi indah dan permai apabila digabungkan. Ia mungkin hodoh apabila dipisahkan sendirian. Maka lihatlah episod-episod kehidupan secara gabungan bukan secara terpisah.

Pagi-pagi, dengan zikir dan tawakkal kita memulakan kehidupan. Kita tahu bahawa tiada daya dan upaya dalam kehidupan ini melainkan dengan pertolongan Allah.

Tawakkal menjadikan kita yakin dengan penyudahan jalan cerita bagi setiap episod yang kita lalui. Lantas kita merasai lazatnya tawakkal dan manisnya hidup.

Cumanya, apa yang insan sering gagal bukan menyebut perkataan tawakkal, tetapi bagaimanakah menempatkan hakikat tawakkal itu dalam jiwa yang melayakkan datangnya pertolongan Allah.

Sumber DD - 10-9-2015

Bukan Kurang Jubah , Tapi Kurang Amanah

Posted on Monday, September 07 @ 08:54:45 MYT by paktam

Oleh Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Negara-negara umat Islam hari ini tidak kekurangan jubah dan serban. Tidak juga kekurangan mereka yang bercakap agama dan berlagak ‘beragama’. Tidak pula kekurangan mereka yang berzikir kuat di khalayak ramai dengan pelbagai lagu dan dendangan. Tidak juga kekurangan penceramah yang pelbagai style lawak jenaka dan seloka sehingga ceramah agama menjadi ‘new entertainment’ dalam mencari pasaran pendengar dan ‘pembayar’.


Tidak pula kita kekurangan orang-orang politik yang cuba menempelkan diri dengan agama.

Sama ada menjadi penaja kepada program-program agama yang membolehkan mereka mendapat political mileage, ataupun mereka sendiri melafazkan kalimah-kalimah yang berunsur agama bagi memboleh rakyat lebih mempercayai mereka. Tidak kurang juga program-program agama yang dirasmikan oleh orang politik yang ‘tidaklah beragama sangat’. Di samping terdapat juga yang memang ikhlas melibatkan diri dalam semua itu.

KEKURANGAN

Kita tidak kurang kesemua itu. Apa yang menjadi kekurangan kita ialah penghayatan sebenar kepada hakikat agama Islam yang diturunkan Allah untuk manusia. Kita sering mempamirkan agama ini dalam bentuk upacara-upacara yang direka dan diadakan oleh pihak-pihak yang mempunyai agenda yang tersendiri seperti upacara berteriak tangis zikir di khalayak ramai bagi memukau orang ramai agar begitu terpengaruh kepada tokoh-tokoh dan mempercayai mereka sebagai ‘orang-orang Tuhan’.
Orang politik juga boleh menumpang sekaki supaya kelihatan mereka manusia yang mendapat ‘blessing’ dari orang-orang Tuhan itu. Dalam masa yang sama kita melupai inti-pati ajaran Islam seperti amanah dalam pengurusan harta awam ataupun kepimpinan negara.

Maka jangan hairan jika setiap negara Islam ada mufti dan pelbagai jawatan agama yang lain, ada pelbagai upacara agama, ataupun ‘agama yang diupacarakan’, malangnya dalam masa yang sama index rasuah, pengalahgunaan kuasa, salah tadbir urus juga cukup tinggi. Rakyat ramai yang tertipu dan terdiam kerana mata mereka terlindung oleh jubah-jubah tokoh agama, telinga mereka tersumbat oleh degungan doa yang dibaca memuja dan memuji penguasa samada menteri, presiden, raja ataupun sultan sekalipun mereka itu mencemari segala amanah yang Allah tanggungkan atas bahu mereka.

Saya hairan bagaimana ada rakyat di negeri ‘entah berentah’ yang memuji sultannya melangit tinggi bagaikan wali Tuhan kerana isteri sultan berkenaan bertudung. Dalam masa yang sama mereka melupai bagaimana sang sultan itu sedang membina istana yang harga berbilion dari wang rakyat jelata. Kehebatan seorang sultan, raja, presiden, perdana menteri dan seumpamanya bukan kerena berjubah ataupun berserban, isteri bertudung, pergi ke masjid dan segala amalan peribadi yang lain. Itu adalah tanggungjawab setiap muslim tanpa mengira siapa pun dia, rakyat ataupun raja.

Namun kehebatan seorang penguasa apabila dia amanah terhadap jawatan dan harta negara yang berada di bawah kawalannya. Itulah perkara yang tidak dapat dibuat oleh rakyat, hanya mampu dibuat oleh yang berkuasa kerana dia memegang tampok kuasa.

KHIANAT

Jika mereka tidak amanah, sekalipun memakai pelbagai gelaran agama, ataupun dipagari oleh jubah-jubah agama, mereka tetap pengkhianat. Dalam hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim, seorang yang menyertai misi jihad bersama Rasulullah s.a.w telah dibunuh. Orang ramai mengucapkan tahniah kerana beliau telah mati syahid (martyrdom). Namun Nabi s.a.w menyebut: “Tidak! Sesungguhnya selendang dari harta rampasan perang yang dia ambil pada hari Peperangan Khaibar tanpa pembahagian (yang betul) sedang menyalakan api neraka ke atasnya”.

Betapa, seorang mati semasa berjuang bersama Nabi s.a.w tetap Allah hukum kerana telah mengambil harta awam dengan cara yang salah. Itu sehelai selendang, bagaimanakah pula jutaan, bahkan ratusan juta harta awam?!

Maka sebahagian Negara Barat, walaupun mereka tiada paderi negara yang bertaraf jusa, tiada upacara doa mingguan memuja penguasa tapi apabila mereka amanah, maka negara mereka lebih teratur dan baik urus tadbirnya dibandingkan negara-negara umat Islam. Ini kerana di Barat, samada secara ‘terpaksa’ ataupun terbudaya dalam system yang mereka bina dan pakai, mereka memegang kepada prinsip pentadbiran yang terpenting iaitu amanah. Kita pula sibuk dengan upacara-upacara agama yang sebahagian itu tidak pernah diamalkan oleh Nabi s.a.w dan para sahabah pun, tapi dalam masa yang sama kita melupai inti ataupun essence kepada ajaran Islam ini, iaitu amanah dalam pentadbiran.

Justeru itu al-Quran sebelum mendatangkan ayat yang memerintah taat kepada penguasa, didatangkan terlebih dahulu ayat yang memerintahkan amanah diberikan kepada yang layak dan penguasa yang diberikan amanah itu hendaklah memerintah dengan adil. Maka Allah terlebih dahulu menyebut:(maksudnya) Sesungguhnya Allah menyuruh kamu memberikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum dalam kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil.

Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha mendengar lagi Maha melihat". (Surah al-Nisa: 58).

Selepas itu barulah diikuti dengan firmanNYA: (maksudnya) " Wahai mereka yang beriman!

Taatilah Allah dan taatilah Rasul dan uli al-Amr (pemimpin) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berselisih pendapat maka kembalilah kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (Sunnah), jika kamu benar beriman dengan Allah dan hari akhirat. Yang demikian itu yang paling utama dan paling baik akibatnya" (Surah al-Nisa' 59).

Al-Imam al-Qurtubi menyebut riwayat daripada khalifah Ali bin Abi Talib r.a bahawa beliau menyebut: "Tanggungjawab imam (pemerintah) adalah memerintah dengan adil dan menunaikan amanah. Apabila dia menjalankan tanggungjawab sedemikian maka wajib ke atas muslimin mentaatinya. Ini kerana Allah menyuruh agar ditunaikan amanah dan melaksanakan keadilan kemudian diperintahkan agar rakyat mentaatinya (pemerintah)" (Al-Qurtubi, al-Jami' li Ahkam al-Quran, 5/259, Beirut: Dar al-Fikr).

Amanah adalah isu utama kegagalan good governance ataupun urus tadbir yang baik dalam dunia umat Islam hari ini. Di samping soal ‘al-quwwah’ ataupun keupayaan sebagai pentadbir yang baik.
Kebanyakan Negara Islam bukannya miskin. Banyak hasilnya, tetapi diuruskan oleh yang tidak amanah dan tidak berkemampuan, maka lemah dan rosaklah negara.

KESAN

Seringkali mimbar-mimbar Jumaat dan ceramah agama menyebut nama ‘Umar bin al-Khattab, khalifah kedua yang sangat hebat. Apa yang kita teladani daripadanya?! Pada tahun 17 dan 18 Hijrah telah berlaku kemarau teruk di Madinah. Rakyat menjadi susah. Ibn Jarir al-Tabari meriwayatkan bahawa ‘Umar bin al-Khattab tidak memakan pada tahun berkenaan lemak haiwan, susu dan daging sehingga orang ramai dapat memakannya. Barangan makanan berkurangan di pasar. Pada suatu hari pekerjanya dapat membeli untuknya lemak dan susu namun dengan harga yang agak tinggi. ‘Umar enggan makan bahkan berkata: “Engkau telah menyebabkan lemak dan susu menjadi mahal, sedekahkan keduanya, aku bencikan pembaziran. Bagaimana aku dapat memahami keadaan rakyat jika tidak mengenaiku apa yang mengenai mereka?”. (Al-Tabari, 2/358, Beirut: Dar al-Fikr).

‘Umar ilmuwan besar yang menjadi rujukan dalam Islam. Beliau tidak berkata: ‘kenaikan harga barang merupakan takdir Allah, bersyukur dan berterima kasih kepada penguasa’. Beliau juga tidak membuat fatwa dungu yang menyatakan ‘subsidi tiada dalam Islam’. Sebaliknya beliau dengan penuh amanah dan tanggungjawab di hadapan Allah menghadapi keadaan tersebut.

Kita perlu membetulkan asas kefahaman kita tentang agama. Bukti kesan ajaran Islam bukan pada fesyen pakaian, ataupun hiasan doa upacara yang gaji pembacanya dibayar atau dendangan lagu agama atas pentas yang dihadiri oleh mereka berpangkat dan jawatan. Tetapi kesannya terhasil akidah yang bersih, ibadah yang sahih dan nilai etika yang luhur yang diamalkan oleh para penguasa dan diikuti oleh rakyat jelata. Dalam konteks politik dunia Islam, perlukan manusia-manusia yang amanah untuk memerintah, bukan sekadar berjubah atau berdamping dengan yang berjubah tapi tidak amanah terhadap harta negara dan rakyat.

Sumber DD - 7-9-2015


Jangan 'Main Ceduk' Apa Saja Ke Bakul Agama

Posted on Saturday, September 05 @ 12:29:12 MYT by tokdalang

Oleh Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Menjadi satu masalah yang besar apabila penceramah ataupun penulis mengutip semua cerita yang dia jumpa dalam buku tanpa mampu menilai kemunasabahannya. Bagi mereka yang tidak memahami disiplin ilmu, menganggap setiap yang ada dalam kitab itu sahih. Seketika kita dengar ada pihak mempopularkan cerita memanggil arwah di Telaga Barahut (Barahut atau disebut juga Burhut seperti yang dinyatakan dalam Lisan al-‘Arab).JANGAN ‘MAIN CEDUK’ APA SAJA KE BAKUL AGAMA


Kononnya, ada orang memanggil roh dari telaga berkenaan untuk mengetahui di mana hartanya di simpan oleh kawannya sebelum dia meninggal. Mungkin niatnya ikhlas, tapi cerita itu tak berasas dan ‘kartun’ sekalipun disebut dalam beberapa kitab.

Sahih

Walaupun asas nama Telaga Barahut itu disebut dalam hadis yang thabit riwayat al-Tabarani dan selainnya sebagai seburuk-buruk telaga, namun cerita si fulan memanggil roh kawannya dari telaga itu tiada asas yang sabit. Mudah untuk difahami seperti cerita Nabi Khidir. Kisah itu ada dalam al-Quran dalam Surah al-Kahf. Nama Khidir itu pula disebut dalam Sahih al-Bukhari. Namun cerita dalam Hikayat Melayu Lama bahawa Hang Tuah bertemu Khidir tiada asas yang boleh dipercayai.

Menggunakan kewujudan cerita itu dalam al-Quran dan as-Sunnah sebagai dalil untuk membenarkan cerita yang direka kemudian adalah satu kaedah yang tertolak dan tidak boleh diterima sama sekali. Cerita yang datang kemudian, jika pun hendak diterima, hendaklah dinilai dari segi keselarasan dengan dengan al-Quran dan as-Sunnah serta lojik yang kukuh.

Menjadikan alasan ia wujud dalam sesebuah kitab (dalam Bahasa Melayu kitab bermaksud buku) bukan alasan yang diterima di sisi ahli riwayat. Kewujudan sesebuah cerita dalam sesebuah kitab tidak menjadi bukti kesahihannya. Bahkan, banyak riwayat dalam kitab-kitab terdahulu yang tidak sahih. Dalam kitab-kitab tafsir ada pelbagai riwayat Israiliyyat yang pelik-pelik. Tidak boleh semuanya dipercayai. Ada disiplin ilmu yang mesti diikuti sebelum memetik kisah-kisah itu. Benar seperti kata Dr.Yusuf al-Qaradawi:

"Sesungguhnya antara yang mencemarkan warisan ilmu kita, terutamanya di medan tafsir ialah meresapnya Israiliyyat, dan sukar pula untuk dibersihkan”. Katanya juga: “Seakan-akan Yahudi ketika tentera mereka tewas di hadapan dakwah Islam di Madinah, Khaibar dan selainnya, maka mereka cuba menghadapi Islam dengan senjata yang lain sebagai ganti kepada kekalahan mereka.

Demikian itu ialah senjata peperangan pemikiran. Lalu mereka memasukkan riwayat israiliyyat yang pelik-pelik. Dalam kecuaian, maka tidak sampai sekejap, lalu israiliyyat telah mencekik kitab-kitab kaum muslimin”.( Al-Qaradawi, Thaqafah al-Da`iyyah, 41, Beirut: Muassasah al-Risalah).

Palsu

Dalam kitab-kitab hadis banyak hadis yang palsu. Para ulama hadis menyuruh kita menyemak sanad dan matan sebelum sesuatu hadis diterima. Bahkan para sarjana hadis telah bertungkus-lumus melakukan klasifikasi hadis bagi membezakan yang sabit dari selainnya. Kata al-Imam Ibn al-Salah ( meninggal 643H): “Ada beberapa golongan yang membuat hadis palsu, yang paling bahaya ialah puak yang menyandarkan diri mereka kepada zuhud (golongan sufi). Mereka ini membuat hadis palsu dengan dakwaan untuk mendapatkan pahala. Maka orang ramai pun menerima pendustaan mereka atas thiqah (kepercayaan) dan kecenderungan kepada mereka. Kemudian bangkitlah tokoh-tokoh hadis mendedahkan keburukan mereka ini dan menghapuskannya. AlhamdulilLah”.( Ibn al-Salah, `Ulum al-Hadith, m.s. 99, Beirut: Dar al-Fikr al-Mu`asir)

Dalam membaca bahan sejarah juga demikian. Bukan semua yang ada dalam buku sejarah itu boleh dipetik tanpa menyemak sanad dan matannya. Empunya kitab sejarah terbesar al-Imam al-Tabari (meninggal 310) sendiri mengingatkan hal ini pada mukadimah kitabnya: “Apa yang terkandung di dalam kitabku ini tentang sebahagian kisah orang yang terdahulu; antara berita tersebut ada yang menyebabkan pembacanya merasa pelik atau pendengarnya merasa jelik. Ini kerana dia tidak dapat menerimanya sebagai sesuatu yang benar atau sesuatu yang hakikat. Maka hendaklah dia mengetahui bahawa berita-berita tersebut bukan datang daripadaku, tetapi ia datang daripada orang yang menyampaikannya kepadaku. Aku telah meriwayatkannya seperti yang disampaikan kepadaku”.(Al-Tabari, Tarikh al-Tabari, 1/8. Beirut: Rawai’ al-Turath al-‘Arabi).

Saya petik kata-kata Syeikh Dr Salah ‘Abd al-Fattah al-Khalidi dalam membahaskan manhaj sejarawan Islam terutamanya al-Tabari: “Para ahli sejarah Islam telah menulis himpunan riwayat yang begitu banyak dalam penulisan mereka. Mereka mencampuradukkan antara yang sahih dengan yang palsu lagi dusta. Mereka tidak mengasingkan apa yang sahih daripada yang sebaliknya. Mereka juga tidak mentakhrijkan riwayat tersebut dan tidak pula menjelaskan kedudukan perawinya. Namun begitu mereka meriwayatkan riwayat-riwayat tersebut secara bersanad. Mereka juga menyebut perawi-perawi bagi setiap sanad. Selain itu, mereka juga menyebut bagi sesuatu kejadian itu, berbagai-bagai riwayat yang berulang-ulang, bercanggah dan bertentangan antara satu dengan yang lain. Ini bukanlah bererti kehendak mereka adalah untuk berpegang, mempercayai dan menerima kandungannya, tetapi yang menjadi tujuan mereka ialah menunaikan amanah ilmu. Inilah faktor yang menyebabkan mereka mencatat dan menulis setiap berita yang sampai kepada mereka sama ada riwayat itu benar, dusta, betul atau salah”. (Salah ‘Abd al-Fattah al-Khalidi, Qabasat Tarikhiyyah, hlm. 7)

Malangnya apabila kedangkalan disiplin ini tidak dikuasai, ada yang menceduk apa sahaja yang dia jumpa tanpa menghayati disiplin dalam periwayatan.

Lojik

Perkara yang tidak lojik dan menyanggah akal waras tidak mungkin hendak dikaitkan dengan Islam.

Inilah yang kita ulang apa yang disebut oleh sesetengah sarjana hadis: Apabila engkau melihat sesebuah hadith menyanggahi logik, menyalahi manqul (al-Quran) dan bertentangan dengan usul-usul Islam, maka ketahui ianya hadith yang palsu (Al-Sayuti, Tadrib al-Rawi, m.s. 182, Beirut: Dar al-Fikr).

Ilmuwan al-Azhar sendiri, Dr. al-Syeikh Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah juga menyebut:

“Sepertimana para ulama hadis mengambil berat berhubung analisa kritis terhadap sanad yang merupakan analisa kritis luaran, mereka juga membuat analisa kritis terhadap matan (textual criticism) iaitu analisa kritis dalaman. Ini terbukti dengan mereka menjadikan salah satu tanda-tanda hadis palsu ialah percanggahannya dengan al-`aql (akal), atau al-musyahadah (apa yang disaksi di alam kenyataan), atau al-hiss (apa yang dikesan oleh pancaindera) sedangkan ia tidak mampu untuk ditakwilkan dengan takwilan yang hampir dan mungkin (untuk diselaraskan). Dalam banyak keadaan mereka maksudkan ialah percanggahan dengan al-Quran, atau al-Sunnah yang masyhur lagi sahih, atau sejarah yang diketahui, sedangkan ia tidak mampu untuk ditaufiqkan (diharmonikan). (Abu Syahbah, Difa’ an al-Sunnah, m.s. 31. Kaherah: Maktabah al-Sunnah)

Buku-buku memang banyak. Pun begitu, mensahihkan sesuatu perlukan kaedah yang betul. Bukan salah untuk mengutip cerita-cerita yang lemah sekadar iktibar, tapi hendaklah jangan disandarkan kepada agama Allah yang maha mulia ini. Jangan pula cerita itu menjatuhkan mertabat Islam sebagai agama yang rasional dan penuh dengan alasan yang munasabah bagi setiap perkara nanti orang bersalah sangka kepada agama.

Kisah-kisah pengajaran orang soleh dan para wali boleh dipetik tapi pasti ia seiras dengan nas-nas al-Quran dan as-Sunnah. Juga agama tidak mungkin membawa sesuatu yang tidak dapat disaksikan kebenarannya oleh akal yang waras. Jangan kita main ceduk semua benda dan masukkan ke dalam bakul agama.

Sumber DD - 5-9-2015


Ini KATA-KATA Dr MAZA Yang Buat DS Nazri Aziz TERKEDU !!
Posted on Monday, August 17 @ 06:34:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

"

Saya dimaklumkan bahawa pelajar-pelajar Malaysia di luar negara seperti Jordan terpaksa menangguhkan pengajian kerana tidak berkemampuan disebabkan kejatuhan matawang.

Mereka pelajar persendirian yang menanggung akibat dari krisis ekonomi negara.
Simpati kepada rakyat marhaen yang tiada siapa akan menderma kepada mereka dengan derma yang banyak. Harap pihak zakat dan pihak yang mampu membantu. Semoga Allah membuka jalan kepada mereka untuk meneruskan pengajian mereka.

Berakalkah sesiapa yang menyatakan kejatuhan matawang sesuatu yang baik untuk rakyat?!!

Ini pulak antara komen.. [Baca artikel selanjut..]




Sumber TKO - 16-8-2015

Pemberian kerana kedudukan adalah rasuah

Posted on Wednesday, August 05 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



SHAH ALAM -  "Jumlah ataupun nilai pemberian yang luar biasa kepada seorang penguasa ataupun pegawai yang pasti tidak diberikan jika tidak kerana kedudukannya, maka itu pasti rasuah," kata Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin di laman Facebooknya, hari ini.

Menurutnya, seseorang penguasa atau pegawai atau petugas hendaklah merenung dirinya, pemberian yang diberikan kepadanya itu mempunyai kaitan dengan jawatan yang dipegangnya atau tidak.

"Jika ada kaitan yang akan mempengaruhi tindakannya atau akan mengganggu keadilan atau amanahnya, maka itu adalah rasuah. Kesan itu sama ada secara langsung atau secara tidak langsung,” katanya.

Beliau berkata, jika pemberian itu atas dasar sahabat dan kenalan, ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa, dan tiada ruang untuk penyalahgunaan kuasa maka ia dinamakan hadiah.

“Ini seperti kita memberikan hadiah kepada sahabat kita sekalipun dia seorang pegawai besar dalam sesuatu urusan.

"Namun pemberian itu bukan kerana kedudukan atau untuk penyalahgunaan kuasa, maka itu dianggap hadiah," katanya lagi.

Dalam perkongsian yang sama, Mohd Asri juga menyertakan sebuah hadis yang bermaksud;

“Apa jadi dengan pegawai yang kita utuskan, kemudian pulang dan berkata: “Ini bahagian kamu, ini bahagian aku. Silakan dia duduk di rumah ayah dan ibunya, lalu tunggu adakah akan diberikan hadiah kepadanya atau tidak?! Demi Allah, dia (pegawai berkenaan) tidak mengambil sesuatu melainkan pada Hari Kiamat nanti dia akan menanggung pemberian itu atas tengkoknya.” (Riwayat al-Bukhari) 
Sumber TKO - 5-8-2015


Hodohnya politik mencagar rumahtangga - Dr Asri
Posted on Sunday, July 26 @ 08:59:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Pas mengariskan panduan bagaimana lafaz ikrar baiah yang perlu dilakukan untuk menjaga keharmonian gerakan Islam dengan mengikat ahlinya untuk memberi komitmen kepada Islam selaras tuntutan jihad.

Malangnya ada lafaz telah ditokok tambah dengan talak 3 isteri seperti 2 kes pernah berlaku di Selangor.



Dulu heboh pasal baiah taklid cerai isteri bagi calon PAS. Baiah calon PAS dalam pilihan raya umum  tidak melibatkan lafaz menceraikan isteri, tetapi melibatkan "sumpah setia laknat" bagi mengelakkan risiko lompat parti. Kenyataan ini pernah dikeluarkan oleh setiausaha agung PAS masa itu Datuk Mustafa Ali November 2009 lalu.

Cikgu Pa berkata baiah tersebut digunapakai di setiap negeri selewat-lewatnya sejak pilihan raya umum 1974 lagi apabila beliau sendiri kali pertama bertanding mewakili PAS telah berbaiah. (gambar di atas Cikgu Pa menunjukkan contoh baiah Presiden PAS Tuan Guru Haji ABdul Hadi)

Mustafa Ali berkata lafaz bai'ah tersebut berbunyi:"Wallahi, wabillahi, watallahi, bahawa saya (nama calon) yang diamanahkan oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk bertanding bagi (nama pilihan raya dan kerusi) bersumpah dengan nama Allah, sama ada saya menang atau saya kalah dalam pilihan raya ini, saya tidak akan mengkhianati parti dan perjuangan parti ini. "Jika saya mengkhianati parti dan perjuangan parti ini, maka saya akan dilaknati Allah, para malaikat dan sekalian para pelaknat.
Semasa sidang media November 2009 Cikgu Pa menafi wujud baiah talak tiga isteri, tetapi beliau berkata tak tahu jika ada yang menambahnya. Walaupun terdapat lafaz sedemikian yang digunapakai, PAS juga mengenal pasti terdapat juga "dua kes terpencil" di Selangor yang menggunakah kandungan bai'ah yang berbeza katanya pada sidang tersebut.

Menurutnya, satu kes tersebut melibatkan ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad yang mengakui memasukkan lafaz cerai taklik dalam bai'ahnya bagi mengukuhkan pendiriannya supaya tidak mengkhianati parti.

Mustafa bagaimanapun enggan mendedahkan seorang lagi pemimpin PAS di Selangor yang terlibat menggunakan bai'ah tersebut yang didakwanya berlaku di luar pengetahuan pemimpin atasan PAS.Ditanya sama ada PAS akan mengambil tindakan disiplin terhadap Khalid kerana mengamalkan bai'ah yang berbeza, Mustafa berkata: "Saya sudah peringatkan. Apa yang telah berlaku itu, lain kali jangan buat lagilah."

(rujuk artikel : http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=25046 )
Sikap Khalid Samad yang membuat keputusan sendiri dalam banyak perkara menyebab kesannya PAS dipersalahkan sekarang.

Malaysiakini menyiarkan:-

Politik kepartian boleh menjadi begitu hodoh jika cagaran untuk kemenangan sesebuah kumpulan itu adalah rumahtangga.

Mufti Perlis, Datuk Seri Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, berpolitik sepatutnya dibangunkan untuk membina masyarakat dan negara yang lebih baik.


Dengan 'mainan' politik kepartian, kata bekas pensyarah Universiti Sains Malaysia itu, seseorang isteri kononnya boleh tertalak tiga gara-gara tindakan si suami.

"Justeru, teraniayalah isteri dan anak-anak di rumah hanya kerana perbuatan si suami dalam parti," katanya.

Kenyataan umum itu dibuat Mohd Asri dipercayai mengulas polemik antara kumpulan dalam PAS ketika ini yang berselisih pendapat mengenai bai'ah dilafaz wakil rakyat parti berkenaan.

Sesetengah bai'ah itu dikatakan turut 'mencagarkan' isteri seseorang calon pilihan raya apabila ia dikaitkan dengan talak.



Sumber TKO - 26-7-2015


Mufti: Api perkauman ditiup dari PRU lalu
Posted on Tuesday, July 14 @ 22:21:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar




 Ramai tertanya-tanya kenapa begitu mudah tercetusnya insiden keganasan di Malaysia sekarang ini.

Bagi mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, beliau percaya perkara itu hasil bibit-bibit sentimen perkauman yang dimainakan kebelakangan ini, bermula sejak pilihan umum lalu.


Bukan sahaja atas kepentingan politik kepartian, nada sama, kata Asri, turut dikongsi oleh golongan aktivis dan NGO di negara ini.



“Hasilnya, api kebencian antara kaum mula semarak khususnya dalam jiwa anak-anak muda,” katanya.



“'Tangan-tangan siapakah gerangan' yang cuba membangkitkan permusuhan kaum dan juga satu pihak lagi mereka yang cuba memperlihatkan sentimen anti agama tertentu khususnya Islam, bertanggungjawab terhadap perasaan kebencian antara kaum dan agama yang sudah mula subur.”



Sumber TKO - 14-7-2015






HUKUM BERUS GIGI MASA PUASA - DR MAZA

Hukum berus gigi masa puasa?

Soalan: Bersugi itu sunat, tapi kenapa ketika berpuasa perkara sunat seperti itu tidak boleh kita buat. Bagaimana dengan mereka yang mulutnya berbau, tidakkah ini mengganggu orang lain ketika solat jemaah ataupun di pejabat?

Jawapan:

1. Islam menggalakkan bersugi (berus gigi) kerana ia mengelakkan bau busuk mulut seseorang. Bahkan, kalaulah tidak menjadi beban kepada umat ini sudah pasti kita diwajibkan bersugi lima kali sehari. Ini seperti sabda Nabi s.a.w:

لَوْلاَ أَنْ أَشُقَّ عَلَى أُمَّتِي أَوْ عَلَى النَّاسِ لَأَمَرْتُهُمْ بِالسِّوَاكِ مَعَ كُلِّ صَلاَةٍ

“Jika tidak kerana bimbangkan membebankan umatku ataupun manusia nescaya akan aku perintahkan mereka bersugi setiap kali waktu solat” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

2. Apabila kita berpuasa, bau mulut kita menjadi kuat. Ini sesuatu yang sukar dielakkan. Allah tahu hakikat tersebut. Allah Maha Tahu bahawa bau tersebut terhasil kerana kita tidak makan dan minum sepanjang hari keranaNYA. Justeru itu, Nabi s.a.w bersabda:

لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ رِيحِ المِسْكِ

“Bau busuk mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah daripada haruman kasturi” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

3. Namun ini tidaklah bererti orang yang berpuasa itu disuruh untuk membiarkan orang lain mencium bau busuk mulutnya. Itu akan menyakiti orang lain. Apatahlagi di zaman kini yang mana kita bekerja di tempat awam, ataupun membabit ramai orang di sekeliling. Tambahan lagi, jika terdapat mereka yang bukan muslim, tentu akan menimbulkan rasa yang tidak selesa terhadap muslim yang berpuasa pada bulan Ramadan ataupun boleh menghilang gambaran keindahan Islam.

4. Maka pendapat yang menyuruh kita membiarkan bau busuk mulut semasa berpuasa tidak begitu kukuh dari segi sifat semulajadi ataupun neutrality agama ini. Dengan menghormati perbezaan pendapat, namun realiti kehidupan yang mesra menolak pandangan tersebut.

5. Ini ditambah dengan hadis-hadis yang seakan menggalakkan untuk seseorang yang berpuasa mengekalkan bau mulutnya itu adalah lemah dari segi riwayat. Tidak kukuh untuk disandarkan kepada Nabi s.a.w. seperti yang dinyatakan oleh al-Imam Al-Mubarakfuri dalam Tuhfat al-Ahwazi.

Maka tidak boleh menjadi hujah. Apatahlagi bertentang dengan sifat Islam itu sendiri. Hadis-hadis yang menggalakkan kebersihan dan juga bersugi adalah umum merangkumi setiap waktu termasuk bulan Ramadan.

6. Antara hadis yang tersangat daif yang digunakan dalam bab ini ialah dikatakan Nabi s.a.w bersabda:

إِذَا صُمْتُمْ فَاسْتَاكُوا بِالْغَدَاةِ وَلَا تَسْتَاكُوا بِالْعَشِيِّ فَإِنَّ الصَّائِمَ إِذَا يَبِسَتْ شَفَتَاهُ كَانَ لَهُ نُورٌ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

“Jika kamu berpuasa maka bersugilah pada waktu pagi dan jangan bersugi pada waktu petang kerana orang yang berpuasa itu apabila kering kedua bibirnya itu merupakan cahaya untuknya pada Hari Kiamat”. (Riwayatkan oleh al-Bazzar, at-Tabarani, al-Daraqutni dan al-Baihaqi)
Namun ia terlalu daif yang tidak boleh dijadikan hujah. Pada sanadnya ada Kaisan Abu ‘Umar, dia seorang yang daif.

7. Di samping di sana ada hadis daif lain namun lebih kuat ataupun kurang daif daripadanya iaitu diriwayatkan ‘Amir bin Rabi’ah berkata: “Aku melihat Rasulullah bersugi sedangkan beliau berpuasa” (Riwayat al-Bukhari secara ta’liq, Ahmad, al-Tirmizi, Abu Daud dll).

8. Dalam riwayat al-Tabarani dengan sanad yang hasan, Mu’az bin Jabal r.a pernah ditanya tentang bersugi semasa berpuasa:

عنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ غَنْمٍ، قَالَ: سَأَلْتُ مُعَاذَ بْنَ جَبَلٍ أَتَسَوَّكُ وَأَنَا صَائِمٌ؟ فَقَالَ: نَعَمْ، قُلْتُ: أَيُّ النَّهَارِ؟ قَالَ: أَيَّ النَّهَارِ شِئْتَ، إِنْ شِئْتَ غُدْوَةً، وَإِنْ شِئْتَ عَشِيَّةً، قُلْتُ: فَإِنَّ نَاسًا يَكْرَهُونَهُ عَشِيَّةً، قَالَ: وَلِمَ؟ قُلْتُ: يَقُولُونَ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ مِنَ الْمِسْكِ» فَقَالَ: سُبْحَانَ اللَّهِ لَقَدْ أَمَرَهُمْ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالسِّوَاكِ، حِينَ أَمَرَهُمْ وَهُوَ يَعْلَمُ أَنَّهُ لَابُدَّ أَنْ يَكُونَ بِفِي الصِّيَامِ خُلُوفٌ، وَإِنِ اسْتَاكَ، وَمَا كَانَ بِالَّذِي يَأْمُرُهُمْ أَنْ يُنْتِنُوا أَفْوَاهَهُمْ عَمْدًا، مَا فِي ذَلِكَ مِنَ الْخَيْرِ شَيْءٌ، بَلْ فِيهِ شَرٌّ إِلَّا مَنِ ابْتُلِيَ بِبَلَاءٍ لَا يَجِدُ مَنهُ بُدًا قُلْتُ: وَالْغُبَارُ فِي سَبِيلِ اللهِ أَيْضًا كَذَلِكَ؟ إِنَّمَا يُؤْجَرُ فِيهِ مَنِ اضْطُرَّ إِلَيْهِ وَلَمْ يَجِدْ عَنْهُ مَحِيصًا؟ قَالَ: «نَعَمْ، وَأَمَّا مَنْ أَلْقَى نَفْسَهُ فِي الْبَلَاءِ عَمْدًا فَمَا لَهُ مَنْ ذَلِكَ مِنْ أَجْرٍ

Daripada Abd al-Rahman bin Ghanam, berkata: Aku bertanya Mu’az bin Jabal: “Apakah boleh saya bersugi sedangkan saya berpuasa?”. Jawab beliau: “Ya”. Aku berkata: “Pada waktu siang masa bila?”. Jawabnya: “Pada masa mana saja yang engkau mahu, pagi ataupun petang”. Aku berkata:

“Orangramai membenci bersugi pada waktu petang”. Tanya Mu’az: “Kenapa?”. Aku menjawab: “Mereka berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Bau busuk mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah daripada haruman kasturi”. Kata Mu’az: “Subhanallah! Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah memerintahkan mereka supaya bersugi. Ketika baginda memerintah mereka, baginda tahu bahawa sudah pasti mulut orang berpuasa akan berbau sekalipun bersugi. Tidaklah baginda orang memerintahkan agar mereka membusukkan mulut mereka secara sengaja. Tiada kebaikan sedikit pun untuk mereka dalam perkara tersebut. Bahkan padanya keburukan kecuali mereka yang diuji dan tidak dapat dielakkan”. Aku berkata: “Tidakkah demikian juga dengan (kelebihan) debu pada jalan Allah?! Hanya diberikan pahala kerana debu itu bagi sesiapa yang tidak dapat elakkan?”. Kata Mu’az: “Ya, adapun sesiapa yang sengaja mencampakkan dirinya dalam bala (mulut busuk ataupun debu) maka dia tidak mendapat pahala”.

9. Maka galakan bersugi bagi setiap waktu solat yang diriwayatkan dalam hadis yang sahih merupakan asas dalam amalan muslim. Ertinya, bersugi sentiasa digalakkan tanpa mengira samada puasa ataupun tidak. Nabi s.a.w dalam hadis sahih yang lain menyatakan tujuan bersugi dengan menyebut:

السِّوَاكُ مَطْهَرَةٌ لِلْفَمِ مَرْضَاةٌ لِلرَّبِّ

“Bersugi itu membersihkan mulut dan menjadikan Tuhan redha” (Riwayat Ahmad, an-Nasai, Ibn Hibban dll).

10. Adapun dakwaan bahawa ubat gigi yang ada sekarang tidak boleh digunakan kerana ada rasa tertentu, ini tidak kukuh kerana kayu sugi zaman dahulu juga ada rasa yang tersendiri. Selagi mana ia tidak masuk ke dalam perut dengan sengaja maka ia tidak membatalkan puasa.

11. Justeru itu, jadikanlah puasa itu menzahirkan keindahan pekerti dalam perkataan dan perbuatan yang mengeratkan hubungan baik sesama masyarakat. Oleh itu, jangan jadikan bau mulut kita menimbulkan keresahan orang lain terhadap mereka yang berpuasa. Berpuasa dan bersugilah!
Klik untuk artikel penuh:

http://www.harakahdaily.net/…/36022-hukum-berus-gigi-masa-p…

Sumber HD - 21-6-2015



Sumber HD - 21-6-2015


Keberkatan bagaikan mula hilang

Posted on Monday, June 15 @ 00:07:13 MYT by paktam

Oleh Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Sejak satu tempoh, negara kita bagaikan ada yang tidak kena·Tiga kapal terbang menjadi tragedi, banjir paling besar melanda negara, helikopter terhempas dalam dan luar negara, gempa bumi dahsyat berlaku dan kini kapal laut kita pula menjadi mangsa.Di tambah pula dengan krisis 1MDB, kejatuhan mata wang dan lain-lain


'Seakan' daratan, udara dan lautan tidak serasi lagi dengan kita. Bagaikan diberi tanda keberkatan mula dicabut satu persatu dari negara tercinta.


Betapa kita semua perlu memohon agar Allah terus memberkati negara kita.

Hendaklah kita semua sekalian warga negara, khususnya para penguasa menyemak apa yang mereka dan 'anak isteri' mereka lakukan agar tidak zahir kemurkaan ar-Rahman di udara, lautan dan daratan.

Dalam sejarah zaman yang diberkati Tuhan seperti dibawah pentadbiran khalifah-khalifah soleh; bumi menjadi subur, rakyat menjadi makmur dan kedamaian diakur.

Marilah kita sentiasa berdoa dan berusaha mengubah punca-punca yang boleh menyebabkan bala turun kepada negara. –

Sumber DD - 15-6-2015













Ringgit jatuh kesan 1MDB, kata pakar kepada Dr Asri

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: "Sesiapa yang berada di luar negara akan terasa bagaimana mata wang kita jatuh," tulis Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menerusi facebook.

Katanya, keadaan itu menjadikan rakyat amat bimbang.

Menurutnya, tiga minggu yang lalu ada pakar ekonomi memaklumkan kepada beliau bahawa ringgit akan jatuh.

"Ia salah satu kesan 1MDB, katanya. Saya hanya mendengar penerangannya.

"Kini, kebetulan saya berada di luar negara sudah dua minggu dan dapat merasai kejatuhan itu.

Semoga Allah selamatkan kita semua," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 13/6/2015

Sumber HD - 13-6-2015



Mufti mahu pemimpin Buddha kecam Myanmar
Posted on Saturday, May 16 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin menggesa masyarakat Buddha menyatakan kecaman ke atas kekejaman yang dilakukan terhadap orang Islam di Burma.

Katanya, krisis kemanusiaan di negara itu sememangnya berpunca dari tindakan pelampau Buddha yang perlu dikecam.

Beliau juga hairan kerana masyarakat dunia tidak menyifatkan kekejaman terhadap ribuan umat Islam tersebut sebagai perbuatan pelampau Buddha.

“Tidak pula dunia menyatakan itu merupakan ekstremis Buddha ataupun ajaran Buddha itu menyeru kepada keganasan.

“Mereka hanya mengaitkan Islam dengan keganasan tapi mendiamkan diri apabila muslim dibunuh dengan zalimnya.

“Adakah penganut Buddha dalam negara ini yang membantah apa yang berlaku di Burma?,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Beliau berharap, pemimpin agama Buddha akan dapat menyatakan kecaman, sepertimana yang akan dilakukan oleh pemimpin Islam bagi membantah keganasan dari kelompok muslim.

“Ulama Islam sering membantah tindakan salah ataupun ganas jika dilakukan oleh kelompok muslim sebagai tanda Islam tidak boleh dikaitkan dengan keganasan.

“Namun, kita jarang mendengar bantahan tokoh -tokoh agama lain seperti Buddha mengenai apa yang dilakukan oleh penganut mereka. Harap mereka juga ada sikap tegas,” katanya.

Sekurang-kurangnya 8,000 orang dari wilayah Rakhine, Burma dan Timur Bangladesh dianggarkan masih dihanyutkan dalam bot di Laut Andaman.

Pihak berkuasa Malaysia, Thai dan Indonesia enggan membenarkan bot ini mendarat dan turut menahan individu yang berjaya sampai ke daratan.

Pihak berkuasa negara ini juga dilaporkan turut menghantar bantuan kemanusiaan dan membaiki bot untuk membolehkan para pelarian itu pulang ke tempat asal mereka. 
Sumber TKO - 16-5-2015



MAAF ANAKKU! MEREKA TIDAK MESRA DENGANMU

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com)


Islam tidak pernah membezakan nilai antara bayi lelaki dan perempuan. Sekalipun ada beberapa hukum yang berbeza antara lelaki dan wanita, tetapi itu tidak merujuk kepada nilai, sebaliknya kepada latar fizikal dan psikologi setiap gender.

Allah mengutuk masyarakat jahiliah Mekah yang merasa hina dengan kelahiran bayi perempuan. Firman Allah:

(maksudnya) dan apabila dikhabarkan kepada seseorang mereka bahawa dia beroleh anak perempuan, hitamlah (muram) mukanya sepanjang hari dalam keadaan dia menahan perasaan marahnya. Dia bersembunyi dari orang ramai kerana (malu) berita buruk yang disampaikan kepadanya (tentang memperolehi anak perempuan, sambil dia berfikir) adakah dia akan memeliharanya, atau dia akan memasukkannya ke dalam tanah? Ketahuilah! sungguh jahat apa yang mereka hukumkan itu”. (Surah al-Nahl: 58-59).

Petua

Ada petua kononnya menyatakan jika ibu selalu baca Surah Maryam, maka akan dapat anak perempuan dan jika selalu membaca Yusuf akan mendapat anak lelaki. Inilah petua rekaan segelintir ‘ahli motivasi’ yang cuba menarik perhatian mereka yang minat agama.

Pemberi kurnia bayi lelaki ataupun perempuan hanya Allah. Dia Penentu mutlak. Bilakah Allah berfirman ataupun berjanji sesiapa yang membaca surah tertentu maka akan dikurnia jantina anak menurut pilihannya. Ketentuan jantina atas hikmah yang Dia Maha Mengetahui. Hanya doa yang mustajab sahaja yang dinaskan dalam hal ini. Sedang isteri ‘Imran yang bercita-cita untuk mendapat anak lelaki dengan nazar untuk dijadikan orang yang berkhidmat sepenuh masa kepada agama Allah, dikurniakan anak perempuan. Firman Allah dalam Surah Ali ‘Imran:

“(ingatlah) ketika isteri ‘Imran berkata: “Tuhanku! Sesungguhnya aku nazarkan kepadamu anak yang ada dalam kandunganku sebagai seorang yang bebas (dari segala urusan dunia untuk berkhidmat kepadaMu semata-mata), maka terimalah nazarku; Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”. Maka apabila dia melahirkannya, dia berkata: “Wahai Tuhanku!

Sesungguhnya Aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedangkan aku harapkan anak lelaki), – dan Allah memang mengetahui akan apa yang dia lahirkan – dan lelaki bukan seperti perempuan; dan bahawasanya aku telah menamakannya Maryam, dan aku memohon untuknya perlindunganMU, demikian untuk zuriat keturunannya dari syaitan yang kena rejam”. (35-36)
Mesra

Islam memberikan persekitaran yang mesra dan selesa kepada perkembangan seseorang anak. Islam tidak pernah melayankan kanak-kanak dengan layanan yang hina seperti yang dilakukan oleh sebahagian ahli masjid. Islam tidak pernah menjadikan anak kecil penghalang antara seorang dengan Allah. Kata Abu Qatadah al-Ansari:

“Rasulullah s.a.w pernah solat sambil mendukung Umamah binti Zainab binti Rasulillah, anak kepada (suaminya) Abi al-‘As bin Rabi’ah bin ‘Abd Shams. Apabila baginda mahu sujud baginda meletakkannya. Apabila bangun baginda mendukungnya kembali” (Riwayat al-Bukhari).

Inilah kemesraan agama dengan kehidupan kanak-kanak. Kemesraan seperti ini tidak kelihatan dalam kejumudan fikiran sesetengah orang yang enggan melihat agamanya dari jendela sunnah Nabi s.a.w tetapi lebih selesa dengan ikutan golongan yang keras dan menghukum agama menurut perasaan mereka yang hambar. Dalam hadis sahih riwayat Abu Ya’la, Ibn Abi Syaibah, Ahmad dan al-Nasai, Rasulullah s.a.w pernah sujud begitu panjang dalam satu solat disebabkan cucu baginda al-Hasan atau al-Husain -rawi hadis tidak pasti- menaiki tengkuk baginda ketika sedang sujud. Sahabat kehairan dan bertanya sebab. Baginda menjawab:

“Sesungguhnya anakku (cucuku) telah menjadikan aku tunggangannya. Aku tidak suka mengganggunya sehingga dia tunai hajatnya”.

Suasana yang mesra ini telah melahir generasi muda yang mewarisi generasi tua yang sentiasa merasakan tiada dinding penghalang antara mereka dan agama ini. Sejak dari kecil mereka diraikan. Sabda Nabi s.a.w:

“Aku mendirikan solat (sebagai imam) dan aku berhasrat ingin memanjangkannya. Tiba-tiba aku mendengar tangisan bayi, maka aku mensegerakan solatku kerana aku tidak suka membebankan ibunya” (Riwayat al-Bukhari).

Dihalau Ke Belakang

Kita mendengar kanak-kanak yang sudah pun boleh bersolat dihalau oleh orang tua ‘berlagak pandai’ ke belakang. Kemudian menengking anak-anak kerana tidak serius dalam solat. Apa tidaknya, mereka bersama saf dengan kanak-kanak yang lain. Tentu kenakalan itu kadang-kala muncul. Jika mereka duduk di samping bapa mereka tentu mereka dapat dididik adab solat berjemaah. Untuk menghalalkan perbuatan tidak mesra kanak-kanak itu dipilihlah fatwa yang menyatakan kanak-kanak belum berkhatan itu najis. Satu saf akan batal sebab bawah kulit kanak-kanak itu ada najis.

Saya selalu bertanya: “apakah bawah kulit orang tua dan dalam perut orang tua tiada najis?!! Jangan memilih pendapat-pendapat fekah yang menyusahkan dan menghilangkan semangat dakwah Islam sedangkan kita mempunyai banyak pilihan pendapat yang lebih munasabah.

Ketika Ibn ‘Abbas masih kanak-kanak, beliau bercerita:

“..Rasulullah bangun bersolat malam aku turut serta bersamanya. Aku berdiri di sebelah kiri baginda. Baginda memegang kepalaku lalu menjadikan aku berada di sebelah kanan baginda (Riwayat al-Bukhari).

Kata Anas bin Malik :

“…Rasulullah berdiri untuk solat. Aku bersaf dengan seorang budak yatim di belakang baginda. Sementara wanita tua berada di belakang kami”. (Riwayat al-Bukhari).

Adapun hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud yang menyatakan Rasulullah menjadikan saf lelaki dewasa di hadapan kanak-kanak, hadis itu daif dari segi sanadnya.
Didik

Kita diperintahkan menyuruh anak-anak bersolat ketika berusia tujuh tahun sebelum memukulnya dengan tujuan mendidik pada usia sepuluh tahun. Sabda Nabi s.a.w:

“Suruhlah anak-anak kamu bersolat ketika mereka berusia tujuh tahun, dan pukul kerana meninggalkan solat ketika berusia sepuluh tahun” (Riwayat Abu Daud, sahih).

Ertinya ketika berusia tujuh tahun saban hari sebanyak lima waktu dia mendengar perintah bapa atau ibunya ‘marilah bersolat’. Ertinya, selama tiga tahun lamanya dia akan mendengar seruan kepada solat dengan penuh cinta dan manja. Tanpa kekerasan, tanpa paksaan. Pujukan demi pujukan. Sehingga solat sebati dengannya dan dia mengasihi solat.

Solat diingati bersama hubungan kasih sayang ibubapa yang berbicara dan memujuknya setiap kali azan berkumandang. Mungkin pelbagai upah dan janji diberikan. Tidak dipukul melainkan setelah tiga tahun melalui tempoh ini. Jika dia dipukul pun setelah berusia sepuluh tahun, dia akan faham itu adalah pukulan kasih dan cinta. Dia bermesra dengan bapanya yang akan membawanya ke tempat solat. Dia mempelajarinya dari pelajaran dan teladan.

Jika bapanya bersolat di masjid dia bersama bapanya bersolat. Dia memerhati dan melihat pergerakan bapanya. Bagaimana rukuk, sujud dan segala pergerakan yang lain. Jika dia dihalau jauh ke belakang bersama anak-anak lain yang tidak tahu sepertinya, apakah yang dapat dia pelajari?! Ada masjid menempatkan saf kanak-kanak bagaikan ‘makhluk jijik’ yang tidak boleh sentuh. Kemudian mereka mungkin bising sesama mereka, maka akan ada orang dewasa yang menengking dan menghalau mereka balik.

Bahkan perbuatan orang tua menghalau kanak-kanak dari saf dan mengambil tempat mereka telah menyanggahi adab Islam yang diajar oleh Nabi s.a.w

“Jangan seseorang membangunkan orang lain dari tempatnya, kemudian dia duduk di situ” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Perbuatan menyakitkan hati bapanya, merisaukannya dan menjadikan anak-anak yang sudah tahu bersolat itu merasa betapa mereka tidak diraikan dalam agama ini.
Adab.

Namun ini bukan tidak bererti anak-anak dibiarkan membuat bising dan mengganggu orang lain yang sedang bersolat, sebaliknya mereka dididik dan ditegur dengan cara yang baik oleh ibubapa dan masyarakat. Masjid juga bukan tempat ibubapa melepaskan tanggungjawab anak-anak bising di rumah dibawa untuk bising di masjid. Cuma pastikan mereka tidak dilayan dengan cara yang menyebabkan mereka membesar dalam keadaan merasakan institusi agama amat tidak mesra dengan mereka. Kadang-kala mereka bising disebabkan cara kita mengatur mereka, hal ini mesti dibaiki.

Anak-anak membesar dalam agama ini dengan didikan yang lunak. Kata sahabiyyah Nabi s.a.w yang bernama al-Rubaiyyi’ binti Muawwiz:

“..selepas itu kami pun berpuasa dan menjadikan anak-anak kecil kami berpuasa. Jika Allah kehendaki, kami juga pergi ke masjid membawa mereka. Kami buat untuk mereka mainan dari bulu berwarna. Jika mereka menangis lapar kami berikan mainan tersebut sehingga sampai waktu berbuka” (Riwayat al-Bukhari, Muslim dan Ibn Hibban).

Demikian agama ini berkembang dalam kehidupan anak-anak dengan pujkan. Ia tidak berkembang dengan kebencian dan anggapan mereka itu pengacau dan seumpamanya. Mereka dididik dan dikawal agar tidak mengganggu orang lain, namun dengan mesra. Jika masih tidak terkawal, barulah ibubapa sepatut tidak membawa ke masjid atau selainnya. Kadang-kala sikap masyarakat menyebabkan ibubapa rasa bersalah tanpa sebab apabila membawa anak ke masjid. Maaf anakku, mereka itu tidak mesra denganmu! Namun, itu bukan ajaran Nabimu…

Sumber DrMAZA FB / HD - 12-5-2015



MEREKA PERLU DIBICARAKAN SECARA ADIL DAN TELUS

Jika apa yang tersebar luas ini berasas, ia amat mendukacitakan. Mereka semua yang terlibat , tidak memadai sekadar meletakkan jawatan, sebaliknya hendaklah dibawa ke mahkamah pengadilan. Satu perbicaraan yang mengembalikan hak rakyat jelata hendaklah dilaksanakan.
Golongan agama tidak boleh berdiam diri. Di sinilah tanggungjawab amar makruf dan nahy munkar mesti ditunaikan. TH menjadi salah satu dari lambang ekonomi umat Islam.... Apa yang berlaku ini benar-benar boleh menjatuhkan maruah umat Islam dalam negara ini.
Kita berterima kasih kepada beberapa pemimpin negara yang sudah menyatakan kebimbangan mereka. Moga satu siasatan telus yang dapat membawa sesiapa yang khianat terhadap amanah rakyat ini ke muka pengadilan.
Di bawah merupakan sebaran yang telah meluas yang membuat setiap rakyat negara ini terkejut dan dukacita;

Sumber FB / HD - 10-5-2015


Hubungan seks suami isteri perlu ‘harmoni’, kata mufti Perlis
Posted on Wednesday, April 29 @ 08:42:00 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin berkata Islam menyarankan hubungan seks di antara suami dan isteri perlulah dalam keadaan harmoni dan tidak menyakiti di antara satu sama lain.

Katanya, persetubuhan secara paksa dan kasar dan menyebabkan satu pihak tidak menikmati sudah tentu dilarang dalam hubungan suami dan isteri.
"Para sarjana ketika berbincang hukum 'azal (suami mencabut zakar dari faraj isteri sebelum keluar air mani untuk mengelakkan hamil) menyatakan walaupun perbuatan itu dibenarkan dalam hadis, namun hendak mendapatkan persepakatan isteri kerana bimbang isteri tidak sempat menikmati persetubuhan.

"Ini menunjukkan persetubuhan secara paksa dan kasar yang satu pihak tidak menikmati sudah tentu dilarang dalam hubungan rumah tangga," tulis Asri di laman Facebooknya sebagai mengulas isu suami merogol isteri dalam Islam yang dibangkitkan sesetengah pihak.

Asri berkata, dalam keadaan tertentu isteri boleh menolak permintaan suami untuk melakukan hubungan seks sekiranya boleh mendatangkan kemudaratan.

"Seperti suami penghidap AIDS dan penyakit lain yang boleh membahayakan isteri. Ini jelas dalam pelbagai dalil syarak.

"Isteri juga boleh menghalang suami menyetubuhinya jika suami gagal menunaikan tanggungjawab sebagai suami seperti tidak memberikan nafkah kepadanya," tulis Asri yang juga pendakwah popular.

Media melaporkan sebelum ini Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria sebagai berkata tiada istilah rogol bagi pasangan yang berkahwin dalam Islam kerana suaminya mempunyai hak ke atas isterinya.

Harussani berkata terdapat hadis daripada Naib Muhammad mengatakan sekiranya pasangan berkenaan sedang menunggang unta dan si suami meminta isteri melakukan hubungan seks, dia mesti melakukannya.

Bagaimanapun Asri yang pernah mengajar di Universiti Sains Malaysia (USM) berkata hubungan seks dalam Islam perlu dilakukan tanpa menyakiti pasangan serta dengan rela tanpa sebarang paksaan.

"Islam mewajibkan suami menunaikan kehendak seks isteri. Suami yang enggan menggauli ataupun melakukan hubungan seks dengan isterinya tanpa sebab yang sah sudah melakukan dosa kecuaian tanggungjawab sebagai suami.

"Demikian juga isteri yang enggan melakukan hubungan seks dengan suaminya tanpa sebab yang boleh diterima maka ia merupakan satu dosa," tulisnya.

Sumber TKO - 29-4-2015


Tun M Tak Faham GST?!

Jika Tun M dikatakan tidak faham GST, apakah rakyat Malaysia yang hampir kesemua mereka tidak lebih berpengalaman tentang ekonomi negara dari Tun M akan lebih faham tentang GST?!

Jika orang yang dianggap oleh majoriti rakyat Malaysia sebagai 'kurang cerdik' (mengelakkan perkataan bodoh) disebabkan kenyataan-kenyataannya tentang GST, dia menyatakan Tun M yang terkenal dengan kepintarannya itu tidak faham GST, apakah si pembuat kenyataan itu lebih bijak di... bandingkan Tun M?!!


Saya terfikir, dalam fekah orang yang safih (bodoh atau kurang cerdik) tidak boleh diserahkan pengurusan harta sekalipun miliknya sendiri, persoalannya; apakah mereka dalam kategori ini boleh diserahkan urusan negara yang membabit rakyat yang ramai?!. Patutkah golongan sufaha (kata banyak untuk safih iaitu bodoh ataupun kurang cerdik) diserahkan kepada mereka jawatan penting seperti menteri dan seumpamanya?!

Sumber FBDrMAZA / HD - 26-4-2015


Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyindir sinis Datuk Ahmad Maslan

Posted on Sunday, April 26 @ 15:40:14 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyindir sinis Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan yang didakwa memperkecil kefahaman bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

"Jika Tun M dikatakan tidak faham GST, apakah rakyat Malaysia yang hampir kesemua mereka tidak lebih berpengalaman tentang ekonomi negara dari Tun M akan lebih faham tentang GST?

"Jika orang yang dianggap oleh majoriti rakyat Malaysia sebagai 'kurang cerdik' (mengelakkan perkataan bodoh) disebabkan kenyataan-kenyataannya tentang GST, dia menyatakan Tun M yang terkenal dengan kepintarannya itu tidak faham GST, apakah si pembuat kenyataan itu lebih bijak di bandingkan Tun M?" soal Dr Mohd Asri dalam Facebooknya .

Beliau mengulas kenyataan Ahmad yang dilapor Astro Awani sebagai berkata dalam Twitter bahawa Dr Mahatir masih belum memahami sepenuhnya, belum mendapat penerangan terperinci atau tersalah tafsir mengenai maksud GST sehingga beliau mahu cukai itu dibatalkan.

Semalam bekas perdana menteri itu menggesa kerajaan membatalkan sahaja cukai barangan dan perkhidmatan dan masih ada pegawai yang belum faham dengan pelaksanaan cukai itu.

* aku tambah, kalau Mahathir tak faham, tak terkesan sangat, sebab duit pencen dan duit semasa dia jadi PM dulu pun tak hbis makan. Kami rayat yang biasa, makan pun kena catu, apa cerita ..?
Sumber TKO - 26-4-2015

Sekadar Lintasan Fikiran

Pulang dari Mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan. Dari Putrajaya menuju Kangar. Singgah beli pop-corn untuk anak kecil. MashaAllah, kena GST juga?!

Teringatkan kata-kata seseorang bahawa GST hanya untuk orang kaya dan barangan mewah. Apakah pop-corn makanan mewah dan kaya?!
...
Entah kenapa tiba-tiba teringat pula hadis Nabi s.a.w riwayat al-Bukhari dan Muslim, sabda Rasulullah s.a.w;

ما من وال يلي رعية من المسلمين فيموت وهو غاش لهم إلا حرم الله عليه الجنة
"Tiada seorang penguasa pun yang menguruskan rakyat dari kaum muslimin, kemudian dia mati dalam keadaan dia penipu mereka melainkan Allah haramkan ke atasnya syurga".

Maaf atas lintasan fikiran saya itu. Mungkin sekadar satu lintasan fikiran semata, ataupun mewakili tangisan rakyat bawahan yang kian dihimpit rasa.

Lintasan fikiran biasanya hadir tanpa diundang. Namun, kesusahan rakyat kadangkala diundang oleh salah urus, kebocoran dan kehilangan wang negara tanpa ada jawapannya.

Moga Malaysia terus sejahtera. Pohon maaf atas lintasan fikiran dan perasaan.

Sumber FBDrMAZA / HD - 23-4-2015













‘First lady’ boleh hancurkan kerjaya pemimpin negara

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Dalam negara tertentu, kerenah wanita yang memakai gelaran ‘first lady’ boleh menghancurkan kerjaya dan masa depan politik seorang pemimpin negara, ujar Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menerusi facebook, semalam.

Demikian, katanya kerenah isteri pemimpin di pelbagai peringkat. Maka, tidak hairanlah jika Elena Ceausescu, isteri bekas diktator Romania Nocolae Ceausescu dihukum mati mati bersama suaminya oleh rakyat Romania disebabkan peranannya dalam pemborosan harta negara dan kezaliman kuasa.

Berikut tulisan penuh beliau yang bertajuk 'Wanita dan pengaruhnya terhadap lelaki'.

Umat Islam atau lelaki muslim tidak akan menganggap bahawa punca kejatuhan lelaki kesemuanya bermula dari wanita. Walaupun wanita itu memang mempunyai pengaruhi yang kuat ke atas lelaki, seperti mana pengaruh lelaki terhadap wanita, namun kejatuhan lelaki atau wanita dari kelemahan diri sendiri yang kadang-kala dieksploitasi oleh pasangannya.

Muslihat Wanita

Namun masa yang sama, al-Quran juga menyatakan kehebatan ‘usikan’ wanita atau lebih jelas ‘muslihat’ mereka jika mereka bermaksud ingin melakukan ‘perancangan halus’. Wanita jika kena gaya memang boleh menjadikan lelaki ‘mengidaminya’ angau dan terpengaruh atas segala kehendaknya.

Perancangan atau ‘plot’ wanita begitu hebat sehingga al-Quran merakamkan ungkapan yang ditujukan kepada isteri Menteri Mesir (riwayat Israiliyyat konon menamakannya Zulaikha) dalam kisah Yusuf: “Ini adalah perancangan kamu (kaum wanita), dan sesungguhnya perancangan kamu (kaum wanita) itu hebat”. (Surah Yusuf: 28)

Perkataan Arab yang al-Quran gunakan dalam dalam ayat berkenaan ialah Kaid yang bermaksud perancangan yang mempunyai unsur licik dan muslihat. Sebab itu Louay Fatoohi dalam bukunya The Prophet Joseph menterjemahkan perkataan Kaid sebagai scheme yang bermaksud tindakan yang licik dan perancangan sulit yang kadang-kala membabitkan tipu daya. Kata beliau: “..this word, which I have translated as scheme means guile and plotting that could involve lies, as in this case”. (ms 86. Kuala Lumpur: Islamic Book Trust)

Maka, atas kelicikan itu, ramai lelaki yang tewas. Wanita ada kuasa ‘licin’ dan licik. Walaupun Nabi Yusuf tidak tewas, tetapi ramai lelaki selain nabi yang tewas dengan ‘kaid’ atau perancangan halus dan ‘sulit’ wanita. Senjata rahsia wanita pada tubuh, bahasanya dan jelingannya. Walaupun bukan semua mereka ada kelebihan itu, namun bagi yang berkelebihan jika perangkapnya mengena, sukar untuk lelaki terlepas daripadanya, kecuali mereka yang memenangkan takwanya atas godaan atau kaid tersebut.

Nabi s.a.w pernah bersabda: “Aku tidak tinggal cubaan yang lebih hebat ke atas lelaki lebih dari wanita”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sabda baginda juga: “Sesungguhnya dunia itu manis lagi hijau dan Allah menjadikan kalian berketurunan di atasnya. Allah melihat apa yang kalian perbuat. Takutlah kamu kepada (fitnah) dunia dan takutlah kamu kepada (fitnah) wanita, karena sesungguhnya awal fitnah yang menimpa Bani Israil dari wanitanya”. (Riwayat Muslim)

Maka, tidak hairan berapa ramai pemimpin yang gagah, tetapi ditewaskan oleh wanita idamannya, atau isteri kesayangannya. Betapa banyak reputasi pemimpin dirosakkan disebabkan isteri mereka, sehingga rakyat membenci seseorang pemimpin kerana gelagat isterinya.

Dalam negara tertentu, kerenah wanita yang memakai gelaran ‘first lady’ boleh menghancurkan kerjaya dan masa depan politik seorang pemimpin negara. Demikian kerenah isteri pemimpin di pelbagai peringkat. Maka, tidak hairanlah jika Elena Ceausescu, isteri bekas diktator Romania Nocolae Ceausescu dihukum mati mati bersama suaminya oleh rakyat Romania disebabkan peranannya dalam pemborosan harta negara dan kezaliman kuasa. Maka, jika suami tidak berperanan sebagai pembimbing dan pengawal yang soleh terhadap isteri mereka maka pelbagai kemungkinan boleh berlaku atas kemahiran wanita dalam perancangan atau kaid mereka.

Perhiasan Terindah

Namun wanita itu apabila solehah, mereka kadang-kala lebih baik daripada lelaki. Kehidupan yang buruk seseorang lelaki boleh diubah dengan kehalusan budi dan nilai yang ada pada seorang wanita. Nama baik seorang lelaki bertambah indah dengan kebaikan isterinya. Wanita benar-benar hiasan kehidupan lelaki.

Lelaki tanpa wanita adalah lelaki yang cacat tabiatnya. Allah menjadikan wanita pasangan lelaki. Mereka tempat lelaki bermanja dan mendambakan perasaan kelakian. Nabi s.a.w bersabda: “Dunia perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia ialah wanita yang solehah”. (Riwayat Muslim)

Ada harta tiada wanita dalam kehidupan tiada ertinya. Ada rupa, tiada wanita tiada maknanya. Namun, wanita bagaimana yang lelaki perlukan dalam hidupnya dalam mengharungi bahtera kehidupan? Ya, wanita solehah yang membahagiakan suami, menjaga nama baik dirinya dan suaminya.

Sabda Nabi s.a.w: “Sebaik-baik wanita dia mengembirakan suami apabila engkau melihat kepadanya, mentaatinya apabila menyuruhnya, tidak menyanggahi suami dalam diri dan hartanya”. (Riwayat al-Nasai, Ahmad dan al-Hakim, dinilai hasan)

Sabda Nabi s.a.w juga: “Tiga dari kebahagiaan: “Wanita yang apabila engkau melihatnya, ia mengkagumkan engkau, apabila engkau tiada bersamanya dia menjaga dirinya dan harta engkau”. (Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, dinilai hasan)

Untuk menjadikan wanita itu berfungsi dengan baik, suaminya juga hendaklah baik. Jika tidak, kebaikan wanita akan hilang pada padangan suami yang songsang, seperti mana hilangnya kebaikan Asiah di mata firaun yang zalim. Suami yang baik juga, tidak akan dapat dilihat kemuliaannya di mata isteri yang jahat seperti isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Lut a.s.

Sumber HD - 19-4-2015













Mudah sangat label seorang 'terrorist' - Dr Asri

ASLANI M | .


KOTA BHARU: Kehadiran Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin di Masjid Tok Guru di Pulau Melaka membuatkan segenap ruang penuh dengan orang ramai.

Belum pernah seorang mufti bertandang ke masjid milik Allahyarham Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi menyampaikan kuliah agama.

Namun tradisi itu dipecahkan Mufti Perlis, yang juga kenalan rapat anak Tok Guru, Nik Omar. Beliau merupakan Mudir Maahad Darul Anwar.

Beberapa kamera video merakam kuliah Mohd Asri dan orang ramai yang hadir.

Pada 19 Febuari lalu, seminggu selepas Tok Guru pergi mengadap Ilahi, ribuan membanjiri Masjid Pulau Melaka mengikuti kuliah Maghrib disampaikan Ustaz Azhar Idrus.

Kehadiran melimpah sehingga ke ruang parkir kenderaan.

Katanya, beliau tidak sempat hadir pada hari pengkebumian Tok Guru kerana ada urusan lain di Perlis.

“Bagaimanapun saya mengarahkan semua masjid di Perlis mengadakan solat ghaib untuk Tok Guru selepas menunaikan solat Jumaat,” katanya pada program berkenaan malam semalam.

Menurutnya juga beliau pernah mengikuti kuliah Tok Guru di Dewan Zulkifli Mohamad Pejabat Perhubungan PAS Kelantan ketika belajar di Nilam Puri suatu ketika dahulu.

Mengulas isu semasa yang berlaku sekarang Mohd Asri menyifatkan kerajaan begitu mudah melabel seseorang sebagai pengganas biar pun mereka hanya memakai kopiah.

“Tangkap orang yang dituduh terrorist cepat sangat tetapi menangkap orang yang terbabit dengan kes jenayah lambat pula,” katanya. - HARAKAHDAILY 12/4/2015

Sumber HD - 12-4-2015













Dr Maza ‘perkena’ Mat Maslan




Apa yang dikongsi Mufti Perlis Dr Asri di akaun Facebook beliau tentang GST.

“Ingatkan semua kita kena GST, ataupun mungkin kita semua kaya..? Allahu a’lam..” tulis beliau.

Berikut adalah berita dari Utusan Malaysia, “Orang kaya sahaja kena GST – Ahmad” yang mengatakan GST kebanyakannya melibatkan orang kaya. Ia diterbitkan UM pada 28 Mac 2014 lalu.

Sumber HD - 12-4-2015


Terima kasih kepada 4 kementerian (Kem. Belia, Kem. Sains, Teknologi & Inovasi, Kem. Kewangan, Kem. Perusahaan, Perladangan & Komoditi) yang menjemput saya berucap di seminar mereka di Bangi petang ini. Sambutan meriah amat saya hargai. Maaf, saya ambil sedikit ruang luahkan secebis rasa hati rakyat tentang GST. Apa pun kita semua sayangkan negara ini.


GST : GALI SAMPAI TENGGELAM

Ketika menziarahi beberapa pasantren dua hari lepas, saya sempat melawat kawasan Lumpur Lapindo yang telah menenggelamkan banyak kampung dan ribuan rumah. Punca asal ialah projek menggali minyak, malangnya kerana tersalah cara akhirnya lumpur yang keluar sehingga menenggelamkan rumah rakyat jelata. Di Indonesia ini, banyak nama dan istilah yang diringkas gabungkan. Saya beritahu sahabat sahabat saya dari Indonesia agar ringkaskan nama kejadian itu dengan GST iaitu 'Gali Sampai Tenggelam'.


Agak lama saya mengenali Tun Siti. Saya pun memanggilnya sebagai bonda. Setiap saya berbual dengan Tun M walaupun beliau berada bersama, tidak pernah saya mendengar beliau campur dalam pandangan-pandangan Tun M. Walaupun lama, beliau duduk di samping Tun M setia menemani tanpa mencampuri. Setiap pemimpin memerlukan isteri yang bersikap seperti ini. Kita doakan kebaikan untuk beliau di usia lanjut beliau.


Sumber HD - 30-3-2015













Hudud: Hati-hati portal berita tertentu, pesan Dr Asri

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: "Kita hendaklah berhati-hati portal portal berita tertentu yang cuba menimbulkan permusuhan dan salah tafsiran terhadap isu ini," kata Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Beliau menyatakan demikian menerusi tulisan dalam facebooknya bertajuk Tentang Isu Hudud Yang 'Dipermainkan' sebagaimana di bawah.

1. Umat Islam wajib menghormati hasrat baik jika ada pihak yang ikhlas untuk mengkanunkan hudud yang adil, saksama lagi MEMENUHI maqasid syariah.

2. Enakmen Jenayah Syariah Kelantan satu usaha yang bersejarah dalam negara ini. Ia telah melalui proses yang demokratik di DUN Kelantan, maka kita hendaklah hormati proses yang dibuat secara berperaturan itu.

3. Hasrat ingin melaksanakan ajaran al-Quran dan al-Sunnah mana-mana pihak hendaklah dihormati.

Peranan kita memberikan pandangan balas dan menolong hasrat baik seperti itu agar kebaikan atau niat baik benar-benar mencapai maksudnya.

4. HARAM muslim menggabungkan diri dalam apa-apa aktiviti yang bertujuan menghina ajaran al-Quran dan as-Sunnah.

5. Oleh kerana Enakmen Hudud Kelantan itu mempunyai banyak pandangan dan ijtihad yang dipilih oleh pihak penggubal, ia mungkin selaras, juga mungkin tidak selaras dengan maqasid syariah berkaitan hudud dalam Islam terutama pada zaman ini, maka masa yang cukup hendaklah diberikan untuk enakmen itu DISEMAK oleh pakar-pakar MAQASID syariah di pelbagai peringkat. Kegagalan perlaksanaan hudud di beberapa negara sebelum ini diharap tidak berulang di sini.

6. Sikap majoriti umat Islam Malaysia hari ini yang menghormati undang-undang itu secara dasarnya, merupakan satu sikap yang baik. Ini berbeza dengan keadaan era 80an dahulu. Kita patut bersyukur dengan sikap ini.

7. Kita hendaklah berhati-hati portal portal berita tertentu yang cuba menimbulkan permusuhan dan salah tafsiran terhadap isu ini. - HARAKAHDAILY 26/3/2015

Sumber HD - 26-3-2015


Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyatakan pendirian menyokong hudud


Posted on Monday, March 23 @ 14:44:13 MYT

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



KUALA LUMPUR: Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyatakan pendirian menyokong pelaksanaan undang-undang hudud yang diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, baru-baru ini.


Bagaimanapun, tegas Dr Asri, beliau memohon agar pindaan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) itu disemak semula oleh pakar-pakar perundangan Islam dan maqasid as-Syariah di pelbagai peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Ini kerana jelasnya, semakan terhadap pelaksanaan hukum itu perlu agar kegagalan pelaksanaannya seperti yang pernah berlaku di Libya, Sudan, Nigeria dan Pakistan tidak berulang di Malaysia yang akhirnya boleh memberi imej salah bahawa syariat Islam itu tidak sesuai.

“Kita juga hendaklah mengelakkan gambaran hudud yang tidak kondusif dan seakan menggambarkan kekejaman undang-undang yang telah berlaku bawah pentadbiran Taliban, cara hudud ISIS, Bokoharam dan lain-lain.

“Versi hudud mereka tidak memenuhi maqasid syariah yang terdapat dalam al-Quran dan as-Sunnah.

“Umat Islam menyokong hasrat Kelantan. Dalam masa yang sama, ruang waktu untuk pandangan kesarjanaan di pelbagai peringkat hendaklah dibuka,” katanya menerusi catatan terbaharu di laman sosial Facebooknya, hari ini.

Dr Asri yang lebih dikenali sebagai Dr Maza, dalam entri tersebut turut mengakui bahawa ramai pihak yang melontarkan pertanyaan kepadanya mengenai pendirian berhubung enakmen hudud yang dibentang di negeri Kelantan.

Menjawab mengenai persoalan tersebut, beliau berkata: “Hudud itu asasnya ada dalam al-Quran dan as-Sunnah. Maka, seorang muslim tidak boleh menentang hudud yang terdapat dalam kedua sumber agung tersebut.”

Malah katanya, meskipun tidak boleh membantah asas hudud dalam Islam tetapi umat Islam boleh mempunyai perbezaan pendapat, tidak bersetuju ataupun menolak pemilihan pandangan-pandangan sarjana dalam penetapan hukuman bagi sesuatu enakmen.

Dr Maza juga turut mengambarkan bahawa pelaksanaan hukum hudud itu sebagai satu 'pintu berat' tetapi kesan daripada pelaksanaannya adalah cukup indah.

“Maka, kita memerlukan rumah yang sesuai untuk memasangnya.

“Jika dipasang di rumah yang buruk, mungkin pintu indah tapi berat berat itu boleh meruntuhkan rumah.

“Namun, jika dipasang di rumah yang indah juga, maka keindahan pintu itu akan terserlah dan keselamatannya akan zahir,” jelasnya.

Sebelum ini, Kanun Jenayah Syariah II 1993 atau dikenali hukum hudud, qisas dan takzir, tertangguh pelaksanaannya lebih 20 tahun selepas ia diluluskan DUN Kelantan pada 1993 kerana kekangan dari segi perundangan.

Namun, pada Khamis Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan rang tersebut yang hanya terpakai kepada orang Islam mukallaf sahaja apabila ia dilaksanakan kelak di negeri ini.



Sumber TKO - 23-3-2015



APAKAH ITU DINAMAKAN BERJIWA RAKYAT, TANYA DR ASRI - DR MAZA



http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/34366-apakah-itu-dinamakan-berjiwa-rakyat-tanya-dr-asri

Sumber HD - 16-3-2015

KENALI HADIS PALSU MENERUSI MATAN - DR MAZA



http://www.harakahdaily.net/index.php/terbaik-dari-blog/95-terbaik-dari-blog/34264-kenali-hadis-palsu-menerusi-matan

Sumber HD - 10-3-2015


DR ASRI TERIMA TETAMU ISTIMEWA KAZIM ELIAS - DR MAZA



http://www.harakahdaily.net/index.php/terbaik-dari-blog/95-terbaik-dari-blog/34232-dr-asri-terima-tetamu-istimewa-kazim-elias

Sumber HD - 8-3-2015


PIHAK HENTAM TERBUKA TGNA, INI PENJELASAN DR ASRI



http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/34196-pihak-hentam-terbuka-tgna-ini-penjelasan-dr-asri

Sumber HD - 6-3-2015


KENAPA DR ASRI TIDAK SETUJU KAZIM JADI PANEL FORUM - DR MAZA


SS DATUK DR MOHD ASRI ZAINAL ABIDIN - MUFTI PERLIS

http://www.harakahdaily.net/index.php/terbaik-dari-blog/95-terbaik-dari-blog/34160-kenapa-dr-asri-tidak-setuju-kazim-jadi-panel-forum

Sumber HD - 4-3-2015


" Mufti Perlis Dr Maza Bidas Seorang Pembela Ulama MUda UMNO Yang Juga Seorang Doktor Perubatan Kerana Hina TGNA "

























Orang macam nih dalam hati dah pekat hitam, nak dapat hidayah macam mana kalau tindakannya sendiri tidak pernah menjurus kepada perbuatan untuk memohon hidayah dari Allah, sehingga Tuan Guru Nik Aziz meninggal pun manusia berhati binatang ini masih nak menghina kematian TGNA.

Kabarnya beliau adalah seorang pembela tegar ulama muda UMNO yang diketuai oleh Fathul Bari. Kurang ajar, dahlah kau tolak ilmu yang dicurahkan oleh TGNA, kau hina pula kematiannya.

Sumber Tikaqbuloh - 15-2-2015


MUFTI PERLIS KRITIK KEPIMPINAN NAJIB LEMAH BERBANDING MAHATHIR - DR ASRI

SS DATUK DR MOHD ASRI ZAINAL ABIDIN - MUFTI PERLIS

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33728-mufti-perlis-kritik-kepimpinan-najib-lemah-berbanding-mahathir

Sumber HD - 8-2-2015


PM TIDAK DAPAT NASIHAT YANG JELAS - DR ASRI


SS MUFTI NEGERI PERLIS DATUK DR MOHD ASRI ZAINAL ABIDIN

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33694-pm-tidak-dapat-nasihat-yang-jelas-dr-asri

Sumber HD - 6-2-2015


DR ASRI KEMBALI JADI MUFTI, HARAP TEGAK HUKUM ALLAH - PENGGUNA FACEBOOK


DATUK DR MOHD ASRI ZAINAL ABIDIN - MUFTI NEGERI PERLIS BAGI KALI KEDUA 

http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/33612-dr-asri-kembali-jadi-mufti-harap-tegak-hukum-allah

Sumber HD - 2-12-2015













Jangan tunggu tahun baru untuk berubah - Dr Asri

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengingatkan agar jangan menunggu tahun baru untuk berubah kepada yang lebih baik.

Bekas Mufti Perlis itu juga menyeru supaya jangan menunggu tahun baru untuk meninggalkan keburukan.

"Itulah jalan hidup yang patut kita fahami dan hayati. Itu sikap golongan soleh sepanjang zaman. Mereka sentiasa memohon kebaikan dan sentiasa beristighfar kepada Allah," tulisnya menerusi facebook sebagai menjawab suatu pertanyaan bertajuk 'Bilakah Nabi berhijrah' seperti di bawah.

Soalan: Dato' Dr MAZA, menjelang bulan Muharram, kita umat Islam akan memperkatakan tentang bulan ini sebagai bulan Hijrah, di mana Nabi s.a.w berhijrah dari Mekah ke Madinah. Bolehkah Dr bincangkan hikmah Nabi s.a.w memilih bulan Muharram sebagai bulan hijrah baginda? Apakah lagi yang patut kita lakukan untuk menyambut bulan hijrah ini selain dari apa yang biasa masyarakat kita lakukan?
Nasir, Kuantan.

Jawapan Dr MAZA:

Terima kasih atas soalan yang diberikan. Sebenarnya, banyak perkara dalam mengambil fakta agama dibuat secara ikutan tanpa penelitian dan semakan yang pasti. Kita sering mengikut apa yang orang lain sebut atau ungkapkan tanpa kita memastikan ketepatannya. Malang sekali, bukan sahaja berlaku dalam kalangan masyarakat awam, tetapi juga dalam kalangan mereka yang terpelajar. Untuk menjawab soalan saudara, saya ingin sentuh beberapa perkara berikut:

1. Bulan Muharram adalah bulan pertama yang dipilih oleh Saidina ‘Umar bin al-Khattab untuk kiraan bulan bagi tahun hijrah. Maksudnya, dua belas bulan dalam satu tahun, Saidina ‘Umar al-Khattab r.a. membuat keputusan untuk memilih Muharram sebagai bulan pertama bagi tahun Hijrah. Ini seperti bulan Januari bagi tahun masihi. Maka, telah berlaku salah faham sesetengah pihak lalu menganggap Nabi s.a.w berhijrah dalam bulan Muharram. Itu andaian yang tidak tepat.

2. Dahulunya, orang Arab tidak mempunyai kiraan tahun. Mereka hanya mempunyai kiraan bulan dengan nama bulan seperti yang digunakan oleh umat Islam. Nama bulan-bulan hijrah kita hari ini diambil dari nama bulan-bulan ‘Arab. Cumanya, Arab tidak mempunyai kiraan tahun seperti mana bangsa Rumawi yang mempunyai kiraan tahun masihi mereka. Di zaman Saidina Umar, umat Islam mencadangkan agar diwujudkan kiraan tahun bagi kalender umat Islam. Pelbagai cadangan diberikan termasuk dicadangkan tahun kelahiran Nabi s.a.w. untuk dijadikan tahun pertama kiraan kalendar umat Islam Namun ditolak oleh Amirul al-Mukminin Umar bin al-Khattab r.a. Beliau kemudiannya bersetuju tahun Nabi s.a.w berhijrah dijadikan tahun pertama kiraan tahun dalam kalendar umat Islam. Kemudian timbul pula persoalan bulan manakah patut dijadikan bulan pertama. Pelbagai cadangan diberikan, termasuk bulan Ramadan. Namun, Amirul Mukminin ‘Umar bin al-Khattab r.a menolaknya kemudian memilih bulan Muharram. Ini disebabkab bulan tersebut umat Islam baru sahaja menyelesaikan ibadah haji. Bukan kerana bulan tersebut Nabi s.a.w berhijrah.

3. Sejarahwan besar al-Hafizd al-Imam Ibn Kathir (w. 774H) menyebut dalam karya sejarahnya al-Bidayah wa al-Nihayah: Kata Muhammad bin Sirin: Seorang lelaki datang kepada Umar dan berkata: “Tetapkan tarikh seperti mana orang bukan arab lakukan dengan menulis pada bulan tertentu dan tahun tertentu”. Jawab Umar: “Cadangan yang baik”. Mereka berkata: “Tahun bila kita hendak mulakan?”. Ada yang mencadangkan tahun kebangkitan Nabi s.a.w, ada pula cadangan tahun kewafatan dan lain-lain. Lalu mereka bersetuju tahun baginda berhijrah. Lalu mereka bertanya lagi: “Bulan manakah hendak kita mulakan?”. Ada yang mencadangkan Ramadan. Ada yang mencadangkan “Muharram kerana ia bulan yang orangramai baru sahaja selesai menunaikan haji dan ia juga termasuk dalam bulan-bulan haram”. Lalu mereka pun bersetuju menjadikan bulan Muharram bulan yang pertama. (al-Bidayah wa al-Nihayah, 3/252, Beirut: Dar al-Fikr). Riwayat ini jelas menunjukkan pemilihan Muharram sebagai bulan pertama dalam kalender Hijrah bukanlah kerana ia bulan yang Nabi s.a.w berhijrah padanya. Ia hanya bulan pilihan yang dijadikan bulan pertama bagi kalendar hijrah.

4. Menurut para pengkaji Sirah Nabi s.a.w, hijrah berlaku dalam Bulan Rabi’ul Awwal, bukan Bulan Muharram. Ini disebut dalam pelbagai riwayat. Sebuah karya kajian sirah Nabi s.a.w yang mendapat anugerah dan pengiktirafan besar dalam dunia Islam iaitu al-Rahiq al-Makhtum karangan al-Syeikh al-Mubarakfuri telah menyimpulkan bahawa Nabi s.a.w keluar dari rumah baginda ke rumah Abu Bakar al-Siddiq pada malam 28 haribulan Safar, tahun ke empat belas selepas menjadi rasul. Dari situ, baginda bersama Abu Bakar ke Gua Thur. Mereka berdua berada dalam gua tersebut selama tiga malam. Pada hari pertama bulan Rabiul Awwal baginda dan Abu Bakar keluar dari Gua Thur lalu memulakan hijrah ke Yathrib (Madinah). Mereka dipandu oleh Abdullah bin ‘Uraiqit. Pada hari Isnin, 8 Rabiul Awwal, Nabi s.a.w sampai ke Quba. Baginda berada di Quba selama empat hari dan mengasaskan Masjid Quba. Pada 12 Rabiul Awwal, selepas solat Jumaat, barulah baginda memasuki Yathrib yang kemudian dinamakan Madinah. Inilah kesimpulan yang diambil dari pelbagai riwayat serta catatan ahli sejarah dan hadis. (lihat perincian: al-Mubarakfuri, al-Rahiq al-Makhtum, 163-172. Beirut: Muassasah Fuad).

5. Dengan ini, berdasarkan maklumat yang dinyatakan tadi, jelas bulan muharram bukanlah bulan baginda Nabi s.a.w berhijrah, ataupun memulakan hijrah. Kesimpulannya; baginda keluar dari rumah pada akhir bulan Safar. Memulakan hijrah pada hari pertama Rabiul Awwal dan sampai ke Madinah pada 12 Rabiul Awwal. Jika ada perbezaan pendapat dalam kalangan sejarahwan, ia berkisar pada hari-hari yang disebutkan itu sahaja. Adapun bulan, mereka bersetuju hijrah Nabi s.a.w pada Rabiul Awwal. Dengan itu, kita sepatutnya tahu bahawa bulan Muharram adalah bulan pertama dalam kiraan kalendar hijrah, bukan bulan hijrah Nabi s.a.w.

6. Penetapan kalendar hijrah yang dibuat oleh Amirul Mukminin Umar bin al-Khattab r.a adalah langkah yang tepat bagi memenuhi keperluan urusan pentadbiran dan kehidupan umat Islam. Walaupun idea itu bermula dari cadangan meniru cara pengurusan bukan muslim, tetapi meniru bukan muslim dalam perkara yang bukan ibadah dan pula dapat memberikan faedah kepada umat Islam adalah sesuatu yang diizinkan, bahkan disuruh oleh Islam. Langkah Saidina Umar r.a. itu telah membantu pengurusan dan pentadbiran umat Islam sepanjang zaman. Maka, penetapan tarikh bagi tahun hijrah bukanlah bagi mengujudkan satu upacara agama, tetapi untuk urus tadbir umat.

7. Setelah kita jelas tentang latar penetapan tahun hijrah, iaitu ia berlaku pada zaman Saidina Umar bin al-Khattab r.a bukan pada zaman Rasulullah s.a.w, maka sudah pastilah tiada apa-apa upacara ibadah khusus –sama ada solat khusus, atau puasa khusus atau bacaan khusus- yang Nabi s.a.w lakukan sempena tahun baru hijrah kerana kiraan tahun baru hijrah belum bermula pada zaman baginda. Pada zaman Umar dan khalifah-khalifah selepas Umar juga tiada sebarang upacara ibadah khusus sempena kedatangan tahun baru hijrah. Sebaik-baik petunjuk dalam ibadah ialah petunjuk Nabi s.a.w dan al-Khalafa al-Rasyidin.

8. Setiap hari, setiap waktu umur kita bertambah atau meningkat. Sama ada memasuki tahun baru atau tidak, hayat kita tetap bertambah singkat dan ajal semakin dekat. Setiap kita disuruh untuk berazam ke arah yang lebih baik, sama ada menjelang atau belum tahun yang baru. Itulah kehidupan dan jiwa seorang muslim. Masa tidak selalu menunggu kita. Kebaikan jangan ditangguh, keburukan jangan ditanggung. Jangan menunggu tahun baru untuk berubah kepada yang lebih baik. Jangan menunggu tahun baru untuk meninggalkan keburukan. Itulah jalan hidup yang patut kita fahami dan hayati. Itu sikap golongan soleh sepanjang zaman. Mereka sentiasa memohon kebaikan dan sentiasa beristighfar kepada Allah.

9. Jika tahun baru hendak diingati atau dihayati, mungkin di sudut kedatangan tahun baru boleh menjadi pemangkin semangat dan azam. Membantu penilaian dan perancangan. Maka, ia akan menggalakkan kita memuhasabah diri; apakah kejayaan amalan baik atau dosa yang telah kita lalui tahun lalu? Juga, yang penting apakah perancangan dan azam kebaikan bagi kalendar yang akan datang. Maka kita pun berazam ke arah prestasi yang lebih baik. - HARAKAHDAILY 25/10/2014

Sumber HD - 25-10-2014













Jangan lupa isu besar ulama bagaikan anjing - Dr Asri

HARAKAHDAILY | .














KUALA LUMPUR: Dalam kesibukan membincangkan isu sentuh anjing, kita jangan lupa mengingati diri bahawa ada isu yang lebih besar yang dibangkitkan oleh al-Quran, tulis bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.



Menulis dalam facebooknya, beliau menyatakan isu besar itu berhubung dengan anjing, iaitu ulama yang bersikap bagaikan anjing yang disebut dalam Surah al-A'raf ayat 175-176.

Beliau menulis demikian di bawah tajuk Kempen I Want To Touch A Dog Dan Ulama Bagaikan Anjing.

Sesetengah media menggambarkan seakan saya menyokong kempen menyentuh anjing yang dianjurkan oleh sesetengah pihak. Padahal saya hanya bercakap dari dimensi teks yang ada dalam Islam berkaitan anjing bukan tentang kempen memegang anjing tersebut.

Saya tidak menyatakan sokongan ataupun bantahan kepada kempen tersebut kerana saya tidak jelas apakah tujuan kempen sentuh anjing itu dianjurkan. Apakah keperluan program seperti hendak dianjurkan?!! Ini seperti mana saya juga tidak jelas mengapakah jutaan ringgit dibelanjakan untuk membolehkan rakyat melihat PANDA dari China. Jika saya ingin menyokong ataupun membantah, saya hendaklah jelas dan adil ke atas kedua-dua kes ini.

Isu anjing itu telah saya tulis beberapa tahun lepas. Ini kerana pengalaman saya yang sering ditanya oleh 'muslim bandar', muslim yang baru menganut Islam dan bukan muslim mengenai sikap Islam terhadap anjing. Tulisan saya untuk menghilangkan persepsi negatif terhadap ajaran Islam berkaitan dengan anjing. Sesiapa yang hidup di Barat akan lebih terasa persoalan ini dibangkit oleh saudara-saudara baru muslim.

ULAMA YANG BAGAIKAN ANJING

Dalam kesibukan membincangkan isu sentuh anjing, kita jangan lupa mengingati diri bahawa ada isu yang lebih besar yang dibangkitkan oleh al-Quran berhubung dengan anjing, iaitu ULAMA YANG BERSIKAP BAGAIKAN ANJING. Ini al-Quran sebut dalam Surah al-A'raf ayat 175-176.

Firman Allah: (maksudnya) “Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat kami. kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar darinya, lalu syaitan mengikutnya, maka jadilah dia daripada orang-orang yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia mahu kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya seperti ANJING, jika engkau menghalaunya, dia menjelirkan lidahnya, dan jika engkau membiarkannya: dia juga menjelirkan lidahnya. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir”. (Surah al-A’raf: ayat 175-176).

Ayat ini menceritakan perihal kisah seorang ilmuwan agama yang meninggalkan ajaran Allah semata-mata kerana keinginannya kepada dunia. Riwayat-riwayat Israiliyyat menyebut nama orang tersebut ialah Bal'am.

Apa yang penting, ayat ini telah menyamakan ulama yang menjual nilai ajaran Allah hanya untuk kepentingan dunianya sama seperti anjing yang sentiasa menjelirkan lidah. Padahal jika dia berpegang atas prinsip ilmu dia tetap akan mendapat kemuliaan. Namun, dia gopah dengan silauan tawaran dunia. Samalah dia seperti anjing yang sentiasa menjelirkan lidah.

Anjing menjelirkan lidah disebabkan kepanasan badannya, atau oksigen yang tidak cukup bagi tubuhnya. Demikian ilmuwan yang sentiasa kepanasan kerana gilakan dunia, atau sentiasa merasa tidak memadai dengan kedudukan mulianya sebagai ilmuwan, lalu dia menjelirkan lidahnya yang hodoh mencari yang lain habuan yang lain. Pelbagai fatwa mengampu dikeluarkan. Jika pihak yang diampu membuat salah, dia mencari dalil menjustifikasikannya. Jika musuh pihak yang diampu membuat salah, dia mencari puluhan dalil yang memasukkan mereka ke dalam neraka. Jika pihak yang diampu itu betul, berlebih-lebihan dia memuji dengan segala dalil agama. Jika musuh pihak yang diampu betul, dia cuba mencari dalil agama untuk melihat kelemahan dari sudut yang lain.

Maka Allah menjanjikan bagi ulama yang menyembunyikan kebenaran balasan yang dahsyat. Allah berfirman: (maksudnya) “Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa-apa keterangan Kitab suci yang telah diturunkan oleh Allah, dan membeli dengannya harga yang sedikit, mereka itu tidak mengisi dalam perut mereka selain daripada api neraka, dan Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada hari kiamat, dan ia tidak membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab yang perit”. (Surah al-Baqarah: ayat 174).

Ya! ulama itu bukan malaikat atau nabi yang maksum. Mereka seperti insan lain yang terdedah kepada salah dan dosa. Namun walau apapun keadaannya, mereka tidak boleh menyelewengkan fakta, atau menyembunyikan kebenaran sehingga mengelirukan manusia tentang hakikat ajaran Allah S.W.T. Ini kerana yang menyebabkan mereka itu dianggap ulama kerana ilmu yang dimiliki oleh mereka. Peranan mereka adalah menjaga ilmu dan memastikan ilmu itu berfungsi untuk kemaslahatan manusia.

Menjadi mat rempit, atau perompak, atau pemimpin yang tidak jujur tidak lebih buruk daripada ulama yang menyembunyikan kebenaran atau menyelewengkan fakta sehingga manusia tersesat. Maka al-Quran menyamakan ulama yang memutarkan kebenaran itu seperti anjing yang menjelirkan lidah. - HARAKAHDAILY 21/10/2014

Sumber HD - 21-10-2014













Ramai minta saya coretkan tentang anjing - Dr Asri

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: "Ramai yang meminta saya mencoretkan sesuatu tentang anjing pada pandangan muslim," tulis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Dalam tulisan menerusi facebook semalam, bekas Mufti Perlis itu menyatakan ada yang kata anjing binatang yang dimusuhi oleh Islam dan ada yang kata perbuatan memegang anjing diharamkan oleh Islam.

"Ada pula yang kata apa salahnya kita membela anjing macam orang lain. Macam-macam lagi yang ditimbulkan. Ada yang berdasar fakta, ada berdasar emosi," tulisnya lagi di bawah tajuk 'Anjing dan isu masyarakat Malaysia' sebagaimana di bawah.

Dalam masyarakat yang rencam agama dan budaya, pelbagai perkara sensitive mudah timbul. Di zaman teknologi maklumat, bermacam sudut pandang akan muncul. Sememang inilah reality masyarakat ‘era baru’ kini yang mempunyai pelbagai dimensi dan perspective baru yang tidak dimiliki oleh generasi yang hidup dalam era yang lepas.

Ada yang kata anjing binatang yang dimusuhi oleh Islam. Ada yang kata perbuatan memegang anjing diharamkan oleh Islam. Ada pula yang kata apa salahnya kita membela anjing macam orang lain. Macam-macam lagi yang ditimbulkan. Ada yang berdasar fakta, ada berdasar emosi.

Ramai yang meminta saya mencoretkan sesuatu tentang anjing pada pandangan muslim. Dalam ruang yang terbatas ini, saya ingin sebutkan secara ringkas isu-isu berikut:

Samakan Dengan Anjing

Walaupun manusia mempunyai pelbagai latar budaya dan agama, namun secara umumnya kesemua masyarakat menganggap menyamakan mana-mana individu dan pihak dengan anjing merupakan satu penghinaan. Sekalipun masyarakat Barat ramai yang menganggap ‘a dog is a man’s best friend’ namun jika kita berkata ‘you are like a dog’ ia merupakan satu penghinaan. Jika pun ada yang memahami dengan maksud kesetiaan ataupun loyalty namun ia bermaksud kesetiaan yang membuta tuli.

Al-Quran juga menjadikan anjing sebagai satu perumpamaan yang buruk bagi golongan ulama penjilat dunia yang menjual prinsip kebenaran demi kepentingan diri. Firman Allah: (maksudnya) “Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat Kami. Kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh syaitan, maka dia dari kalangan yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami angkat kedudukannya dengan (berpegang) ayat-ayat itu, tetapi dia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya, ia menghulurkan lidahnya, dan jika Engkau membiarkannya, ia juga menghulurkan lidahnya. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir (Surah al-’Araf: 175-176).

Jadi, jika masyarakat muslim sensitive apabila mereka ataupun amalan mereka dibandingkan dengan anjing, maka itu memang sepatutnya. Mereka yang membuat apa-apa provokasi dalam hal yang seperti itu memang membuat onar dan ingin menimbul permusuhan dengan masyarakat muslim tanpa sebab. Perbuatan itu merosakkan keharmonian masyarakat di negara ini.

Islam Benci Anjing?

Ada orang bertanya pula, jadi apakah Islam membenci anjing dan melarang muslim berbuat baik kepada binatang berkenaan?

Dalam al-Quran Allah menceritakan tentang anjing yang mengiring para pemuda al-Kahfi dan turut bersama mereka semasa berjuang menghadapi rejim yang zalim pada zaman mereka. Firman Allah: (maksudnya) “dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedangkan anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa amat gerun takut kepada mereka.” (Surah al-Kahfi, ayat 18).

Anjing tersebut menjadi binatang yang bersahabat dengan para pejuang kebenaran. Anjing itu lambang kemuliaan. Sesetengah riwayat yahudi menamakan anjing itu ‘qidmir’.

Sementara dalam hadis pula, Nabi s.a.w bersabda: “Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu” (Riwayat al-Bukhari).

Betapa seorang pelacur yang buruk sekalipun diampuni dosanya oleh Allah kerana dengan ikhlas memberikan minum kepada seekor anjing. Bagaimana mungkin untuk kita menganggap bahawa Islam tidak menilai sebagai satu perbuatan yang baik jika muslim memberi makan dan minum kepada anjing?!! Jika ada orang muslim yang memberi makan kepada anjing patutlah dipuji.

Bolehkah muslim memiliki anjing?

Dalam al-Quran, Allah menyebut: (maksudnya) “Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad): "Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka?" bagi menjawabnya: "Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang baik-baik, dan (buruan ang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu. Kamu mengajar serta melatihnya (adab peraturan berburu) sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu, oleh itu makanlah dari apa yang mereka (binatang-binatang buruan) itu tangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah atasnya (ketika kamu melepaskannya berburu); dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha cepat hitungan hisabNya" (Surah al-Maidah, ayat 4)

Binatang pemburu yang biasa digunakan ialah anjing. Kitab-kitab tafsir seperti Tafsir Ibn Kathir dan selainnya akan menyebut anjing sebagai pemburu utama. Juga perkataan mukallibin dalam ayat ini boleh bermaksud tuan-tuan empunya anjing seperti yang disenarai oleh al-Imam Ibn al-Jauzi ( meninggal 597H) dalam Zad al-Masir.

Ertinya, muslim memiliki anjing buruan. Demikian dia boleh memiliki anjing yang menemaninya berjalan atau menjaga keselamatan rumah seperti anjing Ashab al-Kahfi yang disebutkan tadi.

Bolehkah Muslim Menyentuh Anjing?

Ada pula yang cuba menyatakan haram memegang anjing kerana najis. Kalau kerana ia najis haram dipegang, maka haram juga seseorang menyentuh najis dirinya, ataupun anaknya ataupun sesiapa di bawah jagaannya ketika membersihkannya. Haramlah juga mereka yang berkerja yang membabitkan bahan-bahan bernajis seperti mencuci tandas ataupun darah ataupun nanah dan lain-lain. Begitu juga dengan doctor veterinar. Maka itu kesimpulan hukum yang cetek. Maka TIDAK HARAM menyentuh anjing.

Najis boleh disentuh tetapi hendaklah dibasuh apabila kita hendak beribadat ataupun berurusan dengan masyarakat. Menyentuh anjing yang kering sepakat ulama tidak najis. Menyentuh anjing basah khilaf pendapat dalam kalangan sarjana. Mazhab Syafie agak tegas dalam hal ini. Namun, pendapat-pendapat mazhab lain lebih luas dan mudah. Sebahagian fuqaha hanya membataskan najis anjing itu hanya jilatannya kerana itu sahaja yang disebut dalam hadis : “Apabila anjing menjilat bekas seseorang kamu, maka basuhlah sebanyak tujuh kali. Salah satunya dengan tanah” (Riwayat al-Bukhari).

Mazhab Malik bin Anas pula paling longgar dan luas berhubung dengan anjing.

Memelihara Anjing Dalam Rumah?

Adapun memelihara anjing dalam rumah tanpa sebab adalah tidak digalakkan oleh Islam. Nabi s.a.w bersabda: “Sesiapa yang memelihara anjing kecuali anjing buruan ataupun ternakan (menjaga ternakan) maka berkurangan pahalanya setiap hari sebesar qirat (Bukit Uhud)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan hadis ini, maka sekurang-kurangnya memelihara anjing tanpa sebab yang disebutkan berada pada hukum makruh. Ada ulama yang mengharamkan. Namun hadis di atas tidak menyebut dosa, tetapi pengurang pahala sahaja. Maka, hukum makruh dipilih oleh sebahagian fuqaha. Hikmahnya, mungkin atas beberapa sebab yang berkaitan kerohanian dan kemasyarakat.

Islam menyuruh kita mengalukan tetamu. Bukan semua orang suka dengan anjing. Baunya dan juga salakannya boleh menakutkan sesetengah orang. Sesiapa yang pernah pergi ke rumah pemelihara anjing, atau menaiki kenderaan yang ada anjing dia akan tahu baunya yang bukan semua orang dapat bertahan. Salakan anjing dan bulu-bulu di sana-sini bagaikan tidak mengalu-alukan tetamu. Sedangkan Islam agama kemasyarakatan dan hubungan baik antara jiran, saudara-mara dan sahabat handai.

Dari segi keselamatan dan kesihatan juga mempunyai kemerbahayaannya. Gigitan anjing, najis serta jilatannya merbahaya. Banyak research yang telah dibuat tentang hal ini. Apabila Islam cuba mengelakkan bahaya anjing yang dipelihara dalam rumah dengan melarang penganutnya berbuat demikian, bukan itu bererti penindasan terhadap anjing. Betapa banyak binatang yang manusia elakkan dari menghampirinya kerana kemerbahayaannya. Itu semua bukan bererti penindasan atau kekejaman!

Dalam hadis tadi, Nabi s.a.w: “Apabila anjing menjilat bekas seseorang kamu, maka basuhlah sebanyak tujuh kali. Salah satunya dengan tanah”. (Riwayat al-Bukhari).

Untuk mengelakkan jilatan anjing yang sentiasa menjelir lidah, yang dianggap najis dari segi agama dan juga bahaya dari segi scientific maka Islam melarang untuk kita memelihara anjing di dalam rumah tanpa alasan yang diizinkan.

Maka ini ringkasan yang sempat saya coretkan petang ini berhubung dengan sisi pandangan nas-nas Islam berkaitan dengan anjing.

Sumber HD - 20-10-2014













Nyahkan bangsawan samseng - Dr Asri

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Jika bangsawan itu sekadar menunjukkan kesamsengan kepada rakyat, mendapat pelbagai harta dan tempat atas cengkaman kedudukan padahal ramai lain yang lebih layak, membazir harta awam, memukul sesuka hati orang biasa, mengambil apa saja yang mereka suka, mengungut sesiapa yang mereka mahu, memaki sesiapa yang mereka hendak, maka golongan bangsawan seperti itu sepatutnya dinyahkan dari sesuatu bangsa.

Demikian tulis bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam facebooknya, semalam.

Menurutnya, sesuatu bangsa akan terus dalam belenggu kebodohan jika golongan bangsawan seperti itu masih dibiarkan.

Tulisan penuh beliau sebagaimana di bawah.

Bangsawan ialah golongan yang berkedudukan mulia ataupun ‘kononnya mulia’ dari segi keturunan.

Ini seperti mereka yang dari keturunan raja, sultan, khalifah, presiden, menteri dan seumpamanya.

Perkataan mulia itu juga kadang-kala lebih bersifat persepsi. Betapa ramai dalam sejarah pelbagai bangsa, golongan yang dianggap mulia hanya disebabkan keluarga mereka menjadi maharaja ataupun raja ataupun sultan, ataupun mana-mana pembesar padahal asal usul keturunan mereka sebelum itu mungkin perompak, lanun di laut ataupun penipu besar ataupun pembunuh yang kejam yang kemudian telah berjaya merebut kuasa dan diwarisi. Bahkan semasa berada di atas kuasa pun sebahagian golongan yang dianggap bangsawan itu meneruskan agenda merampok orang lain tetapi mungkin dengan berselindung di sebalik kuasa, ataupun menjadi ‘perompak berlesen’.

Ramai juga mereka yang bergelar diri bangsawan, ataupun merasa diri telah menjadi bangsawan itu menjadi sombong dan bongkak sehingga merasakan mereka boleh berbuat apa sahaja. Mereka memukul, memaki, mencedera, mengambil harta orang lain dan awam serta pelbagai cara hidup samseng diamalkan dalam gaya hidup mereka. Mereka sering merasakan mereka mesti menang dalam setiap persaingan. Mereka fikir mereka tidak boleh dipertikai dan dilihat kalah. Kehendak mereka ‘by hook or by crook’ mesti tercapai. Apabila mereka merasa kecewa ataupun marah mereka mula bertindak zalim ke atas pihak yang lemah. Bangsawan seperti ini kita panggil bangsawan samseng.

Mengajar Bangsawan Samseng

Dalam Kanz al-‘Umal dan disebut juga dalam Futuh Misr wa Akhbaruha oleh Ibn ‘Abd al-Hakam al-Misri yang menceritakan sejarah pembukaan Mesir, diriwayatkan daripada Anas bin Malik bahawa seorang lelaki dari Mesir telah datang kepada Khalifah ‘Umar bin al-Khattab di Madinah. Lelaki itu berkata: “Wahai Amirul Mukminin! Aku meminta perlindunganmu dari kezaliman”. Kata ‘Umar: Ya!. Kata lelaki itu: “Aku berlumba dengan anak gabenor Mesir (Muhammad bin ‘Amr bin al-‘As), lalu aku menang. Maka dia (anak gabenor) memukulku dengan cemeti sambil berkata: “Aku anak golongan yang mulia”.

Khalifah Umar bin al-Khattab menulis surat perintah kepada gabenor Mesir ‘Amr bin al-‘As meminta dia dan anaknya Muhammad itu hadir ke Madinah. Apabila mereka hadir, Umar memanggil lelaki dari Mesir tersebut. Lelaki itu datang, lalu Umar memberikan kepadanya cemeti dan berkata: “Pukul dia”. Dia pun memukul sambil Umar berkata: “Pukullah anak golongan yang mulia”.

Kata Anas bin Malik yang menyaksikan kejadian itu: “Dia memukul dan kami suka dengan pukulannya. Dia tidak berhenti sehingga kami harap dia berhenti”. Kemudian Umar berkata kepadanya: “Letakkan cemeti itu atas kepala botak bapanya (kepala ‘Amr bin al-‘As)”. Lelaki itu berkata: “Wahai Amirul Mukminin! Hanya anaknya yang memukulku, aku telah pun membalasnya dan memadai”.

Kemudian Umar berkata kepada ‘Amr bin al-‘As: “Sejak bilakah engkau memperhambakan manusia sedangkan ibu-ibu mereka melahirkan mereka dalam keadaan merdeka?!” Jawab ‘Amr bin al-‘As: “Sesungguh aku tidak tahu kes ini”.

Sama Di Sisi Tuhan

Demikian Khalifah ‘Umar mengajar kesombongan golongan bangsawan ini. Padahal ‘Amr bin al-‘As seorang sahabat Nabi s.a.w. Namun keadilan itu tidak mengenal keturunan dan latar harta. Semua manusia sama di sisi Allah. Kita semua dari keturunan Adam. Hanya yang lebih kerana nilaian kebaikan jiwa dan ketinggian budi. Nabi s.a.w menyebut: “Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas ‘ajam (yang bukan arab), atau ‘ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, hadis berstatus hasan).

Jika hendak dikira manusia yang mulia, maka khalifah empat bagi umat ini Abu Bakr, Umar, Uthman dan ‘Ali merupakan insan-insan mulia yang dipilih memegang jawatan khalifah atas kemuliaan diri mereka. Bukan kerana keturunan mereka mendapatkan kuasa ataupun kerana pengaruh harta mereka yang banyak. Sebaliknya kerana kualiti diri mereka dan kemuliaan mereka yang nyatakan oleh Nabi Muhammad s.a.w sendiri. Pun begitu mereka tidak pernah menyatakan ‘kami ini mulia, sahabat sahabat utama Nabi Muhammad maka jangan pertikai perbuatan dan tindakan kami. Siapa pertikai dianggap derhaka pada negara dan bangsa!’. Sama sekali mereka tidak pernah berkata demikian.

Sebaliknya Khalifah Abu Bakar al-Siddiq pada hari dia memegang jawatan khilafah berucap: "Wahai manusia, sesungguhnya aku telah dilantik menjadi pemimpin kamu, bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Jika aku betul, tolonglah aku. Jika aku salah, betulkanlah aku. " (Ibn Athir, Al-Kamil fi al-Tarikh, 1/361).

Hanya mereka yang perasan sahaja merasakan diri mereka bangsawan yang tidak boleh dipertikaikan.

Hanya bangsa ataupun individu yang bodoh, dungu dan feudal ataupun pengampu terlampau sahaja yang menganggap mengkritik golongan bangsawan istana itu satu kesalahan dan menggesa agar pengkritik diambil tindakan. Mereka yang seperti itu mempunyai masalah mental dan akidah sehingga seakan menganggap golongan bangsawan itu bagaikan maksum melebihi para nabi yang diutuskan oleh Tuhan.

Pupus

Perlu diingat, kesamsengan golongan bangsawan telah menyebabkan kebanyakan mereka pupus dari tampuk kuasa. Walaupun Parsi, Rome, China, beberapa Negara Eropah, dan India pernah memiliki empayar dan kekuasaan yang luas, namun ke mana perginya maharaja-maharaja mereka?!

Kesemuanya pupus dibuang oleh kehendak rakyat apabila mereka dilihat sudah tidak relevan lagi.

Mereka lebih banyak merosakkan dari memberikan manfaat kepada rakyat. Nepal juga telah membuang institusi raja mereka.

Jika kita lihat istana-istana raja-raja Eropah serta pencapaian mereka, mereka bagaikan tidak akan tumbang. Maharaja-maharaja China dan Parsi pasti lebih gah dan hebat dengan tentera dan kemewahan harta dan wanita mereka. Tapi kesemuanya lenyap. Kesemua ini menjadi pengajaran kepada golongan bangsawan yang masih berkuasa dalam pelbagai bangsa agar menjaga adab dan ketertiban mereka, jangan samseng sehingga akhir mereka dicampak oleh rakyat sendiri dan bangsa sendiri.

Salah satu sebab kejayaan bangsa Eropah adalah kerana mereka tidak membiarkan kezaliman raja-raja berterusan. Pembuangan sistem istana dan agama yang diperalatkan oleh istana telah membawa bangsa Eropah maju dan bebas dari cengkaman kezaliman. Inilah yang disebut oleh ‘Amr bin al-‘As ketika mengulas hadis Nabi s.a.w mengenai kiamat berlaku dalam keadaan Rome paling banyak rakyatnya. Kata ‘Amr: “Jika kamu sebut demikian, sesungguhnya pada mereka ada empat ciri yang baik. Pertama; mereka paling santun (forbearing) ketika dalam bahaya. Kedua; Mereka paling pantas bangkit selepas bencana. Ketiga; Paling cepat menyerang balas musuh. Keempat; Mereka paling baik untuk anak yatim, orang miskin dan orang lemah kalangan mereka. Tambahan kelima, satu ciri yang baik lagi indah; mereka golongan yang paling mencegah kezaliman raja-raja”.

Golongan bangsawan sepatutnya menjadi manusia paling hormati dalam sesebuah masyarakat.

Mereka paling mematuhi peraturan, paling santun kepada rakyat bawahan dan menjadi teladan kesopanan dan kehalusan budi, bahasa dan akhlak. Ucapan mereka menjadi ikutan, falsafah mereka menjadi pegangan, bahasa mereka menjadi ukuran.

Jika bangsawan itu sekadar menunjukkan kesamsengan kepada rakyat, mendapat pelbagai harta dan tempat atas cengkaman kedudukan padahal ramai lain yang lebih layak, membazir harta awam, memukul sesuka hati orang biasa, mengambil apa saja yang mereka suka, mengungut sesiapa yang mereka mahu, memaki sesiapa yang mereka hendak, maka golongan bangsawan seperti itu sepatutnya dinyahkan dari sesuatu bangsa. Sesuatu bangsa akan terus dalam belenggu kebodohan jika golongan bangsawan seperti itu masih dibiarkan. Golongan samseng yang menyakiti rakyat bukan sahaja patut dibuang, bahkan tidak layak pun untuk ditempat di muzium sejarah mana-mana bangsa pun melainkan dengan catatan hitam ‘samseng’.

Sumber HD - 19-10-2014













Bajet: Dr Asri bawa kisah nasihat Nabi Shu‘aib

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mahu berkongsi apa yang Nabi Shu‘aib nyatakan kepada kaumnya tentang punca kemusnahan ekonomi sesuatu umat.

Beliau menyatakan tidak mahu mengulas bajet secara detil menerusi tulisan dalam facebooknya, sebagaimana di bawah.

Saya tidak mahu mengulas bajet secara detil. Biarlah hal itu dilakukan oleh pakar-pakarnya. Saya sekadar mahu berkongsi apa yang Nabi Shu‘aib nyatakan kepada kaumnya tentang punca kemusnahan ekonomi sesuatu umat.

Nabi Shu’aib merupakan seorang nabi yang yang diutuskan kepada Kaum Madyan. Beliau terpaksa menghadapi kerenah penyelewengan pengurusan ekonomi dan harta yang mereka lakukan. Kaum Madyan dicatatkan sebagai kaum yang awal mengenakan cukai kepada orang yang lalu-lalang dalam kawasan mereka. Al-Quran merakamkan ucapan-ucapan Shu’aib bagi mengingatkan sesiapa yang terlibat dengan harta orang lain tentang asas-asas penting dalam menguruskan harta. Bahasa Nabi Shu’aib a.s. bahasa asas yang dapat difahami oleh semua peringkat.

Penipuan Harga

Penipuan harga adalah antara ibu penipuan dalam urusan ekonomi. Meletak harga bohong pada sesuatu adalah kezaliman. Penipuan ini boleh berlaku samada dengan cara menipu ukuran ataupun timbangan. Dalam kerangka projek-projek kerajaan bererti meletakkan harga yang tidak sepadan dengan nilai yang sepatut. Sehingga projek-projek itu dibayar oleh kerajaan dengan harga yang tinggi melebihi ‘sukatan’ ataupun ‘timbangan’ yang sepadan. Wang awam menjadi mangsa dan negara menjadi korban. Ini semua kerana ada pihak yang mengambil kesempatan untuk memakan harta secara tidak sepatutnya. Inilah yang Nabi Shu‘aib tegaskan dalam seruannya. Firman Allah: (maksudnya) “dan kepada penduduk Madyan Kami utuskan saudara mereka Syu’aib, dia berkata: "Wahai kaumku! Sembahlah Allah! Tiada tuhan bagi kamu selain dariNYA, dan janganlah kamu mengurangi sukatan dan timbangan. Sesungguhnya aku melihat kamu berada dalam kemewahan; dan sesungguhnya aku bimbang, kamu akan ditimpa azab hari yang meliputi.” (Surah Hud ayat 84).

Menipu timbangan ataupun sukatan bukan bererti tidak langsung menimbang ataupun menyukat, tetapi sukatan dan timbangan secara tipu. Inilah punca kemusnahan kehidupan penduduk Madyan kerana ada pihak yang menipu dalam berurusan dengan pihak yang lain. Justeru, negara yang baik hendak mempratikkan ‘good monetary policy’ yang dapat menyelamat harta awam dari ditipu ataupun dirompak secara ‘lulus di atas kertas’. Kebanyakan penipu silam dan moden memperlihatkan seakan mereka jujur pada mata yang tertipu, tetapi hakikatnya mereka penipu. Hal ini akan menyebabkan negara yang zahirnya kaya, tetapi rakyatnya susah sebab timbangan dan sukatan mereka sudah ditipu. Nampak banyak, hasilnya sedikit.

Mengurangi Hak

Ingatan Nabi Shu’aib yang lain ialah: (maksudnya) “Jangan kamu kurangkan manusia apa yang menjadi hak-haknya (Surah Hud: 85).

Dalam konteks negara, jika kita membicarakan tentang hak, maka hak rakyat menikmati kekayaan bagi setiap negara tidak sama. Ia bergantung kepada latar kekayaan negara tersebut. Jangan samakan Malaysia dengan negara yang lebih miskin dari kita ataupun sebaliknya.

Sebab itu al-Quran apabila menyebut tentang mut’ah yang suami patut berikan kepada isteri yang diceraikan, Allah memerintahkan agar kadarnya ditentukan oleh kemampuan masing-masing. Allah menyebut: “..hendaklah kamu memberi "mut'ah" (pemberian saguhati) kepada mereka (yang diceraikan itu), iaitu suami yang senang (hendaklah memberi) menurut ukuran kemampuannya; dan suami yang susah pula menurut ukuran kemampuannya, sebagai pemberian saguhati menurut yang patut, lagi menjadi satu kewajipan atas orang-orang (yang mahu) berbuat kebaikan”. (Surah al-Baqarah, ayat 236).

Suami yang kaya tidak boleh memberikan saguhati ataupun mut’ah itu seperti kadar yang diberikan oleh suami yang miskin. Dia tidak boleh bandingkan hak isterinya dengan isteri orang tidak sekaya dirinya. Demikian hak-hak rakyat dalam setiap negara itu berbeza berdasarkan kekuatan kekayaan negara berkenaan. Tidak boleh mana-mana kerajaan yang kaya menyamakan hak rakyat di negaranya dengan rakyat di negara yang lebih miskin daripadanya. Lebih buruk lagi jika sebahagian ‘bangsawan’ dan ‘atasan’ menikmati kekayaan sesebuah negara secara berlebihan sementara sebahagian rakyat hanya menjilat lebihan kuah yang tumpah ke lantai sahaja.

Keberkatan

Intipati yang penting dalam penghayatan amalan ekonomi yang jujur ialah mencari keberkatan yang diperolehi melalui harta yang terhasil dari sumber yang halal. Shu’aib a.s: (maksudnya) “Baki (yang halal) Allah kepada kamu lebih baik bagi kamu jika betul kamu orang-orang yang beriman, dan aku bukanlah orang yang mengawasi kamu". (Surah Hud, ayat 86).

Inilah asas jiwa insan yang jujur dalam pengurusan ekonomi. Jiwa yang memadai dengan yang halal dengan tidak mengambil harta orang lain atau pun mengurangkan hak mereka. Memadai dengan apa yang tinggal dari pengurusan yang halal itu lebih baik dan diberkati Tuhan. Dilimpahkan kedamaian dan kebaikan dari pelbagai sudut dalam kehidupan. Kebahagiaan bukan hanya diukur dengan jumlah harta tetapi kurniaan keberkataan limpahan Tuhan kepada kehidupan ini. Keberkatan adalah elemen yang ditekankan dalam pengurusan ekonomi Islam yang tiada dalam sistem ekonomi yang lain. Keberkatan itu seperti kata Al-Asfahani (meninggal 425H) bermaksud kelangsungan kebaikan ilahi kepada sesuatu. (Al-Asfahani, Mufradat Alfaz al-Quran m.s 119, Damsyik: Dar al-Qalam)
Lihatlah bila keberkatan hilang maka orang yang kaya-raya pun hidup tanpa bahagia. Pencuri-pencuri harta awam hendaklah faham hakikat ini. Pengurus harta awam juga hendaklah faham. Justeru itu kita kena sedar bahawa jumlah jenayah dan keadaan tekanan hidup yang sedang meningkat dalam negara kita adalah antara tanda hilangnya keberkatan kehidupan.

Good Governance

Good governance atau urus tadbir baik adalah istilah yang digunapakai pada hari ini bagi menggambarkan bagaimana institusi awam yang mengendalikan urusan dan harta awam ditadbir. Ia menggambarkan urustadbir yang bertanggungjawab lagi baik. Beberapa anasir diletakkan oleh pelbagai pihak seperti UN, IMF, World Bank dan lain-lain dalam menetapkan characteristics sesuatu urus tadbir yang baik. Sesiapa yang mengkaji tentang international development boleh mendetilkannya.

Apapun, nasihat-nasihat Nabi Syu’aib adalah kunci kepada urustadbir harta yang baik. Para pemerintah hendaklah insafi diri masing-masing ketika menguruskan harta negara. Sekali lagi saya ulangi apa yang Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah r.h (meninggal 728H) dalam kitabnya As-Siyasah asy-Syar’iyyah fi Islah ar-Ra’i wa ar-Ra’iyyah sebut: “Tidak boleh para pemerintah membahagikan harta negara mengikut nafsu mereka seperti mana seorang pemilik harta membahagikan harta miliknya. Sebaliknya, para pemerintah hanyalah pemegang amanah, wakil dan utusan. Mereka bukan pemilik harta. Ini seperti yang Nabi s.a.w sabda: “Aku –demi Allah- tidak boleh memberi (harta awam) ataupun menghalang seseorang. Aku hanya pembahagi yang meletakkannya di mana sahaja aku diperintahkan”. Ini diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada Abu Hurairah r.a.”

“Inilah rasul Tuhan semesta alam yang memberitahu bahawa dia tidak mempunyai hak menghalang dan memberi dengan kehendak dan pilihannya seperti mana seorang pemilik harta yang boleh berbelanja dengan hartanya, dan seperti raja-raja yang memberikan kepada sesiapa yang mereka suka. Sebaliknya dia (Rasulullah s.a.w) hanya seorang hamba Allah, membahagikannya mengikut arahan Allah. Dia meletakannya di mana yang Allah perintahkan”.

Sambung Ibn Taimiyah lagi: “Demikian apabila seseorang berkata kepada (Khalifah) ‘Umar bin al-Khattab: “Wahai Amir al-Mukminin! Andainya engkau tambah peruntukanmu dari harta Allah ta’ala (harta negara). Jawab ‘Umar: “Tahukah engkau apakah bandingan antara aku dan rakyat? Ia umpamanya satu kaum yang berada dalam satu perjalanan, lalu mereka menghimpunkan harta mereka kemudian mereka menyerahkannya kepada seseorang untuk membelanjakannya untuk mereka. Apakah halal untuk lelaki itu mengutamakan dirinya dengan menggunakan harta mereka?.” [m/s 51-52. Kuwait: Dar al-Arqam (1406H)]

Sumber HD - 10-10-2014

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------













Cara kenali barangan Israel melalui melalui ‘Barcode’

http://www.ekeleh.com | .




Tulisan bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin di akaun Facebook beliau.

“Orang yang menyatakan boikot produk Israel itu satu kebodohan dialah yang bodoh dan menjadi jurucakap Netanyahu.”

“Para pembela zionist termasuk yang ada di Malaysia ini gagal membeza antara ‘memboikot product Israel dan yang menyumbang kepada Israel’ dengan product orang yahudi. Kita tidak anti setiap individu yahudi sebagai satu bangsa tapi kita menentang Israel atas segala kejahatannya.”

Oleh itu bagaimana untuk kita mengenali produk keluaran Israel, Yahudi laknatullah tersebut. Rahsianya boleh diketahui melalui kodbar yang terdapat pada sesuatu produk. Tiga digit pertama kodbar yang terdapat pada sesuatu produk adalah merujuk kepada tempat produk/company didaftarkan.

Kalau produk didaftarkan di Malaysia, 3 gigit pertama kodbar ialah 955 seperti keratan di bawah.



Sekiranya ia produk Israel atau didaftar di Israel, kodbarnya ialah 729.



Sekiranya merasa sedikit bertanggungjawab untuk secebis sumbangan untuk kesengsaraan rakyat Palestin yang dilakukan Israel seperti disaran Dr Asri, belek-beleklah kodbar tersebut dan ingat dengan nombor 729, ingat juga, walau sebesar zahrah sumbangan yang diberikan tetap dikira-Nya.


Rujukan tentang kodbar tersebut boleh dibuat di www.gs1.org/barcodes/support/prefix_list

Sumber HD - 13-7-2014

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------













Berpuasa dan bersugilah

PROF MADYA DATO’ DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN | .

MENJELANG Ramadan banyak hukum hakam yang sering dibangkit berkaitan puasa. Di sini saya senaraikan sebahagian dari jawapan saya terhadap beberapa isu hukum berkaitan puasa. Pandangan-pandangan yang dipilih adalah yang saya yakini lebih mendekati maksud nas dan sifat Islam yang rahmat.

Bila Habis Waktu Sahur?

Ada orang yang bersahur terlalu awal sedang waktu subuh masih beberapa jam lagi. Ini tidak menepati amalan Nabi SAW. Baginda Nabi SAW melewatkan bersahur sehingga tinggal baki beberapa minit sebelum masuk waktu subuh. Kata Zaid bin Thabit:

“Kami bersahur bersama Rasulullah, kemudian terus pergi untuk bersolat (Subuh)”. Anas bin Malik bertanya beliau: “Berapa lama antara sahur azan dan sahur tersebut?”. Jawab Zaid: “Kadar 50 ayat (al-Quran)”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Waktu sahur pula berterusan sehingga masuk waktu Subuh. Selagi tidak masuk waktu Subuh seseorang masih boleh bersahur. Masuknya Subuh adalah waktu imsak (bermula puasa) yang sebenar, bukan beberapa minit sebelum itu. Ini dijelaskan oleh Nabi SAW dalam hadis baginda. Kata isteri baginda ‘Aishah r.aha:

“Sesungguh Bilal azan pada waktu malam (azan pertama Subuh, sebelum masuk waktu). Maka Rasulullah SAW pun bersabda: “Makan dan minumlah sehingga Ibn Ummi Maktum azan, kerana beliau tidak akan azan melainkan setelah masuk waktu fajar (subuh)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam hadis Muslim pula, baginda bersabda:

“Jangan kamu tersilap disebabkan azan Bilal, ataupun warna putih sehinggalah kelihatan waktu fajar (sebenar)”.

Hal ini selaras dengan kenyataan al-Quran: (maksudnya):

“Makan dan minumlah kamu sehingga ternyata benang putih dari benang hitam dari waktu fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sehingga waktu malam” (Surah al-Baqarah: 187).

Bolehkah Mandi Kerana Letih Puasa?

Antaranya, anggapan bahawa mandi ataupun basuh kepala apabila terlalu keletihan mengurangkan pahala puasa. Ada pula yang bertegas semasa puasa mandi selepas asar makruh. Ini tidak disokong oleh riwayat yang menunjukkan Nabi SAW mencurahkan air ke atas kepala baginda ketika berpuasa kerana terlalu panas ataupun dahaga.

Dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Malik di dalam al-Mawata’, Ahmad dan Abu Daud di dalam sunannya, Abu Bakar bin Abd al-Rahman meriwayatkan:

“Telah berkata sahabat yang menceritakan kepadaku: “Aku melihat Rasulullah SAW di al-`Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala baginda ketika baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas.”

Korek Telinga Batal Puasa?

Antara anggapan lain ialah menyatakan semasa puasa tidak boleh memasukkan apa-apa benda ke dalam mata, telinga dan mulut, sekalipun bukan makanan dan minuman. Ini menyebabkan mereka yang gatal telinga ataupun hidung menderita sepanjang hari berpuasa. Ia berlawanan dengan sifat Islam yang mudah. Ada yang melarang bercelak kerana bimbang masuk ke dalam rongga. Pegangan ini asalkan berasas riwayat kenyataan Ibn ‘Abbas: “Membatalkan puasa itu apa yang masuk, bukan apa yang keluar” (riwayat Ibn Abi Syaibah, sahih). Namun, itu merupakan ulasan Ibnu ‘Abbas kepada mereka yang berbekam bagi menunjukkan ia tidak membatalkan puasa.

‘Apa yang masuk’ bermaksud makanan ataupun minuman ataupun yang mempunyai fungsi yang sama seperti makanan dan minuman yang masuk ke dalam jasad. Jika sekadar alatan tentu maka ia tidak termasuk dalam maksud ini. Jika tidak mereka yang memasukkan berus gigi ataupun kayu sugi ke dalam mulut, ataupun berkumur semasa puasa tentu dianggap batal.

Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah (meninggal 728H) dalam Majmu al-Fatwa, setelah menyebut tentang khilaf ulama, beliau menjelaskan puasa merupakan amalan setiap muslim. Jika perbuatan seperti bercelak yang memang diamalkan secara meluas semasa zaman Nabi itu membatalkan puasa, tentu baginda SAW akan menerangkannya. Juga tentu para sahabah akan bertanya mengenainya. Namun, apabila tiada hadis sahih tentang hal itu, maka menunjukkan memakai celak tidak membatalkan puasa. Demikian juga tentang mencium wangian, menyapu minyak di badan dan seumpamanya.

Maka menggunakan eye drops yang sedikit dan tidak menyebabkan ia mengalir ke kerongkong dan seterusnya adalah dibolehkan. Demikian juga memakai minyak rambut dan minyak urut sekalipun sifat minyak itu mudah meresap ke dalam kulit.

Sahkah Puasa orang terlewat mandi wajib?

Antara lain ialah menganggap tidak sah puasa mereka yang belum mandi junub sedangkan waktu subuh sudah masuk. Ini berkaitan seseorang yang bersetubuh dengan isterinya, ataupun keluar air mani tetapi belum mandi junub sehingga masuk waktu subuh iaitu waktu berpuasa. Ertinya ketika dia mandi wajib, waktu subuh telah masuk. Sah atau tidak puasa orang seperti ini?

Jawapannya, dalam hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aishah dan Ummu Salamah bahawa Nabi SAW pada waktu pagi (subuh) dalam keadaan berjunub sedangkan baginda berpuasa. Baginda berpuasa dan tidak berbuka (disebabkan hal itu)” (Riwayat al-Bukhari).

Maka, sesiapa yang terlewat mandi wajib sehingga masuk waktu subuh masih sah puasanya pada hari berkenaan.

Muntah dan Termuntah Masa Puasa?

Ada yang menyatakan sesiapa yang termuntah maka batal puasa. Sebenarnya, di sana ada perbezaan antara termuntah dan sengaja muntah. Dalam hadis, Nabi SAW bersabda:

“Sesiapa yang termuntah tidak wajib qada (ganti puasa). Sesiapa yang sengaja muntah, hendaklah dia qada”. (Riwayat al-Tirmizi, Abu Daud, Ibn Jarud dan Ibn Hibban).

Maka sesiapa yang termuntah kerana tidak tahan dengan sesuatu bau ataupun mabuk perjalanan tidak wajib qada kerana puasanya sah. Sesiapa yang memaksa diri untuk muntah maka dia wajib menggantikan puasanya

Hukum berus gigi masa puasa?

Islam menggalakkan bersugi (berus gigi) kerana ia mengelakkan bau busuk mulut seseorang. Bahkan, kalaulah tidak menjadi beban kepada umat ini sudah pasti kita diwajibkan bersugi lima kali sehari. Ini seperti sabda Nabi SAW:

“Jika tidak kerana bimbangkan membebankan umatku nescaya akan aku perintahkan mereka bersugi setiap kali waktu solat” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Apabila kita berpuasa, bau mulut kita menjadi kuat. Ini sesuatu yang sukar dielakkan. Allah tahu hakikat tersebut. Allah Maha Tahu bahawa bau tersebut terhasil kerana kita tidak makan dan minum sepanjang hari kerana-NYA. Justeru itu, Nabi SAW bersabda:

“Bau busuk mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah daripada haruman kasturi” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Namun ini tidaklah bererti orang yang berpuasa itu disuruh untuk membiarkan orang lain mencium bau busuk mulutnya. Itu akan menyakiti orang lain. Apatah lagi di zaman kini yang mana kita bekerja di tempat awam, ataupun membabit ramai orang di sekeliling. Tambahan lagi, jika terdapat mereka yang bukan muslim, tentu akan menimbulkan rasa yang tidak selesa terhadap muslim yang berpuasa pada bulan Ramadan ataupun boleh menghilang gambaran keindahan Islam.

Maka pendapat yang menyuruh kita membiarkan bau busuk mulut semasa berpuasa tidak begitu kukuh dari segi sifat semulajadi ataupun neutraliti agama ini. Dengan menghormati perbezaan pendapat, namun realiti kehidupan yang mesra menolak pandangan tersebut. Ini ditambah dengan hadis-hadis yang seakan menggalakkan untuk seseorang yang berpuasa mengekalkan bau mulutnya itu adalah lemah dari segi riwayat. Tidak kukuh untuk disandarkan kepada Nabi SAW seperti yang dinyatakan oleh al-Imam Al-Mubarakfuri dalam Tuhfat al-Ahwazi. Maka tidak boleh menjadi hujah. Apatahlagi bertentang dengan sifat Islam itu sendiri. Hadis-hadis yang menggalakkan kebersihan dan juga bersugi adalah umum merangkumi setiap waktu termasuk bulan Ramadan.

Antara hadis yang tersangat daif yang digunakan dalam bab ini ialah dikatakan Nabi SAW bersabda:

“Jika kamu berpuasa maka bersugilah pada waktu pagi dan jangan bersugi pada waktu petang”. Ia diriwayatkan oleh al-Bazzar, at-Tabarani dan lain-lain. Namun ia terlalu daif yang tidak boleh dijadikan hujah. Di samping di sana ada hadis daif lain namun lebih kuat ataupun kurang daif daripadanya iaitu diriwayatkan ‘Amir bin Rabi’ah berkata: “Aku melihat Rasulullah bersugi sedangkan beliau berpuasa” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Abu Daud dll).

Apapun galakan bersugi bagi setiap waktu solat yang diriwayatkan dalam hadis yang sahih adalah asas dalam amalan muslim. Ertinya, bersugi sentiasa digalakkan tanpa mengira samada puasa ataupun tidak. Nabi SAW dalam hadis sahih yang lain menyatakan tujuan bersugi dengan menyebut:

“Bersugi itu membersihkan mulut dan menjadikan Tuhan redha” (Riwayat Ahmad, an-Nasai, Ibn Hibban dll).

Justeru itu, jadikanlah puasa itu menzahirkan keindahan pekerti dalam perkataan dan perbuatan yang mengeratkan hubungan baik sesama masyarakat. Oleh itu, jangan jadikan bau mulut kita menimbulkan keresahan orang lain terhadap mereka yang berpuasa. Berpuasa dan bersugilah!

Makan dulu atau solat dulu?

Ada orang menyangka bahawa sekalipun makanan sudah terhidang, yang terbaik itu solat dahulu, selepas itu barulah makan. Sehingga ada yang apabila mereka duduk di keliling hidangan, kemudian bangun meninggalkannya dan pergi menunaikan solat. Amalan seperti itu dirasakan oleh sesetengah pihak sebagai lebih mengikut kehendak agama. Namun, jika kita merujuk kepada hadis-hadis Nabi SAW kita akan dapati itu amalan yang silap. Antaranya hadis daripada Anas bin Malik r.a.: bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Apabila telah dihidangkan makan malam, maka mulakanlah makan sebelum kamu menunaikan solat Maghrib, dan jangan kamu tergopoh-gapah semasa makan malam kamu.”(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Dalam hadis yang lain daripada Abdullah bin Umar, baginda SAW bersabda:

“Apabila dihidangkan makan malam seseorang kamu, sedangkan solat (jamaah) telah didirikan, maka mulailah dengan makan malam. Janganlah dia tergopoh-gapah sehinggalah dia selesai.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Riwayat di atas juga menambah bahawa Ibn Umar r.a. apabila dihidangkan untuknya makanan, manakala solat pula sedang didirikan, maka beliau tidak mendatangi solat melainkan hingga beliau selesai makan, walaupun beliau mendengar bacaan imam.

Hikmah daripada arahan Nabi SAW agar mendahulukan makan ialah agar pemikiran kita tidak diganggu ketika solat dengan ingatan kepada makanan yang telah kita lihat terhidang di hadapan mata sebelum bersolat tadi. Ini boleh mengganggu kekhusyukan solat seseorang. Dengan itu para ulama menyatakan dimakruhkan solat setelah makanan terhidang di hadapan mata. Ini merangkumi semua solat, bukan khusus pada solat Maghrib sahaja. Kata al-Imam an-Nawawi (meninggal 676H) dalam Sharh Sahih Muslim mengulas hadis-hadis berkaitan:

“Di dalam hadis-hadis tersebut dimakruhkan solat apabila terhidangnya makanan yang hendak dimakan kerana ia boleh mengganggu hati dan menghilangkan kesempurnaan khusyuk”.

Ini bukan bererti kita mengutamakan makan dari solat. Sebaliknya kita makan terlebih dahulu kerana ingin menjaga kekusyukan solat.

Al-Imam Ibn Hajar al-`Asqalani (meninggal 852H) dalam Fath al-Bari memetik ungkapan Ibn Jauzi (meninggal 597H):

“Ada orang menyangka bahawa mendahulukan makanan sebelum solat adalah bab mendahulukan hak hamba ke atas hak Tuhan. Sebenarnya bukan demikian, tetapi ini adalah menjaga hak Allah agar makhluk masuk ke dalam ibadahnya dengan penuh tumpuan. Sesungguhnya makanan mereka (para sahabat) adalah sedikit dan tidak memutuskan mereka daripada mengikuti solat jemaah.”

Dengan itu, makan dahulu setelah makanan terhidang kemudian baru bersolat adalah sunnah Nabi SAW. Maka apabila makanan terhidang, ibu bapa hendaklah memberikan anak-anak makan terlebih dahulu ketika berbuka, sehingga mereka selesai maka barulah bersolat. Inilah sunnah.

Melakukan susunan yang seperti itu, mendapat pahala. Namun makanlah dengan kadar yang diajar oleh Islam, bukan makan sehingga mengah lalu gagal bersolat dengan sempurna.

Di sana ada cara untuk mengelakkan kemakruhan ini, iaitu elakkan menghidangkan makanan terlebih dahulu sebelum solat. Elakkan mata terpandang kepada makanan yang telah dihidangkan. Selepas selesai bersolat barulah dihidangkan. Namun, jika kelaparan itu kuat, bau makanan telah masuk ke hidung, sehingga ingatan kepada makanan sangat kuat sekali belum melihatnya, hendaklah dia makan terlebih dahulu.

Juga sudah pasti tidak makruh bersolat sekalipun makanan sudah terhidang jika keinginan kepada makanan tiada. Ini kerana punca (‘illah) larangan bersolat semasa makanan terhidang ialah agar tidak mengganggu kusyuk. Jika seseorang memang tiada keinginan kepada makanan, sudah pasti tidak mengganggu kusyuk sekalipun makanan sudah terhidang.

Apakah fatwa Ibn ‘Abbas dan Ibn Umar tentang wanita hamil dan menyusu?

Dua tokoh ilmuwan sahabat Nabi iaitu ‘Abdullah bin ‘Abbas dan ‘Abdullah bin ‘Umar telah berfatwa dengan fatwa yang meringan bebanan wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Menurut mereka berdua wanita yang mengandung dan menyusu jika buka puasa kerana bimbang keadaan diri ataupun anak hanyalah perlu membayar fidyah (beri makan orang miskin) tidak wajib qada (ganti) puasa.

Dalam riwayat al-Tabari dengan sanad yang sahih Ibn ‘Abbas menyebut:

“Jika wanita hamil bimbang terhadap dirinya, wanita menyusu bimbang terhadap anaknya pada bulan Ramadan maka dia boleh berbuka serta ganti setiap hari dengan memberi makan orang miskin dan TIDAK perlu ganti puasa”

Dalam riwayat al-Daraqutni dengan sanad yang sahih, Ibn ‘Umar berkata:

“Wanita yang hamil dan menyusu boleh berbuka tak perlu qada”

Dalam riwayat sahih al-Daraqutni juga:

“Seorang wanita hamil bertanya Ibn ‘Umar tentang puasanya, jawab Ibn ‘Umar: “Kamu boleh buka dan beri makan setiap hari seorang miskin, tidak perlu qada (ganti puasa)”.

Pendapat kedua tokoh ini sekalipun berbeza dengan pandangan yang dipilih dalam mazhab Syafi dan selainnya namun ia lebih memudahkan kaum wanita yang mengandung yang biasanya memakan masa selama 9 bulan kemudian kemudian diikuti dengan kelahiran dan menyusukan anak pula selama 2 tahun. Jika mereka diwajibkan qada tentu satu yang agak membebankan untuk menghimpunkan semua yang mereka tinggal dalam tempoh tersebut. Apatahlagi jika tahun berikutnya mereka mengandung lagi.

Dengan apa Nabi SAW berbuka puasa?

Nabi SAW berbuka puasa dengan rutab, atau tamar atau air. Rutab ialah buah kurma yang telah masak sebelum menjadi tamar kering, ia lembut dan manis. Adapun tamar ialah buah kurma yang sudah kering. (lihat: al-Mu’jam al-Wasit 1/88).

Dalam hadith daripada Anas katanya:

“Bahawa Rasulullah SAW berbuka dengan puasa sebelum bersolat dengan beberapa biji rutab, sekiranya tiada rutab maka dengan beberapa biji tamar, dan sekiranya tiada tamar maka baginda minum beberapa teguk air. (Riwayat al-Imam Ahmad dan al-Tirmizi, katanya hadis ini hasan)

Inilah tertib yang dilakukan oleh baginda, pilihan pertama ialah rutab, jika tiada maka tamar dan jika tiada maka air.

Kata al-Mubarakfuri (meninggal 1353H):

“Hadis ini menjadi dalil disunatkan berbuka puasa dengan rutab, sekiranya tiada maka dengan tamar, dan sekiranya tiada maka dengan air. Adapun pendapat yang menyatakan di Mekah disunatkan didahulukan air zam-zam sebelum tamar, atau mencampurkan tamar dengan air zam-zam adalah ditolak. Ini kerana ia menyanggahi sunnah. Adapun Nabi telah berpuasa (di Mekah) banyak hari pada tahun pembukaan kota Mekah namun tidak pernah diriwayatkan baginda menyalahi adat kebiasaannya mendahulukan tamar sebelum air. (al-Mubarakfuri, Tuhfah al-Ahwazi, 3/311, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah).

Bolehkah berciuman dan ‘ringan-ringan’ dengan isteri?

Seorang yang berpuasa boleh untuk mencium dan bermesraan dengan isterinya selagi dia tidak melakukan persetubuhan. Jika dia tahu dia bahawa dia tidak mampu mengawal diri maka hendaklah dia mengelakkan cium dan ‘kemesraan yang lain‘.

Kata ‘Aishah:

“Nabi SAW mencium dan bermesraan dengan isteri sedangkan baginda berpuasa. Baginda itu paling dapat mengawal kemaluannya.” (Riwayat al-Bukhari)

Masruq pernah bertanya ‘Aishah:

“Apakah yang halal untuk lelaki lakukan kepada isterinya semasa berpuasa? Jawab ‘Aishah: Semua perkara kecuali persetubuhan.” (Riwayat ‘Abd al-Razzaq dengan sanad yang sahih).

Manakah lebih afdhal, menjamu buka puasa ataupun moreh?

Menjamu orang makan adalah amalan yang mulia dalam Islam. Walaupun moreh hanyalah tradisi setempat, tetapi amalan memberi makan kepada orang ramai adalah sesuatu yang mendapat pahala. Pun begitu, secara perbandingan sudah tentu amalan memberi makan orang yang berbuka puasa (iftar) adalah lebih baik kerana amalan itu disebut secara khusus dalam hadis Nabi SAW. Apatah lagi, berbuka puasa itu suatu kewajiban dan keperluan sementara makan selepas solat tarawih (moreh) hanya satu budaya setempat dan bukan keperluan. Walaupun tidak dinafikan ia juga satu kebaikan namun secara perbandingannya menjamu berbuka puasa lebih besar ganjarannya.

Ini seperti yang disabdakan oleh Nabi SAW:

“Sesiapa yang memberi makan orang yang berpuasa (iftar), maka baginya (pemberi) pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa dikurangkan sedikit pun pahala orang yang berpuasa tersebut” (Riwayat at-Tirmizi, Ibn Majah dan Ibn Hibban menilainya sahih).

Sumber HD - 12-7-2014

No comments:

Post a Comment