BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Saturday, July 26, 2014

GEMA SISWA


Himpunan Baitul Maqdis: Gamis seru mahasiswa hadir

HARI ini dunia digemparkan dengan tindakan kurang ajar Presiden Amerika, Donald Trump ke atas Umat Islam seluruh dunia apabila dia mengisytiharkan Baitul Maqdis sebagai ibu kota kepada negara haram Israel. 
Tindakan radikal yang dilakukan oleh Donald Trump ini merupakan tindakan yang tidak boleh dibiarkan dan wajib ke atas kita semua untuk melakukan sesuatu demi menyatakan bantahan ke atas pelanggaran hak Umat Islam di Palestin khasnya dan Umat Islam di seluruh dunia amnya. 
3. Demi menyatakan bantahan ke atas Presiden Amerika dan solidariti Mahasiswa Malaysia ke atas Umat Islam di Palestin, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) menyeru seluruh Mahasiswa Malaysia untuk turun ke Himpunan Solidariti Ummah yang akan diadakan pada esok hari seperti berikut: 
HIMPUNAN SOLIDARITI UMMAH
Tarikh : 8/12/2017 (Jumaat)
Masa : 2.00 petang
Tempat : Kedutaan Amerika, Kuala Lumpur. 
Semua mahasiswa Malaysia dikerah untuk hadir!
MUHAMMAD FAIZZUDDIN MOHD ZAI
Naib Presiden,
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)
18 Rabiulawal 1439H/7 Disember 2017 – HARAKAHDAILY 7/12/2017
Sumber HD - 7-12-2017 


WUFI UIAM menang pilihan raya kampus 2017 
YAZID KHAIRUL AZMAN  13 October 2017
http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/15-tanah-air/3289-wufi-uiam-menang-pilihan-raya-kampus-2017



PRK UIAM pada tahun ini mempertandingkan sebanyak 23 buah kerusi; 18 kerusi tempatan dan 5 kerusi antarabangsa. Tambahan 1 kerusi lantikan daripada OKU bakal melengkapkan jumlah keseluruhan kabinet SRC UIAM pada tahun ini sebanyak 24 buah kerusi secara keseluruhan.
Daripada 24 buah kerusi, WUFI UIAM berjaya menang majoriti daripada kesemua jumlah kerusi yang dipertandingkan. Senario ini sekali gus menafikan dakwaan mahasiswa pro-kerajaan berjaya menewaskan WUFI UIAM pada PRK UIAM 2017. Di saat satu persatu kampus ditawan oleh mahasiswa pro-kerajaan, WUFI UIAM masih berjaya membentuk majoriti untuk memimpin SRC UIAM pada sesi kali ini.
WUFI UIAM mengucapkan terima kasih kepada seluruh mahasiswa UIAM kerana memberikan kepercayaan dan amanah ini kepada kami untuk memimpin SRC UIAM pada sesi kali ini. WUFI UIAM akan memberikan komitmen terbaik untuk membentuk landskap baru dalam budaya dan cara hidup mahasiswa UIAM secara keseluruhan daripada kemenangan yang diraih semalam.
Kemenangan tunggal WUFI UIAM mewakili kampus seluruh Malaysia merupakan satu beban tanggungjawab yang berat untuk dipikul. Tiada lagi ruang untuk berehat dan bersuka ria. Sudah tiba masanya untuk bekerja dan memastikan kepentingan mahasiswa diletakkan di hadapan. Mandat ini membuktikan mahasiswa UIAM bersedia untuk mempertahankan perubahan dan memastikan "domino effect" mahasiswa pro-kerajaan tawan kampus gagal di UIAM.
WUFI UIAM sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak tanpa melihat kepada sebarang perbezaan. Kami terbuka kepada semua cadangan dan penambahbaikan untuk memastikan yang terbaik buat SRC UIAM sesi kali ini. Kepada kawan mahupun lawan, tiada jurang antara kita. Kita tetap mahasiswa UIAM yang mempunyai kepentingan yang wajib dipelihara di universiti ini. Daripada kebencian, kita tukar kepada kasih sayang. Daripada salah faham kepada berdialog. Daripada bermasam muka kepada bersemuka. Inilah sebuah budaya baru yang menjadi komitmen WUFI UIAM pada kali ini.

Siiru 'ala barakatillah buat seluruh saff kepimpinan SRC UIAM yang terpilih dan terima kasih kepada mahasiswa UIAM untuk mandat ini! Semoga Allah SWT meredhai usaha kita bersama di Taman Ilmu dan Budi ini.

MAKING IIUM BETTER TOGETHER!
#WeUniteForIslam

YAZID KHAIRUL AZMAN
Pengerusi WUFI UIAM
13 Oktober 2017 / 22 Muharram 1439 – HARAKAHDAILY 13/10/2017

Sumber HD - 13-10-2017



Ramadhan uji mahasiswa jalani peperiksaan

Seperti kebiasaannya, bulan Mei dan Jun merupakan tarikh yang sangat penting bagi mahasiswa universiti kerana selang beberapa hari lagi mahasiswa bakal menghadapi peperiksaan akhir semester. Ketibaan Ramadhan al-Mubarak kali ini menguji mahasiswa jalani peperiksaan kerana bakal menghadapi Ramadhan dan peperiksaan sekali gus. 
Walau bagaimanapun, ketibaan bulan Ramadhan begitu dinanti oleh setiap lapisan umat Islam dan segala amalan baik adalah sangat dituntut, malah digandakan pahalanya. Kita sepatutnya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana masih diberi ruang dan peluang bertemu dan menikmati bulan yang mulia ini. 
Ketibaan Ramadan tidak boleh dijadikan sebagai alasan untuk mahasiswa bersikap sambil lewa, tidak bersemangat dan kurang produktif lebih-lebih lagi dalam tempoh menempuhi peperiksaan akhir semester kerana puasa dan peperiksaan merupakan dua perkara yang sangat penting bagi umat Islam. 
Islam menggalakkan umatnya menuntut ilmu dan pada masa yang sama tidak meninggalkan perkara yang wajib seperti berpuasa maka perlu disedari bahawa mahasiswa perlulah berusaha untuk menghadapi peperiksaan dan menjalani ibadah puasa dengan sebaiknya. 
Adalah sesuatu yang merugikan bagi mahasiswa yang hanya mengejar kejayaan dalam peperiksaan dan mengabaikan bulan Ramadhan ini. Hal ini bertepatan dengan hadis yang diriwayatkan oleh At Tirmizi yang bermaksud "berapa banyak orang yang berpuasa namun tidak mendapat apa-apa dari puasanya selain lapar dan dahaga" (Riwayat At-Tirmizi). 
Oleh itu, mahasiswa hendaklah menyusun jadual dengan teratur antara mengulangkaji mata pelajaran dan menunaikan amalan-amalan yang disarankan sepanjang bulan ini supaya semuanya berjalan dengan baik dan sempurna. 
Antara amalan-amalan sunat di bulan Ramadhan ialah menunaikan solat terawih, qiamullail, memperbanyakkan tadarus al-quran dan amalan-amalan sunat lain bagi membesarkan bulan ini disamping mendekatkan diri dengan Allah SWT. 
Mahasiswa yang mempunyai hala tuju sentiasa membuat pertimbangan dan keputusan terbaik dalam kehidupannya dan sedar bahawa ketika membina kecemerlangan, aspek kerohanian juga memainkan peranan penting bagi menjamin kejayaan bukan sahaja di dunia seterusnya sebagai bekalan di akhirat kelak. 
Ia adalah penanda aras kepada mereka untuk berusaha dengan lebih lagi ketika berbicara tentang kelebihan menuntut ilmu selaras dengan tuntutan individu yang bergelar mahasiswa. 
Akhir kata, mahasiswa perlulah sentiasa meningkatkan keimanan terhadap Allah SWT dalam keadaan apa pun kerana bulan Ramadhan hanyalah ujian bagi menentukan tahap keimanan mahasiswa ketika menjalani peperiksaan di bulan ini. 
Pelajar ialah pelajar Fakulti Pengajian Bahasa Utama Universiti Sains Islam Malaysia.
Sumber HD- 28-5-2017 






Tidur selepas subuh menutup pintu rezeki

TIDUR selepas subuh merupakan tabiat yang sering dilakukan oleh kita lebih-lebih lagi pada waktu cuti. Tidak dinafikan bahawa sebahagian daripada kita menjadikan tidur selepas subuh sebagai satu amalan. Istilah tidur selepas subuh tidak pernah wujud sama sekali dalam Islam. 
Hukum tidur selepas subuh mengandungi dua pandangan, iaitu pandangan kita (pandangan nafsu) dan pandangan orang soleh (ulama’). Jika dilihat berdasarkan pandangan kita (pandangan nafsu) melalui cara hidup dan cara amalan kita, ia dibolehkan tidur selepas waktu subuh, walaubagaimanapun ia tetap diibaratkan seperti anjing mati. 
Tiada nas yang jelas menunjukkan bahawa menghalang seseorang untuk tidur selepas subuh. Oleh itu, hukum tidur selepas subuh kekal harus kerana tiada dalil yang menghalangnya. Meskipun tiada nas yang menghalang untuk tidur selepas subuh namun terdapat banyak galakan untuk menghidupkan amalan yang berfaedah selepas subuh seperti mengulangkaji pelajaran, beriadah, bekerja untuk mencari rezeki dan sebagainya. 
Bukankah amalan ini lebih baik jika dibandingkan dengan tidur selepas subuh sehinggakan kadang kala kita terjaga ketika matahari tegak di atas kepala. Rasulullah SAW melihat anaknya Fatimah R.A berbaring selepas solat subuh, lalu baginda bersabda maksudnya: 
"Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki tuhanmu dan janganlah engkau jadi daripada kalangan orang yang lalai. Sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia diantara terbitnya fajar sehingga terbitnya matahari." (riwayat Al Baihaki)

Solat sunat Dhuha juga turut kita abaikan apabila kita mengamalkan tidur selepas subuh. Walhal, waktu Dhuha merupakan waktu yang mustajab untuk kita memohon rezeki. Pintu-pintu rezeki terbuka luas pada waktu Dhuha untuk hamba-Nya yang berlumba-lumba mencari rezeki dan mendapatkan keredhaan-Nya. Sekiranya kita tidur selepas subuh, kita seolah-olah sombong dan menolak rezeki yang Allah janjikan di pagi hari. Aktiviti yang lebih bermanfaat bagi dunia dan akhirat lebih baik dikerjakan daripada tidur selepas subuh. Salah satu amalan sihat Rasul adalah bangun sebelum subuh (untuk solat malam) dan beraktiviti setelah subuh. 
Beberapa hari lagi umat Islam akan menyambut bulan Ramadan. Alangkah indahnya sekiranya kita melakukan ibadah selepas sahur dan solat subuh seperti bertadarus, dan menghadiri majlis ilmu. Bulan Ramadan juga akan lebih bermakna dengan memperbanyakkan amalan mulia. Dalam sebuah hadis, Nabi SAW telah bersabda mafhumnya; 
“Wahai tuhan kami, berkatilah untuk umatku pada awal waktu pagi.”
Adalah Nabi SAW, jika baginda menghantar seangkatan tentera, baginda akan menghantarnya di awal pagi. 
“Adalah saudagar itu seorang peniaga dan beliau memulakan perniagaannya di awal pagi maka telah bertambah hartanya (mendapat keuntungan).” Riwayat Abu Daud, Syeikh Al-Albaani menilainya Sahih. 
Nabi SAW amat menitikberatkan mengenai pengurusan masa lebih-lebih lagi di awal pagi bagi seseorang muslim. Ini dilihat dengan amalan yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW dari segi berzikir mahupun keluar kerja untuk mencari rezeki dan disebabkan oleh itu juga para ulama’ amat menjaga waktu selepas subuh mereka agar dipenuhi dengan perkara yang berfaedah lagi berpahala. 
Terdapat banyak keburukan tidur selepas subuh antaranya ialah badan kita akan menjadi lemah dan tidak bermaya sepanjang hari. Badan akan lemah sekiranya kita tidur berlebihan dan kurang mendedahkan kulit dengan cahaya di siang hari. Selain itu, akibat tidur selepas subuh juga ialah badan kurang sihat oleh kerana tidak mengamalkan aktiviti riadah di siang hari. 
Seterusnya, tidur selepas subuh boleh mematikan hati sebagaimana Ulama’ ibnu Qayyim mengatakan bahawa tidur selepas subuh boleh mematikan hati, membuatkan badan menjadi malas dan juga mensia-siakan waktu yang berharga. Apalagi jika ada keperluan kerana bekerja di waktu malam untuk kesegaran saat menjalani hari. Secara ilmiah dari berbagai rujukan, tidur setelah subuh dapat menyebabkan kepikunan (nyanyuk). 
Kesimpulannya, lihatlah kepada diri kita ini, ada sifat malas dalam diri yang perlu diubah. Jika kita tidak ubah sikap pemalas kita ini, maka bermacam-macam impak negatif bakal menghanyutkan diri ke arah kemudharatan yang lebih besar. 
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa-apa yang pada diri mereka.” (surah Ar-Ra’d : ayat 11). - HARAKAHDAILY 24/5/2017 
Penulis ialah pelajar Universiti Sains Islam Malaysia
Sumber HD - 24-5-2017 







Semangat kejiranan perlu dipupuk

KEMAKMURAN sesebuah negara amat bergantung kepada keutuhan dan kemantapan hubungan dalam setiap lapisan masyarakat tanpa mengira umur, jantina, bangsa, agama dan budaya. Hubungan erat antara jiran dapat melahirkan ciri-ciri masyarakat yang berkualiti. 
Seperti yang diketahui umum, jiran didefinisikan sebagai orang yang tinggal  berhampiran dengan rumah kita. 
Semangat kejiranan merupakan aspek yang penting dalam kehidupan bermasyarakat. Semangat ini lahir daripada kesedaran dan inisiatif kita untuk mewujudkannya. Ia perlu diterapkan dalam diri dan masyarakat. Islam telah menekankan kepentingan menjalinkan hubungan dalam kalangan masyarakat sekeliling. Dalam konteks kejiranan, umat Islam perlu sentiasa menghormati dan menjaga keselamatan diri dan harta benda.
  
Dengan adanya semangat kejiranan ini, sesuatu masalah dapat diatasi dengan segera. Sebagai contoh, gotong-royong membersihkan kawasan perumahan, balai raya, membuat jambatan dan sebagainya dapat dilakukan bersama. Secara tidak langsung ini dapat mengeratkan silaturrahim antara penduduk kawasan perumahan.
  
Antara cara memupuk semangat kejiranan adalah dengan saling kunjung-mengunjungi sesama jiran. Aktiviti ini boleh dilakukan semasa musim perayaan, kenduri dan lain-lain lagi. Sikap keprihatinan juga penting dalam melahirkan sikap hormat-menghormati dan kasih sayang sesama jiran.
  
Memang tidak dapat dinafikan lagi, pelaksanaan Rukun Tetangga juga dapat melahirkan individu yang bertanggungjawab seterusnya mampu membentuk masyarakat yang berjiwa murni.
  
Dalam era globalisasi ini, sikap mementingkan diri dan sikap tidak mempedulikan orang lain semakin menebal seperti yang terkandung dalam pepatah Melayu “bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing”. Jika hal ini dibiarkan, semangat kejiranan akan luntur seterusnya menjejaskan perpaduan negara. Ada juga pepatah yang mengatakan bahawa “bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”. Oleh itu, dengan meningkatkan semangat kejiranan, perpaduan akan bertambah utuh dan teguh.
  
Tuntasnya, hidup berjiran amat penting dalam kehidupan. Hal ini kerana ia mendatangkan banyak manfaat dan menyatupadukan seluruh masyarakat. Jelaslah bahawa betapa penting dan besarnya peranan jiran dalam membentuk kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara. Oleh itu, masyarakat haruslah berganding bahu, bak kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing dalam usaha menjadikan kehidupan berjiran sebahagian daripada amalan dan budaya masyarakat di Malaysia. – HARAKAHDAILY 23/5/2017 
Penulis ialah pelajar Universiti Sains Islam Malaysia
Sumber HD - 23-5-2017 







Generasi muda perlu contohi Muhammad al-fatih

MUHAMMAD II bin Murad, nama lainnya adalah Mehmed atau lebih dikenali sebagai Muhammad Al-Fatih. Beliau telah dilahirkan di Edirne pada tahun 1432 masihi. Sejak awal, Muhammad Al-Fatih selalu dikelilingi oleh ulama-ulama terbaik pada zamannya dan mempelajari pelbagai  ilmu, sama ada ilmu yang berkaitan dengan al-Qur’an, thaqafah Islam dan juga ilmu fiqh, mahupun ilmu lain seperti bahasa, astronomi, matematik, kimia, fizik, dan juga ilmu perang. Beliau dilantik menjadi sultan oleh ayahnya ketika berumur 12 tahun.
   
Beliau mempunyai kepribadian yang sangat tinggi dipandangan umum dunia. Antaranya termasuklah sikap yang cintakan ilmu. Pelbagai ilmu yang dipelajarinya sehinggakan beliau suka untuk berdamping dengan para ulama demi mendapatkan ilmu daripada mereka. Bagi generasi muda sekarang, kita sememangnya dipenuhi pelbagai teknologi yang sebahagiannya telah menjadikan kita kurang minat dalam menuntut ilmu. Oleh hal hal yang demikian, kita seharusnya mencontohi beliau yang cintakan akan ilmu. Perbanyakkan mencari kelas-kelas agama serta guru yang berpengalaman untuk mempelajari ilmu agama supaya kita dapat memahami erti kehidupan dan tidak lari dari landasan sebenar sebagai seorang muslim. 
Seterusnya, Sultan Muhammad al-Fatih seorang yang mempunyai matlamat yang tinggi dalam dirinya. Keyakinan beliau dalam menentukan bahawa beliaulah yang akan menakluki kota Konstantinopel menjadikan beliau tidak berputus asa dalam mempelajari ilmu berkaitan ilmu perang serta bekerja keras membuat persiapan dalam menguasai kota tersebut. Sebagai iktibar, generasi muda tidak seharusnya terus berputus asa dalam sesuatu perkara dan perlu berusaha gigih untuk menghadapinya supaya apa yang diinginkan itu tercapai. 
Dalam menghadapi peperangan untuk menawan kota Konstatinopel pula, beliau seorang yang cekap dan bijak dalam menyusun strategi supaya tentera Islam tidak bertindak melulu tanpa arah dan tuju. Perancangan yang baik dan strategi itulah yang menjadikan mereka berjaya dapat menawan kota Konstantinopel tersebut. Sebagai anak muda, perancangan yang baik dalam menyusun kehidupan seharian perlu ada supaya hidup tidak terumbang-ambing dengan perkara yang tidak berfaedah. Kadang-kadang mereka yang hidupnya melepak, merempit dan sebagainya yang tidak berfaedah, mereka tidak ada perancangan hidup dan hala tuju yang baik dan sempurna. Perkara ini boleh merosakkan minda kita serta menjadikan kita orang yang tiada masa depan. 
Selain itu, walaupun sibuk dengan urusan pimpinan dan ketenteraan, Sultan Muhammad al-Fatih tidak pernah lalai dan lupa dengan ibadahnya. Ketakwaan dalam diri beliau sangat tinggi. Beliau juga menitik beratkan tentang rakyat dan pasukan tenteranya dalam ibadah harian mereka. Generasi muda pada masa ini perlu tingkatkan amal ibadah kepada Allah sentiasa bagi menjaga diri dari terjatuh dalam tipu daya duniawi yang sekarang ini banyak berlaku diakhir zaman ini. Walau sesibuk mana sekalipun kita dalam urusan duniawi, kita perlu juga mendekatkan diri kepada Allah setiap waktu supaya hidup kita sentiasa dalam rahmat dan berkat di sisi Allah.
Sultan Muhammad al-Fatih pernah berpesan “jika suatu masa kelak kamu tidak lagi mendengar bunyi bising dan gelak ketawa anak-anak riang di antara saf-saf solat di masjid-masjid, maka sesungguhnya takutlah kalian akan kejatuhan generasi muda kalian di masa itu”. Oleh hal yang demikian, kita sebagai generasi muda perlu bangkit daripada lena duniawi dan perlu kuatkan diri dalam meneguhkan bahtera Islam supaya kita tidak jatuh ditangan orang yang tidak benar dan tidak jatuh dalam kehinaan dan keburukkan. – HARAKAHDAILY 22/5/2017 
Penulis ialah pelajar Fakuliti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Sumber HD- 22-5-2017 












Adab dalam bertabarruj

TAMPIL cantik, indah, anggun dan mempersona merupakan dambaan setiap wanita yang bergelar muslimah. Sinonim dengan perilakunya yang sopan santun menunjukkan ciri-ciri wanita dambaan lelaki soleh. Pelbagai cara yang ditempuh kebanyakan wanita untuk mendapatkan gelaran tersebut 
Secara umumnya, Allah Taala mengharuskan perhiasan dan tidak melarang manusia berhias dan menjaga kecantikan. Ini bertepatan dengan ajaran Islam yang menganjurkan agar wanita memakai pakaian yang indah, berhias dengan kemas dan memakai wangi-wangian yang sesuai. Walau bagaimanapun, keharusan ini tertakluk kepada batasan-batasan dan larangan tertentu yang mesti dipatuhi oleh setiap wanita.
Secara fitrahnya, wanita begitu sinonim dengan kecantikan kerana wanita menggemari dan ingin memiliki segala yang cantik, unik, indah dan menarik. Tabarruj ini mempunyai pelbagai bentuk dan corak yang sudah dikenali kebanyakan manusia sejak zaman dahulu sehingga sekarang, maksudnya ia tidak terbatas hanya sekadar berhias, berdandan, bersolek, memakai bauan dan sebagainya yang biasa dilakukan oleh wanita, bahkan lebih. Segala sesuatu yang mencerminkan keindahan dan kecantikan sehingga penampilan dan gaya seorang wanita menjadi menarik mata lawannya.       
    
Sebenarnya berhias merupakan perkara yang dibolehkan dalam Islam selama mana ia tidak melanggar syariat Islam. Namun, kebanyakan wanita muslimah berhias secara berlebihan sehingga melanggar syariat islam. Maksudnya, memakai dan menampakkan perhiasan dibolehkan dalam Islam tetapi dikhususkan kepada perhiasan yang zahir sahaja serta perhiasan untuk suami. 
Perhiasan yang menghias tangan boleh dipakai selagi biasa dipakai oleh orang ramai. Alat solek dibolehkan dengan syarat tertentu seperti untuk tatapan suami dan mesti dibersihkan dengan sebaiknya ketika berwudhuk. Ini kerana terdapat sesetengah alat solek yang menegah air sampai kepada anggota yang difardhukan membasuhnya ketika berwudhuk. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 
“Perhiasan zahir iaitu muka dan celak kening, inai tapak tangan juga memakai perhiasan harus diperlihatkan di dalam rumahnya dan mereka yang datang ke rumahnya”. 
Antara bentuk tabarruj yang dilarang dalam Islam ialah wanita yang mengenakan pakaian nipis dan ketat yang menampakkan tubuhnya, wanita yang memakai wangi-wangian yang berlebihan sehingga baunya dapat dihidu lelaki bukan mahram, wanita yang berhias kepada lelaki bukan mahram, wanita yang berdandan atau bersolek secara berlebihan seperti bukan kebiasaannya, misalnya memakai bedak yang tebal, eye shadow, lipstik dengan warna yang mencolok dan sebagainya. 
Jauhilah tabarruj yang dilarang oleh syariat. Sungguh wanita yang keluar dengan penampilan yang berlebihan sebenarnya dia melemparkan dirinya ke dalam api neraka, sedangkan wanita yang menghiasi jiwanya dengan kesopanan dan berhias sesuai dengan tuntutan Islam adalah wanita yang menempatkan dirinya pada tempat yang mulia. 
Tuntasnya, terdapat hikmah yang terkandung dengan larangan-Nya bertabarruj bagi wanita semata-mata demi menjaga masyarakat dari keruntuhan akhlak dan moral di samping memelihara wanita daripada berbuat jahat, menjaga kehormatan dan maruah serta menghindari kaum lelaki agar tidak terjerumus kelembah kehinaan. – HARAKAHDAILY 22/5/2017
Sumber HD - 22-5-2017 














Kemanisan bersabar

SEBAGAI hamba, kita pasti diuji oleh Allah SWT dengan pelbagai ujian mengikut kemampuan hamba-Nya. Begitu juga dengan Rasulullah SAW tidak lari daripada diuji oleh Allah walaupun diketahui Baginda seorang yang maksum iaitu bersih daripada dosa. 
Dalam Allah memberi ujian kepada hambanya sama ada memberi ujian kesakitan, hilang orang yang tersayang, hilang pekerjaan namun Allah tidak pernah jauh. Ujian adalah tarbiyah Allah kepada hamba-Nya untuk lebih dekat dengan kepada-Nya. 
Setiap orang ditarbiyahkan dengan cara yang berbeza dan proses tarbiyah ini adalah untuk membentuk manusia menjadi lebih baik dan memperbaiki diri menjadi yang terbaik. 
Rasulullah mengajarkan kita untuk bersabar dalam setiap ujian yang Allah berikan. Meskipun berat diuji dengan pelbagai rintangan. Sabar adalah salah satu ciri utama ketakwaan seseorang kepada Allah. Sabda Nabi Muhammad SAW dalam sebuah hadis yang bermaksud; 
“Sabar adalah separuh daripada iman dan keyakinan adalah seluruh keimanan”. (riwayat at-Tabrani dan al-Baihaqi).   
Sifat sabar sangat penting untuk mendidik hati menjadi lebih tenang dalam menghadapi musibah dan ujian. Namun, sifat ini haruslah dididik dan disemai dengan nilai keimanan dan kesedaran yang tinggi. Hal ini kerana, dalam kehidupan Allah akan sentiasa menguji kita, kerans ujian itulah yang akan menentukan tahap keimanan dan kesabaran kita kepada-Nya. 
Firman Allah di dalam al-Quran yang bermaksud; 
“Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikan khabar gembira kepada orang – orang yang sabar”. (surah al-Baqarah: 155). 
Ayat ini memberi penjelasan kepada kita bahawa janji Allah kepada mereka yang bersabar akan mendapat balasan yang setimpal daripada Allah sama ada pahala dan juga hikmah dalam urusan yang lain yang hanya Allah sahaja Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. 
Terdapat pelbagai cara untuk mencapai kemanisan bersabar dalam menghadapi setiap ujian yang diberikan. Hendaklah kita sentiasa meminta perlindungan daripada Allah daripada syaitan yang direjam sebelum melakukan sesuatu perkara. Yakni menunjukkan setiap jiwa kita mestilah menyerahkan diri kepada Allah sebelum melakukan aktiviti dan berusaha menghindarkan diri daripada sesuatu yang boleh menyesatkan dari mengingati Allah. Dengan cara ini, kita akan lebih tenang dan positif dalam setiap perkara yang bakal dilalui. 
Memupuk kemanisan sabar juga haruslah dengan memperbanyakkan amal-amal kebajikan seperti bersedekah dan menolong mereka yang dalam memerlukan. Seiring dengan firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud; 
“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran”. (surah al-Asr:1-3). 
Jelas di dalam ayat ini untuk kita bersabar dan menjadi orang yang beruntung di sisi Allah. 
Betapa Islam itu mendidik hambanya untuk lebih tenang dan sabar dalam setiap perkara yang dikerjakan. Sebagai seorang yang beriman kepada Allah, maka seharusnya kita tidak mudah tewas dengan apa sahaja ujian yang diberikan. Sabar menerima ujian dan tidak mudah merungut mahupun resah gelisah. Kerana setiap musibah yang menimpa pasti ada hikmah dan tarbiyah yang ingin disampaikan oleh Allah kepada kita melalui rahmat dan kebesaran-Nya. – HARAKAHDAILY 20/5/2017 
Penulis ialah pelajar Fakulti Kepimpinan Dan Pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia
Sumber HD - 21-5-2017 















Khasiat air nabeez

BEBERAPA hari lagi umat Islam bakal menyambut bulan Ramadan. Bulan Ramadan adalah bulan yang dinanti oleh seluruh umat Islam kerana pada bulan ini segala amalan kebaikan akan diberi ganjaran berlipat ganda oleh ALLAH SWT. 
Ramadan adalah bulan seluruh umat Islam diwajibkan menunaikan ibadah puasa selama sebulan. 
Bagi memastikan tubuh badan kekal bertenaga ketika berpuasa, amalan pemakanan yang sihat adalah amat penting dan perlu dititikberatkan terutamanya ketika bersahur dan berbuka. 
Amalan meminum air nabeez iaitu air rendaman kurma atau kismis dalam air masak semalaman dalam bekas yang tertutup dan kemudiannya diminum keesokkan harinya. Selain tersimpan banyak khasiat, air nabeez adalah minuman sunnah dan merupakan minuman kegemaran Rasullullah SAW. 
Baginda merendam beberapa biji kurma kedalam air selama semalaman dalam bekas yang tertutup dan meminumnya pada waktu pagi. 
Riwayat daripada Imam Muslim, Aisyah berkata; 
“Kami biasa membuat perahan untuk Rasullulah SAW di dalam air minum yang bertali di atasnya, kami membuat rendaman di pagi hari dan meminumnya di petang hari, atau membuat rendaman di petang hari dan meminumnya di pagi hari.” (H.R Muslim) 
Selain kurma, air nabeez juga boleh berasaskan makanan sunnah lain seperti kismis. 
Selain itu, sebagai menambah rasa boleh dicampurkan bersama madu atau susu. 
Kesemua makanan tersebut adalah makanan sunnah Rasullulah dan terkandung banyak khasiat. 
Khasiat air nabeez ialah merupakan minuman beralkali yang mampu membuang asid dalam perut yang boleh mengelakkan gastrik dan kembung perut. Air nabeez juga mampu melancarkan sistem penghadaman dan boleh mengelakkan sembelit. Air ini juga boleh dijadikan sebagai bahan detox kerana berfungsi untuk menyingkirkan bahan toksin dalam badan sekaligus dapat mengelakkan penyakit merbahahaya dan obesiti. 
Tambahan lagi, air nabeez sesuai untuk pesakit gout dan pesakit sendi (Arthritis) kerana membantu meneutralkan kandungan asid urik. 
Kesimpulannya, air nabeez tersimpan banyak khasiat dan manfaat kepada tubuh badan manusia. Bagi mengekalkan tenaga ketika berpuasa, kita perlu memastikan pengambilan makanan dan minuman yang berkhasiat terutamanya pada waktu sahur dan berbuka. Badan yang sihat membolehkan kita menjalankan ibadah di bulan Ramadan dengan sempurna. – HARAKAHDAILY 20/5/2017 
Penulis ialah pelajar Bahasa Arab dan Komunikasi, Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia
Sumber HD - 21-5-2017














Srikandi yang tidak didendang

UMMU Haram, isteri kepada Ubadah Bin Samit, juga ibu saudara susuan Rasulullah SAW. Dia bercita-cita untuk menyertai peperangan di atas kapal dilaut, untuk turut menyumbangkan berjihad dan berdakwah. Cintanya pada agama membuatkan Ummu Haram bersungguh-sungguh membawa manusia kembali kepada akidah tauhid yang sahih. 
Srikandi Ansar ini bernama Ummu Haram Bin Malham Bin Khalid Bin Haram Bin Amir. Ummu haram ialah 
Anas Bin Malik merupakan anak saudara kepada Ummu Haram menceritakan bahawa  Rasulullah SAW pernah menjenguk Ummu Haram di rumahnya. Kadang- kadang Rasulullah SAW menumpang tidur di waktu siang hari dan merarau di rumah Ummu Haram. 
Pada suatu ketika, Rasulullah SAW mengunjungi Ummu Haram di rumahnya di Quba’, Ummu Haram  menyediakan makanan kepada tetamu istimewanya itu. Setelah selesai makan, Rasulullah bersandar dinding lalu tertidur dan ketika baginda tersedar, baginda tersenyum. 
Ummu Haram di sisi baginda bertanya ”Mengapa tuan tersenyum wahai Rasul Allah?” 
Jawab baginda; “Sebahagian daripada ummatku diperlihatkan kepadaku (dalam mimpi) sebagai orang-orang yang berjuang dilautan. Mereka seperti raja-raja di singgahsana.” 
“Wahai Rasulullah, doakan saya salah seorang daripada mereka.” Pinta Ummu Haram.
Maka Rasulullah mendoakan ibu saudara susuannya itu. 
Tiga kali Rasulullah bermimpikan mimpi yang sama setelah terbangun baginda tersenyum lalu menceritakan cerita yang sama. Ummu Haram meminta Rasulullah mendoakannya. Rasulullah  berkata “kamu termasuk dalam kumpulan pemula”. Kisah ini ada diriwayatkan  oleh Imam Muslim dan sahih Bukhari. 
Sabda Rasulullah SAW itu akhirnya berlaku setelah kewafatannya. Pada 27 Hijriah, Semasa pemerintahan khalifah Usman Bin Affan. Mua’wiyyah bin Suffyan memimpin pasukan Muslim untuk menentang Romawi dan menakluk Pulau Cyprus yang berada di bawah kekuasaan Byzantuim. 
Ummu Haram bersama suaminya Ubadah Bin Samit turut serta dalam peperangan ini. Walaupun mereka telah berusia ketika itu, namun tidak menghalang mereka menyahut seruan jihad menentang musuh di laut. Ummu Haram berada bersama angkatan perang pasukan pertama. 
Angakatan Islam berjaya dalam misi itu. Ramai tawanan dan banyak barang pampasan yang diperoleh pasukan Muslim. 
Perang Qibris memohon damai. Isi perjanjian itu menetapkan Cyprus perlu membayar cukai tahunan kepada kaum Muslimin sebanyak 7000 dinar. 
Pasukan Muslim bersiap-siap untuk pulang. Ummu Haram terjatuh daripada haiwan yang ditunggangnya. Lehernya patah lalu srikandi pemula jihad itu syahid. Jenazahnya dimakamkan di Cyprus. Kerajaan Turki Uthmani mendirikan  sebuah masjid di sebelah makam syahidah itu, makam ini dikenal sebagai Hala Sultan Tekka. 
Hisyam Al-Ghaz menyebut ”Makam Ummu Haram di Cyprus. Orang-orang mengatakan bahawa ini adalah makam wanita solehah”. 
Ibrah yang dapat kita ambil daripada lembaran kisah mujahidah hebat ini adalah beliau bersungguh-sungguh dan tulus berjihad demi agama Allah. Umurnya dihujung senja tidak menghalang Ummu Haram daripada ikut berjihad bersama mujahidin lain. 
Mari kita lihat dalam diri masyarakat kita sekarang, terutamanya kaum hawa. Masih wujudkah diri Ummu Haram dunia abad ini? Selagi nafas bersama jasad, selagi dunia aman dari hari yang dahsyat, belum terlambat untuk menghidupkan roh perjuangan Ummu Haram dalam diri. Ayuh tumbuhlah mawar agama, mekarkan kelopak perjuanganmu, sebarkan haruman dakwahmu, sehingga kakimu mejejak taman syurga.  – HARAKAHDAILY 19/5/2017
Penulis ialah pelajar Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Sumber HD - 19-5-2017 



















Tip mengatasi perasaan marah

MARAH adalah akibat ledakan luar biasa emosi yang sudah tidak mampu dikendalikan oleh sistem saraf di otak dengan pelbagai situasi dan maklumat yang menekan dan mencabar minda. 
Ledakan emosi inilah yang dinamakan kemarahan. Biasanya berlaku pada individu yang kurang sabar dan emosional. Marah boleh dilempiaskan secara kreatif bagi individu yang bijak tanpa menyakitkan mana-mana pihak. Banyak cara yang boleh dilakukan bagi menghilangkan kemarahan antaranya melukis, menulis skrip dan mendengar muzik. 
Namun, cara yang terbaik adalah dengan mengambil wuduk setiap kali perasaan itu datang. Di samping membaca ayatul Kursi, zikrullah, istighfar serta sentiasa mengingatkan diri bahawa kemarahan itu adalah dari api dan api itu adalah asal kejadian syaitan. Kita harus menutup pintu kemarahan kerana apabila kita marah, syaitan akan berpesta dan itulah cara mudah untuk dia mempengaruhi kita. 
Bermakna orang yang sedang marah adalah dikuasai oleh syaitan. Bagi memadamkannya ia perlukan air, maka air wuduklah yang harus kita gunakan bagi membanteras sikap mazmumah di dalam diri kita oleh sikap marah melampau. 
Salah satu cara lagi ialah dengan membisikkan kepada diri sendiri dan katakan mengapa aku mesti marah? Apa untungnya aku marah? Kalau aku marah tentu aku menyakiti hati orang. Apa pulak kesan buruk dari tindakan aku ini? 
Orang yang sedang marah sebenarnya mempamerkan kelemahan serta kebodohannya. Tentu saja kita tidak mahu dikatakan lemah dan bodoh, jadi mulai hari ini tanamkan sikap untuk menahan rasa marah dan cuba senyum dengan senyuman paling manis biarpun hati sedang mendidih dengan kemarahan. 
Cubalah berjenaka dan anggap masalah itu cuma hiburan. Jangan begitu serius semasa bekerja kerana ini akan menyebabkan anda sering tertekan. Serius disini bermaksud begitu terlampau memikirkan kerja sehingga sukar untuk memahami orang lain. Dengan itu, sikap kita yang sebegitu keras akan menekan perasaan orang. Sekaligus menjauhkan orang lain dari kita dan itu bakal mengundang tekanan di dalam diri. 
Selain itu, kurangkan aktiviti yang menekan minda, carilah perbualan yang positif dan jangan cuba berbual perkara negatif seperti mengumpat orang, menyebarkan fitnah dan sebagainya. Ini kerana berita-berita kosong akan menyakitkan minda dan jiwa seterusnya meletuskan rasa amarah yang teramat. 
Kalau rasa tertekan dengan kerja cubalah bertenang, rehatkan minda seketika, cuba buat sesuatu selama lima minit contohnya melukis, menulis dan buatlah apa-apa sahaja yang seketika tapi jangan pula ambil kesempatan sehingga mengabaikan tugas-tugas kita yang sebenarnya. Tapi bagi orang yang tidak kreatif dia tidak akan dapat memahami erti tekanan yang dihadapi orang lain. 
Apa yang dia tahu kerja mesti cepat, mesti siap, tahu mengarah itu dan ini. Bila orang buat kesilapan terus saja dimarahi. Orang sedemikian memang tidak punya perasaan kemanusiaan yang tinggi. Sikap sedemikianlah yang menyebabkan mereka mudah menjadi insan yang pemarah dan tidak tahu menghormati orang lain. Ingatlah bahawa sesungguhnya sifat marah bakal mengundang pelbagai masalah kesihatan kepada anda. 
Di samping itu, senyuman juga mampu mengurangkan rasa marah. Walaupun senyum nampak mudah namun senyuman tidak mudah di ukir di wajah orang yang berada dalam keadaan marah. Namun percayalah, dengan senyuman perasaan marah kita akan menjadi reda. 
Bagi mengelakkan tekanan di dalam diri anda dan orang lain, sifat marah bukanlah jalan penyelesaian masalah, sebaliknya anda sendiri akan terperangkap dengan masalah yang berpanjangan seandainya ini berlaku di dalam sesebuah organisasi yang anda sertai. 
Dengan itu, undanglah suasana yang kondusif dengan senyuman yang sopan dan sikap yang ramah. Tidak perlu hadirnya perasaan marah kerana sifat tersebut harus kena pada tempatnya. Jika tidak marah pun, tidak wajar andai kemarahan itu adalah untuk menegakkan yang hak. – HARAKAHDAILY 18/5/2017 
Penulis ialah pelajar Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia
Sumber HD - 18-5-2017 




















Hilangnya sifat malu wanita

DALAM sebuah hadis, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
“Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu.” (Hadis riwayat Baihaqi) 
Salah satu ciri kemulian dalam kalangan wanita adalah sifat malu paling menebal dalam dirinya. Apakah yang disebut sebagai malu? Adakah perlunya seorang yang digelar wanita mempunyai sifat malu dalam dirinya? 
Definisi malu menurut al-Junaid menyatakan bahawa melihat berbagai macam nikmat dan melihat keterbatasan diri sendiri, maka di antara keduanya muncul suatu keadaan yang disebut malu. Hakikatnya adalah akhlak yang mendorong untuk meninggalkan keburukan dan mencegah pengabaian dalam memenuhi hak Allah SWT. 
Malu sangat berharga di sisi Allah kerana mahal harganya dan susah untuk merealisasikan sifat malu dalam diri sendiri terutamanya wanita Islam. Dalam hadis yang lain yang menunujukkan bahawa nabi Muhammad saw mempunyai sifat malu lebih daripada seorang gadis. 
“Nabi SAW tersangat malu lebih dari malunya anak dara yang berada di sebalik tirainya.” (HR Ahmad – sahih) 
Hal ini tidak menghairankan kerana Rasulullah SAW selalu menjaga pandangan mata dari hal-hal yang diharamkan, yang keluar dari lisannya selalu kata-kata yang baik, lebih mementingkan orang lain, seorang yang pemaaf, sangat baik dengan keluarga, penyabar, lemah lembut dan sangat menyayangi orang-orang yang beriman. 
Dalam Ash Shohihain dari Abu Hurairah ra, dari Rasulullah SAW, baginda bersabda:
“Iman itu ada 70 cabang lebih, atau 60 cabang lebih. Yang paling utama adalah perkataan laa ilaaha illallah, dan yang paling rendah menyingkirkan gangguan dari jalan, dan rasa malu itu cabang dari iman.” (HR Bukhari dan Muslim) 
Oleh itu pentingnya malu dalam diri seorang wanita Islam kerana malu itu adalah sebahagian daripada iman. 
Perbezaan antara wanita Islam dulu dan sekarang sangatlah berbeza. Dari segi segi akhlak dan perlakuan, jati diri amatlah ketara perbezaanya. Mungkin perbezaan ini disebabkan dengan arus permodenan yang berlaku di zaman teknologi yang cangggih sekarang ini. 
Seperti yang dapat kita lihat di laman-laman sosial seperti facebook. Twitter dan Instagram, kebanyakan wanita Islam telah memuatnaik gambar-gambar yang tidak mengikut syariat kedalam laman sosial dan diperlihatkan kepada semua orang. 
Itulah pentingnya seorang wanita mempunyai sifat malu dalam dirinya. Ini adalah kerana sifat malu boleh menghidarkan diri kita daripada setiap keburukkan dan mendekatkan kita kepada kebaikkan. Di mana kita dapat sumbernya sifat malu yang betul mengikut syariat yang ditetapkan oleh Allah? Sumber sifat malu adalah dari pengetahuan kita tentang keagungan Allah. Sifat malu akan muncul dalam diri kita apabila kita menghayati betul bahwa Allah itu Maha Mengetahui, Allah itu Maha Melihat. Tidak ada yang dapat kita sembunyikan dari penglihatan Allah. Walaupun sekecil zarah perkara yang kita lakukan, Allah tetap mengetahuinya. 
Sebagai wanita Islam kita mestilah ada seseorang yang boleh kita jadikan teladan supaya kita dapat merealisasikan akhlak yang baik dalam kehidupan kita. Ramai serikandi islam yang boleh kita jadikan teladan dalam kehidupan setiap wanita Islam contohnya Fatimah Az-Zahra, Rabiatul Adawiyah, Siti Khadijah dan lain-lain lagi. Kisah-kisah mereka dapat dijadikan pengajaran untuk semua para wanita Islam. 
Para wanita Islam hendaklah menjaga imej Islam yang dijaga oleh Nabi Muhammad SAW selama mana hidupnya.Banyak keburukkannya apabila hilangnya sifat malu dalam diri seorang wanita. Seperti yang kita lihat sekarang ini banyak jenayah seksual yang berlaku dalam golongan wanita. 
Laporan polis diraja Malaysia PDRM, turut mencatatkan peningkatan kes rogol dalam kalangan remaja wanita. Bagi tempoh yang tidak sampai lima tahun sejak 2011 sebanyak 12,473 kes rogol dalam kalangan wanita dan dicatatkan sebanyak 435 kes pembuangan bayi turut dilaporkan. 
Ini telah membimbangkan ramai pihak, ibu bapa mestilah memainkan peranan yang sangat penting untuk menbentuk anak-anak supaya menjadi Islam yang buakan sekadar di kad pengenalan tetapi Islam yang sebetulnya. Mereka lahir seperti kain yang putih bersih yang sempurna tanpa sebarang cacat celanya. Kitalah yakni ibu bapalah yang mencorakkan dan mewarnakan kain putih itu dengan corak dan warna tertentu. 
Ibu bapa mestilah memantau anak-anak terutamanya anak perempuan supaya tidak membuat sesuatu di luar jangkaan. Sentiasa ada bersama mereka dan mengambil berat setiap perkara yang dilakukan oleh mereka. Jangan melepaskan amanah yang diberikan oleh Allah walaupun kita sibuk berkerja. Kebanyakan remaja perempuan yang tidak diberi kasih sayang sepenuhnya oleh ibu bapa melakukan perkara-perkara yang boleh memudaratkan dirinya. Oleh itu ibu bapa adalah orang yang terpenting dalam mendidik anak-anak. 
Peranan guru-guru juga amatlah penting dalm menghidarkan wanita-wanita Islam supaya tidak terlibat dalam gejala sosial. Selepas ibu bapa, guru- gurulah kedua terpenting dalam membentuk wanita-wanita Islam. Mereka mestilah memberi kaunseling dan menegur secara berhemah kepada pelajar-pelajar mereka terutamanya wanita supaya tidak terlibat dalam gejala sosial. 
Sahabat mencerminkan diri sendiri. Oleh itu sebagai wanita Islam kita hendaklah mencari sahabat yang betul -betul diertikan sebagai seorang sahabat. Peranan kawan-kawan amatlah penting supaya kita tidak terlibat dengan gejala sosial perkara yang boleh menghilangkan kehormatan diri kita. 
Dengan begitu jelaslah bahwa Islam tidak mensisihkan wanita. Wanita diangkat tinggi darjatnya disisi Islam. Wanita juga boleh terlibat dalam kehidupan sosial bermasyarakat, berpolitik, dan berbagai aktiviti lainnya. Islam hanya memberi panduan tentang adab seorang wanita Islam yang perlu dijaga. Sifat malu adalah salah satu sifat yang harus dijaga oleh setiap wanita Islam yang meyakini bahwa Allah SWT. Melihat setiap perkara yang dilakukan walaupun hanyalah sekecil zarah. – HARAKAHDAILY 17/5/2017 
Penulis ialah pelajar Universiti Sains Islam Malaysia.
Sumber HD - 17-5-2017 












































Ibu si jantung hatiku

IBU ialah insan yang sangat mulia dan berharga dalam hidup kita semenjak kita masih dalam kandungan lagi, ibulah yang menanggung kesusahan demi kesusahan masa mengandung bagi memastikan kita selamat dan sihat dalam kandungannya sampai melahirkan sepertimana disebut dalam surah Al-Ahqaf ayat ke-15: 
“Dan Kami perintahkan kepada manusia agar berbuat baik kepada kedua orang tuanya,Ibunya telah mengandungnya dengan susah payah dan melahirkannya dengan susah payah (pula)”. 
Tambahan pula, ibu memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan setiap keluarga. Kebanyakan anak berasa sungguh bahagia kerana mempunyai ibu yang prihatin dan penyayang. Oleh itu, tidak dinafikan bahawa kasih sayang ibu terhadap anak amat penting sekali. 
Nilai kasih sayang seseorang ibu tidak dapat diukur dengan wang ringgit dan harta benda. Ibu yang peka dan penyayang akan senantiasa mengambil berat dan menjaga hal ehwal kebajikan anak dengan sempurna, mendorong anak agar berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran sehingga ke menara gading di samping mengutamakan aspek kesihatan dan minat anak-anak. Lumrahnya, ibu sanggup berkorban masa dan tenaga demi anak-anak supaya menjadi insan yang berguna apabila dewasa kelak.
Sebaliknya, jika seseorang ibu tidak bersifat penyayang dan kurang bertanggungjawab maka masa depan anak-anak akan menjadi gelap-gelita. Anak yang kekurangan perhatian dan kasih sayang seringkali didapati emosi mereka mudah terganggu sekali gus mendorong mereka mencari jalan keluar dan mudah bergaul dengan rakan sebaya yang bebas dan liar. Akibatnya, masa depan anak-anak akan tergugat sekiranya mereka terjerumus ke lembah jenayah maksiat dan dadah. 
Justeru anak itu  mestilah dididik dan dibentuk keperibadiannya mengikut kehendak Allah supaya terjamin masa depannya di dunia dan di akhirat. Anak itu  milik dan anugerah dari Allah, amanah yang dipinjamkan kepada kita maka sewajarnya kita membentuk peribadi mereka sepertimana yang dikehendaki oleh Allah. 
Malangnya, pada alaf kemodenan ini, terdapat segelintir anak yang sudah dewasa dan berjaya mudah bersikap “bagai kacang lupakan kulit”. Mereka sanggup membiarkan kehidupan ibu yang pernah membesarkan mereka di rumah kebajikan kerana tidak sanggup menjaga ibu mereka yang tengah uzur dan beranggap bahawa orang tua ini leceh dan mengada-gada. 
Padahal, ibulah yang selama ini menjaga kita daripada kecil sampai dewasa yang menukar lampin kita, yang berjaga malam disebabkan bimbang anak itu akan diganggu oleh binatang kecil hatta seekor nyamuk pun yang mahu digigit di badan anaknya. 
Oleh itu, pada minggu kedua bulan Mei setiap tahun, tarikh keramat itu dipilih semata-mata untuk anak-anak meraikan ibu yang tercinta bersempena dengan Hari Ibu di seluruh negara. Pada hari tersebut, jasa bakti dan iltizam ibu selama ini diperkatakan, dikenang dan dihargai. Sesungguhnya kasih sayang ibu akan senantiasa kekal dan berada di sisi anak-anak selagi hayat dikandung badan. Syurga anak di hujung telapak kaki ibu. 
Seorang ibu juga dapat membaca pergolakan jiwa anaknya hanya dengan melihat air muka dan tingkah laku si anak. Perasaannya terhadap anaknya begitu halus. Sedari kecil anak itu di bawah pengawasannya, dia sudah arif benar ‘bahasa badan’ anaknya. 
Ibu dapat baca dari riak wajah walaupun anak-anak tidak beritahu apa masalahnya.
Walaupun anak-anak sudah besar dan masing-masing telah berkeluarga, seorang ibu masih suka meraikan dan melayan keinginan anaknya. Apabila anak balik bercuti atau beraya misalnya, dia akan turun ke dapur menyediakan makanan kegemaran si anak. Jika anak-anak ramai, dia akan meraikan dan beri perhatian pada setiap anak.Mungkin ada seorang dua anak yang lebih dikasihinya kerana disebabkan anak tersebut lain daripada yang lain. 
Dia mahu anak-anaknya selesa dan terpenuhi keperluannya. Hingga kerap kali dia mendahulukan keperluan dan keinginan anak-anak dari keperluan dan keinginannya sendiri. Malah ke tahap dia mengorbankan keinginannya semata-mata untuk memberi yang terbaik kepada anak-anak. 
Kesimpulannya,ibu insan yang patut dihormati.Jangan sesekali menderhaka kepada dia atau berkata ‘ah’ seperti dalam Firman Allah dalam surah Al-Israa’ ayat 23 ada menyebut: 
“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia”.HARAKAHDAILY 17/5/2017 
Penulis ialah pelajar Fakulti Pengajian Bahasa Utama Universiti Sains Islam Malaysia
Sumber HD - 17-5-2017 






















Gajet, ibu bapa dan pembantu rumah

BEBERAPA tahun dahulu, kita semua mengalami era di mana ‘pembantu menggantikan ibu bapa’ dalam proses pembesaran anak-anak. Kini, fenomenanya agak berbeza sedikit. Fenomena yang menimpa bukan sahaja pada masyarakat di Malaysia, tetapi juga masyarakat di luar negara, di mana ‘Gajet menggantikan pembantu rumah dan ibu bapa’. 
Ramai yang mengakui, senang jika ada Ipad, sebab ia memudahkan mereka melakukan kerja rumah, mudah bagi mereka mengawal tingkah laku anak jika berada di rumah kawan sebagai contoh, ataupun di kedai makan. Tetapi, ramai yang tidak sedar, kesan yang boleh memudaratkan anak-anak kecil ini. Adakah anda tahu, bahawa rangsangan yang berlebihan dari penggunaan gajet ini boleh mengecutkan otak anak anda, terutamanya kanak-kanak yang berumur bawah 3 tahun? Gajet yang dimaksudkan ini juga termasuklah penggunaan televisyen, dan apa sahaja yang di tonton dan terhad dalam sebuah kotak. Kenapa? 
Kajian menunjukkan anak-anak di bawah umur 2 tahun yang dibiarkan menonton rancangan di TV akan mengalami efek negatif yang lama pada perkembangan bahasa, skil membaca dan ingatan memori jangka pendek. Kesan menonton TV pada 2 tahun pertama juga akan mengganggu tidur dan tumpuan anak-anak apabila mereka meningkat dewasa. Tumpuan di dalam kelas juga turut terganggu.  Kajian di Malaysia yang dilaporkan baru-baru ini menyatakan bahawa 10 tahun dahulu, kadar masa fokus bagi pelajar di dalam kelas adalah 13 minit. 
Hari ini, kadar masa fokus telahpun jatuh pada hanya 4 saat. Ramai guru yang mengadu tentang permasalahan mengawal anak murid dalam kelas, dan inilah antara puncanya iaitu terlalu banyak didedahkan dengan pelbagai jenis gajet, tanpa pengawalan yang serius. Seorang pakar terapi pediatrik, Cris Zone menyarankan agar kanak-kanak bawah 12 tahun dilarang sama sekali bagi menggunakan gajet. Antara sebab beliau ialah perkembangan otak dan perkembangan fizikal terbantut, obesiti epidemic, kurang tidur, penyakit mental, lebih  agresif dan demensia digital. 
Cara kanak-kanak dibesarkan dan diberi pembelajaran menggunakan teknologi adalah tidak boleh lagi dikekalkan (Rowan 2010). Kanak-kanak ialah masa depan kita, tetapi tidak ada masa depan untuk kanak-kanak yang menggunakan teknologi secara berlebihan. Satu pendekatan berpasukan perlu dan penting untuk mengurangkan penggunaan teknologi di kalangan kanak-kanak. 
Kehidupan kita hari ini sarat dengan teknologi dan agak janggal sekiranya seseorang itu menolak perkembangan teknologi terkini misalnya penggunaan telefon bimbit, komputer atau tablet.Kecanggihan teknologi tidak dapat dinafikan kerana ia mempunyai banyak kebaikan dan memudahkan urusan seharian terutama dalam urusan komunikasi, menyiapkan tugasan, alat pembelajaran atau penghantaran dokumen secara pantas. 
Ada ibu bapa yang bimbang sekiranya teknologi melalaikan anak mereka, membazir masa, malah lebih teruk merosakkan minda anak-anak mereka. Namun, masih ramai menganggap pendedahan awal terhadap teknologi boleh membuatkan anak mereka celik IT, menambah pengetahuan am, menajamkan IQ seterusnya membantu pembelajaran di sekolah. 
Kebaikan gajet
Antara kebaikan penggunaan teknologi dalam kalangan kanak-kanak termasuklah kanak-kanak lebih mudah faham dan cepat belajar melalui imej yang bergerak dan bunyi. Ia juga membantu perkembangan intelektual dan pemahaman kanak-kanak. 
Tablet atau peranti yang memerlukan kanak-kanak berinteraksi melalui sentuhan pada skrin antara cara terbaik menarik perhatian kanak-kanak untuk belajar dan faham dengan lebih pantas. Selain itu, aplikasi yang digunakan sebagai alat pembelajaran memberi kelebihan kepada kanak-kanak kerana selalunya ia lebih menarik, tidak membosankan dan mudah bagi kanak-kanak untuk belajar secara sendiri. 
Keburukan gajet
Selain kebaikan, terdapat juga keburukan dalam pengggunaan gajet dalam kalangan kanak-kanak. Antaranya termasuklah kurang bergaul atau bersosial dengan orang secara berdepan, sebaliknya lebih banyak masa dihabiskan dengan tablet, telefon atau gajet lain. Kanak-kanak perlu bergaul dengan rakan sebaya serta keluarga untuk membantu perkembangan kemahiran sosial seperti berinteraksi dan berkomunikasi. 
Tidak ada peranti yang dapat menggantikan faedah yang didapati daripada komunikasi secara berdepan dengan orang lain. Kurang masa bermain bersendirian yang mendidik mereka berfikiran lebih kreatif dalam menyelesaikan masalah misalnya cara menyusun blok permainan supaya ia tidak jatuh atau mencampurkan jumlah tanah dan air secukupnya supaya ia menjadi lumpur yang boleh digunakan untuk membentuk sesuatu.

Terlalu banyak rangsangan seperti bunyi kuat, cahaya terang, warna yang menyala dan pelbagai gerakan. Jika terlalu terdedah dengan begitu banyak rangsangan, anak kecil mungkin akan meragam sekiranya mereka tidak dapat menggunakan tablet. 
Sebaliknya mereka perlu diajar dengan aktiviti lain seperti mengayuh basikal, bersukan, membaca buku cerita atau membuat reka cipta sendiri. Terlalu bergantung kepada teknologi pantas membuatkan kanak-kanak mudah bosan apabila berdepan dengan pengajaran yang diberikan guru menggunakan papan hitam.

Kanak-kanak yang bergantung kepada teknologi untuk mengisi masa lapang mereka menjadi kurang aktif dari segi fizikal sedangkan pergerakan penting untuk membantu pertumbuhan kanak-kanak, membina otot yang kuat dan mengenal pasti kebolehan diri sendiri melalui gerakan. Kanak-kanak mungkin akan menjadi terlalu obses dan ketagih kepada teknologi. Apabila mereka tidak dapat menggunakan tablet atau komputer, ia akan menyebabkan mereka menjadi resah, terganggu dan mungkin melepaskannya dalam cara menangis dan mengamuk. 
Oleh itu. Ibu bapa haruslah mengambil langkah membantu anak dengan banyak bertanya mengenai apa yang dipelajarinya daripada aplikasi yang digunakannya. Selain itu, bacalah buku elektronik bersama-sama dengan anak dan cari aplikasi yang memerlukan kanak-kanak menulis, merekod, melukis atau baca bersama. Akhirnya, pengetahuan yang didapati melalui aplikasi dimuat turun perlu digunakan dalam kehidupan sebenar, misalnya galakkan aktiviti luar, pemikiran kritikal dan kemahiran yang boleh dipraktikkan selepas melihatnya di aplikasi. – HARAKAHDAILY 15/5/2017 
Penulis ialah pelajar Universiti Sains Islam Malaysia
Sumber HD - 15-5-2017 
























Ayuh! Berjimatlah dalam berbelanja

DEWASA ini masalah kenaikan barangan harian telah menghimpit rakyat Malaysia. Pelbagai rungutan dilontarkan berkaitan hal ini terutama wang tidak mencukupi bagi menampung keperluan seharian, harga barangan yang mahal dan sebagainya. Oleh itu kita perlu mengambil langkah yang sesuai bagi menyelesaiakan maslah ini, antaranya mengamalkan sikap berjimat-cermat. 
Di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat berjimat-cermat ditakrifkan sebagai berhemat-hemat atau berhati-hati (terutama dalam penggunaan wang). Islam turut mengalakkan penganutnya mengamalkan amalan berjimat-cermat dalam kehidupan seharian. Namun begitu amalan ini masih belum ada pada rakyat Malaysia, sehubungan dengan itu amalan ini seharusnya dijadikan satu sifat murni kita. 
Amalan ini sebenarnya memerlukan kepada latihan supaya ia menjadi tabiat. Salah satu langkah yang boleh diambil ialah berbelanja mengikut keperluan sahaja. Sebagai contoh jika kita sudah mempunyai sebiji telefon pintar masih boleh digunakan tidak perlu kita mencari sebiji lagi telefon kerana beralasan telefon tersebut keluaran yang lama serta kita ini tidak mengikut perkembangan terkini. 
Masalah sebeginilah yang akan menyebabkan perbelanjaan kita bertambah. Memang benar kita hidup di zaman teknologi berkembang dengan pesat namun tidak menjadi satu kewajipan bagi kita untuk mengikut trend terkini yang akhirnya akan memerangkap kita dalam pembaziran. 
Satu penyelidikan yang dijalankan oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) pada 2015 menyatakan kira-kira 3,000 tan metrik sisa makanan  yang pada asasnya tidak disentuh dan masih boleh dimakan telah dibuang oleh isi rumah dan jumlah itu adalah mencukupi untuk memberi makan dua juta orang yang kelaparan. 
Daripada statistik ini boleh kita bayangkan berapa banyak pembaziran yang telah dilakukan oleh rakyat Malaysia serta berapa banyak wang yang telah digunakan dengan sia-sia. Kita sedar bahawa harga keperluan harian meningkat naik namun kita masih lagi melakukan perbuatan pembaziran dengan membeli makanan terlalu banyak dan dibuang begitu sahaja. Perlu untuk kita memastikan makanan yang kita beli cukup, sedap dan tidak akan membawa kepada perbuatan membazir.

Salah satu langkah yang boleh dilakukan bagi berjimat-cermat dalam perbelanjaan ialah sebelum membeli barang senaraikan terlebih dahulu barangan yang hendak dibeli. Golongan Ibu terutamanya perlu melakukan langkah ini, kerana ia akan menjadi panduan kepada kita untuk berbelanja. Janganlah pula semasa di rumah kita telah menentukan apa yang hendak dibeli namun kita sampai di pasar raya kita lupa pada senarai yang telah dibuat dan berbelanja mengikut kemahuan. 
Bagi golongan muda perlu bagi mereka memupuk sifat menabung. Hal ini dianggap remeh namun menabung membawa banyak kebaikan. Menabung juga akan dapat membantu kita mengehadkan perbelanjaan harian kerana kita sedar bahawa sedikit daripada wang harian akan disimpan. 
Tidak perlu kita menyimpan seratus ringgit tiap hari cukup hanya sekadar satu atau dua ringgit sehari. Dalam tempoh setahun kita akan dapat menyimpan hampir empat ratus ringgit. Tabung ini nanti boleh digunakan jika ada kecemasan. 
Bagi menghadapi zaman yang penuh mencabar ini kita seharusnya bijak untuk mengambil pelung yang ada. Sebagai contoh kita boleh memanfaatkan tanah kosong di sekitar rumah untuk bercucuk tanam. Hasil tanaman ini akan menyebabkan kita tidak perlu terlalu bergantung harap untuk mendapatkan sayur-sayuran di kedai seterusnya dapat menjimatkan kos perbelanjaan harian. – HARAKAHDAILY 13/5/2017 
Penulis ialah pelajar Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia
Sumber HD - 13-5-2017 

























Bersediakah kahwin pada usia muda?

BENARKAH ada segelintir yang mengatakan bahawa berkahwin pada usia muda itu, indah khabar dari rupa? Tidak dinafikan kahwin muda adalah satu isu yang sering dibicarakan oleh pelajar IPT sejak akhir-akhir ini, ramai dalam kalangan anak muda melangsungkan perkahwinan pada awal usia sama ada ketika masih belajar atau ketika baru sahaja memasuki alam pekerjaan atas dasar ingin menjauhkan diri daripada cenderungnya dalam lembah maksiat. 
Seperti yang kita ketahui berkahwin adalah satu fitrah bagi manusia. Apabila sebut berkahwin, semuanya mahu berkahwin. Tiada yang indah selain perkahwinan. Tidak bukan? berkahwin juga satu sunnah yang sememangnya digalakkan oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Maka apabila mana kita berkahwin, alhamdulillah, kita sudahpun mengikut salah satu daripada sunnah Nabi. Persoalannya bagaimana kita melaksanakan sunnah itu?   
Ramai orang yang mahu berkahwin disebab untuk menghalalkan ikhtilat dengan jalan yang halal. Tapi, adakah berkahwin ini merupakan tujuannya hanyalah untuk tinggalkan maksiat? Kita jangan beranggapan selepas berkahwin, maksiat yang kita lakukan sebelum ini akan hilang. Ramai orang yang mengatakan bahawa selepas berkahwin, kita tidak akan melakukan maksiat. 
Ada yang berkahwin disebabkan untuk menjaga ikhtilat. Dan ada juga yang berkahwin disebabkan melakukan penzinaan dan terlanjur, bagi mengelakkan rasa malu mereka hendaklah bertanggungjawab dengan berkahwin, Tapi, terdapat beberapa kes seperti suami curang selepas berkahwin, kes isteri curang selepas berkahwin dan sebagainya. Apakah puncanya? Hal ini kerana disebabkan sebelum berkahwin mereka sudah berlaku curang dan menjadi tabiat dalam kehidupan mereka. Justeru itu, kita jangan ingat bahawa dengan berkahwin, kita mampu untuk  tinggalkan maksiat.
Sebenarnya dalam perkahwinan terdapat banyak sebab yang perlu diambil kira dalam Islam antaranya ialah kita perlu ingat bahawa berkahwin bukan untuk memuaskan nafsu semata-mata. Dan perlu meletak berkahwin itu disebabkan perintah Allah dan mahu ikut sunnah Junjungan Nabi SAW. Apa gunanya kita berkahwin tapi bukan kerana Allah? Apa guna berkahwin kalau hanya kerana nafsu? Apa guna kahwin tapi tidak ikut sunnah Nabi? Ingatlah bahawa jika kita berkahwin bukan kerana Allah, dan berkahwin kerana cinta dan nafsu semata-mata, dan akhirnya apabila dalam bahtera perkahwinan dah tidak mempunyai rasa cinta, boleh menyebabkan  pergaduhan dan konflik dalam alam rumah tangga. 
Dan ingatlah bahawa kita berkahwin untuk mendapatkan takwa dari Allah SWT, sepertimana Nabi SAW yang bersabda: 
مَنْ تَزَوَّجَ فَقَدِ اسْتَكْمَلَ نِصْفَ الْإِيمَانِ، فَلْيَتَّقِ اللَّهَ فِي النِّصْفِ الْبَاقِي 
“Barangsiapa berkahwin, dia telah menyempurnakan separuh agamanya. Maka hendaklah dia bertakwa dengan separuhnya yang lain…” (HR Tabrani) 
Kesimpulannya, berkahwin pada usia muda adalah antara perkara yang terpuji. Namun, hakikatnya isu dalam alam perkahwinan di usia muda ini ialah sangatlah mencabar, pastikan kita cukup bersedia untuk menempuh alam berumah tangga ini pada usia yang muda. 
Bila kita sebut “bersedia” mahu berkahwin, bukanlah bermakna kita perlu menunggu duit yang banyak, perlu memiliki rumah, dan juga adanya kereta sendiri. Yang penting sejauh mana kita bersedia memikul tanggungjawab perkahwinan, sejauh mana kita bersedia untuk memikul segala beban dan cabaran yang bakal berlaku dalam menempuh badai ombak dalam perkahwinan. – HARAKAHDAILY 13/5/2017 
Penulis ialah pelajar Universiti Sains Islam Malaysia
Sumber HD - 13-5-2017 



























Beruntunglah tujuh golongan ini












MUNGKIN kita pernah mendengar hadis tentang segolongan manusia yang akan mendapat naungan Allah SWT pada hari kiamat. Namun, siapakah golongan yang dimaksudkan itu? Pasti kita tertanya-tanya apakah amalan yang menyebabkan mereka mendapat naungan Allah SWT itu. Mari kita merenung sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: 
“Tujuh golongan yang akan mendapat naungan Allah SWT pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya. Pemimpin yang adil, pemuda yang menyibukkan dirinya beribadah kepada Allah SWT, seorang yang hatinya selalu terikat dengan masjid, dua orang yang saling mencintai kerana Allah, berkumpul dan berpisahnya kerana Allah, seseorang lelaki yang diajak berzina oleh wanita yang kaya dan cantik, lalu ia menolaknya sambil berkata ‘aku takut kepada Allah’. Seseorang yang bersedekah dengan secara sembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfaqkan oleh tangan kanannya, serta seorang yang berzikir mengingati Allah dikala sendiri hingga mengalir air matanya.” (Sahih Bukhari, Hadis No 620). 
Dalam hadis tersebut menceritakan terdapat tujuh golongan yang mendapat naungan Allah. Naungan Allah disini bermaksud naungan dari Arasy Tuhannya, atau boleh ditafsirkan sebagai kinayah iaitu dalam lindungan Allah dan ditempatkan di tempat yang dimuliakan. Tujuh golongan tersebut ialah: 
Pertama: Pemimpin yang adil.
Pemimpin di sini ialah seorang yang diberi tanggungjawab yang diamanahkan dengan amanah beserta adil, contohnya Ketua Negara, Presiden, ketua kampung mahupun ketua keluarga. Dalam hadis, Rasulullah besabda: “Setiap daripada kamu adalah ketua, dan setiap daripada kamu akan dipersoalkan apa yang telah dipertanggungjawabkannya”. Oleh itu, setiap pemimpin haruslah melaksanakan tanggungjawabnya dengan adil kerana setiap apa yang diamanahkan akan ditanya dihadapan Allah SWT kelak. 
Kedua: Pemuda yang hidup dalam beribadah.
Usia muda sangatlah berharga bagi seorang yang bergelar manusia. Pada zaman yang serba mencabar inilah yang menguji tahap keimanan dan kesabaran kita. Hanya mereka yang kuat imannya sahaja yang mampu mengharunginya. Sebagaimana kisah 7 orang pemuda (Ashabul Kahfi) yang Allah selamatkan mereka dari penguasa yang zalim dalam mentauhidkan Allah. 
Ketiga: Seseorang yang hatinya terikat dengan masjid.
Seseorang yang istiqamah dalam melakukan ibadah fardhu secara berjemaah di masjid, hatinya pasti akan gelisah apabila jauh dari masjid dan berasa sedih jika tidak dapat menunaikannya di masjid. Ini kerana apabila hatinya sudah merasai kelazatan iman pastinya akan merasa gelisah jika tidak berada dimasjid kerana disitu terdapat ketenangan yang tiada di tempat yang lain. 
Keempat: Dua orang yang saling mencintai kerana Allah, berkumpul dan berpisah kerana Allah.
Golongan yang keempat ini adalah tahap tingkatan iman yang tertinggi dimana mereka saling menjaga hubungan mereka dengan Allah. Bertemu mereka dengan asbab dalam mengingati pencipta dan berpisahnya mereka juga dalam zikir mengingati Allah. Mereka ini selamat dari fitnah pada hari kiamat kelak. 
Kelima: Seorang lelaki yang diajak berzina oleh seorang perempuan yang kaya dan cantik tetapi ia menolaknya dan berkata, “aku takut kepada Allah”.
Golongan kelima ini adalah mereka yang mempunyai tahap keimanan yang teguh yang menjaga imannya dari tercemar. Sebagaimana yang diceritakan dalam al-Quran mengenai perihal nabi Yusuf a.s. ketika mana didatangi Zulaikha untuk menggodanya melakukan maksiat. Nabi Yusuf yang ingin menjaga kehormatan dirinya rela dirinya dipenjara dari melakukan maksiat kepada Tuhannya. Berbahagialah mereka yang dapat memelihara dirinya dari melakukan maksiat kepada Allah kerana Allah telah menjanjikan balasan syurga bagi mereka. 
Keenam: Seseorang yang bersedekah dengan sembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfaqkan oleh tangan kanannya.
Antara kelebihan sedekah adalah dibukakan oleh Allah SWT akan pintu rezeki kepadanya dan dihapuskan dosanya. Sedekah secara sembunyi “sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfaqkan oleh tangan kanannya” adalah mereka yang bersedekah dengan ikhlas hati sehingga tiada yang mengetahui apa yang diinfaqkannya. Bersempena dengan bulan Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi, marilah sama-sama kita perbanyakkan bersedekah kerana pahala ganjarannya akan dilipat gandakan. 
Ketujuh: Seseorang yang berzikir mengingati Allah ketika bersendirian sehingga mengalirkan air matanya.
Mengingati Allah sehingga mengalirkan air mata keinsafan adalah sesuatu yang amat sukar, melainkan bagi mereka yang sentiasa dalam hidayah dan petunjuknya. Antara ciri-ciri orang yang teguh imannya adalah, mereka yang ketika mana mendengar nama Allah maka bergetarlah hati mereka dan bertambahnya iman mereka. Dengan mengingati Allah juga hati kita akan takut untuk melakukan maksiat. Mereka yang sentiasa berzikir mengingati Allah akan lebih tenang jiwanya. Sebagaimana firman Allah di dalam Al-Quran yang bermaksud, 
“Sesungguhnya dengan berzikir mengingati Allah hatinya akan tenang”. 
Kesimpulannya, sebagai seorang hamba yang banyak melakukan dosa kekhilafan, marilah kita bersama-sama mengambil ibrah atau pengajaran daripada hadis diatas. Diharap kita semua termasuk dalam salah seorang daripada  tujuh golongan yang mendapat naungan Allah di hari kiamat kelak, kerana pastinya naungan Allah sahajalah yang didambakan oleh setiap hamba-Nya dan dapat menyelamatkan diri kita daripada pedihnya hari perhitungan. – HARAKAHDAILY 11/5/2017 
Penulis ialah pelajar Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia
Sumber HD - 11-5-2017 





























Kehidupan dan cabaran alam universiti

DI Malaysia, banyak universiti yang ditubuhkan bagi menempatkan anak-anak bumiputera yang ingin melanjutkan pelajaran, sama ada dalam peringkat Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana, dan Ijazah Doktor Falsafah. Sesetengah pelajar akan mengalami tempoh pembelajaran selama empat ke lima tahun. 
Kehidupan sebagai mahasiswa bukanlah senang seperti apa yang boleh dilihat dengan mata kasar oleh masyarakat luar, tetapi banyak yang mereka tidak ketahui liku-liku mahasiswa sebelum mereka memegang segulung ijazah. Ada peribahasa yang mengatakan, berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Apabila ingin mendapatkan sesuatu kejayaan atau keberhasilan di kemudian hari, perlulah merasa susah dahulu sebelum menggapai kejayaan. Hakikat menggapai kejayaan bukanlah mudah untuk dikecap kalau bukan dengan usaha dan tekad yang teguh untuk meniti lorong yang penuh onak. 
Kehidupan di universiti sangat mendedahkan mahasiswa dengan kehidupan sebenar di luar sebelum memasuki ke alam pekerjaan. Kerjasama dalam kerja berpasukan, kesungguhan dalam menyiapkan tugasan yang diberikan, ketekunan dalam meneliti atau menilai keberhasilan kerja, dan sebagainya. 
Waktu ini juga mahasiswa juga harus pandai memilih kawan untuk susah senang bersama. Kerja berpasukan bukanlah asing lagi bagi mahasiswa dalam tempoh pembelajaran, tetapi ia menjadi satu kemestian dalam konsep belajar yang cuba diketengahkan oleh kebanyakan universiti. Ini membolehkan mahasiswa merasa diri masing-masing punya rasa tanggungjawab dalam melaksanakan tugas. 
Tidak kurang juga banyak masalah yang sering dihadapi oleh sesetengah mahasiswa di Kampus seperti masalah percintaan yang sering berbangkit dan berlegar di pemikiran mereka. Ada sesetengah berpendapat, masa di alam universitilah masa yang sesuai dan ideal untuk mencari pasangan. Memilih pasangan di kampus ada yang mengatakan boleh melakukan tugas bersama, belajar bersama, dan akhirnya berjaya bersama. Mungkin ia kedengaran sungguh manis di halwa telinga, tetapi wujud juga impak yang sebaliknya yang akhirnya membawa kerosakan dalam membina masa depan yang sepatutnya baik dan cantik sepertimana apa yang diharapkan oleh setiap ibu dan bapa di luar sana. 
Oleh hal yang demikian, hal yang banyak berlaku marcapada ini adalah mahasiswa berkahwin sewaktu di Kampus lagi dan akan menyebabkan sesetengah biasiswa akan diberhentikan seperti yang syarat yang telah dipersetujui sebelum meminjam.
  
Mahasiswa yang meminjam daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) juga selalu merungut bahawa duit yang dipinjamkan tidak mencukupi untung menampung kehidupan di Kampus. 
Setelah diperhatikan gaya kehidupan mahasiswa, bukanlah ketidakcukupan duit yang diberikan oleh keperluan kehidupan mahasiswa, malah duit yang diberikan terus dihalakan ke barang-barang yang tidak diperlukan yang boleh dikatakan ia  hanyalah dikategorikan sebagai barang kehendak sahaja seperti baju yang sangat mahal harganya, makanan segera yang dibeli setiap minggu seperti KFC, barang-barang solekan dan lain-lain lagi. Hal ini yang menyebabkan berlakunya kes mahasiswa makan mi segera sebagai makanan asasi mereka di Kampus, bahkan masalah ini berpunca daripada diri sendiri. 
Kehidupan sebagai mahasiswa tidak akan lengkap andai tiada assignment yang diberikan. Assignment yang diberikan adalah untuk menguji mahasiswa berada di tahap yang mana mengikut kesesuaian kemampuan mahasiswa. Sewaktu inilah bermacam-macam senario boleh dilihat. Assignment yang diberikan siap dalam masa sat akhir, ada yang mengelat jika diberi tugasan dalam bentuk kumpulan, ada yang menyiapkan tugasan sambil lewa dan sebagainya. 
Hal yang demikian, ini merupakan penentu masa depan mahasiswa dalam membentuk shahsiah diri dan memungut segala kemahiran soft-skills yang diterapkan oleh tenaga pengajar yang berkelayakan. 
Kejayaan itu manis andai disulam dengan rasa tanggungjawab. Peribahasa mengatakan “berpahit-pahit dahulu supaya manis kemudian”. – HARAKAHDAILY 11/5/2017 
Penulis ialah pelajar jurusan Bahasa Arab dan Komunikasi Universiti Sains Islam Malaysia
Sumber HD - 11-5-2017 































Hargai pengorbanan guru









TIDAK mesti tidak dalam kehidupan seorang manusia mesti mempunyai guru. Selepas ibu bapa, guru adalah insan yang bertanggungjawab untuk mendidik anak bangsa dan mencorak masa depan generasi muda. Peranan guru amatlah besar dalam memastikan anak-anak muridnya mencapai kejayaan
  
Diriwayatkan oleh Imam At Thabrani, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:
“pelajarilah ilmu, pelajarilah ilmu dengan ketenangan dan sikap hormat serta tawadhuklah kepada orang yang mengajarmu”.
  
Melalui pesanan baginda ini, dapatlah disimpulkan bahawa baginda sangat menitikberatkan soal menghormati guru. Malaikat Jibril a.s merupakan guru kepada Nabi Muhammad SAW ketika peristiwa wahyu pertama diturunkan di Gua Hira’. Dalam peristiwa tersebut, baginda telah diajar oleh malaikat Jibril a.s untuk membaca surah Al-A’laq dari ayat satu hingga lima.
  
Begitu mulia tugas seorang guru dalam hidup setiap manusia. Kita seharusnya menghargai setiap pengorbanan guru dalam mendidik kita.
  
Tanggal 16 Mei merupakan tarikh yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia untuk meraikan sambutan Hari Guru. Tarikh tersebut dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.
  
Antara objektif utama sambutan ini adalah untuk menghargai pengorbanan guru-guru dalam melahir dan membentuk anak-anak muda yang berpotensi menjadi pemangkin kejayaan negara pada masa hadapan. Selain itu, sambutan ini juga bertujuan untuk merapatkan ukhuwah antara pendidik dan pelajar di samping menitikberatkan soal akhlak dan adab antara pelajar dengan guru.
  
Memandangkan kedudukan guru itu sangat mulia, maka sawajarnya mereka dihormati dan dikenang jasanya sepanjang hayat. Para sahabat dan salaf al-soleh merupakan suri teladan umat manusia yang telah memberikan banyak contoh dalam menghormati seorang guru. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak termasuk golongan kami orang yang tidak memuliakan yang lebih tua dan menyayangi yang lebih muda serta yang tidak mengerti (hak) orang yang berilmu (agar diutamakan pandangannya).” (Riwayat Ahmad).
  
Justeru, kita mestilah menghormati dan menghargai pengorbanan yang telah dilakukan oleh mereka. Guru diibaratkan seperti lilin yang membakar diri demi menerangi kehidupan anak-anak muridnya dengan cahaya ilmu. Sebagai murid yang sangat kasihkan guru, wajarlah kita untuk bertanya khabar, menziarahi dan mendoakan mereka bukan pada tarikh 16 Mei sahaja, malah di setiap masa. – HARAKAHDAILY 9/5/2017 
Penulis ialah pelajar Universiti Sains Islam Malaysia
Sumber HD - 9-5-2017 


































Pentingnya adab terhadap pendidik

WAHAI anak muda yang mendapat pembelajaran tinggi dalam pelbagai peringkat sama ada Sijil, Diploma, Ijazah dan sebagainya. Apabila engkau bergelar graduan bukanlah bermakna engkau paling berkuasa dan berhormat dalam kalangan manusia di dalam dunia ini. Hal ini kerana, acapkali kita mendengar akan kurangnya adab graduan universiti terhadap pensyarah dan masyarakat di sekitar universiti yang didiami. Maka perkara ini berlaku disebabkan tinggi ilmu yang dirasakan dan ego tinggi tanpa mengamalkan dan mempratikkan adab-adab yang pernah dipelajari semasa di bangku sekolah. 
Fenomena mahasiswa yang selalu hadir ke kuliah atau kelas lewat dengan keadaan yang tidak bersedia untuk menimba ilmu menyebabkan akan menimbulkan kecil hati terhadap pensyarah. Maka wahai anak muda ingatlah semula adab yang pernah dipelajari sewaktu dibangku sekolah lagi, hadis riwayat ath-thabarani mengatakan
“Wahai manusia! Sesungguhnya ilmu itu hanya diperolehi dengan belajar dan feqh itu dengan mempelajari ilmu feqh. Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kebaikan untuknya, nescaya diberikannya kefahaman dalam agama, dan sesungguhnya di antara hamba Allah yang takutkan Allah hanyalah para ulama.” 
Maka berkait dengan hadis diatas menyatakan bahawa tingginya darjat seorang guru itu. Selain itu, Islam juga sangat menitikberatkan dalam mempelajari ilmu sebagaimana ilmu fardhu ain dianggap sebagai satu kewajiban untuk umat Islam dalam dunia ini. Maka melalui gurulah yang akan menjadi pengantara untuk kita memperoleh ilmu. Justeru, sebagai graduan atau mahasiswa haruslah berfikir secara bijak dan kritis dengan menghadiri kelas seiring dengan niat yang betul. 
Selain itu, cara percakapan kita juga harus dijaga supaya tidak menyinggung perasaan guru atau orang yang kita memperoleh ilmu darinya. Sebagai mana kita menghormati ibu bapa begitulah juga hormat kita kepada guru walaupun bukan mereka yang menjaga kita atau mengandungkan kita akan tetapi jangan dilupakan warga inilah yang mendidik kita akan ilmu mengira dan mengeja. 
Tambahan pula, kita haruslah menghormati pensyarah dengan tidak bermain gajet semasa proses pembelajran. Hal ini kerana akan menjadi ketidakselesaan suasana pembelajaran kerana menimbulkan anggapan negatif terhadapa pensayarah yang mengajar kerana mereka menganggap pelajar-pelajar tidak mengambil perhatian terhadap pembelajaran yang diajar dan seperti kata orang mereka syok sendiri.
Justeru itu, anak-anak muda haruslah menanam niat yang betul sebelum menuntut ilmu bukan hanya menghadiri kelas dengan hanya melepasi syarat Universiti. Selain itu, gajet seperti telefon bimbit dan computer ini bukan bermakna tidak boleh langsung digunakan semasa proses pembelajaran tetapi kita sebagai mahasiswa haruslah menggunakan pada tempatnya. 
Justeru itu, sempena hari pendidik yang disambut oleh semua golongan tenaga pengajar pada 16 Mei ini akan melahirkan kemeriahan dan kebanggaan dalam jiwa pendidik kerana mereka dapat melahirkan anak-anak muda yang berjaya du dunia dan akhirat seperti bukan sahaja Berjaya dalam segi kerjaya dan gaji yang besar akan tetapi selari dengan nilai murni dan akhlak yang mulia. Hal ini kerana, perkara inilah yang menjadi faktor utama  warga pendidik. – HARAKAHDAILY 8/5/2017 
Penulis ialah pelajar Universiti Sains Islam Malaysia
Sumber HD - 8-5-2017 




































Impak teknologi komunikasi terhadap remaja

Saya ingin berkongsi kepada pembaca tentang kecanggihan teknologi zaman sekarang seperti telefon pintar, laptop dan sebagainya. Di sini saya ingin fokuskan kepada teknologi komunikasi. Memang tidak dapat di nafikan lagi, teknologi saat ini sudah menjadi sebahagian daripada hidup manusia. Berbagai inovasi diciptakan dengan tujuan untuk memudahkan hidup manusia mahupun memberi manfaat kepada mereka. 
Kehadirannya telah memberi pengaruh yang cukup besar terhadap kehidupan umat manusia dalam pelbagai aspek. Kecanggihan teknologi juga mempunyai kebaikan serta keburukan dalam penggunaanya. Oleh itu, ibu bapa harus sentiasa memerhatikan anak-anak ketika mereka sedang asyik melayankan “smartphone” mereka. 
Antara kebaikannya ialah bagi para pelajar kecanggihan teknologi ini mampu membantu   mereka untuk mencari maklumat-maklumat penting tentang pelajaran. Kecanggihan teknologi yang disebutkan di sini ialah internet. Internet memberikan kepada kita kekuatan daya imaginasi, inovasi dan teknologi komunikasi yang membolehkan penyebaran maklumat dalam kualiti yang hampir sempurna dalam waktu yang sangat cepat serta mudah. Teknologi tidak menunggu kita malah kita yang harus mengejar kecanggihan teknologi zaman sekarang. 
Selain itu, ia juga mampu menjimatkan masa kita dalam kehidupan harian sebagai contoh, membeli belah secara atas talian (online). Dalam era ini, kita tidak perlu bersusah payah beratur atau berebut untuk membeli barang keperluan harian secara terus. Ini kerana, dengan adanya smartphone ataupun gadget anda boleh membeli belah secara online, hanya dengan sentuhan pada skrin gadjet anda barang yang anda idamkan terus ada di depan pintu anda. 
Di samping itu, kemudahan komunikasi juga dapat membantu kita untuk berkomunikasi dengan saudara-mara yang jauh dengan hanya menggunakan telefon, laman media sosial seperti facebook, whatsapp, skype dan lain-lain. Seperti kita ketahui, masyarakat pada zaman dahulu hanya menggunakan sehelai kertas untuk berkomunikasi dengan sahabat atau saudara-mara yang jauh berbeza dengan masyarakat zaman sekarang. Kemudahan komukasi ini banyak membantu kita untuk berhubung dengan masyarakat di seluruh pelosok dunia. 
Di samping itu, teknologi komunikasi juga mempunyai keburukan terhadap masyarakat zaman sekarang. Antaranya ialah menyebarkan khabar angin. Yang dimaksudkan dengan khabar angin di sini ialah sesuatu berita yang belum dipastikan lagi kebenarannya tersebar secara meluas tanpa sebarang sekatan. Perkara yang paling membimbangkan ialah kita tidak mampu menyaman atau mendakwa siapa yang menyebarkan khabar angin kerana laman web misalnya tidak memaparkan identiti sebenar penyabar tersebut. Melalui situasi ini, penyebaran khabar angin ini akan terus dilakukan oleh individu atau kumpulan yang tidak bertanggungjawab tanpa ada rasa takut. Justeru, tidak hairanlah banyak khabar angin disebarkan dalam laman web atau laman sosial pada hari ini. Erti kata lain ialah viral sudah menjadi trend kepada masyarakat zaman sekarang. 
Teknologi komunikasi atau secara amnya gadjet boleh menyebabkan gangguan tidur kita. Kajian mengatakan untuk manusia normal, kita perlu tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari. Penulis juga mengalami masalah yang sama dimana kita selalu tidur lewat disebabkan leka bermain gadjet sehingga lewat malam. Kesannya cahaya yang bersinar dari skrin gajet boleh mengganggu urat saraf kita serta menjejaskan kesihatan kita sebagai contoh rabun pada usia yang muda. 
Tambahan pula, ia juga mampu menjejaskan pelajaran para pelajar di mana pelajaran mereka boleh terjejas sekiranya masa untuk mengulangkaji pelajaran telah digantikan dengan masa melayan gadjet sekali gus telah melalaikan mereka. Pelbagai aplikasi yang menarik dalam gadjet lebih menarik minat mereka daripada menghadap buku pelajaran. Sekiranya pelajar membawa gadjet ke dalam kelas, perkara lebih buruk akan berlaku di mana tumpuan kepada apa yang diajar oleh guru akan terjejas. Oleh kerana itu pihak sekolah melarang pelajar untuk membawa sebarang alat komunikasi mereka ke sekolah. 
Sebagai kesimpulannya, kita dapat lihat bahawa teknologi zaman sekarang bergerak semakin pantas. Oleh itu kita perlulah menjadi pengguna yang bijak serta tahu membezakan yang baik dan yang buruk. - HARAKAHDAILY 24/4/2017 
Penulis ialah Fakulti Pengajian Bahasa Utama Universiti Sains Islam Malaysia.
Sumber HD - 24-4-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 







































Imarahkan masjid kita

Masjid merupakan rumah Allah yang mana menjadi tempat umat Islam beribadah. Masjid juga menjadi simbol penyatuan umat Islam apabila mereka menghadirkan diri untuk beribadah secara berjemaah. Masjid memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan masyarakat Islam bagi memacu mereka ke arah kemajuan. 
Pada zaman Rasulullah SAW, masjid menjadi tempat menunaikan ibadah dan juga tempat pengajian al-Quran. Hal ini membuktikan masjid mempunyai kedudukan yang tinggi bagi umat Islam pada zaman itu. Namun, masyarakat pada zaman kini semakin sibuk dengan urusan dunia lalu tanggungjawab mengimarahkan masjid kian dilupakan. 
Pergi ke masjid dari usia muda 
Saban tahun, kita dapat melihat masjid hanya penuh dikunjungi para jemaah semasa bulan Ramadhan. Tamat bulan Ramadhan, maka masjid tidak lagi menjadi tumpuan umat Islam. Lazimnya, masjid hanya dipenuhi golongan warga emas yang berusia 50 tahun ke atas. Seharusnya, sifat mengimarahkan masjid harus dipupuk dari awal usia walau sesibuk mana pun kita dengan komitmen di luar. 
Firman Allah SWT dalam Surah at-Taubah, ayat ke-18 yang bermaksud: “Hanya yang layak memakmurkan masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.” 
Tambah iman dan taqwa 
Maka, apabila kita mengimarahkan masjid, ia dapat menambahkan keimanan dan ketaqwaan dalam diri kita. Mengimarahkan masjid bermaksud menghadirkan diri ke masjid dan menunaikan ibadah-ibadah yang bermanfaat bagi diri sendiri dan juga masyarakat. Antaranya, mendirikan solat secara berjemaah, mengadakan majlis ilmu, tadabbur al-Quran dan ibadah lain juga. 
Kesatuan Umat Islam 
Kepentingan dunia boleh memecah-belahkan umat manusia kerana mereka hanya sibuk dengan urusan mereka sendiri sahaja dan tidak menghiraukan masyarakat sekeliling. Hal ini juga boleh mencetuskan perasaan hasad sesama mereka.
Maka, pertemuan semasa menunaikan ibadah seperti solat berjemaah boleh mengeratkan silaturrahim sesama saudara Muslim dan mendamaikan permusuhan sekiranya niat untuk hadir ke masjid itu ikhlas dan bukan untuk menunjuk-nunjuk banyaknya ibadah yang dilakukan. Sesungguhnya tiada tempat yang lebih baik untuk menyatukan umat Islam melainkan di dalam masjid. 
Secara tuntasnya, tanggungjawab mengimarahkan masjid merupakan peranan umat Islam bersama. Kita hendaklah menjaga dan mengimarahkan masjid demi 
kemaslahatan ummah. 
Setiap individu Muslim haruslah mengambil bahagian dalam memastikan masjid terus menjadi pusat tumpuan umat Islam untuk beribadah dan menjalankan aktiviti-aktiviti berkaitan agama. Tanamlah niat untuk menghadirkan diri ke masjid setiap hari dan bukan hanya terhad pada bulan Ramadhan sahaja. - HARAKAHDAILY 24/4/2017 
Penulis ialah pelajar Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia
Sumber HD - 24-4-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









































Tokoh dunia Islam: Al-Khawarizmi

Setiap tokoh mempunyai sifat ketokohannya yang tersendiri. Jika ditanya mengenai tokoh Islam dalam bidang ilmu matematik, sudah pasti tidak lain dan tidak bukan beliau ialah Muhammad Ibn Musa al-Khawarizmi atau lebih dikenali sebagai Al-Khawarizmi. 
Selain itu, beliau juga dikenali sebagai Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Yusoff.  Di barat, Al-Khawarizmi dikenali dengan beberapa cara ejaan lagi, antaranya al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-Ahawizmi, al-Karismi, al-Goritmi, dan al-Gorismi.
Beliau telah dilahirkan pada tahun 780 Masihi di Bukhara, Uzbekhistan. Yang mana merupakan salah satu kota tertua di Asia Tengah. 
Penglibatan beliau dalam bidang pendidikan telah membuktikan bahawa Al-Khawarizmi ialah seorang tokoh Islam yang berpengetahuan luas. Pengetahuan dan kemahiran beliau bukan sahaja meliputi bidang syariat tetapi juga dalam bidang falsafah, logik, aritmetik, geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia.
Oleh itu, beliau sememangnya seorang pakar ilmu yang dikagumi dan dihormati orang ramai. 
Al-Khawarizmi merupakan seorang guru aljabar di Eropah.  Beliau telah menciptakan pemakaian Secans dan Tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi.
Dalam usia muda, beliau bekerja di bawah pemerintahan Khalifah al-Ma’mun, iaitu bekerja di Bayt al-Hikmah di Baghdad. 
Beliau bekerja dalam sebuah observatory iaitu tempat menekuni belajar matematik dan  astronomi.  Al-Khawarizmi juga dipercayai memimpin perpustakaan khalifah.  Beliau pernah memperkenalkan angka-angka India dan cara-cara perhitungan India pada dunia Islam.  Beliau juga merupakan seorang penulis Ensiklopedia Pelbagai Disiplin. 
Ketokohan al-Khawarizmi dapat dilihat dari dua sudut iaitu dari bidang matematik dan astronomi. 
Dalam bidang matematik, al-Khawarizmi telah memperkenalkan aljabar dan ilmu hisab. Beliau banyak menghasilkan karya-karya yang masyhur ketika zaman tamadun Islam. Antara karya-karya yang telah dihasilkan oleh beliau ialah ‘Mafatih al-Ulum’.  Sistem nombor adalah salah satu sumbangan dari beliau dan telah digunakan pada zaman tamadun Islam. 
Banyak lagi kaedah yang telah diperkenalkan oleh beliau dalam setiap karya yang dihasilkan.  Antaranya ialah kos, sin dan tan dalam trigonometri penyelesaian persamaan, teorem segitiga sama juga segitiga sama kaki dan mengira luas segitiga, segi empat selari dan bulatan dalam geometri.  Masalah pecahan dan sifat nombor perdana dan teori nombor juga diperkenalkan.  Banyak lagi konsep dalam matematik yang telah diperkenalkan al-khawarizmi sendiri. 
Selain itu, bidang astronomi juga membuatkan al-Khawarizmi dikenali pada zaman tamadun Islam.  Astronomi dapat ditakrifkan sebagai ilmu falaq iaitu pengetahuan tentang bintang-bintang yang melibatkan kajian tentang kedudukan, pergerakan, dan pemikiran serta tafsiran yang berkaitan dengan bintang. 
Penggunaan matematik dalam astronomi sebelum tamadun Islam amat sedikit dan terhad.  Ini disebabkan oleh kemunduran pengetahuan matematik yang terhad kepada penggunaan aritmetik dan geometri sahaja. 
Di samping itu, Al-Khawarizmi juga banyak menghasilkan karya-karya beliau yang tersendiri. Antaranya ialah, Al-Jabr wa’l Muqabalah, Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah, dan juga Sistem Nombor. 
Bukan itu sahaja, malah banyak lagi ilmu pengetahuan yang beliau pelajari dalam bidang matematik dan juga menghasilkan konsep-konsep matematik yang begitu popular sehingga digunakan pada zaman sekarang. 
Sebagai seorang pelajar, menguasai kemahiran dan ilmu pengetahuan secara konsisten amat penting agar ilmu itu dapat diaplikasikan dari semasa ke semasa. Sebagai contoh, mahasiswa pada hari ini seharusnya menjadikan Al-Khawarizmi sebagai ikon dan idola dalam diri pelajar untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai cabang-cabang ilmu hisab yang telah diperkenalkan oleh Al-Khawarizmi pada zaman dahulu seperti geometri, algebra, aritmetik dan sebagainya. 
Selain itu, sebagai seorang mahasiswa yang berwawasan tinggi, ciri-ciri akhlak mulia juga hendaklah disemaikan kedalam ilmu matematik dan juga ia perlu dimasukkan kedalam ilmu-ilmu Islam yang lain. Sebagai contoh, antara akhlak yang terdapat dalam bidang matematik ini adalah penemuan aljabar yang mana melambangkan keadilan. Hal ini kerana, sifat keadilan sangat dituntut dalam agama Islam. Oleh itu, melalui asas pradigma tauhid dan sya’iyah, dapat memperkukuhkan lagi pembinaan akhlak seseorang. 
Di samping memiliki akhlak yang mulia, mahasiswa juga haruslah menanam semangat yang tinggi dalam mempelajari sesuatu ilmu dan tidak mudah berputus asa untuk mencapai sesuatu matlamat. Sebagai contoh, kesungguhan Al-Khawarizmi dalam mempelajari sesuatu ilmu telah dibuktikan oleh beliau sendiri melalui hasil-hasil karyanya yang terdahulu. Buktinya, hasil-hasil karya beliau masih diguna pakai sehingga ke hari ini. 
Seperti mana yang kita ketahui, beliau juga bukan hanya mahir dalam satu ilmu, bahkan mahir dalam pelbagai bidang ilmu yang lain seperti ilmu falsafah, muzik, kejuruteraan, falak, dan sebagainya. Untuk mendapatkan ilmu-ilmu tersebut, bukanlah hanya dipetik dengan jari bahkan memerlukan kesungguhan dan semangat yang tinggi sehingga menjadikan beliau di antara tokoh-tokoh Islam yang berpengaruh dan terkenal pada zaman usianya yang muda. 
Oleh itu, dalam menuntut ilmu sebagai seorang pelajar, mahasiswa perlulah bijak dalam mengendali dan mengatur aktiviti hariannya supaya tidak lupa akan tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah. Kesibukan mempelajari ilmu juga tidak seharusnya dijadikan alasan untuk meninggalkan amalan-amalan wajib seperti solat, puasa, zakat dan sebagainya. Sebagai contoh, sekalipun Al-Khawarizmi sentiasa sibuk mengkaji dan mempelajari ilmu-ilmu baru, tidak menjadikan beliau lupa kepada tuntutan yang wajib dalam Islam. Beliau bukan hanya dikenali sebagai tokoh yang mahir dalam pelbagai ilmu, bahkan beliau juga dikenali sebagai tokoh yang alim dan kuat dalam amal ibadah. Ini bermakna Al-Khawarizmi berjaya mengatur kehidupannya dengan baik dan berjaya mengimbangkan aktiviti hariannya antara dunia dan juga akhirat.

Penulis ialah pelajar Universiti Sains Islam Malaysia.
Sumber HD - 23-4-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 









































Berhutang adalah satu penyakit

ORANG yang berhutang tidak diampunkan dosanya oleh Allah. Islam menitikberatkan dalam soal memberi, menerima dan membayar hutang kerana ia berhubung kait dengan hubungan sesama manusia ketika di dunia dan di akhirat kelak.
Firman Allah bermaksud: "Dan bertolong-tolonglah kamu pada jalan kebaikan dan ketakwaan dan janganlah bertolong-tolong pada perkara dosa dan permusuhan." (Surah al-Maidah, ayat 2) 
Jika kita lihat hari ini, pemberi hutang pula yang segan untuk mengingati si penghutang daripada membayar hutangnya. 
Pada waktu yang sama, Islam menggalakkan umatnya untuk membantu dan memberi pertolongan sesama mereka apabila dalam kesusahan, dari segi pelbagai bentuk seperti pinjaman secara hutang untuk meringankan beban mereka yang sedang dihadapi, terutama dalam memenuhi keperluan asasi hidup. 
Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya orang lelaki yang bersedekah dan orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah (semata-mata untuk mendapatkan pahala) dengan pinjaman yang baik (ikhlas) akan digandakan balasannya dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia." (Surah al-Hadid, ayat 18) 
Bagaimana boleh terjadinya amalan berhutang ini? 
Antara faktor yang menyebabkan terjadinya sikap berhutang itu adalah yang pertama, cuba memenuhi kehendak hawa nafsu untuk memiliki sesuatu yang tidak mampu dimiliki. 
Kedua, sikap rasa tidak berpuas hati dengan apa yang dimiliki sehingga sanggup meminjam duit dengan orang lain demi mendapatkannya. 
Ketiga, kemudahan pinjaman yang disediakan oleh beberapa pihak tertentu seperti institusi kewangan, mungkin menggalakan mereka untuk berhutang.

Dalam situasi sebegini, jika perkara yang hendak dimiliki itu adalah yang melibatkan keperluan asasi seperti makanan, minuman, tempat tinggal, pelajaran maka islam membenarkan meminjam dari orang lain. Sebagaimana dalam sebuah hadis bermaksud: "Daripada Abu Hurairah berkata seseorang: Ya Rasulullah, pekerjaan apakah yang paling baik? Baginda bersabda Memasukkan kepada saudara kamu kegembiraan atau melunaskan hutangnya atau memberi roti (makanan) kepadanya." 
Kesan kepada orang yang berhutang sangatlah besar jika tidak diambil serius akan kesannya.

Seseoarang yang berhutang itu tidak akan berasa tenang selagi mana hutangnya tidak dilangsaikan. Sikap suka berhutang akan menjadi satu tabiat yang akan sentiasa dilakukan sehingga susah untuk tinggalkan perangai tersebut.

Seseorang yang terbeban dengan hutang dan sikap tersebut mungkin akan mendorong beliau untuk melakukan perbuatan yang dilarang oleh syarak seperti mencuri bagi melunaskan hutang tersebut.

Rasulullah SAW pernah berwasiat kepada sahabat Baginda agar mengurangkan hutang seperti sabdanya yang bermaksud: "Kurangkanlah dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati. Kurangkanlah daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas. 
Amalan berhutang bukan saja membabitkan kehidupan dunia semata-mata, bahkan berpanjangan hingga ke hari akhirat dan itulah yang paling kita takutkan jika kita berhutang dan tidak diampunkan oleh Allah SWT. 
Berhutang memang dibolehkan, namun menghindarinya adalah lebih baik. Setiap rezeki sudah diaturkan oleh Allah SWT. Hanya tinggal bagaimana kita menjemput rezeki tersebut agar memperolehinya dengan cara yang halal. 
Justeru, marilah kita sama-sama menjauhkan diri kita dari sifat berhutang dan mengamalkan sifat yang terpuji dalam kehidupan seharian kita supaya kita tidak cenderung ke arah keburukan. 
Penulis ialah pelajar Universiti Sains Islam Malaysia
Sumber HD - 22-4-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 













































Jangan mudah terperdaya dengan testimoni

TIDAK dinafikan bahawa semua orang suka akan keindahan dan kecantikan serta ingin mempunyai kesihatan yang baik. Justeru mereka sanggup buat apa sahaja untuk mendapatkan kecantikan dan kesihatan yang diinginkan sehingga sanggup mengambil suplemen yang dijual di pasaran tanpa mengira resiko yang bakal dihadapi. 
Di pasaran kini, terdapat banyak produk kecantikan (kosmetik) dan kesihatan (suplemen) telah dipasarkan bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Pengguna disajikan dengan pelbagai jenis testimoni yang kononnya berjaya daripada pihak penjual. Namun tahukah anda bahawa testimoni yang dipaparkan itu boleh direka? Ini kerana ada sesetengah penjual atau pengedar yang tidak bertanggungjawab menipu pembeli atau pengguna dengan memberikan testimoni palsu. 
Produk Kecantikan (Kosmetik) 

Produk kecantikan yang mempunyai bahan terlarang seperti merkuri, hydroquinone dan tretinoin untuk mencerahkan kulit sememangnya memberi kesan pemutihan yang cepat tetapi mempunyai kesan sampingan dalam masa jangka pendek dan panjang.
Produk kecantikan yang mengandungi merkuri biasanya terkandung dalam krim siang yang dioleskan pada kulit dapat meresap melalui aliran darah. Antara kesan jangka pendek penggunaan produk yang mengandungi merkuri dalam produk pemutihan kulit termasuklah iritasi kulit, mual dan muntah manakala kesan jangka masa yang panjang boleh mengakibatkan kerosakan saraf otak, ginjal, kanser, Alzheimer, Parkinson dan gangguan perkembangan janin. 
Produk Kesihatan (Suplemen) 

Sesetengah pesakit sanggup mengambil apa sahaja suplemen tambahan untuk menyembuhkan atau sekurang-kurangnya dapat mengurangkan rasa sakit yang dialami tanpa mengetahui kemungkinan kesan buruk yang bakal mereka hadapi.
Hal ini kerana sesetengah produk kesihatan yang berada di pasaran mengandungi bahan terlarang seperti dexamethasone iaitu sejenis steroid. Antara kesan buruk pengambilan steroid dalam jangka masa yang panjang serta tidak terkawal boleh menyebabkan penyakit darah tinggi dan diabetes bertambah buruk. Antara kesan lain termasuklah menyebabkan kegagalan buah pinggang, tulang rapuh, mudah dijangkiti kuman dan sebagainya. 
Dalam rencana ini, saya sertakan beberapa tips sebelum membeli dan menggunakan sesuatu produk. Antaranya: 
1.Ikut saranan doktor
Bagi pengguna yang mempunyai penyakit yang berbahaya seperti sakit buah pinggang, diabetes, sakit jantung dan seumpanya mestilah ikut saranan doktor dengan mengambil ubat-ubatan yang telah dibekalkan mengikut dos yang telah ditetapkan.
Jangan mudah terpengaruh dengan dakyah penjual yang kononnya produk mereka mampu menyembuhkan penyakit yang anda hadapi kerana kemungkinan produk tersebut akan memburukkan lagi tahap kesihatan anda sehingga boleh membawa maut. 
Ini kerana terdapat banyak kes yang telah dilaporkan oleh media tentang kematian pesakit kerana meninggalkan ubat-ubatan yang dibekalkan kerana terpengaruh dengan testimoni dan kebanyakan mangsa penipuan terdiri daripada golongan tua. 
2.Pastikan mendapat kelulusan daripada KKM
Langkah ini untuk memastikan produk yang diambil bebas daripada bahan terlarang. Walaupun produk yang berdaftar dibawah KKM belum tentu 100% selamat tetapi sekurang-kurangnya boleh mengurangkan risiko kesihatan terdedah kepada bahaya. 
3.Dapatkan nasihat pakar
Pengguna dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar yang bertauliah terlebih dahulu mengenai sesuatu produk untuk mengetahui maksud dan fungsi serta keperluannya yang sebenar.  
Hal ini kerana setiap badan manusia berbeza keperluannya. Contohnya orang yang alergik dan tidak terhadap sesuatu akan berbeza cara pemakaian dan pemakanannya. 
4.Baca apakah kandungan dan dos bahan 
Perhatikan kandungan dan dos bahan yang digunakan. Jika terdapat bahan-bahan terlarang di dalamnya, hindari daripada membelinya meskipun produk tersebut menarik dan menjanjikan hasil yang memuaskan. 
Jangan terlalu obses dengan kecantikan sehingga memudaratkan diri sendiri. Sesungguhnya kecantikan rohani lebih penting dan mulia berbanding dengan kecantikan fizikal yang tidak kekal. Apabila rohani cantik, automatik kecantikan fizikal pun akan terselah. Jadi, berhati-hatilah dalam memilih produk kecantikan dan kesihatan yang berlambak di pasaran. Pengeluar dan penjual tidak akan peduli jika produk mereka memberi kesan buruk kepada pengguna asalkan mereka dapat keuntungan yang diinginkan. 
Pihak KKM menerusi Bahagian Perkhidmatan Farmasi telah menyediakan perkhidmatan Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan di talian bebas tol 1-800-88-6722 (Isnin-Jumaat, 8 pagi-5petang) untuk orang awam bertanyakan apa sahaja berkaitan produk-produk di pasaran. 
Melalui atas talian, pegawai farmasi yang bertauliah dan berpengalaman akan menjawab persoalan anda dengan memberikan informasi yang betul dan tepat. Maka gunakanlah perkhidmatan yang ditawarkan bagi mengelakkan menjadi mangsa kepada penjual produk yang rakus mencari keuntungan semata-mata tanpa pedulikan kesan terhadap pengguna. 
Tindakan yang tegas harus diambil kepada pihak yang tidak bertanggungjawab. Kerjasama daripada semua pihak diperlukan untuk mengatasi permasalahan pengeluaran produk yang merbahaya. 
Sebarang aduan tentang penjualan produk yang mengandungi bahan terlarang boleh dibuat menerusi Sisitem Pengurusan Aduan Awam (SisPAA) KKM di laman sesawang berikut: http:// moh.spab.gov.my/ eApps/system/index.do. Aduan anda mungkin boleh menyelamatkan orang ramai daripada menjadi mangsa. Anda mampu mengubahnya. 
Allah berfirman yang bermaksud: “Janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah kerana sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.” (Surah Al-Baqarah:195). - HARAKAHDAILY 21/4/2017 
Penulis ialah peljar Universiti Sains Islam Malaysia
Sumber HD - 21-4-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 













































Galakkan mahasiswa bekerja ketika belajar











DI Malaysia kini boleh di lihat bagaiamana meningkat bilangan pelajar melanjutkan pelajaran ke IPT. Ini merupakan satu petanda baik bagi Malaysia kerana lebih ramai golongan intelektual dapat di lahirkan. 
Walau bagiamanapun realitinya bukan seindah yang dikhabarkan bagi golongan Mahasiswa. Peningkatan bilangan mahasiwa dan graduan telah banyak meningkatkan persaingan tertuama kepada lepasan IPT. 
Ketika memasuki IPT, persaingan telah berkurang iaitu hanya mereka yang ingin sambung pelajaran di IPT tempatan sahaja menjadi pesaing. Mereka yang ingin sambung ke luar negara dan mengambil sijil latihan sahaja telah dapat di singgkirkan awal. Walau bagaimanapun, lepasan IPT melihat bukan sahaja pelajar dari dalam Malaysia malah yang melanjutkan pengajian di luar negara pulang bagi menyumbangkan bakti kepada negara. 
Mengambil peluang untuk bekerja ketika belajar dapat membawa pelbagai faedah bagi golongan mahasiswa. Pengalaman bekerja ketika belajar merupakan satu ilmu yang penting. Pelbagai kemahiran dapat dipelajari oleh golongan mahasiswa. Walaupun mendapat pekerjaan bukan dalam bidang pengajian tetapi mahasiwa dapat mempelajari bagaimana sesebuah organisasi itu berfungsi, bagaimana untuk berinteraksi bersama rakan sekerja sama ada sejawatan mahupun lebih tinggi. 
Kemahiran ini sangat penting dan jarang dipelajari di dalam kuliah kecuali bahagian teori. Ini dapat menjadi satu kelebihan bagi Mahasiswa tempatan dalam merebut peluang pekerjaan. 
Mahasiswa juga dalam masa yang sama dapat menambah pendapatan pada saat kini biasiswa dan bantuan kewangan kurang diberikan. Wang yang dikumpul mungkin tidak sebanyak untuk membanyar yuran pengajian tetapi mencukupi untuk dibelanjakan untuk perbelanjaan seharian. Kenaikkan harga barang tidak dapat dinafikan dan pendapatan sampingan sangat penting untuk memastikan mahasiswa dapat meneruskan pengajian. 
Di samping itu, ia juga dapat membantu mengurangkan beban keluarga daripada menanggung mahasiswa. Ramai mungkin tidak sedar bahawa ibu bapa juga mungkin menghadapi kesempitan wang dengan kenaikan harga barang. Mencari kerja pada saat umur sudah sah di sisi undang-undang untuk bekerja sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang perlu dihadapi. 
Walaupun bekerja boleh dilihat sebagia solusi dengan kenaikan harga barang, perlaksanaanya bukan lah sesenang dikatakan. Mahasiswa perlu ingat untuk berkerja bukan untuk kumpul duit dengan banyak sahaja. Tanggungjawab utama mahasiswa adalah untuk belajar untuk mendapat segulung Diploma dan Ijazah. Jika terlalu sukar untuk seimbangkan antara pelajaran dan beban kerja, berikan tumpuan utama pada pengajian dahulu dan ketepikan sebentar kerja. 
Jangan berbelanja kesemua wang diperoleh. Simpan sebahagian untuk kecemasan. Jika boleh, laburkan di dalam Amanah Saham seperti ASB. Jangan terlalu ghairah dengan wang yang diperoleh kerana masa depan masih tidak menentu. Jika berlaku apa-apa kecemasan, ada simpanan yang dapat digunakan. Perlaburan yang dilakukan dapat digunakan ketika menamatkan pengajian di IPT dan memasuki alam pekerjaan yang sebenar. 
Walau bagaimanapun semangat seseorang pelajar dalam mencari kerja, sokogan daripada pihak industri sangat diperlukan. Perniagaan perlu lebih terbuka dan mengambil pelajar sebagai pekerja bagi membantu mengembangkan perniagaan mereka. Persatuan dan NGO juga perlu mula berikan sedikit imbuhan kepada pelajar yang telah membantu untuk merealisasikan objektif mereka. Sokongan daripada NGO dan perniagaan ini bukan sahaja dapat mengerakkan ekonomi negara malah membantu Mahasiswa mendapat sedikit bantuan kewangan dan kemahiran. – HARAKAHDAILY 20/4/2017 
Pelajar ialah pelajar tahun akhir Bachelor Of Business Management, University Of Queensland, Australia
Sumber HD - 20-4-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 















































Mahasiswa Malaysia Perlu Fokus Dan Terkehadapan















Oleh : Raihanah Zakaria

PALEMBANG, Indonesia – Para mahasiswa Malaysia perlu lebih fokus dan terkehadapan dalam membuat persediaan menghadapi cabaran kehidupan.

Pengarah Program Kursus Penulisan Fakultas Usuluddin, Universiti Islam Negeri Raden Fatah, Mohd Afbrar Bin Sulaiman berkata, kursus tersebut amat baik dan boleh membantu pelajar melaksanakan tugasan.
“mahasiswa (Malaysia mesti) lebih fokus dan terkehadapan dalam membuat tesis yang menjadi tugasan kemuncak diperingkat tahun akhir sebelum bergelar ijazah sarjana,” ujarnya.


Beliau berkata demikian pada Program Kursus Penulisan yang dianjurkan oleh Lajnah Penerangan dan Perhubungan IMARAH sesi 2017, yang di adakan Kelas Fakultas Usuluddin, Universiti Islam Negeri Raden Fatah, di sini pada Ahad 16 April.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada penatia program yang menjayakan usaha dan semua pelajar yang hadir.
Menurutnya, objektif program itu adalah bagi memantapkan teknik mahasiswa Malaysia dalam menyediakan tesis dari pelbagai fakulti dan jurusan masing-masing.

“Program kali kedua (ini) diadakan selepas sesi lalu pada tahun 2016, memainkan peranan yang sangat penting,


“supaya mahasiswa lebih berkonsisten dalam pengetahuan mencari bahan-bahan dan cara menyediakannya agar lebih berkualiti, tersusun, cemerlang dalam menyiapkannya,” tambah beliau.

Sehubungan itu, Mantan Presiden Ikatan Mahasiswa Malaysia UIN Raden Fatah (IMARAH) Ustaz Harith Bin Mohd Noh (Gambar kanan) memberi tunjuk ajar tentang teknik-teknik mencari bahan rujukan tesis dan cara menyelesaikannya.

Beliau selaku pembentang kertas kerja, menasihatkan para pelajar agar sentiasa rajin dan sentiasa berusaha.

“kita berada di sini haruslah rajin, kerap untuk bertemu dosen pembimbing (pensyarah) supaya mudah untuk serasi dengan mereka,

“dan tahu bagaimana cara mahasiswa Indonesia menyediakan tesis dalam fakulti dan jurusan
masing-masing,” jelasnya.

Sumber BO - 17-4-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


















































Kos Makan Untuk Pelajar Universiti RM600 Sebulan!












Oleh : Suhaimi Taib
Seorang sahabat selepas satu mesyuarat parti semalam mengadu bahawa anaknya merungut makanan di kantin universiti semakin mahal.

Bayangkan sehari anaknya kena sedia RM20 untuk makan pagi, tengahari dan petang. Jika sebulan pelajar berkenaan perlu menyediakan RM600. Itu jika seorang anak masuk universiti bagaimana beberapa orang anak masuk universiti?

Sudah pasti ibu bapa mereka perlu kos belanja besar untuk makan dan minum sahaja tidak termasuk keperluan pembelajaran dan sebagainya. BR1M tidak boleh membantu mengurangkan beban ibu bapa ini.

Kesimpulannya kehidupan rakyat Malaysia hari ini terdesak dan tersepit dengan kos sara hidup semakin mahal sedangkan pendapatan isi rumah tidak bertambah mengikut keperluan sepatutnya.
Pekerjaan semakin sukar diperolehi, ramai penganggur, rakyat tidak mempunyai kuasa beli yang kuat (Purchasing Power) untuk hadapi masalah ini.

Perancangan kerajaan dipercayai tidak berkesan untuk memastikan ekonomi negara dijana dengan sebaiknya.


Barangan import menjadi semaki mahal akibat kejatuhan nilai ringgit (RM). Barangan dapur yang kebanyakannya diimport dari luar, contohnya, bawang merah dan bawang besar dari India, lada burung dari vietnam dan ikan bilis dari Thailand, sekadar menyebut beberapa barangan import yang dibawa masuk ke negara Malaysia.

Harga ikan semakin mahal terutama musim bulan cerah. Kembong Sedan mencecah RM16 sekilo, Selayang Sedan RM10 sekilo dan ikan-ikan lain pun turut naik harga. Itu suatu kebiasaan harga ikan di situasi tersebut.

Tetapi jika waktu bukan gelap, waktu nelayan turun ke laut waktu malam, ikan masih lagi mahal kerana harganya turun sekadar seringgit dua sahaja.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Seri Ahmad Shabery Chik ketika menjawab soalan di Dewan Rakyat semalam berkata, kerajaan tidak akan kawal harga ikan rakyat (ikan kembong dan lain-lain) melainkan tiga bulan sebelum dan selepas perayaan.

Katanya, kerajaan akan memantau supaya harga ikan rakyat tidak dinaikkan harga sesuka hati oleh peniaga.


Katanya, ketika musim ikan banyak kerajaan menggalakkan pihak yang berkaitan menyejukbekukan ikan rakyat dan dikeluarkan ketika musim kekurangan ikan.
Saya perhatikan pihak Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) sudah lama mempraktikkan kerja ini.

Ikan sejuk beku biasanya harga berpatutan. Untuk tangkap ikan secara pukal dan banyak, perlukan bot yang besar dan memakai tenaga kerja yang ramai. Nelayan Pantai Timur hari ini tidak lagi gemar menjadi awak-awak bot pukat jerut bersekala besar atau bot laut dalam kerana bayaran gaji tidak setimpal dengan kerja keras mereka. Seminggu sekali mereka balik ke darat. Ertinya seminggu mereka berada di laut untuk menangkap ikan.

Mereka beralih menggunakan bot sendiri diperbuat dari ‘fyber glass’ dalam erti kata mereka bekerja sendiri tidak lagi hanya menjadi penumpang kerja dengan bot milik taukeh-taukeh besar tempatan.

Dipercayai kebanyakan bot pukat jerut kekuarangan tenaga kerja dan kebanyakan aktiviti menangkap ikan menggunakan bot pukat jerut sekarang, sudah banyak menghentikan operasinya antara lain akibat daripada permasalahan tersebut.


Taukeh-taukeh besar bot laut dalam menggunakan pekerja asing dari Thailand dan Vietnam untuk menjalankan operasi menangkap ikan di perairan Malaysia.

Seringkali mereka berhadapan dengan masalah imigresen dan penyeludupan dadah.
Ramai nelayan merungut perairan Terengganu semakin kekurangan ikan dipercayai akibat aktiviti bot laut dalam.

Ini pun satu faktor kenapa ikan di Terengganu lebih mahal jika dibandingkan Pasar Selayang di Selangor. Ikan bot laut dalam tidak sesegar yang diharapkan kerana operasi di laut memakan masa selama seminggu. Ikan disejukbekukan selama seminggu di laut.

Ikan di Pasar Borong Pulau Kambing, Kuala Terengganu, tidaklah semurah lima atau 10 tahun lalu yang mana ada ikan yang dapat dibeli dengan harga RM3 sekilo. Sekarang untuk dapatkan harga borong seumpama itu amat sukar. Harga ikan Selayang Kecil sekarang di waktu ikan banyak RM5 sekilo tidak kurang dari itu.

Ini situasi harga makanan terutama ikan di Terengganu, bayangkan bagaimana pula harga ikan di negeri lain, sudah pasti lebih mahal kerana ikan di pantai timur di jual di luar Terengganu dan juga di Singapura.


Nampaknya kerajaan Malaysia gagal memastikan harga barangan keperluan rakyat di bawah harga yang stabil dan masih murah kerana kerajaan membiarkan urusan harga dimanipulasikan berdasarkan harga pasaran.
Peniaga terpaksa menaikkan harga barangan mereka terutama barangan import kerana harga barangan import dan kos pengangkutan pun sudah meningkat, mereka tidak boleh bertahan dengan harga sebelum ini.

Inilah suasana tidak kondusif ekonomi Malaysia akibat kerajaan tidak boleh lagi mengawal RM dari jatuh merudum berbanding dengan nilai mata wang asing.

Kenapa kebanyakan mata wang negara lain stabil, kenapa nilaian mata wang RM tidak stabil? Kerajaan perlu bertindak sesuatu supaya ekonomi negara tidak semakin parah akibatnya rakyat menanggung derita dengan kenaikan kos sara hidup ini.

Sumber BO - 15-3-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


















































130 Remaja Persiap Diri Sebelum Ke Menara Gading













DUNGUN – Seramai 130 orang remaja menyertai satu program persiapan jati diri sebelum menempuh alam baharu kehidupan di menara gading.

Program yang dinamakan sebagai Lambaian Menara Gading (Lamega) itu bertujuan bagi menerapkan kekuatan sahsiah diri pelajar sebagai salah satu perisai bagi menghadapi masalah sosial yang semakin meruncing.

Menurut Pengarah Program Lamega, Ustaz Muhammad Zaharudin Sudin, 22 (Gambar bawah), para peserta yang hadir ialah mereka yang terdiri daripada lepasan SPM, STPM dan STAM.

Tambah beliau lagi, program tahunan ini, mengumpulkan pelajar-pelajar dari seluruh negeri Terengganu melalui Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Islam Anak Negeri Terengganu.


“Tujuan Lamega ini adalah untuk membentuk jati diri dan menggerakkan mahasiswa agar membantu jemaah Islam ketika di universiti dan selepas itu di alam pekerjaan.

“Selain daripada itu, mereka ini juga mahu dilatih oleh para pelatih dari universiti-universiti untuk menjadi anggota yang berkhidmat kepada agama dan masyarakat.

Bagi program yang lalu, ramai peserta Lamega ini telahpun mencapai sasaran dengan menjadi kumpulan yang membantu masyarakat,” kata beliau.

Program yang berlangsung selama tiga hari bermula Khamis lalu di Kliu Agro Farm, Serdang,
Dungun itu, dikenakan bayaran yang minima iaitu sebanyak RM50 sahaja

Sumber BO - 13-3-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















































Bakal Mahasiswa Perlu Lakukan Perubahan













Oleh : MNA

DUNGUN – Bakal mahasiswa perlu melakukan perubahan kepada negara dengan bersegera menyertai program-program kemasyarakatan bagi membentuk diri ketika usia muda dan tidak hanya ketika tua.
Pengerusi Ameerah Terengganu, Puan Zuraida Mohd Nor berkata mereka perlu aktif, progresif, proaktif dan ikhlas bagi mendepani cabaran serta menyelami masalah masyarakat pada masa kini.
Bagi beliau, peserta-peserta Lamega adalah bertuah kerana dipilih Allah menyertai program ini kerana ianya adalah program asas menyiapkan diri sebelum ke menara gading yang sangat mencabar pada zaman ini.
Dengan cabaran kehidupan sosial yang bebas, beliau yang dikenali sebagai Kak Da mahu mahasiswa pandai memilih kawan, kerana golongan yang paling dipercayai seperti keluarga, berada jauh di mata.


“Bagi Kak Da, Kak Da kata adik-adik semua ini sangat bertuah kerana dipilih Allah untuk berada di majlis ini,

“Program Lamega ini membantu adik-adik menyiapkan diri untuk kehidupan yang lebih mencabar apabila diterima sebagai mahasiswa,

“Kak Da menekankan kepada kepandaian adik-adik memilih kawan-kawan kerana keluarga sudah berada jauh dari kita, maka masa inilah kawan-kawan diperlukan bagi membantu kita,

“Dan jika kita kita tersalah pilih kawan, maka kita akan rosak,” pesan beliau kepada semua peserta.


Beliau berkata demikian pada majlis forum di Program Lambaian Menara Gading (Lamega) anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) di sebuah resort di sini pada Jumaat.

Mengimbau kehidupan beliau ketika di menara gading dahulu, Zuraida berkata, telah bergerak secara aktif bagi memberikan kesedaran kepada rakan-rakan beliau yang lain, bagi membina Malaysia yang lebih baik.
Oleh itu, beliau yakin jika majoriti mahasiswa bergerak aktif bermula di kampus menggunakan kepintaran dan ilmu, mereka akan berjaya membentuk masyarakat yang lebih baik berbanding dengan gerakan yang dimulakan ketika tua.

“mahasiswa perlu menjadi luar biasa dan mempunyai minda kelas pertama.
“Sikap tidak mahu bersama masyarakat ketika belajar ini adalah sikap mementingkan diri yang tidak membawa kebaikan kepada diri dan masyarakat,”tegasnya.


Justeru itu, beliau mengajak semua mahasiswi menyertai Ameerah dan mahasiswa membantu Pemuda PAS atau Jabatan Amal kerana terbukti kumpulan ini sangat dekat dengan rakyat marhaen.

Ditanya berkenaan harapan beliau kepada remaja dan belia terutama wanita, beliau percaya zaman mahasiswa ini adalah kemuncak kepada halatuju dan mengharapkan ketaqwaan menjadi aset utama remaja dan belia.

Turut serta sebagai panelis forum ialah YB Ustaz Mohd Nor Hamzah, Ketua Penerangan PAS Terengganu.

Program tahunan DPPNT berlangsung di Kliu Agro Farm, Dungun, selama tiga hari dua malam bermula Khamis 9 Mac dan dijangka tamat pada 11 Mac itu disertai kira-kira 130 orang bakal mahasiswa.

Sumber BO - 11-3-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------























































Hak asasi Barat dan Islam berbeza

MUHAMMAD NAZRUL HAKIM MD NAZIR | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43572-hak-asasi-barat-dan-islam-berbeza

HAK asasi membawa maksud hak yang dimiliki oleh semua insan. Konsep hak asasi adalah berdasarkan andaian bahawa semua insan memiliki satu bentuk hak yang sama, sebagaimana mereka memiliki indentiti insan, yang tidak dipengarahui oleh faktor tempatan, perkauman dan kewarganegaraan.

Idea hak asasi datang dari zaman Tamadun Greek melalui hak kebebasan memilih pemimpin di Athens. Plato berpendapat bahawa kepentingan masyarakat haruslah dijaga bersama bagi mengelakkan ketidak adilan. Thomas Hobbes, John Locke, dan Rousseau berpendapat bahawa kontrak sosial perlu diwujudkan untuk menjamin keutuhan wilayah di mana pemerintah dan rakyat saling menghormati hak masing-masing.

Hak untuk hidup bagi manusia perlu dipertahankan melalui peruntukan hak asasi manusia sama ada melalui undang-undang ataupun perlembagaan.

Hak asasi mula digazetkan dalam perundangan pasca revolusi Perancis apabila mereka menggubal suatu piagam hak asasi manusia dan warganegara Perancis yang diluluskan di Parlimen Perancis pada 26 Ogos 1789 dan dimasukkan sebagai mukadimah dalam Perlembagaan Perancis yang pertama pada 1791.

Kemudian ia dikuatkan lagi di peringkat global melalui pemeteraian Deklarasi Universal mengenai Hak Asasi Manusia atau The Universal Declaration of Human Rights (UDHR) pada hari ini iaitu 10 Disember 1948. UDHR mengandungi 30 fasal yang membahagikan hak asasi manusia kepada 4 kebebasan utama iaitu kebebasan daripada ketakutan, kebebasan daripada kemahuan, kebebasan bersuara dan kebebasan kepercayaan.

Islam sendiri mengangkat hak asasi manusia sebagai suatu teras penting dalam kehidupan. Dari perspektif Islam, Dr Wahbah Zuhaili menafsirkan hak asasi sebagai himpunan beberapa hak semula jadi yang dimiliki oleh seseorang yang sangat berkait rapat dengan kewujudan tabi’inya, merangkumi hak untuk hidup, persamaan, kebebasan dalam segala bentuknya, hak politik dan sivil, hak bangsa-bangsa untuk menentukan nasibnya, hak untuk merdeka dan mempunyai identiti bangsa, hak berpendapat dan menyatakan pendapat, hak beragama, hak belajar dan mendapat pendidikan, hak ekonomi dan sosial, hak milik khusus, hak berkerja dan menjawat jawatan umum, hak mendapat rawatan kesihatan dan sosial, hak mendapat jaminan dan perlindungan negara, hak keibubapaan, hak kanak-kanak, hak remaja dan belia untuk mendapat asuhan, hak kekeluargaan, hak tempat tinggal dan lain-lain.

Dr Wahbah Zuhaili menggelarkannya sebagai Karamah Insaniah ataupun prinsip menghormati martabat keinsanan dan maruah manusia sebagai sumber hak asasi.

Islam tidak menolak hak asasi, malah kehadiran Islam adalah bagi mengangkat martabat hak asasi. Allah berfirman dalam Al-Quran:

"Sesungguhnya Kami telah muliakan (status) anak-anak Adam." (Surah Al-Isra' ayat 70)

"Langit dijadikan Allah tinggi (mengawan), serta Allah menggariskan padanya neraca keadilan. (Dengan harapan) kamu semua tidak melampaui batas neraca keadilan." (Surah Ar-Rahman ayat 7-8)

Kehadiran Rasulullah SAW membawa Islam adalah untuk mengangkat hak asasi yang telah koyak dirobek budaya Arab Jahiliyyah. Rasulullah hadir membawa keadilan tatkala kaum wanita dihina dan dipandang rendah, hingga anak perempuan dibunuh kerana dianggap mencemar maruah keluarga, orang miskin dan hamba sahaya dicemuh dan dipandang rendah, dan ketika itu Baginda datang memperjuangkan hak asasi jauh beratus tahun sebelum Abraham Lincoln berjuang menghapuskan perhambaan di Amerika. Rasulullah berpendirian:

"Tiada kelebihan orang Arab ke atas ‘ajam (bukan Arab), atau ‘ajam ke atas Arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan.” (HR Ahmad dan al-Baihaqi)

Hak asasi dalam perspektif Islam berbeza dengan hak asasi dari kaca mata Barat, namun tidak bermakna Islam menolak hak asasi sepenuhnya. Hak asasi dalam Islam dipandu oleh hukum-hukum dan syariat yang termaktub dalam al-Quran dan Hadis.

Buya Hamka dalam bukunya Hak Asasi Manusia dalam Islam dan Deklarasi PBB, menggariskan beberapa perbezaan hak asasi manusia dalam Islam dan Barat. Islam tidak mengiktiraf keserataan gender (gender equality), homoseksual dan perkahwinan sejenis, perkahwinan antara Islam dan bukan Islam dan nasab anak haram kerana ia bertentangan dengan syariat. Namun selain dari itu Islam mengiktirafnya dan turut mengangkat hak asasi tersebut.

Sebagai kesimpulan, hak asasi manusia adalah suatu perkara penting yang harus diangkat dan dimartabatkan demi mengekalkan keharmonian dan perpaduan. Islam tidak menolak hak asasi manusia malah turut memperjuangkannya, namun ia haruslah mengikut syariat Islam sebagai panduan.

Hak adalah suatu kata yang membawa maksud kebenaran, dan kebenaran itu adalah apabila sesuatu itu berada pada tempatnya. Adakalanya kita mengganggap sesuatu itu hak, tapi sebenarnya ia tidak berada di tempat yang betul dan memberi kemudaratan yang lebih besar, menyebabkan hak asasi manusia yang dilaungkan dan ingin diperjuangkan akhirnya tidak tercapai dek kerana tindakan kita sendiri.

Selamat menyambut hari Hak Asasi Sedunia. – HARAKAHDAILY 14/12/2016

Penulis ialah Exco Akademik dan Pembangunan Intelektual, Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Sains Islam Malaysia sesi 2016/2017

Sumber HD - 14-12-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

UKM gantung aktivis pelajar 'TangkapMO1'
Posted on Wednesday, November 16 @ 10:18:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32400



Aktivis pelajar, Asheeq Ali digantung satu semester daripada pengajiannya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) selepas Lembaga Disiplin hari ini mendapati beliau bersalah kerana menyertai perhimpunan rasmi ‘Tangkap Malaysian Official1' pada 1 Ogos lalu.

Asheeq memberitahu Malaysiakini bahawa penggantungannya berkuat-kuasa serta-merta, meskipun beliau dijadual menduduki peperiksaan akhir bulan depan.

"Mesyuarat disiplin bermula pada jam 9 pagi ini dan keputusan dibuat kira-kira jam 10 pagi.

"Mereka (lembaga disiplin) membuat keputusan menggantung saya kerana kata mereka, saya telah langgar undang-undang," kata Asheeq, merujuk kepada Akta Perhimpunan Aman 2012.

Pelajar undang-undang tahun tiga, bagaimanapun, berkata beliau berhujah bahawa dirinya tidak pernah didakwa di mahkamah berhubung sebarang kesalahan di bawah akta tersebut.


"Saya beritahu mereka bahawa saya telah disiasat tetapi tidak pernah didakwa. Mereka kata, ini tidak penting (sama ada didakwa atau sebaliknya)," kata Asheeq yang kini adalah setiausaha agung gabungan pelajar Kesatuan Mahasiswa Malaysia.

Sumber TKO - 16-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------























































Tahniah dan syabas kepada WUFI

MUHTAR SUHAILI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/lain-lain/42592-tahniah-dan-syabas-kepada-wufi

TAHNIAH kepada kesemua calon yang memenangi Pilihanraya Kampus (PRK) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) 2016 yang telah diadakan semalam. Syabas kepada We Unite For Islam (WUFI) yang telah menang dan meneruskan kecemerlangan di UIAM Gombak dan UIAM Kuantan. Mubarak 'alaikum!

Saya mendoakan yang terbaik buat kepimpinan baru Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UIAM a.k.a. Students Representative Council (SRC) IIUM yang akan dibentuk untuk sesi 2016-2017. Selamat menjalankan amanah dan taklifan yang diberikan. Semoga cemerlang dan maju jaya dalam membawa agenda mahasiswa dan rakyat.

S.R.C. = Sincere, Reliable, Committed.

PRESIDEN MPP/ SRC UIAM 1991-2015:

1991-1992: Maridan Fadhli
1992-1993: Nik Roskiman Abd Samad (KENMS)
1993-1994: Ahmad Jailani Abd Ghani (AIKOL)
1994-1995: Muhammad Mushtafi
1995-1996: Muhammad Fathi Yusof (AIKOL)
1996-1997: Shamsul Iskandar (AIKOL)
1997-1998: Mohd Nazim
1998-1999: Nizamuddin Alias (AIKOL)
1999-2000: Hariz Daud (AIKOL)
2000-2001: Ahmad Fadli Yusof (AIKOL)
2001-2002: Dasuki Wahab (IRKHS)
2001-2002: Mohd Fadhli Ramli (AIKOL)
2002-2003: Wan Nazrul Helmi (AIKOL)
2003-2004: Muhtar Suhaili As-Sarawaki (KoEng)
2004-2005: Mohd Zarifi Daud (IRKHS)
2005-2006: Mohd Radziq (AIKOL)
2006-2007: Muhammad Zukhairi (AIKOL)
2007-2008: Adib Hatim (IRK)
2008-2009: Sofiyyus Salam (KENMS)
2009-2010: Muhammad Firwan Norliza (KoEng)
2010-2012: Iqbal Ab Wahab (KENMS)
2012-2013: Hamidi Zamri (KENMS)
2013-2014: Fikri Ahmad (KENMS)
2014-2015: Hanif Mahpa (KENMS)
2015-2016: Aiman Azahan (AIKOL)
2016-2016: Siapa agaknya bakal Presiden?

Siiru 'ala barakatillah, teruskan perjuangan! – HARAKAHDAILY 23/9/2016

Sumber HD - 23-9-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mahasiswa Malaysia, Indonesia Anjur Ramah Mesra

Oleh : Raihanah

PALEMBANG – Ikatan Mahasiswa Malaysia UIN Raden Fatah (IMARAH) telah menganjurkan sesi ramah mesra bersama Rektor Universitas Islam Negeri Raden Fatah Palembang, Indonesia.

Program tersebut diadakan sempena program Sambutan Aidil Adha pada Isnin 12 September 2016 di bangunan utama pentadbiran UIN Raden Fatah.


IMARAH merupakan sebuah organisasi yang ditubuhkan tujuan untuk menjaga kebajikan seluruh mahasiswa Internasional yang menuntut di UIN Raden Fatah Palembang, organisasi ini ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2013.

Presiden IMARAH, Muhammad Harith bin Noh ketika berucap di dalam sesi ramah mesra berkata, “beliau menegaskan bahawa mahasiswa internasional yang menuntut di UIN Raden Fatah akan menunjukkan prestasi akademik yang cemerlang”.

Harapan ini kemudiaannya disambut baik oleh pihak Rektor sendiri iaitu, Prof. Drs. H. Muhammad Sirozi.

“Ini adalah perjuangan jihad kalian, bukan saja kalian mnunjukkan prestasi cemerlang ketika belajar,tetapi setelah kalian menjadi lepasan UIN, kalian harus kekal cemerlang.”ujarnya.


Menurut beliau, pihak UIN Raden Fatah akan menjaga sebaik mungkin kebajikan mahasiswa Internasional yang belajar di UIN Raden Fatah yang berjumlah mencapai 60 orang sehingga saat ini.

Sehubungan itu, Pengarah, Mohd Hakimi bin Shafie berkata, Program ini dianjurkan adalah untuk Merapatkan lagi ukhuwah diantara pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di Indonesia yang tidak pulang beraya di Negeri masing-masing.

Tambah beliau lagi, program kali ini bersifatkan Pengorbanan sesuai pada bulan Zulhijjah, bulan Islam yang penuh dengan intipati dan simbol ketakwaan, konsep ini perlu untuk merapatkan lagi Ukhuwah dengan sama-sama merayakan hari yang mulia ini secara bersaudara.

Sumber BO - 132-9-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
'Arak hilang dara' sasar mahasiswa
Posted on Tuesday, September 13 @ 14:28:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Editor


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31649



Minuman alkohol, Four Loko yang diharamkan di beberapa negeri di Amerika Syarikat telah dijual secara dalam kepada orang Malaysia khususnya penuntut institusi pengajian tinggi.
Minuman itu mencetus kontroversi kerana dikatakan mudah memabukkan sehingga mendapat jolokan 'arak hilang dara'.

Walaupun ia tidak dijual secara terbuka di Malaysia, tetapi terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang mengimport dari China dan menjualnya melalui media sosial.

Pedagang haram tersebut menyasarkan laman-laman Facebook yang menjadi tumpuan mahasiswa.
Harga yang ditawarkan adalah agak mahal iaitu RM50 setin berbanding AS$3 atau AS$4 (RM12-RM16) di Amerika Syarikat.

Persatuan-persatuan restoran yang dihubungi Sinchew Daily memberitahu, arak kontroversi itu tidak kelihatan dijual secara terbuka pada masa ini.

Import apa jua minuman perlu mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan, dan peniaga biasanya tidak akan mengimport minuman yang mana keselamatannya dipertikaikan.

Pusat-pusat hiburan malam juga dilaporkan tidak akan menjual minuman itu secara sembarangan tanpa kelulusan daripada Kementerian Kesihatan.

Beberapa negeri di Amerika Syarikat mengharamkan minuman Four Loka selepas terdapat pelajar yang jatuh sakit malahan terlibat dalam kemalangan kerana meminum arak itu.

Kandungan kafein dalam minuman itu juga merupakan perkara yang mencari perhatian pihak berkuasa kesihatan.

Sumber TKO - 13-9-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Edar risalah di UiTM, 3 aktivis himpunan #TangkapMO1 ditahan
Posted on Sunday, August 21 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31426



KUALA LUMPUR: Susulan himpunan #TangkapMO1 yang dirancang 27 Ogos depan, tiga mahasiswa yang sedang mengedarkan risalah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar, Perak ditahan, petang tadi.

Menurut Exco Politik Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (UM) Suhail Wan Azahar, beliau bersama rakan-rakan memohon secara baik untuk memasuki perkarangan universiti bagi memberi sedikit penerangan kepada siswa UiTM.

Penerangan itu bertujuan untuk menghimpun anak muda turun ke Dataran Merdeka nanti bagi menggesa kerajaan menangkap dan mendakwa individu yang digelar Malaysian Official 1.

“Kami hanya berucap di hadapan pintu pagar kampus memandangkan kami tidak dibenarkan masuk untuk edar risalah.

“Sekitar jam 6.50 petang, tiga rakan kami ditahan oleh pihak polis. Kami sedang tunggu diluar pagar UiTM dan sedang menunggu maklum balas mengenai keadaan mereka,” katanya.

Tiga mahasiswa yang ditangkap ialah Timbalan Pengerusi Kesatuan Mahasiswa Malaysia Luqman Nul Haqim Zul Razali, Exco Dakwah Persatuan Mahasiswa Islam UM Luqman Hakim Fazli dan Timbalan Pengerusi Pro Mahasiswa UM Sabah Ashraff Nazrin.

Ketiga siswa itu dibawa ke IPD Seri Iskandar, menurut Suhail.

Sementara itu, jurucakap #TangkapMO1 Anis Syafiqah Yusof ketika dihubungi memberitahu beliau dalam perjalanan ke Padang Rengas bagi meneruskan sesi jelajah himpunan #TangkapMO1.


“Kami akan meneruskan apa yang dirancang walaupun terpaksa berdepan dengan tentangan. Kami sudah bersedia dengan semua kemungkinan,” katanya.

Sumber TKO - 21-8-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


































































PMIUM sahut saranan jangan kongkong mahasiswa

HARAKAHDAILY | .

                                                                                                                                                  http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42014-pmium-sahut-saranan-jangan-kongkong-mahasiswa                                                                                                                                                                                                                                                                                                                    KUALA LUMPUR: Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) menzahirkan sokongan terhadap kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyatakan saranan ke atas Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) agar tidak mengambil sebarang tindakan terhadap mahasiswa yang menyuarakan kritikan terhadap kerajaan.

Beliau yang dilaporkan Berita Harian 27 Julai lalu berkata bahawa kongkongan dan sekatan bukanlah satu metodologi yang terbaik bagi mendidik mahasiswa, sebaliknya memberi panduan bagi mengasah idealisme dan kepemimpinan generasi pelapis masa depan.

Timbalan Presiden PMIUM, Anis Syafikah yakin sikap kritikal mahasiswa terhadap kerajaan bukanlah bermaksud mahasiswa membenci kerajaan atau menyebelahi pembangkang, tetapi mahasiswa mahu berpartisipasi dalam mencorak hala tuju negara.

"Apa juga aksi yang dilakukan mahasiswa merupakan tindak balas, sebagai tanda kami cakna dan prihatin dengan perkembangan semasa," ujarnya.

PMIUM juga, katanya mengharapkan agar saranan Timbalan Perdana Menteri ini disambut oleh semua kepimpinan universiti agar tidak ada lagi pentadbir universiti yang menjadi musuh kepada hak kebebasan mahasiswa untuk beraktivisme.

Realitinya, ujar beliau tidak kurang daripada 30 mahasiswa dihukum oleh AUKU pada tahun 2015 hanya kerana terlibat dengan aktivisme dalam dan luar kampus.

Terbaru, Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan pihak UM tidak menjalankan pebicaraan yang adil terhadap 8 mahasiswa UM (UM8) yang telah dihukum kerana mengajurkan Pidato Anwar Ibrahim dalam UM pada Oktober 2014.

Tambahnya, Zahid perlu ikhlas dalam mempertahankan hak mahasiswa tanpa dibataskan dengan sempadan politik.

"PMIUM percaya, dengan latar sejarah perjuangan Timbalan Perdana Menteri, beliau semestinya memahami bahawa perjuangan mahasiswa bebas daripada sebarang kepentingan dan tidak dicemari dengan agenda politik sempit," katanya lagi.

Oleh itu, ujarnya Kerajaan sewajarnya bersikap adaptif dengan aktivisme mahasiswa dan bukannya prejudis.

"PMIUM berharap agar lebih ramai kepimpinan Kerajaan akan berminda seperti Timbalan Perdana Menteri dalam menanggapi aktivisme mahasiswa," ujarnya. - HARAKAHDAILY 1/8/2016                                                                                                                                                                                 Sumber HD - 1-8-2016                                                                                                                           -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                 




































































Kursus Marxisme, tindakan PDRM disokong





































































MOHAMAD FAROUK HAMZAH | .


MEDIA sosial hari ini gempar seketika apabila "tweet" daripada Ketua Polis Negara bertarikh 28 Februari 2016 dengan menyatakan tindakan beliau untuk menyekat Kursus Marxisme yang kini sedang viral sekaligus menaikkan kemarahan umum. Akhbar Sinar Harian juga telah memaparkan petikan kata-kata beliau yang berbunyi "Polis tidak akan membenarkan kursus ini. Pihak penganjur akan dipanggil".

Sila rujuk, http://www.sinarharian.com.my/mobile/semasa/kpn-sekat-cubaan-sebar-fahaman-komunis-1.490521

Terkejut dengan tindakan Ketua Polis Pegara ini, S. Arutchelvan merangkap AJK Pusat PSM yang merupakan penganjur kepada kursus ini turut mengeluarkan kenyataan. Beliau mempertahankan penganjuran kursus ini dengan menegaskan bahawa, kursus ini merupakan kritikan Karl Marx tentang sistem ekonomi kapitalis dan ia adalah program umum bukanlah kursus yang bersifat bawah tanah.

GAMIS dengan tegasnya sangat menyokong sepenuhnya tindakan yang diambil oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) iaitu menyekat kursus yang difahamkan akan di adakan di Dewan Budaya Petaling Jaya, pada 20 Mac ini.

Pengasas Komunisme, Karl Marx pernah berkata "Agama adalah candu kepada bangsa". Dan diantara kata-kata tokoh mereka yang lainnya Lenin "Golongan kami tidak berpegang pada pengangan agama negatif, agama adalah khurafat dan bodoh".

Stalin pula pernah mengungkapkan "Kami tidak mempercayai Tuhan. Kami percaya, beriman kepada Allah SWT adalah khurafat. Kami percaya agama dapat merosakan tamadun kami. Kami juga tidak mahu agama mengawal kami dan kami tidak mahu menjadi orang yang mabuk". Maka, sudah jelaslah, ia akan menghadirkan kekeliruan buat masyarakat, khususnya para anak muda Islam yang ada pada hari ini.

Hari ini, kita melihat dasar-dasar komunisme dan dasar-dasar komunis antarabangsa mewajibkan pengikutnya menjadi "atheis" dan menyebarkan dakwah yang berlawanan dengan ajaran agama Islam. Mereka juga, menolak golongan yang mengamalkan syiar Islam serta tindakan mereka melarang mana-mana negara komunis untuk berkhidmat dengan negara yang berpegang pada ajaran Islam.

Syeikh Dr Yusof Al-Qardhawi , Pengerusi Kesatuan Ulamak Sedunia telah menggariskan bahawa menurut hukum, siapa yang berfahaman komunisme adalah "زنديق" (zindiq). Iaitu golongan yang menzahirkan keimanan mereka tetapi hakikatnya kafir dan ingin mghancurkan Islam. Firman Allah SWT menerusi Al-Quran :

 وَلَا يَزَالُونَ يُقَاتِلُونَكُمْ حَتَّىٰ يَرُدُّوكُمْ عَن دِينِكُمْ إِنِ اسْتَطَاعُوا ۚ وَمَن يَرْتَدِدْ مِنكُمْ عَن دِينِهِ فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ فَأُولَٰئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۖ وَأُولَٰئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ ۖ هُمْ فِيهَا
خَالِدُونَ

"Mereka tidak henti-hentinya memerangi kamu sampai mereka (dapat) mengembalikan kamu dari agamamu (kepada kekafiran), seandainya mereka sanggup. Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya".

(Surah Al-Baqarah, ayat 217)

Mohon JAKIM, Jabatan Mufti dan Institusi agama yang lain memainkan peranan bagi membenteras penularan ideologi sesat yang kian menular pada hari ini. GAMIS sedia bersama-sama dengan setiap institusi yang serius dalam menangani ideologi  yang semakin dizahirkan oleh golongan-golongan yang beragenda songsang. – HARAKAHDAILY 4/3/2016

Penulis ialah Pengerusi Majlis Penerangan & Informasi Pusat, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia

Sumber HD - 4-3-2016

Pelajar Malaysia di Jordan bantu pelarian Syria

ZAINAL ABDUL JALIL | .


IRBID: Sekumpulan 12 orang pelajar Malaysia di Jordan turut memberi khidmat sukarela bagi membantu pelarian Syria sejak 2013 yang menderita setelah melarikan diri ekoran perang saudara di negara mereka sejak 2011.
  
Ahmad Musa Al-Nawayri Kamaruzaman yang sedang menuntut di Universiti Albayt di sini adalah antara pelajar tersebut dengan mereka turut menubuhkan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang diberi nama 'Tangisan Syria Di Bumi Jordan'.
  
Beliau berkata beliau bersama rakan-rakannya akan berada bersama-sama pelarian pada hari mereka tidak mempunyai kuliah iaitu pada Jumaat dan Sabtu.
  
"Keperitan mereka sukar digambarkan. Musim sejuk amat dirasai. Tanpa baju sejuk atau selimut, mereka tidak boleh keluar dari kem-kem kecil mereka," katanya.
  
"NGO yang kami tubuhkan menerima sumbangan khususnya daripada rakyat Malaysia," kata Ahmad Musa kepada Bernama semasa kunjungan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ke kawasan pelarian Mafraq.
      
Mafraq yang terletak di sini iaitu kira-kira 20 kilometer dari sempadan Jordan/Syria menjadi penempatan bagi rakyat Syria.
  
Dianggarkan lebih 1.5 juta pelarian tinggal di sempadan dengan mendirikan kem-kem kecil tanpa kemudahan air dan bekalan elektrik.
  
Semasa kunjungan itu Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkenan menyerahkan sumbangan bernilai RM100,000 kepada Tangisan Syria Di Bumi Jordan bagi digunakan untuk membantu pelarian.
  
Baginda turut menyerahkan jumlah yang sama kepada pertubuhan yang dikendalikan rakyat Jordan iaitu Awqaf dan sebuah lagi pertubuhan NGO yang dikenali sebagai FTN.
  
Menurut Ahmad Musa, NGO yang beliau selaku pengerusi mengendali 10 kem kecil yang dihuni antara 80 hingga 150 orang yang lebih separuh daripada mereka merupakan golongan remaja dan kanak-kanak.
  
Beliau berkata sumbangan yang mereka terima digunakan bagi membayar sewa kenderaan untuk membawa anak-anak pelarian ke sekolah-sekolah yang disediakan kerajaan Jordan di samping bagi membayar sewa tapak kem kepada tuan tanah sebanyak 200 Dinar Jordan setahun (RM6.22 bersamaan 1 Dinar Jordan).
  
Mereka antara lain menerima sumbangan daripada Aman Malaysia, Malaysia Life Line serta syarikat korporat, katanya.
  
Sementara itu seorang pelarian yang ditemui, Abu Hussein, 45, menerusi jurubahasa berkata dia terpaksa melarikan diri bersama isteri dan lapan orang anaknya pada 2013 kerana tidak tahan menghadapi suasana tegang di negaranya.
  
"Kami tidak boleh pulang walaupun masih ada kampung halaman, tanah dan rumah. Saya berserah kepada Allah walaupun saya merasakan peluang untuk kami pulang adalah tipis," katanya.
  
Ketua Kem Janubi yang dikendalikan Tangisan Syria Di Bumi Jordan, Hassan Akel menyifatkan mereka bukan pelarian tetapi merupakan kumpulan 'Muhajirin' (kumpulan yang berhijrah).
  
Beliau meminta masyarakat Islam seluruh dunia supaya tampil membela rakyat Syria yang teraniaya. - Bernama

Sumber HD - 24-2-2016





































































Hari Valentine: Mahkota diri seorang wanita

FATIN NUR LYANA ABDUL RAHMAN | .


Nilai seorang wanita itu bukanlah terletak pada kecantikan pakaian yang dipakainya, bahkan bukan pada perhiasan yang menghiasi tubuhnya. Akan tetapi, wanita yang tampak cantik adalah mereka yang berupaya menjaga maruah dan harga diri mereka dengan nilai kesopanan dan keterbatasan dalam pergaulan.

Harga diri seorang wanita itu tidak terjaga tatkala mereka menyerahkan dirinya hanya untuk kemewahan dan kekayaan semata-mata. Mereka sanggup berhabis ratusan ribu wang ringgit untuk memenuhi keinginan nafsu mereka sedangkan perbuatan mereka itu sudah melanggar syariat dan ketetapan Allah.

Wanita yang solehah tidak akan menghalalkan yang haram hanya untuk kepuasan dirinya. Mereka cuba untuk menanam dalam diri mereka prinsip-prinsip yang didasari oleh Islam bagi mengekang hawa nafsu dan godaan dunia yang menguasai diri mereka.

Jika diamati daripada kisah dua puteri Nabi Syuib AS, tatkala mereka ingin memberi ternakannya minum, didapati ramai pengembala berada di sumber air tersebut tetapi mereka terpaksa menahan hajat mereka untuk ke sana. Kemudian Nabi Musa AS mengambil alih tugas mereka lantaran kasihan akan kedua gadis tersebut.

Usai memberi minum pada ternakan mereka, kedua-dua puteri Nabi Syuib AS mengadu pada ayahandanya perihal tersebut kemudian Nabi Syuib AS lantas menyuruh anakdanya mengundang Nabi Musa ke rumah sebagai tanda ucapan terima kasih. Dalam keadaan malu, puteri Nabi Syuib AS pergi bertemu dengan Nabi Musa AS bagi menyampaikan undangan tersebut dan diterima baik oleh Nabi Musa AS.

Berdasarkan peristiwa ini, Allah memberi gambaran bahawa wanita solehah adalah wanita yang tidak memperlihatkan dirinya pada pandangan umum dan apabila seorang wanita berjumpa dengan lelaki ajnabi, mereka akan menundukkan pandangan mereka dengan melahirkan perasaan malu. Firman Allah dalam Surah An-Nur, ayat 30-31 yang bermaksud: Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat". Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya” [ An-Nuur: 30-31]

Oleh yang demikian, mengapa perlu menggadaikan harga diri hanya pada perkara yang di luar syariat islam? Pembinaan Baitul Muslim adalah method terbaik bagi memelihara maruah diri seorang muslim juga tempat yang tepat untuk menyalur kasih sayang.

Tuntasnya, usahlah kita terikut-ikut dengan perayaan dan adat dalam agama lain kerana ia pasti mendatangkan keburukan daripada kebaikan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka mereka termasuk dalam kalangan mereka” diriwayatkan oleh Abdullah bin ‘Umar, Huzaifah bin al-Yaman dan Anas bin Malik.

Maka, bersederhanalah kita dalam semua perkara serta berhati-hatilah dalam membuat sesuatu tindakan agar kita menjadi hamba yang sentiasa patuh dan taat pada Allah. Duhai wanita, kasihanilah diri anda dan pagarilah ia dengan sifat malu dan zuhud. Sesungguhnya sesuatu perkara yang terjaga itu adalah lebih baik daripada melakukan sesuatu yang boleh merosakkan diri kita sendiri. Wallahualam. - HARAKAHDAILY 14/2/2016

Penulis ialah Pengerusi HELWANI PMIUPM 15/16

Sumber HD - 14-2-2016







































































Peranan ibu bapa bentuk masyarakat penyayang








































































SASIREHKA MAGATHEVAN | .


Pada alaf baru ini, ibu bapa memberi peranan yang penting kepada masyarakat dan negara. Media cetak mahupun media elektronik sering menyiarkan isu ini. Dalam kalangan ibu bapa dalam masyarakat ini selalu diberi perhatian oleh orang ramai terutamanya kerajaan.
Menurut Perdana Menteri Malaysia ke-5 Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberitahu bahawa membentuk masyarakat penyayang amat penting sekali. Oleh itu, terdapat pelbagai langkah-langkah yang boleh diambil untuk membentuk masyarakat penyayang.
Ibu bapa berperanan memberikan kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak. Kehidupan anak-anak harus diisi dengan kasih sayang oleh ibu bapa dengan menyemai sikap penyayang dalam diri anak-anak sejak kecil lagi seperti kata peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sifat kasih sayang yang dipupuk sejak kecil akan lebih mudah terlaksana malah akan terus sebati dalam diri anak-anak apabila mereka dewasa.

Dalam hal ini, kehadiran ibu bapa amat penting dalam tempoh anak-anak membesar. Sebagai contoh, ibu bapa harus sentiasa berada di samping anak-anak semasa mereka dalam kekecewaan seperti gagal dalam peperiksaan untuk menenangkan hati dan sanubari mereka.

Sekiranya, hal ini diberikan perhatian oleh ibu bapa maka anak-anak akan berasa dihargai dan masalah yang mereka alami akan dapat diselesaikan melalui pertolongan ahli keluarga. Tegasnya, ibu bapa harus sedia melapangkan waktu untuk mencurahkan kasih sayang kepada anak kerana ibu bapa merupakan insan terhampir dengan diri anak-anak.
Selain itu, didikan agama juga perlu untuk melahirkan individu yang penyayang. Ibu bapa juga harus mengajar anak-anak mereka mendalami ilmu agama dan mendekatkan diri kepada Tuhan.

Contoh amalan yang boleh diajar kepada anak-anak adalah menunaikan solat dan menghantar anak-anak ke  kelas-kelas agama dan sebagainya. Amalan-amalan ini akan melembutkan hati dan mententeramkan jiwa serta melahirkan anak-anak yang bersahsiah mulia.

Sifat ini yang akan menjadi darah daging dalam diri anak-anak dan mendorong mereka untuk berperilaku baik seterusnya sentiasa menyayangi keluarga. Oleh itu, tidak dapat dinafikan lagi didikan agama yang secukupnya amat penting dalam melahirkan individu penyayang.
Malahan, ibu bapa haruslah menyediakan semua keperluan atau kemudahan kepada anak mereka. Penyediaan tempat belajar yang sesuai amat penting.
Begitu juga dengan hubungan ayah dan ibu yang mesra tanpa sebarang masalah sudah pasti akan memberi keselesaan kepada anak untuk menjadi manusia yang penyayang. Ringkasnya, sikap ibu bapa yang sebegini mampu melahirkan satu generasi muda yang penyayang di negara ini.

Tambahan lagi, keadaan keluarga yang stabil amat perlu bagi melahirkan individu yang penyayang. Ibu bapa mempunyai peranan besar dalam membentuk keluarga yang stabil.
Keluarga yang stabil ialah keluarga yang saling menyayangi, hormat-menghormati dan cukup dari segi kewangan keluarga. Ibu bapa harus memastikan hubungan kekeluargaan sesama ahli keluarga erat bagi melahirkan keluarga yang penyayang.
Seiring dengan itu, ibu bapa seharusnya menunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak-anak. Namun demikian, terdapat kalangan ibu bapa yang berperangai buruk. Comtohnya, menjadi penagih dadah, pencuri, penjenayah, perogol dan sebagainya. Hal ini jelas, mereka akan mengalami kesempatan wang dan tekanan emosi. Bak kata pepatah “bagai acuan begitulah kuihnya”.

Hal ini demikian, ibu bapa perlu menunjukkan sikap yang baik kepada anak-anak sejak kecil lagi. Umpamanya, mengamalkan tabiat rajin membaca buku di hadapan anak-anak. Lama-kelamaan tabiat ini dalam kalangan generasi muda akan mengikut tabiat yang positif ini. Ringkasnya, peranan ibu bapa amatlah besar dalam melahirkan masyarakat yang berguna pada alaf globalisasi ini.
Dengan ini, saya berharap bahawa ibu bapa memainkan peranan yang paling besar dalam melahirkan individu dan sekali gus masyarakat yang penyayang di negara kita.

Oleh itu, ibu bapa harus meningkatkan  peranan mereka semaksimum mungkin, namun dalam masa yang sama tidak mengamalkan sikap pilih bulu antara anak-anak. Apa yang diharapkan oleh semua orang ialah amalan kasih sayang yang berjaya dipraktikkan  akan mampu mewujudkan masyarakat yang sejahtera.

Ingatlah, individu yang penyayang akan mewujudkan keluarga cemerlang seterusnya melahirkan masyarakat serta bangsa yang terbilang. - HARAKAHDAILY 10/2/2016

Penulis ialah pelajar Bacelor Komunikasi dari Universiti Putra Malaysia.

Sumber HD - 10-2-2016

Gejala sosial dalam kalangan remaja

MUHAMMAD SAMIL MISRAN | .


GEJALA sosial merupakan satu amalan tidak sihat yang sering dikaitkan dengan remaja pada masa kini. Gejala atau masalah yang ketara yang dapat kita lihat dalam masyarakat kita pada hari ini adalah seperti masalah atau gejala samseng atau gangsterisme, seks bebas, pembuangan bayi, merempit atau lumba haram, penyalahgunaan dadah, minum arak dan ponteng sekolah.

Gejala-gejala seperti ini dapat mendorong seseorang remaja terjebak ke lembah yang boleh merugikan diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Seringkali kita dengar berbagai-bagai berita buruk yang sering disiarkan dikaca-kaca televisyen, di corong-corong radio mengenai masalah ini terutamanya kes pembuangan bayi, kes gangster (buli), dadah, ponteng sekolah dan lain-lain lagi.

Zaman remaja merupakan zaman yang sangat menyeronokkan bagi setiap individu. Pada zaman remaja, seseorang individu sudah semestinya ingin mencuba pelbagai benda dalam kehidupan mereka.

Kehidupan zaman remaja seolah-olah memberikan kebebasan yang sepenuhnya untuk melakukan pelbagai perkara tanpa berfikir panjang terlebih dahulu. Oleh sebab itu, tidak mustahil seseorang remaja boleh terjebak ke lembah gejala sosial yang tidak sihat ini.

Jika kita teliti dengan mendalam terdapat banyak punca kenapa golongan remaja mudah terjebak dalam kancah gejala sosial. Antara punca-punca berlakunya masalah ini adalah kurangnya didikan agama dalam keluarga, ibu bapa terlalu sibuk dengan urusan harian mereka sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai ibu bapa terhadap anak-anak.

Selain itu, berpunca daripada pergaulan bebas, kurangnya kasih sayang ibu bapa dan sebagainya. Hal ini, menyebabkan remaja sekarang terlalu bebas untuk melakukan apa sahaja tanpa berfikir terlebih dahulu sama ada perkara yang dilakukan itu baik ataupun buruk.

Oleh itu, masalah ini haruslah dibendung daripada sekarang agar tidak menyesal dikemudian hari terutamanya ibu bapa. Ibu bapa perlulah meluangkan lebih banyak masa bersama anak-anak di rumah, memberikan perhatian yang penuh kepada anak-anak agar mereka lebih berasa disayangi.

Selain itu, pendidikan agama juga haruslah ditekankan dalam hidup anak-anak supaya mereka berakhlak mulia dan tahu membezakan yang mana baik dan yang mana buruk. Oleh itu, masalah ini perlu dikawal sejak dari rumah dan perlu diterapkan sejak kecil lagi agar dapat melahirkan generasi yang elok perangai dan akhlaknya pada masa hadapan bak mengikut peribahasa Melayu iaitu “sediakan payung sebelum hujan”.

Kurangnya Nilai atau Pendididikan Agama
Kurangnya nilai dan pegangan agama yang kukuh maka tidak mustahillah iman seseorang itu akan goyah terutamanya insan yang baru hendak mengenal selok-belok kehidupan di dunia ini yang penuh dengan segala cabaran dan dugaan hidup.

Ajaran agama perlulah diterapkan sejak dari rumah lagi. Ibu bapa bertanggungjawab dalam memberikan ajaran agama yang sempurna untuk membentuk akhlak anak-anak supaya lebih baik dan dapat membezakan antara yang baik dan buruk.

Jika ibu bapa tidak menerapkan ajaran agama dalam diri remaja, sedikit sebanyak remaja tersebut kurang panduan dalam menghadapi cabaran sosial yang serba mencabar ini. Pendidikan agama perlu diterapkan dalam diri remaja sejak kecil lagi.

Ajaran yang terkandung di dalam Al-Quran dan Hadis sebenarnya sudah cukup menyeluruh untuk dijadikan panduan hidup dalam menerangi kegelapan. Islam sudah menerangkan secara jelas tentang bahana atau hukuman setiap gejala sosial jika dilakukan oleh orang Islam.

Jika panduan agama ini dijadikan satu pegangan yang kukuh dalam diri maka, secara tidak langsung gejala sosial tidak akan wujud dalam negara dan ia dapat dibendung dengan baik sekali.

Hal ini tidak hanya berfokuskan kepada penganut agama Islam sahaja, agama-agama lain juga seperti agama hindu, buddha, kristian dan lain-lain mencegah sekeras-kerasnya penganut mereka melakukan perkara-perkara yang tidak baik yang boleh menimbulkan kerumitan dalam hidup.

Sekiranya ajaran atau didikan agama yang sempurna maka, hidup manusia dalam keluarga, masyarakat dan negara akan aman dan bebas daripada segala gejala sosial yang timbul seperti lumba haram, dadah, bergaduh dan sebagainya.

Ibu Bapa Yang Terlalu Sibuk
Ibu bapa yang terlalu sibuk dengan tugas masing-masing merupakan salah satu punca berlakunya gejala sosial ini. Majoriti pada zaman sekarang ibu bapa boleh dikatakan 80% bekerja kedua-duanya sehinggakan kualiti masa untuk bersama dengan anak-anak di rumah tiada, menyebabkan kehidupan seharian anak-anak terabai dan secara tidak langsung nilai kasih sayang juga berkurangan.

Kesibukan bukan alasan sebagai penghalang ibu bapa mengambil berat hal anak-anak mereka. Paling penting ibu bapa tahu peranan dan mengamalkan masa yang berkualiti dengan anak-anak. Ibu bapa seharusnya mempunyai masa untuk berkomunikasi dan mengambil tahu perihal anak-anak mereka.

Selain itu, ibu bapa yang memiliki anak remaja hendaklah ‘menjadi rakan’ kepada mereka. Dengan ini anak-anak akan lebih mempercayai ibu bapa dan menjadikan mereka sebagai rujukan jika berdepan dengan masalah.

Apabila anak-anak bercerita tentang masalah mereka, ibu bapa hendaklah memberikan tumpuan. Jangan terus membuat spekulasi yang tidak baik ataupun terus menghukum. Berikan masa untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaian terbaik. Tetapi dunia hari ini, disebabkan kesibukkan itu ibu bapa semakin merasakan berada di zon selesa.
  
Peranan Ibu Bapa
Ibu bapa merupakan insan yang paling terdekat dengan anak-anak atau remaja. Ibu bapa haruslah meluangkan lebih banyak masa dengan anak remaja mereka di rumah. Menerapkan nilai-nilai kasih sayang yang mencukupi serta ajaran atau didikan agama yang sempuran untuk membentuk keperibadian yang sempurna dan mulia.

Selain itu juga, ibu bapa yang memiliki anak remaja hendaklah menjadi rakan kepada mereka. Dengan ini anak-anak akan lebih mempercayai ibu bapa dan menjadikan mereka sebagai rujukan jika berdepan dengan masalah.

Apabila anak-anak bercerita tentang masalah mereka, ibu bapa hendaklah memberikan tumpuan. Jangan terus membuat spekulasi yang tidak baik ataupun terus menghukum. Berikan masa untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaian terbaik.

Selain itu, ibu bapa juga perlu mengenali rakan anak-anak remaja mereka. Jika perlu, sesekali minta supaya anak-anak membawa rakan-rakan mereka ke rumah supaya dapat dipastikan dengan siapa anak kita berkawan.

Ibu bapa harus sentiasa berdoa agar anak-anak mereka terhindar dari perkara-perkara yang tidak diingini. Mereka harus sedar bahawa doa ibu bapa sangat penting untuk kesejahteraan hidup anak-anak dan juga ia membawa keberkatan dalam hidup seharian.
  
Peranan Sekolah
Peranan pihak sekolah terutamanya guru-guru merupakan satu langkah yang perlu diambil serius. Guru-guru di sekolah pula bukanlah sekadar pembimbing akademik, tetapi harus menjadi rakan kepada remaja. Guru yang diingati oleh remaja ialah guru yang boleh dibawa berbincang dan sama-sama menyelesaikan masalahnya.

Guru yang hanya memerintah akan diingati sebagai pemerintah dan tidak didekati. Hasilnya, arahan akademik bukan sahaja tidak dipatuhi, bahkan mewujudkan pemberontakan antara pelajar dengan gurunya. Ini pula akan menyebabkan pelajar tidak mempunyai minat terhadap proses pembelajaran. Oleh itu, guru perlulah pandai mengambil hati murid-murid mereka juga agar suasana yang sihat dapat diwujudkan.
  
Kesan Ke atas Individu
Kesan ke atas individu itu sendiri iaitu remaja yang terlibat. Seseorang insan yang dilahirkan didunia yang fana ini ibarat sesuci kain putih yang tiada kotoranya, ia terpulang pada seseorang individu itu bagaimana dia hendak mencorakkan kehidupannya.

Individu yang mencorakkan dirinya dengan akhlak yang baik akan dipandang mulia dan tinggi, berbanding individu yang mencorakkan dirinya dengan perkara-perkara negatif akan dipandang serong dan dicemuh oleh masyarakat sekeliling.

Bagi seseorang yang bergelar muslim terutamanya remaja, akhlak yang baik seharusnya dihiasi dengan perkara-perkara keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Sebaliknya, kebanyakan remaja muslim pada hari ini tidak mengikut ajaran Islam yang sebenarnya, sebaliknya memalukan agama, bangsa dan negara.

Tidak dapat dinafikan juga kesan gejala sosial ini akan memberikan kesan yang mendalam pada diri seseorang remaja itu sehingga boleh membawa kepada kerosakkan diri sendiri akibat daripada tindakan bodoh yang dilakukan itu.
  
Kesan Kepada Keluarga
Seterusnya, kesan kepada keluarga. Akhlak seseorang individu remaja yang baik dan mulia datangnya daripada sesebuah institusi kekeluargaan yang harmoni dan bahagia. Oleh sebab itu, keruntuhan akhlak dalam institusi kekeluargaan akan memberikan kesan yang besar ke atas kebahagian dan keharmonian sesuatu institusi kekeluargaan itu.

Akibat daripada wujudnya ketidak harmonian dalam kekeluargaan, sesebuah kekeluargaan pastinya akan berlakunya penceraian. Ini akan menjadikan masa depan anak-anak akan terbiar dan tidak terpelihara, seterusnya hilang tempat bergantung dan bermanja. Kesannya berlakunya masalah-masalah sosial yang lain seperti budaya lepak, ketagihan dadah, pelacuran, perjudian, hubungan sesama jenis dan masalah-masalah yang lain.

Kesimpulan
Secara kesimpulannya, kita semua haruslah bertindak dengan lebih pantas dan tuntas dalam menangani masalah gejala sosial ini agar tidak terus merebak menjadi lebih parah lagi. Pelbagai langkah boleh diambil dan dilaksanakan, tetapi apa yang lebih penting ibu bapa mestilah memainkan peranan dan tanggungjawab dalam mengatasi masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja.

Dengan kata lain, walauapapun langkah yang diambil oleh mana-mana pihak, tanpa kerjasama daripada ibu bapa, nescaya gejala ini sukar diatasi. Seseorang individu (remaja) mestilah memikirkan terlebih dahulu apa yang hendak dilakukan dan kesan yang bakal mereka hadapi agar tidak menyesal dikemudian hari.

Masalah sosial haruslah dipandang serius oleh semua pihak kerana para remaja merupakan aset yang penting untuk pembangunan negara pada masa yang akan datang. Justeru, semua pihak mestilah memainkan peranan dan bertanggungjawab untuk menangani masalah sosial supaya para remaja tidak terjerumus dalam gejala sosial tersebut.

Sekirannya negara bebas daripada segala gejala sosial ini maka, negara  dapat melahirkan generasi yang bersih daripada segala masalah dan generasi yang dilahirkan ini dapat menerajui negara kita ke arah Wawasan 2020 serta dapat membentuk sebuah negara yang aman, damai dan harmoni.

Selain itu, kehidupan seharian dapat dijalankan tanpa ada sedikit perasaan risau atau bimbang dengan masalah-masalah yang akan berlaku. Oleh itu, semua pihak perlu berganding bahu tanpa menunding jari kepada satu pihak sahaja untuk menangani masalah gejala sosial ini. Muafakat bersama akhirnya akan membawa berkat dalam kehidupan kita. – HARAKAHDAILY 2/2/2016

Penulis ialah Pelajar Sarjana Muda Komunikasi (Komunikasi Korporat) Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor.

Sumber HD - 2-2-2016



Kau kata mahasiswa manja

Posted on Tuesday, January 19 @ 13:48:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh UPSI Confessions


Kau kata mahasiswa manja.

Kau tak tahu berapa ramai yang ikat perut berbanding yang pegang iphone.

Kau kata mahasiswa manja.
Tapi kau tak tahu berapa ramai yg berkerja part time berbanding yang berpeleseran dengan kekasih mereka hujung minggu.

Kau kata mahasiswa manja.
Kau tak tahu disebalik keriangan mereka gelak tawa ada duka disebalik dompet mereka.

Kau kata mahasiswa manja.
Tapi kau bandingkan nilai RM50 pada zaman kau dengan RM50 zaman mereka.

Kau kata mahasiswa manja.
Tapi kau tak pernah kira adakah jumlah yang ada di kafe hipster sama jumlah dengan pelajar universiti.

Kau kata mahasiswa manja.
Sewaktu mahasiswa berdemo.
Kau suruh mahasiswa belajar sahaja.
Kini kau suruh mahasiswa berkerja.

Kau kata mahasiswa manja.
Kau naikkan harga tambang pengangkutan awam dan kau nak bandingkan zaman mereka dan kau.

Kau kata mahasiswa manja.
Kau tak pernah tahu berapa ramai yang menggunakan PTPTN utk bantu mak ayah mereka.

Kau kata mahasiswa manja.
Tetapi kami patut cakap menteri manja.
Wang elaun kamu dinaikkan supaya kamu tidak ikat perut.
Tetapi kami?

Kau kata mahasiswa manja.
Pergilah berniaga online.
Kau tak pernah berniaga mungkin.
Kau tak tahu onak duri waktu berniaga mcm mana.

Kau kata mahasiswa manja.
Tapi peralatan memasak mereka kau rampas dan kau suruh mereka memasak di kolej?

Kau kata mahasiswa manja.
Aku rasa kau lagi manja.
Cuma kau tak pernah alami apa yang kami alami.

Bersabarlah wahai mahasiswa, nasib baik ada PTPTN, wang pinjaman HEPA dan kawan kawan yang sudi menghulurkan bantuan sewaktu kita susah.

Ingatlah jika suatu hari nanti kita sudah berjaya, jangan sesekali bandingkan perjalanan kita dengan perjalanan orang lain.

Sesungguhnya perjalanan hidup kita tidak sama dengan apa yang akan mereka tempuhi.

Facebook


Sumber TKO - 19-1-2016




















































































































































Sedia elaun sara hidup bulanan kepada mahasiswa

DATUK DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI | .


Menuntut ilmu dan pengetahuan adalah antara aktiviti yang diangkat kemuliaannya dalam Islam. Antaranya Allah s.w.t. berfirman:
 يَرْفَعِ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ مِنكُمْ وَٱلَّذِينَ أُوتُوا۟ ٱلْعِلْمَ دَرَجَٰتٍ
"Allah mengangkat orang-orang beriman di kalangan kamu dan orang-orang yang diberikan ilmu beberapa darjat." (Surah Mujadalah: 11)

Hal ini kerana dengan ilmu dan pengetahuan seseorang individu boleh memajukan dirinya dan negara bergerak ke arah ketamadunan dan kemajuan.

Golongan mahasiswa merupakan golongan yang sedang berjihad menimba ilmu di institusi pengajian tinggi yang bakal menjadi peneraju ketamadunan bangsa dan negara.

Maka selayaknya bagi mereka yang sedang berjihad ilmu ini dipermudahkan segala urusan mereka dan dibantu segala keperluan hidup mereka.

Merujuk kepada keluhan para mahasiswa mutakhir ini yang berhadapan dengan perbelanjaan harian yang tidak mencukupi khususnya dalam menghadapi krisis peningkatan kos hidup, suka untuk saya mencadangkan agar Kerajaan Persekutuan atau kerajaan negeri menyediakan elaun sara hidup bulanan kepada golongan mahasiswa ini sekurang-kurangnya RM100 sebulan.

Oleh kerana tidak mempunyai perangkaan bagi 2015, saya merujuk kepada “Perangkaan Pendidikan Negara: Sektor Pengajian Tinggi 2013” dan ia merekodkan terdapat seramai 531,533 orang mahasiswa warga Malaysia di Universiti Awam (Institut Pengajian Tinggi Awam) di negara ini.

Dengan nilai tersebut, jumlah yang perlu diperuntukkan oleh Kerajaan hanyalah RM0.6 bilion (RM637.8 juta) setahun – bahkan jumlahnya adalah lebih sedikit jika hanya diperuntukkan untuk mahasiswa peringkat sarjana muda dan diploma.

Jumlah ini tidaklah terlalu besar jika dibandingkan dengan pelbagai perbelanjaan yang tidak efektif dan pembaziran oleh kerajaan yang boleh dilihat menerusi Laporan Ketua Audit Negara.

Elaun sara hidup ini adalah sebagai tambahan kepada dana pendidikan yang mereka perolehi ketika ini sama ada dalam bentuk biasiswa atau pinjaman bagi membiayai kos pendidikan tinggi mereka.

Mekanisma pengagihan elauan tersebut boleh dilakukan dengan dikreditkan terus amaun itu ke akaun setiap pelajar pada setiap hujung bulan.

Adapun sumber bagi elaun ini boleh diusahakan menerusi penubuhan "Tabung Sara Hidup Mahasiswa" yang perlu dilancarkan segera dengan kerjasama syarikat-syarikat milik Kerajaan Persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri, syarikat-syarikat korporat, yayasan-yayasan kebajikan, persatuan kebajikan serta masyarakat awam yang prihatin.

Konsep kerjasama berkebajikan ini boleh diambil inspirasi menerusi pujian Rasulullah s.a.w. kepada kaum kerabat Asy'ari:

 إِنَّ الأَشْعَرِيِّينَ إِذَا أَرْمَلُوا فِي الْغَزْوِ ، أَوْ قَلَّ طَعَامُ عِيَالِهِمْ بِالْمَدِينَةِ ، جَمَعُوا مَا كَانَ عِنْدَهُمْ فِي ثَوْبٍ وَاحِدٍ ، ثُمَّ اقْتَسَمُوه بَيْنَهُمْ فِي إِنَاءٍ وَاحِدٍ بِالسَّوِيَّةِ ، فَهُمْ مِنِّي وَأَنَا مِنْهُم
 "Sesungguhnya kaum kerabat Asy'ari apabila mereka kehabisan bekalan dalam peperangan atau berkurangan bekalan makanan keluarga mereka di Madinah, mereka menghimpunkan saki baki apa yang ada pada mereka dalam satu kain. Kemudian mereka mengagihkannya semula di kalangan mereka dalam satu bekas sama rata. Maka mereka adalah sebahagian daripada saya dan saya adalah sebahagian mereka." (Hadis Sahih Bukhari dan Muslim)

Jika program-program berbentuk hiburan, kebudayaan atau sukan pun ada yang sanggup memberikan penajaan sehingga mencecah jutaan Ringgit, saya yakin dan percaya akan ada juga yang sudi memberikan penajaan kepada golongan mahasiswa ini yang merupakan aset penting negara dan untuk meraih ganjaran yang lebih besar di sisi Allah s.w.t. - HARAKAHDAILY 12/1/2016

Penulis adalah Ahli Majlis Syura Ulamak, AJK PAS Pusat dan Ketua Penerangan DUPP.

Sumber HD - 12-1-2016

Kesempitan mahasiswa: KPT gagal selesai jangka panjang

HARAKAHDAILY | .


Isu mengenai kesusahan hidup mahasiswa di kampus telah mendapat perhatian umum dalam sehari dua ini. Akhbar Harian Metro baru-baru ini mendedahkan seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pengsan di dalam kelas akibat tidak makan selama dua hari kerana tidak berduit.
Sebelum ini juga banyak isu yang melibatkan kesusahan mahasiswa yang dihebahkan di media sosial namun tidak diambil perhatian secara serius oleh masyarakat.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Muslim Volunteers Malaysia, daripada 25,632 orang responden mahasiswa, seramai 97% memerlukan bantuan, manakala seramai 74% pernah berada dalam situasi tidak berduit untuk makan dan seramai 57%  memperuntukkan hanya RM5 setiap hari untuk belanja makan.
Ini jelas menunjukkan majoriti mahasiswa sedang sengsara dalam menjalani kehidupan di kampus. Antara puncanya adalah kos sara hidup yang tinggi terutama universiti yang terletak di Lembah Klang.

Tambahan pula, kebanyakan daripada mereka adalah yang datang daripada keluarga miskin. Selain daripada meneruskan hidup sebagai pelajar, mereka juga bertanggungjawab untuk memastikan survival ahli keluarga mereka di kampung.
Oleh itu, separuh atau lebih daripada wang biasiswa dan pinjaman PTPTN dihantar pulang ke kampung. Maka tinggallah sejumlah wang yang amat sedikit untuk mereka berbelanja selama empat hingga ke lima bulan.

Lebih malang lagi, beberapa universiti bertindak untuk menaikkan beberapa yuran seperti yuran asrama, yuran perpustakaan, yuran bas dan yuran kemasukan seperti mana yang dihadapi oleh mahasiswa UM dan UIAM.

Bagi pihak Kesatuan, kami yakin isu ini merupakan perkara yang serius dan perlu diambil perhatian oleh semua pihak, kerana ia melibatkan kebajikan mahasiswa yang merupakan pelapis kepimpinan negara negara.

Bagi mengatasi masalah ini, kami mencadangkan beberapa jalan penyelesaian yang lebih menyeluruh:

1) Menggesa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk menyenaraikan jumlah mahasiswa seluruh negara yang datang daripada keluarga miskin dan berpendapatan rendah di bawah RM3,000. Kategorikan mereka mengikut universiti. Tujuan penggumpulan data ini adalah untuk memudahkan proses bantuan dan penyampaian inisiatif.

2) Pihak kementerian dan pentadbiran universiti juga dicadangkan agar memberikan potongan yuran sebanyak 80%-100% kepada mahasiswa yang datang daripada golongan berpendapatan rendah.

atau

3) Meningkatkan jumlah wang PTPTN yang diberikan setiap semester kepada RM4,000 kepada mereka yang datang daripada golongan berpendapatan rendah.

4) Menggalakkan pihak pentadbiran universiti, MPPK serta MPP universiti untuk membuka peluang pekerjaan kepada mereka. Contohnya sebagai staf sokongan, guru tuisyen, guru mengaji dan banyak lagi.

Segala cadangan ini tidak mungkin tercapai tanpa adanya data yang telus daripada pihak kementerian dan universiti berkenaan kategori pelajar tidak berkemampuan ini.

Tambahan pula, pesanan untuk mahasiswa yang tidak berkemampuan, jangan malu untuk sampaikan masalah anda kepada pihak pentadbiran universiti atau MPP.
Anda juga boleh mendapatkan bantuan melalui beberapa Persatuan Pelajar dan NGO yang menyediakan makanan percuma seperti Suspended Meal dan Coupon For The Needs seperti mana yang diusahakan di UIAM dan UM.

Akhir sekali, Kesatuan menyeru semua pihak agar mengambil serius mengenai kesusahan mahasiswa dalam meneruskan kehidupan mereka di universiti.
Kami juga menyifatkan rasa kecewa atas respons yang lambat dan tidak matang daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Jalan penyelesaian yang diberikan dalam kenyataan media KPT bertarikh 9/1/2016 tidak mencakupi masalah sebenar akan isu ini.
KPT seharusnya mendatangkan penyelesaian jangka panjang seperti meningkatkan jumlah wang pinjaman/biasiswa serta menurunkan harga yuran universiti. Pesanan ikhlas daripada kami, jangan sudah terhantuk baru terngadah, nasi sudah jadi bubur.

Deritamu Deritaku Jua

"Membina Kesatuan, Mengukuh Perjuangan"

AZZAN AZNAN ABDUL RAHIM
Pengerusi Kesatuan Mahasiswa Malaysia (Kesatuan) - HARAKAHDAILY 10/1/2016

Sumber HD - 10-1-2016



Mitos mahasiswa lesu

Posted on Friday, November 20 @ 10:16:31 MYT by paktam

Oleh Nik Fatma Nik Muhamad

“Sesungguhnya mereka pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka.” (Surah Al-Kahfi: 13)

“Berikan aku 10 pemuda, akan aku menggoncang dunia”. (Soekarno)
Menjadi seorang mahasiswa, ia menuntut diri untuk lebih berani, kreatif dan kritis dalam menyampaikan idea, sahsiah harus mulia, fikiran harus cerdas, hati harus sensitif dan tindakan harus proaktif dan optimis!


Tarikh 17 November setiap tahun disambut sebagai Hari Mahasiswa Sedunia sejak 1941. Tarikh ini dipilih khusus untuk memperingati peristiwa serbuan rejim Nazi Jerman terhadap Universiti Prague pada 17 November, 1939 yang mengakibatkan 1,200 mahasiswa universiti di sumbat ke Kem Tahanan Nazi dan ada yang dihukum bunuh tanpa bicara.

Mahasiswa merupakan kelompok manusia yang menjadi harapan negara, bangsa dan ummah. Di tangan merekalah masa depan sesuatu negara, jika baiknya golongan ini, maka baiklah masa depan negara, dan sebaliknya. Justeru itu, mahasiswa harus sedar mereka perlu melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran, ilmu, intelektual, akhlak dan sebagainya untuk membolehkan mereka meneruskan legasi kepemimpinan negara pada masa hadapan seterusnya melakukan satu pengislahan secara menyeluruh dan mendaulatkan syariat Allah.

Mahasiswa adalah ilmuwan dan cerdik pandai. Kebanyakan tamadun yang hebat, dibangunkan oleh ilmuwan. Dan mahasiswa dibina sejak awal berdaftar di universiti untuk menjadi pakar rujuk ummah ini bagi segenap penjuru perbincangan atau lapangan seperti politik, ekonomi, sosial dan sebagainya. Mahasiswa harus sentiasa hidup dalam lautan ilmu yang sangat luas dan mereka harus menjadi 'buku yang bergerak', menjadi rujukan masyarakat.

Mahasiswa juga agen perubahan dan transformasi. Perubahan dan transformasi perlulah digarap dalam diri dan jiwa mereka supaya mereka dapat menyesuaikan diri dengan situasi dunia yang sangat mencabar yang menuntut perubahan drastik. Mahasiswa berperanan dalam melakukan perubahan terhadap kondisi bangsa, agama dan negara ke arah lebih baik. Sehingga hari ini kita masih dapat melihat kelompangan yang berlaku, seperti ketirisan dalam sistem ekonomi, korupsi dalam sistem pentadbiran, ekonomi di tahap bahaya, masalah gejala sosial masyarakat yang semakin hari semakin membimbangkan dan sebagainya. Untuk itu, kita amat memerlukan mahasiswa sebagai 'agent of change' atau yang diharapkan dapat membawa perubahan kepada ummah ini.

Jika ada 1000 orang yang berbuat baik, aku ada di dalamnya
Jika ada 100 orang yang berbuat baik, aku ada dibaris hadapan
Jika hanya 10 yang berbuat baik, aku pemimpinnya
Dan, jika hanya 1 yang berbuat baik, akulah orangnya.
(Sohibul Iman, presiden PKS Indonesia)

Saya teringat 5 nasihat keramat buat mahasiswa yang disampaikan Presiden Parti Keadilan Sejahtera (PKS) Indonesia Mohamad Sohibul Iman, di Seminar Nasional dan Dialog Kebangsaan di Indonesia. Beliau menyebut terdapat 5 persiapan mahasiswa menjadi pemimpin yang hebat. Antaranya:

Kecemerlangan Akademik (academic excellence)

Mahasiswa haruslah cemerlang dalam akademik dan memperoleh PNGK yang tinggi. Kecemerlangan akademik penting kerana ia menjadi kayu ukur kepada kebijaksanaan dan kehebatan mereka.

Keupayaan untuk diskusi secara ilmiah dan matang (scientific discourse capability)

Mahasiswa kelompok manusia yang mempunyai daya intelektual tinggi. Ilmu yang dipelajari atau diperoleh haruslah disampaikan melalui diskusi ilmiah dan matang. Mahasiswa haruslah bijak dalam mencari ruang dan peluang untuk menyampaikan ilmu yang dimiliki. Jangan sesekali takut, sebaliknya harus berani berbicara dan mencuba.

Jaringan yang luas (networking)

Mahasiswa perlu terjun bersama masyarakat dan membina jaringan perhubungan dengan pelbagai jenis masyarakat. Ini masanya yang sesuai untuk kita membina jaringan dan manfaat daripada jaringan ini adalah, kita akan dapati kesenangan di kemudian hari, kerana kita mengenal antara satu sama lain. Jaringan bersama pelbagai golongan yang berpengaruh atau individu strategik amat penting, untuk membolehkan mahasiswa itu terdedah kepada gerak kerja dan kepimpinan serta menjadikan ia saluran bantuan jika mereka menghadapi kesusahan pada masa depan.

Sosial dan politik (socio political engagement)

Mahasiswa yang matang tidak kekok bergaul dengan masyarakat. Mahasiswa tidak seharusnya berada di dalam universiti semata-mata dan bergaul sesama mereka saja, sebaliknya mereka perlu terjun ke dalam kehidupan sosial dan politik masyarakat untuk melihat dengan mata kasar situasi sebenar yang berlaku. Keadaan politik dan ekonomi pada hari ini memberi cabaran kepada diri mahasiswa untuk bijak mengatur strategi, berhati-hati dalam setiap tindakan dan sebagainya.

Aktiviti keagamaan dan pengislahan diri (spiritual and religious activity)

Aktiviti pengislahan diri atau dakwah dan tarbiah merupakan satu 'oksigen' bagi kehidupan mahasiswa. Tanpa tarbiah atau pengislahan diri, mahasiswa tidak mampu untuk melonjak ke tahap yang tinggi. Aktiviti keagamaan, pengisian rohani dan sebagainya sangat diperlukan sebagai persediaan bagi menggarap individu lebih hebat. Lihat saja apa yang berlaku kepada Umar Al-Khattab di saat tiba sentuhan tarbiah dan dakwah Rasulullah kepadanya, dia mampu melonjak menjadi umat Islam sejati, dan menggunakan seluruh kepakaran dan kemahiran memenangkan Islam.

Tiada istilah lesu dalam kamus seorang mahasiswa. Yang ada adalah teguh dan padu dalam setiap amal dan tindakan.

Selamat menyambut Hari Mahasiswa Sedunia 2015.
Mahasiswa Cemerlang, Ummah Gemilang.

Sumber DD - 20-11-2015


Solidariti kutuk pencabulan hak bersuara mahasiswa Mesir

Posted on Wednesday, November 18 @ 23:35:42 MYT by paktam

Oleh Ikram Siswa

Mahasiswa di Malaysia tidak ketinggalan dalam menyambut Hari Mahasiswa Sedunia yang jatuh pada 17 November setiap tahun. Sambutan yang diraikan demi mengingati insiden pencerobohan Nazi Jerman terhadap University of Prague pada 17 November, 1939 ini merupakan simbol perjuangan mahasiswa dalam mempertahankan kebebasan bersuara berdepan tindakan rejim yang zalim.


Dalam menyambut hari bersejarah ini, mahasiswa di Malaysia terpanggil menyuarakan pandangan terhadap insiden pencabulan hak kebebasan bersuara saudara seangkatan kami di bumi Mesir rentetan rampasan kuasa tentera daripada kerajaan pimpinan Dr Mohamed Morsi yang dipilih secara sah dan demokratik pada 3 Julai, 2013 lalu seterusnya mengambil pendirian mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak berperikemanusiaan rejim Mesir pimpinan as-Sisi yang amat zalim terhadap mahasiswa di Mesir.

Mahasiswa di Mesir bukan saja dinafikan hak untuk berdemonstrasi bagi menyampaikan suara mereka, bahkan lebih daripada itu, rejim Mesir bertindak melampau batas sehingga mengorbankan nyawa ratusan mahasiswa di Mesir. Menurut maklumat diperoleh melalui Gabungan Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia Menyokong Legitimasi Mesir (Malaysians 4 Eygpt), berikut adalah statistik kes pencabulan hak mahasiswa di universiti awam dan swasta seluruh Mesir:


1. Lebih 234 kes pembunuhan luar rangka undang-undang di tangan rejim Kudeta, termasuk 22 mahasiswa terbunuh dalam kawasan universiti mereka dan 8 mahasiswa lain diseksa dan dibunuh polis semasa dalam tahanan;

2. Sebanyak 566 mahasiswa dilaporkan hilang selepas ditahan pihak berkuasa tanpa apa-apa pengesahan undang-undang atau kenyataan rasmi atas penahanan mereka;

3. Sebanyak 4,573 mahasiswa ditangkap kerana latar belakang pandangan politik mereka;

4. Sebanyak 1,223 mahasiswa diberhentikan daripada universiti dan dihalang daripada menamatkan pengajian; dan

5. Sebanyak 160 mahasiswa dikenakan seksaan di balai polis dan di pusat tahanan.
Sehubungan itu, kami mewakili suara mahasiswa Malaysia menyeru semua rakyat negara ini untuk bersama mengambil perhatian terhadap pencabulan yang sedang berlanjutan di bumi Mesir dan seterusnya bersama-sama berkempen membesarkan suara bantahan ini ke peringkat antarabangsa sekurang-kurangnya dengan menjadikan hashtag #Solidariti_mahasiswa_Mesir_17 November dan #International_students_Day viral di medium maya seperti Facebook, Twitter dan lain-lain bermula hari ini selama 3 hari berturut-turut bagi menunjukkan solidariti rakyat Malaysia bersama para mahasiswa di Mesir.

Kami juga menyeru kerajaan Malaysia untuk bersama-sama berani menyatakan pendirian terhadap tindakan zalim rejim kudeta Mesir.

Maklumat lanjut tentang kempen ini boleh dirujuk di laman Facebook "Mesir Kini", "Malaysians 4 Egypt - M4E" dan "Kempen Solidariti Mahasiswa Sedunia Sempena Hari Mahasiswa Sedunia".

Sumber DD - 18-11-2015


















































































Apa sebenarnya yang berlaku di UM?

Posted on Saturday, October 17 @ 11:05:26 MYT by paktam

Oleh AMIR AZEEM 

PENTAS demokrasi Universiti Malaya akhirnya melabuhkan tirainya pada 17 September lalu dengan keputusan yang telah dijangkakan. Jentera Penggerak Mahasiswa, satu-satunya parti yang melibatkan diri dalam pilihan raya kampus pada sesi ini telah berjaya merampas 26 kerusi fakulti dan 6 kerusi umum.

Selebihnya dimenangi oleh calon bebas yang bertanding dan satu kerusi dengan keputusan seri di antara calon mereka dan bebas di Fakulti Sastera dan Sains Sosial yang akan dijalankan pilihan raya sekali lagi.


Belum terlewat untuk saya ucapkan tahniah kepada siapa pun yang telah berjaya dipilih atau terpilih untuk menjadi wakil pelajar mereka.

Keputusan seteru kuat Penggerak Mahasiswa iaitu Pro Mahasiswa UM untuk menarik diri daripada pilihan raya kampus menimbulkan banyak persoalan kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya warga Universiti Malaya sendiri.

Sememangnya keputusan ini memberi kesan besar kepada perjalanan politik kampus terutama di Universiti Malaya sendiri.

Saya terpanggil untuk meneliti kemungkinan faktor yang menyebabkan keputusan drastik sebegini dibuat dan implikasinya kepada suasana politik kampus.

Sebelum saya memulakan penulisan ini, adalah baik untuk saya menjelaskan bahawa kedudukan saya sebagai pemerhati bebas dan tidak terikat kepada mana-mana parti. Saya akui bahawa saya merupakan wakil pelajar Fakulti Perubatan yang bertanding menggunakan tiket Pro-Mahasiswa UM pada sesi lepas. Kredibiliti saya mungkin diragui kerana berkemungkinan penulisan saya akan tercenderung mengangkat sebelah pihak. Setiap orang mempunyai prinsip tersendiri. Saya mengangkat prinsip untuk lebih terbuka, tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak dan menjulang kebenaran, tidak kira ia datang dari pihak manapun. Saya juga mahukan masyarakat terbuka menerima apa jua pandangan dan menolak pemikiran partisan sempit.

Saban tahun menjelang pilihan raya diadakan akan memperlihatkan dua parti paling dominan iaitu Penggerak Mahasiswa dan Pro-Mahasiswa memeriahkan pentas demokrasi ini. Corak suasana politik sebegini sudah menjadi kebiasaan dan diterima pakai oleh mahasiswa.

Perunduran jentera Pro- Mahasiswa dari pentas demokrasi pada kali ini Berkemungkinan atas beberapa faktor dalaman dan luaran.

Peraturan pilihan raya kampus pada tahun ini buat pertama kalinya telah diubah oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan diselaraskan di semua Universiti Awam. Sebelum ini, pengurusan universiti diberi autonomi untuk melaksanakan pilihan raya kampus pada tarikh yang bersesuaian dan wakil pelajar yang terpilih diberi tempoh selama setahun atau dua semester untuk melaksanakan agenda mahasiswa yang telah dirancang.

Pilihan raya kampus perlu diadakan dalam tempoh 45 hari selepas kemasukan pelajar pada setiap tahun.

Tindakan Kementerian menyelaras tarikh pilihan raya adalah satu tindakan drastik bagi mengawal politik kampus yang dilihat sebelum ini dikuasai oleh kelompok mahasiswa yang keras mengkritik dasar kerajaan.

Penyelarasan tarikh ini cukup memberikan impak besar kepada gerak kerja jentera Pro-Mahasiswa dalam mengatur strategi politik mereka. Dalam kata lain, Pro- Mahasiswa dilihat kurang bersedia untuk menghadapi pilihan raya memandangkan ini pertama kali diadakan selepas perubahan peraturan dibuat.

Dalam perubahan drastik yang dilakukan, Penggerak Mahasiswa dilihat lebih bersedia dalam gerak kerja mereka dengan strategi yang lebih tersusun. Pencarian calon yang bakal bertanding juga telah dilakukan lebih awal membuatkan persiapan persediaan jentera dan calon berjalan dengan baik dan teratur.

Faktor kesediaan mereka menghadapi pilihan raya kampus kali ini tidak dapat dipastikan.
Sebahagian pemerhati politik kampus berpendapat, ia didorong oleh kebersediaan mereka menghadapi PRK setelah berehat selama empat tahun daripada pimpinan PMUM akibat kekalahan mereka kepada Pro-Mahasiswa.

Selain itu juga kemenangan mereka juga mungkin disebabkan status mereka sebagai gerakan mahasiswa pro-establishment yang mempunyai hubungan baik dengan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA). Mereka juga terlibat secara langsung dalam Minggu Haluan Siswa (MHS) dan pimpinan kolej kediaman. Ini memberi mereka peluang yang lebih banyak untuk berinteraksi dengan mahasiswa terutama mahasiswa baru tahun pertama.

Selain ketidaksediaan jentera Pro-Mahasiswa menghadapi perubahan dalam peraturan PRK, ada beberapa faktor dalaman yang menyumbang kepada keputusan yang dibuat. Perpecahan dalam pimpinan Pro-Mahasiswa sendiri dilihat menjadi punca gerak kerja mereka tergendala.

Sebahagian pimpinan dilihat tidak bersefahaman dalam membuat sesuatu keputusan yang melibatkan parti.

Pro-Mahasiswa UM merupakan sebuah parti politik kampus yang cukup gah dalam dunia aktivisme mahasiswa.

Sebahagian besar pimpinan Pro-Mahasiswa UM terlibat secara langsung mengendali, menganjur dan mengetuai gerakan aktivis mahasiswa lain dalam memperjuangkan perihal mahasiswa dan rakyat Malaysia.

Mereka juga dilihat cukup vokal dalam menyuarakan pendapat dan cakna dalam mendepani isu semasa dalam negara. Berikutan kesibukan mereka dalam memberi respon kepada isu semasa negara seperti skandal 1MDB, mereka tidak dapat memberikan fokus penuh dalam menghadapi pilihan raya kampus.

Setiap tahun pimpinan Pro- Mahasiswa UM akan bertukar ganti. Yang lama akan digantikan dengan muka-muka baru. Perubahan ini baik dalam konteks memberikan peluang kepada generasi baru menggerakkan jentera dengan cara baru yang lebih baik. Tetapi kita juga perlu sedar bahawa penukaran ini juga bermakna kita memberi tanggung jawab gerak kerja politik kepada orang baru, yang mungkin kurang berpengalaman atau tidak bijak dalam merencana gerak kerja mereka. Pada pendapat saya, berkemungkinan pimpinan baru Pro-Mahasiswa tidak dicukupkan dengan pengalaman dan ilmu dalam menghadapi asam garam politik kampus terutama di Universiti Malaya.

Selain daripada faktor-faktor yang dinyatakan di atas, saya juga tidak menolak kemungkinan bahawa keputusan yang dibuat ini adalah atas faktor strategi baru politik Pro-Mahasiswa UM. Mereka telah menguasai PMUM selama empat penggal semenjak sesi 2011/12.

Tindakan menarik diri dalam pilihan raya kampus mungkin boleh dikatakan sebagai set point untuk mereka menilai semula setiap gerak kerja mereka selama empat penggal itu dan menstruktur semula strategi politik dengan membawa idea-idea baru yang lebih baik bagi menghadapi sekatan-sekatan yang dilakukan oleh HEPA untuk mengehadkan gerakan mahasiswa berhaluan kiri.

Membuat keputusan menarik diri dalam pilihan raya kampus pada sesi ini merupakan satu keputusan yang penting dalam mencorak proses demokrasi kampus.

Keputusan ini akan terlakar di dalam sejarah perjalanan politik kampus dan negara.

Secara tidak langsung tindakan mereka memberikan impak yang besar yang melibatkan suasana dalam kampus dan juga di luar kampus.

Merujuk kepada penulisan saya sebelum ini mengenai PRK UM, saya telah menjelaskan bahawa ketiadaan Pro-Mahasiswa telah membuka jalan kepada ‘kuasa ketiga’ untuk turut terlibat dalam pilihan raya kampus.

Pada kali ini, muncul beberapa muka baru dalam pentas demokrasi, antaranya Harmoni daripada Ikram Siswa, PEMBINA dan beberapa calon bebas telah memeriahkan lagi suasana politik UM. Penglibatan mereka secara tidak langsung memberikan pilihan yang lebih banyak kepada mahasiswa dalam memilih wakil pelajar mereka yang mungkin lebih baik daripada calon partisan.
Penglibatan lebih banyak calon bebas dan ‘kuasa ketiga’ ini juga dilihat sebagai satu langkah yang perlu diteruskan bagi mengubah suasana politik partisan yang melampau dan merosakkan.

Ketiadaan Pro-Mahasiswa dalam PRK telah memberi jalan mudah kepada Penggerak Mahasiswa untuk menguasai PMUM. Kemenangan mereka telah disalahgunakan oleh parti politik luar untuk menunjukkan sokongan mahasiswa kepada parti tertentu. Sebagai contoh kenyataan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Razak bahawa beliau mendapat sokongan dan semakin diterima oleh mahasiswa disebabkan kemenangan Aspirasi@Penggerak Mahasiswa.

Sebahagian besar mahasiswa menyambut baik keputusan Pro- Mahasiswa untuk terus menarik diri daripada PRK sebagai simbolik menolak segala bentuk campur tangan Kementerian Pendidikan yang dikawal oleh parti pemerintah dalam pengurusan universiti.

Sebahagian yang lain juga berpendapat bahawa usaha menguasai PMUM adalah satu usaha yang sia-sia disebabkan sekatan terhadap autonomi mahasiswa yang dilakukan oleh HEPA yang dipercayai atas arahan pihak berkepentingan.

Pro-Mahasiswa atau Penggerak Mahasiswa, kedua-duanya adalah gerakan yang mendepani isu-isu mahasiswa. Walaupun wujudnya perbezaan ideologi diantara dua parti ini, perjuangan yang dipegang oleh kedua-dua parti ini untuk membawa suara mahasiswa perlu diteruskan.

Suasana politik kampus akan mencerminkan suasana politik negara pada masa akan datang. Kita tidak mahu meneruskan amalan politik yang tidak sihat yang dilakukan oleh ahli politik sedia ada.
Maka perubahan itu perlu dilakukan dari dalam kampus sendiri.

Wujudnya parti politik yang berbeza tidak bermakna akan berlaku perpecahan yang lebih parah. Perbezaan ini perlu dirai dan dijadikan medium timbal balik dalam membuat sebarang keputusan untuk dapatan yang lebih baik.

Nota: Penulisan ini hanyalah pendapat penulis yang sebahagiannya diperolehi daripada pemerhatian dan pengalaman terlibat secara langsung dalam politik kampus.

Sumber DD - 17-10-2015

Mahasiswa tuntut reformasi pilihan raya kampus

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR:  Pilihan raya Kampus yang bebas dan adil penting agar persatuan mahasiswa terpilih diberi tanggungjawab dan kuasa sah untuk menegakkan isu mahasiswa secara bebas dan berkecuali.

Oleh itu, Pro Mahasiswa Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKL) menuntut agar reformasi pilihan raya kampus wajar dilakukan dengan segera.

Bahkan, sekiranya tujuh tuntutan itu gagal dijawab dalam tempoh sehingga Khamis ini pihaknya tidak akan teragak-agak untuk membawa perkara ini ke peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Parlimen kerana mengambil serius sistem demokrasi yang seolah-olah cuba dipermainkan.

Tujuh tuntutan itu adalah, kebebasan berkempen, panjangkan tempoh berkempen, hentikan politik kotor, pemantauan pilihan raya kampus, wujudkan sekretariat pilihan raya yang adil, peruntukan kepada calon,  dan bebas campur tangan politik luar.

Menurut Koodinator Pilihanraya Kampus UMSKL Mohammad Syahizaan Jasmin sejak tahun 2003, jenayah demokrasi yang berlaku telah mengakibatkan perjalanan pilihanraya kampus menjadi cacat.

"Misalnya tempoh kempen yang pendek iaitu tiga hari adalah serta terdapat sekatan-sekatan berkempen melalui beberapa peraturan dalam pilihan raya adalah tidak munasabah kerana akan menyebabkan pengundi gagal mengenali siapa yang selayaknya untuk dipilih," katanya kepada Harakahdaily.

Katanya, pilihan raya kampus membenarkan calon berkempen secara bebas dan terbuka supaya pengundi dapat mengenali seterusnya memilih calon berdasarkan agenda dan prinsip.

Selain itu, katanya, campur tangan luar dari parti politik juga perlu dibanteras segera seperti yang berlaku tahun lepas apabila satu rakaman suara mendedahkan campur tangan politik wang berlaku bagi memenangkan calon-calon tertentu.

"Walaupun pilihan raya hanya sebahagian kecil daripada intipati demokrasi, namun pelaksanaannya memberi signifikan yang penting dalam amalan demokrasi kerana rakyat diberi hak dan kuasa untuk memilih pemimpin mereka secara bebas," jelasnya. – HARAKAHDAILY 5/10/2015

Sumbere HD - 5-10-2015




















































































Keputusan pilihan raya kampus tidak cermin sokongan kepada kerajaan

Posted on Monday, September 21 @ 16:16:32 MYT by paktam

Oleh Kalaivaanan Murthy 

Saya terpanggil untuk mencoret pendapat dan kritikan berikutan kenyataan yang dikeluarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Muar semalam yang mengaitkan keputusan pemilihan Perwakilan Universiti Awam sebagai isyarat kembalinya keyakinan para mahasiwa kepada kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN).

Saya ingin mengkritik sekeras-kerasnya kenyataan yang sangat tidak akademik dan tidak bertunjangkan fakta yang dibuat hanya untuk mengelirukan rakyat jelata yang tidak kenal rupa dan bentuk politik kampus.


Kenyataan perdana menteri mengukuhkan lagi hipotesis wujudnya sekumpulan mahasiwa yang berpanjikan kerajaan dan kumpulan yang menentangnya adalah kumpulan pro pembangkang.

Dalam kerancakan dunia politik nasional yang penuh dengan retorik, rasuah, perebutan kuasa dan penipuan dunia politik kampus kian dihidangkan dengan perkara tidak kurang daripada yang berlaku di luar.

Secara jujurnya saya ingin mendabik dada sebagai seorang mahasiwa yang bijak mengenal buruk dan baik serta pandai menilai antara ikhlas dan rakus.

Namun realiti pilu yang menghujani persekitaraan kampus tidak menyenangkan hati saya dan ribuan lagi pelajar universiti.

Saban tahun munculnya pilihan raya kampus, suasana kampus meraikan “pesta demokrasi’ (walaupun suasananya muram pada tahun ini di kampus penulis).

Calon-calon yang bertanding tidak kurang persiapannya daripada calon pilihan raya umum; poster, banting, slogan, jentera, manifesto, pidato, kempen dan pelbagai lagi semuanya bersedia untuk ditonjolkan.

Namun realiti sedih yang berlaku menjengkelkan penghuni kampus yang lain. Makian, cemuhan, ucapan politik murahan, sabotaj, pergaduhan, pertelingkahan; semuanya kian menjadi sebati dalam perjalanan kempen memancing undi.

Apa bezanya mahasiwa dengan orang di luar? Apa bezanya mahasiswa dengan Umno, PKR, DAP dan PAS? Pertembungan idea secara sihat diganti dengan pergelutan kelebihan yang diusahakan melalui indoktrinasi.

Pergelutan individu menjadi pergelutan kekuatan parti yang dikawal oleh sekumpulan yang lain.
Perlawanan lidah secara intelektual bertukar menjadi medan berkongsi kata-kata tidak pernah didengari.

Terkilan melihat mahasiswa mencarut dan memaki rakan seperjuangan walhal musuh sebenar yang perlu ditangani adalah ketidakadilan dan kedangkalan pemikiran ahli politik.

Saya menyeru kepada perdana menteri untuk hentikan segala bentuk tindakan mengaburi mata mahasiswa.

Hentikan usaha untuk menjadikan medan politik kampus sebagai medan perjuangan politk retorik anda.

Kepada pembangkang, hentikan usaha mengeksploitasi mahasiswa untuk merealisasikan impian songsang anda. Usah menyuntik karektar pembangkang yang kerjanya membangkang sahaja.

Saya yakin dan percaya mahasiswa yang mengundi dan memenangkan rakan-rakan mereka tidak mudah terpedaya dengan dakyah songsang yang dihidangkan.

Mereka memilih individu tersebut kerana yakin akan kemampuan, tertarik dengan hidangan manifesto dan kagum dengan ciri-ciri kepimpinan. Tidak sama sekali kerana menyokong anda. Andaian anda sudah tergelincir dari landasan pemikiran logikal.

Biar kami memilih pemimpin kami yang kritikal dan neutral. Biar kami tentukan hala tuju kepimpinan kampus.

Biar kami menegakkan prinsip demokrasi yang sebenar, setia dengan tujuan dan impian. Biarkan kami.

Sumber DD - 21-9-2015

Pro-M menang besar dalam PRK UIAM

AZZAN AZNAN ABDUL RAHIM | .


KUALA LUMPUR: We Unite For Islam (WUFI) / Pro-Mahasiswa di UIAM sekali lagi menjulang kemenangan dalam Pilihan Raya Kampus (PRK) bagi tahun 2015.

Dua puluh tiga (23) orang telah dipilih menjadi Students' Representative Council (SRC) bagi sesi 2015/2016 untuk mewakili mahasiswa UIAM.

Malang sekali ada pihak yang kelihatan sangat terdesak untuk memenuhi KPI yang diletakkan oleh 'orang atasan' mereka apabila cuba menyebarkan maklumat palsu dengan mengumumkan Pro-Universiti (calon tajaan pentadbiran) berjaya menawan UIAM.

WUFI berjaya menawan empat belas (14) kerusi daripada lapan belas kerusi (18) kulliyyah (fakulti) yang dipertandingkan. Lapan belas kerusi ini dipertandingkan dalam kalangan pelajar Malaysia manakala lima kerusi pula diperuntukkan bagi pelajar-pelajar antarabangsa.

PRK kali ini adalah yang pertama dalam sejarah yang dilangsungkan sepuluh (10) hari selepas semester bermula.

Namun, dalam masa persediaan yang singkat ini WUFI berjaya menyekat kemaraan proksi-proksi Umno di UIAM melalui campur tangan pihak pentadbiran.

Perjuangan dalam proses demokrasi kali ini tidak berhenti sebaik sahaja keputusan PRK diumumkan semalam, tetapi perlu difokuskan juga kepada proses pemilihan Office Bearer Students' Representative Council (SRC) terutamanya syura pemilihan Presiden SRC.

Hal ini kerana proses syura (pemilihan) Presiden mempunyai rekod hitam tersendiri apabila Datuk Mizan Hitam cuba untuk mencabul proses itu dengan memanipulasi undi dalam perlantikan Presiden dengan proses yang sangat meragukan. Senario pencabulan ini jelas kelihatan dalam proses syura Presiden bagi SRC sesi 2013/2014 dan cubaan ini gagal untuk sesi 2014/2015.

Di samping itu, WUFI juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada semua gerakan mahasiswa yang terlibat dalam PRK kerana memberikan persaingan yang sihat dalam proses demokrasi kali ini.

Sekalung tahniah juga diucapkan kepada rakan-rakan yang menjadi tulang belakang di sebalik kemenangan pada kali ini. Pengorbanan merekalah yang berjaya menyekat kemaraan campur tangan proksi Umno di UIAM.

Akhir sekali, kami yakin barisan SRC kali ini yang menggabungkan WUFI, Harmoni dan Bebas akan membawa suara mahasiswa ke peringkat yang lebih tinggi di samping terus berkhidmat kepada masyarakat UIAM dan rakyat Malaysia. – HARAKAHDAILY 18/9/2015

Sumber HD - 18-9-2015
























































































Mahasiswa dan aktivisme

MOHAMAD AMMAR ATAN | .

Aktivisme mahasiswa era sebelum AUKU 1975 dan aktivisme mahasiswa pasca AUKU 1975.

Dalam sorotan ringkas terhadap kampus dan kemahasiswaan di Universiti Malaya pada tahun 1957 hingga 1975, iaitu tahun pemindaan AUKU, diperjelas bahawa persekitaran yang menjadi latar belakang kepada pengenalan undang-undang tersebut.

Jalur pemikiran dan perlakuan yang menjadi sebahagian landskap kampus zaman ini selain kerja-kerja akademik yang rutin adalah merangkumi juga kegiatan akademik yang turut mewarnai kehidupan kampus. Cara dan gaya hidup yang agak bebas atau liberal dari segi sosial dilihat sebagai percikan dan pancaran pengaruh sekular-moden dalam masyarakat, atau dunia antarabangsa.

Sementara itu, peringkat peribadi juga terkesan dengan persekitaran ini. Hiburan merupakan salah satu yang menjadi kegemaran sebahagian mahasiswa dan mahasiswi dengan mengadakan pesta dan tarian, pada awal tahun akademik atau hujung minggu.

Perhimpunan dan perayaan yang dianjurkan asrama, terutamanya di hotel-hotel sekitar Kuala Lumpur menyaksikan corak kehidupan yang serupa. Kecenderungan ini terbawa-bawa dalam adegan kemahasiswaan lain, termasuklah water-fight antara asrama, atau penyerangan ke atas asrama perempuan yang bertujuan bersuka-suka sambil “mencuri” coli-coli (pantry raid) yang tergantung ditandas.

Kegiatan keislaman tidak mendapat perhatian yang meluas dalam skema kehidupan kampus ini, dan gejala dakwah tidak menyerlah seperti yang terdapat dewasa ini. Walaupun terdapat kegiatan keagamaan yang menyentuh perasaan dan perlakuan penuntut, namun umumnya kegiatan ini terhad kepada pergerakan Islam, seperti Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), atau berlegar kepada majlis-majlis berkala, contohnya, perayaan Maulidur Rasul.

Kehidupan berpersatuan yang terdapat pada waktu ini banyak tertumpu kepada yang berkaitan dengan kebajikan pelajar. Mahasiswa bebas berorganisasi, mencari dana dan mengutip derma, atau mengendalikan pengangkutan. Umumnya penglibatan yang disertai mahasiswa berbilang kaum, dan berlangsung dalam suasana yang harmonis.

Aktiviti tidak dibatasi oleh pertimbangan politik dan ideologi. Komitmen politik dan kemasyarakatan yang tersalur sekali sekala dilakukan menerusi perarakan atau penglibatan luar kampus. Kebiasaannya, kegiatan ini melibatkan hanya segelintir mereka yang mewakili pertubuhan yang berlandaskan ideologi, seperti Kelab Sosialis. Pengalaman seperti ini begitu menyerlah dan lebih mudah mendapat perhatian umum serta reaksi pemerintah. Nilai-nilai demokrasi turut terserlah dalam kegiatan mahasiswa.

Sungguhpun penumpuan AUKU pada peringkat pengenalannya pada tahun 1971 ialah pentadbiran universiti dan penyelarasan institusi pengajian tinggi, namun AUKU telah dibanyangi oleh peristiwa politik yang menyelubungi kehidupan mahasiswa di Universiti Malaya dan hubungkait ini semakin ketara berikutan pemidaannya pada tahun 1975.

Sebelumnya, aktivisme mahasiswa dan perkauman yang dipengaruhi oleh peristiwa 13 Mei 1969 dan pilihanraya menjelang tragedi itu, mengundang campur tangan kerajaan dalam pengurusan Universiti Malaya. Sebagai contoh, peristiwa Baling pada tahun 1974 telah menyumbang kepada pemindaan AUKU pada tahun 1975. Ledakan di Kedah yang mengheret sekitar 5,000 mahasiswa dan melibatkan UM, USM, UKM, UPM, dan ITM, merupakan peristiwa berprofil tinggi pada ketika itu dengan kesannya berpanjangan.

Pada peringkat awal AUKU sudah pun menyentuh aspek pengawalan ke atas mahasiswa, terutamanya persoalan mengenai perhubungan dan penggabungan diantara pelajar dan badan luar (bahagian 111, Fasal 15), perlanggaran peruntukan tersebut (Bahagian 111, fasal 16), dan kuasa Majlis Universiti untuk mengenakan hukuman (Bahagian V Seksyen VI, Fasal 15). Kandungannya pada waktu itu sudah cukup bagi menarik perhatian sesetengah pihak bagi mempertikaikan kebijaksanaan pengenalan peraturan dan prosedur tersebut.

Ciri-cirinya yang tidak demokratik telah mencetuskan debat yang serius. Ahli parlimen Kawasan Batu, Tan Chee Khoon dan Asri Haji Muda, iaitu pemimpin PAS merupakan ahli politik terawal yang mempertikaikan tindakan kerajaan. Pemimpin pelajar dalam kalangan Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) tidak ketinggalan membidas undang-undang yang berpotensi memisahkan mahasiswa dari masyarakat dan menghalang mereka berperanan dalam negara.

Penentangan pelajar Universiti Malaya berterusan apabila mereka menganjur protes pada minggu orientasi, mereka merakamkan bantahan dalam forum, dan memuatnaik kritikan terbuka dalam akhbar mahasiswa. Tidak kurang juga pentingnya penyertaan para pelajar dari ITM dan USM dalam politik penentangan ini.

Kandungan AUKU yang dipinda pada tahun 1975, terutamanya Seksyen 15 dan 16, jelas menyasarkan kepada kehidupan kampus dan kemahasiswaan. Fasa dua seksyen 15(1) menjelaskan bahawa”tiada sesiapa jua, semasa menjadi seorang pelajar Universiti boleh menjadi ahli, atau boleh dengan apa-apa cara bersekutu dengan mana-mana persatuan parti politik, kesatuan sekerja atau apa-apa jua lain pertubuhan, badan atau kumpulan orang…” sementara itu seksyen 15(3) menjelaskan bahawa:

“Tiada sesiapa jua, semasa menjadi pelajar universiti, boleh menyatakan atau berbuat sesuatu yang boleh ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan, simpati atau bangkangan terhadap mana-mana parti politik atau kesatuan sekerja atau sebagai menyatakan sokongan atau simpati dengan mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang haram…”

Dari sudut kerajaan, perubahan yang dilakukan terhadap AUKU didasari oleh pertimbangan keselamatan dan keamanan negara. Dalam sesi pembentangan, Menteri Pelajaran ketika itu, Mahathir Mohamad, telah meyentuh ancaman komunisme dan perkauman yang mampu menggugat keamanan negara serta kemunduran Bumiputera dalam bidang pendidikan yang menuntut rawatan segera.

Pembabitan dalam aktiviti kampus mengikut beliau boleh membantu penularan komunisme, di samping membantut proses pelajaran pelajar bumiputera. Kebebasan universiti harus dibendung supaya tidak tukar menjadi gelanggang percambahan elemen anti-nasional.

Bukanlah sesuatu yang mengejutkan pada ketika AUKU (Pindaan) diperkenalkan, beberapa pihak mulai membayangkan kebimbangan mereka terhadap perlaksanaanya, dan membangkit persoalan kesan negatifnya terhadap kampus dan kemahasiswaan kerana sebarang pengubahsuaian telah menambhakan kerisauan mereka.

Akibatnya, ruang demokrasi dan sivil yang seharusnya meliputi kampus telah tercemar. Sekali lagi tokoh pembangkang, Tan Chee Khoon telah muncul dengan pandangannya. Beliau dengan pengalamannya sebagai ahli Majlis Universiti Malaya sejak 1959, melihat pengenalan AUKU suatu tindakan dahsyat, dengan menganggapnya sebagai “diabolical and draconian in concept, tyrannical in execution, and will produce graduates who are intellectual morons”

Pada prinsipnya, bagi ahli Parlimen Batu tersebut, pemindaan Akta boleh menjerumus negara kepada kediktaktoran atau fascism, menyedari kuasa yang diturunkan kepada Menteri Pelajaran dan pegawai universiti dalam pengendalian institusi pengajian tinggi. Manakala para mahasiswa akan kehilangan hak asasi mereka untuk berpersatuan dan bersuara, di samping terdedah kepada pengendalian hukuman yang bertentangan dengan prosedur yang pada kebiasaanya diikuti. Dengan kesedaran ini, Tan Chee Khoon meramalkan bahawa AUKU akan menjadi bebanan (albatross) kepada kerajaan sendiri.

Penilaian dan Penentangan Terhadap AUKU

Realiti yang tergambar daripada pengalaman mahasiswa pula menjelaskan nasib yang menimpa mereka dengan segala implikasi negatifnya ke atas masyarakat dan negara. Sejauh mana impak AUKU ke atas kegiatan mahasiswa sememangnya sukar untuk diukur dengan tepat, namun telahan dan tekaan pengkritik undang-undang berkenaan bukanlah sepenuhnya meleset, apatah lagi apabila kerajaan sendiri bertindak memindanya.

Berpandukan tahap aktivisme dan jenis penglibatan mahasiswa di kampus sejak pengenalan AUKU dapat dilihat bahawa perubahannya begitu ketara dan kehidupan kemahasiswaan telah bertukar corak. Sememangnya pelajar masih meneruskan tradisi demonstrasi, seperti perarakan menentang pencerobohan Soviet Union ke atas Afghanistan pada tahun 1979 dan bantahan mereka terhadap Israel berikutan pembunuhan beramai-ramai di penempatan Shabra dan Shatila pada tahun 1982.

Namun begitu, partisipasi jelas menunujukkan jumlah penglibatan mahasiswa yang menurun. Secara perbandingan, dalam jangka waktu empat tahun, sebelum AUKU 1975 diperkenalkan, mahasiswa di UM, UPM, UTM dan USM telah menganjurkan 24 kali demonstrasi, tetapi sepanjang 14 tahun kemudian dari tahun 1975 hingga 1989, mahasiswa hanya berupaya atau berjaya mengadakan sebanyak 32 demonstrasi sahaja.

Dari sudut yang lain, tindakan undang-undang  dan tatatertib juga pernah diambil terhadap mahasiswa yang telah melanggar Akta. Sementara itu, kemerosotan pencapaian akademik pelajar juga turut dikesan. Hal ini dapat diliaht melalui pengakuan Pengerusi Majlis Bersama Persatuan Kakitangan Akademik Universiti-universiti  Malaysia, Hairi Abdullah yang mengatakan bahawa ‘mutu mahasiswa sekarang menurun berbanding pada zaman kegemilangannya pada satu ketika dahulu.’

Pengamatan luar dan dalam universiti boleh dijadikan petunjukan bagi mendapat gambaran yang lebih lengkap untuk mengukur kesan negatif AUKU ke atas sikap dan perlakuan mahasiswa. Sepuluh tahun selepas pemindaannya, pada tahun 1975 beberapa pemerhati kampus dan kemahasiswaan telah mengesan kelesuan dalam kehidupan mahasiswa.

Bakat kepimpinan mereka tidak lagi menyerlah, sebahagian daripada mereka sekadar menjadi “ulat buku”, manakala sebahagian yang lain menjalani hidup yang pasif tanpa mempedulikan nasib masyarakat dan negara. Kehidupan berorganisasi yang pernah mencirikan kampus dan kemahasiswaan sebelumnya seolah-olah lenyap. Pergerakan mendesak supaya Akta dipinda atau dimansuhkan terus melibatkan banyak pihak, dan bukan sahaja terhad kepada ahli parlimen atau pemimpin mahasiswa.

Pemilihan Anwar Ibrahim sebagai Mneteri Pelajaran pada tahun 1986, meletakkan harapan para pemerhati semacam melonjak, apatah lagi berbekalakan kepercayaan bahawa beliau berpandangan liberal dan tidak menghalang kebebasan. Optimisme in bertambah apabila Anwar memanggil pihak-pihak berkenaan, termasuk pentadbir universiti, untuk berbincang dan mengkaji semula akta.

Keghairahan ini jelas berpunca daripada kegelisahan merata akibat perlaksanaan undang-undang tersebut selama 15 tahun itu. Perasaan ini terluah apabila masing-masing yang berkaitan sekali lagi memaparkan pelbagai jenis kesan negatifnya, termasuklah ketandusan pemikiran dalam kalangan mahasiswa, apathy yang mencengkam kehidupannya dan ketiadaan persiapan di kampus untuk melahirkan generasi pemimpin pelapis.

Pengawalan yang menyukarkan pengutipan dana dan derma serta menyekat program kegiatan mahasiswa menyebabkan mereka kehilangan kenyakinan diri dan tidak bermaya.
 
Bukan sahaja budaya takut atau “culture of fear” yang mengusai jiwa mahasiswa, para pensyarah juga turut merasa khilangan autonomi atau kebebasan dalam keadaan universiti beroperasi seperti sebuah jabatan di bawah kementerian pelajaran. Sanusi Osman, iaitu aktivis mahasiswa pada tahun 1960-an menjelaskan bahawa “kecemerlangan akademik di sesebuah universiti hanya akan terjamin sekiranya masyarakat pelajar dan golongan akademik yang berada di dalamnya dapat mempelajari, berfikir, membaca, berbincang, menyelidik, bersuara dan menulis dalam suasana bebas”.

Ternyata setelah satu setengah dekad berlalu, banyangan AUKU kekal menimpa mahasiswa, walaupun setelah berlakunya perubahan dalam kepimpinan Kementerian Pendidikan. Tiga tahun kemudian, pada tahun 1989, perasaan pengkritik sekali lagi tersentuh untuk mengharapkan pemindaan, apabila terdapat ura-ura kesediaan pihak kerajaan untuk mewujudkan suasana liberal, khasnya berikutan kelonggaran yang diberi untuk membuka sudut pidato.

Persoalan tentang keadaan kelesuan dan kebekuan telah mencengkam kehidupan mahasiswa, sehingga minat politik dalam kalangan mahasiswa menyentuh tahap minimum dan hanya sekali sahaja berbangkit. Isu besar semasa, seperti pemecatan Salleh Abas sebagai Ketua Hakim Negara, berlangsung begitu sahaja tanpa menjadi bahan wacana di universiti, jauh sekali daripada menjadi persoalan yang menimbulkan protes terbuka.

Pilihan Raya kampus yang seharusnya menjana fikiran politik berlalu begitu sahaja. Budaya tajut yang tidak membuah intelektualisme dihubungkaitkan dengan kongkongan dan tekanan yang diterima pelajar dari bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP). Bukanlah suatu yang mengejutkan apabila penganalisis Rustam A. Sani memperlihatkan kesangsiannya sekalipun dengan pembukaan Sudut Pidato yang berpotensi mengungkap fikiran.

Persoalan AUKU sebagai peruntukan yang membelenggui mahasiswa dan kemahasiswaan terus hidup pada tahun 1990-an, sekalipun perbahasan tidak serancak dahulu. Namun begitu, isu-isu yang berbangkit tetap sama, iaitu penjinakan mahasiswa sehingga mereka lebih tertumpu kepada peperiksaan, sekaligus membawa kepada kegersangan kehidupan intelektual, dan perubahan sikap yang mereka tonjolkan shingga menjejaskan mutu pendidikan universiti.

Mahasiswa perlu dipercayai semakin tertakluk kepada perkiraan kebendaan, dan lebih berminat untuk lulus dalam peperiksaan, dan selanjutnya mendapat pekerjaan. Segala-galanya semacam terhenti di situ, sehingga mengungkap persoalan bahawa “pihak berkuasa mahu menjadikan universiti tempatan sebuah perkampungan di bawah tempurung”.

Kritikan terhadap Akta juga merujuk kepada dasar ‘double standard’ pemerintah yang membenarkan pelajar Malaysia di seberang laut berkecimpung dalam politik, termasuklah menganggotai Umno, tetapi melarang mereka di dalam negeri berbuat demikian.      
 
Selepas lebih 40 tahun perlaksanaan AUKU, mahasiswa kekal dibayangi undang-undang tersebut. Pemindaan AUKU pada tahun 1975, 1983, 1996 dan 2009, gagal mengubah suasana kampus, dan malahan kemahasiswaan terus dibelenggui oleh pelbagai peraturan dan sekatan, sama ada melalui AUKU atau peraturan khas universiti.

Pembesaran ruang demokrasi dalam masyarakat akhir-akhir ini tidak diiringi oleh pembebasan sepenuhnya mahasiswa dari ikatan AUKU, sedangkan sebagai warganegara, maka berhak diberi kedudukan yang serupa seperti rakyat lain. Apakah ertinya sekiranya mahasiswa yang dinobatkan sebagai pemimpin masa depan tidak didedah kepada sosialisasi yang memungkinkan mereka sebagai graduan yang bukan sahaja berpengetahuan, tetapi juga berkelengakapan dengan rasa penuh tanggungjawab yang tinggi hasil pembelajaran di kampus.

AUKU ternyata ketinggalan zaman, lantaran terpugar dalam suatu persekitaran yang sudah tidak wujud lagi pada hari ini, manakan tidak mahasiswa yang membawa masuk ahli politik pembangkang atas dasar Alumni dan syarahan umum pun dikenakan tindakan gantung dua semester, ironi juga mahasiswa yang berusaha untuk memakmurkan kampus dengan budaya intelektual yang seimbang juga telah dikenakan hukuman gantung dua semester. Di mana ruang yang dikatakan AUKU ini masih relevan?

Idealisma Mahasiswa ke arah Pembangunan Umat         

Kaliber tinggi dalam kalangan aktivis muda negara perlu dihalakan ke arah pembangunan umat Malaysia. Memang benar usaha sebegini amat sukar untuk dilaksanakan, tetapi jika semua pihak sedia berusaha gigih usaha ini boleh dijayakan. Sehingga kini, usaha menuntut keadilan hanya bertumpu kepada keadilan politik (propaganda Reformasi yang terus mara menuntut keadilan bagi pihak bekas Timbalan PM kita).

Jika keseriusan ini ditumpukan pula ke arah usaha mengkaji kepincangan sistem perundangan negara dengan teliti dan mengemukakan bukti-bukti kukuh untuk membebaskan tahanan penjara daripada dakwaan palsu, martabat dan imej mahasiswa akan dapat dipulihkan dan mahasiswa akan mula dihormati dan dihargai. Mungkin, usaha sebegini akan menyedarkan masyarakat umum tentang kematangan intelek mahasiswa Malaysia dan seterusnya membuka peluang untuk mahasiswa untuk bergiat aktif dalam senario politik, kebudayaan, dan pendidikan kebangsaan. Mungkin juga, usaha ini akan menjadi pemangkin ke arah aktivisme mahasiswa yang positif dan membina. Malah bidang lain yang turut memainkan peranan penting di dalam pembangunan negara wajar diberi perhatian iaitu pada sudut ekonomi.              

Mahasiswa wajar menggiatkan kajian yang menyeluruh dan siasatan yang mendalam untuk mendedahkan salah urus khazanah negara yang merupakan amanah besar dari rakyat kepada pemerintah. Begitu juga dalam hal kondom dan suntikan dadah percuma. Dalam hal ini, rakan-rakan siswa-siswi yang beraliran agama secara khusus seharusnya mempunyai pendirian berkenaan isu ini.

Pak Lah yang merupakan perintis Islam Hadhari tiba-tiba bangkit menyokong tanpa berbelah bahagi dalam hal ini. Persoalannya, apakah ia selaras dengan kehendak dan prinsip Islam? Masih belum terbaca sebarang hasil atau tulisan akademik dan tuntas dari kacamata syarak dalam menyokong atau mengkritik polisi terbaru Kerajaan Hadhari ini.

Persoalan hukum-hakam tidak boleh dibicarakan sesuka hati kerana ia melibatkan disiplin-disiplin ilmu wahyu (hal ini dibantah oleh pembawa doktrinisasi Islam Liberal). Justeru, selagi mana seseorang itu menguasai disiplin yang sepatutnya dimiliki, maka mereka berhak berbicara dalam perkara menghasilkan atau menta'wilkan sesuatu hukum. Justeru tidak timbul isu pencabulan hak asasi khususnya kebebasan bersuara di sini. Namun yang lebih penting ialah mahasiswa yang berada dalam persekitaran ilmu agama secara khusus mesti duduk semeja mengkaji, menyiasat dan menghasilkan satu pendirian untuk dinyatakan dengan lantang dan terbuka.    

Gerakan Kesatuan Mahasiswa Indonesia (KAMI) yang dikaitkan dengan CIA berjaya menumbangkan Regim Sukamo. Suhu pelajar Universiti Chulalongkom dan Thammasat tidak dapat diturunkan dengan amaran asap gas pemedih mata melainkan oleh peluru. Ratusan pelajar terkorban dan tercedera. Itulah tahap dan erti kekuasaan pelajar di negara jiran.

Apakah Malaysia mempunyai landskap yang sama? Penulis berpandangan bahawa memang terdapat perbezaan khususnya pada tahap kesedaran sivil. Namun, walaupun terdapat sedikit perbezaan sedemikian pada mahasiswa Malaysia, akan tetapi satu persamaan yang tidak dapat dinafikan ialah masing-masing adalah mahasiswa yang mendokong prinsip intelektual dan budi. Penguasaan ilmu mesti disaluti dengan kebaikan dan kemuliaan budi agar masyarakat dapat menikmati kewujudan kelompok mahasiswa. Bukannya seperti "hadir tidak disedari, pergi tidak dirasai."         

Di Malaysia kelompok mahasiswa yang bergerak secara aktif dan radikal dalam dunia aktivisme sama ada secara bebas atau tidak dapat dilihat hanya dalam kelompok kecil, jumlah yang terlibat jika dibandingkan dengan seluruh mahasiswa di Malaysia, peratusannya hanya lebih kurang 5%, hanya kelompok tertentu sahaja yang punyai kesedaran dan bergerak atas kesedaran dalam pelbagai wadah dan juga dalam pelbagai skop, samada dalam bentuk wacana, akademik, demonstrasi, dan pelbagai bentuk yang lain.

Itulah yang dikatakan kesedaran anak muda khususnya golongan cerdik pandai masih dibawah konkongan Akta dan boleh diibiratkan seperti “burung yang hidupnya didalam sangkar, dan apabila pintu telah terbuka burung tersebut masih tinggal dan menghabiskan didalam sangkar.”

Sehubungan dengan apa yang telah disebutkan, mahasiswa perlu bersedia untuk menjadi pelapis dan penerus perjuangan dan sudah pasti ia memerlukan persediaan yang mantap. Muhammad Qutb menulis buku yang memberikan landasan filosofil teorotis dan penerapan konsep tarbiyah, yakni Manhajut-Tarbiyah Islamiyah. Muhammad Qutb mendefinisikan tarbiyah dalam satu kalimat yang sederhana, namun mewakili mafahim tarbiyah yang benar.      

“at-Tarbiyah hiya fannush shinaa’atil insaan”. Tarbiyah adalah seni menciptakan manusia.

Yakni tugas tarbiyah adalah “menciptakan tulang” manusia tersebut dia atas bentukan dasar fitrah saat ia lahir.10 

Mahasiswa mesti sedaya upaya menguasai bidang masing-masing agar dapat menggunakannya sebagai senjata ampuh ke arah menjana perubahan. Setiap pendirian sama ada berupa sokongan atau bantahan mesti dikemukakan dalam bentuk yang diyakini melalui sokongan hujah dan fakta.

Elakkanlah dari mengamalkan budaya "ampuisma" ataupun budaya "bebalisma". Mahasiswa mesti mempertingkat daya responsif. Jangan hanya menjadi robot yang menerima apa saja di dalam kelas atau dewan kuliah tanpa mengetahui apa yang berlaku di serata dunia. Akhirnya apabila berhadapan dengan realiti masyarakat, maka lahirlah pemimpin masyarakat yang kaku, tiada prinsip, kosong visi, korup dan penuh dengan skandal salah laku. – HARAKAHDAILY 7/9/2015

Penulis ialah Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya 14/15 dan Pengerusi Gabungan Merdeka Rakyat (GMR)

Sumber HD - 7-9-2015


PKPIM tuntut PM jawab dua soalan dengan jujur

Posted on Friday, September 04 @ 07:55:10 MYT by paktam

Oleh Mohammad Fazril Mohd Saleh 

PKPIM merujuk ucapan José Ugaz, Presiden Transparency International (TI) dalam Persidangan Anti-Rasuah Antarabangsa (IACC) yang berlangsung pada 2 September, 2015 di Putrajaya.

Beliau dengan jujur menegur kerajaan Malaysia agar tidak hanya memberikan janji manis untuk melakukan perubahan dalam membanteras rasuah.

 Segala tindakan dan inisiatif membanteras rasuah tidak akan berjaya selagi dua soalan asas tentang isu RM 2.5B (USD 700M) belum terjawab secara tuntas: 1) Siapa yang membayar wang tersebut ke dalam akaun bank peribadi Datuk Seri Najib?; dan 2) Untuk tujuan apa ia dimasukkan?

Meneliti kronologi kes ini dari awal, Najib tidak pernah konsisten dalam jawapan beliau. Setelah satu per satu informasi bocor, maka muncullah pelbagai jawapan untuk menutup "lubang" yang beliau cipta sendiri. Rombakan Jemaah Menteri yang berlaku secara tiba-tiba, dengan pengguguran orang nombor dua ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang secara terbuka mengkritik isu 1MDB, pengguguran Peguam Negara, penahanan dan siasatan terhadap pegawai penyiasat SPRM dan arahan pertukaran tugasan penjawat awam yang terlibat dengan penyiasatan kes memperlihatkan "belang" sebenar Najib.

PKPIM mewakili para pelajar dan mahasiswa Islam di Malaysia berasa jelek dengan sikap dan tindakan Perdana Menteri ini. Kami mendambakan seorang pemimpin tertinggi negara yang berketerampilan, progresif, amanah, transparen dan berintegriti.

Kegagalan Perdana Menteri memberi penjelasan secara tuntas dan sikap berdolak dalih sudah menghilangkan kepercayaan kami terhadap kepemimpinan beliau. Kami tuntut Perdana Menteri bertindak sewajarnya dalam menjawab kemelut ini atau letak jawatan secara sukarela. Jangan tunggu sampai dijatuhkan.

Kepada Jemaah Menteri, kami menasihatkan agar berpihak kepada kebenaran. Sudah-sudahlah mempertahankan kesalahan dan kebatilan. Bak kata pepatah Melayu, "sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga". Kebenaran akan muncul, dan yang bersalah akan dihukum. Jangan sampai para menteri sekalian turut dihukum akibat bersubahat.

Kepada rakyat, ingatlah kita sekarang berada dalam suasana susah, payah dan sukar. Disebabkan skandal besar negara para pemimpin yang khianat dengan amanah rakyat, kita semua terpaksa menanggungnya. Justeru, menjadi tanggungjawab kita membetulkan keadaan demi hidup dan masa depan kita.

Rasuah musuh negara. Ketidaktelusan Perdana Menteri dalam menjawab persoalan tentang isu ini "membangkitkan spekulasi" PM menerima rasuah. PKPIM sekali lagi menuntut jawapan untuk dua soalan tadi: siapa beri, dan untuk apa? – 3 September, 2015.

* Penulis merupakan presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com

Sumber DD - 4-9-2015


Occupy Parlimen: Adakah mahasiswa bersalah?

Posted on Thursday, August 27 @ 09:57:51 MYT by paktam

Oleh Mohammad Fakhrurrazi Mohd Rashid

Pihak polis menangkap aktivis dan pemimpin mahasiswa yang duduk bantah di Parlimen demi menuntut Malaysia yang lebih baik dan adil. Namun, perjuangan mahasiswa ini sentiasa mendapat tentangan daripada pihak berkuasa. Persoalannya, adakah tindakan mereka ini ganas dan membahayakan keselamatan awam?

Mahasiswa “Langkah Siswa” mempunyai tujuan yang jelas menuntut pihak kerajaan persekutuan bertanggungjawab ke atas isu semasa negara, tetapi suara mereka menjadi satu ancaman

 Suara dan idea mereka menjadi musuh utama yang digeruni pihak penguasa yang kini menunggu masa untuk melemahkan pihak yang melawannya.

Pada hari yang sama, kumpulan anti Bersih juga melakukan demonstrasi di hadapan Sogo. Bagaimanapun, demonstrasi mereka boleh memudaratkan ketenteraman rakyat yang berada di sekitar kawasan tersebut kerana mereka secara terang- terangan melakukan aksi ganas di tempat awam.

Mereka juga turut membawa barang seperti kayu dan batu-bata bagi menunjukkan kekuatan mereka di hadapan khalayak ramai. Jelas dalam Akta Perhimpun Aman  2012 mendefinisikan ‘kayu’ merupakan salah satu senjata yang dilarang untuk dibawa dalam sesebuah perhimpunan. Tetapi, sayangnya tiada tindakan diambil pihak berkuasa ke atas mereka.

Semalam, seramai 17 orang aktivis mahasiswa direman selama 3 hari. Setakat ini tiada sebarang tindakan yang dikenakan kepada kumpulan anti-Bersih yang melakukan perhimpunan di Sogo dengan melakukan aktiviti yang boleh dianggap tidak rasional dan memalukan negara. Adakah tindakan ini adil bagi golongan mahasiswa yang berhimpun secara aman di hadapan Parlimen?

Antara perhimpunan aman dan keganasan

Kedua-dua peristiwa semalam boleh memberi penjelasan tentang perbezaan sama ada perhimpunan tersebut aman atau tidak. Occupy Parlimen yang diuruskan mahasiswa sebenarnya mempunyai beberapa tuntutan kepada pihak pemerintah dan tidak mengganggu ketenteraman awam. Mereka hanya duduk dan bermalam di Parlimen yang belum lagi bersidang.

Malah mereka hanya membawa poster dan kain rentang untuk menunjukkan tuntutan mereka kepada Datuk Seri Najib Razak supaya bertanggungjawab dengan isu-isu semasa seperti dana RM 2.6 bilion dan penjelasan mengenai skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sekiranya tidak dipenuhi tuntutan itu, mahasiswa meminta Najib berundur daripada jawatannya. Mereka menggunakan pendekatan yang lebih demokratik dan aman. Tidak menunjukkan sebarang aksi ganas dan provokatif.

Berbeza dengan pihak anti Bersih yang berhimpun tanpa mempunyai matlamat dan tujuan yang jelas. Perhimpunan yang dijalankan mereka lebih ke arah provokasi kerana tujuan mereka hanya untuk menahan pergerakan perhimpunan Bersih 4.0 supaya tidak berlaku. Lebih membimbangkan apabila mereka membawa kayu untuk membuat demonstrasi dengan membuat aksi seperti mempertahankan diri.


Perkara ini jelas menunjukkan perhimpunan kumpulan anti Bersih ini mempunyai unsur yang boleh memudaratkan masyarakat kerana pendekatannya lebih kepada penggunaan senjata yang boleh memudaratkan seseorang.

Persoalannya, adakah provokasi seperti itu boleh menyelesaikan isu negara? Dan Adakah keganasan seperti ini mampu menakutkan rakyat untuk tidak keluar menyertai perhimpunan Bersih?

Rakyat mara ke Bersih 4.0

Minggu ini, ramai sahaja berbincang mengenai perhimpunan dan demonstrasi. Kedua-dua peristiwa di atas juga menjadi perbincangan hangat warga media sosial dan mempunyai pelbagai reaksi. Namun, jelas menunjukkan rakyat daripada pelbagai latar belakang akan mara ke Bersih 4.0.

Walaupun kumpulan anti Bersih menyatakan mereka cinta akan keamanan, tetapi tingkah-laku mereka semalam mempersembahkan diri mereka yang ganas dan provokatif. Justeru, desakan dan tuntutan mereka untuk menghentikan Bersih 4.0 hanya sekadar ugutan tidak bermanfaat.

Tiada sebarang perkara yang boleh menghalang kebebasan rakyat untuk berhimpun di perhimpunan Bersih 4.0.

Lima tuntutan utama menjadi paksi kepada perhimpunan kali ini dengan membawa tekanan kepada Najib agar berundur daripada jawatannya. Penangkapan aktivis sosial dan mahasiswa tidak pernah melunturkan semangat mereka untuk berhimpun ketika Bersih 4.0.

Penulis percaya tindakan provokatif dan keganasan ini hanya akan berlaku sekiranya timbul kelompok yang tidak bertanggungjawab dan tidak memahami nilai demokrasi yang sebenar.

Rakyat sendiri mampu menilai perbezaan perhimpunan aman dan perhimpunan yang provokatif berdasarkan kedua-dua peristiwa yang berlaku semalam.

* Penulis adalah pelajar tahun akhir, Kajian Politik dan Pemerintahan, Unimas.f


Sumber DD - 27-8-2015


Ibu bapa dengan anak yang menuntut di luar negara tak lena tidur

Posted on Tuesday, August 25 @ 16:28:34 MYT by paktam

Oleh Joe Leong Ringgit terus menurun pada 24 Ogos mencecah tahap RM4.24 berbanding Dolar Amerika Syarikat, buat kali pertama sejak krisis kewangan Asia 17 tahun lalu.Selepas dibuka pada tahap 4.17, ringgit disebut pada 4.2430/2520 pada jam 9.30 pagi berbanding dolar AS, daripada 4.1800/1880 pada pukul 5 petang Jumaat lepas (21 Ogos).

Peniaga berkata bank-bank asing masih menjual matawang tempatan itu, yang kini berada di bawah tekanan kekurangan petunjuk domestik, kejatuhan harga minyak mentah dan kebimbangan yang berterusan mengenai ekonomi China telah menjejaskan selera risiko global, demikian menurut laporan Bernama.


Ringgit juga terus merosot berbanding dolar Singapura kepada 2.9990/0060 daripada 2.9694/9753 pada 21 Ogos, dan susut berbanding yen kepada 3.4930/5007 daripada 3.3981/4060. Unit tempatan susut berbanding pound sterling kepada 6.6479/6646 daripada 6.5672/5814 dan lemah berbanding euro kepada 4.8497/8617 daripada 4.7033/7132 Jumaat.

Sementara itu, Reuters menyatakan dalam laporannya pada 24 Ogos bahawa rizab antarabangsa Malaysia jatuh kepada AS$94.5 bilion (RM397.81 bilion) pada 14 Ogos daripada AS $ 96.7 pada 31 Julai, menerusi data bank pusat pada 23 Ogos.

Walau bagaimanapun, Perdana Menteri Najib Razak berkata kerajaan tidak harus sama sekali dipersalahkan kerana kejatuhan nilai ringgit, semasa merasmikan mesyuarat Umno cawangan Padang Besar, Kangar dan Arau, di Kangar Ahad lalu.

“Walaupun saya tidak menafikan ada masalah yang kita perlu tangani, kita perlu ada perspektif bahawa punca sebenarnya adalah faktor luaran dan di luar kawalan kita. Sebagai contoh, adakah kita boleh mengawal harga minyak? Tidak!"

Sementara rakyat sedang menunggu tindakan kerajaan untuk menangani kejatuhan ringgit, mereka menderita disebabkan mata wang Malaysia yang semakin menjunam.

Sebagai contoh, arkitek Bazuki Muhammad di Johor dilaporkan "tidak nyenyak tidur bimbang tentang wang" selepas menghantar anak perempuannya belajar di Amerika Syarikat dua minggu lalu.

Anak tunggal Bazuki, Intan Nur Aisyah, 19, sedang menuntut dalam bidang Psikologi di Central Oklahoma University. Beliau adalah antara ramai ibu bapa Malaysia yang merasai keperitan ini disebabkan oleh susut nilai ringgit berbanding dolar AS.

"Saya tertanya-tanya bagaimana tempoh dua tahun akan datang untuk pendidikan anak perempuan saya, jika ringgit terus merudum," katanya kepada The Star Online pada 23 Ogos.

"Saya tidak pernah menjangkakan kadar pertukaran untuk merudum dari RM3.20 ke RM4.11 dalam tempoh setahun.

Tiga minggu lalu, saya menukar duit sebanyak RM3,800 bagi AS$1,000 untuk perbelanjaan Intan. Sekarang saya perlu membayar RM4,100 untuk mendapatkan jumlah Dolar AS yang sama," katanya.

Mereka yang berpengetahuan akan menunjukkan bahawa kejatuhan ringgit bukan hanya disebabkan "faktor luaran" seperti yang dikatakan oleh perdana menteri pada hari Ahad, tetapi juga sebab-sebab domestik.

Lee Heng Guie, ketua penyelidikan ekonomi sebuah bank pelaburan, telah menunjukkan bahawa faktor domestik telah menjadi antara faktor yang menyebabkan kejatuhan ringgit, "termasuk kebimbangan mengenai ketidaktentuan politik dan kemelut yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB)".

"Ringkasnya, nasib ringgit bergantung kepada sentimen lemah, peristiwa global – prospek kadar faedah AS yang lebih tinggi dan kejatuhan harga komoditi - dan faktor dalam negeri," katanya dalam sebuah ulasan mengenai perkara itu dalam mingguan Focus Malaysia isu 15-21 Ogos.

Sewaktu persoalan hutang 1MDB Malaysia mendapat perhatian dunia, kontroversi ini menjejaskan keyakinan terhadap ringgit. Walau bagaimanapun, mereka yang mempertahankan 1MDB juga menyalahkan kritikan bekas PM, Dr Mahathir Mohamad terhadap kerajaan di atas kejatuhan mata wang itu.

Berkenaan langkah-langkah yang mungkin kerajaan ambil untuk menyelesaikan keadaan ini, Najib yang juga Menteri Kewangan dan Dr Zeti Akhtar Aziz, Gabenor Bank Negara telah mengumumkan bahawa kerajaan tidak akan menambat ringgit, dan juga tidak melaksanakan kawalan modal di negara ini.

Menurut Lee, selain tambatan ringgit dan kawalan modal, terdapat inisiatif-inisiatif tertentu dan langkah-langkah sementara yang boleh diperkenalkan oleh kerajaan, untuk mengurangkan tekanan pasaran ke atas ringgit.

“Ini termasuk mengenakan had ke atas jumlah mata wang asing yang seseorang pemastautin boleh simpan di dalam atau di luar negara, memendekkan tempoh hasil kutipan eksport yang akan dihantar pulang ke Malaysia, yang pada masa ini tidak boleh melebihi enam bulan dari tarikh eksport, dan menetapkan siling urus niaga pertukaran yang tidak berkaitan dengan perdagangan. "

Antara langkah-langkah proaktif lain yang dicadangkan oleh Lee adalah: menggalakkan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan dan agensi pelaburan menghantar balik pendapatan pelaburan mereka yang diperolehi di luar negara; dan mengenakan sekatan atau memperlahankan pemerolehan aset-aset asing.

"Kita mesti mengekalkan minda yang terbuka mengenai langkah-langkah untuk melindungi dan mengawal ekonomi domestik daripada aliran keluar modal," jelas Lee.-http://bm.theantdaily.com/

Sumber DD - 25-8-2015


Surat terbuka buat seluruh Ahli Parlimen Malaysia: Mansuhkan AUKU,Selamatkan Uni

Posted on Friday, August 14 @ 11:50:35 MYT by paktam

Y.B Ahli Parlimen Malaysia

Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera

Sesungguhnya saya menulis surat ini buat kesemua ahli Parlimen Malaysia dengan menginsafi bahawa saya hanyalah seorang daripada jutaan rakyat Malaysia yang pernah menerima kesan dek kewujudan undang-undang tirai besi di universiti, iaitu Akta Universiti Dan Kolej Universiti (AUKU) 1971.
Y.B sekalian,


Sedarkah anda semua bahawa sepanjang 2014, seramai 26 (atau lebih) kes telah melibatkan pendakwaan atau tunjuk sebab ke atas mahasiswa Malaysia di bawah AUKU dan yang sebaris dengannya ( e.g Akta Institut Pengajian Tinggi)? Sedarkah tuan-tuan Yang Berhormat semua bahawa semalam (13/8/2015) dua orang lagi pemimpin mahasiswa dari UIAM (sdra Hanif Mahpa - Presiden MPP UIAM & sdri Afiqah Zulkifli - Exco MPP UIAM) telah dijatuhkan hukum penggantungan 2 semester pengajian disebabkan "kesalahan" mengadakan forum intelektual berkenaan GST?

Y.B sekalian,

Saya meyakini bahawa Y.B sekalian sedar akan perkara ini. Buktinya? Kita mampu melihat beberapa kenyataan daripada politikus-politikus yang datangnya daripada parti yang Y.B sekalian wakili (walaupun tidak semua). Saya juga meyakini bahawa Y.B sekalian tidak boleh menafikan bertapa Y.B sekalian mendapat laba politik dek isu-isu yang melanda mahasiswa walaupun sedikit.

Mengapa? Kerana anda menyedari mereka juga golongan yang tertindas dek sistem negara, dan paling penting, mampu memberikan nilai publisiti buat anda!

Y.B sekalian,

Sekiranya anda semua terlupa, sukalah untuk saya mengingatkan kembali. AUKU telah digubal oleh pentadbiran kerajaan pada tahun 1971 tidak lain dan tidak bukan adalah bagi mengekang suara dan 'kuasa' mahasiswa yang begitu agresif lewat tahun 60an & awal 70an. Namun kesan AUKU bukan terhad setakat di situ sahaja, AUKU juga telah menyebabkan hilangnya roh kebebasan akademik di universiti. Lebih malang lagi, AUKU telah membuka ruang penguasaan universiti oleh pihak parti yang memerintah melalui proksi-proksi mereka di universiti. Sedarkah Y.B sekalian akan senario ini? Saya berani mengatakan dengan yakin bahawa anda semua mengetahuinya, bahkan terdapat di antara kalian yang pernah duduk, malah menjadi mangsa terdapat undang-undang regim ini!
Y.B sekalian,

Sepertimana kezaliman ISA, POTA, SOSMA, Akta Hasutan dll, haruslah Y.B sedar dan tahu bahawa AUKU (dan akta-akta & peraturan yang seumpama dengannya) berdiri sama zalim dengan akta-akta tersebut. Tetapi jarang sekali (atau tiada mungkin?) kami rakyat Malaysia (khususnya mahasiswa) mendengar para Y.B sekalian begitu serius di dalam memastikan pupusnya undang-undang ini dari senarai undang-undang Malaysia.

Sudah berpuluh tahun AUKU mencengkam & membunuh idealisme ribuan mahasiswa, maka selayaknya tempatnya pada hari ini hanyalah di dalam kaca perhiasan di Muzium Negara.

Justeru itu, saya dan rakyat Malaysia yang berkongsi aspirasi yang sama menggesa tindakan yang JUJUR dan SERIUS daripada kalian yang berada di dalam Parlimen - sama ada di kerusi kerajaan mahupun pembangkang - untuk sekurang-kurangnya memastikan peruntukan-peruntukan yang bermasalah di dalam undang-undang tersebut untuk dihapuskan.

Muhammad Najib bin Abdurrahim
Rakyat marhaen

Mantan mahasiswa 2010-2015

Mantan Pengerusi WUFI IIUM 2013-2014

Mantan Pengerusi MPN GAMIS 2014-2015

‪#‎SelamatkanMalaysia‬
‪#‎SelamatkanMahasiswa‬
‪#‎SelamatkanUniversiti‬

Sumber DD - 14-8-2015


Solidariti untuk mahasiswa tertindas

Posted on Friday, August 14 @ 08:39:31 MYT by paktam

Oleh Amalina Ismail

Tujuh tahun lalu. Kali pertama melangkah ke menara gading dengan gelaran mahasiswa. Tetapi sayang, gelaran itu cuma bertahan setahun setengah.Kad matrik yang perlu ditukar apabila menamatkan pengajian asasi, masuk ke peringkat sarjana muda, ditukar gelar mahasiswa kepada pelajar.

Minggu orientasi. Kata Timbalan Naib Canselor, belilah buku rujukan di koperasi universiti, harganya lebih murah dari di luar.


Kami pelajar naif, bila diminta pensyarah untuk membeli buku rujukan, terus meluru ke Koperasi Universiti untuk membeli buku yang dikatakan punya harga berpatutan. Sedang hakikat sebenarnya tidak, ada pembekal buku di pinggir pagar universiti menjual buku yang berganda lebih murah.

Pembekal Cina yang kecil saja kedainya tetapi tidak lengang dengan kunjungan pelajar. Rasa tertipu. Saya lebih lagi, kerana tersilap beli buku rujukan, 2 kali membeli buku rujukan untuk subjek yang sama dengan harga yang tidak berpatutan.

Tahun pertama jadi tahun terakhir membeli buku rujukan di koperasi universiti.

Ini bukan kira mensabotaj universiti dan menyokong perniagaan Cina yang katanya memang suka mengaut untung dari pelajar-pelajar yang kebanyakannya Melayu (tidak juga kerana semua pelajar berbilang kaum dan keturunan memang akan ke situ, memang satu perniagaan monopoli yang berkesan).

Tetapi ini adalah cara pelajar untuk hidup, buku rujukan adalah antara keperluan akademik yang sangat mahal. Ramai yang tidak akan membeli melainkan dipaksa pensyarah. Ramai lagi yang memilih (secara haramnya) fotokopi buku rujukan yang pastinya dibayar dengan harga yang jauh lebih murah.

Saya sebenarnya aneh, kenapa harga buku di Koperasi Universiti boleh jadi lebih mahal dari pembekal di luar? Sedang peruntukan modal dan kewangan yang diperoleh universiti sebenarnya jika dimanfaatkan sebaiknya wajar mengurangkan harga buku dan membantu pelajar.

Mungkin universiti bukan sepatutnya memikirkan soal perniagaan. Universiti adalah pusat ilmu dan pengetahuan. Biarlah peniaga di pinggiran yang menjalankan urus niaga dan menjana keuntungan.

Tidak juga, kerana hakikatnya universiti sebenarnya ada syarikatnya sendiri. Universiti perlu menjana sumber ekonominya sendiri. Antara cara perniagaannya adalah dengan pemberian konsesi bagi pengurusan kafeteria di kawasan kolej kediaman.

Tidak dapat dipastikan bagaimana keuntungan dijana, tetapi sistem konsesi ini jelas-jelas menindas dan menzalimi pelajar. Katanya harga sewa yang tinggi menyebabkan harga makanan yang ditawarkan tidak boleh dikurangkan. Mahu ditukar tender tidak boleh kerana sudah ada kontrak beberapa tahun. Akibatnya beberapa tahun itu adalah sepanjang tempoh pengajian (3 atau 4 tahun).

Saya kira perniagaan universiti adalah perniagaan yang merompak duit pelajar.

Pelajar terbeban, sudahlah buku rujukan mahal harganya, mahu makan pun duit tiada. Jangan sebut tentang kos kehidupan lain seperti pengangkutan atau sewa rumah di luar bagi yang tidak dapat tinggal di kolej kediaman. Status ekonomi mahasiswa sebenarnya berada pada tahap yang sangat merisaukan.

Tidak hairan jika begitu ramai pelajar akan bekerja sambilan dengan upah yang sangat minima bagi menanggung kos kehidupan yang tinggi. Maka tidak aneh juga bila ramai yang terpedaya dengan perniagaan MLM yang menjanjikan pulangan keuntungan yang lumayan.

Hidup di tengah kota metropolitan, cabarannya lebih luar biasa. Keperluan bukan sekadar cukup untuk belajar dan mengisi perut, perlu juga ada peruntukan untuk hiburan dan sebagainya. Kehendak ekonomi mahasiswa sebenarnya lebih kompleks dengan pengaruh yang rencam dari pelbagai sumber.

Ekonomi memang sesuatu yang integral kepada mahasiswa, kerana tanpa kestabilan ekonomi dan cabaran alam kampus yang mencabar, ramai dari mereka yang kecundang di medan pengajian.

Ada yang berhenti belajar kerana sibuk dengan MLM. Mungkin masalahnya bukanlah MLM semata tetapi lebih kepada sikap pelajar itu sendiri. Tetapi tidak boleh dinafikan keadaan kehidupan yang begitu mendesak pelajar yang tidak matang mencari jalan keluar yang mudah.

Duit yang sentiasa tidak cukup menyebabkan mereka mementingkan kerja atau perniagaan daripada belajar. Ada kawan-kawan di kolej swasta mengalami keadaan yang lebih dahsyat.

Kebanyakan mereka yang tidak mampu untuk membayar yuran pengajian yang tidak sepenuhnya ditanggung oleh pinjaman pelajaran, terpaksa menangguh pengajian beberapa semester, bekerja dahulu mengumpul duit barulah membayar balik yuran dan menyambung pengajian.

Itu bagi yang kuat semangat, ramai yang putus asa dan berhenti terus belajar. Syukur jika mereka terus bekerja dan mampu menyara diri. Tetapi, ramai juga yang tertekan hidup dan menjadi beban sosial pula kepada masyarakat dan negara.

Inilah masalah tujuh tahun lalu. Masih di ingatan saya. Masih berbekas di hati saya. Ada ketika duit memang langsung tiada, mengikat perut untuk makan dan menahan diri dari berbelanja. Saya yakin ramai yang begitu. Ramai yang diam-diam begitu, dan ramai yang terang-terangan begitu.

Maka ketika itu perjuangan kami adalah mansuhkan PTPTN yang menambahkan beban hutang kepada pelajar. Sudahlah derita di alam pengajian, mahu derita lagi di alam pekerjaan? Untung jika punya kerja, kalau terus menganggur?

Perjuangan itu hanya berjaya menukarkan faedah pinjaman kepada sistem yang lebih masuk akal. Tidaklah beban pinjaman bertambah saban tahun apabila tidak dibayar. Sistem yang jelas haram dan menzalimi peminjam.

Kini dalam era GST dan 1MDB, cabaran mahasiswa pastinya lebih berat. Kisah buang dan gantung kerana berjuang memang rencah perjuangan mahasiswa yang pahit tetapi manis untuk dikenang.

Kerana itu bersungguh mahu digugurkan gelar mahasiswa dan diguna pakai pelajar. Seolah-olah mahu dikatakan, biar mereka belajar dan ambil pelajaran. Jangan-jangan jadi kurang ajar dan berani melawan!

Saya bersolidariti dengan mereka yang ditindas dan dizalimi. Ini kisah kebejatan sistem pendidikan kita yang merosakkan ekonomi negara ini.

Sudahlah rakyat sekian lama mengikat perut, mengais rezeki, kini ekonomi negara di gerbang kehancuran dengan penyusutan nilai ringgit dan segala macam skandal kewangan. Dan mahasiswa kita yang menganjurkan forum GST yang mahu menuntut penjelasan dilayan sebegini rupa?

Tujuh tahun lalu kami lihat sendiri kesan kos sara hidup yang tinggi kepada mahasiswa yang diharap-harapkan untuk membangun negara di masa depan. Kini, kos sara hidup yang mencanak-canak naik lebih tinggi dengan GST, apakah nasib mahasiswa kita hari ini? –

Sumber DD - 14-8-2015

































































































Think Tank bukan zombie alam siber

Posted on Friday, August 14 @ 08:20:39 MYT by paktam

Oleh ezaruddin abd. rahman 

ANAK muda jangan jadi kalut apabila kepimpinan negara diserang bertalu-ta­lu dengan pelbagai mak­lumat yang tidak sa­hih yang kini menjadi viral dalam media so­sial.

Ketika ini emosi sudah men­jadi raja dalam hati segelintir rakyat dengan penyebaran pelbagai maklumat yang boleh menjatuhkan kredibiliti dan imej negara.

Media sosial kini dilihat menjadi gudang melahirkan ramai tukang fitnah dan penyebar fitnah yang kebanyakannya kita secara tidak langsung terjebak sama apabila turut berkongsi pelbagai berita yang tidak logik dan mengikut persepsi penulis.

Dalam keadaan negara kita berhadapan dengan pelbagai cabaran termasuk pencarian serpihan pesawat MH370, isu berkaitan 1MDB, masalah ekonomi, kejatuhan Ringgit Malaysia (RM) dan pelbagai lagi, kerajaan sangat memerlukan idea dan pandangan daripada anak muda untuk membantu memulihkan keyakinan pelabur serta memperkasakan keharmonian negara.

Anak muda sepatutnya menjadi think tank kerajaan. Bukannya menjadi tukang fitnah yang boleh mengganggu keharmonian negara, sekali gus menggugat ekonominya.

Idea daripada anak muda sudah pastinya segar dan kerajaan tentunya amat mengalu-alukan sekiranya idea-idea tersebut datangnya daripada anak muda tempatan bukannya daripada konsultan luar.

Untuk menjadi pemfitnah ketika ini sangat mudah hanya melalui sentuhan jari sudah mencukupi. Kita tidak perlu lagi bersembang panjang di restoran mamak ataupun kedai kopi cukuplah sekadar jari kita memainkan peranan menyebarkan berita atau fitnah di alam siber. Masyarakat dunia siber tidak menggunakan lidah untuk berkata-kata tetapi melalui telefon pintar, iPad, komputer dan laptop cukuplah untuk menghuru-harakan negara dalam menyebarkan berita yang panas tanpa kesahihan.

Anak muda harus sedar, serangan yang bertali arus melalui media sosial daripada anak muda sendiri akan memberi kesan kepada negara.

Kita mungkin boleh bergelak ketawa apabila melihat lawak viral yang disebarkan tanpa memikirkan akan kesan kepada ekonomi dan kestabilan negara. Ini akan mengundang persepsi negatif dunia luar dan akibatnya ekonomi negara kita tidak stabil dan boleh runtuh.

Kita harus akui, masa sudah tidak menyebelahi kita lagi pada waktu ini. Inilah waktunya anak muda bertindak dan bersatu membantu kerajaan yang kini berhadapan dengan pelbagai cabaran. Ketika ramai orang sibuk menjadi pahlawan siber tetapi tidak ramai yang berani tampil untuk memberikan idea dan membantu kerajaan memperbetulkan semula persepsi negatif ini.

Justeru, anak muda harus merebut peluang ini menjadi think tank kerana ini adalah peluang yang terbaik untuk menguji kebijaksanaan golongan ini.

Malaysia mempunyai graduan pelbagai bidang yang hebat dalam jurusan ekonomi, sains politik, kejuruteraan, sains komputer dan pelbagai lagi.

Dalam keadaan ekonomi negara tidak baik ketika ini, mungkin graduan yang berkelulusan bidang ekonomi mempunyai idea dan boleh menulis memberikan idea kepada kerajaan untuk menangani masalah-masalah yang berbangkit.

Rakyat Malaysia kini semakin bijak tidak seperti dahulu, masing-masing mempunyai idea yang bertaraf profesor. Kredibiliti dan kompetensi anak muda akan kelihatan hebat jika menggunakan idea berdasarkan kemahiran dan jurusan mereka yang boleh memberi manfaat kepada kerajaan dan masyarakat. Ini harus menjadi satu amalan kepada anak muda untuk menjadi golongan yang amat dihargai dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat.

Satu cadangan yang gila-gila tetapi bernas dan kreatif tentunya akan memberi satu impak yang baik kepada masyarakat kita.

Kata pepatah cina, “Masa yang terbaik untuk menanam pokok adalah 20 tahun yang lalu dan masa kedua terbaik adalah sekarang”.

Jika sekarang kita berlumba-lumba untuk memusnahkannya, apa akan terjadi kepada kita semua pada masa akan datang? Pemimpin dan ahli politik mungkin ada membuat kesilapan dan mereka bukannya malaikat yang sangat sempurna tetapi sebagai generasi muda, kita harus banyak membantu memberikan pandangan dan idea serta mempertahankan negara bukannya menjadi seperti machine gun menembak sesuka hati.

Sebagai anak muda Melayu juga, serangan berterusan kepimpinan Melayu perlu dilihat mempunyai agenda yang tersembunyi yang mungkin kita tidak sedari sama sekali.

Kepimpinan Melayu sudah terbukti berjaya dan diiktiraf oleh pelbagai bangsa di dunia dan ini sudah pastinya mengundang cemburu daripada mereka.

Dalam konteks ini, anak muda Melayu bolehlah diumpamakan sebagai hulu balang yang sepatutnya berada di barisan hadapan untuk mempertahankan institusi raja-raja Melayu dan pemimpin Melayu.

Tambahan pula, di fasa akhir zaman ini, kita akan menyaksikan pelbagai kacau-bilau, ujian dan fitnah dunia yang semakin marak dan menghimpit kehidupan kita.

Perkara ini akan terus bermaharajalela jika kita tidak kuat dan tidak bertakwa kepada Allah SWT. Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri kita dari syurga.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” - Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti.

Oleh itu, anak muda perlu menjadi pahlawan di zamannya bukannya mensia-siakan hidup mereka dengan tidak berbuat apa-apa untuk agama, bangsa dan negara. Mereka kini tidak perlu menjadi pahlawan dengan melawan penjajah tetapi cukuplah dengan menjadi warganegara Malaysia yang baik dan menghormati undang-undang.

Di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Singapura dan China sudah ada undang-undang untuk menahan pengguna Internet yang menyalahgunakan kemudahan tersebut.

Kita bimbang fitnah akan menjadi tabiat masyarakat kita. Internet bukan lagi tempat untuk percambahan ilmu tetapi dijadikan markas dan tempat untuk menjatuhkan pemimpin dan negara. Sikap tidak takut menyebar fitnah di alam siber ini akan menjadi barah kepada rakyat Malaysia.

Sebagai anak muda, inilah cabaran buat kita semua. Jangan terperangkap dengan menjadikan anak muda sebagai hantu atau zombie untuk berkeliaran di alam siber sebagai penyebar fitnah.

Jadilah think tank ketika kerajaan berhadapan dengan cabaran dan kesusahan. Tidak rugi untuk bertindak. Kita bukannya pengampu atau pembodek kerajaan tetapi ini adalah satu tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia. Kenapa perlu berasa malu untuk menyokong kerajaan sedangkan ia adalah untuk kebaikan negara kita sendiri?

PENULIS ialah Timbalan Presiden Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).

Sumber DD - 14-8-2015

UIA gantung pelajar, tunggu aksi mahasiswa seterusnya

HARAKAHDAILY | .


Mewakili seluruh mahasiswa Malaysia, Kesatuan melahirkan rasa kecewa dan mengecam sekeras-kerasnya tindakan pentadbiran UIA menggantung pengajian 2 mahasiswanya, Sdr Hanif Mahpa dan Sdri Afiqah Zulkifli hanya kerana menganjurkan forum GST.

Hukuman ini menunjukkan kebobrokan dan ketakutan pentadbiran universiti terhadap mahasiswa.

Mahasiswa merasakan bahawa hukuman ini langsung tidak masuk akal dan tidak sewajarnya dilakukan oleh sebuah universiti yang begitu tersohor dengan gelaran Taman Ilmu dan Budi.

Wajarkah gelaran tersebut kepada universiti ini sekiranya mahasiswanya dihalang dari menganjurkan majlis ilmu hingga digantung pengajian?

Tindakan ini malah telah mencemarkan kredibiliti UIA sebagai sebuah Universiti Islam kerana Islam tidak pernah menghalang pembudayaan ilmu kepada umatnya.

Apa salahnya menganjurkan program ilmiah berkenaan GST? Apa yang ditakutkan sangat oleh pentadbiran?

Mahasiswa melihat tindakan ini sebagai satu daripada projek pembodohan dan kita tidak akan berkompromi atas tindakan ini. Ini adalah suatu usaha menghalang hak mahasiswa untuk berprogram.

Dalam masa terdekat, satu memorandum akan dihantar kepada pihak SUHAKAM dan Kementerian Pendidikan Tinggi bagi menyatakan respons dan mendesak UIA menggugurkan hukuman ke atas mereka.

Kami juga akan menganjurkan satu aksi sebagai simbolik mahasiswa menolak sebarang bentuk pencabulan ke atas hak mahasiswa untuk berpandangan dan berprogram.

Kami mengajak seluruh mahasiswa UIA khususnya dan seluruh mahasiswa Malaysia amnya untuk bersama kami bersolidarti melawan kezaliman dan kebobrokan pentadbiran UIA.

Kami akan terus komited memperjuangkan hak mahasiswa. Amaran kepada pentadbiran UIA, 2 mahasiswa kamu gantung 2,000 mahasiswa akan bangkit melawan.

Tunggu aksi mahasiswa seterusnya!

Membina Kesatuan, Mengukuh Perjuangan.

Bersama dalam kenyataan ini:

1. Khairol Najib Hashim, Pengerusi Kesatuan Mahasiswa Malaysia (KESATUAN)
2. Mohamad Ammar Atan, Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM)
3. Muhammad Sallehudin Khalid, Presiden Persatuan Mahasiswa UKM
4. Azzan Aznan Abd Rahim, Pengerusi We Unite For Islam UIA (WUFI)
5. Muhammad Nazrul Hakim bin Md Nazir, Ketua Koordinator Lensa Kampus, Lensa Anak Muda Malaysia.
6. Muhammad Luqman Nul Hakim bin Zul Razali, Pengerusi Gerakan Mahasiswa Selamatkan Negara
7. Nur Liana Abdul Latif, Pengerusi Sister In Movement
8. Mustapha Kamal A Aziz, Pengerusi Student Progressive Front UiTM
9. Muhammad Wafiuddin Rosli, Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM)
10. Muhammad Syazmee Sapian, Pengerusi Pro-Mahasiswa Universiti Malaya
11. Bawani a/p Kaniapan, Penyelaras Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP)
12. Marwan Abdullah, Presiden IKRAM Siswa
13. Ahmad Saqif Ansorullah Ahmad Jihbadz Mokhlis, Presiden Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak
14. Lau Yi Leong, Sekretariat Pentadbiran Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia (DEMA)
15. Mohd Imran Md Ishak, Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS)
16. Jefry Musa, Serikat Mahasiswa
17. Luqman Tarmizi, Mahasiswa Progresif (SISPRO)
18. Naqiuddin Nazrin, Presiden Mahasiswa Keadilan Malaysia
19. Ammar Harith, Pengerusi Komuniti Mahasiswa Anak Negeri Sembilan (KOMNAS)
20. Deeba Kathisrasan, Pengerusi  Pemuda Sosialis PSM
21. Fahmi Zainol, Anak Muda Harapan Malaysia
22. Mohd Hanes Maksud, Pengerusi Pro Mahasiswa UMSKAL
23. Abdul Qahar Hamzah, Pengerusi GMUKM
24. Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan, Timb. Presiden Ikatan Studi Islam UKM

Sumber HD - 13-8-2015




































































































Gantung 2 pelajar, motto UIA hanya retorik





































































































HARAKAHDAILY | .


We Unite For Islam (WUFI) menyatakan kecaman sekeras-kerasnya terhadap tindakan Pentadbiran UIAM yang menjatuhkan hukuman gantung dua semester terhadap Presiden SRC IIUM Saudara Hanif Mahpa dan Exco SRC IIUM Saudari Afiqah Zulkifli.

Mereka didapati bersalah kerana menganjurkan Forum GST yang menampilkan Lokman Adam dan Rafizi Ramli pada 13 Mei 2015 lalu.

Forum ini kononnya tidak mendapat kelulusan universiti sedangkan hakikatnya pihak atasan hanya mengharamkan Rafizi daripada menyampaikan ucapan. (Boleh rujuk kenyataan pihak Keselamatan UIAM semasa forum itu dilaksanakan)

Ini merupakan satu lagi tindakan tidak bermaruah daripada sebuah institusi pengajian tinggi bertaraf antarabangsa apabila tidak meraikan semangat para pelajar untuk menganjur, menghadiri dan menilai diskusi intelektual berkenaan isu-isu negara.

Tindakan ini secara jelas mencerminkan kesamaan sifat bobrok, penindas, perampas pihak universiti dan kerajaan Malaysia yang sering merampas dengan rakus hak kebebasan.

Dari pentadbiran universiti sehinggalah pentadbiran negara, keduanya mahu melahirkan rakyat yang buta, tuli dan menjadi pak turut setia.

Tindakan ini juga membuktikan bahawa motto rasmi UIAM iaitu Taman Ilmu dan Budi (The Garden Of Knowledge And Virtue) hanyalah retorik dan penipuan yang amat jelas.

Di peringkat luar, UIAM yang terkenal dengan kehebatan pasukan debat yang sering memenangi pertandingan di peringkat nasional mahupun antarabangsa.

Hakikatnya adalah menyedihkan apabila di dalam universiti sendiri para pelajar dihalang daripada berdiskusi, berdebat dan berforum.

Oleh yang demikian, WUFI mendesak pihak pentadbiran UIAM untuk menarik semula tindakan ini dalam masa dua puluh empat (24) jam.

Kegagalan pihak universiti untuk menarik balik tindakan ini akan sekali lagi memburukkan nama univerisiti.

WUFI akan melancarkan pungutan suara kerana kami yakin ribuan pelajar UIAM tidak bersetuju dengan tindakan tidak masuk akal ini.

Kami juga tidak teragak-agak untuk melancarkan demonstrasi besar-besaran jika tuntutan ini gagal dipenuhi. - HARAKAHDAILY 13/8/2015

Azzan Aznan Abdul Rahim
Pengerusi WUFI

Sumber HD - 13-8-2015

GST: Gamis kecam UIA gantung dua pelajar

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) mengecam tindakan pentadbiran Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang mengenakan tindakan terhadap dua orang pelajarnya hanya kerana menganjurkan program GST.

Menurut Presiden Gamis Mohd Imran Md Ishak kedua-dua pelajar tersebut disabitkan kesalahan dan dihukum gantung pembelajaran selama dua semesta beserta amaran keras.

Dua orang tersebut adalah Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar, Hanif Mahpa dan Pengerusi Sekretariat Akademik dan Intelektual Majlis Perwakilan Pelajar Afiqah Zulkifli.

"Dalam keadaan negara yang membimbangkan pada hari ini, pentadbiran UIA telah menambahnya lagi dengan menghuru-harakan keadaan apabila mengambil keputusan menggantung mereka atas alasan menganjurkan program GST tanpa kebenaran pihak universiti..

"Walaupun ianya pada asalnya sudah pun mendapat kebenaran, tetapi ianya tidak dibenarkan pada saat-saat akhir atas arahan daripada 'orang atas'," katanya menerusi laman facebook.

Gamis turut menggesa agar pihak universiti membatalkan hukuman tersebut dan menyeru kepada seluruh mahasiswa agar bersolidariti bersama-sama dua orang rakan mereka itu.

Justeru katanya, satu memorandum akan dihantar kepada pihak universiti menuntut supaya hukuman itu dibatalkan.

Tambahnya, satu 'Himpunan Mahasiswa' akan diadakan dalam masa terdekat sekiranya pihak universiti masih meneruskan hukuman tersebut kepada mereka.

"Diharapkan seluruh mahasiswa dapat bersedia turun berhimpun di dalam UIA dalam masa terdekat ini," katanya. - HARAKAHDAILY 13/8/2015

Sumber HD - 13-8-2015






































































































Krisis kepimpinan Najib

Posted on Wednesday, August 05 @ 15:03:12 MYT by paktam

Oleh 10 Pemimpin Pelajar

Episod ketirisan dan agenda menindas rakyat di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak bagaikan bertali arus.Ia bermula dengan peningkatan harga barangan yang disambut dengan implementasi GST sehingga skandal kewangan syarikat pelaburan nasional 1MDB yang mengakibatkan kejatuhan nilai mata wang ringgit dan melemahkan pasaran bon negara.

Kami, barisan pemimpin mahasiswa mewakili golongan mahasiswa seluruh Malaysia menzahirkan kegusaran terhadap kepimpinan Najib.

Kami menggesa beliau untuk memberi penjelasan mengenai persoalan yang timbul mengenai hutang 1MDB dan skandal kewangan yang melibatkan pemindahan wang bernilai USD700 juta ke akaun peribadi beliau.


1. Kewujudan akaun peribadi milik Najib seperti yang didedahkan Wall Street Journal. 2. Penggunaan wang di dalam akaun peribadi tersebut untuk tujuan peribadi dan parti.
3. Kesediaan Najib mengisytiharkan harta sepanjang menjadi perdana menteri dan menjelaskan sumber perbelanjaan mewah beliau dan keluarga.

Rakyat sudah muak dengan polemik dan permainan politik kerajaan pimpinan Datuk Seri.

Perwakilan mahasiswa seluruh Malaysia nyata kecewa dengan sikap tidak profesional dan menuntut kerajaan segera menghentikan sandiwara dan mula mengutamakan rakyat.

Adakah slogan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ sekadar laungan retorik?’

Pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kabinet walapun sah di sisi undang-undang, namun tindakan Datuk Seri bersifat tidak bermoral lagi tidak berasas dan dilihat bersifat 'politically driven'.

Perkara ini secara langsung membunuh kualiti 'keterbukaan kerajaan' dalam menerima kritikan.
Mahasiswa melihat integriti dan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan teramat penting untuk direjuvenasikan bagi membina negara Malaysia yang lebih matang dan berdaya saing.

Selain itu, kerajaan perlu mengangkat suara mahasiswa sebagai ejen ‘check & balance’ negara yang juga merupakan aset negara paling bernilai (modal intelek).

Memetik kata Profesor Diraja Ungku Aziz semasa Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya pada 25 Jun 1971.

Wahai Datuk Seri Najib hayatilah petikan kenyataan Prof Diraja Ungku Aziz;

“Saya dengan ikhlas tidak takut mengatakan saya menyanjung tinggi hasrat mahasiswa hendak melakukan peranan sebagai 'conscience' negara. Pemimpin yang menyeleweng  perlu ditunjukkan haluannya, rasuah perlu dibongkarkan, keadaan terbiar perlu diberi perhatian sewajarnya dan kemiskinan desa serta tindasan buruh yang semuanya merupakan penyakit masyarakat harus menjadi perhatian golongan pemuda-pemudi amnya dan MAHASISWA khususnya".
Selamatkan Malaysia! – 5 Ogos, 2015.

Kenyataan bersama:

1. Mohd Ammar Bin Atan
Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti  Malaya
2. Hanif Bin Mahpa
Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Gombak
3. Muhammad Sallehudin Bin Khalid
Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia
4. Abdul Muiz Bin Abdul Hakim
Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia
5. Mohammad Syahme Bin Baharuddin
Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Sarawak
6. Mohd Akram Bin Mohd Yusoff
Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Universti Tenaga Nasional
7. Mohd Khairul Nizam Bin Suhaimin
Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka
8. Akram Ikrami Bin Taib Azamudden
Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
9. Mohd Arif Zaki bin Ali
Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Selangor
10. Mohd Abdul Muhaimin bin Zainol

Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan.

Sumber DD - 5-8-2015

Azalina hina maruah wanita

HAFIZAH ABU BAKAR | .


Berdasarkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said menegur pihak di Lembaga Penapisan Filem (LPF) “agar tidak berfikiran sempit dan berkata, isu mengenai adegan pasangan bercinta berpegangan tangan atau berpelukan tidak perlu diperbesarkan memandangkan ia sekadar lakonan yang tidak mengundang maksiat terhadap penonton”.

Sebagai seorang mahasiswi, saya sangat tidak bersetuju atas kenyataan tersebut,seolah-olah ia merupakan satu penghinaan maruah wanita. Sedangkan islam menjaga wanita, bukan diperlakukan sesuka hati lebih-lebih lagi dijadikan bahan untuk dipertontonkan walaupun menggunakan industri perfileman sebagai perisai untuk mencari sumber rezeki.

Penegasan di sini adalah “dalam islam matlamat tidak boleh menghalalkan cara”. Sedangkan Rasulullah s.a.w. sendiri sering mengingatkan agar umat Islam menghargai dan memuliakan kaum wanita.

Baginda bersabda yang bermaksud: اِسْتَوْصُوا بِالنِّسَاءِ خَيْرًا “Aku wasiatkan kepada kalian untuk berbuat baik kepada para wanita.” (HR Muslim: 3729)

Sebagai pemimpin, beliau harus menunaikan tanggungjawab beliau sesuai dengan apa yang telah digariskan oleh hukum syarak, bukannya menyeru rakyat Malaysia supaya “jangan berfikiran sempit” padahal beliau sendiri tahu bahawa Malaysia merupakan Negara Islam.

Beliau sebagai pemimpin juga seharusnya menjadi rujukan dan contoh buat masyarakat bukannya bercakap perkara yang tidak bermanfaat sesukanya. Sesuai dengan firman Allah surah Ali-Imran ayat 104 yang bermaksud: Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan islam) dan menyuruh berbuat segala perkara baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.

Saya sebagai Helwani Kelab Sahabat Al-Hikmah ingin menyeru kepada semua mahasiswi agar menolak pandangan Datuk Seri Azalina sebagai tanda kita tidak bersetuju maruah wanita seolah-olah direndahkan begitu mudah.

Pendirian Kelab Sahabat Al-Hikmah Umskal juga tidak bersetuju dan memohon Datuk Seri Azalina menarik balik kanyataan tersebut serta kembali semula kepada syariat Islam yang bersifat syumul. Wallahualam. - HARAKAHDAILY 3/8/2015

Helwani Kelab Sahabat Al-Hikmah
Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL)

Sumber HD - 3-8-2015









































































































Tangkap mereka yang benar-benar bersalah

Posted on Saturday, August 01 @ 22:48:34 MYT by paktam

Oleh Nazrul Nazir

Mahasiswa melahirkan rasa kecewa dan mengecam sekerasnya tindakan Polis Diraja Malaysia menghalang dan menahan peserta demonstrasi #TangkapNajib secara kasar dan tidak berperikemanusiaan yang diadakan di Sogo, petang tadi. Tindakan ini jelas bertentangan dengan prinsip demokrasi dan bercanggah dengan kebebasan bersuara yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

Musuh kita yang sebenar bukan rakyat Malaysia yang berhimpun secara aman, musuh kita adalah pemimpin yang korup dan masih memerintah hingga kini. Perlu diingat Malaysia kini berada dalam keadaan yang sangat kritikal.

Krisis 1MDB yang menekan kepimpinan Datuk Seri Najib Razak menjadikan beliau sanggup melakukan apa saja demi survivor politiknya.

Bayangkan jika Timbalannya sendiri boleh dipecat hanya kerana bersuara menuntut penjelasan, Peguam Negara pula dipecat semasa siasatan ke atas 1MDB masih berjalan, dan Jawatankuasa Kira-Kira Negara (PAC) dilumpuhkan dengan Pengerusi dan 3 anggota dilantik menjadi Menteri Kabinet, apa lagi yang kita boleh harapkan dari seorang Perdana Menteri yang korup ini?

Rakyat tiada pilihan selain bersuara demi Malaysia yang lebih baik. Adakah kesalahan ini lebih besar dari seorang PM yang songlap 700 juta USD ke dalam akaun peribadi sehingga mereka ditahan dan dinafikan hak untuk bersuara?

Kami menyeru supaya Polis melakukan tugas sebenar mereka dengan menahan orang yang sebenar-benarnya bersalah dalam hal ini. Najib Razak harus ditangkap atas kemasukan wang secara haram ke dalam akaun peribadinya, yang bercanggah dengan prinsip seorang penjawat awam, apatah lagi seorang Perdana Menteri walau apapun alasannya. Bukan menahan rakyat yang bersuara menuntut agar keadilan dikembalikan kepada yang hak.

Mahasiswa bersolidariti bersama semua tahanan yang ditangkap hari ini dan semalam. Tindakan mereka ini lahir atas rasa cinta terhadap negara dari terus dirobek pemerintah yang korup, bukan ingin memusnahkan negara. Bebaskan mereka dan tangkap penjenayah besar yang sedang berada di Putrajaya sana. Membina Kesatuan, Mengukuh Perjuangan.

* Nazrul Nazir merupakan Setiausaha Kesatuan Mahasiswa Malaysia (KESATUAN)

Sumber DD - 1-8-2015

Surat terbuka, mahasiswa dituduh burukkan nama UIAM

| .


KUALA LUMPUR: We Unite For Islam (Wufi) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak pentadbiran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menghantar surat tunjuk sebab kepada seorang pemimpin pelajar atas tuduhan memburukkan nama universiti.

Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa UIAM (SRC), Hanif Mahpa menerima surat tunjuk sebab daripada Pejabat Penasihat Undang-Undang (Legal Unit) dan Pejabat Keselamatan (Office of Security and Management) UIAM selepas menulis surat terbuka kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai isu 1MDB.

Surat yang berjudul Surat Kepada YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia: Kenyataan Bersama Isu 1MDB Dan Ketelusan Kerajaan oleh Mahasiswa UIAM itu menggesa Muhyddin mengambil alih kepimpinan negara dengan segera demi keberlangsungan negara.

Pengerusi Wufi, Azzan Aznan berkata, tindakan pentadbiran UIAM itu jelas menunjukkan sikap UIAM yang lebih gemar 'merobotkan mahasiswa' apabila menghalang mahasiswa bersuara mengenai kepincangan pentadbiran negara.

"Pada hemat kami, isi surat tersebut langsung tidak menggambarkan seolah olah pihak pemimpin mahasiswa memburukkan nama universiti. Surat tersebut malahan mendapat sokongan positif daripada pelbagai pihak antaranya ahli akademik dan ahli politik kerana idea yang diusulkan itu sangat konkrit dan tuntas.

"Kami mengajak pihak pentadbiran terutamanya Datuk Mizan Hitam untuk membaca surat tersebut dengan hati yang terbuka tanpa prejudis," kata beliau dalam kenyataan yang turut disokong jurucakap Wufi, Azkar Zahidi.

Justeru beliau menggesa pihak pentadbiran UIAM menarik semula surat tersebut kerana ia akan lebih memburukkan nama universiti.

"Mahukah sekiranya nama UIAM digelar sebagai “Universiti Jadong”?. (Jadong disini bermaksud jahat, bodoh dan sombong)," tegasnya. - HARAKAHDAILY 9/7/2015

Sumber HD - 9-7-2015





















































































































































































































UIA2: Gugurkan pertuduhan, kembali hak akademik pelajar

SOLIHIN ROZALI | .

Majlis Perwakilan Pelajar UIAM membantah tindakan pihak pentadbiran tertinggi UIAM di atas pertuduhan yang dikenakan ke atas dua orang pelajar MPP UIAM kerana telah menganjurkan satu Forum GST baru-baru ini.

Presiden MPP, Hanif Mahpa dan Exco Sekretariat Akademik dan Intelektual, Afiqah Zulkifli telah menerima surat salah laku disiplin daripada Pejabat Penasihat Undang-Undang UIAM.

Pertuduhan yang disabitkan ke atas mereka adalah di bawah peraturan 3(iii)(d) Peraturan Disiplin Pelajar 2004 (pindaan 2006) atas dakwaan menganjurkan program (Forum GST) yang tidak mendapatkan kelulusan Universiti.

Proses pendengaran dan pembacaan pertuduhan akan dijalankan pada 7 Julai ini bertempat di Pejabat Penasihat Undang-Undang UIAM.

Dakwaan yang dikenakan ke atas mereka adalah amat tidak wajar kerana pihak MPP telah melalui prosedur dan proses yang betul mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh universiti sendiri sebelum program forum tersebut berlangsung.

Forum yang menampilkan Rafizi Ramli, Lokman Adam dan Pegawai Kastam yang ingin dianjurkan dalam suasana yang aman dan penuh ilmiah ini tidak seharusnya disekat oleh pihak pentadbiran kerana ianya bersifat akademik.

Penglibatan ahli politik sebagai ahli panel juga adalah disebabkan keterlibatan mereka dalam pembuatan sesuatu dasar dalam negara. Mereka yang mengusulkan sesuatu usul dan mereka juga meluluskan sesuatu usul atau dasar yang ingin dibuat.

Ahli panel yang dijemput juga terdiri daripada dua-dua pihak iaitu kerajaan dan pembangkang. Bahkan wakil daripada kastam sebagai pelaksana juga turut dijemput. Adalah tidak wajar seandainya forum GST ini dibatalkan kerana motif dari satu pihak sahaja.

Forum GST juga diadakan untuk memberikan pendedahan mengenai 'Apa itu GST?' yang mungkin menjadi persoalan besar masyarakat terutamanya mahasiswa dan mahasiswi. Bukan itu sahaja, forum sebegini perlu digalakkan dan dipupuk agar dengan penjelasan yang jelas, kita lebih cakna dengan kebaikan mahupun kelebihan sesuatu dasar.

Kami juga tidak berpuas hati dengan sikap putar belit dan manipulasi yang telah dilakukan oleh pihak pentadbiran UIAM. Ia seolah-olah telah dipengaruhi  dan mendapat tekanan daripada parti politik tertentu demi menyekat mahasiswa daripada menganjurkan program atau forum yang merugikan pihak mereka.

Sewajarnya, agenda Intelektual yang diperjuangkan oleh Universiti Islam bertaraf antarabangsa ini diangkat martabatnya. Kami percaya, sekiranya sebarang sekatan kepada apa jua aktiviti perbincangan, forum, dialog ataupun wacana yang ingin dijalankan dalam ruang lingkup yang aman dan harmoni ini masih berterusan, maka agenda intelektual yang diperjuangkan oleh Universiti sendiri sukar untuk dicapai.

Oleh itu, Majlis Perwakilan Pelajar UIAM menuntut agar pihak pentadbiran universiti menggugurkan semula dakwaan yang dikenakan ke atas dua orang MPP UIAM dan kembalikan semula hak kebebasan akademik para pelajar. - HARAKAHDAILY 30/6/2015

Penulis ialah Exco Kebajikan Majlis Perwakilan Pelajar UIAM.

Sumber HD - 30-6-2015

Semak semula Auku kes UKM13, UIA2

| .



RAMADAN ini menyaksikan dua kes panggilan menghadap mahkamah melibatkan 13 mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)dan dua mahasiswa Universiti Islam Malaysia (UIA) dan ia merupakan satu tindakan pihak Universiti yang tidak berasas.

Mahasiswa yang dipanggil bicara ini dituduh kerana mempertahankan hak mereka, iaitu menggesa pihak pentadbiran UKM menyelesaikan masalah air bagi UKM manakala di UIA pula adalah kerana menganjurkan forum akademik.

Kami di pihak KESATUAN menyifatkan tindakan kedua buah universiti ini sebagai sesuatu yang tidak bijak. Hal ini kerana, gesaan penyelesaian masalah air dan anjuran forum akademik adalah hak dan keperluan sebagai mahasiswa. Sepatutnya peranan pihak universiti adalah memberikan solusi yang konstruktif, bukan menyekat kebebasan mahasiswa. Namun, malangnya pentadbiran universiti lebih memilih untuk menyekat tindakan mahasiswa yang bersifat progresif ini. Tindakan mahasiswa ini adalah sebenarnya terlahir daripada falsafah pendidikan yang diimani mereka.

Jika dikoreksi dua tahun ini 2014 dan 2015, sebanyak 51 mahasiswa telah dikenakan tindakan tatatertib hanya kerana mempertahankan hak mereka. Paling terdekat, lapan mahasiswa UM dikenakan tindakan atas penganjuran program yang memberi ruang sama rata kepada dua belah pihak dalam politik Malaysia untuk menyatakan pandangan. Begitu juga kes tiga mahasiswa UIA dihadapkan ke Mahkamah Universiti kerana berucap di luar pagar Universiti. Dan banyak lagi kes yang berlaku sepanjang dua tahun ini.

Persoalannya sampai bila mahasiswa perlu disekat dari menyatakan pendirian, menuntut hak, dan menganjurkan program? Di mana matlamat untuk melahirkan mahasiswa unggul setaraf Universiti Oxford seperti diimpikan jika mahasiswa disekat kebebasan mereka?

Oleh yang demikian, sebagai bakal peneraju ketamadunan Malaysia,

1. Kami menggesa pihak SUHAKAM menyatakan pendirian secara terbuka berkenan kes UKM13, UIA2 dan semua kes yang berlaku ke atas mahasiswa sepanjang 2 tahun ini dalam masa tiga hari.
2. Kami menuntut agar pihak universiti berkelakuan seperti sebuah entiti pendidikan dan tidak menyekat hak dan kebebasan kami untuk bersuara dan menganjurkan program.

3. Kami juga mendesak SUHAKAM dan Kementerian Pelajaran Malaysia supaya menyemak kembali Akta Universiti dan Kolej Universiti serta Peraturan Universiti yang bertentangan dengan hak dan kebebasan bersuara seperti termaktub dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Kami tidak akan berkompromi dengan segala usaha untuk menyekat kebebasan akademik. Kami akan terus memperjuangkannya demi masa depan mahasiswa dan negara yang tercinta. - HARAKAHDAILY 29/6/2015

(Khairol Najib Hashim ialah Pengerusi Kesatuan Mahasiswa Malaysia)

Sumber HD - 29-6-2015














































































































PENINDASAN DAHSYAT DALAM SEJARAH MODEN MESIR - PMIUM


DR MUHAMMAD MORSI - PRESIDEN MESIR YANG DIGULINGKAN GENERAL AS SISI



Sumber HD - 25-5-2015

Nilai sebenar kerajaan mahasiswa















































































































MOHAMAD AMMAR ATAN | .


KERAJAAN mahasiswa adalah suatu bentuk kuasa yang mesti diberikan perhatian dan diambil perhitungan. Dalam lipatan sejarah universiti, masyarakat dan negara, sama ada dilihat secara universal atau secara perbandingan, misalnya, antara Asia dengan benua-benua lain, atau antara dunia ketiga dengan dunia-dunia lain, atau di negara ini sendiri, sama ada di peringkat sesebuah universiti atau di peringkat nasional, gerakan mahasiswa mempunyai sejarahnya yang tersendiri.

Walau apapun pengakuan, pengiktirafan dan penafsiran yang diberikan terhadap Kerajaan Mahasiswa, hakikatnya ia adalah atu proses yang amat dinamik dan progresif, sama ada kepada proses pembangunan universiti, masyarakat dan negara, atau sekurang-kurangnya kepada para aktivis dan pendokongnya.

Oleh itu, perjalanan kerajaan mahasiswa ini perlu direncanakan dengan penuh bijaksana sebagai penunjuk arah bagi gerakan akan datang serta mampu memberikan manfaat sepenuhnya kepada pembangunan mahasiswa, universiti, masyarakat dan negara.

Jikalau kita merujuk buku-buku atau kertas kerja tentang sejarah gerakan mahasiswa seperti Mahasiswa Mengugat, Study, Power and the University, Mahasiswa Selepas Akta dan Kalau Saya Mahasiswa, kebanyakannya mencatatkan peranan mahasiswa sebagai kuasa besar atau kuasa ketiga yang menjadi penimbang tara kepada kerajaan, pembangkang dan juga sebagai pembela rakyat.

Peranan mahasiswa dalam dunia politik bukan sahaja hanya dalam ruang lingkup kampus, tetapi mencakupi kehendak rakyat dan seluruhnya. Dalam mendefinisikan maksud “Kerajaan Mahasiswa”, saya melihat kerajaan mahasiswa merupakan identiti yang cukup padu dan bersama, yang mana seharusnya Kerajaan Mahasiswa tidak terkongkong atau dikongkong kepada mana-mana pegangan parti politik, individu dan sebagainya. Ini kerana Gerakan atau Kerajaan Mahasiswa perlu bergerak atas idealisme mahasiswa serta mempunyai prinsip perjuangn yang jelas dan utuh.

Kerajaan mahasiswa bukanlah suatu perkara yang retorik, kerana sejarah telah membuktikan kehebatan dan kebangkitan mahasiswa dalam pelbagai lapangan. Kerajaan mahasiswa juga merupakan badan atau gerakan yang mempunyai kuasa membuat keputusan bersama, secara bebas tanpa birokrasi pihak lain tidak sepertimana konteks kita pada hari ini di mana badan-badan mahasiswa kebanyakannya dikawal oleh HEP yang diwujudkan untuk mengawal gerakan mahasiswa pasca AUKU.

UMSU atau nama lainnya PMUM merupakan badan yang ditubuhkan pada 1958 di Kuala Lumpur. Pengerusinya ialah Gurnam Singh, manakala Setiausaha Umumnya ialah V. Selvaratnam. Jumlah mahasiswa UM di Kuala Lumpur pada masa itu ialah lebih kurang 300 orang.

PMUM merupakan kesatuan pelajar di Universiti Malaya yang ditubuhkan oleh mahasiswa sendiri dan ahli tertinggi PMUM dipilih melalui proses pilihan raya secara demokrasi. Menariknya, Pilihan Raya Kampus bagi memilih ahli tertinggi UMSU dilakukan dan dikawal selia sendiri oleh mahasiswa. Pada era 60-an PMUM merupakan satu-satunya badan kesatuan mahasiswa yang mempunyai ketumbukan gerakan yang sebenar-benarnya sehingga telah menggegarkan arena politik Malaysia.

Perlu kita ingat bahawa PMUM pada era 60-an mempunyai autonomi dalam membuat keputusan, menguruskan dana dan kewangan mereka, mereka mampu membiayai pembelian bas bagi kegunaan mahasiswa pada ketika itu, mampu menjalankan aktiviti politik dan aktivisme masyarakat, dan sudah pasti pada ketika itu tiada HEP atau apa-apa badan lain yang mengawal mahasiswa.

Sejarah telah membuktikan bahawa tanpa adanya badan yang diberi nama HEP (Hal Ehwal Pelajar), mahasiswa mampu dan berjaya untuk mentadbir hal ehwal mahasiswa melalui apa yang dipanggil sebagai “Kerajaan Mahasiswa”.

Justeru saya melihat tiada lagi alasan kukuh yang mampu diberikan oleh pihak kerajaan. Jadi, tidak lain tidak bukan alasannya hanyalah untuk mengawal aktivisme mahasiswa dikampus dan mengongkong gerakan mahasiswa supaya mandul dan yang lebih penting tidak menentang sebarang dasar atau keputusan pihak kerajaan.

Berani untuk saya katakan bahawa tertubuhnya AUKU ini adalah disebabkan gelombang kebangkitan mahasiswa pada era 60-an yang telah menganggu gugat kerajaan khususnya apabila PMUM memainkan peranan dalam Pilihan Raya Umum pada Mei 1969 dengan mengadakan 13 perhimpunan umum dalam bulan April dan Mei, sehingga menyebabkan kerajaan kehilangan 2/3 majoriti dalam parlimen.

Rakan-rakan pembaca sekalian, situasi ini bukan sahaja dapat dilihat hanya di Malaysia, namun kita dapat lihat suatu senario yang jauh lebih hebat dan mengegarkan. Gerakan mahasiswa China 1989 telah mencatatkan salah satu sejarah kebangkitan terbesar mahasiswa seluruh dunia.

Ribuan mahasiswa dan golongan pekerja telah keluar kejalan raya menuju ke Dataran Tiananmen sebagai langkah menuntut keterbukaan, hak asasi dan demokrasi China. Protes ini dilihat menjadi tragedi apabila kerajaan komunis China bertindak ganas dengan mengarahkan tentera menembak ke arah para demonstran dan ribuan rakyat telah terbunuh pada 4 Jun 1989.

Tambah menarik untuk kita teliti adalah apabila majalah The Times, April 1998 telah meletakkan salah seorang mahasiswa yang terlibat dalam protes ini yang hanya dikenali sebagai ‘unknown rebel’ dalam senarai ‘100 Most Influencial Person’ majalah tersebut.

Mahasiswa ini terus menjadi perhatian dunia kerana tindakan beliau yang menahan dan menghalang seangkatan kereta kebal tentera yang cuba untuk memasuki Dataran Tiananmen selepas tragedi berdarah 4 Jun 1989 yang membunuh hampir 2,500 orang golongan pekerja dan mahasiswa akibat ditembak tentera.

Begitu juga apa yang berlaku di Tunisia. Pada hemat saya, kebangkitan Arab termasuk Libya, Mesir, Syria, Yaman, Bahrain dan lain-lain bermula di Tunisia. Kuncinya adalah kepada peristiwa yang menimpa seorang graduan iaitu Muhammad Bouazizi.

Anak muda berusia 26 tahun yang baru sahaja selesai zaman mahasiswa ini cuba untuk mendapatkan pekerjaan namun tidak berjaya lalu cuba untuk berniaga sendiri dengan menjual sayur secara kecil-kecilan.

Akibat tidak diberikan lesen, kereta jaja sayurnya telah disita oleh pihak berkuasa tempatan. Beliau cuba membuat laporan polis, tetapi ditampar dan dipukul. Bouazizi juga cuba untuk membuat aduan kepada pihak atasan tetapi beliau tidak diendahkan.

Keadaan Bouazizi boleh diibaratkan seumpama sudah jatuh ditimpa tangga. Dek kerana tidak tahan dengan kebobrokan sistem yang ada di bawah 25 tahun pemerintahan Ben Ali dan isterinya, Laila Ben Ali, beliau telah mengambil tindakan protes dengan membakar diri dan tidak lama selepas itu meninggal dunia. Natijah daripada tindakan ini telah mencetuskan kebangkitan bukan sahaja kepada rakyat Tunisia malah seluruh Tanah Arab.

Tindakan Bouazizi telah diangkat dan dibela oleh Ketua Kesatuan Ulama Sedunia, SyeikhDr Yusuf al-Qaradhawi. Ulama Syria, Ahmad Muaz al-Khatib al-Hasani berpendapat bahawa Bouazizi adalah pejuang rakyat dan tidak dianggap membunuh diri. Beliau umpama lilin yang membakar diri, mempercepatkan kebangkitan rakyat menentang kezaliman dan kerakusan kuasa Ben Ali.

Rakan-rakan pembaca sekalian, agenda Kerajaan Mahasiswa ini merupakan penterjemahan kesatuan semangat anak muda ke dalam kerangka organisasi.

Ia melambangkan satu organisasi yang lengkap dan bebas, tetapi apa yang perlu ditegaskan kepada kalian ialah prinsip atau ciri-ciri sebuah kerajaan mahasiswa yang seharusnya mempunyai semangat, idealisma, kebebasan, kelantangan, kesatuan, keberanian, sifat ikhlas, tidak mengerti erti penat, serta sanggup mengorbankan jiwa raga demi membela dan membangunkan rakyat dan negara.

Justeru jika kita lihat dan teliti, kebanyakan gerakan mahasiswa mempunyai ciri-ciri yang telah disebutkan ini, sama ada semua ciri atau beberapa ciri. Menjulang dan mengangkat semula nama kerajaan mahasiswa! – HARAKAHDAILY 19/5/2015

Penulis ialah Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya 2014/2015

Sumber HD - 19-5-2015

Malaysia patut jadi contoh bantu pelarian Rohingya
















































































































HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Malaysia selaku pengerusi Asean perlu segera menyediakan bantuan kemanusiaan asas seperti makanan, tempat tinggal dan keperluan perubatan kepada pelarian Rohingya dan Bangladesh yang kini terabai di laut tanpa keperluan asas yang mencukupi.

"Kerajaan di bawah pemerintahan Datuk Seri Najib Razak perlu menjadi negara contoh kepada negara lain," ujar Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), Ammar Atan.

Beliau berkata, sepatutnya kerajaan lebih bersiap sedia menghadapi krisis serantau seperti ini dan beberapa laporan media menganggarkan hampir 8,000 orang pelarian kini berada di tengah laut dan menanti dibenarkan masuk ke Indonesia, Thailand atau Malaysia.

"Isu ini bukan sahaja isu kemanusiaan tetapi juga isu kepimpinan moral yang seharusnya Malaysia ke depan," katanya lagi.

Tambahnya, siasatan penuh terhadap isu pemerdagangan manusia di sempadan Thailand-Malaysia perlu dilakukan dan mereka yang bersalah perlu dibawa ke muka pengadilan.

Kata beliau, kerajaan perlu bertindak segera untuk menyelamatkan etnik Rohingya daripada terus terseksa kelaparan dan lemas disebabkan keadaan yang sempit di dalam bot.

PMUM juga, ujarnya menyeru agar pemimpin Malaysia menyahut seruan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan komuniti antarabangsa untuk menyalurkan bantuan segera. - HARAKAHDAILY 16/5/2015

Sumber HD - 16- 5-2015

Bantah pendakwaan, solidariti untuk 3 mahasiswa UIAM

| .


KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Pusat menyifatkan tindakan pentadbiran Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) menghadapkan tiga mahasiswa ke Mahkamah Universiti bercanggah dengan hak kebebasan berhimpunan dan bersuara.

Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, kebebasan berhimpun dan bersuara telah dijamin oleh oleh Perlembagaan Persekutuan.

Tambahan pula, perhimpunan tersebut diadakan di luar perkarangan Universiti.

Pihak Pentadbiran UIAM membawa tiga orang mahasiswanya ke Mahkamah Universiti kerana didakwa terlibat dalam Pidato Umum- Jelajah Mahasiswa’ yang disifatkan sebagai perhimpunan haram.

Tiga orang mahasiswa terbabit Abdul Malik Abd Razak, Muhammad Mujahid Mohd Sulaiman dan Muna ‘Adila Che Rime.

Mereka telah menerima surat hadir mendengar pertuduhan pada hari ini berhubung keterlibatan di dalam Pidato Umum- Jelajah Mahasiswa, Bebaskan Universiti, Kerajaan Mahasiswa yang diadakan pada 7 November 2014 lepas.

"Ketiga-tiga mahasiswa tersebut bukannya melakukan jenayah atau salah laku moral. Mereka hanya menjalankan sebahagian daripada tugas mahasiswa untuk menjadi agen penerangan kepada masyarakat terutamanya komuniti mahasiswa sebagai ‘semak dan imbang’ kepada parti politik dan kerajaan," katanya kepada Harakahdaily.

Tindakan pihak UIAM itu katanya, menyekat aktiviti dan aspirasi mahasiswa dengan kuasa undang-undang yang disalahgunakan seperti ini sekali gus akan menyekat pembangunan dan kelestarian kepimpinan generasi muda yang akan merugikan masa depan bangsa dan tanah air.

"Datuk Seri Rais Yatim, replika keris dan khat Iqra’ ala Umno adalah lambang pengaruh dan kuasa Umno mentadbir UIAM. Ayuh kita bersolidariti untuk UIA3M hari ini, bebaskan universiti daripada cengkaman Umno," ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus. - HARAKAHDAILY 21/4/2015

Sumber HD - 21-4-2015


















































































































Gamis bantah pertuduhan terhadap 3 pelajar UIAM

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) menyatakan sebulat bantahan terhadap tuduhan yang dikenakan ke atas tiga orang mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Mereka terdiri daripada bekas Presiden Gamis, Abdul Malik Abd Razak, Muhammad Mujahid Mohd Sulaiman (mantan Pengerusi Pro-M) dan Muna 'Adila Che Rime (Timbalan Pengerusi MPN Gamis).

Menurut Presiden Gamis, Mohd Imran Md Ishak, mereka telah menerima surat hadir mendengar pertuduhan pada 21 April ini (Selasa) berhubung keterlibatan dalam program Pidato Umum-Jelajah Mahasiswa, Bebaskan Universiti, Kerajaan Mahasiswa yang diadakan pada 7 November 2014 lepas.

Katanya, mereka yang juga ahli Gamis dikenakan tuduhan menyertai perhimpunan haram di simpang menuju ke pintu masuk utama UIAM yang merupakan kawasan di bawah kawalan pihak universiti.

Mereka, ujarnya dikenakan tuduhan melanggar peraturan 9(3) di dalam buku peraturan disiplin pelajar 2004 (pindaan 2006).

"UIAM sebagai institusi pengajian berbasiskan Islam, adalah tidak wajar mengenakan tindakan sebegitu rupa seolah-olah Islam dilihat menyekat pandangan manusia untuk bersuara," katanya lagi.

Tegasnya, Gamis tetap berpandangan peraturan disiplin pelajar UIAM adalah lebih kejam dan menyekat kebebasan bersuara mahasiswa di dalam kampus mahupun di luar yang dikatakan di bawah kawalan pentadbiran berbanding Auku pindaan 2012.

Oleh itu, katanya beberapa gesaan telah disenaraikan sebagai tanda bantahan terhadap tindakan tersebut:

1) Gamis menggesa pihak pentadbiran UIAM untuk memberi hak bersuara dan keterlibatan politik kepada pelajarnya dengan juga meminda peraturan universiti tersebut.

2) Gamis juga menggesa pihak Kementerian Pelajaran Malaysia mengkaji semula sejauh mana relevannya peraturan disiplin pelajar UIAM dalam memastikan pimpinan yang dilahirkan mampu memimpin masyarakat pada masa akan datang.

3) Gamis juga komited bersama 3 orang mahasiswa UIAM dalam memastikan mereka diputuskan tidak bersalah dan ia tidak mampu melemahkan dan mematikan idealisme mahasiswa. - HARAKAHDAILY 19/4/2015

Sumber HD - 19-4-2015


GST: Mahasiswa dan memasa

Posted on Monday, April 13 @ 21:28:25 MYT by paktam

Oleh Fikri Ahmad 


Saya kira umum mengetahui memasak di kawasan kampus bukanlah satu perkara yang dibolehkan bahkan bakal dikenakan saman sekiranya mahasiswa berbuat sedemikian. 

Isu yang membarah bukanlah hanya seputar saranan penjimatan tetapi lebih kepada bagaimana kerajaan dapat mengurangkan kos sara hidup yang semakin membebankan sebelum dan pasca Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).


Langkah Timbalan Menteri untuk berkongsi CGPA semasa zamannya bukanlah sesuatu yang ditagih masyarakat, tetapi yang lebih penting adalah bagaimana CGPA itu mampu mengurus kekayaan negara supaya jurang pendapatan dapat diatasi. Saya sangat berharap agar Timbalan menteri dapat menjadikan GINI Coeficcient Indicator (satu indeks yang digunakan dunia dalam mengukur jurang kemiskinan) sebagai KPI kerajaan dalam RMK 11.
Saranan Timbalan Menteri Kewangan tentang GST kepada mahasiswa di UITM akan lebih enak sekiranya beliau mampu membentangkan usaha kementerian untuk mengurangkan beban misalnya melalui pelbagai insentif seperti berikut :

1) Endowment fund atau zakat fund di setiap universiti akan disalurkan ke setiap kafe dan kiosk universiti bagi mengawal harga makanan.

2) Mewujudkan pelbagai insentif khusus bagi mahasiswa untuk mengembangkan potensi perniagaan bagi menampung beban melalui agensi Kementerian Kewangan.

3) Menyelaras semula subsidi yang diberikan kepada setiap Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) berdasarkan kemampuan bukannya 'blanket subsidy'. Mereka yang mempunyai wang lebih sepatutnya bayar yuran lebih, dan yang tidak mampu sewajarnya tidak perlu langsung membayar yuran pengajian.

4) Menggunakan sebahagian kutipan gst untuk meringankan beban mahasiswa. Misalnya memperkenalkn program wang saku mahasiswa.

Mahasiswa selaku ejen intelektual masyarakat lebih berminat dengan pelan tindakan yang boleh diusahakan oleh kedua-dua pihak.

Kami lebih bingung apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan sektor pendidikan bebas GST, namun realitinya berbeza. Apabila ada universiti sudah mulakan senarai baru GST hatta untuk servis dalam universiti.

Mahasiswa sukar untuk menerima saranannya untuk meminta mahasiswa berjimat dan mengubah gaya hidup apabila kami berputih mata melihat gaji menteri naik lebih 40%. Apatah lagi apabila diwar-warkan lebih 80% pekerja yang tidak mampu membayar cukai kerana gaji mereka di bawah RM4,000.

Mahasiswa bukan tidak ingin berjimat tetapi kalau baki pinjaman PTPTN cuma RM 250 sebulan, penjimatan yang bagaimanakah lagi boleh kami lakukan? Saya pernah menyaksikan sahabat saya yang cuma mampu makan sehari sekali sebelum GST, apalagi pilihan sahabat saya ada selepas GST?

* Penulis merupakan Ahli Parlimen Belia Selangor dan mantan Presiden MPP UIAM

Sumber DD - 14-4-2015

ILMAM Seru Pemimpin, Ahli PMRAM Teruskan Komitmen


Oleh : Syed Abdul Kadir Aljoofre

ILMAM Malaysia sedang mengikuti dengan teliti perkembangan yang berlaku melibatkan pembekuan pendaftaran PMRAM oleh pihak kerajaan Mesir ketika ini. Sebagai NGO yang menjadi payung kepada graduan mahasiswa dan mahasiswi daripada Mesir, ILMAM mengambil berat serta sensitif dengan berita ini.



Jika diimbau kembali sejarah 85 tahun penubuhannya, PMRAM pernah menghadapi situasi pembekuan pendaftaran seperti ini dalam Muktamar Luar Biasa pada 16 April 1976 hingga tahun 1979. Justeru, ILMAM menyeru kepada seluruh pimpinan dan ahli PMRAM agar terus bertenang, berikan komitmen sepenuhnya terhadap pengajian yang sedang berlangsung serta bersatu dalam melaksanakan empat resolusi Persidangan Khas yang telah diputuskan.

Pihak ILMAM juga berharap agar ujian yang sedang dihadapi ini dapat menguatkan lagi azam seluruh pimpinan dan ahli PMRAM untuk melaksanakan amanah dengan lebih baik termasuklah menjaga kebajikan ahli serta menjadi mata rantai dalam mengukuhkan ikatan antara pimpinan, ahli, BKAN dan cawangan.

ILMAM mendoakan yang terbaik kepada PMRAM agar ditunjukkan jalan yang terbaik untuk keluar daripada ujian ini.

***Syed Abdul Kadir Aljoofre adalah PRESIDEN PERTUBUHAN LEPASAN MAHASISWA MESIR MALAYSIA (ILMAM)


Sumber BO - 3-4-2015

YURAN PENGAJIAN : PKPIM KESAL RESPONS MELULU JKNC R / IPTA - PKPIM




http://www.harakahdaily.net/index.php/surat-pembaca/34658-yuran-pengajian-pkpim-kesal-respons-melulu-jknc-r-ipta

Sumber HD - 1-4-2015



GST : YURAN PENGAJIAN DAN  ASRAMA IPTA KEKAL - PENGERUSI JK NAIB CANCELOR DAN REKTOR


BRIG GEN DATUK PROF DR KAMARUDIN HUSSIN

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/34636-gst-yuran-pengajian-dan-asrama-ipta-kekal

Sumber HD - 31-3-2015


BEKU DAFTAR PMRAM FOKUS JAYAKAN 4 RESOLUSI - PRESIDEN PMRAM



http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/34626-beku-daftar-pmram-fokus-jayakan-4-resolusi

Sumber HD - 31-3-2015

























































































































GST : SISWA MENGADU YURAN PENGAJIAN ASRAMA NAIK -  PKPIM

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/34612-gst-siswa-mengadu-yuran-pengajian-asrama-naik


Sumber HD - 30-3-2015

GST: Yuran KTMB i-Card Student naik mulai 1 April

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Tarikh 1 April 2015 ini dinantikan oleh banyak pihak. Masing-masing menunggu adakah pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ini memberi manfaat kepada rakyat atau beban.

Yang pasti, pengumuman demi pengumuman kenaikan bayaran pelbagai perkhidmatan dan barangan.

Sebelum ini, rakyat sudah dimaklumkan akan kenaikan tambang pengangkutan awam – bas dan teksi.

Yang terbaharu ialah pengumuman oleh Kereta api Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan kenaikan yuran produknya.

Dalam laman rasmi KTMB www.ktmintercity.com.my memaklumkan bahawa yuran tahunan KTMB i-Card Student akan dinaikkan daripada RM30 kepada RM31.80 bermula 1 April ini.
  
Kenaikan itu ekoran pelaksanaan caj enam peratus GST oleh kerajaan mulai Rabu depan.

Sebelum ini, pada 17 Mac 2015 lalu pendaftaran atau pembaharuan KTMB i-Card Youth telah dimansuhkan berkuatkuasa berikutan arahan pengurusan KTMB untuk menyeragamkan penggunaan KTMB i-Card Youth dan KTMB i-Card Student.

Namun, bagi pemegang KTMB i-Card Youth yang telah sedia ada mempunyai kad, mereka boleh menggunakan kad tersebut seperti biasa semasa pembelian tiket di kaunter sehingga tamat tempoh kad.

Kad KTMB i-Card dikhususkan kepada golongan pelajar yang berumur 13 hingga 19 tahun.  – HARAKAHDAILY 27/3/2015

Sumber HD - 27-3-2015


MENGAPA SAYA BUAT ADUAN JENAYAH SYARIAH QAZAF - SAUJANA UNDANG-UNDANG SYARIAH UIAM



http://www.harakahdaily.net/index.php/surat-pembaca/34078-mengapa-saya-buat-aduan-jenayah-syariah-qazaf

Sumber HD - 27-2-2015


PMUKM SEDIA BINCANG JAYAKAN DEBAT HANIPA - SHAFEE - PMUKM


YB HANIPA MAIDIN - AJK PAS PUSAT


TAN SRI SHAFEE ABDULLAH - PEGUAM DAKWA KES LIWAT 2 DSAI

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33966-pmukm-sedia-bincang-jayakan-debat-hanipa-shafee

Sumber HD - 21-2-2015


KULIAH JUMAAT TGNA ITU MEMBERI KESAN DALAM JIWA SAYA - PELAJAR PHd SAINS POLITIK ISLAM, UM



http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33912-kuliah-jumaat-tgna-itu-memberi-kesan-dalam-jiwa-saya

Sumber HD - 17-2-2015


HARGA MINYAK TURUN, UM MAKAN DUIT PELAJAR - BEKAS PRESIDEN PMUM


FAHMI ZAINOL - BEKAS PRESIDEN PMUM

http://www.harakahdaily.net/index.php/surat-pembaca/33753-harga-minyak-turun-um-makan-duit-pelajar

Sumber HD - 9-2-2015


WORLD INTERFAITH HARMONY - GAMIS SARAN CARA LAIN - PRESIDEN GAMIS



http://www.harakahdaily.net/index.php/surat-pembaca/33683-world-interfaith-harmony-gamis-saran-cara-lain

Sumber HD - 6-2-2015


KEPIMPINAN BARU GAMIS IKRAR TERUSKAN AGENDA - GAMIS


http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/33660-kepimpinan-baru-gamis-ikrar-teruskan-agenda

Sumber HD - 5-2-2015

































































































































UM larang anjur aktiviti politik, notis membabi buta - Presiden PMUM

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33147-um-larang-anjur-aktiviti-politik-notis-membabi-buta


Sumber HD - 8-1-2015

PMUM sekali lagi bersolidariti bersama UM8

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Selepas kegagalan mencapai kata putus bersama Naib Canselor dan TNC HEP pada Isnin yang lalu agar pertuduhan dan hukuman kepada UM8 digugurkan segera, Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) sekali lagi tampil bersolidariti bersama UM8.

"Kami dimaklumkan hari esok kesemua mangsa UM8 akan pergi menghantar surat rayuan kepada Naib Canselor menuntut agar hukuman itu digugurkan dengan segera," ujar Presiden PMUM, Mohd Ammar Atan.

Katanya, PMUM berharap agar intipati rayuan tersebut dapat dipenuhi agar memberikan keadilan buat kesemua mangsa UM8 terutama yang telah digantung pengajian serta-merta.

"Jika di dalam pertemuan saya bersama Naib Canselor beliau sering kali membangkitkan berkaitan prosedur, maka kami cukup berharap dengan lunas prosedur yang mereka ikuti ini dapat memberikan keadilan buat mereka," ujarnya lagi.

Menurutnya, umum mengetahui keputusan yang telah dijatuhkan tersebut langsung tidak adil dan tidak perikemanusian.

"Rakan-rakan kami yang telah mengikuti pengajian selama 13 minggu dan hanya berbaki 1 minggu sahaja untuk menghabiskan pengajian semester ini tidak dapat dilakukan selepas hukuman tersebut berkuatkuasa serta-merta pada semester ini," katanya lagi.

Tambahnya, PMUM percaya dengan semangat juang yang tinggi yang mereka miliki, ini tidak akan mematahkan semangat mereka dan PMUM komited bersolidariti bersama rakan UM8 atas dasar kesedaran dan bukan semangat individu atau kepartian.

Katanya lagi, PMUM akan terus membantu dan memperjuangkan mana-mana mahasiswa yang ditindas oleh mana-mana pihak.

"Maka, sebagai tanda solidariti dan sokongan buat mereka saya menyeru kesemua mahasiswa/i untuk hadir beramai-ramai ke bangunan Canseleri pada hari esok (Jumaat) jam 10.30 pagi mengiringi kesemua mangsa UM8 menghantar surat rayuan tersebut," ujarnya. - HARAKAHDAILY 18/12/2014



































































































































Gantung mahasiswa: 33 mangsa AUKU perlu bersatu

JAMHURI MOHAMED | .
KEENGGANAN pihak Universiti Malaya melayan tuntutan mahasiswa yang memenuhi kawasan Universiti agar menggugurkan segala hukuman ke atas tujuh pelajar mereka serta menghalang penyerahan memorandum daripada beberapa ahli parlimen yang menuntut perkara sama seharusnya menyebabkan semua mahasiswa yang menentang ketidakadilan dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), khsususnya 33 mangsa AUKU supaya bersatu.

Penyerahan memorandum semalam adalah kemuncak terhadap tuntutan mahasiswa supaya hukuman yang dikenakan terhadap mereka melalui AUKU ditarik balik. Hal ini kerana hukuman itu jelas bercanggah dengan prinsip perlembagaan negara.

Kesemua aktivis mahasiswa yang pernah dikenakan AUKU seharusnya kembali segar memperjuangkan semula pemansuhan akta yang banyak mengekang pergerakan mereka sebelum ini.

Kita tidak boleh berjuang separuh jalan. Ramai antara kita yang apabila dikenakan AUKU terus hilang daripada perjuangan. Sedangkan tanpa kita sedari ini, satu lagi peluang keemasan untuk mencabar AUKU pada peringkat tertinggi bagi membuktikan hukuman yang dikenakan terhadap kesemua bekas mangsa AUKU adalah tidak sah dan tidak adil.

Saya ingin mengingatkan kembali kepada 15 rakan-rakan dari Universiti saya sendiri yang pernah dikenakan AUKU tahun lalu agar bangkit daripada tidur yang lena supaya penguasa di atas sana tidak terus leka terhadap tuntutan mahasiswa.

Angka 33 ini menunjukkan betapa terdesaknya pihak Universiti hingga menggunakan AUKU dengan rakusnya bagi mengekang segala aktiviti mahasiswa.

Perjuangan menentang AUKU ini telah lama diperjuangkan oleh mahasiswa. Saya kira angka ini adalah satu indikator bahawa AUKU perlu dimansuhkan dan Menteri Pendidikan perlu letak jawatan segera. – HARAKAHDAILY 17/12/2014

Jamhuri Mohamed, Pengerusi Pro Mahasiswa UMS-KAL. 

Tanah Rizab Melayu: Angan-angan atau realiti

ADIB AZMAN | .

TAJUK tulisan ini mungkin agak sedikit provokatif, namun dalam lanjutan tulisan ini, ia akan menjelaskan kenapa tulisan ini diberi tajuk sedemikian. Sebelum pergi dengan lebih lanjut, amatlah baik untuk menelusuri semula antara kandungan “Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu” yang diisytiharkan pada 5 Ogos 1957. Antara lain kandungannya menyebut;

“Kami isytiharkan dan kami simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, hasil dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain”

Satu wasiat yang sangat utuh selain indah untuk dihayati oleh generasi muda hari ini, khususnya orang Melayu sendiri dewasa ini. Namun, yang berlaku selepas puluhan tahun di Malaysia, tanah rizab Melayu ini makin hilang dan dirampas oleh pihak kapitalis yang angkuh, sehingga hari ini hanya tinggal 12 peratus sahaja. Satu kajian yang dikeluarkan oleh pihak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menyebut kumpulan tanah rizab Melayu yang tinggal hanya 12 peratus. Jumlah ini hanya sebahagian daripada 12.9 juta hektar tanah daripada keseluruhan Semenanjung Malaysia tidak termasuk Pulau Pinang.

Bagaimana pula dengan nasib kampung-kampung warisan Melayu? Nasib yang sama juga menimpa mereka. Kampung Chubadak di Kuala Lumpur, Kampung Matau di Jengka Pahang, Kampung Banggol Donas di Kuala Nerus Terengganu, Kampung Puah Seberang di Kuala Lumpur, Kampung Chetti di Melaka dan lain-lain kampung warisan yang tidak disebutkan, kesemua kampung ini menjadi jamuan yang menyelerakan bagi pihak kapitalis yang lapar mengejar keuntungan tanpa memikirkan nasib para penduduk kampung yang telah menghuni kampung warisan tersebut puluhan tahun.

Sebagai contoh, dalam isu Kampung Chubadak di Kuala Lumpur, para penduduknya digelar setinggan oleh pihak pemaju sedangkan para penghuninya memiliki “Lesen Menduduki Beserta Ekuiti” (Licensees Coupled With Equity). Nasib 160 keluarga yang tinggal di sana menjadi taruhan apabila jentolak meranapkan rumah-rumah mereka malah ada yang ditangkap dan diheret ke balai polis kerana mempertahan kampung mereka tempoh hari lalu. 200 keluarga di Kampung Matau Jengka Pahang juga menjadi mangsa apabila rumah mereka diranapkan oleh pihak Majlis Daerah Maran atas tujuan pembangunan kedai. Penduduk Kampung Puah Seberang pula tidak diberi pampasan yang setimpal sedangkan tanah mereka bakal dibangunkan dalam projek River Of Life.

Dalam kes Kampung Banggol Donas di Kuala Nerus Terengganu, nasib yang sama menimpa mereka atas alasan kampung mereka adalah cadangan laluan baharu antara Kampung Jeram ke Kampung Banggol Tuan Muda. Penduduk kampung diberi notis untuk keluar dari tanah tersebut dalam tempoh 21 hari.

Dalam keadaan yang ditekan, penduduk kampung masih bersikap rasional dengan mencadangkan kawasan tanah sekitar yang tidak berpenghuni sebagai laluan alternatif baharu. Namun cadangan mereka diabaikan oleh pihak pemaju syarikat milik bekas Ketua Pemuda Umno Terengganu. Kini hanya tinggal lima keluarga sahaja daripada 24 keluarga yang bertahan di sana.

Ke manakah hala tuju, nasib dan hak pemilikan tanah orang Melayu sedangkan dalam setiap Perhimpunan Agung Umno saban tahun, ucapan dan teriakan membela nasib orang Melayu, membangunkan nasib dan pemilikan ekonomi orang Melayu, tangan-tangan yang diacung ke udara tanda sokongan, slogan-slogan “Hidup Melayu, Hidup Umno”, semua ini hanyalah metafora yang dilampirkan oleh golongan yang selalu menggelar diri mereka pembela nasib Melayu. Hakikatnya orang Melayu makin tertindas dan tertipu diabaikan oleh golongan ini secara sedar dan tidak sedar.

Boleh dilihat sendiri seawal dalam polisi Dasar Ekonomi Baru, satu dasar yang diunjurkan oleh Tun Abdul Razak usai peristiwa 13 Mei 1969. Dasar dan polisi ini diluncurkan untuk mengimbangi penguasaan ekonomi antara kaum dan pecahan kek ekonomi dapat dirasai dengan adil dan saksama oleh rakyat.

Sasaran utama dasar ini adalah membangunkan masyarakat Melayu desa agar turut bersaing dalam perlumbaan ekonomi dan kemandirian hidup di Malaysia. Maka lahirlah cadangan mewujudkan FELDA dan kemudiannya FELCRA. Antara sasaran utama dalam dasar ini menyasarkan penguasaan ekuiti Bumiputera mencapai 30 peratus ekonomi negara.

Tidak dapat dinafikan ada juga kebaikan daripada dasar ini apabila hasil FELDA dapat dituai dan dinikmati oleh generasi kedua dan ketiga peneroka, namun sehingga ke hari ini sasaran pegangan ekuiti ini gagal untuk dicapai kerana sikap tamak pihak berkepentingan dalam politik mengaut keuntungan untuk tembolok mereka sendiri.

Saham Felda Global Venture (FGV) hari ini sudah merudum di Bursa Saham Kuala Lumpur, tidak pasti adakah peneroka sedar atau tidak bahawa tanah mereka akan tergadai kelak jika saham terus jatuh, hal ini kerana secara tidak sedar, tanah rancangan mereka sedang dipajak oleh pihak FGV. Nasib orang Melayu ditindas oleh orang Melayu sendiri yang laparkan harta dan keuntungan untuk pihak tertentu yang berada di sekeliling mereka.

Permainan politik, menabur duit dan cadangan projek-projek pembangunan sewaktu pilihan raya umum menjadi instrumen yang ampuh dalam memenangi hati orang Melayu. Hakikatnya ada yang gagal dilaksanakan malah dalam laporan audit oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) baru-baru ini, pengerusinya Datuk Nur Jazlan memanggil lapan kementerian untuk mendapatkan keterangan bagaimana boleh berlakunya ketirisan dalam soal pengurusan wang dan pentadbiran oleh pihak kementerian.

Lantaran itulah, tanah rezab Melayu akan terus menjadi tanah angan-angan orang Melayu sekiranya mereka masih tidak sedar akan apa yang menimpa mereka hari ini. Mungkin hanya segolongan penduduk kampung dan desa menjadi mangsa kerakusan pihak pemaju dan kroni-kroni Umno, jangan hairan kalau kelak pada masa hadapan, orang Melayu sendiri akan merempat dan menjadi penduduk setinggan sedangkan laungan “Hidup Melayu, Hidup Umno” masih bergema kuat di dewan PWTC. – HARAKAHDAILY 15/12/2014

Penulis adalah Adib Azman, aktivis Pro-Mahasiswa We Unite For Islam (WUFI) UIAM.

Sumber HD - 15-12-2014






































































































































Anak muda perlu tetap teguh bersama PAS

MOHD FADHIL ZULKIFLI | .
SETELAH membaca kenyataan Presiden PKR, DS Wan Azizah yang menuduh bahawa Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (TGHH) sudah enam bulan tidak bertemu dengan pucuk pimpinan Pakatan Rakyat (PR), seolah-olah menggambarkan TGHH tidak memberikan kerjasama dalam pakatan tersebut. Saya mewakili jiwa mahasiswa dan jiwa anak muda merasakan kenyataan yang ditimbulkan seolah-olah sengaja ditimbulkan bagi mengeruhkan lagi keadaan yang dilihatkan sudah pun tercalar akibat kegelojohan mengadakan "Kajang Move" yang berlawanan dengan semangat kerjasama dalam sebuah pakatan.

Saya tertanya-tanya apakah keuntungan kenyataan ini? Apakah ia akan menguatkan kerjasama antara rakan PR setelah selesai konflik penukaran Menteri Besar Selangor tempoh hari. Kenyataan ini seolah-olah seperti kanak-kanak merajuk kerana segala kemahuannya tidak ditunaikan kemudian menyalahkan orang lain atas kegagalan mendapatkan apa yang diinginkan itu. Tambahan pula, saya musykil kenapa ketidakpuasan hati itu ditujukan pula kepada TGHH?

Saya bersetuju dengan kenyataan balas yang dibuat oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi bahawa PAS bukanlah bergerak secara individu sebaliknya PAS bergerak secara berjemaah. Sebuah Gerakan Islam yang juga merangkap sebuah Parti Islam sudah tentulah mempunyai pelbagai jentera yang masing-masing bergerak mengikut bidang tugas yang telah diamanahkan, ada yang menjadi jurucakap, ada yang menjadi juru runding, ada yang memimpin dan lain-lain. Bukannya seorang Presiden itu melakukan semua perkara. Maka saya tidak nampak sebarang masalah kepada komunikasi PAS dengan rakan komponen lain atas isu yang ditimbulkan.

Melihatkan corak politik sekarang ini lebih ke arah menghentam TGHH, maka saya merasakan mahasiswa atau anak muda yang teguh bersama PAS wajib bersama-sama berdiri mempertahankan TGHH. Perlu difahami bahawa posisi Presiden PAS bukanlah suatu posisi yang wujud untuk menjadi bahan pujian anak muda, sebaliknya posisi Presiden PAS menuntut kepada ahli Jemaah bagi memberi ketaatan dan mempertahankan jasad TGHH yang berada di posisi itu! Maka sebagai anak muda yang teguh bersama perjuangan Islam dan bercita-cita ingin melihat tertegaknya pemerintahan Islam di Malaysia, saya menggesa anak muda yang sayangkan perjuangan ini dan masih punyai aqidah perjuangan yang suci ini untuk bersama-sama mempertahankan Tuan Guru Presiden PAS kita yang kini ingin dijatuhkan bukan sahaja oleh golongan Sekular tetapi juga Modernist, Liberal dan konco-konconya dari luar mahupun dalam.

TGHH dikatakan sebagai seorang yang tidak kompeten, dikorek pula kata-kata Almarhum Ustaz Fadhil Noor untuk memburukkan TGHH sedangkan kedua-dua mereka berjuang bersama-sama dan mempunyai kesatuan hati dan pemikiran. Pelbagai imej buruk ditampalkan kepada jasad TGHH seolah-olah TGHH tidak pandai Fiqh Siyasah dan hanya mereka yang cenderung kepada Liberal dan Modernist sahaja yang pandai selok-belok Fiqh Siyasah. Namun begitu, Allah itu Maha Adil dan Maha Bijaksana. Allah SWT menutup mulut mereka yang bermulut jahat dengan mentakdirkan TGHH dilantik menjadi Timbalan Ketua Kesatuan Ulamak Se-dunia. Beliau juga telah diberi penghormatan untuk berucap di hadapan ribuan manusia bertempat di Lahore, Pakistan.

Akibat mati langkah dalam menggambarkan TGHH tidak mahir dalam siyasah, mereka cuba pula dengan kaedah lain dengan menyerang PAS menyerupai syiah, tidak boleh ditegur, dan masalah-masalah teknikal seperti dalam isu kenyataan Presiden PKR baru-baru ini. Jika dulu serangan ini dilakukan oleh Umno namun pada hari ini ia dilakukan oleh orang kiri dan kanan kita sendiri pula!

Sebagai anak muda, kita tidak dapat lari daripada menyukai kepada suatu yang nampak "cool" dan membangkitkan semangat, maka tidak hairan jika sesetengah anak muda senang terjerat dengan permainan psikologi ini. Jika dulu anak muda menentang Umno yang Sekular dan jelas menentang Islam maka anak muda itu dianggap "cool" dan hebat kerana anak muda yang menentang arus sememangnya akan cepat menjadi popular. Oleh itu, jika aqidah perjuangan kita sebagai anak muda tidak utuh dan terikut-ikut dengan mengejar populariti, maka setelah Islam sudah semakin diterima ramai pula kita masih berperangai suka melawan arus (melawan Islam kembali). Maka saya mewakili jiwa anak muda menyeru kepada seluruh anak muda yang masih sayangkan jemaah ini untuk kembali melihat aqidah perjuangan kita dan fahami apa yang diperjuangkan. Bersama-sama kita anak muda yang teguh bersama PAS berdiri mempertahankan TGHH daripada anasir jahat.

Akhirnya, ingin saya berkongsi sedikit dengan sekalian pembaca bahawa kita bertuah kerana pada generasi kita bersama dengan PAS. Hari ini Ulamak tidak lagi mengusung speaker dan mikrofon dari kampung ke kampung menyebarkan risalah kebenaran, jentera PAS tidak lagi disertai oleh orang tua kampung yang bertongkat tetapi jentera PAS bertebaran ramai dari Ulama ke Profesional dan diisi dengan pelbagai lapisan umur. PAS kini dikenali di seluruh dunia dan menjadi Gerakan Islam yang menjadi rujukan dalam hal siyasah oleh Gerakan Islam yang lain di seluruh dunia. TGHH pula dilantik menjadi Timbalan Ketua Kesatuan Ulamak Se-dunia di mana ia merupakan kebanggaan kepada semua ahli jemaah, maka sangat rugilah jika kita yang lahir pada generasi ini tidak pernah bersakit-sakit seperti Ulama terdahulu tiba-tiba kita ingin melebihi Ulama dan menjatuhkan Ulama pula. - HARAKAHDAILY 13/12/2014

Mohd Fadhil Zulkifli, Mahasiswa KUIZM

UM8: Suatu penindasan kepada mahasiswa

HILAL AZMAN | .

LENSA kampus mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak Universiti Malaya yang menjatuhkan hukuman kepada lapan orang mahasiswa UM pada 9 Disember lalu kerana telah membawa alumni UM iaitu Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke dalam kampus untuk menyampaikan pidato “40 Tahun Anwar Ibrahim: Dari UM ke Penjara” Oktober lalu.

Kebobrokan pentadbiran UM ini secara tidak langsung mencabul kebebasan akademik serta kebebasan mahasiswa bersuara pada hari ini. Dalam mendepani dunia yang semakin global kompleks ini, rupanya masih ada penjajahan bentuk baru yang dilakukan oleh pihak pentadbiran universiti kepada mahasiswa.

Universiti bukanlah kilang dan mahasiswa bukanlah robot yang acuannya dibentuk mengikut kehendak pentadbir semata-mata. Universiti merupakan gelanggang atau medan untuk mahasiswa saling bertukar pandangan serta bebas beraktivisme yang jauh daripada ‘tangan-tangan ghaib’. Hukuman yang dikenakan ke atas lapan orang mahasiswa ini memberikan gambaran bahawa nilai keilmuan mahasiswa hanya terikat di bilik-bilik kuliah serta terikat dengan peraturan-peraturan universiti yang semakin hari semakin merencatkan autonomi mahasiswa.

Mahasiswa sebenarnya adalah golongan yang berhak untuk memberi respon kepada isu nasional memandangkan mereka adalah bakal peneraju negara pada suatu hari nanti. Menurut Tan Malaka, idealisme adalah kemewahan terakhir yang hanya dimilik mahasiswa. Oleh itu, pihak pentadbir UM sepatutnya akur untuk memberi laluan kepada mahasiswa menganjurkan apa jua program termasuk menjemput sama ada pihak kerajaan mahupun pembangkang bagi menyemarakkan lagi idealisme mahasiswa. Mahasiswa perlulah bebas. Mahasiswa adalah golongan terpelajar yang sekaligus merupakan agen perubahan dan pembimbing kepada masyarakat. Jika di kampus lagi sudah disekat dengan pelbagai akta rimba maka mahasiswa kelak akan berminda mandul.

Kami dari kalangan aktivis Lensa Kampus menegaskan supaya pihak pentadbiran UM segera untuk menarik semula hukuman serta tindakan tatatertib yang dikenakan terhadap lapan orang mahasiswa UM ini. Kami mengulangi pendirian bahawa mahasiswa akan terus bersolidariti dengan arus kebangkitan dan semangat mahasiswa serta anak muda bagi melawan apa jua undang-undang yang sebenarnya semakin memperbodoh minda mahasiswa. Kami menyeru supaya masyarakat mahasiswa daripada seluruh kampus di Malaysia untuk sama-sama turun padang bersolidariti di #OccupyUM. – HARAKAHDAILY 13/12/2014







































































































































Gantung pelajar, UM perlu keluar daripada kepompong

MUHAMMAD FAIZAL | .


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli meminta agar Universiti Malaya (UM) keluar daripada kepompong serta memberi kebebasan kepada anak muda khususnya pelajarnya untuk tampil menjadi seorang pemimpin.

Beliau ketika hadir mendekati kumpulan siswa yang sedang berkhemah di hadapan UM berkata, PAS dan rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat serta Badan Bukan Kerajaan (NGO) menyokong tindakan yang dilakukan mahasiswa dalam menuntut hak mereka.

"Yang diputuskan oleh pihak pentadbiran UM adalah satu hukuman yang berat dan sangat keras terhadap seorang pelajar.

"Sikap UM terlalu mundur ke belakang sehinggakan tidak mahu melihat jauh masa depan yang dimiliki pejalarnya, ia bukan tindakan untuk memajukan sistem pendidikan negara tetapi tidak ada tanda-tanda untuk mencapai kegemilangan," katanya.

Menurut beliau lagi, keputusan UM yang menghalang kebebasan akan melahirkan anak muda yang penakut serta teragak-agak dalam membuat keputusan.

Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat itu turut menyatakan bahawa satu nota bantahan akan dihantar kepada pihak pentadbiran UM agar meneliti kembali keputusan hukuman yang telah dijatuhkan terhadap pelajar.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli turut berkata perbincangan akan diadakan pada mesyuarat Pakatan Rakyat.

"Kita akan membawa isu ini di peringkat tertinggi Pakatan Rakyat dan bagi peringkat parlimen, nota bantahan akan dihantar dan menggesa agar hukuman ini digugurkan serta merta.

"UM perlu sedar dan memandang kehadapan dalam meningkatkan imej pelajar. UM tidak sepatutnya mambazirkan masa remeh-temeh bergaduh dengan pelajar," katanya.

Setiausaha Agung PKR itu turut meminta agar UM memberi ruang kepada pimpinan Pakatan Rakyat untuk berbincang tentang isu yang dihadapi.

Dalam pada itu beliau juga berharap agar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk tidak campur tangan dengan menghalau mahasiswa yang berkhemah di hadapan pintu masuk UM.

"Saya minta semua pemimpin untuk menggesa agar DBKL tidak campur tangan isu ini, ia tidak menganggu sesiapa pun.

"Isu UM adalah hak mahasiswa UM, DBKL jangan terlibat," jelasnya lagi.

Rafizi akan berkhemah bersama-sama siswa pada hari Ahad 14 Disember 2014 bermula jam 11 malam dan menjemput aktivis lain bergilir-gilir setiap hari selagi hukuman tidak digugurkan.

Fahmi Zainol dikenakan hukuman gantung pengajian selama dua semester dan denda RM600 selepas disabitkan terlibat dalam satu program bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Oktober lalu.

Selain itu seorang lagi pelajar, Safwan Shamsudin juga digantung pengajian satu semester yang berkuatkuasa serta merta dan didenda serta amaran.

Manakala, empat yang lainnya diberi amaran dan didenda RM150 setiap seorang, manakala seorang pelajar dilepaskan dengan amaran. – HARAKAHDAILY 11/12/2014

Tuntut hukuman pimpinan siswa UM8 digugurkan

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Dr Mohd Hatta Ramli dan Rafizi Ramli mengambil peluang untuk menyertai kumpulan siswa yang sedang berkhemah di depan Universiti Malaya pada pagi tadi dalam solidariti menuntut hukuman ke atas pimpinan siswa UM8 digugurkan.

"Atas inisiatif bersama-sama dengan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, kami akan mengumpulkan Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat untuk menyerahkan nota bantahan kepada pengurusan Universiti Malaya pada hari Selasa minggu depan menuntut agar hukuman terhadap pimpinan siswa UM8 digugurkan serta merta," ujar Ahli Parlimen Kuala Krai dan Pandan itu dalam satu kenyataan.

Menurut mereka, pengurusan Universiti Malaya seharusnya memberi tumpuan kepada soal meningkatkan mutu pendidikan dan manusiawi yang diterapkan oleh universiti itu, bukan mengekang suara dan kegiatan siswa.

"Sebagai solidariti dengan siswa dan gerakan menuntut kebebasan akademik keseluruhannya, kami juga menyeru supaya pimpinan parti politik, NGO dan aktivis datang menyertai siswa yang berkhemah dengan bergilir-gilir tidur di sini," ujar mereka.

Rafizi akan berkhemah bersama-sama siswa pada hari Ahad 14 Disember 2014 bermula jam 11 malam dan menjemput aktivis lain bergilir-gilir setiap hari selagi hukuman tidak digugurkan.

Malaysia memerlukan golongan muda yang kritis dan bebas bersuara, kata mereka. - HARAKAHDAILY 11/12/2014

Pro M pertahan kemenangan di UM

SALMIYAH HARUN | .

KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Pro-Mahasiswa di atas kejayaan meraih kemenangan di tiga kampus utama iaitu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan terkini di Universiti Malaya (UM).

Kejayaan ini pada pengamatan Pemuda PAS Malaysia sebagai simbol penolakan generasi muda kepada politik tidak matang dan berat sebelah, politik mengongkong suara mahasiswa serta penolakan kepada jalur politik yang condong kepada dasar kerajaan persekutuan yang tidak menghormati kehendak Gen Y.

Menurut Setiausahanya Abang Ahmad Kardee Abang Masagus, kebangkitan kelompok anak-anak muda yang kritikal ini sekali gus memberi gambaran bahawa mereka bersetuju atau boleh menerima dasar-dasar yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat atau memilih untuk bersikap bebas.

"Pemuda PAS Malaysia berharap agar kelompok yang bakal menjadi pemimpin besar di universiti-universiti ini bersedia untuk terus berjuang dan membela nasib rakyat," katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan dengan itu, Pemuda PAS Malaysia melahirkan kekecewaan penggunaan nombor siri pada kertas undi sewaktu pemilihan di UKM sebagaimana yang dilaporkan oleh Pengerusi Majlis Politik Nasional, GAMIS.

Tegasnya, penggunaan nombor siri ini sama ada disedari mahupun tidak telah merosakkan nilai kerahsiaan dan ketelusan dalam pemilihan yang sepatutnya bersih dan adil.

Pada masa yang sama, pihak Pemuda PAS Malaysia juga menghargai perjuangan serius yang telah digerakkan oleh pendokong-pendokong Persatuan Mahasiswa Islam terutamanya dari Universiti Malaya dan rakan-rakan mahasiswa lain dalam isu rampasan tanah penduduk Kampung Chubadak Tambahan.

Sementara itu, Pengerusi Pro Mahasiswa Universiti Malaya Safwan Shamsuddin berkata, kemenangan hari ini adalah menunjukkan proses perjalanan universiti selari dengan Falsafah Pendidikan Tinggi Negara memandangkan matlamat sebenar universiti sekarang ini seolah-olah telah terpesong jauh dengan falsafah tersebut.

Katanya, universiti ini perlu dipimpin dan digerakkan bersama Mahasiswa, kakitangan akademik serta kakitangan bukan akademik.

"Barulah objektif sebenar penubuhan Universiti itu mampu terlaksana. Berikan kebebasan tiga kuasa ini untuk membuat keputusan ke arah mana sepatutnya universiti ini bergerak," katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, fungsi MPP yang dinyatakan di dalam AUKU cukup kecil tetapi yakin dengan kemenangan Pro Mahasiswa kali ini mereka mampu untuk mengfungsikan MPP dengan lebih besar bagi mencapai matlamat sebenar universiti tersebut.

Keputusan rasmi pilihan raya kampus Universiti Malaya menyaksikan kemenangan di pihak Pro Mahasiswa dengan mendapat 21 kerusi, diikuti Penggerak Mahasiswa dengan 16 kerusi manakala bebas mendapat tiga kerusi. – HARAKAHDAILY 5/12/2014

Sumber HD - 5-12-2014







































































































































Hantaran mahal punca ramai membujang

NORSHARINI NASIR | .

HAMPIR kesemua barang dinaikkan harga masa kini, menyebabkan hantaran kahwin turut menjadi lebih mahal daripada yang sepatutnya. Permasalahan ini yang menjadikan ramai rakyat Malaysia khususnya dalam kalangan remaja yang ingin berkahwin tidak mampu untuk menyediakan hantaran yang sebegitu banyak.

Ramai remaja sekarang ini masih tidak mendirikan rumahtangga disebabkan hantaran kahwin semakin tinggi. Ramai yang berada dalam situasi tertekan kerana masalah adat dalam perkahwinan yang melibatkan kewangan.

Seperti yang kita tahu hantaran itu adalah wang yang diminta oleh pihak perempuan untuk belanja membuat kenduri perkahwinan di pihak perempuan.

Namun begitu, tidak perlulah pihak wanita meminta hantaran yang tinggi sedangkan pihak lelaki tidak mampu memenuhi. Cukuplah sekadar memenuhi keperluan yang penting sahaja.

Perkahwinan tanpa melibatkan mas kahwin dan hantaran yang terlalu tinggi adalah lebih baik dan mudah mendapat keberkatan berbanding yang mahal kerana itu bakal menyukarkan pihak kurang berkemampuan, menyukarkan perkahwinan yang diperlukan untuk menghalalkan hubungan pasangan yang memerlukan, mudah dihinggapi penyakit riya’ dan menunjuk-nunjuk kekayaan.

Dinyatakan bahawa Nabi s.a.w bersabda:

إن أعظم النساء بركة أصبحهن وجوها وأقلهن مهرا

Ertinya: Sesungguhnya wanita-wanita yang paling diberkati dan menjadi keutamaan adalah yang paling rendah mas kahwinnya. (Riwayat Ibn Hibban)

Seperti yang kita tahu perkahwinan adalah satu ibadah dan akan memdapat ganjaran pahala dalam Islam jika kita melaksanakan dengan penuh keikhlasan.

Budaya meletakkan wang hantaran yang tinggi sebenarnya tidak digalakkan dalam Islam kerana ia mendorong kepada pembaziran. Selain itu, membazir juga merupakan amalan syaitan dan secara tidak langsung akan membebankan sebelah pihak yang terpaksa menyediakan wang hantaran yang tinggi.

Perkara sebegini akan menyebabkan ramai remaja yang ‘berhutang’ disebabkan alasan untuk berkahwin. Di dalam Islam seharusnya tidak perlu membebankan bagi mereka yang ingin berkahwin dan haruslah memberi jalan yang senang kepada mereka. Disebabkan itu, ramai yang membujang lantaran hantaran kahwin mahal.

Sesebuah perkahwinan seperti itu akan menjadi haram sekiranya nilai wang hantaran yang ditetapkan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk sehingga menimbulkan perasaan riak.

Mufti Perak, Tan Sri Harrussani Zakaria berkata, tidak salah untuk meletakkan nilai hantaran yang tinggi jika pasangan itu mampu, namun jika tujuan sebenarnya adalah untuk menunjuk-nunjuk, perbuatan itu adalah haram.

Seharusnya tidak perlu menunjuk-nunjuk jika tidak berkemampuan dalam menyediakan barangan yang mahal sehingga mengambil jalan mudah dengan membuat pinjaman. Ini akan mengakibatkan kesusahan selepas berkahwin kerana perlu membayar balik wang yang telah dipinjam dengan kadar segera.

Maka, bersederhana amat penting dalam hal ini dan tidak akan menimbulkan sebarang masalah dari segi menyediakan hantaran jika kedua-dua belah pihak berbincang dengan baik. Jadi, jika GST dilaksanakan sekalipun tidak perlulah menaikkan wang hantaran disebabkan secara automatik kenaikan harga. - HARAKAHDAILY 2/12/2014

Penulis ialah pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (Usim).

Sumber HD - 2-12-2014







































































































































PRK UIAM: Pengajaran daripada Pemilu Indonesia

MUHAMAD ADIB | .


PEMILU atau Pemilihan Umum Indonesia adalah pesta pilihan raya umum di sana. Sebenarnya banyak perkara yang selalu menarik saya untuk menjengah dunia Indonesia, sama ada sistem politik, media dan rakyatnya. Ramai maklum bahawa Indonesia merupakan negara yang mempunyai jumlah penduduk beragama Islam yang ramai di dunia. Sistem media mereka juga lebih terbuka untuk sebarang lontaran idea dan kritikan terhadap pemerintah. Indonesia juga mengamalkan sistem pemerintahan politik bercorak republik yakni ada presiden yang mengatur dan menjaga sistem politiknya.

Saya masih ingat lagi sewaktu pada zaman persekolahan, saya terjumpa satu terma yang menarik apabila mana saya membaca tentang sistem Parlimen Indonesia. Pihak kerajaan di sana tidak memanggil pembangkang di Parlimen sebagai pembangkang (seperti di Malaysia), tetapi pihak kerajaan mereka memanggil mereka dengan gelaran "sahabat pemerintah". Lembut dan manis sedikit bunyinya, dengan harapan pakatan pembangkang di Parlimen mampu menjadi wakil semak dan imbang bagi setiap polisi dan dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Kewujudan parti Islam di sana juga lebih banyak berbanding di Malaysia. Kalau di Malaysia kita ada PAS atau Hamim dan Berjasa suatu masa dahulu, tetapi di sana parti Islamnya mencecah puluhan parti termasuklah Partai Keadilan Sejahtera (PKS), Partai Bulan dan Bintang dan Partai Amanah Nasional. Ramai daripada kita pasti maklum dan terlebih kenal akan Partai Keadilan Sejahtera (PKS) kerana ada juga aktivisnya datang daripada golongan bidang seni seperti Oki Setiana Dewi, pelakon terkenal dalam cerita filem Ketika Cinta Bertasbih.

Tapi apa kaitan antara Pemilu Indonesia yang baru sahaja berlalu beberapa bulan lepas dan Pilihan Raya Kampus UIAM yang baru sahaja menutup tirainya semalam di Conference Room CAC? Bukankah jauh jarak masa dan tempat antara dua peristiwa ini, malah massa yang terlibat juga berbeza. Pemilu terdiri daripada parti-parti politik luar kampus dan segala ragamnya, manakala PRK UIAM pula mengambil tempat di kampus dan melibatkan pelajar dan juga kakitangan pentadbiran. Di mana rasionalnya kita ingin mulakan perbincangan?

Perbincangan yang saya ingin kongsikan ialah sudut sedih partai-partai Islam yang dihukum oleh rakyat Indonesia di sana. Tapi sebelum itu, suka saya ceritakan sedikit tentang Pemilu. Kali ini ia menyaksikan pertembungan antara gandingan Joko Widodo-Jusuf Kalla dan Probowo Subianto-Hatta Rajasa. Dua gandingan ini datang daripada aliran dan imej yang berbeza. Gandingan Joko Widodo-Jusuf Kalla lahir daripada induk Partai Demokrasi Indonesia-Perjuangan (PDI-Perjuangan) dan Partai Golongan Karyawan (Golkar). Gandingan ini jugalah yang memenangi pengundian kerusi Presiden-Timbalan Presiden Indonesia selepas itu, mereka disokong oleh barisan sosialis dan demokrat mengecewakan gandingan Probowo-Hatta yang mendapat sokongan partai-partai Islam dan golongan ulama.

Sementara itu gandingan Probowo Subianto-Hatta Rajasa membawa aliran Partai Gerakan Indonesia Raya (Gerindra) yang disertai oleh kader-kader dari Golkar dan ahli akademik. Probowo ini merupakan menantu kepada Jeneral Suharto dan merupakan pegawai kanan dalam angkatan Tentera Nasional Indonesia (TNI). Ramai sudah maklum apa yang berlaku kepada rakyat Indonesia sewaktu zaman pemerintahan kuku besi Jeneral Suharto. Tidak perlulah saya ceritakan.

Dalam Pemilu Indonesia tersebut, PDI-P menduduki tempat teratas dalam keputusan awal pengiraan segera itu dengan memperoleh 18.6 peratus undi, diikuti Golkar (14.6 peratus), Parti Gerindra (11.9 peratus) dan Parti Kebangkitan Nasional (PKB) (9.8 peratus). Parti Amanat Nasional menduduki tempat keenam dengan 7.9 peratus undi, diikuti Parti Persatuan Pembangunan (PPP) (6.8 peratus), Parti Keadilan Sejahtera (PKS) (6.7 peratus), Parti Nasional Demokrat (Nasdem) (6.5 peratus), Parti Hati Nurani Rakyat (Hanura) (5.5 peratus), Parti Bulan Bintang (PBB) (1.6 peratus) dan Parti Keadilan dan Persatuan Indonesia (PKPI) (1.1 peratus).

Bermula dengan unjuran nombor di atas, kita dapat melihat partai-partai Islam yang bertanding (Partai Keadilan Sejahtera, Partai Bulan dan Bintang, Partai Amanat Nasional) ditolak mentah-mentah oleh rakyat Indonesia dengan signifikan undi hanya beberapa peratus sahaja. Antara faktor yang menyumbang kepada kekalahan partai Islam khususnya Partai Keadilan Sejahtera (PKS) pada tahun ini tidak seperti pada Pemilu pada tahun 2004 adalah masalah sikap, respon terhadap rakyat dan media, skandal politik, dan partai Islam mula mengabaikan isu rakyat dan bersikap seperti puak elitis di tampuk kuasa. Ia tidak lagi telus seperti di zaman Ustaz Tifatul Sembiring memacu PKS.

Kegagalan kali ini terkait dengan isu dalaman dan luaran. Isu luaran yang melanda PKS adalah respon mereka terhadap rakyat dan media apabila mereka memuji dan menyanjung Jenaral Suharto. Ia sangat menyakitkan rakyat Indonesia kerana ramai masih terkesan dengan kezaliman yang telah dikakukan oleh Suharto. Tidak lupa juga masalah isu dalaman kader PKS yang terlibat dalam skandal jual-beli sapi dan ahli parlimennya menonton video lucah sewaktu sesi perbahasan di Parlimen. Di samping itu, partai-partai Islam ini gagal menjana satu perikatan yang kukuh sewaktu menghadapi Pemilu dan pengundian kerusi Presiden Indonesia. Jadi apa kaitannya dengan PRK UIAM yang baru berlalu?

Pilihan raya kampus yang baru selesai beberapa minggu lepas(20/11/2014) saya sifatkan sebagai satu pertandingan yang sihat dan sengit antara kumpulan pelajar Islam dan mereka yang bernaung di bawah payungan pihak pentadbiran. Kumpulan pelajar Islam seperti WUFI IIUM - Pro Mahasiswa UIAM, Ikram Siswa dan Pembina mengambil tempat dalam pertandingan ini di samping segelintir calon yang di bawah pengaruh pihak pentadbiran kampus. Secara puratanya, kumpulan pelajar Islam seperti Wufi dan Pembina berjaya memenangi hati para pengundi dengan menyapu bersih semua kerusi di UIAM Gombak, meninggalkan calon-calon berlatar belakangkan Ikram. Tidak perlulah saya sebut akan apa yang telah terjadi kepada calon-calon tajaan pihak pentadbiran.

Yang saya ingin lontarkan adalah persoalan kesatuan antara kumpulan pelajar Islam ini dalam bergerak kerja selepas ini. Yang berlaku terhadap partai-partai Islam di Indonesia wajar dijadikan renungan dalam menyediakan satu bekalan persediaan yang rapi dalam memacu kepimpinan SRC (Majlis Perwakilan Pelajar) selepas ini. Yang pasti massa dan pelajar sendiri tidak mahu berlakunya lagi perseteruan dan pertembungan antara kumpulan pelajar Islam dalam membawa isu dan agenda kebajikan pelajar UIAM. Isu kerusi Presiden SRC dan exco yang lepas wajar dijadikan ibrah terbesar antara kejujuran, ketelusan dan semangat setiakawan antara mereka yang dilantik dan dipilih oleh pelajar menduduki kerusi tersebut.

Titik persamaan dan kesefahaman perlu dijalin utuh dan kuat antara kumpulan pelajar Islam dalam membawa isu kebajikan pelajar, dakwah dan biah solehah di UIAM. Perbezaan asas prinsip, fikrah dan pendekatan perlu diperhalusi dan diraikan dengan harmonis dan baik. Hal ini kerana masing-masing mempunyai idea dan pendekatan yang boleh jadi sama dan berbeza dalam menangani aspek dakwah, tarbiah, kebajikan, kebebasan akademik di kampus. Massa khususnya pelajar mahu melihat segala manifesto yang dicanang dan dibawa ke hulu ke hilir sewaktu siri kempen dilaksanakan dengan jayanya. Mudah kata faedah yang terkesan kepada massa yang ramai.

Ironinya pasti akan timbul juga perbezaan pendapat dan pelaksanaan daripada mana-mana kumpulan pelajar Islam ini. Ia pasti akan berlaku kerana ternyata sikap manusia itu akan berbeza pendapat, tinggal lagi satu persoalan, bagaimana perbezaan pendapat itu dapat diurus dengan baik dan harmonis oleh setiap wakil SRC, manakala para aktivis dan pimpinan daripada kumpulan pelajar Islam tidak kalut, gelojoh dan tersentak dalam meraikan keputusan yang telah dibuat.

Perkara ini saya serahkan kepada pihak yang bakal terlibat dalam memberi dan membuat keputusan. Tapi, yang saya mahupun massa harapkan adalah agar semuanya mesti harmonis, adil dan telus kerana massa akan menilai sejauh mana kredibiliti calon-calon pilihan mereka beberapa minggu lepas (20/11/2014) berjaya melaksanakan segala manifesto mereka di peringkat kulliyyah mahu pun tugas mereka sebagai exco SRC bersama segala port folionya. Massa dan rakyat pasti akan menilai dan meletakkan penanda aras ukur keberhasilan apa yang telah dicanangkan.

Selamat bekerja YB sekalian, semoga Allah membantu anda mengotakan janji dan kata-kata anda! – HARAKAHDAILY 1/12/2014

Sumber HD - 1-12-2014

Membudayakan politik ilmu melalui pilihan raya kampus

ASHRAFF NAZRIN | .

Semalam Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) baru sahaja menjalani proses demokrasi tahunan iaitu Pilihanraya Kampus (PRK) yang diadakan setiap tahun untuk mahasiswa memilih sendiri pemimpin dari kalangan mereka untuk tempoh satu tahun.

Artikel ini bukanlah hendak membahaskan tentang fungsi PRK mahupun Majlis Perwakilan Pelajar, tetapi lebih kepada pandangan peribadi yang dibuat melalui jarak jauh terhadap pola perjalanan politik kampus di beberapa Universiti utama Malaysia.

Sebelum saya menulis lebih fokus terhadap tajuk, suka saya mulakan dengan pandangan saya terhadap Universiti Malaya yang juga universiti sulung di Malaysia. PRK sesi lepas seperti yang kita sedia maklum, kumpulan Pro Mahasiswa berjaya menakluki kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya yang kini diterajui oleh Presiden, Fahmi Zainol yang juga dikenali sebagai Ikon demokrasi kampus.

Secara umumnya, saban tahun UM akan menjadi tumpuan apabila PRK dijalankan. Mungkin demografi UM seolah-olah melambangkan masyarakat majmuk sebenar rakyat Malaysia. Pola politik kampus mereka juga tidak jauh berbeza dengan situasi sebenar politik negara. Mana-mana calon atau kumpulan yang idealistik terhadap pembangunan mahasiswa maka peluang untuk menang adalah besar. Aktivisme dalam kalangan calon juga turut memainkan peranan penting dalam politik kampus UM. Seolah-olah slogan “Mahasiswa untuk rakyat” sudah boleh diterima pakai oleh warga UM.

Kita beralih pula ke UKM. Bagi saya politik kampus yang bermain di UKM adalah politik yang agak bosan. Tidak banyak benda baru dan corak lama sentiasa diulang. Sebagai contoh, Banner calon Gabungan Mahasiswa (GMUKM) dikoyakkan, fitnah, simbahan cat, bom tangan di dalam kereta calon, dan yang terbaru pelekat calon GMUKM ditampal secara haram di kebanyakan kereta milik warga kampus.

Kalau kita lihat isunya memanglah memberikan satu “wow factor”. Ironinya kumpulan satu lagi yang menjadi sasaran sebagai suspek tidak lah banyak bersuara sebelum ini, malah lebih teruk seperti tidak pernah wujud sehingga layak untuk dituduh melakukan perkara-perkara begini. Saya pun keliru, sama ada Aspirasi di UKM ni memang tak tahu erti bosan atau GMUKM terdesak ingin “dizalimi”.

Tetapi pujian juga harus diberikan kepada UKM kerana sehingga ke hari ini mereka masih mengekalkan sistem pengundian secara manual yang lebih dipercayai ketelusannya berbanding dengan system atas talian yang dilaksanakan di kampus lain.

Untuk PRK yang berilmu saya lebih memilih UIAM sebagai kampus pilihan. Walaupun UIAM antara Universiti yang sering membawa khabar berita tentang campur tangan politik luar ke dalam kampus, namun pilihanraya mereka saya kira antara yang paling matang. Kita tolak dahulu agenda keris, donut dan juga campur tangan pentadbiran dalam urusan pemilihan MPP mereka pada sesi lalu untuk memberi laluan kepada politik ilmu dan matang yang saya nampak pada sesi kali ini.

Di UIAM, calon mempunyai booth tersendiri sebagai ruang untuk berkempen. Manifesto, gula-gula pilihanraya dan sebagainya tentang calon boleh didapati di booth tersebut. Calon juga lebih bebas berkempen dengan cara tersendiri sebagai contoh, sudut pidato menerangkan manifesto masing-masing di kafeteria dan sebagainya. Tidak cukup dengan itu, ada juga calon yang sempat mengadakan diskusi dua hala bersama mahasiswa bagi membahaskan tentang manifesto ataupun ideologi yang ingin dibawa para calon. Ini merupakan inisiatif sendiri mahasiswa UIAM bagi memupuk semangat demokrasi matang, bebas dan berilmu di sana. Aktiviti ini merupakan satu contoh awal yang baik diberikan daripada calon terhadap bakal pengundi yang sanggup turun kepada mahasiswa menjelaskan tentang persoalan-persoalan yang bermain di minda bakal pengundi tanpa sebarang karenah birokrasi yang terlampau seperti jemputan formal, surat rasmi dan sebagainya.

Ini merupakan 3 universiti yang seronok untuk dijadikan pemerhatian untuk Pilihanraya Kampus di Malaysia dan pilihan saya untuk PRK yang paling berilmu setakat ini adalah UIAM. Bagi saya, ini satu tempelak buat beberapa universiti dan pemimpin mahasiswa yang penuh dengan birokrasi bukan hanya terhadap PRK, tetapi terhadap semua aktiviti mahasiswa. Mahu buat satu program ilmiah yang mudah sering disusahkan dengan surat itu dan surat ini. UIAM berjaya membuktikan universiti mereka bukan pejabat pos tetapi sebuah gedung ilmu.

Setakat itu sahajalah pendapat peribadi saya yang dibuat melalui pemerhatian jarak jauh. Selepas keputusan semalam, saya ternanti-nanti PRK Universiti Malaya pula. Semoga berjaya membudayakan politik ilmu!

Sumber HD - 21-11-2014







































































































































Selepas ditahan, akaun Facebook Fahmi pula digodam

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Selain berhadapan dengan pelbagai sekatan dalam siri jelajahnya di ke kampus-kampus, akaun Facebook Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) Fahmi Zainol juga turut digodam.

Terbaharu, akaun Facebook peribadi beliau yang didaftarkan sejak 2008 tidak dapat diakses.

"Akuan peribadi Facebook saya yang dibuat pada tahun 2008 sudah tiada, akaun peribadi bertukar kepada "page". Akaun lama saya tidak mampu diakseskan," tulis belaiu dalam page baharunya.

Menurut Fahmi, cubaan mengganggu akaun Facebook beliau berlaku sejak beberapa hari lalu ketika beliau dan rakan aktivis mahasiswa mahu mengadakan program di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Ketika itu, wujud satu akaun palsu atas nama beliau yang membuat posting 'menghina' rakyat Sabah.

Fahmi dalam pada itu beberapa kali membuat penafian di Facebook beliau berhubung kewujudan akaun palsu tersebut.

Berikutan itu juga, beliau telah membuat satu laporan polis terhadap kewujudan akaun palsu tersebut.

"Saya menerima pelbagai ancaman dan ugutan dari pelbagai pihak di Sabah berkenaan akaun palsu tersebut," katanya dalam laporan polis itu.

Ahad lalu, Fahmi bersama tujuh lagi aktivis mahasiswa lain ditahan pihak polis ketika merancang untuk berucap di UMS.

Mereka kemudian dibebaskan semalam selepas diambil keterangan.

Nama Fahmi mula mendapat perhatian selepas kejayaan PMUM pimpinannya membawa masuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Universiti Malaya untuk menyampaikan pidato berkait tuduhan fitnah ke atasnya.

Beliau kini berdepan tindakan tatatertib o;eh pihak Universiti Malaya ekoran penganjuran program itu yang didakwa tidak mendapat kelulusan pihak pentadbiran. - HARAKAHDAILY 11/10/2014

Sumber HD - 11-11-2014

Ditahan kerana 'maklumat' dana p'raya kampus?

HARAKAHDAILY | .



KUALA LUMPUR: Penahanan lapan mahasiswa ketika merancang berucap di Universiti Malaysia Sabah (UMS) malam tadi didakwa ada kaitan dengan satu maklumat penyaluran dana berjumlah hampir RM10,000 oleh sebuah parti politik untuk pilihan raya kampus yang lalu.

Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional Abdul Muqit Muhammad berkata, maklumat tersebut berjaya dirakam ketika seorang bekas pemimpin Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMS mengumumkan penyaluran dana itu dalam satu majlis tertutup yang turut dihadiri ketua pemuda negeri sebuah parti politik.

"Kerana takut rahsia mereka terbongkar, mereka telah berusaha menyekat pidato yang dihadiri oleh (Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malayaya) Fahmi Zainol di UMS.

"Mereka juga gunakan samseng untuk mengugut mahasiswa," kata Abdul Muqit dalam satu kenyataan.

Menurut Abdul Muqit, polis juga mengarahkan beliau memadam video yang berjaya dirakamnya berhubung maklumat dana itu.

Bagaimanapun kata Abdul Muqit, beliau berjaya melepaskan diri dalam insiden penahanan itu malam tadi.

Malam tadi, lapan mahasiswa termasuk Fahmi ditahan pihak polis ketika cuba hadir dan berucap di satu program di UMS.

Mereka pada siangnya juga turut disoal siasat polis dan menjalani ujian air kencing di Balai Polis Kota Kinabalu ketika cuba menyampaikan ucapan di Jalan Gaya.

"Audio dan juga video rakaman pengakuan mereka telah tersebar di media sosial dan sehingga kini masih belum mendapat respon,"katanya. - HARAKAHDAILY 10/11/2014

Sumber HD - 10-11-2014







































































































































#UM8: Fahmi mohon tangguh prosiding

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Sebahagian daripada lapan mahasiswa Universiti Malaya yang dihadap ke lembaga tatatertib kerana menganjurkan himpunan bersama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, minggu lalu memohon prosiding ke atas mereka ditangguhkan.

Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), Fahmi Zainol antara yang memohon kes beliau ditangguhkan ke satu satu tempoh masa yang lain.

"Saya mohon ditangguhkan sekurang-kurangnya dua minggu lagi untuk lebih masa buat persediaan. Beberapa lagi kawan saya yang lain juga mahu ditangguh.

"Namun sebahagian lagi mahu dihabiskan kes mereka hari ini," katanya ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.

Fahmi berdepan sembilan pertuduhan ekoran terlibat dalam penganjuran pidato Anwar yang diadakan di Dataran Tunku Canselor 27 Oktober lalu.

Dalam prosiding tatatertib yang bermula pagi tadi, beliau diwakili Presiden Kakitangan Akademik Universiti Malaya (PKAUM) Prof Madya Azmi Shahrom selaku peguam.

Menurut Fahmi, sekarang ini sedang berlangsung prosiding di mana setiap pelajar yang dituduh dipangil seorang demi seorang menghadap jawatankuasa tatatertib universiti.

Ekoran terdapat permohonan untuk ditangguhkan, kemungkinan keputusan terhadap permohonan itu diumum selepas ini.

"Untuk keputusan semasa, kes saya ditangguhkan pada tarikh yang akan dinyatakan sebentar nanti," katanya. - HARAKAHDAILY 7/11/2014

Sumber HD - 7-11-2014

Solidariti bersama #UM8 desak gugurkan pertuduhan

ARIF ATAN | .




KUALA LUMPUR: Tindakan pentadbiran Universiti Malaya (UM) menggunakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) dengan mengenakan beberapa pertuduhan terhadap lapan mahasiswa secara terpilih susulan Pidato Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim, 27 Oktober lalu dilihat sebagai bercanggah dengan hak kebebasan bersuara seperti termaktub dalam Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Naib Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM), Zarin Maszalan berkata demikian ketika mengulas tindakan tatatertib mengikut akta drakonian tersebut termasuk ke atas Presiden Persatuan Mahasiswa UM (PMUM), Fahmi Zainol dan Yang Dipertua Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM), Khairol Najib Hashim.

"Kami diperingkat PMIUM mendesak UM menggugurkan semua tuduhan ke atas lapan mahasiswa ini serta-merta dan mengajak orang ramai untuk hadir bersolidariti bersama-sama pada hari Jumaat ini," ujarnya.

Sementara itu, Timbalan Exco Politik dan Hal Ehwal Semasa PMIUM, Anis Syafiqah berkata, nilai kebebasan akademik tidak seharusnya terbelenggu dalam ruang lingkup teori sebaliknya mengasak idealisme mahasiswa kepada pengamalan ilmu melalui aktivisme.

"Mahasiswa semakin sedar akan hak mereka sebagai 'stakeholder' utama universiti dan terus giat memberi penerangan kepada masyarakat terutamanya warga kampus dalam usaha membumikan nilai kebebasan akademik di universiti.

"Tidak kira yang ditindas itu seorang tokoh mahupun rakyat bawahan di ceruk kampung, di mana ada kezaliman, di situ mahasiswa bangkit," tegas Anis lagi.

Untuk rekod, Syamimi Munira merupakan satu-satunya mahasiswi yang didakwa oleh pihak pentadbiran UM mengikut Kaedah-kaedah Universiti Malaya (Tatatertib Pelajar 1999) kerana mengambil bahagian dalam program Pidato Datuk Seri Anwar Ibrahim: 40 tahun dari UM ke Penjara di Dataran Dewan Tunku Canselor UM.

Pertubuhan berkaitan mahasiswa seperti Pro?Mahahsiswa UM (Pro-M UM), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Sisters In Movement dan Persatuan Untuk Belia Baru Universiti Malaya (UMANY) bersolidariti mengadakan "Occupy Gazebo" bertempat di Gazebo di Kompleks Perdana Siswa universiti tersebut.

Bermula di perhentian bas utama UM, gerakan protes sempena prosiding ke atas lapan mahasiswa terbabit yang dijadualkan bermula jam 9 pagi ini turut diisi dengan teater senyap dan persembahan musik dari Accino & Gang manakala slot ceramah di sebelah petangnya.

Dalam hal berkaitan, Presiden Gamis, Abdul Malik Ab Razak berkata, cengkaman pengaruh parti politik di kampus berlaku sehingga merosakkan budaya intelektualisme dan perbahasan ilmu secara adil dan seimbang.

"Tindakan tidak adil kepada mahasiswa menjadi kayu ukur kegagalan kampus Malaysia dinobatkan sebagai kampus yang terulung di peringkat antarabangsa.

"Jika universiti benar-benar bersih dari pengaruh parti politik, izinkan semua ahli parlimen kerajaan dan pembangkang dibenarkan masuk ke kampus atau semua ahli parti politik tidak dibenarkan sama sekali. Pihak pentadbiran harus bersih dari pengaruh mana-mana parti politik dan bersikap adil," ujar Malik.

Bagi jurucakap WUFI? Pro Mahasiswa UIAM, Shazwan Ismaon, budaya sekatan terhadap kegiatan pelajar menggunakan akta lapuk Auku itu digunakan atas kepentingan politik yang turut mendidik mahasiswa untuk menjadi takut (culture of fear) di kampus.

"WUFI bersama lapan orang mahasiswa Universiti Malaya (UM) yang menjadi mangsa akta zalim ini dan WUFI menyeru kepada semua mahasiswa agar terus meningkatkan momentum menentang AUKU yang bertentangan dengan prinsip demokrasi yang diamalkan di Malaysia.

"Mahasiswa tidak akan mengalah dengan gertakan akta zalim, Auku. Ayuh bersolidariti bersama UM8!" tegas Shazwan lagi. - HARAKAHDAILY 7/11/2014

Sumber HD - 7-11-2014







































































































































Selepas Anwar, Opah Wahida pula akan ke UM

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Selepas kejayaan membawa masuk Datuk Seri Anwar Ibrahim berpidato di dalam Universiti Malaya, aktivis mahasiswa akan menjemput pula seorang warga emas, Wahida Mat Salleh, 73, yang rumahnya dirobohkan di Kampung Chubadak Tambahan minggu lalu.

Program anjuran Pro Mahasiswa Universiti Malaya ini akan diadakan pada Rabu ini bertempat di Medan Selera Kolej Kediaman ke-7, bermula jam 9 malam.

Wahida atau lebih dikenali sebagai Opah Wahida dijangka akan memberi ucapan berhubung tindakan zalim yang diperlakukan terhadap keluarganya.

Pada 28 Oktober lalu, pondok tempat berteduh beliau dan suami Haji Halim dirobohkan pihak pemaju yang mahu membuat pembangunan komersial di tanah tersebut.

Beliau yang sudah menetap di situ lebih 40 tahun, kini terpaksa berteduh di bawah khemah yang didirikan secara gotong-royong oleh aktivis dan penduduk setempat.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) Fahmi Zainol, turut menyatakan sokongan terhadap penganjuran program ini.

Katanya, orang ramai dijemput hadir bagi mendengar penjelasan dari Opah Wahida sendiri.

Dalam pada itu, program ini juga kata Fahmi bertujuan mengutip derma buat Opah Wahida untuk membina sebuah rumah baru.

"Ia juga bagi mengangkat nilai dan fungsi sebenar Universiti dan Mahasiswa di mana Universiti dan Mahasiswa perlu menyumbang kepada masyarakat," katanya. - HARAKAHDAILY 3/11/2014

Sumber HD - 3-11-2014

Fahmi jadi 'ketakutan' baharu pentadbiran kampus

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Selepas berjaya membawa masuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berpidato di dalam kampus Universiti Malaya (UM), Presiden Persatuan mahasiswa UM, Fahmi Zainol mula mendapat perhatian.

Beliau yang kini berhadapan sembilan pertuduhan oleh pentadbiran UM ekoran penganjuran pidato Anwar itu, juga mula 'digeruni' pihak pentadbiran universiti-universiti lain.

Sejak awal minggu lalu, beberapa universiti utama di Lembah Klang mula mengeluarkan arahan tidak membenarkan Fahmi masuk ke kampus mereka, dan melarang pelajar mereka menghadiri program bersamanya.

Menurut Fahmi, antara kampus terbabit termasuk Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).

"Selepas tidak dibenarkan masuk di UIA, UKM dan UPM, kini tiba giliran UPSI pula menerima arahan perintah "terkurung".

"InsyaAllah dalam esok malam ke USIM dan hari seterusnya ke UITM Shah Alam," katanya di Facebook.

Semalam Jawatankuasa Disiplin Pelajar UM mengeluarkan surat tindakan tatatertib terhadap Fahmi ekoran perhimpunan bersama ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim awal minggu ini.

Surat itu juga memaklumkan bahawa Fahmi berdepan sembilan pertuduhan dan diminta hadir ke perbicaraan kes itu pada 7 November.

Berikut adalah pertuduhan yang dikenakan kepada beliau:

1. Menganjurkan satu perhimpunan melebihi lima orang tanpa kebenaran naib canselor.

2. Memanggil satu himpunan melebihi lima orang tanpa kebenaran naib canselor.

3. Menghadiri satu perhimpunan yang tidak dibenarkan universiti.

4. Menjalankan urusan yang "merosakkan atau memudaratkan kepentingan, kesejahteraan atau nama baiik universiti" di kampus.

5. Menjalankan urusan yang "merosakkan atau memudaratkan ketenteraman atau keselamatan awam, moral, kesopanan atau tatatertib" di kampus.

6. Melakukan perbuatan yang menyebabkan apa-apa halangan, kesulitan, kegusaran, kerugian atau kerosakan kepada mana-mana orang dalam universiti.

7. Memiliki alat pembesar suara atau alat-alat serupa tanpa kebenaran naib canselor.

8. Gagal mengikut arahan kakitangan atau pegawai universiti semasa perhimpunan.

9. Gagal mematuhi surat tunjuk sebab pada 23 Oktober. - HARAKAHDAILY 1/11/2014

Sumber HD - 1-11-2014







































































































































Arah staf pulang awal, alasan UM melucukan - Fahmi

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Beberapa jam menjelang pidato Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini, pihak pentadbiran Universiti Malaya (UM) membenarkan kakitangan mereka pulang.


Dalam satu kenyataan melalui emel, pihak pendaftar UM berkata pihak pengurusan kampus itu bersetuju menutup operasi mereka hari ini seawal jam 4 petang ekoran beberapa insiden gangguan elektrik akibat keadaan cuaca tidak menentu.

"Keadaan ini merbahaya dan pihak universiti sedang menjalankan kerja-kerja baikpulih dan penyelenggaraan pencawang elektrik di beberapa lokasi utama di universiti.

"Sehubungan itu, bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku, pihak Pengurusan Universiti bersetuju supaya operasi pejabat di kampus Universiti Malaya, Kuala Lumpur ditutup awal pada 27 Oktober 2014 (Isnin), mulai jam 4.00 petang hari ini," kata kenyataan tersebut.

Malam ini, Anwar yang juga Ketua Pembangkang dijadual hadir ke UM bagi menyampaikan pidato '40 tahun: Dari UM ke Penjara' anjuran Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM).

Sejak semalam, penganjur menerima tekanan kuat agar program itu dibatalkan.

Mengulas arahan terbaru Pentadbiran UM ini, Presiden PMUM Fahmi Zainol menyifatkan ianya sebagai sesuatu yang melucukan.

"Alangkah lucunya Universiti ini. Saya tidak tahu sama ada ini alasan atau bukan, cerdik atau tidak.

"Nilai sebuah Universiti semakin tertonjol. Sama-sama kita nilai. Pensyarah diarah batalkan kelas," katanya di Facebook. - HARAKAHDAILY 27/10/2014

Sumber HD - 27-10-2014







































































































































Pidato Anwar: Di sebalik tekanan, PMUM terus disokong

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Di sebalik tekanan yang diterima Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) ekoran peganjuran program pidato Datuk Seri Anwar Ibrahim, '40 tahun: Dari UM ke Penjara' malam ini, mereka pada masa sama turut menerima sokongan bertalu-talu dari banyak pihak.

Antara yang menyatakan sokongan terhadap penganjuran program itu termasuk Alumni UM yang menyifatkan kehadiran Anwar malam ini sebagai 'sireh pulang ke gagang'.

Selain itu, turut menyatakan sokongan secara terbuka termasuk kumpulan Pro Mahasiswa UTHM, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), We Unite For Islam (WUFI) UIAM, Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) dan Gabungan Mahasiswa UKM.

PMUM selaku penganjur program yang menjemput Anwar yang juga ketua pembangkang dan anggota alumni kampus itu, didakwa menerima tekanan hebat menjenjelang program itu pada jam 8.30 malam ini di Dataran Dewan Tunku Canselor (DTC).

Ia termasuk cubaan menghalang kelangsungan program itu melalui penyebaran notis amaran palsu kepada pelajar kononnya dari pihak pentadbiran yang melarang mahasiswa hadir ke program tersebut.

Penganjuran program ini juga, menyebabkan suasana persekitaran Universiti Malaya hari ini sedikit panas, apabila Bahagian Keselamatan Universiti Malaya (UM) hari ini membuat kawalan ketat di laluan masuk ke kampus itu.

Tindakan itu mengakibatkan berlaku kesesakan teruk di pintu masuk utama khususnya di pintu masuk Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.

Pengarah Keselamatan Yusof Harun dalam emel kepada kakitangan universiti berkata, pihaknya mendapat arahan pihak pengurusan universiti supaya hanya kenderaan yang berpelekat UM sahaja dibenarkan masuk kawasan kampus hari ini.

Ekoran itu juga, Pejabat Keselamatan telah menutup Gate Jalan Elmu, Gate Fakulti Bahasa dan Linguistik dan Gate Damansara mulai jam 10.30 pagi.

Selain itu, beberapa papan iklan dengan contengan mesej anti-Anwar turut kelihatan di pintu-pintu masuk ke kampus itu sejak pagi ini.

Bincang dengan VC, TNC

Dalam pada itu, PMUM memaklumkan pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan Naib Canselor Universiti Malaya (UM) Prof. Datuk Dr. Mohd Amin Jalaludin dan Timbalan Naib Canselor Profesor Datuk Dr Rohana Yusof untuk berbincang dan memurnikan kekeruhan yang berlaku.

Bercakap pada satu sidang media hari ini, Presiden PMUM Fahmi Zainol berkata, pertemuan itu dijangka diadakan petang ini.

Menurut Fahmi, pihaknya juga telah menghubungi kedua-dua pihak terbabit bagi tujuan pertemuan tersebut.

Fahmi juga berkata, acara malam ini tidak dianjurkan hanya bagi menyokong Anwar, tetapi juga menyuarakan mesej yang pelajar kini muak dengan pelbagai sekatan yang dikenakan ke atas kebebasan akademik.

"Kami jelak dan bosan mendengar semua prosedur rumit yang sentiasa dibangkitkan sebagai alasan mengekang kebebasan mahasiswa," kata Fahmi.

Walau apa pun kata Fahmi, pihaknya akan tetap meneruskan program itu malam ini seperti dirancangkan.
Fahmi turut memberi jaminan bahawa program malam ini akan berlangsung aman, dan tindakan melabel program ini sebagai ancaman adalah tidak tepat.
Katanya, program malam ini sekadar memberi ruang kepada Anwar bagi menjelaskan isu pertuduhan ke atasnya kepada masyarakat khususnya mahasiswa UM.

Pro-M kerah ahli
Sementara itu, kumpulan Pro Mahasiswa (Pro-M) akan mengerah hali mereka dari seluruh kampus untuk hadir ke program malam ini sebagai sokongan terhadap PMUM.

Pengerusi Pro-M Nasional, Abdul Muqit Muhammad berkata, pihaknya menjangkakan program malam ini akan berjalan lancar seperti dirancang.

"Kita ada buat kerahan agar mahasiswa turun pada malam ini.

"Kita harap semuanya akan berjalan lancar tanpa sebarang perkara tidak diingini berlaku," katanya.-HARAKAHDAILY 27/10/2014

Sumber HD - 27-10-2014







































































































































Pidato Anwar: PMUKM fahami kondisi PMUM

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Berhubung dengan sekatan pelaksanaan program pidato umum anjuran Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) pada hari ini, Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) melihat tragedi yang berlaku semasa Majlis Makan Malam GMUKM bakal berulang.

Naib Yang Dipertua PMUKM, Muhammad Sallehudin Khalid berkata, pola peristiwanya dilihat hampir sama dengan kejadian yang sudah berlaku di UKM pada bulan lepas.

Menurutnya, bermula daripada amaran TNC HEPA sehingga kepada turunnya Special Branch (SB) semasa program dijalankan pastinya menjadi bukti kepada kerasnya cara pentadbiran menghalang mahasiswa berprogram.

"PMUKM melihat bahawa universiti seharusnya menjadi medan perbincangan ilmu yang luas serta menyediakan ruang yang terbuka bagi mahasiswa mencambahkan idea mereka," katanya.

Beliau berkata, program Pidato Umum itu yang menampilkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berkongsi pengalamannya sebagai alumni Universiti Malaya dilihat amat menarik untuk dilaksanakan.

Justeru, katanya PMUKM yakin pidato yang ingin disampaikan mempunyai intipati yang amat berguna kepada seluruh hadirin dalam menongkah arus sebagai anak muda bakal pemimpin negara kelak.

tambahnya, PMUKM berpendapat walaupun kehadiran Anwar menjadi ancaman kepada pihak universiti, namun niat baiknya untuk berkongsi ilmu serta pengalaman bersama mahasiswa tidak perlu dihalang.

"Kami mencadangkan kepada pihak universiti untuk menganjurkan acara yang serupa tetapi dijalankan bersama wakil tokoh ilmuan lain yang dirasakan lebih sesuai dengan citarasa mereka," ujarnya lagi.

Dengan ini, kata beliau program ilmu tersebut dapat dijalankan dengan aman serta perbincangan idealisme yang lebih baik boleh dilaksanakan.

Baginya, alasan yang sama diberikan oleh pihak pentadbiran untuk membatalkan niat pimpinan mahasiswa menganjurkan program sebegini dilihat tidak relevan.

Beliau menambah, dengan alasan bahawa program ini tidak mendapat kelulusan dilihat tidak sepadan dengan usaha yang dilakukan penganjurnya.

Solusi mudahnya, kata beliau untuk program sebegini dilaksanakan dengan aman ialah dengan memberi kelulusan.

Sehubungan itu, katanya PMUKM berharap agar program-program berbentuk perbincangan idealisme diperingkat mahasiswa diberikan kebebasan sebaiknya.

Beliau berkata, mahasiswa memerlukan perbincangan secara berterusan untuk mencambahkan idea mereka dalam usaha menjadi pendukung negara pada masa depan dan berharap program tersebut dapat berlangsung dengan baik. - HARAKAHDAILY 27/10/2014

Sumber HD - 27-10-2014

Bantu mahasiswa elak ikat perut

ARIF ATAN | .


KUALA LUMPUR: Menyedari kos sara hidup yang semakin meningkat, Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMIUM) mengorak langkah melaksanakan agihan makanan tengahari percuma bermula 15 Oktober lalu.


Presiden PMIUM, Khairol Najib Hashim berkata, program yang dinamakan Kasih Mahasiswa kepada mereka yang memerlukan itu dijadualkan pada setiap hari Rabu dengan agihan sulung di Akademi Pengajian Islam.

"Alhamdulillah, acara sulung kami selepas solat Zohor ini berjalan lancar. Saya bersama sahabat aktivis berjaya mengedarkan 200 pek nasi Arab ayam yang disumbangkan penaja.

"Sekurang-kurangnya tiada mahasiswa UM yang terpaksa mengikat perut tidak dapat makan hanya kerana kesempitan wang," ujarnya.

Menurut Khairol, bagi minggu berikutnya, mereka akan mengagihkan makanan di fakulti yang berbeza pula dengan sasaran kepada golongan pelajar di bawah Persatuan Mahasiswa Istimewa (PERMIUM).

"Sehubungan itu, kami amat memerlukan sumbangan dana bagi meneruskan program ini," tambahnya.

Sumbangan wang tunai boleh disalurkan terus kepada akaun Maybank 164258533432, atas nama Khairol Najib Hashim. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada emel khairol.pmium@gmail.com This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau no tel 013-4056247. - HARAKAHDAILY 17/2014

Sumber HD - 17-10-2014







































































































































Bajet 2015: Apa mahasiswa rasa?

HAFIZUL FAIZ | .

MENINJAU Bajet 2015, teks ucapan penuh Perdana Menteri dan tumpuan peruntukan bajet kepada sektor IPTA dan IPTS, mahasiswa dan mahasiswi Malaysia; memotretkan beberapa idea dan respon daripada saya sendiri. Secara ringkas, bajet khas kepada sektor pendidikan IPTA dan IPTS ialah seperti berikut:

1) Pengelasan kembali syarat MUET kemasukan sesuatu bidang dan jurusan. Untuk bidang Sastera dan Sains Sosial, band MUET yang diperlukan ialah Band 2. Sains, Teknologi, Matematik dan Kejuruteraan ialah Band 3. Manakalan Undang-undang dan Perubatan ialah Band 4.

2) JPA memperuntukkan RM1.9 Billion, Kementerian Pelajaran memperuntukkan RM759 Juta dan Kementerian Kesihatan memperuntukkan sebanyak RM258 Juta sebagai dana tajaan kepada mahasiswa dan mahasiswi seluruh Malaysia.

3) Baucar buku dikekalkan sebanyak RM250 bagi setiap pelajar.

Walaupun begitu, saya melihat beberapa kelompongan yang perlu diisi segera bagi memayungi semula pendidikan dalam usaha menaiktaraf keintelektualan mahasiswa. Antaranya ialah;

1) Kerajaan masih tidak menunjukkan sebarang usaha untuk menuju kepada sistem pendidikan percuma. Idea-idea yang perlu digagaskan bagi usaha ini ialah memecahkan semula komposisi zakat dan beberapa "blueprint" yang sering ditawarkan bagi memperoleh pendidikan percuma.

2) Baucar buku yang diberikan adalah berbentuk one-off. Kerajaan seharusnya menaikkan lagi peratus potongan harga buku khas kepada pelajar bagi menggalakkan lagi budaya membeli dan membaca buku.

3) Kerajaan harus menawarkan pelbagai pelan pilihan mengurangkan beban pinjaman PTPTN, menawarkan juga kaedah-kaedah alternatif bagi menjelaskan pinjaman PTPTN bagi graduan di samping menyediakan pelbagai lagi ruang istimewa menukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa.

4) Akhirnya, tawaran pendidikan kerajaan dalam Bajet 2015 berjaya mempelbagaikan kaedah sumber dan dapatan, dan ini merancakkan lagi budaya pendidikan bersama. Namun, kerajaan masih kurang idea dan usaha untuk mencapai darjah pendidikan yang tinggi, setanding dengan negara-negara luar yang lebih maju dan terkehadapan. – HARAKAHDAILY 15/10/2014

Hafizul Faiz ialah Exco Maklumat & Intelektual, Kelab Ma'ruf UIAM

Sumber HD - 15-10-2014

Keluarga pilu terima ijazah pelajar maut kemalangan

SUHAINIE MOHD KHALID | .

BATU PAHAT: Suasana pilu menyelubungi keluarga Lim Yin Jie, penuntut Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang maut dalam kemalangan, Mei lepas, apabila ibu bapanya hadir menerima ijazahnya pada majlis konvokesyen universiti itu hari ini.

Yin Jie, 24, yang berasal dari Sungai Petani, Kedah menerima Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hartanah (Kepujian) dan penyerahan itu disampaikan Ketua Setiausaha Negara yang juga Pro-Canselor UTHM Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Penyerahan berlangsung di bilik kenamaan Dewan Sultan Ibrahim, selepas sidang pertama konvokesyen ke-14 itu berakhir.

Bapanya, Lim Hai Kim, 62, seorang pesara guru berkata walaupun berasa sedih, namun mereka sekeluarga amat berbangga dengan pencapaian anak gadisnya itu yang menamatkan pengajian cemerlang sehingga memperoleh nilai purata gred kumulatif (GPA) 3.8 mata.

"Terima kasih kepada pihak UTHM kerana mengaturkan majlis ini walaupun sepatutnya Yin Jie ada bersama-sama saat ini kerana dia sangat beria mahu kami bersama-sama meraikan hari graduasinya," katanya kepada pemberita sambil ditemani isteri Oh Sai Hong, 59, dan dua anak lain.

Menceritakan kemalangan pada 7 Mei itu, Hai Kim berkata, Yin Jie yang ketika itu sedang menjalani latihan amali di sebuah syarikat hartanah di Sungai Petani maut serta merta di tempat kejadian apabila kereta Perodua Kancil yang dipandunya berlanggar dengan sebuah lori.

Beliau berkata Yin Jie memulakan latihan amali pada Februari lepas dan sepatutnya tamat pada Jun lepas selain turut merancang untuk mengikat pertunangan selepas tamat pengajian.

Menyifatkan Yin Jie sebagai anak yang rajin dan berdedikasi, Hai Kim berkata gadis berkenaan sentiasa menunjukkan minat bersungguh dan tidak pernah berputus asa sepanjang pengajiannya.

"Pilihan pertamanya adalah untuk mengambil jurusan logistik, namun, dia tetap berusaha dengan gigih apabila ditawarkan jurusan pengurusan hartanah di UTHM.

"Dia ada memberitahu saya bahawa majikan tempat dia menjalani latihan amali itu juga ada menawarkannya bekerja apabila selesai pengajian," katanya.

Sementara itu, keazaman yang kuat walaupun kematian bapa tersayang pada tahun 2010 tidak menghalang Wong Chee Fei, 24, untuk memperolehi kejayaan cemerlang dan menerima Anugerah Pelajaran Diraja, 'Pingat Jaya Cemerlang'.

Graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam (Kepujian) yang berasal dari Ipoh, Perak itu berkata pesanan bapa supaya belajar dengan tekun merupakan resepi kejayaannya dalam memperoleh keputusan GPA 3.91.

"Saya juga sentiasa mendapatkan bimbingan daripada pensyarah dan mengamalkan sikap bertukar-tukar maklumat dengan rakan sekelas," katanya yang sudah menerima tawaran kerja di sebuah syarikat swasta di Petaling Jaya, Selangor. - Bernama

Sumber HD - 11-10-2014







































































































































Bajet 2015: Mahasiswa kecewa k'jaan tindas peminjam PTPTN

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Pelajar universiti yang menunggu penuh debar pembentangan Bajet 2015 semalam, akhirnya melahirkan rasa kecewa apabila kerajaan tetap mahu bertindak tegas terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).


Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), Fahmi Zainol berkata, mereka mengharapkan ada satu jalan keluar dari Bajet 2015 terhadap 174,000 peminjam PTPTN yang kini diancam disenarai hitam dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS).

"Tidak ada manfaat yang dapat diambil (daripada Bajet 2015). Pihak Putrajaya tidak langsung mendengar apa yang mahasiswa mahukan. Mahasiswa kesal dengan perkara itu,' katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, PMUM pada bulan lalu mengemukakan cadangan 26 perkara kepada Unit Perancang Ekonomi (UPE) bagi penambahbaikan Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) termasuk pendidikan percuma, tetapi tidak mendapat reaksi positif dalam Bajet 2015.

"Cadangan sudah diberikan, sekiranya tidak mampu nak mansuhkan PTPTN, berikan diskaun berpanjangan dan bukan setahun sahaja.

"Diskaun 20% bagi bayaran penuh 'lump sum' itu tidak munasabah. Mahasiswa tidak ada duit sebanyak RM40,000 untuk langsaikan hutang itu sekaligus," katanya. - HARAKAHDAILY 11/10/2014

Sumber HD - 11-10-2014

Monumen keris di UIAM dikecam kakitangan, pelajar

HARAKAHDAILY | .




GOMBAK: Pembinaan arca keris berserta air pancut di pintu masuk utama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) terus mendapat kecaman khususnya oleh kakitangan, pelajar dan bekas pelajar kampus terbabit.

Meluahkan rasa tidak puas hati melalui laman sosial, rata-rata mereka berpendapat pembinaan tersebut satu projek yang membazir.

Malah satu laman peminat Facebook khusus dibuka atas nama akaun 'IIUM Community against the waste construction of fountain & keris', sebagai menyatakan bantahan.

(Gambar: Monumen asal dengan tulisan surah al-'Alaq yang telah diganti dengan keris)

Menurut sebahagian mereka yang menulis komen, pihak pentadbiran UIAM sepatutnya lebih memberi tumpuan kepada soal kebajikan pelajar dan kemudahan asas yang masih banyak belum selesai.

Ada yang memberi contoh masalah sistem saliran di kampus itu yang seringkali menyebabkan berlakunya banjir kilat apabila hujan lebat.

Selain itu, ramai juga memberi komen sinis mempersoal kerelevenan keris dipilih sebagai mercu tanda kampus itu.

"Ustaz tanya dalam kelas: "Ini universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Tapi apa kaitan keris dengan antarabangsa? Bukankah keris itu lokal? Kami pelajar sengih aje," komen seorang peminat.

"Dulu 'The Garden of Knowledge and Virtue'. Sekarang 'The Garden of Fauntain and keris'. Barangkali UIA bakal menjadi hub industri kuih Lompat Tikam dunia," kata seorang lagi pengguna sinis.

"[Usik] antara merobohkan monumen surah Iqra yang menjadi ingatan wahyu bacaan dan diganti dengan keris, maknanya keris itu lebih mulia dari surah di monumen itu? Oh itu rupanya...bagus fikiran ummatic generasi UIA," tulis seorang lagi.
- HARAKAHDAILY 30/9/2014

Sumber HD - 30-9-2014







































































































































Hari Malaysia disambut pendaratan tentera AS

ABDUL MALIK AB RAZAK | .



1. Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) mengutuk tindakan kerajaan Malaysia dibawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak kerana telah membenarkan tentera Amerika Syarikat mengadakan latihan eksesais bilateral di negara ini.

2. GAMIS meluahkan rasa kebimbangan dan kerisauan di sebalik apa yang terjadi. Walaupun dimaklumkan oleh Angkatan Tentera Darat Malaysia bahawa tujuan pendaratan mereka adalah untuk latihan dalam bidang pengurusan bencana alam dan perlaksanaan Operasi Pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), namun ia sungguh mencurigakan.

3. Pendaratan tentera Amerika ini juga sebagai satu simbolik pengiktirafan kerajaan Malaysia terhadap keganasan Amerika dan sekutunya Israel terhadap umat Islam di seluruh dunia, khususnya di bumi Gaza melalui Operasi Perlindungan Sempadan (Operation Protective Edge) selama tujuh minggu.

4. Kerajaan Malaysia telah meletakkan keselamatan negara dan rakyat diparas bahaya. Tidak boleh dinafikan melalui siri latihan yang diadakan ini mampu memberi peluang dengan lebih terbuka kepada tentera Amerika untuk mengakses maklumat ketenteraan Malaysia dan mengkaji geografi dan permukaan bumi di Malaysia. Seribu satu kemungkinan bakal berlaku.

5. Justeru itu, GAMIS begitu kecewa dengan tindakan kerajaan dalam menyambut Hari Malaysia, 16 September dengan mencetuskan kebimbangan dilubuk hati rakyat akan keselamatan tanah air tercinta. Negara dalam keadaan bahaya selepas menjadi mangsa pertembungan kuasa besar dunia dengan tragedi pesawat MH370 dan MH17 serta di sebalik kedatangan Barack Obama yang mempunyai seribu satu persoalan.

6. GAMIS terus mendesak kerajaan untuk mengambil langkah proaktif dengan memperketatkan keselamatan di darat, laut dan ruang udara negara.

7. GAMIS sebagai sebuah gerakan mahasiswa dengan tegas mahu kerajaan Malaysia bertindak segera dengan menghentikan kerjasama ketenteraan dengan Amerika Syarikat. – HARAKAHDAILY 15/9/2014

Abdul Malik Ab Razak ialah Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS).

Sumber HD -  15-9-2014







































































































































Akta Hasutan: Gamis sokong mahasiswa UM berhimpun

MUHAMMAD FAIZAL | .

KUALA LUMPUR: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) hari ini menggesa agar kerajaan memansuhkan segera Akta Hasutan 1948 yang di lihat mengekang hak kebebasan rakyat untuk bersuara.

Presidennya Abdul Malik Ab Razak ketika dihubungi memberitahu akta ini hanya untuk menjaga survival politik pihak tertentu tanpa memberi kelebihan hak pelbagai kaum dalam negara ini.

"Kita gesa akta ini dimansuhkan segera, jika kerajaan berhasrat untuk mengantikannya dengan akta yang baru iaitu Akta Keharmonian Nasional ia perlu mengeluarkan ke semua unsur yang ada di dalam akta hasutan.

"Jika ini tidak dilakukan ia tidak banyak berbeza dengan sebelum ini dan rakyat terus dikekang untuk menyuarakan pendapat mereka," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau turut menyokong tindakan Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) yang mengadakan himpunan aman bagi sebagai sokongan kepada pensyarah undang-undang, Prof Madya Dr Azmi Sharom termasuk bekas pengerusi Solidariti Mahasiswa (SMM) Muhammad Safwan Anang@Talib yang didakwa di bawah Akta Hasutan.

"Gamis akan hadir memberi sokongan dan kita jangkakan hampir 200 peserta dari gamis akan hadir.

"Kita mahu kerajaan segera menarik balik pendakwaan yang dikenakan kepada kedua-dua mereka dengan segera," sambung beliau.

Sementara itu, sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) mengumumkan untuk tidak menghadiri kelas pada Rabu ini bagi menyertai perhimpunan aman menyokong Prof Madya Dr Azmi Sharom.

PMUM dengan anjuran bersama Kesatuan Kakitangan Akademik UM (PKAUM) akan berkumpul Rabu ini pada pukul 1 tengah hari hingga 4.30 petang dan diikuti dengan siri ceramah ringkas oleh beberapa ahli akademik.

- HARAKAHDAILY 9/9/2014

Sumber HD - 9-9-2014







































































































































Akta Hasutan: Safwan Anang dipenjara 10 bulan

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Muhammad Safwan Anang, didapati bersalah atas tuduhan menghasut oleh Mahkamah Sesyen,hari ini.

Keputusan itu dibacakan Hakim Norsharidah Awang pagi tadi selepas berpuas hati ucapan yang dibuat Safwan pada 13 Mei tahun lalu mengandungi unsur hasutan.

Bagaimanapun mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara Safwan itu sementara proses rayuan ke Mahkamah Tinggi.

Mahkamah membenarkan ikat jamin sebanyak RM15,000.

Pada 29 Mei tahun lalu, Safwan, 25, mengaku tidak bersalah atas dakwaan memberi ucapan dengan menyebut kata-kata menghasut bagi membangkitkan rakyat negara ini mengubah kerajaan yang tertubuh mengikut undang-undang dengan cara tidak sah.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur di alamat Nombor 1, Jalan Maharajalela, Dang Wangi, Kuala Lumpur antara jam 8.55 malam dan 11.15 malam pada 13 Mei tahun lepas.

Ketika ini, Safwan yang juga Pengarah Eksekutif Lensa Anak Muda Malaysia (LENSA) dibawa ke lokap mahkamah sementara proses ikat jamin selesai.

Menurut Eksekutif Perhubungan LENSA, Ahmad Shukri Kamaruddin, urusan ikat jamin akan bersambung jam 2.30 petang ini dan Safwan terpaksa menunggu di lokap mahkamah hingga selesai urusan ikat jamin.

- HARAKAHDAILY 5/9/2014

Sumber HD - 5-9-2014







































































































































Sharimah rayu bantuan untuk lanjut pelajaran

ANIS NAZRI | .


Keadaan di dalam rumah Sharimah yang tinggal dengan bapa dan adik-adiknya.

BIARPUN hidup dalam kesempitan dan terpaksa menyara kehidupan bapa dan adik-beradiknya, gadis muda, Sharimah Jarail, 20, tidak berputus asa untuk meneruskan pengajiannya ke peringkat lebih tinggi.

Justeru, Sharimah gigih menjadi guru tuisyen ketika beliau menanti peluang untuk dipanggil ke menara gading selepas menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

Pendapatannya sebagai guru tuisyen itu dikumpul sedikit demi sedikit bagi memastikan peluang untuk ke menara gading tercapai, lebih-lebih lagi apabila baru-baru ini beliau ditawarkan ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Bagaimanapun, pendapatannya itu semakin berkurangan apabila terpaksa dikeluarkan sedikit demi sedikit bagi keperluan keluarganya, khususnya kepada tiga orang adiknya yang masih bersekolah.

Harakahdaily dimaklumkan, hari ini merupakan hari terakhir untuk Sharimah menjelaskan yuran pengajiannya, namun tabungannya tidak mencukupi bagi membolehkan beliau berbuat demikian.

Bapanya, seorang bapa tunggal setelah bercerai dengan ibunya hanya bekerja sebagai nelayan, yang ada ketikanya tidak mendapat sebarang pendapatan dalam sehari.

Rumah yang diduduki mereka sekeluarga di Batu Sapi juga berada dalam keadaan daif.

Sharimah juga dikatakan telah memohon bantuan daripada beberapa agensi negeri seperti Pusat Zakat Sandakan, Pusat Zakat Kota Kinabalu, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan sebagainya.

Namun, sehingga hari ini tiada sebarang maklum balas yang diperoleh beliau berhubung status permohonannya, yang semakin jelas menyulitkan keadaannya untuk meneruskan pengajian dan membantu keluarga.

Bagi pembaca yang bermurah hati untuk membantu Sharimah agar cita-citanya ke menara tinggi tercapai, bolehlah menyalurkan bantuan kepadanya melalui akaun RHB 11008200142121. - HARAKAHDAILY 25/8/2014


Sumber HD - 26-8-2014







































































































































Mohon sumbangan untuk sambung pengajian

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Seorang pelajar, Badruddin Al Amin Bin Mohamad, 18 tahun dari Kuala Terengganu memohon bantuan pembaca Harakahdaily untuk menyumbang sedikit dana kepadanya bagi menyambung pengajian ke Indonesia dalam masa terdekat.

Badruddin berasal dari Jalan Kota Manir, Kampung Kota Manir, Kuala Terengganu ialah anak ke tujuh daripada lapan orang adik-beradik.

Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Manir dan kemudiannya di Sekolah Menengah Manir. Kini Badruddin dapat menyambung pengajian ke Yayasan Pendidikan Al-Fatah, Temboro, Magetan, Jawa Timur, Indonesia dalam bidang pengajian Islam dan Komunikasi Bahasa Arab.

Badruddin belum mendapat tajaan mana-mana pihak untuk menyambung pengajian di sana. Kos yuran pengajian selama 5 tahun ialah RM14,500.

Dia yang bercita-cita menjadi ustaz tiada sumber kewangan untuk meneruskan belajar di sana kerana bapanya sudah meninggal dunia pada 2011 yang lalu. Emaknya pula tidak bekerja dan uzur kerana mengidap kencing manis.

Sehubungan dengan itu, bagi sesiapa yang sudi menghulurkan sumbangan bolehlah menyalurkan ke akaun abang kepada Badruddin Al Amin (Shukri Mohamad), Maybank 156011992585. Atau hubungi di talian 017-3230979 (Shukri Mohamad/Pemegang Amanah). - HARAKAHDAILY 18/8/2014

Sumber HD - 18-8-2014

Batal konsert Mariah Carey, hormati MH17

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) amat kesal dengan penganjuran konsert Mariah Carey yang akan berlangsung di Stadium Merdeka pada 22 Oktober depan dan mendesak konsert itu dibatalkan di saat negara sedang bersedih di atas tragedi MH17.

Presidennya, Abdul Malik Ab Razak (gambar) berkata, kedatangan penyanyi asal Amerika Syarikat itu ke negara ini bagi meneruskan siri jelajah ke Asia dan melancarkan album terbarunya tidak sesuai dengan budaya masyarakat tempatan.

"GAMIS sebagai sebuah gerakan mahasiswa Islam memandang serius penganjuran konsert liar yang saban tahun diadakan.

"Di saat rakyat dalam kesedihan berikutan kes pesawat MH17 ditembak jatuh dan serangan Israel ke atas Gaza masih belum tamat, GAMIS sangat kesal dengan pihak penganjur yang tidak menghormati keadaan masyarakat dengan beraninya membawa masuk artis seksi itu ke negara ini," ujar Abdul Malik.

Tambah beliau, ketika umat Islam di Gaza dibunuh oleh Israel dengan bantuan Amerika Syarikat adalah sesuatu yang memalukan bagi negara membenarkan konsert liar seorang artis asal Amerika Syarikat.

"Kerajaan seharusnya mengambil tindakan tegas, bersesuaian dengan cadangan Perdana Menteri yang mengumumkan hari berkabung untuk MH17 agar membatalkan segala program hiburan liar dari diteruskan.

"Kerajaan boleh mengambil langkah alternatif dengan mendidik rakyat melalui elemen pembangunan modal insan yang positif. Program-program kerohanian dan pembangunan minda dirancakkan sebagai tanda keinsafan atas musibah yang melanda negara," tegas beliau.

Menurut Abdul Malik, selain faktor teknikal kerajaan harus sedar bahawa musibah yang menimpa adalah ujian Allah supaya kerajaan dan rakyat kembali menghidupkan nilai-nilai Islam dan membanteras budaya tidak sihat dalam kalangan masyarakat.

"Kami turut berpendirian bahawa konsert yang menelan kos sebanyak USD1 juta (RM3.2 juta) adalah satu pembaziran yang tiada nilai pelaburan untuk pembangunan sebuah tamadun.

"Justeru itu, GAMIS dengan penuh harapan memohon semua pihak dari kerajaan, parti politik, NGO-NGO dan mahasiswa untuk menginsafi musibah yang melanda dengan bekerjasama membanteras program-program hiburan liar," ujar beliau. - HARAKAHDAILY, 4/8/2014

Sumber HD - 4-8-2014







































































































































Tragedi MH17: Elak kepercayaan khurafat

ARIF ATAN | .

KUALA LUMPUR: Gejala penyebaran maklumat palsu, hebahan teori konspirasi, bomoh dan amalan syirik tidak harus berulang dalam menangani kes tembak jatuh pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17.

Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), Khairol Najib Hashim berkata demikian ketika mengulas tragedi yang mengorbankan 298 nyawa di sempadan Ukraine dan Russia, 17 Julai lalu.

"Kepercayaan khurafat seperti itu jika terus berulang selepas insiden MH370 yang hilang empat bulan lalu hanya mengundang tanggapan buruk masyarakat dunia terhadap negara kita.

"Meskipun misteri kehilangan MH370 masih belum terungkai, PMIUM berpendirian rakyat Malaysia perlu lebih matang mengambil iktibar dalam menghadapi musibah yang menimpa pesawat MH17 kali ini," katanya pada kenyataan media.

Pada masa sama, ujar Khairol, sensitiviti pihak tertentu terutama keluarga mangsa harus dihormati.

"Dalam pada itu, usah biarkan kecaknaan kita tertumpu pada satu-satu isu sahaja. Saudara-saudara kita di Palestin punya hak untuk terus mendapatkan solidariti daripada kita.

"Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Mari kita bersama-sama muhasabah dan sentiasa berdoa agar Allah mengurniakan keamanan dan melindungi kita semua dari bala bencana," jelasnya lagi.

Untuk rekod, penyebaran angka 17 dengan mengaitkan makna tertentu dalam nahas pesawat milik MAS itu menjadi 'viral' di media sosial.

Catatan berkenaan menunjukkan: MH17 kali pertama diterbangkan pada 17/7/1997, terhempas pada 17/7/2014 iaitu genap ulang tahun ke-17 penerbangan itu. - HARAKAHDAILY 26/7/2014

Sumber HD - 26-7-2014

No comments:

Post a Comment