BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Wednesday, July 23, 2014

SUDUT DR NAJIHATUL SALIHAH AHMAD - PENGERUSI LAJNAH PERPADUAN NASIONAL PAS PUSAT

SESI 2017 - 2019 :

Pengerusi: Dr. Najihatussalehah Ahmad
Timbalan Pengerusi: Tuan Haji Mohamad Husain

SESI 2015 - 2017 :

Pengerusi : YBhg. Dr Najihatul Salihah Ahmad

Timbalan Pengerusi : YB Hj Hanafiah Mat

Sumber PP - 23-6-2015


LPN DMPM lancar Tabung Cakna Rumah Panjang Bintulu











SUSULAN daripada Program Tautan Muhibbah Bumi Kenyalang, Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) membuat keputusan untuk mewujudkan Tabung Cakna Untuk Rumah Panjang Bintulu. 
Semasa program ziarah ke rumah panjang di beberapa kampung  di daerah Tatau, Bintulu, penduduk mengadu nasib mereka yang masih belum terbela dengan keadaan status rumah dan pampasan yang tidak memadai untuk penempatan yang baru setelah tanah serta rumah panjang mereka diambil secara meluas untuk projek lebuh raya.
Semasa lawatan LPN DMPM, mereka juga telah mempamerkan model rumah panjang yang akan didirikan. 
Bekalan air bersih juga merupakan masalah yang belum selesai bagi penghuni rumah panjang di mana mereka terpaksa mengambil bekalan air bersih di tempat yang jauh dari penempatan mereka. 
Saya menyeru kepada penderma budiman untuk menghulurkan sedikit bantuan bagi meringankan beban yang sedang dihadapi oleh penduduk rumah panjang yang terlibat.
Daripada Abu Hurairah, beliau berkata (maksudnya): Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa meringkankan seseorang yang berada dalam kesulitan di dunia ini, nescaya kelak Allah akan meringankan dirinya di dunia mahupun di akhirat.” (Hadis Riwayat Muslim) 
Sumbangan boleh disalurkan ke Akaun Dewan Muslimat PAS Pusat:
MAYBANK: 5640 2540 0711 
SMS/Whatsapp slip sumbangan kepada: 
Dr Che Faridah : 013 960 6242
Semoga sumbangan anda menjadi saham berpanjangan serta pahala yang berlipat ganda. Terima kasih. 
"Sejahtera Bersama Islam"
"Muslimat Memacu Kemenangan"
Dr Najihatussalehah Ahmad
Pengerusi LPN DMPM
Sumber HD - 24-8-2017 


Kenyataan Balas; Non-Muslim Dijemput Sama Menyertai H355


Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan disusuli oleh Pengerusi Biro Keharmonian Agamanya , Datu Seri Ti Lian Ker mengeluarkan kenyataan bahawa himpunan H355 bersifat ‘pecah-belah’ dan menjejaskan perpaduan di kalangan pelbagai kumpulan etnik di negara ini.

Pendapat mereka dan lain-lain yang sependapat dengannya tidak lebih daripada siri-siri tentangan agar RUU355 gagal dilaksanakan di Malaysia.


Pendapat mereka bertitik tolak daripada premis ketakutan setelah mereka mencipta ‘hantu rekaan sendiri’.

Sedangkan RUU355 amat jelas tidak mengganggu kehidupan non-muslim dan ia hanyalah bertujuan untuk mengharmonikan lagi bangsa dan negara dengan ‘satu set’ tindakan disiplin yang lebih bersifat mengawal daripada menghukum.

Seperti kata Naib Presiden PAS, Dato’ Iskandar Abdul Samad perhimpunan ini sama sebagaimana perarakan Maulidur Rasul.

Jika pada perarakan Maulidur Rasul umat Islam turun beramai-ramai untuk menyatakan rasa kasih mereka terhadap Rasulullah SAW begitulah juga, Himpunan Akta 355 itu umat Melayu Islam wajib turun menyatakan sokongan mereka terhadap usaha memperkasakan Mahkamah Syariah.

In shaa Allah umat Islam akan turun dengan keluarga masing-masing untuk membentuk satu solidariti komuniti besar yang mengharapkan kedamaian dan ketenteraman wujud dalam negara.
Himpunan tidak akan sama sekali mengganggu penganut agama lain malah mereka amat dialu-alukan untuk sama-sama mendengar penjelasan melalui himpunan itu nanti.


Sekiranya MCA , DAP, Gerakan dan non-muslim lain berterusan mengganggu tuntutan amalan agama umat Islam, maka sepatutnya klausa ‘Islam agama rasmi’ yang terdapat dalam Perlembagaan Negara wajar diperjelaskan dan dihadam semula.

Dan sebenarnya sikap tentangan merekalah akhirnya nanti membawa bibit-bibit kebencian antara kaum dan agama.

Soalan akhirnya, kalau non-muslim boleh mengamalkan agama dan kepercayaan masing-masing dengan bebas, mengapa pula rakyat pribumi yang menjadi penduduk majority di negara ini dihalang dan disekat tuntutan agamanya?
Selamat Berhimpun!

YB HAJI HANAFIAH MAT
Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional
Badan Perhunungan PAS Negeri Terengganu
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai
12 Rabi’ulakhir 1438H, 1411 Januari, 2017

Sumber BO - 11-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------







Pesta Kaamatan: PAS Sabah rai masyarakat tani

HARAKAHDAILY | .


PARTI Islam Se Malaysia(PAS) Negeri Sabah akan mengadakan Majlis Sambutan Pesta Kaamatan peringkat negeri yang akan di adakan di Kampung Rukom Pitas pada 21 Mei 2016 bermula jam 8.00 pagi.

Objektif utama penganjuran majlis ini adalah untuk meraikan masyarakat tani khususnya masyarakat luar bandar selepas mereka menuai hasil tani khususnya padi. Di samping itu, majlis ini juga merupakan salah satu cara bagi PAS untuk merapatkan silaturrahim dengan masyarakat setempat.

Pelbagai program telah dianjurkan lebih awal sebelum program sambutan rasmi ini diadakan. Antaranya adalah pertandingan beberapa ienis sukan seperti bola sepak, bola jaring, sepaktakraw dan badminton. Majlis ini akan dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Sabah, Mohd Aminuddin Aling.

PAS Sabah menjemput semua masyarakat khususnya sekitar Pitas dan semua kawasan sekitarnya untuk hadir dan bersama-sama dalam majlis ini bersesuaian dengan tema sambutan pada kali ini iaitu PAS Untuk Semua.

PAS Sabah juga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan kepada seluruh rakyat negeri Sabah.

NEMRON LOVEH
Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional
PAS Sabah. – HARAKAHDAILY 18/5/2016

Sumber HD - 18-5-2016




Acara Presiden PAS di Taiping bersama DHPP dan Ketua2 Kaum

Posted on Monday, February 22 @ 18:20:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Jgn ingat apabila Pas tidak bersama DAP, Pas ditolak oleh non muslim. Mereka lebih faham islam itu rahmatanlil'alamin dan mereka memahami PAS berpegang teguh pada prinsip dan lunas.











Sumber TKO - 22-2-2016



PAS Komitmen Dalam Perjuangan Masyarkat Majmuk Mengikut Lunas

Posted on Monday, February 22 @ 17:32:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Walaupun bersendirian PAS masih utuh bergerak untuk menjadi Parti yang dominan dalam menyatakan perjuangannya dalam Masyarakat Majmuk.

Presdien PAS bersama masyarakat bukan Islam dalam perayaan Tahun Baru.

Kredit Kepada
Zainudin Ben Nordin

Sumber TKO - 22-2-2016










PAS komited bersama rakyat berbilang bangsa

ZULHAFEEZ AHMAD ZAHIDI | .


PARIT: Lajnah Perpaduan Nasional PAS Kawasan Parit telah menganjurkan Majlis Hi-Tea Bersama Kaum India dari estet-estet sekitar kawasan ini dalam usaha mengukuhkan hubungan PAS dengan masyarakat bukan Islam.

Majlis dengan kerjasama Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat itu telah berlangsung di Tanjung Belanja di sini, semalam.

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr Najihatussalehah Ahmad berkata, PAS menghormati hak setiap kaum untuk mengamalkan ajaran agama mereka.

Jelasnya, tidak akan berlaku halangan kepada penganut agama lain untuk melaksanakan amalan agama mereka apabila PAS diberi mandat mentadbir negara kelak.

"PAS akan memberi tumpuan terbaik kepada agenda kebajikan dan pembelaan kerana itu adalah tanggungjawab sebuah pentadbiran.

"PAS komited menerima pandangan daripada pelbagai pihak demi memberikan khidmat terbaik kepada rakyat tanpa mengira latar belakang bangsa.

"Jadi kehadiran anda dalam program ini menjadi kayu ukur sokongan dan penerimaan rakyat bersama perjuangan PAS," ujarnya.

Majlis dengan kerjasama Dun Belanja itu, turut dihadiri Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat (DHPP), N Bala Subramaniam.

Dalam ucapannya, beliau mengalu-alukan semua masyarakat bukan Islam untuk bersama DHPP.

Pada majlis itu turut diadakan serahan sumbangan keperluan dapur telah disampaikan sendiri oleh Dr Bala. – HARAKAHDAILY 31/10/2015

Sumber HD - 31-10-2015











Kuih Bulan lambang hubungan erat PAS-Cina

SAIDAH HAIRAN | .



SEPANG: Kek bulan PAS yang diedarkan sempena perayaan bulan bagi masyarakat Tionghua menjadikan hubungan antara dua kaum ini bertambah erat, kata Adun Tanjong Sepat, Mohd Haslin Hassan.

Menurut beliau, sambutan dan sokongan masyarakat Tionghua terhadap program PAS berjalan seperti biasa dan mereka memberikan kerjasama yang cukup baik.

Katanya sokongan masyarakat bukan Islam terhadap PAS bertambah baik walaupun selepas DAP memutuskan hubungan dengan PAS.

"Saya sebagai wakil rakyat PAS akan terus bekerja menjaga kebajikan mereka tanpa mengira fahaman politik," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Selangor berkata, PAS setiap kawasan akan terus bekerjasama dengan masyarakat bukan Islam untuk menyampaikan imej parti serta menyebarkan ajaran Islam.

"Kami akan terus bekerja menjaga kebajikan rakyat bagi membuktikan komitmen PAS terhadap rakyat," tegasnya.

Mengulas tentang penubuhan parti baru serpihan PAS katanya, penubuhan parti tersebut memberi suntikan semangat untuk menggiatkan kerjasama dengan masyarakat pelbagai kaum.

"Kami akan terus bekerja dan mengukuhkan PAS serta melebar luaskan hubungan dengan masyarakat," katanya.

Beliau bersama Ahli Majlis Daerah Kuala Langat, Wong Kim Loon;  Ketua kampung Tanjong Sepat Indah, Tai Cho Hoo serta JKKK telah mengedarkan kek bulan kepada masyarakat Cina di DUN Tanjong Sepat. – HARAKAHDAILY 1/10/2015

Sumber HD - 2-10-2015


Kuih bulan padukan hubungan PAS dan masyarakat Tionghua

Kuih bulan padukan hubungan PAS dan masyarakat Tionghua
Perayaan Pertengahan Musim Luruh atau di negara ini dikenali dengan Perayaan Kuih Bulan oleh masyarakat kaum Tionghua merupakan peringatan kepada semangat kebangkitan membebaskan diri dari kezaliman. Ia merupakan perayaan bersejarah menyambut kemenangan orang China menumpaskan pemerintahan Mongol yang menjajah negara itu secara kediktatoran pada akhir Dinasti Yuan iaitu pada tahun 1280 hingga 1341 masihi.

Kuih Bulan yang menjadi medium sebaran komunikasi dan penyatuan rakyat China kepada kebangkitan itu terus dikenang sebagai simbol sejarah perayaan itu. Bersama sambutan itu juga, mereka kebiasaannya mengadakan perarakan tanglung pada malam hari yang juga terkait sebagai alat isyarat komunikasi tentera pada zaman dinasti China.



Atas semangat positif perayaan itu dan jalinan harmoni kepelbagaian kaum di negara ini, PAS Pusat menerusi Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) telah mengadakan program edaran kuih bulan khususnya kepada masyarakat kaum Tionghua.

Di Ipoh, PERAK, Majlis Pelancaran Kuih Bulan dan Pesta Tanglung anjuran LPN PAS Pusat itu mendapat kehadiran lebih 800 masyarakat Tionghua dan turut dimeriahkan dengan tarian singa.

Malah, ia turut dihadiri masyarakat dari kaum India selain menerima tetamu khas iaitu mantan Adun DAP Bercham, Sam Cheok Leng.


Kemeriahan sama turut dirasai di JOHOR apabila LPN PAS Negeri Johor turut mengadakan edaran kuih bulan kepada masyarakat Tionghua di Dun Tiram dan Dun Puteri Wangsa. Edaran tersebut diketuai sendiri Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Dato’ Dr Mahfodz Mohamed dan turut disertai serta pimpinan-pimpinan Dewan Ulamak, Pemuda, Muslimat dan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP). 



Edaran turut diadakan di Kerdau, PAHANG apabila Timbalan Pengerusi Tetap Muktamar PAS, Ustaz Kamal Ashaari mengadakan edaran dari rumah ke rumah.



Pendekatan sama turut dilakukan di Tepoh, TERENGGANU melibatkan kemesraan dan keraian Adun Tepoh, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim yang turun menyantuni dan menemui masyarakat kaum Tionghua dalam Dun beliau.



Manakala di Miri, SARAWAK, edaran kuih bulan telah menjadi aktiviti tradisi tahunan PAS di sana sejak sekian lama. Menurut Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Miri, Mohammad Arifiriazul Paijo, sebanyak 1,000 kuih bulan habis diedarkan kepada masyarakat kaum Tionghua di sekitar Taman Tunku dan Mosjaya.

Sementara itu, DHPP bersama pimpinan PAS Pusat turut mengadakan kunjungan muhibbah dan mengedarkan kuih bulan ke beberapa agensi berita bahasa Cina.



Menurut Timbalan Pengerusi DHPP Pusat, Vincent Lee, sebanyak 20,000 kuih bulan habis diedarkan ke seluruh negara.

Pengerusi LPN PAS Pusat, Dr Najihatussalehah Ahmad berkata, aktiviti seperti ini menjadi jambatan penghubung PAS dengan masyarakat pelbagai kaum menerusi penglibatan dalam aktiviti perayaan, sukan dan kesenian.

“Perayaan Kuih Bulan yang diraikan masyarakat Tionghua di negara ini dijadikan sebagai satu usaha meningkatkan perpaduan di kalangan ahli dan penyokong PAS dari pelbagai latar belakang.

“Kita harap usaha murni ini dapat membuka mata semua pihak bahawa PAS adalah sebuah parti politik yang bersifat inklusif dan sesuai membawa Malaysia ke arah lebih harmoni dan aman sejahtera,” katanya mengulas mengenai perayaan itu.

Ternyata dengan sambutan mesra masyarakat Tionghua dan kebersamaan mereka terhadap PAS telah menyangkal dakwaan serong kononnya mereka telah lari menjauhi PAS.


Sumber PP - 28-9-2015
















DAP jangan usik sentimen umat Islam

USTAZ MOHAMAD IBRAHIM | .


LAJNAH Perpaduan Nasional Dewan Pemuda PAS Malaysia merasa kesal dengan penegasan keras Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua Kiam Wee yang mengeluarkan kenyataan bahawa selagi DAP berada di negara ini bermakna hudud tidak boleh dilaksanakan.

Kenyataan seperti itu ternyata membakar sentimen dan mengapi-apikan sensitiviti agama.  Sedangkan perkara sedemikianlah menyebabkan rakyat negara ini membenci Umno.

Begitu juga kumpulan-kumpulan ultra perkauman dan agama yang bertindak secara keterlaluan menimbulkan rasa tidak aman dan harmoni dalam masyarakat.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, DAP setelah menang dan kekal di Pulau Pinang, selain menang besar di kawasan bandar, telah menyerlahkan wajah sebenar parti itu.

Fokus serangan bertalu-talu dihadapkan kepada PAS yang kononnya menjadi batu penghalang kepada kejayaan menguasai Putrajaya.

Kecaman dan fokus dihalakan kepada topik khas membabitkan PAS antaranya dalam isu Enakmen Kanun Jenayah Syariah.

Walaupun serangan itu beralasankan prinsip demokrasi dan isu persetujuan dalam Pakatan Rakyat, namun kritikan dilemparkan itu sebenarnya menimbulkan rasa kurang senang masyarakat. Terutamanya kaum Melayu Islam, mereka merasa tersentuh akibat layangan persepsi buruk oleh DAP ke atas Islam.

Malah DAP paling awal memanaskan pentas politik apabila PAS mahu meneruskan usaha membawa pindaan enakmen ini ke Parlimen setelah diluluskan pindaan di Dewan Undangan Negeri Kelantan.

Setiap hari DAP menghentam PAS khasnya batang tubuh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang hingga ke pemilihan parti PAS juga diheret sama dalam amarah DAP.

DAP mungkin lupa tindakan menyerang itu sebenarnya bukan sahaja mengusik sensitiviti ahli PAS, malah umat Islam yang terdiri dari kalangan pelbagai bangsa. DAP lupa bahawa terdapat kaum Cina dan India yang juga beragama Islam.

DAP bukan sekadar membakar sentimen dalam kalangan Melayu Islam bahkan juga bangsa Cina, India, dan pelbagai kaum lain yang beragama Islam.

Inilah sentimen kebencian yang sangat tebal dan berupaya membangkitkan kemarahan bukan sahaja Melayu, tetapi juga umat Islam di negara ini.

Demikian itu, tatkala Umno-BN semakin menghimpit pembangkang dengan sentimen bangsa dan sekularisma, juga ekonomi yang parah, DAP tidak perlu menekan suasana menambah kehangatan hingga membakar jambatan hubungan bangsa Malaysia yang telah terbina lebih separuh abad. – HARAKAHDAILY 8/8/2015

Penulis ialah Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional, Dewan Pemuda PAS Malaysia

Sumber HD - 8-8-2015


GHB ambil alih parti Kita, alternatif kepada PAS, kata Mujahid
Posted on Friday, July 31 @ 20:16:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Gerakan Harapan Baru (GHB) akan mengambil alih parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) dan bercadang melancarkan semula parti itu 31 Ogos ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Interim GHB Pulau Pinang Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Beliau berkata pengambilalihan parti itu akan dibuat melalui mesyuarat agung luar biasa (EGM) yang dijadual diadakan tidak lama lagi.

"Selepas EGM itu kami akan memohon kelulusan Pendaftar Pertubuhan, ia sama seperti penggabungan PKR dan Parti Rakyat Malaysia," katanya kepada pemberita selepas majlis pelantikan 2 Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), di George Town hari ini.

Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berkata usaha untuk menubuhkan pakatan baharu akan lebih mudah selepas proses pengambilalihan parti itu selesai.

Terdahulu Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri Chow Kon Yeow mengumumkan pelantikan semula 2 ahli Majlis, Mhd Nasir Yahya (MBPP) dan Dahalan Fazli (MPSP) berkuat kuasa 1 Ogos ini.

Chow berkata pelantikan itu dibuat selepas mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan pada 29 Julai lepas meluluskan untuk melantik semula 2 ahli Majlis daripada PAS itu.

Mhd Nasir dan Dahalan sebelum ini meletak jawatan sebagai ahli Majlis berikutan keputusan Muktamar Tahunan PAS Pusat kali ke-61 Jun lepas menerima usul Dewan Ulama tanpa perbahasan iaitu memutuskan hubungan dengan DAP. - Bernama

Sumber TKO - 31-7-2015


Hadi - Mujahid, Siapa Tak Matang?
Posted on Friday, June 26 @ 12:48:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



MP Parit Buntar Datuk Dr Mujahid Yusof mendakwa bahawa Hadi "memperkecil dan memandang rendah" mereka yang mencari wadah baru di luar parti itu seolah-olah mereka sebagai sebuah "kapal tenggelam atau nyamuk".

Dr Mujahid berkata Hadi juga menolak Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang diasaskan oleh segelintir ahli yang tidak berpuas hati, dan bercadang menubuhkan parti politik baru.

"Saya rasa, mana-mana presiden dari mana-mana parti akan bertindak dengan cara yang sama tetapi saya berharap respon beliau perlu lebih matang, dan beliau boleh menghormati hak demokrasi sesiapa sahaja pun untuk membentuk parti baru atau pakatan.

"Tetapi malangnya ia datang daripada mulut seorang presiden yang memperkecilkan hak demokrasi anggota PAS.

"Beliau bukan sahaja memperkecil, malah memandang rendah terhadap mereka (dengan menyifatkan) seperti kapal tenggelam atau nyamuk," kata Dr Mujahid kepada Malaysiakini.

Soalan saya siapa sebenarnya TIDAK MATANG?

Apakah matang seorang pimpinan yang kalah dalam pemilihan AJK PAS Pusat membuat kenyataan balas jangan terima apa-apa jawatan jika ditawarkan, biar 'geng ulama' kendalikan PAS. Kita lihat macam mana jadi PAS. Adakah ini yang diajar oleh Islam yang diturunkan oleh bekas Presiden PAS dan juga Mursyidul Am PAS, Dato' Yusof Rawa?

Matang ke? Kalau kita nak rosakkan parti yang kita dokong selama ini hanya kerana kita tidak dipilih?

Adakah matang jika kita kalah dalam pemilihan kita keluar kenyataan-kenyataan berlawanan dengan pemimpin baru dalam pelbagai majlis dengan menanam budaya membenci sesama kita sehingga PAS menjadi 2 aliran pemikiran. Tidak pernahkah Mujahid belajar bagaimana yang dibuat oleh Saidina Ali dalam usaha menyatukan umat Islam. Bagaimana pula cucu Rasulullah s.a.w. mengambil sikap 'mendamai' dan membenarkan hadis Rasulullah s.a.w.

Kenapa Mujahid mengambil jalan membenci dan menanam sikap 'membenci' dalam Jamaah Islam yang merupakan racun yang berbisa yang akan merosakkan perjalanan jamaah itu sendiri?


Sangat buruk sikap itu dan sangat bertentangan dengan apa yang Mujahid tulis dan hasrat dalam 'tesis'nya yang dijadikan buku MENUJU PAS BARU. (Saya tak setuju sebahagian daripada isi kandungan buku berkenaan - itu pendapat) Kalau dalam buku berkenaan Mujahid mahu kepimpinan PAS dalam Lekuk Ketiga perlu mengubah persepsi orang ramai bahawa mereka adalah golongan eksklusif yang memimpin dengan gelaran tertentu adakah Mujahid sedar sebagai orang berada dalam kempinan PAS Mujahid perlu ada persepsi yang jelas tentang PAS dari segi dasar dan matlamatnya. Persepsi ini yang tidak jelas inilah menyebabkan Mujahid Kalah.

Masih ingatkah Mujahid meminta DAP jangan menyerang Presiden kerana serangan itu tidak membantu, malah menyusahkan mereka dalam pemilihan pada muktamar kali ini. (Sila baca di sini)

Apa sebenarnya masalahnya?

Saya tidak lihat kenyataan Ustaz Hadi Awang salah sebagai seorang presiden. Seorang presiden berhak mengeluarkan kenyataan kepada ahlinya untuk istiqamah dalam jamaah, bersatu padu untuk membuat kerja bukan berpolimik walaupun selepas habis muktamar pemilihan.

Ustaz Hadi dalam kenyataan surat terbuka tersebut menceritakan tentang sejarah apa yang telah berlaku dan itu adalah realiti. Betul sejarah tidak semestinya berulang tetapi mengambil iktibar daripada sejarah yang telah berlaku adalah sebagai-baik pilihan yang ada.

Sorrylah saya berpendapat Datuk Dr Mujahid Yusof SANGAT TIDAK MATANG dalam memimpin (kena beza pemimpin dan pekerja jamaah) jamaah Islam. Dia sekadar boleh berpidato dan menulis tetapi tidak tahu nak laksanakan apa yang tersirat dalam tulisnya sendiri. Dia hanya boleh jadi pekerja jamaah yang baik!


Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/

Sumber TKO - 26-6-2015


Mujahid harap Hadi 'lebih matang'

Posted on Thursday, June 25 @ 19:58:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Seorang bekas ahli jawatankuasa PAS pusat berkata beliau berharap kenyataan balas yang lebih "matang" daripada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap pemimpin dan anggota PAS yang mencari pakatan baru di luar parti, berbanding berkata mereka akan "tenggelam".

MP Parit Buntar Datuk Dr Mujahid Yusof mendakwa bahawa Hadi "memperkecil dan memandang rendah" mereka yang mencari wadah baru di luar parti itu seolah-olah mereka sebagai sebuah "kapal tenggelam atau nyamuk" apabila presiden mengeluarkan surat terbuka kepada ahli PAS.

Dr Mujahid berkata Hadi juga menolak Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang diasaskan oleh segelintir ahli yang tidak berpuas hati, dan bercadang menubuhkan parti politik baru.

"Saya rasa, mana-mana presiden dari mana-mana parti akan bertindak dengan cara yang sama tetapi saya berharap respon beliau perlu lebih matang, dan beliau boleh menghormati hak demokrasi sesiapa sahaja pun untuk membentuk parti baru atau pakatan.

"Jika saya jadi presiden, inilah apa yang saya akan cakap. Saya akan menyuarakan harapan bahawa kita boleh bekerjasama dengan parti baru ini jika kita bersetuju mengenai gambaran yang lebih besar. Kita perlu bekerjasama dengan orang lain demi kepentingan bersama rakyat.

"Tetapi malangnya ia datang daripada mulut seorang presiden yang memperkecilkan hak demokrasi anggota PAS.

"Beliau bukan sahaja memperkecil, malah memandang rendah terhadap mereka (dengan menyifatkan) seperti kapal tenggelam atau nyamuk," kata Dr Mujahid kepada Malaysiakini.

Mujahid berkata beliau tidak boleh menyalahkan Hadi yang dilihatnya seolah-olah "sangat berpuas hati" dengan apa yang beliau ada sekarang dan beliau mempunyai hak untuk menyatakan apa yang beliau rasa.

Mujahid, salah seorang daripada 18 pemimpin progresif PAS menjawab soalan berhubung pandangan Hadi mengenai pemimpin dan penyokong PAS yang mencari wadah baru selepas kekalahan mereka dalam muktmar di Kuala Selangor awal bulan ini.


Sumber TKO - 25-6-2015

SIRI 8 : PAS DAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN - DR MUJAHID




Sumber HD - 6-6-2015

Siri 7: PAS dan hak asasi manusia




















DATUK DR MUJAHID YUSOF RAWA | .


Komitmen PAS kepada usaha membela mangsa kezaliman dan penindasan sememangnya termaktub dalam perlembagaan parti. PAS tidak pernah mengabaikan isu Hak Asasi Manusia (HAM) kerana ia sebahagian dari perjuangan yang ditekankan dalam syariat Islam. Walaupun demikian PAS senantiasa menegaskan bahawa isu hak asasi tidak boleh diheret mengikut acuan Barat yang mempunyai intepretasinya tersendiri. 

Isu HAM

PAS mengusung istilah “mustadha'fin” sebagai menggambarkan perjuangan golongan tertindas manakala istilah “mustakbirin” adalah watak golongan penindas yang lazimnya menyalahgunakan kuasa yang ada. Perjuangan Kelantan di bawah pemerintahan PAS memperjuangkan haknya dalam hubungan Negeri dan kerajaan Persekutuan apabila mereka tidak diberi bantuan yang ditetapkan, malah PAS Kelantan zaman Dato’ Mohd Asri Muda pernah mengheret kerajaan Persekutuan ke mahkamah atas tuntutan haknya.

PAS banyak membela golongan petani yang tertindas serta isu-isu setinggan dan permasalahan FELDA dalam konteks hak mereka yang ditindas oleh golongan penguasa. Banyak isu yang dilihat PAS agak ke hadapan dalam erti kata membela golongan tertindas, termasuklah isu pemecatan Dato’ Seri Anwar pada penghujung 90an sehingga melahirkan GERAK yang dipacu oleh PAS.

Isu rentas kaum seperti mempertahankan SJK Cina Damansara, mempertahankan bahasa ibunda dalam pendidikan dan polisi kerajaan Kelantan yang membela hak beragama bukan Islam adalah sebahagian manifestasi HAM yang diperjuangkan oleh PAS.

Perkembangan Isu HAM

Hari ini isu HAM menjadi semakin terserlah dengan asakan yang lebih universal dari masyarakat antarabangsa melalui konvensyen yang menekan negara-negara Islam supaya menerimanya.

Malaysia tidak terkecuali dari menjadi sebahagian dari masyarakat antarabangsa memberikan sikapnya kepada isu HAM.

PAS juga tidak terkecuali dari terpaksa membentuk sikap kepada isu HAM yang lebih spesifik seperti hak kebebasan beragama, hak orientasi seksual dan lain-lain isu yang berada dalam daerah sensitiviti jika tidak ditangani dengan baik.

Dari sudut kebebasan beragama yang termaktub sebagai sebahagian daripada hak asasi manusia, tanpa satu panduan yang jelas dari sudut pandangan Islam ia akan ditafsirkan secara longgar dan tidak berperinsip, sebab itu adalah penting untuk PAS memutuskan sikapnya dengan ilmu dan  bijaksana.

Asas Perbahasan

Kebebasan beragama mesti ditegaskan dalam bentuk ia tidak memudaratkan hak asasi agama Islam itu sendiri kerana khuatir umat Islam akan mengambil kesempatan meninggalkan agama Islam sedangkan ia dilarang oleh syariat.

Sebab itu walaupun Deklarasi Hak Asasi Manusia oleh PBB pada tahun 1946 menyatakan hak untuk memilih agama, satu lagi Konvensyen kemudiannya dikenali sebagai ICCPR (1976) atau International Covenant Civil and Political Rights mengecualikan dengan perkataan:

“Freedom to manifest one's religion or beliefs may be subject only to such limitations as are prescribed by law and are necessary to protect public safety, order, health, or morals or the fundamental rights and freedoms of others”

(Kebebasan untuk melaksanakan agama seseorang atau keyakinannya hanya tertakluk kepada batasan yang ditentukan oleh oleh undang-undang atas keperluan memlihara keselamatan awam, kesihatan, moral atau hak fundamental dan kebebasan orang lain).

Kita berhak untuk menentukan kehendak agama kita namun ia perlu dibawa dan dihujahkan mana yang boleh dan mana yang tidak boleh.

Memperhalusi Isu Orientasi Seksual

Begitu juga tentang perbahasan kebebasan orientasi seksual, walaupun ianya sensitif tetapi PAS harus mempunyai sikapnya yang memperhalusi perbezaan antara soal hak mendapat keadilan  di sisi undang-undang dan hak untuk dilindungi dari dicederakan atau disakiti kerana orientasi seksual mereka.

Sebagai sebuah parti politik yang satu hari mengharapkan ia akan berkuasa dengan izin Allah, PAS harus berfikir satu tahap lagi dalam konteks ia sebagai negara yang terpaksa berhadapan dengan isu seperti hak orientasi seksual.

PAS tidak perlu menyokong amalan sonsang seksual tetapi PAS perlu melihat soal hak untuk mendapat keadilan disisi undang-undang dan hak untuk dipelihara dari dicederakan atau disakiti kerana orientasi mereka.

Adapun kesalahan amalan mereka, ia seperti kesalahan dan jenayah yang lain jika disabit kesalahan, maka mereka harus dikenakan tindakan dengan undang-undang yang ada. Jadi ada beza antara memberikan keadilan perundangan kepada mereka dengan menyokong amalan songsang mereka.
Menggarap Isu HAM.

Bagi PAS yang mahukan sebuah Malaysia yang lebih maju ke hadapan, isu HAM termasuk isu sensitif perlu ditangani melalui beberapa pendekatan;

1. Mengenalpasti Fiqh Hak Asasi Manusia supaya dipandu dengan kejelasan syariat demi memelihara prinsip perjuangan PAS.

2. Membentuk indeks HAM berpandukan syariat Islam dan memperincikan antara hak mendapat keadilan sebagai fundamental walaupun sesetengah amalan seperti seks bebas dan songsang mesti dilarang melalui undang-undang dan pendidikan.

3. Mendidik orang ramai mengenai HAM melalui dialog dan forum dengan masyarakat sivil yang mungkin mempunyai pandangan berbeza.

4. Meneliti konvensyen antrabangsa yang ada tentang HAM dan mencadangkan kepada pihak berwajib apa yang boleh disesuaikan dengan keperluan agama dan persekitaran tempatan dan apa yang tidak boleh disesuaikan.

Menolak sama sekali isu sensitif HAM seperti di atas dengan bersikap terlalu umum tanpa pendetailan boleh menampakkan keterbatasan PAS untuk memimpin negara dan keupayaan PAS bersama masyarakat antarabangsa.

Nantikan siri kelapan akan datang yang berjudul PAS dan Perlembagaan Persekutuan.

Al Faqir Ilallah
Mujahid Yusof Rawa

Sumber HD - 4-6-2015

Siri 6: PAS dan transformasi organisasi





















DATUK DR MUJAHID YUSOF RAWA | .



ORGANISASI PAS SEKARANG  

Secara absahnya, PAS dikawal oleh perlembagaan parti yang menentukan kuasa-kuasa yang ada dalam parti, hubungan antara bahagian-bahagian dalam organisasi parti dan tugasan-tugasan yang telah ditetapkan pada setiap perjawatan. Perlembagaan parti menjadi terma rujukan dalam semua tindak-tanduk parti dan kuasa-kuasa yang digunakan untuk menggerakkan parti dari sudut dalaman dan luaran.

Walaupun perlembagaan parti menjadi panduan, organisasi parti juga dijalankan mengikut amalan-amalan yang diterima pakai oleh parti. Kedua komponen ini iaitu peruntukan perlembagaan dan amalan secara konvensyen membentuk cara parti ini diuruskan.

Bagaimanapun ada beberapa permasalahan yang perlu digarap dalam organisasi PAS;
Keahlian secara besar-besaran sehingga sukar untuk mengawal standard  keahlian yang diharapkan
Set-minda pengurusan parti
Pengurusan konflik yang lemah
Program kepimpinan pelapis yang tidak jelas

Keahlian Besar-Besaran

Model keahlian PAS ialah  keahlian besar-besaran (massive membership) , oleh itu tidak menghairankan jikalau PAS berhadapan dengan pelbagai masalah. Maksud masalah bukan semestinya soal disiplin semata-mata tetapi ia termasuk dalam soal kurang berkesan mencapai matlamat kerja parti serta kelembapan aktiviti sehingga ada sesetengah kawasan atau cawangan yang “hidup segan mati tak mahu”.

Kelemahan di peringkat kawasan menjejaskan pengaruh parti di kawasan yang terbabit. Walaupun bukan semua faktor organisasi boleh dikatakan sebab parti tidak bergerak tetapi ia merupakan antara penyumbang yang utama. Tujuan penyertaan juga tidak sangat didorong untuk menjadi aktivis tetapi kerana menyokong dasar PAS ataupun menyatakan hasrat menolak parti lawan seperti Umno.

Sistem pengkaderan dan latihan bimbingan secara berstruktur dan terancang untuk membina kekuatan ahli perlu dilakukan supaya parti dapat mengawal kesan negatif kepada keahlian besar-besaran.
Set-Minda Pengurusan

Maksud set-minda pengurusan menggambarkan bagaimana kepimpinan parti melihat cara parti diuruskan. Suasana hari ini menuntut supaya set-minda pengurusan parti perlu cara baru dengan melihat organisasi parti dalam kerangka Sumber Manusia yang menghubungkan antara matlamat parti dan latihan kepada kepimpinan dan ahli untuk mencapai matlamat tersebut.

Salah satu ketidakberkesanan organisasi parti ialah kepimpinan lebih berminat untuk tertumpu kepada isu politik daripada melihat isu pengurusan parti. Sebab itu pengurusan parti seolah-olah diserahkan sepenuhnya kepada setiausaha agung yang memainkan peranan rutin seperti memanggil mesyuarat, mengeluarkan surat ataupun membuat arahan-arahan dari pihak atasan sahaja. Aspek mengemaskini kualiti keahlian, cawangan, kawasan dan negeri serta memperbaiki sistem komunikasi seolah-olah terabai kerana tidak ada satu visi dan misi pengurusan organisasi parti.

Tanpa visi pengurusan, parti terpaksa membuat kerja ala “ahli bomba memadamkan api” (fire fighting) setiap kali timbul masalah dan ia berlaku berulang kali tanpa pendekatan sistem yang lebih berstruktur dengan visi pengurusan yang jelas.

Pengurusan Konflik

Kejayaan kepimpinan bukan sahaja terletak kepada matlamat parti dapat dicapai tetapi jugak kemampuan kepimpinan menguruskan konflik atau khilaf yang berlaku dalam usaha mencapai matlamat tersebut. Konflik bukan semuanya negatif jika kepimpinan bijak menguruskannya. Ia memberi peluang kepada satu keadaan baru yang lebih baik muncul hasil dari konflik yang berlaku.

Antara isu konflik dalaman parti ialah dua atau tiga kelompok yang bertentangan antara satu sama lain bersaing khususnya menjelang pemilihan parti. Memburukkan keadaan ialah kelemahan kepimpinan untuk berhadapan dengan fenomena ini sehingga menyebabkan ahli berasa tidak puas hati.

Ini tidak termasuk kenyataan-kenyataan yang dibuat secara terbuka dan budaya labeling yang kronik antara kelompok yang bersengketa dalaman. Konflik dalaman adalah umpama api kecil yang jika tidak ditangani akan menjadi api besar yang berupaya merosakkan parti.

Perndekatan penyelesaian konflik oleh kepimpinan ialah minta semua pihak patuh atau wala’ kepada parti sedangkan isu yang berlaku bukan soal tidak setia atau wala’ kepada parti tetapi masalah pertembungan dua atau tiga kelompok yang mempunyai pandangan tersendiri bagaimana parti harus digerakkan dan bukan menentang dasar parti.
Program Pelapis

Parti bergantung kepada pelapis untuk meneruskan cita-citanya. Hari ini PAS boleh berbangga kerana pelapisnya ramai dan kepimpinannya datang silih berganti. Walaupun demikian satu mekanisma tersusun diperlukan untuk melahirkan kepimpinan pelapis melalui program yang berstruktur.

Pendakian seseorang dalam parti PAS sebahagiannya dinilai melalui kelantangannya bersuara dalam isu politik, kepetahan berpidato yang dimiliki dan keaktifan menggerakkan kerja parti. Latarbelakang pendidikan adalah bonus kepada perkara-perkara di atas. Dalam PAS ada kategori ahli ilmuawan, aktivis dan ulama. Selain itu PAS mendapat sumber kepimpinannya daripada sayap Dewan Pemuda dan Dewan Ulama serta Dewan Muslimat dari beberapa tokohnya yang dilihat berpotensi menjadi kepimpinan masa depan PAS.

Tiada cara berstruktur yang disepakati ramai dan setiap ahli yang ingi menjadi pemimpin mengetahuinya melalui amalan dan budaya dalaman parti dengan terpaksa melalui karier ahli yang tidak ada petunjuk khusus.

PEMIKIRAN ORGANISASI KE ARAH ISLAH

Siri ini akan menjelaskan bagaimana PAS boleh melakukan usaha memperbaiki organisasi parti melalui pendekatan organisasi bagi menjawab kekurangan dan kelemahan yang ada dengan mengambil kira pengalaman panjang yang telah dilaluinya.
Model Pendekatan Organisasi

Ada banyak cara model organisasi yang dipakai dalam melakukan perubahan menyeluruh dalaman parti. Bagi membantu untuk melakukan cadangan islah atau baikpulih kita memerlukan model pendekatan kepada organisasi bagi merasionalkan apakah aspek-aspek yang diperlukan keutamaan dan perlu diberi tumpuan oleh kepimpinan parti.

Model Empat Tingkap

Model yang dicadangkan ialah model empat tingkap organsiasi. Model ini sesuai bagi sesebuah organsiasi yang mahu melakukan inisiatif perubahan dalamannya hasil daripada permasalahan yang dialami. Ini adalah kerana, model Empat Tingkap organisasi ini menggambarkan suasana organisasi khususnya parti politik iaitu dari dua tingkap bawah, Politik Dalaman dan Budaya. Manakala dua tingkap lagi yang dipanggil tingkap atas adalah dari elemen Struktur Parti dan Sumber Manusia Parti.

Dari keempat-empat tingkap ini kita boleh melihat ke dalam organisasi parti dan mengenali elemen-elemen yang perlu diberikan perhatian mengikut keutamaan dan kemampuan untuk mengendalikannya.

Setelah mengenalpasti elemen-elemen keutamaan yang perlu diperbaiki, satu jangka masa diperlukan untuk memungkinkan satu bentuk organisasi yang mampu menampong keperluan semasa parti. Perlu dijelaskan baahwa usaha ini tidak menyentuh dasar dan prinsip parti, ia hanya melihat dalam aspek pengurusan parti semata-mata.

Penjelasan Empat Tingkap

Ia dinamakan tingkap sebab kita boleh melihat dari tingkap-tingkap tersebut bagaimana pengurusan parti digerakkan. Organisasi adalah sesuatu yang hidup dan dinamik, ia bertindakbalas dengan apa yang berlaku disekelilingnya.

Empat tingkap organisasi dapat menjelaskan dua lapisan organisasi. Lapisan di atas dapat dilihat oleh orang awam kerana sifatnya yang telus dan boleh dirujuk manakala lapisan di bawah adalah yang tersembunyi dari penglihatan orang ramai dan hanya dapat dihayati oleh ahlinya sahaja.

Tingkap di atas mewakili Struktur dan Sumber Manusia manakala tingkap di bawah mewakili Politik Dalaman dan Budaya. Di bawah adalah model tersebut.

STRUKTUR (Keputusan)
1. Carta organisasi (kuasa)
2. Pembahagian kerja (aktiviti)
3.   Hubungan (komunikasi)
4.   Dasar (polisi), perlembagaan

SUMBER MANUSIA (Matlamat )
1. Aspek sosio-sikologi (keperluan)
2.   Peningkatan ahli (latihan/pembelajaran)
3.   Pencapaian matlamat dan penilaian (objektif kerja)

POLITIK DALAMAN (Persaingan)
1.   Persaingan jawatan (perebutan)
2.   Perundingan (memelihara kepentingan)
3.   Kelompok (Kumpulan kumpulan berkonflik)

SIMBOL BUDAYA (Budaya)
1.   Aspek sosio budaya (tradisi organisasi)
2.   Kebiasaan dan amalan (tiada tercatat)
3.   Metos/kebanggan (kisah kisah, cerita cerita, kehebatan ahli dan tokohnya)
Struktur

Untuk struktur asas utama yang menentukan perjalanannya ialah bagaimana keutusan-keputusan dibuat. Keputusan adalah simbol autoriti yang memberi kuasa kepada kepimpinan parti untuk membuat keputusan-keputusan harian dan strategik parti. Ia boleh difahami dari carta organisasi di mana di dalam PAS kuasa Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat adalah yang menentukan perjalanan parti dari sudut dasar dan perlaksanaannya.

Pembahagian kerja dalam struktur memahamkan kita bagaimana parti menjalankan aktivitinya mengikut peruntukan dan amalan yang biasa dilakukan. PAS menggerakkan aktivitinya melalui Lajnah yang dibahagikan mengikut bidang-biang yang telah diputuskan oleh PAS Pusat. Manakala saluran komunikasi juga dapat menjelaskan bagaimana keputusan-keputusan disalurkan dalam jentera parti. PAS mempunyai jalur komunikasinya di mana Pusat akan berhubung dengan Negeri-negeri yang kemudiannya menjadi penghubung kepada Kawasan-Kawasan dan kemudian diturunkan kepada cawangan-cawangan.

PAS perlu memperbaiki cara keputusan dibuat dengan kejelasan premis bidang kuasa-bidangkusa Majlis Syura Ulama, Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan muktamar supaya pertikaian keputusan tidak lagi menjadi polemik dalaman, Selain itu, kuasa presiden perlu dibuat secara telus mengikut ketetapan yang ada pada perlembagaan parti supaya keputusan boleh dipertahankan bersama. Keputusan parti perlu diturunkan melalui saluran resmi untuk menghindari sabotaj oleh pihak tertentu. Ketelusan dari semua tahap amat diperlukan sulaya teori-teori menjatuhkan presiden dan lain-lain tidak menjadi umpan untuk pihak tertentu menggunakannya dalam keghairahan berebut jawatan.

Sumber Manusia

Sumber Manusia (human resource) memastikan keputusan strategik parti terlaksana dengan baik kerana ia mengendalikan organisasi manusia yang mempunyai berbagai keperluan sosio-ekonomi dan budaya. Jaringan kompleks sosio budaya dan keperluan menguruskan keseimbangan antara kepentingan peribadi dan keperluan parti adalah tugas sumber manusia yang utama. Untuk mencapai maksud tersebut sumber manusia melihat peningkatan ahli melalui latihan dan bimbingan supaya mereka dapat mencapai tujuan dan matlamat parti. PAS mempunyai pendekatannya dalamm aspek ini tetapi ia dilaksanakan oleh Lajnah Tarbiyah yang lebih menjuruskan kepada penekanan meyakini doktrin perjuangan PAS.

Sumber Manusia juga memastikan setiap objektif kerja lajnah tercapai supaya satu bentuk Penilaian Prestasi Kerja (KPI) terhasil untuk membaiki kelemahan-kelemahan yang ada. Kesemua aktiviti sumber manusia mestilah disejajarkan dengan kepentingan strategik parti agar Matlamat Utama parti tidak tersasar. Jikalau tidak ahli meelakukan sesuatu yang tidak menuju kepada pencapaian strategik yang diinginkan.

Tiba masanya PAS menginstitusikan sumber manusia parti dengan mengikut disiplin pengurusan sumber manusia. Unsur strategik parti mesti disesuaikan dengan perkembangan parti. Sebuah pejabat sumber manusia parti hendaklah ditubuhkan dan  seorang ketua pengarah sumber manusia melihat keperluan sumber manusia dari keahlian, pengkaderan, latihan, pentadbiran dan pengurusan lujnah-lujnah.

Politik Dalaman

Politik dalaman menggambarkan persaingan yang berlaku dalam parti bagi mendapat tempat atau jawatan dalam parti. Persaingan dalaman bukanlah negatif jika semua pihak berlumba-lumba untuk membuktikan pencapaiannya akan menguntungkan parti. Namun persaingan yang negatif seperti menjatuhkan peribadi lawan dengan tohmahan peribadi dan fitnah seterusnya merosakkan parti. Pertandingan dalam jawatan-jawatan tertinggi PAS kecuali jawatan presiden telah menjelaskan bahawa PAS tidak dapat lari daripada politik dalaman.

Persaingan melahirkan rundingan-rundingan dalaman sesama pesaing untuk mencapai kata sepakat atau trade off dalam sesuatu jawatan yang disaingi. Hasil daripada ini wujudnya kelompok-kelompok dalam organisasi yang mempunyai misi untuk memperkemaskan dan memperkasakan parti. Bagaimana kumpulan dan kelompok ini bertembung antara satu sama lain adalah merupakan dinamika sebuah parti politik, dan ini tidak terkecuali bagi sebuah parti Islam seperti PAS.

Cadangan mengurangkan lobi-melobi secara tidak sihat ini ialah dengan diadakan perdebatan terbuka bagi membincangkan tajuk yang lebih objektif seperti halatuju parti, peranan parti dalam negara, strategi menghadap isu dan hasrat jika PAS menjadi kerajaan persekutuan. Serangan peribadi dan label-melabel serta fitnah media sosial harus dikengkang melalui ketegasan pemimpin paling atas memastikan persaingan menjadi sihat dan kalau perlu jawatankuasa disiplin kempen diwujudkan secara lebih berkesan.
Budaya

Budaya merupakan satu elemen organisasi yang memerlukan jangka masa yang panjang untuk terbentuk. Ia melambangkan retorik organisasi dari amalan-amalan dan ritual parti yang menjadi kebanggaan ahli. Budaya adalah simbol kepada kebangggan parti yang terbentuk dari kisah-kisah legenda tokoh-tokoh parti dan aktivis parti. Ia cuba memahamkan ahli aspek pengorbanan dan komitmen daripada tradisi-tradisi parti dan mitos yang diulang setiap kali ada pertemuan dalaman bagi menyuntik semangat kepada ahli.

PAS mempunyai tradisinya tersendiri seperti konsep taat kepada keputusan parti dan sanggup berkorban untuk mencapai matlamat parti. Kisah keberanian mempertahankan prinsip menjadi dendangan ahli PAS seperti kisah Ustaz Ibrahim Libya tentang keberanian tokoh PAS yang sanggup dipenjara, kepimpinan inklusif Dr Burhanuddin Al-Helmy, kepetahan berpidato Prof. Zulkifli Muhammad dan Dato’ Asri Muda, keterampilan kepimpinan Haji Yusof Rawa serta kebijaksanaan percaturan politik Ustaz Fadzil Noor. Cerita-cerita yang diperturunkan kepada setiap ahli senior kepada yang junior melahirkan satu rasa sense of belonging sehingga tokoh-tokoh ini menjadi idola kepada semua generasi parti hari ini.

Budaya melalui modul latihan kepimpinan yang menegaskan adab-adab berjemaah perlu digerakkan. Keperibadian seorang muslim menjadi asas kepada piawaian ahli PAS yang perlu diterima sebagai keputusan bersama. Membentuk tahap keahlian khusus dan umum akan mengurangkan segala gosip dan label-melabel kerana syarat menjadi ahli PAS yang khusus ialah ciri keperibadian muslim dengan piawaian tertentu yang perlu dicapai. Semua ini memerlukan kerjasama dengan pejabat sumber manusia parti yang akan menyediakan modul piawaian ahli mengikut kesesuaian dan keperluan PAS.

Inisiatif dan Visi Pengurusan

Visi dan misi pengurusan akan lebih mudah dibentuk melalui kefahaman model empat tingkap di atas. Kepimpinan mesti mempunyai fahaman bagaimana sebuah organisasi digerakkan dan tidak cukup hanya berbekalkan konsep “Jamaah” tanpa pendekatan organisasi yang terkini. Landasan masa juga perlu dalam mengisi komponen visi dan misi organsiasi PAS.

Kita bukan sahaja perlu mengetahui apakah isu-isu pengurusan tetapi sebagai sebuah organisasi kita juga perlu tahu bagaimana hendak mendepani masalah supaya pendekatan kita akan lebih objektif dan spesifik. Model empat tingkap turut membantu meletakkan landasan masa yang diperlukan dengan mengandaikan tingkap atas lebih pendek jangka waktu yang diperlukan berbanding dengan tingkap bawah yang memerlukan masa yang lebih panjang.

Konflik mempertikaikan dasar parti contohnya perlu dikembalikan kepada penjelasan keputusan-keputusan strategik yang dibuat dengan cara memperkemaskan cara parti membuat keputusan dan menyampaikannya kepada ahli. Isu ini duduk dalam tingkap Struktur. Kelemahan gerak kerja dan keaktifan parti perlu dirujuk kepada tingkap Sumber Manusia melalui pengukuhan matlamat kerja yang jelas dan peningkatan kualiti ahli dalam semua bidang kemahiran softkills dan hardskills.

Politik Dalaman ditangani melalui kejelasan matlamat dan penjurusan kepimpinan kepada mengimbangi potensi diri dan sumbangan kepada parti. Menggalakkan persaingan yang sihat melalui reformasi cara-cara pencalonan dan pemilihan parti dibuat. Manakala Budaya perlu dipertingkatkn budaya kerja yang membina dan bertanggungjawab selain daripada menghindari pelabelan negatif yang menimbulkan permusuhan dan kebencian antara ahli.

Nantikan siri ketujuh akan datang yang berjudul PAS dan Hak Asasi Manusia.

Al Faqir Ilallah
Mujahid Yusof Rawa
HARAKAHDAILY 2/6/2015

Sumber HD - 2-6-2015

Siri 5: PAS dan demokrasi






















| .


PERLEMBAGAAN PAS jelas menegaskan bahawa dalam mencapai tujuan dan cita-cita PAS, ia akan melakukannya dalam batasan undang-undang negara dan Perlembagaan Negara samada dalam aktiviti dalamannya ataupun aktiviti politik dan dakwahnya. (Fasal 6 Perkara 11).

Pertikaian dalaman PAS tentang komitmen PAS terhadap demokrasi berpotensi untuk keluar dari semangat perlembagaan parti kerana ia seolah menolak kehendak parti berpegang kepada undang-undang negara.

Malaysia telah memilih demokrasi berpilihan raya sebagai cara untuk membentuk kerajaan dan perlembagaan negara memperuntukkan bahawa hak berpersatuan, hak berhimpun dan hak memberi pandangan adalah dijamin (Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan).
PAS mengambil pendekatan menyertai dalam bentuk parti politik untuk memperbaiki susunan serta institusi masyarakat, politik, keadilan ekonomi dan negara bersesuaian dengan dasar Islamnya (Perkara 4 Fasal 6, Perlembagaan Parti). 

Wacana Demokrasi

Apa yang menjadi polemik ialah bagaimanakah demokrasi itu ditanggap dari sudut keberkesanan dan peranannya. Apakah demokrasi itu hanya berpilihanraya atau demokrasi sebagai satu prinsip pembentukan sebuah masyarakat dalam hubungan antara penguasa dan rakyat?

Ada beberapa tanggapan yang berlegar dalam konteks PAS dan demokrasi dalam kalangan ahli. Pertama, demokrasi hanyalah kenderaan untuk sampai kepada matlamat PAS. Kedua, demokrasi adalah asas dan matlamat PAS tidak tercapai tanpa pendemokrasian berterusan dan komitmen kepada prinsip demokrasi.

Implikasi kepada tanggapan pertama ialah demokrasi hanya alat yang sementara untuk dipakai dalam mencari kemenangan politik dan kemudian PAS akan melaksanakan matlamat dan tujuannya. Implikasi tanggapan ke dua ialah PAS melihat demokrasi dalam jangka panjang untuk menang dan setelah kemenangan serta komited untuk aplikasi prinsip demokrasi bagi mencapai tujuan dan matlamatnya.

Walaupun kedua-dua tanggapan menggunakan demokrasi sebagai alat namun penegasan kepada proses pendemokrasian berterusan sebagai sistem hubungan penguasa dan rakyat lebih terserlah pada tanggapan kedua. 

Dasar PAS Dalam Proses Demokrasi

PAS adalah parti Islam yang awal di dunia bergerak dalam kerangka demokrasi berpilihan raya. Sebagai pemerintah parti Islam di Kelantan sejak 1959 dan kemudian 1990 hingga kini, PAS begitu masak dan memahami bagaimana proses secara demokrasi dilakukan. Dalam era kesedaran dan celik demokrasi pengalamannya sesekali tercabar ketika PAS cuba membawa beberapa keutamaanya dalam pentas demokrasi, apatah lagi dengan pendekatan politik kolusi (tahaluf siyasi) yang digunakannya.
PAS tetap akan komited untuk pendemokrasian namun dalam era keterbukaan hari ini, penegasan PAS harus lebih vokal dan komited untuk menghormati prinsip dan proses demokrasi untuk membawa dasar dan keutamaannya.

Ini membawa kita kepada memahami bahawa walaupun sesuatu dasar atau undang-undang Islam itu hendak diketengahkan, PAS harus menggunakan saluran demokrasi dan dalam proses itu bersedia menerima kritikan awam mahupun dari rakan atau pesaingnya. Ketelusan sistem demokrasi ini menuntut PAS berhujah atas jalur demokrasi untuk meyakinkan dasar Islam yang diketengahkan berpandukan kepada tujuan dan falsafah dasar Islam yang hendak diketengahkan. 

Demokrasi Penghalang Perlaksanaan Islam?


Tanggapan yang kuat beredar di kalangan ahli PAS dan kepimpinannya bahawa demokrasi adalah musuh dan bercanggah dengan Islam. Persoalan kekuasaan mutlak perundangan ada pada Allah dijadikan hujah kerana demokrasi meletakkan kekuasaan rakyat untuk menentukan perundangan. Hakikatnya ialah ianya bukan percanggahan tetapi perintah untuk merujuk kepada orang ramai dalam membuat apa-apa keputusan yang berkepentingan awam juga datang dari Allah berpandukan pada konsep syura.

Allah tidak menetapkan bentuk dan proses syura itu terpulanglah kepada suasana zaman yang menentukannya selagi prinsipnya wujud. Berbeza dengan perintah khusus ibadat ia tidak memerlukan syura kerana ia adalah untuk maslahat peribadi pelakunya. 

Perlaksanaan Islam yang berpaksikan maslahat awam memerlukan pemahaman dan konsultasi dan sebaik cara untuk melaksanakan proses pemahaman dan konsultasi awam ialah dengan adanya ruang demokrasi. Hakikat ini yang bermula dengan proses demokrasi harus juga berakhir dengan sebuah keputusan secara demokrasi juga dan kerana itu PAS harus menerima keputusannya sebagaimana ia menerima prosesnya.

Jika kita menerima ini sebagai satu realiti, maka isunya ialah sejauhmana keupayaan pimpinan PAS membina hujah yang kukuh berpandukan kepada Prinsip Fiqh dengan mengambil kira kepentingan strategi politiknya untuk meyakinkan awam apa yang diperjuangkan.

Demokrasi itu bukan mutlak dan berpengkalan, pembinaan semula makna demokrasi mengikut acuan dan keperluan setempat serta kekuatan mencorakkannya melalui budaya adalah intipati pendemokrasian yang PAS harus tumpukan. Jika kita menganggap demokrasi adalah musuh Islam maka kita telah menyanggahi Perkara 11 Fasal 6 Perlembagaan Parti.

Sikap Terhadap Demokrasi

Selagi keputusan PAS tetap berada dalam kerangka demokrasi, PAS harus terus meyakini ahli komitmennya secara telus kepada demokrasi dan pendemokrasian. PAS tidak boleh meninggalkan demokrasi setelah mendapat kuasa tetapi ia harus meneruskan pendemokrasian dan membentuk keperibadian muslim yang keterbukaannya itu memantulkan ciri-ciri keterangkuman (inclusiveness), keterlibatan (participative) dan pembinaan negara (nation building) sebagaimana termaktub dalam perkara-perkara bawah Fasal 6 Perlembagaan Parti. - HARAKAHDAILY 29/5/2015

Nantikan siri keenam akan datang yang berjudul PAS dan Transformasi Organisasi.

Sumber HD - 29-5-2015





















Siri 4: PAS dan Melayu

DATUK DR MUJAHID YUSOF RAWA | .


KETEGASAN PAS dalam membawa prinsip Islam terserlah dalam perlembagaan parti begitu juga sikap yang diambilnya dalam membawa isu yang ada kepentingan umat Islam. Islam dilihat lebih besar daripada kewujudan bangsa termasuklah bangsa Melayu.

Kemelayuan yang PAS bawa diasaskan kepada Islam sebagai penyelamat bahkan bukan sahaja Melayu tetapi juga semua kaum di negara ini. Namun Melayu pada perjuangan PAS tidaklah terbentuk begitu sahaja, Melayu pada perjuangan PAS melalui tahap-tahap perkembangannya tersendiri.

Melayu Era Kemerdekaan

PAS menyatakan sikap kepada Melayu melalui semangat kemerdekaan dengan menyatakan bahawa pengisian kemerdekaan hendaklah diisi dengan Islam sebagai teras. Fakta ini bukan sesuatu yang sukar untuk difahami kerana PAS diasaskan oleh para ulama yang mahukan jaminan kemerdekaan tidak lari dari asas Melayu itu sendiri iaitu Islam.

Umno pula pada waktu itu lebih pragmatik dengan pendekatan kompromi dan membawa isu Melayu dalam sikap yang agak terbuka serta sedia bekerjasama dengan parti MCA dan kemudian MIC untuk membentuk Perikatan.

Tuanku Abdul Rahman menegaskan asas tertegaknya Tanah Melayu ialah dengan menerima kepelbagaian kaum sebagai strategi politik Umno. Sikap tidak puas hati sesetengah orang Melayu kepada sikap pragmatik Umno dalam isu Melayu menyebabkan PAS dilihat lebih tegar retorik Melayunya dengan Islam sebagai pengisiannya.

Dengan kata lain citarasa nasionalis Islam yang PAS bawa ketika itu berjaya bersaing dan membina tapak yang kukuh di kawasan Melayu khususnya di Pantai Timur dan Utara Semenanjung.

Peralihan Konsep Melayu

Melayu awal era kepimpinan ulama (80-an) menyuntik makna Alamiyyah Islam dan Melayu menjadi sebahagian bangsa yang perlu diberi kemuliaan dengan nama Islam. Menggempur pemikiran asobiyah menjadi asakan kepada konsep Melayu yang diperjuangkan Umno kerana asas perdebatan ialah perjuangan PAS adalah Islam yang meliputi semua kaum manakala Umno mengamalkan perkauman hanya untuk kepentingan Melayu semata-mata.

Zaman peralihan konsep Melayu dalam PAS ini menyaksikan PAS bersaing dengan Umno untuk membuktikan siapa yang lebih Islam sehingga Umno terpaksa membawa dasar penerapan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran kerajaan awal 80-an.

Faktor kemasukan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke dalam Umno juga adalah untuk membuktikan Umno juga bersifat Islamik. PAS kekal dengan imej Islam yang lebih global dengan penegasan konsep perkauman dalam Islam lebih mementingkan hubungan akhlak Islam dalam diri orang Melayu. Umno dengan asakan ini dilihat bukan sahaja pragmatik tetapi liberal dalam soal Islam.

Konsep Melayu Hari Ini

Melayu dalam konteks politik hari ini telah mula membentuk jati dirinya dalam persekitaran yang lebih mencabar. Melayu dari sudut nilainya ada yang kuat pegangan Islamnya dalam pelbagai aliran, Melayu adanya yang hidup dalam budaya yang bebas dari nilai agama Islam dan Melayu yang cuba bersikap sederhana dalam merangkul realiti kepelbagaian yang dilaluinya.

Kemelayuan hari ini tertekan dengan asakan kerangka negara bangsa itu sendiri kerana di sebalik konsep Melayu, negara ini menuju ke arah Bangsa Malaysia menjelang 2020 dengan Melayu sebagai faktor utamanya.

Lagipun tuntutan hak sama rata disokong oleh perlembagaan persekutuan dalam Artikel 8 klausa 1 dan 2 bahawa semua berhak mendapat layanan yang adil dari segi undng-undang negara dan bahawa setiap warganegara tidak boleh didiskriminasikan atas sebab agama, bangsa, keturunan, tempat lahir mahupun gender.

Walaupun peruntukan 153 perlembagaan persekutuan menyatakan kedudukan istimewa orang Melayu, namun isu keadilan dan meritokrasi juga dihujahkan melalui peruntukan perlembagaan  dalam soal biasiswa, pendidikan dan sektor awam.

Sikap PAS

Islam dan PAS tidak dapat dipisahkan, secara asasnya PAS harus melihat isu Melayu dalam rangka yang lebih objektif dengan pandangan sarwajagat Islam yang lebih inklusif. Asas ini terbina dalam cita-cita PAS iaitu, dalam Perkara 2, 3, 4, dan 9 di bawah Fasal 6 perlembagaan parti.

PAS menegaskan usahanya untuk menegakkan Islam melalui keadilan Islam, menyuburkan ukhuwah tanpa mengabaikan perpaduan kaum, membina konsep pandangan hidup Islam dan memperjuangkan hak umat Islam tanpa mengabaikan keadilan untuk semua kaum di negara ini.

Klausa ini perlu kepada terjemahan dengan membina beberapa pemikiran yang jelas iaitu

1. Konsep Melayu dalam PAS mestilah jauh dari nilai perkauman sempit
2. Konsep Melayu dihujahkan atas permasalahan keadilan sosial
3. Konsep Melayu dilihat kepada pembahagian kekayaan yang tidak adil
4. Konsep Melayu dalam hubungan politik berteraskan jiwa Melayu yang tasamuh (toleran) dan melihat kepentingan semua kaum di negara ini.

Bersendikan kejelasan ini, PAS perlu memimpin isu Melayu dengan program memperbaiki ketaksamaan pendapatan melalui galakan pemilikan harta di kalangan orang Melayu yang miskin. Membuka peluang pekerjaan dengan mengurangkan pekerja asing yang tidak berkemahiran dan seterusnya meningkatkan sebahagian besar pekerja bawahan khususnya orang Melayu kepada pekerja yang berkemahiran lantas meningkatkan pendapatan mereka.

Umno dan PAS

Dari sudut politik, Umno dan PAS harus kekal bersaing secara sihat bukan untuk berpecah tetapi menawarkan pembelaan Melayu yang lebih meyakinkan khusus membina keperibadian Melayu yang inklusif dan sentiasa memimpin kaum lain atas dasar hormat menghomati. Satu pendekatan yang lebih tegas membenteras fahaman perkauman sempit dan fahaman keganasan perlu digerakkan untuk mengembalikan semangat menyanggah fahaman asobiyah supaya Melayu menjadi lebih kukuh keperibadiannya.

Jikapun ada istilah perpaduan Melayu maka ia hendaklah difahami sebagai perpaduan atas menyokong nilai baik dan bukan perpaduan sempit yang hanya bercakap tentang Umno dan PAS bergabung. Bergabung tidak akan menyelesaikan masalah Melayu yang lebih besar permasalahannya, ia mungkin menyelesaikan survival politik pihak tertentu daripada survival Melayu itu sendiri.

PAS tidak harus terperangkap isu perpaduan Melayu dengan hanya memfokuskan kepada Umno sahaja sebaliknya PAS harus membawa isu perpaduan Melayu melalui model rentas kaum bersesuaian dengan kehendak Bangsa Malaysia yang diharap tercapai pada tahun 2020.

Ketika itu Melayu akan terbina atas persepsi yang lebih objektif dan tidak lagi bersifat sentimental. Kekuatan ini ada pada PAS kerana wacana Islam yang diyakini PAS lebih sesuai menampung keadaan ini. Melihat kepada visi Melayu ini, isu gabungan Umno-PAS menjadi terlalu kecil dibandingkan kepada pembinaan Bangsa Malaysia yang sifatnya merentasi semua kaum.

Nantikan siri kelima akan datang yang berjudul PAS dan Demokrasi. – HARAKAHDAILY 27/5/2015

Sumber HD - 27-5-2015

Falsafah politik Islam (siri kedua)
























DATUK DR MUJAHID YUSOF RAWA | .


Apa yang disebut sebagai politik Islam atau political Islam adalah sebenarnya penghuraian kepada permasalahan hubungan Islam dengan politik. Ia membawa maksud bagaiamana konsep Islam memenuhi ruang kepemerintahan, kuasa, bagaimana melantik kepimpinan politik dan apakah sistem yang dipakai untuk mengurus soal hubungan rakyat dengan pemerintah. Istilah lain yang sinonim dengan konsep pemerintahan dalam Islam ini ialah siyasah syariah yang merupakan alat fiqah utama sebagai panduan kepada konsep pemerintahan. 

Prinsip Asas

Politik Islam sepertimana bidang lain mengasaskan segala cabangan tindakan berpolitik kepada sumber utama Al Quran dan As Sunnah. Ini bermakna bidang politik yang luas tetap mensyaratkan semua tindak-tanduk mestilah tidak bercanggah dengan sumber kuasa utama iaitu ketetapan Allah dan RasulNya.

Berpandukan kepada betapa luasnya bidang ini dan terdedahnya ia kepada pelbagai andaian kemaslahatan (kebaikan utama) maka prinsip asas ini menjadi pra syarat utama membina konsep politik Islam. Firman Allah SWT:

“Sesungguhnya Allah memerintahkan ke atas kamu untuk melakukan keadilan kepada yang berhak mendapatnya dan jika engkau (wahai Muhammad) membuat keputusan (dalam segala hal termasuk pemerintahan) maka hendaklah engkau melakukannya dengan keadilan, Sesungguhnya Allah adalah sebaik memberi nasehat untuk kamu, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui” (Al-Nisa’: 58)

Berkenaan dengan kuasa, Allah menyebut bahawa sumber kuasa mutlak adalah daripada Allah;

“Katakanlah kepada Allah sahaja segala kekuasaan, Allah berhak menganugerahkan kuasa kepada siapa yang dia kehendaki (memberi kemuliaan) dan Allah berhak merampas kuasa itu (menghina seseorang) dari siapa yang Dia kehendaki, pada Mu segala kebaikan, Engkaulah Maha berkuasa ke atas segala sesuatu”(Ali Imran : 26)

Politik Tiada Format

Antara hikmah politik Islam daripada sudut pendekatan kepemerintahan tidak diformatkan adalah kerana untuk memberi ruang kepada suasana dan zaman yang menentukan kesesuaiannya. Sebab itu dalam kita apabila mengkaji sains politik Islam keutamaan adalah kepada prinsipnya dan bukan kepada formatnya.

Format boleh berubah-ubah mengikut acuan semasa dan zaman namun prinsip tetap kekal dari sudut ia mestilah sistem yang adil, kebebasan untuk bersuara mesti diberi ruang dan membina prinsip perundangan sebelum perundangan dapat dikuatkuasakan.

“Hukum itu berubah mengikut perubahan zaman dan konteks” (Ahmad ibn Muhammad al-Zarqa’, Sharh al-Qawa’id al-Fiqhiyyah, Damsyik: Dar l-Qalam 1989, m.s. 224)

“Keutamaan ialah pada objektif dan isi kandungan bukan kepada aspek zahir dan nama semata-mata” (Ibn Kathir, Al-Bidayah wa al-Nihayah, jil. 3, m.s 261)

Prinsip Politik Yang Tetap

Prinsip yang tidak berubah dalam menjayakan politik Islam antara lainnya ialah:

Prinsip Sumber

Sumber politik Islam sebagaimana yang disentuh lebih awal diambil daripada panduan Al Quran dan AS Sunnah. Ia boleh dilihat dari sudut pengertian kuasa, penghayatan nilai-nilai seperti keadilan, kebertanggunjawaban dan amanah dalam melaksanakan tugas kepemerintahan. Semua ini adalah perintah Allah SWT dan dipraktikkan oleh Rasulullah SAW. Tiada mana-mana pengamal boleh mendakwa ia beramal dengan politik Islam selagimana mana tindakannya itu bercanggah dengan prinsip sumber yang ditetapkan Allah dan RasulNya. Dalam hal kebebasan bagaiamana prinsip sumber ini hendak dilaksanakan terpulanglah kepada ijtihad semasa bersesuaian dengan keperluan konteks dan zaman yang berubah-ubah.
Prinsip Syura

Oleh kerana politik atau siasah adalah tertakluk kepada menyampaikan kebaikan utama (maslahah) untuk manusia, maka sudah pasti proses perundingan dengan orang ramai adalah satu keperluan. Hal yang demikian adalah untuk mengelakkan munculnya sebuah pemerintahan yang kukubesi yang boleh membawa kepada salahguna kuasa untuk kepentingan diri dan kelompok. Konsep ini ditegaskan oleh Islam dalam firman Allah;

“Jika engkau wahai Muhammad bersikap kasar dan keras hati, pasti sahabat-sahabat mu akan meninggalkan kamu, oleh itu berlembutlah dengan mereka, dan ampunilah segala kesalahan mereka terhadapmu serta hendaklah engkau berunding dengan mereka (syura) dalam sesuatu hal (untuk kepentingan bersama) dan setelah daripada kamu membuat sesuatu ketetapan maka bertawakal kepada Allah, sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertawakal” (Ali ‘Imran: 159)

Berpandukan kepada arahan ini, Nabi mengamalkan syura dalam tindakan-tindakan baginda dengan membuka ruang kepada orang ramai selagimana ia bukan persoalan wahyu. Nabi sering berkata dalam meminta pandangan,

“Bermesyuaratlah denganku wahai kaumku...”(Ibn Kathir, Al-Bidayah wa al-Nihayah, jil. 3, m.s 261)

Nabi senantiasa merujuk kepada mereka yang berkelayakan atas pengetahuan dan pengalaman dalam bidang masing masing yang juga merupakan perintah Allah dalam istilah yang disebut oleh Al Quran dalam Surah al-Anbiya’ ayat 7 sebagai ahlil zikry.

Prinsip syura adalah benteng kepada kemungkinan sesebuah pemerintahan itu terdedah kepada pemerintahan kukubesi yang amat ditentang oleh Islam.

3. Prinsip Keadilan

Keadilan adalah maslahah yang paling utama dalam politik Islam kerana tanpa prinsip ini kezaliman akan menguasai suasana pemerintahan. Dalam hal ini Rasulallah SAW mengamalkan dasar keadilan tanpa mengira bulu dan mempertahankan keadilan. Nabi pernah mengarahkan Omar r.a untuk menambahkan bayaran hutang kepada seorang Yahudi hanya kerana beliau telah memarahi Yahudi itu kerana meminta hutang dari Nabi SAW dengan cara kasar.

Nabi tidak bersikap berat sebelah dalam menjalankan tugas dan mengeakkan prinsip hukum apabila baginda bersabda;

“Telah hancur mereka yang terdahulu kerana apabila yang si kaya mencuri mereka diamkan sahaja sedangkan apabila si miskin mencuri mereka mengenakan hukuman ke atasnya, Demi nyawa Muhammad yang dalam genggaman Allah, jikalau Fatimah anak perempuan ku mencuri, pasti aku kenakan hukuman ke atasnya' (dengan memotong tangannya)” (Hadith Muslim, Kitab Hudud, No. Hadith 1688)

4. Prinsip Kebebasan

Kebebasan adalah dasar utama pemerintahan dalam Islam berpandukan kepada realiti bahawa Islam menerima kepelbagaian baik dari sudut pandangan ataupun kepercayaan. Allah melarang Muhammad SAW memaksa penganut agama lain menerima Islam sedangkan Islam adalah merupakan asas pembinaan pemerintahan yang dibentuk oleh Rasulullah. Firman Allah;
“Jika Tuhanmu kehendaki akan berimanlah keseluruhan manusia di bumi ini, apakah engkau wahai Muhammad mahu memaksa orang lain sehingga mereka beriman? Tiada jiwa yang beriman melainkan dengan izin Allah, nanti Allah kenakan keburukan kepada mereka yang tidak berakal” (Yunus: 99)

5. Prinsip Kemanusian

Politik Islam menitik beratkan soal soal kemanusiaan kerana ia adalah perintah Allah. Kenyataan ini dikenali dengan istilah Al Quran sebagai Karamatul Insan seperti dalam firmanNya:
“Kami telah memuliakan anak Adam (manusia) dan Kami angkatnya di daratan dan lautan dan kami limpahkan padanya rezeki yang baik-baik lalu Kami lebihkan mereka dari ciptaan Kami yang lain” (Al Isra’: 96)

Politik Islam meletakkan asas kemanusiaan sebagai tanggungjawab kepada Allah dan bukan sahaja tanggungjawab politik. Isu memelihara hak asasi manusia bukan agenda Barat tetapi prinsip Islam yang mesti disempurnakan haknya. Perbahasan sama ada Islam bertemu dengan Barat dalam isu HAM (Hak Asasi Manusia) atau tidak adalah perbahasan akademik yang menarik namun prinsip kemanusiaan dalam politik Islam adalah sentral sifatnya.

Lima prinsip ini adalah sesuatu yang tidak akan berubah dengan berubahnya zaman dan pendekatan.
Pendekatan Boleh Berubah

Pendekatan dalam Islam tidak pernah dihadkan kerana Islam menganggap ruang masa dan zaman adalah sebahagian daripada elemen kemaslahatan. Dalam hal ini, aspek pendekatan politik Islam terdedah kepada keperluan semasa dan cara bagaimana sesuatu sistem itu terpakai. Asas kepada politik Islam dalam konteks hari ini boleh dibahagikan kepada beberapa pendekatan.

1. Pendekatan Politik Kepartian
2. Pendekatan Politik Kerajaan dan Pentadbiran
3. Pendekatan Sistem Politik melalui Demokrasi Berparlimen
4. Pendekatan Berpilihanraya

Isu aplikasi kepada pendekatan ini lebih berbentuk re-constuct atau memulih-semula mengikut prinsip yang dizinkan oleh siyasah syariah. Usaha untuk membentuk acuan Islam dalam pendekatan memulih-semula menuntut politik Islam bersikap realistik dan praktikal.

Nantikan siri ketiga akan datang yang berjudul PAS dan Asas Perjuangan.

Al Faqir Ilallah
Mujahid Yusof Rawa
HARAKAHDAILY 25/5/2015

Sumber HD - 25-5-2015

Hudud dan realiti perundangan

Dato' Dr Mujahid Yusof Rawa



















































| .

TULISAN saya tentang membina tasawur usuliy dalam memahami perlaksanaan hudud mendapat beberapa respon dari pembaca yang prihatin, dan tidak kurang di kalangan mereka yang masih kekal dengan cara emosi dan tidak mahu berfikir secara sedar akan kepentingan memahami Khitabullah (Perintah Allah) yang bersangkutan dengan Af’al Al Ibad Al Mukalaffin (tindak-tanduk hamba Allah yang tertakluk pada tanggungjawab melaksanakan perintah Allah atau Hukum Allah).

Saya tidak dapat menyalahkan mereka waima mereka ini hanya sekadar ‘ulama papan kekunci’ (ulama keyboard) ataupun kerja mereka hanyalah ‘menyerang’ membuta-tuli walaupun atas  risiko mendedahkan betapa ‘bebalnya’ ilmu dan akhlak mereka.

Tanggapan tulisan saya yang diumpamakan “berbelit kerana tidak mahu laksanakan hudud”   ataupun “semacam bani Israel yang memberi alasan yang banyak untuk tidak mahu laksanakan perintah Allah” adalah keterlaluan walaupun sekadar sebaris dua dalam ruangan komen media sosial. Ada yang ambil mudah “buat sajalah” dan tidak kurang yang kaitkan tulisan yang “pening penuh teori”.

Malangnya semua komentar tiada bersendikan hujah walau sepotong ayat Al Quran dan ia lebih mirip kepada hujah lagha (hujah tiada asas). Komentar lagha ini mengiyakan lagi tanggapan saya pada awal penulisan dalam artikel tersebut tentang bagaimana persepsi tentang hudud tidak disuntik dengan keterampilan ilmu dan hujah.

“...Katakanlah adakah sama orang yang mengetahui dengan mereka yang tiada berpengetahuan, tiada diambil ingatan melainkan mereka yang ada akal” (Az Zumar: 9)

Respon Yang Positif

Kecuali dua yang berkomentar melontarkan pemikiran yang layak disambut untuk diluaskan lagi perbahasan, iaitu Sdr Abu Mujahid dan Sdr Mohd Rosdi Ismail. Walaupun demikian rumusan Mohd Rosdi Ismail tidak sampai ke bumi nyata melainkan beliau ‘syok sendiri’ dalam kesimpulannya dengan motif yang dia sahaja yang memahaminya.

Adapun Abu Mujahid garis hujahnya ada asas yang kukoh dalam mempertikaikan isu taqnin dan tanfiz (memperundangkan dan pelaksnaan) hudud. Syabas saya ucapkan kepada Abu Mujahid dari Segambut. Saya akan cuba memperluaskan daerah tasawur usuliy (tasawur prinsip hukum) kepada daerah siyasah syariyyah (pemahaman politik dan kuasa).

Sekurangnya Abu Mujahid mengiktiraf asas awal pembinaan hukum dalam hal hudud cumanya ia menganggap saya masih lagi berbicara tentang ‘anak gajah’ walhal orang dah bercakap tentang ‘gajah’. Saya bersetuju namun kalau tiba-tiba orang tengok ‘gajah’ dia lupa bahawa dia  kena bayangkan dulu ‘gajah’ sebelumnya adalah ‘anak gajah’.

Inilah yang saya cuba bawa, kerana kecelaruan berfikir dan tasawur yang setengah masak sebahagian kita menyebabkan sesetengah orang mengambil jalan pintas sedangkan tiada jalan pintas dalam memahami syariat Allah SWT.

Siyasah Syariyyah

Tiada dalam penulisan saya yang menyatakan bahawa saya tidak meneliti soal taqnin atau saya masih keliru antara taqnin dan tanfiz, saya cuma membina asas kefahaman secara tasawur kepada prinsip hukum.

Samada hendak ditaqnin atau hendak ditanfiz itu terpulang kepada keperluan siyasah syariyyah yang saya sedikitpun belum menyentuhnya. Menghubungkan antara prinsip hukum tentang hudud dengan realiti semasa adalah jurisdiksi siyasah syariyyah yang asasnya adalah maslahah (kemanfaatan) dan mafsadah (keburukan).

Secara praktiknya Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan II (EKJSK II) telahpun ditaqninkan di peringkat negeri Kelantan sejak 1993 lagi, maka isu taqnin dengan bentuknya yang melihat kepada jenis undang-undang jenayah, proses pendakwaan dan kaedah penghukuman semua telah dibuat penelitian sejak 1993 dan proses itu berjalan hingga ke hari ini.

Satu jawatankuasa teknikal telah ditubuhkan untuk meneliti perincian dan butiran undang jenayah syariah Kelantan. Isunya bukan pentaqninan atau memperundangkan hudud tetapi isunya ialah penguatkuasaan yang terhalang. Apakah halangan tersebut?

Halangan-Halangan

Perundangan Negara - Halangan yang mengambil kira maslahah ialah wujudnya Akta Mahkamah Syariah 1965 yang menghadkan bentuk hukuman denda, sebatan dan penjara. Denda untuk mahkamah syariah ialah tidak lebih daripada RM5000, manakala sebatan ialah tidak melebihi enam kali dan penjara tidak boleh melebihi tiga tahun. Hukuman bagi kesalahan EKSJK II mengikut ketetapan syariah melebihi had rotan, penjara dan denda yang diperuntukkan oleh undang undang di peringkat pusat. Saya sebagai penggubal undang-undang telahpun beberapa kali mengesyorkan kepada kerajaan pusat dalam perbahasan supaya membuka had ini bagi Kelantan menguatkuasakan undang-undang jenayah syariah. Kerajaan Pusat masih tidak menunjukkan komitmen hingga ke saat ini.

Persediaan Teknikal Perundangan - Bagi memastikan syarat EKJSK II ini berjaya, persediaan teknikal perundangan penting dan kerana itu masih banyak lagi persediaan hakim, peguambela, pendakwaan dan infra sumber manusia yang memerlukan lebih banyak pembaikan. Usah bercakap tentang pentaqninan jika infra teknikal perundangan belum lagi diperkukuhkan. Apatah lagi isu pertindihan hukuman yang sememangnya telah tersedia ada dalam undang-undang kanun keseksaan (penal code) seperti mencuri, membunuh dan lain-lain. Ia akan jadi lebih rumit kerana isu “double jeorpady” dikhuatiri akan berlaku.

Dua halangan di atas membentuk kefahaman awal tentang perlaksanann hukum Allah bersifat taklif wadhi’e yang perlu diambil kira faktor sebab, syarat dan halangan. Saya tidak berbincang isu ini kerana tidak mahu melaksanakan tetapi melihat kepada kerangka taklif wadhi’e yang ditetapkan oleh para ulama berpandukan kepada nas kulliy (kefahaman teks secara menyeluruh) yang membentuk maqasid syariyyah.

Tanggungjawab Siyasi

Saya bersetuju bahawa melihat kepada permasalahan ini dalam kerangka penggubal undang-undang seperti saya adalah satu tanggungjawab. Namun saya juga bertanggungjawab untuk memastikan proses, cara dan kepentingan lain dimbangi sebaik mungkin supaya hudud tidak menjadi bahan politik untuk tujuan lain.

Saya juga bertanggungjawab supaya halangan untuk perlaksanaan hudud diberi penyelesaian yang diperlukan seperti memberikan kehidupan yang selesa, memperjuangkan gaji minima dan menghapuskan galakan kepada lahirnya masyarakat tidak bermoral serta memupuk perpaduan antara kaum.

Bukankah ini juga adalah tanggungjawab mempersadakan perintah Allah juga? Kenapa kita sempitkan tanggungjawab siyasi (politik) hanya kepada hudud semata-mata?

Rumusan

Tidak ada sesiapa yang memahami isu ini menafikan bahawa isu hudud terbina dalam kerangka tasawur menyeluruh bermula dari perspektif prinsip fiqh, prinsip siyasah syariyyah dan ini termasuklah kaedah memperundangkannya serta melihat realiti permasalahan dan halangan-halangan. Bagaimana kita boleh melompat kepada satu tahap tanpa memahami tahap sebelumnya dan tahap yang akan datang?

Apatah lagi isu hudud lebih banyak terdedah kepada manupulasi politik dan komentar ‘ulama keyboard’ yang berwewenang mengtakfirkan seseorang tanpa memahami kaedah. Sebelum mengenali gajah perlu kenal anak gajah. Janganlah jadi seperti kisah tiga orang buta yang mahu mengenali gajah tetapi kesemua mereka mempunyai persepsi tersendiri tentang gajah.

Hudud perlu mendapat persefahaman yang berasaskan kejelasan dengan tasawur menyeluruh lalu diturunkan tasawur itu pada peringkat operasi berpandukan kepada fiqh waqi’e yang tidak terelak oleh kita semua. Wallahua’lam. - HARAKAHDAILY 21/5/2015

Sumber HD - 22-5-2015

Siri 1: Melakar agenda



























DATUK DR MUJAHID YUSOF RAWA | .


Siri artikel ini ditujukan khususnya kepada para pendukung Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ini adalah usaha untuk mengajak semua supaya tertumpu kepada melakar agenda perjuangan dan mengembalikan ruh dan asas perjuangan PAS. Ia tertumpu kepada satu pendekatan perjuangan Islam yang PAS telah pilih iaitu secara berorganisasi dalam bingkai perundangan negara melalui proses demokratik. Kesemua pendekatan ini meletakkan ISLAM sebagai prinsip berorganisasi dan dalam membuat pendirian pendirian politik. Kejelasan ISLAM dalam organisasi PAS terserlah dari sudut perlembagaan parti, aktiviti dan budaya yang cuba ditonjolkan dalam kepimpinan dan kehidupan organisasi.

Latarbelakang

Tulisan saya adalah reaksi kepada suasana konflik yang sedang dilalui oleh PAS sehingga tidak terelak untuk pengamat politik melihat PAS kini sedang mengalami perpecahan. Saya tidak suka menggunakan perkataan ‘perpecahan’ tetapi ia adalah dinamika sebuah organisasi apatah lagi ianya parti politik. Saya berkata demikian kerana selain ia merupakan isu berbeza pandangan dalam melihat parti supaya menjadi lebih baik, ia juga adalah berkenaan persaingan ‘kumpulan’. Isu yang dipertikaikan bukanlah sangat substantif tetapi ia lebih kepada menurunkan satu pihak dan menaikkan pihak yang lain.

Saya khuatir ahli PAS diheret kepada satu perbalahan yang tidak produktif dan menjadi mangsa kepada kelompok tertentu dalam parti yang sekadar ingin berkuasa tetapi tidak ada satu panduan ke arah mana halatuju PAS.

Membuat Penilaian

Apa yang perlu dilakukan oleh ahli ialah membuat penilaian yang objektif kepada semua kemelut yang dilalui oleh organisasi parti dan tidak terheret dengan sikap emosi sehingga sesuatu ide dan kebaikan yang hendak disampaikan terhalang kerana sikap negatif itu. Emosi memang perlu tetapi dalam menetapkan penerimaan hujah, objektiviti amat diperlukan.

Malang sekali kebanyakan debat dalaman PAS dikuasai oleh pelabelan, serangan karakter dan cemuhan serta makian. Apatah lagi pemangsa keyboard warrior (pahlawan papan kekunci) menjadikan mangsa-mangsa mereka daripada kalangan ahli PAS yang ikhlas tetapi terdorong dengan sentimen dan emosi mereka. Ahli PAS sudah hilang arah dan keliru untuk mengenali siapa kawan dan siapa lawan.

Motif Musuh PAS

Motif musuh PAS amatlah jelas dalam memenuhi kehendak perpecahan dalaman PAS dan supaya PAS meninggalkan strategi politik kolusinya (tahaluf siyasi) dengan rakan-rakan DAP dan PKR. Musuh PAS mengambil dua posisi medan iaitu memporak-perandakan PAS dan memisahkan PAS daripada menjayakan politik Pakatan Rakyat. Tidak sukar untuk memahami bahawa kebangakitan PAS dan kekuatan PR akan menggugat pengusaan Umno/BN di pesada kuasa sedangkan ini adalah tentang survival kepentingan mereka.

Firman Allah SWT:

“Wahai orang yang beriman jangan kamu ambil perlindungan (berbaik dengan mereka) selain dari kamu (sesama kamu), telah jelas permusuhan mereka dari mulut-mulut mereka dan apa yang tersembunyi dalam hati mereka adalah lebih buruk( kebencian), telah kami jelaskan kepada kamu tanda-tanda itu pun jikalau kamu berakal” (Ali ‘Imran: 118)

Malah motif musuh dijelaskan disebalik kejayaan dan kegagalan pejuang Islam dalam firmanNya dalam ayat seterusnya iaitu surah Ali ‘Imran ayat 119 dan 120:

“Lihatlah kamu amat menyukai mereka, sedangkan mereka tidak menyukai kamu sedangkan kamu beriman dengan segala kandungan kitab (mereka tidak), apabila mereka bertemu kamu mereka berkata; “Kami beriman (bersama kamu)” dan apabila mereka kembali sesama kelompok mereka, mereka gigit jari-jari mereka kerana tanda kemarahan lalu Allah mengancam mereka dengan berkata; “Matilah kamu dengan kemarahan kamu (yang kamu sembunyikan itu), sesungguhnya Allah mengetahui apa yang dalam hati kamu.” (Ali ‘Imran: 119)

“Apabila kamu mendapat kejayaan dan kebaikan mereka berasa tidak senang hati dan apabila kamu ditimpa keburukan atau kegagalan, mereka berasa gembira dan jikalau kamu bersabar dan bertaqwa sedikitpun tidak memberi kamu kesan (perancangan jahat mereka) sesungguhnya Allah dengan apa yang mereka kerjakan menguasai keatas ( taktik jahat) mereka” (Ali ‘Imran: 120)

Walaupun ayat Al Quran senantiasa memperingati pejuang PAS namun kadangkali kita lalai lantas terperangkap dalam taktik jahat musuh. Tidak ada dalam sejarah parti politik yang bersaing mahu melihat pesaingnya lebih baik dari partinya. Teori infiltrasi yang bermatlamatkan mahu menghancurkan PAS adalah taktik lama yang masih berkesan dipakai sehingga hari ini.

Kembali Kepada Asas Perjuangan

Adalah penting untuk ahli PAS pada saat sukar ini supaya mereka kembali kepada asas dan prinsip organisasi PAS dan perjuangannya. Prinsip “kembali kepada perjuangan” bermakna kembali balik kepada titik di mana  perjungan ini bermula. Hanya dengan menyorot kembali perjuangan akan menemukan kita kepada asal-usul kita dan hasrat serta kehendak pendiri PAS yang terdahulu. Untuk melakukan demikian, kita hanya perlu kembali kepada perlembagaan parti dan cuba memahami kehendak keputusan serta strategi dan taktikal parti yang selama ini dipandu oleh Al Quran, As Sunnah, Ijma’ dan Qiyas.

Firman Allah SWT:

“Apabila kamu berbalahan tentang sesuatu maka rujukkanlah permasalahan tersebut kepada Allah dan Rasulnya, dengan demikian adalah lebih baik untuk kamu dan ia adalah sebaik penjelasan”

Kecelaruan sesetengah ahli PAS khususnya yang baru mengenali erti organisasi dan perjuangan PAS telah menimbulkan pelbagai kekecohan di peringkat bawahan. Mereka mengangkat diri kononnya sebagai pejuang yang hendak mempertahankan PAS daripada unsur “yang telah melarikan PAS jauh dari asalnya” menurut mereka. Namun setelah meneliti tindak-tanduk mereka khususnya yang pulang dari Mesir serta menggelar diri mereka sebagai “ulama” lebih banyak menimbulkan kekecohan dan kekeliruan daripada kejelasan.

Gara-gara tindak-tanduk mereka yang berlagak lebih tahu daripada kehendak ruh dan semangat PAS itu sendiri menuntut siri artikel ini membuat penjelasan semula hasrat dan cita-cita PAS serta cuba memahamkan sikap dan kebijaksanaan parti terhadap isu-isu dalam kerangka negara berpandukan kepada semangat perlembagaan parti.

Lantaran itu, memahamkan generasi pewaris PAS adalah merupakan HIKMAH yang sangat diperlukan untuk mengawal semangat “ulamak muda” parti dengan kembali kepada akar perjuangan PAS.

Kekeliruan

Dalam saat sukar yang dilalui oleh parti hari ini, pelbagai kekeliruan menyebabkan ramai ahli yang jujur dan ikhlas menjadi mangsa. Nama “kepimpinan ulama” dijadikan bahan kempen walaupun dilakukan tanpa adab dan etika termasuk usaha menyisihkan kelompok tertentu dan menaikkan kelompok lain.

Tanpa disedari ahli PAS menjadi mangsa kekeliruan dan tanpa disedari juga ahli PAS dilibatkan dalam permainan tuduh menuduh dengan menjadikan kesetiaan kepada parti dan kepimpinan sebagai pertaruhan permainan. Keadaan diburukkan lagi dengan salahguna penggunaan sosial media secara tidak beretika menjadi penyambung lidah kepalsuan dan kebatilan.

Harga kekeliruan kepada ruh dan semangat parti berisiko tinggi untuk melahirkan kelompok yang ekstrim dan mengambil jalur keras dalam membawa aspirasi Islam dalam kerangka negara. Mereka rapuh dan terdedah menjadi mangsa unsur yang mahu melemahkan PAS dan melihat PAS direntap ke belakang setelah melalui perjalanan yang panjang ini. Siri artikel ini cuba mengingatkan ahli PAS kepada usaha meneruskan cita-cita dan aspirasi sebenar yang telah dilakarkan oleh pemimpin-pemimpin PAS terdahulu dan hari ini.

Meneruskan Agenda Perjuangan

Sesebuah perjuangan tidak terbentuk tanpa keluk turun dan naik organisasi namun apa yang lebih penting ialah, semasa keadaan ini berlaku kepimpinan harus menguruskannya bagi mengurangkan impak kepada ahli dan perjuangan. Salah satu kaedah menguruskan keluk ini ialah dengan menetapkan semula agenda, melakarkan semula arah dan membimbing ahli fokus ke arah matlamat parti.

Pengukuhan semula agenda parti juga bermatlamatkan agenda lebih besar untuk PAS iaitu berada pada posisi ke hadapan dalam politik negara. Namun untuk mencapai agenda besar ini ada beberapa soalan yang cuba dijawab oleh siri artikel ini iaitu;

1. Bagaimana PAS dapat melaungkan slogan untuk menyelematkan negara jika PAS sendiri tidak berada pada posisi yang kuat untuk memenuhi rintihan rakyat?

2. Bagaimana kuasa kawalan kita mengendalikan politik tahaluf atau kolusi jika PAS berada pada tahap organisasi yang lemah?

3. Bagaimana cita-cita PAS untuk memecahkan tembok perkauman jika PAS gagal mengekalkan strategi tahaluf dengan rakan-rakannya dalam bingkai kerja yang dipersetujui bersama?

4. Bagaimana hasrat mengekalkan sokongan pengundi pelbagai kaum dan pengundi baru jika PAS dilihat lemah dan berantakan sesama sendiri?

Kesemua persoalan di atas menagih jawapan yang ringkas, tepat dan padat supaya ahli PAS dapat kembali kepada asas perjuangan sambil mengekalkan langkahnya ke hadapan.

Siri Artikel

Siri artikel ini berusaha untuk mencapai dua matlamat agenda PAS iaitu kejelasan arah-tuju parti untuk dihayati oleh ahli dan usaha memposisikan parti dalam politik nasional melalui kejelasan sikap politik yang diambil.

Justeru itu diharapkan siri artikel ini adalah panduan bagi ahli PAS membuat penilaian secara objektif untuk muhasabah diri dan bagi pembaca luar meyakini bahawa PAS masih tetap meneruskan cita-citanya untk menjadi parti yang bekerja dalam kerangka dan acuan Malaysia untuk membentuk masa depan bersama dan mengekalkan azam menyatukan rakyat di negara ini.

Nantikan siri kedua akan datang yang berjudul Falsafah Politik Islam. - HARAKAHDAILY 17/5/2015

Al Faqir Ilallah
Mujahid Yusof Rawa

Sumber HD - 17-5-2015

Membina tasawur usuliy dalam perlaksanaan hudud

DATUK DR MUJAHID YUSOF RAWA | .



TAJUK ini sudah sepatutnya lama dinukilkan dan oleh kerana isu hudud kini terus menjadi polemik yang kini sudah masuk ke daerah perdebatan yang lebih luas, penulis akan cuba melihat isu hudud dalam memakukannya pada bingkai perbahasan usuliy (اصولي) (prinsip-prinsip perundangan Islam) yang menjadi teras kepada perlaksanaan syariat termasuk hudud atau lebih tepat Sistem Hukuman Dalam Islam (نظام العقوبة في الاسلام).

Saya akan menggunakan istilah hudud sebab itu lebih mudah difahami dalam penulisan ini. Tulisan ini juga mengingkari mana-mana pihak yang berwenangan menghukum dengan kekufuran seorang muslim dalam memahami dan membahaskan aspek perlaksanaan hukum hudud. Bagi non muslim tulisan ini diharapkan dapat memberi keadilan kepada sikap penentangan atau salah faham mereka kepada tajuk penting ini,

Menentukan Daerah Perbahasan

Adalah penting ketika hudud diberi suntikan emosi lebih dari perspektifnya yang objektif untuk kita tetapkan daerah perbahasan hudud. Premis pertama perbincangan dipandu dengan perkara yang wajib disepakati bersama oleh umat Islam dan tidak boleh keluar daripada kesepakatan ini.  Premis kedua ialah perkara yang harus kita berbeza pandangan tanpa melihat niat kepada perbezaan pandangan tetapi tertumpu kepada asas hujahan untuk mencapai tujuan dan maksud syariat (maqasid syariah).

Premis Pertama

1. Bersetuju bahawa Islam mencakupi semua bidang kehidupan diringkaskan kepada semua bidang dalam kehidupan dunia untuk mencapai kebahagiaan di akhirat. Syariat pula adalah apa yang ditentukan panduan atau jalannya untuk berada pada Aqidah sebenar dan panduan hukum untuk menjalani kehidupan di dunia. Firman Allah:

ثم جعلناك على شريعة من الامر فاتبعها ولا تتبع اهواء الذين لا يعلمون
“Kesudahannya kami jadikan engkau (wahai Muhammad) menjalankan satu syariat (yang lengkap) dari hukum hakam agama, maka turutilah syariat itu dan jangan engkau menuruti hawa nafsu orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar)” (Al-Jathiah: 18).

Sesiapa yang mengingkari hakikat ini seolah ia mengingkari kewujudan Islam itu sendiri.

2. Bersetuju bahawa dalam syariat Islam adanya sistem “hukuman balas” atau عقاب pada jenayah yang dibahagikan kepada hudud, qisas dan ta’zir. Selain hudud, pemimpin dan pakar perundangan negara yang menetapkan apakah hukuman yang perlu untuk menjaga ketenteraman awam daripada pertimbangan maslahah (kebaikan) dan mafsadah (keburukan) yang ada.

Sesiapa yang mengatakan tidak perlu kepada semua ini seoalah-olah mengajak kepada masyarakat yang tanpa perundangan membawa kepada huru-hara dan porak peranda.

3. Bersetuju bahawa dalam perlaksanaan undang-undang Islam adanya ketetapan hukum boleh dilaksanakan tanpa kuasa pemerintahan seperti solat, puasa, zakat dan lain-lain kerana ianya ditetapkan hukumnya dan maslahatnya adalah akhirat untuk ditanggung taklifnya atas individu. Adapun perlaksanaan untuk hukum yang membawa maslahat orang ramai dan ia maslahat dunia maka pemerintah melalui kuasa perlu membuat keputusan dengan syarat perkara itu ada asas kukuh perbezaan pandangannya. (lihat Al-Ahkam fi tamyiz al fatawa an il ahkam wa tasaruffat al qadhi wal imam (ms 59,60: Shuhabudin Ahmad Ibnu Idris Al Qarafi ( 626-684h), kajian Dr Abdul Salam Al Balaji, Darul Man, Ribat, 2010).

Bersetuju bahawa perlaksanaan hukum terbahagi kepada  Hukmu Taklifi (حكم تكليفي) dan Hukmu Wadhie (حكم وضعي). Hukmu Taklifi adalah apa yang dituntut pada sesuatu perlakuan dari mukallaf atau diminta tidak melakukannya atau diberi pilihan untuk melakukannya atau tidak. Ini melibatkan hukum wajib, haram, makruh, dan mubah. Hukmu Wadhie pula ialah apa yang tertuntut dari mukallaf dengan menjadikan sesuatu hukum SEBAB pada sesuatu untuk dilaksanakan atau diletakkan sesuatu SYARAT kepada terlaksananya sesuatu hukum itu ataupun hukum itu tidak terlaksana kerana TERHALANG.

Dr Wahbah Az-Zuhaili memberikan contoh menegakkan hudud sebagai Taklif Wadhie atas keperluan syarat, kerana walaupun sebab hukuman hudud boleh berlaku disebabkan mencuri, namun syarat untuk melaksanakan diperlukan. Ulama terbilang ini meletakkan di bawah kategori Syarat yang berlandaskan Syarie juga. Syarat adalah wujudnya keperluan hukum itu diluar daripada hakikat hukum tersebut dan tidak terlaksana tanpanya seperti rukun dalam solat tidak sempurna tanpa syarat taharah yang di luar daripada rukun solat. (lihat Al Wajiz fi Usul Al Fiqh, ms 135-138, Dr Wahbah Az Zuhaili, Darul Fikri, Dimasyq, Syria)

Perbahasan atas asas Usul Fiqh penting sebab kita tidak boleh sewenang-wenangnya menolak hujah yang mencadangkan agar penelitian yang besar perlu diberikan kepada proses untuk mengeluarkan sesuatu perintah hukum termasuk hudud. Apatah lagi sesetengah kita yang tanpa mengetahui disiplin istinbat (perumusan) sesuatu hukum dalam syariat secara tidak bertangunggjawab menidakkan keperluan bersikap cermat dan berhati-hati dalam memahami Khitab Allah (perintah Allah) kepada para mukallaffin (hamba yang dipertanggungjawabkan perlaksanaan hukum).

5. Bersetuju bahawa perbahasan konstruktif tentang hudud adalah dengan melihat kepada persoalan-persoalan pengkaedahan perundangan, masalah semasa perundangan negara, persediaan asas hudud hendak diperundangkan dan realiti-realiti semasa yang terpaksa dihadapi. Semua perbahasan inj tidak mengeluarkan seseorang daripada Aqidah Islam kerana perbahasan ini diambil sejarahnya dari zaman Rasulullah SAW dan diambil pengajaran oleh para sahabat dan para tabiin kemudiannya sehinggalah disiplin ilmu pengkaedahan terbentuk dalam kajian Usul Fiqh yang kita warisi hari ini. Antara contoh yang diberikan oleh Dr Abdul Salam Balaji ialah;

a. Menangguhkan perlaksanaan hudud kerana khuatir terhadap yang dikenakan hukuman akan lari kepada musuh semasa peperangan. Memelihara kemaslahatan orang yang sabit hukum kerana memelihara maslahah pada dirinya seperti mengandung.

b. Hukum Mualafatul Qulub atau orang yang ingin ditawan dalam asnaf zakat ditiadakan zaman Umar kerana bilangan muslim semakin ramai. Menghidupkan sunnah tarawih secara jamaah di masjid setelah hilang kebimbangan bahawa perbuatan itu dikhuatiri menjadi wajib.

c. Menghalang Nikah Kitabiyat (mengahwini perempuan ahli kitab) di kalangan sahabat walaupun ia diharuskan oleh syariat kerana maslahat menjaga keperluan wanita muslimat daripada ditinggalkan dan kerana khuatir perkahwinan kitabiyat boleh menjadi keselamatan khuatir mereka boleh menjadi pengintip.

d. Melihat realiti semasa seperti menangguhkan hukuman curi pada seorang hamba miskin dan memberi amaran kepada tuannya yang menyebabkan hambanya mencuri kerana tidak diberi makan.

Kesemua tindakan ini bukan berasakan kepada menolak sesuatu perintah Allah tetapi melihat kepada sesuatu keadaan, perkara mendatang yang diletakkan dalam bingkai realiti semasa yang dihadapi, ia kemudiannya dikenali sebagai Fiqh Al Waqie (Fiqh Realiti) (lihat Dr Abdul Salam Balji, ms 28-29, dalam kajian tesis Phdnya tahun 2002, bertajuk Tatawwur Ilmu Usul Al Fiqh wa Tajjaruduhu, Darul Ibnu Hazam, 2010).

Soal perlaksanaan hudud dalam perbahasan kerangka usuliy (prinsip asas hukum) tidak pernah menyatakan menolak hudud apatah lagi mengingkarinya, apa yang diperbahaskan dalam kerangka Ahkam Syar’iyyah (hukum syara’) ialah keseluruhan hikmah pensyariatan antara berusaha memenuhi sebab, menyempurnakan syarat dan menghindari halangan ataupun diberi status penangguhan. Ibnu Al Qayyim Al Jauziyah dalam I'lam Muwaqqaien dalam tajuk “Perubahan dan Perbedaan Fatwa Berdasarakan Perubahan Waktu, Tempat, Kondisi dan Niat serta Sesuatu Yang Terjadi Kemudian” memberi empat contoh bagaimana ia berlaku. Asasnya ialah menurut beliau;

“Ini adalah pasal yang besar sekali manfaatnya, banyak sekali terjadi kesalahan besar terhadap syariat yang justeru menimbulkan dosa, kesulitan dan pembebanan sesuatu yang sebenarnya syariat sendiri tidak menetapkan hal yang demikian...syariat membawa keadilan dan rahmat dan kemaslahatan bagi kesemuanya sehingga setiap masalah yang keluar dari keadilan menuju kesesatan dari rahmat menuju kepada sebaliknya, hikmah kepada kekacauan maka yang demikian itu bukanlah bahagian dari syariat meskipun masuk ke dalamnya takwil” (lihat I'lamul Muwaqi'in, Ibnu Qayyim, terjemahan Asep Saefullah FM & Kamaludim,) ms 459, Darul Fajr, Kuala Lumpur, 2000).

Premis Kedua

Premis kedua sebagaimana dipersetujui adalah persoalan dalam menafsirkan dan memahami apakah realiti, konteks dan permasalahan yang dihadapi apabila kita meletakkan isu hudud dalam konteks kuasa dan infrastrukturnya. Kita boleh berbeza pandangan dalam menetapkan apakah syarat kepada perlaksanaan hudud tercapai atau tidak. Kita juga boleh berbicara dan berbahas apakah keutamaan yang lebih utama yang hendak kita tumpukan sebagaimana kita juga boleh berbahas dan berbeza pandangan tentang konsekuensi perlaksanaan kepada persediaan kefahaman, reaksi musuh Islam dan persediaan proses keadilan menurut acuan Islam dan kaedah pembuktiannnya. Tidak salah untuk kita berbeza pandangan dalam hal ini dan ia tidak menggugurkan Aqidah kita asalkan premis pertama disepakati terlebih dahulu.

Tahqiq Al Manat (تحقيق المناط) (proses merealisasikan hukum) adalah paksi perbahasan yang mungkin menerima berbagai pandangan. Ia adalah melihat kepada illah (faktor) atau hikmah mengapa sesuatu hukum itu ditentukan dan pada ketika ia tidak tercapai maka perlaksanaan sesuatu hukum itu perlu diberi penelitian yang diiktirafi oleh syara’ penangguhannya.

Syaikh Abdullah Bin Bayah, seorang ulama terkenal dunia menamakan pemimpin, presiden negara atau parlimen sebagai penentu Tahqiq Al-Manat bagi melihat realiti negara dan implikasinya sama ada menangguh atau melaksanakan. Syaikh Abdullah Bin Bayyah memberi dalil kes-kes zaman Nabi dan sahabat seperti saranan Ibnu Al Qayyim dalam waktu perang, kesukaran hidup dan ancaman musuh sebagai alasan untuk mencapai keputusan Tahqiq Al Manat samada melaksanakan atau tidak hudud. (lihat Syaikh Abdullah bin Bayyah, Tanbih al-Maraji’ fi Ta’sil Fiqh al-Waqi’, Dar al-Tajdid li Nasyr wa Tawzi’)

Di sinilah perbahasan yang tuntas diperlukan dan bukan mentakfirkan atau menuduh seseorang muslim lain sebagai anti-hudud asalkan perkiraan tersebut menjadi perbahasannya. Lainlah jikalau seseorang mengingkari dan mengatakan hudud sudah tidak relevan dan mengajak orang menolaknya maka ia adalah keluar dari kedua-kedua premis yang dibincangkan. Bagi bukan Islam mereka perlu difahamkan bahawa hudud tidak boleh dibuang dari kamus orang Islam dan ia adalah tanggungjawab kerana jika salah mereka memahaminya umat Islam akan terganggu dengan pandangan mereka.

Rumusan

Tulisan ini adalah untuk memberikan isu hudud pada tahap pemikiran yang berobjektif berpandukan kepada panduan syariat dan bukan perbahasan emosi yang menghodohkan wajah Islam itu sendiri.

Setiap perkiraan dalam perlaksanaan adalah usaha bercermat dengan prinsip-prinsip usul yang ditetapkan oleh manhaj syariat Islam. Bermudah dalam isu hudud tanpa memberi gambaran tujuan syariat atau maqasid syariah yang lebih besar adalah terdedah kepada tuduh menuduh yang boleh membawa kepada mendokong kelompok Takfiri (mengkafirkan orang lain).

Alangkah sedihnya isu hudud dikuasai oleh golongan yang mengambil mudah lantas merosakkan erti kemuliaan dan kerahmatan Islam. Lebih buruk ia terdorong atas kepentingan politik semata-mata dengan menjadikan hudud sebagai taruhan meraih sokongan dan bukan diberi perspektif berpandukan disiplin ilmu yang mahal harganya. – HARAKAHDAILY 13/5/2015

Mujahid Yusof Rawa ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan Ahli Parlimen Malaysia.

Sumber HD - 13-5-2015


Percaturan menghancurkan PAS

DATUK DR MUJAHID YUSOF RAWA | 22 April 2015.

SUASANA sukar yang dilalui oleh PAS hari ini adalah merupakan antara ujian paling getir yang pernah dilaluinya. Suasana PAS dalam keadaan sekarang tidak meninggalkan kita banyak pilihan ia hanya dua iaitu antara PAS undur ke belakang atau PAS maju ke hadapan.

Pencapaian PAS tidak pernah difikirkan oleh pemimpin PAS sebelum ini apabila dengan izin Allah adanya Pakatan Rakyat telah membolehkan PAS berada pada tahapnya hari ini. Di Pulau Pinang walaupun berbekalkan hanya satu kerusi PAS dapat berperanan sebagai kerajaan berbanding dengan Johor yang ada empat kerusi PAS namun peranannya adalah sebagai pembangkang sahaja.

Pencapaian PAS dalam memecahkan tembok perkauman dipermudahkan dengan adanya PR di mana telah terbukti di tempat yang kerusi campuran PAS berjaya menembusi dengan sokongan pengundi Cina dan India. Sentimen pengundi Cina dan India banyak dipengaruhi oleh asakan PR dan manisfesto yang dibawa. PAS telah berjaya memanfaatkan sokongan ini apabila ia bersama PR dan berjaya mendapat sokongan pengundi bukan Melayu.
Umno Kecewa

Perkembangan dan pencapaian PAS sangat menyakiti Umno, sebab itulah sejak pasca 2008 lagi, Umno cuba melemahkan kebangkitan PAS. Taktik Umno menggunakan umpan “perpaduan Melayu” bagi melemahkan kemaraan PAS. Usaha sejak 2008 tanpa henti kononnya Melayu perlu bersatu-padu dan mengharapkan PAS dan Umno dapat melakukannya. Digerakkan slogan palsu ini bukan kerana Melayu perlu bersatu tetapi supaya PAS menjadi lemah dan memecahbelahkan kekuatan PR.

Slogan “perpaduan Melayu” naik satu tahap lagi dengan mempertaruhkan Islam sebagai umpan untuk PAS. Maka bermulalah episod isu Islam untuk menggoda PAS supaya PAS dipisahkan dari PR. Mereka membawa isu sentimen Islam dengan mempromosikan PKR sebagai liberal Islamnya manakala DAP adalah anti-Islam.

Serangan media ini bermula sejak 2008 hingga kini namun PAS tidak berganjak menyatakan komitmen kepada PR. Isu perpaduan Melayu dan Islam hanyalah usaha untuk melemahkan kemaraan PAS dan tanda kekecewaan Umno, tidak lebih dan tidak kurang.

Usaha Pecahkan Saf PAS

Salah satu taktik Umno melemahkan PAS ialah menyokong dari dalam PAS mereka yang sedia mengambil jalur keras untuk membawa Islam. Hujah yang selama ini dibawa oleh ISMA dan PERKASA sudah menyusup dalam PAS kononnya untuk memelihara dasar parti, PR tidak menguntungkan Islam dan mara ke Putrajaya hanya untuk memenuhi kehendak Anwar dan PAS menjadi kuda tunggangan DAP.

Begitu juga isu keputusan Tahaluf Siyasi PAS dituntut beberapa kali oleh Multaqa Ulama PAS untuk dibuat penilaian semula walaupun PAS berpegang dengan tahalufnya.

Percaturan kali ini bukan aturan dan aturcara yang ditetapkan oleh PAS dalam mencari penyelesaian. Kalau hendak dikatakan PAS tidak pernah berkonflik itu satu pembohongan tetapi PAS ada caranya sendiri, namun kali ini ‘orang luar’ yang mencaturkan PAS dan penyelesaiannya adalah mengikut skrip yang tamat ceritanya ialah “lemahkan PAS dan kemudian hancurkannya!”
Membentuk Kelompok

Walaupun selama ini isu kelompok memang tidak dapat dielakkan dalam PAS tetapi ia hanya perbezaan pendapat yang masih di bawah kawalan. Namun semenjak kebelakangan ini usaha memecahkan lebih berstruktur dan canggih.

Taktik musuh PAS cuba membahagikan dua kelompok antara yang mempertahankan keberlangsungan PR yang mereka gelar “Anwarinas” dan kelompok yang kononnya mempertahankan dasar PAS iaitu “ulama”. Umno tahu selagi kelompok yang mahu melihat PAS maju ke hadapan melalui PR menguasai parti maka amat sukar strategi Umno melemahkan PAS dari dalam.

Taktik pecah seterusnya ialah menanamkan kebencian kepada kelompok yang mahu bersama PR dengan tohmahan dan fitnah seolah kelompok ini lebih pentingkan kuasa dan sedia menggadaikan perjuangan PAS demi bersama PR.

Kelompok ini difitnah sebagai mengamal Islam liberal, tunduk kepada Lim Guan Eng dan menjadi barua kepada parti lain malah hilang wala’ kepada parti. Taktik ini berjaya didoktrinkan sehingga perpecahan dalam PAS bukan lagi perbezaan pendapat biasa tetapi perpecahan yang menguntungkan strategi musuh yang sudah merekrut unsur dalam PAS sendiri.

Alat paling berkesan ialah sosial media yang menjadi rujukan utama doktrin pemisahan kelompok oleh musuh. Anasir dalam PAS digunakan untuk mengapikan lagi kebencian sehinggakan tidak ada lagi perasaan hormat menghormati malah ramai yang menjadi mangsa doktrin ini tanpa disedari.
Grand Design dan End Game

Trend memisahkan kelompok dalam PAS ini sejak 2008 adalah untuk membina momentum bagi MAT (Mesyuarat Agung Tahunan) parti di mana ia adalah usaha penghapusan satu kelompok dalam PAS untuk membuka jalan supaya PAS akan lebih mesra Umno dan seterusnya meninggalkan PR.

Ini adalah “Grand Design” dan “End Game” yang ingin dicapai oleh elemen Umno dalam PAS. Para konspirator melontarkan isu hudud, isu persempadanan semula dan isu anti Islam sebagai umpan menarik PAS lebih jauh ke dalam perangkap jahat mereka.

Pencapaian objektif strategi mereka ialah pecahkan PAS supaya PAS tiada lagi dalam PR dan kerana itu lebih mudah untuk Umno menguasai PAS dan sekaligus melemahkan PAS yang sudah jauh ke hadapan kini.

Seruan Saya

Mari kita secara jujur dan ikhlas serta dengan mendapat petunjuk Allah untuk berfikir sejenak kegilaan apakah yang telah menimpa PAS hari ini. Ulama, wala’ dan dasar parti cuba dipertaruhkan bagi tujuan kelompok kecil yang bekerja untuk tuan-tuan besar di luar PAS yang mahu melihat PAS lemah dan kemuncaknya hancur.

Ketahuilah bahawa ia bukan soal ada “Anwarinas”, “liberal”, “anti hudud” atau “broker dan barua” dalam PAS seperti yang cuba dimomok-momokkan, ia adalah tentang satu konspirasi jahat dan para konspirator ada di kalangan ahli PAS dan pimpinan PAS sendiri di semua sektor parti. Tentera setia mereka ialah di kalangan facebookers hantu, bloggers upahan dan pengadu domba yang cap jarinya menyertai PAS belum pun kering lagi.

Pesan saya, jaga dan selamatkanlah PAS daripada para konspirator dan PAS pada saat ini memerlukan kepimpinan yang tegas dan kembali kepada landasan perjuangan yang betul, berhemah dan berperinsip.

Lebih utama PAS memerlukan ahlinya yang bijak membaca gerak geri para konspirator, umpama pepatah, “sekilas ikan di air sudah ku tahu jantan betina”. – HARAKAHDAILY 22/4/2015

Sumber HD - 22-4-2015

Hudud perlu panduan keilmuan bukan emosi

Posted on Sunday, March 22 @ 15:34:53 MYT by paktam

Oleh Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa 

Apabila perbahasan hudud masuk ke legaslatif maka perbahasannya adalah tentang undang-undang dan sejauh mana kerangka undang-undang negara mengizinkannya.Akan ada pro dan kontra namun ia bukan persoalan yang boleh dipermudahkan untuk menghukum seseorang.


Hukum Allah SWT perlu difahami secara prinsipnya, ada yang dilaksanakan secara individu dan ada yang dilaksanakan melalui kuasa. Dalam hal perlunya keabsahan kuasa dan maslahat umum hukum Allah memerlukan syarat, sebab dan perkiraan halangan untuk dilaksanakan.


Hudud perlu dilihat sebagai hukum Allah daripada perspektif ini, iaitu perspektif perlunya kuasa, keperluan sebab untuk melaksanakannya atau tidak dan samaada memenuhi syarat untuk laksanakannya atau tidak.

Disebabkan itu jangan kita bermudah dan beremosi tanpa panduan ilmu yang membentuk prinsip-prinsip yang terbina atasnya hukum Allah. Dalam disiplin Islam ia dikenali sebagai ilmu Usul Fiqh.
Saya bimbang perbahasan hudud ini yang berkemungkinan terpandu atas emosi akan menimbulkan permusuhan dan kebencian atas nama agama dan akhirmya semasa proses ini berjalan makna Islam yang penuh rahmat dan tujuan syariat (Maqasid Syari’yah) yang penuh dengan kemaslahatan (manfaat) semua akan dipersoal.

Saya mengharapkan perbahasan berjalan secara demokratik dan masyarakat tidak dipergunakan pihak yang berkepentingan sempit khususnya yang berlegar di media sosial. Janganlah perbahasan hudud yang tidak terpandu menyebabkan perpaduan nasional yang terbina selama ini dicemari pihak yang tidak bertanggungjawab.

* Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa merupakan ahli Parlimen Malaysia.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/hudud-perlu-panduan-keilmuan-bukan-emosi-dr-mujahid-yusof-rawa#sthash.qeKfqif1.dpuf

Sumber DD - 22-3-2015        

PAS dan kepimpinan ulama


Posted on Friday, March 13 @ 09:01:56 MYT by paktam

Oleh Mujahid Yusof Rawa
Walaupun kepimpinan ulama wujud dalam PAS sejak awal 1980-an, perdebatannya masih berterusan khususnya menjelang pemilihan parti. Isu kepimpinan ulama menjadi sandaran kepada pihak tertentu untuk membuktikan kesetiaan kepada perjuangan parti.


Kepada yang mengkritik dan mempertikaikan kepimpinan ulama harganya amat tinggi malah boleh menjejaskan peluang untuk menang dalam pemilihan parti nanti. Persoalan sebenar yang harus ditanya ialah, apakah sebenarnya isu di sebalik kepimpinan ulama ini?


Nama dan sejarah

Nama kepimpinan ulama itu sendiri merujuk kepada wujudnya kuasa dalam parti yang diberi nama Majlis Syura Ulama (MSU) yang diwujudkan untuk memastikan dasar Islam PAS tidak diselewengkan kepimpinan eksekutif khususnya pengalaman PAS melalui pemusatan kuasa yang tinggi kepada presiden semasa kepimpinan Tan Sri Muhammad Asri Muda.
Tidak dapat dinafikan juga pengaruh konsep wilayatul faqih yang dianjurkan Imam Khomeini melalui kemenangan Revolusi Iran turut mempengaruhi lahirnya Majlis Syura Ulama. PAS yang baru keluar daripada kemelut pasca Asri memerlukan penjenamaan baru maka lahirlah nama "kepimpinan ulama" bagi menghimpun semula kekuatan, malah ia menggelar dirinya "PAS Baharu" ketika itu.

Nama kepimpinan ulama ialah kerana adanya MSU di mana keahliannya adalah khusus kepada golongan ulama yang berpendidikan formal agama. Ahli MSU dilantik dan bukan melalui pemilihan terbuka seperti diperuntukkan dalam perlembagaan parti manakala mursyidul am akan dipilih antara ahli syura untuk memimpin MSU.

Eksekutif parti

Roh perlembagaan parti menetapkan kuasa eksekutif sebagai penggerak dan pelaksana dasar parti serta mengurus pentadbiran harian parti. Syarat dan keahlian juga jelas malah tiada kriteria latar belakang pendidikan tertentu yang ditetapkan untuk menjadi anggota eksekutif sehinggalah ke jawatan presiden. Presiden dan seluruh anggota eksekutif parti dipilih muktamar dan tiada syarat khusus mereka mesti daripada kalangan ulama untuk dicalonkan.

Kebebasan memilih calon presiden dan ahli eksekutif lainnya berasaskan pilihan perwakilan dan bukan atas syarat ulama. Kalaupun ulama sebagai presiden terpilih maka ia adalah atas pilihan muktamar bukan kerana kedudukan "ulama"nya. Fahaman dan asas ini penting sebab potensi bakal kepimpinan boleh digilap daripada pelbagai latar belakang dan tidaklah terbatas untuk kelompok tertentu saja.

Jawatan presiden

Sementara saya bersetuju ahli eksekutif parti mestilah berbagai latar belakang namun saya kurang bersetuju untuk mengehadkan jawatan presiden mahupun timbalannya hanya kepada kelompok ulama. Apatah lagi dikhususkan ciri seperti "faqih" dan "mujtahid" sehingga kita tidak dapat membezakan antara keperluan bidang tugas utama Majlis Syura Ulama dan jawatankuasa eksekutif parti.

Presiden sebagai ketua kepada ahli jawatankuasa eksekutif parti dan sekali gus pemimpin semua ahli PAS tertumpu kepada bidang tugas pengurusan, membuat strategi dan melaksanakan taktikal parti serta terlibat dalam perhubungan awam membawa imej parti dalam dan luar negara.

Bagi menjalankan tugas ini kebolehan dan keupayaan presiden lebih terletak kepada kepakaran pengurusan organisasi parti, memahami disiplin strategi dan taktikal serta mempunyai kadar dan tahap perhubungan awam yang tinggi.

Al-Quwwah dan al-Amanah

Ibnu Taimiyah (meninggal dunia 728H) dalam menetapkan kriteria keupayaan kepimpinan meletakkan konsep al-Quwwah dan al-Amanah sebagai kriteria utama dengan meletakkan seorang yang terbaik dalam bidang utama tugas dipikul. Dalam bukunya Al Siyasah al-Syari'yah fi maslahah al Ra'yi wa al Ra'iyah menyebut:

"Hendak dipastikan orang terbaik, baik pada setiap jawatan, kerana sesungguhnya kepimpinan itu mempunyai dua rukun iaitu al-Quwwah dan al-Amanah.” (Al Qasas 26).

Tambah Ibnu Taimiyah lagi:"Al-Quwwah dinilai pada setiap kepimpinan berdasarkan keadaannya.

 Al-Quwwah dalam mengetuai peperangan merujuk kepada keberanian hati, pengalaman dalam peperangan, tipu daya peperangan. Al-Quwwah dalam kehakiman manusia memerlukan ilmu keadilan dan kemampuan melaksanakan hukum. Al-Amanah pula merujuk kepada perasaan takutkan kepada Allah, tidak menjual ayat Allah dengan harga murah dan tidak takut kepada manusia".

Jawatan presiden dalam parti politik Islam adalah bidang tugas pengurusan organisasi, ketajaman strategi dan kebolehan mengurus perhubungan awam serta pantas dan licik bersaing dalam pentas politik yang diceburi. Presiden parti juga perlu mempunyai visi dan misi memerintah negara dengan situasi yang ada dalam negara tersebut. Ringkasnya jawatan presiden adalah ekspresi kepada keperibadian pengurusan, ahli strategis dan mempunyai ciri seorang negarawan. Paling penting meyakini dasar Islam yang diperjuangkan PAS.

Terserah kepada perwakilan

Namun demikian perwakilan mempunyai hak dan pilihan untuk menentukan arah tuju parti dengan membuat pilihan mereka sendiri. Mereka juga harus bijak memahami situasi PAS yang sudah melewati batas kaum dan agama dalam membawa misi politik Islam. PAS hari ini bukan saja untuk ahli PAS tetapi ramai yang menaruh harapan PAS membawa perubahan jadi ahli PAS bukan saja memilih kepimpinan untuk dirinya tetapi juga kepada orang ramai dalam muktamar akan datang.

Namun jikalau perwakilan PAS mahukan seorang yang "mujtahid" dan "faqih" mereka harus faham siapakah yang dikatakan "mujtahid" dan "faqih" menurut piawaian yang ditentukan syariat Islam bukan daripada piawaian mulut mereka yang mempermudah syarat "faqih" dan "mujtahid".

Sumber DD -  13-3-2015


TO GURU SEPANJANG ZAMAN -  DR MUJAHID


PERTEMUAN MAHABBAH DENGAN PADERI DI PENANG BERSAMA DR MUJAHID 

http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/33925-tok-guru-sepanjang-zaman

Sumber HD - 18-2-2015


Catatan 10 Februari

Posted on Wednesday, February 11 @ 09:13:26 MYT by paktam

Oleh Mujahid Yusof Rawa 10 Februari akan diingat sebagai tarikh hitam dalam sejarah politik tanah air apabila buat kali keduanya tokoh politik paling berpengaruh Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) didapati bersalah atas tuduhan liwat II. Bukan sahaja di Malaysia bahkan seluruh dunia terkejut dalam kes yang lebih dipercayai mempunyai motif politik daripada kes jenayah.


Pukul 7.30 pagi

Pagi ini saya dihujani soalan di Parit Buntar oleh mereka yang menyapa saya di Dataran Sungai Kerian dalam rutin senaman pagi saya. Saya menyatakan dalam apa juga hal DSAI kes akan menimbulkan pelbagai persoalan dan yang paling penting ialah hilangnya keyakinan kepada sistem kehakiman negara.

Pukul 10.30 pagi

Saya menyatakan sejak awal lagi kes DSAI adalah bermotifkan politik kerana itu agak sukar untuk mengakhirinya dengan motif jenayah yang substantif. Proses kehakiman hanyalah sebagai prosedur dalam keputusan untuk menghalang DSAI daripada menggugat hegemoni Umno dan Barisan Nasional (BN).



Lagipun DSAI adalah 'glue' yang menghubungkan kekuatan pembangkang dan membuktikan kejayaan dalam dua Pilihan Raya Umum (PRU) melemahkan kedudukan Umno/BN.

Pukul 12.00 tengah hari
DSAI dengan karismanya menerjah politik perkauman dan dengan beraninya menegaskan politik rentas kaum dan terpaksa mencabar status-quo Melayu ala Umno yang tebal perkaumannya. PAS dan DAP seolah-olah tertarik dengan kuasa magnetik DSAI sehingga kedua-dua parti yang berbeza ideologinya dapat disatukan dalam satu kolusi yang kemudian dikenali sebagai Pakatan Rakyat (PR).

Pukul 2.45 petang

DSAI juga adalah seorang ayah dan suami malah datuk kepada cucu-cucunya. Kita semua punya keluarga, dalam keadaan biasa pun keluarga adalah tempat kita mengadu keletihan, isteri adalah tempat kita merehatkan kepala di bahunya, anak-anak ubat kepada segala kelesuan berjuang.


DSAI akan kehilangan semua itu buat kali keduanya. Walaupun DSAI senantiasa kelihatan tenang dan itulah kelebihannya namun berat mata memandang berat lagi bahu memikul. DSAI dipisahkan sekali lagi dengan keluarga tercinta oleh jeriji besi.

Pukul 3.45 petang
Apa akan berlaku pada PR? PR akan terus disatukan oleh kuasa magnetik DSAI walaupun dia di dalam penjara. Kuasa magnetik tidak perlu wujud secara zahir kerana ia kuasa yang tidak kelihatan dan kerana itu PAS dan DAP akan sentiasa tertarik pada kuasa ini.

PKR akan terus digandakan semangatnya dan itulah yang berlaku apabila pemimpin besar yang mereka kasihi dipenjarakan. Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh akan menjadi saksi dan dua tiga tahun ke arah PRU14,  PR memerlukan nafas yang panjang untuk meneruskan perubahan yang diamanahkan rakyat.

Pukul 5.00 petang
Orang ramai bukan kecewa dan sedih pada DSAI kerana air mata mereka kering sejak kes liwat I, namun lebih bahaya ialah rakyat kecewa kepada kehakiman yang memilih untuk berada dalam alam gelap demi memenuhi kehendak tuan politik.

Mereka mempunyai pilihan untuk memulihkan keadaan tetapi jiwa keadilan mereka dirampas oleh penguasa politik tamak yang lebih takut kuasa mereka tergugat daripada takut pada kebangkitan rakyat. Rakyat juga boleh memilih dan kita harus memilih supaya penguasa politik yang tamak mesti takut kepada kita, takut kepada suara keramat rakyat

Sumber DD - 10-2-2015

KENYATAAN MENTERI BOLEH TIMBUL PROVOKASI KAUM - DR MUJAHID


YB DATO' DR MUJAHID YUSOF - AP PARIT BUNTAR / AHLI MPN / KETUA LAJNAH PERPADUAN NASIONAL

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33630-kenyataan-menteri-boleh-timbul-provokosi-kaum

Sumber HD - 3-2-2015

Polemik pilihan raya tempatan dan hudud

Posted on Tuesday, January 27 @ 12:30:09 MYT by tokdalang

Oleh DATUK DR MUJAHID YUSOF RAWA


RAKYAT Malaysia kini telah melalui proses kematangan dalam menilai tindak-tanduk ahli politik apabila sesuatu isu itu dibahaskan. Setelah merdeka hampir 60 tahun, ahli politik tidak boleh lagi menganggap rakyat tidak mampu membuat penilaian terhadap tindak-tanduk dan sikap yang diambil oleh pemimpin-pemimpin parti politik terhadap sesuatu isu yang diperdebatkan. Rakyat akan menilai hujah yang lebih berfakta dan bukan sentimen serta emosi yang kadangkali tidak berpijak di bumi nyata.


Polemik terkini tentang pilihan raya kerajaan tempatan adalah satu isyarat bagaimana rakyat sedang menilai hujah yang kita berikan, ini termasuklah hujah tentang perlaksanaan hudud di Kelantan serta isu lain yang telah menjadi perbualan rakyat sejak sekian lama seperti rasuah, kepincangan tata-kelola kewangan negara dan pembaziran.

Oleh itu ada beberapa perkara yang diperhatikan dalam perkembangan mutakhir apabila isu pilihan raya kerajaan tempatan menjadi polemik;

1. Polemik pilihan raya kerajaan tempatan muncul sebagai reaksi kepada isu hudud yang hendak dilaksanakan di Kelantan kerana kedua-dua isu tersebut adalah di dalam bidang kuasa kerajaan negeri di Kelantan dan Pulau Pinang. Ini sekaligus mengheret PAS dan DAP di arena balas membalas kenyataan.

2. Isu hudud yang didakwa oleh DAP sebagai bukan dalam senarai agenda  persetujuan Pakatan Rakyat dibalas oleh rakan dari PAS dengan menyatakan pilihan raya kerajaan tempatan juga bukan agenda Pakatan. Ini membuatkan orang ramai tertanya apakah sebenarnya persetujuan bersama agenda Pakatan?

3. Hujah kedua belah pihak lebih kepada kaedah satu peluru lawan satu peluru sehingga membawa kepada perbalahan antara rakan sekutu politik. Perbalahan ini menjejaskan fokus agenda besar manifesto Pakatan di mana rakyat telah memberikan mereka kepercayaan yang besar dalam pilihan raya umum yang lalu.

4. Pihak Barisan Nasional secara strategi politiknya amat memerlukan perbalahan antara parti komponen Pakatan berterusan sama ada dalam isu hudud mahupun pilihan raya kerajaan tempatan mahupun isu-isu perkauman supaya masalah besar negara seperti keadaan ekonomi yang gawat, kelemahan BN menjadi kerajaan yang bertanggungjawab serta pengendalian tata kelola kewangan yang lemah dapat dialihkan tumpuan.

5. Dalam polemik hudud vs pilihan raya kerajaan tempatan, isu perkauman sempit masih mendasari hujah dan sekaligus menafikan perbahasan yang sihat terhadap memperkukuhkan proses demokrasi di peringkat akar umbi, isu keperlembagaan dan ruang konsultasi rakyat serta dasar nasional yang bertujuan mengasaskan kesatuan dalam kepelbagaian.

Oleh itu, semua pihak hendaklah kembali kepada isu sebenar yang menjadi intipati perdebatan iaitu pengukuhan proses demokrasi, membuat sesuatu keputusan perundangan mengikut peruntukan perlembagaan dan apabila ia menjadi perdebatan awam maka hendaklah diajukan secara sihat melalui dialog dan rundingan. Sama ada hudud ataupun pilihan raya kerajaan tempatan, selagi ia tidak lari dari kerangka undang-undang negara maka semua pihak hendaklah menjadikan perundangan dan konsultasi awam sebagai referensi.

Justeru itu, sama ada hudud ataupun pilihan raya kerajaan tempatan, pastikan ia tidak ditunggangi oleh golongan sempit yang melihat semuanya dari kaca mata perkauman mahupun persepsi prejudis sehingga boleh menjejaskan perpaduan dan mengalihkan tumpuan kepada isu lebih besar yang melanda negara iaitu terjejasnya pendapatan negara akibat merudumnya harga minyak mentah dan susutnya nilai ringgit hari ini. –

Penulis ialah Ahli Parlimen Malaysia, Pengerusi Gerakan Anti Perkauman (GAP), Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS, Ahli Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN

Sumber DD - 27-1-2015        





































Memahami politik Erbakan dan Erdogan

Posted on Wednesday, January 21 @ 14:15:01 MYT by paktam

Oleh Mujahid Yusof Rawa

Selalunya sebelum konferensi utama, Jawatankuasa Eksekutif PIUC akan bertemu terlebih dahulu bagi membincang urusan pentadbiran PUIC untuk persediaan urusan yang belum beres.

Segala perbincangan dan adaptasi keputusan pada mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif yang lalu di Rabat, Maghribi menjadi asas agenda perbincangan.



Saya hadir atas sifat keanggotaan Malaysia yang dilantik semasa persidangan di Palembang beberapa tahun yang lalu. Menjadi anggota Jawatankuasa Eksekutif bermakna mempunyai suara menentukan perjalanan PUIC dan agenda yang ingin ditetapkan.

Isu keganasan

Setiap negara yang menjadi tuan rumah akan cuba menjadi yang terbaik dan nama Istanbul itu sendiri telah memberi makna yang berprestij oleh kerana bandarayanya yang terkenal dengan sejarah Islam yang merupakan pintu masuk ke Eropah.

Mesyuarat dirasmikan oleh Speaker Parlimen Turki dan kemudiannya prosiding mesyuarat diteruskan dengan diwakilkan kepada salah seorang ahli parlimen Turki untuk mengendalikan mesyuarat.

Agenda besar yang perlukan persetujuan ialah keanggotaan Nigeria, tindakan susulan resolusi Tehran dan menerima cadangan awal UAE tentang memerangi ekstrimism intelek.

Agenda utama ialah isu keganasan yang melanda dunia Islam seperti benua Afrika yang berhadapan dengan Boko Haram, negara Arab dengan IS dan rantau Asia dengan rangkaian al-Qaeda yang mengambil rekrut baru.

Menarik juga ialah, bersama dengan bala keganasan ini, isu pemikiran intelek yang mempengaruhi pemikiran anak muda turut dibincangkan. Saya membawa sikap rasmi Parlimen Malaysia yang mengecam sekerasnya unsur keganasan melalui pembentangan kertas putih yang disokong sebulat suara oleh Parlimen Malaysia.

Saya juga menyebut tentang usaha Malaysia di peringkat global dengan menyertai UNAOC atau United Nation Alliance of Civilization yang antara lainnya adalah inisiatif Turki dan usaha mewujudkan GMM (Global Movement of Moderates).

Ini adalah forum-forum antarabangsa dan saya perlu membawa dasar rasmi walaupun pada perlaksanaannya di peringkat lokal negara saya boleh mengritik keberkesanannya.

Berjumpa sahabat lama

Mesyuarat ditangguh jam 1 petang dengan semua cadangan akan dibuat tindakan susulan termasuk cadangan Malaysia mewujudkan jawatankuasa susulan daripada setiap kumpulan negara terdiri dari Kumpulan Arab, Kumpulan Afrika dan Kumpulan Asia.

Ini bagi memudahkan pihak setiausaha agung mengumpul maklumat untuk laporan pada perhimpunan akan datang.

Hari pertama di Turki cukup istimewa kerana saya akan bertemu dengan seorang sahabat lama saya dari Turki yang pernah belajar sekali dengan saya di Mesir sekitar tahun 80-an dahulu.

Menariknya ialah ia berlaku secara kebetulan kerana semasa hendak ke Turki saya meminta nombor telefon orang yang boleh dihubungi di Turki daripada sahabat saya, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.

Dr Syed Azman memberikan nombor telefon rakan dari parti Saadet bernama Hassan. Saya berjaya menghubungi Hasan sejurus sampai di Istanbul dan semasa perbualan kami, barulah kami sedar bahawa kami pernah bersama di Mesir dalam majlis pelajar.

Saya memang mempunyai ramai kenalan dari Turki antaranya Anas dan Hasan yang sering kami kunjung mengunjung antara satu sama lain.

Selesai mesyuarat kami bertemu di lobi Hotel Hilton tempat penginapan dan berlangsungnya konferensi. Hampir 20 tahun tidak bertemu, saat pertemuan dalam dakapan ukhuwah dua sahabat dari benua berbeza seolah sukar untuk dirungkaikan.

Hasan atau nama penuhnya Hasan Bitmez adalah Naib Presiden Parti Saadet yang mempunyai kaitan dengan nama besar politik Islam Turki iaitu Necmettin Erbakan.

Beliau sampai ke tahap karier politiknya hari ini menuai hasil sejak ia terlibat lebih awal lagi dengan kegiatan Pemuda. Di Mesir kami sering berbual dan bertukar pandangan tentang politik Islam dan dinamika politik Malaysia dan Turki.

Berbual perjuangan dan politik

Perbualan kami di lobi terus membawa kami ke perbualan makan tengahari bersama-sama di sebuah restoran di tepi Selat Bospherous.

Saya ingin berkongsi pengalaman beliau dalam membawa diri di arus politik kepartian, bagaimana beliau melaluinya dan apakah cabaran dalaman partinya serta bagaimana cita-cita poltiknya dapat membawa partinya ke pesada kuasa.

Saya bertanya demikian supaya dapat saya mempelajari sesuatu untuk memperbaiki diri saya.

Secara ringkas, kami berkongsi masalah yang sama untuk berada dalam lingkungan parti, iaitu membawa diri dengan berhati-hati menguruskan sikap dan pandangan yang berbeza dalam parti.

Bagaimana menghargai jasa dan pendapat para senior dalam parti walaupun kita mempunyai pandangan tersendiri adalah satu cabaran besar.

Kami juga bersetuju bahawa memelihara prinsip dan pada waktu yang sama menerokai peluang politik adalah satu skil kepimpinan yang halus.

Dengan kata lain mentakrifkan apa yang prinsip dan apa yang boleh berubah amat perlu supaya perkembangan parti tidak terjejas.

Beliau berkongsi asas ini melalui pengalaman Necmettin Erbakan yang padanya adalah amat fleksibel dalam menerokai peluang politik tanpa perlu hilang prinsipnya.

Erdogan atau Erbakan

Saya berseloroh dengan Hasan bahawa di dalam parti saya, saya digelar sebagai ‘puak Erdogan’ kerana sikap keterbukaan dan perubahan yang kami cuba bawa.

Beliau agak terkejut apabila gelaran Erdogan diberi disebabkan pendekatan terbuka saya, kerana bagi beliau, saya perlu digelar ‘puak Erbakan’.

Necmettin Erbakan katanya sebagai pengasas politik Islam Turki telah membawa pendekatan politik terbuka melalui kerjasama partinya dengan semua aliran termasuk komunis.

Erbakan juga dalam melebarkan strategi politik Islamnya membentuk kerajaan bersama dengan pemimpin wanita dari parti nasionalis sekular dan begitu juga pandangan Erbakan kepada kompromi kerangka negara sekular Turki dalam membawa cita politik Islamnya yang dianggap taboo oleh ideologi negara.

“Mengapa anda digelar Erdogan? Patutnya anda digelar Erbakan! ujarnya. Saya menggeleng kepala tanda kebingungan dengan perspektif baru yang dilontarkan oleh Hasan.

Bagi sesetengah orang dalam PAS keterbukaan itu seolah dimonopoli oleh pemikiran politik Erdogan yang kononnya mahu melepaskan diri dari ‘lambatnya’ langkah politik Erbakan yang hakikatnya tidak mahu melepaskan prinsip Islam yang dibawanya dalam usahanya ke pesada kuasa.

Teori ini seolah dicabar oleh Hasan dalam memahami bahawa hakikatnya Erbakan adalah lebih layak digelar terbuka dalam konteks menerjah peluang politik tanpa menggadai prinsip dan bukan Erdogan.

Apa jadi kepada Erdogan

Erdogan mengasaskan parti AK atau Parti Keadilan dan Pembangunan untuk berpisah dengan parti Refah/Fazilet pimpinan Necmettin Erbakan. Sebelum berpisah, pandangan berbeza Erdogan dengan Erbakan melahirkan perbincangan yang panas dalam Refah tentang strategi politik ke pesada kuasa.

Kemuncak polemik menyaksikan Erdogan memilih jalan untuk berpisah dan menumpukan kepada ide politik barunya untuk ke pesada kuasa.

Namun sebenarnya apakah yang berlaku?

Hasan memberikan tiga point utama yang memisahkan Erdogan dan Erbakan dan menurut pandangan Hasan, tiga point tersebut adalah persoalan prinsip yang tidak boleh dikompromi. Ia melibatkan isu hubungan Turki dengan Kesatuan Eropah (EU), hubungan Turki dengan Israel dan konsep ekonomi adil.

Dalam isu hubungan Turki dengan EU, semua sedia maklum bahawa Turki cuba untuk menempatkan dirinya dalam negara EU memandangkan kepada faedah ekonomi yang melimpah apabila ia menjadi sebahagaian dari pasaran besar Eropah.

Namun syarat kemasukan menuntut Turki memenuhi kriteria kebebasan termasuk kompromi kepada beberapa nilai-nilai perundangan Islam di Turki.

Point kedua ialah hubungan Turki dengan Israel di mana Turki mempunyai nilai perdagangan yang besar dengan Israel termasuk membeli alat persenjataan.

Point terakhir ialah agenda ekonomi adil yang cuba dibawa oleh Erbakan yang menyeru kepada ekonomi dan pinjaman bank tanpa riba. Turki hari ini tidak dapat lari daripada bank riba dan perniagaan riba yang menyusahkan rakyatnya kerana di sini tidak diamalkan perbankan tanpa riba.

Hasan menegaskan bahawa Erdogan tidak dapat menerima ketiga-tiga point ini sebagai prinsip malah menganggap perkara inilah yang menghalang parti Islam untuk ke pesada kuasa dan lantas membuat keputusan untuk berpisah dan mengasaskan parti AK.

Dengan kata lain untuk memahami bagaimana Erdogan berpisah dengan Erbakan, kita perlu memahami tiga point yang membentuk prinsip politik Erbakan yang tidak mahu Turki menggadaikan nilai keislaman dalam perundangannya untuk bersama EU, tidak mahu hubungan dengan Israel dan mengajak kepada ekonomi tanpa riba.

Akhirnya mereka terpaksa berpisah dan pertembungan ini seolah ditanggapi sebagai politik lama vs politik baru.

Saya tidak mahu komen, kerana isu keterbukaan yang saya dan rakan-rakan dalam PAS cuba bawa tidak ada kena mengena dengan prinsip yang memisahkan Erdogan dan Erbakan. Lagipun konteks Turki yang totok sekularnya dan Eropah sifatnya tidak boleh disamakan dengan Malaysia yang mempunyai konteks politiknya yang tersendiri.

Terus terang saya katakan, saya tidak pernah bersetuju dengan gelaran-gelaran yang diberikan termasuk jolokan nama golongan liberal dan sebagainya kerana ia menggambarkan betapa ceteknya kita dalam memahami sesuatu tindakan politik tanpa memahami terlebih dahulu apakakah ianya prinsipal atau taktikal.

Berpisah untuk bertemu lagi

Kami mengakhiri pertemuan dua sahabat dari benua berasingan di Masjid Biru (Blue Mosque), kerana Hasan terpaksa berkejar ke lapangan terbang untuk penerbangan ke Ankara dengan menaiki keretap bawah tanah. Di hadapan Masjid Biru kami berpelukan setelah berkongsi pengalaman berharga.

Melalui Hasan juga saya sempat berbual telefon dengan Anas yang kini menetap di Hamburg, Jerman. Anas kini bertugas sebagai Imam dan pengendali haji dan umrah untuk masyarakat Turki di Hamburg.

Saya bertuah untuk berhubung semula dengan sahabat lama dari Turki dan di hadapan Masjid Biru juga kami berjanji untuk bertemu lagi kerana rindu berpuluh tahun belum ditagih.

Saya mendoakan Hasan Bitmez agar terus berjuang dan istiqamah dalam karier politiknya, saya tahu suasana di Turki lebih sukar tetapi Hasan yang bertubuh besar mempunyai jiwa yang besar dan kesetiannya saya perlu pelajari.

Beliau katanya akan mengetuai aktiviti kempen partinya dalam pilihan raya bulan Jun ini. Saya doakan yang terbaik buat diri dan partinya.

Kelibat Hasan semakin menghilang dicelah mundar-mandir manusia di perkarangan Masjid Biru, saya pula bergegas untuk solat Asar dalam cuaca dingin Istanbul menuju ke dewan solat.


DATUK DR MUJAHID YUSOF RAWA MP Parit Buntar dan ahli jawatankuasa PAS Pusat.

Sumber HD - 21-1-2015


PAULSEN TIDAK WAJAR DISIASAT IKUT AKTA HASUTAN 1948 - DR MUJAHID



YB DR MUJAHID YUSOFF AR RAWA -  AJK PP / 
PENGERUSI LAJNAH PERPADUAN NASIONAL

Sumber HD - 17-1-2015

Mesej damai sempena hari Natal

DR MUJAHID YUSOF RAWA | .

HARI besar agama adalah hari yang dianggap suci oleh penganut agama masing-masing. Meraikannya dengan cara tersendiri adalah hak yang perlu dihormati. Apatah lagi dalam kerangka undang-undang negara kita yang mempraktikkan kebebasan mengamalkan agama masing-masing.

Namun kenyataan di atas tidak datang dengan mudah apabila hubungan antara agama di seluruh dunia diuji dengan kemunculan fahaman ekstrem dan prejudis agama yang menebal. Agama seharusnya memainkan peranan mendamaikan hubungan melalui jambatan kemanusiaan yang mengikatkan kita semua sebagai anak Adam yang memakmurkan muka bumi.

Islam secara khusus menghulurkan wahana dialog dan perdebatan sihat terhadap apa jua kemungkinan yang menjejaskan hubungan damai antara agama. Budaya prejudis menebal yang dipaparkan oleh sesetengah kelompok atau individu yang melantik diri mereka sendiri menjadi jurucakap Islam bukanlah wajah Islam yang sebenar bahkan dalam banyak hal mereka menghodohkan Islam yang karakternya indah dan damai.

Membunuh atas nama agama, menimbulkan kebencian atas nama agama dan menghina penganut agama lain adalah awan gelap yang menyelubungi hubungan antara agama. Budaya demikian harus ditangani bersama oleh semua pihak bagi menyelamatkan dunia dari dibaluti awan pekat dan gelap yang kelak akan mengundang segala macam bala kepada tamadun manusia.

Hak kepercayaan berada dalam zon eksklusif dan mesti kekal dalam keadaan istimewa dan sememangnya berbeza antara satu sama lain, jika tidak maka tidak adalah erti kita meyakini kebenaran sesuatu agama. Kenyataan bahawa semua agama adalah sama dirujuk kepada nilai kemanusiaan dan kemuliaan akhlak yang diajak oleh setiap agama kerana tidak ada agama menyeru kepada kemusnahan dan kehancuran. Hubungan antara agama harus dibina dan dipupuk atas kejelasan antara hak eksklusif dalam kepercayaan dan usaha keterangkuman dalam nilai manusiawi.

Islam meletakkan premis hubungan antara agama atas dasar kedamaian manakala permusuhan adalah pengecualian apabila asas kedamaian yang dihulurkannya dibalas dengan permusuhan. Saya menyarankan sebagaimana al-Quran menyarankan kepada Ahlul Kitab (penganut Kristian dan Yahudi) dalam seruannya supaya kembali kepada Kalimatin Sawak (Common Word) yang menyerlahkan asal bersama sumber keyakinan masing-masing bahawa:

“...Janganlah kita menyembah selain daripada Allah, dan janganlah kita mengambil sebahagian daripada kita (manusia) menjadi tuhan selain daripada Allah sahaja...” (sebahagaian daripada surah Ali Imran: 64)

Common Word juga seharusnya menggalakkan ketiga-tiga Agama Samawi ini (Agama yang bersumberkan wahyu) berkongsi penderitaan melihat manusia yang menolak ketuhanan dan memeluk kehidupan tanpa agama. Mereka juga harus bersetuju bahawa kehidupan material yang melampau merosakkan hubungan kekeluargaan dan keutuhan fabrik sosial.

Ketiga-tiga agama ini juga mesti menentang kebangkitan ekstremism agama dan kebencian kaum sebagai perjuangan bersama. Sepertimana mereka juga harus menentang bersama kefasadan politik yang merugikan rakyat yang banyak. Begitu juga projek membela golongan miskin harus merentasi semua penganut dalam gerak-kerja yang disusun bersama.

Pada hari penganut Kristian merayakan hari kebesaran mereka, saya mengajak semua pihak agar program Kalimatin Sawak atau Common Word mula diusahakan di Malaysia. Banyak yang boleh dibincangkan dan digerakkan bersama, hanya ini akan menjawab keikhlasan kita dan keberanian kita untuk menidakkan teori-teori konspirasi dan prejudis menebal yang semakin parah melanda negara Malaysia yang kita cintai.

Pada waktu yang sama, janganlah pula kita lupa kepada saudara-saudara kita daripada mangsa banjir yang sedang bergelut untuk meneruskan kehidupan pada saat sebahagaian kita bergembira pada hari ini. Dengan itu berdoalah kita agar mereka dipelihara oleh Allah dengan sebaiknya.

Salam Kedamaian di Hari Natal untuk rakyat Malaysia yang beragama Kristian. – HARAKAHDAILY 25/12/2014

Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa ialah Pengerusi Perpaduan Nasional PAS, Pengerusi GAP (Gerakan Anti Perkauman), Ahli MKPN (Majlis Konsultasi Perpaduan Negara) merangkap Ahli Parlimen Malaysia.

Sumber HD - 25-12-2014







































Selamatkan negara, jangan hilang fokus

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Gerakan Anti Perkauman (GAP) mendesak supaya suatu sidang tergempar parlimen diadakan berikutan suasana semasa yang membabitkan kewangan dan ekonomi negara.

“Sejak akhir-akhir ini negara kita disogokkan dengan isu-isu yang mengalih perhatian daripada masalah sebenar yang membengkak dan menjejaskan kestabilan ekonomi negara. Keadaan kewangan negara membimbangkan seluruh rakyat melibatkan isu pengapungan harga petrol, 1MDB dan kejatuhan nilai mata wang ringgit yang menjejaskan transaksi impot dan eksport negara serta tahap keberhutangan negara yang membimbangkan,” ujar pengerusinya, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dalam satu kenyataan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar mendesak supaya suatu sidang tergempar parlimen diadakan.

“Dengan itu sidang tergempar Parlimen perlu diadakan untuk mencari jalan langkah penjimatan kewangan negara dan seterusnya menubuhkan suruhanjaya bebas bagi membuat laporan terperinci terhadap pihak yang menyalahgunakan dana negara sehingga menjadikan kerajaan sebagai cagaran,” katanya.

GAP mendesak semua pihak mengambil berikut demi menyelamatkan negara.

1. Jangan mengheret negara kepada masalah yang cuba mengalih perhatian daripada isu yang lebih utama dan kritikal.

2. Semua pemimpin politik dari pelbagai parti harus duduk berbincang tentang bagaimana hendak menyelamatkan keadaan kewangan negara yang akan melibatkan kesejahteraan rakyat.

3. Parti yang memerintah seharusnya bersedia untuk ambil langkah praktikal bagi membuka ruang pendemokrasian dan berhenti mengugut rakyat dengan isu perkauman dan agama sebagai menutup kelemahan dan kebobrokan mereka.

4. Parti-parti dalam PR yang membawa aspirasi untuk membuat perubahan politik harus fokus kepada janji mereka dalam manifesto bagi meneruskan amanah undi yang diberikan.

5. Tiba masanya rakyat Malaysia dihidangkan dengan politik kesedaran hati naluri dan politik budiman untuk kita tumpukan kepada membina negara dan menyelamatkan kegawatan kewangan negara. – HARAKAHDAILY 19/12/2014

Surat terbuka: Permasalahan tidak ditangani dengan tuntas

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Kenyataan melalui surat terbuka yang ditandatangani oleh 25 individu warganegara terdiri daripada bekas pegawai tinggi kerajaan perlu diberi perhatian atas beberapa sebab, kata Pengerusi Gerakan Anti Perkauman (GAP), Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

"Arus bawah kenyataan ini mengisyaratkan permasalahan yang ditimbulkan tidak ditangani dengan tuntas oleh kerajaan hari ini," ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, konflik perundangan Islam dan sivil perlu digarap melalui rangka perundangan dan pentadbiran negara dalam konteks siyasah syari’yah yang luas disiplinnya.

Tambahnya, proses demokrasi negara ini tidak terelak daripada isu perundangan dan pentadbiran Islam yang berpotensi terdedah kepada kritikan awam dan dalam proses itu perlu dipertahankan dalam ketelusan dan keterbukaan.

Menurutnya lagi, mengkritik dan memberi pandangan isu pentadbiran dan perundangan Islam bukan sama mempertikaikan Islam dan kesucian teologinya.

"Dalam aspek syariat ada yang kekal tidak dipertikaikan dan ada yang tidak kekal boleh berubah-ubah. Kedua-duanya perlu ditentukan oleh pakar di bidang syariat Islam dan pentadbiran perundangan," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar.

Katanya lagi, saranan dalam surat terbuka 25 individu perlu diambil dalam semangat positif dan jangan dijadikan isu untuk ditungangi oleh agenda rasis kaum dan prejudis agama sehingga menafikan aspek Islah atau reform dalam melihat masalah konflik perundangan Islam dan sivil yang wujud.

"Pihak kami terbuka untuk melihat masalah yang diajukan selagi mana ia tidak bercanggah dengan prinsip Syariah dan terbina atas Maqasid Syari’yah," ujarnya.

Pihaknya juga mencadangkan wujudnya Suruhanjaya Reformasi Perundangan yang melibatkan semua pihak dalam mencari penyelesaian yang objektif dan berkekalan. - HARAKAHDAILY 15/12/2014









































Kembara Kanada (2)

DR MUJAHID YUSOF RAWA | .
Makan Malam

RUMAH Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Ottawa tersergam indah sambil angin sejuk memukul bendera Jalur Gemilang semacam menyambut ketibaan kami. Sepanjang pengalaman saya ke luar negara ada semacam satu perasaan bangga apabila melihat bendera kita di negara orang.

Saya teringat lagu sukan Komenwal yang dinyanyikan oleh Ella, "Standing in the eyes of the world" sentiasa teriang di telinga setiap kali saya berada luar negara atas urusan rasmi Parlimen Malaysia.

Jam baru menunjukkan pukul 5.30 petang tetapi cuaca sudah gelap umpama pukul 9 malam. Keluar dari bas kami dan untuk ke pintu masuk kediaman Datuk Pesuruhjaya Tinggi sudah cukup terasa kesejukan yang menggigit sampai ke tulang sum-sum dengan cuaca malam itu jatuh ke paras -15 Celcius.

Sambutan Hangat

Walaupun menggigil di luar, cuaca dalam rumah agak selesa ditambah lagi dengan suasana hangat sambutan oleh Datuk Hayati Ismail dan suaminya. Seperti mana-mana kediaman Duta atau Pesuruhjaya Tinggi, ruangnya luas dan hiasannya didekorasikan dengan simbol dan budaya Malaysia bagi memperlihatkan kemalaysiaan kita.

Semasa kami tiba di lapangan terbang, salah seorang pegawai kedutaan menyapa saya sambil bertanya, "Ini Dr Mujahid ka?" Lantas saya mengangguk. Beliau terus bertanya, "Ahli Parlimen Parit Buntar kan?" Saya mengangguk lagi. "Datuk Pesuruhjaya Tinggi orang Parit Buntar, dia seronok mendengar ahli parlimen dari Parit Buntar dalam rombongan, mesti jaga baik-baik...," sambungnya lagi. Saya tersenyum bangga orang nombor satu Malaysia di sini orang Parit Buntar. Mendengar khabar tersebut, saya tidak sabar-sabar untuk bertemu dengan dengan beliau.

Saya mendapat tahu bahawa Datuk Hayati Ismail adalah orang Titi Serong di sebelah datuknya, namun telah meninggalkan kampung untuk merantau sehinggalah sejauh Kanada demi tugas untuk negara. Beliau sangat berbangga dengan Titi Serong dan Parit Buntar serta merupakan bekas pelajar di Sekolah Menengah Methodist Parit Buntar.

Suaminya juga adalah orang Kampong Kedah yang turut berada di dalam kawasan parlimen saya. Saya amat mengenali kedua-dua tempat ini kerana unit peti undi mereka banyak menyumbang kepada kemenangan saya dalam pilihan raya. Jadi pengenalan saya dengan beliau dan suaminya terasa ada keistimewaannya dan takdirnya pula bertemu berpuluh ribu batu di hujung dunia ini. It's a small world!

Teruja Dengan Salju

Antara yang menarik dalam perjalanan ini ialah setiap kami kempunan melihat salji turun. Semasa kami sedang menikmati koktail sebelum makan malam, kami dapat melihat dari pintu kaca mengadap laman rumah Datuk Pesuruhjaya Tinggi beberapa kepingan putih melayang-layang turun dari langit.

Salah seorang dari kami menjerit "salji" dengan kuat lalu semua kami ke pintu kaca terpukau dengan keindahannya apatah lagi disinari pula dengan lampu limpah dari laman rumah. Kami bagai hilang punca sambil meluru membuka pintu, sambil tuan rumah tersenyum melihat gelagat kami membuka kuncinya.

Bagai kanak-kanak, kami tidak malu lagi beraksi menyambut kepingan salji sambil tangan terbuka rela disapa kepingan putih ini. Kami sempat bergambar hanya untuk merasai kesejukan dan masuk kembali untuk menikmati makan malam.

Semasa menikmati makan malam ala masakan Malaysia, mata saya lebih tertumpu kepada tingkap berhadapan - terpukau dengan kepingan putih salji mengiringi makan malam kami seolah ingin memenuhi hajat kami sejak dari Malaysia lagi. Tidak dapat saya katakan nikmatnya sajian oleh tuan rumah, ditambah dengan latar belakang salji yang turun tidak menandakan mahu berhenti.

Jadual Ketat

Esoknya pada 2 Disember, jadual kami bermula pukul 10 pagi dan berakhir pada jam 5 petang. Memenuhi itenari pertemuan sebanyak tujuh pertemuan bukanlah mudah. Walaupun pemanas dalam bilik pertemuan menyenangkan namun mendengar taklimat dan dialog tanpa henti kecuali untuk makan tengah hari amatlah memenatkan.

Bermula dengan mesyuarat dengan Conference of Speakers Comittee and Presiding Officers of The Commonwealth yang sekretariatnya berpusat di Kanada, hinggalah pertemuan dengan kementerian dan jawatankuasa khas Parlimen - sudah cukup untuk kita fahamai betapa tanggungajwab Ahli Parlimen bukan sahaja untuk hadir kenduri dan lawat jenazah orang yang meninggal tetapi juga soal hubungan antarabangsa antara Parlimen dalam berkongsi pengalaman dan maklumat.

Pertemuan 2 Disember menghasilkan natijah yang baik apabila dalam salah satu pertemuan dengan MP Mr Andrew Saxton dan beberapa Ahli Senat Kanada, kami telah berjaya mewujudkan satu Kaukus Persahabatan Parlimen Malaysia-Kanada buat pertama kalinya dalam sejarah hubungan parlimen kedua negara ini.

Antara agenda awal tidak rasmi kami ialah berbincang tentang proses visa ke Kanada yang agak ketat seperti yang kami lalui. Sambil berseloroh pihak Kanada menyatakan ini akan jadi fokus utama kita kerana kami bersetuju sepatutnya persahabatan memudahkan dan bukan menyusahkan kita untuk bertemu.

Tan Sri Pandikar terus melantik rombongan kami sebagai anggota awal Kaukus Pershabatan ini dengan Datuk Seri Panglima Abdul Ghafur Saleh MP Kinabatangan sebagai pengerusinya.

Bertukar Pengalaman

Sesi sebelah petang kami berpindah ke bangunan Parlimen dari bangunan Wellington yang terletak beberapa meter dari premis bangunan utama Parlimen. Bermula dengan makan tengahari bersama beberapa Ahli Parlimen Kanada hinggalah pertemuan dengan Kementerian Perikanan, Kementerian Pertanian dan Jawatankuasa Senat Urusan Penduduk Asal. Kami juga sempat berada di galeri tetamu Dewan Senat untuk dibuat penghargaan kunjungan.

Daripada pengamatan kami, menteri yang hadir memberi taklimat kelihatan menguasai selok belok maklumat kementeriannya, Beliau tidak memerlukan pegawai untuk membekalkan maklumat malah setiap soalan dijawab dengan penuh cermat dan bermaklumat. Memang menarik waimma semasa kami menyaksikan sesi soal-jawab kepada menteri, mereka terpaksa menjawab spontan selama 30 saat tanpa persediaan awal.

Piawaian kecekapan seorang menteri sememangnya tinggi sehinggakan seorang ahli parlimen yang berjawatan atau tidak di sini termasuk pembangkang perlu menjalankan tugasan secara profesional. Masa mereka di Parlimen adalah sepenuh masa kecuali dalam sebulan mereka ada seminggu waktu rehat dan di hujung minggu mereka akan kembali ke kawasan masing-masing untuk melihat keperluan pengundi di sana.

Seorang Setiausaha Kementerian Luar Negara yang kami temui iaitu Hon Deepak Obhrai menyatakan kerjanya bermula dari awal pagi untuk mengetahui berita dunia dan tempatan, kemudian mendapat taklimat daripada pegawainya dan masuk parlimen petang untuk soal jawab secara spontan dan kemudian pada lewat petang bermesyuarat dan malamnya membuat semakan dasar-dasar untuk dijawab esoknya pula.

Beliau sudah menjadi Ahli Parlimen selama enam penggal dan akan mempertahankan penggalnya yang ke-7 pada 2015 ini. Saya meminta padanya apakah nasihat berguna pada kesibukan peranan sebagai ahli legislatif dan kabinet bagaimana beliau mengurukan pengundinya? Beliau menjawab:

"Anda perlu jujur kepada pengundi anda, semasa anda menjalankan tugas jangan menipu mereka, katakan kepada mereka anda sedang melakukan tugas yang sama pentingnya melanggan pengundi, ada yang boleh menerima ada yang tidak, tetapi anda telah jujur dan tidak menipu mereka...."

Bergegas ke Toronto

Waktu untuk membuat persediaan ke destinasi seterusnya amat singkat. Selesai pukul 5 petang pertemuan ketujuh dan terakhir kami, kami bergegas ke hotel untuk mengisi perut dengan makanan ringan sebelum ke lapangan terbang untuk ke Toronto. Isteri saya yang menanti di lobi sejak pukul 1 tengahari kerana kami perlu check-out, menanti setia dengan berbekalkan novel ditangannya sebagai peneman.

Cuaca malam itu mencecah -20 Celcius dengan mengambil kira angin sejuk dan perjalanan ke lapangan terbang dalam bas kami yang nyaman menyebabkan kami lena keletihan.

Setengah jam kemudian sampai di lapangan terbang dan kami terus bersiap untuk berlepas ke Toronto pada pukul 8.30 malam. Penerbangan tertangguh kerana salji sudah mula memutihkan landasan dan angin agak kencang.

Dalam pesawat saya tidak peduli lagi apa yang di luar walaupun sempat juga saya menjenguk kawasan memutih yang meliputi kawasan lapangan terbang. Sepanjang 1 jam perjalanan dari Ottawa ke Toronto saya hanya tidur kepenatan.

Apabila sampai di Toronto, kami disambut oleh pihak urusetia dan di luar, cuaca di Toronto tidaklah sedingin Ottawa walaupun pada tahap -6 Celcius. Sedikit gerimis mengiringi kami sepanjang jalan ke hotel dan sejurus sampai, semua urusan bilik kami telah pun diuruskan oleh pegawai kedutaan yang mengiringi kami di sini dari Ottawa.

Hari di Toronto

Saya teruja untuk berada di sini sehingga 6 Disember bagi melengkapkan program ke Kanada. Toronto kelihatan sebuah bandar besar jauh berbeza dengan Ottawa. Kehidupannya agak pantas seperti kehidupan di bandar besar lain.

Itu semua saya peroleh dari celoteh pegawai pemandu kami yang sejak kami menaiki kenderaan tidak berhenti bercerita tentang Toronto. Esok saya akan mengetahui kebenaran ceritanya, cukuplah buat hari ini catatan untuk ditatapi kerana esok satu hari jadual kami agak ketat dengan harapan saya dapat menyambung catatan saya dan pengalaman baru yang saya akan peroleh.

Jam menunjukkan pukul 2 pagi waktu tempatan. Selamat Malam Malaysia! – HARAKAHDAILY 12/12/2014

Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa ialah Ahli Parlimen Parit Buntar yang mengikuti lawatan kerja Parlimen Malaysia ke Kanada.

Sumber HD - 12-12-2014

Kembara Kanada (1)

DR MUJAHID YUSOF RAWA | .

Mengenali Kanada

Kanada hanya saya kenali melalui sukan musim sejuk dan cuacanya yang ekstrem. Benderanya sangat mudah dikenali berbentuk sejenis daun yang dipanggil maple leaf. Sukan hoki salji yang ganas itu mudah mengingatkan saya dengan Kanada.

Saya juga pernah mengenali beberapa rakan dari Kanada semasa belajar di British International School Tehran yang bernama Axel De Groote, Darren dan Deborah. Gaya percakapan bahasa Inggeris mereka sama macam slanga orang Amerika.

Semasa menuntut di sekolah tersebut yang majoritinya berbahasa Inggeris ala British, gaya percakapan mereka menjadi ejekan kami. Mereka juga mahir bertutur dalam bahasa Perancis. Saya juga tertanya mengapa mereka tidak ke American International School Tehran. Saya diberitahu bahawa Kanada adalah jajahan British/Peranchis dan mereka berbangga dengan keadaan itu walaupun slanga bahasanya mirip kepada slanga Amerika.

Tawaran ke Kanada

Semasa sesi perbahasan Bajet 2015 di Parlimen sedang berlangsung, saya ditawarkan ke Kanada dari Pejabat Speaker Dewan Rakyat setelah calon awalnya daripada PAS menolak, jadi nama saya dicadangkan untuk digantikan.

Saya menerimanya setelah berfikir beberapa ketika kerana ingin mempelajari sesuatu daripada sistem politik di sana. Memang sukar untuk saya menolak tawaran sebegini, bukan kerana seronok merantau tetapi ingin menimba pengalaman seluas mungkin untuk meningkatkan ilmu siasah dan perhubungan antarabangsa yang amat saya perlukan.

Saya menghantar mesej setuju ke pejabat protokol Parlimen yang menguruskan perjalanan kami kerana mereka mesti menyediakan keperluan visa tiga minggu sebelum perjalanan.

Peliknya tentang urusan visa ialah prosesnya terlalu rumit dan pelbagai borang untuk diisi juga menyusahkan. Saya dinasihatkan supaya cepat menghantar maklumat untuk diproses kerana ia terpaksa dihantar ke Singapura kerana Kuala Lumpur hanya ada cawangan kedutaan Kanada.

Saya terpaksa meminta pembantu saya mengirimkan pasport saya dari Parit Buntar termasuk pasport isteri kerana saya berniat untuk membawanya bersama kali ini bersesuaian dengan cuti sekolah hujung tahun.

Bertolak ke Kanada

Penerbangan kami pada malam 29 November sedangkan sesi Parlimen berakhir pada 27 November. Saya hanya ada satu hari untuk bersiap dan tidak seperti perjalanan lain, saya terpaksa menyiapkan baju musim sejuk yang pada kali terakhir saya membuat persediaan ialah tahun 2010 semasa berkunjung ke US yang juga di atas urusan parlimen.

Saya masih ada beberapa pakaian panas yang boleh lagi dipakai manakala isteri saya yang pertama kali mengikuti saya ke luar negara setelah tujuh tahun saya menjadi wakil rakyat terpaksa membeli belah untuk mendapatkan kelengkapan musim sejuk.

Oleh sebab minggu tersebut adalah permulaan cuti sekolah, maka jadual majlis kenduri di kawasan saya amatlah ketat. Siangnya sebelum berangkat saya mengambil kesempatan untuk menziarah kesemua undangan majlis kenduri bersama Haji Harun YDP PAS Parit Buntar dan pembantu saya, Abang Hamdan. Termasuklah ziarah lebih awal terhadap tuan rumah walaupun majlis kenduri mereka bukan diadakan pada hari tersebut. Hal ini kerana saya akan berada di luar kawasan sehingga 13 Disember.

Saya melawat hampir sepuluh majlis kenduri kesemuanya pada hari tersebut dan walaupun saya menyapa mesra tuan rumah dan pengunjung yang hadir dalam kesemua ziarah saya, kepala saya sebenarnya sudah bersedia untuk perjalanan jauh bermula pada malam nanti.
Perjalanan kami akan mengambil jarak tempuh 13 jam KL - London dan lapan jam pula London - Ottawa. Sepanjang perjalanan saya hanya tidur untuk merehatkan badan.

Transit di London

Oleh sebab perjalanan kami melalui London, kami terpaksa transit sementara di London kerana penerbangan kami ialah pada pukul 4 petangnya, sedangkan ketibaan kami ialah pada pukul 6 paginya.

London ketika ini sejuk dan sedikit hujan mengiringi ketibaan kami. Sarapan kami di Hilton Heathrow Terminal 4 dan setelah bersiap untuk kemaskan diri, mata saya segar tidak dapat melelapkan mata lalu saya menitip Ipad saya untuk menyiapkan artikel saya yang tertunggak iaitu kisah pertemuan dengan Mufti Selangor pada minggu terakhir sesi Parlimen.

Dek kerana sibuk menulis, saya dan isteri merupakan orang yang terakhir turun di lobi untuk berkumpul dengan ahli rombongan yang lain. Seorang ahli rombongan kami sempat bergurau, "Kalau bawa orang rumah ni mesti lambat, maklumlah musim sejuk..."

Ahli rombongan yang lain, MP Limbang, MP Kuala Langat, MP Labuan, MP Kalabakan dan MP Batu Kawan tertawa dengan sapaan nakal tersebut. Saya hanya tersenyum sambil menjelaskan sebenarnya saya menghabiskan artikel tertunggak walaupun isteri saya lebih banyak berehat mungkin kerana jetlag. Saya sempat membalas, "Saya hanya dapat tidur dengan artikel sahaja..."

Sampai di Ottawa

Sejak di KLIA lagi, pejabat protokol Parlimen mengingatkan kami akan cuaca di Ottawa, ibu negara Kanada adalah -10 Celcius, Saya membayangkan ia pasti ekstrem sebab semasa di London pada cuaca 9 Celcius pun kami sudah kesejukan.

Penerbangan Air Canada 889. Kami mendarat tepat jam 5 petang waktu tempatan dalam cuaca yang agak kekabusan dengan suhu 5 Celcius. Siap semua urusan imigrisen yang ketat dan menghimpun semua bagasi kami, di luar, pihak kedutaan telahpun menunggu kami dalam cuaca sejuk namun tetap disambut meriah. Saya dan isteri menaiki kenderaan berasingan daripada rombongan kerana mereka telah menyediakan kereta khas untuk ahli rombongan yang berpasangan.

Hotel kami di bandar Ottawa berdekatan dengan bangunan Parlimen bersebelahan dengan Ottawa Convention Centre. Ia terletak dalam kawasan strategik dengan dikelilingi kompleks membeli belah dan pusat komersial.

Malamnya kami hanya berada di bilik hotel sahaja menyesuaikan diri dengan cuaca sejuk Ottawa. Dari tingkap bilik hotel, kami dapat melihat sinaran lampu bandar Ottawa yang sesekali berkabus.

Saya tidak dapat tidur nyenyak kerana setiap kali terjaga jam masih awal sehinggalah saya dikejutkan dengan penggera telefon bimbit menunjukkan waktu pukul 6 pagi. Solat dan kemudiannya bersiap untuk makan pagi dan akan memulakan jadual satu hari di bangunan Parlimen Kanada.

Berjalan Bersama Tan Sri Speaker

Pagi itu sebelum bertolak ke bangunan Parlimen, kami bermesyuarat di bilik Tan Sri Pandikar yang mengetuai rombongan Parlimen Malaysia. Ia perkara rutin untuk kami menjangkakan apakah isu-isu sensitif yang mungkin ditimbulkan dalam hubungan dua hala Malaysia - Kanada.

Kami dibekalkan dengan maklumat dasar luar negara, isu-isu keselamatan dan sikap Malaysia kepada isu-isu esktremis dan militan yang dikaitkan dengan nama Islam. Kami juga menyediakan poin-poin untuk isu kebebasan dan hak asasi manusia berpandukan kepada sikap rasmi kerajaan Malaysia.

Saya yang sudah biasa sebelumnya dalam rombongan rasmi Parlimen Malaysia menerima konsep bahawa kita semua walaupun daripada pembangkang seharusnya mewakili pandangan rasmi negara dan bukan pandangan peribadi parti.

Tan Sri Pandikar mahu berjalan kaki ke bangunan Parlimen walaupun pihak urusetia menyediakan kenderaan. Tan Sri Pandikar mahu berjalan ke dataran War Memorial yang berdekatan.

Kami berjalan dengan pakaian long coat kami dalam cuaca pagi yang sejuk mencecah -2 Celcius. Betapa seksanya untuk sampai ke Dataran War Memorial, bukan kerana jaraknya tetapi kerana sejuknya cuaca dan kami mengambil posisi tepat pada pancaran matahari untuk mendapat sedikit rasa panas walaupun ia tidak banyak membantu. Kami kemudiannya sempat bergambar beraramai-ramai sebagai kenangan berlatarbelakangkan langit cerah musim dingin bandar Ottawa.

Bangunan Parlimen Kanada

Mereka yang melihat bangunan Parlimen Kanada pasti akan kagum melihat seni binaannya. Seni binanya lebih kurang sama dengan bangunan Westminster di London. Bangunan bersejarah ini walaupun sebahagian besarnya telah dimusnahkan akibat musibah kebakaran, tapak asalnya yang kini adalah perpustakaan masih lagi kekal.

Keseluruhan bangunan ini dibina semula sejak 1921 mengikut corak asalnya yang menempatkan dalam satu bangunan dua dewan perwakilan iaitu Common House dan House of Senate. Kami disambut oleh pegawai protokol Parlimen mereka dan ditunjuk masuk ke tapak perpustakaan terlebih dahulu kerana di sinilah tapak asal bangunan bersejarah ini.

Masuk ke perpustakaan adalah semacam berada dalam cerita Harry Potter yang memaparkan perpustakaan bertingkat-tingkat dalam bentuk bangunan kubah dengan ribuan buku berjilid di merata ceruk mata memandang.

Di tengahnya patung Queen Victoria yang menjadi permaisuri ketika bangunan ini dibina pada pertengahan kurun ke-19. Mereka masih menyimpan hansard atau catatan perbahasan sejak tahun 1921 melalui laporan berita oleh wartawan ketika zaman tersebut sehinggalah kemudian sistem rekod perbahasan dibaiki melalui hansard yang dipakai oleh parlimen seluruh dunia hari ini.

Bertemu Speaker Dewan Rakyat

Speaker Dewan Rakyat Kanada adalah seorang yang amat muda berbanding dengan kami semua. Umurnya baru 34 tahun dan sudahpun memikul tanggungjawab besar. Orangnya tinggi dan nampak berkeyakinan menyambut ketibaan kami.

Pertemuan agak formal dengan susun duduk yang ditetapkan. Tuan rumah memulakan ucapan alu-aluan disambut oleh Tan Sri Pandikar yang menyatakan hasrat kedatangan kami. Kami diperkenalkn satu persatu dan sambil berseloroh Tan Sri Pandikar menyatakan, "Lihatlah betapa demokratiknya kami, kami membawa Backbencher dan Opposittion bersama dalam satu rombongan.."

Saya, YB Kastoori dan YB Abdullah Sani hanya berpandangan sambil senyum. Majlis ringkas berakhir dengan sesi bergambar berlatarkan bendera Malaysia dan Kanada.

Speaker Dewan Senat

Kemudian kami ke Dewan Senat sayap bangunan bersebelahan disambut oleh Speaker Dewan Senat yang baru dilantik. Malah rombongan dari Malaysia adalah yang pertama kali membuat kunjungan sejak beliau dilantik.

Saya melihat beberapa wakil Senator yang menyambut kami agak berumur. Saya sempat berkenalan dengan mereka dan sememangnya perlantikan mereka oleh kerajaan yang memerintah dipilih atas faktor umur dan pengalaman, Salah seorang yang sempat saya berbual sudah menjadi senator sejak 17 tahun yang lalu dan apabila ditanya bilakah mereka akan bersara, jawapannya apabila mereka berumur 75 tahun kerana had umur bersara. Kaedah ini baru sahaja diperkenalkan kerana sebelumnya jawatan Senator adalah seumur hidup!

Saya sempat berkenalan dengan seorang Senator berketurunan Cina berasal dari Singapura. Ia merantau ke Kanada sejak 37 tahun yang lalu dan kini baru dilantik sebagai Senator. Peranannya di sini jauh lebih besar daripada Ahli Parlimen kerana dengan jawatan Senator, ia boleh membawanya pelosok bahagian Kanada bagi mewakili kerajaan atau merasmikan majlis-majlis kerajaan.

Saya juga difahamkan bahawa gelaran Your Honorable atau Yang Berhormat akan kekal kepada mereka walaupun mereka sudah tidak memegang jawatan lagi. Sememangnya daripada perbincangan kami jawatan Senator di sini mempunyai kuasa dan pengaruh yang lebih besar. Bahkan dalam ucapan tahunan, Permaisuri Britain atau Gabenor Jeneral sebagai wakil Permaisuri, Ahli Parlimen hanya akan berdiri di barisan belakang sekali dan tidak akan campur tangan hal Dewan Senat.

Solat di Bilik Menunggu

Semasa menanti jadual seterusnya selepas makan tengahari, kami diberikan bilik berehat dan kami sempat solat disitu. Alangkah nikmatnya setelah penat berbincang dan mewakili negara kami semua daripada pelbagai aliran politik mengadap Allah Azza Wajalla dengan penuh rasa kesyukuran.

Saya mengimami solat Zohor dan Asar dan kedinginan cuaca tidak menghalang kami untuk tenang mengadap Pencipta dalam ketenangan dikelilingi bilik yang penuh dengan gambar-gambar pemimpin-pemimpin mereka yang seolah-olah pelik melihat pertama kali bilik ini dipenuhi dengan menyebut kalimah Allah.

Menyaksikan Perbahasan Dewan Rakyat

Pukul 2.15 hingga 3 petang adalah waktu soal jawab dengan Menteri Kabinet Kanada. Ruang ini di Malaysia hanya ada sepanjang sesi berjalan dari pukul 10 sehingga 11.30 pagi. Di sini sesi soal jawab ini berlangsung setiap hari kecuali Jumaat dan dibawa secara langsung untuk akses kepada awam.

Jadi Ahli Parlimen mereka adalah sepenuh masa sama ada pembangkang mahupun Menteri Kabinet. Semua perjalanan kerajaan ditanya di sini setiap hari selama 45 minit. Perbahasan mereka menarik kerana soalannya agak ringkas dan jawapannya juga padat.

Bunyi bising tepukan meja dan bertukar suara tinggi kedua-dua pihak mengiringi soalan dan jawapan. Speaker mempunyai cara tersendiri mengendalikan majlis dan setiap pergerakan Speaker mengisyaratkan sesuatu. Umpamanya apabila Speaker mula bangun itu tandanya masa sudah habis dan jikalau Speaker bangun berdiri semua akan diam untuk mendengar arahan.

Tidak kelihatan pegawai kementerian mundar-mandir untuk memberi jawapan sebab menteri akan menjawab dengan pantas tentang kritikan terhadap program yang dijalankan. Sepanjang sesi tersebut berpuluh soalan diajukan dan dijawab dengan pantas dan setiap soalan dan jawapan akan berpindah ke soalan lain tanpa perlu mendapat izin Speaker.

Di akhir sesi kami diperkenalkan dari galeri pemerhati dan seperti di Malaysia akan mendapat tepukan gemuruh darpadai ahli-ahli Parlimen. Kami pulang ke hotel jam 3.30 petang dan bersiap ke rumah Dato' Hayati Ismail, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Kanada untuk jamuan makan malam. – HARAKAHDAILY 11/12/2014

Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa ialah Ahli Parlimen Parit Buntar yang mengikuti lawatan kerja Parlimen Malaysia ke Kanada.










































Pertemuan saya dengan mufti Selangor

DR MUJAHID YUSOF RAWA | .


SIKAP saya dalam menangani fatwa pengharaman Sisters In Islam Forum Malaysia (SIS) telah menimbulkan kontroversi yang tidak menemui titik noktahnya. Saya dan Ahli Parlimen Shah Alam serta Sepang terpaksa menongkah arus bukan sahaja dalam lingkungan parti kami (PAS) tetapi juga kepada persepsi sebahagian masyarakat Islam yang menganggap kami mencabar keputusan Majlis Fatwa Selangor yang dipengerusikan oleh Sahibus Samahah Dato' Seri Mufti Selangor.

Saya telah menjelaskan sikap saya yang secara ringkasnya bukan mencabar fatwa tetapi cuba memohon penjelasan bagaimana proses fatwa dikenakan atas sesebuah organisasi atau individu dalam mencari ruang pihak yang tertuduh mendapat pembelaan, dan dalam konteks SIS Forum ia soal pemikiran yang menuntut muzakarah sehingga terbukti kesesatannya.

Juham dan Abim Prihatin

Semasa kenyataan kami daripada beberapa Ahli Parlimen PAS mendapat perhatian media, Juham atau Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Dewan Pemuda PAS Malaysia rupanya mempunyai pendirian yang sama dengan kami dan mereka turut berminat untuk mendapat penjelasan.

Saya juga dimaklumkan bahawa Presiden Abim iaitu Saudara Amidi Abdul Manan dan rombongannya telah bertemu dengan Tuan Mufti juga dalam tujuan yang sama. Kesemua mereka melahirkan kebimbangan tentang fatwa sesat yang digazetkan yang boleh membwa SIS Forum sebagai pertubuhan sesat dan haram.

Walaupun mereka sama sekali tidak bersetuju dalam pandangan SIS namun melabelkan dan memperkuatkuasakan fatwa ia sesat adalah satu tahap yang jauh daripada jangkauan kami.

Saya menelefon Presiden Abim yang kebetulan adalah kenalan saya untuk mendapat persefahaman adakah kebimbangan kami berasas. Dalam perbualan telefon yang panjang akhirnya kami bersetuju bahawa ia soal memohon penjelasan proses fatwa dan mencari nilai keadilan supaya institusi mulia tidak dituduh sewenang-wenangnya mengeluarkan fatwa.

Juham melalui Abang Kerdee Abang Masagus selaku setiausahanya juga berpendapat sedemikian. Oleh kerana Abim telahpun menemui Tuan Mufti maka saya menumpang sahaja temujanji Juham yang telahpun mendapat tarikh pertemuan dengan Pejabat Mufti Selangor.

Melibatkan Semua

Antara persoalan yang diajukan kepada saya ialah kenapa saya bertemu dengan SIS dulu dan tidak dengan Mufti Selangor terlebih dahulu. Malah dalam salah satu sesi perbahasan di sidang Parlimen tempoh hari Ahli Parlimen Tanjung Karang telah ambil kesempatan untuk menghentam saya dan dua sahabat saya lagi kerana gagal berjumpa dengan Tuan Mufti tetapi sebaliknya terus membela SIS.

Saya dengan segera memberi respon dengan mencelah dan menjelaskan bahawa saya akan bertemu dalam waktu yang terdekat dan Alhamdulillah pada minggu terakhir persidangan Parlimen iaitu pada 24 November hajat saya 'menumpang' temujanji Juham bertemu dengan Tuan Mufti tercapai.

Soal sama ada kenapa saya bertemu dengan SIS dulu dan tidak Tuan Mufti adalah umpama perbalahan 'telur ayam' iaitu sama ada ayam atau telur keluar dahulu atau sebaliknya. Kini semua itu terjawab dalam pertemuan yang cuba menyempurnakan sebahagian dari proses cuba bertemu dengan pihak yang berkepentingan dalam kes ini.

Sambutan Mesra

Kami disambut mesra oleh kakitangan Pejabat Mufti Selangor dan ditunjuk terus ke bilik pertemuan. Rombongan kami agak ramai terdiri dari tujuh atau enam peguam dari Juham dan lima atau enam orang daripada kepimpinan Dewan Pemuda PAS Selangor.

Selain Tuan Mufti kami juga disambut oleh Setiausaha Pejabat Mufti dan beberapa anggota Majlis Fatwa Selangor serta beberapa pegawai penyelidik Majlis Fatwa Selangor. Setelah ucapan alu-aluan dibuat oleh Tuan Mufti, kami memulakan muzakarah dengan beberapa persoalan untuk dibincangkan bersama.

Saya menjelaskan bahawa bukan niat saya untuk mempertikaikan fatwa, cumanya saya sebagai ahli penggubal undang-undang di peringkat persekutuan amat prihatin kepada proses apatah lagi fatwa yang membawa kepada penguatkuasaan 'sesat' sesebuah organisasi atau individu.

Asas pemfatwaan ialah liberalisma dan pluralisma memerlukan perincian dan penjelasan dari pengamalnya sebelum membuat apa-apa rumusan. Saya memetik surah al-Maidah ayat 8 bagi mengukuhkan pengertian proses keadilan. Saudara Abdullah Karim dari Juham turut menegaskan perkara yang sama.

Penjelasan Mufti

Tuan Mufti menjelaskan proses yang mereka jalankan dan menegaskan pertemuan pada 2012 dengan SIS sudah cukup untuk mereka merumuskan fatwa sesat terhadap SIS. Saya mencelah adakah beberapa asas yang dikatakan SIS sesat telah mendapat penjelasan dan penelitian dari 'tuan tubuh' supaya ia bukan rumusan sendiri tetapi hasil daripada perbincangan mendalam.

Tuan Mufti menjelaskan bahawa pertemuan 2012 di Pejabat Mufti Selangor tersebut tidak bertujuan untuk 'bergaduh' dan hanya mendengar sahaja dari pihak SIS. Saya terus menyoalkan bahawa jika pertemuan itu satu muzakarah maka ia perlu suasana 'bergaduh' supaya dapat dipastikan dengan penuh keyakinan rumusan yang dibuat kerana tanpa suasana itu (berhujah) bagaimana kita dapat membuat sesuatu keputusan dengan adil dan saksama.

Antara yang turut memberi penjelasan ialah Pengerusi Bahagian Akidah Majlis Fatwa Selangor yang berkeyakinan bahawa SIS Forum tidak syak lagi sesat atas beberapa asas, antaranya ialah mengatakan lelaki wanita adalah sama, menafikan bahagian lelaki dalam faraid (pembahagian harta), mendahulukan akal daripada wahyu dan beberapa isu lain yang melayakkan mereka difatwakan sesat.

Tuan Mufti juga menafikan bahawa fatwa tidak dibuat secara terburu-buru, malah mereka mengambil masa lama untuk mendapat maklumat melalui dokumen, kenyataan-kenyataan dan seminar yang dianjurkan.

Kritikan

Saya juga menjelaskan bahawa semua yang dikatakan ke atas SIS itu masih belum dibentangkan kepada SIS untuk memberi penjelasan dan untuk dipertahankan oleh SIS adakah mereka mengimani semua perkara tersebut sebelum sesuatu keputusan dibuat.

Adakah hanya mendapat maklumat daripada sumber sekunder seperti dokumen tanpa bersemuka melengkapkan proses pembuatan fatwa supaya keadilan dapat dilaksanakan? Saya juga menyebut bahawa terdapat kajian yang dibuat oleh seorang pensyarah terhadap institusi fatwa di Malaysia bahawa bukan semua orang menolak fatwa kerana tidak menghormati fatwa tetapi cara dan penjelasan tentang proses pembuatan fatwa dibuat yang menjadi pertikaian.

Tuan Mufti menegaskan bahawa SIS terlalu keras dalam pendiriannya dan tidak mungkin mengubahnya, dan pada saat ini Abdullah Karim seorang peguam menegaskan bahawa soal memberi keadilan dan pertahankan diri bukan sahaja untuk yang dituduh tetapi juga menggambarkan kepada persepsi awam bahawa proses keadilan berjalan apatah lagi tanggapan kepada institusi terhormat seperti Majlis Fatwa.

Perbahasan Menarik

Perbincangan kami berjalan lebih daripada masa yang dijangkakan kerana perbincangan turut menjangkau tentang persoalan konflik perundangan kuasa Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil dengan mengambil kes keputusan Mahkamah Sivil yang berpihak kepada tiga transgender yang mempertikaikan Enakmen 66 Agama Islam Negeri Sembilan yang dikenakan ke atas mereka.

Pihak Juham memberikan komitmen untuk mempertahankan hak Mahkamah Syariah kerana kes awalan ini tidak akan membantu memperkukuhkan Mahkamah Syariah malah ia boleh mengheret konflik perundangan yang sensitif sifatnya.

Saya turut mencadangkan supaya perbahasan lebih terperinci dibuat dalam melihat kes masa depan yang berpotensi untuk berlaku dan diselesaikan dalam rangka mengiktiraf kewibawaan Mahkamah Syariah yang terpaksa berkongsi secara selari kuasanya dengan Mahkamah Sivil dengan beberapa keterbatasan. Saya dan rakan Ahli Parlimen PAS yang lain bersedia untuk mencapai rumusan yang objektif dalam hal ini.

Berpisah Untuk Bertemu Lagi

Masa tidak mengizinkan untuk kami meneruskan perbincangan dan kami kemudian menikmati hidangan petang yang disediakan sambil terus bermesra dengan pihak tuan rumah. Namun pertemuan singkat itu memabwa kita kepada pelbagai persoalan yang asasnya ialah untuk memperakui beberapa perkara.

Pertama - Proses pemfatwaan tidak menuntut sesuatu keputusan itu dirunding atau dimuzakarahkan dengan yang terlibat. Saya tidak menyalahkan pihak Majlis Fatwa dalam hal ini kerana mereka hanya berpegang kepada proses yang saya fahami daripada penjelasan yang dberikan bahawa tidak sesuatu fatwa yang dikeluarkan tidak memerlukan muzakarah ke atas yang dituduh.

Kedua - Fatwa ada keterbatasannya dan banyak mengambil kira faktor-faktor lain. Berkemungkinan besar fatwa yang digazet atau dikuatkuasakan tidak disenangi oleh pihak yang lebih berkuasa.

Ketiga - Majlis Fatwa tidak perlu bertemu dengan SIS kecuali SIS bertaubat dan ingin mempelajari jalan pulang serta mengakui bahawa mereka sesat. Ketika itu pihak Mufti dan Majlis Fatwa bersedia membimbing mereka ke jalan yang benar.

Keempat - Mahkamah Syariah berada pada tahap cabaran yang tinggi apabila keputusan Mahkamah Syariah boleh dipersoalkan dalam konteks kebebasan yang yang diberikan haknya dalam Perlembagaan Persekutuan.

Rumusan pertemuan saya dengan Sahibus Samahah Dato' Seri Mufti Selangor dan Majlis Fatwa menuntut beberapa persoalan termasuk persepsi pentadbiran dan pengurusan Islam dalam negara ini.

Tanggungjawab pihak pentadbir hal ehwal agama Islam dilihat daripada sudut harapan Islam dilihat mulia dan bermaruah semakin besar untuk memenuhi harapan umat Islam di Malaysia.

Atas harapan besar ini, pihak pentadbir hal ehwal agama Islam perlu mempunyai jiwa besar dan memenuhi prinsip RAHMAT DALAM KEADILAN dan bagaimana ia menyerlahkan dirinya dalam konteks kerangka negara yang ada hari ini.

Hanya dengan cara ini Islam dilihat mengisi ruang negara yang ada hari ini dan jalannya tidak mudah, sukar dan berliku. – HARAKAHDAILY 10/12/2014


Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa ialah Ahli Parlimen Parit Buntar dan Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional Parti Islam SeMalaysia












































Penjelasan tentang fatwa pluralisme dan liberalisme

DATUK DR MUJAHID YUSOF RAWA | .
KENYATAAN kami daripada beberapa Ahli Parlimen PAS tentang Fatwa Pluralisme dan Liberalisme bertarikh 4 November 2014 serta pertemuan kami dengan Sisters In Islam (SIS) pada 6 November 2014 telah dimanipulasi secara malafide oleh pihak-pihak tertentu termasuk daripada segelintir ahli PAS sendiri.

Ingin saya jelaskan beberapa perkara:

1. Kami tidak pernah mempertikaikan fatwa tentang sesatnya pandangan yang mengatakan semua agama adalah sama dan mengimani kepada kebenaran secara relatif.

2. Kami juga berpendapat bahawa ilmu syariat perlu dipandu dengan disiplin ilmu Islam bagi memahami tuntutan nas.

3. Persoalan kami adalah proses fatwa pengharaman yang perlu mendapat proses keadilan, ruang mempertahankan pertuduhan dan menilai faktor masa antara fatwa dan pengharaman.

4. Pertikaian PAS terhadap proses pengfatwaan dibuat bukanlah perkara baru malah Fatwa Memali dan Fatwa Amanat Haji Hadi yang difatwakan sesat senantiasa dipersoalkan tentang ketulusan dan menuntut ruang mendapat pembelaan. Mengapakah hari ini premis yang sama kami pertikaikan ke atas SIS dipolemikkan oleh pihak-pihak tertentu malah segelintir ahli PAS sendiri?

5. Saya menuntut supaya kita bersikap konsisten dalam menyatakan kebenaran tanpa mengira bulu dan hanya kerana itu kita akan dihormati kawan dan lawan.

6. Sebagaimana PAS pernah bertegas menegakkan ruang mempertahankan diri dengan membawa segala tuduhan ajaran sesat ke Mahkamah Syariah untuk mendapat hak pembelaan, mengapa kita tidak pula konsisten menyatakannya kepada SIS bahawa jika mereka sesat maka dakwalah di Mahkamah Syariah supaya kebenaran dan keadilan tertegak?

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan” (Al Maa’idah: 8)

Penulis ialah Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar.

YB Dr MR - http://www.youtube.com/watch?v=GAXI1VvrEIM&list=UUFznwgrJ0SorgTbQlpOKOaQ

Sumber HD - 7-11-2014

Bentang Akta Keharmonian Nasional secepat mungkin

DATUK DR MUJAHID YUSOF RAWA | .

Firman Allah SWT:

ما افاء الله على رسوله من اهل القرى فلله و للرسول ولذي القربى واليتامى والمساكن وابن السبيل كي لا يكون دولة بين الاغنياء منكم. وما اتاكم الرسول فخذوه وما نهاكم عنه فانتهوا واتقوا الله ان الله شديد العقاب
( الحشر ٧)

Apa yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu. Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya). (Al-Hasyr:7)

Sabda Nabi Muhammad SAW:

هل تنصرون و ترزقون الا بضعفاءكم؟ (رواه البخاري)

Bukankah kamu diberi bantuan dan rezeki dengan orang-orang tertindas di kalangan kamu?

انما ينصر الله هذه الامة بضعيفها بدعوتهم صلاتهم و اخلاصهم (النسائ)

Allah membantu umat ini dengan mereka yang tertindas kerana doa mereka, solat mereka dan keikhlasan mereka.

ASAS FALSAFAH PEMBELAAN RAKYAT

Allah SWT menganugerahkan rezeki dan memberikan kemewahan kepada hambanya. Bajet ini berasaskan pada hasil 235 bil dan perbelanjaan 273 bil.

Kelompok terpinggir wujud sepanjang zaman walaupun istilahnya berbeza Dhua’fa, Masakin. Hari ini istilah tersebut difahami dari mereka yang berpendapatan RM1,500 ke bawah dan mereka membentuk 40 peratus dari penduduk Malaysia.

Dasar peredaran kekayaan dikalangan yang terkaya sahaja dari sudut agihan dan manfaat telah ditegur oleh Allah SWT. Bahasa hari ini ialah inequality atau income disparaty.

Berasaskan Falsafah Ekonomi ini, saya akan mencadangkan model ekonomi yang dinamakan, Ekonomi Keterangkuman dan Lestari (Inclusive and Sustainable Economy)

Kritikan saya kepada belanjawan dalam perbahasan Dasar adalah berdasarkan kepada asas yang lebih membumi permaslahannya.

Harus anjak dari sekadar pertumbuhan ekonomi kepada pembangunan ekonomi. Ini akan membawa implikasi kepada melihat ekonomi dalam perspektif yang berbeza. Saya merumuskan empat asas yang menuju kepada perspektif pembangunan ekonomi dan terbentuk dalam bajet:

- Pergerakan menaik dalam pendapatan atau earn wages.
- Kemampuan menyimpan, melabur dan pemilikan harta atau unearn wages.
- Perubahan progresif menuju kepada suasana pendemokrasian negara dan institusinya.
- Menjadikan HDI (Human Development Index) sebagai piawaian kepeada pembangunan inklusif.

KRITIKAN

Berpandukan kepada empat asas ini, Bajet 2015 terdedah kepada perdebatan dari sudut:

1. Pergerakan menaik dalam pendapatan atau earn wages – Tahap pulangan gaji kepada pekerja berbanding dengan pulangan kepada majikan berbanding dengan KDNK ialah nisbah 34:66. Sasaran untuk mencapai status negara maju ialah 66 peratus pulangan kepada pekerja dan tahap negara pasaran baru lain ialah 58 peratus. Walaupun dalam bajet mensasar 40 peratus, saya mohon penjelasan kepada beberapa masalah yang lebih besar dari hasrat mencapai 40 peratus.

a. Tekanan pasaran buruh yang murah dan tidak berkemahiran menyebabkan eksploitasi majikan kepada pekerja. Ini termasuk perundangan buruh yang premisnya adalah kekangan kerajaan terhadap tuntutan sehingga wujudnya jurang antara peningkatan produktiviti dan kenaikan gaji.

b. Banjiran buruh asing yang tidak berkemahiran merampas habuan pasaran buruh lokal dan menyebabkan kualiti dikompromi dan peluang peningkatan kemahiran tidak banyak.

c. Dalam perkhidmatan awam peningkatan kepada pekerja sederhana mahir kepada sepenuh mahir menjadi perlahan kerana birokrasi dan mengakibatkan longgokkan besar kepada kos perkhidmatan awam tanpa satu pulangan kualiti.

d. Penciptaan pekerjaan berkemahiran tinggi jika tidak ada pendekatan akan menjadi sukar pulangan 40 peratus kepada pekerja.

2. Meningkatkan potensi menyimpan, melabur dan pemilikan harta – Pendapatan bukan sumber gaji (unearned wages) akan memantulkan dasar rakyat base dalam masalah yang disebut sebagai Inequality atau Disparity. Piketty sebagai antara pejuang inequality menyebut bahawa, “Kesenjangan pendapatan bukanlah sesuatu yang tidak sengaja berlaku tetapi ia adalah ciri Kapitalism yang boleh diperbetuli melalui intervensi pemerintah, jika tidak dibetuli maka asas demokrasi itu sendiri akan tergugat.”

Latarbelakang ini jika dilihat di Malaysia, telah melahirkan kesenjangan ini melalui kajian pertama kali dibuat oleh Dr Muhamad Khalid yang mendapati statistik yang menarik iaitu:

53 peratus Rakyat Malaysia tidak ada aset harta
2.2 peratus Rakyat Malaysia ada harta terdiri daripada 80 peratus yang berpendapatan rendah
77 peratus Rakyat Malaysia berharta terdiri daripada 10 peratus yang terdiri dari Super Rich

Keadaan ini adalah gambaran kepada realiti kesenjangan dan mungkin menyebabkan kepada kebangkitan dan pelebaran golongan oppressed dan ini boleh menggugat kestabilan politik. Dasar Revolusi Perumahan dan Tanah yang lebih radikal diperlukan dengan mengambil kira 80 peratus adalah Bumiputera.

3. Menuju kepada perubahan progresif membina proses pendemokrasian dan kebebasan bersuara secara bertanggungjawab – Negara maju mesti menuju kepada membina masyarakat yang demokratik bebas dan telus dan ini tidak boleh berlaku tanpa peruntukan kepada Gerakan Masyarakat Sivil (Sivil Society Movement). Asas keperluan ini berdasarkan kepada:

Suasana politik dunia yang kini memerangi kemunculan Ekstrimisme dan Radikalisme puak atau agama menjadi pendesak kepada komitmen Kerajaan kepada Dasar Kesederhanaan yang berkesan (Wasatiyyah Amilah).
Dasar yang menjurus kepada doktrin Prejudis antara kaum dan galakkan perkauman sempit dan ekstrimisme agama mesti dihapuskan dalam proses menuju kepada negara maju. Kebencian kaum dan Agama perlu dianggap sebagai jenayah yang menggugat keharmonian nasional. Social hostility against religion mesti dikawal untuk menuju kepada Social Cohession antara agama.
Begitu juga Aggresif Sekularisme dan Anti Agama dan Islamophobia perlu dikawal, dosanya tidak berbeza dengan ekstrism agama dan kaum.
Undang-undang yang tidak releven seperti Akta Hasutan 1948 perlu diganti kepada akta yang lebih terkini dalam mengimbangi keperluan keharmoninan masyarakat dan kebebasan bersuara.
Sudah sampai masanya Akta Keharmonian Nasional yang disebut oleh Perdana Menteri pada ucapan sambutan Hari Malaysia 2012 dibentangkan secepat mungkin.

Perlunya peruntukan kepada Masyarakat Sivil bagi memastikan perjalanan ke arah negara maju dapat direalisasikan.

4. Human Development Index (HDI) dan Maqasid Achievement Index (MAI) – Perlu meletakkan isu-isu semasa bersama masyarakat antarabangsa khususnya dalam soal HAKAM, ANTI DISKRIMINASI sebagai menunjukkan kesungguhan menuju ke negara maju. Sejauhmana HAKAM diserapkan dalam semua sektor termasuk kepolisian dan penguatkuasaan. Bagaimana diskriminasi tidak berlaku dalam sektor pekerjaan melalui dasar anti diskriminasi dan sejauhmana komitmen kerajaan kepada ICERD (International Convention Elimenating Racial Discrimination). Peruntukan kepada Suhakam untuk menggarap keseluruhan permasalahan perlu lebih besar.

AKHIRNYA

1. Posisi Islam dalam negara perlu diberi makna yang memenuhi maksud RAHMATAN. Kerajaan perlu meletakkan prinsip bahawa apa sahaja dasar yang bercanggah dengan DASAR RAHMATAN hendaklah dinilai dan digantikan kerana asas kepelbagaian yang merupakan ciri utama negara perlu dipelihara mengikut piawaian DASAR NEGARA RAHMAT.

2. Memperkukuhkan Gerakan Masyarakat Sivil dan membina jambatan yang baik dengan kerajaan melalui grant sokongan kepada program, aktiviti, insentif dan pengiktirafan tokoh tokoh untuk menuju kearah negara maju 2020.

3. Menggarap isu kos bebanan hidup, tahap keberhutangan negara dan pekerja melalui model ekonomi keterangkuman dan kelestarian dan berpindah dari premis model ekonomi konsumpsi kepada ekonomi pelaburan yang akan memulangkan kekayaan balik kepada semua rakyat.

و لا تاء كلوا اموالكم بينكم بالباطل و تدلوا بها الى الحكام لتاءكلوا فربقا من اموال الناس بالاثم و انتم تعملون

(البقرة 188)

Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya). (Al-Baqarah:88)

Rencana di atas adalah petikan ucapan Ahli Parlimen Parit Buntar ketika membahaskan Bajet 2015 di Dewan Rakyat, semalam.

Sumber HD - 15-10-2014













































Bajet 2015: Suntik Ekuinas tidak bantu rakyat terbanyak

SALMIYAH HARUN | .
KUALA LUMPUR: Bajet 2015 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri hanya menumpukan usaha mengembangkan ekonomi dalam bentuk syer tetapi bukan dalam bentuk individu, demikian menurut Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa.


Beliau berkata, jika dilihat di peringkat bawah masih terdapat kesenjangan pendapatan yang melibatkan 53 peratus rakyat Malaysia yang tidak ada apa-apa aset kewangan.

"Hanya 80 peratus daripada berpendapatan rendah iaitu 22 peratus sahaja yang ada aset kewangan. Ini menyebabkan pendapatan boleh guna tidak dapat ditingkatkan.

"Saya melihat 53 peratus mereka yang tidak ada aset kewangan itu, 80 peratus daripada itu adalah bumiputera," katanya kepada Harakahdaily.

Mengulas lanjut Bajat 2015, katanya walaupun Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan akan menyuntik Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) supaya syer bumiputera bertambah malangnya ia bukan dalam bentuk individu.

"Yang kita maksudkan 80 peratus tidak punyai aset kewangan. Dan ini menyebabkan dia tidak ada wang lebihan untuk berbelanja seterusnya menjadi beban kepada rakyat,"katanya.

Justeru katanya, bagi melihat kedudukan realiti rakyat negara ini perlu mengambil kira kesenjangan pendapatan bukan syer yang dimiliki oleh bumiputera.

"Nampaknya perjalanan kita lebih jauh lagi. Bajet ini adalah satu usaha tetapi tidak berjaya menyelesaikan soal ketirisan dan rasuah yang masih membimbangkan kita,"tegas beliau. - HARAKAHDAILY 11/10/2014

Sumber HD - 11-10-2014

Cemeti bilas suara rakyat

DATUK DR MUJAHID YUSOF RAWA | .



Tiada yang lebih tepat dari gambaran bahawa Akta Hasutan umpama cemeti yang menghukum suara kebebasan di negara ini. Seperti pemegang cemeti yang dilatih, tangan melibas mangsa senantiasa siap-siaga meninggalkan bekas sebagai harga menjadi penjahat atau penjenayah. Cemeti juga digunakan untuk menakut-nakutkan yang lain bahawa mereka juga boleh menjadi mangsa.

Akta Hasutan adalah sebuah akta lapuk dan saka yang menghantui rakyat Malaysia. Ia adalah hubungan tuan dan hamba di mana rakyat dalam kerangka akta ini dijadikan sebagai subjek hamba yang bernyawa atas belas ihsan tuannya.

Mentaliti akta ini adalah mentaliti penjajah dan tidak mengejutkan kerana ia dibuat dalam usaha membenamkan suara kebebasan dan kemerdekaan semasa British menjajah kita. Namun apa yang mengejutkan ialah Malaysia yang telah merdeka 57 tahun masih lagi memakai akta ini dalam usaha ‘menjamin’ keamanan.

Penjajah British pasti tersenyum betapa hebatnya anak jajahannya mempertahankan warisan saka ini walaupun ia sendiri telah membunuh saka ini kerana sudah tidak relevan lagi.

Akta Hasutan sebenarnya adalah pistol yang picunya boleh dipetik bila-bila masa tanpa apa-apa keperluan, hanya cukup dengan berkhayal rasa diri terancam maka picu pun dilepaskan. Pendakawaan ke atas pelaku tidak perlu membuktikan niat dan disertai perbuatan, hanya sekadar kenyataan yang boleh diintepretasi sebagai menghasut sudah cukup untuk didakwa.

Ciri ini memang merupakan doktrin akta yang memberi kelebihan kepada pemerintah untuk membuka ruang kepada eksploitasi merejam suara rakyat yang bebas.

Mendengar betapa menindasnya akta ini, seorang rakyat Malaysia tidak akan terbayang kerajaan hari ini terus mahu mengekalkan klasik penjajah ini namun realitinya Program Transformasi Kerajaan hari ini gagal melihat isu ini dengan tuntas.

Anehnya suara mahu mengekalkan akta ini walaupun terbukti lapuk dan tidak relevan datang dari pemimpin besar yang pernah memimpin negara ini dan daripada sebuah parti besar yang masih memimpin negara ini sejak 57 tahun yang lalu.

Suara mengkritik pemerintah tidak boleh dianggap sebagai penjenayah. Walaupun kenyataan dan pandangan terhadap institusi Islam dan institusi Raja Berperlembagaan mempunyai perlindungan namun ia bukannya mutlak kerana apabila ia mutlak ia akan jadi sakral dan sakral ini hanya ada pada Allah dan Rasulnya.

Itupun sakral Allah dan Rasul diberi panduan asalkan nilai kebebasan itu terus tidak dihapuskan. Akta Hasutan tidak mengenali prinsip mulia ini, ia mahu mengambil alih tugas kemutlakan bahawa Kerajaan, institusi Islam dan Raja Berperlembagaan tidak boleh diusik dan disentuh.

Tidak ada siapa pula yang mahukan kebebasan atas risiko membinasakan negara ini. Kebebasan bersuara tidak boleh dibuat persamaan dengan natijah inginkan huru-hara kerana ia logik yang songsang.

Kebebasan bersuara adalah untuk memenuhi kehendak kebebasan berfikir dan hak untuk tidak bersetuju asalkan tidak ada niat merosakkan. Begitu juga sekadar bertutur sesuatu terhadap kaum atau bangsa malah agama sesuatu belum tentu menentukan niat jahatnya kerana itu juga adalah pandangan.

Walaupun saya tidak semestinya bersetuju dan saya perlu menentangnya melalui hujah saya dan bukan menyekatnya melalui dakwaan.

Oleh itu satu doktrin perundangan yang meletakkan kebebasan pandangan dalam kerangka hak perlu diperkenalkan menggantikan doktrin Akta Hasutan. Asasnya ialah niat perlu dibuktikan dulu dan intepretasi negatif mesti diasaskan dahulu serta konsistensinya.

Piawaian pembuktian yang tinggi ini digunakan untuk memelihara suara kebebasan daripada disalahgunakan oleh pemerintah dan rakyat tidak perlu bimbang untuk bersuara.

Sehingga doktrin baru memelihara nilai kebebasan bersuara dapat melihat cahayanya, kerajaan yang memerintah hari ini diingatkan supaya jangan meneruskan projek pembodohan rakyat melalui ugutan dan ancaman cemeti Akta Hasutan.

Satu pandangan terhadap ide doktrin baru telahpun dikemukakan oleh Majis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) melalui Jawatankuasa Kerja Undang-Udang dan Dasar bagi membanatu hasrat Perdana Menteri 1Malaysia yang berjanji untuk menghapuskan Akta Hasutan dengan menggantikan satu akta yang dinamakan sebagai Akta Keharmonian Nasional.

Selagi Kabinet melengahkan ide ini untuk digubal sebagai akta baru beserta dengan pemansuhan Akta Hasutan selagi itu rakyat terus dihantui saka dan akan hidup dalam ketakutan kerana cemeti senantiasa menungg melibas mangsanya.

Artikel ini didedikasikan untuk semua mangsa Akta Hasutan dan kepada yang mencintai kemuliaan insan.

Mari berdiri teguh untuk kita katakan TIDAK kepada Akta Hasutan dan YA kepada Akta Keharmonian Nasional.

Penulis ialah Ahli Parlimen Malaysia daripada Parti Islam SeMalaysia merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja Undang-Undang dan Dasar, Majlis Konsultasi Perpaduan Negara.

Sumber HD - 10-9-2014













































Jika nak sentuh Unit Amal, sentuh kami dulu - Mujahid

MOHD SABRI SAID | .

BAYAN LEPAS: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa memberi amaran kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya tidak menghala sasaran kepada Unit Amal pula setelah bertindak terhadap Pasukan Peronda Sukarela (PPS) yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Berucap dalam majlis Makan Malam PAS Pulau Pinang di Kompleks Tabung Haji di sini malam tadi, beliau berkata gesaan tindakan terhadap Unit Amal suatu yang mencabar kewibawaan kerana pasukan itu berkhidmat kepada masyarakat.

"Awas jika nak sentuh Unit Amal, sentuh kami dulu sebab pasukan tersebut bukan pasukan ganas atau pemberontak. Ia adalah pasukan kesayangan ramai masyarakat," tegasnya dengan nada kesal.

Beliau mempersoalkan kenapa Unit Amal diseret apabila berlaku kemelut penahanan anggota PPS setelah Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengisytiharkan PPS pasukan haram kerana tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang itu berkata, Zahid sendiri pun tahu bahawa pengorbanan anggota Unit Amal sudah terbukti ketika membantu melaksanakan kerja kebajikan terutamanya samasa kejadian banjir di Johor akhir tahun lalu.

"Pasukan Unit Amal telah terbukti berjasa kepada masyarakat iaitu ketika membantu kejadian banjir dan sebagainya. Ia ditubuhkan di bawah Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang berdaftar yakni bukan di bawah parti haram," jelasnya. - HARAKAHDAILY 2/9/2014

Sumber HD - 2-9-2014

Satu pandangan dari sudut pengurusan konflik

DATUK DR MUJAHID YUSOF RAWA | .

Politik secara berkolusi memang dinamik dan rapuh. Konflik dalam parti politik boleh tercetus dengan pendekatan politik kolusi.

Oleh kerana politik Malaysia adalah 'ideological base' maka ia menjadi semakin sukar. Menjadi semakin sukar dalam suasana ini apabila kepimpinan tidak urus konflik 'intra-party' dan sekali gus membawa kepada 'inter-party'.

Konflik sama ada 'inter' atau 'intra' bukanlah semuanya buruk tetapi dengan syarat kita dapat menjanakan konflik menjadi positif.

Ini beberapa langkah awal;

1. Berhenti tuduh menuduh dan serang menyerang 'inter' dan 'intra' parti berkolusi. (Kalau masa pre konflik diperlukan sekarang amat diperlukan).

2. Pimpinan tertinggi parti yang berkolusi wajib bertemu sekarang tanpa lengah.

3. Semua pihak berkolusi perlu melihat objektif besar kolusi untuk membawa perubahan politik baru dan apa sahaja yang menghalang matlamat ini perlu dihentikan segera.

4. Setiap parti dari rakan yang berkolusi wajib mengawal partinya untuk tidak memburukkan keadaan.

5. Jawatankuasa khas mengendalikan krisis mesti diwujudkan untuk memberi cadangan-cadangan kepada meminimumkan kesan krisis politik.

Kesemua lima cadangan di atas tidak akan dapat dilaksanakan apabila salah satu atau kesemua parti berkolusi mempunyai agenda lain yang tersirat walaupun ini bermakna atas kos perpecahan kolusi.

Buat masa ini kejujuran dan amanah kepada mandat rakyat adalah perkiraan yang paling utama dalam menguruskan saat yang sukar ini.

Penulis mempunyai latar belakang dalam bidang pengurusan konflik.

Sumber HD - 10-8-2014




















































Aidilfitri tanpa rasisme

DR MUJAHID YUSOF | .
MEMILIKI jiwa yang terbina atas fitrah bukanlah mudah kerana fitrah adalah sifat semulajadi manusia yang dijadikan oleh Pencipta pada awal kita mengenali dunia.

Ia tanda bersih dari kekotoran kebencian dan runtunan hawa nafsu. Sekian lama diri manusia dicemari sejak ia telah ‘lari’ dari fitrah menyebabkan dunia tidak aman lagi dan hubungan manusia sama manusia dan alam yang didiaminya penuh dengan prejudis kebencian dan kehancuran.

Kembali kepada fitrah adalah satu perjuangan, mencuci daki dan karat diri adalah medan pertempuran yang dahsyat kerana kejayaannya adalah kemenangan hakiki yang dicari.

Aidilfitri adalah simbol keraian kepada kemenangan tersebut dan sebelumnya kita dituntut untuk menahan dan mengawal diri kerana itu adalah mukadimah kepada kemenangan sebenar.

Hari ini adalah hari menjulang jiwa yang bersih mahu menjadi hamba pada Pencipta dan mahu menjadi insan yang penuh rahmat interaksinya dan berjiwa besar pada kekurangannya.

Kemenangan bukan apabila satu insan memijak dan menginjak insan yang lain atas nama kaum dan bangsa serta agamanya, tetapi kemenangan adalah apabila satu insan menatang insan yang lain dalam teriakan kasih manusiawi demi kembali kepada fitrah kejadian.

Hanya apabila kemanusiaan dicabuli sesama insan, wajib dipertahankan maruah kemanusiaannya. Seorang bayi tidak mengenali erti perkauman sempit mahupun mempunyai sikap prejudis kepada bayi bangsa lain, mereka hanya senyum dan bermain dengan satu perasaan yang suci dan bersih, itulah fitrah.

Kita tidak perlu menjadi bayi untuk menikmati semua itu, kita hanya perlu menjadi manusia semula kembali kepada fitrah dan hari itu adalah hari ini. Allah menjadikan Ramadan sebagai bulan ujian dan menjadikan bulan Syawal sebagai bulan kemenangan kepada mereka yang melepasinya.

Berhentilah budaya prejudis sesama manusia atas kaum dan bangsa serta agama yang berbeza kerana ia hanya akan membentuk sikap rasis yang keji sifatnya dan jika tidak dihentikan budaya ekstrem akan terus melengkapkan pakej kemusnahan ke atas semua kita.

Manusia yang membunuh insan yang tidak berdosa dari kanak-kanak dan wanita serta orang tua-tua adalah manusia yang bertopengkan binatang dan berketurunan binatang yang hina. Kemanusiaan bagi mereka terlalu murah sedangkan mereka lupa bahawa hanya orang murahan sahaja yang tidak kenal erti fitrah.

Peristiwa pembunuhan penduduk Gaza telah mencemari kesucian hari ini dan tentera Zionis akan dikenang sebagai pembunuh kejam yang tidak ada pencabarnya.

Perjuangan menentang tentera manusia binatang ini adalah sebuah perjuangan menjulang erti kemanusiaan dan pada saat kita menukilkan erti kemenangan di sini secara simbolik, mereka menukilkannya dengan darah dan jiwa mereka untuk kemenangan secara praktikal bagi kita semua.

Raikan kemenangan, saat fitrah menguasai hubungan sesama kita, saat jiwa kita bersinar dari segala kegelapan dosa peribadi dan dosa kebencian pada orang lain.

Hanya saat itu akan menyelamatkan negara kita dan semasa kita mengucapkan “Taqaballahu Minna Wa Minkum” kita juga harus mengucapkan demi negara kita yang tercinta Malaysia:

SELAMAT HARI RAYA DEMI MALAYSIA TANPA RASISME, MAAF ZAHIR BATIN.

“Dan hendaklah kamu menyempurnakan waktu berpuasa itu dan setelahnya (nampak anak bulan syawal) agungkanlah Allah atas pemberiannya kepada kamu dan semoga kamu bersyukur” (Al Baqarah: 185)
_______________
Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa ialah Ahli Parlimen Malaysia dan Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS Pusat.

Sumber HD - 4-8-2014

MH 17: Dunia berkabung, kuasa dunia bertembung

DR MUJAHID YUSOF | .





SUDAH jatuh ditimpa tangga, luka lama belum sembuh, luka baru pula muncul, demikianlah perasaan tidak terungkap walaupun dengan kiasan bahasa.

Negara berkabung sebelumnya pada kehilangan MH370 yang hingga saat ini tidak muncul-muncul dan kini MH17 pula dikatakan menjadi sasaran peluru berpandu di kawasan yang menjadi rebutan.

Pada saat rakyat Malaysia, Belanda, Australia, Indonesia dan lain-lain yang menjadi mangsa korban berkabung, kuasa besar pula bersedia untuk bertembung.

Tiada siapa yang menafikan kuasa besar sebenarnya tidak peduli apa yang berlaku kepada mangsa, apa yang mereka pentingkan adalah perimbangan kuasa mereka di Eropah Timur dan meneruskan dasar ‘proxy war’ untuk terus berkuasa.


Lanjutan Perang Dingin

Amerika selepas Perang Dunia ke-II berhadapan dengan peperangan ideologi antara ‘komunis’ Russia dan ‘liberal’ Amerika.

Dunia dibahagikan melalui tirai besi antara pengaruh komunis Russia dan liberal kapitalis Amerika. Suasana ini melahirkan apa yang dinamakan sebagai ‘perang dingin’ bermula tahun 1946.

Dasar Amerika Syarikat adalah untuk membentuk keadaan bertahan atau berkawal (containment) dan bersedia bila-bila masa untuk berperang (roll-back).

Amerika dan sekutunya mewujudkan Nato (North Atlantic Treaty Organization) untuk mengimbangi penguasaan komunis di Eropah Timur. Russia mewujudkan Pakatan Warsaw bagi mengumpulkan negara-negara Eropah Timur yang tunduk kepada ketuanannya.


Peperangan Proksi

Dalam mengekalkan dasar ‘containment’ dan perluasan komunis berlaku beberapa ‘proxy war’ yang pada matlamatnya adalah untuk memenuhi kehendak pihak yang lebih besar iaitu Amerika dan Rusia.

Namun permainan ‘cold war’ ini berubah langkah apabila Soviet Union runtuh dan Rusia menjadi persekutuan (federation) dan negara-negara bawah kuasa Soviet menuntut autonomi.

Begitu juga salah satu negara yang besar terbentuk di bawah keruntuhan ini iaitu Ukraine. Ukraine yang memiliki tapak senjata nuklear ketiga terbesar semasa era Soviet Union bersetuju untuk menyerahkan dalam program perjanjian penyerahan senjata nuklear dengan syarat ia diberi kemerdekaan sebagai sebuah negara yang bebas.

Ukraine memilih untuk berkiblatkan ke arah Amerika yang sangat memerlukan negara yang menjadi proksinya untuk mengawasi kebangkitan semula komunisme.


Kebangkitan Semula Rusia

Vladimir Putin bagi warga keturunan Russia adalah simbol kebangkitan dan Presiden Rusia itu tidak ada pilihan untuk membangkitkan semangat Rusia melainkan ia perlu menunjukkan taringnya dan kali ini Ukraine menjadi mangsanya.

Penjajahan Semenanjung Crimea yang terletak di Timur Ukraine adalah isyarat kebangkitan Rusia yang sudah mula menunjukkan dasar penjajahan baru.

Amerika tidak selesa kerana khuatir kemenangannya menguasai Eropah Timur akan terjejas dengan kebangkitan penjajahan baru Rusia. Rusia membekalkan senjata kepada pemberontak Ukraine berbangsa Rusia untuk melemahkan kedudukan Ukraine.

Ia seolah pengisytiharan perang ke atas Amerika Syarikat dan kuasa Nato. Apakah peperangan baru era Putin akan meledak?


Mengapa MH17?

Sukar untuk menjawab persoalan ini seperti mana sukar untuk menjawab ke mana hilangnya MH370. Tetapi yang pasti Malaysia dijadikan umpan untuk perang kuasa besar supaya Amerika Syarikat ada mempunyai alasan yang ‘kuat’ untuk campur tangan ke atas Ukraine.

Rakyat Malaysia sebenarnya tidak peduli siapa yang menembak MH17 dan tidak berminat dalam ‘blame game’ ini. Bagi kita, siapa sahaja yang melakukan kejahatan ini adalah binatang dalam topeng manusia. Mereka tidak berhati-perut untuk menjadikan kapal terbang awam sebagai bidikan.

Dunia mengutuk dalam kegilaan kuasa besar mencatur bidak-bidak mereka termasuk Belanda yang mencatat mangsa paling ramai yang terkorban.


Kutuk Kuasa Besar

Ia adalah mainan kuasa besar yang bernafsu untuk membuka medan perang baru setelah mereka merosakkan Palestin dan menghancurkan Gazza saat artikel ini ditulis.

Malaysia perlu berdiri dengan penuh maruah untuk tidak mengambil pihak dalam perang gila ini dan mengutuk Amerika dan Rusia kerana mengheret Malaysia dalam peperangan mereka.

Buat masa ini keutamaan adalah memastikan mayat mangsa dikembalikan kepada keluarga masing-masing sementara dunia menantikan jawapan dalam kotak hitam untuk menentukan samada MH17 telah ditembak atau tidak.

Bagi rakyat Malaysia, hari ini berlangsung sidang khas Parlimen untuk seluruh negara mendapat penjelasan awal dan supaya ahli Parlimen mendapat peluang untuk berbahas.

Kesemua 222 Ahli Parlimen Malaysia bersetuju sebulat suara dengan usul Perdana Menteri kerana ia adalah soal maruah dan harga diri sebuah negara. Tidak ada siapa yang perlu mempertikaikannya.

Malaysia berkabung kuasa besar pula bertembung....
______________________
Mujahid Yusof Rawa ialah Ahli Parlimen Parit Buntar

Sumber HD - 23-7-2014

No comments:

Post a Comment