BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Thursday, July 10, 2014

KERAJAAN NAJIB




















































































































    A signboard notifies customers of the six-percent goods and services tax (GST) on consumer goods at a mall in Kuala Lumpur, May 9, 2015                         
    An unpopular new consumption tax has handed fresh ammunition to critics of Malaysia's 
    embattled prime minister, with angry consumers complaining it has sent some prices surging, 
    and economists warning it could harm growth.
    The government on April 1 introduced the six-percent Goods and Services Tax (GST), which taxes
    transactions throughout the business supply chain and replaces earlier sales and service taxes on end-
    consumers that ranged from 6 to 10 percent.

    The government had said the more streamlined tax regime would lead to lower prices for many key
    items and boost government revenue in Southeast Asia's third-largest economy.

    Experts agree Malaysia's biggest tax reform in decades is necessary -- fewer than three million of the
    ountry's 30 million people pay income tax, and high government debt has economists worried.

    But implementation has been marked by mass confusion over how the tax works, its array of exemptions, and contradictory government statements, with many businesses hiking prices amid the uncertainty.

    The issue sparked a May Day protest by thousands of opponents and has provided fresh fodder for ruling-party forces seeking Prime Minister Najib Razak's ouster over allegations of corruption and mismanagement.
    "We are victims of a mismanaged economy. (The GST) hurts the poor and the middle-class like me," said Kuala Lumpur pre-school teacher Siti Nora Manaf, 62.
    - Belt-tightening -

    Like many Malaysian consumers, she already faced rising costs, with the ringgit currency at its weakest in years due to concerns over the impact of soft world oil prices. Malaysia is heavily dependent on energy exports.
    Siti Nora said the price of a bag of rice -- supposedly exempt from the GST -- has jumped 40 percent since April 1 amid the confusion. She has begun growing vegetables in the small garden at her home, while slashing other living costs.
    Najib last month defended the tax as "an important reform that will help us build a stronger, more sustainable and transparent economy".

    He has said short-term pain was unavoidable, while vowing to clamp down on profiteering.
    But critics question the timing of the GST's introduction.

    After Malaysia's economy grew 6 percent last year, the World Bank in January forecast a slowdown in 2015 to a still-enviable 4.7 percent, citing the oil-price woes.

    Malaysian consumers also shoulder some of Asia's highest levels of personal debt, increasing public sensitivity to price shocks.

    "Everyone's wallet is being hit. Salaries are not going up, and going forward consumers will face a hard time," said Paul Selvaraj, head of the Federation of Malaysian Consumers Associations.

    Chua Hak Bin, a Bank of America Merrill Lynch economist, said the GST will crimp the domestic spending that Malaysia's economy increasingly relies on as export markets have softened.
    "There will be a pullback in consumer spending and it could last until September due to waning consumer sentiment," Chua said.
    He added, however, that scrapping the GST would be a "disaster" that would shatter investor confidence.
    Economists remain guardedly optimistic on the financial outlook, and foreign investment remains solid.
    But worried comparisons are being made with Japan, which raised its consumption tax last year, a move blamed for stifling consumer spending and triggering a recession.
    - Mounting trouble for PM -
    Anger over the tax comes as Najib is struggling to fend off a persistent campaign for his ouster by influential former prime minister Mahathir Mohamad.
    Najib was weakened by 2013 polls in which the long-ruling coalition nearly lost power, and his reputation has been hammered this year by a drip-feed of damaging allegations of fraud at a debt-ridden state investment company he oversees.
    Najib has skirted demands that he explain how hundreds of millions of dollars have allegedly gone missing from deals involving 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

    He has denied wrongdoing and ordered government auditors to examine 1MDB's books.

    The opposition has repeatedly warned that Najib's government will use taxpayer money to bail out 1MDB, which is mired in $11 billion in debt. Officials have said there will be no bailout.

    Reports of his family's lavish lifestyle also have stoked public anger.

    Najib, who is also finance minister, has been under pressure to get Malaysia's financial house in order amid warnings of a possible sovereign credit downgrade over rising government debt.

    The government says an estimated $6 billion in additional annual revenue will be raised by the GST, which exempts politically sensitive staples such as rice, sugar, and cooking oil.

    But opponents of the GST say consumers are being stuck with the bill for a system in which huge sums of money are allegedly wasted by the government or go missing each year, and have demanded administrative reforms first.
    "There is a genuine need for more money in government coffers, but public confidence in how it will be spent is low," Malaysia political analyst Bridget Welsh wrote in an essay this week.

    "The GST has become a problem for Najib and this problem is only likely to intensify as the politics surrounding the measure grow more contentious."

    Sumber Yahoo /  HD - 11-5-2015

    Harga minyak kekal bagi Mei.. err.. sebab ada PRK ke? 


    Bagus juga ada Pilihanra Kecil ni.. selain dari projek-projek segera yang dilonggokkan di kawasan yang ada Pilihanraya Kecil tu, yang dijangka naik harga pun tak naik..

    Kalau naik jugak teruklah jentera Pilihanraya mereka nak memperbodohkan rakyat lagi.. isu GST pun tak tertepis takkan nak tambah lagi isu?

    Sebelum ini Sinar Online melaporkan..


    "Tunggu malam inilah, lagi dua jam saja, harga yang baru kita tidak boleh cakap sekarang, tunggulah".

    Demikian respon Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Alias Ahmad ketika ditanya mengenai khabar angin kenaikan harga minyak RON95 yang dikatakan akan mengalami kenaikan sehingga RM0.20 iaitu dari RM1.95 seliter ke RM2.15 seliter sepertimana yang tersebar di media sosial.

    Mengulas lanjut Alias berkata, untuk mengetahui sama ada khabar angin itu benar atau tidak beliau tegaskan bahawa semua pihak harus menunggu kenyataan rasmi daripada KPDNKK malam ini.

    "Hendak tahu benar tidak benar kamu (Sinar Online) tunggu malam ini, ada perutusan, tunggu kita akan sampaikan," katanya ketika dihubungi Sinar Online.,

    Sementara ketika ditanya mengenai laporan sebuah portal yang mengatakan harga minyak RON95 akan naik, beliau menafikan perkara tersebut.

    "Tiada siapa (dari pihak KPDNKK) yang cakap, dia cuba buat provoktif, " katanya.

    Kemudiannya Bernama melaporkan..

    KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON95 dan RON97 serta diesel bagi Mei 2015 akan kekal pada paras semasa, menurut jurucakap Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan kepada Bernama hari ini.

    Harga tidak berubah bagi bulan ketiga berturut-turut, dengan petrol RON95 kekal pada RM1.95 seliter, RON97 pada RM2.25 seliter dan diesel pada RM1.95 seliter.

    Harga tersebut berkuat kuasa mulai 12.01 pagi, 1 Mei.

    Bulan June ni kalau tak ada PRK lagi... siaplah..

    Sumber ASD / HD - 2-5-2015

    Khutbah: Pemimpin baik sentiasa utamakan rakyat





















































































































    HARAKAHDAILY | .


    KUALA LUMPUR: "Justeru kita sebagai rakyat hendaklah memilih pemimpin yang mampu membina masa depan rakyat dan negara," demikian antara kandungan khutbah Jumaat yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini yang bertajuk 'Tanggungjawab Rakyat'.

    Berikut adalah kandungan penuh khutbah itu.

    Pembentukan sesebuah negara dan menentukan kuasa politik merupakan suatu tuntutan dalam Islam, ianya termasuk dalam tuntutan fardu kifayah kerana mempunyai kaitan langsung dengan perlaksanaan agama dan syariah. Berdasarkan pandangan ahl al-Sunnah dan jumhur ulama’ menyatakan bahawa pemilihan pemerintah hendaklah dipilih secara pilihanraya dengan memberi kuasa kepada rakyat untuk menentukan sesebuah kerajaan yang memerintah.

    Pemilihan ini merupakan ikatan kontrak di antara pemerintah dengan rakyat. Justeru sebagai pemerintah yang dipilih dan dilantik oleh rakyat maka hendaklah melaksanakan segala amanah dan tanggungjawab dari rakyat. Firman Allah SWT dalam surah al-Anfal ayat 27:

    Maksudnya: “Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).”

    Dan sabda Rasulullah SAW:

    Mafhumnya: “Ingatlah! Setiap orang daripada kamu adalah pemimpin dan setiap kamu bertanggungjawab terhadap apa yang dipimpinnya”.(Riwayat al-Bukhari)

    Mimbar ingin menyatakan bahawa pemilihan pemerintah begitu penting untuk merealisasikan kewujudan sebenar umat Islam. Oleh itu, pemerintah mesti diwujudkan dan dilantik untuk memimpin umat Islam kerana sebab-sebab berikut antaranya: Pertama: Merupakan tanggungjawab terbesar yang diperintahkan oleh Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya agar mereka bersatu dengan cara berpegang kepada agama Allah SWT dan tidak berpecah atau bertelagah sesama sendiri. Sesuatu umat tidak akan terselamat daripada angkara perpecahan dan pertelagahan melainkan apabila mereka menyerahkan kepimpinan mereka kepada seorang ketua, iaitu ketua yang dapat menyatukan mereka dan semua pendapat tunduk kepada kebijaksanaannya.

    Kedua: Kedudukan pemerintah di kalangan rakyat adalah umpama paksi pada sesuatu binaan. Dialah yang akan merealisasikan perpaduan dan menjaga keutuhan mereka melalui kepimpinannya. Jawatan tersebut amat perlu demi kestabilan undang-undang dan keharmoniaan. Ketiga: Sebahagian besar perlaksanaan hukum-hakam dalam syariat Islam tertakluk kepada kuasa pemerintah. Hukum-hakam itu tidak mungkin dapat dilaksanakan kecuali melalui kuasa dan arahan pemerintah, seperti menghakimi kes-kes mahkamah, melantik para penguasa, mengisytiharkan halangan (al-hajr) dan perang, memeterai perdamaian dan sebagainya. Oleh itu, bagi membolehkan hukum-hakam syarak dilaksanakan sepenuhnya dengan cara yang betul dan diterima oleh Allah SWT, mestilah ada pemerintah yang akan melaksanakan hukum-hakam itu dan memantau perlaksanaannya.

    Keempat: Dalam syariat Islam, terdapat satu kategori hukum yang disebut sebagai hukum-hakam imamah (pemerintahan) atau hukum-hakam siasah syar’iyyah (politik Islam). Hukum-hakam dalam kategori ini bersifat fleksibel dan syarak tidak memutuskannya secara terperinci. Sebaliknya hukum-hakam dalam kategori ini diserahkan kepada pendapat dan ijtihad pemerintah berdasarkan kepentingan dan keadaan umat Islam. Kelima: Umat Islam sentiasa terdedah kepada kemunculan kumpulan pelampau di kalangan mereka yang menimbulkan ketidakstabilan dalam masyarakat Islam. Mereka didorong oleh hawa nafsu atau fahaman-fahaman sesat yang berselindung di sebalik nama agama atau pemulihan masyarakat.

    Bagi merealisasikan tanggungjawab rakyat ini maka para ulama’ telah menetapkan beberapa syarat untuk menentukan kelayakan seseorang pemimpin itu antaranya ialah keupayaan jasmani, kelayakan undang-undang, kelayakan ilmu, adil dan menguasai ilmu siasah, peperangan dan pentadbiran. Menurut al-Mawardi di dalam kitabnya al-Ahkam al-Sultaniyyah bahawa: Seorang pemimpin itu hendaklah mempunyai pemikiran yang tajam untuk menjaga siasah umat, pentadbiran yang menjamin kemaslahatan, berani, berupaya mempertahankan negara dan berjihad menentang musuh. Sesungguhnya pemimpin yang baik ialah pemimpin yang sentiasa mengutamakan rakyat, tidak menggadaikan agama kerana kepentingan, berilmu, mempunyai visi dan pandangan jauh untuk membina bangsa dan negara. Ingatlah bahawa tanggungjawab rakyat ini sekiranya tidak diberikan kepada mereka yang benar benar berhak, nescaya masa depan negara akan hancur dan hidup rakyat akan merana. Justeru kita sebagai rakyat hendaklah memilih pemimpin yang mampu membina masa depan rakyat dan negara.

    Sabda Rasulullah SAW:
    Maksudnya: “Apabila amanah itu di sia siakan, maka tunggulah kehancuran. Sahabat bertanya: Bagaimana mensia siakannya. Rasulullah SAW menjawab: Apabila sesuatu jawatan itu di serahkan kepada orang orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancuran (Riwayat al-Bukhari).

    Menjadi kewajipan kepada kita untuk membuat keputusan bijak dalam membentuk sebuah pemerintah yang dapat membela kesucian agama dan keamanan negara. Justeru, sebagai umat Islam, janganlah kita terpengaruh dengan emosi dalam membuat sesuatu keputusan dan tindakan kerana menyesal kemudian hari tiada gunanya. Ingatlah bahawa keputusan kita ini menentukan masa depan kita. Di tangan kitalah yang menentukan nasib anak cucu kita. Mungkin ada sesetengah daripada kita yang ingin melihat menang sorak tanpa memikirkan kampung lamanya mungkin tergadai. Janganlah kita memilih untuk berpatah arang, berkerat rotan, bergembira melihat yang kalah menjadi abu dan berpuas hati walaupun yang menang akan menjadi putung-putung arang. Kita seharusnya menghayati semangat ‘biduk berlalu kiambang bertaut’.

    Mengakhiri khutbah pada minggu ini, mimbar yang mulia ini ingin mengingatkan sidang jemaah sekali lagi, bahawa soal memilih pemimpin mempunyai kaitan dengan perbuatan yang tidak terlepas dari penghakiman Allah SWT terhadap kita pada hari akhirat kelak. Justeru, selari dengan ini, maka mimbar menyeru seluruh umat Islam agar berlaku adil dalam menentukan kepimpinan dengan mengambil kira ciri-ciri yang telah disebutkan tadi. Percayalah negara yang diperintah oleh kepimpinan yang berwibawa dan konsisten akan menjamin segala dasar-dasar dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan beramanah lagi adil serta saksama. Sebaliknya kestabilan, keselamatan dan keharmonian negara tidak akan dicapai jika diperintah oleh golongan yang tidak mempunyai sifat amanah dan hanya memburu jawatan.

    Mimbar juga mengambil kesempatan pada hari ini, sempena dengan Hari Pekerja yang disambut pada 1 Mei hari ini, menyeru kepada semua pekerja marilah sama-sama kita mengingatkan sesama kita bahawa tujuan dan matlamat bagi setiap pekerjaan adalah untuk mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah SWT. Sebagai seorang pekerja kita hendaklah sentiasa mengamalkan sifat sabar dan bertawakal serta berdoa kepada Allah SWT dalam menghadapi ujian dan cabaran dalam pekerjaan. Insyaallah segala usaha dan perkerjaan kita akan dikira sebagai satu ibadah dan berpahala di sisi Allah SWT.Marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah as- Syuaraa' ayat 215-217:
    Maksudnya: “Dan hendaklah engkau merendah diri kepada pengikut-pengikutmu dari orang yang beriman. Kemudian jika mereka berlaku ingkar kepadamu, maka katakanlah: Sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu lakukan! Dan berserahlah kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.”

    Sumber HD - 1-5-2015

    JPJ ulas pelakon bawa tayar celup ke kementerian

          BERNAMA | .

    (Foto hiasan)

    PUTRAJAYA: Pengguna jalan raya tidak digalak menggunakan tayar celup kerana ia tidak dijamin selamat dan mudah haus berbanding tayar asli, demikian nasihat Pengarah Bahagian Kejuruteraan Automotif Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Ir Mohamad Dalib.

    Beliau berkata penggunaan tayar celup boleh menyebabkan jangka hayat tayar lebih pendek daripada tayar asli.

    Pengarah kejuruteraan automotif JPJ itu berkata tayar baharu mempunyai jaminan dan hanya akan haus dalam tempoh tiga hingga empat tahun.

    "Definisi tayar celup ialah tayar lama yang dicelup dan dikitar semula serta dijual kepada pengguna dengan harga mengikut jenis dan saiz.

    "Ia dijual dengan harga murah sekitar RM80 hingga RM200 dan tidak mustahil akan naik lagi (mengikut kualiti) hingga mencecah RM1,000," katanya dalam satu pertemuan dengan BERNAMA di ibu pejabat JPJ, di Putrajaya.

    Mohamad berkata penggunaan tayar celup juga boleh menyebabkan pemandu berasa tidak selesa kerana tayar itu akan berbunyi bising dan memberi kesan rasa hentakan ketika pemanduan, katanya.

    Selain itu, Mohamad berkata penggunaan tayar celup boleh mengganggu pemanduan kenderaan selain merosakkan komponen enjin kereta.

    Beliau diminta mengulas tindakan seorang pelakon membawa tayar celup ke Kementerian Pengangkutan pada 14 April lepas, atas dakwaan penggunaan tayar tersebut membahayakan nyawanya.

    Azlan Sani Zawawi atau dikenali sebagai Lando, mendakwa beliau nyaris maut apabila motosikal ditunggangnya hampir dilanggar sebuah kenderaan yang mengelak daripada serpihan tayar celup di atas jalan di Hulu Klang pada 13 April lepas.

    Pelakon berusia 40 tahun itu menyerahkan tayar celup terbabit bagi dijadikan bukti agar Kementerian Pengangkutan boleh menjalankan kajian dan siasatan.

    Mohamad berkata walaupun tayar celup tidak digalakkan, pembuatannya diiktiraf oleh negara luar seperti New Zealand, Australia dan Taiwan.

    "Saya menegaskan, pengguna harus bijak dalam memilih sesuatu tayar termasuk tayar celup demi keselamatan ketika memandu kerana kuasa membeli terletak pada diri pengguna itu sendiri.

    "Pengguna harus mendapat pengetahuan dan diberi pendedahan awal mengenai pemilihan tayar kenderaan yang berkualiti sebelum membelinya...jika tidak, mereka akan membelinya tanpa sebarang pengetahuan dan yang rugi adalah pengguna sendiri," katanya.

    Mohamad berkata pada masa ini, penggunaan tayar asli lebih berkualiti dan dijamin selamat kerana ia mempunyai ciri-ciri keselamatan tinggi walaupun kosnya agak mahal.

    Mengikut piawaian JPJ, beliau berkata sesuatu tayar itu harus mempunyai ukurun tidak kurang 1.6mm.

    Pada 23 Mac lepas semasa sesi soal jawab di Dewan Rakyat, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata statistik kemalangan jalan raya 2013 yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), menyatakan hanya lapan daripada 30,458 kes kemalangan jalan raya membabitkan masalah tayar celup. - Bernama

    Sumber HD - 23-4-2015























































































































    Adakah wajar potong bajet kesihatan untuk rakyat?

    HARAKAHDAILY | .


    KUALA LUMPUR: Kerajaan di bawah Datuk Seri Najib Razak perlu bijak menguruskan dana dan meletakkan prioriti rakyat di hadapan.

    Justeru, Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya, Mohd Ammar Atan mempersoalkan di manakah kewajaran kerajaan apabila memotong bajet sebanyak RM120 juta kepada hospital pendidikan universiti itu.

    Katanya, hospital itu menjadi tempat bergantung rakyat di sekitar Petaling dan Lembah Pantai untuk mendapatkan bantuan kesihatan.

    Tambahnya, taktala peningkatan jumlah pesakit saban tahun meningkat, serta rakyat menderita dengan peningkatan bebanan kos sara hidup apatah lagi selepas implementasi GST, yang mana rakyat akan beralih daripada hospital swasta kepada kerajaan.

    Menurutnya lagi, kerajaan perlu sedar bahawa penjagaan pesakit akan terjejas selepas bajet hospital pendidikan dikurangkan kepada RM387 juta bagi 2015 berbanding RM510 juta tahun lepas.

    "Sudah pasti potongan bajet akan memberi kesan kepada kualiti pendidikan yang diberikan kepada pelajar perubatan," ujarnya.

    Beliau menambah, bajet kesihatan merupakan satu kewajiban yang sangat penting dan tidak boleh diendahkan kepentingannya kerana ia melibatkan nyawa rakyat dan bukannya mainan.

    Katanya, rakyat tidak meminta untuk dikurangkan bajet kesihatan tetapi mendesak untuk membasmi ketirisan seperti 1MDB dan amalan kroni kerajaan yang saban hari semakin parah. - HARAKAHDAILY 19/4/2015

    Sumber HD - 19-4-2015
























































































































    H1N1: Punca kematian murid lelaki tidak dapat disahkan

    BERNAMA | .


    PUTRAJAYA: Punca sebenar kematian murid lelaki berumur 10 tahun di Melaka tidak dapat disahkan kerana mangsa dijangkiti virus influenza A (H1N1) dan radang otak pada masa yang sama, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

    Sambil menyifatkan kematian seorang pelajar tahun lima itu sebagai luar biasa, beliau berkata pihaknya tidak dapat memastikan punca sebenar kematian murid tersebut kerana tidak dapat melakukan pemeriksaan pada otaknya.

    "Setakat ini, pengesahan mangsa menghidap H1N1 hanya berdasarkan pemeriksaan pada sampel yang diambil pada saluran pernafasan.

    "Oleh itu, agak sukar bagi kami (kementerian) untuk mengesahkan sama ada radang otak yang dihadapi mangsa disebabkan oleh H1N1," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

    Murid lelaki yang didakwa dijangkiti virus H1N1 meninggal dunia kira-kira 12 tengah malam tadi. Sebelum ini, mangsa yang dikatakan dijangkiti virus H1N1 itu berada dalam keadaan koma dan dirawat di sebuah hospital swasta di Melaka.
          
    Menurut Dr Subramaniam, doktor hospital swasta melakukan diagnosa kematian murid itu berpunca daripada 'viral encephalitis secondary to H1N1' dan kementerian perlu menerima punca itu buat masa sekarang.

    "Kemungkinan besar budak itu boleh juga meninggal dunia akibat jangkitan radang otak. Tetapi, tiada pemeriksaan mengeluarkan cecair daripada saraf tunjang dilakukan untuk melihat sama ada H1N1 menyebabkan jangkitan ini.

    "Sukar untuk mengesahkannya sekarang kerana tiada bedah siasat dilakukan pada tubuh murid itu. Pada peringkat ini, kami sudah hilang peluang untuk mengesahkan apakah punca sebenar kematiannya.

    "Satu ujian melibatkan sampel cecair daripada saraf tunjang (antigen) murid itu mungkin dapat memberi jawapan punca sebenarnya," jelasnya.

    Sehubungan itu, Dr Subramaniam mengingatkan orang ramai agar tidak panik dan sentiasa mengamalkan langkah-langkah mudah bagi mencegah penularan jangkitan influenza serta mengamalkan cara hidup sihat.
      
    Katanya, tiada jumlah kes direkodkan kerana Pertubuhan Kesihatan Sedunia tidak lagi memantau jangkitan H1N1 secara khusus dan tiada keperluan untuk melaporkan kejadian kes kepada pertubuhan itu.

    "Ini adalah kerana cara jangkitan, tanda-tanda jangkitan dan risiko untuk mendapatkan jangkitan dan komplikasi akibat H1N1 adalah serupa dengan influenza bermusim yang lain," katanya.

    Bagaimanapun, Dr Subramaniam berkata kementerian sedang memantau lebih 300 klinik di seluruh negara berkaitan penyakit pernafasan setiap minggu, sekiranya berlaku peningkatan dalam penyakit itu, untuk menjalankan siasatan lanjutan.

    Mengulas kes kematian seorang murid perempuan tahun satu di Johor Jumaat lepas yang dikatakan mungkin akibat penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD), beliau berkata kementerian masih menunggu pengesahan punca daripada Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) di Sungai Buloh, Selangor.

    "Kami tidak mahu membuat sebarang spekulasi. Tetapi kami minta sekolah atau ibu bapa untuk melaporkan kes sedemikian kepada pihak kesihatan secepat mungkin.

    Saya juga tidak mahu rakyat panik tentang epidemik ini kerana secara am, ia tidak menyebabkan masalah besar," katanya.

    Isnin lepas, Jabatan Kesihatan Johor mengesahkan murid berkenaan meninggal dunia akibat kejutan septik dengan kegagalan beberapa organ dalaman. - Bernama

    Sumber HD - 15-4-2015

    SENANG BETUL JADI MENTERI (GAMBAR)





    MASALAHNYA TUNAI HAJI TIDAK IKUT GILIRAN - PENYIMPAN TH



    http://www.harakahdaily.net/index.php/surat-pembaca/34790-masalahnya-tunai-haji-tidak-ikut-giliran

    Sumber HD - 10-4-2015



























































































































    CAJ VEP DIJANGKA BERMULA 1 OGOS - TIMBALAN MENTERI PENGANGKUTAN

    http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/34706-caj-vep-dijangka-bermula-1-ogos


    Sumber HD - 4-4-2015

    Ujian motosikal, kereta disekalikan bulan depan

    BERNAMA | .


    KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat diberi tahu hari ini, Kerajaan akan melaksanakan ujian tunggal bagi individu yang ingin memiliki lesen memandu kereta dan menunggang motosikal bermula bulan depan.

    Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Aziz Kaprawi berkata ini berikutan aduan serta kritikan yang diterima daripada orang ramai mengenai kekangan masa dan kos bagi menduduki dua ujian berasingan bagi mendapatkan lesen berkenaan.

    "Kedua-dua ujian itu akan disatukan untuk kemudahan orang ramai selain mengurangkan kos bagi tujuan mendapatkan lesen berkenaan," katanya menjawab soalan tambahan Datuk Hasbullah Osman (BN-Gerik) pada persidangan Dewan Rakyat di sini.

    "Untuk makluman, kerajaan telah mengambil kira segala pandangan orang ramai dan kita jangka akan laksana ujian tunggal mulai bulan depan."

    Hasbullah ingin tahu mengenai langkah yang bakal diambil kerajaan bagi memudahkan rakyat memohon lesen memandu kereta dan motosikal di negara ini.

    Bagaimanapun katan Aziz, sukatan pelajaran kedua-dua ujian berkenaan adalah berbeza.

    Katanya hasil kaji selidik yang dijalankan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) menunjukkan peratusan kemalangan melibatkan motosikal adalah tinggi iaitu 60 peratus manakala 20 peratus kemalangan melibatkan kereta.

    Menjawab soalan asal Shaharuddin Ismail (BN-Kangar) mengenai peratusan individu yang menduduki ujian berkomputer bagi mendapatkan lesen memandu, Aziz berkata 57 peratus calon lulus ujian undang-undang berkomputer bagi kali pertama, 38 peratus bagi kali kedua, 31 peratus bagi kali ketiga manakala 18 peratus calon mengambil ujian melebihi tiga kali.

    "Ujian undang-undang berkomputer adalah bertujuan menilai dan menguji tahap kompetensi bakal pemandu dalam aspek pengetahuan berkaitan peraturan lalu lintas dan konsep pemanduan berhemah," katanya.

    Sebagai kerajaan bertanggungjawab, Aziz berkata rakyat yang kurang mahir dalam penggunaan komputer termasuk penduduk luar bandar dan warga emas akan sentiasa dibantu melalui sistem ujian bertulis atau lisan yang memberi tempoh lebih panjang kepada calon untuk sesi menjawab soalan. - BERNAMA

    Sumber HD - 2-4-2015

    BAYARAN BALIK CUKAI TERLEBIH BAYAR DALAM DUA HARI - LHDN



    http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/34620-bayaran-balik-cukai-terlebih-bayar-dalam-dua-hari-lhdn

    Sumber HD - 30-3-2015


    1076 KANAK-KANAK NEGARA INI DIJANGKITI HIV SEJAK 1986 - 2013 - KKM


    http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/34107-1-076-kanak-kanak-negara-ini-dijangkiti-hiv-sejak-1986-2013

    Sumber HD - 1-3-2015

    Apa Agenda Najib Mahu Saman Harakahdaily?



    Saman saya dulu sebelum ugut orang lain, Rafizi cabar Najib

    Susulan kenyataan Datuk Seri Najib Razak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Harakahdaily berhubung laporan yang mengaitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan keluarganya, Rafizi Ramli hari ini mencabar perdana menteri menyaman beliau terlebih dulu.

    Ahli Parlimen PKR itu berkata, beliau terkejut membaca laporan media yang Najib sekali lagi mengugut memfailkan saman, kali ini terhadap lidah rasmi PAS iaitu Harakah.

    "Bukan saja saya terkejut kerana kelakuan sebegitu tidak pernah ditunjukkan oleh mana-mana perdana menteri sebelum ini, saya lebih terkejut kerana Najib belum lagi menyaman saya walaupun pernah mengugut untuk berbuat begitu baru-baru ini.

    "Oleh itu, saya menasihati Najib supaya menyaman saya dulu sebelum mengugut untuk menyaman pihak lain.

    "Saya juga menggalakkan lebih ramai pihak mengkritik Najib dan jangan takut dengan ugutan saman kerana sehingga sekarang beliau masih belum menyaman sesiapa pun, lebih-lebih lagi pengkritik nombor 1 beliau iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Pada Khamis, Utusan Online melaporkan, Najib bakal menyaman portal Harakahdaily kerana didakwa memfitnahnya dan anak tirinya Riza Aziz dalam isu 1MDB melalui satu artikel bertajuk “Dana 1MDB biaya syarikat filem Riza Aziz (Bhg 2)'.

    Semalam, Najib menyifatkan artikel tulisan Pengarah Urusan Harakah Dr Rosli Yaakub itu, yang mempersoalkan sama ada Riza mendapat manfaat daripada 1MDB, satu "fitnah pihak tidak bertanggungjawab yang tidak lebih daripada sekadar pembohongan".

    Rafizi berkata, memandangkan masih tiada tindakan undang-undang dikenakan Najib terhadapnya yang mengkritik keborosan kerajaan sehingga katanya memaksa pentadbirannya memotong subsidi, ia bermakna kenyataannya itu adalah betul.

    Naib presiden PKR itu berkata, beliau pernah menerima surat undang-undang dari peguam Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor pada 4 Disember tahun lepas berhubung satu ceramah dibuatnya di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.

    "Ceramah saya itu mengkritik keputusan menghapuskan subsidi minyak dalam keadaan perbelanjaan kerajaan terus boros dan skandal 1MDB yang menelan dana rakyat.

    "Saya menjawab surat undang-undang itu pada 9 Disember, 2014 dengan menegaskan isu subsidi dan keborosan perbelanjaan negara adalah isu berkepentingan awam," katanya.

    Bagaimanapun, sehingga kini, Setiausaha Agung PKR itu berkata, beliau masih belum mendapat maklumbalas dari Najib berhubung perkara itu.

    "Saya agak kecewa kerana sebelum itu teruja agar peguam saya boleh menyoal balas Najib dan Rosmah di kandang saksi," katanya. –TMI

    ULASAN GB

    Akhbar Utusan Malaysia semenjak dua menjak ini memberikan liputan yang meluas kepada PAS - terutama kepada golongan pro-Ulama. Multaqa Ulama yang baru lalu misalnya diberikan liputan yang cukup hebat. Tokoh-tokoh pro-ulama turut mendapat "sanjungan dan pembelaan" sementara golongan profesyenal dihentam oleh media massa UMNO berkenaan.


    Tiba-tiba semalam Utusan mengeluarkan laporan bahawa Najib bakal menyaman portal Harakahdaily, sebuah organ PAS kerana didakwa memfitnahnya dan anak tirinya Riza Aziz dalam isu 1MDB.

    Apa agenda sebenar UMNO disebalik semuanya itu?

    Di satu masa memuji melambung kumpulan pro-ulama sementara di satu masa yang lain mengeluarkan kenyataan Najib mahu saman harakahdaily?

    Ia tidak lain tidak tidak bukan untuk "memaksa dan menekan PAS" untuk bekerjasama dengan UMNO. UMNO kini sedang tenat sehingga keluar kenyataan dari tokoh-tokoh tertentu menyatakan UMNO dan PAS perlu bersatu untuk "masadepan Melayu".


    Tidaklah mungkin di saat dan ketika UMNO mengajak untuk PAS bersatu, tiba-tiba Najib hendak menyaman Harakdahdaily kecuali ada maksud yang tersirar dari yang tersurat.

    Yang nyata UMNO sangat memerlukan PAS untuk terus berkuasa. Harakahdaily ditekan supaya beri kerjasama usaha "kerajaan perpaduan" yang sedang diusahakan, tidak menjadi media yang mempromosi dan memperkukuhkan Pakatan Rakyat. Satu grand design dalam usaha mewujudkan Kerajaan Perpaduan dan mengenepikan golongan profesyenal yang kuat hendak perkukuhkan Pakatan Rakyat didedahkan oleh Mujahid Yusof Rawa:




    'Tangan tersembunyi mahu guling progresif dalam PAS'

    Kempen bagi pemilihan barisan kepimpinan PAS Jun ini mungkin dilihat persaingan antara golongan konservatif dan pro-reformis dalam parti itu, tetapi seorang pemimpin tertingginya kini mendakwa ia turut membabitkan "kuasa ketiga".

    Perwakilan PAS berhimpun setiap dua tahun untuk mengundi memilih barisan kepimpinan baru, dan kempen untuk jawatan biasanya mulai hangat enam bulan lebih awal daripada tarikh muktamar berlangsung.

    Ahli jawatankuasa pusat PAS Datuk Mujahid Yusof Rawa mendakwa kempen yang panas menjelang muktamar itu nampaknya didorong oleh apa yang disifatkannya sebagai "struktur yang lebih besar".

    Beliau tidak menolak terdapat “tangan tersembunyi” musuh politik PAS, iaitu Umno, di sebalik kempen untuk mencemarkan pemimpin yang dipanggil progresif dalam PAS seperti Timbalan Presiden, Mohamad Sabu dan ahli jawatankuasa pusat, Dr Hatta Ramli.

    Mujahid mendakwa kempen tersebut menjadi tidak bersih kerana ia bukan lagi di antara golongan ulama dan progresif dalam PAS.

    Beliau menegaskan demikian ketika ditemui di majlis sambutan Tahun Baru Cina oleh biro perpaduan nasional PAS Pulau Pinang di Bayan Lepas malam tadi.
    -mk

    http://www.harakahdaily.net/index.php/terbaik-dari-blog/95-terbaik-dari-blog/34104-apa-agenda-najib-mahu-saman-harakahdaily

    Sumber HD - 1-3-2015

    Sumber Asal - http://greenboc.blogspot.com


    HARGA PETROL DIESEL BAGI MAC NAIK 25 SEN SELITER - MENTERI KPNDKK


    HARGA MINYAK NAIK 25 SEN SELITER MULAI 1 MAC 2015

    http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/34100-harga-petrol-diesel-bagi-mac-naik-25-sen-seliter

    Sumber HD - 28-2-2015


    HUKUMAN MATI BUKAN ANCAMAN PENGEDAR DADAH - MENTERI DALAM NEGERI


    http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/34098-hukuman-mati-bukan-ancaman-pengedar-dadah

    Sumber HD - 28-2-2015


    1MDB : KENAPA NAJIB TUNTUT HARAKAHDAILY TARIK BALIK ARTIKEL


    http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/34089-1mdb-kenapa-najib-tuntut-harakahdaily-tarik-balik-artikel

    Sumber HD - 28-2-2015


    NAJIB DAPAT MESEJ JELAS DARIPADA ADIK-ADIKNYA - SALAHUDDIN AYUB


    YAB DATUK SERI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK - PERDANA MENTERI MALAYSIA


    http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/34086-najib-dapat-mesej-jelas-daripada-adik-adiknya

    Sumber HD - 27-2-2015


    KASTAM LANCAR OPS GST MULAI 1 MAC DEPAN - KPKM


    KDRM


    http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/33919-kastam-lancar-ops-gst-mulai-1-mac-depan

    Sumber HD - 17-2-2015


    KPDNKK RAMPAS ROKOK TIRUAN BERNILAI RM7.7 JUTA - PENGARAH BAHAGIAN PENGUATKUASA


    MOHD ROSLAN MAHAYUDDIN - PENGARAH BAHAGIAN PENGUATKUASA KPDNKK

    http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/33776-kpdnkk-rampas-rokok-tiruan-bernilai-rm7-7-juta

    Sumber HD - 10-2-2015


    BOIKOT : POLIS SUDAH AMBIL KETERANGAN ISMAIL SABRI - KPN


    YB DATUK SERI ISMAIL SABRI YAAKOB - MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

    http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33760-boikot-polis-sudah-ambil-keterangan-ismail-sabri

    Sumber HD - 10-2-2015


    LAMBAKAN BERAS KERANA TIDAK IKUT SPESIFIKASI GRED - BERNAS


    PADIBERAS NASIONAL BERHAD

    http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33587-lambakan-beras-kerana-tidak-ikut-spesifikasi-gred-bernas

    Sumber HD - 31-1-2015


    PM'S BUDGET REVIEW DOES NOT SEEM TO INSPIRE:

    http://www.harakahdaily.net/index.php/headline-english/33519-pm-s-budget-review-does-not-seem-to-inspire

    Sumber HD - 28-1-2015


    KUTIPAN HASIL KASTAM RM35.19 BILION TAHUN PEPAS - KETUA PENGARAH KASTAM


    DATUK SERI KHAZALI AHMAD - KETUA PENGARAH KASTAM MALAYSIA

    http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/33475-kutipan-hasil-kastam-rm35-19-bilion-tahun-lepas

    Sumber HD - 27-1-2015

    CRC : ARTIKEL 14 ANAK BEBAS PILIH AGAMA ?

    http://www.harakahdaily.net/index.php/surat-pembaca/33479-crc-artikel-14-anak-bebas-pilih-agama

    Sumber HD - 26-1-2015


    KAPASITI AIR EMPPANGAN SEKITAR SELANGOR MEMUASKAN - MAHDZIR KHALID


    YB MAHDZIR KHALID - TM TENAGA, TEKNOLOGI  HIJAU DAN AIR

    http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33462-kapasiti-air-empangan-sekitar-selangor-memuaskan

    Sumber HD - 25-1-2015


    SUKARELAWAN BANJIR DIGESA PANTAU TAHAP KESIHATAN - KETUA PENGARAH KKM


    DR NORHISHAM ABDULLAH - KETUA PENGARAH KESIHATAN KKM


    http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33276-sukarelawan-banjir-digesa-pantau-tahap-kesihatan

    Sumber HD - 15-1-2015

    1MDB: Kita tunggu kenyataan Bank Negara yang tak kunjung tiba itu

    Posted on Monday, January 12 @ 13:50:17 MYT by paktam

    Oleh Aspan Alias

    Tanggal 31 Januari akan sampai dan itulah tarikhnya 1MDB perlu membayar hutang RM2 billion 
    kepada tiga buah bank di Malaysia. Pembayaran itu sepatutnya diselesaikan pada pen
    ghujung tahun  2013 lagi tetapi telah diberikan tempoh setahun lagi untuk membayarnya, iaitu pada penghujung tahun 2014 yang lalu.

    Tetapi 1MDB masih gagal untuk membayarnya dan telah dipanjangkan lagi tempoh pembayaran itu kepada 31hb Januari yang hampir tiba.

    Sejak setahun yang lepas 1MDB telah pergi ke merata-rata memohon pinjaman untuk mengembalikan wang yang sepatutnya dibayar kepada tiga buah institusi kewangan negara tetapi telah gagal untuk mendapatkannya. 1MDB sampai ke hari ini masih lagi belum dapat melunaskan hutang yang tertangguh sebanyak RM2 billion itu dan ini memaksa Bank Negara Malaysia untuk melakukan sesuatu.

    Apakah bentuk tindakan BNM terhadap 1MDB itu tidak pasti lagi tetapi isu pinjaman 1MDB yang tidak berbayar ini sudah pasti menjejaskan badan-badan kewangan negara dan BNM bertanggungjawab untuk mencari penyelesaiannya. Isu ini bukannya isu yang kecil kerana ia boleh melumpuhkan sistem kewangan negara dalam situasi negara sedang menghadapi krisis ekonomi dan kepimpinan yang amat genting sekarang ini.

    Kejatuhan harga minyak mentah yang begitu teruk dan ditambah pula dengan kejatuhan nilai ringgit berbanding dengan banyak matawang antarabangsa ini tetap akan menjejaskan ekonomi negara dengan kadar yang amat mengeri dan menakutkan. Kepimpinan negara sedang menghadapi krisis dalam semua bidang dan ini merupakan keadaan yang akan memaksa rakyat dan negara terutamanya kepada pimpinan semua pihak mencari jalan penyelesaiannya secepat yang mungkin.

    Yang pastinya pembaik pulihan ini tentunya memerlukan pemimpin yang memahami keadaan ekonomi dan memahami cara penyelesaiannya yang betul. Ia memerlukan seorang pemimpin yang 'berstature' seorang ‘planner’ yang berpengalaman dan ini sahajalah caranya bagi kita boleh mencari penyelesaian dan menjadikan masalah yang kita hadapi ini menjadi sejarah.

    Jika 1MDB tidak dapat membayar kembali hutang dari tiga buah institusi kewangan di negara ini, maka yang terbeban dengan masalah salah pengurusan 1MDB ini ialah bank-bank yang memberikan pinjaman dahulu, iaitu Maybank, CIMB dan RHB. Kerugian yang bakal di alami oleh bank-bank tersebut sudah tentunya memberikan impak besar terhadap pertumbuhan ekonomi negara dan ini adalah satu kesilapan yang sangat ‘unnecessary’ yang kita semua hadapi.

    Penubuhan 1MDB ini dari awal lagi telah dipersoalkan oleh ramai. Tetapi pimpinan Najib terlalu angkuh dan tidak memikirkan pandangan pakar-pakar bidang ini kerana Najib lebih berusaha untuk menunjukkan kelainan dari pemimpin yang terdahulu dalam bidang ini, bidang yang telah jelas merupakan bidang yang beliau terlalu kecil pengetahuannya.

    Rakyat ramai sedang menunggu tindakan susulan yang bakal diambil oleh BNM dalam usaha penyelesaian hutang 1MDB ini. Yang jelas kini kita mesti akui yang persetujuan mana-mana pihak untuk memberikan pinjaman kepada syarikat ini adalah didasarkan kepada prestasi pengurusannya dan bukannya dari kekuatan pengaruh politiknya. 1MDB telah pergi ke merata pelusuk dunia untuk mendapatkan pinjaman bagi membayar apa yang sepatutnya dibayar kepada bank-bank tempatan yang telah tertambat dengan masalah 1MDB ini.

    Bagi sebuah syarikat sebesar 1MDB ini, mendapatkan pinjaman sebanyak RM2 billion ini sepatutnya tidak menghadapi masalah. Tetapi kenapa semua institusi kewangan antarabangsa tidak mahu memberikan pinjaman kepada syarikat ini, tentulah semua tahu jawapannya yang sebenar. Reputasi dan prestasi syarikat ini telah dipersoalkan bukan sahaja oleh masyarakat korporat tempatan tetapi juga oleh pihak ‘investment bank” tetapi juga oleh seluruh masyarakat korporat yang professional.

    Masalah yang dihadapi oleh 1MDB ini pada pandangan ramai merupakan katalis kepada kejatuhan barisan pimpinan hari ini, bukan setakat Najib seorang, kerana semua tindakan ini adalah keputusan bersama oleh jemaah kabinet negara kita. Untuk menjawab persoalan yang sedang dihadapi oleh kerajaan pimpinan hari ini, ia tidak boleh diberikan tanggungjawab menjawabnya hanya kepada seorang Timbalan Menteri seperti Ahmad Maslan. Memberikan Ahmad Maslan untuk menjawab persoalan ramai itu, hanya akan menambahkan rasa kurang keyakinan terhadap ketelusan pengurusan syarikat ini.

    Kita juga tidak kurang ramainya sedang menunggu jawapan dari Menteri-Menteri yang dikatakan mempunyai latar belakang sebagai ‘investment banker’ seperti Khairy Jamaludin. Tetapi Ketua Pemuda itu masih senyap dan sunyi berhubung dengan isu ini. Minggu lepas Bank Negara telah berjanji untuk membuat pengumuman penting tentang isu 1MDB dengan hutangnya ini, tetapi sehingga hari ini BNM masih lagi belum membuat apa-apa pengumuman dan rakyat masih tertanya-tanya kepada keadaan yang sangat meruncing ini.

    Kerugian ini merupakan kerugian yang lebih besar dari kerugian yang dialami oleh Bank Negara pada tahun sembilan puluhan dahulu dalam perniagaan pertukaran wang asing. Dalam isu itu Bank 
    Negara telah kerugian ‘operational’ sebanyak RM36 billion dalam mana Bank Negara telah menjual banyak aset untuk mengumumkan pengurang kerugian kepada RM9 billion sahaja semasa itu.

    Negara telah beberapa kali mengalami kerugian yang melibatkan puluhan billion ringgit dan sekarang ini kerugian sebesar itu sudah menjadi perkara biasa bagi kerajaan yang mentadbir kita pada hari ini.

    Itu sebabnya saranan berbagai pihak untuk Najib dan barisannya meletakkan jawatan dan berundur sejak dari dulu adalah saranan yang sangat tepat kerana sekarang sememangnya sudah tidak ada sebab kenapa mereka tidak berundur lagi. Tenyata segala-gala yang mereka lakukan semuanya menghadapi masalah yang akhirnya rakyat ramai yang membayar semua kerugian ini.
    Sampai bila kita perlu menahan kesabaran menghadapi isu-isu seperti ini?

    http://aspanaliasnet.blogspot.com

    Sumber DD - 12-1-2015 

    THE PROBLEMS GET BIGGER FOR THE PREMIER BUT WILL HE RETIRE?

    http://www.harakahdaily.net/index.php/headline-english/33188-problems-get-bigger-for-the-premier-but-will-he-retire

    Sumber HD - 12-1-2015


    1MDB WOES EXARBATE BANK CASH SQUEEZE IN MALAYSIA - ASIAN CREDIT:

    http://www.harakahdaily.net/index.php/article/33185-1mdb-woes-exacerbate-bank-cash-squeeze-in-malaysia-asean-credit

    Sumber HD - 12-1-2015
















































































































































    Misteri jet: Jadilah betul-betul PM, bukan lari-lari

    HARAKAHDAILY | .

    KUALA LUMPUR: Apakah pengajaran kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di sebalik perbualan ramai mengenai misteri jet kerajaan yang didapati mengelilingi dunia sejak dua minggu lalu tetapi tidak diketahui siapa menggunakannya?

    Demikian pertanyaan yang dilontarkan penulis Shahbudin Husin dalam blognya.

    Bagi beliau, jawapannya hanya satu iaitu sebagai Perdana Menteri, beliau harus bersikap telus, sesuai dengan dunia langit terbuka yang ada sekarang.

    "Sebagai Perdana Menteri, jadilah betul-betul macam Perdana Menteri, bukan lari-lari, sembunyi-sembunyi dan macam pencuri," tulisnya.

    Tulisan penuh beliau seperti di bawah.

    Apakah pengajaran kepada Perdana Menteri, Najib Razak di sebalik perbualan ramai mengenai misteri jet kerajaan yang didapati mengelilingi dunia sejak dua minggu lalu tetapi tidak diketahui siapa menggunakannya?

    Jawapannya hanya satu iaitu sebagai Perdana Menteri, beliau harus bersikap telus, sesuai dengan dunia langit terbuka yang ada sekarang.

    Jika ketika bercuti ke Hawaii sebelum sambutan Krismas dulu, Najib tidak merahsiakan pemergiannya dan memberitahu salah satu acaranya ialah bermain golf dengan Barack Obama, sudah tentu tiada siapa kisah apabila gambarnya dengan Presiden Amerika itu tersebar luas.

    Jika setelah banjir semakin menggila dan beliau kemudian membuat keputusan kembali ke dalam negara, beliau pulang dengan pesawat yang sama yang membawanya bercuti ke Hawaii, sudah tentu juga tiada siapa mahu sibuk-sibuk menjejaki di mana pesawat rasmi itu berada.

    Tetapi tentulah agak menghairankan apabila pesawat itu ditinggalkan di Amerika sedangkan Najib sebagai "tuan yang berhak" menggunakannya sudah berada di dalam negara.

    Itulah yang akhirnya mendedahkan bahawa Najib menaiki pesawat komersial daripada Amerika ke Hong Kong sebelum dijemput oleh jet TUDM ke Kota Bharu. Hanya setelah timbul banyak persoalan kenapa jet itu ditinggalkan di Amerika, barulah kemudian ada penjelasan bahawa ia mengalami masalah teknikal.

    Tetapi apabila dikesan melalui FlightRadar24, pesawat itu bergerak di antara Hawaii - Indianapolis - Los Angelas dan New York, bukan saja penjelasan mengenai masalah teknikal sudah tidak bermakna, bahkan menyebabkan keghairahan orangramai untuk mengetahui siapa penggunanya jadi semakin membara.

    Jika setelah beberapa hari menghabiskan masa dengan mangsa banjir di seluruh negara, Najib juga memberitahu semua media bahawa beliau akan pergi ke Thailand bertemu dengan rakan sejawatnya di sana, sudah tentu juga tiada siapa mengaitkannya dengan "kebetulan" pesawat 9M-NAA itu turut berlabuh di Bangkok pada waktu yang sama.

    Tetapi sekali lagi, sebagaimana bercuti ke Hawaii dilakukan secara sembunyi-sembunyi, pemergian Najib ke Thailand juga seperti seorang yang ada kekasih hati tapi takut bini.

    Dan jika Najib memberitahu bahawa selepas bertemu dengan Perdana Menteri Thailand, beliau juga bertemu kembali dengan keluarganya yang ditiinggalkannya di Hawaii sebelum ini, tiadalah juga sesiapa yang berminat mahu bercakap tentang pemergiannya itu dan mengambil gambar isterinya sedang membeli-belah di kota Bangkok.

    Malangnya, bukan saja pertemuan dengan Perdana Menteri Thailand dirahsiakan, malah bagaimana isterinya boleh sampai ke Bangkok juga tidak diberitahu secara rasmi. Nasib baiklah ada FlightRadar 24 yang memberitahu bahawa jet kerajaan itu menjelajah beberapa kota besar dunia dan berada di Bangkok ketika Najib juga berada di sana.

    Malam tadi, jet 9M-NAA itu akhirnya kembali ke dalam negara secara rasmi. Sekali lagi, Najib juga pulang secara sembunyi-sembunyi.

    Jika sebelum ini, setiap kali Najib berlepas dan kembali ke dalam negara, ramai yang menyambut, meraikan dan mencium tangannya, semua itu tidak berlaku lagi kali ini.

    Sebagaimana beliau pergi ke Hawaii dan Thailand macam pencuri, kembalinya juga macam pencuri. Semuanya dilakukan secara sembunyi dan ingin dirahsiakan.

    Dalam dunia langit terbuka yang Najib sendiri antara pengagumnya dengan begitu aktif menyebar-luaskan aktiviti, menghebahkan maklumat dan memuat-naik gambar-gambarnya melalui laman sosial miliknya, adalah begitu ganjil beliau bersikap sebaliknya kali ini.

    Di ketika beliau juga kerap menyatakan bahawa internet dan media sosial adalah medium penyebaran maklumat yang penting sekarang, adalah ganjil juga apabila Najib merasakan seolah-olah Utusan, Berita Harian dan TV masih berkuasa.

    Dalam dunia langit terbuka dan hanpir semua orang sudah memiliki gajet pintar dalam genggaman, sesiapa saja adalah wartawan dan pemberita sebenarnya. Penyebaran berita tidak lagi menunggu media rasmi menghebahkannya.

    Sesuai dengan itu, Najib juga seharusnya bersikap telus dan terbuka. Sebagai Perdana Menteri yang menjadi hak kepada mana-mana rakyat memperkatakan tentang setiap jalur kehidupannya, Najib tidak seharusnya cuba bersembunyi-sembunyi lagi kerana banyak kamera tidak rasmi sedang berada di sekelilingnya sepanjang masa.

    Lagi beliau cuba berahsia, lagilah pemberita tidak bergaji ini makin aktif mengejarnya.

    Sebagai Perdana Menteri, jadilah betul-betul macam Perdana Menteri, bukan lari-lari, sembunyi-sembunyi dan macam pencuri.

    Sumber HD - 5-1-2015



















































































































































    Najib terkena jangkitan bakteria E.coli

    BERNAMA | .
    KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terkena jangkitan bakteria E.coli (Escherichia coli) semasa melawat kawasan banjir baru-baru ini.


    Ini dinyatakan melalui catatan di laman Twitter Pejabat Media Perdana Menteri hari ini.

    "Doktor menasihatkan perdana menteri supaya berehat susulan perkembangan itu. Beliau akan kembali bertugas secepat mungkin," menurut catatan itu.

    Sementara itu, Najib melalui catatan di laman Twitternye sendiri berkata beliau akan terus memantau operasi bantuan banjir dari rumah.

    E.coli boleh menyebabkan cirit-birit, muntah, demam dan paling bahaya ialah dehidrasi atau penyahhidratan yang boleh membawa maut.

    Najib sebelum ini mengadakan lawatan bagi meninjau keadaan banjir serta memantau usaha membantu mangsa yang terjejas akibat bencana itu di negeri seperti Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak. - Bernama

    Sumber HD - 5-1-2015




















































































































































    Sukarelawan banjir turut alami gangguan emosi

    HARAKAHDAILY | .
    KUALA LUMPUR: Sepanjang perkhidmatan Pasukan Kesihatan Mental dan Respons Psikososial Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dilaksanakan, didapati bahawa kebanyakan mangsa mengalami gejala seperti terkejut, tekanan perasaan akibat dari kehilangan dan kerosakan harta benda, kerisauan ketidaktentuan masa depan, kesedihan, kekecewaan, perasaan menyalahkan diri sendiri, dan perasaan terasing dari dunia luar. 

    "Manakala gejala fizikal yang dialami adalah keletihan, kejang otot, lapar, dan gangguan tidur. Hasil pemerhatian pihak KKM, kami dapati terdapat juga anggota penyelamat atau sukarelawan yang pulang dari misi bantuan turut mengalami gangguan emosi di atas kemusnahan yang berlaku dan kesukaran yang dihadapi oleh mangsa banjir," ujar Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan akhbar hari ini, sebagaimana di bawah.

    KEJADIAN banjir teruk yang telah melanda beberapa buah negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang bukan sahaja telah mengakibatkan kesan fizikal dari segi kemusnahan dan kehilangan harta benda malah turut megakibatkan tekanan perasaan dan trauma yang mendalam dari aspek psikologi kepada mangsa-mangsa bencana. Negeri-negeri lain yang turut dilanda bencana banjir ini adalah Perak, Johor, Perlis, Kedah dan Sabah.

    Menyedari keadaan ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Krisis Kebangsaan (National Crisis Preparedness and Response Centre atau CPRC) di peringkat kebangsaan dan juga di peringkat negeri telah mengakifkan Pasukan Kesihatan Mental dan Respons Psikososial dengan tujuan memberikan perkhidmatan sokongan psikososial kepada mangsa-mangsa bencana serta petugas-petugas kesihatan dan sukarelawan yang terlibat dalam bencana ini.

    Sepanjang perkhidmatan dilaksanakan, didapati bahawa kebanyakan mangsa mengalami gejala seperti terkejut, tekanan perasaan akibat dari kehilangan dan kerosakan harta benda, kerisauan ketidaktentuan masa depan, kesedihan, kekecewaan, perasaan menyalahkan diri sendiri, dan perasaan terasing dari dunia luar. Manakala gejala fizikal yang dialami adalah keletihan, kejang otot, lapar, dan gangguan tidur. Hasil pemerhatian pihak KKM, kami dapati terdapat juga anggota penyelamat atau sukarelawan yang pulang dari misi bantuan turut mengalami gangguan emosi di atas kemusnahan yang berlaku dan kesukaran yang dihadapi oleh mangsa banjir.

    Operasi Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Respons Psikososial KKM telah diaktifkan di negeri-negeri yang terlibat semenjak 21 Disember 2014. Sebanyak 29 Kementerian Kesihatan Malaysia, pasukan Kesihatan Mental dan Respons Psikososial yang berjumlah seramai 150 anggota telah digerakkan ke lapangan bagi memberikan perkhidmatan.

    Perkhidmatan telah diberikan oleh petugas-petugas kesihatan yang merupakan ‘multidiciplinary team’ terdiri dari Pakar Psikiatri, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Pegawai Perubatan (Psikiatri dan Kesihatan), jururawat, penolong pegawai perubatan, pegawai psikologi dan juga pegawai sosial perubatan.

    Antara perkhidmatan psikososial yang diberikan adalah psychological first aid, kaunseling (supportive counselling), terapi individu, terapi berkumpulan, aktiviti berkumpulan yang melibatkan kanak-kanak dan remaja seperti terapi melukis, mewarna, ‘wooden block’, ceramah kesihatan kepada mangsa banjir untuk mengenali dan menangani stres, melaksanakan teknik relaksasi dikalangan mangsa banjir dalam usaha mengurangkan stress berada di pusat pemindahan banjir, saringan kesihatan mental bagi mengenalpasti tahap emosi serta kemurungan di kalangan mangsa yang terlibat dan kakitangan yang bertugas, serta dan rujukan terus kepada kaunselor dan pakar psikiatri.

    Di Kelantan dan Pahang khususnya, pasukan respons psikososial ini telah diaktifkan dan dihantar ke semua daerah yang terlibat dengan bencana.

    Memandangkan besarnya kawasan dan ramainya mangsa yang terlibat dalam bencana banjir pada kali ini, petugas tambahan pasukan respons psikososial turut dimobilisasikan daripada negeri-negeri yang tidak terlibat secara langsung dengan banjir iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.

    Sehingga 1 Januari 2015, seramai 779 individu (660 mangsa banjir, 119 petugas kesihatan termasuk sukarelawan) telah menerima sokongan psikososial.

    Di samping itu juga, sebanyak 267 kaunseling individu dan 333 kaunseling berkelompok telah dilaksanakan.

    Selain itu, KKM juga melaksanakan taklimat Psychological First Aid dan Mental Health Preparedness secara berkala kepada semua petugas perubatan yang terlibat dalam misi menangani banjir sebelum petugas-petugas tersebut dimobilisasikan ke kawasan-kawasan yang terlibat. Ini adalah untuk memastikan supaya semua petugas berada dalam tahap kesihatan mental yang optimum untuk melaksanakan tugasan dalam keadaan krisis. - HARAKAHDAILY 4/1/2015

    Episod hujan monsun mulai 7 atau 8 Jan

    HARAKAHDAILY | .

    KUALA LUMPUR: Berdasarkan perkembangan terkini, MetMalaysia menjangkakan satu episod hujan monsun akan berlaku di mulai 7 atau 8 Januari 2015.

    Sehubungan itu, Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Ewon Ebin menasihatkan penduduk yang terdedah kepada risiko banjir musim tengkujuh untuk sentiasa mengikuti perkembangan terkini cuaca.

    Beliau juga menasihatkan orang ramai agar tidak menjalankan aktiviti rekreasi atau sukan laut berikutan dengan Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora (Kategori Kedua) iaitu Angin Kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Pahang, Johor Timur, Sarawak, Sabah (Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat) dan WP Labuan dijangka berterusan sehingga Ahad, 4 Januari 2015. Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

    Menurutnya, nasihat hujan lebat peringkat kuning pada 24 Disember 2014 kepada Amaran Hujan Lebat (Peringkat Jingga), dikeluarkan oleh Met Malaysia untuk Sabah pada 30 Disember 2014 yang berkuatkuasa sehingga 2 Januari 2015 akan pulih mulai 3 Januari 2015.

    "Saya juga ingin mengingatkan orang ramai agar tidak mempercayai dengan maklumat yang tersebar di media sosial mengenai Ribut Tropika "JANGMI" kerana ribut tropika JANGMI itu telah lenyap sepenuhnya di Laut Sulu pada 31 Disember 2014," ujarnya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

    Katanya, lokasi terakhir ribut tropika ini ialah di Latitud 8.9 Utara dan Longitud 121.7 Timur, iaitu kira-kira 527km ke Timur Laut Sandakan.

    Beliau berkata, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia melalui agensinya, MetMalaysia, akan sentiasa memantau keadaan cuaca seluruh negara termasuk Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

    "Sebarang perkembangan terkini mengenai ramalan keadaan cuaca ini akan dimaklumkan kepada pihak berwajib demi kepentingan orang ramai," ujarnya.

    Beliau juga menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan maklumat cuaca buruk atau tsunami yang tidak sahih yang banyak tersebar dalam media sosial.

    Sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Talian Hotline1-300-22-1MET<tel:1-300-22-1638> atau melawati laman sesawang MetMalaysia iaitu www.met.gov.my<http://www.met.gov.my/> dan laman sosial MetMalaysia di facebook <https://www.facebook.com/malaysiamet> atau twitter <https://twitter.com/malaysiamet>. - HARAKAHDAILY 3/1/2015























































































































































    2015: Harga RON95 RM1.91, RON97 RM2.11 diesel RM1.93

    BERNAMA | .
    KUALA LUMPUR: Harga runcit bagi petrol RON 95 dan RON 97 diturunkan sebanyak 35 sen, masing-masing kepada RM1.91 seliter dan RM2.11 seliter, mulai 1 Januari 2015.

    Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata harga runcit bagi diesel pula diturunkan sebanyak 30 sen kepada RM1.93 seliter.

    Pada Disember 2014, harga runcit bagi RON 95, RON 97 dan diesel pada RM2.26 seliter, RM2.23 seliter dan RM2.46 seliter.

    "Harga-harga bagi petrol dan diesel ini dibuat berdasarkan kepada purata harga kos produk sepanjang bulan Disember 2014 dan kadar pertukaran mata wang," katanya dalam satu kenyataan di sini Rabu malam.

    Beliau berkata kerajaan akan mengikuti perkembangan pasaran harga kos produk dan kadar pertukaran mata wang setiap masa untuk menetapkan harga runcit petrol dan diesel bagi bulan-bulan berikutnya.

    "Semua syarikat minyak serta pengusaha stesen minyak diingatkan agar mematuhi penetapan harga baru ini dan tindakan tegas akan diambil bagi mereka yang melanggar peraturan harga baharu ini," tambahnya. - Bernama

    Sumber HD - 1-1-2015

    Sejak bila isteri PM boleh guna jet rasmi, soal blogger Umno





    Gambar di atas ialah jet yang digunakan untuk membawa pulang Najib setelah beliau terpaksa membatalkan cutinya setelah teruk menerima kecaman dari rakyat bukan macai.. ianya adalah milik TUDM dari jenis Boeing 737-700

    Baca lagi

    # Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

    Sumber HD - 30-12-2014

























































































































































    Banjir: Cuti rehat KSU kementerian, ketua perkhidmatan dibatal serta-merta

    BERNAMA | .
    KUALA LUMPUR: Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa membuat keputusan membatalkan kelulusan cuti rehat untuk semua ketua setiausaha kementerian dan ketua perkhidmatan berkuat kuasa serta-merta.

    Menurut kenyataan Pejabat Ketua Setiausaha Negara hari ini, keputusan itu dibuat selaras dengan arahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya semua menteri kabinet kembali bertugas segera bagi membantu pengurusan krisis banjir.

    "Ketua Setiausaha Negara telah membuat keputusan supaya kelulusan cuti rehat untuk semua ketua setiausaha dan ketua perkhidmatan adalah dibatalkan berkuat kuasa serta-merta," kata kenyataan itu.

    Semalam, Najib mengarahkan semua menteri yang berada di luar negara pulang segera bagi melancarkan operasi membantu mangsa banjir.

    Bencana banjir yang bermula pertengahan bulan ini telah menjejaskan lapan negeri khususnya Kelantan, Terengganu dan Pahang dengan lebih 200,000 penduduk dipindahkan. - BERNAMA

    Sumber HD - 29-12-2014

    Bila menteri tak ada rasa tanggungjawab, inilah jadinya...



    Bila Menteri-menteri yang dilantik tak ada rasa bertanggungjawab.. Inilah jadinya..



    Biasanya kalau seseorang itu komited atau punya rasa bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan kepadanya, tak perlu diarah atau dikerah mereka akan melakukan tugas mereka dengan sendirinya..

    Atas rasa tanggungjawab mereka dengan sendirinya akan menyelesaikan masalah yang timbul tanpa arahan dari pihak atasan..

    Pihak atasan hanya dirujuk jika mereka menemui jalan buntu ataupun memerlukan pandangan pihak atasan..

    Tetapi malang bagi Perdana Menteri Malaysia.. beliau terpaksa mengarahkan menteri-menteri yang dilantiknya yang berada di luar negara kebanyakannya dikatakan sedang bergembira di luar negara untuk pulang segera bagi membantu mangsa banjir..

    Tak ada komited langsung.. bukan saja tak komited malah tak bertimbang rasa langsung..

    Jawatan Menteri tu bukannya Ketua Kelas.. semua nak tunggu arahan? tak tahu nak fikir sendiri ke?

    Atau... mungkinkah Najib hanya membalas dendam dengan melepaskan kemarahannya kepada menteri-menteri kabinetnya setelah beliau sendiri teruk dikutuk rakyat kerana bercuti dan bermain golf dengan Obama ketika lebih 100,000 rakyat sengsara?

    Sumber HD - 29-12-2014



























































































































































    World leader criticized for playing golf in Hawaii

    Washington Post | .
    HONOLULU — A world leader is under fire for playing golf in Hawaii at a time of national crisis. Only this time, it's not President Obama.

    Rather, it's Malaysian Prime Minister Najib Razak, who hit the links Wednesday with Obama at a course on a Marine base in Kaneohe Bay. Najib's round surprised some of his countrymen, who are calling on him to return home to deal with massive flooding that has displaced tens of thousands.

    Najib's Facebook page was reportedly flooded with angry comments, and Malaysians also took to Twitter to complain that his vacation trip was inappropriate. Local news organizations picked up on the unhappiness.

    Read the full story here

    Sumber HD - 26-12-2014

    Rakyat dilanda banjir, Najib main golf dengan Obama?

    http://greenboc.blogspot.com | .

    Tatkala Negara Sedang Ditimpa Bencana, Najib Boleh Main Golf dengan Obama


    Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak sedang berada di Hawaii tatkala rakyat negara ini sedang menderita akibat dilanda banjir di beberapa buah negeri.

    Ini dilaporkan oleh lamanweb thewashingtonpost.com di mana dinyatakan Obama yang sedang bercuti di Hawaii menemui beberapa rakan dan para petugas di Rumah Putin dan pada hari semalam, pertemuan itu disertai oleh "orang baru" iaitu PM Malaysia Najib Razak.

    Ikuti laporan asalnya:


    In Hawaii, Obama golfs with Malaysian Prime Minister Najib Razak


    HONOLULU — President Obama has generally refrained from mixing business and pleasure on the golf course. On vacation here in Hawaii, he has mostly hit the links with the same circle of longtime friends and White House aides he usually pals around with. Until Wednesday, when a newbie joined the First Foursome — Malaysian Prime Minister Najib Razak.

    The White House said Najib, along with aides Joe Paulsen and Mike Brush, was playing with the president on the course at the Marine Corps base at Kanehoe Bay. Turns out Najib was in town on his own getaway, and it is not unprecedented for Obama to do a golf summit with a world leader. Last year in Hawaii, he played with New Zealand Prime Minister John Key. (In 2011, Obama famously played a round with House Speaker John A. Boehner at Andrews Air Force Base that did not exactly lead to a good working relationship off the course.)

    Obama has established perhaps a better working relationship with Najib, after making the first visit by a sitting U.S. president to Malaysia in nearly half a century last spring. It was unlikely they discussed their foreign policy agendas on the course, however, but perhaps focusing instead on trying to avoid the sand traps.

    On the 18th hole, reporters were allowed onto the course briefly. Obama missed a putt to the left off the hole, then tried to tap in but "picked the ball up before it missed again," according to a pool report. Razak also missed a second putt, but Obama consoled him with a pat on the shoulder.

    Wall Street Journal reporter Carol Lee asked Obama if he planned to watch "The Interview," the Sony movie that will be released on Christmas after the studio initially canceled the release in the wake of the company being hacked, allegedly by North Korea.

    "I'm glad it's being released," replied Obama, who had criticized the studio last week for its initial decision.

    The president wished the reporters a Merry Christmas, according to Lee, then offered: "Be careful about those fruity drinks. You never know they might have a little kick."

    Lee reports that she asked him if he'd been drinking fruity drinks, but he didn't respond.
    -washingtonpost



    Jumlah mangsa banjir di Pahang meningkat

    KUANTAN 24 Dis. - Keadaan banjir di negeri ini bertambah buruk apabila jumlah mangsa yang dipindahkan terus meningkat kepada 10,825 orang daripada 2,768 keluarga di lapan buah daerah hari ini.
    Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang berkata, Kuantan masih menempatkan jumlah mangsa banjir paling tinggi iaitu 6,231 orang daripada 1,689 keluarga, Maran (2,542 orang, 623 keluarga), Lipis (722 orang, 177 keluarga) dan Pekan (553 orang, 123 keluarga).
    Di Jerantut seramai 487 orang daripada 89 keluarga dipindahkan, Rompin (268 orang, 63 keluarga) manakala dua lagi daerah baharu mula dilanda banjir iaitu diTemerloh yang melibatkan 14 orang daripada tiga keluarga dan Bera (lapan orang daripada satu keluarga).
    -UM



    Banjir: Penonton Astro AWANI rayu bantu selamatkan ibu dan adik

    KUALA LUMPUR: Sejak awal pagi, Astro Awani tidak henti-henti menerima panggilan daripada penonton bagi mendapatkan berita terkini mengenai banjir.

    Bagaimanapun, ada juga penonton yang buntu tidak tahu pihak mana harus diminta tolong untuk mencari orang tersayang yang terjejas kerana musibah ini.

    Antaranya adalah Mohamad Nizam Ghazali dari Machang, Kelantan yang terputus hubungan dengan ibu dan adiknya yang berada di Kuala Krai.

    Kata Nizam, waktu terakhir dia bercakap dengan ibunya adalah pada jam 2 petang dan sehingga jam 7 petang tadi masih belum diketahui status di mana ibunya, Nafisah Mustafa dan adiknya, Muhamad Hafiz Ghazali di tempatkan.

    Dalam perbualan awal dengan Nizam, Astro AWANI difahamkan bahawa begitu ramai mangsa banjir ditempatnya berebut menaiki bot mahu diselamatkan.
    astroawani

    ULASAN GB

    Hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Najib yang sering menghamburkan kata-kata "haramjadah" dan "bangsat" ...

    Kini terbukti kata-kata itu kembali kepada dirinya... siapa sebenarnya yang haramjadah dan bangsat kini?

    Tatkala rakyat sedang tiga suku mati berjuang untuk menyelamatkan diri dari bencana banjir di beberapa buah negeri termasuk di negeri kelahirannya, Pahang, beliau begitu bersahaja bercuti untuk bertemu Obama bermain golf...
    Sumber HD - 25-12-2014






























































































































































    Kelantan tenggelam: Jangan panik tiada empangan di Sukhirin

    SITI SALWA SHAARI | .
    KUALA LUMPUR: Spekulasi yang tersebar di medium sosial, WhatsApp bahawa Kelantan akan ditenggelami air berikutan pelepasan air empangan di daerah Sukhirin, wilayah Narathiwat, Thailand adalah tidak benar.


    Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab mengesahkan bahawa semakan yang dilakukan dengan Jabatan Pengairan Diraja Thailand, mendapati empangan itu tidak wujud.

    "Penduduk diingatkan untuk tidak mudah mempercayai khabar angin dan berasa panik," katanya ketika dihubungi Bernama pada Ahad, bagi mengulas mengenai spekulasi tersebut.

    Mohamed Thajudeen berkata pihak Thailand juga mengesahkan bahawa empangan terdekat dengan Malaysia terletak di daerah Munok di bahagian selatan Thailand, namun empangan itu ditutup pada masa ini.

    Beliau berkata jika air empangan itu dilepaskan, ia akan menyebabkan banjir di daerah Tak Bai, Narathiwat terlebih dahulu.

    "MKN juga mempunyai persefahaman dengan pihak Thailand. Jika mereka perlu melepaskan air di empangan itu, mereka akan memaklumkan kepada MKN supaya kita tidak 'terkejut' dengan kedatangan air secara tiba-tiba.

    "Jika dimaklumkan, MKN akan segera mengenal pasti laluan air dan memindahkan mereka yang tinggal di kawasan itu untuk mengurangkan risiko," katanya.

    Mohamed Thajudeen berkata banjir di Kelantan pada masa ini tiada kaitan dengan pelepasan air di negara jiran, sebaliknya disebabkan hujan lebat yang berterusan dengan sukatan 400 mililiter sehari.

    Banjir gelombang kedua di Kelantan yang bermula sejak Selasa lepas telah mengorbankan empat nyawa. - Bernama

    Sumber HD - 21-12-2014

    Amaran angin kencang dan laut bergelora kategori ketiga

    HARAKAHDAILY | .

    KUALA LUMPUR: Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 60 kmsj dan laut bergelora dengan ketinggian ombak sehingga 5.5 meter yang berlaku yang berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak, Sabah (pedalaman, Pantai Barat & Kudat) dan W.P Labuan dijangka berterusan hingga Rabu, 24 Disember ini.

    Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) dalam kenyataan pagi tadi menyatakan keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.
    Berikut kenyataan JMM.

    Seksyen A: Amaran untuk perairan Malaysia

    (I) Amaran angin kencang dan laut bergelora (kategori ketiga)

    Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 60 kmsj dan laut bergelora dengan ketinggian ombak sehingga 5.5 meter yang berlaku yang berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak, Sabah (pedalaman, Pantai Barat & Kudat) dan W.P Labuan dijangka berterusan hingga Rabu, 24 Disember 2014.

    Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.

    Selain daripada itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut sehingga Rabu, 24 Disember 2014.

    (II) Amaran ribut petir menyeluruh

    Aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan:

    i) Pahang, Sarawak (Mukah, Bintulu dan Miri) dan Sabah (Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat) dijangka berterusan sehingga lewat pagi, Ahad, 21 Disember 2014.

    Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

    Pada masa yang sama, angin kencang dengan kelajuan melebihi 60kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian melebihi 4.5 meter ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.

    ii) Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Sabah (sandakan) dijangka berterusan sehingga lewat pagi, Ahad, 21 Disember 2014.

    Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

    Seksyen B: Amaran untuk perkapalan

    (I) Amaran angin kencang dan laut bergelora (kategori ketiga)

    Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 60 kmsj dan laut bergelora dengan ketinggian ombak sehingga 5.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Samui, Tioman, Condore, Bunguran, Reef North, Reef South, Kuching, Layang-layang, Labuan dan Palawan dijangka berterusan hingga Rabu, 24 Disember 2014.

    Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.

    (II) Amaran ribut petir menyeluruh
    Aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan:

    i) Condore, Reef North, Reef South, Layang-Layang dan Palawan dijangka berterusan sehingga lewat pagi, Ahad, 21 Disember 2014.

    Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

    Pada masa yang sama, angin kencang dengan kelajuan melebihi 60 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian melebihi 4.5 meter ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.

    ii) Phuket, Selat Melaka Selatan dan Sulu dijangka berterusan sehingga lewat pagi, Ahad, 21 Disember 2014.

    Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil. - HARAKAHDAILY 21/12/2014
































































































































































    Peningkatan kes demam denggi 2014 'menggerunkan'

    SITI SALWA SHAARI | .
    KUALA LUMPUR: Demam denggi yang merupakan penyakit pembawaan nyamuk Aedes terus menjadi 'musuh utama' kepada rakyat Malaysia dengan kadar peningkatan kes yang 'menggerunkan', berbanding tahun-tahun sebelumnya.

    Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada Januari sehingga 6 Dis, sebanyak 98,128 kes demam denggi dilaporkan seluruh negara, meningkat 160 peratus (60,430 kes) berbanding 37,698 kes bagi tempoh sama pada 2013.

    Kematian akibat demam denggi bagi tempoh sama juga meningkat kepada 189 kematian berbanding 79 kematian tahun sebelumnya, menunjukkan peningkatan sebanyak 139 peratus (110 kematian).

    Banyak usaha dijalankan oleh kerajaan dalam memerangi 'musuh utama' itu termasuk mengadakan gotong-royong membasmi nyamuk aedes tetapi hasilnya amat menyedihkan kerana kurang mendapat sambutan orang ramai.

    Analisa Kementerian Kesihatan menunjukkan daripada keseluruhan 96 lokaliti hotspot denggi seluruh negara yang dikenal pasti, hanya 13 lokaliti sahaja menjalankan aktiviti gotong-royong.

    Selain ancaman denggi, negara juga menghadapi ancaman wabak Ebola tetapi negara bernasib baik apabila kesemua ujian ke atas 10 rakyat asing yang memasuki negara ini yang disyaki menghidap Ebola adalah negatif.

    Ebola adalah sejenis demam berdarah dan sering mengakibatkan kematian kepada manusia serta kera dan melanda di tiga negara iaitu Guinea, Liberia dan Sierra Leone dan sehingga awal Disember lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan lebih 6,000 kes kematian akibat wabak itu.

    Selain ketiadaan jangkitan Ebola di negara ini, negara juga boleh 'menarik nafas lega' apabila tiada sebarang kes Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS-CoV) dilaporkan berlaku kepada 22,320 jemaah haji Malaysia tahun ini.

    Tahun 2014 pastinya menjadi kenangan manis untuk Institut Jantung Negara (IJN) apabila pada 24 Jan, mengumumkan kejayaan mencatat sejarah sebagai pusat perubatan pertama di dunia memperkenalkan kaedah pembedahan 'Mardil Medical Ventouch System' (VenTouch) khusus unuk merawat penyakit lemah jantung dan kebocoran injap mitral.

    Pengarah Klinikal IJN bagi Pembedahan Dewasa Datuk Dr Jeswant Dillon berkata kaedah itu melibatkan potongan sepanjang enam atau tujuh sentimeter di bahagian rusuk pesakit bagi membolehkan alat khas dimasukkan bagi membalut keseluruhan jantung, membolehkan jantung yang membengkak dan kebocoran injap mitral pulih seperti biasa.

    Pada 20 Mac, Pakar Kardiologi dan Elektro Fisiologi IJN, Datuk Dr Razali Omar mengumumkan kejayaan institut itu melakar sejarah sebagai hospital pertama di Asia Pasifik menjalankan implan alat elektronik memperkuat dan mengawal jantung (perentak) terkecil di dunia.

    Dr Razali berkata peranti yang mampu bertahan sehingga 13 tahun itu, dapat dimasukkan ke dalam jantung pesakit menerusi urat femoral tanpa melibatkan penggunaan wayar yang dikenali sebagai leads untuk disambungkan ke jantung.

    Peranti itu disambung ke jantung melalui alat yang membolehkannya menghantar rangsangan elektrik bagi menetapkan kelajuan jantung menerusi elektrod yang berada di hujung peranti, dan fungsinya diyakini berupaya mengurangkan komplikasi dan berpotensi mengurang jangkitan.

    Pada 10 Dis, Dr Razali mengumumkan pula kejayaan IJN menjadi hospital pertama di rantau Asia Pasifik menjalankan implan sistem 'Subcutaneous Implantable Defibrillator' atau S-ICD yang fungsinya seakan sama dengan alat 'Implantable Cardioverter Defibrillator' (ICD), yang mengawal ritma jantung.

    Sistem itu melibatkan pemasukan 'defibrillator' di bawah kulit pesakit tanpa bersusah payah menghubungkan bahan 'lead' halus atau wayar ke jantung, menyebabkan ritma jantung yang terganggu diperbetulkan.

    Sistem S-ICD mempunyai dua komponen utama, iaitu 'plus generator' yang membekal kuasa, memantau aktiviti jantung, dan menghantar kejutan jika perlu manakala komponen kedua ialah elektrod, yang membolehkan peranti mengesan ritma jantung dan menjadi laluan bagi menghantar kejutan bila perlu.

    Pada 24 Feb, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam mengumumkan semua warga asing akan dikenakan caj kadar sebenar dalam masa terdekat ketika mendapatkan khidmat dan rawatan di hospital serta klinik kerajaan seluruh negara.

    Beliau berkata langkah itu itu dijangka menjimatkan perbelanjaan perubatan negara sehingga RM100 juta setahun, memandangkan pada masa kini mereka menikmati kadar caj rendah antara 30 hingga 40 peratus daripada kos rawatan sebenar.

    Tahun ini juga memperlihatkan desas-desus mengenai kenaikan harga ubat-ubatan terutamanya selepas pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) yang akan bermula 1 April 2015, selain kebimbangan disebabkan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang menunggu masa untuk dimuktamadkan.

    Pada 5 Dis, Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya memaklumkan kementerian telah mencadangkan kepada Kementerian Kewangan supaya 2,900 ubat-ubatan penting dikecualikan daripada CBP dan senarai harga akan dikeluarkan tahun depan untuk maklumat orang awam.

    Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed pada 25 April, memberi jaminan Malaysia bertegas menolak cadangan berkaitan hak harta intelek dalam TPPA membabitkan ubat-ubatan kerana kerajaan sedar perkara itu menjadi kebimbangan rakyat yang melihat cadangan itu akan meningkatkan kos ubat-ubatan.

    Kebajikan rakyat dalam isu berkaitan kesihatan sudah pasti keutamaan kerajaan dan ia boleh dilihat daripada pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa sebanyak RM23.3 bilion diperuntukkan pada Bajet 2015 bagi menaik taraf perkhidmatan dan kemudahan kesihatan rakyat pada tahun hadapan. - Bernama

    Sumber HD - 19-12-2014

    Kastam catat kutipan hasil RM33.6 bilion

    BERNAMA | .

    KUANTAN: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) setakat ini mencatat kutipan RM33.6 bilion atau 93.3 peratus daripada RM36 bilion sasaran kutipan hasil untuk tahun ini.

    Menurut Ketua Pengarah JKDM, Datuk Seri Khazali Ahmad jumlah itu meningkat sebanyak 6.73 peratus berbanding RM31.48 bilion pungutan hasil bagi tempoh yang sama pada tahun lepas.

    "Tiga komoditi penyumbang utama kutipan itu ialah kenderaan bermotor (RM12.2 bilion), rokok (RM3.4 bilion) dan petroleum mentah (RM1.53 bilion).

    "JDKM berharap prestasi pungutan hasil yang konsisten dapat dikekalkan sehingga ke penghujung tahun yang masih berbaki lebih kurang dua minggu sahaja lagi supaya sasaran RM36 bilion dapat dicapai," katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media sempena Mesyuarat Pengarah-Pengarah Kastam Se-Malaysia kali ke-75 di sini hari ini yang turut dihadiri oleh Pengarah Kastam negeri Datuk Sarip Ismail.

    Khazali berkata mengikut pecahan aktiviti pula, duti eksais menyumbang 23.90 peratus daripada jumlah kutipan diikuti cukai perkhidmatan dan cukai jualan(tempatan) masing-masing menyumbang 17.76 peratus dan 17.28 peratus.

    Sementara itu sehingga akhir November lepas, sebanyak 2,445 kes rampasan dan 3,010 tangkapan dilakukan jabatan berkenaan dalam usaha membasmi aktiviti penyeludupan di negara ini.

    Khazali berkata antara barangan yang mencatatkan nilai yang paling tinggi dirampas ialah dadah 69 kes membabitkan nilai rampasan RM84 juta; kenderaan 622 kes dengan jumlah kenderaan yang dirampas 1,170 unit (RM45.2 juta nilai cukai terlibat).

    "Sementara itu, bagi rokok (kretek dan putih) pula 2,312 kes dicatatkan tahun ini, dengan nilai cukai terlibat RM486 juta," katanya.

    Katanya, dalam tempoh yang sama juga 756 kes melibatkan nilai barang berjumlah RM10 juta telah dikompaun dengan nilai keseluruhan berjumlah RM2.616 juta, manakala 4,229 kes dalam siasatan, 734 kes telah selesai dan 492 kes dibawa ke mahkamah. - BERNAMA

    Sumber HD - 17-12-2014



































































































































































    Insiden tebusan di Sydney jadi iktibar kepada negara

    BERNAMA | .


    KUALA LUMPUR: Insiden tebusan yang berlaku di Sydney akan dijadikan iktibar kepada negara dalam menghadapi sebarang kemungkinan dicetuskan individu atau kumpulan berunsur militan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

    Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan media antarabangsa berhubung insiden beberapa tebusan telah ditahan dipercayai oleh lelaki bersenjata di dalam sebuah kafe di tengah Sydney pagi Isnin.

    Dalam kejadian itu, terdapat bendera dikibarkan di tepi tingkap kafe berkenaan dengan tertera tulisan Arab.

    Khalid turut memberi jaminan bahawa pihak polis sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi ancaman atau tindakan seperti yang berlaku di Sydney.

    "Apa yang berlaku di Sydney boleh dijadikan sebagai iktibar kepada negara ... dan sudah mesti kita akan siap sedia dalam hadapi ancaman dan tindakan-tindakan seperti ini," katanya.

    Khalid terdahulu menghadiri perasmian Persidangan Pesuruhjaya Polis/Ketua Polis/Komander dan Komandan 2/2014 oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Maktab Polis Diraja Malaysia di Cheras dekat sini, Isnin.

    Pada majlis itu, Ahmad Zahid turut melancarkan nama baharu Jabatan Logistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada Jabatan Strategi dan Teknologi.

    Sementara itu, Ahmad Zahid menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana rakyat Malaysia yang dipercayai terbabit dengan kegiatan keganasan sama ada di dalam mahupun luar negara.

    Dalam perkembangan lain, Khalid menafikan laporan media tempatan yang mendakwa polis menggunakan 'orang tengah' untuk membayar RM780,000 bagi membebaskan penternak ikan dalam sangkar yang diculik di Kunak, Sabah oleh kumpulan bersenjata dari selatan Filipina.

    "Laporan itu tidak benar sama sekali dan polis tidak pernah membuat sebarang rundingan dengan kumpulan penculik berkenaan.

    "Jangan dengar cerita orang, kita (polis) sudah beritahu tidak membuat apa-apa bayaran, lagipun 'orang tengah' yang dimaksudkan itu polis tidak kenal langsung dan tidak tahu asal-usulnya. Saya menasihatkan jangan dengar cerita daripada sumber yang tidak sahih," katanya.

    Mangsa Chan Sai Chiun, 32, bersama seorang pekerja yang hanya dikenali sebagai Mazlan berumur sekitar 20-an sebelum ini diculik dua lelaki bersenjata di pusat ternakan ikan di Kunak, Sabah pada tengah malam 16 Jun lalu.

    Bagaimanapun Chan telah dibebaskan oleh kumpulan penculik berkenaan pada 9 Dis lalu. - Bernama

    Sumber HD - 15-12-2014




































































































































































    Najib attacked for meeting Prayut

    The Nation | .

    A peaceful one-hour protest involving about 25 Malaysians took place in front of the Thai Embassy in Kuala Lumpur yesterday as junta leader and Prime Minister General Prayut Chan-o-cha visited the Malaysian capital.

    Lee Siew Hwa, one of the protesters and a member of the Malaysian Support Group for Democracy in Thailand, told The Nation via e-mail that a senior diplomat at the Thai Embassy came out to accept the protest letter and promised to pass it on to the Thai government.

    "[It's] Thai style. [The diplomat] still smiling to us," said Lee.

    Notable protesters included Chua Tian Chang, a Malaysian member of parliament and three other MPs. Choon Kai, international coordinator of Socialist Party of Malaysia and Irene Xavier from the Committee for Asia Women were also there, a source said.

    Read the full story here

    Sumber HD - 2-12-2014

    KPDNKK rampas kopi Radix tiruan

    azmi | .


    KANGAR: Unit Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perlis merampas 176 papan kopi jenama Radix tiruan dalam satu operasi di negeri ini semalam.

    Ketua Seksyen Penguatkuasa KPDNKK Negeri, Jamal Nor Ahmad Harun berkata pemeriksaan terhadap empat premis perniagaan antara 11 pagi hingga 1.30 tengah hari itu menghasilkan rampasan bernilai RM3,520.

    Katanya operasi itu dibuat setelah KPDNKK Perlis menerima aduan syarikat HPA Industries Sdn Bhd (HPA), pengeluar kopi Radix, yang mengesyaki terdapat kopi Radix tiruan dalam pasaran di negeri ini.

    Sebanyak 15 anggota penguat kuasa menyertai operasi itu di sekitar bandar Kangar dan pekan Simpang Empat, dekat sini diiringi beberapa pegawai syarikat itu yang diketuai Pengurus Kilang A. Zakaria Abu Bakar untuk membantu mengenal pasti kopi Radix tiruan.

    Kopi Radix yang dirampas itu dihantar ke Jabatan Kimia untuk ujian kandungan, kata Jamal Nor kepada pemberita di sini hari ini. - Bernama

    Sumber HD - 27-11-2014







































































































































































    North Koreans are needed to do the dangerous jobs, says Malaysia

    The Guardian | .

    Malaysia has defended the use of North Korean labourers in its mining industry, saying they are particularly good workers because of their dedication, strength and bravery.

    After a North Korean was among those killed in a mine explosion at the weekend, Malaysia’s deputy home minister, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, told reporters that the men had been working legally under a special agreement between Pyongyang and authorities in the Malaysian state of Sarawak.

    “When it comes to industries such as coal mines, the jobs are very dangerous and tough,” Wan Junaidi said. “No local or Sarawakian will dare to take up such jobs — that is why [we] need foreign workers. In the coal-mining sector, only Britain, China and North Korea have highly-skilled workers.”

    Read the full story here

    Sumber HD - 26-11-2014

    Siap siaga hadapi gelombang kedua banjir Pantai Timur

    BERNAMA | .
    MARANG: Semua agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam keadaan bersiap siaga menghadapi gelombang kedua banjir yang diramalkan berlaku di Pantai Timur minggu depan, kata Timbalan Menterinya Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

    Beliau berkata bagi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) sahaja telah bersedia menggerakkan seramai 11,800 pegawai dan anggotanya.

    "Selain kerahan tenaga kita juga mempunyai aset yang lengkap seperti bot, lori dan pacuan empat roda bagi membantu mangsa," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja di Penjara Marang di sini hari ini.

    Turut hadir Ketua Pengarah Penjara Datuk Zulkifli Omar dan Ketua Pengarah JPAM Datuk Zaitun Ab Samad.

    Wan Junaidi berkata pihaknya juga akan mendapatkan bantuan anggota dari negeri lain yang tidak terjejas banjir sekiranya keadaan banjir di negeri-negeri di Pantai Timur bertambah buruk.

    Banjir yang melanda beberapa daerah di Terengganu sejak Rabu lalu kini beransur surut dan setakat 4 petang ini hanya lapan pusat pemindahan dibuka menempatkan 1,521 mangsa banjir berbanding 2,741 orang pagi tadi.

    Di Kelantan pula, hanya satu pusat pemindahan dibuka di SK Wakaf Raja di Pasir Puteh yang menempatkan 25 orang mangsa manakala dua pusat pemindahan di Kota Baharu telah ditutup dan 130 orang mangsa di dua pusat itu telah dibenarkan pulang sejak 2 petang tadi. - Bernama

    Sumber HD - 22-11-2014

    Bas ekspres Hentian Putra berpindah ke TBS 1 Dis ini

    BERNAMA | .


    KUALA LUMPUR: Perkhidmatan bas ekspres laluan timur dari Hentian Bas Putra (HBP) di sini akan berpindah ke Terminal Bersepadu Selatan dekat sini (TBS) pada 1 Dis ini.

    Bahagian Pengurusan Hartanah Jabatan Perdana Menteri berkata perpindahan itu dilaksanakan kerana struktur bangunan HBP tidak selamat digunakan selain mengambil kira faktor keselesaan penumpang bas.

    Keadaan di TBS lebih selesa berbanding HBP kerana ia mudah dihubungkan dengan jaringan pengangkutan awam lain serta mempunyai ruang lebih luas bagi menampung bas yang banyak, kata bahagian itu dalam kenyataan di sini, hari ini. - Bernama

    Sumber HD - 17-11-2014







































































































































































    6 IPTS berminat terima pelajar perubatan AUCMS

    HARAKAHDAILY | .

    KUALA LUMPUR: Selaras dengan keputusan Jemaah Menteri, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan telah mewujudkan satu Jawatankuasa Bersama bagi menyelaras penyelesaian isu penempatan pelajar-pelajar perubatan AUCMS.

    Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jawatankuasa itu telah mengambil kira keputusan Jemaah Menteri yang mengarahkan supaya kelonggaran diberikan kepada kuota pengambilan pelajar secara one-off dan pada masa yang sama, memastikan pematuhan kepada nisbah pengajar dan pelajar pada kadar 1:8 di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang akan menerima pelajar AUCMS berkenaan.

    “Jawatankuasa Bersama ini telah menerima permohonan daripada enam buah IPTS yang berminat untuk menerima pelajar-pelajar perubatan daripada AUCMS,” ujarnya merangkap Yang Dipertua Majlis Perubatan Malaysia dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.

    Berikut ialah kenyataan penuh beliau.

    Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia ingin merujuk kepada isu berkaitan pelajar-pelajar perubatan daripada Allianze University College of Medical Sciences (AUCMS).

    Selaras dengan keputusan Jemaah Menteri, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan telah mewujudkan satu Jawatankuasa Bersama bagi menyelaras penyelesaian isu penempatan pelajar-pelajar perubatan AUCMS. Jawatankuasa ini telah mengambil kira keputusan Jemaah Menteri yang mengarahkan supaya kelonggaran diberikan kepada kuota pengambilan pelajar secara one-off dan pada masa yang sama, memastikan pematuhan kepada nisbah pengajar dan pelajar pada kadar 1:8 di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang akan menerima pelajar AUCMS berkenaan.

    Jawatankuasa Bersama ini telah menerima permohonan daripada enam buah IPTS yang berminat untuk menerima pelajar-pelajar perubatan daripada AUCMS. Melalui mesyuarat Jawatankuasa Bersama yang diadakan pada 14 November 2014, permohonan yang dikemukakan oleh semua IPTS yang berminat telah diteliti dengan mengambil kira kepentingan kedua-dua belah pihak iaitu pelajar-pelajar yang sedia ada di IPTS berkenaan, serta kebajikan dan kepentingan pelajar-pelajar AUCMS yang akan diterima.

    Jawatankuasa Bersama telah memutuskan agar cadangan jumlah pelajar AUCMS yang dapat ditawarkan kepada setiap IPTS perlu selaras dengan jumlah tenaga pengajar yang dimilikinya, dan penerimaan tawaran yang diberikan ini adalah tertakluk kepada kemampuan IPTS berkenaan untuk menyediakan kemudahan pembelajaran seperti ruang kuliah dan ruang belajar, kemudahan perpustakaan dan makmal, memiliki skill lab yang mencukupi serta kemudahan-kemudahan lain yang diperlukan selaras dengan standard akreditasi yang digunapakai termasuklah pematuhan kepada nisbah tenaga pengajar dan pelajar pada kadar 1:8.

    Dengan mengambil kira perbezaan kurikulum antara IPTS penerima dan AUCMS serta tempoh masa di mana pembelajaran pelajar-pelajar ini telah tergendala, pihak IPTS perlu melakukan perbandingan kurikulum antara IPTS penerima dan AUCMS (curriculum mapping) bagi membolehkan pelajar-pelajar ditempatkan pada tahap yang bersesuaian selaras dengan dasar credit transfer yang digunapakai bagi memastikan para pelajar dapat melengkapi keperluan pembelajaran Program Perubatan mereka.

    Jawatankuasa Bersama juga telah memutuskan bahawa sesebuah IPTS yang berkenaan adalah dibenarkan untuk menerima jumlah pelajar melebihi daripada jumlah yang ditawarkan, tetapi ini adalah tertakluk kepada kemampuan IPTS tersebut untuk menyediakan tenaga pengajar yang mencukupi bagi pembelajaran di peringkat pra-klinikal dan klinikal selaras dengan nisbah yang ditetapkan, serta mempunyai pelbagai kemudahan pembelajaran yang lain selaras dengan standard akreditasi yang digunapakai bagi Program Perubatan pada masa ini. Lawatan pemantauan bagi memastikan pematuhan kepada standard akreditasi Program Perubatan akan dilakukan dari masa ke semasa.

    Adalah diharapkan keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Bersama ini akan dapat membantu pelajar-pelajar AUCMS meneruskan pelajaran mereka di dalam Program Perubatan. Pada masa yang sama, adalah diharapkan semua Institusi Pengajian Tinggi yang menguruskan Program Perubatan, memberi perhatian yang mendalam kepada kepentingan pengurusan yang baik dan berkesan demi kelangsungan pendidikan Program Perubatan di negara ini.

    Lampiran:

    Enam buah IPTS yang memohon untuk menerima penempatan pelajar-pelajar Program Perubatan AUCMS-MD telah dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Bersama KPM/KKM dan pengagihan 425 pelajar adalah dicadangkan seperti berikut:

    i. Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS)
    86 pelajar

    ii. AIMST University
    81 pelajar

    iii. UniKL Royal College of Medicine of Perak (RCMP)
    66 pelajar

    iv. Malaka Mannipal Medical College (MMMC)
    99 pelajar

    v. MAHSA University
    79 pelajar

    vi. SEGI University
    14 pelajar


    Sumber HD - 15-11-2014

    Ibu bapa pelajar AUCMS rayu penyelesaian segera

    HARAKAHDAILY | .

    CYBERJAYA: Ibu bapa pelajar Allianze University College of Medical Sciences (AUCMS) merayu kepada pihak berkuasa supaya menyelesaikan masalah penempatan semula anak mereka di kolej perubatan swasta lain dengan secepat mungkin.

    Azman Taher, yang mewakili ibu bapa pelajar berkenaan, berkata 420 pelajar perubatan tahun satu hingga lima tidak mengikuti pelajaran sejak September lepas kerana kolej universiti itu menghadapi masalah kewangan.

    "Adalah sesuatu yang menyedihkan dan boleh melemahkan semangat mereka apabila hampir tiga bulan tidak dapat mengikuti pelajaran," katanya kepada pemberita di Cyberjaya University College of Medical Sciences di sini pada Khamis.

    Pada 4 Nov lepas, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, yang juga presiden Majlis Perubatan Malaysia (MMC), berkata Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pengajian Tinggi sedang membantu pihak pengurusan AUCMS menempatkan pelajarnya di univesiti yang bersetuju menerima mereka.

    Noor Hisham juga dilaporkan berkata pemindahan itu tidak boleh mengganggu pengajian pelajar asal institusi terbabit.

    Sebelum ini, laporan media menyebut kuota tempat bagi pelajar perubatan di institusi swasta ditetapkan MMC berdasarkan nisbah pensyarah-pelajar.

    Laporan itu menyebut pihak universiti berkata mereka boleh menambah kemudahan dan tenaga pengajar tetapi MMC bertegas untuk mengekalkan kuota itu. - BERNAMA

    Sumber HD - 14-11-2014







































































































































































    Terima kasihlah JPJ

    ZAINURI MISHAR | .
    KEPUTUSAN Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang hanya memfokuskan kepada nombor plat yang melanggar kesalahan secara serius amat dialu-alukan.

    Bagi saya, penguatkuasaan sebelum ini bukan sahaja menggusarkan orang ramai malah mengelirukan. Maklumlah, bagi kebanyakan pembeli kereta, mereka menerima sahaja bentuk dan saiz nombor plat yang diberikan oleh pusat jualan kereta dan beranggapan spesifikasi itu adalah betul.

    Selama ini pun, tidak pernah dikepilkan maklumat spesifikasi nombor plat dalam mana-mana dokumen rasmi seperti dikepilkan bersama-sama cukai jalan, insuran, atau buku ujian memandu.

    Saya mencadangkan selepas ini JPJ hendaklah menyertakan sekali spesifikasi ini dan diberikan kepada pembeli kereta baru. Jika kakitangan syarikat kereta terbabit tidak memasang mengikut spesifikasi yang disertakan, pembeli berhak menolak plat tersebut dan meminta yang baru.

    Pada masa yang sama, operasi penguatkuasaan lampu HID dan lampu strob yang ditambah kemudian dan tidak ada dalam spesifikasi asal kereta wajar diteruskan tetapi perlu juga ada budi bicara jika pemasangan tambahan itu tidak mengganggu pengguna jalan raya yang lain.

    Akhirnya, terima kasih kepada JPJ yang sudi mendengar suara rakyat. Juga terima kasih kepada pimpinan PAS yang berusaha membawa suara rakyat agar didengari oleh kerajaan dan jabatan yang berkaitan. – HARAKAHDAILY 14/11/2014

    Sumber HD - 14-11-2014

    Akibat kurang beberapa millimeter

    JAMIL RAHMAN | .

    OPERASI yang sedang dijalankan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) khususnya yang berkaitan dengan nombor plat kenderaan sekarang bukan sahaja mengelirukan bahkan menyusahkan orang ramai.

    Baru-baru ini kawan sepejabat saya memberitahu bahawa dia baru sahaja disaman kerana nombor plat keretanya tidak menepati piawaian yang dikeluarkan oleh JPJ.

    Yang menimbulkan rasa tidak puas hati ialah keretanya baharu sebulan dibeli dan nombor plat dipasang oleh pihak syarikat penjual kereta. Beliau mempertikaikan adakah semua pengeluar dan penjual tidak dimaklumkan tentang piawaian tersebut? Sepatutnya saman dikeluarkan kepada syarikat penjual kereta terbabit. Lainlah jika pembeli sendiri yang disyaratkan memasang nombor plat tersebut.

    Yang kedua, dia disaman hanya kerana perbezaan beberapa milimeter sahaja (bukan sentimeter tau!) daripada jarak ukuran yang JPJ tetapkan. Adakah tidak ada timbang tara dan tolak ansur dalam hal ini?

    Sepatutnya hanya ubah suai yang keterlaluan sahaja yang patut disaman, bukan termasuk yang hanya berbeza beberapa milimeter.

    Apabila saya menunjukkan nombor plat motosikal saya. Kawan saya memberitahu bahawa saya boleh di saman! Itulah plat yang sama ketika saya membeli motosikal ini setahun yang lalu. Kegilaan apakah ini? Adakah kerajaan sudah terlalu terdesak kekurangan wang sehingga sanggup mendera rakyatnya dengan peraturan yang pelik-pelik?

    Saya berharap kerajaan mengkaji semula operasi yang sedang dijalankan oleh JPJ sekarang ini, tetapi teruskan menyaman mana-mana kenderaan yang mengubah nombor platnya secara keterlaluan. – HARAKAHDAILY 12/11/2014

    Sumber HD - 12-11-2014







































































































































































    JPJ jangka 10,716 nyawa melayang menjelang 2020

    BERNAMA | .

    KEMAMAN: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menilai semula keberkesanan operasi khas yang dilancarkan sejak 1 Nov lepas bagi membanteras penggunaan lampu strobe, lampu HID dan nombor pendaftaran kenderaan yang tidak mengikut spesifikasi di seluruh negara.

    Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata penilaian terperinci sama ada operasi berkenaan diteruskan atau dihentikan akan diputuskan selepas operasi sebulan itu berakhir 30 Nov ini.

    Dalam tempoh seminggu operasi itu, sebanyak 5,515 saman telah dikeluarkan terhadap tiga kesalahan itu, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

    Menurutnya operasi bersepadu itu bukan untuk mencari kesalahan pengguna dan penguatkuasaan semata-mata malah ia lebih kepada mendidik pemandu mematuhi peraturan ketika berada di jalan raya.

    Operasi itu turut melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pengangkutan Darat Awam (SPAD).

    Ismail berkata JPJ meneruskan penguatkuasaan dengan cara mendidik merupakan satu inisiatif untuk mengurangkan kadar kemalangan maut.

    Beliau berkata pihaknya menjangka sebanyak 10,716 nyawa akan melayang di atas jalan raya akibat kemalangan menjelang 2020.

    "Jadi kita meneruskan penguatkuasaan dengan cara mendidik agar jumlah kematian itu dapat dikurangkan kepada angka 5,358 orang setahun dalam tempoh yang sama," katanya.

    Dalam perkembangan lain, beliau menasihatkan pengguna membuat pemeriksaan dan menyemak semula status kenderaan yang ditawarkan pada harga lebih rendah daripada harga pasaran.

    "Jika pengguna merasa curiga dengan kenderaan yang dibeli (murah), boleh melakukan semakan kerana kita bimbang mungkin kereta itu dicuri atau kereta klon sehingga menyebabkan kerugian yang besar kepada pembeli," katanya.

    Beliau berkata JPJ telah mengesan sebanyak 20 kenderaan klon dari tahun 2010 hingga 2013.

    Beliau juga berkata mangsa bencana banjir atau tanah runtuh yang kehilangan dokumen seperti geran kereta atau lesen memandu boleh mendapatkan kembali dokumen berkenaan secara percuma di pejabat JPJ berdekatan. - Bernama

    Sumber HD - 8-11-2014

    Hanya 38 daripada 737 ladang babi patuhi piawaian

    BERNAMA | .


    PUTRAJAYA: Hanya 38 daripada 737 ladang ternakan babi di negara ini memenuhi piawaian ditetapkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

    Beliau berkata pengusaha ladang yang gagal mematuhi piawaian masih diberi peluang sebelum langkah penguatkuasaan bermula pada 2016.

    "Sebagaimana yang termaktub dalam konsep 'Modern Pig Farming', empat kriteria perlu dipatuhi oleh semua ladang ternakan," katanya kepada pemberita selepas majlis Perhimpunan Bulanan kementerian di sini Isnin.

    Empat kriteria itu adalah kandang tertutup; sistem pengurusan sisa kumbahan sifar; jarak minimum 200 meter dari rumah kediaman, sekolah, klinik, tempat ibadat serta kemudahan awam; dan mengamalkan Amalan Penternakan Baik.

    Ismail Sabri berkata jika selepas tempoh diberi pengusaha ladang masih gagal mematuhi peraturan, tindakan mengikut Enakmen Kawalan Ternakan Babi akan dikenakan.

    Pada majlis itu, beliau turut melancarkan sisipan khas Agroprenuer Muda terbitan akhbar KOSMO.

    Sementara itu, Ismail Sabri berkata kementerian akan mengemukakan cadangan kepada Kabinet untuk menubuhkan Lembaga Ruminan, bertujuan memajukan dan meningkatkan lagi penghasilan daging serta produk daging.

    "Kajian teliti dan mendalam akan dilaksanakan terlebih dahulu sebelum ia dikemukakan kepada Kabinet, Jabatan Veterinar telah diarah untuk membuat kertas kerja mengenainya," katanya.

    Beliau berkata langkah itu perlu memandangkan peningkatan permintaan produk daging semakin meningkat selain untuk mengurangkan kebergantungan terhadap import daging. - Bernama

    Sumber HD - 3-11-2014







































































































































































    Najib kata berdepan kerugian, TNB umum untung

    http://tikaqbuloh.blogspot.com | .


    # Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

    Sumber HD - 1-11-2014

    Auku: K'jaan tidak akan pinda, apa lagi mansuh

    SALMIYAH HARUN | .

    KUALA LUMPUR: Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971 yang mendapat tentangan para mahasiswa kerana menyekat kebebasan bersuara tidak akan dipinda bagi mengelakkan sistem pendidikan di IPTA dipolitikan pihak tertentu.

    Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, peruntukan undang-undang dan peraturan sedia ada sudah mencukupi bagi menangani sebarang isu termasuk berkaitan pencerobohan kampus Universiti Malaya baru-baru ini.

    Katanya, isu itu boleh ditangani pihak universiti tanpa perlu penambahan atau pindaan kepada akta sedia ada.

    "Ini adalah urusan universiti. Kementerian tidak pernah campur tangan dalam urusan penadbiran universiti termasuk dari segi kegiatan, proses pengajaran dan pembelajaran program atau urusan lain," katanya dipetik Berita Harian.

    Bagaimanapun katanya, terserah kepada kebijaksanaan pentadbiran univeristi untuk menangani isu itu dengan menguna pakai peruntukan Auku berdasarkan fakta sedia ada.

    Pada 19 April 2012 Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang Universiti dan kolej Universiti (pindaan) 2012 yang membenarkan penuntut univeristi terbabit dalam politik dan memegang jawatan dalam persatuan serta pertubuhan di luar kampus sebagai sebahagian transformasi politik negara.

    Di dalam isu ini Pakatan Rakyat konsistan mendesak kerajaan agar memansuhkan Auku yang dilihat telah mengongkong kebebasan mahasiswa dan ahli akademik. - HARAKAHDAILY 31/10/2014

    Sumber HD - 31-10-2014







































































































































































    Najib approval rating drops as costs increase

    Bloomberg | .
    Malaysian Prime Minister Najib Razak’s approval rating slipped as rising living costs prompted more voters to say the country is headed in the wrong direction.

    The prime minister’s approval level dropped to 48 percent from 54 percent in August, according to a survey of 1,005 Malaysians conducted by the Merdeka Center for Opinion Research from Oct. 11 to Oct. 26. Economic concerns ranging from higher prices of fuel and homes to next year’s implementation of a consumption tax worry citizens the most, according to 71 percent of respondents, compared with 54 percent in August.

    Najib’s efforts to narrow a budget deficit through subsidy cuts have left companies and consumers grappling with higher costs, and inflation next year is forecast to be the fastest since 2008. The proportion of people saying Malaysia is on the “wrong track” rose to 49 percent from 44 percent in August, while 41 percent said it is headed in the right direction.

    Read the full story here

    Sumber HD - 31-10-2014

    Pecat anggota lindungi sindiket judi - KPN

    SURYATI MANAN | .
    AMARAN Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang akan mengambil tegas termasuk memecat mana-mana pegawai dan anggota polis yang bersekongkol dengan ahli-ahli sindiket judi haram adalah wajar dan disambut baik.

    Walaupun tidak ada bukti yang jelas bahawa adanya pembabitan anggota PDRM dalam melindungi sindikit ini, namun amaran dan pencegahan awal lebih penting daripada mengubatinya.

    Jika ada yang terbabitpun, saya percaya hanya segelintir anggota yang mudah gelap mata dengan tawaran kebendaan yang sementara ini.

    Polis merupakan pelindung rakyat daripada sebarang salah laku dan perbuatan jenayah. Jika ada anggota polis yang terbabit sama, di manakah lagi tempat untuk rakyat hendak mengadu.

    Sebelum ini pun kita pernah beberapa kali membaca berita dalam akhbar dan TV ada anggota polis yang didakwa di mahkamah akibat kes rasuah, jenayah, juga kes anggota yang terbabit dalam kes rompakan. Tentunya sikap buruk ini boleh menjejaskan keseluruhan imej pasukan polis.

    Oleh itu, amaran KPN itu tepat pada masanya sebelum sindiket judi haram ini menjadi barah dan duri dalam daging bukan sahaja kepada pihak polis malah dalam masyarakat juga.

    Cuma suka saya ingatkan bahasa dalam Islam tidak ada judi haram atau halal. Semua judi adalah haram dan menjadi tanggungjawab pihak berkuasa menghalangnya. – HARAKAHDAILY 29/10/2014

    Sumber HD - 29-10-2014

    Projek HSR Malaysia-S'pura dimuktamad tahun depan

    SAKINA MOHAMED | .

    TOKYO: Malaysia akan mula memuktamadkan butiran projek Keretapi Api Berkelajuan Tinggi (HSR) dengan Singapura suku pertama tahun depan.

    Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar berkata demikian kepada wartawan Malaysia dan Singapura pada Persidangan Kereta Api Berkelajuan Tinggi 2014 di sini pada Rabu.

    Persidangan itu diadakan untuk memperingati ulang tahun ke-50 Tokaido Shinkansen atau 'bullet train'.

    "Berhubung dengan kajian kemungkinan, kami telah mengemukakannya kepada kerajaan dan mereka telah menerimanya. Ia akan dikemukakan kepada Perdana Menteri (Malaysia dan Singapura).

    "Dua jawatankuasa telahpun ditubuhkan - jawatankuasa teknikal dan jawatankuasa bersama peringkat menteri," kata beliau.

    Singapura masih dalam proses menjalankan kajian kemungkinan dan dijangka menyiapkannya pada awal tahun depan.

    Syed Hamid berkata, kerajaan pada masa ini sedang membuat penilaian mengenai sistem Kereta Api Berkelajuan Tinggi yang terbaik bagi Malaysia berdasarkan sistem daripada Eropah, China dan Jepun.

    Ia bukan semata-mata mengkaji tentang teknologi tetapi juga modal insan dan budaya cara berfikir, katanya.

    Mengenai kekurangan pakar kereta api di Malaysia, beliau berkata lebih banyak universiti menawarkan kursus kejuruteraan kereta api sebagai persediaan untuk landskap pengangkutan awam negara yang akan mengalami perubahan.

    Beliau mengaku bahawa HSR merupakan "perkara baharu" dalam teknologi kereta api tetapi memberi jaminan bahawa jurutera kereta api tempatan akan dihantar untuk latihan di luar negara apabila kerajaan memutuskan teknologi dari negara mana akan diguna pakai.

    Syed Hamid berkata tujuh stesen HSR telah dikenal pasti di Malaysia iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya, Seremban, Ayer Keroh, Batu Pahat, Muar dan Nusajaya. - Bernama

    Sumber HD - 22-10-2014







































































































































































    Guna MyKad isi minyak tahun hadapan?

    HARAKAHDAILY | .
    KUALA LUMPUR: Kerajaan mengakui perlaksanaan rasionalisasi subsidi petrol perlu diperbetul supaya golongan layak tetap mendapat manfaat.

    Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata kerajaan mungkin menggunakan mekanisma baharu yang akan mengambil kira pendapatan individu dan ia dijangka akan dilaksanakan bermula Jun tahun hadapan.

    "Kita dapati subsidi petrol tersasar, jadi ia perlu diperbetulkan. Susulan itu, kerajaan berkemungkinan besar merasionalisasikan subsidi petrol pada Jun tahun depan.

    "Jadi yang mana layak dapat subsidi, yang tak layak tak diberi subsidi," katanya.

    Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Percukaian Kebangsaan 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

    Menurutnya, pengguna mungkin perlu membeli petrol dengan menggunakan MyKad dan jumlah pendapatan akan direkod terlebih dahulu bagi menentukan sama ada pembeli layak atau tidak mendapat subsidi.

    "Perincian sama ada guna MyKad bagi pembelian petrol... tapi ia boleh berubah kerana masih ada tempoh lapan bulan lagi sebelum dilaksanakan," katanya sambil menambah ianya masih di peringkat kajian.

    Ahmad Maslan berkata, rakyat berpendapatan RM4,000 ke bawah mungkin mendapat subsidi petrol tersebut.

    Bagaimanapun bagi mereka yang berpendapatan antara RM4,000 hingga RM12,000 keputusan sama ada mereka layak mendapat subsidi atau tidak masih belum diputuskan. - HARAKAHDAILY 21/10/2014

    Sumber HD - 21-10-2014

    Cabaran Malaysia dalam Majlis Keselamatan PBB

    HARIS ZALKAPLI | .


    MALAYSIA terpilih menduduki kerusi tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada satu masa politik dunia menyaksikan perkembangan-perkembangan rancak dalam isu-isu kritikal, dan pada masa kuasa-kuasa besar sedang sengit bersaing, menjadikan peranan Malaysia dalam majlis ini sesuatu yang diperhatikan banyak pihak.

    Pada masa ini, Amerika Syarikat sedang terlibat dalam persaingan ide dan geopolitik dengan Rusia dan China. Hubungan Washington-Moscow kini dalam keadaan paling buruk sejak Perang Dingin, manakala Beijing sedang meningkatkan usaha untuk menyaingi kuasa AS dalam hampir semua bidang, paling utama melibatkan ekonomi dan perdagangan.

    Ketiga-tiga negara kuasa dunia ini ialah anggota tetap Majlis Keselamatan dan mempunyai hubungan baik dengan Malaysia, melibatkan hubungan diplomasi, politik dan perdagangan yang rapat.

    Malaysia kini sedang menyaksikan hubungan paling baik dengan AS sepanjang sejarah hubungan kedua-dua negara. Kedua-dua pemimpin, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak dengan Presiden Barack Obama dikatakan mempunyai hubungan peribadi yang sangat baik.

    Washington pula kini sedang memberi tumpuan pada rantau Asia-Pasifik, yang juga disebut sebagai Indo-Pasifik meliputi kawasan dari India hingga ke Lautan Pasifik, sebagai satu tumpuan untuk menghadapi perkembangan politik semasa dan masa depan yang rantau ini menjadi penjana utamanya.

    Kuala Lumpur juga mengekalkan hubungan baik dengan China yang telah memasuki tahun ke-40 pada Mei lalu, yang disambut dengan lawatan Najib ke Beijing, dan disusuli dengan penempatan dua ekor panda di Zoo Negara Malaysia sebagai tanda hubungan yang baik.

    Semua ini berlangsung pada masa Malaysia menjadi tumpuan kuasa-kuasa besar ini ekoran tragedi kehilangan pesawat Boeing Penerbangan Malaysia, MH370, melibatkan ramai warga China di kawasan yang menjadi persaingan kuasa-kuasa di sebelah sini.

    MH370 telah memperlihatkan apa yang boleh dibaca sebagai kesannya kepada Malaysia, dalam bentuk kerjasama ketenteraan lebih rapat antara Malaysia dengan AS, yang paling jelas dalam tempoh terdekat ini diperhatkan melalui latihan-latihan bersama yang diperkukuhkan.

    Insiden MH370 kemudian disusuli oleh insiden sebuah lagi pesawat Penerbangan Malaysia, MH17 ditembak jatuh di ruang udara wilayah bergolak Ukraine, yang menjadi medan pertembungan Rusia dengan AS melalui proksi masing-masing.

    Dalam insiden antarabangsa dan rentetan terhempasnya pesawat MH17, Malaysia berada dalam situasi yang satu sudutnya hampir sama dengan MH370, iaitu tersepit antara dua kuasa besar; dalam kes ini dengan AS dan Rusia.

    Semua ini melatari situasi semasa kejayaan Malaysia memenangi kedudukan di kerusi tidak tetap Majlis Keselamatan, yang bakal bermula 1 Januari 2015 dan berakhir 31 Disember 2016.

    Pada masa sama, dunia juga sedang berdepan isu kritikal konflik di Syria, yang kini telah melimpah hingga memunculkan kumpulan ekstremis yang digelar Negara Islam di Iraq dan al-Syam, ISIS. Isu ekstremisme ini sedang menjadi tumpuan kuasa-kuasa dunia dan bakal berlanjutan dan menuntut lebih banyak tindakan, termasuk melalui inisiatif Majlis Keselamatan PBB.

    Malaysia, yang di bawah pentadbiran Najib sedang mempromosikan kesederhanaan, akan dituntut untuk melaksanakan janjinya berhubung menangani ekstremisme ini. Isu besar ini juga telah mengaitkan Malaysia dengan mendalam apabila rakyat Malaysia turut terlibat dalam kegiatan bersenjata kumpulan tersebut.

    AS dan Rusia juga menyaksikan hubungan yang terus dingin, yang memuncak akibat krisis Ukraine. Kedua-dua negara terus meningkatkan tekanan terhadap satu sama lain melalui pelbagai cara, dan Majlis Keselamatan bakal menjadi medan persaingan ini berlangsung.

    Malaysia, walaupun dilihat mempunyai peluang untuk mengetengahkan isu-isu seperti Palestin yang menjadi sebahagian agenda kesederhanaan dan penyelesaian konflik, berdepan cabaran sukar menangani pergolakan kompleks dunia pada masa ini, yang menuntut keputusan sukar yang mungkin akan tidak diterima baik oleh sesetengah pihak.

    Pada masa yang sama, Malaysia juga akan berdepan tuntutan menyelaraskan pendirian berhubung isu-isu termasuk hak asasi manusia dan demokrasi - yang ada antaranya tidak sehaluan dengan sikap Malaysia - dengan pendirian arus perdana antarabangsa dan sekutunya AS, yang turut dikaitkan dengan pendirian kesederhanaan yang dipromosikan oleh Najib.

    Kuala Lumpur pernah berdepan keputusan sukar menyokong Resolusi Majlis Keselamatan 678 yang membenarkan tindakan ketenteraan terhadap Iraq yang menakluk negara jirannya Kuwait.

    Di bawah pentadbiran Mahathir, Malaysia yang pada masa itu sangat dikenali bersikap kritikal dengan AS akhirnya tunduk dan menyokong agenda Washington itu. Di bawah pentadbiran Najib yang mempunyai hubungan lebih baik dengan AS, boleh dijangka Kuala Lumpur akan lebih cenderung untuk memberi kerjasama dengan lebih mudah kepada rakannya itu.

    Najib sejak awal menjawat jawatan perdana menteri telah sedaya upaya membina hubungan baik dengan Washington. Pada 2010, dalam satu inisiatif untuk memenuhi komitmen terhadap satu resolusi Majlis Keselamatan PBB, Malaysia meluluskan Akta Perdagangan Strategik 2010 yang bermatlamat mengekang percambahan senjata pemusnah besar-besaran termasuk nuklear.

    Tindakan Malaysia meluluskan akta ini mendapat pujian Obama ketika bertemu Najib di Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear di Washington pada 2012.

    Terbaru, dalam satu tindakan yang dikaitkan dengan balasan kepada Washington atas bantuan operasi bantuan mencari dan menyelamat MH370, Malaysia menyertai Inisiatif Keselamatan Percambahan (Proliferation Security Initiative), yang diumumkan semasa lawatan Obama ke Kuala Lumpur pada April lalu.

    Semua perkembangan ini memberi satu gambaran lebih jelas yang penglibatan Malaysia dalam Majlis Keselamatan membuka ruang kepada inisiatif yang positif dalam mencapai keamanan, tetapi disertai dengan risiko yang besar. - HARAKAHDAILY 20/10/2014

    Sumber HD - 20-10-2014







































































































































































    579 belia bawah 25 tahun diisytihar muflis

    BERNAMA | .
    JOHOR BAHARU: Kadar belia berumur 25 tahun ke bawah yang diisytiharkan bankrap di negara ini semakin membimbangkan apabila sebanyak 579 individu direkodkan muflis dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding keseluruhan 208 individu pada tahun lepas dan 130 individu pada tahun sebelumnya.

    "Jumlah 579 individu berkenaan merupakan sebahagian daripada keseluruhan 12,381 individu yang diisytiharkan bankrap di negara ini bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini," katanya pada program 'Memperkasa Informasi Generasi Muda' anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dan Jabatan Perdana Menteri, di sini, Ahad.

    Nancy berkata bagi belia berumur 25 hingga 34 tahun pula, sebanyak 2,491 individu diisytihar bankrap bagi tempoh Januari hingga Jun ini manakala belia berumur 35 tahun hingga 44 tahun pula adalah 4,121 individu.

    Beliau berkata kebanyakan punca individu berkenaan mengalami bankrap adalah disebabkan kegagalan membayar balik pinjaman kenderaan, pinjaman peribadi dan bayaran kad kredit.

    Nancy berkata kerajaan menerusi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) ada menganjurkan program kepada masyarakat khususnya belia untuk menguruskan wang dengan bijak sekali gus mendidik mereka menangani bankrap.

    Sehubungan itu, beliau berkata mana-mana individu mahupun belia disaran supaya mendapatkan nasihat agensi berkenaan ataupun bantuan awal sekiranya diisytihar bankrap.

    "Berdasarkan maklum balas penganjuran beberapa program sebelum ini, kita dapati kebanyakan belia tidak mempunyai kesedaran tentang perkhidmatan dan bantuan oleh kerajaan sehingga menyebabkan mereka bankrap pada usia muda.

    "Perkara ini tidak akan berlaku sekiranya mereka tampil ke AKPK atau MdI dan dengan mengambil tindakan awal, mereka juga sekurang-kurangnya tidak mengalami masalah dihalang ketika hendak ke luar negara," katanya.

    Sementara itu, mengenai penganjuran program 'Memperkasa Informasi Generasi Muda' tersebut, Nancy berkata ia amat wajar dalam menyalurkan maklumat usaha dan kemudahan yang disediakan kerajaan dengan tepat kepada belia.

    Menurutnya, ilmu yang diperoleh daripada program itu dapat menangkis penyebaran maklumat tidak sahih yang diperoleh masyarakat lebih-lebih lagi pada zaman penggunaan media sosial yang semakin meluas ketika ini. - Bernama

    Sumber HD - 19-10-2014

    Military personnel take part in exercise defending SG and Malaysia

    AsiaOne | .

    SINGAPORE - 4000 personnel, one submarine, 15 ships and 58 aircraft from five countries are currently taking part in Exercise Bersama Lima 2014, which is hosted by Singapore.

    This year's edition of the exercise comprised a joint operation for the defence of Malaysia and Singapore in a simulated "multi-threat" environment.

    Three dive teams, four Ground-Based Air Defence units and various support elements from Australia, Malaysia, New Zealand, Singapore and the United Kingdom are also involved in the multilateral exercise from Oct 7 to 21.

    Permanent Secretary for Defence Mr Chan Yeng Kit and senior officials from the Five Power Defence Arrangements (FPDA) member-nations visited the Multinational Operations and Exercise Centre and Regional Humanitarian Assistance and Disaster Relief Crisis Centre in Changi Naval Base, where they were briefed on the exercise.

    Read the full story here

    Sumber HD - 16-10-2014







































































































































































    AKPK inks MOU with AIM to increase financial literacy

    AKPK | .


    Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), a wholly owned subsidiary of Bank Negara Malaysia, has signed a memorandum of understanding with AmanahIkhtiar Malaysia (AIM) in their joint efforts to enhance financial literacy levels of ‘Sahabat’ of AIM.


    The signing ceremony which took place recently, was witnessed by AKPK’s Chairman, Y. Bhg Dato' Mohd Hanif Sher Mohamed, En. Aizul Fidy Kamarudin from the Board of Directors of AIM and Ms Vinitha Gupthan, Dean of the Business Faculty, Taylor’s University.

    This MOU aims to increase the income generating capability of the ‘Sahabat’ of AIM by building their financial skills and confidence as micro entrepreneurs. Additionally, this MOU serves to monitor the cash flow of the participants before and after enrolling into the programme.

    In addition to this, AKPK and AIM as well as students from Taylor’s University are embarking on a CSR effort to ensure the participants of this programme are able to maintain and generate more income to sustain their livelihood. AKPK looks forward to increase the awareness of the importance of prudent financial management with the aimof creating a financially savvy Malaysian society.

    Sumber HD - 15-10-2014

    Kerajaan halang Ulil Abshar masuk Malaysia

    HARAKAHDAILY | .


    KUALA LUMPUR: Kerajaan mengambil tindakan tegas menghalang tokoh liberal Indonesia, Dr Ulil Abshar Abdalla memasuki negara ini, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

    Ini kerana dikhuatiri kehadirannya pada diskusi meja bulat 'Tantangan Fundamentalisme Agama di Abad Ini' pada 18 Oktober ini memesongkan akidah umat Islam.

    Memetik laporan Berita Harian online, Zahid berkata, arahan sudah dikeluarkan kepada Jabatan Imigresen untuk memantau seterusnya menghalang kehadiran tokoh liberal melampau itu pada program berkenaan.

    Beliau menyatakan demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Penutup Seminar Keselamatan dan Ketenteraman Awam (Sekam) di Kuching, semalam.

    Sebelum ini, Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) membantah keras kehadiran Ulil Absar sebagai 'tetamu utama' diskusi meja bulat itu anjuran oleh Islamic Renaissance Front dan Global Movement of Moderates Foundation.

    Setiausaha Agung PUM, Dr Mohd Roslan Mohd Nor berkata Ulil terlalu banyak mempersoalkan nas-nas agama yang bersifat qat'i dan dengan sendirinya merendah-rendahkan hal ehwal agama Islam.

    "Perkara ini sinonim dengan organisasi beliau iaitu Jaringan Islam Liberal (JIL) di mana fahaman ini telah diharamkan di Indonesia dan juga negara kita Malaysia," ujarnya dalam satu kenyataan. - HARAKAHDAILY 12/10/2014

    Sumber HD - 12-10-2014







































































































































































    AKPK appoints new Chief Executive Officer

    AKPK | .

    Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), a wholly owned subsidiary of Bank Negara Malaysia, wishes to announce the appointment of Encik Azaddin Ngah Tasir as its Chief Executive Officer, effective 1 October 2014.

    Encik Azaddin began his banking career in 1985. He has 27 years of valuable knowledge and experience in the financial industry, in particular, in the area of consumer banking. Prior to his appointment at AKPK, Encik Azaddin was the Senior Vice President / Head Community Business Department of Bank Simpanan Nasional. He was also instrumental in the setting up of the Ejen Bank Berdaftar initiative by Bank Simpanan Nasional which provides basic banking services to the underserved consumers.

    AKPK is confident that Encik Azaddin will be able to steer the organisation to greater heights in delivering financial education, credit advisory and debt management services to the Malaysian consumers.

    Sumber HD - 4-10-2014

    Malaysia's fuel subsidy cuts anger many

    Channel NewsAsia | .


    The Malaysian government slashed its subsidies for RON95 petrol and diesel at the start of Thursday (Oct 2). The fuel price hike took many Malaysians by surprise. But the government said the move is in line with Malaysia's long-term plans to balance its budget.

    At the stroke of midnight, prices of the widely-used RON95 petrol and diesel were pushed up by 6 US cents per litre, the result of the first slash to government fuel subsidies in more than a year.

    The hike angered many Malaysians - not least because they were given mere hours' notice.

    Read the full story here

    Sumber HD - 3-10-2014







































































































































































    Minyak naik: Rakyat luah perasaan di media sosial

    SALMIYAH HARUN | .
    KUALA LUMPUR: Sebaik pengumuman kenaikan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen oleh kerajaan yang berkuatkuasa tengah malam tadi, pelbagai reaksi ditunjukkan oleh rakyat negara ini.

    Masing-masing menggunakan medium media sosial untuk memberi respons terhadap kenaikan petrol dan diesel itu.

    Di dalan laman Facebook, rata-rata penggunanya berlumba-lumba memuat naik status sebaik sahaja mengetahui kenaikan harga petrol.

    Majoriti mereka menyatakan tidak puas hati dan lebih daripada itu menghentam tindakan kerajaan yang semakin menekan rakyat.

    Tidak kurang juga ada yang memberi respons menyindir kerajaan dengan memuat naik status "terima kasih kerajaan", 'Nasib baik 20 sen bukannya 20 ringgit', "Syukur harga kangkung tak naik" dan bermacam-macam lagi.

    Fadhil Saari; " kenaikan harga minyak hadiah malam ini"

    Zaleha Said; Yeayy...BN menang rakyat senang. Naik jangan tak naik"

    D' Mas Saima; "Naik 20 sen jah...kita patut bangga jadi rakyat kepada BN. Naik lagi lah..."

    Abdul Latif; "Hadiah hari raya korban...rakyat terkorban. Terima Kasih BN".

    Bukan sahaja status tidak puas hati bahkan gambar-gambar pimpinan kerajaan terutama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta isterinya dengan pelbagai caption bernada gurauan senda telah menjadi viral di facebook dan juga whatsApp.

    Malahan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) turut terkena tempias apabila akronim BR1M diterjemahkan kepada 'Beratur Ramai-ramai Isi Minyak'.

    Ramai juga yang menyifatkan kenaikan harga petrol ini sebagai 'Tragedi Oktober' yang dikaitkan dengan sebuah lagu oleh kumpulan rock yang terkenal suatu ketika dahulu, sambil menggunakan gambar artis berkenaan.

    Pada malam tadi juga ramai yang turut mengongsi Pantun Seloka Minyak Naik 20 sen saja, antaranya yang berbunyi ..."minyak naik 20 sen saja, tapi rakyat hidup menderita,nak jimatkan duit di mana, kalau barang semuanya naik belaka.
    "minyak naik 20 sen saja,tapi kerajaan jangan lupa, elaun menteri kena potong juga, barulah adil sama-sama"

    Namun, bagi mereka yang memberi komen menyokong tindakan kerajaan itu pula menerima kutukan di kalangan pengguna Facebook, apabila menyifatkan kenaikan 20 sen itu ibarat empat biji gula-gula atau dua batang aiskrim poli pong.
    "20 sen pun hendak berkira. 20 sen pun beban ke?" muat naik salah seorang pengguna facebook.

    Ekoran status itu beliau menerima kecaman hebat malah ada yang menyifatkan beliau masih tidak faham kesan kenaikan harga petrol walaupun nilainya 20 sen.

    Statusnya telah menjadi viral di Facebook dan menerima lebih 400 komen dalam masa hampir satu jam. - HARAKAHDAILY 2/10/2014

    Sumber HD - 2-10-2014

    Stesen minyak di Lembah Klang sesak luar biasa

    HARAKAHDAILY | .

    KUALA LUMPUR: Kesesakan luar biasa berlaku di stesen minyak di Lembah Klang berikutan pengumuman kenaikan harga petrol dan diesel mulai tengah malam ini.

    Pengumuman kenaikan harga itu dibuat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan hari ini berikutan pengurangan subsidi petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter, berkuat kuasa 12.01 pagi, 2 Okt 2014.

    Sehubungan itu harga runcit baharu bagi petrol RON95 ialah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter.

    Harga pasaran bagi petrol RON95 pada masa ini ialah RM2.58 seliter dan harga diesel RM2.52 seliter.

    Tinjauan Bernama di beberapa stesen minyak Petronas, Shell, Petron dan Caltex di sini mendapati orang ramai berpusu-pusu dan beratur panjang sejak pukul 8.30 malam. (Foto atas dipetik dari blog Omak Kau)

    Kebanyakan pengguna menerima realiti kenaikan harga bahan api itu namun berharap kerajaan mengumumkan lebih awal agar senario kesesakan setiap kali berlaku kenaikan harga minyak tidak berulang.

    Seorang kakitangan kerajaan, Hasbullah Ahmad, 25, berkata beliau segera ke stesen minyak sebaik mendengar pengumuman kenaikan harga itu.

    "Jadi bila dapat tahu saya terus keluar isi minyak dan terpaksa menunggu giliran kira-kira 20 minit, itupun saya bernasib baik kerana sampai (ke stesen minyak) lebih awal," katanya kepada Bernama.

    Pensyarah sebuah kolej swasta, Noraisha Abdul Razak, 23, berkata beliau terkejut dengan pengumuman itu kerana tidak mendengar ura-ura kenaikan harga minyak sebelum ini.

    "Saya hanya mengetahui kenaikan ini setelah melihat suasana sesak dan banyak kenderaan mengerumuni stesen minyak," katanya.

    Juruteknik, Amirul Haslam, 22, pula meluahkan kebimbangan kenaikan harga bahan api itu akan menyebabkan harga keperluan asas turut meningkat sekali gus menjejaskan kos sara hidup.

    "Selalunya kalau harga minyak naik, harga barang lain pun naik, ia akan bebankan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah," katanya.

    Peniaga kuih, K.Selvi, 50, pula berkata beliau juga risau kenaikan harga minyak itu turut memberi kesan kepada perniagaanya.

    "Harap kerajaan beri insentif untuk bantu kenaikan kos ini," katanya.

    Seorang pegawai bank, David Lim, 30, pula berharap tiada kenaikan lagi akan berlaku dalam masa terdekat.

    "Kita terpaksa menerima kenaikan itu tetapi berharap kerajaan mengambil inisiatif untuk meningkatkan lagi ekonomi bagi memastikan pemberian subsidi dapat dikekalkan kepada rakyat," katanya. - Bernama

    Sumber HD - 1-10-2014

    Mahathir tegur kerajaan naikkan harga petrol, diesel

    MUHAMMAD FAIZAL | .


    KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad menegur tindakan kerajaan yang menaikkan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter.

    Beliau yang menegur melalui laman twitter menyatakan kerajaan seharusnya menghentikan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan bukannya mengurangkan subsidi secara mendadak.

    "Hentikan BRIM bukan kurangkan subsidi Petrol dan Diesel secara mendadak untuk tampung perbelanjaan negara," tulis beliau melalui twitter Mahathir Mohamad@Suara_generasi malam ini.

    Tambahnya, keputusan kerajaan menaikkan harga petrol dan diesel itu mengakibatkan kos sara hidup meningkat dan membebankan rakyat.

    "Kenaikan harga petrol dan diesel secara mendadak menyumbang kepada peningkatan kos sara hidup dan harga barang serta membebankan rakyat," ujar beliau lagi.

    Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini mengumumkan subsidi petrol RON95 dan diesel dikurangkan sebanyak 20 sen seliter, berkuat kuasa 12.01 pagi, 2 Oktober 2014.

    Berikutan itu harga runcit baharu bagi petrol RON95 ialah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter.

    Harga pasaran bagi petrol RON95 pada masa ini ialah RM2.58 seliter dan harga diesel RM2.52 seliter. - HARAKAHDAILY 1/10/2014

    Sumber HD - 1-10-2014







































































































































































    Petrol RON95, diesel naik 20 sen seliter

    BERNAMA | .
    KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini mengumumkan subsidi petrol RON95 dan diesel dikurangkan sebanyak 20 sen seliter, berkuat kuasa 12.01 pagi, 2 Oktober 2014.

    Berikutan itu harga runcit baharu bagi Petrol RON95 ialah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter.

    Harga pasaran bagi petrol RON95 pada masa ini ialah RM2.58 seliter dan harga diesel RM2.52 seliter.

    KPDNKK dalam kenyataannya hari ini menyatakan walaupun kadar subsidi dikurangkan, kerajaan masih perlu membelanjakan lebih RM21 bilion untuk subsidi petrol RON95, diesel dan LPG bagi tahun 2014.

    Langkah ini juga adalah selaras dengan dasar rasionalisasi subsidi kerajaan dalam memastikan kedudukan kewangan negara terus kukuh.

    Kerajaan juga dijangka dapat mengurangkan ketirisan dan aktiviti penyeludupan oleh golongan tidak bertanggungjawab. - Bernama

    Sumber HD - 1-10-2014 

    Cermin Gelap: Peraturan baru mulai 1 Nov

    HARAKAHDAILY | .

    KUALA LUMPUR: Peraturan baharu bagi penggunaan cermin gelap kenderaan akan mula dikuatkuasakan pada 1 November ini.

    Peraturan baru ini mensyaratkan kadar ketelusan cahaya bagi cermin hadapan sebanyak 70 peratus; sisi pemandu (50 peratus) dan masing-masing 30 peratus untuk sisi penumpang belakang dan bahagian belakang.

    Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, peraturan baru tersebut adalah mengikut piawaian antarabangsa.

    Menurut beliau, kesemua rakyat Malaysia tertakluk kepada peraturan baharu tersebut kecuali beberapa pihak yang diberi pengecualian atas alasan kukuh.

    "Pengecualian diberikan kepada Yang diPertuan Agong, Perdana Menteri dan Timbalannya, Ketua Menteri, Menteri Besar, Ketua Hakim dan Menteri.

    "Begitu juga dengan jabatan berisiko tinggi seperti Polis DiRaja Malaysia dan Kastam DiRaja Malaysia yang melakukan operasi berbahaya," katanya.

    - HARAKAHDAILY 29/9/2014

    Sumber HD - 29-9-2014









































































































































































    JPA nafi berita kenaikan gaji kakitangan awam

    HARAKAHDAILY | .

    KUALA LUMPUR: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini menafikan penyebaran berita mengenai kenaikan gaji dan elaun kakitangan awam yang tersebar luas melalui media sosial.

    Bernama melaporkan, JPA dalam kenyataan di sini memohon kerjasama semua pihak untuk tidak menyebarkan berita berkenaan sekiranya ada menerimanya.

    Berita yang tersebar itu menyatakan Perdana Menteri telah mengumumkan penjawat awam bakal menerima kenaikan gaji yang akan dilaksanakan pada 1 Januari 2015 dengan kadar kenaikan sebanyak RM500 untuk semua kakitangan sokongan dan RM1,000 untuk pegawai beserta pertambahan elaun risiko sebanyak RM300.

    Dikatakan juga bahawa kerajaan akan mewujudkan sistem Band to Band 7 jika keadaan mendesak apabila pelaksanaan GST yang bakal dilaksanakan bermula pada April 2015. - HARAKAHDAILY 25/9/2014

    Sumber HD - 25-9-2014

    It's official: US joins fight against Asia pirates

    CNBC | .

    The U.S. formally joined the main organization combating maritime piracy in south Asia on Tuesday, throwing its weight behind a multi-national effort to secure some of the world's busiest shipping lanes.

    As CNBC reported last week , piracy is mushrooming in the area of the Strait of Malacca and Singapore Strait, a shipping bottleneck that sees one-third of the world's annual commercial maritime traffic, making it the busiest waterway on earth.

    The U.S. becomes the 20th member of ReCAAP, a Singapore-based organization that's working against maritime crime in the region. Piracy there increasingly includes not just quick robberies but the theft of entire cargoes-especially fuel oil and other petroleum products, which pirates sometimes siphon off onto their own tankers.

    Read the full story here

    Sumber HD - 24-9-2014









































































































































































    Polis siasat soalan bocor hingga lubang cacing - Zahid

    BERNAMA | .


    TUMPAT: Kementerian Dalam Negeri memberi jaminan polis akan menyiasat isu kebocoran soalan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sehingga ke 'lubang cacing' dan mengheret mereka yang terbabit ke muka pengadilan.

    Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata isu kebocoran UPSR itu adalah membabitkan soal integriti dan polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak dalam soal berkenaan.

    "Saya bagi tahu kita tidak akan lindung mana-mana pegawai kanan atau guru besar atau guru atau mana-mana lagi yang terlibat dalam isu kebocoran kertas UPSR ini.

    "Kita tidak boleh berkompromi kerana ini soal integriti dan polis akan siasat sampai ke 'lubang cacing' untuk mengheret mereka yang bertanggungjawab," katanya selepas menghadiri kenduri kampung bersama masyarakat di Kampung Kajang Sebidang di sini, malam tadi.

    Sebelum ini soalan peperiksaan UPSR bagi mata pelajaran Sains 018, 028 dan 038 dan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatal dan ditangguhkan kerana berlaku kebocoran itu.

    Lembaga Peperiksaan Malaysia telah menetapkan 30 Sept sebagai tarikh baharu peperiksaan bagi kedua-dua mata pelajaran itu.

    Dua hari lepas polis menerima laporan mengenai kebocoran dua lagi kertas peperiksaan UPSR iaitu kertas Bahasa Tamil dan Matematik.

    Semalam Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Khair Mohamad Yusof berkata tarikh baharu bagi ujian Mathematics 015/1, 025/1, 035/1 dan Bahasa Tamil 036, 037 adalah pada 9 Okt setelah mengambil kira cuti umum Aidiladha dan aspek logistik seperti percetakan dan pengedaran.

    Mengulas perkara itu lagi Ahmad Zahid menyifatkan mereka yang terbabit dalam isu kebocoran itu sebagai `gunting dalam lipatan' dan `harapkan pagar, pagar makan padi' yang tidak boleh dimaafkan.

    "Ini kes jenayah kerana ini adalah pecah amanah dan polis akan lihat jika ada aspek kesalahan jenayah yang lain lagi," katanya.

    Sementara itu Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden Umno ketika mengulas isu politik di Selangor turut merakamkan penghargaan kepada bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang disifatkan banyak jasanya kepada rakyat negeri itu.

    "Kami (Umno) menghargai Tan Sri Khalid yang telah mentadbir Selangor dengan baik selama enam tahun," katanya.

    "Saya fikir ini bukan sekarang dan kami mengalu-alukan Tan Sri Abdul Khalid sebagai ahli Parlimen Bebas dan berharap ia mesra kepada Barisan Nasional," katanya, katanya ketika menyentuh sama ada Abdul Khalid akan dipelawa menyertai Umno.

    Semalam adalah hari terakhir buat Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor yang akan diambil alih Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Mohamed Azmin Ali.

    Majlis mengangkat sumpah menteri besar Selangor yang baharu itu akan diadakan di Istana Alam Shah, Klang pagi ini. - Bernama

    Sumber HD - 23-9-2014

    Bocor: Matematik, Bahasa Tamil batal, peperiksaan 9 Okt

    BERNAMA | .


    PUTRAJAYA: Kertas ujian Mathematics 015/1 (Sekolah Kebangsaan), 025/1 (Sekolah Jenis Kebangsaan Cina), 035/1 (Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil) dan Bahasa Tamil 036, 037 bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang berlangsung pada 10 Sept dibatalkan setelah disahkan bocor.

    Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Khair Mohamad Yusof berkata tarikh baharu bagi ujian Mathematics 015/1, 025/1, 035/1 dan Bahasa Tamil 036, 037 adalah pada 9 Okt setelah mengambil kira cuti umum Aidiladha dan aspek logistik (percetakan dan pengedaran).

    "Peperiksaan ini dilaksanakan semula bagi memastikan pengendalian peperiksaan awam mematuhi Prosedur Operasi Standard yang telah ditetapkan di samping menjamin integriti dan kredibiliti keputusan UPSR tersebut," katanya dalam sidang media di sini Isnin.

    Katanya sebagai langkah serta merta, beliau sedang mengambil tindakan untuk membuat pertukaran pegawai-pegawai di Lembaga Peperiksaan bagi memantapkan lagi pengurusan dan pengendalian peperiksaan awam.

    Beliau berkata semua aspek keselamatan dalam pengurusan dan pengendalian kertas peperiksaan dari peringkat Lembaga Peperiksaan sehingga ke pusat peperiksaan diperketatkan.

    Dr Khair berkata beliau telah mengambil alih pengawasan seluruh proses pengendalian peperiksaan awam yang dilaksanakan oleh Lembaga Peperiksaan sejak insiden kebocoran pertama dilaporkan pada 12 Sept.

    "Saya amat memahami perasaan, keresahan dan kesulitan yang dihadapi oleh semua. Selaku Ketua Pengarah Pelajaran, saya memohon maaf kepada murid-murid, ibu bapa, guru-guru dan semua yang terlibat ekoran insiden ini.

    "Saya telahpun mengarahkan semua guru besar dan guru untuk mengenal pasti dan memberi khidmat kaunseling kepada murid-murid yang memerlukan. Saya memberi jaminan dan komitmen bahawa insiden kebocoran kertas-kertas peperiksaan awam tidak akan berulang," katanya.

    Apabila ditanya sama ada terdapat kertas UPSR lain yang didapati bocor, Dr Khair berkata Kementerian Pendidikan yakin ia tidak berlaku.

    "Sehingga semalam, inilah kertas-kertas yang berlaku kebocoran (Sains, Bahasa Inggeris, Matematik dan Bahasa Tamil)," katanya. - Bernama

    Sumber HD - 22-9-2014







































































































































































    Bantah pembinaan janakuasa nuklear di Malaysia

    ANISA MALEK | .
    PADA tahun ini, kerajaan BN akan memilih lokasi bagi membina janakuasa nuklear. Seluruh rakyat perlu membantah usaha ini kerana akibatnya kepada negara kita amat buruk sekali. Penggunaan tenaga nuklear ada banyak keburukan, termasuklah:

    1. Radiasi, yang mengakibatkan kanser, mencemarkan air, tanah dan udara
    2. Bahan buangan radioaktif mengancam nyawa manusia dan akibat radiasinya adalah ribuan tahun.
    3. Jika berlaku kecuaian @ kemalangan di janakuasa nuklear, sekalipun kemalangan kecil, akibatnya amat dahsyat.
    4. Eutrofikasi menyebabkan akibat buruk pada hidupan air

    Pandangan yang mengatakan kononnya tenaga nuklear adalah tenaga yang boleh diperbaharui adalah pandangan yang amat tidak benar. Sepertimana tenaga bahan api fosil, tenaga nuklear juga bergantung pada bahan yang terhad bekalannya, iaitu uranium.

    Apabila uranium habis, maka kita tidak dapat menjana tenaga nuklear. Jadi, apa bezanya uranium dengan petroleum? Tiada bezanya kerana kedua-duanya adalah bahan yang akan habis suatu hari nanti. Jangan biarkan diri kita terkeliru dengan pandangan bahwa tenaga nuklear adalah tenaga yang boleh diperbaharui (renewable). Hakikatnya, tenaga nuklear adalah tenaga tidak boleh diperbaharui (non-renewable).

    Pihak kerajaan sering mengatakan bahwa projek tenaga nuklear akan mendatangkan kebaikan ekonomi kepada negara. Banyak sangatkah wang ringgit yang akan negara peroleh susulan projek tenaga nuklear? Hakikatnya adalah sebesar manapun duit yang kita dapat, ia tak berbaloi dengan akibat yang akan ditanggung, lebih-lebih lagi jika berlaku kecuaian dan kemalangan di janakuasa nuklear.

    Kerajaan BN mempunyai rekod buruk dari segi penjagaan alam sekitar, yang bukan hanya dikaitkan dengan penguatkuasaan tidak berkesan, malah rasuah dan salahguna kuasa, contohnya:
    1. Pencemaran sungai yang teruk – Terdapat banyak sungai mati dan sungai tercemar di Malaysia.
    2. Pencemaran udara – Pembakaran terbuka berlaku secara berleluasa tanpa tindakan berkesan. Jerebu di Malaysia bukan hanya berpunca daripada pembakaran di Indonesia tapi juga pembakaran hutan dan pembakaran terbuka peringkat tempatan.
    3. Pembalakan haram

    Dengan rekod yang buruk dari segi penjagaan alam sekitar (dan juga rekod buruk aspek penyenggaraan dan pentadbiran secara am), adakah kita yakin apabila kerajaan berkata bahawa bahan buangan radioaktif akan dibuang dengan selamat dan kecuaian atau kemalangan takkan berlaku di janakuasa nuklear? Dah tentu tidak. Tak yakin sama sekali.

    Jadi, marilah kita sama-sama membantah usaha mewujudkan industri tenaga nuklear di negara tercinta ini. Ini bukan hanya tentang masa depan kita, tapi juga anak cucu kita. Selain tenaga nuklear banyak pilihan lain boleh digunakan, termasuklah tenaga suria, angin, geotermal, ombak dan hidroelektrik. Kita sebagai negara di khatulistiwa dan dikelilingi laut/sumber air mampu memanfaatkan kesemua alternative itu. – HARAKAHDAILY 22/9/2014

    Sumber HD - 22-9-2014

    'Modern slavery' in Malaysia electronics factories: study

    The Standard - HK | .


    Nearly one-third of the 350,000 workers in Malaysia's electronics manufacturing sector -- a major supplier for leading global brands -- suffer labor conditions akin to "modern slavery'', a report released Wednesday said.


    The study by US-based fair-labor organization Verite said at least 28 percent of workers toiling in Malaysian electronics factories -- particularly foreign migrants from impoverished nearby countries -- were stuck in a spiral of indentured servitude, unable to pay off excessive recruitment fees.


    Verite said the study was commissioned by the US government, which bans the import of goods made with forced labor.

    Read the full story here

    Sumber HD - 17-9-2014







































































































































































    Senarai kadar kompaun saman PDRM, JPJ, DBKL

    http://www.queachmad.com | .
    [TERKINI] Senarai Kadar Kompaun Saman PDRM, JPJ, DBKL | Info Semasa | Pihak Kerajaan telah menyeragam dan menyelaras sistem pembayaran saman oleh PDRM, JPJ dan DBKL berdasarkan prinsip ‘The More You Delay’, ‘The More You Pay.
    Mekanisme penyeragaman kompaun ini adalah seperti berikut dan berkuatkuasa mulai 1 Julai 2013.
    baca lagi klik TAJUK ENTRI ni

    * Informasi ini adalah untuk rujukan sahaja, sekiranya inginkan maklumat lengkap sila rujuk buku undang-undang.
    Berikut adalah kadar kompaun bagi setiap kesalahan. Kadar kompaun ini adalah harga asal dan akan meningkat jika lewat bayar.
    • Tidak memakai topi keledar – RM100
    • Memotong barisan secara berbahaya – RM150
    • Memandu di lorong kecemasan – RM150
    • Kesalahan lampu merah – RM150
    • Halangan lalulintas – RM150
    • Membuat pusingan U di tempat yang tidak dibenarkan – RM150
    • Lampu isyarat kenderaan kenderaan tidak berfungsi – RM100
    • Larangan meletak kenderaan – RM150
    • Larangan memotong di jalan raya – RM150
    • Melebihi had laju (melebihi 40 km/j dari had laju) – RM300
    • Melebihi had laju (kurang 40 km/j dari had laju) – RM150
    • Tidak memakai tali pinggang keledar – RM150
    • Tiada lesen kenderaan/motor – RM150
    • Memandu sambil menggunakan alat komunikasi – RM150
    • Tidak pamer “P” Depan/Belakang – RM70
    Tidak mahu disaman? Patuhi undang-undang jalan raya.

    Sumber HD - 12-9-2014

    Soalan Bocor: Pengarah Lembaga Peperiksaan digantung tugas

    M SANTHIRAN | .


    VIENTIANE: Pengarah Lembaga Peperiksaan Dr Na'imah Ishak digantung tugas berkuat kuasa serta-merta sehingga siasatan mengenai kebocoran kertas-kertas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 selesai, umum Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

    Turut digantung tugas Timbalan Pengarah Operasi badan itu, Dr Wan Ilias Wan Salleh.

    Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan) Datuk Misrah Ibrahim akan menjalankan tugas dan tanggungjawab pengarah Lembaga Peperiksaan dalam tempoh itu.

    "Kementerian mesti ambil tindakan segera dan tegas kerana insiden seperti ini sudah pasti akan membangkitkan persoalan mengenai integriti Lembaga Peperiksaan dan keseluruhan sistem peperiksaan awam negara kita," tegas beliau.

    Muhyiddin bercakap pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Pendidikan Asean Kelapan di sini Jumaat.

    Timbalan Perdana Menteri berkata keputusan penggantungan tugas dibuat kerana mereka perlu bertanggungjawab dalam perkara ini, dan menurutnya kementerian tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak atas kebocoran soalan itu.

    Susulan itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan sementara kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 terpaksa ditangguhkan. Peperiksaan bagi kedua-dua kertas itu akan diadakan pada tarikh baharu 30 Sept.

    Muhyiddin berkata siasatan rapi dan menyeluruh berhubung kebocoran kandungan kertas peperiksaan itu telah dimulakan dan sesiapa yang bertanggungjawab pasti dibawa ke muka pengadilan.

    Ketika ditanya berapa lama tempoh penggantungan tersebut, Muhyiddin berkata ia bergantung kepada pihak-pihak berkaitan menyempurnakan siasatan masing-masing.

    Timbalan Perdana Menteri berkata beliau faham perasaan marah masih membara dalam kalangan ibu bapa dan rakyat dengan apa yang berlaku dan kementerian perlu bertindak segera.

    Muhyiddin menyifatkan mereka yang melakukan perkara itu sebagai tidak beramanah dan pengkhianat.

    Mengulas lanjut tentang penggantungan itu, beliau berpendapat pengarah perlu menanggung risikonya kerana kebocoran itu bukan perkara kecil.

    Insiden seumpama itu, katanya, boleh menjejaskan nilai sijil peperiksaan dan pihak kementerian tidak boleh berkompromi dalam soal itu.

    Muhyiddin juga berkata individu yang melakukannya tidak memikirkan kesan perbuatan keji mereka yang menjurus kepada hampir setengah juta murid terpaksa menduduki peperiksaan bagi dua kertas itu pada 30 Sept. - Bernama



    Sumber HD - 12-9-2014







































































































































































    Kementerian nafi khabar angin UPSR 2014 dibatalkan

    BERNAMA | .
    KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan hari ini menafikan khabar angin yang disebar melalui laman sosial media kononnya Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 dibatalkan ekoran kebocoran beberapa kertas soalan peperiksaan itu.

    Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh melalui laman Twitternya menasihatkan masyarakat agar mendapatkan maklumat yang sah mengenai isu itu daripada laman web rasmi Kementerian Pendidikan.

    "Lembaga Peperiksaan menafikan berita yang tersebar bahawa UPSR 2014 dibatalkan.

    "Untuk mendapat maklumat sebenar/semasa (mengenai isu UPSR 2014), sila layari website Lembaga Peperiksaan moe.gov.my/lp," katanya.

    Lembaga Peperiksaan hari ini mengumumkan 30 Sept ini sebagai tarikh baharu bagi peperiksaan kertas Bahasa Inggeris 1 dan 2 dan kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 selepas kedua-dua kertas soalan didapati berlaku kebocoran. - Bernama

    Sumber HD - 11-9-2014

    UPSR: Kertas Bahasa Inggeris 1 dan 2 juga bocor

    BERNAMA | .


    PUTRAJAYA: Kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 (Kertas 1 dan 2) bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) didapati turut bocor dan murid perlu mendudukinya semula pada tarikh yang akan ditetapkan kelak.

    Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh berkata perkara itu disahkan pada 11 pagi tadi selepas kementerian menerima maklumat malam tadi yang disebarkan melalui media sosial.

    Beliau berkata kementerian memohon maaf atas insiden kedua itu selepas soalan mata pelajaran Sains 018, 028 dan 038 yang dijadualkan hari ini bocor dan terpaksa ditangguhkan ke 30 Sept.

    “Kita akan pastikan mereka yang bertanggungjawab diambil tindakan yang sekeras-kerasnya kerana kita melihat integriti telah dipersoalkan dan perkara ini tidak sepatutnya berlaku.

    “Saya sekali lagi merakamkan rasa dukacita tentang apa yang berlaku dan memohon maaf kepada ibu bapa yang terpaksa menanggung kesusahan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis menandatangani perjanjian dan pelaksanaan Program Latihan Berteraskan Continuous Professional Development (CDP) di sini hari ini.
    Idris berkata satu jawatankuasa bebas akan dibentuk dalam masa terdekat bagi menyiasat insiden tersebut yang disifatkannya telah mencemarkan kredibititi dan integriti kementerian itu.

    "Ianya (set kertas peperiksaan) merupakan soalan yang lengkap. Jadi kita akan tubuhkan satu jawatankuasa bebas dan berprofil tinggi dengan mengambil kira keseriusan dan untuk melihat apa yang telah berlaku sebenarnya.

    "Jawatankusa ini bukan sahaja untuk menghukum mereka yang terlibat tetapi juga memastikan perkara ini tidak berulang selain memberi pandangan kepada kementerian apakah langkah-langkah yang perlu diambil,” katanya.

    Beliau berkata panel jawatankuasa itu akan dilantik berdasarkan mereka yang memahami aspek keselamatan tinggi seiring dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat.

    “Kita akan pastikan jawatankuasa ini berterusan dan akan terus memberikan cadangan-cadangan kepada kementerian apakah langkah, tindakan, tahap keselamatan yang perlu dibuat dari semasa ke semasa supaya kita dapat mengatasi isu-isu perkembangan teknologi yang digunakan oleh mereka-mereka yang ada akses kepada teknologi atau menyalahgunakan kuasa,” katanya.

    Mengenai tarikh untuk menduduki semula kertas itu, Idris berkata kementerian sedang meneliti sama ada ia boleh diadakan pada 30 Sept bersama peperiksaan kertas Sains atau pada tarikh lain.

    Beliau berkata tarikh baharu adalah perlu dengan mengambil kira pelbagai aspek antaranya isu logistik dan teknikal termasuk soal keselamatan soalan dan integriti kerana ia melibatkan 473,175 murid, 8,299 pusat peperiksaan, 51,438 petugas peperiksaan dan 382 bilik kebal.

    Idris berkata kementerian akan memastikan tidak berlaku lagi soalan peperiksaan bocor.

    Katanya hasrat kerajaan memperkenalkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) adalah untuk mengurangkan fokus kepada peperiksaan dan mengelakkan insiden sebegini berlaku.

    Mengenai program CPD, beliau berkata program itu diadakan dengan kerjasama strategik bersama institusi pengajian tinggi tempatan dalam menawarkan program latihan yang memberi manfaat kepada pegawai menerusi pengiktirafan berbentuk peningkatan kelayakan akademik iaitu di peringkat sarjana dan diploma kepada warga kementerian tersebut. - Bernama

    Sumber HD - 11-9-2014









































































































































































    Kertas Sains bocor disiasat bawah OSA

    HARAKAHDAILY | .
    KUALA LUMPUR: Kebocoran kertas soalan Sains bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah disiasat di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.

    The Malaysian Insider yang memetik Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa berkata, polis telah memulakan siasatan tersebut.

    "Polis sedang menyiasat kes itu mengikut Seksyen 8 (1) (e) OSA. Tiada tangkapan dibuat setakat ini," katanya.

    Difahamkan, siasatan dibuat susulan laporan difailkan oleh Pengarah Lembaga Peperiksaan, Dr. Na'imah Ishak di Ibu Pejabat Polis Putrajaya pada petang semalam.

    Ujian bagi kertas Sains yang sepatutnya diduduki hari ini ditangguhkan kepada 30 September depan ekoran mendapati soalan bagi kertas itu bocor.

    Siasatan awal Lembaga Peperiksaan mendapati soalan bagi kertas peperiksaan mata pelajaran itu telah tersebar menerusi media sosial.

    - HARAKAHDAILY 11/9/2014

    Sumber HD - 11-9-2014

    Penjelasan sebab hantar pulang pelajar dari Moscow

    BERNAMA | .

    KUALA LUMPUR: Pegawai kedutaan Malaysia di Moscow telah cuba mendapatkan akses kepada pelajar Malaysia yang tidak dibenarkan masuk ke negara itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Domodevo tetapi tidak diberi kebenaran sehingga pelajar berkenaan dihantar pulang.

    Wisma Putra dalam kenyataan malam tadi, berkata pihak berkuasa Rusia tidak menyatakan sebab-sebab tidak membenarkan M. Murugan Pillai memasuki negara itu dan penghantaran pulang itu tertangguh kerana tiada tempat duduk untuk penerbangan pulang ke Malaysia.

    Ia berkata pelajar di National Research Medical University di Rusia yang tidak dibenarkan memasuki negara itu pada 2 Sept, ditahan di lapangan terbang tersebut dan seterusnya dihantar pulang pada Ahad lepas.

    Dia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Isnin lepas.

    Wisma Putra berkata kedutaan tidak dimaklumkan secara rasmi mengenai perkara ini tetapi sebaik sahaja menerima berita itu, pihak kedutaan cuba menghubunginya di lapangan terbang tersebut.

    "Oleh kerana dia tidak didakwa, pegawai dari Kedutaan Malaysia tidak dapat berhubung dengannya tetapi dapat menghubungi pihak berkuasa Rusia," kata kementerian itu.

    Ia berkata para pegawai kedutaan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Rusia untuk memastikan bahawa hak pelajar itu dijaga dan dilindungi.

    "Malah, makanan dihidangkan tiga kali sehari semasa dia menunggu untuk menaiki penerbangan seterusnya pulang ke Malaysia," katanya.

    Kenyataan itu menyebut Jabatan Kawalan Sempadan Rusia mengeluarkan arahan kepada Murugan yang menyebut bahawa "menurut Bahagian 8 Perkara 26 Undang-undang Persekutuan bertarikh 15 Ogos 1996 No.114 - FZ, dia tidak dibenarkan memasuki Persekutuan Rusia sehingga 02.07.2016."

    "Ia merupakan amalan antarabangsa bahawa setiap negara mempunyai hak untuk tidak membenarkan sesiapa memasuki wilayahnya," tambah kenyataan itu.

    Murugan mendakwa bahawa walaupun beberapa kali cuba mendapatkan bantuan daripada Kedutaan Malaysia di Moscow, tiada bantuan diterima sejak hari dia ditahan pada 2 Sept.

    Dia juga mendakwa diberi makan hanya satu hidangan sehari. - Bernama

    Sumber HD - 11-9-2014









































































































































































    Muzikal Istana Budaya memalukan sambut merdeka

    RAYUSA | .

    SELEPAS lama (dari awal tahun ini) tidak menonton sebarang pementasan di Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur, rupa-rupanya ada perkara menarik yang menjentik fikiran.

    Pada 20 Ogos lalu, saya berpeluang menonton Bahayanya Wanita di Panggung Sari, IB. Pementasan muzikal arahan Erma Fatima itu menampilkan Erra Fazira, Zizan Razak, Umie Aida, dan Nora Danish, sebagai pelakon utama serta Ziela Jalil, Raja Ema, Zulin Aziz, Neelofa, Rudy Imran, dan Che’ Kem, serta Artistana.

    Sebelum pementasan Bahayanya Wanita (sebenarnya kali kedua, dengan pertukaran beberapa pelakon - pementasan kali pertama pada 20 hingga 31 Disember tahun lalu), ditayangkan animasi mengenai beberapa etika yang perlu dipatuhi oleh penonton IB, termasuk cara berpakaian.

    Para penonton setiap pementasan di IB, sama ada di Panggung Sari atau Lambang Sari dilarang berpakaian selekeh atau mencolok mata seperti memakai seluar pendek, kemeja-T kolar bulat, serta baju dan kain ketat atau singkat paras lutut/paha. Saya fikir video peringatan itu mula ditayangkan pada tahun ini.

    Bagaimanapun, malang sekali kerana IB sendiri tidak mematuhi etika berpakaian yang ditetapkannya itu. Masih ada penonton wanita yang berpakaian mencolok mata, tetapi dibenarkan masuk menonton.

    Lebih malang ialah pementasan Bahayanya Wanita sendiri melanggar etika berpakaian IB. Adakah itu kerana mereka yang membuat persembahan di IB tidak tertakluk pada etika tersebut?

    Penampilan watak-watak wanita terutamanya Farhana yang dilakonkan oleh Nora memang melanggar etika. Hampir sepanjang pementasan, Farhana berpakaian seksi (ketat dan singkat).

    Begitu juga dengan Kamelia lakonan Erra, ibu Farhana (Raja Ema), dan janda-janda warga Indonesia di Kampung Janda Molek. Penampilan Suti (Erma) juga tidak menyenangkan walaupun berhijab (yang bukan sebenarnya pun).

    Bukan itu sahaja. Banyak babak dan dialog dalam Bahayanya Wanita yang berunsur lucah serta tidak melayakkanya dipentaskan di IB yang berslogan ‘Pentas Bertaraf Antarabangsa’. Boleh dikatakan IB sudah kian terpesong. Ia seperti menjatuhkan tarafnya sendiri!

    Wajarkah pementasan yang memaparkan babak-babak seperti watak lelaki menonggeng (Syed Maadon Al-Attas, lakonan Zizan) ke arah isteri keduanya, Kamelia; watak wanita berinteraksi dengan penonton lelaki bersama gerak tubuh yang menggoda (Suti), Syed Maadon bersama Farhana di atas katil sebelum berasmara, Syed Maadon menari dan menyanyi dengan gaya erotik bersama isteri-isterinya, Syed Maadon duduk di atas tubuh Suti serta memeluk dan menumbangkan Sharifah Fatimah Maruka (Umie), Kamelia dan Farhana; wanita Siam (Neelofa) mengeronyok Syed Maadon dalam babak terakhir?

    Antara dialog yang mempunyai dua makna atau lucah pula termasuklah “pam” (disebut oleh Syed Maadon) dan beberapa lagi yang tidak manis disebutkan di sini.

    Bahayanya Wanita memang menarik ditonton dengan unsur lucu dan lakonan cemerlang para pelakon, terutamanya Zizan yang sangat menonjol. Namun, hanya itu sahajakah yang dimahukan oleh IB - penonton terhibur dan kerusi panggung penuh?

    Memang Bahayanya Wanita sangat menghiburkan, tetapi dalam masa yang sama memalukan. Tidak pasti apakah alasan atau faktor kukuh yang IB gunakan.

    Dengan skrip dan penataan muzik oleh Erma sendiri, Bahayanya Wanita mengisahkan Syed Maadon seorang tokoh korporat yang berjaya dalam perniagaan hasil kekayaan isteri pertamanya, Sharifah Fatimah.

    Bagaimanapun, Syed Maadon berasa kelelakiannya tercabar apabila gagal menundukkan ego Sharifah Fatimah hanya kerana banyak berhutang budi dengan isteri pertamanya itu. Sharifah Fatimah merupakan tokoh wanita berwibawa, tegas dan garang. Dia juga Presiden Persatuan Wanita Teraniaya Malaysia. Malangnya, dia tidak mampu melahirkan zuriat.

    Syed Maadon mengahwini Kamelia kerana sikap wanita itu yang berbeza dengan Sharifah Fatimah. Dia dijaga bagai menatang minyak yang penuh sehingga kadang-kadang berasa seperti seorang bayi.

    Sebagai seorang wanita, Kamelia memang boleh dikategorikan sempurna dalam menjalankan tanggungjawab menjaga suami dan rumah tangga.

    Namun, Syed Maadon merasakan Kamelia seorang isteri yang merimaskan pula. Atas alasan itu, dia menikahi Farhana, gadis muda jelita dan manja.

    Pada awal perkahwinan, Farhana sanggup hidup bermadu, tetapi tidak semudah yang disangkakannya. Lantas, setiap hari dia mencipta masalah agar Syed Maadon memberi tumpuan lebih kepadanya.

    Masalah demi masalah yang direka-reka oleh Farhana mencetuskan huru-hara dalam hubungan di antara Syed Maadon dengan Sharifah Fatimah dan Kamelia. Sudah tentu Sharifah Fatimah dan Kamelia tidak sanggup mengalah semata-mata untuk Farhana. Modal utama yang Farhana gunakan jika Syed Maadon enggan mengikut kehendaknya ialah ugutan membunuh diri.

    Fikiran Syed Maadon semakin kusut. Dia cuba mencari jalan penyelesaian sehinggalah bertemu dan jatuh cinta dengan Suti di Kampung Janda Molek. Mereka bercinta dan bercadang untuk bernikah sehinggalah tembelang Syed Maadon pecah, ditambah dengan kemunculan wanita Siam yang mengeronyok tokoh korporat itu.

    Bahayanya Wanita diterbitkan oleh Rumah Citra Karya yang dimiliki Erma dengan kerjasama IB, serta Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. – HARAKAHDAILY 10/9/2014

    Sumber HD - 10-9-2014

    Maaf, MAS sudah menjadi perigi buta - Kadir Jasin

    HARAKAHDAILY | .

    KUALA LUMPUR: "Mohon maaf, bagi saya MAS sudah menjadi perigi buta tanpa dasar yang elok ditimbus sahaja dan Khazanah perlu disusun semula," tulis Datuk A Kadir Jasin.

    Menurutnya, sejak mengambil balik 100% saham MAS sebulan lalu dan mengumumkan operasi penyelamatan, Khazanah telah masuk ke pasaran hutang untuk meminjam RM3.1 bilion.

    "Tidak menghairankan kalau banyak lagi perlu dipinjam atau aset dijual," tulis beliau lagi di dalam blognya Isnin lalu, sebagaimana di bawah.

    MENGIKUT kiraan bulan, hari ini, 8 September 2014, genaplah enam bulan kehilangan tanpa kesan penerbangan MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal. Dalam kiraan hari, sudah 185 hari.

    Pesawat itu sepatutnya terbang dari KLIA ke Beijing tetapi berpatah balik dan teori umum mengatakan ia “hilang” di kawasan selatan Lautan Hindi. Namun sampai hari ini tidak ada siapa tahu di mana sebenarnya ia “menghilang” walaupun kelengkapan mencari paling canggih di dunia telah digunakan bagi mengesannya.

    Seratus lima belas hari selepas tragedi MH370, penerbangan MH17 pula ditembak jatuh di timur Ukraine ketika dalam perjalanan dari Amsterdam, Belanda ke Kuala Lumpur dengan mengorbankan kesemua 283 penumpang dan anak kapal.

    Dalam masa tidak sampai empat bulan, MAS dilanda dua tragedi luar biasa yang meragut 522 nyawa.

    Nasib malang MAS tidak berakhir di situ sahaja. Secara teorinya ia sudah muflis (bankrupt). Ia terus beroperasi hanyalah kerana diselamatkan oleh kerajaan melalui Khazanah Nasional Berhad.

    Dengan itu jadilah tragedi MAS tragedi kita semua. Kita bukan sahaja menanggung beban emosi dan beban malu, kita juga menanggung beban kewangan mega.

    Untuk menyelamatkan MAS, Khazanah terpaksa membelanjakan RM6 bilion. Sebelum ini ia sudah pun menenggelamkan RM7 bilion dalam pelbagai operasi penyusunan semula yang tidak berhasil. Kemampuan Khazanah mengurus perniagaan kini menjadi tanda tanya.

    Sejak mengambil balik 100% saham MAS sebulan lalu dan mengumumkan operasi penyelamatan, Khazanah telah masuk ke pasaran hutang untuk meminjam RM3.1 bilion. Tidak menghairankan kalau banyak lagi perlu dipinjam atau aset dijual.

    Mohon maaf, bagi saya MAS sudah menjadi perigi buta tanpa dasar yang elok ditimbus sahaja dan Khazanah perlu disusun semula..

    Al Fatihah dan takziah.

    Sumber HD - 10-9-2014









































































































































































    Banjir: Keadaan pelajar Malaysia di Jammu, Kashmir

    BERNAMA | .

    PUTRAJAYA: Kementerian Luar Negeri ingin merujuk kepada banjir yang melanda Jammu dan Kashmir, India. Disebabkan hujan berterusan, Jammu dan Kashmir telah dilanda banjir teruk.
    29 orang pelajar Malaysia yang sedang bercuti di Jammu dan Kashmir dilaporkan telah terperangkap di negeri itu, khususnya di Srinagar dan Pahalgam.

    Mereka terdiri daripada pelajar-pelajar perubatan dari Universiti Perubatan Manipal di Karnataka yang dibiayai oleh JPA, MARA dan juga pelajar persendirian.

    Pelajar-pelajar berkenaan terbahagi kepada dua kumpulan. 10 orang pelajar perempuan dilaporkan terperangkap di Pahalgam, dan masih lagi tidak dapat dihubungi oleh Konsulat Malaysia. Manakala, 19 pelajar lain pula terperangkap di sebuah hotel di Srinagar ibu negeri Jammu dan Kashmir.

    Hujan lebat dan banjir telah menenggelamkan 450 kampung dan memberi kesan buruk kepada 2,000 kampung yang lain.

    Konsulat Malaysia di Chennai sedang menghubungi pelbagai pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan laporan keadaan semasa pelajar-pelajar berkenaan.

    Menurut pihak Konsulat, pelajar-pelajar berkenaan hanya boleh dihubungi melalui Facebook memandangkan terdapat gangguan terhadap sistem komunikasi dan perhubungan.

    Pihak polis di Srinagar juga telah dihubungi.

    JPA kini sedang menyelaraskan hal berkenaan dengan Konsulat Malaysia di Chennai.

    Kementerian Luar Negeri menyarankan agar semua pelajar Malaysia di luar negara untuk sentiasa berhubung dengan pejabat Kedutaan Malaysia di negara masing-masing dan sentiasa melaporkan pergerakan mereka.

    Sumber: Kementerian Luar Negeri, Malaysia

    UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
    Nama: Encik Neermal Shunmugam
    Department of Information and Public Diplomacy (JPDA)
    Ministry of Foreign Affairs, Malaysia
    Tel: 03-88874188 - Bernama

    Sumber HD - 8-9-2014

    MH17: Hanya jenazah Tambi tiba esok

    BERNAMA | .

    KUCHING: Biarpun bersedih hanya jenazah Tambi Jiee akan dibawa pulang esok, anggota keluarga pasangan Tambi dan Ariza Ghazalee tetap bersyukur serta reda sambil berdoa semoga tiga lagi jenazah anak pasangan tersebut dapat segera dikenal pasti.

    Allahyarham Tambi, 49, bersama isterinya Ariza dan semua anak mereka - Muhammad Afif, 19, Muhammad Afzal, 17, Marsha Azmeena, 15, dan Muhammad Afruz, 13, - terkorban dalam tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 pada 17 Julai lepas.

    Pada 22 Ogos lalu, jenazah dua beranak, Ariza dan Muhammad Afif, disolatkan di Masjid Jamek, Petrajaya sebelum disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Semariang.

    Mazalina, kakak kepada Ariza, berkata mereka sudah bersedia untuk menerima jenazah Tambi sambil tidak putus-putus berdoa semoga tiga lagi anak pasangan itu segera dikenal pasti.

    "Kita jemput semua umat Islam untuk hadir sama-sama mengerjakan solat jenazah yang akan diadakan sebelum solat Zohor di Masjid Jamek, Petra Jaya sebelum jenazah dibawa ke Tanah Perkuburan Semariang untuk dikebumikan," katanya.

    Mazalina berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui sebelum beliau bersama suaminya, Irwan Zulkarnain Hasbi berlepas ke Kuala Lumpur menggunakan pesawat MH2521 jam 2.35 petang ini sebagai wakil keluarga Ariza.

    Menurutnya dua lagi wakil anggota keluarga Tambi akan ke Kuala Lumpur pukul 4 petang ini untuk turut sama-sama menghadiri istiadat penghormatan di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa KL esok.

    Jenazah kemudian akan dibawa ke Kuching dengan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia dan tiba di Pangkalan Udara Kuching pada 11.15 pagi, katanya.

    Pesawat Boeing 777 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal itu dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ia terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine selepas ditembak jatuh pihak tidak bertanggungjawab. – HARAKAHDAILY 8/9/2014

    Sumber HD - 8-9-2014







































































































































































    MH17: Masih bimbang laluan selamat ke lokasi nahas

    BERNAMA | .

    KUALA LUMPUR: Laluan selamat untuk pasukan keselamatan negara ke lokasi nahas Penerbangan MH17 di wilayah Donetsk, timur Ukraine, masih menjadi kebimbangan besar walaupun gencatan senjata telah diumumkan.

    Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pemergiannya ke Kiev malam ini untuk memastikan keselamatan pasukan negara di lokasi nahas bukan suatu tugas yang mudah.

    "Alhamdulillah gencatan senjata telah diwujudkan tetapi yang menimbulkan kebimbangan ialah sama ada kita boleh sampai ke lokasi nahas, menjamin laluan selamat kepada anggota-anggota pasukan penyiasat kita.

    "Sama ada kita boleh mendapatkan penyertaan negara lain seperti Belanda dan Australia untuk menyertai pasukan...itulah yang saya akan usahakan apabila saya ke Ukraine," kata beliau pada sidang media selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Segambut di sini hari ini.

    Gencatan senjata antara pasukan kerajaan Ukraine dan puak pemisah pro Rusia dicapai pada Jumaat lepas susulan perjanjian yang dimeterai di Minsk, Belarus.

    Penerbangan MH17 terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur bersama 283 penumpang dan 15 anak kapal.

    Pesawat malang Boeing 777-200 itu dipercayai telah ditembak jatuh di wilayah berkenaan. Daripada jumlah itu, 43 orang ialah warga Malaysia.

    Tujuh lagi rakyat Malaysia yang menjadi korban tragedi MH17 dibawa pulang Selasa lepas, menjadikan jumlahnya 31.

    Mengenai kes bekas pembantu staf pertahanan di Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington, New Zealand, Pegawai Waran II Muhammad Rizalman Ismail, beliau berkata ketika ini Malaysia sedang bekerjasama dengan pihak New Zealand.

    "Kita bekerjasama rapat dengan New Zealand tetapi seperti apa yang telah saya nyatakan, apa yang kita mahu ialah menegakkan keadilan...keadilan kepada orang yang membuat dakwaan tetapi pada masa yang sama keadilan kepada yang tertuduh," katanya.

    Muhammad Rizalman, 38, ditahan polis New Zealand pada 9 Mei lepas dan dihadapkan di mahkamah pada hari berikutnya bagi menghadapi tuduhan melakukan pecah rumah dan serangan seksual terhadap seorang wanita berumur 21 dengan niat untuk merogol. - Bernama

    Sumber HD - 7-9-2014

    MH17: Penyiasat PDRM pergi semula ke Ukraine

    HARAKAHDAILY | .

    KUALA LUMPUR: Pasukan penyiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan berlepas ke Ukraine esok bagi menyambung semula siasatan di lokasi nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 selepas puak pemisah dan tentera di negara itu bersetuju melaksanakan gencatan senjata.

    Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam akaun Twitternya berkata kumpulan pertama yang terdiri daripada 30 pegawai dan anggota dari pelbagai unit itu akan diketuai Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Datuk Muhammad Fuad Abu Zarim.

    Mereka akan disusuli sepasukan 50 pegawai dan anggota lain, kata Khalid.

    Semalam media antarabangsa melaporkan tentera Ukraine dan puak pemisah pro Rusia bersetuju mengadakan gencatan senjata selepas rundingan di Belarus.

    "Seluruh warga PDRM mendoakan mereka semua selamat dan berjaya dalam tugas," katanya.

    Pada 17 Julai lepas, kesemua 298 penumpang dan anak kapal penerbangan MH17 maut apabila pesawat itu yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas dipercayai ditembak jatuh di timur Ukraine.

    -BERNAMA

    Sumber HD - 7-9-2014









































































































































































    Malaysia sedia muncul destinasi pilihan pelancong Turki

    NOR FARIZA MOHD RAZHI | .

    ISTANBUL: Malaysia bersedia untuk muncul sebagai destinasi pilihan pelancong Turki berikutan pakej menarik dengan harga berpatutan untuk percutian yang ditawarkannya, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

    Beliau berkata Malaysia menerima kunjungan 12,775 pelancong Turki tahun lepas, dan berikutan pembukaan Pejabat Pelancongan Malaysia di Istanbul pada tahun sama, jumlah pelawat dari Januari hingga Mei tahun ini meningkat 62 peratus.

    "Dengan kadar pertukaran wang asing yang baik, anda juga akan mendapati Malaysia sebuah destinasi yang berbaloi dikunjungi. Kadar hotel, makanan dan minuman kami, dan pilihan percutian gaya hidup yang lain adalah antara yang berharga paling rendah namun berkualiti tertinggi.

    "Saya juga berani mengatakan bahawa di Malaysia, kemewahan mampu dinikmati," kata beliau ketika berucap pada majlis minum petang bersama pengusaha pelancongan Turki dan media di Clarion Hotel and Suite di sini, Khamis.

    Mohamed Nazri kini berada di Turki bersempena pembukaan Minggu Kebudayaan Malaysia esok, satu acara yang bertujuan mempromosikan Malaysia dan mengetengahkan lagi budaya Malaysia kepada masyarakat antarabangsa.

    Dalam ucapannya itu, Mohamed Nazri menyatakan bahawa kempen Tahun Melawat Malaysia 2014 menyasarkan kunjungan kira-kira 28 juta pelawat dan 13,000 daripadanya adalah pelancong Turki.

    "Kesalinghubungan antara kedua-dua negara juga menunjukkan peningkatan yang besar dengan 36 penerbangan mingguan menggunakan laluan Istanbul-Kuala Lumpur, kedua-duanya melalui penerbangan langsung dan tidak langsung dengan pesawat Turkish Airlines, Malaysia Airlines, Singapore Airlines, Emirates Airlines dan Qatar Airways.

    "Dengan hadirnya kami di sini, kami berharap untuk melihat lebih banyak penerbangan terus dari sini yang akan memberikan lebih banyak pilihan dari segi laluan udara kepada rakyat kedua-dua negara," katanya. - Bernama

    Sumber HD - 5-9-2014

    Laporan awal tragedi MH17 akan dibentang bulan ini

    HARAKAHDAILY | .

    JASIN: Laporan awal tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17, yang ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lepas, akan dibentang jawatankuasa penyiasatan yang berpusat di Belanda bulan ini.

    Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata laporan itu penting bagi memberi panduan untuk siasatan lebih mendalam terutama punca sebenar tragedi itu, yang mengorbankan 298 penumpang dan anak kapal pesawat berkenaan.

    "Hanya akan ada satu laporan iaitu daripada jawatankuasa penyiasatan yang kita anggotai, tiada laporan berasingan akan dikeluarkan oleh Malaysia atau negara lain yang terlibat," kata Presiden MCA itu kepada pemberita selepas menghadiri Makan Malam MCA Bahagian Jasin di sini malam tadi.

    Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Wee Ka Siong, yang juga Timbalan Presiden MCA.

    Pesawat itu ditembak jatuh ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

    Dalam perkembangan berkaitan, Liow berkata pihak penyiasat tragedi hari ini mengenal pasti satu lagi mayat rakyat Malaysia, menjadikan jumlah setakat ini 33 orang.

    "Bagaimanapun, kita ada 10 lagi yang belum ditemui atau dikenal pasti, sama ada mayat mereka masih di kawasan kemalangan atau tidak itu, kita masih siasat," katanya. - Bernama

    Sumber HD - 4-9-2014









































































































































































    Airline cancels competition requesting 'bucket lists' from passengers

    International Business Times | .

    Troubled Malaysia Airlines has allegedly been forced to cancel a competition offering the chance to win free plane tickets to passengers who revealed things they wanted to do before they died.

    Apparently, nobody in the state airline's marketing department noticed that it might be considered inappropriate to invite passengers to draw up 'bucket lists', following the disappearance of flight MH370 and the missile attack on MH17.

    A 'bucket list' is a list of experiences desired by its author before he or she dies.

    Read the full story here

    Sumber HD - 2-9-2014

    Lambakan 5.8 juta pekerja asing membimbangkan

    BERNAMA | .


    PUTRAJAYA: Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot hari ini menarik perhatian terhadap lambakan pekerja asing dalam negara ketika ini iaitu kira-kira 5.8 juta orang.

    Katanya, hanya separuh dari jumlah itu, atau kira-kira 2.9 juta adalah pekerja sah, dan ini merupakan situasi yang agak merisaukan.

    Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas taklimat mengenai Human Capital Development Strategic Reform Initiatives di sini hari ini.

    Sehubungan dengan itu, beliau menggesa rakyat di negara ini agar mengikis sikap memilih pekerjaan atau hanya mahu bekerja di sektor awam.

    Riot berkata Malaysia menyediakan begitu banyak peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor, namun adalah menyedihkan kebanyakannya diisi oleh pekerja asing.

    Beliau berkata bekerja di kira-kira 600,000 syarikat Industri Kecil dan Sederhana merupakan antara peluang kerjaya yang boleh dicuba rakyat tempatan.

    Sementara itu, beliau menyeru orang ramai menghadiri Fiesta Kerjaya JobsMalaysia Dan Azam Kerja 1Malaysia 2014 Peringkat Kebangsaan di Mid Valley Exhibition Centre mulai 5 hingga 7 Sept untuk merebut 10,000 kekosongan jawatan pelbagai sektor.

    Antara aktiviti di majlis itu ialah temuduga terbuka, pameran kerjaya, ceramah bimbingan kerjaya dan pendaftaran Online JobsMalaysia dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. - Bernama

    Sumber HD - 2-9-2014









































































































































































    Malaysia dalam pergelutan politik global

    HARIS ZALKAPLI | .


    TRAGEDI pesawat Penerbangan Malaysia MH17 ditembak di ruang udara Ukraine, di kawasan pertembungan Rusia dengan Barat, memaksa Malaysia terlibat secara langsung dalam satu konflik yang jauh dari sempadan negara.

    Tiba-tiba, Malaysia menjadi satu pemain penting dalam suatu persaingan antara kuasa besar Amerika Syarikat, sekutunya Ukraine dan Rusia.

    Tindakan Malaysia menjadi perhatian kuasa-kuasa yang terlibat, dalam satu pergelutan paling sengit dan panjang antara AS dan Ukraine dengan Rusia yang sedang bangkit dan mahu meneruskan penguasaan terhadap wilayah dekatnya itu.

    Wilayah Ukraine di timur Eropah itu, yang selama ini tidak mendapat perhatian Malaysia berbanding rantau Asia Timur, tiba-tiba menjadi salah satu medan diplomasi Malaysia, yang kesannya melibatkan hubungan Kuala Lumpur dengan kuasa-kuasa besar dunia.

    Di Asia Barat, nama Malaysia tiba-tiba disebut oleh perisikan Israel sebagai satu lokasi latihan pejuang Hamas, dikatakan untuk satu operasi serangan menggunakan payung terjun.

    Pendedahan ini, yang dinafikan segera oleh pemerintah Malaysia, mengheret Malaysia ke dalam konflik bersenjata di Palestin, yang Malaysia diketahui memberi sokongan kepada pihak Palestin.

    Dakwaan ini meletakkan Malaysia di barisan yang lebih ke hadapan dalam usaha menentang kekejaman Zionis di Asia Barat, kerana implikasinya memungkinkan tindakan dikenakan ke atas Malaysia.

    Malaysia selama ini lebih memberikan sokongan dari jauh, dengan menyampaikan bantuan kemanusiaan dan menjalankan kempen-kempen boikot terhadap syarikat-syarikat yang diketahui mempunyai hubungan dan membantu Israel.

    Pada masa yang sama, Malaysia kini juga menjadi salah sebuah negara yang mempunyai ramai warga terlibat dalam konflik bersenjata di Syria dan kawasan sekitarnya.

    Malaysia cuba menjarakkan diri daripada tindakan segelintir rakyatnya itu, tetapi perkembangan ini sukar dihalang akibat sentimen yang telah lama dibina dan tersebar dalam kalangan Muslim di sini.

    Malaysia yang selama ini menjadi medan persaingan antara kuasa-kuasa dalam dunia Islam terlibat makin mendalam di Syria yang merupakan satu medan pertembungan negara-negara Asia Barat yang bersaing dalam melebarkan pengaruh di dunia Islam.

    Perkembangan di Syria - dan juga di Iraq pada masa ini - turut akan mendatangkan implikasi negatif kepada negara, yang akan mendatangkan kesan berpanjangan dan sukar diatasi.

    Perkembangan ini semua melibatkan kuasa-kuasa dalam dunia Islam terutama Arab Saudi, Iran, dan Turki, yang semuanya berhubungan baik dengan Malaysia.

    Walaupun kecil dan tidak mempunyai pengaruh seperti negara-negara Arab Saudi, Iran dan Turki, sejarah telah menunjukkan yang Malaysia menjadi negara yang diperlukan sokongannya.

    Dalam hal ini, Malaysia mempunyai pengaruh tersendiri dalam dunia Islam, disebabkan imej sederhana dan maju yang dibawa.

    Dalam tempoh yang singkat tahun ini, dan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Malaysia semakin terheret dalam isu-isu kritikal politik global yang selama ini dinilai sebagai jauh dari segi geografi dan jarang diteliti secara lebih dalam.

    Konflik di Syria telah meningkatkan sentimen sektarian dalam kalangan Muslim di Malaysia sehingga
    mencetuskan satu krisis.

    Tragedi MH370 meletakkan Malaysia di tengah-tengah dalam persaingan kuasa Asia, China, dengan
    kuasa besar dunia AS.

    Kemudian, MH17 sekali lagi menguji Malaysia yang selama ini mengekalkan hubungan baik dengan dua pihak yang bertentangan, AS dan Rusia.

    Dalam semua peristiwa ini, Malaysia terpaksa berdepan ujian mengimbangi rakan dan sekutu yang penting. Arab Saudi, Iran, AS, China semuanya rakan yang mempunyai kedudukan dalam kepentingan negara.

    Malaysia kini memasuki satu fasa baharu yang lebih mencabar dalam diplomasi dan hubungan antarabangsa, apabila dipaksa berdepan dengan hal politik global yang selama ini dirasakan jauh.

    Semua ini menuntut tenaga dan perhatian lebih banyak daripada Malaysia kepada hal diplomasi, dan memerlukan pemerhatian terhadap isu-isu penting melibatkan hubungan kuasa-kuasa, sama ada dalam kalangan dunia Islam dan juga kuasa global. – HARAKAHDAILY 2/9/2014

    Sumber HD - 2-9-2014

    RM1.9b untuk berhentikan pekerja MAS, kos lain?

    HARAKAHDAILY | .


    KUALA LUMPUR: Untuk berhentikan pekerja Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) sudah memerlukan RM1.9 bilion, apa halnya dengan kos-kos lain.

    Demikian pertanyaan yang dilontarkan Datuk A Kadir Jasin di dalam blognya, hari ini.

    Baginya, wang sebanyak RM1.9 bilion itu hampir cukup untuk menaikkan taraf sistem pengairan MUDA di Kedah dan Perlis yang menampung lebih 100,000 isi rumah atau kegunaan awam lain yang memberikan faedah kepada lebih ramai orang.

    "Menyelamatkan MAS berulang kali ibarat menimbus perigi tanpa dasar. Bottomless pit, dalam bahasa Inggeris," tulisnya lagi.

    Laporan media massa hari ini mengatakan MAS akan mengurangkan kakitangan seramai 6,000 orang sebagai sebahagian daripada langkah penyelamatannya.

    Kos pampasan memberhentikan mereka adalah sebanyak RM1.9 bilion. Keseluruhan operasi menyelamat MAS daripada menjadi muflis akan menelan belanja RM6 bilion.

    Bagi beliau, pengurangan bilangan kakitangan bukanlah perkara baru atau cetusan minda kelas dunia.

    Menurutnya, sejak zaman MAS di bawah pemilikan swasta lagi (1994-2002) ia mencadangkan untuk mengurangkan kakitangan seramai antara 5,000 hingga 8,000 orang tetapi tidak dipersetujui oleh kerajaan.

    Sekarang apabila MAS sudah menjadi milik 100% kerajaan (melalui Khazanah Nasional Berhad) dan secara teorinya sudah “muflis” ia terpaksa melakukan yang lebih radikal kalau masih mahu diselamatkan, ujarnya lagi.

    Beliau sudah banyak kali menyatakan pendirian mengenai MAS, iaitu, bubarkan, jual kepada swasta, selamatkan, tetapi tanpa terus membebankan kewangan negara, lantik pengurusan antarabangsa yang telah terbukti dan kelima, hapuskan campur tangan kerajaan yang merugikan. - HARAKAHDAILY 30/8/2014

    Sumber HD - 30-8-2014









































































































































































    New clue emerges suggesting possible location of MH370

    AFP - Telegraph | .

    The hunt for missing Malaysia Airlines Flight MH370 will focus on the southern part of the existing search zone after a new clue to the plane's possible location emerged, Australia has said.

    Fresh information suggested the jet "may have turned south" earlier than thought, Warren Truss, deputy prime minister, said on Thursday.

    The detail came to light following "further refinement" of satellite data and as investigators attempted to map the plane's position during a failed attempt to contact it earlier in its flight path.

    "The search area remains the same, but some of the information that we now have suggests to us that areas a little further to the south - within the search area, but a little further to the south - are of particular interest and priority in the search area," he said.

    Read the full story here

    Sumber HD - 28-8-2014









































































































































































    Malaysia Airlines set for shakeup after disasters

    AP | .
    Malaysia is preparing to unveil the latest overhaul of its beleaguered state-owned airline, which is reeling from twin disasters months apart that killed hundreds of passengers.

    Khazanah Nasional, the state investment company that owns 69 percent of Malaysia Airlines, said in early August it will announce details of the overhaul by the end of this month. Malaysian news reports said the announcement will come Friday.

    Analysts expect Khazanah to slash jobs, drop money losing routes to Europe and China, and replace top management.

    A substantial revamp has long been on the cards for Malaysia Airlines, which was struggling with chronic financial problems even before it was hit by the double disasters this year.

    Read the full story here

    Sumber HD - 28-8-2014

    Panel bebas SPRM, tangani salah laku k'tangan awam

    HARAKAHDAILY | .

    KUALA LUMPUR: Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), salah satu daripada lima badan bebas yang memantau perjalanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), mencadangkan agar digubal undang-undang khas bagi menangani salah laku penjawat awam yang membelakangi peraturan dan kepentingan awam.

    Pengerusi LPPR, Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh berkata, penubuhan sebuah jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara dan Peguam Negara adalah usaha proaktif dan signifikan bagi membendung isu ketirisan dan kelemahan pengurusan kewangan seperti yang dibentangkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2013.

    "Justeru, LPPR juga menekankan keperluan mewujudkan undang-undang khas bagi menangani salah laku penjawat awam yang membelakangi peraturan serta kepentingan awam," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

    Zaitun berkata, LPPR juga mendapati salah satu kelemahan dalam undang-undang sedia ada ialah ketiadaan peruntukan khusus berhubung liabiliti korporat.

    Jelas beliau, peruntukan seumpama itu perlu bagi memastikan syarikat tidak terlepas daripada pendakwaan dan hukuman walaupun rasuah dilakukan oleh kakitangan atau ejennya, selain turut meluaskan kuasanya kepada sektor swasta, dan bukannya semata-mata terhadap sektor awam.

    Zaitun juga mengesyorkan agar nama-nama calon yang dicadangkan untuk mengisi jawatan tertinggi syarikat milik kerajaan (GOC) atau berkaitan dengan kerajaan (GLC), melalui proses tapisan keutuhan SPRM.

    "LPPR berpandangan nama-nama calon yang dicadangkan mengisi jawatan penting seperti Ketua Pegawai Eksekutif di GLC dan GOC harus dikemukakan kepada SPRM untuk melalui proses Tapisan Keutuhan," kata beliau lagi. - HARAKAHDAILY 25/8/2014

    Sumber HD - 25-8-2014









































































































































































    Families wage citizen campaign to solve MH370 mystery

    Julia Zappei - AFP | .

    KUALA LUMPUR - Chinese physics student Jimmy Wang had no interest in aviation until March 8, when Malaysia Airlines flight MH370 went missing with his 58-year-old father Wang Lijun aboard.

    But Wang, 31, now spends evenings in central China combing through aviation blogs for Boeing 777 technical specs, exchanging what he finds with fellow MH370 next-of-kin.

    He is one of hundreds of relatives who -- desperate to learn the fate of their loved ones -- are channeling their grief in a cross-border, social-media-enabled, but so far frustrating citizen campaign to solve aviation's greatest mystery.

    "Malaysia Airlines and others are not doing their jobs so we have to organise," Wang, who abandoned graduate studies in Sweden to be with his grieving mother, said via Skype from his home in the city of Anyang.

    Read the full story here

    Sumber HD - 25-8-2014

    Polis guna kereta peronda hibrid, motosikal elektrik

    BERNAMA | .

    HULU LANGAT: Polis bakal menggunakan kereta peronda hibrid dan motosikal elektrik awal Oktober depan, yang dijangka dapat menjimatkan kos penggunaan petrol sehingga 35 peratus.

    Pengarah Jabatan Logistik Polis Bukit Aman Datuk Zulkifli Abdullah berkata penggunaan kereta peronda hibrid dan motosikal elektrik adalah di peringkat kajian.

    Sehubungan itu, beliau berkata 2,000 unit kereta peronda hibrid diagih di seluruh negara manakala 30 motosikal elektrik diagih sekitar ibu kota.

    "Penggunaan enjin hibrid itu dijangka dapat menjimatkan 35 peratus daripada kos penggunaan bahan api, selain dapat memelihara alam sekitar dan mengurangkan kadar pelepasan karbon sehingga 30 peratus daripada penggunaan biasa," katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program 'My Hijau Youth Camp' anjuran bersama Polis Diraja Malaysia, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dan Malaysian Green Technology Corporation, di sini hari ini.

    Program selama tiga hari itu dihadiri 75 pelajar sekolah menengah dalam kalangan anggota keluarga polis serta kadet-kadet polis, bertujuan mendidik kepentingan dan kesedaran memulihara alam sekitar. - Bernama

    Sumber HD - 23-8-2014









































































































































































    Datang tepat pada waktu terima jenazah - MAHB

    BERNAMA | .
    KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) menasihatkan orang ramai dan penumpang menggunakan KLIA dan KLIA2 memastikan mereka tiba tepat mengikut waktu dijadualkan di lapangan terbang itu pada hari istiadat penghormatan penerimaan jenazah MH17, Jumaat ini.

    MAHB berkata istiadat itu dijadual bermula kira-kira 6 pagi dan berakhir kira-kira 1 tengah hari dan membabitkan jalan-jalan utama menghala ke dan dari KLIA dan KLIA2.

    Istiadat itu akan berlangsung di Kompleks Bunga Raya KLIA.

    "Orang ramai juga dinasihatkan tidak meletakkan kenderaan di sepanjang jalan utama masuk dan keluar KLIA dan KLIA2 bagi memastikan trafik berjalan lancar bagi istiadat berkenaan," kata MAHB dalam kenyataan semalam.

    Ia berkata MAHB akan bekerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memastikan trafik berjalan lancar dan mengurangkan kesulitan kepada penumpang dan mereka yang menggunakan lapangan terbang tersebut. - Bernama

    Sumber HD - 21-8-2014

    Menteri puji sikap ahli parlimen PAS

    HARAKAHDAILY | .




    SEPANG: Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz memuji sikap Ahli Parlimen PAS Sepang Mohamed Hanipa Maidin yang menurutnya, sering membangkitkan isu penumpuan industri pelancongan di Sepang.

    Selain Hanipa, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok yang juga aktif membangkitkan hal itu di Dewan Rakyat.

    "Saya mengambil kesempatan ini ingin mengucapakan terima kasih pada Ahli Parlimen Sepang dan juga Ahli Parlimen Seputeh kerana banyak kali membangkitkan di Parlimen tentang isu pelancongan di Sepang dan mereka berdua banyak kali meminta saya membuat lawatan ke Sepang bagi melihat sendiri tempat tempat menarik di sini yang perlu dibangunkan sebagai destinasi pelancongan," katanya.

    Beliau berkata demikan ketika berucap di Avani Gold Coast semalam ketika membuat lawatan sehari ke sini bagi meninjau dan melihat sendiri kawasan-kawasan yang menarik untuk dibangunkan sebagai destinasi pelancongan.

    Dalam ucapannya, beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pihak Avani Gold Coast khususnya kepada Bapak Yanki yang telah melabur wang yang begitu banyak bagi memajukan Gold Coast sebagai destinasi pelancongan.

    Beliau turut berjanji bahawa pihak Kementeriannya akan memberi sokongan padu untuk Kerajaan memperuntukkan belanjawan yang mencukupi dalam Rancangan Malaysia ke 11 nanti bagi memajukan Sepang sebagai salah satu destinasi pelancongan utama di Malaysia kerana lokasinya yang strategik dan berdekatan dengan lapangan terbang antarabangsa.

    Sebelum ini, ketika perbahasan di Dewan Rakyat, Hanipa telah beberapa kali meminta Kerajaan memberikan tumpuan yang lebih kepada Sepang sebagai destinasi pelancongan kerana Sepang adalah pintu masuk utama para pelancong ke negara ini .

    Beliau juga menegaskan banyak destinasi menarik dan produk-produk pelancongan di Sepang masih belum dibangunkan secara pesat meskipun ada destinasi pelancongan di situ yang menarik masyarakat antarabangsa seperti pesta sukan perahu layar antarabangsa di Batu Laut yang diadakan setiap tahun.

    Beliau juga meminta pihak Kerajaan dapat menaik taraf jalanraya di Sepang khususnya jalan jalan utama ke destinasi pelancongan di Sepang.

    Turut hadir dalam lawatan sehari menteri itu adalah wakil kerajaan Selangor dari Unit Pembangunan Ekonomi Negeri Datuk Roslan, Teresa dan Adun Sg Pelek.

    - HARAKAHDAILY 20/8/2014

    Sumber HD - 20-8-2014









































































































































































    MH17: Fasa akhir urus jenazah sebelum dibawa balik

    MOHD FAIZAL HASSAN | .
    THE HAGUE: Persiapan menguruskan jenazah mangsa tragedi MH17 kini memasuki fasa akhir, kira-kira 60 jam lagi sebelum 22 jenazah itu dihantar pulang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, untuk disempurna dan dilengkapkan sebelum diserah kepada waris keluarga.

    Ini kerana hanya tinggal beberapa jenazah sahaja lagi daripada jumlah tersebut yang masih perlu melalui proses pengurusan dan dokumentasi di Rumah Mayat Monuta, S-Gravanhage di sini.

    Ini termasuk upacara membakar mahupun solat jenazah yang akan dibuat ketua agama masing-masing yang telah dilantik dan semua proses ini dijangka diselesaikan pada Selasa atau selewat-lewatnya petang Rabu.

    Selesai proses tersebut, kerajaan Malaysia melalui kedutaan besar di sini akan memohon kelulusan kerajaan Belanda menyerahkan semua jenazah itu untuk dibawa balik.

    Pada Khamis pagi, dijangkakan jenazah akan dibawa masuk ke dalam pesawat khas Malaysia Airlines (MAS) dan akan disusun dalam kedudukan yang sangat tertib bagi menghormati jenazah tersebut sebelum pesawat berlepas pulang kira-kira pukul 2 petang.

    Semalam, Dr Fauziah berkata tiada sebarang upacara rasmi bagi penyerahan jenazah kepada kerajaan Malaysia pada Khamis ini.

    Katanya, apa yang akan berlaku nanti hanyalah proses biasa mengeluarkan jenazah dari rumah mayat untuk diserahkan kepada kerajaan Malaysia sebelum dibawa ke lapangan terbang untuk dihantar pulang ke tanah air.

    Sementara itu, sambil menyifatkan proses tersebut akan terus berjalan lancar sehingga tiba di Kuala Lumpur, Dr Fauziah berkata adalah menjadi harapan dan keinginan kerajaan serta MAS untuk membantu dan memenuhi permintaan waris dalam pengurusan dan penghantaran pulang jenazah itu.

    Menurutnya kedutaan juga akan mengibarkan bendera separuh tiang pada Khamis dan berkabung sehingga Jumaat sebagai tanda penghormatan terakhir kepada jenazah.

    Beliau yang sudah enam tahun bertugas di negara yang terkenal dengan industri pelancongan itu berkata sokongan masyarakat tempatan dan asing terus dizahirkan setiap hari yang antara lain menguatkan semangat pihaknya dalam menguruskan jenazah tersebut.

    Dr Fauziah berkata, sehingga kini ucapan takziah masih diterima melalui e-mel, surat, faks, selain bunga dan di buku takziah dari pelbagai lapisan masyarakat termasuk pemimpin antarabangsa dan orang kebiasaan.

    "Kami juga bersyukur diberikan pasukan hebat tempatan dan mendapat kerjasama baik kerajaan Belanda dalam menjayakan proses pengurusan dan penghantaran pulang jenazah (kumpulan pertama) ini," katanya.

    Beliau berkata sebaik selesai sahaja proses penghantaran jenazah itu, pihaknya akan terus menunggu perkembangan dari kerajaan Belanda untuk jenazah lain (kumpulan kedua) yang dianggarkan masih 40 peratus lagi belum disempurnakan.

    Menurutnya, selain itu, pihaknya akan memberi tumpuan kepada proses siasatan nahas pesawat itu yang dijalankan pakar perundangan Belanda dan Malaysia.

    Dilaporkan sebanyak 22 jenazah mangsa tragedi MH17 akan dihantar pulang dari Netherlands pada Khamis dan dijangka tiba di tanah air pada pagi Jumaat seperti diumumkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Hari Perkabungan Negara.

    Turut dilaporkan, penghantaran pulang jenazah merangkumi 18 keranda dan empat bekas berisi abu mayat warganegara Malaysia dan seorang bukan warga Malaysia.

    Penerbangan MH17 yang membawa 298 orang termasuk 15 anak kapal, ditembak jatuh di wilayah Donetsk, timur Ukraine pada 17 Julai lalu. - Bernama

    Sumber HD - 19-8-2014

    MH17: KKLW buat persiapan penghantaran dan kebumi

    BERNAMA | .

    KUALA LUMPUR: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) buat persiapan rapi bagi penyelarasan penghantaran dan pengebumian jenazah mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 ke negeri masing-masing.

    Menterinya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata persiapan itu termasuk penyediaan kenderaan dan keperluan lain bagi memastikan kelancaran proses penghantaran dan pengebumian jenazah sebaik istiadat penghormatan di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang dijadual 22 Ogos ini, selesai.

    "Kita telah adakan mesyuarat dengan wakil-wakil kerajan negeri, apabila selesai urusan (istiadat penghormatan), jenazah akan diterbangkan dengan pesawat Charlie ke Kuching dan Bintulu, manakala sebuah pesawat Nuri akan membuat penghantaran jenazah ke Teluk Intan, Perak dan Pagoh, Johor.

    "Di Lembah Klang kita uruskan dengan kenderaan untuk pengebumian di Mont Kiara dan Tanah Perkuburan Melayu Ampang. Semua persediaan kita uruskan sebaik mungkin dan berharap akan berjalan lancar," katanya.

    Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis sambutan Hari Raya anjuran Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) di sini, hari ini.

    Semalam Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan 22 Ogos (Jumaat) sebagai hari berkabung negara berikutan ketibaan 16 jenazah mangsa MH17 tragedi itu termasuk seorang bukan warga negara Malaysia.

    Sembilan daripada 15 jenazah warga Malaysia itu bukan beragama Islam.

    Sementara itu mengulas urusan penerangan kepada waris mangsa mengenai istiadat penghormatan tersebut, Shafie berkata urusan itu dilakukan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

    "Alhamdulillah...(Menteri berkenaan) Datuk Seri Rohani (Datuk Seri Rohani Abdul Karim) telah berhubung secara dekat dengan semua waris terlibat dan menerangkan mengapa istiadat itu perlu dilakukan...mereka menerima dengan terbuka," katanya.

    Dalam pada itu di majlis yang sama, Risda turut menyampaikan sumbangan bernilai RM44,710 kepada wakil Aman Palestin untuk membantu penduduk Palestin di Gaza yang dizalimi rejim Zionis.

    Risda turut menyumbangkan sebuah van jenazah kepada Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian Kelantan. – HARAKAHDAILY 15/8/2014

    Sumber HD - 15-8-2014









































































































































































    MH17: Keluarga diberi kebebasan urus jenazah

    BERNAMA | .
    KOTA BAHARU: Kerajaan memberi kebebasan sepenuhnya kepada semua keluarga mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di timur Ukraine, untuk membuat keputusan berhubung urusan pengebumian jenazah.

    Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata waris mangsa berhak menentukan bagaimana jenazah diuruskan mengikut anutan agama dan kepercayaan masing-masing.

    "Jawatankuasa (Pengurusan Mayat dan Jenazah Mangsa MH17) akan mengendalikan mengikut kehendak yang dipersetujui kedua-dua belah keluarga waris, sebelah isteri dan sebelah suami dan mereka berbincang sekali bagi mencapai kata sepakat.

    "Kalau bukan Islam, keluarga mereka juga akan memilih lokasi krematorium pilihan masing-masing dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas menutup Tilawah Al-Quran dan Pertandingan Nasyid Peringkat Kebangsaan Ke-40 di Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia di sini malam tadi.

    Rohani berkata sehingga kini 80 peratus keluarga mangsa nahas itu telah memaklumkan kepada jawatankuasa berkenaan bagaimana mereka mahu jenazah itu diuruskan termasuk lokasi pengebumian.

    "Sebanyak 80 peratus telah memaklumkan keputusan itu. 20 peratus lagi mungkin mereka (keluarga) masih belum memberikan keputusan masing-masing. Kami menghormati perkara itu tetapi perlu memaklumkan keputusan sebelum jenazah tiba di tanah air," katanya.

    Rohani berkata kerajaan memahami perasaan keluarga mangsa yang perlu mengambil masa untuk membuat keputusan itu tetapi yakin mereka akhirnya akan mencapai kata sepakat selepas berbincang dengan semua keluarga.

    Beliau berkata pihaknya akan sentiasa berhubung dengan keluarga mangsa mengenai perkembangan semasa termasuk proses membawa pulang jenazah.

    Menteri itu berkata pihaknya akan terus menyediakan khidmat kaunseling kepada keluarga mangsa tragedi dan ia akan dilakukan secara berterusan selagi diperlukan.

    Penerbangan MH17 milik Malaysia Airlines yang membawa 298 orang termasuk 15 anak kapal itu terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada 17 Julai.

    Pesawat yang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu dipercayai ditembak jatuh, namun sehingga kini belum ada pihak mengaku bertanggungjawab. - Bernama

    Sumber HD - 13-8-2014

    MH17: 90 peratus mayat sudah berubah sifat dan fizikal

    BERNAMA | .


    KUALA LUMPUR: Penterjemah Pasukan Penyiasat Khas Pesawat MH17 ke Ukraine, Dr Muhammad Akmal Salleh berkata proses pengurusan mayat mangsa nahas pesawat itu dijalankan dalam keadaan yang sangat teliti dan sopan walaupun 90 peratus daripada ratusan mayat itu sudah berubah dari segi sifat dan fizikalnya.

    Beliau berkata tugas pasukan itu sangat mencabar kerana terdapat mayat yang masih dalam keadaan sempurna dan ada juga sudah berkecai dan rentung akibat tragedi itu.

    "Kami mengasingkan mayat-mayat itu, diletakkan dalam keranda yang berbeza dan melabelkannya secara berhati-hati supaya bukti nahas tidak dihilangkan," katanya ketika menjadi tetamu khas program 'Dalam Radar' terbitan Bernama Radio24 di sini, pada Selasa.

    Dr Muhamad Akmal antara 133 anggota pasukan penyiasat khas Malaysia yang tiba di Ukraine pada 18 Julai lepas susulan nahas Penerbangan MH17 di Donetsk, timur Ukraine sehari sebelumnya.

    Pasukan itu berlepas pulang ke ibu negara pada 1 Ogos, selepas tugas mengeluarkan mayat mangsa dan mengambil semula kotak hitam pesawat selesai.

    Berkongsi pengalaman menyertai pasukan penyiasat khas di Ukraine dan Belanda selama dua minggu, beliau mengakui terpaksa menahan rasa sebak ketika membantu pasukan penyiasat menguruskan mayat MH17 yang terhempas pada 17 Julai lalu.

    "Walaupun saya bersama anggota pasukan penyiasat berasa amat perit ketika itu, kami teruskan juga usaha mengeluarkan mayat-mayat itu dari tren khas yang terletak kira-kira 200km dari kawasan nahas," katanya.

    Katanya beliau terpaksa membantu dalam proses pengumpulan dan pelabelan mayat meskipun ia adalah di luar bidang tugasnya.

    "Saya merupakan doktor pediatrik yang bertugas merawat pesakit di hospital dan pengalaman ini satu cabaran bagi saya...Walaupun ini bukan dalam bidang saya namun saya diberi peluang untuk membantu mereka dalam urusan pemindahan, pelabelan dan pengumpulan mayat mangsa di kawasan tren itu.

    "Namun, saya berasa bangga kerana diberi peluang menyertai pasukan penyiasat...serta memberi khidmat penterjemahan. Sekurang-kurangnya dapat berkhidmat kepada negara," kata doktor lulusan Russian State Medical University di Moscow yang fasih berbahasa Rusia.

    Penerbangan MH17 milik Malaysia Airlines itu yang membawa 298 orang termasuk 15 anak kapal, terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada 17 Julai.

    Pesawat yang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu dipercayai ditembak jatuh, namun sehingga kini belum ada pihak mengaku bertanggungjawab.

    -- BERNAMA

    Sumber HD - 13-8-2014









































































































































































    SPRM sahkan terima laporan 'salah laku' MB Selangor

    BERNAMA | .
    KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Mohd Shukri Abdull berkata pihaknya telah menerima laporan berkaitan isu salah laku terhadap Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

    SPRM, katanya, akan meneliti perkara berkenaan.

    Mohd Shukri tidak pula menyatakan pihak yang mengemukakan laporan itu.

    "Kita akan tengok laporan itu, soal siasat tak siasat saya tak nak komen apa-apa, kerana ini isu politik dan tak sesuai SPRM terlibat dalam isu ini," katanya.

    Mohd Shukri menyatakan demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis penyerahan Laporan Tahunan SPRM 2013 dan Ulasan 2013 Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed, di bangunan Parlimen di sini, hari ini.

    Laporan itu dikemukakan oleh Abu Kassim kepada Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang.

    Turut hadir anggota Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) antaranya anggota Parlimen Indera Mahkota Datuk Fauzi Abd Rahman dan anggota Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw. - Bernama

    Sumber HD - 12-8-2014

    M'sia digesa guna OIC kutuk keganasan dunia Islam

    HARAKAHDAILY | .

    KUALA LUMPUR: Malaysia digesa vokal dalam Mesyuarat Menteri-menteri OIC berkenaan Gaza yang dijadualkan diadakan hari ini di Jeddah.

    Mesyuarat itu turut menyentuh isu-isu serta mencari penyelesaian sebenar kemelut lain; termasuk isu Syria, isu Boko Haram di Nigeria, dan juga isu pencabulan yang berlaku di Iraq pada masa ini.

    "Sekiranya OIC tetap menyepi, ini akan memberikan persepsi bahawa OIC seolah-olah tidak wujud di mata masyarakat dunia - malah merelakan kezaliman berterusan," ujarnya Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.

    Channel News Asia melaporkan amaran seorang pegawai kemanusiaan PBB bagi wilayah Palestin, James Rawley bahawa sebuah konflik baru di Gaza akan bermula sekiranya Israel tidak menamatkan sekatan yang dikenakan ke atas wilayah tersebut.

    Beliau menambah, “sekatan itu mestilah dihentikan untuk membenarkan bahan-bahan mentah ke dalam Gaza untuk membolehkan kerja-kerja pembinaan semula bermula. Ini untuk memberikan Gaza kembali kuasa untuk berdagang dengan dunia luar. Sekatan ini mestilah dihentikan untuk membenarkan Gaza untuk terus maju”.

    Fakta yang sering dilupakan ialah sekatan yang bermula pada tahun 2007 inilah yang merupakan latar belakang kepada persengketaan terbaru yang berlaku pada masa ini. Beliau juga berkata, “masyarakat antarabangsa telah gagal dalam isu Israel-Gaza, yang pada ketika ini telah menyebabkan kira-kira 1930 nyawa Palestin dan 67 nyawa Israel terbunuh”.

    Laporan awal menyebut bahawa Gaza memerlukan AS$6-8 billion untuk kerja-kerja pembinaan semula.

    Saya menyeru kerajaan Malaysia untuk memulakan gerakan melalui OIC untuk menggesa Israel untuk menghentikan sekatan yang dikenakan oleh Israel, serta memastikan laluan dibuka semula agar bantuan kemanusiaan, serta bahan-bahan mentah untuk membina semula Gaza dapat dimulakan. Sudah cukup penderitaan rakyat Gaza setelah sebulan dibedil tanpa belas kasihan.

    OIC perlu bertanggungjawab untuk memastikan Israel komited terhadap menjaga keamanan dan keselamatan di wilayah tersebut, bukan sahaja untuk rakyat Israel, bahkan keseluruhan warga Palestin yang terkesan. Malaysia perlu memulakan langkah untuk merancang penyaluran bantuan kemanusiaan ini, demi kebaikan bersama rakyat Gaza.

    Dalam pada masa yang sama, puak-puak militan di Iraq dilaporkan telah mula membunuh puak Yazidi kerana enggan menganut agama Islam.

    Media antarabangsa turut melaporkan puak militan ini telah membunuh kesemua pemuda dalam sebuah perkampungan. Lebih malang, terdapat juga laporan di mana wanita dan kanak-kanak ditanam hidup-hidup - sesuatu dakwaan yang wajar disiasat dan dikenakan tindakan sekiranya didapati sah.

    Mereka yang terselamat sedang menderita dengan kehausan dan penyakit, pergunungan Sinjar di Iraq.

    Dianggarkan bahawa kira-kira 150,000 orang masih lagi terperangkap di pergunungan ini. Menteri Hak Asasi Manusia Iraq, Mohammed Shia al-Sudani berkata, sudah lebih 500 orang daripada puak Yazidi ini telah dibunuh, dan kerajaan Iraq mempunyai bukti-bukti pembunuhan ini.

    Melihatkan pelbagai keganasan yang berlaku dalam dunia Islam pada masa ini, Malaysia perlu menyatakan pendirian mereka dengan lebih tegas. Kerajaan perlu menggunakan kerusi di OIC untuk mengutuk serta mengingatkan negara-negara Islam bahawa kita perlu melindungi mereka yang lemah dalam mana-mana peperangan; terutamanya penduduk, wanita dan kanak-kanak, selari dengan nilai-nilai Islam yang telahpun termaktub lebih 1400 tahun dahulu.

    Menurut Dr Mohd Asri Zainul Abidin, “Islam menetapkan agar pembunuhan hanyalah di medan perang dan tidak boleh direbakkan ke luar medan. Hanya diperangi mereka yang terlibat dengan peperangan. Adapun golongan musuh yang tidak menyertai peperangan, mereka tidak diperangi atau dibunuh”.

    Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 190 (maksudnya): “Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak menyukai mereka yang melampaui batas”.

    Dalam hadith daripada Ibn Umar r.a., katanya: "Seorang wanita didapati terbunuh dalam satu peperangan yang disertai Nabi s.a.w maka Rasulullah s.a.w. pun melarang membunuh wanita dan kanak-kanak”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

    Justeru, Malaysia dan OIC wajib mengeluarkan kenyataan untuk mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman yang sedang berleluasa ini.

    Kezaliman sebegini tidak berlandaskan prinsip-prinsip peperangan dalam Islam itu sendiri. Segala kekejaman yang berlaku atas nama Islam ini perlu dihentikan dengan serta-merta.

    Kita tidak boleh menutup mata terhadap pelbagai pencabulan hak asasi manusia yang lain. Kita mesti terus bersuara agar OIC memainkan peranan di dalam sengketa dunia Islam.

    Akhir kata, harap saya Malaysia vokal dalam Mesyuarat Menteri-menteri OIC berkenaan Gaza yang dijadualkan diadakan hari ini (12 Ogos) di Jeddah; dan turut menyentuh isu-isu serta mencari penyelesaian sebenar kemelut lain; termasuk isu Syria, isu Boko Haram di Nigeria, dan juga isu pencabulan yang berlaku di Iraq pada masa ini. Sekiranya OIC tetap menyepi, ini akan memberikan persepsi bahawa OIC seolah-olah tidak wujud di mata masyarakat dunia - malah merelakan kezaliman berterusan.

    Sumber HD - 12-8-2014









































































































































































    MH17: Polis akan hantar semula pasukan penyiasat

    HARAKAHDAILY | .
    SEPANG: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menghantar semula pasukan siasatan khasnya ke lokasi nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 jika puak pemisah dan tentera Ukraine bersetuju melaksanakan gencatan senjata, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

    Beliau berkata pada masa sekarang Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah (OSCE) sedang melakukan rundingan dengan kedua-dua pihak berkenaan.

    "Kita terpaksa menarik balik petugas di Ukraine kerana ancaman keselamatan.

    Ukraine dan Rusia sedang mengumpulkan tentera di kawasan berkenaan dan boleh berperang bila-bila masa sahaja," katanya.

    Khalid berkata demikian kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) selepas tiba dari Amsterdam, Belanda bersama 34 petugas khas PDRM kira-kira 6.35 pagi hari ini selepas menyertai misi siasatan nahas MH17 bersama pasukan penyiasat antarabangsa di Kharkiv, Ukraine.

    Mengulas lanjut, beliau berkata PDRM memerlukan 20 sehingga 30 kilometer radius kawasan gencatan senjata dari lokasi nahas bagi meneruskan pencarian harta dan barangan peribadi milik mangsa rakyat Malaysia serta siasatan nahas.

    Sementara itu, beliau berkata PDRM juga akan menempatkan pegawainya masing-masing di Amsterdam, Belanda dan Kiev, Ukraine bagi mengikuti perkembangan terkini siasatan pesawat MH17.

    Beliau berkata di Kiev, pegawai dari London akan ditugaskan sementara di sana bagi menghadiri sebarang mesyuarat yang akan dihadiri oleh Belanda dan Rusia serta OSCE untuk berunding mengenai gencatan senjata serta siasatan nahas.

    "Manakala di Belanda pegawai dari Malaysia akan dihantar dalam minggu ini bagi bekerjsama dengan Pasukan Siasatan Bersama (JIT) yang dianggotai Malaysia, Belanda dan Australia yang terbabit dalam proses mengenal pasti mayat.

    "Buat masa ini baki lima petugas khas PDRM dari Ukraine telah diterbangkan ke Belanda namun akan pulang dalam minggu ini," katanya.

    Katanya MAS adalah kepunyaan Malaysia oleh itu negara bertanggungjawab sepenuhnya dalam siasatan insiden berkenaan.

    Penerbangan MH17, sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ia terhempas di Donetsk, timur Ukraine berdekatan sempadan Rusia pada 17 Julai.

    Pesawat Boeing 777-200 itu membawa 298 orang - 283 penumpang dan 15 anak kapal - dipercayai ditembak jatuh, namun setakat ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab melakukan perbuatan kejam itu.

    Seramai 195 warga Belanda dan 43 warga Malaysia antara penumpang dan anak kapal dalam pesawat malang itu. - BERNAMA

    Sumber HD - 12-8-2014

    Hidup diteruskan bagi keluarga pramugara MH370

    BERNAMA | .


    KUALA LUMPUR: "Hidup diteruskan bagi keluarga kami. Kami menanganinya dengan baik, di sebalik ketidaktentuan ini," kata Maira Elizabeth Nari.

    Maira, 18, anak perempuan ketua pramugara Andrew Nari yang bertugas di dalam Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 yang hilang pada 8 Mac di selatan Lautan Hindi, berkata keluarganya sentiasa menyibukkan diri dengan pelbagai aktiviti agar tidak terlalu memikirkan tentang tragedi itu.

    "Hidup ini ada naik turunnya. Saya memang tidak memikirkan tentang bapa sebab saya tidak mahu menunjukkan kesedihan saya kepada ibu dan adik lelaki (Malcolm) saya.

    "Dalam tempoh ini, saya mendekatkan diri kepada Tuhan untuk mendapat ketenangan. Sekarang, saya sibuk membuat persiapan bagi peperiksaan akhir semester pertama saya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Aidilfitri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di sini hari ini.

    Majlis itu dihadiri Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman.

    Ditanya apakah yang diperkatakan Muhyiddin kepada beliau dan keluarganya, Maira, yang sedang mengikuti pengajian dalam kursus diploma komunikasi massa di Segi College di Subang Jaya, berkata timbalan perdana menteri menggalakkan Malcolm, 13, supaya belajar rajin-rajin dan memburu cita-citanya untuk menjadi juruterbang.

    "Beliau juga bertanya tentang keadaan saya, apa yang saya sedang lakukan sekarang dan minta saya juga belajar rajin-rajin," katanya.

    Sementara itu, ibu Maira, Melanie Antonio, 45, yang turut hadir pada majis itu, berkata beliau menyibukkan diri dengan seringkali bertemu keluarga mangsa lain dalam Penerbangan MH370, dan beberapa rakannya yang juga bekas kru kabin.

    "Kami berkunjung ke rumah satu sama lain. Kami sama-sama saling memberi sokongan. Ia sebuah keluarga besar yang berkongsi ingatan dan cara untuk anak kami menangani insiden ini," katanya.

    Melanie meletak jawatan sebagai pramugari MAS selepas pasangan suami isteri itu mempunyai dua anak.

    Pesawat Boeing 777-200 ke Beijing dengan membawa 239 orang hilang daripada radar pada 8 Mac, sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL. Ia sepatutnya tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

    Analisis data satelit menunjukkan kedudukan terakhir pesawat itu adalah di selatan Lautan Hindi, di barat Perth, Australia. - Bernama

    Sumber HD - 11-8-2014









































































































































































    'Dapur Jalanan' dibenar beroperasi seperti biasa

    BERNAMA | .
    KUALA LUMPUR: Aktiviti 'Dapur Jalanan' dibenar beroperasi seperti biasa tanpa sebarang tempoh tertentu, namun aspek kebersihan akan dipantau ketat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

    Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata sebelum ini kementerian menetapkan 16 Ogos ini sebagai tarikh akhir untuk Dapur Jalanan itu beroperasi.

    "(Sekarang) tiada masalah untuk mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) menjalankan aktiviti itu seperti biasa. Kita juga sudah berbincang dengan mereka dan kenal pasti tempat perlindungan sementara untuk aktiviti itu beroperasi.

    "Ketua Setiausaha saya dan juga Datuk Bandar akan mengeluarkan kenyataan penuh pada Rabu mengenai perkara tersebut. Umum juga perlu tahu kita sentiasa berbincang dengan NGO dari semasa ke semasa," katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Bekas Tentera Malaysia di sini, hari ini.

    Sebelum ini dilapor, semua NGO yang menjalankan aktiviti Dapur Jalanan hanya dibenar meneruskan aktiviti memberi makanan kepada gelandangan sehingga 16 Ogos iaitu selepas sambutan Aidilfitri.

    Tarikh itu dipersetujui sebagai tarikh baharu penguatkuasaan larangan memberi makanan kepada gelandangan selain makanan boleh diagihkan kepada golongan gelandangan cuma tidak dibenarkan berada dalam kawasan 2km radius dari ibu kota.

    Dalam pada itu, Tengku Adnan berkata kementerian juga dalam usaha memberi elaun bandar kepada kakitangan DBKL yang berpendapatan rendah bagi meringankan beban ekoran kos hidup semakin tinggi di pusat bandar raya ini.

    "Ada lebih kurang 60 peratus kakitangan DBKL yang mempunyai pendapatan lebih kurang RM2,000 (sebulan), iaitu di bawah garis kemiskinan.

    "Kita akan cuba selesaikan dan berbincang dengan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Jabatan Perkhidmatan Awam dan Ketua Setiausaha Negara untuk benarkan DBKL membayar elaun itu," katanya.

    Mengulas mengenai majlis yang dihadirinya, Tengku Adnan berkata antara yang dibangkitkan adalah masalah perumahan dihadapi anggota tentera termasuk yang akan bersara memiliki kediaman sendiri.

    "Program pembangunan semula kawasan setinggan tertentu untuk dimajukan kepada rumah murah mampu milik masih berterusan bagi membantu tentera, polis dan penjawat awam kategori rendah untuk memiliki hartanah di Wilayah Persekutuan.

    "Kita akan bantu dan terus berbincang dengan mereka dari semasa ke semasa dan perkara ini juga telah saya panjangkan kepada pihak tertentu untuk dipertimbangkan," katanya. - Bernama

    Sumber HD - 9-8-2014

    Khazanah cadang nyahsenarai saham MAS

    BERNAMA | .

    KUALA LUMPUR: Malaysian Airline System Bhd (MAS) sudah menerima notis mengenai cadangan Khazanah Nasional Bhd untuk mengambil alih pemilikan penuh serta menyahsenarai syarikat penerbangan itu dari Bursa Malaysia.

    "Lembaga Pengarah kami akan membincangkan cadangan ini dan kenyataan rasmi akan dikeluarkan kemudian. Dalam tempoh ini, operasi perniagaan kami tidak berubah," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

    Awal hari ini, Khazanah Nasional mengeluarkan kenyataan bahawa ia sudah mengemukakan permohonan rasmi kepada lembaga pengarah MAS untuk melaksana langkah pengurangan dan pembayaran balik modal secara terpilih ke atas saham-saham biasa syarikat penerbangan itu, yang seterusnya membawa kepada penyahsenaraian MAS.

    Pemegang saham minoriti MAS akan menerima pembayaran balik modal bernilai 27 sen sesaham biasa, berjumlah RM1.38 bilion, mewakili 12.5 peratus premium pada harga penutup 7 Ogos dan 29.2 peratus premium atas harga pasaran purata wajaran bagi tempoh tiga bulan.

    -- BERNAMA

    Sumber HD - 8-8-2014









































































































































































    Gangguan perkhidmatan KTM Komuter sektor tengah

    BERNAMA | .
    KUALA LUMPUR: Beberapa perkhidmatan KTM Komuter sektor tengah mengalami gangguan hari ini susulan tren kargo dari Padang Jawa ke Chemor, Perak tergelincir pada 3.11 pagi Jumaat.

    Keretapi Tanah Melayu (KTM) Berhad dalam satu kenyataan berkata kejadian berlaku di Km 386.00, di antara Bank Negara ke Kuala Lumpur, membabitkan empat daripada 30 gerabak menghalang laluan bagi perkhidmatan tren.

    Perkhidmatan tren yang terjejas adalah:

    * Laluan (Sungai Gadut-Rawang) -- Perkhidmatan ini tamat di Stesen KL Sentral sahaja dan berpatah balik

    * Laluan (Rawang-Sungai Gadut) -- Perkhidmatan ini tamat di Stesen Kepong sahaja dan berpatah balik.

    * Laluan (Batu Caves-Pelabuhan Klang) -- Perkhidmatan ini tamat di Stesen Sentul sahaja dan berpatah balik.

    * Laluan (Pelabuhan Klang-Batu Caves) -- Perkhidmatan ini tamat di Stesen KL Sentral sahaja dan berpatah balik.

    "Tiada perkhidmatan tren dari dan ke Stesen Kuala Lumpur, Bank Negara, Putra, Sentul dan Segambut," kata kenyataan itu.

    Perkhidmatan KTM Intercity yang terjejas adalah:

    * Ekspres Langkawi (Hatyai-KL Sentral) -- Perkhidmatan tren akan berhenti di Stesen Tanjung Malim dan penumpang menyambung perjalanan dengan bas ke KL Sentral.

    * Tren ETS (Ipoh-KL Sentral 5 pagi) -- Perkhidmatan ini akan tamat di stesen Kepong dan penumpang menyambung perjalanan dengan bas ke Stesen KL Sentral.

    * Tren ETS (KL Sentral-Ipoh 6 pagi) -- Penumpang akan menaiki bas dari Stesen KL Sentral ke Stesen Kepong dan menyambung perjalanan dengan tren ke Ipoh.

    "Kerja-kerja membaik pulih landasan sedang dijalankan dan satu landasan dijangka siap pada jam 1 tengah hari esok.

    Kedua-dua landasan pula dijangka siap sepenuhnya pada hari Ahad ini (10 Ogos).

    KTM Berhad memohon maaf di atas kesulitan yang dialami, menurut kenyataan itu.

    -- BERNAMA

    Sumber HD - 8-8-2014

    Malaysia bersiap hantar Rizalman ke New Zealand

    BERNAMA | .


    PUTRAJAYA: Malaysia sedang membuat persediaan untuk menghantar balik bekas pembantu staf pertahanan di Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington, New Zealand untuk menghadapi pertuduhan pecah rumah dan serangan dengan niat untuk merogol.

    Kenyataan Wisma Putra hari ini menyebut Malaysia dan New Zealand berbincang tentang prosedur perundangan yang diperlukan untuk membolehkan Pegawai Waran II Muhammad Rizalman Ismail berdepan pertuduhan itu dan ini akan dilakukan sejajar dengan undang-undang antarabangsa serta dalam negeri.

    "Malaysia dan New Zealand komited dalam memastikan bahawa persediaan untuk memindahkan Muhammad Rizalman kepada pihak berkuasa New Zealand dikendalikan dengan cara yang bijaksana, sejajar dengan proses perundangan serta menghormati hak asasi beliau," menurut kenyataan itu.

    Muhammad Rizalman, 38, ditahan polis New Zealand pada 9 Mei tahun ini dan dihadapkan di mahkamah pada hari berikutnya bagi menghadapi tuduhan melakukan pecah rumah dan serangan seksual terhadap seorang wanita berumur 21 dengan niat untuk merogol.

    Bagaimanapun, beliau sekeluarga dibawa pulang ke Malaysia pada 22 Mei dan Kementerian Pertahanan mengambil tindakan segera untuk menyiasat kes itu.
    Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Anifah Aman memberitahu sidang akhbar di Putrajaya pada 1 Julai bahawa Muhammad Rizalman dan keluarganya pulang ke Malaysia pada 22 Mei, dengan persetujuan pihak New Zealand.

    Beliau berkata dalam perbincangan tentang perkara itu antara pegawai Malaysia dan New Zealand pada 12 Mei, pihak New Zealand menawarkan pilihan bagi tertuduh untuk dibawa pulang ke Malaysia.

    Menteri Luar New Zealand Murray McCully dilaporkan berkata kemungkinan wujud kekaburan dalam komunikasi antara kedua-dua negara dalam menangani kes itu. – HARAKAHDAILY 5/8/2014

    Sumber HD - 5-8-2014









































































































































































    MH17: Pampasan awal RM160,000 dalam masa terdekat

    HARAKAHDAILY | .
    KUALA LUMPUR: Waris terdekat kepada mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 dijangka menerima bayaran pampasan awal sebanyak US$50,000 atau kira-kira RM160,000 dalam jangka masa terdekat.

    Bernama melaporkan, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata bayaran pampasan awal itu sediakan oleh pihak MAS.

    "Saya difahamkan bayaran kepada waris yang ini dapat dibuat dalam masa terdekat memandangkan kita sudah sedia maklum apa yang berlaku kepada pesawat itu (MH17)," katanya ketika dihubungi Radio Televisyen Malaysia (RTM) dalam rancangan Selamat Pagi 1Malaysia yang disiarkan di TV1.

    Beliau berkata sebelum ini sebanyak 25 anggota keluarga mangsa tragedi MH17 telah menerima bayaran saguhati US$5,000 atau kira-kira RM16,000 secara sekali gus daripada pihak MAS untuk membantu dalam soal perbelanjaan harian yang mungkin diperlukan.

    Penerbangan MH17, yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal, dalam penerbangan dari Amsterdam, Belanda ke Kuala Lumpur, dipercayai ditembak jatuh di Donetsk, timur Ukraine pada 17 Julai lepas.

    Sumber HD - 4-8-2014

    MH17: Pemilihan negara perbicaraan beri faedah kepada semua mangsa

    BERNAMA | .

    KUCHING: Pemilihan negara yang akan mengendalikan proses perbicaraan dalang nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada 17 Julai lepas perlu dipertimbangkan sebaik mungkin bagi memberi faedah kepada semua mangsa dari negara terlibat.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri turut menjelaskan Malaysia dan Ukraine bukan anggota Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), berbanding Belanda yang merupakan anggota ICC.

    "Negara perbicaraan masih belum ditentukan lagi, masih bergantung kepada keputusan siasatan lagi. Jika keputusan siasatan mendapati lebih baik dilakukan (perbicaraan) di Malaysia, dalang akan didakwa di negara ini.

    "Kalau keputusan siasatan mendapati lebih baik didakwa di negara lain terutama Belanda, jadi kita serahkan kepada Belanda, yang penting keputusan memilih negara perbicaraan akan memberi faedah semua mangsa nahas tersebut," katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri beliau di Pustaka Negeri Sarawak, Petra Jaya hari ini.

    Pada majlis yang dihadiri kira-kira 5,000 orang itu, Nancy turut menyaksikan Amanah Raya Berhad turut menyumbangkan sebuah van jenazah kepada Masjid Daerah Simunjan dan Lembaga Amanah Kebajikan Islam Simunjan.

    Mengulas lanjut, Nancy bagaimanapun berkata Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail yang kini mewakili Malaysia dalam jawatankuasa menyiasat nahas MH17 itu tetap mengkaji pilihan terbaik sama ada mengambil tindakan membicarakan dalang di dalam atau luar negara.

    "Walaupun Malaysia bukan anggota ICC, tindakan terhadap dalang masih boleh dilakukan di negara ini. Kita ada peruntukan tertentu antaranya di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA)," katanya. - Bernama

    Sumber HD - 3-8-2014









































































































































































    MH17: Barangan peribadi percepat proses cam mangsa

    MOHD FAIZAL HASSAN | .
    KUALA LUMPUR: Faktor barangan peribadi seperti cincin, gigi dan pakaian antara elemen penting dalam membantu melicinkan dan mempercepatkan proses pengecaman mayat mangsa nahas pesawat Malaysia Airline (MAS) Penerbangan MH17.

    Amidon Midon Anan, pakar forensik tempatan yang pernah berkhidmat hampir 25 tahun bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkata, jika elemen tersebut disentuh atau tercemar, proses pengecaman boleh memakan masa lama mencecah tiga minggu atau lebih.

    "Dalam kes MH17 ini, pendapat peribadi saya, proses pengecaman akan ambil masa lama khasnya jika jasad tidak terjejas hasil daripada letupan kapal terbang itu.

    "Yang akan membantu penyiasat adalah mencari pakaian asal mayat walaupun telah berubah warna, barangan atau identiti milik peribadi hilang atau berubah seperti jenis jam, tatu, gigi emas, cincin kahwin dan sebagainya.

    "Ini sekali gus antara cabaran besar penyiasat dan forensik untuk mengecam dan mengenal pasti identiti jasad dan mayat tersebut," katanya kepada Bernama.

    Penerbangan MH17, sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ia terhempas di Donetsk, timur Ukraine berdekatan sempadan Rusia pada 17 Julai.

    Pesawat Boeing 777-200 itu membawa 298 orang - 283 penumpang dan 15 anak kapal - dipercayai ditembak jatuh, namun setakat ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab melakukan perbuatan kejam itu.

    Amidon, yang kini merupakan pensyarah pelawat di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata sebaik sahaja selesai proses pengecaman mangsa bencana itu, penyiasat akan ke fasa pengisian DNA untuk tujuan pengesahan.

    "Di sini, sampel darah keluarga terdekat akan diambil untuk dipadankan dengan mangsa. Kebiasaannya, proses ini cuma tidak sampai tujuh hari. Namun dalam kes MH17, ini, ia ambil masa kerana terdapat banyak mayat dan keadaan mayat itu sendiri.

    "Untuk kenal pasti mayat warganegara kita sendiri ambil masa kerana kebanyakan mayat adalah warganegara Belanda," jelasnya.

    Beliau yang pernah mengendalikan pelbagai kes besar termasuk kes runtuhan kondominium Highland Tower pada 1993 berkata mayat tertimbus di dalam tragedi itu masih tidak terjejas dan proses pengecaman tidak mengambil masa lama berbanding tragedi MH17.

    "Dalam kes Highland Tower, tiada yang meletup berbanding tragedi MH17 yang perlu mengumpul kesemua anggota badan untuk tujuan identifikasi dan pengecaman.

    Amidon menarik perhatian tragedi MH17 ini juga bakal menjadi kayu pengukur dan membuka dimensi baharu dalam pengurusan krisis dunia penerbangan dan forensik penyiasat tempatan ke peringkat lebih tinggi sekali gus mencabar kebolehan mereka.

    Dilaporkan semalam, Pasukan Siasatan Antarabangsa telah mengenal pasti beberapa mayat daripada 43 rakyat Malaysia dalam pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine, dan pengesahan pengenalan lanjut diperlukan dalam tempoh dua minggu lagi.

    Media melaporkan sebelum ini, proses tersebut terpaksa mengambil masa agak lama disebabkan bukti siasatan jenayah turut dikumpulkan daripada mayat dan jasad mangsa nahas di samping proses pengecaman itu sendiri.

    Bukti siasatan jenayah itu penting berikutan terdapat dakwaan pesawat tersebut ditembak jatuh. - Bernama

    Sumber HD - 2-8-2014

    MH17: Beberapa jasad rakyat Malaysia dikenal pasti

    MOHD RAZMAN ABDULLAH | .

    AMSTERDAM: Pasukan Siasatan Antarabangsa telah mengenal pasti beberapa mayat daripada 43 rakyat Malaysia dalam pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine, dan pengesahan pengenalan lanjut diperlukan dalam tempoh dua minggu lagi.

    Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau mendapat maklumat itu semasa lawatannya ke sebuah fasiliti tentera di Hilversum, Khamis di mana 226 keranda sesetengahnya mengandungi mayat mangsa dan bahagian anggota, sedang menjalani proses forensik dan pengecaman mangsa bencana (DVI).

    Katanya selepas proses dua minggu, kerajaan akan tahu bila mayat rakyat Malaysia akan dihantar balik ke tanah air.

    "Bila (mayat) dibawa balik kita akan adakan hari berkabung.

    "Butirannya akan dimaklumkan bila sampai masanya," katanya kepada wartawan Malaysia di sini Jumaat sebelum berlepas ke Kuala Lumpur selepas lawatan dua hari ke Netherlands dengan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

    Penerbangan MH17 dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ditembak jatuh di Donetsk, timur Ukraine berdekatan sempadan Rusia pada 17 Julai.

    Pesawat Boeing 777-200 itu membawa 298 orang - 283 penumpang dan 15 anak kapal - dipercayai ditembak jatuh tetapi sehingga hari tiada pihak yang mendakwa bertanggungjawab atas perbuatan kejam itu.

    Sejumlah 195 warga Belanda menaiki penerbangan itu.

    Najib berkata setakat ini, sejumlah 126 keranda telah diperiksa dan menjalani proses DVI.

    Beliau berkata proses itu adalah rumit dan unik yang memerlukan tiga peringkat pemeriksaan iaitu Ante-mortem, post mortem dan penyelarasan.

    Najib berkata proses pemeriksaan itu adalah mengikut standard antarabangsa dan kaedah itu melampaui keraguan munasabah.

    Semasa proses itu, Najib berkata pasukan antarabangsa perlu mengambil sampel DNA, gigi dan cap jari mayat atau mana-mana satu kaedah jika ia membabitkan bahagian anggota manusia.

    Selain daripada proses DVI, Malaysia dan pasukan antarabangsa memberi fokus untuk memasuki lokasi nahas di Torez, Ukraine untuk mencari sisa-sisa mayat dan untuk mengambil serpihan pesawat untuk siasatan.

    Beliau berkata disebabkan konflik itu telah bertambah buruk sehingga sehingga menjadi perang di antara kerajaan Ukraine dan kumpulan pemisah yang dikenali sebagai Republik Rakyat Donestk, adalah penting untuk memastikan laluan yang selamat bagi pasukan siasatan antarabangsa.

    Katanya pasukan antarabangsa diketuai oleh Netherlands telah menemui serpihan pesawat terbabit yang bertaburan di kawasan dalam lingkungan 9 km. - Bernama

    Sumber HD - 1-8-2014









































































































































































    Dagangan RM2.87b, putuskan hubungan dengan Israel

    HARAKAHDAILY | .

    KUALA LUMPUR: Nurul Izzah Anwar sekali lagi merayu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak agar bertindak berani dengan memutuskan hubungan perdagangan dengan Israel yang pada tahun 2010 sudah pun bernilai RM2.87 billion.

    Ahli Parlimen Lembah Pantai itu juga menggesa masyarakat dunia agar membuat tindakan yang sama bagi keamanan sedunia.

    Katanya, usaha yang giat perlu dilakukan untuk memecahkan tembok sempadan yang memisahkan Semenanjung Gaza dengan wilayah Palestin yang lain, yang kini dianggap sebagai penjara terbuka terbesar di dunia.

    “Sikap mendiamkan diri oleh negara-negara Islam yang lain seperti Mesir dan Arab Saudi tidak boleh kita ikuti, apalagi biarkan berlanjutan,” tegasnya yang juga Naib Presiden PKR dalam satu kenyataan sebagaimana di bawah.

    Media antarabangsa melaporkan bahawa Israel memanggil 16,000 orang askar simpanan selepas rejim Zionis itu meminta Amerika Syarikat membekalkan senjata tambahan selesai Gaza dibedil secara berterusan. Lebih malang, laporan media melaporkan Amerika Syarikat telah pun bersetuju untuk membekalkan senjata tambahan; yang bakal digunakan di dalam serangan yang memangsakan lebih 1,400 warga Gaza yang mana dilaporkan lebih 85 peratus daripadanya rakyat tidak berdosa termasuk kanak-kanak.

    Perkembangan ini amat mengecewakan dan amat membangkitkan kemarahan dunia. Tidakkah sepatutnya keamanan, dan bantuan kemanusiaan kepada mangsa krisis ini yang menjadi keutamaan bagi Amerika Syarikat?

    Pesuruhjaya Tinggi Hak-hak Kemanusiaan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Navi Pillay telah pun menyeru kuasa-kuasa dunia untuk menggesa Israel bertanggungjawab ke atas jenayah perang yang diakukan negara teroris itu; yang melibatkan perlanggaran undang-undang kemanusian antarabangsa; termasuklah kontroversi penggunaan senjata yang diharamkan terhadap rakyat biasa.

    Perumahan awam, ambulan, premis sekolah UNRWA dan infrastruktur-infrastruktur utama Gaza termasuk satu-satunya stesen janakuasa juga tidak selamat daripada serangan Israel ini. Navi Pillay menambah; serangan-serangan ini adalah melanggar Konvensyen Geneva. Beliau berkata, “kita tidak boleh membiarkan sikap tidak bertanggungjawab ini berterusan”.

    Sekiranya PBB telah membuat kenyataan bahawa kedua-dua belah pihak telah melakukan jenayah, tidakkah negara yang membekalkan senjata juga sepatutnya dianggap bersalah malah bersubahat dengan jenayah tersebut?

    Apakah yang membezakan perbuatan Amerika Syarikat dengan perbuatan Russia yang membekalkan senjata kepada puah pemisah Ukraine (yang didakwa menembak jatuh MH17) - kini mendapat bantahan keras daripada AS? Jelas bahawa AS punyai penanda aras moral yang berbeda buat kedua-dua isu ini.

    Isu rampasan dan penjajahan bumi Palestin ini telah berlarutan begitu lama, dan sebuah tindakan yang tegas mesti diambil untuk memastikan keselamatan serta keamanan bagi rantau tersebut. Jelas Amerika Syarikat langsung tidak mempunyai minat untuk memastikan keselamatan serta hak-hak rakyat Palestin terjamin. Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab kerajaan-kerajaan dunia yang lain untuk bersatu untuk menamatkan krisis kemanusiaan ini.

    Dengan persetujuan genjatan senjata oleh Hamas dan Israel yang akan berlangsung selama 72 jam, Malaysia melalui OIC atau NAM perlu segera mengambil peluang untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada wilayah tersebut melalui udara dan laut. Kerajaan Malaysia boleh mengerah pesawat TUDM untuk menyampaikan bantuan sementara peluang ini masih terbuka dan bekerjasama terus dengan Aqsa Syarif, Viva Palestina Malaysia dan Mapim dalam penyaluran bantuan.

    Pun begitu, bantuan ini perlu disalurkan secara berterusan dalam satu usaha yang boleh kita gelar sebagai “Gaza Airlift”, seperti mana tindakan Amerika Syarikat melalui pentadbiran Presiden Harry S. Truman yang menghantar bantuan kepada Berlin Barat dalam “Berlin Airlift” apabila sekatan kepada wilayah tersebut dibuat oleh Soviet Union pada tahun 1948. Dalam kesempatan terkini di Gaza, Kalau AS enggan, maka kita wajib bertindak!

    Saya juga sekali lagi merayu kepada Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, agar bertindak berani dengan memutuskan hubungan perdagangan dengan Israel (yang pada tahun 2010 sudah pun bernilai RM2.87 billion), dan juga menggesa masyarakat dunia agar membuat tindakan yang sama bagi keamanan sedunia.

    Usaha yang giat perlu dilakukan untuk memecahkan tembok sempadan yang memisahkan Semenanjung Gaza dengan wilayah Palestin yang lain, yang kini dianggap sebagai penjara terbuka terbesar di dunia. Sikap mendiamkan diri oleh negara-negara Islam yang lain seperti Mesir dan Arab Saudi tidak boleh kita ikuti, apalagi biarkan berlanjutan.

    Masa akan berlalu dengan kemaraan kezaliman Israel yang berterusan. Cukuplah! Kita punyai tanggungjawab moral untuk memastikan kegilaan serta kezaliman ini dihentikan - dalam ruang lingkup kuasa yang ada pada kita. - HARAKAHDAILY 1/8/2014

    Sumber HD - 1-8-2014

    Malaysia akan umum hari berkabung untuk MH17

    MOHD RAZMAN ABDULLAH | .

    AMSTERDAM: Malaysia akan mengumumkan hari berkabung negara untuk nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 sebaik sahaja mayat dan jenazah mangsa warga Malaysia tiba di tanah air, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

    Beliau berkata ia khusus bagi seluruh negara berkabung untuk mangsa yang terkorban dalam nahas itu, dan untuk memberi penghormatan kepada mereka.

    Penerbangan MH17, dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur membawa 298 orang - 283 penumpang dan 15 anak kapal - ketika ia terhempas di Donetsk, timur Ukraine berdekatan sempadan Rusia pada 17 Julai.

    Pesawat Boeing 777-200 itu dipercayai ditembak jatuh namun sehingga kini tiada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap perbuatan itu.

    "Kami akan isytiharkan hari berkabung untuk seluruh negara dan saya akan berada di sana untuk menyambut mayat-mayat apabila ia sampai," katanya pada majlis makan malam penghargaan bersama-sama pasukan siasatan khas Malaysia di sini pada Khamis malam.

    Menyentuh 195 warga Belanda yang terkorban dalam nahas itu, Najib berkata beliau telah berjumpa beberapa warga Belanda dan mereka tidak menyalahkan MAS atau Malaysia berhubung nahas itu.

    "Ia sesuatu di luar jangkaan. Rakyat Belanda memahami keadaan itu dan mereka bersama-sama kita," katanya.

    Berhubung lawatan dua hari beliau ke Netherlands sejak Khamis, Najib berkata ia bagi menyampaikan ucapan takziah kepada Netherlands dan mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Belanda Mark Rutte.

    Najib, diiringi isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam, Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (DCA) Azharuddin Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya tiba di sini pada Khamis pagi.

    Najib mengadakan pertemuan dengan Rutte di The Hague bagi membincangkan nahas MH17 di Ukraine, sebelum ke Hilversum untuk memberi penghormatan kepada mangsa-mangsa tragedi itu yang identiti mereka sedang dikenal pasti menerusi proses forensik.

    Perdana Menteri turut melahirkan penghargaan kepada pasukan siasatan khas Malaysia yang telah memberikan komitmen mereka dalam membawa mayat mangsa-mangsa ke Netherlands, dan terlibat dalam mendapatkan dua kotak hitam MH17 dan juga kepada mereka yang terbabit dalam Pengecaman Mangsa Bencana (DVI).

    Najib berkata Malaysia komited untuk menegakkan keadilan bagi keluarga mangsa dan membawa dalang tragedi itu ke muka pengadilan.

    Beliau berkata dengan penemuan kotak hitam pesawat itu, beliau berharap maklumat dalam kotak hitam itu mengandungi bukti kukuh untuk membawa pihak yang bertanggungjawab bagi tragedi itu ke muka pengadilan. - Bernama

    Sumber HD - 1-8-2014









































































































































































    MH17: Persediaan sambut jenazah di KLIA

    BERNAMA | .
    SEPANG: Persediaan telah dibuat untuk menerima kepulangan jenazah rakyat Malaysia yang maut dalam nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 terhempas di Ukraine.

    Ketika tinjauan Bernama di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini, van-van jenazah sudah tersusun rapi.

    Beberapa khemah turut didirikan di perkarangan kompleks.

    Dalam satu raptai, anggota tentera daripada Rejimen Askar Melayu Diraja yang lengkap beruniform kelihatan mengusung keranda dengan penuh hormat untuk diberi penghormatan terakhir.

    Namun jenazah 43 rakyat Malaysia hanya dijangka tiba di tanah air dalam tempoh tiga minggu lagi.

    Seorang pegawai yang terlibat dalam urusan pengendalian jenazah berkata persediaan awal dibuat bertujuan untuk memastikan proses ketibaan jenazah bakal berjalan lancar.

    “Hari ini hanya satu raptai untuk menyambut jenazah. Ia masih dalam peringkat perancangan dan ia masih belum dimuktamadkan. Terdapat beberapa perkara lagi yang perlu dilakukan.

    "Satu mesyuarat akan diadakan esok (Khamis) untuk membincangkan secara terperinci proses menyambut ketibaan jenazah nanti,” katanya.

    Pada 17 Julai lalu, pesawat Boeing 777 MAS yang membawa 283 orang penumpang dan 15 anak kapal terhempas dipercayai akibat ditembak. Tetapi sehingga kini tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab melakukannya.

    Setakat ini sejumlah 227 keranda yang mengandungi jenazah mangsa pesawat telah diserahkan kepada pihak berkuasa Belanda yang mengetuai pasukan siasatan antarabangsa.

    Kini 21 pakar Pengecaman Mangsa Bencana (DVI) Malaysia yang terdiri daripada lapan ahli patologi, lapan ahli forensik odontologi, empat pakar penyiasat lokasi jenayah (CSI) dan seorang pakar DNA berada di Utrecht, Belanda dalam usaha mengenal pasti identiti mangsa nahas.

    Datuk Seri Najib Tun Razak yang ke Belanda hari ini dijangka menyegerakan proses membawa pulang jenazah rakyat Malaysia.

    Perdana Menteri dijangka bertemu rakan sejawatannya Mark Rutte di The Hague yang akan mengadakan perbincangan termasuk soal urusan pengecaman mayat, membawa pulang jenazah dan mengheret pihak yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat ke muka pengadilan. - Bernama

    Sumber HD - 30-7-2014

    MH17: Proses teliti tubuh mayat rumit, ambil masa

    BERNAMA | .

    UTRECHT: Pasukan Pengecaman Mayat Mangsa Bencana (DVI) Malaysia perlu membuat penelitian yang rumit dan mengambil masa lebih lama untuk pemprofilan cebisan tubuh mayat mangsa penerbangan MH17 Malaysia Airlines (MAS).

    Ketuanya Dr Mohd Shah Mahmud berkata adalah satu cabaran kepada pasukan 21 anggota itu untuk mengenal pasti identiti setiap mangsa yang memerlukan ketelitian di fasiliti ketenteraan Belanda di Hilversum.

    "Dalam satu kes kami terpaksa memeriksa satu rahang manusia dan prosesnya mengambil masa berjam-jam," beliau berkata kepada wartawan Malaysia di sini malam tadi.

    Penerbangan MH17 yang berlepas dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, terhempas di Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia 17 Julai, lepas.

    Pesawat Boeing 777-200 yang membawa 298 orang - 283 penumpang dan 15 anak kapal - dipercayai telah ditembak jatuh tetapi sehingga sekarang tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab.

    Dr Mohd Shah, perunding patologi Hospital Kuala Lumpur berkata terdapat dua kumpulan utama, satu kumpulan DVI terdiri daripada 200 anggota termasuk pasukan dari Malaysia dan satu lagi kumpulan siasatan jenayah.

    Beliau berkata mayat akan diperiksa oleh kumpulan siasatan jenayah terlebih dahulu untuk mencari bukti seperti serpihan peluru berpandu menggunakan x-ray.

    "Mayat boleh jadi seluruh tubuh atau bahagian-bahagian tubuh yang terkandung di dalam keranda dan mereka akan memeriksa satu demi satu," katanya.

    Kemudian, mayat akan dibawa ke kumpulan DVI untuk diperiksa dan terdapat tiga proses pengenalan utama yang perlu dilaksanakan mereka.

    "Proses itu adalah mengenal pasti cap jari, rekod pergigian atau Odontologi dan DNA, iaitu kami akan memotong satu cebisan tulang untuk diuji. Kami juga perlu mengambil gambar mayat sebagai sebahagian daripada laporan kami," katanya sambil menambah prosedur itu adalah menurut standard antarabangsa DVI.

    Beliau berkata pasukan antarabangsa lain turut terlibat termasuk dari Belgium, Jerman, Australia, Indonesia, New Zealand yang diketuai Belanda.

    Anggota lain daripada Pasukan Perubatan Angkatan Tentera Malaysia, Brig Jen Datuk Dr Mohd Ilham Haron berkata setiap mayat atau cebisan mayat dianggap sebagai satu kes dan akan ditandakan dengan angka.

    "Untuk mempercepatkan proses, 200 anggota pasukan itu dibahagikan kepada lima kumpulan untuk memeriksa kes-kes itu dalam barisan.

    Tubuh atau cebisan manusia tidak akan dibedah siasat, kami memeriksa mayat sebagaimana keadaannya diterima. Jumlah keranda tidak bersamaan dengan jumlah individu," katanya.

    Beliau berkata kumpulan itu turut diberikan sejarah perubatan, laporan Odontologi dan data DNA penumpang MH17 untuk diteliti dan dibandingkan dengan mayat dan proses itu dipanggil ante-mortem.

    Beliau berkata pasukan itu juga memeriksa corak dan kesan kecederaan seperti tulang yang patah, kesan melecur akibat letupan, luka melecet dan unsur lain pada mayat kerana dipercayai pesawat ditembak jatuh menggunakan peluru berpandu.

    Dr Mohd Ilham berkata dalam proses itu akan ada petugas yang mengaudit penemuan bagi memastikan tiada yang terlepas perhatian atau tertinggal oleh pasukan DVI itu.

    Beliau berkata setelah pengauditan selesai, laporan penemuan itu akan diserahkan kepada sebuah pasukan petugas khas pusat, termasuk Interpol yang berpangkalan di The Hague untuk pengesahan lanjut pengenalan mangsa termasuk keputusan DNA.

    "Kumpulan DVI tidak betul-betul mengetahui identiti sebenar mangsa," katanya.

    Beliau berkata pasukan itu bekerja dari pukul 8 pagi hingga 7 malam sebelum mereka berehat di kuarters tentera di situ.

    Beliau berkata proses forensik dan DVI bermula sejak tiga hari lepas dan secara purata mereka memeriksa 20 ke 25 kes mayat.

    Dr Mohd Shah berkata bagi memastikan kehormatan mayat terpelihara, pihak berkuasa tidak boleh mendedahkan pengenalan mangsa sehingga jika boleh kesemua bahagian tubuh mayat ditemui menjadi satu jasad lengkap.

    Beliau berkata pasukan DVI Malaysia berpengalaman melaksanakan proses itu seperti yang dilakukan dalam Ops Daulat semasa sekumpulan militan dari Selatan Filipina menyusup masuk di sebuah kampung di Lahad Datu dan Semporna, Sabah, Malaysia Februari tahun lepas.

    "Kami melaksanakan proses DVI di sana tetapi kali ini di Belanda skalanya besar dan melibatkan sejumlah besar mayat," katanya. - Bernama

    Sumber HD - 28-7-2014









































































































































































    38 keranda terakhir tiba di Eindhoven

    MOHD RAZMAN ABDULLAH | .

    EINDHOVEN: Tiga puluh lapan keranda terakhir mengandungi mayat mangsa pesawat malang Malaysia Airlines MH17 tiba di pangkalan Udara Diraja Belanda Eindhoven, di sini dari Kharkiv, Ukraine pada Sabtu.

    Setakat ini, sejumlah 227 keranda telah diserahkan kepada pihak berkuasa Belanda yang mengetuai pasukan penyiasatan antarabangsa.

    Keranda itu dibawa oleh pesawat tentera udara Belanda dan Australia yang mendarat satu selepas satu pada pukul 3.45 petang waktu tempatan di pangkalan udara berkenaan.

    Keluarga mangsa yang menaiki penerbangan MH17 juga berada di pangkalan udara dan mereka bertafakur sebaik sahaja kedua-dua pesawat berhenti di landasan.

    Satu demi satu keranda itu kemudian dipindahkan ke kereta jenazah untuk dihantar ke pangkalan tentera Belanda di Hilversum untuk penyiasatan forensik dan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI).

    Ketua Pasukan Penyiasat Khas Malaysia, Khairil Hilmi Mokhtar, ketika dihubungi berkata dengan keranda terakhir diterbangkan, operasi bagi menyaring dan melabel mayat-mayat di Kharkiv telah selesai.

    Pesawat Malaysia Airlines MH17 sedang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia terhempas di Donetsk, di timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada 17 Julai.

    Pesawat Boeing 777-200ER itu yang membawa 298 orang - 283 penumpang dan 15 anak kapal - dipercayai telah ditembak jatuh tetapi setakat ini tidak ada pihak yang mendakwa bertanggungjawab atas tindakan kejam itu. - Bernama

    Sumber HD - 27-7-2014









































































































































































    Securing MH17 site a 'dangerous tightrope act': experts

    AFP | .


    Sending Western forces to secure the MH17 crash site in rebel-held Ukraine and protect investigators will be a perilous balancing act involving unpredictable separatists and Russian pride, experts said Friday.

    "It's going to be a dangerous tightrope act," defence analyst Justin Bronk told AFP, referring to a Dutch and Australian push to put troops on the ground where the Malaysian passenger jet was shot down on July 17.

    Both countries, whose citizens accounted for three-quarters of the 298 people on board, say they are sending police to the site and seeking a legal mandate to also deploy troops.

    "They want to use as few lightly equipped troops as possible to avoid provoking the Russians," said Bronk, an analyst with the Royal United Services Institute in London.

    Read the full story here

    Sumber HD - 26-8-2014









































































































































































    Russian execs fear lasting damage from plane crash

    AP | .

    MOSCOW — Having for months dismissed Western sanctions on Russia as toothless, business leaders here are now afraid that the downing of the Malaysian jetliner will bring about an international isolation that will cause serious and lasting economic damage.

    Throughout the Ukrainian crisis, U.S. and European sanctions had mainly targeted a handful of individuals, sparing economic ties. Then last week the U.S. imposed penalties on some of Russia's largest corporations. And when the airliner was shot down just a day later in Ukraine, allegedly by separatists with Moscow's support, concern grew in Russia that the sanctions would only get worse as President Vladimir Putin shows little sign of cooperation.

    Read the full story here

    Sumber HD - 26-7-2014

    Gaza: Polis pantau aktiviti minta derma tanpa permit

    BERNAMA | .
    KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa memantau kegiatan individu atau pertubuhan yang meminta derma untuk tabung kemanusiaan tanpa permit.

    Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata sebarang kegiatan untuk mengutip derma untuk sesuatu kempen kemanusiaan perlu memohon dan mendapatkan permit daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

    "Adalah salah jika mereka yang tidak memohon dan tidak mempunyai permit untuk menjalankan aktiviti itu kepada orang awam. Mereka boleh ditangkap dan dikenakan tindakan undang-undang," katanya ketika dihubungi Bernama.

    Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan terdapat sindiket yang cuba mengaut untung dengan mengutip derma tabung kemanusiaan untuk Palestin/Gaza.

    Sementara itu, penganalisis jenayah Kamal Affendi berkata orang ramai dinasihatkan tidak mudah percaya dalam memberi derma kepada pusat derma bergerak di sekitar ibu kota.

    "Ini dikhuatiri pusat derma bergerak itu hanya menggunakan gambar mangsa Palestin untuk mendapat simpati sebaliknya ia digunakan untuk mengaut keuntungan dan mengambil kesempatan.

    "Sebelum menderma seeloknya minta mereka tunjukkan permit kebenaran yang dikeluarkan polis terlebih dahulu dan barulah menderma," katanya ketika dihubungi Bernama.

    Kamal menyarankan orang ramai menderma kepada tabung kemanusiaan yang dianjurkan badan bukan kerajaan (NGO) seperti Amal Palestin.

    "Ini kerana mereka mempunyai permit kebenaran serta terjamin dari segi pengurusan," katanya.

    Sumber HD - 25-7-2014

    Palang besi: DBKL kejam terhadap warga miskin kota

    HARAKAHDAILY | .

    KUALA LUMPUR: Dapur Jalana mengecam tindakan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang membuat pemasangan palang besi di bangku-bangku awam sekitar ibu negara.

    Dalam satu kenyataan pihaknya berkata, tindakan tersebut adalah kejam dan tidak bertimbang rasa serta satu bentuk serangan baru pemerintah terhadap warga miskin kota.

    Menurut mereka, DBKL sepatutnya menghormati semangat perundingan yang sedang berjalan antara organisasi-organisasi yang prihatin tentang warga miskin kota termasuk Dapur Jalanan Kuala Lumpur dengan Kementerian Wilayah Persekutuan mengenai isu warga miskin kota dan golongan tak berumah.

    Jelasnya mesyuarat sudah diadakan dua kali serta masuk ke peringkat merangka penyelesaian.

    Pertemuan secara terus di antara pihak Kementerian Wilayah Persekutuan dan komuniti warga miskin kota sedang dirancang, ujarnya.

    "Masalah timbul kerana tindakan DBKL itu membelakangi semangat perundingan dan perbincangan.

    "Tindakan agresif memasang palang besi di bangku-bangku awam ini juga telah mensabotaj usaha semua pihak dalam mencari penyelesaian isu warga miskin kota dan golongan tak berumah.," kenyataan itu dipetik. - HARAKAHDAILY 25/7/2014

    Sumber HD - 25-7-2014









































































































































































    Yang tersirat di sebalik tragedi MH17?

    HARIS ZALKAPLI | .

    MALAYSIA berdepan tragedi penerbangan kedua dalam tempoh empat bulan, apabila pesawat Penerbangan Malaysia MH17 terhempas akibat ditembak jatuh di wilayah berkonflik Ukraine, dekat dengan sempadan Rusia.

    Sejurus laporan dan ulasan peristiwa ini muncul di media, satu konsensus dalam media Barat kelihatan telah dicapai, mengaitkan pemberontak pro-Rusia sebagai pihak yang bertanggungjawab.

    Media Amerika Syarikat dan negara-negara Barat lain telah mengekalkan naratif kaitan kumpulan pemberontak pro-Rusia dengan kemalangan pesawat MH17 sejak awal, dengan segera memberi gambaran implikasi geopolitik peristiwa ini.

    Presiden AS Barack Obama segera membuat kenyataan amaran kepada Rusia dan pemberontak agar tidak mencemarkan lokasi pesawat terhempas, dan menyatakan kesediaan AS untuk membantu siasatan kepada Presiden Ukraine Petro Poroshenko, yang menyatakan kesediaan menerima penyiasat antarabangsa.

    Naib Presiden Joe Biden pula menegaskan yang peristiwa itu bukan satu kemalangan yang tidak disengajakan. Menurutnya, yang jelas daripada yang dapat diperhatikan ialah pesawat Malaysia itu ditembak.

    Bekas Setiausaha Negara Hillary Clinton menyampaikan kenyataan keras, mengatakan bahawa ada petunjuk kuat yang pemberontak pro-Rusia bertanggungjawab. Tegasnya, tindakan perlu diambil untuk menyampaikan mesej kepada Putin yang beliau telah bertindak berlebihan.

    John McCain, senator yang menganggotai jawatankuasa hubungan luar senat, walaupun menegaskan tidak akan menuduh mana-mana pihak selagi tiada bukti menyatakan yang Rusia bakal berdepan tindakan keras sekiranya terbukti pihak Rusia atau pemberontak pro-Rusia terlibat menembak MH17.

    Sekutu kuat AS di Asia Pasifik, Australia juga telah menunjukkan pandangan yang selari dengan AS. Perdana Menteri Tony Abbott mengatakan di parlimen yang peristiwa itu kelihatan lebih sebagai satu tindakan jenayah berbanding kemalangan.

    Abbott turut memperlihat sikap kritikal terhadap Rusia, dengan menegaskan yang Rusia tidak boleh berdiam diri kerana kejadian berlaku di kawasan pemisah yang disokong Rusia.

    Ukraine ialah sekutu rapat Washington dalam persaingan dengan Rusia di wilayah pasca-Soviet yang masih menyaksikan penguasaan dan tindakan agresif Rusia, yang semakin meningkat di bawah Presiden Vladimir Putin kini (gambar bawah).

    Rusia menakluk Crimea, wilayah Ukraine berbentuk semenanjung di Laut Hitam, pada Mac lalu dalam satu tindakan mengejutkan dan meningkatkan permusuhan antara Rusia dengan Barat, terutama AS.

    Konflik terus berlangsung di Ukraine, apabila kumpulan militan pemisah disokong Rusia terus aktif di wilayah timur Ukraine yang didiami majoriti penduduk cenderung ke Rusia.

    Perkembangan terbaharu ini meningkatkan konfrontasi antara Rusia dengan Barat, dan memberi peluang kepada AS dan sekutu dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara, Nato, meningkatkan tekanan dan mengolah tindakan baharu terhadap Putin dan Moscow.


    Tragedi MH17 di Ukraine berlaku kurang sehari selepas AS dan Eropah mengumumkan sekatan baharu terhadap syarikat-syarikat penting Rusia, termasuk institusi kewangan dan syarikat tenaga.

    Peristiwa ini sedang menyaksikan kesan negatif kepada Rusia, apabila AS dan sekutu-sekutu telah melemparkan kritikan terhadap Rusia, yang tertumpu pada pertanggungjawaban Rusia kerana membekalkan peralatan perang yang canggih kepada pemisah di Ukraine, negara yang kini dikuasai pemerintah pro-Barat.

    Obama, dalam sidang medianya pada Jumaat menegaskan solidariti dengan negara-negara yang terlibat, dan menekankan sekali lagi keperluan kerjasama negara-negara terlibat termasuk Rusia dan agar kawasan kemalangan tidak dicemar dan keperluan penyiasat antarabangsa yang bebas.

    Penyiasat antarabangsa yang bebas ini ditegaskan sejak awal bersama presiden Ukraine dan Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Mohd Najib Abdul Razak, yang bermaksud sebagai satu amaran kepada Rusia tidak menghalang siasatan ke atas insiden ini yang berlaku di wilayah dikuasai pemisah pro-Rusia.

    Pada Jumaat, penyiasat Organisasi bagi Keselamatan dan Kerjasama di Eropah, OSCE, telah tiba di lokasi insiden. Pemberontak dikatakan menghalang akses kepada kawasan pesawat terhempas, dan kemungkinan penglibatan mereka bakal mendorong lagi tindakan menyekat penyiasat luar.

    Obama juga dalam ucapan itu menegaskan pendirian AS mendesak gencatan senjata dilaksanakan segera di wilayah berkonflik di timur Ukraine itu.

    Kejadian MH17 ini melibatkan pihak utama yang merupakan sekutu rapat AS seperti Belanda, Malaysia, Australia dan Ukraine. Hal ini membolehkan AS memimpin respons terhadap kejadian ini dan kesan-kesannya kemudian.

    Dalam sidang media itu, Obama juga menegaskan bahawa konflik di Ukraine kini memperlihatkan implikasi globalnya yang tidak boleh diabaikan lagi oleh dunia.

    Setakat ini, Washington secara rasmi masih tidak menunjukkan kecenderungan untuk secara terbuka dan keras menekan Rusia, tetapi secara konsisten membina sokongan daripada masyarakat antarabangsa untuk menunjukkan respons yang seragam.

    Perkembangan ini bermakna Malaysia kini berdepan kemungkinan menghadapi ujian dalam hubungan dengan Rusia, selepas hubungan dengan China terjejas akibat peristiwa kehilangan MH370 empat bulan lalu.

    China dan Rusia ialah sekutu yang semakin merapatkan hubungan dan kerjasama dalam politik, perdagangan dan ekonomi sejak kebelakangan ini, yang berjalan selari dengan kemerosotan hubungan dengan AS.

    Kedua-dua negara ialah sebahagian daripada lima negara kuasa ekonomi dan politik yang pantas meningkat yang digelar Brics, menggabungkan Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan.

    Gabungan ini baru-baru ini mengumumkan penubuhan bank pembangunan yang dilihat sebagai pencabar kepada Bank Dunia dan Dana Kewangan Antarabangsa, IMF, dan pada masa yang sama melaksanakan urusniaga yang meningkatkan profil mata wang yuan China.

    Sekiranya ini terjadi, ini bermakna Malaysia bakal terlibat lagi dalam persaingan kuasa besar dunia, yang implikasinya bakal mempengaruhi politik global, terutama melibatkan hubungan AS dan sekutu dengan Rusia.

    Ini mendedahkan Malaysia kepada cabaran keselamatan yang semakin meningkat, yang disukarkan lagi oleh peranan besar kuasa-kuasa global yang mempunyai hubungan baik dengan Kuala Lumpur. – HARAKAHDAILY 24/7/2014

    Sumber HD - 24-7-2014









































































































































































    Ketibaan mayat nahas MH17 di Belanda

    12 Gambar Ketibaan Mayat Mangsa Nahas MH17 Di Belanda

    on Wednesday, July 23, 2014
    Kumpulan mayat pertama daripada pesawat Malaysia Airlines MH17 tiba di Belanda malam tadi, kira-kira seminggu selepas pesawat malang itu ditembak jatuh di ruang udara Ukraine ketika konflik meletus semula di kawasan terhempasnya pesawat itu. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kumpulan-pertama-mayat-mangsa-mh17-tiba-di-belanda-disambut-penuh-istiadat#sthash.YXCcroRB.dpuf
    12 Gambar Ketibaan Mayat Mangsa Nahas MH17 Di Belanda
    Kumpulan mayat pertama daripada pesawat Malaysia Airlines MH17 tiba di Belanda malam tadi, kira-kira seminggu selepas pesawat malang itu ditembak jatuh di ruang udara Ukraine ketika konflik meletus semula di kawasan terhempasnya pesawat itu. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kumpulan-pertama-mayat-mangsa-mh17-tiba-di-belanda-disambut-penuh-istiadat#sthash.YXCcroRB.dpuf
    Mayat  Mangsa Nahas MH17
    Di Sinilah Perjalanan Pertama Bermula
    Mayat  Mangsa Nahas MH17
    Perjalanan Kedua Ke Atas Keretapi
    12 Gambar Ketibaan Mayat  Mangsa Nahas MH17 Di Belanda
    Meninggalkan Kawasan Kejadian Di TOREZ Menuju Ke Airport
    12 Gambar Ketibaan Mayat  Mangsa Nahas MH17 Di Belanda
    Penghormatan Terakhir Oleh Tentera Ukraine Sebelum Berlepas Ke Belanda
    12 Gambar Ketibaan Mayat  Mangsa Nahas MH17 Di Belanda
    12 Gambar Ketibaan Mayat  Mangsa Nahas MH17 Di Belanda
    Bersedia Untuk Berlepas Ke Belanda
    12 Gambar Ketibaan Mayat  Mangsa Nahas MH17 Di Belanda
    Ketibaan Mayat Mangsa Di Belanda
    12 Gambar Ketibaan Mayat  Mangsa Nahas MH17 Di Belanda
    Kira-kira 1,000 keluarga 193 mangsa rakyat Belanda berkumpul di lapangan terbang termasuk Raja Willem-Alexander dan Queen Maxima, Perdana Menteri Mark Rutte dan wakil negara yang terlibat menyambut ketibaan pesawat itu.

    12 Gambar Ketibaan Mayat  Mangsa Nahas MH17 Di Belanda
    12 Gambar Ketibaan Mayat  Mangsa Nahas MH17 Di Belanda

    12 Gambar Ketibaan Mayat  Mangsa Nahas MH17 Di Belanda

    12 Gambar Ketibaan Mayat  Mangsa Nahas MH17 Di Belanda
    Konvoi Yang Membawa Mayat Mangsa Nahas MH17 Meninggalkan Eindhoven Airport Menuju Ke Hilversum untuk proses pengecaman identiti

    Ketibaan Mayat Mangsa Nahas MH17 Di Belanda

    Setelah seminggu kejadian nahas MH17, kumpulan mayat pertama daripada pesawat Malaysia Airlines MH17 akhirnya tiba di Belanda malam tadi. Kesemua 40 keranda yang membawa mayat tersebut diterima oleh tentera Belanda dalam majlis penuh istiadat sebagai penghormatan terakhir disaksikan oleh orang ramai yang berbaris di kiri dan kanan jalan.
    Kira-kira 1,000 keluarga 193 mangsa rakyat Belanda berkumpul di lapangan terbang termasuk Raja Willem-Alexander dan Queen Maxima, Perdana Menteri Mark Rutte dan wakil negara yang terlibat menyambut ketibaan pesawat itu.

    Majlis dua jam itu disiarkan ke seluruh negara dan dunia dalam suasana amat berbeza berbanding layanan di kawasan kejadian. Loceng gereja dibunyikan di seluruh Belanda ketika pesawat yang membawa kumpulan pertama mayat yang belum dikenal pasti itu mencecah bumi negara itu di mana kebanyakan mereka adalah rakyat Belanda.


    Kesemua mayat dibawa ke makmal tentera di Hilversum, selatan Amsterdam, di mana pakar forensik akan menjalankan proses mengenalpasti identiti mereka. Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte telah memberi amaran bahawa mereka mungkin memerlukan tempoh sebulan atau lebih lama untuk mengenalpasti kesemua mayat sebelum dihantar balik ke negara masing-masing. Hmmm...

    P/s: Perjalanan yang sungguh jauh dan lama untuk mereka yang telah pergi. Doakan semoga semuanya dipermudahkan.

    Belanda beri penghormatan - http://www.youtube.com/watch?v=CSKdEWNCVB0

    Menlu Belanda berucap di PBB - 
    http://www.youtube.com/watch?v=QcGCBHNcKyI

    Sumber HD - 24-7-2014 

    MH17: Saring, label mayat selesai menjelang Jumaat

    MOHD RAZMAN ABDULLAH | .


    KHARKIV: Proses menyaring dan melabel mayat mangsa nahas pesawat Malaysia Airline (MAS) MH17 dijangka selesai menjelang Jumaat.

    Ketua Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Lt Kol Mohd Sakri Hussain berkata pakar forensik dari Malaysia, Belanda dan Australia telah menyaring mayat di dalam lebih dua gerabak sejuk beku pada Rabu.

    Terdapat empat gerabak sejuk beku yang membawa 282 mayat daripada timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia ke Kharkiv untuk dilabel sebelum diterbang keluar ke Eindhoven, Belanda, katanya kepada Bernama pada Rabu.

    Empat gerabak tersebut dibawa dengan kapal pada Selasa ke bandaraya Kharkiv sebelum diterbang ke Eindhoven dari di Kharkiv dan tiba dua hari lalu.

    Mohd Sakri berkata mayat lain dalam lebih sebuah gerabak dijangka disaring dan dilabel menjelang Jumaat.

    Sehingga kini 56 mayat telah diterbang ke Belanda pada Rabu untuk pengecaman.

    Pesawat Boeing 777-200 itu dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia terhempas di Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia Khamis lalu.

    Ia membawa 298 orang - 283 penumpang dan 15 anak kapal yang dipercayai ditembak jatuh, tetapi sehingga kini tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab melakukannya. - Bernama

    Sumber HD - 24-7-2014









































































































































































    Abang bersyukur mayat dikeluar dari tempat nahas

    BERNAMA | .

    KUALA LUMPUR: Keluarga seorang daripada mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 di Ukraine, bersyukur dengan perkembangan terbaru usaha kerajaan untuk bawa pulang jenazah ke tanah air.

    Mohd Zaki Md Salim, 38, berkata berita 282 mayat dibawa dengan kereta api dari Torez ke Kharkivi sebelum diterbangkan ke Amsterdam, memberi harapan untuk membawa pulang jenazah adiknya Mohd Ali, 30, untuk dikebumikan di kampungnya di Pagoh, Johor.

    "Saya bersyukur dan terharu dengan kesungguhan kerajaan terutama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang berusaha bersungguh-sungguh dengan pelbagai cara untuk membawa pulang jenazah secepat mungkin ke tanah air.

    "Majlis pengebumian jenazah adik saya itu akan diadakan di Tanah Perkuburan Islam Islam Kampung Jayor, Pagoh," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

    Mohd Ali merupakan calon pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) yang sedang mengikuti pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Development Neuropsychopathology di Erasmus University Rotterdam di Belanda.

    Mohd Zaki berkata MAS turut menawarkan kepada lima anggota keluarganya untuk ke Kiev dalam masa terdekat ini bagi mengikuti perkembangan siasatan secara langsung di sana.

    "Difahamkan pada hari ini juga, ada wakil daripada MAS akan ke sini (Hotel Marriot) untuk mengambil sampel DNA anggota keluarga mangsa," katanya.

    Awal hari ini, Najib dalam sidang akhbar di Seri Perdana, Putrajaya berkata beliau telah bercakap dengan Alexander Borodai, yang menguasai wilayah tempat tragedi itu berlaku dan telah mencapai persetujuan tentang beberapa perkara.

    Pertama, 282 mayat, yang ketika ini berada di Torez akan dipindahkan dengan kereta api ke Kharkiv sebelum diterbangkan ke Amsterdam dengan pesawat C130 Hercules Belanda. Setelah selesai semua kerja forensik, mayat warganegara Malaysia akan dibawa pulang ke Malaysia.

    Kedua, pada kira-kira 9 Isnin malam (waktu Ukraine), dua kotak hitam diserahkan kepada pasukan Malaysia di Donetsk, yang akan menyimpan kotak berkenaan.

    Ketiga, para penyiasat bebas antarabangsa akan diberi jaminan keselamatan masuk ke lokasi nahas untuk memulakan siasatan penuh tentang tragedi itu.

    Pesawat Boeing 777 MAS membawa 298 penumpang dan anak kapal itu sedang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ia terhempas pada Khamis di Donetsk, timur Ukraine.

    Dipercayai pesawat itu telah ditembak jatuh tetapi sehingga hari ini tiada pihak tampil mengaku bertanggungjawab. - Bernama

    Sumber HD - 22-7-2014

    MH17: Dua kotak hitam diserah kepada wakil M'sia

    HARAKAHDAILY | .
    KUALA LUMPUR: Dua kotak hitam yang ditemui di lokasi nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 diserahkan kepada delegasi Malaysia pagi ini.

    AFP melaporkan, penyerahan itu dibuat oleh ketua kumpulan pemisah pro-Rusia Alexander Borodai pada satu sidang media.

    “Kami telah membuat keputusan untuk menyerahkan dua kotak hitam itu kepada pakar dari Malaysia,” kata Alexander Borodai kepada wartawan.

    Pasukan pakar dari Malaysia dan wakil kumpulan pemisah itu menandatangani satu protokol sebelum penyerahan dibuat.

    “Kedua-dua kotak kelihatan dalam keadaan baik, cuma memiliki sedikit kerosakan,” seorang wakil Malaysia dipetik berkata.

    Laporan itu juga menyebut bahawa pasukan pemberontak turut mengumumkan gencatan senjata dalam radius 10 kilometer di sekeliling tapak nahas.

    Ianya bagi membenarkan penyiasat antarabangsa memasuki kawasan tersebut di mana pesawat malang tersebut terhempas pada Khamis lalu.

    Pesawat Boeing 777-200 Malaysia Airlines penerbangan MH17, sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas dipercayai ditembak jatuh dengan peluru berpandu darat ke udara pada Khamis.

    Pesawat malang itu ditembak jatuh di Donetsk, timur Ukraine. - HARAKAHDAILY 22/7/2014

    Sumber HD - 22-7-2014

    MH17: Tiga wakil M'sia dalam pasukan penyiasat antarabangsa

    HARAKAHDAILY | .
    KUALA LUMPUR: Malaysia menghantar tiga wakil pakar negara bagi menyertai pasukan penyiasat antarabangsa berhubung nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17.

    Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dilapor berkata, dua darinya adalah dari Jabatan Penerbangan Awam (DCA) iaitu Kapten Philip Joseph Selvaraju, 42 dan Mohd Naemy Fahimy Mustapa, 38 manakala seorang lagi ialah Pengarah Kejuruteraan MAS, Azahari Dahlan, 53.

    Pakar-pakar tersebut dihantar selepas diminta oleh Organisation for Security and Cooperation in Europe (OSCE) yang kini mengetuai pasukan siasatan awal nahas itu.

    Sebarang perkembangan, mereka akan melaporkan terus kepada Ketua Pengarah DCA, Datuk Azharuddin Abdul Rahman.

    Difahamkan kesemua mereka telah berlepas ke Kharkiv menggunakan pesawat pada awal pagi tadi waktu Malaysia.

    Pesawat Boeing 777-200 Malaysia Airlines penerbangan MH17, sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas dipercayai ditembak jatuh dengan peluru berpandu darat ke udara pada Khamis.

    Pesawat malang itu ditembak jatuh di Donetsk, timur Ukraine. - HARAKAHDAILY 22/7/2014

    Sumber HD - 22-7-2014

    PBB kutuk serangan ke atas pesawat MH17

    BERNAMA | .

    KUALA LUMPUR: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 'dengan kerasnya' mengutuk serangan ke atas pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH17 di timur Ukraine minggu lepas yang telah menyebabkan 298 nyawa terkorban.

    Menggesa agar siasatan antarabangsa mengenai kejadian itu dijalankan, Majlis berkenaan menuntut kumpulan bersenjata di kawasan itu membenarkan akses penuh ke lokasi kemalangan dan memastikan integriti itu dikekalkan.

    Dalam resolusi yang diterima sebulat suara, badan antarabangsa itu menyokong usaha untuk menubuhkan siasatan antarabangsa yang lengkap, menyeluruh dan bebas mengenai nahas berkenaan mengikut garis panduan penerbangan awam antarabangsa.

    Ahli-ahli Majlis juga berkeras agar pemindahan mayat-mayat mangsa nahas diperlakukan secara "bermaruah, dihormati dan profesional' menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pusat Berita PBB.

    Di samping itu, mereka menuntut bahawa semua aktiviti ketenteraan, termasuk kumpulan bersenjata dihentikan segera di kawasan sekitar lokasi kemalangan untuk menjamin keselamatan penyiasatan antarabangsa.

    Majlis Keselamatan PBB juga menekankan keperluan agar kumpulan bersenjata yang berkawal di lokasi kemalangan dan kawasan sekitarnya agar tidak membuat sebarang tindakan yang boleh menjejaskan sebarang bukti di lokasi nahas.

    Pihak bertanggungjawab menyebabkan kemalangan itu mesti dibawa ke muka pengadilan dan semua negara mesti bekerjasama sepenuhnya dan berusaha untuk mewujudkan akauntabiliti, tambahnya.

    Pesawat Boeing 777-200 Malaysia Airlines penerbangan MH17, sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia dipercayai ditembak jatuh dengan peluru berpandu darat ke udara pada Khamis.

    Pesawat malang itu ditembak jatuh di Donetsk, timur Ukraine.

    -- BERNAMA

    Sumber HD - 22-7-2014









































































































































































    Kereta api bawa mayat ke Kharkiv

    BERNAMA | .
    KUALA LUMPUR: Kereta api yang membawa mayat mereka yang maut dalam nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 telah memulakan perjalanannya ke bandar Kharkiv melalui Donetsk di timur Ukraine.

    Ini berdasarkan kenyataan dalam laman sesawang rasmi Presiden Ukraine Petro Poroshenko.

    "Presiden memerintahkan angkatan bersenjata mengambil semua langkah perlu untuk menjamin keselamatan kereta api itu sehingga tiba ke destinasinya," kata kenyataan itu.

    Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata enam anggota pasukan khas Malaysia akan menyertai perjalanan kereta api itu.

    Beliau membayangkan bahawa dari Kharkiv, 282 mayat berkenaan akan diserahkan kepada wakil dari Belanda dan kemudian dibawa ke Amasterdam dengan pesawat C130 Hercules Belanda, bersama pasukan Malaysia itu.

    Terletak di timur laut Ukraine, Kharkiv adalah bandar kedua terbesar negara itu.

    Pesawat Boeing 777 MAS bersama 298 orang penumpang dan anak kapal itu sedang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia ditembak jatuh pada Khamis di wilayah Donetsk, di timur Ukraine. – HARAKAHDAILY 22/7/2014

    Sumber HD - 22-7-2014

    MH17 crash: Rebels hand over black boxes

    Sky News | .
    Rebel leaders in eastern Ukraine have handed over the black boxes from flight MH17 to Malaysian experts.

    As an armed rebel placed the boxes on a desk, Aleksander Borodai told a packed room at the headquarters of the self-proclaimed Donetsk People's Republic: "Here they are, the black boxes."

    Both sides then signed a document, which the rebel leader said was to finalise the hand over.

    The two flight data recorders from the downed Malaysia Airlines plane are "in good condition", according to Malaysian Colonel Mohamed Sakri.
    Read the full story here

    Sumber HD - 22-7-2014

    Anguished dad's open letter to Putin: "Thank you for murdering my child"

    CBS News | .
    The heartbroken father of a 17-year-old Dutch girl who died in the crash of Malaysia Airlines 17 has written an open letter to Russian President Vladimir Putin, excoriating him "for murdering my dear and only child."

    Elsemiek de Borst was on her way to Malaysia on vacation with her mother, stepfather and little brother when the Boeing 7777 was shot down Thursday, killing all on board, said her father, Hans de Borst.

    In an open letter posted on Facebook, de Borst blasted Putin and the leaders of the pro-Russian separatists in Ukraine, blaming them for his daughter's death.

    "Thank you, Mr. Putin, separatist leaders of the Ukrainian government, for murdering of my dear and only child, Elsemiek de Borst!" the post began.
    Read the full story here

    Sumber HD - 22-7-2014

    MH371: PBB digesa keluar akses bebas, selamat

    BERNAMA | .

    KUALA LUMPUR: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) digesa mengeluarkan resolusi bagi akses bebas, terbuka dan selamat di kawasan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine.

    Geostrategis Prof Dr Azmi Hassan berkata Majlis Keselamatan hanya membuat kenyataan yang disifatkannya longgar dan tidak spesifik tentang perkara berkenaan pada satu mesyuarat tergempar baru-baru ini.

    "Kenyataan itu antara lain menyeru supaya badan penyiasat antarabangsa ditubuhkan untuk menyiasat, tetapi setakat ini tidak memberi penekanan supaya Rusia mengawal pihak pemisah pro negara itu yang menguasai wilayah berkenaan.

    "Jadi Majlis Keselamatan harus mengeluarkan resolusi secara spesifik untuk memaksa pihak pemisah membuka laluan di kawasan terhempas yang terletak dekat sempadan Rusia," katanya ketika dihubungi Bernama.

    Beliau berkata sukar bagi Majlis Keselamatan mengeluarkan resolusi yang lebih tegas kerana khuatir pihak yang berkepentingan seperti Rusia dan Amerika Syarikat akan menggunakan kuasa veto mereka.

    Azmi berkata mengikut peraturan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), kerajaan di negara kemalangan itu berlaku mempunyai bidang kuasa ke atas bangkai pesawat dan akan mengetuai siasatan.

    "Tetapi, Ukraine adalah pihak yang berkepentingan kerana mereka mempunyai agenda politik dalam krisis ini, jadi saya risau Ukraine tidak boleh jadi ketua penyiasat yang tidak 'bias' (berat sebelah).

    "Kita perlukan ketua penyiasat yang berkecuali, dalam hal ini jika Ukraine dibiarkan menjadi ketua penyiasat, negara lain perlu turut serta untuk mengimbangi pengaruh Ukraine," katanya.

    MH17, yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal, dipercayai ditembak jatuh oleh kumpulan pemisah di wilayah Donetsk, bahagian timur Ukraine, ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

    Pesawat Boeing 777-200ER itu berlepas dari Amsterdam pada pukul 12.15 tengah hari (waktu Belanda) Khamis dan dijadual mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 6.10 pagi (waktu Malaysia) hari berikutnya.

    Setakat ini, pasukan siasatan khas Malaysia belum diberi laluan untuk memasuki kawasan pesawat terhempas.

    Pensyarah Kajian Politik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Md Shukri Shuib berkata Majlis Keselamatan perlu menggunakan pengaruh dan kedudukannya untuk membolehkan pasukan penyiasat terutamanya dari Malaysia untuk masuk ke kawasan terlibat, bukan sahaja untuk mengumpul bahan bukti, tetapi untuk menguruskan mayat mangsa.

    "Kita minta Rusia mendesak kepada pihak yang pro kepadanya di Donetsk itu menghormati Malaysia sebagai pemilik MH17," tegasnya.

    Pensyarah Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa UUM Mohamad Faisol Keling pula berkata Malaysia harus mengetuai siasatan sambil dibantu oleh badan-badan antarabangsa yang diiktiraf dan berkecuali bagi mengelak siasatan berat sebelah dan masalah kehilangan bukti nahas.

    "Kita hendak elak dari berlakunya bias (berat sebalah), sembunyikan fakta dan bukti kerana Malaysia perlukan keadilan, dalam konteks ini Malaysia dan negara lain menjadi mangsa," katanya.

    Mohamad Faisol berkata Ukraine dan Rusia mempunyai kepentingan terhadap insiden ini kerana mereka saling tidak mengaku bertanggungjawab terhadap kejadian yang dikatakan pesawat itu ditembak jatuh oleh kumpulan pemberontak.

    "PBB mungkin boleh arahkan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) untuk memberi jaminan keselamatan terhadap pasukan penyiasat berbanding menunggu kata putus dari kedua-dua negara yang main tarik tali, dalam masa yang sama bahan bukti semakin terhapus," katanya.

    Mengenai impak hubungan dua hala antara Malaysia dengan Ukraine dan Rusia, beliau berkata Malaysia boleh mengguna pakai konsep 'balance of power' yang diperkenalkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 90-an.

    Pensyarah Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya (UM) Prof Datuk Dr Mohamad Abu Bakar pula berkata laluan masuk yang digunakan pasukan siasatan melalui Kiev, Ukraine adalah sukar kerana pemberontak proRusia melihat mereka seperti musuh.

    Katanya sekiranya PBB mengenakan tekanan kepada semua pihak termasuk Rusia untuk memberi kerjasama kepada pasukan penyiasat termasuk dari Malaysia dan Belanda, mungkin kerumitan menjalankan siasatan dapat dipermudahkan.

    "Mereka ini (puak pemisah) sensitif, pertama kerana mereka ingin menjelaskan kepada dunia bahawa kawasan itu kepunyaan mereka dan mahu diiktiraf.

    "Kedua, mereka juga sensitif seandainya kawasan mereka dimasuki, mungkin kehadiran mereka dengan kelengkapan pertahanan diketahui pihak lain dan pada masa yang sama mereka juga ingin mempopularkan perjuangan mereka," kata Mohamad.

    Sementara itu, Felo Kanan S.Rajaratnam School of International Studies di Singapura, Dr Oh Ei Sun berkata untuk pergi ke tapak nahas dan mengumpulkan bukti, Malaysia tidak boleh melakukannya secara sendirian tetapi perlu bekerjasama dengan negara yang turut terjejas seperti Belanda dan badan berkecuali.

    "Jika terbukti bahawa ada antara pihak atau negara yang disyaki itu sebenarnya terlibat dalam menembak jatuh MH17, sama ada secara sengaja atau tidak sengaja, sudah tentu hubungan Malaysia dengan negara terbabit akan terjejas, mungkin ke tahap memanggil balik dutanya," kata Dr Oh yang merupakan warga Malaysia.

    Beliau berkata sudah tiba masanya untuk Malaysia menimbangkan semula dasar berkecualinya dalam hal ehwal global.

    "Kita (Malaysia) telah cuba menjadi rakan kepada semua orang, tetapi apabila insiden seperti ini berlaku, kita tidak dapat mengelak bahawa ada kalanya kita perlu bijak menilai siapa rakan kita dan siapa yang kita boleh harapkan," katanya. - Bernama

    Sumber HD - 21-7-2014









































































































































































    The Malaysia Airliner downing through the eyes of Russian state television

    Rferl | .
    As the story of the downed Malaysia Airlines jet broke, Russian state television scrambled to get out versions of the story that pointed in every possible direction -- except toward Russia and the pro-Moscow militants fighting in eastern Ukraine.

    While much of the world's media dug relentlessly into the mounting evidence that the militants accidentally shot down the plane using an advanced Russian-made Buk antiaircraft system, Russian state television looked elsewhere.

    "Missile? An accident? A terrorist act on board? The first possible theories about the perishing of the Malaysian airliner in eastern Ukraine," a moderator intoned on NTV's evening news wrap-up show.

    Read the full story here

    Sumber HD - 20-7-2014

    Kerry says missile brought from Russia downed Malaysian jet

    Reuters | .

    U.S. Secretary of State John Kerry said on Sunday that the evidence indicates that a Russian missile was used to shoot down Malaysia Airlines flight MH17, while Britain said Moscow faced "pariah" status and the threat of further economic sanctions.

    At the biggest crash site, where emergency workers had bagged dozens of bodies on Saturday, all had been removed on Sunday morning. Empty, bloodstained military stretchers that had been used to carry them lay by the road, and rescue workers used a crane to move wreckage to reach human remains trapped beneath.

    As Ukraine accused separatist rebels of hiding evidence relating to Thursday's downing of the airliner over eastern Ukraine with the loss of 298 lives, a pro-Russian separatist leader said items thought to be the stricken Boeing's "black boxes" were now in rebel hands.

    Read the full story here

    Sumber HD - 20-7-2014









































































































































































    Rebels take control of 219 bodies recovered from #MH17 debris

    DNAIndia - PTI | .

    Pro-Moscow insurgents today took control of the 219 bodies recovered so far from the debris of the downed Malaysian jet, even as global pressure mounted on Russian President Vladimir Putin to ensure unfettered access to the crash site in Ukraine's rebel-held region.

    A total of 192 bodies and eight body fragments had been loaded onto a refrigerated train stationed in the town of Torez near the crash site, RIA Novosti news agency reported. Emergency workers retrieved 27 more bodies from the crash site later, the country's Deputy Prime Minister Volodymyr Groysman said. The Malaysia Airlines Boeing 777 carrying 298 people was flying from Amsterdam to Kuala Lumpur as it was downed on Thursday between Krasni Luch in Luhansk region and Shakhtarsk in the neighbouring region of Donetsk.

    It is believed that flight MH17 crashed after being hit by a surface-to-air missile fired from the rebel-held area. All 298 people on board were killed. Earlier, reports said the train had left Torez for Donetsk but later it emerged that it was still stationed at Torez. Pro-Russia separatists are keeping the remains of 192 of those MH17 victims in refrigerated cars on a train, Groysman said, adding that talks are ongoing for their release.

    Read the full story here

    Sumber HD - 20-7-2014



































    MH17: Kita masih tidak tegas - Kadir Jasin

    HARAKAHDAILY | .
    KUALA LUMPUR: "Saya tertanya-tanya adakah pemerintah kita cukup tegas, keras dan pantas? Adakah kita membawa kes itu ke persada antarabangsa, khususnya kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)?" tanya Datuk A Kadir Jasin menerusi facebooknya, semalam.

    Justeru, beliau berharap dan berdoa begitulah.

    Menurutnya, pada malam kejadian, beliau menghantar SMS kepada seorang pengarang di New Straits Times bertanya apakah Wisma Putra telah memanggil Duta Rusia dan Duta Ukraine.

    "Saya kecewa dengan tindakan lembik (terlalu diplomatik) pemerintah kita dalam hal ini.

    "Pemerintah kita sepatutnya dari awal lagi membuat kenyataan tegas dan keras meminta campur tangan PBB dan agensi-agensi penerbangan antarabangsa serta mengutuk mana-mana negara yang terbabit secara langsung atau tidak langsung dengan perbuatan ganas itu," tulisnya lagi.

    Tulisan penuh sebagaimana di bawah.

    TERIMA kasih kepada masyarakat antarabangsa dan pemimpin dunia kerana peduli kes penembakan jatuh pesawat MH17 milik MAS di sempadan Ukraine-Rusia Khamis lalu.

    Pada hari Jumaat Presiden Amerika, Barrack Obama menyifatkan peristiwa itu sebagai “outrage of unspeakable proportions” dan mengisytiharkannya sebagai amaran keras kepada pemimpin Eropah.

    Apa yang Obama tidak lakukan secara terbuka dan tersurat adalah menuduh Rusia terbabit dalam perbuatan terkutuk itu. Namun beliau berkata, pemberontak pro-Rusia di Ukraine mustahil mempunyai keupayaan untuk menembak jatuh sebuah pesawat yang sedang terbang di paras 33,000 kaki tanpa bantuan atau campur tangan Rusia.

    Di negaranya sendiri Obama dikritik dan dikutuk kerana membuat kenyataan sambil lewa mengenai penembakan jatuh MH17 beberapa jam selepas ia berlaku. Ini memaksa beliau membuat kenyataan lebih tegas semalam.

    Di pihak kita pula, saya tertanya-tanya adakah pemerintah kita cukup tegas, keras dan pantas? Adakah kita membawa kes itu ke persada antarabangsa, khususnya kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)? Saya berharap dan berdoa begitulah.

    Pada malam kejadian, saya menghantar SMS kepada seorang pengarang di New Straits Times bertanya apakah Wisma Putra telah memanggil Duta Rusia dan Duta Ukraine.

    Saya kecewa dengan tindakan lembik (terlalu diplomatik) pemerintah kita dalam hal ini. Pemerintah kita sepatutnya dari awal lagi membuat kenyataan tegas dan keras meminta campur tangan PBB dan agensi-agensi penerbangan antarabangsa serta mengutuk mana-mana negara yang terbabit secara langsung atau tidak langsung dengan perbuatan ganas itu.

    Tidak cukup sekadar membuat kenyataan mengenai “swif justice” (keadilan serta-merta) dan klise “we will leave no stone unturned.” Realitinya kita tidak pun mempunyai kapasiti untuk terbalikkan beberapa ketul batu. Tidak perlulah kita berpura-pura dan berlagak sombong.

    Lihat sajalah misteri kehilangan MH370 pada 8 Mac lalu. Sebenarnya, selepas 132 hari kita masih seperti kelawar di siang hari. Itu pun setelah dibantu oleh berpuluh-puluh buah negara sahabat yang lebih maju daripada kita.

    Pemerintah Tidak Lagi “Hands-on”

    Pemerintah kita juga perlu mengaku bertanggungjawab kerana tidak mengambil berat mengenai operasi MAS yang terus menggunakan laluan berbahaya itu walaupun banyak negara dan syarikat penerbangan antarabangsa telah lama mengelakkannya.

    Inilah sikap buruk kita yang banyak membawa mudarat dan musibah yang berulang kali dan semakin hari semakin teruk. Kita lalai dan suka mencari jalan mudah. Kita seolah-olah menyerah kepada nasib.

    Cakap pemimpin semakin tidak dipedulikan hatta oleh kakitangan awam sendiri. Ini adalah kerana ramai yang dipilih dan diberikan mandat oleh rakyat semakin jauh daripada realiti kehidupan seharian rakyat jelata. Mereka tidak lagi “hands-on” macam Tun Abdul Razak Hussein dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

    Dalam tragedi MH17 ini, waris penumpang mempunyai asas meminta ganti rugi luar biasa atau mengenakan saman ke atas MAS.

    Dalam kaitan yang sama, rasanya eloklah pemerintah meletakkan MAS di bawah kelolaan “Administrator” (pentadbir) sebelum dibaikpulih, dijual atau ditutup.

    Maaf cakap, saya rasa pengurusan MAS tidak berdaya lagi menangani isu-isu harian apatah lagi menangani krisis imej yang teruk akibat tragedi MH370 dan kini MH17.

    MAS tidak dapat lagi menjanjikan “reasonable safety” (keselamatan yang berpatutan) kepada penumpang, khususnya yang menaiki pesawat MAS melalui perkongsian kod (code sharing). Wallahuaklam.

    Sumber HD - 20-7-2014

    Baju wanita bercorak ayat al-Quran, ini penjelasan KPN


    Isu Wanita 'Cina' berbaju corak ayat suci Al-Quran.. Ni penjelasan dari KPN


    Sejak petang semalam, pengguna WhatsApp dan Facebook heboh memperkatakan tentang beberapa keping gambar yang menunjukkan seorang wanita dipercayai bukan Islam memakai baju batik dengan corak ayat suci al-Quran.

    Berdasarkan maklumat di laman sosial, ayat al-Quran yang dicetak pada baju itu dikatakan dari surah al Fatihah.

    Berdasarkan gambar yang tersebar, seorang lelaki berbangsa Arab kelihatan memarahi wanita itu.

    Lagi gambar-gambar sila lihat di (SINI)

    Kejadian dikatakan berlaku di Pasar Raya Hero, Taman Dagang, Ampang.

    Tiada maklumat lanjut tentang butiran dialog antara lelaki Arab itu dengan wanita tersebut..

    Namun tweet KPN memberikan sedikit maklumat yang lebih jelas.

    Menurut beliau, wanita yang seperti berbangsa Cina itu ialah wanita Korea. Dia dikatakan membeli baju itu di India dan baru sampai di Malaysia untuk melancong.

    Oleh itu, beliau meminta rakyat Malaysia agar bersabar dan memberikan peluang kepada anggota polis untuk menyiasat perkara ini ~ DCM
    # Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
    Sumber HD - 20-7-2014



































    MH17: Pengganas halang siasatan, cuba hapus bukti - Ukraine

    ROHANI MOHD IBRAHIM | .

    KUALA LUMPUR: Kerajaan Ukraine mendakwa kumpulan pengganas pro-Rusia menghalang pelancaran siasatan nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di Donetsk, wilayah timur Ukraine, Khamis lepas.

    Menurut kiriman terbaru dalam portal rasmi kerajaan Ukraine, http://www.kmu.gov.ua, kumpulan itu menghalang pasukan penyiasat dan pemantau antarabangsa daripada pergi ke lokasi nahas.

    "Kerajaan dimaklumkan kumpulan pengganas telah memindahkan sebanyak 38 mayat ke rumah mayat di Donetsk di mana 'pakar-pakar' berloghat Rusia mendakwa mereka berhasrat melakukan proses bedah siasat.

    "Kumpulan pengganas juga sedang mencari lori kargo untuk membawa serpihan pesawat ke Rusia," menurut laman web itu.

    Kerajaan Ukraine secara rasmi berkata: "Pengganas dengan sokongan Rusia cuba menghapuskan bukti jenayah antarabangsa ini.

    "Kami menggesa komuniti antarabangsa untuk memaksa Rusia menarik balik pengganasnya daripada Ukraine dan membenarkan pakar Ukraine dan antarabangsa untuk menjalankan siasatan menyeluruh terhadap tragedi ini.

    Kerajaan Ukraine juga berkata tidak ada pengampunan untuk penjenayah antarabangsa mahupun bagi mereka yang menyokong, melatih, membiayai dan membekalkan senjata kepada kumpulan itu.

    "Kerajaan (Ukraine) menyediakan semula peralatan teknikal yang sewajar dan anggota untuk menjalankan siasatan dan pemeriksaan forensik serta apa juga kemudahan untuk menghantar jasad mangsa ke negara asal masing-masing.

    "Bagaimanapun pada peringkat ini, kumpulan pengganas menghalang usaha ini daripada berlaku," menurut laman web itu.

    Penerbangan MH17, dengan 283 penumpang dan 15 anak kapal, ditembak jatuh dipercayai menggunakan sistem peluru berpandu permukaan ke udara, ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

    Kesemua penumpang dan anak kapal disahkan terkorban dalam nahas tersebut yang berlaku, kira-kira 50km dari sempadan Rusia.

    Menurut laman web Pusat Media Krisis Ukraine, sebanyak 170 anggota pasukan mencari dan menyelamat Ukraine sedang menjalankan operasi di lokasi nahas di bawah muncung senjata kumpulan pengganas tersebut.

    Semasa taklimat di pusat media di Kiev, kira-kira 400km dari lokasi nahas di daerah Sharkhtarsk, wilayah Donetsk, jurucakap Pusat Maklumat Majlis Keselamatan dan Pertahanan Ukraine, Andriy Lysenko berkata operasi mencari dan menyelamat begitu rumit sekali dengan kehadiran pengganas bersenjata di kawasan berkenaan.

    Lysenko berkata operasi mencari dan menyelamat itu meliputi kawasan seluas 25km persegi dengan kira-kira 18km persegi sudah diselesaikan dan pasukan penyelam telah memeriksa lebih dua kilometer takungan air di kawasan itu.

    "Setakat pukul 7 pagi waktu Ukraine, 19 Julai, sebanyak 186 mayat telah ditemukan," katanya. - Bernama

    Sumber HD - 20-7-2014









































































































































































    Airlines symbolize nations' hopes or reflect shame

    AP | .


    The jetliner is much more than a machine used to get from one spot to another. It often carries deep symbolism, especially when flying for a national airline.

    It can represent hope, modernity and a country's power. And when things go wrong it, that once mighty plane can bring about deep national disgrace.

    Malaysia now finds itself grappling with the horrific — and extremely unusual — loss of two of its airplanes, just four months apart. It's a sad coincidence that also stings.

    "It is unbelievable misfortune that struck (Malaysia Airlines) in such a short span of time. It will not affect Malaysia's name, but it will damage MAS' reputation," said James Chin, political analyst at Monash University in Malaysia. He said it would be tough for the loss-making airline to survive the twin catastrophes.

    Read the full story here

    Sumber HD - 19-7-2014









































































































































































    Unlike 1st, Malaysia's 2nd disaster brings closure

    NBC40 - AP | .


    Less than five months ago, they had rushed to Kuala Lumpur International Airport - anxious relatives with a hope in their hearts, however faint, that a missing jumbo jet with their loved ones had not crashed, and would eventually be found.

    This week, throngs of relatives came again with no hope, just a chilling certainty that everyone on board another Malaysia Airlines had perished.

    They shed tears, sobbed and looked for comfort to ease the all-too-familiar pain of loss that's visited a nation dealing with the second air disaster this year.

    But the crash of Malaysia Airlines Flight 17 that was downed over rebel-controlled eastern Ukraine is playing out in starkly different mood compared to the anguish surrounding Flight 370 that disappeared March 8.

    Read the full story here

    Sumber HD - 19-7-2014









































































































































































    Pasukan siasatan Malaysia khas tiba di Kiev

    MOHD RAZMAN ABDULLAH | .
    KIEV, UKRAINE: Pasukan siasatan khas Malaysia mengenai tragedi yang menimpa pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kiev di sini pada pukul 4 pagi (waktu Kiev), Sabtu.

    Ketuanya Khairil Hilmi Mokhtar berkata pasukan itu, yang terdiri daripada 131 anggota daripada pelbagai agensi kerajaan, akan berada di Ukraine sehingga 25 Julai.

    "Saya harap semua proses akan berjalan lancar bagi pasukan sisatan ini," kata Khairil Hilmi, yang juga ketua penolong setiausaha Bahagian Pengurusan Rentas Sempadan Majlis Keselamatan Negara kepada wartawan Malaysia sejurus tiba di lapangan terbang itu.

    Pasukan itu, yang turut mengandungi pegawai forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia dan pegawai perubatan, berlepas dari Kuala Lumpur pada Jumaat malam dengan sebuah pesawat sewa khas.

    Khairil Hilmi berkata pasukan itu perlu membincangkan dan menyelesaikan beberapa perkara pada Sabtu memandangkan tempat pesawat berkenaan terhempas terletak kira-kira 500km dari Kiev.

    Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji siasatan mendalam akan dijalankan untuk mencari punca sebenar Penerbangan MH17 terhempas di Ukraine pada Khamis, walaupun pihak berkuasa negara itu percaya ia ditembak.

    Pada Jumaat, MAS mengesahkan Penerbangan MH17 membawa 283 penumpang, termasuk tiga bayi, terdiri daripada pelbagai warganegara dan 15 anak kapal warganegara Malaysia.

    Pesawat Boeing 777-200 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 6.10 pagi Jumaat, waktu Malaysia. BERNAMA

    Sumber HD - 19-7-2014

    Sepupu harap mayat Ariza sekeluarga dijumpai

    BERNAMA | .

    SEPANG: "Kami harap mayat Ariza Ghazalee, 46, suaminya Tambi Jiee, 49, dan keempat-empat anak mereka yang menjadi penumpang pesawat MH17, yang terhempas di Ukraine semalam, dapat dijumpai," kata Noraini Mohd Hol, 52, sepupu kepada Ariza.

    Dengan nada sebak, beliau berkata pihaknya perlu melihat sendiri mayat Ariza sekeluarga sebelum memaklumkan keluarga mangsa yang masih berada di Bintulu, Sarawak.

    "Saya amat sayangkan dia dan keluarganya dan dia amat rapat dengan saya meskipun dia jauh di Kazakstan bersama suami dan anak-anaknya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Menara Anjung Tinjau, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

    Noraini berkata beliau tidak menyalahkan Malaysia Airlines (MAS) malah mengganggap ini merupakan satu tragedi yang berlaku di atas kehendak dan ketentuan Ilahi.

    Beliau juga berkata Ariza mengikuti Tambi yang bertugas di sebuah syarikat milik Shell di Kazakhstan dan suami sepupunya itu baru mendapat kebenaran untuk berpindah tempat kerja di Kuala Lumpur.

    Katanya, Ariza sempat memuat naik status '17 July 2014, starting our new hijrah, Alhamdulillah', pada 5.29 petang (waktu Malaysia) semalam dalam laman sosial Facebook ketika berada di Lapangan Terbang Amsterdam.

    Zulrusdi Mohammad Hol, 46, pula melahirkan rasa sedih terhadap insiden yang menimpa keluarga sepupunya itu, lebih-lebih lagi ia berlaku menjelang Hari Raya Puasa.

    "Kali terakhir kami berjumpa pada Mac lepas kerana dia datang melawat arwah ibu saya di hospital, dan setiap tahun, Ariza dan keluarga pasti datang beraya di rumah kami." katanya.

    Katanya, mereka tidak menyalahkan mana-mana pihak dan hanya fokus kepada menguruskan jenazah serta proses pengecaman mayat.

    Ariza bersama suami dan anak mereka iaitu Muhammad Afif, 19, Muhammad Afzal, 19, Marsha Azmeena, 15 dan Muhammad Afruz, 13, dijadual tiba di Kuala Lumpur awal pagi Jumaat sebelum berlepas ke Kuching pada tengah hari.

    Pesawat Boeing 777 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal terhempas di Ukraine pada Khamis. - Bernama

    Dalam Pesawat M17 - 
    https://www.youtube.com/watch?v=QfbhClMkybY


    Sumber HD - 19-7-2014









































































































































































    Pesawat MH17 Guna Laluan Betul - Hishammuddin

    BERNAMA | .

    KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyangkal dakwaan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 ditembak jatuh di Ukraine kerana menggunakan laluan larangan.

    Beliau berkata laluan sama telah digunakan oleh beberapa pesawat syarikat penerbangan lain, dan "spekulasi mengatakan pesawat MH17 telah menggunakan laluan yang menjadi kawasan larangan adalah tidak benar.

    "Saya boleh sahkan bahawa laluan yang digunakan pesawat MH17 itu bukanlah ruang angkasa yang tidak dibenarkan oleh negara terbabit," katanya kepada pemberita selepas menghadiri istiadat sambutan Hari Pahlawan di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi di sini, pada Jumaat.

    Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berangkat ke istiadat tersebut.

    Hishammuddin berkata beliau difahamkan beberapa pesawat MAS serta penerbangan lain termasuk Thai Airways dan Pakistan International Airlines telah menggunakan lalulan sama selepas insiden tersebut. "(Oleh itu) masalah laluan salah yang dihebahkan tidak boleh diterima," tegasnya.

    Pesawat Boeing 777 itu yang membawa 298 penumpang dan anak kapal sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia.

    Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada awal Jumaat berkata pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat itu ditembak jatuh.

    Penerbangan itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Belanda) pada Khamis dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada pukul 6.10 pagi (waktu Malaysia) pada Jumaat.

    Hishammuddin berkata Malaysia komited untuk bawa pesalah ke muka pengadilan jika benar pesawat MH17 ditembak jatuh.

    "Kita akan buat apa sahaja untuk memastikan penjenayah yang bertanggungjawab itu akan dibawa ke muka pengadilan. Buat masa ni, penting untuk kita pastikan bahawa tidak ada tuduhan sebelum mendapat jawapan yang tepat," katanya.

    Dalam pada itu, Hishammuddin meminta pihak tidak bertanggungjawab menghentikan penyebaran sebarang spekulasi yang akan menjejaskan kelancaran penyiasatan tragedi tersebut.

    "Apa sahaja perkara yang timbul perlu mendapat pengesahan. Yang penting kita ikut prosedur telah ditetapkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dan saya percaya Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai akan memaklumkan perkembangan terkini kepada orang ramai," katanya.

    Ditanya tentang bantuan logistik, beliau berkata kementerian tidak dapat membuat sebarang keputusan selagi siasatan masih dijalankan dan akan menghantar sebarang keperluan yang diperlukan kelak.

    -- BERNAMA

    Sumber HD - 18-7-2014









































































































































































    MH17: Jumlah penumpang 298 orang bukan 283

    BERNAMA | .
    KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) hari ini menjelaskan bahawa 298 orang - 283 penumpang dan 15 anak kapal - berada dalam pesawat Boeing 777 yang terhempas di Ukraine semalam semasa dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

    MAS menjelaskan bertentangan dengan kenyataan sebelum ini, penerbangan itu membawa sejumlah 283 penumpang, termasuk tiga bayi, pelbagai warganegara dan 15 anak kapal warga Malaysia.

    Syarikat penerbangan itu dalam kenyataan sebelum ini berkata bahawa pesawat malang penerbangan MH17 itu membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal.

    Sesetengah warganegara penumpang masih belum dikenal pasti, kata MAS.

    Syarikat penerbangan itu menyenaraikan jumlah penumpang dan anak kapal mengikut warganegara iaitu Belanda 154; Malaysia 43 (termasuk 15 anak kapal dan dua bayi); Australia, 27; Indonesia, 12 (termasuk seorang bayi), United Kingdom, sembilan; Jerman, empat; Belgium, empat; Filipina, tiga; Kanada, satu; dan yang tidak disahkan 41.

    Menurut Malaysia Airlines, syarikat itu sedang dalam proses memaklumkan waris terdekat penumpang dan anak kapal.

    "Fokus kami sekarang adalah bekerjasama dengan pasukan bantuan kecemasan dan pihak berkuasa dan menggerakkan sepenuh sokongannya bagi menyediakan bantuan penjagaan sebaik mungkin kepada waris terdekat," kata kenyataan itu.

    MAS mengesahkan pesawat itu tidak membuat panggilan kecemasan. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat itu ditembak jatuh.

    Malaysia Airlines juga menggerakkan "Go Team" ke Amsterdam dengan sekumpulan penjaga dan sukarelawan membantu anggota keluarga penumpang.

    "Doa dan harapan kami bersama dengan penumpang dan anak kapal yang terlibat dan anggota keluarga mereka," kata syarikat penerbangan itu.

    Syarikat itu akan menyediakan perkembangan terkini berhubung keadaan itu.

    Anggota keluarga penumpang dan anak kapal boleh menghubungi talian +603 7884 1234 (Malaysia) atau +31703487770 (Netherlands).

    -- BERNAMA

    Sumber HD - 18-7-2014

    Tragedi MH17: PAS sedia kerjasama dengan kerajaan

    MUHAMMAD FAIZAL | .

    KUALA LUMPUR: PAS hari ini mengucapkan takziah berhubung tragedi yang menimpa pesawat MAS MH17 yang terhempas di sempadan Rusia-Ukraine semalam.

    Berkata kepada Harakahdaily, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar, peristiwa membabitkan MH17 itu merupakan satu peristiwa yang mengejutkan seluruh rakyat Malaysia.

    "Satu peristiwa yang mengejutkan dan menyedihkan kita di waktu kehilangan MH370 yang masih menjadi tanda tanya dan masih belum ada kepastian di hujungnya.

    "Sekali lagi negara di landa peristiwa malang iaitu terhempasnya pesawat MH17, cukup memilukan bukan hanya sahaja melibatkan rakyat Malaysia tetapi turut melibatkan warga asing

    "Kami dari PAS meluahkan takziah serta rasa simpati dan sedih atas peristiwa malang ini terutamanya kepada keluarga yang terlibat, kami berharap mereka bersabar menempuh dugaan ini," jelasnya.

    Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga turut meminta agar kerajaan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk mengenal pasti adakah terhempasnya pesawat tersebut akibat daripada tembakan atau sebaliknya.

    "Dan saya percaya bahawa kalau ini yang berlaku dan tembakan itu adalah daripada Kerajaan Ukraine ataupun pemberontak ia tidak wajar kerana ia merupakan laluan awam.

    "Dan ini tidak dapat menggambarkan bagaimana adab sesebuah kerajaan itu apabila serangan yang berlaku apabila ia melibatkan laluan awam dan orang awam.

    "Serta akhlak peperangan ini sangat ditentang Islam yang meminta supaya menjaga kepentingan seluruh manusia," sambung beliau.

    Beliau turut menggesa semua pihak tampil ke hadapan dan PAS bersedia untuk bekerjasaman dengan kerajaan dalam menyediakan pakar-pakar yang ada di dalam PAS bagi membantu kerajaan berhadapan peristiwa tersebut. - HARAKAHDAILY 18/7/2014

     YB DMO -http://www.youtube.com/watch?v=25OF5E0nhZs

    Sumber HD - 18-7-2014







































































































































































    Kenyataan PM mengenai tragedi MH17

    BERNAMA | .
    SEPANG: Berikut ialah kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada sidang berita mengenai tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, di Hotel Sama-Sama di sini.

    "Petang semalam, saya dimaklumkan mengenai berita yang amat dahsyat dan sangat mengejutkan bahawa sebuah pesawat Malaysia Airlines terhempas di timur Ukraine.

    "Malaysia Airlines telah mengesahkan bahawa pesawat itu adalah Malaysia Airlines Penerbangan 17 yang dalam penerbangan berjadual dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

    "Penerbangan itu berlepas pada 12.15 tengah hari, waktu tempatan. Ia dijadual tiba di Kuala Lumpur pada 6.10 pagi waktu tempatan Malaysia.

    "Pesawat itu adalah Boeing 777-200".

    "Laluan penerbangan pesawat itu telah diisytiharkan selamat oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa.

    "Dan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa telah menyatakan bahawa ruang udara yang direntasi pesawat itu tidak tertakluk kepada sekatan.

    "Malaysia Airlines mengesahkan bahawa pesawat itu tidak membuat sebarang panggilan kecemasan.

    "Penerbangan itu membawa sejumlah 295 orang - merangkumi 280 penumpang dan 15 anak kapal.

    "Malaysia Airlines kini dalam proses memaklumkan kepada waris penumpang dan anak kapal. Semua bentuk penjagaan yang sebaik mungkin akan diberikan kepada waris.

    "Kita akan berusaha sedaya upaya.

    "Sekiranya pesawat itu benar-benar ditembak jatuh, kita akan mendesak pihak yang bertanggungjawab melakukannya dibawa ke muka pengadilan dengan segera.

    "Pusat-pusat operasi kecemasan sudah pun ditubuhkan. Dalam beberapa jam lepas, pegawai-pegawai Malaysia sentiasa berhubung dengan rakan sejawatan mereka di Ukraine dan tempat lain.

    "Dan saya akan bercakap dengan beberapa pemimpin dunia dalam beberapa jam lagi.

    "Saya telah pun beberapa kali bercakap dengan Perdana Menteri Netherlands.

    "Saya juga telah bercakap dengan Presiden Ukraine. Beliau berjanji akan menjalankan siasatan penuh, menyeluruh dan bebas, dan pegawai-pegawai Malaysia akan dijemput menyertainya.

    "Presiden Ukraine juga mengesahkan bahawa kerajaannya akan berunding dengan pemberontak di timur negara itu bagi menubuhkan satu koridor kemanusiaan di tempat pesawat itu terhempas.

    "Sebentar tadi, saya menerima panggilan daripada Presiden Obama.

    "Saya dan beliau bersetuju bahawa siasatan itu perlu dijalankan tanpa sekatan.

    "Sebuah pasukan antarabangsa perlu mempunyai akses sepenuhnya ke tempat pesawat itu terhempas.

    "Dan tiada siapa pun patut mengganggu kawasan itu, atau mengalihkan sebarang serpihan, termasuk kotak hitam.

    "Ini merupakan hari yang tragik, dalam tahun yang begitu tragik, bagi Malaysia.

    "Sambil kita cuba memahami apa yang berlaku, doa dan harapan kita adalah untuk keluarga dan rakan mereka yang berada dalam penerbangan itu.

    "Saya tidak dapat bayangkan apa yang sedang mereka alami pada saat-saat memilukan ini.

    "Penumpang dan anak kapal penerbangan ini adalah dari banyak negara berbeza.

    "Namun, hari ini, tanpa mengira kewarganegaraan, kita semua bersatu dalam kesedihan. - Bernama

    YAB DS NR - https://www.youtube.com/watch?v=0SqV-f3r0go

    Sumber HD - 18-7-2014

    Juruterbang MH17 berhasrat tunai haji selepas Aidilfitri

    BERNAMA | .
    KEMAMAN: Juruterbang pesawat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH17, Wan Amran Wan Hussin, 50, berhasrat menunaikan fardu haji bersama kakaknya pada musim haji bulan depan.

    Menurut anak saudaranya, Amaluddin Noorshah, 48, hasrat itu dinyatakan ketika Wan Amran pulang ke kampungnya untuk berbuka puasa bersama sanak saudaranya di Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar, Perak, minggu lepas.

    "Dia menyatakan hendak menunaikan rukun Islam yang kelima itu bersama kakaknya Wan Aini, ketika itu saya merasakan ada kelainan dari nada suaranya," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

    Amaluddin berkata beliau tidak menjangka itulah kali terakhir bertemu bapa saudaranya setelah mendapat berita tragedi MH17 itu lewat malam tadi.

    "Saya mengetahuinya melalui aplikasi 'Whatsapp' yang memang disertai oleh ahli keluarga, lemah seluruh tubuh ahli keluarga kami setelah mendapat tahu Wan Amran memandu pesawat terbabit," katanya.

    Amaluddin tidak menyangka tragedi buruk itu akan menimpa bapa saudaranya kerana dalam pengetahuannya Wan Amran telah memandu pesawat Boeing lebih 20 tahun lalu.

    "Dia sangat rapat dengan adik beradiknya dan suka bersedekah, isteri dan dua anak lelaki tinggal di Shah Alam," katanya.

    Amaluddin mengakui hubungannya dengan bapa saudaranya itu memang rapat sejak daripada kecil lagi.

    Pada sidang media khas di Hotel Sama-Sama, Sepang, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan pesawat MH17, yang membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, terhempas di timur Ukraine.

    Beliau berkata setakat ini Malaysia tidak dapat mengesahkan punca tragedy dan berkata pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat itu ditembak jatuh berhampiran sempadan Rusia, semalam.

    Pesawat itu berlepas dari Amsterdam pada pukul 12.15 tengah hari waktu tempatan dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 6.10 pagi waktu tempatan. - Bernama

    Sumber HD - 18-7-2014

    MH17: Malaysia akan siasat secara terperinci

    BERNAMA | .
    SEPANG: Malaysia berikrar akan menyiasat secara terperinci punca yang menyebabkan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 terhempas di Ukraine, walaupun pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat komersial itu ditembak jatuh.

    Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sekiranya pesawat itu benar-benar ditembak jatuh, Malaysia akan mendesak agar pihak yang bertanggungjawab melakukannya dibawa ke muka pengadilan dengan segera.

    "Usaha akan dilakukan secara habis-habisan," katanya pada sidang akhbar di Sama-Sama Hotel di sini hari ini.

    Najib, yang kelihatan sugul pada sidang akhbar yang sesak dengan wakil media itu, berkata laluan penerbangan pesawat berkenaan adalah selamat dan tidak tertakluk kepada sekatan.

    Katanya laluan itu diisytiharkan selamat oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), manakala Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) juga menyatakan ruang udara yang direntasi pesawat itu tidak tertakluk kepada sekatan.

    Beliau berkata Malaysia Airlines mengesahkan Penerbangan MH17, yang membawa 295 orang, termasuk 15 anak kapal, tidak membuat panggilan kecemasan.

    Katanya menurut maklumat yang didedahkan Pusat Kawalan Trafik Udara Kiev, lokasi alat pengesan kedudukan kecemasan itu ialah 48 darjah, 7 minit dan 23 saat Utara; dan 38 darjah, 31 minit dan 33 saat Timur.

    Menurut perdana menteri, pusat operasi kecemasan telah ditubuhkan berhubung tragedi itu, yang beliau sifatkan sebagai "dahsyat dan amat mengejutkan".

    Katanya para pegawai Malaysia sentiasa berhubung dengan rakan sejawatan mereka di Ukraine dan tempat lain.

    Najib berkata beliau juga telah bercakap dengan Presiden Ukraine dan pemimpin itu berjanji siasatan penuh, menyeluruh dan bebas akan dijalankan, manakala pegawai Malaysia juga akan dijemput menyertainya.

    "Presiden Ukraine itu juga mengesahkan bahawa kerajaannya akan berunding dengan pemberontak di timur negara itu untuk menubuhkan satu koridor kemanusiaan di tempat peswat berkenaan terhempas," katanya.

    Najib juga berkata beliau telah mengadakan beberapa perbualan dengan Perdana Menteri Netherlands dan akan berbincang dengan beberapa pemimpin dunia berhubung tragedi itu.

    -- BERNAMA

    Sumber HD - 18-7-2014

    MH17: Malaysia akan siasat secara terperinci

    BERNAMA | .

    SEPANG: Malaysia berikrar akan menyiasat secara terperinci punca yang menyebabkan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 terhempas di Ukraine, walaupun pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat komersial itu ditembak jatuh.

    Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sekiranya pesawat itu benar-benar ditembak jatuh, Malaysia akan mendesak agar pihak yang bertanggungjawab melakukannya dibawa ke muka pengadilan dengan segera.

    "Usaha akan dilakukan secara habis-habisan," katanya pada sidang akhbar di Sama-Sama Hotel di sini hari ini.

    Najib, yang kelihatan sugul pada sidang akhbar yang sesak dengan wakil media itu, berkata laluan penerbangan pesawat berkenaan adalah selamat dan tidak tertakluk kepada sekatan.

    Katanya laluan itu diisytiharkan selamat oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), manakala Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) juga menyatakan ruang udara yang direntasi pesawat itu tidak tertakluk kepada sekatan.

    Beliau berkata Malaysia Airlines mengesahkan Penerbangan MH17, yang membawa 295 orang, termasuk 15 anak kapal, tidak membuat panggilan kecemasan.

    Katanya menurut maklumat yang didedahkan Pusat Kawalan Trafik Udara Kiev, lokasi alat pengesan kedudukan kecemasan itu ialah 48 darjah, 7 minit dan 23 saat Utara; dan 38 darjah, 31 minit dan 33 saat Timur.

    Menurut perdana menteri, pusat operasi kecemasan telah ditubuhkan berhubung tragedi itu, yang beliau sifatkan sebagai "dahsyat dan amat mengejutkan".

    Katanya para pegawai Malaysia sentiasa berhubung dengan rakan sejawatan mereka di Ukraine dan tempat lain.

    Najib berkata beliau juga telah bercakap dengan Presiden Ukraine dan pemimpin itu berjanji siasatan penuh, menyeluruh dan bebas akan dijalankan, manakala pegawai Malaysia juga akan dijemput menyertainya.

    "Presiden Ukraine itu juga mengesahkan bahawa kerajaannya akan berunding dengan pemberontak di timur negara itu untuk menubuhkan satu koridor kemanusiaan di tempat peswat berkenaan terhempas," katanya.

    Najib juga berkata beliau telah mengadakan beberapa perbualan dengan Perdana Menteri Netherlands dan akan berbincang dengan beberapa pemimpin dunia berhubung tragedi itu.

    -- BERNAMA

    Sumber HD - 18-7-2014









































































































































































    Malaysia Airlines plane shot down over Ukraine; 295 feared dead

    InterAksyon/Reuters | .

    KIEV - A Malaysian airliner was shot down over eastern Ukraine by militants on Thursday, killing all 295 people aboard, a Ukrainian interior ministry official was quoted as saying by Interfax-Ukraine news agency.

    The aircraft, which other sources said was a Boeing 777 flying from Amsterdam to Kuala Lumpur, came down near the city of Donetsk, stronghold of pro-Russian rebels, Anton Gerashchenko said, adding that it was hit by a ground-to-air missile.

    There was no further confirmation of the report, although Ukrainian officials said local residents had found wreckage.

    Malaysia Airlines said on its Twitter feed it had lost contact with its flight MH-17 from Amsterdam. "The last known position was over Ukrainian airspace," it said.

    Read the full story here

    Sumber HD - 18-7-2014









































































































































































    Pesawat penumpang Malaysia dilapor terhempas di Ukraine

    HARAKAHDAILY | .
    Sebuah pesawat Malaysia Airlines dilaporkan terhempas selepas ditembak jatuh pada ketinggian 10km di timur Ukraine, menurut agensi berita Interfax Rusia.

    Menurut laporan itu, pesawat Boeing 777 yang membawa 295 penumpang termasuk anak kapal terhempas berhampiran sempadan Rusia di Ukraine.

    Pesawat itu dijumpai "terbakar di atas tanah," menurut laporan itu.

    Pesawat MH17 itu dilaporkan dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

    Ia dilapor berlepas dari Amsterdam jam 12.14 tengah hari tadi dan dijadual tiba di Kuala Lumpur jam 6.09 pagi esok.

    Malaysia Airlines turut membuat kenyataan di Twitter menyebut: "Malaysia Airlines telah terputus hubungan dengan MH17 dari Amsterdam. Lokasi terakhir dikenal pasti adalah melepasi ruang udara Ukraine.

    Maklumat lanjut akan menyusul."

    Beberapa rakaman video menunjukkan kepulan asap pesawat tersebut terbakar dimuat naik di Youtube. - HARAKAHDAILY 17/7/2014

    [Lihat VIDEO]

    YB DMO - http://www.youtube.com/watch?v=bEy5IWUbPaY

    Sumber HD - 17-7-2014

    Selepas Zahid komen, klip video Al-Qassam meletup

    HARAKAHDAILY | .




    KUALA LUMPUR: Selepas mendapat komen daripada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Klip video kumpulan nasyid popular Hijjaz berjudul ‘Al-Qassam’ terus mendapat perhatian ramai.

    Al-Qassam adalah merujuk kepada Briged Izzuddin Al-Qassam iaitu kumpulan sayap kanan Hamas, Palestin yang berjihad mempertahan tanah air mereka daripada penceroboh rejim Zionis Israel.

    Zahid semalam berkata klip video berdurasi 5 minir 34 saat nyanyian kumpulan nasyid popular itu tidak ada hubung kait dengan jihad dan hanya satu nasyid yang berunsur keagamaan.

    Klip video tersebut dimuat naik di Youtube sejak 13 Julai lalu oleh HIJJAZ CHANNEL yang kemudian turut disalin oleh pemilik akaun CaliphTV.

    Ia semakin mendapat perhatian ekoran serangan tentera rejim Zionis Israel ke atas Gaza yang sehingga hari ini telah mengorbankan 224 warga Palestin yang rata-ratanya adalah orang awam yang terdiri daripada warga tua, wanita dan kanak-kanak.

    Versi asal nasyeed Al-Qassam adalah dalam Bahasa Arab dan merupakan lagu rasmi briged Al-Qassam dalam memberi semangat kepada mereka mempertahankan tanah Palestin.

    Kumpulan Hijjaz kemudian menterjemah lagu tersebut sebagai tanda solidariti rakyat Malaysia untuk Gaza.

    Setakat berita ini ditulis, klip video lagu nasyed ini mencatat 103,960 penonton pada akaun CaliphTV, manakala 67,805 penonton pada akaun HIJJAZ CHANNEL.

    Bagaimanapun jumlah ini tidak termasuk tontonan dalam akaun Facebook yang juga mula mendapat perhatian ketika ini. - HARAKAHDAILY 17/7/2014

    Sumber HD - 17-7-2014









































































































































































    Kurikulum baharu pendidikan pemandu ditangguh

    BERNAMA | .
    KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) yang dijadual bermula pada Ogos ditangguhkan sehingga diberitahu kelak, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

    Beliau berkata Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) diminta untuk menjalankan kajian lanjut bagi menyemak kurikulum termasuk implikasinya terhadap kos.

    Beliau menegaskan bahawa keselamatan jalan raya adalah amat penting untuk mengurangkan jumlah kemalangan jalan raya di Malaysia yang dilaporkan masih tinggi.

    "Kurikulum baharu penting untuk memupuk pemanduan selamat dan bertanggungjawab di kalangan pengguna jalan raya. Bagaimanapun, sebarang kos berkaitan pelaksanaan kurikulum baharu perlu mengambil kira kesan kewangan ke atas rakyat Malaysia," katanya dalam kenyataan hari ini.

    Beliau berkata JPJ telah menjalankan kajian dan penyelidikan yang sewajarnya untuk mewujudkan kurikulum baharu yang akan memastikan standard baharu bagi keselamatan jalan raya di negara ini.

    Liow berkata walaupun keperluan rakyat diberi keutamaan, ia perlu diseimbangkan dengan keselamatan pengguna jalan raya.

    Sebelum itu, kerajaan mengumumkan pelaksanaan kurikulum baharu yang memberi penekanan kepada usaha melahirkan pemandu yang berhemah dan berdisiplin untuk menggantikan kurikulum lama yang menekankan kepada kemahiran dan pemahaman peraturan jalan raya.

    Kurikulum baharu juga termasuk penukaran kepada kenderaan transmisi automatik untuk membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia terutama generasi tua dan wanita, memperoleh lesen memandu yang sah.

    Sementara itu, Pergerakan Pemuda Umno tidak bersetuju jika kadar untuk mendapatkan lesen memandu kereta dan motosikal dinaikkan.

    Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata beliau sudah menyuarakan pandangan Pemuda Umno kepada Menteri Pengangkutan supaya kadar itu tidak dinaikkan selepas menghadiri mesyuarat Kabinet, pagi tadi.

    "Saya maklumkan sebagai Ketua Pemuda bahawa harga untuk memperoleh lesen memandu tidak wajar dinaikkan sebab akan memberi kesan kepada golongan muda terutama mereka yang tidak mampu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi membeli belah baju raya bersama anak yatim dan golongan kurang berkemampuan, di sini.

    Khairy, yang juga Menteri Belia dan Sukan, berkata kesan kedua terhadap kenaikan harga memperoleh lesen akan turut mengakibatkan lebih banyak masalah timbul apabila golongan muda memilih untuk memandu kereta atau menunggang motosikal tanpa lesen disebabkan terlalu mahal.

    Semalam, orang ramai dikejutkan dengan dakwaan bahawa kadar untuk mendapatkan lesen kenderaan dan motor telah dinaikkan kepada RM2,000 bagi lesen kereta kelas D dan RM1,050 bagi lesen motosikal kelas B2 berkuatkuasa 14 Julai lepas.

    Terdahulu, Khairy sempat meluangkan masa kira-kira sejam untuk membeli belah baju raya bersama 150 anak yatim dan golongan kurang berkemampuan terpilih dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Wisma Jakel, Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini. - Bernama

    Sumber HD - 17-7-2014

    Nur Misuari terlibat ceroboh, culik di Sabah – Zahid Hamidi

    HARAKAHDAILY | .


    KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) Nur Misuari terlibat dengan menggunakan kumpulan sendiri beberapa kumpulan lain dalam melakukan pencerobohan dan penculikan di Sabah

    Beliau berkata kegiatan itu dilakukan dengan tujuan mengumpul dana bagi membentuk semula tentera upahan Nur Misuari selain bagi mengembalikan semula pengaruhnya di selatan Filipina, lapor Bernama.

    Katanya umum mengetahui bahawa Nur Misuari tidak mendapat sokongan dan tidak dibabitkan dalam Perjanjian Komprehensif mengenai Bangsamoro (CAB) yang ditandatangani kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) bagi membuka jalan ke arah penyelesaian politik di Mindanao pada Mac lepas.

    "Kita tidak mempunyai apa-apa hubungan secara langsung dengan Nur Misuari, tapi kita yakin beliau mempunyai matlamat lebih besar.

    “Beliau bersekongkol dengan individu yang disebut berada dalam Kesultanan Sulu yang berhasrat untuk mengambil alih Sabah," katanya pada pada sidang media di majlis berbuka puasa bersama warga Kementerian Dalam Negeri di Masjid Al-Mujahiddin di Kuching.

    Zahid menyatakan demikian sebagai mengulas insiden serang hendap di Pulau Mabul, Sabah pada Sabtu lepas yang menyaksikan seorang anggota polis terbunuh dan seorang lagi diculik.

    Sebuah akhbar tempatan, kelmarin melaporkan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor mendakwa pembabitan Nur Misuari dalam insiden itu setelah tidak berpuas hati kerana dipinggirkan daripada proses rundingan damai dengan kerajaan Filipina sehingga membawa kepada pembentukan wilayah autonomi Bangsamoro.

    Abdul Rahim dilaporkan berkata kumpulan berkenaan kecewa kerana kerajaan Malaysia tidak lagi memberi sokongan kepada mereka malah sebaliknya mengambil pendirian menyebelahi Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).

    Menurut Zahid, Nur Misuari dilihat amat yakin bahawa Sabah boleh diambil alih oleh individu yang mengaku daripada Kesultanan Sulu dan dia (Nur Misuari) mahu terlibat sama.

    "Di sini, saya ingin beritahu bahawa Sabah adalah sebahagian daripada Malaysia. Kita tidak akan benarkan walau satu inci pun tanah Sabah diceroboh oleh mana-mana penduduk luar," katanya.

    Sumber HD - 16-7-2014









































































































































































    Jika Hishammuddin beri amaran, Zahid penuh retorik

    HARAKAHDAILY | .
    KUALA LUMPUR: Jika diimbas, antara Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang sama-sama pernah menjadi Menteri Dalam Negeri, kedua-duanya lebih kurang sama saja.

    Bagi penulis Shahbudin Husin, Hishammuddin terlalu lemah, apologetik dan asyik-asyik memberi amaran saja sedangkan tindakannya langsung tidak pernah menjelma sementara Zahid pula cuba menunjuk garang, berani dan lebih menjadikan jawatan itu sebagai landasan meningkatkan popularitinya.

    Menurutnya, selain aksi sebelum dengan selepas pemilihan Umno banyak berbeza, beliau sering kali mengeluarkan kenyataan bersifat politik dan retorik dalam isu-isu berkaitan keselamatan negara.

    Tambahnya, Zahid seolah-olah melihat semua aspek keselamatan boleh diurus seperti mengendalikan Umno cawangan saja.

    “Itulah sebabnya, bila pencerobohan berlaku sehingga anggota polis terbunuh dan seorang lagi diculik, Zahid dengan santai mengatakan ianya kerana mereka ingin membalas dendam kepada pasukan keselamatan.

    “Jika begitu, bolehkah kita juga mengatakan rompakan dan samun yang berlaku setiap detik adalah juga kerana perompak ingin membalas dendam kepada polis yang selalu menangkap dan memberkas penjenayah?” tulis beliau di dalam blognya.

    Katanya, kalau dulu ada yang kecewa dengan Hishammuddin mengendalikan Kementerian Dalam Negeri kerana hanya tahu memberi amaran, Zahid dengan retorik dan kenyataan politiknya mula mendatangkan lebih kekecewaan lagi.

    Justeru, baginya Esscom atau apa saja berkaitan keselamatan lebih tidak selamat bila berada di tangannya. – HARAKAHDAILY

    Sumber HD - 15-7-2014 

    Azizul Raheem tiba di KLIA dari Sweden petang esok

    BERNAMA | .


    KUALA LUMPUR: Pegawai Tourism Malaysia di Sweden, Azizul Raheem Awalludin yang baru keluar dari penjara negara itu kerana didapati bersalah memukul anaknya, kembali ke tanah air dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) kira-kira 5.30 petang esok.

    Perkara itu disahkan sumber Wisma Putra kepada Bernama hari ini.

    "Kepulangan ini telah dimaklumkan kepada ahli keluarga Azizul yang dijangka akan menyambutnya nanti," katanya.

    Azizul Raheem dijatuhi hukuman penjara kerana memukul keempat-empat anaknya sejak September 2010, dan menjalani hukuman tiga bulan di Sweden bermula 28 Mac lepas.

    Mahkamah Daerah Solna di Stockholm menjatuhkan hukuman penjara 10 bulan terhadap Azizul Raheem dan 14 bulan terhadap isterinya, Shalwati Norshal bagi kesalahan itu.

    Bagaimanapun, hukuman penjara itu dikurangkan dan masing-masing hanya perlu menjalani satu pertiga daripada jumlah hukuman itu.

    Shalwati, seorang guru yang sedang bercuti tanpa gaji, akan dibebaskan tiga bulan lagi.

    Empat anak pasangan itu yang pada mulanya diletakkan di bawah jagaan keluarga angkat bukan Islam kerana kes berkenaan, telah diserahkan kepada Kedutaan Malaysia di sini pada 30 Januari lepas.

    Mereka pulang ke Malaysia dan kini dijaga oleh ibu saudara dan bapa saudara mereka di Kelantan. - Bernama

    Sumber HD - 14-7-2014









































































































































































    Media sosial jangan perlekeh ESSCOM, kata Zahid

    BERNAMA | .

    KOTA BHARU: Media sosial di negara ini diingatkan agar tidak memperlekehkan usaha pasukan keselamatan yang mengawal Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) sebaliknya harus bersama-sama kerajaan mendaulatkan negara daripada sebarang pencerobohan.

    Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata apa yang berlaku di perairan Sabah termasuk terbaru semalam, ia membabitkan soal maruah negara dan ia merupakan masalah bersama dan bukannya kesalahan itu diletakkan di bahu pasukan keselamatan semata-mata.

    "Saya minta media sosial atau mana-mana pihak agar jangan merendah-rendahkan usaha yang dibuat ESSCom sama ada PDRM (Polis Diraja Malaysia), ATM (Angkatan Tentera Malaysia) ataupun APMM (Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia).

    "Ini masalah negara. Pasukan keselamatan kita harus diberi sokongan moral oleh semua pihak. Media sosial harus bersama dan jangan hanya pandai mengutuk sahaja," katanya kepada pemberita selepas Majlis Iftar Bersama Warga Kementerian Dalam Negeri Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, malam ini (semalam).

    Turut hadir timbalannya Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Bakri Mohd Zinin dan Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim.

    Ahmad Zahid berkata demikian mengulas insiden yang menyebabkan anggota pasukan Polis Marin, Koperal Ab Rajah Jamuan, 32, terbunuh dan Konstabel Zakia Aleip, 26, hilang, dipercayai diculik penceroboh di sebuah pusat peranginan di Pulau Mabul, Semporna.

    Pengarah Operasi ESSCOM Datuk Abdul Rashid Harun dilapor berkata penyerang yang menggunakan senjata berat itu membuat serangan hendap dan membunuh anggota polis marin berkenaan kira-kira 11.10 malam tadi.

    Mengulas perkara itu Ahmad Zahid berkata apa yang berlaku merupakan satu cabaran yang terpaksa dihadapi PDRM sebelum pasukan itu mengambil alih pentadbiran dan operasi ESSCOM mulai 15 Julai ini.

    "Saya ingin sahkan kejadian itu merupakan satu tamparan dan pukulan terhadap PDRM sebelum ambil alih ESSCom," katanya.

    Beliau berkata tindakan pihak musuh yang melakukan serangan secara gerila itu adalah sangat mencabar namun tindakan pihak musuh sedikit pun tidak melemahkan pasukan keselamatan.

    Ahmad Zahid berkata pihak musuh yang terbabit sebenarnya terkenal mempunyai sifat dendam yang sangat tinggi dan dijanjikan upah yang lumayan oleh pihak tertentu untuk melancarkan serangan seperti itu.
    "Masyarakat itu sebenarnya golongan yang berada pada paras kemiskinan dan mereka sebenarnya telah digula-gulakan untuk melakukan tindakan itu," katanya.

    Beliau juga berkata sehingga ini nasib Konstabel Zakia Aleip yang hilang itu masih belum diketahui. - BERNAMA

    Sumber HD - 14-7-2014

    Insinerator: buruk lebih banyak daripada baik

    BERNAMA | .

    KUALA LUMPUR: Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) hari ini menggesa kerajaan terus menguatkuasakan kempen konsep 3R iaitu 'kurangkan penggunaan, guna semula dan kitar semula' sebagai alternatif kepada projek insinerator di Taman Beringin, Kepong, di sini.

    Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kuala Lumpur Tak Nak Insinerator (KTI) Isaiah Jacob berkata konsep 3R itu perlu dipraktikkan secara berterusan sebagai usaha mengurangkan kebergantungan kepada tapak dan pusat pelupusan sampah.

    Katanya, penggunaan teknologi insinerator sebenarnya mendatangkan bahaya kepada alam sekitar dan kesihatan penduduk sekitar.


    Beliau berkata, pihaknya telah menghantar beberapa pucuk surat untuk bersemuka dengan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan bagi membincangkan perkara itu, namun, sehingga kini belum mendapat maklum balas.

    "Projek insinerator boleh menjejaskan kesihatan dan alam sekitar selain memerlukan kos penyelenggaraan yang tinggi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

    Jacob berkata kerajaan masih mempunyai alternatif lain untuk memastikan pengurusan sampah dan sisa pepejal negara lebih terurus secara lebih sistematik walaupun tanpa penggunaan teknologi insinerator.

    Katanya alternatif itu termasuk usaha memperketat penguatkuasaan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 bagi mendidik masyarakat menguruskan dan mengasingkan sampah.

    Baru-baru ini, kerajaan mengumumkan pembinaan insinerator di Taman Beringin, Kepong yang mampu membakar kira-kira 1,000 tan daripada 2,500 tan sisa pepejal sehari dari kawasan Lembah Klang tanpa melepaskan bau yang kurang menyenangkan.

    Pembinaan insinerator berteknologi tinggi itu juga akan dapat menampung sisa pepejal yang kian meningkat setiap tahun.

    Selain di Taman Beringin, insinerator juga bakal dibina di Bukit Payung, Johor dan Sungai Udang, Melaka.

    Pembidaan tender bagi pembinaan ketiga-tiga insinerator yang menggunakan spesifikasi antarabangsa, akan dibuka pada pertengahan 2015 melalui tender terbuka dan dijangka siap dan mampu beroperasi pada 2018.

    Sumber HD - 13-7-2014









































































































































































    Ambil tindakan terhadap lambakan peniaga asing

    BERNAMA | .

    KUALA LUMPUR: Lima badan bukan kerajaan (NGO) menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap warga asing yang berleluasa berniaga di sekitar ibu kota.

    Mereka merupakan Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (Irim), Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Malay, Chinese, Indian and Others (MCIO) dan Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiah.

    Presiden Ikhlas Mohd Ridzuan Abdullah berkata kehadiran peniaga asing terutama warga Indonesia, Pakistan dan Bagladesh yang berniaga secara haram bukan sahaja memberi kesan kepada pendapatan peniaga tempatan malah menjejaskan ekonomi negara.

    "Lambakan peniaga warga asing di kawasan Masjid India, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Haji Taib mendatangkan kebimbangan kepada peniaga tempatan.

    Mereka dipercayai menggunakan lesen peniaga tempatan untuk berniaga.

    "Ia perlu dikekang. Contohnya jika sebuah kilang mengambil 500 pekerja warga asing, pihak kilang itu perlu mengawal dan jangan membenarkan mereka keluar sesuka hati menjalankan aktiviti lain daripada kawasan kilang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

    Mohd Ridzuan meminta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Jabatan Imigresen memantau dan menyita tapak perniagaan peniaga tempatan jika didapati mereka menyewakannya kepada warga asing.

    "Kita memberi tempoh tiga hari kepada pihak berkuasa untuk membersihkan peniaga warga asing yang memonopoli kawasan ibu kota sebelum protes besar-besaran diadakan," tegasnya.

    Sumber HD - 12-7-2014

    Tinjauan: Tak setuju pemberi dan peminta sedekah dihukum

    MUHAMMAD FAIZAL | .

    KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan yang ingin mengenakan denda kepada pemberi dan peminta sedekah sebagai usaha untuk membasmi pengemis dan geledangan di sekitar ibu kota mendapat bantahan dari rakyat.

    Tinjauan dalam talian di web Harakahdaily sejak 3 Julai lalu mendapati 93.13 peratus daripada 2067 pengundi tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan itu.

    Dengan soalan 'Adakah anda bersetuju dengan cadangan kerajaan untuk mewujudkan undang-undang bagi menghukum pemberi dan peminta sedekah?', hanya 6.87 peratus atau 142 orang bersetuju dengan cadangan tersebut.

    Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebelum ini berkata bahawa pemberi dan peminta sedekah akan berhadapan tindakan saman seandainya membantu pengemis di ibu kota.

    Kenyataan beliau itu kemudian turut mendapat kecaman dari beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan pimpinan parti politik negara ini.

    Mereka menyifatkan, perlu kaedah lain yang lebih baik dalam menangani isu pengemis dan gelandangan ini.

    Mereka juga mendakwa, kebanjiran pengemis dan gelandangan di ibu kota mencerminkan kegagalan kerajaan membela golongan yang kurang bernasib baik ini.

    Dalam pada itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Rohani Abdul Karim pula berkata pihaknya akan tetap meneruskan pelaksanaan Ops Qaseh untuk menjadikan bandaraya Kuala Lumpur sifar gelandangan dan pengemis meskipun tidak mendedahkan tarikh sebenar bermulanya penguatkuasaan tersebut.

    Kenyataan beliau bagaimanapun mendapat tentangan dari beberapa pemimpin Pakatan Rakyat yang menggesa Putrajaya untuk membatalkan penguatkuasaan Ops Qaseh.

    Menurut mereka tindakan KPKWM itu bertentangan dengan polisi kerajaan dan langsung tidak boleh digambarkan sebagai bantuan penyelamat kepada golongan tersebut.

    Penguatkuasaan Ops Qaseh yang menahan golongan itu mengikut Akta Orang Papa 1977 tanpa adanya perbicaraan juga dilihat sama seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebelum ini. - HARAKAHDAILY

    Sumber HD - 11-7-2014









































































































































































    Pengemis: Agihan kekayaan negara masih tempang

    HAZAYANI ZAKARIA | .

    RAKYAT seringkali diingatkan agar menunaikan zakat dan ia satu kewajiban. Namun sejauh mana institusi zakat berperanan dalam meleraikan masalah kemiskinan di negara ini? Mutakhir ini ramai asnaf yang merungut karenah birokrasi Baitulmal meyukarkan mereka untuk mendapatkan bantuan. Bagi merungkai persoalan ini, wartawan Harakah, HAZAYANI ZAKARIA pada 3 Julai lalu mendapatkan pandangan bekas Ahli Parlimen Baling, Datuk Taib Azamudden Md Taib yang pernah berkhidmat sebagai Imam Besar Masjid Negara.

    HARAKAH: Sejak sekian lama kita melihat kemiskinan di negara ini khasnya di ibu kota tidak selesai. Malah ada Umat Islam yang terpaksa murtad hanya kerana mahu dapatkan bantuan dari gereja yang lebih mudah memberi bantuan berbanding pusat Zakat atau baitulmal. Boleh ustaz ulas serba lanjut?



    TAIB AZAMUDDEN: Perkara ini tidak sewajarnya berlaku sebab saudara baru termasuk salah satu daripada lapan asnaf zakat. Sepatutnya mereka itu dikenal pasti dan dibiayai zakat. Banyak negeri yang berjaya mengutip zakat yang sangat tinggi tetapi zakat yang dikutip itu seolah-olah tersimpan begitu sahaja. Di Wilayah Persekutuan Pusat Zakat nya membuka sebuah kedai sewaktu Allahyarham Tan Sri Syeikh Mohsin Salleh menjadi pengerusi.Terdapat Pasaraya Baitulmal. Pasaraya ini antaranya memberi peluang kepada fakir miskin untuk mendapat bekalan yang disahkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

    Contohnya Jabatan Agama Islam Wilayah mengeluarkan kupon, mereka membawa kupon itu ke Pasaraya Baitulmal, mereka dapat membuat tukaran dengan barang yang diperlukan. Tetapi sekarang pasaraya itu sudah tiada. Pasaraya Baitulmal wilayah dahulu ada di Sentul dan di Selayang. Selepas peninggalannya, pasaraya ini sudah tiada lagi.Kenapa itu tak diterjemahkan? Pasaraya Baitulmal itu wujud dahulu daripada kedai 1Malaysia yang menawarkan harga murah. Ini yang memberi peruntukan dan kemudahan yang khusus kepada fakir miskin yang disahkan oleh pihak yang berwajib.

    Saya mencadangkan supaya institusi ini diperkasakan secara lebih luas supaya asnaf boleh menerima zakat secara berpanjangan seperti institusi yang bersaham. Zakat dijanakan supaya lebih besar, akhir sekali fakir miskin dan orang yang berhak dalam asnaf tadi mempunyai sahamnya di situ. Itu pun boleh dikaji untuk dibuat. Saya juga cadangkan orang yang duduk dalam asnaf dapat insentif seperti insentif Orang Kurang Upaya (OKU). Mungkin untuk bil elektrik, bil air atau apa-apa yang lain dikecualikan sebab apabila mereka ini disahkan sebagai orang yang berada dalam asnaf oleh pihak yang bertanggungjawab. Kalau kita letak mereka sebagai fakir miskin contohnya di Wilayah Persekutuan tetapi orang berkenaan kena bayar bil elektrik, air sama juga. Kenapa kerajaan tidak boleh menyediakan insentif? Itu sebagai salah satu daripada cara pengagihan.

    Dilemma pelajar Melayu Islam terpaksa berhutang untuk belajar, walaupun golongan menuntut ilmu adalah asnaf, kerajaan buat PTTN pula untuk berniaga dengan rakyat walhal Zakat yang dikumpulkan boleh membantu pelajar?

    Bukan sahaja kutipan zakat itu yang diberi penekanan tetapi pengagihan itu hendaklah disemak semula supaya asnaf zakat dapat menerima hak mereka. Contohnya zakat kepada pelajar. Sepatutnya yang menjadi asnaf pelajar itu sendiri, bukan ibu bapa mereka. Yang penting mereka ini disahkan pelajar, dan menghadapi masalah kewangan untuk meneruskan pelajaran.

    Bagi saya suatu yang sangat pelik apabila pengagihan zakat sekarang ini di sesetengah negeri khasnya asnaf Fisabilillah (pelajar atau menuntut ilmu termasuk asnaf) ini yang dilihat adalah rekod ibu bapanya. Kadang-kadang ada ibu bapa yang dikategorikan sebagai orang yang bergaji agak selesa, maka dinafikan hak anak untuk mendapat zakat walaupun anak menghadapi masalah kewangan hingga terpaksa berhutang untuk belajar. Bagi saya ia perlu disemak semula.

    Pelajar-pelajar sekarang ini dikenakan riba oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), tetapi dalam masa yang sama wang zakat yang banyak tidak diterjemahkan untuk membantu pelajar hingga mereka berhutang untuk belajar. Ada alasan kononnya pekerjaan ibu bapa, namun ramai di kalangan pelajar Melayu yang dari latar belakang miskin juga terpaksa meminjam PTPTN. Kenapa perkara itu tidak boleh dikaji semula dengan zakat memainkan peranan membantu?

    Apa komen ustaz mengenai kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa pemberi dan peminta sedekah bakal berdepan hukuman seperti denda apabila undang-undang berkaitan kegiatan mengemis di ibu negara diperketatkan?

    TAIB AZAMUDDEN: Sekarang kerajaan memburu pengemis dan yang memberi sedekah juga akan diambil tindakan dengan saman di bawah Akta Orang Papa 1997 (Akta 183). Di pihak zakat akta ini harus dilihat sama ada ia masih sesuai atau sebaliknya. Kalau perkara lain kita boleh pastikan mengapa tidak dipastikan golongan fakir miskin khasnya pengemis untuk dibantu melepasi ruang kemiskinannya itu. Dalam isu peminta sedekah yang dikatakan digunakan oleh egen, namun sebenarnya ia satu kegagalan kerajaan memburu ejen yang mengeksploitasi pengemis. Bukan masalah dari sudut orang melihat orang yang memberi sedekah kepada peminta sedekah tetapi dari satu sudut lain ialah orang bersedekah kerana mereka memiliki harta yang lebih, dan ia digalakkan oleh Islam apatah lagi dalam Ramadan.

    Kalau orang berasa bahawa dia ikhlas nak begi, apa salahnya dia nak bagi? Yang penting, nak cegah pengemis pastikan pengagihan wang negara saksama. Apabila masih ada lagi pengemis, maknanya pengagihan kekayaan negara masih lagi tempang.

    Apakah perlunya perubahan dalam pengurusan zakat di negara ini?

    Pada saya, sudah sampai masa untuk dilakukan perubahan pentadbiran dan pengurusan zakat negeri-negeri. Ada sesetengah negeri, pendapatan zakatnya sedikit tetapi fakir miskin ramai. Ada negeri di Malaysia ini pendapatan zakatnya cukup banyak tapi miskinnya sedikit seperti di Wilayah Persekutuan jika hendak banding dengan Kedah dan Perlis, dua negeri utara Semenanjung itu pendapatan zakatnya sedikit tetapi yang fakir miskin ramai.

    Pada saya, tidak boleh ditentukan bahawa pungutan zakat Wilayah Persekutuan ini hanya hanya untuk orang di wilayah Persekutuan sahaja. Kalau orang di Wilayah Persekutuan tidak ada, maka dalam asnaf itu nak bagi kepada siapa? Kalau yang ini pun kita tidak boleh satukan bermakna kita tak boleh mengaku kita ni sebuah negara persekutuan sebab dalam persekutuan, dalam bab-bab lain kita boleh satukan tapi dalam hal zakat kita pecah-pecahkan. Seolah-olah kalau Perlis, Perlis tanggung sendiri kesusahan, Kelantan tanggung sendiri, Kedah tanggung sendiri, Terengganu tanggung sendiri. Tidak ada kesepaduan dalam erti kata persekutuan.

    Kadar kemiskinan setiap negeri berbeza.Sebagai contoh di Kedah, pendapatan RM3,000 ke atas sebulan, itu tidak termasuk dalam golongan miskin kerana kos hidup rendah daripada Wilayah Persekutuan. Tetapi di Wilayah Persekutuan berpendapatan RM3,000 masih termasuk dalam miskin kerana kos hidup yang tinggi. Kadar kemiskinan ini juga perlu diambil kira. Nisab zakat tidak statik tetapi sentiasa berubah mengikut masa. Apakah hanya zakat fitrah sahaja kita perlu tentukan harga, sedangkan kelayakan asnaf tidak diambil kira.

    Saya juga terpanggil untuk mempersoalkan tentang perbezaan kadar zakat fitrah bagi 14 buah negeri.Seolah-olah Islam di Malaysia ini tidak satu. Islam di negeri-negeri lain berbeza sedangkan harga beras boleh disatukan di seluruh negara oleh kementerian Hal Ehwal Pengguna tetapi dari segi zakat berbeza. Kadar bayaran zakat yang dinyatakan di Kedah tidak boleh diterima pakai di Selangor. Ini menunjukkan Islam di Malaysia tidak sepadu dari segi pelaksanaan.

    Sumber HD - 11-7-2014









































































































































































    Isu gelandangan: Beri bantuan, bukan tuding jari

    BALQIS KAMARUL ARIFFIN | .

    SIAPA yang harus dipersalahkan atas isu gelandangan yang seperti tiada penghujungnya?

    Benarkah pertolongan dari badan bukan kerajaan (NGO) mempengaruhi sikap malas gelandangan ataupun adakah usaha kerajaan masih tidak mencukupi untuk menyelesaikan masalah ini, yang setelah sekian lama menjadi sinonim dengan kota raya Kuala Lumpur.

    Setelah kenyataan kontroversial yang dikeluarkan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor, pelbagai pendapat diterima. Namun, rata-ratanya menyebelahi pihak gelandangan dan merasakan pertolongan terhadap golongan kurang bernasib baik ini harus diambil berat.

    Walaupun begitu, kita tidak perlu menuding jari menyatakan salah dan silap siapa yang menyebabkan perkara ini terjadi. Sebagai rakyat Malaysia, sudah semestinya kita mempunyai sensitiviti terhadap perkara sebegini yang berlaku di sekeliling kita dan usaha tanpa bayaran yang dilakukan oleh NGO Soup Kitchen amat dihargai oleh seluruh rakyat Malaysia.

    Benar atau tidak pertolongan daripada NGO ini meperngaruhi sikap malas gelandangan adalah sesuatu perkara yang tidak dapat kita ketahui. Ini kerana tidak semua golongan yang mendapatkan makanan itu tidak bekerja atau tidak mahu bekerja.

    Ada di antara mereka yang tua dan menghadapi penyakit. Malahan ada juga ibu tunggal. Mereka mengharapkan pertolongan makanan ini kerana sedikit sebanyak mampu meringankan beban yang ada kerana duit hasil titik peluh mereka tidak mencukupi.

    Walaupun ada di antaranya yang ketagihan dadah, kita tidak seharusnya membuta-tuli menyalahkan mereka. Pasti ada sebab mengapa perkara ini terjadi dan walau dari mana mereka datang, kita sebagai rakyat Malaysia harus membantu saudara kita yang dalam kesusahan ini.

    Kita tidak seharusnya memandang mereka dengan sebelah mata hanya kerana mereka tinggal di ceruk-ceruk kota dan kaki lima. Kerajaan harus membela nasib mereka kerana mereka juga rakyat Malaysia.

    Dengan itu, kerajaan haruslah berganding bahu dengan NGO dalam menyelesaikan masalah ini. Terbaru, Tengku Adnan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan berbincang dengan NGO terbabit untuk mencari kaedah terbaik membantu gelandangan. Beliau juga menyatakan hasrat DBKL untuk membina rumah perlindungan (pusat sehenti) bagi golongan gelandangan.

    Usaha ini menuju ke arah solusi yang diinginkan rakyat dan pelbagai pihak haruslah bekerjasama dalam memastikan bahawa nasib golongan ini terbela. Pelbagai inisiatif harus diambil oleh kerajaan dalam membendung masalah ini dan pembinaan rumah perlindungan adalah satu permulaan yang baik.

    Rakyat menginginkan kerajaan yang cenderung membantu dan membela nasib rakyat dan bukan bersifat zalim dan tidak ambil peduli terhadap rakyatnya sendiri.

    Mereka harus merangka penyelesaian jangka panjang yang akan membantu nasib golongan ini, yang bukan sahaja bersifat membela tetapi juga membuka peluang bagi golongan ini untuk berdikari dan mampu menjadi sebahagian daripada masyarakat. Bahkan dengan cara yang betul, golongan ini sendiri mampu menjana ekonomi negara jika diberi latihan yang secukupnya.

    Saya yakin ramai rakyat di negara ini yang mahu membantu golongan ini tanpa mengharapkan bayaran atau pun penghargaan. Jika ada cara bagi mereka untuk membantu nescaya akan ada tangan-tangan yang sedia memberi pertolongan.

    Dengan itu, kita seharusnya berganding bahu dan saling bekerjasama dalam membantu nasib golongan kurang bernasib baik ini dan mencari jalan penyelesaian terbaik bukannya menuding jari ke arah setiap arah dan memanipulasikan isu ini.
    _____________
    Balqis binti Kamarul Ariffin ialah pelajar tahun tiga Ijazah Kewartawanan UiTM.

    Sumber HD - 10-7-2014

    Pemeriksaan Puspakom percuma sempena Aidilfitri

    BERNAMA | .

    KUALA LUMPUR: Bermula hari ini, PUSPAKOM menawarkan pemeriksaan kenderaan secara percuma kepada semua pemilik kenderaan persendirian seluruh negara.

    Dalam kenyataan media dikeluarkan Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom, Mohammed Shukor Ismail, pemeriksaan percuma ini merupakan salah satu komitmen dan tanggungjawab korporat PUSPAKOM dalam usaha meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan keselamatan kenderaan.

    “Tiada yang lebih penting daripada sampai ke destinasi dengan selamat bersama-sama orang yang tersayang, khususnya untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. Pemeriksaan kenderaan ini penting kerana ianya merupakan salah satu kaedah yang terbaik bagi memastikan keadaan kenderaan selamat ketika berada di jalan raya, malah dapat menjaminkan keselamatan semua pengguna jalan raya,” tambah beliau.

    Pengguna hanya perlu menghubungi cawangan Puspakom berdekatan untuk membuat temujanji untuk mendapatkan waktu pemeriksaan yang sesuai.

    Inisiatif terbaru puspakom ini dilihat penting dalam memastikan keadaan kenderaan baik dan selamat menjelang perjalanan pulang ke kampung sempena Aidilfitri nanti.

    Pemeriksaan kenderaan sukarela secara percuma ini merangkumi lapan peringkat pemeriksaan menyeluruh, iaitu pengesahan identiti kenderaan, ujian pengeluaran asap, gelincir sisi, bahagian atas & bawah kenderaan, brek, suspensi dan ketelusan cermin.

    Untuk makluman lanjut, pengguna boleh menghubungi talian bebas tol 1 800 88 6927 atau layari www.puspakom.com.my - Bernama

    Sumber HD - 10-7-2014

    No comments:

    Post a Comment