BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Tuesday, July 15, 2014

ARTIS BERHIJRAH DAN FILEM




Steven Seagal Terima Kerakyatan Rusia
Posted on Sunday, November 27 @ 00:00:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32605



MOSCOW: Presiden Rusia, Vladimir Putin menyerahkan pasport Rusia kepada aktor Hollywood Steven Seagal pada Jumaat dalam sebuah majlis di Kremlin.

Pelakon berasal dari Amerika Syarikat itu turut menandatangi pasport baharu di hadapan Putin.
Putin berkata, ia sebagai simbol pemulihan hubungan dingin antara Moscow dan Washington.

"Saya ingin mengucapkan tahniah kepada anda dan berharap ia menjadi satu isyarat pemulihan hubungan yang beransur-ansur pulih," ujarnya.

Putin merupakan peminat seni mempertahankan diri yang sering dibawakan oleh Seagal dalam setiap aksi filem lakonannya di Hollywood.

Selama lebih sepuluh tahun, Seagal menjadi pengunjung tetap negara itu. Filem-filemnya seperti Under Siege dan Sniper: Special Ops menjadi filem kegemaran rakyat Rusia.
Seagal merupakan selebriti terbaharu yang mendapat kerakyatan Rusia selepas pelakon Perancis Gerard Depardieu pada 2013.

Dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini, hubungan antara Rusia dan Washington terjejas ke tahap paling teruk akibat konflik bersenjata di Ukraine dan Syria.

Sumber TKO - 27-11-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Zul Yahya Kongsi Penghijrahannya, Dulu Gaji RM10-20 Ribu Sebulan Tak Cukup, Tapi Sekarang.... (Bersama video Ceramah)
Posted on Sunday, October 23 @ 21:47:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32106



Kuala Lumpur: Sejak berhijrah sedikit demi sedikit pada April lalu, saya terima banyak undangan menyampaikan ceramah tetapi lebih kepada perkongsian hidup dan pengalaman, kata pelakon dan pengarah filem, Zul Yahaya mengenai penghijrahan dirinya dan keluarga.

Zul atau nama sebenarnya, Zulkiffili Yahaya, 46, berkata, dia bukan ulama atau ustaz yang boleh berbicara mengenai agama secara mendalam apatah lagi dirinya masih belajar.

Saya tidak layak berceramah mengenai agama tetapi hanya berkongsi apa yang saya rasa supaya masyarakat boleh turut mencuba dan merasainya.

Perubahan ini atas kehendak sendiri, bukan kerana desakan mana-mana pihak.

Apabila ramai bertanya mengenai penghijrahan ini, pada mulanya segan nak berkongsi kerana bimbang ada yang salah anggap. Namun apabila tetapkan niat sekadar bercerita kisah hidup barulah hati saya rasa lega, katanya.

Ditanya apa yang membuatkan hatinya terbuka untuk berhijrah, Zul berkata sebagai ketua keluarga dia mahu membimbing anak-anak ke arah yang diredhai Allah.

Suatu malam selepas pulang dari kerja dan melihat anak-anak tidur nyenyak depan televisyen, saya menangis.

Mereka dilahirkan beragama Islam dan saya tak mahu mereka Islam hanya pada nama. Jadi, sebagai ketua keluarga saya mesti melakukan sesuatu.

Lagipun setiap manusia pasti mahu berubah menjadi lebih baik dan apabila Allah SWT sudah jentik hati saya ke arah itu, saya mesti melakukannya. Dulu saya bukanlah jahat sangat tetapi sebagai hamba-Nya, banyak yang saya abaikan, katanya.

Zul berkata, dia tidak segan menyertai anak-anak belajar mengaji dan solat dengan ustaz yang dipanggil mengajar di rumah.

Syukur, apabila saya berubah tanpa dipaksa anak-anak dan isteri juga berubah. Isteri saya dengan rela hati memakai niqab.

Melihat perubahan mereka, saya berasa sangat seronok dan menikmati kebahagiaan yang luar biasa.

Saya kini mula merasakan cara hidup mereka yang dekat dengan Allah SWT, tenang dan tiada masalah, katanya.

Zul yang terkenal dengan drama Papaya kini berehat seketika daripada terbabit dengan aktiviti seni dan menumpukan perhatian terhadap perniagaan produk muslimah.

Jika saya masih berlakon, sukar untuk saya melakukan perubahan kerana jadual kerja tidak menentu. Saya bukan bersara dan sekiranya kembali berlakon, saya akan pilih jalan cerita serta watak yang bersesuaian dengan perubahan ini.

Kini, stesen TV banyak mengangkat cerita kerohanian dan ia satu perkembangan yang bagus. Kita boleh berdakwah melalui apa sahaja medium termasuk lakonan, katanya.

Zul berkahwin dengan Siti Raihan Mohd Rodzi pada Disember 2007 dan dikurniakan tiga anak perempuan serta seorang lelaki berusia antara 1 hingga 8 tahun.

Video: https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=8mMps7GGIn0



Sumber TKO - 23-10-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Saiful Apek Dalami Islam Selepas Dipanggil Berceramah
Posted on Wednesday, October 05 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31901


KUALA LUMPUR: Pelawak Saiful Apek memberitahu dia dapat menggalakkan dirinya untuk lebih dekat kepada Islam selepas kerap kali dijemput mengadakan ceramah dalam forum agama di surau dan masjid sekitar ibu kota.

Saiful atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, 47, berkata, perkara tersebut secara tidak langsung memberinya peluang untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah.

"Sejak dua bulan kebelakangan ini saya sering diundang untuk menjadi ahli panel forum agama di masjid-masjid dan surau di sekitar Kuala Lumpur. Mereka minta saya berkongsi tentang kehidupan saya sebagai anak seni, tanggungjawab sebagai bapa dan macam-macam lagi.

"Alhamdulillah mungkin juga ada sebab saya dapat peluang itu, sedikit sebanyak saya belajar banyak tentang ilmu agama," ujarnya kepada mStar Online.Saiful ditemui pada majlis memperkenalkan peserta program Lawak Solo yang diadakan di The Apartment, Suria KLCC, Rabu.




Imej terbaharu Saiful Apek. FOTO: Ibrahim Mokhtar

Dalam pada itu, pelakon filem Cicak Man ini berkata, dia sudah lama mempunyai niat untuk berubah ke arah tersebut, namun lebih mengambil pendekatan secara perlahan-lahan.

"Saya memang ingin mendalami tentang agama Islam, tapi kalau boleh saya tidak mahu melakukannya terlalu drastik.



"Saya buat perlahan-lahan dan Insya-Allah, sekurang-kurangnya jika saya beri ceramah  di masjid dapat juga menarik orang lain untuk datang dan berminat turut sama mendalami agama Islam," ujarnya.

Selain itu, Saiful berkata, dia kini banyak melakukan sesuatu yang baharu dalam kehidupannya termasuklah mendapat tawaran membawakan watak antagonis.

Dia juga terlibat dalam filem KL Vampire dan Ajib Is Back sebagai watak penjahat.

"Sampai satu tahap saya rasa dah puas melakukan semua benda yang sama sahaja, sebab itu pada usia ini saya ingin cuba sesuatu yang baharu.



"Selain menghadiri forum agama, saya juga bersyukur diberi peluang membawakan watak-watak antagonis yang pernah saya idamkan suatu masa dulu," ujarnya.

Saiful bakal menjadi juri dalam program realiti Lawak Solo yang bersiaran setiap Jumaat, bermula 21 Oktober ini, pukul 10 malam di Astro Warna (Saluran 132).


Sumber TKO - 5-10-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Saya berjalan dengan tawakal kepada ALLAH - Rosyam Nor
Posted on Thursday, September 08 @ 22:44:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31595


GOMBAK - "Saya berjalan dengan tawakal agar ALLAH memudahkan segala-galanya". Demikian reaksi Ikon Rumah Ngaji, Datuk Rosyam Nor sejurus beliau menamatkan perjalanan sejauh 47.2 kilometer bagi Walk for World #QuranHour, hari ini.
Menurut aktor popular itu, beliau tidak melakukan sebarang persiapan kerana idea untuk berjalan kaki bagi mempromosikan program World #QuranHour hanya tercetus minggu lalu.

"Idea ini datang secara spontan ketika saya menghadiri taklimat dengan NGO. Ia kemudiannya disambut baik oleh Warisan Ummah Ikhlas (WUI) dan kita terus realisasikan.

"Malah, segala persediaan seperti mendapat bantuan polis pengiring dibuat dalam masa dua hari. Hari ini (semalam) saya dan rakan-rakan berjalan dengan tawakal, itulah persiapan kami," katanya kepada media di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini.

Rosyam berkata, beliau memilih untuk berjalan kaki kerana ia merupakan cara paling mudah dan dalam masa sama dapat menarik perhatian orang ramai terhadap program World #QuranHour.

"Saya sendiri pun tak pernah buat (jalan kaki) dan ini kali pertama. Ia cabar kewibawaan kami untuk bawa al-Quran ke sini.

"Namun, bukan jalan kaki yang cuba saya tonjolkan kerana ia satu perkara biasa. Tetapi ia untuk ingatkan semua orang bahawa 11 September ini akan berlangsung World #QuranHour selama satu jam," katanya.

Beliau turut bersyukur kerana perjalanan kira-kira 10 jam itu dipermudahkan dan tidak menghadapi banyak masalah.

"Terima kasih banyak-banyak kepada semua pihak yang membantu khususnya PDRM yang mengawal lalu lintas dan rakan-rakan yang cukup komited. Menariknya, tiada seorang pun yang cedera.

"Alhamdulillah, cuaca juga sangat baik walaupun hujan seketika. Malah, sepanjang perjalanan ramai yang bunyikan hon dan ambil gambar sebagai tanda sokongan," katanya.

Dalam pada itu, Rosyam sekali lagi menyeru umat Islam beramai-ramai memberi sokongan terhadap program World #QuranHour pada jam 9 pagi, Ahad ini.

"Hidup kita berpandukan al-Quran dan Sunnah. Walaupun sedikit mengingati al-Quran, kita akan dijaga oleh ALLAH.


  "Saya nak semua masyarakat mula berjinak-jinak dengan al-Quran. Kalau tak pandai baca al-Quran, kita baca terjemahan, jika tidak sekali pun kita boleh pegang al-Quran atau berbincang pasal al-Quran," katanya.

Sumber TKO - 8-9-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Dulu Sibuk Sampai Tiada Masa Ke Masjid, Kini Shamsul
Ghau-Ghau Sudah Berubah

Posted on Thursday, May 26 @ 22:17:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Siapa yang tak kenal dengan pelawak terkenal tanah air Shamsul Ghau-Ghau. Pada waktu dahulu 

dia pernah jadi ahli kumpulan Senario dengan lawak slumber dia. Selepas itu dia pernah juga jadi 
juri untuk program Raja Lawak dan terkenal dengan tagline ‘MANTOOOP’. Tapi itu semua sudah 
berlalu.
Sejak kebelakangan ni, kita selalu nampak foto wajah Shamsul Ghau-Ghau berada di masjid dan
majlis agama. Tapi pasti anda semua nak tahu titik tolak bagaimana Shamsul akhirnya ambil
keputusan untuk mengurangkan aktiviti seni dan ingin meluangkan masa untuk belajar agama.

Sedih tak dapat baca ayat Al-Quran depan Kaabah
Screen Shot 2016-05-23 at 4.02.39 PM
Shamsul ketika berkongsi kisahnya di hadapan kira-kira 300 penonton yang terdiri daripada
kakitangan hospital sewaktu program Quran Hour yang diadakan di Hospital Sungai Buloh
baru-baru ni menyatakan bahawa dia sudah khatam Al-Quran seawal umur 12 tahun.

Tetapi hatinya sedih apabila tidak mampu nak bacanya di depan Kaabah ketika kali pertama
menunaikan umrah pada tahun 2001. Dia sebak dan sedih sehingga tidak dapat menahan air
matanya dari mengalir.
Saya khatam al-Quran masa umur 12 tahun tapi tak mampu nak bacanya depan Kaabah 
ketika menunaikan umrah pertama pada 2001.
Saya fikirkan apa akan terjadi sekiranya saya mati nanti atau sekiranya ibu saya sakit, mampukah saya membacakan al-Quran buatnya?
ALLAH SWT mudahkan rezeki saya, bermula gaji RM300 sebulan semasa kerja sebagai 
polis sehingga pernah mendapat RM100,000 sebulan sebagai artis walaupun hanya ada SPM, tapi hati saya jauh dari-Nya.
Pengalaman lalu sebagai pembuka jalan
Screen Shot 2016-05-23 at 3.48.49 PM
Foto kredit: Utusan online
Menurut Shamsul, kesilapan yang dilakukan pada waktu dahulu bukan lah detik hitam, tapi sebagai pembuka jalan baginya untuk berubah jadi insan yang lebih baik. Ingin lupakan perkara yang dah
lepas, Shamsul kini giat berdakwah berkongsi pengalaman hidupnya demi memberikan kesedaran
kepada masyarakat.
Saya berpeluang menunaikan umrah pertama pada 2001 bersama rakan-rakan dan berdoa
 empat benda yang tak mungkin saya lupakan.
Doa pertama saya nak kahwin, kemudian ada anak, ketiganya mahu ada rumah depan masjid dan keempat dibuka hati untuk mengaji serta mendekatkan diri dengan ALLAH SWT.
 Alhamdulillah, pada 2003 saya berkahwin dan dikurniakan anak setahun kemudiannya. Pada 2006
semasa beli rumah ditakdirkan lokasinya betul-betul depan masjid.

Sibuk sehingga tiada masa ke masjid
Screen Shot 2016-05-23 at 3.49.26 PM
Tambah Shamsul, disebabkan kesibukan kerja serta jadual hariannya yang sangat padat
membataskan masanya untuk beribadah di masjid.
Setiap hari saya dengar rakaman surah Ar-Rahman yang dipasang di masjid sebelum
 \masuknya waktu Maghrib sampai sudah menghafalnya serba sedikit tapi tak tahu maksudnya.
Ditakdirkan pada satu hari saya pergi ke kedai buku dan semasa membelek buku tafsir
 al-Quran, bukaan saya betul-betul pada surah Ar-Rahman yang salah satu maksudnya berbunyi,
‘nikmat mana satu yang engkau dustakan’.

Harap dapat lapangkan kubur ibu dan ayah
Screen Shot 2016-05-23 at 3.48.23 PM
Ketika membuka buku tafsir Al-Quran tersebut, hatinya jadi sebak dan tiba-tiba teringat akan janji
yang tidak ditunaikan iaitu untuk mengaji semula serta belajar agama dengan lebih mendalam.
Sekarang saya berguru dengan tiga ustaz yang mengajar tajwid, taranum dan tafsir. Kita hidup sudah berpuluh tahun tapi kita tak tahu maksud bacaan dalam solat kita.
 Saya berharap perubahan ini dapat melapangkan kubur mak ayah saya yang sudah tiada. Saya tak
menolak perubahan saya hari ini adalah hasil doa arwah mak saya yang tak jemu memberi nasihat
semasa hayatnya.

Mahu ajak lebih ramai orang Islam mendekati Allah

Tambah Shamsul lagi, dia berharap dengan berkongsi pengalaman hidup atas tiket artis dapat
menarik lebih ramai orang untuk berubah jadi umat Islam yang lebih baik.
Al-Quran itu perlu dibaca, difahami dan diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Cuba
 tanya diri kita dalam sehari berapa banyak kita pegang al-Quran berbanding telefon pintar?
Saya bukan mahu buka aib diri saya, sebaliknya mahu mengajak lebih ramai orang Islam mendekati ALLAH dan memberikan pahala kepada mak ayah saya yang sudah tiada.

Sumber: Sinar Harian

Sumber TKO - 26-5-2016










Aksi Pergaduhan Jentolak Seolah-Olah Filem ‘Sci-Fi’
(bersama video)


Posted on Wednesday, April 20 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu




NAMPAK seolah-olah adegan filem sci-fi, namun ia benar-benar terjadi. Kejadian yang berlaku di 
Hebei sebuah daerah di Xingtang, China menjadi viral di laman sosial.

Rakaman menunjukkan dua buah jentolak merempuh antara satu sama lain sebelum pergaduhan itu
disertai beberapa buah yang lain.
bulldozer_fight2

bulldozer_fight
Sebuah daripadanya terjatuh selepas dirempuh dengan kuat. Cubaan salah seorang daripada
pengendali kenderaan tersebut untuk membantu sebuah jentolak yang terbalik bangkit namun tidak
berjaya.

Namun tiga lagi jentolak masih meneruskan pergaduhan tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.
Laporan media tempatan menyebut perbalahan disebabkan cubaan merebut kontrak pembinaan di
daerah itu oleh dua buah syarikat pembinaan.
bulldozer_fight5
Menurut seorang saksi yang melihat dan merakam kejadian itu, malangnya tiada kejadian penuh
aksi pergaduhan tersebut. Tidak dapat diketahui siapa pemenang bagi ‘perlawanan’ itu.
bulldozer_fight6
Tambah sumber itu lagi, mereka tidak tahu bagaimana pihak polis menyelesaikan masalah itu
setibanya di tempat kejadian. Malangnya tiada video penuh aksi pertempuran antara jentolak itu
berakhir dan siapa pemenangnya. -MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=ftTnnUfSyIk&feature=player_embedded
Sumber TKO - 20-4-2016

Penjelasan Mr Os kenapa berada di pentas 

PAS

HARAKAHDAILY | .


MARANG: "Saya memenuhi undangan. Kalau katakan dewan perniagaan cina tiap-tiap hari panggil
saya, saya pergi," kata pelakon, pelawak dan pengacara, Mohd Yusof Abdul Hamid.

Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Mr Os menyatakan demikian ketika ditemui pada
program santai sempena Himpunan Harapan Semua (Harap) 3.3 di Kampung Padang Mengkuang,
malam tadi. Turut bersama ialah AJK Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Mohamad Ibrahim yang lebih
dikenali Ustaz Mad Cina.

Berikut ialah penjelasan beliau.

Saya memenuhi undangan. Kalau katakan dewan perniagaan cina tiap-tiap hari panggil saya, saya
pergi. Saya memenuhi undangan.

Saya bukan ahli politik. Saya macam NGO. Kenapa pulak orang pertikai saya berada di pentas PAS? Sedangkan Afdlin Shauki, Kumpulan Shiro, Abam bersama di pentas Selangor, tu kerajaan, kenapa
tak viralkan, kata dia menyokong. Saya memenuhi permintaan. Kalau orang panggil kita, macam
saya pemandu teksi siapa sahaja boleh jadi penumpang saya.

Selangor pulak bagi dia ikon seni. Bermakna kalau dia orang itu boleh berada di pentas itu, jadi
orang lain pun tak ada masalah. Sama dengan tukang rumah. Orang PAS panggil buat rumah, orang
roket panggil buat rumah, orang India panggil buat rumah. Tak kan tukang rumah tu kata, hoi tak
boleh. Aku buat untuk orang Melayu je, orang India aku tak buat. Macam teksi tadilah, orang tahan
siapapun boleh naik, supaya artis lain akan berani bersama di pentas itu.

Bila dia naik pentas PAS, orang cop dia orang PAS. Kenapa pulak kalau orang PAS tu naik pentas
BN tak cop orang BN? Kenapa saya duduk sebelah menteri besar orang tak panggil saya timbalan
menteri besar? Orang panggil Os juga. Oh, Os ada di pejabat menteri besar, Os kini orang kuat
menteri besar, orang tak penggil pun.

Ini sama juga dengan Imam Shafei. Bila orang nak jatuhkan dia, orang kata dia pro syiah, hantar ke
jel lah.

Sebab hari tu dia orang call saya, tiga wartawan. Betul ke Os masuk PAS? Dari mana kau dapat
berita, dia kata dari PAS, kau pergilah telefon dia. Ada borang kau nampak, tak ada. Ada aku buat statement? Aku atas pentas bukan aku berpolitik. Aku suruh orang ambil ingatan benda yang baik
supaya buat benda baik, mencegah daripada yang mungkar, itu sahaja. Saya bukan ustaz. Kalau Os
kata ustaz, mana Os belajar jadi ustaz. Jadi benda inilah yang perlu dterangkan oleh Harakah supaya
artis lain berani, supaya dia tak rasa kalau aku masuk sini. Tetapi bila saya dengan Ustaz Azhar Idrus
di Terengganu baru-baru ini, orang tak kata pun.

Saya kalau cenderung kepada satu, saya tak boleh tarik orang roket dengar saya. Saya tak boleh
tarik orang Umno nak dengar saya. Jadi kita memberi perkhidmatan. Orang PAS ini siapa saja boleh
panggil saya untuk dapatkan khidmat saya.

Jadi saya berpesan kepada artis-artis lain supaya jangan takut. Bukan takut ke pentas mana. Tapi kau janganlah involve politik. Biarkanlah oang politik bercakap politik. kita bercakap tentang seni. Itu
saja bezanya. - HARAKAHDAILY 25/2/2016

Sumber HD - 25-2-2016







Berhijab: Tahniah kepada pelakon cilik Mia 

Sara

HAFEZ SABRI | .


Baru-baru ini viral di media cetak dan elektronik perihal keputusan pelakon cilik Mia Sara Nasuha
(11 tahun) untuk terus kekal dengan imej berhijab seusai pulang dari tanah suci Mekah bagi
mengerjakan ibadah umrah.

Tahniah Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) ucapkan kepada adik Mia Sara atas perubahan
yang dilakukan. Sememangnya tindakan dan keputusan untuk berhijab ini amat baik dan
merupakan satu kewajipan seorang wanita yang beriman kepada Allah SWT.

Kita mengharapkan dengan perubahan dan penghijrahan artis-artis dalam industri seni tanah air ini
sedikit sebanyak dapat membawa momentum perubahan yang positif kepada masyarakat dalam
memahami, menghayati dan mengamalkan cara hidup Islam dengan lebih sempurna dan
menyeluruh.

Justeru, disisipkan peringatan untuk kita semua:

1. Islam sebagai Ad-Din

Islam adalah satu-satunya agama yang diiktiraf di sisi Allah. Syariat yang digariskan adalah secara dasarnya bagi menjaga maslahat yang lima iaitu menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.

Firman Allah dalam surah Ali Imaran ayat 85 yang bermaksud: “Barang siapa mencari agama selain
Islam, tidak akan diterima daripadanya dan dia di akhirat kelak termasuk orang yang rugi”.

Islam adalah peraturan hidup yang mengatur kehidupan manusia disampaikan oleh Nabi
Muhammad SAW melalui perantaraan wahyu Al-Quran dan telah dihayati oleh baginda Rasul
dalam kehidupan dan menjadi teladan yang baik bagi seluruh umat.

Manusia tidak akan sesat selagi berpegang kepada kedua-dua peninggalan ini seperti mana sabda Rasulullah SAW sendiri yang bermaksud: “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang mana
kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang kepada kedua-duanya, iaitu Al-Quran dan sunnah
Rasul”. (Riwayat Bukhari)

2. Rahmat Allah itu luas

Rahmat Allah kepada hamba-Nya sangatlah luas. Tiada had dan tidak terbatas. Firman Allah dalam
surah Al-A'raf ayat 156 yang bermaksud: “Dan, rahmat Ku meliputi segala sesuatu”.

Firman Allah lagi dalam surahYusuf ayat 87 yang bermaksud: “Jangan kamu berputus asa dari
rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.”

Berikut adalah sebahagian ayat-ayat yang menunjukkan kepada kita tentang besarnya rahmat Allah
yang disebutkan dalam Al-Quran. Mudahnya untuk difahami bahawa agama Islam ini adalah agama rahmat. Tidak ada yang tertindas dek kerana memilih untuk patuh dan tunduk kepada ajaran agama.

3. Seruan kepada artis dan peminat

Kita dapat melihat para artis semakin hari semakin ramai yang memilih untuk berhijrah ke arah
yang lebih baik. Momentum perubahan dan kebaikan ini perlu kepada sokongan, baik dari pihak
industri, artis mahupun peminat.

Firman Allah dalam surah Al-Hadid ayat 16 yang bermaksud: “Belum tibakah waktunya bagi
orang-orang yang beriman,untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang
telah diwahyukan (kepada mereka) dan janganlah mereka (berlaku) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati menjadi
keras. Dan banyak diantara mereka menjadi orang-orang fasik.”

Justeru, saya menyeru kepada para artis untuk terus istiqamah dalam mempelajari dan mendalami
ilmu agama dan istiqamah dalam sesuatu amalan kerana Allah suka pada perkara yang dilakukan
oleh hambaNya secara berterusan walaupun perkara itu kecil.

Saya juga menyeru kepada pihak industri seni untuk lebih menjaga nilai-nilai hidup beragama dan
moral dalam setiap karya seni yang mendatang. Ini supaya angin perubahan dan kebaikan ini dapat
dirasai oleh semua kakitangan dan masyarakat seluruhnya.

Para peminat juga dinasihati agar berdiri bersama-sama dan memberikan sokongan kepada para
artis yang menyatakan hasrat untuk berhijrah, juga menghormati keputusan artis itu kerana ia suatu keputusan yang baik dan selari dengan kehendak Islam.

Tuntasnya, kita semua perlu berperanan agar rahmat Islam dapat dirasai oleh seluruh masyarakat
di dalam serta luar negara.

Semoga Allah mengampunkan kita dan mengukuhkan hati kita atas landasan ajaran agama Islam
yang sempurna ini. - HARAKAHDAILY 20/2/2016

Penulis ialah Pengerusi Lujnah Dakwah Dewan Pemuda PAS Malaysia juga Timbalan Ketua 
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Sumber HD - 20-2-2016



Hiburan Islam Menjaga Batas Syarak

MARANG – Kaedah dakwah adalah luas dan salah satu caranya ialah menerusi hiburan yang
dibenarkan oleh hukum syarak.

Pengerusi Lajnah Dakwah, Kesenian dan Kebudayaan Dewan Muslimat PAS Marang ,Puan
Fatumah Mohamad berkata Islam menolak terus hiburan dan para ulamak telah menetapkan garis
panduan untuk berhibur.

IMG_20160211_212350

”ia salah satu wadah untuk kita menarik golongan muda supaya mereka tidak dibuai dengan
hiburan yang melalalaikan dengan memuja artis sehingga menjatuhkan aqidah.

“Kami mengharapkan bidang seni Islam sebagai alternatif dakwah,”ujarnya.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap di majlis Pertandingan Nasyid AMEERAH yang
berlangsung di Bangunan PAS Marang pada Selasa, 9 Februari.

“Memandangkan masyarakat terutamanya remaja masih kurang memahami batas-batas hiburan
di dalam Islam maka Lajnah Dakwah, Kesenian dan Kebudayaan,

“cuba menengahkan hiburan yang tidak melanggar syariat iaitu dengan mengadakan Pertandingan Nasyid,”tambanya.

Sehubungan itu, kata beliau, dengan adanya pertandingan tersebut, anak-anak remaja perempuan dikumpulkan dalam ruang tertutup, yang dapat menjaga aurat mereka.

Secara tidak langsung, katanya, ia mendedahkan kepada mereka batas-batas syarak kerana kaum
lelaki tidak dibenarkan berkeliaran di sekitar kawasan pertandingan dijalankan.

Sebanyak tujuh kumpulan yang mewakili empat DUN di dalam kawasan Marang telah bertanding
dan Kumpulan Soutul Jannah
 
daripada Pengkalan Berangan telah dinobatkan sebagai juara.

Para juri terdiri daripada anggota Jawatankuasa Lajnah Dakwah, Kesenian dan Kebudayaan,
Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu (DMPNT) diketuai oleh Pengerusinya Pan Masilah
Mariam Muhammad.

Turut sama menyaksika pertandingan itu ialah Timbalan Ketua DMPNT yang juga Ketua Muslimat
PAS Marang, Zaroni Othman.

Sumber BO - 11-2-2016


Jackie Chan letupkan bas berhampiran Parlimen Britain

Posted on Wednesday, February 10 @ 00:07:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



LONDON-BRITAIN. Penduduk dan pelancong di London kelmarin dikejutkan dengan letupan bas
dua tingkat di atas jambatan Lambeth, hanya beberapa meter dari bangunan Parlimen Britain.

Memetik laporan Mirror.Uk melaporkan kejadian yang berlaku pada 11.30 pagi itu bagaimanapun
cuma untuk satu babak filem terbaru pelakon terkenal, Jackie Chan bertajuk The Foreigner.

Namun, terdapat penduduk London yang merasakan babak letupan bas itu kurang sensitif
memandangkan sejarah 13 orang terbunuh akibat serangan bom dalam sebuah bas di bandar itu
pada 7 Julai 2005.

Babak di jambatan Lambeth itu tidak dimaklumkan kepada semua penduduk berhampiran
menyebabkan ada yang terkejut apabila mendengar letupan tersebut.

Penduduk yang terkejut dengan kejadian itu membanjiri media sosial dengan meluahkan kemarahan terhadap kru penggambaran filem kerana tidak membuat pengumuman awal.

"Saya mahu tahu siapa yang luluskan permohonan ini," luah majoriti penduduk London di media
sosial.

Penerbit filem itu dilaporkan hanya menyebarkan notis makluman melalui Twitter yang menyatakan
babak letupan itu dibuat secara terkawal dan dilakukan pasukan kesan khas untuk filem tersebut.

Sumber TKO - 10-2-2016


Isteri Pengarah, U Wei Ditemui Mati Di Pantai AS

Posted on Monday, February 01 @ 12:22:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Kuala Lumpur - Isteri pengarah filem tersohor tempatan U-Wei Saari, Diana Gail Saari, 62, ditemui 

mati di perairan sebuah pantai di Alameda, California, Amerika Syarikat Jumaat lalu, setelah tujuh 
hari dilaporkan hilang.

U Wei atau nama sebenarnya Zuhir, dalam responsnya kepada Bernama melalui Whatsapp, enggan 

mengulas lanjut dan hanya mencatat: "Terima kasih. Doakan rohnya dirahmati, ditenangi dan 
disenangi Allah dan berada bersama orang-orang yang beriman".

Rabu lalu, U-Wei dalam catatan Facebooknya menulis: "I love you Usah (Gail)."

Status berkenaan dipenuhi dengan ucapan takziah sejak semalam daripada kaum keluarga dan rakan
termasuk rakan seni Sabri Yunus, Pyanhabib, Khalid Salleh, Siti Zainon Ismail dan Eman Manan.

The San Francisco Chronicle dalam portalnya www.sfgate.com melaporkan jasad Gail dijumpai Unit
Marin Jabatan Polis Oakland di perairan luar pantai Alameda, California pada petang Jumaat (waktu tempatan) selepas diadukan hilang lebih seminggu.

Gail hilang pada 22 Januari di Oakland, California dan teman-temannya dilaporkan akhir sekali melihatnya kira-kira 10 pagi waktu tempatan hari yang sama.

Beliau bertugas sebagai pengarah penerbitan di Independent Institute, sebuah badan pemikir yang
tidak bermotifkan untung di 100 Swan Way, Oakland.

Beliau tinggal dan bekerja di Kuala Lumpur selama beberapa tahun ketika menjadi Editor Urusan
bagi majalah Malaysian Naturalist.


Gail mendapat sarjana muda Sastera dari Universiti Tennessee dan ijazah sarjana Sastera dalam Hal
Ehwal Antarabangsa dari Universiti Ohio. - myMetro Online

Sumber TKO - 1-2-2016






Azmil Mustapha dibenar keluar Hospital Putrajaya







BERNAMA | .
PUTRAJAYA:



Pelakon era 80-an yang popular menerusi filem 'Ali Setan', Mohd Azmil
Mustapha dibenar keluar hospital hari ini setelah dirawat di Hospital
Putrajaya di sini untuk masalah jantung sejak Khamis lepas.

Adik bongsunya Mohd Aziph Mustapha dalam akaun laman sosial
Facebook beliau memaklumkan, bagaimanapun pelakon berkenaan masih
dalam keadaan agak lemah.

"Doktor pakar di sini (Hospital Putrajaya) mengesahkan yang abang boleh
keluar dan diberi penjagaan rapi di rumah.

"Ubat-ubat telah dibekalkan dan jadual rawatan susulan dengan pelbagai
doktor telah disiapkan," kata Mohd Aziph, 48, yang juga Ketua Pegawai
Eksekutif Yayasan Inovasi Malaysia.

Catatan Facebook beliau turut memuatkan 10 keping gambar yang menunjukkan Mohd Azmil
berkerusi roda diiringi anggota keluarga ketika meninggalkan Hospital Putrajaya.

Tambah beliau, Mohd Azmil, 63, mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah
membantunya semasa beliau dirawat di Hospital Putrajaya khususnya doktor, para jururawat dan
semua petugas.

"Abang Azmil juga berhasrat membuat kenyataan media sendiri mengenai keadaan dirinya tidak
lama lagi apabila keadaan membenarkan," kata Mohd Aziph.

Mohd Azmil terpaksa menggunakan alat ventilator dan diletakkan dalam keadaan 'tidur' di Unit
Jagaan Koronari Hospital Putrajaya Khamis lepas selepas mengadu sesak nafas dan doktor
mendapati jantungnya berada dalam keadaan lemah.

Bagaimanapun, pada Sabtu doktor pakar memberhentikan sepenuhnya alat ventilator dan
mengurangkan dos ubat bius.

Selain, filem Ali Setan 1 dan 2, filem lain yang turut menaikkan nama Mohd Azmil di persada
hiburan tanah air ialah Mekanik, Suara Kekasih dan Driving School. - Bernama

Sumber HD - 19-1-2016

RM3,000 jadi RM2.6b, bukan cerita politik ni - kata Mr Os

HARAKAHDAILY | .



TEMERLOH: "Insya Allah RM3,000 itu akan jadi RM2.6 bilion. Eh...eh...saya bukan cerita politik
ni," kata pelakon dan pelawak, Mr Os.

Beliau yang nama sebenarnya Mohd Yusof Abdul Hamid menyatakan demikian pada program
Sembang Santai sempena pelancaran Pertubuhan Generasi Warisan Kebangsaan (Generasi)
Peringkat Kebangsaan di Kompleks Al Makmur, Kerdau, semalam.

Turut menjdi ahli ahli panel ialah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam
dan Industri Asas Tani Negeri selangor, Zaidy Abdul Talib dan Bob Lokman. Majlis dipengrusikan
oleh AJK Dewan Pemuda PAS Malaysia, Mohammad Ibrahim.

Berikut petikan ucapan beliau.

Sejak saya bawa teksi, saya boleh hantar anak ke Mesir, belajar. Berapalah agak-agak duit masuk,
teksi. Masuk kereta tekan, RM3. Apa boleh buat RM3.

Tapi kalau kita redha dengan RM3 itu, insya Allah RM3 itu jadi RM3,000. Insya Allah RM3,000
akan jadi RM300,000. Insya Allah RM3,000 itu akan jadi RM2.6 bilion (hadirin ketawa).

Eh...eh...saya bukan cerita politik ni. Saya cerita angka, bertambah, bertambah, bertambah.
Maknanya kalau duit tu tak usik.

Dalam ini, yang ada ramai-ramai ini, saya tak ada tengok manusia yang tak ada, yang dijadikan Allah yang begitu daif, miskin.

Mesti setiap manusia yang ada atas muka dunia ini lahirnya, matinya mesti berlebih. Maknanya keberkatannya ada. Sebab saya tak pernah jumpa orang yang lahir, lahir terus keluar, ada baju, ada
kot. Tak ada kan.

Tapi apabila dia meninggal, oh allahyarham Mamat tu dah meninggal, rumah hujung sana, susah dia
tu. Tinggal tak selipar dia, maknanya lebih. Kalau tidak, selipar pun tak ada. Tu kain pelikat buruk
dia lah tu, kan lebih.

Bermakna kalau orang yang mengatakan diri dia tak cukup di sisi Allah, minta mengucaplah. - HARAKAHDAILY 17/1/2016

Sumber HD - 17-1-2016






Azmil boleh bernafas tanpa bantuan alat pernafasan

BERNAMA | .


PUTRAJAYA: Pelakon era 80-an Mohd Azmil Mustapha yang terkenal dengan filem 'Ali Setan'
kini boleh bernafas sendiri tanpa bantuan alat bantu pernafasan, menurut adik bongsunya Mohd
Aziph.

Beliau berkata doktor pakar di Unit Jagaan Koronari Hospital Putrajaya telah memberhentikan
sepenuhnya alat ventilator dan mengurangkan dosage ubat bius sekitar 12.00 tengah hari tadi.

"Sekarang ini saya amat kagum dengan progress abang Azmil. Dan saya amat bersyukur ke hadrat
Ilahi," katanya dalam catatan Facebook hari ini.

Semalam, media melaporkan pelakon terkenal itu dimasukkan ke Hospital Putrajaya selepas
mengadu sesak nafas dan sakit di bahagian dada.

"Maka sekarang ini abang (Azmil) bernafas dengan sendirinya dan telah pun sedar. Namun abang
masih mamai, dek ubat yang banyak dalam badannya," katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Aziph berkata kaum keluarga tidak dibenarkan mempunyai sentuhan fizikal
serta tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik Azmil buat masa ini.

"Tiada konteks fizikal dibenarkan. Apa yang saya nampak sebentar tadi, dia terbatuk-batuk. Abang
boleh mendengar arahan jururawat lelaki yang sedang membantunya ketika itu. Apabila diminta
pusing, dia pusing, dan apabila disuruh membuka mulut dia ternganga," katanya.

Dalam pada itu, Mohd Aziph turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang tidak
putus-putus mendoakan kesejahteraan terhadap abangnya itu.

Pada masa sama, beliau turut meminta maaf kepada pelawat yang tidak berkesempatan melawat
abangnya disebabkan mereka datang di luar waktu melawat. - Bernama

Sumber HD - 17-1-2016











M Daud Kilau sangkal berita kematiannya

BERNAMA | .

IPOH: Penyanyi veteran Datuk Mohd Daud Kilau, 77, atau lebih dikenali sebagai M Daud Kilau
masih menerima rawatan di Hospital Teluk Intan kira-kira 100 kilometer dari sini, sekaligus
menidakkan viral di laman sosial mengenai kematian beliau.

Ketika dihubungi Bernama di sini hari ini penyanyi yang mendapat jolokan 'Raja Gelek Malaysia'
itu berkata beliau masih dirawat di hospital tersebut sejak 5 Jan lalu akibat komplikasi membuang
air kecil tetapi keadaannya bertambah baik.

"Alhamdulillah, saya semakin baik tapi belum tahu lagi bila akan dibenarkan keluar (dari hospital),"
katanya.

M Daud Kilau yang terkenal dengan lagu Cek Mek Molek dan Gila Judi itu juga memaafkan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan viral tentang kematiannya.

"Saya tidak faham kenapa mereka buat begitu, biarlah... saya terima dan berserah sahaja," katanya. - Bernama

Sumber HD - 13-1-2016

Berita kematian Jins Shamsudin adalah palsu

BERNAMA | .


KUALA LUMPUR: Berita kematian seniman yang juga bekas senator, Tan Sri Dr Jins Shamsudin
adalah palsu, demikian menurut Presiden Persatuan Seniman Malaysia Zed Zaidi pada Khamis.

"Saya dimaklumkan oleh keluarga beliau, Jins Shamsudin berada di Temerloh ketika ini. Beliau
sudah lama menghidap Alzheimer dan dalam jagaan rapi keluarganya," katanya ketika dihubungi
Bernama.

Beliau kecewa dengan penyebaran berita palsu berkenaan dan berharap pihak Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia Malaysia sebagai pihak bertanggungjawab mengambil tindakan
terhadap laman blog yang mengeluarkan berita palsu sedemikian.

"Janganlah menjadi pemberita yang tak bertauliah dan terlalu mengejar rating dengan berlumba
untuk mengeluarkan berita terpantas tanpa pengesahan daripada pihak yang berkaitan...jagalah
sensitiviti ahli keluarga mereka," katanya.

Katanya, orang ramai boleh mendapatkan maklumat sahih mengenai perkembangan selebriti melalui
laman Facebook Persatuan Seniman Malaysia di www.facebook/PersatuanSenimanMalaysia atau
Twitter di www.twitter/senimanmalaysia. - Bernama

Sumber HD - 17-12-2015


Siti Nurhaliza sah hamil?

Posted on Tuesday, November 10 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUALA LUMPUR 9 Nov. - Sekalipun sumber terdekat Datuk Siti Nur­haliza Tarudin sudah
mengesahkan berita kehamilannya, namun pe­nyanyi itu masih belum bersedia mengumumkannya.

Sebaliknya, Siti Nurhaliza, 36, memohon seluruh peminatnya turut sama mendoakan keinginannya
untuk menimang cahaya mata dimakbulkan oleh Allah SWT.

Pada masa sama, Siti Nurhaliza, enggan mengakui atau menafikan berita kehamilannya seperti mana
yang tersebar di laman sosial semalam.

Isteri kepada usahawan Datuk Seri Khalid Mohammad Jiwa, 56, itu juga meminta peminat dan
wartawan bersabar dan menanti berita gembira mengenai kehamilannya.

Siti Nurhaliza turut berjanji tidak akan menyembunyikan be­rita gembira itu daripada pengetahuan
peminat-peminat dan wartawan.

"Buat masa ini, saya mahu fokus terhadap kerjaya seni. Nantilah, bila tiba masanya saya akan
berkongsi dengan peminat. Saya tidak akan menyembunyikan berita gembira (hamil) itu," katanya
dalam sidang akhbar sejurus selesai mengadakan persembahan Konsert Satu Suara Volume 2
di Istana Budaya di sini, malam tadi.

Dalam sidang akhbar tersebut, penyanyi yang sangat masyhur dengan lagu Cindai dan Biarlah
Rahsia itu sangat berhati-hati memberikan kenyataan mengenai kehamilannya sekali gus
me­nguatkan lagi spekulasi yang beliau bakal menimang cahaya mata sulung tahun depan.

Utusan Malaysia turut difahamkan, berita kehamilan penyanyi tersohor ini disambut dengan penuh
syukur dan kegembiraan oleh ahli keluarga pasangan itu.

Penyanyi nombor satu negara itu bernikah dengan Khalid pada 21 Ogos 2006 dan sepanjang
perkahwinan mereka, pasangan itu sering ditanya mengenai soal kehamilan.

Justeru, apabila Siti Nurhaliza memuatkan foto susu kambing dan buah kurma dalam laman sosial Instagramnya beberapa hari lalu, sebilangan besar peminat penyanyi itu mengaitkan perkara itu
dengan kehamilannya.

Menjelaskan mengenai foto itu, Siti Nurhaliza berkata, sudah lama beliau mengamalkan pemakanan
itu.

Sumber TKO - 10-11-2015 


Masya Allah… Aktres Utama Ayat-Ayat Cinta Sudah Murtad?

Posted on Friday, November 06 @ 20:00:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


BENARLAH kata pepatah yang sering diucapkan manusia, bahawa ‘cinta itu buta’.

Buktinya, lihat sahaja apa yang berlaku kepada aktres jelita Indonesia berusia 32 tahun ini apabila
memilih untuk murtad demi mengahwini kekasih hatinya, Cassanova Alfonso Nainggolan.


Rianti-Cartwright
Rianti Rhiannon Cartwright
Rianti bersama suaminya.
Rianti bersama suaminya.

Rianti atau nama sebenarnya Rianti Rhiannon Cartwright yang popular menerusi filem Ayat-Ayat 
Cinta dan memegang watak Aisha iaitu isteri kepada Fahri dikatakan telah menukar agamanya secara
diam-diam sebelum berkahwin lagi.

Mereka dikatakan telah berlangsung di Gereja Old St. Patrick, New York, Amerika Syarikat pada 17 September 2010.

Bagaimanapun, hingga kini Rianti masih belum lagi mahu berkongsi mengenai status agama terbaharunya itu.
Antara selebriti Indonesia lain yang dilaporkan telah menukar akidah ialah Pinkan Mambo dan
Happy Salma.

Pinkan Mambo kini menetap di Amerika Syarikat.
Pinkan Mambo kini menetap di Amerika Syarikat.

Berita Pinkan telah murtad disahkan sendiri oleh ibunya, Deetje yang melahirkan kekecewaan
kepada media Indonesia.

Difahamkan, penyanyi yang popular menerusi lagu Kekasih Yang Tak Dianggap ini kini telah
berhijrah ke Amerika Syarikat.

Sementara itu, pelakon Happy mendakwa tidak akan sesekali bercerita mengenai penukaran
agamanya.

Happy Salma bersama suaminya.
Happy Salma bersama suaminya.

Menurut sumber tertentu, Happy dilaporkan memeluk agama Hindu selepas berkahwin dengan kekasihnya, Tjokorda Bagus.

Upacara penukaran agama itu dilakukan di Sudhi Wadani di Villa Ibah, Ubud, Indonesia. – MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO -6-22-2015


'Superstar' Rajinikanth mahu jumpa Najib

Posted on Monday, November 02 @ 15:07:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Pengurusan penggambaran filem membabitkan Rajinikanth menghantar permohonan untuk pertemuan bintang handalan India itu dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pengarah Urusan Malik Streams Corporation, Abdul Malik Dasthigeer berkata, syarikatnya menyampaikan hasrat itu kepada Jabatan Perdana Menteri dan berharap menerima respon secepat mungkin, lapor The Star.

"Apabila perdana menteri mengesahkan tarikh, kita akan tunda proses penggambaran buat seketika.

"Mereka (Najib dan Rajnikanth) mahu bertemu antara satu sama lain. Kami harap ia akan berlaku," Abdul Malik dipetik sebagai berkata, hari ini.

Rajnikanth yang tiba di Kuala Lumpur pada 26 Oktober lalu dijadualkan berada di negara ini sehingga 21 November.

Beliau berada di Malaysia susulan terlibat dalam penggambaran filem Kabali yang dijangka berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Batu Caves dan Bandar Sunway.-mk

Sumber TKO - 2-11-2015
Cheap Matinee Dan Chan Siew

Posted on Thursday, October 08 @ 11:57:23 MYT by paktam

Oleh Abu Hassan Adam

Perkataan ‘Cheap Matinee’ sudah lama tidak melintasi fikiran aku. Entah ada entah tidak lagi panggung wayang di negara ini yang menayangkan filem-filem lama berkonsepkan hiburan ‘cheap matinee’.

Dan aku yakin di Kuala Kangsar pasti sudah tidak ada lagi tayangan filem berkonsepkan demikian. Jikalau dulu panggung Rex lah yang menayangkan filem berkonsepkan ‘Cheap Matinee’ tetapi kini, panggung Rex pun sudah tidak kelihatan.


Awal tahun 1960an mana ada Youtube. Bentuk hiburan yang ada dalam bentuk wayang gambar hanya didapati di panggung-panggung wayang. Seingat aku di Kuala Kangsar ada dua buah panggung wayang. Panggung Grand dan Panggung Rex. Sebelum terbinanya Panggung Rex, ada sebuah panggung Empire yang terletak berhampiran dengan Restoran Double Lion bersebelahan dengan Padang Polo. Sedangkan Panggung Grand terletak berhadapan dengan CIMB Bank kini yang dulunya adalah stesen Bas ‘Red & Yellow’.

Bersebelahan dengan Panggung Grand dan berhadapan dengan Stesen Bas adalah ‘food court’ yang menjual berbagai jenis makanan seperti Ais Kacang (Panjang), Rojak dan Popiah mamak Pak Hassan, Laksa Pak Ngah dan lain-lain. Pendek kata disitulah tempat berkumpulnya (Berlepaknya) pelajar-pelajar ( dari Clifford School, Malay College) pada hari-hari cuti sekolah.
‘Cheap Matinee’ akan ditayangkan hanya pada hari minggu. Hari Ahad. Tiket masuknya murah berbanding dengan pertunjukan biasa. Separuh harga. Jikalau harga biasa ‘First Class’ ialah RM1.05 maka untuk tayangan ‘Cheap Matinee’ hanya 65 sen. Walaupun separuh harga, aku tak mampu berada di ‘First Class’. Paling ‘hebat’ pun aku hanya mampu berada di kelas dua ( yang berharga 40 sen), itupun setelah ‘mengikat perut’ selama seminggu, menyimpan wang kocek sekolah yang diberikan oleh bapak aku.

Aku masih ingat lagi filem-filem yang ditayangkan pada ketika itu seperti ‘ The Bridge on The River Quai’, ‘Tarzan’, ‘Bujang Lapok’, ‘Panggilan Pulau’, ‘Aloha’ dan lain-lain. Kebiasaannya tayangan ‘Cheap Matinee’ ditayangkan pada waktu pagi – pukul 10.00 dan berakhir pada pukul 12.00 atau 1.00 tengah hari. Kebanyakan yang menonton adalah terdiri dari pelajar-pelajar sekolah. Murah. Dan itu sajalah bentuk hiburan yang ada pada ketika itu.

Suatu hal yang amat sukar aku lupakan yang ada kaitannya dengan ‘Cheap Matinee’ ialah tentang kisah seorang rakan aku. Chong Chan Siew namanya. Sudah tidak ada lagi. Mendiang Chong Chan Siew. Beliau meninggal dalam usia yang begitu muda ketika berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia.Chan Siew ialah anak Towkeh salah sebuah kedai kopi Hailam di Kuala kangsar.

Persahabatan aku dengan Chan Siew agak rapat disebabkan minat yang agak sama. Berminat filem-filem yang dilakonkan oleh P.Ramlee. Chan Siew ‘memerlukan’ aku berkemungkinan besar untuk bersama tengok wayang ‘Cheap Matinee’ setiap hari Sabtu di Panggung Rex Kuala Kangsar. Mungkin.

Yang anihnya, Chan Siew amat meminati filem Melayu terutama yang dilakonkan oleh P. Ramlee. Aku tak tahu mengapa begitu sikap dan perangai Chan Siew. Beliau begitu berminat sekali melihat lakonan P. Ramlee. Dan minatnya terhadap P.Ramlee bukan dibuat-buat. Dan bukan sekadar untuk mengambil hati aku. Beliau pastinya ketawa berdekah-dekah melihat lakonan P. Ramlee. Malah ketawa Chan Siew boleh mengatasi ketawa kebanyakan penonton, apabila melihat kelucuan lakonan P.Ramlee dalam filem ‘Bujang Lapok’ atau ‘Pendekar Bujang Lapok’.

Aku pasti kini wayang ‘cheap matinee’ sudah tidak ada lagi di panggung wayang. Mungkin ramai anak-anak kini tidak tahu apa dia ‘Cheap Matinee’ atau wayang berharga murah.

Disebabkan tiket untuk menonton filem yang ditayangkan berharga murah, maka tentunya filem yang ditayangkan juga filem lama sebagaimana yang aku jelaskan tadi.

‘Cheap Matinee’ sudah tidak ada lagi. Dan Chan Siew juga sudah tidak ada lagi. Yang masih tinggal dalam lipatan kenangan ku ialah kenangan bersama Chan Siew, rakan sekolah aku yang berketurunan Cina. Kehilangannya sama juga dengan kehilangan Hamid yang merupakan rakan karib aku ketika bersama-sama mencari ikan Sepilai di bendang Pak Ngah Tengin di kampung aku.

Bagi aku tidak ada bezanya antara Chan Siew dengan Hamid…..

Sumber DD - 8-10-2015


6 Superhero Komik Marvel & DC Beragama Islam
Posted on Saturday, September 26 @ 19:31:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



TAHUKAH anda sebenarnya ada enam watak superhero atau adi wira dalam siri komik popular antarabangsa Marvel & DC yang memang sejak lahir azali Islam atau berstatus saudara baharu?

Para penggemar komik ini pasti tahu bahawa hero bukan setakat Superman, Iron Man atau Captain America. Masih terdapat ramai lagi pahlawan super yang dimiliki oleh Marvel & DC.



Dan kebelakangan ini, syarikat penerbit komik terkenal itu meneroka pelbagai latar belakang untuk menjadi adi wira. Ada yang datang dari Asia, berkulit hitam dan juga yang beragama Islam.



Jadi siapakah hero-hero Muslim yang dimaksudkan itu? MYNEWSHUB membawakan butirannya dalam laporan ringkas ini yang dipetik daripada portal antarabangsa kapanlagi.


1. Sooraya Qadir alias Dust



Sooraya Qadir merupakan seorang ‘mutasi’ perempuan Muslim Sunni kelahiran Afghanistan. Ketika masih kecil, Sooraya dibantu oleh Wolverine dan Fantomex. Mereka menyelamatkan Sooraya ketika dia terpisah dari ibunya.



Dia kemudian dihantar ke ibu pejabat X-Corps di India. Sooraya memiliki kuasa ‘super’ mengubah dirinya menjadi butiran pasir. Bahkan dia juga boleh mewujudkan badai pasir! Oleh itu, dia menggelarkan dirinya sebagai “Dust”.



Sooraya menyertai sekolah X-Men dan menetap di Xavier Institute for Higher Learning. Dia aktif sebagai anggota ‘New X-Men‘, iaitu kelompok mutasi yang terdiri daripada pelajar-pelajar muda Xavier Institute tersebut.



Salah satu bukti bahawa Sooraya seorang Muslim ialah apabila dia berdoa kepada Allah sebelum “teleport” bersama teman-temannya ke Limbo. Pada masa itu, dia pernah ditawan oleh Belasco dan para penjahat.



Awalnya, dia merasa takut dengan para penjahat itu. Namun setelah melihat temannya tewas, dia terus berlawan dengan fikiran kalau dia mati syahid, maka Allah SWT akan bangga pada pengorbanan dirinya.



2. Josiah al hajj Saddiq






Josiah mewarisi kemampuan keluarga yang boleh menyesuaikan diri dengan ‘super soldier serum’, seperti Steve Roger atau Captain America. Dia menyertai pasukan Amerika Syarikat (AS) menyelamatkan perang Vietnam.



Dalam komik Crew # 1, karya Christopher Priest, Joe Bennet, dia diceritakan bertemu agama Islam dan akhirnya peroleh tujuan hidup setelah menjadi Muslim. Padahal sebelum itu, dia membesar di rumah anak yatim Katholik.

Josiah kemudian dilaporkan menunaikan ibadah fardu haji. Bukan itu sahaja, Josiah juga menjadi seorang menteri hal ehwal komuniti muslim dan membina sebuah masjid di kawasan Little Mogadishu, Brooklyn.

3. Faiza Hussain


Faiza Hussain merupakan satu-satunya anak perempuan dari keluarga berketurunan Pakistan yang tinggal di Essex, London. Faiza bertugas sebagai doktor dan beliau gemar kepada superhero berbangsa Inggeris.

Pada satu hari, ketika sedang bertugas, berlaku peristiwa penawanan oleh Skrull sejenis makhluk asing. Kebetulan ketika merawat pesakit, Faiza terkena senjata laser milik Skrulll, yang kemudian memberinya kekuatan.

Keistimewaan tersebut dimanfaatkan oleh Faiza untuk membantu wira bernama Black Knight. Setelah berhasil mengalahkan Skrull, Faiza Husaain kemudian mendapat pedang sakti terkenal iaitu Excalibur.

Wanita Muslim ini lantas bergabung dengan MI-13, sebuah cabang pertubuhan perisikan Inggeris setaraf James Bond; dan atas jasanya, beliau kemudian dilantik menjadi pembantu kepada Black Knight.

4. Monica Chang


Monica Chang adalah ketua divisyen Artificial Intelligence atau kepintaran buatan manusia untuk sebuah organisasi bernama S.H.I.E.L.D – badan induk yang menaungi ramai adi wira Avengers.

Salah satu misi yang dijalankan oleh Monica adalah menyoal siasat Hank Pym iaitu pencipta adi wira terbaharu Ant-Man yang kemudian berjaya mengalahkan Ultron dengan cara penyebaran virus.

Namun setelah dikalahkan, Ultron menjadi Dimitrios, iaitu Artificial Intelligence yang ganas. Bersama Hank Pym, Monica membentuk pasukan untuk memburu Dimitrios yang melakukan jenayah siber di seluruh dunia.

Dalam komiknya, wanita Muslim AS ini di sebalik aksi ketangkasan dan kesibukan tugas, pernah dilakarkan menunaikan ibadat solat sebelum menjalankan misi yang ditetapkan ketuanya.

5. Kamala Khan alias Ms. Marvel


Anak bongsu dari sebuah keluarga AS- Pakistan di New Jersey, Kamala Khan mendapat superpower ketika pulang dari sebuah pesta, di mana dia tiba-tiba diselubungi Kabut Terrigen yang mengandungi zat mutasi.

Sejak itu, remaja Islam ini memiliki kekuatan gen bukan manusia antaranya dikenali sebagai shapeshifter (berubah bentuk), healing factor (kuasa penyembuh) dan elasticity (badan anjal).

Kamala memanfaatkan kekuatan baharunya untuk kebaikan, berdasarkan pengetahuan agama Islam dalam kalangan keluarganya. Dia akhirnya menggunakan nama Ms. Marvel sebagai identiti superheronya.

Ini kerana dia terlalu minat kepada Carol Danvers watak Ms. Marvel sebelum ini. Kamala menjadi superhero Muslim keluaran Marvel yang pertama untuk mempunyai komik solo sendiri tanpa berkongsi watak lain.

Sejak Februari 2014, dia mengambil alih sepenuhnya watak Ms. Marvel dengan secara rasmi.

6. Simon Baz alias Green Lantern


Simon Baz merupakan seorang pendatang dari keturunan Lubnan-AS yang tinggal di Dearborn, Detroit. Semasa berlaku krisis kewangan global, dia pernah terjerumus dalam jenayah curi kenderaan bermotor.

Dalam satu kejadian, dia mencuri trak berisi bom yang dipasang oleh pengganas. Keberanian Simon berjaya menggagalkan usaha pengganas, membuatnya terpilih menjadi ahli Green Lantern yang baharu.

Dia sekali gus menjadi watak asal AS dengan keturunan Timur Tengah yang pertama untuk menjadi anggota Green Lantern Corps. Simon Baz muncul untuk kali pertama dalam komik DC pada 2012 lalu.

Watak ini dihasilkan oleh Geoff Johns dan Doug Mahnke. Pihak DC Comics kemudian memasukkan Simon sebagai anggota Justice League of America (Avengers versi DC) pada 2013. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Sumber TKO - 26-9-2015

Janet Jackson Peluk Islam, Ikut Jejak Langkah Abang (bersama video)

Posted on Monday, September 21 @ 16:54:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



PENYANYI Janet Jackson dikhabarkan sudah memeluk agama Islam, mengikut jejak langkah abangnya, Jermaine Jackson.

Janet, 49, berkahwin dengan seorang bilionaire Qatar beragama Islam, Wissam Al-Mana, 40, tiga tahun lalu dikatakan mula mengambil secara serius mengenai agama anutan terbarunya itu selain cuba mengurangkan imej seksi dan tarian yang keterlaluan selepas ini sesuai dengan penghijrahannya.

Memetik sumber The Sun, Janet sudah memaklumkan mengenai penghijrahannya itu kepada ahli keluarga dan mereka semua menghormati keputusannya itu.

“Selepas ini Janet tidak akan menyanyikan lagu berbaur sensual dan melakukan gerak tari yang mengghairahkan,” kata satu sumber terdekatnya.

Seorang lagi abang Janet, Raja Pop Dunia, mendiang Michael Jackson sebelum ini dikatakan turut memeluk Islam namun sehingga ke hari ini tiada sebarang kesahihan mengenai perkara itu. – MYNEWSHUB.CC


https://www.youtube.com/watch?v=2LRdENq1LOo&feature=player_embedded



Sumber TKO - 21-9-2015







Kisah Ustaz Rock, 'hero Internet' di alam sumpah seranah
Posted on Monday, September 21 @ 15:16:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Kritikan pedas bertali arus hero Internet keyboard warrior ke atas artis dilihat semakin menjadi-jadi.

Seorang daripada artis yang terkena tempias itu adalah penceramah bebas dan bekas penyanyi rock Akhil Hayy Rawa.

Menurut Akhil atau nama asalnya Akhil Abdul Hayy, kebanyakan pejuang papan kekunci gemar memilih media sosial untuk melontarkan sesuatu komen kerana berpendapat ia sebagai satu jalan penyelesaian.

Keyboard warrior semakin mengganas di luar.

“Mereka tidak dapat bersuara tetapi melahirkan komen ‘panas’ di ruang media siber kerana merasakan ia jalan terbaik apabila tidak dapat bersemuka dengan individu terbabit.

“Itu adalah punca mereka suka jadi pejuang di atas papan kekunci saja,” katanya kepada Malaysiakini.

Seringkali komen ‘sedap mulut’ yang dibuat oleh pejuang papan kekunci menganiaya seseorang dan justeru itu harus ada noktahnya, kata Akhil.

Akhil pernah menjadi vokalis kumpulan rock D’Riyadh pada sekitar penghujung 80-an.

Beliau kini terkenal sebagai “Ustaz Rock” susulan penampilan barunya.

Penagih siber

Bagi penceramah yang 46 tahun itu, dalam Islam, seseorang umatnya tidak harus mengeksploitasi saluran komunikasi yang ada.

Bukan tidak boleh menyuarakan pendapat, tetapi biarlah kena dengan gaya dan caranya, tambahnya.

“Sekiranya kita hendak menegur seseorang itu ada adab dan cara tetapi dunia tanpa sempadan kini menjadikan ia tidak digarap dengan al-Quran dan hadis. Alam siber dijadikan tempat lepas geram dan sumpah seranah,” katanya.

Selain itu, Akhil memberitahu, sesuatu komen yang sudah dibuat wajar dipadamkan segera kerana ia akan membuka ruang kepada pembuli siber menggunakannya sebagai sandaran di masa akan datang.

“Bila ada isu melibatkan selebriti atau golongan atasan ia tidak dipadamkan selepas berpuluh tahun apabila isu itu sudah selesai atau habis.

“Mereka yang menjadi mangsa siber ini boleh berubah dan menjadi lebih baik.

“Tetapi penagih siber baru akan nampak ia seperti isu yang baru. Golongan itu akan berubah dari tidak tahu menjadi tahu.

Akhil tidak menafikan, apabila menjadi artis sememangnya individu itu sudah menjadi hak umum.

Bagaimanapun, masih ada perihal peribadi yang tidak perlu dikongsi kepada orang ramai kerana ia akan menimbulkan salah faham dan fitnah sekiranya tidak benar.

Tuduhan ceramah habis awal

Menurut Akhil lagi, kebanyakan isu dilemparkan dalam media sosial tidak mendapat izin daripada orang yang menjadi mangsa – ini umpama menafikan hak seseorang itu untuk bercakap.

Akhil memberikan beberapa contoh perkara yang membabitkan dirinya suatu ketika dulu.

“Dalam kes saya ada pihak menyatakan ceramah yang dilakukan bermula pada jam 9.30 tetapi saya berhenti lebih awal iaitu 10.45.

“Seumur hidup, tidak pernah saya lakukan hal sedemikian iaitu berhenti kurang daripada dua jam. Namun, pengecualian mungkin dibuat sekiranya saya sakit atau penat.

“Tanyalah kepada seluruh pihak penganjur yang pernah bekerjasama, ia pasti dipersetujui kerana saya tidak melakukan perkara itu. Ia tidak berlaku maka ia sudah jadi fitnah,” katanya.

Malah, ada juga satu ketika perbuatan pejuang papan kekunci itu dilihat semata-mata hanya mahu memberi komen tanpa usul periksa dan menokok tambah untuk menjadikan isu itu panas.

“Saya komen mengenai artis lain tiba-tiba, ada pihak guna perkataan itu ubah jadi tajuk besar yang lain pula sedangkan saya tidak sebut pun apa yang dinyatakan itu.

“Inilah fitnah dan tokok tambah,” katanya.

Sehubungan itu, Akhil menggesa supaya orang ramai tidak hanya mendengar daripada sebelah pihak, mereka harus menggunakan kaedah kaji selidik terlebih dahulu untuk lihat kebenarannya.

“Orang Islam kendalikan sesuatu dengan bermuzakarah, bukan menambah cerita.

“Satu kebaikan kita buat akan berpanjangan ke alam kubur tetapi satu benda fitnah kamu buat akan aibkan seseorang dan ia akan tersemat dalam jiwa mereka yang lain.

“Komentar adalah ruang untuk membina bukan menyebarkan benda tidak elok,” katanya lagi.

sumber 
Sumber TKO - 21-9-2015

Raja Lawak buka Zizan Mart di Kota Bharu

RIZAL TAHIR | .


KOTA BHARU: Selebriti terkenal Zizan Raja Lawak menjadikan Kelantan sebagai lokasi pertama memulakan perniagaan pasar mini ala 7 Eleven.

Bertempat di Jalan Kuala Krai berhampiran Simpang Empat Telipot beliau memulakan perniagaan dengan modal lebih RM200,000 dengan membuka Zizan Mart.

Pengarah Urusan Zizan Group Sdn Bhd, Mohd Razizan Abdul Razak berkata Kelantan dipilih sebagai lokasi pertama perniagaannya memandangkan ia terkenal sebuah negeri perniagaan.

Katanya di negeri tersebut sesuai dimulakan projek perniagaan memandangkan ia sebagai ‘kepala’ bagi negeri-negeri di Pantai Timur.

“Zizan Mart bakal beroperasi di seluruh negara dan ditegaskan tidak akan menjual minuman keras.

“Sebaliknya ia lebih kepada produk keperluan diri serta kegunaan harian.

Zizan Mart juga berpeluang memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat,” katanya ketika ditemui selepas pelancaran Zizan Mart di sini, hari ini.

Perasmiannya disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood.

Beliau yang lebih dikenali Zizan Razak turut mengucapkan terima kasih di atas persetujuan kerajaan negeri membenarkan pihaknya memulakan operasi perniagaan ala 7 Eleven itu.

“Saya telah berusaha untuk memastikan syarat-syarat yang ditetapkan bagi membolehkan Zizan Mart beroperasi bagi tempoh 24 jam,” ujarnya.

Beliau turut berhasrat memperluaskan rangkaian perniagannya di seluruh negara, di mana Terengganu negeri kelahirannya dipilih sebagai lokasi kedua.

“Jika diizinkan Allah, insya-Allah saya akan membuka Zizan Mart di setiap Dewan Undangan Negeri di seluruh negara,” katanya. - HARAKAHDAILY 18/8/2015

Sumber HD -18-8-2015


Abby Abadi kembali menjadi seorang isteri
Posted on Saturday, August 15 @ 06:39:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Hanya dengan sekali lafaz, bekas pelakon yang kini bergelar usahawan, Abby Abadi atau nama sebenarnya, Arbaeyah Abdul Manan, 38, selamat bergelar isteri kepada seorang wartawan, Muhammad Faizal Zakaria, 41, tepat pukul 3.30 petang dalam satu majlis yang diadakan di sini, hari ini.

Seperti mana yang dilaporkan oleh portal mStar, majlis pernikahan yang berlangsung di Masjid Assobirin, Lembah Keramat itu menyaksikan Abby menerima mas kahwin sebanyak RM300 dan sebuah al-Quran bagi menggantikan wang hantaran.


Dalam majlis yang diadakan serba ringkas itu, pihak pengantin lelaki menyerahkan 11 dulang hantaran termasuk tas tangan, telekung, jam tangan, wangian dan buah-buahan.

Sebagai balasan, pengantin perempuan menyerahkan sembilan dulang yang merangkumi sejadah, kasut, dompet, jam tangan dan buah-buahan.

Turut hadir ahli keluarga kedua-dua belah pihak dan rakan artis seperti Azza dan Sasha Saidin.

Ini merupakan perkahwinan ketiga buat Abby yang pernah mencipta kegemilangan menerusi drama bersiri dan filem Gerak Khas itu manakala yang kedua buat Muhammad Faizal atau lebih dikenali sebagai Jai yang merupakan wartawan kanan akhbar Harakah itu.

Sementara itu, Abby yang ditemui Harian Metro pula berkata, dia mengharapkan ikatan perkahwinannya ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.

"Saya bersyukur kerana ditemukan dengan jodoh sekali lagi dan semoga perkahwinan ini akan menjadi yang terakhir dalam hidup saya," katanya kepada akhbar itu.

Pasangan mempelai akan diraikan dalam satu majlis resepsi penuh sederhana di Taman Tasik Titiwangsa, di sini Ahad ini.

Sebelum ini, Abby yang juga bekas anggota kumpulan Elite pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Norman Hakim pada tahun 2002.

Namun, perkahwinan mereka yang sering mendapat perhatian meluas itu tidak kekal lama apabila masing-masing membuat keputusan untuk bercerai pada tahun 2008.

Menerusi perkahwinan itu, Abby dan Norman dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata.

Kemudiannya, pada tahun 2013, Abby mengejutkan ramai pihak apabila berkahwin kali ketiga dengan seorang pemuda, Muhammad Noor Farhan Che Bakar yang 12 tahun lebih muda daripadanya ketika itu.

Namun, perkahwinan itu tidak bertahan lama dan berakhir dengan kontroversi apabila Abby diceraikan dengan talak satu pada 9 Mei 2014.

Sumber: therakyatpost.com

Sumber TKO - 15-8-2015


KJ buat lawak bodoh – Faizal Tahir
Posted on Tuesday, August 11 @ 19:21:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


PETALING JAYA: Penyanyi dan juga komposer, Faizal Tahir menyifatkan kenyataan Khairy Jamaluddin yang berseloroh dengan mengatakan ‘menyokong sokong Liverpool sama seperti menyokong Pas kerana mereka tidak pernah menang’ sebagai lawak teruk dan bodoh.

Menerusi laman Instagram, Faizal meluahkan rasa terkilannya dan tidak puas hati terhadap Menteri Belia dan Sukan dan membuat beberapa pesanan buatnya.

Tambah Faizal lagi, dia sedar dan hormat akan kelab yang disokong Khairy namun lawak Ketua Pemuda UMNO itu tidak masuk akal.

“Mmm.. Tak cakap pun tak jadi. Pada saya ‘lawak’ dia jadi. Jadi bodoh. Please Sir, i believe we are better than this. We could all be better than this. Jangan biar anggota badan lain mengatasi akal,” tulis Faizal.

Walaupun dia bukan penyokong Liverpool, Faizal ternyata kurang senang dengan kenyataan KJ itu.

Beberapa orang pengikut Faizal turut menyokong pendapatnya dan memberikan komen di Instagram yang rata-ratanya menghentam Khairy.

Khairy membuat kenyataan itu ketika sesi Hard Talk With Khairy Jamaluddin sempena Persidangan Pelajar Malaysia ke-9 pada Ahad.

“Saya minta maaf. Menyokong Liverpool sama seperti menyokong Pas, mereka tidak pernah menang,” kata Khairy.  - FMT

Sumber TKO - 11-8-2015


Untuk Khairy & GHB: Orang dah tak malu mengaku sokong Pas – Afdlin Shauki
Posted on Tuesday, August 11 @ 18:49:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


PETALING JAYA: Selepas Faizal Tahir, seorang lagi artis tempatan menyuarakan kurang senang dengan kenyataan Khairy Jamaluddin yang menyamakan penyokong Liverpool dengan penyokong Pas.


Menerusi Instagram, selebriti Afdlin Shauki berkata, dia tahu niat Khairy untuk berseloroh tetapi tidak wajar untuk mengaitkan politik dan sukan kegemaran rakyat. “Dahlah semua benda sekarang berbaur politik yang sangat merungsingkan rakyat, rasanya ada khutbah jumaat pun macam berbaur politik sekarang.

“Ni bola pun nak kasi panas!! Tak payahla bro….kita memang suka menganjing diantara kita, its part of the game bila kita sokong team bola tapi setelah semua benda dalam timeline aku cerita politik yg merimaskan jgn bola aku pun nak kau politikkan,” tulisnya.
Afdlin juga telah memuat naik gambar dengan kapsyen ‘Saya memandang serius perkara ini’.

Pelakon dan pengarah itu berkata, rakyat negara ini sudah tidak malu untuk menyatakan sokongan terhadap Pas.
“Lagipun rasanya org tak malu sokong PAS sekarang bro. Biar kalah tapi di hormati, jangan menang tapi dibenci. YNWA (You Never Walk Alone),” tulisnya. ujarnya.







Sumber TKO - 11-8-2015

Rakyat tak bodoh, kata Waheeda
Posted on Thursday, August 06 @ 16:11:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Penyanyi dan pelakon Waheeda mengaitkan pergolakan kepimpinan dan masalah berkaitan ekonomi negara menjadi punca kadar jenayah semakin meningkat.

Waheeda atau nama sebenarnya Wahidah Abdul Wahab, 37, berkata keadaan itu mengakibatkan rakyat menjadi tertekan dan terdesak.

“Masyarakat bertindak apabila tertekan dan terdesak. Ia buat jenayah meningkat,” katanya kepada Malaysiakini.

Menurut penyanyi yang terkenal dengan lagu “Wassini” itu juga berkongsi pelbagai pandangan berkaitan isu keselamatan di negara ini.

“Apa guna kita katakan ada kebebasan di negara, sedangkan selamatkah rumah kita atau selamatkah untuk berjalan?” soalnya.

Politik Malaysia kini menyaksikan pelbagai isu menghangatkan keadaan, termasuk dakwaan skandal 1MDB melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak serta tindakannya menggugurkan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mengulas perkembangan itu, Waheeda memberikan kenyataan umum, tetapi keras.

“Kita sebagai rakyat tidak bodoh,” katanya yang terus tampil berpurdah bersama suaminya Akil Akhil Hayy, yang juga seorang penyanyi dan personaliti agama.

Kembali pada al-Quran

Bagaimanapun, penyanyi kelahiran Johor Bahru itu menegaskan dia bukanlah orang yang patut dirujuk dalam soal politik.

Baginya, hidup biarlah berpegang pada asas Islam dan berteraskan Quran dan Sunnah Nabi.

“Nasihat saya, kita harus kembali kepada Quran dan Sunnah bila kita tidak sependapat dan ada ragu.

“Kita ada Allah dan rasul dengan cara itu kita tidak sesat. Pegang dua perkara itu.

“Faham al-Quran dan Sunnah, apabila kita faham, kita tahu untuk selesaikannya, saya percaya itu.

“Bagi negara yang majoriti penganutnya Islam, kembalilah pada dua perkara itu. Bertindak atas emosi dilabel tidak bagus dan bertindak tanpa ilmu lagilah tidak bagus,” katanya. - MK

Sumber TKO - 6-8-2015


Siti muat naik doa Rasulullah kepada pemimpin yang menyusahkan rakyat

Posted on Wednesday, July 08 @ 23:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUALA LUMPUR: Penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin telah memuat naik sekeping foto yang memaparkan doa buat pemimpin yang menyusahkan rakyat.

Melalui laman sosial Instagramnya, Siti juga menggunakan kapsyen, “Ya Allah.. Kau tunjukkan kebenaran, sesungguhnya kami memohon jauhi kami dari fitnah dan didusta,”.

Foto yang telah dimuat naik sehari lalu itu telah disukai seramai 14,495 pengguna Facebook lain.
Rata-rata peminat Siti menyambut baik doa yang dimuat oleh penyanyi nombor satu negara itu.
Bagaimanapun, tidak diketahui siapakah pemimpin yang Siti maksudkan tersebut.

Dalam statusnya sebelum ini, Siti menyuarakan sokongan secara terbuka ke atas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan tidak akan membiarkan beliau sendirian  - FMT

Sumber TKO - 8-7-2015

Inneke Koesherawati berubah setelah baca Surah An-Nur, Al-Ahzab








HARAKAHDAILY | .


Artis Inneke Koesherawati mengaku hidupnya berubah setelah membaca Surah An-Nur dan Al-Ahzab. Hatinya memutuskan berhijab setelah membaca ayat yang memerintahkan perempuan untuk menutup aurat.

Kala itu, kata Inneke, dirinya sudah lama tak membaca Al-Quran. Bahkan, mushaf yang dia baca itu sudah berdebu, kerana terlalu lama tak dibuka.

"Akhirnya buka-buka, yang sudah lama banget nggak pernah buka-buka Al-Quran, hingga berdebu," kata Inneke dalam talkshow Wardah Day di Senayan City, Jakarta.

Dengan kemampuan seadanya, Inneke akhirnya membaca Kitab Suci itu. Ilmu mengaji yang pernah dipelajari semasa kecil dia gunakan. Huruf demi huruf, ayat demi ayat, dia baca dengan tergagap.

"Tiba-tiba sampailah pada Surah An-Nur dan Al-Ahzab yang mengatakan bahawa kita suruh menutup aurat," ujarnya dipetik laman Eramuslim.

Saat itu, sebenarnya tak ada niat untuk berhijab. Selain itu, kontrak sinetron masih beratur. Dia tak mahu kehilangan pekerjaan hanya gara-gara berhijab. Namun, setelah membaca kedua surah itu, semua berubah. Hatinya tergerak.

"Waktu itu, Bismillah saja. Akhirnya Aidil Fitri tertutup. Bismillah, apa yang terjadi terjadilah," tutur Inneke.

Hingga kini, duta jenama Wardah ini tetap mengenakan hijabnya dan kehidupannya telah membuktikan jika hijab tidaklah menghalang rezemi yang terus mengalir padanya.

Jika perempuan secantik Inneke Koesherawati sahaja menutup auratnya, alangkah lucu dan ironis jika perempuan-perempuan yang "biasa saja" malah mendedah aurat dengan memakai seluar jeans pendek atau fesyen yang kekurangan bahan.


Sumber HD - 7-7-2015


Nora Danish Mahu Berhijab Tanpa Paksaan
Posted on Saturday, July 04 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



PETALING JAYA: Pelakon Nora Danish ada menyimpan hasrat untuk berhijab seperti dilakukan beberapa artis popular namun dia belum memutuskan perkara itu dalam waktu terdekat.

Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif, 33, berkata, biarlah keputusan berhijab itu dibuat dengan ikhlas tanpa sebarang paksaan mana-mana pihak.

"Saya memang ada berhasrat untuk berhijab kerana sebagai muslim ia sesuatu yang wajib untuk dilakukan tetapi biarlah ia betul-betul ikhlas dari hati dan bukan kerana permintaan pihak lain atau peminat.

"Berhijab ini kalau boleh kita ingin pakai buat selama-lamanya, jadi saya pun dalam proses untuk sucikan hati dan bersedia ke arah itu satu hari nanti," katanya kepada mStar Online ketika ditemui di majlis berbuka puasa Safi Ramadan Al-Mubarak, di Hotel Royale Chulan, di sini, malam Khamis.


Hanis Zalikha dan Nora Danish duta produk kosmetik jenama Safi.


Nora selaku duta Safi Rania Gold yang tampil berhijab pada majlis tersebut berkata, ia adalah bagi menghormati majlis berbuka puasa dan solat terawih yang dilakukan bersama tetamu.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah pelakon Hanis Zalikha yang merupakan duta Safi Balqis.

Sementara itu, tambah Nora, kekasihnya Nedim Nazri tidak pernah memaksa atau melarang jika dia mengambil keputusan untuk berhijab.

"Nedim tidak pernah menyuruh dan dia juga tidak ada masalah kalau saya ingin bertudung. Biasanya kalau saya bertudung dia akan puji cantik dan muat naik di Instagram miliknya," ujar Nora.

Dalam perkembangan lain, Nora berkata, sepanjang Ramadan ini, dia meluangkan sepenuh masa terhadap anaknya Putra Rayqal Ramli, 6, dan kafe Kopi & Xoxo miliknya di  Bangsar.

Dia juga dapat melatih anak lelakinya itu untuk berpuasa di bulan Ramadan ini.

"Alhamdulillah, bulan Ramadan ini saya berehat dan habiskan masa di kafe saya setiap hari. Ramadan kali ini juga saya dapat melatih anak saya untuk belajar berpuasa," katanya.  - Mstar



Sumber TKO - 4-7-2015

Zaiton Sameon berhijrah, termakbul doa Sharifah Aini: 

MUNGKIN mengambil keberkatan bulan Ramadhan, penyanyi veteran Zaiton Sameon kini sudah berhijrah dan mengenakan hijab. Memetik laporan Rotikaya,





MUNGKIN mengambil keberkatan bulan Ramadhan, penyanyi veteran Zaiton Sameon kini sudah berhijrah dan mengenakan hijab. Memetik laporan Rotikaya,
www.harakahdaily.net|By azmi


Zaiton Sameon berhijrah, termakbul doa Sharifah Aini

MUNGKIN mengambil keberkatan bulan Ramadhan, penyanyi veteran Zaiton Sameon kini sudah berhijrah dan mengenakan hijab. Memetik laporan Rotikaya, adik angkat penyanyi berkenaan, Syed Yusuf Wafa memberitahu penyanyi itu mahu kekal dengan imej sedemikian, sebagaimana memetik postingnya di Instagram. “Alhamdulillah termakbul doa Allahyarham Bidua...nita Sharifah Aini,” tulis Yusuf. Sepanjang hayat Sharifah Aini, beliau memang diketahui amat rapat dengan Zaiton dan sering membantu rakannya itu.
Klik untuk artikel penuh:

http://www.harakahdaily.net/…/36171-zaiton-sameon-berhijrah…

Sumber FBH - 29-6-2015


Aku Ahli Biasa

Alhamdulillah, aku masih disini, didalam PAS. Penyokong tegar dan ahli biasa. Biar pun keadaan sedang kencang, aku selesa dgn ketentuan selepas muktamar. Rasa sayang kepada jemaah yang dipimpin oleh ketua yang dipilih semakin matang kerana masa yang aku lalui. Alhamdulillah selamanya.

Namun demikian, sebagai tinggalan sejarah dari dunia seni dan keterlibatan dalam beberapa siri ceramah bersama PAS, aku menjadi makluman kepada umum walau pun kami serupa sebenarnya.

Kebiasaannya sebagai figura orang akan mudah menyapa, dengan apa saja sapaan. Namun yang selalu ialah, “apa dah jadi dengan PAS sekarang?”. Aku sebenarnya tak tahu apa jawapannya kerana politik adalah ilmu khusus yang dikuasai oleh pemainnya.

Pun begitu pertanyaan itu terkadang menimbulkan radang dihati kerana intonasi yg membawa maksud “padan muka kau nak masuk PAS sangat”. Sekarang pun ada kaum yang saja meletakkan aku dalam grup WA mereka sebagai “penonton” terhadap sikap mereka kepada kumpulan agamawan yang bangkit dari muktamar lepas.

Aku hanya ahli biasa PAS, yang meyokong, mendengar dan mengundi. Ini bermakna aku sudah berpihak. Soalan sinis membuatkan aku menjawab,”ini mainan musim. Sekarang ni musim tengkujuh. Jangan ditanya mengapa, kerana itu kerja ALLAH. Yang pasti kalau kita bukan nelayan jangan memandai turun ke laut. Bila habis musim kita lihat nelayan mana yang terus meranduk ombak, dan kita tunggu aje ikan apa yang mereka bawa pulang untuk kita pilih”.

Supaya nelayan akan terus kelaut selepas tengkujoh, kepada pemain persepsi politik, jangan jadi orang pandai tak boleh ditumpang, serta bodoh tak boleh diajar.

Bob Lokman

Sumber BO - 26-6-2015


JAIS SAMBUT BAIK AMY SEARCH BUKA SEKOLAH TAHFIZ - PENOLONG PENGARAH KANAN JAIS

Jais sambut baik Amy Search buka sekolah tahfiz: KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengalu-alukan usaha selebriti tempatan menceburkan diri dalam pendidikan agama antaranya mendirikan sekolah tahfiz.





KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengalu-alukan usaha selebriti tempatan menceburkan diri dalam pendidikan agama antaranya mendirikan sekolah tahfiz.


Sumber HD - 22-6-2015


Felixia Yeap nikah pagi semalam
Posted on Monday, June 08 @ 13:11:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Oleh Zaidi Mohamad

KUALA LUMPUR: Felixia Yeap mengesahkan dirinya sudah bernikah pagi semalam menerusi akaun rasmi laman sosial miliknya.

Namun, perincian mengenai majlis kahwinnya tidak diperoleh kerana usaha menghubunginya tidak berjawab sebentar tadi.

Cuma entri di laman Instagram dan Facebook rasmi milik wanita dengan nama Islamnya, Raisyyah Rania Yeap itu mengesahkan dirinya kini bergelar isteri. "Ia sebuah acara yang sangat ringkas.

Alhamdulillah dan saya turut menyolek sendiri wajah semasa bernikah," katanya.


FELIXIA turut memuat naik gambar menu makanan tengah hari sambil menampakkan secara samar identiti suaminya. - Foto ihsan instagram raisyyahrania.official

Bagaimanapun gambar suaminya tidak dikongsi, cuma beberapa gambar yang jelas menampakkan wajah suaminya itu sudah mula tersebar di laman maya. Berdasarkan sumber dan pencarian di enjin carian Google, suaminya bernama Dr Rezal Khairi Ahmad.

Sekitar 40 minit lalu, Felixia turut memuat naik gambar menu makanan tengah hari sambil menampakkan secara samar identiti suaminya.



"Hari pertama kami bersama dan seterusnya untuk seumur hidup kami. Alhamdulillah untuk semuanya," katanya. Sebelum ini, Felixia pernah dilaporkan bercinta dengan seorang lelaki selepas beberapa hari dia memeluk Islam pada 3 Julai 2014 - Berita Harian 


Sumber TKO - 8-6-2015

Lukman, Search dan Jakim








NORHIDAYAH ISMAIL | .


BARU-baru ini kecoh di portal media atas talian apabila vokalis kumpulan Search menyatakan kekecewaannya terhadap seorang ahli motivasi bernama Lukman. Ini kerana beliau memuatkan status di Facebook yang menggelar pengisi Festival Belia 2015 sebagai 2015 hantu-hantu, siap dengan gambar kumpulan Search.

Portal media ultra kiasu dengan cepat mengambil kesempatan dengan menjadikan isu tersebut sebagai berita hangat. Apatah lagi ahli motivasi tersebut merupakan salah seorang kepimpinan daripada sebuah gerakan Islam pro-kontrak sosial dan pro-perlembagaan yang sangat dibenci oleh ultra kiasu.

Berita tersebut bahkan disambut gembira oleh portal media milik parti politik ultra kiasu sehingga memuatkan tiga kupasan khas untuk isu tersebut untuk dari tarikh 26 hingga 29 Mei 2015. Sekiranya Lukman sekadar orang biasa dan tiada kaitan dengan mana-mana organisasi yang menjadi ancaman kepada ultra kiasu, sudah pasti status FB ahli motivasi kecil-kecilan seperti beliau tidak diambil pusing.

Akhirnya yang bergembira adalah ultra kiasu dan konco-konco mereka, apabila beratus-ratus peminat kumpulan Search, yang rata-ratanya Melayu dan beragama Islam, membantu “kerja” mereka untuk menyusahkan ahli motivasi tersebut untuk berhadapan dengan kutukan, makian dan tohmahan.

Walaupun penulis merasakan gelaran hantu itu agak keterlaluan, namun begitu gelaran tersebut tidaklah kurang tepat. Awal-awal zaman pancaragam rock dan heavy metal diimport dari Barat dan diperkenalkan di Malaysia sekitar awal 80-an, masyarakat Malaysia terutamanya Melayu yang biasa dengan nilai Islam dan ketimuran, akan memanggil pengamal rock dan heavy metal sebagai hantu, dek kerana sinonim dengan rambut panjang mengerbang, solekan yang pelik, dan seluar baju yang londeh dan bercarik.

Orang-orang tua yang melihat kelibat mereka, bahkan ada juga para ustaz memberikan label yang keras bagi golongan itu, kerana bagi mereka ia merosakkan akhlak dan akidah bangsanya. Hantu, kutu berahak, pelesit dan seumpamanya digunakan sebagai gelaran sebagai langkah mencegah anak-anak muda mengikut jejak langkah begitu.

Sama ada ahli motivasi Lukman telah menggunakan kaedah ketinggalan zaman untuk menegur pengamal dan peminat genre muzik rock tersebut; ataupun mungkin masyarakat kita secara amnya telah semakin cair sensitiviti mereka terhadap apa yang salah, dan apa yang betul.

Dengan berlalunya zaman, pengamal muzik rock tetap beristiqamah dengan gaya dan cara mereka, tetapi masyarakat sekeliling tidak dapat beristiqamah menjadi masyarakat yang kurangnya rasa ingin memuliakan syiar-syiar agama, makanya perkara lalai dan sia-sia juga menjadi hak asasi. Ya! Hak asasi yang patut dihormati, tidak boleh disanggah dan dicela hatta walau bertentangan dengan nilai agama dan kebudayaan.

Hatta rosaknya jiwa anak bangsa runtuh seruntuhnya. Yang untung adalah industri muzik, yang kononnya memberi keuntungan kepada negara sehingga beratus juta walaupun terpaksa dibayar dengan jati diri anak bangsa.

Walaupun terkini Jakim mengeluarkan Garis Panduan Hiburan dalam Islam edisi kedua pada Februari 2015, usaha Jakim seolah-olah dipandang sepi oleh penganjur, penaja, pengamal serta peminat industri hiburan tanah air.

Padahal pandai pula mereka menggunakan elemen agama juga untuk dijadikan justifikasi betapa relevannya mereka di persada masyarakat. Golongan artislah yang banyak menderma, golongan artislah yang banyak membantu rumah anak yatim, golongan artislah yang membuka madrasah serta sekolah tahfiz.

Sesungguhnya mereka terlupa bahawa agama Islam itu syumul (menyeluruh) merangkumi semua aspek kehidupan. Tidak boleh hanya satu sudut sahaja menitikberatkan agama, sedangkan mengabaikan Islam dalam sudut-sudut kehidupan yang lain.

Satu lagi, apabila kerajaan yang memerintah masih belum terlepas dengan integriti dalam mentadbir urus negara ini, bahkan dengan pendapatan negara yang semakin berkurang dek merudumnya harga minyak mentah, tiba-tiba Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pula menganjurkan Festival Belia 2015 di Putrajaya dengan besar-besaran.

Adakah sumber kewangangannya dari penaja swasta atau dari duit cukai rakyat yang majoritinya tidak hadir pun ke festival tersebut. Walau ada pameran dan aktiviti yang bermanfaat, namun ia banyak dicemari dengan budaya berhibur dan berseronok secara berlebihan, termasuklah konsert yang diisi oleh “hantu” bak kata ahli motivasi Lukman.

Adakah KBS tidak menghadam panduan yang disediakan Jakim? Bukankah KBS dan Jakim bertugas di bawah kerajaan yang sama? Sekiranya festival sebegini dianjurkan oleh pihak swasta, mungkin boleh disebut bertujuan untuk meraih keuntungan.

Tetapi apabila pihak kementerian kerajaan yang menganjurkan acara sebegini, apa sebenarnya aspirasi kerajaan tentang belia yang mahu disiapkan untuk memimpin negara ini di masa hadapan?

Banyak pengajaran dan hikmah yang boleh dilihat dari isu Amy Search dan ahli motivasi Lukman. Dari isu agenda musuh negara, isu sensitiviti keimanan masyarakat, ke isu dualisme dalam beragama di kalangan masyarakat, sehinggalah ke isu peranan badan kerajaan.

Ramadan akan menjengah dalam masa kurang sebulan, semoga rakyat Malaysia keseluruhan akan masuk dan keluar dari bulan Ramadan, dalam keadaan lebih bertaqwa. – HARAKAHDAILY 11/6/2015


Sumber HD - 11-6-2015


Erra Impi Bertudung Litup, “Doakan Penghijrahan Saya Dipermudah”
Posted on Sunday, May 31 @ 22:22:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Pelakon, penyanyi dan pengacara, Erra Fazira mengakui bahawa dia mengimpikan untuk bertudung penuh, namun menegaskan isu tersebut bukanlah cerita yang perlu dijaja.

“Doakan…itu adalah impian saya. Ini bukan sesuatu yang biasa dijaja ceritanya…biar ia datang ikhlas dari hati atas dasar kesedaran dan tanggungjawab.

“Ia hadir tanpa ada paksaan dari mana-mana pihak. Insya-Allah doakan saya supaya bahagian penghijrahan saya dipermudahkan dan diberkati,” ujarnya kepada akhbar Berita Harian.

Sebelum ini, ramai yang membuat andaian bahawa Erra sedang menuju ke arah menyempurnakan dirinya sebagai seorang muslimah apabila tampil memakai penutup kepada dalam beberapa majlis.

Dia turut ditampilkan sebagai ‘muse’ dalam koleksi rekaan Rizman Ruzaini beberapa minggu lalu dengan bertudung litup. Manis betul!

Apa-apapun, sama-samalah kita doakan supaya niat Erra untuk mengubah penampilaannya berjalan lancar. Yelah, setakat bertudung sehari dua lepastu ‘free-hair’ balik, buat apa kan?
– MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 1-6-2015


Amber pilih pakai tudung
Posted on Sunday, May 31 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Model antarabangsa, Amber Chia mengejutkan peminatnya apabila tampil berhijab kelmarin.

Ia susulan beberapa keping foto yang dimuatnaiknya menerusi laman Facebook bersama peminat.

Penampilan Amber itu dikatakan bagi menyokong Hari Hijab Sedunia yang turut disambut di Malaysia dan disifatkan sangat ‘comel' oleh pengguna media sosial.

"Memakai atau tidak adalah kebebasan memilih bagi bukan Islam.

"Tetapi ia (berhijab) merupakan satu pengalaman yang hebat bagi saya untuk memakai hijab pada hari ini (kelmarin)," tulisnya pada kapsyen foto berkenaan.

Susulan posting foto berkenaan, ramai pengguna Facebook bukan Islam turut menyokong tindakan Amber yang dikatakan menjadi aspirasi kepada wanita lain.

"Ya, ia adalah pilihan anda. Saya gembira anda menunjukkan contoh yang baik bagi setiap wanita di luar sana. Hanya pendapat peribadi saya, solekan kurang akan jadi lebih cantik," tulis Eric Teo.

"Bukan-Islam patut mencuba , cantik juga bila memakainya," Steven Lee.

"Cantik.. Saya merupakan penganut Kristian tetapi saya suka memakai hijab.. tiada maksud lain," tulis Claire Fernandez.

.......
Ini mungkin dakwah "khalid Samad" - TKO

Sumber TKO - 31-5-2015


Bob Lokman Minta Ahli PAS Istiqamah Dalam Perjuangan
Posted on Wednesday, May 27 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUALA LUMPUR – Bekas selebriti yang kini aktivis PAS, Bob Lokman meminta ahli biasa parti itu yang berharap kepimpinan tertinggi PAS ditukar dalam Muktamar PAS Ke-61 pada Jun depan supaya meninggalkan parti berkenaan.

Beliau meminta ahli-ahli PAS terbabit memahami bahawa mereka sebenarnya ibarat penumpang sebuah kenderaan yang sedang dipandu oleh pemimpin tertinggi PAS yang cekap dan tahu arah serta tujuan perjalanan.

“Tak berapa hari lagi kenderaan besar ini akan berhenti untuk menjalani major servis (Pemilihan PAS). Tukar minyak, tukar brek, tukar absober, tukar lampu dan macam macam lagi yang rosak atau lusuh.

“Makanya selepas major servis nanti, Kita tetaplah menjadi penumpang yang patuh dengan peraturan perjalanan kenderaan Kita. Yang rasa penat dengan perjalanan sebelum ni boleh turun dan naik kenderaan lain pula,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pemilihan PAS yang akan berlangsung di Kuala Se­langor, Selangor bakal menyaksikan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dicabar buat kali pertama dalam tempoh 13 tahun oleh bekas Naib Presiden parti itu, Ahmad Awang dalam pertandingan satu lawan satu.

Bob Lokman dalam pada itu mengingatkan ahli biasa PAS, kenderaan yang beliau maksudkan itu jika mempunyai pemandu baharu yang mempunyai jalan baru untuk dicuba akan hanya membuatkan kenderaan tersebut menjadi lebih cepat lusuh.

Justeru,beliau meminta ahli biasa PAS sedar diri dengan memahami istilah penumpang dan jangan menganggu pemandu sedia ada kerana perbuatan itu akan menjejaskan kelancaran perjalanan ke destinasi yang masih jauh.

“Kalau penumpang tak suka dengan cara pemanduan, janganlah nak bina kenderaan baharu dalam kenderaan sedia ada. Ada baiknya mintak berhenti, turun dan binalah kenderaan berenjin turbo serta terus memecut biar cepat sampai. Itu pun kalau tahu jarak destinasinya. Semoga selamat sampai kalau tak masuk gaung,” sindirnya.

Sindiran Bob Lokman itu disokong Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang akan berusaha merebut jawatan Ketua Pemuda PAS daripada penyandangnya, Suhaizan Kaiat dalam pemilihan PAS kali ini.

Nik Mohamad Abduh menjelaskan kenyataan Bob Lokman itu menggambarkan komitmen dan istiqamah beliau untuk terus bersama kepimpinan ulama PAS. – mynewshub.cc

Sumber TKO - 27-5-2015


‘Brothers’ Kembali Bersatu

Kumpulan nasyid Brothers membuat kemunculan semula dengan menghasilkan album kelima setelah 10 tahun menyepi dalam industri muzik tanah air.

Salah seorang ahlinya iaitu Yasin Sulaiman, 40, berkata, kemunculan kumpulan Brothers adalah untuk menawan semula hati orang ramai menerusi lagu-lagu yang disampaikan.

“Sebenarnya kumpulan Brothers ini tidak berpecah tetapi masing-masing sibuk dengan tugasan sendiri sehingga Ramadan tahun lepas kami berjumpa dan merancang untuk menghasilkan album.
“Kemunculan semula dilakukan kerana ramai peminat menanyakan bila kami mahu membuat kemunculan semula jadi kami mengambil keputusan untuk keluarkan album agar ia dapat menawan semula hati peminat yang menunggu selama 10 tahun,” katanya kepada mStar Online.

Yasin berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran album terbaharu kumpulan Brothers berjudul Sabar di Talent Lounge, PJ Trade Centre, Damansara Perdana di sini, Rabu lalu.

Ini merupakan album kelima kumpulan Brothers yang memuatkan lima buah lagu iaitu Demi Cinta, Kamaresyah, Tawakallah, Allahuma dan Sabar.



Dalam pada itu tambah Yasin, kelainan yang terdapat pada album Sabar merupakan evolusi muzik baru yang ingin diketengahkan kepada pendengar.

“Kami sebenarnya ingin mengetengahkan vokal yang terdapat pada setiap anggota kumpulan Brothers berbanding muzik.

“Apa yang menariknya pada album ini ialah semua lagu yang didendangkan merupakan vokal brothers berhamoni jadi penggunaan muzik kurang digunakan,” katanya.

Sementara itu, Yasin berkata, album tersebut mengisahkan tentang kehidupan masa kini yang memerlukan kesabaran dan sikap tolak ansur untuk melakukan sesuatu pekerjaan.

Tambahnya Yasin, album ini banyak memberi motivasi kepada orang ramai supaya bersabar walaupun pelbagai dugaan yang datang.

“Kesabaran perlu ada pada setiap orang dalam menempuhi hari yang mencabar dan kami ingin berkongsi apa yang hendak disampaikan menerusi lagu,” katanya.

Album kelima kumpulan Brothers ini boleh didapati secara digital menerusi iTunes, Amazon, Spotify, KKBox dan Deezer.

Dalam perkembangan yang sama, kumpulan Brothers sedang merancang untuk mengadakan konsert bagi mempromosikan album berkenaan.

Selain Yasin, Brothers turut dianggotai oleh Salleh, Faiz dan Syah.-mstaronline

Sumber BO - 22-5-2015



GAMBAR TERAKHIR AFDLIN SHAUKI DENGAN HARUN SALIM BACHIK


http://www.harakahdaily.net/index.php/terbaik-dari-blog/95-terbaik-dari-blog/34238-gambar-terakhir-afdlin-shauki-dengan-harun-salim-bachik

Sumber HD - 9-3-2015


MENCARI LELAKI DAYUS DISEBALIK RANCANGAN HIBURAN - USTAZ ZAINUDIN HASHIM


KUMPULAN NASYID IN TEAM 

http://www.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/33490-mencari-lelaki-dayus-di-sebalik-rancangan-hiburan

Sumber HD - 27-1-2015


SAYA TAK SUKA LELAKI SENTUH SAYA KECUALI BABY - FELICIA YEAP


FELIXIA YEAP

http://www.harakahdaily.net/index.php/terbaik-dari-blog/95-terbaik-dari-blog/33250-saya-tak-suka-lelaki-sentuh-saya-kecuali-baby

Sumber HD - 14-5-2015


RAMAI KECAM GADIS BERTUDUNG DIPELUK ARTIS K-POP;


GADIS BERTUDUNG DIPELUK ARTIS K-POP

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33182-ramai-kecam-gadis-bertudung-dipeluk-artis-lelaki-k-pop

Sumber HD - 11-1-2015






Ke arah filem Islamik tanggungjawab siapa?

MUHAMMAD AZLAN AHMAD NAZRI | .

FILEM adalah rakaman video dan audio yang boleh disimpan ke dalam komputer untuk tayangan semula ataupun berulang kali. Filem boleh diadaptasi dalam bentuk lakonan manusia ataupun diterjemah dalam bentuk animasi, iaitu lukisan kartun. Filem adalah satu medan dakwah untuk menyampaikan suatu mesej atau idea.

Filem Islamik adalah filem yang mempunyai unsur dakwah Islami dan mematuhi syariat-syariat Islam yang telah diturunkan oleh Allah kepada rasul kita Muhammad SAW. Islam itu adalah akhlak yang baik dan Rasulullah juga mempunyai akhlak yang baik. Pokok asasnya, melakonkan watak seorang mukmin yang benar-benar beriman mestilah berakhlak mulia dan tidak mensyirikkan allah.

Itu adalah kriteria asas yang perlu diketahui oleh pengarah filem, dan barulah mengambil kira aspek pemakaian di dalam lakonan. Had aurat di dalam lakonan perlulah dijaga bagi memenuhi kriteria- kriteria filem Islamik yang lengkap. Sebagai contoh, filem arahan Pierre Andre, Ustaz Mu Tunggu Aku Datang, yang dbintangi oleh kumpulan lawak Shiro dan seorang penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus yang mempunyai nilai Islam yang sangat tinggi dan berkualiti.

Namun, jika sesebuah filem memaparkan sekilas saat seorang pelakon yang tidak menutup aurat pada satu babak menyebabkan sebuah filem itu sifar pada nilainya, begitulah Islam menilai sesebuah filem. Sama kaedahnya seperti rukun Islam, jika ditolak satu daripada rukun tersebut, maka rosaklah kesemuanya ataupun iman seseorang.

Filem yang berjaya memenuhi kriteria-kriteria tersebut dianggap berjaya walaupun mesej yang ingin disampaikan kurang berkualiti. Antara kriteria lain ialah sebuah filem mestilah menerapkan nilai murni yang baik, pengajaran dan moral Islam yang baik. Contohnya, sunnah Rasulullah seperti memberi salam ketika berjumpa, berjabat tangan, membaca doa sebelum makan, makan menggunakan tangan, mestilah diterapkan sehingga ia menjadi satu budaya atau adat bagi masyarakat umat Islam.

Kita mestilah memahami maksud ini, bukan kita memaksudkan mengamalkan sunnah Rasulullah itu kerana mengikut adat, tetapi budaya Islam yang kita amalkan seharian menjadi satu adat masyarakat setempat untuk dilihat oleh orang bukan Islam. Contohnya, filem sekarang, menggambarkan masyarakat Islam kononnya makan menggunakan sudu ketika di rumah, restoran dan kafe, sedangkan budaya ini bukanlah budaya orang Islam atau pun orang Melayu, makan dengan sudu ini adalah budaya orang barat. Mengapa kita terikut-ikut dengan budaya mereka? Mungkinkah kerana kita selalu menonton filem-filem barat ataupun merasakan makan dengan sudu itu kelas pertama bagi menggambarkan seseorang itu kaya? Perspektif inilah yang perlu diubah oleh kita yang bertanggungjawab membawa amanat baginda Rasulullah SAW. Inilah salah satu cara untuk kita berdakwah dengan menyampaikan amalan-amalan sunnah Rasulullah ke industri perfileman.

Dari sudut lakonan seseorang, sudah pasti menjadi masalah untuk menggambarkan seorang anak lelaki bersalam dengan ibunya apabila status hubungannya bukan muhrim di dalam sebuah filem. Inisiatifnya ialah pelakon di dalam sebuah filem itu ialah dari sebuah keluarga. Jadi, status hubungannya sah untuk bersalam ketika melakonkan watak tersebut.

Tetapi, jika menjadi masalah bagi pengarah untuk mencari pelakon sekeluarga yang berbakat, filem animasi adalah salah satu inisiatif yang terbaik kerana tidak wujud masalah dalam pergaulan ketika melakonkan watak seoranng ibu dan anak lelaki. Animasi kartun yang tidak melibatkan mana-mana individu, hanya menggunakan teknologi komputer menjadi satu inisiatif yang terbaik. Tetapi malang, tahap pengeluaran kartun animasi kita di Malaysia amat rendah dalam menjayakan filem ini. Ini jelas untuk kita memberikan contoh seperti filem Upin Ipin dan Saladdin.

Upin Ipin
Kartun animasi ini sangat sesuai kepada semua lapisan masyarakat, terutamanya kanak-kanak. Penyerapan nilai murni dan ajaran Islam membuatkan filem ini adalah filem Islamik yang berjaya dan sempurna. Cerita tentang kehidupan seharian dua orang budak yang semakin meningkat ke alam kanak-kanak di kampung membuatkan penonton tertarik dengan gelagat dan kenakalan dua orang budak ini.

Filem ini menggambarkan kehidupan seorang kanak-kanak muslim yang sedang mengharungi bulan puasa dan detik-detik hari raya menunjukkan dakwah Islami diserap ke dalam filem ini. Ditambah juga dengan kehidupan sehariannya belajar mengaji al-Quran membuatkan filem ini mempunyai nilai Islam yang sangat tinggi. Di samping itu, bagi tidak membosankan kanak-kanak yang menonton, filem ini juga menyelitkan hiburan seperti kisah dua orang budak ini yang suka bermain pada setiap waktu membuatkan penonton terhibur dengan kenakalan budak ini.

Antara nilai murni yang ditunjukkan di dalam filem ini adalah menceritakan bagaimana budak ini bergaul dengan rakan-rakannya. Rakan-rakannya yang berbilang kaum menunjukkan filem ini menerapkan unsur-unsur penyatuan antara kaum. Unsur ini sangat penting di dalam sesebuah filem bagi menunjukkan contoh teladan kepada semua rakyat yang berbilang kaum di malaysia ini supaya penyatuan rakyat antara kaum menjadi lebih utuh, sekaligus mengelak peristiwa berdarah 13 Mei 1969 berulang lagi.

Saladdin
Saladdin adalah filem yang mempunyai sejarah Islam yang sangat tinggi moralnya, mengisahkan tentang seorang ketua perang, Salahuddin al-Ayyubi yang ingin menawan Masjidil Aqsa daripada orang kafir. Filem ini menunjukkan karakter-karakter seorang ketua yang patut dicontohi oleh kita tentang sifat kesabaran, ketenangan, ketegasan menjadikan tentera yang dipandu olehnya menjadi tentera yang sangat bersemangat dan kuat, sekaligus mengangkat kepimpinan Salahuddin al-Ayyubi sebagai ketua perang yang amat digeruni.

Secara tidak langsung, semangat orang Islam untuk berjuang pada jalan allah membakar di jiwa. Sesiapa yang menonton filem ini pasti membuatkan liang romanya meremang seketika, dengan ketegasan dan semangat yang ditunjukkan oleh ketua perang ini membuatkan tenteranya bersemangat.

Filem kartun Saladin oleh Multimedia Development Corporation (MDeC) telah memenangi hadiah Tokyo Big Sight Award di Pesta Anime Antarabangsa Tokyo 2007, pameran animasi terbesar dunia. Saladin juga memenangi anugerah untuk kecemerlangan dalam imejan janaan komputer tiga dimensi (3D CGI), kesan visual khas dan animasi. Ini menunjukkan filem animasi merupakan antara jalan terbaik untuk mengembangkan dakwah Islam melalui jalan ini.

Penyelesaiannya Bagi pengarah filem yang sedarakan tanggungjawabnya sebagai seorang pendakwah, semestinya beliau melihat seluruh aspek kehidupan sebagai seorang muslim yang sebenar. Masalahnya adalah nilai label filem seperti (U), (18 SX), (18 SG) seakan-akan tidak berfungsi. Label (18SX) memaparkan adegan seks sehingga terdedah payudara wanita.

Persoalannya, label ini dibuat oleh orang bukan Islam, tetapi mengapakah kitamengambil label tersebut dan mengggunakannya untuk negara Islam kita. Persoalannya, adakah kita mahu menyalahkan (LPF) Lembaga Penapisan Filem kerana membenarkan filem yang tidak mematuh isyariat Islam tersebut ditayangkan pada masyarakat umum? Adakah kita mahu menyalahkan pelakon kerana menerima watak sebegitu, ataupun kita mahu menyalahkan pengarah kerana tidak mematuhi syariat Islam? Masalah ini perlu ditanya kepada diri kita sejenak, dan adakah LPF, pengarah, pelakon tahu tentang agama dengan menyeluruh atau pun beliau berlatarbelakang jurusan agama ketika di bangku persekolahan?

Jadi, penyelesaiannya, kita sebagai umat Islam yang sedar, ditambah pula berlatarbelakang jurusan agama dari bangku sekolah hingga keperingkat universiti perlu berani ke depan untuk menceburi bidang seni ini bagi menyelamatkan maruah Islam dan mengubah dasar perfileman Malaysia supaya filem Islamik dikembangkan di negara Islam kita ini.

Tidak cukup masa untuk kita menuding jari kepada sesiapa kerana kitalah yang mesti bergerak ke hadapan menguasai bidang seni ini. Banyak universti ataupun kolej yang berlatar jurusan agama seperti Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan lain-lain. Contohnya, USIM yang menawarkan jurusan komunikasi jelas memberi impak kepada pelajar Islam tentang tanggungjawabnya sebagai pendakwah millennia untuk zaman ini.

Pelajar banyak didedahkan tentang subjek berkaitan karya seni berlandaskan perspektif Islam. Kesemua pelajar Islam ini tidak terbatas untuk mempelajari tentang perspektif Islam dengan menyeluruh. Jadi, sensitiviti dengan agama lain ketika mempelajari bidang ini tidak wujud kerana tidak ada pelajar bukan Islam di bumi USIM ini. Peluang ini perlu digunakan sepenuhnya oleh pelajar dalam tempoh pengajian ini untuk mempelajari perspektif Islam yang menyeluruh dan padat. – HARAKAHDAILY 6/11/2014

Muhammad Azlan Ahmad Nazri, Universiti Sains Islam Malaysia

Sumber HD - 6-11-2014






Masya Allah, bukan Islam 'prepare' untuk Heliza solat

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: 'Okay, kita break dahulu, bagi Heliza solat, then baru makan then baru shoot balik', tulis selebriti Heliza Helmi menerusi facebooknya, kelmarin.

Tulisan itu menceritakan kisahnya pada suatu sesi penggambaran yang disukai ramai pengunjung facebooknya, seperti di bawah.

MasyaAllah....

Allah.. Allah.. Allah..

Semoga Allah memberikan Taufik Hidayah kepada mereka.

Ija ada shooting silky white ni dan mereka adalah Chinese

Pagi tadi masa Ija baru sahaja sampai, ayat pertama yang mereka kata adalah,

Heliza pergi makan dulu, kami akan prepare kan untuk you Solat.

Bila masuk sahaja waktu azan. Tau apa mereka kata.

'Okay, kita break dahulu, bagi Heliza solat, then baru makan then baru shoot balik'

Handphone Ija, bila azan hp ni ada suara Azan, waktu Asar tadi, mereka sendiri yang stopkan shooting, dan mereka kata....

'Okay Heliza you solat dulu ok?'

Sejadah ni pun mereka yang prepare.. Allahu Akbar..

Ya Rabbi! Ya Allah MasyaAllah. Terima kasih Allah...

Solat tepat waktu. Dan Ija tak perlu mention pun ttg solat tapi mereka yang ingatkan Ija.. MasyaAllah........

Adakah kita sebagai Muslim ingat panggilan Allah?


Sumber HD - 19-10-2014

Siapa kita mahu hidup gembira selamanya - Wardina

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: "Kita manusia tidak akan selamanya sedih," tulis selebriti Wardina Safiyyah.

Menurutnya, mereka yang kononnya bergembira tidak akan selamanya bergembira kerana itu lumrah hidup.

"Kita perlu terima bahawa kesedihan adalah sebahagian dari hidup. Tidak mungkin kita selamanya gembira tanpa dugaan," tulisnya menerusi facebook.

Itu semua, ujar beliau hanya untuk mereka yang diterima di syurga.

"Dunia ini hakikatnya tidak indah, tidak sempurna..tidak ada yang akan kekal bahagia untuk selamanya," ujarnya.

Justeru, tambah beliau bergembiralah dengan kesedihan kerana kesedihan itu sebenarnya indah.

Menurut Wardina, ianya sebahagian hidup mereka yang beriman kerana setiap Nabi merasa kesedihan.

"Siapa kita kononnya mahu hidup gembira selamanya? Kegembiraan hakiki tidak wujud... Jangan tertipu.

"Everything will pass... Good or bad. Tell yourself that. I believe we can be happy... but we can't stay happy forever because tears and pain will enter here and there in between...," tulisnya lagi. - HARAKAHDAILY 15/10/2014

Sumber HD - 15-10-2014






Selebriti pun bising bila harga minyak naik

. | .
Selebriti Pun Bising Bila Harga Minyak #Ron95 Naik Lagi. Sigh.

Maka, jam 12.00 tengah malam semalam (1 Oktober 2014) secara rasminya, harga minyak Ron 95 telah dinaikkan daripada RM2.10 seliter kepada RM 2.30 seliter.

Sebenarnya, kami pun agak terkejut dengan pengumuman yang dilakukan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) lewat petang semalam. Tapi, nak buat macam mana kan?

Cuma, kami ingatkan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana sahaja yang mengeluh dengan kenaikan harga ini. Rupa-rupanya ramai juga selebriti yang terkesan dengan isu ini. Aik, mereka bukan ke agak loaded jugak?

Ha.. ini hanyalah beberapa status yang sempat kami screenshot sehingga lewat malam semalam dan kami percaya ramai lagi yang akan meluahkan pendapat mereka mengenai isu ini.

Yang peliknya, setahu kami selebriti di Malaysia ni memperoleh pendapatan yang agak lumayan juga. Namun, mungkin dek kerana petrol merupakan keperluan harian, maka mereka pun rasa terbeban juga.

Nampaknya lepas ni mereka pun kena kerja keras siang malam dan bersaing antara satu sama lain untuk dapatkan job pula kan? Fuh! - blog OHBULAN!

Sumber HD - 2-10-2014

Hijrah: TG Nik Aziz harap Eja terus istiqamah

SALMAH MAT HUSAIN | .




KOTA BHARU: Siti Shahrizah Saifuddin atau lebih dikenali dengan Eja meluangkan masa kira-kira 15 minit bertemu dengan bekas Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Eja bersama suami Mohd Silahudin Jamaluddin bersama anak mereka, Nur Eishal tiba di Kota Bharu Khamis lalu bagi memenuhi program Bicara Selebriti Ke-8 di Balai Islam Lundang, di sini.

Eja dan suaminya mengambil peluang bertemu dengan Tuan Guru selepas solat Asar semalam di Pulau Melaka sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.

Tuan Guru berharap Eja sentiasa istiqamah dengan penghijrahannya yang kini telah menutup aurat.

Menurut Tuan Guru, segala hasrat panjatkan doa pada Allah kerana manusia itu tidak bersendirian.

“Kita ada Allah, Dia sentiasa mendengar hasrat kita, keinginan kita, jadi jangan lupakan Allah,” ujarnya.

Beliau berkata demikian bagi memenuhi hasrat Eja yang meminta supaya Tuan Guru mendoakannya agar sentiasa istiqamah dengan penghijrahannya itu.

Bagi Eja sendiri hasrat kerajaan negeri yang mengundangnya memenuhi slot selebriti itu diharap dapat memberi ruang kepadanya bertemu dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang telah lama dihajatinya.

Eja mula bertudung sekembalinya dari mengerjakan umrah kali keempat tahun ini ketika berusia 41 tahun.

Turut menjayakan selebriti itu, artis Neelofa, Ustazah Fatimah Sharha yang dipengerusikan Amin Rais. - HARAKAHDAILY 15/9/2014

Sumber HD - 15-9-2014






Kumpulan Nasyid Thai:

http://www.youtube.com/watch?v=PWARlyI2474

Filem Melayu belum merdeka?

RAYUSA | .

BOLEH disimpulkan bahawa Jin, filem arahan Pierre Andre yang kesembilan hanya menambah jumlah filem Melayu tempatan. Walaupun sinematografi menarik bersama penataan muzik dan bunyi serta lakonan yang agak cemerlang oleh pelakon utamanya, Jin tetap bukan filem Melayu tempatan terbaik setakat ini.

Ada dua perkara yang sekian lama ‘menghantui’ filem Melayu tempatan masih wujud dan diteruskan dalam Jin. Sebelum menonton filem tersebut serta melihat Pierre sebagai penulis lakon layar dan pengarahnya, saya mengharapkan suatu kelainan kerana anak pelakon veteran Khatijah Tan itu dianggap semakin matang dalam berkarya. Namun, sebaliknya yang saya dapati.

Pertama, sama sekali saya tidak menolak Islam sebagai cara dan pedoman hidup! Memang Islam menjadi pembimbing dan penyelamat kerana maknanya sendiri adalah selamat sejahtera.

Bagaimanapun, saya terkesan dengan kekecewaan seorang rakan yang juga pengkritik filem bahawa Islam ‘terus dijadikan’ sebagai penyelesai segala masalah.

Kedua, tanah perkuburan terus dikaitkan dengan hantu, iblis, jin dan syaitan. Oleh sebab itulah tidak ramai yang suka atau berani mengunjunginya. Mengapa tanah perkuburan tidak dikaitkan dengan keinsafan dan kesedaran?

Sekali pandang, memang keinsafan dan kesedaran juga menakutkan, tetapi ia jauh lebih baik daripada takutkan ‘makhlus halus’ yang tiada apa-apa manfaat.

Jin mengisahkan perjalanan hidup suami isteri muda, iaitu Syafiq, lakonan Zul Ariffin, dan Lily (Mon Ryanti). Syafiq seorang ahli perniagaan berusaha meningkatkan taraf hidup keluarganya dengan membeli sebuah rumah agam untuk isteri tercinta.

Lily sangat menyukai rumah seperti istana dan cantik itu yang dibeli daripada seorang warga Johor. Namun, dia dan Syafiq tidak mengetahui sejarah rumah yang kerap bertukar milik itu menyimpan beberapa cerita pelik dan gangguan serius.

Pada peringkat awal, suami isteri itu tidak merasakan sebarang keanehan dan menakutkan sehinggalah beberapa siri gangguan kecil terjadi kepada Lily. Bagaimanapun, oleh kerana berasal dari bandar dan kurang percaya pada perkara ghaib, mereka menolak perkara tersebut.

Lily menyangka semuanya adalah gangguan binatang-binatang dari hutan yang berdekatan. Setelah beberapa kali diganggu, baharu dia mula memberi perhatian dan cuba memberitahu suaminya. Malangnya, Syafiq berkeras enggan mempercayai perkara-perkara yang di luar kewarasan akal.

Lily semakin tertekan dan mula mengesyaki ada yang tidak kena dengan rumah tersebut. Keadaan menjadi lebih parah apabila neneknya, Tok Wan yang nyanyuk dan sakit tinggal bersama-sama mereka. Gangguan semakin menjadi-jadi.

Syafiq yang tidak percaya turut diganggu oleh makhluk halus yang cuba mendiami tubuh Tok Wan. Namun, dia menganggap itu kerana Tok Wan nyanyuk dan bukan disebabkan oleh makhluk yang Lily syaki.

Sehinggalah pada satu malam, Syafiq mendapat panggilan telofon yang mengatakan salah sebuah kedainya terbakar. Dia terpaksa meninggalkan isterinya di rumah bersama Tok Wan yang ketika itu sudah dirasuk tanpa mereka sedari.

Pada lewat malam itu sepeninggalan Syafiq, terjadi sesuatu pada Lily. Apabila pulang, Syafiq mendapati keanehan berlaku pada diri isterinya itu. Lampu di rumahnya juga tidak dapat dinyalakan. Syafiq meminta bantuan rakannya yang bertugas di jabatan agama yang datang bersama Ustaz.

Lily turut menyerang Syafiq dan rakan suaminya itu. Akhirnya dia dipulihkan oleh Ustaz yang kemudian menjelaskan bahawa tapak rumah Syafiq adalah bekas tanah perkuburan. Dia juga memberitahu telah menyedari ‘kepanasan’ rumah tersebut pada kali pertama datang bersama rakan Syafiq dari jabatan agama Islam itu. Malangnya, Tok Wan meninggal dunia selepas dipulihkan daripada gangguan makhluk halus.

Ustaz turut menasihatkan Syafiq dan isterinya agar menunaikan solat fardu dan rajin membaca al-Quran. Tambahnya, rumah umat Islam wajar dihiasi dengan bacaan al-Quran. Mungkin inilah ‘krisis’ yang dimaksudkan oleh rakan saya tadi.

Dengan gangguan makhlus halus yang dipaparkan sepanjang durasi filem, apatah lagi wajah ngeri hantu yang mengganggu turut ditampilkan dan kemunculan kawan lama Syafiq yang bertugas di jabatan agama Islam, penonton telah dapat meneka kesudahan cerita Jin.

Kebetulan itu ditambah dengan watak Ustaz. Mengapa rakan Syafiq dari jabatan agama Islam dan Ustaz? Mengapa tidak rakan biasa dan bukan Ustaz?

Justeru, tiada yang baharu atau dari dimensi lain terhadap kisah makhluk halus seperti yang saya harapkan. Ditambah pula dengan gimik pada adegan akhir yang memaparkan Lily masih diganggu. Memang jelas gimik biasa yang klise yang kerap ditampilkan dalam sekian banyak filem bergenre serupa sebelum ini.

Nampaknya berterusan ayat suci al-Quran hanya dijadikan ‘senjata’ untuk menghalau hantu syaitan dalam filem Melayu tempatan. Sampai bila al-Quran hanya dijadikan pendinding dan bukan cara hidup? Ustaz juga hanya berperanan sebagai ghostbuster, bukan pendakwah sejati (kecuali menasihatkan Syafiq dan Lily agar rajin beribadat).

Dengan dua persoalan utama tersebut dan sempena menyambut kemerdekaan tanah air yang ke-57 tahun, Jin boleh dianggap sebagai antara filem Melayu tempatan yang belum merdeka!

Jin turut dibintangi Harun Salim Bachik, Zaryyn Min dan Imam Muda Naufal sebagai Ustaz. Filem yang diterbitkan oleh 3Line Media dan Ram Entertainment itu mula ‘menghantui pawagam’ seluruh tanah air pada 21 Ogos lalu. – HARAKAHDAILY 2/9/2014

Sumber HD - 2-9-2014






Noryn Aziz dapat anak lelaki

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Penyanyi Noryn Aziz selamat melahirkan bayi lelaki di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur semalam.

Dipetik daripada blog Gaban Comel, bayi lelaki seberat 3.13 kg dilahirkan secara normal pada jam 4.25 petang.

Menerusi satu kiriman WhatsApp daripada pengurusnya, Noryn berkata beliau sangat gembira dan bersyukur di atas kelahiran bayi sulungnya.

Noryn merupakan isteri kepada arkitek terkenal dan juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Bahrin Shah sejak 2010.

Sumber HD - 26-8-2014

Suhaimi senarai barangan buatan Israel

SALMAH MAT HUSAIN | .

KOTA BHARU: Penderitaan penduduk Gaza yang menjadi mangsa serangan tentera regim haram Zionis Israel sejak awal Ramadan lalu mendapat simpati masyarakat dunia termasuk negara ini.

Rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama bersatu suara membantah kejaman dilakukan negara pengganas dunia itu.

Golongan artis turut menyatakan bantahan mereka dengan pelbagai cara termasuk mengadakan program menyedarkan masyarakat tentang apa yang berlaku di bumi Palestin.

Bekas anggota Kumpulan Nasyid In-Team, Mohd Suhaimi Saad mempunyai cara tersendiri untuk menyatakan bantahan terhadap kekejaman Zionis Israel iaitu dengan menyenaraikan produk keluaran Israel.

Katanya, usaha itu dibuat bertujuan untuk memastikan barangan berkenaan tidak digunakan anggota keluarganya. Senarai barangan yang diboikot ditampal di dinding rumah untuk rujukan.

“Pada masa yang sama kami menyatakan sokongan terhadap perjuangan umat Islam di Ghaza,” ujar suami kepada Nor Diana Naim atau Ina Naim ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis Malam Kembara Cinta Imam Mutiara yang diadakan di Kolej Teknologi Darulnaim, sempena Festival Konvokesyen (Fesko’14), baru-baru ini.

Menurutnya, rasa simpati perlu diterjemahkan melalui usaha dan tindakan seperti menderma untuk rakyat Palestin, memboikot produk keluaran Israel serta sekutunya selain berdoa.

“Artis juga mempunyai tanggung jawab yang sama untuk memboikot barangan Israel dan ianya antara usaha yang mampu kita lakukan,”ujarnya.

Suhaimi mula menyanyi solo pada tahun 2008 selepas meninggalkan kumpulan In Team.

Setelah pasangan itu berkahwin pada Ogos 2007, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata.

“Ina kini banyak masa di rumah, menjaga anak-anak,”ujar Suhaimi ketika ditanya berhubung perkembangan Ina terkini. - HARAKAHDAILY, 25/8/2014

Sumber HD - 25-8-2014






Gua rock, tapi sokong ulama



Saya hanya seorang hamba Allah yang daif di sisi-Nya. Hamba Allah yang banyak dosa, tidak pantas untuk memberi nasihat pada teman-teman. Namun, justeru sayangkan kalian dan apa yang diperjuangkan, izinkan saya berkata-kata.

Sabarlah dan beristiqamahlah, teman-teman pimpinan PAS di semua peringkat. Jangan mundur walau apa sahaja mehnah yang menerjang. Usah gentar dengan segala taburan fitnah dan adu domba. Bukankah Rasulullah SAW memberi ingatan: "Bersabarlah, menang atau syahid."?

Janji-Nya Maha Benar. Manusia bukan penentu dan redha manusia itu hantu. Nyawa PAS bukan di tangan manusia. Bukan pada banyak atau sikit kerusi di Dun dan Parlimen. Hanya Allah penentu segala. Usaha dan bergerak menuju matlamat tetap wajib diteruskan.

Saya? Ya, saya Web Sutera yang mengenali erti sebuah perjuangan dan hasrat molek untuk memartabatkan Islam di persada Malaysia. Saya, lelaki yang dilahirkan dengan didikan agama oleh bonda dan ayahanda, mereka memberi makna bahawa PAS bukan sekadar nama. Nama apa pun, ia sekadar wahana. Paling utama Islam.

Apa yang digembar-gembur sebagai 'perselisihan ulama dan profesional’ hanyalah doktrin musuh-musuh. Mengapa harus terperangkap, wahai pejuang? Semua Islam. Maju terus!
Saya mantan Mat Metal dan hard rocker. Saya tetap sokong ulama, walaupun saya rock!
** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.

Sumber HD - 18-8-2014

UAI / Bob LOkman - 
https://www.youtube.com/watch?v=CacQ31VU06A

Sumber TVHD - 18-8-2014






Syabas, giliran Umie Aida pula bertudung...




Alhamdulillah. Nampaknya keberkatan bulan Ramadhan kali ini telah membuka hati beberapa orang selebriti wanita untuk mengikuti syariat Islam. Umie Aida kini turut sama berhijrah dan menutup aurat dengan bertudung sejak awal bulan Ramadhan ini. Pada mulanya Umie Aida enggan menghebahkan perkara baik ini namun pelakon ini akhirnya sudi berkongsi sedikit ketika ditemui oleh wartawan di majlis pengkebumian Allahyarham Sharifah Aini.

Hati Umie Aida mula terbuka untuk bertudung sejak mula menyertai kelas agama tahun lalu. Kata Umie menerusi Berita Harian:-

Penyertaan saya dalam kelas agama sejak tahun lalu banyak membuka hati dan mata saya membuat keputusan ini. Saya bukan saja tenang apabila bertudung, malah imej ini membuatkan saya jadi seronok dan selesa.

Perasaan jatuh cinta untuk memakai tudung itu semakin menebal. Ketika menunaikan solat Tarawih, perasaan hendak memakai tudung bertambah. Tak lengkap hari tanpa mengenakan tudung. Jadi, saya rasa sudah tiba masanya untuk saya berimej begini dan saya sudah bersedia 100%.

Dalam soal rezeki, saya tak takut dan risau biarpun sudah bertudung. Insya Allah, ia tidak akan menyekat rezeki saya. Apabila saya sudah rasa cinta untuk menutup aurat, perasaan itu mengatasi segala-galanya.


Terharu Abang Nara membaca bait-bait kata Umie Aida. Sesungguhnya Umie Aida antara mereka yang beruntung diberikan kenikmatan dan kesempatan untuk menutup aurat. Tahniah Umie!!! Semoga makin ramai selebriti wanita kita akan mengikuti jejak langkah penghijrahan rakan-rakan mereka. Lagi beberapa gambar Umie Aida bertudung dengan membaca artikel ini sepenuhnya. -beautifilnara

ULASAN GB

Syabas dan semoga istiqamah.


Sumber HD - 15-7-2014

No comments:

Post a Comment