BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Friday, July 18, 2014

PEMBANGUNAN TANAH, PENEROKA BANDAR DAN HAL EHWAL ORANG ASAL - HJ RAZMAN ZAKARIA - ISU FELDA

                               

SESI 2015 - 2017 :

Pengerusi : YBhg. Hj Razman Zakaria
Timbalan 1 : YBhg. Dr Ali Akbar
Timbalan 2 : YBhg. Hj Mohamad Hussain

Pengerusi Peneroka PP : Sdr Naraza Muda
Pengerusi DPPM/ GENERASI : Ustaz Roslan Md Esa 

Sumber PP - 23-6-2015




Ke mana Perginya RM1.1 Bilion Wang Felda?


KUALA TERENGGANU – Kerajaan Barisan Nasional (BN) digesa menjelaskan persoalan
kehilangan wang Felda sebanyak RM1.1 bilion.

Pengerusi Hal Ehwal Felda PAS Pusat Naraza Muda berkata, peruntukan sebanyak RM1.4 bilion
telah diumumkan oleh Perdana Menteri untuk pembinaan 20,000 rumah generasi ke-2 Felda dalam
masa tahun.

Katanya, pada tahun 2016, sebanyak 20,000 unit rumah sahaja yang telah didirikan dan bakinya
sebanyak 11,000 unnit masih belum dibina.

“Sekarang dah masuk 2017, bermakna dah berbaki setahun saja lagi…….rekod yang dikeluarkan
oleh Felda sendiri sehingga tahun 2016 sebanyak hanya 8,470 buah telah siap,

“sedangkan matlamat untuk membina 20 000 unit buah rumah…….(Tan Sri) Isa Samad (bekas
Pengerusi Felda) telah memberi jaminan jaminan baki 11 000 buah lebih akan disiapkan pada tahun
2018……ini sudah tidak munasabah,” tegasnya.













Beliau berkata demikian pada Khamis 13 April, pada satu Sidang Media di Pejabat Perhubungan PAS
Negeri Terengganu, di sini.

Beliau berkata, Felda telah mengeluarkan RM400 hingga RM600 juta dari peruntukan RM1.4 bilion
bagi membina rumah tersebut sehingga tahun lalu.

“Kalau dia tak ambil kira RM600 juta sudah dikeluarkan untuk bina 8 470 buah unit rumah Felda.
Maka ada lagi baki RM800 juta…….tapi dia (Felda) beritahu disini, Felda akan siapkan 11 000 unit
apabila mendapat peruntukkan baru. Jadi seolah-olahnya, RM1.4 bilion itu sudah habis.

“Jadi kalau RM800 juta masih berbaki, dicampur dengan satu kenyataan daripada Pengerusi Felda
atau pun exco Kerajaan Negeri Pahang, pada tahun 2015, Pahang sudah dapatkan RM300 juta
peruntukkan tambahan untuk menyiapkan projek yang sakit (sebanyak) RM300 juta,” ujarnya.

Namun begitu, malangnya kata Naraza, beliau telah pergi ke (kawasan Felda) Negeri Pahang,
antaranya Bukit Tajau, Chini dan banyak lagi Gugusan Jengka, tiada sebarang perubahan.














Naraza Muda…..Perumahan Felda Bukit Tajau yang tergendala dan terbiar……
“Tidak ada pun pergerakan ataupun kerja dijalankan untuk berniatkan projek ini. Sedangkan, Dato’ 
Abu Bakar Harun, Exco Negeri Pahang kata tinggal RM300 juta tambahan,” katanya.


Jadi, jelas soal beliau, sekiranya peruntukan sebanyak RM600 juta daripada jumlah RM1.4 bilion
sudah dibelankan, masih ada berbaki sebanyak RM800 juta.

“(Di) campur dengan peruntukkan tambahan RM300 juta, maka 1.1 bilion itu dimana? (Sebaliknya)
dan baru-baru ini ada Tan Sri Sharir Samad kata pihak Felda akan mendapatkan peruntukkan baru
daripada agensi luar RM1 bilion, pinjaman untuk menyiapkan perumahan.

“Jadi kita mempersoalkan mana perginya RM 1.4 bilion pakai RM 600 juta, baki RM 800 juta…….
pinjam pula RM 300 juta, jadi RM 1.1 bilion.

“Dia (kerajaan dan Felda) kena jawab, dengan memberitahu masyarakat Felda bahawa ke mana
peruntukan disalurkan,” tegasnya lagi.

Beliau berkata, warga Felda merasakan ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh pihak pengurusan
yang baru, Tan Sri Shahrir Samad dan pendahulunya.

Sumber BO - 16-4-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





Siasat Segera Kehilangan RM1.1bilion Peruntukan Rumah Generasi Felda












Merujuk perkembangan Projek Perumahan Generasi Baharu Felda ( PGBF ), bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Samad dalam satu siaran disiarkan oleh akbar Sinar ruangan SOROT,
mengesahkan Felda sudah mengeluarkan perbelanjaan RM400 juta hingga RM600 juta untuk pembangunan rumah fasa pertama 8,470 unit, selebihnya untuk pembinaan fasa seterusnya

sebanyak 11,630 unit lagi memerlukan pinjaman daripada bank.

Ketua Jabatan Dokumen dan Kontrak PGBF, Mazlan Abdul Karim juga mengesahkan Felda sedang berusaha menyelesaikan pembinaan ini sepertimana dijanjikan akan siap sepenuhnya 20,000 unit pada 2018 dengan suntikan kewangan dari pihak organisasi luar. ( Sinar 30 Ogos 2016)

Sebelum ini banyak kenyataan -kenyataan, Felda menyatakan memperuntukan RM1.4 bilion untuk membina 20,000 unit PGBF bermula 2013 dan akan siap 2018. Antara rujukanya ialah :

Majalah Aspirasi Glokal – 30 Oktober 2014
Majalah Aspirasi Glokal – 30 Mei 2015
BERNAMA / Berita Harian – 23 April 2015


Jika merujuk kepada kenyataan bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Samad, sehingga 2016 hanya 8470 unit sudah dalam proses pembinaan dengan Kos telah dibelanja RM600 juta , maka memberi kefahaman kepada kita, baki peruntukan daripada RM1.4 bilion ini ialah RM800juta.

Jadi kemana baki peruntukan RM800 juta ini sehinggakan pihak Felda perlu mendapatkan dana baharu?

Satu lagi suntikan dana pinjaman sejumlah RM300juta diperoleh daripada Bank Perdagangan bertujuan memulihkan projek PGBF yang sakit diseluruh negara terumanya di Pahang (4000 unit)

Kenyataan ini dikeluarkan oleh Ahli Lembaga Pengarah Felda, Datuk Abu Bakar Harun dalam satu siaran Majalah Felda Aspirasi Glokal 30 Ogos 2015.


Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda Pahang, menyatakan di Pahang 4000 buah telah dilaksanakan oleh kontraktor terpilih, tetapi ada yang telah pun siap dibina sepenuhnya, ada yang masih di tahap 50 peratus pelaksanaan serta ada juga terbengkalai di peringkat awal lagi.

” Antara projek PGBF yang terbengkalai ialah di Felda Bukit Sagu Kuantan, Felda Sungai Retang, Felda Jengka 12, Felda Jengka 6, Felda Bukit Tajau, Felda Kg. Awah dan Felda Chini 3, Pekan.” katanya.

Berdasarkan beberapa kenyataan, maklumat serta pemerhatian yang kami lakukan, tidak ada laporan terperinci mengenai agihan peruntukan membaik pulih projek sakit ini. Beberapa tempat yang disebutkan di atas masih lagi tidak berubah terutamanya di Felda Bukit Tajau dan Felda Chini 3.

Jika peruntukan daripada RM1.4 bilion, telah digunakan hanya RM600juta, ini memberi perkiraan jumlah peruntukan ini berbaki RM800 juta dan ditambah dengan pinjaman tambahan membaik pulih projek sakit RM300 juta, keseluruhan nilai kewangan projek ini ialah RM1.7 bilion.


Jika betul RM600juta telah digunakan, ini bermakna RM1.1 bilion lagi masih berbaki. Persolannya kenapa perlukan dana baharu? Kemana baki peruntukan ini?

Kami melihat ada sesuatu yang disembunyikan dan sewajarnya warga Felda diberi penjelasan segera mengenai perkara ini.

Kami menyeru semua pihak terutamanya pertubuhan-pertubuhan berkaitan Felda seperti GENERASI, MBFM dan KAF peka dan terus memantau projek ini agar iannya tidak disalah urus oleh pihak berkepentingan.

Kami mendesak pihak berkuasa Polis, SPRM membuat siasatan terbuka jika benar ada unsur penyelewengan projek PGBF yang matlamat asal sangat murni untuk menyediakan 20,000 unit rumah kepada generasi kedua Felda.

Naraza Muda
Pengerusi Hal Ehwal Felda Pas Pusat
05 April 2017 / 08 Rejab 1438H

Sumber BO - 5-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






Keluarkan FGV daripada Bursa Saham Malaysia

PERTUBUHAN Generasi Warisan Kebangsaan (GENERASI) hari ini, menggesa Felda Global Ventures (FGV) dikeluarkan daripada Bursa Saham Malaysia dan mahu FELDA memberi sepenuh tumpuan kepada sektor perladangan. 
Presidennya, Ustaz Roslan Md Esa berkata kewujudan Felda Investment Corporation (FIC) juga harus dikaji semula kerana FELDA perlu fokus kepada fungsi utamanya sahaja dengan membangunkan sektor perladangan dan memberi khidmat sosial kepada para peneroka. 
PAS sejak awal membantah keras cadangan penyenaraian FGV di BSKL, malah sebelum pucuk pimpinan FELDA diterajui oleh pengaruh politik, FELDA dilihat begitu berjaya di persada dunia korporat sehingga agensi tanah ini mengharumkan nama negara. 
"Mengembalikan kegemilangan FELDA adalah impian semua khasnya warga peneroka dan generasi FELDA. Jika kita serius ingin menyelamatkan FELDA, suatu keputusan berani mesti dilakukan pada PRU akan datang maka tampuk pemerintahan kerajaan Umno-BN mesti ditamatkan dan PAS bersedia memimpin perubahan ini. 
"Terdapat 54 parlimen daripada 222 parlimen yang ada padanya FELDA, undi peneroka dan generasinya sangat penting untuk perubahan," katanya kepada Harakahdaily.
Sebelum ini GENERASI pernah mencadangkan rombakan secara besar-besaran terhadap pengurusan FELDA harus dilakukan dan Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Samad beberapa bulan yang lalu turut menyatakan hasrat yang sama demi mengembalikan kegemilangan FELDA. 
"Cadangan daripada Tan Sri Shahrir jelas mengesahkan bahawa FELDA sangat bermasalah dan nyata disalahgunakan oleh mereka yang berkepentingan. Maka sangat wajarlah mereka yang terlibat dengan penyelewengan dan salah guna kuasa diheret ke muka pengadilan," katanya yang juga Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Peneroka PAS Pusat. – HARAKAHDAILY 24/3/2017
Sumber HD - 24-3-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------








YB Menteri! Saya ada 5 Soalan – Generasi

PERTUBUHAN Generasi  Warisan Kebangsaan (Generasi) meminta Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad memberi penjelasan ke atas lima perkara yang dibangkitkan berkenaan permasalahan yang berlaku di dalam Felda. 
Presidenya Roslan Md Esa meminta Felda menjelaskan perancangan agensi itu untuk membangunkan penempatan Felda sebagai pusat Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang terancang. 
Ini kerana katanya pembangunan IKS akan memberi manfaat yang besar kepada generasi Felda dan masyarakat bumiputera amnya. 
"Felda mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi seperti Gugusan Felda Jengka, Gugusan Felda Palong, dan banyak lain gabungan beberapa buah Felda dalam satu zon boleh membantu membangunkan IKS di kawasan mereka," katanya. 
Berkaitan isu Akta GSA, Roslan mempersoalkan usaha kerajaan sama ada bercadang mahu mengkaji, memperhalusi, mengubah serta meminda endorsemen hakmilik sedemikian agar peneroka yang dapat hakmilik mempunyai kuasa penuh ke atas tanah milik mereka. 
"Bagi peneroka yang telah diberi geran, antara isu undang-undang yang menyebabkan peneroka kekal di bawah arahan Felda ialah terdapatnya endorsemen hakmilik 'Tanah ini tertakluk kepada Akta GSA'. 
"Sejauhmana penjelasan berkaitan Akta GSA1960, kaitannya dengan Pewarisan Tanah Felda dibuat kepada peneroka dan generasi anak peneroka memandangkan terlalu banyak isu salah laku waris selepas kematian peneroka," soalnya kepada Harakahdaily. 
Roslan juga meminta Pengerusi Felda menyelesaikan permasalahan isu pusaka peneroka Felda yang dilihat sangat membimbangkan sejak akhir-akhir ini.
"Apakah peranan dan tindakan yang diambil oleh pihak pengurusan Felda berkaitan dengan isu pentadbir yang tidak amanah dan membolot semua hasil Felda tanpa diagihkan kepada waris-waris lain yang berhak," katanya. – HARAKAHDAILY 8/3/2017
Sumber HD - 8-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ 











Perumahan Generasi Kedua; PAS Gesa Kerajaan, Felda Tunaikan Janji












KUALA TERENGGANU – Pengerusi Hal Ehwal Felda PAS Pusat Naraza Muda menggesa kerajaan dan pihak berkuasa terbabit menunaikan janji dan menyegerakan pembinaan rumah Generasi Kedua Felda.

Beliau berkata Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi & Kepenggunaan Negeri Terengganu, Nawi Mohamad menyatakan sebanyak 1,507 unit rumah generasi kedua telah di tender.















“Cuba anak Felda terengganu check tengok….Exco kerajaan negeri (Terengganu) kata akan dibina rumah Generasi Kedua Felda di tempat berikut bagi tahun 2016 -2017,

“di Felda Belara 50 unit, Felda Chalok Barat 50 unit, Felda Bukit Bading 30 unit, Felda Mengkawang 29 unit, Felda Jerangau Barat 50 unit,”tegasnya.

Beliau yang juga Pengerusi Pertubuhan Negerasi Warisan Kebangsaan (Generasi) negeri Terengganu berkata, beliau bimbang prijek tersebut hanya ‘janji kosong’ kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN)














“Oleh kerana sekarang dah bulan Mac 2017, jadi kita bimbang projek ini tidak menjelma, hanya agih borang dan pasang papan tanda sahaja,
“Baik MBFM dan KAF mari kita pastikan projek ini tidak dialihkan peruntukannya ke negeri lain,”jelasnya.
Oleh itu, beliau menyeru semua pihak memastikan, aduan dibuat kepada pihak Felda dan keranaan negeri, sekiranya tiada tanda-tanda pembinaan dilaksanakan.















Naraza juga menggesa peihak berkenaan agar menyegerakan agihan rumah yang telah disiapkan.
“Satu lagi, sila agihkan segera 100 unit yang telah siap di Felda Neram………Tak payah tunggu
PRU…. kerana projek ini dari 2012 lagi,

“kesian 900 calon yang dah dipanggil temuduga,”tambah beliau.

Sumber BO - 3-3-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------












Siapkan dulu 20,000 rumah Felda terbengkalai

KUALA LUMPUR: Presiden Pertubuhan Generasi Warisan Kebangsaan (Generasi) Roslan Md Esa menggesa Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad menyelesaikan 20,000 unit lagi Perumahan Generasi Baru Felda (PGBF) yang masih terbengkalai sekiranya beliau benar-benar mahu membantu Felda. 
Roslan berkata, kerajaan membelanjakan RM1.4 billion untuk 20,000 unit rumah bagaimanapun peruntukan tersebut telah habis tetapi rumah belum siap sepenuhnya sebaliknya hanya 9,000 unit lebih sahaja yang kelihatan. 
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Shahrir yang dilaporkan berkata, 
Felda merancang memperluaskan Program Perumahan Berperancangan Generasi Kedua ke seluruh negara dalam usaha mengatasi masalah perumahan dihadapi golongan itu pada masa ini. 
Menurut Shahrir menerusi program itu, Felda bekerjasama dengan kerajaan negeri menyediakan tapak rumah untuk peserta yang terpilih sebelum mereka yang terlibat membuat membuat pinjaman dengan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) untuk pembinaan rumah. 
Beliau tidak menolak bahang pilihan raya yang semakin hampir membuatkan pengerusi baru Felda begitu yakin untuk menyelesaikan masalah perumahan sedangkan kekangan kewangan agensi itu berada di tahap kritikal. 
"Di mana rumah PGBF yang dijanjikan? Atau mungkin kerana bahang pilihan raya semakin hampir, maka hendak menarik sokongan peneroka Felda dan generasi kedua Felda? Buktikan kepada kami, mana pelan bertindak untuk rumah PGBF yang terbengkalai ini? 
"Jangan semua dikatakan ok! Apabila cemas hendak menghadapi PRU? Jika ini benar, ini adalah bentuk politik yang hanya memangsakan rakyat sahaja khasnya warga Felda," soalnya kepada Harakahdaily. 
Justeru beliau percaya dengan mengheret bekas pengerusi Felda yang lalu ke muka pengadilan akan terbongkar segala masalah yang berlaku di dalam Felda. 
"Pendedahan dan salah laku, salah urus tadbir, keputusan yang tidak logik yang dilakukan oleh Isa Samad terhadap Felda dan peneroka perlu disiasat dan didakwa ke muka pengadilan," katanya. – HARAKAHDAILY 1/3/2017
Sumber HD - 1-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ 












Ke mana RM4.3b duit Felda, PM perlu jelaskan segera

NARAZA MUDA | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44245-ke-mana-rm4-3b-duit-felda-pm-perlu-jelaskan-segera

Pendedahan terkini yang mengundang pertanyaan Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad sendiri mengenai ke mana duit Felda sebanyak RM4.3 bilion adalah satu pengesahan dakwaan kami sebelum ini terhadap Felda di bawah pengurusan Pengerusi Felda sebelum ini.

Kami mendesak Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak membuat penjelasan dengan kadar segera bagi memberi gambaran sebenarnya apakah yang telah terjadi dengan sejumlah nilai yang sangat besar melibatkan duit Felda.

Sewajarnya rakyat Malaysia dan warga peneroka Felda diberi maklumat untuk mengelak skandal berterusan sehingga keyakinan warga Felda terhadap Felda dan kerajaan hilang dan bertindak di luar batas perundangan negara. Isu ini kehilangan demi kehilangan duit Felda mestilah dihentikan dan diambil tindakan segera terhadap siapa juga individu terbabait tanpa mengira kedudukan politik dan kerajaan.

SPRM juga perlu diberi ruang seluas-luasnya menyiasat kehilangan RM4.3 bilion ini dengan sebebas-bebasnya agar isu ini diselesaikan dengan kadar segera tanpa apa-apa gangguan daripada mana-mana pihak. SPRM juga perlu memberi pencerahan berkaitan kes ini dari semasa ke semasa kepada rakyat Malaysia.

Naraza Muda
Pengerusi Hal Ehwal Felda PAS Pusat
12 Februari 2017 - HARAKAHDAILY 12/2/2017

Sumber HD - 12-2-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
















Generasi Felda Perlu Jadi Pemimpin 

Masyarakat












DUNGUN – Ahli Parlimen Dungun memberi harapan golongan pewaris peneroka Felda bangkit dan menjadi pemimpin di semua peringkat agar warga Felda terutama golongan muda-mudi dipastikan terbela dan tidak tersisih dengan perbagai masalah.

Katanya, perlu ada diantara kita yang memimpin sesama kita, ambil tahu dan cakna masalah generasi agar kita dapat memastikan kita ada tempat untuk dirujuk.

“Walaupun saya tiada peruntukan dari kerajaan, sepanjang menjadi ahli parlimen saya mesti membantu pengundi yang telah menberi kepercayaan sehingga kita menang di Parlimen Dungun,

InsyaAllah jika kita meletakan keikhlasan dan niat kita kerana Allah, pertolongan datang dari perbagai sudut. Walaupun tidak semua kita tidak boleh selesaikan terutama isu kemudahan dan keperluan asas,

“berkat usaha dan bantuan orang ramai kita selesai mana yang termampu,”ujar beliau lagi semasa merasmikan Pertandingan Karom GENERASI Felda Jerangau hari ini .

YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli terus berpesan agar orang muda tidak lalai, jangan tinggal solat dan terus dekati golongan muda-mudi sebagai agen dakwah dan terus anjurkan perbagai program seperti ini.

Sehubungan itu, Pengerusi GENERASI Terengganu, ketika berucap mengharapkan program santai sebegini dibuat setiap bulan dengan perbagai program sebagai riadah warga generasi Felda.


Naraza Muda yang juga Timbalan Pengerusi PAS DUN Bukit Besi menyeru warga generasi menjadi benteng kepada anasir yang meruntuhkan institusi kemasyaratan, gelaja dadah yang berleluasa perlu mendapat perhatian dari semua.

Manakala Ketua GENERASI Felda Jerangau Sidek Mohamad, yang menjadi penganjur program memberitahu program diadakan sepanjang hari sehingga malam dengan jamuan anak muda.

Menurutnya lagi, program seperti ini akan diadakan berterusan seperti saranan Pengerusi GENERASI Terengganu.
Menurut seorang peserta, Mohd Shahrul Ridzuan, 27 (gambar bawah), program santai ni memang kesukaan golongan anak muda. Nanti penganjur kena perlu buat lagi dengan acara berbeza, lebih bagus jika pihak Felda memberi sokongan.


“Kita orang muda ni tak ambil kisah sangat pasal fahaman politik ni, kita nak beriadah je, siapa anjur pun kita join, politik-politik ning tunggu piliharaya la…” katanya ketika sedang meneruskan permainan.

Sebanyak 20 pasukan dapat didaftarkan dengan 6 meja karom berjalan serentak. Jangkaan pengajur, penglibatan lebih ramai anak muda sebelah petang nanti dengan acara cabutan bertuah dan akan disampaikan Pengerusi GENERASI Terengganu

Sumber BO - 10-2-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


















Felda perlu kaji perjanjian tanam semula kedua

NARAZA MUDA | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44210-felda-perlu-kaji-perjanjian-tanam-semula-kedua

Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad sewajarnya mengarahkan semakan semula perjanjian Tanam Semula Kedua sebagai langkah mewujudkan keharmonian peneroka Felda dan pihak pengurusan. Saranan ini sejajar dengan 'keterbukaan' beliau untuk menyelamatkan Felda dari permasalahan yang ditinggalkan oleh Tan Sri Isa Samad.

Program Tanam Semula kali kedua sekarang ini membabitkan beberapa Tanah Rancangan yang dibuka sebelum 80-an. Tidak semua daripada 317 Tanah Rancangan Felda terlibat buat masa ini, tetapi mereka semua bakal melalui proses ini. Sebahagian peneroka Felda yang terlibat dengan Program Tanam Semula Kedua terkejut dengan terma  perjanjian yang telah dan bakal mereka tandatangani sebelum proses menyerahkan urusan ini kepada pihak Felda. Pihak Felda pula menyerahkanya semua urusan tebang pokok tua, tanam pokok baru, penjagaan dan urusan pengurusan selanjutnya kepada Felda Technoplant.

Peneroka dan pewaris mereka tiada pilihan lain selain daripada bersetuju atau terpaksa menerima program ini walaupun mereka mengetahui banyak perkara menyulitkankan mereka. Hanya segelintir peneroka terpaksa melanggar ketetapan ini dan bertegas menguruskan sendiri proses tanam semula kedua sebagai jalan selamat untuk mengelak dari perjanjian yang mereka tidak persetujui. Terdapat beberapa klausa " menakutkan" dan "mengikat" peneroka Felda. Perkara ini tiada dalam perjanjian terdahulu semasa mereka menyertai tanam semula pertama 30 tahun lalu.

Perkara (13) (b) dengan jelas Felda akan mempunyai kuasa 'Eksklusif' ke atas kebun peneroka dalam tempoh perlaksanaan ini. Apakah dalam tempoh ini peneroka hilang hak ke atas semua urusan kebun mereka sehingga semua hutang lama dan baru dilunaskan.

Klausa lain yang mengejutkan peneroka Felda ialah, mereka TIDAK lagi diberi peluang untuk menguruskan sendiri kebun mereka selepas pokok mula mengeluarkan hasil selepas 36 bulan seperti perjanjian sebelum ini. Perjanjian kali ini mengikat peneroka Felda selama 15 tahun. Dalam tempoh selepas tahun ke-4, peneroka Felda dibayar wang saraan sahaja dikenali 'Pendahuluan Hasil' sekitar RM1,500 sebulan sehingga tahun ke-8.

Jika mereka peneroka berhajat melanggar perjanjian ini mereka perlu menjelaskan segala hutang peneroka kepada Felda merujuk kepada perkara (14) (g) yang berbunyi 'Membuat bayaran balik kepada Felda, termasuk dengan caj perkidmatan pada kadar yang ditetapkan oleh Felda seperti di jadual 2 (6.25 peratus), dalam tempoh tidak melebihi lima belas (15) tahun selepas mencapai tahap titik pulang modal untuk kos seperti yang berikut (kemudian daripada ini disebut "Hutang Peneroka").

Peneroka memahami perkara ini, mereka akan diikat dengan tempoh yang lama 8-15 tahun berdasarkan tahap titik pulang modal dan tempoh bayaran kembali. Persoalan yang timbul jika sekarang ini pun Technoplant gagal membuktikan secara terperincil kos yang menyebabkan mereka berhutang bagaimana pula akan datang iaitu hutang kos pembangunan tanam semula kedua.

Berdasarkan penerangan oleh pihak Felda, mereka berhak memasukan "Perintah Larangan" jika perlu. Ini menimbulkan keluh resah di kalangan peneroka. Apakah Akta GSA yang mengikat peneroka selama ini tidak cukup kuat?

Keseluruhan perjanjian ini adalah bersifat sangat berat  sebelah apabila merujuk perkara (19) yang mana Felda tidak dianggap memungkiri perjanjian ini jika terdapat kegagalan pelaksanaan yang sepenuhnya atau sebahagianya terhadap tugas dan kewajipan di bawah perjanjian ini yang disebabkan oleh bencana alam, kebakaran, tindakan kerajaan Pusat atau kerajaan negeri, perperangan, kekecohan awam, pemberontakan, embargo dan sebab-sebab lain di luar kawalan mana-mana pihak.

Kami melihat perkara (19) ini satu langkah selamat yang menguntungkan Felda dan akan menimbulkan masalah besar kepada peneroka Felda kemudian hari jika kegagalan pihak Felda menjayakan program tanaman semula in terutamanya melibatkan  Felda Technoplant.

Lebih mengejutkan Felda hanya  memaklumkan secara lisan, urusan proses tanam semula ini diserahkan kepada Syarikat Technoplant dan Felda tidak bersedia mendedahkan perjanjian antara Felda dengan Technoplant .

Pengerusi Felda sebelum ini, pernah mengakui kegagalan Technoplant melaksanakan urusan tanam semula di beberapa tanah rancangan di Melaka. (Rujuk kenyataan Tan Sri Isa Abdul Samad di Majalah Rasmi Felda Aspirasi Glokal keluaran 28 Mac 2015)

Peneroka mempertikaika mengenai kos keseluruhan Hutang Peneroka Felda yang menyertai skim tanam semula kedua ini sangat tidak munasabah dengan nilai RM169,600 sehingga tahun ke-8 untuk keluasan 10 ekar. Keseluruhan kos ini ditanggung peneroka Felda sedangkan mereka kebun luar atau pekebun kecil mendapat bantuan insentif dari MPOB sebanyak kurang lebih RM7,000 perhektar.

Justeru ini saya mohon pihak Felda membuka kembali pintu rundingan dengan peneroka Felda agar kata sepakat dan tidak merugikan mana-mana pihak.

Pas melalui Unit Hal Ehwal Peneroka Felda juga mencadangkan agar pihak Felda membenarkan mana-mana peneroka Felda yang mempunyai kemampuan dan teknologi sendiri untuk mengusahakan kebun mereka tanpa terikat dengan perjanjian ini atau menguruskan sendiri kebun-kebun mereka tanpa sekatan, malahan Felda perlu membantu mereka untuk bergelar usahawan peneroka berdikari.

Felda juga perlu menghentikan semua diskriminasi terhadap golongan peneroka dan waris mereka yang mengusahakan sendiri kebun mereka dengan diberi galakan dan diwujudkan satu mekanisma menang-menang antara peneroka dan Felda. Kami yakin jika Pengerusi Felda mengamalkan pendekatan pintu terbuka, Felda mampu dikembalikan pada landasan asal dan mencipta kembali zaman kegemilangan seperti sebelum era Tan Sri Isa Samad.

Naraza Muda
Pengerusi Hal Ehwal Felda PAS Pusat
9 Februari 2017 / 12 Jamadil Awal 1438 - HARAKAHDAILY 9/2/2017

Sumber HD - 9-2-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------















Terengganu perlu lupus pemilikan saham FGV

NARAZA MUDA | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44189-terengganu-perlu-lupus-pemilikan-saham-fgv

KERAJAAN TERENGGANU PERLU LUPUSKAN PEMILIKAN  SAHAM FGV, SELAMATKAN DUIT RAKYAT

Merujuk perkembangan terbaharu kedudukan semasa harga saham Felda Global Ventures (FGV) Kerajaan Terengganu perlu segera menjual semua kepentingan dalam FGV bagi mengurangkan risiko kerugian yang lebih besar. Sekarang berlaku unjuran kenaikan, namum ianya masih tidak melepasi paras harga RM2 sesaham berbanding harga IPO RM4.55 sewaktu FGV mula diniagakan pada 2012.

Kerajaan Terengganu memiliki 16,515,000 unit saham dengan pelaburan bernilai RM75,143,250 melalui dua anak syarikatnya, Yayasan Islam Terengganu dan PTB Ventures. Terengganu pernah mencatat kerugian RM55,325,250 sewaktu nilai saham FGV merudum sehingga ke paras RM1.20 sesaham.

Sebelum ini Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengejutkan pasaran saham Kuala Lumpur apabila menarik diri dan menjual semua kepentingan 5.06 peratus atau 184,746,000 saham di dalam FGV.

Terbaharu (6 Februari 2017) Koperasi Permodalan Felda (KPF) menjual lima juta saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) pada 27 Januari lalu. Penjualan itu menjadikan pegangan KPF dalam syarikat perladangan kelapa sawit itu menurun kepada 206,759,000 atau 5.667 peratus.

Pada tarikh yang sama, Lembaga Tabung Haji juga melupuskan 150,000 saham dalam FGV. Setakat ini, Tabung Haji masih memiliki 286,943,000 saham atau 7.865 peratus dalam syarikat perladangan milik Felda itu.

Saham FGV juga telah dikeluarkan dari indeks utama BSKL apabila nilai sahamnya terus menjunam beberapa tahun lalu dan pernah merekodkan paras harga terendah RM1.20 sesaham.

Berdasarkan perkembangan ini, Kerajaan Terengganu perlu mengambil tindakan segera agar kerugian semasa dapat dikecilkan. Adalah tidak patut kerajaan Terengganu terus membiarkan duit kerajaan dan rakyat Terengganu berisiko di dalam pelaburan saham FGV yang menurut penganalisis pasaran saham untuk melihat nilai semasa saham FGV melonjak melepasi harga IPO.

Jika tindakan menjual kesemua saham FGV ini, Kerajaan Terengganu mampu menyelamatkan RM31,378,000 jika dilupuskan pada kadar semasa tutup urusniaga 6 Februari iaitu RM1.90 sesaham. Pun begitu, kerajaan Terengganu sudah pastinya mengalami kerugian dalam pelaburan FGV sebanyak RM43,764,750 berbanding nilai pelaburan asal RM75 juta.

Naraza Muda
Pengerusi Hal Ehwal Felda PAS Pusat / Pengerusi Generasi Terengganu
07 Februari 2017 / 10 Jamadil Awal 1438 - HARAKAHDAILY 7/2/2017

Sumber HD - 7-2-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------















Rumah Belum Dibina; Generasi Felda Chalok Barat Kecewa











Oleh KAM

SETIU – Majoriti generasi peneroka di Felda Chalok Barat kecewa terhadap janji mahu membangunkan perumahan baharu oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Mereka yang kini sudah ‘berkembang’ sehingga empat generasi, sangat terdesak kerana terpaksa hidup menumpang atau mendirikan tempat berteduh di kawasan halaman rumah ibubapa mereka.












Papan tanda projek ‘Cadangan Membina dan Menyiapkan 187 Unit Rumah Teres Satu Tingkat Untuk Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) di Sebahagian Tanah Rancangan Felda Chalok Barat, Mukim Caluk, Daerah Setiu, Terengganu’, sudah usang berdiri sejak lebih dua tahun lalu.

Walaupun semua butiran pembangunannya ada diatas papan itu, namun tiada sebarang catatan bilakah projek tersebut bermula dan tarikh bakal projek itu disiapkan.


Pemimpin belia yang juga anak kelahiran Felda itu, Suharnizi Hamzah, 38, berkata, generasi Felda masakini amat perlu rumah kediaman sendiri.

Katanya, meskipun semua persiapan pembinaan rumah yang dijanjikan dibayt sejak tahun 2014 lagi, sehingga kini ia belum menjadi kenyataan.

Paling kecewa, menurutnya, jumlah rumah yang akan dbina pada awalnya adalah 300 unit, ia semakin mengecil menjadi 187 unit dan yang terbaru dimaklumkan, hanya 50 unit sahajaa yang akan didirikan.

“Kita (rakyat) difahamkan dahulu 300 unit rumah (akan dibina) untuk generasi Felda dan (tetapi) mengikut papan tanda (hanya) projek 187 unit dan dalam keadaan persediaan tapak ini, kini tinggal 50 unit pula yang akan dibina,
“Walau apa pun, sama ada 187 unit atau 50 unit memang menjadi keperluan mendesak (kepada) anak-anak peneroka untuk rumah generasi baharu.


“Ini memandangkan keadaan ramai anak-anak peneroka masih tinggal menumpang di rumah ibubapa yang menjadi generasi pertama Felda,” ujarnya kepada ketika ditemui di tapak perumahan itu, pada Rabu 25 Januari.

Beliau menegaskan rumah itu mesti dibina segera tidak boleh ditangguhkan lagi.
Rakannya, Asri Che Hassan, 47, juga sependapat dengan beliau.

Katanya, beliau kini masih tinggal menumpang bersama ibubapanya yang menjadi peneroka Felda sejak tahun 70-an.
“Saya amat perlu kepada rumah ini kerana masih tinggal dengan ibubapa yang menjadi peneroka generasi pertama. Saya pun tidak pasti sampai bila kami boleh hidup menumpang ini.

“Saya lima orang satu keluarga yang tinggal menumpang di rumah ibubapa, masih ramai yang menumpang dengan keluarga…….. tidak kurang dari 400 orang yang telah berkeluarga tapi masih menumpang dengan keluarga,” ujarnya dengan penuh harapan.


Menurutnya, generasi baharu Felda ini sangat perlu rumah kepada sendiri.
Sehubungan itu, seorang peneroka warga emas, Razali Jusoh, 72, mendesak pihak Felda dan kerajaan pusat segera melaksanakan projek perumahan tersebut.

“Saya selaku orang tua di sini rasa kecewa juga dengan perkembangan cadangan membina rumah generasi kedua Felda ini. Sebab, banyak sudah (dibelanjakan) apa yang kerajaan buat untuk penyediaan tapak rumah.

“Jutaan ringgit telah dibelanjakan untuk bina tapak rumah tetapi sampai sekarang masih tidak terlaksana projek itu,” ujarnya.
Katanya, ia menyusahkan rakyat yang menjadi warga Felda kerana terpaksa tinggal dengan ibubapa
yang mempunyai anak ramai.

Sumber BO - 27-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------















Generasi Peneroka Tuntut Janji ‘Town Ship’ Felda Chalok














SETIU – Janji untuk membangunkan perbandaran Felda (Town Ship) Chalok Kampung Rahmat sudah empat tahun berlalu, sejak diheboh-hebohkan sebelum pilihan raya umum kali ke-13 lalu.

Diantara perkara yang menjadi bahan kempen Barisan Nasional (BN) melalui Felda adalah, membina rumah bagi generasi baharu, yang termasuk dalam pembangunan Town Ship tersebut.

Generasi kedua Felda tersebut, Azmi Maarof, 56, kesal kerana tanah seluas 43 hektar itu kini, menjadi semak samun semula.

“Jadi maknanya sampai sekarang empat tahun lebih dah……. jadi dengar khabarnya rancangan untuk buat ‘Town Ship’ ni ditangguh atau dibatal tu……. tak taulah?

“Dan antara projek yang dibuat ni perumahan generasi (Felda), perkedaian dan pejabat an kawasan ini melibatkan 43 hektar,”ujarnya.

Beliau yang dtemui di kampung tersebut berkata, kawasan tersebut pada mulanya adalah tanah rezab milik Felda ang dutanam oleh syarikat Felda Technoplant Sdn Bhd dengan anak-anak kelapa sawit.

“Dia (projek ini) di sepanjang jalan (Kelantan) daripada tempat kita berada ni sehinggalah ke Kampung Chalok Kedai dekat stesyen minyak dan untuk rancangan ini juga Felda dalam perancangan awal nak ambil balik tanah peneroka lebih dalam empat lot rasanya,


“Enam ekar satu lot jadi enam kali empat sama dengan 24 ekar……….ada antara lot-lot tu yang telah ditanam terpaksa dibuang anak semula kerana projek ni semasa (hampir) pilihan raya (lalu),”jelas beliau.

Sepatutnya, kata Azmi, pembangunan dan pembinaan rumah generasi anak-anak peneroka lebih di situ diutamakan, kerana ia adalah tanah rancangan Felda yang paling awal di negeri Terengganu.

Namun, sebaliknya sudah ada empat generasi di kawasan Felda itu, tidak ada walaupun sebuah rumah yang dibina.
“Jadi apa yang kita harap sangat-sangat kita generasi kedua, ke tiga dan ke empat di Felda Chalok ini mengharap sungguhlah supaya tanah ini dibangun untuk perumahan generasi,

“sebab Felda Chalok ni antara Felda yang paling tua sekali dalam Negeri Terengganu…..yang mana peneroka asalnya mari sini pada (sejak) tahun1957 lagi,”kata beliau.

Mewakili golongan terbabit, beliau berharap projek tersebut tidak hanya menjadi ‘gula-gula’ politik, apabila hampir pilihan raya akan datag pula.

“Jadi kita pun tak maulah maknanya……. atas isu tanah generasi kedua ini di jadikan isu politik dekat pilihanraya baru mari………baru nak buat,

“kita harap supaya Felda mengambil tanggungjawab sosial untuk generasi- generasi Felda di kampung

kita ni di Felda Chalok ini,”tegas beliau

Sumber BO - 26-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------















Tindakan FGV sekat lori anak Melayu, pemilik kebun kecil

NARAZA MUDA | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44009-tindakan-fgv-sekat-lori-anak-melayu-pemilik-kebun-kecil

TINDAKAN TERBAHARU FGV SEKAT PEMILIK LORI ANAK MELAYU DAN PEMILIK KEBUN KECIL-KECILAN

Kami mohon FGV mengkaji semula peraturan mengehadkan kemasukan lori bagi urusniaga penghantaran buah tandan segar (BTS) pembekal luar.

Merujuk satu surat yang dihantar kepada pelesen, pembeli  sawit seluruh negara memaklumkan jawatankuasa telah menetapkan had kemasukkan lori bagi urusniaga BTS oleh syarikat atau pelesen luar perlu menggunakan lori melebihi 5 tan mulai Febuari 2017.

Pihak Felda Palm Industries Sdn Bhd tidak akan menerima penghataran BTS jika pembekal atau pelesen yang tidak mengikuti syarat seperti mana dikeluarkan.

Tindakan ini bukan sahaja menyusahkan pemilik kebun, bahkan pemilik lori anak-anak peneroka Felda yang memiliki lori 1 hingga  3 tan sahaja.

Ramai di antara pemilik lori anak peneroka Felda mengambil upah menghantar BTS pemilik kebun kecil-kecilan sebagai sumber pendapatan mereka. Kebanyakan kerja-kerja penghantaran BTS, pihak Felda telah melantik syarikat tertentu sahaja. Pemilik lori anak peneroka Felda terpaksa mencari sumber pendapatan dengan pekebun luar.

Peraturan terbaharu ini juga akan menguntungkan pemilik lesen pembeli buah sawit yang memiliki timbang sendiri, mereka biasanya membeli dari pekebun dengan harga yang lebih rendah.

Pelesen ini juga tidak akan menggunakan perkhidmatan lori-lori kecil untuk menghantar BTS ke Kilang FGV. Ini akan menutup periuk nasi pemilik dan pemandu lori.

Kenapa peraturan ini diperkenalkan? Sedangkan selama ini kilang FGV mengharapkan BTS dari luar sebagai mendatangkan keuntungan kepada operasi kilang selain dari memproses BTS kebun sawit peneroka Felda dan ladang FGV sendiri. Sekurang-kurangnya boleh menampung kerugian kos operasi bagi sesetengah kilang FGV.

Pemilik lesen belian sawit besar yang memiliki kilang sendiri atau akses dengan kilang swasta  akan mengambil peluang ini untuk menghantar BTS kepada kilang swasta.

Justeru itu, kami mendesak pihak FGV mengkaji semula peraturan yang dikeluarkan oleh Timbalan Ketua Kluster Sawit Huluan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif FPISB, Datuk Ir Jamlus Aziz melalui surat edaran bertarikh 13 Januari 2017.

Naraza Muda
Pengerusi Hal Ehwal Felda PAS Pusat
24 Januari 2017 / 25 Rabiul Akhir 1438

Sumber HD - 24-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------















Aset Felda: PAS gesa siasat, tubuh suruhanjaya bebas

NARAZA MUDA | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43942-aset-felda-pas-gesa-siasat-tubuh-suruhanjaya-bebas

JUAL ASET FELDA DI DALAM DAN LUAR NEGARA, SIASAT AHLI LEMBAGA PENGARAH FIC DAN BEKAS PENGERUSI FELDA TAN SRI ISA ABDUL SAMAD

Merujuk cadangan Pengerusi Felda akan melaksanakan langkah penjualan asetnya di dalam dan luar negara secara  agresif tahun ini, khususnya hotel dalam usaha menstabilkan aliran tunai, membiayai aktiviti lain serta memulihkan 'aset bermasalah' di bawah Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC), Hal Ehwal Felda PAS mencadangkan agar pihak kerajaan segera membuat penyiasatan terbuka oleh pihak berwajib dan menubuhkan suruhanjaya bebas dianggotai tokoh-tokoh yang diyakini rakyat untuk memantau cadangan penjualan aset ini serta menyiasat setelusnya urusniaga ini.

Kami tidak mahu mereka yang menguruskan FIC terlepas dari kesalahan di atas tindakan mereka sebelum ini membuat keputusan pelaburan dan pembelian aset yang menimbulkan masalah sepertimana disahkan oleh Tan Sri Shahrir Abdul Samad dengan menyifatkan kelemahan tadbir urus itu berpunca daripada 'aset bermasalah' yang kini dimiliki FIC.

Tan Sri Shahrir juga merujuk kepada laporan Ketua Audit Negara yang mengesahkan sejumlah wang yang besar terlibat dalam kesemua pelaburan bermasalah seperti mana dilaporkan oleh Astro Awani dengan merujuk kepada laporan Bernama pada 17 Januari 2017 lalu.

Walaupun Shahrir tidak menyatakan secara terpericil pelaburan di London yang bermasalah, kami yakin pendedahan yang kami buat sebelum ini seperti pembelian hartanah mewah oleh FIC melibatkan sebuah apartmen mewah Grand Plaza Serviced di Bayswater, London pada harga RM538 juta walaupun peringkat awalnya pihak Felda menafikan pembelian ini.

FIC juga membeli sebuah hotel 4 bintang di kawasan mewah Kensington juga di London bernilai RM330 juta. Park City Hotel dengan 62 bilik tetamu dan dua unit servis apartmen tiga bilik tidur yang telah dinamakan semula kepada Grand Plaza Hotel.

FIC juga telah membeli asrama pelajar dikenali Felda House Wembley yang terletak di tengah-tengah Wembley London dengan nilai hampir RM400 juta. Sebelum ini, kami membuat pendedahan ini beberapa kali untuk meminta penjelasan pihak Felda terutamanya Pengerusi Felda ketika itu, Tan Sri Isa Abdul Samad.

NARAZA MUDA
Pengerusi Hal Ehwal Felda PAS Pusat
18 Januari 2017 - HARAKAHDAILY 18/1/2017

Sumber HD - 118-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Keajaiban Tan Sri Shahrir Selamatkan Felda Dinanti


Oleh : Naraza Muda

Perlantikan Tan Sri Shahrir Abdul Samad mengantikan Isa Samad sebagai pengerusi Felda yang baru mengesahkan ada kepincangan yang sangat besar melanda Felda. Kebiasaannya lantikan dibuat sebelum memasuki tahun baru jika pengerusi yang lama tidak disambung perkhidmatanya yang tamat 31 Desember 2016. Bila perlantikan ini diumumkan melepasi minggu pertama awal tahun baru, sudah pasti ada sesuatu yang tidak kena.

Lagi pelik dan menghairankan apabila Tan Sri Isa Samad masih lagi dikekalkan menerajui FGV ketika desakan penyingkiran beliau sudah tidak dapat sembunyikan lagi. Tidak pernah peneroka Felda mendesak kerajaan singkirkan Pengerusi Felda sebelum ini. Sampai ada pegawai yang sanggup dipecat dan ada pula yang membuat ugutan terbuka akan meninggalkan UMNO jika pimpinan tertinggi Felda tidak berubah sebelum 1 Jan 2017. Kenapa Perdana Menteri tidak berani memberi tugasan menerajui FGV kepada Tan Sri Shahrir? Jika Shahrir mampu dilihat terbaik menerajui Felda kenapa masih mengekalkan Isa?


Perkara ini hampir sama bila Isa menyingkirkan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif sebelum ini, Datuk Emir Mawani Abdullah dan diganti dengan Datuk Zakaria Arshad , seorang anak peneroka Felda sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FGV. Isa dilihat masih tidak mahu melepaskan FGV. Perdana Menteri juga tidak berani singkirkan Isa. Datuk Emir Mawani pernah mencetuskan perbalahan terbuka dengan Isa, Presiden FGV waktu itu membuat kenyataan, FGV memutuskan cadangan pemilikan 37 peratus saham PT Eagle dibatalkan kerana mendapat bantahan dari pemegang saham FGV.

Selang beberapa hari, Isa menyanggah kenyataan Mawani, Isa mengatakan FGV tidak batalkan cadangan pemilikan saham PT EHP tetapi ditangguhkan sementara urusan ini walaupun ada maklumat mengatakan FGV telah membayar ratusan juta sebagai komitmen untuk urusan pemilikan PT Eagle Hight Plantations ( PT EHP) . Sebaliknya Isa memaksa Felda Investment Corporation (FIC ) meneruskan rundingan memiliki 37 peratus saham PT EHP anak syarikat Rajawali Group sebuah konglomerat perladangan terbesar Indonesia.

Seolah ada sesuatu kepentingan yang tidak akan dilepaskan Isa sehingga agenda peribadi beliau berjaya disempurnakan. Sebab itu bila tersebar maklumat dikalangan warga Felda Tan Sri Isa akan terus menerajui Felda untuk beberapa tahun lagi,tentangan terhadap Isa kian melebar dan desakan bertali arus dari perbagai pihak. Tindakan terbaharu dari kerajaan ini semakin menampakkan kecelaruan yang parah sedang dialami Felda.

Sudah tentunya Tan Sri Shahrir Abdul Samad akan memberi perhatian kepada barisan kepimpinan pengurusan Felda sebagai langkah pertama. Semua perniagaan teras akan diteliti serta kewangan semasa sebenar Felda akan diberi penekanan sebagai langkah awal beliau memulihkan keyakinan 2 juta warga Felda dan rakyat Malaysia .

Felda yang menjadi pemegang saham terbesar FGV, sudah tentu akan menghadapi kesan besar daripada turun naik saham FGV. Tan Sri Shahril juga akan menghadapi jalan sukar untuk memastikan FGV mampu memberi pulangan dan kebaikan kepada Felda selagi Tan Sri Isa masih menduduki kerusi Pengerusi FGV. Langkah Shahril akan terhalang, apa jua tindakan pengerusi Felda ini akan terencat merujuk perkembangan terkini. Apa yang Tan Shahrir boleh stukturkan hanya pada Felda, tetapi FGV tidak apa yang boleh dibuat, bahkan satu lagi pertembungan pengurusan akan terjadi.

Hampir semua anak syarikat dan Aset Felda Holdings sebelum ini sudah diserahkan kepada FGV terutama tanah ladang sawit Felda seluas 360 ribu hektar kini milik FGV. Aset ini merupakan ‘ angsa bertelur emas’ bagi Felda kerana mampu memberi pendapatan tunai RM1.2 hingga RM1.8 bilion setiap tahun. Felda banyak menyelesaikan masalah dan membuka pelaburan baru hasil dari kewangan yang kukuh serta urustadbir yang cemerlang sehinggalah Tan Sri Isa dilantik pengerusi Felda 2011.

Koperasi Pemodalan Felda (KPF) yang memiliki 51 peratus saham dalam Felda Holdings telah disingkir oleh Isa Samad dan digantikan Felda Hodings dengan FGV. Sejak dari ini banyak dana Felda dan FGV mulai digunakan untuk membuat pelaburan-besar ratusan juta bahkan berbilion ringgit dalam dan luar negara.


Di sinilah terletaknya cabaran Utama pengerusi Felda yang baru untuk memulihkan Felda dan yang paling utama keyakinan pengundi warga Felda di 317 tanah rancangan di 54 daripada 222 parlimen perlu dikekalkan untuk menghadapi Piliharaya ke 14. Pada PRU13 yang lalu 51 kawasan parlimen telah dimenangi Barisan Nasional dan menjadikan kawasan Felda sebagai aset simpanan tetap kerusi Barisan Nasional.

Dengan dilema hutang ratusan ribu ringgit direkodkan kepada akaun peneroka yang sudah bergelar warga emas, pengurusan tanam semula yang banyak masalah, penjagaan ladang oleh Felda Technoplant yang teruk gagal disembunyikan lagi oleh pengurusan Isa sebelum ini menambahkan lagi tugasan, cabaran pengerusi yang baru.

Tempoh parlimen yang ada sekarang hanya berbaki sekitar 2 tahun sahaja, Tan Sri Shahrir Abdul Samad memerlukan satu keajiban untuk kembalikan kecermelangan Felda setelah hampir semua aset sebelum ini sudah menjadi milik FGV. Apakah pemberian durian runtuh RM15,000 setiap seorang peneroka sebelum penyenaraian FGV ke Bursa Saham sebelum ini akan akan diulangi pengerusi Felda yang baru sebagai jalan mudah untuk meredakan kemarahan warga Felda?

***Naraza Muda ialah Pengerusi Hal Ehwal Felda PAS Pusat.
08hb Januari 2017 / 09 Rabiulakhir 1438

Sumber BO - 8-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------















KWSP keluar daripada FGV, petanda buruk buat peneroka

NARAZA MUDA | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43649-kwsp-keluar-daripada-fgv-petanda-buruk-buat-peneroka

PERKEMBANGAN terkini Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melupuskan semua pegangan saham FGV menambahkan lagi keluh resah rakyat Malaysia terhadap kedudukan saham FGV yang mula diniagakan sejak 2012 .

Merujuk kepada laporan beberapa portal berita web, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)  menegaskan bahawa pihaknya tidak lagi memegang apa-apa kepentingan saham dalam Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV).

Menurut kenyataan oleh Jabatan Hal Ehwal Korporat KWSP, dana persaraan itu memantau prestasi ekuiti FGV sejak beberapa tahun dan secara beransur-ansur menjual pegangan sahamnya.

Pihak KWSP terpaksa melupuskan pemilikan saham ini berdasarkan prinsip mereka mengamalkan tahap piawaian tadbir urus korporat yang tinggi menerusi dasar yang teguh pada kawalan risiko dan Peruntukan Aset Strategik.

KWSP terpaksa menjual semua ekuiti FGV yang mereka miliki secara beransur-ansur sehingga tidak memilikinya lagi sehingga hari ini.

Jika KWSP sudah hilang kepercayaan kepada FGV, bagaimana pula nasib peneroka Felda? Walaupun peneroka Felda memiliki hanya sekitar 2.5 peratus kedudukan dalam keseluruhan saham FGV ia sudah pasti akan memberi kerugian dan kebimbangan masa depan saham mereka.

Peneroka Felda hanya ditawarkan 800 unit saham dengan terpaksa membuat pinjaman daripada intitusi kewangan. Sehingga sekarang sudah empat tahun mereka masih membayar pinjaman ini setiap bulan secara potongan daripada hasil pendapatan jualan buah sawit atau getah mereka.

Mana janji Perdana Menteri untuk menjadikan peneroka Felda menjadi sebahagian golongan yang berpendapatan tinggi setanding dengan negara maju setelah penyenaraian FGV? Apakah sogotan durian runtuh RM15,000 setiap peneroka Felda sebelum penyenaraian FGV dulu satu helah mengunci peneroka Felda untuk membiarkan Felda dibuat sesuka hati oleh pemimpin negara?

Mereka juga bimbang mengenai kedudukan keseluruhan FGV, tanah seluas 360,000 hektar milik Felda sebelum ini juga telah diserahkan kepada FGV, peneroka Felda sebelum ini banyak mendapat faedah dari hasil tanah ini, antaranya peruntukan pembangunan sosial berjumlah RM60juta setahun.

Tanah ini juga mendatangkan hasil kepada kumpulan dari RM1.2 hingga RM1.8 bilion setiap tahun. Bila diserahkan kepada FGV, Felda dan peneroka sudah hilang suatu aset yang bernilai buat mereka.

Kesanya kepada kumpulan sangat ketara, juga kepada peneroka, sudah ada kumpulan mereka  terpaksa berdemo di hadapan pejabat pengurusan kerana menuntut bayaran hasil jualan sawit mereka. Sebelum ini mereka sudah lama dibayar secara tunai dan tidak tertangguh, kini pihak pengurusan terpaksa meminta penangguhan 2 minggu sehingga sebulan untuk melunaskan bayaran.

Urus tadbir pengurusan tanam semula banyak menghadapi masalah. Felda juga sebelum ini mengaku 60 peratus pokok sawit mereka sudah tua dan perlu urusan penanaman semula segera bagi mengekalkan pengeluaran hasil sawit dan getah.

Apakah jaminan kerajaan untuk menyelesaikan masalah Felda, FGV dan peneroka? Apakah dengan terus mengekalkan Tan Sri Isa Samad selama beberapa tahun lagi menerajui Felda, kerajaan yakin Isa Samad boleh menyelesaikan semua masalah yang sedang melanda?

Peneroka Felda yang kebanyakkanya sudah berumur hanya mampu melihat kerangkusan pemimpin mereka yang selama ini diberi kepercayaan menguruskan Felda agar beramanah dan mampu mengekalkan kecemerlangan Felda kini sudah  terhakis.

NARAZA MUDA
Pengerusi Hal Ehwal Felda PAS Pusat.
23 Disember 2016 / 23 Rabiulawal 1438 – HARAKAHDAILY 23/12/2016

Sumber HD - 23-12-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Felda Perlu Agih Segera Rumah Generasi Kedua Felda Neram


Oleh : Naraza Muda

Projek Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) di Felda Neram 1 yang sepatutnya diduduki seawal 2014 kini masih belum diagihkan. Projek yang dimulakan 2012 sepatutnya siap sepenuhnya akhir 2013 sehingga kini belum dapat diduduki.


Projek ini antara terawal di Terengganu menghadapi masalah kelewatan dan bertukar kontraktor beberapa kali sejak ianya dimulakan. Tinjau kami beberapa minggu lalu pada mata kasarnya projek ini sudah siap. Jika ianya sudah siap kami mendesak kerajaan negeri dan Felda mengagihkan segera kepada penduduk anak generasi kedua dan ketiga sekitar Neram untuk mereka.

Jika urusan pengagihan ini dapat dilakukan, hampir 105 keluarga generasi Felda Neram akan menikmati janji yang telah lama mereka menunggunya. Kami beberapa kali membawa isu ini agar diselesaikan kerana ianya satu keperluan mendesak warga anak peneroka Felda seluruh negara.

Sehingga kini Felda masih gagal menyiapkan PGBF ini mengikut jadual. Sepatutnya 10 ribu unit fasa pertama 2014 sudah diduduki dan 2017 kesemua 20,000 unit PGBF dengan peruntukan RM1.4 bilion seperti diumumkan oleh kerajaan pusat diselesaikan menjelang 2017. Fasa pertama menghadapi masalah yang menyebabkan projek ini terbengkalai terutamanya di Pahang.


Hal Ehwal Felda PAS Pusat akan terus memantau dan akan membuat desakan berterusan agar janji ini dapat ditunaikan segera. Kami berharap ianya tidak dijadikan polimik Politik menjelang piliharaya seperti kelaziman dilakukan oleh kerajaan Pusat.

Rumah adalah satu keperluan dan bukan umpan atau terus memberi harapan yang terpaksa dinanti penggal demi penggal. Warga Felda tidak sewajarnya dijadikan bahan kajian seperti ucapan seorang perwakilan ketika berucap di Persidangan Umno baru-baru ini. Felda juga tidak perlu mencipta alasan tidak munasabah seperti kenyataan Pengerusi Felda pada bulan Ogos 2016 dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam akhbar ( sinar ) projek PGBF ini terlewat kerana masih belum mendapat kelulusan pembiayaan Bank pembangunan untuk meneruskan PGBF sedangkan ianya sudah diluluskan RM1.4 bilion pada 2012.

***Naraza Muda ilah Pengerusi Hal Ehwal Felda Pas Pusat
04 Disember 2016 / 04 Rabi’ul-Awwal – 1438


Sumber BO - 4-12-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Felda Hilang Hampir RM5 Bilion, Peneroka Pula Hilang RM240 juta Sejak 2012?


Apabila pengurusan Felda gagal melunaskan bayaran hasil jualan BTS mengikut jadual atau kelazimannya, ramai peneroka termaksuklah Jawatan Kuasa Kemajuan, Keselamatan Rancangan ( JKKR) sanggup berdemo aman di hadapan pejabat pengurusan tanah rancangan. Mereka mengagih simpati agar duit jualan mereka disegerakan dan dibayar tunai setelah resit timbangan jualan BTS diserahkan.

Walaupun nilai jualan mereka tidaklah sebesar keuntungan yang diperolehi Tan Sri Isa Samad hasil jualan saham Felda Glober Vanture (FGV) beberapa tahun lalu, nilai hasil peneroka ini sangat besar untuk meneruskan kehidupan dizaman serba serbi mahal dan naik harga. Rakyat Malaysia dikenakan GST 6 peratus dari setiap item barangan yang mereka beli termasuklah makanan asas. Walaupun mereka terpengaruh dengan jaminan kerajaaan makanan asas tidak dikenakan GST dan berpuluh ribu barangan pengunaan mereka akan turun harga selepas pelaksanaa GST.

Malang berganda apabila peneroka Felda terpaksa membayar 6.25 peratus faedah setiap penggunaan pendahuluan kewangan atau pinjaman dari Felda. Kini! peneroka Felda kehilangan peruntukan pembangunan sosial sejak tahun 2012. Lazimnya sebelum penyenaraian FGV, Felda memperuntukan RM60juta setiap tahun untuk tujuan ini. Oleh kerana Felda sendiri hilang pendapatan RM1.2 bilion setahun hasil dari pendapatanan ladang yang tidak dimasukan peneroka seluas 360 hektar. Jumlah pendapatan tertinggi sewaktu harga komuniti sawit berada diparas tertinggi sekitar RM800 satu metrik tan, Felda memperolehi sehingga RM1.8 bilion setahun.


Sejak penyenaraian FGV 2012, Felda hanya dijanjikan bayaran saguhati atau pampasan tahunan RM500 juta setahun daripada RM1.2 bilion yang diperolehinya sebelum ini. Itu pun mengikut maklumat dalaman dan sumber yang boleh dipercayai, FGV hanya membayar RM500juta pada tahun pertama dan sehingga sekarang 2016, Felda tidak menerima lagi hasil serahan tanah 360 hektar ini. Jika maklumat ini tersasar, pihak Felda boleh perbetulkan atau memberi penjelasan sewajarnya.

Apabila Felda sendiri tidak menerima hasil ini, mana mungkin Felda boleh meneruskan peruntukan pembangunan sosial kepada peneroka seluruh negara seperti sebelum ini.Nilai peruntukan tahunan RM60juta sangat besar kepada pengurusan tanah rancangan untuk merangka plan pembangunan sosial di tanah rancangan selian mereka di 11 wilayah Felda seluruh negara.

Menurut pandangan penganalisis koperat, “mana mungkin pelabur dan pemegang saham FGV bersetuju untuk mengagihkan RM60 juta setahun kepada peneroka Felda”.

Inilah kesan besar hasil dari penyenaraian FGV terhadap peneroka Felda seluruh negara. Apabila Felda kehilangan ‘angsa bertelur emas’ peneroka Felda juga akan terkesan dengan kehilangan 360hektar tanah yang sebelum ini diuruskan oleh Felda Plantation sebelum penyenaraian FGV.

Peneroka Felda sewajarnya mendapat penjelasan sebenar berkaitan perkara yang menjadi persoalan besar ini.

Naraza Muda
Pengerusi Hal Ehwal Felda PAS Pusat.
29 November 2016 / 28 Safar 1438 H.

Sumber BO - 29-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sudah Dua Tahun Lalu Kami Dedahkan Isu Ikan Sturgeon Bernilai RM135 Juta


Dalam tempoh dua tahun ini kami dilabelkan penyangak dan penghasut kepada warga Felda. Kami juga dihalang memasuki kawasan projek ‘Felda Caviartive Blue Dream Park’ di Kuala Tahan, Pahang.

Hari ini laporan Ketua Audit Negara 2015 mendedahkan Felda mengalami kerugian lebih RM45 juta dalam usahasama penternakan ikan dengan salah sebuah anak syarikatnya.

Alasan kami membantah projek ini sangat mudah, Felda tiada kepakaran mengenai penternakan ikan sturgeon dan penggunaan dana dari Felda. Projek ini sudah tersasar dari perniagaan teras Felda .
Menurut laporan itu, Felda Caviartive Sdn Bhd (FCSB) membelanjakan RM47.61juta dalam projek ternakan ikan tetapi pulangannya termasuk dari penternakan sturgeon dan pemindahan teknologi tidak disedari susulan penggantungan projek tersebut.

FCSB menandatangani kontrak bernilai AS$45 juta (RM146.25 juta) dengan dua syarikat I2C Hassed Co Ltd dan I2C Hassed (M) Sdn Bhd yang melebihi had RM110 juta yang diluluskan lembaga pengarah Felda.

“Syarat perjanjian perkhidmatan pemindahan teknologi dan perjanjian kontrak reka bentuk binaan yang ditandatangani antara FCSB dan syarikat yang dilantik tidak melindungi kepentingan FCSB,” kata Ketua Audit Negara.


Apa pun bentuk laporan Ketua Audit Negara berkait kegagalan dan kerugian projek ini, kami mengucapkan terima kasih kerana mengesahkan dakwaan kami selama ini. Projek yang didakwa mampu menjana hasil RM360 juta setahun ini akhirnya menemui kegagalan dan pastinya kerugian berpuluh juta ini memberi kesan kepada kewangan Felda dan peneroka.

Felda pernah memanggil wartawan dan ketua-ketua peneroka untuk memberi keyakinan keuntungan dari projek ini. Felda juga berhasrat memperluaskan projek ini di 11 buah Wilayah Felda di seluruh negara dengan menyasarkan 30 tan metrik kaviar yang didakwa bernilai RM12,000 sekilogram.

Felda juga berjaya mengumpul kira-kira 100 penduduk mengadakan perhimpunan aman di Felda Sungai Rentang untuk mendesak projek ini diteruskan walaupun ada bantahan dari perbagai pihak. Hari ini terjawab apa yang kami bimbangkan selama ini.

Banyak lagi isu besar yang sedang kami ketengahkan agar Felda dapat kembali pulih dan berada di landasan yang betul serta mengekalkan kegemilangan mereka. Walaupun usaha kami ini difitnah sebagai apa jua gelaran yang menyakitkan halwa telinga.

Antaranya isu pembelian Apartmen mewah Grand Plaza Servis di Bayswater London pada harga yang tidak munasabah RM538 juta. Dakwaan ini pada mulanya dinafikan oleh pihak pengurusan Felda.
Pembelian sebuah Hotel 4 bintang di kawasan mewah Kensington juga di London pada harga RM330 juta dan lain-lain hotel menjadi tanda tanya. Felda sewajarnya menjawab dan memberi taklimat perangcangan pembelian hartanah kepada awam kerana melibatkan dana yang besar.
Alasan untuk menambah pendapatan kumpulan dengan pembelian aset dengan harga lebih tinggi dari pasaran sememangnya tidak boleh diterima.

Kami bimbang pelaburan gajah putih ini semata-mata untuk mencari keuntungan anak beranak orang besar yang memimpin Felda akan memusnahkan satu nama yang gah sebelum ini. Kerajaan juga perlu menubuhkan satu suruhjaya bebas untuk menyiasat semua pelaburan Felda yang berskala besar dalam dan luar negara.

Susulan laporan Ketua Audit Negara ini, kami mendesak kerajaan segera mengambil tindakan untuk membawa mana-mana pihak pengurusan yang menyebabkan kerugian kepada Felda termasuklah Pengerusi Felda itu sendiri perlu dipertanggungjawabkan.

Sekian.

Naraza Muda
Pengerusi Hal Ehwal Felda PAS Pusat
21 November 2016.

Sumber BO - 22-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------















PAS gesa jelaskan takrif penduduk asal Sabah

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43282-pas-gesa-jelaskan-takrif-penduduk-asal-sabah

KUALA LUMPUR: PAS menggesa kerajaan supaya takrifan penduduk asal Sabah diperjelaskan, kata Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar dan Hal Ehwal Orang Asal PAS Pusat, Razman Zakaria.

Katanya, lawatan pihak lajnah berkenaan ke Sabah terkejut dengan penjelasan daripada peguam Andul Gani Zeleka mengenai perkara itu.

Tambahnya, hak menentukan takrifan penduduk asal akan dilakukan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

"Beberapa etnik seperti Bugis, Buton, Jawa dan beberapa etnik lain, mereka ini dinafikan dari memiliki tanah peribumi," ujarnya kepada Harakahdaily.                      

Beliau memberitahu, pihak lajnah berkenaan dalam lawatan kerja tiga hari ke Sabah. - HARAKAHDAILY 21/11/2016

Sumber HD - 21-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Hutang Peneroka Dari RM100K Kepada RM250K


Oleh : Naraza Muda

Sebelum ini ramai orang menuduh saya mengada-adakan cerita peneroka Felda berhutang melebihi RM100,000 dan bakal mencecah RM250 hingga RM300 ribu bila memasuki proses perjanjian tanam semula kali kedua.

Setelah anak-anak mereka berusan dengan pejabat pengurusan barulah mereka tergaman. Mereka mulai tertekan dan ada yang menyalahkan saya kerana membiarkan hal ini berlarutan. Kenapa pula saya di salahkan? Saya hanya cuba menyampaikan apa yang berlaku dan kebimbangan di hari kemudian.

Bermula awal tahun 2016 lalu, saya serius menemui peneroka di berpuluh tanah rancangan felda daripada 317 seluruh negara. Tan Sri Isa Samad berjanji akan menyelesaikan penyata hutang terperinci pada akhir September ini di 11 wilayah Felda seluruh negara. Hasilnya ada peneroka mengadu hutang mereka sudah mencecah RM270,000.00 (tanam kedua)


Sejak beberapa minggu kebelakangan ini saya juga menerima pertanyaan dan rujukan bertubi-tubi selepas isu hutang peneroka agak menjadi isu hangat di kalangan warga Felda. Mereka merasa sangat hairan dan pelik. Saya kata tidak pelik. Yang peliknya kita. Tidak berani membantah, tidak berani membuat perubahan.

JawatanKuasa Kemajuan Keselamatan Rancangan (JKKR) bukan lagi menjadi pembela kepada warga peneroka Felda, sebaliknya hanya menjadi penghias seri bila ada mesyuarat. Jarang mereka membantah dan kemukakan perihal hutang ini.

Sebelum itu, kita kena tahu beberapa golongan peneroka terbentuk akibat dari haluan pengurusan yang berbeza-beza diantara 112 635 peneroka seluruh negara.

Antara mereka ialah:

1. Mereka yang menyerahkan semua urusan pengurusan kebun kepada Syarikat yang dilantik Felda iaitu Felda Technoplant.

2. Mereka yang menguruskan urusan kebun di bawah Felda.

3. Mereka yang menguruskan urusan mengeluarkan hasil secara sendiri tetapi masih berusan dengan Felda seperti, bekalan baja , jalan pertanian dan penuaian BTS.

4. Mereka yang menguruskan sendiri urusan seperti tanam semula pertama atau kedua, menguruskan sendiri penjualan BTS dengan kilang Felda atau sebaliknya.

Kadar angka hutang juga berbeza-beza antara tanah rancangan. Langkah terbaik buat masa ini ialah setiap peneroka atau waris mereka mesti mendapatkan penyata hutang terperinci seperti mana yang dijanjikan oleh pengerusi Felda.

Selepas itu barulah mendapat penjelasan dari pihak pengurusan. Jika tidak berpuas hati, nanti kita boleh duduk berbincang mencari jalan penyelesaian terbaik untuk mengatasi masalah ini.

Bayangkan operasi Technoplant sekitar tahun 2005 dan setelah sepuluh tahun mereka tiada rekod pecahan hutang dan rekod terperincil perolehan tan BTS sudah pasti saya merasakan keributan akan berlaku bila ketelusan dan kemunasabahan catatan hutang nanti bakal dipertikaikan.

Sumber BO - 3-10-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Janji Urus Tadbir Felda Dengan Baik Ketika Peneroka Sudah Berani Berdemo Di Hadapan Pejabat Pengurusan


Oleh : Naraza Muda

Ribuan Peneroka dan penerokawati hampa dengan Perdana Menteri selepas mendengar ucapan Perdana Menteri di Hari Peneroka Kebangsaan di Jengka pada 23hb September. Ramai yang mengadu mendakwa ucapan yang sangat menambah keserabutan terhadap apa yang telah terjadi terhadap mereka sejak penyenaraian FGV 2012 yang lalu.

Mereka yang keluh resah sejak awal tahun ini bila notis pembayaran hasil BTS mereka terpaksa dilewatkan pembayaran sehingga sebulan tidak seperti lazimnya. Mereka juga terpaksa mencari duit lain untuk menyambut Aidifitri yang lalu bila pihak pengurusan gagal membayar duit bulanan mereka di beberapa tanah rancangan Felda.

Inilah ucapan keramat Perdana Menteri dan mendapat tepukan gemuruh daripada peneroka yang masih tidak sedar dan mengikut apa saja tindakan Najib terhadap mereka. Mereka yang sedar pula hanya mampu diam dan mengalir air mata mengenangkan nasib bakal ditempuh mereka.

Naraza Muda…..Perumahan FeldaBukit Tajau yang tergendala dan terbiar……

“Semua itu saya dengar. Ada yang jumpa saya. Ada yang hantar surat dan memorandum. Semua itu saya akan kumpul dan rumuskan. Tak lama lagi akan diumumkan penambahbaikan dalam urus tadbir Felda agar lebih maju dan berjaya. Saya harap peneroka bersabar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Peneroka Felda 2016 di perkarangan Stadium Tun Abdul Razak Jengka di sini, semalam,

Najib berkata, pelaksanaan Makmal Memperkasakan Hala Tuju Kumpulan Felda melibatkan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), Seranta Felda Jabatan Perdana Menteri, Unit Kawal Selia Felda (UKSF) serta pelbagai tenaga pakar dalam bidang berkaitan diwujudkan untuk mengumpulkan, mengkaji dan merumuskan permasalahan tersebut.

“Pengumuman khas akan dibuat selepas ini setelah semua kajian dirumuskan oleh makmal itu nanti. Bersabarlah! Begitu juga perkembangan harga buah sawit, kerajaan sedang bekerjasama dengan kerajaan Indonesia dalam usaha meningkatkan harga sawit.

“Kita telah bincang agar harga kelapa sawit dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa dan memberi lebih pendapatan kepada peneroka,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Najib menyatakan keyakinan bahawa saham Felda Global Ventures (FGV) akan meningkat kembali.

“Saya yakin keuntungan FGV boleh pulih dan mudah-mudahan saham boleh meningkat. Semua perlu faham mengenai saham, pasti ada turun naik bergantung keadaan ekonomi dunia. Kita tiada kuasa untuk kawal,” katanya.

Petikan ini disiarkan oleh akbar Sinar pada 24hb September 2016 http://www.sinarharian.com.my/nasional/pm-janji-tambah-baik-urus-tadbir-felda-1.565651

……Perumahan Felda Chini…..sama nasib deperti Felda Bukir Tajau??

Tiada durian runtuh, tiada pengumuman penyelesaian hutang yang mencengkam mereka, tiada jalan penyelesaian rumah generasi kedua yang masih menjadi misteri penyelesaian untuk disiapkan seperti PGBF di Felda Neram 1, PGBF di Felda Kertih 5, PGBF di Felda Bukit Bading yang hanya tinggal papan tanda, Projek sentuhan kasih di Felda Tenang Besut dimana Exco kerajaan Terengganu mengaku projek ini hanya tinggal papan tanda sahaja dan banyak lagi di Terengganu.

Projek perumahan untuk Generasi kedua di Felda Bukit Tajau, Maran Pahang bernilai RM10.5 juta sebagai contoh. Saya turun meninjau sendiri dua hari sebelum saambutan Hari Peneroka 2016. Projek ini dibiar tenggelam dalam semak samun. Bila Perdana Menteri umum peruntukan RM1.4 bilion pada tahun 2012 untuk menyediakan 20ribu unit rumah seluruh negara, PGBF anak-anak Felda menyambut dengan air mata keriangan.

Pilihanraya Umun yang lalu Barisan Nasional menang selesa di 51 parlimen yang ada Tanah Rancangan Felda. Anak -anak muda sangat mengharapkan mereka memiliki kediaman yang sempurna selain boleh membantu ayah dan ibu mereka yang kian uzur kerana peneroka mula mendiami Bukit Tajau sejak 1969 lagi dengan tanaman getah ( kini ditukar kepada sawit ).
Sampai bilakah kami semua anak-anak generasi Felda akan terus dinafikan untuk memiliki kediaman sendiri? Kerugian terus menerus dicatat apabila banyak peralatan pembinaan menjadi rosak dan dicuri. Siapakah yang bertanggungjawab?

Perumahan Felda Chini……Bilakah bilakah akan siap?

Masalah yang sama banyak lagi berlaku di Pahang seperti satu laporan dari Akbar Felda Aspirasi Glokal keluaran 30 Ogos 2015 menyatakan di Pahang sahaja terdapat 7 projek PGBF yang dikotegerikan ‘sakit’. Selain Felda Bukit Tajau , Felda Bukit Sagu, Felda Kampung Awah, Felda Sungai Rentang, Felda Jengka 12, Felda Jengka 6 dan Felda Chini 3. Pihak Felda mengaku terpaksa membuat pinjaman RM300juta dari Bank Pembangunan untuk menyiapakan segera projek ini.

Sehingga hari ini ( 24hb September 2016) tiada nampak kelibat bayangan projek ini akan disiapkan.

Walaupun pengerusi Felda mengulangi janji pada Ogos lalu, Felda akan menyiapkan 8400 unit PGBF yang sedang dalam pembinaan pada 2017 akan siap sepenuhnya dan baki hampir 11,600 lagi pada 2018 setelah mendapat pembiayaan bank menjadi satu lagi tanda tanya anak-anak generasi Felda.

Kenapa perlu tunggu pembiayaan bank, sedangkan Perdana Menteri pada tahun 2012 telah mengumumkan peruntukan RM1.4 bilion untuk membina 20,000 unit rumah generasi kedua dalam tempuh 5 tahun. Jika dilihat dari keadaan semasa projek PGBF yang sedang mengalami masalah terbengkalai tidak memungkinkan janji ini ditepati dan akan menjadi bahan tawar menawar politik sempit kerajaan yang memerintah.

Sungguh malang nasib anak- anak peneroka Felda seluruh negara. Hanya sebilangan kecil sahaja di seluruh negara yang sudah mendiami PGBF daripada sasaran 20,000 unit ini. Jika dilihat dari luaran kemampuan kewangan Felda tidak munasabah perkara ini berlaku. Apa benar andaian orang ramai bahawa felda sekarang sudah kekeringan aliran tunai sejak di tranformasikan oleh perdana Menteri beberapa tahun lalu.

Mana janji Perdana Menteri, berucap bergegar-gegar dihadapan ribuan peneroka yang sudah berumur semasa melancarkan Tranformasi Felda, janji nak melahirkan golongan peneroka Felda setaraf pendapatannya dengan golongan berpendapatan tinggi di negara maju.

Pembinaan rumah Felda Chini……masih terbengkalai???

Janji saham FGV akan mengubah kehidupan warga Felda selepas penyenaraian FGV di BSKL, hanya setahun sahaja peneroka akan mendapat keuntungan yang akan membantu menambah pendapatan mereka hanya tinggal janji. Sekarang mereka terpaksa membayat RM50 setiap bulan kerana pinjaman memiliki 800 unit saham kini tidak mampu dijual untuk memperoleh keuntungan sepertimana di janjikan Perdana Menteri.

Sekarang peneroka resah memikirkan nasib mereka yang menyerahkan urusan ladang mereka kepada syarikat Technoplant. Apa cerita hanya 3 orang daripada 150 peneroka Felda Selasih Setiu, yang masih bersama Felda Technoplat. Jika tiada masalah masakan tinggal 3 orang?

Apa kisah di Felda Tun Ghafar, Kemendor Melaka? Apa cerita urus tadbir Felda Technoplant di Felda Chiku 3 Gua Musang yang sudah menyatakan hilang kepercayaan terhadap Felda. Apa penjelasan Felda mengenai urus tadbir yang teruk di Felda Soeharto, Felda Gedangsar dan Felda Sungai Tengi di Selangor. Dan banyak lagi ni seluruh negara.

Memang benar pengakuan Perdana Menteri ketika berucap di Stadium pada Majlis Sambutan Hari Peneroka Felda 2016 di perkarangan Stadium Tun Abdul Razak Jengka di sini, semalam, ada 300 aduan kes besar dan Kecil diadukan kepada beliau dan pihak pengurusan Felda yang beliau menanam janji akan menilai dan merumus sedikit masa lagi bagi memperbaiki kelemahan yang ada.

Sampaibilakah kita warga Felda perlu memberi peluang dan peluang kepada mereka yang mengurus harta Felda dengan cara ini? Apakah kita sanggup melihat apa yang dibina oleh Tun Abdul Razak sejak 1956 akan menjadi porak peranda seperti hari ini? Sanggupkah kita warga Felda melihat Tan Sri Isa Abdul Samad terus mengikis setiap sen duit Felda? Sabar…..kata Perdana Menteri.

Hanya kita sahaja warga Felda mampu memberi jawapan dan mampu menyelamatkan Felda dari kemusnahan ini. Simbolik sambutan tahun ini kerana peneroka berkumpul di Stadium yang menggunakan duit mereka sendiri.

***Naraza Muda ialah Pengerusi Hal Ehwal Felda PAS Pusat

Sumber BO - 26-9-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------















Peserta Felcra: Penantian yang tiada noktah

RAZMAN ZAKARIA | .





http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42613-peserta-felcra-penantian-yang-tiada-noktah

Pada 22 September 2016, saya sebagai AJK PAS Pusat merangkap Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar dan Hal Ehwal Orang Asal PAS Pusat juga Pesuruhjaya PAS Perak bersama Haji Saarin dan AJKnya telah melawat dan mengadakan perbincangan/dailog dengan lebih kurang 10 peserta Felcra getah di Kampung Belimbing Tolak 1, Kuala Nerang.

Felcra ini terdiri daripada 85 peserta bagi 85 lot tanah, luas tanah berjumlah 405.47 hektar yang dimulakan pada tahun 1974 yang sehingga kini telah 42 tahun.

Purata peserta telah berusia 60 tahun ke atas. Ada yang telah meninggal dunia dan diganti dengan generasi kedua. Untuk rekod, di Kuala Nerang terdapat 19 buah Felcra getah dengan keluasan ladang sebanyak 2,413.19 hektar atau 5,963 ekar dengan lebih kurang 500 peserta).

Peserta dailog diketuai jurucakap, Mohd Kasim. Isu utama yang dikemukakan ialah sehingga kini pihak Felcra dan kerajaan negeri gagal atau tidak memberi geran tanah hak milik individu kebun 10 ekar dan tapak tanah kediaman seluas 0.25 ekar. Ini tidak termasuk isu-isu lain seperti hutang kepada Felcra, mutu penanaman semula, pulangan hasil dan sebagainya.

Dimaklumkan, sudah 4 kali pihak pejabat tanah/Felcra telah ukur tanah setiap lot individu untuk diberi geran tanah. Malangnya hingga kini tiada dengar khabar berita. Bahkan Mohd Kasim dan beberapa rakan telah naik turun pejabat Felcra negeri dan ibu pejabat bertanya khabar hal geran tanah tetapi tiada keputusan hingga kini.

Peliknya, soalnya kenapa geran tidak diberi sedangkan segala hutang pembangunan dan tanam semula telah selesai. Kini sudah masuk tanam semula kali kedua pula dan sudah pun berhasil. Peserta merasa kesal dan kecewa dengan pihak berkuasa negeri kususnya Menteri Besar Kedah dan Felda sehingga kini gagal mengeluarkan geran tanah milik individu.

Pihak Lajnah Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar dan Hal Ehwal Orang Asal PAS Pusat telah menasihatkan wakil peserta tersebut supaya menubuhkan jawatan kuasa bertindak (dgn satu suara) untuk sekali lagi mengemukakan semula kpd kerajaan negeri dan Felda.

Jika boleh satu memorandum akan dipanjangkan kepada pihak menteri berkenaan dan Menteri Besar Kedah untuk perhatian dan pertimbangan lanjut.

Kami pihak Lajnah Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar dan Hal Ehwal Orang Asal PAS Pusat akan membantu. Rujukan Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960. - HARAKAHDAILY 26/9/2016

Sumber HD - 28-9-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------















Isa janji hutang peneroka selesai hujung Sept 2016

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42401-isa-janji-hutang-peneroka-selesai-hujung-sept-2016

ISA SAMAD JANJI SEMUA PENYATA HUTANG PENEROKA SELESAI PENGHUJUNG SEPTEMBER 2016
Kebuntuan penyata hutang terperinci yang menjadi salah satu masalah teras peneroka Felda yang menyerahkan pengurusan kebun mereka sejak 10 tahun lalu kepada Felda Technoplant akan diselesaikan sepenuhnya di 11 Wilayah Felda melibatkan 317 tanah rancangan.

Ini janji Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Samad di Dewan Semai Bakti, Felda Gunung Bongsu Kedah. Walaupun beliau memberi jaminan, kami sukar mempercayainya kerana sebelum ini janji yang sama biasa didengar dan bila sampai masanya perkara yang dijanjikan senyap dan berlarutan.

Beliau mendakwa sebahagian wilayah sudah pun mendapat penyata hutang terperinci ini, namun hasil siasatan kami di beberapa tanah rancangan Felda, peneroka masih tidak menerima laporan atau penyata hutang terperinci, mereka hanya menerima penyata seperti biasa yang hanya dinyatakan jumlah kedudukan hutang semasa sahaja. Apa pun kami warga Felda sedia menanti sehingga penghujung September ini seperti mana yang beliau janjikan.

Beliau juga memberitahu peneroka mempunyai dua akaun yang berlainan iaitu akaun sosial ekonomi dan akaun permohonan ladang yang lebih lengkap. Akaun sosial ekonomi melibatkan pinjaman rumah, perniagaan dan beberapa perkara lain, manakala akaun permohonan ladang melibatkan kos tanam semula, pinjaman sara hidup ketika ketiadaan hasil semasa proses tanam semula selama 4 tahun dari pokok ditebang.

Semua perkara yang Pengerusi Felda sebutkan itu, ianya dalam peNgetahuan peneroka Felda, yang menjadi persoalan dan tanda tanya peneroka Felda ialah, kenapa selepas beberapa tahun pengeluaran hasil ladang mereka, hutang terus bertambah? Seolah-olah tiada potongan dari hasil buah tandan baharu (BTB ) mereka. Hasil diambil dan diuruskan oleh Felda Technoplant seolah-olah tidak mampu menanggung pinjaman sara hidup yang diterima.

Kepada peneroka yang menguruskan sendiri ladang mereka, masalah ini tidak melingkari mereka. Begitu juga mereka yang menyerahkan kepada Felda sendiri. Kenapa timbunan hutang hanya kepada peneroka yang menggunakan khidmat swasta iaitu Syarikat Felda Technoplant Sdn Bhd?

Peneroka Felda, pewaris-pewaris mereka sedia menanti janji penyelesaian masalah penyata kewangan terperinci. Janganlah janji-janji sebelum ini oleh pihak pengurusan mengiringi janji yang dibuat sendiri Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Samad.

NARAZA MUDA
Pengerusi Hal Ehwal Felda PAS Pusat
5 September 2016 / 3 Zulhijjah 1437 - HARAKAHDAILY 5/9/2016

Sumber HD - 5-9-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Exco Terengganu Akui Masalah Projek Perumahan Generasi Kedua Felda

Sebelum ini banyak disembunyikan kegagalan projek perumahan generasi kedua Felda di Terengganu. Hari ini Exco Kemajuan Luar Bandar, Ushawan Koperasi & Penggunaan Negeri, Y.B. Nawi Mohamad mengakui isu yang dibangkitkan oleh NGO GENERASI Terengganu.


Isu ini sudah lama dibangkitkan oleh warga Felda sejak janji-janji perlaksanaanya dimaklumkan sebelum Pilihan Raya Umum ke 13. Beliau juga mengakui projek di kawasanya sendiri, di Felda Tenang memang tiada tanda kerja pembinaan, hanya papan tanda diletakan. Beliau juga mengaku projek ditempat lain juga mengalami nasib yang sama.

Saya selaku Pengerusi GENERASI Terengganu, yang hampir setiap bulan membangkitkan isu ini agak terkejut dengan pengakuan pertama kali dari pihak Kerajaan Terengganu. Apa pun saya mengucapkan terima kasih diatas pengakuan dari kerajaan ini.

Walaupun beliau tidak mengulas lanjut kenapa kegagalan projek ini dilaksanakan, kami yakin beliau akan memberi perhatian yang serius isu ini agar diselesaikan segera. Kami tidak mahu ianya menjadi umpan kali kedua dengan cara yang sama bila menjelang pilihan raya diarahkan kontraktor membersihkan semuala tapak dan pembahagian borang sekali lagi dibuat.


Beliau juga menyebut 300 unit pelaksanaan sebenar di tapak telah di bangunkan di Felda Kertih 5, tetapi beliau mungkin tidak sedar projek ini sepatutnya siap pada 26 Januari 2015 dan hanya ada 3 hingga 5 orang pekerja sahaja.

Sewajarnya kerajaan negeri Terengganu lebih prihatin dan bertanggunjawab terhadap projek ini. Walaupum ianya dilaksanakan sepenuhnya oleh peruntukan kerajaan pusat, kerajaan Terengganu perlu memantau bagi memastikan harapan warga Felda Terengganu tertunai dan mendapat rumah seperti mana yang di janjikan.

Naraza Muda
Pengerusi GENERASI Terengganu
30 Ogos 2016 / 26 Zulkaedah 1437

Felda Perlu Bina Dan Selesaikan Segera Perumahan Generasi Kedua

Sumber BO - 30-8-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Warga Felda Perlu Desak 54 Ahli Parlimen Mereka Menyokong Pindaan Rang Undang-Undang 355

Ini soal memartabatkan agama Islam. Justeru itu warga Felda yang berada di 54 Kawasan Parlimen seluruh negara, sebahagian besarnya adalah orang melayu dan beragama Islam perlu nyatakan sokongan agar Ahli Parlimen yang mereka undi semasa PRU13 lalu menyokong pindaan akta ini.

Kebersamaan dalam hal ini sangat perlu agar warga Felda terus untuh, kekal keharmonian dan mendapat redho Allah. Undi kita kepada mereka sewajarnya kita gunakan dengan menyatakan harapan kita. Tidak sedikit pun memberi keuntungan kepada mana-mana parti. Ini soal hukuman menurut syariat Allah.

Pindaan ini bukan pertama kali berlaku, Parlimen Malaysia pernah meminda akta ini pada tahun 1984 dan juga tahun 1989. Jadi kenapa untuk pindaan 2016 ini perlu ada berbelah bahagi, tidak bersetuju, bahkan menentangnya?

Kita kena sedar kedudukan Ahli Parlimen yang beragama Islam hanya tinggal 135 orang sahaja daripada 222 kerusi yang mewakili berbagai kompenen parti politik. Kita mesti mengambil ruang dan peluang ini agar kita bersama-sama mendokong untuk memartabatkan perundangan Islam.


Pindaan ini bukan pindaan Rang Undang-Undang Hudud sepertimana disalah taksirkan oleh segelintir orang, juga bukan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan atau Enakmen Qisas, Hudud dan Takzir Terengganu.

Pindaan itu bakal meletakkan Mahkamah Syariah lebih tinggi dan tidak seperti sekarang seperti terhina kerana mempunyai bidang kuasa yang sangat rendah berbanding mahkamah lain.

Cuba kita bandingkan kuasa hukuman jenayah dimiliki Mahkamah Majistret iaitu 5 tahun penjara, RM10,000 denda dan 12 rotan, sedangkan Ketua Hakim Syarie di Mahkmah Tinggi Syariah hanya mempunyai kuasa 3 tahun penjara, RM5,000 denda dan 6 sebatan.

Kita warga Felda yang beragama Islam perlu memastikan Ahli Yang Berhormat kita semua melaksanakan satu lagi usaha yang boleh memperkukuhkan Mahkamah Syariah kita.

Beruntunglah Pengundi Parlimen Termeloh, Parlimen Dungun dan Parlimen Kuala Nerus kerana Ahli-Ahli Parlimen ini sudah pasti akan menyokong dan mengundi bila bacaan Pindaan Rang Undang-Undang dibentang di Parlimen pada Oktober ini.

Justeru itu, kepada seluruh warga pengundi Felda di 51 kawasan Parlimen yang lain dapat memastikan wakil mereka dapat melaksanakan sokongan dari harapan kita umat Islam warga Felda. Sampaikanlah dengan apa jua cara kepada Ahli Yang Berhormat kita, berjumpa mereka, nyatakan hasrat dan kewajipan tugasan mereka agar usaha kita semua menjadi saksi di hari perkiraan amalan kita nanti.

Naraza Muda
Pengerusi Hal Ehwal Felda PAS Pusat.
29 Ogos 2016 / 25 Zulkaedah 1437

Sumber BO - 29-8-2016

------------------------------------------------------------------------------















Kerajaan bertanggungjawab isu pendapatan peneroka

HARAKAHDAILY | .

                                                                                                                                                                  














http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42171-kerajaan-bertanggungjawab-isu-pendapatan-peneroka                                                                                                                           
JASIN: Kerajaan menerusi Dewan Rakyat dan Dewan Negara berjaya membawa institusi perladangan terbesar negara ke bursa saham.

Secara literalnya telah memindahkan aset negara kepada swasta, FGV.

Justeru, PAS menuntut supaya kerajaan membuat kajian prestasi ke atas dua perkara iaitu prestasi keuntungan dan pendapatan sebelum dan selepas penyenaraian FGV.

"Perkara yang kedua ialah prestasi pendapatan peneroka," kata Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar dan Hal Ehwal Orang Asal PAS Pusat, Razman Zakaria.

Beliau membangkitkan persoalan itu semasa melawat Felda Tun Ghafar Kemendor untuk melihat sendiri prestasi pokok tanam semula yang diurus oleh FGV berbanding dengan tanam semula yang diurus secara persendirian.

Turut sama dalam lawatan tapak dan perbincangan tersebut adalah Pesuruhjaya Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek, Ketua Jabatan Felda PAS Pusat yang juga mantan CEO KPF, Datuk Sarchu Shawal dan Pengerusi Generasi Kebangsaan, Ustaz Roslan Md Isa.

Menurutnya, persoalan itu ditimbulkan berikutan harga saham FGV yang jatuh lebih daripada separuh berbanding dengan harga yang ditawarkan.

Beliau juga melahirkan rasa terkejut kerana bayaran hasil sawit diperolehi selepas sebulan daripada tarikh penghantaran buah ke kilang berbanding dahulu hanya dalam masa dua atau tiga hari sahaja.
"Kerajaan perlu mengambil tindakan yang serius kerana ia melibatkan pendapatan peneroka," ujarnya. - HARAKAHDAILY 16/8/2016                                                                                                                                                       Sumber HD - 16-8-2016 \
--------------------------------------------------------------------------------                                                                                                         

Beruangpun Dapat RM2.3 juta….Peneroka Felda Dapat Apa?

Simpati saya kepada seorang askar yang membuat satu laporan polis bagi meluahkan perasaan tidak puashati beliau berkenaan dengan atlit olimpik Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong yang mendapat ganjaran pencen sebanyak RM3000 seorang bagi pingat perak yang dimenangi mereka dalam acara terjun berpasangan beberapa hari lalu selain daripada wang sebanyak RM600 ribu berdasarkan insentif yang telah ditetapkan oleh kerajaan bagi pemenang pingat di Olimpik Rio.                                                          
Luahan beliau yang mengatakan bahawa terjunan mereka tidaklah sehebat terjunan para perajurit yang menggadaikan nyawa demi negara ini, ada benarnya. Tetapi jika dilihat pengorbanan kepada negara, tidak terhad kepada satu atau dua cara sahaja. Banyak cara lain yang boleh kita mengiktirafkan ianya sebagai pengorbanan kepada negara, tanpa kita merendah-rendahkan kesungguhan dan kerja keras mereka di dalam bidang mereka. Saya lihat di sini, ianya boleh diselesaikan dengan baik.                                                                                                                                                                                                    
Tetapi saya suka mengajak semua askar, mahupun sesiapapun sahaja yang pernah berkorban kepada negara, untuk melihat satu perkara yang sewajarnya kita lihat sebagai satu tindakan yang tidak sesuai terutamanya dilakukan oleh sebuah syarikat yang sedang mengalami kejatuhan saham yang teruk, tetapi masih menyalurkan wang kepada perkara lain yang bukan keutamaan mereka.                                                              
Felda Global Ventures (FGV) baru-baru ini telah mengumumkan akan menyalurkan sebanyak RM460 ribu setahun selama lima tahun iaitu jumlah keseluruhannya ialah RM2.3 juta bagi projek menyelamatkan beruang matahari kembali ke habitat asal bersama perhilitan dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).                                                                                                                                                                                  
Bukan isu sikap kemanusiaan terhadap alam dan juga makhluk lain yang kita bincangkan di sini. Tetapi isu kemanusiaan dan juga tanggungjawab yang utama yang mesti FGV selesaikan dahulu. Isu seperti kejatuhan teruk saham FGV, yang dahulunya diwar-warkan sebagai satu syarikat yang bakal mengubah nasib peneroka. Peneroka saban kali di hidangkan dengan cerita-cerita kekayaan, tetapi mereka tetap seperti dahulu, tidak seperti yang diimpikan mereka.                                                                                              
Bagaimana pula dengan isu rumah bagi generasi kedua peneroka Felda? Berapa banyak rumah yang tidak berjaya dibuat, berapa banyak yang tidak berjaya disiapkan? Sedangkan Felda adalah simpanan tetap Umno pada setiap kali PRU.                                                                                                                                                        
Benar juga dakwaan sesetengah pihak, beruang di hutan disusukan, peneroka di tanah rancangan, bagaimana nasib mereka….sedih.                                                                                                                                                          
Kita bersetuju jika sekiranya mahu menyelamatkan beruang-beruang itu, tetapi biarlah syarikat yang lain yang melakukannya. Bukan FGV yang sudah banyak masalah itu dan ini. Simpati saya kepada bekas askar tadi tidaklah lebih simpati saya kepada peneroka-peneroka Felda ini. Kerana bekas askar itu terasa terkilan kerana atlit olimpik mendapat pencen.                                                                                                                      
Maksudnya bekas askar manusia, atlit olimpik juga manusia. Tetapi peneroka Felda, mereka terpaksa bersaing dengan beruang matahari. Setakat ini, saya tak pasti, adakah peneroka yang menang, atau beruang.                                                                                                                                                                                  
Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Penerangan PAS Terengganu
12 Zulqaedah 1437 bersamaan 15 Ogos 2016
Felda Global Ventures – Siaran Akhbar: FGV Bantu Proses Pelepasan Beruang Matahari Ke Habitat Asal
http://www.feldaglobal.com/siaran-akhbar-fgv-bantu-proses-pelepasan-beruang-matahari-ke-habitat-asal/                                                                                                                                                                                                                                                                                                                              Sumber BO - 16-8-2016                                                                                                      
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------















Gaduh: Felda perlu perkasa ekonomi generasi kedua

HARAKAHDAILY | .


 http://m.harakahdaily.net/index.php/headline/42161-gaduh-felda-perlu-perkasa-ekonomi-generasi-kedua                                                                                                                                                                                                                                                                                                        KUALA LUMPUR: Felda perlu memberi fokus kepada usaha memperkasa ekonomi generasi kedua, kata Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar dan Hal Ehwal Orang Asal PAS Pusat, Razman Zakaria.

Ini, katanya memandangkan Felda sudah berada pada peringkat generasi kedua dan ada yang sudah menjangkau sehingga generasi ketiga.

"Maka sewajarnya Felda memikirkan untuk mengambil langkah memperkasakan ekonomi generasi kedua," ujarnya kepada Harakahdaily sebagai mengulas insiden 7 orang generasi kedua anak Felda ditahan polis kerana terlibat dalam pergaduhan di Felda Keratong 5, semalam.

Beliau yang menziarahi mereka dimaklumkan punca pergaduhan adalah kerana kebun sawit yang diusahakan di atas tanah Felda lebih 20 tahun dahulu dimusnahkan tanpa sebarang rundingan dan pampasan.

Ini, ujarnya dengan alasan tanah tersebut adalah untuk projek generasi kedua.

"Bila dirujuk dengan pihak Felda dan pejabat tanah tanah, belum ada apa-apa kelulusan pembangunan di atas tanah tersebut," ujarnya lagi.

Tambahnya, lebih mendukacitakan apabila tanaman yang dimusnahkan hanya melibatkan mereka yang mempunyai perbezaan politik.

Menurutnya lagi, perjumpaan dengan Ahli Parlimen Rompin, Datuk Hasan Arifin telah diadakan dan jawapan yang diberikan projek akan diteruskan.

Beliau berkata, menurut mangsa kebun tersebut adalah merupakan sumber ekonomi mereka dan pengambilan yang sedemikian menyebabkan sumber pendapatan mereka terputus dengan tiba-tiba.
"Insiden seperti ini boleh dielak sekiranya pengurusan Felda mengambil kira matlamat penubuhan Felda itu," katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Perak. - HARAKAHDAILY 15/8/2016                                                                                                                                                                                          Sumber  HD - 15-8-2016                                                                                                                                    
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------















Dakwaan TMJ terhadap Felda, menteri jawab dengan lakonan

HARAKAHDAILY | .


http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42004-dakwaan-tmj-terhadap-felda-menteri-jawab-dengan-lakonan                                                                                                                                                                                                                                                                                                          Apabila wawancara Tuanku Ismail yang membidas Felda kerana menyalahgunakan wang peneroka bagi kepentingan individu tertentu, dan mempersoalkan keperluan agensi kerajaan sepertinya menubuhkan pasukan bola sepak dan penyelewengan dana yang diperuntukkan untuk golongan miskin tersebar melalui laman Facebook pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT).

Lantas, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ismail Sabri Yaakob menjawab 'Felda tidak pernah lari dari landasan asal'. Beliau berkata Felda digalakkan mencari pendapatan bagi membolehkan ia berdikari dan menampung perbelanjaan mereka.

“Felda tidak pernah lari pun daripada landasan asalnya. Felda daripada asalnya, menyusun semula masyarakat, memberikan tanah kepada orang Melayu yang tidak ada tanah untuk tingkatkan pendapatan mereka dan sebagainya.

“Bukan bermakna Felda itu berniaga, ia lari daripada tujuan asal. Felda satu ketika dahulu, sewaktu ditubuhkan, mendapat bantuan, sokongan kewangan daripada kerajaan,” petikan ucapan Menteri ini disiarkan oleh media web feldavoice.http://www.feldavoice.com/2016/07/28/felda-tidak-pernah-lari-dari-landasan-asal-ismail-sabri-jawab-tuduhan-tmj/

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ini seolah-olah menafikan seribu macam permasalahan yang sudah melanda Felda sejak Tan Sri Isa Abdul Samad dilantik menjadi Pengerusi Felda oleh Perdana Menteri pada 2011.

Terbaharu, peneroka di seluruh negara dikejutkan dengan kegagalan pihak Felda membayar duit hasil jualan BTB  mereka dan lebih parah masalah ini sudah menular di beberapa negeri dan tanah rancangan Felda. Sehingga hari ini menteri terbabit tidak pula memberi penjelasan mengapa perkara ini berlaku.

Saya pernah membangkitan keluhan kontraktor-kontarktor Felda beberapa minggu lalu, mereka tidak menerima bayaran tuntutan kerja mereka sejak beberapa bulan lalu. Sehingga kini Tan Sri Isa Samad membisu. Banyak perkara pelik dan pemborosan yang melibatkan kewangan Felda dilaporkan sejak 2011 hingga kini.

Penyenaraian FGV di papan utama bursa saham pada 2012 sesungguhnya telah mengubah segalanya. Tranformasi yang dilaungkan oleh Perdana Menteri benar-benar sudah mengubah Felda dari sejak penubuhannya.

Dalam pembentangan Belanjawan 2012 pada 7 Oktober 2011 lalu, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Abdul Razak mengumumkan Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVHB), syarikat milik penuh Federal Land Development Authority (FELDA) akan disenaraikan di Bursa Saham Malaysia.

Penyenaraian ini dijangka mampu menjana dana sebesar RM6 bilion. Bagi menjayakan impian ini, FGV perlu menguasai kedudukan kukuh dalam Felda. Peneroka seluruh negara tidak sedar penyingkiran Koperasi Permodalan Felda (KPF) dari Felda Holdings adalah satu kesilapan besar. KPF yang menguasai ekuiti 51 peratus pegangan kepentingan di dalam FHB, manakala baki 49 peratus dikuasai badan-badan kerajaan. Ke mana hasil dari dana penyenaraian ini?

KPF yang menguasai 51 peratus ekuiti dalam Felda Holdings Berhad ( FHB ) telah ditendang keluar dari Felda apabila perwakilan bersetuju menyerahkan 112,199,999 kepada Felda Global Venture Holdings Berhad (FGVH) dengan kaedah mengangkat tangan tanpa melalui penerangan dan taklimat khas berkaitan. Sejarah hitam ini berlaku pada 27 Oktober 2013 jam 10 pagi di Dewan Banquet Menara Felda.

Penyingkiran KPF dari dari menguasai FHB dengan 51 peratus pegangan saham yang sebelum ini menjadi kebanggaan peneroka Felda telah membuka mata peneroka Felda seluruh negara. FGV telah mengambil alih semua kepentingan 112,199,999 unit saham bersamaan 51 peratus dengan nilai yang sangat tidak munasabah iaitu RM2.2bilion ataupun RM19.61 sesaham.

Peneroka Felda digambarkan saham ini akan membawa mereka menjadi golongan rakyat yang berpendapatan tinggi. Perdana Menteri sendiri mengungkapkannya dalam membawa Felda ke arah tranformasi dan mampu mengubah kehidupan warga peneroka Felda.

Saham FGV yang diniagakan dengan nilai IPO RM4.45 seunit menjunam dengan teruk sehingga kini. Dengan harga semasa tidak melepasi RM1.90 pada suku kedua tahun ini, menambahkan lagi kebimbangan  peneroka Felda terhadap nasib mereka, walaupun hanya memiliki hanya 2.2 peratus keseluruhan saham FVG yang di keluarkan. Peneroka Felda hanya diperuntukkan 800 unit saham sahaja.

Peneroka Felda berhutang dengan bank perdagangan RM3,560 tidak termasuk faedah dan mengalami kerugian semasa RM2,080 pada pada 27 Julai 2016, apabila urusniaga ditutup dengan nilai semasa RM1.85 seunit. Lebih malang lagi peneroka terpaksa membayar pinjaman kepada Felda RM50 setiap bulan untuk melunaskan pinjaman pembelian saham sebanyak 800 unit. Kerajaan telah mengumumkan Felda telah mengambil alih hutang peneroka dari bank setelah setahun pinjaman ini dibuat.

Bagaimana pula kerugian syarikat, badan berkanun, anak syarikat kerajaan negeri dan lain-lain yang memiliki saham FGV dan sudah pastinya mereka membuat pelaburan yang besar dan kini sedang menanggung kerugian akibat kejatuhan nilai semasa saham FGV ini yang terpaksa dikeluarkan dari senaraian utama di papan bursa.

Penjualan aset Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV)  di luar negara, FGV telah menjual keseluruhan kepentingannya dalam Twin Rivers Technologies Enterprises de Transformation de Granines Oleagineuses du Quebec Inc (TRT-ETGO) dengan nilai AS$180 juta atau RM608.2 juta, isu ini terus menjadi tanya rakyat Malaysia kerana pihak FGV tidak pernah menjelaskan kedudukan keuntungan yang didakwanya mencecah RM65 juta.

Tidak ada laporan lengkap keuntungan yang didakwa FGV, sebaliknya ada sumber yang sangat boleh dipercayai mendakwa FGV mengalami kerugian besar berkait penjualan ini sehingga mencecah RM800 juta.

Pada awal julai 2015 lalu, FGV seperti mana dilaporkan Bloomberg dijangka memperolehi lebih RM1 bilion selepas berjaya menjual kilang TRT-ETGO yang telah menarik minat pembida pada harga AS$180 juta (RM686 juta) hingga AS$250 juta (RM953 juta).

Hanya sebulan selepas laporan Bloomberg, FGV telah melaporkan penjualan TRT-ETGO ini dengan harga RM608.2 juta kepada Viterra Inc, pengendali dan pemasar bijirin dan minyak terkemuka Kanada.

Pada 11 Ogos lalu, bekas Presiden dan Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Mohd Emir Mavani mengesahkan bahawa perbincangan dengan lima syarikat antarabangsa berminat untuk membida TRT-ETGO masih berjalan. Hanya jarak waktu 14 hari, FGV telah mengumumkan penjualan ini.

Ketika peneroka Felda berhadapan dengan kejatuhan harga komuditi sawit dan getah, Felda telah mengumunkan projek penerokaan dalam segmen penginapan di luar negara melibatkan kos RM373.4 juta.

Bilik yang berharga hampir RM1 juta berhampiran Wembly Stadium London didakwa mampu membawa Felda mencapai matlamat menambah pendapatan kepada syarikat dalam langkah strategik Felda melalui Felda Investment Corporation (FIC).

Ini hanya sebahagian permasalah yang melanda Felda. Peliknya menteri ini tidak menyedari masalah hutang yang sedang melingkari peneroka Felda waktu ini. Berjayakah kita jika peneroka Felda meninggal dunia dengan hutang puluh ribu bahkan ada sebahagian mencecah ratus ribu? Hutang yang ditinggalkan ini bakal diwarisi generasi seterusnya. Apakah dasar Felda ada menyatakan peneroka akan mati dengan hutang ratusan ribu? Apa benar masih berada di landasan sebenar?

Hentikanlah lakonan ini, kami mengharapkan menteri dapat menyelami isu sebenar, bukan berkata ikut skip. Kami tidak nafikan penubuhan Felda oleh Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein pada 1960 membawa kejayaan memberi tanah kepada 112,635 peneroka dan ditempatkan di 317 buah rancangan.

Naraza Muda
Pengerusi Hal Ehwal Felda PAS Pusat
29 Julai 2016 / 24 Syawal 1437 - HARAKAHDAILY 29/7/2016                                                                                                                                                                                                                              Sumber HD - 29-7-2016                                                                                                                          -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------       

Gelora Felda 2: Generasi Kedua Persoal Pembinaan Rumah Untuk Mereka

DUNGUN – Generasi kedua mempersoalkan pihak berkuasa tentang Projek Generasi Baru FELDA (PGBF) khususnya pembinaan rumah untuk mereka.
Wakilnya Mohd. Osman Rani, 40, berkata seolah-olah ada ‘permainan’ kerajaan Negeri Terengganu dan pihak FELDA dalam perkembangan perjalanan rumah generasi baru itu.
“Saya merujuk tempat saya sendiri , Kerteh 5 yang mana, kita dapati projek ini bermula tahun 2014, tapi sekarang dah masuk 2016 , kita tengok sini agak perlahan dia punya ‘progress’,
“Dan kita rasa seolah-olah ada permainan di situ, jadi kita meminta kepada kerajaan Negeri Terengganu khasnya ataupun pihak FELDA sendiri turun (terangkan) macamana kaedah untuk kami tahu macamana perjalanan rumah generasi baru itu,”kata beliau.
Katanya, apa yang dapat kami petik daripada daripada satu berita di Negeri Pahang, kerajaan negeri sudah beri peruntukan RM 300 juta untuk membaikpulih rumah generasi kedua.
“Tetapi kenapa di Negeri Terengganu masih terlalu perlahan untuk perjalanan perkembangan perumahan ini.
“Itulah yang kita nak tau, nak kita harap kerajaan negeri ambil cakna apa yang diwar-warkan untuk cakna bagi generasi kedua FELDA,”tegasnya ketika berucap pada program ‘Sudut Pidato’ pada Selasa lalu.
Mengulas lanjut katanya, menurut ‘Dasar-dasar FELDA’ mereka layak untuk pendapat pembiayaan rumah.
Katanya, FELDA ada kaedah pembiayaan rumah samada pembiayaan secara tunai bagi golongan yang mampu, dan melalui pinjaman bank.
“dan kita sendiri tahulah maklum, generasi FELDA ni, tidak mampu beli secara tunai (sebaliknya) secara pinjaman bank, sesetengah generasi FELDA tidak layak kerana mereka tiada slip gaji (yang) menjadi masalah kepada kita,”katanya lagi.
Manakala, satu cara lagi, kata beliau adalah melalui pembelian secara sewabeli.
Tetapi apa yang beliau tahu, kaedah itu tidak dilaksanakan kepada generasi kedua FELDA sedangkan, ia adalah penyelesaian terbaik.
Oleh itu, beliau menggesa pihak berkaitan melakukan satu perubahan dalam masa terdekat, kerana mereka tekah menunggu sekian lama.
“Kita sedia maklum generasi kedua FELDA memang tiada rumah, memang buat rumahpun di belakang-belakang rumah mak ayah je.
“Jadi kita minta ada tindakan daripada FELDA dan saya boleh tunjukkan progres yang ada perumahan di Kerteh 5 ini, ada yang cuma, dapat maklumat tadi ada empat orang pekerja sahaja yang bekerja,”kata beliau kesal.
Sepatutnya untuk projek besar yang melibatkan 2, 3 fasa, sudah tentu melibatkan ramai pekerja bagi menyiapkannya dalam kadar segera.                                                                                                                                                                                                
Sumber BO - 21-7-2016                    

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                      















Kontraktor Felda mengadu tidak terima bayaran

HARAKAHDAILY | .
                                          http://m.harakahdaily.net/index.php/headline/41897-kontraktor-felda-mengadu-tidak-terima-bayaran                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        Ramadhan yang lepas, beberapa Tanah Rancangan Felda di Terengganu tidak menerima bayaran hasil tuaian mereka. Sejak minggu lalu saya didatangi beberapa wakil kontraktor yang mengadu mereka juga tidak menerima bayaran kerja seperti biasa sejak empat bulan lalu dan lebih menyedihkan apabila berhadapan dengan hari lebaran baru-baru ini.


Perkembangan terbaharu ini sangat mengejutkan dan tidak sepatutnya berlaku terhadap syarikat konglomerat negara. Ramai di antara mereka tidak berani tampil ke hadapan, untuk menyatakan permasalahan mereka, namun mereka terpaksa juga menemui kami dapat menyuarakan permasalahan ini.

Banyak perkara yang bermain di fikiran warga Felda jika masalah ini berlarutan dan bakal mengundang persepsi tidak baik terhadap pengurusan Felda di bawah pentadbiran Tan Sri Isa Abdul Samad sejak 2011. Kepincangan demi kepincangan terus berlaku saban bulan dan paling menyedihkan apabila melibatkan bayaran kepada peneroka dan kontraktor kecil yang sebahagian besarnya anak-anak peneroka yang mencari peluang usahawan bersama Felda.

Kerja-kerja pengurusan ladang peneroka diuruskan Felda dan Technoplant, manakala kerja-kerja penyelengaraan kilang sawit di bawah FGV. Sebahagian besar mereka yang mempunyai vendor Felda ini bergantung kerja dengan Felda, FGV dan Technoplant. Lebih malang ada di antara kontraktor ini adalah Koperasi Peneroka Felda sendiri.

Sebelum ini 13,589 peneroka dinafikan duit raya mereka, sedangkan peneroka ini masih sebahagian daripada 112, 635 peneroka Felda di Malaysia. Adakah pihak pengurusan diarahkan untuk mengamal langkah berjimat cermat? Jika berjimat pun duit kerja kontraktor dan duit bayaran hasil jualan BTB serta pendahuluan hasil tidak sepatutnya dilengahkan.

Kerajaan harus sedar, PRU13 peneroka Felda seluruh negara telah memberi kemenangan selesa kepada kerajaan. Daripada 54 parlimen yang mempunyai pengundi Felda, 51 daripadanya telah setia menyokong Barisan Nasional. Ini bermakna undi Felda menjadi simpanan tetap kepada Barisan Nasional di Semenanjung.

Jika asas politik diambil kira, perkara sebegini tidak seharusnya berlaku di kawasan Felda. Hampir seluruh negara ada kedengaran peneroka Felda tidak dibayar duit hasil jualan BTB mereka terutamanya di Pahang.

Walaupun harga saham FGV yang menjunam teruk daripada harga IPO sejak mula diniagakan 2012, peneroka Felda tidak ambil kisah tentang turun naik harga pasaran saham, bagi mereka cukuplah sekadar Felda mampu membayar duit bulanan mereka setelah sebahagian besar menyerahkan urusan pengurusan kebun mereka kepada Technoplant dengan perkiraan tertentu yang dipersetujui. Rata-rata peneroka yang menyerahkan pengurusan kebun ini dibayar sekitar RM1,500 setiap bulan.

PAS tidak melihat isu ini sebagai isu politik, ini isu pendapatan utama mereka. Kami mahukan kebajikan peneroka Felda dan hak pendapatan bulanan mereka tidak terbantut dan terabai. Begitu juga  dengan kontaraktor yang mempunyai kaitan dengan warga Felda, mereka bergantung harap dengan kerja-kerja ini walaupun harga kontrak mereka tidak menjanjikan keuntungan yang tinggi.

PAS mengharapkan pihak Felda dan Kerajaan memberi satu penjelasan yang munasabah menjawab isu bayaran hasil dan bayaran kerja kontraktor yang melingkari mereka sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Kerajaan juga perlu memastikan gejala kelewatan bayaran ini tidak merebak ke 317 buah tanah rancangan Felda seluruh negara, agar kesetiaan warga Felda bersama pihak pengurusan tidak tercalar.

NARAZA MUDA
Pengerusi Hal Ehwal Felda PAS Pusat
15 Syawal 1437 / 20 Julai 2016 - HARAKAHDAILY 20/7/2016                                                                                                                                                                                                                              Sumber HD - 20-7-2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------















Felda perlu jelaskan bayaran hasil tertangguh


Felda Perlu Jelaskan Segera Bayaran Hasil Tertangguh Sebelum Peneroka Sambut Syawal

Sejak beberapa minggu lalu banyak aduan daripada pihak peneroka Felda mendakwa pihak pengurusan tanah rancangan gagal membuat bayaran pendahuluan hasil terutama di tanah rancangan Felda di Terengganu.

Menurut maklumat, lima daripada 21 tanah rancangan belum menerima lagi pendahuluan hasil seperti lazimnya. Antara tanah rancangan yang dimaklumkan menghadapi masalah ini ialah Felda Tersat di Hulu Terengganu, Felda Seberang Tayur, Felda Kerteh 5, Felda Neram 1 di Kemaman dan Felda Kertih 1 di Dungun sudah terlewat hampir 4 minggu dari tarikh sepatutnya bayaran dibuat.

Peneroka Felda yang setia menghantar hasil mereka kepada kilang dan melalui pengurusan biasanya dibayar seminggu selepas slip timbangan Buah Tandan Segar diserahkan kepada pihak pengurusan.

Begitu juga dengan peneroka Felda yang menyerahkan pengurusan urus tadbir ladang mereka kepada Felda atau Felda Technoplant, mereka akan dibayar pendahuluan hasil pada setiap awal bulan.

Sebelum ini, masalah ini tidak berlaku di Terengganu, hanya berlaku di Pahang dan beberapa negeri lagi, kali ini masalah ini sudah berjangkit ke Terengganu.

Saya difahamkan masalah ini sudah dibawa kepada pihak Pengurusan Wilayah oleh wakil peneroka Felda, tetapi tiada jalan penyelesaian dan ini akan memberi kesan besar untuk peneroka terbabit menyambut hari lebaran.

Lebih membimbangkan lagi jika perkara ini berterusan, kepercayaan peneroka Felda terhadap pihak pengurusan akan terjejas dan juga dibimbangi mereka akan memilih jalan pintas dengan menjual sendiri hasil mereka kepada pihak lain. Jika ini berlaku akan memberi masalah lain kepada kedua-dua pihak.

Apakah dakwaan Felda sedang menghadapi aliran tunai betul-betul berlaku? Kebimbangan peneroka Felda ini mulai berasas dan sangat memberi kesan dengan kesetiaan mereka selama ini terhadap Felda.

Justeru itu Unit Hal Ehwal Felda PAS Pusat, mendesak pihak Felda menyelesaikan segera masalah pembayaran kepada peneroka Felda seluruh negara agar mereka mampu menyambut hari lebaran ini dengan sedikit keselesaan hasil daripada tuaian mereka.

NARAZA MUDA
Pengerusi Hal Ehwal Felda PAS Pusat
25 Ramadhan 1437 / 30 Jun 2016 - HARAKAHDAILY 30/6/2016

Sumber HD - 30-6-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------















13,589 peneroka Felda dinafikan duit raya

HARAKAHDAILY | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/headline/41669-13-589-peneroka-felda-dinafikan-duit-raya

Mereka semua terdiri dari 'usahawan' peneroka Felda yang berusaha menguruskan sendiri kebun mereka, sepatutnya mereka ini dianugerahkan peneroka berdikari dengan pelbagai bantuan galakan.

Namun berlaku sebaliknya. Adalah amat malang kerajaan Barisan Nasional menghukum peneroka Felda yang berdikari ini.

Perdana Menteri telah mengumumkan 99,046 peneroka dapat duit raya sebanyak RM500 seorang sebagai hadiah istimewa daripada kerajaan yang melibatkan RM49.52 juta.

Beliau membuat pengumuman ini ketika berucap merasmikan program Ihya Rahmat Ramadan Warga Felda peringkat kebangsaan 2016 di Dewan Semai Bakti Felda Chini Timur 3, Pekan, semalam.

Jumlah peneroka Felda berjumlah 112,635 orang, yang diumumkan hanya 99,046 dengan RM500 seorang. Jika penafian 13,589 peneroka Felda dari duit raya untuk tahun ini melibatkan RM6,794,500 satu tindakan yang tidak bertamadun dilakukan kerajaan terhadap sebahagian peneroka Felda ketika bersiap menyambut hari lebaran.

Sebelum ini kerajaan juga mengumunkan sumbangan kepada pemilik kebun getah dan juga yang mengambil upah menoreh sebanyak RM500. Kenapa peneroka yang berdikari ini tidak diberi? Mereka bukan penerokakah?

Kenapa kerajaan sanggup menafikan hak mereka? PATI pun dibenar balik ke negara asal mereka tanpa dikenakan tindakan untuk balik berhari raya bersama keluarga mereka walaupun masuk secara haram dan jelas melanggar peraturan negara.

Perkara sebegini tidak sewajarnya berlaku ketika rakyat menghadapi keperitan hidup akibat kenaikan harga barangan harian kesan dari GST dan harga komuditi sawit dan getah yang tidak menentu.

Hasil tuaian peneroka juga sangat teruk dan tidak capai pengeluaran yang sepatutnya. Sewaktu peneroka Felda dicengkam kesulitan ini sewajarnya pihak kerajaan memperbanyakan bantuan, bukan menindas mereka.

Pihak Hal Ehwal Felda PAS Pusat merayu dan mendesak agar kerajaan membuat bayaran semula kepada 13,589 peneroka Felda yang mengusahakan sendiri kebun mereka ini agar mereka dapat sama-sama menyambut hari lebaran tanpa air mata penindasan.

NARAZA MUDA
Pengerusi Hal Ehwal Felda PAS Pusat
23 Jun 2016 - HARAKAHDAILY 23/6/2016

Sumber HD - 23-6-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------















Kerabat yakin PAS perjuang nasib bekas perajurit

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Badan bukan kerajaan (NGO) Kebajikan Rangkaian Bekas Angkatan Tentera (Kerabat) meyakini PAS dalam perjuangan untuk membela nasib bekas perajurit.

Sehubungan itu, perbincangan bersama Lajnah Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar dan Hal Ehwal Orang Asal PAS Pusat di Pejabat Agung PAS di sini, petang ini adalah untuk memperkemas dan memberi kesedaran kepada veteran anggota tentera di peringkat akar umbi.

Menurut pengerusi lajnah berkenaan, Razman Zakaria mereka telah dijanjikan tapak rumah dan skim perubahan bekas veteran tentera sebelum PRU13 lalu oleh kerajaan tetapi tidak ditunaikan hingga kini.

Hadir sama ialah Presiden Kerabat, Lt Kol (B) Nazari Mokhtar,  timbalannya, Kapt (B) Datuk Azizul Abdul Rahman dan Pengerusi Kerabat Wilayah Persekutuan, Aziz Majeed. - HARAKAHDAILY 27/4/2016

Sumber HD - 27-4-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------















Generasi sambut baik Selangor bina rumah PGBF

HARAKAHDAILY | .


KENYATAAN Datuk Iskandar Abdul Samad selaku Exco Kerajaan Selangor bahawa kerajaan negeri komited membina Rumah Generasi Kedua Felda (PGBF) disambut baik.

Niat murni kerajaan negeri ini membuka satu wadah baharu dan harapan kepada anak anak Felda di Sg Tengi bagi memiliki rumah tatkala projek PGBF di bawah kerajaan Pusat khasnya Felda tidak kunjung selesai.

Sikap terbuka dan komitmen kerajaan Selangor ini memberi gambaran bahawa jika ada komitmen yang tinggi, maka isu isu hak perumahan rakyat boleh sahaja diselesaikan dengan baik.

Malah bagi NGO Generasi kami melihat apa yang dilakukan kerajaan Selangor ini sangat membanggakan malah mengatasi apa yang dilakukan kerajaan pusat yang terlalu banyak bermain dengan janji tetapi tidak ditepati.

Dalam satu kenyataan Iskandar pada 12 April menyatakan Kerajaan Negeri Selangor komited membina rumah untuk generasi kedua Felda kerana akan membina 136 buah rumah berkembar (semi detached) di Sg Tengi Selatan, Hulu Selangor untuk mereka.

Tender untuk projek ini telah dibuka dan akan ditutup pada 18 April 2016.

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) adalah pengurus projek bagi pihak kerajaan Negeri.

Kos projek ini adalah dianggarkan RM20 juta. Kos infrastruktur akan ditanggung oleh kerajaan negeriagar rumah-rumah ini mampu dibeli oleh generasi kedua itu. Jangkaan harga jualan adalah sekitar RM100,000 sebuah.

Bagi NGO Generasi komitmen Kerajaan Selangor itu dibuktikan dengan  kesungguhan di mana Iskandar telah mengadakan lawatan tapak pada 23 Mac yang lalu bersama-sama PKNS dan penduduk Kg Sg Tengi Selatan.

Turut bersama adalah Pengerusi NGO Generasi Selangor, Hasnizan Harun dan Muhammad Idris, Penyelaras Kawasan Dewan Negeri Hulu Bernam.

Kami juga mengharapkan kerajaan Pusat dan kerajaan negeri lain mengikut jejak langkah Kerajaan Selangor ini.

USTAZ ROSLAN MD ESA
Presiden NGO Generasi
12 April 2016 - HARAKAHDAILY 12/4/2016

Sumber HD - 12-4-2016



































































Langkah FGV batal urus niaga RM976 juta adalah tepat

HARAKAHDAILY | .


Keputusan terbaru ini dilihat satu langkah yang betul apabila pihak pengurusan yang baharu membatalkan rancangan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) untuk membeli pegangan 55 peratus dalam Zhong Ling Nutri - Oil Holdings Ltd bernilai RM976.25 juta.

Kami menyambut baik keputusan untuk menamatkan perjanjian pembelian saham ini. Sebelum ini bekas CEO KPF, Datuk Sarchu Sawal telah memberi pandangan mengenai urus niaga ini dan risiko kerugian bakal dihadapi FGV jika hasrat ini diteruskan buat masa ini berdasarkan iklim ekonomi semasa. Beliau juga Pengarah Jabatan Hal Ehwal Felda PAS.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan yang baharu dilantik awal bulan ini, Datuk Zakaria Arshad memaklumkan pembatalan ini kepada media pada 8 April lalu dan dilaporkan oleh Bernama.

Kami bersetuju jika urus niaga ini dibuat dengan bersandarkan laporan pakar dan melalui proses ketelusan yang tinggi bagi memberi jaminan kepentingan pelabur dan peneroka Felda secara tidak langsung.

Pada 26 Feb, FGV melalui anak syarikatnya, Felda Global Ventures Downstream Sdn Bhd, mencadangkan untuk membeli 81.57 juta saham biasa dalam Zhong Ling dan vendor lain bernilai RM976.25 juta. Cadangan pembelian itu dijangka selesai menjelang suku pertama tahun ini.

Kami juga mahu FGV menumpukan pelaburan teras dan mengurangkan pelaburan di luar negara. Tumpuan harus diberikan kepada dalam negara sendiri agar manfaat langsung dapat dirasai oleh rakyat sendiri.

FGV juga perlu memberi penjelasan dakwaan kerugian operasi di sektor perladangan yang mencatatkan kerugian dalam tahun 2015. Laporan keuntungan RM117 juta itu adalah sumbangan daripada MSM (gula) dan perniagaan bukan teras lain.

Langkah berwaspada dan berhati-hati perlu diamalkan oleh FGV yang telah mencatatkan kejatuhan harga saham FGV di BSKL tidak terus menimbulkan persepsi negatif di kalangan rakyat.
Unjuran harga semasa saham FGV yang tidak melepasi separuh harga IPO RM4.55 bagi saham korporat cukup memberi kesan negatif kepada negara dan pelabur. Dengan harga semasa minggu ini sekitar RM1.50 sesaham apakah boleh kita katakan kedudukan ini baik?

NARAZA MUDA
Pengerusi Hal Ehwal Felda PAS
12 April 2016 - HARAKAHDAILY 12/4/2016

Sumber HD - 12-4-2016



































































Peserta Felcra Pulau Ceri Lenggong terus tertekan

HARAKAHDAILY | .


Peserta Felcra melahirkan rasa kecewa dengan pengurusan Felcra Bhd dan wakil rakyat kerajaan Umno BN.

Tanah mereka telah diserahkan kepada pengurusan felcra bermula tahun 1987 ditanam pada tahun 1989 dan mula mengeluarkan hasil pada tahun 1993.

Mengikut perjanjian tanpa mereka sedari implikasinya penyerahan tanah tersebut adalah selama 15 tahun. Ini bermakna tahun 2003 perjanjian telah tamat.

Pada awal tahun 2016 pihak Felcra  menpengaruhi tuan tanah supaya menyerah semula tanah mereka kepada Felcra untuk ditanam semula. Terdapat sebahagian daripada peserta tidak bersetuju kerana mahu mengusaha sendiri.

Mereka amat terkejut dan kesal setelah melebih 20 tahun di bawah pengurusan Felcra mereka didakwa masih berhutang lebih kurang RM2,000 untuk setiap seekar dan mereka tidak dibenarkan memasuki tanah milik mereka.

Kalau ini keadaannya menunjukan bahawa industri sawit ini tidak menguntungkam.

Amat mengecewakan dalam tempoh yang begitu panjang purata pendapatan yang mereka perolehi tidak melebihi RM50 seekar.

Menurut kebiasaan purata pendapatan hasil sawit bagi yang diusahakan secara bersendirian atau ladang yang lain adalah sekitar RM500 hingga RM800 seekar. Kerajaan sewajarnya melihat perkara ini.

Kepada peserta Felcra di seluruh negara bangkit menuntut hak dan keadilan kepada mereka.

RAZMAN ZAKARIA
Pengerusi Badan Bertindak Peserta Felcra Kebangsaan (Bapa)
27 Jamadil Akhir 1437 / 5 April 2016 - HARAKAHDAILY 5/4/2016

Sumber HD - 5-4-2016



































































Generasi tuntut ganti segera Pengerusi Felda

SALMIYAH HARUN | FOTO NASIR SUDIN | .


KUALA LUMPUR: Pertubuhan Generasi Warisan Kebangsaan (Generasi) hari ini menuntut pihak kerajaan bertindak segera menggantikan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad sebelum keadaan menjadi lebih parah.

Presiden Generasi Roslan Md Isa menegaskan perkara itu dalam satu memorandum kepada Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim yang disampaikan melalui Ahli Parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad di pekarangan bangunan Parlimen hari ini.

Menurut beliau Felda mula menjadi tidak stabil selepas Isa samad dilantik menjadi pengerusi pada Januari 2011 dan Felda Global Venture (FGV) disenaraikan di papan utama Bursa Saham Kuala Lumpur setahun kemudian.

"Sejak itu, banyak isu yang melanda Felda isu pembelian hotel dan apartmen, isu KPF, isu Perumahan Generasi kedua Felda PGBF, isu kejatuhan komoditi sawit dan getah, isu tanam semula kedua peneroka Felda dalam pembelian saham perladangan menyebabkan Felda rugi," katanya.

Beliau berkata, beberapa tahun lalu, banyak pembelian tanah perladangan dan perhotelan di dalam dan luar negara telah dibuat.

Katanya, RM1.2 bilion digunakan untuk mengambil alih saham Pontian United Palntation Berhad, RM500 juta untuk pembelian Grand Plaza Service Apartment, RM110 juta dan pelbagai transaksi pengambilalihan saham syarikat tertentu," jelas beliau.

Jelasnya, terkini peneroka Felda sedang berdepan dengan penjajahan baharu iaitu projek tanam semula kedua yang akan merekodkan hutang pada tahun ke-8 selepas perjanjian baharu ini ialah RM169,600 bagi setiap peneroka Felda.

"Jika kita ambil purata hutang lama RM30,000 hingga RM140,000 (nilai yang tidak sama di antara peneroka)  yang masih berbaki dan dicampur dengan hutang ini, maka pastinya peneroka bakal berhutang sekurangnya RM200,000 atau lebih diketika berusia 80 tahun," ujarnya.

Berhubung perumahan generasi Felda, katanya bermula dengan projek sentuhan kasih, Perumahan Warga Felda (PWF) dan kini Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) masih sangat perlahan untuk memenuhi keperluan anak peneroka Felda.

Tambahnya, peruntukan RM1.4 bilion yang diumumkan beberapa tahun lalu dibimbangi tidak diurus dengan baik untuk mencapai tujuan asal pembinaan 20,000 unit PGBF ini. - HARAKAHDAILY 29/3/2016

Sumber HD - 29-3-2015



































































Peneroka hutang RM200,000 tanam semula fasa kedua

HARAKAHDAILY | .


Apa yang hendak dibanggakan jika kita mati dengan hutang ratus ribu ringgit? Inilah hakikat yang perlu dilalui oleh semua peneroka Felda seluruh negara bila mereka memasuki Fasa tanam semula kali kedua.

Felda yang sudah seusia dengan umur kemerdekaan negara kini bakal dirosakkan oleh sistem baharu dan bakal menjadikan ibarat kata 'harimau mati meninggalkan belang, peneroka mati meninggalkan hutang'.

Setelah Felda melalui zaman kegemilangan sejak penubuhan 1956, yang dikenali Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP) dengan kemasukan peneroka pertama di rancangan Lurah Bilut 1959, Felda bergerak maju sehinggan 317 tanah rancangan dibuka seluruh negara dan yang terakhir Felda Sahabat 2 pada tahun 1990.

Dengan bermodalkan pinjaman RM42 juta dari Bank Dunia pada tahun 1968, ianya mampu mengubah nasib rakyat yang terpilih untuk menyertai skim gagasan menginjak rakyat keluar dari kemiskinan yang diasaskan Tun Abdul Razak, Perdana Menteri kedua.

Seramai 112,635 peneroka Felda berjaya dibentuk menjadi peneroka Felda setelah melalui perit jerih kehidupan di Tanah Rancangan Felda.

Kegemilangan bermula apabila Koperasi Permodalan Felda berjaya ditubuhkan pada tahun 1980 dan dipacu dengan komitmen mereka yang ikhlas sehinggakan mereka berjaya meletakkan KPF menjadi koperasi terbaik di Malaysia dan disenaraikan tangga ke-20 di antara koperasi terbailk dunia.

Namun kini setelah FGV mengambil alih kedudukan KPF dalam Felda Holdings sejak 2012, tranformasi yang dibawa oleh anak kepada pengasas Felda, Datuk Seri Najib telah mengubah hampir keseluruhan lanskap Felda.

Penyenaraian FGV ke BSKL yang menjadi tugasan utama Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Abdul Samad telah menambahkan lagi kejutan peneroka Felda apabila perkara yang dicanang boleh membawa perubahan pendapatan peneroka Felda bertaraf penduduk negara maju berlaku sebaliknya.

Saham FGV yang diniagakan dengan nilai IPO RM4.45 seunit menjunam dengan teruk sehingga kini. Dengan harga semasa tidak melepasi RM1.90 pada suku pertama tahun ini, menambahkan lagi keluh resah peneroka Felda.

Durian runtuh RM15,000 yang diberi kepada setiap peneroka Felda sebelum PRU13 mampu membeli undi hampir 2 juta warga Felda untuk terus memastikan penguasaan 54 parlimen dimenangi Barisan Nasional.

Penyingkiran KPF dari menguasai FHB dengan 51 peratus pegangang saham yang sebelum ini menjadi kebanggaan peneroka Felda telah membuka mata peneroka Felda seluruh negara. Dakwaan yang dijaja oleh PAS ke seluruh pelosok Felda beberapa tahun lalu kini menjadi kenyataan yang benar.

Lebih parah lagi, tanah seluas 360,000 hektar yang selama ini menjadi pendapatan kumpulan, telah diserahkan secara pajakan kepada FGV.  Pendapatan yang dijana hasil dari tanah ini mencecah RM1.8 bilion setahun, kini sudah dikongsi dengan pemegang saham FGV seluruh dunia dan kehilangan besar kepada pendapatan Felda.

Hasilnya, peneroka Felda tidak lagi disalurkan peruntukan RM60 juta setahun seperti sebelum ini. Adakah peneroka Felda sedar perkara ini? Apakah menteri-menteri berbangsa Melayu tahu?

Kini peneroka Felda berdepan dengan penjajahan baharu zaman Datuk Seri Najib Tun Razak. Tanam semula kedua akan merekodkan hutang pada tahun kelapan selepas perjanjian baharu ini ialah RM169,600 setiap peneroka Felda.

Jika kita ambil purata hutang lama RM30,000 yang masih berbaki dan dicampur dengan hutang ini, maka pastinya peneroka bakal berhutang lebih RM200,000 pada ketika berusia 80 tahun.

Apakah mereka mampu melunaskan hutang ratus ribu ini sebelum mengadap Allah? Kejayaan apakah melakar peneroka Felda mati dengan hutang sebanyak itu? Apakah ada mekanisma mengubah aturan penjajahan ini? Adakah nilai 10 ekar tanah peneroka lebih tinggi dari hutang ini? Bersediakah generasi anak-anak peneroka Felda mewarisi hutang ini?

Semua persoalan ini mesti dijawab oleh seluruh Ahli-ahli Yang Berhormat Barisan Nasional.

NARAZA MUDA
Pengerusi Hal Ehwal Felda PAS
25 Mac 2016 - HARAKAHDAILY 25/3/2016

Sumber HD - 25-3-2016



































































KAF diwujud akibat pengaruh Umno di Felda merosot

ASLANI M | .


GUA MUSANG: Umno terpaksa mewujudkan lebih banyak badan bukan kerajaan (NGO) di kawasan Felda bagi mengimbangi pengaruh PAS yang semakin melebar.

Timbalan Presiden Pertubuhan Generasi Warisan Kebangsaan (Gerasi) Naraza Muda berkata pelancaran Pertubuhan Kami Anak Felda (KAF) semalam dianggap sebagai misi mempertahankan pengaruh Umno di kawasan Felda.

Katanya terdapat 54 kawasan parlimen di negara ini yang terletak di kawasan Felda, menjadi deposit tetap Umno sejak sekian lama.

“KAF diwujudkan bagi mengekalkan kekuatan Umno di kawasan Felda, lebih-lebih lagi pengaruh PAS semakin melebar di kawasan Felda sekarang.

“Contoh yang paling jelas pilihan raya kecil parlimen Rompin pada Mei tahun lepas berlaku peningkatan yang ketara undi kepada calon PAS berbanding sebelum ini,” katanya di Chiku 3 malam tadi.

Ceramah tersebut diadakan sempena pelancaran cawangan Generasi di Kelantan. Pelancaran disempurnakan anggota Exco kerajaan negeri Datuk Che Abdullah Mat Nawi.

Hadir sama Pengerusi Lajnah Tanah, Peneroka Bandar dan Hal Ehwal Orang Asal PAS Pusat Razman Zakaria, Presiden Generasi Ustaz Roslan Md Isa,

Mantan Ketua Pegawai Eksekutif Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad Datuk Sarchu Sawal dan Pengerusi Generasi Kelantan Azman Ahmad.

Semalam Datuk Seri Najib Razak melancarkan KAF di Kuala Lumpur.

Menurut Perdana Menteri kerajaan mahu Felda menjadi sebuah kuasa besar politik yang akan menjamin kelangsungan Felda.

Ruslan pula berkata sehingga sekarang terdapat 15 NGO yang bergerak di kawasan Felda di mana sebahagian besar hanya bersifat menyokong kerajaan dan Umno. – HARAKAHDAILY 15/3/2016

Sumber HD - 15-3-2016



































































Felda beli bilik asrama RM829,894 seunit

HARAKAHDAILY | .



Ketika peneroka Felda berhadapan dengan kejatuhan harga komoditi sawit dan getah, Pengerusi Felda dengan bangga mengumumkan projek penerokaan dalam segmen penginapan di luar negara melibatkan kos RM373.4 juta.

Bilik yang berharga hampir RM1 juta didakwa mampu membawa Felda mencapai matlamat menambah pendapatan kepada syarikat dalam langkah strategik Felda melalui Felda Investment Corporation (FIC) untuk mempelbagaikan asetnya dan didakwa akan memberi manfaat pulangan pelaburan kepada peneroka.

Kami, PAS bimbang pelaburan segmen penginapan di London ini menerima nasib yang sama seperti kilang  pemerosesan dan penghancuran bijian TRT-ETGO di Quebec Kanada, yang dimiliki Felda (FGV) sejak 2007 dan dijual dengan harga yang tidak munasabah.

Penjualan TRT menimbulkan tanda tanya rakyat Malaysia dan peneroka Felda, apabila Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Mohd Emir Mavani Abdullah mengumumkan penjualannya pada Ogos tahun lalu.

Terdapat pembida yang menawarkan harga hampir RM1 bilion seperti dilaporkan oleh Bloomberg, tetapi FGV menjualnya dengan harga RM600.2 juta sahaja dan mendakwa FGV memperolehi keuntungan RM65 juta daripada penjualan ini.

Apa yang menimbulkan kecurigaan penjualan ini lagi, pihak sumber lain melaporkan pelaburan ke atas kilang ini mencecah RM1.25 bilion setakat akuan berakhir 31 Disember 2010.

FGV tidak pernah mengedarkan akaun untung rugi TRT-ETGO ini kepada awam dan peneroka Felda. Lebih mengejutkan ada sumber dalaman mendakwa kerugian penjualan TRT ini mencecah RM800 juta.

Berdasarkan perkembangan inilah, kami PAS merasakan pelaburan segmen penginapan di Wembley ini akan menjadi satu lagi projek untuk kepentingan mereka yang rapat dengan Pengerusi Felda.

Kita juga  bimbang mereka mempunyai agenda tersendiri dengan mewujudkan cabang pelaburan di luar negara yang melibatkan jumlah pelaburan yang besar ketika pentadbiran pengurusan berkaitan tanam semula ladang Felda menghadapi masalah kelewatan.

Apakah Felda tidak mengambil pengajaran dari kegagalan Projek Felda Carviartive Blue Dream Part di Kuala Tahan yang melibatkan kos projek RM135 juta?

Kita bimbang budaya boros dan tidak berhemah terus menjadi amalan Felda di bawah pentabiran pengerusinya Tan Sri Isa Abdul Samad, akan terus menjahanamkan Felda sejak kebelakangan ini. Kejatuhan harga saham FGV di BSKL seakan dilupakan peneroka dan rakyat Malaysia.

Oleh itu kami mengulangi gesaan agar Tan Sri Isa Samad disingkirkan dari Felda dan kerajaan perlu melantik seorang tokoh yang bebas dari politik untuk terus memacu Felda menghadapi cabaran global.

NARAZA MUDA
Pengerusi Hal Ehwal Felda PAS
13 Mac 2016 - HARAKAHDAILY 13/3/2016

Sumber HD - 13-3-2026



































































Pengerusi Felda mesti ditukar, bukan CEO FGV

HARAKAHDAILY | .


Media telah melaporkan khabar angin bahawa Datuk Zakaria Arshad bakal menggantikan Datuk Emir Mavani Abdullah sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGV) baharu.

Kami melihat perkembangan ini sebagai satu langkah memperkukuhkan kedudukan Tan Sri Isa Samad, bukan untuk memulihkan dan memacu FGV supaya bergerak di landasan yang betul.

Apabila terdapat beberapa babak perbezaan pendapat dalam urus tadbir antara Datuk Emir Mavani dengan Pengerusi Felda, terutamanya cadangan pengambilalihan 37 peratus kepentingan saham PT Eagle High Plantations yang melibatkan urusniaga bernilai RM2.55 bilion menjadi isu, tindakan mula diambil terhadap Datuk Emir Mavani Abdullah yang dilantik sejak 2013 sebagai CEO FGVH dan sekarang ini bertugas secara kontrak bulanan.

Felda mula menjadi tidak stabil apabila Tan Sri Isa Samad dilantik menjadi Pengerusi pada Januari 2011 dan FGV disenaraikan di Papan Utama Bursa Saham Kuala Lumpur setahun kemudian.

Dengan perkembangan terbaru, isu PT EHP, isu penjualan kilang TRT, isu pembelian hotel dan apartmen, isu KPF, isu perumahan Generasi Kedua Felda (PGBF), isu kejatuhan komuditi sawit dan getah, isu tanam semula kedua peneroka Felda, pembelian saham perladangan yang dengan harga lebih tinggi dari pasaran dan berpuluh isu lain yang melanda Felda.

Sewajarnya kerajaan menukar Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad dengan orang lain yang bebas pengaruh politik untuk terus memacu Felda menghadapi cabaran global dan suasana iklim ekonomi dunia yang lebih mencabar, bukan menukar CEO FGV.

NARAZA MUDA
Pengerusi Hal Ehwal Felda PAS
11 Mac 2016 - HARAKAHDAILY 11/3/2016

Sumber HD - 11-3-2016



































































Nasib pesawah, penoreh: Kata dua buat kerajaan BN

USTAZ ROSLAN MD ESA | .


NGO Generasi memandang serius dua isu besar yang sedang menghimpit golongan pesawah dan penoreh getah ketika ini.

Pertamanya, golongan pesawah ketika ini masih lagi menjadi 'hamba' di bumi sendiri apabila hasil tuaian mereka masih tidak menjamin kelangsungan hidup apatah lagi pemotongan gred pemutuan padi yang mereka pinta sejumlah 17% secara konsisten tidak dilunaskan kerajaan.

Pesawah adalah golongan yang menjadi tulang belakang kepada jelapang padi negara, beras merupakan makanan ruji yang menjadi nadi kepada rakyat Malaysia. Namun kerja keras dan jasa mereka selama menjadi pemangkin kepada menghidupkan jelapang makanan ruji negara ini langsung tidak diendahkan.

Belum lagi disebut dan dibincangkan mengenai bantuan yang jarang sekali mereka terima, malah tidak nampak inisiatif kerajaan membawa golongan ini menjadi pesawah moden yang pendapatan mereka setaraf pesawah di negara lain khasnya di Eropah, Amerika dan beberapa negara lain.

Nasib Malang mereka diwarisi generasi ke generasi sedangkan sepatutnya pesawah pada zaman ini sudah menjadi 'tauke besar' di tanah sendiri dengan menggaji pekerja dan memiliki kehidupan yang jauh lebih baik.

Keduanya nasib yang menimpa golongan penoreh getah tatkala harga getah hanya RM1.60 sen. Kita dapat melihat dan mendengar laporan mengenai sebilangan besar penoreh getah khasnya di Baling, Kuala Ketil kini tidak mampu lagi untuk meneruskan kelangsungan hidup dengan pendapatan sehari antara RM 3.50 hingga RM10.

Untuk membeli ikan, sayur dan belanja sekolah anak-anak mereka juga kini mereka berdepan saat paling sukar. Hal ini telah menyebabkan mereka terhimpit dengan tekanan kos sara hidup, apatah lagi dengan kenaikan harga barangan yang sangat tinggi ketika ini.

Bayangkan mereka tidak mampu hidup hatta untuk menjamah makanan yang berkhasiat, bagaimana pula dengan anak anak mereka?

NGO Generasi ingin mempertegaskan agar kerajaan bertindak serta merta menyelesaikan masalah dua golongan ini.

Mereka adalah generasi yang menghidupkan jelapang makanan negara dan memeriahkan sektor pertanian yang sepatutnya jasa mereka ini dibalas dengan kerajaan membantu golongan ini keluar dari belenggu tekanan yang mereka hadapi kini.Dimana slogan indah yang dicanang selama ini " rakyat didahulukan "?

Bagi NGO Generasi, tindakan kerajaan pada ketika ini tak ubah seperti kacang lupakan kulit, dapat madu sepah dibuang.

Pesawah,penoreh adalah golongan yang sangat berjasa kepada negara, mereka memerah keringat pagi dan petang bagi menyara kehidupan keluarga dan mereka telah menyumbang kepada pendapatan hasil negara, sepatutnya jasa mereka dihargai bukannya diperbodoh dan dipermainkan..

NGO Generasi komited untuk terus membela hak-hak mereka ini.

Tuntutan mereka harus dilaksana kerajaan. NGO Generasi memberi kata dua kepada kerajaan agar segera menyelesaikan tuntutan dua golongan ini atau berdepan dengan himpunan mereka yang kelaparan dengan skala yang lebih besar. – HARAKAHDAILY 10/3/2016

Penulis ialah Presiden NGO Generasi

Sumber HD - 10-3-2016



































































Hartanah rizab Melayu: Aset bangsa yang semakin pupus?

SALKUKHAIRI ABD SUKOR | .


RAMAI kalangan orang Melayu seolah-olah enggan membeli hartanah berstatus Rizab Melayu. Mereka beranggapan hartanah berstatus Rizab Melayu ini terletak dikawasan yang agak pendalaman dan jauh daripada bandar.

Mereka juga mempunyai persepsi bahawa hartanah Rizab Melayu ini rendah dari segi nilaiannya justeru kurang menguntungkan dari segi pelaburan dan susah jika hendak dijual kelak.

Sebenarnya tanggapan di atas adalah tidak tepat. Ia hanyalah momokan daripada segelintir pihak yang cuba menjatuhnilaikan Hartanah Rizab Melayu itu sendiri. Tiada bukti yang menunjukkan secara automatiknya hartanah Rizab Melayu itu murah dari segi nilaiannya.

Nilaian yang rendah bukanlah disebabkan oleh hartanah tersebut berstatus Rizab Melayu semata-mata tetapi disebabkan wujudnya faktor-faktor lain seperti  perancangan pembangunan kawasan tersebut oleh pihak berkuasa negeri, berlakunya bencana alam yang kerap di kawasan tersebut seperti banjir dan sebagainya.

Buktinya lihat sahaja hartanah yang terdapat di Bandar Baru Bangi, Selangor misalnya. Walaupun ia berstatus Rizab Melayu, harganya melambung naik dari tahun ke tahun. Bahkan mungkin lebih mahal lagi nilaiannya berbanding hartanah lain yang bukan berstatus Rizab Melayu.

Kedudukan hartanah Rizab Melayu yang dikatakan terletak di kawasan pedalaman sebenarnya tidak mencerminkan keadaan sebenar hartanah Rizab Melayu tersebut. Tidak dinafikan suatu ketika, mungkin hartanah tersebut terletak di luar kawasan bandar di sesuatu daerah.

Tetapi setelah pembangunan berkembang, tidak mustahil hartanah tersebut menjadi “aset dalam bandar” yang amat berharga. Buktinya, tanah tapak East Coast Mall di Kuantan yang dahulunya terletak di pinggir Bandar Kuantan dan merupakan Tanah Rizab Melayu, kini menjadi kawasan komersial yang membangun di Bandar Kuantan.

Sebagai Orang Melayu, saya menyarankan agar kita semua membeli dan memiliki hartanah yang berstatus Rizab Melayu. Saranan saya ini bukanlah atas sentimen perkauman semata-mata, tetapi berdasarkan asas-asas yang kukuh seperti berikut:-

1.Jika kita enggan beli hartanah Rizab Melayu sekarang, tidak mustahil suatu hari nanti ia boleh terlepas kepada kaum bukan Melayu. Hal ini kerana, walaupun dari segi undang-undang, kaum bukan Melayu tidak boleh memiliki hartanah Rizab Melayu, tetapi sekiranya mana-mana pihak memohon agar Tanah Rizab Melayu itu dilucutkan statusnya kepada bukan Rizab Melayu, Kerajaan Negeri boleh meluluskan permohonan tersebut.

Sungguhpun disyaratkan ia mesti digantikan dengan tanah kerajaan yang lain, tetapi tidak mustahil mungkin akan berlaku dari segi perlaksanaannya tanah-tanah yang tidak diganti. Jika tidak masakan rekod menunjukkan jumlah keluasan Tanah Rizab Melayu di negara kita semakin berkurangan.

2.Pembangunan sosio masyarakat kaum Melayu yang sinonim dengan agama Islam, lebih mudah dapat dibangunkan di dalam kawasan Hartanah Rizab Melayu. Hal ini kerana sudah pasti majoriti penduduk di dalam suatu kawasan Rizab Melayu itu adalah terdiri daripada kaum Melayu.

Maka proses penyatuan kaum dan ummah itu lebih mudah dapat dilaksanakan. Misalnya melalui pembinaan masjid dan pusat aktiviti masyarakat yang sudah pasti akan melibatkan kaum Melayu dan umat Islam. Secara tidak langsung ukhuwah Islam akan dapat dikukuhkan dan agama Islam dapat diamalkan dengan lebih baik.

3.Selain itu, peluang ekonomi kaum Melayu dan umat Islam juga dapat ditingkatkan sekiranya orang Melayu membeli Hartanah Rizab Melayu, khususnya hartanah komersial. Kita dapati peluang perniagaan untuk kaum Melayu di kawasan-kawasan bandar besar semakin berkurang.

Mereka tidak dapat bersaing dengan kaum Bukan Melayu di bandar-bandar besar. Bukan disebabkan mereka tidak ada bakat berniaga, tetapi disebabkan peluang-peluang perniagaan telah direbut oleh kaum bukan Melayu.

Justeru pemilikan kaum Melayu ke atas hartanah komersial berstatus Rizab Melayu dapat membuka peluang perniagaan kepada kaum Melayu dan umat Islam. Akhirnya, ia dapat membangunkan ekonomi umat Islam secara keseluruhan. Dengan syarat peluang perniagaan yang ada tidak di “ali babakan” kepada kaum bukan Melayu atau bukan warganegara Malaysia.

4.Sekarang ini saya lihat banyak syarikat pemaju bukan Melayu telah mula memajukan Tanah Rizab Melayu. Mereka menggunakan proksi dalam kalangan Orang Melayu melalui dokumentasi perundangan yang dicadangkan oleh peguam mereka untuk tujuan membangunkan Tanah Rizab Melayu.

Walaupun saya secara peribadi tidak bersetuju dengan pendekatan tersebut yang seolah-olah dilihat menyalahgunakan prosedur perundangan, tetapi dari satu segi saya fikir ia berlaku disebabkan oleh syarikat Pemaju Melayu atau syarikat berstatus bumiputra yang diwujudkan melalui anak syarikat kerajaan itu sendiri tidak mampu untuk mebangunkan Tanah Rizab Melayu.

Tidak dinafikan, mungkin ada syarikat bumiputra Melayu yang berbuat demikian, tetapi jumlahnya masih kecil dan boleh dibilang dengan jari sahaja. Justeru, pentingnya kaum Melayu mempunyai kemampuan bukan setakat memiliki tanah Rizab Melayu tetapi juga kemampuan membangunkan Tanah Rizab Melayu itu sendiri supaya survival hak milik orang Melayu akan terus kekal selamanya.

5.Pemilikan Tanah Rezab Melayu juga perlu dikekalkan dalam kalangan Orang Melayu untuk mempastikan Orang Melayu Islam mampu memiliki aset hartanah sendiri. Bahkan boleh diwariskan kepada generasi akan datang. Lihat sahaja senario yang berlaku hari ini iaitu realitinya kaum Melayu masih terkebelakang dari segi pemilikan hartanah sendiri berbanding kaum lain.

Dengan adanya Hartanah Rezab Melayu ini dapatlah memberi peluang kepada anak-anak Melayu memiliki hartanah sendiri. Dan ia juga secara tidak lansung dapat mengawal harga hartanah tersebut daripada dimanipulasi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Lihat sahaja hartanah di negeri Kelantan misalnya. Memang diakui, walaupun syarat pemilikan Tanah Rizab Melayu di Kelantan agak ketat, tetapi langkah tersebut dapat memberi peluang kepada lebih ramai anak-anak Melayu tempatan memiliki hartanah sendiri dengan harga yang masih lagi munasabah berbanding negeri-negeri yang lain.

Oleh hal yang demikian, saya berpendapat perlu kita sebagai Orang Melayu dan umat Islam mengambil serius tentang perkara ini. Ia bukan sekadar satu kemestian, tetapi juga bolehlah kita katakan sebagai satu Fardhu Kifiyah kepada umat Islam untuk memelihara dan memiliki Hartanah Rizab Melayu.

Di samping itu, pihak kerajaan negeri wajib juga memainkan peranan yang besar dalam mempastikan pemeliharaan dan pembangunan Hartanah Rizab Melayu itu dapat dilaksanakan dengan jayanya. Polisi-polisi yang ketat berdasarkan peruntukan undang-undang di dalam Enakmen Tanah Rizab Melayu Negeri-negeri hendaklah dikuatkuasakan.

Ini untuk mempastikan Hartanah Rezab Melayu terus kekal dimiliki oleh Orang Melayu dan dapat diwariskan kepada anak-anak bangsa kita sendiri pada masa-masa akan datang. – HARAKAHDAILY 26/2/1016

Penulis ialah Presiden Persatuan Guaman Haratanah Malaysia (HartaGuam)

Sumber HD - 26-2-2016



































































Surat terbuka buat ayah, ibu peneroka Felda Terengganu

HARAKAHDAILY | .


Assalamualaikum...
Ke hadapan ibu dan ayah peneroka Felda Terengganu sekalian,
Izinkan anakanda berbicara seketika...

Ayahanda dan Ibunda warga Peneroka Felda Terengganu, janganlah kalian bimbang, kami GENERASI dengan tujuan tersemat di dalam sanubari untuk bersama seiring dengan kemajuan negara. Kami tidak muncul dengan membawa pil khayal yang merosakan anak generasi kita  di Tanah Rancangan Felda.

Kami sering naik turun berjumpa pihak pengurusan Felda dan kerajaan untuk mencari titik kebersamaan bagi mengekalkan apa yang sudah diasaskan oleh Tun Razak sejak sekian lama.

Kami tidak membawa pemikiran radikal, kami tidak membawa budaya demo di tepi jalan, kami lebih jinak dengan jalan damai.

Kami ingin bawa warga generasi pelapis Felda ke arah ketinggian jati diri untuk terus meredah denai dan cabaran kehidupan dunia tanpa sempadan. Keseimbangan perlu dikekalkan agar tiada sejarah nanti untuk ditangisi oleh anak cucu kita semua.

Kami membawa wadah menerang, bukan menyerang, kami satuni isu Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF), isu Pesaka Harta di bawah Akta GSA yang kian rumit mencekik kami adik beradik, apatah lagi ada di antara bapa-bapa kami punyai isteri-isteri dan beradik tiri kami yang ramai. Pembagian pesaka menjadi rumit.

Masalah gejala dadah yang sudah membarahi warga belia Felda, bagai tiada kesudahan, sosial ekonomi hiliran untuk kami bagai tidak pernah direncanakan perancanganya. Penyenaraian FGV ke BSKL  yang kian meresahkan kedudukannya, kami semua mahu jalan penyelesaian, kami bukan menambah kerosakan. 

Oleh itu, tidak perlulah ayahanda dan bonda berpanas terik dibaham mentari hanya nak menunjukan kita sedang berpecah sesama melayu warga Felda, kami punyai niat yang baik, kenapa perlu lahirkan ketakutan.

Insya'Allah jika GENERASI dipelawa untuk duduk bersama-sama 15 NGO lain di bawah Gabungan Wawasan Generasi Felda( GWGF) kami dengan berbesar hati menerimanya. Kita perlu kesatuan Melayu Warga Felda yang kukuh, padu dan berwawasan untuk bersama menyelamatkan Felda agar terus gah di persada dunia.

Semoga ayah dan ibu semua merestui pejuangan kami ini.

Naraza Muda
Pengerusi Generasi Terengganu / Timbalan Presiden Generasi Malaysia
19hb Feb 2016 - HARAKAHDAILY 19/2/2016

Sumber HD - 19-2-2016


Anak Muda Didikan PAS Punyai Jadi Diri Tinggi


Bila Timbalan Perdana Menteri hina belia-belia kita, bila anak Timbalan Perdana Menteri hina belia kita, ramai yang marah. Tapi mereka tidak sedar, mereka meludah dimuka sendiri, mereka menepuk air di dulang dan terpecik ke muka mereka.

Setelah pembinaan generasi pewaris negara yang disilbuskan oleh umno dan kerajaan selama 60 tahun, maka apa yang dikatakan oleh Perdana Menteri itu adalah betul. Kerajaan mengaku secara rasminya didikan mereka selama ini melahirkan belia-belia dan anak muda yang pemalas.

PAS tidak ada silbus yang hebat dan peruntukan untuk menjayakan agenda anak muda remaja. PAS hanya berlandaskan keindahkan Al-Quran, Hadis , Ijma’ Ulama sebagai perlembagaan tertinggi Parti. Maka di dalamnya sudah cukup sempurna untuk diikuti PAS untuk membina jiwa-jiwa remaja Islam yang ada hari ini.

Lihatlah kesetian ahli Unit Amal, lihat pemuda PAS dimajlis-majlis ilmu, Masjid dan surau bawah kelolaan PAS, sewajarnya pemimpin PAS boleh berbangga.



Perhatikan tingkah laku anak muda yang bernaung dibawah PAS, sangat menjaga solat dan peradaban tatasusila kehidupan belia dan remajanya.

Tengoklah beliawanis PAS berpakaian, remaja muslimat berpakaian…pastinya cukup indah dan sejuk dihati setiap mata memandangnya.

Belia PAS punyai jati diri dan modal insan yang tinggi berteraskan akhlak Islam. Mereka berhemah bila memandu motor, mereka bertertib bila di khalayak ramai, mereka tiada berpekik terlolong di pentas bercampur gaul lelaki perempuan. Mereka tidak khayal tarian Ganang Stail.

Jarang sangat berseluar pendek di padang bola, tahu batas-batas pergaulan. Pendek kata Belia , remaja dan pemuda PAS mewarisi kehendak dan tuntutan Islam.

Oleh itu, ayuh anak muda belia remaja, berduyunglah kamu bersama kami, kita buktikan penghinaan Timbalan Perdana Menteri itu hanya untuk anak-anak belia umno sahaja yang selama ini telah mendapat asuhan dan didikan salah dari umno.

Buat belia umno, tinggalkanlah perjuangan kamu bersama umno itu, ayuh bersama kami pemuda PAS, mereka menanti kamu dengan jiwa dan semangat persaudaraan Islam….

Aku…dia dan mereka datang dari jiwa muda belia remaja…

Salam perjuangan Politik Matang dan Sejahtera

Naraza Muda
Mantan Ketua Pemuda Pas MTD Bukit Besi.
16 Febuari 2016

Sumber BO - 16-2-2016



































































Jabatan Hal Ehwal Felda PAS Pusat ditubuh

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: PAS telah menubuhkan Jabatan Hal Ehwal Felda PAS Pusat pada mesyuarat ahli jawatankuasa PAS, semalam.

"Jabatan ini berada di bawah pengawasan Lajnah Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar dan Hal Ehwal Orang Asal," ujar pengerusi lajnah itu, Razman Zakaria kepada Harakahdaily.

Katanya, mantan CEO Koperasi Permodalan Felda, Datuk Sarchu Sawal dilantik untuk mengetuai jabatan itu.

"Beliau adalah orang yang terlibat membangunkan Felda bersama dengan tokoh Felda Tan Sri Raja Alias," katanya.

Menurutnya, pelantikan itu adalah pertimbangan parti selaras dengan pendekatan politik matang dan sejahtera yang diambil oleh PAS.

Pesuruhjaya PAS Perak itu menambah, Sarchu akan memainkan peranan sebagai timbang tara bagi memastikan pelaburan Felda tidak mengambil  risiko yang memberi kesan negatif kepada peneroka.

Beliau berkata, pendekatan diambil jabatan itu bagi membetulkan kesilapan dan memberi cadangan penyelesaian yang boleh memberi kebaikan kepada rakyat dan negara.

Tambahnya, jabatan khas menangani hal ehwal Felda ditubuhkan adalah kerana PAS memandang serius ke atas nasib 122,636 keluarga peneroka yang melibatkan lebih 2 juta warga Felda. - HARAKAHDAILY 14/2/2016

Sumber HD - 14-2-2016



TRT – ETGO; FGV Dakwa Untung RM65 juta, Sumber Lain Dakwa FGV Rugi RM800 juta

Setelah 6 bulan Felda Global Vantures Holdings Berhad (FGV) menjual keseluruhan kepentingannya dalam Twin Rivers Technologies Enterprises de Transformation de Granines Oleagineuses du Quebec Inc (TRT- ETGO) dengan nilai AS$180 juta atau RM608.2 juta, isu ini terus menjadi tanya rakyat Malaysia kerana pihak FGV tidak pernah menjelaskan kedudukan keuntungan yang didakwanya mencecah RM65 juta.

Tidak ada laporan lengkap keuntungan yang didakwa FGV , sebaliknya ada sumber yang sangat boleh dipercayai mendakwa FGV mengalami kerugian besar berkait penjualan ini sehingga mencecah RM800 juta.

Jika dakwaan kerugian ini tidak benar, FGV perlu memberi penjelasan yang boleh diyakini oleh rakyat Malaysia. FGV perlu adakan sesi sidang taklimat khas melibatkan wartawan tempatan dan Ahli Parlimen Malaysia kerana dakwaan kerugian ini sangat besar.

Dari awal lagi kami meragui urusniaga ini apabila pihak FVG mendakwa penjualan aset bukan teras dalam kumpulan ini menarik minat pembida antarabangsa untuk membeli kilang penghancuran dan penapisan di Amerika Syarikat dan Kanada.

Pada awal julai 2015 lalu, FGV seperti mana dilaporkan Bloomberg dijangka memperolehi lebih RM1 bilion selepas berjaya menjual kilang TRT -ETGO yang telah menarik minat pembida pada harga AS$180 juta (RM686 juta ) hingga AS$250 juta (RM953 juta) .

Hanya sebulan selepas laporan Bloomberg, FGV telah melaporkan penjualan TRT – ETGO ini dengan harga RM608.2 juta kepada Viterra Inc, pengendali dan pemasar bijirin dan minyak terkemuka Kanada.

Pada 11ogos lalu, Presiden dan Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Mohd Emir Mavani mengesahkan bahawa perbincangan dengan lima syarikat antarabangsa berminat untuk membida TRT-ETGO masih berjalan. Hanya jarak waktu 14 hari , FGV telah mengumumkan penjualan ini.
Apa yang peliknya, penjualan ini dijual dibawah harga pembida seperti laporan Bloomberg. Sedangkan ada pembida berminat dengan harga hampir RM1 bilion.

Pas sebelum ini telah membangkitkan dan memohon penjelasan dari pihak berwajib tentang urusniaga yang meragukan ini. Pihak FGV ada memberi maklum balas dalam akhbar KOSMO bertarikh 8 Oktober 2015 dengan menyatakan urusniaga ini melalui proses ketelusan yang tinggi dan mendakwa pembangkang memutarbelitkan berita.

Sangat menyedihkan FGV langsung tidak memberi maklumat apa yang didakwa ketelusan tinggi itu, tiada laporan lengkap urusniaga ini sebaliknya menyalahkan pihak lain.

Apabila timbul dakwaan baru, urusniaga ini sebenarnya mengalami kerugian besar, maka kami mendesak pihak FGV memberi bukti laporan keuntungan seperti didakwa sekali gus menafikan dakwaan dari sumber yang kami yakini.

Naraza Muda .
Pengerusi Hal Ehwal Felda PAS
11 Febuari 2016

Sumber BO - 11-2-2016



































































PAS gesa ambil langkah awal selamatkan kerugian FGV

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Langkah awal perlu diambil untuk menyelamatkan Felda Global Ventures (FGV), kata Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar dan Hal Ehwal Orang Asal PAS Pusat, Razman Zakaria.

"Langkah awal perlu diambil oleh pihak berwajib untuk menyelamatkan institusi Melayu," katanya kepada Harakahdaily.

Katanya, laporan kewangan suku tahun ketiga FGV pada tahun lalu menyatakan kerugian sebelum cukai berjumlah RM62.43 juta.

Menurutnya, laporan itu memberi petunjuk supaya langkah awal perlu diambil supaya tidak membawa institusi bumiputera terbesar ini menjadi mangsa spekulasi pasaran saham sehingga membawa risiko yang lebih besar.

Tambahnya, PAS memandang serius perkara itu kerana ianya melibatkan secara langsung masa depan hampir 1 juta warga Felda dan aset tanah yang diserahkan kepada Felda menjadi mangsa keadaan.

Sehubungan itu, ujarnya PAS menggesa pihak kerajaan membuat penyelidikan terperinci punca masalah kerugian itu.

"Ia tidak boleh diletakkan semata-mata kepada kejatuhan harga komoditi getah dan sawit," katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Perak.

Beliau juga mempersoalkan apa akan terjadi kepada FGV sekiranya harga komoditi terus menjunam dalam satu jangka masa yang panjang.

Oleh kerana itu, katanya PAS melahirkan kebimbangan kemungkinan berlaku kerugian berpunca dari pelaburan FGV yang bukan dalam bidang perniagaan utama yang menyumbang kepada kerugian.

"Peneroka Felda juga diseru untuk membuat penyelidikan dan memandang serius perkara ini. Bertindak segera sebelum parah," katanya lagi. - HARAKAHDAILY 7/2/2016

Sumber HD -7-2-2016



































































Belia Felda perlu rebut peluang dari buruh asing

NARAZA MUDA | .


APABILA kerajaan umum bajet baharu 2016, Felda dan FGV pastinya akan terjejas teruk apabila berlaku peningkatan kos perbelanjaannya. Felda mempunyai hampir 40 ribu tenaga buruh asing dan sebahagian besarnya di bawah FGV. Jika kos gaji mininum meningkat kepada RM1000 berbanding sebelum ini hanya RM900 untuk semenanjung.

Kadar baharu RM900 meningkat daripada hanya RM800 sebelum ini bagi Sabah dan Sarawak.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Mohd Emir Mavani Abdullah merayu kepada kerajaan agar mengkaji semula peraturan yang akan dikuatkuasakan julai ini.

Dengan peningkat gaji dan levi sebanyak 154 peratus ini, akan memberi kesan peningkatan kos secara drastik.

Hal Ehwal Felda PAS Pusat  melihat ini sudah sampai masanya Felda kembali kepada landasan asal. Sudah sampai masanya Felda mengurangkan kebergantungan kepada tenaga buruh asing.

Felda mempunyai 15  NGO di bawah  Gabungan Wawasan Generasi Felda ( GWGF ). NGO ini perlu diberi peluang mengisi ruang tenaga buruh.

Belia Felda perlu diberi kesedaran, MBFM sebagai contoh mesti dilibatkan dalam sektor ini. Mereka ramai ahli belia Felda di seluruh negara. Jika tidak FGV tetap mengupah buruh asing dan jika peraturan ini dilaksanakan, pastinya hampir RM40 juta sebulan hanya untuk mengaji buruh ladang asing.

GWGF perlu diberi mandat untuk mengerakkan kempen kesedaran agar belia Felda bersedia mengisi peluang ini. Kita akui memang belia kurang minat, tetapi kami yakin dengan penumpuan bersungguh-sungguh memberi kesedaran dan memperkenalkan perbagai insentif pastinya boleh menarik minat belia Felda.

Dengan perkembangan kejatuhan harga minyak sawit mentah ( MSM ) ke paras terendah dalam tempoh  6 tahun pada ogos 2015, ditambah dengan keborosan berbelanja besar oleh pihak pengurusan sejak perlantikan Tan Sri Isa Samad menjadi pengerusi Felda beberapa tahun lalu menambahkan lagi kehilangan aliran tunai kumpulan.

Sewajarnya semua pihak, terutamanya warga Felda perlu mendesak Kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri sekarang ini agar mengembalikan Felda kepada perniagaan asalnya.

Koperasi Permodalan Felda KPF perlu diberi peranan semula menguasai Felda selepas FGV dilihat tidak dapat mengekalkan prestasi seperti zaman KPF memiliki 51 peratus saham dalam Felda Holdings Berhad. – HARAKAHDAILY 4/2/2016

Penulis ialah Pengerusi Hal Ehwal Felda Pas Pusat

Sumber HD - 4-2-2016



































































Peniaga Melayu di Jengka kesal premis tanpa elektrik

KHAIRIL ABDUL RAHIM | .



BANDAR TUN RAZAK JENGKA: Pihak Felda digesa tidak mempermainkan peniaga-peniaga yang terdiri daripada anak-anak peneroka yang memerlukan bekalan elektrik di premis mereka di sepanjang jalan utama ke Jengka.

Ini disebabkan setelah peniaga-peniaga berkenaan merujuk kepada pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB), mereka menyatakan enggan menyalurkan bekalan elektrik kerana tidak mendapat keizinan daripada pejabat tanah dan Felda.

Presiden Pertubuhan Generasi Warisan Kebangsaan (Generasi) Ustaz Roslan Md Esa yang turut hadir berkata, sepatutnya masalah dipermudahkan kerana mereka merupakan anak-anak peneroka Felda di situ yang mengambil inisiatif memajukan ekonomi mereka selain boleh membuka peluang pekerjaan kepada yang lain.

“Mereka juga mampu berdikari dan berdaya saing kerana mengusahakan perniagaan tanpa bantuan kerajaan justeru sikap ini harus dipuji.

“Ini selaras dengan kepesatan kawasan Jengka sendiri dengan penduduk melebihi 100,000 yang berkembang maju dengan limpahan rezeki dan peluang ini mampu dihidu oleh mereka,” katanya.

Roslan berkata, pihaknya akan membawa masalah ini kepada pengurusan atau pihak atasan Felda.

“Pihak Generasi akan menemui peringkat atasan Felda dalam masa terdekat bagi menyelesaikan masalah ini demi kebajikan generasi kedua dan ketiga Felda kerana kita tidak mahu sekiranya berlaku ‘double standard’ dalam perkara ini.

“Sebagai NGO, kita tidak menganggap Felda sebagai musuh kita malahan rakan yang menghubungkan agensi tersebut dengan warga peneroka,” jelasnya.

Dalau tinjauan dibuat, didapati deretan kedai di Jengka 18, Jengka 16 dan Jengka 14 tidak mempunyai bekalan elektrik menyebabkan pemilik premis terpaksa menggunakan enjin generator sebagai alternatif atau mendapatkan bekalan dari luar.

Namun yang menghairankan, premis-premis di simpang Felda Jengka 15 dan 13 yang selama ini mendapat jolokan ‘Cina town’, dibekalkan pula elektrik.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Kuala Krau Shafie Mohd Isa, berkata pelbagai usaha dilakukan peniaga termasuk berjumpa Menteri Besar Pahang bagi menyelesaikan masalah mereka setelah para peniaga terlibat menemuinya namun sehingga kini belum selesai.

 “Kami diberitahu masalah permohonan-permohonan ini ‘sangkut’ di pejabat pengurusan Felda iaitu selepas Felda Global Venture Holding (FGV) mengambil alih tanah sejak dua tahun lepas.

“Malang, atas tanah penduduk sendiri pun tak dapat bekalan elektrik. Rumah-rumah baru di tepi jalan semua tak boleh masuk elektrik termasuk perumahan untuk Generasi kedua di Jengka 11 juga.

“Yang peliknya kandang lembu di Jengka 15 serta deretan kedai di Cina Town di simpang Jengka 14 tidak ada masalah pulak,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 29/1/2016

Sumber HD - 29-1-2016



































































Cagaran: Tanah getah, sawit 10 ekar tidak bernilai?

HARAKAHDAILY | .


TANJUNG MALIM: Peneroka Felda Besout 5 memberitahu bahawa tidak ada erti mereka memperolehi hak milik tetapi tanah tidak ada nilai.

Demikian menurut Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar dan Hal Ehwal Orang Asal PAS Pusat, Razman Zakaria dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Katanya, salah seorang daripada peneroka yang keluar dari sistem Felda memberitahu tidak ada bank yang mahu menerima tanah sawit seluas 10 ekar yang telah memperolehi hak milik sebagai cagaran untuk sebarang pinjaman.

"Keadaan ini berbeza sebelum Felda diserahkan kepada FGV.

"Mereka bimbang status tanah mereka. Apakah mereka dijadikan cagaran oleh FGV?" ujarnya lagi.

Katanya, luahan tersebut dinyatakan peneroka berkenaan dalam satu majlis dialog yang diadakan di Felda Besout 1, kelmarin. Turut hadir ialah Pengerusi Lajnah Tanah, Peneroka Bandar dan Orang Asal PAS Perak yang juga Yang Dipertua PAS kawasan, Ustaz Tarmizi Abd Rahman.

Justeru, katanya PAS memandang serius perkara itu dan akan membuat siasatan mendalam.

Ini, tambahnya kerana dibimbangi wujud campur tangan politik melampau yang boleh memberi kesan negatif kepada prestasi perniagaan.

Beliau berkata, ini juga bagi mengelakkan peneroka Felda terbabit menerima nasib yang sama seperti peneroka Felda Labu Sendayan (Negeri Sembilan), Felda Cahaya Baru, Masai (Johor) dan Felda Sungai Buaya (Selangor).

"Adalah wajar mereka bertindak segera. Mereka boleh memohon penjelasan secara terperinci dan mengadakan sekatan undang-undang untuk menyelamatkan tanah mereka," katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Perak. - HARAKAHDAILY 28/1/2016

Sumber HD - 28-1-2016



































































Tanah getah 4 ekar purata dividen RM1.64 sehari

HARAKAHDAILY | .


TANJUNG MALIM: Ceritanya seperti berlebihan tetapi itulah hakikat sebenarnya yang dilalui beberapa peserta Felcra Kampung Pasir, Ulu Slim.

Mereka meluahkan masalah itu kepada Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar dan Hal Ehwal Orang Asal PAS Pusat, Razman Zakaria dalam perjumpaan singkat, petang semalam. Turut hadir ialah Yang Dipertua PAS Tanjung Malim yang juga Pengerusi Hal Ehwal Felcra PAS Pusat, Ustaz Tarmizi Abdul Rahman.

"Kalau cerita macam tak masuk akal, "ujar Razman kepada Harakahdaily.

Menurutnya, dividen tahunan ke atas 4 ekar tanah yang diusahakan Felcra semenjak tahun 1991 sekitar RM600 setahun atau purata pada kadar RM1.64 sehari.

Katanya, tanah mereka mula diserahkan kepada Felcra pada 1991 sementara getah mula ditoreh pada 2001 di mana tuan tanah mula dibayar dividen pada 2007.

"Semakan kos pembangunan tanah sehingga kini masih berbaki hampir RM1 juta," ujarnya lagi.

Justeru, kata beliau para peserta dalam kawasan Dun Behrang itu mempersoalkan berapa lama tempoh pulangan pelaburan kebun getah.

Beliau berkata, para peserta juga mengadu premium tanah telah dibayar oleh peserta tetapi sijil hak milik (geran) tidak diserahkan.

"Lajnah Tanah PAS Pusat memohon supaya pihak berwajib memberi perhatian kepada isu yang dibangkitkan dan akan mengadakan pertemuan dengan kementerian yang bertanggungjawab," katanya. - HARAKAHDAILY 27/1/2016

Sumber HD - 27-1-2016



































































Tunggu 27 tahun, peneroka Sungai Tengi dapat hak milik

HARAKAHDAILY | .


Razman (tengah) bersama beberapa peneroka yang menerima hak milik.
KUALA LUMPUR: PAS mengucapkan tahniah kepada peneroka Felda Sungai Tengi Selatan, Hulu Selangor kerana menerima hak milik tanah yang ditunggu selama 27 tahun.

"Lajnah Tanah PAS Pusat mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor," ujar Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar dan Hal Ehwal Orang Asal PAS Pusat, Razman Zakaria kepada Harakahdaily.

Oleh kerana urusan tanah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, beliau berharap supaya negeri-negeri lain juga boleh mengambil tindakan yang sama.

Pada hari ini, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah menyampaikan hak milik kepada 139 orang peneroka Felda Sungai Tengi dalam satu majlis khas yang diadakan pagi tadi.

Azmin juga mengumumkan pembinaan 116 unit rumah berkembar untuk memenuhi permintaan generasi kedua Felda.

Perumahan tersebut akan dibina oleh pihak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di atas tanah seluas 17 ekar dengan kos infrastruktur ditanggung oleh kerajaan negeri.

Keluasan rumah 850 kaki persegi itu pada asalnya berharga RM160,000 dapat dikurangkan kepada RM97,000.

Pembinaan rumah berkenaan dijangka bermula pada tahun ini. - HARAKAHDAILY 22/1/2016

Sumber HD - 22-1-2016



































































'Perjanjian berat sebelah', Felda perlu buka rundingan

HARAKAHDAILY | .


Sebahagian Peneroka Felda yang terlibat dengan Program Tanam Semula Kedua dan Pengurusan Kebun terkejut dengan terma perjanjian yang bakal mereka tandatangani sebelum proses menyerahkan urusan ini kepada pihak Felda.

Saya merujuk kepada hasil pertemuan dengan beberapa kumpulan Peneroka Felda dari Tanah Rancangan Felda Bukit Bading dan Felda Jerangau. Hampir 700 peneroka akan terlibat dengan tanam semula kedua ini bagi peneroka Felda di Terengganu dalam tempoh terdekat. Beberapa tanah rancangan lain di seluruh negara juga akan melalui proses ini.

Terdapat beberapa klausa " menakutkan" dan "mengikat" peneroka Felda. Perkara ini tiada dalam perjanjian terdahulu semasa mereka menyertai tanam semula pertama 30 tahun lalu.

Perkara (13) (b) dengan jelas Felda akan mempunyai kuasa 'Eksklusif' ke atas kebun peneroka dalam tempoh perlaksanaan ini.

Klausa lain yang mengejutkan peneroka Felda ialah, mereka tidak lagi diberi peluang untuk menguruskan sendiri kebun mereka selepas pokok mula mengeluarkan hasil selepas 36 bulan seperti perjanjian sebelum ini.

Jika mereka peneroka berhajat melanggar perjanjian ini mereka perlu menjelaskan segala hutang peneroka kepada Felda merujuk kepada perkara (14) (g) yang berbunyi 'Membuat bayaran balik kepada FELDA, termasuk dengan caj perkidmatan pada kadar yang ditetapkan oleh FELDA seperti di jadual 2, dalam tempoh tidak melebihi lima belas (15) tahun selepas mencapai tahap titik pulang modal untuk kos seperti yang berikut (kemudian dsripada ini disebut "Hutang Peneroka");

Peneroka memahami perkara ini, mereka akan diikat dengan tempoh yang lama 8-15 tahun berdasarkan tahap titik pulang modal dan tempoh bayaran kembali.

Berdasarkan penerangan oleh pihak Felda, mereka berhak memasukan "Perintah Larangan" jika perlu. Ini menimbulkan keluh resah di kalangan peneroka.

Peneroka juga terkejut dengan kuasa Felda yang membolehkan agensi ini memohon perintah kebankrapan dibuat terhadap peneroka jika peneroka memungkiri mana-mana syarat dan/atau terma seperti mana yang terkandung dalam perjanjian.

Hasil perjumpaan dengan perbagai pihak, saya merumuskan perjanjian ini adalah bersifat sangat berat  sebelah apabila merujuk perkara 19 yang mana Felda tidak dianggap memungkiri Perjanjian ini jika terdapat kegagalan pelaksanaan yang sepenuhnya atau sebahagianya terhadap tugas dan kewajipan di bawah perjanjian ini yang disebabkan oleh bencana alam, kebakaran, tindakan kerajaan Pusat atau Kerajaan Negeri, perperangan, kekecohan awam, pemberontakan, embargo dan sebab-sebab lain di luar kawalan mana-mana pihak.

Saya melihat perkara 19 ini satu langkah selamat yang menguntungkan Felda dan akan menimbulkan masalah besar kepada peneroka Felda kemudian hari jika kegagalan pihak Felda menjayakan amanah ini.

Lebih mengejutkan Felda telah memaklumkan secara lisan, urusan proses tanam semula ini diserahkan kepada Syarikat Technoplant dan Felda tidak bersedia mendedahkan perjanjian antara Felda dengan Technoplant.

Saya merujuk aduan sebelum ini mengenai Technoplant yang banyak menimbulkan masalah dan tidak mampu mengurus kebun peneroka di seluruh negara.

Pengerusi Felda juga pernah mengakui kegagalan Technoplant melaksanakan urusan tanam semula di beberapa tanah rancangan di Melaka. (Rujuk kenyataan Tan Sri Isa Abdul Samad di Majalah Rasmi FELDA Aspirasi Glokal keluaran 28 Mac 2015)

Saya juga melihat dan bersetuju dengan pandangan peneroka Felda mengenai kos keseluruhan Hutang Peneroka Felda yang menyertai skim tanam semula kedua ini sangat tidak munasabah dengan nilai RM169,600 sehingga tahun ke-8 untuk keluasan 10 ekar.

Justeru ini saya mohon pihak Felda membuka kembali pintu rundingan dengan peneroka Felda agar kata sepakat dan tidak merugikan mana-mana pihak.

Pas melalui Unit Hal Ehwal Peneroka Felda juga mencadangkan agar pihak Felda membenarkan mana-mana peneroka Felda yang mempunyai kemampuan dan teknologi sendiri untuk mengusahakan kebun mereka tanpa terikat dengan perjanjian ini atau menguruskan sendiri kebun-kebun mereka tanpa sekatan, malahan Felda perlu membantu mereka untuk bergelar usahawan Peneroka Berdikari.

NARAZA MUDA
Pengerusi Hal Ehwal Felda PAS Pusat
19 Jan 2016 - HARAKAHDAILY 19/1/2016

Sumber HD - 19-1-2016



































































Felda wajar terima Generasi sebagai rakan dialog

HARAKAHDAILY | FOTO WAN ZAHARI | .



TEMERLOH: PAS berharap Felda dapat menerima Pertubuhan Generasi Warisan Kebangsaan (Generasi) untuk membincangkan isu berkaitan dengan generasi masa depan Felda.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, badan bukan kerajaan (NGO)itu juga turut membincangkan isu berkaitan generasi muda di Felcra.

Katanya, antara isu utama perlu dibincangkan yang parah berlaku di kawasan Felda dan Felcra ialah masalah kerosakan aqidah dan gejala sosial dalam kalangan generasi muda.

"Ke mana hala tuju anak-anak muda nak dibawa oleh kerajaan," ujarnya ketika brucap pada Majlis Pelancaran Generasi oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Kompleks Al Makmur, Kerdau malam tadi.

Turut berucap pada majlis yang dihadiri sekitar 5,000 orang itu ialah ialah Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, Ketua Dewan Pemuda dan Muslimat PAS Malaysia, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dan Nuridah Mohd Salleh serta Pengerusi Generasi, Roslam Md Desa.

Justeru, kata beliau pihak berkenaan jangan melihat Generasi sebagai penentang kerajaan sebaliknya sebagai rakan dialog untuk mencari titik persamaan bagi kebaikan masa depan anak-anak muda di rancangan Felda.

Tambahnya, NGO Generasi juga melihat masalah perumahan generasi kedua perlu diselesaikan segera oleh pihak Felda di seluruh negara.

Walaupun Generasi ditubuhkan di bawah seliaan Lajnah Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar dan Hal Ehwal Orang Asal PAS Pusat, namun isu yang diperjuangkan menyentuh semua aspek kehidupan rakyat. - HARAKAHDAILY 17/1/2016

Sumber HD - 17-1-2016



































































Pelancaran Generasi: Ada mesej gimik potong balak

KHAIRIL ABDUL RAHIM | FOTO WAN ZAHARI | .

TEMERLOH: Gimik pelancaran Pertubuhan Generasi Warisan Kebangsaan (Generasi) dengan upacara memotong bongkah kayu balak oleh Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mempunyai mesej tertentu.

Pengerusinya, Roslan Md Esa berkata, NGO berkenaan muncul dicelah-celah keperitan dan kesusahan rakyat, dengan itu ianya merupakan tempat generasi warisan berpaut.

"Bahagian yang dipotong buang oleh Tuan Guru adalah bahagian yang telah rosak kerana dijangkiti penyakit akibat anai-anai.

"Manakala bahagian yang sebelah lagi diselamatkan kerana bahagian itu dianggap masih baik," katanya.

Upacara memotong balak gimik pelancaran Generasi di tapak Kompleks Al Makmur di Kerdau malam tadi memeranjatkan kira-kira 5,000 orang ramai yang hadir.

Sebelum itu kumpulan motosikal berkuasa tinggi masuk ke dewan dengan membawa gergaji rantai pemotong balak sejurus sebelum Tuan Guru Presiden berucap.

Turut berucap ialah Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Presiden Ikatan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, Ketua Dewan Pemuda dan Muslimat PAS Malaysia, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dan Nuridah Mohd Salleh, Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar dan Hal Ehwal Orang Asal PAS Pusat, Razman Zakaria serta Andansura Rabu mewakili PAS Pahang.

Roslan dalam pada itu melahirkan kesyukuran program yang bermula daripada sebelah pagi itu mendapat sambutan yang baik daripada masyarakat.

"Pihak Generasi akan terus komited dengan perjuangan membela kepentingan generasi warisan khususnya bagi warga Felda.

"Program hari ini memberi suatu momentum kepada kami untuk terus mengorak langkah bagi membela generasi muda rakyat keseluruhannya," ujarnya. - HARAKAHDAILY 17/1/2016

Sumber HD - 17-1-2016



































































Generasi wajar disambut, digerak semua peringkat

HARAKAHDAILY | FOTO WAN ZAHARI | .




TEMERLOH: Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar dan Hal Ehwal Orang Asal PAS Pusat, Razman Zakaria mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan pelancaran Pertubuhan Generasi Warisan Kebangsaan (Generasi) di Kompleks Al Makmur, Kerdau malam tadi.

"Pihak lajnah merakamkan jutaan terima kasih kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang walaupun baru sahaja baru keluar dari IJN (Institut Jantung Negara) 2 hari lalu tetap hadir bagi merasmikan program tersebut," katanya kepada Harakahdaily.

Katanya, Generasi yang baru dilancarkan itu wajar disambut serta digerakkan di semua peringkat negeri dan kawasan.

Tambahnya, ini kerana ia merupakan satu medan untuk menyatakan pandangan  penambahbaikan terhadap sesuatu keputusan yang melibatkan masa depan generasi rakyat negara ini.

Beliau berkata, walaupun NGO Generasi itu ditubuhkan di bawah seliaan Lajnah Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar dan Hal Ehwal Orang Asal PAS Pusat, namun isu yang diperjuangkan menyentuh semua aspek kehidupan rakyat.

Menurutnya, langkah permulaan Generasi memberi fokus kepada isu Felda dengan generasi Felda sudah mencecah 2 juta orang dari 315 rancangan Felda dengan lebih 120,000 peneroka.

"Tindakan pengurusan menyenaraikan Felda Holding yang kini dikenali sebagai FGV, jika tidak dipantau kita bimbang FGV akan mengalami nasib seperti MAS.

"Jika ini berlaku ia akan memberi kesan langsung kepada peneroka," ujarnya yang juga Pesuruhjaya PAS Perak

Tuan Guru Abdul Hadi memotong balak sebagai gimik pelancaran Generasi pada majlis yang dianggarkan dihadiri kira-kira 5,000 orang itu.

Turut berucap ialah Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Presiden Ikatan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, Ketua Dewan Pemuda dan Muslimat PAS Malaysia, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dan Nuridah Mohd Salleh. Jumlah hadirin dianggarkan mencecah 5,000 orang. - HARAKAHDAILY 17/1/2016

Sumber HD - 17-1-2016



































































Anak muda dipelawa sertai majlis pelancaran Generasi

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Badan bukan kerajaan (NGO) Generasi bukan sahaja tertumpu kepada isu Felda malah merentasi semua isu yang berkaitan masa depan negara dan kelangsungan generasi akan datang.

Demikian kata Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar dan Hal Ehwal Orang Asal PAS Pusat, Razman Zakaria kepada Harakahdaily.

Katanya, keputusan pemimpin hari ini memberi kesan kepada genarasi akan datang seperti kesan penghapusan tulisan jawi menyebabkan hari ini ramai generasi baru tidak tahu membaca Al-Quran.

Tambahnya, keputusan melupuskan tanah rezab Melayu boleh membawa genarasi akan datang berdagang di bumi sendiri.

Begitu juga, ujarnya kesan AFTA dan TPPA impak negatif kepada kegiatan ekonomi generasi mendatang.

"Sistem kawalan hartanah memberi kesan kepada harga rumah kepada generasi baru," ujarnya lagi.

Di samping itu, kata beliau kesan kepada keputusan membenarkan perlombongan bauksit terjejasnya penduduk generasi bandar Kuantan.

Justeru, sempena pelancaran Generasi sebagai sebuah NGO yang bergerak bersama lajnah tanah yang akan dirasmikan Presiden PAS di Kerdau, esok beliau menyeru semua khususnya generasi muda untuk turut bersama memahami isu generasi akan datang.

"Keberanian bersuara di atas hak dan kebenaran boleh membanteras penyelewengan dan menjamin kelangsungan generasi negara," katanya. - HARAKAHDAILY 15/1/2016

Sumber HD - 15-1-2016



































































Tokoh Felda masih bersama PAS

HARAKAHDAILY | .


HULU KLANG: Pertemuan ringkas di antara pimpinan PAS dengan mantan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Koperasi Permodalan Felda (KPF) Datuk Sarchu Shawal diadakan di Pusat Tarbiah dan Dakwah di sini, hari ini.

Sarchu menyatakan beliau masih bersama PAS dan besedia untuk membantu Lajnah Tanah PAS Pusat.

Beliau yang mempunyai banyak pengalaman dalam pelaburan sedia untuk memberi kesedaran kepada rakyat khususnya peneroka dan generasi Felda.

Perbincangan tersebut yang turut dihadiri Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad. Turut serta ialah Pengerusi Unit Felda Lajnah Tanah PAS Pusat, Naraza Muda.

"Selaku Pengerusi Lajnah Tanah, saya akan memohon persetiaan Presiden dan AJK PAS Pusat untuk melantik beliau sebagai AJK Lajnah Tanah, Peneroka Bandar dan Orang Asal PAS Pusat. Akan dicadangkan beliau mengetuai sektor pelaburan di bawah Unit Felda Lajnah," kata AJK PAS Pusat, Razman Zakaria.

Katanya, pelantikan itu memberi autoriti kepada Sarchu bercakap isu pelaburan Felda.

Di samping itu, ujarnya cadangan pelaburan yang boleh memberi impak serta pulangan yang memberi muafakat kepada negara dan peneroka khususnya.

"Kita juga akan mengatur supaya Datuk Sarchu dapat turun memberi penerangan di 54 kawasan parlimen yang mempunyai tanah rancangan Felda," katanya lagi. - HARAKAHDAILY 14/1/2016

Sumber HD - 14-1-2016



































































Hubungi ibu bapa di Felda, nasihati mereka hadapi banjir

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: "Kita sudah melepasi separuh bulan November, lazimnya permulaan banjir gelombang pertama melanda negeri Pantai Timur Semenanjung.

"Kita tidak dapat menjangkakan bila banjir dan sebesar manakah ianya melanda, sikap berwaspada adalah terbaik kita ambil," kata Pengerusi Hal Ehwal Felda, Lajnah Tanah, Peneroka Bandar dan Orang Asal PAS Pusat, Naraza Muda.

Beliau berkata, langkah bersiap sedia hadapi apa jua keadaan, pastinya banyak membantu agar mangsa banjir dapat membuat persiapan sepatutnya.

"Sahabat kita di Felda Tersang 1 dan Felda Tersang 2 sudah ada dipindahkan akibat hujan lebat di beberapa kawasan melanda daerah Raub," ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, warga Felda ramai berada di luar kawasan.

"Tinggalah peneroka yang sudah bergelar warga emas, justeru itu wajarlah kita, anak-anak yang berapa di luar, menghubungi mereka," katanya lagi.

Beliau menambah, bertanya khabar, nasihati mereka agar bersiap sedia, dokumen penting dan barang peribadi yang berharga sewajarnya di simpan tempat yang diyakini tidak ditenggelami air dan memudahkan kita sewaktu proses perpindahan dan sebagainya.

Naraza juga menyeru agar seluruh ahli PAS di Kawasan Felda bersiap sedia untuk sebarang rintangan dan keadaan yang bakal melanda kita di Tanah Rancangan Felda seluruh negara terutama kawasan pedalaman yang biasa dilanda banjir.

Justeru, ujar beliau utamakanlah warga peneroka Felda yang sudah uzur tanpa mengira fahaman politik.

"Ini masanya kita membantu mereka dan sudah menjadi amalan kita PAS mengorak langkah ke hadapan dalam memberi bantuan terutama Unit Amal," ujarnya.

Beliau turut mengingatkan agar patuhilah arahan pihak berkuasa dalam persiapan menghadapi musim ini.

"Sabar dalam menunggu bantuan dan sebagainya. Apa yang penting keselamatan diri kita perlu diutamakan," katanya lagi. - HARAKAHDAILY 25/11/2015

Sumber HD - 25-11-2015


Lembaran Baru Felda Selasih

Oleh: Dr Azman Ibrahim

“Kita tak boleh hidup selama-lamanya dalam keadaan takut kepada bayang-bayang orang lain. Sampai bila kita nak begini? Felda Selasih ada 158 buah rumah peneroka. 50 daripadanya adalah rumah orang PAS. Kita ramai tapi pakat takut nak tunjuk siapa diri kita sebenar. Sekarang adalah masa yang paling sesuai untuk kita tubuh cawangan dan letak satu asas kepada perjuangan PAS di felda ni.”

Begitulah antara isi hati yang dizahirkan oleh sebahagian peneroka Felda Selasih dalam program pertemuan antara Jawatankuasa Majlis Tindakan Dun Jabi dengan peneroka Felda Selasih, Jabi semalam 9 November 2015.

“Lama doh hantu duk usik kita. Kita pun takut walaupun kita tak pernah tengok mana hantu tu. Jadi tak cerdik duk takut ko hantu.” Kata seorang lagi pemuda dengan berkias.

“Dalam pertemuan pertama kira-kira seminggu lepas, berita pertemuan tu kita masukkan dalam media dan akhbar. Ada tak apa-apa tindakan dari Umno?” Tanya saya sambil bergurau.

“Tak ada apa-apa tindakan pun. Senyap sunyi je. Adalah dengar jauh-jauh orang duduk bercakap hujung telinga.” Jawab seorang lagi pemuda anak peneroka Felda Selasih.

Itulah sedikit senario dialog yang saya gambarkan berlaku dalam pertemuan semalam. Ianya cukup memberikan satu gambaran bagaimana peneroka Felda Selasih yang merupakan Felda bongsu dalam negeri Terengganu sudah berjaya melepasi satu tahap penting dalam cara berfikir mereka. Tahap pemikiran yang selama ini dibelengu oleh momokan dan bayang-bayang Umno.

Lantaran kerana bayang-bayang yang sentiasa menghantui inilah, maka semenjak dari kewujudan Felda Selasih sekitar tahun 1982, pengundi felda ini sentiasa menjadi simpanan tetap kepada Umno/BN di Dun Jabi. Kita menyedari betapa kebalnya Umno berkubu di sini.

Berkali-kali cubaan kita untuk memecahkan kubu ini tak berhasil. Program Kembara Oren Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda pada tahun 2012 dihalang dengan kekerasan dari masuk ke Felda walau sekadar untuk singgah solat asar. Nak sewa gelanggang futsal di felda untuk anak-anak muda nak buat kejohanan futsal pun pernah dibatalkan tempahannya bila mengetahui bahawa ianya program pemuda PAS.

Dizaman PAS memerintah Terengganu pada 1999, saya pernah dihalang dari menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Felda. Sakit demam masyakat felda hanya dapat kita santuni secara senyap-senyap. Kita jumpa penggerak-penggerak felda di luar dari kawasan felda. Jumpa dengan anak-anak felda yang merantau jauh dari kampung halaman. Mereka adalah anak-anak yang berfikiran terbuka walaupun orang tua mereka di felda masih kukuh dengan parti keris.

Generasi baru anak-anak Felda Selasih ini menghadirkan momentum baru dalam perjuangan PAS di Jabi. Hasilnya semalam, buat pertama kali semenjak wujudnya Felda Selasih di atas muka bumi Malaysia, Jawatankuasa Penaja PAS Cawangan Felda Selasih berjaya dibentuk. Pembentukan ini adalah dengan kehendak dan kesungguhan masyarakat felda sendiri. Pimpinan Majlis Tindakan DUN Jabi membantu untuk merealisasikan hasrat mereka.

Ini adalah kejayaan besar kedua perjuangan PAS di felda ini khususnya serta di DUN Jabi amnya setelah kira-kira seminggu sebelum ini, Pertubuhan Generasi Warisan Kebangsaan (GENERASI), sebuah NGO yang menghimpunkan anak-anak peneroka felda berjaya diletakkan asas pembentukannya di Felda Selasih.

Dua kejayaan berturut-turut ini sangat kita syukuri dan disambut dengan penuh rasa rendah diri serta dipohon keampunan kepada Allah atas segala kekurangan kita memikul amanah perjuangan ini.

Lembaran baru ini akan dicorakkan dan diukir sebaiknya dengan acuan Islam dan dasar parti.

Perhatian khusus akan diberikan oleh pihak Majlis Tindakan DUN Jabi kepada cawangan bongsu ini demi kelangsungan pergerakannya.

***Penulis ialah Pengarah Majlis Tindakan DUN Jabi.

Sumber BO - 10-11-2015


GENERASI Bertapak Di Felda Selasih

SETIU – ‘Kubu kuat’ Felda Selasih yang selama ini menjadi simpanan tetap Umno dan Barisan Nasional (BN) pada setiap kali pilihan raya umum berjaya ‘dipecahkan’ semalam, dengan penubuhan NGO GENERASI.

Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Jabi, Dr Azman Ibrahim berkata, lembaran baru bagi sejarah perjuangan komuniti Felda telah terukir dengan penubuhan NGO tersebut.

“Setelah bebarapa kali dalam tempoh yang agak lama cubaan kita untuk mengadakan program secara agak terbuka di Felda ini (tetapi) seringkali terhalang,



“maka pada malam ni kita buka satu buku baru dan meletakkan satu asas sejarah kepada perjuangan masyarakat Felda,”ujarnya ketika berucap pada pembukaan majlis tersebut.

Menurutnya, program sulung itu berjaya menghimpunkan jumlah yang memberansangkan, kira-kira 40 orang peserta di kalangan peneroka dan anak-anak generasi kedua Felda Selasih.

Beliau mengucapkan tahniah dan syabas terutamanya kepada anak-anak muda Felda yang berani.
“Penghargaan kepada masyarakat Felda yang telah berjaya mengenepikan rasa takut kepada ugutan dan tekanan pengurusan Felda yang didokongi Umno,

“untuk membuka pintu kepada NGO GENERASI yang berperanan sebagai kuasa ketiga dalam perjuangan menuntut hak peneroka dan anak-anak generasi peneroka,”jelasnya.

Taklimat berkaitan NGO GENERASI telah disampaikan oleh Pengerusi Hal Ehwal Felda PAS Pusat, Naraza Muda.



Naraza menegaskan, penubuhan NGO tersebut bukan untuk mencari musuh atau berbalah dengan mana-mana pihak, tetapi untuk melonjakkan suara anak-anak Felda.

“NGO GENERASI bukannya nak berbalah atau mewujudkan masalah dengan pengurusan Felda, tetapi GENERASI berperanan untuk membawa suara peneroka dan anak-anak Felda
“dalam memperjuangkan hak yang telah ditentukan oleh peraturan dan undang-undang.”ujarnya.
Katanya, isu perumahan untuk generasi kedua Felda adalah antara isu besar yang menjadi teras perjuangan GENERASI.

Tetamu khas dalam program tersebut yang turut menyampaikan ucapan ialahPengeserusi Lujnah Pengerusi Lujnah Tanah, Peneroka Bandar dan Hal Ehwal Orang Asal PAS Terengganu, YB Dr Alias Razak.

Tapak asas penubuhan NGO Generasi Felda Selasih telah berjaya diletakkan dengan pelantikan anak jati Felda Selasih, Zulkifli Zakaria sebagai Pengerusi GENERASI di Felda itu.

Beliau yang ditemui selepas program berjanji akan melakukan yang terbaik sekadar yang terdaya bagi menjayakan tujuan penubuhan GENERASI.

Sumber BO - 4-11-2015



































































Kejayaan pertama Generasi, tangguh roboh rumah FRISB

ROSLAN MD ESA | .




ALHAMDULILLAH selepas membawa isu notis perobohan rumah bekas kakitangan Felda Rubber Industries Sendirian Berhad (FRISB) ke Parlimen semalam (27 Oktober) dan sehari sebelumnya mengadakan perbincangan bersama jawatankuasa penduduk, maka kami mendapat khabar gembira bahawa perobohan ditangguhkan.

1. Perobohan pertama yang dijadualkan hari ini (28 Oktober) dimaklumkan kepada kami oleh jawatankuasa penduduk akan ditangguhkan.

2. Kami NGO Generasi amat berterima kasih kepada semua pihak khasnya Ahli-ahli Parlimen PAS yang disertai Ustaz Idris Ahmad, Ustaz Nasrudin Hassan, Datuk Takiyudin Hassan, Ustaz Ahmad Marzuk Shaary, Ustaz Datuk Dr Khairudin Aman Razali, Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz serta Dr Che Rosli Che Mat yang bersama-sama kami menyambut kedatangan penduduk perumahan FRISB di Parlimen, semalam.

3. Kesudian mereka menerima dan membawa memorandum kami ke sidang Dewan Rakyat dalam perbahasan Belanjawan 2016 oleh Ustaz Idris Ahmad petang semalam amatlah kami hargai.

4. Kejayaan ini bukanlah penutup kepada usaha kami membela 30 penduduk yang terbabit dengan tindakan perobohan bagi membina Rumah Generasi Kedua Felda di Lurah Bilut itu.

5. Sebaliknya ia satu titik mula kepada NGO Generasi untuk terus membawa isu memperjuang nasib 30 penduduk terbabit untuk mendapatkan rumah sekiranya kelak rumah tersebut dirobohkan kerana kami dan penduduk tidak pernah menolak pembangunan khasnya untuk pembinaan rumah generasi kedua Felda.

6. Kami sendiri sebelum ini berulang kali mendesak kerajaan khasnya Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad mengotakan janji dengan menyiapkan projek perumahan kedua Felda dan memberi peluang kepada anak generasi Felda mendapatkan rumah tersebut tanpa mengambil sikap 'pilih bulu' atau kronisme.

7. Pada hemat NGO Generasi kesemua 30 penduduk perumahan FRISB Lurah Bilut berhak mendapatkan jaminan memiliki rumah PGBF kerana mereka juga anak peneroka Felda yang telah berkhidmat kepada Felda khasnya FRISB di Felda Lurah Bilut yang merupakan Felda pertama di Malaysia dan di dunia.

8. Alhamdulillah kami berterima kasih kepada semua pihak termasuk Pengerusi Lajnah Tanah Peneroka Bandar Dan Orang Asal PAS Pusat, Haji Razman Zakaria yang banyak membantu malah turun padang bagi memperjuangkan nasib penduduk terbabit.

9. Kami juga mengucapkan terima kasih kepada akhbar Harakah yang memberi luputan khas kepada isu ini dan akan terus memastikan isu-isu penindasan ke atas masyarakat Felda, generasi, warisan diteruskan.

10. Terima kasih tidak terhingga kepada penduduk khasnya kaum-kaum ibu yang cukup lantang dan berani menyuarakan hak mereka sebagai anak warisan Felda.

Moga perjuangan ini mendapat redha Allah.

MEMANGKIN IMPIAN GENERASI

Penulis ialah Presiden Generasi - HARAKAHDAILY 28/10/2015

Sumber HD - 28-10-2015



































































Harga rumah: Adakah anak peneroka Felda dibohongi?

NARAZA MUDA | .


PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan gah mengumumkan harga baharu rumah untuk generasi kedua Felda yang boleh dibeli dengan harga antara RM60,000 hingga RM70,000 seunit.

Najib berkata sebelum ini di bawah Program Perumahan Generasi Kedua Felda (PGBF), beliau telah mengumumkan penurunan harga rumah dari RM120,000 kepada RM90,000 untuk pembinaan kira-kira 20,000 unit rumah untuk generasi kedua peneroka.

“Pada masa akan datang, kita akan bina lebih banyak rumah dalam lingkungan RM60,000 ke RM70,000, kita kurangkan sedikit bahan dan reka bentuk daripada 1,100 kaki persegi kepada 850 kaki persegi, yang mustahak rumah mampu disewa dan dibeli generasi kedua Felda,” katanya ketika berucap merasmikan majlis sambutan Hari Peneroka Felda peringkat Kebangsaan 2015 bertema “Mensyukuri Nikmat” di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak.

Ucapan ini turut disiarkan oleh hampir semua akhbar arus perdana dan Bernama. Beliau juga pernah mengumunkan penurunan harga PGBF ini ketika saat akhir tempoh berkempen PRK Rompin apabila menyedari sokongan anak muda generasi baharu Felda mula kendur.

Berdasarkan semakan dalam buku laporan Dasar-dasar Felda 2010 dengan jelas apa yang diucapkan Perdana Menteri itu satu pembohongan besar.

Menurut catatan laporan ini, projek perumahan ini kenali Program Perumahan Warga Felda (PWF) kini ditukar Program Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) menggariskan konsep dan dasar, objektif penubuhan PWF, pembiayaan projek, komponen dan spesifikasi rumah serta pembiayaan bagi pembelian rumah.

Harga yang telah didasarkan bagi rumah kos rendah (3 bilik) hanyalah antara RM35,000/RM45,000 manakala rumah kos sederhana rendah (3 bilik) berharga RM60,000/RM75,000.

Berdasarkan laporan ini, dengan jelas Felda telah manipulasikan harga rumah ini sebelum diumumkan penurunannya semasa kempen PRK Rompin bagi menjaga undi warga Felda di 14 tanah rancangan di kawasan PRK ini.

Sebelum ini Felda menetapkan harga sekitar RM120,000/RM125,000 seunit bagi program PGBF dan menimbulkan keluh resah anak peneroka Felda untuk memilikinya.

Perbezaan harga yang sangat ketara sehingga mencecah RM50,000 seunit adalah sangat mengejutkan. Jika keluasan asal 780 kps (rujuk keluasan cadangan) dibesarkan sedikit kepada 1,100 kps (keluasan yang sedang dibina) dan kenaikan harga bahan binaan sebelum GST, masih tidak munasabah.

Kaedah kelayakan pembeli juga menimbulkan masalah besar kepada anak peneroka Felda apabila mereka tidak layak mendapat pinjaman kerajaan dan juga institusi kewangan seperti bank.

Pengerusi Felda sebelum ini pernah mengumumkan penangguhan PGBF kerana ingin mengenal pasti kaedah penjualan unit kepada anak peneroka generasi 2&3 Felda.

Sekali lagi anak peneroka Felda dibohongi, setelah disemak dalam buku laporan Dasar-dasar Felda 2010, dengan jelas Felda telah menggariskan kaedah pembelian rumah.

Dalam laporan ini, tiga kaedah dinyatakan dengan jelas:

a) Pembelian Secara Tunai

b) Pinjaman Perumahan

c) Pembelian Secara Sewa Beli.

Persoalan kenapa baru sekarang 2015 Perdana Menteri menyebut diperkenalkan kaedah sewa beli?

Apa yang lebih malang dan menyedihkan projek PGBF ini banyak yang terbengkalai. Tidak semua 8,570 unit daripada 20,000 unit dengan peruntukan RM1.4 billion berjalan mengikut jadual.

Bermacam masalah yang pihak kami dimaklumkan dan ada yang sudah kami dedahkan beberapa projek sakit terutama di Pahang.

Walaupun Pengerusi Felda telah berjanji untuk memastikan Felda menyiapkan 20,000 unit buah rumah PGBF menjelang 2018 seperti dalam ucapan beliau dalam satu Majlis di Tanjung Malim pada 6 Oktober 2015 baru-baru ini, kami masih sangsi. - HARAKAHDAILY 21/10/2015

Penulis ialah Pengerusi Hal Ehwal Felda PAS Pusat.

Sumber HD - 21-10-2015


Harga Rumah Generasi Kedua; Najib Terus Tipu Warga Felda

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan gah mengumumkan harga baharu rumah untuk generasi kedua Felda yang boleh dibeli dengan harga antara RM60,000 hingga RM70,000 seunit.

Najib berkata sebelum ini di bawah Program Perumahan Generasi Kedua Felda, beliau telah mengumumkan penurunan harga rumah dari RM120,000 kepada RM90,000 untuk pembinaan kira-kira 20,000 unit rumah untuk generasi kedua peneroka.



“Pada masa akan datang, kita akan bina lebih banyak rumah dalam lingkungan RM60,000 ke RM70,000, kita kurangkan sedikit bahan dan reka bentuk daripada 1,100 kaki persegi kepada 850 kaki persegi, yang mustahak rumah mampu disewa dan dibeli generasi kedua Felda,” katanya ketika berucap merasmikan majlis sambutan Hari Peneroka Felda peringkat Kebangsaan 2015 bertema “Mensyukuri Nikmat” di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak.

Ucapan ini turut di siarkan oleh hampir semua akhbar arus perdana dan Bernama. Beliau juga pernah mengumunkan penurunan harga PGBF ini ketika saat akhir tempoh berkempen PRK Rompin apabila menyedari sokongan anak muda generasi baharu Felda mula kendur.

Berdasarkan semakan dalam buku laporan Dasar-dasar Felda 2010 dengan jelas apa yang diucapkan Perdana Menteri itu satu pembohongan besar.

Menurut catatan laporan ini, Projek perumahan ini kenali ‘ Program Perumahan Warga Felda ( PWF ) kini ditukar Program Perumahan Generasi Baharu Felda ( PGBF ) mengariskan konsep dan dasar, objektif penubuhan PWF, pembiayaan Projek, kompenan dan spesifikasi rumah serta pembiayaan bagi pembelian rumah.

Harga yang telah didasarkan bagi rumah Kos Rendah ( 3 bilik ) hanyalah antara RM35,000/RM45,000 manakala Rumah Kos Sederhana Rendah (3 bilik) berharga RM60,000/RM75,000.



Berdasarkan laporan ini, dengan jelas Felda telah manipulasikan harga rumah ini sebelum diumumkan penurunannya semasa kempen PRK Rompin bagi menjaga undi warga Felda di 14 tanah rancangan di kawasan PRK ini.

Sebelum ini Felda menetapkan harga sekitar RM120,000/ RM125,000 seunit bagi program PGBF dan menimbulkan keluh resah anak peneroka Felda untuk memilikinya.

Perbezaan harga yang sangat ketara sehingga mencecah RM50,000 seunit adalah sangat mengejutkan. Jika keluasan asal 780kps ( rujuk keluasan cadangan) dibesarkan sedikit kepada 1100kps (keluasan yang sedang dibina ) dan kenaikan harga bahan binaan sebelum GST, masih tidak munasabah.

Kaedah kelayakan pembeli juga menimbulkan masalah besar kepada anak peneroka felda apabila mereka tidak layak mendapat pinjaman kerajaan dan juga institusi kewangan seperti bank.
Pengerusi Felda sebelum ini pernah mengumumkan penangguhan PGBF kerana ingin mengenal pasti kaedah penjualan unit kepada anak peneroka generasi 2&3 Felda.

Sekali lagi anak peneroka Felda dibohongi, setelah disemak dalam buku laporan Dasar-dasar Felda 2010, dengan jelas Felda telah mengariskan kaedah pembelian rumah.



Dalam laporan ini, tiga kaedah dinyatakan dengan jelas:
a ) Pembelian Secara Tunai
b) Pinjaman Perumahan
c) Pembelian Secara Sewa Beli.

Persoalan kenapa baru sekarang 2015 Perdana Menteri menyebut diperkenalkan kaedah sewa beli?
Apa yang lebih malang dan menyedihkan projek PGBF ini banyak yang terbengkalai. Tidak semua 8570 unit daripada 20,000 unit dengan peruntukan RM1.4 billion berjalan mengikut jadual.

Bermacam masalah yang pihak kami dimaklumkan dan ada yang sudah kami dedahkan beberapa projek sakit terutama di Pahang.

Walaupun Pengerusi Felda telah berjanji untuk memastikan Felda menyiapkan 20,000 unit buah rumah PGBF menjelang 2018 seperti dalam ucapan beliau dalam satu Majlis di Tanjung Malim pada 06 Oktober 2015 baru-baru ini, Kami masih sangsi.

NARAZA MUDA
Pengerusi Hal Ehwal Felda PAS Pusat
21 Oktober 2015 / 08 Muharam 1437

Sumber BO - 21-10-2015



































































Kenaikan tol: BN seksa rakyat

USTAZ ROSLAN MD ESA | .


PENGUMUMAN kenaikan kadar tol oleh beberapa konsesi lebuhraya utama di negara ini berkuatkuasa 15 Oktober merupakan satu lagi langkah kerajaan Umno-BN pimpinan Daukt Seri Najib Razak menyeksa rakyat pasca kenaikan harga minyak.

Pengumuman tersebut adalah sangat mendukacitakan memandangkan sambutan tahun Hijrah Awal Muharram pada 14 Oktober dihiasi dengan kenaikan kadar tol pada keesokan harinya.

Usai Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, Najib berjanji tidak akan membenarkan sebarang kenaikan harga minyak dan tol memandangkan kononnya beliau memahami rintihan rakyat, Najib bangga berslogan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan tetapi sebaliknya rakyat berdepan dengan tekanan hasil kenaikan kos hidup yang melampau.

Namun segala janji itu akhirnya dicapati bukan ditepati, rakyat kebanyakan masih dan akan terus dibebankan dengan pelbagai kenaikan berantai.

Kerajaan pada 12 Oktober mengumumkan kenaikan kadar tol di Akleh, Guthrie, Karak, Latar, Smart Tunnel dan Maju Expressway.

Kenaikan antaranya di Karak (Bentong dan Gombak) masing masing antara RM3.50 dan 6.00 daripada asal RM3 dan RM5.

Kenaikan ini memangsakan pengguna lebuh raya yang sentiasa menggunakan kemudahan lebuh raya untuk memudahkan perjalanan walaupun pada masa yang sama mutakhir ini lebuh raya kerap berlakunya kesesakan luar biasa.

Bagi kami NGO Generasi, tindakan ini sebenarnya menzalimi rakyat malah tidak salah untuk disifatkan satu tindakan yang sengaja membangsatkan rakyat khususnya kaum Melayu yang rata-ratanya berpendapatan rendah.

Dimanakah letaknya slogan membela Agama, Bangsa dan Negara? Yang jelas kelihatan Agama tidak dituruti, Bangsa dibangsatkan dan Negara diKorbankan.

Dalam isu kenaikan kadar tol ini, NGO Generasi sekali lagi mengingatkan kerajaan untuk mengkaji semula setiap perjanjian yang dibuat bersama konsesi iaitu sejak dahulu dilihat hanya menguntungkan syarikat konsesi dan memangsakan rakyat.

Keuntungan yang dijana konsesi sejak bertahun lamanya tidak pernah dikongsi bersama rakyat atau pengguna dalam apa juga bentuk, sebaliknya kini kenaikan diumumkan kononnya kerana ia termaktub dalam perjanjian konsesi.

Rakyat yang berdepan dengan kenaikan ini pastinya akan sekali lagi terpaksa mengira semula belanjawan daripada pendapatan mereka yang semakin mengecil akibat kejatuhan Nilai RM.

Selain itu kami melihat kenaikan ini berlaku di kawasan bandar dan lebuh raya yang menghubungkan antara bandar ke bandar lain.

Kenaikan yang dimaksudkan berlaku di Akleh, Maju Expressway, Smart Tunnel yang masing-masing di kawasan bandar.

Maka pastinya anak-anak muda dan pekerja di Kuala Lumpur akan terkesan dengan kenaikan ini, selain kenaikan berantai harga barangan selepas ini akibat kesan kenaikan kos pengangkutan kalangan pemborong peniaga dan pengusaha yang pastinya menggunakan lebuh raya ini bagi mengangkut barangan perniagaan mereka.

Nah di sinilah perlunya kita semua anak generasi bangsa tanpa mengira kaum bangkit menentang kezaliman sang pemerintah ini.

Kita menuntut kenaikan ini dibatalkan dan kerajaan mengkaji semula perjanjian konsesi yang berat sebelah agar akhirnya nanti manfaat akan dirasai oleh rakyat.

Sudah cukup kerajaan membohongi rakyat dengan alasan kononnya kenaikan kerana mahu membangunkan negara dengan hasil yang dikutip, sebaliknya kembalikan hak rakyat yang diberi kesemuanya kepada konsesi sebelum ini.

Hak itu adalah hak untuk mendapat kemudahan jalan raya yang sempurna selepas rakyat membayar cukai GST dan pelbagai cukai lain yang dikatakan kerajaan demi pembangunan dan kemudahan untuk rakyat.

Mengambil semangat Awal Muharram peralihan tahun Hijrah maka NGO Generasi mengajak seluruh anak Malaysia menolak kerajaan Umno-BN yang telah lama menzalimi rakyat.

Ayuh generasiku bangkit lawan kezaliman! – HARAKAHDAILY 14/10/2015

Penulis ialah Presiden NGO Generasi

Sumber HD - 14-10-2015


Felda Perlu Selesaikan Segera Projek Perumahan Generasi Baharu Yang Terbengkalai

Oleh : Naraza Muda

Sekali lagi pihak Hal Ehwal Felda Pas Pusat ( HEFPP ) mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Felda Tan Sri Isa Abdul Samad kerana memberi respon segera terhadap desakan NGO GENERASI yang banyak membangkitkan permasalahan perumahan generasi 2 & 3 Felda yang sangat mendesak.

Pengerusi Felda mengulangi janjinya untuk memastikan Felda menyiapkan 20,000 unit buah rumah untuk generasi 2&3 Felda menjelang 2018 dalam satu majlis di Tanjung Malim pada 06 Oktober 2015 lalu.

Projek Perumahan Baharu Generasi Felda PGBF dimulakan pada tahun 2012 dengan peruntukan RM1.4 billion, dan sehingga kini 8570 unit dalam proses pembinaan dan sebahagian kecil sudah siap dibina di seluruh negara.

Namun apa yang mendukacitakan warga generasi Felda, banyak projek ini menghadapi masalah sehingga menimbulkan kebimbangan dan keserangsian apakah peserta dan pemohon dapat menduduki rumah ini mengikut tempoh yang dijanjikan.

Ada beberapa projek yang sudah siap tetapi tidak dapat dijual kerana perbagai masalah teknikal seperti status tanah dan kelayakan pemohon itu sendiri. Sebagai contoh PGBF di Felda Padang Piol Jerantut, sudah siap sepenuhnya tetapi masih tidak dapat diagihkan.

Apa yang mengejutkan pihak kami, Felda terpaksa membuat pinjaman baharu RM300 juta melalui bank perdagangan untuk selesaikan 7 Projek PGBF yang dikategorikan ‘sakit ‘.

Pihak kami telah mengenal pasti 7 projek PGBF sakit ini iaitu, Felda Bukit Sagu, Felda Sungai Retang, Felda Jengka 12, Felda Jengka 6, Felda Bukit Tajau, Felda Kg Awah dan Felda Chini 3, semuanya di Pahang.

Pahang di antara negeri yang paling banyak mendapat projek PGBF, sekitar 4000 unit buah diperuntukan dan telah dilaksanakan tetapi masih di tahap 50 peratus pelaksanaan dan ada yang terbengkalai di peringkat awal penyediaan tapak lagi.

Di Terengganu pihak kami mengesan 5 projek perumahan PGBF dan sentuhan kasih. Malangnya tiada satupun projek ini siap sehingga oktober 2015. Lebih malang ada projek ini hanya dilihat umpan piliharaya sahaja. Di Felda Bukit Bading 98 unit disebut akan dibina dan sudah siap pelancaran pecah tanah oleh Y.A.B Menteri Besar Terengganu pada 2012, apa yang menyedihkan hanya semak samun penganti unit rumah .

Justeru itu pihak kami mengharapkan Felda melaksanakan dan menyelesaikan dahulu semua projek PGBF ini sebelum memberi jaminan akan menyiapkan kesemua 20,000 unit menjelang 2018.

Hal Ehwal Felda Pas merasakan adalah tidak wajar satu keperluan warga generasi Felda ini dijadikan umpan dan bahan ugutan untuk kepentingan politik sempit. Kami bersetuju dengan penyediaan peruntukan RM1.4 billion untuk 20,000 unit rumah, tetapi kami tidak sekali-kali bersetuju sebarang penyelewengan berlaku.

Kami sudah menubuhkan Jawatankuasa untuk memantau semua projek perumahan ini di kawasan Felda seluruh negara bagi memastikan setiap projek ini dilaksanakan dengan telus oleh pihak yang dipertanggungjawabkan.

*** NARAZA MUDA ialah anak jati Felda Jerangau yang juga Pengerusi Hal Ehwal Felda Pas Pusat
13 Oktober 2015

Sumber BO - 13-10-2015



































































Felda perlu selesai segera projek PGBF terbengkalai

NARAZA MUDA | .


SEKALI lagi pihak Hal Ehwal Felda PAS Pusat mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Felda Tan Sri Isa Abdul Samad kerana memberi respons segera terhadap desakan NGO Generasi yang banyak membangkitkan permasalahan perumahan generasi kedua dan ketiga Felda yang sangat mendesak.

Pengerusi Felda mengulangi janjinya untuk memastikan Felda menyiapkan 20,000 unit buah rumah untuk generasi kedua dan ketiga Felda menjelang 2018 dalam satu majlis di Tanjung Malim pada 6 Oktober 2015 lalu.

Projek Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) dimulakan pada tahun 2012 dengan peruntukan RM1.4 billion, dan sehingga kini 8,570 unit dalam proses pembinaan dan sebahagian kecil sudah siap dibina di seluruh negara.

Namun apa yang mendukacitakan warga generasi Felda, banyak projek ini menghadapi masalah sehingga menimbulkan kebimbangan dan kesangsian apakah peserta dan pemohon dapat menduduki rumah ini mengikut tempoh yang dijanjikan.

Ada beberapa projek yang sudah siap tetapi tidak dapat dijual kerana perbagai masalah teknikal seperti status tanah dan kelayakan pemohon itu sendiri. Sebagai contoh PGBF di Felda Padang Piol, Jerantut sudah siap sepenuhnya tetapi masih tidak dapat diagihkan.

Apa yang mengejutkan pihak kami, Felda terpaksa membuat pinjaman baharu RM300 juta melalui bank perdagangan untuk selesaikan 7 projek PGBF yang dikategorikan 'sakit'.

Pihak kami telah mengenal pasti 7 projek PGBF sakit ini iaitu, Felda Bukit Sagu, Felda Sungai Retang, Felda Jengka 12, Felda Jengka 6, Felda Bukit Tajau, Felda Kg Awah dan Felda Chini 3, semuanya di Pahang.

Pahang di antara negeri yang paling banyak mendapat projek PGBF, sekitar 4,000 unit buah diperuntukkan dan telah dilaksanakan tetapi masih di tahap 50 peratus pelaksanaan dan ada yang terbengkalai di peringkat awal penyediaan tapak lagi.

Di Terengganu, pihak kami mengesan 5 projek perumahan PGBF dan sentuhan kasih. Malangnya tiada satupun projek ini siap sehingga Oktober 2015. Lebih malang ada projek ini hanya dilihat umpan pilihan raya sahaja.

Di Felda Bukit Bading 98 unit disebut akan dibina dan sudah siap pelancaran pecah tanah oleh Menteri Besar Terengganu pada 2012, apa yang menyedihkan hanya semak samun pengganti unit rumah.

Justeru itu, pihak kami mengharapkan Felda melaksanakan dan menyelesaikan dahulu semua projek PGBF ini sebelum memberi jaminan akan menyiapkan kesemua 20,000 unit menjelang 2018.

Hal Ehwal Felda PAS merasakan adalah tidak wajar satu keperluan warga generasi Felda ini dijadikan umpan dan bahan ugutan untuk kepentingan politik sempit.

Kami bersetuju dengan penyediaan peruntukan RM1.4 billion untuk 20,000 unit rumah tetapi kami tidak sekali-kali bersetuju sebarang penyelewengan berlaku.

Kami sudah menubuhkan Jawatankuasa untuk memantau semua projek perumahan ini di kawasan Felda seluruh negara bagi memastikan setiap projek ini dilaksanakan dengan telus oleh pihak yang dipertanggungjawabkan. - HARAKAHDAILY 13/10/2015

Penulis ialah Pengerusi Hal Ehwal Felda PAS.

Sumber HD - 13-10-2015


Jualan Twin Rivers Technologies TRT – ETGO ; Lain Ditanya, Lain Dijawab

Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak FGV kerana telah memberi penjelasan segera mengenai apa yang telah saya timbulkan berkait isu syarikat penghancur dan penapisan bijirin, Twin Rivers Technologies TRT – ETGO dengan harga yang mencurigakan.

2. Penjelasan yang diberikan sepertimana disiarkan oleh akbar KOSMO bertarikh 08 Oktober 2015, tidak langsung menyentuh isu pokok yang ditimbulkan, sebaliknya pihak FGV mendakwa laporan diputarbelikan oleh akbar pembangkang bagi memberi gambaran salah kepada pembaca.

3. Kami sebelum ini dengan jelas meminta pihak kerajaan memberi penjelasan penjualan aset FGV ini di kanada, kenapa harga yang jual lebih rendah seperti dilaporkan oleh Bloomberg, menurut satu laporan yang keluarkan Julai lalu, urusniaga ini bakal memberi pulangan RM1 billion kepada FGV. Menurut laporan ini lagi, bidaan daripada 5 syarikat pembida antarabangsa bernilai AS$180 juta ( RM686 juta ) hingga AS$250 juta ( RM953 juta ).

4. Merujuk kepada laporan bebera akhbar tempatan bulan ogos lalu dan juga Majalah Aspirasi Glokal terbitan Felda memaklumkan TRT-ETGO telah dijual kepada Viterre Inc. dengan nilai RM608.2 juta dan disahkan oleh Presiden dan Ketua pegawai eksekutif kumpulan, Datuk Mohd Emir Mavani.

5. Kami merasakan persoalan yang kami timbulkan cukup mudah untuk difahami dan tiada unsur putarbelit seperti yang didakwa.

6. Kami juga bersedia jika diundang oleh pihak FGV untuk mendengar penjelasan secara tertutup bagi mengelakkan perkara ini dipolimikan.

Sekian Terima Kasih

NARAZA MUDA
Pengerusi Hal Ehwal Felda Pas Pusat
08 Oktober 2015

Sumber BO - 8-10-2015



































































NGO Generasi wadah baru perjuangan isu tanah, warisan

NUR HASMIRA MOHAMAD | .


KUALA LUMPUR : Berpaksikan istiqamah dalam perjuangan, Generasi menjadi pemangkin baru memperjuangkan isu tanah yang bukan sahaja melibatkan tanah Felda bahkan cangkuman isu yang bakal diperjuangkan meluas yang turut melibatkan isu tanah-tanah adat, agensi kerajaan berkaitan tanah dan warisan beserta isu-isu semasa membabitkan warisan.

Menyifatkan Generasi telah membuat inspirasi yang lebih besar, Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat, Ustaz Dr Riduan Mohamad Nor berkata Generasi dilahirkan daripada tokoh-tokoh berpendidikan tinggi dan berpengalaman luas dalam isu-isu tanah Felda.

"Dalam NGO Generasi ini saya lihat penggerak-pengeraknya (Exconya) adalah yang berpendidikan seperti Ustaz Roslan Md Esa anak Peneroka Felda Jengka, Naraza Muda, Wan Nordin Wan Yaakob yang merupakan anak Felda Palong Negeri Sembilan, Ustaz Mohamad Ibrahim, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi (Felda Jengka), dan ramai lagi aktivis-aktivis seperti ini yang aktif dalam mengerakkan NGO," kata beliau semasa dihubungi Harakah 5 Oktober lalu.

Tambah beliau lagi, pimpinan di dalam Generasi ini sudah lama "sebati" dengan perjuangan mempertahankan hak-hak tanah anak-anak Felda di mana gabungan daripada pengetahuan dan misi perjuangan yang sama akan menguatkan lagi suara hak rakyat yang tertindas untuk diperjuangkan bersama.

"Jadi dengan kompetensi yang ada ini, penggerak-pengerak Generasi ini saya rasa dan saya ada membuat satu unjuran bahawasanya mereka akan melonjak bergerak lebih jauh dan lebih baik daripada prestasi yang dibawa ANAK sendiri," jelasnya lagi ketika dihubungi Harakah pada 5 Oktober lalu.

Beliau turut membangkitkan kegagalan pengurusan Felda sendiri di mana ramai kalangan anak-anak Felda tercicir dan terlibat dengan banyak gejala sosial seperti dadah, zina, anak luar nikah, bohsia dan sebagainya.

Selain itu, menurutnya lagi pihak pengurusan Felda juga gagal menguruskan kediaman generasi kedua sebagaimana pernah dijanjikan semasa kempen pilihan raya lalu.

Pertubuhan bukan kerajaan itu bukan sahaja memberi harapan baru bahkan katanya lagi ia semestinya harus disokong sepenuhnya oleh rakyat khususnya para peneroka yang sudah lama ditindas kerana Generasi berperanan luas dalam isu berbangkit yang melibatkan tanah pemilikan dan penerokaan baik bandar mahupun kampung.

"Mereka berpotensi untuk maju ke hadapan. Latar belakang tokoh yang menggerakkan Generasi ini adalah terdiri daripada mereka yang hebat,." katanya yang juga Pengarah Penerangan NGO Muslim Care Malaysia.

Beliau mengharapkan agar pertubuhan Generasi akan melakukan gerak gempur bukan sahaja di kawasan Felda bahkan juga di kawasan kampung dan bandar yang menjadi kubu kuat Umno-BN. HARAKAHDAILY 6/10/2015

Sumber HD - 6-10-2015

Sokong Tuntutan Penjelasan Penjualan Anak Syarikat FGV

Sejak 26 Ogos lalu, telah tersiar laporan berita bahawa Felda Global Ventures Holding Berhad (FGVHB) telah pun memeterai perjanjian dengan Vilterra Inc. untuk melupuskan 100% sahamnya di dalam Twin River Technologies-ETGO (TRT-ETGO) yang beroperasi di Quebec, Kanada dengan nilai C$190 juta (RM608.2 juta).



2. Sedangkan pada 11 Ogos, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Mohd. Emir Mavani mengesahkan bahawa perbincangan dengan lima (5) syarikat antarabangsa yang menunjukkan minat untuk membida TRT-ETGO masih berjalan.

3. Bloomberg juga telah melaporkan bahawa FGV berupaya untuk memperoleh sehingga RM1 bilion hasil melupuskan perniagaan penghancuran dan penapisan (crushing and refining) di Amerika Syarikat dan Kanada yang menarik bidaan antara AS$180 juta (RM686 juta) hingga AS$250 juta (RM953 juta) selain RM300 juta untuk tiga (3) anak syarikatnya yang lain iaitu Felda Travel, Felda Prodata dan Felda Engineering.



4. Saya menuntut agar Kerajaan Malaysia atau melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) segera menjelaskan justifikasi yang diperkirakan sehingga perjanjian ini ditermeterai sedangkan wujud bidaan yang lebih tinggi nilainya mencecah RM953 juta. Mengapa tidak memilih untuk memeterai perjanjian dengan syarikat yang membida dengan nilai yang lebih tinggi daripada Vilterra Inc. bagi menyempurnakan rancangan menggunakan 50% daripada jumlah hasil jualan itu untuk membayar balik pinjaman, 45% untuk keperluan modal kerja dan 5% untuk anggaran perbelanjaan bagi penjualan itu?

5. Saya juga bersetuju dan menyokong usaha pihak Hal Ehwal Felda PAS Pusat untuk membawa kes ini kepada pihak SPRM sekiranya MITI gagal menjelaskan keraguan yang ditimbulkan berhubung transaksi jual-beli ini.

Sekian.

“Beristiqamah Hingga Kemenangan”
DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Isnin, 5 Oct 2015 | 21 Zulhijjah 1436 H

Sumber BO - 5-10-2015


PAS tuntut penjelasan penjualan TRT-ETGO





































































HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: PAS menuntut penjelasan daripada kerajaan berkenaan penjelasan penjualan TRT-ETGO, demikian tegas Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali dalam suatu kenyataan medianya.

“Sejak 26 Ogos lalu, telah tersiar laporan berita bahawa Felda Global Ventures Holding Berhad (FGVHB) telah pun memeterai perjanjian dengan Vilterra Inc. untuk melupuskan 100% sahamnya di dalam Twin River Technologies-ETGO (TRT-ETGO) yang beroperasi di Quebec, Kanada dengan nilai C$190 juta (RM608.2 juta),”

“Sedangkan pada 11 Ogos, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Mohd. Emir Mavani mengesahkan bahawa perbincangan dengan lima (5) syarikat antarabangsa yang menunjukkan minat untuk membida TRT-ETGO masih berjalan,” ujar belia yang juga Ahli Majlis Syura Ulama dan AJK PAS Pusat.

Bloomberg juga telah melaporkan bahawa FGV berupaya untuk memperoleh sehingga RM1 bilion hasil melupuskan perniagaan penghancuran dan penapisan (crushing and refining) di Amerika Syarikat dan Kanada yang menarik bidaan antara AS$180 juta (RM686 juta) hingga AS$250 juta (RM953 juta) selain RM300 juta untuk tiga (3) anak syarikatnya yang lain iaitu Felda Travel, Felda Prodata dan Felda Engineering.

“Saya menuntut agar Kerajaan Malaysia atau melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) segera menjelaskan justifikasi yang diperkirakan sehingga perjanjian ini ditermeterai sedangkan wujud bidaan yang lebih tinggi nilainya mencecah RM953 juta. Mengapa tidak memilih untuk memeterai perjanjian dengan syarikat yang membida dengan nilai yang lebih tinggi daripada Vilterra Inc. bagi menyempurnakan rancangan menggunakan 50% daripada jumlah hasil jualan itu untuk membayar balik pinjaman, 45% untuk keperluan modal kerja dan 5% untuk anggaran perbelanjaan bagi penjualan itu?

“Saya juga bersetuju dan menyokong usaha pihak Hal Ehwal Felda PAS Pusat untuk membawa kes ini kepada pihak SPRM sekiranya MITI gagal menjelaskan keraguan yang ditimbulkan berhubung transaksi jual-beli ini,” tegasnya lagi. – HARAKAHDAILY 5/10/2015

Sumber HD - 5-10-2015



































































Jelaskan projek perumahan generasi kedua terbengkalai

ROSLAN MD ESA | .


Felda ditubuhkan puluhan tahun lamanya untuk membantu masyarakat yang tiada tidak berkemampuan memiliki tanah dengan menyertai  rancangan kemajuan tanah persekutuan hasil idea bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, bapa kepada Perdana Menteri Malaysia ketika ini iaitu Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak.

Sejak penubuhannya ramai yang mendapat manfaat memiliki rumah dan dapat mengutip hasil ladang sebagai pendapatan menyara kehidupan.

Namun mutakhir ini, idea secantik dan sebernas itu telah dirosak dan dimusnahkan akibat kebobrokan pemerintahan Najib menguruskan syarikat yang telah menempa nama yang sangat baik dalam pengurusan perladangan itu.

Janji bulan dan bintang selepas penyenaraian FGV ke Bursa Malaysia hanya tinggal janji selepas saham kian jatuh mendadak. Sementara janji untuk menyediakan rumah generasi kedua Felda sejumlah 20, 000 unit  hanya tinggal janji.

Projek perumahan tersebut gagal mendatangkan manfaat apabila banyak yang terbengkalai.

Bagi kami kerajaan Umno BN harus mengotakan janji mereka untuk menyiapkan rumah generasi kedua selepas  maklumat menyatakan bahawa RM300 juta telah disuntik untuk menyelesaikan projek sakit dibeberapa gugusan Felda.

Mengikut maklumat kerajaan telah menjanjikan 20,000 unit rumah dalam projek  Perumahan Generasi ke-2 Felda, tetapi hingga kini hanya  8,570 unit sahaja yang dilaksanakan. Itupun masih tidak sempurna dengan kegagalan projek disiapkan secara mengikut jadual selain terdapat projek perumahan yang telah siap tetapi tidak diagihkan kepada anak Felda yang memohon memiliki rumah tersebut.

Dalam tinjauan kami di Felda Jengka 11 pada 17 September lalu projek perumahan generasi kedua disana berjumlah 180 unit masih gagal disiapkan mengikut tarikh yang telah ditetapkan selain kerja-kerja projek telah dihentikan sejak beberapa bulan lalu.

Sementara projek perumahan di Felda Jengka 19 yang telah disiapkan 100% sejak PRU13 tidak pun diserah atau diagihkan pemilikan kepada mereka yang telah memohon.

Akibatnya keadaan rumah yang terbiar telah menyebabkan berlakunya kerosakan selain menjadi tempat penagih dadah melepaskan gian. Terdapat rumah yang rosak akibat vandalisme pihak tidak bertanggungjawab.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini ada mengulangi kenyataan mahu menjadikan Felda kubu Umno BN.

Namun dalam masa yang sama dengan apa yang berlaku membuktikan Najib gagal memastikan kebajikan peneroka terbela.

Kita melihat kehidupan pemimpin mewah ketika rakyat keresahan khasnya mereka yang bergelar peneroka Felda dan Felcra. Dalam masa yang sama rakyat digula-gulakan untuk terus menyokong Umno BN walaupun parti itu sudah tidak mempedulikan janji untuk membela rakyat.

Janji perumahan dan pembelaan untuk generasi kedua dilihat hanya atas berkepentingan politik sempit Umno-BN.

Janji pilihan raya masih belum tertunai dan kerajaan tidak dilihat kreatif dan inovasi dalam membela hak-hak peneroka dan generasi kedua Felda ini.

Apa yang menyedihkan lagi  kehadiran Tan Sri Isa Samad ke dalam Felda sangat mengharu birukan dan ini memangsakan peneroka dan generasinya dengan saham FGV yang semakin susut harganya.

Industri perladangan khasnya yang diusahakan Felda kini berdepan dengan situasi yang sukar terutamanya kejatuhan harga minyak sawit mentah (MSM) serta minyak mentah dunia sejak pertengahan tahun lalu dan sehingga kini masih belum menampakkan tanda-tanda pemulihan.

Situasi ini mencemaskan peneroka, namun kerajaan tidakpun berbuat apa. Mana perginya laungan keramat kononnya rakyat didahulukan,?

Saya sekali lagi menggesa kerajaan segera memulihkan semua projek perumahan generasi kedua Felda dan memberi milikan kepada mereka yang layak dan telah memohon bagi mendapatkan unit rumah tersebut. - HARAKAHDAILY 4/10/2015

Penulis ialah Presiden Pertubuhan Generasi Warisan Kebangsaan (Generasi).

Sumber HD - 4-10-2015



































































PAS tubuh NGO Generasi, fungsi lebih luas

WAN NORDIN WAN YAACOB | .


KUALA LUMPUR: PAS telah menubuhkan satu lagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di bawah Lajnah Tanah Peneroka Bandar dan Orang Asal yang dinamakan Pertubuhan Generasi Warisan Kebangsaan (Generasi).

Pengumuman dibuat oleh Pengerusi Lajnah Tanah Peneroka Bandar dan Orang Asal PAS Pusat, Razman Zakaria dalam sidang media di Pejabat Agung PAS Pusat hari ini.

NGO itu diketuai Presidennya, Roslan Md Esa yang juga Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Sementara perasmiannya akan disempurnakan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada November ini.

Katanya, bertemakan Memangkin Impian Generasi, pertubuhan itu bukanlah pengganti NGO Pertubuhan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak).

Sebaliknya kata Roslan, Generasi adalah berfungsi dengan lebih luas bukan sekadar isu Felda sebaliknya isu-isu tanah, tanah adat, agensi kerajaan berkaitan tanah dan warisan dan juga isu isu semasa membabitkan warisan. - HARAKAHDAILY 3/10/2015

Sumber HD - 3-10-2015



































































Penjualan arak di Menara Felda dikecam

WAN NORDIN WAN YAACOB | .


KUALA LUMPUR: Tindakan pihak pengurusan Menara Felda membenarkan sebuah restoran di menara tersebut menjual minuman keras amat memalukan.

Pengerusi Lajnah Tanah, Peneroka Bandar Dan Orang Asal Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Roslan Md Esa berkata, tindakan itu memalukan warga Felda khasnya peneroka yang menjadi tulang belakang kewujudan Felda.

Bercakap kepada Harakah pada 20 September, Ustaz Roslan menyifatkan tindakan membenarkan restoran sedemikian beroperasi di Menara Felda melanggar harapan warga Felda.

Ramai kalangan warga Felda kata beliau beragama Islam dan tindakan itu bercanggah dengan prinsip dan hukum dalam Islam bahawa menjual meminum dan menghidang arak adalah haram.

Beliau menegaskan bahawa perbuatan ini adalah mungkar dan mesti ditentang oleh warga felda keseluruhannya.

Beliau yang juga anak peneroka Felda menyifatkan tindakan merelakan penjualan arak bererti merelakan dosa dan murka Allah ke atas diri.

Beliau seterusnya mendesak pihak pengurusan Felda dan Menara Felda melihat kembali kes tersebut.

Baginya keuntungan boleh dicapai oleh Menara Felda tanpa membenarkan premis yang jelas menjual arak beroperasi.

Katanya lagi, sekiranya pihak pengurusan tidak bertindak menghentikan operasi kedai terbabit, maka pihaknya tidak teragak-agak untuk berhimpun serta menyerah memorandum mendesak penutupan. – HARAKAHDAILY 20/9/2015

Sumber HD - 20-9-2015



































































Saham FGV: Bukti Umno BN gagal bela peneroka Felda

DATUK DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI | .


SEMALAM, nilai semasa saham Felda Global Ventures (FGV) ialah RM1.64 seunit. Pun begitu, harga dagangan terakhir saham itu setakat sehingga 25 Ogos 2015 lalu ialah RM1.21 iaitu merosot sebanyak 73.4% berbanding RM4.55 seunit saham semasa ia mula disenaraikan pada 28 Jun 2012.

Sekalipun nilainya pernah mencecah sehingga RM5.39 pada hari pertama ia diniagakan di Bursa Malaysia dan pernah melonjak ke RM5.45 lima minit selepas ia didagangkan, hakikatnya sehingga minggu pertama September 2015 ia terus mengalami trend penurunan.

Berikutan itu, Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVHB) telah dikeluarkan daripada senarai 30 syarikat utama Bursa Malaysia akibat kejatuhan nilai sahamnya dan keuntungan yang berkurang.

Paling terkesan dengan kejatuhan nilai saham FGV ini ialah 112,635 orang peneroka di seluruh negara.

Jika setiap peneroka membeli 800 unit saham dan membayar sebanyak RM3,560 untuk jumlah itu, kini setiap peneroka terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM2,592 atau berjumlah RM291,949,920 (RM291.9 juta) secara keseluruhannya.

Justeru, sasaran untuk meraih RM10.5 bilion daripada penyenaraian tersebut kelihatan semakin tidak berkesampaian dan durian runtuh untuk peneroka pun tidak lagi didendangkan kini.

Tidak dinafikan bahawa naik turun saham adalah bermusim.

Namun, tiada siapa yang dapat mengunjurkannya secara pasti dalam keadaan kejatuhan berterusan harga minyak sawit mentah di pasaran global ditambah pula dengan peningkatan kos pengurusan dan hasil tuaian yang tidak bertambah kerana kebanyakan pokok kelapa sawit sudah berusia serta faktor-faktor lain yang turut menyumbang kepada ketidaktentuan ini.

Inilah bahana yang terpaksa ditanggung oleh para peneroka akibat tindakan Umno BN yang mentadbir kerajaan.

Setelah berbuat licik mahu menyenaraikan Felda Holdings Berhad (FHB) di zaman Mahathir pada 2004, walaupun gagal Umno BN sekali lagi menggunakan jalan belakang dengan cara menyenaraikan FGVHB yang memiliki 49% saham dalam FHB pada 2012.

Akibatnya, para peneroka yang memiliki pegangan saham sebanyak 51% dalam FHB melalui Koperasi Permodalan Felda (KPF) terpaksa turut menanggung kerugian akibat penyenaraian tersebut.

Tanah milik para peneroka kini terdedah kepada ancaman dimiliki oleh pelabur-pelabur asing dan golongan kapitalis yang tamakkan keuntungan.

Sewajarnya para peneroka mula dan bersungguh membuat perubahan agar 54 parlimen dan 92 Dun di Felda tidak lagi terus menjadi mangsa Umno BN tanpa pembelaan yang sewajarnya.

Sementara pendekatan ‘top-down’ belum berjaya mengubah kerajaan dalam mengenakan polisi yang bermanfaat terhadap warga Felda, pendekatan ‘bottom-up’ juga seharusnya digerakkan secara konsisten dan konstruktif bagi membolehkan suatu anjakan berlaku dalam kalangan warga peneroka menjelang PRU14 akan datang.

Umno BN ternyata telah gagal membela nasib para peneroka dan tidak harus lagi kegagalan ini dibiarkan berterusan pada masa hadapan. - HARAKAHDAILY 15/9/2015

Penulis adalah Ahli Majlis Syura Ulamak, AJK PAS Pusat dan Ahli Parlimen Kuala Nerus. Penulisan beliau berkenaan pelbagai isu boleh dibaca di blog (http://drtakiri.blogspot.com/) atau facebook (https://www.facebook.com/drtakiri) beliau.

Sumber HD -15-9-2015



































































Rumah generasi kedua, sawit belenggu warga Felda

WAN NORDIN WAN YAACOB | .


SHAH ALAM: Kerajaan Umno BN harus mengotakan janji mereka untuk menyiapkan rumah generasi kedua selepas maklumat menyatakan bahawa RM300 juta telah disuntik untuk menyelesaikan projek sakit di beberapa gugusan Felda.

Menurut Pengerusi Lajnah Tanah dan Peneroka Bandar Dewan Pemuda PAS Malaysia, Roslan Md Esa kerajaan telah menjanjikan 20,000 unit rumah dalam projek perumahan generasi kedua Felda, tetapi hingga kini hanya 8,500 unit sahaja dibuat.

Katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengulangi kenyataan mahu menjadikan Felda kubu UmnoBN.

Namun dalam masa yang sama tambahnya, Najib gagal memastikan kebajikan peneroka terbela.

Selain tidak mengotakan janji untuk menyesaikan isu perumahan generasi kedua, kerajaan pimpinan Najib juga gagal memastikan harga  komoditi sawit  turun mendadak yang menyebabkan terjejasnya pendapatan peneroka.

Namun dalam masa yang sama peneroka melihat bahawa harga minyak masak di pasaran tidak pernah turun.

Menurut beliau, harga komoditi sawit jatuh menjunam sehingga RM250 setan dan selepas ditolak dengan belanja upah racun, baja serta kos barangan yang tinggi, peneroka Felda hanya menikmati sekitar kurang RM200 untuk satu tan hasil sawit mentah.

"Kita melihat kehidupan pemimpin mewah ketika rakyat keresahan khasnya mereka yang bergelar peneroka Felda dan Felcra. Dalam masa yang sama rakyat digula-gulakan untuk terus menyokong Umno BN walaupun parti itu sudah tidak memperdulikan janji untuk membela rakyat," katanya yang ditemui di Kongres Rakyat.

Baginya, pembelaan untuk generasi kedua dilihat hanya atas berkepentingan politik sempit Umno BN.

Kata beliau, buktinya janji pilihan raya masih belum tertunai dan kerajaan tidak dilihat kreatif dan inovasi dalam membela hak-hak peneroka dan generasi kedua Felda ini.

Apa yang menyedihkan lagi, kata beliau kehadiran Tan Sri Isa Samad ke dalam Felda sangat mengharubirukan dan ini memangsakan peneroka dan generasinya dengan saham FGV yang semakin susut harganya.

"Industri komoditi sawit kini berdepan dengan situasi yang sukar terutamanya kejatuhan harga minyak sawit mentah (MSM) serta minyak mentah dunia sejak pertengahan tahun lalu dan sehingga kini masih belum menampakkan tanda-tanda pemulihan.

"Situasi ini mencemaskan peneroka, namun kerajaan tidakpun berbuat apa. Mana perginya laungan keramat kononnya rakyat didahulukan?" soal beliau lagi. - HARAKAHDAILY 13/9/2015

Sumber HD - 13-9-2015


Kerugian Pelaburan FGV Terengganu Boleh Bina 800 Unit Rumah Generasi Kedua

Harga semasa saham FGV yang merudum telah memberi kesan buruk kepada kewangan kerajaan dan agensi negeri Terengganu apabila berlaku penyusutan teruk dalam saham tersebut.

Pengerusi Hal Ehawal Felda PAS Pusat Naraza Muda berkata, ia memberikan impak yang lebih buruk apabila FGV diniagakan di luar indeks BSKL.

“Dalam masa hanya tiga tahun, kerajaan Terengganu telah mencatatkan kerugian RM55,325,250.00 apabila Yayasan Islam dan PTB Ventures yang memiliki kepentingan pegangan saham dalam FGV terkesan,



“dengan nilai semasa saham FGV hanya RM1.20 sepanjang minggu ini dan tiada unjuran kenaikan dicatat,”jelasnya

Menurutnya, Yayasan Islam memiliki 16,455,000. unit saham dalam FGV dan dibeli dengan harga IPO RM4.55 dengan pelaburan asal RM74,870,000 semasa disenaraikan tiga tahun lalu dan 60,000 unit lagi melalui PTB Ventures.

Dengan jumlah kewangan sebanyak itu, adalah lrbih bermanfaat sekiranyabkerajaan Terengganu menggunakan dana itu untuk membina rumah generasi baharu Felda.

“dianggarkan 800 unit dapat disediakan dengan kos RM70 ribu seunit dan dapat menyelesaikan sebahagian permasalahan yang membelenggu masyarakat Felda di negeri ini di 21 tanah rancangan Felda,”tegasnya.

Justeru itu, beliau mendesak Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad Razif Abdula Rahman memikirkan satu langkah untuk mengelakkan kerajaan Terengganu dari terus kehilangan baki pelaburan dalam FGV.

“Mereka yang terlibat memberi cadangan kepada kerajaan negeri, supaya membuat pelaburan ini juga perlu diambil tindakan jika terbukti ada unsur penyelewengan dalam mempengaruhi kerajaan ketika itu,”tambah beliau

Sumber BO - 9-9-2015

Nasib Generasi Muda Peneroka Terus Kelam

KUALA TERENGGANU – Tanggal 30hb Ogos 2015, sekali lagi warga peneroka diraikan jasa pengorbanan mereka dalam sektor pembangunan tanah negara berjumlah hampir 900 ribu hektar.

Menurut Ketua Lajnah Pembangunan Tanah dan Peneroka Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, ia membuktikan penat lelah mereka tidak boleh diperkecilkan dalam membangunkan lanskap sosio masyarakat di tanah air.

Zul Shawalludin Jusoh berkata, walaupun Terengganu terpilih sebagai tuan rumah sambutan tersebut, pihak Felda gagal memberikan pengiktirafan kepada 21 kawasan tanah racangan Felda di negeri ini.



“persoalan timbul kenapa tidak diadakan majlis yang dikhaskan bagi meraikan warga peneroka di kawasan tanah rancangan Felda? Stadium Tertutup Gong Badak terletak jauh ke persisiran pantai berbanding tanah rancangan Felda kebanyakannya berada jauh dipendalaman,”soal beliau.

Faktor itu katanya, memungkinkan pihak penganjur program itu ingin menutup kelemahan pihak mereka dalam isu projek Perumahan Generasi Baru Felda (PGBF) yang jelas masih menjadi tanda tanya bagi golongan muda anak peneroka.

“Sebagai contoh di Felda Bukit Bading dan Felda Chalok Barat, majlis pecah tanah untuk PGBF pada tahun 2014, kini kawasan projek tersebut telah dilitupi semak samun.

“Lebih membimbangkan, dalam keadaan ekonomi yang terus merudum, tawaran asal harga mampu milik (antara RM 90,000 hingga RM 150,000) akan meningkat akibat kenaikan kos pembinaan. Akhirnya inisiatif yang pada asalnya untuk golongan sasar hanya dimilikinoleh golongan tertentu sahaja,”jelas beliau

Justeru itu, pihak kerajaan terutamanya Felda, seharusnya merangka satu kaedah berkesan bagi tujuan pemerkasaan sosio ekonomi generasi muda felda. Usia 59 tahun kewujudan tanah rancangan tersebut langsung tidak mengambarkan kemajuan dari segi ekonomi mereka.



“Dengan kekuatan 317 gugusan tanah rancangan Felda yang telah dibuka merakumi 11 wilayah, sepatutnya kuasa ekonomi golongan ini seharusnya berada diantara yang terhebat dalam negara ini. Jalinan yang besar bisa menjadi kuasa penentu terhadap sistem ekonomi seterus menaiktarafkan warga peneroka.

“Namun sebaliknya yang terjadi, rata-rata peneroka felda dibebani dengan jumlah hutang yang terpaksa mereka tanggung hampir mencecah RM150,000 setiap peserta. Keadaan ini juga akan terpalit kepada anak-anak peroka yang berjumlah hampir 70 peratus masih mendiami tanah rancang tersebut,”tegas beliau.

Oleh itu, kata beliau, Pemuda PAS melihat, permasalahan ini harus ditangani oleh pihak Felda dengan sebaik mungkin kerana masih sangsi dengan pengumuman terbaru Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Razak.

Zul Shawal berkata, pada pilihanraya kecil Rompin pada bulan Mei lalu Najib umum harga RM90,000 bagi skim jual beli seunit rumah di bawah projek Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) melibatkan keseluruhan 8,570 unit rumah projek itu di seluruh negara.

“Kelmarin Najib umum pula harga baharu rumah untuk generasi kedua Felda berharga antara RM60,000 hingga RM70,000 seunit pula…..tapi sebaliknya dia kata harga baharu rumah yang boleh dibeli itu merupakan tambahan kepada pengumumannya sebelum ini,



“di bawah Program Perumahan Generasi Kedua Felda membabitkan penurunan harga rumah dari RM120,000 kepada RM90,000 untuk pembinaan kira-kira 20,000 unit rumah,”ujarnya

Katanya, ia sangat mengelirukan sedangkan projek perumahan untuk generasi kedua di beberapa buah Felda di Terengganu seperti di D=Felda Bukit D=Bading, Felda Chalok dan Feld aTenang Besut, masih terbiar.

“Pengurusan hutang tersebut sepatutnya menjadi agenda utama Felda demi melihat pembangunan dan kerancakkan ekonomi dalam sektor utama perladangan sawit terus menjadi salah satu penyumbang kepada ekonomi negara,”ujarnya yang turut mengucapkan selamat menyambut Hari Peneroka Felda ke 59 kepada semua warga Felda.

Sumber BO - 31-8-2015



































































Hari Peneroka ke-59: Takkan kerajaan nak tipu kita?

HARAKAHDAILY | .


TEMPOH yang cukup mendewasakan, pengalaman warga Felda tiada nilai, mengharungi ranjau kehidupan. Dari zaman susah, zaman membesar anak, zaman berehat dan kini zaman bertenang dengan sisa usia tua. Sesetengah rakan baik dan sababat handal sudah tiada.

Kini warga peneroka dari 317 tanah rancangan akan menyambut Hari Peneroka kali ke-59. Tahun yang penuh cabaran dan tahun kejatuhan kegemilangan Felda sejak zaman penubuhan era tahun 50-an.

Kebetulan Perdana Menteri ketika ini anak kepada tokoh yang menubuhkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP) Tun Abdul Razak. Felda melalui proses yang panjang dan kini hampir 2 juta warga Felda menjadi sebahagian rakyat Malaysia yang 'Mensyukuri Nikmat'.

54 daripada 222 parlimen yang ada Tanah Rancangan Felda menjadi penyumbang kepada kuasa pemerintahan Barisan Nasional sejak sekian lama. Ini diperakui sendiri oleh YAB Datuk Seri Najib Abdul Razak baru-baru ini.

Namun, sejak Felda melalui tranformasi yang diperkenakan Perdana Menteri ketika ini telah mengubah  segalanya. Tiga tahun lalu Felda telah berjaya dibawa ke Papan BSKL melalui FGV. Berbagai gambaran baik diwajahkan, bahkan dakwaan Syarikat FGV mengekori rapat Saham terbesar Facebook ketika disenaraikan.

Durian runtuh berjumlah  RM15,000,00 menjadikan peneroka yakin dan terdiam seketika. Usah dikhabarkanlah risikonya, mereka tidak mahu mendengarnya. Masakan kerajaan nak tipu kita. Kalau tipu kenapa mereka boleh beri kita semua durian runtuh?

Koperasi Felda yang terbaik di Malaysia, KPF pada awalnya dinafikan akan disingkirkan dari Felda Holdings, kini sudah terbukti. Semua kepentingan 51 peratus ekuiti saham dalam FHB dijual kepada FGV dengan harga hanya RM2.2 billion. Sedangkan tiga syarikat penilai telah menghantar laporan kepada kerajaan dengan harga jauh lebih tinggi dari yang dijual.

Kedudukan tanah kerajaan yang diberikan kepada Felda yang diuruskan oleh Felda Plantation kita terlepas kepada FGV. Tanah seluas 360,000 hektar ini pernah mencatatkan pendapatan tertinggi RM1.8 billion setahun kepada Felda, kini statusnya menjadi tanda tanya kerana dipercayai sudah digadai oleh FGV sebelum penyenaraian. Siapa FGV, menjadi tanda tanya kepada rakyat Malaysia.

Kini 112,635 peneroka Felda memasuki alaf baru, zaman yang suram bagi mereka. Harga saham FGV yang diniagakan RM4.55 sejak tiga tahun lalu terus merudum.Dulu mereka mengeluarkan modal pembelian bernilai RM3640, harga tawaran awam awal (IPO) pada peringkat permulaan adalah RM4.55 namun hari ini telah menjunam teruk kepada RM1.24 di dalam harga pasaran.

In bermakna setiap unit saham menyusut sebanyak RM3.31 dan kerugian terkumpul yang dialami oleh setiap peneroka adalah sebanyak RM2,648 berdasarkan jumlah 800 unit yang ditawarkan.

Perkembangan ini sangat menggusarkan peneroka yang akan menerima kesan terhadap kehidupan mereka.

Begitu juga dengan hutang yang tidak munasabah direkod ditanggung oleh sebahagian besar peneroka yang menyerah urusan ladang mereka kepada Felda atau Felda Technoplant. Tiada perincian diberikan, hanyalah hutang kasar dan ada peneroka sudah mencatatkan hutang sebanyak RM160,000.

Perkembangan hutang ini menambahkan lagi resah, pilu dan tertanya-tanya peneroka Felda yang hampir semuanya sudah bergelar warga emas. Apakah kata peribahasa Melayu "Harimau mati meninggalkan belang, peneroka mati meninggalkan hutang" benar-benar terjadi?

"Mensyukuri Nikmat" sebagai slogan terindah sahaja, memang warga peneroka diasuh sedemikian rupa, hakikatnya kini mereka menyembunyikan sesuatu. Satu hari nanti mereka akan dedahkan apa yang mereka simpan puluhan tahun.

Pas akan terus bersama dengan peneroka, melalui Lajnah Tanah dan Unit Hal Ehwal Felda,  membela nasib, membawa suara mereka agar didengari pemerintah dan terus Beristiqamah bersama sehingga pembelaan ini diterjemahkan.

Selamat Menyambut Hari Peneroka
PAS Terus Beristiqamah Bersama-sama Peneroka

NARAZA MUDA
Pengerusi Unit Hal Ehwal Felda
Lajnah Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar & Hal Ehwal Orang Asal PAS Pusat - HARAKAHDAILY 30/8/2015

Sumber HD - 30-8-2015

59 Tahun Minda Peneroka Dijajah!

Tempoh yang cukup mendewasakan, pengalaman warga Felda tiada nilai, mengharungi ranjau kehidupan. Dari zaman susah, zaman membesar anak, zaman berehat dan kini zaman bertenang dengan sisa usia tua. Sesetengah rakan baik dan sababat handal sudah tiada.

Kini warga peneroka dari 317 tanah rancangan akan menyambut Hari Peneroka kali ke-59. Tahun yang penuh cabaran dan tahun kejatuhan kegemilangan Felda sejak zaman penubuhan era tahun 50an.



Kebetulan Perdana Menteri ketika ini anak kepada Tokoh yang menubuhkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP), Tun Abdul Razak. Felda melalui proses yang panjang dan kini hampir 2 juta warga Felda menjadi sebahagian rakyat Malaysia yang “Mensyukuri Nikmat”.

54 daripada 222 parlimen yang ada Tanah Rancangan Felda menjadi penyumbang kepada kuasa pemerintahan Barisan Nasional sejak sekelian lama. Ini diperakui sendiri oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak baru-baru ini.

Namun, sejak Felda melalui tranformasi yang diperkenalan Perdana Menteri ketika ini telah mengubah segalanya. Tiga tahun lalu Felda telah berjaya dibawa ke Papan BSKL melalui FGV.

Berbagai gambaran baik diwajahkan, bahkan dakwaan Syarikat FGV mengekori rapat Saham terbesar Facebook ketika disenaraikan.

Durian Runtuh berjumlah RM15,000,00 menjadikan peneroka yakin dan terdiam seketika. Usah dikhabarkanlah risikonya, mereka tidak mahu mendengarnya. Masakan kerajaan nak tipu kita. Kalau tipu kenapa mereka boleh beri kita semua durian runtuh?

Koperasi Felda yang terbaik di Malaysia, KPF pada awalnya dinafikan akan disingkirkan dari Felda Holdings, kini sudah terbukti. Semua kepentingan 51 peratus ekuiti saham dalam FHB dijual kepada FGV dengan harga hanya RM2.2 Billion. Sedangkan tiga syarikat penilai telah menghantar lapuran kepada kerajaan dengan harga jauh lebih tinggi dari yang dijual.



Kedudukan tanah kerajaan yang diberikan kepada Felda yang diuruskan oleh Felda Plantation kita terlepas kepada FGV. Tanah seluas 360,000 hektar ini pernah mencatatkan pendapatan tertinggi RM1.8 billion setahun kepada Felda, kini statusnya menjadi tanda tanya kerana dipercayai sudah digadai oleh FGV sebelum penyenaraian. Siapa FGV, menjadi tanda tanya kepada rakyat Malaysia.

Kini 112,635 peneroka Felda memasuki alaf baru, zaman yang suram bagi mereka. Harga saham FGV yang diniagakan RM4.55 sejak tiga tahun lalu terus merudum.Dulu mereka mengeluarkan modal pembelian bernilai RM3640, harga tawaran awam awal (IPO) pada peringkat permulaan adalah RM4.55 namun hari ini telah menjunam teruk kepada RM1.24 di dalam harga pasaran.

Ini bermakna setiap unit saham menyusut sebanyak RM3.31 dan kerugian terkumpul yang dialami oleh setiap peneroka adalah sebanyak RM2648 berdasarkan jumlah 800 unit yang ditawarkan.
Perkembangan ini sangat menggusarkan peneroka yang akan menerima kesan terhadap kehidupan mereka.

Begitu juga dengan hutang yang tidak munasabah direkod ditanggung oleh sebahagian besar peneroka yang menyerah urusan ladang mereka kepada Felda atau Felda Technoplant. Tiada perician diberikan, hanyalah hutang kasar dan ada peneroka sudah mencatatkan hutang sebanyak RM160,000,00.



Perkembangan hutang ini menambahkan lagi resah, pilu dan tertanya-tanya peneroka Felda yang hampir semuanya sudah bergelar warga emas. Apakah kata peribahasa melayu ” Harimau mati meninggalkan Belang, Peneroka Mati meninggalkan hutang” benar-benar terjadi?

“Mensyukuri Nikmat” sebagai slogan terindah sahaja, memang warga peneroka diasuh sedemikian rupa, hakikatnya kini mereka menyembunyikan sesuatu. Satu hari nanti mereka akan dedahkan apa yang mereka simpan puluhan tahun.

Pas akan terus bersama dengan peneroka, melalui Lajnah Tanah dan Unit Hal Ehwal Felda, membela nasib, membawa suara mereka agar didengari pemerintah dan terus Beristiqamah bersama sehingga pembelaan ini diterjemahkan.

SELAMAT MENYAMBUT HARI PENEROKA .
PAS TERUS BERISTIQAMAH BERSAMA-SAMA PENEROKA.

NARAZA MUDA
Pengerusi,
Unit Hal Ehwal Felda.
Lajnah Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar & Hal Ehwal Orang Asal
PAS Pusat

Sumber BO - 30-8-2015



































































FGV: PAS bimbang nasib peneroka

MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR | .


IPOH: PAS melahirkan kebimbangan terhadap nasib peneroka rentetan daripada tindakan kerajaan mengubah entiti Felda kepada Felda Global Venture (FGV).

Pengerusi Lajnah Tanah, Peneroka Bandar dan Hal Ehwal Orang Asal PAS Pusat, Razman Zakaria berkata, kegusaran oleh pelbagai pihak terhadap tindakan kerajaan itu semakin menjadi realiti apabila ia telah mula menampakan kesannya.

Kata beliau, harga tawaran awam awal (IPO) pada peringkat permulaan adalah RM4.55 namun hari ini telah menjunam teruk kepada RM1.24 di dalam harga pasaran.

"Ini beerti setiap unit saham menyusut sebanyak RM3.31 dan kerugian terkumpul yang dialami oleh setiap peneroka adalah sebanyak RM2648 berdasarkan jumlah 800 unit yang ditawarkan.

"Perkembangan ini sangat menggusarkan peneroka yang akan menerima kesan terhadap kehidupan mereka," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu menjelaskan, sebahagian besar peneroka tidak faham perniagaan tentang saham serta risiko keatasnya dan kerajaan sepatutnya tidak mengambil kesempatan terhadap mereka.

Ujar beliau, dakyah Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad yang mengatakan ia akan memperolah manfaat serta keuntungan telah mempengaruhi para peneroka hingga mereka berani membuat pinjaman bank untuk perolehan saham yang ditawarkan.

"Di samping beban hutang yang sedia ada, peneroka ditambah lagi dengan bebanan hutang yang tidak sepatutnya ini.

"Lebih dibimbangi kesan terhadap 350,000 hektar tanah kerajaan yang diambil oleh Felda melalui Akta Penempatan Berkelompok yang melibatkan 120,000 peneroka," tegasnya. – HARAKAHDAILY 27/8/2015

Sumber HD - 27-8-2015



































































Saham FGV menjunam, kerajaan terus membisu

NARAZA MUDA | .


MENELITI kedudukan urusniaga saham FGV minggu lepas dan hari pertama minggu ini menyaksikan berlaku unjuran kejatuhan yang berterusan.

Perkembangan terkini ini, menjadi tanda tanya dan keluh resah para peneroka Felda.

Apakah langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menstabilkan kembali kedudukan saham ini agar tidak terus merudum?

Apakah saham terbesar selepas Facebook ini akan menerima nasib yang sama seperti saham-saham lain yang sudah lesu bahkan lenyap dari senarai syarikat yang disenaraikan. Peneroka Felda bimbang saham FGV menjadi seperti saham negeri ASDI dan ASJ.

Peneroka Felda juga resah, walaupun rata-rata mereka hanya memiliki 800 unit sahaja seorang, mereka bimbang kesan yang bakal menimpa kepada FGV dan Felda kelak.

Apakah kesudahan tanah 350,000 hektar yang dipajak kepada FGV?

Peneroka Felda bukanlah dalam kalangan mereka yang mahir dengan sepak terajang pasaran saham ini, apatah lagi ingin bercakap pasaran saham dunia, naik turun indeks dan nilai mata wang kita yang  merudum  teruk sejak minggu lalu.

Apa yang peneroka mahu ialah kenyataan berterusan dari pihak Felda dan Kerajaan, memberitahu kedudukan sebenar keadaan semasa. Perancangan segera dan jaminan hitam putih dari kerajaan akan nasib serta cabaran yang bakal terpalik kepada peneroka Felda.

Dengan kejatuhan harga semasa BTS yang dijual terus kepada kilang Felda, meresahkan lagi hati peneroka Felda. Harga terkini BTS dibawah paras RM390 setan metrik bagi KPG 19 peratus sejak minggu lalu.

Kerajaan tidak sepatutnya mengambil sikap membisu dan membiarkan keadaan gawat ini berterusan dan menjejaskan kehidupan hampir 2 juta warga Felda Seluruh negara.

Jika kerajaan sedar peranan peneroka Felda yang selama ini memberi kemenangan besar kepada umno melalui 54 Parlimen dan 92 Dun, adalah sangat kejam membiarkan keserabutan ini bermain di benak fikiran peneroka Felda yang rata-rata warga emas.

Pihak Hak Ehwal Felda Pas Pusat mendesak supaya Perdana Menteri segera mengumumkan pelan pemulihan dan memberi jaminan bertulis bahawa peneroka tidak akan terjejas andai harga saham FGV ini tidak dapat dipulihkan lagi. - HARAKAHDAILY 25/8/2015

Penulis ialah Pengerusi Hal Ehwal Felda PAS Pusat.

Sumber HD - 25-8-2015



































































Saham merudum, peneroka diseru bangkit tumbang BN

HARAKAHDAILY | .


HARGA saham FGV merudum lagi, kali ini jatuh ke paras lebih membimbangkan iaitu RM1.21.

Sejak dari mula lagi apabila Felda mahu disenaraikan ke Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL), PAS menentang keras usaha itu.

Apatah lagi pengerusi Felda yang mencadangkan penyenaraian itu insan yang sangat dikenali akan integritinya yang dipertikai iaitu Tan Sri Isa Samad.

Kini harga sesaham FGV merimaskan mata dan melajukan degupan jantung para peneroka Felda.

Tanah Felda hanya satu-satunya punca rezki mereka. Jika tanah ini tergadai suatu masa nanti pastinya sumber rezki mereka 'putus'.

Sejak menduduki Felda selepas idea memberikan tanah secara bayaran ansuran melalui potongan hasil bulanan yang diilhamkan Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, peneroka Felda bergantung penuh kepada hasil bumi Felda.

Felda lambang kebanggaan Malaysia apabila menjadi antara syarikat yang benar benar bejaya. Namun selepas kemasukan Tan Sri Isa Samad ke lubuk emas itu, sedikit demi sedikit masalah mendatangi Felda.

Bukan sahaja menjadikan Felda bahan eksperimen sebaliknya kini Felda menjadi tempat kroni mendapatkan apa yang mereka ingini termasuk menggondolkan hasil mahsul Felda yang dibina sejak puluhan tahun lamanya.

Daripada menjadikan warga Felda jutawan fakir suatu masa lalu khasnya di beberapa Felda seperti Sungai Buaya, LBJ dan Sendayan, kini nasib keseluruhan warga Felda diperjudikan dengan idea bankrap kapitalis meletakkan FGV ke BSKL dua tahun lalu yang akhirnya kini menyebabkan nilai sesaham jatuh mendadak.

Selain itu, kami melihat bahawa terlalu banyak persoalan dan kekeliruan tidak terjawab oleh pihak pengendali Felda khususnya yang membabitkan urustadbir ladang, pengurusan hasil yang dimanipulasi.

Isu ketiadaan peruntukan urus tadbir tanah rancangan khasnya membangunkan rumah generasi kedua

Isu kehilangan aset felda, isu KPF ditendang keluar dari Felda, isu tanam semula, isu hutang menggunung yang menghantui peneroka, isu harga komoditi yang menyedihkan, isu sosial dan semua ini memangsakan peneroka dan generasinya.

Bertitik tolak daripada isu isu yang saya sebutkan tadi, Dewan Pemuda PAS Malaysia dengan ini menyeru seluruh warga Felda bangkit menyatakan hak dan menumbangkan kerajaan BN yang angkuh yang tidak membela nasib rakyat.

Pilihan Raya Umum ke-14 nanti adalah wadahnya dan saya juga menyeru masyarakat Felda turun beramai ramai menyatakan usul dan hak dalam Kongres Rakyat yang dianjurkan pada 12 September ini.

Tunjukkan komitmen bahawa masyarakat Felda bangkit menentang penindasan. - HARAKAHDAILY 25/8/2015

USTAZ ROSLAN MD ESA
Pengerusi Lajnah Tanah dan Peneroka Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Sumber HD - 25-8-2015


Saham FGV Menjunam RM1.24, Kerajaan Umno-BN Terus Membisu

Meneliti kedudukan urusniaga saham FGV minggu lepas dan hari pertama minggu ini menyaksikan berlaku unjuran kejatuhan yang berterusan .

Perkembangan terkini ini, menjadi tanda tanya dan keluh resah para peneroka Felda. Apakah langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menstabilkan kembali kedudukan saham ini agar tidak terus merudum.

Apakah saham terbesar selepas Facebook ini akan menerima nasib yang sama seperti saham-saham lain yang sudah lesu bahkan lenyap dari senarai syarikat yang disenaraikan. Peneroka Felda bimbang saham FGV menjadi seperti saham negeri ASDI dan ASJ.

Peneroka Felda juga resah, walaupun rata-rata mereka hanya memiliki 800 unit sahaja seorang, mereka bimbang kesan yang bakal menimpa kepada FGV dan Felda kelak. Apakah kesudahan tanah 350,000 hektar yang dipajak kepada FGV?



Peneroka Felda bukanlah dikalangan mereka yang mahir dengan sepak terajang pasaran saham ini, apatah lagi ingin bercakap pasaran saham dunia, naik turun indeks dan nilai mata wang kita yang merudum teruk sejak minggu lalu.

Apa yang peneroka mahu ialah kenyataan berterusan dari pihak Felda dan Kerajaan, memberitahu kedudukan sebenar keadaan semasa. Perancangan segera dan jaminan hitam putih dari kerajaan akan nasib serta cabaran yang bakal terpalik kepada peneroka Felda.

Dengan kejatuhan harga semasa BTS yang dijual terus kepada kilang Felda, meresahkan lagi hati peneroka Felda. Harga terkini BTS dibawah paras RM390 setan metrik bagi KPG 19 peratus sejak minggu lalu.

Kerajaan tidak sepatutnya mengambil sikap membisu dan membiarkan keadaan gawat ini berterusan dan menjejaskan kehidupan hampir 2juta warga Felda Seluruh negara. Jika kerajaan sedar peranan peneroka Felda yang selama ini memberi kemenangan besar kepada umno melalui 54 Parlimen dan 92 DUN, adalah sangat kejam membiarkan keserabuatan ini bermain di benak fikiran peneroka Felda yang rata-rata warga emas.

Pihak Hak Ehwal Felda Pas Pusat mendesak supaya Perdana Menteri segera mengumumkan pelan pemulihan dan memberi jaminan bertulis bahawa peneroka tidak akan terjejas andai harga saham FGV ini tidak dapat dipulihkan lagi.

***Kenyataan Media NARAZA MUDA, Pengerusi Hal Ehwal Felda Pas Pusat
24 Ogos 2015

Sumber BO - 25-8-2015

Air Mata Peneroka Saksi Kejatuhan Saham FGV Ke Paras Terendah

Semalam menyaksikan harga saham FGV ditutup pada paras paling rendah RM1.38 sejak ianya disenaraikan tiga tahun lalu. Jatuh 30 sen dari hari sebelumnya.

Pengerusi Hal Ehwal Felda PAS Pusat Naraza Muda mempersoalakn, apakah hari ini harga itu akan terus melihat kejatuhan di bawah paras 90sen?

“Peneroka Felda pada mulanya sudah tidak ambil kisah tentang unjuran kejatuhan ini tetapi apabila ianya terus menjunam , peneroka mula tersentak dan menimbulkan kebimbangan apakah yang terjadi sebenarnya pada FGV ini,

“Timbul persoalan apakah ini memang dirancang secara sulit agar FGV berada ditahap yang sangat teruk atau ada perancangan jahat pengambilalihan kepentingan oleh pelabur luar?,”soalnya dalam satu kenyataan.

Atau pun, kata beliau, memang kerajaan pimpinan Najib sudah hilang keupayaan mengurus hal kepentingan Syarikat perladangan terbesar ini?

Timbul persoalan lagi, apakah kesan yang bakal melanda peneroka Felda jika kejatuhan ini berterusan?

Justeru itu, beliau berkata, kami Peneroka Felda mendesak kerajaan memberi penjelasan yang munasabah, bukan lawak Ahmad Maslan kepada seluruh warga Felda dan rakyat Malaysia.
“Adakah benar pelabur besar dari agensi-agensi kerajaan sudah mula menarik diri dari terus kekal melabur dalam FGV?

“Pastinya air mata, kesedihan warga peneroka Felda yang kian tua, menitis tanpa sedar, mengerutkan kedutan dahi yang sudah berkedut kerana usia ….. ,”katanya lagi.

Bahakan, ujar beliau, wajarkan dalam usia sebegini, nasib malang terus mengekori peneroka Felda yang selama ini memberi kemenangan BESAR kepada Umno? Ini kah balasanya?

Sumber BO - 19-8-2015



































































Saham FGV jatuh RM1.38, apa tanggungjawab kerajaan?

HARAKAHDAILY | .


Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(Anak) amat menyesali dengan sikap kerajaan mengenai kedudukan kritikal FGV. Meskipun saham FGV berada pada tahap yang begitu rendah (RM1.38 hingga 18 Ogos) tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh kerajaan untuk menanganinya. Apa pendirian kerajaan pada waktu ini?

Sebaliknya, YAB Perdana Menteri dalam Majlis Jamuan Hari Raya Felda baru-baru ini menyokong cadangan FGV untuk membeli 37% kepentingan dalam Syarikat Perladangan Indonesia, PT Eagle High Plantation yang bernilai RM2.37 bilion, harga yang begitu mahal berbanding harga pasaran. Saya sendiri mengetuai NGO Anak membuat lawatan kerja meninjau lokasi perladangan tersebut di Kalimantan dan banyak isu yang tidak selesai. Ia suatu pelaburan berisiko tinggi dan tidak berbaloi dalam konteks memberi nilai tambah terhadap FGV. Ia bukan sahaja tidak merangsang kedudukan FGV, sebaliknya kejatuhan berterusan saham FGV.

Anak telah berusaha berbagai cara melalui pendekatan diplomasi dalam menangani isu FGV. Rombongan Anak ke FGV yang sepatutnya mendapat taklimat resmi, tidak mendapat layanan yang sepatutnya. Memorandum Anak kepada Bursa Malaysia tidak diketahui statusnya pada waktu ini.

Kebimbangan begitu dirasai mengenai kedudukan saham FGV di mana Felda, Felda Asset, Tabung Haji, KWSP, KPF dan KWAP mempunyai kepentingan saham yang amat besar. Kerugian ini d tanggung seluruh rakyat Malaysia!

Tanah Felda Plantation seluas 360 ribu hektar yang dipajak selama 99 tahun oleh FGV, apa akan berlaku jika sebarang kemungkinan lebih buruk melanda FGV?

Operasi anak-anak syarikat di bawah FGV yang ada kaitan dengan peneroka, umpamanya kilang kelapa sawit (palm oil industries) bagaimana keadaannya di masa hadapan?

Desakan Anak agar Tan Sri Isa Samad, Dr Emir Mavani dipecat dan rombakan besar-besaran di lakukan terhadap pengurusan FGV sebagai plan pemulihan; tiada sebarang respons dari kerajaan.

Anak memberi amaran, jika sikap berdiam diri@pekak badak kerajaan berterusan, demonstrasi besar-besaran di Menara Felda akan dilakukan!

Ini bukan ugutan, tapi sebagai isyarat atas pendirian kerajaan yang tidak bertanggungjawab. - HARAKAHDAILY 19/8/2015

'Menerajui Perubahan'

Mazlan Aliman
Presiden Anak
19 Ogos 2015

Sumber HD - 19-8-2015


YB Bn Mungkir Janji Lagi !

Posted on Wednesday, August 19 @ 15:39:32 MYT by paktam

Oleh Anis Afida Mohd Azli

Pagi tadi saya telah berkesempatan mengikuti perbicaraan En Mazlan Aliman di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur. Pertama kali mengikuti dan menekuni kes pihak defendan (YB BN) yang enggan membayar ganti rugi. Setiap soalan yang diajukan oleh pihak defenden kepada En Mazlan berulang-ulang dan sangat jelas menampakan keengganan untuk membayar ganti rugi tersebut.

Kes kali ini rentetan isu saman malu oleh En Mazlan Aliman (presiden NGO ANAK) yang menafikan fitnah daripada Ahli Parlimen Sekijang, YB Anuar Abd Manap. Dakwaan fitnah terhadap beliau berkaitan penyelewengan duit peneroka Felda Kemahang sebanyak RM30ribu. Kes berakhir dan selesai dengan berpihak kepada En Mazlan.

Rundingan penyelesaian diluar mahkamah menjadi pilihan pihak plaintif selepas bersetuju dengan beberapa syarat antara kedua-dua pihak. Pihak plaintif bersetuju untuk menarik balik kes dengan ganti rugi sebanyak RM50 ribu bagi setiap pertuduhan.

Logik akalnya, kes selesai. Walau bagaimanapun, kes yang telah selesai hampir 2 tahun ini, belum juga dikira selesai. Hal ini kerana, sehingga saat ini pihak defendan belum berjaya melunaskan bayaran ganti ruginya.

Malang sungguh rakyat Malaysia yang mempunyai pemimpin yang tiada integriti sehingga memaksa En Mazlan kemuka kes untuk mendapatkan hak beliau. Pengajarannya, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali-kali, lebih-lebih lagi menabur fitnah. Alangkah buruk padahnya. Ada paham?

Anis Afida Mohd Azli
Cucu peneroka Felda Air Tawar 5
Kota Tinggi, Johor
18 Ogos 2015, 11.50malam

Sumber - 19-8-2015



Di Mana Pertanggungjawaban Kerajaan ?

Posted on Wednesday, August 19 @ 08:52:45 MYT by tokdalang

Oleh Mazlan Aliman

Persatuan ANAK Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK) amat menyesali dengan sikap Kerajaan mengenai kedudukan kritikal FGV. Meskipun saham FGV berada pada tahap yang begitu rendah(RM1.38 hingga 18 Ogos)tiada sebarang kenyataan resmi dikeluarkan oleh Kerajaan untuk menanganinya. Apa pendirian Kerajaan pada waktu ini?


Sebaliknya, YAB Perdana Menteri dalam Majlis Jamuan Hari Raya Felda baru baru ini menyokong cadangan FGV untuk membeli 37% kepentingan dalam Syarikat Perladangan Indonesia, PT Eagle High Plantation yang bernilai RM2.37 bilion, harga yang begitu mahal berbanding harga pasaran. Saya sendiri mengetuai Ngo ANAK membuat lawatan kerja meninjau lokasi perladangan tersebut di Kalimantan dan banyak isu yang tidak selesai. Ia suatu pelaburan berisiko tinggi dan tidak berbaloi dalam konteks memberi nilai tambah terhadap FGV.Ia bukan sahaja tidak merangsang kedudukan FGV, sebaliknya kejatuhan berterusan saham FGV.

ANAK telah berusaha berbagai cara melalui pendekatan diplomasi dalam menangani isu FGV.

Rombongan ANAK ke FGV yang sepatutnya mendapat taklimat resmi, tidak mendapat layanan yang sepatutnya. Memorandum ANAK kepada Bursa Malaysia tidak diketahui statusnya pada waktu ini.

Kebimbangan begitu dirasai mengenai kedudukan saham FGV di mana Felda, Felda Asset, Tabung Haji, KWSP, KPF dan KWAP mempunyai kepentingan saham yang amat besar. Kerugian ini di tanggung seluruh rakyat Malaysia!

Tanah Felda Plantation seluas 360 ribu hektar yang di pajak selama 99 tahun oleh FGV, apa akan berlaku jika sebarang kemungkinan lebih buruk melanda FGV?

Operasi anak2 syarikat di bawah FGV yang ada kaitan dengan peneroka, umpamanya kilang kelapa sawit(Palm Oil Industries) bagaimana keadaannya di masa hadapan?

Desakan ANAK agar Tan Sri Isa Samad, Dr Emir Mavani di pecat dan rombakan besar besaran di lakukan terhadap pengurusan FGV sebagai plan pemulihan; tiada sebarang respon dari Kerajaan.
ANAK memberi amaran, jika sikap berdiam diri@pekak badak Kerajaan berterusan, demonstrasi besar besaran di Menara Felda akan dilakukan!

Ini bukan ugutan, tapi sebagai isyarat atas pendirian Kerajaan yang tidak bertanggungjawab.
' Menerajui Perubahan '

Mazlan Aliman
Presiden ANAK
19 Ogos 2015

Sumber DD - 19-8-2015




































































Felda bukan milik peribadi Umno, Najib

ROSLAN MD ESA | .


PRESIDEN Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak nyata begitu terdesak hingga mengadakan pengumuman mahu menjadikan Felda sebagai benteng terkuat Umno BN.

Ternyata kenyataan itu menimbulkan episod baru kecurigaan ke atas beliau yang kini dihimpit skandal RM2.6 bilion di mana antara pandangan banyak pihak adalah bakal menjadi rasuah politik untuk mengekalkan kuasanya pada Pilihan Raya Umum kelak.

Kecurigaan ini wajar dalam kedudukan kawasan Felda di seluruh negara adalah berjumlah 54 Parlimen. Jika benar, maka ia ternyata usaha menyelamatkan diri dengan mengaut segala kebobrokan tanpa mempedulikan maruah dan harga diri serta integriti semata-mata mengekang diri dari terkubur.

Felda dijadikan talian hayat terakhir untuk Najib menyusun rentak dan dijangka sanggup 'meleburkan' segalanya demi mendapat balasan setimpal iaitulah undi dari warga Felda.

Memandang serius perkara itu, Dewan Pemuda PAS Malaysia mengingatkan Najib bahawa BN sudah lama memperalatkan warga Felda hingga akhirnya banyak kepentingan warganya tergadai.

Antaranya idea dan jaminannya meletakkan FGV ke Bursa Saham Malaysia menyaksikan kini peneroka menanggung kesan kerugian ketara.

Sedangkan ketika sama pihak pengurusan tertinggi Felda dan seluruh pegawainya kekal menikmati laba dari janaan penat lelah peneroka sejak puluhan tahun. FGV menjadi petanda jelas kepada keperitan hidup rakyat yang dicetuskan dari keborosan dan tidak amanah pemimpin BN.

Kebangkitan rakyat dalam PRK Rompin awal tahun ini memperlihatkan suatu signal jelas khususnya warga Felda bahawa mereka tidak mahu lagi tertipu dengan dakyah Umno BN. Sedangkan mereka sentiasa berdepan kesusahan akibat dasar menindas Umno BN dan kapitalis FGV yang sedia menghirup darah serta perit jerih warga Felda.

Peruntukan projek Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) bernilai RM1.4 billion mula dikhianati. Harapan generasi kedua Felda memiliki rumah sendiri terbantut apabila projek ini diumumkan Tan Sri Isa Samad telah ditangguh.

Peringkat pertama program PGBF menjanjikan 20,000 unit rumah akan dibina di tanah rancangan terpilih seluruh negara, namun hanya sekitar 8500 unit sahaja berjaya dibina dengan peruntukan yang besar ini.

Paling menyedihkan, sebahagian dari 8,500 unit yang dibina ini pula tidak semua siap sepenuhnya dan diduduki. Difahamkan banyak masalah timbul dan paling utama faktor harga yang mahal, mekanisma kelayakan pemohon dan kegagalan kontraktor.

Demikian itu, Dewan Pemuda PAS Malaysia mengingatkan Najib menghentikan pembohongan beliau dengan umpan beracun yang disumbat ke mulut warga Felda.

Anak-anak generasi kedua Felda kini sudah tidak lagi percaya dengan dogma palsu Najib untuk terus memperjudikan nasib mereka.

Anak Felda tidak mahu tanah warisan kami yang diilhamkan pemberiannya ini oleh ayahanda kepada Najib iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak akhirnya tergadai kerana kerakusan Najib serta kerajaannya.

Kami nasihatkan Najib agar menyelesaikan terlebih dahulu skandal derma RM2.6 bilion selain pelbagai skandal lain khasnya keparahan ekonomi negara dengan nilai RM kini kian merudum (1USD-RM4) serta pelbagai masalah yang dihadapi negara. - HARAKAHDAILY 13/8/2015

Penulis ialah Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Peneroka Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Sumber HD - 13-8-2015


Kempen Jom Sertai ANAK

Posted on Tuesday, August 11 @ 13:59:46 MYT by paktam

Keahlian anak telah dikemaskini semula. Mereka yang berstatus anak peneroka, cucu, cicit dan menantu peneroka berusia 18 tahun keatas boleh memohon samada datang sendiri ke pejabat ANAK di Ukay Perdana, atau membuat permohonan melalui emel persatuananakpenerokafelda@gmail.com atau melalui alamat berikut:

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK),

No 11-2B, Jln UP 1/6, Ukay Perdana
68000 Ampang, Selangor.

Maklumat lanjut boleh hubungi : 0341616103(pejabat)

Sdr Fadil Osman 0173339668
Sdr Rahmat 01111116408

Permohonan ahli melalui sistem online sedang dipersiapkan dan akan dilancarkan sempena perasmian pejabat ANAK pada12 september ini, inshaAllah.

Yuran keahlian ANAK hanya RM10 seumur hidup.

ANAK juga menyediakan borang Aduan dan bersedia menyalurkan aduan yang diterima kepada pihak yang berotoriti.

Adalah menjadi harapan ANAK, usaha penggembelingan ke arah pembelaan dan kebajikan ahli ANAK akan dapat di selenggara dengan lebih berkesan.

Moga usaha kita diberkati Allah

' MENERAJUI PERUBAHAN'

Sumber DD - 11-8-2015


FGV dulu megah, kini rebah ke tanah

Posted on Tuesday, August 04 @ 09:46:43 MYT by paktam

Oleh Lee Chean Chung

Apabila Felda Global Ventures Holdings (FGV) disenaraikan di Bursa Malaysia pada 28 Jun 2012, ia merupakan projek penyenaraian kedua terbesar di dunia selepas Facebook.

Pada masa itu harga pasaran FGV adalah sebanyak RM4.45 dan pernah mencapai tahap RM5.50 buat seketika dahulu. Kini selepas tiga tahun, harga saham FGV pada 24 Julai 2015 hanyalah RM1.67.

Dalam tempoh tiga tahun, ia merudum teruk sebanyak 70 peratus. Modal pasaran pada waktu puncak adalah kira-kira RM20 bilion dan kini ia hanya bernilai RM6 bilion – susut teruk sebanyak RM14 bilion.
Penurunan yang drastik ini menyebabkan FGV disingkirkan daripada senarai indeks 30 FBM KLCI.

Di samping itu, apabila disenaraikan di Bursa, FGV memperoleh sejumlah RM9.93 bilion dana. Kini, dana tersebut hanya tinggal RM100 juta sahaja. Apa jadi dengan Felda, projek yang diusahakan dan dibangga-banggakan kerajaan Malaysia sejak tahun 1950-an ini?
|
Pengerusi FGV Tan Sri Isa Abdul Samad, tokoh yang dibekukan keahlian Umno selama tiga tahun ekoran penglibatan dalam wang politik, berhujah bahawa kita tidak boleh membandingkan FGV dengan konglomerat lain kerana 70 peratus pendapatan FGV adalah daripada hasil kelapa sawit.

Namun begitu, pada tahun 2014, syarikat yang mempunyai bahagian perniagaan perladangan kelapa sawit yang lebih besar seperti Kuala Lumpur Kepong (KLK) dan United Plantations (UPL) juga tidak mengalami penurunan keuntungan yang ketara, sebaliknya UPL mencatatkan pertumbuhan keuntungan sebanyak 4 peratus.

Malah, apa yang dikatakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif FGV Mohd Emir juga menimbulkan keraguan. Beliau menyalahkan kejatuhan harga minyak sawit mentah (CPO) sebagai punca keruntuhan harga saham FGV.

Tetapi, tiada sebuah syarikat kelapa sawit tersenarai yang mengalami kemerosotan yang begitu dramatik seperti FGV. Persoalannya, apakah punca berlakunya perkara ini? Maka, marilah kita mengimbas kembali satu peristiwa pelaburan yang berkaitan dengan FGV baru-baru ini.

Pada 12 Jun 2015, FGV mengumumkan ia akan memperuntukkan USD679 juta untuk membeli 37 peratus saham sebuah syarikat perladangan sawit ketiga terbesar Indonesia yang dikenali sebagai Eagle High (di bawah penguasaan Kumpulan Rajawali Capita). Apa yang wajar diteliti ialah tiada sebuah pun broker sekuriti yang menganggap transaksi tersebut munasabah.

Maybank Securities misalnya percaya bahawa harga pembelian USD17,400 bagi setiap hektar ataupun bersamaan dengan 770 Rupiah harga sesaham adalah terlalu mahal.

Harga terakhir transaksi Eagle High hanya mencatat 450 Rupiah, maka harga pembelian FGV adalah 71 peratus lebih tinggi daripada harga pasaran.

Selain itu, Bloomberg Securities juga menganggarkan bahawa Nisbah Harga Perolehan (P/E) 2015/2016 akan mencapai 52/38 kali dan pendapatan sesaham dalam masa jangka pendek akan menjadi negatif.

CIMB Securities juga berpendapat bahawa harga pembelian itu terlalu tinggi dan FGV perlu membayar USD174.5 juta terlebih dahulu, ataupun 23 peratus daripada harga pembelian sebagai deposit. Selepas peralihan 37 peratus saham kepada FGV, walaupun kumpulan Rajawali hanya memegang 28.5 peratus saham, ia masih mengekalkan kawalannya ke atas Eagle High.

Selepas pengumuman dibuat, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), salah satu pihak pemegang saham FGV, yang juga merupakan tempat simpanan hasil titik peluh daripada berjuta-juta rakyat, membantah urusniaga tersebut kerana harga pembelian adalah terlalu tinggi.

Akhbar The Edge Financial Daily melaporkan bahawa wakil KWSP berkata, "Jika lebih mahal daripada harga pasaran 30 peratus masih boleh diterima. Tetapi lebih daripada harga pasaran 70 peratus jelas menunjukkan harga urusniaga yang amat tidak munasabah."

Harga saham FGV turut menjunam sejurus selepas pengumuman itu dibuat.

Mengapakah pengambilalihan yang tidak rasional tersebut diluluskan? Timbul dakwaan bahawa pemilik Rajawali merupakan kawan baik Najib. Bagaimanapun, secara jelas boleh dikatakan bahawa ia bersangkut paut dengan kapitalisme kroni yang diamalkan oleh Umno/BN selama ini.

Ini bukan urusniaga luar biasa pertama yang berlaku. Sebelum ini, terdapat juga pengambilalihan loji minyak di Amerika Syarikat, kilang kacang soya di Kanada, hotel mewah di United Kingdom serta pelan pengambilalihan lain yang tidak berkaitan dengan perniagaan teras FGV. Ini menimbulkan keraguan: Adakah kewujudan FGV untuk kepentingan rakyat ataupun satu mainan modal sahaja?

Walaupun FGV dianggap sebagai entiti komersil, tetapi ia lebih menyerupai projek kejuruteraan sosial dan politik.

Jika ia merupakan organisasi komersial semata-mata, Isa Samad pastinya tidak akan menyandang begitu banyak jawatan – pengerusi di Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Kumpulan Pelaburan Felda (FIC) dan Felda Holdings Bhd.

Lebih-lebih lagi, entiti komersil tidak memerlukan seorang tokoh politik veteran untuk mengetuai kumpulan perladangan terbesar di dunia!

Pembangunan industri strategik boleh membawa kepada kemakmuran dan kesejahteraan negara. Korea, Taiwan dan Jepun mencapai tahap negara maju melalui pembangunan industri strategik yang didorong oleh kerajaan.

Namun begitu, ekoran korupsi yang membarah dalam institusi negara, rasuah dan penyelewengan berleluasa, penjawat awam dipolitikkan, pilihan raya tidak bersih, media tidak bebas dan penekanan masyarakat sivil, Malaysia telah mengalami masalah “kegagalan kerajaan”.

Ini bermaksud segala usaha yang digembleng atas nama kemajuan ekonomi akan tersasar daripada matlamat asal, malah menjadi ruang bagi amalan ambil untung atas angin oleh kroni dan mereka yang berkuasa.

Untuk terus memenuhi selera mereka yang semakin besar, projek sebegini akan mengalami proses pengkorporatan, penswastaan dan pemodalan, dan diikuti dengan projek-projek mega yang akhirnya menjadi projek gajah putih.

Hari ini, pengarah FGV menikmati gaji lumayan dan mengunjungi seluruh dunia untuk membincangkan urusniaga korporat. Dalam pada itu, lebih daripada 4,458 peneroka menyaman Felda dan mendakwa pihak pengurusan menipu Kadar Perahan Gred (KPG) hasil kelapa sawit peneroka. Mereka yang menyaman Felda ini telah dinafikan hak untuk berkongsi dividen serta duit raya FGV.

Inilah yang akan berlaku apabila kerajaan gagal dan GLC bertindak di luar kawalan.


LEE CHEAN CHUNG ketua penerangan AMK dan ADUN Semambu


Sumber DD - 4-8-2015




































































Muhyiddin dipecat, warga Felda makin celaru

NARAZA MUDA | .


Warga Felda mengikuti perkembangan muktakhir politik arus perdana dengan penuh minat, dengan harapan berlaku perubahan besar untuk menyelamatkan kedudukan Felda yang kian mengecil dari penguasaan sektor perladangan sawit dan industri hiliran berkaitan setelah FGV mengambil alih sebahagian besar peranan Felda sebelum ini.

Dengan pengumumun mengejutkan pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dari Kabinet dan Timbalan Perdana Menteri dilihat semakin memberi kecelaruan kepada 1.5 juta warga Felda seluruh negara. Ini kerana sebelum ini warga Felda mengharapkan bekas Timbalan Perdana Menteri ini dapat membuat sesuatu menyelamatkan aset terbesar orang Melayu.

Isu pelantikan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda oleh Perdana Menteri sejak 2011 telah mengubah hampir keseluruhan kedudukan Felda dan menjadi Felda sebagai satu sejarah kejayaan bangsa Melayu di bidang perladangan khasnya Industri sawit dan getah.

Penyenaraian FGV ke Bursa Saham BSKL, penyerahan aset tanah ladang 360,000 hektar kepada FGV, pemecatan pegawai-pegawai Felda yang berjasa memacu Felda, pembelian aset dalam dan luar negara yang amat diragui dan penuh tipu helah, penggunaan tunai yang besar untuk pelaburan berisiko tinggi telah menjadikan warga Felda berada dalam keadaan yang keliru dan resah.

Koperasi terbaik, Koperasi Permodalan Felda (KPF) telah dipaksa menyerahkan kepentingan pegangan ekuti 51 peratus dalam Felda Holdings Berhad (FHB) dengan nilai jauh lebih rendah dari nilai sebenar dan paling lucu dialaf ini, proses ini hanya dilakukan dengan memaksa perwakilan dari seluruh negara mengangkat tangan tanda setuju menyerahkan aset berbillion ringgit kepada FGV.

Kini KPF terpaksa meneruskan perniagaan mereka dengan mencari peluang baru untuk terus bertahan dan terus memberi keuntungan kepada 112,635 peneroka seluruh negara dan sebahagian kakitangan Felda yang telah melabur sejak sekian lama.

Lebih mengejutkan KPF dipaksa memberi tanah ladang sawit di Samarahan bagi mengantikan aset yang hilang dan apa yang lebih malang dipercayai berlaku penipuan urus niaga ini oleh pegawai atasan Felda dan individu berkepentingan. Amat malang bagi KPF dan peneroka Felda, malang berganda.

Isu generasi kedua Felda juga diambil kesempatan oleh pihak yang rakus di dalam Felda sebagai sumber mengaut keuntungan secara haram. Peruntukan RM1.4 billion untuk menyediakan 20,000 unit rumah kepada golongan ini telah dihentikan setelah hanya 8,500 unit sahaja dibina dan dari jumlah ini, tidak semua unit ini berjaya disiapkan dan diduduki.

Isu hutang yang tidak munasabah terpaksa ditanggung oleh sebahagian besar peneroka Felda bagai tiada jalan penyelesaian dan ini menjadi satu bentuk penggadaian terancang yang dibuat oleh pihak kerajaan untuk terus mengikat peneroka Felda dalam kancah hutang, sampai mati pun peneroka tidak mampu membayar hutang ini jika sudah mencecah RM150,000,00 di ketika usia menjangkau umur 70-an. Ibarat kata pepatah, harimau mati meninggalkan belang, peneroka mati meninggalkan hutang.

Justeru itu, adalah diharapkan generasi kedua Felda perlu mengambil berat dan cakna mengenai isu di kalangan warga Felda dan pewaris kepada peneroka Felda. 54 daripada 222 parlimen yang ada tanah rancangan Felda seluruh negara tidak sewajarnya dijadikan bahan gadaian kepada pelabur asing melalui FGV dan kita masih punyai ruang untuk perbetul kedudukan Felda dari terus dimusnahkan walaupun terpaksa membayar dengan nilai yang tinggi.

Kedudukan terkini harga semasa saham FGV yang telah menjunam teruk pastinya memberi kesan langsung kepada kedudukan tanah-tanah peneroka Felda di seluruh negara. - HARAKAHDAILY 29/7/2015

Penulis ialah Ketua Penerangan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak).

Sumber HD - 29-7-2015


Syawal Pengubat Hiba Warga Felda

Oleh : Naraza Muda

Banyak pendapat mengatakan 1 Syawal kali ini jatuh pada hari Jumaat, penghulu segala hari, penuh dengan barakah.

Kesempatan ini, saya Naraza Muda, Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Terengganu dengan rendah diri dan penuh kesyukuran mengambil ruang ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Eidilfitri kepada seluruh warga peneroka Felda di semua 21 tanah rancangan di Terengganu.

Buat pertama kalinya dalam sejarah Bumi Malaysia ini, kita warga Felda menyambut hari lebaran ini dengan keperitan dan tekanan untuk meneruskan persiapan hari raya dan hari kemenangan dengan GST.

Tahun ini juga tahun bencana buat kita apabila saham FGV , saham kedua terbesar selepas Facebook ditendang keluar dari indeks BSKL, dengan harga penyenaraian RM4.55 pada 28 Jun 2012, dengan harga terkini menjunam menghampiri RM1.50

Kini setelah hampir tiga tahun disenaraikan, ramai warga Felda sudah tiada selera untuk mengambil tahu harga semasa FGV, syarikat perladangan sawit terbesar negara ini.

Peneroka dijanjikan hanya enam bulan sahaja selepas penyenaraian, selepas itu proses menjual saham dan mendapat untung besar, namun sehingga hari ini lain pula jadinya, hampir 100ribu peneroka yang mendapat pinjaman bank untuk membiayai pembelian 800 unit saham terpaksa membayar pinjaman RM50 sebulan dalam masa enam tahun.

Ini secebis kisah sedih peneroka felda, semoga hari raya ini kita dapat melupakan seketika kehibaan dengan apa yang menimpa kita, angkara pemimpin negara yang rakus membaham laba hasil dari penyenaraian FGV.

Tahun ini juga KPF terpaksa membayar dividen 10 peratus dan terendah sejak ditubuhkan, selepas berada dikedudukan koperasi terbaik sejak beberapa tahun kebelankangan ini .Kehilangan pegangan ekuiti 51 peratus dalam Felda Holdings dan hasil pendapatan tunai ladang Felda Plantation 360,000 hektar, menyebabkan KPF menghadapi hari sukar ditambah pembelian aset terbaru ladang sawit di Samarahan yang 60 peratus tanah dari jenis gambut.

Anak generasi kedua felda Terengganu terus di anak tirikan apabila tiga program perumahan generasi kedua gagal dilaksanakan setelah dibuat majlis perasmian pecah tanah oleh Menteri besar Terengganu pada tahun 2012 dan kini hanya semak samun menganti rumah, lebih malang lagi program perumahan untuk generasi kedua ditangguhkan oleh Isa Samad.

Dengan masalah hutang yang menghambat peneroka Felda di Terengganu, ada peneroka dibebani hutang mencecah RM140ribu, menambahkan lagi masalah kepada kita semua. Pengeluaran BTS yang jatuh mendadak sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan harga komoditi sawit yang tidak stabil mengiringi masalah di antara masalah yang membebani warga Felda.

Ada diantara 21 tanah rancangan Felda di Terengganu masih belum mendapat hak milik walaupun proses tanam semula sudah dilaksanakan dan telah menjadi peneroka hampir 30 tahun.

Projek sosial ekonomi untuk memberi pendapatan tambahan kepada belia felda dan generasi 2 boleh dikatakan sifar di negeri kita ini. Penghijrahan anak muda felda ke Kota sangat besar. Gejala sosial terutama penyalahgunaan najis dadah bagai tiada kesudahan . Pihak pengurusan Felda tidak pro aktif dalam membersihkan kawasan felda dari dadah.

Justeru itu, saya mengharapkan kepulangan warga felda ke tanah rancangan dihari mulia ini mampu memberi satu pengukuhan ukhwah sesama kita dan yang berkelapangan masa, jenguklah pejabat Felda bertanya khabar tentang hutang ayah kita.( minta penyata hutang keseluruhan ).

Semoga agenda buku hijau yang diperkenalkan oleh Tun Razak L.K.T.P dapat dipertahankan, walaupun hampir mustahil dengan pemusnahan besar-besaran yang dibuat oleh anaknya sendiri, kata orang ” Ayahnya membina Felda, kini anaknya yang memusnahkan” Selamatkan Felda kita, tanah air kita dari kerangkusan Tan Sri Isa Samad dengan apa yang berbaki.

Akhir sekali, sama-samalah kita seluruh warga Peneroka Felda dan generasinya menyambut Hari kemenangan ini dengan memperkukuhkan silaturahim sesama kita, bermaaf-maafan, dan mengzahirkan kesedaran dengan perkembangan terkini yang melanda kita.Maaf zahir dan Batin.

***Naraza Muda ialah Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Terengganu
28 Ramadhan 1436 / 15 Julai 2015

Sumber BO - 15-7-2015


Kembalikan FELDA Pada Landasan Sebenar
Posted on Thursday, July 09 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Terkesan dengan apa yang melanda Felda hari ini tiada jalan selamat kecuali kembalikan pada kedudukan asal sebelum penyenaraian Felda ke BSKL melalui FGV, walaupun memerlukan dana yang sangat besar.

Satu persatu masalah timbul dan banyak perancangan tidak menjadi. Urus niaga diragui, saham menjunan dan pelbagai onar lagi mengiringi.

Bermula perlantikan Tan Sri Isa Samad 4 tahun lalu, episop kemusnahan melangkah bergaya. Memecat pegawai yang berjasa mengurus Felda, melantik pembodek ke jawatan lebih tinggi walaupun terbukti tidak layak.

Trajis peneroka Felda bermula apabila Isa Samad berjaya memaksa perwakilan Koperasi Peneroka Felda ( KPF ) menyerahkan segala aset pemilikan 51% pegangan dalam Felda Holdings Berhad bertukar tangan kepada FGV.

Perwakilan dan pemegang saham KPF bagai dipukau untuk bersetuju dengan tawaran harga pengambilalihan walaupun nilainya jauh lebih rendah dari nilai yang dibuat Firma penilai berlesen.

Hasil tunai RM2.2billion transaksi ini pula, KPF dipaksa membeli sebahagian saham FGV. Pelik bin ajaib.

Penyerahan 360,000 hektar tanah yang diurus Felda Plantation sebagai cagaran paling besar dalam proses penyenaraian FGV telah mengecutkan gah Felda, hasil dari tanah ini yang telah memberi tunai kepada Felda RM1billion setiap tahun, bahkan pernah mencatatkan angka RM1.8billion.

Pengguna tunai RM4.4 billion hasil dari pengambilalihan dan penyenaraian FGV, dibuat secara rakus, beniat jahat dan menaikan harga pembelian secara terancang. Antaranya:

1. RM1.2 billion digunakan untuk menguasai saham Pontian United Plantation Berhad pada harga RM140 sesaham .

2. RM800 juta membeli kilang berasaskan indusrti hiliran di dalam dan luar negara tanpa menyediakan kertas cadangan dan kajian mendalam.

3. RM 500 juta digunakan untuk membeli apartmen mewah, Grand Plaza Servis Aparment, di Bayswater, London. Membeli kondominium mewah di Braintree, Massachusetts, Amerika Syarikat.

4. RM 110.3 juta digunakan untuk hanya menguasai 25% saham Iris Corporation Berhad.

Ini sebagian 'shopping' sakan yang dibuat oleh Isa Samad dan koncu-koncunya untuk melicin laba besar dari penyenaraian.

Pembelian aset dan hartanah tidak menjadi satu kesalahan dan ini satu pelan tersusun perniagaan tetapi menaikkan harga dalam setiap urusniaga ini yang buat amat malang, mencuri duit dengan kaedah terancang.Merompak secara dengan lesen oleh pemerintah tahta kerajaan.

Kejatuan harga saham FGV sehingga RM1.53 daripada harga IPO RM4.55 bukan satu perkara kecil, FGV digantung dan terkeluar dari indeks BSKL setelah harga menjunam tanpa mampu dibuat unjuran kenaikan menambahkan lagi malang FGV.

Ketika dalam keadaan harga saham FGV nazak, Isa Samad terus mengambil peluang mencuri duit FGV dengan alasan memperkukuhkan penguasaan FGV dengan memiliki saham perladangan Syarikat Indonesia Rajawali Group dengan harapan membawa kembali FGV dalam sebaris 30 Syarikat penyenaraian utama indeks BSKL.

Urusniaga di peringkat rundingan pun dah dikeluakan AS$680 juta. Yang gilanya ialah harga yang dibayar oleh FGV sangat tinggi berbanding nilai pasaran saham PT Eagle High Plantation ( EHP ).

FGV membayar hampir sekali ganda nilai saham EHP di Bursa Saham Indonesia ( ISX). FGV membayar 800 rupiah sesaham. Walhalnya harga EPH di pasaran hanya sekitar 400 rupaih.

Semua ini adalah satu komplot besar menjahanamkan Felda, FGV dan negara. Mendedahkan penguasaan asing dalam pemilikan saham perladangan terbesar negara apabila membuat timbal balas perniagaan dengan memberi peluang kepada PT Rajawali melalui EHP memiliki sebahagian kepentingan saham dalam FGV dengan harga RM1.86 sen berbanding peneroka Felda yang terpaksa membeli dengan harga RM4.45

Kesian peneroka Felda seluruh negara, mereka terheret dengan percaturan perompak hasil negara. Mereka sudah cukup terseksa dengan angkara pentadbiran Najib ini. Isa Samad yang berhati kering menjadi pelaksana yang celaka, mengikut arahan sang pemerintah Maha zalim dan pastinya memberi kesan yang sangat besar kepada 1.5 juta warga Felda seluruh negara.

Semua ini perlu diselamatkan oleh kita semua warga Felda, walau terpaksa membayar harga yang tinggi, maruah dan kedaulatan tanah air kita perlu dipertahankan . Legasi Tun Razak telah dimusnahkan oleh anaknya sendiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

~ Naraza Muda
Ketua Penerangan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan.



Sumber TKO - 9-7-2015



































































13,947 peneroka dinafikan dividen FGV - Anak

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) dukacita dan kesal atas keputusan Felda yang tidak menyenaraikan 13,947 orang peneroka Felda daripada memperoleh dividen Felda Global Vanture (FGV) dan insentif hari raya berjumlah RM900 seperti mana diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam di Felda Pasoh 1.

Menurut Presiden Anak Mazlan Aliman, tindakan itu mengulangi diskriminasi yang sama seperti tahun lalu, di mana peneroka yang tidak bersama Felda dan mengambil tindakan saman terhadap Felda, dinafikan insentif yang sama sebanyak RM 947.78.

Katanya, meskipun memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) bertarikh 11 september 2014 oleh para peneroka telah dilakukan, ia gagal mengubah pendirian Felda yang disifatkan sebagai zalim dan balas dendam.

Untuk rekod, peneroka yang tidak bersama Felda atau dengan kata lain melaksanakan tanam semula secara persendirian adalah sebahagian kecil dari para peneroka yang berdikari dan gigih mengusahakan kebun 10 ekar milik mereka.

Namun, sebahagian besar dari kelompok ini masih menghantar Buah Tandan Segar (BTS) ke kilang sawit Felda.

"Jika mereka bertindak menyaman Felda dalam kes Kadar Perahan Gred (KPG), ia adalah hak peneroka yang sedia termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Ini kerana usaha dan rundingan telah menemui jalan buntu, manakala ketidakadilan dalam kes KPG terus berlaku," tegas Mazlan dalam satu kenyataan.

NGO Anak menggesa Felda menarik balik keputusan yang dibuat dan pembayaran dividen FGV serta insentif hari raya diberi kepada semua 112,635 orang peneroka pada 13 Julai ini bahkan, tunggakan tahun lalu sepatutnya di bayar sama.

"Sempena bulan Ramadan yang begitu banyak kelebihan dan penuh keberkatan, saya merayu campur tangan YAB Perdana Menteri dan budi baik Pengarah Besar Felda, Datuk Hanapi Suhada, agar diskriminasi ini tidak diteruskan. Moga keharmoniaan dan perpaduan warga Felda tetap terpelihara," ujarnya.

Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan pembayaran dividen pelaburan FELDA Global Ventures Holdings Bhd (FGV) serta duit raya berjumlah RM900 bagi setiap peneroka di seluruh negara.

Pembayaran dividen itu membabitkan dividen awal sebanyak 6 sen sesaham dan dividen akhir sebanyak 4 sen sesaham bernilai RM600 bagi setiap peneroka, manakala duit raya bernilai RM300.

Dividen yang keseluruhannya bernilai RM59.2 juta dan duit raya (RM29.6 juta) itu akan dibayar kepada 98,688 peneroka yang layak mulai 13 Julai ini. – HARAKAHDAILY 8/7/2015

Sumber HD - 8-7-2015



































































Najib tidak endah teguran saya - Tun M

| .






KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed bimbang Felda berniat tidak baik terhadap peneroka Felda apabila menyenaraikan Felda Global Ventures (FGV) di Bursa Malaysia.

Beliau berkata, apabila FGV membuka ruang pemilikan saham kepada syarikat luar, aset peneroka akan tergadai.

"Najib melakukan banyak perkara yang memudaratkan negara. Dia kata Pak Lah teruk, tapi pemerintahan Najib lagi teruk.

"Dulu saya sokong Najib, sekarang saya terpaksa bersuara dan tarik balik sokongan. Saya sudah tegur dia, Najib tidak endah pandangan saya," kata Tun Mahathir.

Beliau meluahkan demikian kepada badan bukan kerajaan (NGO) Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) dalam pertemuan di Yayasan Kepimpinan Perdana Putrajaya petang semalam.

Menurut Presiden Anak Mazlan Aliman, pertemuan lebih sejam itu turut membincangkan isu-isu berkaitan Koperasi Permodalan Felda (KPF), 1Malaysia Development Berhad (1MDB), cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Beliau memberitahu, Tun Mahathir juga berasa hairan terhadap pelantikan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda sedangkan beliau telah dibuang akibat salah laku dan politik wang.

"Kenapa FGV buang duit beli hotel, kilang dan melabur di luar negara sedangkan ruang dan peluang masih terbuka luas di negara sendiri. Beli aset pula dengan harga tinggi, untuk ambil kesempatan peribadi," katanya.

Justeru, Anak memohon Tun Mahathir membuat kenyataan terbuka mengenai situasi kritikal dalam Felda dan FGV dan menerima respons yang baik daripada beliau.

"Terima kasih Tun atas kesudian dan meraikan kedatangan rombongan Anak," ujarnya.

Turut hadir, penasihat ekonomi Anak, Dr Rosli Yaakop, bekas pegawai kanan Felda, Abd Ghani Mahmood dan Mohd Said Jonit.

Sementara itu, Mazlan berkata pihaknya akan mengatur pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam masa terdekat.

Selain itu katanya, pejabat Anak yang baru beroperasi di Ukay Perdana akan dirasmikan oleh Menteri BEsar Selangor AZmin Ali pada 27 Jun ini. - HARAKAHDAILY 7/7/2015

Sumber HD - 7-7-2015



































































Siasat dakwaan peneroka Felda berhutang RM146,502

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia menggesa satu siasatan dilakukan oleh pihak berwajib berhubung dakwaan Zurina Amnan bahawa ayahnya berhutang sebanyak RM146,502.32 sebagaimana Penyata Hutang dari Felda Techno Plant ke atas peneroka itu.

Jumlah besar yang tidak termasuk hutang utama lain kepada syarikat tersebut itu, seakan mengesahkan pertikaian dan dakwaan selama ini ke atas Felda dan anak-anak syarikatnya bahawa mereka telah memanipulasi tenaga empat kerat peneroka.

"Felda telah membuat untung besar dari keringat peneroka yang setia memugar tanah mengisi sebahagian pembangunan negara," ujar Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Peneroka Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Roslan Md Esa.

Di era ini, katanya apabila para peneroka mulai senang menikmati hasil titik peluh mereka, poket simpanan mereka pula bocor dari penglibatan dalam saham Felda Global Ventures Holding (FGVH).

Katanya lagi, kejatuhan saham FGVH ke paras paling rendah secara mendadak memperlihatkan seolah-olah peneroka telah diperdaya, malah kini penyata-penyata hutang berkenaan hadir menjerut leher mereka.

Menurutnya, jumlah hutang sedemikian sangat tidak munasabah setelah para peneroka sejak sekian lama memerah keringat, tiba-tiba di usia emas, mereka menerima beban hutang sebesar itu.

Pastinya, ujar beliau wujud urusan di luar kewajaran dan unsur-unsur memangsa dan menganiaya sebelah pihak.

"Situasi ini menunjukkan Felda sudah tersasar dari objektif penubuhannya, di mana bebanan ditanggung syarikat itu kini mungkin sedang dipindahkan kepada peneroka, sedangkan terdapat kawasan kebun mereka itu yang terbiar kerana sudah lama tidak diusahakan," katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, Dewan Pemuda PAS Malaysia percaya terdapat banyak lagi kes senasib dan seumpama ini yang tidak didedahkan ke pengetahuan umum.

"Sehubungan itu, siasatan telus ini nanti diharap dapat membawa keluar jerung sebenar dalam masalah ini dan tidak memangsakan peneroka sebagai anak-anak bilis," tambahnya lagi. - HARAKAHDAILY 2/7/2015

Sumber HD - 2-7-2015



































































Felda tolak cadangan bina penempatan banjir

ASLANI M | .


GUA MUSANG: Pejabat Tanah dan Jajahan (PTJ) Gua Musang terpaksa mencari tapak baru selepas Felda Global Ventures (FGV) menolak cadangan mewujudkan penempatan mangsa banjir di Aring 2.

Penolakan itu baru dimaklumkan pemimpin Umno Gua Musang sehingga menyebabkan 32 mangsa banjir masih lagi mendiami khemah dan bangsal sehingga sekarang.

Ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Tanah Gua Musang, Norazmi Abdullah berkata sebelum ini seorang pemimpin Umno diamanah berunding dengan FGV bagi mendapatkan tanah tersebut.

Bagaimanapun katanya, selepas enam bulan baru dimaklumkan kepada PTJ Gua Musang FGV tidak melulus cadangan mewujudkan penempatan baru mangsa banjir di Aring 2.

“Ekoran itu PTJ Gua Musang mencari tapak baru. Lokasinya sudah dikenal pasti membabitkan kawasan seluas kira-kira enam ekar.

“Sedangkan projek rumah kekal mangsa banjir di situ dipersetujui Jawatankuasa Pasca Banjir Peringkat Negeri dikendalikan JKR Kesedar.

“Kelewatan itu menyebabkan pembinaan rumah kekal di Aring 2 begitu lambat berbanding di tempat-tempat lain,” katanya di sini.

Menurutnya juga PAS Gua Musang dan Pejabat Penyelia Dun Paloh sering datang bertanya khabar dan menghulur bantuan keperluan asas kepada mereka.

Selain itu Yayasan Darul Hijrah dan sebuah NGO dari Pasir Puteh juga sering datang membantu mangsa banjir.

Kelewatan agensi pusat membina rumah kekal mangsa banjir juga dikatakan berlaku di Lebir.

Kelewatan itu menyebabkan sebuah NGO, Islamic AID Malaysia dengan kerjasama Etiqa Takaful tampil membina rumah kekal kepada 30 mangsa banjir.

Pembinaan rumah bertiang tinggi dijalankan di atas tanah milik mangsa banjir yang mempunyai geran secara sah.

Norazmi berkata, sedangkan pada persetujuan sebelum ini JKR Kesedar yang sepatutnya membina rumah kekal di Lebir.

“Kehadiran NGO terbabit membina rumah kekal saya difahamkan tidak disenangi Umno Gua Musang dengan alasan tidak melalui mereka.

“Sedangkan mangsa banjir di situ tidak mempunyai rumah selepas kediaman mereka musnah akibat banjir besar akhir tahun lepas.

“Sepatutnya kita merakamkan ucapan terima kasih kepada NGO terbabit yang bertindak segera membantu mangsa banjir,” katanya.

Beliau juga berkata, penyerahan kunci rumah kekal itu dijangka diadakan pada masa terdekat.

Sementara itu Task Force Pemuda Prihatin Dewan Pemuda PAS Kelantan melawat mangsa banjir yang masih lagi mendiami khemah di Felda Aring 2, Aring 3 dan Aring 10 semalam.

Ketuanya, Nazman Che Iberahim berkata kehidupan mangsa banjir di situ masih lagi teruk selepas enam bulan banjir besar berlalu.

Katanya, sebanyak 32 keluarga mangsa banjir yang mana rumah mereka musnah tinggal di bawah khemah dan bangsal.

“Mereka tinggal di atas rizab Sungai Aring berhampiran tanah rancangan Felda. Rumah mereka hanyut dirempuh arus sungai.

“Penyelesaian segera perlu dilakukan bagi membolehkan rumah kekal dibina untuk mereka,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 1/7/2015

Sumber HD - 1-7-2015



































































Anak gesa FGV disiasat urus niaga mencurigakan

| .


KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) hari ini membuat laporan polis terhadap dua individu penting dalam Felda berhubung urusniaga mencurigakan antara Felda Global Ventures (FGV) dengan PT Eagle High Plantations.

Presiden Anak Mazlan Aliman berkata, pihaknya menggesa pihak polis menyiasat Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad dan Presiden Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif FGV Datuk Dr Emir Mavani kerana membeli saham PT Eagle hampir dua kali ganda lebih mahal dari harga pasaran.

PT Eagle adalah di bawah Rajawali Group yang dilaporkan milik Peter Sondakh yang didakwa rapat dengan kepada pemimpin tertinggi negara.

Harga pasaran semasa sahamnya hanya RP400 tetapi FGV membelinya pada harga RP700 sesaham.
"Pembelian ini pada harga yang luar biasa tingginya dan terdapat pula syarat-syarat yang tidak memihak kepada FGV.

"Satu penyiasatan terperinci perlu dibuat ke atas pihak yang bertanggungjawab," kata Mazlan kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi hari ini.

Mazlan juga berkata, adalah suatu yang pelik apabila walaupun selepas urusan jual beli dimuktamadkan, FGV menjadi pemegang saham major kepada PT Eagle dan menguasai sebanyak 37 peratus tetapi pengurusan masih dipegang Rajawali Group.

"Sepatutnya pemegang saham major iaitu FGV menguasai pengurusan. Ini adalah amalan di luar kebiasaan," katanya lagi.

Menurut Mazlan juga, ladang PT Eagle yang terletak di Kalimantan menyebabkan masalah aksesibiliti dan mengakibatkan kos pengangkutan menjadi tinggi.

"Sebahagian besar tanah masih belum ditanam dengan sawit bermakna tanah belum menjana apa-apa hasil. Malahan dana tambahan diperlukan untuk membangunkan tanah berkenaan.
"Kawasan berhasil adalah pokok muda, bermakna hasil masih rendah," ujarnya.

Selain itu, bayaran deposit belian lebih dari 10 peratus adalah di luar daripada jualan biasa dan perjanjian penerimaan.

Apa yang membimbangkan juga kata Mazlan, FGV sukar menguasai pasaran minyak masak Indonesia kerana di Indonesia ramai lagi pemain pasaran minyak sawit yang besar, antaranya PT Sinar dan Mas- Syarikat Permata Hijau dan lain-lain.

"Dengan berbelanja cuma RM182 juta (USD47 juta), PT Rajawali Group dapat menguasai 2.6 peratus saham FGV sedangkan Koperasi Permodalan Felda (KPF) terpaksa berbelanja lebih RM800 juta untuk mendapat lima peratus saham FGV.

"Bermakna saham FGV dijual kepada PT Rajawali Group pada harga yang sungguh istimewa," katanya. - HARAKAHDAILY 25/6/2015

Sumber HD - 25-6-2015

FGV bayar mahal kepada Sondakh

Posted on Sunday, June 14 @ 15:31:46 MYT by paktam

Oleh A Kadir Jasin

Pada pandangan mata kasar, pembelian 37 peratus saham ladang PT Eagle High Plantation (EHP) di Indonesia Felda Global Ventures Bhd (FGV) amatlah memberangsangkan.

EHP adalah anak syarikat konglomerat Rajawali iaitu salah sebuah syarikat terbesar di Indonesia.

 Rajawali dimiliki Peter Sondakh yang disenaraikan majalah Forbes sebagai orang kesembilan terkaya di Indonesia. Beliau bergelaran tan sri (kehormat).

Tan sri Peter Sondakh "penasihat" Datuk Seri Najib Razak


Urus niaga itu selaras dengan dasar kerajaan menggalakkan pelaburan Malaysia di luar negara dan dengan kedudukan FGV sebagai syarikat multinasional dalam bidang perladangan. 

Lagipun bagi pelabur sektor perladangan, harapan memperluaskan ladang di dalam negara sudah tidak ada atau terhad kerana kita tidak lagi membenarkan pembukaan besar-besaran hutan belantara.

Dalam urus niaga itu, FGV membayar AS$680 juta (kira-kira RM2.5 bilion) dalam bentuk tunai dan saham. Pembelian itu turut merangkumi 95 peratus ladang tebu milik Rajawali.

Bagaimanapun, timbul beberapa persoalan yang perlu dianalisis dan difahami mengenai urus niaga itu.

Yang menggusarkan ialah harga yang dibayar FGV sangat tinggi berbanding nilai pasaran saham EHP. FGV membayar hampir sekali ganda nilai saham EHP di Bursa Saham Indonesia (ISX). FGV membayar 800 rupiah sesaham sedang harga EHP di pasaran hanya sekitar 400 rupiah.

FGV nampak sangat murah hati walaupun ia sendiri berada dalam keadaan kesulitan akibat kelemahan harga minyak sawit, banjir besar Disember-Januari lalu yang menjejaskan pengeluaran ladang-ladangnya serta harga sahamnya yang merudum di Bursa Malaysia.

Contohnya, keuntungan 2014 jatuh daripada RM1.56 bilion kepada RM826.4 juta kerana kemarau. Bagi suku pertama tahun ini (Januari-Mac) keuntungannya jatuh 98 peratus kepada hanya RM3.6 juta manakala harga sahamnya di Bursa Malaysia merudum daripada harga IPO RM4.55 pada 2012 kepada kurang daripada RM2 sekarang.

Jadi adakah ini masa yang sesuai bagi FGV membuat pembelian dan pada harga yang jauh melebihi harga pasaran?

Ini menyebabkan penganalisis membuat andaian urus niaga itu lebih berupa operasi membantu Rajawali dan Peter Sondakh.

Adalah pengetahuan umum di kalangan pemerhati dan penganalisis pasaran yang Rajawali mungkin mengalami tekanan setelah percubaannya mengapungkan syarikat perlombongan emas miliknya tahun lalu gagal akibat kurang sambutan pelabur.

FGV dan Rajawali satu strategi

Lojiknya FGV membeli saham-saham EHP dengan harga diskaun kerana sektor perladangan kini dalam suasana lembap. Lagipun, bukan semua tanah milik EHP sudah mengeluarkan hasil. 

Daripada pegangan seluas 419,006 hektar, baru 147,298 hektar ditanam. Bakinya masih hutan belantara.

Memandangkan harga sahamnya sendiri amat rendah maka FGV terpaksa menyerahkan lebih banyak saham kepada penjual EHP. Saham FGV ditutup pada kadar RM1.85 pada 11 Jun.
Ada ramalan mengatakan FGV mungkin diambil balik (taken private) Felda dan ditarik keluar daripada Bursa Malaysia kerana penarafan pasaran yang hambar.

Sudah menjadi pengetahuan umum di kalangan penggiat korporat dan pemerhati politik, Sondakh sangat akrab dengan perdana menteri, Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor. Sejak 2010 Sondakh dikatakan menjadi "penasihat" Najib mengenai Indonesia.

Keakraban ini dikatakan menjadi pemangkin kepada pelaburan mewah Sondakh dalam projek pembinaan Hotel St Regis dan pusat konvensyen antarabangsa Langkawi. Sumber-sumber perbankan mendakwa Sondakh mendapat pembiayaan mudah daripada institusi kewangan milik kerajaan Malaysia.

Peter Sondakh, Najib dan Rosmah

Macam banyak saham syarikat komoditi, saham EHP juga jatuh di Bursa Indonesia (ISX) sebelum "ditolak-naik" kepada sekitar 400 rupiah. FGV membeli saham-saham tersebut dengan harga 800 Rupiah, sekali gus memberikan keuntungan atas kertas 100 peratus kepada penjual EHP.

Pembelian FGV juga bercanggah dengan arahan Kementerian Kewangan bertarikh 26 Disember lalu kepada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan badan-badan berkanun agar memberhentikan sementara pembelian aset di luar negara bagi mengurangkan pengaliran keluar modal dan membantu menjana ekonomi domestik. Atau Najib, yang juga mentor Felda, membuat pengecualian bagi membolehkan urus niaga itu.

Mungkin Sondakh jelma dalam 1MDB?

Dua bidang tanah di Tun Razak Exchange (TRX) Jalan Tun Razak sudah dijual terus atau secara usaha sama kepada dua pelabur asing – Lend Lease, Australia dan Mulia Group, Indonesia.

Apakah ada kemungkinan Rajawali atau Sondakh sendiri akan menjadi pembeli seterusnya? 

Sondakh suka kepada urus niaga berkembar. Misalnya, selepas menjual syarikat telekomunikasinya, Excelcomindo Pratama, kepada Telekom Malaysia pada pertengahan 2000, beliau membeli aset perhotelan Khazanah Nasional Berhad di Kuala Lumpur dan Langkawi.

Penjualan tanah yang diperoleh dengan harga murah dari kerajaan kepada pelabur tempatan dan asing dengan harga tinggi memperkukuhkan pendapat 1MDB adalah skim cepat kaya.

Kita tidak memerlukan syarikat pelaburan strategik milik kerajaan kalau sekadar untuk beli tanah dan jual tanah macam orang kampung beli tanah dan pecah jadi lot untuk dijual.

Seorang pemaju hartanah Bumiputera yang pernah membeli tanah kerajaan untuk dimajukan berkata, apa yang dibuat 1MDB sekarang tidak lebih daripada membeli tanah kerajaan dengan harga yang murah kemudian menilainya semula dan menjual sebagai lot pada harga yang berganda-ganda tinggi.

Katanya, siapa pun boleh melakukan kegiatan seperti itu tanpa memerlukan modal besar dan kepakaran. Tambahnya lagi, apa yang sedang dilakukan 1MDB tidak lebih daripada perniagaan atas angin atau perniagaan Ali-Baba.


Maklumat mutakhir pasaran berkata, 1MDB sedang berunding dengan beberapa buah syarikat swasta, GLC dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) sama ada untuk membeli atau membangunkan bersama tanah bandar Malaysia di Jalan Sungai Besi itu.

Antara syarikat yang disebut sebagai berkemungkinan memajukan tapak Bandar Malaysia ialah Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan Malton Berhad yang dimiliki billionaire Desmond Lim Siew Choon.

Laporan media pada 2010 berkata, kerajaan bersetuju konsortium membabitkan 1MDB, LTAT dan Malton Berhad membangunkan Pangkalan TUDM Sungai Besi menjadi Bandar Malaysia.

Sementara itu, sumber-sumber perakaunan pula berkata apa yang sedang dilakukan 1MDB sekarang adalah bagi menjustifikasikan aset, hutang dan tanggungannya supaya selaras dengan kehendak Suruhanjaya Syarikat dan mematuhi piawaian perakaunan negara sambil cuba memberi gambaran tidak berlaku kesalahan tadbir urus atau pelanggaran undang-undang.

Wallahuaklam. – kadirjasin.blogspot.com

Sumber DD - 14-6-2015




































































Saham FGV digantung, PM diam membisu?

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: "Tepat sebagaimana ramalan. Setelah dikeluarkan daripada senarai 30 syarikat utama di Indeks Komposit KL, kini di gantung di Bursa Malaysia," ulas Mazlan Aliman di laman Facebooknya pagi ini berhubung kedudukan saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV).

Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) itu sering kali melahirkan kebimbangan terhadap saham FGV yang mengalami penurunan sejak ia mula di dagangkan pada 28 Jun 2012 dengan harga RM4.55 sesaham.

"Kini saham tinggal RM1.86. YAB Perdana Menteri diam membisu. Dulu melaungkan slogan 'durian runtuh', tersandar dalam kejutan, penyenaraian ke dua terbesar selepas facebook dan berbagai lagi ucapan yang indah dan muluk. Mereka yang menentang di gelar 'haram jadah'," tulis beliau.

Semalam FGV memohon dagangan sahamnya di Pasaran Utama Bursa Malaysia digantung mulai 9 pagi ini, sehingga satu pengumuman penting dibuat.

Bursa Malaysia dalam pengumumannya hari ini berkata, sehubungan itu dagangan dalam waran berstruktur berkaitan FGV juga akan digantung pada masa sama.

Saham FGV ditutup pada RM1.86, turun 6 sen dengan 3.37 juta saham bertukar tangan hari semalam.

Mazlan mempersoalkan apa tindakan kerajaan sekarang dengan kejatuhan saham FGV sehingga memaksa saham milik Felda itu digantung.

"Adakah kita bersedia berhimpun besar-besaran di Menara Felda atau di Putrajaya?" Soal Mazlan lagi. – HARAKAHDAILY 12/6/2015

Sumber HD - 12-6-2015



































































a
Pada 18 Mei lalu The Edge Financial Daily telah melaporkan beberapa penganalisa mengatakan saham FGV berkemungkinan di keluarkan dari senarai indeks komposit KLCI berikutan penurunan nilai saham FGV hampir dua pertiga dari nilai pasaran sejak IPO dikeluarkan pada Jun 2012.

Akhirnya ianya menjadi kenyataan pada 4 June lalu bilamana Bursa Malaysia mengumumkan syarikat perladangan Felda Global Ventures FGV telah dikeluarkan dari senarai indeks komposit bursa tempatan.

FGV bakal digantikan dengan syarikat pengendali pelabuhan Westports Holdings Berhad.

Baca nih..

KUALA LUMPUR (June 4): Westports Holdings Bhd ( Financial Dashboard) will replace Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) ( Financial Dashboard) in the list of 30 FBM KLCI constituent stocks come June 22.

In a joint statement today, Bursa Malaysia Bhd ( Financial Dashboard) and FTSE Russell said the FBM KLCI reserve list that comprises the five highest ranking non-constituents of the index by market capitalisation, are IJM Corp Bhd ( Financial Dashboard), YTL Power International Bhd ( Financial Dashboard), Gamuda Bhd ( Financial Dashboard), Malaysia Airports Holdings Bhd ( Financial Dashboard) and Hap Seng Consolidated Bhd ( Financial Dashboard).

The reserve list will be used in the event that one or more constituents are deleted from the benchmark index in accordance with the index ground rules during the period up to the next semi-annual review on Dec 3, 2015.

The Edge Financial Daily had on May 18, quoting analysts, reported that FGV (fundamental: 1.15; valuation: 1.4) is likely to be removed from the list as the stock has shed almost two-thirds of its market value since its June 2012 initial public offering (IPO).

FGV was selected an index constituent in December 2012 at a time when its market capitalisation stood at some RM19 billion. Its market capitalisation was RM7.1 billion.

Meanwhile, Bursa and FTSE Russell also announced that seven new constituents will be added to FTSE Bursa Malaysia Mid 70 Index. They are FGV, Sunway Real Estate Investment Trust ( Financial Dashboard), Press Metal Bhd ( Financial Dashboard), Eco World Development Group Bhd ( Financial Dashboard), Karex Bhd ( Financial Dashboard), Pharmaniaga Bhd ( Financial Dashboard) and Hume Industries Bhd.

Two new constituents, namely IOI Properties Group Bhd ( Financial Dashboard) and Bumi Armada Bhd ( Financial Dashboard), will also be added to FTSE Bursa Malaysia Hijrah Shariah Index.

FGV's counter closed up one sen or 0.51% at RM1.96 apiece today, compared with its IPO price of RM4.55 per share.

Westports, on the other hand, saw its share price moving on an uptrend since mid-2014. It has risen 28.86% year-to-date to close at RM4.42 apiece today. Its market cap stands at RM14.7 billion ~ The Edge

 Nasiblah Makcik dan Pakcik Peneroka tu.. dulu bila ada yang nasihat tak mahu dengar.. percaya sangat dengan Najib tu..

Sekarang.. kalau jual saham tu kan dah rugi... tapi tak apa Menteri dah kata lagi dua tahun naiklah harga saham tu... lagi dua tahun pulak Menteri lain pula akan ulang ayat yang sama..

Meloponglah Pakcik Makcik.. yang kayanya Iso Samad tu...

Video sila lihat di SINI

Sumber SD / HD - 8-6-2015



Peneroka Felda Mendapat Hutang Baru RM100 Ribu Hingga RM150 Ribu

Posted on Sunday, May 31 @ 11:21:58 MYT by paktam

Oleh Mohd Nasaie Ismail

Hari ini peneroka sangat terasa dengan beban hutang baru yang mereka terima daripada FELDA. Hutang ini melibatkan kos tanam semula ladang mereka yang bernilai sekitar RM100 ribu hingga RM150 ribu. Sedangkan ketika peneroka masuk FELDA, hutang mereka hanya sekitar RM30 ribu.

Tun Razak berhasrat mengubah status ekonomi rakyat khususnya orang Melayu yang miskin. Apabila mereka selesai bayar hutang dengan FELDA, maka ladang 10 ekar dan tapak rumah suku ekar itu akan menjadi hak mereka. PENEROKA FELDA MENDAPAT HUTANG BARU RM100 RIBU HINGGA RM150 RIBU.


Dengan ladang 10 ekar itu sudah cukup untuk mereka menyara hidup mereka, bahkan mempunyai pendapatan yang lebih daripada keperluan. Bukan lagi berpendapatan rendah. Jadi bayangannya ialah di Malaysia, di kawasan pedalaman ada 112 ribu rakyat Malaysia yang bergelar peneroka, taraf hidupnya berpendapatan sederhana tinggi disebabkan kejayaan mereka memiliki ladang sawit atau getah 10 ekar. Ini satu kejayaan besar Malaysia. Bahkan ia dinikmati 1.5 juta warga FELDA seluruhnya melibatkan isteri, anak anak peneroka, kakitangan dan anak kakitangan FELDA.

Tetapi malangnya hari ini mereka dibebankan dengan hutang baru. Apabila pokok sawit atau getah berusia 25 tahun dan ke atas. Ia perlu ditebang dan tanam semula. Peneroka diberi pilihan untuk menguruskan sendiri proses tanam semula tersebut atau diserahkan kepada FELDA untuk menguruskannya. Hasil kempen yang dilakukan, majoriti peneroka menyerahkan urusan tanam semula kepada FELDA dan diuruskan oleh sebuah anak syarikat FELDA bernama FELDA Tecno Plant. Kos tanam semula ini ditanggung FELDA daripada penebangan pokok sawit tua, tanam semula sawit baru, pembajaan,racun dan kesemua sekali.

Selama tempoh itu peneroka tidak ada hasil. Maka mereka dibayar wang sara hidup diantara RM1000 hingga RM1500 setiap bulan. Wang sara hidup ini dikira hutang dengan FELDA. Jika purata mereka terima RM1200 sebulan, maka setahun mereka berhutang RM14400. Jika 10 tahun, jumlahnya sudah RM144 Ribu. Itu belum masuk kos tanam semula. Maka tidak pelik peneroka berhutang kembali sekitar RM100 ribu hingga RM150 ribu. Malah boleh jadi lebih.

Persoalannya ialah:

1. FELDA sudah sediakan Tabung Tanam Semula yang dipotong daripada pendapatan peneroka sejak tahun 70-an, 80-an lagi. Jumlah tabung ini keseluruhannya dikatakan sebanyak sekitar RM700 juta. Itu jumlah simpanan sahaja, belum dicampur dengan keuntungan pelaburan wang tersebut yang boleh jadi sekali ganda daripada jumlah simpanan. Ke mana pergi duit ini? Walaupun difahamkan jumlah itu tidak mencukupi untuk kos tanam semula, setidaknya ia mampu menampung 50 peratus kos tanam semula tersebut.

2. Ladang sawit milik peneroka tersebut akan mengeluarkan buahnya atau disebut hasilnya selepas usia pokok sawit 3 tahun dan ke atas. Bermakna FELDA sudah mendapat pendapatan daripada ladang peneroka yang diuruskan. Ke mana pergi duit ini? Tidakkah ia mencukupi untuk membiayai kos sara hidup peneroka. Ketika harga sawit naik sekitar RM400 hingga RM700 satu tan sekitar tahun 2008-2011, peneroka yang menanam semula sendiri mendapat hasil sekitar RM6 ribu hingga RM10 ribu sebulan. Jumlah yang sangat besar melebihi kos sara hidup sekitar RM1500 sebulan. Kenapa hasil ini tidak boleh menampung kos sara hidup mereka? Ini sesuatu yang pelik.

3. FELDA menguruskan proses tanam semula ini sehingga bila? Sepatutnya selepas 3 hingga 5 tahun, pokok sawit sudah mengeluarkan hasil, ladang mesti diserahkan semula kepada peneroka untuk menguruskannya. Tetapi hari ini walaupun sudah lebih 10 tahun, ladang mereka masih dipegang FELDA. Bila hendak diserahkan? Selagi tidak diserahkan tiada ketelusan terhadap pendapatan sebenar peneroka hasil sawit mereka. Lebih malang mereka pula yang menanggung hutang. Ini betul betul penyelewengan di siang hari.

Mohd Nasaie Ismail
Keratong, Rompin.

Sumber DD - 31-5-2015

Saham FGV: Adakah Felda akan berhutang lagi?

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Sewaktu Tan Sri Raja Alias, selaku Pengerusi Felda bersara pada tahun 2001, beliau meninggalkan jasa yang banyak, kata Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman.

"Antara yang diingati, simpanan tunai Felda mencecah RM4.08 bilion manakala hutang Felda dengan Kerajaan Pusat berjumlah RM1 bilion pun telah dilunaskan," ujarnya.

Sebelum itu, katanya hutang dengan Bank Dunia sebanyak RM4 bilion telah dilangsaikan sejak tahun 1996 lagi.

Menurutnya, suatu ketika ada 13 tabung diwujudkan bagi kepentingan masyarakat Felda seperti tabung tanam semula, insurans ladang, latihan, pinjaman pelajaran, pinjaman pembesaran rumah, usahawan dan lain-lain.

"Saya tidak pasti, berapa tabung yang masih aktif dan berperanan membantu peneroka dan generasi baru Felda," ujarnya yang juga AJK PAS Pusat.

Katanya, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil tanggungjawab penuh ke atas Felda sekitar tahun 2004 di mana dalam tempoh 5 tahun, simpanan Felda tinggal RM1.35 bilion.

Tambahnya, amat mengejutkan Felda kemudiannya meminjam RM6 bilion daripada KWSP.

"Ertinya, dari mempunyai rezab RM4 bilion, kembali berhutang!" ujarnya lagi.

Menurut Mazlan, Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad, dalam kenyataan balasnya terhadap kenyataan beliau menyebut 'kesediaan KWSP memberi pinjaman adalah suatu penghormatan ke atas Felda'.

"Saya tidak pasti angka tepat jadual pembayaran yang Felda kena lakukan setiap tahun kepada KWSP, jumlahnya tidak kurang RM300 juta setahun," katanya

Beliau berkata, ada maklumat yang disampaikan kepadanya ada kemungkinan Felda akan berhutang lagi dengan institusi kewangan.

Menurutnya, perolehan pampasan daripada penyenaraian FGVH dikatakan hanya mampu bertahan setahun dua sahaja lagi di mana bajet tahunan sekitar RM1.8 bilion mesti disediakan.

Kata beliau lagi, penyelenggaraan kebun peneroka dan tanam semula perlu bajet yang besar.

Tambahnya, Tabung Tanam Semula dari caruman bulanan peneroka mulai tahun 1970 hingga 2010 cuma ada RM768 juta sahaja, sedangkan kos tanam semula yang diperlukan hampir RM2 bilion.

Beliau berkata, bayaran melalui Perjanjian Pajakan yang diperolehi daripada FGV setahun cuma RM508 juta sahaja.

Bagi beliau, malapetaka berterusan menimpa Felda jika pinjaman baru terpaksa dilakukan.

"Adalah masih menjadi tanda tanya, Felda meminjam dari KWSP dan jika ada pinjaman baru, apa cagarannya?

"Adakah jaminan kerajaan, atau aset Felda, atau Tanah Felda Plantation yang kini dicagar selama 99 tahun oleh FGV atau tanah para peneroka?" tanya beliau.

Katanya, berdasarkan Perjanjian Tanam Semula dan Pengurusan Kebun antara Felda dengan peneroka, adalah jelas Felda boleh kaveat atas tanah peneroka.

Menruut Mazlan, ia boleh dirujuk perenggan 10 mukasurat 3; ' Felda memasukkan satu kaveat persendirian ke atas tanah KEBUN tersebut untuk melindungi hak hak dan kepentingan Felda sekiranya perlu'. Bahkan perenggan 11(b) dengan jelas menyatakan,' Felda mempunyai hak eksklusif atas kebun tersebut (peneroka).

Justeru, katanya Isa atau Datuk Hanapi Suhada selaku Pengarah Besar Felda harus menjawab kegelisahan peneroka tentang kedudukan tanah peneroka jika berlaku situasi yang tidak diingini.

Ini, ditambah dengan suasana saham FGV tinggal RM1.92 seunit manakala Koperasi Permodalan Felda pun terumbang ambing.

"Justeru, memasuki bulan Ramadhan tidak lama lagi, seharusnya Tan Sri Isa Samad melakukan muhasabah sepanjang beliau menjadi Pengerusi Felda," katanya.

Beliau menambah, berbagai laporan polis dan SPRM telah dibuat berhubung aduan pengkhianatan, salah guna kuasa dan penyelewengan dalam Felda.

"Siasatan dan tindakan dari Polis dan SPRM sedang ditagih dan dinanti-nantikan," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 29/5/2015

Sumber HD - 29-5-2015



































































Saham FGV menjunam, Pahang rugi RM478.66 juta

| .


KUALA LUMPUR: Kerajaan Pahang menanggung kerugian sebanyak RM478.66 juta berikutan kejatuhan harga saham Felda Global Venture (FGV).

Ia menjunam sehingga kurang daripada RM2 iaitu harga terendah dalam sejarah tercatat semalam hanya RM1.92 sahaja.

Adun Semambu, Lee Chean Chung berkata, Kerajaan Negeri Pahang memegang lima peratus saham FGV atau bersamaan dengan 182 juta unit saham.

"Nilai buku saham berkenaan pada tahun 2013 adalah RM829,954,466.25. Harga pasaran saham pada ketika itu adalah RM4.55 seunit.

"Namun, nilai saham FGV telah jatuh secara mendadak sejak beberapa bulan ini, dan telah mencatat nilai terendah semalam di Bursa Malaysia, iaitu hanya bernilai RM1.92 sahaja," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, bagi peneroka yang telah membeli 800 unit saham dengan membayar RM3,560 semasa ianya disenaraikan, nilai tersebut hanya tinggal RM1,536 sekarang menjadikan pemegangnya rugi RM2,024.

Tambahnya lagi, ramai peneroka membuat pinjaman bank bagi membeli saham tersebut.

"Bagi Kerajaan Pahang, ini bermaksud nilai saham pegangannya hanya bernilai RM349,440,000. Kerugian yang tercatat adalah sebanyak RM478,660,000, ataupun 2.5 kali ganda Anggaran Perbelanjaan Mengurus (RM185.09 juta) Negeri Pahang untuk tahun 2015.

"Saya faham bahawa Felda merupakan asset penting dan sentimental bagi Pahang dan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) membuat pelaburan saham berkenaan, mungkin dengan niat untuk menjana pendapatan.

"Namun, keputusan tersebut kelihatan kurang tepat sehingga warga Pahang mungkin terpaksa menanggung kerugian beratusan juta atas kesilapan kerajaan ini," katanya lagi.

Beliau yang juga Ketua Penerangan AMK Malaysia turut menggesa Kerajaan Pahang memberi penjelasan tentang kesan terhadap kewangan negeri berikutan kejatuhan harga saham tersebut.

"Kita ingin tahu adakah saham lima peratus itu dibeli melalui pinjaman bank serta pihak manakah yang mewakili kerajaan negeri untu mengurusan pelaburan FGV.

"Selain itu apa stragegi Kerajaan Pahang untuk berhadapan dengan kemerosotan nilai pelaburan, malah strategi untuk membantu peneroka yang mengalami kerugian?" soalnya. - HARAKAHDAILY 28/5/2015

Sumber HD - 28-5-2015



































































Saham FGV RM1.92, kerajaan jangan hanya tutup mulut

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia tidak wajar berdiam diri setelah harga saham FGV merudum ke paras paling teruk sehingga RM1.92 seunit hari ini.

Menurut Ahli Parlimen Temeroh, Nasrudin Hassan, berdasarkan prospektus FGV pelbagai perancangan direncana sehingga menjadikan tawaran awam permulaannya, IPO RM4.55 antara yang terbesar di Asia.

"Harganya pernah melonjak sehingga RM5.50 sesaham pada 7 Julai 2012 iaitu iaitu ketika perasmian bangunan Menara Felda yang baru dan sambutan Hari Peneroka. Maknanya, tidak sampai sebulan selepas pelancaran IPOnya pada 27 Jun 2012," ujarnya dalam satu kenyataan.

Walau bagaimanapun, kata beliau ia mula jatuh sekitar RM4.60 seunit pada suku pertama 2014,

RM2.21 seunit pada 23 Disember 2014 dan secara konsisten merudum sehingga ke hari ini, 28 Mei iaitu RM1.92.

Tambahnya, tren ini membimbangkan malah kebanyakan institusi penyelidikan komersial seperti Maybank Investment Bank Research, Affin Hwang Capital dan lain-lain menjangkakan prestasi buruk itu akan berlarutan sehingga tahun kewangan 2017.

Menurut Nasrudin lagi, hampir kesemuanya membuat panggilan ‘hold’ dan meletakkan sasaran harga yang lebih rendah.

Beliu menambah, sebanyak 75 peratus bisnes teras FGV bergantung kepada komoditi minyak kelapa sawit.

Kini, katanya ia terdedah kepada penurunan harga pasaran dunia, perubahan iklim yang tidak stabil terutama hujung tahun lalu dan kekurangan produksi.

Maka, ujar beliau pihak pengurusan Felda dan Kerajaan Malaysia harus meneroka ruang bisnes yang lebih pelbagai disamping mengukuhkan beberapa bisnes hiliran sepertimana yang dirancang dalam prospektus FGV dua tahun yang lalu.

"Oleh yang demikian, saya ingin tegaskan bahawa pihak Kerajaan Malaysia tidak boleh berdiam diri terhadap nasib badan berkanun yang kepentingannya dimiliki hampir 2 juta peneroka ini," katanya yang juga AJK PAS Pusat.

Tambah beliau, kebanyakan sahamnya turut dimiliki oleh dana awam seperti Lembaga Tabung Haji (8%), KWSP (8%) dan KWAP (7%).

Ini, kata Nasrudin secara tidak langsung boleh menjejaskan kepentingan umum dan prestasi institusi utama negara. - HARAKAHDAILY 28/5/2015

Sumber HD - 28-5-2015



































































Saham FGV jatuh, TH dan KWSP turut rugi

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Kejatuhan harga saham Felda Global Venture (FGV) yang kini hanya tinggal RM2.02 sesaham pada 25 Mei 2015 menyebabkan enam pemegang saham utamanya mengalami kerugian hampir RM5.4 bilion.

Penasihat Ekonomi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Dr. Rosli Yaakop berkata, keenam-enam pemegang utama saham FGV memegang saham lima hingga lapan peratus yang disifatkan satu jumlah yang agak besar.

Enam pemegang tersebut adalah Lembaga Tabung Haji, KWSP, Kumpulan Wang Persaraan, Felda Badan Berkanun, Felda Asset Holding Company SB dan Kerajaan Negeri Pahang.

Menurut Rosli, keenam-enam pemegang saham terbabit membeli saham pada 25 April 2013 pada harga RM4.55 berjumlah RM9.6 bilion dan nilai saham ini pada 25 Mei lalu telah merundum kepada RM4.3 bilion.

Felda Badan Berkanun mengalami kerugian sebanyak RM1.84 bilion, Felda Aseet Holding Company SB rugi sebanyak RM1.26 bilion, Lembaga TH rugi RM717.7 juta, KWSP pula rugi RM527.7 juta, Kumpulan Wang Persaraan rugi sebanyak RM546.2 juta dan Kerajaan Negeri Pahang menanggung rugi RM461.5 juta.

"Keenam-enam pemegang ini memegang kira-kira 2/3 daripada jumlah saham FGV yang diurus niaga di Bursa Saham Malaysia. Keadaan ini umpama pemilikan yang tidak sihat bagi mana-mana pasaran saham apabila saham merundum pemegang akan kerugian. Hanya dalam masa dua tahun kerugian yang begitu besar," katanya kepada Harakahdaily.

Berdasarkan semakan saham FGV pada jam 11 pagi hari ini harga saham itu terus turun kepada RM1.92 sesaham.

Yang menjadi kebimbangan, katanya, prospek harga saham FGV akan kekal rendah dalam tempoh dua hingga enam tahun dan jauh sekali untuk mencapai nilai saham RM4 hingga RM5 sesaham.

Ini kerana katanya, beberapa faktor penting akan menekan harga saham FGV iaitu harga minyak sawit rendah, kos pengurusan FGV agak tinggi, dan hasil buah sawit yang terhad kerana 50% pokok sudah tua.

"Dalam jangka masa pendek ini enam badan dan dana awam terbabit akan terus tanggung kerugian yang besar.

"Kenapa badan ini melabur begitu banyak dalam FGV sedangkan FGV sebuah syarikat perladangan khasnya kelapa sawit. Risiko barang-barang sektor pertanian ini sangat tinggi. Kita hairan mengapa syarikat ini sudah tahu risiko tinggi tetapi terus melabur dalam FGV," soal beliau.

Justeru, katanya, Anak menuntut pengurusan badan-badan dana awam ini memberi penjelasan mengenai perkara ini sama ada kepada pendeposit Tabung Haji dan pencarum KWSP.

"Ini adalah perkara yang kita perlu beri perhatian, sepatutnya pemegang saham ini melabur dalam pelaburan yang selamat dan menguntungkan bukannya berisiko tinggi. Akhirnya rakyat yang menampung kerugian ini," katanya. – HARAKAHDAILY 27/5/2015

Sumber HD - 27-5-2015



































































Anak bimbang saham FGV terus jatuh

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman menyuarakan kebimbangan mengenai kejatuhan berterusan saham FGV, spekulasi yang kononnya FGV akan dikeluarkan dari kelompok 30 syarikat utama di KLSI dan kedudukannya di Bursa Malaysia.

"Saya mengharapkan Bursa Malaysia respons dan menjawab isi kandungan 7 mukasurat memo yang diserahkan dan mengambil tindakan segera," ujarnya.

Beliau telah menyerahkan memo kepada Bursa Malaysia petang semalam yang diterima oleh Ketua Bahagian Khidmat Pelanggan Bursa Malaysia, Saidi Ahmad. Turut hadir ialah Penasihat Anak Dr Rosli Yaakop, Mohamad Said Jonit, peguam Harris Abdullah dan Isa Atan yang mewakili peneroka.

"Iktibar sebelum ini dalam isu KPF umpamanya, apabila SKM gagal membuat pemantauan dan keputusan tepat, akhirnya KPF kini terumbang-ambing.

"Begitu juga dalam isu Amanah Saham Johor yang lingkup dan lain-lain," kata Mazlan.

Selepas ini, ujarnya Anak akan ke Suruhanjaya Sekuriti (SC) untuk reviu memo kepada mereka sebelum penyenaraian pada 28 Jun dan apa tindakan yang dilakukan oleh SC berhubung dengan prospektus yang dikeluarkan oleh FGV.

"Adakah ia mengandungi 'dorongan yang tidak wajar' dilakukan oleh FGV, sehingga dianggap memperdaya pemegang saham?" tanya beliau.

Katanya, Bursa Malaysia dan SC harus berterus terang mengenai kedudukan FGV kerana ia membabitkan kepentingan strategik 1.5 juta warga Felda. - HARAKAHDAILY 27/5/2015

Sumber HD - 27-5-2015




































































Bursa Malaysia bakal “tendang” FGV

Posted on Monday, May 25 @ 15:40:35 MYT by paktam

Oleh ARIF ATAN KUALA LUMPUR: Dakwaan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) mungkin akan dikeluarkan dari Bursa Malaysia sudah diramalkan oleh Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) sejak syarikat perladangan terbesar di dunia itu disenaraikan pada 28 Jun 2012.

Pengerusi Anak, Mazlan Aliman berkata, kebimbangan warga peneroka sebelum ini semakin menjadi kenyataan apabila saham FGV telah susut dua pertiga daripada nilai pasaran sehingga ke paras hanya RM2.08 pada masa ini.


“Warga peneroka bimbang dengan nasib 360,000 hektar tanah Felda yang sudah dipajak kepada FGV selepas mereka sebelum itu dipaksa menandatangani perjanjian pinjaman untuk membeli saham FGV.
“Hanya tiga tahun selepas itu, kemungkinan FGV dinyahsenarai (dari Bursa Malaysia) tidak mustahil berlaku berdasarkan status FGV sekarang ini. Kebarangkalian tinggi operasi FGV terjejas sukar dielak. Apa lagi, kalau kita lihat dari CEO FGV hingga ahli lembaga pengarah, tidak ada pengalaman di bidang perladangan.

“Saya yakin laporan analisis terbabit bukanlah serkap jarang, sebaliknya berdasarkan petunjuk prestasi FGV yang makin merudum di bawah Dato’ Mohd Emir Mavani Abdullah selaku CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) FGV,” ujarnya ketika dihubungi Harakah, 22 Mei lalu.

Dalam hal berkaitan, Mazlan yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata, ketidaktentuan prestasi FGV itu juga mengheret kepada perubahan dalam pengurusan tertinggi syarikat perladangan itu.

Bahkan, jelasnya, Anak pada Disember 2014 telah mendesak Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad supaya meletak jawatan kerana prestasi buruk FGV.

“Khabarnya, Emir Mavani tidak akan disambung kontraknya sebagai CEO FGV. Benarkah, CEO Tabung Haji, Tan Sri Ismee Ismail akan dilantik sebagai CEO baru bagi FGV?” soalnya.

Sehubungan itu, beliau bersama pakar ekonomi PAS, Dr Rosli Yaakop serta beberapa Jawatankuasa Anak akan ke Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Bursa Malaysia pada 26 Mei ini bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai FGV.

“Anak sebelum ini mohon untuk berbincang dengan pengurusan FGV tetapi kami tidak dilayan. Oleh sebab itu, pertemuan dengan pihak Bursa Malaysia ini penting untuk mengelak peneroka menanggung kerugian dalam jangka masa panjang,” ujar Mazlan lagi.

Dato’ Seri Najib Tun Razak mula mengumumkan hasrat kerajaan menyenaraikan FGV ke Bursa Malaysia dalam pembentangan Belanjawan 2012 pada 28 Oktober 2011, dengan membayar RM15,000 secara beransur-ansur kepada kira-kira 1.6 juta setiap peneroka dan ahli keluarga peneroka dengan apa yang disebut sebagai “durian runtuh.”

Sumber DD - 25-5-2015

Felda akui peneroka keliru potongan 20%

KHAIRIL ABDUL RAHIM | .


JERANTUT: Pengakuan Pengurus Besar Wilayah Jengka Datuk Shaari Din dalam pertemuan dengan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) hari ini membuktikan terdapat kekeliruan berkaitan arahan pomotongan 20 peratus kepada hasil jualan sawit peneroka.

Sebelum ini, timbul kontroversi dan keresahan di kalangan peneroka apabila menerima surat pekeliling yang dikeluarkan pengurus-pengurus rancangan yang akan menguatkuasakan wang tahanan 20 peratus mulai 1 Jun ini.

Presiden Anak Mazlan Aliman berkata, dalam perbincangan dengan Shaari, beliau menjelaskan potongan tersebut bertujuan memudahkan Felda menolak hutang peneroka seperti kos tanam semula, pinjaman rumah dan lain lain.

“Namun beliau mengakui status peneroka yang berbeza-beza iaitu ada peneroka yang mengusahakan ladang sendiri dan ada yang diserahkan kepada Felda.

“Ada peneroka yang tiada langsung hutang dengan Felda kerana mereka urus kebun secara persendirian dari awal. Potongan sekitar RM50 ke RM100 boleh dikenakan kerana merangkumi bayaran JKKK, khairat, jalan pertanian dan insurans ladang.

“Ada peneroka yang asalnya serah kepada Felda, kemudiannya mengambil semula pengurusan ladang dan mereka ada baki kos tanam semula serta pinjaman perumahan,” katanya.

Terdahulu satu memorandum bantahan daripada peneroka turut diserahkan di pejabat Felda Wilayah Jengka di sini.

Turut hadir Naib Presiden PAS yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden Anak Aris Fezul Ismail, Pengerusi Anak Pahang Yohanis Ahmad serta kira-kira 200 warga Felda.

Mazlan berkata, Shaari memberitahu akan mengadakan pertemuan dengan pengurus-pengurus Felda petang ini bagi menyelaraskan tindakan dan menjelaskan kekeliruan berikutan isu berkenaan.

“Anak akan mengambil inisiatif untuk menyenaraikan nama-nama peneroka mengikut kategori dan akan serah semula kepada Pengurus Felda di tempat masing masing dalam masa terdekat.

“Jangan main borong semua peneroka dikenakan tahanan 20 peratus,” katanya.

Mazlan berkata beliau agak terkilan dengan persepsi negatif yang menganggap kehadiran beliau mencampuri urusan Felda dan kononnya ada kepentingan politik.

“Sepatutnya pengurusan Felda ucap terima kasih kepada NGO Anak kerana kita menjadi orang tengah untuk selesaikan masalah. Jika tidak, macam macam boleh berlaku sehingga nama baik Felda terus tercalar sampai bila-bila. Kita bukan musuh tetapi ingin membantu dan menjalinkan kerjasama,” tegasnya.

Tambahnya, sepatutnya sesuatu peraturan dibuat dengan teliti dengan berbincang terlebih dahulu dan pengurus Felda jangan ego dengan arahan daripada ibu pejabat Felda.

Tegasnya, apabila arahan dimuktamadkan tanpa mengambil kira hujah peneroka, rasa tidak puashati pasti berlaku dan tidak sepatutnya menjadikan Felda 30 tahun ke belakang di mana peneroka mesti menjadi pak turut semata-mata. - HARAKAHDAILY 25/5/2015

Sumber HD - 25-5-2015

Pecat Isa Samad siri 1
Posted on Wednesday, May 13 @ 11:00:47 MYT by paktam

Oleh Mohd Nasaie Ismail

Esok saya akan tulis surat kepada Tan Sri Mohd Isa Samad. Anda mesti berundur. Anda tipu peneroka dan kakitangan FELDA. Anda kejam kepada pegawai-pegawai kanan FELDA yang berkhidmat lebih 30 tahun dengan FELDA.

Datuk Zulkefli Wahab (bos no 1 FELDA dibuang). Datuk Sarchu Sawal (bos no 1 Koperasi Permodalan FELDA KPF dihentikan), Mohamad Ibrahim bekas no 2 FELDA, Datuk Faizol Ahmad (Pengarah Besar FELDA) yang mengampu kamu pada awalnya pun dibuang dari FELDA. Kamu Isa baru 4 ke 5 tahun masuk FELDA jadi pengerusi, huru-hara FELDA.

KPF beberapa tahun mendapat anugerah Koperasi terbaik no 1 di Malaysia. No 20 di dunia. Pencarumnya adalah peneroka, anak-anak peneroka dan kakitangan FELDA. Dividen tahunan melebihi 15 peratus. Lebih tinggi daripada Tabung Haji.


Zaman ekonomi meleset 1997, KPF masih boleh beri 10 peratus dividen. Saham KPF 1996 hanya RM200 juta. Namun 2012 meningkat menjadi RM2 bilion. Mengusai pelaburan FELDA Holding sekitar 50 peratus. Dengan licik dan kejam, Isa berjaya menjadikan saham KPF dimiliki FGV. Bila merudum FGV, maka KPF juga terkesan. Tiada lagi dividen tinggi seperti sebelum ini. 

Hari ini hanya tinggal kenangan. Sahamnya dimiliki FGV. Harga saham FGV sekitar RM2.07 sahaja berbanding RM4.55 ketika disenaraikan di Bursa Malaysia. Peneroka ditipu kononnya untung. Diberi dividen. Walhal peneroka yang tidak membeli saham FGV pun mendapat wang yang sama.

Bermakna bukan hasil dividen keuntungan FGV. Kamu tipu peneroka sehingga mereka terpaksa dan dipaksa membuat pinjaman bank. Hari ini setiap bulan mereka perlu membayar RM50 kepada bank sedangkan untung tidak ada.

Belum lagi dibahaskan hal tanaman semula yang menyebabkan peneroka menanggung hutang baru lebih 100 ribu. Pengurusan ladang yang buruk menyebabkan semak dan hasil berkurangan. Pembayaran wang pendahuluan hasil setiap minggu yang lewat daripada jadual biasa kerana ketiadaan duit. Rumah generasi kedua yang mahal dan sukar dimiliki. Penyelewengan dalam anak syarikat FELDA melibatkan kroni Isa dan ahli politik katak yang melompat dari Pakatan Rakyat ke Barisan Nasional. Tunggu satu persatu akan didedah.

Isa. Masa anda sudah tamat. Anda perasuah yang membeli undi untuk menang naib presiden Umno. Anda rosakkan FELDA Sendayan dan LBJ dengan janji palsu jadi jutawan ketika anda menjadi MB Negeri Sembilan. 4 ke 5 tahun di FELDA, anda jahanamkan FELDA.

Letak jawatan. Mesti disiasat dan hukuman mesti dilaksanakan. Datuk Seri Najib Razak juga tidak terlepas. Anda yang melantik Isa dan merestui kerja Isa. Setelah Tun Abdullah Ahmad Badawi batalkan penyenaraian FELDA di zamannya, Najib melaksanakannya pada zaman beliau. Rosak. Cukup dan cukup.

Bersambung.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/pecat-isa-samad-siri-1-mohd-nasaie-ismail#sthash.e92CM082.dpuf

Sumber DD - 13-5-2015




































































Surat untuk Isa, desak berundur dari Felda





































































| .



KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) akan menulis surat kepada Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad bagi mendesak beliau meletakkan jawatannya.

Timbalan Presiden Anak, Nasaie Ismail berkata, Isa mesti berundur dari Felda kerana menipu peneroka dan kakitangan Felda serta berlaku kejam kepada pegawai-pegawai kanan Felda yang berkhidmat lebih 30 tahun dengan tanah rancangan itu.

"Datuk Zulkefli Wahab, bos no 1 Felda dibuang. Datuk Sarchu Sawal, bos no 1 Koperasi Permodalan Felda KPF dihentikan, Mohamad Ibrahim bekas no 2 FELDA, Datuk Faizol Ahmad, Pengarah Besar FELDA yang mengampu kamu pada awalnya pun dibuang dari Felda.

"Isa baru 4 ke 5 tahun masuk FELDA jadi pengerusi, huru-hara Felda," katanya.

Nasaie berkata, KPF beberapa tahun mendapat anugerah Koperasi terbaik nombor 1 di Malaysia dan nombor 20 di dunia.

Pencarumnya adalah peneroka, anak-anak peneroka dan kakitangan Felda dengan dividen tahunan melebihi 15 peratus, lebih tinggi daripada Tabung Haji.

Hatta zaman ekonomi meleset 1997, KPF masih boleh memberi 10 peratus dividen.

Saham KPF pada 1996 hanya RM200 juta namun 2012 meningkat menjadi RM2 bilion.

Felda juga mengusai pelaburan Felda Holding sekitar 50 peratus namun dengan licik dan kejam, Isa berjaya menjadikan saham KPF dimiliki FGV.

Apabila FGV merudum, maka KPF juga terkesan dan Tiada lagi dividen tinggi seperti sebelum ini.

"Hari ini hanya tinggal kenangan. Sahamnya dimiliki FGV. Harga saham FGV sekitar RM2.07 sahaja berbanding RM4.55 ketika disenaraikan di Bursa Malaysia. Peneroka ditipu kononnya untung.

Diberi dividen. Walhal peneroka yang tidak membeli saham FGV pun mendapat wang yang sama.
"Bermakna bukan hasil dividen keuntungan FGV. Isa tipu peneroka sehingga mereka terpaksa dan dipaksa membuat pinjaman bank. Hari ini setiap bulan mereka perlu membayar RM50 kepada bank sedangkan untung tidak ada," kata Nasaie lagi.

Menurut Nasaie juga, akibat kegagalan Isa, peneroka menanggung hutang baru lebih RM100 ribu kerana tanaman semula yang diuruskan Felda tidak menjadi.

Katanya, pengurusan ladang yang buruk menyebabkan semak dan hasil berkurangan serta pembayaran wang pendahuluan hasil setiap minggu lewat daripada jadual biasa kerana ketiadaan duit.

"Rumah generasi kedua yang mahal dan sukar dimiliki. Penyelewengan dalam anak syarikat Felda melibatkan kroni Isa dan ahli politik katak yang melompat dari Pakatan Rakyat ke Barisan Nasional. Tunggu satu persatu akan didedah.

"Isa, masa anda sudah tamat. Anda perasuah yang membeli undi untuk menang naib presiden Umno. Anda rosakkan Felda Sendayan dan LBJ dengan janji palsu jadi jutawan ketika anda menjadi MB Negeri Sembilan. 4 ke 5 tahun di FELDA, anda jahanamkan Felda," tegasnya.

Justeru beliau mahu Isa meletak jawatan dan beliau mesti disiasat atas dakwaan salah guna kuasa yang dilakukan.

"Datuk Seri Najib Razak juga tidak terlepas. Anda yang melantik Isa dan merestui kerja Isa. Setelah Tun Abdullah Ahmad Badawi batalkan penyenaraian Felda pada zamannya, Najib melaksanakannya pada zaman beliau. Rosak. Cukup dan cukup," katanya. - HARAKAHDAILY 13/5/2015

Sumber HD - 13-5-2015

Peneroka dapat geran selepas 30 tahun menunggu

MOHD NOR YAHYA | .


GUA MUSANG: Penantian lebih 30 tahun peneroka di Felda Chiku 1 dan 2 untuk memiliki geran tanah berakhir apabila mereka menerima surat hak milik semalam.

Seramai 107 peneroka dari kedua-dua kawasan Felda tersebut menerima geran tanah daripada Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Abdullah.

Setiap mereka menerima geran tanah ladang seluas 10 ekar termasuk suku ekar tapak rumah.

Seorang peneroka, Mustapa Salleh berkata, kerajaan negeri menunaikan janji memberi geran tanah kepada peneroka selepas berusaha payah sejak 30 tahun lepas.

“Ini membuktikan kerajaan di bawah dasar Membangun Bersama Islam benar-benar mementingkan kebajikan rakyat.

“Kami melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada kerajaan negeri yang menamatkan penantian untuk memiliki sendiri geran tanah selepas lama menunggu,” katanya di majlis itu.

Hadir sama Pengarah Tanah dan Galian Kelantan Datuk Nazran Muhammad, Ketua Jajahan Gua Musang Tuan Zainal Abidin Tuan Yusof, Penyelia Parlimen Gua Musang, Azman Ahmad.

Selain itu Penyelia Dun Galas, Abdullah Hussin, Penyelia Nenggiri, Syed Azhar Syed Alwi dan Penyelia Dun Paloh, Noraini Hussin.

Mohd Amar berkata, kerajaan negeri menunaikan tanggungjawab menyerah geran kepada peneroka dan berharap mereka membayar hasil tahunan di Pejabat Tanah dan Jajahan. - HARAKAHDAILY 12/5/2015

Sumber HD - 12-5-2015

Pilihan Raya Kecil Fix deposit BN di Felda boleh dilebur

Posted on Monday, May 11 @ 13:44:35 MYT by paktam

Oleh MUHAMMAD NOR ABD SAMAD

MERUJUK kepada keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) P091 Rompin baru-baru ini, jelas terbukti bahawa sokongan pengundi yang terdiri daripada masyarakat Felda, iaitu peneroka-pe
neroka, boleh beralih arah, iaitu daripada menyokong parti pemerintah - Barisan Nasional (BN) - kepada parti pembangkang, yakni Pakatan Rakyat.

Sebelum ini, masyarakat Felda terkenal sebagai penyokong tegar BN khususnya Umno sehinggakan golongan ini boleh disifatkan sebagai 'fix deposit' Umno/BN dalam mengekalkan kuasa pemerintahannya. Sebelum ini, dalam apa keadaan sekalipun, masyarakat ini terus setia menyokong BN dan ia cukup menyulitkan pembangkang untuk menang di kawasan-kawasan yang majoritinya melibatkan golongan ini.

Calon-calon BN selama ini berasa amat selesa sekiranya kawasan yang ditandinginya melibatkan pengundi-pengundi terdiri daripada anggota masyarakat Felda. Jaminan menang buat mereka cukup besar di situ. Justeru BN akan selamanya meletakkan harapan yang besar kepada golongan ini untuk terus mendokong mereka, sekali gus membuatkan mereka kekal berkuasa.

Keputusan PRK Rompin 5 Mei lalu menunjukkan bahawa mitos ini sudah tiba masa untuk lebur. Peningkatan yang ketara undi masyarakat Felda terutama golongan mudanya kepada pembangkang perlu diberi perhatian serius oleh Pakatan Rakyat khususnya PAS yang banyak bertanding di kawasan pendalaman yang melibatkan  penempatan Felda seperti Rompin ini.

Menurut penganalisis, dalam kempen PRK Rompin, Kesatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), sebuah NGO yang dinaungi PAS, ternyata berjaya mengetengahkan isu-isu melibatkan masyarakat Felda, seiring isu nasional seperti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan 1MDB yang banyak diperkatakan. Ia memainkan peranan cukup besar meraih undi masyarakat Felda kepada PAS.

Isu perumahan untuk generasi kedua Felda, isu gred perahan buah sawit, isu tanam semula, FGV, kelemahan pentadbiran Felda serta beberapa lagi yang diungkapkan secara kemas, dibantu oleh beberapa orang bekas pegawai besar Felda, ternyata mendapat perhatian warga Felda. Natijahnya, PAS mendapat lonjakan jumlah pengundi yang ketara daripada warga Felda terutama golongan mudanya sehinggakan PAS menang di Felda Keratong 2 dan 4.

Tidak hairanlah, merujuk kepada keputusan PRK Rompin itu, biarpun BN menang selesa, Pengerusi BN, Dato' Seri Najib Razak berkata, BN akan mengkaji dan memberikan perhatian yang serius terhadap keputusan tersebut. Mengapa tidak, keputusan tersebut memberi isyarat bahawa Felda tidak lagi selamat untuk terus dianggap 'fix deposit' buat BN, dan BN perlu berbuat sesuatu jika mahu mengekalkan sokongan warga berkenaan. Jika tidak, pada pilihan raya akan datang, peluang buat pembangkang semakin cerah.

Keputusan PRK Rompin ini perlu menjadi suntikan buat Pakatan Rakyat khususnya PAS bahawa, Felda yang menjadi sebahagian daripada 'power base' BN itu boleh diruntuhkan jika usaha yang tepat dan berterusan dijalankan serta dipertingkatkan.

Dalam hal ini, Pakatan Rakyat, khususnya PAS perlu memperkasakan Anak supaya NGO tersebut dapat bergerak selesa dan terbantu dalam usaha mengetengahkan isu-isu yang membabitkan warga Felda. Operasi memberi kesedaran kepada warga Felda perlu digembeling secara profesional dan tumpuan harus diberikan kepada golongan mudanya yang lebih terbuka dan bermaklumat.

Program pendedahan kepincangan pengurusan serta pentadbiran, perbincangan mengenai masa depan generasi kedua Felda harus kerap diadakan dan perlu melibatkan golongan muda Felda yang bermaklumat. Isu-isu 'bread and butter' golongan ini perlu diketengahkan dan pembangkang mesti dilihat mengongsi masalah yang mereka hadapi serta bersedia menawarkan pembelaan. 

Kesemuanya perlu dilakukan secara berterusan sehingga menjelangnya Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti. Jika semua ini dilakukan, BN khususnya Umno akan berhadapan dengan mimpi yang sangat menakutkan.

Sumber DD - 11-5-2015        

Generasi Muda Felda di Terengganu Terus di Anak Tirikan

KUALA TERENGGANU – Daripada 9000 unit Projek Perumahan Baru Generasi Felda ( PGBF) yang dibina oleh Felda, namun peneroka Felda Terengganu terus dipinggirkan.

Justeru itu, Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Terengganu (ANAK) menyeru warga Felda negeri ini melihat secara serius, ia adalah satu penafian, peluang memiliki kediaman sendiri anak generasi felda.



“Pihak Kerajaan negeri pernah membuat program pecah tanah untuk tujuan ini beberapa tahun lalu sebelum PRU13 oleh YAB Menteri Besar antaranya di Felda Bukit Bading dan pecah tanah di Felda Tenang.

“Malang berganda apabila projek ini menjadi hutan belukar dan tiada tanda ianya akan diteruskan. Terbaru pihak Felda mengumumkan satu lagi PGBF ini akan dibina di Felda Chalok Barat tetapi masih menjadi tanda tanya warga generasi baru Felda,”ujarnya.

Oleh itu, pihak ANAK Terengganu memandang serius penafian projek ini dan mendesak pihak kerajaan negeri memberi tumpuan yang khusus bukan hanya menjadikannya sebagai umpan semasa piliharaya.

“Saya juga mendesak MBFM Wilayah Terengganu membuat sesuatu kerana mereka mempunyai saluran dan hubungan kerajaan yang memerintah. Kita Anak generasi Felda mesti bangkit menuntut hak ini,”jelasnya

Kata beliau, 21 Tanah Rancangan di Terengganu sangat memerlukan Projek Perumahan ini dilaksanakan dengan segera.

“Jika dalam masa terdekat Pihak Felda terus berdiam diri berhubung masalah ini, kami dari ANAK akan menghantar memorundum kepada pihak Kerajaan Negeri dan Felda,”tegas beliau.

Sumber BO - 8-5-2015

Kenapa FGV jual tiga syarikat miliknya?





































































SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: NGO Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) mempersoalkan tindakan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) yang mahu menjual ketiga-tiga syarikat milik agensi itu sedangkan syarikat terbabit mendatangkan keuntungan kepada Felda.

Penjualan itu yang termasuk Felda Travel, Felda Property dan Felda Prodata Systems, akan dijalankan menerusi proses tender terbuka.

Menurut Timbalan Presiden Anak, Nasaie Ismail tiga syarikat terbabit dimiliki oleh FGV dan ia juga milik Koperasi Permodalan Felda (KPF) melalui 51 peratus pegangan saham KPF dalam Felda Holding.

"FGV berjaya membeli Felda Holding yang sahamnya adalah milik KPF (51%) dan Felda (49%). Ketiga-tiga syarikat itu adalah anak syarikat Felda Holding dan sangat menguntungkan," katanya kepada Harakahdaily.

Katanya, Felda Prodata merupakan pembekal perkakasan komputer dan IT antara terbesar di Malaysia malah perniagaannya sangat menguntungkan dan dikira selamat sebagai gergasi IT di Malaysia.

Manakala, Felda Travel merupakan syarikat pengendali umrah dan haji antara terbaik di Malaysia bahkan mempunyai aset tersendiri termasuk di Mekah, begitu juga Felda Property yang mempunyai aset dalam bentuk hartanah sekitar KLCC dan seluruh negara.

"Sedangkan selama ini FGV beria sangat memilikinya daripada KPF dan Felda. Adakah sudah wujud pembeli-pembelinya dikalangan kroni-kroni orang besar Felda atau orang politik di Putrajaya?

"Ataupun tujuannya untuk menunjukkan FGV mempunyai keuntungan untuk tahun 2015 setelah menjual aset berharga tersebut dalam keadaan harga sahamnya merudum teruk ketika ini dan dikhabarkan suku pertama 2015, FGV sudah rugi RM47 juta?," soalnya.

Bagaimanapun katanya, alasan untuk memberi tumpuan kepada perniagaan teras iaitu sawit, getah dan gula juga satu pembohongan.

Ini kerana katanya, FGV juga melabur dalam bidang perhotelan, minyak and gas dan juga 'health line' bahkan perniagaan terasnya juga tidak memberangsangkan dengan pokok tua dan keperluan tanam semula di ladang FGV yang asalnya milik Felda Plantation.

Hari ini seperti yang dilaporkan Bernama, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Mohd Emir Mavani Abdullah akan menyelesaikan penjualan perniagaan bukan terasnya pada suku ketiga 2015.

FGV kemudiannya akan menumpukan kepada perniagaan terasnya sebagai pemain perladangan bersepadu penuh dalam sektor sawit, gula dan getah, kata Mohd Emir selepas memeterai dua memorandum kerjasama (MoC) semalam. – HARAKAHDAILY 7/5/2015

Sumber HD - 7-5-2015



































































Duit hasil: Peneroka Felda tak puas hati, lapor polis

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Kegagalan Felda menjelaskan pendahuluan hasil Buah Tandan Segera (BTS) kepada peneroka Felda Lakum Lanchang memaksa mereka untuk membuat laporan polis.

Salah seorang peneroka Abdul Aziz Senawi, 63, telah membuat laporan di Balai Polis Lanchang pada 9 April lalu kerana tidak berpuas hati ekoran Felda gagal membayar duit hasil pada 5 April.

Beliau yang mewakili peneroka Felda Lakum turut melaporkan bahawa pihak Felda telah berjanji untuk membayar duit tersebut kepada peneroka pada 7 April.

"Pada tarikh tersebut kami peneroka hadir di Pejabat Felda dan Felda memberitahu duit kami akan dibayar pada Khamis 9 April.

"Kami pergi semula ke pejabat Felda pada tarikh yang dijanjikan, malangnya pihak Felda enggan bayar duit hasil," kata Abdul Aziz sebagaimana dalam laporan polisnya.

Mengulas perkara itu, Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman, mempersoalkan tindakan Felda yang sering kali menimbulkan masalah kepada peneroka.

Malah katanya, di dalam kes itu ternyata bayaran yang dijanjikan Felda gagal ditepati oleh pengurusan Felda malah suasana itu juga berlaku di Johor.

"Peneroka yang serah pengurusan kebun ke Felda dibayar sebulan sekali setiap hujung bulan. Namun nasib mereka ini tidak diketahui.

"Adakah Felda sedang mengalami krisis kewangan yang semakin tenat?" soal Mazlan menerusi facebooknya. - HARAKAHDAILY 11/4/2015

Sumber HD - 11-4-2015

Warga Felda ‘Di Alaf GST’



Oleh: Naraza Muda

Masyarakat Felda terutama peneroka seolah tiada kisah dengan pekembangan terbaru sistem percukaian Negara yang berkuat kuasa 1 april. Mereka seperti biasa meneliti tajuk di dada akbar, terutamanya Utusan Malaysia di kerusi “malas” dan menyandar lega di warung-warung. Menariknya berita utama hari ini mengambarkan GST Rahmat besar untuk rakyat.

Berbeza dengan golongan anak generasi peneroka, mereka rancak menyantuni isu Negara ini. Berbagai tangggapan negetif kedengaran dalam kerancakan pidato pagi mereka. Maklumlah mereka terdedah dengan viral di media sosial saban waktu dikongsi di FB dan Whatsapp.



Apa yang menariknya mereka boleh lupakan seketika masalah mereka sendiri. Hutang ratusan ribu yang bakal mereka warisi dari orang tua mereka hasil tranformasi Felda yang diperkenalkan Perdana Menteri semasa mengambil alih tampuk pemerintahan Negara.

Harga semasa saham Felda Global Vanture ( FGV) yang ditutup rendah lebih rendah dari harga IPO. Penyusutanya telah melepasi 50%. Jika dipasaran New York urusniaga syarikat yang disenaraikan di Bursa saham mereka akan dihentikan, jika penyusutan harga melepasi 30% harga tawaranya. Ini yang disebut oleh Dr. Roslee Yakop, bekas Timbalan gabenor Bank Negara.

Warga peneroka ini juga tiada kisah dengan kejatuhan keuntungan sebelum cukai FGV yang telah mencatatkan kejatuhan 27%  dalam tempuh dua tahun. Pada tahun 2012, keuntungan sebelum cukai menurun 47% daripada RM1.9 bilion kepada RM1.1 bilion. Bagi tahun 2013, ia meningkat28% kepda RM1.5 bilion. Pada tahun 2014, ini jatuh 47% kepada RM813.2 juta.

Bagi mereka yang penting Felda tidak halau mereka, mereka masih tersenyum walau senyuman terpaksa. Melihat tren harga semasa buah tandan segar ( BTS ) yang merundum sepatutnya mereka merasa tercabar, apa tidaknya, ini pastinya akan memberi kesan langsung kepada mereka. Bagi sebahagian peneroka yang menyerahkan urusan ladang mereka kepada Felda Tecnoplant, mereka boleh berpura senyum dengan pendapatan bulanan mereka sekitar RM1300 sebulan walalaupun hasil BTS mereka tidak sampai 1 tan metrik sebulan. Namum mereka terlupa hutang yang bakal mereka tanggung nanti.



Mereka tiada ambil kisah apabila sebahagian dari rakan peneroka telah dizalimi dan dinafikan hak. Julai 2014, beberapa siri pendedahan bahawa lembaga pengarah FGV telah bertindak menafikan diveden kepada peneroka felda yang telah mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat perladang terbesar Negara ini. Perdana menteri sendiri mengumunkan bantuan hari raya dan dividen yang dijanjikan kepada peneroka Felda.Tetapi pihak pengurusan cuba menfikan hak sebahagian penoka.Ekoran dari salah laku ini tujuh tindakan undang-undang telah difailkan oleh 4458 peneroka seluruh Negara.

Apakah GST ini akan terus memberi rahmat kepada warga Felda? Hanya mereka sendiri ada jawapanya. Walaupun felda kini sudah bagai hilang haknya mereka masih mampu tersenyum.

Koperasi permodalan Felda ( KPF ) satu masa dulu memiliki 51% kepentingan dalam Felda Holdings kini sudah menjadi sebahagian pelabur di dalam FGV. Nama Felda sudah banyak hilang setelah seluruh operasi Felda dirampas FGV, kini nama 317 buah tanah rancangan Felda ini bakal dijenamakan dengan FGV. Masihkah ada senyuman ini satu hari nanti?

~ Penulis ialah ketua penerangan Persatuan anak-anak Peneroka Felda kebangsaan

Sumber BO  - 1-4-2015


PROJEK PERUMAHAN GEN-2 FELDA JADI PROJEK SAKIT - YOHANIS


YOHANIS AHMAD ANEQ - KETUA ANAK PAHANG



PINTU KE FELDA SG RETANG

http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/34288-projek-perumahan-gen-2-felda-jadi-projek-sakit

Sumber HD - 11-3-2015


SAMAN FELDA : PENEROKA LEGA DAKWAAN HINA MAHKMAH DITOLAK - MAZLAN


TN HJ MAZLAN ALIMAN - PPENGERUSI ANAK / AJK PP

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33576-saman-felda-peneroka-lega-dakwaan-hina-mahkamah-ditolak

Sumber HD - 30-1-2015


GENERASI KEDUA DISARAN CONTOHI PEJUANG FELDA - PRESIDEN ANAK


TN HJ MAZLAN ALIMAN - AJK PP

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33380-generasi-kedua-disaran-contohi-pejuang-felda

Sumber HD - 21-1-2015


PENEROKA DIMINTA BERSUMPAH SEBELUM MENDAPAT BANTUAN:

MAZLAN ALIMAN - PRESIDEN ANAK / AJK PAS PUSAT

http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/33156-peneroka-diminta-bersumpah-sebelum-dapat-bantuan-banjir

Sumber HD - 9-1-2015



































































Saham FGVH turun lagi?

MAZLAN ALIMAN | .
SAHAM FGVH hanya tinggal RM2.13 sesaham pada hari ini (semalam). Kenyataan Datuk Razali Ibrahim, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang mengaitkannya dengan pasaran dunia amat melucukan. Ketinggalan keretapi dia!

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) telah membuat sekian banyak analisis mengenai unjuran ekonomi dunia, kejatuhan harga komoditi, kos tanam semula pokok sawit tua dan ketidakstabilan urusniaga global yang menjadi petunjuk risiko kepada penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia.

Perbincangan dibuat melalui konvensyen, wacana dan penyerahan memorandum yang diserah kepada SKMM, Bank Negara, Suruhanjaya Securiti dan YAB Perdana Menteri sendiri.

Ia kemudiannya dibukukan oleh Penasihat Ekonomi ANAK, Dr Rosli Yaakop melalui bukunya, 'Penyenaraian FGVH, menang sorak kampung tergadai'. Dr Rosli menghuraikannya secara berfakta melalui semua dokumen yang diperoleh daripada berbagai-bagai sumber.

Selepas dua tahun FGVH di senaraikan, iaitu 28 jun 2012; pada kadar terbitan RM4.55 Sesaham, dengan penurunan saham lebih 50 peratus, baru sekarang Datuk Razali Ibrahim menyalahkan pasaran dunia?

Yang dulunya pemimpin Umno terjerit-jerit mempertahankan penyenaraian FGVH, di mana mereka sekarang?

Lebih teruk, Datuk Razali tidak menyalahkan Felda atas apa yang berlaku. Episod yang pedih dari zaman sebelumnya hinggalah pada Tan Sri Isa Samad; pengurusan FGVH tidak salah?

Isa Samad ganti Datuk Dzulkifly Abd Wahab sebagai Pengarah Besar Felda, sekarang Datuk Faizoull Ahmad, hingga haru biru Felda; Datuk Razali masih berselindung lagi?

Kesian pada beliau yang begitu naif mengenai keadaan Felda waktu ini. Atau enggan berterus terang mengenai dalaman Felda yang sedang parah!

Saya telah menghantar surat susulan kepada Tan Sri Isa Samad untuk bertemu, setelah gagal pada 23 Disember lalu. Saya juga masih menunggu jawapan balas daripada Datuk Razali mengenai tarikh baru perbincangan dua hala seperti yang dimaklumi bersama. Mari kita berbincang, ketepikan sentimen, demi kepentingan rakyat.

1.5 juta warga Felda sama ada Peneroka, Generasi ke-2 dan kakitangan kumpulan Felda sedang menanti tindakan Kerajaan mengenai masa depan FGVH yang sahamnya turun dan terus turun pada waktu ini. Ada orang kata, adatlah main saham, ada turun naik. Hebatnya saham FGVH, turun dan tak naik-naik!

Macam Amanah Saham Johor, turun hingga tinggal 15 sen, akhirnya lingkup! – HARAKAHDAILY 31/12/2014

Saham FGV: Pertemuan tidak seperti diharapkan

ANIS NAZRI | .



KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) melahirkan rasa kesal apabila pertemuan yang diatur dengan Felda Global Ventures (FGV) hari ini tidak seperti diharapkan.

Presidennya, Mazlan Aliman berkata pertemuan itu yang diatur bagi tujuan mendapatkan gambaran sebenar tentang kejatuhan saham FGV yang semakin merudum, namun ketiadaan pegawai kanan FGV untuk berbuat demikian.

Kata Mazlan, pihaknya dimaklumkan kebanyakan pegawai kanan FGV sedang bercuti ketika ini, sedangkan FGV ketika ini berada dalam satu tempoh kejatuhan yang membimbangkan.

"Bagaimana ketika saham FGV sedang menjunam jatuh ini, kebanyakan pegawai kanannya boleh bercuti? Jelas mereka menganggap kejatuhan saham ini sebagai satu perkara yang remeh," kata beliau yang ditemui sejurus menyerahkan memorandum kepada pegawai kanan bahagian Sumber Manusia, di Menara Felda, pagi tadi.

Bagaimanapun, Mazlan berkata beliau akan mengemukakan satu lagi surat untuk diadakan perbincangan bersama FGV dengan mengharapkan kehadiran Pengerusi Felda sendiri, Tan Sri Mohd Isa Samad untuk sama-sama bertukar pandangan.

Dalam pada itu, beliau turut mengatakan jika permintaan tersebut tidak diendahkan, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil langkah lebih drastik bagi memastikan hak hampir 1.5 juta peneroka terbela.

Selain Mazlan, turut serta pada pertemuan itu Penasihat Ekonomi Anak, Dr. Rosli Yaakop serta barisan kepimpinan Anak.

Ketika ini, harga saham FGV mencatatkan kejatuhan sebanyak RM2.32, berbanding harga tawaran awam sebanyak RM4.45 sesaham pada 28 Jun 2013.

Ini bermakna peneroka yang membeli 800 unit saham pada harga RM3,640 pada masa penyenaraian dahulu telah kerugian sebanyak RM1,784 lebih-lebih lagi di waktu kejatuhan harga sawit. - HARAKAHDAILY 23/12/2014

Sumber HD - 23-12-2914



































































Apa kerajaan buat, harga komoditi peneroka menjunam

ANIS NAZRI | .


KUALA LUMPUR: Pertubuhan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) meneruskan jelajah ke tanah-tanah rancangan di seluruh negara bagi berdialog bersama peneroka berhubung isu berkaitan mereka.

Presidennya, Mazlan Aliman berkata melalui siri jelajah dan dialog tersebut, para peneroka berpeluang mendengar informasi terkini berkaitan bidang mereka, selain menjadi platform untuk mereka mengemukakan aduan kepada Anak.

Menurutnya, semalam pihaknya mengadakan dialog dengan para peneroka di Felda Mempaga, Bentong yang rata-ratanya melahirkan kebimbangan berhubung harga komoditi yang semakin menurun sehingga menjejaskan kehidupan mereka.

Tambah beliau, mereka juga tertanya-tanya mekanisme yang akan dilaksanakan kerajaan dalam memastikan harga komoditi tidak terus menjunam bagi menjamin kelangsungan hidup mereka.

"Perlu diingatkan, para peneroka ini bergantung hidup semata-mata dengan tanaman mereka. Jika harga komoditi semakin membimbangkan, sudah tentu ia memberi kesan kepada pendapatan mereka.

"Mereka mahukan jaminan kerajaan, mekanisme apa yang akan digunakan kerajaan bagi memastikan mereka dapat keluar dari kesukaran tersebut," kata beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

Tambah Mazlan, ekoran kemuruduman harga komoditi ini, para peneroka terpaksa pula menanggung pengurusan kebun yang bermasalah yang menyebabkan sasaran untuk mendapatkan hasil terjejas.

Katanya, apabila satu masalah besar timbul, ia akan memberi kesan kepada isu-isu berkaitan peneroka yang saling kait-mengait.

Malah, dengan keadaan itu, kata Mazlan menyebabkan mereka tidak berpuas hati dan mempersoalkan beberapa insentif Felda yang dahulunya mudah, kini semakin sukar diterima.

"Sebagai contoh, beberapa insentif seperti bantuan anak melanjutkan pelajaran, bantuan pinjaman perumahan yang kini semakin sukar diterima ekoran masalah-masalah yang timbul akibat kemuruduman harga sawit," tegasnya.

Justeru, kebanyakan para peneroka mendesak kerajaan untuk segera mencari satu mekanisme bagi mengatasi maslaah tersebut, selain memberi jaminan untuk memastikan kelangsungan hidup mereka.

Menurutnya lagi, siri jelajah itu akan diteruskan ke bahagian utara semenanjung pada minggu hadapan.

Selain beliau, pada program semalam di Felda Mempaga, turut hadir ialah Penasihat Ekonomi Anak, Dr. Rosli Yaakop, Timbalan Pengerusi Anak, Aris Fezul Ismail, Ketua Penerangan Pemuda PAS Malaysia, Muhammad Nasaie Ismail, dan Ketua Penerangan Anak, Naraza Muda. - HARAKAHDAILY 17/11/2014

Sumber HD - 17-11-2014



































































Tolonglah, pendapatan peneroka dan pekebun merosot

ANIS NAZRI | FOTO WAN ZAHARI | .



KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa mengambil tanggungjawab segera terhadap permasalahan yang dihadapi para peneroka dan pekebun kecil berhubung kejatuhan harga komoditi yang semakin membimbangkan.

Lebih-lebih lagi masalah berkaitan kejatuhan harga komiditi ini sudah dibincangkan bertahun-tahun, namun tiada sebarang jaminan atau langkah progresif dilakukan kerajaan bagi membantu golongan tersebut.

Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman, berkata beliau terus-menerus mendapat aduan daripada peneroka yang semakin hari semakin memperolehi pendapatan yang merosot.

"Tolonglah, kepada kerajaan bantulah para peneroka dan pekebun kecil ini yang bergantung kepada hasil cucuk tanam mereka yang semakin hari semakin menjunam harga pasarannya.

"Kita mahu kerajaan tolong, beri jaminan atau mengambil langkah segera bagi menangani masalah kejatuhan harga komoditi ini," kata beliau pada satu sidang media, di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, hari ini.

Tambah Mazlan, sebelum ini pihaknya pernah mencadangkan agar kerajaan menetapkan harga siling bagi pasaran getah dan kelapa sawit, bagaimanapun tiada sebarang tindakan diambil berkaitan cadangan tersebut.

Mazlan berkata harga sawit ketika ini sudah mula jatuh ke paras RM350 hingga RM400 bagi setiap tan, berbanding RM700 bagi setiap tan yang pernah diperoleh sebelum ini.

Keadaan itu, kata Mazlan menyebabkan ada para pekebun kecil dan peneroka yang tidak mendapat RM1,000 pun pendapatannya dalam sebulan.

"Lebih malang lagi kebanyakan peneroka ini pula terpaksa dipotong pendapatannya bagi menyelesaikan hutang-hutang yang membelenggu mereka. Sudahlah hendak dapat RM1,000 pun susah, dipotong lagi dengan potongan-potongan lain," kata Mazlan lagi.

Mengulas lanjut keadaan ini, Mazlan berkata para peneroka bergantung kepada hasil tanaman mereka semata-mata, lebih-lebih lagi setelah pegangan saham Felda Global Ventures (FGV) semakin jatuh sejak disenaraikan dalam Bursa Malaysia pada 2012.

Ketika disenaraikan di Bursa Malaysia, harga saham FGV mula diterbitkan sebanyak RM4.45 dan meningkat sehingga RM5.39, bagaimanapun ia semakin jatuh sehingga hari ini yang mencatatkan kejatuhan saham sebanyak RM3.03 sesaham.

Kata Mazlan, pihaknya tertunggu-tunggu untuk mengadakan pertemuan dengan pihak yang berkaitan bagi menyelesaikan isu tersebut, bagaimanapun sehingga hari ini tiada sebarang respons daripada kerajaan.

"Sekali lagi saya mohon kepada kerajaan, bantulah golongan ini. Tolonglah mereka kerana dahulunya mereka bergantung harap ke atas hasil tanaman dan juga pegangan saham di dalam FGV.

"Tapi, hari ini mereka hanya bergantung kepada hasil tanaman semata-mata yang semakin hari semakin merosot harga pasarannya," kata beliau lagi.

Turut serta pada sidang media tersebut ilah Penasihat Ekonomi Anak, Dr. Rosli Yaakop dan Penolong Bendahari Lajnah Tanah PAS Pusat, Ir Abdul Ariffahmi Ab Rahman. - HARAKAHDAILY 16/10/2014

Sumber HD - 16-10-2014

Bantah tindakan Felda, Anak adu kepada Suhakam

MUHAMMAD FAIZAL | .




KUALA LUMPUR: Dianggarkan hampir 500 peneroka Felda seluruh negara hadir di pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) hari ini bagi membantah tindakan Felda yang menekan para peneroka.

Himpunan aman peneroka yang dianjurkan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) ini bertujuan agar Suhakam dapat berbincang dengan Felda dan kerajaan dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi peneroka.

Presidennya, Mazlan Aliman memberitahu pertemuaan ini bertujuan agar Suhakam mendengar segala permasalahan melibatkan peneroka dengan Felda.

"Kita amat berpuashati dengan maklum balas dari pertemuan tersebut serta kerjasama yang diberikan.

"Ini yang kita harapkan ada segala apa yang peneroka luahkan ini menemuai jalan penyelesaian yang terbaik serta memihak kepada golongan peneroka," katanya selepas pertemuan tersebut.

Mazlan pada pertemuan tersebut meminta agar Suhakam meneliti kembali perjanjian antara peneroka dengan Felda di bawah Perjanjian Tanam Semula dan Pengurusan Kebun yang dilihat sebagai berat sebelah.

"Adalah tidak munasabah setelah peneroka membayar hutan piutang dan memperolehi gerah hak milik tanah, mereka sekali lagi dipaksa menandatangani perjanjian.

"Ini bukan sahaja berat sebelah tetapi turut memberi implikasi buruk kepada peneroka," katanya.

Tambah beliau lagi, Suhakam juga diminta untuk menyiasat tentang insentif Hari Raya dan dividen yang dijanjikan Perdana Menteri pada 5 Julai lalu sebanyak RM72.69 juta kepada seluruh peneroka.

Namun, terdapat peneroka yang dinafikan penerimaan insentif dan dividen tersebut walaupun peruntukan tersebut disediakan untuk seluruh peneroka seramai 112,635 orang.

"Dalam pada itu kita turut menekankan sikap diskriminasi terhadap peneroka yang tidak bersama Felda.

"Sepatutnya mereka diberikan penghargaan atas usaha mereka selama ini tetapi tidak mereka dicemuh dan dilabelkan dalam masyarakat, malah turut diancam serta dipulaukan.

"Dalam rayuan lain kita turut meminta agar Kadar Perahan Gred (KPG) dikaji dan disegerakan kerana ia membawa kerugian besar kepada peneroka," sambung beliau.

Sementara itu, Pesuruhjaya Suhakam James Nayagan yang mendengar rayuan peneroka itu turut berjanji akan menjalankan siasatan atas aduan yang telah diterima.

"Hasil dari siasatan ini, kita akan bincangkan di peringkat majlis suruhanjaya.

"Selepas siasatan ini juga kita akan adakan satu rundingan meja bulat bagi mencari jalan penyelesaian, dalam masa yang sama satu lawatan dan perbincangan dengan Putrajaya turut dilakukan.

"Selain dari itu, mana-mana kes di mahkamah membabitkan peneroka dan Felda, Suhakam akan menghantar satu wakil bagi mengikuti penjalanan perbicaraan tersebut," katanya selepas mendengar aduan dan rayuan dari peneroka.

James turut menerima memorandum daripada Mazlan di hadapan 500 peneroka selepas selesai pertemuaan tersebut.

Dalam pada itu, Anak akan turut menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di pejabatnya di Putrajaya jam 3 petang hari ini.

Kesemua peneroka akan turut berkumpul di hadapan pintu utama pejabat Perdana Menteri sebagai menyatakan bantahan mereka terhadap Felda.

Turut hadir pada himpunan tersebut adalah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. - HARAKAHDAILY 11/9/2014


Sumber HD - 11-9-2014



































































Ayuh warga Felda ke himpunan 11 Sept

MAZLAN ALIMAN | .



JIWA kapitalis dalam pengurusan Felda yang di belakangnya Kerajaan BN semakin mengenepikan hak dan kepentingan para peneroka. Seramai 112,635 orang peneroka di 317 Tanah Rancangan Felda seluruh negara menyertai Skim Felda kerana menyahut seruan kerajaan bagi menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan.

Mereka diikat dengan perjanjian antara Peneroka dengan Felda. Membayar hutang piutang selama tidak kurang 20 tahun sebelum beroleh hak milik atas tanah kebun 10 ekar dan tapak rumah. Kehidupan yang lalui amat sukar. Bimbingan Kakitangan Felda tidak akan mereka lupakan. Perjuangan mereka hingga detik kini sejak Felda ditubuhkan tahun 1956 adalah luar biasa. Felda menjadi agensi pembangunan tanah yang terbesar di dunia!

Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 57 yang seharusnya menjadi nikmat dari kepuasan hidup sebagai tuan atas tanah mula dipersoalkan. Langkah Kerajaan membawa Felda Global Venture Holding ke Bursa Malaysia suatu mimpi ngeri. Alasan ia kearah transformasi adalah gula gula untuk menghalalkan tindakan para kapitalis buat mengutip laba sebanyak mungkin. Susah payah peneroka dan pengurusan felda terdahulu seperti tidak dihargai.

Hari ini, bukan sahaja peneroka yang bersuara di ugut dan diancam; kakitangan Felda pun menerima akibatnya. Tokoh berwibawa seperti Datuk Dzulkifli Abd Wahab dan beberapa Pegawai Kanan Felda dinyah dari jawatan masing masing.

Peneroka yang menggunakan hak mereka mengikut saluran undang-undang dinafikan dari mendapat Saguhati Hari Raya dan insentif FGVH. Mereka yang mengusahakan kebun secara persendirian tidak memperolehi lesen MPOB. Yang ada pun di tarik balik. Kegigihan dan semangat tinggi peneroka bukan sahaja tidak diraikan, tetapi dianggap tidak tahu bersyukur dan dituduh kacang lupakan kulit!

Diskriminasi peneroka dan penderaan berterusan sampai waktu ini. Berjuang untuk mendapatkan Kadar Perahan Gred (KPG) yang rendah waktu ini dituduh penghasut dan pengkhianat?
Menuntut wang tanam semula sebanyak RM17 ribu yang memang caruman peneroka, dikata petualang negara?
Kos Tanam Semula Peneroka yang sesetengahnya melebihi RM100,000 dianggap remeh dan munasabah. Walaupun hutang banyak, peneroka wajib bersyukur pada Kerajaan atas budi baik Felda selama ini!

Terlalu banyak isu mengenai ketidakadilan dan diskriminasi kalau saya nak senaraikan. Cukuplah kalau saya sebutkan beberapa contoh.

Justeru, Himpunan Aman Diskriminasi terhadap Peneroka pada 11 september ini adalah susulan beberapa himpunan besar sebelum ini. Kali ini, Anak menjemput beberapa kedutaan asing, badan Hak Asasi PBB, media antarabangsa dan lain lain agar perjuangan demi hak peneroka dipanjangkan suaranya ke seluruh dunia. Bukan memohon campur tangan asing, namun menagih simpati dari semua pihak setelah suara peneroka tidak dirai dan dihargai!

Lebih malang, kini para peneroka berdepan dengan ugutan, ancaman dan diskriminasi daripada pengurusan Felda sendiri.

Memburukkan keadaan, harga komoditi getah dan terkini kelapa sawit semakin merudum. Derita para peneroka berpanjangan dan tidak diketahui bilakah penghujungnya. Komitmen Kerajaan, khususnya, Felda amat dingin. Mereka hanya fikir survival FGVH, sedang peneroka diminta untuk jadi pak angguk semata-mata. Hingga Koperasi Permodalan Felda yang menguasai 51% kepentingan dalam Felda Holding diambil dengan begitu mudah melalui konspirasi yang kita sama sama maklum.

Ayuh Warga Felda, turun beramai ramai pada 11 September ini demi hak dan masa depan peneroka. Anak hanya badan NGO yang menjadi pemudahcara atau perantara bagi tujuan memudahkan suara peneroka didengari, dipertimbangkan dan ada susulan sewajarnya oleh kerajaan, terutamanya pengurusan Felda.

Warga Felda mesti bangkit dan berada di barisan depan. Proaktif dan berani berjuang demi hak mereka sendiri. Contohi para pejuang kemerdekaan yang terdahulu. Inilah roh dari sambutan hari Kemerdekaan ke 57.

Penulis ialah Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak).

Sumber HD - 4-0-2014

Himpunan 11 Sept bantah Felda diskriminasi peneroka

ANIS NAZRI | .

KUALA LUMPUR: Satu himpunan besar-besaran membabitkan para peneroka akan diadakan di hadapan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) pada 11 Sept depan.

Himpunan yang mensasarkan 1,000 peneroka itu dijadualkan bermula jam 11 pagi bagi menyatakan bantahan terhadap pengurusan Felda berhubung beberapa isu peneroka yang sekian lama didiskriminasikan.

Badan pejuang hak peneroka, Pertubuhan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) yang menganjurkan himpunan itu juga akan menyerahkan memorandum kepada Suhakam.

Menurut Pengerusi Anak, Mazlan Aliman, penyerahan memorandum itu berkaitan krisis harga komoditi sawit yang semakin merudum serta isu diskriminasi terhadap peneroka.

"Kejatuhan harga komiditi sawit ini semakin membimbangkan. Kelmarin di Jengka, saya dimaklumkan kadar perahan gred (KPG) pada kadar 19-20 peratus, harga RM 400 per matrik tan, malah ada yang dapat RM 380 sebulan," kata beliau pada satu sidang akhbar di Pejabat Agung PAS, hari ini.

Katanya, kerajaan tidak mengambil sebarang langkah proaktif bagi menyelesaikan krisis berkenaan walaupun ia menyebabkan kehidupan para peneroka terjejas.

Selain itu, tambah Mazlan soal diskriminasi yang dikenakan ke atas beberapa peneroka yang bertindak menyaman Felda juga akan diketengahkan memandangkan ia jelas melanggar hak asasi para peneroka berkenaan.

Sejurus itu, kata Mazlan, memorandum sama akan turut diserahkan ke Jabatan Perdana Menteri, di Putrajaya pada jam 3 petang, hari yang sama.

Sehubungan itu, beliau menggesa para peneroka agar terus bersama-sama menyertai himpunan tersebut sebagai tanda solidariti terhadap isu-isu berkaitan hak asasi peneroka.

Turut serta pada sidang media tersebut Penasihat Anak, Dr. Rosli Yaakop, AJK Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat, Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar, bekas Pengarah Eksekutif Felda Plantations, Muhammad Said Jonit dan wakil peneroka, Abdul Rahman Jamhari. - HARAKAHDAILY 29/8/2014

Sumber HD - 29-8-2014



































































Peneroka perlu rujuk peguam sebelum tandatangan akujanji

MUHAMMAD FAIZAL | .
KUALA LUMPUR: Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar dan Hal Ehwal Orang Asal PAS Pusat, Mazlan Aliman meminta para peneroka merujuk kepada peguam sebelum menandatangani sebarang akujanji.

Beliau menyatakan demikian merujuk kepada lebih 500 orang peneroka Felda Palong 8 di Negeri Sembilan diminta menandatangani satu surat akujanji sebagai permohonan maaf atas saman yang difailkan ke atas agensi tersebut.

Surat tersebut dikeluarkan oleh Jawatankuasa Kemajuan Rancangan (JKKR) Felda Palong 8 pada hari Jumaat lalu.

"Kita mengingatkan agar peneroka jangan mudah menandatangani akujanji tersebut kerana mereka mempunyai terma dengan peguam yang dilantik sebelum ini ketika menyaman Felda.

"Kes ini belum selesai dan saya risau ia akan memberi kesan kepada saman tersebut, mereka perlu merujuk kepada peguam untuk mengelakkan sebarang implikasi," katanya ketika ditemui Harakahdaily.

Mazlan turut kesal dengan tindakan tersebut dan menyifatkannya tidak demokratik dari pihak pengurusan Felda.

Katanya, Felda sepatutnya meraikan kepentingan peneroka kerana mereka merupakan pemilik tanah yang mereka usahakan.

"Mana boleh Felda mengenakan tindakan terhadap peneroka, sedangkan peneroka merupakan tuan tanah tersebut.

"Bila peneroka dinafikan hak, mereka cuba berunding dengan Felda dengan isu-isu ketidakadilan yang berbangkitkan tetapi Felda mengganggap remeh dengan isu-isu ini.

"Saya katakan remeh sebab tidak ada tindakan-tindakan proaktif yang diambil Felda untuk menyelesaikan persoalan yang dibangkitkan oleh mereka," katanya.

Tambah beliau, apabila saluran perundangan digunakan peneroka bagi menuntut keadilan, Felda mengganggap itu sebagai satu tindakan yang tidak mengenang jasa.

"Bila mereka beranggapan sedemikian mereka mula mengugut dan mengancam termasuk bila pengumuman Perdana Menteri tentang wang saguhati raya dan juga dividen, Felda buat kenyataan menyekat peneroka-peneroka yang menyaman untuk mendapatkan wang tersebut.

"Sampai sekarang peneroka tak apat duit tersebut, jumlah mereka hampir 4,000 orang, saya tidak mahu membuat sebarang tuduhan dan daripada aduan yang diterima saya kesal kerana tindakan tersebut tidak demokratik.

"Dan lebih malang apabila ada peneroka yang telah menandatangani akujanji tersebut tetapi sampai sekarang tidak mendapat apa-apa bayaran langsung sehingga ke hari ini dan ini merupakan keadaan yang amat malang kepada peneroka," sambung beliau. - HARAKAHDAILY 21/8/2014

Sumber HD - 21-8-2014

Rumah generasi kedua Felda hanya janji p'raya?

KHAIRIL ABDUL RAHIM | .




TEMERLOH: Desakan daripada Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) sendiri supaya projek Perumahan Generasi Kedua Felda (PGKF) dihentikan kerana masalah harga dan spesifikasi, membuktikan projek yang dicanang untuk pilihan raya itu gagal.

Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) Pahang, Yohanis Ahmad berkata, dakwaan MBFM yang dianggap NGO mewakili generasi kedua yang diiktiraf Felda itu, membenarkan dakwaan Anak sebelum ini bahawa projek tersebut hanya untuk memancing undi pilihan raya.

Sekali gus, ia gagal menyelesaikan masalah generasi kedua dan ketiga Felda yang masih tinggal dalam tanah rancangan yang sesetengah pada masa ini terus duduk sebumbung atau menumpang di tanah peneroka asal.

Sepatutnya perumahan kerajaan mestilah bersifat mampu milik dan ada unsur kebajikan bukannya harga berdasarkan pasaran terbuka. Jika syarat pinjaman yang sangat ketat iaitu melalui bank dan perlukan slip gaji, mungkin tidak ada masalah kepada anak-anak peneroka yang Berjaya dan tinggal di bandar-bandar besar.

“Tetapi syarat itu dikenakan kepada anak-anak peneroka yang masih tinggal di tanah rancangan, ia tentulah tidak munasabah langsung,” katanya.

Yohanis berkata demikian mengulas kenyataan disiarkan akhbar semalam oleh Pengerusi MBFM Wilayah Jengka Nasharuddin Mat Nasir yang menggesa Felda menghentikan segera projek PGBF kerana terdapat rungutan generasi kedua Felda berhubung harga, spesifikasi, pinjaman dan konsep pelaksanaannya.

Kenyataan itu menyebut, di Wilayah Jengka, harga minimum satu unit rumah yang dibina Felda itu sudah mencecah RM120,000 pada masa ini dan tidak seperti dijanjikan.

Selain daripada harganya yang tinggi, syarat pinjaman pula ketat sehingga menyukarkan mereka yang tinggal di tanah rancangan untuk memiliki rumah tersebut. Sebaliknya memberi peluang kepada generasi yang tinggal di luar membelinya.

Yohanis berkata, sebelum pilihan raya umum (PRU) lepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib telah mengumumkan sasaran Felda untuk membina 20,000 unit rumah dalam masa lima tahun dan harga dijanjikan sekitar RM60,000.

“Kenapa sekarang harga menjangkau RM120,000 hanya dalam tempoh dua tahun? Ini tidak sepatutnya berlaku kerana perumahan dibina bukan atas tanah komersil atau individu tetapi tanah milik Felda. Contohnya di Padang Piol padang bola yang dikorbankan.

“Lagipun itu rumah ‘rumah pasang siap’ bagaimana harga boleh melambung begitu tinggi? Pada saya harga RM60,000 itu dah munasabah kerana setiap peneroka pun ada peruntukan RM40,000 daripada Felda untuk pembesaran rumah,” katanya.

Menurut Yohanis, sepatutnya kerajaan sudah ada penilaian sendiri untuk pembinaan rumah tersebut. Jika tidak, itu bermakna Felda membuat projek yang tidak jelas hanya untuk PRU saja.

“Jadi bilakah masalah anak-anak peneroka yang tinggal dan bekerja di ladang-ladang Felda nak selesai?” soalnya. - HARAKAHDAILY 6/8/2014

Sumber HD - 6-8-2014



































































Dividen hak semua, Felda jangan hukum peneroka

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mengecam tindakan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) menafikan pembayaran dividen serta duit raya kepada peneroka yang terlibat menyaman agensi itu.

Pengerusinya Maria Chin Abdullah berkata, Felda tidak boleh menggunakan pemberian dividen itu sebagai senjata untuk menekan peneroka.


"Dividen adalah hak semua pemegang saham yang termasuk peneroka manakala bantuan duit raya diberi atas semangat perayaan agama," katanya dalam satu kenyataan.

Semalam seramai 20 orang peneroka Felda dari Gugusan Bera dan Rompin membuat laporan Polis di IPD Kuantan ekoran dinafikan wang dividen FGV dan saguhati hari raya yang berjumlah hampir seribu ringgit.

Mereka adalah sebahagian daripada lebih seribu orang peneroka seluruh negara yang tidak dibayar sebagaimana sepatutnya, meskipun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kenyataannya pada 6 Julai 2014 lalu menyebut dengan jelas bahawa seramai 112,635 orang peneroka layak menerimanya.

Mengulas lanjut Maria berkata, sabiknya Felda mengadakan perbincangan dengan peneroka yang tidak berpuas hati dengan mereka dan bukannya menyekat dividen dan bantuan duit raya seperti yang dilakukan sekarang ini.

"Felda kelihatan cenderung untuk menghukum peneroka ini dan menjadikan mereka contoh kepada yang lain bahawa perkara sama boleh menimpa kepada mereka yang mencabar Felda," katanya lagi. - HARAKAHDAILY 25/7/2014

Sumber HD - 25-7-2014



































































Felda nafi duit raya, 20 peneroka buat laporan polis

SALMIYAH HARUN | .



KUALA LUMPUR: Seramai 20 orang peneroka Felda dari Gugusan Bera dan Rompin membuat laporan Polis di IPD Kuantan kerana dinafikan wang dividen FGV dan saguhati hari raya yang berjumlah hampir seribu ringgit.

Mereka adalah sebahagian daripada lebih seribu orang peneroka seluruh negara yang tidak dibayar sebagaimana sepatutnya, meskipun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kenyataannya pada 6 Julai 2014 lalu menyebut dengan jelas bahawa seramai 112,635 orang peneroka layak menerimanya.


Menurut Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman, tindakan Felda atas alasan peneroka menyaman Felda kerana isu Kadar Perahan (KPG) dan lain-lain adalah tidak berasas dan zalim.

"Ia bertentangan dengan hak asasi dan Perlembagaan Negara yang membenarkan setiap warganegara mendapatkan haknya mengikut saluran undang-undang," katanya dalam satu kenyataan.

Tegas Mazlan, usaha para peneroka Felda membuat laporan polis adalah wajar setelah pihak Felda bertegas enggan membayar saguhati Hari raya dan dividen FGV seperti mana sepatutnya.

"Bukan sahaja enggan berunding, peneroka dihamburkan kata-kata yang amat mengguris perasaan.

"Saya telah membuat perbincangan dengan team peguam Anak dan setelah meneliti kes ini, ada asas yang kuat untuk mengambil tindakan terhadap pengurusan Felda," katanya.

Bagi tujuan membantu peneroka mendapatkan wang berkenaan, Anak menubuhkan satu taskforce diketuai Pengerusi Ngo Anak Pahang Yohanis Ahmad untuk mengumpul semua maklumat peneroka seperti yang dikehendaki peguam. Beliau boleh di hubungi seperti di talian hp 0133039913.

"Sikap berdendam Felda nampaknya tidak reda walaupun dalam bulan ramadhan. Justeru, langkah membuat laporan polis dan tindakan undang2 terpaksa dilakukan kerana itulah pilihan yang ada," katanya.

Felda sebelum ini, mengumumkan 'durian runtuh' kepada peneroka Felda sempena Aidilfitri menerusi pembayaran dividen saham individu dan dividen tabung amanah daripada FGV.

Namun, Felda memaklumkan bahawa para peneroka yang terlibat dalam kes saman agensi itu tidak akan dibayar duit raya dan dividen FGV. - HARAKAHDAILY 24/7/2014

Sumber HD - 24-7-2014

Elok-elok ada masjid dirobohkan - anak peneroka

KHAIRIL ABDUL RAHIM | .




KUALA LIPIS: Masuk bulan Ramadan ini, sudah tiga tahun penduduk Felda Gugusan Sungai Koyan dan kampung tradisi sekitarnya bersolat tarawih, solat Idulfitri dan aktiviti ibadat lain tanpa masjid.

Ini disebabkan Masjid Muhajirin yang selama ini menjadi tempat penduduk serta musafir menjalankan aktiviti keagamaan, telah diruntuhkan oleh kontraktor yang dilantik Jabatan Kerja Raya (JKR) iaitu tiga hari sebelum bulan Ramadan tiba tahun lalu.

Mengikut perancangan asal, sebuah masjid baru bernilai RM4.5 juta yang boleh memuatkan 2,000 orang akan dibina bagi menggantikan masjid yang runtuh itu.

Malangnya pembinaannya terbengkalai dan sehingga kini belum mencapai 40 peratus siap.

Sebagai alternatif, penduduk terpaksa mengerjakan solat di bangunan dewan orang ramai di situ. Tetapi dikatakan mempunyai masalah besar kerana ketiadaan ruang terutama apabila generasi kedua Felda pulang beramai-ramai untuk menunaikan sembahyang raya.

Bagi Timbalan Pengerusi Masjid Muhajirin, Wan Mahadir Wan Mahmud berkata, pihak berkuasa tersilap meruntuhkan masjid berkenaan tiga tahun lalu kerana ia terletak 50 kaki jarak daripada masjid baru yang terbengkalai sekarang.

“Sepatutnya Masjid Muhajirin tidak dirobohkan sebab masjid baru bukan di tapak itu. Lagipun ia bukanlah uzur. Jika masjid baru siap pun masjid lama tetap boleh digunakan sebagai kelas fardu ain, pusat dakwah dan aktiviti lain.

“Sekarang sudah menjadi kerumitan pula kepada penduduk kerana nak sembahyang di masjid lama dah diruntuhkan masjid baru pula entahkan bila siapnya,” keluhnya.

Wan Mahadir turut membayangkan masjid yang baru mungkin tergendala lagi berikutan tersiar di akhbar baru-baru ini pemilik bergelar Datuk syarikat yang membina masjid terbengkalai itu sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas umat Islam setempat membuat laporan berkaitan projek berkenaan, hujung tahun lalu.

Katanya, Masjid Muhajirin dibina pada tahun 1974 bagi menampung penduduk Felda dan sekitarnya.

Namun istimewanya masjid berkenaan ialah menjadi mercu tanda penduduk Sungai Koyan kerana menjadi tempat persinggahan pelancong apabila ke Cameron Highlands melalui Sungai Koyan.

"Ia juga menjadi transit musafir dan pelancong yang berulang alik ke Cameron Highlands dari Lembah Klang, Pahang dan Kelantan antara laluan alternatif paling dekat ke destinasi tanah tinggi berkenaan," ujarnya.

Peruntukan membina masjid baru diluluskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika melawat penempatan Orang Asli Pos Betau beberapa tahun dahulu.

Berdasarkan papan notis yang dahulu, kerja pembinaan bermula pada Jun 2012 dan sepatutnya siap pada September tahun lepas.

Dalam pada itu Wan Mahadir berkata, sudah ada anak-anak peneroka yang pulang beraya mengeluh, "dulu elok-elok ada masjid dirobohkan sekarang dah masuk tiga tahun solat raya di dewan badminton. Ini menyebabkan menimbulkan rasa tidak selesa".- HARAKAHDAILY 24/7/2014





Sumber HD - 24-7-2014



































































Peneroka terlibat saman Felda dinafi dividen, duit raya

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) mempersoal tindakan Felda yang didakwa menafikan pembayaran dividen Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) dan duit raya kepada peneroka-peneroka yang terlibat kes saman ke atas agensi itu.


Presidennya Mazlan Aliman berkata, tindakan Felda menafikan pemberian dividen dan duit raya itu adalah zalim dan satu diskriminasi.

Menurut beliau, proses mahkamah adalah perkara lumrah yang dibenarkan kepada mana-mana warganegara Malaysia sesuai dengan kekebasan bersuara dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Ia adalah hak peneroka apabila ketidakadilan berlaku. Ia salah satu ikhtiar apabila perbincangan dengan pengurusan felda menemui jalan buntu.

"Sewajarnya Felda berlapang dada dan menggunakan saluran mahkamah untuk berdepan dengan peneroka.

"Jika Felda betul dalam tindakan mereka, tiada apa yang harus mereka takuti tatkala berhadapan dengan peneroka di muka pengadilan," kata beliau kepada Harakahdaily.

Felda sebelum ini mengumumkan 'durian runtuh' kepada peneroka Felda sempena Aidilfitri menerusi pembayaran dividen saham individu dan dividen tabung amanah daripada Felda Global Ventures (FGV).

Peneroka Felda juga akan menerima sumbangan duit raya dan agihan pendapatan daripada Koperasi Permodalan Felda (KPF).

Mengulas lanjut, Mazlan berkata sepatutnya 112,635 orang peneroka kesemuanya mendapat dividen dan saguhati tersebut.

"Saya menggesa mana-mana peneroka yang dinafikan dari memperolehi dividen FGV dan duit raya yang jumlahnya hampir RM1,000 setiap seorang, agar membuat laporan polis di mana-mana balai polis berhampiran.

"Juga laporan kepada SPRM, kerana ia merupakan salah guna kuasa dari pihak Felda," - HARAKAHDAILY 18/7/2014

Sumber HD - 18-7-2014

No comments:

Post a Comment