BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Sunday, July 13, 2014

BANTAH GST DAN TPPA




Kempen Presiden AS: Lebih baik Malaysia keluar TPPA

MOHD AZMI ABDUL HAMID | .

http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/42665-kempen-presiden-as-lebih-baik-malaysia-keluar-tppa

HARRY CLINTON, DONALD TRUMP TOLAK TPPA HANYA RETORIK KEMPEN POLITIK

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menggesa kerajaan Malaysia melihat semula status perjanjian Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), mengambil kira bahawa dua kandidat Presiden Amerika Syarikat (AS), Harry Clinton dan Donald Trump menyatakan pendirian menolak perjanjian TPPA dalam kempen yang sedang dijalankan oleh dua calon ini yang bercita-cita untuk merebut jawatan Presiden AS.

Implikasi terbatalnya perjanjian tersebut, jika AS sendiri menolak TPPA, walaupun AS adalah pelopor kepada perjanjian itu, adalah besar kerana banyak negara anggota temasuk Malaysia yang telah menandatangani perjanjian itu, sedang meretifikasi undang-undang serta dasar negara masing-masing untuk diselaraskan dengan TPPA.

Walaupun begitu, kami tetap merasakan bahawa para pelobi pihak korporat-korporat gergasi di Amerika sememangnya tidak akan duduk diam, kerana TPPA sebenarnya adalah perjanjian yang amat menyebelahi syarikat-syarikat besar Amerika.

TPPA dari awal lagi adalah konspirasi yang digerakkan oleh syarikat korporat AS. Lantaran itu mereka tidak hanya mendengar dan mengikuti kempen Presiden Amarike Syarikat yang berlangsung sekarang secara pasif, malah sebaliknya akan memastikan TPPA diteruskan.

Oleh kerana itu, kami berpendapat gerakan rakyat di negara yang menganggotai TPPA yang telah menentang perjanjian itu sewajarnya bergabung dan menghidupkan kembali gelombang untuk menolak dan membatalkan perjanjian TPPA.

Walaupun kami tidak meletakkan keyakinan kepada pendirian Harry mahupun Trump bahawa mereka menolak TPPA, kami tetap berpandangan bahawa jika rakyat bangkit dengan tegas menolak perjanjian yang bersifat ekploitasi itu, TPPA boleh dibatalkan.

Kerajaan Malaysia perlu mengambil kira perkembangan dari pendirian bakal Presiden AS agar rakyat tidak terus menjadi mangsa kepada sebuah perjanjian yang mengeksploitasi sumber negara.

Adalah lebih baik kerajaan keluar dari TPPA memandangkan ketidaktentuan ekonomi global serta politik AS yang juga mungkin berubah yang mengakibatkan dasar luar AS akan turut bertukar arah. - HARAKAHDAILY 30/9/2016

Penulis ialah Presiden Mapim.

Sumber HD - 30-9-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Luaskan rangkaian industri kecil hadapi TPPA





       SALMIYAH HARUN | .




BANGI: Rakyat negara ini khususnya mereka yang menjalankan perniagaan industri kecil perlu meluaskan rangkaian hubungan bagi mengembangkan pasaran tempatan ke pasaran antarabangsa selepas negara bersetuju menyertai Perjanjian Trans Pasifik (TPPA), demikian menurut Timbalan Presiden Ngo Ilmuwan Mazli Mohd Noor.

Bercakap dalam program Sembang Teh Tarik For Malaysia anjuran Jabatan Profesional Muda Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) bersama anak muda malam tadi, Mazli berkata, rakyat negara ini harus bersedia sebaiknya selepas TPPA masuk ke negara ini kerana barangan import akan menguasai pasaran tempatan.

"Kita di peringkat domestik kena berdepan masalah ini, dan kena pertingkatkan jaringan hubungan di kalangan jemaah kita. Kita kena bersaing dengan pasaran antarabangsa," katanya.

Beliau juga menasihati para usahawan kecil ini agar meningkatkan kualiti diri dalam apa sahaja elemen termasuklah kemahiran teknikal bermula dari sekarang kerana persaingan bukan di peringkat lokal semata-mata.

"Selepas TPPA, sektor industri kecil akan terjejas kerana 70 peratus barangan pasaran datangnya daripada industri kecil. Pengeluaran syarikat tempatan akan terjejas kesannya peluang pekerjaan anak muda akan berkurangan.

"Industri tempatan akan terjejas kerana import akan lebih banyak masuk ke negara dan sudah tentu rakyat akan dapat benda yang lebih murah. Kereta Volkswagen boleh dapat murah sudah tentu kita tidak beli proton," katanya di hadapan kira-kira 50 anak muda daripada pelbagai latar belakang.

Justeru tegasnya, rakyat sewajarnya memainkan peranan utama dalam menggerakkan ekonomi Malaysia dengan penglibatan ramai pengusaha dan pekerja yang lebih banyak.

"Kita sebagai negara membangun, bagi membina ekonomi lebih mampan seharusnya melalui rakyat kita sendiri. Rakyat bergerak belian rakyat lebih tinggi," katanya.

Sementara itu, Pengarah Strategik Pemuda PAS, Syahir Sulaiman menegaskan Malaysia boleh menarik diri daripada TPPA namun ia boleh mengundang mudarat kepada negara.

Antaranya kata beliau 11 negara lain yang menyertai TPPA mungkin akan memboikot ekonomi negara ini.

Sebelas negara anggota TPPA  ialah Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat, dan Vietnam.

Jelasnya, di dalam perjanjian TPPA setiap negara boleh memilih untuk keluar daripada perjanjian itu dengan notis enam bulan.

Sembang Teh Tarik kali ke-3 di anjurkan oleh Jabatan Profesional Muda DPPM mendapat sambutan di luar jangkaan apabila kehadiran anak muda yang begitu ramai sehingga memenuhi ruang yang begitu terhad.

Rata-rata anak muda melahirkan rasa bimbang terhadap profesion mereka pada masa hadapan selepas TPPA nanti. – HARAKAHDAILY 16/2/2016

Sumber HD - 16-2-2016

TPPA Diluluskan : Selamat Datang "Penjajah" Moden


Posted on Saturday, January 30 @ 07:48:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu




1. Selepas dua hari persidangan khas Parlimen, akhirnya majoriti ahli Parlimen menyatakan sokongan terhadap TPPA sekaligus menyaksikan Malaysia bakal menandatangani perjanjian tersebut pada bulan hadapan di New Zealand.

2. Keputusan ini sudah dijangka semenjak dari awal lagi. Sejak dokumen rasmi mengenai TPPA didedahkan kepada umum, Kerajaan kelihatannya begitu agresif menggunakan segala ruang melalui media cetak dan elektronik untuk berkempen mengenai TPPA.

3. Segala bentuk bantahan telah dikemukakan sama ada melalui diskusi ilmiah sehingga ke himpunan aman di Padang Merbok. Namun, Kerajaan seolah-olah memekakkan telinga (fall to deaf ear) dengan segala justifikasi dan hujah yang dibentangkan.

4. Persidangan Parlimen pula hanya sekadar 'rubber stamp' bagi menguatkan hujah Kerajaan untuk menyokong TPPA. Ia hanya taktik mendiamkan seketika mulut si pengkritik.

5. Apa yang lebih mendukacitakan, Kerajaan hanya berhujah berpaksikan kepada aspek ekonomi dan perdagangan, itupun masih belum cukup ampuh untuk meyakinkan keuntungan yang bakal diperolehi Malaysia.

6. Manakala aspek geopolitik AS dan China, pengaruh politik AS disebalik perjanjian tersebut tidak diambil perhatian langsung, malah menolak mentah-mentah pandangan yang dikemukakan.

7. Selamat datang si "penjajah" moden, selamat tinggal kebebasan dan jati diri.
"Beristiqamah Hingga Kemenangan"


NIK MOHAMAD ABDUH BIN NIK ABDUL AZIZ
Ketua DPPM / Ahli Parlimen Pasir Mas.


Sumber TKO - 30-1-2016


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pas persoal bagaimana GST boleh selamatkan negara
Posted on Friday, January 29 @ 19:15:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



PETALING JAYA - Pas mempersoalkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kononnya perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) telah 'menyelamatkan rakyat dan negara'.

Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, adalah tidak munasabah berkata demikian kerana pelaksanaan cukai itu sendiri membebankan rakyat.

“Kalau dia (Najib) kata isu GST ini berkat maknanya harga minyak kita jatuh itu berkatlah (merujuk kepada kejatuhan ekonomi negara).

“Bagaimana Perdana Menteri nak kata benda ini (GST) berkat sedangkan dari sudut agama jelas bahawa mengambil cukai daripada orang miskin adalah salah,” katanya, "semasa sesi soal jawab di majlis Hi-tea rakan media anjuran Pemuda Pas di restoran Puteri di Damansara.

Lantaran itu, Nik Abduh berkata Pas akan memastikan BN tewas pada pilihan raya akan datang.

“Kita (Pas ) tetap tolak GST, kita akan pastikan rakyat akan menolak BN kerana GST,” katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri berkata, berkat pelaksanaan GST kerajaan masih mampu menyediakan biasiswa untuk siswa dan kakitangan awam mempunyai kerja di kala kemelut ekonomi yang melanda.

Sementara itu, pelaksanaan GST pada 1 April 2015 lalu, mendapat bantahan banyak pihak, namun tetap diteruskan oleh pemerintahan Najib. - SH

Sumber TKO - 219-1-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

TPPA pun sama, seolah-olah GST suci dalam debu

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Ketika ahli-ahli parlimen (MP) BN berbahas menyokong usul mengenai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) sama seperti mereka membahas Cukai Barang dan Perkhdmatan (GST) dahulu.

Kononnya, kata Naib Presidn PAS, Ustaz Idris Ahmad, GST barang tidak naik, ringgit akan kukuh, harga kereta akan turun, ekonomi akan melonjak.

"Seolah-olah GST suci dalam debu. Apabila GST dilaksanakan berlaku sebaliknya," ujarnya menerusi laman facebook.

Menurut Ahli Parlimen Bukit Gantang itu, kes yang sama juga akan terjadi pada TPPA nanti.

"Walaupun tewas dalam undian TPPA, biar sejarah terpahat kita adalah penentangnya," katanya lagi.

Tegasnya, penentangan PAS atas prinsip kedaulatan negara dan maruah negara tidak boleh dicampur oleh kuasa asing setelah 58 tahun merdeka.

Beliau menambah, PAS bukan anti pelabur asing, tetapi yang ditentang ialah tatacara dan urus tadbir negara ditentukan oleh orang lain. - HARAKAHDAILY 29/1/2016

Sumber HD - 29-1-2016


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------







TPPA daripada perspektif fiqh as-siyar

ZAHARUDIN MUHAMMAD | .


SEPERTI coretan saya sebelum ini, kedaulatan negara amat penting dan ia menjadi asas ukuran kepada hubungan perjanjian antara negara Islam dengan negara bukan Islam.

Kedaulatan bermaksud, segala tindakan negara Islam tidak boleh dikekang dan diikat dengan apa-apa perjanjian yang melayakkan negara Islam diambil tindakan atau perjanjian yang boleh menjadi sebab untuk diserang oleh negara lain.

Dalam kata lain, ia bukan bermakna negara Islam langsung tidak boleh membuat perjanjian dengan negara lain. Tetapi perjanjian itu mestilah menjamin kedaulatan negara dengan diletakkan klausa penting yang dikenali sebagai An-Nabz.

Dalam muamalat lebih dikenali sebagai fasakh atau pembatalan perjanjian. Pembatalan perjanjian atau An-Nabzu ini boleh berlaku dengan sebelah pihak sahaja, bukan dengan kedua-dua belah pihak mesti bersetuju.

Jika persetujuan kedua-dua belah pihak diperlukan, maka tiada makna An-Nabzu itu dimasukkan dalam mana-mana klausa perjanjian.

Ulama-ulama Islam banyak membahaskan hukum An-Nabzu ini justeru ia dinaskan asasnya di dalam Al-Quran Al-Karim di dalam surah Al-Anfal ayat 58:

وَإِمَّا تَخَافَن مِنْ قَوْم خِيَانَة فَانْبِذْ إِلَيْهِمْ عَلَى سَوَاء

Maksudnya: Dan jika engkau bimbang adanya perbuatan khianat dari sesuatu kaum (yang mengikat perjanjian setia denganmu) maka campakkanlah (perjanjian itu) kepada mereka dengan cara terus terang dan adil. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang khianat. - (Al-Anfal : 58).

Perkataan على سواء memberikan maksud bahawa pihak Islam boleh membuat deklarasi membatalkan akad secara sebelah pihak. Ia tidak boleh dibuat pembatalan dengan senyap-senyap atau khianat dibalas dengan khianat.

Sememangnya perbahasan isu ini sangat panjang di dalam fiqh Islam. Cuma saya boleh ringkaskan bahawa, dalam perjanjian TPPA ini tidak terdapat klausa yang jelas bahawa bilakah Malaysia boleh berundur atau batalkan perjanjian TPPA?

Sekalipun ada pihak kata boleh keluar daripada perjanjian adalah keistimewaan khusus untuk Malaysia, tetapi di dalam klausa-klausa perjanjian yang ada tidak menyebut dengan jelas perkara ini.

Lebih membimbangkan ialah, kita sudah kalah dan boleh dihukum sewaktu proses untuk keluar daripada TPPA lagi justeru kos penghakiman yang tinggi dan bias sistem kehakiman yang akan mengadili kes ini jika berlaku.

Jika kebimbangan ini wujud, maka sepatutnya sedari awal malaysia tidak terlibat justeru dalam fiqh As-Siyar, jika kebimbangan itu wujud selepas perjanjian sekalipun, maka ia mesti difasakhkan, apatah lagi TTPA ini justeru banyak kebimbangan wujud sebelum perjanjian.

Kebimbangan sangat jelas justeru sikap Amerika memusuhi serta menjajah negara-negara Islam sebelum ini ditambah lagi lobi Zionis yang kuat terhadap pentadbiran Amerika Syarikat. – HARAKAHDAILY 29/1/2016

Sumber HD - 29-1-2016

-------------------------------------------------------------------------------
TPP: PAS Tak akan berdiam diri

Posted on Thursday, January 28 @ 18:53:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



SHAH ALAM - Pas tidak akan berdiam diri malah akan terus mendesak dalam segenap ruang yang masih ada untuk membantah Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP), walaupun ia sudah diluluskan di Parlimen semalam.

Ketua Penerangannya, Nasrudin Hassan berkata, oleh itu salah satu caranya ialah mendapatkan referendum rakyat bagi membantah perjanjian ini.

"Pas sangat kesal dengan tindakan kerajaan yang hanya menjadikan Dewan Rakyat sebagai tempat untuk 'endorst' keputusan yang telah siap.

"Malah, Pas turut menjangkakan sudah wujud pra konsensus dalam kalangan BN untuk menandatangani perjanjian TPP meskipun rakyat dan banyak NGO membantah secara besar-besaran agenda ini. Ingat, perjanjian TPP bukan solusi utama dan betul untuk memulihkan ekonomi negara," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau mendakwa, kerajaan telah tunduk dengan cengkaman perjanjian ini.

"Tidakkah ini merupakan satu agenda imperialisma yang merombak kebebasan dan kedaulatan negara?

"...Pas melahirkan rasa kesal terhadap semua ahli Parlimen BN (127) yang telah meluluskan usul menandatangani perjanjian TPP di Dewan Rakyat semalam. Tidak semua kebenaran berpihak kepada suara majoriti.

"Masih ada ruang bagi mereka menyatakan bantahan sebelum Perdana Menteri menandatangani perjanjian ini yang dijangka akan dilakukan pada bulan hadapan," katanya.

Semalam, Sinar Harian melaporkan usul penyertaan Malaysia ke dalam perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) telah diluluskan oleh Dewan Rakyat.

Seramai  211 ahli parlimen membuat undian, dimana daripada jumlah tersebut, 127 ahli parlimen bersetuju dengan usul tersebut dan  84  tidak bersetuju.

Perjanjian TPP akan ditandatangani di Auckland, New Zealand pada 4 Februari depan.


  Malaysia adalah antara 12 negara yang terlibat dalam TPP bersama Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat dan Vietnam.

Sumber TKO - 28-1-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------













TPPA: Ke mana anda merujuk di dalam syariat?

ZAHARUDIN MUHAMMAD | .


AGAK lama saya tidak berkesempatan untuk menulis justeru kesibukan akibat tugas demi tugas; tanggungjawab terhadap keluarga, syarikat, negara dan jemaah. Sememangnya banyak yang ingin saya kongsikan pandangan tentang TPPA dari segi syariat, real business dan masa depan negara.

Cuma kali ini saya ingin ulas dari segi syariat, di mana kita perlu merujuk di dalam fiqh Islam untuk memahami hukum TPPA?

Sememangnya anda akan buntu jika mencari tajuk khusus di dalam kitab fiqh tentang TPPA. Begitu juga jika anda mencari tajuk khusus tentang Undang-Undang Antarabangsa (القوانين الدولية) atau Hubungan Antarabangsa (أو العلاقة الدولية) di dalam kitab-kitab rujukan Islam.

Hubungan antarabangsa diungkapkan dengan As-Siyar (أحكام السير) iaitu jamak kepada السيرة. Perkataan ini dengan terjemahaan perkata dengan maksud "jalan" (cara-cara). Apabila disebutkan Sirah Nabawi dengan maksud cara perjalanan nabi-nabi. Digunakan perkataan 'jalan' untuk sejarah nabi-nabi supaya kita menyelusuri laluan itu.

"katakanlah, jalan ini adalah jalanku yang lurus, maka hendaklah kamu mengikutinya".

Begitu juga dengan hubungan negara Islam dengan negara yang lain. Islam mempunyai cara dan gayanya tersendiri apabila melibatkan hubungan negara dengan negara sehingga ia diungkapkan dengan Istilah 'السير' (jalan), iaitu jalan atau cara muamalat orang Islam dengan umat yang lain yang bukan Islam.

Adapun umat bukan Islam di dalam negara dianggap hukumnya sama seperti muslim kecuali dalam isu-isu yang melibatkan akidah dan hukum-hukum taabbudi. Adapun dengan Islam yang lain, Islam tidak meletakkan sempadan melainkan sempadan hari ini adalah ciptaan penjajah. tetapi apabila non-muslim itu bersifat negara, maka ia mempunyai hukum yang khusus.

Ulama yang paling awal mengarang khusus tentang topik ini ialah Imam Abu Hanifah di dalam kitabnya (كتاب السير). Antara Imam-Imam lain yang mengarang khusus tentang hukum ini ialah Imam Sya'bi, Auzai, Thauri, Fazaari dan lain-lain.

Sekalipun ungkapan agak berbeza seperti sebahagiannya menggunakan istilah أحكام المغازي (hukum peperangan) tetapi di dalamnya membincangkan hukum hubungan negara Islam dengan negara lain selepas debu peperangan itu melabuh ke tanah.

Poin yang paling penting di dalam hukum ini ialah hukum kedaulatan negara (السيادة) iaitu tindakan negara Islam tidak boleh ditentukan dan diikat oleh negara lain. Jika ada perjanjian sekalipun ia mesti dilonggarkan dengan jalan keluar yang dipanggil sebagai fasakh.

Jika dalam muamalat Islam, sesuatu kontrak mesti tertakluk kepada hak fasakh apabila berlaku kesan negatif kepada salah satu pihak yang berkontrak guna bagi memastikan kedaulatan individu yang mengikat perjanjian. Jika kedaulatan individu dititik beratkan oleh Islam, cuba anda bayangkan kedaulatan negara dalam hukum As-Siyar? Jauh lebih waspada dan ketat hukum hakamnya.

Yang saya perhatikan di dalam TPPA, banyak kedaulatan negara akan terjejas. Penjelasan MITI bahawa Malaysia adalah satu-satunya negara TPPA yang ada klausa boleh keluar daripada perjanjian, tetapi secara hitam putihnya tidak kelihatan dengan jelas di dalam draf perjanjian.

Saya bimbang TPPA dari dua sudut: Pertamanya dari segi kedaulatan negara seperti kawalan cukai, dagangan saham, pegangan ekuiti dan lain-lain yang menjadi kunci kepada ekonomi negara dan yang kedua ialah kebimbangan Malaysia menjadi trooper atau askar darat bagi pihak Amerika Syarikat menentang musuh ekonomi nombor satunya, iaitu China.

Kebimbangan kedua lebih tinggi daripada kebimbangan pertama justeru kesannya seperti peperangan ketenteraan, yang hancur ialah negara yang menjadi medan perang, bukan negara yang menjadi tuan kepada peperangan.

Yang berperang ialah Jepun dan British dalam peperangan dunia ke-2, tetapi yang menjadi hamba, dibunuh, dijajah ialah negara yang menjadi barisan hadapan seperti Malaysia, Filipina dan lain-lain. Kebimbangan ini telah saya luahkan dalam artikel yang lepas. – HARAKAHDAILY 28/1/2016

Sumber HD - 28-1-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

TPPA perlu referendum rakyat

HARAKAHDAILY | .

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) telah menggerakkan jentera kempen, penganjuran kongres, menyertai persidangan, forum, memobilisasi rakyat dan berbahas di Dewan Rakyat untuk membantah tindakan Malaysia dalam menandatangani perjanjian TPP tidak lama lagi.

PAS juga tidak akan berdiam diri malah akan terus mendesak dalam segenap ruang yang masih ada untuk membantah perjanjian TPP ini. Referendum rakyat diperlukan bagi memastikan negara selamat.

PAS sangat kesal dengan tindakan kerajaan yang hanya menjadikan Dewan Rakyat sebagai tempat untuk endorse keputusan yang telah siap.

Malah, PAS turut menjangkakan sudah wujud pra konsensus dalam kalangan BN untuk menandatangani perjanjian TPP meskipun rakyat dan banyak NGO membantah secara besar-besaran agenda ini. Ingat, perjanjian TPP bukan solusi utama dan betul untuk memulihkan ekonomi negara.

Kerajaan telah tunduk dengan cengkaman perjanjian ini. TPP bukan semata-mata untung rugi perdagangan, tetapi ia melibatkan peluasan kuasa besar terhadap kedaulatan Malaysia. Undang-undang negara boleh dipinda bagi memenuhi kehendak anggota-anggota TPP.

Tidakkah ini merupakan satu agenda imperialisma yang merombak kebebasan dan kedaulatan negara?

PAS melahirkan rasa kesal terhadap semua ahli Parlimen BN (127) yang telah meluluskan usul menandatangani perjanjian TPP di Dewan Rakyat, semalam.

Tidak semua kebenaran berpihak kepada suara majoriti. Masih ada ruang bagi mereka menyatakan bantahan sebelum Perdana Menteri menandatangani perjanjian ini yang dijangka akan dilakukan pada bulan hadapan.

Utamakanlah kepentingan negara! Selamatkan negara dan binalah negara Malaysia yang sejahtera.

NASRUDIN HASSANKetua Penerangan PAS Pusat
Ahli Parlimen Temerloh
17 Rabiul Akhir 1437 / 27 Januari 2016 - HARAKAHDAILY 28/1/2016 

Sumber HD - 28-1-2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




CAP gesa ahli parlimen tolak TPPA

SM MOHAMED IDRIS | .

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) amat kecewa bahawa Kerajaan sedang memperolok-olokkan Parlimen dengan memohon kebebasan penuh bagi negara untuk terikat dengan Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA).

Dalam mengemukakan usul di Parlimen, kerajaan mahu mandat untuk menandatangani dan meratifikasi TPPA.

Menandatangani sebelum memahami dengan penuh implikasi pelbagai tanggungjawab dan komitmen baru adalah cukup buruk, tetapi untuk meminta Parlimen untuk bersetuju dengan ratifikasi, iaitu satu langkah yang mengikat secara undang-undang, pada peringkat ini adalah sama seperti Kerajaan mengakui ia tidak akan mengambil kira keresahan yang semakin meningkat daripada kalangan banyak rakyat Malaysia.

Hari pertama perbahasan di Dewan Rakyat menyaksikan beberapa ahli Parlimen pembangkang membangkitkan pelbagai isu yang membimbangkan yang CAP telah suarakan kepada kerajaan dalam tempoh empat tahun yang lalu.

Analisis awal lebih 6,300 mukasurat teks oleh pelbagai pakar-pakar termasuk beberapa dari Bangsa-Bangsa Bersatu, ahli akademik dan NGO telah mengesahkan semua kebimbangan CAP.

Daripada 30 bab TPPA, 24 bab disasarkan kepada dasar-dasar negara dan undang-undang yang akan mengubah struktur ekonomi negara kita dan juga masyarakat. Implikasi penuhnya masih belum difahami dengan betul lagi.

Apabila Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed memaparkan barangan dari seluar ke bahagian kereta dalam ucapannya di Parlimen hari ini untuk menunjukkan jangkaan peningkatan eksport daripada TPPA, beliau juga mengakui bahawa laporan PricewaterhouseCoopers (PwC) Malaysia yang kerajaan arahkan menunjukkan bahawa imbangan perdagangan keseluruhan Malaysia akan menjadi lebih teruk dalam TPPA sebab lebih import berbanding eksport.

Oleh itu, Menteri MITI mengakui tiada keuntungan daripada bab perdagangan di mana Malaysia sepatutnya mendapat manfaat, jadi tidak ada faedah melebihi kos kepada Malaysia dari 24 bab bukan perdagangan.

Di samping itu, Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata Malaysia telah didorong oleh permintaan dalam negeri untuk lebih daripada satu dekad dan tidak lagi bergantung kepada ekonomi eksport.

Oleh itu CAP berpandangan tidak ada alasan dan justifikasi untuk perjanjian TPPA ini, yang sebenarnya bukan semuanya tentang perdagangan.

Ia tidak menenangkan hati pengguna untuk mempunyai beberapa barangan import yang lebih murah apabila TPPA dalam suatu jangkamasa akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.

Satu kajian Bangsa-Bangsa Bersatu baru-baru ini memberi amaran bahawa TPPA akan membawa kepada kerugian pekerjaan di semua 12 negara TPPA, berjumlah 771,000 pekerjaan akan hilang dalam jangkamasa 10 tahun (2015-2025).

Dengan ini CAP mendesak Ahli Parlimen kita untuk menolak usul menandatangani dan meratifikasi TPPA.

Jika undi suara hati tidak dibenarkan untuk ahli Parlimen, maka ia adalah pada hati nurani mereka bahawa generasi masa depan rakyat Malaysia akan menanggung beban dan kos muktamad "perjanjian perdagangan bebas" yang tidak berhati perut ini. - HARAKAHDAILY 27/1/2016

Penulis ialah Presiden CAP.

Sumber HD - 27-1-2016
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------







Manusia dibinatangkan oleh TPPA

ALANG IBN SHUKRIMUN | .


JIKA Malaysia menandatangani TPPA, saya umpamakan seolah-olah seorang lelaki yang memberikan kunci rumahnya beserta kunci bilik-bilik yang ada kepada 11 orang asing lain. Orang-orang itu juga masing-masing menyerahkan kunci rumah dan bilik kepada 11 orang yang lain sesama sendiri. Dengan kunci itu, mereka bebas masuk ke bilik sesiapa sahaja dan guna apa sahaja yang ada dalam rumah orang lain.

Lebih daripada itu, mereka diberi hak mengetahui rahsia keluarga kita. Kita wajib memberi tahu kepada yang bertanya kalangan 11 orang rakan ini. Inilah yang berlaku dalam perjanjian TPPA, yang meletakkan syarat negara anggota perlu bebas berkongsi maklumat tentang negara, termasuk hal ehwal pertahanan.

Selepas ini, rumah yang kita miliki tidak lagi milik kita seorang, tetapi bakal memiliki 12 tuan! Hal ini kerana anggota TPPA dibenarkan untuk menentukan beberapa dasar terutama percukaian mana-mana negara dengan hanya persetujuan dua negara anggota sahaja.

Bahkan, kita sebagai tuan rumah pula tidak lagi berhak menjaga semua urusan anak bini kita. Kalau sebelum ini kita boleh tentukan anak kita tak boleh makan makanan tertentu, tak boleh pakai pakaian tertentu, tak boleh beli benda tertentu sama ada atas kepercayaan agama atau kesedaran moral, tapi dengan TPPA, mereka bebas menawarkan apa-apa saja kepada keluarga kita tanpa sekatan.

Peranan kita sebagai ketua keluarga akan mandul. Kita jadi dayus dengan terpaksa melihat saja bini dan anak kita hidup bebas mengikut pihak lain. Itulah dia TPPA, apabila akta tembakau, akta filem, akta perdagangan, dan apa jua akta yang ditetapkan demi menjaga kesejahteraan sosial, terpaksa dipinda dalam masa dua tahun demi menepati kehendak TPPA.

Itu belum dikira soal batas-batas syarak. Perihal aurat, halal haram makanan pakaian, pergaulan, ibadah dan sebagainya akan juga terjejas. Bukan sahaja agama Islam, malah peraturan agama lain juga yang selama ini dihormati atas prinsip kebebasan beragama, juga boleh dicabuli demi maslahah ekonomi. Jelas sekali ideologi sekular menjadi paksi kepada perjanjian ini.

Bagi mereka yang percaya kepada kehormatan nilai-nilai moral dan hak-hak peribadi, maka TPPA boleh dikira sebagai perjanjian untuk sama-sama membenarkan pencabulan sesama sendiri. Kau boleh cabul aku dan anak bini aku, aku juga boleh. Ini adalah dasar liberalisme yang mengagungkan kebebasan ke tahap yang tak masuk akal.

Konklusinya, wang sudah mengatasi waras. Nafsu telah mengatasi akal. Nilai-nilai kemanusiaan tidak lagi menjadi ukuran, sebaliknya sifat kebinatangan yang hidup bebas tanpa peraturan pula diangkat sebagai tamadun baru.

Sekiranya kita masih percaya akan kehormatan hak peribadi, maka sewajibnya kita pertahankan negara ini dari menandatangani TPPA. Sosial penduduk Amerika dan negara lain telah hancur dengan dasar liberal ini, maka adakah kita pula rela anak bini dan keturunan kita jadi binatang macam nasib rakyat mereka!

Sedarlah, kita masih manusia! – HARAKAHDAILY 27/1/2016

Sumber HD - 27-1-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bagaimana jika kita tidak tandatangani TPPA?

AZLAN AWANG | .


DALAM perjanjian-perjanjian FTA sedia ada dan WTO sudah ada rejim tarif yang cukup baik untuk Malaysia.

Satu perkara yang selalu kita dengar mengenai perjanjian TPP adalah bagaimana perkongsian 12 negara dalam TPP akan memberi kita capaian kepada kelompok ekonomi yang besarnya adalah 40% daripada GDP sedunia; serta pasaran 800 juta penduduk.

Maka wajib kita berada di dalamnya untuk manafaat amat besar!

Tetapi yang mereka sengaja tidak beritahu:
• Kesemua 12 negara-negara TPP sudahpun berada dalam Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO),
• Amerika Syarikat tidak dibenarkan untuk menaikkan tarif mereka terhadap Malaysia di atas paras yang mereka terikat di WTO, dalam semua produk-produk Malaysia, jika Malaysia tidak menandatangani TPP.

Amerika Syarikat sebenarnya sudah terperangkap. Mereka tidak boleh naikkan tarif  untuk menghukum Malaysia jika Malaysia tidak tandatangan. Dan kadar tarif dikunci bawah WTO, secara purata, hanya 3 peratus untuk barangan Malaysia untuk dieksport ke Amerika Syarikat.

Ini adalah sudah memang rendah, kerana, jika kita inginkan sangat mahu dapat tarif sifar (zero tariff) bawah perjanjian TPP, kos-kos untuk proses dan dokumentasi mematuh peraturan baru bawah TPP saperti “rule of origin” dan lain-lain dianggarkan lebih kurang 5 peratus.

Kebetulan kesemua 12 negara TPP sudah berada dalam WTO. Tambah lagi Malaysia sudah meterai perjanjian perdagangan bebas - dengan tarif yang rendah atau sifar - dengan semua negara-negara TPP kecuali empat negara iaitu Amerika Syarikat, Kanada, Mexico dan Peru.

Daripada empat negara tersebut, Amerika Syarikat, sudah terikat dengan tarif purata (average bounded tariff) pada WTO yang rendah iaitu, 3 peratus, jadi tidak banyak perbezaan jika diturunkan kepada 0% pun, bawah TPP. Kanada pula, punyai tarif terikat purata rendah di WTO sebanyak 6%.

Maka tinggal Mexico dan Peru. Jika benar-benar penting untuk mendapatkan produk-produk Malaysia diekspot ke Mexico dan Peru (dengan terma tarif yang lebih baik), maka adakanlah saja perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan Mexico dan Peru, di mana kita hanya perlu enam bab mengenai menghapuskan tarif sahaja. Dan tak perlu bab-bab saperti harta intelek, ISDS dan perkara-perkara lain.
 
Kebanyakan negara di dunia tidak meterai FTA dengan Amerika Syarikat

Sebelum ini terdapat kira-kira 60 negara yang telah memulakan rundingan perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan Amerika Syarikat (AS).

Mereka semua pada awalnya sangat optimis.'Kami akan dapat tawaran yang terbaik, Perdana Menteri kami kawan rapat dengan Presiden Amerika Syarikat, dia pergi ke ladangnya untuk BBQ. Kita akan mendapat tawaran istimewa, tengoklah” - itulah yang Australia beranggapan sewaktu rundingan FTA dengan AS pada tahun 2003.

Hakikatnya, Australia cuma dapat tawaran sama seperti orang lain, teks yang sama, semua sama, kerana Amerika Syarikat sudah ada templat (acuan perjanjian FTA) yang di bawahnya cuma - anda tandatangan di sini!

Jadi bagi banyak negara, selepas berpuluh-puluh pusingan rundingan, mereka masih tidak dapat capai yang mereka perlukan, dan merubah teks cadangan dalam templat asal AS. Melihat versi terakhir, mereka  berkata, ini sebenarnya tak sesuai dengan kepentingan negara saya, terima kasih, tapi tak payah, kami tidak akan tandatangan!'

Ini cerita Switzerland. Switzerland sedang berunding dengan AS untuk perjanjian perdagangan bebas (FTA), mereka kaji cadangan AS dan selepas dua tiga pusingan, mereka berkata kepada Amerika Syarikat: “Perlukah anda masukkan bab-bab mengenai harta intelek dan pertanian?” AS berkata, “Kami mesti. Itu semua wajib bagi kami.” Switzerland kemudian berkata, “Kalau begitu, terima kasih banyak, tapi tak payahlah, lebih baik kita teruskan persahabatan kita, tak payahlah perjanjian perdagangan bebas (FTA) ini. Kita boleh terus berdagang dengan satu sama lain di bawah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) di mana diantara kita semua sudah ada tarif yang rendah. Jom kita teruskan tanpa FTA ini”.

Mengikut World Economic Forum (WEF) Competitive Index 2014-2015– Switzerland adalah negara paling kompetitif di seluruh dunia. Jelas bukan hal ‘takut’ atau ‘tidak takut’ saperti naratif yang dijaja Tok Pa.

40 daripada 60 negara tinggalkan rundingan FTA dengan AS, seperti Malaysia pada tahun 2008

Jadi daripada 60 negara yang mula berunding dengan AS, hanya 20 tandatangani. Dua pertiga tolak, kerana mereka dapati tidak sesuai dengan mereka. Jadi majoriti daripada 170 negara di seluruh dunia tidak mulakan apa-apa rundingan langsung, dan dari 60 negara yang berunding 40 negara (dua pertiga) akhirnya tidak menandatangani perjanjian FTA kerana cadangan (templat) AS itu dianggap begitu buruk dan lebih mudarat untuk mereka.

Hanya  beberapa negara saja yang mampu jadi hero dan menanggung kehendak Amerika Syarikat. – HARAKAHDAILY 27/1/2016

*Azlan Awang merupakan timbalan pengerusi #BantahTPPA. Artikel diatas adalah adaptasi daripada syarahan Sanya Reid Smith, Third World Network

Sumber HD - 27-1-2016

---------------------------------------------------------------------------
Sekitar Bantahan TPPA

Posted on Monday, January 25 @ 09:58:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Suasana dan sambutan Himpunan Aman Bantah TPPA di Padang Merbok anjuran PAS.














Sumber TKO - 25-1-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Himpunan Bantah TPPA: PAS ucap terima kasih

HARAKAHDAILY | .






KUALA LUMPUR: PAS mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang menjayakan himpunan aman Bantah TPPA di Padang Merbok, di sini petang semalam.

Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada penganjur program bantah TPPA, Jabatan Amal dan semua peserta yang menjayakan himpunan tersebut.

"Sekurang-kurangnya kita telah berusaha untuk menentang perjanjian yang akan mencabul kedaulatan negara," ujarnya menerusi laman facebook.

Ahli Parlimen Bukit Gantang itu menambah, Allah tidak tanya kamu berjaya atau tidak, tetapi akan ditanya kamu berusaha atau tidak.

Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz pula berharap semoga ‪#‎BantahTPPA‬ menjadi saksi di atas usaha dan amal kebaikan rakyat Malaysia bagi menentang 'perjanjian Amerikanisasi' yang membawa negara ke ambang kegagalan.

Menerusi tulisan di laman facebook, Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, amal buruk dibalas buruk manakala amal baik dibalas baik.

"Walaupun kerosakan TPPA akan ditanggung buruknya nanti oleh rakyat, pasti suatu hari nanti, insya Allah, amal baik rakyat Malaysia menyokong #BantahTPPA ini akan menjadi sinar harapan buat negara tercinta keluar dari kegagalan ini akibat lemahnya kepimpinan negara," ujarnya. - HARAKAHDAILY 24/1/2016

Sumber HD - 24-1-2016

-----------------------------------------------------------------------------
TPPA: PERKASA mula curiga apabila Najib – Obama main golf

Posted on Sunday, January 24 @ 09:44:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



KUALA LUMPUR: PERKASA mula curiga dengan TPPA apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama bermain golf bersama-sama di Hawaii duat tahun lalu.

Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali berkata, rasa curiga itu makin bertambah apabila Obama datang lagi ke Malaysia baru-baru ini ini, untuk kali kedua.

"Apabila Najib main golf di Hawaii bersama Obama, saya menaruh kecurigaan.

"Apabila Obama datang ke Malaysia sebanyak dua kali, saya lagi menaruh kecurigaan.

"Kenapa kita tolak? Pada awalnya Amerika menjemput 60 negara menyertai TPPA. Tapi akhirnya 12 negara sahaja yang tinggal," katanya di PAdang Merbok ketika menyertai Bantahan TPPA.

Sementara itu, Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Aziz berkata, mustahil untuk Parlimen menolak TPPA kerana Ahli Parlimen BN adalah majoriti di Dewan Rakyat.

‘Harapan kita sangat tipis kecuali Najib mahu bertaubat esok," katanya.

Sumber TKO - 23-1-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

TPP: Ramai petani bakal hilang pekerjaan
Posted on Saturday, January 23 @ 23:34:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



SHAH ALAM - Rakyat berpendapatan rendah dan bekerja sendiri seperti petani, nelayan, dan pekebun kecil yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM1,000 sebulan antara golongan yang paling menerima kesan sekiranya perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) ditandatangani.

Menurut Exco Kerajaan Negeri, Zaidy Abdul Talib, Malaysia seharusnya mengambil iktibar daripada negara lain yang pernah membuat perjanjian mirip TPP dan melihat kesan-kesan besar apabila ia dilaksanakan seperti Mexico yang sepatutnya mencapai status negara Maju jika tidak menandatangani perjanjian Nafta 20 tahun lalu.

“Nafta adalah perjanjian perdagangan trilateral membabitkan tiga negara iaitu Amerika Syarikat, Mexico, dan Kanada. Nafta telah menyebabkan 4.9 juta keluarga petani kehilangan pekerjaan selepas 16 tahun pelaksanaannya dan ternyata TPP menjadi kebimbangan besar terhadap golongan petani di Malaysia.

“Ia tidak memberi kebaikan terhadap pertumbuhan ekonomi kerana sebelum dilaksanakan, kadar pertumbuhan ekonomi Mexico adalah lebih tinggi. Kadar pengangguran meningkat manakala kadar kemiskinan mencapai sehingga 52.3 peratus pada 2012 iaitu hampir menyamai kadar kemiskinan pada tahun 1994. Jelas menunjukkan, perjanjian Nafta mengakibatkan kesan lebih buruk dari sebelumnya,” katanya. Zaidy yang juga merupakan Bendahari Pas Selangor, berkata, peningkatan sektor pengeluaran berproduktiviti tinggi akan memberi kesan terhadap tenaga buruh kerana ia digantikan dengan penggunaan mesin.

“Ia akan mengakibatkan peluang pekerjaan rakyat tempatan terjejas sekali gus menjadikan kadar pengangguran semakin tinggi,” katanya.

Selain itu, katanya, Malaysia menggunakan sistem tarif dan kuota untuk produk pertanian dan jika TPPA dikuatkuasakan, ia bakal dikurangkan sekali gus memberi kesan kepada pendapatan petani.

"Begitu juga dengan tarif beras yang bakal dikurangkan selepas TPP ditandatangani sedangkan Amerika Syarikat yang mahu beras dimasukkan dalam perjanjian ini tidak mahu mengurangkan subsidi yang diberikan kepada petani mereka," katanya.

Sumber TKO - 23-1-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Demo Anti-TPPA: Ibrahim Ali, Tian Chua, Marian Chin berucap
Posted on Saturday, January 23 @ 22:52:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
https://www.youtube.com/watch?v=9VuZiboUwJ8&feature=player_embedded

Presiden PERKASA Ibrahim Ali, Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah dan Naib Presidem Tian Chua adalah antara pemimpin yang berucap di hadapan peserta Demo ANti-TPPA di Padang Merbok.



Mereka juga melaungkan slogan Bantah TPPA. 



Sumber TKO - 23-1-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bantah TPPA: Pesuruhjaya PAS Terengganu
Posted on Saturday, January 23 @ 22:33:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Kita akan pantau semua anggota Parlimen, mana-mana anggota Parlimen yang menyatakan sokong kepada TPPA kita akan turunkan daripada tampuk pemerintahan kerajaan

















Dan.. Pesuruhjaya PAS Perak! 



Sumber TKO - 23-1-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Putrajaya tidak hiraukan nasib rakyat, masa depan negara
Posted on Saturday, January 23 @ 22:21:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



PAS hari ini mengkritik Putrajaya kerana tidak menghiraukan nasib rakyat dan negara kerana mahu menyertai perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA).

Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan berkata, apa yang membimbangkan adalah TPPA akan memberi kesan yang besar terhadap syarikat kecil tempatan termasuk syarikat Bumiputra.

"Apa yang kita bimbang ia mengganggu negara kita. Ia akan memberi kesan kepada syarikat kecil. Syarikat Bumiputera tidak mampu bersaing.

"Hari ini pun, dengan kos sara hidup meningkat, harga barang naik, tekanan ekonomi, sehingga ada menteri suruh buat 2 kerja dalam satu masa," katanya dalam ucapannya pada perhimpunan Bantah TPPA di Padang Merbok di Kuala Lumpur hari ini.

"Sebenarnya inilah satu dilema yang sedang dihadapi rakyat negara kita.


"Memiliki sebuah kerajaan yang tidak pernah fikirkan nasib rakyat mereka sendiri, masa depan negara ini," katanya.

Sumber TKO - 23-1-20126
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------







TPPA: Jangan tinggal kepada kami negara digadai

HARAKAHDAILY | .







KUALA LUMPUR: Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Afiq Awang menolak anggapan bahawa mahasiswa hari ini adalah 'manja'.

"Kalau manja kami tak ada dalam padang ini bantah TPPA," tegasnya ketika berucap pada himpunan aman Bantah TPPA di Padang Merbok, di sini petang ini

Katanya, dalam suasana ekonomi gawat hari ini, para mahasiswa dijerut sekeliling pinggang dengan kos hidup yang tinggi di samping pelbagai ancaman.

Tambahnya, dalam keadaan yang menekan ini, akhirnya rahsia terbuku dalam hati mahasiswa terdedah, antaranya ada dalam kalangan mereka yang tidak makan.

Beliau menyifatkan pemimpin kerajaan hari ini seperti tidak mampu mengurus ekonomi negara apabila mahu menandatangani TPPA.

Menurutnya, jika kerajaan tidak menandatangani TPPA, negara masih mampu mengadakan hubungan dagang dengan negara luar.

"TPPA tak perlu untuk uruskan ekonomi negara," tegasnya.

Justeru, beliau mengajak para hadirin supaya mengenang kembali perjuangan pemimpin terdahulu yang tidak mahu negara ini dijajah.

"Pejuang, pemimpin dahulu berjuang untuk pastikan negara tidak dijajah, kita lihat isu ini dengan baik, bantah penjajahan dalam sebarang bentuk," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan pihaknya membantah keras TPPA yang tiada banyak manfaat kepada kerajajan.

Beliau mempersoalkan kenapa kerajaan tidak membentangkan secara telus kandungan TPPA, bukan kebaikan sahaja tetapi keburukannya kepada negara di sebalik perjanjian itu.

"Nyatakan dengan telus apa yang berlaku jika TPPA ditandangani. Kerana kami yang akan memimpin negara nanti, jangan tinggalkan kepada kami negara yang digadai dan dihancurkan oleh tangan-tangan yang jahat," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 23/1/2016

Sumber HD - 23-1-2016
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




TPPA: Ingat sejarah Amerika hancurkan dunia Arab

SALMIYAH HARUN | FOTO WAN ZAHARI | .


KUALA LUMPUR: Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, rakyat tidak mahu negara ini menjadi sebuah negara yang tidak bertanggungjawab kepada mereka dengan menandatangani TPPA.

Ini kerana, jelasnya sejarah Amerika menghancurkan dunia Arab dengan menjajah di atas nama perpaduan dan pendamaian.

"Kononnya hendak bebaskan negara tetapi kuasai dan rampas segala kekayaan di negara Arab. Amerika jadikan Malaysia dan negara-negara lain untuk jadikan alat bagi selamatkan enonominya," ujarnya ketika berucap pada himpunan aman Bantah TPPA di Padang Merbok, di sini petang ini.

Beliau mengingatkan pemimpin kerajaan bahawa Malaysia adalah bumi bebas dan merdeka dan jangan sekali-kali menjadikan negara ini dijajah dengan sistem penjajahan baru iaitu bermula dengan ekonomi.

"Adakah kita nak serahkan negara kita ke Amerika? Jika kita serah kita akan tahu nasib kita, sukar untuk bangkit ekonomi kita.

"Kita akan jadi negara ketiga sampai bila-bila. Kita mesti bebaskan ekonomi kita daripada cengkaman musuh-musuh ekonomi dunia," kata beliau di hadapan hampir 30,000 peserta. - HARAKAHDAILY 23/1/2016

Sumber HD - 23-1-2016
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

MP Umno diseru berani lawan arus

HARAKAHDAILY | .




KUALA LUMPUR: CEO Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Mohd Nizam Mahshar menyeru supaya ahli Parlimen Umno BN supaya berani melawan arus agar turut menolak TPPA.

Demikian tegas beliau ketika menyampaikan ucapan di hadapan ribuan hadirin bantah TPPA di Padang Merbok, Kuala Lumpur.

“Kami membuat kajian sejak 2013 lagi. Kami juga meneliti semua perjanjian dengan Amerika Syarikat dan turut melihatnya daripada sudut perundangan, akhirnya mendapati TPPA tidak memberi apa-apa keuntungan kepada rakyat,” ujar beliau.

Dalam tempoh yang sama, pihak MTEM telah mengadakan perjumpaan dan dialog dengan pihak kerajaan supaya mendedahkan kandungan TPPA, namun kerajaan tidak mahu berbuat demikian.

“Akhirnya selepas lima tahun, barulah kandungan itu didedahkan dan mengesahkan tentang kebimbangan kami.

MITI kini sedang berjerayawara ke seluruh negara mencanangkan kebaikan TPPA. Namun, saya percaya, ramai yang tidak faham tentang TPPA kerana bukan mudah meneliti dokumen setebal 6,000 muka surat itu,” tegas beliau.

Beliau turut menyeru supaya semua yang hadir agar memulakan gerakan dan menyebarkan kepada seramai mungkin rakyat dan dalam pelbagai media untuk membantah TPPA. – HARAKAHDAILY 23/1/2016

Sumber HD - 23-1-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------







Himpunan Bantah TPPA: Suasana makin meriah

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Suasana beberapa tempat berkumpul sebelum orang ramai berarak ke Dataran Merdeka bagi menyertai himpunan aman Bantah TPPA petang ini mulai meriah kehadiran para peserta dari seluruh negara.

Mereka mulai berada di beberapa kawasan sekitar Dataran Merdeka sejak pagi tadi untuk mengambil bahagian dalam himpunan aman itu.

Sama ada datang dengan kenderaan sendiri mahupun menyewa bas, mereka memilih lokasi tertentu untuk berehat seketika sebelum menuju Dataran Merdeka.

Suasana cuaca yang cerah di ibu negara ketika ini memberi peluang kepada mereka untuk bersiar-siar sekitar bandar raya.
Para peserta akan berarak dari Masjid Negara, Masjid Jamek, Masjid India dan Sogo ke tempat himpunan tersebut.

Berikut beberapa foto yang dirakam di pekarangan Masjid Negara tengah hari ini.r

Sumber HD - 23-2-2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

TPPA sebabkan harga ubat mahal

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR Tian Chua menyeru rakyat Malaysia untuk bangkit mempertahankan hak demokrasi mereka dengan menolak TPPA.

Beliau yang mewakili Pakatan Harapan ketika berucap di Himpunan Bantah TPPA berkata, rakyat negara ini berhak untuk menentukan nasib ekonomi mereka tanpa mengikut telunjuk mana-mana pihak.

"Sudah banyak risiko daripada TPPA ini misalnya pengangguran akan naik, perubatan akan mahal dan banyak keburukan daripada kebaikan," katanya di Padang Merbok.

Katanya, ahli parlimen pembangkang tidak cukup untuk menolak TPPA di parlimen dan rakyat memerlukan sokongan ahli parlimen BN demi maruah tanah air negara ini.

"Kita tidak akan sokong TPPA. Tetapi tidak cukup dengan ahli parlimen pembangkang. Kita harus berdiri untuk pertahankan hak rakyat," katanya yang juga Ahli Parlimen Batu. – HARAKAHDAILY 23/1/2016

Sumber HD - 23-1-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------







Bantah TPPA: Hari bersedih meratapi negara kita

HARAKAHDAILY | .







KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menyifatkan himpunan aman Bantah TPPA di Padang Merbok hari ini sebagai hari bersedih meratapi negara kita.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak Bantah TPPA, Mohd Nizam Mahshar dan semua pihak yang berhimpun pada hari ini yang terdiri daripada individu, NGO dan parti politik.

Menurutnya, rakyat dianiayai oleh pemimpin yang tidak bertanggungjawab apabila menandatangani TPPA kerana menjadikan negara ini berada di ambang kemusnahan.
Ini, katanya kerana dengan menandatangani TPPA membawa kemusnahan kepada masa depan ekonomi negara.

Beliau mengucapkan terima kasih anak-anak muda yang hadir pada himpunan aman itu.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu turut mengucapkan terima kasih kepada golongan tua selaku orang lama yang datang untuk mengajar anak-anak musa memahami politik negara.

Katanya, jika kerajaan berkeras tidak menandatangani TPPA walaupun Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama datang lima kali ke negara ini, tiada sekatan ekonomi kepada Malaysia.

"Kalau kerajaan tandatangani, kita diikat diri kita dengan Amerika.

"Adakah tuan-tuan yakin Amerika beri perlindungan kepada kita Malaysia," tanya beliau yang dijawab spontan 'tidak' oleh para hadirin.

Katanya, dengan menandatangani TPPA, negara akan mengikut ke mana Amerika pergi. - HARAKAHDAILY 23/1/2016

Sumber HD - 23-1-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Banner, poster setiap rumah tolak TPPA

MUHAMMAD FAIZAL | .




KUALA LUMPUR: Rakyat digesa menyatakan bantahan terhadap pelaksanaan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) walaupun ia diluluskan kerajaan.

Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata bantahan akan terus dinyatakan pada Sidang Khas Parlimen akan datang bagi menolak pelaksanaan TPPA.

"Tak ada alasan untuk kita menerima TPPA, kita akan terus menolak dan berbahas di sidang Khas Parlimen akan datang.

"Kita boleh berhujah berbahas tetapi dengan kuasa majoriti mereka ia tetap diluluskan pada undian terakhir, namun rakyat boleh terus membantah pelaksanaan tersebut," ucap beliau di Padang Merbok pada Himpunan Bantah TPPA.

Menurut beliau, rakyat perlu menolak dengan memasang banner di setiap rumah seluruh negara sebagai tanda soladiriti rakyat.

"Pasang banner di setiap rumah, poster pada kenderaan sebagai tanda bantahan kita.

"Ini suara kita sebagai rakyat untuk menolak perjanjian yang akan menjajah ekonomi negara," katanya yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Nerus.

Beliau yang menegaskan bantahan yang dilakukan hari ini bukan kerana seorang individu yang memerintah negara ini tetapi sebuah sistem yang dipersetujui kerajaan.

"Kita bukan menolak atas dasar individu tetapi sistem yang dipersetujui kerajaan, sebuah sistem penjajahan baru yang akan menakluki negara ini.

"Ini semangat kita dan pendirian sebagai rakyat Malaysia yang menolak sistem penjajahan baru terhadap negara ini," ucap beliau lagi.

Ribuan hadir pada himpunan aman yang diadakan di Padang Merbok hari ini. – HARAKAHDAILY 23/1/2016

Sumber HD - 23-1-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Anda sayangkan negara, ayuh bantah TPPA

HARAKAHDAILY | .







Antara peserta ARC yang telah tiba di sekitar Masjid Negara.

Lori "Istiqamah" tiba dari Permatang Pauh sebelum subuh tadi.
KUALA LUMPUR: "Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) satu pencabulan terhadap negara kita yang berdaulat. Sia-sia setelah 58 tahun negara merdeka," kata Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.

Menurutnya, sebelum merdeka, khazanah dan hasil alam dipunggah ke negara mereka dengan cara paksa sebagai kuasa penjajah.

Tambah beliau, TPPA berselindung di sebalik undang-undang dan pasaran bebas tetapi mempunyai agenda jahat yang tidak pernah padam.

"Anda sayangkan negara, ayuh kita bantah TPPA. Biar sejarah terpahat bahawa kita adalah penentangnya," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang menerusi laman facebook.

Sementara itu, tinjauan Harakahdaily pagi ini mendapati orang ramai mula berad
a di beberapa lokasi untuk menyertai himpunan aman Bantah TPPA di Dataran Merdeka jam 2 petang nanti.
Suasana di pekarangan Masjid Negara agak meriah dengan kehadiran para peserta himpunan yang memakai baju Fastaqim di samping gerai jualan.

Sekitar jam 11.00 pagi, lalu lintas masih bergerak lancar di beberapa laluan menghala ke Dataran Merdeka.

Kelihatan anggota polis trafik ditempatkan di beberapa persimpangan menuju kawasan himpunan. - HARAKAHDAILY 23/1/2016

Sumber HD - 23-1-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------







PAS seru ahli turun himpun Bantah TPPA

MUHAMMAD FAIZAL | .


KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Idris Ahmad menyeru ahli PAS turut sama dalam himpunan aman Bantah perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang akan diadakan esok, 23 Januari.

Beliau ketika ditemui berkata, penyertaan ahli-ahli PAS ini menunjukkan tanda sokongan bantahan parti itu terhadap penjajahan baru melalui ekonomi.

"Saya menyeru seluruh ahli PAS diperingkat kawasan dan negeri untuk turut sama dalam himpunan yang akan diadakan esok.

"Kita mahu ahli-ahli PAS bersama menyatakan sokongan bantahan kita terhadap pelaksanaan TPPA yang bakal ditandatangani oleh kerajaan," katanya kepada Harakahdaily.

Ketika ditanya mengenai jumlah penyertaan ahli-ahli PAS pada perhimpuan ini, beliau tidak mahu memberi jumlah angka, namun beliau yakin ahli-ahli PAS akan turut serta dalam himpunan tersebut.

Himpunan aman Bantah TPPA itu akan diadakan di Dataran Merdeka mulai jam 2 patang, beberapa lokasi telah ditetapkan bagi memudahkan pergerakan peserta himpunan antaranya Dataran Sogo, Masjid Jamek, Masjid India dan Masjid Negara.

Dianggarkan sebanyak 250 Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang akan turut serta pada perhimpunan tersebut. – HARAKAHDAILY 22/1/2016

Sumber HD - 22-1-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bantah TPPA: Syor kerajaan kukuh kerjasama Asean, OIC

HARAKAHDAILY | .


Perjanjian perdagangan kontroversi TPPA tidak boleh hanya dinilai dengan pandang sisi hubungan perdagangan dan ekonomi semata-mata.

Faktor politik ekonomi juga seharusnya diberi perhatian yang sewajarnya supaya Malaysia tidak terperangkap dalam permainan politik kuasa besar terutamanya AS sebagai negara utama dalam TPPA.

AS bimbangkan pengaruh China yang semakin berkembang, malah penubuhan Bank Pembangunan Baharu (New Development Bank) dan Asian Infrastructure Investment Bank (AIIB) melalui kerjasama erat dalam kalangan negara-negara BRICS (Brazil, Russia, India, China dan Afrika Selatan) boleh menggugat AS sebagai kuasa besar ekonomi dunia.

TPPA adalah medan terbaik bagi menggantikan peranan World Trade Organisation (WTO) yang kelihatannya kurang berfungsi untuk mendokong ekonomi AS.

Tambahan pula, isi kandungan dan skop yang terdapat dalam TPPA adalah lebih meluas dan mendalam, menjadikan ia suatu  bukan perjanjian perdagangan yang biasa.

AS hanya melihat bagaimana untuk terus mengekalkan dominasi mereka dalam penguasaan ekonomi dunia, melalui peranan yang disokong oleh IMF dan Bank Dunia, seterusnya menyekat kebangkitan pesaingnya terutama China.

Maka, tidak mustahil kesemua ini menjadikan TPPA bentuk sebuah "penjajahan moden", bukan semata-mata perjanjian perdagangan seperti yang diwar-warkan pihak kementerian.

DPPM memandang TPPA tidak lebih dari kehendak AS yang dilihat begitu terdesak untuk menguasai rantau Asean dan kesatuan Pasifik.

Malah, perjanjian ini juga akan mengukuhkan lagi penguasaan Dollar seperti yang diinginkan AS. Tambahan pula, aspek kerahsiaan rundingan awal yang berjalan selama 5 tahun sebelumnya masih tinggal misteri yang belum diselesaikan.

DPPM ingin menegaskan bahawa keterikatan Malaysia dengan kuasa besar AS tidak membawa apa-apa makna kepada pembangunan negara. Lebih malang lagi, ikatan perjanjian seperti TPPA ini akan menjadikan Malaysia lebih mudah tunduk kepada kuasa asing.

DPPM mengesyorkan kerajaan supaya mencari alternatif perdagangan seperti memperkukuhkan kerjasama Asean melalui Asean Economic Community (AEC) yang masih tidak begitu jelas fungsi dan peranannya, mahupun dikalangan negara-negara Islam OIC.

Ini sekurang-kurangnya dapat memberikan suatu persaingan yang lebih adil dan saksama dikalangan negara-negara yang terlibat dan matlamat yang sama dapat dicapai walaupun tanpa TPPA.

Suatu artikel bertarikh 9 April 2015 dalam sebuah website 'Forbes' yang bertajuk 'TPPA is a mistake' juga menekankan bahawa sepatutnya Asean dan kesatuan Pasifik lebih memfokuskan kepada memperkukuhkan kerjasama 'intra-regional' berbanding 'inter-regional' apatah lagi dimensi 'inter-continental'.

DPPM juga ingin menyeru para profesional dan rakyat dari pelbagai latar belakang agar bersama-sama membantah penyertaan Malaysia dalam TPPA dan turun pada Himpunan Aman Bantah TPPA pada hari esok, 23 Januari sebagai tanda solidariti.

TPPA tidak mampu membantu meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia dan ia bukanlah jawapan yang diinginkan rakyat Malaysia ketika ini.

NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ
Ketua DPPM / Ahli Parlimen Pasir Mas
22 Januari 2016 / 12 Rabi'ul Akhir 1437 - HARAKAHDAILY 22/1/2016

Sumber HD - 22-1-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------







TPPA: Apa alasan untuk tidak membantah?

ALANG IBN SHUKRIMUN | .


USAI kuliah di sebuah surau semalam, seorang Pak Cik datang bertanya, "Jadi ke himpunan Sabtu ini?" Saya menjawab ya. Dia bertanya lagi, "Perhimpunan apa nama ni ya?T..P......T..." Sambil mulutnya gagap menyebut satu persatu huruf T.P.P.A.

Plot ringkas ini memberi dua petunjuk. Yang pertama, Pak Cik ini menggambarkan sikap orang kita yang berprinsip dalam politik. Tidak akan sertai apa-apa sebelum memahami objektif terlebih dahulu. Tidak seperti sebahagian pihak, sebut saja demo mesti sertai walaupun tak tahu isu apa yang sedang diperjuangkan.

Kedua, Pak Cik ini menggambar rendahnya kesedaran orang kita tentang TPPA. Saya berani katakan ramai orang tak faham apa tentang TPPA ini. Keadaan ini lebih teruk daripada pemahaman masyarakat tentang GST sebelum dilaksanakan dulu. Ketidakfahaman ini tidak membangkitkan kesedaran untuk membantah, dan tidak mendatangkan keinginan untuk bermusafir ke ibu kota bagi menyatakan bantahan tersebut.

Ada juga yang berfikir, buat apa demo. Dulu GST pun kita demo, tapi buat juga. bersih dah acapkali demo, tak menang juga pilih pilihan raya. Macam-macam lagi kemusykilan timbul yang menghalang diri untuk berhimpun.

Apapun sama ada kita faham atau tidak, sama ada kita mahu bantah atau tidak, tetapi jika bantahan ini gagal, maka TPPA akan terlaksana. Kesan terburuk daripada TPPA bagi saya adalah sudut perundangan Islam.

Segala usaha untuk memartabatkan Islam boleh tergendala kerana akan berhadapan dengan negara kuasa besar dunia yang turut memeterai perjanjian ini seperti Amerika.

Lebih dibimbangi, ia mungkin turut menyebabkan kehidupan seharian kita selama ini sebagai masyarakat Islam juga terganggu. Boleh rujuk kepada beberapa tulisan saya sebelum ini untuk memahami situasi ini.

Namun apa yang saya takut adalah soal jawab Allah pada hari akhirat kelak. Saya sertai politik pun kerana fikir ini adalah tanggungjawab yang akan disoal pada hari akhirat. Saya bimbang apa mahu jawab apabila Tuhan tanya "Apa usaha kamu untuk pastikan pemimpin yang amanah dan menjalankan syariah dilantik di kalangan kamu?" Jadi saya juga bimbang dalam isu TPPA ini, Tuhan akan tanya "Kenapa kamu biarkan undang-undang-Ku diganggu oleh TPPA?"

Maka apa alasan kita nanti?

Kalau kita rasakan dengan menjawab "saya tak faham TPPA" sudah memadai, maka terpulanglah. Tetapi jika jawapan itu tidak diterima, sudah tentu amat pedih akibatnya di hari akhirat.

Setidaknya saya berusaha menggunakan sedikit kuasa yang ada dalam ruang demokrasi ini untuk berdemo membantah TPPA. Soal berjaya atau tidak bukan urusan kita. Dari dulu lagi PAS sertai demokrasi dan ramai yang keluar mengundi atas tanggungjawab agama. Bukan kerana yakin menang, tetapi kerana menyediakan hujah di hadapan Allah nanti, bahawa aku telah berusaha untuk memilih orang yang memperjuangkan agama-Mu.

Lagipun, alasan demo tak boleh ubah sikap kerajaan ini bukanlah alasan yang kukuh untuk tidak hadir. Demo mansuhkan ISA, telah menyebabkan ISA dimansuh. Demo mansuh PPSMI, telah menyebabkan ia dibatalkan. Dulu, demo memorandum perlembagaan persekutuan, telah berjaya memasukkan Islam agama rasmi dalam perlembagaan. Maknanya, walaupun ada demo yang gagal, tapi banyak juga demo yang berjaya.

Apa lagi alasan kita untuk tidak turun? Alasan kewangan? Alasan sibuk? Alasan kesihatan? Apapun alasannya, pastikan ia benar-benar kukuh untuk bersemuka di mahkamah Tuhan nanti. – HARAKAHDAILY 21/1/2016

Sumber HD - 21-1-2016
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




TPPA, permulaan penjajahan baru untuk nusantara

AHMAD HAKIMI OTHMAN | .


BUMI Melayu Nusantara ini kaya dengan sumber alam dan manusia manusia yang toleransi. Sehingga tersebut dalam karya bangsa yunani dengan dikenali sebagai the Golden Khersonese. Menjadikan Selat Melaka dan Selat Sunda sebagai dua laluan perdagangan yang menghubungkan timur dan barat.

Dahulunya, semua kekayaan ini dinikmati seluruhnya oleh penghuni rantau ini. Kemudian apabila datangnya Islam menggantikan Srivijays, Majapahit dan hagemoni buddha hindu, kemakmuran bertambah sehingga wujud tamadun Melayu Islam menggantikan kehidupan sosial yang ada.

Kemuncaknya pada era pemerintahan Kesultanan Islam Melaka yang timbul tatkala jalan darat perdagangan antara timur barat yang dikenali jalan sutera berada dalam kancah pertembungan Monggol tartar dan perang salib.

Namun, kemakmuran yang dinikmati mula menjadi rebutan barat yang mula naik dengan kemaraan Kristian katolik dari Benua Eropah yang diwakili Portugis dan Sepanyol.

Portugis menawan Melaka 1511. Namun, pertembungan agresif Portugis dengan nusantara tidaklah mampu menggugat keseluruhan kerajaan nusantara di Kedah, Perak, Acheh, Riau, Johor dan lain lain. Kerajaan kesultanan Islam masih mengekalkan kedaulatan masing masing.

Suasana mula berbeza apabila datangnya Belanda. Belanda tidak datang dengan penjajahan Fizikal, sebaliknya bermula dengan Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC). VOC adalah syarikat yang menghimpun modal pembesar belanda untuk mengkorporatkan aktiviti ketenteraan ekonomi seberang laut Eropah.

Maka mulanya, mereka melakukan perjanjian perjanjian ekonomi dengan Raja Raja Melayu dan menawarkan pula bantuan senjata dan kepakaran senjata dan strategi perang senjata api. Mulalah perjanjian VOC Kedah, johor, Riau, Mataram, Acheh dan lain lain. Sultan Kedah terpaksa mengikat perjanjian untuk perlindungan dari ancaman Siam, Acheh dan lain-lain.

Seabad selepas itu, datang pula East India English Company. Datang menawarkan perjanjian oleh Francis Light di akhir abad 18 dengan Sultan Kedah.

Penjajahan baru ekonomi dan Trading Corporation oleh Belanda dan British ternyata berkembang sehingga era moden Tanah Melayu. Sehingga kekayaan dikaut oleh pedagang barat ini, kemudian diguna pula membeli kuasa daripada Raja Raja Melayu yang bergaduh sesama mereka dalam cubaan bertahan di kemuncak kuasa.

Yang berlaku dulu, kini seolah olah mula dengan TPPA. Pemainnya dari syarikat-syarikat besar di Amerika dan yang ada kepentingan politik dan penguasaan Dunia. Mula mula, TPPA atas persetujuan ekonomi.

Namun apa akan jadi jika ada kekacauan dalam negara negara ahli yang merugikan syarikat-syarikat besar ini? Maka, campurtangan undang undang, tentera akan turut berlaku atas dasar melindungi kepentingan dan keuntungan yang terjejas.

Pemimpin-pemimpin Malaysia perlu sedar risiko ini. Jangan hanya takut kuasa sendiri terjejas, mahu menggadai ekonomi dan tanah negara ini.

Tolak TPPA. Tolak penjajahan gaya baru tetapi semangat yang sama dengan VOC, East India Company. – HARAKAHDAILY 21/1/2016

Penulis ialah Ketua Pemuda DPPPKS.

Sumber HD - 21-1-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bantah TPPA: Surat terbuka buat YB Umno BN

SYAHIR SULAIMAN | .


"Telah zahirlah keburukan di darat dan laut dengan sebab apa yang telah diusahakan oleh tangan manusia sendiri, supaya dirasakan kepada mereka sebahagian daripada perbuatan mereka, mudah - mudahan mereka kembali kepada kebenaran” (Rum: 41)

Pendahuluan

Dengan penuh takzim kepada sekalian Yang Berhormat Ahli Parlimen yang bertanggungjawab ke atas kepentingan negara tercinta, saya mengutus surat ini mengenai suatu isu kritikal yang menjadi dilema negara kita sekarang, dan bakal tercatit sebagai noktah penting dalam sejarah negara untuk dikenang generasi akan datang.

TPPA, Perjanjian Bebas Yang Mengikat

Sebagaimana Yang Berhormat sedia maklum, Malaysia bakal menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) pada bulan Februari 2016, sekiranya diluluskan oleh Dewan yang serba mulia dalam perbahasan selama 3 hari yang sangat singkat kelak.

Rundingan TPPA selama 5 tahun tersebut telah pun dimuktamadkan pada 5 Oktober 2015, dan akan diikuti tempoh ratifikasi selama 2 tahun untuk kita meminda undang-undang dalam negara -  lebih 27 akta dan beberapa pekeliling dan aturan Kerajaan - bagi mematuhi peraturan yang terkandung dalam TPPA, seterusnya memberi laluan kepada penguatkuasaan TPPA kepada negara anggota selewatnya pada tahun 2018.

Penyertaan Malaysia di dalam TPPA akan meletakkan Malaysia di dalam kelab 12 buah negara di rantau Lautan Pasifik, iaitu Amerika Syarikat, Australia, Brunei, Canada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, dan Vietnam yang bakal muncul sebagai sebuah blok ekonomi terpenting di dunia, bagi menyaingi kebangkitan gergasi ekonomi dunia yang baru, iaitu Brazil, Rusia, India dan China (BRIC).

Tiadalah salah untuk Malaysia menjalin hubungan dagang dengan dunia luar, namun apa yang menjadikan TPPA begitu kontroversi adalah kerana skop perjanjiannya yang lebih komprehensif dan meluas, meliputi aspek harta intelek, tender kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan, buruh, dan alam sekitar, berbanding skop ekonomi dan pelaburan yang terkandung dalam FTA biasa.

Secara keseluruhan, TPPA merangkumi 30 bab meliputi bidang tradisional dan bidang baharu. Ia mengandungi 6,350 muka surat - 595 halaman teks perjanjian, 5,755 halaman lampiran (annexes) berkaitan akses pasaran, syarikat milik kerajaan dan peraturan tempat asal, serta 20 surat sampingan (side letters) yang dipersetujui secara dua hala mengenai isu spesifik.

Hujah Dibalas Hujah

Saya mengucapkan tahniah sekiranya Yang Berhormat berkesempatan untuk mentelaah setiap 6,350 halaman perjanjian tersebut, kerana kami rakyat marhaen di luar ini bukan sahaja tidak berkesempatan, malah tidak berkeupayaan untuk memahami setiap terma yang digunakan dalam perjanjian yang serba mengikat ini.

Dalam memperhalusi kesan perjanjian yang serba mengikat ini, kerajaan hanya melantik konsultan untuk menjalankan kajian impak TPPA selepas rundingan dimuktamadkan pada 5 Oktober 2015, dalam keadaan tiada lagi pindaan yang dibenarkan pada teks perjanjian tersebut. Sewajarnya kerajaan menjalankan kajian sebelum rundingan ditamatkan, tetapi ternyata kita memilih jalan sebaliknya.

Kerajaan melantik sebuah firma audit antarabangsa, PriceWaterhouseCoopers (PWC) yang mengambil masa tidak sampai dua bulan untuk menjalankan kajian kos dan manfaat (Cost & Benefit Analysis) terhadap negara, dan merumuskan bahawa penyertaan Malaysia dalam TPPA akan membawa manfaat kepada ekonomi dengan peningkatan dalam pertumbuhan KDNK, pertambahan pelaburan serta import dan eksport.

Manakala sebuah badan pemikir tempatan, Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) mengambil masa sebulan untuk menyiapkan analisa kepentingan negara (National Interest Analysis), dan menyimpulkan bahawa TPPA akan memberi kesan positif kepada kepentingan dan kedaulatan negara.

Malah kerajaan turut menangkis segala tohmahan yang menyatakan TPPA akan menggugat Agama Islam, Perlembagaan, Bumiputera, Keselamatan Makanan, Hak Cipta, dan Ubat-Ubatan.

Di pihak kerajaan pula, siri taklimat dan penerangan tentang TPPA giat dijalankan ke seluruh negara. Rakyat diberikan jaminan bahawa TPPA ini serba indah dan Malaysia bakal ditimpa malang sekiranya tidak menandatangani TPPA sekarang, sebagaimana yang terkandung dalam sesi taklimat Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) bersama Ahli Parlimen bertarikh 12 Januari dan dokumen Jawapan Kepada Kebimbangan, Salah Faham dan Tuduhan bertarikh 11 Januari.

Tiga hujah yang dikemukakan oleh Kerajaan untuk menyokong penyertaan Malaysia ke dalam TPPA, dan wajar dinilai oleh Yang Berhormat, antaranya:

1. Peningkatan pelaburan yang menyumbang kepada pewujudan peluang pekerjaan.

- Menurut simulasi yang dijalankan oleh PWC, kesan TPPA kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia tidaklah terlalu besar – hanya menyumbang kenaikan 1.1% KDNK dan kenaikan 0.9% eksport negara pada 2027, satu lonjakan yang sangat rendah dan tidak signifikan kepada ekonomi negara yang berkembang pada kadar 4%-6% setahun.

- Model ekonomi CGE yang digunakan oleh PWC mengunjurkan GDP akan meningkat sebanyak USD107-211 bilion dalam tempoh 10 tahun sekiranya Malaysia menyertai TPPA, atau hanya USD10 bilion setahun (RM40 bilion). Namun, jika andaian model CGE tersebut direndahkan daripada ‘baseline GDP growth’ 5.0% kepada 4.0% sebagaimana negara maju yang lain, peningkatan GDP Malaysia hanyalah pada kadar USD85-168 bilion, atau hanya USD8 bilion setahun.

2. Akses pasaran ke negara-negara ahli TPPA yang Malaysia belum ada FTA, iaitu Amerika Syarikat, Kanada, Mexico dan Peru.

- Hakikatnya, sebagaimana dilaporkan oleh kajian PWC, jumlah dagangan Malaysia ke Amerika Syarikat telah mencecah RM116 bilion dan dijangka terus meningkat, walaupun tanpa TPPA, bermakna lonjakan yang bakal diterima Malaysia adalah sangat minima.

- Malah, kajian PWC turut mengunjurkan nilai imbangan dagangan yang lebih rendah sekiranya Malaysia menyertai TPPA, pada kadar USD29.7 bilion berbanding USD42.3 bilion sekiranya tidak menyertai TPPA.

3. Integrasi lebih menyeluruh dalam rantaian bekalan di peringkat serantau dan global bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

- Selain TPPA, Malaysia sedang dalam proses rundingan empat FTA yang lebih meluas di peringkat serantau dan global, iaitu Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) melibatkan kesemua 10 negara ASEAN dan enam rakan FTA ASEAN iaitu China, India, Jepun, Korea Selatan, New Zealand dan Australia; Malaysia-EU melibatkan  Malaysia dan Kesatuan Eropah yang terdiri daripada 27 buah negara; Perjanjian Perkongsian Ekonomi Malaysia - EFTA (MEEPA) di antara Malaysia dan European Free Trade Association yang terdiri dari Iceland, Liechtenstein, Norway dan Switzerland; dan ASEAN-Hong Kong melibatkan kesemua 10 negara ASEAN dan Hong Kong.

Selain itu, tiga hujah dikemukakan oleh kerajaan berkenaan kesan buruk sekiranya Malaysia tidak menyertai TPPA, dan wajar dibahas oleh Yang Berhormat, antaranya:

1. Malaysia akan kurang daya tarikan sebagai destinasi pelaburan bagi pelabur-pelabur yang mengeksport produk dan perkhidmatan ke pasaran TPPA.

- Realitinya, faktor utama yang menjadi daya tarikan sesebuah negara untuk menjadi destinasi pilihan pelabur adalah kestabilan politik, iklim pelaburan yang kondusif, dan kualiti modal insan tempatan, di samping karenah birokrasi dan amalan rasuah yang rendah.

- Antara indeks antarabangsa yang mengukur tahap dayasaing negara adalah World Competitiveness Ranking (IMD), Ease of Doing Business (World Bank), dan Corruption Index (Transparency International).

2. Syarikat-syarikat tempatan dan asing yang kini beroperasi di Malaysia mungkin akan mengecilkan skala operasinya.

- Kajian PWC mendapati tiga sektor yang bakal mendapat manfaat adalah perniagaan yang berorientasikan eksport seperti tekstil, komponen automotif, dan elektrikal & elektronik (dikuasai firma Amerika Syarikat dan Eropah).

- Manakala 3 sektor yang bakal mendapat kesan negatif adalah industri yang menghadapi persaingan yang lebih sengit pasca-TPPA seperti minyak & gas, minyak sawit, dan pembinaan, di mana sektor ini merupakan penyumbang utama kepada ekonomi negara dan dikuasai syarikat tempatan.

3. Malaysia akan berdepan dengan persaingan lebih sengit dari Vietnam dan Singapura dalam menarik pelaburan asing. Dan sekiranya Indonesia, Thailand dan Filipina memilih untuk menyertai TPPA kemudian hari, Malaysia akan ketinggalan lebih jauh.

- Elemen tariff dan duti hanyalah faktor sampingan yang menjadi pertimbangan pelabur, bukannya faktor penentu sebagaimana faktor kestabilan politik dan transparensi dalam pasaran tempatan.

Hakikat Globalisasi dan Penjajahan Moden

Menurut Syeikh Prof. Dr. Yusuf al-Qardhawi, pengertian Globalisasi (al-‘Awlamah) hampir sama dengan nilai Kesejagatan (al-‘Alamiyyah) yang dibawa oleh Islam, sebagaimana disebutkan dengan jelas dalam Al-Quran: “Dan tiadalah Kami mengutus kamu melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam” (Al-Anbiya’: 107).

Namun, menurut Syeikh al-Qardhawi, globalisasi dalam gambaran yang sangat ketara pada hari ini bererti membaratkan dunia (Westernisation) atau mengamerikakan dunia (Americanisation), dengan tujuan untuk menguasai dunia di bawah satu ungkapan yang lunak iaitu Globalisasi bagi menjayakan agenda pemaksaan pengaruh Amerika dan Eropah ke seluruh dunia.

Untuk makluman Yang Berhormat, perbahasan mengenai sikap dan pendirian Islam terhadap globalisasi moden ini telah dikupas dengan teliti oleh Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (TGHA) di dalam kertas kerja beliau yang yang diterjemahkan daripada Bahasa Arab berjudul ‘Globalisasi: Pendirian Islam Mengenainya’, dibentangkan sempena Kolokium Antarabangsa Penyatuan Umat Sedunia di Tehran (Urusetia Penerangan Negeri Terengganu, 2003).

Di dalam kertas kerja tersebut, beliau telah menggariskan bentuk dan pendekatan globalisasi di zaman moden ini, seterusnya mengemukakan tindakan dan strategi yang perlu diambil oleh dunia Islam, dengan mengambil pandangan tokoh ilmuan Islam kontemporari, termasuklah Syeikh Prof. Dr.Yusuf al-Qardhawi, Prof. Dr. Najmuddin Erbakan, Syeikh Dr. Fathi Yakan, dan Syeikh Mohammad Hussin Fadlullah.

Antara sikap yang perlu diambil oleh Malaysia dalam menghadapi cabaran globalisasi ala-Barat dan ala-Amerika ini adalah membebaskan diri daripada penjajahan pemikiran sekular agar dapat kembali kepada agama pemahaman dan pelaksanaan Islam yang sempurna, serta mengurangkan pergantungan kepada Amerika dengan meningkatkan kerjasama sesama negara umat Islam dan negara serantau.

Sewajarnya Yang Berhormat menyarankan agar kepentingan Malaysia dilindungi secara bermasyarakat madani dikalangan negara serantau (ASEAN), negara satu umat dan seagama (OIC) dan juga satu kemanusiaan (NAM) dengan adil dan saksama, serta membebaskan Malaysia daripada bergantung dengan Dolar Amerika kepada Dinar atau mata wang Asia, tanpa bermusuh dengan sesiapa dan tidak berpihak kepada sesiapa.

Penutup

Berdasarkan pertimbangan di atas, jelas menunjukkan bahawa tiada keperluan untuk Malaysia terikat dengan perjanjian TPPA yang tidak menjamin kesejahteraan hidup rakyat, dan tidak membawa manfaat yang besar kepada ekonomi negara, berbanding risiko dan kerugian yang tidak dapat dipastikan.

Mungkin Yang Berhormat fikir saya ini seorang pesimis. Sebenarnya saya sangat optimis dan yakin akan kemampuan kita sendiri, khususnya kebolehan yang ada di kalangan generasi muda, yang akan mewarisi negara tercinta ini dan memimpinnya ke persada antarabangsa. – HARAKAHDAILY 21/1/2016

Sumber HD - 21-1-2016
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------







PAS Sarawak gesa negeri tarik balik sokong TPPA

JOFRI JARAIEE | .


BARU-baru ini kerajaan Sarawak menyatakan sokongan terhadap Perjanjian Perkongsian Trans-Pacific (TPPA). TPPA adalah perjanjian perdagangan bebas di antara 12 negara anggota yang lebih menyeluruh berbanding dengan Perjanjian Perdagangan Bebas atau Free Trade Agreement (FTA).

Perjanjian ini bukan sekadar akses pasaran bebas, bahkan ia membuktikan komitmen untuk menggalakkan ketelusan yang lebih tinggi berhubung dengan undang-undang, peraturan, prosedur dan syarat-syarat atau amalan berkaitan dengan perdagangan.

Persoalannya sekarang masih ramai yang belum faham atau tahu apa sebenarnya TPPA. Adakah dengan penjelasan yang cukup pantas dan ringkas dari pihak Kementerian yang berkaitan TPPA boleh diterima sebulat suara?

Mengapa tiada penjelasan lanjut dari pihak kerajaan kepada rakyat sebelum sebarang keputusan muktamad dibuat kerana ia akan melibatkan nasib rakyat di negara ini.

Mungkin ada kebaikan dan keburukan dalam TPPA ini tetapi sekiranya banyak keburukan daripada kebaikan maka lebih baik tinggalkan saja perjanjian TPP ini demi masa depan negara dan rakyat.

PAS dengan tegas menolak perjanjian TPP disebabkan ia banyak memberi kesan yang buruk daripada kebaikan kepada rakyat.

Pihak kerajaan perlu memberi penjelasan akan kesan sampingan daripada perjanjian ini nanti kerana rakyat tidak mahu menerima nasib yang lebih malang daripada negara yang pernah mengalami masalah akibat ingkar atau melanggar perjanjian TPP ini nanti.

Pihak pelabur boleh menyaman kerajaan dengan jutaan dolar bahkan boleh sampai billion ringgit. Perjanjian yang berat sebelah ini sepatutnya pihak kerajaan berhati-hati jangan terlalu ghairah untuk menandatangani perjanjian ini tanpa memikir masa depan rakyat.

Perjanjian penuh  rahsia lebih daripada 800 muka surat dirangka oleh syarikat multinasional dari kuasa imperialisme Amerika Syarikat diketahui agak licik dalam hubungan antarabangsa. juga perlu ambil perhatian tribunal TPPA terdiri daripada firma undang-undang yang tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana kerajaan.

Jadi, mereka mampu menekan mana-mana kerajaan sekiranya undang-undang dan hak sesebuah negara dianggap membebankan hasil perniagaan syarikat tersebut. Secara ringkas, negara yang menandatangani perjanjian TPP boleh disaman sekiranya melanggar syarat perjanjian.

Sebagai contoh, jika bauksit di Kuantan itu diusahakan oleh syarikat daripada negara yang menandatangani TPPA, kerajaan tidak akan berani menggantung operasi perlombongan disebabkan pencemaran, jauh sekali nak menggantung lesen, kerana risiko disaman oleh Pelabur - Penyelesaian Pertikaian Negeri, atau ISDS berbillion dollar, seperti yang pernah berlaku kepada negara yang menandatangani TPPA.

Kanada
Kerajaan Kanada mengharamkan bahan aditif gasolin MMT kerana boleh menyebabkan pencemaran air dan pemanasan global. Ethyl sebagai pelabur yang mencipta MMT saman kerajaan Kanada, berdasarkan NAFTA, perjanjian yang dianggap lebih kecil impaknya berbanding TPPA. Kerajaan Kanada menarik balik pengharaman tersebut kerana menjangka ia tidak boleh menang atau tidak mampu untuk mempertahankan kes, terpaksa membayar USD13 juta untuk yuran guaman dan ganti rugi kepada Ethyl Corporation dan terpaksa mengeluarkan kenyataan ia tidak beracun.

Kes Saman Syarikat Tembakau Phillip Morris ke atas Uruguay
Pada 19 Februari 2010, syarikat penjual rokok ini menfailkan saman kerugian kerana kerajaan Uruguay mengarahkan syarikatnya meletakkan label amaran kesihatan pada kotak rokok keluarannya.

Phillip Morris adalah syarikat multinasional dan merupakan pengeluar pelbagai jenama terkenal seperti Malboro, L & M, Benson & Hedges dan Peter Stuyvesant.  Bagi membolehkan syarikatnya menfailkan saman kepada Uruguay, peguam Phillip Morris menggunakan perjanjian dagangan antarabangsa antara Uruguay dan Switzerland.

Akhirnya Uruguay disaman ratusan juta dollar oleh syarikat berkenaan. Selain Uruguay, Phillip Morris juga memfailkan saman ke atas Australia dan New Zealand kerana label amaran kesihatan yang diwartakan oleh kerajaan.

Sarawak dikenali dengan autonomi 18 perkara. Apakah jaminan yang boleh diberikan oleh kerajaan BN terhadap hak rakyat Sarawak akan terjamin dengan perjanjian TPP ini? Dua perkara tersebut sebagai contoh.

Perkara 11: Takrif dan Kewangan
Sarawak harus mengawal pentadbiran kewangan, pembangunan dan takrifnya sendiri serta hak dalam menentukan cukai dan pinjaman. Hak ini akan tergugat sekiranya kerajaan bersetuju dengan TPPA.

Perkara 12: Kedudukan Istimewa Penduduk Asli
Pada prinsipnya, penduduk asli Sarawak harus menikmati hak istimewa sejajar dengan hak yang dinikmati oleh orang Melayu di Malaya, tetapi perkara ini sering dilupakan oleh pihak pemerintah.

Dalam keadaan kini pun Sarawak sentiasa dibuli oleh kerajaan BN pusat, tentang perkara yang sewajar menjadi hak Sarawak, bukankah dengan kemasukan TPPA nanti, kesan lebih buruk akan dialami oleh rakyat Sarawak. Sanggupkan kita melihat hak peribumi Sarawak dirampas oleh syarikat multinasional dari negara kuasa besar? Jelaslah TPPA merupakan mimpi buruk untuk rakyat Sarawak.

Adakah perjanjian TPP baik untuk rakyat Sarawak? Di bawah perjanjian TPP, kerajaan yang mewakili rakyat akan kalah dan hilang segala-galanya dari segala sudut sekiranya pihak pelabur menyaman kerajaan.

NGO pro-kemanusian juga akan kalah, aktivis PBB juga akan kalah. Perjanjian ini berkemungkinan mengatasi Perlembagaan sesebuah negara. Melalui perjanjian ini, hanya syarikat multinasional sahaja yang diberi hak keistimewaan untuk menentang kerajaan di mahkamah iaitu syarikat-syarikat tempatan tiada ruang untuk mempertahankan hak mereka.

Syarikat-syarikat gergasi akan menguasai syarikat-syarikat kecil dan kemungkinan besar banyak syarikat-syarikat kecil akan gulung tikar.

PAS mengesa kerajaan Sarawak mengkaji semula kesan serta memikirkan semula sokongan mereka terhadap TPPA. Ayuh pertahankan hak rakyat Sarawak, TIDAK untuk TPPA. Sesal dulu berpendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. – HARAKAHDAILY 21/1/2016

Sumber HD - 21-1-2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Himpunan Bantah TPPA Sabtu ini tetap diteruskan

MUHAMMAD FAIZAL | .



KUALA LUMPUR: Himpunan Bantah Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) tetap diteruskan pada 23 Januari ini walaupun belum mendapat kelulusan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan polis.

Penganjurnya, Bantah TPPA dan Kongres Rakyat menjelaskan himpunan yang diadakan di Dataran Merdeka itu akan dijalankan secara aman adalah untuk menunjukkan tanda bantahan rakyat terhadap kerajaan yang mahu memeterai perjanjian tersebut.

Pengerusi Kongres Rakyat, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, TPPA merupakan perjanjian yang penuh kontroversi dan dilihat tidak membawa banyak kebaikan kepada negara dan rakyat.

"Sehingga kini pihak penganjur masih berhubung dengan pihak berkuasa mengenai permit, notis permohonan untuk perhimpunan telah dihantar kepada pihak polis dan DBKL.

"Dua perjumpaan telah diadakan bersama polis dan DBKL dalam usaha untuk memperolehi permit dan mematuhi prosedur yang diperlukan. Kita masih menunggu kelulusan penggunaan kawasan Dataran Merdeka oleh DBKL," katanya pada sidang media di Rumah MTEM, di sini.

Menurut beliau, himpunan itu akan menghimpunkan lebih 250 badan bukan kerajaan (NGO), parti politik dan kumpulan masyarakat awam.

"Kumpulan ini merangkumi semua peringkat sama ada di bandar mahupun desa tanpa mengira latar belakang serta pekerjaan.

"Semua kelompok ini telah bersatu suara untuk menolak cadangan kerajaan menandatangi TPPA, malah kita turut mendapat dukungan dari Bersih yang menyatakan komitmen mereka untuk bersama-sama dalam bantahan tersebut," katanya lagi.

Menurut beliau, kesepaduan dan penyatuan dalam kalangan pelbagai pihak yang berlainan latar belakang dan ideologi politik, menunjukkan rakyat Malaysia boleh dan bersedia bagi menentang sebarang ancaman luar terhadap negara.

Azmi  berkata, pihaknya akan terus berhubung dengan DBKL termasuk memanjangkan surat rayuan serta pertemuan dengan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

"Pihak penganjur akan memastikan bahawa perhimpunan ini dijalankan secara aman dan akan sentiasa bekerjasama dengan pihak polis sepenuhnya.

"Bagi kemudahan peserta perhimpunan, empat kawasan perhentian sementara iaitu di Masjid Jamek, Masjid India, Dataran Sogo dan Masjid Negara telah ditetapkan dan ia akan dikawal oleh Jabatan Amal PAS (Unit Amal) dengan kerjasama pihak polis sebelum ke Dataran Merdeka," sambung beliau lagi.

Sementara itu Pengarah Himpunan Bantah TPPA, Kamaruzaman Mohamad berkata proses persiapan perhimpunan telah mencapai 90 peratus.

"Kita mendapat kerjasama penuh dari pihak polis dan DBKL bagi memastikan perjalanan himpunan berjalan lancar.

"Dijangkakan hampir 1,500 petugas Unit Amal yang akan bertugas pada hari perhimpunan itu agar segalanya lebih lancar," katanya.

Dalam pada itu, Naib Prrsiden PAS, Idris Ahmad pula berkata walaupun TPPA tetap diluluskan kerana mengikut majoriti kuasa di Parlimen tetapi dengan bantahan itu sebagai peringatan kita terhadap kesilapan yang dilakukan kerajaan.

"Ini merupakan solidariti rakyat atau parlimen rakyat menyatakan bantahan mereka, rakyat tampil menunju kan bantahan mereka.

"Dalam pada itu kita akan terus menyatakan bantahan kita di parlimen nanti, kita akan terus berhujah agar kerajaan menilai semula apa yang mereka ingin putuskan," jelas beliau.

Turut hadir adalah wakil daripada mahasiswa serta Pengerusi NGO Bantah TPPA, Azlan Awang. - HARAKAHDAILY 21/1/2016

Sumber HD - 21-1-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




TPPA: Misteri hantu ekonomi dibiar menjelma lagi






M FAQIH | .

SEORANG penonton memberitahu restorannya tidak laris kerana pelanggan beralih ke restoran sebelah tanpa mengenakan GST.
Apa respons Ketua Pengarah Kastam. Katanya restoran yang laris itu lambat laun bakal dikenakan GST apabila pendapatan mencecah RM500,000 setahun.

Sebaliknya Datuk Seri Khazali Ahmad tidak pula memberitahu restoran yang semakin merosot jualan itu akan dicicir senarai daripada GST.

Ketika menjawab soalan moderator di Diskusi RTM1 malam semalam, katanya peniaga juga tidak perlu risau kerana GST yang terpaksa ditanggung mereka akan dibayar balik Kastam.

Berdasar hujah pegawai kanan terbabit sepanjang diskusi, ia seperti terawang tanpa menjejak di bumi.

Sedangkan ramai peniaga mendakwa mereka terpaksa menanggung kos berganda kerana terpaksa membayar gaji kerani akaun, mengurus resit-resit GST.

Apakah bebanan mengupah kerani akaun boleh dituntut balik di Kastam. Sebab hujah pegawai terbabit kos GST ditanggung peniaga boleh dituntut semula di Kastam.

Belum pun isu GST reda, tiba-tiba rakyat dijelmakan pula deegan akronim TPPA. Apa itu TPPA. Ia merupakan singkatan perkataan The Trans-Pacific Partnership Agreement (Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik).

Mungkinkah rakyat di kampung boleh memahami maksud TPPA? Begitu juga bagi kelas menengah atau atas. Siapa yang mampu menghadam 6,000 halaman teks TPPA.

Isu TPPA sebenarnya berlegar sejak enam tahun lepas. Ia diperkatakan pembangkang bermula 2010, namun kerajaan Barisan Nasional (BN) hanya membisu.

Berbeza dengan perkembangan sehari dua ini. Saban hari tulisan dan penjelasan TPPA dari sudut positif dimuatkan di halaman akhbar.

Paling kerap muncul Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed. Di sana sini beliau muncul menjelaskan isu TPPA.

Isunya sekarang mengapa kerajaan BN hanya nampak agresif kebelakangan ini. Mungkinkah kerana TPPA dijangka ditandatangani Febuari ini selepas persidangan khas parlimen pada 26 dan 27 Januari 2016?

Ramai menjangka kerajaan BN mendapat laluan mudah bagi memuktamadkan perjanjian tersebut. Mereka tidak mungkin memperdulikan amarah rakyat.

Cuba belek sejarah apa yang pernah berlaku terhadap GST sebelum ini. Beberapa kali ditunda sebelum dikuatkuasakan bermula 1 April 2015.

Di mana-mana sahaja sebelum itu kemarahan rakyat membingit. Himpunan demi himpunan diadakan.

Malah bekas menteri kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah juga mahu kerajaan BN menangguh pelaksanaan GST kerana menyusahkan rakyat.

BN hanya kendur seketika selepas amarah rakyat memuncak. Namun ia tidak kekal lama. Dengan mandat diberi rakyat pada pilihan raya umum (PRU) 2013 akhirnya GST muncul juga.

Rakyat dipaksa menerima GST. Pandangan ulama cukai tidak boleh dikenakan terhadap orang miskin tidak dihiraukan kerajaan BN.

Begitu juga dengan gergasi TPPA yang bakal muncul. Majlis penerangan dan dialog yang diadakan di seluruh negara lebih banyak disogok kelebihan TPPA berbanding kesan negatifnya.

TPPA mencorak liberalisasi pasaran antara negara ahli. Setiap negara peserta bebas berniaga di negara ahli secara terbuka selaras konsep globalisasi.

Inilah peluang keemasan yang mahu direbut Malaysia. Menteri dan pelobi TPPA tenggelam dengan angan-angan pasaran produk tempatan mampu menembusi pasaran 12 negara.

Sedangkan di Malaysia TPPA hadir dalam misteri yang berhantu. Dalilnya semua perbincangan dibuat secara rahsia. Teks perbincangan juga rahsia.

Hanya sejak teks penuh TPPA dikeluarkan 5 November lepas kerajaan BN tiba-tiba meratib jawapan enak didengar, penuh ilusi.

Apa yang hampir pasti TPPA sedang menjejaki GST yang kini ditangis rakyat tanpa berlagu. Misteri hantu ekonomi dibiar menjelma lagi. - HARAKAHDAILY 21/1/2016

Sumber HD - 21-1-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

TPPA: Petani bakal hilang pekerjaan

ZAIDY ABDUL TALIB | .



Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), sebuah perjanjian perdagangan bebas multilateral yang merentas negara-negara Asia Pasifik sedang hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini. Ada sebahagian yang menyokong manakala sebahagian besar yang lain pula menolaknya.

Perjanjian yang banyak membuat peraturan-peraturan bersifat "one-size-fits-all" ini dikatakan bakal menjadikan Malaysia menjadi sebahagian daripada blok Amerika Syarikat sekaligus menghilangkan sifat negara berkecuali dalam blok-blok dunia.

Sebagai sebuah negara membangun, Malaysia seharusnya mengambil iktibar daripada negara lain yang pernah membuat perjanjian mirip seperti TPPA ini serta melihat kesan yang lebih besar apabila ianya dilaksanakan nanti.

Seperti contoh mengambil iktibar daripada negara Mexico yang dikatakan sepatutnya mencapai status negara maju jika Mexico tidak menandatangani Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA) 20 tahun dahulu. Ini adalah antara iktibar dan pengajaran yang boleh diambil dari Malaysia kesan daripada sesuatu perjanjian seperti NAFTA setelah puluhan tahun dilaksanakan.

NAFTA adalah satu perjanjian perdagangan trilateral yang membabitkan tiga buah negara iaitu Amerika Syarikat, Mexico, dan Kanada yang boleh diukur serta dijadikan pengajaran untuk melihat realiti yang bakal berlaku serta impaknya terhadap rakyat Malaysia apabila TPPA ditandatangani nanti.

Menurut laporan daripada Carnegie Endowment for International Peace, sebuah pertubuhan penyelidikan antarabangsa yang membuat kaji selidik berkenaan perjanjian NAFTA terhadap Mexico bertajuk, NAFTA’s Promise and Reality mendapati bahawa kesan daripada perjanjian tersebut telah mengakibatkan 3/10 juta petani di Mexico terpaksa memberhentikan kegiatan pertanian mereka disebabkan persaingan yang terlalu tinggi berlaku.

Selain itu juga, NAFTA ternyata tidak memberikan kebaikan terhadap pertumbuhan ekonomi Mexico kerana sebelum NAFTA dilaksanakan, kadar pertumbuhan ekonomi Mexico adalah lebih tinggi.

Kesan lain pula diantaranya kadar pengangguran meningkat manakala kadar kemiskinan mencapai sehingga 52.3% pada tahun 2012 iaitu hampir menyamai kadar kemiskinan pada tahun 1994. Jelas menunjukkan bahawa perjanjian NAFTA ini mengakibatkan kesan yang lebih buruk dari sebelumnya.

Tidak dinafikan terdapat kebaikan-kebaikan tertentu dalam TPPA terhadap manfaat ekonomi negara, namun masih banyak perkara yang meragukan dan membimbangkan, seperti yang pernah diutarakan oleh Prof Dr Jomo Kwame Sundaram yang menyebut bahawa konsensus perjanjian TPPA akan melebarkan lagi jurang ketidaksamaan dan meningkatkan jumlah kehilangan pekerjaan sepanjang 10 tahun di kalangan negara anggotanya.

Lihat sahaja selepas NAFTA dipersetujui dan ditandatangani, Amerika Syarikat mendapat manfaat yang paling besar sehinggakan jurang yang tinggi berlaku diantara Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat. Ini jelas bahawa perjanjian TPPA kelak bakal menguntungkan Amerika dan merugikan Negara Malaysia.

Menurut Datuk Mustapa Mohammed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sebanyak 26 undang-undang dan akta akan dipinda bagi memenuhi keperluan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) sebelum ianya dilaksanakan.

Antara perkara yang dibimbangi adalah status Akta Buruh yang bakal melayakkan buruh asing menjawat jawatan tertinggi dalam kesatuan sekerja.

Lambakan pekerja asing yang bakal berlaku kesan daripada TPPA sudah cukup membimbangkan, apatah lagi akta tersebut membolehkan buruh asing memegang jawatan tertinggi yang bakal menutup peluang rakyat tempatan yang berkelayakan.

Ini belum lagi peningkatan dalam sektor pengeluaran berproduktiviti tinggi yang akan memberi kesan terhadap tenaga buruh kerana digantikan sepenuhnya dengan penggunaan mesin. Semua ini akan mengakibatkan peluang pekerjaan rakyat tempatan terjejas sekaligus menjadikan kadar pengangguran semakin tinggi.

Rakyat yang berpendapatan rendah dan bekerja sendiri antara golongan yang paling menerima kesan sekiranya TPPA ditandatangani. Di antaranya adalah petani, nelayan, dan pekebun kecil.

Apabila melihat kesan NAFTA terhadap para petani di Mexico yang telah mengakibatkan sejumlah 4.9 juta buah keluarga petani kehilangan pekerjaan selepas 16 tahun pelaksanaannya, ternyata ianya adalah kebimbangan besar khususnya terhadap golongan petani di Malaysia.

Umum mengetahui bahawa kebanyakan golongan petani, nelayan, dan pekebun kecil ini mempunyai pendapatan kurang daripada RM 1000 sebulan. Realitinya mereka bakal berhadapan cabaran yang lebih getir daripada hari ini.

Mungkin situasi yang lebih kurang sama seperti Mexico dimana mereka tidak mampu bersaing dan akhirnya mereka terpaksa memberhentikan perusahaan pertanian mereka.

Dengan pendapatan sebegitu rendah, bagaimana mereka ingin meneruskan kehidupan jika perusahaan yang mereka kerjakan selama ini tidak dapat menampung kehidupan seharian sekaligus membantutkan kelangsungan hidup mereka.

Selain itu, Malaysia telah menggunakan sistem tarif dan kuota untuk produk pertanian dan jika TPPA dikuatkuasakan tarif dan kuota ini bakal dikurangkan sekaligus memberi kesan kepada pendapatan para petani.

Begitu juga dengan tarif beras yang bakal dikurangkan selepas daripada TPPA ditandatangani sedangkan pada masa yang sama Amerika Syarikat yang mahukan beras dimasukkan dalam perjanjian ini tidak mahu mengurangkan subsidi yang diberikan kepada petani mereka.

Hal ini akan menyebabkan harga beras menjadi rendah daripada pasaran sekaligus pendapatan para pesawah dalam negara akan terjejas disamping kesukaran menembusi pasaran negara lain. Tindakan ini jelas menguntungkan Amerika serta merugikan para pesawah padi di Malaysia.

Kita harus menyedari bahawa rakyat belum lagi bersedia dengan persaingan terbuka ini walaupun dilihat persaingan yang bakal berlaku adalah persaingan secara sihat.

Namun ianya perlu dilihat secara meluas kerana kesan ketidaksediaan rakyat terhadap persaingan ini bakal mengakibatkan keburukan yang menimpa Negara dan rakyat.

Begitu juga dengan kerajaan yang dilihat masih belum cukup bersedia dengan kemungkinan-kemungkinan yang bakal berlaku sekiranya TPPA ditandatangani.

Justeru, adalah amat wajar sekiranya TPPA ini tidak dilaksanakan dan ditolak dalam persidangan Parlimen nanti.

Selaku rakyat yang memahami geopolitik yang memungkinkan Malaysia cenderung mengikut telunjuk Amerika Syarikat selepas perjanjian ini dipersetujui, seharusnya rakyat Malaysia menolak seratus peratus Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) ini kerana ianya bakal mengundang keburukan yang lebih besar daripada kebaikan.

Diharapkan para petani, nelayan dan pekebun kecil dapat bersama-sama turun pada 23 januari ini di Dataran Merdeka membantah perjanjian TPPA ini. Jangan sampai tindakan kita hari ini menggadaikan negara kepada anak cucu kita kelak.

Oleh itu, diharapkan pihak kerajaan dapat mendengar keluhan dan rintihan nasib para petani yang bakal terjejas sekiranya TPPA ini ditandatangani. Akhir kata, marilah kita bersama-sama membina Malaysia yang lebih sejahtera dan harmoni. - HARAKAHDAILY 21/1/2016

Penulis ialah Exco Kerajaan Negeri Selangor yang juga Bendahari PAS Selangor.

Sumber HD - 21-1-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pinda 26 akta bukti TPPA lebih ‘berkuasa’ daripada Perlembagaan: Tun M

Posted on Wednesday, January 20 @ 19:47:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu




BANGI, Rabu – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pemindaan 26 akta bagi diselaraskan dengan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) adalah satu pengakuan yang jelas bahawa TPPA menghadkan kebebasan Malaysia menggubal undang-undang untuk negara.


“Undang-undang yang sedia ada telah diluluskan oleh Parlimen Malaysia kerana ia dianggap penting dan baik untuk negara.
“Tetapi sekarang mereka perlu dipinda kerana TPPA nampaknya lebih berkuasa daripada parlimen rakyat kita dalam menentukan undang-undang Malaysia yang sepatutnya,” katanya, dalam blognya chedet.cc hari ini.
Beliau berkata, jelas kini TPPA akan mengatasi hak-hak perundangan kita, kebebasan asas negara berdaulat.
“Undang-undang di masa hadapan yang akan dibahaskan di dalam Parlimen mesti mematuhi syarat-syarat dan terma dalam TPPA.
“Bagi perjanjian itu mengikut keperluan dan kesesuaian rakyat Malaysia sudah tidak mencukupi lagi. Keperluan TPPA akan melebihi keperluan Malaysia.
“Itu sendiri adalah bukti bahawa kita sedang membuat persiapan untuk menyerah diri kepada kuasa-kuasa asing dan mensia-siakan kemerdekaan yang telah diperjuangkan dengan susah payah oleh pemimpin-pemimpin kita terdahulu,” katanya, sambil menambah bahawa beliau tidak meragui bahawa perjanjian itu tetap akan ditandatangani.
Terdahulu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed mengatakan bahawa sebanyak 26 undang-undang dan peraturan berkaitan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang melibatkan negeri dan persekutuan perlu dipinda dalam tempoh 2 tahun,

Proses pelaksanaan pindaan terhadap undang-undang tersebut hanya boleh dilakukan selepas mendapat kelulusan pada sesi perbahasan TPPA di Dewan Rakyat pada 26 dan 27 Januari ini, dan di Dewan Negara pada hari berikutnya.

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

Siumber TKO - 20-1-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Biar Gambar Berbicara. Anda sendiri boleh menilaikannya..
Posted on Wednesday, January 20 @ 17:07:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Dalam kertas ‪#‎TTPA‬ semuanya indah baik belaka utk rakyat & negara. Tiada yg cacat celanya..

TAHUKAH ANDA..
Malaysia mencatatkan negara korupsi antara tertinggi dunia. Audit negara merekodkan hampir 40 billion ketirisan setahun. Undang2 negara sendiri dilaksanakan secara 'double standard'.

Dalam semua kelemahan Malaysia ketika ini, adakah WAJAR mengikuti negara maju yg lain (lebih maju berbanding Malaysia) menyertai TPPA? Berapa banyak dasar negara U-Turn mengikut penukaran pemimpin? Dan berapa banyak dasar negara gagal (contoh Wawasan 2020, ringgit merosot, pertanian tertinggal berbanding Thai, ekonomi tidak mampu mencipta permintaan terhadap Malaysia, hanya bergantung pada petroleum, 40% dari KDNK dan sebagainya).

WAJARkah Malaysia menyertai TPPA dalam kondisi enjin jet pejuang tentera pun boleh hilang. Kapal terbang komersial negara pun hilang. Pelaksanaan undang2 terpilih...???

Sebenarnya, PERBAIKI NEGARA DAHULU. Sebelum menyertai satu dunia persaingan bebas dan dipenuhi saingan kuat. Setidak2nya menyamai satu perkara terhadap negara2 yang BERANI menyertai TPPA. Yakni mereka sudah menukar parti pemerintahan beberapa kali untuk kemajuan, kekuatan negara. Mereka bersedia dan terus bersedia menukar pemerintahan. Sebab itulah mereka berani menyertai TPPA. Kerana mereka boleh keluar melalui penukaran pemerintahan tanpa perlu percaya sepenuhnya 'exit clause' yang disediakan 'cantik' di atas kertas.

Wallahualam~

Suara Rakyat

Sumber TKO - 20-1-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Wang adalah raja - k'jaan akan meterai TPPA, kata Mahathir

Posted on Wednesday, January 20 @ 15:46:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memberi amaran bahawa kedaulatan negara menjadi pertaruhan jika kerajaan menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA).

Katanya, pengasas Malaysia berjuang bermati-matian untuk mendapatkan kemerdekaan.
"Kita sepatutnya menjadi tuan berhubung hal ehwal dan masa depan sendiri tetapi sekarang kita akan melepaskan hak dan kebebasan kerana keperluan untuk mematuhi telunjuk TPPA.

"Saya tidak ragu-ragu parlimen sebagi cop mohor akan meluluskan TPPA.

“Itu sendiri adalah bukti bahawa kita sedang membuat persiapan untuk menyerahkan kemerdekaan negara kepada kuasa-kuasa asing dan melepaskan kedaulatan yang diperjuangkan bermati-matian oleh pemimpin-pemimpin kita yang dahulu.

"Sesungguhnya wang (tunai) adalah raja," katanya memberi amaran dalam satu catatan blog yang dimuat naik di Chedet.com hari ini.

Mahathir berkata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamad menyatakan bahawa ia mengambil masa dua tahun untuk meminda 26 undang-undang bagi memenuhi keperluan TPPA.

"Ini adalah satu pengakuan yang jelas bahawa TPP menghadkan kebebasan Malaysia untuk menggubal undang-undang yang dianggap perlu untuk negara.

"Undang-undang ini telah diluluskan oleh Parlimen Malaysia kerana ia dianggap penting dan baik untuk negara ini.

"Tetapi kini ia perlu dipinda kerana TPPA nampaknya lebih berkuasa daripada ahli parlimen yang dipilih oleh rakyat dalam menentukan apa undang-undang yang diperlukan negara," katanya meluahkan kekecewaannya.


TPPA akan dibentangkan di Parlimen minggu depan manakala protes mengenainya pula dijadualkan Sabtu ini.

Sumber TKO - 20-1-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




JITP turut gesa Malaysia tolak TPPA

HARAKAHDAILY | .


PERTUBUHAN Jaringan IT Prihatin (JITP) Malaysia menyokong tindakan mengadakan bantahan terhadap  Perjanjian perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) pada 23 Januari ini sebagai unjuk rasa rakyat sebelum kerajaan mendatangani perjanjian TPPA secara rasmi.

Lebih 100 orang ahli NGO IT Prihatin akan bersama NGO  lain akan turun pada Sabtu ini.

“Asas kepada sokongan Pertubuhan JITP Malaysia menyokong bantahan TPPA ini adalah bila mendapati hasrat Gabungan NGO usahawan ICT yang bernaung di bawah Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) membuat kesimpulan bahawa TPPA tidak memberi manfaat kepada industri ICT yang masih baru di negara ini yang memohon Malaysia  menarik diri daripada mengganggotai TPPA sejak bulan Julai, 2013 lagi.” Kata Pengerusi Pertubuhan Jaringan IT Prihatin Malaysia, Shuhaimi Embong.

Beliau sependapat dengan Gabungan NGO Usahawan ICT di bawah Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) NGO IT Prihatin dan berharap gabungan usahawan ICT di bawah MTEM turut serta turun padang menyatakan bantahan TPPA ini.

Mereka menggesa kerajaan tidak menandatangani menandatangani TPPA atas beberapa sebab berikut, diantaranya:
1. Perkembangan e-commerce boleh merudum teruk dalam jangkamasa panjang,
2. Rejim baru berdaftar menguasai liabiliti ISP,
3. Duti Kastam atas Produk Digital,
4. Perlindungan atau galakan produk digital tempatan,
5. Penguatkuasaan Jenayah Harta Intelek

“Berdasarkan perkara-perkara di atas, kami membuat kesimpulan bahawa TPPA tidak memberi manfaat kepada industri ICT yang masih baru di negara ini dan  tidak yakin dengan kemampuan syarikat-syarikat ICT tempatan mampu bersaing dengan syarikat-syarikat gergasi luar. Justeru, Malaysia harus menarik diri daripada mengganggotai TPPA,” katanya ketika dihubungi. – HARAKAHDAILY 20/1/2016

Sumber HD - 20-1-2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------







Bantah TPPA: Tanggungjawab rakyat, selamatkan negara

HARAKAHDAILY | .


DUPP mengajak seluruh rakyat Malaysia yang cintakan negara untuk turut serta dalam Himpunan Aman Bantah TPPA yang akan diadakan pada Sabtu ini, 23 Januari 2016.

Ia adalah suatu tanggungjawab yang tersangat penting yang mesti ditunaikan oleh setiap rakyat demi menyelamatkan negara daripada sebarang bentuk ancaman kesan daripada perjanjian tersebut.

Sikap Kerajaan yang bias dalam mengemukakan kesan-kesan TPPA ditambah pula dengan penggunaan seluruh jentera Kerajaan untuk menjaja kebaikan TPPA kononnya, adalah membelakangkan kenyataan untuk memulangkan hak menentukan status perjanjian ini kepada rakyat.

Sekiranya Kerajaan jujur, sepatutnya kajian yang lebih menyeluruh dan terperinci yang turut menyatakan kesan-kesan negatif daripada perjanjian ini secara jelas juga mesti diterima dan dimasukkan dalam laporan Kerajaan mengenai TPPA. Sebaliknya, Kerajaan hanya dilihat berani menjaja kebaikan TPPA dan kesan buruk jika tidak menyertainya.

Usaha membawa TPPA ke parlimen untuk kelulusan melalui sidang khas penghujung Januari ini juga dilihat sebagai tergesa-gesa dalam keadaan dokumen berkenaan perjanjian tersebut baru sahaja terdedah kepada awam tidak sampai dua bulan dan pungutan suara awam juga tidak dibuat sedangkan rakyat berhak dan bertanggungjawab menentukan nasib masa depan negara ini disamping ahli-ahli parlimen.

Apatah lagi dalam realiti di parlimen sekarang ini suara undi majoriti ahli parlimen Kerajaan tentu sahaja dapat mengalahkan undi pembangkang lantas menjadikan parlimen sekadar 'rubber stamp' kepada kehendak Kerajaan.

Ini memperlihatkan terdapat sesuatu yang sulit yang Kerajaan tidak dedahkan kepada rakyat hasil daripada rundingan yang telah dibuat secara sulit. Rakyat mesti bertindak menasihati, menegur dan memberi amaran kepada Kerajaan; dan Himpunan Aman Bantah TPPA ini adalah platform yang terbaik buat rakyat.

DATOUK DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ketua Penerangan,
Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP).HARAKAHDAILY 20/1/2016

Sumber HD - 20-1-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

TPPA: Pendirian Islam terhadap globalisasi

SYAHIR SULAIMAN | .


“Telah zahirlah keburukan di darat dan laut dengan sebab apa yang telah diusahakan oleh tangan manusia sendiri, supaya dirasakan kepada mereka sebahagian daripada perbuatan mereka, mudah-mudahan mereka kembali kepada kebenaran” (Rum: 41)

Globalisasi dan Kesejagatan

Dunia tanpa sempadan di era globalisasi menjanjikan pelbagai peluang dan cabaran untuk generasi masa kini. Ia juga merupakan suatu proses yakni sempadan sesebuah negara kian terbuka kepada elemen luaran sehingga menjadikan seluruh dunia umpama sebuah perkampungan global (global village).

Menurut Syeikh Prof. Dr. Yusuf al-Qardhawi, pengertian Globalisasi (al-‘Awlamah) hampir sama dengan nilai Kesejagatan (al-‘Alamiyyah) yang dibawa oleh Islam, sebagaimana disebutkan dengan jelas dalam al-Quran: “Dan tiadalah Kami mengutus kamu melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam” (Al-Anbiya’: 107).

Namun, menurut Syeikh al-Qardhawi, globalisasi dalam gambaran yang sangat ketara pada hari ini bererti membaratkan dunia (Westernisation) atau mengamerikakan dunia (Americanisation), dengan tujuan untuk menguasai dunia di bawah satu ungkapan yang lunak iaitu globalisasi bagi menjayakan agenda pemaksaan pengaruh Amerika dan Eropah ke seluruh dunia.

Perbahasan mengenai sikap dan pendirian Islam terhadap globalisasi moden ini telah dikupas dengan teliti oleh Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (TGHA) di dalam kertas kerja beliau yang diterjemahkan daripada Bahasa Arab berjudul ‘Globalisasi: Pendirian Islam Mengenainya’, dibentangkan sempena Kolokium Antarabangsa Penyatuan Umat Sedunia di Tehran (Urusetia Penerangan Negeri Terengganu, 2003).

Di dalam kertas kerja tersebut, beliau telah menggariskan bentuk dan pendekatan globalisasi pada zaman moden ini, seterusnya mengemukakan tindakan dan strategi yang perlu diambil oleh dunia Islam, dengan mengambil pandangan tokoh ilmuwan Islam kontemporari, termasuklah Syeikh Prof. Dr. Yusuf al-Qardhawi, Prof. Dr. Najmuddin Erbakan, Syeikh Dr. Fathi Yakan, dan Syeikh Mohammad Hussin Fadlullah.

Globalisasi dan Orde Baru Dunia (New World Order)

Menurut TGHA, globalisasi moden adalah hasil daripada Orde Baru Dunia yang dilakukan dengan perancangan yang mendalam dan strategi yang teliti ke arah penjajahan bentuk baru dengan cara moden, bukan seperti penjajahan kurun pertengahan dahulu.

Ia dirancang dengan begitu teratur untuk menguasai dunia dengan tirai demokrasi, ekonomi, kebebasan, kebudayaan, keadilan, dan hak asasi manusia.

Dalam aspek politik, globalisasi dirancang untuk melibatkan diri dalam pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara dengan nama pemulihan demokrasi, bagi membolehkan campurtangan asing dalam kemelut politik sesebuah negara, sebagaimana yang menimpa negara Bosnia, Kuwait, Afghanistan, Kashmir, Iraq, Tunisia, Mesir, dan Syria.

Dalam aspek ekonomi, ia dirancang untuk menguasai sumber minyak dan gas, aliran modal dan mata wang, serta pengembangan operasi syarikat multinasional, termasuklah mekanisma IMF, World Bank, WTO dan seumpamanya, dengan alasan untuk memulihkan kewangan sesebuah negara, khususnya pergantungan kepada dana asing dan hutang luar negara.

Dalam aspek pendidikan dan kebudayaan, penguasaan teknologi maklumat dan media berjaya mempengaruhi corak pemikiran dan gaya hidup generasi muda, dengan jenama pemodenan dan keterbukaan, sehingga melangkaui batas agama dan budaya.

Globalisi dan Pendirian Islam

Menurut TGHA, Islam adalah agama yang bersifat sejagat (universal). Ini dapat dilihat dari sudut aqidah, syariat dan akhlaknya yang sesuai dengan peredaran zaman dan suasana setempat.

Kedatangan Islam ke alam ini bukan untuk menjajah, menakluk atau menguasai mana-mana agama tetapi Islam adalah petunjuk Tuhan yang mencipta alam ini. Oleh sebab itu kita melihat kedatangan Islam ke sesebuah negari dinamakan sebagai ‘pembukaan’, bukannya penjajahan.

Islam juga mengiktiraf terdapat pelbagai ideologi, budaya dan bahasa dalam sesebuah negeri, walaupun Islam menyeru semua manusia menganut ajarannya. Justeru, globalisasi adalah suatu keistimewaan dan keunikan Islam, sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW dan para sahabat Baginda, yang telah melaksanakan tugas ‘mendirikan agama dan memakmurkan dunia dengan agama’ ke segenap pelusuk dunia secara damai dan berhikmah.

Dalam menghadapi cabaran globalisasi ala-Barat dan ala-Amerika ini, TGHA telah meggariskan enam strategi yang perlu diambil oleh umat Islam sedunia, iaitu:

1. Aqidah yang bebas daripada penjajahan pemikiran.

Umat Islam wajib membebaskan diri daripada penjajahan pemikiran sekular agar dapat kembali kepada agama yang sempurna, seterusnya keluar daripada kepompong pemikiran Barat untuk menyelesaikan masalah politik, ekonomi, dan sosial yang dihadapi negara umat Islam.

2. Mengurangkan pergantungan Amerika.

Negara umat Islam amat kaya dengan hasil galian semulajadi dan dikurniakan muka bumi yang subur dengan hasil pertanian. Di samping itu, kita punyai ramai pakar dalam pelbagai bidang sebagai modal insan yang berkualiti dan berintegriti untuk dimanfaatkan. Justeru, umat Islam mesti bekerjasama dari segi modal dan kepakaran dengan mengambil faedah dan peluang hasil mahsulnya yang kaya untuk manfaat negara dan juga ummah.

3. Persaudaraan dan penyatuan

Umat Islam mesti menjalinkan tali persaudaraan dan mengeratkan hubungan keimanan, supaya dapat merasai penderitaan yang dihadapi saudara seagamanya. Kita mestilah menyelesaikan pertelingkahan dalam perkara furu’ dan perbezaan mazhab yang tidak berkesudahan.

Pemimpin negara umat Islam perlu bebas dari perasaan asabiyyah (perkauman) dan kenegerian, mengikut sempadan geografi yang dilakar penjajah yang bertujuan untuk memecah-belahkan kekuatan umat Islam.

4. Revolusi dakwah global

Kita perlu mengambil peluang dari kecanggihan media dan teknologi maklumat untuk menyebarkan risalah dakwah Islam secara lebih kreatif, khususnya untuk membentuk kefahaman yang benar terhadap Islam dan menangkis prejudis Islamophobia yang dibawa oleh media Barat.

5. Membina kekuatan

Umat mesti membina membina kekuatan yang jitu dari segi rohani dan jasmani kerana kedua-duanya saling melengkapi dan memartabatkan kedudukan umat Islam di mata dunia dengan penuh kemuliaan dan kemegahan. Kita mempunyai rujukan mencukupi yang terdapat pada kitab-kitab dan dada para ulama, di samping kelengkapan fizikal dan ketenteraan yang wajar disusun dan dipertingkatkan.

6. Revolusi ilmu yang syumul

Kita perlu sedar bahawa segala hikmah dan kebijaksanaan itu adalah barang tercicir orang beriman di mana sahaja ia dijumpai maka hendaklah memungutnya. Oleh itu, dasar kita adalah lebih kuat dari Jepun dan Jerman yang bangkit melalui revolusi ilmu selepas dimusnahkan dalam Perang Dunia Kedua, dengan menggabung-jalin ketinggian ilmu yang berasaskan keimanan dan nilai akhlak yang mulia.

TPPA agenda penjajahan moden

Di dalam perbahasan Bajet 2016, TGHA telah menggariskan pendirian PAS dan mengemukakan saranan kepada kerajaan mengenai rundingan TPPA yang bakal ditandatangani oleh Malaysia pada Februari 2016, antaranya:

1. TPPA ini agendanya adalah bagi menghapuskan sempadan bumi dan perairan negara, bersamanya dihilangkan sempadan bumi dan perairan negara, bersamanya dihilangkan sifat kemanusiaan sejagat dan hak asasi yang adil sesama manusia yang berkeluarga secara masyarakat madani;

2. Jika penjajahan purba merompak tanpa undang–undang, maka penjajahan baru diadakan undang–undang melindungi rompakan global di sebalik perjanjian yang dimeteraikan laksana cacing–cacing kerdil yang menumpang dalam perut ular yang lebih besar atau ikan kecil menumpang jerung yang lebih besar lagi ganas;

3. TPPA bukannya penyelesaian ekonomi global, bahkan lebih bersifat penjajahan baru dalam aspek ekonomi kerana tidak mewujudkan kerjasama yang saksama dan adil. Adalah lebih baik bagi negara kita mengadakan kerjasama serantau dan negara yang yang terdekat diutamakan;

4. Selamatkan keadaaan secara bermasyarakat madani dalam kalangan negara serantau (ASEAN), negara satu umat dan seagama (OIC) dan juga satu kemanusiaan (NAM) dengan adil dan kesaksamaan kemanusiaan yang bermoral, dengan kemajuan sains dan teknologi yang tidak disalahgunakan;

5. Jalinkan kerjasama ASEAN, OIC, China, Jepun, Rusia selepasnya diikuti Eropah dan Amerika tanpa bermusuh dengan sesiapa dengan menggunakan bahan bersama secara adil sama ada sumber bumi, kepakaran dan tenaga kerja yang bersifat kerjasama yang adil;

6. Bebaskan daripada bergantung dengan Dolar Amerika kepada Dinar atau mata wang Asia, dengan membebaskan diri daripada mata wang negara yang juga mengalami krisis ekonomi dengan menjadikan kita pelampung penyelamat yang ditinggalkan selepas mereka selamat.

Sebagai kesimpulan, inilah hikmahnya al-Quran menegaskan manusia seluruhnya adalah satu keluarga walaupun berbeza bangsa, agama, dan budaya, seterusnya mewajibkan kerjasama yang adil dengan penuh saksama sesama manusia tanpa mengira batasan sempadan. – HARAKAHDAILY 20/1/2016

Sumber HD - 20-1-2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Mali’s Corner Char Kuey Teow Didenda RM9,000 Kerana Tak Kutip GST

Posted on Tuesday, January 19 @ 13:30:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



Syarikat Pengendali Restoran Didenda RM9,000 Kerana Tak Kutip GST

KUALA LUMPUR,
19 Jan - Sebuah syarikat pengendali restoran char kuey teow di ibu kota hari ini didenda RM9,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana tidak mengutip Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) daripada pelanggan tahun lepas.

Hakim Shamsudin Abdullah juga memerintahkan Mali's Corner Sdn Bhd membayar 95 sen GST kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia kerana tidak mengutip cukai itu dalam satu resit.

Syarikat itu membayar denda tersebut.

Mahkamah menjatuhkan hukuman itu selepas syarikat itu yang diwakili pengarahnya, Jamali Saat mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Syarikat itu sebagai syarikat berdaftar di bawah GST didakwa tidak mengeluarkan invois cukai di bawah Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 ketika membuat pembekalan cukai pada 7 Okt 2015, 12.54 tengah hari, di Mali's Corner Sdn Bhd, No 9-1, Block C, Jalan Langkawi, Platinum Walk, Danau Kota, Setapak di sini.

Syarikat itu didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 33(2)(a) akta itu yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM30,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya.

Terdahulu peguam Zambri Mohd Isa yang mewakili syarikat itu memohon hukuman ringan kerana ini kesalahan pertama syarikat itu manakala Pegawai Pendakwa Kastam, Norhalelly Haimid memohon hukuman sewajarnya bagi memberi pengajaran kepada orang ramai.-bernama


Sumber HD - 19-1-2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bantah TPPA: Bimbang masa depan anak-anak kita

HARAKAHDAILY | .


Ayuh ke himpunan aman Bantah TPPA
Perjanjian “Trans-Pacific Partnership Agreement” (TPPA) hari ini sedang melalui proses domestik iaitu suatu prosedur dalaman negara Malaysia sebelum meluluskan keputusan sama ada Malaysia bersetuju atau tidak untuk menyertai TPPA ini yang dijangka akan ditandatangani pada 4 Februari 2016.

Setelah rundingan TPPA tamat pada 5 Oktober 2015 tahun lalu, kronologi prosedur domestik ini telah melibatkan beberapa urusan seperti pendedahan teks TPPA setebal 6,000 muka surat pada 5 November 2015 dan seterusnya pada 3 Disember 2015.

Teks TPPA serta 2 dokumen Analisa Kajian Kepentingan Negara iaitu “Cost Benefit Analysis” (CBA) dan “National Interest Analysis” (NIA) telah diserahkan pada semua ahli Parlimen untuk dinilai sebelum sesi perbahasan Parlimen yang dijadualkan pada 26 dan 27 Januari 2016 ini.

Pada 12 Januari 2016, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah mengeluarkan sebuah buku ringkasan edisi Bahasa Melayu mengenai TPPA bertajuk Perjanjian Perkongsian Tran-Pasifik (TPPA) “Jawapan kepada Kebimbangan, Salah Faham dan Tuduhan”.

Kandungan buku ringkasan setebal 81 mukasurat itu bagaimanapun tidak berjaya menjawab segala kegusaran yang telah dikemukakan oleh pelbagai dari segenap bidang yang terkandung dalam TPPA itu.

Walaupun justifikasi analisa 2 pihak : “Institute of Strategic International” (ISIS) dan Price Waterhouse Coopers (PWC) seolah-olah memberi manfaat kepada perdagangan Malaysia berikutan lonjakan aktiviti eksport yang lebih meluas, namun ianya sangat berisiko tinggi untuk terdedah kepada sebarang ketidaktentuan keadaan ekonomi masa depan selain merugikan negara membangun seperti Malaysia kerana harga eksport komoditi utama lebih murah daripada harga import barang siap.

Tambahan pula, 6 jenis pasaran eksport yang dinyatakan di halaman 31 dalam buku ringkasan TPPA Edisi Bahasa Melayu itu bukanlah sektor utama yang boleh menjamin keuntungan bagi Malaysia apatah lagi bagi memulihkan bebanan hutang negara yang semakin tinggi saban tahun.

Dalam pada itu, penjelasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Wahid Omar berkenaan isu penjajahan negara tidak akan berlaku, dilihat bercanggah dengan Prinsip Islam di dalam bab Hukum Kedaulatan - “احكام سيادة” kerana salah satu peraturan yang diguna pakai di dalam TPPA adalah Mekanisme Penyelesaian Pertikaian Pelabur Negara - “Investor to State Dispute Settlement” (ISDC) yang mengatasi kuasa mahkamah Persekutuan Malaysia.

Apakah peraturan konventional ISDC yang bersifat sekular itu mampu bertoleransi dengan kedaulatan negara Malaysia terutamanya hak-hak yang melibatkan sensitiviti agama rasmi Malaysia ini?

Dalam pada itu, tindakan pihak kerajaan dilihat giat menjalankan kempen penerangan berkenaan kebaikan dan manfaat TPPA kepada Malaysia memberi signal bahawa kerajaan Malaysia telahpun mempunyai pendirian untuk bersetuju menandatangani perjanjian konspirasi korporat ini walaupun pelbagai pakar telah mengemukakan analisa bahawa TPPA ini banyak membawa kesan buruk berbanding manfaat.

Hal ini bercanggah dengan Kaedah Fiqh Muwazanah iaitu kaedah pertimbangan dalam membuat keputusan apabila berhadapan dengan pilihan mendahulukan perkara baik yang tiada risiko berbanding perkara paling baik tetapi mempunyai risiko.

Justeru, saya dengan ini menyeru kepada semua rakyat Malaysia, marilah kita sama-sama turun menyertai Himpunan Aman Bantah TPPA pada Sabtu ini, 23 Januari 2016, jam 2.00 petang bertempat di Dataran Merdeka.

Saya sangat berharap kehadiran kita dengan berpakaian HIJAU FASTAQIM memberi signal bantahan secara aman dalam usaha kita menzahirkan kebimbangan masa depan generasi anak-anak kita apabila TPPA ini dilaksanakan.

Saya juga suka untuk menasihatkan diri saya dan semua peserta himpunan untuk membuat persedian mental dan fizikal lantaran keadaan negara ketika ini yang dilanda gejala cuaca el-nino, iaitu keadaan cuaca terlampau panas.

"BERISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN"

Wallahua’lam.

NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
9 Rabiul Akhir 1437 / 19 Januari 2016 - HARAKAHDAILY 19/1/2016

Sumber HD - 19-1-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------







TPPA bakal ikat Malaysia kepada kuasa asing

HARAKAHDAILY | .


Isu Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dijangka akan dimuktamadkan dan majlis menandatangi perjanjian tersebut bakal diadakan di New Zaland pada 4 Feb 2016 ini bukanlah isu yang sepatutnya dipandang remeh dan lekeh dalam kalangan kita semua.

Perjanjian ini jika dihalusi secara pandangan agama, pasti sahaja menunjukkan kejayaan musuh kita menguasai negara kita secara sistematik. Ia penuh dengan unsur 'gharar' dan penipuan.

TPPA adalah suatu perjanjian yang bakal akan mengikat negara Malaysia kepada kuasa asing Amerika menguasai negara ini dan negara yang menandatangani perjanjian ini. Inikah maksud utama mengapa Barrack Obama datang ke negara ini berkali-kali?

Saya mencadangkan agar kerajaan perlu "menyemak semula kesan baik buruknya dengan mengkaji semula kandungan perjanjian TPPA yang setebal 6,000 mukasurat tersebut yang sudah tentu sangat sukar difahami oleh rakyat di negara ini, maka panggillah semua para ulama dan umarak untuk memberi pandangan.

Saya tetap tidak akan redha perjanjian ini ditandatangi oleh pihak berkuasa sebelum rakyat difahami dan diperhalusi nanti.

WALLAHI SAYA BANTAH TPPA!!! Noktah!!

Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani
Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor - HARAKAHDAILY 18/1/2016

Sumber HD - 18-1-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

TPPA: Perjanjian bebas yang mengikat

SYAHIR SULAIMAN | .


TPPA adalah sebuah perjanjian perdagangan bebas (FTA), iaitu perjanjian antara dua negara atau lebih, di mana negara-negara ahli kepada perjanjian memberikan layanan yang lebih baik sesama sendiri berbanding dengan negara bukan ahli.

TPPA melibatkan 12 buah negara di rantau Lautan Pasifik, iaitu Amerika Syarikat, Australia, Brunei, Canada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, dan Vietnam. Ia bakal muncul sebagai sebuah blok ekonomi terpenting di dunia, bagi menyaingi kebangkitan gergasi ekonomi dunia yang baru, iaitu Brazil, Rusia, India dan China (BRIC).

Yang membezakan TPPA dengan FTA tradisional adalah kerana skop perjanjian TPPA yang lebih komprehensif dan meluas, meliputi aspek harta intelek, tender kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan, buruh, dan alam sekitar, berbanding skop yang biasa terkandung dalam FTA, meliputi aspek ekonomi dan pelaburan sahaja.

Rundingan TPPA telah pun dimuktamadkan pada 5 Oktober 2015 di Atlanta (tiada pindaan dibenarkan) dan bakal ditandatangani pada Februari 2016 di New Zealand, diikuti tempoh ratifikasi selama dua tahun (2016-2018) untuk setiap negara meminda undang-undang bagi mematuhi peraturan yang terkandung dalam TPPA, seterusnya memberi jalan kepada penguatkuasaan TPPA kepada negara anggota selewatnya pada tahun 2018.

Keuntungan yang tidak pasti.

Kerajaan menyedari bahawa penyertaan dalam TPPA pastinya akan ada yang menang dan kalah. Namun, kerajaan berpendapat bahawa faedah penyertaan dalam TPPA lebih banyak daripada keburukan, antaranya:

1. Akses pasaran

Malaysia bakal mendapat manfaat dari aspek ekonomi yang ditawarkan oleh TPPA – saiz pasaran yang lebih luas melibatkan 800 juta penduduk dengan jumlah KDNK bernilai USD27.5 trilion (40% KDNK dunia).

Hakikatnya, jika dilihat secara terperinci, pasaran TPPA bakal didominasi oleh pasaran Amerika Syarikat - KDNK bernilai USD17.4 trilion atau 62%, berbanding 38% saiz KDNK oleh 11 buah negara yang lain. Manakala Malaysia adalah terlalu kerdil, dengan saiz pasaran hanya 1% daripada keseluruhan pasaran TPPA (USD0.3 trilion).

Justeru, tiada keperluan untuk Malaysia menyertai TPPA dan sewajarnya Malaysia meningkatkan kerjasama sedi ada dalam 13 FTA yang tidak terlalu mengikat - 6 menerusi ASEAN dan 7 secara bilateral, di samping meneroka pasaran baru sesama negara anggota OIC, tanpa melibatkan Amerika Syarikat sebagai watak dominan dalam sebarang perjanjian dagangan dan mengekalkan polisi ‘mesra kepada semua’ dalam pentas diplomatik antarabangsa.

2. Pertumbuhan ekonomi

PriceWaterhouseCoopers (PWC), firma yang dilantik oleh Kerajaan bagi menjalankan kajian kos dan manfaat terhadap negara meramalkan penyertaan Malaysia dalam TPPA membawa manfaat kepada ekonomi dengan peningkatan dalam pertumbuhan KDNK, pertambahan pelaburan serta import dan eksport.

Menariknya, kajian yang dijalankan oleh PWC ini hanya mengemukakan manfaat jika Malaysia menyertai TPPA dan kerugian jika Malaysia tidak menyertai, tetapi gagal memberi gambaran menyeluruh kerugian jika Malaysia menyertai TPPA.

Kajian PWC mendapati sektor yang bakal mendapat manfaat adalah perniagaan yang berorientasikan eksport seperti tekstil, komponen automotif, dan elektrikal & elektronik (dikuasai firma Amerika Syarikat dan Eropah).

Manakala sektor yang bakal mendapat kesan negatif adalah industri yang menghadapi persaingan yang lebih sengit pasca-TPPA seperti minyak & gas, minyak sawit, dan pembinaan, di mana sektor ini merupakan penyumbang utama kepada ekonomi negara dan dikuasai syarikat tempatan.

Malah, PWC mengunjurkan impak TPPA kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia tidaklah terlalu besar – hanya menyumbang kenaikan 1.15% KDNK dan kenaikan 0.9% eksport negara, satu lonjakan yang sangat rendah dan tidak signifikan kepada ekonomi negara yang berkembang pada kadar 4%-6% setahun.

3. Impak sosio-ekonomi

Beberapa sarjana ekonomi seperti Prof. Dr. Jomo Kwame Sundaram dan Prof. Joseph Stiglitz berpendapat Malaysia tidak akan mendapat apa-apa kelebihan dari segi ekonomi, sebaliknya penyertaan dalam TPPA akan menyebabkan kerugian kepada negara.

Kerugian ini antara lainnya berpunca dari eksport negara berkurangan dan import akan meningkat, di samping akan terus melebarkan jurang pendapatan (income inequality) dalam negara.

Kajian yang dijalankan oleh pihak Kerajaan, samada oleh ISIS dan PWC tidak menggariskan secara terperinci kesan langsung TPPA kepada aspek sosio-ekonomi rakyat, khususnya dua isu utama yang membebankan rakyat iaitu kos sara hidup dan kadar hutang yang tinggi (87% KDNK), kesan daripada pelaksanaan GST dan kejatuhan nilai mata wang ringgit.

Malah, PWC turut menyatakan bahawa akan ada perubahan struktural oleh pihak kerajaan dan swasta bagi menyesuaikan operasi dan perniagaan pasca-TPPA. Ini bermakna rakyat akan menerima kenaikan kos secara langsung dan tidak langsung, sebagaimana yang telah dihadapi rakyat pasca pelaksanaan GST.

Berdasarkan kepada tiga pertimbangan ini, ia menunjukkan bahawa tiada keperluan untuk Malaysia terikat dengan perjanjian TPPA yang tidak menjamin kesejahteraan hidup rakyat dan tidak membawa manfaat yang besar kepada ekonomi negara, berbanding risiko dan kerugian yang tidak dapat dipastikan.

Justeru, tindakan kerajaan untuk menyertai TPPA dalam keadaan untung dan rugi yang tidak pasti, adalah umpama kita menandatangani cek kosong untuk diserahkan kepada pihak broker, dan broker tersebut adalah Amerika Syarikat yang sangat kita kenali. – HARAKAHDAILY 18/1/2016

Penulis ialah Pengarah Strategi DPPM

Sumber HD - 18-1-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




TPPA: 7 bahana kepada negara dan rakyat






ALANG IBN SHUKRIMUN | .


1. Kos sara hidup meningkat.
Buat masa sekarang, ada beberapa syarikat tempatan yang dibenarkan menghasilkan produk antarabangsa di kilang negara ini. Maka itu menjimatkan kos pengeluarannya dan boleh dijual dengan harga murah.

Tetapi sekiranya TPPA terlaksana, pemasaran akan diambil alih secara langsung oleh syarikat induk dari negara mereka, dan kosnya pasti meningkat.

Produk yang paling terkesan adalah ubat-ubatan. Negara tidak lagi dibenarkan menghasilkan ubat generik daripada formula pengeluar asal, sebaliknya ubat itu akan datang dari negara asalnya sendiri sebagai ubat import dan tentunya harga akan melambung sehingga dianggarkan meningkat hampir 1000%!

2. Syarikat tempatan akan mati
TPPA bermakna syarikat asing bebas beroperasi dalam negara kita. Maka dengan persaingan ini, mustahil syarikat kita mampu hidup. Syarikat asing memiliki dokongan modal yang besar dan produktivi yang tinggi berbanding kita.

Contohnya produk jagung. Katakan ladang jagung Malaysia 10k hektar, boleh jual harga RM1 sekilo. Tetapi Amerika memiliki 200k hektar ladang, dan mampu jual serendah 0.40 sen sekilo. Siapa nak beli jagung kita?

Walaupun murah itu menguntungkan pengguna, kena fikir dua kali. Nanti bila Malaysia tak tanam lagi jagung sebab tak laku, Amerika akan jadi pembekal tunggal jagung di Malaysia. Suatu hari nanti kalau dia jual RM2 sekilo pun, orang akan beli sebab sudah tiada pilihan! Ini cara kapitalis kuasai pasaran.

3. Negara hilang kedaulatan
Kuasa perundangan akan jadi terbatas. Kalau sebelum ini perlembagaan negara dan segala akta persekutuan adalah hukum tertinggi negara, tetapi selepas ini TPPA adalah hukum tertinggi. Mana-mana peruntukan dalam perlembagaan Malaysia yang dianggap merugikan anggota TPPA, boleh disaman di mahkamah antarabangsa.

Contohnya dalam akta filem, negara menetapkan setiap filem yang ingin ditayangkan perlu ditapis oleh Lembaga Penapisan Filem. Tetapi selepas TPPA dimeterai, akta tersebut bakal berdepan saman sekiranya syarikat asing yang mengeluarkan filem-filem tidak bermoral seperti lucah, perkauman dan provokasi agama melampau tidak boleh menjual produk mereka di negara kita.

4. Memasukkan negara dalam blok barat
Geopolitik dunia sekarang sedang mengalami konflik yang amat dahsyat. Setelah kejatuhan segala sistem ekonomi ciptaan manusia, kuasa-kuasa besar cuba meneruskan survival dengan memperkukuh jaringan pengaruh masing-masing.

Dengan TPPA, Malaysia yang selama ini dikenali sebagai negara berkecuali tidak lagi bersifat sedemikian. Secara automatiknya, TPPA akan menjadikan Malaysia sebahagian dari blok kapitalis barat. Hubungan dagang dengan blok anti barat akan terjejas dan bakal merugikan pasaran negara.

Apabila negara tidak lagi memiliki hubungan dengan blok tersebut, Maka dengan mudahnya kita akan jadi boneka barat. Segala polisi yang bakal memberikan ancaman terhadap ekonomi barat akan dikecam dan diambil tindakan. Negara hanya akan jadi barua yang mengkayakan barat, dan melicinkan agenda globalisasi zionis untuk menguasai dunia.

5. Tidak boleh dibatalkan sesuka hati
Sekiranya kerajaan bertukar tangan, dasar percukaian GST mampu dimansuhkan dengan kuasa yang ada. Tetapi tidak TPPA kerana ia melibatkan kepentingan syarikat-syarikat mutinasional dan negara anggota lain. Negara akan berdepan berbagai tuntutan ganti rugi daripada pihak yang terlibat dan ini amat membebankan.

Kita sudah merasai akibat kebisuan rakyat dalam isu GST. Pasti ramai yang menyesal dan bertekad untuk menukar kerajaan kepada pihak yang mampu menangani GST. Tetapi TPPA, semua ini mustahil. Sesal kemudian sudah tidak berguna lagi walaupun kita berjaya gulingkan kerajaan yang ada sekalipun.

6. Hilang nilai dan budaya murni Tanah Melayu
Apabila semua pihak anggota bebas memasarkan produk masing-masing dalam negara, maka segala produk seperti filem, permainan, makanan dan pakaian yang bertentangan dengan budaya luhur kita akan terjejas. Tiada lagi adat ketimuran yang boleh dibanggakan. Generasi masa hadapan akan hidup sebagaimana kehidupan barat sebagaimana yang telah berlaku di Filipina, Singapura, Thailand.

7. Islam terancam
Undang-undang Islamik yang ada hari ini seperti menutup premis sewaktu solat Jumaat, tidak menjual makanan di siang puasa, mengharamkan arak dijual di penempatan Islam, kawalan pembiakan khinzir di kawasan tertentu dan seumpamanya akan berdepan tindakan undang-undang apabila ia didakwa merugikan perniagaan syarikat asing. Kesannya akan membentuk budaya yang sangat liberal dalam Malaysia.

Apa yang paling ditakuti, sekiranya gerakan Islam diberi mandat sekalipun oleh rakyat untuk mentadbir negara, Islam tetap sukar dilaksanakan kerana terikat dengan terma TPPA. Syarikat boleh sahaja menyaman akta syariah negara atas alasan ia merugikan operasi mereka.

Secara mudahnya, TPPA bakal memberikan kuasa kepada syarikat setaraf atau melebihi kuasa sebuah negara berdaulat seperti Malaysia. Pangkat seorang Agung boleh disamakan seperti CEO syarikat sahaja.

Konklusinya, buatlah keputusan dengan bijak. Jangan gadaikan negara dengan kebisuan kita. Sebarkanlah perkara ini seluasnya. Kalau pemimpin negara tidak lagi memikirkan semua ini, biar rakyat yang bangkit tentukan nasib negara mereka sendiri! – HARAKAHDAILY 18/1/2016

Sumber HD - 18-1-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

K'jaan tak boleh tandatangani TPPA ikut undi MP BN

HARAKAHDAILY | .



Kerajaan tidak boleh membuat keputusan untuk menandatangani perjanjian TPPA berdasarkan keputusan undi ahli parlimen BN

Para pimpinan kerajaan BN tidak seharusnya meletakkan negara pada situasi yang terdedah kepada pengaruh berlebihan pihak asing, terutamanya Amerika Syarikat dan risiko besar terhadap kedaulatan negara dalam keadaan nilai mata wang negara lemah, pendapatan negara menurun kerana kejatuhan harga minyak, pimpinan negara terpalit dengan skandal besar, hutang negara yang semakin membesar dan kos sara hidup yang semakin mencekik leher dengan menandatangani perjanjian TPPA.

Antara perkara yang paling dibimbangi di dalam TPPA ialah kos perubatan yang dijangka melambung yang bakal merompak hak rakyat marhaen untuk menikmati perubatan boleh tampung.

Hak rakyat marhaen ini perlu dipelihara dan dipertahan kerana keadaan kos sara hidup yang semakin menghimpit kualiti kehidupan mereka. Jangan kerana TPPA menyebabkan hanya rakyat kaya sahaja mampu menikmati perubatan.

TPPA memberi kelebihan untuk syarikat-syarikat asing untuk menembus pasaran negara-negara TPP. Malangnya negara kita tidak akan menikmati perkara ini malah ia membahayakan ekonomi syarikat tempatan.

Umum mengetahui, Malaysia kekurangan syarikat tempatan yang mempunyai produk atau servis yang dapat bersaing di peringkat antarabangsa. Kekurangan ini berserta dengan nilai Ringgit yang rendah menyukarkan syarikat kecil tempatan untuk menyaingi syarikat-syarikat daripada negara lebih maju dari industri yang sama atas faktor modal dan juga kemampuan menggaji pekerja-pekerja tempatan yang pasti lebih terpikat dengan tawaran gaji lebih tinggi oleh syarikat-syarikat dari negara maju yang mempunyai nilai mata wang yang lebih tinggi berbanding Ringgit. Akhirnya, syarikat-syarikat tempatan terpaksa gulung tikar.

Perjanjian TPPA ini secara langsung akan meletakkan Malaysia di dalam blok Amerika dan sekutunya.  Ia bermakna Malaysia akan melepaskan kedaulatannya sebagai sebuah negara bebas yang tidak terikat dengan sebarang blok kuasa utama dunia yang sedang bersaing hebat.

Apakah Malaysia masih bebas bersuara tatkala Amerika dan sekutunya Israel menindas negara-negara Islam seperti Palestin tanpa sebarang risiko dikenakan sekatan ekonomi kerana TPPA selepas ditandatangani nanti?

Himpunan rakyat membantah TPPA pada 23 Januari 2016 nanti adalah sebahagian daripada usaha dan kebimbangan rakyat terhadap sikap pihak kerajaan yang bersungguh-sungguh untuk menyertai perjanjian tersebut. Himpunan ini bakal merupakan satu desakan kepada kerajaan agar mengambil kira pandangan dan bantahan rakyat terhadap perjanjian TPPA.

Walaupun perbahasan di parlimen merupakan langkah positif bagi memberi peluang kepada ahli-ahli parlimen membahas dan menyuarakan padanan mereka terhadap TPPA akhir bulan ini, namun PAS merasakan ia mungkin sekadar lakonan hiasan untuk menunjukkan bahawa kerajaan masih sedia mendengar - walhal para ahli parlimen BN telah diberi arahan untuk mengundi menyertai TPPA dari pihak atasan.

Oleh kerana isu TPPA merupakan isu yang akan meninggalkan kesan besar kepada masa depan dan generasi depan negara, kerajaan tidak boleh membuat keputusan untuk menandatangani perjanjian TPPA berdasarkan keputusan 134 ahli parlimen BN yang sudah terbukti bakal bertindak seperti lembu dicucuk hidung.

PAS mencadangkan satu referendum rakyat perlu dibuat bagi kerajaan mendapatkan mandat samada menandatangani perjanjian atau sebaliknya. Dengan referendum ini, rakyat akan lebih jelas implikasi baik buruk keterlibatan negara dalam TPPA ini melalui siri penerangan dan penjelasan semua pihak.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
5 Rabiul Akhir 1437 / 15 Januari 2016 - HARAKAHDAILY 15/1/2016

Sumber HD - 15-1-2016
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------







TPPA bakal lenyapkan jelapang padi negara?

IZWAN ABDUL HALIM | .


ALOR SETAR: Kedah dijangka antara paling terjejas kesan dari Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) sekiranya ia ditandatangani terutamanya terhadap Jelapang Padi Negara yang berdepan kemampuan daya saing dengan kemasukan beras dari negara lain.

Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah, Ustaz Mohd Azam Abd Samat berkata, secara khusus, para petani berdepan kemungkinan hilang pendapatan apabila beras gred lebih tinggi dari negara lain dijual pada harta setara dengan beras keluaran negara ini.

“Secara praktikal keperluan penduduk negara ini terhadap makanan ruji itu tentunya akan mengalih pilihan kepenggunaan mereka kepada tawaran lebih bernilai.

“Malah, tidak mustahil para pesawah akan ‘hilang pekerjaan’ apabila penanaman padi tidak lagi menjadi sumber pendapatan dan memungkinkan juga tanah sawah diubah kepada tujuan pembangunan.

“Sekali gus landskap Kedah selaku Jelapang Padi Negara juga bakal lenyap ditelan sejarah,” ujarnya meluah kebimbangan itu dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, nasib yang sama juga akan menimpa pesawah padi di seluruh negara terutama dalam jajaran estet padi sebagaimana terdapat di Selangor dan Perak.

Kebimbangan itu katanya, wajar berdasarkan kepada tindak-tanduk kerajaan dan agensi berkaitan yang sejak berdekad-dekad tidak begitu serius membantu sektor beras negara khususnya para pesawah dan penanaman padi.

“Ia masih ditakuk lama dan masalah-masalah yang berlegar tidak ditangani dengan baik. Isu baja dan anak benih, serangan penyakit, pengairan, jentera, subsidi dan harga padi seakan tidak pernah selesai.

“Lebih malang seakan dipandang enteng dan tidak dipedulikan apabila tanah sawah dilanda oleh keghairahan pembangunan yang mengubah statusnya,” kesal beliau.

Apatah lagi menurutnya, sikap yang seolah-olah menjadi dasar pihak kerajaan apabila lebih mengutamakan kepentingan kroni atau golongan korporat yang menjalankan urusniaga serta mengaut kekayaan dan keuntungan besar.

Maka ujar beliau, TPPA bagi mereka yang tamak tentunya dilihat sebagai peluang untuk menyertai pasaran lebih liberal.

Katanya, golongan peniaga seperti itulah atas kepentingan diri semata-mata mengejar hambatan besar tersebut hingga sanggup mengambil kesempatan di atas kesempitan golongan bawahan seperti para pesawah.

“Malaysia seharusnya mengakui realiti negara ini bahawa golongan berkepentingan perniagaan adalah pihak ‘peraih’ yang sering mengaut keuntungan dari penat lelah golongan bawahan. Dalam hakikat pesaingan sedemikian, Malaysia umpama kancil yang berhadapan gajah seperti Amerika.

“Dengan kemampuan teknologi dan sebagainya, pesawah di negara itu mampu mengeluarkan beras gred tinggi dalam jumlah yang banyak serta keupayaan memasarkan sendiri dengan bantuan kerajaannya.

“Berbeza dengan realiti Malaysia di mana pesawah hanya semata-mata mengusahakan penanaman dan tidak terlibat untuk masuk ke pasaran menjual hasil beras mereka,” terangnya.

Tambah beliau lagi, saranan mantan Menteri Besar Kedah, Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak supaya diwujudkan jaminan ‘keselamatan makanan’ dengan mengekal tanah sawah dan meningkatkan penanaman padi agar pengeluaran beras bertambah, harus dilihat serius oleh pihak kerajaan.

Betapa Almarhum katanya, telah menukilkan iktibar terhadap kepentingan kecukupan bekalan makanan ruji itu kerana terputus atau ketiadaannya boleh menyebabkan konflik, bahkan hingga mencetuskan peperangan.

“Jika lenyapnya tanah sawah dan terhentinya pengeluaran beras dari usaha negara ini, serta bergantung pula kepada beras import, kemungkinan berhadapan risiko terputus bekalan boleh berlaku dengan sikap kapitalis para peniaga di mana ia juga satu bentuk penjajahan di era masa kini.

“Sehubungan itu Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah menggesa Kerajaan Malaysia atas kepentingan bangsa dan kedaulatan negara agar berani untuk tidak menandatangani TPPA.

“Kami juga menyeru para pesawah di seluruh negara hadir ke Himpunan Aman Membantah TPPA pada Sabtu, 23 Januari ini di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 15/1/2016

Sumber HD - 15-1-2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

TPPA dan impak ke atas gaji pekerja

HARAKAHDAILY | .


Dengan keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat dan gaji ibarat “kais pagi makan pagi”, 95 peratus rakyat Malaysia buat masa sekarang ini lebih mementingkan isu di bawah:

Berapa banyak gaji mereka akan meningkat?
Berapa banyak pendapatan isi rumah akan meningkat?
Adakah mereka mampu untuk mengekalkan pekerjaan mereka pada tahun-tahun yang akan datang?
Adakah pekerjaan baru yang akan diwujudkan memberikan pendapatan yang lebih baik dan tinggi?
Adakah kos sara hidup secara relatif akan menjadi lebih rendah berbanding dengan pendapatan mereka?

Adalah sangat menyedihkan apabila jumlah KDNK (GDP) dan pelaburan sering diketengahkan tetapi bukanlah keuntungan bagi rakyat jelata – terutamanya isirumah dan pekerja.

Berdasarkan Analisis Kos Faedah yang dilakukan oleh PriceWaterhouseCoopers’ mengenai gaji, kami dapati bahawa jika kerajaan menandatangani TPPA, kenaikan gaji bulanan melebihi garis dasar hanyalah RM25 pada tahun 2027. Terdapat juga pengurangan dalam pendapatan isi rumah secara purata sepanjang 2018-2027 sebanyak RM117.

Adalah sangat menghairankan bahawa satu perjanjian yang disebut sebagai “perjanjian abad ke-21 yang berkualiti tinggi, mempunyai standard emas (sebanyak 6,200 mukasurat secara keseluruhannya) – yang akan memberi impak kepada hampir semua dasar-dasar yang sedia ada dan akan menjejaskan kehidupan setiap rakyat dan generasi masa hadapan untuk 100 tahun yang akan datang, termasuk membelakangi RMK-11 – hanya akan menghasilkan kenaikan RM25 kepada gaji bulanan pekerja sebulan pada tahun 2027.

Apabila TPPA berkuat kuasa ia tidak akan membolehkan kita untuk meningkatkan gaji minima yang kini ditetapkan sebanyak RM1,000. Dasar gaji minima adalah penting untuk meningkatkan tahap umum gaji terutama di kalangan mereka yang berpendapatan lebih rendah. Peruntukan dalam bab pelaburan seperti klausa-klausa “fair and equitable treatment (FET)”atau "layanan yang adil dan saksama" serta “expropriation” atau "rampasan" bermakna Malaysia tidak boleh menukar mana-mana parameter ekonomi yang akan mengurangkan keuntungan semasa dan masa depan pelabur. Lihat sahaja kes Veolia vs Mesir di mana Mesir telah didakwa di atas hasrat kerajaannya untuk melaksanakan gaji minima walaupun polisi ini dianggap “non-discriminatory” atau “tanpa diskriminasi”.

Sebenarnya, pada masa sekarang ini, gaji minima di Malaysia iaitu RM5 sejam adalah lebih rendah daripada Jakarta (RM5.40 sejam) dan Manila (RM5.52 sejam) yang melancarkan dasar gaji minima mereka awal tahun ini.

Larangan "keperluan prestasi" (performance requirement) dalam Bab Pelaburan juga akan menghalang Malaysia daripada membuat dasar-dasar yang tidak menggalakkan pelaburan bernilai rendah dan yang memerlukan industri tenaga kerja yang ramai serta bergaji rendah. Malah, MITI dengan megahnya membuat kenyataan bahawa TPPA akan menguntunkan dan menggalakkan perkembangan industri tekstil - yang pada dasarnya adalah bergaji rendah, bernilai rendah, berteknologi rendah dan sangat bergantung kepada pekerja asing. Kenyataan ini sebenarnya bercanggah dengan aspirasi awal ETP dan RMK-11 untuk mewujudkan lebih banyak sektor-sektor bernilai tinggi dan yang menjanjikan gaji yang tinggi. Jika kerajaan menandatangani TPPA, Malaysia sebenarnya bukan maju ke hadapan, tetapi mengambil langkah ke belakang.

Secara amnya, apabila terdapat pengurangan dari segi lebihan dagangan ataupun apabila kita mengalami defisit perdagangan (trade deficit), kita akan mengalami kehilangan pekerjaan. Analisis Kos Faedah PwC menyatakan bahawa akan ada pengurangan dari segi lebihan dagangan. Mengikut sejarah, kebanyakan negara yang menandatangani FTA atau perjanjian perdagangan bebas dengan Amerika Syarikat akan mengalami defisit perdagangan yang sangat ketara (Chile  USD-9.4bil 2008-2012, Peru USD-2.9bil 2003-2012, Singapore USD-10.3bil 2003 -2012, Argentina USD-21.7bil 2004-2012).

Apabila TPPA dilaksanakan, peluang bagi usahawan tempatan untuk mendapatkan kontrak kerajaan yang berskala besar akan berkurangan. Menurut kajian yang dijalankan oleh Bantah TPPA*, nilai Perolehan Kerajaan atau GP yang diberikan kepada syarikat asing dari tahun 2010 sehingga 2014 adalah 18.2%. Tetapi apabila TPPA dilaksanakan (entry into force atau EIF) pada tahun 2018, peratusan bagi industri pembinaan contohnya, akan meningkat ke 25% dan seterusnya ke 52% pada tahun 2038.

(* Government Procurement Chapter, State-Owned Investment Chapter and Bumiputera Affirmative Policy - by Bantah TPPA/lead researcher Azlan Awang)

Kami mengharapkan bahawa dengan liberalisasi serta aliran modal dan pelaburan yang tidak dikawal, akan terdapat aliran bebas pekerja. Tapi ini tidak akan berlaku. Sebaliknya, Malaysia diharuskan untuk juga membolehkan pelawat perniagaan (business visitors), pemasang (installer), pekerja servis, penerima pindahan antara korporat (intra corporate transferees) iaitu pengurusdan pakar-pakar, pekerja kontrak profesional dan pekerja lain untuk bekerja di Malaysia sehingga 10 tahun. Tanggungan (isteri-isteri dan anak-anak) juga akan dibenarkan untuk tinggal dan bekerja di Malaysia.

Amerika Syarikat tidak akan membenarkan ini berlaku di negara mereka. Dengan ini:

* Malaysia, buat masa sekarang, adalah lebih terbuka dari AS atau Kanada (UNCTAD)

* Malaysia memberikan perlindungan yang lebih bagus kepada pelabur dari AS ataupun Kanada (PWC CBA)

* Menurut USTR pula, langkah bukan tarif atau NTM (non tariff measures) kemungkinan besar akan didapati dari pensijilan halal, otomobil, polisi bumiputera dan perolehan kerajaan serta perolehan GLC.

Joseph Stiglitz (Nobel Price Laureate for Economics) berkata: Regardless of how fast GDP grows, an economic system that fails to deliver gains for most of its citizens, and in which a rising share of the population faces increasing insecurity, is, in a fundamental sense, a failed economic system.

“Tidak kira betapa pesatnya kenaikan GDP, sebuah sistem ekonomi yang gagal memberikan keuntungan kepada sebahagian besar rakyatnya, dan mengakibatkan semakin ramai penduduknya mengalami perasaan tidak selamat (insecurity), ialah pada asasnya, satu sistem yang gagal.”

Kesimpulan

• TPPA tidak memberi faedah kepada rakyat biasa. Juga membuktikan bahawa “trickledown effect” yang diwar-warkan adalah sebuah mitos.
• Peningkatan kecil sebanyak RM25 gaji bulanan pekerja melebihi garis dasar pada tahun 2027 dan pengurangan pendapatan isi rumah – adalah tidak wajar dan akan meletakkan Malaysia di dalam bahaya, terutamanya dari segi:
- terhakisnya kedaulatan,
- kehilangan ruang polisi,
- ketidakupayaan untuk meneruskan pembangunan negara,
- kos tinggi yang berpanjangan bagi membeli ubat-ubatan,
- mengurangkan akses kepada maklumat dan pengetahuan,
- memberi akses yang tidak patut kepada pasaran perolehan kerajaan dan GLC dan banyak lagi.

Kemungkinan kehilangan pekerjaan yang meluas

Secara mudah, TPPA tidak akan memberi manfaat kepada rakyat biasa. Kos sara hidup akan terus meningkat manakala kenaikan gaji adalah terlalu kecil; tanpa syak lagi TPPA akan membebankan rakyat dan negara.

AZLAN AWANG
Timbalan Pengerusi Bantah TPPA - HARAKAHDAILY 15/1/2016

Sumber HD - 15-1-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------








TPPA: MP BN jangan sokong membawa rebah

USTAZ IDRIS AHMAD | .



Jika cukai barangan dan perkhidmatan (GST) hanya hisap poket rakyat, tetapi Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) akan menjajah seluruh negara dan merosak sistem yang telah kita bina sejak daripada tahun 1957.

Jangan biarkan negara kita dijajah untuk kali kedua, malahan lebih teruk daripada penjajahan kali pertama.

Penjajahan dahulu mereka punggah hasil mahsul negara dibawa balik ke negara mereka, tetapi dengan TPPA, ia diikat dengan perundangan yang tidak mampu untuk bergerak kerana ia akan dibicara bukan di Malaysia.

Jika kena saman dan kalah, ia akan membawa negara menanggung berbilion ringgit. Selepas itu Malaysia dan rakyat akan menjadi abdi kepada negara luar.

Pengalaman kekalahan tuntutan Pulau Batu Putih dengan Singapura di Mahkamah Antarabangsa sudah menjadi petunjuk kemampuan Malaysia di arena antarabangsa.

Walaupun pemimpin BN mengatakan, mustahil 11 buah negara lain yang bersetuju dengan TPPA membiarkan negara mereka dijajah, oleh itu tidak perlu rakyat Malaysia takut dengan TPPA.

Pemimpin Malaysia jangan jadi Pak Pandir dan Mak Andeh, yang mengatakan anak orang juga mati bukan sahaja anak kita yang mati. Kenapa perlu kita ikut negara lain?

Malaysia sebuah negara yang unik dari segi penduduk yang majmuk, berbagai agama dan budaya, Raja Berpelembagaan, Islam sebagai agama persekutuan, hak istimewa orang-orang Melayu dan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Malaysia ada kerajaan tempatan, ada senarai negeri dan ada senarai Persekutuan.

Saya menyeru supaya Ahli Parlimen (MP) BN akan menolak TPPA pada sidang khas 26 dan 27 Januari 2016.

Jangan ulangi kesilapan sewaktu menyokong GST, kemudian marah kenapa GST menyebabkan barang-barang menjadi mahal di dalam sidang parlimen selepas GST dilaksanakan.

TPPA akan membawa penderitaan sepanjang hayat. Tidak guna air mata berdarah. Mereka mesti menggunakan kebijaksanaan dan rasional untuk kedaulatan negara, bersatu untuk menolak TPPA.

Sudah banyak kesilapan kerajaan BN, jangan tambah lagi satu pengkhianatan kepada negara. Jangan sokong membawa rebah. - HARAKAHDAILY 15/1/2016

Penulis ialah Naib Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Sumber HD - 15-1-2016

------------------------------------------------------

PAS Wilayah seru ahli kongsi derita bantah TPPA






HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: PAS Wilayah Persekutuan menyeru kepada semua ahli dan pendukung parti serta warga Wilayah Persekutuan tanpa mengira agama dan warna kulit hadir secara aman berkongsi penderitaan Bantah TPPA di Dataran Merdeka pada 23 Januari ini bermula jam 2 petang
.BENDAHARI PAS PUSAT / PESURUHJAYA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN

Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Noor Mohamad menggesa agar diselamatkan Malaysia daripada imperialisme moden yang menjarah dan menggari tangan dan kaki kedaulatan rakyat negara ini.

"Hulurkan tangan anda menjadi benteng negara daripada taufan kemusnahan yang bakal dikocak dan digoncangkan oleh TPPA ke atas akar umbi industri tempatan yang menjadi kebanggaan kita selama ini.

"Eratkan saf dan bahu kita menjadi tembok penghalang kemaraan ideologi cengkaman gergasi penjajah dunia yang ingin merampas kemuliaan keizzahan yang telah kita miliki," ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau mahu memastikan genggaman kita padu meyelamatkan masa depan agama dan negara yang bakal diteruskan oleh generasi anak cucu yang bakal mewarisi bumi Malaysia pada masa  akan datang. - HARAKAHDAILY 14/1/2016

Sumber HD - 14-1-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bantah TPPA: Puluhan ribu ahli PAS dijangka hadir

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Puluhan ribu ahli PAS dari seluruh negara dijangka akan membanjiri Dataran Merdeka pada 23 Januari ini bagi menyertai Himpunan Aman Membantah TPPA.

Ketua Penerangan PAS Pusat Nasrudin Hassan berkata, PAS telah mengerahkan ahlinya seramai mungkin supaya menyertai himpunan aman itu nanti.

Beliau juga mengajak ahli PAS menyarungkan semula jersi hijau Fastaqim bersama lilitan hitam Bantah TPPA di dalam himpunan itu nanti.

"Sekaligus menghijaukan Dataran Merdeka pada 23 Jan 2016 ini (sabtu), dengan semangat yang jernih dan murni untuk menghantar isyarat yang jelas kepada kerajaan Malaysia agar menolak TPPA," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata, konsep himpunan itu nanti  membawa mesej secara santai tanpa provokasi oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab.

Jelasnya, semarak kebangkitan anak muda khasnya dan rakyat amnya untuk meninggikan Syariat Allah SWT menentang kebathilan dan membina Malaysia yang sejahtera adalah suatu yang tidak boleh dibendung lagi.

"Fastaqim! Adalah perintah Allah SWT untuk seluruh hamba-Nya bangkit menunaikan titah perintah yang telah termaktub di dalam kitab suci al-Quran. Antaranya ialah menentang segala jenis kemungkaran. Sama ada kemungkaran politik mahupun ekonomi," kata beliau.

Tegas beliau, TPPA sebahagian daripada kemungkaran ekonomi yang wajar ditentang dan dibantah oleh umat Islam khasnya. Hal ini kerana TPPA bakal membawa malapetaka kepada penguasaan ekonomi rakyat tempatan dan masa depan negara yang bakal terjajah tanpa sedar melalui sebuah perjanjian yang menambat kaki dan tangan kita.

"Hak bumiputera terancam, industri tempatan musnah, negara hilang kedaulatan, kuasa besar ekonomi mencengkam negara, harga barangan meningkat, kos sara hidup menjulang tinggi dan rakyat menjadi bangsat di bumi sendiri. Inilah kesan dan risiko yang bakal terhasil dari perlaksanaan TPPA sebagai sebuah perjanjian kerjasama rantau pasifik,"ujar beliau.

Nasrudin yang juga Setiausaha Kongres Rakyat berharap pihak berkuasa memberi kerjasama yang baik untuk kesuburan demokrasi negara ini.

"Begitu juga harapan saya agar seluruh rakyat Malaysia turut membantah TPPA ini dan kerajaan menarik diri dari menyertai perjanjian ini," tambah beliau.

Selain menyertai Himpunan aman Membantah TPPA, PAS akan turut membantah perjanjian itu di dalam perbahasan pada Sidang Khas Parlimen di Dewan Rakyat yang akan bermula pada 26 dan 27 Januari ini. – HARAKAHDAILY 13/1/2016

Sumber HD - 13-1-2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------




PAS sertai Himpunan Aman Bantah TPPA






HARAKAHDAILY | .


PAS akan bersama menyertai Himpunan Aman Bantah TPPA bersama Kongres Rakyat pada 23 Jan 2016 di Dataran Merdeka.

Kami juga akan turut membantah TPPA dalam sessi perbahasan di Sidang Khas Parlimen pada 26 dan 27 JanuarI ini.

Adapun untuk kami menyertai penganjuran bantah TPPA oleh pihak lain, akan kami nilai keperluan, kewajaran dan kesesuaian masa serta keadaan selepas ini.

Ahli PAS diminta memberikan komitmen yang tinggi terhadap aktiviti yang dianjurkan oleh PAS atau mana-mana aktiviti yang direstui.

Tegasnya PAS mempunyai pendekatan khusus tanpa terikat dengan mana-mana pihak. Berasaskan sistem nilai tersendiri dan agenda yang diperjuangkan, PAS telah mengatur dan merencana aktiviti bantahan TPPA melalui pelbagai peringkat.

Teguran, forum terbuka, resolusi persidangan dan himpunan aman untuk menghantar isyarat yang jelas kepada kerajaan Malaysia bahawa kami bantah TPPA yang dilihat sebagai bentuk penjajahan baru kuasa besar ke atas negara kita dalam sektor ekonomi.

Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat - HARAKAHDAILY 11/1/2016

Sumber HD - 11-1-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Deklarasi rakyat tolak TPPA

HARAKAHDAILY | .


Bersandarkan faktor-faktor yang disebutkan di bawah, di mana:

- Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) telah dirundingkan secara rahsia dan hasil rundingan juga telah diputuskan secara rahsia melalui proses yang tidak telus dan tidak demokratik oleh pegawai-pegawai kerajaan yang telah bekerjasama rapat dengan pihak-pihak yang mempunyai kepentingan di dalam sektor komersial dan industri;

- Pandangan ikhlas dari masyarakat sivil, peniaga kecil dan komponen-komponen lain dari barisan rakyat biasa langsung tidak diambil kira;

- Tiada konsultasi yang bermakna telah dilakukan bersama rakyat biasa serta kumpulan-kumpulan bukan kerajaan yang mewakili kepentingan rakyat pelbagai kaum dan agama;

- Keburukan yang ada pada TPPA menurut sumber yang sahih dan pandangan ahli ilmuwan adalah jauh lebih besar dari manfaat yang sedikit dan tidak pasti, terutama sekali kepada rakyat biasa yang sepatutnya dilindungi dari kerakusan kepentingan korporat;

- Dari segi konteks geopolitikal, TPPA merupakan suatu persaingan ekonomi, politik dan ketenteraan serta perlumbaan peluasan pengaruh global di antara dua kuasa besar iaitu Amerika Syarikat dan China yang akan menyebabkan negara kita Malaysia tersepit di tengah-tengah, digunakan sebagai bahan percaturan di dalam permainan geo-politik mereka;

- Teguran, nasihat dan amaran yang diberikan oleh pelbagai pihak dari dalam dan luar negara - dari tokoh pemimpin dan ahli ekonomi serta rakyat biasa yang tiada kuasa – tidak diendahkan, adalah jelas bahawa kepimpinan negara sangat bersungguh-sungguh serta mempunyai keazaman yang kuat untuk menandatangani TPPA;

- Rakyat dan negara kita Malaysia, hanya diberi dua pilihan:

i. Menerima TPPA secara menyeluruh; atau

ii. Menolak TPPA secara menyeluruh

Dan Rakyat tidak diberikan cara atau jalan yang lain untuk membuat pilihan alternatif selain dari dua pilihan ini;

Maka sebagai rakyat Malaysia yang cintakan negara dan risau mengenai masa depannya, kami berpendapat bahawa adalah jelas:

1. Kepentingan rakyat tidak diletakkan sebagai prioriti utama di dalam proses perundingan ataupun di dalam membuat keputusan untuk menandatangani TPPA

Walaupun diakui oleh semua pihak yang berunding bahawa harga ubat-ubatan akan pasti meningkat dengan mendadak jika TPPA ditandatangani, namun pihak berwajib tidak menunjukkan hasrat untuk mengimbangi kepentingan pelabur asing dengan kepentingan rakyat biasa yang majoritinya memerlukan akses kepada ubat-ubatan mampu milik. Mengurangkan keupayaan rakyat biasa untuk mendapatkan ubat-ubatan mampu milik boleh mengakibatkan kematian. Keuntungan korporat sahaja tidak harus dijadikan prioriti utama di dalam mana-mana perjanjian yang melibatkan kesejahteraan rakyat.

2. TPPA akan menjejaskan kedaulatan, integriti dan kemerdekaan negara dan institusi-institusi negara untuk membuat pilihan bagi kepentingan rakyat/awam

Malaysia adalah sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Kemerdekaan yang dicapai oleh pemimpin-pemimpin terdahulu di atas pengorbanan rakyat jelata yang menginginkan kebebasan untuk menentukan halatuju dan masa depan negara menurut acuan yang unik dan tersendiri tidak harus digadaikan bagi mengejar impian sebagai negara maju yang berpaksikan nilai-nilai yang tidak begitu sesuai dengan nilai-nilai dan adab yang diamalkan rakyat Malaysia sejak bertahun lamanya. Globalisasi datang dalam pelbagai bentuk dan membawa pelbagai ideologi.Bukan semua ide dan teori yang diterbitkan oleh negara maju sesuai bagi negara membangun. Setiap negara mempunyai sejarah dan kadar pembangunan yang berbeza dan tidak semestinya menggunakan acuan yang sama untuk mencapai kemakmuran dan kemajuan. Namun TPPA mewajibkan semua negara, tanpa mengira tahap pembangunannya untuk mencapat standard yang sama yang ditetapkan oleh sebuah negara maju dan kaya iaitu Amerika Syarikat. Bukankah ini “penindasan” namanya?

3. Tiada kepastian TPPA akan menguntungkan negara dan ia berisiko memberi impak negatif terhadap ekonomi negara.

Selama lima tahun sejak Malaysia mengambil bahagian di dalam proses perundingan, penyokong TPPA tidak mahu dan gagal untuk memberikan sebab-sebab yang jelas serta objektif dan analisis yang komprehensif, sistematik dan boleh dipercayai mengenai impak, kos dan keuntungan menjadi sebahagian dari perkongsian perdagangan tersebut. Analisis yang ada sekarang pun baru diterbitkan beberapa minggu yang lalu. Analisa Kos Faedah (Cost Benefit Analysis) dan juga Analisis Kepentingan Negara (National Interest Analysis) ini meremehkan risiko-risiko yang boleh timbul akibat TPPA sementara faedah-faedah yang tidak pasti pula dibesar-besarkan untuk meyakinkan rakyat bahawa mereka – pekerja biasa ataupun usahawan PKS – akan mendapat keuntungan yang besar apabila Malaysia menjadi sebahagian daripada perkongsian ini. Cuba sahaja kaji faedah perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang lain yang hampir sama dengan TPPA di mana pelbagai janji telah dibuat agar sokongan diberikan oleh golongan pekerja dan sektor keusahawanan, dari peningkatan gaji kepada peluang pekerjaan  yang lebih banyak. Namun, janji-janji yang diberi kebanyakannya tidak dapat dipenuhi. Sebaliknya, pelaburan beralih ke negara lain, ramai yang hilang pekerjaan dan pengusaha perniagaan kecil dan sederhana terpaksa berhenti berniaga. Sanggupkah kita melalui apa yang mereka lalui? TPPA, seperti NAFTA dan perjanjian lain yang serupa hanya boleh menjanjikan angan-angan yang tidak dapat menjadi kenyataan.

4. Dengan TPPA, kepentingan negara dan syarikat asing mengatasi kepentingan domestik serta kepentingan rakyat dan perniagaan tempatan

Penambahbaikan kepada Bab Pelaburan dan mekanisma ISDS atau Penyelesaian Pertikaian Pelabur-Negara hanya melibatkan perkara-perkara prosedur, manakala kelemahan asas dan kritikal seperti mekanisma rayuan dan akauntabiliti di dalam ISDS dan juga keistimewaan serta perlindungan yang diberikan kepada pelabur asing mengatasi kepentingan umum telah tidak diberi perhatian oleh penyokong dan penggerak TPPA.


5. TPPA tidak akan menyelesaikan masalah dan cabaran negara yang dihadapi oleh majoriti rakyat Malaysia masakini

Realitinya, keuntungan yang diharapkan dari TPPA hanya akan menguntungkan sesetengah pihak dan tidak dapat dinikmati oleh sebahagian besar rakyat Malaysia. Perjanjian ini tidak mungkin boleh menyelesaikan cabaran kos hidup yang semakin meningkat dan cabaran kehidupan itu sendiri (seperti peningkatan kos perubatan, kos pengangkutan dan barang-barang keperluan harian) serta jurang ekonomi yang makin melebar di antara yang miskin dan kaya, di antara kaum dan peningkatan golongan kelas miskin bandar. Lihat sahaja keadaan negara kita sekarang di mana rakyat merasa semakin tertekan. Penyelesaiannya bukanlah dengan mengambil bahagian di dalam perjanjian perdagangan yang mengekang dan berat sebelah. Sebaliknya, negara harus menumpukan usaha terhadap membina keupayaan domestik dan meningkatkan taraf hidup dan kemahiran rakyatnya dengan cara yang lebih bijak dan selamat.

6. TPPA tidak akan menggalakkan urus tadbir negara yang lebih baik

TPPA diangkat sebagai perjanjian yang bertaraf emas (gold standard) yang mengharuskan negara ahli untuk mengikuti terma-terma dan syarat yang sebelum ini tidak dimasukkan di dalam mana-mana perjanjian perdagangan yang lain. Wakil-wakil kerajaan juga telah membuat kenyataan bahawa TPPA akan menggalakkan pentadbiran yang lebih telus, terbuka dan efisien. Salah satu contoh yang diberikan ialah di dalam isu pemeliharaan alam sekitar dan hal ehwal pekerja. Persoalannya, mengapa TPPA diperlukan bagi menjalankan pentadbiran yang lebih telus, adil dan mesra rakyat? Perubahan-perubahan ini boleh dilakukan sekarang dan tidak perlu tunggu bulan hadapan, setahun atau dua tahun dari sekarang.

TPPA juga dikatakan boleh menghalang aktiviti rasuah kerana ia menggalakkan ketelusan. Kerajaan tidak perlu TPPA untuk menangani gejala rasuah atau korupsi. Polisi bebas rasuah ini telah lama diperkenalkan tetapi ia memerlukan semangat atau keazaman politik (political will). Kita boleh lakukan ini sekarang, tanpa menandatangani TPPA.

Jika diperhalusi terma-terma dan syarat itu, kita akan dapati terdapat pelbagai klausa yang menjerat, di mana kerajaan negara ahli tidak boleh menjalankan apa-apa polisi bagi kebaikan dan kesejahteraan rakyat jika ia melanggar syarat-syarat TPPA dan kepentingan korporat atau pelabur asing. Seterusnya, pihak pelabur asing juga boleh menyaman kerajaan di mahkamah antarabangsa tanpa melalui proses perundangan domestik. Kelebihan yang diberi kepada pelabur asing ini tidak patut diterima langsung oleh pihak perunding kerana ia meletakkan negara kita pada landasan yang lemah.

Justeru itu kami NGO-NGO yang mewakili rakyat pada hari ini menolak cadangan Malaysia untuk menandatangani TPPA dan mendesak kepimpinan negara membuat pilihan bijak untuk menolak perjanjian ini.

Hari ini kami mempertegaskan deklarasi rakyat tolak TPPA.

Menerima TPPA bererti kepimpinan menjual negara! - HARAKAHDAILY 9/1/2016

Deklarasi Rakyat Tolak TPPA telah disokong oleh lebih 200 pertubuhan bukan kerajaan dan parti politik.

Sumber HD - 9-1-2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------




TPPA: Kerajaan tidak boleh gadai kepentingan rakyat

RAZMAN ZAKARIA | .


Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) dilihat bertentang arah dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Peluang yang diberi kepada bumiputera dengan sekatan kepada kaum lain atas alasan untuk imbangan ekonomi antara kaum.

Setelah hampir 60thn pelaksanaan DEB masih tidak mencapai sasaran. Sasaran 30% ekuiti bumiputera masih pada kadar di bawah 20% dan pemilikan bangunan komersial Bumiputra masih di bawah 10%.

TPPA difahamkan memberi hak kepada pelabur asing. Syarikat asing negara anggota TPPA hendaklah dilayan seperti pelabur tempatan dan harus diberi hak bersaing untuk perolehan kerajaan.

Pelabur asing juga tidak boleh dikenakan sebarang syarat seperti pemindahan teknologi, syarat input, aliran kewangan dan modal, sekatan terhadap keuntungan atau syarat perjawatan. Lebih membimbangkan sekiranya kerajaan tidak mematuhi perjanjian (mencabuli perjanjian) kerajaan boleh dihadapkan ke Mahkamah Tribunal Antarabangsa.

Dilihat perkara ini mempunyai implikasi yang besar kepada ekonomi dan masa depan rakyat. Permainan ekonomi di padang yang tidak sama rata dan tahap kemahiran yang berbeza boleh membawa negara kepada risiko besar.

Sebelum memuktamadkan persetujuan menyertai perjanjian TPPA ini adalah disarankan supaya kerajaan mendapat pandangan pakar daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Persoalan pertama yang perlu dijelaskan kenapa negara-negara membangun seperti Indonesia dan Thailand yang dianggap setaraf Malaysia tidak menyertai perjanjian ini. - HARAKAHDAILY 30/12/2015

Penulis ialah AJK PAS Pusat yang juga Pesuruhjaya PAS Perak.

Sumber HD - 30-12-2015

----------------------------------------------------------------------------

Timbalan Presiden PAS minta PM cuti, hapus GST

Posted on Monday, December 21 @ 21:13:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Media baru-baru ini melaporkan pertemuan mesra antara Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak yang dikatakan membuka jalan ke arah kerjasama antara kedua parti .

Bagaimanapun selepas beberapa hari, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man pula menunjukkan sikap sebaliknya terhadap perdana menteri.


Dalam satu kenyataan media hari ini, Tuan Ibrahim menggesa Najib bercuti sehingga Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dan Ketua Audit Negara melengkapkan siasatan dan laporan terhadap isu 1MDB.

"Ini penting untuk memulihkan nama baik Presiden Umno, Malaysia dan juga Islam kerana siasatan perlu akan kelihatan adil sebelum keadilan dapat dilakukan," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap kenyataan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang meminta PAS melangkau fahaman politik sekiranya mahu bekerjasama dengan Umno, demi kebaikan masyarakat Islam.

Sehubungan itu, Tuan Ibrahim secara sinis turut mencadangkan kerajaan memansuhkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang disifatkan bercanggah dengan Islam.

"Cukai ini bertentangan dengan Islam kerana orang fakir miskin turut dipaksa bayar cukai," ujarnya.

Selain menggesa pembaziran dan salahguna dana dikurangkan, beliau turut meminta siasatan ke atas Yapiem dibuat dengan telus.

Ini katanya, bagi memastikan mereka yang didapati menyelewengkan dana yayasan itu dibawa ke muka keadilan.

"Semua perkara ini boleh dilakukan Umno tanpa PAS, sebagai langkah Umno menunjukkan kepada rakyat, terutamanya mereka yang beragama Islam, kesungguhannya untuk mendaulatkan Islam.


"PAS pula akan meneruskan kerja dakwahnya agar rakyat dapat turut bersama memperjuangkan Islam sebagai Ad-deen dalam pentadbiran negara dan kehidupan rakyat," ujarnya.

Sumber TKO -21-12-2015
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




TPPA: Pelajar bimbang impak negatif pendidikan






HARAKAHDAILY | .



KENYATAAN media yang telah dikeluarkan oleh Bantah TPPA pada 18 November 2015 mengenai peruntukan hak cipta yang terkandung di dalam dokumen Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik  akan memberi kesan negatif kepada pendidikan amat membimbangkan kami sebagai pelajar-pelajar di universiti tempatan dan swasta.

Analisa awal yang dikeluarkan oleh penyelidik Bantah TPPA (rujuk lampiran/annex), ternyata klausa hakcipta TPPA akan menyukarkan kami untuk terus mendapatkan akses mampu milik/tidak mahal (affordable access) terhadap pendidikan dan ilmu pengetahuan seperti buku dan jurnal.

Dan secara tidak langsung akan membantutkan minat kami untuk mencari ilmu, seterusnya menyukarkan kami untuk menyumbang kepada pembangunan negara.

Kerajaan harus sedar bahawa pendidikan adalah satu perkara asas yang diperlukan oleh setiap orang di dunia ini.

Malah, hak untuk mendapatkan pendidikan adalah jelas termaktub dan dilindungi sepenuhnya di dalam Artikel 26 di dalam Pengakuan universal Hak Asasi Manusia (Article 26 of the Universal Declaration of Human Rights), Artikel 13 dan 14 di dalam Covenan Antarabangsa di dalam Sosio Ekonomi dan Hak Berbudaya (Artikel 13 and 14 of the International Covenant on Economic Social and Human Rights) dan juga Artikel 28, 29 dan 40 di dalam konvensi hak kanak kanak. (Article 28, 29 and 40 of the convention of the rights of the child).

Perlembagaan persekutuan Malaysia juga di dalam Artikel 12 dengan jelas menyatakan bahawa adalah hak setiap warganegara  untuk mendapatkan pendidikan yang baik di Malaysia.

Dengan kenaikan kos sara hidup yang semakin menekan pelajar, kemudahan akses seperti mendapat jurnal-jurnal yang berkualiti di internet dan juga ebook amat membantu kami dalam meningkatkan lagi kualiti ilmu kami.

Serta dapat terus merencana diskusi-diskusi ilmiah yang mana akhirnya ia akan dapat membantu negara dalam menghasilkan warga negara yang mampu memberi pandangan yang membina demi mencapai status negara maju.

Justeru, berdasarkan analisa yang telah dilakukan oleh Bantah TPPA, kami ingin bertanya kepada pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) beberapa perkara yang amat merisaukan kami:

a. Adakah benar mahkamah boleh sesuka hati menentukan jumlah ganti rugi yang harus di bayar tertuduh (contohnya pelajar) berdasarkan apa-apa ukuran nilai yang dikemukan oleh  pemegang hak cipta, termasuklah keuntungan yang hilang, nilai bahan atau servis tersebut mengikut pasaran semasa ataupun harga runcit yang telah disarankan, walaupun ia bukan aktiviti yang mendatangkan keuntungan secara komersial seperti yang dianjurkan oleh di sektor akademik?

b. Adakah benar mahkamah mempunyai kuasa untuk memusnahkan komputer dan mesin percetakan yang dimiliki oleh universiti sekiranya pelajar menggunakan bahan tersebut untuk memuat naik journal yang memiliki hak reka cipta  (walaupun pelajar tidak menyedari bahawa terdapat pelanggaran hak cipta atau copyright infringement) dan mencetaknya dengan menggunakan mesin percetakan universiti?

c. Adakah benar perbuatan copyright infringement yang tidak dilakukan untuk tujuan komersial yang selama ini dianggap dalam kategori undang-undang sivil, akan dianggap sebagai satu perbuatan jenayah di bawah TPPA? Walaupun tidah melibatkan tujuan komersial dan tidak melanggari undang undang jenayah? Dan adakah benar tertuduh boleh dipenjarakan?

d. Adakah benar Naib Canselor universiti, ataupun pustakawan universiti sendiri ataupun universiti sendiri akan dikenakan hukuman jenayah yang boleh melibatkan hukuman penjara kerana membantu pelajar dalam menyiapkan tugasan pengajian mereka dan seterusnya dituduh membantu pelajar melanggar undang-undang hak cipta yang termaktub di dalam TPPA?

Sekiranya perkara-perkara yang kami nyatakan di atas adalah benar, ternyata kerajaan tidak memahami kehendak pelajar yang dahagakan ilmu untuk memajukan diri sendiri serta tidak menghargai inisiatif pelajar dalam membantu kerajaan untuk memberikan idea-idea bernas.

Kerajaan juga seperti tidak menghiraukan kenaikan harga barang dan servis - seperti pendidikan mampu milik, perolehan maklumat dan ilmu, dan lain-lain aktiviti yang amat diperlukan oleh pelajar masa kini.

Kami berharap agar kerajaaan mengambil langkah untuk menolak TPPA demi kesejahteraan kami sebagai pelajar dan tidak mengutamakan kepentingan korporat yang hanya memikirkan keuntungan semata.

Kenyataan bersama oleh:

1) Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM)
2) PEMBINA
3) Student Progressive Front UiTM
4) We Unite For Islam (WUFI)
5) Sisters In Movement (SIM)
6) Legasi Mahasiswa Progresif (LMP)
7) Kumpulan Anak Muda Indipenden (KAMI)
8) Pro-Mahasiswa UTHM
9) Lensa Kampus, Lensa Anak Muda Malaysia
10) GAMIS
11) PKPIM
12) Gabungan Merdeka Rakyat (GMR)
13) UMANY
14) Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM)
15) Bersatu Perak
16) Progressive University of Malaya
17)Gabungan mahasiswa UKM (GMUKM)
18) Gerakan Mahasiswa Selamatkan Negara (GMSN)
19) GAMIS SABAH
20) Pro Mahasiswa UMS KK
21) Pro Mahasiswa USM
22) Malaysian Youth and Students' Democratic Movement (DEMA)
23) Mahasiswa Pendidik UPSI
24) Pro Mahasiswa UPM
25) Akademi Pemikir
26) Maaruf Club
27) Persatuan Pengajian Islam UNITEN
28) Serikat Mahasiswa
29) Warong (UIA)
30) Kesatuan Mahasiswa Malaysia
(Senarai terkini: 25/11/2015) – HARAKAHDAILY 25/11/2015

Sumber HD - 25-11-2015
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

TPPA: Imperialisme baru memeras rakyat

NASRUDIN HASSAN | .


Terima kasih Tuan Pengerusi. Maksud Bekalan B, Butiran 030000.

Saya ingin merujuk kepada beberapa perkara yang berkenaan dengan hubungan perdagangan dan juga ekonomi antarabangsa. Saya tidak mahulah untuk memperincikan ataupun bahas mengenai Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (TPPA) kerana pihak kementerian telah pun berjanji untuk memberikan ruang seluasnya kepada Ahli Parlimen dan juga dikemukakan di Dewan Rakyat ini untuk dibahaskan pada awal tahun hadapan.

Namun apa yang saya hendak bangkitkan di sini ialah supaya tidak berlaku sebarang promosi secara langsung ataupun tidak oleh pihak Perdana Menteri dan juga pihak Kerajaan Malaysia yang menggambarkan seolah-olah perjanjian ini telah pun dipersetujui ataupun perjanjian ini telah pun ditandatangani, sedangkan ia masih lagi belum dibahas dan juga dibentang di Parlimen ini. 

Ini kerana bagi kami, ingin mengulangi pendekatan ataupun pendirian PAS juga bersama dengan NGO-NGO yang bergabung dalam satu gabungan NGO Kongres Rakyat, yang mana setakat ini konsisten kita untuk menolak TPPA ini adalah kerana kita menganggap ini adalah satu imperialisme baru yang mungkin bertujuan untuk memeras rakyat juga negara kita.

Kerajaan seharusnya juga memahami bahawa pemodenan dan juga kemajuan yang diperjuangkan oleh barat ini boleh menghakis pegangan agama dan juga tradisi rakyat dalam negara kita.  

Tuan Pengerusi, selain itu saya juga ingin mendapatkan penjelasan secara khusus berkait dengan perkembangan semasa perjanjian yang disebut sebagai agreement on Trade Preferential System of OIC (TPS-OIC).

Sejauh mana ia telah membantu negara-negara Islam setakat ini terutamanya negara-negara Islam yang kurang membangun. Mengapa hubungan dagang Malaysia dan juga negara-negara OIC telah merosot sehingga 20% pada tahun ini iaitu daripada RM83.3 bilion awal tahun lepas kepada RM69.9 bilion pada awal tahun ini.

Jadi kenapa kedudukan itu boleh berlaku, kemerosotan ini berlaku. Apa perjanjian ini tidak memberi kesan apa-apa kepada hubungan dagang Malaysia dengan negara-negara OIC. Kerjasama ekonomi dan juga perdagangan bilateral dan juga multilateral antara negara-negara OIC juga masih lemah dan tidak ada anjakan yang ketara yang mana ini satu perkara yang perlu dilihat secara serius kerana setakat ini Malaysia hanya mempunyai...

Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [Pasir Mas]: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya Yang Berhormat Pasir Mas bangun.

Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [Pasir Mas]: Sedikit Yang Berhormat Temerloh, terima kasih. Bolehkah Yang Berhormat Temerloh bersetuju bahawa sekarang ini kita dilihat hubungan dua hala terutama perdagangan dengan negara-negara OIC ini kelihatan agak merudum disebabkan oleh kesungguhan kerajaan untuk mengadakan perjanjian-perjanjian dengan negara-negara yang lebih besar, mengetepikan hubungan dua hala terutama dalam perdagangan dengan negara-negara Islam.

Tuan Nasrudin bin Hassan [Temerloh]: Ya Tuan Pengerusi, ini juga antara kebimbangan kita kerana apabila hubungan ataupun perjanjian yang dimeterai antara kuasa-kuasa besar ekonomi khususnya Amerika, ia sedikit sebanyak akan memberi satu tekanan dan juga kekangan kepada negaranegara membangun dan juga negara-negara Islam.

Ini antara kebimbangan yang telah kita suarakan sekian lama dan saya bersetuju dengan apa yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Pasir Mas sebentar tadi. Untuk diberikan perhatian oleh pihak kerajaan supaya langkah-langkah itu dapat diambil tindakan secara berkesan.  Setakat ini, saya sambung balik apa yang saya kemukakan sebentar tadi.

Setakat ini Malaysia Tuan Pengerusi, hanya mempunyai hubungan dengan Pakistan dan Turki sahaja. Jadi bagaimana hubungan dagang dengan negara-negara umat Islam yang lain khususnya di Timur Tengah. Ini untuk menambahkan lagi hubungan dagang antara Malaysia dengan negara-negara OIC yang lain.

Keadaan ini akan menyebabkan negara Malaysia dan juga negara umat Islam secara umumnya akan terus bergantung pada negara barat jika Malaysia tidak mempunyai hubungan yang erat dengan negaranegara OIC sendiri, negara-negara umat Islam yang lain untuk meningkatkan usaha dagang yang kita bincangkan tadi.

Tuan Pengerusi, yang kedua, saya ingin merujuk kepada Butiran 080100 – Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia.

Pertama saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana memberi perhatian secara spesifik kepada perusahaan kecil dan sederhana dalam peruntukan Bajet 2016 yang lalu di mana kebanyakannya menerima tempias daripada kelembapan ekonomi dan juga kenaikan kos input produktiviti ini. Jadi dengan perhatian yang diberikan ini, sedikit sebanyak akan memberi kekuatan kepada PKS ini.

Saya juga difahamkan ramai PKS yang terjejas dan juga sukar untuk mendapatkan dana pemulihan daripada SME Corporation akibat daripada pengaliran wang perniagaan yang kurang baik. Jadi saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak kerajaan.

Keduanya, siapa pihak yang sebenarnya menawarkan skim dana pembiayaan PKS yang patuh syariat yang diumumkan dalam Bajet 2016 yang lalu. Berapakah kadar peratus keuntungan yang telah ditetapkan ke atas pembiayaan tersebut?

Saya harap supaya kadar peratus keuntungan dalam apa jua dana pembiayaan patuh syariat itu tidak membebankan pemohon pembiayaan terutamanya yang kita tahu sekarang ini dalam ekonomi yang tidak memberangsangkan.

Ketiga, saya juga meminta supaya pihak kementerian dan juga SME Corporation ini supaya dapat menyediakan pelan yang bersepadu untuk meningkatkan kapasiti PKS bersaing di peringkat antarabangsa. Terutamanya daripada aspek inovasi produk dan juga perkhidmatan serta pencapaian kualiti sebab ramai pihak bimbang dengan wujudnya AEC ataupun Asean Economic Community dengan izin. Kemungkinan juga dengan TPPA ini, maka ia akan terus menyisih PKS dalam persaingan global. Jadi perkara ini perlu diberikan perhatian oleh pihak kerajaan.

Akhirnya Tuan Pengerusi, saya ingin merujuk kepada Butiran 100200. Hampir sama dan serupa dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kelana Jaya sebentar tadi berkait dengan sewaan bangunan baru di bawah Butiran 100000 yang mana saya difahamkan ibu pejabat MITI ini dipindahkan ke Menara MITI, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah di Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Apa yang saya ingin dapatkan penjelasan ialah apa maksud dan tujuan sebenar bangunan baru ini. Kalau itulah bangunannya, kenapa pihak MITI menyewa bangunan tersebut kerana setakat yang saya maklum, MITI adalah satu-satunya kementerian yang tidak beroperasi di Putrajaya. Kenapa begitu sedangkan kita telah memusatkan pentadbiran dan segala kementerian di Putrajaya. Jadi mohon penjelasan daripada pihak kementerian. - HARAKAHDAILY 24/11/2015

Ucapan Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan ketika membahaskan Bajet 2016 untuk Kementerian Perdagangan, Antarabangsa dan Industri (MITI) di Dewan Rakyat pada 23 November 2015.

Sumber HD - 24-11-2015

---------------------------------------------------------------------------
TPPA, penjajahan bentuk baru tajaan Amerika

Posted on Monday, November 23 @ 14:41:59 MYT by paktam

Oleh USTAZ MUHAMMAD ISMI MAT TAIB

MALAYSIA sebagai sebuah negara berdaulat, merdeka dan bertamadun perlu dibangunkan dengan cara yang berdaulat, merdeka dan bertamadun. Atas alasan apa sekalipun, rundingan TPPA perlu segera dihentikan.

Amerika bukanlah negara yang layak dijadikan contoh dalam pengurusan ekonomi, malah mereka mencatat hutang negara paling tinggi di dunia. Ibarat berpaut pada dahan yang rapuh, kerjasama dan bantuan perdagangan oleh Amerika hanya akan menenggelamkan Malaysia dalam arus kegawatan ekonomi dunia ketika ini.



Amerika bukan sahaja gagal dalam aspek ekonomi, bahkan negara Uncle Sam terkenal sebagai penjenayah antarabangsa Nomnor satu paling kejam dan rakus di dunia. Di tangan Amerika gugurnya ratusan ribu nyawa umat Islam di seluruh dunia.

Propaganda Anti-pengganas yang dimulakan oleh Amerika membawa kepada siri serangan keganasan yang akhirnya menghancur-ranapkan negara umat Islam seperti yang telah dan sedang berlaku Iraq, Afghanistan, lebih-lebih lagi di Palestin, iaitu jutaan umat Islam terus ditindas dan dizalimi kononnya Amerika dilihat sebagai pihak pendamai.

Krisis kemanusiaan yang dimulakan oleh Negara Sekular Kapitalis ini tidak pernah semakin baik, bahkan terus-menerus berlaku sekalipun kononnya sejarah terlakar apabila Barrack Obama, manusia kulit hitam pertama menjadi Presiden Amerika. Belum ada tanda surut keganasan antarabangsa, Obama kini kiat pula memujuk dengan paksa negara-negara kerdil untuk menerima penjajahan dari sudut ekonomi.

Atas alasan apakah pujuk rayu musuh utama keamanan dunia ini perlu dimakan oleh pemimpin di Malaysia? Tidakkah ada secubit rasa sedih akibat nasib yang menimpa umat Islam angkara Amerika dan sekutu?

Apakah jaminan kerjasama perdagangan ini akan mendatangkan keuntungan buat negara khususnya rakyat, ketika Obama menjamin akan berlakunya kenaikan harga ubat, bahkan sudah tentu pelbagai kenaikan harga akan terpaksa dihadapi oleh rakyat?

Rundingan ini bukan sahaja mencemarkan kedaulatan negara, menjejaskan kestabilan ekonomi rakyat, bahkan yang paling kritikal kerjasama ini benar-benar merobek jiwa umat Islam dan manusia seluruhnya yang menyaksikan kekejaman dan kezaliman Amerika menindas negara umat Islam atas nama keamanan.

Keamanan, kedaulatan, dan kestabilan ekonomi negara akan lebih terjamin jika pemimpin negara kembali melaksanakan Islam. Islam adalah cara hidup sebenar yang mampu menyelamatkan dunia, negara dan rakyat negara ini dari belenggu kegawatan ekonomi, kebejatan sosial, dan keruntuhan sistem politik dan perundangan.

Ayuh, bersama memerangi keganasan, perangi dan hindari perancang utama keganasan dunia. Hentikan segera rundingan maut TPPA ini.

Penulis ialah Ketua Lajnah Antarabangsa Dewan Ulama PAS Pusat

Sumber DD - 23-11-2015        

-----------------------------------------------------------------------------
Kerajaan patut terus terang dengan rakyat mengenai TPPA

Posted on Saturday, November 21 @ 15:07:37 MYT by paktam

7 November lalu, seluruh rakyat negara ini telah dikejutkan dengan satu penjelasan yang penuh dengan kekeliruan mengenai Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Seri Mustapha Mohamed.

Dalam penjelasan itu dikatakan perjanjian tersebut tidak perlu ditakuti rakyat kerana kerajaan tidak akan membenarkan sambungan kepada paten-paten bagi ubatan, sedangkan Kerajaan Malaysia bersama-sama 11 negara anggota lain dalam perjanjian yang diketuai oleh Amerika Syarikat itu telah bersetuju dengan sekurang-kurangnya dalam dua perkara.


Dua perkara tersebut, pertama, bersetuju memanjangkan tempoh paten. Kedua, bersetuju dengan sebuah tempoh minimum 5 tahun untuk ubatan yang dikategorikan sebagai “biologics.”

Tambahan pula, teks perjanjian tersebut memberikan dua pilihan: sama ada perlindungan data klinikal selama 8 tahun, atau sekurang-kurangnya 5 tahun perlindungan data termasuk menghalang cara lain untuk mengeluarkan hasil yang sama ke dalam pasaran.

Ini memberikan ruang kepada Amerika Syarikat untuk terus menekan negara-negara anggota untuk menggunakan penangguhan itu dengan kuasa undangundang bagi menghalang ubatubatan yang murah daripada masuk ke pasaran dalam suatu tempoh masa yang tertentu.

Dengan persetujuan itu, jelas menunjukkan TPP merupakan sebuah perjanjian yang amat buruk sekali. Amat buruk bagi ubat-ubatan dan mereka yang memerlukan ubatan yang mampu dimiliki.

Jadi, di manakah letaknya jaminan Mustapha kepada rakyat negara ini mengenai perjanjian itu yang tidak akan membebankan rakyat?

Realitinya, penjelasan Mustapha itu sendiri sudah penuh dengan kekeliruan sehingga kelihatan seperti menyembunyikan rahsia sebenar perjanjian itu yang hanya akan memberikan keuntungan besar kepada syarikat-syarikat besar dari Amerika Syarikat, tanpa mengambil kira penderitaan rakyat di negara anggota lain termasuk negara ini.

Pada hal, pihak kerajaan sendiri selama ini berpeluang untuk menolak perjanjian itu jika boleh memusnahkan negara dan menyusahkan rakyat. Pihak kerajaan juga sepatutnya turut berterus terang kepada rakyat mengenai tekanan yang dihadapi bagi menandatangani perjanjian itu untuk membolehkan rakyat turut sama berperanan menolaknya dengan kaedah terbaik hasil gabungan pemikiran semua pihak.

Kini setelah perjanjian itu sudah hampir ke titik muktamad, jika boleh dikatakan begitu sekiranya belum ditandatangani walaupun realitinya seperti telah ditandatangani, pihak kerajaan masih juga ingin menyembunyikan realitinya yang sebenar kepada rakyat dengan memberikan kenyataan-kenyataan mengelirukan.

Apakah untungnya pihak kerajaan bertindak sedemikian kepada rakyatnya sendiri? Bukankah berterus terang itu jauh lebih baik daripada menyembunyikan duduk perkara yang sebenar kerana akhirnya rakyat akan tahu juga rahsianya yang sebenar. Malah akhirnya rakyat juga yang akan menanggung bahana perjanjian itu.

Sumber DD - 21-11-2015
---------------------------------------------------------------------------
TPPA – Penjajahan Era Baru?

Posted on Sunday, November 22 @ 21:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Lawatan Presiden Amerika Syarikat kali ke-2 ke Malaysia pada Jumaat lepas bagi menyertai 10 ketua-ketua negara anggota ASEAN dalam sidang kemuncaknya yang ke-27 hujung minggu ini telah menjadi satu fenomena di Malaysia. Sesetengah pihak terutamanya kepimpinan negara menganggap kehadiran ketua negara yang dikatakan paling berpengaruh dunia ini merupakan satu pencapaian yang dibanggakan kerana dalam banyak-banyak negara membangun yang ada di dunia ini, Malaysia menjadi pilihan beliau. Tidak kurang juga pihak yang menzahirkan rasa kurang senang kerana lawatan presiden negara Uncle Sam ini lebih banyak tersurat dari tersirat. Antara isu yang hangat bermain di minda rakyat Malaysia sekarang ialah isu TPPA iaitu singkatan kepada Trans-Pacific Partnership Agreement.

Lawatan Barack Obama ke Malaysia pada kali ini pada saya bukan hanya bertujuan untuk mengikuti sidang kemuncak ASEAN semata-mata, tetapi lebih kepada ‘perbincangan bagi memujuk’ kerajaan kita bagi menandatangani TPPA. Beliau juga telah memberi petanda bahawa tempoh 90 hari menandatangani perjanjian telah bermula dan perlu ditandatangani pada Februari tahun depan. Dalam masa 90 hari ini, negara-negara terlibat perlu mengadakan perbincangan di peringkat dalaman mengikut undang-undang setempat dan memutuskan untuk menandatangani perjanjian ini ataupun tidak.

Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed perbincangan sama ada menandatangani atau tidak TPPA ini akan dibuat di Parlimen.  Itu kata beliau pada masa itu. Namun begitu pada dasarnya, TPPA ini tidak perlu diluluskan di Parlimen, sebaliknya ia adalah keputusan eksekutif, iaitu Kabinet yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri. Jadi sekiranya majoriti pandangan menyatakan TIDAK SETUJU dalam Parlimen, tidak semestinya kerajaan perlu akur dengan pandangan tersebut.
 
 Antara kebaikan TPPA yang selalu dicanang oleh media arus perdana
Apa yang saya lihat, berdasarkan berita-berita yang terpampang di media-media massa, kerajaan lebih cenderung untuk menandatangai perjanjian yang masih belum jelas maksudnya ini. Ketelusan rundingan TPPA masih belum berada pada tahap yang memuaskan. Dalam masa 6 enam tahun kita masih belum jelas tentang kandungan TPPA kerana rundingan dilakukan secara rahsia.  Pada 5 November 2015,  teks sementara akhirnya dikeluarkan. Itupun ianya masih belum difahami, kerana kerajaan lebih nampak baik dari buruk, sedangkan ada pihak menyatakan sebaliknya. Isu pro-TPPA lebih banyak diangkat naik oleh media arus perdana. Manakala isu-konta TPPA seolah-olah tidak timbul.

It’s Our Future, sebuah rangkaian aktivis dari New Zealand amat aktif dalam membantah perlaksanaan TPPA ini. Mereka telah membuat analisis mengenai TPPA ini setelah teks mengenainya dikeluarkan pada 5 November 2015 lepas. Walaupun analisis ini dibuat berdasarkan situasi tempatan yang berlaku di New Zealand, namun secara keseluruhannya, ia bakal memberi impak yang lebih negatif berbanding positif. Saya kurang pasti sekiranya ada analisis terpeinci sedemikian dibuat di Malaysia. Jika ada, mungkin akan dapat diterbitkan agar dapat difahami oleh rakyat marhaen yang tak pandai sangat ekonomi macam saya ni. 

Antara isu besar yang membimbangkan ialah syarikat-syarikat multinasional yang terlibat dalam TPPA ini akan dapat menyaman kerajaan kita jika mereka merasakan dasar-dasar dan perubahan undang-undang yang pada dibuat kerajaan tempatan memberi kesan kepada margin keuntungan mereka. Dengan lain perkataan, kalau syarikat-syarikat ini mendapat kerugian disebabkan polisi atau undang-undang kerajaan tempatan, kerajaan boleh disaman. Andaikata kerajaan kita kalah dan perlu membayar saman, di mana kerajaan nak dapatkan sumber kewangan? Sudah tentulah kita yang bayar cukai – GST, cukai pendapatan dan mana-mana sumber pendapatan yang lain. Kita pun kenalah ‘tolong’ depa bayar saman. Takpe, ‘berkorban’ untuk negara apa salahnya.

Kerajaan Jerman pernah disaman sebanyak 4.7 billion euro oleh Vattenfall, sebuah syarikat gergasi di Sweden atas penutupan loji nuklear Brunsbüttel and Krümme di Jerman. Penutupan loji ini adalah atas keputusan kerajaan Jerman pada masa itu rentetan daripada peristiwa di *****ushima Daiichi di Jepun. Akibatnya, Vattenfall mengalami kerugian dan bertindak menyaman kerajaan Jerman. Anda boleh baca salah satu berita mengenainya di SINI.

Phillip Morris, sebuah syarikat gergasi rokok dan tembakau pernah menyaman kerajaan Australia kerana peraturan penyeragaman pembungkusan produk rokok yang mengancam pemilikan intelek mereka. Macam ni saya jelaskan lebih kurang, kerajaan Australia menyeragamkan bungkusan rokok sebab nak nak mendidik rakyat Australia tentang bahayanya merokok. Jadi bungkusan yang dibuat tu tak menarik dan mengancam, tak ada design menarik yang direka oleh syarikat Phillip Morris ni. Jadi Phillip Morris ni marah la, sebab tak guna design dia. Orang tak akan tertarik dengan design plain je. Jadi mereka putuskan untuk saman kerajaan Australia sebab dengan plain packaging sedemikian, syarikat menjadi rugi disebabkan orang ramai tidak tertarik untuk membeli produk rokok mereka. Salah satu info saya kongsikan di SINI.

Jangan anggap kes ini tidak akan berlaku di Malaysia. Jika TPPA ditandatangani, kebarangkaliannya akan meningkat lebih tinggi.

Keadaan ini bakal menggugat hak kerajaan untuk merangka undang-undang bagi membela kepentingan ekonomi domestik. Terutamanya di Malaysia yang mempunya pelbagai rangka ekonomi dan perancangan bagi membela rakyatnya yang berbilang kaum, terutamanya kaum bumiputra. Sudah tentu perkara ini akan membantutkan perancangan kerajaan. Ataupun, adakah kerajaan tidak akan merancang lagi setelah TPPA ini ditandatangani atas alasan mahu rakyat tempatan lebih berdaya saing, walaupun dengan lawan yang tidak setanding dengan mereka? Seolah-olah TPPA ini perlu dipertimbangkan terlebih dahulu sebelum penggubalan dasar dibuat oleh kerajaan yang dipilih secara demokrasi oleh rakyat.

Adakah kita meletakkan satu kuasa besar mengatasi kerajaan Malaysia yang dipilih oleh rakyat?

Selain itu, isu kenaikan harga ubat-ubatan juga perlu diambil perhatian. TPPA akan menyebabkan harga ubat bakal meningkat kerana dominasi syarikat-syarikat besar dunia ke atas perbekalan ubat-ubatan tempatan. Sekatan terhadap ubat-ubat generik juga akan berlaku. Dengan kata lain, kita akan membayar lebih bagi ubat-ubatan yang dipatenkan – sudah pastinya datang dari syarikat-syarikat besar dunia berbanding ubat generik yang lebih murah sebelum ini. Hal ini akan menyekat pembekal-pembekal ubat generik tempatan dan akhirnya akan mendapat kerugian, tak mustahil juga mereka akan gulung tikar.
 
 Ancaman TPPA dalam sektor ubat-ubatan negara – Sumber seperti tertera
Terdapat pertentangan kenyataan mengenai isu harga ubat hasil TPPA ini. Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, TPPA tidak akan menyebabkan kenaikan kos perubatan dalam sektor farmaseutikal. Manakala dalam lawatan Presiden Barack Obama Jumaat lepas, beliau menyatakan sebaliknya. Pada pendapat saya, kenyataan Barack Obama mungkin lebih bersifat umum. Namun jika merujuk kepada DS Mustapa, mengapakah harga ubatan tidak akan naik? Adakah disebabkan polisi kerajaan yang melindunginya? Ataupun jika kenaikan harga tersebut berlaku, adakah ini adalah komitmen kerajaan untuk menampung kenaikan tersebut tanpa membebankan rakyat? Saya berharap kenyataan beliau tidak hanya valid pada masa itu sahaja.

Di dalam analisis TPPA yang dibuat oleh ‘It’s Our Future’, negara kita, ya Malaysia disebut di dalam analisis tersebut secara jelas dalam bahagian Tobacco (tembakau). Ia menyatakan bahawa Malaysia mahu mengawal aspek tembakau dalam perjanjian tersebut. Namun ianya tidak mendapat sokongan. Saya tidaklah berapa pandai sangat ekonomi, tetapi saya lihat jika kerajaan kita terlepas pandang, kes Phillip Morris ini akan berulang. Bahkan ia akan menjadi situasi yang biasa.

Banyak lagi isu perlu dipertimbangkan terutama sekali dari segi kesannya kepada negara dan masyarakat setempat. Seperti kesan terhadap hakcipta, dominasi negara anggota TPPA yang telah maju seperti Amerika, Canada dan Jepun, isu privasi, isu kebanjiran pekerja professional dan bukan professional yang bakal mendominasi sektor pekerjaan negara, isu percukaian bagi eksport dan sebagainya.
 
 Ancaman TPPA terhadap Malaysia – Sumber seperti tertera.
Dengan masa singkat yang diberi untuk perbincangan setempat, kerajaan perlu bijak membuat keputusan dan bertindak rasional dalam mempersetujui sebarang terma yang boleh mengakibatkan konflik yang besar antara struktur kenegaraan Malaysia yang istimewa dan undang-undang antarabangsa yang bertentangan dengan struktur asal kenegaraan Malaysia. Jangan lupa enam tahun perundingan dilakukan secara rahsia, apa yang cuba diselindungkan? Ada mendakwa template TPPA ini adalah template Amerika Syarikat. Adakah ini menjadikan negara-negara terbabit sebagai kuda tunggangan Amerika?

Jangan dengan alasan nak berkawan dengan negara-negara maju, nak bersaing dengan Vietnam ataupun inginkan nama tercatat sebaris dengan Amerika Syarikat, kita menggadaikan segala-galanya yang ada dalam negara selama ini. Perlu diingatkan perjanjian ini adalah perjanjian selama-lamanya. Walaupun TPPA menggunakan nama perdagangan bebas (free trade agreement), ada harga yang besar yang perlu kita bayar selepas menandatanganinya.

Pada pendapat saya, Amerika Syarikat memerlukan dana baru bagi meneruskan aliran kewangan negaranya. Dengan adanya TPPA ini, Amerika akan mempunyai satu sumber pendapatan baru yang perlu dicengkam kuat dengan perjanjian yang berat sebelah. Lebih-lebih lagi ianya hanya memberi keuntungan lebih kepada Amerika (dan juga sekutu-sekutunya) semata-mata.

Adakah ini satu penjajahan era baru?

Sumber TKO - 22-11-2015
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Penyokong TPPA abai bukti impak terhadap akses ubatan






HARAKAHDAILY | .


Teks penuh dokumen TPPA yang telah dikeluarkan pada 5 November lalu telah mengesahkan kebimbangan kami di Bantah TPPA mengenai kesukaran yang akan dihadapi rakyat bagi mendapatkan ubat-ubatan (access to medicines). Perkara-perkara yang terkandung di dalam teks tersebut, termasuklah peruntukan (provision) mengenai perlanjutan tempoh patent (patent extension), pasaran ekslusif (market exclusivity) bagi ubat-ubatan biologik dan hubungan data (data linkage) akan mengancam kebergantungan terhadap ubat-ubatan generik yang jauh lebih murah. Data menunjukkan bahawa 84.7 peratus ubat-ubatan berjenama (brand-name medicines) yang disarankan boleh diganti dengan ubat-ubatan generik. [1]

Baru-baru ini, pelbagai kenyataan telah dikeluarkan oleh penyokong TPPA bahawa perjanjian perdagangan itu tidak akan memberi kesan terhadap harga ubat-ubatan. Kenyataan-kenyataan ini yang dibuat oleh pihak yang langsung tidak mempunyai pengalaman di dalam perihal kesihatan awam dan perolehan ubat-ubatan bercanggah dengan bukti-bukti dan kenyataan-kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO), pemenang Nobel Doktor Tanpa Sempadan (Doctors without Borders, MSF), Kementerian Kesihatan Malaysia, badan-badan pelajar perubatan seperti Persatuan Pelajar Perubatan Amerika dan persatuan-persatuan profesional perubatan seperti Persatuan Perubatan New Zealand (NZMA) dan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).

Kita tidak boleh terus menidakkan bahawasanya TPPA akan memberi impak terhadap akses kepada ubat-ubatan yang mampu dimiliki (affordable medication) berdasarkan bukti-bukti yang sediaada seperti peruntukan TRIPS+ dan kemasukan ubat-ubatan generik ke dalam pasaran. Kita seharusnya mengaku bahawa akses kepada ubat-ubatan mampu dimiliki telah digadaikan (traded away) di dalam perjanjian TPP untuk mendapatkan bahan lain (goods or favours), sama ada benar (real) atau yang tidak begitu menguntungkan (negligible). [2]    

Empat hari yang lalu, Ketua Pengarah WHO Margaret Chan menyatakan: “Jika perjanjian-perjanjian ini membuka peluang perdagangan tetapi menutup pintu kepada ubat-ubatan yang mampu dimiliki, kita harus bertanya: Adakah ini satu kemajuan?” (“If these agreements open trade yet close the door to affordable medicines we have to ask the question: is this really progress at all?”) [3]

Bantah TPPA berserta dengan organisasi atau badan-badan kesihatan dan hal-ehwal pesakit meminta Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk mengambil kira secara serius bukti-bukti saintifik yang telah dikemukan di peringkat antarabangsa mengenai isu TPP dan impaknya terhadap akses kepada ubat-ubatan (access to medicines) serta pandangan pakar perubatan antarabangsa yang telah disebutkan di atas. Kami meminta ahli parlimen dari kedua-dua belah pihak untuk menyatakan TIDAK kepada TPPA di dalam undian mereka dan seterusnya kami meminta Kabinet agar menjaga kepentingan rakyat dengan menolak peruntukan-peruntukan TRIPS+ ini. Bantah juga ingin mengingatkan pembuat keputusan (decision-makers) bahawa jika kesihatan rakyat terabai akibat kurangnya keprihatinan dari pihak kerajaan, maka ia akan mendatangkan kesan buruk atau impak yang besar terhadap produktiviti, ekonomi negara dan bajet nasional.

LAMPIRAN

MENYANGKAL KENYATAAN DANGKAL MENGENAI IMPAK TPP TERHADAP AKSES KEPADA UBAT-UBATAN  (ACCESS TO MEDICINES & THE TPP)

Dalam lampiran ini, kami ingin mematahkan beberapa kenyataan yang dibuat oleh penyokong TPPA dalam pelbagai forum, termasuk di dalam ruang OpEd:

1. Kenyataan: Data eksklusif and pasaran eksklusif untuk ubat-ubatan biologik akan menggalakkan syarikat-syarikat farmaseutikal untuk memasarkan produk baru mereka lebih awal di Malaysia. Seterusnya, ini akan memberi laluan bagi ubat-ubatan generik yang lebih murah untuk dipasarkan dengan lebih awal juga.

Realiti: Tiada bukti langsung bahawa peruntukan “TRIPS-plus” akan menyebabkan ubat-ubatan generik dipasarkan dengan lebih awal. Di samping itu, keputusan sebuah syarikat ubat-ubatan asal untuk membuat permohonan pemasaran di Malaysia bergantung terutama sekali kepada saiz pasaran dan sebab-sebab lain.

2. Kenyataan: Kerajaan telah bersetuju untuk memberi perlindungan data yang serupa kepada produk biologik dengan tujuan kesamarataan (tanpa diskriminasi).

Realiti: Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) tidak menetapkan apa-apa peraturan berkaitan dengan data ekslusif ataupun pasaran eksklusif bagi ubat-ubatan dan Pelapor Khas PBB bagi Hak Kesihatan (UN Special Rapporteur on the Right to Health) pernah berkata bahawa negara membangun tidak perlu bersetuju dengan peruntukan tersebut mahupun TRIPS+. Jika Malaysia begitu risau mengenai isu kesamarataan, maka ia harus menghapuskan peruntukan data eksklusif/pasaran eksklusif bagi molekul kecil (ubat-ubatan bukan biologik). Jika Malaysia bersetuju untuk  menggunakan peruntukan TRIPS+, Malaysia dilihat sebagai melanggar tanggungjawabnya terhadap Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (Convention on the Rights of the Child, CRC), yang mengambil-kira hak kesihatan (right to health). Sangat jelas bahawa Malaysia ditekan oleh Amerika Syarikat untuk menerima peruntukan pasaran ekslusif bagi ubat-ubatan biologik. Ubat-ubatan biologik berbeza dengan ubat-ubatan molekul kecil dan dilihat semakin penting di dalam pasaran ubat-ubatan serta dijual dengan begitu mahal sehingga boleh mencecah US$569,000/pesakit/tahun pada harga monopoli. Oleh kerana sebahagian besar ubat-ubatan biologik diperolehi dari sumber-sumber yang hidup, ia tidak boleh dipatenkan. Tanpa perlindungan paten dan juga peruntukan eksklusif TPPA, maka ubat-ubatan generik boleh terus didapati dengan mudah di Malaysia dengan harga yang berpatutan.

3. Kenyataan: Peruntukan ini adalah perlu kerana mereka akan membuat syarikat lebih berinovasi.

Realiti: Peruntukan TRIPS+ tidak dapat menolong syarikat-syarikat farmaseutikal yang sedang menghadapi “krisis inovasi” [4]. Dengan sedikit pengubahsuaian kepada ubat-ubatan sedia ada,  mereka boleh memohon untuk mendapatkan paten baru. Di samping itu, kajian juga menunjukkan bahawa inovasi sebenarnya dihalang oleh  hak harta intelek (IPR) yang lebih ketat[5]  ataupun ia langsung tidak merangsangkan inovasi. Sebagai contoh, walaupun Italy menambah IPR, impak kepada kadar pengeluaran rekaan baru adalah sedikit atau langsung tiada (little or no impact) [6]. Contoh yang kedua ialah Kesatuan Eropah yang mempunyai pasaran farmaseutikal yang mempunyai perlindungan paling kuat di dunia tetapi semakin kurang inovatif jika dibandingkan dengan rantau-rantau yang lain. [7]

4. Kenyataan: Semua penemuan, termasuk kegunaan baru, akan diteliti oleh pejabat paten bagi memastikan ia kegunaan baru dan jelas (novelty and obvious use).

Realiti: Penggunaan paten baru dalam mana-mana bidang teknologi adalah sangat bermasalah kerana ia melanjutkan monopoli secara berterusan (evergreen the monopoly). Tambahan pula, TPPA merendahkan standard untuk inovasi yang baru dan menggalakkan langkah merekacipta bukan jelas untuk semua paten termasuk paten penggunaan baru. Ini bermakna bahawa lebih banyak teknologi yang akan mendapat perlindungan paten sekurang-kurangnya 20 tahun sebelum pengguna, petani dan pengeluar boleh membelinya dengan harga yang lebih murah akibat persaingan generik. - HARAKAHDAILY 17/11/2015

Kenyataan media ini disediakan oleh Kumpulan Bantah TPPA Akses kepada Ubat-Ubatan terdiri daripada Malaysian AIDS Council & Breast Cancer Welfare Association

[1] Chong CP, Hassali MA, Bahari MB and Shafie AA. Generic medicine substitution practices among community pharmacists: a nationwide study from Malaysia. Journal of Public Health 2011; 19(1): 81-90.

[2] Re worsening trade balance in: Rashmi Banga, Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA): Implications for Malaysia’s Value-Added Trade (January 2015) <http://wtocentre.iift.ac.in/workingpaper/TPP%20PAPER.pdf> Accessed 15 November 2015

[3] Tom Miles, Pacific trade deal could limit affordable drugs: world health chief (12 November 2015) Reuters < http://www.reuters.com/article/2015/11/12/us-trade-tpp-health-idUSKCN0T10X720151112> Accessed 14 November 2015

[4] Cynthia Ho, ‘Sovereignty under Seige: Corporate Challenges to IP Decisions’ (2015) 30(1) Berkeley Technology Law Journal

[5] Lerner J, 150 Years of Patent Protection, Harvard MA, Harvard Business School Working Paper (2001), Monitoring Financial Flows for Health Research 2005: Behind the Global Numbers by Global Forum for Health Research page 31. The Global Forum for Health Research is funded by the World Health Organization, the World Bank, the Rockefeller Foundation and various national governments. This Chapter of the Report was written by Donald Light who in addition to being an academic is a member of the Business Advisory Council of the Republican Party and a member of the President’s Business Commission.

[6] Deardorff A, ‘Welfare Effects of Global Patent Protection’ Economica 1992; 59: 35-51 and Branstetter LG ‘Do Stronger Patents Induce More Local innovation?’ in KE Maskus and JH Reichman (eds) International Public Goods and Transfer of Technology Under a Globalized Intellectual Property Regime, Cambridge University Press. Cambridge 2005; 309-320

[7] EGA press release: Brussels, 10 November 2005, a Call to Review the Patent System, IPH 10/11/2005

Sumber HD - 17-11-2015
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS Bantah Dan Tolak TPPA Demi Masa Depan Dan Kesejahteraan Rakyat dan Negara.

KEBIMBANGAN Parti Islam Se-Malaysia (PAS) terhadap musibah ekonomi yang bakal melanda negara dengan perjanjian TPPA sekarang semakin menjadi kenyataan.

Malah perbandingan saya bahawa TPPA adalah penjajahan baru dengan topeng ekonomi global yang 'berlandaskan' undang-undang telah terbukti benar setelah meneliti bab mukadimah teks TPPA yang mula disiarkan dalam laman web MITI, yang dengan jelas menyebut bahawa TPPA adalah manifestasi daripada hak dan rasa tanggungjawab negara-negara anggota terhadap intipati Perjanjian Marrakesh yang telah menjadi asas kepada Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).
Agenda sebenar TPPA juga kita dapat fahami secara tersirat menerusi penelitian kandungan temubual Presiden Amerika Syarikat Barack Obama mengenai kepentingan TPPA kepada ekonomi Amerika Syarikat.
Dalam bulan Ogos 2010 apabila mula digerakan rundingan TPPA ini, saya telah pun membuat kenyataan bahawa TPPA amat berisiko kepada Malaysia kerana ianya akan mendedahkan Malaysia kepada mekanisma dan kesan WTO secara langsung dalam tempoh segera.

Malah saya telah menyarankan agar kerajaan terlebih dahulu mengambil kesempatan sepenuhnya dari pakatan ekonomi serantau yang sedia ada seperti AFTA yang lebih mesra dan berorientasikan Asia, dan mengembangkan kerjasama ekonomi negara umat Islam melalui D8. Saranan sama telah saya tegaskan sekali lagi semasa membahaskan Bajet 2016 yang lalu.

Semua maklumat awal ini sudah cukup untuk meyakinkan Malaysia bahawa TPPA adalah penjajahan yang telah kembali dan akan meragut kedaulatan ekonomi negara.

Rakyat Malaysia seharusnya sedar bahawa masyarakat kapitalis barat pun juga dengan lantang menolak WTO kerana ianya hanya menguntungkan pihak pemodal dan terus menzalimi rakyat atas nama globalisasi.

Malah gerakan global seperti protes 1999 di Seattle, Amerika Syarikat dan Gerakan Occupy Wall Street 2011 di New York, Amerika Syarikat adalah manifestasi bantahan masyarakat dunia terhadap WTO. Malah bekas menteri MITI, Tan Sri Rafidah Aziz dalam banyak ucapannya dahulu menegaskan bahawa Malaysia tidak seharusnya dipaksa menerima WTO selagi mana Malaysia belum bersedia.

PAS sekali lagi dengan tegas menyatakan bantahan dan menolak TPPA demi masa depan dan kesejahteraan rakyat dan negara. Buat masa ini pasukan penyelidik dan pakar-pakar PAS sedang meneliti dengan terperinci teks penuh dan annexTPPA.

Insya Allah suatu laporan penuh akan dikeluarkan tidak lama lagi dan akan didedahkan sebagai maklumat umum kepada rakyat.

Abdul Hadi Awang
Presiden PAS.

Sumber PP - 10-11-2015
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

TPPA bakal merugikan negara

HARAKAHDAILY | .


Dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) ada bahagian tentang kaedah penyelesaian pertikaian antara pelabur dengan negara perumah (host) yang di namakan Investor State Dispute Settlement (ISDS).

Ia membolehkan pelabur yang masuk dan ada pertikaian dengan negara tuan rumah (dalam kes kita Malaysia) mengheret perbicaraan kes pertikaian ke mahkamah di luar Malaysia.

Amerika telah memasukkan terma yang sama dalam perjanjian perdagangan bebas Nafta yang sudah agak lama berlangsung.

Setakat ini hampir semua kes pertikaian jika melibatkan pelabur Amerika, cuma mereka saja yang menang di mahkamah.

AHMAD AMZAD HASHIM
Pengarah Penerangan PAS Pusat
10hb November 2015 - HARAKAHDAILY 10/11/2015

Sumber HD - 10-11-2015
---------------------------------------------------------------------------
Bangkang Sambil Nasihat, Nasihat Sambil Bangkang

Posted on Sunday, November 08 @ 09:00:53 MYT by paktam

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) Isu TPPA pun tak hangat, sebab DAP dan BN sokong TPPA. Isu RM2.6 bilion pun akan ditenggelamkan oleh isu Vape.

2) Isu GST dah mula nak basi walaupun rakyat sedang susah dengan GST.
 
3) Isu 1MDB pulak macam Najib mula mengukuh kedudukan. Debat kejap jadi kejap tak jadi, last2 tukar orang.


4) PAS tak sokong 1MDB, tak sokong TPPA. DAP pulak tak sokong 1MDB tapi sokong TPPA. UMNO sokong 1MDB, sokong TPPA.

5) PAN pun tak bunyi sangat pasal TPPA. Duk bunyi hal PAS nak bergabung dengan Umno hari-hari.

6) Macam ni punya keadaan pembangkang, BN pecah lima team pun still boleh menang PRU14 nanti.

7) Rakyat dah mula nampak blok pemerintah dan blok pembangkang, sama je. Dua-dua bakal melingkupkan negara.

8 ) Maybe sebab tu PAS pon jadi pening. Nak jadi pembangkang pun tak kena, nak join pemerintah pon tak kena.

9) Last sekali menjadi pembangkang dan penasihat. Bangkang sambil nasihat, nasihat sambil bangkang.

Sekian

Sumber DD - 8-11-2015
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Teks TPPA bukan teks muktamad






MOHD AZMI ABDUL HAMID | .






Walaupun teks versi akhir Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang baru didedahkan dan dibaca sebagai tidak menjejaskan kepentingan negara, namun kami berpendirian mengikut teks tersebut jelas mengesahkan kekhuatiran banyak pihak. TPPA mengandungi klausa yang sah merugikan negara dan bakal membebankan rakyat.

Antaranya ialah isu pelanjutan masa kepada 5 tahun untuk ubat generik dibenarkan berada dipasaran dan dengan sebab itu pengguna terpaksa membeli ubat dari pembuat asal yang sangat tinggi harganya.

Demikiannya juga isu hak bumiputera dan syarikat milik kerajaan (SOE) yang dikatakan terpelihara. TPPA dikatakan membenarkan fleksibiliti 30% untuk pemerolehan kerajaan kepada bumiputera dan SOE. Namun sejauh mana fleksibiliti itu dibolehkan jika sesebuah kontrak yang diberi kepada syarikat luar datang dalam bentuk satu pakej. Mekanisme apa yang ada dalam peraturan Malaysia untuk menolak permohonan tender dari luar yang lebih kompetatif dari segi harga?

Klausa mengenai layanan yang sama antara syarikat tempatan dan syarikat luar dalam TPPA bakal menjadi medan pertembungan yang besar jika mekanisme di Malaysia tidak cukup kuat menghadapi risiko diheret ke mahkamah antarabangsa dalam proses Penyelesaian Pertikaian Pelabur-Negara (ISDS)  yang terdapat dalam TPPA.

Kami juga sangat khuatir terhadap kenyataan kononnya pengguna Malaysia akan nikmati barang berkualiti dan harga berpatutan dari 11 negara luar. Sementara pasaran Malaysia bakal menghadapi lambakan, malah masakini pun sudah berlaku gejala tersebut manakala produk Malaysia pula belum tentu mampu bersaing di pasaran luar. Kami tidak yakin TPPA baik untuk pengguna mahupun untuk usahawan Malaysia.

Respons awal kami ialah  ia merupakan pendedahan yang amat lewat dan pendedahan yang belum muktamad.

TPPA adalah perjanjian yang sangat kompleks dan penuh kontroversi. Ada proses sertifikasi yang perlu diselesaikan bermakna teks yang didedahkan itu tidak muktamad.

Kami tetap berpendirian bahawa ia adalah perjanjian yang menghakiskan kedaulatan negara dan merupakan suatu penjajahan yang menggunakan  instrumen perjanjian perdagangan untuk menguasai sebuah negara dalam jangka masa panjang.

Menteri MITI menyatakan ini bukan penjajahan moden kerana negara lain turun menyertai TPPA. Kami berpandangan perjanjian yang memberi kesan kepada keupayaan negara membuat dasar dan menggubal undang-undang sendiri adalah satu penjajahan.

Setelah lebih 5 tahun berunding secara rahsia akhirnya teks TPPA didedahkan oleh MITI di laman sesawang kelmarin yang diedar oleh kerajaan New Zealand sebagai anggota asal TPPA.

Kami sudah menyatakan bahawa merahsiakan perundingan sebesar ini adalah tidak adil dan berbaur konspirasi.

Kesangsian pelbagai pihak terhadap TPPA kerana kerahsiaan yang sedemikian lama  adalah munasabah. Untuk pihak MITI mengatakan setelah teks versi akhir kini didedahkan dan kerana itu ia menjadi telus adalah suatu pembodohan masyarakat awam.

Adakah ini bermakna kerajaan sedang mula menghitung hari untuk menentukan tarikh Perdana Menteri menandatangani dokumen perjanjian itu?

Sebelum pendedahan teks perjanjian tersebut dimuktamadkan,  pihak kerajaan nampaknya tetap mengulangi bahawa TPPA sangat bermanfaat untuk negara. Ini ketetapan yang jelas membayangkan bahawa perbahasan mengenai TPPA di Parlimen pada sidang akan datang tidak membawa makna. Menteri MITI sendiri menyatakan sebenarnya memadai keputusan dibuat oleh Jemaah Menteri. Adakah ini bermakna jika parlimen menolak TPPA, kerajaan tetap akan menandatanganinya?

Kami hairan, sebelum 2 Analisis Kos dan Faedah (Cost Benefit Analysis) yang dikendalikan oleh Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia (ISISI) dan Pricewaterhouse Coopers  (PwC) dikatakan akan dikeluarkan lagi dua minggu dari sekarang Menteri MITI terus mengulangi kenyataan  bahawa TPPA akan menguntungkan negara dalam perdagangan dunia.

Dengan menyertai TPPA, retorik seperti  daya saing yang lebih tinggi, agenda perdagangan yang lebih agresif dan lebih baik, terus diwar-warkan untuk memberi mesej bahawa kerajaan Malaysia sudah siap menandatangani perjanjian tersebut walaupun ada suara penentangan yang kuat dari rakyat.

Soalnya, gambaran yang muluk-muluk yang didedahkan sebagai manfaat dari TPPA, apakah akan menjadi kenyataan indah khabar dari rupa.

Sepatutnya ruang dibuka juga untuk pihak lain membentangkan penilaian analisis kos-faedah secara bebas mengenai perjanjian berkenaan.

Bagi kami teks yang didedahkan ini semata-mata, tidak memadai untuk memberi analisis yang mencukupi. Rakyat perlu didedahkan dokumen latarbelakang TPPA dari mula ianya dirundingi untuk memberi gambaran menyeluruh terhadap teks tersebut.

Inilah yang tidak mahu didedahkan kepada rakyat. Proses perundingan itu telah menetapkan dokumen latar belakang itu hanya boleh didedahkan 4 tahun selepas TPPA berkuatkuasa.

Analisa kerajaan nampaknya lebih cenderung untuk menunjukkan keuntungan lebih dari implikasi kos yang akan terbeban ke atas sebahgian besar rakyat. Walaupun dalam tempoh 3 bulan yang diberi kepada pihak awam untuk meneliti teks dan 2 CBA itu nanti, Menteri MITI sudah pun mengistiharkan komitmen kerajaan untuk menandatangani TPPA.

Setidaknya beberapa klausa yang dikutip oleh media untuk menunjukan status bumiputera akan dipelihara dalam TPPA masih boleh dipersoalkan. Semua pernyataan dalam TPPA itu masih tertakluk kepada tindakan mahkamah perdagangan walaupun diberi masa 4 tahun selepas didapati melanggar TPPA.

Klausa mengenai pemanjangan waktu untuk industri pengeluar ubatan boleh menghasilkan ubat generik dan mengedarkannya ke dalam pasaran kepada 5 tahun kepada 20 tahun ternyata merupakan kerisauan yang benar.

Kami menggesa sekali lagi agar kerajaan Malaysia tidak menandatangani TPPA dan suara rakyat yang menolak TPPA perlu dihormati. - HARAKAHDAILY 7/11/2015

Penulis ialah Presiden Majlis Perundingan Petubuhan Islam Malaysia (Mapim).

Sumber HD - 7-11-2015

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

3 NGO mohon halang kerajaan tandatangani TPPA

Posted on Wednesday, November 04 @ 21:36:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini memfailkan permohonan mendapatkan semakan kehakiman terhadap keputusan kerajaan menerima Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Permohonan berkenaan dibuat supaya mahkamah tinggi mengeluarkan perintah melarang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan kerajaan meneruskan proses menandatangani TPPA sehingga semakan didengari dan diputukan mahkamah.

Menurut Presiden Persatuan Teras Pendidikan dan Kebajikan Melayu Malaysia (Teras), Azmi Hamid yang ditemui selepas memfailkan permohonan itu berkata, TTPA merupakan alat perhambaan Barat terhadap negara ini.

Kata Azmi, perjanjian itu juga sekaligus menghapuskan kedaulatan negara.
"TTPA ini adalah penjajahan, juga perhambaan ke atas negara. Ini bermakna TTPA ini menghapuskan kedaulatan negara," kata Azmi dalam kenyataan hari ini.
Minta dedah kandungan

Sementara itu, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Mohamad Raimi Ab Rahim berkata, perjanjian TTPA juga satu usaha untuk mengutamakan pihak luar berbanding kepentingan rakyat dan negara ini.

"Ia usaha untuk meletakkan terma-terma tertentu yang memastikan kepentingan luar lebih diutamakan daripada keperluan negara," katanya.

Satu lagi NGO yang membuat permohonan itu adalah Urusetia Menangani Gejala Sosial (UNGGAS Malaysia).

Ketiga-tiga NGO itu diwakil peguam Haniff Khatri Abdullah.
Antara tuntutan dibuat ialah mewajibkan responden mededahkan teks perjanjian TTPA dan faedah yang bakal diperolehi kepada umum.

Rundingan TPPA dimuktamadkan pada 5 Oktober lalu di Atlanta, AS dan teks dokumen itu dijangka disiapkan penghujung bulan ini untuk dibentangkan di parlimen.

Malaysia perlu membuat keputusan untuk menandatangani perjanjian itu selewat-lewatnya pada dua minggu pertama 2016.

Rundingan TPPA yang julung kali dilancar pada 2005, membabitkan 12 negara iaitu Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, AS dan Vietnam - MK
Sumber TKO - 4-11-2015
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

TPPA: Bukti kerakusan DAP menguasai Malaysia







MAZLI NOOR | .


TRANS-Pasifik Partnership Agreement (TPPA) merupakan suatu perjanjian yang telah menimbulkan kontroversi terutamanya di negara-negara perunding dan tidak terkecuali Malaysia.

Meskipun Malaysia telah mempunyai perjanjian perdagangan bebas atau 'Free Trade Agreement' (FTA) dengan 7 daripada 11 negara anggota TPPA,namun ia tidak pernah menghalang sikap haloba kerajaan terhadap keuntungan yang tidak pasti dari TPPA.

Isu utama yang menjadi pertikaian sudah pasti kepada aspek kedaulatan, pembinaan negara dan ruang penentuan polisi (policy space) negara yang semakin menyempit.

Di sebalik kelantangan pertubuhan-pertubuhan berteraskan Melayu menentang TPPA, DAP bersikap sebaliknya tidak seperti kebiasaan dengan sikap keras dan lantangnya mereka bersuara menentang penyelewengan 1MDB. DAP kelihatannya tidak begitu serius terhadap aspek-aspek asas yang menjadi pertikaian terhadap TPPA terutamanya melibatkan hak bumiputra.

Ini kerana DAP sudah pasti memikirkan apabila mereka berjaya memegang tampuk pemerintahan Malaysia kelak, TPPA akan menjadi 'milestone' kepada DAP untuk menjaga kepentingan mereka dengan Singapura seterusnya menguatkan cengkaman mereka di Pulau Pinang. Ia berasaskan kepada isu perkauman yang sering dimainkan DAP di ruang-ruang media.

'Grand design' ini sudah semakin menampakkan agenda di belakang tabir DAP yang mahu memerintah Malaysia mengikut kehendak dan selera mereka. Perpecahan dalam PAS dan PKR merupakan langkah awal memecahkan kelompok Islam dan Melayu dan seterusnya memastikan jalan menguasai Malaysia bertambah mudah. Keadaan Umno yang lemah juga turut menjadi faktor yang akan memudahkan rancangan mereka untuk menguasai Malaysia.

Umno perlu sedar, TPPA bukan hanya akan membebankan rakyat dan negara tetapi ia akan menjadi laluan DAP untuk menguasai Malaysia.

Begitu juga isu pemanjangan tempoh paten dalam ubatan, DAP kelihatannya tidak cenderung membantah sebaliknya mempertikaikan sikap flip-flop kerajaan Malaysia yang tidak menyetujui perkara tersebut. Perlu difahami bahawa pemanjangan tempoh paten akan meningkatkan harga perubatan dan memberi bebanan kepada rakyat miskin.

Tambahan pula, TPPA hanya akan menguntungkan syarikat korporat tetapi tidak kepada peniaga-peniaga kecil yang terpaksa berhadapan dengan syarikat-syarikat besar yang datang dengan modal pelaburan yang tinggi disamping teknologi yang tiada tandingnya.

Kerajaan pula bakal berhadapan dengan ISDS, suatu aspek kritikal yang terdapat dalam TPPA. Ia mendedahkan kerajaan kepada tindakan undang-undang antarabangsa jika dirasakan tiada layanan setimpal diberikan kerajaan terhadap pelabur luar.

Lebih dahsyat lagi, ISDS ini terdapat hampir di setiap tajuk perjanjian, tidak seperti 74 'Bilateral Investment Treaties' (BITs) kerajaan Malaysia yang ada pada hari ini.

Sewajarnya masyarakat Malaysia tidak mengira latar belakang bersatu menentang TPPA, bukannya bersikap 'Double Standard' disebabkan kepentingan politik peribadi. Sikap 'Double Standard' DAP yang menyokong TPPA juga seharusnya ditentang. Mereka hanya ingin mempertahankan kelangsungan tauke korporat Cina di samping menjaga kepentingan mereka dengan Singapura dan Pulau Pinang.

Sikap DAP ini wajar disedari oleh orang-orang Cina sendiri terutama kalangan peniaga peringkat pertengahan dan kecil. Mereka yang berniaga di peringkat pertengahan dan kecil akan kehilangan perniagaan dan pendapatan sekiranya TPPA ini menjadi kenyataan.

Oleh hal yang demikian, PRU14 adalah medan terbaik untuk menyekat kebodohan BN dan kerakusan DAP dalam isu TPPA ini. Masyarakat Melayu jangan lagi memberi undi mereka kepada Umno dan BN manakala masyarakat Cina pula jangan beri undi mereka kepada DAP dan Pakatan Harapan yang turut terdiri daripada PKR dan AMANAH. – HARAKAHDAILY 2/11/2015

Penulis ialah Timbalan Presiden, Ikatan Ilmuan Nasional

Sumber HD - 2-11-2015


Rupanya kutip duit poket Rakyat Untuk Bayar Gaji Kakitangan Kerajaan
Posted on Friday, October 23 @ 19:45:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUALA LUMPUR - "Mujur ada GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan), kalau GST tidak ada, kerajaan terpaksa meminjam dan membuat hutang untuk membayar gaji penjawat awam," demikian ujar Perdana Menteri , Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pembentangan Bajet 2016 pada sidang Dewan Rakyat di Parlimen di sini, hari ini

Menurut pemimpin negara itu lagi, tanpa pelaksanaan GST, hasil negara juga akan berkurangan sebanyak RM21 bilion sepanjang tahun.

"Kalaulah kita kekal dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), kutipan hanyalah sekadar RM18 bilion berbanding GST iaitu sebanyak RM39 bilion.

"Akibatnya, defisit negara akan meningkat kepada 4.8 peratus dan bukan lagi 3.1 peratus seperti yang disasarkan pada tahun 2016.

"Andai kata ini berlaku, kerajaan terpaksa meminjam untuk membayar gaji penjawat awam, penarafan kredit negara pula akan diturunkan dan kos pinjaman untuk semua seperti pinjaman peribadi, pinjaman perumahan dan perniagaan pasti akan meningkat," katanya. - SH 


Sumber TKO - 23-10-2015


































































Lam Thye cadang Putrajaya turunkan kadar GST kepada 3%
Posted on Friday, October 23 @ 14:16:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Aktivis masyarakat yang dihormati Tan Sri Lee Lam Thye menggesa Putrajaya meringankan beban rakyat dengan mengurangkan kadar 6% cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kepada 3% melalui Bajet 2016 yang akan dibentangkan petang ini.

Menurut akhbar Berita Harian, bekas pemimpin DAP itu berkata, Bajet 2016 merupakan yang pertama bagi Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) dan dibentangkan selepas GST dilaksanakan.Menurut Lee, antara isu yang perlu diberikan perhatian ialah langkah menangani kos sara hidup rakyat berikutan kenaikan harga barangan yang tidak setimpal dengan pendapatan.

"Pelaksanaan GST menyebabkan pengguna perlu membayar lebih untuk kebanyakan barangan dan perkhidmatan, justeru beberapa langkah perlu diambil untuk mengurangkan kesan awal GST kepada rakyat.

"Saya ingin mencadangkan GST dikurangkan kepada 3% dalam Bajet 2016 berbanding 6% ketika ini bagi meringankan beban rakyat," katanya seperti dilaporkan akhbar itu.

Di samping pengurangan kadar GST, Lee mencadangkan supaya kerajaan mengurangkan cukai pendapatan individu dan cukai korporat, bagi membolehkan rakyat menghadapi kesan pelaksanaan GST.

Katanya, dengan peningkatan kos sara hidup, kadar purata pelepasan cukai semasa sebanyak RM750 sebulan untuk individu dan RM83 untuk seorang anak adalah tidak mencukupi.

"Saya mencadangkan pelepasan cukai dinaikkan kepada RM12,000 setahun untuk individu dan RM3,000 untuk seorang anak.

"Ini juga masa yang tepat bagi kerajaan menyediakan insentif bagi menggalakkan rakyat Malaysia ekoran penyusutan nilai mata wang," katanya seperti dilaporkan Berita Harian.

Sumber TKO - 23-10-2015


TPPA: Jangan ulangi kesilapan lalu

TUAN IBRAHIM TUAN MAN | .


Kedatangan Barat ke Nusantara atas misi perdagangan berakhir dengan kejayaan mereka melaga-lagakan pemerintah di negara ini bagi memudahkan penjajahan mereka ke atas  kedaulatan negara.

Sistem pecah dan perintah "divide and rule" yang diamalkan oleh mereka ternyata membuahkan  hasil yang sangat lumayan, bilamana orang Melayu khasnya raja-raja yang menjadi pemerintah pada masa itu berjaya dipecah-belahkan sehingga sebahagian mereka tanpa segan memohon bantuan Inggeris demi mempertahankan survival kuasa politik mereka.

Akibatnya negeri berada dalam era penjajahan ratusan tahun. Kemerdekaan 1957 hanya berjaya mengembalikan kuasa ke tangan rakyat negara ini, namun sebahagian sistem yang dipaksakan oleh penjajah terus di amalkan sehingga kini.

Kini kita sedang melihat bagaimana hancurnya negara umat Islam khasnya Afghanistan, Iraq dan kini Syria dan Yaman.

Golongan yang berbangga memohon pertolongan Amerika dan sekutu Barat satu waktu dahulu, kini menderita di atas tindakan mereka.

Kita tentu masih ingat bagaimana ribuan rakyat Iraq menyambut kedatangan tentera Amerika dengan kuntuman bunga dan bersorak kegembiraan apabila melihat kedatangan Tentera Bersekutu bersama dengan infantri mereka.

Penjajahan Barat tidak pernah terhenti di dunia moden, ia bukan lagi berkisar pada ketenteraan tapi juga melalui perdagangan dan ekonomi.

Negara kini berada dalam situasi yang hampir sama. Isu Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) bukan hanya sekadar perjanjian perdagangan tetapi ia adalah satu bentuk penguasaan dan blok pegangan yang akan bertukar kepada blok ketenteraan dan penjajahan baru.

Dalam persaingan untuk menguasai ekonomi dan pengaruh dunia, Amerika menyedari saingan kuasa baru China. Di sisi blok perdagangan,  Amerika memerlukan tindakan segera.

Malaysia perlu melepaskan diri dari ikatan perjanjian TPPA yang kini sedang berusaha mengikat dengan pelbagai peraturan ke atas negara kita.

Di saat ini, semua parti politik mesti meletakkan kepentingan negara jauh lebih besar dari polemik kepartian dalam keadaan negara berhadapan dengan kegagalan mengurus pelbagai isu utama yang menimbulkan kemelut dalaman, sehingga meninggalkan negara jauh ketinggalan dalam persaingan global.

Namun apa yang perlu disedari oleh semua ialah kemelut tersebut kini menuntut perubahan menyeluruh kepada kepimpinan baru yang lebih bertanggungjawab.

PAS menentang perjanjian TPPA dan mendesak kerajaan tidak menandatangani perjanjian tersebut. Kita perlu memelihara kedaulatan negara dan  menentang sebarang campur tangan asing dalam meneruskan masa depan negara.

Di saat ini semua parti politik sama ada blok pembangkang atau kerajaan mesti sepakat dalam membuat keputusan besar bagi masa depan negara.

Kesilapan lalu tidak sepatutnya diulang semula oleh kepimpinan masa kini. Jangan disebabkan skandal seseorang pemimpin, negara diperas ugut untuk bersetuju dengan TPPA. - HARAKAHDAILY 22/10/2015

Sumber HD - 22-10-2015

‘Address Rising Cost of Living’

cost of living
As the tabling of the Budget nears, consumer and trade groups are urging the Govern­ment to fine-tune policies to address the rising cost of living and doing business.

Fomca president Datuk N. Mari­muthu said long-term strategies should be included to tackle the increasing cost of living, which was seriously affecting the people, especially those in the lower income group.

GST

“For example, introducing food stamps can help lessen the burden of needy groups, as cash handouts in the form of Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) are not the solution.

“There must also be improvements in public transportation and infrastructure now that toll charges have been raised,” he said.

The 2016 Budget, scheduled to be tabled in Parliament on Oct 23 by Prime Minister and Finance Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, is expected to focus on strengthening growth, expanding inclusiveness and fiscal sustainabi­lity.

The Budget would be the first under the 11th Malaysia Plan.

Marimuthu said more funds should be channelled to healthcare so that patients could enjoy quality treatment and endure less waiting time.

He said in view of the weakening ringgit, full loans should be given under the National Higher Edu­cation Fund Corporation to students seeking tertiary education.

“The authorities must come down hard on loan defaulters and compel them to pay back after starting work so that others can benefit from the revolving fund.

plaza tol

“There should also be long-term strategies to cut down on the dependence of food imports such as utilising the vast tracts of idle agriculture land in the country,” he added.

Marimuthu said last year, Malay­sia’s food imports amounted to RM46.2bil, adding that empowering local farmers could reduce such spending.

MCA’s Small and Medium Enter­prises (SME) Bureau chairman Datuk Ei Kim Hock said a body si­­milar to Matrade should be set up to help promote SME-manufactured products overseas.

He said more incentives should also be put in place to give SMEs a head start in view of the Trans-Pacific Partnership Agreement.

“We foresee a big impact as traditional SMEs are not well equipped to face competition from international conglomerates due to their outdated automation system.

“The Government should consi­der giving tax waivers on machi­nery for SMEs and lowering the levy for foreign workers,” he added.

Associated Chinese Chambers of Commerce and Industry of Malay­sia (ACCCIM) deputy president Tan Sri Lam Kam Sang hoped for more reductions in corporate tax and a review of the implementation of the Goods and Services Tax (GST).

food imported

Lam said urgent steps must be taken to revive and stabilise the country’s economy and improve investors’ confidence.

He said more allocations should also be channelled to make it easier for businesses, especially SMEs, to secure loans for expansion.

ACCCIM represents about 28,000 Chinese businesses.

On its part, the Malaysian Employers Federation has submitted several recommendations to the Government for its consideration.

Among them are for the proposed Employment Insurance Scheme to be discarded, national minimum wages to be linked to skills level or certification, a revision of the GST rate and reactivation of the National Labour Advisory Council -thestaronline

Sumber BO - 17-10-2015
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

TPPA: Kalau PWC boleh, kenapa tidak wakil wakyat?

NASRUDIN HASSAN | .

Akses Segera Dokumen TPPA: Kalau PWC boleh, kenapa tidak para wakil wakyat?
1. Kenyataan Menteri Industri dan Perdagangan Antarabangsa (MITI),  Datuk Seri Mustapa Mohamed baru-baru ini bahawa dokumen Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (TPPA) akan terlebih dahulu diserahkan kepada Institut Kajian Strategik Antarabangsa (ISIS) dan Price Waterhouse Coopers (PWC) Malaysia untuk kajian analisa kos-manfaat menimbulkan persoalan.

2. Saya boleh cuba memahami penglibatan ISIS selaku think-tank utama kerajaan tetapi mengapa PWC? Mengapa dokumen perjanjian ini boleh diberikan kepada sebuah firma perunding asing tetapi tidak kepada ahli-ahli parlimen yang dipilih rakyat? TPPA adalah isu kepentingan awam maka bukankah satu kewajaran bagi ahli-ahli parlimen yang dipilih secara sah oleh masyarakat awam turut diberikan akses segera kepada dokumen TPPA? Kalau PWC boleh, mengapa tidak para wakil rakyat?

3. Semalam Menteri MITI II Datuk Seri Ong Ka Chuan pula membayangkan bahawa TPPA mungkin tidak sempat dibahaskan dalam sesi parlimen yang akan datang ini. Ini bermakna proses tatapan umum dokumen TPPA mungkin akan terus tertangguh dan ahli-ahli parlimen terus dinafikan hak akses kepada dokumen TPPA ini.

4. Maka berapa lama lagikah para ahli parlimen dan rakyat perlu menunggu?

5. Sesuatu yang tidak munasabah bagi sebuah firma asing seperti PWC diberi kelebihan oleh kerajaan untuk menghadam TPPA. Pastinya juga bayaran perundingannya amat lumayan. Saya akan memohon kepada menteri agar jumlah bayaran kepada PWC dan penglibatan firma asing ini dalam perundingan TPPA didedahkan kepada umum menerusi soalan di parlimen.

6. Kerajaan juga telah mempunyai tempoh 5 tahun untuk menghadam perjanjian ini sepanjang proses rundingan. Maka tempoh waktu yang hanya tinggal sedikit ini memerlukan penglibatan wakil-wakil rakyat sepenuhnya agar kandungan perjanjian ini dapat diperhalusi. Malangnya kerajaan seperti lebih gemar berahsia dan kelihatannya takut dari mengambil pertanggungjawaban atas isu TPPA. Berani kerana benar. Takut kerana salah?

7. Kepada Datuk Seri Menteri, hentikan sandiwara ini dan lakukan perkara yang betul. Kembalikan hak rakyat untuk membuat penilaian dengan memberikan para ahli parlimen akses segera kepada dokumen TPPA. Sekali lagi saya ulangi; kalau PWC boleh, mengapa tidak para wakil rakyat?

Membina Malaysia Sejahtera

Sekian.

Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
Ahli Parlimen Temerloh - HARAKAHDAILY 13/10/2015

Sumber HD - 13-10-2015
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Is Malaysia going to sign TPPA?

Posted on Tuesday, October 13 @ 09:57:19 MYT by paktam

by SALEH MOHAMMED 

O N October 4, 2015, negotiations for the above was concluded. A couple months ago I have written on this topic and concluded that many hoped that Malaysia will not sign it and if we walk away, we would not lose everything – the experience gained in the negotiations is priceless.As of today, our negotiators have agreed to it.

Immediately after the conclusion, a statement released by the White House, the President said “I’ve spent every day of my presidency fighting to grow our economy and strengthen our middle class.

 That means making sure our workers have a fair shot to get ahead here at home, and a fair chance to compete around the world. Creating a level-playing field for American workers and businesses so (that) we can export more products stamped Made in America all over the world that support higher-paying American jobs here at home”.

John Kerry’s press statement states, “The TPP will spur economic growth and prosperity, enhance competitiveness, and bring jobs to American shores. It will provide new and meaningful access for American companies, large and small. And by setting high standards on labor, the environment, intellectual property, and a free and open Internet, this agreement will level the playing field for American businesses and workers.

The TPP will provide a near-term boost to the US economy, and it will shape our economic and strategic relationships in the Asia-Pacific region long into the future.

It will also eliminate more than 18,000 taxes that member countries put on US products.
This is a compelling agreement as it includes the strongest commitments on labour and the environment of any trade agreement in history and those commitments are enforceable unlike past ones.

It would also entrench new international trade standards in Asia, setting a template should any other countries want to join.

It is a dangerous blueprint for future agreements.

Although it is called a “free trade” agreement, it is not mainly about trade. Of its 29 chapters, only five deal with traditional trade issues.

New Zealand helped create the TPP project a decade ago to sell more butter in North America.

US, however, will not open its own agriculture sector until getting some assurance that American producers could sell more in Canada and Mexico. They also do not want to make it too easy for New Zealand to sell more dairy products in the US because it could threaten their less-competitive dairy farms. It is estimated from now until 2030, New Zealand would see the TPP adding only about 1% per annum to the country’s GDP.

A critical analysis of the above statements shows that TPP countries have agreed to the US government and US multinational company demands. It will raise the price of goods especially medicine for millions by unnecessarily extending monopolies and further delaying price-lowering generic competition.

TPP will go down in history as the worst trade agreement for access to medicines in developing countries, which will force them to change their laws to incorporate and suit abusive intellectual property protections for pharmaceutical companies.

It is also a strategy for the administration’s re-balancing of foreign policy toward supposedly fast-growing economies in Asia, In 2013, Joseph Stiglitz, a Keynesian economist, warned that the TPP presented “grave risks” and “serves the interests of the wealthiest.”

US labor unions and their allies among consumer and environmental groups are among the biggest critics of the TPP. They argued that the trade deal would largely benefit corporations at the expense of workers in the manufacturing and service industries.

The biggest test would come in a few months when US Congress votes on the deal and conflicting pressures from the political left and right threaten to make that vote a nail biter.
We have yet to see the full details of the agreement.

It seems the final draft is reasonably palatable but there are always some ugly compromises or some dead rats to swallow in deals, The Exceptions Chapter ensures that flexibilities are available to all TPP Parties and includes a self-judging exception. It also defines the circumstances and conditions under which a Party may impose temporary safeguard measures (such as capital controls) and to ensure that governments retain the flexibility to manage volatile capital flows.

The Final Provisions chapter specifies the procedures under which a Party can withdraw from the TPP.

I would strongly urge our lawmakers to carefully consider before they sign on the dotted line.
The near-term boost to the US economy may have a negative impact on our already weak currency.

By the way, the cost-benefit analysis (CBA) study on the TPP is long overdue. Hopefully, Teraju can give an update.

But, how can I be so naive. How in the world can we have a CBA report if we do not have full details of the agreement?

Sumber DD - 13-10-2015
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

TPP is “Worst Trade Agreement” for medicine access, says MSF

Posted on Tuesday, October 13 @ 09:38:50 MYT by paktam

by THARANGA YAKUPITIYAGE 

UNITED NATIONS – “The TPP [Trans-Pacific Partnership] will go down in history as the worst trade agreement for access to medicines in developing countries,” said Doctors without Borders/Médecins Sans Frontières (MSF) in a statement following the signing of the TPP trade deal.

The controversial agreement is the largest trade deal in a generation, bringing together 12 countries around the world including the United States to govern 40 percent of the world’s economy.


Negotiations on the TPP deal, initiated in 2008, finally came to a conclusion on Oct. 5 in the southern US city of Atlanta. It includes a range of economic policies including lowered tariffs as well as standards for labor law, environmental regulation, and international investments.

“This partnership levels the playing field for our farmers, ranchers, and manufacturers by eliminating more than 18,000 taxes that various countries put on our products,” said US President Barrack Obama in a statement following the end of negotiations.

He also noted that the deal has the “strongest” commitments on labor and the environment of any trade agreement in history. Though the deal has yet to be formally adopted by the signatories’ legislative bodies, it has already received criticism from numerous civil society members, including MSF, whose main concern arises from the deal’s provisions on data protection for biologic drugs.

Biologic drugs include any therapy from a biological source including vaccines, antitoxins and monoclonal antibodies for diseases including cancer and HIV/AIDS.

According to the Brookings Institution, a US-based think tank, biologics are larger and structurally more complex than other drugs, making them more difficult and costly to develop. On average, biologics cost 22 times more than nonbiologics.

Due to these high costs, companies utilize data from the original drug creator to develop “biosimilars,” cheaper, generic versions of biologics. MSF has stated that this competition is the “best way to reduce drug prices and improve access to treatment.”

For instance, MSF treats almost 300,000 people with HIV/AIDS in 21 countries with generic drugs. These drugs have reduced the organization’s cost of treatment from US$10,000 per patient per year to US$140 per patient per year. However, in the US, biologics creators have 12 years of data exclusivity.

During this period, the US Food and Drug Administration (FDA) cannot approve a biosimilar that utilizes original biologic data.

Data protection rules vary in other countries, while Peru, Chile and Mexico do not have any biologics data rules at all.

As part of the TPP negotiations, the U.S. sought to include the 12- year protection rule. Trade ministers went back and forth on the rule, finally settling on a mandatory minimum of five to eight years of data protection.

As a result, biosimilars will not be able to enter the market in countries that previously had no restrictions.

According to MSF, this will lead to high, sustained drug prices by pharmaceutical companies, preventing individuals and health providers from acquiring affordable and essential medicines.
MSF predicts that at least half a billion people will be unable to access medicines once the TPP takes effect.

“The big losers in the TPP are patients and treatment providers in developing countries,” MSF said in its statement.

The organization urged governments and its legislatures to consider the consequences.

“The negative impact of the TPP on public health will be enormous, be felt for years to come, and will not be limited to the current 12 TPP countries, as it is a dangerous blueprint for future agreements,” MSF warned. –IPS

Sumber DD -13-10-2015
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Isu TPPA : Awas ! Jika Kerajaan Khianati Rakyat.

Kenyataan Media Penerangan. 38
Isu TPPA : Awas ! Jika Kerajaan Khianati Rakyat.

1. Parti Islam Se-Malaysia (PAS) telah membuat kenyataan lebih awal dengan menyatakan kebimbangan kemungkinan Kerajaan Malaysia telah mengadakan pra perjanjian dengan negara-negara anggota TPPA sebelum substantif perjanjian tersebut dikemukakan kepada rakyat pada bulan hadapan.

2. Kenyataan akhbar PAS yang bertajuk “Isu TPPA : Adakah Mungkin Wujud Pra Perjanjian Bulan Ini?” bertarikh 11 Syawal 1436 / 27 Julai 2015. PAS menegaskan bahawa proses pendebatan di Parlimen berhubung TPPA tidak patut dijadikan rubber stamp semata-mata sedangkan pra perjanjian telah disepakati lebih awal.

3. PAS merujuk kepada laporan portal akhbar Utusan Malaysia, ruangan rencana bertarikh 11 Oktober 2015 yang bertajuk, “Timbang Buruk Baik TPPA”. Berdasarkan mukaddimah transkrip temubual tersebut, portal tersebut telah melaporkan bahawa Malaysia tidak memerlukan kelulusan Parlimen sebelum tandatangan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

4. Ini bermakna kuasa tandatangan hanya tertakluk kepada kuasa eksekutif iaitu Perdana Menteri sahaja. Maka, kerajaan perlu memberikan jaminan adakah kerajaan bersedia untuk menolak dan keluar daripada keanggotaan TPPA sekiranya majoriti rakyat menolak perjanjian ini. Malangnya, sehingga ke hari ini masih belum ada sebarang dokumen rasmi dan laporan cost benefit analysis dikeluarkan.

5. PAS memberi amaran supaya kerajaan tidak mengkhianati rakyat. PAS bersedia untuk bersama memimpin kebangkitan rakyat besar-besaran bersama pelbagai pihak yang berkepentingan jika kerajaan terus menandatangani perjanjian kontroversi ini.

Sekian.

Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
Tarikh : 29 Zulhijjah 1436 / 12 Oktober 2015

Lampiran rujukan :

MUKADIMAH: MALAYSIA tidak memerlukan kelulusan Parlimen sebelum tandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang melibatkan 11 negara lain iaitu Australia, Brunei Darussalam, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, dan Vietnam, selain Amerika Syarikat (AS).

Namun, memandangkan isu tersebut begitu kontroversi dan mendapat perhatian ramai, sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, maka Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memutuskan membawa perkara itu ke Parlimen untuk dibentangkan, dibahaskan sebelum dijalankan pengundian sama ada bersetuju atau menolak perjanjian dagangan terbesar dunia itu.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, DATUK SERI MUSTAPA MOHAMED ketika diwawancara selama sejam oleh wartawan Mingguan Malaysia, HAFIZAHRIL HAMID, AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI dan ZUNAIDAH ZAINON bersama jurugambar JEFFRI IRAN di pejabat beliau di Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur Khamis lalu.

- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/timbang-buruk-baik-tppa-1.145095#sthash.una2d6xI.dpuf

Sumber PP - 12-10-2015
-----------------------------------------------------------------------------
Dokumen TPP mungkin tak sempat dibentang tahun ini

Posted on Sunday, October 11 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


KUALA LUMPUR - Kerajaan membayangkan butiran Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) mungkin tidak sempat dibentangkan pada persidangan Parlimen tahun ini berikutan kekangan masa.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II, Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata persidangan Dewan Rakyat bermula 19 Oktober ini akan memfokuskan kepada pembentangan, perbahasan dan kelulusan Bajet 2016.

"Agak mencabar untuk cuba membawa (TPP) ke Parlimen tahun ini namun kita akan cuba. Bagaimanapun kita perlu bincang dengan Speaker Dewan Rakyat (Tan Sri Pandikar Amin Mulia) terlebih dahulu mengenai perkara ini.

"Lagipun pada masa ini kami perlu memberi pendedahan kepada rakyat terlebih dahulu mengenai TPP kerana ramai yang masih keliru," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Agung Wanita MCA ke-40 di sini, hari ini.

Pada Rabu lepas, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Malaysia perlu mendapatkan kelulusan Parlimen sebelum menandatangani TPP.   

Mustapa menegaskan biarpun rundingan bagi Pakatan Trans-Pasifik (TPP) telah dimuktamadkan, namun Malaysia masih belum menandatangani perjanjian berkenaan malah dokumen teks itu hanya dijangka siap pada akhir bulan ini.

Usaha rundingan TPP itu yang pertama kalinya dilancarkan pada 2005, melibatkan 12 negara iaitu Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat dan Vietnam. - Bernama 


Sumber TKO - 11-10-2015

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
TPPA rugikan petani, kata NGO

Posted on Sunday, October 11 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Syarikat-syarikat pengeluar benih dikatakan bakal mendapat lebih banyak hak ke atas petani mengikut Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang sudah dipersetujui Malaysia, kata dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Antara lain, TPPA akan menghalang petani daripada bertukar-tukar benih, kata laporan dibuat kumpulan berpangkalan AS dan Rangkaian Dunia Ketiga di Pulau Pinang.

"Konvensyen Antarabangsa Untuk Perlindungan Kerencaman Baru Tanaman 1991 menghalang petani daripada menukar benih masing-masing dan ia tidak konsisten dengan amalan petani di kebanyakan negara membangun apabila mereka perlu mempelbagaikan tanaman.

"Dalam kes di Malaysia, ia bermakna undang-undang perlindungan penukaran tanaman akan berakhir, termasuk memberikan kuasa monopoli lebih lama kepada syarikat pembekal, melarang petani menukar benih yang disimpan dan mengubah peruntukan perlindungan biokeselamatan dan antipenjarahan hayati (anti-biopiracy), " katanya dalam satu analisis semalam.

Ketika ini Akta Perlindungan Kerencaman Tanaman Baru 2004 membenarkan petani kecil menukar benih sesama sendiri.

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ketika ini mendefinisi "petani kecil" sebagai mana-mana pihak yang mengusahakan tanah kurang daripada 0.2 hektar. - MK



Sumber TKO - 11-10-2015

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

TPPA May Cause Malaysian Farmers To Lose Rights

petani malayia

Activist groups are claiming that Malaysian small farmers could lose out, as seed companies stand to benefit from longer monopolies under the Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA).

One of the conditions under the TPPA is that member countries are required to join the International Convention for the Protection of New Varieties of Plants 1991 (UPOV91), which Malaysia is not a member of.

The claim, by US-based Public Citizen and the Penang-based Third World Network (TWN), comes in the wake of a leaked document on the TPPA on whistleblower site WikiLeaks.

According to the groups, changing the current plant variety protection (PVP) laws would result in farmers not being able to exchange seeds. The UPOV91 would also require protection to be provided for all species of plants.

petani malayia1

Preventing farmers from exchanging their seeds is contrary to the practices of many developing nations and is needed for crop and variety rotation.

Moreover, changing the existing laws would also result in seed companies having longer monopolies.

Malaysia would also have to adjust its protection and anti-biopiracy provisions.

On Friday, WikiLeaks released a 60-page document on Intellectual Property Rights along with the analysis by Public Citizen and Third World Network.

The groups added that there are other provisions in the leaked document that could keep costs of inputs for farmers higher for a longer period. These include patents on plant-derived inventions and on new uses of agricultural chemicals.

Other TPP countries that are not members of UPOV91 are Brunei, Mexico and New Zealand.
The TPPA is a free trade agreement that involves 12 countries including the United States. The member countries have two years to ratify the agreement that will take effect in 2018. On Thursday the Government said that it the TPPA would be tabled in Parliament after Budget 2016 is passed.thestaronline

Sumber BO - 10-10-2015

------------------------------------------------------------------------------

Bab Harta Intelek TPPA Sekat Kebebasan Bersuara – Wikileaks

medicine-M
Teks akhir rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) bab harta intelek yang dibocorkan oleh WikiLeaks menunjukkan ancaman kepada kebebasan bersuara dan akses kepada ubat-ubatan serta maklumat

2ade

The Guardian melaporkan, para aktivis berkata, satu artikel bab ini muncul untuk memberikan negara-negara penandatangan lebih kuasa untuk menghentikan maklumat memalukan daripada didedahkan kepada orang awam.

Perjanjian perdagangan bebas (TTPA) yang melibatkan Amerika Syarikat dan 11 penandatangan dari negara Pasifik untuk menghadkan prosiding jenayah jika kecurian maklumat adalah ”
menjejaskan kepentingan ekonomi pihak (terbabit), hubungan antarabangsa, atau pertahanan negara atau keselamatan negara “, yang mungkin menyebabkan maklumat tersebar sekiranya perbicaraan dilaksanakan.

“Teks bab harta intelek TPP ini mengesahkan amaran penyokong bahawa perjanjian ini menimbulkan ancaman serius kepada kebebasan bersuara global bersuara dan akses asas kepada perkara-perkara seperti perubatan dan maklumat,” kata Evan Greer, pengarah kempen aktivis internet kumpulan ‘Fight For The Future’.

tppa

Laman sesawang pemberi maklumat Wikileaks berkata dalam satu kenyataan semalam bahawa TPPA bab harta intelek dikeluarkan bertarikh 5 Oktober, pada hari yang sama ia telah diumumkan di Atlanta, Amerika Syarikat, bahawa semua 12 negara anggota terlibat perjanjian itu – termasuk Malaysia – telah mencapai persetujuan selepas lima tahun rundingan.

“Bab IP dalamTPP mungkin menjadi bab yang paling kontroversi kerana kesan yang meluas ke atas perkhidmatan internet, ubat-ubatan, penerbit, kebebasan awam dan paten biologi,” kata Wikileaks.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata pada Isnin lepas bahawa tamatnya rundingan tidak bermakna bahawa Malaysia akan menyertai TPPA, menekankan bahawa teks perjanjian itu akan dibentangkan di Parlimen untuk dibahaskan.

Sumber BO - 10-10-2015
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------







TPPA: Sekali lagi ulama perlu ke depan

MUHAMMAD ZABIDI | .


Sejarah Ulama Silam
Hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Imam Tarmizi dari Abu Dardha RA berbunyi:

“Ulama adalah pewaris para Nabi”

Persoalannya apakah yang diwarisi para ulama? Jawabnya sudah pasti ilmu dan perjuangan para Nabi. Soroton sejarah umat Islam memperlihatkan para ulama dan ilmuwan berperanan besar dalam menggerakan transformasi kemanusiaan (taghyir ijtima’e) seperti saranan dalam Surah Al-Jumu’ah ayat 2 yang bermaksud:

“Dia-lah yang mengutuskan kepada kaum alummiyyin seorang rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, menyucikan mereka dan mengajarkan mereka kitab dan hikmah. Dan sesungguhnya mereka sebelum itu adalah dalam kesesatan yang nyata”

Petunjuk ayat tersebut jelas bahawa kedatangan para Nabi adalah untuk melakukan siri-siri pembaikan (islah) bagi merubah tatacara hidup manusia daripada kesesatan kepada kebenaran, dan daripada kejahilan kepada kecerdikan.

Pembaikan ini adalah suatu transformasi yang radikal dan bukannya perubahan kecil-kecilan. Jika itulah misi para Rasul, maka sudah pasti itu jugalah misi para ulama.

Dalam sejarah Melayu pula, terserlah peranan besar para ulama dan ilmuwan dalam melakukan revolusi agung sehingga umat serantau ini berubah dari Hinduism dan Buddhism kepada Islam.

Ketika era penjajahan pula, tiada tokoh lain yang beperanan sebesar para ulama dan ilmuwan dalam misi kebangkitan menentang agenda pembaratan dan sekularisasi.

Tokoh-tokoh agama seperti Tok Janggut, Tokku Paloh dan Haji Abdul Rahman Limbong umpamanya begitu berjasa bukan sahaja mempertahankan tanah air, bahkan membentengi jiwa raga umat dari racun pembaratan.

Era Globalisasi Ekonomi
Namun, ketika arus globalisasi menyerap masuk ke tanah umat Islam, peranan pencerdasan dan pencerdikan umat bukan lagi dimainkan oleh para ulama.

Sebaliknya peranan ini diambil alih oleh media massa dan media sosial. Maka televisyen, Facebook, Twitter, blog dan lain-lain sudah menjadi guru utama mendidik umat.

Sekali pandangan, memang benar teknologi maklumat tiada ada salah silap. Persoalannya, siapakah yang sebenarnya berperanan di sebalik penyampaian maklumat dan segala macam input kepada massa?
Ditemui jawapan bahawa realitinya adalah para penguasa dan para pemodal!

Mereka inilah yang sebenarnya mengambil-alih peranan ulama pada hari ini. Justeru, para ulama dan ilmuwan sudah hilang bisa mereka dalam membentuk pemikiran umat secara berkesan.

Sebaliknya minda umat sudah diadunkan dengan simbol kekuasaan dan simbol ekonomi. Inilah juga apa yang dikatakan kesan utama satu dalam fenomena yang disebut post-modernisme.

Media hari ini menjadi pembentuk imej (image maker) sama ada untuk menaikan atau menjatuhkan seseorang dengan sekelip mata.

Malah media sebagai penentu segala-galanya dalam kehidupan manusia moden, hatta sehingga selera peribadi mereka. Media sudah jadi hantu jahat yang merasuk dan merosak seperti mana iblis dan syaitan.
Manusia terus menerus cuba dipengaruhi supaya dapat dikawal setiap aspek kehidupan mereka. Hagemoni mono-budaya (baca: budaya Amerika) yang cuba dibentuk ini akhirnya melahirkan sistem nilai yang sama dan sebentuk.

Manusia berbaju Hard Rock Café, berseluar Jeans, meminum Coca-Cola, memakan McDonalds, bertelefon pintar I-phone, mendengar musik Madonna contohnya boleh sahaja kita dapati di New York mahupun di Pengkalan Hulu. Jelas sekali rasukan globalisasi melalui pancaran hantu media begitu berjaya membentuk selera, fikiran dan budaya manusia termasuk umat Islam di Malaysia

Kelesuan Ulama Moden?
Para ulama kini hanya menjadi tempat rujuk halal dan haram semata-mata, bukan lagi berperanan memberi hikmah di sebalik hukum memakan Big Mac yang sudahpun dilabel halal. Ulama seperti tidak berdaya melihat di sebalik globalisasi itu adanya hagemoni dan dominasi penjajahan baru.

Sebenarnya, agenda globalisasi ini tidak akan berjaya tanpa konsumerisme; iaitu melalui hasutan iklan.
Ke mana sahaja manusia bergerak, kepungan iklan akan sentiasa menghimpit mereka. Iklan di mana sahaja; di kaca televisyen, di pasar raya, di lebuh raya, di majalah malah di masjid surau!

Manusia diracuni untuk membeli itu dan ini yang bukan lagi satu keperluan, tetapi kemahuan. Apalah bandingan satu jam kuliah seorang ustaz dengan kuasa iklan tanpa henti yang bertemakan jaminan kepuasan dan ‘kebahagiaan’ (kononnya).

Maka iklanlah yang sebenarnya mengajarkan as-sa’adah (kebahagiaan) dan bukan lagi para ulama seperti mana karya Imam Ghazali dalam Kimiya-yi Sa’adat (Alchemy of Happiness). Jadilah umat Islam kini ketagihan berbelanja supaya boleh terus memiliki dan memiliki tanpa henti.

Apa yang lebih menyedihkan, ada juga para ilmuwan sendiri yang sudah terhinggap dengan penyakit ini sehingga sanggup mengeluarkan nas-nas agama dalam menjustifikasikan keharusan bermewah-mewah melebihi keperluan (dharuriyat) atas nama hajiyat dan tahsiniyat.

TPPA: Tugas Terkini Buat Para Ulama
Hari ini heboh di negara Malaysia dengan persoalan Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA). Rakyat marhaen seperti tidak sedar akan bahaya yang menanti mereka selepas ini. TPPA ini hanyalah satu jelmaan daripada siri-siri globalisasi ekonomi oleh kuasa Barat.

Barat pernah mengalami zaman gelap sebelum melalui zaman Renaissance dan pencerahan (enlightment). Tamadun mereka memuncak ketika era perindustrian hasil perkembangan ilmu sains dan teknologi moden.

Ekonomi dunia ketika itu berkembang pesat lantas menatijahkan usaha pelayaran, persaingan dan peperangan, pencarian bahan mentah dan tenaga buruh, peluasan pasaran dan lain-lain yang terangkum dalam bentuk penjajahan fizikal.

Proses pemodenan yang panjang terus rancak berlaku sehingga tahun 2015 ini telah menuntut keperluan-keperluan perdagangan yang lebih hebat.

Oleh hal yang demikianlah TPPA ini direncanakan sebagai alat penjajahan baru untuk mencapai maksud yang sama seperti penjajahan satu ketika dahulu; iaitu menggerakan kuasa ekonomi Barat.

Pertembungan antara mono-budaya (mono-culture) dan kepelbagaian (diversity) setempat jelas bertujuan untuk memudahkan proses pembudayaan masyarakat mengikut acuan Barat. Selera manusia diseragamkan supaya industri pembuatan besar-besaran dapat dilakukan.

Mekanisme industrialisasi ini berbentuk; meminimumkan kos dan memaksimakan keuntungan. Instrumen persuasi dan manipulasi telah berjaya menghasilkan satu budaya pengguna global sehingga TPPA itu dilihat sebagai sesuatu yang banyak memberi manfaat (yang bersifat material). Globalisasi ekonomi melalui jalan TPPA hari ini sama sahaja seperti FTA sebelum ini.

Pemain-pemain perdagangan bakal (dan telah) meminggirkan elemen-elemen kelestarian khasnya di negara-negara kecil yang telah diikat kemas melalui perjanjian perdagangan yang licik.

Contoh-contoh kes state-investor dispute settlement (ISDS) seperti di Mexico dan Australia memperlihatkan kepentingan ekonomi sesebuah negara berdaulat akhirnya tergadai.

Ini dek akibat syarikat-syarikat multinasional yang terlalu berkuasa dan bebas berdagang (kerana ada tangan-tangan ghaib di belakang mereka) sehingga kod etika dan moral kelestarian langsung diabaikan.
Dalam konteks Malaysia, halangan-halangan perdagangan (trade barriers) yang cuba dikendurkan dalam TPPA boleh mengancam amalan dan perkara berkaitan Dasar Ekonomi Baru, industri halal, industri kecil sederhana dan sebagainya.

Syarikat multinational antarabangsa bebas menfailkan sebarang aduan ataun tuntutan mereka di tribunal perdagangan (ISDS) sekiranya tidak berpuas-hati dengan apa-apa amalan perdagangan di Malaysia yang bagi mereka berat sebelah, dan lebih malang lagi apabila mahkamah tempatan tiada hak untuk campur tangan.

Klausa bersifat anti-preferential treatment dan ‘anti-diskiminasi’ dalam perdagangan contohnya memungkinkan agenda pemerkasaan ekonomi Bumiputera menerima nasib malang yang sama sepertimana program Black Economy Empowerment Plan di Afrika Selatan.

Sama ada Malaysia menandatangani atau tidak, TPPA adalah penjajahan baru melalui globalisasi ekonomi sedang membungkam kita semua.

Adalah sekali lagi menjadi tugas besar para ulama untuk memimpin umat mendepani TPPA yang bakal menyusup ke Malaysia tidak lama lagi, seperti mana para ulama silam yang pernah bangkit menggerakan umat menentang penjajahan berdekad tahun dahulu di Tanah Melayu. – HARAKAHDAILY 9/10/2015

Penulis ialah AJK Pemuda PAS Bayan Baru, Pulau Pinang
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

TPPA: PAS adakan sidang meja bulat bersama NGO

TUAN IBRAHIM TUAN MAN | .


SESUATU perjanjian perdagangan yang bermula di 2001 antara New Zealand dan Singapura kini berkembang menjadi Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang melibatkan 12 negara.

Amerika Syarikat memasuki rundingan TPP pada 2008 selepas perjanjian P4 tercapai antara Chile, Brunei, New Zealand dan Singapura pada 2006. Kemasukan Amerika menjadi tarikan kepada negara lain – Australia, Vietnam dan Peru menyertai meja rundingan pada tahun berikutnya.

Malaysia menyertai rundingan TPP pada 2010. Tiada siapa yang faham mengapa Malaysia mahu terlibat, lebih-lebih lagi TPP ini dirunding secara rahsia dari awal. Kanada dan Mexico menyertai rundingan TPP pada 2012 disusuli Jepun 2013.

Rundingan TPP sepatutnya berakhir di 2013  namun kerana terlalu banyak kepala yang cuba mengawal rundingan dan menjaga kepentingan masing-masing seperti Kanada dan China yang cuba melindungi produk tenusunya, golongan farmaseutikal di Amerika dan sebagainya ia hanya berjaya dimeterai pada 5 Oktober 2015. Namun, rakyat Malaysia tidak pasti apakah kepentingan negara dilindungi.

Tanpa sebarang maklumat, dan selepas 13 tahun rundingan, 12 negara yang mengawal 40% ekonomi global akhirnya mengumumkan mereka sudah mencapai kata setuju terhadap TPP.

Asalnya ia cuma satu perjanjian perdagangan, namun kini keluasan kuasa TPP amat menggerunkan kerana ia meliputi hak pekerja, alam sekitar, perlindungan harta intelek, kastam, e-perdagangan dan juga pelaburan.

Apakah TPP ini sudah muktamad? Tidak lagi. Ia masih jauh. Ia mungkin setahun lagi ataupun lebih lama, sebelum perjanjian itu ditandatangani dan ditutup dan dihantar ke semua negara ahli.

Pergolakan politik di mana-mana negara akan menyebabkan ini tergendala. Bahkan di Amerika sendiri, Presidennya Barack Obama juga menghadapi tentangan Hillary Clinton yang menentang TPP selain pihak Republican.

Kini TPP akan dibawa ke parlimen masing-masing untuk didebatkan sebelum sesebuah kerajaan menandatanganinya. Walaupun ahli politik tidak boleh mengubah kandungan TPP, namun mereka boleh mengundi untuk mengubah mana-mana undang-undang tempatan, termasuk tarif dan hakmilik intelek bagi memenuhi kehendak TPP.

Perkara yang paling ingin diketahui kini apakah faedah dan keburukan TPP? Prestasi kabinet juga mengoyahkan rakyat apakah pimpinan hari ini boleh berunding dengan baik untuk mendapat kelebihan bagi Malaysia di TPP. Bukan itu sahaja, skandal yang menyelebungi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tatkala TPP ini mencapai persetujuan juga menjejaskan keyakinan rakyat terhadap rundingan TPP dalam melindungi kepentingan negara dan rakyatnya.

Dengan duti eksport yang bakal dimansuhkan di dalam urusan perdagangan antara 12 negara ini, apakah impaknya pada perniagaan skala kecil dan sederhana negara tatkala rakyat boleh menikmati barangan import dengan murah dan juga caj perkhidmatan telefon antarabangsa yang lebih murah. Apakah yang akan berlaku pada industri tempatan - seperti Proton dan Perodua jika kereta Jepun dapat memasuki pasaran negara secara bebas?

Oleh kerana tiada siapa yang tahu isi kandungan perjanjian tersebut, maka Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed perlu mengemukakan kesemua draf  perjanjian yang telah dimuktamadkan minggu lalu. Rakyat terpaksa menunggu beberapa minggu lagi sebelum dapat mengetahui kandungan TPPA yang akan dipaparkan ke awam. Namun, PAS percaya banyak lagi kandungan yang akan terus dirahsiakan.

PAS bersama NGO akan mengadakan satu persidangan Meja Bulat bagi membincangkan isu TPP. Seperti Kongres Rakyat, Meja Bulat ini akan memberi peluang kepada semua pihak mengambil bahagian dalam menentukan masa depan negara.

Peluang wajar diberi bukan hanya kepada ahli Parlimen sahaja,  sebaliknya semua pihak yang ingin memberikan pandangan. Negara kita mempunyai ramai pakar ekonomi dan strategik yang mampu menyumbangkan idea bernas bagi memuktamadkan pendirian negara sama ada menerima atau menarik diri dari perjanjian tersebut. - HARAKAHDAILY 9/10/2015

Sumber HD - 9-10-2015
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Terima TPPA bermakna jadi balaci Amerika






MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF | .


USAHA rakyat bagi memberi tekanan terhadap kerajaan United Malay National Organisation “Umno” yang menerajui Barisan Nasional “BN” bagi menolak Perjanjian Perkongsian Transpasific “TPPA” harus berterusan. Tekanan terhadap TPPA ini bukan isu politik semata-mata.

Serata pelosok dunia memberi perhatian yang cukup serius terhadap percaturan Amerika dalam menjayakan TPPA. Saya pernah menulis bagaimana TPPA dirangka dan direstu oleh Kongres Amerika demi kelangsungan kuasa dunia ini.

TPPA sebenanrnya menjadikan negara-negara yang terlibat sebagai buruh Amerika sekaligus menjadi balaci kepada penjajahan baru ini. Justeru, usaha agar Malaysia menarik diri dari kerakusan Amerika ini perlu berterusan.

Apatah lagi apabila kita membincangkan nasib rakyat-rakyat bawahan yang kadangkala terpinggir dalam arus pembangunan negara. Dalam suatu kenyataan pada Jun 2015 lalu, pejabat Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu “PBB” bagi Hak Asasi Manusia secara terang-terangan mengkritik percaturan yang sedang diusahakan oleh pentadbiran Obama dalam TPPA.

Kenyataan daripada Geneva yang kemudiannya dikeluarkan oleh Aljazeera pada 4 Jun tersebut memberi perhatian kepada isu yang menyentuh hak asasi manusia sejagat apabila TPPA berjaya dilaksanakan. Kenyataan tersebut adalah rentetan daripada pelbagai kritikan yang dikeluarkan oleh pemerhati bebas dalam isu hak asasi manusia yang menyentuh TPPA.

Selain TPPA, turut diberi perhatian ialah Transatlantic Trade and Investment Partnership “TTIP” yang kedua-duanya dibimbangi melebarkan jurang kemiskinan dunia hari ini.

TTIP adalah satu instrumen perdagangan bebas yang dicipta Amerika untuk menguasai ekonomi dan pasaran negara-negara Kesatuan Eropah. Sebagaimana TPPA, TTIP turut mendapat kritikan meluas oleh pendokong hak asasi manusia yang prihatin kepada penderitaan kumpulan rentan apabila kedua-dua instrumen perdagangan bebas ini dilaksanakan.

Kritikan kepada kedua-dua instrumen ini termasuklah perihal kerahsiaan isi kandungan perjanjian, kewujudan Investor-State Disputes Settlement “IDS”, isu hak cipta dan paten, serta keutamaan kepada koporat antarabangsa dan konglomorat utama dunia.

Kritikan-kritikan tersebut menjurus kepada betapa perlaksanaan TPPA akan menjadi satu ancaman kepada keperluan kumpulan rentan termasuk wanita, orang kurang upaya, orang asal, warga emas, kanak-kanak dan mereka yang memerlukan bantuan khusus dalam kehidupan. ia turut memberi kesan kepada penerokaan sains dan teknologi oleh rakyat secara terbuka.

Kritikan terhadap kerahsiaan perjanjian hanya dijawab sinis oleh pentadbiran Amerika apabila dikatakan kerahsiaan tersebut adalah diperlukan bagi melicinkan perbincangan antara negara-negara terbabit. Sementara itu, isu IDS amat membimbangkan pemerhati hak asasi manusia bilamana IDS memberi ruang yang cukup luas kepada koporat-koporat dunia untuk mengambil tindakan terhadap kerajaan-kerajaan di mana-mana negara yang menandatangani TPPA. Ia pastinya akan membelakangi nilai-nilai kemanusiaan sejagat dan budaya setempat.

Dalam menilai perlaksanaan hak cipta dan paten dalam TPPA pula, tentunya ia akan menjejaskan penerokaan sains dan teknologi hari ini khususnya kepada mereka yang kurang berkemampuan seperti murid sekolah dan pelajar institusi pengajian. Perlanjutan hak cipta dan paten dalam TPPA dilihat begitu menguntungkan syarikat gergasi dunia.

Apatah lagi bagi orang kurang upaya dan mereka yang bergantung kepada perisian dan teknologi khusus akan mengalami kesan teruk dari perlaksanaan TPPA dalam isu hak cipta dan paten.

Harus diingat, para pemerhati hak asasi manusia yang disokong kenyataan Geneva ini menyatakan betapa TPPA adalah berorientasikan perniagaan dan koporat. Justeru pentadbiran sesebuah negara yang terbabit dengan perjanjian perdagangan bebas ini akan sentiasa terikat dan dipaksa untuk menjaga kepentingan syarikat-syarikat gergasi dunia terutama dari Amerika.

Dalam menyatakan kebimbangan inilah persoalan kebajikan dan kepentingan kumpulan rentan akan dilihat dikesampingkan dan terjejas. Meskipun mendapat kritikan yang meluas dan cukup hebat daripada pendokong hak asasi manusia serata dunia, pentadbiran Obama nyatanya tidak mengendahkan kritikan-kritikan tersebut dan terus angkuh dalam agenda mereka.

Apakah kita sebagai sebuah negara yang berdaulat dan dalam masa yang sama masih berhadapan dengan cabaran globalisasi mampu menongkah kerakusan Amerika melalui TPPA ini? Sudah tentu kita tidak rela untuk Negara diperkotak katikkan oleh kuasa dunia ini.

Kita tidak punyai banyak pilihan dan tidak punyai banyak masa lagi. Setiap suara membantah TPPA harus disatukan agar isyarat jelas dapat dinyatakan kepada parti pemerintah bahawa rakyat Malaysia menolak perlaksanaan TPPA. – HARAKAHDAILY 9/10/2015

Sumber HD - 9-10-2015
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sidang Khas Parlimen Perlu Bincang TPPA
Posted on Wednesday, October 07 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



PETALING JAYA: Sidang khas Parlimen perlu diadakan bagi membolehkan penggubal undang-undang untuk membahaskan mengenai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) sebelum membuat keputusan sama ada Malaysia akan memeterai perjanjian perdagangan tersebut.

"Kita mungkin tidak mempunyai masa yang cukup untuk membawa isu TPPA ke Dewan Rakyat pada mesyuarat akan datang iaitu antara 19 Oktober dan Disember 3 ini kerana butir-butir perjanjian itu hanya akan dikeluarkan kepada 12 negara terbabit dalam tempoh 30 hari.

"Kami memerlukan dokumen bersama-sama dengan analisis faedah kos untuk berdebat mengenai TPPA," kata Pengerusi Kaukus TPPA bi-partisan Dewan Rakyat, Datuk Wira Ahmad Hamzah.

Katanya lagi pada persidangan akan datang Ahli Parlimen akan sibuk membahaskan mengenai Bajet 2016 dan undang-undang baharu yang akan dibentangkan semasa prosiding Parlimen akan datang.

Selain itu Ahli Parlimen Jasin berkenaan berkata, kaukus 11 anggota yang terdiri daripada enam Ahli Parlimen Barisan Nasional dan lima Ahli Parlimen daripada pembangkang telah mengadakan 14 mesyuarat dengan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed sejak ditubuhkan pada 2013.

Sementara itu Ahli Parlimen Lembah Pantai dan ahli kaukus Nurul Izzah berkata perjanjian TPPA perlu didedahkan sepenuhnya kepada penggubal undang-undang dan masyarakat awam.  - Mstar 


Sumber TKO - 7-10-2015
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

TPPA: Pemenang Nobel kritik perunding Malaysia

KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN | .


DPPM menuntut penjelasan yang telus oleh pihak kerajaan berkenaan Trans-Pasific Partnership Agreement (TPPA) yang telah berakhir rundingannya dan dipersetujui termanya oleh Malaysia bersama 11 negara yang lain pada Isnin, 5 Oktober setelah proses rundingan lima hari berlangsung di Atlanta, Amerika Syarikat.

Perjanjian perdagangan yang meliputi sebanyak 40 peratus perdagangan dunia ini melibatkan Amerika Syarikat, Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam.

Sungguhpun Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed memberi jaminan bahawa keputusan muktamad pendirian berkenaan penglibatan Malaysia di dalam TPPA akan dibuat secara kolektif namun, pada hakikatnya tidaklah sebegitu. Rundingan TPPA yang kontroversi ini dibuat secara begitu rahsia dan tidak transparen.

Sehingga kini, Ahli Parlimen Kerajaan dan Pembangkang tidak pun dibekalkan dengan maklumat yang cukup berkenaan TPPA ini. Jadi, tidaklah mustahil institusi Parlimen hanya akan bertindak sebagai Rubber-Stamp sahaja bagi meluluskan perjanjian tersebut tanpa perbahasan yang matang dan pengundian yang adil.

Rundingan berat-sebelah ini hanyalah menguntungkan kuasa besar ekonomi dunia khususnya Amerika Syarikat, negara maju seperti Jepun, Kanada, Australia sedangkan negara membangun seperti Malaysia akan terus terkapai-kapai menjadi mangsa percaturan mereka.

Kritikan terhadap penglibatan Malaysia dalam TPPA ini turut disuarakan oleh Pemenang Nobel dalam bidang Ekonomi Joseph Stiglitz menyatakan di dalam artikelnya, “Don’t let TPP jeopardize Malaysia’s Economic Development” bahawa daripada pengamatannya perunding Malaysia banyak mengalah dan tidak cekap melindungi kepentingan Malaysia.

Strategi perunding Malaysia seperti tidak masuk akal kerana akan mengakibatkan Malaysia kerugian besar apabila hanya tunduk dan akur kepada kehendak pihak lain, bukannya bersungguh mempertahankan hak dan kedaulatan tanah air ini.

Itulah juga yang pernah berlaku dalam sejarah rundingan Pulau Batu Puteh yang akhirnya menyebabkan Malaysia kalah dan kehilangan pulau tersebut.

DPPM berpandangan TPPA ini bukanlah perjanjian perdagangan bebas dan perkongsian yang setara. Sebenarnya, ia adalah perjanjian perdagangan yang diuruskan bagi memenuhi kepentingan korporat dan perkongsian yang hanya menguntungkan Amerika Syarikat sebagai pemacu utama dalam menentukan halatuju TPPA.

Ia tidaklah menghairankan kerana TPPA ini merupakan agenda utama dan dasar ekonomi yang diperjuangkan oleh Presiden Obama, bahkan beliau sendiri ada berkata, "We should write those rules, opening new markets to American products while setting high standards for protecting workers and preserving our environment."

Justeru, DPPM menggesa Kerajaan Malaysia mengutamakan kepentingan kedaulatan negara dan kepentingan rakyat melebihi daripada kehendak dan desakan pihak asing khususnya Amerika Syarikat.

Adakah kerajaan sanggup menambahkan lagi sengsara rakyat yang sudah sedia tertekan akibat peningkatan kos sara hidup, pelaksanaan cukai GST, dan prestasi ekonomi yang sedang merudum.?

TPPA ini akan menyebabkan ramai yang akan hilang pekerjaan, peningkatan harga ubat, hak Bumiputera terancam, sektor pertanian dan perindustrian tempatan terjejas teruk.

Lebih malang lagi ialah TPPA akan menghalang kerajaan daripada meluluskan peraturan atau undang-undang untuk melindungi kesihatan dan keselamatan awam serta alam sekitar, atau mana-mana aspek lain bagi kebaikan awam. Hal ini kerana TPPA mengandungi mekanisma Penyelesaian Pertikaian Pelabur-Negara (ISDS) yang akan membenarkan warga asing untuk menyaman kerajaan apabila mereka berpendapat peraturan-peraturan tersebut akan menjejaskan keuntungan mereka.

DPPM menegaskan sekali lagi bahawa sebarang usaha permeteraian perjanjian sehingga menggadaikan kedaulatan tanah air tercinta adalah bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia. Kerajaan Malaysia perlu bersikap terbuka, telus dan tidak boleh bertindak dengan sewenangnya hanya demi mencapai keuntungan yang secupak, tetapi ruginya segantang. – HARAKAHDAILY 7/10/2015

Penulis ialah Naib Ketua, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM).

Sumber HD - 7-10-2015
------------------------------------------------------------------------------
TPPA ini memang baik sebenarnya

Posted on Wednesday, October 07 @ 16:02:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Ramai yang melenting tak tentu fasal, apabila menteri kita tanda-tangan setuju untuk menyertai TPPA ini. Apa nak bising-bising dan takut sangat. Kan Malaysia ni kuat ekonominya, dan berdaya saing kuat di pasaran antarabangsa.

Yang tak tahu selok belok. Jangan bising-bising. Baca intipati-intipati TPPA ini.

TPPA ini, kalau kita baca satu persatu. amat baik dan nikmat untuk kita semua, diantaranya:

1. Kuasa Perundangan
Maka, mana-mana pelabur asing terlibat boleh mengeluarkan 'saman' kepada kerajaan terbabit. Pihak kerajaan tiada lagi kuasa untuk menyekat saman tersebut [sumber].

2. Perubatan
Memberi lebih kuasa kepada syarikat-syarikat 'famaseutikal' untuk bersaing dengan ubat-ubat yang murah atau generik di pasaran melalui hak IP mereka. Maka kos ubat-ubatan akan meningkat dan amat baik untuk syarikat-syarikat farmaseutikal gergasi, yang kebanyakkannya di USA [sumber].

3. Kuasa Kerajaan
Dengan ini, kerajaan dan syarikat-syarikat naungan kerajaan (GLC) tidak boleh mengamalkan birokrasi tidak adil dan saksama. Dengan ini, dalam setiap aspek pentadbiran dan pengurusan. Pihak kerajaan tidak boleh lagi memberi keutamaan kepada etnik, bangsa atau ugama tertentu. Dengan ini, keistimewaan kepada bangsa Melayu di Malaysia perlu dihapuskan dalam segala pengurusan dan jawatan [sumber1][sumber2], tetapi telah dinafikan oleh Dato menteri [sumber]. Malangnya, kenbanyakkan yang dinafikan adalah betul semenjak-semenjak ini.

4. Kerjasama serantau
Maka, pelabur-pelabur luar lebih mudah untuk melabur dan berniaga di Malaysia. Dengan ini, pelabur-pelabur luar yang besar berpeluang lebih baik untuk masuk dan mendominasi pasaran tempatan, serta menyingkir pesaing-pesaing kecil-kecilan tanpa sekatan dan halangan birokrasi dan lain-lain.

5. Internet
'Censorship' dan sekatan kepada salah guna internet berkaitan IP (intellect property) akan berkuatkuasa, maka pihak ISP (internet service prosider) perlu mematuhi segala pra-syarat IP seperti 'copyright'. Jadi, jangan memandai-mandai meniru, merekacipta atau menggunakan mana-mana logo atau nama syarikat tertentu, tanpa kebenaran (dan bayaran royalti), termasuklah kepada yang meniaga dalam facebook dll.


dengan kata mudah, TPPA ini baik untuk mereka yang berkuasa dan kaya, dan baik kerana dapat menyingkir pesaing-pesaing yang lemah dan kurang berupaya.

TPPA ini adalah bertujuaan untuk menyekat dominasi China dalam pasaran dunia, terutama rantau Asia-Pasifik ini [sumber]

Isi kandungan TPPA sudah dibongkarkan dan boleh didapati di WikiLeaks [sumber].
Maklumat dari kerajaan USA boleh didapati disini.

Memang benar, perjanjian ini dan apa-apa perjanjian boleh dibatalkan, tetapi ada implikasinya, seperti kos guaman berjutaan USD, kos saman jutaan hingga billion USD dll. Tak kan kita sudah lupa kes saman, spt jambatan bengkok yang telah melenyapkan RM237 (ada kata sehingga RM360juta wang rakyat) [sumber], dll.

Sumber TKO - 7-10-2015
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




TPPA: Kembali dijajah selepas 58 tahun merdeka

MOHD AZMI ABDUL HAMID | .


SETELAH banyak tenaga dicurahkan, puluhan tahun anak bangsa berjuang, banyak jiwa disumbat dalam penjara, ramai yang terkorban , bersusah payah perundingan antara kaum berjaya disepakati, hak umiputera dipertahankan, kedudukan Islam dipahat dalam perlembagaan. Bumi ini akhirnya mencapai kemerdekaan 58 tahun yang lalu.

Kini, dengan hanya satu tandatangan, tanah air yang disemboyan dengan Negaraku ini, kembali dijajah, kali ini bukan melalui hujung senapang tetapi melalui perjanjian perdagangan yang dicatur oleh Amerika Syarikat (AS).

Satu perjanjian yang mengikat dan mengunci negara sehingga negara berekonomi jauh lebih kuat kini boleh menguasai negara yang kecil, yang mudah dieksploitasi oleh syarikat gergasi dari luar seperti dari AS, Kanada dan Australia. Ia dianggap sebuah perjanjian mega (mega treaty) yang terbesar didunia.

Atas nama perjanjian dan perkongsian bergelar TPPA itu, hampir tidak ada bidang dalam urustadbir negara yang tidak terkesan; tender kerajaan, status syarikat milik kerajaan, kuasa menggubal dan menguatkuasakan undang-undang, bekalan ubatan dan kos kesihatan, kualiti alam sekitar, pengambilan tenaga kerja professional,  eksploitasi sumber bumi negara, kos sara hidup, perbankan, polisi kewangan, dasar pemeliharaan hak dan kedudukan bumiputera, status syariah dalam perundangan dan industri halal negara, kos pendidikan, kepentingan dan kedudukan usahawan tempatan, syarat dan peraturan pelaburan, kuasa legislatif dan kehakiman, kuasa agensi tempatan, peraturan tender dan pengambilan pekerja syarikat luar, regim percukaian, sosio-budaya dan pertahanan negara.

TPPA adalah alat penjajahan paling menyeluruh, lebih lengkap dan lebih menjamin kedudukan penjajah untuk merentas kuasa politik. Ia mengikat dan mengunci sifatnya sehingga sebarang peralihan kuasa politik kepada mana-mana parti politik sekalipun, tetap perlu mematuhi peraturan didalam TPPA yang telah dimeterai oleh kerajaan hari ini.

Anehnya, AS yang kini bukan sebenarnya sebuah ekonomi yang mapan dan boleh bertahan, malah sangat rapuh, namun AS menjadi penggerak untuk memeterai kesepakatan TPPA yang paling ghairah dan sangat bernafsu untuk memastikan 11 negara yang lain mengikut telunjuknya. Tujuannya jelas, dengan mengikat 40 % dari perdagangan dunia, disamping memeterai perjanjian perdagangan dengan negara-negara blok yang lain, AS akan dapat menjamin dasar luarnya untuk menguasai dunia.

Maknanya ekonomi AS akan dijamin oleh negara yang diperalatkan oleh nya melalui TPPA.

Padahal AS sebenarnya bermasalah dan boleh tumbang , namun boleh memaksa ekonomi negara yang kecil untuk mengadakan perjanjian perdagangan yang berat sebelah atas nama "free trade" (perdagangan bebas).

MAPIM sangat kecewa degan kerajaan Malaysia bila dengan jelas ia telah meneruskan penyertaan dalam TPPA walaupun cukup banyak hujah yang konkrit disuarakan oleh pelbagai Ngo dan parti politik serta ahli ekonomi, mengenai kesan buruk TPPA kepada kedaulatan negara. Kemerdekaan negara digadai dengan begitu mudah bila kesepakatan TPPA dimeterai dibumi kuasa imperialis dunia itu sendiri iaitu di Atlanta, AS.

Bantahan bukan sahaja disuarakan di Malaysia sahaja malah dari rakyat, Ngo, ahli politik dan pakar ekonomi dari pelbagai negara di New Zeland, Amerika Syarikat, Kanada, Jepun, Australia dan Chile. Apakah suara mereka ini mahu diendahkan oleh kerajaan negara-negara tersebut?

Kami menganggap pemimpin negara telah menjual kemerdekaan dan kedaulatan negara tanpa disedari rakyat kerana perjanjian yang dirundingi dijalankan dalam keadaan penuh kerahsiaan. Jika benar TPPA untuk kepentingan rakyat, kenapa ia perlu dirundingi dengan berahsia? Kami hanya dapat merumus secara logik, jika ia dilakukan dengan terbuka, mereka menjangka pasti bantahan rakyat akan menjadi lebih kuat.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ( MITI ), Datuk Sri Mustapa Mohammad mengeluarkan kenyataan bahawa perbahasan masih akan berjalan untuk mendapat kelulusan di Parlimen dan beliau juga menyebut bahawa maklumbalas dari pihak awam juga akan dikumpulkan sebelum teks perjanjian TPP itu ditandatangani. Ketua Setiausaha MITI pula menyatakan TPP akan berkuatkuasa penuh paling awal dua tahun lagi.

Namun ini bukan jaminan yang akan melegakan banyak pihak. Soal pokok ialah perjanjian itu telah dipersetujui sepenuhnya oleh kerajaan. Tidak mungkin persetujuan yang dimeterai itu boleh dipinda oleh Parlimen. Apa yang MITI perlu lakukan hanyalah untuk mendapat kelulusan Parlimen dan dengan itu ia segala dasar dan undang-undang akan diseleraskan (rectify) dengan perjanjian TPPA.

Sebanyak 29 bab dalam perjanjian itu telah dirundingkan seperincinya, setiap ayat, setiap klausa, setiap nokhta, setiap koma. Bab yang yang menyentuh soal perdagangan hanya 5, selebihnya ialah mengenai hal-hal yang boleh menjejaskan kedaulatan negara.

Kami berpendapat perbahasan di Parlimen ataupun dengan masyarakat sivil dan parti politik hanya suatu formaliti. Persetujuan dasar sudah dimeterai dan kerajaan yang menggangotai TPPA tidak mungkin akan mengisytiharkan keluar dari perjanjian kerana tidak bersetuju dengan teks yang sudah dihadamkan melalui proses rundingan selama lebih 4 tahun bermula Mac 2010. Ia bermula dengan TPSEP (Trans Pacific Strategic Economic Partnership) pada 2006 yang hanya melibatkan 4 negara (Singapore, Brunei, Chile dan New Zealand) dan berubah menjadi TPPA apabila 8 lagi negara menyertainya termasuk AS.

Kami dengan tegas menyatakan TPPA memudaratkan rakyat dan negara ini. Ia suatu  kesilapan paling besar dalam sejarah mempertahankan kemerdekaan negara.

Ia adalah konspirasi bisnes dan politik golongan elit dan syarikat konglomert dunia, yang mengatasnamakan perdagangan bebas untuk kepentingan rakyat, tetapi sebenarnya untuk mengeksploitasi seluruh kehidupan rakyat untuk meraih keuntungan semaksima mungkin, tetapi mendapat perlindungan undang-undang dari perjanjian TPPA untuk melakukan eksploitasi tersebut.

Malaysia malangnya keluar dari mulut British kini masuk dalam mulut Amerika Syarikat dan sekutunya , kembali sebagai bumi terjajah. – HARAKAHDAILY 7/10/2015

Sumber HD - 7-10-2015
-------------------------------------------------------------------------------
TPPA: What’s in store for us?

Posted on Tuesday, October 06 @ 19:15:12 MYT by Mujahid



By Su Kian Hui Yesterday the government announced the conclusion to the drawn out negotiation of the Trans Pacific Partnership Agreement (TPPA).

The announcement was made at a press conference and PKR’s vice-president Nurul Izzah Anwar took exception to the absence of the minister in charge Mustapa Mohamed, lamenting the attitude of the ministry towards such an important matter.

The TPPA is of as much concern to the general public as it is to the politicians and government.
Many of us only have an inkling as to what the agreement entails, gleaned from the sporadic and patchy objections voiced by a few concerned and anxious quarters. But the actual contents continue to be shrouded in mystery.

Someone, tongue in cheek, said waiting for the full revelation of the TPPA is akin to a bridegroom waiting to unveil his arranged bride on the wedding night.

Since the TPPA negotiation first came to light the most strident concern and objection raised pertained to the Bumiputera agenda and intellectual properties, especially access to affordable drugs and medical treatment.

Yesterday we read in the news that the Agreement actually consists of a few hundred pages.
It is a no-brainer that a trade agreement of this magnitude will have far reaching economic, socio and political ramifications.

As is always the case when there is a major change of policies, the rich do not suffer and may even benefit from these changes, but if there are any adverse consequences those left high and dry are the ordinary folks.

As it stands, we are already saddled with the GST (Goods and Services Tax) and the weakening currency, and its attendant inflation. The ordinary folks can ill afford another blow.

With the assurance that the government had taken great pains to ensure our interests were protected in the negotiations, we should expect some positive outcomes but until we see the Agreement our concerns naturally linger.

Speaking of the concerns of our local interests calls to mind the less developed economies’ experiences in the wake of formalising trade agreements with the US.

A case in point is when in the early ‘90s the Russians discovered to their consternation a major trade agreement with the US was indeed a lop-sided one. The less informed Russians with no exposure to market economy had happily liberalised their economies to the US expecting reciprocal treatment.

They were dismayed that exceptions of the so-called partnership were actually camouflaged in fine and nuanced legal language. For example, that agreement barred the Russians from exporting aluminium products to the US without even them realising it.

Those who are aware of the Russian experience and have read Joseph Stigliz’s caution about globalisation in his book Globalisation And Its Discontents will naturally hope and pray that the field ahead for Malaysia is cleared of land mines.

It doesn’t help to allay our worries that our government is not going to disclose anything to us until the TPPA is signed.

Meanwhile we just have to trust our government and hope that some of us, including yours truly, have indeed been crying wolf.

Su Kian Hui is an FMT reader

Sumber DD - 6-10-2015
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





PAS seru rakyat tolak TPPA jika tiada konsultasi efektif

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: PAS meminta majoriti rakyat Malaysia menolak Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) sekiranya substantif perjanjian tidak dijelaskan secara telus dan komprehensif terlebih dahulu.

"Kerajaan perlu mendedahkannya kepada ruang awam sebelum ia dibentangkan di peringkat Parlimen untuk dibahaskan," kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan.

Beliau berkata, Kerajaan Malaysia juga harus memberikan jaminan untuk bersedia keluar daripada perjanjian yang diketuai oleh Amerika Syarikat itu sekiranya rakyat menolak substantif yang dikemukakan.

"Kita tidak mahu proses konsultasi di Malaysia hanya sekadar memenuhi syarat semata-mata sebaliknya prapersetujuan telah diikat dalam kalangan negara-negara anggota kelmarin," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Temerloh.

Menurutnya, dalam keadaan ketidaktentuan ekonomi global hari ini, Malaysia seharusnya memikirkan inisiatif untuk mengurangkan kebergantungan dengan negara-negara kontroversi khususnya Amerika Syarikat.

Tambahnya, ikatan perjanjian yang termeterai akan menyebabkan Malaysia terdedah kepada konteks ekonomi politik yang berisiko tinggi. - HARAKAHDAILY 6/10/2015

Sumber HD - 6-10-2015
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




TPPA: ‘Black Monday’ bagi Malaysia dan rakyatnya

MOHD NIZAM MAHSHAR | .


5 Oktober 2015. Satu hari yang sangat menyedihkan bagi Malaysia dan rakyatnya. Tidak salah jika Isnin pertama di dalam bulan Oktober tahun ini digelar sebagai “Black Monday”.

Perundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) telah berakhir semalam di Atlanta, Amerika Syarikat. Di dalam sebuah kenyataan media, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Seri Mustapa Mohamed menyatakan bahawa orang ramai boleh meneliti teks perjanjian yang lengkap dan rasmi apabila ia dikeluarkan nanti. Dokumen lengkap itu juga akan dibahaskan di Parlimen.

Sesungguhnya, kenyataan Datuk Seri tiada maknanya. Walaupun kandungan Perjanjian tersebut boleh dibahaskan, ia tidak boleh dipinda sama sekali. Pendapat umum juga tidak dapat mengubah apa-apa peruntukan di dalam perjanjian. Kita boleh berdebat mengenai setiap klausa di dalam Perjanjian dan menunjukkan kekuatan atau kelemahannya TETAPI kita tidak boleh mengubah apa-apa perkataan atau ayat atau perenggan. Selepas lima tahun berunding, penggubal undang-undang dan rakyat Malaysia hanya boleh memberi pendapat yang tidak dapat digunapakai kerana hanya keputusan YA atau TIDAK sahaja yang diperlukan. Dan kata putus ini hanya boleh dibuat oleh Perdana Menteri kita, di atas nasihat Kabinet.

Apa yang dijanjikan oleh Datuk Seri hanyalah suatu perbahasan di Parlimen. Apa yang tidak diterangkan kepada umum ialah kelulusan parlimen tidak diperlukan bagi menandatangani mana-mana perjanjian perdagangan antarabangsa, termasuklah TPPA. Kuasa untuk menentukan Malaysia berada di dalam TPP berada di dalam tangan pihak Eksekutif.

MITI tidak perlu bermanis mulut. Perjanjian ini adalah muktamad. Tiada satu negara pun yang pernah menarik diri dari sebuah perjanjian perdagangan setelah perundingan diselesaikan.

Malaysia tidak boleh meminda apa-apa klausa pun semasa proses ratifikasi yang akan memakan selama dua tahun. Semasa proses ini, apa yang perlu dipinda adalah undang-undang domestik, dan juga Perrleataupun Perlembagaan negara jika perlu, agar ia mematuhi TPPA. Perlu diingatkan bahawa ratifikasi tidak memerlukan kelulusan Parlimen. Ratifikasi adalah seperti tempoh bertenang (cooling off period); selepas itu Malaysia perlu bersedia menghadapi ancaman saman mahkaman antarabangsa oleh pelabur asing melalui mekanisma Penyelesaian Pertikaian Pelabur-Negara (ISDS) mekanisme, dan juga melalui mekanisma Penyelesaian Pertikaian Antara Negara (SSDS) yang mungkin melibatkan sekatan perdagangan.

Pegawai-pegawai yang berkenaan telah membuat pelbagai kenyataan yang kurang jelas dan mengelirukan mengenai keseluruhan proses TPPA kepada umum/media. Berdasarkan komen yang kami dapati dari laman rangkaian sosial dan perbincangan kami dengan pihak media, kami boleh merumuskan bahawa ramai di luar sana yang  menganggap bahawa perjanjian perdagangan ini boleh diubah melalui proses domestik setelah rundingan ditamatkan dengan beberapa cara berikut iaitu legal scrubbing, konsultasi, bahas parlimen ataupun semasa proses ratifikasi. Perlu ditegaskan sekali lagi bahawa tiada perubahan yang boleh dibuat selepas proses perundingan tamat.

Bantah telah menghantar pelbagai soalan, memorandum dan cadangan kepada pihak kerajaan mengenai TPP; namum kami tidak dapat satu pun jawapan yang memuaskan. Sebaliknya apa yang telah diberkan hanyalah maklum balas yang bersifat umum, tidak spesifik dan “superficial”.

Analisa Kos Faedah (Cost Benefit Analysis CBA) atau Analisa Kepentingan Negara (National Interes Analysis, NIA) yang telah dijanjikan oleh pihak MITI telah banyak kali tertangguh dan sejak akhir tahun lalu, tarikh penyelesaiannya ditangguhkan setiap bulan sejak Mei 2015. Sehingga kini, ia belum lagi disiapkan dan dibentangkan di Parlimen. Keadaan ini sungguh tidak masuk akal memandangkan kita hanya ada tiga (3) bulan dari tarikh rasmi tamat perundingan TPPA hingga ke tarikh perjanjian itu akan ditandatangani oleh pemimpin negara.  Jika analisa-analisa ini dilakukan pada peringkat awal, ia boleh memberikan rakyat dan pihak berkepentingan pemahaman yang lebih mendalam terhadap TPPA dan implikasinya.

Adakah tiga (3) bulan cukup bagi kita untuk memahami, menganalisa, membahaskan, mendidik orang awan dan juga membuat keputusan yang sangat penting bagi Malaysia? Mengapa ia tidak dilakukan dalam tempoh lima (5) tahun yang lepas semasa rundingan sedang berjalan?  Dalam hal ini, kami percaya kerajaan telah GAGAL dalam menjalankan tanggungjawab mereka terhadap rakyat kerana tidak berjaya untuk melakukan satu kajian mendalam seperti sebuah CBA yang boleh dibahaskan sebelum rundingan TPPA tamat pada Oktober 5, 2015.

Walaupun rundingan telah selesai, Bantah masih bertegas dan tanpa ragu-ragu berpegang kepada pendapat bahawa TPPA tidak akan memberi manfaat kepada Malaysia, terutama sekali di dalam konteks perdagangan ataupun ekonomi. Ia juga tidak akan memberi manfaat kepada mata pencarian rakyatnya.  Tiada bukti telah dikemukakan dalam tempoh lima tahun yang lalu, tidak ada data konkrit, fakta atau analisis, selain omong kosong oleh mereka yang menyokong dan mengangkat TPPA sebagai satu perubahan yang baik untuk negara.

Pendapat kami tidak pernah berubah dan secara konsistennya kami menyatakan kegusaran kami mengenai TPPA melalui laporan yang diterbitkan tahun lepas “TPPA Malaysia is Not for Sale” dan juga 77 “redlines” atau garis merah di mana kami menyenaraikan antara masalah utama akibat TPPA ialah:

· Sekatan ke atas ruang dasar Kerajaan (policy space)

· pencerobohan kedaulatan undang-undang dan politik

· PKS dan industri baru (infant industries) akan menghadapi impak besar

· Impak yang besar ke atas kos ubat-ubatan yang akan meningkat

· Kesan terhadap hak intelek (Intellectual Property IP) yang akan juga memberi kesan kepada institusi ilmu dan industri informasi (information industries)

· Perusahaan/Syarikat Milik Negara (State Owned Enterprises SOEs) tidak boleh berfungsi sebagai badan komersial dan sosial yang dipandu oleh objektif nasional

· Pelabur/Syarikat luar perlu diberi layanan sama atau lebih baik dari syarikat tempatan

Kami percaya konsesi yang diberi dari segi pengecualian, kelonggaran, tempoh peralihan dan “differential treatment” bukanlah “safe solutions” atau langkah penyelesaian yang selamat tetapi adalah semata-mata taktik yang penuh dengan perangkap tersembunyi yang memudaratkan.

Bermula dari semalam (Oktober 5, 2015) hinggalah 90 hari yang berikutnya, Malaysia mempunyai hanya DUA (2) pilihan: Terima TPPA atau tolak TPPA.

Namun, kami percaya rakyat masih boleh bersuara. Kita ada kuasa untuk bersuara, memberikan pendapat yang ikhlas. Oleh itu, berikanlah pandangan anda. Bersuaralah.

Menurut pemenang Anugerah Nobel dalam bidang Ekonomi Joseph E Stiglitz dan juga Adam S Hersh di dalam artikel “Don’t let TPP jeopardize Malaysia’s Economic Development” yang disebarkan oleh Bantah minggu lepas: “Perjanjian seperti ini bukanlah perjanjian perdagangan bebas tetapi sebenarnya adalah perjanjian perdagangan yang diuruskan (managed trade agreements)  dan lazimnya dikendalikan untuk kepentingan-kepentingan korporat.” Kita juga patut risau dengan kenyataan ini: “. Tidak menghairankan bahawa pemenang besar adalah kepentingan korporat di Amerika Syarikat, yang rugi besar adalah rakyat biasa di Amerika Syarikat dan di tempat lain.”

Majlis menandatangani Perjanjian TPP pada Januari 2016 akan bertepatan dengan ulang tahun 140 tahun Perjanjian Pangkor. Fikir-fikirkanlah.

Ini adalah legasi pemimpin kita. Keputusannya akan memberi kesan kepada rakyat Malaysia dan generasi seterusnya.

Jangan biarkan sejarah berulang.

Tolak TPPA. Hentikan TPPA. - HARAKAHDAILY 6/10/2015

Penulis ialah Pengerusi Bantah TPPA

Sumber HD - 6-10-2015
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Bahana TPPA menanti - Dr Zuhdi






SUFI NAZ | .


KUALA LUMPUR: Kerajaan Umno-BN harus berfikir secara serius dan mendalam tentang bahana yang bakal dihadapi rakyat Malaysia sekiranya pihak yang berkaitan bertindak menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TTPA) nanti.

Terdahulu, pelbagai pihak telah melontarkan kritikan serta desakan sebagai tanda tidak merestui hasrat kerajaan yang diterajui oleh Dato' Seri Najib Razak untuk menandatangani perjanjian yang hanya akan menguntungkan Amerika Syarikat sahaja.

"Pada pandangan saya, dari segi politik antarabangsa dengan menyertai TPPA, Malaysia tidak lagi dilihat neutral sebaliknya berpihak kepada blok yang diketuai oleh Amerika. Keadaan ini akan menjarakkan hubungan Malaysia dengan China yang merupakan antara rakan dagangan Malaysia yang besar," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Dr Zuhdi Marzuki kepada Harakah ketika dihubungi petang tadi.

Menurut beliau, adalah lebih baik jika Malaysia tidak terikat dengan mana-mana blok perjanjian dagangan yang didominasi oleh sesuatu kuasa ekonomi dunia.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat berpendapat bahawa TPPA hanya akan menghakis beberapa hak Malaysia terhadap urusan perdagangan untuk menentukan sistem percukaian, kuota, pasaran, tender dan lain-lain.

"Ia boleh dianggap sebagai campurtangan asing terhadap hal ehwal ekonomi Malaysia secara konvensional. Golongan peniaga kelas menengah ke bawah antara golongan yang paling terkesan," tegas beliau.

Dalam satu kenyataan berasingan, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mendesak kerajaan untuk mengadakan sidang parlimen khusus bagi membincangkan isu-isu kritikal berkaitan TPPA dengan lebih teliti.

Ia berikutan keputusan hasil rundingan TPPA bersama 12 negara anggota telah dimeterai semalam dengan Jepun dan US hampir pasti menandatangani perjanjian perdagangan terbesar pada era ini. HARAKAHDAILY 6/10/2015.

Sumber HD - 6-10-2015
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pemuda PAS Perak bantah TPPA

ZULHAFEEZ AHMAD ZAHIDI | .


IPOH: Perak yang merupakan antara negeri jelapang padi utama negara ini bakal menerima kesan buruk dari Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) ditandatangani Malaysia, demikian menurut Ketua Pemuda PAS Negeri Perak, Ustaz Mohd Akmal Kamaruddin.

Katanya, TPPA bermakna pesawah di Perak terpaksa bersaing dengan hasil beras dari Amerika Syarikat yang menerima subsidi tinggi di pasaran negara ini.

"Bahkan, pekebun buah-buahan juga bakal terjejas teruk dari perjanjian ini atas persaingan tidak seimbang selain penggunaan bahan penanaman pertanian yang meningkatkan kos.

"Sedangkan Perak telah mencapai status sebagai negeri keempat pengeluar buah-buahan tertinggi di Malaysia dengan pencapaian 98 ribu tan metrik (2004) dari keluasan 18 ribu hektar.

"Hasil yang menyumbang kepada tahap sara diri sebanyak 44 peratus kepada golongan petani di negeri ini bakal menyusut," ujarnya meluah kebimbangan.

Jelas Akmal, tidak mustahil keadaan tersebut akan menjadi punca peratus kemiskinan meningkat dari masa ke semasa.

Begitu juga katanya, kesan ke atas para pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) di negeri ini yang bakal berdepan masalah pemasaran.

Kerana menurut beliau, perjanjian tersebut akan menyebabkan gergasi luar negara bebas untuk berniaga di negara ini.

"Kepentingan syarikat yang mengamalkan ekonomi kapitalis akan menjerut kepentingan ekonomi sara diri rakyat secara tidak langsung.

"Oleh itu kami Pemuda PAS Perak membantah sekeras-kerasnya penjanjian ini dan mendesak Kerajaan Malaysia membentangkan dengan telus isi perjanjian kepada rakyat dengan segera.

"Kami juga ingin mengingatkan bahawa kepentingan rakyat harus diutamakan berbanding kepentingan pihak-pihak tertentu," tegasnya. HARAKAHDAILY 6/10/2015.

Sumber HD - 6-10-2015
-------------------------------------------------------------------------------
TPPA :Batalkan TPPA Demi KepentinganRakyat Dan IndustriTempatan

Posted on Tuesday, October 06 @ 13:00:23 MYT by paktam

Oleh Sofi Wahab

Parti AMANAH Negara (AMANAH) Negeri Melaka kesal dengan persetujuan Malaysia yang menandatangani Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (Trans-Pacific Partnership Agreement - TPPA) dengan Amerika Syarikat semalam.Perjanjian yang dipersetujui itu jelas tidak memihak kepada Malaysia dan akan memberikan kesan yang lebih buruk kepada rakyat negara ini.

AMANAH Negeri Melaka hairan dan pelik mengapa kerajaan Malaysia begitu yakin bahawa TPPA adalah baik sedangkan kerajaan gagal memberi keyakinan kepada rakyat tentang kebaikan TPPA. Sudah sekian lama rakyat menyatakan penentangan terhadap TPPA dan kerajaan sendiri gagal menjawab segala persoalan tersebut tiba-tiba dengan tidak semena-mena Perdana Menteri bersetuju dan menandatangani TPPA tersebut.

Sehingga kini kerajaan gagal memberikan keyakinan kepada rakyat walaupun MITI cuba berbuat demikian sejak sekian lama.Menteri MITI, Dato Mustapha Mohamad sendiri pun gagal meyakinkan rakyat.

Di antara kesan yang sangat merugikan serta menyusahkan rakyat ialah hampir 70-80% harga ubat akan menjadi mahal yang sudah pasti tidak mampu dibeli oleh golongan miskin. Kenaikan harga ubat akan mencecah sehingga 800-1000% dari harga sekarang kerana ubat yang sekarang dijual di Malaysia yang dihasilkan oleh syarikat tempatan yang lebih murah tidak boleh dijual lagi kerana Malaysia terikat menggunakan ubat patented (asli) yang dihasilkan syarikat famarkeutikal dari luar negara. Bagaimana rakyat yang berpendapatan rendah ingin membeli ubat dengan harga yang tinggi begini.?

Kesan lebih buruk juga terpaksa dihadapi oleh petani kita jika TPPA ini dilaksanakan nanti. Mereka terpaksa bersaing dengan hasil pertanian luar negara yang bebas untuk dipasarkan di negara kita. Industri padi dan beras umpamanya bakal menerima kesan buruk apabila beras dari Ameria Syarikat yang menerima subsidi yang tinggi dipasarkan di negara ini. Ratusan ribu keluarga petani padi di negara ini akan mengalami penderitaan jika TPPA dimeterai di mana hasil padi mereka bakal berdepan saingan sengit dari beras luar negara.

Kesan seterusnya ialah syarikat-syarikat besar dari negara luar akan bebas berniaga di negara kita menyebabkan usahawan-usahawan kecil terpaksa bersaing dengan mereka. Sudah tentu syarkat-syarikat kerdil ini tidak mampu bersaing dengan gergasi-gergasi ini yang mempunyai modal yang besar, teknologi yang tinggi dan hebat. Ini seolah-olah meletakkan kepentingan syarikat asing mengatasi kepentingan rakyat kita. Ini juga seperti memberi kuasa kepada negara maju seperti AS, Singapura dan Australia, Britain dan sebagainya untuk menguasai ekonomi negara kita.

TPPA juga menyebabkan kerajaan terdedah kepada tindakan mahkamah dan boleh disaman oleh pelabur luar. Tindakan ini boleh diambil oleh pelabur luar melalui tribunal antarabangsa yang berpangkalan di Washington, Amerika dan Geneva, Switzerland. Saman ini boleh diambil jika terdapat dasar-dasar kerajaan yang boleh merugikan hak pelabur luar dan menghalang aktiviti perdagangan mereka. Ini tentunya menjejaskan bidang kuasa kerajaan dalam menentukan apa yang terbaik untuk rakyat dan negara.

TPPA juga bakal menjejaskan bidang guaman, pelaburan dan pelbagai khidmat profesional tempatan yang lain yang terpaksa berhadapan dengan persaingan pasaran terbuka. Persoalannya mampukah industri kepakaran dari syarikat perkhidmatan kita bersaing dengan syarikat gergasi dari luar negara yang sudah tentu lebih berprestij dan berpengalaman?

TPPA melanjutkan perlindungan hakcipta bahan-bahan rujukan kepada 120 tahun dari 50 tahun selepas kematian penerbit seperti yang diamalkan sebelum ini. Kesan ini menyebabkan segala bahan-bahan rujukan yang kini percuma dan telah didigitalkan akan menjadi terhad kepada pengguna. Ini juga bermakna segala bahan rujukan wajib dibeli atau wajib dibayar sewa, sekaligus menghadkan kemudahan ilmu kepada rakyat yang kurang mampu.

Sehingga kini kerajaan gagal menjawab semua kebimbangan dan keraguan yang saya utarakan di atas. Parti AMANAH Negara negeri Melaka mendesak kerajaan supaya mengkaji semula perjanjian ini dan mengambil langkah sewajarnya bagi membatalkan perjanjian TPPA yang jelas merugikan rakyat negara kita.

Golongan yang paling terjejas sudah tentulah rakyat miskin yang berpendapatan rendah. Kesempitan dan kesengsaraan akibat dari GST pun belum reda kerajaan sekarang membawa bala seterusnya iaitu TPPA ini.

Kepada rakyat Malaysia, Parti AMANAH Negara Melaka menggesa rakyat menilai semula sokongan kepada BN yang menjadi kerajaan sekarang. Rakyat wajib menolak BN pada pilihanraya ke 14 akan datang.

Kegagalan demi kegagalan yang dilakukan oleh kerajaan dengan dasar-dasar yang merugikan serta menzalimi rakyat sudah cukup menjadi penyebab kepada rakyat untuk menolak BN pada pilihanraya akan datang.

Jangan ulangi kesilapan lalu, yang menyebabkan kita terus sengsara sehingga kini.

Sofi Wahab

Pengarah Komunikasi Parti AMANAH Negara Melaka

Sumber DD - 6-10-2015

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Rundingan TPPA usai, tiba masa bertindak

Posted on Tuesday, October 06 @ 12:36:27 MYT by paktam

Oleh Nurul Izzah Anwar

Kira-kira jam 9 pagi waktu Atlanta semalam, 12 negara yang menyertai rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) mengumumkan pengakhiran kepada rundingan perjanjian yang digelar ‘terbesar dalam sejarah, sesuai dengan abad ke-21’.

Rundingan perjanjian itu dimuktamadkan walau tanpa ketiadaan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) Datuk Seri Mustapa Mohamed sekadar diwakili Ketua Perunding Jayasiri.


Sewajibnya menteri hadir hingga akhir pengumuman - cara sambil lewa menangani perjanjian sebesar TPPA menimbulkan keraguan besar berkenaan tatakelola Miti dan kerajaan dalam mempertahan kepentingan Malaysia dalam rundingan.


Perlu diingat jua janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Sidang Kemuncak APEC pada Oktober 2013 - TPPA akan dibentangkan di Parlimen.

Janji Miti di dalam Dewan Rakyat kerajaan akan menjamin kepentingan negara dan rakyat tidak akan digadaikan perjanjian TPPA wajib dituntut.

Perjanjian TPPA sudah tentu akan merangkumi pelbagai aspek - tidak terhad kepada perdagangan saja. Meminjam terma abad ke-21 - sudah tentu perjanjian semoden ini wajib dirundingkan secara telus, di mana semua pihak berkepentingan diberikan akses kepada teks rasminya.

Perjanjian yang dikatakan ala abad ke-21 juga perlu membudayakan keterbukaan sejajar dengan budaya abad terkini - bukan diselubungi kerahsiaan seperti perjalanan rundingan TPPA selama ini.

Sepanjang 2 tahun lamanya, rakan Ahli parlimen dan saya sendiri mengikuti perkembangan serta memberikan maklum balas yang penting dalam mendepani risiko perjanjian TPPA sekiranya tidak mempertahan kedudukan serta kepentingan Malaysia.

Pada 25 September, 2013 saya mendesak kerajaan untuk menubuhkan sebuah Jawatankuasa Terpilih TPPA melalui soalan Parlimen saya. Kerajaan kemudiannya menubuhkan Kokus TPPA yang turut melibatkan saya sendiri.

Walau diakui wujudnya pertemuan dari masa ke semasa dengan menteri Miti dan juga wakil perdagangan Amerika Syarikat, Michael Froman, seluruh ahli pembangang kokus TPPA tidak diberi akses kepada kandungan dan terma perjanjian. Hal ini berlainan di AS - di mana wakil Kongres mereka diberi layanan lumayan termasuk peluang membaca teks TPPA.

Bagaimanakah kita mampu menerima janji kebolehpercayaan kerajaan sedang prestasi corot selama ini?

Menurut peraturan “Fast Track” AS, teks penuh TPPA akan diterbitkan 30 hari selepas perjanjian itu dipersetujui. Presiden Barack Obama akan memberikan 90 hari kepada Kongres untuk membahaskan butiran perjanjian tersebut sebelum menandatanganinya. Rundingan sudah tamat dan tidak ada sebuah negara pun yang mampu merubah kandungan kepada teks perjanjian tersebut.

Saya seru semua pihak berkepentingan; badan bukan kerajaan, ahli Parlimen, badan persatuan sekerja dan orang ramai untuk bersiap siaga meneliti kandungan dengan hasrat memastikan kepentingan negara diutamakan. Kita juga harus berani menolak sekiranya kandungan teks menunjukkan sebaliknya.

Sehubungan itu, perdana menteri perlu dipertanggungjawabkan untuk memenuhi segala janji beliau berkait TPPA.

Teks bukan saja mesti didedahkan; tetapi setiap ahli Parlimen wajib diberikan masa yang secukupnya untuk meneliti kandungan perjanjian tersebut - yang dikhabarkan mencecah hampir 1,000 muka surat.

Sekiranya kongres AS diberikan 90 hari untuk membahaskan perjanjian ini, Malaysia tidak boleh ketinggalan dalam usaha memperkasakan kedaulatan negara menerusi demokrasi berparlimen.

Lebih-lebih lagi apabila nasib negara terikat dengan perjanjian yang melibatkan 12 negara dan penguatkuasaan undang-undang yang merangkumi semua bidang bukan saja perdagangan.

Malaysia mestilah mendapat manfaat daripada perjanjian ini. Rakyat harus dilindungi daripada terkesan daripada penguatkuasaan perjanjian ini.

Isu yang timbul seperti kenaikan harga ubat-ubatan, perlindungan yang ketat ke atas harta intelek; status Syarikat Berkait Kerajaan Malaysia (Khazanah, Petronas dan TNB sebagai contoh); isu mekanisme perundangan baru ISDS yang mengutamakan golongan korporat - serta kesannya ke atas badan kehakiman negara; dan juga nasib IKS antara lainnya wajib dipantau dengan efektif.
Perjuangan untuk memastikan TPPA dimeterai bersyarat kepentingan serta kedaulatan negara dipertahan akan diteruskan. Kami terus berjuang hingga ke saat yang terakhir. – 6 Oktober, 2015

* Penulis ialah ahli Parlimen Lembah Pantai merangkap naib presiden dan pengarah pilihan raya PKR.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/rundingan-tppa-usai-tiba-masa-bertindak-nurul-izzah-anwar#sthash.GnEkshrH.dpuf

Sumber DD - 6-10-2015
------------------------------------------------------------------------------
TPPA: Lihat Pula Sisi Baiknya

Posted on Tuesday, October 06 @ 16:56:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


Pada 24 Jun 2013, saya telah menulis kerisauan saya tentang TPPA kerana bimbang perjanjian ini akan membebankan kehidupan rakyat dan juga negara.

Justeru, saya meminta kerajaan menangguhkan penyertaan dalam perundingan TPPA sehinggalah rakyat mendapat makumat sebenar tentang hal ini.

Semalam TPPA ini telah dimuktamadkan oleh kesemua 12 negara yang terlibat. Saya lihat ramai yang bimbang dengan hal ini.

Dua faktor utama yang menyumbang kepada kebimbangan ini. Pertama, risau sekiranya kita akan berada di bawah telunjuk AS. Kedua, risau kerana kandungan dokumen TPPA tersebut tidak didedahkan kepada umum terlebih dahulu.

***************************************

Apakah kesannya dengan tindakan kita memuktamadkan TPPA semalam?

Belum ada kesannya lagi kerana kita baru memuktamadkan persetujuan dan kesediaan kita untuk menyertai TPPA. Memuktamadkan persetujuan belum bererti kita sah akan menyertai TPPA dan terikat dengan persetujuan tersebut.

Sebelum TPPA dikuatkuasakan, terdapat dua peringkat lagi yang perlu dilalui.

Pertama, kerajaan perlu mendapatkan kelulusan kabinet atau parlimen. Dalam hal ini, kerajaan telah berjanji akan membawa hal ini untuk kelulusan parlimen.

Kedua, sekiranya parlimen meluluskan persetujuan ini, maka kerajaan perlu meratifikasikannya. Selepas meratifikasikannya, barulah kita terikat dengan perjanjian ini.

Jadi, sebelum sampai kepada proses kedua dan ketiga tersebut, sekaranglah masanya untuk kita menyatakan pandangan.

***************************************************

Setakat ini, kita melihat hanya melihat dari sudut kelemahan dan keburukan TPPA. Untuk tujuan perbincangan dan analisis, bagaimana pula jika lihat dari aspek kebaikan dan kelebihannya?

Apa kelebihan TPPA?

i. Syarikat Malaysia akan menikmati akses pasaran kepada semua negara ahli, sesuatu yang diperlukan untuk membolehkan syarikat kita berdaya saing.
ii. Negara kita mampu menarik pelaburan asing untuk datang melabur di negara kita.

Sekiranya tidak menyertai TPPA, maka negara kita akan kerugian beberapa perkara. Antaranya:

i. Hilang kredibiliti sebagai negara pasaran bebas.
ii. Ketinggalan kepada Singapura dan Vietnam sebagai negara pilihan pelabur dalam konteks ASEAN.
iii. Pelaburan yang sedia ada di Malaysia mungkin berpindah ke negara lain.
iv. Ketiadaan pelabur merugikan peluang pekerjaan yang diperlukan oleh rakyat kita.
v. Syarikat kita yang berdagang di luar negara seperti Petronas, Felda, Sime Darby dan lainnya tidak boleh menikmati faedah TPP.
vi. Hasrat untuk menyertai TPP kemudian akan memakan kos yang tinggi.
vii. HIlang psaran untuk barangan elektronik yang dikeluarkan oleh negara.
viii. Hilang 50% pasaran ‘glove’ kepada Thailand.

Mengetahui kesan baik buruk TPPA ini kepada negara, buatlah penilaian sendiri. Apapun pilihan kita, bincanglah secara terbaik.

Oleh
Mohammad Agus Yusoff

Sumber TKO - 6-10-2015  

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Apa Ada Pada Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA)?
Posted on Tuesday, October 06 @ 16:48:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Ketika ini, sedang hangat diperkatakan dan diperdebatkan isu Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang melibatkan Malaysia dan 10 buah Negara yang lain. Tambah hangat apabila ianya dikatakan akan dimuktamadkan secepat mungkin pada tahun ini kerana rundingan telah berlangsung terlalu lama. Kalau dulu Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) bersifat dua hala atau bilateral hanya di antara Malaysia dan Amerika namun sekarang ia melibatkan multi-lateral.

Selepas kegagalan mencapai kata sepakat dalam rundingan FTA, Malaysia dan Amerika kelihatan mencuba nasib semula dalam TPPA. Menyorot sekali imbas FTA di antara Malaysia dan Amerika pada 2005 adalah amat penting bagi memahami TPPA dan kesannya. Bayangkan jika perjanjian bilateral sudah memberikan kesan yang besar kepada masa depan negara apatah lagi jika perjanjian tersebut bersifat multi-lateral yag melibatkan 11 buah Negara termasuk 5 Negara maju seperti TPPA.

FTA Malaysia-Amerika adalah satu perjanjian perdagangan bagi meliberalisasikan pasaran di antara kedua-dua Negara yang berjanji. Pada ketika itu Malaysia merupakan rakan dagang ke 10 terbesar Amerika manakala Amerika rakan dagang utama Malaysia. Rundingan yang berlangsung selama beberapa siri ini bertujuan menggalakkan pelaburan asing masuk ke Malaysia khususnya dari Amerika yang akhirnya diyakini dapat merancakkan ekonomi domestik dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan. Pada satu ketika di akhir pemerintahan Bush, rundingan FTA cuba dipercepatkan untuk dimuktamadkan segera melalui negosiasi ‘fast track’ iaitu satu keistimewaan yang diberikan Kongres Amerika di bawah peruntukanTrade Promotion Authority kepada Presiden Bush yang hampir tamat tempoh jawatannya. Oleh kerana kekangan masa dan rundingan yang kompleks, rakyat Malaysia mampu menghela nafas lega kerana ianya gagal dimuktamadkan. Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri ketika itu dengan tegas memutuskan untuk tidak menandatangani FTA berdasarkan 58 Garis Merah berkaitan kepentingan negara yang tidak boleh dikompromi melalui perjanjian ini.

Selain itu faktor desakan pertubuhan masyarakat sivil seperti Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Third World Network (TWN) ABIM dan Ngo-ngo lain yang prihatin supaya rundingan dihentikan menyebabkan pihak Kerajaan mengambil keputusan menilai semula isi perjanjian dan menghentikan seketika rundingan. Namun akhirnya rundingan tersebut gagal dimuktamadkan apabila berakhir penggal pemerintahan Bush. Walaubagaimanapun proses rundingan masih berjalan di era Obama termasuk yang terbaru di Hawaii.

Antara isu yang menjadi keprihatinan masyarakat Malaysia berkaitan rundingan ini ialah perolehan kerajaan atau government procurement, kesan langsung kepada industri kecil yang terpaksa bersaing dengan syarikat-syarikat gergasi Amerika, hak harta intelek, akses kepada ubat-ubatan yang dikhuatiri bakal menjadi mahal di bawah FTA dan pelbagai lagi isu yang sukar dirungkai dan memberikan kesan negatif kepada rakyat Malaysia.

Setalah beberapa ketika FTA menyepi kini kini ianya muncul semula dalam bentuk penampilan yang baru namun masih membawa falsafah lama melalui TPPA. Menurut sumber Utusan Pengguna keluaran Julai-Ogos 2013, TPPA jelas mengambil contoh teks Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Syarikat (USFTA) yang digunakan semasa rundingan bilateral atau dua hala antara Amerika dengan Negara-negara lain termasuk dengan Malaysia. Amerika mempunyai pencontoh yang kuat dan mungkin hanya 5% daripada teks FTA yang dicadangkan boleh diubah. Negara-negara yang sebelum ini berunding dengan Amerika mendapati isi perjanjian dalam teks FTA tersebut tidak fleksibel dan tidak sesuai dengan kepentingan Negara mereka lalu mereka bertindak menarik diri daripada rundingan. Sebagai rekod, daripada 63 buah Negara yang ‘terjebak’ mengadakan rundingan FTA. 43 negara telah menarik diri.

TPPA mendapat reaksi yang rencam daripada pelbagai pihak namun kebanyakkan menjurus kepada penolakan kepada pembabitan Malaysia dalam rundingan yang dipercayai didominasi oleh Amerika Syarikat yang mempunyai agenda tersendiri. Walaupun Kerajaan berkali-kali meyakinkan rakyat Malaysia bahawa rundingan adalah dengan mengambil kira dan meletakkan kepentingan dan kedaulatan Negara di atas namun ianya kelihatan gagal ‘menenangkan’ pihak-pihak pemegang taruh dan masyarakat madani Malaysia. Walaupun Kerajaan menyatakan TPPA membawa banyak manfaat kepada Malaysia khususnya kepada ekonomi dan sektor pelaburan namun tidak kurang juga yang sinis dengan mempersoalkan manfaat TPPA yang hanya akan pergi kepada sekelompok elit perniagaan dan tidak kepada masyarakat marhaen terbanyak. Mereka melabelkan TPPA sebagai penjajahan korporat atau ‘corporate colonisation’ yang sinonim dengan budaya kapitalis yang hanya mementingkan keuntungan dan kekuasaan tanpa sedikit pun peduli akan kesan langsung khususnya kepada alam sekitar dan sektor kesihatan. Sang koporat kapitalis ini juga tidak akan peduli dengan hak-hak kelompok bawahan khususnya yang terkesan langsung dengan TPPA mahupun FTA seperti hak para pekerja, pesakit dan pengguna internet.

TPPA juga mengundang keresahan masyarakat Malaysia kerana kandungan rundingan tidak didedahkan. Masyarakat tertanya-tanya perkara yang dirundingkan kerana ia melibatkan masa hadapan mereka sendiri. Mereka berhak mengetahuinya dan perkara terbaik untuk merungkai isu ini ialah dengan membawa perkara ini ke Parlimen untuk dibahasakan oleh wakil-wakil rakyat di samping diadakan konsultasi khas bersama pertubuhan masyarakat madani seperti mana yang dilakukan dalam rundingan Universal Periodic Review (UPR) yang diusahakan oleh Wisma Putra. UPR merupakan laporan berkenaan hak asasi manusia yang disediakan oleh Wisma Putra untuk dinilai setiap 3 tahun sekali oleh Majlis Hak Asasi Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB). Dalam peraturan TPPA, masyarakat Malaysia dan masyarakat Negara-negara yang terlibat hanya dapat melihat isi kandungan keseluruhan dan terperinci selepas 4 tahun ia ditandatangani. Ini meresahkan lagi masyarakat Malaysia dan ditambah pula pengumuman yang dibuat oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa (MITI) satu ketika dahulu bahawa analisis cost benefitTPPA turut tidak dapat didedahkan kerana menghormati syarat yang telah ditetapkan semasa rundingan TPPA.

Tidak kurang juga ada suara yang mempertahankan tindakan Kerajaan atas alasan tidak masuk akal jika Kerajaan akan membiarkan Negara tergadai. Sudah tentu Kerajaan akan meletakkan kepentingan Negara mengatasi segala-galanya. Selain itu, MITI turut meminta pertubuhan masyarakat madani membuat ‘Red Lines’ agar pihak Kerajaan mempunyai panduan dan sempadan sebagai tanda aras untuk menentukan sama ada Malaysia akan menerus menandatangani TPPA ini.

Secara ringkas TPPA, walaupun mempunyai faedah-faedah yang positif namun bagi pandangan penulis TPPA mempunyai kesan-kesan negatif mengatasi faedah-faedah tersebut. Paling membimbangkan ialah kesan jangka panjang TPPA yang sukar diramal dan dikawal dengan sistem yang agak liberal dan terbuka.

Ramai pihak mendedahkan kesan-kesan negatif TPPA terhadap sektor dan kepentingan masing-masing. Namun di kesempatan ini, penulis berhasrat berkongsi kesan TPPA kepada generasi muda memandangkan penulis merupakan pemimpin belia dan masih berada di kelompok umur belia. TPPA secara umum mendatangkan sekurang-kurangnya tiga kesan kepada generasi muda.

Kesan pertama ialah akses kepada dunia ilmu dan pendidikan yang akan semakin dikomersialkan, impaknya sektor ini akan menjadi semakin mahal andainya bab hak harta intelek atau intellectual property rights (IPR) tidak berjaya ditangani dengan baik. Isu hak cipta atau copyrights khususnya berkaitan pembelian jurnal ilmiah secara ‘online’ turut akan memberikan kesan langsung kepada mahasiswa. Antara cadangan dalam TPPA ialah penetapan tempoh akses dalam mana-mana jurnal berkaitan. Sebagai contoh, jika satu satu jurnal itu dtempah untuk digunakan sebanyak 10 kali sahaja, andai mahu diakses buat kali ke-11, ia sudah tidak dibenarkan dan pengguna harus subscribe lagi. Ini sudah tentu menambahkan beban di pihak pengguna dan terus menguntungkan pihak korporat.

Kesan kedua pula ialah berkaitan belia dan dunia perniagaan. Persaingan yang tinggi dalam bidang keusahawanan di kalangan belia akan memberi tekanan kerana TPPA melibatkan dasar liberalisasi ekonomi yang akan memberi ruang dan peluang kepada para pelabur luar Negara yang bermodal besar untuk bersaing dengan para usahawan tempatan baik yang muda dan profesional. Berkenaan dengan tenaga mahir juga menjadi cabaran khususnya bagi lepasan graduan universiti kerana mereka sudah tentu akan bersaing sengit dengan tenaga kerja luar yang lebih berpengalaman dan lebih murah kos upah atau gajinya.

Kesan terakhir ialah berkaitan belia dan budaya. Globalisasi adalah dunia tanpa sempadan yang akan membawa masuk budaya luar secara tidak langsung. Namun dengan kehadiran TPPA akan mengabsahkan usaha pembawaan masuk budaya asing yang sekiranya ditentang, berpotensi memberi kesan buruk kepada Kerajaan Malaysia seperti kemungkinan di saman oleh syarikat pengendalian acara yang menganjurkan konsert konsert hiburan melampau sebagai contoh. Tanpa TPPA sudah pun memberikan kesan negatif yang banyak, tidak dapat dibayangkan jika TPPA ditandantangani, maka ia lebih merumitkan. Ini jelas merupakan agenda deIslamisasi yang tersembunyi bakal mengundang malapetaka kepada akhlak dan moral generasi muda.

Walaupun TPPA tidak dinafikan mempunyai faedah kepada pembangunan ekonomi Negara, namun kesan-kesan negatif jelas kelihatan dan membimbangkan.

Atas keprihatinan dan kebimbangan inilah Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menganjurkan sesi Wacana TPPA bersama Saudara Nizam Mahsyar, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) pada 8 September 2015 yang lepas bagi mengemaskini perkembangan rundingan TPPA. Apa yang menarik dan mengejutkan adalah daripada keseluruhan 29 bab dalam deraf perjanjian TPPA, hanya 6 sahaja bab yang terkait secara langsung dengan hal ehwal perdagangan bak kata Profesor Jane Kelsey dari Universiti Auckland, “it has nothing to do with trade”.

Dalam erti kata lain, TPPA telah dijadikan alat oleh Amerika dalam isu geopolitik dalam mengimbangi kebangkitan ekonomi China. Ia adalah usaha tidak langsung untuk menyekat kemaraan China dengan menggalakkan Negara-Negara TPPA agar meningkatkan perdagangan dengan Amerika. Ini merupakan perkara yang harus pemimpin belia fikirkan bersama demi masa depan belia dan Negara.

Oleh: JUFITRI BIN JOHA
Naib Presiden MBM & Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan MBM


Sumber TKO - 6-10-2015
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






TPPA : Desak Sidang Parlimen Khas

Kenyataan Media Rasmi
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM)

TPPA : DESAK SIDANG PARLIMEN KHAS

1. Keputusan hasil rundingan TPPA bersama 12 negara anggota telah ditemerai semalam dengan Jepun dan US hampir pasti menandatangani perjanjian perdagangan terbesar pada era ini.

2. Kini, isi rundingan tersebut akan dibahaskan di setiap negara anggota untuk mendapatkan keputusan bersama sebelum disahkan secara hitam putih. Perkara ini juga seringkali dibangkitkan oleh pemimpin parti-parti pembangkang yang melihat asas pertimbangan terhadap kebaikan kepada rakyat seharusnya didahulukan daripada segala-galanya dan ia memerlukan kepada perbincangan bersama.
3. Setiap negara anggota mempunyai pertimbangan yang tertentu dan ia merupakan suatu titik asas terhadap penerimaan dan penolakan terhadap TPPA. Begitu juga Malaysia yang mempunyai pendirian terhadap beberapa perkara yang dibangkitkan.

4. Pelbagai kritikan dan desakan telah disampaikan kepada pihak kerajaan supaya meneliti beberapa perkara melibatkan kedaulatan negara itu sendiri, implikasi serta perlindungan terhadap pasaran domestik dan juga isu-isu berkenaan hak harta intelek yang menjadi perhatian utama terhada TPPA.

5. Tambahan lagi, Malaysia juga perlu lebih berhati-hati terhadap permainan politik kuasa-kuasa besar dan isu-isu yang dibangkitkan tidak boleh hanya dinilai di atas kertas semata-mata, malah, ia juga perlu dinilai pada skop geopolitik dunia yang lebih besar.

6. Di atas faktor perjanjian TPPA merupakan suatu perjanjian perdagangan yang besar disamping melibatkan isu-isu yang begitu kritikal, DPPM menyarankan pihak kerajaan memperuntukkan satu sesi sidang Parlimen khusus bagi membincangkan mengenai TPPA.

7. Perbincangan mengenai TPPA tidak seharusnya dicampur adukkan untuk sesi Parlimen akan datang kerana bimbang peruntukan masa yang tidak mencukupi untuk dibahaskan dengan lebih teliti. Pembentangan Bajet 2016 juga dijadualkan pada sidang Parlimen Oktober depan.

8. DPPM yakin bahawa dengan perbincangan yang menyeluruh dan matang akan menghasilkan suatu keputusan yang baik kepada rakyat dan negara demi membina suatu legasi yang lebih baik pada masa hadapan.

“Mempersiap Generasi Kemenangan"

"Beristiqamah Hingga Kemenangan”

NIK MOHAMAD ABDUH BIN NIK ABDUL AZIZ
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM)
Ahli Parlimen Pasir Mas.

Selasa, 6 Oktober 2015 | 22 Zulhijjah1436H 

Sumber PP - 6-10-2015

--------------------------------------------------------------------------------
PKPIM ragu kebolehan kerajaan uruskan perjanjian rahsia TPPA

Posted on Tuesday, October 06 @ 09:46:37 MYT by paktam

Oleh Mohammad Fazril

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menyatakan kesedihan dan kekesalan kami atas berita kesepakatan yang dicapai 12 buah negara termasuk Malaysia dalam perundingan peringkat akhir di Atlanta, Amerika Syarikat, semalam. Ternyata, setelah sekian lama berdolak-dalih, akhirnya kerajaan bakal "jual negara".


Sikap dolak-dalih Kerajaan Malaysia dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) terhadap isu Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (Trans-Pacific Partnership Agreement - TPPA) akhirnya membuahkan jawapan. Setelah lima tahun "penelitian" dan "kajian" dibuat MITI, dengan pelbagai rintihan dan kerisauan rakyat, kerajaan masih yakin "TPPA baik untuk negara".

PKPIM mewakili kelompok pelajar dan mahasiswa Tanah Air sekali lagi menegaskan kami tidak akan mudah berpuas hati dengan jaminan Dato' Sri Mustafa Muhammad yang menggunakan skrip jawapan yang sama setiap kali rakyat menyatakan kerisauan: "kerajaan akan memastikan kesemua aspek yang menjadi keprihatinan dan sensitiviti Malaysia diambil kira". Dalam kenyataan media beliau ketika rundingan di Hawaii penghujung Julai lalu, Dato' Sri Mustafa Muhammad memberikan jawapan yang masih belum cukup meyakinkan. Itulah juga jaminan yang beliau janjikan dalam kenyataan media MITI semalam (05 Oktober 2015).


Dalam hiruk pikuk keresahan rakyat dengan situasi ekonomi gawat hari ini, mana mungkin kami boleh berasa yakin dengan kebolehan negara menangani TPPA, sedangkan skandal besar politik dan ekonomi negara yang melibatkan kepimpinan tertinggi negara pun kerajaan tak mampu mengendalikannya. Inikan pula isu yang mungkin berbangkit dengan pihak pelabur luar dengan peruntukan perundangan ISDS (Investor-to-State Dispute Settlement) dalam TPPA ini?

Pelajar dan mahasiswa Malaysia sudah hilang percaya terhadap integriti kerajaan. Cukuplah kami dijanjikan para menteri tentang kebaikan GST dan ia akan beri kesan baik kepada rakyat. Ternyata, kerajaan sendiri gagal mengawal kesan kenaikan harga barang selepas implementasi GST.

 Bagaimana mungkin kerajaan mampu mengawal harga barangan penting seperti ubat-ubatan apabila tempoh pempatenan dipanjangkan? Atau harga buku apabila hayat hak cipta diperpanjangkan sehingga 120 tahun, mengakibatkan harga buku naik disebabkan kos yang meningkat?

Kesimpulannya, kami meragui TPPA seluruhnya. Memang kami ragu-ragu dengan kerajaan. Jangan gadai masa depan kami. PKPIM bersama dengan pertubuhan pelajar dan mahasiswa akan terus mendesak kerajaan dalam isu ini. Rakyat seluruh dunia sedang bangkit menyatakan kekesalan kepada negara masing-masing atas peristiwa malang ini. Walaupun kesepakatan sudah dicapai kesemua perunding terbabit, kami akan pastikan kerajaan terus ditekan!

Jangan jual negara dengan kejahilan pemimpin! – 6 Oktober, 2015.

* Penulis adalah Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/pkpim-ragu-kebolehan-kerajaan-uruskan-perjanjian-rahsia-tppa-mohammad-fazri#sthash.yDb3IPiO.dpuf

Sumber DD - 6-10-2015      

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Apa selepas TPPA?

Posted on Tuesday, October 06 @ 09:42:17 MYT by paktam

Oleh Mohd Rizal Jaafar

Pada jam 9.30 malam tadi, setelah hampir seminggu lamanya tertangguh, 12 ketua perunding Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) akhirnya berjaya mengukir senyum apabila perjanjian yang dirundingkan lebih 5 tahun itu akhirnya berjaya juga dimuktamadkan. Namun apakah ertinya peristiwa pengumuman tersebut? Wajarkah kita meraikannya?


Sebagai individu yang kuat menentang gagasan TPPA, saya sudah tentulah lebih sedih dan kecewa dengan apa yang berlaku. Terasa sia-sia benar usaha kami selama lebih 2 tahun berkempen, berkongsi maklumat dengan orang ramai,
membuat penyelidikan dan menerbitkan bahan bacaan, mengadakan ratusan pertemuan dan sesi meja bulat, memanggil puluhan pakar dari seluruh pelosok dunia dan tidak terkecuali untuk duduk semeja dengan para perunding TPPA dan pembuat dasar bagi melontarkan pandangan serta kebimbangan kami. 

Sidang media pasukan perunding TPPA semalam sebenarnya menimbulkan lebih banyak persoalan berbanding jawapan. Di sebalik kelegaan para perunding TPPA, terakam juga wajah cemas sebahagian daripada mereka yang tentu lebih arif akan bahaya sebenar TPPA kepada negara masing-masing. Apa sebenarnya yang dirundingkan atau dimuktamadkan kita masih belum maklum.  Dikatakan rundingan masih terus berlangsung sehingga jam 5 pagi Isnin sebelum semua 12 negara TPPA benar-benar bersetuju.


Persoalannya, kini teks TPPA muktamad. Apa yang tinggal ialah usaha untuk mendapatkan mandat daripada rakyat negara masing-masing. Usaha ini, jika Malaysia dijadikan contoh akan berlaku dalam tempoh 30 hari yang akan datang apabila teks rundingan dipertontonkan kepada umum.

Parlimen pula yang akan mula bersidang pada 19 Oktober nanti wajib membincangkan terma yang dipersetujui pasukan perunding TPPA Malaysia. Jika ada kandungan teks yang tidak dipersetujui, kita tidak pasti sebarang pindaan dapat dilakukan lagi.

TPPA akan ditandatangani secara rasminya selepas draf akhir perjanjian ini dibentangkan di Kongres Amerika dalam tempoh 2-3 bulan lagi, sebelum dimuktamadkan dan dikuatkuasakan sepenuhnya selepas itu.

Walaupun mungkin sudah terlewat, namun kita tidak sepatutnya menyerah nasib begitu saja.  Segenap usaha haruslah digembleng bagi memastikan rakyat Malaysia tidak terus tertipu dengan helah licik TPPA.

Kini terserahlah kepada 30 juta rakyat Malaysia, dengan mengharapkan kebijaksanaan ahli Parlimen yang dipilih untuk bertanyakan soalan bijak dan bermakna, tidak kiralah daripada parti politik mana pun mereka bersuara.

Banyak yang patut dipersoalkan. Antaranya ialah jika sungguh TPPA ada kelebihannya, bagaimana pula dengan risiko yang bakal ditanggung, dan siapa pula yang terpaksa menanggungnya? Adakah kita memiliki kekuatan dan kelebihan daripada segi perundangan, ketenteraan, ekonomi, pengaruh politik dan lobi serantau untuk mempertahankan diri sekiranya ada syarikat antarabangsa yang mengambil keputusan menyaman Malaysia kerana mengingkari syarat TPPA?

Bagaimana TPPA dapat mempengaruhi suasana geopolitik semasa?  Bagaimana kedudukan Bumiputera, agama Islam, institusi Raja Berperlembagaan, institusi kehakiman; terutamanya apabila rukun asas menyokong TPPA itu sendiri ialah memberi kesamarataan hak, bahkan memberi keistimewaan berganda kepada syarikat dan warga asing? Apakah akan terpaksa dipinda setiap perlembagaan, dasar dan polisi bagi memberi laluan seluas-luasnya kepada desakan dan tuntutan TPPA?

Apakah jalan keluar terbaik kepada Malaysia sekiranya pada satu masa nanti kita mendapati TPPA tidak lagi menguntungkan? Apakah masih ada ruang mencukupi untuk Malaysia melaksanakan dasar-dasar khusus, sebagai contoh mengawal mata wang tempatan sekiranya ringgit jatuh sehingga RM6-RM7 untuk setiap dolar Amerika? Atau memberikan kelebihan kepada tenaga tempatan apabila peratusan graduan menganggur melepasi paras berjaga-jaga?

Bagaimana pula Malaysia boleh memastikan ubat-ubatan kekal murah, khususnya apabila jelas TPPA hanya berminat untuk melindungi kebajikan syarikat farmaseutikal gergasi yang memegang paten kepada ubatan, sekali gus mengekang penghasilan ubatan generik? Apakah pula mekanisme yang akan diguna pakai Malaysia untuk mengekang daripada tindakan saman syarikat besar tersebut?

Sebenarnya masih terlalu banyak persoalan yang perlu dijawab oleh pendukung TPPA Malaysia.  Dahulunya soalan-soalan ini tidak dijawab kerana kononnya tertakluk kepada kerahsiaan.

TPPA amat dekat di hati saya dengan sejarah perjuangan yang penuh berliku.  Setiap kali mengimbau bahana TPPA, saya sering teringat akan dua peristiwa hitam yang hampir menggadai negara dan masa depan anak bangsa kita.

Pada 1874, penjajah British mengintai peluang untuk menguasai ekonomi dan politik Tanah Melayu terutamanya setelah melihat tabiat pemimpin Melayu yang saling bercakaran. Dengan segala tipu muslihat, Perjanjian Pangkor akhirnya termeterai dan kuasa raja-raja Melayu ikut sama terhakis.  Hampir seluruh kekayaan hasil bumi negara dikaut dan dikirim ke Great Britain, menjadi bahan mentah yang digunakan bagi memperkuatkan angkatan tentera serta armada laut empayar British pada ketika itu.

Pada 1946, sekali lagi Tanah Melayu ‘dipujuk’ dengan tawaran British untuk menubuhkan MalayanUnion, konon mencari jalan penyelesaian kepada masalah negeri-negeri Melayu yang sering bertelagah.

Cita-cita ini hampir sahaja terlaksana jika tidak kerana bantahan rakyat tempatan.  MalayanUnion akhirnya terbubar, digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu yang kemudiannya disemai menjadi gerakan memerdekakan tanah air.

Lebih mengharukan lagi apabila TPPA dilengkapkan pula dengan senjata paling berbisa iaitu ISDS (Investor to State Dispute Settlement); suatu ‘jerangkap samar’ oleh syarikat berkepentingan (melalui firma guaman terkemuka) untuk menyaman negara berdaulat sekiranya terma-terma TPPA dimungkiri sehingga berbilion dolar Amerika.

Hakikatnya, TPPA tidak mungkin satu perjanjian saksama kerana sedari awal penubuhannya lagi TPPA diselubungi rahsia, tipu helah dan cita-cita dayus golongan yang hanya mahu memonopoli dan menguasai kekayaan serantau.

Inilah rupa sebenar penjajahan abad ke-21 yang menggunakan ketajaman mata pena bagi merompak hasil mahsul dan memusnahkan masa hadapan negara-negara kecil dan membangun seperti Malaysia.

Jika tidak berwaspada, sejarah pasti berulang kembali.

* Penulis ialah bekas COO Majlis Tindakan Ekonomi Melayu.

Sumber DD - 6-10-2015
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

TPPA

Posted on Tuesday, October 06 @ 09:36:17 MYT by paktam

Oleh Amin Ahmad

Akhirnya Perjanjian Kerjasama Trans Pasifik (TPPA) disimpulkan di Atlanta, selepas perbincangan bermula sejak lebih lima tahun lalu.

Dalam sidang akhbar sempena pengumuman ini, beberapa menteri perdagangan negara terlibat menyatakan, TPPA ialah rundingan yang mencabar dan juga bercita-cita tinggi untuk mengurangkan birokrasi secara global dan menetapkan peraturan dagang di abad ke-21.


Bagaimanapun, wacana yang menonjol berkaitan TPPA cenderung negatif.


Bantahan Beberapa bantahan yang ada boleh dikelaskan seperti berikut:

1) Kerahsiaan

Ini adalah aspek paling utama mengapa TPPA dibantah. Logiknya, jika ia baik, maka mengapakah kandungan mengenainya tidak boleh diakses?

Beberapa dokumen berkaitan TPPA yang dibocorkan tentulah memberi gambaran buruk terhadap rundingan ini.

2) Kedaulatan

Dakwaan seterusnya merujuk kepada cabaran kedaulatan negara kerana sebarang perselisihan antara pelabur dan kerajaan mengenai pematuhan kepada perjanjian ini boleh dibicarakan mahkamah arbitrasi antarabangsa untuk diselesaikan.

3) Keadilan

Seterusnya, TPPA dipertikai kerana didakwa bakal menguntungkan syarikat besar, menjejaskan peluang tenaga kerja tempatan, dan monopoli melalui hak paten dan hak cipta khususnya dalam bekalan ubat-ubatan.

Untuk menyokong kenyataan ini juga, kajian antisipasi Rashmi Banga, ahli ekonomi kanan di UNCTAD yang menyatakan imbangan dagangan (trade balance) akan jatuh di mana import akan mengatasi eksport sekitar RM5 billion.

Kerana kesimpulan TPPA yang dicapai belum ditandatangani sehingga negara-negara mengesahkannya di dewan legislatif masing-masing, semua bantahan ini perlu diperhalusi.

Tambahan pula, jika hujah-hujah yang dikemukakan sebenarnya bukanlah bersifat anti-TPPA, tetapi cenderung bersifat anti-perdagangan.

Sisi positif

Sejak rundingan TPPA bermula, sangat jarang berita positif ditemukan. Ini mungkin kerana faktor kerahsiaan, tidak ada akses terhadap kandungan yang dibincangkan.

1) Kerahsiaan

Apabila kenyataan media semalam menyebut kesimpulan yang dicapai masih belum ditandatangani kerana memerlukan pengesahan di dewan legislatif negara terbabit, kita mengharapkan kerajaan persekutuan Malaysia akan membentangkannya untuk dibincangkan secara terbuka.

Saya menanggap, kerahsiaan sebelum ini berpunca kerana tidak ada yang konkrit memandangkan belum ada kesimpulan bersama dicapai, hanya usul-usul tertentu sahaja.

2) Penyertaan

Malaysia sebenarnya perlu menyertai rundingan ini, bukan menolak atau menarik diri kerana hanya dengan itu kita boleh mengetahui kandungan terperinci, membuat saringan dan memberi maklum balas dalam proses rundingan.

3) Kedaulatan

Dakwaan kedaulatan negara terjejas dengan ISDS berbunyi agak naif. ISDS ialah mekanisme yang dimasukkan di dalam perjanjian pelaburan antarabangsa untuk memastikan komitmen perlindungan pelaburan bersama dihormati.

ISDS wujud sejak dekad 1960-an dan sehingga kini dimasukkan ke dalam lebih daripada 3,000 perjanjian antarabangsa. Daripada jumlah ini, hanya 50 melibatkan Amerika Syarikat sementara 1,400 melibatkan Kesatuan Eropah.

Ia bersifat neutral, sebagaimana seharusnya sifat tribunal atau mahkamah, dibentuk untuk mendengar dan menghakimi secara adil dan saksama kes-kes yang dibawa. Ia undang-undang antarabangsa, justeru berbeza dengan undang-undang domestik.

Sehingga akhir 2014, sebanyak 356 kes disimpulkan. Daripada jumlah ini, 37 peratus (132 kes) diputuskan memihak kerajaan/pemerintah berasaskan merit atau hujah perundangan. Kes yang memihak pelabur pula masing-masing 25 peratus (87 kes) melibatkan pampasan wang dan 2 peratus

(7 kes) tanpa pampasan wang.

Selain itu, 28 peratus (101 kes) diselesaikan bersama dan 8 peratus (29 kes) tidak diteruskan.
Gambaran seolah-olah syarikat boleh menggugat kerajaan/pemerintah sewenang-wenangnya tidak berasas, lebih didorong kepada sikap anti-perdagangan.

4) Pertumbuhan

Dengan jumlah pasaran mencecah 800 juta orang dan mewakili 40 peratus ekonomi dunia, tidaklah merugikan untuk Malaysia berunding. Tambahan pula, kita memang mempunyai hubungan dagang dengan negara-negara terlibat di mana nilai import kita mencecah lebih RM200 billion dan eksport pula mencecah lebih RM300 billion.

Kita tidak harus mengutamakan imbangan dagangan berbanding jumlah dagangan (volume of trade). Jelas, dalam kajian antisipasi Rashmi Banga menunjukkan jumlah import-eksport akan meningkat.

Import yang lebih tinggi bukanlah masalah besar. Ia menunjukkan ada permintaan yang banyak terhadap barangan luar. Barangan import ini mungkin lebih mahal jika tidak ada TPPA. Ia mungkin dalam bentuk teknologi yang boleh membantu menjana lebih banyak barangan eksport pada masa akan datang.

Pasca-kesimpulan TPPA

Ia bukanlah sebuah perjanjian perdagangan bebas yang ideal tetapi tentunya lebih baik daripada banyak dasar anti perdagangan yang ada. Penganjur perdagangan bebas juga berbelah bahagi, terutama dalam hak paten dan hak cipta.

Memang, dalam persaingan perniagaan, tidak semua pihak beruntung. Perdagangan bebas bukan bertujuan memenangkan mana-mana pihak secara khusus, sebaliknya bertujuan membuka peluang kepada semua.

Berdasarkan kesimpulan yang dibuat, puluhan ribu cukai di semua negara terlibat akan sama ada dikurangkan atau dihapuskan. Sebaik sahaja pengesahan dibuat, ia pasti akan memberi wajah baru kepada tahap perdagangan di semua negara ini.

Secara bersihnya, negara kita tetap akan beruntung dengan ekonomi lebih terbuka. – 6 Oktober, 2015.

* Amin Ahmad ialah Pengarah Eksekutif, Institute for Leadership and Development Studies (LEAD)
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/tppa-amin-ahmad#sthash.blkG5R3I.dpuf

Sumber DD - 6-10-2015
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Akhirnya Perjanjian Kerjasama Trans Pasifik (TPPA) disimpulkan di Atlanta, selepas perbincangan bermula sejak lebih lima tahun lalu.
Dalam sidang akhbar sempena pengumuman ini, beberapa menteri perdagangan negara terlibat menyatakan, TPPA ialah rundingan yang mencabar dan juga bercita-cita tinggi untuk mengurangkan birokrasi secara global dan menetapkan peraturan dagang di abad ke-21.
Bagaimanapun, wacana yang menonjol berkaitan TPPA cenderung negatif.

Bantahan Beberapa bantahan yang ada boleh dikelaskan seperti berikut:
1) Kerahsiaan
Ini adalah aspek paling utama mengapa TPPA dibantah. Logiknya, jika ia baik, maka mengapakah kandungan mengenainya tidak boleh diakses?
Beberapa dokumen berkaitan TPPA yang dibocorkan tentulah memberi gambaran buruk terhadap rundingan ini.
2) Kedaulatan
Dakwaan seterusnya merujuk kepada cabaran kedaulatan negara kerana sebarang perselisihan antara pelabur dan kerajaan mengenai pematuhan kepada perjanjian ini boleh dibicarakan mahkamah arbitrasi antarabangsa untuk diselesaikan.
3) Keadilan
Seterusnya, TPPA dipertikai kerana didakwa bakal menguntungkan syarikat besar, menjejaskan peluang tenaga kerja tempatan, dan monopoli melalui hak paten dan hak cipta khususnya dalam bekalan ubat-ubatan.
Untuk menyokong kenyataan ini juga, kajian antisipasi Rashmi Banga, ahli ekonomi kanan di UNCTAD yang menyatakan imbangan dagangan (trade balance) akan jatuh di mana import akan mengatasi eksport sekitar RM5 billion.
Kerana kesimpulan TPPA yang dicapai belum ditandatangani sehingga negara-negara mengesahkannya di dewan legislatif masing-masing, semua bantahan ini perlu diperhalusi.
Tambahan pula, jika hujah-hujah yang dikemukakan sebenarnya bukanlah bersifat anti-TPPA, tetapi cenderung bersifat anti-perdagangan.
Sisi positif
Sejak rundingan TPPA bermula, sangat jarang berita positif ditemukan. Ini mungkin kerana faktor kerahsiaan, tidak ada akses terhadap kandungan yang dibincangkan.
1) Kerahsiaan
Apabila kenyataan media semalam menyebut kesimpulan yang dicapai masih belum ditandatangani kerana memerlukan pengesahan di dewan legislatif negara terbabit, kita mengharapkan kerajaan persekutuan Malaysia akan membentangkannya untuk dibincangkan secara terbuka.
Saya menanggap, kerahsiaan sebelum ini berpunca kerana tidak ada yang konkrit memandangkan belum ada kesimpulan bersama dicapai, hanya usul-usul tertentu sahaja.
2) Penyertaan
Malaysia sebenarnya perlu menyertai rundingan ini, bukan menolak atau menarik diri kerana hanya dengan itu kita boleh mengetahui kandungan terperinci, membuat saringan dan memberi maklum balas dalam proses rundingan.
3) Kedaulatan
Dakwaan kedaulatan negara terjejas dengan ISDS berbunyi agak naif. ISDS ialah mekanisme yang dimasukkan di dalam perjanjian pelaburan antarabangsa untuk memastikan komitmen perlindungan pelaburan bersama dihormati.
ISDS wujud sejak dekad 1960-an dan sehingga kini dimasukkan ke dalam lebih daripada 3,000 perjanjian antarabangsa. Daripada jumlah ini, hanya 50 melibatkan Amerika Syarikat sementara 1,400 melibatkan Kesatuan Eropah.
Ia bersifat neutral, sebagaimana seharusnya sifat tribunal atau mahkamah, dibentuk untuk mendengar dan menghakimi secara adil dan saksama kes-kes yang dibawa. Ia undang-undang antarabangsa, justeru berbeza dengan undang-undang domestik.
Sehingga akhir 2014, sebanyak 356 kes disimpulkan. Daripada jumlah ini, 37 peratus (132 kes) diputuskan memihak kerajaan/pemerintah berasaskan merit atau hujah perundangan. Kes yang memihak pelabur pula masing-masing 25 peratus (87 kes) melibatkan pampasan wang dan 2 peratus (7 kes) tanpa pampasan wang.
Selain itu, 28 peratus (101 kes) diselesaikan bersama dan 8 peratus (29 kes) tidak diteruskan.
Gambaran seolah-olah syarikat boleh menggugat kerajaan/pemerintah sewenang-wenangnya tidak berasas, lebih didorong kepada sikap anti-perdagangan.
4) Pertumbuhan
Dengan jumlah pasaran mencecah 800 juta orang dan mewakili 40 peratus ekonomi dunia, tidaklah merugikan untuk Malaysia berunding. Tambahan pula, kita memang mempunyai hubungan dagang dengan negara-negara terlibat di mana nilai import kita mencecah lebih RM200 billion dan eksport pula mencecah lebih RM300 billion.
Kita tidak harus mengutamakan imbangan dagangan berbanding jumlah dagangan (volume of trade). Jelas, dalam kajian antisipasi Rashmi Banga menunjukkan jumlah import-eksport akan meningkat.
Import yang lebih tinggi bukanlah masalah besar. Ia menunjukkan ada permintaan yang banyak terhadap barangan luar. Barangan import ini mungkin lebih mahal jika tidak ada TPPA. Ia mungkin dalam bentuk teknologi yang boleh membantu menjana lebih banyak barangan eksport pada masa akan datang.
Pasca-kesimpulan TPPA
Ia bukanlah sebuah perjanjian perdagangan bebas yang ideal tetapi tentunya lebih baik daripada banyak dasar anti perdagangan yang ada. Penganjur perdagangan bebas juga berbelah bahagi, terutama dalam hak paten dan hak cipta.
Memang, dalam persaingan perniagaan, tidak semua pihak beruntung. Perdagangan bebas bukan bertujuan memenangkan mana-mana pihak secara khusus, sebaliknya bertujuan membuka peluang kepada semua.
Berdasarkan kesimpulan yang dibuat, puluhan ribu cukai di semua negara terlibat akan sama ada dikurangkan atau dihapuskan. Sebaik sahaja pengesahan dibuat, ia pasti akan memberi wajah baru kepada tahap perdagangan di semua negara ini.
Secara bersihnya, negara kita tetap akan beruntung dengan ekonomi lebih terbuka. – 6 Oktober, 2015.
* Amin Ahmad ialah Pengarah Eksekutif, Institute for Leadership and Development Studies (LEAD)
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/tppa-amin-ahmad#sthash.blkG5R3I.dpuf
'Rundingan TPPA pertimbang kebimbangan, sensitiviti M'sia'

Posted on Tuesday, October 06 @ 09:18:51 MYT by paktam

Rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang dirumuskan baru-baru ini bersetuju untuk mempertimbang hampir kesemua kebimbangan dan sensitiviti yang dibangkitkan Malaysia seperti isu pemerolehan kerajaan, perusahaan milik negara dan bumiputera.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata butiran fleksibel diberikan kepada Malaysia termasuk tempoh peralihan lebih panjang dan layanan berbeza bagi perkara yang sensitif kepada negara.


"Saya ingin mengulangi sama ada Malaysia menjadi pihak atau sebaliknya kepada TPPA akan menjadi keputusan secara kolektif.

"Sebaik sahaja teks rasmi perjanjian siap dan disediakan, ia akan dibawa kepada pengetahuan umum dan dibentangkan di Parlimen untuk dibahas.

"Kita juga akan mengadakan perundingan penuh dengan pihak-pihak berkepentingan dan orang awam," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Mustapa mewakili Malaysia pada rundingan TPPA dengan 11 pihak lain iaitu Amerika Syarikat, Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam.

Beliau juga menegaskan bahawa Malaysia tidak akan memihak kepada perjanjian yang tidak mengikut Perlembagaan negara atau yang menjejaskan dasar-dasar teras yang dimulakan oleh kerajaan untuk manfaat rakyat.

Sepanjang rundingan, mulai 30 September hingga 1 Oktober, Mustapa sentiasa berkomunikasi dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk memaklumkan perkembangan terkini mengenai kemajuan rundingan, serta, mendapatkan panduan dan mandat bagi melindungi kepentingan Malaysia.

Mengenai isu hak harta intelek, beliau berkata Malaysia tetap tegas bahawa TPPA tidak seharusnya menghalang akses orang ramai kepada ubat-ubatan dan penjagaan kesihatan yang mampu milik, dan pada masa yang sama, memastikan insentif yang perlu untuk pencipta farmaseutikal menghasilkan ubat-ubatan baru.

Berhubung akses pasaran, elemen asas dalam mana-mana perjanjian perdagangan bebas (FTA), Malaysia merumuskan rundingan dengan semua pihak, dengan duti import bagi hampir semua produk akan dihapuskan.

"Pada dasarnya, hasilnya akan menyediakan peluang akses pasaran yang lebih besar bagi syarikat-syarikat Malaysia, terutamanya di pasaran seperti Amerika Syarikat, Kanada, Mexico dan Peru yang mana Malaysia tidak mempunyai FTA.

"Pengeksport Malaysia akan mendapat kelebihan daya saing berbanding pesaing serantau dalam mengeksport produk dari sektor elektrik dan elektronik, bahan kimia, barangan minyak sawit, keluaran getah, barangan kayu, tekstil, dan juga bahagian dan komponen automotif.

"Semua ini merupakan eksport utama bagi Malaysia dan menjana sejumlah besar pendapatan bagi ekonomi negara dan mengambil ribuan rakyat Malaysia sebagai pekerja," katanya.

Mustapa amat yakin bahawa TPPA akan membolehkan Malaysia mempromosikan lagi agenda perdagangan dan pelaburan serta membantu mengurangkan cabaran ekonomi global.
- Bernama

Sumber DD - 6-10-2015
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Twelve countries clinch deal on TPPA, say reports

Posted on Tuesday, October 06 @ 09:14:26 MYT by paktam

By Reuters

Pacific trade ministers have reached a deal on the most sweeping trade liberalisation pact in a generation that will cut trade barriers and set common standards for 12 countries, an official familiar with the talks said today.

Leaders from a dozen Pacific Rim nations are poised to announce the pact later today. The deal could reshape industries and influence everything from the price of cheese to the cost of cancer treatments.


The Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA) would affect 40 percent of the world economy and would stand as a legacy-defining achievement for US President Barack Obama (photo), if it is ratified by Congress.

Lawmakers in other TPPA countries must also approve the deal.

The final round of negotiations in Atlanta, which began on Wednesday, had snared on the question of how long a monopoly period should be allowed on next-generation biotech drugs, until the United States and Australia negotiated a compromise.

The TPPA deal has been controversial because of the secret negotiations that have shaped it over the past five years and the perceived threat to an array of interest groups from Mexican auto workers to Canadian dairy farmers.

Although the complex deal sets tariff reduction schedules on hundreds of imported items from pork and beef in Japan to pickup trucks in the United States, one issue had threatened to derail talks until the end - the length of the monopolies awarded to the developers of new biological drugs.

Negotiating teams had been deadlocked over the question of the minimum period of protection to the rights for data used to make biologic drugs, made by companies including Pfizer Inc, Roche Group's Genentech and Japan's Takeda Pharmaceutical Co.

The United States had sought 12 years of protection to encourage pharmaceutical companies to invest in expensive biological treatments like Genentech's cancer treatment Avastin. Australia, New Zealand and public health groups had sought a period of five years to bring down drug costs and the burden on state-subsidised medical programmes.

Negotiators agreed on a compromise on minimum terms that was short of what US negotiators had sought and that would effectively grant biologic drugs a period of about years free from the threat of competition from generic versions, people involved in the closed-door talks said.

The Washington, DC-based Biotechnology Industry Association said it was "very disappointed" by reports that US negotiators had not been able to convince Australia and other TPPA members to adopt the 12-year standard approved by Congress.

"We will carefully review the entire TPPA agreement once the text is released by the ministers," the industry lobby said in a statement.
Final hours

A politically charged set of issues surrounding protections for dairy farmers was also addressed in the final hours of talks, officials said. New Zealand, home to the world's biggest dairy exporter, Fonterra, wanted increased access to US, Canadian and Japanese markets.

Separately, the United States, Mexico, Canada and Japan also agreed rules governing the auto trade that dictate how much of a vehicle must be made within the TPP region in order to qualify for duty-free status.



The North American Free Trade Agreement between Canada, the United States and Mexico mandates that vehicles have a local content of 62.5 percent. The way that rule is implemented means that just over half of a vehicle needs to be manufactured locally. It has been credited with driving a boom in auto-related in investment in Mexico.

The TPPA would give Japan's automakers, led by Toyota Motor Corp, a freer hand to buy parts from Asia for vehicles sold in the United States but sets long phase-out periods for U.S. tariffs on Japanese cars and light trucks.

The TPPA deal being readied for expected announcement on Monday also sets minimum standards on issues ranging from workers' rights to environmental protection. It also sets up dispute settlement guidelines between governments and foreign investors separate from national courts.
- Reuters

Sumber DD - 6-10-2015
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

TPPA: Ahli Parlimen BN mesti berbahas dengan telus

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen khususnya daripada BN sekali gus mewakili kerajaan dituntut bersikap telus dan tulus dalam membahaskan isu TPPA pada sesi parlimen akan datang nanti.

Ahli Parlimen Kuala Nerus Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, perbahasan itu nanti teramat penting kerana melibatkan kedaulatan dan kesan jangka masa panjang terhadap negara dan rakyat Malaysia.

"Saya tidaklah menafikan keperluan untuk perkara ini dibawa ke Parlimen bahkan saya juga telah mendesaknya beberapa kali sebelum daripada ini.

"Saya percaya bahawa kita semua tidak mahu akibat daripada TPPA ini nanti akhirnya berlaku penjajahan ekonomi oleh para kapitalis dunia terhadap Malaysia yang menyebabkan rakyat hanya menjadi penyaksi kepada kemakmuran ekonomi negara sedangkan kek ekonomi itu sendiri diratah oleh gergasi ekonomi dunia," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau turut melahirkan kebimbangan apabila dengan tiba-tiba kesemua Menteri Perdagangan dan para perunding daripada 12 negara yang terlibat mengumumkan telah mencapai kata sepakat dan bersetuju dengan terma-terma perjanjian tersebut.

Ini kerana, kenyataan bersama yang dibacakan oleh Michael B. Froman iaitu US Trade Representative (USTR) merangkap penasihat utama, perunding dan jurucakap kepada Barack Obama mengenai isu-isu perdangangan dan pelaburan pada lewat petang semalam adalah amat mengejutkan rakyat Malaysia seluruhnya.

Sedangkan jelas beliau, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustafa Mohamed beberapa hari sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa tiada apa-apa keputusan besar akan terhasil daripada rundingan yang diadakan di Atlanta selama beberapa hari itu.

Tegasnya, Walaupun MITI melalui Menterinya dalam kenyataan pada lewat malam tadi sekali lagi menegaskan bahawa penyertaan Malaysia di dalam TPP hanya akan diputuskan  setelah dibahas dan diluluskan oleh Parlimen, namun ia bukanlah suatu yang mudah.

"Rundingan ini telah pun berlangsung secara sulit sejak lima tahun lalu, sidang Parlimen akan datang pula bakal menjelma tidak lama lagi dan tempohnya amat singkat untuk tujuan tersebut," jelas beliau yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat. – HARAKAHDAILY 6/10/2015

Sumber HD - 6-10-2015
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





Jangan tergesa-gesa tandatangan TPPA

Posted on Sunday, October 04 @ 12:44:59 MYT by paktam

Oleh Ruhanie Ahmad 

Pada malam Khamis, 1 Oktober, 2015, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata di New York, Amerika Syarikat (AS), pentadbirannya akan memelihara dan mempertahankan pelbagai agenda domestik, khususnya melibatkan kesejahteraan ekonomi Bumiputera serta dasar affirmatif berkaitan dengannya, sebelum Kerajaan Malaysia menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pacific atau Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA).


Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Perindustrian Datuk Seri Mustapa Mohamed, pula pernah membuat kenyataan serta jaminan berikut:

Satu, Malaysia “perlu menjalani proses domestiknya yang tersendiri sebelum membuat keputusan muktamad untuk menandatangi serta mengesahkan TPPA.”

Dua, beliau bertanggungjawab “untuk memellihara serta mempertahankan Perlembagaan, kedaulatan serta dasar-dasar teras (core policies) negara, termasuk pelbagai kepentingan Bumiputera.”

Tiga, keterlibatan beliau dalam perundingan-perundingan mengenai TPPA adalah “untuk menjamin segala kepentingan dan keprihatinan Malaysia dapat dipelihara.”

Empat, “dokumen akhir [TPPA], serta dua analisis “cost-and-benefit” yang berkaitan dengannya, akan dibentangkan kepada masyarakat umum Malaysia dan Parlimen.”

Selain kenyataan, ikrar dan janji di atas, beberapa media antarabangsa pula pernah menyatakan “Najib serta beberapa menterinya, termasuk Datuk Seri Mustapa, membuat kenyataan Malaysia tidak akan menandatangani TPPA jika perjanjian ini tidak membawa manfaat kepada Malaysia.”
Perkasa mengalu-alukan kenyataan, ikrar dan janji perdana menteri serta menteri perdagangan antarabangsa dan perindustrian, dalam konteks TPPA, seperti di atas.

Namun Perkasa tetap mendesak supaya kenyataan, janji dan ikrar tersebut benar-benar dikotakan pentadbiran Najib.

Perkasa membuat desakan ini kerana kini tersebar desas-desus yang mengatakan kononnya dokumen akhir TPPA akan dibentangkan di Parlimen Malaysia, dan disebarkan kepada masyarakat umum, hanya sesudah ianya ditandatangani dan diratifikasikan kerajaan Malaysia.

Perkasa melahirkan kebimbangan terhadap desas-desus di atas walaupun secara teorinya, jika Malaysia menyertai TPPA, mulai tahun 2025, ia “mendapatkan akses kepada pasaran yang merangkumi 800 juta manusia dengan Keluaran Domestik Kasar (GDP) sejumlah AS$27.5 trillion; dan Malaysia juga diramalkan meraih keuntungan lebih AS$41.7 billion atau RM133.9 billion dalam bentuk pertambahan eksport, serta keuntungan pendapatan sebanyak AS$26.3 billion.”

Perkasa juga melahirkan kebimbangan di atas kerana organisasi ini menyedari wujudnya elemen-elemen politik serta elemen-elemen geopolitik yang terselindung di sebalik TPPA. Contohnya, Daniel Twining, menulis mengenai politik dan geopolitik di sebalik TPPA, dalam asia.nikkei.com pada 1 Oktober 2015, seperti berikut.

Pertama, dari sudut politik, Presiden AS Barack Obama, yang akan menamatkan tempoh kepimpinannya tidak lama lagi, mahukan TPPA ditandatangani segera.

Ini kerana Obama tidak mahu pentadbiran AS yang akan menggantikannya, memperolehi nama baik berkaitan TPPA.

Dua, Perdana Menteri Kanada Stephen Harper, mahu menggunakan kejayaannya dalam TPPA sebagai satu bahan kempen dalam pilihan raya umum di negaranya.

Tiga, Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe, dikatakan mahu menggunakan TPPA sebagai pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi Jepun menerusi “Abenomics” yang diperjuangkannya.

Dari perspektif geopolitik pula, Obama berhasrat menjadikan kejayaan TPPA sebagai manifestasi kepada “the US Pivot” atau dasarnya AS yang menumpu kepada rantau Asia-Pasifik.

Ini kerana Obama mahu menunjukkan “the US Pivot” di Asia-Pasifik bukan sahaja dicerminkan menerusi kegagahan angkatan tentera AS, bahkan juga menerusi usaha AS membentuk pelbagai institusi trans-Pacific yang menjana kemakmuran dan keamanan.

Dengan ini, Perkasa mendesak Pentadbiran Najib supaya tidak tergesa-gesa menandatangani TPPA, bersasakan elemen-elemen politik dan geopolitik di atas.

Perkasa membuat desakan ini supaya TPPA yang dipercayai akan menjana kemakmuran kepada Malaysia, ditandatangani dan diratifikasikan, hanya setelah Pentadbiran Najib mengkotakan pelbagai kenyataan, ikrar dan janji yang dihuraikan di atas.

Perkasa berharap, jika penyertaan Malaysia dalam TPPA menjejas atau memudaratkan agenda domestik negara, khususnya yang melibatkan Bumiputera, dasar-dasar affirmatif dan agensi-agensi berkaitan dengannya, pentadbiran Najib mesti tidak akan teragak-agak untuk melaksanakan apa yang dilaporkan pelbagai media antarabangsa sebelum ini, iaitu “Malaysia tidak akan menandatangani TPPA.”

Perkasa sehaluan dengan Najib dalam konteks mendukung prinsip ekonomi dan sistem pasaran yang terbuka.

Namun, demi untuk mempertahan serta melindungi keselamatan ekonomi nasional dan kesejahteraan ekonomi Bumiputera, Perkasa tetap berpegang teguh kepada kebijaksanaan silam, iaitu jangan hanya menang sorak, tetapi kampung tergadai; dan tiada gunanya dagang lalu ditanakkan, jika anak di rumah mati kebuluran!

Sumber DD - 4-10-2015
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Gugurkan penyertaan Malaysia dalam TPPA

HARAKAHDAILY | .


Kami menggesa untuk kesekian kalinya kerajaan Malaysia di bawah kepimpinanan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar undur segera dari penyertaan dalam Perjanjian TPP (Trans Pacific Partnership Aggreement).

Jika kerajaan masih tidak mahu mendengar suara bantahan rakyat, rakyat dan generasi mendatang bakal menanggung risiko. Malaysia akan terkunci dalam sebuah perjanjian perdagangan yang tidak seimbang dengan ekonomi yang sudah kuat dan kukuh seperti Amerika Syarikat (AS), Jepun, Kanada dan Australia.

Perundingan TPP kini sudah menghampiri penghujungnya untuk dimuktamadkan. Jelas  segelintir syarikat korporat AS yang mempunyai  akses dan pengaruh yang lebih kuat dalam perundingan tersebut bakal mendapat keuntungan jauh lebih banyak. TPP bukan sekadar mengurangkan tarif dan kuota tetapi juga soal pindaan perundangan, dasar dan kuasa institusi-institusi pengawal di negara ini.

Kami mengambil perhatian serius kepada artikel berjudul "Don’t let TPP jeopardize Malaysia’s Economic Development" September 24, 2015 yang ditulis oleh dua pakar ekonomi iaitu  Joseph E. Stiglitz (seorang Professor  Universiti di Columbia University dan  Ketua Ekonomi di   Roosevelt Institute)  dan Adam S. Hersh (seorang ahli Ekonomi Seniur di Roosevelt Institute dan Cendikiawan Pelawat di Columbia University’s Initiative for Policy Dialogue).

Dalam artikel itu, pendedahan dalam dokumen yang bocor dari perundingan tersebut, wakil Malaysia telah banyak memberi laluan kepada syarikat dari negara yang sudah memiliki ekonomi yang jauh lebih kukuh.

Sangat jelas menurut rencana itu, kerugian ekonomi dipihak Malaysia akibat bersetuju dengan rundingan itu sangat besar. Berdasarkan pengalaman perdagangan dengan pihak Amerika, sering sesebuah negara yang berdagang dengan Amerika  mengalami  banyak mudarat berbanding manfaat.

Apa yang lebih memerenjatkan ialah pakar ekonomi di Persidangan PBB mengenai Perdagangan dan Pembangunan menyatakan Malaysia akan rugi akibat menyertai TPP, di mana perbezaan dalam nilai eksport dan nilai import akan menurun sebanyak US$17 bilion setahun akibat perjanjian tersebut.

Maknanya TPP akan menyebabkan ekonomi Malaysia lebih buruk jika perjanjian itu ditandatangani.

Kami menegaskan TPP bukan perdagangan yang adil tetapi adalah perjanjian untuk menguruskan perdagangan yang lebih cenderung untuk kepentingan korporat antarabangsa. Sesungguhnya dalam perjanjian itu apa yang diistilah sebagai rakan (partner) pada hakikatnya  bukan  rakan  dalam erti kata sebenar. Syarikat korporat AS akan meraih keuntungan lebih banyak dalam TPP berbanding orang biasa samada di Malaysia mahupun rakyat di Amerika Syarikat itu sendiri.

Sebagai contoh industri Malaysia yang bakal rugi melalui TPP adalah industri besi dan keluli, aluminium dan mineral, plastik dan getah. Peluang pekerjaan dan pelaburan dalam industri ini yang semakin mengecil berlaku serentak dengan hasil pertanian yang menghadapi persaingan yang lebih sengit dari negara lain.

Lebih parah lagi Malaysia akan dibatasi untuk menggubal undang-undang untuk melindungi kesihatan dan keselamatan awam serta memelihara kualiti alam sekitar disebabkan ia dianggap boleh menjejaskan keuntungan pihak pelabur.

Dalam TPP, sebarang pertelingkahan akan menggunakan sebuah mekanisme yang disebut "investor-state dispute settlement " (ISDS) atau penyelesaian perselisihan dalam pelaburan. Sebarang keputusan akan mengikat walaupun ia mungkin bercanggah dengan undang-undang  dalam negara.

Syarikat berkenaan mesti dibayar pampasan atas pelaburan sekaligus anggaran  keuntungan yang bakal diperolehi tetapi hilang disebabkan undang-undang tempatan yang diujudkan oleh negara tersebut. Ini boleh berlaku walaupun produk yang dihasilkan oleh syariakat itu boleh membunuh manusia di negara yang berkenaan seperti industri rokok.

Sudah ada beberapa negara yang menghadapi saman oleh syarikat dari AS seperti Peru, Australia, Kanada dan Mexico.

Kerajaan perlu ingat, TPP juga memberi implikasi bahawa ia tidak akan dibenarkan  mengguna mekanisme kawalan modal (capital control) seperti yang dilakukan dalam krisis kewangan 1997-98.

Bermakna aktiviti spekulasi wang (modal) masuk dan keluar akan mendedahkan Malaysia kepada porak peranda kewangan yang tidak boleh dikawal jika TPP ini ditandatangani.

Demikian TPP juga bakal mengetatkan undang-undang Perlindungan Harta Intelek. Dengan yang demikian syarikat gergasi AS yang mengeluarkan ubatan akan boleh meraih keuntungan lebih tinggi bila ia menggunakan pelbagai alasan untuk memanjangkan jangka waktu Perlindungan Hak Intellek dengan lebih lama dan memastikan tidak ada saingan dari mana-mana pihak lain. Isu yang akan dihadapi oleh pengguna di Malaysia ialah harga ubatan akan naik manakala bekalan ubat juga akan terjejas  disebabkan syarikat pengeluar ubatan generik (ubat yang mempunyai kandungan dan kesan yang sama) tidak dibenarkan beroperasi di bawah TPP.

Kami yakin TPP bukan suatu pilihan untuk meraih keuntungan ekonomi. Malah di sebaliknya ia lebih memberi peluang kepada syarikat korporat dari negara lain terutama dari  ekonomi yang sudah kukuh seperti AS akan mengeksploitasi seluruh ruang dan peluang di Malaysia yang diberi di bawah  TPP.

MOHD AZMI ABDUL HAMID
Presiden Majlis Perundingan Pertuhan Islam Malaysia (Mapim) - HARAKAHDAILY 4/10/2015

Sumber HD - 4-10-2015
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Nothing Concrete Expected On Mustapa TPP Talks

no to TPP

International Trade and Industry Minister Datuk Seri Mustapa Mohamed arrived in Atlanta yesterday and went straight to a ministerial meeting of the Trans-Pacific Partnership (TPP) trade negotiations that may not see any concrete result this round.

Malaysia’s chief negotiator for TPP Datuk J. Jayasiri and his team from various ministries had been working round the clock the last three days and are now waiting for trade ministers from 12 TPP countries to narrow the gap on the outstanding issues that have bogged down negotiations.

This is the second TPP ministerial meeting this year after the one in Hawaii in July. The trade deal seeks to cut trade barriers and set common standards for 40% of the world economy.

Mustapa said in a statement that his attendance was not to sign the agreement as the final decision would be made by Parliament.

“I am going to Atlanta to ensure the country’s interests are safeguarded in this negotiation.
“It will be signed if the people and Parliament are satisfied that the TPP provides benefits to Malaysia,” he said.

He said Malaysia’s stand on the TPP was based on the country’s Constitution, policies such as bumiputra and small and medium enterprises as well as the rights and interests of the state governments.

In an earlier interview, Mustapa said he was confident some progress had been made on issues of interest to Malaysia including ­government procurement and biologic drugs. – thestaronline

Sumber BO - 1-10-2015
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




PANAS - Perjanjian TPPA Akan Ditandatangani Sehari Dua Lagi
Posted on Tuesday, September 29 @ 13:29:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

"

Dapat mesej ni dari rakan mengenai Majlis Penerangan TPPA di PWTC petang tadi. Agak mengejutkan apa yang ditulis, saya copy sepenuhnya ( dengan pembetulan ejaan )

Secara halusnya, Tok Pa kata kita takut terlepas peluang. Mungkin tandatangan dalam 1-2 hari, itu pun lepas sebulan akan detail perjanjian akan dikeluarkan untuk tatapan awam. Kemudian akan dikemukakan di sidang parlimen untuk dipersetujui.

Wooooo..... TPPA nak di sain dalam masa terdekat ni ? Sehari dua ni ? Oleh Najib yang kebetulan di New York .... yang kebetulan berdepan dengan siasatan FBI terhadap kelakuan nya dalam soal duit bilion 2.6 .....

Saya tak dapat mengesahkan kebenaran mesej itu tapi memandangkan keseriusan dakwaannya, saya postkan juga. Kalau benar bagaimana ?

Kita tidak mahu modus operandi ala 1MDB berulang bawah Najib di mana digunakan cara BUAT DULU, CERITA KEMUDIAN.

Harap mendapat penjelasan dari pihak berkenaan. "

Sumber TKO - 29-9-2015
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

6 bulan selepas GST, harga tidak turun-turun

IRFAN ES | .


Dari dulu sehingga kini
kita gigih berusaha
sumbangan bakti yang kecil
nilai tinggi tak terhingga.

Dari kita rakyat Malaysia
bergandingan berusaha
susah dan senang bersama
untuk kita kekal unggul

Cukai barang dan perkhidmatan (suara latar: GST)
cukai yang berubah wajah (suara latar: GST)
wujud di merata dunia
kini di Malaysia (suara latar: GST! GST!)…

6 bulan selepas 1 April 2015, lagu di atas tidak kedengaran lagi. Begitu juga iklan-iklan di billboard dan di badan-badan bas serta teksi yang merupakan sebahagian daripada RM365 juta dana dibelanjakan bagi promosi dan persediaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Meneliti Indeks Harga Pengguna (Consumer Price Index) Malaysia, dapat dilihat peningkatan ketara sejak April 2015, berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya. Ini menunjukkan adanya kenaikan kos yang drastik pada harga barangan dan perkhidmatan asas, seperti makanan, pakaian, pengangkutan, kesihatan dan pendidikan, sejak GST dikuatkuasakan.

Perlu diambil perhatian bahawa bacaan ini diperoleh meskipun terdapat kritikan terhadap pembahagian wajaran (weights) dalam market basket yang diguna pakai dalam pengiraan Indeks Harga Pengguna. Dengan kata lain, kenaikan kos sebenar adalah lebih besar berbanding yang tertera dalam indeks tersebut.

Hal ini tidak menghairankan. Kini, setiap kali kita ke pasar raya dan membeli barangan bernilai RM50, 6 peratus mesti ditambah semasa membuat bayaran di kaunter. Bagi golongan marhaen, RM3 merupakan jumlah yang agak signifikan. RM3 bagi sesetengah individu boleh dibelanjakan untuk sekali sarapan pagi, dan masih berbaki.

Dulu kalau tiada duit, kita makan mi segera atau nasi berlauk sardin tin. Kini mi segera dan ikan sardin dalam tin pun kena GST. Jelaslah bahawa cukai ini tidak membezakan golongan miskin dan golongan berada. Malah dalam banyak situasi, ia menambah lebih beban terhadap mereka yang berpendapatan rendah.

Kos keperluan asas meningkat

Apabila harga barang yang paling asas, seperti kicap, sos, cili boh, marjerin dan lain-lain, pun dikenakan GST, maka tidak hendak tidak harga makanan yang siap dimasak turut naik. Tidak cukup dengan itu, makanan yang dijual di restoran pun dicukai GST. Akibatnya harga makanan melambunglah lagi.

Sepatutnya rakyat mempersoalkan mengapa produk keperluan asas harus dikenakan GST, seperti sabun badan, sabun basuh, bedak, ubat nyamuk, pensel, lampin bayi, ubat gigi dan sebagainya. Bahkan tuala wanita dan panty liner pun tidak terkecuali daripada cukai tersebut.

Impak pelaksanaan GST turut menular ke bahagian-bahagian lain dalam kehidupan harian. Sektor pengangkutan misalnya. Seperti kita sedia maklum, tambang bas dan teksi telah awal-awal lagi dinaikkan pada 1 April 2015.

Bidang kesihatan juga menerima kesannya. Dalam senarai Kastam, hanya sesetengah ubat-ubatan dikecualikan daripada GST, seperti Panadol dan ubat batuk. Selebihnya, termasuk yuran rundingan doktor, penyiasatan makmal, insurans perubatan, peralatan kesihatan dan seumpamanya, kena GST.

Barangkali isu yang paling jelas dapat dilihat oleh golongan muda-mudi ialah harga kad prabayar telekomunikasi. 6 peratus mesti ditambah bagi setiap pembelian top-up RM10.60, RM31.80, RM53.

Timbalan Menteri Kewangan waktu itu, Datuk Ahmad Maslan, menerusi Twitternya pada 1 April 2015, mendedahkan bahawa Kastam telah memanggil syarikat telekomunikasi pada hari yang sama untuk membincangkan isu harga kad prabayar. Dengan tegas beliau menyatakan, “Jika mereka degil, akan dibawa ke mahkamah!”

Namun beberapa jam kemudian, Twitter yang sama melaporkan, harga kad prabayar kekal RM10.60. Ini diikuti dengan jaminan bahawa isu pelaksanaan GST – seperti kad prabayar – akan stabil dalam masa 6 bulan.

6 bulan selepas GST, harganya tetap tidak turun-turun.

Begitu juga isu-isu lain. Kos perkakas harian, alat ganti kenderaan, pendidikan, harga rumah dan sebagainya tidak terkecuali dari dilanda tempias buruk pelaksanaan GST.

Sehinggakan baru-baru ini hendak membeli bendera Malaysia sempena bulan merdeka pun kena GST.

Reaksi rakyat

Seperti biasa, rakyat jelata akan berusaha menyesuaikan diri dengan kenaikan kos sara hidup ini. Ada yang cuba berjimat-cermat. Ada yang mengikat perut. Ada yang membuat kerja sampingan dan seumpamanya.

Namun sampai bila rakyat mampu bertahan? Harga komoditi getah dan kelapa sawit tetap tidak naik-naik. Gaji kekal di takuk lama. Gaji minimum Malaysia tidak lagi dinaikkan sejak tahun 2012. Subsidi minyak telah lama ditarik.

Dalam masa yang sama, ekonomi negara terus suram. Nilai ringgit jatuh merudum. Pada 21 September baru-baru ini, Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz menegaskan, setelah isu skandal 1MDB diselesaikan, barulah kita dapat melihat nilai mata wang kita pulih semula.

Diharapkan menjelang pilihan raya umum ke-14 nanti, rakyat tidak lupa menggunakan kuasa undi mereka untuk meminta kerajaan membatalkan GST serta-merta. Parti-parti politik yang bertanding wajar menjanjikan pemansuhan GST sebagai manifesto pilihan raya. - HARAKAHDAILY 27/9/2015

Sumber HD - 27-9-2015
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

GST memang menipu rakyat

Posted on Tuesday, September 08 @ 16:37:39 MYT by paktam

Oleh RAYUSA 

ADAKAH kerajaan yang baik itu memberi atau meminta daripada rakyat yang diperintahnya?

Sudah tentulah sewajarnya ia memberi, bukan meminta, apatah lagi jika kerap dan banyak. Justeru, wajarkah kerajaan yang banyak meminta daripada rakyatnya dijatuhkan?

Siapa yang berani atau sanggup mendakwa/mengatakan kerajaan Umno-BN sekarang adalah kerajaan yang baik? Saya fikir, sesiapa yang mengatakannya baik, sudah tentu dia akan dianggap tidak siuman!


Dengan segala kerosakan yang telah berlaku – banyak rakyat sedia maklum – kerajaan Umno-BN jelas tidak layak lagi mentadbir negara ini. Namun demikian, bagaimana mahu menumbangkannya sekarang kerana Pilihan Raya Umum ke-14 masih jauh? Menerusi peti undi, kelihatan seperti tiada harapan. Kalau menerusi revolusi pula, akan dianggap melanggar demokrasi dan melakukan keganasan – keganasan bukan budaya kita (baca: konon).

Walau bagaimanapun, apa pilihan yang rakyat ada? Sama ada lambat atau cepat, sekarang atau kemudian, kerajaan Umno- BN perlu ditumbangkan. Di bawah pimpinan Dato’ Seri Mohd Najib Abdul Razak merangkap perdana menteri, regim tua itu terus berbohong di samping menyamun wang rakyat.

Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang mula dilaksanakan pada 1 April lalu adalah antara contoh ketara pembohongan kerajaan Umno- BN dan Najib. Selain penipuan mengatakan kejatuhan Ringgit Malaysia hanya bersifat sementara, padahal ia berterusan merudum hingga kini paling rendah dalam sejarah, rakyat dikatakan akan beruntung kerana hanya membayar cukai sekali sahaja menerusi GST, dan tidak membayar lebih.

Memang aneh. Kalau rakyat dikatakan lebih berjimat dengan GST, mengapa hasil kutipan cukai itu digunakan untuk membantu kewangan Malaysia ketika berhadapan dengan kejatuhan harga minyak?

Najib sendiri mengesahkan perkara itu. Kata beliau, negara bernasib baik kerana ada GST yang telah mengelakkan tekanan kewangan. Jelas beliau, kewangan negara tertekan kerana apabila harga minyak merudum, dividen Petronas berkurangan, dan royalti juga begitu. Katanya, dari mana lagi kerajaan dapat menampung perbelanjaan besar negara?

Najib berkata demikian ketika berucap dalam majlis perasmian berkelompok persidangan perwakilan Umno Bahagian Padang Besar, Kangar dan Arau di Dewan Wawasan 2020, di Kangar, baru-baru ini.

Itu bererti hasil daripada GST adalah tinggi. Tinggi itu bermakna rakyat bukan kurang membayar, tetapi lebih - tidak seperti yang difikirkan atau ditegaskan selalu. Bukankah itu satu pembohongan?

Terpaksa membayar lebih walau satu sen pun, tetap membayar lebih – bukannya kurang satu sen.
Kata Najib, pelaksanaan GST bukan untuk menyusahkan rakyat dan beliau berpegang pada prinsip “daripada rakyat, kita akan kembalikan kepada rakyat.”

Jelas Najib, beliau telah berjanji kepada rakyat bahawa (hasil) tambahan daripada GST akan dipaparkan dalam Bajet 2016 – iaitu ke mana ia (telah dan akan) dibelanjakan.

Kata Najib lagi, masalah berkaitan dengan GST timbul apabila ada peniaga yang tidak jujur dan memanipulasi keadaan. Jelas beliau, ia seperti yang Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Shahidan Kassim nyatakan bahawa peniaga menambah GST, tetapi tidak memansuhkan SST (cukai jualan dan perkhidmatan).

Soalnya, kenapa GST dilaksanakan juga padahal telah ditentang hebat oleh majoriti rakyat? Mengapa sibuk mahu memansuhkan SST jika sebelum ini ia tidak membebankan dan mencetuskan rungutan rakyat?

Apakah benar para peniaga tidak memansuhkan SST?

Jelas Najib, GST kini dilaksanakan di 160 negara. Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai memilih peniaga yang jujur dan tidak mengambil kesempatan. Katanya, pilihlah tempat dan peniaga yang menjual barang dengan harga yang berpatutan.

Banyak negara mengamalkan GST tidak bermakna cukai itu baik. Sekarang telah jelas bahawa ia hanya menjadi punca pendapatan kepada kerajaan.

Dalam kata lain, kerajaan mangambil wang daripada rakyat dengan banyak “secara terhormat.”
Jadi, jelas juga bahawa kerajaan Umno-BN tidak akan melaksanakan sesuatu cukai jika ia memberi laba kepada rakyat.

Najib telah pun mengesahkan hakikat tersebut!

Mengharapkan para peniaga bersikap jujur adalah satu utopia pada zaman sekarang. Dengan pelbagai tekanan, bukan setakat GST sendiri, kenaikan harga minyak menjadi punca utama harga barang dan perkhidmatan dinaikkan.

Mustahil harga barang dan/atau perkhidmatan tidak dinaikkan jika modal terpaksa bertambah.

Peniaga sejujur mana pun akan menaikkan harga walaupun mungkin dengan berat hati, inikan pula yang memang suka “kaya cepat.” Lagipun, sukar untuk mengetahui peniaga mana yang jujur atau sebaliknya.

Sebelum mengharapkan peniaga jujur, Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, serta para pengikut dan penyokong mereka perlu jujur terlebih dahulu. Namun demikian, mengharapkan kejujuran daripada pemimpin Umno-BN sama “seperti pungguk merindukan bulan” atau “jauh panggang dari api.”

Sumber DD - 8-9-2015
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




TPPA: Bentang 'cost benefit analysis' di Dewan Rakyat





HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) memerhati dengan teliti perkembangan isu Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) melibatkan 12 negara anggota termasuk kuasa-kuasa dunia seperti Amerika Syarikat dan Jepun.

"Difahamkan segala proses rundingan telah berakhir pada Ogos yang lalu di Hawaii," ujar ketuanya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dalam satu kenyataan.

Kini, katanya fasa yang tinggal hanyalah fasa menandatangani perjanjian tersebut yang dijangka akan dimeterai pada penghujung Oktober depan.

Menurutnya, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) yang mewakili kerajaan dalam rundingan tersebut menjelaskan rundingan negara anggota telah pun mencapai kata putus dan hanya menunggu masa untuk ditandatangani sebelum ia dikuatkuasakan.

"Memandangkan perjanjian perdagangan TPP ini lebih bersifat kontroversi berbanding perjanjian hubungan perdagangan dua hala Malaysia dengan negara-negara luar, maka tindakan membentangkan draft rundingan tersebut ke dalam Dewan Rakyat merupakan sesuatu yang mustahak," katanya yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas.

Justeru, tegasnya DPPM mendesak agar pihak kerajaan melakukan 'Cost Benefit Analysis' (CBA) ke atas TPP supaya ahli Dewan Rakyat dapat melakukan penilaian yang lebih terperinci terhadap baik buruk kesan perjanjian ini terhadap kepentingan rakyat dan negara.

Beliau berkata, laporan CBA yang tergantung sejak pertengahan 2014 seharusnya menjadi agenda utama sidang Dewan Rakyat Oktober depan.

"DPPM juga ingin sekali menegaskan bahawa PAS tidak akan berkompromi terhadap apa jua tindakan mahupun polisi yang boleh memberikan risiko kepada kedaulatan negara dan hak bumiputra di samping menjaga kepentingan rakyat marhaen yang merupakan 'stakeholders' kepada negara," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 8/9/2015

Sumber HD - 8-9-2015
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kerajaan Malaysia cenderung tandatangani TPPA

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: PAS melihat Kerajaan Malaysia cenderung untuk menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) tidak lama lagi meskipun dibantah pelbagai pihak.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata, ini berdasarkan mesyuarat terakhir peringkat Menteri TPP yang berlangsung di Maui, Hawaii dari 28 hingga 31 Julai lalu,

Katanya, Malaysia dikatakan terpaksa membuat keputusan yang cepat untuk disesuaikan dengan perkembangan politik terkini Amerika Syarikat.

"Oleh itu, PAS berpandangan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan tetap meneruskan siri rundingan konklusi terakhir dengan hanya memperolehi mandat daripada kabinet," ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, rakyat masih lagi tidak dimaklumkan dengan substantif perjanjian termasuk hasil analisis kos faedah daripada rundingan berkenaan.

Ini, ujar beliau akan menyukarkan rakyat terutamanya ahli-ahli Parlimen untuk berbahas dan membuat keputusan penting untuk masa dean negara.

PAS juga, katanya menuntut pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri untuk bersifat telus dan menjelaskan respons-respons negara anggota terhadap kebimbangan rakyat terhadap isu-isu sensitif yang telah disuarakan oleh kerajaan dalam siri rundingan berkenaan.

Beliau menambah, isu-isu sensitif tersebut antaranya adalah mengenai perolehan kerajaan, survival perusahaan awam, pengusaha bumiputera serta industri kecil dan sederhana, perundangan dan harta intelek.

"Kita telah maklum, semua isu tersebut telah dibincangkan namun apakah hasilnya sehingga kerajaan masih mahu meneruskan rundingan ini," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Temerloh.

Menurutnya lagi, melihat perkembangan terkini ekonomi negara seperti nilai ringgit merudum, harga pasaran minyak mentah dunia di bawah USD50 setong, kelembaban sektor eksport dan pertumbuhan yang kecil, Malaysia dilihat terpaksa menganggotai TPPA untuk mempromosi perdagangan negara.

Persoalannya, kata beliau apakah jaminan kerajaan bahawa keputusan yang akan dibuat nanti tidak akan memudaratkan dasar-dasar politik dan sektor teras ekonomi negara

"Maka, PAS tegas meminta kerajaan keluar daripada rundingan tersebut memandangkan kebimbangan utama rakyat terhadap isu-isu sensitif gagal dijelaskan dengan yakin dan telus kepada kami (rakyat)," ujarnya.

Tambahnya lagi, risiko itu terlalu tinggi memandangkan kerajaan hari ini turut berdepan dengan krisis keyakinan di peringkat nasional dan antarabangsa akibat daripada skandal kewangan 1MDB dan isu-isu yang berkaitan dengannya. - HARAKAHDAILY 7/8/2015

Sumber HD - 7-8-2015
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




TPPA: Perdagangan bebas yang tidak bebas

IRFAN ES | .


PADA Disember 2014, Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat telah menaikkan tarif bagi panel solar yang diimport dari China daripada 26 peratus kepada 78 peratus, bagi melindungi firma yang mengeluarkan panel solar di negara tersebut.

Ini merupakan sebahagian daripada kenaikan cukai import yang dikenakan oleh Amerika Syarikat terhadap barangan yang dihasilkan oleh gergasi ekonomi Asia terbabit.

Sehingga kini, Amerika Syarikat mempunyai perjanjian dagangan bebas dengan 20 negara. Dan China – yang mengambil alih kedudukan Amerika Syarikat sebagai kuasa ekonomi terbesar dunia sejak tahun 2012 – tidak termasuk dalam senarai 20 negara itu.

TPPA

Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA) – Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik – merupakan perjanjian dagangan antara 12 negara rantau Pasifik iaitu Amerika Syarikat, Australia, New Zealand, Kanada, Jepun, Chile, Mexico, Peru, Singapura, Brunei, Vietnam dan Malaysia.

TPPA dikatakan bakal meningkatkan perdagangan dan pelaburan di kalangan negara anggota seterusnya menggalakkan pertumbuhan ekonomi.

Namun rundingan TPPA sehingga kini dijalankan secara rahsia antara pemimpin negara. Sepatutnya di negara yang mengamalkan sistem demokrasi, rakyat perlu dimaklumkan tentang apa yang akan dicampakkan ke atas mereka.

Walau bagaimanapun, melalui dokumen yang dibocorkan dan juga hasil butiran rundingan yang sudah pun ditandatangani, kita mempelajari serba sedikit tentang beberapa isu yang berbangkit.

Penurunan tarif

Secara umumnya, TPPA akan menurunkan kadar tarif bagi barangan import, di samping memudahkan syarikat multinasional untuk bertapak di negara anggota.

Hal ini bermakna, barangan dan firma dari Amerika Syarikat lebih mudah untuk masuk serta bertapak di negara ini.

Benar, perkara yang sama turut berlaku terhadap mereka; produk dan syarikat dari Malaysia juga lebih mudah untuk masuk ke pasaran Amerika Syarikat.

Namun bandingkan pula taraf ekonomi kedua-dua pihak – kita negara membangun, sementara mereka pula negara maju merangkap kuasa ekonomi dunia. Tentulah tidak adil untuk meletakkan kedua-dua negara di platform yang sama. Ibarat mentimun dengan durian.

Akhirnya, dibimbangi yang untung hanyalah sebelah pihak. Barangan dan firma dari Amerika Syarikat akan mula menguasai ekonomi negara kita, sekaligus menggugat perniagaan rakyat tempatan.

TPPA: perdagangan bebas?

Dari sini kita dapat lihat Amerika Syarikat hanya gemar mengadakan dagangan bebas dengan negara-negara yang lebih kecil ekonominya. Dengan cara ini, mereka mampu mengeksploitasi negara-negara ini bagi mengaut keuntungan yang lebih besar.

Oleh sebab itu mereka enggan mengadakan dagangan bebas dengan China, negara yang ekonominya setaraf jika tidak lebih besar daripada mereka. Malah mereka menaikkan lagi tarif barangan yang diimport dari China.

Sebab itu juga, isi kandungan TPPA antara Amerika Syarikat dengan Jepun berbeza sedikit berbanding negara lain. Amerika Syarikat masih dibenar mengekalkan tarif terhadap kenderaan yang diimport dari Jepun bagi melindungi industri automotif di Amerika Syarikat. Jika dagangan antara dua negara tersebut benar-benar bebas, dijangka Amerika Syarikat habis dibanjiri oleh kenderaan buatan Jepun.

Kedaulatan negara tergugat

Yang dibimbangi tentang TPPA ialah kebarangkalian undang-undang luar, terutamanya berkaitan perniagaan, akan dipaksakan ke atas negara kita.

Misalnya undang-undang hak cipta Amerika Syarikat yang amat ketat. Sekiranya peraturan paten yang diguna pakai oleh firma-firma farmaseutikal dari Amerika Syarikat turut dikuatkuasakan di negara kita, dijangka harga ubat-ubatan akan meningkat secara drastik.

Secara tidak langsung ia bakal menaikkan kos kesihatan di Malaysia.

Untuk makluman, statistik pada tahun 2012 menunjukkan Amerika Syarikat sebagai negara yang memiliki kos kesihatan paling mahal di dunia, tetapi dalam masa yang sama, dari sudut tahap kesihatan, berada di tempat paling belakang di kalangan negara maju. Ini antara lain disebabkan harga ubat-ubatan di sana yang amat tinggi.

Syarikat asing menyaman kerajaan

Sejak awal lagi, tujuan TPPA digubal adalah untuk meluaskan pengaruh syarikat multinasional. Sehingga satu situasi di mana firma asing boleh menyaman kerajaan menerusi tribunal yang memiliki kuasa lebih tinggi berbanding mahkamah tempatan.

Perkara ini sudah pun berlaku. Firma tembakau Amerika Syarikat, Phillip Morris telah menyaman kerajaan Australia kerana mengenakan peraturan plain packaging (di mana kotak rokok yang dijual di negara itu mestilah tidak diletakkan sebarang gambar dan logo syarikat; hanya mengandungi jenama dalam tulisan kecil bersama amaran kesihatan) yang dilaksanakan demi kesihatan awam.

Syarikat minyak Chevron telah menggunakan tribunal yang sama bagi mengelak membayar pampasan berbilion dollar kerana mencemarkan alam sekitar di Ecuador.

Tentangan terhadap TPPA

Pada tahun 2012, protes telah dianjurkan di Melbourne, Australia dan Auckland, New Zealand bagi membantah TPPA. Tunjuk perasaan yang serupa turut berlaku di Tokyo, Jepun pada 2013.

Rakyat Malaysia turut berkongsi sentimen ini melalui protes yang diadakan pada 11 Oktober 2013 dan 21 Februari 2014.

Malah bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad juga telah meluahkan kebimbangan terhadap kesan yang bakal menimpa Malaysia akibat termeterainya TPPA.

Tindakan Malaysia

TPPA sebenarnya merupakan perjanjian dagangan bebas yang tidak bebas. Ia mengancam ekonomi kita dan mengikat kita dengan undang-undang serta peraturan asing.

Kerajaan Malaysia sepatutnya menarik diri daripada rundingan TPPA demi melindungi ekonomi dan kedaulatan negara daripada dijajah kuasa luar. Rakyat pula perlulah peka terhadap bahaya yang akan melanda hasil perjanjian berat sebelah ini.

Jika pun kerajaan enggan berundur dari meja rundingan, setidaknya isi kandungan perjanjian mesti didedahkan kepada umum. Biarlah rakyat dan golongan bijak pandai menilai sendiri baik atau buruknya TPPA. – HARAKAHDAILY 2/8/2015

Sumber HD - 2-8-2015
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

TPPA: Perdagangan bebas yang tidak bebas

Posted on Sunday, August 02 @ 12:23:00 MYT by paktam

Oleh IRFAN ES

PADA Disember 2014, Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat telah menaikkan tarif bagi panel solar yang diimport dari China daripada 26 peratus kepada 78 peratus, bagi melindungi firma yang mengeluarkan panel solar di negara tersebut.

Ini merupakan sebahagian daripada kenaikan cukai import yang dikenakan oleh Amerika Syarikat terhadap barangan yang dihasilkan oleh gergasi ekonomi Asia terbabit.


Sehingga kini, Amerika Syarikat mempunyai perjanjian dagangan bebas dengan 20 negara. Dan China – yang mengambil alih kedudukan Amerika Syarikat sebagai kuasa ekonomi terbesar dunia sejak tahun 2012 – tidak termasuk dalam senarai 20 negara itu.

TPPA

Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA) – Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik – merupakan perjanjian dagangan antara 12 negara rantau Pasifik iaitu Amerika Syarikat, Australia, New Zealand, Kanada, Jepun, Chile, Mexico, Peru, Singapura, Brunei, Vietnam dan Malaysia.

TPPA dikatakan bakal meningkatkan perdagangan dan pelaburan di kalangan negara anggota seterusnya menggalakkan pertumbuhan ekonomi.

Namun rundingan TPPA sehingga kini dijalankan secara rahsia antara pemimpin negara. Sepatutnya di negara yang mengamalkan sistem demokrasi, rakyat perlu dimaklumkan tentang apa yang akan dicampakkan ke atas mereka.

Walau bagaimanapun, melalui dokumen yang dibocorkan dan juga hasil butiran rundingan yang sudah pun ditandatangani, kita mempelajari serba sedikit tentang beberapa isu yang berbangkit.

Penurunan tarif

Secara umumnya, TPPA akan menurunkan kadar tarif bagi barangan import, di samping memudahkan syarikat multinasional untuk bertapak di negara anggota.

Hal ini bermakna, barangan dan firma dari Amerika Syarikat lebih mudah untuk masuk serta bertapak di negara ini.

Benar, perkara yang sama turut berlaku terhadap mereka; produk dan syarikat dari Malaysia juga lebih mudah untuk masuk ke pasaran Amerika Syarikat.

Namun bandingkan pula taraf ekonomi kedua-dua pihak – kita negara membangun, sementara mereka pula negara maju merangkap kuasa ekonomi dunia. Tentulah tidak adil untuk meletakkan kedua-dua negara di platform yang sama. Ibarat mentimun dengan durian.

Akhirnya, dibimbangi yang untung hanyalah sebelah pihak. Barangan dan firma dari Amerika Syarikat akan mula menguasai ekonomi negara kita, sekaligus menggugat perniagaan rakyat tempatan.

TPPA: perdagangan bebas?

Dari sini kita dapat lihat Amerika Syarikat hanya gemar mengadakan dagangan bebas dengan negara-negara yang lebih kecil ekonominya. Dengan cara ini, mereka mampu mengeksploitasi negara-negara ini bagi mengaut keuntungan yang lebih besar.

Oleh sebab itu mereka enggan mengadakan dagangan bebas dengan China, negara yang ekonominya setaraf jika tidak lebih besar daripada mereka. Malah mereka menaikkan lagi tarif barangan yang diimport dari China.

Sebab itu juga, isi kandungan TPPA antara Amerika Syarikat dengan Jepun berbeza sedikit berbanding negara lain. Amerika Syarikat masih dibenar mengekalkan tarif terhadap kenderaan yang diimport dari Jepun bagi melindungi industri automotif di Amerika Syarikat. Jika dagangan antara dua negara tersebut benar-benar bebas, dijangka Amerika Syarikat habis dibanjiri oleh kenderaan buatan Jepun.

Kedaulatan negara tergugat

Yang dibimbangi tentang TPPA ialah kebarangkalian undang-undang luar, terutamanya berkaitan perniagaan, akan dipaksakan ke atas negara kita.

Misalnya undang-undang hak cipta Amerika Syarikat yang amat ketat. Sekiranya peraturan paten yang diguna pakai oleh firma-firma farmaseutikal dari Amerika Syarikat turut dikuatkuasakan di negara kita, dijangka harga ubat-ubatan akan meningkat secara drastik.

Secara tidak langsung ia bakal menaikkan kos kesihatan di Malaysia.

Untuk makluman, statistik pada tahun 2012 menunjukkan Amerika Syarikat sebagai negara yang memiliki kos kesihatan paling mahal di dunia, tetapi dalam masa yang sama, dari sudut tahap kesihatan, berada di tempat paling belakang di kalangan negara maju. Ini antara lain disebabkan harga ubat-ubatan di sana yang amat tinggi.

Syarikat asing menyaman kerajaan

Sejak awal lagi, tujuan TPPA digubal adalah untuk meluaskan pengaruh syarikat multinasional. Sehingga satu situasi di mana firma asing boleh menyaman kerajaan menerusi tribunal yang memiliki kuasa lebih tinggi berbanding mahkamah tempatan.

Perkara ini sudah pun berlaku. Firma tembakau Amerika Syarikat, Phillip Morris telah menyaman kerajaan Australia kerana mengenakan peraturan plain packaging (di mana kotak rokok yang dijual di negara itu mestilah tidak diletakkan sebarang gambar dan logo syarikat; hanya mengandungi jenama dalam tulisan kecil bersama amaran kesihatan) yang dilaksanakan demi kesihatan awam.

Syarikat minyak Chevron telah menggunakan tribunal yang sama bagi mengelak membayar pampasan berbilion dollar kerana mencemarkan alam sekitar di Ecuador.

Tentangan terhadap TPPA

Pada tahun 2012, protes telah dianjurkan di Melbourne, Australia dan Auckland, New Zealand bagi membantah TPPA. Tunjuk perasaan yang serupa turut berlaku di Tokyo, Jepun pada 2013.

Rakyat Malaysia turut berkongsi sentimen ini melalui protes yang diadakan pada 11 Oktober 2013 dan 21 Februari 2014.

Malah bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad juga telah meluahkan kebimbangan terhadap kesan yang bakal menimpa Malaysia akibat termeterainya TPPA.

Tindakan Malaysia

TPPA sebenarnya merupakan perjanjian dagangan bebas yang tidak bebas. Ia mengancam ekonomi kita dan mengikat kita dengan undang-undang serta peraturan asing.

Kerajaan Malaysia sepatutnya menarik diri daripada rundingan TPPA demi melindungi ekonomi dan kedaulatan negara daripada dijajah kuasa luar. Rakyat pula perlulah peka terhadap bahaya yang akan melanda hasil perjanjian berat sebelah ini.

Jika pun kerajaan enggan berundur dari meja rundingan, setidaknya isi kandungan perjanjian mesti didedahkan kepada umum. Biarlah rakyat dan golongan bijak pandai menilai sendiri baik atau buruknya TPPA. –

Sumber DD - 2-8-2015
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






TPPA: Agenda tersembunyi AS

Posted on Saturday, August 01 @ 23:45:50 MYT by paktam

Oleh Ismail Hashim Yahaya

Daripada pemerhatian penulis terhadap giat dan gigihnya usaha Amerika Syarikat (AS) yang mahukan Perjanjian Perkongsian atau Persahabatan Trans-Pasifik (TPPA) dimeterai di Hawaii pada hujung bulan ini ialah agenda AS menjadikannya sebagai alat politik dalam berhadapan dengan sikap agresif China sekarang.

Apa yang ditunjukkan AS sekarang ialah berkonfrantasi dan pembendungan bukannya kerjasama dan perkongsian.

Walaupun apapun yang dijelaskan menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Malaysia tidak akan memeterai TPPA di mesyuarat menteri-menteri di Hawaii bermula 28-31 Julai ini.

Mustafa berkata:"Permeteraian TPPA tidak akan berlaku di Hawaii."

Dalam satu kenyataan hari ini beliau berkata, seperti Malaysia, setiap anggota TPPA perlu melalui proses domestiknya sendiri sebelum keputusan akhir untuk memeterai dan mengesahkan perjanjian dibuat.

"Sebagai menteri yang bertanggungjawab bagi rundingan TPPA, menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan perlembagaan, kedaulatan dan dasar teras negara kita, termasuk kepentingan masyarakat Bumiputera, dilindungi dan dipertahankan.

"Objektif kami pada mesyuarat ini adalah untuk memastikan kepentingan dan kebimbangan Malaysia ditangani," katanya.

Apa yang dijelaskan Mustafa seolah-olah sangat sempurna dan sebagai mententeramkan keadaan. Bayangkan sejauh manakah dapat Malaysia mempertahankan kedaulatannya dalam berhadapan dengan Amerika?

Amerika sudah mempunyai agendanya tersendiri. Malaysia mungkin tidak menandatanginya pada bulan ini tetapi lawatan Presiden AS, Barack Obama pada penghujung tahun ini akan memuktamadkannya.

Hakikatnya berdasarkan pertimbangan geo-politik, TPPA adalah alat politik Washington menentang kemajuan agresif China dengan negara anggota Brazil, Rusia, India dan China (BRICs) dan Pertubuhan Kerjasama Sanghai (SCO).

Apa yang jelas kelihatan ialah seluruh idea TPPA diwujudkan AS sebagai menghadang dan membendung kebangkitan China di Asia khususnya di Asia Timur dan rantau Asia Tenggara.
Justeru itu kebangkitan naga besar Asia ini harus ditangani dengan “membunuhnya”.

Apa yang dibimbangi ialah AS sedang menyeret negara-negara di Asia Tenggara terutama negara anggota Asean supaya berkonfrantasi dengan China, tanpa memikirkan kesannya ke atas negara anggota tersebut.

Malaysia yang mempunyai hubungan akrab dengan China berhadapan dengan ancaman bermusuh dengan negara naga itu pula.

Tidak pasti sejauh manakah Malaysia dan negara lain akan mengautkan keuntungan selain daripada daya tarik pelabur asing dan penghapusan cukai import AS dan seumpamanya, AS pasti tidak akan rugi dalam rundingan TPPA.

Benarkah AS akan memperjuangkan matlamat kerjasama dan perkongsian ekonomi dan persahabatan dalam kalangan negara yang memeterai TPPA nanti?

Setelah gagal dalam rundingan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) ekoran bantahan negara anggotanya yang terdiri daripada negara BRICs dan negara sedang membangun yang lain, AS menumpukan perhatian kepada rundingan perdagangan dua hala dan TPPA bagi menguasai perdagangan antarabangsa.

Akhirnya percayalah TPPA akan menjadi satu perjanjian berat sebelah daripada suatu perjanjian “persahabatan” dan “perkongsian” yang kononnya mensejahterakan rantau Asia Pasifik.

“Sahabat-sahabat” perdagangan TPPA dijerat untuk mempercayai, Amerika adalah sahabat keduniaan yang akan membantu memaju dan membangunkan perdagangan mereka (harap tidak Sahabat akhirat juga).

Teringat pula apa sudah jani APEC (Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik).

Dengan agenda tersirat di sebalik TPPA, menentang China dengan berselindung di sebalik kerjasama persahabatan perdagangan – AS akan dilihat memainkan peranan penting dalam kegiatan perdagangan di Asia.

Ini bermakna AS akan menguasai jalan, laluan dan kegiatan perdagangan di Selat Melaka dan Laut China Selatan.

Sudah terang lagi bersuluh AS sedang menekan negara-negara kecil dan penampan dalam negara anggota Asean supaya “berseteru” dengan China.

Kejadian kehilangan MH370 dan MH17 serta pendedahan Wall Street Journal dan New York Times mungkin ada kaitannya dengan politik dan strategi AS mahu menundukkan Malaysia supaya berprasangka dengan China.

Kemunculan Hillary di mesyuarat Asean dua bulan lalu di Kemboja menunjukkan AS semakin mencampuri dalam urusan Asean terutama dalam isu terumbu karang di Laut China Selatan berkaitan dengan beberapa negara anggotanya seperti Vietnam, Indonesia, Filipina dan Malaysia umpamanya.

Walaupun terdapat penentangan negara-negara anggota Asean tetapi tidak berani melakukan secara terbuka.

Apa yang dibimbangi ialah kehadiran AS di mesyuarat Asean akan mencetuskan lebih banyak permusuhan daripada persahabatan. –

* Penulis adalah pensyarah di Fakulti Komunikasi dan Media, Universiti Selangor (Unisel), kampus Shah Alam.

Sumber DD  - 1-8-2015
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

TPPA: Kebarangkalian M'sia tidak tandatangani tipis






DR ROSLI YAAKOP | .




Pusingan terakhir rundingan Perjanjian Perkongsian Negara-Negara Rentas Pasifik atau Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA) sedang berlangsung di Hawai sekarang. Bahagian pertama rundingan di peringkat ketua-ketua perunding  bermula pada Jumaat, 24 Julai 2015 dan berakhir pada Isnin, 27 Julai 2015. Ini diikuti pula oleh perundingan di peringkat menteri-menteri perdadangan yang bermula pada Selasa, 28 Julai 2015 sehingga Khamis, 31 Julai 2015.

Dilaporkan, rundingan di peringkat menteri ini diberi mandat untuk mentuntaskan apa-apa jua isu yang masih tertangguh dan memuktamadkan teks perjanjian pada hari terakhir perundingan (31 Julai). Selepas itu, teks perjanjian akan melalui proses semakan perundangan sebelum ianya ditandatangan oleh dua belas ketua negara anggota TPPA, dijangka pada Oktober atau November 2015.  Memandangkan proses perundingan telah berlarutan sehingga memakan masa lebih dari 5 tahun, kebarangkalian untuk perundingan ditangguhkan lagi adalah tipis.

TPPA dianggotai oleh 12 negera terdiri dari Australia, Brunei, Canada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat dan Vietnam. Arkitek utama perjanjian ini adalah negara Amerika Syarikat. Perkumpulan 12 negara ini mewakili kira-kira 40% daripada jumlah perdagangan dunia.

Negara anggota ASEAN yang lain seperti Thailand, Indonesia, Filipina dan Kemboja setakat ini tidak menyertai TPPA dengan alasan, antara lain, manfaat ekonominya tidak memberangsangkan kepada mereka.

Amerika Syarikat mendakwa perjanjian ini akan meruntuhkan halangan perdagangan di antara negara-negara anggota yang kesannya akan memacu penwujudan pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi dan menggalakkan pelaburan di kalangan negara anggota kerana melalui perjanjian ini pelabur-pelabur bakal mendapat perlindungan perundangan yang lebih kuat dan terjamin.

Namun dakwaan berkenaan tidak dapat dinilai secara bebas kerana perundingan dan isi kandungan perjanjian dirahsasiakan. Hatta, setelah perjanjian ditandatangi kekal, ialah kekal dirahsiakan. Penilaian yang dibuat pelbagai pihak hanyanya berasaskan maklumat yang dibocorkan.

Pengkritik-pengkritik sebaliknya mendakwa bahawa TPPA terlalu berat sebelah menguntungkan syarikat-syarikat multi-nasional, mengkesampingkan kepentingan negara anggota dan kepentingan masyarakat pengguna khasnya bagi negara anggota yang masih di dalam kategori negara-negara sedang membangun. Ini khususnya timbul dari mekaninisme penyelesaian perbalahan di antara pelabur dan negara tuan rumah atau "Investor- State Dispute Settlement (ISDS) mechanism" yang dianggap pincang kerana mekanisme berkenaan membenarkan syarikat-syarikat pelabur menyaman kerajaan tuan rumah dan kerajaan tuan rumah pula tidak dibenarkan berbuat demikian. Saman ini pula dikemukakan dan diadili oleh mahkamah tribunal antarabangsa yang dikuasai oleh negara-negara maju, mengkesampingkan sistem perundangan negara tuan rumah sendiri. Ini bermkna, ISDS memberi hak istimewa kepada pelabur-pelabur luar  tetapi hak yang sama dinafikan bagi pelabur-pelabur dalam negara.

Pengkritik-pengkritik mendakwa bahawa kes pelabur-pelabur menyaman negara tuan rumah kini semakin meningkat. Misalanya, syarikat rokok gergasi, Philip Moris telah menyaman kerajaan Ausralia dengan mendakwa kerajaan Australia telah memungkiri peruntukan-peruntukan tertentu di dalam perjanjian pelaburan dua hala di antara Austalia dan Amerika Syarikat. Kes ini timbul apaila kerajaan Austalia memperkenalkan "plain packaging laws for cigarettes" dalam tahun 2012. Undang-undang itu didakwa memberi impak negatif kepada jualan rokok syarikat berkenaan di Australia menyebabkan unjuran keuntungan tidak tercapai. Ketua Hakim Australia melihat  bahawa proses penyelesaian kes ini melalui mekanisme ISDS mengkesampingkan sistem perundangan negara Australia dan oleh itu, mengkompromi kedaulatan negara.

Dilaporkan, Philip Moris juga telah menyaman kerajaan Uruguay dengan mendakwa bahawa peraturan yang diperkenalkan oleh kerajaan Uruguay supaya amaran kesihatan padak kotak rokok dipamerkan dengan huruf yang lebih besar memberi impak negatif kepada jualan rokok di Uruguay menyebabkan keuntungan terjejas. Dilaporkan, tindakan Philip Moris ini menimbulkan kemarahan Bill Gates  dan Michael Bloomberg lalu kedua-dua mereka melancarkan sebuah dana bertujuan membantu negara-negara sedang membangun seperti Uruguay dalam perperangan mereka melawan syarikat-syarikat pengeluar rokok gergasi dunia.

UNCTAD (United Nation Conference on Trade and Development) dalam laporan terkini mendedahkan bahawa kes-kes di mana syarikat-syarikat korporat menyaman kerajaan tuan rumah  dalam tempoh 1987-2014 didapati meningkat dengan ketara. Dari jumlah 608 kes, lebih daripada 25% berlaku dalam tiga tahun terkini dan sebahagian besarnya adalah kes-kes di mana syarikat-syarikat korporat menyaman kerajaan-kerajaan negara yang sedang membangun dengan tidak menafikan bahawa kes saman oleh syarikat korporat terhadap kerajaan negara maju juga semakin bertambah. Didapati pula kebanyakan syarikat yang menyaman - lebih daripada 80% - adalah syarikat-syarikat yang berpengkalan di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Kanada dan beberapa negara anggota Kesatuan Eropah.

Ini menyebabkan ada ahli-ahli ekonomi yang melihat bahawa ISDS ini satu "blunt instrument" yang memberi perlindungan berlebihan kepada syarikat-syarikat korporat dunia. Ia memberi hak kepada syarikat korporat untuk menyaman kerajaan dari segenap penjuru - kiri, kanan, depan dan belakang - dan menyimpulkan bahawa ini bukanlah caranya untuk membina dan memperkasakan perdagangan di antara negara-negara. Mereka berpendapat bahawa cara yang betul untuk melindungi pelabur-pelabur ialah dengan membina institusi dan peraturan perdagangan yang telus supaya akhirnya negara-negara yang tidak mempunyai instusi dan peraturan perdagangan yang telus akan disisihkan oleh pelabur-pelabur.

Di Jerman, perbahasan mengenaan mekanisme ISDS menjadi semakin rancak, hangat dan penuh kontroversi sejak kebelakangan ini apabila dalam tahun 2012, kerajaan Jerman disaman oleh syarikat Vattenfall, sebuah syarikat yang berpengkalan di Sweden, dengan jumlah tuntutan sebanyak 4.7 bilion Euro. Syarikat berkenaan mendakwa bahawa pengenalan dan perlaksanaan dasar untuk menghapuskan penggunaan kuasa nuklear secara beransur-ansur di Jerman, telah mengakibatkan dua buah stesyen penjana kuasa nuklear milik syarikat berkenaan di Jerman terpaksa di tutup dan akibatnya, syarikat itu mengalami kerugian.  Pengkritik-pengkkritik mekanisme ISDS ini melihat bahawa ianya memberi ruang yang terlalu luas untuk pelabur-pelabur luar mengkesampingkan mahkamah di negara tuan rumah dan mencabar hak bagi negara tuan rumah untuk menggubal undang-undang bertujuan melindungi kepentingan negara dan rakyat sendiri.

Berdasarkan kes-kes yang telah dibawa ke mahkamah tribunal antarabanga melalui ISDS, pengkritik TPPA berpendirian bahawa peruntukan-peruntukan di dalam ISDS terlalu berat sebelah, memindahkan kuasa kerajaan-kerajaan yang berdaulat kepada syarikat-syarikat korporat global.   Oleh itu, pada pandangan mereka, TPPA tidak wajar diteruskan.

Bahawa, TPPA bakal ditandatangi oleh kedua-dua belas negara anggota bolehlah dianggap sebagai satu perkara yang sudah tuntas. Kongres Amerika Syarikat pun sudah memberi kuasa kepada Presiden Amerika untuk meletakkan "projek TPPA" ini pada jalur "fast track" yang membawa makna ia pasti akan diluluskan tanpa sebarang pindaan di dalam teks TPPA yang bakal dimuktamadkan di Hawai oleh menteri-menteri perdangangan negara-negara anggota.

Kebarangkalian bagi Malaysia untuk tidak menandatangi TTPA terlalu tipis apatah lagi memandangan pucuk pimpinan dihantui pelbagai skandal sekarang yang meletakkan Malaysia pada posisi amat mudah untuk diblackmail oleh mana-mana kuasa yang cenderung untuk berbuat demikian.

Seandainya, rakyat Malaysia masih berdegil dengan usul meminta kerjaan Malaysia menarik diri dari TPPA, maka nampaknya, jalan yang masih terbuka adalah mobilsasi rakyat menentang TPPA. Kerajaan nampaknya tidak berdaya untuk menyelamatkan negara dari penjajahan bentuk baru yang bernama TPPA ini. - HARAKAHDAILY 30/7/2015

Sumber HD - 30-7-2015
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

TPPA: Jangan gadai nasib bumiputera

MOHD AZMI ABDUL HAMID | .


MAJLIS Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mendesak kerajaan agar jangan menggadai nasib bumiputera dengan menandatangani Perjanjian Perdagangan Trans Pasifik (TPPA) yang bakal dimuktamadkan 31 Julai ini.

Dengan tamatnya mesyuarat ketua-ketua perunding kelmarin 27 hb Julai dan bermulanya mesyuarat Menteri Perdagangan di Hawai antara 28-31hb Julai, jika kerajaan Malaysia menandatanganinya, ia bakal mendedahkan negara kepada suatu musibah besar yang akan mengorbankan bukan sahaja kedaulatan negara malah menghapuskan hak keistimewaan bumiputera yang selama ini dipertahankan.

Kami telah lama berpandangan bahawa TPPA akan memberi kesan yang sangat negatif kepada kepentingan negara dan kaum bumiputera kerana kajian manfaat kos yang dilakukan oleh pelbagai pihak seperti Third World Network dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang jelas menunjukkan antara keuntungan dan mudharat dari perjanjian itu, mudaratnya jauh lebih banyak.

Segala isu yang telah dibangkitkan oleh pelbagai pihak yang membantah penyertaan Malaysia dalam TPPA nampaknya akan diketepikan dan teks perjanjian itu akan terus dimuktamatkan dan ditandatangani pada Oktober atau Novermber 2015 ini.

Kami berpendapat ini adalah peluang terakhir bagi kerajaan Malaysia semada akan bersama dengan TPPA atau tidak.

Jika kerajaan benar memberi keutamaan kepada rakyat hanya satu pilihan sahaja, tidak menandatangani dan menarik diri dari TPPA.

TPPA adalah perjanjian yang mengikat secara undang-undang. Sebarang khilaf yang pasti akan tercetus sepanjang perjanjian ini dikuatkuasakan selepas ditandatangani oleh kerjaan Malaysia akan memberi implikasi yang sangat parah,” kata beliau lagi.

Pihak Amerika Syarikat adalah negara yang bakal meraih keuntungan paling besar dan ia mampu menekankan negara seperti Malaysia untuk tunduk kepada semua terma dan syarat perjanjian tersebut.

Apa yang AS tidak boleh capai melalui politik, akan dIperolehnya melalui perjanjian perdagangan seperti TPPA. Dengan autoriti yang berjaya diperoleh Presiden AS dari Kongres, pengundian "ya" atau "tidak" tanpa mengubah teks perjanjian boleh memberi pentadbiran Obama kuasa untuk melulus semua klausa perjanjian  itu dengan lebih pantas .

Hal ini bermakna AS berkemungkinan besar mahu menekankan semua negara yang berunding supaya meluluskan perjanjian itu dengan cepat di Hawai nanti.

Kami tidak boleh menerima bagaimana sebuah perundingan yang akan memberi kesan besar kepada pelbagai aspek kehidupan rakyat negara ini maseh mahu diteruskan oleh kerajaan sedangkan manfaat yang sering diwar-warkan belum pasti diperolehi.

Yang jelas kesan kepada kenaikan kos kesihatan , hak mengawal industri tembakau , kos mendapat maklumat , penghapusan duti import adalah antara kesan buruk yang bakal dihadapi jika TPPA ditandatangani.

Tidak cukup dengan itu , TPPA bakal menjejaskan nasib petani yang terpaksa membayar benih yang mahal akibat negara perlu menandatangani lagi perjanjian lain seperti UPOV 1991 yang mengawal petani dari menyimpan benih sendiri.

Apa manfaatnya TPPA jika syarikat luar diberi kuasa mengheret Malaysia ke mahkamah antarabangsa dan menuntut berbilion ringgit hanya kerana undang-undang yang bakal digubal oleh Malaysia sendiri boleh menjejaskan keuntungan syarikat tersebut dimasa mendatang? Dimana kedaulatan negara jika menggubal undang-undang untuk menjaga kepentingan rakyat sendiri dihadkan oleh TPPA?

Lebih barat lagi kerajaan Malaysia tidak dibenarkan mengawal dana keluar dan masuk kerana klausa dalam TPPA boleh menyebabkan negara diheret ke tribunal perdangangan antarabangsa jika peraturan mengawal dana dikuatkuasakan.

Hak keistimewaan bumiputera dan segala skim yang dilihat memihak hanya kepada syarikat bumiputera akan dilihat bertentangan dengan TPPA dan dengan itu terdedah kepada tindakan syarikat pelabur dari luar untuk mengheret Malaysia ke tribunal antarabangsa.

Dimanakah pembelaan kepada syarikat tempatan terutama syarikat bumiputera yang selama ini dicanang oleh kerajaan sebagai hak yang akan dilindungi dan terjamin , jika TPPA boleh membatalkan semua hak keistimewaan ini.

Kami menegaskan jika kerajaan terus menandatangani TPPA , kedudukan bumiputera akan menjadi mangsa paling awal kepada rempuhan syarikat luar untuk menguasai pasaran tanpa mensyaratkan mereka perlu patuh kepada hak keistimewaan syarikat bumiputera tempatan .

Bukan sahaja ini menggadai kedaulatan negara akan tetapi menyerah semula negara kepada penjajahan kuasa luar untuk menentukan nasib rakyat di negara ini.

Dari penguasaan perdagangan kepada penguasaan budaya dan akhirnya kepada penguasaan politik . Inilah akibat yang perlu difaham oleh pemimpin negara dan rakyat betapa TPPA boleh mengulangi penjajahan , tetapi kali ini penjajahan yang lebih sempurna.

Kami menuntut kerajaan Malaysia keluar dari rundingan itu walaupun sudah diperingkat perundingan terakhir. Jangan memperjudikan masa depan rakyat dan negara hanya kerana malu untuk mengistihar keluar dari TPPA sebelum terlambat. – HARAKAHDAILY 28/7/2015

Penulis ialah Presiden MAPIM

Sumber HD - 28-7-2015
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Impak GST perlu dinilai secara berkala






SYAHIR SULAIMAN | .


“Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui." (Al-Baqarah: 188)

Bebanan GST

Satu kajian bebas terhadap impak pelaksanaan GST kepada pekerja dan majikan telah dijalankan oleh sebuah firma pencarian pekerjaan terkenal negara, JOBSTREET.COM, dan mendapati GST memberikan kesan negatif kepada hampir 90% rakyat Malaysia dalam urusan perbelanjaan harian.

Kajian yang dijalankan ke atas lebih 1,454 pekerja dan 490 majikan tersebut memberikan gambaran awal tentang bebanan yang ditanggung rakyat kesan daripada pelaksanaan GST. Antaranya, 76% responden mengharapkan kenaikan gaji pada kadar 10% hingga 50% bagi menampung kesan GST, manakala sekitar 35% pekerja mula berfikir untuk menukar kerja dan 33% mula mencari kerja sampingan bagi menampung kos sara hidup yang meningkat.

Sebahagian pekerja terpaksa mengubah corak perbelanjaan mereka, dengan sejumlah 56% responden mengurangkan makan tengahari dengan rakan sepejabat, hampir 47% pekerja mula membawa bekal dari rumah, dan 23% sudah beralih kepada pengangkutan awam dan berkongsi kenderaan.

Di pihak majikan pula, sejumlah 41% syarikat menyatakan sudah menerima tekanan daripada pekerja untuk kenaikan gaji, dan sekitar 19% majikan telah memberikan kenaikan gaji pada kadar yang minima. Sewajarnya beberapa imbuhan dan kemudahan dapat dipertimbangkan oleh pihak majikan, antaranya pemberian elaun petrol dan parkir kenderaan, kemudahan perubatan yang lebih meluas dan fleksibiliti bekerja dari rumah sebagai beberapa pilihan yang boleh diberikan kepada pekerja.

Kajian Impak GST

Kajian bebas yang dijalankan ini memberi signal kepada kerajaan untuk menjalankan kajian yang lebih menyeluruh selepas tiga bulan GST dilaksanakan bermula 1 April 2015.

Pihak kerajaan diingatkan agar melaksanakan janji yang pernah dinyatakan sebelum pelaksanaan GST, antaranya dengan penubuhan Jawatankuasa Khas Kabinet bagi menangani kenaikan kos sara hidup yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, dan Jawatankuasa Dasar Fiskal yang dipengerusikan Perdana Menteri dalam meneliti dasar cukai kerajaan dan rasionalisasi subsidi negara.

Justeru, sebuah kajian pasca satu penggal pelaksanaan GST wajar dilaksanakan secara berkala, dan dijadikan input penting bagi merangka Bajet 2016 yang akan dibentangkan pada bulan Oktober ini.

Skop kajian yang boleh dijalankan secara kajian lapangan dan secara online ini perlu mengambil kira aspek kesan kenaikan harga, bentuk bantuan kepada rakyat dan peniaga kecil, di samping menilai semula kadar cukai pendapatan dan cukai-cukai berkaitan, serta merangka program subsidi yang lebih menyeluruh kepada golongan sasar, khususnya golongan B40 yang diberikan keutamaan oleh kerajaan dalam RMK-11.

Dengan kutipan GST melebihi RM6 bilion sehingga Jun dan sasaran kutipan RM20-RM30 bilion sepanjang tahun 2015, rakyat perlu sedar bahawa setiap ringgit yang dipungut kerajaan datangnya daripada poket rakyat, yang terpaksa membayar 6% daripada setiap ringgit pembelian barangan runcit dan keperluan harian.

Situasi yang berlaku di Malaysia kini mengiayakan apa yang pernah diungkapkan oleh Benjamin Franklin (1789), “Tiada yang pasti di dunia ini, kecuali cukai dan mati”. - HARAKAHDAILY 7/7/2015

Penulis adalah Pengarah Strategi DPPM.

Sumber HD - 8-7-2015
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jangan lurus, TPPA bukanlah perjanjian terbaik abad ini






MOHD NIZAM MAHSHAR | .



1. Sebagai sebuah organisasi yang ditubuhkan untuk memastikan bahawa Malaysia tidak “di jual” di dalam proses perundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik, Bantah merasakan perlu untuk memberi penerangan khusus bagi menyangkal kenyataan yang dibuat pada 23 Jun oleh Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS Wan Saiful Wan Jan mengenai perjanjian perdagangan tersebut.

2. Seperti yang kita maklum, perundingan TPPA diselubungi rahsia. Wan Saiful menyatakan bahawa perundingan perlu dijalankan dengan cara yang lebih telus. Namun begitu, beliau tetap menyokong penuh penglibatan Malaysia di dalam proses perundingan kerana beliau percaya bahawa Malaysia boleh menarik diri dengan sewenang-wenangnya daripada menandatangani perjanjian tersebut jika ia didapati tidak menguntungkan Malaysia.

3. Bantah telah berbilang kali menyatakan bahawa Malaysia harus menarik diri dari perundingan TPPA kerana ia hanya akan merugikan Malaysia. Ini adalah kerana jika diamati dari analisa dokumen yang telah dibocorkan dan juga kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh penggubal undang-undang Amerika Syarikat (lawmakers) yang telah melihat isi kandungan perjanjian tersebut, amat jelas bahawa TPPA hanya akan menguntungkan syarikat-syarikat multinasional dengan membolehkan mereka mengheret negara-negara terlibat ke mahkamah antarabangsa bagi menuntut pampasan berbilion ringgit di atas kehilangan “future earnings” atau pendapatan masa depan hanya kerana tidak bersetuju dengan polisi awam atau undang-undang yang tidak memihak kepada mereka.

4. Wan Saiful juga menyatakan keyakinan beliau terhadap kemampuan perunding-perunding Malaysia untuk menjaga kepentingan dan kedaulatan negara kita: “Janganlah kita sangka pegawai-pegawai negara yang dihantar untuk berunding bodoh-bodoh belaka dan hanya akan menjadi pak turut Amerika.  Sudah pastilah kehadiran mereka duduk di meja rundingan untuk mempertahankan kedaulatan negara dan mereka tidak akan tunduk membuta tuli.”

5. Kenyataan ini menunjukkan bahawa Wan Saiful terlampau lurus atau naif. Jika benarlah para perunding Malaysia berpendirian tegas, sangat mahir dan berpengalaman, tidak mungkin mereka mudah dipengaruhi di dalam proses perundingan. Kajian dokumen Bab Pelaburan yang telah dibocorkan oleh Wikileaks beberapa bulan yang lalu menunjukkan bahawa Malaysia tidak meminta agar dikecualikan dari beberapa peruntukan (provision), terutama sekali di dalam mekanisma Investor-State Dispute Settlement (ISDS) ataupun Penyelesaian Pertelingkahan Pelabur-Negara. Semua negara yang berunding tidak meminta pengecualian dari ISDS kecuali Australia yang menyatakan bahawa negara itu hanya akan bersetuju dengan mekanisma tersebut jika beberapa syarat yang dikemukakannya boleh diterima. Syarat-syarat tersebut tidak pula dinyatakan di dalam dokumen yang dibocorkan Wikileaks.

6. Persoalannya ialah: Kenapa para perunding Malaysia tidak berkerja keras dan bersungguh-sungguh untuk melindungi kepentingan Malaysia? Sebagai contoh, Australia, Canada, Mexico dan New Zealand telah menegakkan hak untuk menjalankan kelulusan awal (pre-approve) para pelabur asing. Walaupun Bantah telah mengusulkan cadangan yang sama, analisa dokumen bocor menunjukkan perunding Malaysia tidak meminta hak tersebut. Ini hanyalah salah satu dari pelbagai cadangan yang pernah dikemukakan oleh Bantah tetapi nyata sekali tidak diendahkan.

7. Kami percaya Malaysia sudah kehilangan peluang untuk mengukuhkan kedudukannya, terutama sekali mengenai mekanisma ISDS yang dipercayai boleh mengakibatkan negara jatuh bankrap. Bantah bukan cuba menakut-nakutkan sesiapa tetapi ini adalah senario sebenar yang berkemungkinan besar boleh berlaku.

Mekanisma Penyelesaian Pertelingkahan Pelabur-Negara (ISDS) adalah masalah besar yang tidak boleh diambil ringan

8. Setanding dengan masalah perundingan TPPA yang diselubungi rahsia, mekanisma ISDS merupakan antara perkara yang paling meruncing yang tidak boleh diambil ringan oleh mana-mana negara yang akan menandatangani perjanjian pelaburan ini. Mekanisma ini akan membolehkan pelabur-pelabur asing atau syarikat multinasional mengheret sebuah negara yang berdaulat ke sebuah mahkamah timbangtara antarabangsa (international court of arbitration) untuk meminta pampasan atas “lost future earnings” atau kehilangan pendapatan masa depan akibat perubahan polisi awam yang dibuat oleh sesebuah kerajaan untuk melindungi rakyatnya demi kesejahteraan mereka.

9. Pemenang anugerah Nobel dalam  Ekonomi Joseph Stiglitz menyatakan dalam sepucuk surat terbuka bulan lepas bahawa: “Terdapat pelbagai kekeliruan mengenai ISDS, tapi secara terang dan mudah: ISDS ialah cara merangka balik bagaimana ekonomi harus dikendalikan, dengan memberi lebih kuasa kepada syarikat-syarikat besar dengan mengorbankan nasib pekerja dan orang awam di sini (Amerika Syarikat) dan juga di negara lain.” Secara mudahnya, ISDS direka untuk “mengukuhkan kedudukan syarikat-syarikat besar (corporation) dengan mengorbankan kepentingan awam.”

10. Tahun lepas, sebuah negara yang besar seperti Rusia telah diarah membayar lebih dari US$50 bilion kepada syarikat minyak Yukos kerana dituduh merampas asetnya. Jumlah ini merupakan pampasan ganti rugi yang terbesar dianugerahkan setakat ini oleh sebuah mahkamah timbang tara antarabangsa, peguam Bianca Muller menulis di dalam sebuah kenyataan yang diterbitkan di New Zealand, yang juga merupakan salah sebuah negara perunding TPPA. Muller menyatakan lagi bahawa kos-kos termasuklah bayaran kepada peguam dan perbelanjaan lain mencecah lebih kurang US$9 juta. Russia juga terpaksa membayar kos guaman dan pakar sebanyak US$60 juta dari kos keseluruhan berjumlah US$79,628,055.56, kata Muller.

11. Negara perunding, terutamanya negara membangun seperti Malaysia, kemungkinan besar tidak berkemampuan -- dari segi kewangan, kepakaran, pengalaman – untuk menang jika disaman di mahkamah timbang tara antarabangsa. Proses ini boleh menyebabkan sesebuah negara kehilangan berjuta atau berbilion ringgit, seperti kes Yukos-Rusia.

12. Senator Demokrat Elizabeth Warren telah menulis di dalam sebuah artikel terbitan Boston Globe pada hari Selasa (Jun 23) bahawa anugerah pampasan ini selalunya tidak boleh diubah. “Tidak kira betapa gila (crazy) atau melampau keputusan yang dicapai, rayuan tidak akan dibenarkan. Setelah ahli panel timbang tara membuat keputusan, pembayar cukar yang harus membayar.” Terus terang kami katakan bahawa orang awam, terutamanya pengundi tidak akan setuju jika hasil titik peluh mereka digunakan untuk membayar syarikat-syarikat besar antarabangsa untuk kehilangan pendapatan masa depan.

13. Kos guaman sahaja boleh menyebabkan negara yang diheret ke mahkamah berasa takut. Warren berkata: “ISDS dan kos guaman yang melampau boleh mendorong kerajaan untuk mengabaikan atau tidak menjalankan tindakan yang akan melanggar kepentingan korporat. Ini adalah kerana, menurut Warren, pihak korporat pernah menggunakan ISDS untuk menyaman negara-negara yang telah menaikkan gaji minima, cuba menurunkan kadar penggunaan rokok, ataupun menghalang lambakan bahan kimia yang toksik.

14. ISDS akan menyukarkan kerajaan yang cuba bertindak di atas kepentingan awam. Germany, contohnya, telah disaman oleh syarikat tenaga Vattenfall yang dipunyai oleh Sweden sebanyak US$6 bilion hanya kerana ketua negaranya Angela Merkel telah mengarahkan penutupan loji nuklear pada tahun 2011 sejurus selepas bencana Fukushima berlaku. Dua lagi syarikat tenaga juga sedang menuntut pampasan berjuta dolar.

15. Negara besar yang paling hampir dengan Malaysia iaitu Australia, juga telah disaman oleh syarikat gergasi pembuat rokok Philip Moris kerana polisinya mengarahkan penggunaan pembungkusan biasa (plain packaging). Philip Morris menggunakan ISDS atas alasan kehilangan pendapatan masa depan. Syarikat yang mempunyai pendapatan tahunan sejumlah US$80 bilion itu juga telah mengheret negara kecil di Latin Amerika iaitu Uruguay ke mahkamah antarabangsa kerana negara itu telah mengarahkan agar saiz amaran kesihatan merokok dibesarkan sebanyak 80 peratus meliputi saiz pek pembungkusan. Uruguay yang mempunyai penduduk berjumlah 3.4 juta dan KDNK (GDP) US$53 bilion merasakan bahawa ia dibuli. Penasihat guaman negara itu Silvina Echarte Acevedo memberitahu The Independent tahun lepas: “Ini seperti David dan Goliath. Tetapi kami akan teruskan perjuangan kerana ini adalah hak dan tanggungjawab kami untuk menjaga kesihatan rakyat kami.”

16.  Di dalam analisanya mengenai dokumen Bab Pelaburan yang dibocorkan oleh Wikileaks, organisasi Public Citizan yang berpejabat di Amerika Syarikat menyatakan bahawa peruntukan mengenai “Pelaburan dan Alam Sekitar, Kesihatan dan Objektif Peraturan”, yang menggunakan terma-terma atau kandungan yang telah diterbitkan dalam perjanjian pelaburan AS yang lain, tidak menjanjikan polisi kepentingan awam boleh dilindungi dari ancaman ISDS (Artikel II.15). Bahasa yang digunakan adalah “self cancelling” di mana telah dinyatakan bahawa “sesebuah kerajaan yang terlibat boleh menggubal polisi bagi melindungi orang awam, tetapi ia tidak boleh bercanggah dengan hak-hak menyeluruh (sweeping rights) yang diberikan oleh perjanjian tersebut kepada pelabur antarabangsa”. Dengan menandatangani perjanjian pelaburan ini, Malaysia dan juga negara-negara perunding yang lain, tidak dapat memenuhi tanggungjawab mereka untuk menjalankan polisi-polisi awam demi kepentingan dan pembangunan sosio-ekonomi.

17. Tidak kira besar atau kecil, negara-negara perunding akan berhadapan dengan masalah yang sama. Sesungguhnya, tiada jaminan bahawa negara kaya atau maju seperti AS, Australia ataupun Germany boleh menang di dalam mahkamah timbang tara antarabangsa walaupun mereka mampu mendapatkan peguam-peguam yang mahir dan berpengalaman. Stiglitz menyatakan di dalam surat terbukanya bahawa Amerika Syarikat tidak pernah kalah di dalam mahkamah timbang tara antarabangsa; namun rekod yang “mengkagumkan” ini hanya boleh dicapai kerana ia berdepan dengan negara membangun yang tidak mempunyai banyak pelaburan di AS dan tiada kemampuan untuk mencabar kedudukan negara maju itu. Namun begitu, AS tidak boleh leka kerana negara yang lebih kaya seperti Jepun dan negara Eropah “yang mempunyai pegangan yang lebih besar di dalam ekonomi AS, dan mempunyai lebih sumber kekayaan, dan juga lebih ‘savvy’ dalam perniagaan antarabangsa” boleh menggunakan mekanisma ISDS untuk mencabar polisi awam AS.

18. Bantah juga sudah berbilang kali menyatakan di dalam kenyataan atau artikel yang lepas bahawa proses timbang tara antarabangsa ini boleh disalahgunakan (open to abuse). Mahkamah timbang tara antarabangsa ini dikendalikan oleh tiga orang ahli panel yang “membuat keputusan di mana rayuan tidak akan dibenarkan sama sekali”, kata Stiglitz. Ada juga “konflik kepentingan yang wujud di mana ‘arbitrators’ atau ahli panel dipilih dari sekumpulan kecil peguam pelaburan yang sangat pakar, yang mungkin telah juga menjadi penasihat kepada plaintif untuk kes tertentu di masa yang sama mereka juga menjadi hakim di kes yang berkaitan”. Memang sangat tidak adil jika tiga orang individu ini diberikan kuasa yang besar untuk menghakimi kes-kes yang melibatkan sebuah negara yang berdaulat.

Jika orang Amerika sendiri tidak memberi sokongan penuh kepada TPPA, kenapa kita perlu menyokongnya?

19. Kita perlu bertanya dengan diri kita, jikalau benar TPPA itu memang sebuah ide yang sangat bernas sehingga digelar sebagai Perjanjian Pelaburan Terunggul Abad ke-21 (the Trade Deal of the 21st Century), mengapa Presiden AS Barack Obama tidak mampu mendapatkan sokongan penuh dari ahli partinya sendiri? Obama telah ditentang oleh penggubal undang-undang dari parti Demokrat seperti Elizabeth Warren dan Nancy Pelosi; termasuklah juga Hillary Clinton yang telah menyatakan bahawa mekanisma ISDS itu ialah satu proses yang “pada asasnya tidak demokratik” (CNN). 

20. Politik perundangan (legislative politics) TPP sudah menjadi “pelik”, William Finnegan menulis di dalam The New Yorker. Beliau menambah: “Setiap kawasan pilihanraya (constituency) Parti Demokrat menentangnya (TPPA); dan semakin bertambah pengetahuan mereka mengenainya, semakin kuat tentangan mereka. Namun ketua mereka, Obama, sangat menginginkannya.” Banyak perkara yang perlu diberi pencerahan dan banyak isu yang perlu diteliti oleh para perunding dan juga penggubal undang-undang kita. “Ahli pembuat polisi perlu memberi perhatian khusus terhadap apa-apa perkara yang boleh menambah ketaksamaan (inequality) dan seterusnya mengakibatkan kesan jangka-panjang yang negatif terhadap peluang ekonomi,” kata Stiglitz.

21. Bukan mudah untuk Obama meyakinkan agar Dewan Senat dan Kongres memberikannya kuasa ‘Fast Track’, yang juga dikenali sebagai ‘Trade Promotion Authority (TPA)’. Hanya beberapa jam yang lalu, Senat AS telah meluluskan ‘bill’ atau rang undang-undang memberikan Obama kuasa Fast Track selepas perdebatan yang berjalan selama enam minggu dengan undian minima 60-38. Sejujurnya, seorang presiden yang tidak boleh mendapatkan mandat penuh dari ahli partinya sendiri patut membuatkan kita fikir mengapa dan kenapa. Apa yang mereka tahu yang kita tak tahu?

22. Dengan kuasa Fast Track, Obama mempunyai autoriti untuk membentangkan TPPA kepada Kongres, bukan untuk didebat atau dikaji, tetapi hanya untuk mengundi “Ya” atau “Tidak”. Untuk menggulung proses perundingan TPPA, beliau memerlukan Fast Track kerana banyak negara yang tidak mahu meneruskan perundingan tanpa kuasa itu diberikan kepada Obama. Walaubagaimanapun, dengan lampu hijau yang baru diberikan oleh Senat ini, mesyuarat peringkat menteri dijangka akan diadakan bulan hadapan untuk menyelesaikan fasa terakhir perjanjian ini.

23. Obama, yang dilantik buat kali kedua sebagai presiden Amerika Syarikat pada tahun 2013, sedang berlumba melawan masa untuk menjayakan TPPA sebelum ia meninggalkan Rumah Putih awal 2017. Obama berlari pantas untuk merealisasikan impiannya tetapi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) seperti kura-kura di dalam menjalankan kewajipannya kepada negara dan rakyat Malaysia. MITI telah berjanji untuk mengeluarkan Analisa Kos Faedah (Cost Benefit Analysis or CBA) dari akhir tahun lepas, awal tahun ini, seterusnya bulan Jun dan sekarang Julai. Sampai sekarang tidak kelihatan. Adakah rakyat akan dapat melihat kandungan CBA ini? Tidak mengapa. Masa pun sudah suntuk. Kami rasa janji CBA ini hanyalah sandiwara semata-mata agar MITI menunjukkan bahawa mereka “menjalankan tugas”.

24. Sesungguhnya, TPPA BUKANLAH PERJANJIAN PELABURAN YANG TERBAIK ABAD INI. Malah, ia BUKAN YANG TERBAIK BUAT MALAYSIA. Kita sepatutnya mensasarkan yang terbaik untuk semua. Sepert Stiglitz nyatakan: “Mengolah perjanjian yang bagus akan memakan masa – dan memerlukan proses yang terbuka dan demokratik, di mana semua lapisan masyarakat boleh mengambil bahagian.”

25. Bangunlah, wahai rakyat Malaysia! Sedikit masa lagi, perjanjian ini akan ditandatangani, namun CBA Malaysia masih belum selesai. Masa depan anak-anak kita dan cucu-cucu kita dalam bahaya.

26. Bangunlah dari mimpi dan hadapi realiti. TPPA tidak akan membuatkan Malaysia lebih baik atau kaya. Ia akan menghalang potensi negara untuk membangun dan mencapai kemajuan dengan acuan dan cara sendiri dan boleh menggugat kedaulatan negara. Oleh itu, hentilah dari memberi pelbagai alasan. Berdirilah. Katakan TIDAK kepada TPPA! - HARAKAHDAILY 25/6/2015

Penulis ialah Pengerusi Bantah TPPA.

Sumber HD - 25-6-2015
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

TPPA: Malaysia patut sedar, jangan teruskan rundingan

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Nik Nazmi Nik Ahmad tertarik dengan laporan-laporan yang mengatakan bahawa Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama akan membuat lawatan ke Malaysia sekali lagi pada bulan November, walaupun baru sahaja membuat lawatan pada bulan April tahun ini.

Menurut Ketua Angkatan Muda Keadilan itu, apa yang lebih menarik adalah lawatan pada bulan April itu merupakan lawatan pertama seorang Presiden Amerika Syarikat selepas hampir 50 tahun.

Katanya, lawatan terakhir adalah pada tahun 1966 yang diketuai oleh Presiden Lyndon B Johnson.

"Mengapa tiba-tiba seorang Presiden Amerika begitu tertarik dengan Malaysia dan rantau ini?

"Adakah mungkin kerana beliau ingin meraih sokongan untuk Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang semakin lama semakin lesu?" tanya beliau dalam satu kenyataan.

Pada bulan lepas, katanya pentadbiran Obama gagal untuk mendapatkan sokongan Senat, terutamanya daripada golongan ahli parti Demokrat beliau sendiri bagi mendapatkan kuasa fast-track untuk berunding perihal TPPA.

Walau bagaimanapun, ujarnya Kongres Amerika Syarikat baru-baru ini meluluskan juga Trade Promotion Authority, dengan majoriti tipis dan kini ia perlu mendapatkan semula kelulusan di Senat.

"Kesungguhan Obama untuk meluluskan perjanjian ini, yang sehingga sekarang masih tetap dirunding dengan penuh sulit, menimbulkan beberapa persoalan mengenai niat beliau," ujarnya.

Menurutnya, seperti yang sudah dilaporkan di merata-rata tempat, TPPA merupakan satu perjanjian yang berat sebelah dan hanya memberi manfaat kepada syarikat-syarikat transnasional besar Amerika, di samping menjejaskan kedaulatan negara-negara lain, termasuklah Malaysia, serta kesihatan awam dan kebebasan internet.

Tambahnya lagi, Obama sendiri tidak mampu meyakinkan rakan-rakan parti Demokrat beliau untuk menyokong perjanjian itu walaupun Amerika pasti menerima manfaat yang besar, maka Malaysia sepatutnya sedar perkara ini dan tidak meneruskan rundingan.

"Dalam hal ini kerajaan Malaysia mestilah membuat pendirian terhadap komitmen mereka sama ada mereka sanggup membenarkan Amerika Syarikat dan syarikat-syarikat besar negara itu merobek kekayaan negara ini atau membuat keputusan yang betul dan mempertahankan kepentingan dan kedaulatan negara kita," ujarnya. - HARAKAHDAILY 22/6/2015

Sumber HD - 22-6-2015
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




GST: Adakah kerajaan lakukan kezaliman berganda?






HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Sejak pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 April 2015, kerajaan telah mengutip sejumlah lebih RM6 bilion (RM 3.36 bilion hasil CBP import manakala RM2.94 bilion hasil CBP domestik).

Jumlah tersebut terkumpul tidak sampai tiga bulan.

"Prinsipnya, PAS konsisten membantah pelaksanaan CBP kerana ia jelas mencengkam keringat rakyat tanpa mengira paras pendapatan individu mahupun isi rumah," ujar Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan.

Katanya, ia sangat berbeza dengan cukai pendapatan dan cukai korporat yang hanya melibatkan sebahagian kecil rakyat.

Persoalan pada hari ini, ujar beliau ialah bagaimana hasil kutipan lebih RM6 bilion atau keseluruhan hasil GST setahun akan dibelanjakan.

Katanya, sudahlah memerah keringat rakyat, apakah hasilnya pula mengulangi sikap kerajaan terhadap Petronas yang mana institusi minyak dan gas negara ini telah menyumbang sehingga 35% - 40% kepada kantung pendapatan kerajaan.

Menurutnya, rekod menunjukkan kerajaan memperoleh peningkatan hasil setiap tahun, namun pada masa yang sama berlaku lebih banyak ketirisan, pemborosan dan peningkatan hutang fiskal sebagaimana yang saban tahun dilaporkan oleh Audit Negara.

"Apakah nantinya, kerajaan melakukan kezaliman berganda. Zalim pada memungut hasil dan zalim pula pada hasil yang dipungut?" tanya beliau. - HARAKAHDAILY 14/6/2015

Sumber HD - 14-6-2015
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kad prabayar: Sandiwara Shabery khianati rakyat

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Sandiwara Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mempertahankan syarikat-syarikat telekomunikasi dan berbohong bagi pihak mereka adalah satu pengkhianatan terhadap kepentingan rakyat.

Shabery dilaporkan telah mengumumkan semalam bahawa harga kad prabayar kembali ke harga asal, namun pengguna masih tetap dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) berdasarkan penggunaan.

Pengumuman itu ternyata satu muslihat apabila kad prabayar dengan harga lama tersebut tidak mengecualikan GST dan pengguna hanya menerima nilai kredit RM9.43 bagi kad prabayar yang berharga RM10.

“Pengumuman Shabery itu jelas adalah satu pembohongan kerana pengguna tidak lagi menerima kredit RM10 bagi setiap pembelian RM10. Sebaliknya, mereka hanya menerima RM9.43 perkhidmatan panggilan untuk setiap RM10 yang dibayar,” ujar Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dipetik Roketkini.

Katanya, langsung tidak ada beza berbanding kenaikan penuh kontroversi oleh syarikat telekomunikasi pada 1 April lalu apabila pengguna perlu membayar RM10.60 untuk mendapat nilai kredit RM10.

Sebelum GST dilaksanakan pada 1 April lalu, pengguna menerima kredit RM10 bagi setiap pembelian kad prabayar berharga RM10 kerana syarikat telekomunikasi telah menyerap cukai jualan dan perkhidmatan yang dikenakan ke atas mereka sebelum ini.

Sumber HD - 14-5-2015
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




TPP: Malaysia mesti tarik diri sekarang





HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kerajaan Malaysia supaya menarik diri daripada rundingan Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPP) memandangkan Senat Amerika Syarikat (AS) telah mengundi menentang pertimbangan kuasa Fast Track pada kali ini.

Presiden CAP, SM Mohamed Idris berkata Senat AS sepatutnya menjadi tempat di mana Fast Track atau Trade Promotion Authority dapat diluluskan dengan mudah.

Bagaimanapun, katanya Senat mengundi 52-45, kurang 60 undi yang diperlukan untuk memberi laluan kepada perbahasan berhubung kuasa perdagangan “Fast Track” untuk Obama.

Menurut beliau, hanya seorang ahli Senat Demokrat, menyokong langkah itu, walaupun White House berkempen untuk memenangi sokongan Demokratik.

Beliau menambah, perunding TPP dijadualkan bertemu untuk cuba memuktamadkan TPP di Guam minggu ini manakala Menteri negara yang sedang merundingkan TPP dijadualkan bertemu akhir Mei 2015.

Katanya lagi, kuasa Fast Track bermaksud mekanisma mudah bagi Kongres untuk mengundi berkenaan TPP sebaik ia dimuktamadkan, dan boleh mencegah pengubal undang-undang Amerika daripada meminda rundingan perdagangan tersebut.

"Dalam situasi semasa di mana AS tidak mempunyai kuasa Fast Track, satu pengerusi jawatankuasa atau beberapa senator dalam Kongres AS boleh membuka semula teks TPP selepas ia dimuktamadkan dalam usaha untuk menuntut lebih banyak konsesi dari negara TPP (contohnya perlindungan harta intelektual yang lebih kukuh yang akan membawa kepada ubatan dan buku teks lebih mahal untuk tempoh yang lebih panjang atau menghapuskan cadangan Malaysia melindungi langkah kawalan tembakau) sebagai syarat meluluskan TPP," ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau menambah, beberapa negara terutamanya Jepun telah berkata bahawa mereka tidak akan membuat sebarang komitmen akhir melainkan Presiden AS mempunyai kuasa Fast Track.

Katanya, sebelum membuat konsesi terhadap isu sensitif yang berbaki dalam TPP, negara seperti Kanada, Chile dan Jepun berkeras supaya AS mempunyai kuasa Fast Track supaya mereka lebih yakin bahawa mereka tidak akan diminta untuk membuat konsesi selanjutnya, melangkaui garis merah mereka untuk TPP diluluskan Kongres AS.

"Malaysia perlu berhenti membazirkan sumber berharga dengan terus merundingkan perjanjian perdagangan ini," ujarnya lagi.

Katanya, kegagalan AS untuk mendapat kuasa Fast Track sepatutnya menjadi isyarat bahawa negara yang sepatutnya mendapat manfaat paling banyak tidak mempunyai sokongan yang mencukupi bagi perjanjian yang penuh kontroversi ini.

Justeru, ujar beliau Malaysia dan kerajaan TPP lain perlu menimbangkan dengan serius penentangan yang kuat daripada rakyat terhadap TPP di semua negara yang merundingkannya termasuk AS, dan seharusnya tidak meneruskan rundingan mahupun menandatangani perjanjian itu yang bertentangan dengan kepentingan ramai. - HARAKAHDAILY 14/5/2015

Sumber HD - 14-5-2015
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kad prabayar: Benarkah beli RM10 dapat RM10?

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Kaedah terbaru berhubung kad prabayar kononnya "beli RM10 dapat RM10" yang diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek tidak ada bezanya sebelum ini.

"Dulu Ahmad Maslan yang uruskan GST untuk kad prabayar dikata tidak berapa cerdik, tapi Shabery Cheek ternyata lagi kuat belitnya. Dia kata kaedah baru ialah beli RM10 dapat RM10 dan GST berdasarkan penggunaan.

"Tak ada beza pun dengan dahulu...," tulis Penganalisis Politik Shahbudin Husin di Facebooknya sebaik sahaja pengumuman itu dibuat Putrajaya.

Katanya, ramai terkeliru dengan pengumuman Shabery Cheek terutama ayat 'beli RM10 dapat RM10' dan GST dikenakan berdasarkan penggunaan.

Jelasnya, ia sebenarnya bermaksud kad prabayar telefon tetap ada GST iaitu dikenakan setelah penggunaan, maknanya kalau penggunaan RM100, wajib kena tambah GST RM6.

Tambah beliau, begitu juga kad prabayar berharga RM10 apabila digunakan serta merta akan berkurangan menjadi RM9.43.

Jelasnya,  kaedah itu tidak ada bezanya dengan harga setelah GST yang diperkenalkan sejak awal April lalu  iaitu pembeli akan dikenakan bayaran GST 60 sen untuk kad prabayar berharga RM RM10.00.

"RM10 dapat RM10 hanya kekal apabila kad itu tidak digunakan atau disimpan sebagai kenang-kenangan. Semuanya wal hasil balik asal," bidasnya.

Malah beliau turut melahirkan rasa simpati kepada anak-anak muda, penuntut universiti, pekerja rendah dan suri rumah yang banyak menggunakan kad prabayar ini.

"Pandai-pandailah ya bila masa mengundi nanti...," sambung beliau.

Semalam, Kabinet bersetuju kadar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) ke atas perkhidmatan prabayar telefon akan dikenakan berdasarkan penggunaan.

Shabery Cheek mengumumkan kerajaan juga setuju kadar nilai kad prabayar telefon ditetapkan pada harga RM10 dengan pengguna masih mendapat nilai yang sama.

Shabery berkata pelaksanaan GST berdasarkan penggunaan akan berkuatkuasa sepenuhnya dalam tempoh 6 bulan lagi, dan buat masa ini penggunaan akan dikenakan caj seperti biasa.

Sejak pelaksanaan GST pada 1 April lalu, pelbagai pihak membantah cukai itu dikenakan bagi kad nilai prabayar.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan pada awalnya berkata akan mengenakan tindakan terhadap syarikat telco yang mengenakan GST ke atas pengguna.

Bagaimanapun, Jabatan Kastam kemudiannya memutuskan caj GST pada kad nilai prabayar tetap akan dikenakan.

Ekoran kekeliruan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengarahkan hanya Shabery sahaja yang boleh membuat sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut. – HARAKAHDAILY 14/5/2015

Sumber HD - 14-5-2015

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




GST: Semakin ramai tidak puas hati termasuk BN

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bermula 1 April lalu jelas satu dasar yang silap oleh kerajaan Barisan Nasional, kata Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim.

Justeru, katanya ‘kajian teliti’ yang dibuat kerajaan hanyalah sekadar pembohongan.

Menurutnya, ini kerana semakin ramai dari kalangan pimpinan Umno BN dan jabatan-jabatan kerajaan sendiri menuntut agar GST dibatalkan atau dikecualikan.

Tambah Steven, fenomena itu menunjukkan perjuangan Pakatan Rakyat membantah GST sejak diumumkan untuk dilaksanakan pada 2009 adalah bertepatan dengan kehendak rakyat.

“Walaupun baru sebulan lebih GST dilaksanakan, kita sekarang sudah dengar suara-suara yang kuat membantah dan bukan sahaja dari Pakatan, bahkan dari pihak lain," ujarnya dipetik Roketkini.

Katanya, Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Jumat Idris dari Umno juga mengadu mengenai GST yang menjadi beban kepada rakyat apabila dia turut dikenakan caj tinggi RM1,200 untuk rawatan anaknya.

“Saya percaya bahawa lebih ramai pihak akan muncul untuk menyatakan rasa tidak puas hati mereka dengan GST, termasuk dari Barisan Nasional,” katanya.

Sumber HD - 13-5-2015
-------------------------------------------------------------------------------
Bercakap bohong lama-lama jadi menteri...
Posted on Tuesday, May 12 @ 16:40:20 MYT by paktam

Oleh Lanh 

HAMPIR setiap pagi Ahad saya mengajar pelbagai subjek akademik di sebuah tahfiz. Suatu hari saya mengajar murid-murid mengenai pantun (dalam subjek Bahasa Melayu) dan meminta mereka menulis dan membaca pantun masing-masing.

Saya menulis pantun klasik; 'Pisang mas dibawa belayar, masak sebiji di atas peti, hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati' di papan putih sebagai contoh pantun yang baik tetapi apa yang ditulis anak-anak murid saya?


Seorang murid mengejutkan saya apabila dia membaca pantunnya yang berbunyi: Siakap senohong, gelama ikan duri, bercakap bohong, lama-lama jadi menteri...sepatutnya dia menulis perkataan terakhir, 'mencuri' tetapi jadi menteri pula. Kenapa begitu? Adakah masyarakat kita sudah tenat sehingga 'budak-budak' pun mengaitkan soal pembohongan dengan menteri?
Berhubung isu terkini berkaitan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), seorang pegawai tinggi kerajaan meluahkan rasa kurang sedap di hatinya apabila dikerahkan untuk menerangkan akan kebaikan rejim percukaian itu kepada orang ramai sedangkan hakikatnya perbelanjaan beliau sendiri pun bertambah kira-kira RM300 sebulan.

Katanya, jika dia sendiri tertekan akibat GST, rasanya tidak tergamak untuk dia 'membohongi' orang awam; dia rasa bersalah, tetapi demi kelangsungan hidup, mahu atau tidak, dia terpaksalah berpura-pura...demikianlah agaknya 'kalau bercakap bohong lama-lama boleh jadi menteri'.

Kita sangat bimbang kerana soal tidak memenuhi janji (melakukan pembohongan) sudah bersarang di kalangan ramai pemimpin hatta di kalangan pemimpin tertinggi negara.

Terpulanglah kepada rakyat untuk menghakiminya tetapi dengan berat hati kita memaklumkan bahawa kita kurang senang dengan isu GST ini dan beberapa perkembangan politik tanah air seperti pengekalan Akta Hasutan sedangkan ia sudah dijanjikan untuk dihapuskan sebelum itu.

Apa yang kita bimbang pembohongan sudah berleluasa dalam masyarakat. Jika pemimpin pembohong atau tidak tunai janji, rakyat pun pembohong, natijahnya apa hendak jadi dengan masyarakat dan negara kita?

Pemimpin pembohong amat bahaya. Mereka yang kaki 'auta' dan kaki kelentong ini cakapnya berdegar-degar. Janji sana janji sini. Misalnya, minta rakyat berjimat cermatlah selepas kenaikan harga minyak, tetapi diri sendiri dan anak bini kaki joli, boros - menghabiskan harta negara.

Minta rakyat beramanahlah, sedangkan mereka khianat, melarikan wang berkarung-karung ke luar negara. Minta rakyat cintakan bahasa kebangsaanlah, sedangkan mereka menghancurkannya, menjayakan sesuatu projek untuk mengisi kantung sendiri dan kroni-kroni.

Jika kita merujuk kepada dunia Barat (masyarakat suka berkiblatkan Barat bagi membicarakan hal ketamadunan seperti demokrasi), pembohongan adalah sesuatu yang tidak dapat dimaafkan.

Dulu bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair dihadapkan ke sebuah lembaga penyiasat untuk di'grill' (ditanya secara terperinci) mengenai pembabitkan askar Britain ke Iraq berdasarkan laporan perisikan negara kononnya Presiden Iraq ketika itu, Saddam Hussein mempunyai senjata pemusnah secara besar-besaran.

Barat juga mempunyai watak Pinocchio yang hidungnya akan menjadi semakin panjang jika dia berbohong. Semasa kecil kita juga diperkenalkan dengan kisah 'The Boy Who Cried Wolf'...seorang budak gembala akhirnya menyedari bahawa melakukan pembohongan akan membawa musibah yang teruk kepada dirinya sendiri.

Demikianlah, tamadun Barat tidak dapat menerima sama sekali akan pembohongan. Jika Barat mementingan kebenaran dan tidak dapat bertolak ansur berhubung pembohongan terutama pemimpin pembohong atau tidak menepati janji, bagaimana diri kita yang mengaku Islam?

Pemimpin tulen boleh dilihat daripada seiringnya cakap dan perbuatannya. Jika sudah menjanjikan sesuatu, dia tunaikannya. Jika dia mengesyorkan rakyat hidup sederhana, dia pun hidup secara sederhana. Tidak bolehlah seorang pemimpin meminta rakyat mengikat perut bagi menghadapi zaman inflasi sedangkan dia boros menghamburkan harta negara.

Amalan munafik pemimpin menjerumuskan negara ke lembah kehancuran. Apa yang ditonjolkan oleh pemimpin, menyerlahkan sikap munafik (seperti tidak menepati janji, bercakap bohong dan pecah amanah) akan menjadi ikutan rakyat negara ini. Apabila pemimpin zalim, rakyat pun zalim; apabila pemimpin berbohong rakyat pun jadi pembohong; dan apabila pemimpin pecah amanah dengan mengamalkan rasuah, rakyat pun terikut sama.

Nabi Muhammad s.a.w. memandang serius pembohongan sebagai mana sebuah hadisnya sebagaimana dinukilan Abu Isa At-Tirmidzi (Imam Tirmidzi) yang bermaksud: “Diriwayatkan daripada seorang sahabat bagi Nabi s.a.w., namanya Abdullah bin Umar r.a., katanya: Telah aku dengar Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam, bersabda ia: Bahawasanya orang yang menyalahi janji itu didirikan baginya bendera pada hari kiamat di punggungnya.”

Maka bendera itu diangkat tinggi atas kadar menyalahi janjinya kerana memasyhur kepada alim akan tabiatnya di dunia. Maka yang lebih besar bendera ialah bendera raja yang menyalahi janji dan diberitahu pada sekalian bendera itu dengan kata: “Inilah penyalahi janji si anu.” Kata Abu Isa hadis ini hasan shahih.

Menyalahi janji itu haram, istimewa pula daripada orang yang mempunyai pemerintahan kerana menyalahi janjinya membawa kepada mudarat melampau kepada makhluk yang banyak. Dikhuatiri dia akan dihumbankan ke neraka. Nauzubillah.

Sumber DD - 12-5-2015 

--------------------------------------------------------------------------------
Menteri tak faham GST, kelirukan rakyat

Posted on Friday, May 08 @ 10:00:00 MYT by paktam

Oleh RAZMAN ZAKARIA 


TERDENGAR bual bicara mengenai pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dipaneliskan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Dato’ Ahmad Maslan yang dikaitkan dengan tidak cerdik di media maya.

Saya agak sukar mempercayai mainan media ini kerana CGPA menyatakan beliau memperoleh 3.78, manakala grading kecerdikan pada kiraan CGPA ialah 3.5 ke atas.

Sebagai Timbalan Menteri yang terlibat secara langsung dengan GST, sepatutnya beliau lebih faham dan mampu memberi faham kepada orang awam.
Apabila saya sendiri mendengar penerangan yang disampaikan oleh beliau, seolaholeh mengesahkan apa yang diviral dalam media maya.

Katanya, apabila GST dikenakan, harga barang pengguna akan turun kerana GST hanya 6 peratus berbanding dengan struktur cukai lama SST sebanyak 10 peratus.

Benar, dari segi angka memang 6 peratus lebih rendah berbanding 10 peratus.

Di sini saya melihat Ahmad Maslan kurang CGPAnya. SST dikenakan 10 peratus pada harga import atau harga pelepasan dari kilang? Sedangkan pengguna kena membayar GST pada harga akhir setelah ditambah keuntungan perniagaan di pelbagai peringkat.

Kiraan SST

Contoh pengiraan SST dari kilang/pengimport sehingga kepada pengguna.

Katakan harga import/ pelepasan dari kilang RM100 + SST 10 peratus = kos barang menjadi RM110.

Andaikan pengimport mengambil untung 10 peratus + pemborong 10 peratus + peruncit 30 peratus.
Maka harga pengguna akan menjadi (kos RM100 + SST RM10) + (RM11 10 peratus pengimport) + (RM12. 10/= 10 peratus pemborong ) + (RM39.93/= 30 peratus peruncit) = RM173.03.
Harga pengguna termasuk SST adalah RM173.03.

Kiraan GST

GST adalah cukai ke atas barang dan perkhidmatan sebanyak 6 peratus yang perlu dibayar mengikut harga akhir sebelum sampai kepada pengguna.

(GST dibayar mengikut peringkat transaksi perniagaan) Contoh harga import/ pelepasan dari kilang RM100 + GST 6 peratus = RM106.

Katakan kadar keuntungan yang sama seperti SST di atas di mana pengimport 10 peratus + pemborong 10 peratus + peruncit 30 peratus, maka harga pengguna akhir akan menjadi berdasarkan kiraan di bawah.

Harga kos RM106 + (10 pengimport RM10.60 + GST RM6.70) + (10 peratus pemborong RM16.15 + GST RM8.37) + (30 peratus peruncit RM44.35 + GST RM11.53) = RM200.07.
Harga pengguna termasuk GST adalah RM200.07.

(Nota pengiraan ini dianggap GST dikira sebagai kos oleh peniaga di semua peringkat transaksi perniagaan dengan tidak ditolak rebat 6 peratus yang boleh dituntut semula oleh peniaga.)

Bandingkan harga pengguna untuk barang yang sama dengan kadar keuntungan yang sama oleh peniaga di peringkat import + pembong + peruncit pada harga kos RM100.

SST = (Kos + keuntungan peniaga + SST) HARGA RAKYAT RM173.03 GST = (Kos + keuntungan peniaga + GST) = HARGA RAKYAT RM200.07

Bagaimana Ahmad Maslan boleh mengatakan pelaksanaan GST menjadikan harga barang lebih murah? Kalau Umno-BN dan menteri yang memiliki CGPA 3.5 ke atas sepatutnya memulakan GST dengan kadar 0 peratus ke atas semua barangan dan perkhidmatan.

Setelah dibuat kajian mendalam, maka GST secara satu persatu dikenakan ke atas barangan dan perkhidmatan mewah yang digunakan oleh rakyat yang berpendapatan tinggi.

Kerajaan yang cekap sewajibnya menjana pendapatan untuk meringankan rakyat, bukannya membebankan rakyat dengan salah urus pihak kerajaan selama ini. Dasar Umno-BN dilihat membebankan rakyat untuk “menghadiahkan” kekayaan percuma buat pemimpin mereka.

>> Penulis adalah Pesuruhjaya PAS Perak dan menyertai Himpunan BatalGST 1 Mei.

Sumber DD - 9-5-2015


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Apa dia GST ni?

majdan | .


Apa  dia  GST  ni?

"Apa  dia  GST  ni?"  Kak  Siti  bertanya  sendiri  sambil  merenung  pelanggannya  yang  baru  pergi.  Kasihan  anak  itu.  Dia  selalu  membeli  nasi  lemak  di  gerainya.

"Alah  cik  biasa  seringgit  setengah  je  harga.?  Hari  ni  dah  jadi  dua  ringgit?  Saya  tak  cukup  duit  ni."

"Barang  kat  pasar  semuanya  mahal  dik.  Acik  terpaksa  naikkan  harga  juga."  Kak  Siti  merenung  anak  itu  dengan  rasa  simpati.  "Tak  apalah,  hari  ni  Acik  bagi  diskaun.  Tapi  esok  harga  dah  naik  tau."  Selain  dari  kasihan,  Kak  Siti  juga  enggan  kehilangan  rezekinya  itu.

"Entalah  cik,  kalau  macam  ni,  belanja  sekolah  saya  pun  dah  tak  cukup."   Budak  itu  mengambil  bungkusannya.  "Terima  kasih  cik," seraya  terus  melangkah.

"Susahlah  kalau  macam  ni.  Barang  makin  mahal,  jualan  makin  merosot,  kerenah  pelanggan  macam-macam,"  gerutu  Kak  Siti  sendiri.

Semalam  seorang  pelanggan  memarahinya.

"Awak  tak  boleh  naikkan  harga  sesuka  hati.  Saya  boleh  buat  aduan!"

Geram  juga  hatinya.  Tetapi  dia  cuba  juga  menjelaskan.

Kak  Siti  membuka  flusk  nasi  lemaknya.  Dia  mengeluh.  Lebih  separuh  berbaki.  Dia  melihat  pula  bekas  lauk  pauk  dan  kuih  muihnya.  Masih  banyak.  Ada  juga  yang  masih  belum  disentuh.

Kak  Siti  duduk  semula.  Menoleh ke  kiri  dan  kanan.   Gerai  yang  menjual  di  tepi  jalan  kawasan  perumahan  itu  berceratuk.  Tidak  berapa  jauh  kedudukan  antara  satu  sama  lain.  Tetapi  hanya  beberapa  gerai  yang  menjual  sarapan.  Mereka  juga  sedang  duduk.  Tiada  pelanggan.

Sebuah  kereta  memberi  isyarat  ke  kiri.  Hati  Kak  Siti  berbunga  harapan.  Kereta  itu  perlahan  ke  bahu  jalan  menghampiri  gerai  Kak  Siti.  Baru  sahaja  mahu  berdiri,  kereta  itu  terus  melintasi  lalu  berhenti  di  gerai  berdekatan.  Kak  Siti  hampa.

Kak  Siti  melihat  jam  di  telefon  bimbitnya.  Sudah  menghampiri  jam  sepuluh.  Terik  mentari  semakin  menggigit.  Kak  Siti  mengipas  dirinya  dengan  majalah  yang  dibawanya.  Beberapa  ekor  lalat  hinggap  di  jualannya.  Hanya  dijeling,  tidak  dipedulikannya.  Waktu  yang  lambat  merangkak  ditambah  dengan  ketiadaan  pelanggan  membuat  hatinya  semakin  rungsing.

"Menteri  kata  GST  ni  bagus."  Kak  Siti  menggaru  kepala  yang  tidak  gatal.  Dia  cuba  mengingat  apa  yang  didengarinya  dalam  berita  televisyen.  Tangannya  mula  menghayun  penghalau  lalat.  Beberapa  ekor  bertempiaran.

"GST  akan  buat  harga  barang  lebih  murah.  Kalau  nak  beli  apa-apa,  beli  lepas  GST,"  kata  seorang  menteri.

"GST  baik  untuk  ekonomi  negara.  Rakyat  belum  nampak  hasilnya.  Kalau  sudah  rasa  nanti,  percayalah,  rakyat  akan  berterima  kasih  dengan  kerajaan,"  terang  seorang  menteri  lain.

"Sebelum  ini  cukai  perkhidmatan  sepuluh  peratus.  Dengan  GST  cuma  enam  peratus,  "  jelas  seorang  menteri  lain  pula.

Kak  Siti  bersumpah  di  dalam  hatinya,  bahawa  dia  sedikitpun  tidak  mengerti  apa  yang  didengarnya.  Tetapi  molek  benar  bunyinya.  Sudah  tentu  dia  mempercayainya.  Ini  ditambah  dengan  iklan  yang  turut  dilakonkan  oleh  pelawak  dan  pelakon  kesukaannya  yang  menjelaskan  tentang  kebaikan  GST.  Dia  semakin  yakin.

Pada  awalnya  dia  rasa  bertuah  kerana  telah  memangkah  kerajaan  yang  memerintah  sekarang.

Sudahlah  dia  diberi  BR1M  (telah  beberapa  kali  dia  menerimanya)  mereka  pula  akan  memperkenalkan  sesuatu  yang  kelak  akan  menyenangkan  rakyat  pula.

Tetapi  sekarang  hatinya  mula  goyah.  Realiti  adalah  sebaliknya.  Siapa  yang  tidak  memperkatakan  tentang  kenaikkan  harga  yang  mendadak  di  pasar  tempat  dia  membeli  barang  mentah.   Peniaga  mana  yang  tidak  mengeluh  jualannya  merosot.  Selain  itu,  kenyataan  menteri  juga  sudah  berubah  nadanya.

"Untuk  elak  GST  mahasiswa  dicadangkan  masak  sendiri."

"Peniaga  yang  pro-pembangkang  sengaja  menaikkan  harga  untuk  memburukkan  kerajaan."

"Beli  sayur  masak sendiri  di  rumah,  dapat  makan yang  segar.  Kenapa  makan  sardin?  Sudah  berbulan  duduk  dalam  tin."

'Kalau  dah  murah,  kenapa  perlu  berjimat?'  Detik  hatinya.  'Aku  peniaga,  aku  naikkan  harga.

Tapi  aku  bukannya  sokong  pembangkang. Sardin?   Apa  kena  mengena  menteri  dengan  sardin?'

"Kak  Siti!"

"Kus  semangat.  Kau  ni.  Terperanjat  akak.  Bagi  la  salam  dulu  Shida  oi..."

Shida  geli  hati  melihat  Kak  Siti  yang  merah  mukanya.

"Assalamualaikum  kak."  Shida  masih  mengekek.

"Waalaikumsalam.  Bila  kau  sampai?  Aku  tak  perasan  pun.  Kau  nak  beli  nasi  lemak  ke?"
"Akak  tu  berangan  sampai  tak  sedar.  Abang  Majid  hantar  saya."

"Mana  Majidnya?"  Kak  Siti  masih  kebingungan.  Matanya  menyeluruhi  Shida.  Seperti  biasa,  Shida  sentiasa  bergaya  dan  wangi.  Mukanya  sentiasa  bersolek.  Perhiasannya  bertukar  ganti.

"Abang  Majid  pergi  kedai.  Sekejap  lagi  dia  datang  balik.  Saya  datang  ni  sebenarnya nak  ingatkan  akak  fasal  program  malam  ni."  Shida  memaniskan  mukanya.

"Program  apa?"  Hampa.  Shida  tidak  mahu  membeli  nasi  lemaknya.

"Program  pasal  nak  jelaskan  GST kak.  Hari  tu  kan  saya  ada  jemput?"  Shida  mengemaskan  rambutnya.

"Macam-macam  fitnah  pembangkang  sekarang  ni  kak.  Dia  orang  banyak  sangat  bercakap.

Sekarang  kita  pula  nak  menyerang.  Datanglah  kak,"  sambungnya  lagi.

"Oh...  Tapi  ramai  ke  yang  datang?  Nanti  macam  hari  tu."  Kak  Siti  bimbang.  Dia  masih  ingat  program  yang  lepas.  Mereka  yang  hadir  tak  sampai  lima  belas  orang.

"Sebab  tu  akak  kena  datang.  Akak  kan  ahli?  Nak ramaikan  lagi.  Lagipun  ada  jamuan.  Lepas  tu  ada  cabutan  bertuah  kak."  Shida  melembutkan  suaranya.  Nadanya  semakin  memujuk.

"Tengoklah  nanti.  Insya-Allah."

"Jangan  tak  datang  kak.  Ada  jamuan  dengan  cabutan  bertuah.  Mana  tahu  nasib  akak  baik.

Orang  tengah  gaduh  GST,  akak  dapat  hadiah,"  suara  Shida  bertambah  lunak.

Setelah  berbual  beberapa  ketika,  Majid  sampai.  Mereka  berlalu  meninggalkan  debu.  Kak  Siti  menghantar  mereka  dengan  pandangan  yang  bersungguh-sungguh  hingga  kereta  itu  hilang  di  simpang  hujung.

"Bertuahlah  kau  Shida,"  detik  hati  Kak  Siti.

Dalam  keadaan  begini,  orang  seperti  Shida  tentu  tidak  berapa  susahnya.  Suaminya  boleh  dikatakan  kaya.  Lapan  tahun  dahulu,   Shida  jirannya.  Pernah  juga  hidup  melarat.  Dalam  usia  sembilan  belas  tahun,  sudah  menjanda.    Kerana  kecantikannya,  tahun  yang  sama,  dia  mengahwini  Ketua  Bahagian  kawasan  itu  sebagai  isteri  ketiga.  Sesudah  itu,  hidupnya  berubah.  Melaram  ke  sana  sini,  berkereta.  Tinggal  di  rumah  baru.  Pakaian  sentiasa  cantik  dan  terkini.  Tubuh  badan  sarat  bersalut  perhiasan.

Kak  Siti  melihat  semula  telefon  bimbitnya.  Hampir  tengah  hari.  Dia  mesti  siap  berkemas.  Harus  membereskan  segala  kerja.  Malam  nanti  ada  acara.

×          ×           ×

Kak  Siti  gembira.  Hari  ini  jualannya  tinggal  sedikit  sahaja  lagi.  Tidak  seperti  semalam.

Tetapi  jumlah  jualannya  telah  menyusut  hampir  separuh.  Dia  tidak  lagi  memasak  sebanyak  selalu.

Dia  duduk.  Fikirannya  teringatkan   program  semalam.

"Jangan  dengar  tohmahan  pembangkang!  GST  ni  ambil  masa  untuk  kita  nikmati  hasilnya.

Tapi,  apa  yang  penting,  cuba  akak-akak,  adik-adik  dan  puan-puan  sekalian  bayangkan,  kalau  tak  ada  parti  kita  ini  bagaimana  nasibnya  bangsa  kita?  Sanggupkah  kita  biarkan  anak  cucu  kita  bangsat  merempat  di  bumi  sendiri?  Sanggupkah  kita  membiarkan  bangsa  asing  memerintah  kita?  Jika  tak  mahu,  saya  menyeru  demi  bangsa  dan  agama  supaya  kita  bersatu  menyokong  kepimpinan  kita  sekarang!"  Begitu  bersemangat  suami  Shida  memberikan  ucapan  walaupun  kehadiran  tidak  sampai  dua  puluh  orang.  Ucapannya  tetap  diiringi  tepukan  walaupun  tidak  gemuruh.

"Untung  juga  tak  ramai.  Dapat  aku  blender  baru."   Hatinya  terasa  bangga  dan  senang.

Kak  Siti  melihat  dua  orang  pemuda  menghampiri  gerainya.  Mereka  berdua  adalah  pelanggan  tetapnya  juga.  Cuma  sudah  beberapa  hari  tidak  membeli.

"Kak,  nasi  lemak  sotong  dua."

Tangan  Kak  Siti  cekap  menyiapkan  pesanan  pelanggannya.

"Sembilan  ringgit  dik."

"Dah  naik  harga.  Kena  GST  juga   ke  kak?"  Nada  pemuda  itu  separuh  berseloroh. Wang  bertukar  tangan.

"Biasalah  dik,  harga  barang  makin  naik,"  jawap  Kak  Siti  acuh  tak  acuh.  Mula  muak  dengan  situasi  seperti  yang  dihadapi  sekarang.

"Huh,  makin  perit  hidup  macam  ni  kak.  Makan  minum  mahal,  tambang  mahal,  semualah  jadi  mahal.  Ni  GST  lagi,  tambah  mahal,"   rungut  pemuda  itu.

"Alah  dik,  dengan  GST  pun,  Insyaallah  kita  masih  boleh  hidup.   Sabar.  Kan menteri  cakap  harga  barang  akan  jadi  murah."

"Akak  percaya?"  Pemuda  yang  sedari  tadi  diam  bertanya.

"Dah  itu  katanya.  Dalam  surat khabar  pun  tulis  begitu.  Kamu  tak  percaya?"  Kak  Siti  kehairanan.  Kedua  pemuda  itu  mengekek  perlahan.

"Kami  bukan  sahaja tak  percaya  apa  yang  dia  orang  cakap  atau  tulis  kak.  Apa  yang  mereka  belum  cakap  dan  tulis  pun  kami  tak  akan  percaya."  Ketawa  mereka  meledak.  Hati  Kak  Siti  berbara  juga  jadinya.  Tetapi  tetap  tersenyum.

"Cuba  akak  fikir  logik,  kalau  barang  jadi  murah  itu  bukan  cukai.  Itu  diskaun  namanya.

Subsidi  pun  tak  nak  bagi,  nak  bagi  diskaun  pula?"  Mereka  berpandangan.  Tersengih  seolah  merasakan  kemenangan.  Kak  Siti  terpukul  juga  dengan  kata-kata  itu.

"Huih,  dasyat  kamu  berdua  ni.  Marah  sungguh  nampaknya.  Tapi  kita  orang  kebanyakan  ni  boleh  buat  apa?"  Terpaksa  dilembutkan  pertuturannya.  Bimbang  pelanggannya  berkecil  hati.

"Orang  banyak  la  boleh  bersuara.  Kita  boleh  bantah  kak.  Kalau  akak  tanya  kami  apa  yang  boleh  dibuat,  satu  haribulan  ni  turun  demonstrasi."  Ketawa  mereka  kembali  galak.
"Apa  tu?"

"Perhimpunan  kak."

"Perhimpunan  haram?  Kamu  berdua  jangan  cari  susah,  kena  tangkap  malu  mak  ayah,"  Kak  Siti  menasihati.

"Tak  apalah  kak,  kami  tau  jaga  diri."  Keduanya  terus  pergi.

Kak  Siti  mahu  berkemas.  Nasinya  sudah  habis.

Ketika  hampir  selesai  berkemas,  sebuah  trak  penguatkuasa  majlis  daerah  tiba-tiba  muncul.

Kak  Siti  cemas.  Berbelas  pegawai  penguatkuasa  turun.  Mereka  menyerbu  beberapa  gerai  yang  berhampiran.  Kak  Siti  mempercepatkan  kerjanya.  Hanya  tinggal  payungnya  sahaja  yang  belum  disimpan  di  dalam  van.  Ketika  sedang  menutup  payung,  seorang  pegawai  menghampirinya.

"Nanti  dulu  kak!  Biarkan  kat  situ."  Pegawai  itu  bersuara  agak  tegas.  "Dekat  sini  tak  boleh  niaga,  minta  IC,"  sambungnya  lagi.

"Alah  dik,  tolonglah.  Akak  dah  bertahun  berniaga  kat  sini.  Kalau  tak  boleh  berniaga,  akak  sekeluarga  nak  makan  apa?"  Sayu  suaranya.  Kad  pengenalan  diserahkan.

"Saya  minta  maaf  kak,  kami  dapat  aduan  orang  ramai.  Saya  hanya  jalankan  tugas."  Pegawai  itu  kemudian  mencatatkan  sesuatu  pada  fail  yang  dibawanya.  "Payung  ni  terpaksa  kami  ambil  kak,"  lanjut  pegawai  itu  sambil  menyerahkan  sekeping  kertas  beserta  kad  pengenalan.
Kak  Siti  menerima  tanpa  melihat  apakah  isinya.

"Kasihanlah  akak  dik.  Kalau  adik  ambil,  macam  mana  akak  nak  berniaga?"  rayu  Kak  Siti.

"Maaf  kak.  Kami  kena  adil.  Mereka  semua  dirampas  barangnya  juga."  Pegawai  itu  menudingkan  jarinya.  Jiran-jirannya  juga  menerima  nasib  yang  sama.  Ada  juga  yang  barangkali  tidak  sempat  berkemas,  dirampas  hampir  kesemua  perkakasnya.  "Sekali  lagi,  saya  minta  maaf  kak."  Pegawai  itu  menarik  payung  yang  masih  di  tangan  Kak  Siti.

"Tolonglah  dik,  sekarang  ni  berniaga  pun  kurang.  Kalau  adik  ambil  juga  payung  ni,  buat  masa  ni  akak  tak  mampu  nak  beli  lain.  Macam  mana  akak  nak  berniaga?"  Kak  Siti  masih  mencuba.

Pegawai  itu  merentap  payung  itu.  Kak  Siti  terpaksa  melepaskannya.  Tidak  berani  dia  membantah.

Beberapa  orang  lagi  datang  membantu  mengangkat  payung  itu.

"Kalau  akak  nak  balik  payung  ni  boleh,  datang  pejabat  kami.  Tapi  akak  kena  bayar  saman  tu  dulu.

Pegawai  itu  terus  berlalu.  Beberapa  minit  kemudian,  tugas  mereka  selesai.

Kak  Siti  masih  di  tempatnya.  Mula  membelek  kertas  ditangannya.  Dia  tidak  membaca  butirannya.

Matanya    terbeliak  apabila  terpandangkan   jumlah  yang  tertera  di  bawah  surat itu. RM500.

Surat  itu  terlepas  dari  tangan.  Tak  sempat  mencecah  tanah,  terus  melayang  dipuput  angin.

Semakin  jauh.

Kak  Siti  masih  berdiri.  Hanya  memerhati. - HARAKAHDAILY 8/5/2015

Sumber HD - 8-5-2015
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

GST, Gaji Minumum dan Kenaikan Elaun Ahli Parlimen

Posted on Wednesday, April 29 @ 15:27:03 MYT by paktam

Oleh Khalid Samad

Isu kenaikan elaun Ahli Parlimen turut menjadi bahan perbualan di kalangan anggota masyarakat. Ada yang menyebut, “setelah meluluskan perlaksanaan GST beberapa bulan sebelumnya, elaun Ahli Parlimen pula dinaikkan!” Ada yang mendakwa Ahli Parlimen bersetuju untuk membebankan rakyat dan selepas bersetuju pula untuk mengambil manfaat dari kedudukan mereka demi keuntungan diri mereka sendiri. Yang malangnya, semua Ahli Parlimen dimasukkan dalam satu bakul yang sama.



Dalam soal ini perlu diteliti tiga fakta utama seperti berikut:

AHLI PARLIMEN PR MENENTANG GST
Hakikatnya setiap Ahli Parlimen PR, termasuk dari PAS telah berhujjah panjang lebar menentang perlaksanaan GST. Kami memahami kesan buruk GST terhadap kos kehidupan dan bagaimana ianya akan merupakan bebanan baru ke atas rakyat yang ramai sudah pun terbeban. Berkali-kali telah disebut bahawa kos kehidupan rakyat sudah sedia tinggi dan oleh itu kadar hutang seisi keluarga (house hold debt) di Malaysia adalah antara yang tertinggi di dunia. Amalan berhutang walaupun dengan Along terpaksa dilakukan rakyat biasa dan itu adalah bukti akan ketinggian kos kehidupan. Apatah lagi sekiranya GST dikenakan.

Malangnya Ahli Parlimen BN terus menyatakan sokongan terhadap perlaksanaan GST sehingga mendakwa kos barang akan turun, bukan naik! Apabila dilakukan belah-bahagi, Ahli Parlimen BN lebih ramai dan dengan itu mereka telah memenangi belah-bahagi dengan mudah sepertimana yang telah berlaku dalam POTA.

Maka, perlaksanaan GST adalah angkara BN dan tidak boleh disalahkan kepada Ahli Parlimen PR dalam hal ini.

AHLI PARLIMEN PR PERJUANGKAN KENAIKAN GAJI UNTUK RAKYAT JELATA
Hampir setiap ahli Parlimen PR, termasuk dari PAS, telah memperjuangkan kenaikan kadar gaji minima dari yang ada sekarang ke RM1,500 sebulan. Ini telah dibawa beberapa kali dalam perbahasan Parlimen dan bukti terhadapnya boleh sahaja diperolehi melalui Handsard Parlimen.

Pada masa yang sama dalam perbahasan Bajet bagi tahun 2015, Ahli Parlimen PR, termasuk dari PAS telah berhujjah bahawa walaupun berlaku pertumbuhan ekonomi iaitu pertambahan GDP; namun kadar pulangan kepada rakyat dalam bentuk gaji adalah hanya dalam 30% dari pertumbuhan itu. Ini adalah kecil berbanding negara-negara maju dan PR mendesak supaya 50% dari pertumbuhan itu perlu dikembalikan kepada rakyat melalui gaji. Dalam erti-kata lain, gaji perlu dinaikkan, termasuk bagi kakitangan kerajaan.

Usaha untuk menaikkan gaji minima dan pulangan pertumbuhan melalui kenaikan gaji kepada kakitangan awam telah diperlekehkan Ahli Parlimen BN. Mereka berhujjah bahawa ianya akan hanya menaikkan kos operasi yang sering dikritik PR sebagai terlalu tinggi. Oleh itu ianya dikatakan hujjah pembangkang yang bersifat populis dan bercanggah dengan hujjah pembangkang sendiri. Maka pembangkang dituduh tidak konsisten.

Sebenarnya, kenaikan gaji boleh dilakukan tanpa menaikkan kos operasi sekiranya kos pembelian barangan dan perkhidmatan dilakukan secara telus dan bebas rasuah serta pemborosan. Dalam ertikata lain, sekiranya tiada amalan kronisma dan pembaziran yang berluasa, maka gaji kakitangan kerajaan boleh dinaikkan tanpa menaikkan kos operasi. Ini adalah kerana bahagian gaji dalam kos operasi tidak melebihi 30% dari keseluruhan kos operasi. Baki 70% adalah pembelian dan penyelenggaraan. Sekiranya 10% dari 70% ini dapat dijimatkan melalui pengurusan kewangan yang baik dan amanah, maka penjimatan ini boleh digunakan untuk menaikkan gaji kakitangan awam, khususnya yang diperingkat bawahan. Sekiranya ini dilakukan, ia boleh menghasilkan kenaikan gaji sebanyak 25%!

Seperti persoalan gaji minima, cadangan menaikkan gaji kakitangan awam juga ditolak UMNO/BN. Oleh itu ketiadaan kenaikan gaji yang bermakna bagi rakyat jelata sekali lagi tidak boleh disalahkan PR; tetapi adalah hasil penguasaan Dewan Rakyat oleh BN, khususnya UMNO!

KENAIKAN ELAUN AHLI PARLIMEN
Dalam soal kenaikan Gaji dan Elaun Ahli Parlimen, perlu diambil kira bahawa pada asalnya Ahli Parlimen PR tidak meminta kenaikan gaji dan elaun. Sejak 2008 lagi apa yang diminta oleh Ahli Parlimen PR ialah supaya mereka diberi peruntukan Ahli Parlimen sepertimana Ahli Parlimen BN iaitu sebanyak RM 1 Juta setahun untuk melakukan projek kecil di kawasan mereka. Peruntukan ini tidak diberi kepada Ahli Parlimen PR, tetapi sebaliknya di kawasan Parlimen mereka, ianya diberikan kepada Ketua Bahagian UMNO/BN dalam bentuk geran pembangunan.

Oleh itu, kebanyakan dari Ahli Parlimen PR terpaksa menggunakan duit elaun dan gaji mereka sendiri untuk tujuan membantu rakyat di dalam kawasan Parlimen mereka. Pada masa sama, mereka juga mencari sumber kewangan lain, seperti sumbangan dari penyokong dan melalui perniagaan, untuk tujuan yang sama.

Setelah beberapa tahun, permohonan mereka untuk diberikan peruntukan seperti sepatutya dinafikan berulang kali. Oleh itu apabila kenaikan gaji dan elaun dikemukakan ianya sesuatu yang amat diperlukan Ahli Parlimen PR yang telah menggunakan duit sendiri untuk menampung kekurangan kewangan hasil penafian peruntukan mereka. Oleh itu kami hanya diam dan tidak membantah.

Yang pelik bagi kami adalah Ahli Parlimen BN yang begitu bersungguh-sungguh inginkan kenaikan ini. Sudahlah mereka mendapat peruntukan tersebut, namun gaji dan elaun mereka tetap dikatakan tidak mencukupi. Sebahagian dari mereka turut digajikan sebagai anggota Lembaga Pengarah GLC tetapi itu pun masih tidak mencukupi!

Sedangkan pada masa yang sama Ahli Parlimen PR terpaksa bersusah payah mencari kewangan untuk membantu rakyat di dalam kawasan mereka. Sebagai Ahli Parlimen di Selangor, kerajaan PR Selangor membantu kami dengan diberikan peruntukan tertentu. Walaupun jauh kurang dari RM 1 Juta yang diperolehi oleh Ahli Parlimen BN dari kerajaan Pusat, tetapi keadaan kami jauh lebih baik dari rakan-rakan di Negeri lain, khususnya yang diperintah BN.

Oleh itu, jika ingin marah Ahli Parlimen berhubung isu kenaikan gji dan elaun mereka, sila tujukan kepada Ahli Parlimen BN dan kerajaan Pusat itu sendiri. Sudah pasti jika peruntukan Ahli Parlimen diberi kepada kami, kenaikan elaun akan dianggap tidak perlu dan akan kami bantah sepenuhnya. Namun, apakan daya, kenaikan itu amat sangat diperlukan kami kerana penafian peruntukan yang dilakukan kerajaan BN terhadap kami.

KESIMPULAN
Adalah jelas bahawa Ahli Parlimen PR telah sedaya upaya memenuhi tanggung-jawab terhadap rakyat dengan bukan sahaja menentang GST tetapi juga mengusulkan kenaikan gaji bagi rakyat jelata dan menentang akta POTA yang zalim. Oleh itu amatlah diharapkan bahawa kemarahan rakyat ditujukan ke arah Ahli Parlimen BN yang lebih layak kerana sememangnya jelas tidak mampu membela nasib rakyat. Mereka sekadar mengiyakan sahaja apa jua yang diputuskan kerajaan bagi menjaga kedudukan mereka semata-mata.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Sumber DD - 29-4-2015

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

12-country TPP talks end without a breakthrough


Chief negotiators from 12 countries aiming to forge a Pacific free trade initiative finished four days of talks on Sunday, a Japanese official said, apparently without making major progress.

The trade officials from the United States, Japan and 10 other countries gathered in a Washington suburb with intellectual property, including data on new drugs, and reform of state-owned entities as their main issues, according to negotiation sources.

The meeting of chief TPP negotiators resumed after a bipartisan group of influential U.S. lawmakers introduced a bill seen as a key step to aiding the multilateral negotiations.

The bill is aimed at granting President Barack Obama trade promotion authority (TPA), which would enable him to sign trade deals including the U.S.-led TPP by only asking the legislature to vote yes or no without amendments. It has now passed the relevant committees of the Senate and House of Representatives and is awaiting plenary discussion.

The gathering in Washington came after TPP officials held a meeting in Hawaii last month, which also ended without a breakthrough.

Obama and Prime Minister Shinzo Abe are expected to discuss trade issue in their summit on Tuesday. The U.S. and Japanese economies account for a combined 80 percent of the envisioned TPP area.

Enacting the trade promotion authority bill would likely help the negotiations, which date back a number of years, as participating countries would no longer need to worry as much about whether their make-or-break proposals to Washington could be rejected by lawmakers there.

If it comes into force, the TPP, which also involves Australia, Brunei, Canada, Chile, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapore and Vietnam, would account for some 40 percent of the global economy.

Meanwhile, a key Obama aide on Friday indicated the United States and Japan were unlikely to announce a bilateral agreement on the proposed TPP agreement during Abe’s U.S. visit, which began Sunday.

Tuesday’s Abe-Obama summit will be “a good opportunity” for them to review progress in bilateral talks on the TPP, Caroline Atkinson, deputy national security adviser for international economics, said in a conference call.

Atkinson said she hopes that the two leaders “will be able to have a constructive conversation,” following three-day talks in Tokyo through Tuesday between TPP minister Akira Amari and U.S. Trade Representative Michael Froman.

Still, she said: “We are not there yet to a final deal, and more work is needed.”
“We are not expecting to reach any formal announcement” during Abe’s U.S. visit, she added.

Progress between the United States and Japan is “a critical element for taking forward the broader discussions on TPP,” Atkinson said.

The recent start of U.S. congressional discussions on TPA will give “positive momentum” to the TPP negotiations, Atkinson said.

Sumber HD - 27-4-2015

GST : MEDICAL PRACTITIONERS COAXED TO COAXED TO CHEAT 

http://www.harakahdaily.net/index.php/article/35105-gst-medical-practitioners-coaxed-to-cheat


Sumber HD - 27-4-2015
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

AHMAD MASLAN CGPA 3.85 BERSUARA LAGI ... JIKA TIDAK MAMPU MENDAPATKAN RAWATAN PERUBATAN DI HOSPITAL SWASTA KERANA TERBEBAN DENGAN GST DAPATKAN RAWATAN DI HOSPITAL KERAJAAN. 

Jika tidak mampu untuk mendapatkan rawatan perubatan di hospital swasta ekoran terbeban dengan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), bolehlah berkunjung ke hospital kerajaan, jelas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.Sebelum ini Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Jumat Idris membuat aduan berhubung GST apabila terpaksa membayar ribuan ringgit bagi kos rawatan anaknya.“Kita ada pilihan, sekiranya kita berkemampuan bolehlah dapatkan rawatan di hospital swasta tetapi jika tidak mampu, hospital kerajaan sentiasa ada,” ujar Ahmad Maslan.Ahmad Maslan berkata demikian bagi mengulas kenyataan Jumat Idris.“Tiada siapa yang menyuruh beliau pergi ke hospital swasta. Pilihan di tangan sendiri,” tambahnya.Menurut beliau, hospital kerajaan turut menyediakan perkhidmatan yang sama malah lengkap dengan semua kelengkapan perubatan.“Sekiranya masyarakat memilih hospital swasta, maka mereka harus bersedia untuk menanggung kosnya.“Dahulunya hospital swasta juga mengenakan caj Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak enam peratus,” jelasnya.Jumat menerusi posting di laman Facebook menyatakan beliau memahami beban yang dihadapi rakyat lantaran terpaksa membayar sendiri rawatan anaknya yang menghidapi sakit saraf dan tulang belakang bengkok.


Sumber OKB / HD - 23-4-2015

Patutlah tiba-tiba MP BN tu akui GST membebankan rakyat..


Ingat lagi catatan Ahli Parlimen BN Sepanggar, Datuk Jumat Idris yang mendakwa memahami kesusahan rakyat bila Kerajaan laksanakan GST?

Sedangkan menurut rekod Parlimen, Jumat mengundi menyokong rang undang-undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan yang diluluskan pada 7 April 2014.

"Kos konsultasi kena 6%, bayar kos rawatan 6% lagi," kata dalam catatan di Facebook.

"Rawatan saraf RM20,000, GST RM1,200. Belum masuk bil lain hari ni dah kena RM5,000. Memang membebankan rakyat sebenarnya. Bulan Mei ni kena berteriak kat parlimen pula," katanya..


Menarik bukan?.. masa mengundi menyokong tak mahu fikirkan langsung kesan undiannya kepada rakyat.. bila dah kena batang hidung sendiri baru nak merungut..

Rasanyalah bukan dia nak bela sangat nasib rakyat tu.. tapi cuma nak cari sokongan rakyat sebab dia sendiri dah kena gantung..

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Sepanggar dari BN, Datuk Jumat Idris digantung keahlian Umno kerana mengkritik kepimpinan negeri, baru-baru ini.  
Penggantungan Jamat selama enam tahun berkuatkuasa 17 Mac lalu selepas pendengaran kesnya itu. Selain Jumat, Ketua Pemuda Umno Perlis, Syed Atief Syed Abu Bakar juga menerima nasib sama, digantung tiga tahun.‎  
Ini sekaligus, mereka dilarang sama sekali untuk terlibat dengan sebarang aktiviti parti termasuk mesyuarat cawangan yang akan berakhir 2 Mei depan.  
Kedua mereka telah mengemukakan rayuan kepada Majlis Tertinggi (MT). ‎ 
Jumat berkata, surat memaklumkan penggantungannya diterima 1 April lalu melalui faks ke pejabatnya.  
"Saya dikenakan tindakan berhubung kenyataan saya pada 2012 yang diviralkan semula dan dilaporkan sebuah portal media.  
"Ketika itu, saya mempertikaikan projek ICU (Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri) yang diluluskan, tetapi masih belum dilaksanakan," katanya yang juga Ketua Umno Bahagian Sepanggar kepada Sinar Online, semalam. ‎  
Mengulas lanjut, Jumat berkata, beliau masih mahu memberikan sumbangan kepada Umno, tetapi enam tahun pengangtungan terlalu panjang.  
Sementara itu, ‎menurut sumber, Syed Atief dikatakan dikenakan hukuman itu selepas sering mengkritik kepimpinan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man.‎  
"Tindakan Syed Atief mengkritik menerusi Facebook itu boleh mencemar parti. Itu antara sebab tindakan terhadapnya," katanya. ‎ 
Pemuda Umno Perlis dikatakan beberapa kali meminta untuk bersemuka dengan Azlan yang juga Timbalan Pengerusi Umno Perlis bagi membincangkan hala tuju dan program bersama dengan negeri, tetapi tidak mendapat sebarang maklum balas daripada Azlan selepas beberapa bulan.

Sementara itu, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengesahkan telah menerima surat rayuan daripada Jumat dan Syed Atief. 
 
“Selaku Setiausaha Agung, saya akan membawa surat ini untuk dibincangkan dalam Mesyuarat Pengurusan Umno akan datang.  
“Dalam mesyuarat itu nanti akan ditentukan sama ada perlu pertimbangan politik untuk dibawa ke Mesyuarat MT.  
“Jika tidak, ia akan dikembalikan kepada Lembaga Disiplin Umno untuk dinilai semula,” katanya kepada Sinar Online

Dah nak hilang kuasa rupanya.. maka tak hairanlah bila tiba-tiba dia teringat beban yang ditanggung rakyat akibat kebodohannya mengundi menyokong perlaksanaan GST tu...

Sumber HD / BlogDSD  - 23-4-2015 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





GST: Najib makin dibenci, teh tarik pun kena cukai 6%

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Kebencian membuak-buak terhadap pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) menjadikan serangan dan kritikan Tun Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Najib Razak lebih mendapat sambutan daripada rakyat.

Menurut penulis Shahbudin Husin, ini kerana Mahathir jelas tidak berapa senang dengan GST dan meminta rakyat menunjukkan bantahan mereka di peti undi jika tidak bersetuju dengannya.

Berikut tulisan penuh beliau dalam blognya.

Tidak sampai sebulan selepas cukai GST dilaksanakan pada 1 April lalu, rungutan rakyat mengenainya boleh didengari di mana-mana saja ketika ini.

Tidak saja rakyat biasa dan mereka yang tidak berparti, ahli Umno dan penyokongnya pun tidak segan-segan mengeluh mengenai cukai baru ini. Yang memihak parti lawan tentulah boleh dijangka reaksi mereka.

Rata-rata mengadu perbelanjaan mereka sekarang ini mulai bertambah berbanding sebelum GST dilaksanakan. Ini kerana apa saja pembelian dilakukan, tambahan 6 peratus sudah sedia menunggu.

Jika di restoran tertentu pula, ia termasuk lagi caj perkhidmatan sebanyak 10 peratus. Akhirnya tambahan yang terpaksa dikeluarkan ialah sebanyak 16 peratus.

Dalam pada itu, ada pula peniaga yang mengalami kekurangan pelanggan sejak cukai GST ini dikuatkuasakan. Mereka mengeluh ada pelanggan yang membatalkan hasrat membeli barangan apabila diberitahu ianya dikenakan cukai tersebut.

Seorang pengusaha bakeri di sebuah pusat membeli belah berkata, pelanggannya jelas berkurangan sejak GST dilaksanakan kerana ramai yang enggan membayar tambahan harga 6 peratus itu.

Di pelbagai lapisan masyarakat, rata-rata menyifatkan GST adalah umpama 'pukat harimau' yang mengaut secara borong mangsanya, dari ikan paling besar hinggalah kepada sekecil-kecil ikan bilis.

Seorang Ahli Parlimen dari Sabah misalnya yang membayar kos rawatan untuk anaknya sebanyak RM20,000 dan ubat-ubatan lagi sebanyak RM5,000 turut mengeluh kerana GST menyebabkannya terpaksa membayar tambahan 6 peratus lagi daripada jumlah itu.

Semua aspek perbelanjaan rakyat ketika ini mengalami kenaikan, tidak kira sama ada seseorang itu orang kaya mahupun orang miskin. Malah ramai juga bersungut kerana aktiviti kesukaan harian iaitu minum teh tarik bersama rakan-rakan pun turut dikenakan GST.

Selain itu, walaupun ada barangan tertentu dikecualikan GST tetapi apabila mereka membelinya di pasar raya, semuanya dikira sekali dan dari jumlah keseluruhannya tetap juga dikenakan tambahan 6 peratus itu.

Hakikat bahawa ada barangan tertentu turun harga seperti mana yang digembar-gemburkan oleh kerajaan, langsung tidak dirasai oleh rakyat. Apa yang mereka rasai hanyalah kenaikan saja.

Bagi yang membayar bil-bil harian juga mulai mempersoalkan kewajaran mereka dikenakan cukai GST sedangkan yang lebih mengaut keuntungan ialah syarikat pengendalinya.

Dalam keadaan sekarang, selain syarikat pengendali harus membayar cukai perniagaan mereka, rakyat yang menjadi pengguna juga turut dibebankan sama.

Apakah ini maknanya apa yang dikatakan oleh pihak kerajaan bahawa GST adalah sistem cukai yang lebih telus, cekap dan berkesan?

Dengan GST umpama "pukat harimau" yang mampu menangkap sesiapa saja sebagai mangsanya, rakyat sebenarnya lebih percaya ia adalah kaedah paling mudah bagi kerajaan untuk mengaut perolehan yang lebih baik bagi mengisi kantung perbendaharaan negara yang selalu menipis akibat pemborosan dan pembaziran.

Dan ini sekaligus meletakkan kerajaan pimpinan Najib Razak lebih dibenci majoriti rakyat kerana seolah-olah menjadikan mereka sebagai mangsa pembulian yang berterusan.

Baru tidak sampai sebulan, luapan kebencian akibat GST ini sudah boleh dirasai di mana-mana. Bayangkan jika setelah 3 bulan, 6 bulan atau setahun selepas ini?

Kebencian yang makin membuak-buak ini jugalah yang menjadikan serangan dan kritikan Tun Mahathir terhadap Najib lebih mendapat sambutan daripada rakyat. Ini kerana Tun Mahathir jelas tidak berapa senang dengan GST dan meminta rakyat menunjukkan bantahan mereka di peti undi jika tidak bersetuju dengannya.

Apa yang mereka harapkan dengan berlakunya perubahan kepimpinan melalui apa yang dilakukan oleh Tun Mahathir nanti, akan berlaku sesuatu yang positif berkenaan GST ini.

Oleh kerana ia sudah dilaksanakan, ramai yang bersetuju mungkin agak sukar untuk membatalkan terus perlaksanaan cukai itu tetapi kadar 6 peratus yang dikenakan sekarang tentu boleh dikurangkan kepada 4 atau 3 peratus misalnya.

Melihat kepada serangan Tun Mahathir yang semakin agresif, dari 1MDB dan Sirul tetapi kini makin melebar kepada aspek lain seperti  Jambatan Bengkok, Rel Berkembar, budak-budak tingkat 4 ala British, pembaziran dan sebagainya, adalah langkah terbaik dalam meraih sokongan jika isu kadar GST yang dianggap membebankan turut menjadi subjek bekas Perdana Menteri itu selepas ini.

Percayalah, Tun Mahathir akan lebih disokong dan disukai rakyat jika turut menolak kadar 6 peratus itu. - HARAKAHDAILY 23/4/2015

Sumber HD - 23-4-2015
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pelancong asing tidak perlu bayar GST, syarikat untung

HARAKAHDAILY | .


Sejak GST dilaksanakan pada 1 April 2015 yang lalu, selain dari membebankan rakyat, beberapa perkara lain juga telah ditimbulkan berkenaan pengurusan dan kos untuk melaksanakan GST ini.

Kerajaan telah memutuskan untuk mengecualikan barang-barang yang dibeli oleh pelancong dari dikenakan GST. Ini dilaksanakan melalui satu skim yang dipanggil Skim Pembayaran Semula GST untuk Pelancong (Tourist Refund Scheme).

Melalui skim ini, pelancong yang membeli barang-barang di Malaysia boleh mengisi satu borang untuk menuntut kembali GST yang dibayar.

Apabila mereka hendak meninggalkan Malaysia, mereka boleh menyerahkan borang ini dan GST akan dipulangkan kepada mereka oleh Kerajaan Malaysia.

Keseluruhan skim ini telah pun diswastakan kepada Iris Corp Berhad yang kemudiannya menubuhkan sebuah usahasama dengan syarikat Global Blue yang berpangkalan di Switzerland.

Syarikat usahasama ini diberikan konsesi selama lima tahun untuk menguruskan skim pembayaran balik semula GST kepada pelancong.

Sebagai habuan, syarikat usahasama ini akan dibayar komisen 15% dari jumlah pembayaran balik GST kepada pelancong.

Tindakan menswastakan skim pembayaran balik GST kepada pelancong melalui konsesi pada kadar komisen 15% ini sudah tentu menimbulkan rasa tidak senang rakyat kerana sedang keseluruhan rakyat terbeban dengan pengenalan GST, ada pihak tertentu yang mengaut keuntungan dari pelaksanaan GST melalui dasar penswastaan.

Jika tidak diswastakan dan diuruskan sendiri oleh Jabatan Kastam dan Eksais, komisen 15% itu akan kekal sebagai pendapatan negara dan boleh menampung perbelanjaan-perbelanjaan lain.

Sebaliknya dengan penswastaan ini, bukan sahaja pelancong asing tidak perlu membayar GST seperti rakyat Malaysia, komisen untuk membayar kembali GST kepada mereka kini menjadi keuntungan kepada syarikat swasta dan syarikat antarabangsa.

Ini seolah-olah memberi gambaran bahawa ada pihak yang menikmati keuntungan dari penswastaan GST sedangkan rakyat terbanyak menanggung beban pelaksanaannya.

Pada masa yang sama, saya mengkritik kos yang telah dibelanjakan kerajaan untuk melaksanakan GST.

Walaupun telah membelanjakan RM365 juta untuk kos mempromosikan GST sahaja (seperti jawapan bertulis di Parlimen pada 24 Mac 2014), kerajaan tidak mampu untuk memberi peruntukan agar Jabatan Kastam & Eksais dapat mengendalikan skim pembayaran balik GST kepada pelancong ini sedangkan ini akan dapat menjana pendapatan negara pada masa akan datang.

Saya menyeru supaya kerajaan mengkaji semula kaedah penswastaan ini dan memendekkan konsesi yang diberikan kepada syarikat usahasama swasta itu supaya hasil kutipan GST oleh kerajaan tidak tiris kepada syarikat swasta yang mendapat konsesi seperti ini. - HARAKAHDAILY 21/4/2015

RAFIZI RAMLI
Ahli Parlimen Pandan.

Sumber HD - 21-4-2015

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Gagal selesai ekonomi negara, adakah GST naik lagi?

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Peniaga-peniaga dan rakyat Malaysia mengalami tekanan ekonomi yang agak keterlaluan sejak kebelakangan ini.
Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar berkata, cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang diperkenalkan oleh kerajaan bermula 1 April lalu merupakan satu langkah yang salah.

Katanya, setiap rakyat Malaysia dipaksa membayar cukai untuk barangan dan perkhidmatan yang mereka beli.

"Cukai 6 peratus ini adalah terlalu tinggi dan amat membebankan rakyat Malaysia," ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, rungutan rakyat kedengaran di mana-mana sahaja yang mana setiap orang meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan kerajaan yang tidak prihatin dalam keadaan ekonomi negara yang semakin merudum.

Katanya lagi, Kerajaan Barisan Nasional adalah terlalu tamak dan mementingkan kewangannya sahaja, masalah yang akan dihadapi oleh rakyat tidak diberi pertimbangan sebelum cukai itu dilaksanakan.

Beliau berkata, kerajaan hanya asyik menyatakan cukai itu akan membawa manfaat kepada rakyat dan negara.

"Saya tidak faham rasional bagaimana cukai tambahan boleh membawa kesejahteraan kepada rakyat apabila negara kita masih tenggelam dalam rasuah dan keborosan.

"Selagi kita tidak menghapuskan rasuah, keborosan, ketirisan dan kebocoran ekonomi, pelaksanaan GST tidak akan membawa keuntungan kepada rakyat," ujarnya lagi.

Tambahnya, GST hanya akan menjadi sumber kewangan kepada kerajaan untuk menyelesaikan masalah kewangan dalam jangka pendek.

"Dalam jangka panjang, jika kerajaan masih gagal menyelesaikan masalah kewangan adakah ia akan meningkatkan kadar GST lagi?" soal beliau.

Menurutnya lagi, peniaga-peniaga juga merungut barang-barang yang mereka beli terutamanya dari luar negara menjadi semakin mahal kerana penurunan nilai mata wang ringgit.

Katanya, apabila barang-barang yang diimport itu semakin mahal, beban peningkatan kos itu akan dipindahkan terhadap pengguna-pengguna yang membeli barangan itu daripada peniaga-peniaga.

Oleh yang demikian, kata beliau harga barang-barang yang diimport di pasaran tempatan menjadi semakin tinggi.

Justeru, ujar beliau apabila ditambah dengan GST terhadap barangan tersebut, maka rakyat terpaksa menanggung kenaikan harga yang mendadak dan membebankan. - HARAKAHDAILY 20/4/2015

Sumber HD - 20-4-2015
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

ISU GST: SATU PENILAIAN

pada . diterbitkan di dalam Bayan Linnas



Mukadimah

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam. Selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, keluarga Baginda, para sahabat, tabi’in, tabi’ tabi’in dan mereka yang mengikut jejak langkahnya hingga ke hari pembalasan.

Cukai Goods and Services Tax (GST) atau juga dikenali juga sebagai Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) menjadi satu polemik yang besar kepada masyarakat Malaysia amnya. Cukai yang diperkenalkan oleh kerajaan bagi menggantikan SST ini mendapat pelbagai reaksi masyarakat yang dizahirkan terutamanya di media sosial berhubung hal ini.

Saya mendapat banyak persoalan terutamanya daripada kotak mesej di Facebook tentang perkara ini. Hakikatnya, ia isu yang memerlukan kajian yang sangat mendalam bagi mendapatkan natijah yang adil, bernas dan mendahulukan maslahah daripada mafsadah. Setelah meneliti pelbagai komentar, pendapat dan juga hujahan dari golongan ulama, umara’, cendekiawan dan juga masyarakat awam, maka amatlah wajar dikemukakan di sini dalam Bayan Linnas Siri Ke-16 untuk memperhalusi isu yang sudah berlarutan hampir setahun. Saya terpanggil untuk memberikan pandangan tentang perkara ini dengan berlandaskan nas-nas daripada al-Qur’an, al-Hadith, fatwa para ulama’ silam dan juga kontemporari.

Sebenarnya isu seperti ini amat berat bagi saya untuk mendahului mereka yang lebih mengetahui dan mendalam ilmu ekonomi Islam daripada saya. Tetapi, selepas memahami beberapa penerangan yang diberikan dengan fakta dan hujahan, maka saya kemukakan pada hari ini 17 April 2015 kepada khalayak. Semoga pencerahan ini memberi kefahaman kepada kita semua.

Definisi GST

GST atau dalam Bahasa Inggeris Goods and Services Tax adalah sejenis cukai di mana apa sahaja barang dan perkhidmatan yang digunakan oleh pengguna mengandungi elemen cukai. Sebab itulah ia juga dikenali sebagai cukai kepenggunaan (consumption tax). Dalam erti kata yang lain, asasnya jauh lebih luas daripada Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang ada sekarang.

GST adalah cukai penggunaan dan ia berasaskan konsep nilai ditambah. GST dikutip daripada pelanggan untuk pihak kerajaan oleh organisasi perniagaan yang berdaftar dengan pihak berkuasa cukai. Lazimnya, pembekal atau penjual boleh mendaftar untuk mengutip GST jika jumlah jualan tahunan bagi produk atau perkhidmatan yang dibekal melebihi jumlah tertentu yang ditetapkan.
GST diambil kira dalam setiap tahap urus niaga. Jumlah jualan barangan dan perkhidmatan (dikenali juga sebagai bekalan) merupakan jumlah nilai yang diterima oleh organisasi perniagaan (tidak termasuk GST) ke atas semua aktiviti yang dicukai.

Aktiviti yang dicukai merangkumi aktiviti yang dijalankan secara berterusan. Organisasi perniagaan yang berkenaan hendaklah membekal (atau bersetuju untuk membekal) barangan atau perkhidmatan kepada pengguna sama ada untuk tujuan mendapat untung atau tujuan lain seperti aktiviti perdagangan, pembuatan, kerjaya, persatuan atau kelab.

Harga bekalan yang dijual ditetapkan selepas mengambil kira GST. Organisasi perniagaan juga boleh menuntut kredit cukai bagi setiap GST yang telah dimasuk kira dalam bekalan yang dibeli untuk tujuan mengendalikan perniagaan. Kredit cukai ini dikenali sebagai “kredit cukai input”.[1]

Perbezaan GST dan SST

Secara ringkasnya, pelaksanaan GST merangkumi pelbagai jenis barang dan perkhidmatan dimana pengenaan semua cukai adalah disemua peringkat pengeluaran dan pengedaran disamping boleh menuntut semula semua cukai yang dikenakan daripada kerajaan.

SST (Sales Tax and Service Tax) iaitu cukai yang sediaada hanya dikenakan pada satu peringkat pengeluaran iaitu semasa barang-barang itu dikeluarkan daripada kilang atau diimport. Manakala, cukai perkhidmatan dikenakan ke atas perkhidmatan-perkhidmatan tertentu pada peringkat ianya disediakan kepada pihak pengguna.

Hukum Pelaksanaan GST

Keperluan umum ummah adalah di bawah tanggungjawab pemimpin. Kerajaan memerlukan sumber pendapatan  bagi meningkatkan kemajuan, keamanan, keselamatan, pembangunan dan lain-lain. Selain daripada zakat, sumber pendapatan lain adalah cukai.

Sistem percukaian dalam dunia Islam bermula sejak zaman Rasulullah SAW di dalam Piagam Madinah yang telah menetapkan bayaran jizyah untuk bukan Islam dan zakat untuk orang Islam. Zaman Saidina Umar menyaksikan perkembangan sistem percukaian lain seperti al-kharaj (cukai ke atas tanah), al-‘usyur (perdagangan) dan selainnya. Ia terus berkembang dan melalui beberapa penambahbaikan pada zaman-zaman pemerintahan Islam seterusnya.

Permasalahan cukai adalah termasuk dalam ruang lingkup siyasah syar’iyyah iaitu pentadbiran hal ehwal negara umat Islam yang perlu diteliti aspek mencapai kemaslahatan dan menolak kemudharatan selagi tidak melanggar batas-batas syarak.

Secara ringkasnya, terdapat dua pandangan ulama dalam hal ini iaitu haram dan harus. Seperti yang dibahaskan oleh sahabat saya Prof. Madya Dr. Arieff Salleh bin Rosman, Pengarah Center of Research for Fiqh Science and Technology (CFiRST) UTM Skudai Johor merangkap Felo Fatwa JAKIM dan rakan-rakannya dari UTM, maka saya ringkaskan sebahagian daripada persoalan hukum di sini.

Pendapat Pertama: Haram
  • Pandangan Ulama
Dinyatakan di sini dua pendapat ulama’ yang mengharamkan cukai.

Pertama: Ulama Terdahulu, antaranya
  1. Ibn Muflih berkata: “Diharamkan mengambil cukai daripada rakyat seperti yang dikutip oleh Raja kepada rakyatnya.” (Ibn Muflih, 2003: 10/347; al-Buhuti, t.th.: 3/139)
  2. Al-Hijawi berkata: “Diharamkan mengambil cukai daripada harta orang Isam seperti yang dikutip oleh Raja kepada rakyatnya bukan secara yang dibenarkan oleh syarak.” (al-Hijawi, t.th.: 2/52). Sila rujuk juga pandangan Mustafa bin Saad al-Rahibani (1994: 2/619).
  3. Menurut Ibn al-Azraq, antara contoh urus tadbir yang salah adalah mengutip cukai secara zalim (t.th.: 300)
  4. Ibn Hajar al-Haitami menjelaskan: “Pengutip cukai, penulisnya, saksinya, penjaganya, wakil-wakilnya, dan selain yang berkaitan dengan kutipan cukai merupakan dosa besar pembantu kezaliman, bahkan memungut cukai itu sendiri merupakan suatu kezaliman. Para pengutip cukai mengambil harta manusia secara haram dan mengagihkannya kepada orang yang tidak berhak. Oleh sebab itu, pengutip cukai tidak masuk syurga kerana dagingnya tumbuh daripada sumber-sumber haram. “ (1987: 299)
Kedua: Ulama Kontemporari antaranya
  1. Mulla `Ali bin Sultan al-Harawi al-Qari menyatakan: “Cukai adalah termasuk dalam salah satu kezaliman yang paling hina kerana pengutip cukai merampas harta pada waktu orang dalam kesempitan secara paksa, bukan berasakan cara yang dibenarkan oleh Syarak, juga bukan secara ‘uruf. Bahkan ia melampaui batas ke atas orang Islam, selain daripada mereka mengutip cukai ke atas orang bukan Islam. (al-Qari, 2002: 6/2337)
  2. Hafiz Ahmad ‘Ajjaj Karami menyatakan: “Dalam pemerintahan Nabi SAW, Baginda tidak mengenakan sebarang cukai tambahan dalam apa bentuk sekalipun, tetapi Baginda mengajak rakyat memberikan sumbangan apabila negara memerlukan kewangan tambahan. Bahkan terdapat sumber yang sahih bahawa Baginda melarang seseorang pemimpin membebankan rakyatnya dengan cukai.” (Karami, 1427H: 162)
  3. Fatwa Kerajaan Arab Saudi 23/489 (2009) : “Mengutip cukai kastam, samada cukai import atau eksport adalah termasuk dalam al-maks yang diharamkan. Bertugas sebagai pengutip cukai juga haram, walaupun kerajaan menggunakan hasil kutipan cukai itu untuk membiayai pelbagai projek pembangunan.”
  4. Fatwa Kerajaan Brunei (1985): “Cukai adalah ditegah dalam Islam, sebagaimana tersebut dalam kitab-kitab Fiqh Islam dalam kitab al-Zawajir bagi Imam Ibn Hajar al-Syafi’i yang terkenal pada mukasurat 167 juz awal dan dalam kitab Bughyah al-Mustarsyidin muka 157, 158 dan 253. Katanya: “Cukai itu ialah sejahat-jahat mungkar bahkan ia suatu dosa besar...”
  5. Rujuk juga Qurratul ‘Ain bi Fatawa Ulama al-Haramain mukasurat 332.
Dalil dan Hujah Mereka

Ulama’ yang mengharamkan cukai secara mutlak berpegang kepada beberapa ayat al-Qur’an dan hadith sebagaimana yang dilampirkan di bawah.
  • Al-Qur’an
Antara dalil yang kuat dengan pengharaman ini ialah:

Firman Allah SWT:
وَلَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُوا بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُوا فَرِيقًا مِنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالْإِثْمِ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ
Maksudnya: “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).”
 (Surah al-Baqarah: 188)
Pengutip cukai (al-maks) adalah antara golongan yang melakukan kezaliman kepada manusia, bahkan mereka menzalimi diri mereka sendiri. Mereka mengutip apa yang mereka tidak berhak ke atasnya dan menyerahkannya kepada mereka yang tidak berhak ke atasnya (al-Zahabi, t.th.: 115)
Firman Allah SWT:
وَيَا قَوْمِ أَوْفُوا الْمِكْيَالَ وَالْمِيزَانَ بِالْقِسْطِ وَلَا تَبْخَسُوا النَّاسَ أَشْيَاءَهُمْ وَلَا تَعْثَوْا فِي الْأَرْضِ مُفْسِدِينَ
Maksudnya: “Dan wahai kaumku! Sempurnakanlah sukatan dan timbangan dengan adil dan janganlah kamu kurangkan manusia akan benda-benda yang menjadi haknya, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi.”
(Surah Hud: 85)

Maksud 'al-bakhs' yang dilarang dalam ayat 85 surah Hud adalah larangan mengurangkan hak manusia yang wajib kamu penuhi (al-Tobari, 2000: 15/446), dan bagi setiap apa yang dimiliki oleh seseorang tidak boleh dirampas daripadanya atau diambil secara yang tidak dibenarkan oleh Syarak, serta segala pengurusannya mestilah berdasarkan keizinan Syarak (al-Razi, 1420H: 24/528). al-Khattabi (w388H) menjelaskan, pemimpin yang mengambil cukai (al-maks) secara zalim daripada rakyat adalah termasuk dalam maksud 'al-bakhs' yang dilarang dalam ayat tersebut (al-Khattabi, 1982: 1/219).
  • Al-Hadith
Antara hadithnya pula:
Daripada Ruwaifi’ bin Thabit al-Ansari RA berkata, Sabda Nabi SAW:
إنَّ صاحبَ المكْس في النارِ
Maksudnya: Sesungguhnya pemimpin yang mengenakan al-Maks (sebahagian ulama menterjemahkannya sebagai cukai) adalah di dalam neraka.”
Riwayat Ahmad (4/109), al-Tabarani (4493) al-Suyuti (2290), 

Daripada ‘Uqbah bin Amir RA berkata, Sabda Nabi SAW:
لا يدخُلُ الجَنَّةَ صاحِبُ مَكسٍ
Maksudnya: “Tidak akan masuk syurga pengutip cukai.”
Riwayat Abu Daud (2937). Hadith ini mengikut pendapat Abu Daud adalah soleh atau boleh digunakan.

Yazid bin Harun menjelaskan, “Sohib maks ialah al-'asysyar (pengutip cukai 'usyur ke atas rakyat yang beragama Islam)." (al-Hakim, 1990: 1/562) Juga bermaksud pengutip cukai yang mengambil harta orang ramai secara haram (al-Asbahani, 2004).

Al-Maks juga bermaksud kutipan cukai yang biasanya digunakan merujuk kepada golongan yang melakukan kezaliman dalam proses jual beli (Muslim, t.th.: 3/1323).

Pendapat Kedua: Harus

Ia terbahagi kepada dua keadaan. Keadaan pertama, harus bagi kerajaan mengenakan cukai kepada rakyat sekadar untuk memenuhi maslahah umum pentadbiran negara. Keadaan kedua adalah, ianya harus dikenakan hanya kepada rakyat yang kaya pada waktu tertentu atas keperluan tertentu yang mendesak. Pada keadaan yang biasa, ianya haram.
  • Pandangan Ulama
Ulama Terdahulu
  1. Kerajaan dibenarkan untuk mengenakan cukai kepada rakyat sekadar untuk memenuhi maslahat umum pentadbiran Negara. Pendapat ini dikemukakan oleh Ibn Hazm (t.th.: 4/281), Ibn Taimiyah (1995: 29/194-786), Ibn al-Musili al-Syafi'i (t.th.: 195), al-Syatibi (1992: 1/619) dan Ibn Khaldun (1995).
Menurut Imam al-Syatibi: “Jika seseorang Pemimpin yang ditaati oleh rakyatnya berhajat untuk menambah bilangan tentera untuk menjaga perbatasan Negara serta memelihara kestabilan Kuasa yang semakin luas kepada tanah jajahan yang lain, sedangkan sumber perbendaharaan Negara dalam Baitul Mal sudah habis, serta keperluan tentera semakin meningkat dan perbelanjaan tidak mencukupi, maka Pemimpin - dengan syarat beliau seorang yang adil - boleh mengenakan cukai kepada rakyat yang kaya bagi memenuhi keperluan tersebut. Sehinggalah perbendaharaan Negara dalam Baitul Mal sudah kembali mencukupi. Pemimpin juga dalam masa yang sama perlu berusaha untuk mencari sumber pendapatan Negara daripada sumber yang lain seperti kutipan sewa, pertanian dan sebagainya... Pendapat seperti ini tidak dikemukakan oleh ulama terdahulu kerana sumber perbendaharaan Baitul Mal pada zaman mereka adalah banyak, berbeza dengan Baitul Mal zaman kita. Isu ini perlu dibahaskan dan maslahah dalam isu ini adalah jelas. Jika Pemimpin zaman kini tidak menggunakan sistem seperti ini (iaitu sistem percukaian), maka kuasa Pemimpin akan tergugat, maka Negara Islam akan terdedah kepada penguasaan kuasa kafir. Dengan syarat kuasa yang dimiliki oleh Pemimpin itu digunakan secara adil.” (al-Syatibi, 1992: 1/619).
Ulama Kontemporari antaranya
  1. Syeikh Mahmud Syaltut (al-Fatawa al-Kubra, 16)
  2. Syeikh Muhammad al-Ghazali (Mi’ah Su’al ‘an al-Islam, 256)
  3. Syeikh Abu al-A’la al-Mawdudi (Nazariyat al-Islam, 313)
  4. Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi (Fiqh al-Zakat, 2/987)
  5. Syeikh Dr. Ahmad al-Raysuni
Dalil dan Hujah Mereka
Ulama’ yang mengharuskanya, berpegang kepada beberapa ayat al-Qur’an dan hadith sebagaimana yang dilampirkan di bawah.
  • Al-Qur’an antaranya
Firman Allah SWT:
انْفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالًا وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ
Maksudnya: “Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.”
(Surah al-Taubah: 41)

Kewajipan berjihad dengan mengeluarkan harta tidak termasuk kewajipan membayar zakat. Ini membuktikan bahawa selain daripada wajib membayar zakat, umat Islam juga wajib mengeluarkan hartanya untuk berjihad. Dan antara urusan jihad ialah Kerajaan memerlukan perbelanjaan ketenteraan bagi menjamin keselamatan negara. Oleh itu, Kerajaan boleh mengenakan cukai sebagai salah satu cara memenuhi maslahah tersebut (Ibn Hazm, t.th., Ibn Taimiyah, 1995; al-Qaradawi, 2006).

Firman Allah SWT:

قَالُوا يَا ذَا الْقَرْنَيْنِ إِنَّ يَأْجُوجَ وَمَأْجُوجَ مُفْسِدُونَ فِي الْأَرْضِ فَهَلْ نَجْعَلُ لَكَ خَرْجًا عَلَى أَنْ تَجْعَلَ بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمْ سَدًّا Maksudnya: “Mereka berkata: "wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?"
 (Surah al-Kahfi: 94)

Al-Syaukani menjelaskan bahawa maksud al-kharaj dalam ayat di atas adalah ‘apa yang dikutip oleh pemimpin’ (al-Syaukani, 1414H: 3/368). Ayat ini menjelaskan bahawa pemimpin perlu mengumpulkan sumber pendapatan negara bagi memelihara kepentingan umum negara dan rakyat , bahkan pemimpin boleh mewajibkan rakyat untuk mengeluarkan sebahagian harta mereka. Ini termasuklah pemimpin boleh mewajibkan rakyat membayar cukai (Ibn al-‘Arabi, 2003; al-Qaradaghi, 2009)
  • Al-Hadith antaranya
Fatimah binti Qais meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda:
إنَّ في المالِ لَحَقًّا سِوَى الزكاةِ
Maksudnya: 'Sesungguhnya dalam harta itu ada hak yang wajib dikeluarkan selain zakat.'
Kemudian Nabi membacakan ayat 177 surah al-Baqarah.”
Riwayat al-Tirmizi (659)
Tarjih
Setelah meneliti dua pandangan di samping melihat kepada realiti semasa, maka mengambil cukai daripada rakyat yang diletakkan dalam satu sistem percukaian adalah harus dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Antara alasan bagi menyokong pendapat keharusan ini ialah
  • Dalil yang dikemukakan bagi pengharaman bersifat umum sedangkan nas berkaitan percukaian adalah bersifat khas.
  • Perkataan al-maks bukanlah bersifat dan tafsiran seperti yang dinyatakan secara mutlak tetapi ia telah ditafsirkan secara khusus oleh ramai ulama’.
  • Realiti semasa berpandukan kepada negara di dunia ini begitu banyak mengamalkan sistem GST berbanding SST.
  • Pengambilan yang dilakukan hendaklah bersifat adil dan juga pengagihannya hendaklah benar-benar kepada sasaran atau untuk maslahah ‘ammah. Imam al-Syatibi dalam al-I’tisam telah memberi pendapat membenarkan pihak pemerintah memungut cukai dengan dhawabit yang tertentu.
  • Suasana ekonomi sesebuah negara perlu diambil kira termasuk di Malaysia di mana keadaan ekonomi masih lagi tidak mencukupi dari beberapa sumber dan hasil mahsul justeru keperluan mengenakan cukai GST adalah bersifat mendesak. Ini selari dengan kaedah fiqh yang masyhur sebagaimana yang dinukilkan oleh Imam Jalaluddin al-Suyuti dalam al-Asybah wa al-Nazha’ir: “Perbuatan pemerintah terhadap rakyatnya adalah bergantung kepada maslahat.”
  • GST adalah sebahagian daripada ijtihad ekonomi berkenaan keharusan cukai pada sekadar memenuhi maslahat umum pentadbiran negara sebagaimana yang dinyatakan oleh Syeikh Mahmud Syaltut (al-Fatawa al-Kubra, 116) dan kemaslahatan awam sebagaimana yang dinyatakan oleh Syeikh Abul A’la al-Mawdudi (Nazhariyat al-Islam, m. 313)
  • Pendapat ini telah diteliti secara langsung dan diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Kali ke-106 yang bersidang pada 21-22 Oktober 2014 telah bersetuju dan memutuskan bahawa Islam mengharuskan pemerintah atau ulil amri untuk mengutip cukai seperti cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia selagimana terdapat keperluan dan maslahah untuk negara dan rakyat. Pelaksanaanya hendaklah berpandukan parameter syarak.
Secara umumnya pada 25 Mac 2015 yang lalu, saya selaku Mufti Wilayah Persekutuan telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali ke-90 dan telah mengajukan pertanyaan berhubung perkara ini sebagai pengukuhan. Kesimpulan yang dapat saya nyatakan bahawa keharusannya adalah lebih kuat tetapi dengan dhawabit (syarat-syarat) dan cadangan yang dikemukakan dan ia hendaklah dipatuhi.
Semoga kita dapat memahami isu ini dengan lebih baik.

Realiti Semasa

Saya maksudkan di sini perlaksanaan GST di negara di dunia ini maka didapati negara yang melaksanakan GST cukup banyak. Pada masa kini, terdapat 160 negara di dunia yang telah melaksanakan VAT/GST.

Bilangan negara berdasarkan rantau adalah seperti berikut:
No. Rantau Bilangan
Negara
  • ASEAN = 7
  • Asia = 19
  • Eropah = 53
  • Oceania = 7
  • Afrika = 44
  • Amerika Selatan = 11
  • Caribbean, Amerika Tengah & Utara = 19
Daripada 160 negara, lapan negara adalah bukan Negara Anggota Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB):
  • Azores;
  • Taiwan;
  • Kepulauan Faroe;
  • Isle of Man;
  • Jersey;
  • Kosovo;
  • Madeira; dan
Berdasarkan pengamatan kami, banyak juga negara Islam telah melaksanakan GST kecuali Arab Saudi, Brunei dan beberapa buah negara yang lain yang mana keadaan ekonomi mereka begitu stabil dan kaya.

Cadangan

Di sini saya mengambil kesempatan mencadangkan kepada pihak berkuasa untuk mempertimbangkan beberapa perkara agar kegusaran dan kegelisahan di kalangan masyarakat dapat dihindarkan. Antaranya :
  • Kadar 6% hendaklah dikurangkan mengikut kemunasabahan dan kemampuan rakyat kebanyakan pada masa kini.
  • Masyarakat Islam yang membayar zakat tidak lagi dikenakan GST atau satu mekanisma khusus diwujudkan agar tidak berlaku dua kali pembayaran sehingga terbeban umat Islam itu sendiri.
  • Ketelusan dalam pelaksanaan ini dengan penuh integriti dan amanah perlu dipertingkatkan bagi mereka yang terbabit dalam urusan GST ini.
  • Rakyat jelata dan orang ramai begitu ternanti-nanti ingin melihat hasil daripada percukaian GST, akan dibaikpulih kualiti sistem pengangkutan awam, kemudahan awam, pembelajaran dan lain-lain yang bersifat maslahah ‘ammah.
  • Penerangan yang menyeluruh disebarkan terutamanya sebarang kekeliruan yang bermain di minda masyarakat hendaklah dijelaskan dengan sebaik mungkin.
  • Mekanisma dan cara pungutan dan pengagihan perlu selamat daripada sebarang unsur penindasan dan orang-orang miskin dikecualikan daripada dibebani dengan cukai. Begitu juga mekanisma supaya tidak berlaku eksploitasi orang yang tidak bertanggungjawab yang perlu dikawal sebaik mungkin agar kemaslahatan terzahir.
  • Mengenalpasti beberapa barangan atau perkhidmatan yang semestinya tidak dikenakan GST terutama yang bersifat ta’awun seperti takaful dan lain-lain.
  • Kerajaan mesti memantau harga di setiap peringkat dari semasa ke semasa samada di peringkat pemborong, pengilang, mahupun peruncit.
  • Penguatkuasaan undang-undang seperti Akta Pencatutan Harga mesti dilaksanakan dengan tegas bagi mengelakkan peniaga mengambil kesempatan.
Dalam konteks muamalah atau hal ehwal keduniaan, Islam membuka ruang kepada pelbagai ijtihad dan pandangan yang boleh berubah mengikut zaman dan tempat kerana prinsip digariskan Allah SWT:
يُرِيدُ اللَّـهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ
Maksudnya: “Allah mengkehendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak mengkehendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak mengkehendaki kamu menanggung kesukaran”
(Surah al-Baqarah: 185)

Keputusan Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-106 yang bersidang pada 21 - 22 Oktober 2014 telah membincangkan Kajian Terhadap Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
  1. Setelah mendengar pembentangan dan meneliti laporan penyelidikan yang telah disediakan oleh Kumpulan Penyelidik daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju menerima dan memperakukan hasil penyelidikan yang telah dikemukakan.
  2. Berdasarkan hasil penyelidikan tersebut, Muzakarah mendapati bahawa:
  • Sumber pendapatan negara yang dikutip daripada rakyat dibahagikan kepada dua iaitu zakat dan cukai. Isu cukai adalah isu siyasah syar'iyah yang bergantung kepada maslahah yang berbeza-beza antara sesebuah negara dengan negara yang lain dan maslahah pada sesuatu zaman berbanding zaman yang lain
  • Cukai yang tidak berasaskan maslahah yang dibenarkan oleh Syarak adalah diharamkan. Oleh itu, jika Kerajaan sesebuah pemerintahan mengutip cukai bagi memenuhi maslahah daruriyat dan hajiyat rakyat, seperti untuk memenuhi tanggungjawab sosial dan kepentingan rakyat serta untuk keperluan jihad fi sabilillah, maka ia adalah dibenarkan.
  • Sebahagian ulama iaitu Ibn Hazm, Ibn Taimiyah, Ibn al-Musili al-Syafi'i, al-Syatibi, Ibn Khaldun, ulama semasa Mahmud Syaltut dan Ahmad al-Raysuni membenarkan Kerajaan untuk mengenakan cukai kepada rakyat sekadar untuk memenuhi maslahat umum pentadbiran negara.
  • Majoriti para ulama berpandangan Kerajaan haram mengutip cukai daripada rakyat. Namun jika terdapat keperluan yang mendesak, maka Kerajaan dibenarkan mengenakan cukai bagi memenuhi maslahah umum rakyat berdasarkan Qaedah Fiqhiyyah:
الشريعة وضعت لمصالح العباد ودرء المفاسد عنهم
"Syariat itu dibina atas dasar memenuhi maslahah manusia dan menjauhkan mafsadah daripada mereka".
  1. Berdasarkan dapatan kajian yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa apabila Kerajaan mengutip cukai daripada rakyat, wujud kemudharatan khusus iaitu harta milik rakyat akan berkurangan. Namun, jika cukai tidak dikutip, banyak maslahah umum tidak dapat dilaksanakan oleh Kerajaan. Oleh itu, berdasarkan Qaedah Fiqhiyyah يُتَحَمَّلُ الضَّرَرُ الْخَاصُّ؛ لِأَجْلِ دَفْعِ ضَرَرِ الْعَامِّ (Ditanggung kemudaratan khusus untuk mengelakkan berlakunya kemudaratan umum), Kerajaan dibenarkan untuk mengutip cukai demi untuk memenuhi maslahah umum.
  2. Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa Islam mengharuskan pemerintah atau Ulil Amri untuk mengutip cukai seperti Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia selagimana terdapat keperluan dan maslahah untuk negara dan rakyat, dan pelaksanaannya hendaklah berpandukan parameter syarak seperti berikut:
  1. Kerajaan Komited Melaksanakan Syariat Islam;
  2. Kerajaan Memerlukan Sumber Kewangan;
  3. Cukai Yang Dikutip Hanya Untuk Memenuhi Maslahah Dharuriyat dan Hajiyat;
  4. Bebanan Cukai Dikutip Secara Adil;
  5. Cukai Dibelanjakan Untuk Maslahah Ummah Bukan Untuk Maksiat;
  6. Agihan Cukai Hendaklah Bertepatan Dengan Ijtihad Ulama Semasa dan Setempat;
Pengertian Sebenar Sahibu Maks (صاحِبُ مَكسٍ)

Sepertimana terdapat dalam hadith di atas

لا يدخُلُ الجَنَّةَ صاحِبُ مَكسٍ
Maksudnya: “Tidak akan masuk syurga pengutip cukai.”
Riwayat Abu Daud (2937). Hadith ini mengikut pendapat Abu Daud adalah soleh atau boleh digunakan.

Akan tetapi ramai di kalangan ulama mendhaifkannya.

Tafsirannya telah dibuat oleh ramai ulama’. Berdasarkan analisa kepada pendapat ulama, ciri 'al-maks' yang diharamkan oleh Nabi Muhammad saw ialah:
  • Cukai yang dikutip (al-Harawi, 2001: 10/54; al-Farabi, 1987: 3/979; Ibn Manzur, 1414H: 6/220; al-Zabidi, t.th.: 16/514-516) secara zalim (al-Khattabi, 1982: 1/219; al-Rahibani, 1994; al-Raysuni, 1992: 352) dan melampaui batas (al-Baghawi, 1983: 10/61), oleh pegawai kerajaan yang zalim (Muslim bin al-Hajjaj, t.th.)
  • Cukai tersebut tidak berasaskan kepada kebenaran Syarak (al-Alusi, 1981: 273; Ibn Muflih, 2003: 10/347; al-Hijawi, t.th.: 2/52; al-Buhuti, t.th.: 3/139; alSyawkani, 1993: 7/132; al-Rahibani, 1994: 2/619; al-Qari, 2002: 6/2337).
  • Cukai dikutip, diagih dan diurus secara berlawanan dengan hukum Syarak (al-Suyuti, 1994: 19/500).
  • Cukai yang dikutip mempunyai elemen rasuah kerana pada asalnya 'al-maks' yang diamalkan dalam kalangan masyarakat Arab Jahiliyah, wakil pemerintah mengutip 'al-maks' daripada peniaga di pasar secara batil (alMaqrizi,1418H: 3/218).
  • Cukai yang dikutip menjejaskan hak orang miskin (al-Bayhaqi, 2003: 7/26).
  • Cukai yang dikutip membebankan pembayar cukai seperti dikenakan cukai ketika dalam kesempitan dan dikutip secara paksa (al-Qari, 2002: 6/2337).
  • Cukai yang dikutip untuk digunakan sewenang-wenangnya oleh pemimpin tanpa berdasarkan kepentingan umum (al-Munawi, 1988: 2/505).
  • Berkata guru kami Fadhilat al-Syeikh Muhsin al-Abbad, makna tidak masuk syurga bukanlah bermakna seseorang itu kafir dan kekal dalam neraka atau juga tiada jalan baginya ke syurga tetapi sebenarnya ancaman dan memberi amaran dengan sesungguh-sungguhnya. Begitu juga ia bukanlah bermaksud orang pertama yang memasuki syurga.
Mengikut pandangan Dr. Yusuf al-Qaradhawi dan Dr. Ali Mahyuddin al-Qurrah Daghi menegaskan bahawa kalimah maks dalam konteks hadith ini membawa maksud sejenis cukai yang diwajibkan oleh sebahagian pemerintah dan penyokong mereka untuk bermewahan dengannya walaupun menyusahkan rakyat mereka.

Pandangan Pakar Ekonomi

Dilampirkan beberapa pandangan pakar ekonomi berkenaan GST. Antaranya:
  • Profesor Dr. Asan Ali Golam Hassan
Ahli Jawatankuasa Majlis Profesor Negara (MPN)

Menurut Ahli Jawatankuasa Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Dr. Asan Ali Golam Hassan, menerusi GST, Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM) boleh membuat pemantauan di setiap peringkat - pengilang, pemborong, peruncit hingga ke pengguna.

Dalam pada itu katanya, pemantauan boleh dilaksanakan menerusi pengumpulan data oleh kerajaan yang perlu dihantar peniaga setiap bulan.

Tegasnya, ia berbeza dengan sistem cukai yang digunapakai sekarang, iaitu pemantauan hanya di peringkat pengilang yang mengenakan cukai barangan.

Katanya lagi, menerusi GST, peniaga perlu memikirkan jumlah cukai korporat yang perlu dibayar jika ingin menaikkan margin keuntungan sesuka hati.

Ia kerana, selain JKDM, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) juga akan memainkan peranan penting bagi memastikan setiap peniaga menjelaskan cukai korporat setiap tahun.

Tegasnya, peniaga perlu membayar lebih banyak cukai korporat seandainya mereka menaikkan margin keuntungan.

Katanya, pelaksanaan GST adalah adil kepada semua pihak yang terlibat termasuk pengguna yang selama ini menanggung cukai barangan.
  • Datuk Dr. Mohamed Ariff
Ketua Pegawai Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER)

Kerajaan harus melaksanakan GST pada 2012.

Tahun 2012 adalah masa yang paling sesuai untuk melaksanakan GST kerana pada masa itu ekonomi dijangka berada di landasan yang betul.

Pengenalan GST adalah penting untuk kestabilan hasil Kerajaan terutama selepas krisis ekonomi global.

Utusan Malaysia, 21 Ogos 2009

  • Datuk Paul Selvaraj
Ketua Pegawai Eksekutif Penyelidikan Pengguna dan Pusat Sumber

Saya percaya apa yang kerajaan cuba lakukan sekarang boleh memberi manfaat kepada pengguna dalam jangka masa panjang, tetapi hanya jika mereka jujur dan telus mengenainya.

Apabila anda bercakap tentang mengenakan cukai baru, ia adalah lumrah bahawa sukar bagi orang ramai pada mulanya untuk menerimanya.

Mengapa saya katakan ini berkesan kerana ia adalah mudah, jika anda mahu lebih, anda bayar lebih.
Kita tidak boleh hidup dan bergantung kepada subsidi, ia akan membebankan kerajaan lebih dan kita tidak boleh sentiasa dimanjakan.

Malay Mail (Diterjemahkan), 27 November 2009

  • Datuk Mohd. Salleh Abdul Majid
Bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur

Pelaksanaan GST adalah adil dan tidak membebankan rakyat.
GST telah dilaksanakan di 140 negara (data terkini melebihi 160 buah negara). Rakyat harus memahami objektif pelaksanaannya.

Keputusan kerajaan untuk memberi pengecualian GST ke atas keperluan asas seperti produk pertanian dan barangan makanan asas adalah dihormati.

Kerajaan perlu mencari sumber baru pendapatan untuk mengukuhkan kedudukan kewangan dalam jangka masa panjang.

Kerajaan tidak patut terlalu bergantung kepada cukai pendapatan dan cukai yang dikutip dari Petronas.

Utusan Malaysia, 19 Disember 2009

Penutup

Saya nukilkan di sini pendapat mufakkir Islami al-Syeikh Muhammad al-Ghazali dalam kitabnya Mi'ah Su'al 'an al-Islam antara lain membahaskan berkenaan dengan isu percukaian. Beliau berkata: “Aku pernah mendengar ucapan daripada sahabat yang menetap di Eropah sejak sekian masa dan aku begitu kagum dan tidak lupa sesungguhya pada hari penyediaan belanjawan negara dianggap sebagai hari perayaan kegembiraan yang menyeluruh dan terpancar pada wajah masing-masing.

Beliau berkata di sebahagian negara akan dikatakan kepada pembayar cukai, kajilah secara terperinci cara kamu belanjakan dan lihatlah di mana kami letakkan harta yang kami ambil daripada kamu. Mereka melaksanakan maslahah ‘ammah dengan penuh amanah dan integriti. Membiayai pusat pengajian dan hospital. Ini kerana mereka mengambil harta dengan sebenar, memberi dengan penuh penglihatan, membahagi dengan penuh keadilan. Maka tidaklah diwajibkan cukai melainkan persetujuan ahli parlimen dan tidak dibelanjakan melainkan dengan persetujuan.

Inilah yang perlu ditahqiqkan oleh negara agar pelaksanaan percukaian memberi manfaat dan maslahah kepada seluruh rakyat samada dari segi pendidikan, dakwah, penyediaan kapal perang, ketenteraan, persenjataan yang memerlukan kepada sejumlah harta. Saya mengakhiri perbincangan ini dengan mengharapkan agar manfaat daripada percukaian dan harta yang dipungut akhirnya dibelanjakan untuk maslahah ummah dan diberikan tanpa sebarang ungkitan selaras dengan firman Allah:
وَمَا يَفْعَلُوا مِنْ خَيْرٍ فَلَن يُكْفَرُوهُ ۗ وَاللَّـهُ عَلِيمٌ بِالْمُتَّقِينَ
Maksudnya: “Dan apa sahaja kebajikan yang mereka kerjakan, maka mereka tidak sekali-kali akan diingkari (atau disekat dari mendapat pahalanya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui akan keadaan orang-orang yang bertaqwa.”
(Surah Ali Imran: 115)

Sekali lagi saya berdoa kepada Allah semoga Allah mencukupkan rezeki kita dan rezeki negara kita sehingga menjadi negara yang stabil dan makmur ekonominya sehingga GST dapat dikurangkan kalaupun tidak dapat dihapuskan. Semoga Allah mengurniakan kepada kita kefahaman yang baik dan menjadikan semua di kalangan kita mendapat petunjuk dari-Nya. Amin.

Akhukum Fillah

DATUK DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI
Mufti Wilayah Persekutuan

Sumber MWP / HD - 17-4-2015

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




GST menurunkan kualiti hidup warga emas

HARAKAHDAILY | .


(Foto hiasan)
KUALA LUMPUR: Golongan berpendapatan rendah termasuk warga emas adalah antara yang paling terkesan dengan kenaikan harga barangan.

Pada 8 April yang lepas, Fomca mendapati harga barangan meningkat sebanyak 20 hingga 30 peratus berbanding dengan harga yang dicadangkan oleh buku panduan harga yang dikeluarkan oleh kerajaan.

"Peningkatan harga ini telah menyebabkan kuasa membeli rakyat menurun secara mendadak," ujar Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dalam satu kenyataan.

Beliau berasa amat bimbang kesan penurunan kuasa membeli itu kepada warga emas yang tidak mempunyai pendapatan tetap, dan tidak lagi boleh bekerja untuk menanggung kehidupan mereka.

Katanya, dikhuatiri, warga emas yang memerlukan ubat-ubatan untuk penyakit-penyakit tertentu tidak lagi akan mampu untuk membeli ubat, kerana menumpukan perbelanjaan mereka ke arah barangan asas yang lain dan penambahan harga ubat-ubatan.

Ini, ujarnya akan membawa kesan yang jauh lebih buruk, yang mungkin menyebabkan penyakit atau keadaan kesihatan serta kualiti hidup warga emas berada di luar kawalan.

Januari lepas, Malaysian Pharmaceutical Society (MPS), Malaysian Community Pharmacy Guild (MCPG), Pharmaceutical Association of Malaysia (PhAMA), Malaysian Organisation of Pharmaceutical Industries (MOPI) dan Malaysian Association of Pharmaceutical Suppliers (MAPS) telah mengeluarkan kenyataan bahawa sebenarnya hanya 320 jenis ubat sahaja yang dikadarkan sifar di bawah GST.

Ini disebabkan walaupun dalam Senarai Ubatan Penting Kebangsaan (NEML) terdapat 4,200 jenis ubat, namun sebenarnya ubatan yang sama yang dihasilkan oleh syarikat berlainan dikira beberapa kali. Sebagai contoh, paracetamol yang dihasilkan oleh pelbagai syarikat dikira sebagai 17 ubatan yang berlainan oleh kerajaan.

Sebelum pada ini, beberapa harga ubat telah meningkat antara 20% hingga 50% pada tahun 2014 dan dijangka bakal naik mendadak pada tahun ini. - HARAKAHDAILY 17/4/2015

Sumber HD - 17-4-2015
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Adakah Rakyat Malaysia Yang Suka GST ?

Posted on Wednesday, April 15 @ 22:04:12 MYT by paktam

Oleh Mohammad Agus Yusoff

Jika saya, jawapannya mudah: Saya tidak suka GST kerana benci dengan penjelasan kerajaan yang menyatakan GST menurunkan harga barang. Ini hujah yang tidak jujur.

Bagi kebanyakan rakyat, mereka tidak suka GST kerana menyebabkan barang naik dan ini membebankan kehidupan mereka. Kata mereka: “tidak ada pun harga barang keperluan yang turun.”


Hairannya ada juga kawan-kawan saya yang mendokong kuat GST ini. Kata mereka GST meninggalkan kesan yang baik. Antaranya ialah:


i. Rakyat semakin cerdik memilih kedai yang boleh dituju.

ii. Rakyat merancang bajet dan berbelanja untuk barang bekeperluan sahaja.

iii. Institusi keluarga menjadi semakin kukuh kerana rakyat makan di rumah.

iv. Rakyat berani bersuara kepada pekedai untuk menjaga hak mereka sebagai pengguna.

v. Rakyat menyimpan resit untuk menghargai kos produk yang dibeli.

vi. Rakyat mula berjimat dan ini baik untuk meningkatkan tabungan.

vii. Pekedai dan peruncit tidak lagi berani menipu kerana takut kepada hukuman melalui Akta Pencatuan.

viii. Rakyat semakin jimat berbelanja untuk mengelakkan pembaziran.
Saya berfikir lama untuk menghadam hujah kebaikan GST di atas. Tapi semakin saya fikir, semakin otak saya menolaknya.

Mengapa? Ini kerana hujah di atas sengaja dibuat dan dicipta. Hujah sebegitu tidak ikhlas dan tidak ada roh.

Moralnya: Berilah penjelasan yang betul dan konsisten kepada rakyat. Alasan yang banyak berbelit menyebabkabn rakyat hilang keyakinan kepada kebaikan GST, jika ada.

Sumber DD - 16-4-2015
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

GST: Sektor ICT turut terima tempias?

Posted on Wednesday, April 15 @ 12:22:08 MYT by paktam

Oleh SHUHAIMI EMBONG

TULISAN ini sekadar memberikan pandangan sepintas lalu kesan kepada perkembangan industri Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) setelah GST dilaksanakan bermula 1 April 2015.

PELAKSANAAN cukai barangan dan perkhidmatan (GST) baru-baru ini bukan sahaja dilihat mendapat bantahan rakyat secara meluas, tetapi kerajaan seolah-olah hilang kawalan pada hari pertama ia dilaksanakan.


Dalam kenyataan Woon Tai Hai, Pengerusi Jawatankuasa Penyelidikan Persatuan Kebangsaan ICT Malaysia (Pikom) sebelum ini, produk ICT seperti komputer dan telefon pintar tidak dikenakan cukai jualan (dibawah SST), tetapi apabila GST dilaksanakan produk tersebut akan dikenakan cukai sebanyak enam peratus (6 peratus).

Dengan perlaksanaan GST ini, ia sedikit sebanyak akan memperlahankan sentimen pengguna dalam berbelanja untuk produk teknologi. Selain itu, PIKOM juga menjangkakan kenaikan harga perkakas, perisian serta servis yang disediakan kepada pengguna, kerana kos yang meningkat akibat pengenalan cukai GST ini akan dikenakan kepada pengguna.

Dalam satu kenyataan Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (PIKOM), Cheah Kok Hoong Pengerusi  PIKOM menjangkakan penurunan jualan sebanyak 30 peratus bagi perkakas dan gajet seperti telefon pintar, PC, laptop, pencetak dan pelbagai barangan pengguna lain di samping  menyebabkan jualan yang perlahan untuk sekitar enam bulan akan datang.

Hal ini amat terkesan kepada Industri Kecil & Sederhana (IKS). Untuk berdepan dengan situasi kelembapan pasaran seperti ini, terpulang kepada mereka memanfaatkan penggunaan teknologi ICT untuk mengurangkan kos di samping mengekalkan pelanggan dalam pasaran yang sering berubah dengan pantas ini.

“Selain mengurangkan kos dalaman menerusi penambahbaikan dari segi kecekapan perniagaan, atau menawarkan perkhidmatan tambahan bagi mengekalkan asas pelanggan, peruncit juga digalakkan supaya menimbang untuk memanfaatkan trend ICT baharu muncul dan pesat berkembang, yang membanjiri pasaran serta menempatkan diri mereka di tempat yang lebih strategik supaya memperoleh manfaat apabila pasaran kembali rancak,” kata PIKOM.

Sambil berkongsi unjuran mengenai sektor ICT negara dengan impak GST yang  dilaksanakan mulai 1 April 2015, Pikom berkata kajian ke atas ‘Impak CBP ke atas Perniagaan’ menunjukkan lebih 60 peratus (60 peratus) organisasi ICT tempatan memperakui GST akan memberi kesan ke atas hasil mereka.

Dalam pada itu, PIKOM tidak melihat pembelian dan pelaburan produk teknologi oleh syarikat besar dan korporat akan terkesan dari cukai GST ini, kerana cukai 6 peratus yang dikenakan pembekal boleh dituntut semula dari Kastam Diraja Malaysia (Kastam) sebagai cukai kemasukan, jika mereka berdaftar dengan GST.

PIKOM percaya, walaupun akan terdapat kelembapan dalam pasaran sejurus kesan reaksi masayarakat terhadap pengenalan awal GST ini, sektor ICT di Malaysia akan terus berkembang dan mencatatkan keuntungan  RM95bilion menjelang 2017 kelak.

Melihat kepada unjuran PIKOM ini, adalah wajar kerajaan melalui agensinya yang berkaitan melihat kembali perlaksanaan GST kepada produk-produk ICT supaya IKS terutama industri peruncitan bumiputera tidak terjejas teruk dengan dasar kerajaan yang tidak popular ini.

Jika tidak, setelah genap sebulan perlaksanaan GST, bukan sahaja rakyat tetapi juga usahawan-usahawan dan peniaga-peniaga IKS akan turun beramai-ramai membantah perlaksanaan GST pada 1hb Mei, 2015 nanti.   

Sebenarnya, perubahan minda dan penerimaanlah yang diperlukan dalam pelaksanaan cukai ini disamping kekeliruan dan salah tanggapan mengenai GST oleh pasaran terutama dalam kalangan syarikat dan pengguna, perlu ditangani segera menerusi pendidikan berterusan dan kempen bergerak di sepanjang 2015. –

Penulis adalah Pengarah Jabatan IT Pusat (JITP)


Sumber DD - 15-4-2015


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Peniaga kecil, pengguna jadi mangsa GST

MUHAMMAD YUSRI AMIN | .


KOTA BHARU: Peniaga kecil dan pengguna dianggap menjadi mangsa kepada cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dikuatkuasa kerajaan sejak 1 April lalu.

“Peniaga kecil dan pengguna terpaksa menanggung risiko paling besar kesan GST,” kata Pengerusi Persatuan Peniaga-Peniaga Kecil Bumiputra Pasar Besar Siti Khadijah, Ahmad Nazri Che Omar.

Sebaliknya kata beliau peniaga besar yang berdaftar dengan Jabatan Kastam mendapat keuntungan berganda kerana sebelum GST mereka sudah menaikkan harga barang.

Beliau berkata peniaga terbabit terutamanya syarikat besar biar pun dikenakan GST sebanyak 6 peratus namun mereka boleh menuntut semula bayaran daripada kerajaan.

“Mereka boleh claim semula dengan kerajaan. Sebelum GST mereka sudah menaikkan harga jualan. Tetapi peniaga kecil tidak boleh claim apa-apa.

“Kami terpaksa menanggung GST yang dikenakan peniaga besar. Kami juga

terpaksa serap GST kerana tidak berdaftar dengan kerajaan.

“Kalau kenakan harga tinggi akan dikenakan denda. Peniaga kecil seperti kami tidak layak untuk berdaftar dengan Kastam kerana pendapatan bawah

RM500,000 setahun,” ujarnya.

Tahun lepas kerajaan BN mengarah perniaga yang mendapat pulangan jualan tahunan lebih RM500,000 perlu mendaftar dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Ahmad Nazri berkata peniaga runcit terpaksa menanggung kos kenaikan harga barangan yang dikenakan pemborong selepas GST diperkenalkan.

Kata beliau setiap barang yang dibeli berlaku kenaikan sehingga RM1.

Oleh itu katanya GST tidak memberi keadilan peniaga kecil dan pengguna kerana mereka terpaksa menanggung harga mahal selepas pemborong mengenakan GST.

“Sejak pelaksanaan GST perniagaan kami merosot. Tidak ramai lagi pelanggan yang datang. Hampir di semua tempat lengang,” ujarnya.

Sumber industri pula memberitahu kebanyakan pasar raya mengenakan harga baru sejak Januari lepas, sebelum penguatkuasaan GST.

Katanya pasar raya sekarang mendapat keuntungan berganda apabila mengenakan GST kepada pelanggan dan menuntut pula bayaran balik daripada kerajaan. - HARAKAHDAILY 15/4/2015

Sumber HD - 15-4-2015
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Bantah GST: Jelajah Hindar seluruh negara

NAJHAN ABDUL HALIM | .


Jabatan Pilihan raya dan Lajnah Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan Himpunan Derita Rakyat (Hindar) semalam khasnya Timbalan Mursyidul Am PAS, Ustaz Datuk Ahmad Yakob  dan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang hadir menambah erti dan nilai pada himpunan rakyat membantah GST.

Kehadiran orang ramai yang melepasi jangkaan sekitar 4,000 hingga 5,000 orang menjelang solat Maghrib di Padang Merbok telah menepati objektif yang ingin dicapai oleh penganjur bagi menjelaskan kenapa GST dibantah oleh rakyat.

Ia juga menjadi signal kepada kerajaan Umno BN bahawa langkah mereka mengenakan cukai GST adalah langkah sumbang yang mengundang derita rakyat.

Setiausaha Majlis Syura Ulamak, Ustaz Dr Datuk Nik Zawawi Salleh, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Ustaz Dr Datuk Mahfuz Mohamad, Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Syarhan Abdul Halim Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor, Bob Lokman, Wakil NGO Ganti Saudara Amzad, Mejar (B) Zaidi, Wakil OKU, Wakil Pemandu Teksi dan Presiden Gamis Saudara Imran antara yang memanaskan pentas pidato Hindar.

Hadir sama ialah Ustaz Mokhtar Senik, Ketua DUPN Pahang yang mengimamkan solat hajat, Ustaz Abdullah Husin, Ketua DUPN Johor, Ustaz Dr Abu Bakar Abdullah Pengerusi Lajnah Kebajikan DUPP dan Ustaz Asri Daud ad-Diwanie Bendahari DUPP.

Hindar turut diserikan dengan persembahan pantomin yang sangat menyentuh perasaan hadirin oleh kumpulan Langat Warrior dan Nasyid Infiru oleh Kumpulan ByHaq. Bob Lokman dan Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi tampil menyampaikan sajak bertemakan Derita Rakyat. Keseluruhan majlis berjalan lancar dengan pengerusi umumnya Ustaz Norazli Musa berjaya mengendali Hindar dengan baik dan tertib.

Kami sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu jayakan Hindar termasuk pihak PDRM serta DBKL dan pastinya setinggi-tinggi penghargaan kepada Jabatan Amal dengan kekuatan 250 orang petugasnya sungguh dedikasi menjayakan Hindar. Tidak ketinggalan Alternatif Riding Club (ARC) dengan 200 buah motor menderu di Padang Merbok.

Insya Allah Hindar akan jelajah ke seluruh negara bagi meneruskan usaha menyedarkan masyarakat untuk bangkit membantah serta mendesak kerajaan memansuhkan GST. - HARAKAHDAILY 12/4/2015

Penulis ialah Setiausaha Hindar.

Sumber HD - 12-4-2015
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

GST Dari Kacamata Orang Muda


Oleh : Zul Shawal

DUNGUN – Disaat tekanan kos sara hidup kian mencengkam golongan kelas pertengahan dan bawahan di Malaysia akibat kemelesan ekonomi negara, mereka kini dibebani pula dengan satu lagi ‘produk’ terbaru kerajaan Barisan Nasioanl; GST.

IMG-20150331-WA0169 (2)

Kumpulan terbesar dalam golongan tersebut adalah terdiri dari orang-orang muda dan anak-anak remaja muda yang berusia 18 hingga 40 tahun. Bebanan ini dirasai seawal mereka menghabiskan alam persekolahan atau seseorang yang bergelar mahasiswa.

Bagi mereka tidak berjaya melanjutkan pendidikan di pusat pengajian tinggi, orang muda terpaksa berjuang untuk mencari pekerjaan yang bukan mudah dan cukup mencabar. Tanpa pengalaman, sudah tentu bayaran upah yang bakal diterima tidak mampu bagi mereka mengharungi kehidupan dengan kos yang semakin meningkat di negara yang masih berstatus ‘membangun’.

Bagi mahasiswa yang berjaya menamatkan pengajian, sebahagian besarnya melangkah keluar bersama hutang pengajian yang terpaksa ditanggung demi kelangsungan pendidikan mereka.

Ditambah dengan persaingan, perebutan peluang pekerjaan yang terlalu kecil berbanding lambakkan para graduan ini, mereka menghadapi ‘survival’ untuk terus hidup dalam zaman moden dan sanggup melakukan apa cara demi penerusan hidup ini.

Bebanan baru bernama GST yang dilahirkan pada 1 April 2015, masih belum sempat dihadamkan dalam ‘perut’ rakyat. Hanya mengetahui secara asas sistem cukai GST yang diperkenalkan, kebarangkalian rakyat tertipu dengan sistem percukaian ini adalah tinggi.

Hanif Mohd, 28 tahun, seorang graduan IPTA menegaskan bahawa kerajaan tergesa-gesa menguatkuasakan GST keatas ‘kepala’ rakyat tanpa penelitian yang khusus dari segenap penjuru.

IMG-20150408-WA0037

“Sejak bermula 1 April hingga sekarang kita masih kebinggungan dengan pendekatan GST yang dibuat oleh kerajaan melalui agen mereka, Kastam (Diraja Malaysia).

“Masih ramai pegawai-pegawai Kastam yang masih belum menjadi pakar untuk mengurus kepincangan yang timbul daripada kecacatan GST,”beliau berhujah.

Menurutnya, banyak laporan diadukan kepada kastam berhubung GST walaupun baru seminggu diperkenalkan.

Lebih rumit lagi, pada pandangannya, pegawai kastam yang bertugas sendiri pun seolah-olah tidak memahami sepenuhnya sistem tersebut.

“Terpaksa menghubungi pihak lain bagi memberi jawapan kepada pengadu. Timbul persoalan adakah sistem ini tidak memiliki garis panduan yang tepat dan mudah difahami.

“Daripada puluhan ribu barangan yang berlegar dalam pasaran semasa, dan dinyatakan dengan jelas terdapat 8,000 barangan yang dikecualikan daripada GST. Rakyat masih tertanya-tanya senarai lengkap 8,000 barangan tersebut,”soal Hanif

Tinjauan dikalangan anak muda berhubung isu GST ini lebih berkisar kepada kenaikan harga kad nilai tambah pra bayar telepon bimbit, pakaian dan peralatan sukan serta kenderaan.

IMG-20150408-WA0045

Fendi (bukan nama sebenar), 22, terpaksa melupakan hasratnya bagi memiliki motosikal baru.

Ia bukan sahaja kerana pertambahan kos 6% terhadap harga motosikal tersebut, tetapi bakal pemilik juga terpaksa menanggung kos kenaikan bagi urusan tambahan seperti insuran kenderaan.

“Terpaksalah saya guna kembali motor yang lama, motor tu dah lama dan selalu rosak. Alat ganti juga mahal sekarang ni. Mungkin kali ni tiada rezeki,” kata Fendi dengan nada kesal.

Ini adalah keluhan seorang daripada jutaan orang muda di negara ini yang merupakan penyumbang terbesar kepada pasaran ekonomi runcit negara.

Kuasa yang datang daripada mereka bisa menjejaskan lagi kepincangan ekonomi sekarang jika mereka mengurangkan kuasa belian mereka.

Isyarat yang paling jelas dapat dilihat daripada golongan anak muda adalah mereka masih belum bersedia untuk ber’GST’.

Sumber BO - 8-4-2015

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Angkara GST pengguna sukar 'top up' prabayar

| .


KOTA BHARU: Sikap tidak konsisten kerajaan terhadap caj cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bagi kad tambah nilai prabayar (top up) mengundang situasi sukar kepada orang ramai.

Sebahagian besar masyarakat terutamanya di kampung menggunakan kaedah top up bagi membolehkan mereka berkomunikasi melalui telefon.

Namun sejak 1 April lalu mereka semakin sukar untuk menambah nilai kredit telefon memandangkan banyak kedai tidak menjual perkhidmatan itu.

Seorang peniaga kedai telekomunikasi di sebuah pusat membeli belah di sini memberitahu, mereka tidak menjual top up sejak 2 April lalu kerana masih celaru dengan GST yang mulai berkuatkuasa awal bulan ini.

Katanya sikap kerajaan yang tidak konsisten menyebabkan peniaga kedai telekomunikasi berdepan dengan masalah.

“Kami membeli kad prabayar daripada pembekal dengan harga yang lebih tinggi berbanding sebelum ini. Jadi kenakan pula caj GST itu kepada pelanggan.

“Kami tidak boleh lagi menjual pada kadar harga lama kerana pembekal sudah mengenakan harga lebih tinggi selepas berkuatkuasa GST,” katanya di sini.

Kata beliau ramai pelanggan yang mahu membeli top up merungut dan marah apabila dikenakan caj GST.

“Misalnya bagi kad tambah nilai berharga RM5 sekarang pengguna perlu tambah 50 sen. Dan kalau kad tambah nilai prabayar berharga RM10 bermakna GST kena bayar RM1.

“Ini yang tidak boleh diterima pengguna, mereka marah. Jadi bagi jalan selamat ramai peniaga di pusat membeli belah di sini tidak lagi menjual top up sekarang,” ujarnya lagi.

Sebelum ini kerajaan mengumumkan tidak menggunakan GST terhadap tambah nilai kad prabayar. Bagaimanapun kelmarin kerajaan memutuskan harga kad tambah nilai prabayar dikenakan GST pula.
Pengarah Bahagian GST Jabatan Kastam, Datuk Subromaniam Tholasy dilaporkan berkata keputusan tersebut hanya terpakai untuk tiga bulan pertama selepas pelaksanaan GST, sebelum dicari penyelesaian lebih baik. - HARAKAHDAILY 5/4/2015


Sumber HD - 6-4-2015
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Rakyat Terus Bantah ‘Rejim Percukaian’ Umno dan Barisan Nasional


DUNGUN – Kecelaruan yang timbul dan bantahan yang berterusan oleh rakyat, selepas 3 hari dilaksanakan menunjukkan rakyat tidak bersedia untuk menerima ‘rejim percukaian’ GST.
Ahli Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli berkata ahli-ahli parlimen PAS dan Pakatan Rakyat akan terus membantah dan menentang perlaksanaan cukai baru itu.

Menurutnya, kesan segera akibat perlaksanaan GST adalah kekeliruan rakyat serta beban kehidupan rakyat yang semakin meningkat.

“ahli-ahli palimen PAS membangkang perlaksanaan GST kerana ia memberi kesan kepada bebanan perbelanjaan rakyat yang memamng kita lihat selepas tiga hari perlaksanaan (cukai) ini menimbulkan kekeliruan yang sangat ketara,

“begitu juga bagi ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat juga menentang akta GST ini kerana kita memahami hakikat perlu perbaiki banyak (pembaziran dan ketirisan) perbelanjaan negera sebelum melaksanakan dasar ‘rejim percukaian’ yang tidak membei keselesaan kepada rakyat,”jelasnya.
Yang DiPertua PAS Kawasan Dungun itu berkata demikian ketika memberikan sokongan

IMG-20150403-WA0016

kepada usaha Dewan Pemuda PAS Kawasan terbabit menganjurkan ‘flashmb’ bantaran GST dan menyokong perlaksanaan Hudud di sini petang semalam, Jumaat 3 April.

Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang Cikgu Alias Harun menyifatkan, kerajaan Umno dan Barisan Nasional meniupi rakyat dengan menyatakan bahawa perlaksanaan GST tidak akan menaikkan harga barang.

“GST ini membebankan rakyat….menyusahkan rakyat………….(kerajaan dakwa) kata sahaja barang tak naik (harga) ‘nyaknyer’ k orang kampung…..kesian ke orang kampung……..semua barang naik (harga),

“(syarikat) yang tidak berdaftar pun (ambik GST) macam dah jadi biasa……..cuba mengambil kesempatan (mengaut untung dari perlaksanaan GST),”tegas beliau.

Katanya pihak Kastam Diraja Malaysia sepatutnya mengawal dengan ketat agar rakyat tidak menjadi mangsa.

Beliau berkata, GST tidak patut dilaksanakan sekarang kerana masa yang terlalu singkat kepada semua pihak yang akhirnya memperlihatkan kelemahan-kelemahan terhadap penguatkuasaannya.

“(Kerajaan) terutama sekali perlu menentukan kedai-kedai yang (dibenarkan mengutip GST) mungkin ada sebahagian yang berdaftar,

“tapi yang tidak berdaftar turut mengambil (dan menaikkan harga),”jelasnya.

Rakannya ADUN Sura, Cikgu Wan Hapandi berkata, beliau banyak menerima aduan daripada orang ramai tentang kenaiakan harga barang yang berlaku selepas GST dilaksanakan.

Beliau berkata, kesan cukai tersebut begitu membebankan sebahagian besar rakyat negeri Terengganu yang masih ramai dalam keadaan miskin.

“keadaan ini sudah tentulah memberi tekanan kepada kehidupan rakyat………yang mana kita sudah sedia maklum sebahagian besar rakayat Terengganu khususnya,

“termasuk dalam negeri-negeri yang rakyat miskinnnya ramai, keadaan ini sudah tentu akan memberikan kesan buruk kepada masyarakat,”kata beliau.



Sumber BO - 4-4-2015
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Selamat Menunaikan GST

Posted on Saturday, April 04 @ 09:48:12 MYT by paktam

Oleh A Kadir Jasin


GST bukan jenaka, lawak, tipu atau olok-olok April Fools. Itu bukan kata saya. Itu kata Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan. Dalam bahasa orang putih dia kata: "This is not an April Fool's joke, GST will be implemented."


(Ini bukan jenaka April Fools, GST akan dilaksanakan.)


Ahmad Maslan: GST (6%) bukan olok-olok
Tidak siapa pun, kecuali “fools” (orang bangang*) menganggap Cukai Barangan dan Perkhidmatan sebagai jenaka, lawak, tipu atau olok-olok.

Semua orang yang siuman, termasuk kanak-kanak sekolah, dan orang yang tidak nyanyuk tahu bahawa menjelang 12 tengah malam ini, bersamaan 1 April 2015, GST akan dikuatkuasakan.

Selamat menunaikan tanggungjawab membayar GST.

Saya kurang pasti sama ada perkhidmatan menggunting, mendandan dan mewarnakan rambut serta membuat rawatan kuku tangan (manicure) dan kuku kaki (pedicure) di rumah dikenakan GST.

Gambar hiasan: Mewarna sendiri tak kena GST
Kalau hendak tahu, tanyalah Ahmad Maslan. Tapi kalau tidak yakin juga boleh tanya Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Hasan Malek.

Kalau kena GST tentu membebankan sebab khabarnya khidmat mewarnakan rambut di rumah memakan belanja hingga RM1,200. Kalau RM1,200 GSTnya RM72. Jadi kos mewarnakan rambut di rumah mulai tengah malam ini RM1,272.

Tak yakin Ahmad Maslan tanya Hasan
[Tuan punya salah sebuah kedai kopi yang kerap saya kunjungi memberitahu mulai 1 April dia akan mengenakan GST 6%. Sebelum ini dia tidak kenakan apa-apa cukai.]
Jangan mungkiri janji GST
Harap-harap benarlah ikrar GST yang berbunyi “membangun dan maju bersama” selaras dengan slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan kerana GST adalah cukai yang terangkum (inclusive). Siapa berbelanja, tak kira miskin atau kaya, akan kena.

Wallahuaklam.

*Istilah ini dipinjam daripada Perdana Menteri.


Sumber DD - 4-4-2015

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Terus Bantahan Terhadap GST


KUALA TERENGGANU – GST yang telah berkuatkuasa semalam pada 1 April, merupakan cukai yang membebankan rakyat, ekoran UMNO-BN yang telah diberi mandat oleh rakyat, gagal menguruskan kekayaan negara.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia Ustaz Muhammad Khalil Abdul hadi berkata, hasil mahsul negara tidak diuruskan secara telus dan beramanah.

“Alasan UMNO-BN yang mahu mengenakan GST adalah demi kebaikan rakyat. Ini tidak selari dengan derita dan kesusahan rakyat yang sedia ada akibat ekonomi suram dan pelbagai kesusahan yang menimpa mereka.

“Sepatutnya kerajaan bijak mencari pendapatan untuk dibelanjakan kepada rakyat, bukan rakyat yang terpaksa berkorban untuk kerajaan,”jelasnya

khalil hadi

Masalah yang dihadapi sekarang adalah, kata beliau, bukan kerajaan tidak mempunyai kekayaan yang mencukupi, tetapi kekayaan yang sedia ada tidak diurus dengan baik.

Buktinya, tambah beliau, saban tahun Jabatan Ketua Audit Negara melaporkan berlakunya ketirisan serta pembaziran yang dilakukan oleh pihak kerajaan.

“Antaranya pembelian barangan yang harganya ‘tidak masuk akal’. Sebagai contohnya di Terengganu ini bukti jelas di depan mata kita pembaziran dan penyelewengan yang telah dilakukan oleh UMNO-BN ini.

“Stadium ‘runtuh’ yang dibina dengan duit rakyat berharga lebih RM300 juta hanya mampu digunakan sekali sahaja, kemudian runtuh.

“Begitu juga nasib kolam renang yang baru siap, tetapi banyak kerosakan berlaku. Itu semua adalah duit rakyat yang membayar cukai dan hasil kekayaan negara yang di salah guna,”tegasnya

Oleh kerana itulah, beliau menyeru rakyat terus menyatakan bantahan terhadap GST, yang beliau yakin, tidak memberi banyak faedah, malah menambahkan beban yang sedia ada.

Sumber BO - 2-4-2015
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


BANTAH GST : TERKENANG HIMPUNAN MANSUH PPSMI 2009 - NASAIEE



Bantah GST: Terkenang himpunan mansuh PPSMI 2009

Posted on Saturday, April 04 @ 09:52:03 MYT by paktam

Oleh MOHD NASAIE ISMAIL
TERKENANG (GMP)Gerakan Mansuhkan PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris) beberapa tahun lalu yang dipimpin oleh Dato Dr Hasan Ahmad, Hasni Abas, Prof Emeritus Abdullah Hasan, Suhaizan Kaiat dan ikon mereka Sasterawan Negara A.Samad Said. Isu PPSMI berjaya memecah tembok politik kepartian. Walaupun parti pembangkang sudah lama menolak PPSMI, tetapi isu ini kembali hangat apabila satu program akedemik diadakan di Pusat Peradaban Melayu, Fakulti Sastera Universiti Malaya.

Sesi yang dipengerusikan oleh tokoh budaya dan bahasa Prof Dato Dr Latif Bakar itu menjadi panas apabila dibangkitkan isu PPSMI. Seorang ahli pensyarah matematik UKM Prof Shahrin Mat Zin mencabar ahli akedemik bangkit melawan PPSMI. Dan beliau mengistiharkan sedia memecah tempok penjara jika benar benar ahli akedemik hendak tentang PPSMI (maksudnya begitu, istilahnya mungkin berbeza). Beberapa ahli akedemik dalam majlis tersebut menyambut cabaran Prof Shahrin walaupun pengerusi mengambil sikap 'diam tersenyum'. Saya tahu sebab apa Prof Latif diam, sebab 3 tahun saya menjadi pelajar beliau dalam bidang komunikasi dan bahasa di Jabatan Pengajian Media.

Bermula daripada saat itulah beberapa pertemuan diadakan. Hasni Abas seorang kakitangan di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bersama Suhaizan Kaiat menjadi kordinator. Hasni menjadi SU dan Suhaizan sebagai PSU. Mereka melamar almarhum Datuk Dr Hasan Ahmad bekas pengarah DBP untuk pengerusikan Gerakan Mansuhkan PPSMI. Gerakan ini memulakan roadshow mereka ke seluruh negara dan semakin ramai mendapat sambutan kalangan ahli akedemik, budayawan, sasterawan. Tidak lupa ahli politik, akrivis masyarakat yang sememangnya bersama sejak awal menentang PPSMI.

Kemuncaknya 7 Mac 2009 diadakan himpunan besar-besaran di Kuala Lumpur. Perarakan dari beberapa tempat termasuk Masjid Negara ke Istana Negara. Sebelum sampai ke persimpangan Istana Negara, pihak polis menembak gas pemedih mata dan menggempur peserta. A.Samad Said yang menjadi ikon ketika itu turut terkena gas pemedih mata dan terpaksa dipapah oleh beberapa petugas. Pemimpin politik seperti Presiden PAS (TGHH), pimpinan PKR dan DAP yang berada di barisan hadapan turut berpecah selepas gas yang kuat ditembak tepat ke perkumpulan pimpinan.

Di hadapan Masjid Negara beberapa kumpulan pelajar sekolah menengah yang datang dari Johor dan Terengganu dipimpin almarhum Ustaz Abu Bakar Cik turut menyertai himpunan. Mahasiswa juga tidak kurang mengusung keranda mengingatkan kematian bahasa. Berakhir dengan kerajaan mengumumkan PPSMI dibatalkan. Apa yang hendak disampaikan di sini adalah bukanlah jumlah kehadiran pada hari bantahan tersebut. Biasa sahaja pakatan parti pembangkang boleh menghimpun ratus ribu ke jalan raya sebagaimana himpunan BERSIH. Tetapi kehadiran golongan luar kebiasaan ke himpunan ini.

Ketika solat zohor di Masjid Negara, saya terpandang kelibat Prof Emeritus Dato Dr Abu Bakar Hamid. Seorang tokoh akedemik yang tidak dilihat dalam perkumpulan GMP sejak awal tetapi hadir pada hari bantahan. Usinya sudah 70-an ketika itu. Teringat dalam kelas, ketika sesi pembelajaran, Prof Bakar dihubungi Naib Censelor UM ketika itu (Prof Hashim Yaakub) untuk bertemu beliau.

Isunya keluar di muka hadapan akhbar Harakah satu berita berjudul 'NC Ketua SB'. Jika tidak silap berita itu memetik kenyataan Prof Bakar yang mengatakan Naib Canselor sekarang sudah seperti SB. Kritikan mereka terhadap PPSMI dan lain lain hal di ruang Kafe Fakulti pun sampai ke pengetahuan Naib Cancelor. Lalu beliau mohon ditamatkan kelas sebab NC mahu mengadap beliau, bukan beliau mahu mengadap NC. Begitulah layaknya Prof Bakar melayan NC yang kuat politik. 

Saya dimaklumkan juga Prof Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim (pakar bahasa) turut serta dalam bantahan ini. Bahkan Dato' Hasan Ahmad itu sendiri adalah ahli Umno. Agak janggal pada awalnya dia bekerjasama dengan orang PAS dan Pakatan Rakyat.

Tetapi dibantu oleh tokoh-tokoh seperti Prof Emeritus Abdullah Hasan dan isterinya Ainon Mohd serta Prof Shaharin Mat Zin, mereka bersemangat menggiatkan kempen tersebut. Sasterawan Negara A. Samad Said juga agak janggal pada awalnya. Namun selepas isu PPSMI, beliau turun padang bersama rakyat sehingga sedia ditarik balik gelaran Sasterawan Negara. Isu ini luar biasa kerana bantahannya melampaui kepartian. Walaupun tidak dinafikan parti politik antara terkuat menggerakkan kempen ini.

Hari ini kita berdepan isu GST. Dalam tempoh sehari ini, rakyat mula bersuara. Hilang imej kepartian. Rakan rakan daripada UMNO dan BN turut mengeluh. Penjawat awam termasuk pegawai kastam dan polis pun mengeluh. Dua hari dalam tahanan, kami mendalami anggota polis yang menerangkan buruknya GST ini dengan kefahaman yang tinggi. Bukan dibuat-buat melainkan mereka turut membaca dan mengkaji. Hari ini pakat-pakat mula rasai kesannya.

Tidak timbul isu ini percukaian terbaik. Asas utama ia membebankan rakyat. Negara dan rakyat belum bersedia. Gaji tidak setimpal. Khidmat kerajaan kepada rakyat di tahap tidak memberangsangkan berbanding cukai dibayar. Perdana Menteri, ahli keluarga dan pembesar-pembesar negara hidup terlajak mewah. Projek-projek kerajaan banyak gagal, tiris, membazir mengakibatkan kerugian wang rakyat berpuluh-puluh bilion. Hutang negara ditahap kritikal. 

Akhirnya penyelesaian rakyat perlu berkorban atas kegagalan mereka.

Isu ini sudah melangkaui parti. Saya menolak kutukan sinis kita kepada rakan-rakan daripada parti sebelah yang mengeluh. Kita menyeru mereka turut bersama. Seorang pegawai kanan KASTAM memaklumkan kepada kami pagi tadi, polis hadir ramai di KASTAM walaupun diketahui kehadiran kami hanya 10 orang disebabkan mereka bimbang rakyat yang tidak dijemput turut hadir. Mereka mengatakan perkumpulan rakyat yang berkumpul di Giant, Tesco, Econsave dan lain lain kedai malam semalam untuk membeli stok barangan cukup membimbangkan. Jika mereka itu turun serta ia mencemaskan. Kami katakan benar. Tetapi bukan hari ini. Tetapi nantikan bantahan besar besaran daripada rakyat, semua akan dan mesti turun. Ketika itu pegawai kerajaan, ahli akademik, pelajar sekolah, pegawai kastam, anggota polis, ahli Umno mesti turun bersama penentang setia daripada parti pembangkang, NGO-NGO dan aktivis masyarakat.

Kalau ahli Umno tegar seperti almarhum Datuk Dr Hasan Ahmad berani turun dalam bantahan PPSMI, apalah sangat dengan yang berjawatan kecil. Ayuh kita gerakkan bersama. Bukan untuk sesiapa tetapi untuk rakyat seluruhnya dan generasi akan datang.

(Mohd Nasaie Ismail ialah Ketua Penerangan Pemuda PAS Malaysia)


Sumber DD - 4-4-2015

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

BIAR BETUL, SELEPAS GST HARGA KERETA TURUN RM1.95 - FAKIR KOTA




Sumber HD - 2-4-2015
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

SENARAI ALATAN RUMAH KENA GST - BLOGGER



http://www.harakahdaily.net/index.php/terbaik-dari-blog/95-terbaik-dari-blog/34677-senarai-peralatan-rumah-kena-gst

Sumber HD - 2-4-2015

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




TPPA: Peserta kena tandatangani OSA, NDA?

S M MOHAMED IDRIS | .


PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) amat kecewa bahawa peserta yang dijemput menghadiri sesi makmal yang berkaitan dengan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dikehendaki menandatangani Deklarasi Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan Perjanjian Bukan Pendedahan (Non-Disclosure Agreement - NDA).

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah menjemput CAP untuk mengambil bahagian dalam sesi townhall dan makmal tertutup TPP yang diadakan pada 2 dan 3 April 2015. Surat jemputan menyatakan bahawa sesi ini dijalankan untuk meningkatkan engagement serta mendapatkan input daripada pelbagai pihak dan yang proses ini adalah selari dengan hasrat Kerajaan untuk meningkatkan tahap ketelusan dan akauntabiliti Kerajaan dalam merundingkan perjanjian TPP.

Oleh itu, ia adalah ironik bahawa peserta dikehendaki menandatangani Deklarasi OSA dan NDA. CAP sebelum ini telah menolak jemputan oleh MITI pada bulan Disember 2014 untuk menjadi cleared advisor kerana kami dikehendaki mematuhi fasal kerahsiaan. Sebagai maklum balas untuk jemputan itu, CAP telah menyatakan bahawa sebagai sebuah organisasi masyarakat sivil yang komited dalam menjadi suara rakyat akan terdapat konflik kepentingan jika CAP menjadi cleared advisor yang bersumpah untuk menyimpan rahsia.

Dalam perkembangan yang sama, kami mencela penggunaan OSA dan NDA dalam sesi makmal TPPA kerana ia cuba menghalang peserta daripada mendedahkan teks rundingan. Sejak awal rundingan TPP, CAP telah menggesa pendedahan umum teks rundingan. Oleh itu, CAP akan menyangkal diri jika dikehendaki menandatangani Deklarasi OSA dan NDA. Kami memaklumkan kepada MITI bahawa CAP tidak akan tunduk kepada suatu perjanjian yang akan memberi impak kepada rakyat dan mengalah kepada permintaan syarikat dan negara lain.

Pendirian kami dalam rundingan TPP ialah Malaysia perlu tarik diri dan tidak menandatangani TPPA tersebut. Gesaan terbaru CAP kepada kerajaan adalah atas alasan berikut:

• Syarikat Multi-nasional (Multi-national Corporations - MNC) memulakan dan memandu perundingan TPPA. Teks perjanjian itu telah disediakan oleh pakar-pakar undang-undang mereka dan dirahsiakan, jauh dari pandangan orang ramai kerana takut bantahan terhadapnya. Malah Senator Amerika Syarikat Sherrod Brown mengkritiknya dengan berkata: "Ini meneruskan tradisi Amerika di mana syarikat menulis perjanjian perdagangan, tidak berkongsi dengan sesiapa, dan kerap mengorbankan kepentingan pengguna, kesihatan awam dan pekerja"

• Tujuan kembar TPPA adalah memudahkan penembusan pasaran oleh MNC yang berpotensi menjejaskan kepentingan ekonomi dan sosial kita dan menggalakkan kepentingan geo-politik Amerika Syarikat contohnya membendung China.

• Ia masih belum menunjukkan kepada orang ramai apa faedah yang kita akan dapat daripada perjanjian yang akan mempunyai implikasi yang serius terhadap kesihatan awam, alam sekitar, dasar-dasar sosio-ekonomi dan kedaulatan negara.

• TPPA memberi hak kepada pelabur korporat asing untuk menyaman kerajaan untuk tindakan yang melemahkan "jangkaan/harapan" dan menggugat perniagaan mereka. Harapan keuntungan perniagaan seharusnya bukanlah kebimbangan kerajaan tetapi pelabur yang patut mengambil risiko. Jika langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk melindungi dan menggalakkan kepentingan dan keperluan rakyatnya menjejas "jangkaan" keuntungan pelabur, mengapa mesti rakyat membayar pampasan kepada kerugian tersebut? Dalam ideologi pasaran bebas, peniaga sepatutnya memikul risiko mereka. Peniaga tempatan menghadapi risiko tersebut tanpa bantuan kerajaan. Mengapa mesti syarikat asing besar dilindung daripada risiko perniagaan?

• Beberapa dasar/undang-undang yang digubal kerajaan pada masa hadapan untuk melindungi alam sekitar, meningkatkan penjagaan kesihatan atau menggalakkan keadilan sosial boleh dicabar oleh MNC dan kita mungkin terpaksa membayar berbilion-bilion ringgit sebagai pampasan dan dasar/undang-undang itu dibatalkan. Mengapa kita perlu mengambil risiko ini?

• Mengenai implikasi tanggungjawab kerajaan bagi kerugian korporat, Senator Amerika Syarikat, Charles E. Schumer berkata: "Ini adalah benar-benar merisaukan. Ia seolah-olah menunjukkan bahawa konglomerat asing yang kaya boleh mencabar pelbagai undang-undang yang kita luluskan pada setiap peringkat kerajaan, ... "

• Peruntukan Penyelesaian Pertikaian Pelabur-Kerajaan (Investor-State Dispute Settlement -- ISDS) membenarkan syarikat asing untuk mengemukakan tuntutan kepada penimbangtara swasta, bukan mahkamah tempatan, menentang kerajaan dalam dakwaan kesan buruk terhadap pelaburan mereka kerana tindakan yang diambil kerajaan. Penimbangtara tersebut tidak bebas dan selain menjadi penimbangtara mereka juga mewakili syarikat-syarikat besar dalam tuntutan mereka. Lebih daripada 100 sarjana undang-undang, dalam surat kepada Kongres Amerika Syarikat menyatakan: "ISDS mengancam kedaulatan negara dengan memberi kuasa kepada syarikat asing untuk memintas sistem mahkamah tempatan dan secara peribadi menguatkuasakan syarat perjanjian perdagangan. Ia melemahkan kedaulatan undang-undang dengan menghapuskan perlindungan prosedur sistem keadilan dan menggunakan sistem pengadilan yang  tidak jelas dan tidak boleh dikaji semula.

• Kesan peruntukan perlindungan pelabur dalam TPPA adalah menghadkan kuasa Parlimen untuk meluluskan undang-undang demi kepentingan rakyat dan perlindungan alam sekitar agar ia patuh kepada TPPA. Ia melanggar perlembagaan untuk membolehkan tribunal ISDS menindih undang-undang yang digubal oleh Parlimen. Ia seolah-olah menyerahkan kuasa veto legislatif kepada ISDS ke atas undang-undang yang digubal oleh Parlimen.

Terdapat bantahan yang tidak terkira banyaknya daripada rakyat daripada negara-negara yang merundingkan TPP kerana perjanjian perdagangan seperti TPP mementingkan korporat, dan bukan awam. Jika TPP adalah perjanjian yang baik untuk semua, kerajaan yang merundingkan perjanjian ini harus berani menunjukkan kepada rakyat dengan tepat apa yang ada dalam perjanjian ini, dan bukannya merahsiakan kandungan TPP.

Kesimpulannya, TPPA adalah perjanjian perdagangan yang bertujuan untuk melindungi kepentingan syarikat-syarikat besar dengan mengorbankan kepentingan pekerja, pengguna, alam sekitar dan asas-asas demokrasi kita. TPPA akan memberi kesan negatif kepada berjuta-juta orang terutama golongan miskin dan terpinggir di semua negara-negara yang merundingkan TPP. Oleh itu kami menggesa Malaysia untuk tidak menandatangani perjanjian ini dan menghentikan kerahsiaan. – HARAKAHDAILY 2/4/2015

Penulis ialah Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Sumber HD - 2-4-2015

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

SENARAI BARANG RUNCIT KENA GST, TIDAK KENA GST - BLOGGER

http://www.harakahdaily.net/index.php/terbaik-dari-blog/95-terbaik-dari-blog/34671-senarai-barang-runcit-kena-gst-tidak-kena-gst


Sumber HD - 1-4-2015

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Nelayan dan petani tak iktiraf konsultasi TPPA

| .



KAMI mendapat maklumat bahawa untuk ke sekian kalinya, MITI akan menganjurkan satu diskusi khas berkenaan TPPA pada 2 dan 3 April ini di MATRADE Kuala Lumpur. Diskusi ini akan mengandungi dua sesi iaitu sesi ‘town hall’ dan sesi ‘makmal tertutup’. Kami ingin menegaskan bahawa sesi-sesi diskusi seperti ini tidak boleh dianggap sebagai ‘public consultation’ kerana ia dilihat hanya bertujuan untuk mengaburi mata kami kononnya isi perjanjian TPP ini diterima oleh masyarakat umum. Kami mengatakan begitu kerana dalam sesi-sesi ‘konsultasi’ TPPA sebelum ini, pihak MITI masih berdolak dalih dalam menjawab beberapa persoalan penting iaitu adakah perkara-perkara yang berikut dijamin (berserta bukti) oleh pihak Kerajaan;

I. TPPA tidak menjejaskan subsidi pertanian Malaysia semasa dan masa depan dalam apa jua cara.

II. TPPA tidak mengurangkan tarif ikan dan produk pertanian Malaysia dalam apa-apa cara.

III. TPPA mengekalkan hak Malaysia untuk mengambil apa-apa langkah yang berkaitan dengan pertanian diatas kepentingan Sekuriti Makanan Negara dan Kedaulatan Makanan Negara.

Kami sedar akan kepentingan mempertahankan hak untuk kedaulatan makanan Negara dan menyeru Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menolak sebarang usaha ke arah Kolonisasi Korporat terhadap industri pertanian negara serta melindungi Dasar Sekuriti Jaminan Makanan Negara dan mempromosi usaha-usaha ke arah mempertahankan Kedaulatan Makanan Negara. Dasar Sekuriti Jaminan Makanan Negara seharusnya menumpukan peningkatan bekalan makanan domestik untuk keperluan negara dan Kedaulatan Makanan Negara seharusnya menjamin hak rakyat untuk menentukan sendiri sistem makanan mereka untuk memperoleh makanan hasilan lokal yang bersih, sihat dan bebas daripada unsur-unsur kawalan korporat dan spekulasi pasaran.

Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) seharusnya menumpukan usaha dan mempromosi perdagangan yang benar-benar bebas, adil dan selamat di antara negara-negara yang terlibat. Oleh kerana isi-isi penting perjanjian ini dirahsiakan seolah-olah untuk menyembunyikan keburukannya, kami merujuk kepada perjanjian perdagangan bebas (FTA) Amerika dengan negara-negara lain, Amerika Syarikat mahu semua tarif ke atas produk Amerika dihapuskan dalam masa 10 tahun bagi produk-produk perikanan dan 17 tahun bagi semua produk pertanian lainnya. Peru adalah sebuah negara yang turut berada di dalam TPPA dan telah menandatangani perjanjian perdagangan bebas dengan Amerika Syarikay (USFTA) baru-baru ini . Perjanjian US-Peru FTA bole dijadikan rujukan dalam hal ini.

Selain itu, Amerika Syarikat juga dalam perundingan TPPA ini dilaporkan telah mendesak negara anggota untuk menghapuskan subsidi ke atas produk-produk pertanian. Bab perkhidmatan dan pelaburan dalam perjanjian ini pula secara langsung boleh memberi kesan kepada nelayan dan petani. Bab ini membolehkan seberapa banyak kapal-kapal dari negara-negara TPP lain untuk menangkap ikan di perairan Malaysia tanpa sekatan dan syarikat-syarikat pertanian dari negara-negara TPP lain yang boleh membuka lading-ladang besar dimana-mana sahaja yang mereka mahu dalam Malaysia.

Bab ini juga menetapkan Malaysia mesti membenarkan pemberian lesen menangkap ikan kepada individu atau syarikat dari negara-negara TPP lain sebagai pelaburan, jika lesen yang mereka perolehi dibatalkan untuk kepentingan negara dimasa hadapan, mereka boleh menuntut pampasan bagi keuntungan mereka yang hilang untuk tempoh baki lesen tersebut melalui mahkamah ISDS (Investor State Dispute Settlement). Nelayan Malaysia tidak boleh menggunakan bab ini untuk menyaman kerajaan atas hal lesen menangkap ikan , hanya nelayan asing dari negara-negara TPP lain boleh menyaman kerajaan Malaysia melalui ini, bermakna hak yang lebih besar untuk nelayan asing daripada nelayan tempatan.

Tarif dan subsidi bagi produk pertanian dan perikanan adalah bertujuan untuk melindungi kebajikan petani, penternak dan nelayan tempatan dan bagi menjamin hak Kedaulatan Makanan Negara. Jika tariff dan subsidi ini dihapuskan kami menjangkanan akan berlaku lambakan hasil pertanian dari negara seperti Jepun, Amerika Syarikat dan Australia lalu membunuh industri pertanian tempatan.

Tanpa industri pertanian tempatan yang kukuh, Malaysia perlu bergantung sepenuhnya kepada produk makanan dari luar. Industri beras tempatan ketika ini masih boleh bertahan dengan tarif 40% keatas beras import. Apa yang lebih membingongkan, Amerika mahu subsidi produk pertanian negara lain dihapuskan sedangkan produk pertanian Amerika masih disubsidi di bawah TPP. - HARAKAHDAILY 1/4/2015
April 1, 2015

Ditandatangani Oleh:
Bela Tani
Jaringan Nelayan Pantai Semenanjung Malaysia (JARING)
(Bela Tani ialah ahli Bantah TPPA)


Sumber HD - 1-4-2015

---

GST : JADI KOS MEWARNA RAMBUT DI RUMAH RM1272 - TIMBALAN MENTERI

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/34663-gst-jadi-kos-mewarnakan-rambut-di-rumah-rm1-272


Sumber HD - 1-4-2015
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

GST : KERAJAAN DIMINTA HENTI KELIRUKAN RAKYAT - PEMUDA PAS SARAWAK


http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/34651-gst-kerajaan-diminta-henti-kelirukan-rakyat


Sumber HD - 1-4-2015

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

GST FLASHMOB ISYARAT RAKYAT MARAH 'GENG SUKA TIPU' - YDP INDERA MAHKOTA


http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/34649-gst-flashmob-isyarat-rakyat-marah-geng-suka-tipu


Sumber HD - 31-3-2015

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


INILAH KESAN GST KEPADA PERUNCIT YANG KITA TAK TAHU - PENIAGA KB MALL

http://www.harakahdaily.net/index.php/terbaik-dari-blog/95-terbaik-dari-blog/34646-inilah-kesan-gst-kepada-peruncit-yang-kita-tak-tahu


Sumber HD - 31-3-2015

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

GST : KASTAM PERLU TENANG JANGAN UGUT PENIAGA - TONY PUA

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/34634-gst-kastam-perlu-tenang-jangan-ugut-peniaga


Sumber HD - 31-3-2015
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Surat terbuka gesa tangguhkan GST



MELIHAT rakyat marhaen berpusu-pusu memasuki pasaraya membeli pelbagai barangan keperluan dengan kuantiti yang banyak pada hujung minggu yang lalu menggambarkan kerisauan yang mendalam di kalangan rakyat terhadap GST.

Situasi tersebut adalah sama seperti yang disaksikan di stesen minyak pada malam terakhir sebelum harga minyak diumumkan naik pada hari keesokannya.

Fenomena ini menunjukkan rata-rata pembeli merasakan harga barangan akan meningkat selepas 1 April ini.
Majoriti negara di dunia ini melaksanakan GST sebagai sumber pendapatan.

GST tidak pernah diperlukan selama ini di negara kita kerana negara Malaysia sebenarnya kaya dengan sumber asli.

Sejak zaman Pak Lah sehinggalah sekarang, kita mula kedengaran hutang negara menjadi semakin meningkat menghampiri 55% GDP.

Kita mula mendengar penyelewengan dan salah guna dana awam yang semakin meruncing setiap tahun di dalam laporan audit tahunan.

Selepas itulah, baru kita terdengar negara Malaysia tiba-tiba memerlukan GST untuk memperbetulkan defisit kewangannya.

Ketika rakyat masih samar-samar mencari jawapan, tanpa sedar, GST bakal menemui rakyat Malaysia dalam dua hari lagi.

Persoalannya, apakah negara sudah bersedia dengan GST?

Apakah kerajaan sudah melakukan persiapan yang cukup dan melakukan simulasi terhadap apa yang akan berlaku bilamana GST terlaksana?

Jika ya, apakah impak kepada rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana (RM5,000 ke bawah)? Apakah kesannya kepada hutang seisi rumah? Tanpa GST, rata-rata rakyat marhaen sudah hidup dalam keadaan hutang sekeliling - bagaimana pula selepas GST?

Bagaimana pula dengan golongan pencen dan tua? Apakah kerajaan sudah membuat simulasi kesan GST terhadap mereka? Apakah semua ini sudah dikaji, dan daripadanya terhasil satu tindakan susulan untuk membantu mereka selepas GST terlaksana?

Selain itu, apakah kerajaan sudah membuat simulasi kadar inflasi untuk 3, 6 dan 12 bulan seterusnya sejurus GST dilaksanakan? Jika ya, sekadar pertanyaan, apakah kerajaan sudah ada satu pelan tindakan sekiranya kadar inflasi melebihi kadar yang dijangkau kerajaan untuk mengelakkan rakyat tertekan dan terbeban?

Bukan itu sahaja, apakah GST akan menyebabkan peningkatan kadar penggangguran kerana mungkin ada perniagaan-perniagaan bermodal sederhana yang terpaksa mengurangkan kakitangan untuk menampung kos perniagaan yang meningkat kerana GST? Apakah kerajan sudah melakukan simulasi terhadap situasi ini? Jika ya, apakah hasilnya?

Ada juga yang tertanya-tanya mengenai kesan GST pada yuran di universiti awam? Apakah pelajar yang sedang mengaji perlu membayar 6% tambahan kepada pemprosesan yuran universiti dan apa-apa kos pentadbiran universiti yang lain termasuk bayaran peperiksaan dan juga graduasi?

Bagaimana pula dengan pihak PTPTN, apakah kerajaan sudah mengkaji apakah wajar pelajar diberikan pinjaman tambahan untuk menampung kos kehidupan mereka selepas GST terlaksana?

Apakah saluran sudah disediakan untuk para konsumer yang menjadi mangsa untuk mendapatkan pampasan sekiranya mereka terbayar GST kepada barangan yang sepatutnya dikecualikan GST? Bagaimanakah para konsumer boleh mengetahui samada mana-mana satu kedai boleh mengenakan GST mahupun tidak? Bagaimana pihak kastam dapat memantau kutipan GST haram daripada mereka yang tidak layak mengenakan GST?

Pokoknya, apakah kita sebagai satu negara sudah bersedia dengan GST?

Maaf. Sebagai rakyat Malaysia, saya rasa tidak lagi bersedia. Dan saya yakin ramai lagi yang bersetuju dengan saya.

Saya percaya ramai rakyat biasa hanya sekadar bersedia dan tahu mereka terpaksa berbelanja lebih apabila GST terlaksana tanpa mengetahui apa-apa yang lain dan kesannya.

Kerajaan pula dilihat hanya menyibukkan diri untuk menyakinkan rakyat bahawa GST tidak akan menyebabkan peningkatkan kos sara hidup daripada tugas untuk memastikan perlaksanaan GST tidak bermasalah.

Melihat bagaimana kerajaan tiba-tiba tidak mengenakan GST pada buku pada saat-saat akhir sebelum melaksanakan GST menyakinkan saya lagi bahawa kerajaan masih tidak bersedia sepenuhnya untuk melaksanakan GST.

Saya merasa perlunya untuk kerajaan melaksanakan tempoh percubaan GST selama tiga bulan, contohnya di Langkawi, untuk menilai keberkesanan sistem GST yang ada sebelum ia dilaksanakan di seluruh negara.

Kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, inilah masanya untuk mendahulukan rakyat. Jangan perjudikan nasib rakyat dengan pelaksanaan GST yang masih tidak menentu dan stabil.

Oleh itu, saya memohon agar kerajaan menangguhkan perlaksanaan GST sekurang-kurangnya untuk 6 bulan untuk memastikan segala impak pada negara dan rakyat dapat diminimumkan. Lebih baik jika kerajaan dapat memansuhkannya sahaja dan fokus kepada usaha menangani rasuah dan ketirisan dengan cara lebih efektif. -HARAKAHDAILY 30/3/2015

Naib Presiden PAS
30 Mac 2015

Sumber PP - 30-3-2015


AS GST LOOMS THE PEOPLE GET MORE CONFUSED



http://www.harakahdaily.net/index.php/headline-english/34608-as-gst-looms-the-people-get-more-confused

Sumber HD - 30-3-2015
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


PUSAT BELI-BELAH JADI TUMPUAN WARGA KOTA MENJELANG GST - BERNAMA



http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/34606-pusat-beli-belah-jadi-tumpuan-warga-kota-menjelang-gst

Sumber HD - 29-3-1015
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Bangunan komersial tertakluk kepada GST 6%

BERNAMA | .

PUTRAJAYA: Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk menaikkan kadar sewa rumah dan bil penyelenggaraan kerana hartanah yang dikategeorikan sebagai kediaman dikecualikan daripada cukai tersebut, demikian menurut kastam.
  
Penolong Kanan Pengarah Kastam Sektor Hartanah, Kontraktor dan Profesional Raizam Mustapha berkata pembangunan tanah atau bangunan yang digunakan bagi tujuan kediaman, tanah pertanian atau kegunaan am tidak dikenakan sebarang CBP.
  
"Sebarang hartanah di Malaysia yang dikategorikan sebagai rumah kediaman is exempted (dikecualikan) daripada CBP.
  
"Sementara bangunan yang tidak disifatkan sebagai bangunan kediaman dianggap komersial dan ia tertakluk kepada CBP sebanyak enam peratus," katanya dalam taklimat media CBP berkaitan sektor hartahan dan perumahan di sini, hari ini.
  
CBP akan mula dilaksanakan 1 April ini pada kadar enam peratus bagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (CJP) yang berkadar keseluruhan 16 peratus.
  
Mengulas mengenai bil penyelenggaraan, Raizam berkata ia turut dikecualikan daripada CBP bagi mengelak penghuni khususnya kediaman berstrata terbeban dengan sebarang kenaikan jika ada.       
Beliau menjelaskan sebarang bayaran berkaitan bil penyelenggaraan bangunan ditentukan oleh Badan Pengurusan Bersama (JMB) atau Perbadanan Pengurusan dan ia tidak harus dikaitan dengan pelaksanaan CBP.
  
Beliau berkata pada ketika ini JMB atau MC dikecualikan daripada berdaftar dengan CBP, maka tidak sewajarnya berlaku kenaikan bayaran bil penyelenggaraan.
  
"Untuk tujuan pembersihan, JMB atau MC ini boleh dapatkan perkhidmatan daripada pihak (syarikat) yang tidak berdaftar dengan CBP iaitu yang mempunyai perolehan tidak lebih RM500,000," katanya.

Selain itu Raizam berkata di bawah era CBP, pemaju kawasan perumahan boleh menuntut balik kos bagi pembinaan kemudahan awam seperti sekolah, taman perumahan, rumah agama dan jalan raya daripada kerajaan menerusi cukai input.
  
Bagaimanapun, jelasnya tuntutan sebanyak enam peratus itu hanya layak dibuat jika pemaju terbabit menyerahkan semua kemudahan awam yang didirikan itu kepada kerajaan. -  BERNAMA

Sumber HD - 27-3-2015
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Menjelang GST, mahasiswa tidak sarapan pagi

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Menjelang pelaksanaan GST pada 1 April ini, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) melahirkan rasa cemas dan bimbang terhadap kesan kepada generasi muda.

"Salah satu golongan yang bakal menerima kesan yang besar adalah kelompok mahasiswa," ujar Presiden Abim, Amidi Abdul Manan dalam satu kenyataan.

Menurutnya, dari tinjauan yang dibuat secara rambang, ada mahasiswa hari ini yang menjamah nasi sekali sehari, kebanyakan daripada mereka tidak bersarapan pagi.

Katanya, mereka makan dengan agak berat pada waktu tengah hari.

Beliau berkata, bagi menahan kelaparan di waktu malam, biasanya mahasiswa akan memakan mi segera atau makan makanan yang ringan seperti roti, roti canai dan seumpamanya.

Tambahnya, bebanan mahasiswa semakin bertambah berat apabila jumlah pinjaman PTPTN bagi kemasukan Januari 2015 dikurangkan.

Kata beliau lagi, kelompok mahasiswa tidak mempunyai banyak pilihan, tambahan pula peralatan memasak seperti periuk nasi elektrik dan cerek elektrik merupakan barang terlarang bagi dibawa ke asrama.

"Abim melahirkan rasa bimbang dengan keadaan ini. Pemakanan yang berzat dan mencukupi untuk seorang pelajar amat penting," ujarnya.

Justeru, Abim menuntut agar jumlah pinjaman PTPTN, MARA, JPA dan lain-lain tabung pembiayaan pelajaran ditambah atau GST dihapuskan.

Menurut beliau, sebagai golongan yang tidak mempunyai pendapatan, mahasiswa sepatutnya tidak dibebankan dengan cukai.

Katanya, keadaan mencolok mata dengan kemewahan dan pembaziran pendapatan negara bakal menimbulkan rasa jelek terhadap pihak wewenang. - HARAKAHDAILY 27/3/2015

Sumber HD - 27-3-2015

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

ISLAM, GST DAN JET - MAHASISWA UIAM



http://www.harakahdaily.net/index.php/surat-pembaca/34537-islam-gst-dan-jet

Sumber HD - 25-3-2015
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


GST : NAK TANYA SOALAN PUN  KENA TANGKAP ? -  PRO MAHASISWA UMSKAL



http://www.harakahdaily.net/index.php/surat-pembaca/34503-gst-nak-tanya-soalan-pun-kena-tangkap

Sumber HD - 25-3-2015
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Tiket bola kena GST, Selangor elak penyokong terbeban

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Formula sedang dicari bagi mengelakkan penyokong bola sepak yang membeli tiket perlawanan bola sepak di Stadium Shah Alam dibebani Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Pengurus Pasukan Liga Super Selangor, Amirudin Shari berkata, ini berikutan tiket perlawanan bola sepak termasuk dalam senarai barang dan perkhidmatan yang dikenakan GST bermula 1 April nanti, lapor Selangor Kini.

“Kita sudah sedari perkara ini dari awal lagi maka kita sedang cari formula supaya peminat bola sepak Selangor tidak terbeban dengan pelaksanaan GST pada 1 April ini.

“Perkara ini belum dimuktamadkan tetapi kita sedaya upaya mengekalkan tiket pada harga sekarang dan kita serap GST sebagai kos yang perlu kita tanggung bukan peminat bola sepak,” kata Amirudin ketika dihubungi Selangor Kini, hari ini.

Adun Batu Caves itu juga berharap langkah tersebut akan melegakan peminat sekaligus tidak membantutkan kerancakan sokongan peminat kepada pasukan Selangor.

GST akan dilaksanakan pada 1 April ini menyebabkan kos sara meningkat, antara perkhidmatan yang bakal dikenakan termasuk tiket perlawanan bola sepak.

Sumber HD - 24-3-2015
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tambang naik: Jawapan Muhyiddin 'pain killer' semata-mata

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Tindakan Kabinet mengarahkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menangguhkan kenaikan kadar tambang baharu pengangkutan awam kononnya mahu dilihat sebagai hero untuk membela rakyat.

Sedangkan menurut Nazir Zakaria, Pengerusi Lajnah Pengguna PAS Kedah, tindakan SPAD itu ditimbulkan akibat perbuatan kerajaan sendiri yang berkeras mahu melaksanakan GST April ini.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membantah kenaikan tambang pengangkutan awam di saat rakyat cuak dan takut dengan keadaan tidak menentu menjelang perlaksanaan GST nanti.

"Ia hanya jawapan ‘pain killer’ semata-mata. Kenaikan tambang akan tetap berlaku dan ia tidak mampu dielakkan kerana alasan pengusaha pengangkutan awam kerana kos penyelenggaraan," katanya ketika menghubungi Harakahdaily.

Jelasnya, kos penyelenggaraan akan terus naik kerana berlaku kenaikan harga pada alat ganti sekali gus membebankan pengusaha pengangkutan walaupun tanpa GST, akhirnya mereka terpaksa menaikkan kadar tambang.

"Pihak kami sedar para pengusaha pengangkutan awam juga sebahagaian daripada rakyat yang menerima bahana akibat GST, kejatuhan mata wang dan kesan akibat subsidi demi subsidi ditarik oleh kerajaan," katanya yang juga Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah.

Sebelum ini rakyat satu Malaysia mengeluh dan marah selepas mendengar berita tambang teksi dan kereta sewa akan naik antara 20 hingga 67 peratus berkuat kuasa serta merta manakala mulai 15 Mei pula tambang bas ekspres akan naik 22.6 peratus.

Kenaikan tambang itu diumumkan oleh SPAD berikutan kenaikan kos yang ditanggung pengusaha pengangkutan awam termasuk kos penyelenggaraan.

Semalam, walaupun mendapat bantahan daripada kabinet, kumpulan pemandu teksi tidak akan berganjak dan tetap akan mengenakan tambang baru sehingga mereka menerima notis rasmi daripada SPAD. – HARAKAHDAILY 24/3/2015

Sumber HD - 24-3-2015
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Pemuda PAS kecam penahanan aktivis bantah GST

| .


KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia mengecam tindakan pihak polis yang menahan 79 orang aktivis yang membantah cukai dan perkhidmatan (GST) di Kompleks Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Kelana Jaya petang tadi.

Ketuanya, Suhaizan Kaiat berkata, pihak polis sewajarnya melepaskan kesemua mereka kerana tiada kesalahan serius dilakukan mereka.

"Mereka hanya mahu mendapatkan penjelasan daripada pihak kastam berhubung GST yang dikenakan ke atas sesetengah barang.

"Tindakan menahan mereka yang ingin mendapatkan penjelasan adalah tidak wajar, bukannya kehadiran mereka itu untuk melakukan keganasan," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Menurut beliau juga, bantahan hari ini merupakan tanda protes berterusan rakyat terhadap pelaksanaan GST.

"Jika hari ini lebih 70 orang yang ditahan, tidak mustahil lebih ramai lagi akan ditangkap untuk membantah GST yang akan dilaksanakan pada 1 April nanti.

"Kerajaan harus mendengar rintihan serta persoalan yang dilontarkan dan bukannya terus menghukum," katanya lagi.

Kumpulan yang 'duduk dan bantah' di pejabat Kastam bermula jam 11 pagi itu menuntut pihak kastam menjawab 106 soalan mengenai GST.

Antara yang ditahan termasuk ahli jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Hatta Ramli yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai, Pengerusi PSM, Mohd Nasir Hashim, Setiausaha agung PSM, S Arutchelvan, Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar Devaraj dan Pengarah Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shahrin. - HARAKAHDAILY 23/3/2015

Sumber HD - 23-3-2015
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Agihkan perolehan GST untuk hapuskan kemiskinan

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA) mahu perolehan daripada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)  disalurkan secara spesifik bagi mengurangkan beban kos sara hidup rakyat di samping meningkatkan kemudahan-kemudahan keselesaan rakyat.

Presidennya Datuk Moehamad Izat Emir berkata, perkara yang perlu diberi keutamaan adalah bagaimana hasil daripada GST digunakan supaya akan benar-benar memberi impak yang disasarkan.

"Sebagai contoh, masih banyak kawasan dalam negara khususnya di luar bandar yang memerlukan infrastruktur asas seperti rangkaian jalan raya, bekalan air bersih, kemudahan kesihatan yang sempurna.

"Begitu juga kemudahan di sekolah yang tidak mencukupi seperti bilik darjah yang sempit dan dalam keadaan yang daif boleh diatasi sekira hasil GST disalurkan untuk tujuan berkenaan," katanya kepada Harakahdaily.

Bahkan katanya, premis perniagaan yang lebih selesa dengan kemudahan bukan sahaja untuk ruang niaga tetapi tidak kurang penting ruang rehat untuk anak-anak peniaga yang menemani ibu bapa berniaga, di samping untuk mengulangkaji pembelajaran mereka dan menunai solat, juga perlu disedia.

Jelasnya, lebih banyak usaha harus dijalankan untuk mencapai matlamat berkenaan di samping meningkatkan peluang-peluang ekonomi yang memberi impak secara langsung dan berkesan ke arah menurunkan kadar kemiskinan terutama di kawasan luar bandar.

Sehubungan itu, dalam menguatkuasakan GST, katanya kerajaan wajar melihat struktur percukaian yang dikenakan ke atas perniagaan yang membawa kesan-kesan negatif seperti kelab-kelab malam, pusat-pusat perjudian dan rumah-rumah urut.

"Sekatan-sekatan berbentuk cukai yang lebih tinggi disarankan ke atas perniagaan seperti ini memandangkan ciri-ciri negatif seperti memporak-porandakan kesejahteraan keluarga dan rumah tangga serta individu terbabit.

"Struktur percukaian seperti pembangunan hartanah yang membabitkan nilai pembangunan kasar atau 'gross development value' yang mencecah berbilion ringgit dan memberi kadar keuntungan yang begitu tinggi juga perlu dikaji semula dalam usaha melebarkan asas cukai negara," katanya.

Justeru katanya, bagi pembangunan hartanah seperti ini beliau berpendapat adalah tidak wajar bagi kerajaan untuk membina infrastruktur seperti jalan raya kerana ini membabitkan wang pembayar cukai, kemudahan-kemudahan seperti itu harus dibiayai oleh pemaju-pemaju sendiri. – HARAKAHDAILY 20/3/2015

Sumber HD - 20-3-2015
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


GST ; OPS CATUT FASA KEDUA MULA 2 APRIL - KSU KPDNDKK


http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/34357-gst-ops-catut-fasa-kedua-mula-2-april





Sumber HD - 15-3-2015
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

SAYA SOKONG GST KERANA... MUSRINI



Sumber HD - 16-3-2015
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kenapa GST haram?

ZAHARUDIN MUHAMMAD | .


(Hujah kepada Majlis Fatwa Kebangsaan dan YADIM)

Mukadimah

Artikel ini memberikan penjelasan kepada umum kenapa GST adalah haram dan tidak bertepatan dengan sistem ekonomi Islam. Pihak Jakim dan YADIM melaluli pengarahnya, Dato' Dr. Asyraf Wajdi telah menyebut bahawa GST adalah halal tanpa mengemukakan hujah yang kuat dan jelas. Di dalam syariat, hukum asal cukai adalah haram, maka pihak yang mendakwa halal mestilah mengemukakan hujah yang kuat bagi menunjukkan ianya halal dan harus. Maka pihak YADIM dan Majlis Fatwa bertanggungjawab mengemukakan dalil dan bukti harus mengambil wang orang ramai atas nama GST.

Ia tidak sama dengan hukum makanan, di mana hukum asalnya yang halal, maka pihak yang mendakwa haram bertanggungjawab mengemukakan dalil dan bukti haram.

Justeru, Islam mempunyai sistem cukainya yang tersendiri. Sumber kepada sistem percukaian Islam ialah al-Quran, Sunnah Rasulullah SAW, ijmak dan kias. Ia telah diturunkan bukan sahaja adil bagi manusia keseluruhan, tetapi ia juga merupakan sistem yang mengstabilkan ekonomi, khususnya keseimbangan antara kuasa modal dan kuasa beli rakyat sebagai penjana produktivi.

ASAS UKURAN KEHARUSAN CUKAI

Sesuatu hukum dirujuk kepada hukum asal yang telah dinaskan oleh sumber al-Quran dan al-Hadis. Hukum asal berkaitan harta orang lain adalah haram diambil melainkan mempunyai sebab yang dibenarkan syariat. Ini berpandukan kepada firman Allah SWT, bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu."- (An-Nisa’: 29).

Di antara dalil yang lain ialah pesanan Rasulullah sewaktu Haji Wada’ (Haji Selamat Tinggal), antara lain nabi SAW berpesan, bermaksud: “Wahai orang ramai, sesungguhnya orang yang beriman adalah saudara, tidak halal bagi seseorangpun (mengambil) harta saudaranya melainkan dengan kerelaannya.” – Riwayat Bukhari dan Muslim.

Hadis ini memaksudkan selain daripada zakat dan perkara-perkara yang dinaskan harus atau wajib diambil seperti zakat, yakni zakat bukan milik si pemunya harta bahkan ia adalah milik si fakir, miskin dan asnaf-asnafnya. Begitu juga tidak termasuk isteri atau anak di bawah tanggungannya kerana ia dianggap sebagai seakan-akan sekutu pemilikan. Adapun selainnya, maka ia adalah milik si pemunya dan tidak boleh diambil melainkan degan kerelaannya oleh sesiapapun termasuk kerajaan.
Dan sabda nabi SAW, maksudnya: “Apabila mereka melakukan demikian (Islam) maka darah dan harta mereka mereka adalah terpelihara melainkan (harta boleh diambil) dengan cara-cara yagn dibenarkan oleh Islam.” – Riwayat Bukhari.

Di dalam kitab Fathul Bari, Syarah Sahih Bukhari menyebut, zakat adalah salah satu cara pengambilan yang dibenarkan oleh Islam (sekalipun tuannya tidak merestuinya).

Ayat di atas menegaskan memakan harta orang lain adalah haram dan dikategorikan bentuk memakannya adalah batil. Ayat tersebut seterusnya menyenaraikan bentuk pengecualian yang mengharuskan mengambil harta orang, salah satunya ialah perniagaan.

Berdasarkan ayat ini, hukum asal memakan, mengambil dan memiliki harta orang lain tanpa sebab yang dibenarkan syariat adalah haram sehinggalah ada sebab dan dalil yang diharuskan syariat. Ia berbeza dengan hukum asal makanan, minuman dan bentuk muamalat, di mana hukum asal bagi semua perkara tersebut adalah harus kecuali ada tanda-tanda yang menunjukkan haram.

Justeru, apabila kita bertransaksi atau memakan sesuatu makanan yang tiada dalil dan bukti halal atau haram, maka hukum transaksi dan makanan itu adalah halal justeru merujuk kepada hukum asalnya yang harus. Tetapi berbeza dengan pengambilan harta atau wang milik orang, yakni hukum asalnya haram berdasarkan ayat di atas, kecuali ada dalil dan bukti halal. Justeru, apabila kita mengambil wang milik orang, jika tiada dalil dan bukti halal atau haram, maka hukumnya adalah haram justeru merujuk kepada hukum asalnya yang haram.

Sebagai contoh, kita boleh mengambil wang RM50,000 daripada Ahmad sebab kita jual kereta kepadanya. Sebab keharusan ialah jual beli (Al-Bai’). Kita boleh ambil wang daripada Ali sebanyak RM10,000 kerana kita membuat ubah suai rumahnya. Sebab keharusan ialah upah (ujrah). Kita boleh mengambil jam milik Ah Chong selepas kita membayarnya wang. Sebab keharusan ialah jual beli.

Kita boleh mengambil wang daripada Abu kerana agihan keuntungan perniagaannya yang bermodalkan wang kita. Sebab keharusan ialah pelaburan (Mudharabah).

Apabila kita berjalan dan jumpa wang RM50,000, maka kita tidak boleh mengambilnya kerana tiada jual beli, tiada upahan kerja, tiada pengeluaran modal, tiada sebab-sebab yang membolehkan, maka hukumnya haram diambil dan RM50,000 tersebut dianggap sebagai harta laqatah (barang ciciran).

Maka hendaklah kita bertanya berkenaan GST, apakah sebab yang membolehkan kerajaan mengambilnya daripada rakyat? Jika tiada sebab ‘sebenar’, maka hukumnya kembali kepada asal, iaitu haram dan termasuk di dalam kategori batil. begitu juga jika pemindahan hak berlaku dengan sebab, tetapi sebab itu tidak diiktiraf oleh Islam, maka ia juga adalah batil. Contohnya seperti pemenang judi yang mengambil bahagian pemain judi yang kalah, sekalipun judi adalah sebab pemindahan milik, tetapi ia tetap dikategorikan sebagai baatil kerana judi itu sekalipun sebab pengambilannya wujud, tetapi ia tidak diiktiraf oleh syarat.

ADAKAH HUKUM INI TERLAKSANA JUGA KE ATAS KERAJAAN KETIKA MENGAMBIL WANG DARIPADA POKET RAKYAT?

Selepas kita memahami bahawa hukum asal harta orang adalah haram kecuali dengan sebab yang dibenarkan syariat, maka persoalan keseterusnya adakah hukum ini terpakai atau terlaksana hanya ke atas individu dengan individu, manakala kerajaan terkecuali dengan dibolehkan ambil harta dan wang poket rakyat berhujahkan maslahah?

Di dalam mazhab ahlu sunnah wal jamaah, hukum ini bukan sahaja terlaksana antara individu dengan individu, tetapi ia juga terlaksana antara kerajaan dengan rakyat. Dalilnya cukup jelas daripada realiti berikut:

1. Pesanan nabi kepada Muaz bin Jabal sewaktu beliau diutuskan ke Yaman sebagai Gabenor.
Baginda memberikan pesanan kepada beliau dengann kata-kata berbunyi: "Awasilah harta-harta suci yang dimiliki oleh orang Yaman”. Harta-harta suci yang dimaksudkan ialah harta yang dimiliki bukan bahagian zakat atau jizyah. Dalam riwayat Bukhari menyebut dengan lafaz: takutilah (daripada mengambil) harta-harta mereka yang suci.

2. Arahan Umar Abdul Aziz (Khalifah dari tahun 99H-101H) kepada semua gabenor supaya menghapuskan semua cukai kecuali ia mempunya nas daripada al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Cukai-cukai zalim ini telah dikenakan sebelum ini khususnya pada zaman Hajjaj Yusof At-Thaqafi yang terkenal dengan kezaliman pemerintahannya di Syam, Iraq, Mekah dan Madinah dari tahun 70H – 95H.

SEJARAH PENDIRIAN KHULAFA AR-RASYIDUN DAN CUKAI

Di dalam kitab Al-Bidayah wa An-Nihayah karangan Imam Ibnu Kathir menceritakan, tatkala Saidina Umar Abdul Aziz menjadi Khalifah, beliau memerangi pemimpin-pemimpin zalim sebelumnya yang telah mengenakan pelbagai cukai kepada rakyat. Antara salsilah pemerintah sebelum ini yang sangat dibenci oleh Umar Abdul Aziz ialah Yazid bin Mahlab, iaitu ipar kepada Hajjaj bin Yusof As-Thaqafi. Yazid bin Mahlab telah ditangkap oleh Adi bin Arthoh dan menyifatkan Yazid dan keluarganya (Mahlab dan Hajjaj) sebagai: “Mereka adalah pemerintah kuku besi dan aku bencikan mereka”. Saidina Umar Abdul Aziz memerintahkan supaya Yazid dipenjarakan sehingga semua harta orang ramai yang dikutip sebelum ini dikembalikan semula. (Al-Bidayah: m/s666). Pernah anak kepada Yazid bernama Makhlad meminta kelonggaran hukuman untuk ayahnya Yazid, tetapi Umar bertegas menyatakan bahawa ia tidak akan meringankan hukuman sehingga Yazid menyerahkan semua harta rakyat.

Begitu juga Saidina Umar Abdul Aziz telah menghantar kepada Gabenor Khurasan Al-Jarah bin Al-Hukmi yang telah mengenakan cukai Jizyah ke atas non-muslim yang telah memeluk Islam dengan alasan mereka memeluk Islam kerana ingin lari daripada Jizyah. Saidina Umar Abdul Aziz memecat Gabenor tersebut dengan menulis, maksudnya: “Sesunggunyanya Allah SWT mengutuskan Nabi Muhammad SAW sebagai pendakwah bukan sebagai pengutip cukai.”

Di dalam satu riwayat yang lain, Saidina Umar juga memerangi Gabenor di Mesir yang telah mengenakan cukai pelabuhan dan mempertikaikan tindakan Umar Abdul Aziz untuk menghapuskan semua cukai yang tiada nas.

Itulah antara sebab menjadi ‘purchasing power’ rakyat pada zaman Umar Abdul Aziz meningkat, seterusnya memenuhi Baitul Mal. Kesannya tiada lagi penerima zakat dan pemberian selepas itu sehingga harta melimpah ruah. Velocity of Money terbaik berbanding sistem-sistem yang lain daripada Islam.

Itu antara contoh tindakan dan pendirian Khulafa ar-raasyidun yang diiktiraf oleh nabi sebagai ikutan (perbuatan mereka adalah hujah), tidak mengenakan cukai-cukai yang tidak dinaskan oleh al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.

Semua dalil di atas adalah berkait dengan kerajaan mengambil wang rakyat. Jika pengharaman memakan harta orang lain tanpa sebab hanya diharamkan ke atas individu dan bukan kerajaan, nescaya kisah di atas tidak akan timbul dalam sejarah.

Apabila kita meneliti pendapat yang mengharuskan pengambilan harta rakyat tanpa bersumberkan kepada nas, kita dapati mereka keliru antara pendapat ahlu sunnah wal jamaah dan syiah. Ya, sebahagian syiah membenarkan pemimpin-pemimpin mereka mengambil harta rakyat sekalipun tanpa sebab kerana fiqh mereka bersumberkan akidah bahawa Imam (pemimpin) adalah maksum.

Berbeza dengan Ahlu Sunnah wal jamaah, yakni akidah kita pemimpin tidak maksum, maka pemimpin tidak boleh mengambill harta orang lain tanpa sebab dan berasaskan maslahah akal semata-mata tanpa dipandu oleh nas.

Tuntasnya, hujah maslahah seterusnya membolehkan pemimpin negara mengutip wang rakyat sesuka maslahah, maka itu adalah amalan dalam fiqh syiah, bukan fiqh sunni.

KENAPA KAEDAH FIQH SEPERTI KAEDAH MASLAHAH DAN LAIN-LAIN TIDAK BOLEH DIJADIKAN HUJAH DALAM ISU INI?

Antara hujah yang agak masyhur digunapakai oleh gologan yang membolehkan kutipan cukai sesuka hati ialah kaedah maslahah tertutamanya kaedah yang berbunyi (maksudnya): “Tindakan pemimpin terhadap rakyat adalah berdasarkan maslahah.”

Golongan yang berhujahkan dengan kaedah ini melakukan kesilapan dari tiga sudut:

1. Dari segi mengguna pakai kaedah di tempat yang ada nas yang terang.

2. Kaedah bukan hujah, tetapi ia adalah garis panduan memahami nas dan hukum furu'. Oleh itu,
kaedah hanya digunapakai ditempat yang tiada nas bukan ditempat yang berlawanan dengan nas.

3. Golongan yang mengguna pakai kaedah tadi bagi mengharuskan tindakan pemimpin mengutip cukai seolah-olah memahami bahawa kaedah tersebut bermaksud: 'tindakan pemimpin negara semuanya adalah demi maslahah' walhal sudut kaedah tersebut ialah tindakan pemimpin mestilah dipandu oleh maslahah, jika tidak, maka ia tidak boleh dilaksanakan.

ADAKAH DARURAT MEMBOLEHKAN CUKAI DIKUTIP?

Dari segi hukum, boleh dikatakan ijmak ulama terdahulu mengenakan cukai ke atas rakyat tanpa sebab yang dibenarkan syariat adalah haram. Persoalan yang tinggal ialah, adakah darurat boleh mengharuskan cukai dikutip?

Pertamanya, maksud difahami maksud dan makna darurat. Darurat bermaksud sesuatu yang tanpanya akan menyebabkan manusia hilang agama, nyawa, harta, akal dan keturunan. Jika tidak sampai ke tahap itu, maka ia bukan darurat membolehkan kutipan cukai yang haram. dengan maksud lain, jika setakat ingin menambahkan pendapatan negara, maka ia bukan darurat yang dimaksudkan syariat.

Jika kita perhatikan, kutipan GST bukan bagi menampung sesuatu keperluan darurat yang dimaksudkan oleh Syariat, bahkan ia lebih bersifat memenuhi dan menampung keperluan sistem konvensional, di mana sistem itu sendiri adalah bercanggah dengan Islam kerana bersifat ‘memusingkan harta sesama golongan kaya’.

Darurat yang di maksudkan syariat seperti negara yang sedang terdesak untuk dapatkan wang membeli senjata bagi mempertahankan negara yang sedang diserang oleh musuh seperti berlaku pertembungan antara Sultan Mamalik dengan Imam Nawawi untuk kenakan cukai ke atas rakyat justeru Mesir pada masa itu berada pada saat genting justeru hendak diserang oleh tentera Monggol yang tidak terkalah.

Dalam keadaan darurat perang beginipun masih lagi berlaku khilaf dalam kalangan ulama adakah cukai yang tidak bersumberkan nas boleh dikutip?

Al-Dhohhak dan lain-lain berpendapat, cukai tidak harus dikenakan dalam apa keadaan sekalipun, manakala imam Juwaini, Al-Ghazali dan lain-lain berpendapat harus mengenakan cukai bagi keperluan-keperluan tertentu (darurat).

Jika diperhatikan khilaf ini, ia sebenarnya khilaf dari sudut keadaan dan suasana, bukan khilaf dari sudut dalil dan nas. Khilaf ini kita dapat simpulkan bahawa, jika zakat dan sumber lain mencukupi, maka ulama bersepakat bahawa cukai tidak harus dikutip daripada rakyat. Khilaf hanya berlaku jika sistem cukai Islam sumber lain tidak mengcukupi untuk keperluan Negara.

Bagi pendapat yang menyatakan harus mengutip cukai darurat, mereka telah meletakkan syarat-syarat yang mengharuskan kutipan cukai. Syarat-syaratnya adalah seperti berikut:

1. Negara mestilah berpegang teguh dengan ajaran Islam. Dalam erti kata lain, negara mestilah menjalankan sistem ekonomi Islam termasuk sistem percukaian Islam sepenuhnya seperti zakat sebagai sistem cukai utama Negara.

2. Hajat kepada percukaian hendaklah benar-benar berlaku.

3. Baitul Mal benar-benar telah kekeringan sehingga tidak dapat memenuhi hajat dan keperluan rakyat.

4. Meminimakan seboleh mungkin tekanan terhadap individu rakyat dengan cara-cara yang selain cukai. Oleh itu, sebelum mengutip cukai daripada rakyat, kerajaan disarankan supaya mengutip sumbangan ikhlas serta menggalakkan rakyat memberikan derma dalam menyelesaikan sesuatu keperluan sebelum cukai dikenakan.

5. Kutipan cukai hendaklah diputuskan hasil perbincangan golongan fuqaha dan profesional berkait dengan isu tertentu.

6. Cukai hendaklah dikenakan ke atas orang-orang yang kaya sahaja dan ia langsung tidak harus dikenakan ke atas orang-orang miskin.

7. Cukai hendaklah dalam bentuk sementara. Ia akan terhapus dengan hilangnya hajat dan keperluan. Cukai tidak boleh dikenakan secara berterusan dan dijadikan pendapatan utama berbanding zakat.

8. Wajib meraikan keadilan di dalam perwartaannya dan pemungutannya. Maka kadarnya hendaklah sekadar keperluan. Keperluan ini tidak boleh dijadikan alasan untuk mengutip cukai lebih daripada rakyat.

Sebahagian ulama seperti Imam Nawawi meletakkan syarat bahawa cukai apabila dikatakan darurat dan perlu, maka hendaklah terlebih dahulu ia dibayar oleh pemimpin tertinggi, jika tidak cukup maka ia baru diturunkan ke bawah dan ke bawah, tetapi tidak boleh sampai dikutip daripada golongan miskin. Beliau berkata kepada Sultan Zaher Bebrus: “Aku tahu bahawa engkau dulunya seorang hamba kepada Gabenor di Bendaqar dan engkau tiada harta satu pun. Kemudian Allah memberi peluang kepada engkau dengan diberikan pangkat raja. Aku dengar engkau mempunyai seramai 1,000 hamba dan setiap hamba tali pengikat kuda disaluti emas. Engkau ada 200 hamba perempuan dan setiap seorangnya ada emas. Apabila engkau keluarkan semua itu (sebagai pembayaran cukai) sehingga hamba-hamba engkau memiliki baju daripada kapas biasa berbanding memiliki perhiasan emas seperti sekarang, maka baru aku fatwakan engkau harus mengambil cukai daripada orang ramai.” – Al-Bidayah Wa An-Nihayah

KESIMPULAN DAN PENUTUP

Dari sini kita dapat simpulkan hukum cukai moden adalah haram menurut Islam berdasarkan sebab-sebab yang dinyatakan di atas. Sebagai seorang muslim (sama ada dalam bentuk individu atau kerajaan) tidak sepatutnya mengambil harta orang lain melainkan tempat-tempat dan keadaan yang dibenarkan oleh Islam sebagaimana yang ditunjukkan oleh nas dan dalil-dalil syarak.

Cara ini adalah cara-cara sistem ekonomi yang sama sebagaimana yang telah dilaksanakan oleh Khulafa Ar-Raasyidin seperti Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Osman dan Saidina Ali, di samping cara Saidina Umar Abdul Aziz di atas.

Hari ini ada pemimpin yang cuba menonjolkan mereka juga adil seperti Khalifah Umar Abdul Aziz.

Persoalanya, adakah mereka memahami bagaimana cara pemerintahan beliau? Sebagaimana pepatah arab menyebut: “Kamu mahukan kejayaan sedangkan kamu tidak melalui jalannya. Sesungguhnya kapal tidak akan berjalan di atas daratan.”

Bermaksud, jika anda mengkagumi keadilan Umar Abdul Aziz dan gah dengan Baitulmalnya melimpah ruah. Kemudiannya anda melaksanakan cara yang bukan ekonomi Islam yang telah ditelusuri oleh Saidina Umar Abdul Aziz, maka mustahil keadilan yagn sama akan terlaksana. - HARAKAHDAILY 13/3/2015

Sumber HD - 13-3-2015
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

GST seperti kutu kepala menghisap darah

AHMAD AMZAD HASHIM | .


CUKAI GST ini diibaratkan sejenis cukai 'kerik' (mencuri/mengambil) wang rakyat secara halus - dalam keadaan kita tidak sedar – 6 peratus.

Dalam Cukai SST yang digunapakai sekarang, cuma perkhidmatan dan barangan yang tersenarai sahaja dikenakan cukai SST.

Kebanyakannya adalah produk dan perkhidmatan yang dibelanja oleh orang kaya dan mereka yang “banyak duit”. Misalnya mereka yang gemar makan di restoran mewah, menginap di hotel, mengunjungi pusat hiburan, kaki arak dan penagih rokok.

GST ini terbalik. Semua barang dan perkhidmatan yang kita berbelanja akan dikenakan GST. Kecuali yang ada dalam senarai pengecualian.

Macam kutu kepala. Jika seekor kutu yang menyedut darah kita tidak berasa apa-apa. Akan tetapi apabila di sana sini di atas kepala kena sedut oleh banyak kutu, maka pucat dan berpenyakitlah tuan punya badan.

Negara Lain Perkenal GST Harga Barang Naik, Malaysia Sebaliknya?

Baca baik-baik apa yang disebut oleh Datuk Kamariah Hussain, Pegawai Kanan Kementerian Kewangan Malaysia.

Tidakkah beliau memberitahu dalam beberapa tahun selepas GST dimulakan telah berlaku kenaikan harga barangan di negara-negara luar apabila mereka memulakan GST?

Apakah jaminan Malaysia lebih hebat daripada negara-negara luar yang lebih maju dan bagus urus tadbirnya yang tidak dapat mengelak daripada melalui pengalaman naik harga ini? Sehingga BN dengan angkuh berbelanja besar untuk membiaya berbagai iklan dan lakonan yang berbohong kepada rakyat bahawa di Malaysia, perkenal GST, barang turun harga.

Dengan urus tadbir yang lemah, kadar rasuah yg tinggi, pengaliran wang haram antara yang tertinggi di dunia, pembaziran dan pemborosan yang tiada hadnya, seperti skandal 1MDB bernilai RM43 Billion atau projek MRT juga RM42 Billion.

Apa jaminan Malaysia boleh buat 'magik' mengatasi negara maju lain yg mengalami kenaikan harga barangan selama 'beberapa tahun' dengan pengenalan GST?

Seolah-Olah Melalui GST, Barangan Mewah Dan Maksiat Disubsidi Rakyat Biasa

Dalam iklan yang disiarkan dalam pelbagai media, mereka kata GST 6 peratus dan akan menggantikan SST yang telah dilaksana sekarang 16 peratus. Selepas GST dimulakan, SST mereka mansuhkan.

Dalam GST, semua perkhidmatan dan barangan akan kena cukai kecuali yang masuk senarai pengecualian. SST hanya dikenakan cukai kepada barang dan perkhidmatan tertentu yang disenaraikan sahaja yang kebanyakannya bersifat mewah seperti restoran mewah, hotel, pusat hiburan, pusat perjudian atau barang tidak digalakkan seperti arak dan rokok.

Di bawah SST, selain yang disenaraikan, semua tidak kena cukai. Tidakkah ini menjadikan barangan dan perkhidmatan yang jadi kegunaan orang kaya-kaya lebih murah. Mahu berhibur lebih murah? Arak dan pusat perjudian lebih murah?

Bagaimana kerajaan menampung kekurangan hasil daripada cukai terhadap 'barangan orang kaya' ini?

Dengan kenakan cukai menyeluruh yang habis rata semua barang dan perkhidmatan kena cukai ( kecuali yang disenaraikan).

Yang sebahagian besarnya adalah keperluan pengguna miskin, sederhana dan kaya. Tidakkah seolah-olah orang miskin dan sederhana pula yang jadinya seperti memberi subsidi untuk penurunan harga barangan orang kaya? – HARAKAHDAILY 12/3/2015

Penulis ialah Presiden Gerakan Anak Terengganu Insaf (GANTI)

Sumber HD - 12-3-2015
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

ANTARA ROSMAH BUAT RAMBUT DENGAN BRIM - MI


http://www.harakahdaily.net/index.php/surat-pembaca/34015-antara-rosmah-buat-rambut-dengan-br1m

Sumber HD - 24-2-2015
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


KEPUTUSAN FATWA MENGENAI GST DIRAGUI - KETUA PENERANGAN DUPP


USTAZ NORAZLI MUSA - KETUA PENERANGAN DU PAS PERAK

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33692-keputusan-fatwa-mengenai-gst-diragui

Sumber HD - 6-2-2015
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


NASIBLAH PEMANCING TEGAR - TERIMA KASIHLAH KERAJAAN
http://tikaqbuloh.blogspot.com


HARGA PERALATAN PANCING DIKENAKAN GST

http://www.harakahdaily.net/index.php/terbaik-dari-blog/95-terbaik-dari-blog/33578-nasiblah-pemancing-tegar-terima-kasih-kerajaan

Sumber HD - 30-1-2015
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Tangguh GST, Najib jangan dengar nasihat akal pendek

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan pada April depan mesti ditangguhkan sehingga lima negeri yang dilanda banjir buruk dan tanah runtuh pulih sepenuhnya.

Ahli Parlimen Batu Kawan Kasthuri Patto menggesa kerajaan untuk pertimbang kembali pelaksanaan GST yang disifatkan sebagai ‘sumpahan’ kepada mangsa bencana alam sepanjang 2014.

“Pelaksanaan cukai GST dilakukan berikutan pandangan kerajaan yang kononnya Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat, dan hutang isi rumah sudah semakin berkurang, manakala BR1M pula ditunggu-tunggu,” ujarnya dipetik Roketkini.

Berikutan bencana banjir yang melanda penghujung tahun lalu, lebih 250,000 mangsa dicatatkan di negeri-negeri Pantai Timur, Johor, Pahang dan Perak serta tanah runtuh di Tanah Tinggi Cameron sementara kerja-kerja baik pulih di negeri-negeri itu memerlukan jutaan ringgit bagi membaiki infrastruktur dan kerosakan harta benda.

Katanya, situasi Jepun juga serupa seperti Malaysia apabila negara itu dilanda tsunami pada Mac 2011, dan sehingga kini masih dalam fasa pemulihan.

Namun, ujarnya Kerajaan Jepun dilihat sangat progresif sehingga membelanjakan 250 bilion dolar Amerika untuk pembinaan semula negara matahari terbit itu dengan pelan pemulihan memakan waktu sehingga lima tahun.

Katanya, bagaimana keluarga yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh dan banjir akan dapat membina semula kehidupan mereka selepas episod bencana apabila segala barangan yang mereka akan sentuh telah 'disumpah' 6 peratus GST.

Justeru, kata beliau Perdana Menteri harus menahan dirinya daripada mendengar nasihat-nasihat akal pendek sekaligus menangguhkan pelaksanaan GST.

“Najib mesti memandu negara ke arah laluan yang betul, demi memastikan kebajikan rakyat terjamin, tiba masanya Perdana Menteri memastikan rakyat betul-betul terlindung.

Sumber HD - 4-1-2015
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tahun 2015 mencabar keupayaan ekonomi anak muda

IZWAN ABDUL HALIM | .

KURANG beberapa hari lagi tahun 2014 bakal melabuhkan tirainya. Menjadi kebiasaan sebelum menjelangnya tahun baharu, masyarakat akan menyambut kehadirannya dengan pelbagai sambutan. Paling menonjol percikan bunga api yang bewarna-warni di ruang angkasa selain kiraan detik 12 malam.

Golongan muda sememangnya menantikan kehadiran tahun baharu dengan meletakkan azam serta harapan baru sebagai sasaran kepada pencapaian diri masing-masing. Tetapi, perlu diingat proses menilai percaturan perjalanan masa dan diri juga mestilah selaras dengan pembangunan negara menjelang tahun baharu itu.

Tahun 2015 bakal menghadirkan cabaran ekonomi yang meliputi semua peringkat rakyat. Malah, tidak keterlaluan dikatakan bahawa ia bakal menjadi cengkaman yang mengsengsarakan akibat pengaruh global. Hal ini kerana peningkatan rakyat dengan bilangan populasi yang ramai turut memberi pelbagai cabaran kepada masyarakat seluruhnya. Arus globalisasi yang kini menghimpit rakyat saban hari tidak mampu lagi disekat sebaiknya. Masyarakat mesti bangkit dalam menghadapi rintangan ini dengan seadanya.

Tentulah lebih mencabar kepada golongan muda yang baharu menjengah ke alam dewasa atau berdikari atau memulakan hidup alam bekerjaya atau berkeluarga, setelah rata-rata menamatkan pengajian peringkat menengah atau universiti. Masing-masing tiada bekal pengalaman menghadapi pengaruh ekonomi yang melingkari melainkan nasihat atau sikap waspada; dengan berjimat cermat dan seumpamanya.

Sedangkan umumnya mengenali golongan muda generasi ini mudah terpesona dengan sebegitu banyak tarikan material, di samping jiwa yang penuh keinginan dan mahukan kemudahan. Walaupun sebenarnya pada situasi ini mereka memerlukan bimbingan, hatta dalam memenuhi keperluan asasi sekalipun. Kecuali anak muda yang mungkin mewarisi kekayaan aset keluarga tanpa perlu bekerja kuat.

Dalam memenuhi kehidupan seperti dinyatakan, hakikatnya golongan muda sendiri perlu mengawal pengurusan ekonomi diri secara bijak dan realistik sesuai dengan cabaran yang sedang bergelombang ini. Secara asasnya terdapat keperluan penting mesti ada untuk golongan muda yang aktif iaitu,
i. makanan;
ii. pakaian;
iii. penempatan;
iv. pengangkutan.

Cabaran perlu disedari bahawa majoriti golongan muda Malaysia adalah berpendapatan di bawah RM3,000 dan jumlah itu pada tempo ekonomi seperti sekarang menunjukkan bahawa kadar pendapatan tidak selari dengan pembiayaan keperluan kos sara hidup.

Tanda-tandanya sudah jelas terlihat sepanjang tahun 2014 apabila ekonomi negara diuji dengan pelbagai perkara. Kejatuhan nilai Ringgit dan saham-saham utama negara, peningkatan harga material pembinaan dan hartanah, kenaikan harga petrol dan barangan keperluan harian, elektrik, tol dan seumpamanya hinggalah kepada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang bakal dilaksanakan April 2015.

Maka, untuk golongan muda hari ini ‘menikmati hidupnya’; berseronok, lapang dan mewah – adalah hampir mustahil, sebaliknya merisikokan keupayaannya melangsungkan hari mendatang. Oleh itu, baik kepada golongan muda mahupun hakikatnya sesiapa sahaja rakyat negara ini, tahun 2015 menuntut mereka merancang dan mengurus ekonomi diri secara lebih teliti, terutama membuat jangkauan masa depan.

Pelan perbelanjaan dan pengurusan diri dalam bentuk kewangan perlu dilakukan dengan mengambil langkah sebaiknya dengan menabung dan membuat simpanan peribadi dalam satu peringkat. Supaya kelak masing-masing mempunyai perancangan sebaiknya untuk menggunakan wang tersebut bagi beberapa keperluan sahaja.

Selain itu, perlu disedari kepentingan penggunaan wang masa kini kerana dengan lonjakan harga barang di Malaysia memungkinkan penurunan kuasa beli masyarakat. Oleh itu, berbelanjalah semampu boleh dan gunakanlah wang yang ada untuk membeli barangan berkepentingan sahaja serta boleh memberi manfaat. Secara tidak langsung ini boleh mengekang dari terus bersifat boros dan tamak yang akhirnya akan merugikan diri.

Kerajaan pula sekiranya ikhlas untuk mensejahterakan rakyat menerusi ekonomi secara adil dan saksama, maka satu-satunya jalan penyelesaian adalah kembali kepada Islam. Jika produk-produk kewangan Islam ketika ini terbukti berjaya memberi imbangan material masyarakat dunia, apatah lagi sekiranya Islam itu dilaksanakan secara syumul. Membahas ekonomi Islam sewajarnya dalam ruang lingkup sistem Islam yang menyeluruh kerana Islam merupakan satu sistem hidup yang lengkap, saling berkait secara seimbang di antara satu dengan lain. Tetapi kerana kedegilan kerajaan berusia lebih 60 tahun ini untuk terus menganut sekular yang memisahkan agama dari segala lapangan, bermakna penerapan ekonomi Islam hanya berlaku secara kebijaksanaan oleh pihak tertentu secara terpencil.

Oleh sebab itulah masalah ekonomi kian membejat dan menekan rakyat sebagai mangsa, sedangkan golongan konglomerat meraih pelbagai bantuan pihak kerajaan memerintah seribut dan separah mana sekalipun ekonomi negara. Ini ketidakadilan yang merosakkan sistem dan tidak menstabilkan ekonomi dengan menyeimbangkan antara kuasa modal dan kuasa beli rakyat. Bahkan, belumpun pelaksanaan berkesan terhadap masalah penipuan, monopoli, manipulasi, rasuah, riba dan seumpamanya ditangani, kerajaan sudahpun meluluskan GST.

Menurut sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW, telah bersabda:

“Bahawa seseorang kamu di pagi hari pergi mencari dan memikul kayu api di atas belakangnya, lalu hasil yang diperoleh disedekahkan kepada orang lain serta memenuhi keperluannya tanpa meminta daripada orang lain, adalah lebih baik daripada meminta dan mengemis, baik diberi ataupun tidak diberinya. Demikian, kerana tangan yang di atas (yang memberi) adalah baik daripada tangan yang di bawah (yang menerima).”

Berdasarkan hadis di atas, dapatlah dilihat bahawa dengan contoh yang sangat sederhana, Nabi SAW telah menyentuh persoalan ekonomi dalam segenap fungsinya, iaitu:
i. aktiviti pengeluaran - melalui usaha mencari kayu api’;
ii. aktiviti pengagihan - melalui ‘amalan sedekah terhadap yang diperoleh’;
iii. aktiviti penggunaan - melalui ‘usaha memenuhi keperluan sendiri’.

Begitu juga dengan percukaian iaitu syarak melarang penetapan suatu cukai seandainya ia bagi menambahkan pendapatan negara dan bukan untuk membantu membela nasib rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah atau miskin dan fakir. Nabi sendiri pernah bersabda, “Kemiskinan membawa kepada kekufuran.” Menunjukkan ia isu penting yang mesti ditangani dan diurus terlebih dahulu, iaitu tahun 2015 memperlihatkan majoriti rakyat Malaysia termasuk golongan muda bakal berada dalam kemiskinan.

Maka, GST tidak wajib untuk dilaksanakan pada waktu ini, sementelah pula negara telah membariskan bebanan cukai yang banyak dikenakan atas setiap individu rakyat. Jika zakat dan sumber negara masih mencukupi untuk keperluan negara, bermakna GST tidak seharusnya dikenakan kepada rakyat.

Sebaliknya, keperluan negara dalam keadaan tidak mendesak, boleh dipenuhi dengan galakan sumbangan ikhlas serta derma atau wakaf sebagai salah satu amal jariah di akhirat kelak. Ini perlu diperluaskan dalam keperluan atau usaha negara membantu masyarakat yang kurang berkemampuan serta membersihkan harta dari sebarang unsur seperti riba sebelum mengutip cukai dari rakyat. Usaha seperti ini lebih menimbulkan ukhuwah, kebersamaan, keprihatinan dan keseimbangan sekaligus mengecilkan masalah sosial yang boleh membiak dari sebab kemiskinan dan ketidakupayaan memenuhi keperluan asas hidup.

Adapun jika cukai dikenakan, maka ia hendaklah dalam tempoh sementara sahaja dan bukanlah sebagai sumber pendapatan penting atau utama selain zakat. Kadar cukai dikenakan itu juga hendaklah cukup meliputi semua keperluan masyarakat dengan mengambil kira pelbagai golongan tanpa melebihkan sebahagian golongan lain yang akhirnya boleh menindaskan golongan tersebut. Sebuah kerajaan yang teguh mustahil memerlukan tempoh sangat lama untuk mewujudkan kestabilan seperti dinyatakan, melainkan kerajaan itu sendiri korup! – HARAKAHDAILY 29/12/2014

Sumber HD - 29-12-2014

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Tangguh GST, sidang parlimen tergempar Bajet 2015

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Dengan suasana ekonomi yang tidak menentu dengan kejatuhan mendadak nilai Ringgit, harga minyak, bursa saham, harga getah dan sawit, sudah sampai masa rakyat mendesak kerajaan untuk menangguhkan perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, GST tidak wajar dilaksanakan dalam keadaan ekonomi tidak menentu kerana tiada yang dapat menjangkau impaknya pada kehidupan seharian dan ekonomi negara, lebih-lebih lagi dalam krisis ekonomi.

Katanya, kerajaan tidak harus memperjudikan nasib negara dan rakyat di 2015 dengan perlaksanaan GST yang bakal melonjakkan inflasi di dua tahun pertama perlaksanaannya sebagaimana yang berlaku di China, Singapura dan juga Australia berdasarkan laporan “2H2014 Economic Outlook: External Positives Amidst Domestic Challenges”.

Menuutnya, perniagaan dan rakyat perlu diberikan ruang yang lebih selesa dan menentu untuk menghadapi krisis ekonomi yang kian nyata.

"Solusi jangka pendek boleh diwujud dengan menangguhkan perlaksanaan GST," ujarnya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, ujar beliau rakyat perlu mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk memanggil satu sidang parlimen tergempar untuk memperincikan semula Bajet 2015 yang diluluskan berdasarkan pendapatan negara yang tidak menepati realiti semasa masa kini.

Tambahnya, antara butiran yang penting yang perlu diperincikan termasuklah:

1. Pengurangan pendapatan Petronas dan sumbangannya kepada kerajaan

2. Penurunan nilai Ringgit dan kesannya pada hutang negara

3. Pengurangan pendapatan daripada sumber eksport sawit dan getah

4. Langkah-langkah pengurangan kos – termasuklah pengurangan lawatan ke luar negara oleh para menteri kabinet.

5. Ke manakah wang yang diperuntukkan untuk subsidi minyak akan digunakan memandangkan subsidi minyak sudahpun ditarik balik.

6. Menjawab segala pertuduhan mengenai 1MDB.
"Di sidang tergempar ini, diharap kerajaan akan memberikan ruang kepada Tun Dr Mahathir Mohamad untuk hadir bersama dan memberikan pendapat," ujarnya.

Beliau menambah, pengalaman Mahathir menangani krisis kewangan pada tahun 1999 boleh dijadikan panduan sebelum terlambat.

Tegasnya, rakyat perlu bersatu mendesak kerajaan melakukan sesuatu.

"Jika tidak, percayalah Najib akan terus berpekak seperti bisunya beliau dalam isu 1MDB yang dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat mahupun Dr Mahathir," katanya lagi. - HARAKAHDAILY 17/12/2014
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

TTPA: Kita boleh tengok filem tanpa censor?

MUHAMMAD NURUDDIN BASHAH | .

TULISAN ini ditaip sepanjang penulis berada di hadapan televisyen menonton siaran langsung Persidangan Umno 2014 yang sarat dengan dogma Malaysia itu Umno dan Umno itu Malaysia. Malah mungkin kena dengan tajuk yang penulis ingin coretkan disini iaitu apabila Presiden Umno tercinta menyatakan “kukuhnya negara dengan kukuhnya Umno”, “Negara akan makmur dan maju jika rakyat cintakan Umno” jika telinga penulis tidak tuli.

Cukup meluap dan lahap ucapannya namun penulis menguap dan lali kerana tiada wacana mencabar minda yang dilontarkan melainkan amaran, ugutan dan paranoid ilusi yang dicipta untuk membuatkan peserta persidangan tidak senang tidur.

Penulis menantikan lontaran cabaran bagaimana bangsa etnik majoriti Melayu menghadapi pasca kolonialimse dan neo kolonialisasi yang dihidang dalam bentuk baru. Sama ada dari aspek hidangan pemikiran baru yang mengubah landskap politik, masa depan rakyat mahupun dihidang melalui kelicikan perjanjian dan usaha ekonomi yang mengancam masa depan rakyat tidak kira Melayu, Cina dan India.

TTPA adalah perkara yang ingin penulis gariskan dalam tulisan ini lantaran isu ini tidak menghasilkan amarah rakyat mahupun pemimpin politik. Apabila isu tidak menghasilkan reaksi kerajaan melalui Akta Hasutan sudah memadai menandakan isu TTPA belum dipanaskan dan belum cukup menggugat keselesaan Putrajaya.

Perjanjian ini bukan sahaja bakal menguak satu lembaran baru dunia ekonomi tanpa sempadan yang menyaksikan negara kita akan menjadi ‘alat kawalan jauh’ kuasa besar kapitalis, ia juga sebenarnya bakal menyaksikan generasi muda yang hari ini masih belum memiliki kereta, belum berkeluarga, masih kerja sementara di kedai serbaneka, masih sambung pengajian sarjana, masih belum memiliki rumah suatu hari nanti selepas melepas usia yang memerlukan semua kemudahan berkenaan, sudah matang berkeluarga, mereka semua akan terperangkap dalam perangkap ekonomi liberal yang menghancurkan status quo yang sedang mereka nikmati sekarang ini.

Anak muda sudah tidak boleh dilayan sebagai pak pacak dan aktor tambahan penambah peserta sahaja dalam himpunan atau gerakan mendesak bantahan TTPA,. Anak muda perlu dipartisipasikan dari aspek ilmiah dan intelektual. Sekurang-kurangnya jika tidak belajar tinggi, mereka peru difahamkan fakta asas kebejatan TTPA yang sedang merobek lelangit sosial mereka.

Penulis menyaksikan anak muda yang amarah dalam isu TTPA ada yang hanya bersemangat tetapi dengan minda yang separuh penuh. Bergaya dengan baju-T Che Guevera ke sana ke mari, berkumpul berarak dengan topeng muka V for Vendetta, atau baju-T bersuara dengan tulisan maki hamun kapitalis dalam keadaan mereka tidak difahamkan secara adil apa realiti kapitalis dan apa altenatif terbaik kepada kapitalisme yang menjerut leher mereka kelak.

Bagi penulis yang mengambil medan juang PAS, amat berbesar hati jika PAS menggerakkan seluruh jentera dan lajnahnya yang memiliki ketumbukan, kemahiran dan kepakaran tersendiri memacu isu agar rakyat bangun menghumban TTPA jauh dari kosmos Malaysia.

Isu TTPA terlalu banyak literasinya disediakan oleh penggerak gerakan NGO aliran kiri dan multi rasial. Namun dalam ketumbukan pasukan Islamis ia masih belum cukup panas dan rasanya cukup masak diwacanakan.

Ia bukan sekadar isu lajnah ekonomi atau Lajnah Penerangan, ia juga boleh dijadikan isu homofili yang disepakati semua segmen dalam PAS, tidak mengira aliran pemikiran, latar belakang pendidikan. TTPA bakal menjahanamkan kesemua sekali ala-ala Perang Armageddon. Jika ia dipacu secara bersama, manual operasi pengurusan berdasarkan objektif boleh disediakan agar semua Jabatan dan Lajnah memainkan isu ini. Lajnah tarbiah dan Dewan Ulamak boleh berwacana sehingga masak berkenaan serangan neo-kolonial ini dari aspek fiqh Nusus dan Syariah. Ia wajar dibuka kepada semua anak muda untuk diberi maklumat yang absah berkenaan bercanggahnya TTPA daripada aspek syariah Islam.

Jabatan PASTI, Amal dan lajnah Profesional, boleh melarutkan intpati anti TTPA dalam setiap program yang mereka adakan. TTPA boleh dianggap bahana yang perlu dihadapi seara komprehensif, munazzamah dan konsisten. Inilah idea yang cuba dilontar oleh penulis kali ini.

Permudahkan Istilah

Bahasa susahnya adalah TPPA didefinasikan sebagai perjanjian multilateral terikat yang melibatkan negara Asia Pasifik seperti Australia, AS, New Zealand, Kanada, Mexico, Chile, Brunei, Malaysia dan Vietnam. TPPA adalah tentang liberalisasi pasaran iaitu negara ahli bebas berniaga di pasaran negara ahli secara terbuka sesuai dengan konsep globalisasi.

Bahasa mudahnya selepas ni barang-barang kita dapat masuk pasaran negara ahli yang dinyatakan tadi, dengan bebas. Bagi yang selama ni bercita-cita untuk memasarkan produk mereka ke luar negara akhirnya akan tercapai melalui TPPA. Manakala barangan negara lain juga mudah masuk ke negara kita malah dengan harga tertentu (mungkin terlalu rendah) yang menyukarkan peniaga tempatan meletak harga.

Sifir mudah TTPA

Umumnya TTPA meliberalkan serta mengurangkan kuasa kerajaan tempatan serta menaikkan pengaruh syarikat gergasi luar negara dalam perkara :
A. perkhidmatan,
B. Pelaburan dan saham tempatan,
C. peraturan ke atas Korporat Kaitan Kerajaan (GLC),
D. Peraturan Industri Kecil dan Sederhana (SME)
E. dan Hak Milik Intelektual.

Kesannya pula secara umum untuk difahami:
A. Harga ubatan meningkat
B. Nilai Hartanah meningkat
C. Kerajaan kurang kedaulatan - mudah disaman syarikat luar
D. Petani tempatan kurang ruang ekonomi, diasak barangan luar negara
E. Kesihatan terancam - makanan lambakan remeh/ sintetik.
F. Industri tempatan, kecil dan sederhana diasak, dikawal peraturan kerana saham dikawal oleh pihak kapitalis luar negara.
G. Rasuah boleh menjadi-jadi untuk memenuhi kehendak piawaian kapitalis luar negara.
H. Peniaga kecil musnah - peluang pekerjaan mengucup dan pengangguran mungkin berlaku.
I. Budaya tempatan, agama terhakis kerana arus global yang menguasai segenap sendi sosial.

Bagaimana Kesan-Kesan ini Berlaku?

Pemimpin Generasi Akan Datang Bakal Disaman?

Anak muda adalah keompok utama yang perlu diberi kesedaran. Mereka adalah generasi yang bakal menerima impak maksima TTPA. Siapakah yang bakal menerajui negara ini jika bukan anak muda hari ini? Jika TTPA ditandatangani, kemungkinan mereka sebagai pemimpin masa depan berhadapan dengan ancaman disaman oleh syarikat trans nasional gergasi. Lihat sahaja syarikat rokok Philip Moris yang menyaman kerajaan Australia kerana kerajaan Australia mengarahkan rokok dijual dalam kotak kosong bermula 1 Disember 2012. Begitu juga nasib Uruguay kerana kerajaan tersebut mengarahkan iklan kesihatan diletak pada kotak rokok sebanyak 80 peratus sehingga menenggelam hiasan kotak yang menggiurkan selera perokok. Hal yang sama bakal berlaku di Malaysia kerana iklan sedemikian juga dilakukan oleh kerajaan malaysia.

Pada Mei 2011 Jerman mengumumkan bakal menamatkan program nuklear menjelang 2022. Akibatnya syarikat Sweden Vattenfall mengumumkan akan menyaman Jerman sebanyak RM 4.6 billion!

Isu yang menjadi kebimbangan adalah mekanisme penyelesaian pertikaian pelabur (inventor state dispute settlement ) ISDS yang merestui pelabur mencabar undang-undang dalaman sesebuah negara walaupun diluluskan dalam parlimen dan untuk matlamat kebaikan warganegara negara berkenaan.

Negara-negara TPPA mesti bersetuju untuk membenarkan syarikat luar mengambil tindakan saman di tribunal arbitrasi antarabangsa (International Center for Settlement of Investment Disputes yang bertapak di Washington) untuk menuntut pampasan disebabkan eskpropriasi (expropriation). Eskpropriasi secara mudah untuk anak muda faham didefinasikan sebagai tindakan kerajaan kita yang mungkin merampas harta dan membatalkan kontrak atau tindakan dan polisi kerajaan yang memberi impak pengurangan keuntungan kepada syarikat gergasi luar negara. Maka “Eskpropriasi” inilah musuh kepada kapitalis walaupun tindakan ini menyelamatkan keseihatan, keselamatan, budaya dan agama rakyat tempatan.

Industri Di Bawah Kawalan TTPA

Pengasas bersama Badan Bertindak Bantah TPPA Anas Alam Faizli pernah menyatakan bahawa, generasi muda tidak boleh mengelak diri daripada wacana bencana TTPA. Beliau menggariskan impak TPPA terhadap dunia industri yang menjadi punca pendapatan negara kerana rundingan ini akan akan memberi kesan kepada perolehan kerajaan, industri kecil dan sederhana. Hal ini ini kerana TPPA bakal memegang lebih 80 peratus industri di Malaysia.

Misalnya dalam hal industri juga isu SOE (State Own Enterprise) TTPA menghakis pengaruh kerajaan terhadap saham tempatan. Mana-mana SOE yang kerajaan punya saham di dalamnya, TPPA menetapkan kerajaan tidak boleh menentukan dasar yang memihak kepada pelabur tempatan.

Kesan parah akan berlaku ke atas syarikat GLC dan SME tempatan. Mengikut TPPA, sebarang layanan istimewa kepada syarikat tempatan untuk mendapat sebarang kontrak kerajaan akan dianggap menyalahi TPPA kerana tidak memberi “fair and equitable treatment”. Anak muda hari inilah yang bakal menerajui GLC dan hak-hak yang wajar mereka perolehi akan terhakis.

Kesihatan Generasi Akan Datang Musnah

Tahukah kita mengapa penyakit kanser boleh dikatakan amat kurang zaman dahulu? Perlukah nenek moyang kita memakan deadoran untuk elak bau badan? Rasanya tidak perlu kerana bahan makanan yang tiada bahan sentetik dan bahan kimia boleh menghasilkan badan yang sihat, bau badan yang kurang. Kini dari hujung rambut hingga kaki perlukan pewangi dan pembasuh kerana badan kita menyahkan toksik dan menghasilkan bau tidak menyenangkan.

Akan datang makanan sentetik akan bercambah lagi. Generasi akan datang akan lebih tenat lagi. Dengan termeterainya TPPA, segala bahan asas yang berasaskan kimia akan dibawa masuk ke tanah air kita seperti GMO (Genetically Modified Organism) yang terkandung dalam beras, kacang soya, tumbuh-tumbuhan dan banyak lagi.

GMO adalah bahan asas atau makanan yang telah diubah secara genetik menggunakan bahan-bahan kimia yang mampu mendatangkan bahaya kepada sesiapa yang memakannya. Hari ini kerajaan mungkin masih mampu menghalang bahan-bahan berbahaya ini dijual kepada umum. Akan datang?

Ubat Tidak Bersifat Ubat Lagi

Ubat adalah untuk sesiapa yang perlu dan sakit. Malah menjadi dasar sesebuah negara untuk mengagih ubat secara adil, murah, mudah untuk rakyatnya sendiri. CAP serta banyak NGO lain telah memberi senarai garis merah berkenaan ancaman TTPA, antara yang popular adalah isu kenaikan harga ubat-ubatan kerana pemanjangan tempoh paten atau hak cipta ubat berjenama.

TTPA bersifat melindungi harta intelak dan ia berlaku secara melampau sehingga sesuatu penemuan, kajian itu kelihatan tidak lagi memberi harapan atau manfaat kepada masyarakat dunia, sebaliknya tujuan penemuan dan kajian lebih kepada mengumpul kekayaan, laba akibat pemanjangan paten sesuatu penemuan dan kajian. Bukankah tujuan saintis membuat kajian untuk manfaat masyarakat?

Kapitalis telah memesong tujuan asal budaya saintis kepada budaya membolot kekayaan peribadi. Anak muda yang sihat wal afiat hari ini suatu hari mungkin akan bergantung dengan ubat kolesterol, buah pinggang, jantung dan sebagainya. Mereka akan berhadapan dengan kos harga ubat yang begitu mahal sehingga kerajaan sendiri tidak mampu menampungnya dengan subsidi.

Satu kajian yang dilakukan oleh Oxfam pada 2007. Dalam tempoh 5 tahun sejak Jordan menguatkuasakan TRIPS-Plus hasil perjanjian US-Jordan Free Trade Agreement (FTA), harga ubat-ubatan dalam pasaran meningkat 20 peratus, tanpa sebarang pembaharuan pun di dalam inovasi ubatan seperti yang didakwa oleh golongan pro-TPPA.

PAS dan gerakan Islam perlu sedarkan anak muda apa itu ubat generic (yang murah) yang sedang membantu hayat ibu dan bapa mereka. Suatu hari nanti ubat generic kian sukar diperoleh dan mereka (anak muda) akan terima habuannya.

Harga Hartanah Akan Meningkat

Antara cita-cita besar anak muda tentunya ingin memiliki tanah sendiri, kenderaan sendiri. Hari ini FOMCA melaporkan sejumlah 47 peratus pekerja muda di negara ini dibebani jumlah hutang yang begitu serius. Malah lebih 53 peratus rakyat Malaysia tidak mempunyai apa-apa aset kewangan kerana tidak mampu dan dibebani hutang berpanjangan. Bagaimana dengan keadaan akan datang dengan adanya TTPA?

Pengarah Penyelidikan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu, Azlan Awang berkata, apabila kerajaan menyertai TPPA, Bank Negara Malaysia (BNM) tidak boleh lagi mengawal aliran keluar masuk wang dari luar negara untuk pelaburan di negara ini kerana antara klausa dalam perjanjian itu ialah aliran modal yang bebas.

Hari ini realitinya ramai anak muda tidak mampu membeli rumah kerana rumah dijadikan satu barangan komoditi untuk dispekulasi oleh spekulator tempatan kerana kelemahan Cukai Keuntungan Harta Tanah (RPGT), kurangnya pengawalan penggunaan duit pasaran gelap dan kelonggaran pinjaman oleh institusi perbankan. Hal ini dianggap serius walaupun baru penangan daripada spekulator tempatan.

Akan datang selepas Malaysia tandatangani TPPA, wang yang besar akan datang dari luar negara. Pelabur asing boleh melabur dalam industri sebenar, pasaran saham dan hartanah. Harga hartanah akan dimanipulasi oleh pelabur asing. Hal ini tidak boleh disangkal lagi.

Ancaman Budaya Dan Agama

Generasi anak muda telah berhadapan dengan suatu perubahan sosial dan penjajahan budaya selepas proses globalisasi berlaku sejak era awal milenium.

TTPA adalah bentuk baru kehadiran globalisasi yang bejat tetapi secara terhormat, rasmi dan berkuasa kerana ia adalah perjanjian. Perjanjian ini adalah janji setia kita untuk menerima tanpa sekatan sebarang lambakan nilai, budaya dan agenda kapitalis antarabangsa. TTPA adalah bentuk batu globalisasi. J A Scholte (2002) dalam bukunya menyimpulkan globalisasi sebagai internasionalisasi, liberasi, universalisasi, westernisasi atau modernisasi (lebih banyak dalam bentuk Americanised) dan globalisasi sebagai penghapusan batas-batas kewilayahan (atau sebagai persebaran supra-teritotorialitas).

Filem tanpa tapisan adalah antara ombak besar yang bakal merosakan generasi muda. Seperti yang dinyatakan diatas, harta intelak dan hak cipta pengeluar filem dipertahan sehingga sebarang tindakan menapis dan mengurangkan babak yang merosakkan filem asal boleh disaman oleh pengeluar filem berkenaan.

Ternyata daripada sedikit hujah di atas, anak muda adalah antara generasi yang bakal terancam dari segala aspek.

Di sinilah peranan PAS mencelikkan anak muda berkenaan penangan bejat TTPA. Ia isu kita bersama. Ia isu Islam! – HARAKAHDAILY 16/12/2014

Muhammad Nuruddin Bashah, Timbalan Ketua Penerangan DPPN Kedah

Sumber HD - 16-12-2014

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




GST: rakyat tidak percaya ketelusan kerajaan

ROZAINI M R | .

GST hanya menguntungkan rakyat sekiranya ia diurus dengan baik. Sebahagian besar rakyat tidak meyakini ia akan diurus dengan baik kerana kerajaan Malaysia telah membuktikan acap kali kelemahannya dalam urusan kewangan rakyat – contoh terkini ialah kegagalan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang mempunyai hampir RM42 bilion hutang semasa, dan meningkat setiap hari.

Kerajaan yang dipercayai ialah kerajaan yang menentukan langkah-langkahnya menurut perspektif rakyatnya. Segala ilham yang diperlukan untuk membentuk mekanisme dan kaedah-kaedah yang perlu bagi menjayakan hasrat mensejahterakan rakyat itu, akan dianugerahkan tanpa sebarang kesukaran dan disambut baik oleh kebanyakan rakyat.

Hanya melalui kesanggupan politik (political will) sahaja intergriti dapat dicapai. Dalam suasana ramai rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah, pelaksanaan GST akan menambahkan lagi kos sara hidup keluarga masing-masing. – HARAKAHDAILY 16/12/2014

Sumber HD - 16-12-2014

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




How welfare is inclusive, just, and catalytic to the economy

Anas Alam Faizli | .

How welfare is inclusive, just, and catalytic
One of the most wicked economic satirist of the 18th century, Bernard Mandeville cynically proclaimed, “It was generally admitted that unless the poor were poor, they will not do an honest day’s toil without asking for exorbitant wages. To make the society happy it is requisite that great numbers should be ignorant as well as poor.”

Mandeville made clear his displeasure with an economic hierarchy that accepted poverty as necessary to safeguard “social order”, dismissing charity as hypocrisy of priests and noblemen wanting to maintain status quo. His great paradox that “private vices bring about public benefits” was echoed by his junior of half a century, Adam Smith. Similarly, Smith posited that true virtuous self-interest results in an unintended invincible cooperation, which produces greater economic good.

Is the answer to humankind’s economic queries truly within the power of collective selfish incentives? A revisit to the origins of economic superpowers of today can invalidate this claim.

How did West Europe, America and Japan emerge as significantly superior economies to the rest of the world? In 1820, the average income in Western Europe was roughly 90% of that of Africa today. Huge poverty and wealth gaps between nations today virtually did not exist prior to the 19th century. Everyone started on the same footing.

Since the beginning of time, human population only reached 15 million 5,000 years ago. We hit our first billion mark in 1804, and our second more than a century later in 1927. In the 19th and 20th centuries, the world witnessed tremendous economic and human development taking place in Europe and North America. Poverty was reduced in those regions dramatically. Since then, human population skyrocketed to 3 billion in the span of only 40 years to 1960, already reaching 7 billion by 2012.

Healthcare, agriculture, food technology and better mode of production paved way to the industrial revolution. For the first time ever, world food production was at a surplus; one person was able to produce food for thousands of other people. Britain assumed leading position in modern economic growth, given its relative ability to rupture existing structures and undergo necessary gender, familial and social mobility. Growth and technology diffused outwards to other receptive regions like Japan, which was undergoing the Meiji restoration, and North America, from waves of outward migration from Europe.

At the same time, vast regional differences and inequalities surfaced. Modern economic growth was not tasted by many parts the world; thereon emerged dichotomous terminologies we are familiar with today, such as “the east”, “the west”, “third world” and “first world”. Underdevelopment and poverty was no longer something humans could just wait to naturally climb out of. Poverty became relative; it needed combating and attention because great superpowers were accelerating at their self-driven pace, unintentionally or not “trampling” on the poor. Private vices alone will result in grave imbalances. Only then did earlier works in economic philosophy re-emerged with complex theories and models for the solution to man’s economic problems, picking up from where Smith and Marx left off.

Jeffrey Sachs in the End of Poverty (2005) saw that eradication of extreme poverty by the year 2025 is possible, as per the Millennium Development Goals (MDGs), given properly planned development aid. Sachs argued that through increasing anti-malarial bed nets in Sub-Saharan Africa, promoting debt cancellation by richer nations to the world’s poorest economies, adequate funding for clinical economics, and tripling development aids, the world can be free of extreme poverty. The World Bank defines extreme poverty as living below one dollar and 25 cents per day, at purchasing power parity. But Sachs views the extremely poor as those stuck in a rut and unable to even begin climbing the ladder of development out of poverty without aid.

If we believe in the capability of “private vices” to establish this great invincible cooperative force to achieve economic prosperity; does this mean we see welfare and redistribution as dead? Does it mean we are apathetic towards extreme poverty and economic deprivations of fellow human beings? Where do we draw the line?

Demystifying Welfare

A welfare state sees its government play a huge role in the provision of goods and services to ensure social and economic well-being of its citizens. It aims to reduce economic insecurity that is produced by nature or the market. The concept rests upon major normative themes like ‘rights’, ‘needs’ ‘equality’, and ‘justice’. In view of organized Islamic living, the Islamic worldview too puts the fulfilment of basic needs of all human beings as one of its primary objectives. Nejatollah Siddiqui in his ‘Role of State in the Economy’ proposes that the burden of fulfilling needs rest on the Islamic state; it is a fardh kifayah, which is an essential duty that must be performed.

Garfinkel and Smeeding at Columbia in 2010 found that all wealthy nations are in principal welfare states; they are “primarily capitalist economies with large selective doses of socialism”. Welfare can take the form of direct transfers or on-behalf payments to service providers, like education and healthcare. Transfers can be cash or coupon handouts, disability and unemployment benefits, which we do not have in Malaysia, family assistance, and poor relief.

Statistically, welfare states can be defined as countries devoting at least 20% to social transfers like Nordic countries, Austria and the Netherlands. On the other hand, countries like the United States and poorer Third World countries spend less in social safety nets and human investments. Malaysia spends only 4.1% on Education (ranking her 101st) and 4.4% on Healthcare (ranking her 156th in the world). Not coincidentally, Malaysia also ranks among the highest in income-disparity gap in Asia between the rich and poor.

Using the Nordic example, higher social transfers of the welfare state have resulted in less poverty, less inequality, and longer life expectancy with statistically no net cost in terms of GDP, economic growth or even budget deficits. But according to welfare expert Peter H. Lindert, the burden of proof lies on those who claim that welfare states strangle productivity and growth. Antagonists need to prove why, in reality, large welfare states end up with higher growth rates.

Welfare Will Not Bankrupt Malaysia

When approaching the subject of financing welfare programmes, we can never avoid Scandinavia. It is always thought that they run a terrific social democratic welfare state, but at the expense of its people. The myth is that citizens, especially the rich and hardworking, are really bullied to pay heavy income taxes. The reality is not as disheartening.

In the 1980s, corporations and property incomes in Sweden rarely pay top statutory rates because of deductibles and loopholes. In fact in the 1990s, Sweden and some other European countries simplified their tax systems which effectively lower tax rates at the high income brackets. The OECD experience since 1980 exhibits no sign of negative econometric impacts on GDP and national product from higher taxes having to finance larger transfers and welfare payments.

It is actually sin taxes that are highest. Tobacco and alcohol are demerit goods because its total costs to society that arise from its consumption (higher healthcare bills from second hand smokers) outweigh the private costs to smokers who purchase them. Consumption in general is also taxed via the Value Added Tax (VAT); the more financially able one is to consume, the more one ought to be taxed.

The Nordic model also taxes lower income groups. While those earning below RM3,000 (which form the majority) are not taxed in Malaysia, even the average Nordic toilet janitor does. At first glance this seems cruel, but labour supply is less sensitive to tax than say, capital supply; people are less likely and less able to change or run away from jobs because of tax as much as investment monies and consumption could. By making everyone pay labour income tax, even those in favour of receiving government welfare too are made to contribute at least a little to the welfare they enjoy.

Welfare Will Not Hinder Progress, Rather Catalyze It

It is time we cease looking at welfare as populist, a game of pity or even something to be grateful to the government for. It is a perfectly feasible economic programme in its own merit and even growth-accretive. Keynes explained that the welfare state is not just absolute support for the poor. Welfare is actually part of a package of policy instruments to keep the market economy on track and prevent relapses of economic crises. Welfare spending also stimulates demand when private investment and expenditure dry up in times of dampened economic growth.

The Columbia University study showed that large welfare state budgets enrich nations rather than impoverish them. First, all modern rich nations have large welfare states. Second, he found that these states grow faster economically in periods after large welfare programmes compared to periods before them. Third, they found strong evidence that public education and public health have led to enormous gains in productivity and economic well-being. The study drew a 125 years historical timeline for rich nations and found a correlation between social spending and growth rates. It is empirically proven that higher growth rates are registered in states during its large welfare era as opposed to its pre-large welfare era.

How so? For one thing, a welfare state is more inclusive; it generates economic producers wven out of its economically-handicapped citizens, by ensuring the bottom income earners are placed onto the ladder of development.

If welfare programs are tax-financed, it is revealed that social spending can only have a net positive effect on GDP because the leakage out of the economy in the form of tax is re-injected into the economy at targeted productive uses. Denison, Barro, Lucas, Hicks and many others agree that there is overwhelming empirical evidence that public education promotes productivity and growth. In fact, even many other social transfer programs raise GDP per capita. America sees shortened life expectancy, ranking 19th of 20 rich nations, and GDP gone wasted as they refuse to spend for health care. Scientific evidence over a similar 125-year period also suggests public health measures have large social benefits and promote productivity and growth. Unsurprisingly, Finland is the second-happiest country on earth (the US not even in top 10), with lower infant mortality rate, better school scores, and a far lower poverty rate than the US.

Furthermore, various studies also found that the richer a country is, the more its citizens can attribute their incomes to welfare transfers, as exhibited by Europe and Australia, because high-budget welfare states feature a tax mix that is more pro-growth than the tax mixes of low-budget Japan and Switzerland. These high-budget states also have more efficient health care, better support for childcare, women’s careers, and other features that more than mitigate any negative incentives effects on transfer recipients.

Transfer payments have a direct impact on economic growth by generating private consumption. But the BR1M that we have witnessed is myopic and too little to make a sustainable impact to income. Public provision of education up to tertiary level too will also produce Malaysians who can acquire better skills and jobs, and thus stronger consuming power. Both productivity and private consumption will contribute directly to domestic components of GDP growth. Unfortunately we still hear Malaysians rejecting public university offers from sheer inability to pay even the already subsidized tuition fees.

Such are only some of reasons why Malaysia needs to embark on a serious welfare plan. When designed properly to extract most from less elastic sources to more elastic sources, we can inch closer to ensuring basic comfortable living standards for every Malaysian, and more importantly for them to have the means to ensure that for themselves. A bigger welfare budget is really crucial to enhance the means to achieve a respectable minimum standard of living for many low-income Malaysians.

Welfare Will Not Make Us Lazy

Aside from welfare straining government’s coffers or cannibalizing growth, welfare opponents also worry about disincentive effects of tax-financed welfare programs. One other major argument against welfare is how it will make recipients lazy. I argue otherwise. Inheriting a bloated trust fund from your grandfather makes you lazy. Free education and free healthcare do not. That 77% of labor force are only SPM-qualified and below, sluggish wage growth due to lack of skills and qualification, relatively higher graduate unemployment compared to overall employment, and low insurance penetration for access to quality healthcare, only manifest how poor Malaysians are not too far off from those “stuck in a rut” as illustrated by Jeff Sachs. Though not necessarily dying of Malaria, their economic helplessness relative to other Malaysians enjoying a heftier share of Malaysia’s growth can be likened to it. Siddiqui proposed that the standard of need fulfilment of an individual should depend on the average of the standard of living of the society that the individual lives in. This needs fulfilment include food, clothing, shelter, medical care and education. In richer states, it should also include transportation, care taking and attendance.

In the case of Malaysia, bigger welfare programs in education and health for example, will help raise the purchasing power for the average lower middle class Malaysians who are very much left behind in the curve of development. They may not be statistically considered poor, but it is increasingly harder for them to be that much better off than their parents. The path of social mobility for the “just above poor” group gets more blurred. Targeted and productive welfare is very necessary to demystify that social mobility path for them and get them started on the path of self-development.

Justifying Welfare for a Country as Rich as Malaysia


The most interesting case yet, for a bigger welfare program in Malaysia, is that the government budget is also significantly financed by non-tax sources. Indirect taxes (excise duties, sales tax) and non-tax revenues (investment income, permits, licensing) combined, contribute about as large as direct taxes to the government’s 2012 revenue. Out of indirect tax, individual income tax is the least, at about 11.4 percent. The rest are due to petroleum income and corporate taxes.

What does this mean? First, given government revenue sources are status quo with our wealth of oil and natural resources, welfare programs need not even mean we have to start paying more personal income taxes. Second, there is much room still for welfare programs to positively contribute to employment empowerment, education and socio-economic well being of vulnerable Malaysians without necessarily resulting in laze, complacency or over-dependency.

In fact, over-dependency is only prevalent amongst selected groups who have been enjoying selective treatments by the government, rather than amongst the truly needy groups. While BR1M sings its own praises about how many Rakyat will benefit from it, there’s a saying that “We should measure welfare's success by how many people leave welfare, not by how many are added.”

Not Just Any Welfare, But Tactical Welfare for Economic Justice

My thesis is that welfare states, when successfully undertaken emulating as much as possible the successes of the social democratic model, is more inclusive to all citizens. Given our current circumstances, it is the best way to promote better productivity in situations of depressed wages, skills and productivity. To allegation that welfare will produce lazy citizens such as in the British case, can be dispelled by the relative success of the Nordic model.

Bearing in mind the need to historically scrutinize data and on-the-ground experiences when studying success stories of other nations, we recognize that arriving at a conclusion is not as simple as it seems. A large welfare programme in no way suggests redistributive intervention where the free market works fine without significant externalities, including fair international trade. Given our relative size, dependencies and advantages on a global scale, it is pivotal for Malaysia to endeavour a larger welfare budget which will ultimately enrich Malaysia, rather than impoverish it.

We dream of a world where grave imbalances cease to exist, where the most vulnerable groups within society are put where they can start making more of themselves. That world would see government intervention as introduced at the start of this address. In that good world, the government corrects externalities and directs resources to where separately functioning private incentives will not, in an ultimate goal of ensuring net positive social outcomes inclusively for Malaysia to yield exponential dividends to reap from.

“Power has only one duty - to secure the social welfare of the People” - Benjamin Disraeli

*Anas Alam Faizli is an oil and gas professional. He is pursuing a post-graduate doctorate, co-Founder of BLINDSPOT and Bantah TPPA, and tweets at @aafaizli


Sumber HD - 28-11-2014
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pengguna keliru, senaraikan barang sudah dikenakan GST

HARAKAHDAILY | .
MIRI: Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang juga dikenali sebagai VAT atau cukai nilai tambah di kebanyakan negara adalah cukai penggunaan pelbagai peringkat ke atas barangan dan perkhidmatan.

GST dikenakan ke atas pembekalan barangan dan perkhidmatan di setiap peringkat rangkaian bekalan daripada pembekal sehingga peringkat peruncitan daripada pengagihan.

Walaupun GST dikenakan di setiap peringkat rangkaian bekalan, elemen cukai tidak menjadi sebahagian daripada kos produk kerana GST yang dibayar ke atas input perniagaan boleh dituntut.

"Kita dapati ada sesetengah perkhidmatan sudah dikenakan cukai perkhidmatan atau GST sebelum masuk tahun baru 2015," kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Sarawak, Jofri Jaraiee dalam kenyataan di sini.

Menurutnya, antara perkhidmatan yang sudah lama dikenakan cukai perkhidmatan ialah bil telefon dan juga beberapa francais makanan segera.

"Kita juga dapati kawasan parkir di lapangan terbang Miri juga dikenakan GST seperti mengenakan cukai perkhidmatan bil telefon sebelum tiba masanya," ujarnya yang juga Yang Dipertua PAS Miri.
Katanya, kebanyakan pengguna terutama yang tinggal di luar bandar masih lagi keliru dan kurang faham dengan GST yang akan dikenakan pada 1 April 2015 nanti.

Beliau menambah, GST bukan saja membebankan pengguna tetapi ianya juga akan memberi kesan kepada pengguna yang berpendapatan kecil yang terpaksa menanggung kos barangan yang mereka gunakan.

Katanya lagi, kebanyakan syarikat perniagaan sudah mengenakan GST atau cukai perkhidmatan kepada pengguna tanpa disedari.

Justeru, ujarnya adalah menjadi tanggungjawab pihak kerajaan menerangkan kepada pengguna apa sebenarnya GST dan kesannya kepada pengguna.

"Kita menggesa pihak kerajaan menyenaraikan barangan yang sudah dikenakan GST dan juga yang akan dikenakan pada 1 April 2015 nanti supaya pengguna tidak keliru dengan GST yang sebenarnya," katanya.

Menurutnya, memandangkan banyak subsidi sudah dimansuhkan termasuk subsidi petrol, maka sewajarnya caj GST yang dikenakan kepada pengguna perlu dikaji semula agar ianya tidak membebankan pengguna kerana pengguna tidak dapat menuntut balik pembelanjaan mereka dari Lembaga Hasil Dalam Negeri seperti para peniaga yang mendaftar dengan GST.

Sehubungan itu, kata beliau kerjasama dengan pihak kerajaan untuk mengkaji semula GST dengan caj yang berpatutan supaya ianya tidak membebankan rakyat yang menghadapi inflasi sekarang amat dihargai. - HARAKAHDAILY 24/11/2014

Sumber HD - 24-11-2014
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Perlaksanaan GST jauh daripada lunas ekonomi Islam

MUHAMMAD NURUDDIN BASHAH | .


PRINSIP asas ekonomi Islam adalah untuk membawa kemakmuran masyarakat dan menyediakan rakyat untuk beribadah dan tunduk kepada Allah. Ini matlamat paling asas bagi iqtisad Islam. Segala polisi yang diturunkan Allah SWT dalam sistem Islam mengarah pada tercapainya kebaikan, kesejahteraan, keutamaan, serta menghapuskan kejahatan, kesengsaraan, dan kerugian pada seluruh ciptaan-Nya.

Demikian pula dalam hal cukai yang termaktub dalam ekonomi, tujuannya adalah membantu manusia mencapai kemenangan di dunia dan di akhirat. Prof. Muhammad Abu Zahrah mengatakan Islam diturunkan sebagai rahmat bagi seluruh umat manusia, iaitu penyucian jiwa agar setiap muslim bisa menjadi sumber kebaikan bagi masyarakat dan lingkungannya. Tegaknya keadilan dalam masyarakat. Keadilan yang dimaksud mencakupi aspek muamalah.

Namun dalam suasana iklim ekonomi hari ini, lepas satu demi satu subsidi ditarik oleh kerajaan (walaupun ada hujah mengatakan jumlah subsidi hanya omong kosong malah sebenarnya peruntukan subsidi adalah maya), kenaikan petrol dua kali dalam setahun, rakyat masih legi cemas dan ternanti-nanti apakah bahana atau kemakmuran yang bakal muncul selepas GST dilaksanakan tahun hadapan.

Cukai adalah salah satu cabang kuasa siasah syariyyah dan menjadi wewenang pemimpin Islam untuk menetapkannya. Disebabkan tulisan ini cuba membahas GST dari aspek syariah, ada baiknya penulis membahas peranan pemimpin ‘Islam’ dalam membina polisi sesuatu cukai dalam pentadbiran.

Secara umumnya cukai adalah harus dan ia boleh dilaksanakan. Antara hujah cukai adalah syari’e secara usulnya adalah:

1. Mengikut Marghinani, jika sumber pendapatan negara tidak mencukupi, negara perlu memungut cukai daripada rakyat untuk membiayai kepentingan umum (al-Marghinani: 1996).
2. Begitu juga pandangan Imam Abu Yusuf yang menjelaskan bahawa kadar cukai negara boleh menaik atau menurun mengikut kemampuan rakyat (Abu Yusof:1979). Asasnya pendapatan negara adalah melalui zakat, ghanimah rampasan perang, perdagangan, rikaz (galian) dan lain-lain. Konteks negara moden sumber alam semulajadi, perdagangan adalah sumber pendapatan negara.
3. Cukai juga telah bermula sejak zaman Nabi Muhammad SAW apabila cukai yang dikenali sebagai jizyah telah diperkenalkan pada ketika itu. Jizyah merupakan cukai kepala yang dikenakan kepada golongan bukan Islam yang menetap di bawah pemerintahan Islam (al-Mausuah al-Fiqhiyyah: 2001). Dengan cukai jizyah, mereka berhak mendapat perlindungan dan penjagaan terhadap segala aspek sama ada harta, keluarga, darah dan sebagainya.
4. Pada zaman Umar al-Khattab pula, beliau telah mewujudkan cukai tanah (kharaj), cukai perdagangan (ushur) dan lain-lain cukai telah dikembang serta diselaraskan agar dapat memberikan dana yang mencukupi bagi pembangunan negara. Dalam konteks cukai tanah (kharaj), ia dikenakan ke atas tanah-tanah yang dibuka oleh orang Islam secara peperangan. (Abu Yusuf: 1952).

5. Menurut Imam al-Ghazali di dalam kitab usul fiqhnya al-Mustasfa (al-Ghazali:1992), tidak harus dikenakan cukai ke atas rakyat jika sekiranya harta benda yang berada di tangan adalah mencukupi. Namun begitu, jika sekiranya unit ketenteraan Islam tidak memiliki wang yang cukup dan baitulmal tidak mampu menanggung perbelanjaan ketenteraan, maka harus kepada pemerintah mengenakan cukai kepada golongan yang kaya sekadar jumlah yang dapat menampung perbelanjaan ketenteraan. Pemerintah Islam harus memberi tanah kerajaan kepada tentera sebagai ganti cukai.

6. Mengikut al-Shatibi (al-Shatibi: 2008), pengambilan cukai menjadi keharusan apabila pemerintah itu seorang yang adil dan membelanjakan harta tersebut pada jalan yang diharuskan syarak.

Berdasarkan hujah-hujah pakar fiqh di atas, ternyata tujuan cukai adalah selepas kekurangan wang di pihak kerajaan barulah cukai diperkenalkan. Baik, selama ini sebenarnya cukai telah lama wujud di Malaysia dan ia tidak pernah dipertikai oleh rakyat. Jika ada pun hanya beberapa hal berkenaan cukai pintu tetapi tiada perkhidmatan yang ditawarkan selepas cukai dibayar, cukai lesen kenderaan sedangkan ada negara tanpa perlu mempernbaharui lesen kenderaan. Selama ini rakyat Malaysia cukup akur dan taat dengan sejumlah besar cukai yang ada.

Mengapa hanya GST yang cukup kuat dibantah rakyat?
Alasan pertama: GST sepatutnya ditawar untuk perbelanjaan syari’e selepas kerajaan tidak memiliki sumber mencukupi. Namun hakikatnya rakyat sedar betapa berbilion keuntungan Petronas dan TNB diisytihar saban tahun. Di mana perginya wang berkenaan? Ternyata alasan GST tidak syari’e dan terkeluar daripada lunas semangat ekonomi Islam.

Alasan kedua: GST ditawarkan semasa kos rakyat Malaysia cukup meruncing.
Dalam banyak tulisan, penulis telah dijelaskan betapa senarai barang yang tidak dikenakan GST bukan selama-lamanya terjamin tidak akan dikenakan GST. Ia tiada jaminan. Antara barangan berkenaan termasuklah; Beras, gula, garam, tepung, minyak masak, kacang dhal, rempah ratus, ikan masin, cencalok, budu, belacan; Bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik sebulan bagi pengguna domestik; perkhidmatan kerajaan seperti pengeluaran pasport, lesen, perkhidmatan kesihatan, pembelajaran di sekolah; perkhidmatan pengangkutan seperti perkhidmatan bas, keretapi, LRT, teksi, feri, bot, tol lebuh raya serta perkhidmatan pendidikan dan kesihatan; jual beli dan sewaan rumah kediaman serta perkhidmatan kewangan yang terpilih.

Ya sekarang tiada GST. Tahun akan datang? Ya ia tiada GST, namun adakah terjamin harganya tidak naik? Inilah yang tidak disedari rakyat. Petrol tanpa GST pun mampu dinaikkan harga oleh kerajaan inikan pula komoditi makanan. Hal ini disebabkan ada beberapa bahan yang tiada lagi kawalan harga oleh kerajaan. Antaranya :

1. Roti putih (dimansuh 1 Jan 2010)
2. Ayam (dimansuh 1 Jun 2008)
3. Susu pekat manis (dimansuh 1 april 2009)

Tanpa GST pun harga barang barang ini akan naik. Contoh paling mudah ialah gula. Gula tidak dikenakan GST, kata Najib dalam Bajet 2014. Kemudian Perdana Menteri berkata subsidi gula dimansuhkan dan gula kini dijual pada harga RM2.84 sen sekilo (disebabkan ketiadaan satu sen, maka harga sebenar ialah RM2.85 sekilo). Jika gula dikenakan GST 6%, harganya menjadi RM3.01 sekilo, peningkatan sebanyak 17 sen. Dalam tempoh 17 bulan ini sehingga terlaksananya GST, rakyat Malaysia percayakah harga gula masih akan berada di tahap RM2.84 sekilo pada 1 April 2015 nanti?

Alasan ketiga: kemampuan rakyat tiada
Penulis berikan fakta di bawah untuk menyokong betapa GST tidak layak dilaksanakan sekarang:

1. FOMCA melaporkan sejumlah 47 peratus pekerja muda di negara ini dibebani jumlah hutang yang begitu serius,
2. Kajian Pusat Pendidikan dan Penyelidikan Pengguna - 30 peratus daripada gaji golongan muda digunakan untuk membayar hutang

3. Pendapatan isi rumah bulanan bumiputera RM4,457 sebulan manakala Cina dan India meningkat lapan peratus dan sembilan peratus, masing-masing kepada RM6,366 dan RM5,233.

4. Jumlah hutang isi rumah sebanyak 75.6 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) (Julai 2012). Setiausaha Penasihat Syariah, Bank Islam Mohd Nazri Chik, sehingga Mac 2013, angka tersebut meningkat kepada 82.9 peratus dan merupakan yang tertinggi di Asia Tenggara.

5. Lebih 53 peratus rakyat Malaysia tidak mempunyai apa-apa aset kewangan.
6. Golongan 10 peratus terkaya mengawal 77 peratus keseluruhan aset kewangan negara.

Jelasnya syarat Imam Abu Yusuf gagal menjustifikasikan perlaksanaan GST.

Adakah layak rakyat sebegini dibebankan dengan GST? Ada yang berhujah GST adalah syari’e kerana ia menurunkan cukai 10 peratus kepada hanya 6 peratus. Persoalannya adalah angka 6 peratus akan kekal sehingga 5-6 tahun atau ia bebas dimanipulasi oleh kerajaan bila-bila masa?

Walaupun SST tinggi, SST hanya ditanggung oleh mereka yang mewah dan golongan pertengahan jika mereka membeli barang-barang dan melanggan perkhidmatan yang diketegorikan sebagai 'mewah' (contoh: bil telekomunikasi, langganan ASTRO, Pizzahut, KFC, Tesco, Parking, tiket wayang). GST pula akan ditanggung oleh semua rakyat kerana semua barangan dan perkhidmatan yang kurang perlu (mewah) dan perlu akan dikenakan GST. Namun kadarnya lebih rendah iaitu 4 peratus berbanding 6 peratus bagi cukai jualan dan 10 peratus bagi cukai perkhidmatan. Kadar yang lebih rendah ini mungkin menguntungkan orang yang mampu berbelanja namun bagi golongan yang berpendapatan sederhana dan rendah akan menanggung GST yang sebelumnya tidak ditanggung oleh mereka. Ini menjukkan kerajaan BN tidak menepati syarat Imam al-Ghazali dalam kitab usul fiqhnya tadi.

Kerajaan beria-ia inginkan GST kerana kerajaan gagal mendapat kutipan cukai pendapatan secara menyeluruh daripada pembayar yang cukup ‘haul’ menyebabkan pendapatan negara bocor.

Logiknya pencarum aktif KWSP sehingga tahun 2012 adalah sekitar 13 juta. Sebaliknya menurut Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan daripada kira-kira empat juta rakyat yang mempunyai fail Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), hanya 1 juta rakyat diklasifikasikan sebagai pembayar cukai.

Alasan keempat: Kerajaan berbohong tidak telus layak cukainya dipertikai.
Kerajaan yang berbohong juga adalah kerajaan yang tidak layak mengutip GST menurut Islam. Kerajaan bakal mengaut 5.6 bilion kononnya selepas menolak daripada jumlah sebenar 23.2 bilion segala barang yang bukan GST serta kerugian akibat ketiadaan SST. Kemudian dalam ucapan pembentangan Bajet 2015, keuntungan GST akan hanya tinggal 690 juta sahaja selepas tolah BRIM dan seangkatannya.

Bukankah alasan para menteri BN menarik subsidi adalah untuk dikembalikan kepada rakyat dalam bentuk BRIM. Subsidi yang disedut juga oleh orang kaya kononnya dirampas dan dikembalikan kepada yang berhak dalam bentuk BRIM. Bukankah kos BRIM ada dalam penarikan subsidi? Mengapa berbohong mengatakan keuntungan GST akan tinggal 690 juta selepas menolak nilai BRIM? Alasan GST cukup gharar (samar-samar) dan ia cukup syubhah untuk dilaksanakan.

Alasan kelima: Kerajaan boros tidak layak mengaut duit rakyat.
Alasan untuk mengaut poket rakyat untuk dana kerajaan perlu menepati kehendak syariah. Antara yang dibenarkan adalah dalam hal dharuriy seperti peperangan dan hajiaat seperti untuk membina prasarana yang perlu untk rakyat. Bagaimana pula jika kerajaan inginkan cukai disebabkan kerugian berikut:

1. Ketirisan RM20 bilion dalam Laporan Audit Negara 2012 adalah akibat rasuah.

2. Bajet defisit kerajaan BN 16 tahun berturut-turut.

3. Tun Mahathir - Sinar Harian 5 September 2013 mengaku kerajaan BN boros.

4. Laporan Maybank Berhad bahawa hutang negara bagi tahun 2013 dijangka meningkat kepada RM541.3 bilion dan akan terus meningkat kepada RM578.4 bilion iaitu 54.7 peratus daripada jumlah KDNK.

5. Tempoh 56 tahun negara mencapai kemerdekaan, Malaysia mengalami defisit fiskal selama 49 tahun dan hanya menikmati lebihan kewangan selama 5 tahun berturut-turut (tahun 1993-1998), iaitu ketika Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan. Ini adalah rekod yang tertinggi di Asia Tenggara

5. Fitch Rating menurunkan prospek ekonomi Malaysia daripada ‘stabil’ kepada “negatif” 2013.

6. Menurut Fitch Ratings, hutang kerajaan persekutuan meningkat kepada 53.3 peratus daripada KDNK pada akhir 2012, meningkat daripada 51.6 peratus pada tahun sebelum dan 39.8 peratus pada akhir tahun 2008. Pengarah Eksekutif MIER, Dr Zakariah Abdul Rashid berkata, berdasarkan prospek ekonomi Malaysia, hutang bagi kerajaan persekutuan meningkat melebihi tahap siling iaitu 55 peratus. Jumlah hutang kerajaan persekutuan bagi suku tahun pertama tahun 2014 ialah pada RM560.6 bilion.

7. Indeks Rasuah Malaysia 2013 naik dari tangga 54 ke 53.

8. Aliran wang haram antara petaka. Global Financial Integrity (GIF),Malaysia - sebanyak AS$54.18 bilion (RM174 bilion) telah mengalir keluar dari sempadan negara ini secara haram pada tahun 2011. 80 peratus daripada aliran wang haram ini berpunca daripada ‘trade misinvoicing’/mis pricing (aliran kewangan yang tidak direkodkan atau terlebih catat) bukan korupsi tetapi Malaysia gagal urus aliran wang. Tetapi - Mukasurat (xi) laporan GIF (Illicit Financial Flows from Developing Countries: 2002 – 2011) menyatakan bahawa “..The panel data regressions also show that an increase in corruption increases trade misinvoicing..”- unsur rasuah/korupsi yang sebabkan terjadi mis-pricing.



9. Menurut penganalisis pengguna Nielsen Media Research- Pejabat Perdana Menteri belanja RM67.8 juta iklan BN, tertinggi dalam kalangan pengiklan lain, melebihi RM43 juta yang dibelanjakan oleh classifieds dan RM25 juta masing-masing oleh Nestle dan Unilever Malaysia.

10. Penganalisa politik Asean, Dr Bridget Welsh (Gambar kanan) menganggarkan Dato Seri Najib telah membelanjakan secara purata RM4,364 untuk seorang pengundi dalam menghadapi PRU yang lepas.

Kerugian di atas menjadi alasan mengapa GST perlu disegerakan dan subsidi terus dihisap. Adakah perbelanjaan di atas menepati syariah? Jika tidak, mengapa juak-juak dan agamawan BN menyatakan GST menepati syariah Islam? Jelas perkara diatas menafikan syarat yang ditetap oleh Imam As Syatibi. – HARAKAHDAILY 19/11/2014

Sumber HD -19-11-2014
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




TPPA: Tidak ada perkara baik 100%, kata menteri

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, tidak ada sesuatu perkara yang dibuat yang akan memberikan 100 peratus kebaikan termasuk dalam soal Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Kerajaan ujarnya, tidak menolak bahawa TPPA juga ada keburukannya dan bersedia mendengar semua pandangan untuk mendapatkan input yang terbaik.

"Tidak ada satu pun yang kita buat memberikan 100% kebaikan. Jadi dalam (TPPA) ini pun ada buruk ada baiknya.

"Ada berpendapat kahwin itu amat baik, dituntut oleh syariat semualah tetapi kalau kahwin itu kalau dahulu balik pukul tiga, empat pagi sekarang tidak bolehlah.

"Jadi, ini maknanya kahwin pun ada buruk, ada baiknya tapi hukum-hukum kita kena kahwinlah," katanya. .

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat semalam.

Mahfuz terdahulu bertanyakan apakah pendirian kerajaan terhadap kritikan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin terhadap TTPA.

"Adakah kerajaan menganggap bahawa mereka ini tidak mempunyai maklumat ataupun mereka ini sudah terkebelakang, tidak boleh hendak mengikut arus perdana yang sedang dibawa oleh kerajaan?" soal Mahfuz.

Mustafa bagaimanapun berkata pihaknya menghargai semua pandangan termasuklah dari Mahathir dan juga Daim.

"Sebenarnya pandangan-pandangan ini juga memberi input yang berguna kepada perundingperunding kita termasuk saya sendiri dalam kita berunding dengan 11 buah negara lagi," katanya merujuk kepada isu secrecy, transparency dan sovereignty. - HARAKAHDAILY 18/11/2014

Sumber HD - 18-11-2014

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




TPPA: Absolutely Positively Opposed?

Bantah TPPA | .

Thousands of people will march and rally at centres around New Zealand in It's our Future Rallies. Wellington will host a family friendly rally this Saturday 8 November at 1:00pm gathering at the Cuba St. Bucket Fountain and marching to the Wellington Civic Square to support and hear speeches outlining our understanding of Trans Pacific Partnership Agreement (TPPA).

People across the country are rallying to support a return to public interest - placing people and planet before the interests of corporations and profit. Wellington is one of 16 rallies and Anti-TPPA Action events throughout Aotearoa – New Zealand.

In Wellington marchers will assemble in Wellington at Cuba St Bucket Fountain from 1:00 pm for a march to the City heart at the Civic Square. Speakers and entertainers will provide rich content for the gathering.

Wellington TPPA Action spokesperson Ariana Paretutanganui- Tamati encourages people to 'participate in the Wellington TPPA rally and learn more about Trans Pacific Partnership Agreement negotiations. It is imperative that all New Zealanders know about what this Government is negotiating in secret on our behalf as the TPPA has wide-reaching implications for us all and threaten such things as internet freedoms, affordable medicines, our environment, workers’ rights, small businesses and our sovereignty.”

“We are deliberately meeting at Civic Square as the Rally emphasis is on generating support for the Wellington City Council, and other Local Councils in the Greater Wellington Region, to adopt a 12 point TPPA resolution (attached) calling on the Government to safeguard their ability to make decisions in the best interests of the public that may arise, or be impacted on, by the TPPA. Other Councils throughout the country are being lobbied to adopt the resolution. Petitions calling on the Wellington, Porirua, Lower Hutt, Upper Hutt and Kapiti City Councils to adopt the resolution will be circulated at the Rally.”

“What we know about the TPPA, through leaked text, is that its emphasis is on protecting the profitability of corporations and their investments at the detriment of public interests and the environment.”

“'National Interest must be defined in terms that promote the public interest. The government is elected as our servant and should enact legislation in the best interests of the public. The TPPA will undermine their ability to do so. We are appealing to the public to join us in sending a strong message to this Government this Saturday to “STOP the TPPA” and join us in getting our Local Councils to adopt the TPPA resolution says Ms Paretutanganui-Tamati.

Speakers at the rally at Parliament will address themselves to the impacts on Zealand's quality of life and sovereign ability to legislate in the public interest.

Free Trade Agreements such as North American Free Trade Agreement (NAFTA) blunt and arbitrary in their effect on victim populations. NAFTA has destroyed Mexico's indigenous corn agriculture, and replaced it with industrial scale mono cropping based on Monsanto's GMO corn varieties. These have reduced the sovereignty of the farmers and increased the dislocation of people from their previous supportive communities.

TPPA and the Free Trade Agreement agenda, will also negatively effect climate change and promote environmental destruction.

This comes particularly through the Investor State Dispute Settlement (ISDS) provision of the Investment Chapter of the TPPA. This investment chapter is promoted aggressively by the corporation's champion, the US Trade Authority (US Trade). They demand that New Zealand's negotiators at the Trade Negotiations Division (TND) of Ministry of Foreign Affairs and Trade (MFAT), agree to these insidious provisions who's object is to undermine public interest.

Other Speakers include Sue Kedgley, Greater Wellington Regional Councillor and former Green Party MP. She is most concerned at the effect TPPA will have on all local government and food sovereignty. Dr Gay Keating will be cautioning how the TPPA will threaten Pharmac’s role, the availability of affordable medicines and enacting public health regulations like Smokefree 2025.

Greg Rzesniowiecki will report on the campaign to gain local government's agreement to a public interest TPPA policy formula based on a decision made by Auckland Council in December 2012. This policy has since been adopted by Nelson City, Tasman District, Christchurch City and Dunedin City Councils.

Other Councils to address TPPA include; Greater Wellington Regional, Palmerston North City, Horizons Regional, Horowhenua District and lately Wanganui District Council all who call on Central Government to negotiate an agreement in the best National Interest.
There will be 350 `Stop the TPPA’ signs held by participants at the Rally.

Sumber HD - 6-11-2014
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kiwis plan National Day of Action against the TPPA

Bantah TPPA | .

Thousands of Kiwis are expected to take to the streets in seventeen towns and cities across the country this Saturday to voice their opposition to the Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA).
Trade ministers from the twelve participating countries, including New Zealand, will be meeting at the same time in Beijing to try to bring the secretive negotiations to a close after more than four years.

“There has been a massive response to the call for Kiwis to fight back against a deal that puts the interests of big corporations ahead of ordinary people”, according to Its Our Future spokesperson Edward Miller. “Thousands have signed up to attend on Facebook, and if even half of those join us it would make it much bigger than the day of action held on 29 March this year.”

President of the New Zealand Council of Trade Unions Helen Kelly says: “We are urging people to support this day of action because the TPPA contains threats to our health system, our public services, our ability to use government purchasing to develop our economy and improve our environment and working conditions, and our right to make changes to our laws and regulations in the interests of most New Zealanders.”

The TPPA increases the power of international corporations and reduces the power of elected governments and their citizens to resist corporate demands.

“It is the wrong kind of international agreement for working people, New Zealand and the world”.
Executive Director of Greenpeace Bunny McDiarmid says that, “this anti-trade deal should be stopped. It puts the interests of foreign corporates above those of kiwis and is a threat to our seas, our air, our economy and our health.”

Another major sponsor, development agency Oxfam, supports the Day of Action on 8thNovember as giving voice to “the many in New Zealand who are concerned about negotiating away rights behind closed doors.”

Executive Director Rachael le Mesurier warns that “the TPPA not only poses risks for democracy, but may also hinder New Zealand from making policy that is in the public interest, such as taking action to prevent catastrophic climate change”.

“We are particularly concerned about the impacts of the TPPA on developing countries, It’s simply wrong to impose unfair trade restrictions that benefit the big players just when developing nations need a hand up, not to be shut out.”

Events are planned in AUCKLAND (1pm at Aotea Square), HAMILTON (1pm at Garden Place) TAURANGA (1pm at Red Square), RAGLAN (10am at Raglan Jetty on Bow St), ROTORUA (1pm at Kuirau Park Courts), GISBORNE (1pm at Derby Street), NAPIER (1pm at Napier Council Steps - 231 Hasting Street), WANGANUI (11:00am at Majestic Square), NEW PLYMOUTH (1pm at Puke Ariki), PALMERSTON NORTH (1pm at The Square), LEVIN (11am at Te Takere 

Library/Community Centre), WELLINGTON (1pm at The Bucket Fountain), NELSON (1pm at Millers Acre i-SITE), CHRISTCHURCH (12:30pm at Shand Cres Park), TIMARU (1pm at Bay Hill Piazza), DUNEDIN (1pm next to the Otago Uni Dental School) and INVERCARGILL (1pm at Wachner Place).

The sponsors for the Day of Action are Actors Equity, Campaign Against Foreign Control of Aotearoa, FIRST Union, Greenpeace, Maritime Union of New Zealand, New Zealand Council of Trade Unions, New Zealand Nurses Organisation, Oxfam, Post Primary Teachers Association, Public Service Association, Service and Food Workers Union, Tertiary Education Union.

Sumber HD - 6-11-2014

GST tidak akan ditangguh, kata Najib

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Biarpun banyak pihak termasuk beberapa pemimpin BN sendiri menggesa perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ditangguhkan atau dimansuhkan, namun Datuk Seri Najib Razak berkata, ia tetap akan dilaksana mengikut jadual bermula 1 April, 2015.

Penegasan itu dibuat Perdana Menteri ketika menyampaikan ucaptamanya pada Persidangan Akauntan Antarabangsa Institut Akauntan Malaysia (MIA) di sini hari ini.

"Kita akan teruskan pelaksanaan GST," katanya.

Pakatan Rakyat sehingga kini konsisten menentang perlaksanaan GST yang dilihat hanya akan menambah beban ekonomi rakyat.

Malah dalam pembentangan Belanjawan Alternatif 2015, Pakatan Rakyat menawarkan Cukai Keuntungan Modal (CGT) dan Cukai Warisan Harta sebagai mengantikan GST.

Menurut mereka, GST akan mengenakan cukai kepada semua rakyat sedangkan CGT dan Cukai Warisan Harta pula hanya dikenakan kepada orang-orang kaya, dan syarikat-syarikat besar.

Selain Pakatan Rakyat, turut mencadangkan agar GST ditangguhkan termasuk bekas Menteri Kewangan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah.

Beliau dalam satu kenyataan mengulas Bajet 2015, yang turut diedarkan kepada seluruh ahli parlimen, melahirkan kebimbangan bahawa GST akan menyusahkan lagi rakyat ekoran prospek ekonomi negara yang tidak kuat.

Beliau mencadangkan agar Najib menangguhkan perlaksanaan cukai itu, sehingga keadaan ekonomi meningkat ke tahap yang lebih kukuh. - HARAKAHDAILY 4/11/2014

Sumber HD - 4-11-2014
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jom turun bantah bantah GST 7 November

HARAKAHDAILY | .

SETELAH melakukan himpunan sulung pada awal tahun baharu 2014 yang mencatatkan partisipasi lebih kurang 10,000 orang dan menyertai Himpunan Bantah GST pada 1 Mei yang lalu, Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) sekali lagi akan menganjurkan himpunan aman pada 7 November ini di sekitar kawasan KLCC selepas solat Jumaat. Penganjuran himpunan ini dilihat bertepatan dengan realiti semasa negara ini yang bakal menghadapi pelaksanaan cukai GST pada tahun hadapan dan kenaikan harga bahan bakar yang diumumkan oleh perdana menteri baru-baru ini sekaligus rakyat terbanyak yang berpendapatan sederhana dan rendah mengalami tempiasnya kesan daripada dua faktor tersebut.

Kami menyokong pelaksanaan himpunan ini atas beberapa faktor. Pertama ialah himpunan ini adalah satu isyarat jelas kepada kepimpinan sedia ada bahawa rakyat Malaysia khususnya anak muda sudah terbeban dengan gunungan kos sara hidup yang menimbun. Natijah daripada kenaikan bahan api sebanyak 20 sen atas alasan ingin mengurangkan subsidi adalah suatu alasan yang tidak dapat diterima oleh kebanyakan rakyat.

Hal ini kerana kerajaan seringkali menggunakan alasan ‘rasionalisasi subsidi’ sebagai tiket untuk menghalalkan tindakan mereka dengan menaikkan bukan sahaja harga petrol, tetapi harga barang komoditi lain. Sedangkan peratus kenaikan pendapatan khususnya pekerja di sektor swasta tidak pernah dinaikkan malah dicatatkan antara yang terendah dengan negara lain menyebabkan mereka tiada pilihan lain selain terpaksa menelan pahit hakikat berada di tanah air sendiri yang kelihatan ‘gah’ di mata dunia, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Selain itu, golongan mahasiswa yang berada di kampus sama ada IPTA atau IPTS turut terkena tempias kesan daripada penjimatan subsidi oleh kerajaan. Sudahlah dengan kadar biasiswa atau pinjaman yang tidak berubah-ubah amaunnya dari dahulu, kini mereka terpaksa pula mengikat perut demi menjimatkan wang saku mereka. Ditambah pula dengan cadangan PTPTN supaya kadar pembiayaan bagi pelajar IPTA dan IPTS dikurangkan sebanyak 5 dan 15 peratus pastinya akan menyesakkan lagi alam kehidupan mereka di kampus.

Mungkin ada yang beranggapan bahawa biarlah mahasiswa pandai hidup dengan jumlah biaya yang diberikan dan tidak usah untuk mengeluh itu dan ini, namun perlu diingat bahawa segala kes jenayah yang melibatkan golongan ini berpunca daripada kesempitan hidup yang mereka hadapi sehingga terpaksa melakukan perkara yang ditegah oleh agama. Sewajarnya golongan yang berada di alam kampus ini perlu diberi tumpuan yang lebih oleh pihak pemerintah kerana mereka inilah cerminan kepada pelapis kepimpinan negara pada akan datang dan bantuan yang diberi bukannya hanya sekadar melepaskan batok di tangga sahaja.

Melalui penelitian pembentangan belanjawan 2015 oleh perdana menteri pada 17 Oktober lalu mendapati bahawa isi kandungan belanjawan seolah-olah tiada perubahan dengan belanjawan tahun sebelumnya.

Malah perincian bagi menangani masalah kos sara hidup yang dhadapi oleh golongan penuntut di kampus ibarat fatamorgana di padang pasir. Hanya beberapa item yang masih dikekalkan untuk belanjawan 2015 seperti Bantuan Buku 1 Malaysia (BB1M) yang masih tidak berubah amaunnya, jumlah pembiayaan kerajaan untuk biasiswa JPA dan PTPTN serta ditambah pula dengan syarat minimum ujian MUET bagi kemasukan ke IPTA dan juga untuk bergraduasi.

Seolah-olah kerajaan ingin menunjukkan bahawa mereka masih lagi prihatin dengan kebajikan golongan ini. Harapan golongan ini untuk melihat suatu solusi dikemukakan oleh perdana menteri semasa pembentangan belanjawan tempoh hari tinggal harapan. Meskipun dibekalkan dengan baucar buku RM250, namun harga buku di pasaran rata-rata agak tinggi menyebabkan bantuan yang diberikan sekadar tinggal nama sahaja.

Tambahan pula, dengan penambahan jumlah graduan baharu yang baru sahaja menamatkan pengajian mereka di kebanyakan menara gading di negara ini pastinya tidak sedikit daripada mereka yang akan berfikir ribuan kali untuk menghadapi hakikat kehidupan di luar kampus yang lebih mencabar.

Graduan yang dibiayai pengajian mereka oleh PTPTN pasti akan menggaru kepala bagaimana untuk melunaskan hutang tersebut walhal mereka tiada punyai pekerjaan yang tetap, manakala yang baharu bekerja pula pasti akan berkira-kira dengan jumlah pendapatan mereka yang tidak setimpal dengan kuasa beli mereka lebih-lebih lagi bagi mereka yang menetap di bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur, Shah Alam dan Johor Bharu.

Belum dikira dari aspek kediaman yang selesa yang menjadi keperluan yang mustahak pada masa sekarang, boleh dicongak bahawa harga kebanyakan kediaman di kawasan sekitar Lembah Klang melebihi RM400,000 hingga RM500,000 sebuah. Bagi mereka yang ingin mendirikan rumah tangga pula tidak terlepas daripada cabaran ini, kos perbelanjaan perkahwinan yang tinggi serta kadar mas kahwin yang dikenakan mengikut tahap ‘pengajian’ masing-masing pastinya akan menyerabutkan minda.

Di samping itu, golongan anak muda yang terpelajar sudah muak dengan alasan demi alasan yang dikemukakan oleh sebahagian menteri apabila diajukan persoalan berkaitan dengan kenaikan itu dan ini.

Malah hujah yang diberikan oleh pak menteri tersebut seolah-olah menunjukkan bahawa mereka ini tiada bezanya dengan golongan yang tidak bersekolah meskipun terdapat di kalangan mereka yang mengaku mendapat GCPA 3.80 semasa di universiti. Hujah yang dangkal dan tidak melambangkan taraf keilmuan mereka telah memberi isyarat bahawa negara ini memerlukan pemimpin yang bercakap atas dasar ilmu dan bukannya berlandaskan nafsu politik sempit.

Berasaskan kepada hujah yang dibentangkan ini, maka kami mengambil keputusan untuk menyokong penganjuran himpunan ini dan menyeru kepada seluruh anak muda khususnya mahasiswa supaya turun beramai-ramai pada Jumaat ini untuk menyatakan ketidakpuasan dan kesengsaraan yang terpaksa dialami sepanjang pemerintahan kerajaan Barisan Nasional ini.

Semoga dengan penganjuran himpunan ini dapat membuka mata para pemimpin negara mengenai realiti kehidupan masyarakat di negara kita yang semakin dihimpit dengan asakan hutang negara yang menimbun dan kenaikan kos sara hidup yang melampau.

*Daripada seluruh saf kepimpinan Majlis Permuafakatan Mahasiswa Selangor (MPMS) sesi 2014/2015.

Sumber HD - 4-11-2014

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




GST – still not too late to be postponed

Harakahdaily - TS | .
It is rather obvious that before a measure is taken, a policy implemented, the involvement of all stakeholders is to be taken into account, lest unnecessary friction arises or widespread opposition to the measure taken takes hold.

But in the case of Umno and BN which are both headed by the same person and the government that comes with them, such considerations are not given much attention. Hence we have that very unpopular Goods and Services Tax (GST) at such a high rate of 6% to be implemented next year in April despite heavy criticisms and opposition. The premier is adamant that it should go on as scheduled even though up to this day, there is scant understanding over how it is going to be implemented and what exactly would be the items that would or would not be taxed.

Already one of the most difficult areas in understanding this GST thing has been on its inner workings and its complex terms. According to a report last Wednesday, a two-day seminar organised by Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB), the Royal Malaysian Customs and Bumiputra Retail Organisation found that most of the participants still had no idea how GST would be implemented after the conclusion of the seminar. These participants complained that they were still confused by what the GST entailed despite most of them attending such talks for a second time. Complex terms and the use of English were seen as barriers in understanding the various aspects of GST.

Given such a situation one wonders how then are businesses to implement the regressive tax? Many questions crop up – would there be uniformity in its implementation or would there be a haphazard situation where “all kinds of everything” would surface come April 2015?
So many of the stakeholders are still in the dark. Primary among these of course are the consumers. Right now the regime is just on a campaign to convince the rakyat that “GST is good for you”! How on earth it could be good for us is just a mystery.

Of course, the only thing that seems obvious is that the government is going to be able to increase its coffers especially at trying times like these where the economy still seems to be struggling. But taxing the people when they are already heavily burdened with rising prices following the hike in fuel price last month is definitely not a “good for you” move. Mismanagement in administering the country that has cost us billions of ringgit is the real culprit coupled with rampant corruption that seems synonymous with Umno/BN. These very crucial issues are not given consideration at all except for lip service in the periodical statements by the premier to appease the unsuspecting that the regime is really doing something to stop the rot.

For Najib, instead of admitting that his administration has failed, he wants to “show” that he knows how to put things right, in the economics sense that is. This tax is seen as his brainchild in handling the vagaries of our economy.

But for the suffering rakyat this is definitely not acceptable. Even former Finance minister, Tengku Razaleigh Hamzah sees the problems that will arise if the GST is implemented as scheduled.

Is Najib madly going into this as a snub against the former autocrat of 22 years who lately has again started attacking him? Trying to be macho?

Sumber HD - 4-11-2014
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

TPPA: Malaysia mungkin hilang RM5 bilion

S. M. MOHAMED IDRIS | .

SATU kertas kerja baru oleh pakar ekonomi kanan yang berkhidmat di sebuah agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menunjukkan Malaysia tidak akan menikmati keuntungan bersih dalam bentuk imbangan perdagangan hasil daripada menyertai Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA). Malah, Malaysia akan mengalami kemerosotan hampir RM5 bilion dalam imbangan perdagangan dengan 11 negara TPPA lain.

Penemuan ini adalah satu lagi alasan utama kenapa Malaysia tidak harus menyertai TPPA. Daripada hujah yang dikemukakan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Malaysia akan memperolehi keuntungan daripada TPPA dengan menjual lebih banyak barangan eksport ke 11 negara TPPA lain.

Walaupun perkara ini mungkin benar, penganalisis dan pengkritik termasuk Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berhujah bahawa adalah merbahaya untuk menyertai TPPA disebabkan oleh impak ekonomi dan sosial kepada negara dan penduduk kita disebabkan oleh aspek lain TPPA. Ini termasuklah bab harta intelektual, pelaburan, pemerolehan kerajaan, persaingan dan perusahaan milik negara dalam TPPA.

Bab-bab ini akan mengakibatkan Malaysia terpaksa mengubah kebanyakan daripada undang-undang dan dasar kita, yang akan menjejaskan kepentingan awam termasuk dalam bidang kesihatan, alam sekitar, isu pembahagian dan ekonomi politik.

Walaupun negara mungkin menikmati keuntungan yang besar dalam perdagangan, ia tidak bermanfaat untuk mengorbankan kebebasan dan ruang untuk menggubal dasar kita sendiri, dan tidak bermanfaat untuk mengalami begitu banyak kemusnahan kepada ekonomi dan ikatan sosial kita.

Walau bagaimanapun, kajian baru itu menunjukkan bahawa Malaysia tidak akan memperoleh keuntungan daripada perdagangan jika menandatangani TPPA. Malah, Malaysia akan kehilangan sekurang-kurangnya RM4.77 bilion dalam bentuk perdagangan memandangkan import kita akan meningkat lebih daripada eksport kita.

Menurut kerta kerja itu lagi, jika Malaysia menyertai TPPA, eksportnya akan meningkat ke negara TPPA lain tetapi import daripada mereka akan meningkat dengan lebih banyak dan dengan itu negara akan mengalami kerugian bersih dalam imbangan perdagangannya. Imbangan perdagangan adalah berbeza antara nilai eksport dan import barangan.

Pada 2013, Malaysia mengeksport AS$93.7 bilion barangan ke 11 negara TPPA lain dan ia mengimport AS$73.9 bilion barangan. Dengan itu Malaysia menikmati lebihan AS$19.8 bilion dalam imbangan perdagangan dengan 11 negara itu.

Kertas kerja itu juga menunjukkan bahawa selepas TPPA dilaksanakan, eksport Malaysia ke 11 negara itu akan meningkat AS$1.5 bilion (daripada AS$93.7 bilion kepada AS$95.2 bilion). Tetapi importnya akan meningkat lebih daripada itu kepada AS$2.9 bilion (daripada AS$73.9 bilion kepada AS$76.8 bilion).

Oleh itu, imbangan perdagangan bagi Malaysia dengan 11 negara perkongsian dalam TPPA akan bertambah buruk iaitu AS$1.465 bilion (atau RM4.79 bilion). Lebihan perdagangan akan jatuh daripada AS$19.84 bilion kepada AS$18.37 bilion.

Maksudnya ialah Malaysia tidak akan memperoleh keuntungan dalam bentuk bersih daripada peningkatan perdagangan hasil daripada TPPA. Memandangkan import akan meningkat dengan lebih cepat berbanding eksport, Malaysia akan mengalami kerugian bersih dalam imbangan perdagangan. Kerugiannya amat ketara, iaitu AS$1.465 bilion atau RM4.79 bilion (kadar pertukaran pada 17 Oktober ialah AS$1 = RM3.27).

Ini akan memburukkan lagi imbangan perdagangan Malaysia berbanding rumusan yang dibuat oleh kertas kerja itu. Hal ini kerana kertas kerja itu mengandaikan bahawa Malaysia akan mampu untuk mengeksport lebih banyak tekstil dan pakaian ke Amerika Syarikat (AS), pada kadar tarif sifar dan tanpa sebarang halangan lain.

Pada hakikat sebenarnya, AS mengenakan “yarn foward rule” di mana negara TPPA seperti Malaysia hanya boleh menggunakan benang dari negara TPPA lain apabila menghasilkan tekstil dan bahan pakaian. Oleh itu, kos pengeluaran sesetengah tekstil dan pakaian Malaysia akan menjadi lebih mahal kerana ia tidak boleh menggunakan benang daripada negara yang lebih rendah kosnya seperti China.

Oleh itu, anggaran peningkatan dalam eksport tekstil dan bahan pakaian Malaysia ke AS ialah kira-kira RM490 juta (AS$150 juta) mungkin membesarkan keuntungan untuk Malaysia. Jika peningkatan eksport tekstil kurang daripada RM490 juta ini, maka kerugian dalam imbangan perdagangan untuk Malaysia akan bertambah lebih daripada RM4.79 bilion. Kerugiannya boleh menjadi lebih daripada RM5 bilion.

Kertas kerja baru bertajuk, “Trans Pacific Partnership Agreement (TPPA): Implications for Malaysia’s Domestic Value Added Trade”, ditulis oleh Dr Rashmi Banga, pakar ekonomi kanan yang berkhidmat di United Nations Conference on Trade and Development (UNCTAD). Ia diterbitkan oleh Centre for WTO Studies sebagai Kertas Kerja.

Dalam menganggarkan kesan TPPA ke atas perdagangan Malaysia dalam barangan, kertas kerja itu mengandaikan bahawa TPPA akan menghasilkan duti import sifar dalam produk daripada 12 negara TPPA. (Ini adalah andaian munasabah memandangkan matlamat negara TPPA ialah untuk menghapuskan tarif ke atas semua atau hampir semua produk).

Kertas kerja ini boleh dimuat turun daripada laman sesawang:
http://wtocentre.iift.ac.in/workingpaper/TPP%20PAPER.pdf

BEBERAPA PENEMUAN MENARIK LAIN DARIPADA KERTAS KERJA

Kertas kerja itu juga mempunyai penemuan menarik lain. Penemuan ini dan beberapa implikasi daripada penemuan ini adalah seperti berikut:

• Kerana TPPA, banyak syarikat dan industri domestik akan berdepan dengan persaingan yang sengit daripada import. Oleh itu terdapat bahaya bahawa bahagian pasaran dan jualan syarikat dan industri tempatan akan merosot, dan akan terdapat kehilangan pekerjaan bagi pekerja Malaysia.

• Kertas kerja itu juga menunjukkan bahawa import akan meningkat lebih daripada AS$100 juta (atau RM327 juta) setahun dalam beberapa produk termasuk kenderaan, besi dan keluli, plastik, dandang, produk getah dan tembakau. Untuk produk ini, 36%-85% daripada import ini akan menjadi import bersih baharu, bukan hanya perubahan sumber import daripada negara bukan TPPA kepada negara TPPA.

Contoh import yang lebih tinggi disebabkan oleh TPPA adalah peningkatan dalam import kereta dan trak dari Jepun iaitu AS$534 juta (atau RM1.75 bilion). Ini mungkin mempunyai kesan sampingan ke atas jualan kenderaan yang dihasilkan di Malaysia.

•Sebahagian besar daripada peningkatan dalam eksport Malaysia akan ke Vietnam. Bagaimanapun, walaupun Malaysia tidak menyertai TPPA, ia akan menikmati peningkatan dalam eksport ke Vietnam apabila perjanjian perdagangan bebas ASEAN dilaksanakan sepenuhnya. Menurut kertas kerja itu lagi, 57% peningkatan eksport Malaysia hasil daripada TPPA ke Vietnam (AS$843 juta daripada jumlah AS$1,486 juta). Ini menunjukkan bahawa kebanyakan peningkatan eksport dalam mana-mana keadaan akan berlaku walaupun Malaysia tidak menyertai TPPA. Oleh itu, Malaysia boleh menikmati keuntungan utama yang dihasilkan daripada TPPA tanpa mengalami kesan sampingan TPPA, jika tidak menyertai TPPA.

•Kerana TPPA, imbangan perdagangan Malaysia dengan AS mungkin akan merosot sekurang-kurangnya RM1 bilion. Eksport Malaysia ke AS akan meningkat kepada hanya AS$378 juta tetapi import dari AS akan meningkat kepada AS$679 juta. Oleh itu dari segi imbangan perdagangan akan terdapat kehilangan AS$301 juta (RM984 juta). Pada hakikatnya, keuntungan untuk eksport bagi Malaysia akan berkurangan disebabkan oleh “yarn forward rule” yang akan mengurangkan peningkatan dalam eksport tekstil Malaysia kerana peraturan itu akan meningkatkan kos pengeluaran. Oleh itu lebihan perdagangan yang dinikmati oleh Malaysia dengan AS mungkin merosot sehingga lebih daripada RM1 bilion kerana TPPA.

•Walaupun pendapatan kasar eksport Malaysia akan meningkat kepada AS$1.5 bilion, pada hakikatnya tidak terdapat keuntungan dalam perolehan bersih atau nilai tambah. Ini kerana TPPA juga akan meningkatkan import komponen yang digunakan sebagai input ke dalam eksport dan import ini akan menggantikan beberapa input hasil tempatan. Dari segi “nilai tambah” (apa yang dihasilkan dan diperolehi di Malaysia), TPPA akan menghasilkan lebih kurang dalam nilai tambah daripada pendapatan eksport Malaysia. Kehilangan dalam nilai tambah eksport Malaysia ke negara TPPA boleh mencapai sehingga AS$17.6 bilion, demikian menurut kertas kerja itu lagi. Nilai tambah dari eksport adalah lebih penting kepada ekonomi, berbanding eksport kasar, memandangkan ia merupakan pengukuran pendapatan yang lebih baik (dan juga pekerjaan tempatan) negara.

Kertas kerja itu kelihatan bercanggah dengan hasil daripada kajian awal yang diterbitkan oleh Peterson Institute yang meramalkan bahawa Malaysia akan menikmati keuntungan besar dengan menyertai TPPA. Salah satu alasan bagi hasil yang berbeza daripada dua kertas kerja ini ialah kajian Peterson Institute adalah berdasarkan andaian yang berbeza.

Kajian sebelumnya adalah berdasarkan anggaran model Computable General Equilibrium (CGE). Kertas kerja oleh Dr Rashmi Banga memberikan kritikan terhadap andaian model CGE ini yang melebih-lebihkan keuntungan disebabkan oleh andaian yang tidak realistik, termasuk terdapat pekerjaan penuh yang dikekalkan (dan dengan itu tiada kesan TPPA ke atas pekerjaan) dan terdapat imbangan perdagangan yang berterusan sebelum dan selepas perjanjian perdagangan. Oleh itu model direka bentuk dalam cara bahawa liberalisasi hasil daripada FTA akan selalu membawa kepada keuntungan keseluruhannya.

RUMUSAN

Kertas kerja baharu itu juga mempunyai beberapa rumusan yang amat penting. Salah satu daripadanya ialah Malaysia tidak akan menikmati keuntungan bersih tetapi akan mengalami kerugian bersih dalam perdagangan barangan hasil daripada menyertai TPPA.

Ini adalah hasil yang amat membimbangkan dengan implikasi utama.

Adalah jelas bahawa Malaysia akan mengalami kerugian yang amat ketara dalam bidang lain TPPA, termasuk harta intelektual, pelaburan, pemerolehan kerajaan, syarikat milik negara dan pengharaman atau sekatan ke atas cukai eksport.

Adalah menjadi andaian bahawa semua kerugian dan kerosakan kepada ekonomi dan masyarakat Malaysia dan kepada sistem ekonomi politik kita mungkin bermanfaat disebabkan andaian bahawa Malaysia akan mendapat manfaat besar daripada perdagangan yang berkembang.

Bagaimanapun, jika terdapat kerugian bersih kepada imbangan perdagangan negara kerana TPPA, maka tiada rasional untuk Malaysia menyertai TPPA.

Berdasarkan kepada maklumat terbaharu itu, CAP menggesa Kerajaan untuk tidak menyertai TPPA dan malah keluar daripada rundingan itu. Tiada alasan untuk terus menggunakan sumber negara yang terhad dalam mengambil bahagian dalam rundingan yang amat mahal dan membawa risiko tinggi kepada negara yang menandatangani perjanjian yang amat menjejaskan kepentingan negara. – HARAKAHDAILY 28/10/2014

Sumber HD - 28-10-2014

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




TPPA tidak menguntungkan Malaysia

NIZAM MAHSHAR | .
MINGGU lepas, Bantah TPPA telah menyangkal dakwaan kerajaan bahawa Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) memberi manfaat kepada Malaysia. Oleh itu, kami sangsi dengan pengumuman dari Australia hujung minggu lepas bahawa perjanjian ini akan dimuktamadkan pada akhir tahun ini.

Walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ingin meneruskan rundingan untuk perjanjian ini, Wikileaks telah pun menunjukkan pendirian Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang semakin lemah menerusi kemampuan kita untuk mendapatkan ubat-ubatan generik sewaktu wabak melanda.

Dalam erti kata lain, sekiranya merebaknya satu lagi wabak seperti selesema babi, H1N1, H5N1, Penyakit Kaki Tangan dan Mulut atau Ensefalitis Jepun, negara kini terpaksa membeli ubat-ubatan berpaten yang lebih mahal untuk merawat rakyatnya.

Tambahan, Bantah TPPA juga mempersoalkan bagaimana pihak perunding boleh membenarkan peningkatan kenyataan "data eksklusif" untuk dibincangkan. Kita sekarang di bawah ancaman untuk membolehkan ubat-ubatan biologi - ubat yang dihasilkan daripada sumber semula jadi - memiliki paten lanjutan sehingga 12 tahun.

Kami juga hairan mengapa kerajaan terus berdiam diri tentang janjinya untuk menerbitkan laporan analisis kos faedah yang akan disediakan untuk rujukan awam. Adakah kerana ia bercanggah dengan idea "faedah melebihi kos" yang sering diuar-uarkan Najib dan Menteri Perdagangan kepada media?

Bantah TPPA telah pun mengetengahkan laporan oleh Rashmi Banga, seorang pakar ekonomi. Ia sesuatu yang amat memilukan apabila MITI memilih untuk mengabaikan hasil kajian seorang pegawai ekonomi kanan di Unit Perbadanan Ekonomi dan Integrasi di kalangan Negara-negara Membangun (UNCTAD) dari Bangsa-Bangsa Bersatu yang merumuskan dalam TPPA kita akan mengalami baki negatif bernilai hampir RM5 bilion setahun dalam perdagangan.

Ini bermakna Malaysia akan mengimport lebih banyak daripada ia eksport yang mana akan mewujudkan kemungkinan kehilangan daya saing dalam perdagangan, lantas memberi impak terhadap industri tempatan dan menjejaskan pekerjaan.

Sektor tempatan yang terkesan dari impak ini termasuk dari industri besi dan keluli, elektronik, plastik dan juga kenderaan.

Ini bercanggah dengan kenyataan dari organisasi-organisasi yang melaungkan TPPA mewujudkan pasaran terbuka yang akan menguntungkan negara.

Bagi sesetengah pihak, inilah bukti ia sememangnya tidak "bijak" untuk menandatangani perjanjian perdagangan ini.Ahli-ahli ekonomi dari UNCTAD juga menekankan bahawa dengan TPPA ditandatangani, akan menyaksikan peningkatan kukuh untuk industri kenderaan, besi dan keluli serta bahagian-bahagian elektrik buat kedua-dua Amerika Syarikat dan Jepun, yang mana semua dagangan ini sedang kita jalinkan dengan China.

Ketika laporan Rashmi terus menyatakan kerugian yang akan kita alami dalam perdagangan, Bantah TPPA ingin menyatakan kita akan terus rugi dalam kos tidak nyata.

Kita bakal kehilangan kedaulatan negara menerusi perolehan kerajaan dan penyelesaian pertikaian pelabur (ISDS). Kita akan kehilangan akses kepada ubat-ubatan yang lebih murah untuk merawat pelbagai jenis penyakit dan barah, HIV/AIDS dan juga ketika negara dilanda wabak-wabak tidak dijangka.

Kita juga akan hilang keupayaan untuk melindungi tindakan afirmatif untuk Bumiputera di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Manfaat-mafaat yang tidak di ambil kira yang telah dinikmati negara selama ini kini terancam hasil rundingan TPPA yang dijalankan secara rahsia, dan kini sedang diperlaku sedemikian oleh kerajaan yang telah menolak bulat-bulat kepentingan hak orang ramai untuk bersuara dalam rundingan ini.

Oleh itu, sekali lagi, kami pinta kerajaan untuk tampil dengan pendirian yang jelas dan terus menghentikan rundingan ini melainkan mereka dapat buktikan dengan fakta-fakta dan nilai angka yang berupaya meyakinkan rakyat dan negara mampu mendapat manfaat daripada perjanjian ini.

Bantah TPPA sering menyeru kepada kerajaan untuk menghasilkan perangkaan yang tepat agar kita boleh berdebat berteraskan fakta mengenai manfaat TPPA dari perspektif MITI dengan benar. Sebaliknya, sehingga kini kami hanya diberi persembahan tayangan slaid berulang kali dengan tiada apa-apa yang baru.

Sudah tiba masanya untuk Najib Tun Razak dan MITI bangkit dan sedar bahawa mereka telah membazirkan masa dan sumber-sumber berharga merundingkan satu perjanjian yang tidak menguntungkan, membatasi kemampuan dagangan negara dan mengakibatkan generasi masa depan negara menanggung peningkatan kos sara hidup hasil penandatanganan perjanjian ini.

Penulis ialah Pengerusi Bantah TPPA.

Sumber HD - 27-10-2014
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

TPPA: Kajian PBB buktikan Malaysia rugi

NIZAM MAHSHAR | .


SATU kertas kajian baru oleh seorang pakar ekonomi kanan PBB telah membuktikan Malaysia secara terang tidak akan mendapat manfaat besar dari segi nilai tambah perdagangan domestik sekiranya menyertai Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) dan mungkin merugikan buat beberapa industri tertentu.

Dalam laporannya, Rashmi Banga dari Unit Kerjasama Ekonomi dan Integrasi di kalangan Negara-negara Membangun (ECIDC) mengatakan Malaysia akan mempunyai kelemahan imbangan dagangan (BOT, didefinisikan sebagai eksport tolak import) dari AS$300 juta setahun, kira-kira RM900 juta setahun ke Amerika Syarikat.

Ini adalah rendah berbanding dengan apa yang sedia ada sekarang.

Ini bermakna walaupun kerajaan menegaskan TPPA sebuah perjanjian di mana “keuntungan melebihi kos” dan sering menguar-uarkan ini kepada media, ia sebenarnya adalah separuh benar.

Menurut akhbar, sekiranya Malaysia menyertai TPPA, eksport negara akan berkembang ke negara-negara TPPA yang lain, tetapi import dari negara-negara TPPA ini akan meningkat lebih banyak, menyebabkan negara-negara ini menanggung kerugian bersih dalam imbangan perdagangan. Imbangan perdagangan ialah perbezaan antara nilai barangan eksport dan import.

Pada tahun 2013, eksport Malaysia ke 11 negara TPPA bernilai AS$93.7 bilion dan import barangan AS$73.9 bilion. Malaysia dengan itu menikmati lebihan dalam imbangan perdagangan dengan 11 negara sebanyak AS$19.8 bilion.

Kajian terbaru dalam kertas ini menunjukkan sebaik sahaja TPPA dilaksanakan, eksport Malaysia ke 11 negara akan meningkat sebanyak AS$1.5 bilion (daripada AS$93.7 bilion kepada AS$95.2 bilion). Tetapi nilai import akan meningkat lebih banyak daripada itu, dengan sebanyak AS$2.9 bilion (daripada AS$73.9 bilion kepada AS$76.8 bilion).

Oleh itu, BOT untuk Malaysia dengan 11 negara-negara rakan TPPA akan merundum sebanyak AS$1.465 bilion (atau RM4.79 bilion). Lebihan dagangan akan jatuh daripada AS$19.84 bilion kepada AS$18.37 bilion.

Ini bermakna Malaysia tidak akan mempunyai keuntungan bersih daripada peningkatan perdagangan yang terhasil dari TPPA. Oleh kerana import akan meningkat lebih pantas daripada eksport, Malaysia akan mengalami kerugian bersih dalam imbangan perdagangan. Kerugian ini nyata, iaitu AS$1.465 bilion atau RM4.79 bilion setahun (kadar pertukaran pada 17 Oktober AS$1 = RM3.27).

Krisis keseimbangan perdagangan negara mungkin akan menjadi lebih goyah daripada apa yang dibayangkan kertas kerja ini kerana Malaysia akan berupaya mengeksport lebih banyak tekstil dan pakaian ke Amerika Syarikat pada kadar tarif sifar tanpa halangan lain.

Amerika Syarikat sebenarnya menggesa satu peraturan “Yarn-Forward”, di mana negara-negara TPPA seperti Malaysia hanya boleh menggunakan benang dari negara-negara TPPA sahaja untuk menghasilkan tekstil dan pakaian. Ini membuatkan kos pengeluaran beberapa tekstil dan pakaian dari Malaysia melonjak menjadi lebih mahal kerana tidak mendapat kebenaran menggunakan benang dari negara-negara kos rendah seperti China atau Indonesia.

Oleh itu anggaran peningkatan eksport tekstil dan pakaian Malaysia ke Amerika Syarikat dengan sebanyak kira-kira RM 454 juta (AS$139 juta) boleh dianggap sebagai sensasi penambahan keuntungan negara. Jika peningkatan eksport tekstil adalah kurang dari RM454 juta ini, maka kerugian dalam imbangan perdagangan Malaysia akan menjadi lebih dari RM4.79 bilion setahun.

Kerugian boleh mencecah lebih daripada RM5 bilion setahun.

Walaupun benar jumlah ini dianggap kecil, tetapi secara keseluruhan ia mempunyai kesan yang lebih besar ke atas rakyat Malaysia dari segi pekerjaan.

Di samping itu, Rashmi menambah sekiranya TPPA ditandatangani, Malaysia akan melihat lonjakan dalam dari Amerika Syarikat dan Jepun.

Di dalam sektor jentera elektrik, 61% import negara akan didapati dari Amerika Syarikat. Dan sebanyak 97% import kenderaan serta 90% dalam besi dan keluli akan didapati dari Jepun.

Semua industri-industri ini ada di Malaysia dan mereka bakal hadapi persaingan secara langsung – industri besi kita, mesin elektrik dan sektor automotif.

Kita semua tahu bahawa sektor-sektor ini mengambil kerja berpuluh-puluh ribu rakyat Malaysia, sedang tenat, amat bergantung kepada dana dan dasar-dasar kerajaan dan kini perlu bersaing di peringkat global pula.

Di samping itu, Malaysia kini merupakan pengimport kenderaan skala besar seperti kereta api dan trak pengangkut dari China.

Malaysia juga pengeluar alat ganti automotif yang merupakan sebahagian daripada Dasar Automotif Nasional yang diumumkan baru-baru ini.

Pakar ekonomi mengatakan eksport kasar perkhidmatan perniagaan kita – yang mana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata mendapat sokongan untuk pertumbuhan dalam Bajet 2015 – hanya menyumbang eksport tambah nilai domestik (DVA) sebanyak 3.8% sahaja.

Selain dari keseimbangan negatif dari nilai tambah perdagangan yang ketara ini, terdapat juga unsur negatif tersembunyi dari segi hak harta intelek yang akan mempengaruhi harga ubat-ubatan dan juga penyelesaian pertikaian pelabur (ISDS), lantas membuktikan perjanjian ini tidak memberi manfaat kepada Malaysia dari apa-apa jua perspektif.

Jadi, sekali lagi, Perdana Menteri kita telah memberi gambaran fakta yang tidak benar. Bantah TPPA menyeru Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, dan juga Perdana Menteri Najib Razak untuk menjelaskan pendirian mereka.

Di manakah fakta-fakta yang berbicara tentang “keuntungan melebihi kos” dalam TPPA? Di manakah janji terbitan laporan analisis kos faedah yang tertunggak sejak Mei 2014?

Kami di Bantah TPPA akan terus menyeru orang ramai untuk memprotes perjanjian ini sehinggalah semua soalan-soalan kami dijawab dan segala fakta, angka dan penglibatan secara langsung untuk berdebat mengenai perjanjian ini disediakan kepada masyarakat awam dan pihak-pihak berkepentingan.

Pakar-pakar ekonomi dari PBB seperti Rashmi, pemenang Hadiah Keamanan Nobel seperti Joseph Stiglitz dan juga ahli-ahli ekonomi tempatan juga telah sebulat suara mengatakan perjanjian perkongsian ini satu idea yang buruk.

Malah, Jean Pierre Lehmann dari Institut Pengajian Pengurusan yang berpusat di Switzerland (yang menawarkan program MBA terbaik di dunia) telah pun memberitahu Simposium Ekonomi Global (GES), bahawa ia (TPPA) satu “idea bodoh”. Jadi kami minta kerajaan kita untuk menjelaskan siapakah orang-orang bijak yang mengatakan sebaliknya.

Penulis ialah Pengerusi Bantah TPPA.

Sumber HD - 23-10-2014

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




TPPA: Harga ubat dipaten meningkat berkali ganda

MUHAMMAD FAIZAL | .

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia akan berdepan dengan kenaikan harga ubat yang lebih mahal jika ia dipatenkan seperti syarat yang terkandung dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Perkara itu dijelaskan Badan Bertindak Bantah TPPA berikutan kebocoran satu dokumen terma perjanjian Polisi Trans Pacific Partnership Agreement (TPPA) telah bocor di Wikileaks.

Jurucakapnya Azlan Awang memberitahu kandungan perjanjian tersebut menerangkan kesan kenaikan harga yang mendadak ke atas ubat-ubatan sekiranya TPPA dimeterai Malaysia.

"Banyak ubat-ubatan kanser akan dipatenkan yang mengakibatkan kos meningkat berkali ganda daripada pendapatan isi rumah.

"Selama ini ubat-ubatan generik telah menyelamatkan nyawa dengan mencegah, manyembuh dan menangani pelbagai penyakit semua rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah.

"Tetapi kebocoran teks bab Harta Intelek telah mengesahkan kebimbangan bahawa Amerika Syarikat telah mendapat hak eksklusif 12 tahun untuk ubat-ubatan biologi dan ini mengakibatkan tiada lagi ubat generik, malah harga ubat akan meningkat lebih tinggi," katanya pada sidang media di ibu pejabat Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) petang ini.

Beliau yang menggesa agar kerajaan berterus terang berhubung cadangan berkaitan hak harta intelek membabitkan ubat-ubatan yang terkandung dalam perjanjian itu.

"Mengenai lesen wajib Wikilead pada 30 Ogos 2013 cadangan lesen ini masih ada tetapi Wikileaks pada 16 Mei lalu cadangan perlindungan penggunaan lesen-lesen wajib ini telah hilang.

"Ini yang kita bimbangkan dan berharap kandungan di dalam Wikileaks itu tak betul tetapi dalam masa yang sama kita mahu penjelasan dari kerajaan dalam hal ini," sambung beliau.

Beliau yang turut menegaskan sekiranya lesen wajib itu dihapuskan maka harga ubat akan lebih mahal dan tempoh paten ubat-ubatan akan lebih lama.

"Kami di Bantah TPPA berpegang teguh bahawa TPPA perlu ditolak jika kita mahu memastikan harga ubat-ubatan dan kos rawatan sentiasa terkawal demi kesihatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia," katanya lagi. - HARAKAHDAILY 20/10/2014

TPPA ubat lebih mahal - http://www.youtube.com/watch?v=awedGIjIu7Y&list=UUFznwgrJ0SorgTbQlpOKOaQ

Sumber HD - 20-10-2014

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




GST bebankan projek rumah mampu milik

ASLANI M | .


KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan bimbang rakyat akan dibebani kenaikan harga rumah mampu milik selepas cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dikuatkuasa kerajaan mulai 1 April tahun hadapan.

Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, harga rumah mampu milik di Kelantan lebih rendah berbanding di negeri-negeri lain yang ditetapkan sehingga RM150,000.

“Ada juga negeri yang menetapkan harga rumah berkenaan sehingga RM120,000 seunit, sedangkan di Kelantan harga ditetapkan antara RM43,000 sehingga RM99,000,” katanya pada persidangan Dun hari ini.

Ketika menjawab soalan tambahan Azami Mohd Nor (PAS-Kadok) beliau berkata, kenaikan harga minyak baru-baru ini sudah memberi kesan kepada projek rumah mampu milik yang dilaksanakan kerajaan negeri di Badang.

Menjawab soalan asal Mohd Zaki Ibrahim (PAS-Kelaboran) katanya, kenaikan harga minyak telah mengundang kepada peningkatan harga bahan binaan sehingga menyebabkan kos projek tersebut semakin bertambah.

“Dan apabila dikenakan pula cukai GST mulai 1 April hadapan tentunya kosnya akan bertambah lagi. Sebelum ini kos projek berkenaan kira-kira RM34.9 juta, namun ia dijangka meningkat sehingga lebih RM40 juta dengan penambahan cukai GST sebanyak 6 peratus.

“Kos projek terbabit dijangka meningka sehingga 20 peratus. Ini sudah tentu akan menyukarkan hasrat kerajaan negeri bagi mempertahankan harga rumah mampu milik dalam tempoh jangka panjang,” ujarnya.

Menurutnya juga harga yang ditetapkan kerajaan negeri bagi rumah mampu milik di Kelantan sebenarnya sudah termasuk dengan harga subsidi yang ditawarkan.

“Misalnya rumah mampu milik di Taman Ubudiah di Labok Machang kos pembinaan setiap unit rumah tersebut iaitu sebanyak RM85,000 namun kerajaan menawarkan kepada rakyat dengan harga RM43,000,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Adhan Kechik (BN-Bukit Bunga).

Kata beliau juga kerajaan negeri mensasarkan sebanyak 5,000 unit rumah mampu milik dibina penggal ini antara 2013-2018.

Dan sehingga kini 30 unit siap dibina di Machang, 343 unit dalam pembinaan di Badang, 121 unit di Bandar Baru Gua Musang dan 480 unit di Bandar Utama Gua Musang. Selain itu 1,000 unit dirancang dibina di Keluchung. - HARAKAHDAILY 13/10/2014

Sumber HD - 13-10-2014
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Lebih 900 produk dikenakan GST diwarta hari ini

HARAKAHDAILY | .
IPOH: Senarai produk yang berkaitan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) akan diwartakan oleh kerajaan hari ini, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata senarai itu mengandungi lebih daripada 900 barang yang berada dalam 'basket of goods' (kumpulan barang).

"Lebih 900 produk yang berada dalam 'basket of goods' akan diwartakan hari ini.

"Kita perlu mewartakannya lebih awal supaya langkah itu membolehkan peniaga menstrukturkan semula sistem perniagaan masing-masing apabila CBP mula dilaksanakan tahun depan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan karnival futsal dan bola jaring Piala Ahli Parlimen Tambun di sini, semalam.

Beliau berkata kementerian berkenaan juga bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bagi mewujudkan jalinan dengan sektor pengguna supaya dapat memastikan kenaikan harga tidak berlaku sewenang-wenangnya.

Ahmad Husni juga berkata satu badan pemantau secara kerjasama dengan persatuan pengguna di peringkat negeri dan nasional turut akan dibentuk.

"Setakat ini kita mempunyai tujuh persatuan pengguna, kita akan memberi bajet kepada mereka atas kerjasama dengan kerajaan untuk membantu orang ramai memastikan tidak berlaku kenaikan harga sewenang-wenangnya oleh penjual," katanya.

Di bawah CBP, terdapat produk yang tidak dikenakan cukai di semua peringkat iaitu pengilang, pemborong, peruncit dan pembeli, katanya.

"Satu lagi adalah pengecualian CBP atau 'exempt supply' iaitu cukai pada peringkat 'output' tidak perlu dibayar, maknanya rantaian daripada peruncit hingga pembeli tidak perlu bayar, tetapi di peringkat 'input', ia perlu dibayar," katanya.

Mengenai Bajet 2015 pula, Ahmad Husni berkata ia adalah bajet kesinambungan sehingga tahun 2020 dan seterusnya yang memberi penekanan kepada ekonomi keperluan rakyat.

Sebagai contoh katanya, peruntukan untuk pembangunan infrastruktur di Sarawak seperti Lebuh Raya Pan Borneo adalah ekonomi modal fizikal tetapi memberi kesan kepada ekonomi keperluan rakyat, katanya.

"Ia (projek tersebut) membuka kawasan yang tiada hubungan infrastruktur, membuka hubungan rakyat, hubungan kawasan luar bandar-bandar. Untuk capai itu ia mesti datang daripada 'ekonomi modal fizikal'," katanya.

- BERNAMA

Sumber HD - 13-10-2014
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

GST: Apakah PM gagal matematik, soal Mahfuz

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: PAS menuntut penjelasan Perdana Menteri berhubung kekeliruan fakta yang dinyatakan sewaktu membentangkan Bajet 2015 di Dewan Rakyat semalam.

Ketua Whip Parlimen PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, ianya berhubung pengiraan hasil kutipan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), dalam perkara 34, 35 dan 36 dalam salinan buku bajet berkenaan.

Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan fakta itu menyebut bahawa, negara akan mendapat hasil dari GST sejumlah RM23.2 bilion pada 2015.

Bagaimanapun kata beliau, kerajaan akan hilang kira-kira RM3.8 bilion ekoran beberapa barangan dikecualikan GST.

Najib juga berkata, dengan perlaksanaan GST, maka Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dihapuskan dan menyebabkan kerajaan kehilangan lagi hasil RM13.8 bilion.

Jelasnya lagi, jika pendapatan dari GST (RM23.2 bilion) ditolak dengan RM3.8 bilion dan RM13.8 bilion tersebut, maka baki yang tinggal hanya RM5.6 bilion.

Dari jumlah RM5.6 bilion itu pula kata Najib, sebanyak RM4.9 bilion disalur kembali untuk keperluan rakyat melalui tambahan bantuan BR1M.

Maka kata perdana menteri, akhirnya hasil bersih GST hanyalah RM690 juta.

Menurut Mahfuz, adalah mengelirukan apabila perdana menteri mendakwa hasil GST akan ditolak dengan hasil SST, yang sekaligus akan mengurangkan hasil GST.

Sedangkan kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu, GST adalan cukai menggantikan SST di mana hasil pendapatan dari GST tidak ada kaitan dengan hasil SST yang dimansuhkan.

"Adakah Perdana Menteri kita gagal matematik, atau terlena sewaktu kelas matematik? Atau beliau ada pengalaman mengelirukan akaun," soal Mahfuz.

Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat berkata, adalah tidak wajar meletakkan hasil SST sebagai sebahagian perbelanjaan kerajaan kerana cukai itu nanti sudah tiada lagi.

Ianya juga seperti membawa maksud kedua-dua cukai ini akan terus dikenakan.

"Jika SST masih dikira dalam GST, maka kita desak supaya kekalkan SST dan GST dimansuhkan.

Mana boleh kedua-dua cukai ini aktif sedangkan SST dimansuhkan.

"Saya merasakan ini sebahagian alasan untuk menjustifikasikan tindakan melaksanakan GST itu," katanya. - HARAKAHDAILY 11/10/2014

Sumber HD - 11-10-2014
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Warta segera barang dikenakan GST

MUHAMMAD FAIZAL | .

KUALA LUMPUR: Pengarah‎ Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad meminta kerajaan mewartakan segera senarai barangan yang dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bagi memastikan rakyat tidak terperangkap dengan keadaan ekonomi.

Menurut beliau, pewartaan senarai berkenaan sepatutnya dilakukan pada Ogos lalu, namun sehingga sekarang kerajaan gagal berbuat demikian.

"Ini menimbulkan teka-teki kerana kerajaan sehingga sekarang gagal mewartakan penyenaraian barangan yang bakal dikenakan GST sebanyak enam peratus.

"Kelambatan ini akan menyebabkan rakyat berada dalam perangkap ekonomi, adakah bahan bakar seperti petrol dan diesel terlibat dengan GST atau pun tidak, ini perlu dijelaskan kerajaan," jelasnya pada program Bicara Harakah 'Bajet 2015: Cabaran Rakyat' di MyHarakah Bazaar hari ini.

Tambah beliau lagi, kebimbangan mula timbul apabila rakyat berdepan dengan kenaikan harga petrol RON95 sebanyak 20 sen mulai tengah malam tadi menjadi RM2.30 seliter dan adakah kenaikan terus meningkat apabila GST dilaksanakan nanti.

"Pakatan Rakyat kekal membantah pelaksanaan GST oleh kerana pendapatan rakyat yang masih rendah.

"Kalau sebelum ini cukai hanya dikenakan kepada golongan tertentu sahaja tetapi dengan GST ia meliputi kesemua rakyat dan tidak ada yang terkecuali.

"Kita membawa hujah tidak mengizinkan GST dilaksanakan kerana ia merupakan cukai yang dikenakan kepada semua rakyat tanpa mengira jumlah pendapatan mereka," sambung beliau.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu turut memberitahu, permentangan bajet 2015 nanti perlu menekankan sumber pendapatan baru negara dan bukannya melalui GST.

"Bajet 2015 merupakan cabaran tahun akhir kerajaan untuk Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10), sebelum beralih kepada RMK11.

"Kerajaan hanya melihat GST sebagai sumber utama sedangkan mereka tidak melihat pendapatan baru dari sumber yang lain," katanya lagi. - HARAKAHDAILY 2/10/2014

Sumber HD - 2-10-2014
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Minyak naik, GST: Kenaikan berantai tambah beban rakyat

MUHAMMAD FAIZAL | .




KUALA LUMPUR: Felo Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Mohd Hafiz Jamaludin mempersoalkan tindakan mengejut kerajaan menaikkan harga petrol RON95 sebanyak 20 seliter dengan ketiadaan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri di negara ini.

Jelasnya pada program Bicara Harakah 'Bajet 2015: Cabaran Rakyat' tindakan tersebut dilakukan tanpa pengetahuan sesiapa walaupun daripada Petronas.

"Kita tidak tahu kenapa kenaikan harga minyak kali ini dilakukan dengan ketiadaan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

"Ini persoalan menarik dan bukan setakat itu sahaja, tidak ada sesiapa yang mengetahuinya walaupun dari Petronas itu sendiri," jelasnya pada parogram yang berlangsung di MyHarakah Bazaar petang tadi.

Beliau berkata, dengan bajet yang akan dibentangkan pada 10 Oktober nanti rakyat bukan sahaja berdepan dengan kenaikan harga minyak tetapi dibebani dengan kenaikan berantai.

"Rakyat perlu bersedia dengan kenaikan berantai, kita menjangkakan akan ada penarikan subsidi yang mengakibatkan kenaikan harga barangan lain.

"Kerajaan perlu memgambil pendekatan baru dalam membuat struktur baru bagi mencari penyelesaian dalam meringankan beban rakyat," jelasnya.

Tambah beliau, pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bukan langkah terbaik, sepatutnya kerajaan perlu memperkasakan sumber baru termasuk sumber pendapatan terdahulu.

"Dulu kita megah dalam pertanian dan mineral kenapa ini tidak diperkasakan semula, ia seolah-olah dilupakan begitu sahaja.

"Sektor ini tidak diutamakan dan kita tidak tahu ap dasar yang digunakan kerajaan dalam merealisasi sumber pendapatan negara.

"Kita perlu melakukan perubahan baru dengan membuat struktur melalui sumber terdahulu dan yang akan datang," sambung beliau.

Menurutnya, kegagalan kerajaan meneliti dan hanya tertumpu kepada pelaksanaan GST menyebabkan rakyat terutama golongan miskin bandar terus dihimpit dengan bebanan dalam meneruskan kehidupan. - HARAKAHDAILY 2/10/2014

Sumber HD - 2-10-2014
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Anak muda risau tanggung beban GST

MOHD BUKHARI MANSIN | .

Selesai sudah kemelut perlantikan Menteri Besar Selangor, semoga semua parti dalam Pakatan Rakyat dapat berlapang dada menerimanya.

Fokus kini pada membela nasib rakyat. Saya kira dengan pelaksanaan GST pada April tahun depan, ekonomi rakyat akan sedikit sesak nafasnya. Parti politik seperti Pakatan Rakyat perlu membulatkan tenaga untuk terus mengasak Kerajaan untuk menangguhkan GST kerana masanya tidak sesuai.

Saya faham GST ada kebaikannya, namun perlu dilihat secara lebih menyeluruh soal ketelusan, amanah dan tiada rasuah serta penyelewangan dana kerajaan untuk rakyat sebelum melaksanakan GST.

Belanjawan kerajaan Malaysia sudah banyak tahun mengalami defisit. Dalam keadaan seperti itupun, belanja mengurus pada setiap tahun meningkat. Ada peningkatannya sehingga 8 peratus.

Soalnya, pada setiap kenaikan belanja mengurus itu, gaji rakyat kebanyakan tidak juga meningkat dengan baik. Di sini yang kita hairan, kemana duit itu dibelanjakan dan dikeluarkan. Rakyat bertanya, namun jawapan kadang kadang diberi agak mengecewakan.

Laporan audit negara setiap tahun mengalami kebocoran dan ketirisan yang bukan sedikit. Beberapa tahun dahulu saya masih ingat, beberapa bulan selepas bajet dibentang, ada sebuah kementerian memohon bajet tambahan beberapa belas billion. Cepatnya duit habis!!

Saya menonton berita di TV3, wartawan mewawancara Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkenaan pelaksanaan GST, Gabenor Bank itu menjawab, kadar inflasi akan naik berkadar 3.1% hingga 3.2% dan akan mengambil masa untuk pulih dalam kadar 1-2 tahun.

Dalam keadaan seperti ini, rakyat perlu dbekalkan dengan "human empowerment" untuk menangani kadar inflasi, pengetahuan tentang soal pengurusan kewangan perlu didedahkan. Yang paling merisaukan ialah anak muda yang menanggung beban.

Penulis ialah mahasiswa fakulti Usul Fiqah.

Sumber HD - 24-9-2014
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS again says ‘NO’ to GST, questions RM5, 900 average household income

Harakahdaily-TS | .

PAS again says ‘NO’ to GST, questions RM5, 900 average household income

Malaysia is not ready for Goods and Services Tax (GST), and as such, PAS today urges BN government to scrap the implementation of the new tax system that is scheduled to be in effect starting April 2015.


“PAS urges the government to cancel the implementation of GST because the economic ecosystem of Malaysia as well as its macro and micro conditions are not ready for the tax system,” said PAS President Tuan Guru Abdul Hadi Awang in his policy speech at 
PAS’ 60th Muktamar in Batu Pahat this morning.

Apart from that, Abdul Hadi also urged the government to relook at the current income tax system, citing unfairness in the taxable income rates between the middle-income and high-income group.
“All these, along with the halting of awarding approved permits (APs) to cronies, will definitely help to generate revenues compared to the GST that will burden the people,” stressed the Marian MP.

Abdul Hadi also took the opportunity to snipe at the claim made by Minister in the Prime Minister's Department Abdul Wahid Omar saying Malaysians are enjoying a better standard of living with the average household income surpassing RM5, 900 a month and Prime Minister Najib Razak’s claim of 6.4% growth in GDP, stressing both were just the usual ‘numbers propaganda’ by BN.

“Do these numbers have any meaning to the ordinary folks?” he asked.

“To them, they want to know why states like Sabah, Sarawak, Terengganu and Kelantan are still the poorest, when they are the richest in terms of oil and gas, timber and mineral resources? They don’t want to know about the numbers that have no meaning in their life, which is burdened by the high cost of living and soon the GST.”

By citing financial-troubled Malaysia Airlines, Abdul Hadi urged the government to be more responsible in managing the country’s wealth.

“We saw how the government which owned MAS has given an unfair contract for 25 years that worth RM6.25 billion, which among others, charging RM45 for the price of a pack of nasi lemak – this is truly inappropriate and an oppression to the people.

This is Umno-BN’s style of governance that destroys the country assets and invites chaos and wrongdoings in the economy and development,” added Hadi, questioning whether BN could live without being involved in illegal practices such as corruption, misconduct and being wasteful.

Sumber HD - 18-9-2014
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Harga minyak naik lagi dengan GST

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Laporan akhbar Sin Chew Daily yang turut dipetik oleh laman kereta paultan.org mengesahkan bahawa Umno/Barisan Nasional akan mengenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ke atas petrol dan diesel.

Mengikut laporan, pengesahan ini dibuat oleh Ishak Daud, Penolong Pengarah Kanan Jabatan Kastam dan Eksais dalam satu taklimat GST anjuran Universiti Tuanku Abdul Rahman (UTAR) minggu lalu.

"Ini mengesahkan sangkaan saya selama ini bahawa Umno/Barisan Nasional akan mengenakan GST ke atas petrol dan diesel yang secara langsung bermakna harga minyak akan dinaikkan apabila GST dilaksanakan dalam April 2015 kelak," ujar Rafizi Ramli dalam satu kenyataan.

Katanya, pada kadar GST 6%, harga seliter petrol selepas ini adalah RM2.27 sen.

Menurutnya, jika seorang pengguna biasa dianggarkan menggunakan 80 liter seminggu bersamaan 320 liter petrol sebulan, kenaikan harga minyak akibat pelaksanaan GST ini bermakna bil petrol satu isi rumah biasa akan meningkat sebanyak RM50 sebulan.

Pada masa yang sama, ujarnya kenaikan harga minyak ini juga akan menyebabkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang lain.

Akhirnya, kata beliau bebanan bulanan setiap isi rumah akan bertambah dan dianggarkan sekurang-kurangnya meningkat RM100 sebulan (kenaikan terus harga minyak dan kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang lain) bagi setiap isi rumah di kawasan bandar dan separa bandar.

"Saya juga telah menyatakan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak akan melaksanakan penarikan balik subsidi minyak dengan menghadkannya kepada golongan tertentu dan sebahagian pengguna akan terpaksa membayar harga penuh tanpa subsidi," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pandan.

Beliau dimaklumkan keputusan itu telah dibuat tetapi belum dilaksanakan sementara memuktamadkan syarikat yang dianugerahkan kontrak untuk menaiktaraf semua pam minyak bagi tujuan ini.

Sudah tentu apabila ini juga dilaksanakan, katanya bebanan akibat kenaikan harga minyak itu adalah lebih tinggi dan kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang menyusul juga lebih tinggi.

Tambahnya, pada ketika pegawai-pegawai Jabatan Kastam dan Eksais telah mula mengesahkan mengenai kenaikan harga minyak akibat pelaksanaan GST ini, Najib masih diam seribu bahasa dan mahu berahsia.

Sehubungan itu, beliau menggesa supaya Najib mengesahkan dengan segera bahawa harga minyak akan naik dengan pelaksanaan GST dan berterus terang dengan rakyat.

Pada masa yang sama, beliau seru seluruh rakyat Malaysia menzahirkan bangkangan mereka kepada kenaikan harga minyak ini melalui laman-laman sosial terlebih dahulu sebelum disusuli dengan protes yang lebih besar. - HARAKAHDAILY 15/9/2014

Sumber HD - 15-9-2014
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Rakyat tidak rela ditipu atas nama GST

HARAKAHDAILY |

KUALA LUMPUR: Jaminan Kerajaan Barisan Nasional kononnya pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak akan menyebabkan kenaikan melampau harga barang bakal menjadi satu mitos moden.

Ia berikutan kegagalan kerajaan mengumumkan petrol dan diesel termasuk dalam senarai pengecualian GST.

Justeru, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah membuat jangkaan awal bahawa GST menyebabkan kenaikan harga barang tidak mampu dikawal.

Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan berkata, rakyat adalah mangsa kerana bukan sahaja tidak bersedia, malah tidak mengetahui betapa perbelanjaan mereka akan berganda khususnya selepas April 2015.

Menurutnya, apabila komoditi petrol dan diesel dikenakan cukai GST, kenaikan hampir 15 sen seliter akan menjadi satu 'chain reaction' kenaikan harga barang yang merosakkan kuasa membeli rakyat Malaysia.

Lebih malang, ujarnya ketika rakyat dikenakan GST, pelancong yang hadir ke negara ini dibenarkan 'refund' semula cukai GST yang dikenakan (setelah berbelanja hingga ke suatu angka) tetapi apakah akan ada mekanisma yang membolehkan pihak tertentu seperti penggunaan petrol/diesel kenderaan syarikat/perdagangan 'refund' GST.

"Ramai rakyat yang tidak tahu mengenai perkara ini, kerajaan wajar umum semua perkara GST," ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya lagi, pelaksanaan GST versi Malaysia dilihat penuh dengan helah tersembunyi tidak seperti perlaksanaan GST negara barat yang telus dan pulangan perkhidmatan kerajaan yang cemerlang.

Contohnya, kata beliau kerajaan telah umum tiada GST untuk bayaran tol namun setiap kali pengisian semula kad pra-bayar Touch n Go akan dikenakan GST.

Dalam masa sama, katanya kerajaan secara berperingkat memperkenal tol tanpa laluan tunai yang memaksa pengguna memiliki kad pra-bayar (Touch n Go).

Sehubungan itu, ujarnya SAMM juga menggesa pihak kerajaan mengumumkan senarai 85 barangan dan perkhidmatan yang dikecualikan cukai sebelum pembentangan bajet 2015.

"Senarai tersebut harus menjadi pengetahuan dan perbincangan umum sebelum ia digazetkan," ujar beliau.

Bagi SAMM, katanya rakyat selama ini bisa sahaja membayar apa jua cukai yang berpatutan, tetapi harus tidak rela ditipu atas nama cukai GST. - HARAKAHDAILY 14/9/2014

Sumber HD - 14-9-2014
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------




GST: KP Kastam akui harga barangan akan naik

BERNAMA | .


KUALA LUMPUR: Kenaikan harga barangan susulan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) bermula April tahun depan hanya bersifat 'one-off' dan akan kembali stabil dalam masa setahun.

Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia Datuk Seri Khazali Ahmad berkata berdasarkan kajian, kadar kenaikan juga agak kecil iaitu sekitar 1.4 hingga 1.8 peratus.

"Bukannya tiada peningkatan langsung. Berdasarkan kajian ada sedikit peningkatan dan peningkatan ini kembali stabil dalam masa setahun," katanya di sini.

Khazali ditemui Bernama selepas menyampaikan ucapan menutup Persidangan GST Kebangsaan anjuran Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan Tax Advisory and Management Services Sdn Bhd yang berlangsung selama dua hari bermula Khamis.

Mengulas lanjut, beliau berkata sehubungan itu gaya hidup pengguna tidak akan berubah dengan pelaksanaan GST tersebut.

"Jabatan Kastam telah melakukan simulasi untuk menguji impak GST terhadap orang ramai dan mendapati peniaga tidak mempunyai sebab untuk menaikkan harga secara melampau," katanya.

Ini kerana katanya peniaga boleh menuntut kembali cukai enam peratus yang dibayar itu daripada kerajaan.

Beliau juga mengingatkan peniaga bahawa mereka boleh didakwa menurut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan jika menaikkan harga barangan dengan sewenang-wenangnya.

Dalam sidang Dewan Negara pada 5 Mei lalu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan memaklumkan daripada 689 barangan yang dikategorikan sebagai barangan dikenakan GST, sebanyak 287 mengalami penurunan harga, 329 kekal, 255 sedang disemak dan hanya 73 mengalami kenaikan.

Pelaksanaan GST pada kadar enam peratus diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2014 pada Oktober tahun lalu, bagi menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan yang berkadar keseluruhan 16 peratus. - BERNAMA

Sumber HD - 13-7-2014

No comments:

Post a Comment