BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Tuesday, July 15, 2014

PAS WILAYAH PERSEKUTUAN

 


Kebebasan suara bukan lesen untuk menghina

PEMBENTANGAN Usul RUU 355 oleh YB Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Parlimen telah memberikan satu pencerahan terhadap salah faham keatas Usul pindaan itu. Sebelumnya, banyak pihak sengaja mengelirukan rakyat Malaysia termasuk non-muslim agar menentang usul ini. 
Pembentangan yang cukup jelas dan menjawab segala fitnah keatas RUU 355 ditambah pula dengan penjelasan teknikal dan sejarah RUU 355 oleh YB Datuk Takiyudin Hasan, Ahli Parlimen Kota Bharu membuka mata ramai pihak yang selama ini menentang RUU 355 hasil dari maklumat salah yang diperolehi. Malah sudah ramai yang berubah menyokong RUU 355. 
Maka, muncul pula tindakan provokasi melampau akhbar Nanyang Siang Pau menyiarkan karikatur monyet dengan mengaitkan dengan RUU 355, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi, dan Tan Sri Pandikar Amin yang jelas berniat jahat dengan cubaan bermain dengan sentimen dalam kalangan pembaca media berbahasa cina. 
PAS Kawasan Batu mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak bermoral NANYANG SIANG PAU yang bersikap biadab dan menghina dengan menyamakan pimpinan kami dengan monyet. Mereka juga menghina islam apabila karikatur monyet tersebut memakai serban, simbol suci umat Islam yang digunakan dalam solat. Malah karikatur itu juga cuba memperlekehkan institusi parlimen dengan tulisan "Hou Zi Xi Fa" bermaksud "monyet main undang undang". 
Jika Nanyang Siang Pau ada pandangan berkenaan dengan RUU 355, kami sedia menyediakan tapak untuk pihak anda berhujah, silakan datang ke gelanggang, jangan baling batu dan sorokkan tangan. Berhujahlah dengan matang dan bukan dengan karikatur yang menghina. 
Justeru, saya mewakili PAS Kawasan Batu menyarankan agar Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggunakan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang sedia ada untuk menyiasat dan menggantung penerbitan Nanyang Siang Pau dengan kadar segera.
13 (1) Tanpa menjejaskan lesen atau permit dibawah mana mana peruntukan lain dalam akta ini, jika menteri berpuas hati bahawa mana mana mesin cetak yang berkenaan dengannya lesen itu telah dikeluarkan adalah digunakan untuk mencetak mana mana hasil penerbitan yang memudaratkan ketenteraman awam atau keselamatan negara atau bahawa mana mana akhbar yang berkenaan dengannya permit telah dikeluarkan mengandungi apa apa jua yang memudaratkan ketenteraman awam atau keselamatan negara, dia boleh membatalkan lesen atau permit itu.
Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984

Sekiranya dibiarkan, tindakan provokasi bersifat perkauman ini akan menjadi kebiasaan kerana dengan hanya memohon maaf dapat selesaikan kesalahan yang mereka lakukan. Tindakan tegas berupa pengajaran dan contoh kepada pihak lain amat diperlukan. Biar Nanyang Siang Pau merasai kesan apabila menjolok sarang tebuan. 
NURUL ISLAM MOHAMED YUSOFF
Ketua Penerangan PAS Kawasan Batu
Sumber HD - 11-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ 


Rasuah: Kit Siang perlu desak Guan Eng bercuti

GEJALA rasuah kelihatan semakin menjadi barah dalam negara mutakhir ini. Pemimpin politik yang menjadi dalang utama gejala rasuah ini merupakan punca utama barah ini sentiasa merebak di dalam masyarakat khususnya dalam kalangan kakitangan awam. Penyakit ini tidak dapat tidak mesti dihentikan serta merta jika kita ingin melihat ekonomi negara pulih dan rakyat hidup dalam keadaan makmur. Namun ahli politik adalah kuncinya, bersih ahli politik, negara akan mencapai sifar rasuah. 
Penahanan demi penahanan didedahkan namun kesan penahanan dilihat tidak begitu efektif dan gejala rasuah ini semakin berleluasa. Punca utamanya adalah campur tangan politik. Islam menentang keras perbuatan rasuah ini. Dalam Al-Quran, rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perbuatan jenayah lain seperti merompak, memeras ugut dan menipu.
وَلَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُوا بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُوا فَرِيقًا مِّنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالْإِثْمِ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ

"Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)." (Surah Al-Baqarah: 188) 
Suasana politik wang ini semasa semakin rancak dengan penahanan anak Exco Kerajaan Negeri Johor bersama lima lelaki yang lain dikatakan telah terlibat dengan rasuah dan penyelewengan hartanah di Johor apabila terbabit dalam penukaran status rumah-rumah Bumiputera kepada bukan Bumiputera. Ironinya, seorang ayah kepada Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga terpalit dengan tuduhan skandal rasuah lantang mengkritik skandal rasuah ini. 
Mengapa Kit Siang bersuara dalam isu ini dan berdiam diri dalam isu Guan Eng? Jika dilihat Umno juga amat lantang mengkritik DAP ketika penahanan skandal rasuah Guan Eng dan beberapa isu rasuah DAP yang lain satu ketika dahulu. Adakah Umno tidak sedar siapa 'bapa' kepada gejala rasuah ini sehingga menjadi barah yang sukar untuk diubati di negara ini? 
Kes yang sama apabila DAP yang juga mempunyai beberapa kes rasuah tetapi seolah-olah melupakan kejadian rasuah yang pernah berlaku di dalam parti mereka,
http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/bapa-wakil-rakyat-dap-ditahan-sprm-kes-rasuah-untuk-rumah 
http://www.straitstimes.com/asia/se-asia/lim-guan-eng-charged-with-corruption
Ianya lebih menarik apabila bekas Naib Presiden DAP, Tunku Aziz yang pernah mendakwa gejala rasuah yang berlaku di dalam DAP telah berleluasa dan sehingga hari ini ianya tidak dapat dinafikan oleh pimpinan DAP sendiri, 
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32862.
PAS juga merupakan parti politik dan mempunyai pimpinan politik yang bertaraf Menteri Besar dan Exco Kerajaan Negeri. Namun PAS sentiasa membuka ruang seluas-luasnya kepada SPRM khususnya bagi memastikan gejala rasuah ini ditangani dengan serius. Sebagai contoh isu pembalakan haram di Kelantan yang sering digembar gemburkan, PAS telah membuka ruang kepada pihak SPRM untuk menyiasat kes tersebut dengan menubuhkan jawatankuasa dan meminta SPRM menangkap sesisapa sahaja yang terlibat, 
http://www.sprm.gov.my/index.php/arkib-kenyataan-media/502-sprm-sambut-baik-langkah-kerajaan-negeri-kelantan-tubuh-jawatankuasa-tangani-kes-kecurian-balak?templateStyle=22 
Tidak cukup dengan itu, Kerajaan Negeri Kelantan telah menandatangani perjanjian bersama SPRM bagi membanteras sehabis-habisnya gejala rasuah di negeri tersebut,
http://www.sprm.gov.my/index.php/arkib-kenyataan-media/1472-pmbk-tandatangan-cip-zahir-komitmen-perangi-rasuah-bersama-sprm
 
PAS berpegang kepada prinsip Islam, jika ada mana-mana ahli PAS yang terlibat dengan rasuah maka PAS akan memastikan individu tersebut dibicarakan dan dibawa ke muka pengadilan. Inilah yang diajar di dalam Islam. Setiap yang bersalah mesti dihukum walaupun orang tersebut mempunyai talian darah dan hubungan yang akrab dengan kita. 
Pemuda PAS Wilayah Persekutuan ingin menasihati semua pihak agar benar benar memerangi rasuah dan bukan hanya menjadikan ia sebagai modal politik menyerang parti lawan. Lantang bersuara membanteras rasuah itu bagus, namun lebih bagus jika yang lantang itu juga membanteras rasuah khususnya yang berlaku di dalam parti sendiri. Jangan jadi seperti 'kuman di seberang lautan kelihatan, gajah di pelupuk mata tiada kelihatan'. 
'Inilah Penyelesaian Kita'
Nurul Islam Mohamed Yusoff
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan - HARAKAHDAILY 4/3/2017
Sumber HD - 4-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 




Pemuda PAS WP minta Husam tidak bertindak 'joker'

NUR HASMIRA MOHAMAD | FOTO FIKRI YUSOF | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44279-pemuda-pas-wp-minta-husam-tidak-bertindak-joker

KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Wilayah Persekutuan meminta Datuk Husam Musa supaya tidak bertindak bacul ataupun 'joker' (pelawak) dengan tidak berani untuk menyatakan nama orang yang sepatutnya dinyatakan.

Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Khairil Nizam Khirudin yang turut ditemani timbalannya, Nurul Islam Mohamed Yusoff berkata demikian selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat, Dang Wangi, di sini hari ini.

Tegasnya, laporan polis telah dibuat selepas Adun Salor itu dalam ceramahnya bersama PPBM Pasir Puteh pada 6 Februari lalu mengeluarkan kenyataan berbaur tuduhan fitnah mengenai PAS menerima sumbangan RM90 juta daripada Umno melalui akaun Affin Bank.

"Kami buat laporan polis hari ini adalah untuk meminta polis memulakan siasatan jenayah ke atas Datuk Husam Musa yang telah memfitnah PAS dan pemimpin-pemimpin PAS di bawah Seksyen 499 Kanun Keseksaan," ujarnya. - HARAKAHDAILY 14/2/2017

Sumber HD - 14-2-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------







Tembelang hipokrasi DAP kian terdedah

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44156-tembelang-hipokrasi-dap-kian-terdedah

DAP semakin menyerlahkan dua wajahnya dalam satu-satu perkara dihadapi dengan bersikap hipokrit, talam dua muka demi mengaut kepentingan kiri dan kanan. Inilah politik oportunis dan pragmatik yang hanya memikirkan agenda peribadi semata-mata.

Cara dan gaya sebegini tentulah tidak bertujuan menjadikan wadah politik untuk memenuhi harapan dan sandaran rakyat, tetapi bermotif mengaut peluang demi kedudukan dan kuasa. Sudah pasti watak DAP ini sukar untuk dipercayai dan terdedah kepada kecurangan serta pengkhianatan.

Malah, DAP telah berkali-kali dibidas anggota parti sendiri secara terbuka dan menyanggah prinsip yang berubah-ubah dan dilihat tidak telus. Ini sebagaimana terbaru oleh Adun Bilut, Chow Yu Hui membidas himpunan berhubung bantahan ke atas Presiden Amerika, Donald Trump yang melarang kemasukan Muslim dari tujuh negara.

Sedangkan DAP sendiri pernah mempersoal pihak yang membantah kemasukan atlet luncur air Israel pada Kejohanan Luncur Air di Langkawi tahun 2015 dahulu. Malah, DAP pernah dipertikai juga oleh bekas pimpinannya seperti Tunku Abdul Aziz, Hew Kuan Yaw dan Janice Lee dalam banyak aspek dan perkara.

Kepura-puraan DAP ini bukan perkara baharu apabila segala tembelang mulai pecah setelah segala yang diperjuangkan selama ini hanyalah topeng dan lakonan. Misalnya perjuangan berkaitan alam sekitar seperti Lynas, tetapi DAP di Pulau Pinang sendiri mengemukakan projek pengangkutan yang memusnahkan alam sekitar negeri itu.

Begitu juga soal integriti yang tegas dipegang selama ini, akhirnya tercalar oleh dakwaan skandal rasuah melibatkan pemimpin tertinggi. Pemerintahan ala Khalifah Umar Abdul Aziz yang dicanang-canang, akhirnya menjadi sebaliknya hingga membawa kepada pelbagai cemuhan.

Begitu juga Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang pernah lantang menyerang mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dahulu dalam isu Bumiputra Malaysia Finance (BMF), namun hingga kini gagal menyatakan pendirian dari pendedahan terbaharu CIA. Apakah kerana kemesraan terbaru dan berlaku janji tawar menawar yang lumayan antara mereka berdua?

Politik jelik dimainkan DAP ini amat perlu diwaspada dan dihindari masyarakat Malaysia di sebalik kewujudan penjajahan licik politik global masa kini. Mereka begitu mudah berpaut dan memanipulasikan sesiapa sahaja tanpa ada perasaan malu dan menjaga maruah, selain acap kali berhubungan dengan pihak negara asing.

NURUL ISLAM MOHAMED YUSOFF
Timbalan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
4 Februari 2017 | 7 Jamadil Awwal 1438 - HARAKAHDAILY 4/2/2017

Sumber HD - 4-2-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------








Siasatan Untuk Bersihkan Nama Tun Dr Mahathir



Oleh : Nurul Islam Mohamed Yusoff

Ada pihak yang mengatakan kenyataan saya yang mendesak kertas siasatan skandal BMF dan Forex 1992 dibuka semula sebagai sengaja ingin sabotaj usaha murni untuk menyatupadukan BESATU & PAS serta ia tidak mencerminkan budaya politik PAS. Untuk makluman, PAS mengamalkan budaya politik matang dan sejahtera (BPMS). Salah satu ciri utama dalam BPMS adalah “Politik bertunjangkan prinsip”. Atas sifat itulah, kenyataan saya mendesak agar kertas siasatan segera dibuka keatas skandal BMF dan Forex 1992 kerana PAS tetap istiqamah dalam prinsip sentiasa berjuang untuk rakyat.

Malah atas prinsip ini juga, kami yakin sebarang perbincangan kerjasama politik antara PAS dan BERSATU tidak akan terjejas kerana tuntutan siasatan ini malah keyakinan rakyat kepada PAS & BERSATU akan meningkat. Skandal yang berlaku ketika zaman Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO tetap sebuah skandal yang telah merugikan wang rakyat.

Untuk makluman, bukan sahaja isu skandal BMF dan FOREX 1992 yang PAS mahu ianya disiasat, PAS perjuangkan pelbagai isu seperti skandal 1MDB, isu rasuah, kebajikan rakyat dan antarabangsa. Jikalau diikuti harakah, blog dan facebook pimpinan PAS, pasti akan dapat mengikuti setiap hari pimpinan PAS memperjuangkan isu isu rakyat yang sebenar.

BMF yang ditubuhkan pada tahun 1977 dan urusniaga BMF pada awalnya memperolehi keuntungan yg besar. Pada tahun 1982, BMF mula mengesan tanda tanda awal masalah apabila dua dari peminjam terbesarnya mengalami kesulitan membayar pinjaman mereka. Malah wujudnya pinjaman yang melebihi had yang dibenarkan oleh bank negara. Kemuncaknya, berlakunya pembunuhan saudara Jalil Ibrahim Auditor dari Bank Bumiputera yang dihantar untuk menyelesaikan kemelut dalam BMF pada tahun 1983. Bukankah sebahagian besar skandal ini berlaku ketika zaman Tun Mahathir sebagai perdana menteri?

Ada pihak memberi alasan bahawa ianya adalah “circumstantial evidence”. Dengan kata lain, mendakwa tiada “direct link” untuk mengaitkan Tun Dr Mahathir dengan Skandal BMF. Namun tidak pula dinyatakan dalam laporan siasatan CIA bahawa tiada “Indirect link”. Kes menjadi mudah jika ada “direct link”. Namun ianya menjadi kompleks apabila ada “indirect link” malah disebabkan “indirect link” inilah perlu kertas siasatan dibuka semula. Perlu diingat “indirect link” tidak bermakna skandal ini dilakukan oleh Tun Mahathir sendiri.


Sekiranya laporan CIA dibaca dengan teliti, ia juga ada menyatakan “Mahathir also had close ties with those implicated, as well as with Nawawi Mat Awin, under whose chairmanship Bank Bumi continued lending to Tan” – Mahathir juga mempunyai hubungan rapat dengan mereka yang didakwa, termasuk Nawawi Mat Awin yang mana dibawah pentadbirannya Bank Bumi terus memberi pinjaman kepada Tan. Laporan itu juga menyatakan “The most potentialy damaging aspect of the affair is the alleged connection of Tan to officials of the United Malays National Organization (UMNO) – Perkara yang paling merosakkan adalah hubungan Tan dengan mereka didalam UMNO.

Di dalam thesis Phd oleh Yik Koon Teh dari London School of Economics and Political science bertajuk Employee Fraud in Malaysia: A Case Study, beliau memuatkan skandal BMF ini sebagai salah satu kajian kes. Thesis ini dengan jelas menyatakan “the BMF case gave strong impression that there was a conspiracy between the government, the police and the anti corruption agency to coverup the case and it is plausible that the reason was that a few politician was involved in the scandal.” – Kes BMF ini memberi petunjuk besar bahawa terdapat konspirasi diantara kerajaan, polis dan badan anti rasuah untuk menutup kes ini dan sebabnya adalah ada beberapa ahli politik terlibat.

Kedua dua laporan dan thesis diatas secara jelas tidak menuduh Tun Dr Mahathir sebagai yang bersalah, namun ia memalitkan beberapa ahli politik, malah UMNO sendiri dan Tun Dr Mahathir merupakan Perdana Menteri dan Presiden UMNO ketika itu. Disinilah wujudnya kewajaran untuk kertas siasatan dibuka semula kerana yang didakwa dan dihukum sehingga kehari ini adalah kakitangan BBMB dan BMF sahaja.

Akhir sekali, saya ingin memberikan keyakinan kepada semua rakyat Malaysia bahawa tuntutan ini bukanlah bersifat politik atau peribadi tetapi mahu mendapatkan keadilan kepada semua pihak yang terlibat termasuk Tun Dr Mahathir. Rakyat perlukan jawapan kepada skandal yang mempunyai implikasi kewangan yang besar. Sekiranya siasatan yang dilakukan membuktikan Tun Dr Mahathir bersih dan tiada salah laku, bukankah rakyat akan lebih yakin dan mempercayai beliau? Malah atas nama keadilan, sepatutnya semua anak muda dan rakyat Malaysia berdiri disebelah saya dan menyokong usaha membersihkan nama Tun Dr Mahathir ini.

***Nurul Islam Mohamed Yusoff ialah Timbalan Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan


Sumber BO - 30-1-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------










Skandal BMF, Forex 1992: Buka kertas siasatan segera

NURUL ISLAM MOHAMED YUSOFF | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44069-skandal-bmf-forex-1992-buka-kertas-siasatan-segera

Kertas siasatan baru perlu dibuka ke atas Tun Dr Mahathir Mohamad berikutan dari pendedahan terbaru oleh CIA melibatkan pelbagai skandal semasa di bawah pentadbiran mantan Perdana Menteri itu. Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mesti segera bertindak atas maklumat tersebut.

Info badan antarabangsa itu tidak boleh dipandang ringan kerana ia bukan sahaja cantuman dari begitu banyak keraguan pada masa lalu semata-mata. Tetapi lebih utama, perlunya siasatan dari pihak berkuasa negara berikutan dakwaan bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid sendiri bahawa pada ketika itu tiada siasatan dilakukan walaupun saiz kerugian dialami negara amat besar iaitu USD10 bilion.

Malah, ia demi menyelamatkan kredibiliti dan integriti Malaysia yang terjejas dengan pelbagai dakwaan skandal sebelum ini berkaitan 1MDB juga melibatkan banyak pihak serta jumlah yang sangat besar kewangan. Ia juga bagi membolehkan prosedur perundangan dapat dilakukan ke atas mereka yang terlibat sekiranya didapati bersalah.

Inilah masa kita membuktikan ketelusan dan kecekapan badan-badan penguatkuasaan berkaitan serta membuang keluar segala dilema selama ini akibat dari birokrasi dan kediktatoran yang mencengkam. Palitan kekotoran lalu mesti dibersihkan, sekali gus hak pihak-pihak pernah teraniaya dapat dikembalikan, selain memulihkan semula sistem negara yang ternoda kembali ke landasannya.

Sudah tiba masanya rakyat mengetahui perkara sebenarnya yang tersirat di sebalik pelbagai skandal yang pernah didakwa berlaku di zaman Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri. Kerajaan Malaysia, Bank Negara, PDRM dan SPRM perlu membongkar sedalamnya skandal BMF dan Forex 1992 agar keadilan dapat ditegakkan.

“Bertekad Melebar Muafakat”
“Inilah Penyelesaian Kita”

NURUL ISLAM MOHAMED YUSOFF
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
29 Rabi‘ul Akhir 1438 | 28 Januari 2017 - HARAKAHDAILY 28/1/2017

Sumber HD - 28-1-2017


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ajaran sesat: Segera ambil tindakan perundangan

      NURUL ISLAM MOHAMED YUSOFF | .

http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43972-ajaran-sesat-segera-ambil-tindakan-perundangan

Penguatkuasaan undang-undang perlu dilaksanakan segera terhadap pengusaha taska yang menyebarkan ajaran sesat sebagaimana dinyatakan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.

Butiran dikemukakan Adnan menunjukkan beliau mempunyai maklumat dan kepastian terhadap perkara tersebut. Oleh itu, tindakan penguatkuasaan adalah langkah membendung dari menular terhadap masyarakat awam.

Tidak memadai sekadar penyataan di media tanpa susulan tindakan. Sekiranya tidak ianya akan dianggap dakwaan dan rekayasa yang hanya mencetus kebimbangan dalam masyarakat.

Kami juga berharap ia tidak bermotif politik atau agenda yang selain dari menjaga ketenteraman awam. Kami sedia bekerjasama memastikan penularan ajaran sesat tidak berlaku di Wilayah Persekutuan.

Nurul Islam Mohamed Yusoff
Timbalan Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
20 Januari 2017 | 21 Rabiul Akhir 1438 - HARAKAHDAILY 20/1/2017

Sumber HD - 20-1-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bantah larang motosikal kecil masuk pusat bandar
















KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43929-bantah-larang-motosikal-kecil-masuk-pusat-bandar

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan membantah cadangan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang berhasrat untuk melarang motosikal bersaiz kecil (motosikal kapcai) daripada memasuki pusat bandar Kuala Lumpur (KL) sebagai langkah untuk mengurangkan pelepasan karbon. Langkah ini bersifat tidak adil dan menindas golongan yang berpendapatan rendah. Mereka memilih kaedah bermotosikal kerana kenderaan tersebut lebih menjimatkan kos dan masa perjalanan.

Dalam keadaan kos sara hidup yang terus meningkat, adalah amat tidak wajar untuk melarang para penunggang motosikal daripada memasuki pusat bandar Kuala Lumpur. Sistem jaringan pengangkutan awam di KL juga masih belum menyeluruh dan efektif. Tambahan pula, kos tambang LRT dan bas juga lebih tinggi berbanding menunggang motosikal.

Golongan pemuda adalah kelompok majoriti dalam kalangan penunggang motosikal. Sekiranya cadangan larangan ini dikuatkuasakan kelak, semestinya ia memberikan impak yang begitu besar kepada mereka khususnya yang berpendapatan rendah.

Kami mendesak agar pihak kerajaan terlebih dahulu melaksanakan kajian komprehensif berkenaan sistem pengangkutan di KL bagi menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas yang terpaksa dihadapi oleh warga kota pada setiap hari.

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mengakui peri pentingnya langkah pengawalan pelepasan karbon yang mencemarkan udara dan alam sekitar. Namun, cadangan melarang membawa motosikal kecil itu seolah bersifat diskriminasi kerana kenderaan lain seperti kereta, bas dan lori juga mengeluarkan karbon bahkan kuantitinya jauh lebih tinggi berbanding motosilal. Pandangan dan maklum balas daripada warga kota juga perlulah diambil kira sebelum sesuatu larangan dikuatkuasakan. - HARAKAHDAILY 17/1/2017

Penulis ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.

Sumber HD - 17-1-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



PKR Disaran Ketepikan PAN Supaya Tidak Menyesal
Posted on Wednesday, December 14 @ 06:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32827



KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu menyifatkan Parti Amanah Negara (PAN) sebagai sebuah parti `kawan makan kawan’ yang perlu dibimbangi Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ketuanya, Nurul Islam Mohamed Yusoff berkata, PKR sepatutnya membuatkan pertimbangan untuk memutuskan kerjasama dengan PAN dalam Pakatan Harapan supaya tidak menyesal di kemudian hari.

“Ketua Pemuda PAN dalam Konvensyen Nasional PAN semalam menyatakan bersedia meletakkan calonnya di Parlimen Batu yang kini sedang disandang oleh Tian Chua dari PKR jelas menunjukkan sifat sebenar PAN yang tidak semangat setiakawan sebaliknya mengamalkan sikap ‘kawan makan kawan’.


“Selepas membawa lari kerusi-kerusi yang asalnya milik PAS, kini PAN mengugut pula akan merampas kerusi milik PKR di Parlimen Batu. Seharusnya PKR menyedari hal ini dan perlu bersikap tegas terhadap ugutan PAN ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Nurul Islam berkata, Ketua Pemuda PAN turut mengulangi kenyataan beberapa pemimpin utama PAN sebelum ini untuk bertanding di kerusi-kerusi yang ditandingi PAS.

Kata beliau, sikap PAN tersebut jelas menunjukkan bahawa parti itu sebenarnya ditubuhkan sekadar bagi melampiaskan dendam terhadap PAS.

“Jka benar PAN mempunyai kekuatan untuk menang di Parlimen Batu dan sungguh-sungguh tidak bersetuju dengan kenyataan Tian Chua tentang keperluan sokongan PAS untuk memenangi Parlimen Batu, saya mencabar agar PAN segera mengumumkan calonnya yang akan menandingi kerusi tersebut pada PRU14 akan datang,” katanya. -MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 14-12-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAN parti 'kawan makan kawan'




















NURUL ISLAM MOHAMED YUSOFF | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43564-pan-parti-kawan-makan-kawan

UCAPAN Sany Hamzan, Ketua Pemuda PAN dalam Konvensyen Nasional PAN semalam (link : https://youtu.be/qruwoVFtPqM) yang menyatakan bersedia meletakkan calonnya di Parlimen Batu yang kini sedang disandang oleh Tian Chua (PKR) jelas menunjukkan sifat sebenar PAN yang tidak ada semangat setiakawan sebaliknya mengamalkan sikap 'kawan makan kawan'.

Selepas membawa lari kerusi-kerusi yang asalnya milik PAS, kini PAN mengugut pula akan merampas kerusi milik PKR di Parlimen Batu. Seharusnya PKR menyedari hal ini dan perlu bersikap tegas terhadap ugutan PAN ini.

Sany Hamzan turut mengulangi kenyataan beberapa pemimpin utama PAN sebelum ini yang menyatakan akan bertanding di kerusi-kerusi yang ditandingi PAS. Ia jelas menunjukkan bahawa PAN sebenarnya ditubuhkan sekadar bagi melampiaskan dendam terhadap PAS, bukannya untuk memberikan saingan kepada BN.

Barangkali PKR juga sudah mula boleh membuat pertimbangan untuk meneruskan hubungan dengan parti kawan makan kawan seperti ini. Jangan nanti menyesal di kemudian hari akibat dikhianati oleh mereka.

Jika benar PAN mempunyai kekuatan untuk menang di Parlimen Batu dan sungguh-sungguh tidak bersetuju dengan kenyataan Tian Chua tentang keperluan sokongan PAS untuk memenangi Parlimen Batu, saya mencabar agar PAN segera mengumumkan calonnya yang akan menandingi kerusi tersebut pada PRU14 akan datang.

NURUL ISLAM MOHAMED YUSOFF
Ketua, Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu (DPPKB). – HARAKAHDAILY 13/12/2016

Sumber HD - 13-12-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




















Penerangan PAS Wilayah seru gerakkan kempen 3B

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43413-penerangan-pas-wilayah-seru-gerakkan-kempen-3b


KUALA LUMPUR: Pimpinan dan ahli PAS Wilayah Persekutuan diseru menggerakkan kempen 3B untuk melebarluaskan lagi info berkenaan parti kepada rakyat awam.


Demikian ditegaskan oleh Ketua Penerangan PAS Wilayah Persekutuan, Kamal Nazmi Nik Din ketika dihubungi semalam.

Menurut beliau, pendekatan PAS sekarang telah menarik minat ramai masyarakat  awam khususnya mereka yang cintakan pendekatan sejahtera dan matang.

"Saya dapati ramai masyarakat netizen sudah mula menyedari kebaikan pendekatan politik matang dan sejahtera yang dikemukakan oleh PAS kali ini," ujar beliau.

Menurut beliau lagi, peningkatan keahlian PAS secara luar biasa sekarang menuntut semua peringkat kepimpinan dan ahli menggerakkan kempen 3B untuk Harakah iaitu 'beli, baca dan beri'. (pas.org)

Sumber HD- 30-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS Wangsa Maju lancar jentera pilihan raya























HARAKAHDAILY | .





http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kominiti/42746-pas-wangsa-maju-lancar-jentera-pilihan-raya

KUALA LUMPUR: PAS kawasan Wangsa Maju melancarkan jentera pilihan raya pada jam 9.00 malam semalam di markaz PAS Wangsa Maju Taman Melati. Dalam majlis yang sama sebanyak RM19,517.00 berjaya dikutip.

Pelancaran disempurnakan oleh Pesuruhjaya Badan Perhubungan Pas Wilayah Persekutuan Haji Mohd Nor Mohamad.

Turut serta termasuklah YDP PAS Kawasan Wangsa Maju Haji Azhar Omar, Pengarah Jabatan Pilihanraya Izamuddin Ludin, Ketua Urusan Ulama Ustaz Mohd Bakri Che Had, Ketua Pemuda Ustaz Abdul Rani Mohamed Daud, Ketua Muslimat Ustazah Hanisah Mohamad dan hampir 70 jentera dan petugas yang bersiap sedia untuk PRU14. – HARAKAHDAILY 8/10/2016

Sumber HD - 8-10-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS akan lancar Kumpulan Veteran Wilayah Persekutuan

























HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42632-pas-akan-lancar-kumpulan-veteran-wilayah-persekutuan

KUALA LUMPUR: Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan akan mengadakan majlis pelancaran Kumpulan Veteran PAS Wilayah Persekutuan pada hari Ahad 6 Oktober 2016 jam 9.00 malam.

Pelancaran tersebut akan dilaksanakan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bertempat di Markas PAS Bandar Tun Razak,  Kampong Malaysia Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Menurut Pengerusi Kumpulan Veteran PAS Wilayah Persekutuan Haji Subky Latif sempena majlis pelancaran itu Tuan Guru Presiden akan mengisytiharkan nama baru bagi kumpulan tersebut.
Inisiatif membentuk kumpulan ini adalah bagi menyediakan platform untuk orang-orang lama yang masih istiqamah dalam PAS serta sudah tiada memegang sebarang jawatan di mana-mana peringkat organisasi PAS, tambah beliau.

Orang-orang lama yang istiqamah ini sarat dengan pengalaman berorganisasi yang dapat menasihat dan  membantu PAS dalam menangani sebarang konflik yang dihadapi, tambah beliau lagi. Beberapa tokoh tetamu jemputan dijangkakan akan turut hadir bersama-sama menyerikan majlis tersebut.

Antaranya tokoh veteran PAS Dr Daeng Sanusi Mariok, ahli Parlimen Bandar Tun Razak Tan Sri Khalid Ibrahim dan Presiden Ikatan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.
Sempena pelancaran itu juga akan berlangsung ceramah umum bertajuk "RUU 355 apa cabarannya" yang akan disampaikan sendiri oleh Tuan Guru Presiden.

Oleh itu orang ramai dijemput hadir bersama mendapatkan pencerahan dan penerangan mengenai isu tersebut. – HARAKAHDAILY 27/9/2016

Sumber HD - 27-9-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Isu dibangkit pada kongres diserah kepada kementerian



























SALMIYAH HARUN | .





http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42607-isu-dibangkit-pada-kongres-diserah-kepada-kementerian

AMPANG: Setiap isu yang dibangkitkan oleh peserta Kongres Rakyat Wilayah Persekutuan akan dibukukan dan diserahkan kepada kementerian berkenaan.

Penyelaras Kongres Rakyat, Kamaruzaman Mohamad berkata, jawatankuasa penganjur akan meneliti semua isu yang dibangkitkan kemudian akan dikemukakan sebagai memorandum kepada kementerian dalam tempoh seminggu daripada sekarang.

"Kita akan kemukakan perkara ini dalam bentuk memorandum misalnya isu teksi kita serah kepada Kementerian Pengangkutan dan SPAD, isu peniaga dan pakir kita akan serah kepada DBKL dan pihak berwajib," katanya dalam ucapan penutup.

Pelbagai isu yang dibangkitkan antaranya isu teksi oleh Shamsuddin Yaccob yang kini menjadi pesaing utama kepada perkhidmatan Uber.

Ini kerana katanya, Uber menawarkan harga lebih murah daripada teksi menyebabkan ramai yang menggunakan perkhidmatan mereka.

"Uber tidak ada insurans walaupun tambang murah dan kereta Audi atau Mercedes, teksi ada insurans," katanya.

Pelbagai isu lain termasuklah isu wanita dan kekeluargaan dibentangkan oleh Dr Siti Aishah manakala isu perumahan dibangkitkan oleh Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Mior Isfandy Mior Azizan.

Manakala wakil DBKL Nik Mastura Diyana Nik Mohamad membentangkan pelan dan tindakan DBKL. - HARAKAHDAILY 25/9/2016

Sumber HD - 25-9-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Cegah rasuah, bapa segala masalah dalam negara



























SALMIYAH HARUN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42605-cegah-rasuah-bapa-segala-masalah-dalam-negara

AMPANG: "Saya berkhidmat selama 33 tahun di dalam kerajaan, satu rumah pun tak mampu milik, inikan pula 30 rumah," ujar Pengerusi Yayasan Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Seri Zakaria Jaffar.

Beliau berkata demikian merujuk kepada laporan akhbar terhadap pegawai DBKL yang didakwa memiliki 31 apartmen baru-baru ini.

"Kerana rasuahlah, kalau terlibat dengan rasuah 10 tahun lalu, tahun lepas hatta semalam pun, bertaubatlah. Rasuah perkara keji dan hina," seru beliau.

Ketika memberi ucapan penangguhan pada Kongres Rakyat Wilayah Persekutuan, beliau berkata penerima rasuah tidak ada pilihan melainkan mereka akan masuk ke neraka.

"Kena letak dalam pemikiran rasuah adalah benda amat keji. Wajib cegah kemungkaran ini bapa segala masalah dalam negara," katanya.

Katanya, rakyat negara ini haruslah memastikan orang yang benar-benar amanah wajar untuk mengurus dan mentadbir negara ini. - HARAKAHDAILY 25/9/2016

Sumber HD - 25-9-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kuala Lumpur: Kota raya gah mesti bersifat madinah





























SALMIYAH HARUN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/42599-kuala-lumpur-kota-raya-gah-mesti-bersifat-madinah

AMPANG: Pengerusi Kongres Rakyat Kebangsaan, Mohd Azmi Abdul Hamid menegaskan sebuah kota raya yang gah mestilah bersifat madinah.

Katanya, rakyat yang menghuni kota raya seperti Kuala Lumpur mesti merasai seperti bandar yang disebut sebagai madinah.

"Iaitu bagaimana hendak menghasilkan sebuah kota raya bertamadun di mana sifat manusiawi. Tidak perlu gah dengan bertaraf dunia," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kongres Rakyat Wilayah Persekutuan di Bangunan Majlis Perandaran Ampang Jaya (MPAJ), hari ini.

Mohd Azmi berkata, Wilayah Persekutuan merupakan refleksi sebenar negara selain ianya sebagai nadi atau jantung negara.

Sebab itulah katanya, apabila membicarakan perkembangan Kuala Lumpur ianya lebih menampakkan suara rakyat yang sebenar.

"Kerana hampir saban hari isu-isu dan masalah terus dibangkitkan oleh penghuni di kota raya ini hinggakan isu sekecil lopak air dan lorong-lorong apatah lagi persoalan-persoalan ekonomi dan infrastruktur," ujar beliau.

Sementara itu, Penyelaras Kongres Rakyat Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad yang turut berucap menjelaskan kongres pada hari ini akan memfokuskan 8 isu utama antaranya pengangkutan awam, perumahan dan penempatan, jenayah dan keselamatan, pemandu teksi dan soal gelandangan. - HARAKAHDAILY 25/9/2016

Sumber HD - 25-9-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






























Kongres Rakyat WP: Jaringan IT sedia hadiah foto terbaik

HARAKAHDAILY | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42598-kongres-rakyat-wp-jaringan-it-sedia-hadiah-foto-terbaik


KUALA LUMPUR: Bagi memeriah dan memasyarakatkan Kongres Rakyat Wilayah Persekutuan, Pertubuhan Jaringan IT Prihatin Malaysia, salah satu NGO ‘rakan penganjur’ di Galeri Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) pada 25 September, menganjurkan pertandingan foto terbaik.


“Pertandingan ini dibuat untuk memilih foto terbaik dengan cara mudah sahaja, peserta yang menyertai program tersebut boleh menghantar foto-foto tersebut ke emel, hyperlink "mailto: fotografi@jitp.my This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. " fotografi@jitp.my This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. dengan maklumat nama dan nombor handphone untuk dihubungi selewat-lewatnya sehari selepas Kongres Rakyat Wilayah Persekutuan berlangsung” kata Pengerusi Pertubuhan Jaringan IT Prihatin Malaysia, Shuhaimi Embong.

Beliau yang juga Timbalan Pengarah Kongres Rakyat Wilayah Persekutuan berharap peserta-peserta kongres dan jurugambar yang hadir dapat mengambil bahagian.

Hadiah yang ditawarkan adalah wang tunai RM100 dan pemenang yang bertuah akan dijemput ke ‘lunch on’ pelancaran Pertubuhan Jaringan IT Prihatin Malaysia di Cyberjaya pada 9 Oktober nanti. - HARAKAHDAILY 24/9/2016

Sumber HD - 24-9-2016


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Menjelang kongres Rakyat: Ayuh bangkit warga kota!

      NAZIRAH NASRUN | .

http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42591-menjelang-kongres-rakyat-ayuh-bangkit-warga-kota

KUALA LUMPUR: Seluruh anggota masyarakat perlu bangkit mengemukakan isu denyut nadi rakyat agar hak mereka sentiasa terbela.

Menurut Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Haji Mohamad Noor Mohamad, perkara ini amat perlu khususnya warga kota berhak hidup dalam suasana aman damai.

"Saya menyeru semua warga kota untuk menghadiri Kongres Rakyat pada Ahad 25 September hadapan di Dewan Galeri Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Kuala Lumpur bagi mendengar pandangan dan seterusnya mengemukakan jalan penyelesaian kepada 8 isu utama yang berbangkit.

“Ia ditujukan khas kepada warga kota yang tertekan dengan kos sara hidup yang tinggi termasuklah beberapa isu masyarakat umum. Dengan menghadirkan diri, kita akan dapat berbincang kaedah terbaik untuk diusulkan kepada pihak yang berwajib," ujar beliau ketika dihubungi oleh Harakahdaily.

Beliau berkata, masyarakat ibu kota sepatutnya sedar bahawa kehidupan seharian mereka kian terhimpit dari masa ke semasa. Kebajikan masyarakat kota semakin diabaikan oleh pihak berkuasa. Kita mengharapkan agar pihak yang bertanggungjawab dalam bidang yang berkaitan dapat melaksanakan penyelesaian segera demi kebaikan bersama.

"Seluruh warga kota harus hadir ke program ini bagi melahirkan sokongan padu. Semoga dengan kehadiran mereka, dapat memberikan tekanan kepada pihak berkuasa untuk segera menyelesaikan isu-isu tersebut," seru Haji Mohamad Noor yang juga Penasihat Kongres Rakyat.

Selain daripada itu AJK Kongres Rakyat Ustaz Nazmi Nik Din turut berkongsi pendapat bahawa majoriti warga Kuala Lumpur terdiri daripada golongan terpelajar yang datang dari seluruh Malaysia ke bandaraya Kuala Lumpur.

"Mereka harus menunjukkan contoh kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa apa sahaja bentuk kezaliman khususnya di Kuala Lumpur haruslah dihentikan.

Isu penyelewengan dan ketidakadilan mesti diperjuangkan ke tahap paling maksima menggunakan segala kepakaran dan kepandaian mereka dalam menyuarakan pandangan.

Mereka ini bukanlah orang biasa kerana mewakili golongan bijak pandai yang menetap di ibu kota," tegas beliau. – HARAKAHDAILY 23/9/2016

Sumber HD - 23-9-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 Selami dan fahami di sebalik isu gelandangan


































NAZIRAH NASRUN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42588-selami-dan-fahami-di-sebalik-isu-gelandangan

KUALA LUMPUR: Isu gelandangan di ibukota tidak boleh dipandang remeh kerana mereka berisiko tinggi mengalami keciciran dalam suasana negara menuju ke arah Wawasan 2020.

Justeru, tindakan oleh pihak yang berwajib seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Baitulmal Wilayah Persekutuan haruslah segera dilaksanakan.

"Buat masa ini perkara yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa untuk para gelandangan ini adalah tidak mencukupi.

Contohnya di Pusat Transit Gelandangan Jalan Pahang, Kuala Lumpur yang menyediakan tempat tinggal sementara untuk golongan ini sebelum mendapat sebarang pekerjaan sama ada daripada syarikat swasta atau bekerja sendiri. Mereka tidak dapat tinggal lama di situ kerana terdapat aduan kes kecurian," ujar Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Wilayah Persekutuan Haji Bakar ketika dihubungi oleh Harakah hari ini.

Pusat Transit Gelandangan Jalan Pahang mempunyai 200 katil serta mempunyai kemudahan bilik air, bilik solat dan pusat kesihatan dikendalikan oleh Persatuan Bulan Sabit Merah. Bangunan tiga tingkat itu menempatkan pakaian percuma yang disumbangkan oleh orang awam, dan badan bukan kerajaan juga menyediakan makanan setiap hari untuk para penghuninya.

Ketika ditanya mengenai pandangan umum tentang gelandangan yang malas bekerja, beliau tidak menafikan kebenaran tersebut.

Malah katanya berdasarkan tinjauan menjelang malam, mereka kerap ditemui di tempat pengagihan makanan percuma tempat sekitar Kotaraya, Pasar Seni, Masjid Negara, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Masjid India namun menghilangkan diri pada waktu siang.

"Sebahagian daripada mereka mempunyai pekerjaan tetapi masih lagi memilih untuk tinggal di jalanan. Ada juga segelintir daripada mereka yang telah ditipu oleh para majikan yang hanya mahu mengambil kesempatan. Namun begitu ada pula yang mempunyai gaji hasil dari pekerjaan, masih enggan berdikari untuk memasak dan sebagainya. Mereka ini mengambil jalan mudah malah nekad untuk bercampur-gaul dengan gelandangan yang lain supaya mendapat bekalan makanan percuma secara berterusan. Perkara seperti ini agak sulit untuk dirungkaikan," ulas beliau.

Menurut Haji Bakar, gelandangan di sekitar Kuala Lumpur datang dari seluruh pelusuk negara. Tujuan utama mereka adalah mengubah kehidupan masa lalu ke arah lebih baik berdasarkan sisi pemahaman masing-masing.

Ada juga dalam kalangan mereka yang telah disahkan menghidapi penyakit berbahaya seperti HIV, AIDS lantas disisihkan oleh keluarga mereka sendiri. Pelbagai latar belakang dan penceritaan kisah hidup di sebalik tindakan gelandangan ini berkelana terutamanya yang datang dari kawasan kampung, kata beliau.

"Pada pendapat saya, semua pihak harus sedar dan faham apakah isu sebenar gelandangan ini. Di situ barulah kita dapat merangka apakah tindakan yang paling sesuai untuk mengatasi setiap permasalahan yang timbul. Hal ini kerana ada di kalangan mereka yang benar-benar ditimpa kesusahan biarpun ada yang sengaja mengada-adakan cerita semata-mata untuk meraih simpati. Tindakan tegas perlu diambil ke atas mereka yang mengambil kesempatan khususnya dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil dihadapi oleh rakyat pada hari ini," jelas Haji Bakar. – HARAKAHDAILY 23/9/2016

Sumber HD - 23-9-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kongres Rakyat WP: Garap isu teksi, Uber dan Grabcar




































HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42570-kongres-rakyat-wp-garap-isu-teksi-uber-dan-grabcar

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) telah berdialog dengan Presiden Persatuan Pengusaha Teksi dan Kereta Sewa Wilayah Persekutuan dan Selangor, Datuk Haji Aslah Abdullah pada 2 September lalu. Ketika pertemuan itu, beliau juga sudi menyatakan komitmen untuk menghadiri Kongres Rakyat Wilayah Persekutuan yang akan berlangsung pada hujung minggu ini.

Berdasarkan perkembangan semasa sehingga semalam, DPPWP berharap agar cadangan solusi isu teksi, Uber dan GrabCar dapat digarap dengan berkesan dalam Kongres Rakyat WP nanti. Pihak kami bersedia untuk terus membawa isu berkenaan kepada pihak SPAD pada bulan hadapan bagi menambahbaik Program Transformasi Industri Teksi (TITP) yang telah dicadangkan sebelum ini.

Terdapat beberapa perkara utama yang perlu diberikan perhatian dalam isu ini iaitu mengenai penyeliaan perundangan, regulasi terhadap pemandu, serta mekanisme perkhidmatan yang ditawarkan.

DPPWP melihat tiga perkara ini masih belum mencapai konsensus dalam kalangan mereka dan kami menuntut ia mesti terus diselesaikan dengan segera. Jika perkara ini dibiarkan terlalu lama, maka dibimbangi ia akan menjadi lebih kritikal seperti yang berlaku di negara Indonesia.

Berdasarkan maklum balas di media kelmarin, ramai pula pemandu Uber dan GrabCar tidak bersetuju dikenakan syarat supaya memiliki lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV). Pada masa yang sama, pengusaha teksi pula melabelkan mereka sebagai ‘prebet sapu’ dan menentang kewujudannya kerana ia telah menjejaskan sumber pendapatan pemandu teksi. Oleh itu, isu ini tidak dapat diselesaikan dengan baik kerana ia masih tidak mendapat konsensus di antara kedua-dua pihak.

Selain itu, untuk mendapatkan pandangan yang lebih adil, DPPWP juga akan mengadakan perjumpaan dengan syarikat pengendali Uber dan GrabCar pada hujung bulan ini atau bulan hadapan.

DPPWP bertekad untuk membantu menguruskan isu ini kerana ia melibatkan sehingga 60,000 individu samada mereka memandu teksi atau kereta Uber dan GrabCar. Kami juga tidak menolak kemungkinan ia boleh dijadikan satu contoh kes yang kecil sekiranya Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) dikuatkuasakan di Malaysia selepas ini.

KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
19 Zulhijjah 1437 | 21 September 2016 - HARAKAHDAILY 21/9/2016

Sumber HD - 21-9-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Isu Uber, Grabcar: Kerajaan jangan terlepas pandang






































NAZIRAH NASRUN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42564-isu-uber-grabcar-kerajaan-jangan-terlepas-pandang

KUALA LUMPUR: Kerajaan harus berlaku adil kepada semua pihak yang terlibat dalam industri teksi tempatan khususnya para pemandu.

Berikut adalah tinjauan yang telah dilakukan sekitar stesen LRT Titiwangsa pada 19 September yang lalu. Pemandu teksi bernama Yusnawati Ajizar merupakan seorang ibu tunggal beranak lima yang berusia 60 tahun. Beliau sudah bekerja sebagai pemandu teksi selama 13 tahun.

"Sebelum wujudnya Uber dan Grabcar, saya memang boleh cari makan malah boleh tolong anak-anak apabila mereka memerlukan bantuan kewangan.

Saya pernah belikan sebuah teksi khas khusus di lapangan terbang untuk kegunaan anak bongsu. Namun dengan kesempitan hidup sekarang, saya tidak mampu untuk membantu mereka lagi," luah beliau ketika ditemubual pada 19 September lalu.

Menurut beliau, jadualnya bermula seawal jam 7 pagi hinggalah ke 7 malam. Dengan adanya perkhidmatan teksi tersebut, secara automatik para pelancong asing tidak lagi mahu menggunakan perkhidmatan teksi tempatan. Sudah kerap kali saya terserempak mereka guna perkhidmatan teksi tersebut, katanya.

Apabila ditanya mengenai alasan para pelancong tersebut, Yusnawati tidak menafikan bahawa ia berkait rapat dengan mutu perkhidmatan teksi tempatan itu sendiri.

"Terdahulu para penumpang terutama warga asing kerap merungut dek kerana nilai tambang dari Bukit Bintang ke Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) yang tidak munasabah.

“Nilai meter menunjukkan RM8 untuk jarak tersebut tetapi pemandu teksi tempatan mengenakan tambang di antara RM25 ke RM30. Mereka juga tidak menghiraukan para pelancong jika tidak mahu
menggunakan perkhidmatan teksi tempatan sedangkan mereka sendiri tidak menggunakan meter yang sepatutnya. Saya pernah membawa penumpang berbangsa Arab dari Hotel Renaissance ke Chinatown, mereka meminta supaya nilai tambang dikurangkan kepada RM5 dan saya bersetuju.

“Seorang rakan pemandu teksi mempersoalkan tindakan saya mengenakan tambang yang terlalu murah. Bagi saya, terpulanglah kepada individu itu sendiri. Agama Islam mengajar saya bertolak-ansur seperti itu malah saya percaya bahawa agama lain pun begitu juga. Saya sudah biasa menggunakan meter, memang murahlah tambang yang dikenakan dan cara saya bekerja sudah memang sebegitu," jelas beliau.

Yusnawati turut mengulas tentang punca utama wujudnya Uber dan GrabCar adalah kerana kesukaran para pelancong asing mendapatkan teksi yang mengikut peraturan dengan menggunakan meter. Namun begitu, masalah tetap timbul apabila mereka ini tidak dikenakan peraturan sepertimana yang kerajaan kenakan kepada para pemandu teksi tempatan.

"Pendapatan para pemandu teksi yang cara bekerjanya seperti saya, memang terjejas. Biasanya 3 kali seminggu saya boleh mendapat penumpang yang hendak ke lapangan terbang. Keadaan sangat berbeza sekarang kerana dalam jangkamasa 3 bulan, satu 'trip' ke KLIA pun susah hendak dapat. Apa tidaknya, Uber dan Grabcar hanya mengenakan RM65 untuk ke sana sedangkan pemandu teksi bermeter mengenakan tambang RM80 jika ditambah dengan nilai tol. Sudah jelas bahawa orang ramai akan lebih gemar memilih untuk menggunakan perkhidmatan ini kerana ia murah, mudah dilayari di internet dan harganya yang tetap," ucapnya dengan nada kesal.

Beliau amat bersetuju jika nasib para pemandu teksi tempatan ini dibela. Katanya, terdapat juga khabar angin mengatakan nilai meter per km akan diturunkan.

Bagaimana kami hendak meneruskan hidup dengan kos yang semakin tinggi? Dengan nilai RM3 setiap km ini pun kami sudah sengsara, apalagi kalau nilai tersebut turun?

Ditambah lagi keadaan ekonomi yang tidak stabil serta nilai GST 20% yang membebankan kami rakyat marhaen pada hari ini.

"Kami para pemandu teksi amat sedih dengan kewujudan Uber dan Grabcar ini. Bayangkan perasaan kami, hajat di hati ingin mengambil para penumpang di hentian bas, namun sudah ada teksi tersebut menunggu mereka. Kami pula hanya mampu tengok keadaan tersebut. Saya amat berharap agar perkhidmatan teksi tempatan kembali pulih seperti biasa. Jika susah hendak cari makan, bagaimana kami hendak menyara keluarga? Warga emas seperti saya ini, manalah boleh tengok anak sendiri hidup dalam keadaan susah," kata Yusnawati lagi.

Turut ditemui pada tempat dan tarikh yang sama adalah Nalathambi A/L Subramaniam yang berusia 55 tahun, mempunyai 4 orang anak dan telah memandu teksi selama 25 tahun di sekitar bandaraya Kuala Lumpur.

"Saya tidak bersetuju dengan kewujudan Uber dan Grabcar kerana kerajaan telah memberikan permit kepada teksi tempatan. Enam bulan sekali teksi akan menjalani pemeriksaan PUSPAKOM, pemandu teksi sendiri harus menjalani pemeriksaan kesihatan daripada doktor untuk pengesahan lesen dan sebagainya. Teksi mereka ini pula tidak menggunakan meter.

“Apabila pemandu teksi tempatan tidak menggunakan meter, pihak berkuasa pula menyalahkan kita. Keadaan sekarang sudah terbalik, perkhidmatan teksi ini sendiri tidak menggunakan meter tetapi masih dibenarkan beroperasi. Pendapatan kami turut terjejas selepas wujudnya para pesaing seperti mereka," kata beliau.

Beliau menjelaskan bahawa dalam tempoh 6 bulan kebelakangan ini, kesan amat dirasai oleh para pemandu teksi. Sebelum itu katanya, keadaan masih belum ketara sepertimana yang berlaku pada hari ini. Anda sendiri boleh nampak, banyak teksi tempatan yang sedang menunggu penumpang tanpa bergerak ke mana-mana destinasi, jelasnya lagi.

"Kerajaan perlu buat suatu perubahan kepada semua pemandu teksi. Kami para pemandu teksi tempatan tidak mahu Uber dan Grabcar terlalu berleluasa sehingga menjejaskan pendapatan harian. Berlaku adillah kepada semua pihak agar sama-sama dapat mencari rezeki, membangunkan negara dan dalam masa yang sama kita dapat meluangkan masa berkualiti dengan keluarga. Sekarang dalam masa 12 jam, kadang-kadang 14 jam kami bekerja dan tidak dapat bersama keluarga. Masa untuk keluarga sangat terhad demi mencari sesuap nasi untuk mereka," jelas Nalathambi.

Sebagai rakyat Malaysia, beliau turut memohon agar kerajaan dapat mengambil langkah terbaik bagi membela nasib para pemandu teksi tempatan. Pendapatannya sekarang tidak lagi mencukupi untuk menyara keluarga dan malah dirinya sendiri. Hal ini kerana para pelancong asing sudah jarang menggunakan perkhidmatan teksi tempatan.

Walaupun tiga daripada empat anak saya sudah bekerja, saya tidak mahu membebankan mereka kerana mereka juga mempunyai tanggungjawab masing-masing dan pendapatan mereka juga harus disimpan demi menjaga masa depan, ulas beliau.

"Kalau boleh, sekat terus perkhidmatan mereka. Saya sendiri pernah ternampak para pemandu Uber ini terdiri daripada warga asing seperti Pakistan, Bangladesh, Nigeria. Ternyata perkhidmatan teksi ini tidak terhad kepada rakyat tempatan sahaja. Langkah kerajaan mahu memajukan negara pada hari ini tidak tepat atau langsung tidak kena pada tempatnya malah ianya tidak boleh diterima oleh rakyat. Saya tahu zaman sekarang susah hendak mencari pekerjaan namun kerajaan harus memikirkan nasib para pemandu teksi tempatan yang sudah lama berada dalam industri ini sejak sekian lama," seru Nalathambi. – HARAKAHDAILY 21/9/2016

Sumber HD - 21-9-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------








































Kongres Rakyat Wilayah Persekutuan fokus 8 isu

HARAKAHDAILY | .


Kamaruzaman (kiri) bercakap pada sidang media mengenai penganjuran Kongres Rakyat Wilayah Persekutuan.

http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42556-kongres-rakyat-wilayah-persekutuan-fokus-8-isu

Lapan isu akan menjadi fokus utama dalam Kongres Rakyat Wilayah Persekutuan pada 25 September 2016 yang akan diadakan di Dewan Galeri Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Pandan Indah Selangor.

Ia merangkumi pengangkutan awam, perumahan dan penempatan, ruang niaga untuk bumiputera/peluang perniagaan, wanita dan kekeluargaan, kadar jenayah dan keselamatan, sosial dan gelandangan, pemandu teksi dan perpaduan kaum/nasional.

Pada mulanya, dalam sidang media pada 8hb September, 2016 yang lepas, sekretariat kongres juga menyenaraikan isu kebanjiran warga asing juga sebagai salah satu fokus tetapi setelah dibincangkan semula, kita putuskan bahawa ia akan diserapkan ke dalam tujuh lagi isu yang berkaitan dengannya seperti ruang niaga, kadar jenayah  dan keselamatan serta perumahan dan penempatan yang telah diambil alih oleh warga asing.

Sebagai gantinya, sekretariat kongres tetapkan juga lapan (8) bidang fokus dengan memasukkan isu wanita dan kekeluargaan sebagai satu bidang fokus yang perlu diberikan perhatian oleh warga kota.

Sebenarnya banyak lagi isu yang dibangkitkan tetapi sekretariat Kongres Rakyat Wilayah persekutuan memilih lapan (8) isu tersebut adalah isu besar di Wilayah Persekutuan yang telah disenarai pendek daripada keseluruhan permasalahan yang telah diutarakan oleh rakyat.

Kongres Rakyat akan menampilkan beberapa tokoh-tokoh penting yang akan membentangkan isu-isu yang telah disebutkan diatas. Selain itu, satu kelainan kepada Kongres Rakyat Wilayah persekutuan ini adalah  diwujudkan satu slot khas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan menjemput Datuk Bandar KL atau wakil untuk hadir memberikan ucapan dan mendengar input daripada program ini dan seterusnya boleh melaksanakan penyelesaian kepada isu-isu semasa berkaitan warga Wilayah.

Kongres Rakyat sehingga kini  telah berjaya mengumpulkan lebih kurang 60 NGO dan dalam proses menghubungi NGO yang wujud di kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya untuk mencapai sasaran 100 NGO di Wilayah Peresekutuan.

Kongres menyeru NGO serta orang ramai yang prihatin di sekitar Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan untuk hadir bagi membincangkan isu-isu yang bakal dibangkitkan demi kepentingan bersama. NGO dan mana-mana pihak yang berminat untuk hadir boleh menghubungi sekretariat. Kami juga telah membina satu page FB untuk menyalurkan maklumat kongres ini di www.facebook.com/kongresrakyatwp

Kongres Rakyat ini akan berlangsung daripada jam 8.30 pagi sehingga pukul 2 petang itu juga dikenakan bayaran pendaftaran sebanyak RM10 sahaja.Ianya bertujuan menggalakkan penglibatan semua pihak.

KAMARUZAMAN MOHAMED
Penyelaras Jawatankuasa dan Sekretariat Kongres Rakyat Wilayah Persekutuan.

Sumber HD  20-9-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------








































Lapan isu utama akan jadi fokus Kongres Rakyat

NAZIRAH NASRUN | .


http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42514-lapan-isu-utama-akan-jadi-fokus-kongres-rakyat


KUALA LUMPUR: Lapan isu akan menjadi fokus utama dalam majlis Kongres Rakyat Wilayah Persekutuan pada 25 September hadapan di Dewan Galeri Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Pandan Indah Selangor.

Ia merangkumi pengangkutan awam, perumahan dan penempatan, ruang niaga untuk bumiputera/peluang perniagaan, wanita, kadar jenayah dan keselamatan, sosial dan gelandangan, pemandu teksi dan perpaduan kaum/nasional.

Lapan isu tersebut adalah isu besar di Wilayah Persekutuan yang telah disenaraikan pendek daripada keseluruhan permasalahan yang telah diutarakan oleh rakyat.

"Isu kebanjiran warga asing pula kita sudah putuskan bahawa ia akan diserapkan ke dalam tujuh lagi isu yang berkaitan dengannya. Contohnya seperti ruang niaga dan perumahan tempatan yang telah diambil alih oleh warga asing," ujar Penyelaras Jawatankuasa Kongres Rakyat Wilayah Persekutuan Ustaz Kamaruzaman Mohamad kepada Harakah.

Menurut beliau, program yang akan berlangsung daripada jam 8.30 pagi sehingga pukul 2 petang itu juga dikenakan bayaran pendaftaran sebanyak RM10 sahaja.

Ianya bertujuan menggalakkan penglibatan semua pihak dan akan digunakan untuk kos makanan serta bahan cetakan. Majlis tersebut akan dirasmikan oleh Pengerusi Kongres Rakyat Pusat Cikgu Azmi Abdul Hamid manakala ulasan akhir pula akan disampaikan oleh Pengerusi Yayasan Anti Rasuah Malaysia Datuk Seri Zakaria Jaafar.

Para pembentang masih dalam proses mengesahkan kehadiran dan dengan izin Allah beberapa tokoh penting akan ditampilkan bagi membentangkan isu-isu yang telah disebutkan. Setakat ini kita telah berjaya mengumpulkan lebih kurang 60 NGO dan dalam proses menghubungi NGO yang wujud di kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

“Saya harap kehadiran mereka boleh mencecah 100 NGO; yang akan dapat bersama dalam Kongres Rakyat kali ini.

"Kita juga telah menghantar surat kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur untuk menghantar wakil beliau supaya dapat diwujudkan satu slot khas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Justeru kita harapkan pihak DBKL akan dapat hadir bagi mendengar input daripada program ini dan seterusnya boleh melaksanakan penyelesaian kepada isu-isu yang sedang berlaku ini," seru beliau lagi.

Ustaz Kamaruzaman turut menyeru NGO serta orang ramai yang prihatin di sekitar Kuala Lumpur dan wilayah untuk hadir bagi membincangkan isu-isu yang bakal dibangkitkan demi kepentingan bersama. – HARAKAHDAILY 17/9/2016

Sumber HD - 17-9-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Taman Tugu Negara RM650 Juta; Protes Hingga Ditangguhkan!

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyatakan pendirian tegas untuk memprotes cadangan Projek Taman Tugu dalam tempoh terdekat sekiranya ia tidak ditangguhkan. DPPWP sangat menghargai usaha pelbagai pihak untuk menghijaukan Kuala Lumpur, tetapi dengan jumlah sebanyak RM650 juta yang diperuntukkan adalah sangat tidak wajar dilakukan pada waktu sekarang. Kerajaan dan syarikat awam berhad yang dimiliki oleh Menteri Kewangan Diperbadankan (Khazanah Nasional) mesti menarik semula cadangan Projek Taman Tugu kerana ia tidak relevan, tidak berimpak tinggi dan jauh daripada kepentingan rakyat.

Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang turut sama menjadi agensi pelaksana bagi projek ini harus mengambil iktibar dan melihat semula kegagalan Projek Dusun Bandar yang telah didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2012. Projek yang berkeluasan 19 ekar di Kg Delima, Jalan Bellamy telah menelan kos sebanyak RM 17.25 juta, tetapi apakah hasil projek berkenaan kepada majoriti rakyat di Kuala Lumpur? Kami sebagai warga Kuala Lumpur mendesak kerajaan supaya lebih prihatin untuk memikirkan solusi-solusi yang lebih baik untuk mengurangkan bebanan dan meningkatkan kualiti hidup rakyat. Itu adalah agenda yang perlu diutamakan berbanding projek ini.


Secara mudahnya, jika RM650 juta yang diperuntukkan untuk Projek Taman Tugu yang berkeluasan 66 ekar, maka secara purata ia akan menelan kos sebanyak RM9.85 juta bagi setiap ekar. Tidakkah itu satu jumlah yang sangat besar? Apakah projek yang lebih baik diutamakan untuk rakyat di Kuala Lumpur jika diperuntukkan RM650 juta tersebut?

1.    RM650 juta boleh membina 2,365 unit rumah jenis pangsapuri PR1MA yang berharga RM 275,000 (satu unit) seperti yang dicadangkan di Jalan Jubilee, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
2.    RM650 juta boleh membina 6 buah kompleks pendidikan yang lengkap seperti Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Wilayah Persekutuan yang menelan kos sehingga RM 104.49 juta.
3.    RM650 juta boleh menampung dana penyelidikan universiti yang berjumlah RM100 juta setahun selama enam tahun berturut-turut. Tidakkah peruntukan ini boleh digunakan untuk tujuan penyelidikan penyakit baru seperti Virus Zika?

4.    RM650 juta juga boleh membiayai 6,500 usahawan dengan had pembiayaan maksimum berjumlah RM100,000 di bawah Dana Usahawan Muda seperti yang ditawarkan oleh SME Bank.
Ini adalah contoh bagaimana peruntukan sebesar itu boleh disalurkan terus kepada keperluan rakyat dan ternyata ia memberi kesan gandaan yang lebih besar dalam kitaran ekonomi. Kami mencadangkan agar peruntukan dana sosial  ‘Corporate Responsibility’ disalurkan kepada mereka yang lebih memerlukan.

Ir Hj KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
5 Zulhijjah 1437 | 7 September 2016

Sumber BO - 7-9-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------











































Sekurang-kurangnya beri sokongan kepada RUU 355

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42417-sekurang-kurangnya-beri-sokongan-kepada-ruu-355

Semua ahli Parlimen Islam mesti menolak sebarang sentimen politik kepartian dan sekurang-kurangnya memberikan sokongan kepada Rang Undang-Undang pindaan Akta Mahkamah Syariah (RUU355) yang dijadual akan dibentangkan secara terperinci oleh Ahli Parlimen Marang bulan depan.

Sebagai ahli parlimen Islam, usaha-usaha untuk memartabatkan undang-undang syariah dan institusi-institusinya mesti menjadi konsensus bersama yang merentasi politik kepartian.

Jika kita boleh bersetuju dengan Akta Perihal Dagangan 2011 untuk pematuhan halal, Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 untuk menyelaras aspek muamalat dan Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 untuk mentadbir urusan kekeluargaan Islam, mengapa tidak kita sama-sama bersetuju dengan akta ini?

Tidakkah ia adalah satu akta untuk mengukuhkan undang-undang jenayah syariah dan Mahkamah Syariah? Tidakkah ia sebahagian daripada syariah?

Elakkan sikap ‘double standard’, paranoia dan selektivisme dalam Islam. Kita sedang melangkah ke hadapan untuk mempamerkan keadilan Islam. Jika terdapat sebarang masalah teknikal dalam RUU yang akan dibentangkan nanti, sila berikan komentar yang konstruktif dan bukan menghalang daripada ia dibentangkan.

DPPWP mengucapkan jutaan terima kasih kepada Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samihah Datuk Dr Zulkifli Mohammad al-Bakri atas pandangan jitu yang dilontarkan.   

Kami turut mengucapkan terima kasih kepada Sinar Harian kerana menyediakan platform forum yang menampilkan panelis bukan Islam dalam perbincangan isu ini. Ia adalah satu sikap kematangan yang harus dicontohi supaya mesej Islam dapat disampaikan kepada sasaran yang tepat.

DPPWP juga akan melaksanakan beberapa aktiviti penting pada bulan hadapan khusus untuk memberikan penerangan kepada pelbagai lapisan rakyat berhubung RUU 355 menjelang sidang mesyuarat Dewan Rakyat pada bulan Oktober ini.

MOHD FARKHAN MD ZIN
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
4 Zulhijjah 1437 | 6 September 2016 - HARAKAHDAILY 6/9/2016

Sumber HD - 6-9-2016


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tangguh perindah sekitar Tugu Negara kos RM650 juta

      HARAKAHDAILY | .


http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42400-tangguh-perindah-sekitar-tugu-negara-kos-rm650-juta

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) secara tegas meminta pihak kerajaan menangguhkan projek untuk memperindahkan kawasan sekitar Tugu Negara yang dianggarkan akan menelan kos sebanyak RM650 juta.

DPPWP tidak menolak idea untuk menghijaukan Kuala Lumpur, tetapi keperluan bagi projek tersebut sangat tidak perlu buat masa ini. Kerajaan harus memanfaatkan alokasi bajet tersebut untuk keperluan rakyat yang lebih utama.

Idea ikonik hutan tropika mini dalam bandar raya tersebut juga dibimbangi akan mengulangi kegagalan projek dusun bandar yang terletak di Jalan Bellamy, Kuala Lumpur.

Projek dusun bandar yang di bawah seliaan Kementerian Wilayah Persekutuan didapati banyak menghadapi masalah dan keraguan kewangan sepertimana yang dilaporkan dala Laporan Ketua Audit Negara tahun 2012. Malah, DPPWP juga telah mengutarakan isu tersebut sebelum ini.

Negara dan rakyat sedang berhadapan dengan cabaran ekonomi. Kitaran krisis ekonomi juga dijangka bakal berlaku pada tahun 2017/2018.

Maka, apa perlunya kerajaan dan agensinya membelanjakan peruntukan yang besar untuk projek yang tidak berimpak tinggi tersebut?

DPPWP mahu supaya peruntukan tersebut diagihkan kepada sektor rangsangan ekonomi yang lebih besar termasuk perbelanjaan kepada golongan miskin dan mudah terjejas. Kami tidak mahu projek tersebut diteruskan buat masa ini.

KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
3 Zulhijjah 1437 | 5 September 2016 - HARAKAHDAILY 5/9/2016

Sumber HD - 5-9-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pemuda PAS Selami Masalah Pengusaha Teksi Dan Kereta Sewa


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) telah mengadakan dialog bersama Presiden Persatuan Pengusaha Teksi dan Kereta Sewa Wilayah Persekutuan & Selangor, Datuk Haji Aslah Abdullah semalam di pejabatnya. Objektif dialog tersebut adalah untuk mendengar dan mendapatkan penjelasan beliau berhubung kesan perkhidmatan Uber/GrabCar dan Program Transformasi Industri Teksi (TITP) yang diumumkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) pertengahan bulan lalu.

Dialog hampir dua jam tersebut telah membincangkan banyak perkara penting antaranya mengenai aspek kawal selia dan penguatkuasaan terhadap perkhidmatan Uber/GrabCar. Perkhidmatan teksi tertakluk kepada syarat pematuhan perniagaan dan akta, manakala Uber/GrabCar bebas, tiada kawalan dalam bisnesnya. Perkara tersebut telah menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan pengusaha teksi dan Datuk Aslah menganggap perkhidmatan Uber/GrabCar sebagai ‘Prebet Sapu’. Layanan tidak adil tersebut telah menyebabkan berlaku kerosakan dalam pasaran dan industri teksi.

Selain itu, SPAD juga telah mengenakan pelbagai syarat ketat sebelum dan selepas program transformasi sehingga menyebabkan ramai pemandu teksi tidak upaya untuk mematuhinya. Ini tidak termasuk kebajikan dan pendapatan mereka telah terjejas teruk sehingga sebahagiannya terpaksa berhenti dan mencari pekerjaan lain. Cadangan SPAD untuk mengeluarkan lesen individu dan pemberian geran wang tunai berjumlah RM 5,000 sebenarnya adalah cadangan ‘recycled’ yang telah diumumkan oleh kerajaan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 yang lalu.

Turut hadir bersama delegasi yang diketuai oleh Ir. Hj Khairil Nizam (Ketua DPPWP) adalah timbalan ketua, Saudara Nurul Islam Mohamad Yusoff dan setiausaha, Saudara Ubaid Akla. Hasil dialog ini, pihak DPPWP akan mengadakan kajian intensif, membuat beberapa cadangan penambahbaikan terhadap Program Transformasi Industri Teksi (TITP) dan akan menyerahkan satu memorandum kepada pihak SPAD dalam masa terdekat. DPPWP juga menjemput Datuk Aslah untuk menghadiri Kongres Rakyat peringkat Wilayah Persekutuan yang dijadual akan diadakan pada 25 September 2016 sebagai platform yang lebih efektif untuk membahaskan isu-isu yang melibatkan industri teksi. Setakat ini, beliau telah menyatakan persetujuan untuk hadir.

IR Hj KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Ketua Dewan Pemuda PAS
Wilayah Persekutuan

Sumber BO - 2-9-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

















































PAS WP gesa polis bertindak, JAG dan GEI biadap

HARAKAHDAILY | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42330-pas-wp-gesa-polis-bertindak-jag-dan-gei-biadap


KUALA LUMPUR: PAS Wilayah Persekutuan mengutuk keras tindakan Joint Action Group for Gender Equality (JAG) dan Gender Equality Initiative (GEI) yang memberikan ‘anugerah’ sarkastik kepada Mufti Perak dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tempoh hari.


"Tindakan ini adalah satu penghinaan besar dan biadap terhadap ajaran Islam, umat Islam dan institusi Islam," ujar Timbalan Pesuruhjayanya, Kamaruzaman Mohamad.

Sehubungan itu, kataya PAS Wilayah Persekutuan mendesak pihak polis mengambil tindakan atas kebiadapan kumpulan itu kerana ia jelas bermotifkan penghinaan.

Katanya, apa yang dilakukan oleh Mufti Perak dan Jakim adalah penerangan mengenai hak dan tanggungjawab seorang Muslim dalam isu-isu wanita dan kekeluargaan.

"Ia bukan satu kenyataan yang seksis dan misogynis. Apatah lagi, Islam juga melarang keras aktiviti homoseksual dan transeksual," katanya yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis  Dang Wangi, di sini petang ini.

Beliau menambah, aktiviti kumpulan-kumpulan seumpama ini sudah semakin menular dalam kalangan masyarakat di Malaysia.

Jelasnya, Islam mengiktiraf peranan wanita dalam pembentukan masyarakat, hak-haknya dan membela nasib golongan wanita menurut kaedah dan prinsip yang benar.

Namun, tegas beliau tindakan kumpulan JAG dan GEI tidak boleh diterima sama sekali.

"Bagaimana aktiviti-aktiviti begini terus dibiarkan dan seolah-olah mendapat dukungan pihak-pihak tertentu?" katanya lagi. - HARAKAHDAILY 30/8/2016

Sumber HD - 30-8-2016


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Siapa untung pelaksanaan transformasi industri teksi?

      KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN | .


http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42263-siapa-untung-pelaksanaan-transformasi-industri-teksi

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) tidak sama sekali menafikan implikasi penggunaan teknologi terhadap perubahan industri teksi, tetapi adakah Program Transformasi Industri Teksi boleh membantu pemandu-pemandu teksi konvensional?

Adakah 11 program yang diusulkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menyinggung pemasalahan sebenar dalam kalangan pemandu teksi konvensional?

Antara isu yang membelenggu pemandu teksi adalah kos struktur yang terpaksa ditampung disebabkan oleh sistem sewa-beli atau pajakan dengan syarikat pengusaha teksi.

Jika purata sehari kadar sewa yang perlu dibayar kepada syarikat adalah RM50, maka jumlah sewa sahaja yang perlu dibayar mencecah sehingga RM1,200 (24 hari bekerja). Berdasarkan maklumat yang diperolehi, pendapatan pemandu teksi konvensional sekarang telah terjejas teruk setelah penggunaan Uber dan Grab.

Pemandu teksi konvensional yang majoritinya menggunakan sistem sewa-beli atau pajakan ini sekarang bergelut dengan persaingan yang terlalu kompetetif. Kadar sewa yang tinggi tidak termasuk bayaran NGV, Puspakom dan lain-lain telah menyebabkan pendapatan mereka semakin susut.

Mereka terpaksa membayar kos yang tinggi kerana ingin mendapatkan sesuap nasi sedangkan pemandu Uber dan Grab hanya dikenakan potongan bayaran sebanyak 20 peratus atas jumlah pendapatan yang diperolehinya. Lebih bebas dan kurang tekanan dalam berkerja.

Selain itu, ramai pemandu teksi konvensional mengeluh dengan pemeriksaan berkala yang terpaksa dilakukan di Puspakom. Antaranya, disebabkan oleh kadar bayaran pemeriksaan termasuk bagi kali kedua dan tiada peluang untuk memilih bengkel selain Puspakom. Walhal, banyak juga teksi di sekitar Kuala Lumpur yang dilihat kurang baik keadaannya. Oleh itu, SPAD harus melihat senario ini supaya mutu perkhidmatan teksi mencapai piawaian yang sebenarnya.

DPPWP berharap Program Transformasi Industri Teksi mesti dilaksanakan segera secara berperingkat untuk mengurangkan bebanan yang terpaksa ditanggung oleh pemandu teksi hari ini.

Kami sangat prihatin dengan nasib individu-individu pemandu teksi terutamanya dalam golongan peringkat umur 45 tahun ke atas kerana terpaksa bergelut untuk meneruskan hidup di Kuala Lumpur. Mereka sukar untuk adaptasi dengan perubahan industri, akhirnya mereka sendiri akan terus terpinggir. - HARAKAHDAILY 24/8/2016

Penulis ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.

Sumber HD - 24-8-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                       Pemuda PAS WP kunjungi Polis Kuala Lumpur
























































KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN | .


 http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42208-pemuda-pas-wp-kunjungi-polis-kuala-lumpur                                                                                                                                                                                                                                                                                                                             Hari ini, delegasi Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) yang diketuai oleh Khairil Nizam Khiruddin melakukan kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di Jalan Hang Tuah. Pertemuan tersebut dianggap sebagai satu inisiatif untuk merealisasikan budaya politik matang dan sejahtera yang telah mula diperkenalkan oleh PAS pada tahun ini. Ia juga adalah kesinambungan daripada beberapa ‘engagement’ politik yang pernah dijalinkan sebelum ini antaranya pertemuan bersama Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Bandar Kuala Lumpur dan Mufti Wilayah Persekutuan. 

Kehadiran delegasi DPPWP disambut oleh DSP Datuk Abdul Hamid bin Mohd Ali, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur dan barisan pegawai tertingginya. Turut hadir dalam pertemuan itu adalah Saudara Nurul Islam Mohd Yusoff (Timbalan Ketua DPPWP), Ustaz Mohd Farkhan Md Zin (Naib Ketua DPPWP) dan Pengarah Alternative Riding Club Dewan Pemuda PAS Malaysia. Objektif utama kunjungan hormat ini adalah untuk menyampaikan empat poin penting iaitu mengenai kebimbangan ancaman terorisme dan radikalisme khususnya di Kuala Lumpur, penularan jenayah keganasan, kewibawaan institusi kepolisan dan saranan beberapa program kolaborasi pemuda PAS dengan PDRM.

Pertama, kes-kes yang disifatkan sebagai ancaman radikalisme seperti yang berlaku di Pusat Hiburan Modiva Puchong, ancaman bom di Jalan Alur Bukit Bintang dan sekitar persiaran KLCC telah menjadi satu ‘alarm’ kewaspadaan terhadap kumpulan pengganas yang kini sedang giat membina jaringan di Asia Tenggara. Meskipun Malaysia berada di kedudukan ke-49 berbanding Thailand (10) dan Filipina (11) (Indeks Keganasan Global 2015, The Institute for Economics and Peace) daripada aspek risiko ancaman keganasan, namun kebarangkalian ancaman tersebut berlaku dilihat semakin tinggi sekarang.

Menurut Datuk Abdul Hamid, pihak polis telah meningkatkan keberadaan anggota-anggotanya di seluruh Kuala Lumpur untuk mengawal dan meningkatkan rasa selamat dalam kalangan masyarakat. Pihak polis turut mengalu-alukan kerjasama dengan DPPWP untuk menganjurkan program penerangan bagi menjelaskan ancaman keganasan di Malaysia kepada masyarakat. pihak DPPWP menggesa agar pihak polis menginovasikan pelbagai langkah preventif termasuk penggunaan teknologi yang canggih untuk menghidu sebarang unsur-unsur keganasan yang cuba dilakukan di sekitar Kuala Lumpur. Kempen kesedaran termasuk langkah-langkah awal keselamatan mesti dipromosikan supaya rakyat dipersiapkan dengan informasi yang sewajarnya.

Kedua, DPPWP menzahirkan kebimbangan terhadap jenayah keganasan seperti insiden tembak mati yang kini telah mencecah lebih 10 kes sepanjang tempoh Januari hingga Julai 2016 di Kuala Lumpur. Kami turut tidak menolak bahawa jenayah keganasan berkemungkinan didalangi oleh sindiket kumpulan mafia. Hal ini berasas kerana data daripada Kementerian Dalam Negeri pada tahun 2015 menunjukkan 24 daripada 49 kumpulan kongsi gelap bergiat aktif di Kuala Lumpur. Malah, jumlah keahlian mereka yang berdaftar pula dianggarkan sekitar 20,000 orang. Dominasi kumpulan mafia di kawasan-kawasan tertentu boleh meningkatkan persepsi tidak aman dalam kalangan masyarakat.

Respons daripada pihak polis menyatakan bahawa operasi membanteras geng kongsi gelap merupakan satu operasi berterusan seperti Op Cantas. Selain itu, pihak polis telah menubuhkan sebuah jabatan baharu iaitu Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Awam (JPJKA). Ia adalah satu program ‘outreach’ untuk menjayakan agenda Kepolisan Komuniti dan memperbanyakkan agenda-agenda ‘downstream’ bersama penglibatan masyarakat.

Ketiga, DPPWP menggesa supaya pihak polis untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana anggota yang terlibat dalam salah guna kuasa seperti yang telah dilaporkan di media-media. Rakyat akan hilang kepercayaan terhadap pihak polis dan mereka akan cenderung untuk mengambil tindakan sendiri dalam kes-kes menangani jenayah.

Maka, dalam hal ini, DPPWP tetap mencadangkan kepada pihak polis untuk merevisi semula dan melaksanakan cadangan yang telah dilontarkan sepuluh tahun lalu dalam The Independent Police Complaints and Misconduct Commission (IPCMC). IPCMC diyakini boleh menjadi mekanisme luaran yang akan mengukuhkan kredibiliti institusi polis di negara ini. Penubuhan Enforcement Agency Integrity Commission (EAIC) jelas tidak kompeten untuk bertanggungjawab dalam hal-hal tersebut.

Terakhir, DPPWP turut membawa hasrat Alternative Riding Club (ARC) DPPM untuk mendapatkan khidmat latihan daripada pihak polis dan juga pengiktirafan kepada kumpulan EXPERT ARC yang bertugas sebagai kumpulan pengiring bermotor. Datuk Abdul Hamid akan membawa hal tersebut kepada pihak yang lebih berautoriti dan menyemak dasar-dasar PDRM yang sedia ada untuk dilaksanakan. Pada masa yang sama, ARC ditawarkan untuk mengemukakan beberapa modul untuk memimpin kumpulan ‘mat motor’ ke arah jalan yang lebih baik. Pihak polis juga dijemput untuk menghadiri program tahunan ARC yang akan diadakan di Port Dickson dalam masa terdekat.

Pertemuan hampir dua jam tersebut dijalankan dalam suasana yang sangat muhibah. DPPWP turut mengucapkan tahniah kepada Datuk Amar Singh Ishar Singh atas pelantikan beliau sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur yang baru berkuatkuasa pada bulan Mac yang lalu. Pihak kami menyanjungi keterbukaan beliau dalam beberapa tindakan terutamanya dalam mengendalikan kawalan demonstrasi di sekitar Kuala Lumpur. Kami sangat berharap agar kepimpinan Datuk Amar Singh mampu menggerakkan pasukan polis Kuala Lumpur ke arah yang lebih hebat dan berwibawa. - HARAKAHDAILY 18/8/2016                                                                                                                                                                                                                                                                                      Sumber HD  - 18-8-2016                
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Penulis ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                               RM90 juta: Siasat motif Sarawak Report



















































































































HARAKAHDAILY | .

 http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42132-rm90-juta-siasat-motif-sarawak-report                                                                                                                                                                                                                                                                                                                             KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menggesa pihak polis menyiasat motif sebenar portal Sarawak Report (SR) yang telah menerbitkan satu artikel bertajuk, As Najib Denies All Over 1MDB, Let’s Not Forget His Many Other Criminal Connections pada 8 Ogos 2016.

Dalam artikel tersebut, SR telah mendakwa seperti yang tertulis, RM90 million is widely reckoned to have flowed into the top echelons of PAS in recent months.

"DPPWP mengambil serius dakwaan tersebut kerana ia membabitkan pertuduhan sogokan wang terhadap PAS," ujar ketuanya, Khairil Nizam Khirudin dalam satu kenyataan, semalam.

Oleh sebab itu, katanya DPPWP membuat laporan kepada pihak polis semalam bagi menggesa untuk dilakukan satu interogasi kepada pihak SR berhubung dakwaan berkenaan.

SR juga, ujar beliau diminta bertanggungjawab terhadap dakwaan tersebut kerana ia hanya berasaskan ‘suspicion’ dan ‘allegations had been widespread’.

Tambahnya, DPPWP tegas menolak sebarang tuduhan liar untuk menyahkan persepsi negatif terhadap kerjasama politik antara Umno dan PAS.

Katanya lagi, DPPWP konsisten menentang korupsi, salah guna kuasa, perkara-perkara mungkar yang dilakukan oleh kerajaan, dan boleh bermuzakarah dalam perkara-perkara yang membawa kepada kepentingan Islam, rakyat dan negara.

"Dalam kes skandal kewangan yang membabitkan 1MDB, kami sentiasa mendesak supaya mewujudkan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja dan menolak intervensi kuasa luar dalam urusan politik negara," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 11/8/2016


















































































































 Sumber  HD - 11-8-2016                                                            ---------------------------------------------------------



























































Simpanan patuh syariah KWSP: Langkah proaktif PAS

NURUL ISLAM MOHAMED | .


  http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42102-simpanan-patuh-syariah-kwsp-langkah-proaktif-pas                                                                                                                                                                                                                                                                                                                    Ketika sesi soal jawab lisan bertarikh 26 Mei 2015, ahli Parlimen PAS dari Temerloh, Nasrudin Hassan telah mengutarakan soalan mengenai cadangan portfolio pelaburan patuh syariah terhadap pencarum KWSP.

Dalam respons balas daripada Timbalan Menteri Kewangan ketika itu, Datuk Ahmad Maslan sendiri mengakui hanya 40 peratus iaitu bernilai lebih daripada RM250 bilion daripada keseluruhan aset pelaburan KWSP dilaburkan mengikut skim pelaburan patuh syariah. Malah, dalam jawapan lisan yang sama, Kerajaan sedang melaksanakan kajian dan bersedia mempertimbangkan pilihan skim simpanan patuh syariah bermula 2017.

Penubuhan skim tersebut diakui bukanlah langkah yang mudah apatah lagi ia akan menjadi antara skim persaraan terbesar di dunia yang akan menjalankan transaksi secara patuh syariah. Maka, penelitian dan kajian terperinci sangat dialu-alukan bagi menghadapi proses yang sangat rumit ini. Di samping itu, ia juga memerlukan proses pindaan Akta KWSP 1991 di Dewan Rakyat.

Dalam soalan tambahan beliau, Nasrudin mengutarakan pandangan mengenai penubuhan Majlis Penasihat Syariah kepada KWSP supaya proses menubuhkan skim simpanan patuh syariah itu dapat berjalan dengan lancar dan mencapai standard sistem kewangan Islam yang sebenar.

Selain itu, beliau juga berusaha mendapatkan penjelasan Timbalan Menteri mengenai pelaburan KWSP ke dalam syarikat pelaburan strategik 1MDB.

Akhirnya, selepas melalui proses kajian dan penelitian mendalam termasuk pindaan kepada Akta KWSP 1991 pada sesi Parlimen Oktober 2015, akaun KWSP-islamik diwujudkan bagi memenuhi hasrat pencarum beragama Islam di negara ini. Penubuhan akaun syariah ini mendapatkan sambutan yang begitu menggalakkan daripada pencarum terdiri daripada pelbagai agama dan bangsa pada hari pertama ia dilancarkan semalam.

Ternyata sistem kewangan Islam semakin mendapat tempat dalam masyarakat hari ini dan tidak mustahil - dan sedang menuju ke arah tersebut - sistem kewangan Islam akan dijadikan teras dalam sistem kewangan dunia kelak.

Transkrip penuh soal jawab lisan YB Temerloh bertarikh 26 Mei 2016

2. Tuan Nasrudin bin Hassan [Temerloh] minta Menteri Kewangan menyatakan sama ada pihak KWSP berhasrat untuk memastikan duit caruman pencarum Muslim hanya dilaburkan ke dalam portfolio pelaburan patuh syariah sahaja.

Timbalan Menteri Kewangan [Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan]:

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Temerloh. Simpanan atau tabungan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah untuk semua pekerja di Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan kewarganegaraan.

Oleh itu secara dasarnya, KWSP tidak mengasingkan pelaburan mengikut agama, bangsa dan kewarganegaraan ahlinya. Pengagihan dividen tahunan juga adalah berdasarkan pendapatan kumulatif daripada instrumen pelaburan Islamik dan Konvensional.

KWSP mempunyai garis panduan dan polisi pelaburan yang memenuhi mandat etika (ethical mandate) dengan izin di mana KWSP tidak membuat pelaburan di dalam sektor-sektor yang dikategorikan sebagai tidak beretika seperti saham-saham dalam sektor perjudian dan arak, sektor pembuatan, penjualan senjata untuk peperangan serta pelaburan yang mempunyai pendedahan dan kepentingan dalam negara-negara yang tiada hubungan diplomasi dengan Malaysia seperti Israel.

Ruang untuk pelaburan berlandaskan syariah adalah bergantung pada penawaran yang ada di pasaran. Walau bagaimanapun, sejak tahun-tahun kebelakangan ini potensi pelaburan sebegini telah mula berkembang dengan lebih banyak menawarkan produk-produk berasaskan pelaburan Islamik.

KWSP sentiasa memperkembangkan pelaburannya di dalam instrumen-instrumen berlandaskan syariah selaras dengan pertumbuhan aset pelaburan selagi pelaburan tersebut mematuhi peraturan-peraturan yang termaktub di bawah Akta KWSP 1991.

Setakat Disember 2014, lebih 40% atau lebih RM250 bilion daripada jumlah aset pelaburan KWSP adalah di dalam pelaburan berlandaskan syariah. Seperti yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 23 April 2015, KWSP kini dalam usaha memperkenalkan inisiatif untuk memberi pilihan kepada ahlinya bagi memilih skim simpanan persaraan patuh syariah atau kekal dengan skim sedia ada konvensional.

Pelaksanaan inisiatif ini adalah disasarkan pada tahun 2017. Kita memilih tahun 2017 kerana perlu ada dibuat kajian pelaksanaan dan kaedah-kaedah yang perlu dilakukan. Yang kedua, kita perlu meminda Akta KWSP 1991 bagi membolehkan dibuat pilihan dan yang ketiga, kita perlu terus menambah baikkan sistem caruman, pengeluaran dan juga pelaburan.

Terima kasih.

SOALAN TAMBAHAN

Tuan Nasrudin bin Hassan [Temerloh]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri di atas jawapan yang telah diberikan.

Terlebih dahulu saya juga ucapkan terima kasih kepada pihak KWSP yang telah menawarkan ruang penambahbaikan Skim Simpanan Tetap Pekerja dengan mengambil kira pandangan rakyat sepertimana kajian umum yang telah dibuat oleh pihak KWSP ini yang telah melibatkan 96,000 responden baru-baru ini yang saya lihat soalan asal yang saya utarakan tadi ialah untuk membawa hasrat sebilangan besar daripada pencarum yang beragama Islam yang mana saya ikuti dapatan kajian tersebut difahamkan 71% daripada pencarum ini bersetuju dengan cadangan KWSP untuk membenarkan caruman pencarum bertukar kepada simpanan persaraan patuh syariah.

Namun Tuan Yang di-Pertua sebagaimana yang disebutkan tadi hanya 40% daripada jumlah aset KWSP ini yang bernilai RM636 bilion terlibat dengan pelaburan patuh syariah. Selebihnya adalah konvensional.

Jadi soalan tambahan saya Tuan Yang di-Pertua, adakah pihak KWSP bersedia untuk membentuk satu jawatankuasa Majlis Penasihat Syariah secara serius untuk menangani perkara ini dan apakah langkah seterusnya untuk merealisasikan hasrat pencarum untuk pastikan simpanan dilaburkan dalam aktiviti-aktiviti yang patuh syariah khasnya daripada tindakan-tindakan dan aktiviti-aktiviti yang boleh dielakkan daripada riba sebab kita mengambil peringatan daripada Allah, [Membaca sepotong ayat Al-Quran] (bermaksud): “Wahai orang-orang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan jauhkanlah diri serta sebaiknya daripada saki baki riba sekiranya kamu beriman kepada Allah dan jika tidak kamu melakukan sedemikian ertinya kita telah mengisytiharkan perang dengan Allah dan juga Rasulnya”.

Satu lagi termasuklah juga Yang Berhormat Menteri untuk mengelakkan daripada pelaburan yang berisiko saya dapat maklumat daripada jawapan bertulis Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kepada rakan saya Yang Berhormat Pandan pada 18 Mei yang lalu bahawa  KWSP ini juga melabur dalam aset 1MDB seperti pelaburan anak-anak syarikat 1MDB yang berkait dengan penjana kuasa bebas dan juga pembelian bon 1MDB. Jadi semua pelaburan ini yang saya lihat pelaburan KWSP ini berjumlah RM1.72 bilion.

Jadi atas kedudukan 1MDB pada hari ini saya kira ini adalah satu bentuk pelaburan yang berisiko. Jadi saya mohon penjelasan daripada pihak Yang Berhormat Menteri.

Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan: Terima kasih, Yang Berhormat Temerloh. Kajian umum yang telah dibuat ialah pada 21 April sehingga 5 Mei tahun ini sama ada ahli bersetuju berapa banyak yang bersetuju untuk mengadakan pelaburan patuh syariah yang boleh dipilih oleh ahli. Sebagaimana yang disebut, 71% menyokong supaya diadakan pelaburan dan patuh syariah dan diberi pilihan kepada ahli. Daripada 96,000, 68,500 orang menyokong supaya diadakan pilihan itu.

Kemudian, memang benar aset KWSP RM636.53 bilion. Pada saat dan ketika ini 40%  sudah patuh syariah atau lebih RM250 bilion kalau saya boleh memberikan pecahan dari segi pendapatan tetap seluruh aset KWSP yang dilabur dalam pendapatan tetap simpanan dalam bank, bon, sukuk untuk jangka panjang 49% patuh syariah, 51% konvensional. Dari segi ekuiti ataupun saham-saham tersenarai domestik dan juga luar, 45% patuh syariah dan 55% konvensional.

Kemudian dari segi tunai short term, jangka pendek maksimum setahun 44% patuh syariah, 56% konvensional, itu pecahan. Saya telah sebut tadi bahawa langkah-langkah yang perlu dibuat antaranya ialah meminda akta, kita akan pinda akta ini dalam masa beberapa ketika ini supaya dibenarkan ahli membuat pilihan. Ahli KWSP ini ramai Tuan Yang di-Pertua, 14,192,832 orang ahli yang aktif yang mencarum dalam masa enam bulan terdekat ini jumlah 6,659,036 orang daripada majikan berjumlah 530,166 majikan di seluruh negara.

Mengenai pelaburan di 1MDB memang kita jangka soalan ini akan ditanyakan. Pertama, langganan bon terbitan 1MDB oleh KWSP pada tahun 2009 sebanyak RM200 juta. Ini dijamin sepenuhnya oleh kerajaan. Kemudian pada tahun 2003 lama dahulu, KWSP melabur di Panglima
Power Sdn. Bhd., IPP. Pada tahun 2005, KWSP melabur di Jimah Energy Ventures Sdn. Bhd., jumlah kedua-dua pelaburan ini ialah RM1.52 bilion. Pada tahun 2012, 1MDB mengambil alih Panglima Power Sdn. Bhd. Pada tahun 2014, 1MDB mengambil alih Jimah Energy Ventures jadi pada saat dan ketika ini pelaburan ini adalah pelaburan yang kecil risikonya.

Terima kasih.

Sumber: Hansard Parlimen Ketiga Belas, Penggal Ketiga, Mesyuarat Kedua, 26 Mei 2015.
Penulis ialah Timbalan Ketua DPP Wilayah Persekutuan                                                                                                                                                                                                                                      Sumber HD - 9-8-2016                                                                                                                            -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                   




























































Rebut peluang Simpanan Shariah KWSP

HARAKAHDAILY | .


                                                                                     http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42090-rebut-peluang-simpanan-shariah-kwsp                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                  Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menggesa pencarum beragama Islam merebut peluang mendaftar dalam akaun Simpanan Shariah KWSP yang bermula hari ini. Ia adalah usaha yang telah diperjuangkan oleh ramai pihak termasuk PAS selama ini bagi memastikan dana simpanan dan pelaburan majoriti rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam mematuhi piawaian syariah.

Ia adalah usaha yang sangat baik untuk membantu para pencarum yang beragama Islam memilih jalan yang halal. Usaha ini merupakan perintis kepada perkembangan permodalan dana Syariah yang lebih baik lagi sepertimana yang pernah berlaku ketika penubuhan Bank Islam (1983) dan institusi takaful (1984). Berdasarkan kepakaran dan pelbagai kemudahan di Malaysia, tidak ada sebab inisiatif ini tidak wajar dilakukan malah ia boleh terus diperkembangkan lagi.

Oleh itu, DPPWP menyeru agar umat Islam khususnya segera mendaftar akaun Simpanan Shariah ini. Sekiranya permintaannya terlalu tinggi, maka pihak kami mencadangkan agar KWSP meningkatkan saiz dana patuh syariah kepada RM200 bilion.

Malah, praktis sebelum ini, lebih 45 peratus (RM295 bilion) daripada jumlah aset pelaburan KWSP telah patuh syariah. Oleh itu, jika permintaan caruman Simpanan Shariah sangat tinggi, maka DPPWP akan menyarankan agar jumlah dana tersebut terus dinaikkan secara berperingkat.

DPPWP turut mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada pihak KWSP kerana telah menjayakan inisiatif Simpanan Shariah yang akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2017 nanti.

Semoga pihak KWSP terus memacu pertumbuhan yang kompetetif dan memperkenalkan kod pengurusan syariah yang lebih komprehensif. Ia selaras dengan hadith Rasulullah SAW yang menegaskan, “Mencari yang halal adalah fardhu bagi setiap orang Islam”.

MOHD FARKHAN MD ZIN
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
5 Zulkaedah 1437 | 8 Ogos 2016 - HARAKAHDAILY 8/8/2016                                                                                                                                                                                                                                Sumber  HD - 8-8-2016                                                                                                                             ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                              






























































10 kes tembak mati di Lembah Klang, apa sudah jadi?

KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN | .


 http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41995-10-kes-tembak-mati-di-lembah-klang-apa-sudah-jadi                                                                                                                                                                                                                                                                                                                      Berdasarkan fakta kes yang didapati menerusi media, sekurang-kurangnya terdapat 10 kes tembak mati berlaku di Lembah Klang sejak dari bulan Januari hingga Julai 2016.

Apa sudah jadi? Tidakkah ini mencerminkan jenayah keganasan semakin menular dalam kalangan masyarakat bandar? Adakah kadar jenayah benar-benar menurun sehingga 20 peratus di Kuala Lumpur sepertimana didakwa sebelum ini?

Keadaan semasa telah memberikan gambaran sebenar meskipun kadar jenayah khususnya jenayah jalanan menurun, tetapi kes-kes jenayah keganasan semakin menjadi-jadi pada tahun ini.

Lebih membimbangkan jenayah keganasan yang berlaku bersenjatakan pistol, di kawasan awam dan dilakukan pada waktu siang. Hal ini membuktikan fokus kerajaan (NKRA) dalam mengurangkan indeks jenayah negara dan meningkatkan kondusif selamat dalam kalangan masyarakat semakin gagal!

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) sangat bimbang jika jenayah-jenayah keganasan didalangi oleh kumpulan-kumpulan mafia.

Sebanyak 49 jumlah kumpulan kongsi gelap telah didedahkan oleh Kementerian Dalam Negeri tahun lalu, dan 24 daripadanya sedang aktif menjalankan kegiatannya di Kuala Lumpur atau Lembah Klang. Secara purata, mereka mempunyai ahli berdaftar sekitar 20,000 orang. Apakah perasaan masyarakat apabila mengetahui keadaan ini?

DPPWP menggesa pihak polis agar dapat meningkatkan kawalan dan aktiviti membanteras sindiket kongsi gelap atau kumpulan mafia di seluruh negara.

Kita tidak mahu negara yang disayangi ini dicemarkan oleh aktiviti-aktiviti ganas sehingga boleh menggugat keamanan masyarakat.

Kira-kira 70% penduduk akan mendiami kawasan bandar di Malaysia kerana faktor sosio-ekonomi menjelang tahun 2020, dan proses perbandaran ini akan terbantut sekiranya masalah kebejatan jenayah akan terus membelenggu perasaan rakyat.

DPPWP turut menggesa rakyat untuk bertekad menyokong pelaksanaan undang-undang jenayah Syari’ah di Malaysia sebagai salah satu usaha untuk mengurangkan kadar jenayah.

Ini bukan hanya bersifat punitif (hukuman) semata-mata malah bersifat preventif (pencegahan).

DPPWP meyakini maslahah di sebalik pelaksanaan ini dan kami berharap agar usaha ke arahnya boleh digemburkan,  secara berperingkat-peringkat daripada pelbagai pihak. - HARAKAHDAILY 28/7/2016

Penulis ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.                                                                                                                                                                                                                            Sumber HD - 28-7-2016                                                                                                                          -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































Naik kadar tempat letak kereta DBKL jerut rakyat

KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN | .


                                                                          http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41913-naik-kadar-tempat-letak-kereta-dbkl-jerut-rakyat                                                                                                                                                                                                                                                                                                                             Baharu dua minggu umat Islam meraikan 1 Syawal dan warga kota mula pulang ke ibu kota untuk meneruskan mencari rezeki, kini dikejutkan dengan kenaikan kadar tempat letak kereta oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Kenaikan 150% benar-benar menjerut rakyat kota raya dan dilihat tergesa-gesa tanpa mengambil kira faktor tekanan ekonomi yang amat dirasai khususnya rakyat yang mencari punca rezeki dibandar besar ini.

Kenaikan yang tidak bertanggungjawab ini perlu dikaji semula oleh pihak DBKL kerana saban tahun DBKL mencatatkan surplus dalam belanjawan, maka ia tidak masuk akal jika kadar tempat letak kereta ini dinaikkan.

Rata-rata yang menggunakan parkir DBKL adalah warga kota yang berpendapatan rendah dan sederhana kerana parkir yang murah berbanding parkir swasta yang jauh mahal. Jika kenaikan ini berlaku, pastinya golongan ini terjerut dan penyudahnya rakyat sanggup disaman daripada membayar tempat letak kereta yang mahal.

Pihak Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) sememangnya memahami, salah satu sumber DBKL adalah melalui kutipan tempat letak kereta, namun kenaikan tergesa-gesa ini tidak masuk akal dan membebankan rakyat.

Seharusnya DBKL mencari alternatif lain untuk memastikan pengguna tempat letak kereta ini membayar parkir bukannya menaikkan kadar bagi mencari jalan pintas untuk melonjak kadar kutipan.

Oleh yang demikian, DPPWP menggesa pihak DBKL melalui Datuk Bandar yang baru ini untuk mengkaji semula kenaikkan ini agar memberi nafas lega kepada warga kota khususnya selepas pulang berhari raya.

Alternatifnya, DPPWP mencadangkan agar pihak DBKL mempromosikan lebih luas pas bulanan kepada pengguna tempat letak kereta bagi menggalakkan mereka membayar secara bulanan dengan kadar yang lebih berpatutan sebagaimana pengguna LRT dan Bas Rapid.

Kaedah ini lebih mesra pengguna dan secara tidak langsung memastikan kutipan parkir oleh pihak DBKL lebih efisiyen. - HARAKAHDAILY 21/7/2016

Penulis ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.                                                                                                                                                                                                                            Sumber HD - 21-7-2016                                                                                                                          --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



































































DBKL digesa tidak naikkan caj parkir

SALMIYAH HARUN | .


  http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41871-dbkl-digesa-tidak-naikkan-caj-parkir                                                                                                                                                                                                                                                                                                                    KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) digesa memikirkan semula tindakan mereka yang mengenakan caj baru di kesemua parkir miliknya bermula hari ini, demikian menurut Pesuruhjaya PAS Wilayah Mohamad Nor Mohamad.

Katanya, kadar caj parkir baru yang dikenakan sebanyak RM2 pada sejam pertama dan RM3 untuk jam kedua dan seterusnya dilihat agak melampau dalam keadaan rakyat di Lembah Kelang yang semakin tertekan dengan pelbagai kenaikan kos hidup.

"Parkir adalah satu keperluan kepada penghuni di Lembah Kelang, jadi kesempatan untuk DBKL menaikkan kadar parkir adalah tidak wajar. Sepatutnya memikirkan bagaimana hendak menambah jumlah parkir bukannya menaikkan kadar," katanya kepada Harakahdaily.

Katanya, dengan menambahkan jumlah parkir bukan sahaja memberi pulangan kepada DBKL bahkan menyenangkan pengguna yang hari ini cukup susah untuk mendapatkan parkir yang amat sedikit berbanding jumlah kereta yang ada.

"Banyak usaha yang boleh dilakukan oleh DBKL termasuk menyediakan parkir bertingkat yang memang boleh menjimatkan ruang," ujarnya ketika dihubungi

Hari ini, dilaporkan kesemua parkir milik pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah dinaikkan sebanyak hampir 3 kali ganda atau 150 peratus iaitu contoh 80 sen bagi sejam pertama tempat letak kereta sebelum ini dan kini kadarnya ialah RM2, sementara jam kedua dan seterusnya mengenakan caj RM3.

Antara kawasan yang terlibat dalam peningkatan kadar berkuatkuasa hari ini ialah Bukit Bintang, Bukit Damansara, Sri Hartamas, Desa Hartamas, Solaris Mont Kiara, Taman Tun Sri Ismail dan Bangsar.

Kenaikan kadar di kawasan lain akan dikuatkuasakan secara berperingkat bermula hari ini sehingga 1 Ogos.

Antara tempat letak kereta milik DBKL di luar pusat perniagaan di ibu kota yang akan terlibat kenaikan harga termasuk di Brickfields, Taman Maluri, Cheras, Wangsa Maju dan Setapak, menurut laporan itu.

Datuk Bandar KL Datuk Mhd Amin Nordin Abdul Aziz berkata, langkah menaikan kadar parkir kereta ini diambil sebagai satu-satunya cara untuk mengurangkan kesesakan dalam bandar, menggalakkan berkongsi kereta, dan bukan menyasarkan kepada mengaut keuntungan.

Menurut beliau, kira-kira 50,000 kereta baharu didaftarkan di KL setiap bulan dan pelaksanaan kenaikan kadar caj parkir berkenaan diharap dapat menggalakkan sekurang-kurangnya sejuta pemandu solo, mempertimbangkan kaedah menaiki pengangkutan awam atau berkongsi kereta ke pejabat. – HARAKAHDAILY 18/7/2016                                                                                                                                                                                                                                                                     Sumber HD - 18-7-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                               -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




































































Kempen bermusafir dengan 'resipi rabbani'

USTAZ AZHAR YAHYA AL-BATAWI | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41722-kempen-bermusafir-dengan-resipi-rabbani

Apabila kita melakukan perjalanan maka Rasulullah SAW mengajar kita agar berdoa dengan doa yang telah dirakamkan di dalam Al-Quran iaitu:


سُبْحَانَ اللَّذِيْ سَخَّرَ لَنَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِيْنَ وَ اِنَّا اِلَي رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُوْنَ


Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali!” (Surah Az-Zukhruf, ayat 13-14)

Jika dimenung-menungkan mengapakah doa menaiki kenderaan ini disyariatkan tatkala kenderaan di zaman tersebut amatlah sukar dibayangkan akan berlakunya kemalangan.

Amat tipis kebarangkaliannya. Adalah suatu kepelikan jika berlakunya keldai atau unta berlanggar semasa dikenderai. Namun, kita diajar untuk membacakan doa tersebut bahkan pelbagai lagi doa-doa yang ma’tsur.

Selamatnya kita dalam sesuatu perjalanan adalah dengan rahmat Allah. Pastinya di zaman ini yang kenderaannya pantas memerlukan kepada pergantungan yang amat kuat kepada Allah. Ketika kita sedang meluncur laju, jika Allah takdirkan berlaku sesuatu kecemasan maka tiada sesiapa yang mampu membantu melainkan bantuan Allah yang dinamakan "Rahmat". Maka, pohonlah Rahmat itu.

Justeru mulakan perjalanan dengan membaca "Basmalah", untuk mendapatkan keberkatan seperti janji Rasulullah SAW di dalam sabda Baginda:

كُلُّ أَمْرٍ ذِي بَالٍ لَمْ يُبْدَأْ فِيهِ بِبِسْمِ اللهِ فهو أَقْطَعُ ... فهو أبتر... فَهُوَ أَجْذَمُ

"Setiap perkara yang hendak dilakukan tidak dimulakan dengan Bismillah maka akan hilang keberkatan."

Oleh kerana kita juga membawa muatan yang pelbagai, sama ada penumpang ataupun barangan maka ada baiknya kita amalkan doa Nabi Nuh AS walaupun pendek tetapi dicatatkan di dalam Al-Quran pada Surah Hud ayat 41:

                                                                                                                                                                                                                                           
"Dengan menyebut nama Allah di waktu berlayar (bertolak) dan berlabuhnya (tiba) Sesungguhnya Tuhanku benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

Oleh kerana kita akan memasuki kawasan merbahaya iaitu lebuh raya atau jalan raya yang menyaksikan pelbagai kemalangan berlaku, maka kita diajari Nabi untuk berdoa:

بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
"Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan nama-Nya sama ada di bumi dan di langit, dan Dialah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui." (Hadis Riwayat Abi Daud, Ahmad dan Tirmizi)

Kita tutupi doa kita dengan penyerahan dan tawakal kita kepada Allah seperti yang diajari Baginda apabila seseorang hendak keluar daripada rumahnya maka bacalah:

بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ
"Dengan nama Allah aku bertawakkal kepada Allah, tiada suatu daya upaya dan kekuatan melainkan kekuatan Allah." (Hadis Riwayat Abi Daud dan Tirmizi serta taraf Hadis ini Hasan Sahih)

Mudah-mudahan perjalanan sebegini diberkati Allah dan senantiasa di dalam pemeliharaan-Nya.

Namun, jangan pula dilupakan keperluan kepada persiapan manusiawi seperti tayar yang berbunga, brek yang baik, rehat apabila mengantuk dan sebagainya. Jika segalanya telah lengkap tetapi masih lagi berlakunya kemalangan, maka barulah ketika itu kita katakan “sudah suratan takdir”.

Pelbagai kempen keselamatan jalan raya telah dilakukan dan natijahnya masih lagi mengecewakan, maka mengapa tidak mencuba "Resipi Rabbani". - HARAKAHDAILY 29/8/2016

Sumber HD - 29-6-2016







































































Adakah PAS Agama?

Posted on Sunday, June 26 @ 03:12:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar















http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30728

Timbul lagi sehari dua ini mengatakan Pas seolah-olah sebuah agama yang mendoktrinkan pengikutnya pada setiap arahan. Isu ini bukan baru malah fitnah ini telah berlaku sejak lama dahulu. Tiada seseorang pun pimpinan Pas sejak  ditubuhkan berkata Pas ini sebuah agama!!

Perlu ditegaskan, Pas ialah Parti yang mengajak ke arah kebaikan, Dasarnya adalah Islam, Panduannya ialah Al Quran dan Sunnah RasululLah S.A.W, Ijmak & Qiyas sebagai rujukan.

Org yg duduk dlm pas perlu ingat. Pas satu-satunya parti Islam di Malaysia ini. Usianya telah 65 tahun, matang dan berpengalaman dah. Org yg duduk dlm pas kena ada dan jaga akhlak Islam. Perangai Islam, Ikut cara Islam.

Macam org yg jadi anak tok guru. Dia kena jaga akhlaknya dgn baik. Budi pekerti, perkataan, perbuatan bagi baik. Tapi kalau dia anak tok guru, tapi sembahyang pun tidak. Dedah aurat di khalayak ramai, akan jadi fitnah lah pada tok guru atau ayahnya sendiri. Sedangkan tok guru dah ajar anak jadi baik. Tapi anaknya sendiri tak mau buat baik.

Nak buat macam mana. Macam itu juga dgn Pas, ahli dah ditarbiah  dengan usrah, tamrin, muqayyam. Perlu ikut disiplin tarbiyyah ini supaya jadi baik. Kena rajin mengaji tambah ilmu, kena jaga adab dan akhlak. Bercakap dgn bahasa yg baik. Tapi jika taknak dengar, buat juga perangai yg tak baik dan taknak ikut arahan dan disiplin parti, nak buat macam mana lagi ?

Maka lepas itu dia tak sabar bila diuji dan ditohmah. Bila dimarah atau ditegur dia merajuk. Dia tegur org tak apa. Org yg macam inilah yg biasa Futur (terkeluar) dari Pas. Futur dalam jemaah ini bukan mengenal ahli biasa atau pimpinan. Malah ada sejarah dalam Pas, Presiden, timbalan dan ahli majlis syura sendiri pun ada keluar dari Pas. Ahli biasa atau ustaz apatah lagi. Itu adalah mehnah dan tribulasi dlm perjuangan. Org yg tak sabar, gopoh, tidak mengikut disiplin akan tercicir dari perjuangan yg suci ini. Tak kira siapa pun orangnya.

Renung2 lah diri kita. Kita buat kerja kerana Allah atau kerana orang? Atau kerana jawatan atau kerana habuan boleh jadi YB? Ataupun pujian org dan sanjungan org. Moga Allah memelihara kita dari jalan kesesatan dan Istiqamah dalam perjuangan mendaulatkan Islam di bumi Malaysia ini. Insyaallah

Ust. (Dr) Md. Ali Jamil
Ketua Dewan Ulama Wilayah Persekutuan 
Sumber TKO - 26-6-2016


34 Gambar Klasik Kuala Lumpur Dari Zaman 1800 Hingga Ke 1990-an. Unik Dan Tak Pernah Di Lihat

Posted on Sunday, February 07 @ 19:01:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Kuala Lumpur dinobatkan sebagai ibu negara Malaysia sebaik saja negara ini bebas dari penjajahan British. Bagaimana agaknya wajah bandaraya Kuala Lumpur suatu ketika dulu?

Kami bawakan untuk anda wajah-wajah klasik Kuala Lumpur dari zaman seawal 1880-an hingga ke zaman 90-an seperti yang telah dikongsikan di Tumblr Vintage KL.
Kami percaya gambar-gambar ini pasti membawa kembali nostalgia lama buat Gen X dan memberi keterujaan untuk Gen Y mengenali Kuala Lumpur di masa silam.
1. 1888 – Sukarelawan kebakaran di Jalan High Street ( kini Jalan Tun HS Lee). Ya anda tak silap baca, ini gambar dari zaman 1888. Jauh di masa silam.

2. Sekitar 1920 – Hiasan dalaman sebuah banglow di pinggir Sg Klang. Rumah ini di diami oleh Major R.J.H Sidney, guru besar Victoria Institution.

3. 1920 – Stesen KTM

4. 1923 – Members of the (Dutch?) Far Eastern Association of Tropical Medicine sedang meninjau sistem perparitan sewaktu berkunjung ke Kuala Lumpur

5. 1929 – Platform No 4, Keretapi Tanah Melayu

6. 1948 – Lapangan Terbang Sg Besi

7. 1950 – Warga British di Kuala Lumpur Rubber Plantation (kini bangunan Lembaga Getah Asli)

8. 1950 – Peace Corp mendarat di Lapangan Terbang Sungai Besi
kuala-lumpur-1950
9. 1953 – Isteri President Richard Nixon melawat Sekolah Perempuan Methodist

10. 1959 – Perpustakaan Universiti Malaya

11. 1960 – Pejabat IBM Malaysia di Jalan Pudu
kuala-lumpur-1960e
12. 1960 – 2 bas di Jalan Sultan Sulaiman, berhampiran stesen KTM

13. 1960 – Kg Baru, wanita ini sedang berhari raya. Klasiknya!
HARI RAYA
14. 1960 –  South Building, Jalan Ampang
kuala-lumpur-1960c
15. 1960 – Pasaraya Robinsons di Jalan Mountbatten (kini Jalan Tun Perak)

16. 1963 – Pelakon Willliam Holden and Tetsuro Tamba, di lokasi filen ‘Seventh Dawn’. Lokasi kemungkinan besar di Stesen KTM.
kuala-lumpur-1963
17. 1965 – Yang Dipertuan Agong, Tuanku Syed Putra di Stadium Merdeka

18. 1966 – Subang Airport. Kapal terbang yang membawa Presiden Lyndon B Johnson.
kuala-lumpur-1966
19. 1966 – wanita dan kacamata. Ini adalah di dalam bangunan Standard Chartered Bank, Jalan Melaka, KL. Teringat pop yeh yeh!
kuala-lumpur-1966b
20. 1970 – Subang Airport, balai ketibaan selatan


21. 1970 – Pusat Lumba Kereta Batu 3, Shah Alam (kini dah jadi kawasan perumahan)

22. 1971 – Bangunan Abdul Samad; sewaktu banjir kilat

23. 1971 – Keratan akhbar The Straits Times bertarikh 6 Jan 1971
kuala-lumpur-1971
24. 1972 – Orkestra RTM mengiringi sebuah persembahan TV Malaysia iaitu rancangan Keroncong Merdeka 1972
kuala-lumpur-1972
25. 1976 – Miss Malaysia Cik Puteh Naziadin dan kereta Datsun 120Y. Wah wah, memang cantik lah!

kuala-lumpur-1976
26. 1980 – Kumpulan Rock! Rockers mana la ni. Anda kenal?
kuala-lumpur-1980
27. 1980 – Jalan Chow Kit

28. 1982 – Seorang pekerja mengendalikan botol minuman 7UP di kilang Kuala Lumpur Glass Manufacturers Company

29. 1983 – Di hadapan Kompleks Dayabumi. Lihatlah fesyen tudung orang dulu-dulu.
kuala-lumpur-1983
30. 1986 – Lawatan ke Tugu Negara. Nampaknya design Handbag LV memang long lasting dan tak lapuk dek zaman (alasan untuk membeli, hehe)

31. 1986 – Gambar ‘couple’ di Stesen Bas Pudu

32. 1988 – Pesawat Cessna di Lapangan Terbang Subang

33. 1989 – Petaling Street

34. 1990 – Kedai burung di Jalan Sultan, Chinatown
kuala-lumpur-1990
Amacam? Nostalgia kan?

Like page The Vocket di Facebook
Sumber TKO - 7-2-2016

Datuk Bandar KL jangan sombong dengan rakyat

KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN | .


DEWAN Pemuda Pas Wilayah Persekutuan (Pemuda Wilayah) mengingatkan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mhd Amin Nordin Abdul Aziz agar tidak terlalu sombong apabila berhadapan dengan rakyat. Keengganan beliau untuk bersemuka dengan penduduk Keramat yang membantah projek pembinaan ditanah 1.82 ekar di Bukit Keramat (HSD 119648 Lot PT 9902 Jalan Padang Tembak) sangat dikesali.

Sebagai penjawat awam dan pekerja rakyat beliau seharus terbuka dan tidak angkuh untuk mendengar suara denyut nadi rakyat. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bukanlah syarikat persendirian milik beliau, tapi agensi kerajaan milik rakyat.

Dan penjualan tanah DBKL milik rakyat di Bukit Keramat itu kepada pihak swasta tanpa persetujuan rakyat adalah satu pecah amanah. Harga jualan RM 16,207,400.00 atau RM204 sekaki persegi sangat murah jika dinilai dari kedudukan tanah itu yang berada dalam lingkungan pusat bandar Kuala Lumpur.

Pemuda Wilayah juga difahamkan yang pemaju hanya membayar 10% bagi mendapatkan tanah berkenaan sehingga ke hari ini dan baki lain masih belum dijelaskan.

Pemuda Wilayah juga yakin bahawa DBKL tidak menerima jumlah wang RM16.2 juta itu secara tunai tetapi sebahagian besarnya digunakan bagi menampung kos subsidi yang ditanggung bagi membolehkan 274 unit rumah dengan keluasan 800 kp dijual dengan harga RM198,000.00.

Dan pemaju diberi kebebasan mutlak untuk menjual baki 274 unit dengan keluasan 1000kp dengan harga RM560,000.00 ke atas dengan kuota 70% Bumiputra, 20% Cina,10% India. Apa yang pasti, tanah itu bukan lagi milik DBKL dan rakyat selepas itu!

Kos pembinaan dan tanggunggan DBKL dijangka lebih murah jika projek pembangunan ini diserah kepada agensi milik kerajaan yang lebih berpengalaman seperti  UDA, SPNB, PR1MA dan lain-lain agensi.

DBKL dengan keras kepalanya menolak pelawaan Syarikat UDA Holding Berhad melalui surat bertarikh 4 November 2015 untuk membangunkan projek berkenaan yang menjanjikan 100% Perumahan Wilayah Persekutuan mampu milik dengan harga RM199,000 bagi 800kp dan bukannya lot bercampur seperti yang ditawarkan oleh pemaju.

DBKL nekad menjual terus tanah berkenaan kepada pemaju tetuan Era Ecoland Sdn. Bhd. Dan menjadi tanda tanya kalangan penduduk kerana DBKL sanggup mengambil risiko menjual projek berkenaan kepada syarikat ini yang baru ditubuhkan pada November 2014, iaitu beberapa hari selepas DBKL menerima hak milik tanah dari Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan.

Seharusnya DBKL mengutamakan syarikat besar yang lebih berpengalaman dan mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh bagi memastikan projek ini dapat berjalan dengan sempurna.

Bagi Pemuda Wilayah, apa yang penting dalam isu ini adalah sikap Datuk Bandar sendiri yang dilindungi oleh Menteri Wilayah dalam menjawab persoalan-persoalan yang ditimbulkan oleh penduduk.

Janganlah terlalu sombong dan angkuh kerana kamu mempunyai jawatan yang besar. Sedangkan kamu tahu, jawatan itu adalah bersifat sementara. Hak-hak dan suara rakyat perlu didengar dan perbincangan terperinci perlu dibuat secara terbuka agar rakyat faham hasrat DBKL serta tidak merugikan mana-mana pihak.

Penyelesaian perlu ada, pembangunan perlu dibuat kerana rakyat sesekali tidak pernah menolak pembangunan. Tetapi janganlah terlalu tamak hingga mengadaikan aset rakyat dan kepentingan bumiputra Melayu di Keramat.

Pemuda Wilayah bersama penduduk hanya mahukan jawapan dan satu konsensus agar semua pihak jelas tentang masa depan tanah 1.82 ekar ini. Justeru, Pemuda Wilayah menawarkan diri untuk menjadi perantara antara penduduk dan DBKL untuk duduk semeja bagi mendapatkan penjelasan dan merungkaikan kerisauan penduduk.

Satu persatu tanah DBKL dijual kepada swasta atas alasan DBKL tidak mampu melaksanakan projek berkenaan. Ini sangat memalukan kerana setiap tahun DBKL mengutip cukai berbillion dari poket rakyat tetapi masih mahu berlakon sebagai “orang miskin”.

Bila mahu menjual tanah rakyat mereka terus mendada mengangkat muka seperti “tuan besar” kepada rakyat. Pemuda Wilayah memerhati secara dekat tanah-tanah yang dijual oleh DBKL selain dari di Bukit keramat ini.

Kita tidak lupa pada tanah-tanah di Kampung Chubadak, Pekeliling, Jalan Kuching dan lain-lain. Satu persatu telah dan ingin digadai hingga suatu hari nanti di Kuala Lumpur ini DBKL terpaksa merempat dan menyewa bangunan milik swasta. Mungkin bila dah menjadi begitu barulah mereka akan puas hati! – HARAKAHDAILY 7/12/2015

Penulis ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Sumber HD - 7-12-2015







































































Flashmob bantah kenaikan tambang pengangkutan

HARAKAHDAILY | .



KUALA LUMPUR: Kenaikan tambang pengangkutan baru-baru ini merupakan berita buruk kepada rakyat Malaysia. Apatah lagi beban GST masih lagi terasa, kini beban baru pula datang menimpa.

Justeru, PAS amat memahami derita rakyat marhaen ini. Suatu flashmob bantah kenaikan harga tambang pengangkutan awam, Kenaikan Harga Barang / Kos Hidup telah dianjurkan oleh DPP Wangsa Maju dan DPP Gombak.

Flashmob tersebut diadakan di LRT Wangsa Maju pada petang Jumaat semalam sekitar 6 petang hingga 7 malam.

Antara pimpinan PAS yang turut hadir ialah Ketua Pemuda Pas Selangor, Ustaz Syarhan Humaizi dan Ketua pemuda DPP Wangsa Maju Ustaz Abdul Rani.

Turut serta termasuklah  AJK Kawasan, AJK Pemuda dan AJK Muslimat dari Wangsa Maju dan Gombak.

Selain mengadakan flashmob, orang ramai turut menurunkan tandatangan sebagai bantahan. – HARAKAHDAILY 5/12/2015

Sumber HD - 5-12-2015

PAS Wilayah Tawar Khidmat Guaman Percuma

Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan melalui Timbalan Pesuruhjayanya Sdr Kamaruzaman Muhammad dan Penolong Setiausaha II , Sdr Suhaimi Embong telah mengadakan pertemuan dengan wakil Persatuan Kebajikan Pemandu-Pemandu Teksi Kuala Lumpur dan Selangor.

Masing-masing diketuai oleh Saudara Maniam dan Persatuan Pemandu Teksi Berwawasan Putrajaya Selangor diketuai oleh saudara Saari.



Dalam pertemuan tersebut mereka mereka menegaskan agar tuntutan-tuntutan mereka dibawa ke pihak yang berwajib untuk menyelesaikan isu melibatkan masa depan pemandu teksi di Malaysia.

Antara tuntutan meraka dari kerajaan ialah mengharamkan MyTeksi, GrabCar, Uber Aplikasi Kereta Sapu dan sebagainya. Bukan itu sahaja mereka juga turut memohon dari pihak berkenaan agar merombak SPAD, migrasi permit syarikat kepada permit individu, menyelaraskan dengan adil Perjanjian 1303, Perkeso.

Mereka juga turut mendesak pihak kerajaan agar menghapuskan budaya monopoli, menghapuskan penjajahan syarikat serta menurunksn harga NGV dan kadar tol untuk perkhidmatan teksi.

Dalam pertemuan itu juga , Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah, Sdr Kamaruzaman Mohamad turut menawarkan khidmat peguam PAS secara percuma jika mereka hendak membawa kes mereka ini ke mahkamah

Sumber BO - 19-11-2015








































































Ampang Park mungkin tidak dirobohkan

Posted on Friday, November 06 @ 08:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


Pusat beli-belah pertama di ibu kota, Ampang Park mungkin tidak akan dirobohkan.



Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) dalam satu kenyataan pada Khamis memaklumkan, jika persetujuan boleh dicapai antara semua pemilik unit strata, ada cara untuk memastikan pusat beli-belah itu dikekalkan.


Sebelum ini, mereka perlu merobohkan pusat beli-belah itu bagi memberi laluan kepada pembinaan Stesen MRT Ampang Park, tetapi susulan bantahan peniaga di sana, beberapa langkah boleh diambil untuk menyelamatkan bangunan itu.

Bagaimanapun, ia memerlukan perjanjian antara semua pemilik unit strata.

"Susulan mesyuarat antara MRT Corp dan pemilik unit strata Pusat Beli-belah Ampang Park serta Ampang Park Management Corporation pada 15 dan 27 Oktober 2015, MRT Corp telah mencatatkan isu-isu dibangkitkan dan mengkaji jika ada pilihan lain untuk Stesen MRT Ampang Park.

"Antara faktor yang dipertimbangkan untuk pilihan lain termasuk jika ada kemungkinan Pusat Beli-belah Ampang Park tidak perlu dirobohkan.

"Pada masa sama, untuk sebarang alternatif dipertimbangkan, MRT Corp perlu memastikan pengguna masih boleh sampai ke stesen MRT dan LRT dengan mudah," demikian menurut kenyataan itu.

Antara cadangan itu adalah stesen terbabit dialihkan jauh sedikit dari pusat beli-belah itu.
Beberapa kawasan di tempat letak kereta bawah tanah dan tingkat bawah perlu ditutup buat sementara, bagi memudahkan kerja-kerja pembinaan.

"Kawasan di tempat letak kereta bawah tanah itu diperlukan sehingga 36 bulan, manakala kawasan terjejas di tingkat bawah perlu ditutup sehingga 18 bulan," kata MRT Corp sambil menambah, perniagaan yang beropasi di kawasan terbabit perlu ditutup sepanjang tempoh pembinaan itu.
Bagaimanapun, pampasan sewajarnya akan diberikan.

Akan ada laluan pejalan kaki bawah tanah yang menghubungkan Stesen MRT Ampang Park dan Stesen LRT Ampang Park, serta terowong MRT untuk kereta api MRT dibina di bawah pusat beli-belah itu.

Sementara itu, MRT Corp berkata, Stesen MRT Ampang Park adalah bahagian yang penting buat laluan MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya, kerana ia adalah satu-satunya stesen di mana pengguna boleh berpindah daripada perkhidmatan MRT ke LRT Kelana Jaya.

"Ada keperluan untuk pemegang saham bertemu, bagi sentiasa memaklumkan status projek itu. Kami juga perlu beritahu mereka berhubung langkah-langkah mitigasi, jika sebarang isu - dalam jangkaan atau di luar jangkaan - timbul," kata Ketua Perhubungan Awam dan Pengurusan Pemegang Saham MMCT-Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhd, Dr Bhavani Krishna Iyer.

Beliau berkata demikian dalam majlis bertajuk ‘Kerja-kerja Bawah Tanah KVMRT: Cabaran dan Kesan ke atas Dinamik Lembah Klang' anjuran MIDF Amanah Investment Bank Bhd.

MMCT-Gamuda KVMRT adalah kontraktor utama untuk projek MRT Lembah Klang (KVMRT) di Malaysia. Syarikat itu adalah usaha sama antara MMC Corporation Bhd dan Gamuda Bhd.

Satu dariapda contoh cabaran dihadapi MMCT-Gamuda adalah bantahan berterusan peniaga berhubung rancangan merobohkan pusat beli-belah tertua di Malaysia itu.

Bhavani berkata, isu itu sama dengan apa yang MMCT-Gamuda dan pemaju utama MRT - MRT Corporation Bhd lalui dengan rancangan awal mereka untuk merobohkan Plaza Bukit Bintang untuk memberi laluan kepada pembinaan MRT, pada 2013.

"Beberapa tahun lalu, kami menjalankan satu kajian untuk mengetahui jika orang ramai benar-benar mahu MRT dan 95 peratus daripada mereka berkata ya.

"Tetapi, dengan cabaran yang kami hadapi sekarang...kami perlu teruskan dengan sesuatu yang lebih baik. Dan tugas kami adalah untuk membuatkan rakyat faham kenapa sesetengah perkara perlu dilakukan dalam cara tertentu," katanya.

Sama dengan hasil Plaza Bukit Bintang, Bhavani percaya isu mengenai Ampang Park akan selesai tidak lama lagi.

Berita mengenai rancangan merobohkan Pusat Beli-belah Ampang Park di Jalan Ampang yang berusia 42 tahun untuk memberi laluan kepada projek MRT2 mengejutkan pelbagai pihak, khasnya pihak pengurusan dan penyewa.- The Rakyat Post

Sumber TKO -6-11-2015

Penghinaan tidak boleh dibiar kepada sesiapa sahaja

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Penghinaan tidak boleh dibiarkan berlaku kepada sesiapa sahaja terutama dari seorang manusia yang siuman.

"Apatah lagi tindakan biadap tersebut dilakukan terhadap insan yang dihormati bukan sahaja dalam negeri malah diiktiraf peranan dan ketokohannya di luar negara," kata Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Noor Mohamad.

Justeru, kata beliau atas rasa keprihatinan satu laporan telah dibuat di Balai Polis Jalan Dang Wangi Kuala Lumpur, pagi tadi.

"Semoga pihak PDRM mengambil tindakan sewajarnya demi memastikan tindakan provokatif dan berniat jahat ini dapat di rungkai demi kesejahteraan dan ketenteraman awam," ujarnya dlam atu kenyataan.

Bagi beliau, alangkah baik dan murninya jika pihak-pihak yang bertanggungjawab tampil ke muka memohon maaf atas ketelanjuran yang berlaku mungkin kerana terlalu mengikut emosi akibat telah diracuni pemikiran.

Dalam laporan polis itu, beliau memaklumkan telah menerima  satu gambar dan video melalui aplikasi media sosial Whatsapp.

"Gambar yang saya terima menunjukkan seorang perempuan berbaju kuning sedang memijak sesuatu seperti sekeping gambar.

"Apabila saya menonton video yang saya terima saya mendapati ianya mengandungi aksi beberapa orang yang berbaju kuning sedang memijak sekeping gambar," katanya.

Tambahnya, setelah membuat perbandingan antara gambar dan kandungan video tersebut saya mendapati bahawa yang dipijak itu adalah sekeping gambar yang diedit mengandungi wajah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak.

Baginya, sebagai rakyat Malaysia dalam negara yang mengamalkan demokrasi, perbuatan memijak-mijak gambar presiden PAS telah menghina dan menceroboh hak kebebasan dalam amalan demokrasi.

"Ianya juga merupakan satu bentuk tindakan bersifat provokatif dan menghasut yang boleh menimbulkan kekecohan dan mengancam keselamatan negara memandangkan beliau merupakan tokoh agamawan yang mewakili ummat Islam yang dikenali ramai bukan sahaja  di dalam malah di luar negara.

"Oleh itu untuk menunjukkan sikap prihatin saya dan bagi menjaga hak demokrasi saya dan keamanan negara maka saya rasa amat bertanggungjawab untuk membuat laporan polis atas insiden yang telah berlaku," ujarnya yang juga Bendahari PAS Pusat.

Beliau berharap semoga siasatan dibuat ke atas penganjur perhimpunan Bersih 4.0 dan individu yang terbabit. - HARAKAHDAILY 1/9/2015

Sumber HD - 1-9-2015
















































































Penubuhan JKNMPP, fokus kepada masalah utama

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengalu-alukan kepentingan penubuhan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) tetapi ia tidak perlu disegerakan buat masa ini.

Ketuanya, Khairil Nizam Khirudin berkata, inisiatif berkenaan hanya ditimbulkan oleh Perdana Menteri 14 Ogos lalu setelah pendedahan ‘skandal derma’ RM2.6 bilion didepositkan ke akaun peribadinya baru-baru ini.

Walhal, katanya apa yang lebih penting sekarang ialah ruang perlu diberikan seluas-luasnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mendapatkan keterangan daripada Perdana Menteri berhubung ‘derma’ tersebut.

"Ia jelas bahawa ‘derma’ tersebut masih meragukan dan terbuka kepada tafsiran istilah suapan yang termaktub dalam Seksyen 3, Akta SPRM 2009," ujarnya dalam satu kenyataan.

Justeru, ujarnya DPPWP mendesak sekali lagi kepada Perdana Menteri dengan mengambil langkah lebih berani untuk memanggil dan menyegerakan sidang Dewan Rakyat khas bagi meluluskan Pengerusi PAC yang baru dan pembentangan laporan interim 1MDB yang telah disiapkan oleh Jabatan Audit Negara.

Katanya, Bank Negara Malaysia juga telah menyerahkan kertas siasatan kepada Peguam Negara berhubung skandal 1MDB.

Maka, tanya beliau mengapa kesemua isu utama ini sengaja dilengahkan dan dikaburkan daripada pengetahuan rakyat.

Selain itu, tambah beliau rakyat juga sangat bimbang dengan kejatuhan teruk nilai Ringgit Malaysia yang telah berlegar sekitar RM4.15 berbanding Dollar.

"Sehingga ke hari ini, tidak ada satu jaminan atau langkah konkrit kerajaan untuk menstabilkan nilai Ringgit," katanya lagi.

Ini, ujar beliau termasuklah krisis keyakinan pelabur antarabangsa dalam pasaran domestik serta kemerosotan nilai dagangan eksport sehingga pertengahan tahun ini.

"Ini adalah isu-isu yang lebih utama untuk diselesaikan. Bukannya menyegerakan proses legitimasi pembiayaan dana politik, memainkan propaganda menggulingkan kerajaan dan memerhati perkembangan kelahiran baru anak panda Liang Liang di Zoo Negara," ujarnya.

Beliau berkata, DPPWP melihat tren politik yang cuba direncanakan ini hanya untuk menyelamatkan kepentingan pihak tertentu dalam Umno sehingga mengabaikan maslahah rakyat dan negara. - HARAKAHDAILY 19/8/2015

Sumber HD - 19-8-2015

Apa motif derma RM2.6 bilion kepada Perdana Menteri








































































HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mendesak Perdana Menteri untuk menjelaskan terlebih dahulu kepada rakyat apakah motif derma USD700 juta (RM2.6 bilion) yang didepositkan ke dalam akaun peribadinya oleh penderma dari Timur Tengah.

DPPWP berpandangan isu ini perlu dijelaskan terlebih dahulu sebelum beliau bercadang untuk mengusulkan rang undang-undang berkaitan pembiayaan dana kepada parti politik khususnya untuk pilihan raya.

Menurut Timbalan Ketua DPPWP, Nurul Islam Mohammed Yusof, derma tersebut masih meragukan dan ia telah dipertikaikan sekali lagi oleh Tun Dr Mahathir kelmarin.

Beliau berkata, sekiranya derma tersebut adalah untuk membiayai gerak kerja pilihan raya Umno, maka Perdana Menteri sendiri gagal menunjukkan kaedah yang betul walaupun pihak Pemandu di bawah Program Transformasi Kerajaan telah mencadangkan amalan terbaik mengenai political funding ini enam tahun yang lalu.

Katanya, Pemandu sendiri telah mencadangkan praktis political funding di bawah makmal korupsi bagi meningkatkan transparensi dan akauntabilti.

Tambahnya, antara cadangan tersebut ialah derma kepada parti politik mestilah dibuat atas nama dan akaun parti bukan individu serta akaun parti tersebut mestilah diaudit dan didedahkan untuk pengetahuan awam.

"Maka, isu ini perlu dijelaskan bagi mengelakkan keraguan. Sekiranya ia didermakan untuk kegunaan peribadi Perdana Menteri, sudah pasti ia mempunyai motif yang lebih besar dan ia mudah terdedah kepada rasuah," ujarnya.

Sebaliknya, kata beliau jika ia bertujuan untuk operasi Umno dalam pilihan raya, maka ia tidak selari dengan cadangan Pemandu dan praktis terbaik dunia. - HARAKAHDAILY 11/8/2015

Sumber HD - 11-8-2015

Kunci sebuah pembeba








































































. | .


ISLAM adalah agama yang memenuhi keperluan manusia dari aspek mental, fizikal dan spiritual melalui panduan wahyu dengan Iman, Islam dan Ihsan. Sesungguhnya, kecemerlangan setiap individu Muslim adalah dengan pencapaian sifat ketakwaan. Sifat ketakwaan diperolehi dengan kesepaduan dan penghayatan aspek Iman, Islam dan Ihsan dalam kehidupan. Justeru, marilah bersama kita mengukuhkan ketakwaan kepada Allah SWT agar kita beroleh kecemerlangan di dunia dan di akhirat.
Firman Allah SWT di dalam surah Ali Imran ayat 102:


Bermaksud: “Wahai orang-orang Yang beriman! bertakwalah kamu kepada Allah Dengan sebenar-benar takwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan Dalam keadaan Islam."

Mimbar pada hari Jumaat yaang mulia ini akan membicarakan khutbah bertajuk: “Kunci Sebuah Pembebasan”.

Jerusalem, al-Quds dan Baitulmaqdis merupakan kota suci bersejarah bagi penganut Agama Yahudi, Kristian dan Islam. Bagi setiap Muslim, bumi Palestin secara umumnya memiliki kedudukan istimewa sebagai tanah suci yang diberkati melalui peritiwa Israk dan Mikraj. Selain itu, Masjid al Aqsa merupakan kiblat pertama bagi umat Islam. Bumi Palestin atau bumi Syam juga merupakan tanah kelahiran dan kematian serta bersemadinya para nabi dan rasul. Kini, kota lama dan Ibukota bersejarah bagi Negara Palestin ini ditadbir oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Sejak kemenangan Israel pada perang tahun 1967, dikuasai sepenuhnya oleh Israel walaupun masyarakat dunia tidak mengiktirafnya. Berlanjutan sehingga kini, pertikaian demi pertikaian, perebutan demi perebutan dan peperangan demi peperangan berlaku dalam usaha Israel untuk menguasai keseluruhan bumi Palestin.

Sesungguhnya, kota suci bersejarah ini pernah berdaulat di bawah pimimpinan para pemerintah Islam bermula dari zaman khalifah Islam kedua iaitu Sayidina Umar RA. Para penduduk dan rakyat kota suci ini hidup harmoni, aman dan damai walaupun mereka terdiri dari kalangan masyarakat majmuk yang berlainan anutan dan agama. Inilah dasar kerajaan Islam yang sentiasa menjamin keamanan dan kesejahteraan setiap masyarakat, agama dan bangsa di bawah naungannya. Kerana Islam itu adalah agama damai dan cintakan perdamaian serta perkataan Islam itu sendiri membawa maksud salam atau perdamaian.

Namun, tabiat musuh Islam tidak akan berhenti dari memerangi Islam sehinggakan mereka bercita-cita memurtadkan umat Islam. Dengan alasan membebaskan al-Quds dan Kota Suci ini dari penguasaan Islam serta membebaskan orang-orang Kristian daripada pemeritahan Islam. Maka berlakulah peperangan demi peperangan. Siri peperangan bersejarah dalam perebutan al-Quds ialah Perang Salib yang pertama, kedua dan ketiga. Perang Salib Pertama berlaku antara tahun 1095 hingga tahun 1099.

Seterusnya Perang Salib Kedua pada tahun 1145 hingga tahun 1149 tercetus sebagai kesinambungan daripada siri Perang Salib pertama setelah tentera Salibiah berjaya menawan banyak negeri yang berada di bawah naungan Islam. Namun, setelah hampir 91 tahun dan di bawah kepimpinan Salahuddin al-Ayubi, Islam berjaya menawan kembali al-Quds. Akhirnya, tercetus Perang Salib Ketiga pada tahun 1189 hingga tahun 1192 melalui pakatan raja-raja Kristian iaitu Henry II dari England dan juga Philip II dari Perancis terhadap tentera pimpinan Salahuddin al-Ayubi.

Apabila membicarakan Perang salib, Salahuddin al-Ayubi adalah individu yang paling diingati dalam peristiwa bersejarah ini. Bagaimanakah Salahuddin al-Ayubi berjaya menawan Baitulmaqdis? Apakah kekuatan yang dimiliki beliau dan tenteranya sehingga berjaya menawan Baitulmaqdis? Apakah pengajaran yang boleh diperolehi dari peristiwa bersejarah ini?

Kejayaan Salahuddin al-Ayubi dan tenteranya menawan Baitulmaqdis bukanlah usaha yang mudah dan diperolehi dengan harga yang murah. Tetapi Baitulmaqdis diperolehi dengan ilmu, kesungguhan, kesabaran dan kesatuan daripada seluruh umat Islam.

Ilmu adalah asas utama dalam setiap tindak tanduk umat Islam. Jihad itu lahir dari ilmu dan pengetahuan bukan lahir dari emosi dan perasaan. Bahkan, persoalan jihad dalam Islam dibicarakan secara tuntas dan khusus di dalam kitab-kitab fiqah. Peperangan berdasarkan perspektif Islam tidak membenarkan membunuh kanak-kanak, ibu-ibu atau orang-orang tua. Bahkan, tidak dibenarkan membunuh sama sekali sekiranya tiada penentangan. Rumah ibadat tidak boleh diceroboh apa lagi diroboh. Sejarah membuktikan banyak kota-kota Islam dibuka tanpa sebarang peperangan dan pertumpahan darah.

Dalam membicarkan keperluan ilmu, Salahuddin al-Ayubi sendiri menghabiskan zaman mudanya mencari ilmu dan pengetahuan daripada menghadiri latihanlatihan peperangan. Ketika berumur 31 tahun, barulah beliau bersama-sama tentera Islam ke Kaherah untuk menawan Mesir daripada Kerajaan Fatimiyyah. Keilmuan yang dimiliki Salahuddin al-Ayubi terserlah di atas kebijaksanaan tokoh ini memimpin tentera Islam. Penduduk Kristian dibenarkan meninggalkan al-Quds dengan segala keperluan mereka kecuali hanya senjata. Manakala penduduk Islam ketika al-Quds ditawan oleh tentera Salibiah dibunuh begitu sahaja. Paling diingati dalam sejarah Perang Salib, Salahuddin al-Ayubi pernah menawarkan khidmat perubatan kepada seterunya Raja Kristian.

Kesungguhan dan kesabaran pula adalah antara sifat penting yang perlu ada bagi setiap umat Islam. Baitulmaqdis bukan sahaja berjaya ditawan semula oleh Islam di bawah usaha dan kepimpinan Salahuddin al-Ayubi seorang. Tetapi telah melalui lebih dari satu kurun dan berada di bawah beberapa generasi kepimpinan seperti Imad al-Din Zinki, Nur al-Din Mahmud Zinki dan Salahuddin al-Ayubi. Bahkan, al-Quds ditawan semula di bawah kepimpinan Salahuddin al-Ayubi pada Perang Salib Kedua selepas tentera Salibiah menguasainya dari Perang Salib Pertama.

Kesatuan umat Islam adalah aspek yang amat penting selepas ilmu, kesungguhan dan kesabaran. Kerana itu, pepatah Melayu yang menyebutkan "Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh" seharusnya menjadi peringatan kepada kita bersama. Islam dengan mudah akan disekat dan umat Islam akan diperkotak-katikkan kerana tiada kesatuan daripada kita bersama. Sejarah memperlihatkan, Tentera Salibiah berjaya menawan al-Quds kerana umat Islam meminggirkan penghayatan kehidupan berasaskan ajaran Islam yang sebenar, dalam masa yang sama sering berbalah, berperang dan saling menjatuhkan.

Kejayaan, kemajuan dan kecemerlangan umat Islam adalah apabila mereka bersatu padu dan saling membantu. Rasulullah SAW menggambarkan keadaaan ini di dalam sebuah hadis riwayat al-Bukhari daripada al-Nu’man bin Basyir RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَثلَُ القَْائِمِ علَىَ حُدُودِ اللَّ هِ وَالوْاَقِعِ فِيهاَ كمَثَلَِ قوَْمٍ اسْتَهمَُوا علَىَ سَفِينةٍَ فأََصَابَ بعَْضهُُمْ أعْلاَهاَ
وَبعَْضهُُمْ أسْفَلهََا فكََانَ الَّ ذِينَ فيِ أسْفَلهَِا إذَا اسْتقََوْا مِنْ الْماَءِ مَرُّ وا علَىَ مَنْ فوَْقهَُمْ فقََا لوُا لوَْ أنَّ ا
خَرَقْناَ فيِ نصَِيبنِاَ خَرْقاً وَلمَْ نؤُْذِ مَنْ فوَْقنَاَ فِإَنْ يتَْركُُوهمُْ وَمَا أرَادُوا هلَ كُوا جَمِيعًا وَِإنْ أخََ وُُا
علَىَ أيْدِيهمِْ نَجوَْا وَنَجوَْا جَمِيعًا

Bermaksud: “Perumpamaan orang yang menjaga hukum Allah dan orang yang melanggarnya ialah seperti satu kaum yang mengundi untuk mendapat tempat di dalam sebuah kapal. Sebahagian daripada mereka mendapat tempat di tingkat atas manakala sebahagian lagi di tingkat bawah. Maka apabila mereka yang berada di bawah inginkan air, mereka terpaksa pergi meminta kepada mereka yang berada di tingkat atas. Lalu mereka yang di bawah itu berkata: “Jika kita membuat lubang pada tingkat ini nescaya kita tidak perlu lagi meminta daripada orang di atas kita.” Jika mereka yang berada di tingkat atas itu membiarkan mereka yang berada di tingkat bawah melakukan perbuatan tersebut (melubangkan kapal), pasti semuanya akan musnah (tenggelam). Sebaliknya jika mereka yang berada di tingkat atas menegah perbuatan mereka, pasti mereka yang di tingkat atas akan selamat dan akan selamat juga semuanya termasuk di tingkat bawah.”

Rumusan daripada khutbah yang disampaikan pada hari ini antaranya ialah:

Pertama: Setiap perlakuan individu Muslim mestilah berasaskan ilmu kerana ilmu sahaja yang dapat menjamin kebenaran daripada kebatilan, penyelewengan dan kesesatan.
Kedua: Kesungguhan dan kesabaran adalah antara sifat penting yang perlu ada bagi setiap individu Muslim untuk mencapai kecemerlangan, kemajuan dan kebahagian dunia serta akhirat.
Ketiga: Kemajuan dan kemunduran umat Islam adalah kerana hati-hati umat ini tidak bersatu teguh untuk sama-sama memacu ke arah kemajuan.
Keempat: Keilmuan, kesungguhan, kesabaran, kesatuan dan ketokohan Salahuddin al-Ayubi dan bala tenteranya wajar dijadikan model dalam memahami erti jihad dan tuntutannya di dalam Islam.

Firman Allah SWT di dalam surah surah al-Haj ayat 40:

Bermaksud: “Iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, (Mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: "Tuhan Kami ialah Allah" dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan Sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa Yang menolong agamanya (agama Islam); Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa."

Artikel di atas ialah teks khutbah Jumaat JAWI pada 7 Ogos 2015M/ 22 Syawal 1436H.

Sumber HD - 7-8-2015







































































Surau Penjara Pudu ‘mangsa’ pembangunan

HARAKAHDAILY | .



KUALA LUMPUR: Selepas 49 tahun berdiri sebagai rumah ibadat di tapak bangunan bersejarah Penjara Pudu, Surau An-Nur Penjara Pudu (Surau Jumaat) kini turut menerima nasib sama apabila bakal dirobohkan bagi tujuan pembangunan komersil.

Mengikut surat yang diwartakan pemaju, UDA Holdings Property Development (UDA) bakal melakukan kerja-kerja pembersihan pada waktu terdekat.

Difahamkan, tapak itu akan dibangunkan sebagai tapak pusat membeli belah terkemuka serta kawasan perumahan mewah.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Mempertahankan Surau An-Nur Penjara Pudu, Zakaria Omar berkata, pihaknya kecewa kerana pemaju tidak pernah mengadakan rundingan dengan kariah surau.

Malah, tiada sebarang tapak atau surau alternatif ditawarkan UDA bagi menggantikan surau lama itu.

“Kami mahu surau ini dikekalkan sebagai rumah ibadat, sepatutnya surau ini diperbesarkan menjadi 2 tingkat kerana pertambahan penduduk semakin pesat di kawasan sekitar,” katanya.

Zakaria berkata, laluan lorong Hang Tuah menuju ke surau berkenaan kini mula ditutup namun pihaknya masih bertegas dan menjalankan aktiviti di surau tersebut seperti biasa.

Sehubungan itu, beliau berkata jawatankuasa terbabit bersama beberapa NGO seperti Badan Bertindak Imarah Masjid dan Surau Wilayah Persekutuan, Pertubuhan Api Sejagat Malaysia (API), memohon kepada pemaju supaya lorong tersebut dibuka.

Surau yang mampu menampung kira-kira 1,800 jemaah suatu ketika dahulu pernah menjadi tempat bagi penghuni Penjara Pudu menjalankan ibadat.

Pada tahun 1997 apabila Penjara Pudu dikosongkan dan berpindah ke Sungai Buloh, hal pentadbiran surau ini diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Mengikut perjanjian antara UDA, Penjara Pudu, Surau An-Nur dan Jais, UDA tidak boleh merobohkan surau itu sesuka hati tanpa merujuk kepada Jais.

Namun isu perobohan mula timbul pada pertengahan Mei lalu apabila UDA mula giat menjalankan kerja pembangunan semula tapak Penjara Pudu sebagai kawasan komersil. - HARAKAHDAILY 1/8/2015

Sumber HD - 1-8-2015


MP dan ADUN PAS yang menyertai Gerakan Harapan Baru dinasihat meletak Jawatan
Posted on Tuesday, July 21 @ 22:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Semua Ahli Parlimen dan ADUN PAS yang menyertai Gerakan Harapan Baru dinasihat meletakkan jawatan legislatif tersebut tanpa menunggu penubuhan rasmi parti politik baru itu.

Ironisnya, ketika usul memutuskan tahalluf siyasi bersama DAP dalam muktamar lalu, sebahagian mereka dengan bingkas meletakkan semua jawatan dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Kononnya menunjukkan rasa patuh terhadap usul tersebut walaupun belum diputuskan oleh Majlis Syura Ulama’. Mereka telah menunjukkan sikap hipokrit yang jelas dan tidak lagi mematuhi disiplin jemaah ini.

Ketika mereka melancarkan GHB dan memburukkan PAS di pentas ceramah dan lapangan media, tanpa segan silu mereka terus membawa status Ahli Parlimen dan ADUN yang dimenangi atas tiket PAS.

Malah, mereka mengelak untuk menjawab persoalan mengenai baiah yang telah dilafazkan sebelum ini. Perkara ini bukan lagi taktikal politik sebaliknya adalah perkara dasar dan melibatkan pengkhianatan terhadap PAS.

Lebih parah, mereka telah meniupkan bibit perpecahan di kalangan ahli PAS dan sudah pasti ia akan memecahkan lebih ketara undi Melayu Islam sekiranya mereka bersaing dalam pilihanraya umum nanti.

Maka dengan ini, PAS Titiwangsa mendesak semua Ahli Parlimen dan ADUN PAS yang menyertai GHB segera melepaskan jawatan tersebut bagi mengelakkan kekeliruan dan menghormati mandat yang telah diberikan oleh pengundi-pengundi di kawasan mereka.

Mohd Shahir Abu Hassan
Ketua Penerangan
PAS Kawasan Titiwangsa 
Sumber TKO - 22-7-2015

Isu Gelandangan Perlu Solusi Komprehensif

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengalu-alukan usaha kerajaan menyediakan Pusat Khidmat Sementara Gelandangan yang terdapat di ibu kota. Kami difahamkan setakat ini sudah terdapat sebuah pusat yang telah beroperasi di Jalan Sultan Ismail manakala sebuah lagi bakal disiapkan di Jalan Pahang.

Golongan gelandangan adalah antara isu utama yang perlu diberikan perhatian khusus oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan. DPPWP bercadang agar rumah perlindungan tersebut didirikan atas tanah-tanah wakaf yang terdapat di sekitar Kuala Lumpur.



Pusat transit gelandangan tersebut perlu dipakejkan dengan didikan asas kefahaman Islam, kemudahan pendidikan, pemulihan psikologi, rawatan kesihatan dan tawaran peluang pekerjaan bagi tempoh masa tertentu. Ini bertujuan bagi memastikan agar mereka dapat berhijrah ke arah kehidupan yang lebih baik.

Dalam sesi ini, DPPWP komited dalam merangka plan solusi untuk membantu menyelesaikan cabaran golongan gelandangan yang terdapat di sekitar ibu kota. Plan ini akan dirunding bersama beberapa agensi kerajaan antaranya DBKL, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan MAIWP.

Malah, Alhamdulillah DPPWP telah merintis tawaran kelas tuisyen percuma kepada anak-anak gelandangan di beberapa kawasan Parlimen yang telah dikenal pasti. Dalam tempoh dua tahun ini, kelas tuisyen percuma ini akan diperluaskan bagi memastikan anak-anak gelandangan ini mendapat akses kepada kualiti dan tahap pendidikan yang dikecapi oleh orang lain.

Sekian, terima kasih.

IR. HJ KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
KETUA
DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN
4 Syawwal 1436 | 20 Julai 2015

Sumber BO - 20-7-2015







































































Hati-hati memandu pulang ke kampung









































































MOHAMAD NOOR MOHAMAD | .


SAYA mewakili Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan mengambil kesempatan ini merakamkan Kullu 'aam wa antum bikhair , Selamat Hari Raya Aidil Fitri maaf zahir dan batin.

Pada kesempatan ini juga, kami PAS Wilayah Persekutuan mendoakan agar seluruh warga Kuala Lumpur,  Putrajaya dan Labuan senantiasa dikurniakan rahmat, keberkatan dan pengampunan dari Allah SWT.

Ramadhan 1436H bakal meninggalkan kita. Marilah kita mengambil kesempatan di penghujung Ramadhan ini bagi melakukan pecutan terakhir untuk mencari kelebihan Lailatul Qadr dengan memperbanyakkan membaca dan memtadabbur al Quran serta bertahajud dan mempertingkatkan sedeqah. Mudah-mudahan segala amalan kita diterima oleh Allah SWT.

Jangan lupa, kami juga turut mengharapkan daripada seluruh warga kota agar mendoakan kami dan kita semua agar terus beristiqamah dalam landasan perjuangan Islam sehinggalah kami memperolehi kemenangan di dunia dan akhirat.

Di samping itu, doakan juga agar musuh-musuh perjuangan Islam gagal memudaratkan kami dalam merealisasikan cita-cita murni kami untuk menegakkan Islam di bumi yang bertuah ini. Semoga doa anda yang ikhlas memberkati lagi perjalanan dakwah kami.

Akhir sekali, kami mengiringi perjalanan pulang anda ke kampung halaman dengan doa agar diberkati dan dilindungi oleh Allah SWT. Berhati-hati ketika pulang agar sambutan Hari Raya Aidil Fitri pada kali ini menjadi ceria dengan keberadaan anda di sisi keluarga. – HARAKAHDAILY 15/7/2015

Pesuruhjaya, Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan.

Sumber HD - 15-7-2015

PAS tidak akan khianati prinsip perjuangan Islam









































































HARAKAHDAILY | .


Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan menyokong sepenuhnya keputusan yang telah diambil oleh Majlis Syura Ulamak PAS mengistiharkan bahawa hubungan PAS-DAP telah terbatal.

Bagi PAS, prinsip adalah asas utama dalam apa-apa sahaja keputusan. PAS tidak akan sama sekali bertolak ansur dan menggadaikan prinsip yang telah menjadi teras perjuangan PAS yang telah ditubuhkan sejak sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan lagi.

Menggadaikan prinsip bermaksud PAS telah mengkhianati Islam dan secara tidak langsung ianya mengkhianati kepercayaan yang telah diberikan oleh rakyat Malaysia kepada PAS untuk mempejuangkan prinsip perjuangan Islam.

PAS sangat konsisten dengan prinsip perjuangan Islam. Dan itulah intipati kepada firman Allah s.w.t di dalam surah Hud ayat 112 yang menjadi slogan PAS selama ini.

فَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ وَمَنْ تَابَ مَعَكَ وَلا تَطْغَوْا إِنَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

Maksudnya: Maka tetaplah (yakni beristiqamahlah) engkau (Wahai Muhammad) di atas jalan kebenaran yang haq , sebagaimana telah diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang bertaubat bersama-sama denganmu, dan janganlah kamu melampaui batas (melanggar arahan Allah s.w.t) .

Sesungguhnya, Dia (yakni Allah) Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.

PAS yakin kemenangan adalah milik mutlak Allah s.w.t. Ianya adalah teras akidah dan kepercayaan kami yang tidak akan mungkin sama sekali boleh digoyahkan.

Allah s.w.t berfirman di dalam surah Al Imran ayat 26:

قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكِ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَن تَشَآءُ وَتَنزِعُ الْمُلْكَ مِمَّن تَشَآءُ وَتُعِزُّ مَن تَشَآءُ وَتُذِلُّ مَن تَشَآءُ بِيَدِكَ الْخَيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرُُ

Maksudnya: Katakanlah Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki.

Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki, di tangan Engkaulah segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

Kami yakin insya Allah rakyat akan terus menggalaskan harapan yang tinggi kepada PAS untuk memikul amanah besar ini untuk menjadi tonggak untuk mempertahankan prinsip dan perjuangan Islam di tanah air Malaysia. - HARAKAHDAILY 12/7/2015

NAZMI NIK DIN
Ketua Penerangan PAS Wilayah Persekutuan

Sumber HD  - 12-7-2015

Tol: Kerajaan pilih rakyat atau syarikat konsesi

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) telah menghantar surat rasmi kepada Kementerian Kerja Raya untuk berdialog mengenai cadangan kenaikan kadar tol khususnya di Lembah Klang.

"Namun, pihak kementerian masih belum memberikan jawapan untuk pertemuan tersebut," kata timbalan ketuanya, Nurul Islam Mohamed Yusof.

DPPWP, katanya telah maklum bahawa kerajaan masih belum memutuskan cadangan kenaikan kadar tol.

Namun, ujarnya pihak Persatuan Syarikat-Syarikat Konsesi Lebuh Raya Malaysia (PSKLM) telah mendesak kerajaan untuk tetap menaikkan kadar tol pada tahun ini.

"Adakah pihak kerajaan membela nasib rakyat atau mahu mengutamakan tuntutan pihak konsesi?" tanya beliau dalam satu kenyataan.

Menurutnya, Menteri Kerja Raya mendedahkan sekiranya pihak kerajaan tidak membenarkan kenaikan kadar tol tersebut, maka kerajaan dengan menggunakan sebahagian besarnya duit pembayar cukai (rakyat) terpaksa membayar sejumlah RM580 juta sebagai pampasan pada tahun ini dan ia dijangka akan menokok sehingga RM1.6 pada tahun hadapan.

Justeru, tegasnya DPPWP mendesak pihak kerajaan supaya mendedahkan secara tuntas bagaimana perjanjian konsesi tol yang telah dimeterai dengan syarikat operator terus memangsakan kewangan negara dan duit poket rakyat.

Beliau mempersoalkan apakah plan jangka kerajaan untuk keluar daripada perjanjian konsesi yang tidak adil tersebut dan seterusnya mengambil inisiatif untuk menghapuskan tol secara berperingkat-peringkat.

Pihak konsesi pula, katanya masih tidak memberikan jawapan atas tuntutan rakyat yang mahukan rebat tol diberikan di beberapa lebuh raya utama yang mengalami kesesakan teruk pada waktu puncak.

Sehubungan itu, kata beliau pihak konsesi juga wajar menyemak semula jumlah tol yang dikenakan ke atas pengguna di sepanjang lebuh raya seperti di Kesas, MEX dan Guthrie. - HARAKAHDAILY 3/7/2015

Sumber HD - 3-7-2015







































































Isu Kod Pemakaian : Mengapa Salahkan Islam?

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyelar kenyataan pihak-pihak tertentu yang cuba mengaitkan isu kod pemakaian di premis kerajaan dengan gambaran salah terhadap prinsip Islam. Kenyataan tersebut dianggap menyimpang daripada realiti isu sebenar yang telah berlaku beberapa hari lalu.

DPPWP merujuk isu ini daripada laporan portal berita The Star, 29 Jun 2015 yang bertajuk, “Make Clear What is Acceptable to be Worn at Govt Premises”. Terdapat beberapa kenyataan yang boleh dipetik daripada laporan akhbar berkenaan iaitu, “Farida said it was not right to impose Islamic values on non-­Muslims” dan “We shouldn’t impose the Muslim dress code on others, not even on Muslims,” said Anas Zubedy.

Kenyataan ini dikeluarkan ekoran daripada beberapa isu berkaitan dengan etika pemakaian di premis-premis kerajaan yang telah berlaku sejak 6 Jun 2015 di Jabatan Pengangkutan Jalan Wangsa Maju dan disusuli dengan beberapa kes di Hospital Sungai Buloh dan Bangunan SUK Selangor.

DPPWP berpendapat dakwaan tersebut tidak tepat. Mereka cuba memberi persepsi yang salah terhadap Islam. Kod pemakaian tersebut adalah garis panduan umum yang telah ditetapkan dan tidak salah jika semua pihak mematuhi kod berkenaan supaya dilihat lebih sopan dan baik. Sekiranya pihak penguatkuasa mengambil tindakan, ia satu tindakan yang relevan dan perlu dihormati.

Islam memang menggariskan tatacara pemakaian yang betul bagi orang Islam. Namun, Islam tidak memaksa orang bukan Islam untuk mengenakan kod pemakaian yang tertentu. Maka, isu yang ditimbulkan baru-baru ini, bukan satu paksaan nilai Islam terhadap golongan bukan Islam. Ia adalah peraturan umum atau protokol yang wajar untuk dipatuhi. Apatah lagi, Malaysia juga terkenal dengan nilai-nilai ketimuran dan budaya yang membanggakan.
Sekian, terima kasih.

***KENYATAAN MEDIA NAIB KETUA DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN MOHD FARKHAN MD ZAIN
12 Ramadhan 1436 | 29 Jun 2015


Sumber BO - 30-6-2015

TAZKIRAH PESURUHJAYA PAS WP

Tazkirah Tn Hj Mohamad Noor Mohamad, Bendahari PAS Pusat selepas solat Sunat Tarawih malam ini di Markas PAS Titiwangsa Darul Ummah, Kg Pandan.

Sumber HD - 25-6-2015

KWSP: Teliti keperluan rakyat

HARAKAHDAILY | .

Purata jangka hayat rakyat Malaysia adalah 74 tahun. Manakala, jumlah populasi warga emas (60 tahun ke atas) diunjur akan melebihi 15 peratus daripada keseluruhan populasi di Malaysia menjelang tahun 2030. Ini akan menjadikan Malaysia berstatus Negara Warga Emas.

Keadaan ini memerlukan sokongan perbelanjaan yang tinggi daripada kerajaan untuk menjamin kestabilan jaringan keselamatan sosial warga emas khususnya daripada aspek kesihatan, psikologi dan kewangan. Hal ini tidak dapat dielakkan, malah kerajaan harus mempersiapkan keperluan yang secukupnya.

Tambahan pula, laporan Pembangunan Manusia Malaysia 2013 oleh United Nations Development Program yang menunjukkan kira-kira 90% pencarum KWSP tidak mempunyai simpanan yang cukup untuk membiaya kehidupan mereka selepas 5 tahun persaraan.

Seseorang individu memerlukan sejumlah simpanan yang besar bagi meneruskan gaya hidup semasa untuk kira-kira 15 hingga 20 tahun selepas umur persaraan. Contohnya, mereka yang hidup dengan pendapatan RM3,000 hingga RM5,000 sebulan, dengan kadar inflasi 3% - 5% dan anggaran umur selepas bersara sekitar 15 tahun lagi, mereka memerlukan sebanyak RM1.5 juta hingga RM3 juta secara keseluruhannya.

Begitu juga data yang didedahkan oleh KWSP bahawa lebih 70% pencarum telah menghabiskan semua simpanannya dalam tempoh 3 tahun daripada umur persaraan. Mungkin, atas faktor-faktor tersebut pihak KWSP mencadangkan had umur pengeluaran diselaraskan kepada 60 tahun. Cadangan KWSP tersebut ada asasnya, namun ia dilihat bukan satu solusi yang terbaik.

DPPWP menggesa pihak KWSP memberikan peluang kepada para pekerja untuk memilih waktu pengeluaran yang terbaik disamping membantu mereka mengurus kewangan selepas persaraan. KWSP perlu meraikan keperluan rakyat yang berbeza. Namun, KWSP boleh melantik konsultan perancangan harta peribadi yang bertauliah untuk memberikan khidmat nasihat secara percuma kepada para pencarum.

Antara elemen penting yang mesti dititikberatkan ialah penyelesaian hutang, pengurusan perbelanjaan selepas persaraan, penulisan wasiat, panduan pengagihan harta seperti pengurusan faraidh, waqaf atau preservasi harta untuk keluarga. Bagi umat Islam, perancangan ini boleh membantu mereka mencapai kehidupan yang lebih baik di dunia dan menggapai al-falah di akhirat.

Di Malaysia, pergerakan kenaikan kadar gaji secara purata adalah 8 peratus setahun. Kenaikan berkadar perlahan secara realitinya belum ampuh untuk menangani kadar inflasi sebenar dan kos sara hidup yang tinggi. Isu utama yang membelenggu sebahagian rakyat Malaysia adalah mengurus pendapatan peribadinya.

Hutang isi rumah di Malaysia telah mencecah 87% daripada KDNK negara dan ia antara yang tertinggi di Asia. Sebahagian besar hutang tersebut disumbang oleh pembelian kediaman. Purata harga kediaman dijangka akan berterusan menokok sekitar 3% hingga 6% selepas pelaksanaan GST 1 April yang lalu. Nisbah purata harga sebuah rumah teres berbanding purata pendapatan isi rumah tahunan adalah 3.6 tahun pada tahun 2014.

Selain pembelian kediaman, hutang isi rumah yang besar turut disebabkan oleh pinjaman peribadi. Sejak polisi Bank Negara Malaysia menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR), jumlah agregat pinjaman isi rumah menerusi institusi kewangan dan perbankan tumbuh berkadar perlahan sejak 2010. Tetapi senario sebaliknya berlaku terhadap institusi kewangan bukan bank seperti syarikat pinjaman wang berlesen dan koperasi (shadow banks) yang terus mencatatkan pertumbuhan yang memberangsangkan.

Menurut HSBC Global Report pada bulan Januari 2015, sebanyak 65% responden rakyat Malaysia yang belum bersara masih belum mampu menabung bagi tujuan persaraan kerana terpaksa membayar hutang pembelian kediaman dan hutang-hutang yang lain. Ini dilihat faktor yang makro untuk diberikan perhatian oleh kerajaan, KWSP dan rakyat supaya kehidupan selepas persaraan lebih baik dan berkualiti.
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan menggesa pihak kerajaan dan pihak pengurusan KWSP tidak terburu-buru untuk menyelaraskan umur bagi pengeluaran penuh wang simpanan kepada 60 tahun. Lebih baik memberikan peluang kepada para pencarum untuk memilih kadar umur berdasarkan kepada keperluan peribadi mereka. Paling penting adalah meningkatkan kesedaran dan teknik pengurusan kewangan peribadi.

Islam mendidik umatnya untuk bertanggungjawab terhadap soal perolehan harta dan ke mana perbelanjaannya. Ia memberi kesan terhadap diri, keluarga serta mengundang keberkatan daripada Allah SWT. - HARAKAHDAILY 17/4/2015

KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia

Sumber HD - 17-4-2015







































































Muslimat PAS Wilayah terus bantu mangsa banjir Kelantan

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Muslimat PAS Wilayah Persekutuan terus menunjukkan keprihatinan yang sangat tinggi kepada mangsa banjir Kelantan.

Dewan itu menyerahkan sumbangan RM40,000 kepada Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob sempena program Hi Tea Bantuan Pasca Banjir Kelantan, di sini petang semalam.

Ketuanya, Ustazah Nuridah Mohd  Salleh berkata sumbangan itu berjaya dikutip dalam tempoh tidak sampai dua minggu hasil sumbangan orang ramai yang bersimpati terhadap nasib rakyat Kelantan yang kehilangan tempat tinggal akibat banjir akhir tahun lalu.

Menurutnya, Muslimat PAS Wilayah Persekutuan sangat bersimpati dan berasa sangat bertanggungjawab untuk membantu mangsa banjir di negeri Pantai Timur itu.

Beliau berharap dengan bantuan yang tidak seberapa itu sedikit sebanyak dapat membantu meringankan tanggungan Kerajaan Kelantan dalam usaha membina rumah untuk mangsa banjir.

"Muslimat Wilayah Persekutuan juga dengan kerjasama Muslim Care kini giat mengumpulkan lagi sumbangan untuk membina sendiri sebuah rumah untuk mangsa banjir di Kelantan," ujarnya yang juga AJK PAS Pusat.

Justeru, beliau menyeru semua rakyat Malaysia yang terkenal dengan sifat prihatin terus mengambil cakna mengenai urusan kebajikan mangsa banjir di Kelantan.

Beliau berharap mangsa banjir di Kelantan terus bersabar dengan ujian Allah itu dan diberi sebaik-baik ganjaran di akhirat nanti.

Jika ada sesiapa yang ingin turut menyumbang bolehlah salurkan ke Khadimah Care, BIMB 12225010012002 atau menghubungi talian 0192114764 (Syarifah). - HARAKAHDAILY 12/4/2015

Sumber HD -  12-4-2015







































































Ahli jangan mufaraqah dengan perjuangan PAS

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Ahli-ahli PAS diingatkan jangan sekali-kali mengambil tindakan bermufaraqah dengan perjuangan PAS yang bercita-cita menegakkan Islam.

Ini kerana ianya bercanggahan dengan sifat pejuang Islam yang hakiki yang dianjurkan oleh Islam.

Demikian kandungan Resolusi Konvensyen PAS Wilayah Persekutuan 2015, sebagaimana di bawah.

PAS Wilayah Persekutuan melalui Konvensyennya yang bertarikh 28 Mac 2015 telah menetapkan resolusi-resolusi berikut yang perlu dituruti oleh kesemua perwakilan PAS Wilayah Persekutuan:

1. Konvensyen PAS Wilayah Persekutuan menegaskan terus mendukung kepimpinan ulama untuk terus mengemudi perjuangan Islam PAS.

2. PAS Wilayah Persekutuan mengecam tindakan biadap dan tidak bertamadun Lim Guan Eng memutuskan hubungannya dengan Tuan Guru Presiden PAS. Ianya adalah satu penghinaan kepada seluruh ahli PAS yang telah memilih beliau sebagai Presiden melalui saluran muktamar.

3. Konvesyen menegaskan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada usaha kerajaan Kelantan untuk merealisasi pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II (1993) Pindaan 2015.

4. Bagi memastikan anasir-anasir perosak di dalam PAS tidak berterusan melakukan mungkar di dalam PAS, Konvensyen PAS Wilayah Persekutuan menggesa pihak Majlis Syura Ulama PAS dan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat melalui Jawatankuasa Disiplin agar mengambil tindakan disiplin ke atas mana-mana pemimpin dan ahli PAS yang terlibat dengan PasMa dan mana-mana gerakan dalaman yang cuba menggoncangkan dasar dan prinsip PAS.

5. PAS Wilayah Persekutuan menggesa supaya PAS senantiasa mengambil langkah memantau dan mengkaji kedudukan tahaluf bersama Pakatan Rakyat dari semasa ke semasa. Prinsip-prinsip Islam wajib dipertahankan dalam bertahaluf dan bukannya untuk dikorbankan.

6. Konvensyen PAS Wilayah Persekutuan mengingatkan pemimpin dan ahli PAS supaya jangan sampai ada berlaku walak kepada rakan tahaluf melebihi walak dan ketaatan kepada perjuangan parti yang dipimpin oleh kepimpinan ulama.

7. Mengingatkan ahli PAS agar jangan sekali-kali mengambil tindakan bermufaraqah dengan perjuangan PAS yang bercita-cita menegakkan Islam kerana ianya bercanggahan dengan sifat pejuang Islam yang hakiki yang dianjurkan oleh Islam.

8. Konvensyen PAS Wilayah Persekutuan mendesak supaya GST ditarik balik oleh kerajaan kerana ianya adalah satu kezaliman dan menyukarkan lagi situasi kedudukan ekonomi rakyat. Konvensyen turut menegaskan pentingnya ekonomi negara diuruskan berlandaskan syariat Islam yang bersifat syumul. - HARAKAHDAILY 28/3/2015


Sumber HD - 28-3-2015







































































Jumpa Datuk Bandar, Pemuda PAS bawa 3 dilema warga KL

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS WP mencatat sejarah pada hari ini apabila menjadi parti politik pembangkang pertama yang mengadakan kunjungan hormat kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur yang kesepuluh, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib.

Kunjungan hormat dan ramah mesra DPPWP bersama Datuk Bandar Kuala Lumpur ini telah disambut dengan mesra dan santai daripada pihak Datuk Bandar sendiri.

Rombongan seramai 7 orang pemuda PAS telah diketuai oleh Khairil Nizam Khirudin selaku Ketua Pemuda dan diiringi Nurul Islam sebagai Timbalan Ketua Pemuda dan 5 orang exco yang lain.

Pertemuan yang berlangsung selama hampir satu jam bermula jam 12.15 tengah hari ini berjaya menghasilkan pelbagai percambahan idea, info dan pandangan.

Dalam pertemuan tersebut, DPPWP telah membawa tiga isu penting yang menjadi dilema warga Kuala Lumpur iaitu isu pengurusan keselamatan kecerunan tanah, isu pemilikan tanah dan perumahan dan isu kesesakan trafik.

Di dalam isu pengurusan keselamatan kecerunan tanah, Nurul Islam telah membangkitkan mengenai keselamatan kecerunan tanah yang terlibat di hampir kesemua kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ini.

Di samping itu juga, beliau yang merupakan Timbalan Ketua Pemuda PAS WP juga membangkitkan berkenaan peta bencana yang pernah diwar-warkan oleh pihak DBKL.

Turut dibangkitkan dalam isu ini ialah pembinaan-pembinaan di sekitar Kuala Lumpur perlu mematuhi piawaian yang ditetapkan terutamanya yang tertakluk kepada Garis Panduan Pembangunan Tanah Tinggi dan Cerun Wilayah Persekutuan 2010, serta Sistem Aplikasi Hazard and Risk Map.

Nurul Islam juga membangkitkan isu status tanah rizab Melayu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ini.

Ini kerana semakin banyak tanah rizab Melayu yang telah bertukar statusnya kepada tanah komersial.

Bukan itu sahaja, dianggarkan 21.9 peratus tanah di Kuala Lumpur ini dimilki oleh kerajaan dan 1 peratus pemilikan persendirian manakala selebihnya dimiliki pihak lain.

Justeru, DPPWP meminta DBKL untuk mengemaskini jumlah sebenar keluasan tanah rizab Melayu dan pemilikan bumiputera di Kuala Lumpur ini.

Di dalam isu pemilikan tanah ini juga, DPPWP mempersoalkan peranan DBKL dalam mengekang lambakan pasaran hartanah kediaman mewah bagi memastikan golongan berpendapatan sederhana dan rendah mampu memiliki kediaman pertama mereka di Kuala Lumpur.

Isu kesesakan trafik telah dibangkitkan oleh Ketua Penerangan DPPWP iaitu Mior Isfandy. Bagi DPPWP, DBKL harus memperkasakan pengangkutan awam berasaskan rel memandangkan lebih kurang 3 juta kenderaan persendirian keluar masuk Kuala Lumpur setiap hari.

Selain itu, DPPWP juga meminta DBKL menghadkan pergantungan pertumbuhan pembinaan hartanah baru terutamanya jenis pejabat, komersial dan hotel dari semasa ke semasa. Ianya secara tidak langsung mengurangkan jumlah kemasukan kenderaan ke pusat bandar.

Ketiga-tiga isu yang dibawa oleh DPPWP ini diterima dan dipandang positif oleh pihak Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Beliau juga berharap agar semua pihak bersama-sama memberikan idea dalam membangunkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ini bagi merealisasikan Kuala Lumpur sebagai bandar raya bertaraf dunia menjelang tahun 2020.- HARAKAHDAILY 25/3/2015

Sumber HD - 25-3-2015

Kami Teguh Bersama Presiden PAS

Oleh : Ir. Hj. Khairil Nizam Khirudin

Beberapa peristiwa penting tercatat dalam sejarah mutakhir ini, yang pertama, PAS melalui Sidang DUN Kelantan telah meluluskan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syarie (EKJS) dengan mendapat sokongan dari Adun Pakatan Dari PKR bahkan turut disokong oleh Adun Pembangkang daripada Barisan Nasional. Ia satu kejayaan yang patut dibanggakan oleh seluruh ahli Pas dan umat Islam di Malaysia amnya. Pindaan ini turut mendapat restu daripada DYMM Sultan Kelantan dan saya kira kredit harus diberikan kepada YAB MB Kelantan yang bertungkus lumus bersama seluruh ahli Majlis Mesyuarat Negeri dan jentera kerajaan negeri. Tahniah diucapkan mewakili Rakyat Malaysia.



Kedua, PAS Kelantan berjaya mengekalkan kecemerlangan dengan mengekalkan kerusi DUN Chempaka dengan pertambahan majoriti. Alhamdulillah, ini secara tidak lansung menunjukkan rakyat Kelantan memberikan sokongan padu terhadap pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syarie.

Ketiga, satu Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Kali ke-3 telah berlangsung dengan gilang gemilang di Masjid Tok Guru, Rusila, Terengganu. Kehadiran delegasi pelbagai pimpinan gerakan Islam seluruh dunia merupakan manifestasi ketokohan dan kewibawaan Presiden PAS dalam meneladani ummah bukan sahaja di Malaysia bahkan seluruh dunia mengakui kredibiliti beliau sebagai seorang Ulamak dunia.

Walaupun ketika ini pelbagai tohmahan dan fitnah dilemparkan kepada Presiden PAS berkenaan dengan EKJS yang diluluskan, namun beliau tetap gagah dan utuh dengan prinsip PAS yang dipegang sekian lama. Pelbagai asakan oleh rakan PR supaya beliau menarik balik pembentangan tersebut di Parlimen sehingga mengugut untuk berpecah daripada PR, akan tetapi beliau tenang menghadapinya.

Pasca kelulusan EKJS II, kami melihat pelbagai tanggapan negatif daripada rakan-rakan PR walhal jelas Pas secara telus telah membentangkan dan meluluskan Enakmen ini melalui saluran demokrasi iaitu melalui Sidang DUN. Ianya jelas dan nyata mengikut lunas perundangan Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi. Apakah tindakan mempertikai kelulusan ini sebagai satu pencabulan sistem demokrasi sedia ada?

Adakah tafsiran demokrasi hanya dibibir retorik semata mata namun apabila syariat Islam terlaksana dituduh luar tatacara pendemokrasian?



Saya ingin menarik perhatian Dapsy (Pemuda Dap) yang baru-baru ini membekukan semua kerjasama dengan Pemuda Pas. Sebagai sebuah parti yang mengangkat demokrasi sebagai tunjang ideologi dengan aspirasi ini dalam masyarakat, adakah wajar tindakan mereka? Kami (pemuda Pas) tidak pernah menganuti demokrasi sebagai ideologi perjuangan namun apabila berpencak dalam perundangan Malaysia yang mengheret Pas menurut lunas demokrasi, kami akur. Kami turut dalam rentak tarian itu sebagai wasilah kami.

Namun, mengapa parti anda dan rakan Pakatan yang lain tidak dapat meraikannya? Sepatutnya kita (Pakatan Rakyat) berbangga kerana dalam sejarah Malaysia, BN boleh bersetuju dengan pembangkang walaupun di peringkat negeri. Tidakkah kalian telah didekati oleh pimpinan Pas yang telah secara langsung atau tidak menerangkan tentang undang-undang ini?

Saya berasa sungguh pelik dan aneh apabila fenomena penolakan ini berlaku apatah lagi jika undang-undang ini pastinya akan menyelamatkan Ketua Pembangkang dari terus merengkok di penjara jika ia diangkat diperingkat Persekutuan. Saya kira barisan peguam parti anda lebih bijak mengenai prosedur ini.

Oleh itu, saya dengan ini ingin menegaskan;



1. Kami solid untuk teguh dibelakang Presiden kami. Kami sedar dan maklum Presiden kami seorang yang alim dalam ilmu Islam bahkan berpengalaman luas dalam politik dan menjadi ahli Parlimen Dan Adun sejak 1980an lagi. Ilmu dan pengalaman beliau tidak dapat dinafikan malahan menerima pengiktirafan dunia. Tambahan pula, Pas memiliki Majlis Syura Ulamak yang sememangnya masyhur dengan ahlinya faqih dalam hal ehwal Islam.

2. Kami bersolidariti dibelakang Presiden andai pada sesi Parlimen sekarang atau datang beliau akan membentang rang Undang-undang berkenaan. Pemuda Pas secara keseluruhannya meletak kepercayaan penuh pada Presiden sebagai ahli Parlimen untuk membentangkannya nanti.

3. Kami juga membuka ruang seluas luasnya kepada rakan PR iaitu DAPSY dan AMK untuk berdialog bagi menemui jalan titik temu. Kita boleh bertindak untuk setuju untuk tidak setuju atas dasar yang tidak sama. Mengapa sekarang tidak?

***Ir. Hj. Khairil Nizam Khirudin adalah Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan dan juga Naib Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Malaysia

Sumber BO - 24-3-2015


CERUN SANGAT BAHAYA : PEMUDA PAS MAHU JUMPA DBKL - YUSUF ISLAM


SDR NURUL ISLAM MOHD YUSOF - TIMBALAN KP WP

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33428-cerun-sangat-bahaya-pemuda-pas-mahu-jumpa-dbkl

Sumber HD - 23-3-2015







































































DMPWP harungi risiko santuni mangsa banjir

IZWAN ABDUL HALIM | .



RISIKO di kawasan dilimpahi banjir ketika ini mungkin tidak sesuai dengan khudrat seorang muslimat. Namun, naluri kasih sayang dan simpati begitu kuat untuk menghadirkan diri ke daerah banjir. Sungguhpun diterjah kebimbangan saat bot kecil dinaiki teroleng-oleng dipukul ombak kecil banjir, tetapi tekad hati lalu dimudiki juga cabaran tersebut.

Bagaimanapun, segala perasaan dan kepenatan yang menerpa akhirnya sirna saat menatap wajah-wajah mangsa banjir. Hanya senyuman dan air mata kehibaan ditukar kongsi dalam salaman pelukan, sedang mulut telah terkunci daripada berkata-kata. Tanpa bentangan sebuah cerita derita, ungkapan sabar menjadi kalimah yang sangat memujuk. Terlihat pada air muka mangsa, luahan penghargaan kerana merasa masih ada yang memahami dan cakna.

Demikian secebis pengalaman dilalui petugas Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan (DMPWP) diketuai Ustazah Nuridah Mohd Salleh saat turun menyampaikan bantuan di Temerloh dan Jerantut baru-baru ini.

Dalam Misi Konvoi Bantuan Banjir DMPWP itu, sejumlah sumbangan awal disampaikan di beberapa pusat pengumpulan. Konvoi juga dengan bot terhad telah berusaha mengharungi banjir untuk menghulur sendiri barangan keperluan harian untuk mangsa banjir yang berada di rumah.

Melihat kepada luasnya liputan kawasan dilanda banjir dan menyedari kekurangan aset yang menjadi keperluan mendesak, DMPWP pantas bersetuju untuk membeli sebuah bot berharga RM18,000 bagi kegunaan pada misi seterusnya.

Menurut Ustazah Nuridah, pihaknya telah menguruskan pembelian bot yang dinamakan sebagai ‘WP40 Sumaiyyah’. Beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para dermawan yang bermurah hati menghulurkan sumbangan.

Sementara itu, mengulas banjir yang berlaku beliau berharap mangsa menerima ketentuan daripada Allah al-Hakam dengan reda, sabar dan bersangka baik pada-Nya.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, tetapi ia amat buruk bagimu,” ujarnya memetik ayat 216 surah al-Baqarah. – HARAKAHDAILY 1/1/2015







































































Zakat dan waqaf tunai untuk bantu mangsa banjir

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan mengesyorkan supaya zakat dan waqaf tunai dimanfaatkan sebagai salah satu mekanisme untuk bantu mangsa banjir. Demikian kenyataan media DPPWP melalui Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Mohd Farkhan Md Zain (Gambar kanan)

Cadangan ini berdasarkan pemerhatian setelah melihat harta benda rakyat, sekolah, masjid dan jalan raya yang rosak ketika membantu mangsa banjir di Kelantan khususnya di kawasan Manek Urai dan Kuala Krai.

Berikut kenyataan penuh Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan;

Setelah beberapa kawasan di Manek Urai dan Kuala Krai semakin surut, kita telah melihat harta benda rakyat, sekolah, masjid dan jalan raya yang rosak. Sudah pasti ia memerlukan sejumlah peruntukan kewangan yang besar untuk memulihkan segala kerosakan tersebut.

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengucapkan tahniah atas kecekapan dan langkah pro aktif Kerajaan Negeri Kelantan yang telah mengambil langkah menubuhkan Jawatankuasa Khas (Task Force) Pasca Banjir dan penubuhan Tabung Amanah Bencana Banjir Negeri Kelantan yang telah diumumkan baru-baru ini.

Rentetan itu, DPPWP juga ingin menyarankan kepada seluruh Majlis Agama Islam Negeri untuk menyelaraskan pandangan yang telah dikemukakan oleh Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri. Beliau berpendapat agar peruntukan zakat harus diberikan kepada mangsa-mangsa banjir berdasarkan kepada kriteria tertentu menurut peruntukan asnaf al-gharimin.

Pengkategorian al-gharimin dilihat sesuai dengan keadaan semasa yang dihadapi oleh mangsa banjir yang memerlukan pemulihan harta benda yang berkemungkinan terpaksa menanggung hutang. Ia bertepatan dengan maqasid (tujuan) perlaksanaan zakat iaitu menjadi instrumen jaminan sosial dan kafalah (perlindungan) dalam masyarakat.

Selain itu, DPPWP juga menyarankan agar Majlis Agama Islam Negeri terutamanya di negeri Kelantan dapat mengoptimumkan instrumen waqaf tunai bagi membangun semula dan memulih institusi-institusi sosial seperti masjid, surau, sekolah, jalan raya dan dewan. Ia dapat meluaskan keberkesanan peranan institusi waqaf menerusi sumbangan jariah bersama daripada orang ramai.

Tidak terhad kepada itu, syarikat-syarikat korporat juga boleh menyalurkan sumbangan menerusi waqaf tunai dan seterusnya membina hubungan strategik dengan kerajaan negeri terutamanya di negeri Kelantan. Malah, ia boleh mendapat pengecualian cukai pendapatan dan kelebihan-kelebihan yang lain.

Yayasan Wakaf Malaysia (YWM) juga turut diseru untuk memanfaatkan dana waqaf sedia ada untuk diagihkan mengikut lima sektor yang telah ditetapkan iaitu waqaf keagamaan, waqaf pendidikan, waqaf kesihatan, waqaf perlindungan dan waqaf penjagaan makanan.

DPPWP optimis kedua-dua instrumen kewangan ini mampu meringankan tanggungjawab kewangan kerajaan negeri bagi mengurus semula kehidupan rakyat pasca banjir. Ia bertepatan dengan maksud Sabda Rasulullah SAW,

"Perumpamaan bagi seorang mukmin dari sudut kasih, sayang dan lemah lembutnya mereka sesama mereka ialah seperti satu jasad, apabila mengadu salah satu anggota dengan satu kesakitan maka seluruh anggota badannya akan berjaga dan menanggung penderitaan tersebut" (Bukhari: 6011, Muslim: 2586). – HARAKAHDAILY 30/12/2014







































































Menteri Kewangan II dengar pandangan Pemuda PAS

ANIS NAZRI | .


PUTRAJAYA: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mengadakan pertemuan bersama Menteri Kewangan II, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah, di Kementerian Kewangan, di sini petang semalam.

Pertemuan itu diadakan bagi membincangkan pelbagai isu, khususnya soal berkaitan ekonomi negara seperti kejatuhan harga minyak dan impaknya terhadap negara.

Menurut ketuanya, Khairil Nizam Khiruddin, pertemuan itu berlangsung dalam keadaan baik, lebih-lebih lagi apabila Ahmad Husni mendengar pandangan yang dikemukakan PAS dengan penuh profesional.

"Alhamdulillah...pertemuan ini berlangsung dengan baik dengan beliau menerima kami, berbincang dan bertukar pandangan sesama kami demi kemaslahatan ekonomi negara.

"Kami harapkan, dengan pertemuan ini akan memberikan sumbangan yang baik untuk negara demi kepentingan rakyat," tegas beliau yang ditemui di lobi kementerian, sejurus berdialog dan menyerahkan memorandum kepada Ahmad Husni.

Sementara itu, dalam memorandum tersebut, Pemuda PAS Wilayah menggariskan empat perkara utama yang perlu diberikan penekanan, iaitu mewibawa peranan Petronas, merevisi KDNK negara 2015, meneruskan pemberian subsidi dan meningkatkan pendapatan rakyat.

Keempat-empat aspek utama itu, tambah Khairil diharap dapat dipertimbangkan kerajaan, selain menyarankan kerajaan agar mewujudkan pengurusan kewangan secara berhemah dengan mengawal perbelanjaan yang tidak sepatutnya.

Selain Khairil, turut serta dalam pertemuan itu ialah Meor Isfandy, Zulkarnain Borhan, Mohd Shahir Hassan, dan beberapa pimpinan Pemuda Wilayah Persekutuan. - HARAKAHDAILY 23/12/2014








































































Harga minyak dunia jatuh dan impak ekonomi negara

HARAKAHDAILY | .




INTRODUKSI

Memorandum ini diserahkan kepada pihak Kerajaan Persekutuan bertujuan untuk memberikan saranan dan komentar terhadap polisi dan tindakan kerajaan yang berkaitan dengan isu kejatuhan harga minyak dunia yang berlaku sejak enam bulan kebelakangan ini. Dikesempatan ini, kami berharap agar pandangan yang dikemukakan oleh Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan 2013/2015 ini dapat dipertimbangkan demi kemaslahatan agama, rakyat dan negara. Ia menggariskan EMPAT topik utama iaitu mewibawa peranan PETRONAS, merevisi KDNK negara 2015, menerus peruntukan subsidi dan meningkat pendapatan rakyat. Pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak kerajaan atas kesempatan masa yang diluangkan untuk berdialog dan mencambah pemikiran.

MEWIBAWA PERANAN PETRONAS

Kita semua mesti memahami hakikat bahawa minyak dan gas serta sumber alam yang terdapat di bumi adalah milik mutlak Allah SWT. Ia adalah anugerah yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia untuk dimakmurkan secara bijaksana dan adil. Nikmat yang Allah SWT kurniakan ini tidak dapat dihitung oleh manusia.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “...Sesungguhnya bumi adalah milik Allah, diwariskan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki dikalangan hamba-hambaNya. Dan kesudahan yang baik bagi orang-orang yang bertaqwa”. (Surah Al-A’raaf : 128)

Firman di atas secara eksplisit menunjukkan bahawa pemilikan sumber alam tidak boleh dikuasai oleh individu-individu atau syarikat-syarikat tertentu bagi mengelakkan monopoli, korupsi dan penindasan terhadap rakyat. Amanah ini harus digalas oleh institusi yang berkompetensi dan berintegriti tinggi. Pemimpin adalah pemegang amanah harta Allah (istikhlaf) untuk diuruskan dan dimakmurkan bagi kemaslahatan rakyat serta negara.

Namun begitu dalam situasi dan konteks semasa khususnya di Malaysia, operasi mengeksplorasi, mengeksploitasi dan mengekstrak sumber alam adalah salah satu daripada proses pengeluaran dalam ekonomi bagi menjana pendapatan negara dan memberi kebajikan kepada keseluruhan rakyat. Ia adalah khazanah untuk generasi Malaysia pada masa akan datang.

Mengimbau sejarah, PETRONAS telah ditubuhkan pada tahun 1974 di bawah kepimpinan mantan Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak. Semangat penubuhan PETRONAS adalah untuk memajukan sumber petroleum termasuk memanfaatkan hasilnya untuk memenuhi keperluan semasa dan masa depan. Walaupun PETRONAS berkuasa penuh terhadap keseluruhan operasinya, namun Perkara 3 (2) Akta Kemajuan Petroleum 1974 khususnya menyatakan bahawa ia tertakluk kepada kawalan dan arahan Perdana Menteri.

Menyedari amanah sumber alam yang dianugerahkan Allah SWT ini, maka kami berpendapat bahawa satu usaha yang drastik perlu dilakukan untuk memelihara serta memulihara kewibawaan PETRONAS dan masa depan khazanah negara ini. Oleh yang demikian, satu usul pindaan atau rang undang-undang baru perlu dibentangkan di Parlimen bagi meletakkan PETRONAS di bawah kawalan badan khas legislatif itu. Ia harus menjadi institusi yang berintegriti dan berakauntabiliti terhadap rakyat.

Ini bermakna piawaian pentadbiran, operasi syarikat, pelaburan strategik dan perolehan PETRONAS boleh diselia dan diaudit menerusi badan awam. Segala hak eksklusif yang termaktub dalam Perkara 2 Akta Kemajuan Petroleum 1974 boleh dikekalkan buat masa ini. Manakala, sebarang pembayaran wang tunai yang dilakukan oleh perbadanan mestilah disalurkan kepada dana khas di bawah Parlimen berdasarkan prestasi kewangan semasa untuk tujuan membiayai kebajikan sosial rakyat.

Secara tidak langsung ia bertepatan dengan maksud firman Allah SWT yang bermaksud: “...supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dikalangan kamu” (Surah Al-Hasyr : 7)

MEREVISI KDNK NEGARA 2015

Kelangsungan survival ekonomi pada tahun 2015 menjadi perhatian rakyat. Pasaran harga minyak dunia menjunam sehingga 40% sejak enam bulan kebelakangan ini. Indeks Brent dan Western Texas Intermediate menunjukkan harga setong minyak berlegar pada paras USD 63 dan USD 59 sehingga 19 Disember 2014.

Kejatuhan harga minyak dunia dan sentimen pasaran yang rendah mengakibatkan beberapa operasi serta kewangan termasuk perbelanjaan modal (capex) Petronas telah distrukturkan semula atau diistilahkan sebagai ‘cash conserving mode’. Sudah tentu, pembayaran PETRONAS kepada kerajaan yang selama ini diberikan sehingga 40% akan merosot sehingga dua angka.

Signal ini telah disuarakan lebih awal oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS, Tan Sri Shamsul Azhar Abbas yang menganggarkan sumbangan perbadanan tersebut kepada kerajaan pada tahun 2015 akan jatuh sehingga 37% berbanding RM 43 bilion pada tahun sebelum ini.

Apabila berlaku keadaan kewangan seperti ini, maka kerajaan tidak sepatutnya terus memeras kantung PETRONAS sebaliknya mengemukakan mekanisme pembayaran yang lebih toleran. Pada masa yang kerajaan juga mesti mengurangkan kebergantungan yang tinggi terhadap hasil minyak dan gas negara dan memfokuskan kepada pemerkasaan hasil bukan cukai.

Akibat daripada kejatuhan harga minyak dunia yang dijangka sehingga ke paras USD 55 setong, banyak badan penyelidikan antarabangsa menurut sumber Bloomberg menjangkakan unjuran KDNK negara pada tahun 2015 berada pada paras 5.0% ke bawah. Antaranya, World Bank mengunjurkan 4.7%, Credit Suisse 4.8% dan BNP Paribas 4.5%. Secara keseluruhan, purata unjuran baru KDNK negara ialah 5.2%.

Dalam hal ini, kerajaan harus segera menyemak semula KDNK dan mengumumkan langkah-langkah proaktif yang akan diambil bagi memberikan gambaran sebenar ekonomi negara. Apatah lagi, ketika Bajet 2015 dibentangkan, kerajaan menganggarkan hasil daripada minyak adalah kira-kira RM 62.4 bilion iaitu pada paras harga minyak dunia berlegar sekitar USD 100 - USD 105 setong. Walaupun begitu, jangkaan PETRONAS pula adalah RM 43 bilion dengan mengambil kira harga minyak USD70 - USD75 setong. Kini, harga minyak telah mencecah USD 60 setong!

Meskipun ia dijangka dapat diseimbangkan dengan penjimatan RM11 bilion daripada penghapusan sementara subsidi minyak, namun ia masih tidak mencukupi untuk menampung anggaran tersebut. Ini bermakna, sasaran kerajaan untuk mengurang defisit fiskal mencecah ke paras -3% tidak akan kesampaian. Malah, Maybank IB Research menjangkakan hanya -4%.

MENERUSKAN PEMBERIAN SUBSIDI

Sukar untuk membayangkan dalam keadaan mendepani cabaran ekonomi 2015, subsidi perlu terus diberikan kepada rakyat. Itulah prinsipnya. Harta Allah SWT yang dieksploitasi adalah untuk kesejahteraan dan kebajikan rakyat. Rakyat berhak menikmati hasil tersebut dalam bentuk subsidi petrol dan diesel kerana ia adalah milik rakyat.

Sayyidina ‘Umar Al-Khattab RA pernah berkata (maksudnya): “Sesungguhnya aku takut terdapat pemimpin selepas aku yang tidak menganggap pemberian itu sebagai harta (untuk dikembangkan oleh rakyat)”

Penetapan subsidi petrol dan diesel wajar diteruskan kerana ia memberi kesan langsung kepada pendapatan boleh guna rakyat seharian dan memberikan kesan gandaan ekonomi dalam industri. Tatkala purata harga pasaran runcit sebenar bagi RON95 sepanjang dua minggu pertama Disember 2014 berlegar di bawah RM2.00 seliter, maka kerajaan boleh menyuntik subsidi secara langsung atau terus melakukan penjimatan (melalui kaedah apungan terkawal) dengan syarat ia dilakukan secara telus.

Walau bagaimanapun, isu pokok yang perlu diberikan keutamaan ialah perbelanjaan kerajaan. Jika subsidi bahan bakar dianggap membebankan kewangan, terdapat beberapa prioriti utama yang perlu diselesaikan sebelum penghapusan subsidi dilaksanakan iaitu menghapuskan rasuah, ketirisan, penyelewengan, dan pengurusan yang tidak pruden.

AllahSWT berfirman yang bermaksud: “Dan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta), mereka tidak berlebih-lebihan, dan tidak pula kikir, dan (perbelanjaan itu) adalah di tengah-tengah antara keduanya”. (Surah Al-Furqan: 67)

Kerajaan harus melaksanakan secara ketat amalan penjimatan. Merujuk kepada 11 langkah penjimatan sektor awam yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada akhir bulan Disember 2013, terdapat beberapa langkah yang tidak dipatuhi dan tetap diteruskan sepertimana yang direkodkan dalam buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2015.

Contohnya, pembekuan permohonan baru bagi pengubahsuaian ruang pejabat kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan. Namun sebaliknya, dalam buku tersebut merekodkan anggaran perbelanjaan 2015 untuk tujuan ubah suai pejabat Jabatan Peguam Negara berjumlah RM10 juta, Jabatan Audit Negara berjumlah RM200,000, dan Kementerian Kewangan RM 1.3 juta.

Selain itu juga, Jabatan Perdana Menteri telah mencatatkan jumlah peningkatan yang terlalu tinggi. Pada tahun 2008, jumlah perbelanjaan ialah RM7.1 bilion dan ia terus meningkat sehingga RM 16.5 bilion pada tahun 2014. Perbelanjaan mengurus yang tidak terkawal menyebabkan nisbah perbelanjaan antara mengurus dan membangun terlalu lebar (80:20) dan akhirnya kerajaan terus menanggung defisit belanjawan.

Ini tidak termasuk pendedahan ketirisan dan rasuah yang dilakukan saban tahun oleh Laporan Ketua Audit Negara, projek-projek sakit dan bermasalah seperti 1MDB, 1BestariNet, dan MERS 999. Sekiranya pemasalahan evergreen ini dibendung, maka subsidi yang lebih menguntungkan rakyat dapat terus diberikan dan ia dijangka mampu meningkatkan pendapatan dan melancarkan pergerakan ekonomi domestik.

MENINGKATKAN PENDAPATAN RAKYAT

Dalam membahaskan isu meningkatkan pendapatan rakyat, kerajaan wajar mengukur semula paras garis kemiskinan bandar dan luar bandar bagi menyesuaikan dengan keadaan kos sara hidup semasa. Kerajaan juga disaran untuk mengadakan perbincangan dengan institusi zakat dan baitulmal supaya golongan fakir, miskin dan mudah terjejas dapat disasarkan dengan tepat.

Dalam hal ini, amat wajar jika semua pihak yang berautoriti bingkas membincangkan dan merintis jalan baru untuk mengupayakan golongan fakir, miskin dan al-gharimin. Antaranya adalah dengan mempertimbangkan institusi zakat di peringkat negeri untuk diuruskan melalui satu lembaga di peringkat persekutuan. Ia seharusnya diurus secara efektif dan efisyen seperti Lembaga Tabung Haji kerana jumlah keseluruhan kutipan zakat di seluruh negara mencecah kira-kira RM2 bilion.

Selain itu, beberapa tokoh akademia seperti Pengarah Pusat Sekuriti Sosial Universiti Malaya, pensyarah di Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa Universiti Kebangsaan Malaysia dan pensyarah di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Malaya senada dan berpendapat bahawa golongan kelas pertengahan harus didefinisi semula dan mereka adalah kumpulan isi rumah yang paling teruk terjejas dengan kos sara hidup hari ini.

Statistik daripada The Malaysian Employers Federation telah mendedahkan bahawa kadar upah pekerja di Malaysia secara purata hanya meningkat sedikit iaitu kira-kira 6% dari tahun 2009 hingga tahun 2013. Ia tidak memberikan impak yang besar disebabkan peningkatan kos sara hidup yang selari berbanding produktiviti yang telah direkodkan dalam pertumbuhan KDNK.

Pada masa yang sama, golongan pekerja asing di Malaysia pula mendapat peluang dan kelebihan yang besar ekoran daripada pelaksanaan gaji minimum walaupun kerajaan telah mengenakan semula levi pekerja asing bermula Januari 2013 yang lalu. Sebahagian mereka memperoleh peningkatan pendapatan secara umumnya sekitar RM300 hingga RM500 sebulan. Akibatnya, jumlah pengiriman wang keluar oleh pekerja asing yang sah di negara ini terlalu tinggi iaitu dari RM10.5 bilion pada tahun 2009 kepada RM25.1 bilion pada tahun 2013.

Kerajaan masih terperangkap dengan pergantungan yang tinggi terhadap pekerja asing. Diaspora Malaysia yang bekerja di luar negara pula melebihi sejuta orang menurut laporan Bank Dunia 2011. Talent Corp masih gagal membawa pulang sekurang-kurangnya 10% brain drain walaupun peruntukan besar telah diberikan sejak ia diasaskan pada tahun 2011.

Dikesempatan ini juga, kami ingin menegaskan secara konsisten bahawa Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan pada 1 April 2015 mesti dimansuhkan. Beberapa sektor utama seperti perumahan, kesihatan, kewangan dan pengangkutan telah menggambarkan kenaikan sehingga 5%. Pergerakan kenaikan kadar gaji yang perlahan dan dikombinasikan dengan kadar inflasi yang tinggi sudah pasti menjejaskan pendapatan isi rumah.

Ternyata ia lebih parah apabila hutang isi rumah terus meningkat sehingga 86.8 daripada KDNK negara pada hujung tahun 2013. Sejak polisi Bank Negara Malaysia menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR), jumlah agregat pinjaman isi rumah menerusi institusi kewangan dan perbankan tumbuh berkadar perlahan sejak 2010. Tetapi senario sebaliknya berlaku terhadap institusi kewangan bukan bank seperti syarikat pinjaman wang berlesen dan koperasi (shadow banks).

Pihak-pihak inilah yang menjadi faktor penyumbang ke arah peningkatan hutang isi rumah terutama jenis pinjaman peribadi. Antara usaha yang boleh diambil oleh kerajaan adalah menghentikan pemberian lesen baharu kepada syarikat pinjaman wang berlesen dan koperasi yang menawarkan servis tersebut. Mereka juga wajib mematuhi Guidelines on Responsible Financing yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia. - HARAKAHDAILY 22/12/2014

Tulisan di atas adalah kandungan memorandum isu kejatuhan ringgit dan pasaran minyak dunia oleh Dewan Pemuda PAS WP kepada Menteri Kewangan 2, Datuk Seri Ahmad Husni.

Ir KNK - https://www.youtube.com/watch?v=4g1SfVB96ws

Sumber HD - 22-15-2014

Pemuda PAS ada idea ‘Kuala Lumpur Milik Warga Kota’

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mengambil maklum berkenaan pembentangan Bajet DBKL 2015 yang bertemakan ‘Kuala Lumpur Milik Warga Kota’ yang dibentangkan oleh Datuk Bandar, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib.

Jumlah peruntukan keseluruhan bajet tersebut ialah RM2.44 bilion melalui pecahan RM1.63 bilion bagi peruntukan mengurus dan RM812.54 juta peruntukan pembangunan.

Bajet tersebut menggariskan lima matlamat utama iaitu Bandar Raya Milik Warga Kota, Kemakmuran Ekonomi, Bandar Raya Saling Bersaring, Bandar Raya Eko, Dan Bandar Raya Tadbir Urus Cekap.

Seiring dengan tema ‘Kuala Lumpur Milik Warga Kota’, pihak Pemuda PAS Wilayah berharap pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudi untuk mendengar dan mengambil perhatian suara rungutan dan rintihan sekalian penghuni warga kota KL yang sudah mencecah seramai 1.7 Juta orang.

Ketuanya, Khairil Nizam Khirudin berkata sungguhpun di dalam bajet tersebut sudah dinyatakan terdapat 14 fokus utama seperti contoh Program Pembersihan Bandar, Program Penyelenggaraan Jalan Raya dan Saliran, Program Penyelenggaraan Perumahan Awam dan Perumahan Rakyat dan banyak lagi, tetapi penekanan kepada aspek pelaksanaan dan kayu ukur pencapaian program tersebut hendaklah diberikan perhatian.

"Hal ini amat penting, kerana peruntukan yang digunapakai itu adalah bersumberkan hasil kutipan wang cukai daripada warga kota KL," ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, amatlah malang sekiranya, wang tersebut dibelanjakan dengan sewenangnya tanpa mengambil kira hak dan suara rintihan para pembayar cukai.

Katanya, pihak DBKL juga perlulah bersikap proaktif dan responsif terhadap permasalahan sekian lama yang dialami oleh para warga kota khususnya isu kesesakan lalu lintas, banjir kilat, dan kemudahan infrastruktur awam.

"Dalam kesungguhan DBKL menguatkuasakan undang-undang dan usaha ke arah kemajuan Kuala Lumpur, hendaklah ia diseiringkan dengan taraf dan mutu perkhidmatan DBKL yang cemerlang serta tidak menyisihkan golongan yang kurang bernasib baik seperti gelandangan dan fakir miskin," katanya lagi.

Justeru, ujar beliau Pemuda PAS Wilayah sedia menjalinkan kerjasama rasmi dengan pihak DBKL dalam memberikan sumbangan idea dan buah fikiran ke arah pembangunan Kuala Lumpur.

Beliau menambah, pihaknya juga amat mengharapkan DBKL memperbanyakkan lagi medium untuk para warga kota khususnya anak muda dan pemimpin masyarakat dalam memberikan pandangan dan teguran terhadap mutu perkhidmatan DBKL agar tema ‘Kuala Lumpur Milik Warga Kota’ benar-benar dapat direalisasikan. - HARAKAHDAILY 18/12/2014

Sumber HD - 18-12-2014







































































Mara dan terus mara Harimau Malaya

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengucapkan tahniah kepada skuad Harimau Malaya kerana telah berjaya menempah tiket ke perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2014.

Ini adalah kali kedua Malaysia berjaya ke perlawanan akhir semenjak bermulanya kempen Piala AFF Suzuki pada tahun 2006.

"Ternyata semangat juang skuad Harimau Malaya tidak pernah luntur meskipun tewas pada perlawanan pertama di Stadium Shah Alam," kata ketuanya, Khairil Nizam Khirudin dalam satu kenyataan.

Katanya, kemasukan Indra Putra Mahyudin, Piya dan Shukor Adan selaku kapten dalam kesebelasan utama benar-benar membuahkan hasil yang lumayan, akhirnya kemenangan yang dramatik diperolehi setelah menumpaskan pasukan Vietnam 4-2 dengan agregat 5-4 di Stadium Nasional My Dinh.

Pentas akhir pertama Malaysia bertemu Thailand akan berlangsung pada 17 Disember ini di Bangkok.

"DPPWP berharap agar skuad Harimau Malaya menggandakan usaha dan meneruskan rentak kejuaraan ini," ujarnya lagi.

Menurutnya, meskipun Malaysia hanya pernah bertemu Thailand di peringkat akhir Piala AFF Suzuki pada tahun 2006, namun melihatkan kepada semangat juang yang ditunjukkan semasa menentang Vietnam, DPPWP yakin dan optimis kejuaraan tahun 2010 bakal berulang kembali.

Namun, katanya kemenangan tidak bererti jika imej negara dicalarkan oleh sikap penonton yang tidak bertamadun.

Justeru, ujarnya DPPWP menyeru kepada semua penonton agar sentiasa menjaga akhlak ketika menyaksikan perlawanan.

"Adat perlawanan, ada kalah dan ada menang. Terimalah dengan semangat kesukanan setiap keputusan. Muhasabah setiap kekalahan, baiki setiap kekurangan, dan bersyukur dalam setiap kemenangan," ujarnya.

Akhir sekali, katanya DPPWP mendoakan kemenangan buat skuad Harimau Malaya. Thailand terkenal sebagai pasukan yang hebat di rantau Asia Tenggara.

Namun, kata beliau jika Malaysia mampu susuli dengan taktik dan semangat yang jitu, DPPWP yakin Harimau mampu merobekkan Gajah. Ayuh Harimau Malaya, maralah! - HARAKAHDAILY 15/12/2014

Kaunter PPZ-MAIWP dibuka setiap hari sepanjang Disember

BERNAMA | .

KUALA LUMPUR: Kaunter Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) akan beroperasi setiap hari, termasuk cuti umum sepanjang bulan ini.

PPZ-MAIWP dalam satu kenyataan hari ini berkata kaunter terbabit ialah di Taman Shamelin Perkasa Cheras, Masjid Negara; Wangsa Maju Seksyen 5 KLSC, Putrajaya Presint 9 dan Presint 15 Diplomatik.

Selain itu, kaunter-kaunter PPZ-MAIWP juga terdapat di Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr.Ismail, Daruzzakah Lorong Haji Hussein 2 Kampung Baru, Masjid Al-Imam Al-Ghazali Kepong, Masjid Abd Rahman Bin Auf Jalan Puchong, Pusat Transformasi Bandar (UTC) Pudu Sentral dan Kompleks Ujana Kewangan, Labuan.

Kaunter berkenaan akan beroperasi dari 8.15 pagi hingga 4.45 petang manakala kaunter PPZ-MAIWP di UTCKL Pudu Sentral akan beroperasi dari 8.15 pagi hingga 10.00 malam.

Para pembayar zakat boleh menunaikan semua jenis zakat seperti zakat pendapatan, zakat KWSP, zakat perniagaan, zakat saham, zakat wang simpanan dan zakat emas di kaunter, menurut kenyataan itu.

Segala taksiran atau pertanyaan boleh dibuat melalui talian Zakat di 1-300-88-5757. - BERNAMA

Sumber HD - 7-12-2014















































































Apungan: Pemuda PAS WP mahu dialog dengan menteri

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan akan berdialog dan menyatakan pendirian rasmi kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri ekoran keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri untuk menetapkan harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel serta mengikut kaedah pengapungan terkawal bermula 1 Disember ini

"Pihak kami juga akan membawa beberapa cadangan kepada pihak kerajaan dalam sesi dialog tersebut dan akan meneruskan kempen penerangan di sekitar Wilayah Persekutuan mengenai isu ini sepanjang bulan Disember," kata Ketua Penerangannya, Mior Isfandy Mior Azizan dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Katanya, dialog tersebut dicadang akan diadakan pada 1 Disember di pejabat Jabatan Perdana Menteri dengan lima orang delegasi DPPWP akan hadir dalam sesi tersebut.

Katanya, harga minyak dunia telah menunjukkan aliran menurun sejak pertengahan Jun 2014.

Menurutnya, kedua-dua petunjuk harga minyak mentah dunia seperti West Texas Intermediate di Amerika Syarikat dan Brent di Eropah menunjukkan penurunan yang ketara dan ia berlegar sekitar USD 80.00 setong sehingga hari ini.

Katanya, sebelum pembentangan Bajet 2015, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah mengumumkan pengurangan subsidi petrol RON95 dan diesel pada 2 Oktober 2014 sehingga mengakibatkan kenaikan kedua-dua harga bahan bakar tersebut sebanyak 20 sen.

Kata beliau lagi, kerajaan dianggarkan telah menikmati penjimatan kira-kira RM8 bilion hingga RM9 bilion bagi tahun 2015.

Ini, ujarnya bermakna kerajaan telah pun menikmati hasil penjimatan ketika trend penurunan harga minyak dunia dan pada masa yang sama rakyat dibebani dengan peningkatan kos sara hidup dan tekanan inflasi.

Setelah pembentangan Bajet 2015, ujarnya kerajaan mengumumkan pula mekanisme baru pada 21 November yang lalu dengan mengambil pendekatan pengapungan terkawal setelah harga pasaran minyak dunia di bawah USD80 setong.

"Secara tidak langsung, kerajaan menarik sepenuhnya subsidi bagi petrol RON95 dan diesel. Nasib rakyat dipertaruhkan dengan penghapusan subsidi sepenuhnya dan tidak seperti yang dijanjikan sebelum ini untuk dibuat secara berperingkat-peringkat," ujarnya lagi.

Menruutnya lagi, penjimatan subsidi petrol RON95 dan diesel ini sepatutnya dimaklumkan secara eksplisit dalam pembentangan Bajet 2015 yang lalu bagi mengunjurkan pendapatan dan pengagihan sebenar kewangan kerajaan.

"Kerajaan diunjur akan terus menikmati penjimatan kira-kira RM20 bilion pada tahun 2015 dan rakyat hanya menerima tempias kecil sekiranya harga runcit petrol RON95 dianggarkan akan berkurang daripada RM2.30 seliter kepada RM2.27 seliter," katanya.

Justeru, kata beliau pihaknya akan mempersoalkan langkah penjimatan tersebut dan tindakan yang akan diambil oleh kerajaan untuk mengurangkan bebanan hidup rakyat khususnya golongan pertengahan dan menetap di kawasan bandar.

Tambahan lagi, kata beliau rakyat berdepan dengan tekanan kenaikan kos sara hidup dan bakal berdepan dengan perubahan regim cukai baharu pada April 2015. - HARAKAHDAILY 27/11/2014

Sumber HD - 27-11-2014















































































63 tahun PAS: Majlis kesyukuran peringkat WP bertukar tempat

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Majlis kesyukuran sempena 63 Tahun PAS peringkat PAS Wilayah Persekutuan yang dijadual 24 November di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) bertukar tempat ke Darul Ummah, Markaz PAS Titiwangsa.

Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Mohamad Noor Mohamed berkata majlis yang akan bermula jam 6.30 petang itu akan dihadiri Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang akan menyampaikan ucapan pengkisahan perjuangan PAS sejak penubuhan.

"Majlis akan dimulakan dengan iftar jamai dan diikuti dengan solat Maghrib berjamaah dan pengisian ringkas sebelum majlis berakhir dengan solat Isyak dan hajat secara berjamaah.

"Majlis kesyukuran ini adalah bersempena sambutan 63 tahun PAS mengemudi bahtera perjuangan Rasulullah s.a.w yang merupakan mata rantai untuk menegakkan negara 'Baldatun Toyyibatun Wa Robbun Ghofuur' dibumi Malaysia ini," tegasnya.

Sehubungan itu beliau menyeru supaya seluruh warga kota khususnya jentera dan ahli PAS Wilayah Persekutuan dan Lembah Kelang hadir dalam program munajat tersebut.

Mereka juga digalakkan berpuasa sunat pada hari Isnin tersebut sebagai menambahkan lagi keberkatan majlis sambutan itu. - HARAKAHDAILY 19/11/2014

Sumber HD - 19-11-2014

Tuduh sesat: Pemuda PAS tolak muzakarah, mahu debat

SALMIYAH HARUN | .

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan menolak cadangan untuk mengadakan muzakarah sepertimana yang dicadangkan oleh Pemuda Umno Wilayah Persekutuan berhubung isu tuduhan PAS parti sesat.

Sebaliknya kata ketuanya Ir Khairil Nizam Khirudin, mereka tetap mahukan isu itu diselesaikan melalui debat dengan masing-masing perlu membawa hujah.

Menurut Khairil Nizam, pelawaan muzakarah oleh Ketua Pemuda Umno Wilayah Mohd Razlan Muhammad Rafli disifatkannya sebagai cubaan menyelesaikan tuduhan ke atas PAS itu secara gelap.

Jelasnya, cadangan muzakarah boleh dilakukan hanya melibatkan isu-isu kepentingan rakyat bukannya isu parti.

"Sekarang ini isu melibatkan parti, jadi kita hendak ianya dijawab secara ilmiah kepada rakyat.

"Isunya, Umno telah memfitnah PAS mengatakan PAS parti sesat, kemudian hendak selesai secara gelap?" soalnya kepada Harakahdaily.

Setiausaha Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebelum ini dilaporkan mendakwa PAS sebagai sebuah parti yang membawa ajaran sesat.

Ekoran itu, PAS memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Menteri Wilayah itu.

Beberapa laporan polis juga telah dibuat terhadap Tengku Adnan berhubung kenyataannya itu.

Pemuda PAS Wilayah Persekutuan sebelum ini juga telah menerima cabaran debat Ketua Pemuda Umno WP bagi menjawab segala tomahan terutama kepada PAS yang dituduh sesat.

Malah Pemuda PAS telah menghantar surat jemputan secara rasmi ke pejabat Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan pada 11 November baru-baru ini.

Melalui surat itu, mereka mencadangkan, tarikh debat itu diadakan pada 18 November bertempat di Kelab Sultan Sulaiman.

Katanya, isu ini tidak wajar untuk dibincangkan secara tertutup sebaliknya ianya lebih ilmiah jika dijadikan perdebatan.

"Kita bantai secara depan-depan, hendak bincang pun secara depan-depan. Bila dah diajak, takut. Lain kali jangan (ajak)," katanya.

Semalam, Mohd Razlan menegaskan, Umno tidak akan terima pelawaan debat dari PAS, sebaliknya bersedia mengadakan muzakarah antara dua parti tersebut.

Menurutnya, beliau lebih selesa sekiranya debat itu digantikan dengan muzakarah atau perbincangan yang diadakan secara tertutup selepas berlangsungnya Perhimpunan Agung Umno 2014 pada hujung bulan ini.

“Kami akan jemput muzakarah secara tertutup antara Ahli Jawatankuasa (AJK) Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (WP) dengan AJK Pemuda Umno WP.

"Muzakarah tersebut akan membincangkan adakah Umno itu kafir atau PAS itu sesat.

“Perkara ini kita akan bincang secara tertutup dan bukan mahu cari populariti semata-mata,” katanya. - HARAKAHDAILY 14/11/2014

Sumber HD - 14-11-2014







































































PAS sesat: Pemuda Wilayah sahut debat Pemuda Umno

SALMIYAH HARUN | .

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan secara terbuka menerima cabaran debat Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan bagi menjawab tohmahan kepada PAS yang dituduh sesat.

Ketuanya, Khairil Nizam Khirudin dalam sidang medianya hari ini berkata, pihaknya akan berdebat secara baik dan berhikmah seperti mana yang dianjurkan Islam.

Pihaknya juga telah menghantar surat jemputan rasmi berdebat ke Pejabat Perhubungan Umno Wiayah Persekutuan semalam, 11 November.

Di dalam surat tersebut Pemuda PAS Wilayah juga mencadangkan tarikh perdebatan itu pada 18 November bertempat di Kelab Sultan Sulaiman.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia dicadangkan sebagai moderator debat tersebut.

Menurut Khairil pada 5 November, Pemuda Umno Wilayah Persekutuan telah mencabar Pemuda PAS berdebat dan menuduhnya tidak layak berdebat dengan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

"Walhal yang mencabarnya adalah Ketua Dewan Ulamak PAS Wilayah. Kami bersetuju menjadi mediator kepada perdebatan antara Ketua Dewan Ulamak PAS Wilayah, Azhar Yahya dengan Adnan Mansor.

"Kami tidak bacul, kami tukar debat antara Dewan Pemuda Wilayah dengan Pemuda Umno Wilayah," katanya yang mengesahkan dia sendiri akan berdebat.

Tegasnya, format perdebatan itu seperti 'Debat Presiden' yang menjurus kepada soal kebenaran dan dihakimi oleh rakyat.

"Setiap orang kemukakan fakta, biar rakyat yang menilai siapa yang benar. Debat secara sihat sebagai cara untuk mendidik rakyat. Tidak ada siapa menang atau kalah," katanya.

Bagaimanapun, beliau percaya pelawaan debat itu akan ditolak Pemuda Umno berdasarkan sejarah lepas dan bukan sesuatu yang mengejutkan. - HARAKAHDAILY 12/11/2014

Sumber HD - 12-11-2014

Siasat segera dalang isu doping Chong Wei

HARAKAHDAILY | .


DEWAN Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menggesa supaya suatu siasatan segera terhadap dalang di sebalik isu doping yang membabitkan pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei.

Beberapa bulan yang lalu, sampel A didapati positif terdapat kandungan bahan yang dilarang dan sampel juga B juga menunjukkan keputusan yang sama.

DPPWP melalui ketua pemudanya Ir. Haji Khairil Nizam Khirudin menyifatkan kes ini bukan sahaja mala petaka kepada Chong Wei malah rakyat Malaysia keseluruhannya.

Yang berikut kenyataan penuh DPPWP:

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengucapkan takziah dan melahirkan rasa simpati di atas musibah yang telah menimpa ke atas jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei. Datuk Lee Chong Wei telah disahkan positif dalam ujian antidoping kerana menggunakan bahan yang terlarang jenis 'dexamethasone'

Ini merupakan suatu malapetaka yang menimpa bukan sahaja kepada ikon sukan kesayangan tanah air tetapi juga turut dirasai bersama keperitannya oleh jutaan rakyat Malaysia. Justeru, DPPWP memohon jasa baik pihak yang bertanggungjawab seperti BAM untuk menyiasat latar belakang kejadian ini.

Datuk Lee Chong Wei telah beraksi atas pentas badminton di dalam mahupun di luar negara lebih seratus kali sepanjang karier beliau. Dan sepanjang itulah juga, beliau tidak mempunyai sebarang masalah dalam ujian doping yang diadakan. Tiba-tiba, negara dikejutkan dengan kegagalan ujian doping Datuk Lee Chong Wei. Tanpa membuat sebarang spekulasi, DPPWP berharap kerajaan segera membuat siasatan yang mendalam bagi menangani isu ini.

DPPWP juga berharap tidak ada pihak saling menuding jari menyalahkan di antara satu sama lain. Biarlah pihak yang berwajib sama-sama menyiasat dan mencari punca di atas insiden yang mengaibkan ini. Jadikan ia sebagai iktibar. Biarlah ini merupakan insiden yang terakhir buat atlet negara dengan harapan tiada lagi insiden yang berulang selepas ini. DPPWP yakin insiden ini sedikit sebanyak memberikan kesan kepada altet negara yang lain yang sememangnya jujur dalam memartabatkan dan mengharumkan nama negara. Pihak yang berkenaan seharusnya sentiasa menjaga kebajikan para atlet bagi mengelakkan pisang berbuah dua kali.

Ia bukan sahaja mengaibkan negara malah turut memberi kesan kepada mental, maruah dan reputasi Datuk Lee Chong Wei. Bahkan dalam pengakuan beliau kelmarin, beliau menegaskan bahawa tidak pernah menggunakan bahan terlarang itu dalam sebarang kejuaraan yang disertainya.

DPPWP bersama rakyat Malaysia seluruhnya berdiri teguh di belakang Datuk Lee Chong Wei menyokong segala usaha demi memastikan nama beliau dibersihkan. Bagi DPPWP, Datuk Lee Chong Wei sentiasa dan akan terus menjadi wira dan ikon tanah air dalam bidang sukan. – HARAKAHDAILY 11/11/2014

Sumber HD - 11-11-2014







































































Jangan undang bala dalam isu lelaki berpakaian perempuan

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan, Ustazah Nuridah Mohd Salleh menyatakan rasa terkejut dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 sebagai tidak sah dengan alasan ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan kerana mendiskriminasi golongan minoriti.

Beliau menyatakan demikian di hadapan kira-kira 100 orang peserta yang menghadiri Seminar Penulisan Berita dan Kenyataan Akhbar peringkat Wilayah Persekutuan di bangunan Kohilal, di sini petang tadi.

Tegas beliau lagi keputusan itu jelas bertentangan dengan batas syariat yang telah ditetapkan oleh Al-Quran dan Sunnah seperti mana yang terkandung di dalam ajaran Islam.

Beliau memetik mafhum hadis Rasulullah s.a.w. yang melaknat mereka yang menyerupai wanita dari kalangan lelaki dan juga sebaliknya.

Menurut beliau lagi, sekiranya maksiat dan mungkar itu berterusan, sudah pasti akan mengundang bala dari Allah SWT.

"Menjadi tanggungjawab umat untuk terus memperjuangkan undang-undang Islam di negara ini supaya kita diselamatkan daripada bala Allah Taala," ujar beliau lagi. - HARAKAHDAILY 9/11/2014

Sumber HD - 9-11-2014

Buli: Krisis akhlak yang perlu diselesai segera

HARAKAHDAILY | .




KUALA LUMPUR: Sebuah NGO, 'Come On Remaja Untuk Malaysia' (CORUM), mahu semua pihak memandang serius kejadian buli khususnya di asrama yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

Pengerusinya, Mohd Fadhlullah Ismail (gambar) berkata punca dan penyelesaian perlu dikenal pasti segera agar krisis akhlak ini tidak terus menjadi barah dalam pembinaan modal insan negara.

"Semua pihak baik kerajaan, pentadbiran sekolah dan guru-guru, organisasi masyarakat, ibu bapa dan pelajar agar berperanan secara lebih proaktif bagi mengenal pasti punca dan penyelesaian terbaik bagi menghadapi krisis akhlak ini.

"Bagi CORUM, kami berusaha membantu semaksima mungkin melalui kekuatan yang ada dalam menggerakkan pelbagai aktiviti dan program ke arah membangunkan pelajar atau remaja yang bermanfaat untuk kebaikan negara ini termasuk aksi-aksi lasak yang diminati remaja," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas beberapa rakaman video buli yang tersebar luas di media sosial sejak beberapa hari lalu.

CORUM adalah sebuah NGO yang memberi tumpuan khusus kepada para remaja tanpa mengira jantina diantara usia 13-19 tahun, dalam permasalahan yang melibatkan remaja golongan itu.

Mereka turut dianggotai ratusan selebriti dan ikon masyarakat di seluruh negara dan menganjurkan pelbagai program yang sesuai dengan jiwa dan generasi masa kini.

Sementara itu, Fadhlullah yang juga Pengarah Akademi Kepimpinan Remaja (AKR) Dewan Pemuda PAS Wilayah berkata, nilai akhlak sebagai Muslim dan jati diri rakyat Malaysia yang terkenal dengan lemah lembut dan ramah, kini makin menghilang.

Selain itu, sikap saling hormat dan menyayangi antara yang muda dengan yang tua juga semakin terhakis. - HARAKAHDAILY 6/11/2014

Sumber HD - 6-11-2014















































































Tuduhan Ku Nan: Pemuda PAS Wilayah buat laporan polis

MUHAMMAD FAIZAL | .




KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Wilayah Persekutuan hari ini membuat laporan polis terhadap Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berhubung kenyataan menuduh PAS sebagai parti membawa ajaran sesat.

Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Khairil Nizam Khirudin memberitahu laporan ini dibuat berikutan kenyataan Adnan yang mengelirukan rakyat terutama pandangan serong terhadap PAS.

"Kita buat laporan polis ini berikutan kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar yang memfitnah PAS dengan menyatakan sebagai parti sesat.

"Kenyataan beliau boleh mencemarkan imej PAS di kalangan ahli serta masyarakat dan tidak sewajarnya dilakukan pada ucapan beliau di Multaqa Kebangsaan Biro Agama Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra pada 2 November lalu," katanya selepas membuat laporan di Ibu pejabat Polis Dang Wangi tengah hari tadi.

‎Tambah beliau, Adnan juga turut menuduh PAS menyebar firnah dan menyalahgunakan ayat Al-Quran untuk kepentingan politik.

"Kita desak pihak berkuasa menyiasat segera motif ucapan beliau kerana ianya begitu sensitif dan jelas bersifat fitnah," katanya lagi.

Turut hadir di IPD Dang Wangi adalah Ketua Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan, Azhar Yahya.‎ - HARAKAHDAILY 4/11/2014

Ir KNK - http://www.youtube.com/watch?v=vQw-QrMx68E

Sumber HD - 4-11-2014







































































Pemuda PAS puji ketegasan polis banteras judi haram

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan memuji arahan yang dikeluarkan oleh Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur ke atas setiap Ketua Polis Daerah (OCPD) dan Ketua Balai untuk memastikan penutupan premis dan aktiviti perjudian tanpa lesen di ibu negara ini dalam tempoh sebulan.

Naib ketuanya, Mohd Farkhan Md Zain turut menggesa Ketua Polis Kuala Lumpur mengikuti langkah drastik Ketua Polis Johor yang tidak lagi memberikan sokongan terhadap pembaharuan lesen pusat-pusat hiburan keluarga kerana didapati menyalahi syarat lesen operasi.

Menurutnya, secara tidak langsung, ia turut memberi signal penting kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur untuk menggunakan kuasanya dengan bijak sepertimana yang termaktub dalam Akta Hiburan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992 untuk menghentikan pemberian atau pembaharuan lesen terhadap aktiviti-aktiviti tidak bermoral terutamanya mereka yang berselindung di sebalik pusat hiburan keluarga.

"Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mesti mempunyai matlamat dan iltizam yang kukuh untuk memastikan ibu negara Malaysia ini mesti dibersihkan daripada anasir-anasir jenayah termasuk jenayah Syariah.

"Kita mahu supaya Kuala Lumpur mempunyai identiti yang tersendiri bagi mencerminkan sebuah negara yang sejahtera," katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu beliau turut berharap pihak penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan turut melipatgandakan usaha bagi memerangi jenayah ini sepertimana yang termaktub dalam Seksyen 18, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.

Meskipun berhadapan dengan masalah perjawatan dan proses pembuktian, namun DPPWP katanya, sudi memberikan kerjasama bagi membanteras perkara ini.

"Kita yakin aktiviti dan premis perjudian di Kuala Lumpur boleh dikurangkan sedikit demi sedikit dan seterusnya dapat membantu lebih ramai masyarakat supaya menjadi lebih bertanggungjawab dan terhindar daripada aktiviti yang merosakkan," katanya. - HARAKAHDAILY 4/11/2014

Sumber HD - 4-11-2014

Ku Nan disaran teliti perjuangan Umno

KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN | .



PAS bukan ajaran sesat. PAS tidak pernah mengajar masyarakat mensyirikkan Allah. PAS tidak pernah mendidik ahli dan rakyat agar melakukan perkara-perkara yang bercanggah dengan Syari’ah Islam. Malah, PAS berjuang dengan membawa dimensi Islam yang lebih luas. Merentasi makna sebenar ibadah kepada Tuhan. Inilah yang diperjuangkan PAS sejak daripada ia ditubuhkan hingga ke saat ini.

Kenyataan Ku Nan dalam Multaqa Kebangsaan Biro Agama Umno di Kuala Lumpur jelas berbaur kecaman yang menghanyirkan. Baru semalam Umno mengadakan multaqa untuk mengumpul idea untuk memposisikan Islam dalam hala tuju parti kebangsaan tersebut walhal PAS sepanjang masa berjuang untuk memartabatkan Islam dan menjadikannya sendi dalam berpolitik.

Ku Nan mendakwa Umno sehingga ke hari ini tidak pernah menggunakan secebis ayat untuk mendapatkan kuasa. Apalah nasib Umno jika berjuang tidak berpandu al-Qur’an dan al-Hadith. Adakah ini bermakna Umno tidak menjadikan neraca pahala dan dosa dalam berjuang dan memimpin negara? Janganlah meminggirkan agama dalam kehidupan walau dalam apa jua bentuk.

Umno mendabik dada kononnya mempertahankan kesucian Islam. Namun, mengapa Kerajaan Pusat yang dipimpin oleh Umno dan Barisan Nasional semakin merancakkan lagi aktiviti perjudian di negara ini dengan membenarkan 22 permit cabutan khas 4D kepada setiap syarikat nombor ramalan? Malaysia merupakan antara 10 negara terbesar pengambilan arak di dunia dan purata rakyat Malaysia dikatakan berbelanja sebanyak RM 1.75 bilion untuk minuman keras. Malah, penjualan arak berkembang antara 5 peratus hingga 7 peratus setahun.

Bagaimana pula dengan lambakan pusat hiburan di Kuala Lumpur yang di bawah tanggungjawab Ku Nan selaku menteri? Statistik anak luar nikah bagi orang Melayu yang didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara dari tahun 2005 hingga 2009 berjumlah 74,723 orang. Benarkah Umno benar-benar memperjuangkan Islam di negara ini? Maka, tidak perlu diolah lagi sikap kerajaan dalam menyuburkan persekitaran Islam jika perkara-perkara tersebut masih lagi belum diselesaikan.

Ku Nan hanya melihat Islam dalam kerangka yang sempit. Islam bukan hanya berkisar mengenai ibadah khusus semata-mata, malah horizonnya luas meliputi segenap aspek kehidupan manusia. PAS sama sekali tidak pernah berkompromi dalam hal ini. – HARAKAHDAILY 4/11/2014


Ir. Khairil Nizam Khirudin ialah Ketua Pemuda, Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Sumber HD - 4-11-2014







































































Ku Nan dicabar debat, tuduh PAS bawa ajaran sesat

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan memandang serius tuduhan yang sangat tidak berasas yang dilemparkan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang dilaporkan mendakwa PAS sebuah parti politik yang membawa ajaran sesat.

"Kami amat berharap agar laporan seumpama itu tidak benar memandangkan ianya satu tuduhan yang sangat serius dari sudut agama dan perundangan negara," tegas ketuanya, Ustaz Azhar Yahya kepada Harakahdaily.

Beliau memetik sabda Rasulullah s.a.w:
ومن دعا رجُلًا بالكفرِ أو قالَ :عدو اللَّهِ ، وليسَ كذلِك . إلَّا حارَ عليه
الراوي: أبو ذر الغفاري المحدث: مسلم - المصدر: صحيح مسلم - الصفحة أو الرقم: 61
خلاصة حكم المحدث: صحيح

"Barangsiapa yang memanggil (menuduh) seseorang dengan kufur atau dengan gelaran musuh Allah, sedangkan ianya bukanlah seperti yang dituduh maka tuduhan itu akan kembali kepadanya." – Hadis Riwayat Muslim

Beliau menjelaskan, hadis tersebut menjelaskan tentang bahayanya menuduh seseorang dengan tuduhan yang berat khususnya yang berkaitan dengan kesesatan akidah seseorang tanpa bukti apatah lagi dengan niat yang jahat.

"Sekiranya laporan tersebut adalah benar - nauzubillah min zaalik - maka saya selaku Ketua Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan mencabar Ku Nan untuk berdebat tanpa sebarang syarat diletakkan oleh pihak kami," tegasnya lagi. - HARAKAHDAILY 4/11/2014

Sumber HD - 4-11-2014

Pertahan keutuhan parti, Presiden dan Majlis Syura

HARAKAHDAILY | .




KUALA LUMPUR: PAS Wilayah Persekutuan berikrar serta bertekad mempertahankan keutuhan parti dari sebarang usaha untuk mengikis keyakinan ahli terhadap kepimpinan Tuan Guru Presiden dan Majlis Syura Ulamak PAS.

Demikian antara resolusi Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden PAS 2014 Peringkat Wilayah Persekutuan yang diadakan hari ini di Dewan Datuk Fadzil Noor, KUIZM.
Munaqasyah itu dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohd Noor Mohamad diikuti dengan pembentangan kertas kerja oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

AJK PAS Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa membentangkan kerja kerja kedua sementara Ketua Penerangan Dewan Ulamak, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali at Takiri menyampaikan ulasan selepas Pelancaran Tabung Kebajikan DPPWP.

Resolusi penuh sebagaimana di bawah.

PAS Wilayah Persekutuan berikrar untuk terus beristiqamah mempertahankan prinsip perjuangan syariat Islam yang menjadi dasar perjuangan PAS seperti yang termaktub dalam Perlembagaan PAS.

PAS Wilayah Persekutuan berikrar untuk terus beristiqamah untuk menjadi benteng mempertahankan PAS dari sebarang bentuk perancangan untuk mengalihkan dasar asal perjuangannya dan memecahkan perpaduan PAS.

PAS Wilayah Persekutuan berikrar serta bertekad mempertahankan keutuhan parti dari sebarang usaha untuk mengikis keyakinan ahli terhadap kepimpinan Tuan Guru Presiden dan Majlis Syura Ulamak PAS.

PAS Wilayah Persekutuan juga menegaskan untuk terus memperkasakan dan menjadikan agenda tarbiah sebagai teras untuk memperkukuhkan kekuatan jentera di semua peringkat.

PAS Wilayah Persekutuan juga bertekad untuk menjadikan perjuangan membela kebajikan rakyat yang tertindas sebagai sebagai tradisi sunnah perjuangan untuk merealisasikan Negara Berkebajikan seperti mana yang menjadi matlamat hala tuju parti.

Jentera parti di Wilayah Persekutuan wajib menggunakan secara optimum ruang media baru yang sedia ada untuk membuka ruang dialog dengan pelbagai segmen masyarakat.

PAS Wilayah Persekutuan juga bertekad memastikan organisasi parti di semua peringkat digerakkan pada tahap yang paling optimum untuk menggempur pelbagai usaha yang cuba untuk menghalang kemaraan PAS sebagai parti alternatif rakyat Malaysia. - HARAKAHDAILY 2/11/2014

Sumber HD - 2-11-2014







































































Ayuh berhijrah tinggalkan kezaliman tajaan BN

MOHAMAD NOOR MOHAMAD | .



BADAN Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan Selamat menyambut ketibaan 1hb Muharram 1436H, dengan harapan semua warga Wilayah Persekutuan berada dalam keadaan diredhai oleh Allah SWT di dunia dan akhirat.

Sesungguhnya penghijrahan Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah bukannya hanya sekadar fakta di dalam lipatan sejarah, tetapi memberikan signifikan yang sangat besar kepada suatu perjuangan untuk membebaskan manusia daripada pengabdian sesama makhluk kepada pengabdian kepada Allah SWT yang menciptakan sekalian alam ini.

Penghijrahan adalah suatu yang penting untuk mengubah kehidupan manusia dalam keadaan dan suasana yang biasa inikan pula dalam keadaan yang tertindas dan terdesak.

Sejak Malaysia diperintah oleh Umno-BN, kehidupan rakyat semakin tidak menjadi keutamaan pemerintah. Bukan sahaja sedikit demi sedikit bahkan kezaliman dan penindasan dilakukan dalam skala yang lebih besar dan lebih 'terancang'.

Yang terkini, kenaikan harga minyak adalah satu rompakan dalam skala yang besar terhadap pemilikan rakyat dengan menggunakan istilah yang memukaukan 'rasionalisasi subsidi'. Ia datang dalam bentuk pakej rompakan yang menyelinap masuk setiap ruang liang roma kehidupan rakyat bermula daripada harga secawan teh sehinggalah sebesar-besar barangan. Ia adalah sebahagian kecil daripada timbunan permasalah yang melanda rakyat Malaysia sekarang ini.

Di Wilayah Persekutuan sahaja, senarai kezaliman menjadi semakin panjang termasuklah yang terbaru kezaliman ke atas penduduk kampung Chubadak (Sudah lupa isu Kg Berembang?). Itu masih lagi belum menyentuh berkenaan kemiskinan kota yang menghimpit hampir semua warga kota.

Isu-isu baru seumpama IWTAD dicipta bagi melekakan warga kota daripada penderitaan yang dialami yang mengakibatkan kos sara hidup yang semakin meningkat. Dan isu yang paling terkini ialah isu bagaimana isu yang tidak pernah terlintas di benak pemikiran warga kota iaitu isu runtuhnya dinding flat Jalan Loke Yew yang memberikan isyarat kepada kebanyakan penghuni kediaman seumpamanya betapa 'istana' mereka tidak lagi berada dalam kondisi yang selamat strukturnya. DBKL perlu segera prihatin mengambil tindakan yang sewajarnya demi kesejahteraan warga kota.

Kezaliman seumpama ini tidak harus dibiarkan, 'Penghijrahan' minda dan kertas undi mesti dilakukan supaya kita tidak terus berada di dalam ' kubang kekotoran' yang lama.

Pensyair Arab pernah menukilkan "Panah yang berada dibusur tidak ada nilainya sehinggalah ia berhijrah ke sasarannya". Begitu juga "Air yang bertakung yang tidak mengalir (berhijrah) pasti akan membiakkan penyakit dan kemudaratan".

PAS Wilayah Persekutuan amatlah berbesar hati sekiranya anda semua turut berhijrah bersama-sama kami untuk memerdekakan minda kita daripada terus dibelenggu oleh era taqlid buta kezaliman yang menjerumuskan kita ke lembah kegelapan. – HARAKAHDAILY 24/10/2014

Mohamad Noor Mohamad ialah Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan

Sumber HD - 24-10-2014







































































Program 'down to earth' sampaikan mesej sengsara rakyat

HARAKAHDAILY | .



KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu mengambil inisiatif turun padang memberi penjelasan kepada warga kota berhubung keadaan sebenar ekonomi negara dan kesannya kepada mereka, melalui program yang dinamakan Down to Earth #BAJET2015.

Dengan tema 'rakyat sengsara', kumpulan 30 orang mereka menyantuni warga kota yang pulang kerja menggunakan stesen LRT Sentul Timur bagi menyampaikan mesej tersebut, Ahad lalu.


Ketuanya, Nurul Islam Mohamed Yusof berkata, melalui program itu pihaknya juga memberi penjelasan berhubung isu-isu utama dalam Bajet 2015 yang memberi kesan langsung kepada ekonomi rakyat.

"BR1M hanya sekadar imbuhan tidak seberapa daripada Kerajaan atas kesudian rakyat menanggung harga yang lebih tinggi akibat rasionalisasi subsidi dan pelaksanaan GST," katanya.

Selain itu, beliau juga menjelaskan bahawa masalah ekonomi negara bukan hanya berpunca daripada monopoli, tetapi juga berpunca daripada ketidaktelusan dan sifat tidak amanah pemimpin negara dalam menguruskan harta rakyat dan negara.

Program hampir sejam itu bagaimanapun berakhir kira-kira jam 6.45 petang. - HARAKAHDAILY 23/10/2014

Sumber HD - 23-10-2014

Pasca Bajet 2015 : Belia dan dilema pemilikan rumah

KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN | .

Lambakan peluang pekerjaan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menjadi faktor penarik khususnya golongan muda untuk bermigrasi ke negeri tersebut selain Selangor. Antara kriteria pemilihan kerjaya ialah jarak antara kediaman dan lokasi pekerjaan (walkability) menjadi elemen utama untuk dipertimbangkan bagi mengelakkan kesesakan trafik dan bebanan kos seharian.

Faktor itu juga menjadi asbab kerajaan untuk menawarkan inisiatif kerjasama dengan sektor swasta untuk merangka serta membina aksesibiliti kemudahan pengangkutan awam berasaskan rel ke kota metropolitan. Sejak pembukaan LRT (1996) dan PUTRA (1998), ia telah menjangkau sehingga 50 kilometer jaringan perjalanan. Malah, perkhidmatan monorel, ERL dan penambahbaikan KTM komuter memberi kemudahan baru kepada warga kota.

Tidak sekadar itu, projek MRT Lembah Klang jajaran pertama dijangka menjadi pelengkap kepada satu integrasi pengangkutan awam rel dan seterusnya boleh mencapai sasaran 50% perjalanan yang diutilisasikan di kawasan Lembah Klang menggunakan pengangkutan awam. Namun, kerajaan perlu serius memantau peralihan mod pengangkutan awam kepada pemilikan kereta persendirian sehingga mewujudkan tekanan yang tinggi terhadap rangkaian jalan raya.

Walau bagaimanapun, infrastruktur pengangkutan awam berasaskan rel membuka satu lagi cabaran baru khususnya kepada golongan belia terutamanya berkaitan dengan harga rumah. Suka ataupun tidak, kemudahan pengangkutan awam terutamanya rel yang meliputi 5 kilometer daripada pembangunan hartanah akan meningkat secara mendadak. Contohnya data yang dikemukakan oleh Raine and Horne International di beberapa kawasan perumahan teres dua tingkat yang berdekatan dengan stesen MRT di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor.

Harga rumah teres dua tingkat di SS21 Damansara Utama (stesen MRT TTDI) pada tahun 2010 bernilai RM 550,000 dan ia melonjak kepada RM 871,500 pada tahun 2014. Di Bandar Tun Hussein Onn (stesen MRT BTHO) bagi jenis hartanah yang sama pula berharga RM 370,000 dan ia mencecah pada paras RM 630,000 seunit. Taman Berjaya (stesen MRT Kajang) pula dari harga RM 280,000 akan menokok kepada RM 430,500 seunit.

Maka siapakah yang layak untuk memiliki harga rumah begitu? Jika dianggar berdasarkan kepada paras BLR terkini, pendapatan bersih bulanan dan had maksima 30% daripada pendapatan bersih, maka hanya individu yang berpendapatan RM 7,000 sebulan sahaja yang layak memiliki rumah kediaman yang bernilai RM 450,000 ke atas. Berdasarkan maklumat Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), purata harga teres dua tingkat pada Suku Pertama 2013 ialah RM 700,000 seunit manakala pada Suku Pertama 2014 ia meningkat sebanyak 28.6% menjadi hampir RM 900,000 seunit.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan REI, Dr Daniel Gambero berkongsi pandangannya baru-baru ini, pemaju-pemaju di Malaysia ghairah membina hartanah kos tinggi yang sebenarnya mampu dimiliki oleh 30% sahaja rakyat Malaysia. Idealnya, nisbah yang sihat bagi pasaran hartanah adalah 20 (hartanah kos tinggi) : 60 (hartanah mampu milik). Namun, hakikatnya hartanah yang ditawarkan di pasaran pada hari ini berkos tinggi sehingga menjangkau kira-kira 60% hingga 70%. Persoalannya, siapakah pemilik kediaman tersebut?

Harga hartanah kediaman yang keterlaluan dan kenaikan kadar pembiayaan yang lebih tinggi menjadikan pemilikannya hampir mustahil bagi golongan belia. Ini bermakna Generasi Y di Malaysia kebanyakannya adalah ‘generation of renters’ ataupun disebut sebagai ‘homeless generation’. Bagaimana kerajaan menyinggung pemasalahan ini dalam Bajet 2015 yang diumumkan baru-baru ini?

Idealnya, kerajaan telah memberi peluang lebih luas kepada golongan belia untuk memiliki rumah dengan memberikan jaminan pinjaman 10% beserta beberapa kemudahan pembiayaan semula. Namun, adakah Skim Perumahan Belia benar-benar menepati kehendak belia? Had pembelian rumah melalui skim ini berharga RM 500,000 dan pendapatan isi rumahnya mestilah tidak melebihi RM 10,000 sebulan. Jika dicongak, mungkin ramai (isi rumah) yang tidak mampu. Ini kerana jumlah pembiayaan bulanan dianggarkan kira-kira tidak lebih RM 2,500 sebulan.

Persoalannya, adakah kerajaan telah berjaya mengekang aktiviti spekulasi harga rumah khususnya di kawasan bandar? Jika ini tidak boleh dikekang, pelbagai insentif yang ditawarkan sukar untuk dinikmati oleh pelbagai lapisan belia. Maka, salah satu cara lain untuk mengimbangi keadaan ini adalah meningkatkan kadar upah pekerja berdasarkan kepada tuntutan semasa.

Kenaikan kadar upah di Malaysia berlegar di sekitar 2.5 hingga 2.7 peratus sahaja sejak beberapa tahun lalu sedangkan indeks harga pengguna secara keseluruhan meningkat sebanyak 3.3 peratus pada bulan Ogos 2014. Ini membuktikan kadar upah kita masih rendah. Tidak upaya untuk membendung kenaikan kos sara hidup dan secara tidak langsung kemampuan untuk memiliki rumah semakin rendah. Ini menunjukkan Skim Perumahan Belia bakal mengulangi semula ketidak berkesanan Skim Rumah Permataku pada tahun 2012.

Maka, di sini kita turut melihat revisi kenaikan Real Property Gain Tax (RPGT) yang diperkenalkan pada tahun lalu masih belum menampakkan kesan. Lokasi-lokasi utama masih terdedah kepada spekulasi harga yang tinggi akibat daripada pembangunan komersial yang rancak dijalankan. Oleh sebab itu, penawaran rumah mampu milik khususnya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor amat rendah dan ia menyukarkan pemilikan rumah pertama dikalangan belia. Nisbah penawaran rumah mampu milik harus ditingkatkan manakala penawaran rumah kos tinggi dikurangkan.

Apa yang harus kerajaan utamakan adalah bagaimana pemilikan kediaman pertama dapat dipermudahkan. Samada dengan memperkenalkan skim kadar keuntungan pembiayaan yang lebih rendah oleh institusi kewangan atau pun terus melaksanakan skim sewa milik (rent to own). Diharap sasaran membina 1 juta rumah mampu milik menjelang 2018 dapat direalisasikan dan memenuhi kehendak golongan belia.

*Penulis adalah Naib Ketua Pemuda, Dewan Pemuda PAS Malaysia

Sumber HD - 23-10-2014












































































































Kurang faham Islam punca gejala ekstremis

BERNAMA | .
KUALA LUMPUR: Tidak mempunyai kefahaman yang jelas tentang agama Islam terutama berkaitan hukum dan akidah antara punca berlakunya gejala ekstremis di negara ini.

Panel Pemikir, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) Mustakim Mahamood @ Fauzi berkata mereka yang terbabit juga dilihat tidak memahami ajaran sebenar Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi amalan di negara ini.

"Jahil dalam Bahasa Arab juga menjadi punca gejala esktremis. Bahasa Arab merupakan kunci utama untuk memahami nas-nas dalam Al-Quran. Gagal memahaminya akan menyebabkan kita salah mentafsirkannya," katanya.

Beliau berkata demikian semasa membentangkan kertas kerjanya bertajuk "Islam Tonggak Keselamatan: Ke Arah Memerangi Gejala Ekstremisme", pada Bengkel Diskusi Isu Islam Semasa 2014 di sini, hari ini.

Mustakim menegaskan mempelajari ilmu agama dari guru dan ulama yang tidak bertauliah juga antara punca gejala itu.

Mustakim turut menyarankan supaya pemilihan imam-imam di masjid, penceramah dan guru yang mengajar mata pelajaran agama di pusat pengajian di bawah kementerian pendidikan atau sebagainya perlu lebih diperhalusi lagi.

Beliau turut mencadangkan supaya pengawasan dan kesedaran diberikan kepada pelajar-pelajar di luar negara supaya mereka tidak terjebak dengan golongan ekstremis. - Bernama

Sumber HD - 16-10-2014

Ke mana Pak Man akan pergi?

ARIF ATAN | .




KUALA LUMPUR: Dasar pembangunan hartanah oleh kerajaan Umno BN yang memusuhi rakyat berpendapatan rendah menyaksikan mereka terus dinafikan hak untuk tinggal di ibu negara.

Pengalaman Harakah sejak tahun lalu berdepan isu pengusiran peneroka bandar oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) termasuk perkampungan di bawah status tanah rizab Melayu di sekitar Sentul mendapati jabatan kerajaan terbabit tidak adil apabila mengabaikan kebajikan rakyat.

Beberapa agensi kerajaan yang didakwa memiliki tanah didiami penduduk dilihat bekerja mengikut telunjuk kapitalis apabila menghalau mereka tanpa pampasan dan ganti rugi setimpal sebelum tanah terbabit diserahkan sepenuhnya kepada pemaju.

Tindakan paling mudah dilakukan kerajaan apabila penduduk yang sebahagiannya merupakan warga emas diarah berpindah dengan menyewa di unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) jauh dari lokasi perkampungan asal mereka diami.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kampung Puah Seberang, Ahmad Daud Mohd Ali, 52, berkata, penduduk di kawasan tanah rizab Melayu itu kini diancam pengusiran apabila Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) berkeras mahu meneruskan projek membina kolam takungan banjir di tanah seluas 3.28 ekar bagi projek Sungai Nadi Kehidupan atau ?River of Life? (RoL).

Pada masa sama, ujarnya, baki 77 keluarga di kampung itu juga menghadapi tekanan supaya berpindah ke PPR bagi memberi laluan kepada projek Lebuh raya Duta-Ulu Klang (Duke) II dengan siri pertama projek itu menyebabkan ramai penduduk dihalau kira-kira 10 tahun lalu.

Kampung Puah Seberang terletak antara Duke dan Sungai Gombak merangkumi keluasan 17.13 ekar yang hanya melibatkan satu lot sahaja iaitu Lot 30022.

Menurut Pak Daud, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sebagai pemilik tanah di kawasan projek terlibat sehingga 2 Oktober lalu gagal memberi sebarang respons terhadap gesaan penduduk untuk bertemu dan berunding.

Ujarnya, orang kampung selama ini hanya difahamkan tanah mereka duduki direzabkan sebagai tanah perkuburan Islam tetapi kemudiannya terkejut apabila pihak berkuasa agama itu memberi kebenaran kepada JPS untuk mengambil tanah kampung terbabit bagi projek RoL.

Surat JAWI kepada JPS bertarikh 2 Oktober 2012 bukti menyatakan JAWI tiada halangan dan bersetuju terhadap permohonan pembatalan sebahagian Tanah Rizab Perkuburan Islam No Lot 30022 Mukim Setapak kampung tersebut.

"Kita nak jumpa dengan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP (Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan) untuk selesaikan segera kemelut ini tetapi dia tak jawab pun surat penduduk walaupun tidak kurang daripada enam surat kita hantar sejak dua tahun lepas.

"Orang kampung mahu bersemuka dengan MAIWP duduk sekali semeja dengan PTG (Pejabat Tanah dan Galian), JPS dan DBKL," ujarnya ketika ditemui Harakah, 2 Oktober lalu.

Pihak JPS melalui konsultan Pearl Oriental Solutions, katanya, sedaya upaya memujuk empat daripada sembilan keluarga supaya bersetuju dengan bayaran RM2,000 bagi menganjakkan tapak rumah termasuk surau ke bahagian dalam kampung.

Namun, jika penduduk enggan menerima tawaran itu mereka didesak berpindah ke PPR Taman Wahyu.

"Untuk apa kami kena pindah masuk ke dalam? Cukupkah RM2,000? Rumah apa boleh dibina sekarang ini dengan wang sebanyak itu? Adakah itu satu-satunya penyelesaian atau permulaan kepada ancaman pengusiran?

"Penduduk akan berdepan risiko kalau ikut telunjuk konsultan itu sebab DBKL pasti tidak akan luluskan. Bekalan elektrik dan air juga susah. Bila banjir pula siapa akan bertanggungjawab," bidasnya.

Menurut Pak Daud, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Dato' Seri Ahmad Phesal Talib dalam dialog dengan penduduk 4 Jun lalu pula gagal memberikan hasil laporan syarikat konsultan yang dilantik oleh DBKL pada tahun 2010 ketika Tan Sri Ahmad Fuad Ismail sebagai Datuk Bandar kepada mereka.

"Kami sudah diajak berunding bersama mengemukakan kertas cadangan bagi mewujudkan kampung tradisi warisan Melayu yang kekal dalam bandar tapi sampai sekarang penduduk di tujuh kampung tidak dapat laporan sebenar daripada perunding IZM Consult itu," ujarnya.

Kecewa dengan layan agensi kerajaan terbabit, Pak Daud menganggap cara pentadbiran tanah di negara ini seperti pendekatan rejim Zionis dengan merampas tanah atau paksa pindah dengan memecah dan mengepung penempatan dengan projek.

"Kita ada bukti, ada fakta. Tuntutan penduduk untuk pampasan setimpal diberi kepada kami sudah kami failkan pada peguam. Kalau kamu ambil tanah mesti ganti dengan tanah. Itu perundangan.

"Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Dato' Mohd Noor Abdullah pun dalam satu wawancara di akhbar 21 September lepas menegaskan supaya ganti balik tanah milik orang Melayu yang hilang," katanya.

Ke mana Pak Man akan pergi?

Jika Pak Daud dan penduduk di sekitar tujuh kampung di Kuala Lumpur diancam pengusiran akibat pelbagai projek pembangunan yang tidak berpihak kepada rakyat, lain pula halnya dengan nasib dialami komuniti miskin bandar di ibu kota.

Rajzuan Ibrahim, 57, atau mesra dipanggil Pak Man bimbang dengan tekanan pihak DBKL supaya mengosongkan tanah yang didiaminya di satu sudut Kampung Periuk iaitu sebahagian Kampung Baru.

Cadangan DBKL agar Pak Man berpindah dengan menyewa unit PPR di Cheras sukar diterima memandangkan faktor kewangannya yang amat terhad selain usia yang semakin meningkat.

"Hendak makan pun susah apa lagi menyewa PPR. Sudah lebih 20 tahun Pak Man hidup mencari rezeki di Kuala Lumpur. Sekarang, untuk menampung hidup saya menternak ayam kampung dan berkebun sayur tapi banyak anak pokok yang musnah dikerjakan ayam pula.

"Mujur ada beberapa NGO yang majoritinya pertubuhan bukan Melayu Islam banyak menghulurkan bantuan berupa makanan dan barangan pengurusan diri. Ringan sikit beban kami," katanya ketika ditemui Harakah, 2 Oktober lalu.

Menyentuh tentang kepekaan institusi kerajaan berkaitan kebajikan Islam, pengalaman beliau yang terpaksa menahan malu pernah terpaksa

Mengulas projek mewah antaranya membina pusat komersial setinggi 56 tingkat di kawasan berdekatan pondoknya, beliau berkata, projek berkenaan hanya menafikan hak golongan miskin bandar, gelandangan termasuk tenaga buruh di sekitar ibu kota untuk tinggal di kawasan tersebut.

Pondok Pak Man juga dikongsi bersama golongan gelandangan kota majoritinya Melayu untuk menumpang teduh termasuk anak kecil berusia enam tahun.

Sehubungan itu, beliau mewakili komuniti tidak berumah merayu dan mengharapkan belas ihsan DBKL untuk membenarkan mereka tinggal di situ.

"Kasihanilah kami. Lagipun, Perdana Menteri masa bulan puasa lepas sudah berjanji nak bina pusat perlindungan untuk golongan tidak berumah seperti kami ini," tambah Pak Man yang berasal dari Felda Sungai Tiang, Kedah.

Sumber HD - 14-10-2014







































































DBKL perlu pandang serius dinding flat tercabut

HARAKAHDAILY | .




KUALA LUMPUR: PAS Wilayah Persekutuan melahirkan rasa bimbang sekiranya peristiwa dinding tertanggal di Flat Loke Yew yang berlaku petang Ahad lalu berulang kembali pada masa akan datang.

Demikian tegas Ketua Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan, Ustazah Nuridah Salleh ketika menziarahi keluarga yang tinggal di flat berkenaan.

Sehubungan itu, beliau berharap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)memandang serius insiden tersebut.

"Diharap pihak DBKL memandang serius terhadap peristiwa yang belum pernah berlaku seumpama ini, nasib baik tiada kemalangan jiwa yang berlaku," tegas beliau lagi.

Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Noor Mohamad juga turut berkongsi pandangan yang sama.

Menurut beliau sudah tiba masanya pihak DBKL mengkaji semula keselamatan flat-flat yang berada di bawah seliaannya.

"Dinding tercabut satu perkara yang agak memalukan kita, ianya menimbulkan pelbagai persoalan sejauh mana kualiti bangunan yang dibina adakah ianya memenuhi piawaian yang telah digariskan oleh pihak kerajaan," ujar beliau ketika dihubungi.

Turut serta dalam lawatan tersebut ialah beberapa pimpinan PAS Wilayah Persekutuan dengan diiringi oleh Ketua Pemuda PAS Bukit Bintang. - HARAKAHDAILY 14/10/2014

Sumber HD - 14-10-2014












































































































Exco Selangor: PAS Wilayah terkilan

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: PAS wilayah Persekutuan melahirkan perasaan kecewanya apabila bilangan exco PAS Selangor dikurangkan daripada empat kepada tiga selepas pelantikan MB baru.

Perkara ini dinyatakan oleh Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Noor Mohamad, dalam satu kenyataan ringkasnya. Pada masa yang sama PAS Wilayah juga mendesak agar portfolio agama untuk PAS dikekalkan.

Keputusan ini dicapai dalam Mesyuarat Lajnah Politiknya yang pada 30 September 2014M bersamaan 5hb Zulhijah 1435H. Antara ketetapan yang telah diambil ialah:

1. Terkilan dengan tindakan mengurangkan jumlah bilangan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang dipegang oleh PAS sebelum ini iaitu sebanyak 4 Exco kepada hanya 3 orang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Ia bertentangan dengan semangat pemuafakatan Pakatan Rakyat dan menimbulkan elemen provokasi yang boleh memecahkan Pakatan Rakyat.

2. PAS Wilayah Persekutuan juga turut mendesak supaya Portfolio Agama yang dipegang oleh PAS sebelum ini dikekalkan untuk diwakili oleh Parti Islam SeMalaysia PAS.

Sebarang penyerahan kepada pihak lain bakal mengundang pelbagai tafsiran yang mengeruhkan keadaan dan pemuafakatan Pakatan Rakyat.

Dalam kenyataannya juga Mohamad Noor membayangkan akan wujud perasaan hilang kepercayaan terhadap pentadbiran baru.

“Kami percaya ahli PAS bukan sahaja akan kecewa terhadap tindakan merampas portfolio tersebut bahkan ianya akan menghilangkan kepercayaan kepada pentadbiran baru yang dipimpin oleh Menteri Besar sekarang.

“Usahlah membangkitkan provokasi melampau sehingga mencalarkan kewibawaan kami sebagai sebuah parti yang ditubuhkan sejak 1951 ini.” Ujar Mohamad Noor.

Selepas PRU13 yang lalu PAS memperoleh empat kerusi exco, DAP tiga dengan seorang Speaker, sementara PKR tiga exco, seorang timbalan speaker, seorang menteri besar.

Kedudukan ini berdasarkan jumlah kerusi yang dimenangi dalam PRU yang lalu iaitu PAS dan DAP 15, sementara PKR 14. – HARAKAHDAILY 1/10/2014

Sumber HD - 1-10-2014

'Langkah Kajang' yang sumbang

KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN | .

SAYA menggesa supaya Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad merujuk terlebih dahulu punca krisis Menteri Besar Selangor yang bermula daripada Langkah Kajang sebelum membuat kesimpulan melulu terhadap kewibawaan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Langkah Kajang yang dicatur jelas merapuhkan keutuhan Pakatan Rakyat dan menghakis semangat setiakawan yang dihulurkan oleh PAS.



Walaupun PAS telah menyatakan pendirian bahawa Langkah Kajang tidak berkaitan untuk menukar Menteri Besar Selangor, namun jelas pada tarikh 21 Julai 2014, PKR telah mengumumkan YB Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar yang baru. Sila rujuk juga kenyataan Presiden PKR yang disiarkan oleh laman berita Astro Awani bertarikh 5 Ogos 2014.

“Kita merancang strategi ‘Langkah Kajang’ untuk membolehkan Anwar menjadi ahli dewan undangan negeri dan kemudiannya Menteri Besar tetapi telah digagalkan oleh kerajaan Barisan Nasional,”

“Jawatan Menteri Besar sememangnya untuk Anwar pada awalnya, saya tidak akan teragak-agak untuk menjadikan beliau sebagai penasihat sekiranya saya menjadi Menteri Besar,”

Tindakan PKR tersebut memaksa PAS untuk mengadakan mesyuarat di peringkat Majlis Syura Ulamak dan membuat keputusan untuk mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. Kemudian, apabila beliau dipecat pada tarikh 9 Ogos 2014, PAS sekali lagi terpaksa bermesyuarat pada 17 Ogos 2014 untuk membuat pencalonan baru kerana Tan Sri Khalid Ibrahim sudah hilang kelayakan asas untuk menjadi Menteri Besar Selangor.

Mengambil kira keputusan PKR (21 Julai 2014), pemecatan Tan Sri Khalid Ibrahim, pihak istana dan perspektif Islam, Presiden PAS turut menamakan Azmin Ali untuk jawatan itu selain daripada Wan Azizah. Secara tidak langsung dan diamati dengan cermat, ia menzahirkan pendirian PAS dalam menentukan pemimpin utama untuk mentadbir sebuah kerajaan yang mesti seseorang individu yang berkebolehan, berkelayakan dan memiliki ciri-ciri kepimpinan tertentu.

Isu ini berlanjutan dan sehinggalah pada tarikh 27 Ogos pihak istana meminta setiap pemimpin parti menamakan lebih dua nama untuk dipertimbangkan oleh Sultan Selangor bagi mengisi jawatan Menteri Besar. Perkara tersebut telah dipenuhi oleh Presiden PAS dan ia sekali lagi menunjukkan sikap matang dan bijak.

Saya berpendapat, Nik Nazmi memulakan langkah sumbang sebagai Ketua AMK yang baru. Beliau harus akur bahawa liabiliti politik yang berlaku pada hari ini di Selangor menimbulkan kegusaran di peringkat akar umbi. Saya menjangkakan kita akan mengambil tempoh masa yang lebih lama untuk memulihkan sokongan kepada Pakatan Rakyat. HARAKAHDAILY 8/9/2014

Khairil Nizam Khirudin ialah Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.

Sumber HD - 8-9-2014















































































Sokong Majlis Syura, pertahan kuasa Presiden PAS

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Selari dengan kedudukan Majlis Syura Ulamak PAS yang diberikan kuasa menjelas, menghurai dan menafsirkan Perlembagaan PAS yang telah bermesyuarat pada 7 September memutuskan bahawa Presiden PAS mempunyai kuasa pemutus dalam membuat keputusan segera atau dalam apa-apa isu yang melibatkan kepentingan parti.

"Ini merupakan manifestasi daripada Fasal 26 (1) (a)," kata Ketua Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Azhar Yahya dalam satu kenyataan.

Maka dengan ini, ujar beliau dipertegaskan bahawa Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan menyokong teguh pendirian tersebut.

Sehubungan itu, beliau mengharapkan seluruh ahli PAS mempunyai kefahaman yang jelas tentang adab berjemaah yang telah diajarkan oleh para pimpinan terdahulu dan para ulama haraki.

"Sebagai ahli PAS, adalah satu tanggungjawab untuk kita setia dan taat kepada pimpinan tertinggi dalam memenuhi prinsip dan adab berorganisasi," katanya lagi.

Jelas beliau, selagi tidak melanggar syariat, meskipun terdapat khilaf, pandangan pemutus adalah juga di tangan kepimpinan.

Justeru, tegasnya Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan dengan ini bertegas bahawa segala keputusan yang dikeluarkan oleh Tuan Guru Presiden adalah sah di sisi perlembagaan parti.

Bahkan, ujar beliau dengan kemampuan ijtihad siyasi yang dimiliki Presiden PAS memberikan keyakinan kepada ahli dan masyarakat. - HARAKAHDAILY 8/9/2014

Sumber HD - 8-9-2014

Perlu bincang terpaksa berhutang lanjut pengajian

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Bagaimana jika seorang individu terpaksa berhutang untuk melanjutkan pengajian di peringkat tertiari atau membeli sesuatu keperluan asas yang harus?

Demikian pertanyaan yang dilontarkan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP), Mohd Farkhan Md Zain.

Menurutnya, masalah itu harus dibincangkan secara terperinci sama ada dengan memanfaatkan instrumen zakat mahupun apa-apa produk kewangan Islam yang ditawarkan oleh institusi kewangan Islam untuk menyelesaikannya secara bersama.

Katanya, berdasarkan data yang diperolehi, tunggakan hutang pelajar Malaysia menjangkau kira-kira RM50 bilion tahun ini bersamaan dengan 9 peratus hutang negara.

Sehubungan itu beliau berkata, DPPWP menyarankan agar pihak berautoriti di Malaysia lebih memantapkan mekanisme pendidikan produk dan tatacara kewangan Islam kepada rakyat khususnya golongan muda.

"DPPWP menyanjung usaha yang digembleng oleh semua pihak dalam menjadikan negara sebagai hab kewangan Islam, namun beberapa perkara perlu diperkasakan di peringkat bawahan," ujarnya sempena program mega Global Islamic Financial Forum 2014 yang sedang berlangsung di ibu negara sepanjang tiga hari ini.

Antaranya, kata beliau kesedaran rakyat terhadap garis panduan status patuh Syariah terhadap produk-produk terkini dan rumit yang berada di dalam pasaran semasa seperti skim cepat kaya, transaksi emas, perak dan mata wang serta beberapa instrumen pelaburan lain.

Selain itu, tambahnya antara pemasalahan utama yang masih sulit untuk diselesaikan ialah pengurusan kredit (hutang) di kalangan rakyat Malaysia.

Menurutnya lagi, DPPWP difahamkan bahawa pihak Jakim dan Jabatan Wakaf, Haji dan Zakat (JAWHAR) telah berdiskusi mengenai isu hak asnaf ‘al-gharimin’ dan solusi bagi menyelesaikan masalah itu.

Begitu juga, kata beliau kekeliruan masyarakat Islam secara umum terhadap penggunaan dan penjualan insurans samada untuk produk am, pendidikan dan pengangkutan.

Sementara itu, ujarnya lagi ramai juga di kalangan rakyat yang masih tidak faham mengenai kepentingan wasiat, hibah dan faraidh.

Menurutnya, daripada data yang dilaporkan, kira-kira RM66 bilion harta pusaka umat Islam masih tidak dituntut.

DPPWP, kata beliau berharap agar usaha-usaha untuk meningkatkan kefahaman dalam ilmu mu’amalah dapat terus disegarkan supaya umat Islam peka dengan status kepatuhan Syariah sesuatu produk sebelum dimanfaatkan.

"Kami juga mengucapkan syabas kepada pihak kerajaan, Bank Negara Malaysia, penggiat industri perbankan dan kewangan Islam, ahli-ahli akademik dan lain-lain yang telah memacu sektor ini ke tahap yang boleh dibanggakan," ujarnya. - HARAKAHDAILY 4/9/2014

Sumber HD - 4-9-2014












































































































Setahun Raba'ah dan Solidariti Rakyat Gaza 14 Ogos

USTAZ AZHAR YAHYA | .
Di saat kita dan umat Islam diselubungi perasaan sedih atas apa yang menimpa ke atas umat Islam di Gaza, maka kita tidak lupakan nasib yang sama menimpa ke atas saudara kita di Mesir.


Setahun yang lalu, Mesir telah kembali kepada sebuah pemerintahan diktator dan kuku besi selepas rakyat menumbangkan rejim Mubarak dalam revolusi 2011. Ianya mengembalikan Mesir kira-kira 60 tahun kebelakang apabila pemerintahan tentera kembali berkuasa dengan berkuasanya Jeneral Abdul Fatah As-Sisi. Setelah keputusan rakyat memilih Dr Mohammad Morsi sebagai Presiden Mesir dalam pilihanraya yang telus dan bersih pada Jun 2012 maka setahun kemudian pilihan rakyat itu dicabuli apabila berlakunya rampasan kuasa pada 3 Julai 2013.

Lebih menyayat hati, para penyokong setia Presiden Dr Mohammad Morsi telah dibunuh melalui siri-siri serangan kejam oleh tentera dan polis, ditangkap dan diseksa dalam penjara serta terlalu banyak kes-kes pelajar dan pekerja yang dipecat kerana sikap tegas mereka menentang rampasan kuasa.

Tanggal 14 Ogos 2013 tarikh yang tidak akan dilupakan oleh rakyat Mesir. Tarikh tersebut berlakunya operasi besar-besaran menggempur dataran Raba'ah dan Nahdhah, dua dataran yang menjadi simbol kebangkitan rakyat menolak rampasan kuasa. Dua lokasi utama ini menjadi tumpuan para penyokong setia Presiden Morsi berkampung dan berhimpun sejak 47 hari sebelumnya. Dengan pelbagai unit tentera dan polis, mereka telah menggempur dua lokasi ini bermula jam 6 pagi dan berakhir kira-kira 11 jam kemudian yang mengorbankan lebih 2,000 orang. Angka kematian di pihak rakyat awam dikatakan meningkat hampir 5,000 orang setelah mangsa-mangsa yang cedera dirawat di hospital berdekatan Rabaah dibakar hidup-hidup atas arahan pihak tentera.

Berikutan serangan tentera itu, dataran Rabaah dikawal ketat oleh pasukan militan tentera untuk tidak membenarkan lagi sebarang himpunan diadakan. Rentetan serangan kejam ini ribuan lagi pemimpin Ikhwan Muslimin ditangkap dan beberapa pimpinan utama mereka dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan "mewujudkan bilik operasi Rabaah", satu tuduhan palsu yang direkacipta oleh pihak pendakwaraya. Antara tertuduh ialah Mursyidul Am Ikhwan, Dr Mohammad Bad'ie.

Kedatangan 14 Ogos tahun ini maka genapnya setahun kita memperingati peristiwa berdarah ini. Untuk itu, Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan (DUPWP) mengajak umat Islam dan rakyat Malaysia yang bencikan kezaliman ini untuk mengenang tragedi pahit ini. Apalah bezanya tindakan kudeta Mesir ini dengan askar rejim Zionis yang mensasarkan rakyat awam yang tidak berdosa dalam serangan mereka?

Untuk itu, satu sambutan mengenang tragedi Raba’ah ini serta solidariti bersama rakyat dan saudara kita di Gaza akan diadakan pada 14 Ogos ini bersamaan hari Khamis bertempat di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad, Taman Melewar anjuran DUPWP yang dinamakan "Setahun Raba’ah dan Solidariti Rakyat Gaza".

Ustaz Azhar Yahya ialah Ketua Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan.

Sumber HD - 8-8-2014

MH17: Masa untuk Malaysia Bersatu

KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN | .

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menzahirkan dukacita dan sedih atas tragedi yang menimpa ke atas pesawat MH17 yang membawa seramai 283 penumpang berserta 15 kru kapal.

Ucapan takziah diucapkan kepada semua keluarga mangsa dan diharapkan agar dapat tabah menghadapi ujian getir ini.

Bagi ummat Islam,kehilangan insan yang tersayang pada saat menjelang Aidilfitri pastinya saat yang memilukan. Sokongan dan doa tetap kami hulurkan tanda solidariti kepada seluruh keluarga mangsa.

Sepertimana ketika negara kita ditimpa musibah kehilangan pesawat MH370 dahulu seluruh rakyat Malaysia mampu bersatu hati tanpa mengira perbezaan bangsa, agama dan fahaman politik maka pada ujian kali ini ayuh kita teruskan semangat perpaduan tersebut demi rasa kasih dan sayang kita kepada sekalian mangsa nahas.

DPPWP mendesak kerajaan Malaysia agar bertindak dengan tegas dan berani dalam membela nasib sekalian mangsa yang tidak bersalah sehingga terbabit dalam konflik pertelagahan politik kuasa besar dunia.

Sesungguhnya serangan terhadap pesawat yang membawa rakyat awam adalah suatu tindakan yang begitu kejam dan zalim sekiranya ia adalah terbukti benar.

Kerajaan Malaysia hendaklah memainkan peranan yang penting dalam memastikan badan bebas yang menjalankan penyiasatan terhadap tragedi ini dapat menjalankan tugas dengan telus, adil dan berani. Pastinya kita menuntut agar pihak yang bertanggungjawab terhadap jenayah kejam ini akan diseret ke muka pengadilan.

Justeru, DPPWP ingin menyeru agar kesemua pihak termasuklah pihak kerajaan mahupun pembangkang beserta seluruh rakyat jelata agar dapat bersama-sama bersatu hati dalam menghadapi musibah yang menimpa negara kita pada saat ini.

Sesungguhnya semangat kecintaan kepada negara dan perpaduan merupakan elemen penting dalam memastikan tanah air tercinta ini dapat mengharungi fasa kritikal dengan sebaiknya.

Sikap saling menuduh, menyebarkan berita palsu dan teori karut perlulah dijauhi kerana ia hanya akan mengundang sengketa dan perbalahan sesama kita yang tidak berkesudahan.

*Penulis adalah Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Sumber HD - 20-7-2014












































































































Gelandangan simbolik pembangunan tidak seimbang

KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN | .
PEMBANGUNAN sewajarnya menjadi proses pembentukan penyusunan masyarakat ke arah meningkatkan martabat dan kualiti manusia.

Pembangunan yang kurang seimbang hanya membawa kepada keciciran segelintir penduduk yang kurang bernasib baik.

Membangunkan sumber material semata-mata tanpa mengambil kira nasib rakyat akan menatijahkan peminggiran dan berlaku jurang miskin dan kaya yang semakin luas.

Isu gelandangan yang dibangkitkan baru-baru ini adalah simbolik kepada ketidakseimbangan pembangunan di Kuala Lumpur.

Gelandangan ini terdiri daripada mereka yang benar-benar miskin tegar, tersisih daripada keluarga, warga emas, menghidapi penyakit fizikal dan mental, dan tiada pekerjaan.

Mereka harus dikategorikan berdasarkan punca gelandangan dan diselesaikan menurut solusi-solusi tertentu.

Berdasarkan maklumat terbaru, pihak DBKL akan mewujudkan rumah perlindungan untuk gelandangan di sekitar Kuala Lumpur seperti konsep Anjung Singgah yang dibangunkan oleh Yayasan Kebajikan Negara (YKN) di Jalan Hang Lekiu, Kuala Lumpur.

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) berpendapat, pihak kementerian termasuk pihak berkuasa negeri dan pertubuhan bukan kerajaan boleh mengenal pasti mekanisme khusus untuk projek selamatkan golongan gelandangan seluruh negara.

Antara yang boleh dicadangkan oleh DPPWP ialah pelaksanaan projek pembangunan tanah wakaf untuk tujuan sosial dan kemudahan umum.

Dalam hal ini, pihak Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) boleh mengenal pasti Wakaf Am (Wakaf Mutlak) harta tetap seperti tanah dan bangunan yang boleh dijadikan pusat kebajikan dan pendidikan golongan gelandangan. Secara tidak langsung, ia boleh mengaktifkan beribu tanah wakaf yang masih tidak produktif.

Ia juga dapat meluaskan lagi dakwaan persepsi yang sempit bahawa harta wakaf hanya untuk mendirikan masjid dan sekolah semata-mata.

Ini mampu menggalakkan golongan yang berkemampuan untuk terus berwakaf termasuk penggalakkan wakaf tunai bagi membiayai dana pengurusan harta wakaf disamping bantuan daripada peruntukan kerajaan.

Selain daripada dijadikan tempat perlindungan untuk golongan gelandangan, ia mampu menjadi platform untuk proses pendidikan, penjagaan kesihatan dan pembasmian pengangguran.

Berdasarkan rekod pada tahun 2010, jumlah keluasan tanah wakaf di seluruh negara dianggarkan seluas 16,751 hektar dan bernilai RM111.4 juta.

Di Wilayah Persekutuan dan Selangor sahaja mempunyai 269.53 hektar tanah. Maka, tanah-tanah atau harta wakaf ini dapat dimanfaatkan bagi menyantuni golongan gelandangan ini.

Kita harus bersikap objektif. Tujuan membantu golongan gelandangan ini seharusnya mampu membebaskan diri mereka daripada taraf hidup sekarang ke arah kehidupan yang lebih berkualiti dan sejahtera.

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) turut ingin menegaskan bahawa pembangunan di negeri ini harus seimbang dan bukan hanya mementingkan nilai wang semata-mata.

Pemulis ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.

Sumber HD - 17-7-2014

Kempen memandu secara sunah

MUHAMMAD ZAKI HASSAN | .

KUALA LUMPUR: Lebih kurang seminggu lagi sambutan Aidilfitri akan diraikan umat Islam seluruh negara.

Meskipun masih awal kebanyakan warga kota sudah mula membuat persiapan untuk pulang ke kampung halaman.

Bagi Dewan Ulama PAS Wilayah Persekutuan, pihaknya turut mengambil inisiatif dengan melancarkan kempen memandu cara sunah.

Kempen ini akan diadakan dengan sebaran risalah yang mengandungi tips memandu dengan selamat dan tawakal kepada Allah.


Mengulas kempen itu Ketua Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Azhar Yahya berkata, kempen ini diadakan untuk memberikan peringatan kepada semua pengguna kenderaan agar tidak lupa untuk bergantung harap kepadaNya.

"Jika difikirkan mengapakah doa menaiki kenderaan ini disyariatkan ketika kenderaan di zaman tersebut amat mustahil akan berlakunya kemalangan.

"Pelik jika berlakunya keldai atau unta yang ditunggang akan berlanggar. Namun kita diajar untuk membacakan doa tersebut bahkan pelbagai lagi doa-doa yang ma’tsur," katanya kepada Harakahdaily.

Tambah beliau, selamatnya satu-satu perjalanan adalah itu adalah dengan rahmat Allah.

Dengan kenderaan semakin canggih dan boleh bergerak lebih laju, sudah pasti katanya lebih memerlukan pergantungan kepada Allah.

"Namun jangan kita lupakan keperluan dan persiapan lain seperti memeriksa tayar, brek yang baik, rehat apabila mengantuk dan sebagainya.

"Jika segalanya telah lengkap tetapi masih lagi berlakunya kemalangan maka barulah ketika itu kita katakan ini sudah suratan takdir," katanya lagi.

Menurut beliau, setiap tahun angka kemalangan sempena cuti perayaan terus meningkat biarpun pelbagai kempen dibuat.

Sehubungan itu beliau menasihatkan orang ramai berhati-hati dan mencuba 'resepi Rabbani' dengan meletakkan pengharapan kepada Allah.

"InsyaAllah, kita akan perhebatkan lagi kempen ini dengan mengedarkan risalah atau flyers di tol-tol berdekatan," katanya. - HARAKAHDAILY 17/7/2014

* Penulis adalah pelajar KUIZM yang sedang menjalani latihan amali di Harakahdaily

Sumber HD - 17-7-2014















































































Malaysia patut henti hubungan dagang dengan Israel

NURUL ISLAM MOHAMED YUSOFF | .



1. Hari ini telah masuk hari ke-8 serangan bersepadu darat, laut dan udara Israel ke atas Gaza. Serangan udara dan tembakan meriam ke atas orang awam Gaza diteruskan sehingga mengakibatkan angka kematian meningkat secara mendadak mencecah 160 orang di samping lebih 1000 pula mengalami kecederaan sehingga semalam. Semalam juga Israel mengumumkan akan memperhebatkan serangan darat dengan “gempuran paling kuat” pada bila-bila masa sahaja.

2. Umat Islam di serata dunia telah menunjukkan solidariti tidak berbelah bahagi kepada penduduk Palestin khususnya di Gaza. Ribuan berhimpun di United Kingdom, Yaman dan juga di Israel sendiri. Dijangka menjelang hujung minggu ini lebih banyak negara akan mengadakan himpunan dan demonstrasi besar-besaran. Turki pula, melalui Perdana Menterinya, Erdogan telah mengumumkan bantuan segera kemanusian akan dihantar ke Semenanjung Gaza. Menariknya, misi bantuan kemanusian itu juga akan diiringi oleh beberapa buah kapal perang. Ini merupakan signal jelas kepada Israel bahawa Turki bersungguh besar terhadap isu yang melanda umat Islam Palestin.

3. Malangnya, pemimpin dan negara umat Islam sekitar yang lain masih membisu dalam isu ini dan jika ada pun hanya mengeluarkan kenyataan bantahan dan kecaman yang bersifat umum untuk publisiti media tanpa ada dilakukan suatu tindakan affirmatif untuk sekurang-kurangnya memberi tekanan kepada Israel. Malah ada antara negara Islam yang mengecam dan mengkritik tindakan Hamas mempertahankan diri dari serangan Israel dan melabel tindakan itu sebagai bersifat keganasan terhadap Israel. Mesir juga menghalang bantuan perubatan dari Eropah yang cuba memasuki Palestin bagi menyalurkan bantuan kemanusiaan.

4. Sikap tidak bersungguh kebanyakan negara dan pemimpin Islam ini juga turut diikuti oleh Malaysia. Malaysia sehingga setakat ini hanya baru mengeluarkan kenyataan bantahan mengecam serangan Israel ke atas Gaza, mendesak OIC serta PBB untuk segera menghulurkan bantuan kemanusiaan dan melancarkan tabung kemanusian untuk Gaza di peringkat nasional. Namun sehingga ke hari ini belum ada tindakan agresif dari Malaysia untuk mendesak dunia menyekat kekuatan ekonomi Israel yang sudah tentu akan melumpuhkan operasi ketenteraan Israel. Malah Malaysia sendiri mempunyai hubungan dagang dengan Israel secara langsung.

5. Data yang dikeluarkan oleh Israel’s Central Bureau of Statistics menunjukkan bahawa pada tahun 2008, eksport Israel ke Malaysia mencecah $30.2 juta manakala barang import Israel bernilai $100.6 juta. Pada tahun 2009, Israel mengeksport $116.8 juta nilai barangan ke Malaysia dan mengimport barangan bernilai $68.5 juta. Pada 2010, nilai eksport Israel ke Malaysia meningkat kepada $798 juta dan import pula meningkat ke $85 juta. 2011 menyaksikan barangan eksport Israel ke Malaysia bernilai $716.4 juta dan barangan import bernilai $93.6 juta.

6. Satu laporan yang disusun oleh European Comission menunjukkan bahawa pada tahun 2010 Malaysia menduduki tempat ke-15 sebagai rakan dangan utama Israel dengan menyumbang kepada 0.8 peratus daripada perdagangan Israel pada tahun tersebut.

7. Oleh hal yang demikian saya mendesak Perdana Menteri Malaysia agar dengan segera mendesak agar Israel hentikan sebarang bentuk operasi ketenteraan atau hadapi potensi boikot besar-besaran dari Malaysia. Saya juga mendesak agar Malaysia sebagai anggota OIC mengajak seluruh Negara Islam yang menganggotai OIC agar melaksanakan sekatan ekonomi yang sama.

8. Saya juga ingin mempersoalkan sikap pilih kasih PBB atas sikap memilih konflik untuk bertindak. Sehingga ke hari ini apabila ia melibatkan kepentingan umat Islam, maka PBB akan membisu dan membutakan mata. Malaysia juga sebagai anggota PBB sepatutnya menyelar sikap pilih kasih ini dan mendesak agar tindakan segera oleh PBB. - HARAKAHDAILY 15/7/2014

Nurul Islam Mohamed Yusoff ialah Timbalan Ketua, Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Sumber HD - 15-7-2014

No comments:

Post a Comment