BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Friday, July 18, 2014

PAS DAN HALEHWAL NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS












Iktibar daripada tragedi kebakaran pusat tahfiz

Dalam pada itu, pihak Dewan Ulamak berharap kepada masyarakat awam agar tidak mewujudkan pandangan-pandangan negatif terhadap institusi agama khususnya, sebaliknya sama-sama memberikan bantuan agar institusi agama terus maju dan membangun seiring dengan semangat perlembagaan yang meletakkan islam sebagai agama persekutuan. 
Mengambil iktibar daripada tragedi yang lalu, Dewan Ulamak PAS  Negeri Sembilan mengambil kesempatan ini untuk menyeru kepada semua pusat-pusat tahfiz al-Quran, pondok-pondok agama, termasuk juga pusat-pusat jagaan anak yatim, dan rumah-rumah anak yatim khususnya di Negeri Sembilan agar : 
a. Mengemas kini sistem pengurusan pusat tahfiz/pondok agama/pusat jagaan  anak yatim/rumah anak yatim masing-masing seperti mewujudkan pangkalan data khas untuk pelajar-pelajar/penghuni masing-masing. Ini bagi memudahkan urusan pendokumentasian pengurusan masing-masing. 
b. Mengambil berat terhadap faktor keselamatan dengan mengadakan pemeriksaan ciri-ciri keselamatan secara berkala. 
c. Mendaftarkan pusat tahfiz/pondok agama/pusat jagaan anak yatim/rumah anak yatim masing-masing kepada pihak berautoriti seperti Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) atau Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) supaya pihak terbabit dapat mengambil berat terhadap premis masing-masing. 
Dewan Ulamak PAS Negeri Sembilan juga menyokong penuh usaha-usaha ke arah mewujudkan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) dan mengharapkan agar perbincangan dalam merangka dasar ini dapat melibatkan semua pihak yang layak dan berada dalam bidang tahfiz ini khususnya. 
Semoga Malaysia dijadikan Allah sebagai sebuah negara yang sejahtera sebagaimana dicerminkan Allah dalam surah Saba', ayat 15 : 
لَقَدْ كَانَ لِسَبَإٍ فِي مَسْكَنِهِمْ آيَةٌ ۖ جَنَّتَانِ عَنْ يَمِينٍ وَشِمَالٍ ۖ كُلُوا مِنْ رِزْقِ رَبِّكُمْ وَاشْكُرُوا لَهُ ۚ بَلْدَةٌ طَيِّبَةٌ وَرَبٌّ غَفُورٌ 
Maksudnya:
"Demi sesungguhnya, adalah bagi penduduk negeri Saba', satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu: dua kumpulan kebun (yang luas lagi subur), yang terletak di sebelah kanan dan di sebelah kiri (kampung mereka). (Lalu dikatakan kepada mereka): "Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepada-Nya; (negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan makmur), dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan yang Maha Pengampun!." 
Dewan Ulamak Pas Negeri Sembilan mengucapkan Takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam kebakaran Maahad Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah. Semoga Allah kurniakan kesabaran yang tinggi pada keluarga yang terlibat dan mudah-mudahan Allah  tempatkan mereka yang Syahid bersama dengan para Syuhadak dan Solihin. 
USTAZ ABDUL HADI MOHD ISA
Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Sembilan – HARAKAHDAILY 15/9/2017
Sumber HD - 15-9-2017 


Kebakaran: MPS dituntut bayar pampasan

MAJLIS Perbandaran Seremban (MPS) diminta membayar pampasan kepada peniaga Pasar Besar Seremban yang terjejas teruk akibat kebakaran Sabtu lepas.
Timbalan Pesuruhjaya II PAS Negeri Sembilan, Ustaz Khairil Anuar Mohd Wafa berkata, PAS akan menghantar memorandum kepada MPS mendesak membayar pampasan sewajarnya kepada peniaga terbabit. 
"MPS kutip sewa lot niaga dan lesen perniagaan. Lagi pun pasar terbabit di bawah pengurusan MPS, maka sewajarnya mengambil tanggungjawab membayar pampasan,” katanya selepas melawat kesan kebakaran di pasar tersebut semalam.
Turut hadir Timbalan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Negeri Sembilan, Yau Con Seng dan Pengerusi Lajnah Ekonomi dan Usahawan PAS, Nasarudin Baharudin. 
Pada lawatan itu mereka menemui peniaga yang terlibat dengan kebakaran terbabit.
Khairil Anuar juga memberitahu kemungkinan penyelengaraan pendawaian elektrik yang kurang memuaskan punca kebakaran. 
“Kami dimaklum beberapa peniaga kebakaran tersebut merupakan kali ketiga sejak pasar besar itu beroperasi pada 1978. Dua kebakaran sebelum ini tidak teruk," katanya. 
Pada kejadian Sabtu lepas hampir keseluruhan tingkat atas Pasar Besar Seremban musnah. - HARAKAHDAILY 13/9/2017
Sumber HD - 13-9-2017 




Bantulah Pasti ini demi bina sekolah yang lebih baik

ANAK-anak PASTI ini sanggup meninggalkan keseronokan bermain dengan kawan-kawan seusianya, demi membantu menyiapkan PASTI NURUL HIDAYAH tempat mereka belajar setiap hari. 
Kedengaran perbualan di antara mereka. 
" Anak-anak...pergi main di sana...!!! Di sini tempat orang tua buat kerja,” tegur seorang Pak Cik. 
“Tak mahulah Pak Cik. Saya nak siapkan sekolah saya. kasihan dengan cikgu dan kawan-kawan,”  Jawab si anak ini. 

Terharu rasa hati bila mendengar jawapan si anak kecil ini. Walaupun kudratnya tidak beberapa, tetapi dia punya jiwa yang besar. Cinta, kasih dan sayangnya kepada Sekolah PASTI mengatasi keseronokan bermain dengan kawan-kawan yang lain.
Esok, Lusa, sesi persekolahan akan kembali. Tak tau lagi dimana tempat untuk mereka belajar,  sementara menantikan bangunan PASTI ini siap. 
Bak kata pepatah, Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Sabarlah wahai anak, bantuan Allah pasti akan datang. 
Bagi teman-teman yang ingin mendapatkan maklumat lanjut, sila berhubung dengan;
Tel/SMS/WhatsApp: Abu Samah 013-6416095 dan Cikgu Ummi 019-2902640 atau boleh menyumbang terus ke akaun; Bank Rakyat (1139 9100 0251) PASTI NURUL HIDAYAH, FELDA PALONG 4, GEMAS NEGERI SEMBILAN. – HARAKAHDAILY 3/9/2017
Sumber HD - 3-9-2017 






Tangkap Isa, SPRM harus siasat biar lumat











TAHNIAH kami di Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan ucapkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang telah menahan bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad pada jam 4.30 petang tadi berikutan siasatan isu pelaburan Felda. 
Insan yang disebut sebutkan sebagai orang paling berkuasa di Felda ini terlalu banyak isu yang terkait dengannya sejak beliau menerajui Felda dan kini beralih ke SPAD. 
Antaranya isu pembelian Hotel, pelaburan PT Eagle, ikan Strurgeon, dan paling besar skandal FGV yang sangat merugikan kaum peneroka Felda. 
Kami amat mengharapkan agar SPRM menyiasat sepenuhnya dan jika didapati berasas, maka pendakwaan harus dibuat sebagai susulan. 
Siasatan juga harus dilakukan tanpa ada unsur takut dengan kaitan Isa Samad sebelum ini dengan pemimpin utama negara yang dikatakan terlalu banyak melindungi  ayam tambatannya ini. 
Apa yang penting kami tidak mahu tangkapan ini hanya sebagai satu sandiwara menjelang Pilihan Raya Umum ke 14 yang akhirnya nanti pasca pilihan raya perkara sebaliknya berlaku. 
Apapun kami tetap menaruh keyakinan SPRM akan melakukan yang terbaik demi memastikan agenda membanteras rasuah di negara ini tercapai. 
Tahniah sekali lagi kepada SPRM. Buktikan agensi ini benar benar bebas. 
KHAIRUL YAZMAN YAHYA
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan
15 Ogos 2017 - HARAKAHDAILY 15/8/2017
Sumber HD - 15-8-2017 








Rumah kos rendah vs kompleks sukan belia, apa Umno utamakan?

TAHNIAH dari kami Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan ucapkan kepada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar atas pelaksanaan projek kompleks belia dan sukan di Rembau, sesuai peranannya sebagai Ahli Parlimen Rembau dan yang menaungi belia dalam ehwal belia dan sukan negara. Biarpun ia diumum tahun lalu, namun kita tetap mengharapkan projek dilaksanakan sebaiknya mengikut jadual. 
Projek ini telah dimulakan pada November tahun lalu dan ia termasuk dalam perancangan di bawah Kementerian Belia dan Sukan, menariknya sasaran dijangka siap akhir 2018 dengan kos pembinaan RM27 juta. 
Kompleks ini akan dilengkapi dengan padang sintetik, balapan, dewan yang boleh memuatkan enam gelanggang badminton atau 1,500 orang untuk satu-satu masa.
Selain itu akan ada juga dua gelanggang futsal, dua gelanggang sepak takraw, sebuah gelanggang bola keranjang dan sebuah gelanggang bola jaring. 
Kami di Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan ingin menimbulkan sedikit pertanyaan sama ada kemajuan projek yang disasarkan pada 2018 ini mengikut rancangan atau sebaliknya nanti akan 'delay' di samping akan menyebabkan kos tambahan dibuat akibat kelewatan siap. 
Seperkara yang lebih penting lagi, kami ingin mengajukan soalan di mana perancangan pihak belia khasnya Khairy selaku Ketua Pemuda Umno dalam memastikan belia di Rembau khasnya dan Negeri Sembilan ini amnya dapat memiliki rumah kediaman memandangkan bilangan anak muda atau belia yang tidak memiliki rumah kini semakin meningkat akibat harga rumah yang ditawarkan di negeri ini oleh pemaju meningkat terlalu mendadak. 
Antara kawasan yang dikenal pasti menawarkan harga rumah 'mampu lihat' di Seremban, Senawang dan Sendayan di mana rata-rata harga kini melebihi RM500,000 untuk rumah dua tingkat dan RM300,000 untuk rumah setingkat. Sementara projek rumah kos rendah amatlah kurang akibat sikap pemaju yang lebih memikirkan soal keuntungan. Ia memaksa anak muda khasnya mereka yang berpendapatan rendah di negeri ini hanya menyewa rumah dengan kadar sewa pun kini telah meningkat di samping mereka berdepan kos sara hidup yang terlalu tinggi.
Kami ingin bertanyakan kepada Khairy di mana peranan beliau selaku menteri belia dan Ketua Pemuda Umno dalam memastikan anak muda di negeri kelahirannya ini mampu memiliki rumah setidak-tidaknya rumah kos rendah pada kadar harga munasabah. 
Kami juga menggesa pihak terbabit segera membincangkan isu perumahan anak muda di negeri ini selain menyelesaikan isu projek Rumah Generasi Kedua Felda (PGBF)  yang dilihat tertangguh lama di zaman Tan Sri Isa Samad menerajui Felda.
Setakat ini kami tidak nampak apa-apa perancangan Kerajaan Umno BN dalam melihat Program Rumah Awam Harga Rendah (RAHR) dijadikan keutamaan khasnya dalam melihat hala tuju perumahan khususnya untuk anak-anak muda negeri ini yang kurang berkemampuan di masa hadapan. 
Mara Menuju Cita
Sejahtera Bersama Islam
KHAIRUL YAZMAN YAHYA
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan
Sumber HD - 4-8-2017 










Isa cengkam 'keberanian' Najib

1. PELANTIKAN Tan Sri Isa Samad sebagai Pemangku Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menunjukkan bahawa transformasi dilaungkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak hanyalah satu kepalsuan. Najib ternyata tiada keberanian dan keazaman politik untuk mengenepikan individu-individu bermasalah dari berada dalam struktur pemerintahannya. 
2. Bahkan, tindakan tersebut membuktikan kronisme dan nepotisme yang wujud apabila jawatan dan kedudukan menjadi ‘agihan’ dibahagi-bahagi atas kepentingan diri, dan bukannya atas merit keupayaan atau kepakaran dimiliki. Malah, turut membayangkan saling berpakat atau bersekongkol melindungi kecurangan masing-masing. Malang sekali, hak awam telah jadi pertaruhan yang merugikan. 
3. Kami khuatir, keberadaan Isa di SPAD hanya akan menimbulkan masalah baharu di entiti itu. Sedang kemelut di Felda mungkin tidak akan selesai kerana FGV ditubuhkan Isa bersama kukunya yang mencengkam. Malah, Isa dilihat telah mencapai misi pertembungan beliau dengan Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Zakaria Arshad yang dimusuhinya apabila Zakaria turut ‘disingkirkan’ hari ini.

4. Walhal, siasatan ke atas Zakaria masih berlangsung dan belum dibuktikan sebarang tuduhan. Namun, episod drama dimainkan Najib seperti lazimnya akan mengkambing-hitamkan atau menjatuhkan pihak yang tidak seia sekata dengannya. Kami bimbang, keadaan menjadi semakin parah dan tidak menuju penyelesaian diharapkan, sedangkan banyak pihak menerima kesannya. 
5. Impian membebas dan mengangkat semula hak golongan peneroka Felda juga masih dibayangi kesangsian sekiranya Tan Sri Sulaiman Mahbob yang dilantik selaku Pemangku Pengerusi FGV akan menjadi ‘robot kawalan jauh’. Profesionalisme yang ada padanya hanya akan sia-sia jika pengaruh politik berkepentingan terus campur tangan dalam usaha pemulihan Felda. 
6. Menyesali sikap dayus Najib itu, kami menggesa anak muda termasuk seluruh warga Felda agar cermat meneliti lakonan sedang dilayarkan ini dan terus berjuang menuntut hak, serta bersatu menuju perubahan. Hanya pentadbiran Islam menjadi sandaran dan jaminan penyelesaian terhadap semua kemelut yang telah berlarutan sekian lama ini.   
“Sejahtera Bersama Islam”
“Mara Menuju Cita”
WAN NORDIN WAN YAACOB
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan
19 Jun 2017 | 24 Ramadan 1438 - HARAKAHDAILY 19/6/2017
Sumber HD - 19-6-2017 












Isa Samad individu bermasalah yang mesti diundurkan

REKOD ‘merah’ kemerosotan, skandal dan kacau bilau melanda ke atas Felda dan entitinya adalah berpunca dari individu bermasalah yang menjawat kedudukan di agensi itu. Bahkan, individu sama ketika menjawat kedudukan Menteri Besar negeri Sembilan juga tidak membawa sebarang pencapaian kepada negeri ini. 
Hakikatnya, Tan Sri Isa Samad menggunakan kedudukannya sebagai peluang untuk kepentingan peribadi dan kemuncak masalah dibuktikan apabila beliau disabit dengan kesalahan politik wang oleh partinya. Maka, beliau perlu diundurkan segera dari terus menghadirkan masalah berpanjangan. 
WhatsApp Image 2017 06 16 at 6.13.46 PMAnak muda Negeri Sembilan melihat beliau perlu direhatkan dari sebarang urusan berkait kepentingan negara dan rakyat kerana terbukti tidak jujur dan tekun. Kedudukan hanya menjadi muslihat dan imbal balas untuk memenuhi nafsunya yang tidak pernah puas di mana kini menerbitkan kejahatan lain pula. 
Selepas rakyat Negeri Sembilan, kemudian para peneroka Felda di seluruh negara, kini ancaman beralih kepada pengurusan tertinggi agensi itu. Ia tidak boleh ditangguhkan lagi, Isa Samad mesti segera diundurkan sebelum keadaan menjadi lebih parah dan membawa bencana serta kemusnahan skala besar. 
Segala nilai profesionalisme dan disiplin telah dihancurkan oleh keangkuhannya mempertahankan kedudukan yang sudah tentunya diperkukuh oleh sokongan politik tertentu. Beliau sememangnya tidak bertanggungjawab dan tidak sepatutnya diberi tanggungjawab atas rekod yang telah diciptanya 
Transformasi yang dilaungkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak tidak mungkin tercapai di Felda selagi adanya individu seperti Isa. Jika Najib tiada keberanian untuk mengundurkan Isa, maka bersedia hadapi keberanian anak muda mengundurkannya dari Putrajaya. 
WAN NORDIN WAN YAACOB
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan
16 Jun 2017 | 21 Ramadan 1438 – HARAKAHDAILY 16/6/2017

Sumber HD - 17-6-2017 














Guru pembentuk generasi rabbani

GURU Ibarat Lilin... Memamg ini perumpamaan yang dekat dengan sifat seorang guru,  dia membakar diri menerangi kegelapan malam. 
Namun siapa sahaja yang tahu kepenatan, jerih perit seorang guru pada ketika ini berdepan cabaran mendidik anak bangsa. 
Apatah lagi dengan pelbagai dasar bertukar ganti setiap kali tukarnya Pak Menteri. Mereka yang membuat dasar secara sewenang mendesak guru segera mengaplikasi dasar baharu hingga guru juga terkorban,  berdepan tekanan. 
Anak, isteri atau suami sudah kerap kali menjadi perkara kedua dalam hidup mereka kerana memfokuskan diri kepada kerjaya yang mulia ini. 
Setiap tahun, tanggal 16 Mei merupakan hari yang bermakna bagi menunjukkan perhargaan yang tidak terhingga buat insan bergelar guru yang tabah dan gigih dalam mendidik serta mempersada ilmu pengetahuan. 
Tidak sedikit pengorbanan para guru saban hari melayan pelbagai kerenah anak didik di samping bebanan rutin kerja harian yang pastinya memenatkan. 
Kami di Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan amat menyanjung tinggi tugas guru apatah lagi guru kerjaya mulia yang mana dalam sirah Nabi meletakkan Rasulullah SAW  Ikon seorang guru yang berjaya mendidik umat manusia menjadi insan yang berilmu dan bertakwa kepada Allah. 
Lahirnya Perdana Menteri,  menteri,  wakil rakyat,  dan mereka yang tersohor, sanada profesor, jurutera,  doktor, dan segala kepakaran lain juga bermula dengan didikan guru, dengan izin Allah tanpa insan bergelar guru. 
Masakan mereka semua mampu meniti kejayaan bergelar orang ternama tanpa didikan awal seorang guru. 
Ini membuktikan sumbangan guru bukan kecil nilainya dalam rangka membentuk generasi terbilang yang pastinya menghasilkan masa depan bangsa, negara dan ummah yang gemilang. 
Mahu tidak mahu, kita semua akui kerjaya seorang guru berdepan pelbagai rencam sama ada sikap masyarakat yang terkadang kurang memberi galakan,  malah menyerahkan sepenuhnya kepada guru dan mengibaratkan guru sebagai 'penjaga anak'menjadikan mereka semakin tertekan. 
Kepada kerajaan yang memerintah,  jangan dilupai jasa guru ini kerana yang memerintah ini juga sebelum ini dilatih dan diasuh insan bergelar guru. 
Berikan perhatian kepada kebajikan mereka,  samada perubahan elaun,  skim gaji yang lebih baik dengan peralihan yang lebih sesuai berdasarkan tekanan dan kerja buat guru ketika ini. 
Kepada insan yang bergelar guru, teruskan usahamu mendidik anak bangsa. Biar terbakar umpama lilin menerangi kegelapan,  biar jasamu terus menjadi bukti melahir anak bangsa, demi nusa, bangsa dan agama-Nya. 
Selamat Hari Guru
KHAIRUL YAZMAN YAHYA
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan – HARAKAHDAILY 16/5/2017
Sumber HD - 16-5-2017 

Selamat Hari Jururawat

TIDAK ramai yang peduli dan tahu bahawa Jururawat adalah antara entiti terpenting khidmatnya dalam sektor kesihatan di negara ini memandangkan ia kerjaya yang tidak sepopular peguam, doktor dan jurutera. 
Namun peranan golongan ini cukup ditagih dan diperlukan apatah lagi mereka juga merupakan nadi utama kepada pada doktor di hospital dalam urusan merawat pesakit dan seterusnya menguruskan rawatan pasca khidmat doktor, apatah lagi jururawatlah sebenarnya yang sentiasa berada bersama pesakit setiap masa di hospital. 
Peranan mereka besar dalam mempastikan pesakit dapat khidmat yang baik dan rawatan susulan selepas setiap doktor melakukan pemeriksaan atau sebarang pembedahan. 
Masihkah kita ingat bahawa tanggal 12 Mei setiap tahun, merupakan detik terpenting bagi meraikan jururawat ini? Atau kita membiarkan ianya berlalu begitu sahaja tanpa kita merasai perit jerih insan yang menabur bakti di medan kesihatan ini siang dan malam, bekerja syif dan lebihan masa bagi mempastikan pesakit kembali sihat dan mampu mengorak senyum. 
Khidmat mereka ini tiada galang ganti, anak dan suami mereka menahan rasa tatkala malam menjelma mereka masih di hospital berkhidmat untuk nusa bangsa. 
Insan insan ini teguh hatinya, ikhlas jasanya. Merekalah Jururawat! 
Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan dengan itu mengucapkan Selamat Hari Jururawat kepada seluruh jururawat yang bertungkus lumus berkhidmat di negara ini. Tidak kira di sektor mana,  jasamu tetap menjadi sanjungan. 
Sehubungan dengan itu, maka DPPN9 mahu menyarankan agar kerajaan memberi perhatian khusus kepada golongan jururawat khasnya soal kebajikan mereka agar hidup insan yang berhati mulia ini sedikit sebanyak terbela. Buat permulaan ini,  kerajaan harus mempertimbangkan kenaikan elaun, gred dan gaji mereka ke tahap yang lebih baik sejajar dengan khidmat mereka. 
Kepada para jururawat pula, khidmatlah dengan ikhlas dan terus berbakti demi agama dan negara apatah lagi kerja mulia ini akan menjadi pahala berpanjangan andai dijalankan dengan ikhlas. 
SELAMAT HARI JURURAWAT BUAT SEMUA INSAN INSAN BERGELAR JURURAWAT 
KHAIRUL YAZMAN YAHYA
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan
15 Syaaban 1438 / 12 Mei 2017 - HARAKAHDAILY 12/5/2017
Sumber HD - 12-5-2017 



















RUU 355: Hakikat yang membenarkan janji Allah

BERITA bahawa BN memutuskan bahawa kerajaan tidak membawanya selepas mesyuarat majlis tertinggi menunjukkan sesuatu yang penting dilihat dengan kaca mata hikmah Allah. Mereka yang memandang dengan kaca mata sekular akan kekal buta dan tersesat. 
Keputusan yang membelakangi cadangan Timbalan Perdana Menteri Malaysia?
Hakikat ini perlu disedari jika kita pejuang politik Islam yang peka. Dua minggu lepas, TPM mengumumkan bahawa kerajaan akan mengusulkan pindaan, tiba-tiba hari ini, ia berlaku sebaliknya? Apa yang terjadi pada Umno BN? Sudah tidak sekata antara PM dan TPM atau BN akan bergolak lagi. 
RUU355 dilihat sebagai aspirasi seluruh umat Islam yang mahu Islam terus dimartabatkan. Maka, bola yang cuba diambil kesempatan politik tak akan mampu dibawa. Hanya yang ikhlas berjuang, mampu terus mengangkat usaha usul ini. Maka, ia kembali kepada PAS untuk terus mengarusperdanakan melalui usul persendirian. 
Parti-parti lain hanya akan mengejek atau menentang, kerana agenda mereka bukan bertujuan memartabatkan Islam. Adapun yang nama sahaja Islam, tetapi jadi tunggangan dan khadam bukan Islam yang tak akan menjaga kepentingan Islam. 
Kedudukan Najib tidak begitu kukuh atau Umno merasakan ada pengkhianatan senyap? 
Keputusan terbaru tentang RUU355, menunjukkan bahawa Umno sendiri berada dalam ragu-ragu untuk menjadi kuasa yang dipatuhi dalam BN. Kemungkinan jua, PRU14 nanti akan berlaku proses pembersihan kepada mereka yang tak sokong dan tak bersama Najib. Maka akhirnya, Umno semakin lemah dengan perpecahan. 
PAS? Sekiranya perjuangan ini memang diangkat oleh mereka mereka yang beriman dan beramal soleh, sepertinya tanda tanya yang berlaku sebagai tanda kemenangan akan muncul jua walaupun buat masa ini ramai melihat seolah-olah sebaliknya. 
Lihatlah sejarah bagaimana dalam perang Hunain, walaupun ketika ramai, ramai bangga akan menang. Lantas Allah menguji umat Islam diserang hendap. Namun, sisa-sisa yang tinggal, malah dibantu muallaf yang baru masuk Islam seperti Abu Sufian, Suhail bin Amru, akhirnya kemenangan kembali kepada Islam. 
Pandanglah dengan kaca mata janji Allah, jangan melihat dengan kaca mata munafik dalam perang Ahzab. 
Mereka yang tidak yakin dengan untuk membawa Islam di zaman terkini akan bersikap seperti sikap munafik perang Ahzab. Mengejek ejek yang beriman, namun akhirnya mereka dihinakan kedudukan oleh Allah. Identiti mereka dikenali dan pasti akan menjadi liabiliti sepanjang orang mukmin mengenali mereka melainkan mereka bertaubat. 
Yakinlah, Islam pasti menang. 
Ahmad Hakimi Othman
Pengarah Jabatan Penerangan DPPNS
30 Mac 2017 - HARAKAHDAILY 30/3/2017
Sumber HD - 30-3-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 





















Pembinaan bangunan PAS Seremban sudah bermula

FAIZ ABDULLAH | .




















http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42615-pembinaan-bangunan-pas-seremban-sudah-bermula

SEREMBAN: Selepas berjaya membeli sebidang tanah di Ampangan (Jalan Jelebu) dengan harga RM250,000; PAS Seremban melangkah setapak ke hadapan dalam usaha membina bangunan Pejabat dan Markaz Tarbiah PAS Seremban.

Menurut Ketua Penerangan PAS Seremban, Rahim Yusof, pihaknya masih menunggu proses penukaran nama dalam geran tanah tapak bangunan tersebut.

"Kita masih menunggu proses penukaran nama dalam geran kepada PAS Malaysia. Sementara itu kita telah memulakan kerja-kerja awal sejak beberapa hari yang lepas. Dalam fasa pertama, kita akan bina sebuah bangunan yang akan menempatkan bilik gerakan  dan pejabat jabatan pilihan raya.

"Kita memerlukan kos sebanyak RM2.5 juta untuk menyiapkan kompleks pejabat PAS Seremban ini. Justeru, kami memohon sumbangan dana dan bahan binaan dari orang ramai untuk menampung kos pembinaan bangunan ini. Kami juga mengharap sumbangan dari segi kepakaran teknikal," kata beliau.

Sumbangan kewangan untuk projek pembinaan Pejabat dan Markaz Tarbiah PAS Seremban ini boleh disalurkan melalui 'Tabung Bangunan PAS Seremban', Nombor Akaun Bank Islam: 0506 7010 004702.Sebarang pertanyaan boleh hubungi Rahim Yusof di talian 013-3943329. – HARAKAHDAILY 26/9/2016

Sumber HD - 26-9-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                      
Perut anak lapar, saya curi daging buat rendang, kata ibu tunggal
Posted on Wednesday, August 10 @ 19:39:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah                                                                                                          

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31323



Gara-gara mencuri bahan untuk membuat rendang, seorang ibu tunggal dibebaskan dengan bon berkelakuan baik kerana oleh Mahkamah Majistret Seremban, semalam.

Nor Farina Che Ya, 38, dikenakan bon berkelakuan baik selama dua tahun dengan cagaran RM1,500 tanpa penjamin oleh Majistret Rahimah Rahim yang membuat keputusan selepas mendengar rayuannya.
Dia mengaku mencuri di sebuah pasar raya berhampiran Dataran Centrio, Seremban 2, Seremban, sekitar jam 6 petang, pada 5 Ogos lalu, lapor Sinar Harian.
Barang-barang yang dicurinya adalah daun kunyit, daun pandan, serai, daging kambing, syampu rambut, minyak angin, pakaian dalam, seluar dan tudung, semuanya dianggarkan bernilai RM262.86.
Mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan, hukuman maksima yang diperuntukkan adalah 10 tahun penjara dan denda. Bagi kesalahan kedua dan seterusnya pula, pesalah boleh dihukum penjara, denda atau sebatan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Soo Kok Weng, manakala Nor Farina yang tidak diwakili peguam tidak dapat menahan air mata selepas keputusan dibacakan.
Nor Farina memberitahu mahkamah, dia menghidap diabetes kronik dan mempunyai anak perempuan berusia 10 tahun yang menghidap penyakit hipoglisemia.
Katanya, dia mencari nafkah dengan mengutip dan menjual kotak serta barang lusuh dan menerima bantuan bulanan RM150.
"Saya nak buat rendang.
"Saya curi daging... curi serai untuk buat rendang... sebab tak mampu," kata Nor Farina dipetik sebagai berkata sambil berlinangan air mata.
Ibu tunggal berusia 38 tahun itu dilaporkan nekad melakukannya perbuatan tersebut walaupun sedar tindakan itu berdosa dalam Islam dan salah di sisi undang-undang susulan tertekan dengan desakan hidup.
“Memang masa buat tu saya tak fikir apa. Saya cuma fikir perut anak yang lapar. Saya kata pada diri sendiri, biarlah saya tanggung dosanya. Apa saya mampu bayar cuma beras pulut yang harganya lima ringgit lebih.
"Macam pakaian tu, saya teringin sangat nak rasa. Bukan untuk saya saja, tapi untuk anak. Saya ambil tudung," katanya kepada pemberita ketika ditemui di luar mahkamah.
Sementara itu, Pengarah JKM Negeri Sembilan, Mohamad Hapil berkata, pihaknya akan menghantar pegawai untuk menyiasat situasi menimpa wanita berkenaan sebelum mempertimbangkan permintaannya.
Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains), Kamal Amran Kamarudin pula berkata, pihaknya juga akan membuat semakan bagi memastikan kesahihan dakwaan Nor Farina berhubung permohonan bantuan Baitulmal.                                                                                                                                                                 Sumber TKO - 10-8-2016                                                                              -----------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                 9.55 tan gading gajah dilupuskan

Posted on Thursday, April 14 @ 19:56:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



SEREMBAN: Malaysia buat kali pertama melupuskan sebanyak 9.55 tan gading gajah bernilai kira-kira RM80 juta yang dirampas oleh pihak berkuasa di pusat pengurusan sisa berjadual Kualiti Alam Sdn Bhd di sini, hari ini.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata gading gajah itu adalah hasil rampasan yang dijalankan sejak tahun 2011 sehingga tahun lalu.


Katanya, gading gajah itu berasal dari beberapa negara seperti Gabon, Ghana, Zambia, Uganda, Tanzania, Kenya dan Selatan Sudan.

"Gading gajah itu dirampas ketika hendak dibawa ke Malaysia melalui beberapa pintu masuk negara seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) dan Pelabuhan Klang," katanya selepas majlis Pelupusan Gading Gajah di Kualiti Alam, hari ini.


Wan Junaidi berkata, penyeludup menjadikan Malaysia yang tidak mempunyai industri berkaitan gading gajah sebagai transit, sebelum menghantar gading itu ke negara lain seperti Thailand, China dan Taiwan.

Sumber TKO - 14-4-2016




























Anakanda bongsu Yang Di-Pertuan Besar NS mangkat

BERNAMA | .


SEREMBAN: Anakanda Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin ibni Tuanku Muhriz, mangkat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Kuala Lumpur pada 11.55 pagi tadi.
  
Baginda berusia 31 tahun.
  
Menurut kenyataan rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Datuk Mat Ali Hassan, jenazah Almarhum akan dibawa ke Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah untuk urusan pemakaman hari ini.
  
Istiadat pemakaman akan diadakan secara tertutup untuk kehadiran kerabat terdekat sahaja.
  
Tunku Aliff Hussein Saifuddin Al-Amin diputerakan pada 3 Sept 1984 dan merupakan putera bongsu daripada 3 beradik kepada pasangan Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud.
  
Dua lagi anakanda Tuanku Muhriz dan Tuanku Aishah Rohani ialah Tunku Ali Redhauddin dan Tunku Zain Al-'Abidin. - BERNAMA

Sumber HD - 15-1-2016



NS Setuju Haram Vape, Beberapa Negeri Akan Bincang
Posted on Wednesday, December 23 @ 12:10:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUALA LUMPUR: Negeri Sembilan bersetuju mengharamkan penggunaan rokok elektronik dan vape selaras dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan pada Isnin.

Sementara, Majlis Agama Islam Selangor, Sabah, Sarawak dan Pahang akan bersidang sebelum membuat keputusan mengenai perkara itu, manakala kerajaan Terengganu, Perlis dan Perak menunggu keputusan kerajaan Persekutuan.

Di SEREMBAN, Mufti Negeri Sembilan Datuk Mohd Yusof Ahmad berkata pihaknya mematuhi keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai perkara itu, dan akan mewartakan secara rasmi pengharaman vape di negeri berkenaan selepas Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa negeri yang akan diadakan bulan depan.

"Penggunaan vape ini lebih banyak mendatangkan kemudaratan daripada kebaikan dan ia perlu dicegah awal sebelum menjadi barah dalam masyarakat seperti dadah," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Di SHAH ALAM, Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid berkata Jawatankuasa Fatwa negeri akan bermesyuarat Januari depan, setelah mendapat maklumat tambahan berkaitan perkara berkenaan daripada kerajaan negeri.

"Sebelum apa-apa tindakan selanjutnya dilaksanakan, rakyat Selangor perlu didedahkan tentang bahaya dan keburukan vape terhadap kesihatan," katanya dalam kenyataan hari ini, bagi mengulas keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan itu, yang diumumkan Pengerusinya Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor.

Abdul Shukor berkata semua ahli muzakarah bersetuju dengan memberi pandangan hukum bahawa penggunaan rokok elektronik dan vape adalah haram, dan keputusan itu dibuat setelah membuat pertimbangan daripada semua sudut termasuk syariah, perubatan dan saintifik serta unsur pembaziran dan budaya tidak sihat.

Di KOTA KINABALU, Mufti Sabah Datuk Bungsu Aziz Jaafar berkata Jawatankuasa Fatwa negeri itu akan bersidang dalam tempoh terdekat bagi membincangkan perkara tersebut, dan membuat keputusan.

"Biasanya (bersidang) pada Mac tetapi memandangkan ada keperluan, kita akan lihat dalam tempoh sebulan ini dan akan tetapkan tarikh (untuk bersidang)," katanya ketika dihubungi Bernama.

Bungsu berkata asas pengharaman vape dan rokok elektronik itu adalah kuat berdasarkan kajian dari sudut kesihatan yang menunjukkan ia memudaratkan, selain dikhuatiri terdapat individu memanipulasi penggunaannya dengan memasukkan bahan terlarang termasuk dadah.

Beliau juga bimbang penggunaan vape dan rokok elektronik memupuk tabiat kurang baik terutama dalam kalangan wanita yang tanpa segan silu menggunakannya di tempat awam kerana menganggap ia sebagai trend.

"Kita berharap dan akan cuba membuat sesuatu untuk menghalang tabiat tidak bagus dan tidak mendatangkan apa-apa (manfaat) ini," katanya.

Di KUCHING, Mufti Sarawak Datuk Kipli Yassin berkata Lembaga Fatwa Negeri Sarawak dijangka bersidang bagi memutuskan mengenai perkara itu pada Januari depan.

Di KUANTAN, Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berkata Majlis Ugama Islam negeri itu (MUIP) dijangka mengambil pendirian sama dengan Majlis Fatwa Kebangsaan walaupun perkara itu perlu dibincang secara lebih teliti.

Beliau memaklumkan kepada Bernama bahawa mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Rukun Syarak Negeri Pahang akan diadakan dalam masa terdekat bagi membuat keputusan mengenai perkara tersebut.

"Kelazimannya sebarang hukum yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan akan diikuti oleh Majlis Agama Islam negeri-negeri," katanya.

Di KUALA NERUS, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata kerajaan negeri akan menunggu keputusan Kabinet berhubung perkara tersebut sebelum membuat sebarang tindakan.

Kerajaan negeri akur dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan. Namun  sebarang tindakan yang diambil terhadap peniaga barangan tersebut perlu dilakukan secara berhemah, katanya.

"Saya telahpun mengarahkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) mengenal pasti bilangan sebenar penjual vape di kawasan mereka. Bagi yang tiada lesen perniagaan dan lesen premis daripada PBT, kita arahkan ia ditutup melalui notis yang diberi.

"Namun bagi mereka yang mempunyai lesen perniagaan dan lesen premis PBT, kita tidak akan menjejaskan operasi perniagaan mereka sehingga kerajaan  Persekutuan mengeluarkan arahan yang seragam dan selaras berhubung penggunaan dan penjualannya," kata beliau.

Di KANGAR, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Sumber Manusia Perlis, Khairi Hassan berkata keputusan muktamad mengenai perkara itu hanya akan dibuat selepas mendapat keputusan daripada Kementerian Kesihatan.

"Jika kajian Kementerian Kesihatan membuktikan vape memberi kesan buruk kepada kesihatan, kerajaan negeri menerusi mesyuarat exco akan mempertimbangkan untuk mengambil pendekatan mengharamkan penjualannya di negeri ini," katanya.

Sementara itu, Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata pihaknya masih belum mengadakan mesyuarat bagi memutuskan mengenai perkara tersebut, namun menegaskan setiap yang memudaratkan kesihatan adalah haram.

Dalam pada itu, Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka yang bersidang pada 10 Disember lepas, memutuskan rokok elektronik dan vape adalah haram, kata Mufti Melaka Datuk Dr Mohd Mohadis Yasin.

Sehubungan itu, Mohd Mohadis berkata keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka mengenai vape itu akan dibawa ke mesyuarat Majlis Agama Islam Melaka pada 28 Disember ini, untuk mendapat sokongan sebelum diwartakan.

Setiausaha Kerajaan Melaka Datuk Naim Abu Bakar berkata keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan itu akan dibincangkan pada Mesyuarat Exco Kerajaan Melaka yang dijadualkan esok.

Sebelum ini, Johor dan Kelantan mengeluarkan arahan mengharamkan penjualan peranti dan cecair vape mulai 1 Januari depan, dan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah pada 23 November lepas, memutuskan haram menghisap vape dan kayu shisha kerana akan menyebabkan kemudaratan dan pembaziran kepada masyarakat Islam.

Bagi Pulau Pinang, Majlis Fatwa negeri itu pada 4 Disember lepas memutuskan penggunaan rokok elektronik dan vape serta shisha sebagai haram berdasarkan keputusan yang disepakati Panel Pakar Syariah (PPS).

Sementara pada November lepas, Jabatan Kesihatan negeri itu memaklumkan pihaknya akan menjalankan penguatkuasaan secara pendidikan terhadap pengguna vape dan rokok elektronik yang menghisap bahan itu di kawasan yang diwartakan sebagai Zon Bebas Asap Rokok di negeri berkenaan.-- Bernama 

Sumber TKO - 23-12-2015


Tak perlu tunggu gabung laksana syariat Islam
Posted on Saturday, December 12 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



SEREMBAN - Umno sebagai parti pemerintah boleh melaksanakan syariat Islam tanpa perlu menunggu bergabung dengan Pas.

  Ketua Penerangan Pas Negeri Sembilan, Abdul Karim Shahimi berkata, pelawaan Umno untuk bergabung dengan Pas hanyalah rekaan dan retorik semata-mata.

“Biasanya Umno ini cakap lain, buat lain. Sebagai parti pemerintah, Umno boleh laksanakan syariat Islam tanpa menunggu Pas bergabung dengan Umno.

“Kenapa nak minta Pas bergabung dengan Umno baru boleh laksanakan syariat Islam? Ini menunjukkan Umno berpura-pura dan tak mahu laksanakan Islam,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, kalau benar Umno mahu laksanakan syariat Islam, Umno perlu buat dahulu sebelum pelawa Pas bergabung.

“Buat dulu, kalau dah buat baru kita bincang tentang bergabung. Pas hanya mahu tunggu dan lihat.
“Kalau Umno laksanakan syariat Islam, maka tugas Pas sudah diambil Umno sepertimana kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa Pas boleh dibubarkan kalau ada parti yang laksanakan tugas Pas,” katanya.

Abdul Karim bagaimanapun berkata, soal pergabungan Pas dan Umno itu, pihaknya menyerahkan kepada Pas Pusat untuk membuat sebarang keputusan.

“Pas di peringkat negeri akan menunggu keputusan Pas Pusat dan menyokong apa sahaja keputusan yang dibuat,” katanya. - SH

Sumber TKO - 12-12-2015



Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden Peringkat Negeri Sembilan

Posted on Monday, September 07 @ 04:00:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden Peringkat N9 telah diadakan di Melang Inn, Kuala Pilah sebentar tadi bermula jam 8.00pg - 2.30ptg. Penyertaan amat menggalakkan dan mencapai sasaran BPPNN9

Sidang Media bersama TGHH turut diadakan dan PAS Kwsn Jelebu juga telah menyampaikan sumbangan permulaan kepada mangsa rumah terbakar ahli PAS kwsn Jelebu en. Mohd Nor Rashid, Pasoh 3 sebanyak RM10,000.00 dlm majlis tersebut. Jutaan terima diucapkan kasih kpd sahabat2 yg begitu ikhlas menderma utk beliau..









Sumber TKO - 7-9-2015



Pembentukan Jawatankuasa Bertindak Penyusunan Semula PAS Kaw Jelebu
Posted on Thursday, September 03 @ 16:35:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi.... Petang 31hb Ogos, 2015 selesai sudah pembentukan Jawatankuasa Bertindak Penyusunan Semula PAS Kaw Jelebu bg menggantikan Kepimpinan PAS Kwsn yg telah meletakkan jawatan secara beramai2 pd 28hb Ogos yg lalu...

Terima kasih banyak2 kpd PJ, Setiausaha, Bendahari dan Ketua Penerangan PAS N9 yg sudi hadir dlm majlis tersebut.

Semoga PAS Jelebu akan terus kukuh dan kekal Beristiqomah Hingga Kemenangan. Insyaallah sidang media akan dibuat dlm masa terdekat ini bersama BPPNS d Jelebu.

Norman Ipin

Sumber TKO - 3-9-2015
Kanak-kanak 11 tahun lahir bayi di klinik swasta
Posted on Wednesday, August 05 @ 16:33:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



JEMPOL - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun selamat melahirkan seorang bayi di sebuah klinik swasta di Bahau pagi tadi.

Menurut sumber polis, murid darjah lima berkenaan sebelum itu mengadu sakit perut lalu dikejarkan ke klinik tersebut.
“Bagaimanapun, setibanya di klinik kanak-kanak itu disahkan mengandung dan sakit perut disebabkan mahu melahirkan anak.
"Hasil maklumat awal, kanak-kanak itu tinggal bersama neneknya di pekan Bahau.
"Siasatan lanjut berhubung perkara ini masih dijalankan," katanya.

....
# gambar di atas gambar hiasan

Sumber TKO - 5-8-2015


PARAS AIR EMPANGAN GEMENCHEH KINI KRITIKAL - MB



http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/34167-paras-air-empangan-gemencheh-kini-kritikal

Sumber HD - 4-3-2015


TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ MOTIVASI TERBAIK PERJUANGAN - KPNS



http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33874-tuan-guru-nik-abdul-aziz-motivasi-terbaik-perjuangan

Sumber HD - 15-2-2015



































Jaafar Mohd Yusof Ketua Polis N. Sembilan yang baharu

BERNAMA | .
SEREMBAN: Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri/Ketenteraman Awam (KDN/KA) Pasukan Gerakan Khas Bukit Aman Datuk Jaafar Mohd Yusof dilantik sebagai Ketua Polis Negeri Sembilan yang baharu, berkuat kuasa hari ini.

Jaafar menggantikan Datuk Osman Salleh yang ditukarkan ke jawatan Ketua Polis Perak.

Majlis serah terima tugas berlangsung di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri di sini hari ini dan disaksikan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Mortadza Nazarene.

Berucap pada majlis itu, Jaafar, 57, berharap agar kesemua warga kerja kontinjen Negeri Sembilan memberikan komitmen dan kerjasama yang kukuh kepada beliau.

"Saya amat memerlukan sokongan daripada semua supaya saya lebih cepat belajar dengan cara dan gerak kerja yang sewajarnya di sini.

"Syukur alhamdulillah kerana pada hari ini saya diberi sepenuh kepercayaan untuk memimpin kontinjen Negeri Sembilan dan segala tugas yang telah dilaksanakan oleh Osman sebelum ini, akan saya teruskan sehabis baik," katanya.

Jaafar merupakan Ketua Polis Negeri Sembilan ke-47 dan telah menjawat beberapa jawatan penting dalam PDRM selama 40 tahun perkhidmatannya.

Sementara itu, Osman dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada warga kontinjen polis Negeri Sembilan terutamanya kepada setiap ketua polis daerah yang telah bekerjasama sepanjang perkhidmatannya selama lebih tujuh tahun.

"Saya berharap agar sokongan yang lebih berganda akan diberikan kepada Jaafar selepas ini," katanya. - BERNAMA

Sumber HD - 19-12-2014

Tolong jangan buat pinjaman, ramai sudah tertipu

http://rozmal.blogspot.com/ | .



Kepada mereka yang terdesak, terutama pelajar IPTA yang perlu jelaskan yuran pengajian jika tidak mereka akan menerima status Gugur Taraf (GT), tunggu duit zakat belum dapat, tunggu PTPTN belum juga dapat, tunggu biasiswa pun belum dapat agar tidak membuat pinjaman peribadi.
Dah ramai yang kena tipu, tertipu dengan cara begini.

Berbincanglah dengan pensyarah, bendahari dan HEP jika ada masalah kerana belum dapat PTPTN, biasiswa atau duit zakat.

Hari ini seorang pelajar IPTA telah mengadu kepada saya kerana biasiswa hanya akan dapat bulan Januari 2015, tapi dia perlu bayar yuran IPTA sebelum 19 Dis 2014, jika tidak dia akan mendapat status Gugur Taraf.

Dia cuba meminjam pada agensi seperti ini, akhirnya tertipu, biasiswa belum dapat, mungkin terpaksa menerima hakikat Gugur Taraf pada 19 Dis 2014 nanti.

Yang menjalankan amanah,

Hj Rozmal bin Malakan

Timbalan Pengerusi
Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan
Tel: 0122267406
E-mel rozmal@yahoo.com This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
FB: Rozmal Malakan
16 Dis 2014

# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Sumber HD - 18-12-2014





































Pemuda NS terus dekati asnaf dan fakir miskin

SAIFUL RIDZUAN | .



SEREMBAN: Pemuda PAS Negeri Sembilan hari ini menjalankan program khatan perdana asnaf dan fakir miskin bersempena dengan cuti sekolah. Program berimpak tinggi dan berfokus kali ini dilaksanakan di daerah Kuala Pilah bertujuan mendekatkan pemuda PAS khasnya dan PAS amnya dengan masyarakat setempat. Asasnya, sambutan yang menggalakkan dikalangan masyarakat sekitar membuktikan bahawa PAS semakin diterima.

Ini adalah bukti bahawa PAS bukan sekadar parti politik tapi merupakan sebuah badan dakwah kebajikan kepada masyarakat. Oleh itu, PAS hari ini, meraikan 16 orang kanak-kanak yang terdiri dalam kalangan asnaf dan fakir miskin.

Pemuda PAS prihatin dengan keperluan mereka. Mudah-mudahan usaha kecil dan sumbangan ini dapat meringankan beban mereka. Kami juga berhasrat meneruskan agenda kebajikan ini sebagai keutamaan pemuda di masa hadapan. Pada 17 Dis nanti kami juga akan meraikan para asnaf dan anak yatim dalan program khas sempena kembali ke sekolah, ujar Ustaz Nor Azman Mohamad, Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan.

Kami secara konsisten akan sedaya upaya membantu golongan ini dengan kadar kemampuan yang terdaya. Oleh itu, baru-baru ini kami telah melancarkan tabung Pemuda Prihatin Rakyat dengan harapan segala bentuk sumbangan dapat dikumpulkan demi memastikan harapan murni ini dapat direalisasikan. – HARAKAHDAILY 7/12/2014

Saiful Ridzuan ialah Ketua Penerangan Pemuda PAS, Negeri Sembilan

Sumber HD - 7-12-2014







































5 PASTI baru bukti pendidikan Islam makin diterima

SAIFUL RIDZUAN | .



SEREMBAN: Pemuda PAS Negeri Sembilan melancarkan penubuhan lima PASTI baru pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Negeri Sembilan hari ini. Majlis tersebut disempurnakan oleh Ustaz Nor Azman Mohamad, Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan merangkap Penasihat PASTI Negeri Sembilan di Pasar Raya KipMart, Senawang. 5 PASTI tersebut ialah Pasti As-Syabab Ampangan, Pasti Al Hasan Taman Desa Port Dickson, Pasti Al-Mukmin Bandar Spring Hill, Pasti Al-Biruni K. Klawang dan Pasti Ad-Dhuha Lavender Height, Senawang.

Muktahir ini, Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) semakin mendapat sambutan dan permintaan. Merujuk kepada statistik PASTI atau rekod Pemuda PAS Negeri Sembilan pada tahun 2014 yang lalu, permohonan kemasukan ke PASTI meningkat sebanyak 24 peratus yang melibatkan keseluruhan 2400 pelajar yang belajar di 64 PASTI di seluruh Negeri Sembilan. Oleh itu, Pemuda PAS Negeri Sembilan optimis bahawa pada sesi 2015, permintaan ini akan terus meningkat.

Pada hemat Pemuda PAS Negeri Sembilan, telah wujud satu kesedaran Islam yang kolektif dalam kalangan ibu bapa yang serius dalam memastikan anak-anak mereka diasuh dan dididik di dalam acuan Islam. Kami mengucapkan syabas dan tahniah kerana terus memilih PASTI sebagai wadah pendidikan awal Islam.

Majlis yang dihadiri lebih kurang 500 orang ibu bapa ini adalah bertujuan untuk meraikan para guru yang banyak berjasa dan seramai 150 pelajar yang telah berjaya dengan cemerlang di dalam pencapaian akademik, ko-kurikulum dan sahsiah.

Acara diserikan lagi dengan penyampaian Sumbangan RM 15,850 kepada guru PASTI Ustazah Siti Salina Samaun untuk pembedahan anaknya Nur Alya Bt Zamawi yang menghadapi masalah jantung.

Pada majlis yang sama juga, tabung bangunan PASTI Negeri Sembilan telah dilancarkan dan cadangan penubuhan sebuah sekolah rendah Islam digagaskan oleh Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan sebagai satu proses menjamin kesinambungan pendidikan Islam ini senantiasa berterusan. – HARAKAHDAILY 7/12/2014

Sumber HD - 7-12-2014






































Pelajar perempuan hilang di Gunung Datuk sejak semalam

BERNAMA | .

REMBAU: Seorang pelajar perempuan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Alor Gajah dilaporkan sesat dan hilang di Gunung Datuk, dekat sini, selepas mendaki gunung itu tengah hari semalam.

Sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau bersama lapan anggota pasukan khas mencari dan menyelamat jabatan itu dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan pada pukul 5 petang.

Operasi mencari mangsa turut dibantu kakitangan Jabatan Perhutanan dan polis.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Norazam Khamis berkata mangsa dikatakan mendaki gunung itu seorang diri dan tidak turun sehingga pukul 5 petang.

"Mangsa dipercayai sempat menghubungi seorang rakannya untuk memaklumkan dia sesat di gunung itu dan meminta supaya menghubungi pihak berkuasa," katanya ketika dihubungi Bernama.

Katanya sehingga pukul 9 malam tadi gerakan mencari masih giat dijalankan. - BERNAMA

Sumber HD - 8-11-2014

N Sembilan catat 1,188 kes remaja hamil 2010-2013

BERNAMA | .

SEREMBAN: Sebanyak 1,188 kes hamil dalam kalangan remaja 10 hingga 19 tahun dicatatkan bagi tempoh 2010 sehingga 2013 di Negeri Sembilan.

Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan Datuk Dr Zailan Adnan berkata daripada jumlah itu, sebanyak 571 kes atau 48 peratus daripadanya, tidak berkahwin.

"Antara punca utama yang menjurus ke arah masalah seksual reproduktif remaja adalah kurangnya pengetahuan serta kemahiran mengenai kesihatan seksual dan reproduktif.

"Selain itu, pengaruh rakan sebaya, konflik kekeluargaan, kurangnya pendidikan agama di samping pengaruh teknologi komunikasi dan Internet juga merupakan faktor yang menyumbang kepada permasalahan serius ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Seminar Pendidikan Fatwa Kesihatan Peringkat Negeri Sembilan 2014 di Pusat Dakwah Islamiah di sini hari ini.

Turut hadir, Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Datuk Mohd Yusuf Ahmad.

Seminar itu dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan, Jabatan Mufti Negeri Sembilan serta Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan dan dirasmikan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Datuk Dr Awaludin Said.

Dr Zailan berkata beliau bimbang dengan kes kehamilan dalam kalangan remaja yang semakin meningkat, Kementerian Kesihatan telah menyediakan Garis Panduan Pengendalian Masalah Kesihatan Seksual dan Reproduktif Remaja di Klinik Kesihatan dengan mengambil kira aspek perundangan, etika, hak, agama dan sosiobudaya.

Sementara itu, Awaludin dalam ucapannya berkata penganjuran seminar sehari itu diharap dapat menjadi landasan dalam menyuburkan lagi usaha jabatan-jabatan yang terlibat bagi memberikan kefahaman kepada masyarakat berkaitan beberapa fatwa yang diputuskan.

"Dalam konteks seminar kali ini, tiga isu kesihatan dikupas iaitu amalan merokok, pelalian dan pengguguran kandungan.

"Masih terdapat sebilangan masyarakat yang masih tidak mengetahui akan kewujudan fatwa-fatwa rasmi khususnya berkaitan dengan isu semasa dan kehidupan mereka," katanya. - Bernama

Sumber HD - 6-11-2014










































Gangguan bekalan air di Negeri Sembilan pada 2-3 Sept

BERNAMA | .
SEREMBAN: Beberapa kawasan di Port Dickson, Seremban, Rembau, Kuala Pilah, Jempol dan Jelebu akan mengalami gangguan bekalan air dari Selasa hingga Rabu ini berikutan kerja-kerja penambahbaikan loji rawatan air, pengalihan paip dan penyelenggaraan injap.

Penolong Pengurus Unit Komunikasi Korporat Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS) Norzita Ismail berkata penutupan bekalan air selama 24 jam mulai pukul 8 pagi Selasa ini di Port Dickson melibatkan kawasan Bukit Palong, Bukit Pelandok hingga Tanah Merah, Pekan Port Dickson hingga ke Lukut, Spring Hill,Pekan Port Dickson hingga ke Batu 4 Jalan Pantai dan Sua Betong ke Air Kuning.

"Di Seremban (gangguan air) melibatkan Taman (Tmn) Cempaka, Kampung (Kg) Linsum, Bandar Eka, Tmn Delima, Siliau, Kg Sri Sendayan, Kg Sega, Tmn Kristal, Tmn Seri Damai, Rumah Rakyat Kuala Sawah.

Kawasan lain yang turut terlibat ialah Pekan Rantau, Kg Ulu Lalang, Rumah Rakyat Ulu Lalang, Kg Kanchong, Taman Pinggiran Senawang, Batu 11 Ladang Tampin, Rumah Rakyat Linsum, Kg Solok, Kg Landas Kombok, Kg. Baru Ulu Lalang dan sekitar kawasan Rantau, katanya.

"Manakala di Rembau ia melibatkan Estet Hentian Tinggi, Taman Chembong Utama, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau (di Chembong), Sekolah (Sek) Teknik Chembong, Halal Park, Highway Pedas (Tol Plaza), Jalan Merbau 9, Kg Minching A, Taman Pinggiran Pedas Perdana, Jalan Mungkal, Jalan Tok Nara, Jalan Ampang Batu, Jalan Mungkal Tobek," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Selain itu Jalan Tok Menteri di Rembau, Jalan Tok Samad, Jalan Tanjung Semut, Taman Pedas Indah, Kg Sungai (Sg) Ibor dan Minching Lama, Minching Baru, Kg Anak Air Kundur, Sek Kebangsaan (Keb) Pedas, Institut Latihan Perindustrian Pedas, Seberang Batu 1&2, Kg Sg Batu, Pedas Batu 1,2&3, Kg Sg Lalah, Sek Keb Kundur dan Kg Datuk Keramat dan Jalan Bunga Raya juga terlibat.

Di Kuala Pilah, gangguan air melibatkan Kg Sikai, Gunung Pasir, Kg Bemban, Kg Senaling, Kg Batu 1 Jalan Tampin, Kg Seri Pilah, Kg Batang Pilah, Kg Cheriau, Tmn Bahagia Delima, Kg Gachong, Kg Batu 46, Kg Pilah Tengah, Kg Tanah Melintang, Kg Bukit, Kg Bukit Temensu dan Kg Temeris.

Di Jempol pula melibatkan seluruh kawasan Bahau, Air Hitam, seluruh kawasan Lui (Lui Barat,Timur, Selatan & Sg Lui), Felda Serting Hilir, Serting Hilir, Serting Hulu, Serting Tengah, Ladang Geddes, Serampang Indah, Kg Sampo & Getco, Bayai, Batu Kikir, Sg Sebaling, Rompin, seluruh Mahsan dan Pekan Jelai.

Sementara, di Jelebu penutupan bekalan air selama 24 jam mulai pukul 10 pagi melibatkan seluruh kawasan Kuala Klawang, Mukim Petaseh, Mukim Pradong, Mukim Glami Lemi, Mukim Ulu Klawang dan Mukim Ulu Triang.

Norzita berkata langkah kontingensi akan dilaksanakan sekiranya gangguan melebihi 24 jam, selepas tempoh penutupan.

Katanya bekalan air akan disambungkan semula selepas waktu yang dinyatakan dan dijangka pulih secara berperingkat tetapi beberapa kawasan tinggi dijangka akan mengalami tempoh pemulihan yang lebih lama.

Katanya kerja-kerja yang dijalankan ini merupakan antara usaha berterusan SAINS dalam menambah baik dan meningkatkan mutu bekalan air demi kepentingan para pelanggan pada masa hadapan.

Para pelanggan yang memerlukan bantuan boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-6982. - Bernama

Sumber HD - 31-8-2014

PAS Negeri Sembilan sambut Hari Merdeka

FAIZ ABDULLAH | .

SEREMBAN: PAS Negeri Sembilan akan menganjurkan sambutan Kemerdekaan ke-57 pada Isnin, 1 September ini.

Program dari jam 9.00 pagi hingga 11.00 malam itu akan berlangsung di Markas PAS Kuala Pilah, berhadapan Sekolah Menengah Tuanku Muhammad, dekat sini.

Pelbagai aktiviti telah diatur termasuk untuk kanak-kanak.

Antaranya pertandingan mewarna, melukis, membaca sajak, membaca dan menulis rumi ke jawi.

Pengunjung juga boleh menyertai acara membaca sajak, hiasan kek, kiosk, kuiz terbuka dan konvoi bermotorsikal.

Jamuan makan tengahari dan malam juga disediakan penganjur.

Kemuncak program pada malam itu akan diisi dengan solat, tahlil perdana, tayangan klip foto kemerdekaan, persembahan nasyid, ceramah kemerdekaan dan penyampaian hadiah.

Tetamu kehormat pada malam itu Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan PAS Pusat yang juga bekas Menteri Besar Selangor,Tan Sri Muhammad Muhammad Taib dan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani. - HARAKAHDAILY, 29/8/2014

Sumber HD - 29-8-2014










































Laluan Bukit Putus, Hasan Malek perlu bertindak

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Negeri Sembilan meminta Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Hasan Malek selaku wakil rakyat bertaraf menteri memanjangkan masalah kesesakan laluan Bukit Putus ke Parlimen.

Ketuanya, Nor Azman Mohamad berkata ini memandangkan bidang kuasa menaik taraf jalan itu di bawah pemantauan Kerajaan Persekutuan.

Beliau menyatakan demikian merujuk kepada tajuk utama Sinar Harian bertarikh hari ini "Sosak Sampai Bilo?" berhubung isu jalan raya utama Seremban-Kuala Pilah melalui Bukit Putus yang merupakan isu kebajikan rakyat dan ramai pengguna yang terlibat menggunakan laluan itu yang sewajarnya ia dipandang serius dan diambil tindakan.

Katanya, seperti yang sedia maklum, jalan baru Bukit Putus sejauh 6.9 kilometer dibuka secara rasmi pada 25 November 2009 dengan harapan dapat menyelesaikan masalah kesesakan di laluan lama Seremban-Kuala Pilah sejak 40 tahun lalu.

Menurutnya, sebelum ia siap sempurna pada tahun tersebut, projek berharga RM109.5 juta dengan peruntukan khas Persekutuan itu yang terkenal dengan nama jolokan 'Laluan Sutera' ini juga pernah terbengkalai hampir dua dekad lamanya.

"Kami sedikit ragu dengan komitmen kerajaan negeri dan Persekutuan dalam menyelesaikan isu ini kerana kelewatan untuk menyiapkannya telah terbukti.

"Walaupun kita lihat pembukaan jalan raya baru secara rasionalnya dapat menjimatkan masa perjalanan dan menambahkan keselesaan tetapi sekarang yang berlaku sebaliknya," ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau lagi, jumlah pertambahan kenderaan dari masa ke semasa merumitkan keadaan terutama pada waktu kemuncak cuti hujung minggu, cuti umum dan musim perayaan.

Oleh yang demikian, ujarnya menyedari bahawa isu ini berkait rapat dengan keselesaan pengguna dan kebajikan rakyat, pihaknya menegaskan agar pihak berwajib dapat mengambil inisiatif segera.

Di samping Ahli Parlimen Kuala Pilah itu, katanya Pemuda PAS negeri juga menyarankan agar pihak kerajaan negeri di bawah pimpinan Datuk Seri Mohamad Hasan mengambil maklum balas pengguna jalan itu dengan menyempurnakan fasa kedua pembinaan dan penyambungan laluan ini (bermula dari kaki Bukit Putus hingga ke Terachi) dan menyegerakan fasa berikutnya iaitu perlebaran jalan dari Terachi menuju ke Kuala Pilah sepertimana yang pernah dimaklumkan sewaktu perasmiannya dahulu.

Tambahnya, walaupun menyedari bahawa fasa ini sedikit sebanyak telah bermula, pihaknya mendesak agar ia dipercepatkan bagi mengelakkan kesesakan terus berlarutan.

"DPPNS yakin sekiranya ia dapat diselesaikan dengan baik, kita akan dapat menyaksikan kawasan bahagian timur Negeri Sembilan membangun dengan pesat dan memberi peluang kepada pelabur serta orang ramai berurusan di bahagian timur Negeri Sembilan khususnya di Kuala Pilah, Bahau dan Jempol kerana di kawasan berkenaan masih banyak lagi tanah yang belum dibangunkan," ujarnya lagi.

Tambahan pula, katanya jalan ini juga merupakan laluan penting untuk ke negeri Pantai Timur dan selatan Semenanjung seperti Pahang, Terengganu serta Johor. - HARAKAHDAILY 19/8/2014

Sumber HD - 19-8-2014

PAS Negeri Sembilan melawat mangsa MH17

FAIZ ABDULLAH | .



PAROI: Kepimpinan PAS Negeri Sembilan termasuk Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan dan Muslimat PAS Rembau,meluangkan masa menziarahi keluarga salah seorang mangsa pesawat MH17 yang terhempas, dipercayai ditembak pemberontak di Ukraine.



(Gambar atas: Ustaz Norazman Mohamad (kiri) dan Mohd Taufek Abdul Ghani (kanan) memberikan kata-kata semangat kepada ayah Mastura, Mustafa Abdul Samad).


Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani; Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, MK Ibrahim Abdul Rahman; Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Negeri Sembilan, Mohamad Hassan Tamby; Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan, Ustaz Norazman Mohamad dan Ketua Muslimat PAS Rembau, Fauziah Mohd Tahir menziarahi kediaman keluarga pramugari MAS, Mastura Mustafa, 40, di Kampung Sentosa, Paroi.

Ayah kepada Mastura iaitu Mustafa Abdul Samad, 83 berkata beliau sedih kerana ini kali kedua beliau 'kehilangan' anaknya.

"Kali pertama saya 'kehilangan' anak saya yang kelima beberapa tahun lepas. Anak perempuan meninggal dunia kerana sakit strok dan meninggalkan dua anak (cucu). Kini saya kehilangan seorang lagi anak perempuan dan Mastura meninggalkan seorang anak lelaki berumur 10 tahun. Saya redha," kata Mustafa.

Mustafa juga menyatakan kekesalannya apabila pihak MAS masih tidak menghubungi beliau (ketika kepimpinan PAS melawat mustafa), untuk memaklumkan secara rasmi tentang kejadian itu.

"Saya hanya tahu dari anak lelaki saya yang bekerja sebagai jurutera dengan MAS. Itu pun selepas anak saya menghubungi KLIA pada malam kejadian," katanya.


(Gambar kanan: Gambar kenangan bersama Mastura bersama arwah ibunya).

Menurut Mustafa, anaknya Mastura bekerja sebagai pramugari MAS sejak berumur 18 tahun. Mastura merupakan anak bongsu daripada tujuh adik beradik. Mastura dan anak lelaki Mastura sememangnya menetap dengan Mustafa. Ibu Mastura iaitu Rahimah Amrah Ibrahim sudah lama meninggal dunia. Sementara itu Mohd Taufek turut menghulurkan sumbangan kewangan kepada Mustafa. Kepimpinan PAS turut membacakan doa selamat dan mengadakan tahlil.

Sebelum ini pesawat MAS, MH17 yang berlepas dari Amsterdam, Belanda dan sepatutnya mendarat di KLIA, dipercayai ditembak jatuh oleh pemberontak menggunakan peluru berpandu (surface-to-air-missile) BUK, di Ukraine dan berdekatan dengan sempadan Rusia. Seramai 298 orang termasuk penumpang dan anak kapal MH17 terbunuh. - HARAKAHDAILY 18/7/2014

Sumber HD - 18-7-2014

No comments:

Post a Comment